Hansard Digital
Portal Hansard Digital memudahkan anda mengakses rekod rasmi perbahasan Parlimen melalui platform yang lebih mesra pengguna. Cari, baca dan terokai ucapan serta perbincangan di Parlimen dengan lebih terperinci, mudah dan pantas. Dengan hanya satu carian, anda boleh mengakses rekod Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Kamar Khas. Pencarian maklumat kini di hujung jari anda. Dengan Hansard Digital, rakyat dapat mengikuti perkembangan negara, memahami isu-isu yang dibincangkan serta mengenali peranan dan pandangan wakil rakyat dengan lebih jelas.
Hansard Digital - maklumat Parlimen di hujung jari anda.
Cari kata kunci atau frasa
Siri masa “inflasi” untuk semua persidangan
1959
2026
6295 Rujukan
LARRY SOON @ LARRY SNG WEI SHIEN
inflasi dan tanggungjawab mereka yang semakin besar dalam menjaga kebajikan masyarakat?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada beberapa isu asas di Parlimen Julau. Pertama, isu liputan dan kualiti Internet. Pada masa ini, tahap liputan Internet di Julau dianggarkan sebanyak 58 peratus, manakala baki 42 peratus masih belum mendapat liputan yang memuaskan.
Namun, kawasan yang mempunyai liputan juga menghadapi isyarat lemah satu bar sahaja dan Internet perlahan. Oleh itu, usaha kerajaan bukan sahaja perlu memperluas liputan di kawasan yang masih belum dihubungkan tetapi juga meningkatkan kualiti
TAN KAR HING
inflasi tegar yang bakal dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi.
Menyedari hakikat ini, adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan moral untuk kita menzahirkan setinggi-tinggi apresiasi dan ucapan terima kasih kepada seluruh tenaga dan jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI kerana dedikasi mereka, kerana kecekapan mereka telah pun membolehkan kita mengharungi suasana ekonomi global yang lembap ini dengan penuh tertib.
Kita diuji dengan legasi hutang yang sarat, diiringi beban kos kewangan akibat tindakan bailout masa dulu yang telah pun menjejaskan fleksibiliti kewangan negara kita. Atas dasar kesedaran itu, acuan
LIM GUAN ENG
pada tahun 2026 kepada RM510 bilion untuk tahun depan. Ini perlu untuk menampung kenaikan subsidi dan bantuan kewangan.
Pertumbuhan ekonomi melebihi lima peratus berbanding dengan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 3.4 peratus. Inflasi terkawal dengan 2.5 peratus berbanding dengan inflasi dunia sebanyak 4.7 peratus.
Ekonomi dunia kini tertekan dengan pulangan bon yang naik melepasi lima peratus, hutang kerajaan yang kian meningkat, perang teluk, ekonomi lembap dan ketidakstabilan politik di negara barat khususnya Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. Kebimbangannya ialah pertumbuhan ekonomi tidak seimbang atau tidak rata di antara sektor dan industri.
IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ
inflasi dan kos sara hidup semasa. Maka saya menyeru agar kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun memberikan perhatian serius terhadap kebajikan tentera, skema gaji serta jaminan masa depan perwira-perwira negara kita.
About time, kita perlu membuat semakan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, isu ketiga yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini berkaitan dengan pendidikan anak-anak di Parlimen Tanah Merah dan juga mungkin tempat-tempat lain yang seangkatannya. Saya kerap menerima aduan mengenai penurunan motivasi belajar yang amat mendadak dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah khususnya di kawasan luar
ABDUL KHALIB BIN ABDULLAH
Inflasi kesihatan negara naik daripada 1.4 peratus pada 2024 kepada 3.0 peratus pada 2025. Manakala kos insurans perubatan melonjak hampir sembilan peratus. Pakar kesihatan awam sendiri mengakui bahawa kenaikan peruntukan KKM tidak begitu besar berbanding kadar inflasi perubatan.
Belanjawan 2027 menyediakan beberapa inisiatif penting untuk KKM. RM1.2 bilion untuk menyelenggara dan membaik pulih hospital serta klinik termasuk baki klinik daif. Lebih RM770 juta untuk perubatan moden. Di daerah Rompin mempunyai sembilan klinik kesihatan termasuk Klinik Kesihatan Tekek di Pulau Tioman. Pulau itu juga mempunyai klinik desa di Kampung Mukut, Kampung
inflasi barangan makanan asas (food inflation) yang meningkat antara tiga peratus hingga 4.5 peratus. Jauh mendahului pertumbuhan pendapatan benar. Penanda aras gaji median sektor swasta sebanyak RM2,600 sebulan tidak lagi mencukupi untuk menampung kos sara hidup semasa terutamanya bagi golongan berpendapatan hari dan petani luar bandar. Oleh itu, Jerantut mendesak kerajaan mempercepatkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
Kita ada Kertas Putih pun untuk Dasar Gaji Progresif. Secara mandatori kepada semua sektor swasta berserta insentif subsidi gaji daripada kerajaan.
Isu kedua berkenaan dengan ketidakpadanan pekerjaan (job mismatched) dan produktiviti buruh yang
ALI ANAK BIJU
inflasi sektor pembinaan yang secara purata lebih tinggi di Sarawak, kenaikan harga bahan binaan dan tekanan rantaian pasca krisis global seperti bahan api dari Selat Hormuz. Peningkatan bajet kepada RM16.2 bilion tidak semestinya menggambarkan peningkatan kapasiti fizikal sebenar di lapangan. Yang utama ialah berapakah sumbangan sebenar hasil-hasil dari Sarawak seperti minyak, gas dan cukai yang disumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan?
Fakta ini penting untuk melihat perspektif sebenar keseluruhan Belanjawan Bajet 2027 ini. Jumlah RM1.5 bilion pemberian khas yang bersifat penyelesaian ad hock atau interim berlandaskan dengan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan