Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Kita mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Puan Yeo Bee Yin, Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri. Tan Sri Speaker, soalan saya, soalan pertama.
1. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan industri menyatakan:
(i) apakah status terkini inisiatif melahirkan 60,000 bakat semikonduktor di bawah Strategi Semikonduktor Kebangsaan
(NSS) termasuk jumlah yang telah dilatih dan perbelanjaan peruntukan setakat ini; dan
(ii) nyatakan pecahan penempatan bakat mengikut subsektor seperti IC design dan advanced packaging dan sebagainya, serta kadar pengekalan bakat dalam ekosistem tempatan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Strategi Semikonduktor Nasional ataupun National Semiconductor Strategic (NSS) merupakan inisiatif strategik kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global. Pembangunan bakat berkemahiran tinggi menjadi keutamaan bagi memastikan industri semikonduktor
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
negara terus berdaya saing, meningkatkan keupayaan teknologi tempatan dan beralih kepada aktiviti bernilai tambah tinggi.
Di bawah NSS, kerajaan menyasarkan pembangunan 60,000 jurutera berkemahiran tinggi menjelang 2030. Program pembangunan bakat ini dilaksanakan secara sinergi oleh pelbagai kementerian termasuklah pertamanya ialah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan juga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan juga Kementerian Ekonomi. Di bawah kementerian-kementerian ini, kita bekerjasama rapat dengan kemahiran dan latihan semula dan untuk meningkatkan kemahiran dan latihan semua bagi memenuhi keperluan bakat dalam sektor semikonduktor.
Setakat suku ketiga tahun 2026, seramai 22,849 bakat telah dilatih melalui pelbagai program pembangunan bakat yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan teknikal. Penyampaian ini menunjukkan kemajuan ke arah sasaran 60,000 tersebut. Walau bagaimanapun, usaha berterusan masih diperlukan untuk memastikan bekalan bakat bukan sahaja mencukupi daripada segi bilangan, tetapi turut memenuhi keperluan kemahiran dan kepakaran industri semikonduktor yang semakin kompleks.
Bagi mencapai sasaran tersebut, kerajaan melaksanakan pembangunan bakat melalui pendekatan bersepadu yang melibatkan peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada, pengukuhan latihan teknikal dan vokasional serta pemerkasaan kerjasama industri akademia.
MITI melalui CREST menyokong pembangunan bakat semikonduktor bagi memperkukuhkan pelaksanaan NSS menerusi Program Engineering Talent for Semiconductor Industry. Manakala kalau kita tengok daripada segi Kementerian Pendidikan Tinggi, memperkukuhkan kerjasama strategik di antara universiti dengan industri bagi memastikan kurikulum latihan dan penyelidikan selaras dengan keperluan sebenar sektor semikonduktor. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh KPT ialah program-program yang bersifat francais kejuruteraan elektronik bersama dengan pemain-pemain industri yang telah beroperasi dalam negara kita.
KESUMA juga menerusi agensi di bawahnya menyokong program pembangunan bakat melalui program-program seperti HRDCorp. membiayai program peningkatan kemahiran upskilling, latihan semula (reskilling) dan latihan silang (cross-skilling) bidang latihan termasuk Industri 4.0 future technology dan micro-credential.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Sehingga kini, data pecahan penempatan mengikut subsektor yang diminta oleh Yang Berhormat iaitu kadar pengekalan bakat, sebelum dapat perincian ini, MITI sedang menyelaras dan mengumpulkan data-data bersama dengan KESUMA, KPT dan agensi pelaksana, institusi pendidikan dan pihak industri bagi memperincikan bilangan bakat yang ditempatkan mengikut subsektor serta kadar pengekalan bakat dan juga dalam ekosistem tempatan. At this moment, we don’t have exactly kat mana dia orang bekerja.
Macam kita juga, kita melahirkan ramai graduan dalam negara kita, dalam universiti kita. Bila dia habis itu, sebahagian daripada mereka dapat kerja, dia tak maklum kepada kita. Jadi yang ini, kita tengok, coordinate nak dapatkan di mana mereka ini bekerja dan berapa ramai lagi yang tidak dapat kerja dalam sektor ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri, saya tengok bakat ini, antara satu cabaran yang kita hadapi ialah kita boleh upskilling, reskilling, kita boleh ada graduan yang mencukupi, tetapi apa yang berlaku adalah pakar-pakar ini walaupun mereka dapat skil yang tinggi dan lain-lain, apabila mereka have high skill, apa yang akan berlaku adalah di negara luar sana, dia akan offer gaji yang baik dan mereka akan berhijrah. Pakar-pakar ini akan berhijrah ke negara-negara lain.
So, saya telah tengok, ada strategi dalam NSS adalah berkenaan dengan MRI3 yang adalah satu mekanisme untuk melonjakkan kadar pampasan terutama gaji di mana gaji permulaan bakat teknikal adalah RM4,000.
Saya nak minta sikit explanation dan penjelasan daripada MITI, adakah ini efektif, adakah kita measure ataupun menilai how effective is this for RM4,000 gaji permulaan untuk bakat teknikal dan juga pakar-pakar yang telah pun dalam industri, bagaimanakah? Adakah mereka akan stay in Malaysia ataupun mereka akan ke luar negara? So, adakah ada statistik seperti ini?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat kerana kalau kita tengok dalam sektor industri semikonduktor ini, kita tengok di mana kita. Contoh, kalau kita tengok gaji, range of gaji ini, kalau kita tengok engineering manager, kalau dia manager untuk department engineering, dia punya range dia sangat besar. Daripada RM12,000 ke RM25,000 bergantung kepada your experience and what kind of experience that you have. Dari
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
segi you punya experience ini lebih kepada front end ataupun wafer fabrication ataupun towards back end.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kemudian kalau tengok macam IC design, R&D, specialist, dia punya range begitu besar, daripada RM8,000 kepada RM25,000. Saya tanya dengan someone industry player, dia bergantung kepada pengalaman. Kadang-kadang dia dapat training, ada degree, tapi dia tidak ada pengalaman. Jadi, this process menyebabkan kalau kita tengok, kalau dia baru masuk, mungkin dia punya gaji rendah, tetapi as dia dapat dia punya experience, gaji dia boleh go and move with that kind of range— RM8,000 to RM25,000. Dia punya range itu, dia bukan kecil, dia besar.
Tadi saya sebut tadi macam engineer, RM12,000 kepada RM25,000 range.
Kalau macam IC design, R&D, RM8,000 kepada RM25,000. Kalau kita tengok macam senior engineer, dia between RM10,000 kepada RM20,000. Kemudian junior engineer, daripada RM3,500 kepada RM6,000. Technician, RM3,000 kepada RM5,000 depending kalau technician itu baru nak jadi technician, RM3,000, tapi kalau dia lama sikit dalam itu, jadi RM5,000. Jadi— macam production operator pun sama, dia rendah, RM2,500, tapi bila dia dah ada pengalaman sikit, dia jadi RM3,000— RM3,000 lebih.
Jadi sebenarnya ini soal gaji, di dalam konteks negara kita, memanglah.
Kalau tanya saya, memanglah gaji kita itu kalau dari segi benda-benda yang macam ini, ada pengalaman ini, dia rasa macam kita punya standard of living kat Malaysia ini dengan kalau compare dia dapat offer pergi kerja dekat UK ataupun di Singapore ataupun di Korea atau di Taiwan, sudah tentu dia punya gaji itu akan mungkin dua, tiga kali ganda, tetapi cost of living dia dekat situ juga akan meningkat. Jadi, daripada segi konteks ini, saya tidak boleh menjawab Yang Berhormat punya di mana, kerana ia bergantung kepada kesesuaian sesuatu aktiviti semikonduktor yang kita buat.
Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya nak bagi contoh. Kita ini, kalau kita tengok daripada segi kita punya sektor semikonduktor ini, dia ada tiga sektor. Satu, front end yang kita buat IC design, R&D.
Nombor dua, kalau kita tengok wafer fabrication. Jadi, kalau tengok wafer fabrication ini, kalau yang player dia ini semua banyak luar. Contoh, Infineon, X-FAB, Fuji Electric, ON Semiconductor, OSRAM, Intel. Ha, dia buat ini semua, dia banyak syarikat daripada luar, datang buat kita punya wafer fabrication and then kita ada satu wafer fabrication, SilTerra. SilTerra ini dulu belong to Khazanah, tapi fasal dia
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
failed, dia jual kepada satu syarikat tempatan dan juga partner dengan tak silap saya, Taiwan atau China.
Jadi, apa yang saya nak tekankan Yang Berhormat, sebahagian daripada mereka yang operate dekat negara kita ini, dia memerlukan talent yang kita produce ini, tetapi bagi dia untunglah, sebab fasal dia buat dekat negara kita. Jadi pembayaran daripada segi pendapatan mereka, gaji mereka ini kalau dibanding dengan the same job that they were to do dekat negara seperti Korea, Taiwan, dia lebih tinggi daripada apa yang kita bagi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
NSS yang dilancarkan pada 2024 adalah roadmap untuk bergerak daripada aktiviti back end seperti assembly, packaging, dan testing kepada aktiviti front end seperti integrated circuit design dan wafer fabrication. Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah kolaborasi strategik dengan Arm Holdings PLC dari Britain untuk mempercepatkan pemilihan teknologi dan pembangunan syarikat tempatan yang berdaya saing. Kerajaan juga telah memperkenalkan New Incentive Framework
(NIF) sejak Mac lalu dengan pendekatan berdasarkan outcome untuk menggalakkan pelaburan dalam IC design, advanced packaging, R&D dan wafer fabrication.
Soalannya ialah Tan Sri Speaker, berapakah jumlah syarikat semikonduktor yang mendapat insentif dalam program New Incentive Framework (NIF) ini yang menggalakkan pelaburan dalam bidang IC design, advanced packaging, R&D dan wafer fabrication setakat ini?
Keduanya, tolong maklumkan syarikat-syarikat semikonduktor yang terlibat dalam kolaborasi strategik dengan Arm Holdings, sebuah syarikat yang famous dengan licensing CPU architecture dan system-on-chip (SoC) design. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, Yang Berhormat.
Ini, soal Arm ini adalah satu inisiatif yang dibawa oleh Kementerian Ekonomi pada tahun 2025. Jadi, dia ada arrangement dengan Arm ini, dia memberi kepada kita token. Ada dua type of token. Satu, CSS yang tinggi dia punya token ini; yang kedua, AFA ini is a basic token. Jadi, daripada token ini, jadi kita kena bagi kepada orang yang hendak buat IC design ini, nak buat dia punya programming untuk jadikan dia cip. Now, bila dia
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
ambil token itu, dua tahun save time. Nak additional that two years yang kita cari orang untuk jump start untuk ada kita punya own IP. Jadi, setakat hari ini, kita baru mula. Jadi, daripada tujuh CSS ini, baru empat sahaja kita beri, iaitu pertama, Zenith Technology. Dia lebih bersifat kepada cip yang relate to automative. Kemudian, SkyeChip. Syarikat ini, dia local company. Dia ambil cip ini, CSS ini untuk data centre. Kemudian, Great ASIC Technology, also untuk data centre. Kemudian kita ada satu lagi syarikat tempatan kita, Oppstar Technology, dia untuk mini server. Ha, ini adalah empat daripada tujuh CSS yang kita ada tapi kita masih ada lagi tiga, tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, dia nak buat ini, dia bukan murah.
Walaupun kita dah bagi dia jumpstart which value of that token USD30–40 juta, tetapi dia nak siapkan lagi dua tahun itu atau dua tahun setengah itu, dia depending apa teknologi, apa cip yang you nak buat. Kalau the simple one pun dia akan value dia lebih kurang dalam USD50 juta. Kalau yang macam kompleks punya cip ini, dia mungkin boleh mencecah sehingga USD300 juta.
So, ini sebenarnya adalah satu daripada limitation yang kita nampak syarikat- syarikat tempatan yang hendak berkecimpung dalam the front end ini, dia selalunya handicapped dari segi capital. Alright.
Yang kedua macam AFA ini, dia setakat hari ini, kita ada 25 token, tetapi yang dah diberi lebih kurang dalam empat token. Jadi, dia punya progress ini kita tengah monitor-lah. Mengenai Yang Berhormat tanya tadi fasal *New Incentive Framework.
New Incentive Framework* ini, dia— kita ini ada New Incentive Framework yang MIDA, MITI buat pada Mac 2026 ialah untuk menekankan bahawa negara ini apabila kita nak bagi insentif, kita hendak investor yang datang dan dapat insentif ini, dia kena pastikan bahawa dia punya manifacturing capability itu, dia mesti high complex sikit. Dia tak boleh simple complex yang bergantung kepada foreign worker, ini kita tak nak.
And then nombor dua, kita mesti ada domestic linkages. Makna kalau dia datang buat investment, berapa banyak supply chain tempatan yang boleh link dengan dia, and kita dapat that benefit.
Kemudian nombor tiga, kalau employment yang dia create ini, mestilah dia high income jobs. Kalau dia ada dan high value, then kita akan melihat insentif ini dengan lebih terperinci. Jadi konteks ini, apa yang selalu kita bagi? Selain daripada kita bagi investment tax allowance, kemudian special tax kepada majikan ini dan
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
specific case, dia kena present kepada kita dan kita akan lihat secara spesifik kerana dia lebih memberi manfaat kepada kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya kita bergerak kepada Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 2.
2. Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, berapa peratus usahawan mikro menerima pembiayaan dan bantuan agensi kementerian bagi 2023- 2026 yang berjaya naik kategori kepada perusahaan kecil atau sederhana, kadar kegagalan selepas tiga tahun:
(a) adakah kementerian bersedia mengubah KPI kepada peningkatan hasil, naik kelas; dan
(b) pewujudan pekerjaan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usahawan mikro dikategorikan sebagai perniagaan yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau mempunyai kurang daripada lima orang pekerja.
Berdasarkan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2025, terdapat sebanyak 1,000,876 perusahaan mikro yang mewakili 77.4 peratus daripada keseluruhan PMKS di negara ini. Dalam hubungan ini, matlamat utama pembiayaan mikro yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan modal perniagaan, menjamin kelangsungan pendapatan serta membuka peluang keluar daripada kemiskinan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Pada masa yang sama, pembiayaan ini turut menyediakan asas kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan skala perusahaan daripada mikro kepada kecil atau sederhana. Bagi tempoh 2023 hingga September 2026, KUSKOP melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional dan Bank
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Rakyat telah merekodkan sebanyak RM1.27 juta pembiayaan kepada usahawan mikro dengan nilai keseluruhan berjumlah RM14.56 bilion.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 212,910 pembiayaan baharu bernilai RM2.19 bilion telah disalurkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN Nasional. Manakala, RM1.05 juta pembiayaan berulang bernilai RM12.13 bilion turut direkodkan. Pembiayaan berulang ini penting bagi membolehkan usahawan mikro mendapatkan modal tambahan untuk meningkatkan kapasiti operasi, menambah modal pusingan dan mengembangkan aktiviti perniagaan.
Dari aspek peningkatan skala perniagaan, seramai 8,008 usahawan mikro telah direkodkan meningkat kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana.
Pencapaian ini menunjukkan bahawa pembiayaan mikro bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan usahawan, malah berpotensi menyumbang kepada pengembangan perniagaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, KUSKOP turut memantau prestasi pembayaran balik pembiayaan melalui kadar pembiayaan tidak berbayar dengan izin, non-performing loan sebagai salah satu indikator daya tahan perniagaan. Dalam hal ini kadar NPL TEKUN Nasional turut menurun daripada 12.66 peratus pada tahun 2023 kepada 8.60 peratus sehingga September 2026.
Bank Rakyat— kadar NPF turut menunjukkan penurunan daripada 15 peratus pada tahun 2023 kepada 11 peratus sehingga September 2026. Amanah Ikhtiar Malaysia pula mencatatkan kadar yang rendah iaitu 0.09 peratus pada tahun 2023, 0.02 peratus pada tahun 2024 dan 0.00 peratus pada tahun 2025.
Dari aspek penambahbaikan penunjuk prestasi utama (KPI), KUSKOP sememangnya memberikan penekanan kepada pengukuran keberhasilan program, bukan sekadar berdasarkan jumlah pembiayaan dan bilangan usahawan, tetapi turut merangkumi tiga indikator utama iaitu peningkatan hasil jualan, peningkatan kategori atau skala perniagaan serta pewujudan peluang pekerjaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat. Dari data yang dinyatakan oleh Yang Berhormat dan juga data yang saya perolehi daripada DOSM menunjukkan bukan semata-mata dapat melahirkan lebih ramai usahawan, tapi bagaimana nak meningkatkan produktiviti, keupayaan dan juga daya saing perusahaan tempatan. Dan di bawah KUSKOP terdapat SMEIPA— SME Integrated Plan of Action yang telah pun selama 20 tahun dilaksanakan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Soalan saya, adakah KUSKOP mempunyai penilaian impak bebas yang boleh membuktikan berapa banyak peningkatan hasil, produktiviti pekerjaan dan eksport yang benar-benar berpunca daripada bantuan kerajaan dan bukan hanya sekadar pertumbuhan biasa perniagaan.
Dan yang kedua, saya ingin ambil kesempatan di sini, Yang Berhormat tolong tengok sikit ToyyibPay yang mana telah memberikan kesan yang besar kepada usahawan-usahawan kecil ini kerana akibat tidak membuat pembayaran kepada mereka. Saya cuma dapatkan perhatian daripada Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Boleh mohon ulang soalan yang kedua tadi.
Apa tadi isu kedua?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ToyyibPay.
Tuan Yang di-Pertua
YB off-kan mic sekejap. Silakan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Soalan— tiada soalan kedua. Kenyataan saya sahaja— saya minta Yang Berhormat untuk melihat tentang isu ToyyibPay yang telah mencengkam dan juga meranapkan beberapa usahawan mikro dan juga sederhana di luar sana. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat atas perhatian.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Insya-Allah, cadangan yang telah diutarakan Yang Berhormat kita akan ambil maklum dan kita akan teliti terutama dengan cadangan bagaimana nak kita memastikan tentang yang dicadangkan tadi untuk memastikan penskalaan atau peningkatan perniagaan yang diusahakan oleh kita punya usahawan.
Memang di bawah SME Corp kita ada beberapa mekanisme, Tan Sri. Itu sebabnya kita menggalakkan semua para usahawan kita untuk mendapatkan penilaian. Ada satu program penilaian yang diusahakan oleh KUSKOP untuk memastikan sejauh mana keberhasilan perniagaan mereka. Kalau kita dapat hidu, dapat detect apa kelemahan dan juga kekuatan yang dimiliki oleh setiap usahawan, kita akan buat apa-apa program intervensi membantu mereka termasuk juga untuk kita membuat penskalaan.
Di bawah SME Corp kita juga punya program untuk menjadikan usahawan itu bukan hanya hebat di peringkat lokal, tetapi untuk peringkat antarabangsa.
Maksud program untuk mengeksport dan sebagainya itu. Jadinya, antara pendekatan yang kita buat, cross-agency di mana di bawah KUSKOP kita banyak
Datuk Mohamad bin Alamin
agensi untuk kita bekerjasama antara agensi pembiayaan, agensi untuk kita buat program. Jadi, SME Corp juga adalah agensi bertanggungjawab untuk memastikan tentang program-program penskalaan yang dimaksudkan itu.
Dan yang kedua itu, insya-Allah kita akan teliti dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri lah isu yang dibangkitkan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan saya— soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Apakah langkah-langkah penambahbaikan sistem penyampaian yang boleh dilaksanakan oleh pihak KUSKOP khususnya melalui TEKUN Nasional bagi mempermudahkan serta mempercepatkan akses pembiayaan kepada usahawan-usahawan mikro?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Batu Pahat. Untuk makluman semua, KUSKOP hari ini melaksanakan beberapa kategori ataupun strategi untuk kita mencapai satu tahap yang terbaik bagaimana kita nak memastikan agensi-agensi pembiayaan terutamanya dapat memberikan pembiayaan itu dengan pada kadar yang cepat.
Disebabnya TEKUN pada hari ini telah memperkenalkan satu pendekatan di mana dulunya mereka proses meluluskan dalam masa 10 hari. Kemudian, kita minta diturunkan Tan Sri kepada tujuh hari dan kita minta turunkan lagi. Dan TEKUN setuju pada hari ini. Mereka akan proses kelulusan dalam masa empat hari dan akan di- disburse pinjaman dalam masa lima hari bekerja. TEKUN akan meluluskan juga disburse pinjaman yang dimohon itu.
Itu sebabnya kita melihat ke hadapan cara bagaimana nak membantu usahawan kita untuk mendapatkan dana yang begitu cepat, mereka nak modal yang begitu cepat. Itu sebabnya TEKUN pada hari ni juga memperkenalkan pendekatan baharu di mana semua permohonan-permohonan kita boleh buat secara online dah bermula daripada 7 Ogos yang lepas. Secara online, tak perlu mereka datang ke mana-mana pejabat secara fizikal.
Dan yang ketiganya mempercepat keputusan pembiayaan mikro.
Menetapkan sasaran keputusan pembiayaan dalam masa 24 jam permohonan di bawah RM20,000. Kita boleh proses dalam masa 24 jam jika pinjaman itu di bawah RM20,000.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dan yang keempat, kita juga memperkenalkan— TEKUN memperkenalkan pra-kelulusan secara semasa. Dia akan buat pra-kelulusan sepantas tiga jam, Tan Sri, tapi kita khususkan di kala mana kita akan buat program-program turun ke bawah khususnya Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia. Kita akan buka kaunter TEKUN dan semua usahawan boleh memohon pada waktu itu dan kita akan buat sepantas tiga jam pra-kelulusan itu.
Dan berkenaan dengan itu Yang Berhormat Tan Sri, saya nak juga menguar- uarkan bahawa TEKUN akan membuka satu kaunter di Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia yang akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 23 hingga 25 Oktober. Jadi, kepada semua Ahli Yang berhormat dan semua rakyat Sabah khususnya, para usahawan, datanglah ramai-ramai ke Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia anjuran KUSKOP dan juga Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober di Lintasan Deasoka di sebelah Gaya Street.
Jadi, insya-Allah kita akan bantu usahawan kita, kita akan buat jualan produk usahawan dan termasuk TEKUN tadi. Bank Rakyat juga akan buka kaunter untuk membantu para usahawan kita. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.
3. Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, jadual pelaksanaan penuh sistem pembayaran terbuka (open payment) bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan menyokong usaha ke arah pelaksanaan sepenuhnya sistem pembayaran terbuka atau open payment system bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan urusan pembayaran penumpang melalui kaedah transaksi yang lebih fleksibel, mudah dan lebih efisien di samping memperkukuh usaha pendigitalan sektor pengangkutan awam.
Dalam menyokong aspirasi pelaksanaan sistem open payment ini, agensi di bawah MOT iaitu KTMB dan Prasarana merupakan antara agensi yang telah
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
memulakan inisiatif ini. KTMB telah melaksanakan inisiatif ini melalui penggunaan pelbagai medium pembayaran digital dan tanpa tunai merentasi saluran jualan tiket serta kemudahan akses penumpang. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan perkhidmatan KTMB melalui aplikasi KTM Integrated Ticketing System ataupun KITS.
KTMB telah melaksanakan sistem pembayaran terbuka bagi sektor Lembah Klang bermula pada 1 November 2024. Sehingga kini, pengguna perkhidmatan KTMB boleh membuat transaksi menggunakan pelbagai kaedah bayaran termasuk kad debit, kad kredit, Touch ‘n Go eWallet, kod QR, Boost, Apple Pay, Samsung Pay, Google Pay dan KTM Wallet. Selain itu, sistem pembayaran terbuka turut disokong melalui penggunaan kemudahan automatik seperti automatic control gate dan mesin jualan tiket layan diri di stesen-stesen berkaitan.
Manakala bagi Prasarana Malaysia Berhad, inisiatif open payment system merupakan langkah strategik untuk memodenkan sistem kutipan tambang melalui penyediaan ekosistem pembayaran terbuka yang menyeluruh bagi perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid Rail dan Rapid Bus. Pelaksanaan ini merangkumi rangkaian pengangkutan awam Prasarana di Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Antara kaedah pembayaran yang akan disokong oleh sistem ini termasuklah penggunaan kad MyDebit, kad kredit dan debit antarabangsa berasaskan ENV iaitu Visa, Mastercard American Express, Union Pay, JCB dan lain-lain.
Pembayaran tanpa sentuh (contactless payment) menggunakan peranti NFC, dompet digital— mobile wallet seperti Apple Pay, Google Pay, Samsung Pay, AliPay dan platform e-dompet yang lain yang diluluskan. Kod QR termasuk tiket QR dan pembayaran QR yang berkaitan serta kad Touch ‘n Go dan medium pembayaran lain yang diluluskan pada masa hadapan.
Projek ini kini berada pada peringkat akhir proses perolehan dan penilaian dan keputusan dijangka dapat dimuktamadkan pada penghujung tahun ini. Garis masa pelaksanaan mengambil masa yang panjang untuk memastikan pematuhan penuh Prasarana terhadap tatacara serta prosedur operasi standard perolehan dalaman bagi memastikan proses perolehan dilaksanakan secara telus, berdaya saing, berlandaskan prinsip tadbir urus terbaik serta memberikan nilai optimum kepada kerajaan dan pengguna pengangkutan awam.
Selaras dengan keperluan tersebut, proses penilaian teknikal, komersial dan kelulusan berkaitan sedang dimuktamadkan sebelum penganugerahan kontrak dibuat. Sejurus projek dimulakan, pelaksanaannya akan dijalankan secara berfasa.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Perkhidmatan rel Rapid KL, sebanyak 30 peratus daripada peralatan akses penumpang dan kutipan tambang di setiap stesen dijangka menyokong pembayaran terbuka dalam tempoh 12 bulan pertama selepas tarikh mula projek. Manakala, pelaksanaan penuh meliputi keseluruhan rangkaian rel disasarkan selesai dalam tempoh 30 bulan. Manakala perkhidmatan Rapid Bus Lembah Klang, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka dijangka siapkan sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan selepas tarikh mula projek.
Inisiatif ini membolehkan para pengguna menikmati kemudahan pembayaran yang lebih moden, pantas dan selamat menggunakan kad perbankan, dompet digital serta kaedah pembayaran elektronik lain tanpa bergantung kepada satu platform pembayaran sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Wangsa Maju. Soalan tambahan.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Tan Sri Speaker, izinkan saya untuk mengumumkan— Wangsa Maju mewakili Tampin mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 6 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Gemas, Negeri Sembilan seramai 47 orang diketuai oleh Cikgu Zaini binti Mohamad Yusuf. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Kita memang segala usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam adalah diharapkan dan disangkakan ia dapat dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan segala kemudahan awam perlu ditingkatkan secepat yang mungkin.
Pada tahun 2023, telah juga diumumkan dalam Dewan ini bahawa pelaksanaan itu disasarkan untuk bas pada akhir tahun 2024 dan untuk rel pada Ogos 2025. Jadi, proses perolehan itu telah begitu lama tertangguh. Soalan saya, apakah punca kelewatan proses perolehan perkhidmatan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru dari Negeri Sembilan, dari Tampin. Selamat datang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari segi proses perolehan itu dia bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. Proses perolehan ini ialah di bawah Prasarana. Sudah tentu apa sahaja proses perolehan itu melalui proses dalaman Prasarana. Dia ada jawatankuasa perolehannya, dan selepas itu perlu diluluskan di peringkat Lembaga Pengarah dan sebagainya.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, dari segi kelewatan dia kerana tender pertama itu tidak dianugerahkan.
Jadi, ada proses re-tender. Jadi, itu mengambil masa. Mungkin ada isu-isu dalaman yang Kementerian Pengangkutan tidak terlibat dan tidak mencampuri urusan tender dalam Prasarana. Jadi, Prasarana ada kebebasan dari segi proses membuat tender dan perolehan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak Prasarana juga. Jadi, kelewatan itu sebab ada proses re-tender. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan di dalam soalan tambahan ini berkenaan dengan tiket bas ekspres yang akan dijual di terminal berlesen APAD sebagaimana yang dikeluarkan kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri bermula daripada 1 November ini.
Soalan saya, sejauh mana jaminan kerajaan terhadap beberapa aspek.
Yang pertama, pengurusan baru itu dijamin lebih baik dalam bab laman web yang lebih advance, QR boarding dan kelancaran jualan.
Yang kedua, tidak merugikan syarikat pengusaha bas ekspres terutama kos pembinaan laman web yang dibina sebelum daripada ini dan juga komisen tiket yang dianggarkan kurang lebih RM5 untuk satu tiket.
Dan yang ketiga, kerajaan seolah-olah menyekat persaingan sihat yang berlaku sebelum ini, di mana bas ekspres yang sekali gus memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan memberi keuntungan kepada pelanggan. Dan saya faham bahawa tiket yang dijual dalam talian melalui OTA ini yang dikendalikan oleh syarikat luar, syarikat asing. Itu saya setuju kalau disekat syarikat asing ini, mengambil keuntungan di dalam negara kita dan mereka tidak bertanggungjawab. Itu saya setuju.
Cuma yang baru ini, saya nak tanya sejauh mana jaminan kerajaan akan memberi jaminan begitu juga berkenaan dengan kelewatan bayaran kepada syarikat bas. Kemungkinan akan berlakulah kalau penjualan tiket ini dibuat secara rasmi di kaunter yang rasmi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Yang pertamanya saya ucap terima kasih kerana setuju kita sekat OTA. Itu pertama. Memang OTA itu kita tahu dia berpangkalan di luar negara. Dan sekarang ini pembelian tiket-tiket bas ini kebanyakannya dia bukan melalui portal syarikat bas pun, melalui OTA yang berbagai platform.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, OTA-OTA ini yang pertamanya dia tak ada syarikat pun kat Malaysia.
Kalau apa-apa berlaku, pembayaran tidak diberikan kepada syarikat bas dan sebagainya, kita nak cari dia kat mana. Dia punya ibu pejabat kat luar negara. Dan komisen dia yang terima. Dia terima sebab dia jual tiket melalui online dia, tetapi tak ada apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh OTA ini.
Jadi, ini yang di apa ni— aduan diberikan oleh pihak terminal. Terminal menyediakan prasarana untuk menyediakan satu tempat supaya penumpang dapat menaiki dan turun bas itu dengan selamat. Segala perbelanjaan itu oleh pihak terminal. Utiliti dan sebagainya. Jadi, kerajaan tidak lagi menampung kos untuk terminal termasuk di TBS— di Terminal Bersepadu Selatan. Jadi, dia kata dia perlu ada satu model untuk menerima sedikit pulangan untuk membiayai kos mereka. Jadi, dia perlu juga untuk ada proses penjualan tiket. Diminta supaya diberikan peluang untuk mereka jual tiket melalui platform mereka.
Jadi, itu yang berlaku. Jadi, untuk syarikat-syarikat bas tidak ada apa-apa kerugian kerana mereka sekarang ini jual melalui OTA. Yang kita nak ubah mengalirnya ialah dia penjualan tiket itu melalui portal terminal bas. Itu sahaja supaya komisen itu diperolehi oleh pihak terminal, bukannya oleh OTA. Itu beza dia.
Tuan Loke Siew Fook
Dari segi dia punya caj, dia punya komisen dan sebagainya, sudah tentu kita akan memantau dan dia tidak melebihi apa yang dikutip oleh OT. Malah, apa yang dijanjikan kepada pihak kerajaan ialah caj yang dikenakan kepada syarikat bas ini ataupun komisen lebih rendah daripada OT supaya memberikan lebih banyak pulangan kepada syarikat bas.
Jadi saya rasa tidak ada apa-apa kerugian kepada pihak syarikat bas. Kalau mereka sudah ada dia punya website dan sebagainya, dia boleh integrate dengan pihak terminal. Tidak menjadi masalah. Jadi cuma ada sedikit pertimbangan komersial lah di antara pihak syarikat bas dengan pihak terminal. Sebab pihak terminal juga perlu ada pulangan untuk memastikan mereka punya terminal itu dapat dibiayai, dapat di selenggara dengan baik dan sebagainya.
Jadi kita harap ini win-win situation dan apa yang penting ialah kita tidak lagi menggalakkan pengguna menggunakan OTA, kerana OTA ini dia kadang-kadang dah jual tiket, tetapi apabila bas itu tidak berjalan dan sebagainya pihak terminal perlu menanggung kosnya kerana dia akan perlu ada lebih ramai yang akan menunggu di terminal bas dan sebagainya.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi dari segi dia punya pertimbangan adalah pertimbangan komersial. Is antara business to business. Pihak terminal dengan syarikat bas. Kerajaan akan memantau. Poin Yang Berhormat bangkitkan itu sangat penting. Apakah kalau tidak pihak terminal memberikan bayaran itu kepada pihak syarikat bas dalam tempoh yang ditentukan. Kalau itu berlaku sudah tentu pihak syarikat bas boleh membuat aduan kepada pihak APAD.
APAD akan melihat kepada terminal dan memastikan terminal membuat pembayaran. Memang keadaan macam itu pernah berlaku dan kita pernah intervene dalam banyak kes itu. Jadi itu dan dia bukan lagi melalui kaunter. Kaunter hanya salah satu option, tetapi juga boleh melalui online. Terminal bas ini juga boleh membuat portal-portal mereka supaya penjualan tiket secara online kepada penumpang juga dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. seterusnya saya menjemput Ir. Ts.
Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 4.
4. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, status terkini permohonan peruntukan RM8 juta bagi menaik taraf jalan crusher run sepanjang 3.5 kilometer ke Kilang Sawit FELCRA Jayaputra, Damak, Jerantut, termasuk status kelulusan, peruntukan dan jangkaan pelaksanaan projek tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Nombor 4. Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, FELCRA Berhad telah merancang untuk menaik taraf jalan masuk sepanjang 3.5 kilometer yang menghubungkan Jalan Persekutuan— Benta-Jerantut ke Kilang Sawit FELCRA Jayaputra–Damak– Jerantut, Pahang.
Perancangan menaik taraf ini telah bermula pada tahun 2023 di mana kerja- kerja ukur, penandaan sempadan jalan telah disempurnakan oleh Juruukur Tanah Malaysia. Laluan tersebut merupakan akses utama yang digunakan lebih daripada 20 tahun untuk ke kilang sawit serta ke kebun dan kampung-kampung berdekatan.
Kos keseluruhan bagi pelaksanaan projek ini adalah sebanyak RM8 juta.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
FELCRA Berhad telah mengemukakan permohonan peruntukan projek ini di bawah RMK13 dengan sokongan KKDW dan telah melalui sesi libat urus bajet bersama KKDW dan Kementerian Kewangan pada 28 September 2026 yang lalu.
Dalam pembentangan Belanjawan 2027, kerajaan hanya meluluskan kos projek sebanyak RM4 juta, daripada RM8 juta yang dipohon dengan siling peruntukan bagi tahun 2027 hanya RM1 juta. Baki kos sebanyak RM4 juta akan ditanggung oleh FELCRA Berhad melalui sumber dalaman.
Projek dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh empat tahun dengan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat mengikut RP2 hingga RP5 bermula Mei 2027 tertakluk kepada pematuhan tatacara kewangan, perolehan dan kelulusan teknikal yang diperolehi.
Justeru, pelaksanaan projek menaik taraf jalan ini amat penting bagi memastikan kelancaran operasi, keselamatan pengguna dan juga kesejahteraan masyarakat setempat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya membangkitkan perkara ini pada sidang yang lepas dan dijawab secara bertulis oleh pihak kementerian dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian atas usaha dan komitmen pihak kementerian kerana bila dikatakan ia bermula pada 2023, ia hanya baru diluluskan peruntukannya pada tahun ini. Jadi, agak panjang masanya dan selama itulah rakyat saya di Jerantut ini menghadapi dengan masalah debu sekiranya berlaku kemarau dan kalau hujan, lecak dan licin. Dia berbahaya kepada penduduk di kawasan sekitar.
Jadi bila kita dengar jawapan tadi, soalan saya kepada pihak kementerian, oleh kerana dia melibatkan masa yang panjang dan dilaksanakan secara berperingkat, jadi boleh tak pihak kementerian maklumkan kepada kami, apakah keutamaan, manakah jalan keutamaan yang akan dibuat dahulu? Pertama.
Dan yang kedua ialah, dalam keadaan berperingkat itu, pastinya jalan itu tetap terus rosak. Jadi apa intervensi pihak kerajaan dan juga FELCRA untuk memastikan perkara ini dapat diperbaiki terlebih dahulu sebelum dilaksanakan projek ini secara sepenuhnya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Jerantut atas soalan tambahan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Mengacau ini.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Untuk makluman Yang Berhormat, jalan ini secara keseluruhannya kita akan laksanakan sepenuhnya dengan peruntukan yang kita anggarkan sebanyak RM8 juta yang mana kos kerajaan adalah RM4 juta dan RM4 juta lagi kita gunakan sumber dalaman FELCRA Berhad sendiri.
Dan jalan ini akan kita buat berfasa-fasa Yang Berhormat, dan jalan yang kita buat adalah jalan konkrit secara berfasa-fasa, yang kita buat dalam tempoh empat tahun lah. Maksudnya fasa pertama, fasa kedua, yang mana kita jangkakan dalam satu kilometer yang berjumlah dalam lingkungan— di peringkat asas RM2 juta itu untuk satu kilometer, satu kilometer, satu kilometer— ini dalam perancangan kita, Yang Berhormat.
Dan insya-Allah, jalan yang rosak ataupun sepanjang tempoh pelaksanaan berkenaan, FELCRA akan membuat kerja-kerja naik taraf. Maksudnya kita akan sentiasa memastikan jalan itu selamat untuk digunakan bukan sahaja ke kilang oleh— dan juga penduduk-penduduk setempat di kawasan berkenaan sehingga jalan ini siap sepenuhnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. KKDW telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM499.7 juta untuk 102 projek jalan di luar bandar di Sabah, di bawah Rolling Plan Kelima, RMK12 pada tahun 2025.
Soalan saya, sehingga tahun 2026, berapakah projek jalan luar bandar yang telah siap sepenuhnya? Berapa perbelanjaan sebenar yang telah digunakan apabila langkah intervensi dalam mengatasi projek yang mengalami kelewatan berbanding jadual asal? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Libaran atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan ini secara bertulis memandangkan saya tidak ada figure, tak ada statistik ataupun tidak ada jumlah bersama-sama saya berkaitan dengan jalan luar bandar di negeri Sabah. Saya akan menjawab sebaik sahaja tamat ataupun habis sesi ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato Henry Sum Agong, Lawas.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Selamat pagi dan terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Dato Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Kesihatan menyatakan, berapa buah klinik baharu yang akan dilaksanakan/dibina bagi menggantikan bangunan lama dan uzur di Daerah Lawas.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua.
Untuk makluman, terdapat sembilan buah klinik kesihatan di Daerah Lawas.
Daripada jumlah tersebut, tiga buah klinik telah diluluskan untuk pembinaan iaitu projek pembinaan Klinik Kesihatan Lawas (Jenis 3) dengan kos keseluruhan RM29.5 juta, dijangka serah kepada KKM oleh agensi pelaksanaan JKR Sarawak pada bulan Disember 2026.
Ia dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2027. Setelah siap klinik ini akan menawarkan perkhidmatan kesihatan tambahan, radiologi, pergigian dan rehabilitasi, fisioterapi dan occupational therapy.
Klinik kesihatan ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan empat unit kuarters. Projek pembinaan Klinik Kesihatan Kuala Lawas sedia ada dengan kos keseluruhan RM8.21 juta akan dinaik taraf mengganti infrastruktur bangunan dahulu.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Projek ini dalam fasa pembinaan, telah bermula pada bulan Julai 2026 dengan tempoh pembinaan 18 bulan dan dijangka siap pada Januari 2028. Klinik kesihatan ini akan ditambah baik bilik kecemasan dan tiga bilik rawatan serta empat unit kuarters.
Manakala projek bina baru Klinik Kesihatan Ba’kelalan Jenis 7, dengan kos keseluruhan RM14.8 juta juga dalam fasa prapelaksanaan di mana dalam proses tender dengan tempoh pelaksanaan 18 bulan dan dijangka siap pada tahun 2028.
Setelah siap, klinik kesihatan ini mengekalkan perkhidmatan rawatan pesakit luar serta ibu dan anak dan apabila siap nanti, akan ditambahkan bilik kecemasan, tiga bilik rawatan dan empat unit kuarters.
Selain itu lima buah klinik kesihatan lagi telah dikenal pasti dalam Pelan Induk KKM untuk cadangan pembinaan gantian pada masa hadapan iaitu Klinik Kesihatan
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Long Semado, Merapok, Sundar, Tang Lapadan dan Trusan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Lawas.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Lawas. Soalan tambahan.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri di atas penjelasan yang diberikan dan juga terima kasih di atas kelulusan klinik-klinik baharu.
Tan Sri Yang di-Pertua, kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan di klinik-klinik desa luar bandar amat memberi makna kepada penduduk. Oleh itu, di kawasan luar bandar seperti yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi, terdapat klinik-klinik yang perlu dinaik taraf seperti klinik yang disebutkan tadi, Ba’kelalan, yang didirikan di suatu tempat yang rendah, mengalami banjir apabila musim hujan.
Sementara itu, klinik di Merapok yang juga disebutkan tadi di sempadan dengan Sipitang, Sabah dan di Trusan yang lama dan uzur, perlu juga dinaik taraf secepat yang boleh. Selain itu, juga disebutkan tadi, Long Semado ini dan Long Sukang, selain daripada bangunan, memerlukan tempat tinggal untuk para pegawai kerana ada yang terpaksa berulang-alik ke Lawas disebabkan tidak ada penempatan.
Sehubungan itu, saya ingin memohon kepada Kementerian Kesihatan. Ini yang disebutkan oleh Menteri tadi, mempertimbangkan— oh, ini tidak. Pemasangan sistem tenaga solar di ketiga-tiga klinik tersebut iaitu Ba’kelalan, Long Semado dan Long Sukang, untuk menggantikan penggunaan genset yang memakan kos tinggi.
Saya rasa seperti yang disebutkan dalam bajet, Tan Sri Yang di-Pertua, klinik di Sundar itu perlu dipindah, yang saya bangkit dalam perbahasan bajet itu hari. Perlu dipindah dengan cepatnya kerana sering mengalami banjir semasa hujan. Saya rasa itu sahaja, Tan Sri. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, panjang soalannya, Menteri. Menteri boleh jawab bertulis atau terus menjawab. Terpulanglah.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Lawas. Terima kasih, terutamanya untuk memberikan maklumat yang amat bermakna untuk mempertingkatkan perkhidmatan rakyat di kawasan Lawas. Kita akan mengambil maklum semuanya.
Sebenarnya saya pun telah melaksanakan Jelajah Kesihatan Borneo supaya kita dapat melihat dengan mata sendiri, memahami keadaan, bukan sahaja dalaman klinik, tetapi infrastruktur dan kekangan yang dihadapi. Maka dengan maklum balas seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Lawas, ia dapat memberikan
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
gambaran sebenarnya yang keperluan rakyat. Terima kasih, Yang Berhormat. Insya- Allah, kita akan mempertingkatkan keperluan itu dan ia adalah satu inisiatif yang saya sendiri telah memaklumkan bahawa apabila kita perlukan pembinaan dan naik taraf klinik, maka kuarters haruslah dimasukkan sekali kerana...
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
[Bangun]
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Memang sewajarnya dalam kawasan pedalaman, tidak mempunyai perkhidmatan kediaman untuk orang luaran kecuali kuarters. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lawas.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Soalan saya, adakah kementerian mempunyai pelan induk nasional bagi menaik taraf kesiapsiagaan hospital, klinik kesihatan dan klinik desa yang merangkumi keperluan peralatan perubatan, kekurangan pegawai kesihatan dan anggota kesihatan serta kapasiti perkhidmatan kecemasan khususnya negeri-negeri yang mempunyai kemudahan kesihatan yang terhad seperti Perlis.
Kalau tadi, Lawas. Perlis, cuma ada satu hospital di Kangar. Padang Besar pernah berapa kali dah diumumkan peruntukan sejak RMK9 tapi saya ingat sampai sekarang cuma kerajaan bina Klinik Kesihatan Padang Besar Jenis 3, yang beroperasi akhir 2023.
Apakah langkah peruntukan serta garis masa pelaksanaan di bawah RMK13 bagi memastikan facility kesihatan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik? Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila Menteri.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Yang Berhormat, insya-Allah saya akan memberikan jawapan bertulis kerana maklumat itu tak ada pada saya sekarang.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan Jeli nombor 6.
6. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, keberkesanan inisiatif kementerian memperkasa pelancongan berasaskan komuniti kawasan luar bandar di Kelantan, termasuk bantuan kewangan, pembangunan kapasiti pengusaha homestay, ekopelancongan serta strategi pemasaran. Apakah sasaran khusus kementerian untuk meningkatkan pendapatan
komuniti serta penyertaan mereka dalam pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih, soalan Yang Berhormat Jeli. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terus memperkasa pelancongan berasaskan komuniti di seluruh negara termasuk Kelantan melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM), pembangunan kapasiti pengusaha, promosi produk pelancongan serta kerjasama dengan kerajaan negeri dan komuniti setempat.
Setakat Ogos 2026, Kelantan mempunyai lapan kluster PPHM dengan 141 pengusaha berdaftar serta tujuh pemandu pelancong Hos Komuniti Setempat (HKS) berlesen. Pada tahun 2025, PPHM Kelantan merekodkan 11,358 pelancong dengan pendapatan sebanyak RM526,783.
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, seramai 7,208 pelancong direkodkan dengan pendapatan sebanyak RM376,451. Bagi meningkatkan kualiti dan daya saing produk pelancongan komuniti, MOTAC memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti pengusaha, penambahbaikan kemudahan homestay serta promosi produk ekopelancongan, budaya, warisan, makanan tempatan dan seni kraf.
Dari segi pemasaran, promosi akan terus dipergiat bagi meluaskan capaian pasaran domestik dan antarabangsa serta menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati pengalaman pelancongan berasaskan komuniti. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan permintaan terhadap produk tempatan, menambah pendapatan pengusaha dan memperluas peluang ekonomi kepada komuniti luar bandar.
Keberkesanan usaha ini akan terus dipantau berdasarkan jumlah pelancong, pendapatan pengusaha dan perkembangan pasaran pelancongan komuniti. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita melihat kepada data yang saya perolehi melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia di Kelantan ini iaitu kalau mengikut data pada Januari hingga 2025 di bawah program PPHM ini, mencatatkan kehadiran pelancong asing terlalu sikit, berbanding dengan pelancong domestik iaitu satu sahaja iaitu daripada Januari hingga 2025. Hanya seorang pelancong asing sahaja yang menginap di homestay ini.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Jadi, berbagai inisiatif yang dibuat oleh kerajaan, MOTAC. Saya nak tahu kenapakah kadar pelancong asing ini begitu sedikit dan begitu tidak mendapat galakan untuk mereka duduk di homestay yang ada Kelantan ini?
Yang keduanya ialah berkenaan dengan geran. Adakah kementerian bersetuju untuk mewujudkan satu mekanisme atau bimbingan one-stop centre iaitu untuk membantu semua pengusaha-pengusaha kecil luar bandar ini dengan mengajar menyediakan dokumen, memenuhi syarat pembiayaan dan membuat permohonan geran supaya kekangan birokrasi serta kurang maklumat, kurang maklumat.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Kita hendak supaya maklumat ini sampai kepada pengusaha di luar bandar ini agar pengusaha-pengusaha ini tidak tercicir daripada mendapat geran ataupun kemudahan daripada pihak kerajaan. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih di atas soalan tersebut. Betul Yang Berhormat, untuk angka yang diberikan oleh Yang Berhormat. Kalau satu pelancong asing itu adalah untuk merujuk kepada bulan Mei sahaja, bukan Januari hingga Mei.
So— tetapi betul, saya setuju bahawa kita perlukan lagi usaha yang lebih tinggi untuk kita terus membawa masuk pelancong asing, khususnya ke kawasan tersebut.
Dan tidak dinafikan bahawa selain pelancong asing, pelancong tempatan juga agak penting untuk kita terus mengambil berat untuk mereka datang ke pelbagai tempat di negara kita. Umpamanya di Kelantan, satu-satu homestay yang agak berjaya adalah Homestay Jelawang, Kuala Krai yang berhampiran dengan Air Terjun Gunung Stong, yang menjadi tarikan pelancong ke Kelantan.
Mungkin YPDR tahu. Homestay ini telah merekodkan pendapatan tertinggi di Kelantan pada tahun 2025, sebanyak lebih daripada RM300,000 satu homestay sahaja, dengan kehadiran pelancong sebanyak RM8,704 orang.
Untuk cadangan kepada Yang Berhormat untuk kita terus meningkatkan pemasaran ke peringkat antarabangsa, MoTAC melalui Tourism Malaysia akan terus memasarkan tempat-tempat homestay tersebut melalui pemasaran digital bersasar dan juga menganjurkan program suai kenal (familiarisation trip) untuk membolehkan pempengaruh (influencer) untuk mendapatkan pengalaman kehidupan kampung, seni warisan budaya dan keindahan tempatan. Kami percaya dengan ini akan meningkatkan visibility di antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Timbalan Menteri MoTAC. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Jeli tadi, yang mana dalam usaha kita hendak mempertingkatkan visibility PPHM ini, dia tidak boleh hendak stand alone untuk soal pemasaran dan sebagainya.
Dia perlukan banyak kolaborasi dengan agensi-agensi yang berkaitan, termasuk dengan pihak swasta.
Maka, saya ingin bertanya kepada Menteri. Kita tak boleh hendak bergantung hanya kepada pengusaha homestay, tetapi apakah kolaborasi yang telah diwujudkan untuk memastikan kita boleh meningkatkan lagi program ini merentasi kementerian- kementerian yang berbeza ataupun pihak swasta? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Saya setuju dengan Yang Berhormat Gopeng bahawa kita perlukan kolaborasi merentas— bukan sahaja merentas kementerian, tetapi juga dengan kerajaan negeri, PBT dan juga pengusaha-pengusaha industri seperti pengusaha homestay yang saya jelaskan tadi, yang mana telah menjadi satu kajian kes yang sangat berjaya di Kelantan, yang kita boleh uar-uarkan kepada pengusaha homestay lain sebagai panduan mereka.
Untuk kolaborasi dengan kementerian-kementerian lain, memang kita— MoTAC sentiasa kolaborasi dengan kementerian seperti KUSKOP dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk kita memberi kesedaran kepada pengusaha homestay bagi menyertai koperasi yang mampu untuk meningkatkan daya saing mereka dan juga mendapatkan geran-geran sokongan yang terdapat di bawah Suruhanjaya Koperasi.
Begitu juga kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mendedahkan kepada pengusaha homestay tentang program- program agropelancongan supaya pengusaha homestay ini juga dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui Program Agropelancongan dan juga melayakkan mereka untuk mendapatkan bantuan di bawah agropelancongan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Akhir sekali, kita juga sentiasa bekerjasama dengan KUSKOP dan juga kementerian lain untuk kita menawarkan latihan-latihan industri kepada pengusaha- pengusaha homestay supaya mereka akan terus meningkatkan daya saing dan mendapat lebih banyak pendapatan untuk mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tan Sri Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, justifikasi utama pengenalan MyKad Generasi Baharu serta sejauh mana peningkatan ciri keselamatan, teknologi cip dan sistem pengesahan identiti pada MyKad baharu ini dapat membanteras pemalsuan, pengklonan dan penyalahgunaan identiti rakyat, di samping memastikan keselamatan data peribadi rakyat sentiasa terpelihara.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Batang Lupar.
Untuk makluman Yang Berhormat, pengenalan Mykad generasi baharu merupakan langkah kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara untuk menggantikan Mykad struktur baru yang telah diperkenal lebih 20 tahun lalu, seterusnya memperkukuhkan keselamatan dokumen pengenalan diri, negara selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran keselamatan semasa. Mykad generasi baru mempunyai 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada kad sedia ada. Antara ciri keselamatan tersebut ialah:
(i) hologram keselamatan dinamik;
(ii) transparent window;
(iii) elemen ultra ungu;
(iv) teks mikro; dan
(v) ukiran laser yang meningkatkan tahap kesukaran untuk dokumen tersebut dipalsukan atau diubahsuai.
Kod QR penguatkuasaan turut disediakan bagi menyokong keperluan pengesahan dan penguatkuasaan. Yang Berhormat, selain itu, Mykad generasi baharu menggunakan cip dengan tahap inskripsi yang dipertingkatkan cip antara muka dwifungsi bagi menyokong pengesahan identiti yang lebih kukuh dan selamat.
Penambahbaikan ini sebenarnya dapat meningkatkan ketulenan dokumen dan mengurangkan risiko penyalahgunaan serta percubaan untuk mengklon atau manipulasi maklumat pada dokumen pengenalan ini.
Yang Berhormat, dari aspek sistem pengesahan identiti, peningkatan ciri fizikal dan teknologi cip tersebut turut disokong oleh mekanisme dan prosedur,
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
pengesahan identiti serta kawalan pengeluaran Mykad oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Jadi, gabungan ciri-ciri keselamatan, teknologi cip dan kawalan pengeluaran ini meningkatkan tahap kesukaran untuk memalsukan, mengubahsuai atau menggunakan Mykad secara tidak sah, di samping membolehkan ketulenan dokumen dan identiti pemegang disahkan dengan lebih berkesan.
Dalam aspek perlindungan data peribadi Yang Berhormat, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan maklumat pemegang Mykad, pengurusan penyimpanan akses kepada maklumat peribadi serta tertakluk kepada kawalan keselamatan, prosedur operasi serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Antaranya, melalui pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan maklumat
(ISMS) yang mematuhi piawaian ISO/IEC7001 bagi memperkukuh pengurusan keselamatan maklumat dan perlindungan data. Langkah ini sebenarnya bertujuan memastikan maklumat peribadi rakyat dilindungi dan akses atau penggunaan yang tidak dibenarkan.
Yang Berhormat, secara keseluruhannya, pengenalan MyKad generasi baharu merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan ketulenan dokumen pengenalan diri negara, memperkukuhkan identiti serta mengurangkan risiko pemalsuan dan mengklon MyKad. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.
Tan Sri Speaker, semalam dilaporkan bahawa 36 orang pekerja kilang warga negara asing di Pasir Gudang yang ditahan dalam Ops Jejak 1.0 kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan orang lain. Malah, ada yang menyewakan MyKad kepada warga asing yang majoritinya dari Indonesia dan Filipina itu pada kadar hanya RM100.
Walaupun MyKad generasi baharu ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, ia mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah, di mana rakyat kita sendiri tergamak menjaja dokumen pengenalan diri mereka yang sah untuk digunakan oleh pendatang asing.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Soalan saya Tan Sri Speaker. Apakah perancangan pihak kementerian yang melibatkan rentas agensi untuk menangani masalah ini? Adakah undang-undang yang sedia ada mempunyai bidang kuasa untuk menangkap dan mendakwa kedua- dua pihak serta apakah hukuman yang akan dijatuhkan jika didapati bersalah?
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Tan Sri, JPN— kita melalui bahagian penguatkuasaan, kita memainkan peranan penting dalam memelihara integriti negara, pendaftaran dan keselamatan dokumen ini.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Pelaksanaan Ops Jejak 1.0 yang melibatkan penahanan 36 orang pekerja kilang warga asing yang dimaksudkan tadi ini memperlihatkan kepentingan tindakan penguatkuasaan yang berterusan dan bersepadu dalam membanteras penyalahgunaan kad pengenalan palsu ini.
Operasi tersebut turut memberi perhatian kepada kemungkinan penglibatan pemilik kad pengenalan asal, Yang Berhormat, yang barangkali disyaki menyewa atau menyerahkan kad pengenalan mereka kepada warga asing untuk tujuan-tujuan pekerjaan. Operasi ini dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, oleh Jabatan Imigresen dan juga JPK― ini di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Sehubungan itu, Yang Berhormat, JPN terus kita memperkukuhkan sistem perisikan kita, operasi siasatan dan meningkatkan kerjasama antara agensi bagi perkara-perkara berkaitan penguatkuasaan supaya setiap dokumen pengenalan diri digunakan secara sah.
Untuk makluman, bagi tempoh tahun 2022 hingga September 2026, pencapaian aktiviti penguatkuasaan JPN adalah seperti berikut― 4,174 operasi telah kita laksana; 1,868 tangkapan dan pendakwaan telah direkodkan.
Statistik kesalahan di bawah undang-undang Pendaftaran Negara bagi tempoh 2022 hingga September 2026, JPN menunjukkan jumlah kesalahan yang direkodkan adalah seperti berikut. Iaitu, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN 1990)― 1,191 kes. Melalui Akta Kelahiran dan Kematian [Akta 255]― 669 kes.
Dan untuk makluman, tindakan penguatkuasaan penyalahgunaan kad pengenalan dilaksanakan berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasalah. Jadi, sebab itu antara individu yang memiliki atau menggunakan MyKad palsu boleh
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
dikenakan tindakan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990, tertakluk kepada fakta kes dan elemen kesalahan yang dapat dibuktikan.
Penting saya nak maklumkan. Sementara itu, kegagalan membawa atau mengemukakan MyKad semasa pemeriksaan, jika memenuhi elemen kesalahan yang ditetapkan, boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 25(1)(n) PPN 1990.
Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan berkaitan tertakluk kepada peruntukan khusus yang terpakai adalah penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita sering mendengar penambahbaikan, pengubahsuaian kepada banyak sistem terutama dalam dunia digital ini merentas kementerian, bukan KDN sahaja, seperti MyKad, SARA, MyEG dan lain-lain. Yang pasti, penyedia sistem ini mendapat duitlah. Mereka dah dapat wang berjuta-juta ringgit. Namun demikian, penyelewengan dan penipuan terus berlaku.
Jadi, soalan saya, berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan dalam penyediaan sistem MyKad yang baharu ini? Berapakah kerugian yang telah dialami oleh kerajaan akibat penipuan dan penyelewengan dalam penggunaan MyKad di negara kita sebelum kita perkenalkan MyKad baru ini?
Dan apakah bentuk audit keselamatan bebas yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan supaya kita memperkenalkan MyKad baru ini, tetapi penyelewengan tidak terus berlaku? Bahkan, kadang-kadang peningkatan semakin berlaku dalam pengenalan pada sistem-sistem baru yang diperkenalkan oleh kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tan Sri, berkaitan dengan kos dan kerugian, saya tak ada data di sini. Ini boleh saya kongsi secara bertulis, Yang Berhormat.
Namun demikian, bagi menangani ancaman penyalahgunaan identiti negara secara berkesan ini, Yang Berhormat, JPN terus memberi penekanan kepada langkah-langkah tertentu. Antaranya ialah kita perkukuhkan keupayaan risikan dan pengesanan terhadap kegiatan pemalsuan serta penyalahgunaan dokumen pengenalan diri, meningkatkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan oleh JPN
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
sendiri atau bersama dengan agensi lain, dan tentunya kita mengadakan kerjasama strategik dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan dan pihak- pihak lain.
Secara keseluruhannya, Yang Berhormat, boleh saya sebutkan di sini, usaha penguatkuasaan JPN ini merupakan komponen penting dalam ekosistem keselamatan negara khususnya dalam memastikan ketulenan dokumen pengenalan diri, mencegah penyalahgunaan identiti, memelihara integriti sistem pendaftaran negara. Ini sangat penting. Pelaksanaan tindakan yang berterusan dan kerjasama rentas agensi akan terus diperkukuh, dilaksana.
Dan sudah tentu penguatkuasaan bukan semata-mata, Yang Berhormat, mengambil tindakan selepas kesalahan berlaku. Saya nak sebut sini, tetapi turut juga berperanan untuk mencegah dan mengesan awal tahap penyalahgunaan identiti dan dokumen pengenalan diri.
Bagi tempoh 2022 hingga September 2026, berikut adalah aktiviti penguatkuasaan yang kita laksana. Sebanyak 4,174 operasi telah kita buat.
Sebanyak 1,868 tangkapan telah kita rekodkan.
Saya nak sebut bagi tempoh 2022 hingga September 2026, berikut adalah statistik bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa tindakan-tindakan telah kita buat yang melibatkan pemalsuan kad pengenalan. Satunya, 449 pendakwaan melibatkan kad pengenalan palsu.
Yang kedua ialah 128 pendakwaan melibatkan kad pengenalan orang lain.
Jumlah keseluruhan adalah 577 pendakwaan di bawah Peraturan 25(1)(e) PPN 1990. Ini menunjukkan bahawa betapa serius kita mengambil tindakan terhadap isu- isu yang dibangkitkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 8.
8. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, tindakan diplomatik dan kerjasama yang telah diambil kerajaan bersama Kerajaan Indonesia bagi mengurangkan risiko jerebu merentas sempadan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Berhormat Kuala Kangsar. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI, salam sejahtera.
Jika diizinkan Tan Sri Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan sebelum menjawab soalan untuk mengalu-alukan kehadiran di Dewan kita pada pagi ini adalah pelajar-pelajar Tingkatan 6 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga, Daerah Tangkak, Parlimen Ledang.
[Tepuk] 33 orang pelajar, lapan orang guru yang diketuai oleh Cikgu Mohd Azmi bin Arifin, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 sekolah. Terima kasih kerana hadir dan timing yang sangat cantiklah.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala dengan Kerajaan Republik Indonesia untuk menangani isu jerebu merentas sempadan secara berkesan. Kerjasama ini dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu pertama, pengukuhan diplomasi serantau; yang kedua, penyelarasan bantuan operasi; dan yang ketiga ialah kerjasama strategik jangka masa panjang.
Berkaitan dengan pendekatan pertama, Malaysia dan Indonesia akan terus berkerjasama melalui Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan ataupun ASEAN Agreement Transboundary Haze Pollution (AATHP) sebagai mekanisme utama dalam memperkukuhkan langkah pencegahan, pemantauan dan tindak balas terhadap kejadian jerebu selaras dengan aspirasi ASEAN bebas jerebu menjelang 2030.
Komitmen ini kita perkukuhkan lagi melalui mesyuarat ke-27 Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) mengenai pencemaran jerebu merentas sempadan di Bali, Indonesia pada Julai 2026. Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan dua hala bagi meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi kebakaran hutan dan tanah khususnya susulan perkembangan fenomena El Nino.
Dan seterusnya pada 24 Ogos 2026, satu perbincangan melalui panggilan telefon telah diadakan bersama Menteri Lingkungan Hidup Republik Indonesia untuk memperkukuh tindakan pencegahan, pemadaman awal kebakaran serta penyelarasan bantuan antara kedua-dua negara.
Berkenaan pendekatan kedua iaitu tindakan diplomatik dan penyelarasan bantuan operasi, sebagai langkah segera, Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah termasuk melalui operasi pemadaman kebakaran dari udara ataupun water bombing, penggunaan
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
pesawat amfibi serta operasi pembenihan awan. Tawaran bantuan ini telah dikemukakan secara rasmi kepada Kerajaan Indonesia pada 9 September 2026 lagi.
Selain itu, Kerajaan Indonesia juga turut memberikan persetujuan rasmi melalui surat bertarikh 14 Ogos 2026 untuk penggunaan ruang udara negara sekiranya diperlukan untuk pelaksanaan OPA Malaysia di kawasan berhampiran sempadan kedua-dua negara.
Pada masa yang sama, di peringkat kepimpinan tertinggi juga telah ada hubungan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Presiden Republik Indonesia pada 12 September, juga susulan pertemuan di antara Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bersama Presiden Republik Indonesia pada 18 September.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Kerajaan Indonesia telah bersetuju menerima tawaran bantuan Malaysia bagi menangani kebakaran termasuk di Kalimantan dan Sumatera. Pada masa ini penyelarasan penghantaran bantuan sedang dilaksanakan melalui Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi-agensi yang berkaitan.
Pendekatan yang ketiga Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kangsar, ialah untuk kita tengok kerjasama strategi jangka masa panjang. Untuk memastikan masalah jerebu tidak terus berulang, Malaysia dan Indonesia turut bersetuju untuk meneroka kerjasama strategik melalui cadangan pemeteraian memorandum persefahaman ataupun MoU dalam bidang alam sekitar dan perubahan iklim.
Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada pencegahan kebakaran hutan dan tanah, perkongsian maklumat dan data pemantauan titik panas, pengurusan kawasan berisiko serta penyelarasan tindakan awal sebelum kebakaran merebak dan menyebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan kerajaan akan terus memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama erat dengan Republik Indonesia berteraskan semangat kejiranan, kebersamaan dan kebertanggungjawaban ASEAN.
Pendekatan ini bukan sahaja menumpu kepada tindakan segera ketika berlakunya jerebu, malah mengutamakan langkah-langkah pencegahan, kesiapsiagaan jangka panjang untuk melindungi kesihatan serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput— silakan Yang Berhormat.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat. Memandangkan isu jerebu rentas sempadan ini terus berulang meskipun pelbagai rundingan dua hala dan juga komitmen di peringkat ASEAN telah dilaksanakan, apakah indikator atau bentuk pemantauan yang digunakan oleh kerajaan untuk mengukur keberkesanan kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam pengurusan isu jerebu ini dan berapakah anggaran tempoh yang ditetapkan bagi memastikan komitmen diplomatik dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin?
Apakah insentif jangka panjang yang sedang dirunding oleh kerajaan bersama Indonesia dan negara-negara ASEAN untuk menangani punca berlakunya jerebu ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar atas soalan tambahan itu.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih, saya percaya bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat ini adalah datang juga daripada pelbagai pihak.
Sebenarnya ramai Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah bangkitkan dalam perbahasan masing-masing baru-baru ini, juga telah dibangkitkan dalam satu usul khas di bawah Peraturan Mesyuarat 18 baru-baru ini di Kamar Khas yang saya juga telah jawab.
Jadi saya rasa ini menunjukkan bahawa perkara ini perlu diambil tindakan yang serius. Justeru, saya ingin menjawab pertamanya berkenaan dengan indikator.
Bila kita sebut tentang indikator, apa bentuk pemantauan yang digunakan ini? Dia ada terkait dengan beberapa elemen penting iaitu pertama berkenaan dengan trend bilangan titik panas, keluasan kawasan yang terbakar, bilangan hari bacaan IPU pada tahap tidak sihat serta kekerapan dan tempoh episod jerebu. Ini semua adalah indikator untuk kita lihat dan kita menjadi sebagai kayu ukur.
Dari segi tempoh penyelesaian, Malaysia kekal komited terhadap visi ASEAN bebas jerebu menjelang 2030. Di bawah The Second ASEAN Haze-Free Roadmap yang memberi penekanan kepada pengurangan kejadian jerebu secara signifikan dan berterusan melalui pencegahan serta kawalan kebakaran hutan, tanah pertanian dan tanah gambut. Bagi langkah jangka masa panjang, Malaysia dan Indonesia sedang meneroka cadangan MOU sebagaimana yang saya sebutkan tadi untuk lihat dalam bidang alam sekitar perubahan iklim dan berkenaan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Di peringkat ASEAN pula, Malaysia telah pun mengemukakan dua inisiatif utama iaitu pertama Diplomasi Sains dan yang kedua Dana Jerebu Mampan.
Diplomasi Sains ini adalah untuk kita memperkukuhkan penggunaan data dan bukti saintifik dalam pengurusan jerebu. Bermakna dia mesti ada sandaran kepada data- data. Data-data itu membuktikan bahawa memang ada isu dan boleh ada jalan penyelesaiannya. Jadi agak penting untuk adanya Diplomasi Sains ini.
Dan ada Dana Jerebu Mampan untuk kita luaskan sumber pembiayaan, usaha-usaha pencegahan kebakaran dan pengurusan jerebu serantau. Maknanya ini bukan hanya di peringkat antara Malaysia dan Indonesia, tetapi untuk seluruh negara-negara ASEAN sama ada juga melibatkan Singapura dan lain-lain negara.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, perbincangan dan rundingan ini akan diteruskan dalam Mesyuarat Ke-21 Committee (COM) dan Conference of the Parties to the AATHP yang dijadualkan pada Disember 2026 di Vietnam. Ini akan dihadiri oleh Menteri-menteri alam sekitar untuk ASEAN.
Kesimpulannya, kerajaan akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Indonesia dan negara-negara ASEAN berteraskan semangat kebersamaan, ketanggungjawaban bersama, mengutamakan tindakan pencegahan.
Saya secara jujur merasakan bahawa ini bukan hanya sekadar soal hubungan diplomatik antara dua negara. Ini adalah soal hak rakyat untuk menikmati udara bersih, kesihatan awam, tanggungjawab korporat terhadap alam sekitar. Kita tidak boleh berpandangan bahawa diplomasi harus bermaksud kita berdiam diri ataupun untuk kita menerima keadaan yang berulang setiap tahun.
Diplomasi mesti menghasilkan tindakan yang boleh diukur, manakala tindakan penguatkuasaan mesti berasaskan bukti dan juga undang-undang. Insya- Allah kita harus kekal menjaga kehormatan, kedaulatan Indonesia, Malaysia dan semua negara dalam ASEAN tapi pada masa yang sama, kita juga harus bertindak untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia dalam pencemaran rentas sempadan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa kita dah tawarkan bantuan dan sekarang ini akan ada koordinasi, tapi saya ada baca berita juga Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa Kerajaan Indonesia telah mengatakan bahawa mereka
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
menangguhkan dahulu bantuan, penerimaan bantuan luar ini disebabkan mereka kata bahawa ini belum lagi dikategorikan sebagai bencana nasional.
Jadi saya tak faham apa yang Indonesia tengah tunggu sampai sekarang ini.
Kebakaran tengah marak ini. Yang penting adalah kita kena pastikan kebakaran itu kita padamkan dahulu, baru yang lain-lain kita nak MoU kah, kita nak buat benda lain, barulah kita boleh cerita, tapi saya tak faham kenapa mereka sampai sekarang kalau saya boleh guna perkataan ini degil untuk menerima bantuan luar ini, tapi tak apa Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak melihat ke hadapan.
Sudah tentu ada pihak-pihak yang menggesa untuk kita wujudkan satu akta jerebu rentas sempadan dan sebagainya yang mana secara prinsipnya memang ia satu perkara yang kita boleh terima, tapi pada masa yang sama kalau kita tengok di Singapura, Timbalan Menteri, mereka juga ada Transboundary Haze Pollution Act di situ sejak tahun 2014, tapi daripada 2014 sampai sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak ada satu entiti atau orang pun yang diambil tindakan.
Maknanya, di situ ada kelemahan dalam rang undang-undang ataupun undang- undang mereka.
Jadi, saya nak tahu kalau kita nak menggubal undang-undang ini di masa hadapan, apakah, adakah pertamanya kita akan buat langkah ini? Kedua, adakah kita akan melihat kelemahan-kelemahan yang ada dalam akta di Singapura untuk kita perbaiki apabila kita yang gubal akta ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bangi atas pandangan awal dan juga persoalan.
Berkenaan dengan, apakah kuasa perundangan boleh kita laksanakan sepertimana di Singapura? Jawapannya— memang boleh. Kalau kita nak lakukan, sebenarnya itu semua dalam ruang lingkup kuasa perundangan di bawah kerajaan dan juga diluluskan di peringkat Dewan ini.
Jadi tidak ada halangan kalau misalnya kita perlukan satu undang-undang itu, tetapi dalam mana-mana penggubalan akta, dia ada kaedah, dia ada mekanisme supaya perkara itu benar-benar menjadi satu keperluan boleh dilaksanakan dan akhirnya bertindak sebagai satu kaedah punitif ataupun hukuman dan tindakan undang-undang dapat dilaksanakan, tapi dalam hal ini cabaran utama sebenarnya dalam pelaksanaan undang-undang ialah pertamanya ialah keupayaan untuk kita
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
dapat bukti yang mencukupi, untuk kita tentukan punca cemaran dan pihak bertanggungjawab.
Perkara ini termasuk keperluan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi, koordinat kawasan kebakaran, pemilikan tanah, pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan serta bukti yang menghubungkan sesuatu kejadian kebakaran itu dengan pencemaran jerebu yang dialami. Jadi, ini memerlukan satu tindakan ataupun penelitian yang mendalam dan bagi saya maklumat sedemikian memang selazimnya adalah satu perkara yang mencabar.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Namun demikian, kita dapat lihat kepada contoh Singapura yang telah pun wujud agenda ataupun akta tersebut, tetapi adakah ianya benar-benar boleh menjadi satu halangan, cabaran? Nampaknya ianya menjadi satu halangan, tetapi saya juga percaya bahawa antara fungsi perundangan ialah untuk kita mewujudkan rasa ketakutan juga di peringkat mereka yang terlibat dalam apa-apa aktiviti pembakaran terutamanya apabila ia nya menjejaskan kesejahteraan dan kesihatan untuk bukan sahaja rakyat sendiri, negara sendiri, tetapi rakyat sempadan dan juga keseluruhan negara ASEAN.
Insya-Allah. Kita harus berusaha teruslah Tan Sri Yang di-Pertua, kerana perkara ini akan berulang kalau kita tidak dapat laksanakan satu mekanisme yang tuntas, tetapi kita percaya bahawa kita ada ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (AATHP), kita ada visi untuk bebas jerebu menjelang 2030, usaha- usaha diplomasi masih diteruskan, diplomasi sains, dana jerebu. Jadi, itu adalah usaha-usaha yang kita harap boleh memastikan kita dapat mengatasi jerebu rentas sempadan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Pang Hok Liong, Labis.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Labis nombor 9.
9. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, mengapa negara masih mencatatkan kadar kematian jalan raya yang tinggi walaupun Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dipinda beberapa kali dan penguatkuasaan dipertingkatkan dan apakah sasaran terukur kementerian untuk mengurangkan kematian jalan raya menjelang 2030 serta kemajuan pencapaiannya setakat ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan memandang serius jumlah kemalangan maut yang masih tinggi. Berdasarkan kepada Laporan Perangkaan Kemalangan Jalan Raya 2025 Polis Diraja Malaysia, pada tahun 2025 sebanyak 6,581 kematian direkodkan akibat nahas jalan raya.
Daripada jumlah tersebut, 4,542 kematian atau kira-kira 66 peratus melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Berdasarkan kedudukan semasa langkah untuk mencegah kemalangan maut perlu dipergiatkan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Cabaran utama kita bukan sekadar bilangan kesalahan trafik, tetapi bagaimana intervensi kerajaan dapat mencegah risiko kemalangan maut. Kementerian kini memberi tumpuan kepada beberapa risiko utama yang menyumbang kepada kemalangan maut khususnya pemanduan melebihi had kelajuan yang ditetapkan, kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan, risiko penunggang motosikal dan lokasi hotspot kemalangan.
Bagi menangani isu pemanduan melebihi had laju, kementerian sedang memperluas penggunaan automated awareness safety system atau AWAS di samping penggunaan teknologi ANPR bagi membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih konsisten dan berasaskan teknologi. Lokasi pemasangan baru turut dinilai berdasarkan data kemalangan dan tahap risiko sesuatu lokasi.
Di samping itu, pelaksanaan speed limitation device ataupun SLD sedang dilaksanakan secara berfasa untuk kenderaan perdagangan bagi memastikan ia nya tidak dipandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan.
Pada masa yang sama, kementerian telah memperkenalkan penggunaan telematik secara berfasa. Bermula dengan penggunaan secara sukarela melibatkan lima syarikat penyedia perkhidmatan. Data telematik ini bukan sekadar digunakan untuk mengesan lokasi kenderaan, malah boleh digunakan untuk mengesan tingkah laku berisiko seperti pemanduan melebihi had laju, membrek secara mengejut dan corak pemanduan agresif. Maklumat ini boleh digunakan untuk mengawal selia operator dan menentukan keperluan latihan semula pemandu untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.
Kementerian turut memperkenalkan high-speed weigh-in-motion ataupun HS-WIM untuk menangani isu kenderaan perdagangan yang membawa muatan berlebihan tanpa memerlukan kenderaan diarahkan berhenti di stesen
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
penguatkuasaan. Pendekatan ini membolehkan pemantauan muatan dilakukan dengan lebih meluas dan berterusan di lokasi strategik.
Manakala bagi penunggang dan pembonceng motosikal yang menyumbang kira-kira dua pertiga daripada kematian jalan raya, intervensi juga ditumpukan kepada penyelidikan dan latihan formal penunggang dan penggunaan teknologi keselamatan kenderaan serta rawatan infrastruktur di lokasi yang mempunyai risiko tinggi terhadap penunggang motosikal.
Sehubungan itu, program MyLesen B2 dan MyB2S bagi pelajar sekolah diteruskan bagi tahun 2026 dengan peruntukan hampir RM30 juta melibatkan 80,648 peserta. Program ini memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerima latihan dan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerima latihan dan pendidikan formal sebelum berada di jalan raya. Perkara ini turut disokong dengan inisiatif penukaran topi keledar dengan piawaian SIRIM yang mana 70,000 topi keledar telah diedarkan semenjak tahun 2025.
Pada aspek jalan dan persekitaran, analisis data kemalangan PDRM membantu mengenal pasti lokasi berisiko tinggi ataupun black spot. Penyelidikan dan rekonstruksi kemalangan oleh MIROS pula membantu mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kematian dan kecederaan serius. Dapatan ini menjadi asas untuk menentukan intervensi yang sesuai seperti penambahbaikan reka bentuk jalan, kawalan kelajuan, pengasingan trafik ataupun kaedah penguatkuasaan tertentu berdasarkan risiko di lokasi berkenaan.
Kementerian juga sedang membangunkan pelan tindakan PKJRM 2022– 2030 fasa dua. Dalam fasa ini ukuran keberkesanan akan diperkukuh supaya prestasi tidak lagi dilihat semata-mata daripada beberapa banyak operasi dijalankan ataupun berapa banyak saman dikeluarkan, tetapi kepada outcome sebenar iaitu pencegahan kemalangan maut dan kecederaan serius termasuk mengikut negeri, jenis pengguna jalan raya dan lokasi berisiko. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Labis.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih Tan Sri Speaker dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapannya. Memandangkan jumlah kematian masih membimbangkan, jadi soalan saya apakah sasaran pengurangan kematian bagi setiap tahun dari tahun 2026 hingga tahun 2030? Dan apakah langkah tambahan yang akan diambil oleh kementerian untuk mencapai sasaran tersebut?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu kita nak menyasarkan sebanyak mungkin untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut, tetapi secara sasarannya yang telah pun ditetapkan melalui Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022–2030, sasaran yang ditetapkan ialah pengurangan 50 peratus menjelang tahun 2030. Untuk mencapai sasaran tersebut, yang paling penting ialah intervensi dari segi mengurangkan kemalangan penunggang motosikal.
Dua, tiga hari ini kita telah mengadakan Kongres Road Safety di Kuala Lumpur. Dan salah satu resolution yang telah pun dikenal pasti ialah untuk dibawa kepada Kabinet ialah untuk membuat satu tindakan intervention khusus untuk bagaimana kita dapat mengurangkan kadar kemalangan di kalangan penunggang motosikal. Ini memerlukan pelbagai pendekatan termasuklah untuk kita melihat semula kepada reka bentuk jalan raya, motorcycle lane dan sebagainya.
Jadi, semua ini perlu kita laksanakan dan perlu juga ada kerjasama dengan pihak― pelbagai pihak termasuk peringkat kerajaan negeri dan juga di peringkat PBT untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk kita menambah baik reka bentuk jalan tersebut. Jadi, sudah tentu ini merupakan satu sasaran dan juga satu cabaran kepada semua pihak kerana untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ini khususnya di kalangan penunggang motosikal memerlukan whole-of-government approach. Dan juga kita juga akan memberikan intervensi dan juga perhatian kepada syarikat-syarikat platform p-hailing kerana ramai juga penunggang-penunggang yang menghadapi kemalangan ialah di kalangan riders— riders iaitu yang sekarang ini banyak yang terlibat dalam p-hailing menghantar makanan, menghantar dokumen dan sebagainya. Ini juga merupakan satu risiko yang besar di kalangan penunggang motosikal. Jadi, intervensi ini akan juga dibuat bersama-sama dengan syarikat- syarikat platform tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar jawapan Yang Berhormat tadi. Dan antara perkara yang menjadi fokus kerajaan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi antaranya pandu laju dan ada beberapa fokus lagi. Cuma, pemandu mabuk ini, ini tidak termasuk dalam fokus kerajaan yang disebut.
Saya tahu kerajaan memang melihat ya. Cuma, saya mohon supaya perkara ini diberi keutamaan khususnya penguatkuasaan ujian pernafasan, polis, semua
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
agensi yang terlibat perlu turut sama supaya kita send signal bahawa kalau tempoh- tempoh tertentu, malam hari minggu dan sebagainya tingkatkan penguatkuasaan. Itu satu.
Yang kedua Yang Berhormat Menteri, tentang trend langgar lari. Langgar lari ini kalau tempat ramai orang mungkin orang lain akan turun membantu, tetapi kalau tempat tidak ada orang, bantuan emergency dan sebagainya tidak dapat diberikan.
Jadi, apakah langkah kerajaan untuk menghantar signal yang jelas kepada pemandu-pemandu bahawa langgar lari ini merupakan satu kesalahan yang besar?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih. Pertama Yang Berhormat Putrajaya adalah tidak benar mengatakan bahawa kita tidak memfokus kepada isu pemandu mabuk. Memang dari segi penguatkuasaan terhadap pemandu-pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah ini juga merupakan salah satu fokus kerajaan. Seperti yang saya telah pun nyatakan beberapa kali di sini termasuk kita dalam meminda undang-undang, hukuman yang lebih berat terhadap pemandu-pemandu mabuk di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Yang keduanya juga kita sedang merangka dari segi untuk memastikan pemandu-pemandu yang bertanggungjawab ini membayar pampasan kepada mangsa. Itu satu signal yang cukup besar dan cukup keras kepada mereka-mereka yang membawa kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan dadah ini supaya perlu lebih bertanggungjawab dan memberhentikan tindakan seperti ini.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, dari segi penguatkuasaan, seperti yang dikatakan, sudah tentu pihak PDRM dan JPJ kena memahami bahawa dalam Akta Pengangkutan Jalan, dari segi penguatkuasaan ini bukan hanya JPJ; polis juga menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan ini. Jadi, dari segi penguatkuasaan, sudah tentu akan lebih bersasar, lebih berfokus pada hujung minggu dan sebagainya. Sudah tentu, kita menggalakkan penguatkuasaan yang lebih bersepadu terhadap pemandu-pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah ini.
Begitu juga, penguatkuasaan juga perlu ditujukan kepada isu-isu lumba haram kerana lumba haram ini merupakan satu masalah yang besar juga. Yang Berhormat tahu, saya rasa di Putrajaya pun ada kegiatan lumba haram ini pada hujung minggu dan saya telah pun mengarahkan JPJ supaya memastikan— untuk memastikan penguatkuasaan terhadap lumba haram ini perlu diperketatkan.
Tuan Loke Siew Fook
Dan sejak minggu lalu, 15 Oktober, undang-undang yang telah pun kita pinda akan menyebabkan bahawa mana-mana pihak yang terlibat dalam lumba haram tidaklah sampai— sebelum sampai ke kemalangan pun, mereka boleh dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan.
Jadi, ini satu mesej yang kuat kerana saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat kena melihat bahawa walaupun tumpuan banyak dalam Dewan ini terhadap isu pemandu mabuk yang memang benar, kita perlu juga memastikan bahawa isu ini ditangani tetapi isu yang lebih besar ialah kematian di kalangan penunggang- penunggang motosikal.
Seperti statistik yang telah saya nyatakan, dua pertiga daripada jumlah kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal. Jadi, perlu kita memastikan ada agenda, perhatian dan juga perhatian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap isu penunggang-penunggang motosikal. Mengapa penunggang motosikal ini menyebabkan kematian yang begitu tinggi?
Jadi, pelbagai intervensi yang perlu kita lakukan dan salah satunya dari segi isu lumba haram ini yang perlu kita tangani bersama dan ini merupakan satu isu masalah sosial yang cukup besar di kalangan anak-anak muda kita. Jadi, saya berharap isu ini dapat ditangani bersama, diberikan perhatian dan sama-sama kita memberikan satu signal bahawa lumba haram ini ataupun kegiatan mat rempit ini perlu ditangani supaya kita dapat memastikan keselamatan anak muda kita ini lebih terjamin. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Loke Siew Fook
Ya, langgar lari. Saya juga mengambil— maaf, Tan Sri Yang di-Pertua. Langgar lari juga memang satu perkara yang memang kita perlu memberikan perhatian. Sekarang ini, memang kita menggalakkan pemasangan dashcam sebab pemasangan dashcam ini banyak membantu dari segi pembuktian dan juga kepada isu-isu kemalangan ini. Ini dapat membantu siasatan polis.
Walaupun kita tidak mewajibkan pemasangan dashcam ini, tetapi sekarang ini, memang semakin banyak orang memasang dashcam ini dan dashcam ini banyak membantu dari segi apabila berlaku kemalangan, termasuk kemalangan langgar lari.
Ia dapat membuktikan kejadian tersebut dan sudah tentu dapat membantu pihak polis, dan dari segi memperketatkan undang-undang dan sebagainya, kita akan melihat dasar sama ada perlu diperketatkan lagi hukuman terhadap isu langgar lari.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah Sesi untuk Waktu-waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Menteri, ada usul. Menteri, Usul 12(1).
Timbalan Menteri Agama ke, siapa? Bacakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon agar mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2027 peringkat dasar yang akan diumumkan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 22 Oktober 2026.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 dibawa ke dalam Mesyuarat oleh
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [20 Oktober
2026] Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita akan menyambung perbahasan. Saya menerima 19 nama. Saya akan bacakan nama-nama yang akan berbahas hari ini.
Seperti biasa, masa yang diberikan adalah 15 minit kecuali Marang, ketua parti.
Mereka yang akan berbahas ialah Kuala Pilah, Marang, Raub, Alor Setar, Batang Lupar, Kangar, Pasir Gudang, Lumut, Pekan, Padang Serai, Sabak Bernam, Lubok Antu, Dungun, Kubang Pasu, Bandar Kuching, Baling, Kulim-Bandar Baharu, Sungai Siput dan Kuala Krau.
Sebelum saya memanggil Kuala Pilah untuk berbahas, saya nak selesaikan satu masalah yang telah pun dibangkitkan oleh Jelutong berkenaan ucapan Kota Bharu tempoh hari dan inilah keputusan saya.
Setelah saya membaca Hansard dan ini keputusan saya, saya minta supaya walaupun dua-dua tidak berada di Dewan pagi ini, saya minta Kota Bharu menarik
2026] Tuan Yang di-Pertua
balik perkataan yang telah pun diungkapkan, sehingga esok. Saya bagi tarikh sehingga esok, sama ada penarikan itu berlaku dalam Dewan ataupun beliau menulis kepada saya untuk menarik perkataan yang telah diungkapkan. Kalau tidak, Jelutong boleh terus masuk usul. Baik, saya mulakan dengan Kuala Pilah. Silakan, Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Bismillahirrahmanirrahim.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Speaker, apa ini— peraturan yang sama berkenaan dengan Kota Bharu yang disebut. Saya nak minta penjelasan sebab dalam ingatan saya, perkataan yang dikeluar, hadis yang dibaca oleh Kota Bharu itu secara general, tidak menuduh siapa-siapa.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum itu, Pendang baca— ada Hansard tak? Ada dapat Hansard? Ada Hansard tak?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tak ada, duduk. Maknanya, tak betul hujah itu.
Kena ada Hansard, baru nak bicara dengan saya. Sebab, saya dah dapat Hansard.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak apalah. Saya nak bangkit benda ini kerana satu...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak mahu andaian. Saya nak factual. Kalau tidak ada factual, duduk sebab ini Hansard depan saya dan saya tak nak bahas di sini sebab ia nya akan membuka lagi banyak bicara.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Keputusan saya ialah mengikut Peraturan 99. Saya take position ini dulu. Sekarang silakan, Kuala Pilah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Speaker, saya ada Hansard. Izinkan saya baca untuk dinilai.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak mahu lagi berbicara sebab saya dah buat keputusan. Tarik balik.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ya lah, saya nak bagi penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak, usul dimasukkan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya nak bagi penjelasan supaya ada keadilan kepada Kota Bharu. Tadi, Speaker minta Pendang ada Hansard ke tidak. Saya ada Hansard di hadapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak benarkan perdebatan berlaku untuk isu itu.
Keputusan...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya tidak berdebat. Saya nak bacakan Hansard apa yang kami faham terhadap hadis yang dibaca oleh Kota Bharu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kalau betul, Jelutong masukkan usul. Selepas itu, Jawatankuasa buat keputusan. Tak mahu bincang di sini. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sila, masukkan usul. Itu lebih baik dan kalau boleh, dipanggil YB Kota Bharu.
Tuan Yang di-Pertua
Tentu ada Jawatankuasa.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ha, tahulah.
Tuan Yang di-Pertua
Dan, YB pun tahu kan apa itu Jawatankuasa?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Akan dipanggil kedua-dua.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
YB Kota Bharu kena panggil.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu, saya kata jangan berbicara di sini.
Keputusan telah dibuat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Respect-lah Tan Sri. Respect sebagai Speaker lah. Duduklah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tak, saya ada hak untuk bercakap.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak ada, tak ada. Tak ada hak lagi, dah buat keputusan.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, sebab itulah. Sebab itulah, saya tak mahu buka perbicaraan ini. Sebab, yang kita nak berbicara ini Marang nak berucap. Semua rakyat nak dengar. Benda ini saya telah buat keputusan. Kalau sekiranya Kota Bharu tidak mahu tarik, Jelutong masuk usul, usulnya akan dibawa ke Jawatankuasa.
Jawatankuasa pertimbangkan, jatuh hukum. Itu sahaja. Jangan pertikaikan keputusan yang saya buat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tak, tadi Speaker minta Pendang ada Hansard ke tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Saya telah berbicara dengan Pendang.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Dia tak sediakan Hansard. Saya ada Hansard.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak benarkan YB...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri, kurang ajar ini, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sama ada YB ada Hansard ke tidak ada Hansard ke, saya menjurus kepada Pendang.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu, sila duduk.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Duduklah. Duduklah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tak apa.
Kalau diberikan...
Tuan Yang di-Pertua
Satu, duduk.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, baru tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Banyak lagi orang nak berucap. Okey, silakan.
Teruskan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, Tan Sri. Saya nak bangkitkan juga apa ini— tak perlu tunjuk sifat yang cengei, garang. Cukup dengan peraturan yang ada. Tetapi saya tengok macam Tan Sri Speaker, bila kita bangkit sikit, mula nak menunjukkan...
[Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua
Sebab, YB selalu menghabiskan masa rakyat. Ini masa rakyat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey. Dah, tak ada ini.
Saya bercakap elok sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Ini masa rakyat. Masa isu-isu kecil, bawa di luar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, ya.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Pendang, Tan Sri Speaker sudah buat keputusan. Aturan 99.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak mahu berpolitik.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Hormatlah Tan Sri Speaker.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, ya. Tu saya tak nak apa ni kelihatan...
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu sekarang ini telah pun diluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, ya. Akta ada tapi.
Tuan Yang di-Pertua
Rumah ini rumah kita.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak payah tunjuk sifat cengei.
Ya, ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Nak politik, luar. Saya tak berminat untuk politik dalam.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tengok Tan Sri terlalu bila satu-satu benda itu bangkit...
Tuan Yang di-Pertua
Sebab kamu lah. Jadi, YB...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya cakap cukup elok ni.
Lembut, saya cakap...
Tuan Yang di-Pertua
YB lah yang selalu akan buat, YB lah yang selalu buat...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Gantung, gantung.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya dah tukar character Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya duduk sekarang! Duduk!
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Itu tak perlulah duk buat saya macam budak sekolah, tunjuk lagu tu, lagu tu.
[Sambil menunjukkan isyarat tangan] Itu bukan masalahnya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah memang perangai macam tu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kita tenang. Guna akta yang ada. Okey, YB, saya dah buat keputusan. Saya dah buat keputusan dan saya dah dengar.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Gantung, gantung.
Tuan Yang di-Pertua
Pendang nak, Pendang nak berhujah dengan saya?
Pendang nak hujah kepada saya ataupun nak duduk?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, nak duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak dengar ucapan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, ya, baik.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk!
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya pun nak dengar Tan Sri, kita pun nak dengar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey terima kasih. Nak tenang lagu tu, senang.
Tuan Yang di-Pertua
Okey tamat. Teruskan. Hai, ulang lagi! Ni orang Kedah kata, dia suka kait lagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Speaker, saya tenang.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Bagi kad kuning. Speaker, kad kuning.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ingat bola. Ya saya.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan, jangan, jangan. Okey silakan, teruskan.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang untuk Kuala Pilah turut serta di dalam perbahasan Belanjawan 2027 pada hari ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin menekankan keperluan kementerian dan agensi kerajaan untuk menilai dengan lebih teliti perancangan serta keperluan projek sebelum pelaksanaan bagi mengurangkan pemberian extension of time dengan izin (EOT). Terdapat projek yang menerima EOT berulang kali sehingga menjejaskan tempoh penyiapan dan melewatkan manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.
Kelewatan projek bukan saja melambatkan penyediaan kemudahan awam, malah boleh meningkatkan kos pembinaan dan menyebabkan pembaziran wang rakyat. Oleh itu, faktor yang boleh dijangka seperti masalah perancangan, tapak dan penyelarasan utiliti perlu dikenal pasti terlebih awal sebelum projek dimulakan.
Kuala Pilah mencadangkan supaya setiap EOT dinilai secara ketat berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah. Kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa alasan yang wajar hendaklah dikenakan penalti atau tindakan kontrak yang sewajarnya. Manakala pemberian EOT berulang perlu mencetus penilaian terhadap prestasi kontraktor dan pengurusan projek oleh agensi pelaksana.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berbahagia Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah memuji pelaksanaan SARA sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas. Walau bagaimanapun, Kuala Pilah mencadangkan supaya kemudahan ini diperluas kepada kedai-kedai runcit, kampung yang memenuhi syarat dan berminat untuk menyertai program tersebut.
Di kawasan luar bandar seperti Kuala Pilah, banyak kedai runcit kecil diusahakan oleh penduduk tempatan, membolehkan kedai-kedai ini menerima pembayaran SARA, bukan sahaja memudahkan penerima membeli barangan keperluan harian tanpa perlu ke pasar raya besar, malah membantu merancakkan perniagaan kecil dan ekonomi setempat.
Oleh itu, sehubungan itu Kuala Pilah berharap kerajaan dapat memperluaskan proses, mempermudahkan proses penyertaan peniaga kecil yang layak termasuk dari segi syarat, kos dan kemudahan sistem pembayaran supaya manfaat SARA dapat dinikmati rakyat dengan lebih meluas sambil menyokong kelangsungan perniagaan tempatan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin dapatkan penjelasan daripada Kementerian Kerja Raya berhubung status terkini projek jalan pintas Tanjong Ipoh, Beting yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan peruntukan sebanyak RM180 juta.
Semasa jawapan Menteri bagi Belanjawan 2026 di peringkat jawatankuasa tahun lalu, dimaklumkan bahawa makmal pengurusan nilai telah dilaksanakan, manakala makmal kejuruteraan nilai, value engineering akan dilaksanakan selepas pelantikan perunding awam dan struktur yang dijangka selesai pada Mac 2026.
Oleh itu, Kuala Pilah ingin mengetahui status terkini pelantikan perunding, pelaksanaan makmal kejuruteraan nilai serta garis masa seterusnya bagi projek ini.
Penduduk memerlukan kepastian kerana projek ini penting untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, melancarkan perjalanan dan melancarkan pembangunan ekonomi setempat.
Selain itu, Kuala Pilah ingin mendapatkan penjelasan KKR mengenai status terkini projek jalan pintas Seremban–Kuala Pilah–Serting khususnya, bilakah projek bidaan bersaing melalui request for proposal dengan izin RFP yang akan dilaksanakan bagi membolehkan syarikat yang berminat mengemukakan cadangan.
Kuala Pilah berharap Kementerian Kerja Raya dapat menjelaskan garis masa pelaksanaan projek ini kerana ia penting untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Tuan Timbalan yang di-Pertua, Kuala Pilah juga ingin memohon peruntukan sukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi pembinaan dewan terbuka berbumbung dan trak larian di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Kompleks ini merupakan satu-satunya kemudahan rekreasi dan sukan bagi penduduk Kuala Pilah.
Di sinilah penduduk bersukan, program kerajaan dan majlis komuniti sering diadakan. Oleh itu, kemudahan sedia ada perlu ditambah baik bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat.
Amalan gaya hidup sihat semakin mendapat perhatian. Namun kemudahan sukan yang terhad menyukarkan penduduk untuk melakukan aktiviti fizikal secara konsisten. Sehubungan itu, Kuala Pilah berharap KBS dapat menyediakan peruntukan khusus bagi menaik taraf kemudahan ini demi menggalakkan gaya hidup aktif dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.
Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah memohon Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan keutamaan kepada pembinaan bangunan baharu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah memandangkan bangunan sedia ada ini telah digunakan sejak tahun 1970 dan kini berada dalam keadaan usang. Lebih membimbangkan keadaan struktur bangunan yang uzur, sistem pendawaian elektrik yang tidak selamat, sistem perpaipan yang telah lama menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan keselesaan kakitangan.
Isu ini telah Kuala Pilah bangkitkan berulang kali dalam Parlimen, dalam Dewan yang mulia ini termasuk dalam empat perbahasan belanjawan sebelum ini.
Namun Kuala Pilah masih menantikan penyelesaian yang tuntas.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga ingin membangkitkan kembali keperluan pembinaan balai polis baharu di Juasseh dan memohon Kementerian Dalam Negeri memberikan keutamaan kepada projek ini.
Pada masa ini, penduduk di Juasseh perlu berurusan dengan Balai Polis Batu Kikir yang terletak kira-kira enam kilometer dari kawasan mereka, sedangkan balai tersebut berada di dalam pentadbiran Parlimen sahabat saya, Parlimen Jempol.
Pembangunan perumahan, kemudahan komersial dan institut pendidikan di Juasseh telah meningkatkan keperluan terhadap perkhidmatan keselamatan yang lebih dekat dan mudah diakses. Kehadiran balai polis sendiri penting bagi memastikan tindakan terhadap aduan dan kecemasan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap di samping meningkatkan keyakinan penduduk terhadap tahap keselamatan setempat. Memandangkan cadangan tanah bagi pembinaan balai polis ini telah tersedia dan merupakan tanah milik Kerajaan Persekutuan, Kuala Pilah
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
berharap Kementerian Dalam Negeri dapat mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut demi memastikan liputan keselamatan lebih menyeluruh kepada penduduk Juasseh dan kawasan sekitarnya.
Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin menarik perhatian Dewan kepada kejayaan Skuad Memanah Berkuda Malaysia dari Ladang Alam Warisan Kuala Pilah yang muncul sebagai juara keseluruhan di IHAA, Oceania Regional Championships 2026 di Tarago, Australia baru-baru ini.
[Tepuk] Tahniah kepada seluruh skuad atas kejayaan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Tahniah khusus kepada Abu Bakr Muhammad Akmal yang meraih dua pingat emas dan satu pingat perak serta dinobatkan sebagai juara keseluruhan junior. Abdul Rahman Abu Hanifah turut meraih pingat emas dan perak, manakala Hazzil Hamidi membawa pulang pingat emas.
Namun begitu, atlet dan keluarga terpaksa bergantung kepada sumbangan orang ramai melalui kaedah crowdfunding untuk menampung kos penyertaan yang tinggi setiap kali menyertai kejohanan antarabangsa. Atlet yang telah membuktikan kemampuan mengharumkan nama negara sepatutnya mendapat sokongan lebih tersusun.
Sehubungan itu, Kuala Pilah menggesa dan berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga Majlis Sukan Negara menilai pencapaian serta potensi- potensi bakat muda ini dan meneliti bantuan sedia ada bagi menampung kos perjalanan, penginapan, latihan dan peralatan. Jika skim semasa tidak bersesuaian, kementerian wajar mempertimbangkan mekanisme sokongan alternatif.
Kuala Pilah turut mencadangkan satu pelan pembangunan sukan memanah berkuda melalui kerjasama agensi sukan, persatuan dan kerajaan negeri meliputi pembangunan atlet muda, latihan, jurulatih serta peralatan keselamatan serta kebajikan kuda. Kuala Pilah berharap kejayaan ini menjadi asas kepada sokongan yang lebih konsisten agar bakat mereka terus berkembang dan mengharumkan Malaysia di persada dunia. Dan Kuala Pilah yakin bahawa banyak lagi dan ramai lagi bakat-bakat muda dalam sukan-sukan lain yang saya rasa perlu dilihat oleh KBS dan Majlis Sukan Negara bagi memastikan bakat-bakat ini dapat kita ketengahkan di peringkat seniornya pada satu hari nanti.
Tuan Timbalan di-Pertua, Kuala Pilah juga meminta Kementerian Ekonomi meneliti potensi pembangunan semula Rumah Rehat Kuala Pilah, rest house dengan izin yang pada suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pilihan penginapan bagi pengunjung yang datang ke daerah ini. Memandangkan Kuala Pilah mempunyai
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
pilihan rumah penginapan yang terhad, kemudahan ini berpotensi dihidupkan semula bagi menyokong aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat.
Amat mendukacitakan apabila kawasan yang pernah menjadi tumpuan ini kini terbiar sekian lama, sedangkan Rumah Rehat Kuala Pilah terletak di atas tanah kerajaan yang berpotensi dimanfaatkan semula untuk kepentingan rakyat dan pembangunan daerah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Aset kerajaan sepatutnya dimanfaatkan untuk menjana peluang ekonomi, membuka ruang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Kuala Pilah memohon agar Kementerian Ekonomi meneliti potensi pembangunan semula Rumah Rehat Kuala Pilah ini sebagai sebahagian daripada usaha mengaktifkan aset kerajaan terbiar dan merancakkan ekonomi daerah. Kuala Pilah berharap agar kebolehlaksanaan projek ini dapat dinilai dari segi impak ekonomi setempat, perwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan serta potensi pelancongan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin menarik perhatian Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kepada cadangan pembangunan Taman Rimba Rekreasi Bukit Pilah sebagai destinasi rekreasi komuniti dan ekopelancongan di Kuala Pilah.
Bukit Pilah mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan dalam alam yang mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar daerah. Pembangunan yang terancang bukan sahaja dapat menyediakan ruang rekreasi berkualiti kepada masyarakat, malah berupaya membuka ruang pekerjaan dan peniagaan kecil serta meningkatkan pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan dan penjualan produk tempatan.
Tuan Timbalan Dr. Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin membangkitkan isu berkenaan kuat kuasa budi bicara pendakwa raya, susulan keputusan memberikan pelepasan tanpa pembebasan atau pun DNAA kepada Yang Berhormat Bagan Datuk bagi 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi, yang telah dibangkitkan oleh Jelutong tempoh hari.
Prosiding ini masih belum selesai di mahkamah, maka Kuala Pilah berpandangan bahawa semua pihak perlu menghormati proses kehakiman dan mengelakkan kenyataan yang menjauhi atau pun mendahului keputusan mahkamah sendiri.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Namun begitu, perkara ini membuka ruang untuk kita meneliti persoalan yang lebih besar iaitu bagaimana kuasa budi bicara pendakwa raya dilaksanakan dan bagaimana keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dapat dipelihara. Kuala Pilah merujuk kepada kes Sundra Rajoo Nadarajah melawan Menteri Luar Negeri, di mana dalam kes tersebut suatu kes Federal Court Mahkamah Persekutuan yang telah diputuskan pada ketika itu oleh Yang Amat Arif, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun. Di mana, telah membincangkan kes ini, telah membincangkan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan prosiding at any time pada setiap masa bagi sesuatu kesalahan.
Kuasa ini penting dalam sistem keadilan tetapi pelaksanaannya Tuan Yang di-Pertua hendaklah berlandaskan undang-undang dan prinsip yang konsisten.
Kuala Pilah ingin menegaskan bahawa prinsip undang-undang yang sama mesti terpakai kepada semua individu tanpa mengira kedudukan ataupun parti politik.
Sebelum ini terdapat banyak kes yang menggunakan peruntukan yang sama oleh Peguam Negara atau pun mantan Peguam Negara bagi menarik balik pertuduhan termasuk kes Yang Berhormat Bagan Datuk, Rafizi Ramli, Tamrin Ghafar Baba dan Thievies Haris Ibrahim.
Apa yang menarik ialah kes Haris Ibrahim yang telah pun disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman, namun pihak pendakwaan tidak membantah rayuan sehingga sabitan tersebut diketepikan oleh mahkamah. Dalam kes YB Bagan Datuk, Rafizi Ramli, Tamrin Ghafar Baba pula, pertuduhan ditarik balik selepas representasi dikemukakan dan tertuduh dilepas serta dibebaskan. Di tangan saya Yang Berhormat Timbalan Dr. Yang di-Pertua, ada senarai kes-kes yang telah digugurkan oleh bekas Peguam Negara. Izinkan saya menyebutkan beberapa kes ini.
28 Jun 2018, kes fitnah R. Sivarasa, 27 Julai 2018 kes perhimpunan haram Thomas Su Keong, 27 Julai 2018 kes hasutan Hassan Abdul Karim minta maaf, rakan saya kekanda Hassan. 30 Julai kes hasutan Sivarasa dan Zunar, 15 Ogos kes hasutan Eric Paulson, 29 Ogos 2019 kes hasutan Mohamad Tamrin, 3 September 2019 kes rasuah Lim Guan Eng dan Phang Li Koon. 11 Oktober 2018 kes hasutan Fahmi Reza.
[Tepuk] 27 Februari 2019 kes fitnah Tabung Haji Rafizi Ramli, 30 September 2019 kes bunuh ahli bomba dan banyak lagi kes-kes yang sebenarnya merupakan kes ini yang telah diberikan representasi oleh pihak-pihak.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang terlibat bagi dinilai secara fakta dan meritnya oleh pihak timbalan pendakwa raya atau pun Peguam Negara.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Dalam konteks ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kuala Pilah, minta pencelahan Tan Sri.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Silakan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya bangkitkan dulu, dilaporkan dalam akhbar berkenaan dengan kes Kementerian Sumber Manusia beberapa pegawai ditangkap dengan nilai RM97 juta.
Ke mana kes ini? Sampai takat mana?
Jadi, saya nak minta penjelasan daripada ataupun dimasukkan dalam ucapan Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Saya izinkan jawapan Pendang tersebut dimasukkan dalam ucapan Kuala Pilah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Apa yang saya ingin saya tegaskan di sini ada kalanya Yang Berhormat Timbalan Speaker, secara peribadi saya sendiri pun macam kadang kalanya tidak suspicious dengan izin ataupun kurang berpuas hati apabila mereka— mereka ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.
Tetapi sebagai seorang pengamal undang-undang dan dalam konteks hari ini, saya ucap sebagai pembuat undang-undang – law makers, saya harus wajar menerima. Ini sebagai salah satu daripada rule of law, kedaulatan undang-undang yang seharusnya terima walaupun prosesnya kadangkala kita sendiri pertikaikan sebagai pengamal undang-undang tetapi hakikatnya inilah kuasa yang ada kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan kita.
Oleh itu, Kuala Pilah membangkitkan contoh-contoh ini bukan untuk menamatkan nama atau fakta atau keadaan undang-undang setiap kes tetapi untuk menegaskan bahawa keputusan pendakwaan perlu dinilai berdasarkan fakta, bukti dan undang-undang bukannya semata-mata berdasarkan identiti individu yang terlibat.
Jika kuasa budi bicara pendakwa raya diterima dalam kes-kes terdahulu.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kuala Pilah, boleh saya—
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Izinkan saya selesaikan dulu. Jika kuasa budi bicara pendakwa raya diterima dalam kes-kes terdahulu, mengapakah kes yang sama tidak boleh diguna apabila kita menilai kes lain, termasuk kes yang melibatkan Bagan Datuk. Ini bukan soal mempertahankan mana-mana individu atau parti politik tapi soal—
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Minta izin.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Tapi soal konsistensi dalam mengamalkan prinsip undang-undang. This is actually dengan izin the rule of law.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Minta izin Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Jangan, saya tidak izinkan. Izinkan saya selesaikan Yang Berhormat.
Jangan sampai timbul persepsi bahawa prinsip keadilan berubah mengikut siapa yang mendapat manfaat. Bak kata bidalan, “Tiba di perut dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan.” [Tepuk] Jangan apabila urusan pendakwaan memihak kepada individu tertentu kita pertahankan kuasa budi bicara pendakwa raya tetapi apabila keputusan yang sama melibatkan individu lain yang tidak kita gemar, kita tidak suka kita persoalkan kuasa tersebut.
Tindakan rakan-rakan saya minta maaf mendesak Perdana Menteri untuk campur tangan dan menasihati Peguam Negara adalah satu perkara yang boleh sebagai cubaan untuk mempengaruhi dan mewujudkan bias dalam sistem perundangan dan pendakwaan.
[Tepuk] Peguam Negara sepatutnya bertindak sebagai penasihat undang-undang kerajaan dan bukan sebaliknya.
[Tepuk] Keputusan pendakwaan hendaklah dibuat secara bebas berdasarkan fakta, bukti dan undang-undang. Sekiranya terdapat pihak yang berpuas hati dengan keputusan saluran undang-undang yang sewajarnya perlu digunakan dan proses mahkamah hendaklah dihormati.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah menyokong prinsip yang pernah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri oleh Tambun sendiri iaitu keputusan pendakwaan hendaklah dibuat
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
secara bebas berdasarkan undang-undang dan tidak dipengaruhi oleh hubungan politik.
[Tepuk]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kuala Pilah, berkenaan dengan isu ini.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah berharap kerajaan terus...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya mencelah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Memperkukuhkan— saya tidak izinkan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan isu ini.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah berharap kerajaan terus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institut pendakwaan melalui ketelusan akauntabiliti dan konsistensi dalam pelaksanaan undang-undang.
Selagi Perkara 145(3) kekal berkuat kuasa, kuasa tersebut hendaklah dilaksanakan mengikut Perlembagaan dan undang-undang. Jika kerajaan berpandangan bahawa struktur kuasa peguam negara dan pendakwa raya perlu diubah, dipinda bagi memperkukuh kebebasan pendakwaan serta akauntabiliti maka, pembaharuan Perlembagaan dan institusi perlu dipertimbangkan secara serius.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh, Kuala Pilah?
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Bukannya campur tangan politik dalam kes—
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kuala Pilah, boleh saya mencelah berkenaan isu ini? Tak berapa lama, sekejap sahaja.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih.
Saya nak tanya Kuala Pilah berkenaan dengan saya setuju dengan Kuala Pilah berkenaan dengan kuasa AG ataupun Peguam Negara di bawah Artikel 145. Di mana AG tersebut mempunyai budi bicara dan sebagainya untuk meneruskan, memberhentikan pendakwaan dan sebagainya.
Tapi saya nak minta pandangan Kuala Pilah berkenaan dengan satu situasi di mana keputusan dibuat oleh mahkamah bukan oleh pendakwa, di mana
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
mahkamah membuat penemuan, penemuan atau pun finding berkenaan dengan sesuatu kes dan memanggil seorang tertuduh untuk membela dirinya.
Maksud itu adalah bahawa mahkamah telah pun membuat penemuan atau finding bahawa memang buktinya kukuh sehingga tertuduh rebat bukti tersebut ataupun menyangkal bukti tersebut melalui keterangan. Kalau tak ada penyangkalan tersebut, maka tertuduh itu perlu harus hendaklah disabitkan.
Jadi, memandangkan mahkamah telah pun membuat finding dan penemuan- penemuan tersebut, bukanlah ini merupakan satu keadaan di mana AG itu sepatutnya tidak campur dalam penemuan-penemuan mahkamah tersebut? Terima kasih.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Pilah, gulung dan akhirkan ucapan.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Sebenarnya kalau saya nyatakan tadi, banyak kes sebenarnya di peringkat dah lama pun, dah panggil 25 saksi pun akhirnya mahkamah ataupun AG memutuskan untuk menarik balik.
[Tepuk] Tapi bagi saya kita tidak boleh melihat satu kes untuk kita justified kita punya *argument.
[Tepuk]* Dia perlu ada konsistensi. Kalau ingin saya nyatakan kes-kes sebelum ini, begitu banyak sebenarnya.
Dan ini sebenarnya berbalik semula kepada kuasa yang ada kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3). Jikalau kita ingin pinda kuasa ini, saya harus kembali ke Dewan yang mulia ini bagi meminda dan kita menentukan [Tidak jelas] objektif kuasa seorang Peguam Negara. Itu penting.
[Tepuk] Tapi penilaian sebelum itu merupakan satu penilaian subjektif. Sama ada ia diputuskan oleh mahkamah ataupun pihak pendakwa raya dan argument yang diberikan semasa perbicaraan itu merupakan argument— argument yang kita rasa argument itu adalah satu argument yang memihak kepada kita.
Tetapi apabila mahkamah telah membuat satu keputusan, ada kalanya saya lihat daripada nama-nama kes-kes yang saya nyatakan tadi, saya sendiri pun...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Kurang bersetuju, tetapi saya harus menerimanya sebagai satu rule of law, satu..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya tidak benarkan.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Proses perundangan di dalam negara kita sehinggalah kita perlu mengambil keputusan...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sebelum landing sekejap.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Bagi meminda dan mengubah peruntukan 145(3) Perlembagaan Persekutuan ini. Terima kasih Kota Bharu. Kuala Pilah ingin landing.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kuala Pilah ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan. Kelulusan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi Sekolah Sukan Negeri Sembilan [Tidak jelas] Kuala Pilah dan namun begitu, coaster yang telah diberikan tersebut pada ketika itu oleh Yang Berhormat Menteri nampaknya sering kali rosak.
Dan saya rasa ia nya tidak bersesuaian dan saiznya agak kecil dan sekolah sukan ini negeri. Dan saya harap begitu banyak sekali program dan aktiviti yang melibatkan atlet-atlet di sekolah sukan negeri ini yang memerlukan keperluan sebuah bas.
Dan oleh sebab itu, Kuala Pilah berharap agar pihak Kementerian Pendidikan dapat menilai perkara ini dan dapat memberikan keutamaan bagi memastikan sebuah bas dibekalkan kepada Sekolah Sukan Negeri Sembilan, Sekolah Zaaba.
Tuan Timbalan Dr. Yang di-Pertua, Kuala Pilah berharap agar perkara- perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian serius daripada kementerian- kementerian yang berkenaan. Belanjawan yang baik bukan diukur semata-mata berdasarkan besarnya peruntukan atau angka yang diumumkan, tetapi sejauh mana manfaatnya benar-benar dirasai oleh rakyat secara umumnya. Sekian, terima kasih.
Kuala Pilah mohon menyokong.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Sebelum saya meneruskan memanggil pembahas yang berikutnya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dengan suka citanya merakamkan ucapan selamat datang ke Dewan yang mulia ini kepada delegasi dari Suruhanjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia.
[Tepuk] Yang diketuai oleh TYT His Excellency Michael Mehi Mailetonga Walsh atau dikenali sebagai Mike, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia. Selamat Datang ke Parlimen Malaysia.
[Tepuk] Honorable Members dengan izin, The House
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
*is glad pleased to welcome the delegations from the High Commission of New Zealand to Malaysia. Lead by His Excellency Michael Mehi Mailetonga Walsh @ Mike, High Commissioner of The New Zealand to Malaysia. We extend our warmers welcome to the delegations. Welcome to the Parliament of Malaysia.
[Tepuk]* Baik Yang Berhormat-Yang Berhormat, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Marang sebagai Ketua Parti diberikan 20 minit. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Silakan Yang Berhormat Marang.
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Yang Berhormat Timbalan yang di-Pertua. Terima kasih. Saya mulakan ucapan saya dengan menyebut ayat Quran yang dibaca oleh Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2027. Firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Hashr. Surah yang menyebut pendahuluannya tentang kewangan negara. Ini sangat menarik. Untuk memahami ayat ini betapa pentingnya sehingga disebut perintah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “bertakwa kepada Allah” sebanyak dua kali. Supaya berwaspada dalam perbelanjaan negara.
Disebut perkataan ‘ma’ dan ‘ghadin’ dalam bahasa Arab. [Berucap dalam bahasa Arab] ‘Ma’ apa-apa yang umum, terlalu banyak. ‘Ghadin’ esok yang tidak berkesudahan. Bukan sekadar 2027, tetapi sehingga hari kiamat.
Dalam perkara yang pertama, bertakwa kepada Allah, tetapi ingat, boleh buat apa sahaja. Bebas, perkara yang positif yang negatif, yang baik, yang buruk, tetapi mesti berwaspada. Dihuraikan oleh Firman Allah dalam ayat yang lain [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Maka di kalangan manusia itu ada orang yang berkata; wahai Tuhan kami, berilah kepada kami habuan dunia ini sahaja, maka tidak ada baginya di hari akhirat. Sebahagian mereka berkata; wahai Tuhan kami, berilah kepada kami dunia ini baik dan akhirat juga baik. Mereka itulah yang akan mendapat ganjaran atas apa yang mereka lakukan dan Allah sangat segera perhitungannya”. Dihuraikan oleh Firman Allah SWT *[Membaca sepotong ayat Al-Quran] .
“Sesiapa yang mahukan ganjaran dunia, ketahuilah juga Allah menyediakan*
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
ganjaran dunia dan akhirat”. Dua-dua sekali dan Allah sangat mendengar lagi Maha Melihat. Sempena ayat ini, berlaku satu peristiwa pada zaman Nabi SAW. Bila datang rombongan Badwi [Tidak jelas] penduduk pendalaman padang pasir yang jauh datang mengadap, berjumpa Nabi SAW di Madinah dalam keadaan berkaki ayam. Baju yang koyak rabak menunjukkan terlalu miskin sehingga berubah wajah Nabi menunjukkan kesedihan melihat rakyat yang terbiar ini. Dan Baginda membaca ayat ini supaya mereka yang hadir memberi sumbangan yang segera.
Maka berlakulah konsep negara berkebajikan yang melibatkan kerajaan dan rakyat bekerjasama. Bukan sahaja kerajaan yang menyumbang, termasuk rakyat yang membuat kebajikan juga menyumbang. Meringankan bebanan kerajaan.
Kerajaan, rakyat, bertolong menolong antara satu sama lain. Ini sangat menarik.
Menunjukkan bahawa Perdana Menteri perlu kepada penasihat yang benar-benar menasihat, bukan menasihat yang mengampu.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Nabi sebut dalam hadis, kalau Tuhan nak jadikan seorang pemimpin itu baik, Raja itu baik, nescaya di sisinya penasihat-penasihat, Menteri-menteri yang baik kerana pemimpin itu lupa diperingatkan, kalau dia ingat, dia beri pertolongan. Kalau pemimpin itu [Gangguan pembesar suara] buruk, di sisinya penasihat yang buruk.
Kalau pemimpin itu tak diperingatkan. Pemimpin itu ingat, buat kerja tak ditolongnya kerana menjaga kepentingan diri masing-masing.
Khususnya pada zaman akhir terdapat para ulama yang ramai tetapi yang bertafakur yang berilmu dan memahami [Gangguan pembesar suara] ilmu dengan sebaik-baiknya tidak banyak. Perlu berwaspada.
Pernah seorang wakil Islam bertemu dengan pemimpin Parsi kuasa besar dunia Rib’i bin Amir menegaskan apakah tujuan kedatangan mereka bertemu dengan Kerajaan Parsi. Untuk memperkenalkan konsep negara yang baru.
[Membaca sepotong hadis] “Kami datang untuk memperkenalkan satu dasar memperhambakan diri kepada Allah, bukan memperhambakan diri kepada sesama manusia.” Menunjukkan negara berperlembagaan, pemimpin negara di bawah Perlembagaan yang tertinggi Allah SWT.
Yang kedua, Islam berbeza dengan ideologi-ideologi dan agama yang lain kerana kesempurnaannya merangkumi segala aspek, bukan saja aspek keduniaan termasuk wawasan dunia sehingga hari akhirat. Itu perkara yang sangat penting.
Kita membentangkan satu belanjawan. Angka besar, defisit makin membesar. Cukai makin tinggi, hutang makin meningkat. Terpenting manfaat kepada
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
rakyat, bukannya untung kepada kerajaan, korporat-korporat, kroni-kroni tetapi rakyat yang dapat manfaat. Maka belanjawan perlu muhasabah, dipantau dan di hisbah dengan setegas-tegasnya.
Angka belanjawan yang besar, ketirisan hutang yang mencecah bukan bilion, akan jadi trilion, menunjukkan di sana tidak ada— ada perkara yang sangat negatif.
Sedangkan untuk mendapat belanjawan yang berkat, mendapat pertolongan Allah mestilah daripada sumber yang baik, bukan hutang yang membebankan.
Sumber yang halal yang diizin oleh Allah. Firman Allah ta’ala. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kalau penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, Kami bukakan keberkatan yang melimpah ruah turun dari langit, datang dari bumi.” Tetapi kalau hutang, apa lagi hutang yang dibejati dengan riba yang diharamkan oleh Islam.
Masalah hutang ialah masalah riba, amalan orang-orang Yahudi yang mempengaruhi dunia pada hari ini. Menguasai Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa. Kita berkiblat ke sana. Selagi riba ini membejati jadi penyakit selama itulah penyakit hutang tak dapat diubati. Apa dia riba? Dosa besar dalam Islam.
Macam mana nak dapat berkat?
Yang kedua membelanjakan dengan amanah. Amanah, tunaikan yang wajib dengan adil, bukan zalim. Keadilan untuk semua. Islam memerintah keadilan termasuk terhadap musuh-musuh, bukan saja pembangkang.
Kalau keadilan tak ada, untuk diri saja, untuk puak kita sahaja, pembangkang tak boleh, ini bukan adil, ini akan menjadi masalah kepada bajet, tak ada keberkatan.
Oleh kerana itulah tiap-tiap tahun akan ada perbekalan tambahan, tak cukup. Tengah tahun bekalan tambahan.
Mari kita ambil contoh daripada khalifah Umar bin Abdul Aziz radiallahuanhu yang memerintah selama dua tahun lima bulan sahaja. Umar bin Abdul Aziz yang dibanggakan oleh rakan-rakan kita DAP. Semua orang, Umar Abdul Aziz ini, yang memerintah dalam masa dua setengah tahun, dia telah mati diracun oleh keluarga dia sendiri kerana dia adil.
Dia dapat menyelesaikan masalah berpuluh-puluh tahun yang dibebankan oleh keluarga dia sendiri dan kroni-kroni Bani Umayyah. Dia bertindak sehingga mencapai kewangan yang melimpah ruah, melebihi peruntukan untuk negara sehingga lapan asnaf zakat dibahagi semua. Masih ada orang tak terima zakat lalu, beliau tambah lagi bahagian untuk memerdekakan hamba-hamba yang tidak dibebaskan. Untuk memberi bantuan kepada pemuda-pemuda yang tak dapat kahwin kerana miskin dan sebagainya.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kewangan yang melimpah ruah, lebih. Ini berlaku kerana berlakunya rahmah yang sebenar kepada negara. Kita sedar bahawa belanjawan yang akan kita bentang— laksanakan ini akan membebankan rakyat. Dengan inflasi, kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat. Membebankan, ini masih berlaku. Tak boleh dikawal. Apa lagi banyaknya kartel-kartel, orang-orang tengah dan sebagainya yang berada di tengah jalan yang akan mengacau pasaran yang membebankan rakyat.
Satu hal yang perlu diketahui dan difahami betul-betul. Kalau tidak ditangani dengan betul-betul, maka belanjawan ini macam membuang garam di laut saja.
Kita perlukan rahmah. Rahmah bukan dengan undang-undang tetapi dengan tarbiah, pendidikan dan pelajaran. Sabda Nabi SAW*.
[Membaca sepotong hadis] “Allah beri rahmat kepada orang yang bertimbang rasa bila dia menjual, bila dia membeli, bila mengendalikan hutang.”* Timbang rasa antara satu sama lain. Orang yang jual tak jual mahal sangat, orang yang beli tak beli murah sangat sehingga rugi orang yang menjual. Orang yang memberi hutang tak menekan mereka yang minta hutang. Ada rahmah antara satu sama lain.
Ini memerlukan pembangunan insan, pembangunan manusia. Kita gagal dari segi pembangunan manusia kerana sistem pendidikan dan pelajaran hari ini yang tidak bersifat holistik, yang tidak menyeluruh, yang tidak memenuhi maqasid syariah.
Keperluan beragama, keperluan bernyawa, keperluan berakal, menjaga keluarga, maruah dan harta. Manusia punya aspek-aspek, ciri-ciri kejadian, punya jasad, punya roh, punya akal, punya kedirian, keluarga dan sebagainya.
Kita melihat berlakunya buli di sekolah, jenayah di sekolah, bunuh- membunuh. Ayah tak peduli anak, anak bunuh ayah dan sebagainya. Ini hilangnya sifat manusia kerana pendidikan kita tidak memenuhi ciri-ciri insaniah yang sebenarnya. Ini masalah yang berlaku.
Kita melihat ada orang bunuh diri, kaya. Bintang filem yang cantik rupa parasnya, [Tidak jelas] hawa nafsu tapi mengapa bunuh diri? Kerana rohnya tak ada makanan. Akalnya tiada makanan. Pendidikan, penekanan dari segi akademik, tak tekan dari segi akhlak, roh dan kepercayaan adanya dosa dan pahala. Ini masalah, kita terpengaruh dengan cara pendidikan Barat. Nabi Muhammad kita mengajar dalam pendidikan anak [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Suruh anak kamu bersembahyang bila umur tujuh tahun. Bila sepuluh tahun kalau tak sembahyang pukul dan pisahkan tempat tidur lelaki dan perempuan.”
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Sekarang, Barat kata tak boleh pukul. Kalau cikgu pukul murid, dia bawa ke mahkamah. Ayah pukul anak, bawa ke mahkamah. Tindakan undang-undang. Islam membenarkan pukul. Pukul yang tidak mencederakan, pukul untuk mendidik dan mengasuh. Ini perlu. Kita terpengaruh dengan pendidikan Barat.
Kita saksikan bagaimana runtuh institusi di negara Barat pada hari ini sehingga orang-orang kaya yang banyak hartanya beri wasiat pada anjing, bukan beri wasiat pada anak. Anak hilang, tak tahu mana pergi. Ini masalahnya.
Semangat kejiranan tak ada. Terpaksa menyediakan rumah orang tua-tua banyak-banyak. Terpaksa menyediakan penjara banyak-banyak. Ini masalah yang dihadapi. Rumah orang tua banyak-banyak terpaksa disediakan, sedangkan dalam Islam, keluarga wajib menjaga orang tua. Sepupu-sepupu wajib jaga orang tua.
Kejiranan wajib jaga jiran.
Kerana sebab itu dalam Islam, tak timbul masalah rumah orang tua ini kerana hidup bermasyarakat dengan bersapaan. Rahmah yang sebenar antara satu sama lain. Kalau kita keluar undang-undang rahmah sahaja, peraturan rahmah sahaja tanpa pendidikan yang betul, macam curah garam di laut. Ini yang akan berlaku.
Oleh sebab itu, kerajaan perlu melakukan muhasabah, melakukan perhitungan dalam pendidikan, ekonomi dan segala-galanya. Kena muhasabah balik. Jangan kita terlanjur menyebabkan kita akan menghadapi satu masalah yang besar. Kita menghadapi dunia yang dipengaruhi oleh sistem yang gagal. Peraturan yang gagal.
Di abad yang lalu, kita menyaksikan keruntuhan Soviet Union, sebuah negara besar yang menganut ideologi kemasyarakatan, gagal kerana kebendaan sahaja.
Hari ini, kita sedang menyaksikan kegagalan liberal kapitalisme. Negara yang paling kaya dalam dunia menjadi masalah.
Sepatutnya, semangat penjajahan tidak ada lagi, timbul penjajahan.
Penjajahan pula bukanlah penjajahan, nak takluk Greenland, nak masukkan Kanada dalam negeri dia, Selat Hormuz termasuk dalam wilayah dia dan sebagainya, campur tangan negeri lain, ini berlaku. Kekacauan dalam dunia menyebabkan keamanan dunia sangat terancam. Ini sangat membahayakan, yang perlu kita tangani dengan sebaik-baiknya dan kita jangan berkiblat dengan negara Timur atau Barat. Kita perlu memperjuangkan dasar dan prinsip kita sendiri dalam membina sebuah negara yang adil, yang baik, yang beramanah.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Jangan terlalu banyak waad sangat. Banyak waad, perkataan waad ini. Janji, janji, janji. Janji manifesto pun tak digunakan dengan sepenuhnya. Ini ada janji lagi.
Dalam janji, ada janji lagi. Banyak janji-janji ini. Ini masalah yang sedang kita hadapi.
Seterusnya, saya nak ulang supaya kerajaan mencari penasihat-penasihat yang baik, jangan penasihat yang tak baik.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Jangan bergantung pada pengampu-pengampu. Ini boleh merosakkan negara.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Merosakkan negara.
Saya teringat satu kisah, seorang Raja yang nak pilih penasihat yang baik.
Buat satu majlis, yang hadir Menteri-menteri dia, penasihat dalam majlis itu, dia minta bawa satu botol yang ada bauan yang tak baik. Lalu, Raja mencium bauan itu, Raja kata, “Oh, alah harumnya bauan ini”. Dia beri tiap-tiap orang semua cium, “Oh, harum”. Tiap-tiap orang semua mengaku, “Oh, ini harum”. Seorang sahaja kata, “Ini bauan tak elok, Tuanku”. “Ha, awak yang betul. Yang lain semua mengampu belaka”.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini cara nak pilih. Sebabnya kita akan disoal oleh Allah pada hari kiamat. Perlu bertakwa kepada Allah dalam semua urusan kita. Ini kita kena sedar. Dan akhirnya, saya nak sebut tentang masalah Perlembagaan yang disebut oleh rakan saya tadi.
Negara kita sudah jadi celaru. Kita sedang mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan, mengamalkan demokrasi mengikut Perlembagaan dan sebagainya.
Apa yang berlaku di Negeri Sembilan sangat menarik. Kita menyaksikan bagaimana pilihan raya Negeri Sembilan, rakyat telah memilih kerajaan melalui parti- parti yang bertanding dalam pilihan raya. Lalu, parti yang bertanding ini bersetuju nak tubuh kerajaan campuran.
Ha, tubuh kerajaan campuran, BN dengan PN. Ha, BN dengan PN tubuh kerajaan campuran.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kerajaan campuran ditubuh dan saya difahamkan, ada pujuk sebagai UMNO yang ada di dalam BN itu, jangan kerjasama dengan PN. Kerjasama dengan PH. UMNO ini tak mahu dah UMDAP ini. [Dewan tepuk] Lalu, mereka pilih kerjasama dengan PN.
Maka, jadi masalah pada kerajaan dipilih secara demokrasi, sehingga Exco pun nak dipecat. Tak tahu siapa yang ada kuasa pada Exco. Tak boleh masuk pejabat. Jaga pejabat, kawal pejabat. Ini mana demokrasi? Tak hormati demokrasi.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Dan kita mengikut konsep Raja Berperlembagaan. Islam yang pertama sekali, tunduk ke Raja Berperlembagaan ini.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Bila Raja-raja masuk Islam, Nabi kita Muhammad tak pecat Raja itu. Dia terus jadi Raja juga, walaupun dia seorang mualaf. Tetapi di atas dia Perlembagaan yang mengawal dia. Ini yang diamalkan dalam negara kita tetapi adakah kita ikut konsep Raja Berperlembagaan ini? Negeri Sembilan ada Perlembagaan dia sendiri yang perlu kita sedar.
Ini sudah ada campur tangan, jadi celaru. Kita menyaksikan pembangunan di Amerika, peristiwa cerdik yang terkenal. Bila demokrasi di Amerika dicabul dalam peristiwa cerdik yang terkenal, mahkamah Amerika boleh buat keputusan menurunkan seorang Presiden.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Marang, Marang.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Mencelah sikit. Apa pandangan Marang bahawa huru-hara yang berlaku di Negeri Sembilan itu kerana ada tangan- tangan ghaib yang menafikan suara rakyat Negeri Sembilan? Apa pandangan Marang?
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Saya rasa bukan tangan ghaib. Tangan yang nampak terang.
[Dewan ketawa]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Masukkan ucapan Hulu Terengganu dalam ucapan saya.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya. Skandal Watergate, seorang Presiden diturunkan. Ini akibatnya dan kita kena sedar, bagaimana Raja Berperlembagaan diamalkan dengan betul.
Raja bawah Perlembagaan. Raja kita bukan diktator, ada Perlembagaan.
Tetapi kalau Raja dikacau, ini sangat dahsyatlah. Tak tahu apa nak jadi negara kita.
Demokrasi rakyat pilih kerajaan. Selepas itu, kerajaan tak boleh nak dibentuk kerana campur tangan kerajaan negeri.
Kita mengamalkan konsep federalisme. Ada kuasa negeri, ada kuasa Pusat.
Pusat jangan campur kuasa negeri. Kini saya lihat berlaku Perlembagaan kita telah dicabul. Kalau di Amerika, skandal Watergate yang mencabul demokrasi, Presiden dipecat. Kita menghadapi keadaan Perlembagaan dicabul. Kerajaan Pusat mengatasi Perlembagaan.
Raja Berperlembagaan tidak berfungsi. Peranan mahkamah dibelakangi.
Mahkamah belum— tengah bicara dalam mahkamah, batal pendaftaran PN.
Patutnya tunggu mahkamah dulu.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini berlaku di Negeri Sembilan.
Keadaan berubah. Negeri Sembilan ini ada adat dia. Saya nak baca, adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitab Allah. Habis situ. Kitab Allah paling tinggi.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini ada lagi. Kitab Allah bersendikan Perdana Menteri.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Perdana Menteri bersendikan PH. PH bersendikan DAP yang mendominasi dalam kerajaan.
[Dewan tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini masalahnya, menunjukkan bahawa Perlembagaan kita telah dicabul melalui pintu belakang. Cabul pintu belakang ini, orang panggil apa tak tahulah. Saya minta Ahli Parlimen beri nama lah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Marang, sila gulung.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini sangat dahsyat. Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila gulung.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Saya rasa cukuplah sekadar itu. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis selanjutnya mempersilakan— okey, kalau ikut senarai baru ini pula, Yang Berhormat Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Gombak mengucapkan terima kasih di atas kesempatan untuk sama-sama berbahas bagi usul Rang Undang-undang Perbekalan 2027 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Oktober yang lalu.
Sebagaimana yang sedia maklum, Belanjawan Tahun 2027 ini masih lagi dilingkari dengan suasana geopolitik yang tidak stabil.
Peperangan di Asia Barat yang masih belum nampak kunjung noktahnya dan peperangan Rusia–Ukraine yang masih berterusan telah menjemput krisis kepada bekalan makanan, bahan binaan, bahan kimia, peralatan kesihatan dan senarai yang masih panjang.Kesan ini juga masih dirasai oleh banyak negara termasuk negara- negara rantau dan negara-negara jiran kita.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Waima demikian, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana tindakan pantas Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk menangani serta berdepan dengan krisis-krisis tersebut termasuk pengisian yang terkandung dalam Belanjawan 2027 yang telah menganggarkan subsidi berjumlah RM72.72 bilion dan disebabkan oleh beberapa tindakan-tindakan susulan pada tahun 2026, subsidi yang digariskan dalam belanjawan ataupun dalam peruntukan perbelanjaan tahunan 2026 berjumlah RM74.4 bilion. Ini adalah latar pertama yang harus kita sedari terhadap pembentangan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
Yang kedua, bantuan sosial dan bantuan subsidi yang saya nyatakan tadi adalah sebanyak 19.3 peratus iaitu pada tahun 2027 dan 20.5 peratus pada tahun 2026. Maksudnya, bagi setiap RM100 yang akan dibelanjakan oleh peruntukan kerajaan, RM20 disalurkan kepada rakyat melalui bantuan sosial mahupun subsidi.
Saya melihat beberapa komponen lain, Yang Berhormat. Gaji, tahun hadapan sebanyak RM101.6 bilion. Ini adalah sebahagian daripada ikhtiar kerajaan meningkatkan gaji dan juga upahan penjawat awam. Manakala komponen yang lain, 29.6 peratus secara keseluruhan perbelanjaan, itu adalah mengurus. Ia adalah daripada keseluruhan 29 peratus daripada belanjawan mengurus kerajaan.
Kemudian, bayaran khidmat dan hutang RM61 bilion, 16.2 peratus daripada perbelanjaan mengurus. Seterusnya, bayaran persaraan RM44.6 bilion adalah 11.8 peratus daripada perbelanjaan mengurus.
Komponen-komponen yang saya maksudkan tadi, subsidi bercampur dengan gaji, dicampur dengan bayaran khidmat hutang, dicampur dengan bayaran persaraan, merangkumi 76.9 peratus daripada perbelanjaan mengurus kerajaan.
Maksudnya, setiap kali pegawai-pegawai Kementerian Kewangan memulakan proses perancangan belanjawan, bagi setiap RM100 hasil daripada Kerajaan Persekutuan, bermakna hampir RM80 perlu disediakan untuk komitmen gaji, komitmen upahan, komitmen hutang dan komitmen subsidi yang secara keseluruhannya 76.9 peratus. Ini bermaksud bahawa perancangan dasar pengurusan negara hanya mempunyai 20 peratus ruangan untuk membentuk sebarang program, perubahan ataupun transformasi yang ingin dicadangkan bagi sesebuah perubahan yang ingin dilaksanakan.
Dalam pada masa yang sama, saya turut membaca dan menyemak tinjauan fiskal yang telah disediakan oleh Kementerian Kewangan berkaitan dengan
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
peratusan hasil kerajaan berbanding KDNK nasional. Pada tahun 2009, nilaiannya adalah berjumlah 22.3 peratus daripada KDNK. Pada tahun 2027, dianggarkan nilai itu hanyalah pada kadar 16.4 peratus.
Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan II serta pimpinan utama Kementerian Kewangan amat menyedari hakikat ini. Apakah semakan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan nilaian ekonomi dapat benar-benar mencipta nilai, dengan izin, supaya ekonomi bertambah maju, hasil kerajaan dapat membantu, rakyat turut dapat berkembang?
Sebagaimana yang telah dimaklumkan, sebaik Kerajaan Perpaduan ataupun Kerajaan MADANI ditubuhkan, beberapa dokumen asal kerangka pembangunan ekonomi dan hala tuju negara telah dikemukakan. Baik yang dinamakan sebagai Kerangka Ekonomi MADANI ataupun pelan induk pembangunan perindustrian ataupun pelaburan, diikuti tenaga hijau dan beberapa dokumen-dokumen lain.
Adakah framework ataupun bingkai-bingkai tersebut telah memberikan hasil terutamanya dalam memastikan hasil kepada negeri dan negara dapat dipertingkatkan? Di samping beberapa angka pertumbuhan makro yang selalu diumumkan dengan kadar pertumbuhan yang melebihi daripada tinjauan dan juga anggaran yang telah dikeluarkan oleh IMF mahupun World Bank― saya ucap tahniah― dengan jumlah purata pelaburan dan dagangan yang meningkat dengan lebih tinggi. Semua itu tidak tergambar di dalam hasil kepada sesebuah negeri dan ia juga sebenarnya menggambarkan suatu perkara yang lain dengan cara dan kaedah percukaian ataupun kaedah dapatan yang dihasilkan oleh negeri dan negara.
Saya dengar ucapan daripada Marang sebentar tadi yang membangkitkan tentang cukai meningkat. Saya pasti ia merujuk terhadap SST. Tetapi, di saat anggaran yang disebut oleh Marang sebentar tadi, hasil kepada negeri dan juga hasil kepada Kerajaan Persekutuan tidak meningkat kalau dibandingkan dengan nilaian KDNK. KDNK 2009 adalah 22 peratus dan sekarang hanya tinggal 16 peratus. Pada masa itu belum ada SARA, pada masa itu belum ada BUDI, pada masa itu belum ada perkara lain. Itu pun kerajaan terpaksa menyusun balik subsidi supaya ia tidak diberikan secara semua, sebaliknya diberikan selective kepada rakyat dan warga.
Ini adalah satu persoalan fiskal yang serius yang harus difikirkan untuk menjamin apa yang dikatakan kelestarian hasil kepada negara dan itu akan
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
dikembalikan dalam bentuk pembangunan, mahupun dalam bentuk subsidi kepada rakyat dan masyarakat secara amnya.
Kita semua bergembira. Ada permintaan untuk meningkatkan BUDI daripada 300, 400 naik 600, mungkin naik sampai ribu riban selepas ini. Soalnya, adakah kita meneliti hasil itu dapat kembali kepada rakyat dengan sistem percukaian yang lebih baik ataupun revolusi ataupun transformasi cukai yang mengenakan satu tindakan yang lebih besar?
Setiap kali kerajaan cuba mengenakan tindakan percukaian, pasti ada bantahan dan bantahan itu datang daripada berlapis-lapis. Yang kita nak bantu di bawah ramai. Yang kita ingin tolong dan ingin segerakan sokongan banyak. Tetapi, hasilnya dikurangkan dan terpaksa kita memilih-milih untuk melakukan. Saya rasa ini satu perkara yang harus kita laksanakan dan rancang dengan betul dan barulah kita boleh menganjak untuk melihat bagaimana perubahan transformasi ataupun reformasi kepada pembangunan dalam negara ini dapat dilaksanakan.
Kalau tidak, siapa pun yang mentadbir, siapa pun yang memerintah, siapa pun Perdana Menteri akan terus terperangkap dan kita akan terus menggunakan dana daripada PETRONAS, sebagai contoh, ataupun GLIC untuk meneruskan agenda pembangunan yang sedikit terhad berbanding dengan hasil negeri dan negara.
Ada pandangan untuk kita kembali kepada GST. Ada pandangan untuk kita menyusun balik subsidi ataupun SST dan sebagainya. Namun, konteks percukaian yang lebih luas harus dipertimbangkan dan harus difikirkan di samping mempertimbangkan hasil daripada negara yang wajar dipertimbangkan.
Dalam karya Mariana Mazzucato menyebutkan tentang entrepreneurial state yang menggalakkan ataupun memberikan gambaran keperluan untuk negara, government dan kerajaan berniaga, dan ini agak bertentangan dengan pandangan- pandangan lazim ataupun pandangan tradisional yang menegah kerajaan terlibat dengan perniagaan ataupun urus niaga kerana mengganggu pasaran.
Namun begitu, dengan beberapa contoh yang telah diberikan oleh Mazzucato, keterlibatan kerajaan dalam industri strategik― NASA, sebagai contoh, di Amerika Syarikat telah menerbitkan satu rangkaian tenaga dan rangkaian perniagaan yang besar dalam bidang teknologi yang ada termasuk sektor kesihatan sehingga kini. Justeru, penglibatan strategik itu harus dibuat secara terpilih.
PETRONAS adalah contoh yang baik, tetapi kita kena membuat satu lagi moonshot project di dalam negara kita yang bukan hanya bergantung dengan
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
sesuatu hasil ataupun sesuatu konteks supaya hasil itu dapat membantu rakyat dan ia dapat diagihkan kemudiannya melalui dana dan juga melalui pelan yang dirancang oleh kerajaan.
Ahli Yang Berhormat, seterusnya, saya juga beralih kepada hal yang kedua berkenaan dengan keseimbangan di antara wilayah dan kota, bandar dan desa dan juga kawasan-kawasan. Perdana Menteri yang kelima telah menganjarkan ataupun mensasarkan satu kaedah yang dipanggil sebagai pembangunan wilayah dengan pembangunan di kawasan utara, dengan kawasan di pembangunan selatan yang dinamakan Iskandar, yang dinamakan sebagai ECER dan beberapa wilayah-wilayah lain.
Namun begitu, kesenjangan itu masih lagi berlaku kerana tiga epic centre ataupun kawasan pembangunan dalam negara kita masih lagi merujuk kepada tiga wilayah iaitu Johor Bahru, iaitu di Lembah Klang termasuk Selangor dan juga di Pulau Pinang termasuk sebahagian di Kedah dan di Kulim. Dan kalau ada di Wilayah Sabah dan Sarawak, mungkin pusatnya adalah di Sarawak seperti di Miri ataupun di Bandar Kuching.
Isunya sekarang, bagaimana kita melimpahkan pembangunan supaya tidak tertumpu di satu-satu kawasan? Apakah dengan hanya mengembangkan strategi seperti strategi kawasan pembangunan wilayah dengan tidak mengambil kira apakah langkah-langkah dan juga meneliti apakah aktiviti-aktiviti yang sepadan dengannya?
Ada yang mengambil kata bahawa kita tak boleh memaksa pembangunan terlalu pantas.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Kita tak boleh memaksa mereka. Kita hanya mengehadkan kepada apa keperluan mereka. Tetapi ada jurang yang besar yang melibatkan pendapatan dan juga hasil di wilayah-wilayah tersebut. Saya sebagai contoh di negeri Selangor bila saya bandingkan Sabak Bernam dengan Petaling Jaya, bezanya hampir RM6,000, RM7,000 pendapatan median. Kalau saya bezakan pula Johor Bahru dengan kawasan di Sabak Bernam, bezanya dekat RM3,000 dan RM4,000 ataupun RM2,000 hingga RM3,000 dan juga perkara-perkara lain.
Ini menunjukkan jurang itu masih lagi besar dan bagaimana merapatkan jurang itu harus dilakukan dengan langkah keseluruhan yang melibatkan kerajaan tempatan, yang melibatkan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. So, dana yang ingin kita kemukakan adalah agak terhad, sekitar 15 hingga 20 peratus
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
yang sebahagiannya juga adalah hasil daripada defisit. Saya mencadangkan supaya kerajaan menumpu untuk mengurangkan jarak di antara wilayah.
Kadar untuk pembangunan kawasan regional ataupun kawasan persekitaran seperti ECER yang telah dicadangkan oleh Perdana Menteri yang kelima, Allahyarham Tun Pak Lah mungkin boleh di-review balik, dinilai kembali dengan melebarkan dan membangunkan dengan kaedah termasuk bukan hanya projek tetapi pengurusan dan pentadbiran. Kerana apa? Kerana kadangkala apabila kita pergi ke suatu kawasan dan locality, saiz kita tidak lengkap atau saiz kita tidak besar.
Negara seperti Korea Selatan yang mempunyai Seoul, Seoul sebenarnya bukan dilihat kepada satu entiti, ia gabungan kepada beberapa pihak-pihak berkuasa tempatan. Juga seperti bandar raya seperti Jakarta, dia ada big Jakarta, dia ada kawasan yang consolidate di kawasan Jakarta dan saiznya juga sangat besar. Dan saiz yang besar itu memberikan ruang saiz tanah, sumber daya manusia dan keseluruhan.
Sebab itu, di wilayah di kawasan Lembah Klang merupakan di antara kawasan yang berdaya saing kerana mempunyai saiz sumber daya manusia yang besar dengan jumlah keluaran warga di universiti yang sangat besar. Di Selangor saja kita mengeluarkan hampir 30,000 graduan. Sebelum pandemik, 40,000 graduan daripada lebih 150 universiti yang ada di sekitar Selangor dan sekitar Lembah Klang.
Justeru, satu konteks pembangunan wilayah yang lebih tersusun yang mana usaha itu adalah rapatkan, bukan hanya peruntukan yang turun ikut negeri dan wilayah, sebaliknya perancangan yang rinci dan detil melibatkan niche ataupun melibatkan perkara-perkara dan content yang harus ada di satu-satu kawasan itu untuk kita bangunkan bersama.
Yang terakhir dan ketiga Yang Berhormat, saya melihat perkembangan yang begitu rancak tentang artificial intelligence dalam negara kita. Saya boleh katakan dalam tempoh tiga, empat tahun terakhir, Malaysia di antara negara yang begitu rancak berusaha bersungguh-sungguh dan teruja dengan peningkatan ataupun keupayaan artificial intelligence dengan menjemput syarikat-syarikat luar dan pemain-pemain artificial intelligence untuk bertapak seperti Google ataupun Nvidia.
Namun begitu, baru-baru ini sebagaimana soalan yang saya kongsi bersama dengan seorang rakan dalam sesi Dewan yang lepas, berkenaan dengan kenyataan Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei yang menyatakan agar syarikat-syarikat yang melibatkan artificial intelligence ini harus memperlahankan rentaknya. Dan ia menjemput Jinping, Perdana Menteri ataupun Presiden China dan Trump untuk
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
bertemu dengan pemain-pemain ini dan menyatakan beberapa langkah-langkah yang harus diambil supaya langkah untuk menangani AI ini dapat kita tangani bersama dan dapat kita utuskan dan dapat kita hadapi.
Sesaudara, saya menyemak satu makalah yang diterbitkan di tahun 2025 yang menyebut tentang kemungkinan AI boleh menjadi satu yang dipanggil sebagai technofascism dan ini adalah satu threat ataupun ancaman yang mampu menggegarkan dan mengubah nasib kemanusiaan kerana ia akan mampu melakukan pengawasan massa dan mengawal massa melalui emosi dan melalui manipulasi dengan the new myth.
Apa yang disebut oleh Marang tadi sebagai new myth? DAP mengawal PH.
PH menyebabkan kekacauan dan kekeliruan. Saya pun tak tahu dan saya kata kalau BN dan PN berkuasa di Negeri Sembilan, masalah kesultanan di Negeri Sembilan itu selesai. Nampaknya makin haru biru dan makin kelam kabut. Dan *the new myth ...
[Tepuk]* Tak ada jelas tetapi itu akan dilebarkan dengan apa yang dipanggil sebagai algoritma governans, apa yang dipanggil sebagai Big Tech has― Big Tech urusannya dan diuruskan dengan bot dan sebagainya dan urusannya. Itu satu contoh. Politik kita letak ke tepi.
Namun, isunya adalah isu kedaulatan. Ketika kita berdepan dengan suara yang tegas berdepan dengan isu Gaza, isu Palestin sebagai contoh, pergerakan yang berada di luar membangkitkan rasa resah kepada masyarakat dengan arus gelombang yang sangat membimbangkan harus diperhatikan. Dan mesin-mesin ini bukan dikawal oleh kita.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Ia dikawal...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, boleh saya mencelah sikit? Di sini.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Ah, sila.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya tertarik apabila Yang Berhormat menyebut mengenai laporan daripada Anthropic dan penggunaan AI ini dan ia menyentuh isu kedaulatan. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita patut bimbang mengenai laporan Anthropic mengenai sokongan palsu yang diwujudkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun? Ini dijelaskan dalam laporan tersebut. Dan adakah Yang Berhormat setuju bahawa Yang Amat Berhormat Tambun sepatutnya
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
memperjelaskan, adakah beliau terlibat dalam usaha untuk, dalam kerja-kerja untuk mencipta sokongan-sokongan palsu dalam media sosial tersebut?
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih. Itu adalah sebahagian daripada dakwaan yang harus dijelaskan oleh pihak yang terlibat lah.
Saya tidak boleh menjelaskan.
Tetapi isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Anthropic Yang Berhormat, adalah berkenaan dengan mesin itu melawan kepada arahan yang telah diberikan.
Ia merujuk kepada tindakan mesin itu ingin dimatikan. Kemudian, that machine bertindak untuk menyembunyikan dirinya dan mengelakkan daripada dirinya dimatikan. Dan ia adalah satu ancaman kepada kemanusiaan yang lebih besar daripada permainan politik sempit yang cuba dibangkitkan dalam sini.
Sebab itu saya percaya Yang Berhormat, itu adalah usaha sokongan. Saya percaya anda melantik cybertrooper, anda melantik pejuang-pejuang jihadis siber yang sebenarnya penyebar fitnah pun itu adalah strategi politik, terpulanglah dengan kaedah masing-masing. Tetapi, yang dibangkitkan saya pada hari ini tentang Anthropic ini adalah mesin itu telah bergerak dan membuat satu alat yang berbentuk fascist dan perbuatan-perbuatan itu telah mengarah kepada perubahan politik di banyak tempat dalam negara.
Dan kalau kita lihat kemarahan yang berlaku di Indonesia merebak bukan hanya dengan maranya api beberapa hari lepas atau semalam berlaku demonstrasi besar-besaran yang menggugat beberapa bandar daripada Bandung sampailah ke Yogyakarta sampailah ke [Tidak jelas] . Dan kes yang pada tahun 2008 pada bulan lapan, rumah Menteri Kewangan Indonesia yang dibakar bekas adalah disebabkan oleh statement melalui AI yang palsu dan tidak jelas. Kemusnahan telah berlaku, kerosakan telah berlaku tetapi akhirnya tak ada siapa yang nak bertanggungjawab kerana akhirnya pada AI.
Inilah nilai yang harus kita nilai, yang harus kita tengok kerana technofascism ini merupakan satu kebimbangan besar yang bukan hanya mengganggu kepada kemanusiaan, pasaran, nilaian dan juga cara hidup tetapi kepada kedaulatan kita dan perkara ini saya ulang kali sebutkan bahawa kita kena membentuk etika kita ketika berdepan dengan AI sebelum kita bersungguh-sungguh dan kita dengan pantasnya untuk adopt ataupun mengguna pakai AI dalam kehidupan kita.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa dah lebih masa. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya akan bahas dalam Jawatankuasa untuk hal-hal lain.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ditangguh ke jam 2.30 petang untuk solat dan pengurusan rehat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.58 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Puan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil kesempatan untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2027 yang lebih menjurus kepada keselamatan ataupun ekosistem anak-anak kita di sekolah, di rumah dan di jalan raya.
Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, bukan sekadar untuk kita lihat berapa banyak wang yang kita hendak belanjakan, tetapi kita juga kena mengukur kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Keselamatan anak-anak bukan sahaja di sekolah, tetapi bermula di rumah seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini. Bermula di rumah, berterusan di jalanan, dan mesti terjamin di sekolah.
Dan dalam tiga tempat itu; rumah, jalanan, sekolah— ada satu perkara yang merentasi semuanya, iaitu dunia digital. Hal ini juga perlu diberi perhatian dan akan saya sentuh dalam ucapan saya ini.
Yang pertama Puan Yang di-Pertua ialah di rumah. Rumah ini adalah sekolah yang pertama. Ibu bapa pendidik yang pertama. Sebelum anak kita jumpa guru di Darjah Satu atau prasekolah, anak jumpa ibu dulu, jumpa ayah. Kos sara hidup, pekerjaan yang tidak menentu, tekanan-tekanan kewangan, semua ini menjejaskan masa, kualiti ibu bapa bersama dengan anak-anak di rumah.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Kerajaan bentang tentang gaji minimum RM2,000, RM2,500 untuk graduan.
Baiklah, tetapi apakah implikasi-implikasi selepas itu difikirkan? Mungkin ada graduan yang tidak dapat bekerja kerana gaji mahal, majikan kena letakkan gaji mahal. Mungkin ada pekerja yang berhenti kerana pergi ke kilang atau industri yang menawarkan gaji minimum RM2,000. Semua perkara ini memberi kesan kepada kesejahteraan anak-anak, tumbesaran, pendidikan di rumah.
Dalam Dewan ini, kita pernah bahas data penyata JKPK mengenai One-Stop Crisis Centre bulan Jun, bulan Julai yang lalu. Dalam data ini yang ada di tangan saya ini dibentangkan dalam Dewan ini. Ada 7,689 kes keganasan rumah tangga. Ini tahun 2025, setahun 7,600 kes keganasan rumah tangga, suami pukul isteri. Ini yang kita dengar dalam seminggu dua ini suami bunuh isteri, ada anak yang bunuh ibu.
Dalam rumah sendiri kesejahteraan rakyat kita sudah tidak terjamin. Perkara ini memberi kesan yang merantai, kesan domino kepada semua perkara: kepada ekonomi, kepada sosial, kepada politik, kepada keselamatan, kepada ketenteraman.
Perkara ini perkara-perkara asas yang kita kena lihat.
Juga disebutkan pasangan-pasangan yang duduk berjauhan yang disebut sebagai pasangan “duka lara”. Kajian daripada Dr. Luqman Mahmud (UUM), perkahwinan jarak jauh menjejaskan kesejahteraan pekerja. Mak ayah ini dia bukannya tidak hendak didik anak di rumah tetapi sebab tuntutan; ada yang terpaksa bekerja di utara, ayah bekerja di selatan, Sabah, Sarawak, ada yang jadi weekend husband, monthly husband, dan lebih parah ada yang setahun sekali mungkin jumpa anak. Bukan tak hendak jumpa, sebab kos hendak kena ambil tiket flight, hendak kena tinggal kerja. Semua perkara ini perlu pihak kerajaan beri perhatian.
Bukan setakat itu, dalam kalangan penjawat awam, ini kenyataan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), 55,169 penjawat awam menjalani sistem saringan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Awam.
Daripada 55,000 orang itu, semua itu berisiko tinggi termasuk mempunyai kecenderungan tingkah laku bunuh diri.
Puan Speaker, ini penjawat awam yang ada pendidikan, yang ada gaji tetap, cukup bulan masuk, cukup bulan masuk, boleh bayar sewa rumah, boleh bayar installment kereta, tetapi semua mereka ini setelah disaring ada masalah kesihatan mental, ada kecenderungan untuk bunuh diri. Mereka inilah guru yang hendak didik anak-anak di rumah. Siapa lihat perkara ini? Bajet yang kita bentang, yang kita bincang ini juga perlu mengambil kira semua aspek ini.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Itu belum lagi kita lihat dari sudut aspek rumah mampu milik. Itu yang ada rumah. Yang tak ada rumah, macam mana? Gelandangan, macam mana? Yang menumpang rumah orang, macam mana? Rumah pula yang dibina, rumah kos rendah. Ada rumah yang hanya dua bilik. Sebab itu dalam Islam, Nabi pesan disebut tadi oleh Yang Berhormat Marang, bila anak mencapai usia 7 tahun, ajar sembahyang— 10 tahun, asing tempat tidur.
Bila asing tempat tidur, maksudnya rumah kita minimum mesti ada tiga bilik.
Anak laki-laki, anak perempuan, dan ibu ayah. Ini untuk mengelakkan berlaku kes- kes ‘haruan makan anak’ ataupun sumbang mahram. Semua perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan semua pihak untuk membantu memulihkan masyarakat kita.
Puan Yang di-Pertua, di jalanan. Risiko anak-anak kita berjalan pergi ke sekolah kayuh basikal, naik motosikal, naik kereta dihantar oleh ayah, diambil oleh ayah setiap hari pun kemalangan. Kita tengok kemalangan Jalan Kuching baru ini, seorang ayah namanya Syahir bawa Bezza, dia tak bawa laju, bawa anak dia umur lima tahun nama Asiah, comel budak itu.
Duduk dalam kereta. Tiba-tiba kereta belakang langgar, terpelanting. Budak itu dipapah oleh ayah dia, oleh Syahir, di tepi jalan, “Jangan mati, jangan mati”. Pegang anak di tengah-tengah jalan raya Jalan Kuching, dia hendak hantar anak itu pergi sekolah. Apa dosa budak itu? Orang yang melanggar itu pula membawa peguam apa semua. Kenapa perkara ini semua berlaku? Kerana manusia tidak sabar. Manusia hanya penting diri sendiri. Manusia tidak fikir tentang orang lain, hanya fikir tentang kepentingan diri sendiri.
Risiko sosial yang ada di jalan, yang anak-anak kita hendak pergi sekolah.
Vape boleh dibeli dengan mudah, dadah barang-barang terlarang. Selain daripada perkara yang berlaku secara fizikal, berlaku di Seremban baru-baru ini. Didedahkan lebih 300 orang pelajar perempuan yang didakwa menjadi mangsa imej bogel palsu AI. Bayangkan anak kita tiba-tiba tersebar dalam media sosial, dalam Internet, muka anak kita, tapi bogel, badan orang lain. Mana hendak letak maruah budak itu?
Trauma yang ditanggung.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Kita sebagai ayah, mana hendak letak muka kita, kalau kita marah, malu sekalipun. Nak cari macam mana orang yang buat ini. Pelaku-pelaku deepfake ini sampai sekarang tak dapat diakses. Saya pernah tanya dalam Dewan ini, Menteri jawab belum dapat sepenuhnya kita cari siapa yang buat kenyataan palsu ataupun
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
imej palsu itu tak dapat di-detect. Macam mana negara yang sudah maju membangun, AI itu ada, kenapa kita tak boleh sampai sekarang ini menghalang imej- imej palsu. Tak kiralah melibatkan pemimpin politik kah, melibatkan siapa, apatah lagi melibatkan anak yang tidak bersalah, yang tak tahu apa.
Didedahkan juga yang terbaharu, saya baru baca tadi. Game Roblox. Ini ancaman digital. Didedahkan, katanya didedahkan oleh Tan Sri Ayob Khan, saya tak pasti, maklumat ini betul atau tidak, tapi saya baca dalam game Roblox itu menjadi tempat pengganas merekrut ahli-ahli baharu. Dia masuk secara online— game Roblox ini online, dia boleh main antarabangsa. Dia rekrut, dia masuk secara online, dia bercakap dengan kanak-kanak sebab Roblox ini yang main kanak-kanak. Bapak budak kadang-kadang tumpang sikit-sikit.
Dia bercakap dengan budak itu berkenalan, dia bawa ke satu group chat yang lain, di situ dia tanam doktrin. Doktrin sesat, menyesatkan agama, doktrin lawan itu, bunuh orang ini, lawan polis, lawan kerajaan. Di situ di doktrin. Ini sangat bahaya.
Semua perkara-perkara ini perlu diberi perhatian.
Hari ini kita dapat satu surat kepada semua perkhidmatan awam, jangan guna Waze kerana Waze itu berpangkalan di Israel. Kalau betul Waze itu berbahaya, jangan bagi Waze itu masuk Malaysia ini. Semua orang tak boleh pakai Waze, bukan setakat penjawat awam. Ini ancaman digital yang sedang melanda kita tanpa kita sedar.
Yang ketiga Puan Yang di-Pertua, di sekolah. Di sekolah peruntukannya tinggi, semua kita faham, itu keperluan. RM69 bilion, RM2 bilion untuk penyelenggaraan. Saya hendak mencadangkan dalam Dewan ini selain daripada pelan anti-buli yang telah pun kerajaan sedang laksanakan ini, bagus, teruskan.
Masukkan juga pengurusan risiko dalam aspek jenayah di sekolah.
Unsur jenayah ini boleh terjadi dengan tiga perkara. Ini apa yang saya dapat daripada perkongsian saudara Kamal Affandi, penganalisis jenayah. Terima kasih.
Kamal Affandi ini katanya dia cuba hubungi KPM, tetapi KPM tak layan. Tak apalah, saya pergi mendengar dan saya bawa suara dalam Dewan. Tiga unsur berlaku jenayah ini, ada pelaku, ada peluang, ada sasaran. Semua tiga aspek ini kena dianalisis risikonya di sekolah-sekolah. Bukan setakat kita pasang CCTV sahaja, tak cukup.
Kena audit bentuk bangunan sekolah kita. Kalau ada kawasan yang gelap, kena tambah lampu bagi terang. Kena tengok di mana tandas, selalunya tandas ini duduk di hujung bangunan tersorok, sunyi, banyak kejadian jenayah berlaku dalam
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
tandas. Bunuh, rogol berlaku dalam tandas, sebab apa? Dia duduk di hujung bangunan, tersorok, dia sunyi. Maka kena diaudit semula, ubah kedudukan tandas.
Timbalan Menteri Pendidikan ada, terima kasih.
Koridor-koridor kita, saya rasa semua itu telah pun diambil kira, tetapi perkara ini perlu diberi perhatian yang serius. Satu lagi contoh, bilik warden. Bilik warden ini pun kadang-kadang duduk di hujung, sunyi. Ada kes kakitangan sekolah yang bersubahat melakukan jenayah kerana mereka duduk dalam bilik-bilik yang di hujung, yang sunyi, yang tidak dipedulikan oleh orang ramai. Semua ini perlu diaudit, letak warna, warna hijau untuk sekolah yang okey, macam lampu isyaratlah. Kuning yang berjaga-jaga. Merah ini yang kena beri perhatian. Audit dan bantuan insentif.
Tujuan kita letak pengurusan risiko di peringkat sekolah ini untuk diagihkan bajet tadi mengikut keperluan risiko dan libatkan juga pasukan-pasukan audit daripada luar selain daripada agensi kerajaan termasuklah pakar-pakar dan orang- orang yang berpengalaman. Jangan kita hanya ukur berapa jumlah sekolah yang kita baik pulih, tapi ukur juga sama ada sekolah itu lebih selamat ataupun tidak selepas kita baik pulih.
Yang keempat, Puan Yang di-Pertua mengenai guru. Dalam hal kejadian yang berlaku di sekolah-sekolah, sebahagian besar ibu bapa akan mencari guru, betullah. Sebab orang yang paling bertanggungjawab di sekolah ialah guru, tapi kita kena sedar, guru ini juga ada bebanan tugas yang banyak. Kita ada banyak kelab- kelab persatuan aktiviti pelajar di sekolah. kelab tekwando, silat, Kelab Bahasa Inggeris, kelab pidato, kelab macam-macam.
Setakat semakan saya, guru-guru ini walaupun diberi beban tugas yang bertambah dalam kelab-kelab itu, tapi dia tidak ada elaun. Saya cadangkan supaya diberikan elaun tanggungjawab tambahan kokurikulum untuk guru-guru kita ini.
Supaya guru-guru ini lebih bersemangat, terjaga kebajikan dia. Kenapa kena bagi elaun? Supaya guru-guru ini boleh guna platform kelab-kelab itu untuk mendidik pelajar-pelajar, menguruskan risiko-risiko yang kemungkinan berlaku jenayah itu tadi.
Wujudkan pasukan respons pantas (quick response team) di setiap sekolah untuk menangani kejadian-kejadian jenayah ataupun kejadian-kejadian yang mengundang kepada jenayah. Orang-orang ini daripada kalangan guru, mungkin kakitangan sekolah yang terlatih.
Puan Yang di-Pertua, saya beralih kepada topik mengenai waad yang disebut dalam ucapan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Alor Setar, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Saya bukan...
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Padang Terap. Sikit, boleh tak?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, ringkas Padang Terap, sebab sama tinggi saya bagi.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Alor Setar.
Baru-baru ini kita digemparkan iaitu kes di Yong Peng. Seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 yang mati dibunuh yang menggemparkan negara. Setuju tak Alor Setar bahawa KPM perlu memberikan penekanan tentang silibus Islam ataupun penerapan akhlak. Dan mungkin melantik di kalangan guru ini seorang murabbi untuk melihat perubahan tingkah laku di kalangan pelajar yang mungkin ke arah risiko berlaku jenayah sepertimana yang berlaku di Yong Peng. Setuju tak Alor Setar?
Terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Setuju 100 peratus. Terima kasih Padang Terap.
Poin yang akhir Puan Yang di-Pertua ialah mengenai peruntukan. Ini sebahagian daripada wa’ad yang telah dibuat oleh kerajaan— dibuat oleh Pakatan Harapan sebelum jadi kerajaan. Dan isu ini juga dibangkitkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kerajaan beberapa orang. Kalau kerajaan bertekad, Yang Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri bertekad hendak menunaikan wa’ad, tunaikan salah satunya ialah wa’ad peruntukan hak kawasan sama rata, seperti mana mereka janjikan dalam buku manifesto.
Saya sendiri secara peribadi— kalau kerajaan yang ada ini buat tatakelola yang baik— bukan ‘tata tengkuk la’. Buat tatakelola yang baik, urus tadbir negara yang baik mengikut semua aturannya, tidak ada masalah kerajaan ini untuk terus kekal menjadi kerajaan. Sebagai suara peribadi.
Kalau suara parti, mungkin lain, tapi siapa-siapa pun, mana-mana kerajaan kalau dia buat kerja dengan baik, tanpa mengira warna politik, semua mengikut aturan-aturan yang ditetapkan, dia berubah, dia bertaubat, dia balik ke pangkal jalan, teruskan. Orang buat baik, siapa buat baik pun, kita sokong, tapi kalau buat tak baik, buat jahat, kita tak akan setuju, kita akan bantah. Itu prinsip yang kena ada, terutamanya kepada pembangkang.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ahli Parlimen PKR sendiri pun dinafikan hak. Tiga orang Ahli Parlimen PKR mengadu mereka disekat peruntukan. Ini parti yang jadi kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Saya gulung, Puan Yang di-Pertua.
RM952 juta peruntukan yang patut diberi kepada semua 68 orang Ahli Parlimen. Saya hendak tanya dalam Dewan ini, ke mana duit itu pergi? Di mana di belanjakan? Bagi pada siapa? Bentangkan dalam Dewan ini supaya kita tahu waad itu telah pun ditunaikan.
Di Alor Setar, peruntukan diberi kepada Parlimen Alor Setar, tapi diberi kepada agensi Persekutuan tanpa dirunding dengan Pejabat Daerah Kota Setar.
Pejabat daerah ini agensi kerajaan, bukan pejabat parti politik. Sebelum-sebelum ini semua runding dengan pejabat daerah, kenapa kali ini tak runding dengan pejabat daerah?
Sebagai penutup Puan Yang di-Pertua, saya hendak menegaskan manusia yang ada dalam— rakyat dalam negara ini, dalam Dewan ini semua kita ini manusia dan kita bukan alat untuk mengaut keuntungan. Bukan alat untuk dapat undi semata- mata, bukan alat untuk merebut kuasa semata-mata. Manusia ada maruah, ada hak, ada keluarga, ada masa depan. Kita boleh berbeza parti, kita boleh berbeza pandangan, tapi jangan sampai perbezaan politik menyebabkan kita lupa dan mengabaikan rakyat yang kita tadbir. Rakyat adalah manusia yang ada hak dan ada maruah.
Jangan menjanjikan janji sebagai umpan untuk menang pilihan raya semata- mata. “Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.” Kalau manusia mungkir janji, bimbang nanti jadi macam lembu yang terlepas tali. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana izinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan.
Isu yang pertama saya hendak bangkitkan adalah sekali lagi isu kes kematian Teoh Beng Hock. Sudah 17 tahun berlalu sejak kematian beliau pada tahun 2009, namun sehingga hari ini keluarga mendiang masih menunggu keadilan.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Pada tahun 2014, Mahkamah Rayuan telah meluluskan bahawa kematian beliau berpunca daripada perbuatan yang menyalahi undang-undang oleh seseorang atau beberapa individu yang tidak dikenal pasti, tetapi persoalannya, selepas 17 tahun, mengapa masih belum ada sesiapa yang dipertanggungjawabkan?
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah perkembangan terkini siasatan kes ini? Adakah siasatan masih diteruskan? Apakah tindakan susulan pihak Polis dan juga Jabatan Peguam Negara? Adakah kes ini masih dikategorikan sebagai NFA?
Kes ini bukan sekadar melibatkan sebuah keluarga, tapi menyentuh soal integriti institusi penguatkuasaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara. Keadilan yang tertangguh selama 17 tahun, bukan lagi sekadar kelewatan, tetapi sudah menjadi ujian terhadap keikhlasan negara menegakkan keadilan.
Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah kerajaan memberikan bantuan elaun kewangan kepada pelajar STPM. Ini merupakan satu pengiktirafan yang wajar kepada pelajar Tingkatan 6. Namun saya ingin menegaskan bahawa bantuan kewangan sahaja tidak mencukupi. Apa yang lebih penting ialah memastikan pelajar STPM mendapat peluang yang adil untuk memasuki universiti awam.
Kita masih berdepan dengan sistem kemasukan universiti yang menggunakan pelbagai laluan termasuk STPM, matrikulasi, asasi dan juga direct intake, dengan kaedah penilaian yang tidak semestinya setara. Bagaimanakah kita boleh menjamin persaingan yang adil sekiranya pelajar daripada laluan berbeza dinilai menggunakan standard yang berbeza?
Saya sekali lagi mencadangkan supaya kerajaan bergerak ke arah satu sistem kemasukan universiti awam yang lebih seragam, telus dan berasaskan merit dengan mengambil kira keperluan sosial ekonomi pelajar. Kerajaan juga perlu mendedahkan data kemasukan mengikut laluan dan program pengajian khususnya bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi dan undang-undang.
Pelajar STPM bukan sekadar memerlukan bantuan wang untuk meneruskan pengajian. Mereka memerlukan jaminan bahawa usaha dan kecemerlangan akademi mereka dinilai secara adil. Itulah reformasi pendidikan tinggi yang sebenar.
Puan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas
Tuan Chow Yu Hui - Raub
pengumuman untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau AUKU. Ini merupakan satu langkah reformasi yang amat bermakna khususnya kepada gerakan mahasiswa yang telah memperjuangkan kebebasan kampus sejak sekian lama.
Namun saya ingin menegaskan bahawa pemansuhan AUKU tidak boleh sekadar menggantikan undang-undang lama dengan undang-undang baharu, tetapi mesti membawa perubahan sebenar kepada budaya pentadbiran universiti. Saya berharap Kementerian Pendidikan Tinggi dapat mempercepatkan penggubalan Akta Pendidikan Tinggi baharu iaitu One Higher Education Act atau OHEA yang benar- benar menjamin autonomi universiti, kebebasan akademi, kebebasan bersuara dan hak mahasiswa untuk mentadbir organisasi mereka sendiri.
Puan Yang di-Pertua, antara pembaharuan paling penting ialah kita mesti mengurangkan kuasa berlebihan Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau HEP dalam mengawal gerakan mahasiswa. Selama ini banyak aktiviti mahasiswa memerlukan kelulusan HEP. Malah, ada kalanya program mahasiswa boleh dihalang atau dibatalkan hanya kerana tidak mendapat persetujuan pihak pentadbiran.
Saya berpendapat mahasiswa tidak sepatutnya perlu meminta kebenaran HEP untuk menganjurkan aktiviti mereka sendiri. Kuasa mengurus dan menyelia aktiviti mahasiswa seharusnya dipulangkan kepada Kesatuan Mahasiswa dan persatuan pelajar masing-masing. HEP sepatutnya memainkan peranan sebagai pemudah cara, bukannya badan yang mengawal segala pergerakan mahasiswa.
OHEA memastikan pentadbiran universiti yang lebih demokratik, telus dan bebas daripada penyalahgunaan kuasa.
Pertama, pelantikan Naib Canselor perlu dibuat melalui proses pemilihan terbuka berasaskan merit oleh Lembaga Universiti yang lebih mewakili warga kampus bukannya ditentukan semata-mata oleh pihak atasan.
Kedua, Jawatankuasa Tatatertib Pelajar mesti benar-benar bebas walaupun AUKU telah dipinda. Jawatankuasa ini masih dipengerusikan oleh Timbalan Naik Canselor. Saya cadangkan pengerusi bebas dilantik bagi menjamin keadilan dan mengelakkan konflik kepentingan.
Ketiga, kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan organisasi mahasiswa di bawah seksyen 16 AUKU, mesti dimansuhkan atau dihadkan dengan ketat. Tidak masuk akal apabila mahasiswa mengkritik pentadbiran universiti, tetapi pihak yang dikritik itu sendiri mempunyai kuasa untuk menggantung atau membubarkan organisasi mahasiswa tersebut.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
OHEA mesti menjamin bahawa kritikan terhadap pentadbiran universiti bukan satu kesalahan sebaliknya merupakan sebahagian daripada budaya demokrasi dan kebebasan akademi yang perlu dipertahankan.
Akhir yang saya ingin bangkitkan sekali lagi, isu autonomi kewangan persatuan mahasiswa. Melalui pindaan AUKU 2023 diluluskan pada tahun 2024, kerajaan telah membuka ruang kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan pertubuhan mahasiswa untuk mengurus kewangan serta membuka akaun bank sendiri.
Namun, pelaksanaannya yang masih nampak tidak menyeluruh, masih terdapat persatuan mahasiswa yang menghadapi kesukaran membuka akaun bank sendiri. Manakala ada yang masih perlu mendapatkan kelulusan pentadbiran bagi urusan kewangan mereka. Keadaan ini jelas bercanggah dengan semangat reformasi yang ingin memberikan autonomi kepada mahasiswa.
Saya harap KPT mengeluarkan satu SOP yang seragam, mudah dan jelas supaya semua pertubuhan mahasiswa yang layak dapat membuka dan menguruskan akaun bank sendiri tanpa kerenah birokrasi yang tidak munasabah.
Jangan sampai undang-undang sudah memberikan kebebasan, tetapi pentadbiran universiti masih menyekat kebebasan tersebut. Pemansuhan AUKU menjadi titik permulaan untuk mengembalikan kampus kepada mahasiswa, bukan sekadar membuka nama sebuah akta.
Puan Speaker, saya ingin menyentuh cadangan Yang Berhormat Tasek Gelugor supaya kerajaan mempertimbangkan penyeludupan ladang-ladang ternakan babi di seluruh negara dan menggantikan bekalan tempatan dengan babi import seperti yang diamalkan oleh Singapura.
Pertama sekali, saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak mempertahankan mana-mana penternak yang mencemarkan alam sekitar.
Sekiranya terdapat ladang babi yang membuang sisa kumbahan ke dalam sungai, menyebabkan pencemaran bau atau menjejaskan kesihatan penduduk, tindakan tegas mesti diambil.
Namun, persoalannya adalah adakah penyelesaian kepada masalah pencemaran ialah menutup seluruh industri penternakan babi di Malaysia? Kalau ada ladang ayam mencemarkan sungai, adakah kita mahu menutup semua ladang ayam? Kalau ada ladang lembu mencemarkan alam sekitar, adakah kita mahu menghapuskan seluruh industri penternakan lembu? Mengapa apabila melibatkan penternakan babi, pendekatan yang dicadangkan bukan pemodenan, bukan penguatkuasaan, tetapi penutupan seluruh industri.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Puan Speaker, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada satu fakta yang sangat penting yang mungkin terlepas pandang oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Beliau mencadangkan supaya Malaysia mencontohi Singapura yang mengimport bekalan daging babi, tapi tahu kah Yang Berhormat bahawa Singapura sendiri mengimport babi hidup dari Sarawak, Malaysia?
Berdasarkan data rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, sejak tahun 2017 kawasan penternakan babi di Simunjan, Sarawak telah mengeksport lebih 675,000 ekor babi hidup ke Singapura dengan nilai keseluruhan sebanyak RM742.5 juta. Pada tahun 2024 sahaja, kira-kira 120,000 ekor babi hidup telah dieksport ke Singapura— menjana pendapatan sebanyak RM197.6 juta. Malah berdasarkan laporan rasmi pada tahun 2025, purata eksport adalah sekitar 2,500 ekor babi hidup setiap minggu.
Puan Speaker, yang lebih menarik, ladang penternakan di Simunjan, Sarawak ini bukan ladang tradisional yang beroperasi tanpa kawalan, ia menggunakan sistem penternakan tertutup. Sistem pengudaraan terkawal, rawatan dan kitar semula sisa ternakan serta langkah biosecurity yang ketat.
Kawasan penternakan ini juga mempunyai zon penampan yang memisahkan ladang daripada kawasan kediaman. Malah, sistem pengurusan kesihatan haiwan dan biosecurity nya telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini membuktikan bahawa penternakan babi boleh dimodenkan, dikawal selia dan dibangunkan menjadi industri eksport yang bernilai tinggi.
Jadi, saya ingin tanya kepada Dewan yang mulia ini khususnya Yang Berhormat Tasek Gelugor. Jika Yang Berhormat mahu kita mencontohi Singapura dengan mengimport daging babi, tetapi Singapura sendiri pun pengimport babi hidup dari Sarawak. Kalau kita menutup semua ladang babi di Malaysia termasuk di Sarawak, dari mana lagi Singapura hendaklah mengimport babi hidup dari Malaysia?
Singapura boleh menerima hasil penternakan babi dari Malaysia tapi Malaysia sendiri pula nak hapuskan industri tersebut. Di mana logiknya? Adakah kita mahu menghapuskan sebuah industri tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran Singapura semata-mata untuk menggantikannya dengan import dari negara lain. Bukankah lebih rasional untuk kita mencontohi kejayaan kemodenan penternakan di Sarawak daripada menghapuskan seluruh industri.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Puan Speaker, setiap kali kita membahaskan Dasar Pertanian, kerajaan sentiasa menekankan kepentingan meningkatkan pengeluaran makanan tempatan
Tuan Chow Yu Hui - Raub
dan mengurangkan kebergantungan kepada import, tapi hari ini kita mendengar cadangan membawa negara ke arah bertentangan. Kita mahu menutup industri pengeluaran makanan sendiri dan menyerahkan bekalan sepenuhnya kepada negara luar. Apakah jaminan bahawa harga daging babi import akan sedikit lebih murah?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Raub. Raub, Temerloh sikit.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Nanti, nanti. Bagaimana jika berlaku wabak penyakit haiwan di negara pengeksport? Bagaimana jika rantaian bekalan antarabangsa terganggu? Bagaimana jika ringgit merosot? Akhirnya pengguna Malaysia yang terpaksa menanggung risikonya. Keterjaminan makanan bukan sekadar memastikan makanan boleh dibeli hari ini tapi memastikan negara mempunyai keupayaan untuk terus membekalkan makanan pada masa depan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Sikit lah Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Sila.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih Speaker.
Cuma saya nak— saya mendengar perbahasan daripada Tasek Gelugor. Beliau menyatakan masalah berkaitan dengan pencemaran yang sudah lama mereka hadapi, itu yang dicadangkan untuk import, tapi sekiranya kita sebutkan perniagaan atau pun yang dijaga tadi dengan baik, kita tak ada masalah, orang Islam tak ada masalah. Cuma kita nak supaya yang disebut oleh Tasek Gelugor yang kita faham supaya perkara itu mesti diatasi dan tidak lagi berlaku pencemaran yang dihadapi oleh seluruh penduduk bertahun-tahun. Itu yang saya faham. Terima kasih.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Okey terima kasih ya. Saya pun tidak setuju pencemaran yang dikenakan jika ada ladang penternakan babi yang kotor, tetapi apa cadangan nak tutup seluruh industri ini tidak munasabah kerana dia— kerana YB Tasek Gelugor ucapkan, kami nak mencontohi Singapura, tapi Singapuralah yang import babi dari Sarawak. Oleh itu apa yang saya tadi ucapkan adalah kita sepatutnya contohi negeri Sarawak. Pemodenan penternakan ladang babi. Dan ini apa yang key point saya.
Dan Puan Speaker, akhirnya yang saya nak bangkitkan isu adalah saya membaca laporan media bahawa semua penjawat awam baru diarahkan menghentikan penggunaan Waze apps serta-merta. Saya meminta kerajaan membuat pengesahan sama ada laporan ini benar atau tidak? Jika benar, adakah
Tuan Chow Yu Hui - Raub
arahan tersebut turut meliputi telefon peribadi dan penggunaan di luar waktu bertugas?
Jika kerajaan bimbang data lokasi terdedah kepada syarikat dan kerajaan Israel, adakah kerajaan juga akan melarang aplikasi Amerika Syarikat seperti Googlemaps, Instagram dan juga WhatsApp? Amerika Syarikat juga pernah terpalit dengan pendedahan pengawasan terhadap pemimpin asing termasuk bekas canselor Jerman, Angela Merkel. Tambahan pula Kerajaan Amerika Syarikat turut menyokong Israel.
Apakah perbezaan risiko yang menyebabkan Waze dilarang, tetapi aplikasi lain dibenarkan? Jika Waze diharamkan kerana katanya, syarikatnya adalah di Israel sedangkan Waze telah dimiliki oleh Google sejak tahun 2013. Apakah perbezaan risiko keselamatan data antara Waze dengan Google Maps yang telah dimiliki oleh syarikat induk yang sama? Oleh itu saya harap kerajaan boleh menjelaskan asas penilaian untuk mengharamkan Waze ini di kalangan semua penjawat awam serta keberkesanan larangan ini. Sekian, terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai.
Puan Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2027 yang jelas mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kedudukan fiskal negara, menangani kos sara hidup serta meneruskan agenda pembangunan yang lebih inklusif.
Puan Speaker, perkara pertama yang saya nak sentuh ialah berkenaan dengan hak Sarawak di bawah MA63. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Saya menyambut baik rancangan Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan peruntukan untuk Sarawak kepada RM16.2 bilion di bawah Belanjawan 2027 di samping pemberian khas interim sebanyak RM1.5 bilion di bawah Artikel 112D, Perlembagaan Persekutuan yang akan dilunaskan sebelum hujung tahun ini.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Dalam masa yang sama Puan Speaker saya berharap agar suatu formula yang lebih tepat, jelas dan konsisten dapat dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan kadar pemberian khas kepada Sarawak di bawah Artikel 112D ini, Perlembagaan Persekutuan dapat dimuktamadkan. Ianya penting bagi memperkukuh pelaksanaan agenda pembangunan yang lebih menyeluruh demi meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak termasuk di Parlimen saya Batang Lupar.
Selain soal pemberian khas, terdapat juga perkara-perkara lain yang berada di peringkat rundingan seperti perkara-perkara lain yang masih dalam pelbagai peringkat rundingan seperti Akta Laut Wilayah. Hak ke atas pelantar benua dan autonomi dalam sektor kesihatan dan pendidikan.
Baru-baru ini kerajaan Sarawak juga telah menggesa supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk memberi kuasa penuh kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Negeri Sarawak atau pun JBALB untuk membuat keputusan bagi semua projek bekalan air luar bandar (BALB) di peringkat negeri termasuk yang bernilai melebihi RM50 juta bagi mempercepat pelaksanaannya.
Alhamdulillah, selama empat tahun di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, banyak perkara-perkara di bawah Perjanjian Malaysia yang telah dapat diselesaikan.
Antaranya berkenaan pelantikan wakil tetap ke dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri, penyerahan semula Pelabuhan Bintulu, pengambilalihan MASwings oleh AirBorneo dan pengiktirafan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan Jabatan Kerja Raya Sarawak sebagai jabatan teknikal.
Namun begitu Puan Speaker, kami wakil-wakil rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya amat berharap agar komitmen dan kesungguhan yang sama juga dapat diteruskan dalam menghormati tuntutan Sabah dan Sarawak untuk mengembalikan ratio, untuk mengembalikan ratio 1/3 atau 35 peratus komposisi kerusi Dewan Rakyat selaras dengan semangat dan harapan tokoh-tokoh pemimpin terdahulu dalam menandatangani Perjanjian Malaysia 1963.
Umum mengetahui bahawa semasa Pembentukan Malaysia pada 1963, gabungan Sabah mempunyai 16 Kerusi, Sarawak mempunyai 24 Kerusi dan Singapura 15 Kerusi. Diperuntukkan 55 buah Kerusi iaitu kira-kira 35 peratus daripada keseluruhan 159 Kerusi Dewan Rakyat pada ketika itu bagi melindungi kepentingan wilayah-wilayah yang membentuk Malaysia.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Namun, apabila Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965, maafkan saya. 15 Kerusi Dewan Rakyat Singapura dimansuhkan tanpa diagihkan semula kepada Sabah dan Sarawak. Ianya membawa kepada perubahan nisbah perwakilan dalam Dewan Rakyat di mana perwakilan Sabah dan Sarawak menurun kepada 27.7 peratus atau 40 daripada 144 kerusi.
Dan akhirnya bagi tahun 2026 ini Sabah dan Sarawak, 56 buah Kerusi atau hanya 25.3 peratus daripada keseluruhan Dewan Rakyat. Oleh itu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan terdapat kewajaran untuk meningkatkan jumlah kadar nisbah Kerusi Dewan Rakyat untuk Sabah dan Sarawak semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963
(MTPMA63) pada 11 September 2026.
Tinggilah harapan saya agar ia dapat kita realisasikan dengan segera dalam kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya yang akan datang memandangkan terdapat tempoh lat lapan tahun bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah pun tamat.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Puan Speaker, soal mengembalikan satu pertiga Kerusi Dewan Rakyat ini telah lama dibawa oleh kami Wakil-wakil Rakyat Sabah dan Sarawak, namun belum ada penyelesaian yang tuntas. Kami telah cuba sedaya upaya untuk memperjelaskan kepentingan untuk mengembalikan nisbah satu pertiga Kerusi Dewan Rakyat ini bagi menghormati, bagi menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam pembentukan Malaysia.
Apa yang tinggal sekarang adalah political will, dengan izin, daripada semua pihak. Saya amat yakin dan percaya, apabila dibentangkan di Dewan Rakyat kelak, pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menetapkan kadar nisbah satu pertiga Kerusi Dewan Rakyat untuk Sabah dan Sarawak akan mendapat sokongan penuh baik daripada sebelah sini ataupun daripada sebelah sana.
Lebih penting lagi Puan Speaker, apabila telah ditetapkan di dalam Perlembagaan kelak, kadar nisbah satu pertiga Kerusi Dewan Rakyat ini untuk Sabah dan Sarawak haruslah sentiasa dihormati. Sebarang pertambahan kerusi di Semenanjung Malaysia juga harus diimbangi dengan penambahan Kerusi di Sabah dan Sarawak demi memelihara keseimbangan perwakilan, menjamin suara kedua- dua negeri terus terpelihara serta menegakkan semangat dan prinsip asal pembentukan Malaysia.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya beralih kepada perkara yang kedua, iaitu berkenaan dengan judi online. Seterusnya saya ingin menarik perhatian Dewan kepada masalah perjudian atas talian ataupun judi online yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di negara kita. Puan Speaker, anak-anak muda di ceruk kampung sudah pun mula ketagih dengan kegiatan judi online sehingga sanggup berhabis duit membeli tambah nilai ataupun top-up di kedai-kedai 24 jam. Sekiranya tidak dibendung, saya khuatir ia nya boleh membawa kepada gejala hutang dan pelbagai masalah sosial yang lain.
Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita mengenakan larangan sepenuhnya ke atas aktiviti judi online, sama ada kita perkenalkan undang-undang baharu yang lebih menyeluruh atau meminda undang-undang sedia ada seperti Akta Rumah Perjudian Terbuka, Akta Jenayah Siber dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia agar dapat menangani kegiatan judi online secara lebih berkesan.
Keseluruhan ekosistem perjudian online termasuk pengendali, penyedia infrastruktur, pengiklan dan pengguna harus dilumpuhkan dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Malaysia juga boleh mencontohi pendekatan negara-negara yang berjaya mengawal perjudian dalam talian secara lebih berkesan.
Sebagai contoh, Singapura melaksanakan sistem pelesenan yang ketat, menyekat laman perjudian tanpa lesen, mengawal transaksi pembayaran serta mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengendali dan pihak yang mempromosikannya. Australia pula menggabungkan kuasa pengawalseliaan sekatan terhadap laman web haram dan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan Internet bagi menutup akses-akses kepada perjudian yang melanggar undang- undang.
Pengalaman negara-negara ini menunjukkan bahawa penguatkuasaan yang pantas, kawalan kewangan dan kerjasama yang erat antara agensi kerajaan dengan industri digital amat penting dalam membanteras judi dalam talian. Selain itu, kita juga boleh melihat pendekatan di negara China dan Turkiye yang berjaya menyekat akses kepada domain-domain laman web yang memudaratkan seperti dark web, laman pornografi, judi online dan online gaming. Selain itu, Belanjawan 2027 juga perlu memperkukuhkan peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui peruntukan yang mencukupi bagi meningkatkan keupayaan pemantauan digital, mempercepat tindakan menyekat laman web dan kandungan perjudian serta membanteras iklan judi yang disebarkan melalui platform media sosial dan sebagainya.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Ini termasuk meningkatkan kompetensi dan jumlah pegawai dan kakitangan SKMM yang bukan sahaja melakukan kerja pemantauan, malah turut mempunyai punca kuasa untuk menyekat sebarang domain dan aplikasi yang mempromosi dan mengendalikan perkhidmatan judi online. Saya difahamkan dalam SKMM hanya terdapat 56 orang Puan Speaker yang memantau domain ataupun URL ini. Ini pun adalah dipantau secara manual iaitu melalui keywords search. Saya menggesa pihak kerajaan supaya mewujudkan satu task force untuk menambah staf SKMM bagi membanteras URL ataupun domain yang berada di website yang sekarang ini lebih licik, tidak menggunakan nama judi, tetapi nama-nama lain yang kita tidak kenal pasti.
Kerjasama antara SKMM, Polis Diraja Malaysia (PRDM), pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi kewangan dan penyedia platform digital juga perlu diperhebat bagi membolehkan tindakan yang lebih menyeluruh termasuk mengenal pasti rangkaian pengendali judi haram, saluran pembayaran serta pihak yang mempromosikan aktiviti tersebut.
Seterusnya perkara ketiga, iaitu isu jerebu rentas sempadan. Berikutnya berkenaan dengan jerebu yang hari ke hari terus membelenggu negara kita akibat pembakaran terbuka hutan di negara jiran yang diburukkan lagi dengan fenomena El-Nino.
Setakat 10 November, 10 Oktober maafkan saya 2026, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa kes jangkitan saluran pernafasan atas meningkat kepada 10.43 peratus, manakala kes konjunktivitis atau radang mata melonjak kepada 26.47 peratus berikutan masalah jerebu yang mendedahkan masyarakat umum kepada pencemaran udara dan zarah terampai yang boleh menjejaskan kesihatan khususnya golongan kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.
Setelah berlarutan hampir tiga bulan, pada tahap ini ia bukan lagi masalah pencemaran udara Puan Speaker malah turut menjadi ancaman kepada keselamatan bekalan tenaga negara. Keadaan jerebu yang berpanjangan ini pastinya menjejaskan penggunaan tenaga solar negara di samping meningkatkan penggunaan alat penyaman udara yang berpotensi meningkatkan penggunaan elektrik dan pemanasan global.
Pada masa yang sama, aktiviti ekonomi dan pelancongan turut terkesan apabila banyak program terpaksa ditunda atau dihentikan bagi mengurangkan aktiviti di luar rumah. Kita di Malaysia dan Sarawak khasnya Puan Speaker, sedang
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
berusaha untuk mempergiat pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta beralih kepada penggunaan tenaga bersih, tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, hidrogen, biomas dan sebagainya.
Malah negara kita juga telah meletakkan sasaran untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang tahun 2050, tetapi apabila terpaksa berdepan dengan masalah jerebu yang berpunca dari pembakaran hutan yang berleluasa di negara jiran, terasa seolah-olah usaha kita ini sia-sia. Bayangkan kita sibuk mengitar semula sampah demi hendak memelihara alam sekitar, tetapi jiran rumah sebelah sesuka hati bakar sampah setiap petang. Bukan sahaja sakit paru-paru Puan Speaker, tapi betul-betul menyakitkan hati.
Sudah tiba masanya untuk kita mengambil pendirian yang lebih tegas dalam isu ini. Singapura sebagai contoh telah mengeluarkan Notis Langkah Pencegahan di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan negara itu kepada 10 buah syarikat di Indonesia yang disyaki terlibat aktiviti pembakaran yang mengakibatkan jerebu.
Persoalan saya, adakah Malaysia mempunyai peruntukan undang-undang yang sama? Adakah kerajaan akan mengambil sebarang tindakan perundangan seperti Singapura? Kerajaan Malaysia perlu konsisten dalam memberi tekanan diplomatik melalui mekanisme serantau, menuntut akauntabiliti yang lebih jelas daripada pihak yang bertanggungjawab serta memastikan setiap komitmen menangani jerebu rentas sempadan diterjemahkan kepada tindakan yang nyata.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Kepentingan keselamatan bekalan tenaga negara, kelestarian alam sekitar dan yang paling utama kesihatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia tidak boleh terus dikompromi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya ada satu poin lagi Puan Speaker, tapi saya bawa kepada peringkat perbahasan.
Akhir sekali Puan Speaker sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa Belanjawan 2027 bukan sekadar soal angka dan peruntukan, tetapi sejauh mana komitmen kerajaan diterjemahkan kepada tindakan yang benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.
Hak Sarawak di bawah MA63 mesti terus diperkukuh. Suara Sabah dan Sarawak melalui nisbah satu pertiga Kerusi Dewan Rakyat perlu direalisasikan.
Kegiatan judi dalam talian mesti dibanteras dengan tegas.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Isu jerebu rentas sempadan perlu ditangani secara lebih berkesan.
Dan saya berharap agar segala teguran dan cadangan yang dibangkitkan ini diberikan perhatian yang serius demi pembangunan negara yang lebih adil, seimbang dan inklusif.
Sekian Puan Speaker, terima kasih atas kesempatan yang diberikan. Batang Lupar mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kangar mengambil peluang untuk membahas Rang Undang-undang Pembekalan 2027. Bajet yang banyak memberi— bajet yang memberi banyak yang manis-manis kepada rakyat.
Pertama sekali, saya fokus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, bidang yang amat rapat dengan saya. Terlebih dahulu, saya mengambil maklum bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan hampir RM69 bilion dalam Bajet 2027 berbanding RM66.2 bilion pada tahun sebelumnya.
Ia merupakan jumlah tertinggi mengatasi kementerian-kementerian lain.
Kerajaan turut meningkatkan peruntukan pembaikan dan penyelenggaraan semua jenis sekolah daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion. Manakala, hampir RM1.3 bilion disediakan untuk menaikkan taraf 682 sekolah daif.
Saya mengakui bahawa pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang negara. Namun, persoalan yang kita perlu bangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah, sejauh manakah peningkatan tersebut benar-benar menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah, termasuklah di negeri Perlis?
Saya ingin menegaskan bahawa perbelanjaan yang besar ini mestilah memberi kesan kepada hasil pembelajaran ataupun konsep keberhasilan murid dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, keselamatan sekolah, keseronokan murid ke sekolah serta peluang pendidikan yang lebih adil untuk murid-murid.
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama adalah berkaitan isu infrastruktur sekolah dan keselamatan murid. Saya ingin memohon penjelasan YB Menteri. Bagaimana peruntukan RM2 bilion bagi pembaikan dan penyelenggaraan sekolah berdasarkan tahap kerosakan, risiko keselamatan dan keperluan sebenar untuk setiap sekolah?
Soalan saya kepada YB Menteri. Berapakah jumlah sekolah yang memerlukan pembaikan struktur bumbung, pendawaian elektrik, tandas, kemudahan
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
asas yang lain di Kangar ataupun di Perlis? Memandangkan Perlis juga mempunyai sekolah-sekolah lama seperti SMK Putra, SMK Syed Saffi, SMK Syed Alwi, SMK Tengku Sulaiman, SK Padang Kota, SK Tamil Kangar, SK Stella Maris, SK Kuala Perlis dan lain-lain.
Berapakah jumlah yang telah diluluskan untuk penyelenggaraan bangunan- bangunan lama pada tahun 2027 bagi negeri Perlis?
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua berkaitan kemenjadian dan keselamatan murid. Umum mengetahui bahawa terlalu banyak isu murid pada hari ini. Berapa banyak kes yang melibatkan nyawa murid-murid terancam di kawasan sekolah atau perjalanan ke sekolah.
Malaysia sudah menjadi macam negara Amerika Syarikat yang banyak terlibat dalam kes tembakan rambang di kawasan sekolah. Cuma kita di Malaysia ini amat bernasib baik kerana isu membunuh hanya melibatkan individu yang mengalami gangguan emosi. Kes terbaru melibatkan murid Tingkatan 4, Irene Sofia di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor. Kes lama belum selesai, muncul pula kes baru. Pening KPM untuk memikirkannya.
Jadi, dengan jumlah peruntukan yang tinggi, apakah usaha-usaha KPM untuk menangani dan mengekang isu ini di sekolah dan juga di dalam masyarakat? Adakah terdapat usaha-usaha khusus untuk memperkasakan mental murid melalui aktiviti kurikulum, ko-kurikulum serta melalui bimbingan dan kaunseling sekolah?
Adakah kementerian akan memperkasakan guru sebagai guru disiplin?
Kadang-kadang oleh kerana tanggungjawab kurikulum begitu berat...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
[Bangun]
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
...Guru-guru lebih banyak menjaga bidang masing-masing.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat Kangar, Bukit Bendera. Boleh saya mencelah sedikit?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Sikit sahaja.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Sikit jer. Terima kasih Yang Berhormat Kangar, rakan dalam Jawatankuasa Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial.
Saya tertarik bila Yang Berhormat telah menyatakan mengenai isu keganasan, terutamanya di sekolah. Jadi, kita boleh katakanlah ia dikaitkan rapat juga dengan isu-isu mental, kesihatan mental.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat. Jadi, wajarkah KPM mempertimbangkan pengambilan graduan psikologi yang diberikan latihan dan juga pentauliahan supaya dapat diletakkan di dalam— di setiap sekolah? Kerana bukan sahaja ia dapat menangani isu kesihatan mental pelajar, tetapi juga dapat meringankan beban kepada cikgu-cikgu daripada bagi cikgu itu menambahkan beban ya.
Ada cikgu kena mengajar mata pelajaran lain, di samping itu kena menjadi cikgu kaunselor dan sebagainya. Jadi, kita nak kurangkan beban bagi cikgu. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey YB Bukit Bendera, amat-amat wajar.
Jadi, masukkan dalam ucapan saya dan tambahkan masa saya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kangar, boleh bagi sikit juga? Tadi Bukit Bendera dapat, Sik bagi sikit sahaja, 30 saat.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
30 saat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya nak minta Yang Berhormat— minta, boleh ya? Minta KPM kita ini melihat dari segi ratio guru-guru kaunselor di sekolah, berapa sekarang dalam ratio untuk pelajar dan guru kaunselor ini?
Dan yang keduanya, saya lihat soal pengesanan awal bagi murid yang berisiko. Mesti ada satu garis panduan ataupun SOP yang jelas di pihak sekolah untuk mengesan kanak-kanak atau pelajar-pelajar ini yang lebih awal boleh kita tackle dia untuk dia pulih balik.
Ketika mana mungkin kalau tidak dibiarkan— makna dibiarkan, dia akan ada masalah yang menyebabkan berlaku jenayah sepertimana yang berlaku sekarang.
Jadi, mohon kalau dapat kita minta KPM menjawab benda ini ya, boleh ya?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey, YB Sik terima kasih. Itu pun sama, masuk dalam perbahasan saya dan tambah sedikit lagi masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tidak benarkan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Berkaitan dengan apa tanggungjawab tadi [Ketawa] Adakah kementerian akan memperkasakan guru disiplin? Sebab guru ini kadang-kadang dia banyak masa habis untuk disiplin dan guru ini dia tak boleh tinggal kelas. Jadi, dia serah kepada ketua guru disiplin. Kalau tinggal kelas pun masalah. Pengetua marah. Jadi, ini menyebabkan bebanan terhadap guru disiplin begitu tinggi.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Seterusnya, saya juga ingin menarik perhatian untuk YB Menteri Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Jadi, apakah usaha kementerian untuk memperkasakan ibu bapa untuk membantu ibu bapa dalam siri kursus kekeluargaan.
Dan saya juga tertarik dan setuju dengan pendapat Marang tadi— dengan perbahasan Marang. Sistem pendidikan kita perlu mempunyai roh, barulah anak- anak kita akan menjadi lebih baik. Jadi, kepada yang beragama Islam, kita kena kembali kepada ajaran agama Islam dan kepada agama lain, kembali kepada agama masing-masing.
Dan isu yang ketiga, Sekolah Sukan Perlis dah naik taraf padang bola sepak sekolah. Jika mengikut laporan semasa, insya-Allah Sekolah Sukan Perlis akan bermula pada 2027. Cuma, rakyat Perlis ingin tahu tahap kesiapsiagaan kementerian bagi memastikan pembukaan sekolah ini berjalan dengan lancar.
Soalan saya, berapakah bilangan guru yang diperuntukkan untuk bertugas dan bilangan murid untuk pengambilan pertama dan jenis-jenis sukan yang akan ditawarkan di sekolah ini?
Dan seterusnya, berkaitan projek menaiktarafkan padang bola sepak SMK Syed Alwi, terima kasih KPM. Difahamkan proses menaikkan taraf padang sedang berjalan dan dimaklumkan bahawa padang ini akan siap mengikut jadual.
Cuma, saya nak pesan kepada jurulatih-jurulatih sekolah. Tolong tengok kontraktor buat kerja sebab ini padang adalah padang kita, rumah kita— rumah kita, kena tengok. Takut bila dah siap, kita sebut bahawa padang tak cantik dan sebagainya.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Seterusnya, berkaitan dengan Tingkatan 6. Saya sokong pelajar Tingkatan 6 menerima elaun sara hidup sebanyak RM2,500, sama dengan matrikulasi. Benda baik, saya sokong. Cuma, adakah RM2,500 ini akan diberi kepada pelajar mengikut syarat-syarat tertentulah? Macam sebelum ini. Dan, harapan saya, kenaikan elaun ini akan menarik murid-murid lepasan SPM untuk masuk ke Tingkatan 6.
Lagi satu, untuk KPM, tambahkan guru-guru Tingkatan 6 di negeri Perlis.
Banyak lagi ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada Kementerian Belia dan Sukan. Ini pun rapat dengan saya. Semua rapat dengan saya. Isu yang saya bangkit dan selalu saya bangkit adalah berkaitan NFDP – National Football Development Programme dengan izin. Jika mengikut penggulungan YB Menteri pada minggu lepas, Pusat
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Latihan Daerah ataupun PLD diperkasakan. Namun, di bawah sana, Akademi Tunas dan Pusat Latihan Daerah ataupun PLD telah lumpuh dan mati. Yang tinggal hanyalah sekolah sukan negeri.
Sekolah-sekolah yang terlibat― AT, PLD sudah tidak meneruskan program mereka. Sekolah-sekolah meneruskan latihan bola sepak mengikut kebolehan dan minat jurulatih mereka sahaja. Kalau dulu ada Tunas Cemerlang, diikuti Sukan Teras dan seterusnya NFDP. Pada pandangan saya, NFDP-lah program yang paling baik kerana di sinilah diperkenalkan DNA bola sepak Malaysia. Jadi, semua program, saya terlibat. Kali ini, semua program dimatikan oleh KBS dengan alasan kita serahkan kepakaran kita kepada FAM.
FAM, pada pandangan saya, lebih pakar untuk membina pasukan, tetapi mereka tidak pakar dalam menguruskan belia. FAM selaku badan induk, mereka, macam biasa, sentiasa fokus kepada pasukan negara, peringkat bawah umur hingga peringkat paling senior. Mereka tidak kisah pun pasukan sekolah ataupun akar umbi.
Mereka tidak kisah akar umbi sama ada nak berlatih ataupun tidak. Mungkin bukan tanggungjawab mereka.
Cuma, kita perlu ingat, kemasukan atlet ke Sekolah Sukan Gambang, SSBJ adalah bermula daripada program akar umbi. Jika akar mati, pasukan negara akan lemah. Saya tidak mahu mendengar alasan jurulatih kebangsaan bila tidak mendapat pemain yang baik, “Inilah laba yang kami dapat daripada sekolah” masih terngiang- ngiang di telinga saya sampai hari ini. Tidak pastilah jika FAM lebih gembira dengan kehadiran pemain warisan dan pemain naturalisasi.
Walaupun begitu, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan baharu FAM yang diketuai oleh Dato’ Ab Ghani Hassan.
Semoga ada reformasi baru dalam bola sepak negara.
Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya NFDP ini diperkembangkan, kolaborasi dengan KPM mesti diteruskan. Kita tidak rugi apa-apa, malah kita sepatutnya menggalakkan murid-murid dan anak muda sentiasa berada di padang. Di luar sana, banyak isu-isu murid― isu handphone, isu vape, isu rokok, isu buli, isu keganasan, isu pembunuhan dan lain-lain.
Akhirnya, murid-murid ini akan menjadi golongan belia di masa depan dan KBS kena bertanggungjawab tentang masa depan belia-belia di Malaysia. Jika KBS menghapuskan NFDP, maka seramai 16,000 orang pemain ini akan menjadi belia dan akhirnya akan menjadi beban kerana mereka tidak boleh menunaikan minat mereka. Garang sikit.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya membuat kritikan terhadap YB Menteri dan KBS, saya ingin mengucapkan tahniah juga. Saya ini bagus. Saya ucap tahniah, terima kasih kerana KBS menyalurkan peruntukan untuk gelanggang bola tampar pantai di Kangar. Alhamdulillah, Kejohanan Bola Tampar Pantai Terbuka Perlis telah pun tamat dengan jayanya pada minggu lepas.
Gelanggang ini berserta peralatan adalah bertaraf antarabangsa termasuk jenama Senoh. Ia merupakan antara gelanggang bola tampar terbaik di Malaysia.
[Tepuk] Terima kasih kepada rakan-rakan strategik seperti MAVA, Molten, Senoh, Tuan Bahrul daripada ADSC.
Saya selaku Ahli Parlimen Kangar akan terus berusaha mengangkat Bandar Kangar sebagai hab sukan antarabangsa. Kita akan membangunkan prasaran sukan terbaik dan memajukan pelancongan sukan. Oleh itu, kita mohon MOTAC dan kementerian-kementerian lain turut membantu menaikkan nama Kangar dan Perlis sebagai pusat sukan antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum, juga berkaitan dengan peniaga-peniaga kecil. Untuk peniaga-peniaga kecil pada hari ini, mereka menghadapi banyak masalah. Dunia perniagaan mereka sudah merudum, terutamanya di bandar-bandar kecil seperti Kangar ataupun Rompin. Jualan agak sendu, lengang tanpa pelanggan, tetapi kerana jiwa yang kental, mereka tetap meneruskan perniagaan sedangkan kos harian amat tinggi.
Saya nak minta kepada KPDNKK dan segala penguat kuasa di Malaysia kena prihatin ataupun kena berbudi bahasa ataupun menggunakan budi bicara sebelum mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Persoalan saya kepada YB Menteri Kewangan, adakah pelaksanaan gaji minimum mengambil kira kemampuan peniaga-peniaga kecil di seluruh Malaysia?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Sikit lagi. Dah nak habis dah. Banyak lagi ini.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Last.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey. Seterusnya, berkaitan dengan pelancongan. Okey, saya gulunglah.
Saya sentuh sikit pelancongan. Kementerian-kementerian dah bagi banyak dekat Perlis. Ada ETS ke Perlis, rangkaian lebuh raya ke Perlis. Perlis boleh menjadi
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
sebuah negeri pelancongan terbaik di Malaysia. Kepada YB Menteri Pengangkutan, kalau boleh, tambah lagi trip ETS ke stesen terakhir di Padang Besar.
Kesimpulan― pesawah tak masuk lagi ini. Tak apa, kita masuk kemudian.
Okey, kita masuk kesimpulan.
Akhir sekali, kerajaan yang baik adalah kerajaan yang adil. Kembalikan bajet kepada kami.
[Tepuk] Barulah kerajaan ini menjadi hero. Jadi, Kangar menyokong dengan pembetulan bajet. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberi peluang saya berbahas. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Puan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan saya ini, saya ingin menyatakan rasa dukacita. Ketika saya berbahas ini, seorang Menteri pun tak ada...
[Tepuk] Di pihak kerajaan. Saya backbenchers kerajaan, saya nak sokong belanjawan ini. Banyak benda yang baik dalam belanjawan ini. Yang ramainya kawan-kawan daripada pembangkang yang nak dengar saya.
[Tepuk] Kerajaan tak ada Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Tukar kerajaan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Puan Yang di-Pertua, kita berada di dalam Dewan ini dalam keadaan selesa. Kualiti udara kita bersih, nyaman.
Di luar sana jerebu. 400 kilometer dari Parlimen ini ke selatan Semenanjung, di kawasan Pasir Gudang yang penduduknya hampir setengah juta orang, kualiti udaranya hari ini, 21 hari bulan, tidak sihat. Besok 22 hari bulan, amat tidak sihat.
Jika keadaan berterusan, saya mendapat info pada 23 hari bulan, di kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru yang ada lima kawasan Parlimen, dalam keadaan berbahaya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya kaitkan ini Puan Speaker iaitu ada kaitan dengan belanjawan Kementerian Kesihatan. Saya ucap terima kasih kepada kerajaan kerana Hospital Pasir Gudang yang baharu siap dibina, cantik, besar telah siap, telah mula beroperasi, tetapi setakat ini paras operasinya baru dalam 50 peratus. Dalam Dewan ini saya minta— memohon, saya memahami bagi Hospital yang baharu ini berfasa-
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
fasa. Maknanya operasinya untuk lengkap. Saya dimaklumkan sebelum ini sasarannya ialah pada bulan Disember ini Hospital Pasir Gudang dapat beroperasi sepenuhnya yang memerlukan seramai 2,271 orang jawatan.
Jadi, ini ada kaitannya. Salah satu kekurangannya mungkin dari segi aset iaitu ambulans. Dan dalam belanjawan ini, saya mengucapkan syabas kepada Kementerian Kesihatan yang akan membeli 400 buah ambulans yang baharu untuk diagihkan ke seluruh negara termasuklah ke hospital kami di Pasir Gudang nanti.
Hanya dalam ambulans ini, dalam keadaan yang berjerebu ini, saya ingin Kementerian Kesihatan memastikan beli ambulans itu boleh, tetapi mestilah dilengkapkan dengan kelengkapan ambulans itu peralatannya dan para medic-nya.
Dan saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, bagaimana dengan tempahan ambulans yang dibuat pada tahun 2025 dan 2026? Tolong jawab di Parlimen sama ada ambulans itu telah diterima atau tidak? Saya tidak mahu berulang kisah kapal perang tempur LCS, order enam sampai sekarang tidak dapat. Jadi saya hendak supaya ambulans itu betul-betul dapat di hospital, termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Saya ambil masa sedikit Puan Speaker, tentang pembinaan Hospital Pasir Gudang ini. Tidak ada satu kerajaan sahaja yang boleh claim dialah yang membina Hospital Pasir Gudang ini, tidak. Lima buah kerajaan, sebelum 2018 sampai sekarang, berganti ini lima buah kerajaan ini yang berjasa. Tidak ada satu kerajaan yang boleh mendabik dada, semua. Bermula daripada Barisan Nasional dengan idea, kemudian dengan Pakatan Harapan 1.0, memulakan pembinaannya, kemudian Kerajaan Perikatan Nasional, kemudian Kerajaan BN plus, YB Bera dan kemudian Kerajaan MADANI.
Kenapa saya nak menyebut ini, Puan Speaker? Saya hendak menyatakan di dalam Parlimen ini iaitu sistem kerajaan di Malaysia ini bersambung-sambung. Apa yang dijanjikan, apa yang telah diputuskan kerajaan dahulu, kerajaan berikutnya kena tunaikan. Ertinya, membina pembangunan seperti hospital ini bukannya mudah rupanya. Daripada Rancangan Malaysia Kesebelas, bersambung Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Ketiga Belas.
Jadi, saya ingin berkongsi pandangan. Rakyat tak perlu takut untuk bertukar kerajaan...
[Tepuk] Selagi Parlimen ini bebas, boleh melakukan check and balance dan Parlimen sekarang dengan Akta perkhidmatan Parlimen, berada dalam keadaan yang lebih kuat. Selagi kehakiman bebas, PDRM, tentera, SPRM, Jabatan Peguam Negara profesional, rakyat tidak perlu bimbang. Inilah demokrasi di negara kita.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya perlu disebut di sini, membina negara ini, mengambil masa, tetapi nak menjahanamkannya, meruntuhkannya senang sahaja.
Dalam konteks ini Puan Speaker, izinkan saya menjawab ucapan Ketua Pembangkang YB Larut pada hari Isnin, 12 Oktober yang lalu semasa beliau berucap di situ. Saya hendak jawab ucapan Ketua Pembangkang dengan sebuah pantun enam rangkap. Pantunnya berbunyi begini Puan Speaker.
*Buah bidara buah kedondong, Masak ranum tepi telaga; Dipetik setangkai buat bekalan.
Benda yang baik kita sokong, Hal yang baik kita jaga; Perkara baik jangan musnahkan.
[Tepuk]* Yang dihormati, Puan Speaker. Isu yang kedua yang ingin saya nyatakan ialah berkaitan dengan tiga Wilayah dalam Persekutuan Malaysia ini. Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Saya bermula dengan membuka Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, muka surat 17. Di dalam buku Anggaran ini Puan Speaker, dinyatakan Anggaran Peruntukan Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri tahun 2027.
Bagi keseluruhan Semenanjung, misalnya, Kedah dapat 4.6 peratus, Selangor 8.8 peratus dan campur semua, Semenanjung mendapat peruntukan sebanyak 54.3 peratus. Manakala, Sabah mendapat 22.3 peratus dan Sarawak mendapat 23.4 peratus. Ertinya, dua wilayah— Sabah dan Sarawak dicampurkan berjumlah 45.7 peratus. Saya anggap ini baik, Kerajaan Persekutuan ini adil.
Iaitu hampir 50 peratus Sabah dan Sarawak lebih kurang, lebih sedikit lima peratus untuk negeri-negeri di Semenanjung. Dan satu benda yang baik, benda yang baik, dia patut dipujilah. Puan Speaker, kalau saya puji Perdana Menteri saya sendiri iaitu peruntukan Persekutuan untuk Sabah dinaikkan pada tahun depan ini sebanyak RM18.7 bilion. Manakala Sarawak, peruntukannya dinaikkan menjadi RM16.2 bilion.
Puan Speaker, baru-baru ini, bulan September yang lepas, kami Jawatankuasa Pilihan Khas Kementerian Pertanian— Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan usahawan serta koperasi. Jawatankuasa kami telah melakukan lawatan kerja ke Sabah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Kami ke Ranau, ke Papar dan ke Keningau dan sebelum itu saya pun telah ke Sarawak. Saya ingin merakamkan, saya sudah sembilan tahun di Dewan ini mendengar tiap-tiap tahun perbahasan mengenai belanjawan dan peruntukan dan saya mengucapkan syabas. Sekurang-kurangnya kerajaan, Perdana Menteri
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tambun ini telah memulakan suatu usaha untuk memberikan keadilan kepada dua wilayah rakan kita dalam Persekutuan ini.
[Tepuk] Saya Ahli Parlimen Semenanjung tidak mahu dianggap segala-galanya akan Semenanjung Centric. Kita tidak bersetuju dengan kita menjarah harta kekayaan Sabah dan Sarawak, minyak, gas, nikel atau apa yang ada. Kita mahu pembahagian yang adil. Jadi pada petang ini, saya rasa satu perkara undang-undang iaitu PDA – Petroleum Development Act 1974 mesti disemak semula, mesti dipinda supaya lebih adil dan bukan sahaja Sabah, Sarawak nanti dapat keadilan, Terengganu dan Kelantan juga akan dapat keadilan yang sama.
[Tepuk] Saya rasa Kerajaan MADANI ini sanggup untuk melakukan ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pasir Gudang, Sik mohon sikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Boleh. Lama pun tak pa.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Pasir Gudang. Kita tadi Pasir Gudang menyebut soal pengagihan yang adil di semua wilayah Semenanjung, Sabah, Sarawak. Nak mohon pandangan Pasir Gudang ketika mana kita di Dewan ini juga terkejut Laporan Ketua Audit Negara soal Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dilaporkan sangat mengecewakan.
Lebih RM16 bilion projek ini tapi belum siap dah lima tahun tertangguh dan yang paling mengecewakan dilaporkan dah RM10 bilion dibayar kepada kontraktor, tetapi projeknya belum siap. Dan rakyat Sabah memerlukan satu penegasan bagaimana projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan pengagihan tadi yang besar itu, dana-dana dalam negara kita ini dapat dinikmati oleh semua rakyat kita.
Mohon pandangan Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya jawapan Pasir Gudang terhadap pandangan YB Sik itu saya bersetuju, iaitu kerajaan di Putrajaya ini mesti menghormati peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan apa juga keputusan di mahkamah. Misalnya yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu.
Ertinya, kita tidak mahu wujud satu keadaan di Malaysia ini nanti akan ada berlaku macam Catalonia di Sepanyol, Basque di Sepanyol yang ingin berpisah. Kita tak mahu Timor-Leste, Timor Timur, Papua, Acheh yang mahu berpisah daripada Indonesia. Kita tak mahu. Scotland mahu berpisah daripada United Kingdom. Kita sayangkan Sabah, kita sayangkan Sarawak, sama juga rakan-rakan kita ini [Tepuk] Sayangkan Semenanjung.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, saya rasa maknanya jalan yang betul kalau untuk keadilan ini, kita mesti perbetulkan ini. Tidak rugi kita membantu Sabah dan Sarawak. Mereka makmur, mereka kaya. Kita sama-sama bahagia.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya saya gulung begini.
Saya dengar tadi rakan-rakan daripada pembangkang. Benda ini telah saya cakap daripada penggal Parlimen yang ke-14 yang lalu, waktu Perdana Menteri Langkawi jadi Perdana Menteri. Saya kata, mesti berlaku adil kepada 222 Ahli Parlimen ini.
[Tepuk] Apa masalahnya? Bagi peruntukan yang sama, yang adil.
[Tepuk] Sampai sekarang saya kecewa, tapi saya tegaskan sini, saya tidak mahu peruntukan ini atas budi bicara seorang Perdana Menteri.
Kita mesti dalam semangat Parlimen yang bebas ini, kita mesti berunding dengan Kabinet, membentangkan satu rang undang-undang berkenaan ini supaya setiap kerajaan, mana tahu lepas ini bukan MADANI yang jadi kerajaan, tetapi kerajaan yang baharu, dia juga terikat untuk membagi peruntukan kepada semua Ahli Parlimen dengan adil, untuk kawasan, untuk rakyatnya. Kalau RM3 juta, RM4 juta, yang lain pun dapat RM3 juta, RM4 juta. Sistem yang zalim itu tidak akan membawa manfaat kepada Malaysia ini.
[Tepuk] Jadi, itulah penggulungan saya.
Terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, hari ini tiba giliran saya membahaskan Belanjawan 2027 di Peringkat Dasar.
Puan Yang di-Pertua, isu pertama saya ingin bangkitkan mengenai veteran mengapa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI mengenai pelarasan pencen veteran diperlukan? Saya bangkit untuk menjelaskan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kaedah pengiraan pencen pesara awam dan veteran Angkatan Tentera Malaysia khususnya mereka yang bersara sebelum 1 Januari 2013.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Saya ingin menegaskan bahawa cadangan RCI ini bukan bertujuan membuka semula kes mahkamah atau menggantikan proses rayuan yang sedang berjalan, sebaliknya RCI dicadangkan untuk menyiasat perolehan, menyiasat persoalan yang lebih khusus iaitu asas perundangan, kaedah pengiraan dan pelaksanaan pengiraan pencen di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ataupun SSPA 2024.
Puan Yang di-Pertua, mengapakah RCI masih diperlukan sedangkan isu pelarasan pencen telah dibawa ke mahkamah? Kes-kes Aminah Ahmad, Mejar Mior Rosli dan Leftenan Komander (B) Rafique Ali telah membangkitkan isu perundangan berkaitan pelarasan pencen. Namun, ketiga-tiga kes ini telah dimulakan sebelum kaedah pengiraan pencen di bawah SSPA 2024 diketahui oleh para pesara.
Oleh itu, cadangan RCI ini memberi tumpuan khusus kepada penelitian menyeluruh terhadap kaedah pengiraan tersebut. Asas yang digunakan dan kesannya kepada pesara awam serta veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Isu ini telah berlarutan sekian lama dan turut melibatkan bekas hakim, pesara awam serta veteran ATM, walaupun kategori perkhidmatan berbeza, terdapat persamaan dalam prinsip, dalam structure pencen yang wajar diteliti, lebih-lebih lagi apabila tuntutan bekas-bekas Hakim telah dibayar sepenuhnya dengan merujuk kepada prinsip berkaitan dengan kes Aminah Ali. Ini seperti ada perbezaan antara dua darjat.
Justeru, adalah munasabah untuk menuntut penelitian yang adil dan konsisten terhadap hak pencen golongan pesara yang lain. Oleh itu, cadangan RCI mempunyai fokus yang berbeza. Kita mahukan kaedah pengiraan pencen SSPA 2024 diteliti secara menyeluruh, termasuk asas yang digunakan, mekanisme pengiraan dan implikasi terhadap pesara.
Puan Yang di-Pertua, perkara yang memerlukan penelitian khusus ialah asas pengiraan pencen di bawah SSPA 2024, berdasarkan kaedah pengiraan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran, gaji berakhir, gaji akhir bersamaan tahun 2012 digunakan sebagai asas, kemudian dinaikkan kenaikan fasa 1 sebanyak 8 peratus.
Pada masa yang sama, penghargaan khas kepada pesara ataupun PKKP turut dimasukkan dalam pengiraan pencen. PKKP ini berkait dengan perbezaan yang terhasil dari mekanisme kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus bagi tempoh 2013 hingga 2023.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Persoalan pertama, mengapakah skala gaji 2012 digunakan dalam pengiraan tersebut sedangkan SSPA 2024 memperkenalkan skala gaji yang lebih baru? Di bawah Peraturan 51, Peraturan-peraturan Angkatan Tetap, Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain 1982, istilah gaji akhir bersamaan, bermaksud gaji yang sepatutnya diterima oleh seseorang anggota sekiranya beliau bersara di bawah skala gaji semasa.
Skala gaji semasa pula ditakrif sebagai skala gaji terkini yang terpakai kepada angkatan tetap hasil daripada suatu semakan gaji yang dibuat oleh kerajaan. Dalam bahasa mudah, skala gaji semasa merujuk kepada skala gaji terkini yang terpakai iaitu skala gaji SSPA 2024 bukannya skala gaji 2012.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Lumut, pencelahan Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Silakan.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Lumut, boleh ke Lumut menunjukkan contoh perbandingan amaun pencen yang terhasil daripada pengiraan menggunakan formula JHEV berbanding formula PPAT 1982? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa]
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Boleh. Contoh pengiraan tersebut kita ambil bagi seorang veteran yang berpangkat Pegawai Waran I, Band 3 yang berkhidmat selama 22 tahun 3 bulan, di mana tarikh tamat tempohnya perkhidmatan beliau adalah 12 November 2024.
Berdasarkan penyata pencen formula JHEV, kenaikannya hanya 6.4 peratus manakala jika formula mengikut Peraturan-peraturan Tetap Angkatan Tetap, pencennya, kenaikannya adalah 34.3 peratus.
Persoalan kedua, mengapakah PKKP yang terhasil dari mekanisme dua peratus bagi tempoh 2013 hingga 2023 masih digunakan? Kenaikan pencen tahunan pada kadar dua peratus secara berkompoun dari 2013 hingga 2023 menyebabkan pesara berpencen tinggi menerima kenaikan dalam nilai ringgit yang lebih besar, sekali gus melibatkan jurang pencen dengan pesara berpencen lebih rendah.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Pencen ini berbeza dengan kenaikan gaji yang lazimnya memberikan peratus kenaikan lebih tinggi daripada kumpulan bergaji rendah berbanding kumpulan bergaji tinggi. Oleh itu RCI wajar meneliti sama ada mekanisme kenaikan pencen dua peratus ini adil dan saksama kepada semua golongan pesara.
Justeru, persoalan yang perlu disiasat adalah, sama ada penggunaan gaji akhir bersamaan 2012 dan agih mekanisme dua peratus dalam PKKP menepati prinsip serta peruntukan undang-undang pencen yang berkenaan. Kita tidak seharusnya membuat kesimpulan terlebih dahulu bahawa kaedah tersebut menyalahi undang-undang.
Sebaliknya kita mahu satu siasatan bebas meneliti dokumen, formula dan asas pentadbiran yang digunakan bagi menentukan sama ada terdapat ketidakpatuhan pada undang-undang serta ketidakadilan dalam pengiraan pencen tersebut.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, RCI bukan bertujuan untuk menentukan keputusan rayuan atau mengambil alih bidang kuasa mahkamah. Tujuannya adalah untuk mendapatkan penjelasan yang menyeluruh terhadap persoalan dasar, pentadbiran dan kaedah pengiraan pencen yang melibatkan pesara awam dan veteran ATM.
Sehubungan itu, saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat dan menentukan sama ada terdapat ketidakadilan dalam kaedah di mana pencen di bawah SSPA 2024 bagi pesara awam dan veteran ATM yang bersama sebelum 1 Januari 2013.
Untuk makluman Ahli Dewan, pada 8 Oktober 2026, pihak veteran telah hadir menyerahkan memorandum cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja di Parlimen dan YB Ketereh telah pun menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang Berhormat Perdana Menteri. Para veteran mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berwaad untuk mengangkatnya bagi menunjukkan keprihatinan Yang Amat Berhormat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mengalukan kehadiran, Dato’ Sri Speaker?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Izinkan saya nak mengumumkan kehadiran para-para veteran seramai 10 orang dari [Tidak jelas] [Tepuk] Mereka inilah yang menyerahkan memorandum mengenai tuntutan RCI tersebut. Selamat datang ke Dewan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengangkat mengenai isu Projek Kapal Peronda Luar Pesisir OPV untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Kita sedia maklum mengenai projek bagi dua buah kapal OPV telah terbengkalai dan kontrak asal dengan THHE Destini Sdn. Bhd. ditamatkan kerana kegagalan projek disiapkan.
Kerajaan kemudiannya memilih Shin Yang Shipyard Sdn. Bhd. menerusi Surat Hasrat, LOI bernilai RM298.5 juta untuk menyambung dan menyiapkan baki dua kapal tersebut. Mohon penjelasan bagi perkembangan projek ini? Isu Projek OPV APMM sama seperti isu projek LCS, kelewatan siap.
Saya ingin bertanya adakah pihak kementerian dan SPRM akan melaksanakan siasatan ke atas projek yang ditamatkan kontrak ke atas kontraktor asal di mana ia melibatkan wang rakyat dan berapakah pertambahan kewangan bagi menyambung projek ini?
Untuk makluman juga pihak APMM telah menerima sebuah kapal maritim yang di nama KM Bendahara dari Amerika Syarikat yang telah berumur 58 tahun, di mana ia telah dibina pada tahun 1967. Ini bermakna kapal tersebut telah pun melebihi jangka hayatnya. Mohon penjelasan dan justifikasi perolehan tersebut oleh kerajaan serta— adakah kapal tersebut telah atau akan menjalani program perlanjutan hayat perkhidmatan kapal?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengangkat mengenai keperluan pusat latihan RELA kawasan tengah. Sepertimana kita ketahui bilangan anggota RELA di seluruh negara adalah ramai. Saya dimaklumkan melebihi 3 juta orang di seluruh negara. Sebahagian besar dari mereka melaksanakan penugasan di bangunan kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, premis swasta, sempadan negara dan majlis-majlis rasmi kerajaan dan masyarakat serta di waktu bencana.
Pastinya jumlah yang ramai tersebut perlu menjalani latihan bagi meningkatkan dan mengekalkan kompetensi anggota. Penugasan anggota RELA adalah ramai, malah penyertaan terhadap perkhidmatan RELA juga semakin meningkat. Saya ingin bertanya berapakah bilangan pusat latihan RELA di seluruh negara?
Adakah perancangan kerajaan untuk membina sebuah pusat latihan RELA bagi Wilayah Tengah sama ada di kawasan Lembah Klang atau pun di kawasan Daerah Manjung bagi menampung bilangan anggota yang ramai dan memerlukan latihan dan kompetensi. Saya yakin dengan pembinaan pusat latihan RELA Wilayah
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Tengah dapat menampung latihan bagi anggota RELA dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengangkat mengenai masalah banjir di kKwasan Parlimen Lumut. Saya ingin membangkitkan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pangkor pada 18 Oktober 2026 yang lepas.
Hujan lebat lebih kurang dua jam telah menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pangkor dinaiki air. Antara kawasan yang terjejas adalah beberapa buah kampung, taman-taman, sekolah dan bangunan perniagaan.
Untuk makluman Ahli Dewan, rumah bonda kepada YB Senator Seri Diraja, Menteri Pendidikan kita juga terlibat. Kejadian banjir pada kali ini adalah yang paling teruk berbanding bencana banjir yang lepas setiap tahun.
Oleh itu, ia wajar diberikan perhatian serius kerana ia bukan sekadar soal air naik kemudian surut, tapi melibatkan keselamatan penduduk, kerosakan harta benda, kelangsungan hidup, kehidupan masyarakat setempat serta daya dan infrastruktur di sebuah pulau pelancongan yang penting kepada negeri Perak.
Kejadian banjir menjejaskan imej Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan negara. Pemain industri pelancongan tempatan yang menerima kesan besar apabila terpaksa membatalkan tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan dan yang menjejaskan peniaga makanan dan pemandu-pemandu teksi.
Mereka terpaksa menanggung kerugian akibat daripada masalah ini.
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk, kerosakan harta benda serta keberkesanan sistem saliran sedia ada. Setiap kali banjir akan mengalami kerugian untuk menggantikan barang yang rosak akibat banjir.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat, sukarelawan dan anggota TLDM yang membantu operasi pembersihan serta pemulihan selepas kejadian banjir tersebut. Namun persoalan utama yang perlu dijawab ialah mengapa hujan lebat dalam tempoh yang singkat boleh menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pangkor dinaiki air?
Saya menggesa kerajaan supaya menyiasat punca banjir dan menjalankan audit sistem perparitan di kawasan yang terjejas, menyegerakan bantuan kepada mangsa khususnya keluarga yang mengalami kerosakan rumah serta kehilangan harta benda, menaiktaraf sistem saliran serta mengenal pasti kawasan yang sering
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
mengalami banjir berulang, menyediakan pelan induk tebatan banjir Pulau Pangkor dengan peruntukan jadual pelaksanaan dan agensi yang bertanggungjawab, memperkukuhkan sistem amaran awal serta penyelarasan bantuan kecemasan bagi melindungi penduduk.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, banjir mungkin surut dalam beberapa jam, tetapi kerugian penduduk boleh mengambil masa berbulan-bulan untuk dipulihkan. Setiap peruntukan tebatan banjir mesti diterjemahkan kepada hasil yang boleh dirasai penduduk bukannya sekadar angka dalam laporan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Jangan biarkan air banjir surut tetapi masalah yang sama terus berulang.
Penduduk Pangkor bukan sekadar memerlukan bantuan selepas banjir. Mereka memerlukan penyelesaian jangka panjang yang mampu menjamin keselamatan, melindungi harta benda dan jaminan bahawa usaha mencegah banjir sedang dilaksanakan. Saya memohon kerajaan menjelaskan apakah langkah konkrit yang akan diambil untuk memastikan kejadian ini tidak terus berulang.
Berapakah peruntukan disediakan dan bilakah kerja-kerja penambahbaikan akan dilaksanakan? Saya juga memohon kepada kerajaan agar peruntukan yang dimohon tidak dikurangkan bagi kerja-kerja saliran perparitan serta permohonan jentera pam air yang baru bagi Daerah Manjung dalam Bajet 2027. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Dipersilakan Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Pertama-tamanya saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Sri Dr. Speaker yang memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 9 Oktober 2026 yang lepas, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.” Dato’ Sri Yang di-Pertua, pendapatan hasil negara diunjurkan sebanyak RM380.8 bilion pada tahun 2027 manakala perbelanjaan kerajaan pula dijangka
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
berjumlah RM510 bilion merangkumi RM376.8 bilion belanja mengurus, manakala RM83 bilion belanja pembangunan.
Berbanding belanja mengurus dan unjuran hasil sebanyak RM380.8 bilion, cuma ada RM4 bilion lebihan untuk pembangunan. Dengan erti kata yang mudah bahawa telah berlaku jurang kewangan dari segi deposit sebanyak RM129.2 bilion.
Pekan mengambil kesempatan mengucap tahniah dan memuji inisiatif kerajaan. Langkah berani ini meletakkan belanjawan melalui pemikiran di luar kotak adalah luar biasa. Niat bagus, tetapi realitinya adakah kerajaan mampu laksanakan komitmen kewangan yang tinggi?
Kedua, mampu kah kerajaan membiayai secara mampan tanpa menambah bekalan fiskal negara?
Tiada mengenakan cukai baru pada 2027. Rakyat merasa begitu lega.
Penurunan kadar cukai satu mata peratusan bagi pendapatan, perusahaan mikro kecil dan sederhana dan cukai pendapatan individu, sesuatu keringanan kepada pembayar cukai. Kesannya, hasil negara berkurang.
Dari sumber mana untuk tampung defisit ini? Adakah kerajaan bergantung pada pinjaman untuk menampung dan membiayai deposit atau pertambahan hutang hanya menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung hutang yang semakin tinggi yang kini mencecah RM1.38 trilion bersamaan 63.1 peratus daripada KDNK.
Adakah kerajaan meletakkan kebergantungan kepada sumber lain seperti PETRONAS iaitu dalam anggaran dividen sebanyak RM32 bilion pada tahun 2027 atau daripada sumber lain. Meskipun kerajaan mempunyai strategi tertentu untuk menaikkan pendapatan negara melalui pertama, tingkatkan hasil negara menerusi kutipan hasil yang lebih baik dan pelbagai. Bermaksud, kerajaan kena sedaya upaya gunakan mekanisme yang ada dan tuntas bagi mengutip hasil ini.
Keduanya, kawalan perbelanjaan dan subsidi dengan menutup ruang ketirisan serta memastikan bahawa setiap ringgit dibelanjakan secara berkesan. Ini memerlukan kerajaan menggunakan kaedah penguatkuasaan yang mantap dan berkesan. Selain daripada itu, urus pinjaman secara berhemah supaya terkawal dan kurangkan deposit fizikal.
Seterusnya menggalakkan pelaburan berkualiti untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pekan mengambil contoh daripada peruntukan yang ditambah melebihi daripada peruntukan 2026 di bawah apa kementerian. Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia peruntukan sebanyak RM47.7 bilion. Ini satu perkara yang paling penting kerana perlu
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
mengurangkan kesesakan hospital, tempoh menunggu rawatan, kekurangan tenaga kerja dan kerosakan peralatan perubatan di samping memastikan kapasiti sistem kesihatan mampu menampung permintaan masa hadapan.
Pekan mengambil satu lagi contoh. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Peruntukan sebanyak RM69 bilion. Ini amat diperlukan bagi menangani isu sekolah daif, keselamatan infrastruktur, kesesakan kelas dan kebajikan guru serta murid secara menyeluruh. Bukan sekadar pembaikan sementara, tetapi ia tidak perlu mengulangi kerosakan yang berulang.
Lagi satu contoh ialah Kementerian Dalam Negeri yang mendapat peruntukan yang dinaikkan kepada RM21.98 bilion. Peruntukan bagi pengawalan sempadan amat penting agar usaha menangani penyeludupan dan ketirisan dapat dicapai bagi memastikan hasil kerajaan terjamin bagi memenuhi objektif yang awal tadi. Penyelenggaraan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian dapat ditangani dengan berkesan.
Lagi satu kementerian ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Peruntukan sebanyak RM6.35 bilion, ini juga amat penting untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan perumahan, kemudahan awam dan infrastruktur tempatan termasuk memastikan program Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam dilaksanakan secara telus dan berdasarkan keperluan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, fokus bantuan rakyat Bajet 2027 ini secara keseluruhannya kira-kira RM80 bilion diperuntukkan bagi jumlah bantuan, insentif dan subsidi. Antaranya, peruntukan STR dan SARA naik RM1 bilion berbanding RM15 bilion pada tahun 2026 kepada RM16 bilion bagi tahun 2027. Bantuan Awal Persekolahan naik daripada RM150 kepada RM200 melibatkan perbelanjaan RM1 bilion juga. Jualan RAHMAH dan Jualan Agro MADANI terima peruntukan RM750 juta berbanding RM630 juta pada tahun 2026.
Manakala kelayakan BUDI Diesel naik pada 400 liter berbanding kuota asas 300 liter pada kadar RM2.10 per liter. Kelayakan subsidi petrol RON95 kekal 300 liter pada kadar RM1.99 per liter dan subsidi BUDI MADANI bahan api berjumlah hampir RM40 bilion pada 2027 berbanding RM37 bilion pada 2026.
Fokus utama bantuan Dato’ Sri Yang di-Pertua, bukan sekadar dinilai berdasarkan jumlah peruntukan atau bilangan penerima, tetapi berdasarkan sejauh mana bantuan tersebut mencukupi sampai kepada golongan yang memerlukan dan mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup berterusan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Inisiatif kerajaan dalam peningkatan bantuan rakyat patut diberi pujian.
Namun, secara langsung meningkatkan komitmen perbelanjaan kerajaan secara signifikan. Kebimbangan iaitu unjuran hasil negara masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan sekali gus melebarkan defisit fiskal.
Ketidaktentuan dan krisis global berpotensi menjejaskan hasil negara terutama dengan perang teluk masih belum tamat ini. Persoalannya, bagaimana kerajaan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara tanpa menjejaskan kemampanan kewangan negara dalam jangka masa panjang?
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, mulai Ogos 2025, pelaksanaan gaji minimum RM1,700 di bawah Akta 732 iaitu pelaksanaan Akta Majlis Perundingan Negara telah dilaksanakan. Kadar gaji minimum naik daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan. Mulai Jun 2027, melibatkan lebih empat juta pekerja. Usahawan mikro kecil dan sederhana dengan jualan tahunan di bawah RM50 juta diberikan pengecualian bagi ruang penyesuaian.
Kenaikan gaji bertujuan meningkatkan pendapatan pekerja, kuasa beli dan keupayaan menghadapi kos sara hidup. Gaji meningkat, tetapi kos sara hidup terus melonjak apabila kenaikan pendapatan tidak seiring dengan peningkatan kos makanan, perumahan dan keperluan harian rakyat tetap terbeban. Akhirnya, kenaikan gaji hanyalah nampak indah dan cantik pada angka sahaja, tetapi kuasa beli rakyat terus terhakis.
Risiko kenaikan harga di mana majikan akan memindahkan sebahagian peningkatan kos buruh kepada harga barangan dan perkhidmatan. Beban kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana, di mana peniaga kecil berhadapan tekanan kos operasi dan aliran tunai. Selain daripada itu, produktiviti tidak meningkat seiring dengan gaji, kenaikan gaji tanpa peningkatan kemahiran teknologi dan kecekapan boleh menjejaskan daya saing perniagaan.
Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Pekan ingin menyentuh tentang isu peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang hebat diperbahaskan sedikit masa dahulu dan hari ini masih belum menerima satu ketetapan atau masih belum menerima satu jawapan yang tuntas. Prinsip asas setiap peruntukan dan perbelanjaan kementerian, tertakluk kepada prosedur, peraturan kewangan serta kelulusan Kementerian Kewangan mengikut keperluan. Tidak mungkin akan berlaku, pegawai pengawal kementerian membelanjakan sesuatu perkara tanpa waran yang sah, tidak akan berlaku. Oleh sebab itu, tadbir urus dan akauntabiliti melalui proses
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
kelulusan bertujuan memastikan perbelanjaan mematuhi peraturan telus dan terkawal.
Persoalannya, kenapa perlu dijadikan isu perkara ini? Perbezaan antara peruntukan asal dengan perbelanjaan sebenarnya tidak semestinya menunjukkan penyelewengan atau salah guna kewangan. Penyelarasan peruntukan adalah amalan pentadbiran yang biasa, yang tertakluk kepada prosedur dan kelulusan tertentu. Penyelarasan dibuat mengikut keperluan pelaksanaan program dan keutamaan semasa. Perbelanjaan sebenar masih dalam lingkungan peruntukan selepas penyelarasan.
Yang paling penting, tiada rekod kewangan secara menyeluruh dan elakan mempolitikkan isu sehingga menimbulkan persepsi negatif tanpa asas. Bezakan persoalan berasas dengan dakwaan yang mencetuskan persepsi. Jangan cipta naratif dan sentimen negatif yang bermotifkan kebencian. Peringatan mesra kepada sahabat-sahabat. Jika mahu rujuk kepada SPRM, pastikan ianya berdasarkan bukti, bukan sekadar membuat andaian semata-mata dan menjadikannya sebagai agenda politik.
Oleh sebab itu, Pekan menyarankan agar MOF perlu tampil menyatakan fakta, menjelaskan telus dan menyeluruh bagi menjernihkan isu serta membetulkan naratif yang mengelirukan dan tidak berasas.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, usaha kerajaan demi kebajikan rakyat wajar dipuji.
Namun, belanjawan yang besar tidak bermakna jika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup dan pendapatan yang tidak mencukupi. Kerajaan perlu memastikan setiap Ringgit dibelanjakan sebaiknya, dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti dan diterjemahkan kepada hasil nyata, agar rakyat bukan sekadar mendengar angka berbilion Ringgit, tetapi benar-benar merasai manfaatnya.
Pohon meranti teguh berdiri, Akarnya utuh mencengkam bumi; Bajet dibahas demi pertiwi, Amanah dijunjung sejahtera dinikmati. Dengan ini, Pekan mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberikan untuk berdiri di Dewan yang mulia ini, mewakili seluruh suara aspirasi dan denyut nadi 130,000 lebih pengundi serta penduduk kawasan Parlimen P.17 Padang Serai dan juga sekitar 300,000 hingga 400,000 penduduk di Daerah Kulim dan Padang Serai.
Hari ini kita membahaskan Belanjawan 2027, sebuah belanjawan yang dibentangkan dengan angka-angka yang megah dan tajuk-tajuk akhbar yang gempak. Namun Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat di peringkat akar umbi, tanggungjawab saya bukan sekadar mengangguk bersetuju, tetapi menilai secara kritis dan objektif. Sejauh manakah angka bilion-bilion Ringgit di atas kertas ini benar- benar membumi dan memberi kesejahteraan rasional kepada rakyat di Padang Serai, di Kedah dan di seluruh negara.
Perbahasan saya hari ini merangkumi tiga bahagian utama.
Yang pertama, berkenaan dengan isu-isu setempat dan infrastruktur kritikal di Parlimen Padang Serai dan kawasan sekitarnya.
Yang kedua, berkaitan analisis kritis ekonomi dan kewangan Bajet 2027.
Dan yang ketiga, tatakelola, ketirisan, keadilan demokrasi Parlimen dan maklum balas terhadap perbahasan rakan-rakan Ahli Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, Padang Serai dan Daerah Kulim bukan lagi daerah kawasan luar bandar yang terasing. Kawasan ini telah menjadi koridor pertumbuhan ekonomi bertaraf antarabangsa, ekoran limpahan pembangunan pesat Taman Teknologi Tinggi Kulim— Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Namun, amat menyedihkan tatkala pembangunan industri memecut pantas, kemudahan asas kesihatan dan jalan raya untuk rakyat tempatan masih lagi ketinggalan di belakang.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu pembinaan klinik baharu dan naik taraf Klinik Kesihatan Padang Serai. Klinik kesihatan sedia ada kini menampung jumlah pesakit yang melonjak melebihi 500 hingga 700 orang pesakit sehari. Keadaan sangat sesak, ruang menunggu tidak mencukupi dan parkir melimpah ke jalan utama.
Projek pembinaan bangunan baharu Klinik Kesihatan Padang Serai telah diluluskan dan sepatutnya memberikan kelegaan, tetapi malangnya projek ini telah dikategorikan sebagai projek sakit. Kemajuan di tapak amat mengecewakan dan tertangguh daripada jadual asal.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Persoalan saya kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya, apakah punca sebenar kelewatan ini? Adakah ini disebabkan oleh kelemahan kontraktor, isu aliran tunai atau kelemahan penyeliaan? Tuntutan saya mendesak KKR dan juga KKM menetapkan KPI ataupun time line yang tegas, tukarkan kontraktor penyelamat (rescue contractor) jika perlu dan pastikan Projek Klinik Kesihatan Padang Serai disiapkan tanpa sebarang penangguhan lagi pada tahun 2027 dan seterusnya.
Keduanya, berhubung Hospital Kulim. Hospital ini merupakan hospital rujukan utama bagi Daerah Kulim-Bandar Baharu. Malah, sebahagian kawasan Seberang Prai Selatan. Nisbah katil berbanding jumlah penduduk di Daerah Kulim kini berada pada tahap kritikal. Projek pembinaan blok bangunan baharu, blok klinikal tambahan Hospital Kulim telah pun diumumkan dan dimasukkan dalam perancangan. Namun sehingga hari ini, pergerakan fizikal di tapak projek masih belum menampakkan bayang.
Saya mohon kementerian berkenaan menyatakan secara terbuka di Dewan ini, apakah status terkini peruntukan dan tender bagi projek ini? Apakah punca sebenar projek ini belum dapat dimulakan secara fizikal? Rakyat Kulim dan Padang Serai memerlukan kepastian.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan kawasan perumahan baharu di Lunas, Padang Serai, Sungai Karangan dan Sungai Kob telah menyebabkan aliran trafik harian meningkat secara mendadak. Laluan Persekutuan sedia ada yang sempit dan bertali arus dengan kenderaan berat amat membahayakan nyawa penduduk. Saya mendesak kerajaan melaksanakan segera naik taraf jalan-jalan berikut.
Jalan FT136 dari Pekan Lunas ke Padang Serai hingga ke Kuala Ketil.
Pelebaran daripada dua lorong kepada empat lorong jalan berganda. Jalan ini merupakan nadi utama perhubungan perdagangan dan ulang-alik pekerja industri.
Jalan FT169 daripada Kulim Hi-Tech ke Sungai Kob. Laluan ini menghubungkan zon perindustrian utama dengan kawasan perumahan yang padat.
Kesesakan parah berlaku setiap jam puncak pagi dan petang selain kadar kemalangan yang tinggi.
Kelewatan menaik taraf Jalan-jalan Persekutuan ini membuang masa jutaan jam produktiviti rakyat dan meragut keselamatan pengguna jalan raya.
Tuan Yang di-Pertua, isu kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) jajaran utara, terutamanya dari Juru ke Sungai Dua kini sudah berada pada tahap
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
yang sangat tidak tertanggung. Setiap hari waktu kemuncak, rakyat terperangkap dalam parkir gergasi selama 1.5 hingga dua jam hanya untuk merentasi jarak beberapa kilometer.
Oleh itu, saya mencadangkan dan mendesak agar menyegerakan kajian dan pelaksanaan projek lebuh raya baharu daripada Changkat Jering ke Sungai Petani, laluan pintasan pedalaman Perak dan Kedah. Kepentingan lebuh raya ini akan bertindak sebagai laluan alternatif bypass bagi kenderaan berat dan trafik rentas negeri tanpa perlu bertembung dengan trafik tempatan Pulau Pinang di lebuh raya sedia ada. Ini adalah untuk penyelesaian jangka panjang yang konkrit untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas dari Perak, Pulau Pinang hingga ke Kedah Utara.
Poin yang kelima, Tuan Yang di-Pertua, pembinaan Balai Bomba Padang Meiha yang telah pun dilulus juga sebelum ini. Kawasan Padang Meiha, Desa Aman, Sungai Karangan kini mengalami kepesatan pembangunan pesat dengan puluhan taman perumahan baharu serta kilang-kilang gergasi. Buat masa ini, kebergantungan balai bomba terdekat adalah daripada Kulim atau Kulim Hi-Tech yang memakan masa response time melebihi 15 hingga 20 minit jika berlaku kecemasan atau kebakaran.
Saya mohon KPKT memberikan garis masa (timeline) yang jelas bilakah pembinaan fizikal Balai Bomba Padang Meiha ini akan dimulakan secara rasmi.
Jangan biarkan nyawa dan harta benda rakyat terdedah kepada risiko kemalangan serta kelewatan infrastruktur asas keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua. Selesai isu tempatan di Padang Serai, saya nak menyentuh sedikit tentang ringkasan bajet dan persoalan hasil. Kerajaan membentangkan bajet yang mencecah rekod baharu sekitar RM510 bilion termasuk sumbangan GLIC dan GLC. Daripada jumlah ini, perbelanjaan pengurusan (OE) terus membengkak mengambil portion sekitar 78 hingga 80 peratus daripada keseluruhan belanjawan merangkumi bayaran gaji, pencen dan bayaran khidmat hutang. Perbelanjaan pembangunan (DE) hanya berbaki sekitar 20 hingga 22 peratus sahaja, sekitar RM85 hingga RM90 bilion.
Persoalannya Yang di-Pertua, bagaimanakah negara mahu memacu transformasi ekonomi bernilai tinggi jika porsi pembangunan semakin menguncup peratusannya berbanding perbelanjaan mengurus?
Kerajaan mengumumkan pelbagai sasaran baharu dan peluasan julat cukai seperti peluasan SST, cukai dividen, cukai karbon dan pelarasan subsidi berfasa.
Saya ingin mengingatkan kerajaan, pastikan sebarang instrumen cukai baharu atau
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
peluasan cukai tidak membebankan rakyat marhaen dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. PMKS memegang 97 peratus daripada struktur perniagaan di Malaysia. Jika kos operasi mereka melambung akibat pertindihan cukai baharu dan kos pematuhan, maka implikasinya akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga barang.
Mengenai cadangan pelaksanaan pelarasan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000, secara asasnya kita menyokong sebarang usaha meningkatkan pendapatan pekerja. Rakyat memang terdesak dengan kos sara hidup. Namun, kerajaan mesti menyediakan kusyen atau mekanisme sokongan khas kepada PMKS.
Kenaikan kos buruh secara berperingkat mesti diimbangi dengan: yang pertama, insentif rebat cukai atau subsidi silang latihan kemahiran (upskilling); yang kedua, pengecualian khas fleksibiliti memaksa pelaksanaan bagi majikan mikro yang kurang daripada lima orang pekerja; yang ketiga, kos birokrasi dan lesen perniagaan.
Tanpa sokongan ini, kenaikan gaji minimum RM2,000 akan menyebabkan perniagaan kecil gulung tikar sekali gus membawa kepada kadar pengangguran yang lebih tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, bagi membantu menyerap kos dan mengimbangi beban sara hidup rakyat, kita telah melihat beberapa inisiatif bantuan tunai dan kebajikan yang telah diperincikan serta diperluaskan secara teliti. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan yang telah menambah Sumbangan Tunai RAHMAH daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion; program Sumbangan Asas RAHMAH
(SARA); Bantuan Awal Persekolahan kepada RM200; Skim Perubatan MADANI; subsidi yuran tadika; Bantuan Khas Pengajian Tinggi; dan sebagainya. Juga bantuan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6, STPM sebanyak RM2,500.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya mesti menyatakan kebimbangan kritis saya terhadap andaian bajet ini. Jika anggaran hasil kerajaan meleset akibat ketidaktentuan harga minyak global, PETRONAS dividend dependent dan kelembapan perdagangan dunia, kadar defisit fiskal negara akan melonjak melampaui sasaran.
Apabila defisit meningkat, kerajaan terpaksa menambah pinjaman baharu yang akhirnya meningkatkan beban khidmat hutang (debt service charge) negara yang kini sudah pun melebihi RM46 ke RM50 bilion setahun. Ini adalah modal yang sepatutnya digunakan untuk membina sekolah dan hospital, bukan hanya membayar hutang.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah tentang ketelusan hutang 1MDB, LCS dan beban tanggungan Tabung Haji. Rakyat berhak mengetahui kebenaran yang telus berkenaan beban kewangan sebenar yang ditanggung oleh kerajaan akibat kelemahan tatakelola, ketirisan dan rasuah yang lalu.
Hutang wang 1MDB. Kerajaan perlu menyatakan secara terperinci berapa bilion ringgit jumlah prinsipal dan faedah telah dibayar dari tahun 2020 hingga 2027 serta baki liabiliti yang masih tertunggak yang perlu dibayar menggunakan dana awam.
Seterusnya, yang kedua, projek kapal kombat pesisir (LCS). Berapakah jumlah kos keseluruhan yang telah melonjak daripada RM9 bilion kepada melebihi RM11.2 bilion? Berapakah bayaran yang telah dibuat dari 2020 hingga kini? Tatkala pemenuhan saiz kapal masih belum mengikut jadual asal.
Yang ketiga, beban tanggungan Tabung Haji akibat RCI Tabung Haji, SPV Urusharta Jamaah Sdn. Bhd., kerajaan perlu mengesahkan jumlah komitmen pemulihan dan penamatan sukuk SPV yang perlu ditanggung oleh Perbendaharaan setiap tahun sejak 2020 hingga kini bagi menampung defisit pemulihan aset Tabung Haji. Perincian angka-angka ini dari 2020 hingga 2027 adalah kritikal supaya rakyat tahu ke mana wang cukai mereka sebenarnya disalurkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada ucapan bernas daripada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Mahiaddin Yassin, seorang negarawan hebat yang memimpin negara sewaktu krisis pandemik yang lalu. Saya memetik dan menyokong penuh dua perkara utama yang dibangkitkan oleh beliau.
Yang pertama tentang SSL beras negara kita kini berada pada tahap yang merunsingkan, iaitu sekitar 54 peratus sahaja. Kita bergantung kepada import beras luar lebih 40 peratus. Saya menyokong penuh desakan Pagoh agar kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas whole-of-government merangkumi KPKM, KKR, KATS, kerajaan negeri, BERNAS dan pelbagai pihak dengan sasaran memulihkan dan meningkatkan SSL beras negara kepada sekurang-kurangnya 70 peratus hingga 75 peratus dalam tempoh tiga tahun ini demi sekuriti makanan nasional.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang kedua, kemiskinan hari ini bukan lagi fenomena luar bandar semata- mata. Kemiskinan bandar, urban poverty di kawasan bandar seperti Kulim, Lunas malah di pinggir George Town dan Kuala Lumpur amat menekan. Kerajaan perlu pelan induk kebangsaan menangani kemiskinan bandar yang baharu yang
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
mengambil kira Pendapatan Garisan Kemiskinan (PGK) mengikut lokasi relatif dan kos sara hidup realiti semasa, bukannya andaian statistik pukal.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ini mengenai keadilan demokrasi. Saya mendesak kerajaan agar menggubal dan mentafsirkan segera satu akta atau undang-undang peruntukan sama rata Ahli Parlimen. Banyak Ahli Parlimen sudah menyebut perkara ini. Peruntukan pembangunan outreach mesra rakyat dan sekurang-kurangnya wujud peruntukan pengurusan pusat khidmat Ahli Parlimen mesti diberikan secara saksama kepada semua 222 Ahli Parlimen, tidak kira daripada blok kerajaan mahupun pembangkang.
Saya rasakan sendiri dan ramai yang rasakan peritnya empat tahun menjadi Ahli Parlimen tanpa sebarang peruntukan walau sesen pun daripada Kerajaan Pusat.
[Tepuk] Adakah pengundi di Padang Serai tidak membayar cukai? Adakah pengundi di kawasan pembangkang bukan warganegara Malaysia?
Mengapa rakyat di kawasan kami dipunahkan dan dihukum secara tidak adil semata-mata kerana perbezaan warna politik. Jika kerajaan hari ini benar-benar melaungkan prinsip reformasi, matikanlah amalan dwistandard era kuno ini. Jadikan kesamarataan peruntukan ini berkanun menerusi akta undang-undang agar demokrasi kita benar-benar bermoral dan adil.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Sebelum saya mengakhiri perbahasan, izinkan saya memberi ulasan sedikit dan bidasan yang objektif. Rakyat di luar sana menonton sidang Dewan ini. Mereka mengharapkan wujudnya wacana hujah, wacana hujah alternatif yang matang, realistik dan berpijak di bumi yang nyata.
Namun, sejujurnya apabila kita mendengar sebahagian ucapan, sebahagian hujah perbahasan dari sebelah sana dan sebelah sini termasuklah ucapan daripada Ketua Pembangkang, Larut— rakyat berasa amat kecewa dan menghampakan.
Ucapan tersebut dilihat tersasar daripada garis fokus ekonomi substantif, tiada jawapan tuntas berbentuk alternatif bajet yang konkrit serta gagal menjanjikan solusi fiskal yang realistik untuk menyelesaikan masalah struktur ekonomi rakyat.
Rakyat tidak mahu mendengar retorik politik rimba, rakyat mahukan cadangan polisi alternatif yang benar-benar boleh dilaksanakan kerana itulah kita di pihak Ahli Parlimen hari ini membawakan angka, membawakan cadangan tempatan yang konkrit, menegur secara membina demi kebaikan rakyat keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, berikan hak rakyat yang sama adil kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk di kawasan Padang Serai. Salurkan peruntukan secara adil dan telus, uruskanlah kewangan negara ini dengan cermat, jujur dan berintegriti.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Sekian. Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya untuk mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taee, Serian, Sarawak.
[Tepuk] Insya-Allah, salah seorang ataupun sebahagian daripada mereka nanti akan berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini.
Dan saya sendiri konsisten menyokong sekiranya Kerusi untuk Sabah dan Sarawak ditambah [Tepuk] Khasnya mengambil tempat yang ditinggalkan oleh Singapura. Dan di dalam Dewan ini pun, kerusi masih banyak lagi kosong belakang ni hah. Tak ada siapa duduk daripada dulu.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengangkat ataupun membahaskan terlebih dahulu isu-isu tempatan, bimbang tak cukup masa, apatah lagi isu tempatan ini dekat di hati saya. Yang pertama, isu lambakan kelapa tua dan kejatuhan permintaan di pasaran. Petani yang menanam kelapa ataupun pekebun kelapa ini menjana dua penghasilan, Dato’. Yang pertama, kelapa muda.
Yang kedua, kelapa tua. Kelapa muda ni di tempat saya disebut sebagai degan iaitu sebutan untuk kelapa muda untuk orang Jawa. Dia dimakan isinya dan airnya. Sementara kelapa ialah untuk bahan ramuan untuk makanan dan kuih muih.
Jadi apa yang berlaku? Saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada masalah yang sedang dihadapi oleh pengusaha dan pekebun kelapa tua negara, bukan degan, yang mendakwa berdepan lambakan hasil serta kelembapan pasaran sejak hampir lima bulan yang lalu, khususnya selepas Aidiladha.
Menurut aduan yang diterima, kadar pemasaran kelapa tua ketika ini hanya sekitar 50 hingga 60 peratus daripada kapasiti pengeluaran. Ini bermakna sebahagian besar hasil yang sepatutnya menjadi sumber pendapatan pekebun berdepan kesukaran untuk dipasarkan. Keadaan ini bukan isu berlebihan hasil pertanian, ia turut memberi kesan langsung kepada pendapatan pekebun, aliran tunai, pengusaha, kos penyelenggaraan kebun dan kelangsungan rantaian industri kelapa negara.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Apabila hasil kelapa tidak dapat dijual, pekebun tetap perlu menanggung kos baja, buruh, pengangkutan, penuaian dan penjagaan kebun. Saya ingin bertanya kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, apakah punca sebenar masalah lambakan kelapa tua yang berlarutan hampir lima bulan ini dan apakah langkah segera kementerian untuk memulihkan pasaran serta memastikan hasil pekebun dapat dijual pada harga yang munasabah?
Tuan Yang di-Pertua, melalui Belanjawan 2027, saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan beberapa langkah konkrit. Yang pertama, mengukuhkan sistem pemasaran dengan menghubungkan pekebun secara langsung kepada kilang pemprosesan, pengusaha santan, industri makanan, pemborong dan pasar raya. Kerajaan juga perlu wujudkan sistem padanan pasaran yang membolehkan pekebun mengetahui pembeli, jumlah permintaan, lokasi penghantaran dan harga semasa.
Kedua, memperluaskan penggunaan kelapa tempatan melalui industri hiliran seperti pengeluaran santan, minyak kelapa, kelapa parut, produk makanan dan produk berasaskan sabut kelapa. Kelapa bukan sekadar hasil pertanian, ia mempunyai potensi ekonomi yang lebih luas.
Ketiga, meneliti kesan import terhadap pasaran kelapa tempatan dan mengambil langkah sewajarnya berdasarkan dasar perbekalan, permintaan serta pembuat peraturan perdagangan yang berkuat kuasa. Kerajaan perlu memastikan dasar import tidak menekan harga hasil tempatan sehingga pekebun terpaksa menanggung kerugian.
Keempat, mempertimbangkan bantuan pemasaran, kemudahan pengumpulan hasil dan sokongan sementara kepada pekebun yang benar-benar terjejas. Pusat pengumpulan kelapa perlu diperkasa supaya hasil dapat dikumpul, digredkan dan disimpan dan dihantar kepada pembeli secara tersusun.
Soalan kepada Menteri, adakah kementerian bersedia menetapkan pelan tindakan dalam tempoh 30 hingga 60 hari bagi mengenal pasti punca lambakan dan pemulihan saluran pemasaran?
Yang kedua, berapakah jumlah kelapa tua yang diimport berbanding pengeluaran tempatan?
Yang ketiga, bolehkah kerajaan mewujudkan mekanisme pembelian dan padanan pasaran yang menghubungkan pekebun dengan kilang pemprosesan supaya hasil tidak terus terbiar.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Masalah yang kedua. Saya ingin membangkitkan keperluan untuk naik taraf Jalan B55 yang menghubungkan simpang Taman Air Manis ke Sungai Air Tawar, khususnya menjelang siapnya pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar. Apabila jambatan ini siap dan mula digunakan, saya menjangkakan pertambahan aliran trafik yang ketara melalui jalan tersebut.
Persoalannya, adakah keadaan jalan B55 sekarang benar-benar mampu menampung pertambahan kenderaan tanpa menjejaskan keselamatan pengguna?
Oleh itu, jalan ini merupakan satu laluan harian penduduk setempat termasuk murid- murid sekolah, penunggang motosikal, petani dan pengguna yang menjalankan urusan ekonomi dan sosial.
Sekiranya kapasiti jalan tidak ditingkatkan seiring dengan pembukaan jambatan baharu Sungai Tawar ini, kita takut risiko berhadapan dengan masyarakat.
Masalah kesesakan, kemalangan dan ancaman keselamatan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Janganlah kita membina jambatan hanya menjadi pemangkin pembangunan, tetapi jalan yang menghubungkannya pula menjadi punca kebimbangan rakyat disebabkan kemalangan. Oleh itu, saya ingin meminta Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya supaya melaksanakan penilaian teknikal dengan segera dan mempertimbangkan pelebaran jalan tersebut.
Saya juga meminta kerajaan pertimbangkan peruntukan khas bagi menaik taraf jalan B55 Air Manis Sungai Tawar sebelum penambahan trafik mencapai tahap yang membahayakan pengguna.
Yang ketiga, isu pengalihan utiliti manhole Telekom Malaysia di jajaran Jalan Persekutuan FT055 di kawasan right of way (ROW). Saya ingin membangkitkan isu pengalihan utiliti manhole Telekom Malaysia di sepanjang Jalan Persekutuan FT055 – FT005 di kawasan ROW demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Tuan Yang di-Pertua, Jalan Persekutuan FT055 merupakan laluan penting yang menghubungkan kawasan pesisir pantai Selangor termasuk Daerah Sabak Bernam dengan kawasan lain-lain. Laluan ini digunakan oleh penduduk tempatan, penunggang motosikal, kenderaan perdagangan dan lori berat setiap hari.
Apabila kerja pelebaran dan naik taraf jalan dilaksanakan, kedudukan manhole yang dulunya berada di bahu jalan boleh berubah sehingga terletak di tengah-tengah lorong trafik. Keadaan ini bukan sahaja mendedahkan struktur manhole kepada tekanan beban kenderaan berat secara berulang, malah boleh
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
menyebabkan keretakan menyebabkan mendapan dan kerosakan di permukaan jalan.
Lebih membimbangkan sekiranya penutup manhole tenggelam atau terbonjol daripada permukaan tar, ia boleh menjadi perangkap bahaya kepada pengguna jalan raya khususnya motosikal. Dalam keadaan hujan dan jalan yang licin, perbezaan aras yang kecil boleh menyebabkan kemalangan. Saya ingin menegaskan bahawa keselamatan jalan raya tidak sepatutnya di kompromi hanya kerana kedudukan utiliti yang tidak diselaraskan dengan pembangunan jalan.
Tuan Yang di-Pertua, mengalihkan manhole di kawasan yang sesuai juga penting bagi memudahkan kerja penyelenggaraan kabel telekomunikasi pada masa hadapan. Dan, manhole kekal di tengah-tengah lorong aktif, kerja pembaikan boleh memerlukan penutupan lorong sekali gus menyebabkan kesesakan dan mendedahkan kepada risiko dilanggar kenderaan.
Oleh itu, penyelesaian— penyelarasan antara Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan Telekom Malaysia perlu diberikan perhatian serius selaras dengan garis panduan menempatkan utiliti yang— di tempat yang sesuai.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan tiga soalan kepada kementerian.
Yang pertama, adakah kementerian mempunyai inventori lengkap manhole Telekom Malaysia di sepanjang FT005 yang berada di tengah-tengah lorong trafik atau tidak sama selaras dengan permukaan jalan.
Kedua, apakah perancangan peruntukan dan garis masa untuk mengalihkan manhole berisiko ke kawasan yang sesuai.
Ketiga, siapakah yang bertanggungjawab menanggung kos pengalihan itu nanti.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat isu nasional. Yang pertama, saya ingin membangkitkan nasib penggiat seni lakon negara, khususnya pelakon filem dan drama yang kebanyakannya dibayar secara lumpsum oleh penerbit bagi satu- satu karya ataupun satu-satu filem.
Persoalannya, selepas pelakon menerima bayaran tersebut, karya mereka terus menjana pendapatan apabila ditayangkan berulang kali di pawagam, televisyen, platform penstriman seperti Netflix dan lain-lain.
Namun, adakah pelakon yang menghidupkan watak yang menjadikan karya itu turut menerima bahagian daripada hasil tayangan tersebut atau tidak. Jangan
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
sampai filem terus mengutip hasil, penerbit terus membolehkan pendapatan, tetapi pelakon yang menghidupkan watak hanya menerima bayaran sekali seumur projek.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menafikan hak penerbitan ini ditanggung oleh penerbit, tetapi melalui Belanjawan 2027, saya mencadangkan tiga langkah.
Pertama, kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta agensi berkaitan perlu mengkaji mekanisme royalti atau imbuhan berulang yang munasabah kepada pelakon apabila karya mereka digunakan secara komersial berulang kali.
Kedua, memperkenalkan garis panduan kontrak standard yang lebih telus termasuk tempoh penggunaan karya, hak tayangan semula, penggunaan platform digital dan kaedah pengiraan bayaran tambahan.
Ketiga, memperkukuhkan perlindungan hak penggiat seni melalui badan pengurusan kolektif yang berwibawa tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang sewajarnya serta menyediakan saluran penyelesaian pertikaian yang mudah dicapai.
Yang ketiga, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kerajaan bersedia menjalankan kajian menyeluruh dan mengadakan rundingan bersama persatuan pelakon, penerbit dan platform penstriman bagi membangunkan sistem imbuhan yang lebih adil.
Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kerajaan kepada kelompok penggiat seni yang sering terpinggir dan dalam perancangan industri kreatif iaitu penulisan novel dan sastera. Penulis menghasilkan karya yang bukan sahaja menghiburkan, tapi menyimpan sejarah budaya bahasa pemikiran dan identiti bangsa. Namun, hari ini ramai penulis berhadapan dengan masalah pendapatan tidak menentu, royalti yang kecil, kos penerbitan dan pemasaran yang tinggi serta peluang yang terhad untuk membawa karya mereka ke pasaran antarabangsa.
Belanjawan 2027, saya menekankan daya cipta, menekankan daya cipta ekonomi bernilai tinggi dan pembangunan bakat. Maka, saya mencadangkan kerajaan melihat karya sastera sebagai aset harta intelek yang— dan produk ekonomi kreatif negara, bukan sekadar bahan bacaan. Saya mencadangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Bahagian Dasar Kebudayaan dan agensi berkaitan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mewujudkan Dana Novel Malaysia ke dunia.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
MOTAC memang mempunyai struktur khusus bagi dasar kebudayaan dan hubungan antarabangsa. Dan, ini hendaklah membiayai penulisan, penyuntingan, penerbitan, penterjemahan ke bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa, pemasaran serta penyertaan penulis dalam pesta buku dunia.
Saya juga mencadangkan diwujudkan pusat hak cipta dan pemasaran sastera Malaysia yang membantu penulis menjual hak terjemahan, e-buku, audio books, adaptasi filem dan drama kepada penerbitan antarabangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri mengiktiraf pelbagai bentuk hak karya termasuk terjemahan penerbitan elektronik, pementasan dan perfileman.
Soalan saya kepada kerajaan, bolehkah Belanjawan 2027 menyediakan peruntukan khusus untuk menjadikan novel dan karya sastera Malaysia sebagai eksport budaya, supaya penulis bukan sahaja menghasilkan karya untuk rakyat Malaysia sahaja, tetapi mampu memperolehi pendapatan daripada pembaca dari seluruh dunia. Jangan kita hanya membeli buku daripada dunia, sudah sampai masanya Dato’ Sri Yang di-Pertua, dunia membeli cerita daripada Malaysia.
Yang ketiga, saya ingin mencadangkan supaya Belanjawan 2027 memberikan dana untuk memperkukuhkan, memperkasakan AKPK yang banyak membantu golongan peminjam yang tidak dapat membayar hutangnya kerana komitmen yang tinggi. Dan, apa yang dilakukan oleh AKPK sekarang ini telah menyelamatkan ramai peminjam-peminjam yang terdiri daripada pesara-pesara, kakitangan awam dan juga kontraktor-kontraktor yang sejak kebelakangan ini tak ada kerja.
Isu antarabangsa Dato’ Sri, saya ingin membangkitkan isu jerebu rentas sempadan yang berulang hampir setiap tahun, khususnya akibat kebakaran hutan dan tanah gambut. Rakyat Malaysia terpaksa hirup udara tercemar daripada Indonesia.
Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya kerajaan menggunakan saluran diplomatik untuk menggesa Pengerusi ASEAN yang sekarang ini tahun 2026, iaitu Filipina agar mengambil tindakan serantau yang lebih tegas dan berkesan.
Saya cadangkan lima langkah.
Pertama, perkukuhkan penguatkuasaan bersama.
Yang kedua, mewujudkan sistem amaran awal ASEAN melalui pemantauan satelit dan perkongsian data titik panas secara nyata dari masa ke semasa.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ketiga, menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan serantau bagi membantu memadamkan kebakaran jerebu merebak hingga ke sempadan.
Keempat, memperkukuhkan pelaksanaan perjanjian ASEAN mengenai jerebu rentas sempadan dengan mekanisme akauntabiliti yang lebih berkesan.
Yang kelima, mewujudkan dana serantau untuk pencegahan kebakaran pemulihan tanah gambut dan bantuan kepada komuniti yang terjejas.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya yakin, kerajaan telah membuat perkara-perkara yang sebahagian daripada yang saya sebutkan tadi, tetapi nampaknya pihak di sebelah sana negara- negara jiran kita tiap tahun masih lagi melakukan— berlaku kebakaran. Oleh itu, izinkan saya untuk menyampaikan pesanan kepada Presiden Indonesia, Bapak Prabowo Subianto kerana semalam sebahagian daripada Ahli Parlimen di sebelah sini ada pergi ke kedutaan untuk menyampaikan memorandum, tetapi gagal.
Tolonglah masalah jerebu yang datang setiap tahun ini diselesaikan dengan serius. Asap tebal dari kebakaran hutan Indonesia sampai ke Malaysia, rakyat jadi susah nak bernafas, tekak gatal, batuk dan penyakit asma semakin mengganggu kesihatan. Sekolah terpaksa tutup, pelancongan terjejas dan kerja ladang tidak boleh dijalankan kerana asap terlalu tebal begitu juga dengan nelayan kecil tak berani pergi ke laut sebab tak nampak tebing.
Jarak penglihatan antara sampan pun terlampau dekat. Jadi mangsa bukan sahaja daripada Malaysia, orang Indonesia yang bekerja di ladang Malaysia pun terkena kesannya. Bila tak boleh bekerja, mereka tak dapat gaji dan tak dapat kirim duit keluarga mereka di kampung di Indonesia.
Janganlah masalah ini dibuat bahan lawak kononnya hutan Indonesia selama ini bagi oksigen kepada Malaysia. Apakah hutan di Malaysia ini pokok plastik sampai tak boleh keluarkan oksigen? Pak Prabowo yang dihormati, tolonglah ambil tindakan segera, padamkan api, hentikan kebakaran dan pastikan masalah ini tidak berulang setiap tahun.
Kita hendak langit yang cerah, udara bersih dan rakyat kedua-dua negara dapat hidup sihat dengan aman. Mungkin pihak kepimpinan di sebelah sana yang kebanyakan orang Jawa tak faham cakap Bahasa Melayu. Biarlah saya dengan izin, Parlimen Dewan yang mulia ini bercakap dalam bahasa Jawa.
Assalamualaikum Pak Prabowo [Berucap dalam bahasa Jawa] Harap-harap mereka faham.
[Ketawa]
Beberapa Ahli
Kami tak faham.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Ini orang Sungai Besar ini.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Dato’ Yang di-Pertua, yang akhir saya gulung. Apabila kita menilai pembangunan negara, kita tidak boleh melihat angka perbelanjaan semata-mata. Kita juga perlu bertanya, apakah legasi pembangunan yang bakal ditinggalkan untuk generasi yang akan datang?
Pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad kita menyaksikan pembinaan KLIA, Putrajaya, Menara Berkembar PETRONAS, Koridor Raya Multimedia, Menara Kuala Lumpur dan Litar Sepang serta banyak lagi projek-projek yang menjadi sebahagian daripada transformasi fizikal dan ekonomi Malaysia.
Era selepas itu, menyaksikan pembangunan besar seperti MRT. Manakala projek laluan rel Pantai Timur ECRL diteruskan merentasi beberapa pentadbiran.
Jadi persoalan saya kepada kerajaan hari ini, apakah projek mega yang benar-benar menjadi mercu tanda baharu pembangunan fiskal pentadbiran sekarang.
Saya mengakui terdapat projek strategik yang sedang dijalankan antaranya ECRL, RTS Link Johor Bahru-Singapura, LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, kerajaan juga merancang pembangunan industri teknologi tinggi dan tenaga.
Namun, rakyat berhak bertanya, bilakah projek-projek ini dapat disiapkan?
Berapakah kos keseluruhannya? Berapa banyak pekerjaan berkualiti akan diwujudkan dan sejauh mana manfaatnya kepada rakyat biasa?
Saya tidak meminta kerajaan membina bangunan tinggi semata-mata untuk mencipta nama. Saya mahu projek yang mengubah kehidupan rakyat, meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan ekonomi negara untuk puluhan tahun akan datang setelah kita mati.
Melalui Belanjawan 2027 ini, saya mencadangkan kerajaan mengumumkan senarai projek strategik nasional yang jelas, lengkap dan kos garis masa, sasaran pekerjaan dan manfaat ekonomi boleh diukur.
Dan saya membuat kiasanlah— kalau Tun Dr. Mahathir ini sekarang baru hendak jadi Perdana Menteri, saya ingat sekarang ini kita baharu nak buat kereta PROTON, baru nak buat jalan raya, baru nak buat LRT ya. Selama ini kita masih bersesak-sesak menggunakan bas mini di Kuala Lumpur ini. Jadi dengan akhir ucapan bahas saya pada kali ini, saya menyokong Belanjawan 2027 ini seperti mana yang telah dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Larut. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pak Sabak Bernam. Saya di soft spot lah pada anda.
Ya banyak masa anda ambil. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya silakan Yang Berhormat Lubok Antu. Nasib saya tak cakap Jawa tadi.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Mahu setengah jam.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Salam sejahtera, salam segulai sejalai, salam Malaysia MADANI.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan Lubok Antu ruang untuk turut serta dalam perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Belanjawan 2027 yang melibatkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM459.8 bilion serta pelaburan tambahan yang menjadikan jumlah keseluruhan sumber negara RM510 bilion.
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan ini merangkumi RM376.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Sementara itu, RM50.2 bilion lagi melibatkan pelaburan daripada GLIC, kerjasama awam-swasta, badan berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan
(Diperbadankan).
Lubok Antu mengambil maklum usaha kerajaan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah. Dalam perbahasan ini, ada dua perkara menjadi fokus. Kedudukan wang negara dan keupayaan kerajaan melaksanakan projek serta perkhidmatan yang telah dirancang khususnya di kawasan luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak.
Dato’ Yang di-Pertua, Lubok Antu mempunyai keadaan geografik yang berbeza daripada kawasan bandar. Rumah panjang terletak berjauhan, sebahagiannya di hulu sungai dan bergunung-ganang. Kos membina jalan, jambatan dan kemudahan awam lebih tinggi, sedangkan jumlah pengguna di kawasan tersebut kecil.
Jika ukuran pembangunan hanya bersandarkan kepadatan penduduk atau kos bagi setiap pengguna, kawasan Lubok Antu akan terus ketinggalan dan tidak menjadi keutamaan. Dalam membincangkan keupayaan Kerajaan Persekutuan memenuhi keperluan pembangunan di kawasan seperti Lubok Antu, kita juga perlu melihat kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Perkara ini berkait rapat dengan semangat dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 termasuk soal perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Dato’ Yang di-Pertua, ketika sambutan Hari Malaysia di Kuching pada 16 September 2026, Perdana Menteri menegaskan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu waad nasional dan tanggungjawab seluruh negara.
Sehubungan itu saya membangkitkan tuntutan perwakilan satu pertiga Kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak. Saya menyambut baik persetujuan prinsip Kerajaan Persekutuan pada September 2026 untuk meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Dato’ Yang di-Pertua, di dalam Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak, perenggan 19, Appendix F menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak perlu diberikan, dengan izin, adequate representation serta, dengan izin, weightage dalam Parlimen.
Manakala perenggan 10 menegaskan bahawa perlindungan bagi Wilayah Borneo perlu diwujudkan tanpa menjejaskan prinsip Kerajaan Persekutuan yang kuat. Hal ini penting kerana sekiranya ada pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga, ia boleh diluluskan tanpa sokongan Sabah dan Sarawak.
Justeru, satu mekanisme perlindungan atau, dengan izin, safeguard mechanism perlu diwujudkan bagi melindungi hak-hak Sabah dan Sarawak dipelihara.
Dato’ Yang di-Pertua, asas perwakilan satu pertiga Kerusi Parlimen berpandukan kepada prinsip, dengan izin, adequate representation, weightage dan safeguard dalam laporan tersebut jelas menunjukkan kepentingan perlindungan politik bagi Sabah dan Sarawak. Namun, jumlah Kerusi dan kaedah pelaksanaan masih perlu diperincikan.
Justeru itu, saya meminta kerajaan menjelaskan perkembangan rundingan, mekanisme yang sedang dipertimbangkan dan garis masa ke arah pelaksanaannya supaya perkara ini tidak terus tergantung tanpa kepastian.
Dato’ Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak ialah rakan pengasas Malaysia.
Perwakilan satu pertiga bukan sekadar soal angka, tetapi soal keadilan sejarah, keseimbangan kuasa dan kepercayaan antara rakan pengasas.
Selain soal perwakilan, kecukupan peruntukan kewangan juga penting bagi memastikan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak dapat dipenuhi. Dalam hal ini, Lubok Antu menyambut baik kenaikan pemberian khas interim kepada Sarawak daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion. Kenaikan ini merupakan perkembangan positif dalam hubungan di antara Persekutuan dan Sabah dan Sarawak.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Walau bagaimanapun, peningkatan ini tidak boleh dinilai berdasarkan perbandingan dua angka itu sahaja. Kita perlu melihat secara relatif kepada keluasan Sarawak, taburan penduduk, kos membina dan menyelenggara kemudahan di pedalaman, kenaikan kos sejak berapa tahun lalu serta tanggungjawab pembangunan yang masih perlu dilaksanakan. Pemberian khas ini perlu dibezakan antara peruntukan untuk projek pembangunan dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan bagi menjalankan perkhidmatan di Sarawak kerana setiap satunya mempunyai tujuan yang berbeza.
Sehubungan dengan itu, Lubok Antu memohon supaya dijelaskan atas penetapan kadar RM1.5 bilion tersebut dan perkembangan rundingan formula tetap pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Apakah, dengan izin, variable, pemboleh ubah yang sedang diteliti? Misalnya, keperluan pembangunan, perubahan kos dan kemampuan fiskal. Serta bilakah formula yang dipersetujui itu dapat dimuktamadkan?
Bagi wilayah yang mempunyai banyak penempatan pedalaman seperti Sarawak, penilaian terhadap kecukupan pemberian mesti mengambil kira keperluan sebenar, bukan peningkatan nominal semata-mata. Namun, kecukupan sumber sahaja belum menjamin rakyat menerima manfaat pembangunan. Peruntukan yang diluluskan juga perlu diterjemahkan kepada projek yang dapat dilaksanakan dan disiapkan. Perkara ini jelas dalam isu perhubungan jalan raya di kawasan Lubok Antu.
Dato’ Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin membangkitkan isu projek menaik taraf bekas Jalan Ulu Skrang yang telah saya sentuh dalam Belanjawan 2026. Projek bernilai RM300 juta ini diluluskan pada tahun 2023 untuk menaik taraf jalan sepanjang 43 kilometer serta membina tiga jambatan konkrit.
Berdasarkan jawapan bertulis KKDW, tender pertama selesai pada Oktober 2025 sebelum ditender semula pada Mei 2026 dengan tarikh tutup pada Julai 2026.
Lebih tiga tahun selepas kelulusan, proses perolehan masih belum dimuktamadkan, berdasarkan maklumat terakhir yang saya perolehi.
Saya memahami bahawa proses tender perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Namun, mengapa tender perlu dibuat semula? Bilakah kontraktor dijangka dilantik? Dan adakah sasaran penyiapan pada November 2030 masih boleh dicapai?
Saya membangkit perkara ini kerana penduduk Ulu Skrang telah lama menghadapi kesukaran menggunakan jalan yang sedia ada terutamanya ketika
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
musim hujan. Sebahagian laluan masih merupakan jalan bekas balak yang mudah rosak akibat hujan berterusan. Pada Januari 2025, jalan di Nanga Blaie runtuh sehingga menyebabkan tujuh rumah panjang dan SK Entalau terputus hubungan darat. Laluan sementara terpaksa disediakan bagi membolehkan penduduk meneruskan perjalanan. Kejadian seperti ini boleh menjejaskan urusan harian penduduk termasuk perjalanan ke sekolah, mendapat rawatan kesihatan dan membawa hasil pertanian ke pasaran.
Selain isu jalan raya, Dato’ Yang di-Pertua, kemudahan jambatan juga merupakan keperluan asas bagi penduduk di kawasan pedalaman Ulu Skrang untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Bagi penduduk-penduduk di rumah panjang di sekitar kawasan Nanga Entalau, jambatan ini penting untuk memberi akses ke Jalan Ulu Skrang yang terlibat dalam projek menaik taraf bernilai RM300 juta yang saya sebut sebentar tadi. Kemudahan ini akan memudahkan pergerakan penduduk termasuk untuk ke klinik dan menjalankan urusan harian.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status terkini projek jambatan konkrit di Nanga Entalau, Ulu Skrang yang disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas: RP3 2023 dengan kos sebanyak RM5.76 juta.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan kesukaran perhubungan yang dihadapi oleh penduduk rumah panjang di Nanga Delok dan Nanga Sumpa yang terletak di sepanjang aliran sungai Empangan Batang Ai. Pada masa ini, penduduk bergantung pada pengangkutan bot untuk ke pekan, mendapat rawatan di klinik dan bagi urusan persekolahan anak-anak.
Saya sendiri pernah melalui perjalanan menggunakan bot di kawasan ini.
Ketika air surut, penumpang kadangkala terpaksa turun untuk menarik bot melalui kawasan yang cetek dan deras. Di bahagian sungai yang lain, kewujudan bekas kayu balak yang turut menjadi halangan kepada perjalanan.
Keadaan ini mengukuhkan keperluan pembinaan jalan yang menghubungkan kawasan tersebut dengan jalan utama bagi memudahkan pergerakan penduduk dan akses kepada kemudahan asas. Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan mengenai status terkini projek membina jalan dari Simpang Nanga Delok ke Nanga Sumpa, Empangan Batang Ai, Lubok Antu yang disenaraikan di bawah RMK12 tahun 2024.
Apakah perkembangan terkini projek ini dan bilakah pelaksanaannya dijangka dapat dimulakan?
Berdasarkan projek-projek yang saya sebut sebentar tadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada KKDW dan agensi pelaksana mengenai langkah
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
mempercepatkan proses perolehan serta mengenal pasti dan menangani masalah pelaksanaan lebih awal. Projek-projek ini menunjukkan perlunya penyelesaian yang lebih baik antara perancangan, kelulusan kewangan dan kesiapsiagaan pelaksanaan. Pemantauan berterusan juga penting bagi memastikan masalah ditangani secara segera dan projek dapat disiapkan mengikut jadual, bukan sekadar menerima permohonan jadual penyiapan yang baru.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu jerebu yang melanda di kawasan Lubok Antu serta kesannya terhadap kesihatan kehidupan harian penduduk setempat. Isu ini perlu diberi perhatian serius kerana pada 3 September 2026, Lubok Antu mencatat indeks pencemaran udara sebanyak 466 iaitu pada tahap yang sangat berbahaya. Bacaan ini menunjukkan betapa seriusnya keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk. Jerebu bukan sahaja menjejaskan kualiti udara malah mengancam kesihatan khususnya kanak- kanak, warga emas, individu yang mempunyai masalah pernafasan serta penduduk yang bekerja di luar rumah.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar kerajaan memperkukuhkan pemantauan kualiti udara dan sistem amaran awal khususnya bagi penduduk rumah panjang dan kawasan pedalaman. Usaha mencegah kebakaran terbuka serta menangani pencemaran udara rentas sempadan juga perlu dipertingkatkan melalui kerjasama di antara kedua belah pihak.
Justeru, saya ingin bertanya pada pihak kerajaan, adakah kerajaan bersedia menyediakan satu pelan kesiapsiagaan jerebu yang khusus lengkap dengan peruntukan wang, sistem amaran awal serta penyelarasan antara agensi bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat perlindungan dan bantuan yang sewajarnya apabila berlakunya jerebu yang serius?
Dato’ Yang di-Pertua, selain aspek kesihatan dan keselamatan penduduk, kepentingan strategik Lubok Antu juga menuntut perhatian serius dari segi keselamatan sempadan negara. Lubok Antu merupakan pintu masuk rasmi di sempadan Sarawak-Kalimantan dan menempatkan empangan hidro Batang Ai iaitu infrastruktur strategik negara. Dalam keadaan muka bumi yang merangkumi hutan, bukit dan laluan sukar diakses, keperluan keselamatan sempadan perlu mengambil kira faktor geografi dan kepentingan strategik kawasan ini, bukan jumlah penduduk semata-mata.
Saya minta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan sama ada keperluan anggota, pos kawalan, kenderaan rondaan dan peralatan komunikasi di Lubok Antu
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
telah dinilai semula serta apakah penambahbaikan yang dirancangkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Untuk makluman, pada masa ini, Kompleks ICQS Lubok Antu tidak mempunyai mesin pengimbas bagasi penumpang. Ketiadaan kemudahan ini menimbulkan risiko dari segi keselamatan dan menyukarkan usaha mengesan barang seludup yang dibawa masuk ke pintu masuk negara. Adakah Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk menyediakan mesin pengimbas bagasi di ICQS Lubok Antu bagi memperkukuhkan pemeriksaan dan membendung aktiviti penyeludupan?
Dato’ Yang di-Pertua, pada Ogos 2025, kerajaan memaklumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara mencadangkan pembinaan tembok dan jalan keselamatan di sekitar ICQS terpilih di Sarawak bagi memperkukuhkan kawalan sempadan serta membendung kegiatan penyeludupan dan kemasukan tanpa izin.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada ICQS Lubok Antu termasuk dalam cadangan tersebut. Jika ya, apakah status terkini kajian kebolehlaksanaan dan bilakah pelaksanaannya dijangka bermula? Jika tidak, apakah pertimbangan yang menyebabkan Lubok Antu tidak disenaraikan? Selain aspek keselamatan dan kemudahan operasi, aspek perkhidmatan kepada penduduk juga perlu diberi perhatian. Saya mencadangkan supaya kaunter permohonan pas menyeberang sempadan disediakan di ICQS Lubok Antu— di Lubok Antu.
Pada masa ini, penduduk perlu ke Sri Aman untuk membuat permohonan sekali gus menanggung kos perjalanan dan kehilangan masa. Keadaan ini amat menyukarkan khususnya apabila mereka perlu menyeberang dengan segera bagi urusan kecemasan atau kematian saudara-mara di sebelah Kalimantan.
Oleh itu, saya mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri dapat mempertimbangkan penyediaan kemudahan permohonan pas menyeberang sempadan di ICQS Lubok Antu bagi memudahkan urusan penduduk setempat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini saya telah membangkitkan beberapa perkara penting termasuk kedudukan perwakilan Sabah dan Sarawak, kecukupan pemberian khas di bawah Perkara 112D dan kelewatan projek pembangunan serta keselamatan Sempadan Lubok Antu. Semua isu ini memerlukan perhatian serius daripada kerajaan dan kementerian yang berkaitan. Bukan sahaja daripada segi perancangan dan kelulusan, tetapi juga dari segi pelaksanaan.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Saya berharap Belanjawan 2027 dapat memastikan peruntukan yang diluluskan diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat. Bagi kawasan pedalaman seperti Lubok Antu, keutamaan pembangunan perlu mengambil kira cabaran geografi, kos penyediaan kemudahan asas dan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk. Kerajaan juga perlu memperkukuhkan penyelarasan antara agensi menyelesaikan halangan pelaksanaan dengan segera dan memastikan jadual projek lebih realistik.
Dato’ Yang di-Pertua, hujahan yang lebih spesifik mengenai Belanjawan 2027 ini akan saya bangkitkan di peringkat jawatankuasa kelak. Belanjawan bukan sekadar helaian angka dan janji yang indah di atas kertas, nilainya terletak pada sejauh mana ia benar-benar sampai ke rakyat. Akhir sekali, segala persoalan dan cadangan yang saya kemukakan mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, Lubok Antu menyokong.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Dipersilakan Yang Berhormat Dungun.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkait dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027.
Saya mulakan perbahasan saya dengan merujuk laporan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia, iaitu jangkaan hayat ketika lahir bagi penduduk Malaysia dianggarkan 75.5 tahun bagi lelaki dan angkanya ialah perempuan 78.1 tahun. Oleh itu, ia bermakna lebih kurang 75 tahun. Ini memberikan satu gambaran tentang tempoh kehidupan yang perlu diambil kira oleh kerajaan dalam merancang pendidikan, pekerjaan, kesejahteraan keluarga dan penjagaan kesihatan rakyat yang apabila mula lahirnya seorang rakyat Malaysia.
Oleh itu, dalam tempoh kelahiran yang ada dari umur sehari hingga 75 tahun, kita bahagikan kepada tiga peringkat.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Yang pertama ialah generasi muda yang melalui pendidikan dan juga pendidikan tinggi; kemudian dalam sektor ekonomi; dan yang ketiga, sebagai sebuah negara menua. Maka, kita kena fikirkan sektor kesihatan dan warga emas.
Oleh itu, yang pertama yang ingin saya bangkitkan berkait dengan tempoh 25 tahun pertama kehidupan ini ialah bagaimana sebahagian besar masa seseorang anak dihabiskan untuk mendapatkan pendidikan bermula daripada prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke institusi pendidikan tinggi. Pada peringkat inilah asas ilmu akhlak, kemahiran dan keperibadian dibentuk sebelum mereka memasuki alam pekerjaan atau sektor ekonomi.
Belanjawan 2027 memperuntukkan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan berbanding dengan RM66.2 bilion pada tahun 2026. Ini merupakan peningkatan sekitar RM2.79 bilion. Namun, peningkatan peruntukan ini perlu dinilai berdasarkan tiga perkara utama iaitu keselamatan murid; kualiti pendidikan; dan keberhasilan pembangunan modal insan.
Isu pertama keselamatan sekolah dan tanggungjawab melindungi murid. Kita tidak boleh membicarakan kecemerlangan pendidikan sekiranya keselamatan anak- anak ketika berada di sekolah masih menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Pada Oktober 2026, negara dikejutkan dengan kematian seorang pelajar Tingkatan 4, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
Menteri Pendidikan sendiri mengarahkan audit keselamatan selepas dimaklumkan bahawa kamera litar tertutup yang tersedia tidak meliputi lokasi kejadian. Kes tersebut menjadi perkara siasatan polis dan kita menghormati proses siasatan yang sedang berjalan.
Namun, yang perlu diberikan perhatian walaupun kita tidak mendahului hasil siasatan, terdapat satu persoalan dasar yang mesti diberikan perhatian. Adakah sistem keselamatan sekolah kita benar-benar dibina untuk mencegah kejadian— iaitu dalam konteks yang telah berlaku sepatutnya ia nya mesti menjadi perkara yang melibatkan asasnya ialah proaktif atau sekadar bertindak selepas sesuatu tragedi berlaku, reaktif. Isu keselamatan ini turut merangkumi kes buli, keganasan, gangguan kawalan keluar masuk sekolah dan pemantauan aktiviti murid di luar waktu pengajaran biasa.
Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion, tetapi peruntukan fizikal
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
sahaja tidak memadai tanpa audit keselamatan, penyelenggaraan, peralatan, tugas terlatih serta prosedur tindak balas yang jelas.
Oleh itu, saya menggesa Kementerian Pendidikan mengadakan audit keselamatan secara berkala di seluruh sekolah khususnya sekolah berasrama dan kawasan berisiko tinggi merangkumi liputan CCTV, kawalan akses, pengawasan murid dan mekanisme aduan sulit yang selamat.
Kerajaan juga wajar membentangkan hasil audit serta pelan tindakan pembetulan secara berkala kepada Parlimen. Anak-anak dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu. Ibu bapa sepatutnya mempunyai keyakinan bahawa keselamatan mereka turut menjadi tanggungjawab utama institusi pendidikan.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan tinggi dan jurang antara kelulusan dengan peluang pekerjaan. Berdasarkan statistik siswazah 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, lebih 1.5 juta graduan yang bekerja berada dalam kategori pekerjaan separa mahir atau berkemahiran rendah. Keadaan ini menunjukkan masih wujud masalah ketidakpadanan antara kelayakan pendidikan dengan jenis pekerjaan tersedia. Ini bukan semata-mata persoalan kemampuan graduan, ia juga berkaitan struktur ekonomi negara yang belum menyediakan pekerjaan berkemahiran tinggi dalam jumlah yang sepadan dengan penawaran tenaga kerja berkelulusan tinggi.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Justeru itu, saya minta kerajaan menetapkan ukuran keberhasilan pendidikan tinggi yang lebih menyeluruh, bukan sekadar kadar keboleh pasaran graduan, tetapi juga kadar graduan memperoleh pekerjaan yang setara dengan kelayakan tahap gaji permulaan serta tempoh mendapatkan pekerjaan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kerajaan juga perlu memperkukuh kerjasama universiti dengan industri dan memperluas pembangunan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi khususnya di luar kawasan ekonomi utama. Jangan sampai negara berjaya melahirkan lebih ramai pemegang ijazah, tetapi gagal menyediakan pekerjaan yang membolehkan ilmu dan kemahiran mereka dimanfaatkan sepenuhnya.
Seterusnya, yang perlu juga kita lihat dalam sektor yang ketiga ialah berkait dengan perkara sektor yang kedua— berkait dengan sektor ekonomi. Kenaikan gaji
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
minimum dan kemampuan perusahaan kecil. Belanjawan 2027 mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan, berkuat kuasa Jun 2027. Kenaikan RM300 ini bersamaan 7.6 peratus.
Dengan pengecualian yang diberikan bagi PMKS dengan jualan tahunan di bawah RM50 juta untuk memberi ruang penyesuaian model perniagaan, langkah tersebut menimbulkan tiga persoalan berkaitan pengecualian dalam pelaksanaan.
Yang pertama, berapa lama tempoh pengecualian tersebut akan diberikan?
Kedua, apakah mekanisme peralihan yang disediakan supaya pekerja dalam perusahaan kecil juga akhirnya dapat menikmati peningkatan gaji yang sewajarnya?
Ketiga, bagaimana kerajaan mahu memastikan kenaikan kos penggajian tidak membawa kepada pengurangan pekerja, penangguhan pengambilan pekerja baru atau pemindahan keseluruhan kos kepada pengguna?
Oleh itu, adakah kerajaan bersedia mewujudkan pelan peralihan gaji minimum bagi PMKS yang benar-benar memerlukan bantuan?
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkait juga dengan kos sara hidup dan kuasa beli rakyat. Adakah apa-apa perancangan yang dicadangkan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan meningkatkan kuasa beli rakyat?
Keseluruhannya mesti [Tidak jelas] Di antara contohnya ialah bagaimana kenaikan tarif elektrik yang benar-benar memberikan kesan kepada rakyat apabila ia melibatkan kos yang terpaksa ditanggung hasil daripada kenaikan tarif elektrik.
Begitu juga kesan kepada kos dari segi peningkatan harga barang, sama ada barang-barang dalam kawalan atau barang-barang di luar kawalan.
Perlu diingatkan, yang paling utama, jika dapat mengembalikan kos harga beras kepada harga yang asal dan ini memerlukan salah satu daripada perancangan untuk memastikan harga-harga barang makanan ruji, beras dan gandum dapat diberikan kepada rakyat dalam harga yang seperti mana yang pernah berlaku sebelum daripada kenaikan harga beras. Oleh itu, saya mengharapkan supaya kerajaan melihat kepada bagaimana cara untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dan juga memberikan pulangan kepada kuasa beli rakyat dalam perkara yang melibatkan kos sara hidup.
Yang akhir dalam perkara yang ketiga ialah kita melihat dalam soal sebagai sebuah negara menua, kesihatan rakyat akan menjadi perkara penting selepas daripada 26 hingga 60 tahun dan selepas itu biasanya akan berlaku dalam sektor yang melibatkan kesihatan sebagai sebuah negara menua dan apatah lagi rakyat
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
akan mula pencen. Daripada sinilah kita akan melihat kepada angka-angka yang penting.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk berusia 60 tahun ke atas meningkat daripada 8.0 peratus pada 2025 kepada 8.4 peratus pada 2026. Keadaan ini menuntut perancangan kesihatan dan perlindungan sosial yang lebih tersedia untuk jangka panjang. Oleh itu, peruntukan kesihatan walaupun kita lihat meningkat, tetapi adakah akses rawatan bertambah baik?
Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan Kementerian Kesihatan kepada RM47.7 bilion berbanding RM46.5 bilion pada 2026. Dengan pengumuman yang termasuk juga berkait dengan pengambilan pekerja doktor jawatan tetap kepada lebih 9,000 doktor kontrak pada tahun 2027. Soal yang dilihat bukan sahaja dari segi peruntukan kesihatan yang meningkat, tetapi langkah yang perlu juga dilihat ialah melibatkan pesakit khususnya warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik.
Persoalan utama, bukan sekadar jumlah peruntukan yang diterima kementerian. Persoalan mereka jauh lebih dekat dengan kehidupan seharian.
Berapa lama perlu menunggu untuk bertemu doktor dan doktor pakar? Berapa jauh perlu pergi untuk mendapatkan rawatan? Adakah ubat dan pemeriksaan tersedia?
Serta berapa besar kos yang perlu ditanggung keluarga?
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan, sebanyak 15.6 peratus orang dewasa di Malaysia mempunyai diabetes manakala 29.2 peratus mempunyai tekanan darah tinggi. Oleh itu, angka tersebut merangkumi keseluruhan penduduk dewasa, bukan warga emas semata-mata. Namun ia menunjukkan betapa besarnya keperluan negara terhadap saringan awal pemantauan berkala dan pengurusan penyakit tidak berjangkit.
Oleh itu, saya minta Kementerian Kesihatan menetapkan sasaran prestasi yang boleh dan perlu dipantau. Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan untuk kita menjaga kepentingan warganegara Malaysia dalam umur jangkaan 75 tahun pada keseluruhan ketiga-tiga sektor iaitu sektor pendidikan, sektor ekonomi dah juga sektor kesihatan. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Puan Yang di- Pertua.
Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri wajar dialu-alukan oleh rakyat kerana memberi perhatian kepada kos sara hidup, pendapatan pekerja dan isu-isu yang mencakupi persoalan hidup rakyat.
Bantuan bersasar pelepasan cukai memberikan kelegaan yang diharapkan.
Kerajaan patut diberikan penghargaan atas usaha sedemikian. Kubang Pasu sentiasa menyokong apa jua inisiatif dan usaha kerajaan untuk membantu rakyat.
Inti pati ucapan saya kali ini tidak berniat untuk mengkritik atau menafikan usaha baik kerajaan, tetapi untuk memberikan pandangan dari sudut yang berbeza.
Belanjawan 2027 nampaknya boleh menyenangkan rakyat buat sementara tanpa menyelesaikan masalah yang menyebabkan mereka terus memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam pelbagai bentuk, subsidi, bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, SARA dan sebagainya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Di sinilah pujian perlu berhenti seketika dan penelitian perlu dibuat.
Pertamanya, ekonomi atau KDNK negara semakin bertumbuh lebih dari lima peratus dalam tahun tempoh 2024 hingga 2025. Anggaran bagi 2026 ialah 5.3 peratus.
KDNK sebenarnya menunjukkan kenaikan daripada RM1.57 trilion pada 2023. Ini KDNK yang sebenar, kepada RM1.74 trilion pada tahun 2025 dan RM1.83 trilion bagi 2026. Ini anggaran.
Namun, pencapaian KDNK dan nilai pelaburan yang tinggi tidak dapat diterjemahkan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat jelata. Saya mohon Menteri Ekonomi atau Perdana Menteri sendiri supaya memberikan penjelasan yang jelas-sejelasnya tentang perkara ini. Hasil kerajaan juga meningkat daripada RM315 bilion pada 2023 kepada RM336 bilion tahun 2025. Anggaran 2026 ialah RM363 bilion.
Puan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2027, hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan RM380.8 bilion, manakala perbelanjaan RM459.8 bilion. Jurang atau defisit RM79 bilion. Kerajaan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk membangunkan negara dalam sektor pendidikan, kesihatan, infrastruktur, keselamatan dan pelbagai lagi tetapi hasil tidak mencukupi kerana RM376.8 bilion atau 98.9 peratus digunakan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
untuk belanja mengurus. Hanya kira-kira RM4 bilion sahaja untuk pembangunan yang memerlukan RM83 bilion.
Ini bermakna bahawa setiap RM1 hasil hanya satu sen sahaja digunakan untuk pembangunan. Bagi melaksanakan pembangunan, kerajaan perlu berhutang.
Defisit fizikal dianggarkan 3.3 peratus dari KDNK atau RM77.5 bilion.
Puan Yang di-Pertua, belanjawan untuk pembangunan sejumlah RM83 bilion ini sebenarnya tidak sejajar dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas pada 11 September 2023 bahawa kerajaan komited untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun perbelanjaan pembangunan ataupun DE. Namun, ia hanya berlaku pada 2023 – RM96.1 bilion, 2024 – RM84 bilion, 2025 – RM81.9 bilion dan 2026 turun lagi kepada RM81 bilion.
Sesungguhnya perbelanjaan pembangunan amat penting sebagai pelaburan untuk masa depan negara. Ia diperlukan untuk pembangunan ekonomi, keselamatan dan juga sosial. Puan Yang di-Pertua, defisit Kerajaan Persekutuan memang turun setiap tahun, sejak 2023. Persoalannya ialah apa yang sebenarnya berlaku di luar akaun Kerajaan Persekutuan dalam tempoh yang sama?
Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan tidak berkurang, malah meningkat dari setahun ke setahun tetapi sebahagiannya beralih kepada entiti lain. Defisit kerajaan turun daripada lima peratus kepada 3.3 peratus.
Namun, defisit seluruh sektor awam dijangka naik daripada 5.6 peratus kepada tujuh peratus. Defisit pada tahun 2027 dijangka menurun kepada 3.3 peratus.
Sungguhpun jumlah perbelanjaan diumumkan RM510 bilion berbanding dengan jangkaan hasil hanya RM380.8 bilion. Ini bermakna, RM50 bilion yang akan dibelanjakan bukan wang Kerajaan Persekutuan tetapi daripada GLIC – RM25 bilion, Projek PPP – RM11 bilion, badan berkanun dan MOF Incorporated – RM14.2 bilion.
Satu contoh di mana wang GLIC dibelanjakan ialah KWAP yang akan membiayai sejumlah RM750 juta untuk pembangunan kediaman siswa kampus.
Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Dana dari KWAP bukannya untuk dibelanjakan bagi projek-projek kerajaan yang tidak memberi keuntungan tetapi untuk pelaburan yang menguntungkan supaya tabung persaraan bertambah.
Contoh seterusnya, kita masih ingat tentang pelaburan KWAP dalam eFishery sebanyak RM163 juta dengan sebuah syarikat akuakultur di Indonesia.
Pihak kerajaan memaklumkan bahawa KWAP menjadi mangsa penipuan. Apa juga
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
sebab atau alasan yang diberikan, pokoknya ialah KWAP perlu lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan seperti ini dan ia perlu diberhentikan.
Kubang Pasu bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang dalam ucapan perbahasan beliau pada 12 Oktober lalu iaitu “Biarlah angsa-angsa emas negara melaksanakan perniagaan teras mereka”. Berhubung dengan pembiayaan GLIC, badan berkanun MOF Incorporated, Projek PPP, Kubang Pasu mencadangkan agar laporan defisit yang disatukan harus dilaporkan kepada Dewan Rakyat.
Puan Yang di-Pertua, hutang negara terus meningkat daripada RM1.398 trilion pada 2026 kepada RM1.47 trilion iaitu 63.1 peratus daripada KDNK pada 2027.
Jika dicampur dengan jaminan kerajaan, KWSP dan sebagainya, sejumlah RM354 bilion hutang menjadi RM1.8 trilion ataupun 80 peratus daripada KDNK. Kerajaan perlu membayar khidmat hutang ataupun debt service sejumlah RM63.2 bilion iaitu 16 peratus daripada hasil pada tahun 2027.
Dasar gaji berisiko mewujudkan dua darjat pekerja. Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun 2027 adalah satu langkah positif. Namun, pengecualian kepada PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta menimbulkan persoalan keadilan. Harga beras tidak menjadi lebih murah kerana seseorang bekerja di syarikat kecil. Sewa rumah juga tidak mengikut kemampuan majikan.
Perniagaan memerlukan penyesuaian tetapi pekerja memerlukan kepastian dan pengecualian perlu disertai dengan tempoh peralihan yang jelas, bantuan, elaun, produktiviti dan pematuhan. Hasil jualan sahaja bukan ukuran tepat kemampuan membayar margin keuntungan dan struktur kos turut menentukan. Jika gaji bermaruah menjadi matlamat negara, mesti ada jalan yang nyata untuk semua pekerja mencapainya.
Bantuan jangan menjadi pengganti kepada pembaharuan. Bantuan tunai melindungi rakyat daripada kesempitan. Namun, jika bantuan terus bertambah kerana pendapatan tidak mengejar kos kehidupan. Kerajaan sedang membiayai kesan masalah, sambil puncanya terus membiak. Keluarga memerlukan makanan yang mampu dibeli, perumahan yang munasabah, pengangkutan yang cekap dan pekerjaan dengan pendapatan yang membolehkan mereka menyimpan.
Usaha ukuran kejayaan, bukan berapa ramai yang menerima bantuan semata-mata tetapi berapa ramai yang akhirnya mampu hidup lebih stabil. Negara perlu melindungi mereka yang tidak berupaya sambil menyediakan laluan keluar bagi
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
mereka yang boleh meningkatkan pendapatan. Mengajar seseorang memancing ikan lebih baik daripada memberi ikan kepadanya.
Puan Yang di-Pertua, pelaburan besar mesti memberikan keupayaan kepada negara. Keupayaan teknologi, penjanaan pekerjaan bergaji tinggi, kita perlu bertanya, siapa memiliki teknologi? Siapa memperoleh keuntungan besar? Sejauh mana perusahaan tempatan menguasai kegiatan bernilai tinggi? Adakah kaum bumiputera juga memperoleh limpahan ekonomi yang sepatutnya dari segi business dan pengurusan, terutama dalam sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor, AI dan sebagainya.
Jika pelaburan datang, keuntungan keluar dan rakyat kekal dalam pekerjaan bergaji sederhana. Angka pelaburan nampak cantik tetapi perubahan struktur ekonomi masih cetek. Insentif masih dikaitkan dengan hasil yang boleh disemak.
Pekerjaan berkualiti, pembangunan pembekal tempatan, pemindahan, penguasaan teknologi dan pengkomersialan hasil pendidikan.
Mengenai Belanjawan 2027, saya ingin merujuk pada satu rencana dalam The Edge Malaysia terbitan 19 Oktober 2026 bertajuk “Budget 2027: More to spend, less to build”. Antara perkara yang disebut ialah “A budget should be judged by both the relief it provides today and the production it builds tomorrow”, dengan izin. Tidak hairanlah belanjawan ini adalah politically attractive, dengan izin, kerana pilihan raya mungkin makin— umum semakin dekat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Persoalannya ialah siapa yang akan membayar kemurahan hati kerajaan?
Adakah kerajaan peruntukan terlalu banyak daripada sumber-sumber fiskal yang terhad bagi mengurangkan bebanan hari ini dengan mengorbankan pelaburan yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat esok? Kesan ketara terhadap apa yang dilaksanakan ialah indeks komposit yang berlegar pada tahap 1,650 point dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh sedikit mengenai nadir bumi ataupun REE. Malaysia telah mengenal pasti lima jenis mineral strategik dalam Pelan Transformasi Industri Mineral Nasional 2021–2030 iaitu REE, bauksit, bijih besi, pasir silika dan tanah liat putih atau pun white clay. Mineral yang paling berharga dia punya simpanan yang besar ialah REE.
REE seperti neodymium, dichromiums, cilium dan parazonium jangan ambil sangat yang ini. Dia kadang-kadang susah nak sebut. Adalah amat penting untuk perbuatan powerful magnet yang diperlukan dalam wind turbine dan electric vehicle
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
motors. Sebab itu REE sekarang ini mendapat permintaan yang amat tinggi kerana kita bawa kereta, banyak kereta EV lah.
Reserve REE negara bernilai lebih kurang RM800 bilion yang terdapat di Terengganu. Ini yang tertinggi sekali. Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang.
Pembangunan REE berpotensi besar untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri-negeri yang terbabit dan juga negara. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu yang mempunyai simpanan REE yang besar akan dapat menambahkan hasil yang lumayan bagi memajukan ekonomi dengan mereka dengan lebih pesat.
Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian yang bertanggungjawab pada segmen upstream dan memastikan standard alam sekitar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang bertanggungjawab pada segmen midstream dan downstream, apakah kemajuannya telah dicapai setakat ini?
Dalam usaha untuk membangunkan industri REE termasuk road map dan time line, Kubang Pasu berharap agar pelaksanaan pembangunan industri REE di Malaysia ini dipercepatkan.
Seterusnya berhubung dengan pusat data ataupun data center. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Menteri MITI yang mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan negara daripada menghadapi masalah kekurangan tenaga elektrik dan bekalan air disebabkan pembangunan DC yang begitu pesat dan menggunakan tenaga dan air yang dalam kuantiti yang besar.
Syarat-syarat yang dikenakan kepada DC yang baharu diluluskan dalam mereka perlu membangunkan penjana elektrik sendiri, memberikan satu kelegaan.
Di samping itu, DC juga perlu mempunyai 30 peratus energy mixes yang boleh diperbaharui. Persoalannya ialah apakah kerajaan akan menggunakan syarat yang sama bagi keperluan-keperluan air.
Puan Yang di-Pertua, Kubang Pasu menyokong dan berharap agar Menteri Kesihatan supaya ahli farmasi dan doktor gigi di bawah skim kontrak diserapkan ke dalam skim perkhidmatan tetap akan diterima oleh Kementerian Kewangan dan Jemaah Menteri. Berikanlah mereka harapan dan masa depan yang jelas supaya kehidupan mereka dan keluarga terjamin.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengulangi apa yang disebut oleh Pasir Gudang dan Padang Serai tadi supaya kerajaan berlaku adil kepada Ahli-ahli
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Parlimen Pembangkang dengan memberikan peruntukan yang sama kepada kami.
Semoga Allah SWT merestui dan memberkati segala usaha kita bagi memajukan negara kita Malaysia yang tercinta ini.
Dengan kata-kata itu Kubang Pasu menutup ucapan perbahasan dengan ucapan wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Puan Yang di- Pertua atas peluang untuk turut serta dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 yang bertemakan “Menggapai di langit mengakar di bumi”. Saya bangun untuk menyokong belanjawan ini dan untuk memberikan tumpuan kepada mereka yang menghidupkan bandar dan kampung kita iaitu perusahaan mikro kecil dan sederhana, penjaja kedai runcit, penjual colok, usahawan muda yang berniaga dalam talian dari bilik tidurnya.
PMKS merangkumi 97.4 peratus daripada semua peniagaan di Malaysia.
Mereka mengajikan RM8.1 juta orang atau pun 48.7 peratus tenaga kerja kita yang menyumbang 39.7 peratus kepada KDNK. Pada 2025, nilai ditambah PMKS berkembang 5.7 peratus mengatasi pertumbuhan negara sebanyak 5.2 peratus.
Eksport mereka meningkat 10.5 peratus kepada RM214.5 bilion dan produktiviti buruh mereka naik 41 peratus. Apabila PMKS kuat, Malaysia juga kuat.
Oleh itu, saya menyokong hala tuju belanjawan ini untuk memberikan keutamaan kepada PMKS. Malah, Persatuan PKS Malaysia SAMENTA juga menggelar bahawa belanjawan ini sebagai belanjawan PMKS. Oleh itu saya ingin merakamkan penghargaan pada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berhormat Steaven Sim.
Syabas atas usaha mereka yang telah menterjemahkan suara dewan perniagaan, persatuan dan peniaga biasa kepada langkah yang konkrit yang melalui pembentangan belanjawan yang mendahulukan PMKS ini.
Puan Yang di-Pertua, baru pagi tadi kita mendapat berita pengumuman bahawa penjawat awam sekarang tidak dibenarkan menggunakan aplikasi Waze.
Walaupun larangan ini hanya tertakluk kepada penjawat awam tapi izinkan saya untuk bertanya penjelasan dan justifikasi keputusan ini.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Dikatakan pangkalan data Waze ini terletak di Israel tetapi sebenarnya banyak aplikasi yang kami gunakan adalah dikawal oleh syarikat atau pun individu Yahudi juga. Jadi, adalah ia juga terdedah kepada isu keselamatan yang sama?
Saya tidak mempertikaikan kemungkinan ada isu keselamatan tetapi saya rasa satu penjelasan terperinci harus diberikan kerana banyak orang tertanya-tanya sekarang, kenapa keputusan ini dibuat dan adakah mereka tersendiri terdedah kepada risiko ini?
Puan Yang di-Pertua, sesuatu ketika dahulu negara ini mengisytiharkan perang terhadap dadah. Kita namakan dadah musuh nombor satu negara. Kita bina undang-undang, tubuhkan agensi khusus dan gerakkan seluruh masyarakat.
Walaupun perang itu belum selesai, tetapi hari ini kita berdepan satu lagi perang dadah baru iaitu ketagihan judi dalam talian.
Dadah ini tidak boleh dihisap, tidak disuntik dan tidak memerlukan pengedar di lorong gelap. Ia ada di dalam poket setiap anak muda kita 24 jam sehari. Dan ia dijual di kaunter kedai, semudah seperti membelikan Maggi mi atau roti. Ia sebenarnya satu rahsia yang terbuka, didakwa secara meluas bahawa cawangan kedai serbaneka seperti yang Tuan Yang di-Pertua izinkan saya berikan satu contoh, BR Convenience Store dan banyak lagi kedai serbaneka lain menjual top up judi dalam talian haram di kaunter.
Begitu juga rumah kuning di Sarawak iaitu kedai kopi berpapan tanda kuning yang hanya menjual mi segera dan minuman. Sebenarnya ia sarang judi tempat orang berkumpul, membeli kredit dan bermain. Bermula di Kuching kini merebak ke Pekan dan juga kampung di seluruh Sarawak.
Saya bertanya bagaimana premis ini boleh lulus sebagai kedai makanan?
Saya memohon KDN, PDRM dan PBT menyiasat sepenuhnya menyemak bagaimana lesen ini dikeluarkan dan melaporkan hasilnya kepada Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, ke pejabat saya datang ibu bapa yang menangis kerana anak lelaki, anak mereka berusia muda, bermula dengan top-up RM10, RM20 di kedai berhampiran rumah. Menang sikit akhirnya kalah banyak, kemudian menanggung beban hutang tersebut.
Bila wang habis, pihak yang sama datang yang menyediakan platform judi itu menawarkan pinjaman cepat tanpa soal. Penjual judi dan along ialah orang yang sama. Mereka jual dadahnya, mereka jual hutangnya juga. Daripada RM2,000
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
sekarang berhutang RM50,000 dalam beberapa bulan. Diikat ugutan dan cat merah di pintu rumah.
Saya terpaksa berdepan dengan keluarga yang menjual tanah pusaka mereka, warisan datuk nenek mereka untuk melangsaikan sebahagian daripada hutang itu. Lebih jahat lagi sindiket ini menjadikan anak muda bukan sahaja pemain tetapi ejen. Mereka suruh cari pemain baru kita boleh bagi diskaun kepada hutang kamu. Yang menjadi mangsa kini menjadi pemangsa, menarik kawan sekolah dan saudara sendiri ke dalam perangkap yang sama.
Jadi Puan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar masalah sosial, ini sudah menjadi ancaman kepada keselamatan awam. Pada 20 September, objek yang dipercayai mengandungi bahan letupan atau mudah terbakar dilemparkan ke kedai serbaneka di Kuching dan di Sri Aman ini. Polis percaya ini punca daripada pertikaian perniagaan termasuk penjualan top-up judi. Polis juga sedang mendapat bantuan Interpol untuk memburu suspek yang melarikan diri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Kita juga menyaksikan semakin banyak kumpulan samseng mencetuskan kekecohan dan bergaduh secara terbuka di tempat awam sehingga membahayakan orang ramai di sekeliling.
[Tidak jelas] Keluarga yang tinggal di atas rumah kedai, ibu bapa yang keluar bersama anak dan juga peniaga jujur sebenarnya tidak memilih untuk berada di barisan hadapan. Mereka berhak dilindungi dan siapa yang ditangkap? Bulan ini di Kabong, seorang wanita 32 tahun ditahan. Dia baru seminggu bekerja di kedai runcit itu dan mengambil kerja itu untuk menyara keluarga. Tapi tauke sindiket masih tidak ditangkap, masih bersembunyi.
Tuan Yang di-Pertua, saya katakan dengan tegas, judi dalam talian haram ini adalah musuh negara. Ia jenayah terancang yang memburu anak muda kita dan tidak boleh dikalahkan dengan serbuan sekali sekala dan kenyataan akhbar sahaja.
Jadi, saya ingin memuji kerajaan kerana menggubal undang-undang khusus tentang judi haram dan memuji PDRM atas op seperti Op Dadu. Tetapi perang terhadap dadah bergerak kerana kita membina struktur khusus. Kita perlukan sama untuk judi dalam talian.
Saya mencadangkan sebuah pasukan petugas khas Persekutuan dan juga negeri yang berkekalan dengan lima tonggak. Nombor satu, kerjasama antara agensi yang jelas, dipengerusi di peringkat Menteri, menghimpunkan PDRM, Bank Negara, MCMC, KPKT, kerajaan negeri dan PBT.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Semua agensi perlu ada pandangan yang jelas, berkongsi risikan, bertindak secara selaras supaya tiada sindiket terlepas di celah-celah bidang kuasa. Buru dalangnya, taukenya. Unit D7 khusus untuk risikan, untuk memburu tauke sindiket dan kumpulan samseng yang menjadi tukang pukul mereka.
Tiga, rampas wangnya, membekukan akaun keldai di sebalik top-up dan pinjaman along dan rampas aset sindiket di bawah Akta Pencegahan Wang Haram.
Empat, tutup premisnya, batalkan lesen secara automatik, senarai hitam pemilik dan tutup premis. Potong bekalan elektrik. Laman dan iklan judi pula disekat dalam masa dengan cepat dalam beberapa jam saja.
Nombor lima, selamatkan mangsa. Sediakan hotline sulit untuk ketua kampung, untuk ibu bapa serta kaunseling ketagihan dan nasihat hutang hingga ke luar bandar. Pasukan ini haruslah diberikan asas undang-undang yang kekal sebagaimana Agensi Antidadah Kebangsaan menjadi tunjang perang kita terhadap dadah.
Puan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri bahawa Rang Undang-undang e-Dagang akan dibentangkan pada persidangan yang akan datang. Saya juga menghargai pendekatan kerajaan yang menegaskan bahawa RUU ini bertujuan melindungi pengguna, bukan untuk menutup platform. RUU ini terpakai kepada semua, bukan kepada mana-mana syarikat tertentu. Ia tegas tetapi adil.
Dalam menggubal undang-undang ini, hak rakyat kepada barangan yang lebih murah mesti dipertahankan. Bagi banyak keluarga B40 dan M40, platform dan talian ialah satu cara membeli baju sekolah, keperluan harian dengan harga mampu milik. Ramai peniaga kecil kita juga membeli stok melalui platform ini.
Jadi, peraturan atau undang-undang kita mesti seimbang. Kita mahu menapis barang yang berbahaya, bukan menghukum barang yang murah. Matlamat kita adalah barang yang selamat pada harga yang berpatutan, bukan barang selamat yang tidak mampu dibeli rakyat. Beban pematuhan wajar dipikul oleh platform yang mengaut keuntungan berjuta-juta Ringgit, bukan dipindahkan kepada pengguna melalui harga yang melambung.
Tuan Yang di-Pertua, pembiayaan dan pengurangan cukai memang membantu tetapi ia tidak dapat menyelamatkan perniagaan yang tidak dapat bersaing di padang yang sama rata. Sebagai contoh, sejak akhir 2025 satu platform, izinkan saya memberikan contoh Pinduoduo menghantar barangan terus dari kilang di China ke rumah di Malaysia.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Platform ini milik PDD Holdings, kumpulan di sebalik Temu dan penghantarannya percuma walau barang di bawah RM2. Semasa perayaan bulan ketujuh kalendar Cina, dilaporkan jumlah perniagaan barangan runcit di beberapa buah negeri menurun sehingga 30 peratus akibat kesan Pinduoduo ini.
Isunya bukan hanya kerana barangan yang murah. Isunya adalah penghantaran tidak sama, landasan tidak seimbang untuk semua. Shopee, Lazada, TikTok semua berdaftar di Malaysia. Pinduoduo pula tiada entiti, kakitangan atau jejak cukai tempatan, malah tidak tertakluk sepenuhnya kepada Undang-Undang Keselamatan Pengguna negara kita. Peniaga itu kita mesti mematuhi SIRIM, halal dan cukai sedangkan barangan dari luar sering terlepas pemeriksaan.
Tuan Yang di-Pertua, keselamatan rakyat mesti diutamakan. Ada barangan elektronik contohnya pengecas telefon yang tidak memenuhi standard yang boleh membakar rumah. Makanan yang kita beli melalui platform ini mungkin tidak halal ataupun mengandungi kandungan yang tidak berkhasiat, suplemen murah mungkin mengandungi bahan terlarang, malah pakaian boleh mengandungi pewarna toksik dan karsinogen yang meresap ke kulit anak-anak kita.
Ini isu kesihatan dan isu nyawa. Malaysia tidak keseorangan. Ini bukan isu di Malaysia saja. Kesatuan Eropah telah mengadakan Duti 3 Euro bagi setiap barang bernilai rendah mulai Julai 2026. Amerika Syarikat menamatkan pengecualian duti de minimis pada 2025. Vietnam mengantungkan Temu sehingga ia berdaftar secara tempatan. EU dan Korea Selatan menekan platform supaya bertanggungjawab atas produk yang tidak selamat. India dan Indonesia memilih untuk larangan terus tetapi dengan kos kepada pilihan pengguna dan risiko tindakan balas perdagangan.
Pengajaran jelas. Model yang paling kekal bukan larangan tetapi padang yang sama rata. Cukai yang berpatutan, standard yang sama, akauntabiliti yang sama, sama seperti penjual yang di Kuching, di Kuala Lumpur ataupun di Guanhzhou ataupun di Beijing. Cadangan saya untuk RUU e-Dagang ini:
(i) Daftar dan bertanggungjawab. Platform yang melayani rakyat Malaysia secara besar-besaran mesti mendaftar entiti tempatan dengan pegawai yang bertanggungjawab di bawah undang-undang kita;
(ii) Cukai dipungut di platform. Cukai jualan yang berpatutan ke atas barangan bernilai rendah yang dikenakan sejak 2024 wajib dipungut oleh platform semasa pembayaran dan audit oleh Kastam;
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
(iii) Turunkan produk berbahaya. Platform mesti menurunkan produk yang gagal standard SIRIM, halal, perlindungan pengguna dalam tempoh yang ditetapkan dengan penalti bagi kegagalan berulang;
(iv) Lindungi poket rakyat. Setiap peraturan baru disertakan kajian serta kesan harga dan jaminan bayaran balik supaya kos perlindungan ditanggung platform, bukan keluarga M40 atau B40 ataupun rakyat Malaysia; dan
(v) kita kena bantu PMKS tempatan untuk bersaing. Kaitkan RUU ini dengan geran pendigitalan, nadi dan pembiayaan BPMB supaya peniaga kita boleh menggunakan platform yang sama untuk menjual, bukan saja di negara kita tetapi di luar negara.
Puan Yang di-Pertua, pagi tadi kita digemparkan dengan berita di mana seorang pelajar sekolah swasta di kawasan Kuching telah membawa senjata ke sekolah untuk menyerang beberapa orang pelajar dan juga guru kelas tersebut. Kita telah digempurkan dengan berita tersebut dan saya rasa seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dungun tadi, semakin banyak ibu bapa, semakin banyak pelajar, mereka bimbang dan takut atas keselamatan mereka di sekolah walaupun sekolah sepatutnya adalah tempat mereka bukan saja menimba ilmu tetapi tempat yang mereka boleh merasa selamat.
Ini satu fenomena yang bukan sahaja kita panggil isolated. Ia telah berlaku dalam tahun ini, dalam beberapa tahun ini beberapa kali sudah. So, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah untuk menangani isu ini? Ini bukan sahaja isu criminal tapi ini isu pendidikan dan juga kesihatan mental.
Bagaimana kita dapat memberikan sokongan mental bukan sahaja kepada mangsa tragedi ini tapi kepada perpetrator, pelajar yang telah melakukan kesalahan tersebut.
Oleh itu, saya ingin bertanyakan, apakah SOP akan diperbaharui ataupun latihan tambahan yang akan diberikan kepada mana-mana sekolah ataupun cikgu- cikgu untuk menangani isu seperti ini? Kerana saya rasa Puan Yang di-Pertua, ia satu contagion. Selepas satu kes telah berlaku mungkin dalam beberapa tahun yang lepas, mereka mula membaca berita tersebut dan mereka pun rasa mereka pun nak mencuba. Dan disebabkan pengaruh negatif di atas media sosial, game-game yang mereka main, saya rasa kes seperti ini mungkin akan berulang lagi.
Malah, oleh itu kita kena bersedia, langkah ambil langkah yang sepatutnya untuk memastikan keselamatan cikgu-cikgu kita di sekolah, anak-anak kita di
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
sekolah dan juga persekitaran sekolah. Saya tidak mahu melihat sekolah kita dilengkapi dengan metal detectors di pintu utama. Itu bukan imej yang saya mahu lihat di sekolah-sekolah tetapi jika ia perlu, kita kena pastikan keselamatan anak kita sebagai keutamaan yang ada.
Jadi Puan Yang di-Pertua, saya ingin menutup dengan ini— Belanjawan ini memang ada mengutamakan peniaga-peniaga dan juga PMKS. Peniaga kita tidak meminta belas kasihan. Mereka meminta keadilan atau pun landasan yang seimbang untuk membolehkan mereka bersaing. Dan saya rasa belanjawan ini memberikan mereka alatnya. Pembiayaan RM57 bilion, cukai yang lebih rendah, perlindungan kepada kejutan global dan laluan ke pasaran eksport. RUU E-Dagang juga berpotensi untuk memberi mereka persaingan yang adil dan undang-undang judi yang baru boleh memberikan jalan yang selamat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi, marilah kita membina undang-undang yang mengakar di bumi sambil membolehkan perniagaan kita menggapai di langit. Lindungi peniaga, lindungi pembeli dan biarlah kita dua-dua makmur bersama. Dengan itu, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching, saya jemput Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Saya mulakan dengan membaca sepotong ayat suci Al-Quran dari Surah An-Nisa' ayat 58. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.” Yang di-Pertua, ayat ini memberi peringatan kepada kita bahawa setiap tanggungjawab yang diberikan mesti dilaksanakan dengan penuh amanah dan adil.
Begitu juga dalam soal perbelanjaan negara. Wang yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah wang rakyat. Oleh itu, setiap peruntukan perlu diurus dengan baik dan manfaatnya mesti sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Belanjawan 2027 telah dibentangkan dengan pelbagai peruntukan dan pengumuman. Saya mengakui ada usaha yang baik dan wajar diteruskan. Tetapi dalam masa yang sama, masih banyak rakyat yang memerlukan dan diberi perhatian. Saya ingin membawa beberapa perkara yang dekat dengan kehidupan rakyat khususnya mengenai keselamatan pendidikan dan pembangunan asas di luar bandar.
Pertama, keselamatan murid dan persekitaran sekolah. Saya ingin memulakan perbahasan dengan satu perkara yang penting iaitu keselamatan anak- anak kita di sekolah. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat dan damai untuk anak-anak kita belajar, berkawan dan membina sahsiah untuk masa hadapan mereka. Namun, sejak kebelakangan ini, kita semakin bimbang apabila mendengar kejadian buli, pergaduhan, penderaan dan sehingga sampai ke peringkat membunuh.
Pada 6 Oktober 2026, Perdana Menteri telah memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa sebanyak 5,681 kes buli telah dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026. Jumlah ini amat membimbangkan dan menggerunkan kita. Ini bermakna dalam tempoh lapan bulan sahaja, ribuan kes buli telah direkodkan dalam sistem pendidikan negara. Bagi saya, perkara ini perlu dipandang serius.
Cuba kita bayangkan perasaan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah di waktu pagi. Mereka mengharapkan anak pulang dalam keadaan selamat tetapi bagaimana jika anak itu setiap hari hidup dalam ketakutan kerana diganggu, diugut atau dibuli oleh rakan-rakan sendiri. Ada anak yang tidak berani menceritakan kepada ibu bapa, ada anak takut untuk membuat laporan, ada juga anak memilih untuk tidak hadir ke sekolah.
Saya pernah membangkitkan perkara berkaitan keselamatan sekolah dalam kenyataan Parlimen pada 3 Mac 2026. Hari ini saya ingin mendapat penjelasan yang lebih jelas daripada kementerian. Adakah sistem pendidikan kita tidak berkesan atau gagal? Belanjawan 2027 memberikan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan. Dengan jumlah peruntukan yang besar ini, berapa sebenarnya yang dikhususkan untuk meningkatkan keselamatan murid di sekolah? Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian kepada tiga perkara.
Pertama, keselamatan fizikal sekolah. Pemasangan kamera litar tertutup atau CCTV di kawasan berisiko diperluaskan terutama di sekolah berasrama. Begitu juga soal keselamatan pintu pagar, pengawal keselamatan serta pemantauan kawasan
Tuan Hassan bin Saad - Baling
yang kurang pengawasan. Namun, pemasangan CCTV sahaja tidak mencukupi jika rakaman tidak dipantau atau peralatan tidak diselenggarakan.
Yang kedua, sistem aduan yang benar-benar melindungi murid. Anak-anak menjadi mangsa buli mesti mempunyai tempat yang selamat untuk mereka membuat aduan. Jangan sampai mereka takut melaporkan kejadian kerana bimbang dengan ugutan semula. Kementerian perlu memastikan setiap aduan disiasat dengan segera dan tidak menyembunyikan semata-mata untuk menjaga nama baik kementerian dan nama sekolah.
Yang ketiga, tambah sokongan dan kaunseling pendidikan akhlak. saya berpandangan bahawa usaha mencegah buli perlu bermula dengan pembentukan akhlak dan sahsiah murid. Guru kaunseling mestilah mempunyai ruang dan masa yang mencukupi untuk mendampingi murid yang menghadapi masalah. Yang menjadi masalah ialah guru disiplin terpaksa bekerja dalam perkara-perkara yang lain.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Dalam hal ini, saya ingin bertanya...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Apakah pelan khusus Kementerian Pendidikan bagi tahun 2027 untuk mengurangkan kes buli. Peningkatan keselamatan sekolah dan mengembalikan keyakinan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.
Seorang Ahli
Masjid Tanah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Baling, Masjid Tanah. Yang Berhormat, hari ini kita dikejutkan di Sarawak, Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak ada sekolah swasta yang mana ada seorang pelajar dia buat live dan dia telah menyiapkan alatan untuk mencederakan mereka di sekolah dan dia telah berlari. Dia keluar dari dia buat live, dia keluar daripada tandas dia berlari terus menuju ke classroom dan dia telah mencederakan guru. Hari ini sekolah tidak selamat bukan sahaja untuk pelajar Tuan Yang di-Pertua tetapi juga untuk guru-guru juga tidak selamat.
Adakah Baling bersetuju bahawa guru-guru hari ini perlu diperkasakan dengan mata pelajaran psikologi supaya kita dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang bermasalah ini supaya kita dapat bantu mereka dan bukan hanya guru
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
kaunseling sahaja, maksudnya diperluaskan kepada guru-guru lain. Apa pandangan Baling?
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Ya, saya sangat bersetuju dengan saranan tersebut dan boleh dimasukkan dalam ucapan saya. Saya berharap kementerian menetapkan sasaran yang jelas supaya kita dapat menilai sama ada langkah yang diambil itu benar-benar berkesan.
Kedua, pendidikan luar bandar jangan terus ketinggalan. Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah keadaan pendidikan di kawasan luar bandar. Baling merupakan sebuah kawasan yang luas dengan banyak kampung dan penempatan yang jauh dari bandar utama. Kita tidak mahu anak-anak yang tinggal di kawasan pedalaman dan di luar bandar terus ketinggalan dalam pendidikan.
Saya mengambil maklum bahawa Belanjawan 2027 menyediakan RM2 bilion bagi kerja pembaikan dan penyelenggaraan sekolah. Saya menyambut baik peruntukan ini. Namun, persoalan yang ingin dibangkitkan ialah bagaimana peruntukan tersebut akan diagihkan dan sekolah manakah yang akan diberikan keutamaan?
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Masih ada sekolah yang berdepan dengan kemudahan lama, masalah tandas, ruang pembelajaran yang terhad serta kemudahan teknologi yang perlu diperbaiki. Bagi murid di kawasan luar bandar, kemudahan pembelajaran yang baik amat penting untuk membantu mereka bersaing dengan murid di bandar. Saya juga ingin menyentuh persediaan kemasukan Tahun 1 yang berumur enam tahun pada tahun 2027.
Kerajaan menjangkakan lebih 70,000 murid berusia enam tahun akan memasuki Tahun 1 tahun hadapan. Persoalannya, apakah semua sekolah benar- benar bersedia dari segi bilik darjah, jumlah guru dan kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas. Ini kerana keperluan setiap sekolah tidak sama. Ada sekolah yang mempunyai kemudahan lengkap tapi ada juga sekolah masih memerlukan bilik darjah tambahan.
Baling bimbang jika perubahan ini dilaksanakan tanpa persediaan yang cukup, akhirnya guru dan murid yang akan menanggung kesannya. Dalam masa yang sama, kementerian belum memberi perhatian kepada murid yang masih lemah dalam membaca, menulis dan mengira.
Jangan terlalu mengejar pencapaian akademik sehingga kita terlepas pandang anak-anak yang masih belum menguasai kemahiran asas. Saya ingin
Tuan Hassan bin Saad - Baling
bertanya kepada Kementerian Pendidikan, berapakah jumlah sekolah di Parlimen Baling yang akan menerima peruntukan naik taraf pada tahun 2027? Dan apakah perancangan khusus kementerian untuk memastikan sekolah luar bandar mencukupi dari segi bilik darjah, guru dan kemudahan pembelajaran?
Saya juga ingin memohon supaya sekolah agama, sekolah pondok dan institusi tahfiz yang memenuhi syarat tidak dipinggirkan dalam pengagihan bantuan ini, malah sewajibnya kita menambahkan peruntukan kepada mereka.
Seterusnya, kemiskinan dan jurang pendapatan di Baling. Saya ingin mengambil perhatian Dewan kepada satu lagi masalah yang lama dihadapi penduduk iaitu kemiskinan dan pendapatan seisi rumah yang rendah.
Berdasarkan Data Perangkaan Malaysia bagi tahun 2024, kadar kemiskinan mutlak di Daerah Baling ialah 14.7 peratus berbanding kadar nasional sebanyak 5.1 peratus. Dalam tempoh yang sama, pendapatan isi rumah di Daerah Baling hanya RM3,367 sebulan. Angka ini menunjukkan bahawa masih ramai keluarga yang berdepan dengan tekanan ekonomi.
Apakah kerajaan mempunyai sasaran mengurangkan kemiskinan di daerah ini? Baling mencadangkan supaya kerajaan memberi peruntukan pembangunan yang lebih besar kepada kawasan yang benar-benar memerlukan berdasarkan data kemiskinan dan keperluan penduduk setempat. Ini penting supaya pembangunan negara dapat dinikmati dengan seimbang.
Keperluan menaikkan taraf klinik kesihatan di Baling. Saya juga ingin sekali lagi membangkitkan keperluan menaikkan taraf Klinik Kesihatan Baling. Perkara ini saya telah bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat yang lalu. Masalah yang dihadapi oleh penduduk ialah kesesakan pesakit dan tempoh menunggu yang panjang. Ada pesakit terpaksa menunggu sehingga tiga atau empat jam.
Bagi warga emas, pesakit yang tidak sihat serta ibu bapa yang membawa anak-anak kecil, tempoh menunggu ini amat membebankan. Belanjawan 2027 menyediakan RM1.2 bilion untuk penyelenggaraan dan kebaikan prasarana hospital serta klinik awam. Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat memberikan manfaat kepada penduduk Baling.
Justeru, saya ingin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan, apakah status cadangan menaikkan taraf atau membina kemudahan gantian Klinik Kesihatan Baling? Dan bilakah kerajaan bersedia memberikan penyelesaian yang lebih menyeluruh kepada masalah dan kesesakan pesakit ini? Baling mengharapkan
Tuan Hassan bin Saad - Baling
perkara ini dapat diberi keutamaan kerana kemudahan kesihatan yang baik merupakan keperluan asas.
Mengakhiri ucapan saya, saya juga ingin menyentuh tentang perkara-perkara yang dibangkit oleh rakan-rakan yang lain iaitu peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Hampir empat tahun, semua Ahli Parlimen Pembangkang tidak dapat peruntukan seperti mana peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Kerajaan.
Hanya tinggal satu tahun sahaja lagi. Setahun saja lagi akan tamat tempoh Parlimen. Saya berharap supaya dalam masa tempoh setahun ini, bagilah kepada kami supaya rakyat dapat merasai peruntukan yang diberikan oleh kerajaan. Bukan banyak mana pun tapi kerajaan perlu memikirkan, sebab selalu dibangkitkan ialah sama rata. Sama ada pembangkang atau pun kerajaan akan menerima peruntukan yang sama rata.
Jadi, bagi membuktikan bahawa kerajaan telus dan ikhlas, maka saya mohon tahun 2027, kami akan dapat merasai untuk disumbangkan, diberikan kepada rakyat di kawasan masing-masing. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sebelum saya membahaskan belanjawan ini, saya ingin nak menyokong dulu yang dibahaskan oleh Baling tadi iaitu bagilah kami peruntukan, empat tahun dah. Tak ada, sedih. Ada yang bergadai bergolok pun dah ada untuk nak menjaga rakyat.
Sebab rakyat kadang-kadang dia tak faham sama ada wakil rakyat itu ada duit ke tak ada duit ke. Bagi mereka, definisi mereka, wakil rakyat itu bila minta— dah jadi wakil rakyat, mesti ada duit, mesti ada peruntukan. Jadi, wajib bagi, tak bagi, kami akan dicemuh atau pun dikata di belakang bila kami balik daripada satu-satu program tu.
Jadi PMX, kami di pihak pembangkang ni sekali lagi merayu supaya setahun lagi, tolonglah bagi perbelanjaan atau pun peruntukan. Kami bukan untuk kami tapi untuk rakyat. Terima kasih.
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan serangkap pantun.
Pergi ke pekan membeli pukat, Singgah sebentar di kedai runcit;
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Gaji minimum bakal meningkat, Namun pekerja masih tersepit. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2027 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 9 Oktober lalu dengan tema “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”.
Dalam perbahasan kali ini saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada satu isu nasional yang paling dekat dengan dapur rakyat iaitu gaji dan kuasa beli. Dalam ucapan belanjawan, kerajaan mengakui bahawa pampasan pekerja hanya 33.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar. Maknanya, daripada setiap ringgit kekayaan yang dijana oleh negara, kurang daripada RM0.34 sen sampai kepada pekerja dalam bentuk gaji.
Isu yang pertama iaitu gaji minimum RM2,000 dan pengecualian PMKS. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengumumkan bahawa gaji minimum akan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027 dan saya menyambut baik kenaikan ini. Namun, perusahaan mikro kecil dan sederhana atau PMKS dengan hasil jualan yang di bawah RM50 juta dikecualikan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ucapan belanjawan sendiri menyatakan bahawa hanya lebih empat juta pekerja tertakluk kepada kadar gaji minimum baharu. Sedangkan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, PMKS menggaji lapan juta orang iaitu 48.7 peratus daripada guna tenaga negara. Hampir separuh tenaga kerja negara bekerja dengan majikan yang berpotensi dikecualikan.
Saya mengambil maklum penjelasan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pada 16 Oktober lalu bahawa hasil jualan akan dinilai di peringkat kumpulan syarikat dan bahawa majikan yang dikecualikan kekal membayar RM1,700.
Penjelasan ini membantu tetapi menimbulkan persoalan yang besar. Pengecualian ini tidak mempunyai tarikh tamat dan tidak mempunyai syarat semakan.
Jika dibandingkan dengan pelaksanaan sebelum ini apabila gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 pada Februari 2025, majikan yang mempunyai kurang daripada lima orang pekerja hanya diberikan penangguhan sehingga 1 Ogos 2025.
Adakah kepastian kali ini pengecualian dibuat berdasarkan hasil jualan dan dibiarkan terbuka tanpa had? Akibatnya, kita berisiko mewujudkan pasaran buruh yang terdiri daripada dua lapisan. Dua orang pekerja yang melakukan kerjanya yang sama di
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
kawasan yang sama boleh dibayar dengan kadar minimum dan berbeza semata- mata kerana saiz majikan mereka.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Sumber Manusia.
Pertamanya, bilakah Perintah Gaji Minimum 2027 akan diwartakan? Kedua, adakah PMKS akan ditakrifkan mengikut takrif SME Corporation yang menggunakan hasil jualan atau bilangan pekerja atau sekadar had jualan RM50 juta untuk semua sektor?
Dan ketiga, bilakah pengecualian ini akan tamat?
Saya mencadangkan agar tarikh tamat ditetapkan dalam perintah itu sendiri dengan notis sekurang-kurangnya 12 bulan. Keempat, terbitkanlah kajian impak Majlis Perundingan Gaji Negara supaya Dewan yang mulia ini dapat menilai asas keputusan tersebut. Dan yang kelima, berapakah bilangan sebenar pekerja yang kini bergaji di bawah RM2,000 dan akan kekal pada RM1,700 akibat pengecualian ini?
Mohon dinyatakan pecahan mengikut negeri dan termasuk di negeri kedah.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga iaitu pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000, kali pertama sejak tahun 2010, dan kadar cukai pendapatan pertengahan turut diturunkan. Ini memberikan kelegaan kepada golongan pertengahan M40 dan kita juga menyokong.
Namun, menurut Yang Berhormat Menteri Kewangan II, kira-kira 5.1 juta pembayar cukai akan menikmatinya. Jabatan Perangkaan pula mencatatkan 16.87 juta yang bekerja. Berdasarkan kedua-dua angka ini, kira-kira tujuh daripada 10 orang yang bekerja tidak akan merasai apa-apa potongan cukai ini kerana penglibatan mereka di bawah paras cukai.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh satu perkara yang amat dekat di hati setiap ibu bapa. Awal bulan ini, berlaku satu insiden di sebuah sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu yang melibatkan seorang murid yang dilaporkan berdepan tekanan. Murid tersebut kini sedang menerima rawatan dan kita mendoakan kesejahteraannya serta keluarganya. Memandangkan siasatan masih berjalan, saya tidak akan mengulas butiran kejadian tersebut.
Saya bersetuju dengan pesanan Yang Berhormat Menteri Pendidikan bahawa dalam mengejar pencapaian anak-anak, kita jangan terlepas pandang beban yang mereka tanggung dalam diam.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini bukan isu terpencil. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022 mendapati satu daripada lapan remaja sekolah pernah mempunyai pemikiran untuk membunuh diri. Lebih satu daripada empat remaja pula menunjukkan gejala kemurungan. Namun, norma rasmi guru bimbingan dan
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
kaunseling masih satu kaunselor bagi 500 murid. Sasaran Yang Berhormat Menteri sendiri ialah satu kaunselor bagi 250 orang murid.
Belanjawan 2027 menggandakan peruntukan penyelenggaraan sekolah kepada dua bilik dan kita menyambut baik langkah ini. Akan tetapi, bangunan yang dibaiki tidak memadai jika murid yang di dalamnya tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Dalam ucapan belanjawan saya juga mengemukakan peruntukan khusus untuk menambahkan kaunselor untuk memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan mental murid.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada beberapa kaunselor. Pertama, berapakah jawatan kaunselor baru yang akan diwujudkan dan diisi pada tahun 2027 dan sasaran nisbah manakah yang menjadi sasaran kementerian? Kedua, daripada murid yang disaring melalui Program Minda Sihat, berapakah yang akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan dan berapakah yang benar-benar menerima rawatan? Ketiga, berapakah bahagian daripada dua bilik yang diperuntukkan untuk audit keselamatan bangunan sekolah termasuk di negeri Kedah?
Tuan Yang di-Pertua, kewujudan tapak pelupusan sampah haram yang beroperasi secara terbuka bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah boleh mengancam kesihatan penduduk serta menjejaskan imej kawasan setempat. Lebih membimbangkan, kegiatan ini dipercayai didorong kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengelak kos pelupusan di tapak yang sah.
Malah, menerusi laporan khas Harian Metro secara bersiri bertajuk “Kartel sampah haram” yang mula disiarkan pada 24 September lalu juga melaporkan berkenaan isu tapak haram pelupusan sampah di tujuh negeri yang membabitkan 3,723 hotspots dengan ada yang masih aktif.
Persoalannya, sejauh manakah serius tapak pelupusan sampah haram ini di negara ini dan apakah langkah kerajaan bagi membanteras kegiatan berkenaan secara menyeluruh? Adakah tindakan penguat kuasa dan kompaun sedia ada benar- benar memberi kesan atau hukuman perlu diperketatkan bagi memastikan pengurusan serta dalang tidak mengulangi kesalahan? Apakah mekanisme pemantauan penyelarasan antara PBT, kerajaan negeri dan agensi berkaitan selain langkah kerajaan menutup ruang kepada sindiket yang menjadi kawasan terbiar sebagai lokasi pelupusan sampah secara haram?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya secara ringkas kepada Kementerian Keusahawanan dan Koperasi iaitu berkaitan Unit Francais di mana
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
dahulunya unit ini adalah di bawah PERNAS dan KUSKOP. Tetapi, dalam penelitian saya pada Anggaran Belanjawan 2027, tiada dalam peruntukan di bawah KUSKOP.
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum ini PERNAS di bawah KUSKOP cuma akta di bawah KPDN. Dan pada tahun lepas, kita membahaskan dan mendapat persetujuan semua dipindahkan kepada KUSKOP 100 peratus. Oleh kerana dalam Belanjawan 2027 tiada di dalam KUSKOP, adakah ia nya dipindah ke kementerian yang lain?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pertanian iaitu berkaitan dengan isu baja. Kelewatan isu baja di MADA 100,000 ekar dan juga di KADA 24,800 ekar. Di sebalik kelewatan penghantaran baja siri yang ketiga, ramai pesawah yang tidak dapat guna baja ini pada waktu yang sepatutnya dan mengalami kerugian dan menyebabkan mereka menggunakan duit poket sendiri. Jadi, saya ingin bertanya kepada Kementerian KPKM, adakah tiada pampasan one-off untuk mereka yang gagal membuat pengurusan baja ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa sedikit isu dalam Parlimen saya. Dalam perbahasan di peringkat dasar, saya juga ingin membawa beberapa isu.
Iaitu, bagi Kementerian Kerja Raya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana setiap tahun memberi peruntukan untuk penurapan jalan di FT136. Oleh itu, pada Belanjawan 2027, saya sekali lagi ingin memohon peruntukan untuk penurapan bagi FT136, di mana masih terdapat beberapa seksyen yang memerlukan penurapan yang boleh dikategorikan daif dan membahayakan kepada pengguna.
Yang Berhormat Menteri, memandangkan FT136 dari Kulim ke Serdang hampir 70 peratus jalan mempunyai garisan berkembar, jadi agak sukar untuk kenderaan mendapat jalan untuk memotong.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ini menyebabkan masa yang lama untuk sampai ke Serdang atau ke Kulim.
Oleh itu, saya memohon kepada kementerian membuat beberapa lorong memotong bagi menyelesaikan isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, bagi perancangan jangka panjang bagi FT136 iaitu dari Kulim ke Serdang ke Tol Bandar Baharu, pihak saya, JKR daerah dan juga BPN telah mengangkat sebanyak dua kali kepada Kementerian KKR supaya menaik taraf FT136 kepada empat lorong bagi fasa pertama dari Kilang Lama ke Anak Kulim sepanjang 10 kilometer. Saya mengharapkan KKR memberi perhatian yang sewajarnya pada RMK yang ke-13.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi
(PETRA), di mana pada tahun 2026 telah meluluskan sebanyak 100 juta bagi projek tebatan banjir di Daerah Bandar Baharu untuk atasi masalah banjir. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek tebatan banjir ini melibatkan 40 buah rumah dan 19 bangunan bukan rumah yang perlu berpindah segera seperti notis yang diberikan oleh JPS Daerah Kulim selama sebulan.
Yang Amat Berhormat, saya merayu dan memohon supaya pelan asal yang melibatkan rumah-rumah ini disemak semula bagi mengelakkan begitu ramai keluarga yang perlu berpindah. Dan jika ada juga yang terpaksa berpindah, saya mohon pihak kerajaan mempertimbangkan pampasan yang sewajarnya kepada keluarga-keluarga ini dan rata-ratanya di paras kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Kulim-Bandar Baharu baru-baru juga sebahagian adalah kawasan luar bandar. Kebanyakan hidup di paras kemiskinan, tidak mampu untuk memiliki atau membeli rumah sendiri. Oleh itu, saya amat berharap kepada Kementerian Desa dan Wilayah di bawah KEDA dapat menambahkan perkampungan KEDA bagi membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya iaitu berkaitan dengan pondok polis di Pekan Bandar Baharu. Mengikut sejarah, ianya dibina pada tahun 1920-an. Kini balai polis ini sudah uzur, sempit, tidak selesa. Oleh itu, saya merayu dan berharap balai polis ini dapat menjadi perhatian utama oleh KDN supaya membina semula, memandangkan anggota semakin ramai, penduduk makin bertambah dan isu-isu yang perlu ditangani semakin meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, mohon sedikit masa lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Antara isu yang sukar diatasi di Parlimen Kulim-Bandar Baharu ialah isu Bitcoin. Mungkin juga menjadi isu panas di tempat-tempat yang lain. Kenapa dikatakan di Kulim terdapat banyak isu ini? Kerana kawasan yang sempadan Penang, Perak, Kedah dan mudah untuk mereka meloloskan diri. Isu ini menyebabkan ada banyak gangguan-gangguan bekalan elektrik di kawasan perumahan dan juga di kawasan perindustrian. Oleh itu, saya mohon daripada kementerian untuk mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah isu Bitcoin ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya status permohonan Klinik Kesihatan Kulim yang telah lama dipohon kerana Klinik Kesihatan Kulim adalah klinik
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
kesihatan yang sudah lama, daif dan ada bangunan yang makin mereput kerana dimakan anai-anai. Kadar kehadiran pesakit antara 800 hingga 900 pada hari-hari biasa dan— tetapi pada hujung minggu, menjangkau hingga 1,000 ke 1,200 pesakit.
Oleh itu, saya amat berharap KKM dapat memberi perhatian segera untuk membuat Klinik Kesihatan Kulim yang semakin uzur.
Dan terakhir Tuan Yang di-Pertua, kepada kementerian KKDW, di mana sejak saya menjadi Ahli Parlimen, ada sebatang jalan yang diluluskan iaitu sepanjang 11 kilometer iaitu dari Kampung Air Puteh, Junjong ke Badlishah. Malangnya dari tahun 2022 dan sekarang dah 2026, projek ini masih lagi gagal disiapkan dan projek ini telah pun dikategorikan sebagai projek sakit. Oleh itu, saya mohon kepada kementerian KKDW, tolonglah beri perhatian kepada projek dari Kampung Air Puteh, Junjong ke Kampung Badlishah diatasi dan disiapkan untuk kemudahan penduduk.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, mengizinkan Sungai Siput turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan menegaskan bahawa pembangunan negara yang sebenar tidak boleh hanya diukur melalui kadar pertumbuhan ekonomi, peningkatan pelaburan atau kedudukan fizikal negara. Pembangunan negara juga mestilah diukur berdasarkan sejauh manakah setiap lapisan masyarakat menikmati peluang yang adil untuk mendapatkan pendidikan, pekerjaan, perumahan, kemudahan asas dan kehidupan yang bermaruah.
Dalam semangat Malaysia MADANI, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini. Harapan dan suara masyarakat India Malaysia iaitu keperluan mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India. Puan Yang di- Pertua, cadangan ini bertujuan memastikan bahawa isu pembangunan masyarakat India diberi perhatian yang tersusun, menyeluruh dan berterusan dalam kerangka pembangunan nasional.
Masyarakat India merupakan sebahagian daripada sejarah, ekonomi dan pembinaan negara Malaysia. Mereka menyumbang dalam pelbagai sektor, termasuk
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
pendidikan, perkhidmatan awam, perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana, perladangan, perindustrian serta pelbagai bidang profesional.
Namun demikian, kita perlu mengakui bahawa masih terdapat sebahagian keluarga masyarakat India yang berhadapan dengan cabaran kemiskinan, pendapatan tidak menentu, pekerjaan berkemahiran rendah, kesukaran mendapatkan pembiayaan perniagaan, masalah perumahan dan kekangan akses kepada peluang pendidikan tinggi. Isu-isu ini tidak boleh ditangani secara berasingan atau hanya melalui program jangka pendek. Kita memerlukan pendekatan kerajaan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.
Keperluan mewujudkan Jawatankuasa Kabinet khusus. Puan Yang di- Pertua, pada masa ini pelbagai kementerian dan agensi mempunyai tanggungjawab yang berkaitan dengan pendidikan, pekerjaan, kebajikan, perumahan, pembangunan usahawan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India. Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia atau MITRA juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Saya menghargai usaha kerajaan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif melalui agensi sedia ada.
Namun, persoalan yang kita perlu teliti ialah sama ada penyelarasan antara kementerian dan agensi dapat diperkukuh melalui sebuah mekanisme di peringkat tertinggi kerajaan. Atas sebab itulah, saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau seorang Timbalan Perdana Menteri yang diberikan mandat khusus.
Jawatankuasa ini hendaklah melibatkan kementerian dan agensi berkaitan, termasuklah pendidikan, sumber manusia, pembangunan usahawan, perumahan, kewangan, kesihatan, pembangunan luar bandar serta agensi MITRA.
Mandat utamanya ialah memastikan semua dasar dan program kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat India diselaraskan. Mempunyai sasaran yang jelas dan dinilai berdasarkan hasil yang dicapai. Selain ingin menegaskan bahawa jawatankuasa ini tidak seharusnya menjadi satu lapisan birokrasi. Sebaliknya, ia mesti menjadi mekanisme penyelarasan yang berkesan dengan tanggungjawab yang jelas dan kuasa untuk menyelesaikan isu antara kementerian.
Pelan tindakan pembangunan masyarakat India yang menyeluruh.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Puan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya jawatankuasa ini diberikan tanggungjawab untuk menyelaras satu Pelan Tindakan Pembangunan Sosial, Ekonomi Masyarakat India yang mempunyai sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang. Pelan ini hendaklah merangkumi beberapa bidang utama seperti pendidikan. Kita perlu memastikan murid daripada kalangan berpendapatan rendah mendapat sokongan pendidikan yang mencukupi termasuklah bantuan pembelajaran.
Puan Yang di-Pertua, saya berdiri pada hari ini bukanlah sekadar untuk membahas angka peruntukan atau unjuran pertumbuhan ekonomi. Saya berdiri untuk membawa suara Sungai Siput, suara pekerja, pekebun kecil, peneroka, peniaga kecil, golongan belia, warga emas, masyarakat orang asli dan keluarga yang setiap hari berusaha memastikan kehidupan mereka terus terbela. Ukuran sebenar sesebuah belanjawan bukanlah semata-mata beberapa bilion ringgit yang dibelanjakan, ukuran sebenarnya ialah sama ada seorang pekerja mampu menyara keluarganya, seorang anak dapat meneruskan pendidikannya, seorang pesakit mendapat rawatan pada waktunya dan sebuah keluarga berpendapatan rendah mampu memiliki rumah yang selamat.
Belanjawan yang baik mesti sampai ke meja makanan rakyat, bukan sekadar tercatat dalam dokumen kerajaan. Atas prinsip tersebut, saya ingin mengemukakan beberapa perkara penting untuk perhatian kerajaan. Kos sara hidup dan pendapatan rakyat.
Puan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum pengumuman kerajaan untuk menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 hingga RM2,000 sebulan mulai Jun 2027. Langkah ini merupakan perkembangan positif kepada pekerja selama ini yang berhadapan dengan kenaikan harga makanan, sewa rumah, pengangkutan, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan kesihatan.
Namun, saya ingin menegaskan bahawa kenaikan gaji minimum tidak boleh dilihat secara terasing daripada kos kehidupan sebenar. Sebagai contoh di Sungai Siput, terdapat keluarga yang bergantung kepada pekerjaan bergaji rendah, sektor perladangan, perniagaan makro, pekerja tidak formal dan pendapatan yang tidak menentu. Persoalannya, apakah maknanya kenaikan gaji jika sebahagian besar pendapatan tambahan itu kembali habis untuk membayar keperluan asas?
Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan memperkukuhkan pemantauan harga barangan keperluan asas khususnya di kawasan luar bandar. Bantuan tunai
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
bersasar dikekalkan berdasarkan keperluan sebenar isi rumah dengan proses permohonan yang mudah dan telus. Program meningkatkan pendapatan diperluaskan kepada pekerja berkemahiran rendah, pekerja kontrak, penjaja kecil dan golongan bekerja sendiri. Kerajaan memperkenalkan Pelan Peningkatan Produktiviti dan Gaji yang membantu perusahaan kecil, membayar upah yang lebih baik tanpa menjejaskan kelangsungan perniagaan.
Saya juga meminta kerajaan memastikan pelaksanaan gaji minimum dipantau dengan berkesan agar pekerja benar-benar menerima hak mereka. Kita tidak mahu pekerja hanya menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tetapi tidak menikmati hasil pertumbuhan tersebut.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh pembangunan infrastruktur Sungai Siput. Sungai Siput mempunyai kawasan pekan, kampung tradisional, kampung baru, kawasan perladangan serta penempatan luar bandar dan orang asli. Keperluan pembangunan di kawasan-kawasan ini tidak semestinya sama.
Ada kawasan yang memerlukan jalan yang lebih selamat, ada kampung yang memerlukan internet yang lebih baik, ada juga kemudahan awam yang memerlukan penyelenggaraan berterusan. Pembangunan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi atau pulangan ekonomi yang cepat.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh dan menarik perhatian Dewan berkenaan dengan kejadian banjir kilat di Sungai Siput pada 15 Oktober 2025 yang telah menyebabkan jalan-jalan utama dan laluan kampung ditenggelami air serta mengganggu aliran trafik termasuklah menjejaskan kawasan perkampungan, kawasan perindustrian dan beberapa taman perumahan, intensiti hujan yang tinggi, kawasan pembangunan yang padat, sistem saliran yang tidak di selenggara dengan baik serta masalah pencemaran longkang dan saliran dilihat menjadi penyumbang utama kepada kejadian banjir kilat ini.
Kejadian banjir di laluan Persekutuan FT001 di Jalan Tun Dr. S. Samy Vellu di Seksyen 625.0 hingga Seksyen 626.80 adalah disebabkan limpahan air dari sungai berhampiran serta longkang yang tersumbat menyebabkan beberapa kenderaan kecil terperangkap dan laluan trafik terganggu sementara waktu. Jadi Jalan Persekutuan merupakan laluan penting yang menghubungkan penduduk, peniaga, pekerja, pelajar dan pengguna jalan raya dari pelbagai persimpangan ini.
Kesannya bukan sahaja melibatkan kesesakan lalu lintas malah turut menjejaskan keselamatan pengguna, kelancaran aktiviti ekonomi dan kehidupan rakyat setempat.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu pemasangan lampu isyarat di persimpangan Hospital Sungai Siput bagi meningkatkan keselamatan jalan raya. Selain daripada isu banjir, keselamatan jalan raya yang membimbangkan penduduk Sungai Siput iaitu kejadian kemalangan di persimpangan berhampiran Hospital Sungai Siput. Kawasan berhampiran Hospital Sungai Siput merupakan lokasi yang penting kerana menjadi laluan kepada pesakit, petugas kesihatan, ambulans, pelawat hospital dan pengguna jalan raya yang lain.
Oleh itu, aspek keselamatan di persimpangan ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.
Apa yang berlaku kemalangan di persimpangan, persoalan perlu yang kita teliti bukan sekadar bagaimana menguruskan kesannya tetapi apakah langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berulang? Mengikut rekod statistik lima tahun yang lalu, di mana hampir 34 kemalangan berlaku, satu kematian, 24 kecederaan.
Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya menjalankan kajian teknikal dan penilaian keselamatan jalan raya di persimpangan berhampiran Hospital Sungai Siput termasuklah meneliti kesesuaian pemasangan lampu isyarat.
Kajian ini perlu mengambil kira rekod kemalangan, jumlah dan kelajuan trafik, jarak penglihatan pemandu, pergerakan kenderaan yang keluar masuk dari kawasan hospital serta keperluan aduan kecemasan untuk ambulans. Sekiranya hasil kajian mengesahkan bahawa pemasangan lampu isyarat merupakan langkah yang sesuai dan berkesan, saya menggesa supaya projek tersebut diberikan keutamaan dalam perancangan serta peruntukan Belanjawan 2027.
Saya juga meminta agar langkah keselamatan sementara termasuklah papan tanda amaran, garisan jalan yang jelas, lampu jalan yang mencukupi dan kawalan kelajuan dipertimbangkan sementara menunggu keputusan kajian dan pelaksanaan projek.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan Kementerian MOSTI. Belanjawan 2027 memberi penekanan ke atas usaha memacu transformasi ekonomi berasaskan inovasi dan nilai tambahan tinggi. Peratus perbelanjaan dalam negeri untuk penyelidikan dan pembangunan berbanding KDNK kekal digunakan sebagai indikator terus daya saing negara. Kadar semasa masih berada pada paras sekitar satu hingga 1.2 peratus. Ini jelas menunjukkan jurang
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
ketara berbanding sasaran 2.5 peratus menjelang 2030 di bawah Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara 2021–2030.
Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Sains dan Inovasi mengenai strategi konkrit serta kerangka bagi meredakan pelaburan R&D sektor swasta dan mengatasi kebergantungan kepada perbelanjaan awam semata-mata dan memastikan keberkesanan hasil R&D tempatan dikomersialkan ke pasaran industri secara mampan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Puan Yang di-Pertua, isu terakhir adalah berkenaan rumah Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet di Ladang Elphil, Sungai Siput. Saya ingin membangkitkan sekali lagi isu Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet khususnya cadangan pembinaan rumah untuk pekerja Ladang Elphil, Sungai Siput yang telah sekian lama menanti penyelesaian. Isu ini bukanlah perkara baru. Pada tahun 2020, pihak Sime Darby Plantation telah bersetuju menyediakan tanah bagi membolehkan pekerja ladang memiliki rumah sendiri.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Cadangan asal ini melibatkan pembinaan lebih 100 unit rumah yang mampu di milik oleh pekerja ladang termasuk mereka yang telah lama berkhidmat dan bakal bersara. Namun demikian, sehingga laporan yang diterbitkan pada Ogos 2025 cadangan pembangunan ini masih belum dapat diteruskan kerana isu kos berkaitan urusan tanah dan pembangunan. Antara perkara yang belum diselesaikan ialah kos pindah milik tanah, pecah sempadan dan pertukaran syarat guna tanah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa pekerja ladang merupakan antara golongan yang telah menyumbang tenaga selama berpuluh-puluh tahun kepada pembangunan ekonomi negara. Mereka juga berhak mempunyai peluang untuk memiliki rumah sendiri sebagai jaminan kehidupan yang lebih teratur selepas bersara. Persoalannya, jika tanah telah dipersetujui untuk disediakan bagi tujuan perumahan pekerja, mengapakah masalah kos pengurusan tanah masih belum dapat diselesaikan sehingga projek ini terus tertangguh-tangguh.
Saya mohon penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia. Tan Sri Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput pembahas terakhir. Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sini.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Oh, hujung.
[Ketawa] Sorry tak nampak. Pindah ya?
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Pindah. Awal tahun hari itu.
Tuan Yang di-Pertua
Alhamdulillah. Silakan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk membahaskan Belanjawan 2020. Berdasarkan pembentangan belanjawan anggaran perbelanjaan Persekutuan mencecah RM459.8 bilion pada tahun hadapan. Manakala, kerajaan menyasarkan defisit fiskal turun dari 3.6 peratus pada tahun 2026 kepada 3.3 peratus pada tahun 2027. Hasrat mengawal defisit ini wajar diakui. Negara tidak boleh berbelanja hari ini tanpa memikirkan tanggungjawab kepada generasi yang akan datang.
Belanjawan 2027 memperuntukkan RM47.7 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Kerajaan turut menyediakan lebih daripada RM770 juta untuk peralatan perubatan dan mengumumkan perolehan 400 ambulan baru bagi hospital kementerian. Saya menyambut baik langkah ini namun persoalannya ialah berapa cepat pesakit akan merasai kesannya? Perolehan baru mesti diterjemahkan kepada masa menunggu yang lebih singkat dan tindak balas kecemasan yang lebih pantas.
Saya ingin menekankan keperluan hospital yang menerima jumlah pesakit yang tinggi. Mesin diagnostik di hospital sedemikian bukan sahaja melayani penduduk setempat malah pesakit yang dirujuk dari klinik daerah lain apabila permintaan melebihi kapasiti panjang. Oleh itu, waktu operasi giliran pemeriksaan menjadi semakin panjang. Oleh itu, KKM perlu mengagihkan peralatan tambahan berdasarkan jumlah pesakit dan beban rujukan sebenar bukan semata-mata bilangan machine dalam inventori.
Saya meminta KKM menyatakan purata masa menunggu mengikut jenis pemeriksaan dan hospital, jumlah mesin yang berfungsi serta kadar penggunaannya.
Apakah perancangan kementerian untuk memendekkan masa menunggu khususnya di hospital yang melayani kawasan berpendudukkan tinggi? Saya amat berharap KKM mempertimbangkan mesin-mesin tambahan kepada hospital ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik tentang masalah ambulan dan juga di seluruh negara terutamanya di Kuala Krau. Bukan isu baharu. Saya telah menyuarakan dalam ini sejak 2023 lagi. Kini saya meminta jawapan yang lebih
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
khusus untuk penambahan bagi keperluan penduduk Jenderak, Kerdau dan Jengka.
Berapa yang boleh beroperasi pada setiap masa dan apakah aturan bantuan apabila ambulan sedang menghantar pesakit atau mengalami kerosakan? Perolehan 400 ambulans untuk hospital perlu disokong oleh rangkaian respons kecemasan yang turut melindungi penduduk luar bandar.
Saya juga ingin mengetahui status terkini Projek Klinik Kesihatan Kuala Krau.
Sejauh manakah kemajuan fizikal semasa. Adakah jadualnya berjalan seperti biasa ataupun bagaimana?
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan memperuntukkan hampir RM69 bilion bagi tahun 2027. Saya menyokong usaha membaik pulih sekolah dan membantu guru. Namun seperti yang dibangkitkan oleh teman-teman yang lain, kerajaan juga perlu memberikan keutamaan kepada pembangunan insan dalam belanjawan ini. Murid perlu keluar dari sistem pendidikan dan bekalan ilmu, akhlak dan keupayaan menghadapi cabaran hidup.
Masalah buli tidak boleh dipandang ringan. Jawapan daripada kementerian di Parlimen merekodkan 280,889 kes salah laku buli pada tahun 2025. Pada masa yang sama, kita tidak patut melabel seluruh generasi muda sebagai bermasalah.
Ramai anak kita menunjukkan disiplin dan kepedulian yang amat tinggi, yang perlu dinilai ialah keberkesanan tindakan kerajaan, berapa cepat aduan ditangani, apakah perlindungan kepada mangsa, bagaimana murid yang terlibat dibimbing dan supaya ia tidak berulang.
Pembentukan sahsiah memerlukan hubungan yang berterusan antara sekolah, keluarga dan komuniti. Kerajaan juga perlu melihat potensi pada hufaz dan institusi tahfiz, agama dan pembangunan masyarakat. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada kebajikan institusi tahfiz ini. Sumbangan para hufaz dan guru tahfiz pada masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Mereka bukan sahaja membimbing pelajar dalam Al-Quran bahkan membentuk disiplin dan akhlak.
Dalam Belanjawan 2027, kerajaan mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi Sekolah Agama Rakyat, institusi tahfiz dan sekolah pondok yang berdaftar di bawah JAKIM. Skopnya juga diperluas meliputi bantuan operasi institusi, kerajaan turut mengumumkan kerjasama JAKIM dan MDEC dalam menyediakan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru dan pelajar lebih daripada 300 pondok. Saya mengalukan langkah ini.
Kita melihat bentuk bantuan khusus untuk keperluan tertentu dalam ekosistem pendidikan agama. Maka, saya ingin bertanya adakah kerajaan bersedia
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
meneliti satu mekanisme sokongan yang lebih tersusun kepada guru-guru tahfiz ini.
Berdasarkan kategori institusi, kelayakan dan tanggungjawab pengajaran mereka.
Saya tidak mengatakan bahawa guru KAFA dan guru tahfiz punya skim perkhidmatan yang sama. Saya juga tidak meminta guru diberikan elaun secara automatik tanpa syarat sebaliknya kerajaan boleh membangunkan satu skim yang lebih jelas dan telus.
Misalnya, kerajaan boleh menetapkan syarat pendaftaran institusi, kelayakan akademik ataupun pengajian tahfiz, pengalaman mengajar, jumlah pelajar dan pematuhan kepada standard pendidikan yang ditetapkan. Berdasarkan kriteria ini, bantuan kepada guru boleh disalurkan secara tersusun dan dapat dipantau.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Jika kerajaan berpandangan bahawa kelayakan tertentu diperlukan untuk menerima bantuan maka tetapkanlah syaratnya. Jika guru perlu memiliki diploma [Tidak jelas] yang diiktiraf atau latihan pedagogi, sediakanlah laluan untuk mereka memenuhi kelayakan tersebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kuala Krau, Kuala Krau.
Boleh tak sikit, Kuala Krau?
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Ha, apa? Cerita.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kuala Krau, terima kasih.
Kuala Krau ini pun saya dimaklumkan tak sihat. Jadi, kita doakan supaya Kuala Krau ini cepat sembuh, cepat sihat. Cuma nak minta sedikit petua daripada Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker bila saya bangkit tadi itu pandang belakang sahaja saya nampak, kan. Nak tanya Tan Sri Speaker, kalau kita tengok itu, Kuala Krau bersyarah itu. Kuala Krau berbahas itu. Dia masih tulis lagi Kuala Krau, PN. Sedangkan semalam itu, ada arahan yang sangat jelas daripada ROS yang membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional ini.
Cuma, kalau kita nampak tadi itu dia tulis PN. Macam saya Hulu Langat, PH.
Memang saya selama-lamanya PH lah, Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, saya menyokong permintaan Hulu Langat supaya perkara itu diperbetulkan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab sekurang- kurangnya ditulis PAS atau Wawasan atau BERSATU. Sebab kita nak pilihan raya di Melaka. So, sebab memang telah diharamkan ataupun dibatalkan. Sepatutnya bukan Perikatan Nasional, tapi PAS ataupun BERSATU atau Wawasan. Mohon petua daripada Tan Sri Speaker. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tak ada petua apa-apa pun. Saya pun telah pun menulis kepada Pengerusi PN untuk mendapatkan penjelasan. Insya-Allah, apabila saya mendapat penjelasan daripada Pengerusi, saya akan maklumkan kepada Dewan, insya-Allah. Silakan Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tambah lagi dua minit. Tak apa.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Baik. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Sekolah memerlukan bangunan yang selamat, tetapi kelangsungannya bergantung pada guru yang dapat terus berkhidmat. Jika gaji tidak menentu, guru mungkin terpaksa mencari pekerjaan lain, lalu murid akan kehilangan kesinambungan pembelajaran. Lalu, saya mencadangkan mekanisme sokongan gaji yang berjadual bagi institusi yang layak tertakluk kepada pendaftaran, rekod guru, piawaian pengajaran dan penyata kewangan yang boleh diaudit. Dengan cara ini, kita dapat membantu sekolah terus berfungsi sambil menjaga amanah peruntukan awam.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam masalah pendidikan juga, saya ingin membawa perhatian kerajaan kepada Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Darul Naim di Kuala Krau. Sekolah ini sering ditenggelami banjir sejak sekian lama.
Tapak yang terhad juga menyukarkan penyediaan kemudahan seperti makmal, dewan dan padang permainan. Masalah yang telah lama diketahui ini memerlukan keputusan yang jelas daripada agensi berkaitan. Saya dimaklumkan telah terdapat cadangan tapak bagi pembinaan bangunan ini.
Justeru, saya ingin meminta kepada kementerian agar memberikan penjelasan sementara menunggu saya memohon agar keselamatan dapat dimaklumkan bilakah pembangunan madrasah ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga pengumuman kerajaan untuk menanggung caruman PERKESO bagi 40,000 orang petugas agama termasuk imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir. Ini amat saya sokong
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
bahkan beberapa kali di Dewan ini saya telah mencadangkan agar elaun kepada imam, tok siak ini juga dinaikkan. Walaupun masih belum dilaksanakan, mohon— kebetulan Timbalan Menteri Agama ada untuk mengambil kira kepada perkara tersebut.
Namun, persoalan saya bukan tentang keperluan membantu mereka.
Persoalannya adalah mengapa Tabung Haji dipilih untuk menguruskan satu komitmen yang pada asasnya merupakan tanggungjawab kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah menjelaskan bahawa caruman ini dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan khas kerajaan dan bukannya menggunakan wang pendeposit Tabung Haji. TH pula bertindak sebagai pengurus pelaksana.
Namun, masih menjadi persoalan awam berhubung sukuk Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. Siri I yang matang pada 29 Mei 2026. Laporan awam menyatakan bahawa kira-kira RM965 juta diselesaikan melalui pemindahan hartanah, manakala baki sekitar RM11.5 bilion dibiayai semula melalui sukuk baharu yang matang pada 2036.
Perkara ini perlu dibezakan di antara dakwaan bahawa tiada langsung penyelesaian dibuat. Justeru, kerajaan perlu menjelaskan bagaimana komitmen kewangan ini diuruskan dan apakah pelan bagi memastikan kepentingan Tabung Haji terus terpelihara.
Saya tidak mempertikaikan kebajikan petugas agama, saya juga tidak menuduh wang pendeposit digunakan. Yang saya persoalkan mengapa institusi amanah pendeposit perlu diberikan tugas pentadbiran tambahan yang berada di luar fungsi terasnya sedangkan kerajaan mempunyai agensi dan mekanisme sendiri untuk menguruskan perlindungan sosial.
Jika kerajaan mahu menggunakan TH sebagai pengurus pelaksanaan, mohon dibentangkan rasionalnya, kosnya, jaminan bahawa fungsi utama institusi ini tidak terjejas. Itulah dinamakan prinsip akauntabiliti yang perlu kita pertahankan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh syarat baki simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 untuk menerima Surat Tawaran Haji Musim 1448 Hijriah bersamaan 2027 Masihi. Saya memahami asasnya. Tabung Haji menyatakan bahawa syarat ini membantu bagi mengurangkan kadar penangguhan tawaran daripada purata sekitar 50 peratus kepada 18 peratus dengan kuota yang terhad.
Namun, pendeposit yang telah lama menunggu berhak mendapat penerangan yang tepat. Baki minimum RM15,000, bayaran haji mengikut kategori dan kos penuh haji ialah tiga perkara yang berbeza.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Bagi musim ini, bayaran jemaah B40 yang layak ialah RM15,000, bayaran M40 RM23,500, kos penuh RM33,300 dikenakan kepada T20. Penjelasan yang jelas perlu diberikan supaya bakal jemaah tidak menyangka semua orang dikehendaki membayar kos yang penuh. Saya meminta Menteri menjelaskan berapa ramai pendeposit yang hampir tiba giliran 2027, tetapi belum mencapai baki RM15,000?
Berapa lama masa yang diberikan untuk mencukupkan simpanan dan apakah kesan sebenar terhadap giliran mereka jika tempoh itu tamat?
Ada pendeposit yang mempunyai dana di tempat lain dan boleh memindahkan apabila diberitahu lebih awal. Ada juga yang terpaksa menggunakan simpanan ketika kecemasan keluarga. Kedua-dua kumpulan ini perlu mengetahui prosedur dan tarikh akhir dengan jelas. Saya mencadangkan notis peribadi yang lebih awal, panduan simpanan berperingkat dan saluran semakan khusus bagi warga emas.
Kerajaan juga perlu menerangkan bahawa syarat RM15,000 untuk surat tawaran musim 2027 berbeza dengan penyusunan semula kelayakan giliran mulai 1 Januari 2029. Pendeposit sedia ada diberi tempoh hingga 31 Disember 2028 untuk mencapai sasaran simpanan bagi sistem giliran baru. Perbezaan ini perlu dijelaskan supaya rakyat memahami kedudukan mereka.
Selain kemampuan kewangan, soal kesihatan turut membimbangkan bakal jemaah, khususnya warga emas. Saya meminta TH dan KKM memastikan keadaan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi yang terkawal dinilai berdasarkan tahap kesihatan sebenar individu melalui pemeriksaan yang teliti. Diagnosis semata-mata tidak harus dianggap sebagai bukti ketidakmampuan, sebaliknya penyakit yang tidak terkawal atau keadaan yang menjejaskan kemampuan menunaikan ibadah haji mesti diberikan perhatian.
Bagi jemaah yang lulus saringan kesihatan, tetapi sukar menanggung tempoh perjalanan yang panjang, saya mencadangkan TH mengkaji pilihan perjalanan haji yang lebih singkat sekitar mungkin 10 ke 15 hari bagi mencapai hasrat mereka yang telah lama simpan duit. Tiba-tiba kerana takdir tuhan, kesihatan tidak mengizinkan, hasrat mereka...
[Tidak jelas] Bukan nak bercakap bab hukum, tapi sudut keinginan manusia, orang Islam.
Saya juga menerima pertanyaan daripada pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis dan amat berharap dapat menunaikan haji. Harapan mereka mesti didengar dengan hormat. Namun, perjalanan yang lebih singkat tidak dengan sendirinya mengubah syarat kesihatan, kelayakan tetap tertakluk kepada ketetapan
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Arab Saudi. Saya minta Tabung Haji dan KKM menjelaskan syarat terkini bagi musim 2027 serta menyediakan kaunseling kepada mereka yang tidak layak.
Akhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, Kuala Krau merangkumi Jenderak, Kerdau dan Jengka. Jengka berkembang sebagai pusat pertumbuhan, manakala Kerdau kedudukannya hampir dengan Temerloh. Jenderak juga perlu mendapat perhatian berdasarkan keperluan penduduknya. Saya memohon supaya satu kompleks sukan mini yang praktikal dengan padang dan gelanggang pelbagai guna, pencahayaan, tandas serta ruang kegiatan komuniti. Belanjawan menyediakan RM460 juta bagi pembangunan sukan negara termasuk penyelenggaraan fasiliti. Saya meminta Kementerian Belia dan Sukan, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan menjalankan kajian tapak, kos pembinaan dan kaedah pengurusan bagi cadangan di Jenderak.
Kejayaan komuniti ini patut diukur pada kekerapan anak muda, sekolah dan keluarga menggunakannya. Kemudahan kecil yang dijaga serta digunakan setiap minggu lebih bermakna daripada bangunan besar yang akhirnya sunyi tanpa digunakan.
Sebagai akhirnya, saya membawa hasrat dan pertanyaan daripada kalangan guru-guru contract of service ataupun COS ambilan 2023, lantikan April 2024.
Namun, pertanyaan mereka Tan Sri, sehingga Oktober 2026, masih belum menerima surat penempatan. Jadi, apakah status terkini kepada permohonan mereka?
Akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua yang bijaksana, semua isu yang saya bangkit hari ini bertemu pada satu tuntutan. Kerajaan perlu menunjukkan hasil daripada peruntukannya dan dasar yang diumumkan. Bagi pesakit, hasilnya ialah pemeriksaan yang lebih cepat dan ambulans yang tiba ketika diperlukan. Bagi murid, hasilnya ialah sekolah yang selamat serta guru yang dapat terus mengajar mereka.
Bagi bakal jemaah haji, hasilnya ialah syarat yang jelas, penilaian yang adil, penerangan yang berihsan. Bagi anak muda Jenderak, hasil ialah ruang kegiatan yang benar-benar mereka boleh gunakan.
Oleh itu, saya memohon jawapan yang boleh dipantau, data masa menunggu dan kesiapsiagaan ambulans, tarikh operasi Klinik Kesihatan Kuala Krau (Gantian), mekanisme bantuan gaji guru, keputusan pembinaan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan Darul Naim, penjelasan pelaksanaan syarat haji serta hasil kajian Kompleks Sukan Jenderak, disiplin fiskal menjaga wang negara, disiplin pelaksana memastikan wang itu memenuhi amanah kepada rakyat dengan ukuran. Itulah saya
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
menilai Belanjawan 2027. Saya memohon menyokong, Tan Sri. *Wabillahi taufiq.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh. satu ucapan yang cukup bernas. Tahniah Kuala Krau.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Lima bintang...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Contoh Ahli Yang Berhormat baik sekali. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 22 Oktober 2026. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.21 malam]