Oct202026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Speaker, boleh tak nak minta sedikit petua daripada Tan Sri Speaker? Sebab pagi tadi ini kita terbaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ROS yang menyatakan bahawa Perikatan Nasional ini telah diharamkan. Jadi kita nak tahu, kita nak dapat sedikit petua daripada Tan Sri Speaker, macam mana kedudukan mereka ini.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, Hulu Langat.

draft • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selamat pagi, salam sejahtera. Jadi, Dewan ini tidak molek sebelum kita apa-apakan lagi, terus ada isu. Kalau Yang Berhormat ada apa- apa tentang standing order, bangun selepas Q&A nanti ya? Sila duduk dulu Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sama-sama. Okey. Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri. Saya mulakan dengan menjemput Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Port Dickson. Silakan.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Bismilllahirrahmanirrahim, assalamualaikum Dato’ Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan soalan Yang Berhormat, sampai habis.

draft • 10:00 AM

1. Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson]: Apakah perkembangan terkini mengenai dakwaan kegiatan ‘mafia korporat’ yang melibatkan pelanggaran hukum dan apakah tindakan yang diambil selama ini. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Perdana Menteri.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kepada Port Dickson. Soalan ini dibangkit dan tepat kerana ia merupakan salah satu masalah dalam isu tatakelola dan pengurusan harta bukan sahaja kerajaan tetapi dalam melibatkan sektor korporat dan swasta.

Maksud kita adalah bagaimana kita dapat tangani permasalahan yang disebut jenayah korporat yang berlaku sekian lama. Ini termasuk pembelian penguasa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, manipulasi pasaran saham, pelanggaran pendedahan korporat, aktiviti pinjaman wang haram yang melakukan ugutan. Kita mewarisi satu sistem yang kurang telus tentunya.

Ada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengikuti perkembangan sejak tahun 80-an, 90-an sampai sekarang tahu, bagaimana beberapa syarikat-syarikat besar umpamanya MPHB, gergasi pada ketika itu dipaksa dijual yang dimiliki oleh Lim Thian Kiat umpamanya dijual kepada kumpulan yang diketuai oleh Akhbar Khan dan Gan Chin Chew dan ini semua terkait dengan mantan Menteri Kewangan pada ketika itu, yang pengaruh, yang dananya besar sebab itu jarang dikaitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, kita faham.

RHB Bank, satu bank yang dikelolakan dengan berjayanya oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain tetapi telah dipaksa untuk melepaskan pegangan dan akhirnya terlepas. Itu pun yang memilikinya adalah orang terkait dengan mantan Menteri Kewangan. Phileo Allied Bank, yang pada ketika itu merupakan di antara bank yang berkembang pesat dan atas arahan mantan Menteri Kewangan, memaksa semua bank-bank disatukan tetapi dilepaskan kerana kepentingan mantan Menteri dalam Langkah Bahagia Sdn. Bhd. yang kemudiannya memiliki.

Saya tidak memberi keterangan terperinci tetapi menunjukkan bahawa pengalaman ini harus mengajar kita bahawa ketelusan badan-badan yang diamanahkan dalam konteks ini Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan SPRM, PDRM itu harus mengendali dengan telus dan bertanggungjawab. Mutakhir, sejak yang dibangkitkan sekarang umpamanya Februari 2022 melibatkan Caely Holdings yang kemudian bertukar menjadi NexG Bina Berhad dan kita lihat umpamanya

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

pemilikannya itu bertukar ganti dan kemudian dibawa kepada mahkamah tinggi, Ogos 2022 dan berterusan permasalahan sehingga kini.

Tan Sri Yang di-Pertua, soalnya sekarang, apakah tindakan diambil oleh badan penguatkuasaan? Sejak 2023, penambahan tindakan itu dua tiga kali ganda daripada sebelumnya. Ini kenyataan dia, malah tiga kali ganda iaitu Suruhanjaya Sekuriti memulakan 239 pertuduhan jenayah terhadap 50 atau individu ketimbang jumlah yang kecil tahun-tahun sebelumnya dan ini termasuklah beberapa kes yang cuba ditutup pada bulan Mei 2022.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Suruhanjaya Sekuriti menarik balik semua pertuduhan ke atas Serba Dinamik. Bila perkara ini berterusan, dimaklumkan, maka SC sejak 2023 memulakan siasatan dan terhadap urus niaga bukan sahaja Serba Dinamik tetapi yang terkait termasuk Sarawak Consolidated yang melibatkan Datuk Karim. Dan terkini waran tangkap terhadap Datuk Karim oleh Interpol yang telah mengeluarkan notis merah.

Ini menunjukkan peningkatan tindakan penguatkuasaan Suruhanjaya Sekuriti, baik jenayah mahupun sivil.

AMLA, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, PDRM memulakan umpamanya satu tindakan yang terus dibangkitkan sekarang, Op Viking sejak 2018 tapi tenggelam, tapi akhir-akhir ini sejak beberapa tahun kebelakangan sehinggalah 2026, 70 orang individu telah disiasat dan pembekuan dan penyitaan melibatkan lapan bidang hartanah, 11 buah kenderaan, 417 akaun-akaun CDS, 70 buah akaun dagangan saham yang berjumlah RM323 juta termasuk 404 buah akaun bank berjumlah RM85.6 juta.

Keseluruhan jumlah yang dirampas dikembalikan akibat— atas ikhtiar Bank Negara Malaysia, SPRM dan lain-lain ini mencecah RM37.53 bilion dan tentunya dalam konteks ini sebahagian iaitu RM28 bilion iaitu melibatkan siasatan terhadap 1MDB dan hutang daripada jumlah RM37.5 bilion, RM28 bilion adalah untuk menyelesaikan— melangsaikan hutang 1MDB. Suruhanjaya Sekuriti sepertimana saya sebut tadi mengambil beberapa langkah untuk meneruskan siasatan sama ada tindakan pendakwaan jenayah ataupun sivil. Jadi, saya ingin menjamin di sini untuk menyatakan bahawa kes ini dan kes-kes yang melibat daripada salah guna kuasa dan pelanggaran hukum yang melibatkan kegiatan perniagaan dan korporat tidak ditolak ansur.

Saya hanya boleh menamakan nama-nama seperti yang saya sebut tadi bagi kes yang telah pun didakwa. Yang selainnya itu, dalam kes-kes yang terlibat dalam

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

penyiasatan tentunya terpaksa diserah sehingga dapat makluman berikutnya. Tapi saya nak ambil kesempatan ini ucapkan terima kasih kepada badan-badan penyiasatan dan pendakwaan dari semua kalangan PDRM iaitu AMLA dan lain-lain yang terus mengambil tindakan dan tidak hanya respons atas isu yang dibangkitkan dalam media atau media sosial. Saya umpamanya kejayaan AMLA sahaja— tadi yang saya sebut itu, Bank Negara dengan SPRM.

AMLA sejak 2022 akhir sehingga 2026 September telah berjaya membekukan jumlah RM4.3 bilion, menyita RM1 juta, lucut hak RM48.3 juta. Jadi— dan kompaun RM1.1 bilion. Kerja ini tentunyalah memerlukan satu komitmen yang jelas dan ketegasan daripada syarikat. Soalnya, apakah semuanya diumumkan? Itu saya serah kepada pihak penguatkuasaan, sama ada tindakan itu selesai dengan pendakwaan sebelum dihebahkan. Itu bidang kuasa masing-masing. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput soalan tambahan dari Port Dickson.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan dan penerangan tersebut. Bagaimanakah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

(SC), Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia memperluaskan skop siasatan memandangkan jenayah korporat ini merentasi pelbagai agensi penguatkuasaan dan juga ia melibatkan transaksi ke luar negara?

Bagaimanakah kerjasama dengan negara luar dalam mendepani jenayah terancang ini dan adakah terdapat keperluan untuk meminda akta-akta berkaitan perdagangan, kewangan bagi memastikan tiada kelompongan di dalam penguatkuasaan dan pendakwaan yang akhirnya mereka terlepas dari sebarang bentuk hukuman? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Port Dickson. Sepertimana dengan saya telah terangkan tadi, beberapa tindakan ini berkesan. Cuma, kadang-kadang harapan dan tuntutan dalam kalangan masyarakat itu lebih tinggi. Tetapi untuk apakah keperluan pindaan.

Pindaan yang setakat ini dicadangkan hanya melibatkan syarikat-syarikat dan agensi milik kerajaan, State-Owned Enterprises Act yang akan dibentang— kalau siap akhir tahun ini, kalau tidak awal tahun depan. Itu di bawah Kementerian Kewangan. Tetapi undang-undang yang sedia ada di bawah pengelolaan Bank Negara, SC dan PDRM, LHDN, SPRM setakat ini dianggap mencukupi. Cuma, ada keperluan untuk ada pengarahan atau tekad politik yang jelas.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya lihat banyak juga kritikan-kritikan tetapi tidak langsung menyinggung jenayah korporat puluhan bilion yang berlaku dulu, seolah-olah ada yang mahu dilindungi, ada yang mahu didedahkan. Pendirian kita, apa sahaja maklumat ini diperolehi tanpa kecuali, harus didedahkan dan dijalankan siasatan seperti yang diperlukan. Ini berbeda daripada tohmahan biasa tanpa bukti yang jelas.

Yang keduanya, apakah ada kerjasama dengan badan antarabangsa.

Memang masing-masing badan sama ada Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara, SPRM ada kaitan dengan badan antarabangsa kerana memerlukan kerjasama.

Kadang-kadang jenayah ini lintas sempadan. Tapi syukur kerana setakat ini dalam penilaian antarabangsa ke atas Malaysia 2025, Mutual Evaluation Financial Action Task Force itu memberikan suatu pengiktirafan yang sangat tinggi kepada Bank Negara dan langkah-langkah yang diambil oleh negara kita dalam memastikan pemulihan jumlah.

Kalau tidak ada tekad politik, bandingkan semasa dulu sebelum 2022, hampir tidak ada. Malah, dalam kes Serba Dinamik sudah siasat, diminta tutup walaupun jumlah kerugian bagi rakyat ataupun pemegang saham itu mencecah RM3, RM4 bilion Ringgit. Tetapi alhamdulillah, tekad politik kita jelas, tidak mencampuri urusan penyiasatan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Hulu Terengganu.

draft • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat dengan penerangan berkaitan dengan mafia korporat yang hangat diperkatakan sekarang. Cuma persoalannya Yang Berhormat Yang di-Pertua, diharap pembatalan PN baru ini tidak melibatkan mafia korporat.

Yang di-Pertua, berkaitan dengan mafia korporat ini, kita mendengar nama- nama seperti Victor Chin, Farhash, Azam Baki dan pernah Damansara dulu pernah mengatakan bahawa macam mana siasatan terhadap Azam Baki berkaitan dengan mafia korporat. Pernah disebut dulu dalam Parlimen. Persoalan saya, dikatakan juga bahawa dalam mafia korporat ini ada seorang Menteri yang telah menerima RM9.5 juta, Yang di-Pertua. Ini Podcast dalam Ahli Parlimen Pandan. Bekas Pandan, mengatakan bahawa seorang Menteri menerima RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat, menjadi orang tengah dan disebut nama-nama seperti Ruben dan sebagainya.

draft • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Persoalannya ialah sejauh mana siasatan dilakukan untuk nak membawa mereka ini? Kerana, setakat saya tahu, dalam Op Viking, cuma 10 orang terlibat termasuk Victor Chin. Adakah Menteri terlibat dan RM9.5 juta ini, adakah ini termasuk dalam sakau ataupun sumbangan ataupun ihsan, ataupun cekau? Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Hulu Terengganu, nama-nama yang disebut itu bila ada pertuduhan, siasatan diteruskan. Tidak terkecuali tetapi saya tidak menghukum seperti mana dalam jawapan saya yang panjang semasa siasatan diteruskan. Jadi, biar ada pendakwaan dan siasat.

Yang dibangkitkan tentang Menteri RM9.5 juta, itu kenyataan politik tidak disandarkan apa-apa keterangan dan Menteri berkenaan telah pun mencabar dan menjawab dan bawa urusan itu ke mahkamah. Jadi, saya ingat biar saluran itu begitu. Jangan kita hukum sebelum dapat.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, tak betul. Bila bawa mahkamah? Tak bawa mahkamah lagi.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, Hulu Langat. Sorry, Hulu Terengganu.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dia ada, dia ada. Dia kena buat pertuduhan dan lanjutanlah. Mahkamah kena tunggu tarikh mahkamah. Jadi, tetapi yang saya nak sebut di sini ialah istilah sakau ini tidak terkait hanya dengan mana-mana parti.

Siapa yang sakau, termasuk kalau dalam parti saya pun, jalanlah.

Malah, seperti Yang Berhormat tahu, ada kes-kes pendakwaan ini melibatkan ahli-ahli Parti Keadilan. Saya tidak menghalang atau menggunakan kuasa saya untuk menghalang, termasuk mantan setiausaha politik saya baru-baru ini. Jadi, saya harap itu dihormati.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Soalnya, persepsi sama ada mantan Ahli Parlimen dan sebagainya, itu soal yang dibangkitkan. Tetapi, yang menariknya semasa–– kadang-kadang orang itu masa dia Menteri, tak pernah bercakap. Sebab itu, saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat saya di Jemaah Menteri. Nak guna kuasa dengan baik, nak betulkan, betulkan masa ada kuasa. Esok, bila dah pencen atau terkeluar, atau jadi pembangkang, baru nak meluahkan pada dia, padahal dia duduk di sini dulu.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sepatutnya, hal-hal ini— saya nak tanya, mengapa sepanjang berapa tahun— sehingga 2022, tidak ada pendakwaan terhadap kes-kes yang besar? Bukan sahaja yang saya sebut tadi, yang 90-an, termasuk macam kes Serba Dinamik. Itu kerugian bagi syarikat dan pemegang saham itu, RM5–6 bilion, tidak ada tindakan.

Malah, ditutup dan semuanya membisu. Saya, kalau disebut, ada kes, saya tidak tutup. Kalau ada bukti, dedahkan. Ini perbedaannya, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Hulu Langat.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Tan Sri Speaker. Saya nak tanya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, slow supaya saya dengar.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Slow sikit supaya dengar. Perkataan itu jangan laju sangat, slow sikit cakap. Perlahan-lahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini Kota Raja lah ajar ini suruh laju-laju ini. Saya nak tanya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Duit aset harta yang kita rampas banyak-banyak tadi itu, nilai bilion-bilion tadi itu, disebutkan oleh Tambun tadi itu, kita nak tahu duit ini pergi mana? Duit ini buat apa dan adakah duit ataupun harta aset yang kita rampas ini, kita bayar 1MDB. Itu yang pertama, Speaker.

Yang keduanya, saya nak tanya ini maksudnya, mafia-mafia korporat ini, adakah akan dilindungi? Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melindungi mafia-mafia korporat ini?

Kemudian, yang ketiganya saya nak ucapkan syabas dan tahniah. PM terus kerja kuat lagi untuk banteras gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita ini. Kami tetap terus bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cuma Perdana Menteri, kalau pergi tengok konsert Siti itu, ajaklah kami. Kami sanggup basah bersama. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya ingat soalan berat, tidak juga. Aset ini yang dirampas atau disita, itu masuk consolidated fund. Sebab dan mengapa saya boleh belanja lebih untuk menjaga rakyat, kemiskinan, STR, itu sebahagiannya itu kerana kita dapat elak ketirisan dan kumpulkan dana yang besar.

Yang saya sebut tadi, itu hanya dari Bank Negara dan SPRM, dari yang disita oleh

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

PDRM ada disebut. Sebab itu, jumlahnya agak besar dan itu kena pulang balik pada rakyat.

Yang keduanya tentang tindakan berikut kerana perkara ini berbangkit, saya mahu penyelarasan itu lebih berkesan. Maka, saya dah beri— dah minta Peguam Negara mengetuai satu taskforce yang melibatkan semua badan-badan penguatkuasaan, ya. SPRM, PDRM, Bank Negara, SC, LHDN ya, AMLA ini dan saya minta laporan lengkap supaya jangan orang anggap ini satu yang tidak telus. Ada yang nak dilindungi.

Jadi, biar siap dalam masa tempoh tiga bulan dan laporan ini kerana laporan ini bukan laporan penjawat awam. Ini laporan kerajaan. Maka, saya minta laporan itu didedahkan kepada awam. Maknanya, laporan yang akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan yang dipengerusikan dan diketuai oleh Peguam Negara akan didedahkan kepada umum.

Jadi, ini akan menunjukkan bahawa tidak ada yang dilindungi. Siapa yang disebut, ada bukti, keluarkanlah. Tak kira, yang disebut tadi nama Azam Baki ke, Farhash ke, Victor Chin, ini tidak. Tetapi, biar kita dapat pendedahan sepenuhnya dalam Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Peguam Negara.

Soal Siti Nurhaliza itu memang biduanita yang terkenal dan pertunjukan itu Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Tuan Yang di-Pertua pun nampak tekun mendengar, itu memperkasa budaya Melayu.

[Tepuk] Wayang kulit, tarian tradisional, pertunjukan Sabah, Sarawak, semua memberikan kebanggaan kepada kekuatan warisan lagu klasik dan budaya Melayu.

Saya pergi kerana Siti Nurhaliza dan suami, Datuk K memohon sangat- sangat saya hadir. Memang betullah, saya bukanlah minat tetapi saya pun hadir walaupun pergi lambat sikit. Tetapi, untuk itu ditegur oleh beberapa rakan. Terima kasihlah kerana yang tegur itu yang warak-warak, yang tak pernah dengar lagu. Ini saya ini ada kelemahan saya kerana minat juga lagu. Bukan sahaja lagu Melayu, Inggeris, Hindustan pun saya minat. Insya-Allah.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya menjemput untuk soalan kedua, Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

draft • 10:20 AM

2. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Pasir Mas meminta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini siasatan kes penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan FELDA termasuk anak syarikatnya, Felda Investment Corporation. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Pasir Mas. FELDA FGV, FIG ini semua dalam— masih dalam proses siasatan. Tetapi setakat ini, memang ada kes pendakwaan. Dalam kes lebih awal, pengerusi— mantan pengerusi, Tan Sri, sudah pun didakwa dan dihukum, tetapi yang sekarang ini masih ada lagi yang telah didakwa, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Zaid Jalil dan juga bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Faizoull Ahmad. Ini prosesnya dalam proses mahkamah.

Tetapi, masalahnya itu memang serius. Saya bagi contoh satu ya, dalam laporan PT Eagle High Plantations. Pelaburan FELDA itu merosot besar, daripada USD5 bilion, dah tinggal USD61 million pada tahun 2026, Ogos ya. Maknanya, hilang RM2 bilion. Makna, kejatuhan 87.9 peratus.

Dalam urusan perniagaan ini, ada untung rugi. Jadi, kita tidak mendakwa atau hukum kerana kerugian. Kita mendakwa kerana ada salah guna urus percaturan yang salah dan amalan menyakau. Ini yang dilakukan ya, dan umpamanya.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Oleh sebab itu, kedudukan kewangan FELDA itu terjejas. Kerajaan terpaksa bantu kerana melibatkan ratusan ribu peneroka. Berapa banyak perbelanjaan untuk memulihkan FELDA? RM9.9 bilion termasuk RM3.3 bilion untuk penyahsenaraian FGV Holdings dan RM5.7 bilion untuk penstrukturan semula pinjaman lain. Jadi, sebab itu kita mulakan sekarang ini dengan Pelan Hala Tuju FELDA. Tapi, ini sesetengah apa yang kita katakan isu legasi yang kita warisi terpaksa dikenakan.

Sekarang kita bergelut— minggu lalu, masih lagi dibentangkan tentang tanah FELDA yang sangat mahal di Semantan yang dijual dengan begitu murah sekali, iaitu apa yang disebut kes Kuala Lumpur Vertical City, masih dalam siasatan. Ini saya tak tahulah. Orang tak suka istilah sakau, saya tak ada masalah. Apa yang dikata tadi, istilah lain, yang Hulu Terengganu sebut itu. Tak apa, saya tak ada masalah.

Tapi, masalah ini bukan tuduhan melulu, ini tuduhan berasaskan asas. Ada kertas putih sebelumnya, ada laporan task force dan sekarang ini kita sedang menanggung kerugian besar. Tapi, saya tidak membebankan kepada peneroka.

Sebab itu RM990 juta terpaksa dibayar setiap tahun. Kemudian, baru-baru ini RM450 juta untuk memulihkan rumah-rumah pengurus FELDA dan yang lain-lain tentang mengarahkan semua jabatan dan kementerian— pendidikan, kesihatan— itu masuk ke kawasan FELDA bantu menyelesaikan terpaksa pusat-pusat dialisis di kawasan FELDA.

draft • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ini yang kita lakukan dan selainnya itu serah kepada SPRM, AMLA untuk terus menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang agak tegas kepada mana- mana yang terlibat dalam salah laku ini dengan maksud insya-Allah kita dapat hentikan amalan seperti ini untuk masa depan.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Mas untuk soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas perhatian yang diberikan kepada Kelantan di dalam Bajet 2027.

Yang Berhormat Perdana Menteri, saya mendengar penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi cukup baik sebenarnya. Cuma, persoalan yang timbul di kalangan rakyat ialah kenapa sekarang baru kertas siasatan itu baru dibuka? Baru dibuka pada 24 Ogos 2026. Sedangkan isu FELDA ini dikatakan berlaku urus niaga 2010 hingga 2020. Apa yang dibuat oleh SPRM empat tahun selama pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Ia membawa kepada persoalan-persoalan bahawa kenapa sekarang barulah pendakwaan- pendakwaan ini dibuat secara terus menerus pada pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Ambil contoh, Tabung Haji. Isu Tabung Haji berlaku pada tahun 2014, baru sekarang didakwa. Tahun 2017, baru sekarang didakwa. Saya dengar jawapan Perdana Menteri bahawa kerana kalau kita dakwa tiga tahun lepas, orang hilang keyakinan kepada Tabung Haji, sedangkan pendakwaan terhadap menyakau inilah yang akan memberikan keyakinan kepada pelabur sebenarnya.

Baiklah, kalau tak kira Tabung Haji, yang melibatkan Yang Berhormat Tapah.

Baru sahaja didakwa sedangkan isunya dikatakan berlaku tahun 2022. Jadi, kenapa baru sekarang barulah berderet-deret ataupun terus menerus pendakwaan ini dilakukan? Membawa persepsi bahawa sebenarnya pendakwaan-pendakwaan ini dibuat semata-mata kerana berlakunya keretakan di kalangan parti-parti di dalam pentadbiran kerajaan.

Justeru, rakyat melihat— sedikit lagi Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa kenapa pentadbiran Perdana Menteri menumpukan kepada kes-kes ini, meninggalkan isu- isu penting yang sedang berlaku sekarang ini, yang pelaburan-pelaburan rugi. Saya ambil contoh, Zetrix AI Berhad yang dulunya MYEG, sekarang jatuh merudum sahamnya melibatkan RM6.6 bilion. Di dalamnya, saya check dalam IFC, di

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

dalamnya ada pelaburan KWAP, ada pelaburan EPF, ada pelaburan Urusharta, dan mereka gagal bayar kepada JPJ sebanyak RM314 juta bayar kepada kerajaan...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pasir Mas.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi, ini lebih penting.

Jadi, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, soalannya ialah kenapa sekarang?

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Kalau betul soalan begitu, saya kata mengapa tidak dulu? Mengapa tak semasa parti Yang Berhormat dalam kerajaan tak ada siasatan sama sekali?

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kalau nak guna itulah, boleh saya guna. Tapi tak, saya nak jawabkan faktanya.

Kalau isu Zetrix, JPJ telah buat laporan polis dan AMLA, Suruhanjaya Sekuriti semua dah buka fail. Itu ialah langkah siasatan. Betul ada dakwaan dan laporan dalam media, tetapi siasatan itu mengambil masa. Saya sendiri pun macam Yang Berhormat, kadang-kadang tak sabar, apa yang lama sangat ini, tetapi itulah keadaan dia. Baik.

Yang kedua, soal Tabung Haji. Walaupun Yang Berhormat pertikai maklumat, tapi Ahli-ahli Jemaah Menteri tahu. Pada peringkat awal, bila dibentangkan, itu semasa kerajaan dulu. Masa kita ambil alih, kita minta dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Kemudian, pada masa itu juga Lembaga Urusan Tabung Haji mohon supaya ditangguhkan apa-apa tindakan sehingga mereka memulihkan. Baik, alasan. Apakah alasan itu boleh diterima? Tapi, pada masa itu saya kata tak apa kalau asalkan siasatan akan terus. Walaupun ditangguh dua tahun, tak ada masalah dan sekarang diteruskan.

Yang keduanya, soal FELDA. FELDA ini memang maklumat dan dimaklum kepada Jemaah Menteri. Tidak ada yang menghalang siasatan, cuma diminta siasatan itu biar telus. Baik, mengapa kini?

Sebenarnya, kertas putih 2019, tetapi tidak ada apa-apa tindakan sehinggalah kita ambil alih 2022. 2022 barulah saya ambil alih, baru dibuka dan sebelum ada apa-apa tindakan, kita buat Jawatankuasa Petugas Khas FELDA. Dia ambil masa setahun dan lepas itu baru dia buka kertas siasatan. Jadi, tidak ada

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

penangguhan. Cuma, timing itu dianggap pasal baru ini. Tapi, tak. Itu dimaklumkan.

Jawatankuasa khas itu dimaklum kepada lembaga dan lembaga itu diwakili oleh ramai orang, semua sedia maklum.

Saya kalau di Jemaah Menteri dengan rakan-rakan Jemaah Menteri itu mempunyai akses sepenuhnya untuk mendapat maklumat. Saya terimalah kalau kadang-kadang dikatakan kelewatan. Tapi, kelewatan itu lebih baik ada tindakan daripada tidak ada tindakan sama sekali. Sebab itu, dalam isu dan termasuk soalan pertama, saya sebut juga. Kerana ada kecenderungan orang memilih. Dia kalau ada pendakwaan terpilih, itu lain. Tetapi, kalau agak sedikit lambat, saya akuilah.

Sebab kita harus pastikan dan ini terserah juga kepada kecekapan badan- badan penguatkuasaan. Dia mengambil masa yang panjang kadang-kadang.

Kadang-kadang saya fikir terlalu panjang. Tetapi, sebagai seorang yang bertanggungjawab, saya juga mengarahkan siasat. Tapi, saya tak boleh pastikan si anu atau seseorang itu yang dituduh, dia terpaksa terlibat kepada kes.

Kadang-kadang— dalam kes FELDA, itu ulang-alik kertas siasatan itu kepada Peguam Negara. Itu sampai tiga, empat kali. Hantar, Peguam Negara kata ada kelompongan sikit, patah balik. Dia tiga, empat bulan itu ulang-alik sahaja. Ada kadang-kadang mengambil masa yang lama.

Jadi, saya nak jamin Yang Berhormat, yang pentingnya apakah kita setuju tindakan diambil untuk mengelak daripada kecurangan itu terus berlaku? Jawabnya tegas. Saya tidak berhasrat, dengan kuasa yang ada, untuk menangguhkan ataupun mengelak daripada siasatan terus dibuka. Ini berbeza daripada tohmahan di luar.

Macam kata, itu yang terakhir tadi, Zetrix. Dia riuh. Tapi, orang kata, *“Mengapa?

Mengapa tidak ada tindakan?”.* Yang saya tahu, serah kepada badan penyiasatan dan mereka mengambil masa tentunya bukan berminggu, kadang berbulan. Kalau kes itu straightforward, simple, boleh. Tapi, kalau kes yang lain, siasatan itu mengambil masa.

Soalnya, apakah ada arahan supaya siasatan diteruskan? Ada. Apakah ada arahan menutup, seperti Serba Dinamik? Tidak ada. Jadi, saya ingat memadai.

Terima kasih banyak Yang Berhormat yang tanya dengan begitu baik tadi. Berbeza daripada di luar.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sekijang.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, sebenarnya

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Dato’ Seri, apabila kita bercakap tentang FELDA ini, tadi Dato’ Seri Perdana Menteri ada sebut tentang FGV ya ataupun syarikat affiliate kepada FELDA ini.

Kita tengok Laporan RCI Tabung Haji ya, walaupun Pasir Mas sebut kenapa sekarang baru nak dikeluarkan. Tapi bagi saya, better late than never lah. Ya. Dan kita patut puji dengan tindakan berani Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Jadi, Laporan RCI Tabung Haji baru-baru ini mendedahkan bahawa UJSB ataupun Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. selaku syarikat SPV yang ditubuhkan untuk mengendalikan aset-aset Tabung Haji yang bermasalah telah mengambil alih 283.71 juta unit saham FGV Holdings Berhad pada kos pemindahan RM4.62 seunit saham dengan total nilaiannya RM1.3 bilion.

Sedangkan harga pasaran ketika itu menjunam ke paras hanya 72 sen seunit.

Tetapi akhirnya saham ini diambil semula oleh FELDA ya dengan membeli semula keseluruhan 7.78 peratus pegangan saham FGV milik UJSB yang juga bersama pegangan KWAP ya melalui Perjanjian Belian Saham Bersyarat pada harga RM1.30 seunit yang jumlahnya sekitar RM368.8 juta sahaja.

Dan urus niaga ini menyaksikan UJSB merekodkan kerugian atas kertas sekitar RM942 juta ya daripada nilai pelaburan asal. Jadi, tentunya ini satu kerugian yang sangat besar dan akhirnya kita lihat yang menanggungnya ialah rakyat ya dan tentunya kita sebagai Ahli Parlimen juga yang merupakan rakyat terkesan atas perkara ini.

Jadi, soalan saya Yang Amat Berhormat Tambun selain daripada pendedahan umum ya seperti yang kita dengar tadi tentang ketidakaturan yang melampau dan juga isu-isu tatakelola yang kita dengar dan kita lihat daripada Laporan Ketua Audit Negara serta tangkapan, siasatan dan juga pendakwaan ya terhadap mereka-mereka yang bertanggungjawab sebagai tindakan yang tegas dan saya kira juga sebagai deterrent measures kepada mereka-mereka yang melakukan ketidakaturan itu.

Apakah sebenarnya tindakan kerajaan mahupun MOF dalam lebih memperketatkan tatacara kewangan khususnya dalam hal-hal kelulusan pelaburan yang berskala besar yang dilakukan oleh syarikat-syarikat GLCs dan GLICs yang kita tahu jumlahnya besar, ada lebih daripada 270 syarikat-syarikat GLC dan ini tak termasuk anak-anak syarikatnya? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sila Perdana Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya nak sebut pertama, siasatan itu dimulakan sejak awal tapi kerana tidak ada keputusan pengarahan daripada

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

pimpinan.

[Tidak jelas] Umpamanya, kes FELDA. Satu kertas siasatan 2017, empat kertas siasatan 2019, satu kertas siasatan 2020, tapi semuanya ditolak atau difailkan.

Cuma kita bangkitkan hanya selepas 2022, 2023 jawatankuasa khas barulah bermula secara serius, 2024.

Dan saya sentuh tadi tentang tanah Semarak. Itu tanah Semarak itu bagi saya sangat mengaibkan. Tanah prime land KL yang kita sibuk umpamanya nak ambil tanah jadi tanah rizab Melayu dan baru ini saya umumkan lagi tanah yang milik kerajaan itu dipulangkan kepada syarikat bumiputera— perbadanan kerajaan bawah skim bumiputera termasuk PNB. Tetapi tanah yang milik FELDA itu terlepas 24 ekar yang pada tahun 2014 penilaiannya (valuation) harga setengah bilion Ringgit.

Bayangkan harga sekarang. Jadi, untuk memulihkan merungkai perjanjian yang lemah itu, dia tentu mengambil masa.

Jadi, balik persoalan iaitu apakah tindakan. Saya sebut tadi selain jawatankuasa petugas tadi soal lain tapi kita sedang menyiapkan dan insya-Allah akan membentangkan Rang Undang-undang Badan Milik Kerajaan (State-Owned Enterprises Act). Ini untuk kawal selia supaya peraturan itu lebih kemas. Badan- badan agensi termasuk yang bumiputera.

Yang jadi kecelaru ini kerana kita beri amanah dan mengharapkan mereka manfaatkan tetapi pelanggaran itu terlalu ketara sehingga ruginya bukan sedikit, berbilion Ringgit. Jadi, mudah-mudahan kita dapat luluskan tahun ini juga supaya pada semua agensi kerajaan ini juga tertakluk kepada peraturan yang lebih ketat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Beluran.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kalau dibandingkan dengan FELDA, Tabung Haji, pelaburan wang KWAP di Indonesia dalam eFishery mungkin nampak kecil 160 million. Tetapi dari segi kerugian (losses), ia juga menyebabkan kerugian yang agak besar daripada wang awam KWAP itu. Apa langkah kerajaan setakat ini, kebertanggungjawaban siapa yang menyebabkan pelaburan sedemikian?

Dan juga dalam konteks due diligence, apa yang telah ditambah baik setakat ini di pihak Kementerian Kewangan untuk melihat pelaburan perubahan wang awam terutamanya di masa depan akan dilabur secara baik, teliti melalui proses due diligence yang lebih ketat supaya tidak menyebabkan kerugian kepada wang awam?

Apa tindakan kerajaan dalam isu ini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Beluran. Kalau dalam konteks KWAP yang dibangkitkan itu, KWAP itu bila kita teliti setelah permasalahan berbangkit baru-baru ini, itu jawatankuasa due diligence, jawatankuasa pelaburan sebelum bawa kepada lembaga. Itu sangat teratur dan ketat. Tetapi saya lihat umpamanya dan pelaburan di Jakarta yang baru-baru ini itu, memang satu kelemahan besar kerana mereka hanya ikut trend internasional kerana syarikat- syarikat besar yang berupaya di Perancis dan beberapa negara luar ikut. Jadi, mereka rasa cukup.

Ini saya rasa satu kelemahan yang berlaku dalam proses itu. Saya, saya terima peringatan bahawa dalam menjaga amanah wang rakyat itu, harus ada beberapa proses yang lebih ketat lagi. Walaupun saya lihat itu secara terus-terang Tan Sri, memang prosesnya ketat. Cuma dalam kes ini dia rasa oleh kerana bergantung kepada SoftBank, tak mungkin SoftBank melabur dengan begitu cuai.

Tapi kenyataannya begitu ya. Mengharapkan beberapa agensi institusi internasional di Jepun dan Eropah dan memberikan lead kepada kita, tak semestinya betul. Jadi, yang dilakukan ialah memperketatkan lagi peraturan bukan saja ikut trend internasional tetapi juga bertanggungjawab dalam kes ini...

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kerana dalam kes ini, memang saya, saya akuilah tetapi tidak boleh menafikan keberhasilan KWAP keseluruhannya yang mencatat keuntungan yang lumayan dan catat terekod baru-baru ini. Itu yang nyata.

Tapi kelemahan itu kita harus akui. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tan Sri...

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tan Sri...

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya mulakan dengan menjemput Dr.

Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, Batu Gajah.

draft • 10:40 AM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

1. Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana struktur, kaedah penilaian dan tempoh New Bar Course

(NBC) berbeza daripada CLP, termasuk laluan bagi calon yang belum lulus CLP serta mekanisme peralihan ke kaedah baharu tanpa mengulangi keseluruhan proses kelayakan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan input yang diterima daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, lembaga kelayakan pada 27 April 2026, lembaga kelayakan telah menubuhkan New Bar Course Taskforce (NBC Taskforce) untuk menjalankan a study to develop the operational framework for the New Bar Course, Conversion Course and legal practice postgraduate certificate from policy to practice. Ini adalah untuk membangunkan kerangka operasi bagi pelaksanaan NBC dan memastikan perancangan untuk merealisasikan NBC berjalan dengan lancar.

Mengenai perbezaan peperiksaan Sijil Amalan Guaman, peperiksaan CLP yang dilaksanakan pada masa ini adalah berasaskan peperiksaan bertulis semata-mata dan tidak merangkumi pentaksiran terhadap kemahiran undang-undang praktikal.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Selain itu, calon-calon peperiksaan CLP juga tidak diwajibkan untuk menjalani kursus persediaan untuk menduduki peperiksaan CLP. NBC yang akan menggantikan peperiksaan CLP terdiri daripada dua program yang lebih komprehensif iaitu program Conversion Course (CC) dan program Legal Practice Postgraduate Certificate (LPPC).

Program CC merupakan satu program peralihan yang direka bentuk bagi pemegang Non-Qualifying Law Degree (NQLD) daripada Pemberi Pendidikan Tinggi

(PPT) luar negara yang diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan. Program ini menyediakan pengenalan ber-structure kepada sistem perundangan Malaysia dan undang-undang

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

substantif teras yang akan melengkapkan calon-calon dengan pengetahuan undang- undang asas Malaysia yang diperlukan sebelum meneruskan program LPPC.

Ini berbeza dengan peperiksaan CLP yang tidak menyediakan peralihan ber- structure kepada sistem perundangan Malaysia untuk calon-calon peperiksaan CLP yang menyebabkan calon-calon peperiksaan CLP sukar memahami sistem perundangan Malaysia dan undang-undang asas Malaysia. Bagi pemegang NQLD daripada PPT dalam negara yang telah mempelajari undang-undang Malaysia di peringkat sarjana muda undang-undang, mereka tidak perlu mengikuti program CC dan boleh terus mengikuti program LPPC.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh pengajian bagi program CC ialah tiga bulan. Pemegang NQLD dikehendaki mempelajari lima modul bagi program CC secara kendiri dengan menggunakan Learning Management System

(LMS) yang akan dibangunkan oleh lembaga kelayakan. Program CC – Conversion Course ini akan ditaksir secara dalam talian melalui Computer Based Assessment

(CBA) yang terdiri daripada multiple choice question (MCQ) dan extended multiple choice question (EMQ) pada setiap model.

Program LPPC merupakan satu program vokasional ber-structure yang direka bentuk bagi pemegang NQLD daripada PPT luar dan dalam negara yang diiktiraf oleh lembaga Kelayakan. Program LPPC ini akan disokong oleh penyedia kursus yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang menepati kriteria yang ditetapkan oleh Lembaga Kelayakan. Program LPPC fokus kepada pembangunan kemahiran undang-undang, praktikal dan kompetensi profesional yang diperlukan untuk persediaan calon-calon bagi menjalani latihan pupillage di Malaysia. Ini berbeza dengan peperiksaan CLP yang tidak memberi penekanan yang menyeluruh kepada kemahiran undang-undang praktikal, sebaliknya ia hanya menguji komponen kemahiran undang-undang praktikal yang tertentu sahaja secara bertulis.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh pengajian bagi program LPPC ini adalah dicadangkan enam bulan. Pemegang NQLD dikehendaki mempelajari lima modul bagi program LPPC dan ia akan ditaksir secara blended assessment berdasarkan tiga komponen taksiran. Satu, Objective Structured Performance Assessment (OSPA). Nombor dua, Short Answer Questions (SAQ) dan MCQ dan EMQ. Dan nombor tiga, taksiran bagi komponen OSPA akan dilaksanakan secara bersemuka dan lisan yang menilai kompetensi praktikal.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pada masa ini NBC taskforce sedang mengkaji dan meneliti semua perkara berkaitan mekanisme peralihan daripada peperiksaan CLP kepada NBC, termasuk dasar-dasar yang berkaitan bagi calon yang belum lulus peperiksaan CLP yang masih mempunyai baki bilangan percubaan dan tempoh pendaftaran yang sah supaya ia tidak menjejaskan calon-calon tersebut. Perkara ini akan ditimbangkan oleh Lembaga Kelayakan apabila kajian mekanisme peralihan tersebut diselesaikan oleh NBC taskforce. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Gajah.

draft • 10:50 AM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan secara komprehensif dan menyeluruh. Saya menyambut baik usaha Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem kelayakan profesion guaman.

Berdasarkan laporan terkini Tan Sri, daripada 826 calon CLP pada tahun 2026 hanya 158 calon atau 19 peratus memperoleh kelulusan penuh berbanding dengan 21 peratus pada tahun 2025. Sebelum ini lebih tinggi. Setiap tahun kita lihat ada penurunan. Apakah pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menangani kadar kelulusan yang rendah ini di samping memastikan standard dan kualiti profesion guaman terus terpelihara. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, kita perlu tahu bahawa CLP ini adalah profession course. Dia bukan macam satu ijazah di mana profesor akan memberi soalan test itu dan dia akan mengkaji adakah ia mengikut taraf dan sebagainya. Profession course dia entirely different. Itu nombor satu.

Nombor dua, tidak ada kuota langsung, itu kita perlu— di luar itu ada orang kata bahawa ada kuota untuk CLP maka itu sebab ramai di antara tidak layak untuk menjadi peguam.

Berkenaan dengan artikel bertajuk “Full CLP passes to lowest in recent years” baru-baru ini di online itu. Untuk makluman, statistik yang diberikan tersebut hanyalah statistik bagi Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) utama, the main one, to 2026 sahaja. Statistik tersebut belum mengambil kira keputusan PSAG Tambahan 2026 yang akan dijalankan pada 21 Oktober 2026, esok. Keputusan keseluruhan PSAG pada tahun 2026 hanya akan dikemukakan pada bulan November 2026 selepas keputusan PSAG Tambahan 2026 diperoleh dan diluluskan oleh lembaga.

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Secara umumnya, sebab-sebab kegagalan calon PSAG adalah seperti yang berikut. Secara umum sebab-sebab kegagalan— majoriti calon-calon yang menduduki PSAG merupakan graduan luar negara yang mempelajari common law atau undang-undang di negara United Kingdom, Australia dan New Zealand. Apabila kembali ke Malaysia, mereka perlu menduduki PSAG yang merupakan peperiksaan profesional mengenai undang-undang di Malaysia. Mereka didapati tidak membuat persediaan yang sewajarnya untuk mempelajari undang-undang di Malaysia untuk menghadapi PSAG tersebut.

Calon-calon PSAG juga didapati tidak dapat mengenal pasti isu-isu yang dibangkitkan dalam kertas soalan dan tidak dapat mengenal pastikan undang- undang kepada fakta dalam kertas soalan mereka yang tidak menyatakan undang- undang kes law yang relevan dengan isu yang dibangkitkan.

Ini adalah perkara-perkara yang ditangani oleh board tersebut. Markah lulus bagi setiap mata pelajaran PSAG ialah 40 markah sahaja dan tiada kuota lulus ditetapkan. Calon-calon dinilai berdasarkan merit semata-mata. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Besut.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Menteri, memandangkan LPQB ini, dia mengawal selia daripada kelayakan kemasukan kepada profesion peguam dan juga mempunyai peranan dalam pelaksanaan reformasi daripada CLP kepada New Bar Course. Jadi soalan saya, apakah mechanism semak dan imbang yang akan diwujudkan? Ada semak dan imbang atau tidak bagi LPQB ini bagi memastikan keputusan berkaitan kurikulum, standard, penilaian dan juga kelayakan bakal peguam ini dibuat secara bebas, telus serta tidak dipengaruhi oleh kepentingan eksekutif.

Dan soalan seterusnya saya, sama ada CLP akan dihapuskan terus ataupun masih kekal untuk mengawal dari segi tapisan dan sebagainya ataupun penggunaan bahasa Malaysia dan sebagainya? Itu sahaja. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, CLP semestinya wujud tetapi di atas nama yang baru, practical course dan sebagainya.

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Itu saya cakap, saya bagi tahu sebelum itu Yang Berhormat, kita ada conversion course dan lagi satu course peperiksaan akademik dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa ada tambah baik dan ini mengambil kira semua perkara dan aduan-aduan yang dibuat. Dan semak dan imbang itu ada di sana kerana kita

draft • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

mengadakan kursus yang baru. Kerana kita perlu faham Yang Berhormat, professional course itu berbeza dari academic course.

Yang Berhormat, ramai di antara peguam yang pergi ke universiti adalah yang menjalani academic course. Academic course, tiga tahun di UK dan negara- negara lain. Di negara kita, di universiti-universiti tempatan dia empat tahun terus dan pada tahun yang keempat, baru ada professional course. Ini akan ubah suai perkara itu. Itu sebab ditubuhkan satu committee yang baru, New Bar Course (NBC) Taskforce, a study to develop the operational frame work of the new Bar course, conversion course and legal practice post graduate course.

Inilah yang akan menentukan, menolong murid-murid yang ingin menjadi peguam, menjalankan peperiksaan yang ada lebih transparent, lebih open dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Pasir Puteh,

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Pasir Puteh nombor 2.

draft • 11:00 AM

2. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Ekonomi menyatakan indikator dasar, sasaran kuantitatif dan tempoh pencapaian yang ditetapkan di bawah RMK13 bagi mengurangkan jurang pembangunan antara daerah, memandangkan berlaku penumpuan pendapatan dan isi rumah pada sebilangan kecil daerah yang telah pun menyembunyikan isu ketertinggalan pembangunan relatif dalam sesebuah negeri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited untuk menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri dan daerah. Sehubungan itu, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi penekanan kepada pembangunan yang lebih seimbang, inklusif dan berasaskan keperluan kawasan.

Ahli Yang Berhormat, bagi mengenal pasti jurang pembangunan dan merangka intervensi yang lebih bersasar, kerajaan menggunakan Indeks Komposit Pembangunan Malaysia (IKPM) sebagai instrumen pengukuran yang menyeluruh ke

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

peringkat wilayah, negeri dan daerah. IPKM merangkumi lima komponen utama, fizikal dan partial, ekonomi, sosial, alam sekitar dan tadbir urus.

Dapatan IKPM akan membantu kerajaan mengenal pasti kawasan yang memerlukan perhatian dan merangka strategi yang lebih berfokus. KDNK per kapita Malaysia meningkat 6.2 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12, daripada RM43,717 pada tahun 2020 kepada RM59,186 pada tahun 2025.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam tempoh ini sebanyak empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang telah menunjukkan peningkatan KDNK per kapita yang lebih tinggi berbanding peningkatan paras nasional. Secara keseluruhan Ahli Yang Berhormat, Wilayah Sabah mencatatkan nisbah KDNK per kapita wilayah yang terbesar berbanding wilayah tengah iaitu sebanyak 2.5 pada akhir tahun RMK12.

Dari segi indikator dan sasaran kuantitatif Yang Berhormat, dalam tempoh RMK13, jurang wilayah kepada wilayah tengah dijangka akan terus mengecil kepada antara 2.1 hingga 1.6. Menjelang 2030, jurang wilayah selatan disasar berkurang kepada 1.6, wilayah timur 2.3, Sabah 2.1 dan Sarawak 1.0. Manakala wilayah utara dijangka kekal pada 1.7.

Ahli Yang Berhormat, negeri Kelantan mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.1 peratus pada 2025 berbanding 2024 iaitu 3.3 peratus. Selain itu, Kelantan juga menunjukkan peningkatan KDNK per kapita kepada RM18,093 pada tahun 2025 berbanding RM14,956 pada tahun 2020. RMK13 menetapkan sasaran pertumbuhan purata tahunan KDNK bagi tempoh 2026 hingga 2030 sebanyak 4.7 peratus dan KDNK per kapita bagi tahun 2030 sebanyak RM25,196.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain itu pendapatan penengah bulanan isi rumah di wilayah utara disasarkan meningkat daripada 5,372 pada tahun 2024 kepada 6,077 pada tahun 2030. Bagi wilayah timur, sasaran adalah daripada RM5,058 kepada RM5,0750. Manakala Sabah daripada RM4,946 kepada 5,780 dan Sarawak 5,504 kepada 5,962. Kesemua sasaran ini Yang Berhormat, akan dipantau secara berterusan melalui mekanisme pemantauan sistem MyRMK.

Bagi kawasan yang kurang membangun, kerajaan turut memperkukuhkan penyediaan infrastruktur asas luar bandar, pelan induk dan pemetaan prasarana serta menarik pelaburan melalui pembangunan hab pelaburan luar bandar yang memanfaatkan AI, geospatial dan data raya. Bagi tahun 2026, untuk Parlimen Pasir Puteh Ahli Yang Berhormat, sebanyak 46 projek tekah diluluskan dengan siling peruntukan sebanyak RM207.2 juta.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Antaranya, projek pengambilan tanah dan pembangunan infrastruktur, kawasan industri di Cherang Tuli yang menyokong pembangunan industri hiliran, berhampiran stesen kargo ECRL. Dan ECRDC sedang melaksanakan kajian pengukuhan rantaian nilai agromakanan, termasuk cadangan pembangunan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan berhampiran stesen ECRL.

Melalui penggunaan IKPM Ahli Yang Berhormat, penetapan sasaran kuantatif dan pelaksanaan projek strategik, kerajaan akan terus memperkukuhkan intervensi bersasar bagi memperluaskan manfaat pertumbuhan ekonomi dan merapatkan jurang pembangunan, termasuk di Pasir Puteh sepanjang tempoh RMK13. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pasir Puteh.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang sangat baik dan terima kasih diberi tumpuan kepada jajahan Pasir Puteh di Kelantan. Soalan tambahan saya, saya meneliti pembentangan bajet yang menelan perbelanjaan RM461.8 bilion, di mana program yang besar, yang membabitkan daerah-daerah yang saya rasa dia punya faktor ekonomi yang jurang dia terlalu besar seperti pedalaman dengan kawasan yang agak bandar.

Soalan saya, sejauh mana pihak kerajaan memikirkan untuk menjana ekonomi di kawasan-kawasan yang agak terpencil di kawasan pedalaman? Supaya jurang perbezaan ekonomi ini dapat diberi tumpuan yang khusus dengan bajet yang begitu besar, 461.8 ini mengalir ke kawasan-kawasan pedalaman ataupun kawasan yang terpencil dengan ekosistem ekonomi itu sendiri. Seperti kalau kita lihat, sebagai contoh kalau kita pergi luar negara, dia ada sektor pelancongan, sebagai contoh.

Kerajaan ambil satu peranan untuk mewujudkan satu kawasan pelancongan.

Kalau di Kelantan, banyak kawasan yang kalau diberi peruntukan, akan dibina tempat-tempat pelancongan kerana sejarahnya telah wujud, macam di kawasan sungai di negeri Kelantan. Penghantaran ufti, kawasan penentangan penjajah zaman dahulu. Soalan saya sekali lagi, sejauh mana Kementerian Ekonomi memikirkan punca ekonomi di kawasan-kawasan ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pasir Puteh. Tan Sri Yang di-Pertua, sepertimana yang telah saya nyatakan dalam soalan asal sebentar tadi, bermakna (IKPM) Indeks Komposit Pembangunan Malaysia ini Ahli Yang Berhormat, adalah satu mekanisme untuk kita

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

melihat secara keseluruhan lima komponen yang utama. Saya— spatial dan fizikal, ekonomi, sosial, alam sekitar dan tadbir urus. Lima-lima komponen ini mempunyai indikator yang sub komponennya 23 dan ada 78 indikator di peringkat negeri, manakala di peringkat daerah dia ada berkurangan sedikit.

Apabila saya sebut IKPM Yang Berhormat, bermakna kerajaan melihat bahawasanya di mana kawasan-kawasan yang least developed area (LDA) untuk kita bagi penekanan, kerana apa? Kerana dalam RMK13, kita melihat penggunaan data mikro di peringkat setempat sepertimana Yang Berhormat hasratkan untuk kita bagi tumpuan kepada kekuatan tempat tersebut.

Seperti tempat Yang Berhormat, ada kekuatan heritage. Ada kekuatan pelancongan yang akan memberi kesan kepada masyarakat di kawasan tersebut dan kita akan bangunkan. Itulah yang kita nyatakan penggunaan data mikro peringkat daerah untuk kita menangani conceal disparity ini.

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat dalam jawapan tadi ada menyatakan dan menyebut tentang intervensi bersasar. Soalan Kuala Pilah ialah― adakah kerajaan bercadang memperkenalkan insentif khusus kepada pelabur yang mewujudkan pekerjaan yang berkemahiran dan membayar gaji lebih tinggi di daerah yang ketinggalan dari segi pembangunan? Serta bagaimanakah keberkesanan insentif tersebut akan dinilai berdasarkan manfaat ekonomi yang benar-benar diterima oleh penduduk setempat?

Terima kasih, Tan Sri.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kuala Pilah.

Apabila kita bercakap tentang insentif, ia merupakan salah satu pendekatan yang juga boleh dianggap pertimbangan oleh pelabur-pelabur untuk melabur di kawasan LDA, Tan Sri Yang di-Pertua. Itu sebabnya kita melihat IKPM, yang telah saya sebutkan panjang lebar dalam soalan asal dan soalan tambahan kepada Yang Berhormat Pasir Puteh, merupakan asas yang diambil kira oleh Kementerian Kewangan dalam penentuan kerangka baharu percukaian. IKPM ini disemak tiga

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

tahun untuk kita melihat tahap pembangunan di peringkat wilayah, sama ada negeri ataupun daerah.

Untuk makluman Yang Berhormat, IKPM ini juga bukan hanya untuk melihat atau mengenal pasti LDA, tetapi juga ia akan memberi suatu ruang kepada kerajaan untuk memantau bagaimana peningkatan dan hasil. Namun, apabila kita nak melakar semula pertumbuhan negara di bawah RMK13, kita juga kena melihat tahap kesediaan talent di kawasan-kawasan tertentu yang memerlukan intervensi bersasar daripada pihak kerajaan.

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Gopeng soalan nombor 3.

draft • 11:10 AM

3. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan pencapaian MAHA 2026 serta nilai tambah dan pelaburan susulan yang bakal direalisasikan hasil MoU yang dimeterai.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa komited menjadikan MAHA 2026 sebagai platform strategik untuk memperkukuhkan kerjasama perdagangan dan pelaburan sektor agromakanan serta membuka pasaran baharu kepada pemain industri tempatan. MAHA memanglah telah menjadi satu kebanggaan. Dua tahun sekali, tak kira siapa yang menerajui kerajaan, akan menjadikan MAHA sebagai satu pameran yang besar di Malaysia ini.

Sepanjang penganjuran MAHA 2026, sebanyak 97 memorandum MoU telah dimeterai dengan nilai lebih kurang RM10.35 bilion termasuk RM3.27 bilion melibatkan kerjasama dengan rakan strategik Republik Rakyat China. Dari aspek nilai tambah, kerjasama yang dimeterai dijangka menyumbang kepada peningkatan kapasiti pengeluaran dan pemprosesan, pemindahan teknologi dan pengukuhan rantaian nilai agromakanan.

DOSM melaporkan dua tahun berturut-turut peningkatan eksport barang- barang keluaran pertanian ke peringkat antarabangsa. Antaranya, termasuklah pembangunan industri baja bersepadu yang melibatkan Pertubuhan Peladang

(NAFAS) bersama dengan China Guizhou Phosphate Chemical Group dan Jiangsu

draft • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Chemical Design Institute berjumlah RM1.5 bilion serta pembangunan industri tuna serta ekosistem pemprosesan makanan laut secara bersepadu di Labuan.

Dalam sektor nanas, MoU antara Lembaga Nanas Malaysia dan Agroniche Group Sdn Bhd bernilai RM1 bilion melibatkan pembangunan kemudahan pemprosesan menggunakan teknologi individual quick freezing yang dijangka menghasilkan produk bernilai tambah serta memperluas pasaran domestik dan antarabangsa.

Selain itu, MoU antara NAFAS dan Agri Services Sdn. Bhd., Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan Pretech Global Sdn Bhd bernilai RM100 juta melibatkan pembangunan baja diperkaya probiotik khusus untuk tanaman nanas.

Kedua-dua kerjasama ini berpotensi memperkukuh rantaian nilai industri nanas daripada input pertanian hingga pemprosesan.

Kerjasama yang dimeterai turut membuka akses pasaran antarabangsa, termasuk pembekalan dan pengedaran durian segar premium Malaysia secara whole fruit ke pasaran China. Ini telah berjalan dan diperbaharui persefahaman dari masa ke semasa.

Yang paling penting, MAHA pada tahun ini juga melahirkan— kita dapat kecenderungan anak-anak muda dalam bidang pertanian, khasnya kita lihat pertumbuhan yang baik di Tanjong Karang, Sabak Bernam dan juga di Hulu Langat dan di Johor, di mana penglibatan anak-anak muda dalam pertanian kerja sepenuh masa sudah lihat pertumbuhan yang begitu baik. Mungkin hasil daripada pertemuan, perbincangan, semangat yang mereka lihat daripada MAHA yang kehadirannya pada tahun ini melebihi lima juta orang. Ertinya, satu hari dalam setengah juta hadir ke MAHA baru-baru ini.

Dan, MAHA memang menarik perhatian semua. Daripada Baginda Sultan, Raja-raja, Menteri sampailah kepada kanak-kanak. Program-program ini amat penting untuk kita memberi rangsangan khasnya kepada generasi muda untuk terlibat sepenuh masa dalam pertanian.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Gopeng.

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan tadi. Memang kita fahami dalam sepanjang pameran MAHA ini, pelbagai MoU telah pun ditandatangani. Maknanya kita akan perhebatkan lagi eksport-eksport hasil pertanian ke luar negara. Tetapi, logistik selalu menjadi satu masalah.

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Maka, saya ingin memohon Menteri boleh kongsikan status rundingan antara Malaysia dengan Thailand bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan rentas sempadan bagi eksport, khususnya durian ke China melalui darat demi mempercepatkan proses penghantaran dan melancarkan pergerakan logistik untuk meningkatkan daya saing eksport negara kita. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Proses perundingan libat urus antara negara-negara yang akan dilalui di dalam pengeksportan makanan, khasnya durian, ke negara China itu sedang berjalan dengan lancar. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited untuk memperkukuh kerjasama serantau dan penyelarasan rentas sempadan khususnya Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja.

Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Luar dan Kementerian Pengangkutan.

Kerana perundingan itu bermula― dan kita harap dapat dipercepatkan.

Sebab, penghantaran melalui udara memang agak mahal durian itu bila dijual di negeri China. Penghantaran melalui darat dijangka tiga hingga empat hari sahaja.

Jadi, boleh dihantar dengan cepat dan barangan, khasnya durian, dapat dipasarkan ke negeri China. Memang durian Malaysia menjadi satu kegemaran bagi rakyat China. Tetapi, kadangkala mereka susah untuk mendapat dengan harga yang lebih murah.

Laluan dijangka melibatkan beberapa negara transit di rantau ASEAN, khususnya Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja. Kita tahulah perundingan- perundingan seperti ini agak sulit. Barangkali mereka juga tahu bahawa mereka juga mengeksport durian ke negeri China. Maka, kita tak ada buat tuduhan apa-apalah tapi kita terus berunding. Sebab, pasaran kita di negeri China tidaklah banyak seperti mereka. Tetapi, perundingan itu diteruskan. Dan pada 20 Julai, kita telah berusaha untuk mendapatkan— perundingan bermula untuk mendapatkan transit bagi laluan melintas empat negara itu untuk sampai ke negeri China.

Kita juga berunding untuk eksport durian melalui laut tetapi ia mengambil masa yang agak panjang. Ramai peminat durian di China mahu durian segar. Oleh itu, durian segar ini sama ada melalui udara atau melalui kereta api yang sedang kita bincang secara intensif sekarang ini.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Temerloh.

draft • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Speaker. Pertamanya, saya mohon bolehkah Menteri menyatakan berapakah ramai petani dan usahawan tani yang benar-benar mengalami peningkatan pendapatan selepas MAHA 2026? Berapakah nilai kontrak perniagaan yang telah direalisasikan kerana saya ucap terima kasih juga usahawan daripada Temerloh pun berpeluang menyertainya?

Kemudian, saya ingin tahu kerana kita dengar tadi pelaburan yang besar RM10.1 bilion. Dengan pelaburan yang besar dalam bidang teknologi moden seperti penggunaan dron, pertukaran teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), penggunaan internet dalam pertanian, latihan TVET dan pertanian pintar, sejauh manakah masalah krisis bekalan dan logistik input pertanian, harga benih padi yang melambung, baja serta kelemahan pengurusan dan tatakelola agensi serta masalah kebergantungan kepada input dapat diatasi? Kerana kita mendengar lagi masalah pengurusan baja yang lewat kepada petani. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri. Soalan bertindan-tindan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Soalan ini hal durian, hal MAHA. Hal padi itu kita jawab yang lain-lain. Banyak lagi soalan hal padi ini dan kita akan memberi tumpuan jawapan hal-hal itu.

Hal statistik penglibatan anak muda itu saya akan cuba beri secara bertulis sebab memang ada peningkatan itu. Bahkan, kita lihat dalam perusahaan nanas, memang terdapat generasi muda termasuk bumiputera yang sudah menjadi jutawan dalam hal perusahaan nanas. Begitu juga rock melon yang kita lihat mereka tumpu dan mereka sudah berjaya.

Di Terengganu misalnya, ada perusahaan menanam ubi keledek yang jualan yang berpuluh ekar yang amat berjaya. Jadi, semua ini kita lihat kejayaan-kejayaan.

Tandanya kita lihat peningkatan eksport kita. Eksport, gap di antara import masih lagi belum kurang, tetapi eksport barangan pertanian dah mula meningkat. Ini bermakna bahawa seruan kita supaya terlibat dalam pertanian, terutama ruang masih luas untuk terbuka kita mengeksport misalnya nanas belum lagi cukup. Burung walit juga menjadi contoh bilion. Begitu juga eksport yang lain yang kita sedang pergiatkan dalam pertemuan-pertemuan kita supaya barangan Malaysia, khasnya barangan pertanian dapat dieksport dengan lebih hebat pada masa akan datang.

Tentang penglibatan anak muda statistiknya itu, insya-Allah saya akan jawab secara bertulis kepada Temerloh. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya difahamkan Bagan Serai tidak berada dalam Dewan, maka kita ke— saya menjemput Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Kota Belud.

draft • 11:20 AM

[Soalan No. 4 – YB. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Bagan Serai) tidak hadir]

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi Tan Sri Speaker. Kota Belud, soalan nombor 5.

draft • 11:20 AM

5. Puan Isnaraissah Munirah Majilis [Kota Belud] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah intervensi kementerian terhadap fenomena shrinkflation perumahan bandar dan pinggir bandar di mana harga meningkat manakala saiz unit semakin mengecil serta rancangan mewajibkan spesifikasi saiz lantai minimum bagi rumah mampu milik swasta demi menjamin ruang kediaman keluarga berdaya huni

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca selawat] .* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, kerajaan komited memastikan rakyat mempunyai akses kepada kediaman yang selamat, berkualiti dan mampu didiami sama ada secara pemilikan ataupun secara sewaan. Selaras dengan Dasar Perumahan Negara 2026–2035 yang berteraskan humanising housing, kerajaan komited memastikan penyediaan perumahan bukan sahaja mampu dimiliki tetapi juga berkualiti, selesa dan sesuai dengan keperluan rakyat.

Dalam hubungan ini, kemampuan perumahan tidak boleh dinilai berdasarkan kepada harga semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira saiz, kualiti, lokasi dan daya huni supaya rumah yang disediakan benar-benar memenuhi keperluan isi rumah pada setiap peringkat kehidupan.

Kerajaan mengambil perhatian terhadap isu yang telah pun dibangkitkan mengenai keadaan apabila harga kediaman meningkat sedangkan saiz unit yang ditawarkan semakin kecil, khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar yang berhadapan dengan kos tanah dan pembangunan yang tinggi. Walau bagaimanapun, penyediaan unit yang lebih kompak tidak semestinya menjejaskan kebolehdiaman

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

sekiranya reka bentuk dan saiznya bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasar sepertimana individu bujang, pasangan muda ataupun warga emas. Yang penting pengecilan saiz tidak seharusnya mengorbankan keselesaan, fungsi dan kualiti kehidupan penghuni.

Bagi memastikan perkara ini, penyediaan perumahan pada masa ini dipandu oleh beberapa instrumen. Standard Perumahan Kebangsaan CIS 26:2019 menyediakan panduan berkaitan perancangan, reka bentuk dan pembinaan perumahan berkualiti, manakala Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

(UBBL) menetapkan keperluan minimum bagi ruang tertentu dalam sesebuah kediaman. Perancangan pembangunan perumahan juga tertakluk kepada rancangan pemajuan dan garis panduan perancangan yang berkuat kuasa di peringkat negeri dan juga pihak berkuasa tempatan masing-masing.

Bagi perumahan yang disediakan kerajaan, aspek daya huni ini telah pun diberikan penekanan melalui penambahbaikan Program Residensi Rakyat dengan penetapan keluasan minimum 750 kaki persegi. Pada masa yang sama, pendekatan baharu sepertimana Perumahan Inklusif MADANI mengambil kira penyediaan kediaman dalam pelbagai saiz dan reka bentuk supaya lebih responsif kepada keperluan kumpulan sasar yang berbeza.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi rumah mampu milik yang dibangunkan oleh sektor swasta, penetapan saiz dan spesifikasi turut tertakluk kepada dasar serta syarat yang ditentukan oleh kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Justeru cadangan untuk mewajibkan satu saiz lantai minimum yang seragam di seluruh negara perlu diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira perbezaan harga tanah, kos pembangunan, lokasi, jenis kediaman dan keperluan isi rumah supaya ketetapan tersebut tidak akhirnya meningkatkan kos pembangunan dan harga rumah itu sendiri kepada para pembeli.

Secara dasarnya saiz atau keluasan minimum lantai rumah yang dibina atas— dibina adalah antara 600 kaki persegi untuk satu bilik tidur dan 700 kaki persegi untuk dua bilik tidur dan 800 kaki persegi bagi tiga bilik tidur dengan penetapan harga rumah mampu milik mengikut locality dan negeri masing-masing.

Selaras dengan hala tuju Dasar Perumahan Negara 2026–2035, pendekatan kerajaan adalah untuk bergerak daripada konsep one size fits all kepada penyediaan perumahan yang lebih berasaskan keperluan dan profil isi rumah. Ini bermakna saiz rumah perlu bersesuaian dengan sesiapa yang mendiaminya tanpa berkompromi terhadap standard minimum keselamatan, keselesaan dan juga kebolehdiaman.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Ke hadapan, kementerian ini akan terus meneliti dan memperkukuhkan garis panduan berkaitan penyediaan rumah mampu milik bagi memastikan terdapat keseimbangan di antara harga, saiz, kualiti dan juga lokasi. Matlamat kerajaan bukan sekadar memastikan rakyat mampu membeli sebuah rumah, tetapi adalah bagi memastikan rumah yang mampu dibeli itu juga mestilah selesa, sesuai untuk didiami dan memenuhi keperluan kehidupan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Belud.

draft • 11:20 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kenapa saya tanya soalan tadi, sebab kalau kita tengok trend sekarang, dia jual dengan harga rumah rendah tetapi dia punya saiz mengecil, dan realiti di bawah, saya tidak tahu tempat lain, tapi kalau di Kota Belud, kita boleh nampak banyak mengadu dengan saya, satu rumah ada sampai dua, tiga hingga empat keluarga yang tinggal dalam satu rumah.

So soalan saya berkenaan dengan Sabah, Tan Sri Speaker. Berdasarkan indeks harga rumah di Malaysia suku kedua 2026, harga purata rumah di Sabah ialah keempat yang tertinggi di Malaysia, hampir sama dengan Selangor. Walaupun pendapatan penengah di isi rumah di Sabah hanyalah RM4,890 iaitu kurang daripada pendapatan penengah daripada Selangor, RM10,726.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kemampuan untuk memiliki satu rumah di Sabah ini antara yang paling rendah dalam negara. Dalam masa yang sama juga, kerajaan bergelut untuk menyalurkan air, elektrik, jalan raya kepada penempatan yang berselerak di Sabah. Jadi saya punya soalan, adakah kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membuka tanah Kerajaan Sabah bagi penempatan, terutamanya rumah pertama yang tersusun dengan rumah keluarga tiga hingga empat bilik pada harga mengikut pendapatan dan infrastruktur lengkap dengan infrastruktur air, elektrik, jalan dalam satu pakej. Jadi maksudnya kita selesaikan beberapa masalah dalam satu hal.

Saya punya concern adalah memang jauh lagi. Jangan kita jadi macam Hong Kong. Kalau kita tidak tetapkan apa ini kita punya dasar sekarang berkenaan rumah.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu tadi memang betul. Sabah, Sarawak dan juga Kelantan adalah antara negeri yang menghadapi masalah dalam mendapatkan rumah, keupayaan untuk mendapatkan rumah.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Adapun cadangan yang ditanyakan oleh— saya kira cadanganlah yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kota Belud tentang kerjasama dengan pihak kerajaan negeri. Itu saya kira adalah sentiasa menjadi keutamaan kita di mana kalau rumah mampu milik ini Ahli Yang Berhormat, kita ada satu Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Perdana Menteri yang juga dihadiri oleh semua Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Pada ketika itu perbincangannya adalah tentang rumah mampu miliklah Ahli Yang Berhormat. Jadi apa sahaja mahu dibincangkan keperluan kepada negeri- negeri terbabit maka boleh dibawa ke situ termasuklah seandainya ada tanah contohnya ya.

Perbincangan-perbincangan tentang rumah bagaimana model inovatif kita untuk supaya boleh memberikan— sediakan rumah mampu milik yang lebih banyak itu juga memang dalam perbincangan kita, laitu satunya usaha sama, sama ada dengan kerajaan negeri, dengan pihak berkuasa tempatan ataupun pemain— pemaju-pemaju perumahan swasta yang ada di negeri-negeri masing-masing. Dan juga mengadakan subsidi silang, pertukaran tanah, land swap dan juga kerjasama antara awam dan swasta. Ini memang sentiasa diberi perhatian.

Adapun yang keseluruhan juga dibincangkan itu tadi saya kira kita akan ambil juga sebagai input dalam pada kita perbincangan kita untuk Dasar-dasar Perumahan Mampu Milik Negara ke hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 11:30 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Dipersilakan Yang Berhormat Maran.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya. Kalau tak silap saya, ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pernah melaporkan lebih kurang 511,544 unit rumah mampu milik diumumkan, diluluskan ke tahun Disember 2025. Saya ingin tahu, setakat ini berapa jumlah rumah yang— yang telah pun dilaksanakan, yang telah dibina?

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dan kalau ikut Dasar Perumahan Negara, dulu ialah 900 kaki persegi.

Apakah rumah-rumah yang dah siap ini? Dan berapakah jumlah yang memenuhi kriteria keluasan rumah yang telah ditetapkan oleh Dasar Perumahan Negara?

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat kepada history-lah Tuan Yang di-Pertua, di sudut saiz perumahan, Program Perumahan Awam, contohnya kos rendah dan juga PPR dan juga sekarang ini kita sebut sebagai Program Residensi Rakyat. Pada tahun 1982, Program Perumahan Awam Kos Rendah keluasannya hanya 650 kaki persegi. Ia beralih kepada tahun 1998 di bawah Program Perumahan Rakyat Bersepadu juga masih 650 kaki persegi.

Begitu juga sehinggalah tahun 2002 penggabungan di antara PAKR dan juga PPR Bersepadu dan diterjemahkan sebagai PPR juga masih 650 kaki persegi.

Dan pada tahun 2006 baru kita melihat ketetapan PPR dimiliki, dibina di pinggir bandar dan juga luar bandar. PPR disewa, dibina di bandar juga meningkat kepada 700 kaki persegi. Pada tahun 2020, saya kira ini hanyalah satu-satunya tahun penjenamaan PPR tanpa guna peruntukan DE kepada Rumah Malaysia disebut sebagai ‘Rumah Malaysia Dimiliki’. Di situ barulah mungkin yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi 900 kaki persegi.

Adapun di sudut Dasar Perumahan Negara, Dasar Rumah Mampu Milik memang telah pun ditetapkan pada kadar 750 kaki persegi. Yang diminta oleh Yang Berhormat tentang rumah mampu milik 500 dan kemudian statistiknya yang sudah dibina, saya kira memang banyak kali kita jawab di Parlimen tetapi pada ketika ini saya tak ada mempunyai angka itu Ahli Yang Berhormat. Saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B), Yang Berhormat Lumut.

draft • 11:30 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Serangkap pantun dari saya.

Kalau tuan nak memancing, Pergi memancing di Sabak Bernam; Soalan saya sangat penting; Mohon jawapan soalan enam.

draft • 11:30 AM

6. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh mana Kerajaan Pusat bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi memperkasa pengiktirafan terhadap sumbangan veteran ATM.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut atas persoalan yang dikemukakan. Pada masa ini, tiada dasar atau bentuk kerjasama khusus antara kementerian dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dengan kerajaan negeri berkaitan hal ehwal veteran. Namun melalui promosi serta hubungan baik antara Kementerian Pertahanan dengan kerajaan negeri, tidak dinafikan bahawa kerajaan negeri juga mengambil berat, mengiktiraf dan juga menghargai jasa komuniti veteran ATM dalam pelbagai bentuk.

Saya mengambil beberapa contoh. Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan untuk mengedarkan 5,000 Kad Kesihatan Makmur Edisi Pahlawan bernilai RM500 kepada veteran ATM berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin serta berdaftar sebagai pengundi di DUN Pahang. Kad tersebut boleh digunakan oleh veteran untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta di negeri Pahang. Selain itu kerajaan negeri turut menyokong pelaksanaan aktiviti veteran melalui sumbangan kewangan kepada Persatuan Veteran ATM.

Begitulah juga contoh yang kedua, Kerajaan Negeri Johor sedang melaksanakan penyelarasan maklumat data terkini berkaitan inisiatif Bantuan Kasih Johor Fasa 1 dan juga Fasa 4 dan bantuan ini diberikan kepada yang berdaftar dalam sistem VIBES 2.0 di negeri Johor kerana sistem ini dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran. Dan pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran sedang dalam proses mengemas kini data di samping bantuan tersebut untuk dimajukan kepada Kerajaan Negeri Johor.

Dan komuniti veteran juga telah dilibatkan dalam pelbagai program pada peringkat negeri seperti Sambutan Hari Kebangsaan, program Malaysia MADANI dan program-program yang berkaitan. Kerajaan negeri sentiasa menyokong serta mengalu-alukan program anjuran kementerian ataupun JHEV ATM yang memberikan manfaat kepada komuniti setempat termasuk warga veteran ATM di kawasan berkenaan. Itu sahaja jawapannya Dato’ Sri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Komander, Yang Berhormat Lumut.

draft • 11:30 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Di lapangan, hubungan kerjasama kerajaan negeri dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ini ada jabatan kerajaan negeri yang tidak tahu wujudnya persatuan-persatuan veteran. Contohnya, mereka hanya tahu Persatuan Veteran ATM diberikan bantuan tapi dia tidak ada juga Persatuan Veteran TLDM, TUDM, ada Persatuan Kor-kor Tentera Darat.

So, saya menyarankan agar engagement, libat urus dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran pusat dengan kerajaan negeri untuk memaklumkan mengenai persatuan-persatuan ini. Kita tidak mahu saluran bantuan dana atau ditumpukan pada persatuan— hanya Persatuan Veteran ATM sahaja.

Soalan tambahan saya lagi, memandangkan terdapat pelbagai gabungan dan persatuan veteran tentera di sesebuah negeri dan bukannya Persatuan Veteran ATM sahaja, sejauh manakah kementerian ataupun Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM pusat bersedia menyelaras pendaftaran dan pemetaan persatuan-persatuan ini bersama kerajaan negeri supaya sebarang bantuan dan pengiktirafan dapat disalurkan secara saksama dan inklusif kepada semua veteran.

Dan juga untuk pengetahuan Timbalan Menteri, Jabatan Hal Ehwal Veteran di negeri-negeri ini pun ada satu contohnya di Negeri Sembilan dia— bukan di Negeri Sembilan, dia di bahagian— dia mengikut zon. Satu JHEV menjaga dua negeri, Negeri Sembilan dan Melaka, kalau di Perak hanya satu. Di utara, di timur sampai dua negeri. So, saya mencadangkan agar setiap negeri disediakan— diperjawatkan Jabatan Hal Ehwal Veteran dan juga Jabatan Hal Ehwal Veteran sedia ada ditambah kekuatan. Kalau mengikut sekarang ni saya rasa memang tak mampu untuk membuat kerja-kerja mereka. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Lumut atas tiga persoalan tambahan yang dikemukakan. Yang pertama tentang— Dato’ Sri Yang di- Pertua tentang negeri-negeri ataupun institusi-institusi kita termasuk sebahagiannya adalah yang berjumpa dengan saya adalah Ahli-ahli Parlimen sendiri tentang kepelbagaian persatuan-persatuan veteran ini.

Kita tak nafikan dari segi pendaftaran lebih daripada 300 persatuan veteran.

Ini adalah satu cabaran yang saya tak nafikan dan dalam masa yang sama dia terkait

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

juga dengan persoalan yang kedua bagaimana inisiatif kita untuk menggabungkan persatuan-persatuan ini. Kita memang berbincang di Majlis Veteran Kebangsaan bagaimana kita boleh menggabungkan sebahagian persatuan supaya hanya sekitar 100 persatuan sahaja yang dipimpin oleh beberapa persatuan induk.

draft • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ini memang kita sedang selaraskan di Jabatan Hal Ehwal Veteran supaya skim bantuan-bantuan kita itu dapat kita selaraskan. Dan dalam masa yang sama kita juga sudah menerima pandangan daripada persatuan- persatuan veteran tentang jumlah sumbangan daripada Kementerian Pertahanan kepada persatuan-persatuan ini. Dan kita juga pertimbangkan untuk meningkatkan lagi sumbangan-sumbangan ataupun peruntukan yang telah kita sediakan.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu saya tak nafikan, kebanyakannya negeri ini memang berurusan dengan persatuan-persatuan induk ini dan kita harap bahawa negeri akan terus memberikan sokongan dan dukungan kepada persatuan-persatuan veteran kerana memang kita di Jabatan Hal Ehwal Veteran penumpuan kita adalah untuk pastikan kebajikan veteran itu dapat kita jaga.

Adapun persoalan yang dibangkitkan tentang JHEV tadi, tentang persoalan- persoalan peranan kita dan seumpamanya itu mungkin kita akan lihat dari masa ke semasa kerana memang macam saya sebutkan tadi di JHEV fokus utama kita adalah lima aspek itu. Sama ada dari segi kebajikan, kesihatan, pembelajaran, pendidikan anak-anak veteran, perumahan dan juga bagaimana kita mengupayakan ekonomi veteran itu.

Dah dua kali soalan daripada Lumut ini. Dia berpantun, saya akhiri dengan pantun jugalah.

Merentas sungai lalu di titi, Titi kukuh itu diharap; Semoga Lumut berpuas hati, Soalan YB telah dijawab.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua. Saya ingin tanya soalan tambahan berkenaan dengan Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Kita sedar bahawa kerajaan telah mengumumkan pelbagai insentif kepada veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia. Kita menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama saya ingin tanya, adakah kerajaan lihat banyak daripada veteran-veteran ini masih mampu menyumbang untuk menjaga keselamatan negara kita. Umpamanya di Singapura kita lihat bahawa ketika kita ingin menaiki pesawat, ada ramai daripada warga emas yang menjaga keselamatan di situ memastikan bahawa segala prosedur dipatuhi, keselamatan dijaga sebelum kita menaiki pesawat.

Saya bagi contoh dalam Dewan ini kita ada veteran. Yang di-Pertua merupakan seorang Veteran Polis Diraja Malaysia. Mampu bertugas mengawal Dewan, melaksanakan tanggungjawab dengan baiknya. Yang di-Pertua merupakan seorang Pendakwa Raya di mahkamah. Pernah menjawat jawatan Pendakwa Raya Polis Diraja Malaysia.

Jadi soalan saya adalah adakah kerajaan juga bercadang untuk mengambil beberapa veteran untuk bertugas di lapangan terbang antarabangsa kita? Dewasa ini, kelmarin Putrajaya sebut banyak sangat kes-kes di mana dadah diseludup ke luar negara, dadah diseludup masuk.

Saya beri contoh, umpamanya perkataan “agi idup, agi ngelaban”.

Bermaksud berjuang selagi nafas masih ada. Banyak daripada veteran kita masih lagi boleh berjuang, masih lagi mampu memberi perkhidmatan untuk menjaga keselamatan. Jadi adakah kerajaan mempunyai niat untuk kita merencanakan sesuatu, mengambil balik veteran-veteran yang sanggup bertugas separuh masa ke sepenuh masa menjaga, terutamanya di lapangan terbang antarabangsa atau pun tempat-tempat penting, di mana kita mengawasi kemasukan orang-orang dan yang akan pergi ke luar negara? Mohon penjelasan, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong atas soalan yang dikemukakan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, ini terkait dengan kerjaya kedua Veteran Angkatan Tentera kerana kita tahu bahawa Veteran Angkatan Tentera kita secara majoritinya, terutamanya lain-lain pangkat ini menamatkan perkhidmatan dalam usia sekitar 40 tahun. 40 tahun sehingga 42 tahun itu mereka sudah berpencen.

Jadi, sudah barang pasti mereka harus ada kerjaya kedua. Sebab itu kalau kita lihat polisi kita di Kementerian Pertahanan— di samping kita membawa veteran industri pertahanan, kita tahu bahawa terutamanya kalau kita lihat Tentera Udara,

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

memang kebanyakan daripada mereka itu ada kepakaran teknikal dan sudah barang pasti mereka mudah untuk diserap kepada industri pertahanan.

Tapi apa yang disebut oleh Jelutong itu tentang bagaimana kita manfaatkan mereka itu untuk menjaga kerjaya kedua itu boleh terus menyumbang kepada kerajaan. Kalau kita lihat contoh yang paling mudah adalah Program Renjer Hutan kita. Sebab itu kalau kita lihat, kita serapkan dalam bajet juga pada tahun ini, untuk bajet tahun hadapan dan juga untuk bajet tahun ini juga kalau kita lihat memang kita peruntukkan untuk kita menyerapkan anggota pertahanan kita yang telah menamatkan perkhidmatan dalam renjer hutan.

Dan mutakhir, kalau kita lihat bermula pada tahun ini kita serapkan anggota veteran kita kepada agensi AKPS sebagai contoh. Untuk menjaga pintu masuk negara termasuk di lapangan terbang kita. Jadi, saya fikir memang— saya ambil satu contoh kenapa AKPS mengambil anggota veteran kita. Antara benda yang kita dapat manfaat adalah kita dapat mengurangkan proses latihan sehingga enam bulan itu.

Jadi, maknanya mereka sudah ada kepakaran itu dan sudah barang pasti dia akan dapat juga menjimatkan wang negara.

Sebab itu kalau kita lihat peranan kita untuk memastikan bahawa anggota veteran kita ini dalam— dapat diserapkan dalam agensi-agensi kerajaan ini harus kita berikan keutamaan. Kerana ada banyak perkara yang bukan sahaja dari segi penjimatan tapi saya fikir perkara utama adalah dari segi kepakaran mereka dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita. Itu sahaja Dato’ Sri.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis dengan ini menjemput untuk soalan berikutnya Yang Berhormat Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.

draft • 11:40 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:40 AM

7. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan prestasi pensijilan myGAP sejak EZi myGAP diperkenalkan 2020 seperti berikut:

(a) bilangan permohonan, diluluskan dan tertunggak setiap tahun 2021–2026 mengikut sektor dan negeri; dan

(b) purata tempoh pemprosesan sebenar berbanding sasaran 90 hari serta sasaran pensijilan menjelang 2030.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian (DOA) telah memperkenalkan EZi myGAP pada 2020 sebagai inisiatif penambahbaikan prosedur pensijilan myGAP, khususnya bagi skop tanaman makanan. Inisiatif ini bertujuan memendekkan tempoh proses pensijilan daripada dua tahun kepada 90 hari tanpa menjejaskan kualiti dan pematuhan terhadap piawaian Malaysia Standard (MS178) 2016 yang telah ditetapkan.

Pensijilan dalam tempoh 90 hari bekerja dapat dicapai sekiranya ladang pemohon telah bersedia dan mematuhi sepenuhnya semua elemen serta keperluan pematuhan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat ketidakpatuhan yang dikenal pasti pada mana-mana peringkat proses pensijilan, permohonan perlu melaksanakan tindakan pembetulan terlebih dahulu sebelum proses pensijilan dapat diselesaikan.

Keadaan ini boleh menyebabkan tempoh pensijilan melebihi 90 hari bekerja.

Bergantung pada tempoh yang diperlukan oleh pemohon untuk melaksanakan tindakan pembetulan tersebut. Berdasarkan rekod bagi tahun 2021 hingga 2026, jumlah permohonan menunjukkan peningkatan daripada 2,507 tahun 2021 kepada 3,652 permohonan pada tahun 2025. Manakala sebanyak 3,282 permohonan direkodkan tahun 2026 setakat tempoh pelaporan.

Dalam tempoh yang sama, bilangan permohonan yang berjaya dipersijilkan dalam tempoh kurang daripada 90 hari bekerja ialah 324 permohonan pada tahun 2021, 163 pada tahun 2022, 183 pada tahun 2023, 373 pada tahun 2024, 249 pada tahun 2025 dan 206 pada tahun 2026. Walaupun kementerian telah memperkenalkan EZi myGAP, sebahagian besar permohonan masih mengambil masa lebih 90 hari bekerja.

Iaitu 2,097 permohonan pada tahun 2021, 1,895 (2022), 3,277 pada 2023, 2,967 pada tahun 2024 dan 3,106 pada tahun 2025. Keadaan ini antaranya dipengaruhi oleh keperluan melaksanakan tindakan pembetulan. Terdapat ketidakpatuhan pada mana-mana peringkat proses pensijilan. Para pegawai DOA sentiasa memberi kerjasama kalau ada pembetulan untuk mendapatkan sijil pensijilan myGAP atau pun EZi myGAP yang dapat dikeluarkan dalam tempoh 90 hari.

draft • 11:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak berjaya 90 hari, pegawai-pegawai DOA akan bekerjasama untuk membuat pembetulan sehingga ia mendapat myGAP, terutama sekali perlu pengeluaran yang berkualiti terutama mereka yang terlibat dalam pengeksportan.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Yang Berhormat Kluang, soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri atas jawapan yang lengkap. Jadi, kementerian memaklumkan bahawa sebanyak 3,321 Sijil myGAP telah dikeluarkan pada tahun 2025. Dan tadi Menteri memaklumkan bahawa permohonan pada tahun itu adalah 3,652. Jadi, manakala sasaran KPI RMK13 hanyalah 12,400 pensijilan ladang iaitu sekitar 2,480 setahun.

Soalan saya adalah, adakah angka permohonan dan sijil yang dinyatakan ini merupakan permohonan baharu semata-mata dan atau turut merangkumi pembaharuan sijil sedia ada? Dan jika ia permohonan baharu, sasaran 2030 ini jelas lebih rendah daripada pencapaian semasa.

Dan adakah kementerian bersedia untuk menyemak semula sasaran tersebut dan serta menerbitkan data permohonan baharu pembaharuan dan tempoh pemprosesan EZi myGAP berbanding sasaran 90 hari secara berkala.

Dan juga satu soalan yang penting dari petani-petani di kawasan saya. Petani tempatan perlu menanggung kos pematuhan myGAP, malah pensijilan ini menjadi pra syarat utama untuk mengeksport durian kepada negara lain. Dan adakah sayur- sayuran dan buah-buahan import diwajibkan mempunyai pensijilan amalan pertanian baik yang setara dengan myGAP di ladang asal mereka, di negara asal mereka.

Ataupun sekadar melalui permit import Sijil Fitosanitasi dan pemeriksaan MAQIS.

Jika tidak, apa langkah kementerian bagi memastikan petani tempatan tidak terpaksa bersaing dengan produk import yang tidak tertakluk kepada piawaian yang sama.

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kementerian juga akan terus memperkukuh pemantauan terhadap pelaksanaan sistem EZi myGAP termasuk tempoh pemprosesan permohonan berbanding sasaran 10 hari bekerja. Saya kata tadi cooperation, kerjasama antara penanam ataupun peladang dengan pegawai-

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

pegawai perlu dipertingkatkan. Saya mengharapkan bahawa para pegawai DOA pula mencari jalan mudah cara tanpa mengorbankan kualiti pemeriksaan.

Berhubung penerbitan maklumat berkenaan myGAP kita boleh dapatkan melalui Jabatan Pertanian. Maklumat yang disediakan merangkumi bilangan pensijilan myGAP yang telah diluluskan, nama dan lokasi ladang. Dan jikalau mereka telah lama terlibat, tapi tidak ada penyelesaiannya, perkara itu bolehlah diangkat kepada kita supaya kita mencari jalan bagaimana hendak membantu facilitate mereka yang terlibat dalam perladangan sayur itu.

Untuk makluman Yang Berhormat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang diimport ke Malaysia pada masa ini tidak diwajibkan mempunyai pensijilan amalan pertanian baik yang setara dengan myGAP di negara asal. Walau bagaimanapun, produk import tetap tertakluk kepada syarat import yang ditetapkan termasuk permit import, Sijil Fitosanitari daripada negara pengeksport serat pemeriksaan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Kementerian juga mulai 1 Jun 2026 telah mewajibkan mengemukakan sijil analisis. Ada yang mengatakan sijil analisis ini pun tidak cukup. Kita sedang berbincang lagi sekarang dengan Kementerian MITI supaya bagaimana kita hendak berusaha mencari jalan untuk menyekat lambakan khasnya sayur-sayuran ke Malaysia ini. Bagi komoditi tertentu yang melibatkan misalnya cili, kubis, kubis bulat, sawi, tomato, timun yang kadang kalanya menjadi lambakan yang menyebabkan berlaku rungutan penanam-penanam tempatan. Sama ada di Cameron Highlands, di Johor atau di mana-mana.

Perkara ini kita sudah membawa kepada perbincangan di peringkat pihak sekuriti makanan dan kita sedang menganalisis apakah perkara-perkara baharu perlu kita perkenalkan supaya penanam-penanam sayur di Malaysia dan juga yang terlibat dalam buah-buahan ini terpelihara kedudukan mereka.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 11:50 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, pengusaha ladang ataupun pekebun kecil yang telah berjaya mendapat Sijil myGAP ada kebimbangan di kalangan mereka kerana mereka terpaksa bersaing dalam open market. Dengan lambakan produk yang tak ada pensijilan pematuhan myGAP.

Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian, apakah langkah strategik pihak kementerian untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan produk-

draft • 11:50 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

produk yang ada myGAP ini mendapat keutamaan di dalam pasaran. Dan adakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan program bimbingan untuk petani, pekebun kecil untuk mendapatkan Sijil myGAP secara bersasar. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Soalan yang baik daripada Padang Terap iaitu bagaimana kita hendak membimbing mereka untuk mendapat myGAP. Buat permohonan dahulu kepada pihak Jabatan Pertanian dan Jabatan Pertanian akan cuba mencari jalan untuk membimbing mereka.

Soal persaingan ini memang sentiasa ada. Sebab itulah kita sampai ke peringkat kalau terjejas pengeluaran mereka itu, kita minta FAMA selalunya intervein dalam hal permasalahan itu. Ini berlaku bila misalnya keadaan tanaman cili atau bendi atau apa sahaja yang jualannya terlalu murah, bawah daripada modal, maka pihak FAMA kita minta untuk intervein, untuk masuk campur supaya sekurang- kurangnya petani dan penanam sayur yang di peringkat bawahan ini sekurang- kurangnya mereka tidak rugi bila berlaku satu lambakan dalam pasaran.

Ini ikhtiar kita yang sentiasa berjalan dan kalau ada aduan-aduan particular yang ada di tempat Padang Terap itu, sila kemukakan supaya kita dapat bertindak, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Zakri bin Hassan Yang Berhormat Kangar.

draft • 11:50 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dari Kangar ke sempadan; Soalan saya nombor lapan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

8. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan tahap keselamatan khususnya di kawasan perumahan berpenduduk padat.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab walaupun Yang Berhormat Menteri saya ada di sini.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan komited untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses kepada tempat tinggal yang selamat, berkualiti dan berdaya huni, sama ada melalui pemilikan mahupun sewaan. Selaras dengan aspirasi shelter for all.

Dalam konteks ini, penyediaan perumahan bukan sahaja melibatkan aspek fizikal kediaman, malah perlu disokong oleh persekitaran kejiranan yang selamat, inklusif dan kondusif bagi menjamin kesejahteraan serta kualiti hidup bermasyarakat.

Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan khususnya di kawasan perumahan berkepadatan tinggi, kementerian ini melaksanakan inisiatif bandar selamat melalui Pelan Malaysia dengan memberi penekanan kepada usaha pencegahan jenayah menerusi perancangan dan reka bentuk persekitaran yang selamat.

Pendekatan ini antaranya menerapkan prinsip Crime Prevention Through Environmental Design ataupun CPTED supaya elemen keselamatan diambil kira seawal peringkat perancangan reka bentuk, pembangunan dan juga pengurusan sesuatu kawasan.

Antara langkah-langkah yang dilaksanakan dan terus diperkukuhkan adalah, pertama, penerapan elemen keselamatan dalam perancangan dan reka bentuk pembangunan termasuk susun atur bangunan dan ruang awam yang meningkatkan penguasaan semula jadi, laluan keluar masuk yang teratur serta mengurangkan ruang terlindung yang boleh meningkatkan risiko jenayah.

Yang keduanya adalah peningkatan pencahayaan di kawasan awam dan lokasi strategik khususnya di laluan pejalan kaki, lorong, kawasan, tempat letak kereta, taman permainan dan ruang rekreasi bagi meningkatkan tahap penglihatan dan rasa selamat penduduk.

Ketiga, penggunaan teknologi keselamatan dan pemantauan termasuklah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Keempat pengurusan dan penyelenggaraan persekitaran yang lebih baik termasuklah penyelenggaraan landskap, kemudahan awam dan juga ruang bersama supaya tidak mewujudkan kawasan terbiar, terlindung dan juga berisiko.

Kelima memperkukuhkan kerjasama dengan agensi keselamatan dan komuniti termasuklah PDRM, pihak berkuasa tempatan, badan pengurusan perumahan, komuniti setempat bagi menyokong pemantauan rondaan keselamatan serta tindakan pencegahan jenayah.

Dan yang keenamnya adalah memperkasakan penglibatan komuniti.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Daripada aspek keselamatan kebakaran pula, Tuan Yang di-Pertua, terdapat 344 buah Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara yang dilengkapi dengan aset pemadaman sepertimana jentera fire rescue tender, light fire rescue tender, compact fire rescue tender, dan bagi operasi pemadaman kebakaran keseluruhannya. Selain itu juga, terdapat 20 buah jentera aerial ladder platform yang telah pun ditempatkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara yang digunakan khas untuk kawasan-kawasan ataupun bangunan-bangunan tinggi.

Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat turut melaksanakan program kesedaran awam merangkumi ceramah keselamatan kebakaran, latihan pengungsian bangunan, demonstrasi penggunaan alat pemadaman api serta pameran peralatan kebombaan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi saat-saat kecemasan.

Kerajaan, Tuan Yang di-Pertua, berpandangan bahawa usaha meningkatkan keselamatan kawasan perumahan ini memerlukan pendekatan whole-of-nation yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan termasuklah juga Polis Diraja Malaysia, sektor swasta, badan pengurusan, pertubuhan masyarakat sivil serta komuniti setempat.

Bagi kawasan perumahan berkepadatan tinggi khususnya aspek perancangan fizikal, pengurusan dan penyelenggaraan persekitaran, teknologi, pemantauan serta penglibatan komuniti ini perlulah dilaksanakan secara bersepadu.

Kerajaan insya-Allah akan terus memperkukuhkan pelaksanaan Inisiatif Bandar Selamat dan kerjasama strategik dengan semua pihak berkepentingan supaya aspek keselamatan ini tidak hanya ditangani melalui penguatkuasaan selepas berlakunya kejadian tetapi pada masa yang sama turut diberi perhatian seawal peringkat perancangan dan juga reka bentuk pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Yang Berhormat Kangar, soalan tambahan.

draft • 12:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih, YB Timbalan Menteri.

Alhamdulillah, YB Menteri pun ada, YB Timbalan Menteri pun ada. Insya-Allah pelaksanaan Bandar Selamat akan dapat menangani isu-isu keselamatan di kawasan yang berkepadatan tinggi.

Jadi, sebahagian soalan telah dijawab oleh YB Timbalan Menteri. Walaupun begitu, saya ingin sentuh kepada apakah langkah-langkah awal yang boleh

draft • 12:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

dijalankan oleh KPKT, terutamanya di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi di kampung-kampung seperti di Kampung Warna-Warni, Kuala Perlis dan kawasan- kawasan sekitar kerana kawasan-kawasan ini sering terdedah kepada gejala bencana kebakaran.

Dan adakah pam-pam air— paip bomba mungkin saya tak pasti sebab ini kawasan kampung. Adakah pam-pam air boleh disediakan oleh KPKT untuk membantu di kawasan-kawasan ini? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, sila jawab.

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, khususnya melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memanglah kita sentiasa melaksanakan analisis risiko dan juga kajian kawasan bagi mengenal pasti faktor yang boleh memberikan cabaran kepada operasi pemadaman dan juga penyelamatan.

draft • 12:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Justeru, saya juga telah menyebutkan tadi, kita ada 334 buah balai yang juga digerakkan termasuklah di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Perlis dan juga ada latihan rancangan pra- insiden kebakaran dan perancangan ini menyokong kesiapsiagaan operasi melalui pengenalpastian awal keadaan kawasan premis laluan serta juga keperluan- keperluan dalam tindakan pemadaman dan penyelamatan.

Pada masa yang sama juga, Bomba dan Penyelamat Malaysia turut melaksanakan penyelenggaraan secara berkala bagi memastikan pili bomba mempunyai bekalan air dan tekanan yang mencukupi dan juga setiap pili bomba itu berada dalam keadaan berfungsi serta tiada kerosakan-kerosakan major-lah pada komponen setiap pili bomba bagi kita menyokong operasi penyelamatan yang dilaksanakan oleh pasukan bomba kita.

Dalam masa yang sama juga, program kesedaran awam saya sebutkan tadi tentang apa yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat tentang pam air lah apa itu, itu kita boleh bincang nantilah Yang Berhormat. Kita tengok keadaan, situasi dia. Kalau memang sesuai untuk dibantu, tak ada masalah di peringkat kita. Memang tujuan

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

kita khususnya kementerian ini sentiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat kita, termasuklah di negeri Perlis. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Silakan, Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 12:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Baik, terima kasih Dato' Speaker. Jadi, soalan tambahan saya adalah apakah tindakan kementerian untuk membantu menyelesaikan isu-isu rumah, rumah pangsapuri yang mengalami isu keselamatan bangunan yang boleh mengancam nyawa penduduk.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri, untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Apa ni, saya kira agak, agak besar gitu soalannya. Cuma saya kira kalau di peringkat pangsapuri, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini khususnya di bawah Jabatan Perumahan Negara, kita ada melaksanakan satu inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) untuk kita membaik pulih kalau adalah kerosakan-kerosakan ya Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera kan termasuk juga penyelenggara, menyelenggarakan perumahan berstrata mampu milik.

Antara skop penyelenggaraan kita di bawah TPPM ini adalah contohnya, mungkin kalau keselamatan itu terkait dengan lif, maka kita boleh memohon di bawah TPPM itu untuk membaiki ataupun menggantikan lif. Kedua, membaiki dan menggantikan tangki air dan juga sistem retikulasi dan membaiki; mengganti paip sanitari; membaiki ataupun menggantikan bumbung seandainya ada bumbung- bumbung yang rosak dan mungkin menimbulkan kacau ganggu ataupun risiko-risiko keselamatan kepada para penduduk; membaiki untuk mengganti tangga ataupun susur tangan (handrail); dan juga pendawaian semula ataupun kerja-kerja elektrik.

Ini semua, Tuan Yang di-Pertua, ada di bawah TPPM kita dan bolehlah dikemukakan permohonan itu bersama juga dengan pihak berkuasa tempatan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Majlis ke soalan yang kesembilan. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Wetrom bin Bahanda, Yang Berhormat Kota Marudu.

draft • 12:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft • 12:00 PM

9. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bentuk bantuan pasca bencana dan insentif teknologi (seperti sistem saliran moden) yang disediakan untuk pesawah dan pekebun kecil di dataran Kota Marudu yang sering terjejas akibat ancaman banjir bermusim bagi memastikan keterjaminan pengeluaran padi setempat tidak lumpuh.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Bagi memastikan kelangsungan dan keterjaminan pengeluaran padi setempat, KPKM melalui Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Sabah.

Kerjasama ini memfokuskan kepada intervensi mekanisasi segera pascabencana serta pengenalan infrastruktur saliran moden melalui langkah-langkah mitigasi berikut.

Yang pertama, pemulihan fizikal sistem saliran. JPS akan menumpukan kepada pemulihan fizikal sistem saliran sawah yang rosak akibat banjir. Ini termasuk membaik pulih ban atau benteng yang rosak, membersihkan mendapan lumpur pada tali air dan menyelenggara pintu kawalan air.

Bantuan sistem pam saliran. Mobilisasi unit pam air bergerak berkapasiti tinggi oleh JPS akan dilaksanakan di kawasan hotspot untuk mengepam keluar limpahan air ke sungai utama dengan kadar segera bagi mengatasi isu banjir termenung.

Pengenalan inisiatif teknologi sistem saliran moden. Permohonan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas boleh dikemukakan bagi membina serta menaik taraf infrastruktur rumah pam sedia ada. Rumah pam tersebut akan dilengkapi pam paksi aliran dwifungsi yang bertindak membekalkan air semasa musim kemarau dan mengepam keluar air limpahan semasa musim banjir.

Selain itu, projek pembinaan atau menaik taraf sistem pengairan dan saliran di kawasan sawah seperti tali air dan parit saliran akan menggunakan struktur kontrak moden berasaskan sistem binaan berindustri. Penggunaan teknologi IBS ini berkeupayaan mempercepat tempoh pembinaan, mengurangkan penggunaan terhadap jadual penanaman padi, menjamin kualiti struktur yang lebih tahan lama dan meminimumkan kebergantungan kepada tenaga kerja dan di tapak bina. Saya pun belum sampai lagi ke Marudu ini. Insya-Allah satu hari saya akan sampai dan kita tinjau bersama.

draft • 12:00 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Selain itu, KPKM juga telah menyalurkan RM9 juta kepada JPN negeri Sabah bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian. Daripada peruntukan yang telah disalurkan itu, sebanyak RM726,750 telah diperuntukkan khusus untuk Parlimen Kota Marudu yang melibatkan kerja-kerja seperti berikut— cukupkah itu? Saya pun kata belum cukup. Insya-Allah kita akan berusaha lagi.

Kerja menyelenggara infrastruktur pengairan dan saliran di skim pengairan [Tidak jelas] Kota Marudu dan kerja menyelenggara infrastruktur pengairan dan saliran dan skim pengairan Kota Marudu dan penyelenggaraan pam dan kerja-kerja berkaitan di skim-skim pengairan Kota Marudu.

draft • 12:00 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang lah mana-mana tempat yang berusaha membuka kawasan sawah yang terbiar pertama sekali kita akan cuba facilitate dan kita harap Yang Berhormat dapat memberi butir-butir yang lebih lanjut di mana kawasan baru yang nak dibuka di kawasan Marudu itu. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan. Silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih pihak Menteri yang sentiasa memberikan perhatian kepada keterjaminan makanan, terutamanya di kawasan Kota Marudu.

Soalan saya, apakah pihak kementerian yang bukan saja menumpukan kepada pembaikan ataupun meng-upgrade sistem tali air, tapi juga harus diperhatikan jalan-jalan pertanian, terutamanya di kawasan Kota Marudu? Dan kalau kementerian seperti yang pihak Menteri tadi nyatakan, ingin meminta kerjasama daripada pihak pejabat saya, insya-Allah ya, kita akan membuat pelan perancangan untuk kawasan-kawasan pertanian, terutamanya kawasan sawah padi untuk kita upgrade ataupun kita buat bina baru jalan-jalan pertanian yang ada— yang harus dilaksanakan di Kota Marudu. Ini penting untuk menjamin supaya semua kawasan sawah padi ini dapat kita optimumkan, dapat kita apa ini, laksana, usahakan untuk menaikkan rantaian makanan di Kota Marudu. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya menyebut tadi bahawa di mana- mana tempat di Malaysia, khasnya kawasan-kawasan yang nak memulihkan tanah terbiar atau membuka kawasan baru sawah padi, kita akan berusaha menyokong

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

dan facilitate supaya dapat membuka dengan segera. Sebab keadaan sekuriti makanan kita dalam keadaan 55, 56 peratus keadaan SSR negara, hal beras ini dia tidak berapa melegakan. Kerana kita tahu kita bergantung kepada import kerana kita hilang kawasan sawah padi begitu banyak dalam 20 tahun kebelakangan ini.

Oleh itu, kalau ada usaha untuk membuka kawasan-kawasan baru khasnya di Sabah, Sarawak dan di mana-mana, kita akan cuba lihat peruntukan RMK13 dan sebagainya. Dan juga kalau kurang, kita akan berusaha supaya ada peruntukan tambahan untuk kita tumpu dalam bidang sekuriti makanan, khasnya beras ini.

Di kawasan Marudu, ada dua syarikat swasta yang terlibat dalam hal padi ini iaitu daripada Sawit Kinabalu dan juga Arise Sdn. Bhd. yang membuka ladang baru dalam hal padi ini. Dan kita menyokong pihak swasta dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan juga sokongan daripada Kerajaan Federal untuk hal-hal sekuriti makanan, khasnya hal padi dan beras ini.

draft • 12:10 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih Menteri.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Langkawi.

draft • 12:10 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Sri Dr.

Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri bila sebut soal banjir, Langkawi tidak ketinggalan. Minggu lepas dua jam hujan, Pekan Kuah dinaiki air begitu tinggi. Dan ini berlaku juga di kawasan-kawasan pertanian Yang Berhormat. Dan kalau Yang Berhormat bercakap tadi soal pencegahan dan juga pemulihan. Pencegahan di Langkawi saya tidak nampak saliran moden, pam air yang begitu fantastik orang kata, pengurusan sungai dan amaran awal banjir juga tidak ada Yang Berhormat, dari segi kepada petani-petani.

Dan kalau kita melihat dari segi pemulihan, bantuan kewangan, benih dan input pertanian selepas bencana itu juga saya merasa di Langkawi ini agak lemah, termasuk juga bantuan-bantuan teknologi moden, penggunaan seperti dron dan sebagainya. Beberapa kali juga petani-petani di Langkawi memohon supaya penambahan jentera pembajak dan sebagainya. Saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pelan selain daripada Kota Marudu, kepada Langkawi juga Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan spesifik hal Langkawi, saya akan dapatkan maklumat dan jawab secara bertulis lah. Apa program dalam hal pertanian, khasnya hal padi di Langkawi ini dan kita akan jawab secara bertulis.

Secara umumnya, kita memang mahu petani terlibat dalam mekanisasi baru.

Masalahnya, petani kita ini masih lagi berskala kecil. Bila berskala kecil, kalau dia menggunakan dron, kalau dua ekar dia buat sawah, dia belum start terbang saja dah masuk petak orang lain. Sebab itu kita menggalakkan untuk pemodenan dan sebagainya pergi ke berskala besar. Bila berskala besar, segala teknologi moden dapat digunakan.

Berskala kecil ini boleh, tetapi ia kalau bolehnya berlaku penanaman, hendaklah serentak antara petak itu, petak ini, orang itu orang ini, baru dapat digunakan mekanisasi dengan kongsi bersama. Kalau kita nak beri dron untuk satu setengah ekar, dia buat sawah padi di situ, tentu lah perbelanjaannya tinggi, sewanya tinggi, maka ia tidak ekonomik. Perkara ini kita kena tinjau case by case, masa ke semasa untuk meningkatkan hasil para petani, khasnya Langkawi.

Langkawi terkenal dengan dulunya keluaran pulut, tapi sekarang kita nampak sudah ketinggalan. Kita cuba pulihkan balik supaya tanaman pulut di Langkawi itu yang diusahakan saya ingat 10 tahun dulu, dapat dikembalikan untuk diusahakan oleh penduduk-penduduk Langkawi. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamat lah sesi untuk Waktu Pertanyaan bagi Jawapan Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2027 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 21 Oktober 2026.” Terima kasih.

draft • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 11:34 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul yang telah dibentangkan oleh Menteri tadi seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:34 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [19 Oktober

draft • 11:34 AM

2025] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat-Yang Berhormat, senarai pembahas pada hari ini seramai 20 orang.

Saya akan bacakan, pohon Yang Berhormat-Yang Berhormat bersedia mengikut giliran. Majlis akan dimulakan dengan Yang Berhormat Kota Melaka, diikuti Yang

draft • 11:34 AM

2025] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Pasir Salak, dan akhir Yang Berhormat Bentong. Dengan ini, dipersilakan Yang Berhormat Kota Melaka untuk memulakan perbahasan.

draft • 11:34 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Speaker. Dato’ Sri Timbalan Speaker, KLCC sekarang sudah jadi KL cannot see kerana jerebu. Jadi, saya nak terima kasih kepada Parlimen yang telah membenarkan usul tergempar saya pada minggu yang lepas dan kita telah bahas dalam Kamar Khas. Dalam Kamar Khas tersebut, saya telah sebut bahawa ada laporan yang mengatakan terdapat syarikat tempatan yang terlibat dalam pembakaran di Indonesia. Dan waktu itu Timbalan Menteri mengatakan bahawa mereka tiada maklumat tersebut.

Jadi, hari ini saya ambil kesempatan di sini, di mana ini ada laporan yang telah disediakan oleh Greenpeace, satu NGO di mana dalam laporan telah menyatakan ya, ada 20 syarikat yang terlibat di mana saya lihat ada salah satu daripada syarikat tersebut ialah Kuala Lumpur Kepong yang telah disebut dalam laporan ini di mana anak syarikat mereka yang daftar di Indonesia terlibat dalam pembakaran tersebut.

Jadi, saya harap dengan adanya laporan ini, saya harap supaya kementerian boleh ambil tindakan yang tegas. Sebab kalau kita lihat, negara jiran kita Singapore, mereka telah ya, panggil 10 syarikat di negara mereka yang dipercayai terlibat dalam pembakaran tersebut. Jadi, saya harap supaya kita boleh mencontohi negara Singapore, panggil syarikat yang terlibat untuk memberikan satu isyarat yang serius kepada mereka. Sebab jerebu ini telah memberi kesan yang begitu buruk sekali kepada seluruh rakyat Malaysia.

draft • 12:18 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dato’ Sri Timbalan Speaker, ekoran daripada pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, kuat kuasa 1 Oktober. Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menjayakan agar pelaksanaan itu telah berkuat

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

kuasa. Ini merupakan satu reformasi institusi yang harus kita bangga di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Ini menunjukkan dengan adanya Akta Perkhidmatan Parlimen ini, Parlimen akan benar-benar bebas, bukan lagi sebagai rubber stamp dan kita percaya ya dengan adanya akta tersebut, dia akan memberi kematangan Demokrasi Berparlimen ini. Jadi, saya harap selepas ini dengan tubuhnya Majlis Perkhidmatan Parlimen, Parlimen Malaysia ini akan menjadi world class ya, menjadi world class dan akan dibanggai oleh semua. Jadi, kita harus bergerak ke depan dan kita jangan lagi berpatah balik.

Jadi, dalam bab ini saya nak ingin menarik perhatian kepada Pejabat Speaker ya, termasuk Timbalan Speaker. Di mana semalam kita lihat ada satu notis yang telah ditampalkan ya. Notis itu ialah “Larangan serahan memorandum dalam Kompleks Parlimen Malaysia”. Jadi, saya masih ingat sebelum ini Tan Sri Speaker pernah sebut, kita— Parlimen perlu lebih terbuka untuk menerima ya, suara rakyat.

Jadi, saya masih ingat dia kata nak sediakan satu ruang untuk menerima memorandum dalam kawasan Parlimen. Tetapi hari ini kita lihat apa yang dilakukannya itu adalah di sebaliknya. Di mana dilarang untuk menyerah memorandum dalam Kompleks Parlimen Malaysia. Jadi, saya harap supaya Majlis Perkhidmatan Parlimen yang baru sahaja ditubuh itu boleh lihat semula ya tentang keputusan ini.

Kalau rakyat nak datang ke Parlimen untuk serah memorandum, saya rasa kita harus menerima dia, bukannya menolak mereka, sekat mereka daripada menyuarakan masalah mereka. Jadi, selain daripada kita telah luluskan Akta Perkhidmatan Parlimen. Jadi, selepas ini kita harap supaya pindaan Perlembagaan berkaitan dengan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun dan juga ya, Akta Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dibentangkan dalam sesi Parlimen Persidangan pada kali ini.

Ini adalah untuk memastikan pengasingan kuasa supaya pendakwaan bebas daripada pengaruh eksekutif dan juga dengan adanya had 10 tahun Perdana Menteri, maka dia dapat memastikan kita dapat mengelakkan ya, salah guna kuasa dan juga dapat memastikan peralihan kuasa secara lebih sihat.

Begitu juga saya nak mencadangkan kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen, memandangkan kita Parlimen sudah bebas daripada pentadbiran eksekutif, kita set agenda kita sendiri iaitu saya nak cadangan supaya Parlimen ini menggubal Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan Parlimen secara saksama. Supaya semua Ahli

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Parlimen tak kira dia pembangkang ke, dia blok kerajaan ke, semua dapat peruntukan untuk pembangunan kawasan Parlimen masing-masing.

[Tepuk] Sebab sudah tiba masanya ya untuk kita bertindak sebagai lebih adil dan ini adalah manfaat untuk semua rakyat. Jadi, saya harap supaya Parlimen ya boleh mulakan proses penggubalan akta tersebut. Begitu juga saya nak sentuh tentang isu scam. Dalam ucapan Perdana Menteri, ada mengatakan bahawa ada berikan peruntukan dana dan juga akan memperkenalkan strategi baru untuk mengatasi masalah scam ini. Dan kalau kita lihat laporan ya, tahun 2025 sahaja lebih kurang RM3 bilion ya telah rugi akibat daripada scam. Jadi, scam ini kita lihat dia ada individual yang menjadi mangsa scam itu. Jadi, kita mengalu-alukan ya sebab dengan adanya peruntukan dana, mereka dapat ya contohnya membangunkan aplikasi berasaskan AI untuk membanteras scam supaya rakyat tidak menjadi mangsa.

Tetapi pada waktu yang sama, apabila saya melihat satu laporan iaitu di mana PDRM, pihak polis, mereka berjaya ya menawan ya, satu pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang. Di mana sekarang ini ya sindiket jenayah terancang ini, mereka telah menjadikan Malaysia salah satu daripada pangkalan baru ya sebagai pusat operasi sindiket penipuan ataupun scammer. Jadi, Malaysia sekarang sudah menjadi salah satu tumpuan mereka.

Jadi, dalam bab ini saya harap supaya semua pihak, kita tidak boleh sahaja bergantung kepada PDRM sahaja tetapi semua pihak termasuk rakyat. Kalau ada maklumat tentang pusat sedemikian, kita harus beritahu pada pihak berkuasa dan kita harap ya supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih tegas sebab dengan adanya pusat pangkalan baru scammer ini di Malaysia, ia memang akan menjejaskan keselamatan dan juga ekonomi negara kita.

Selanjutnya saya nak sentuh tentang SARA dan juga Sumbangan Tunai RAHMAH (STR). Di mana tahun depan kita akan meningkat daripada RM15 kepada RM16 bilion, penambahan RM1 bilion. Kita mengalu-alukan dan dalam apa nama— mengikut butiran yang kita dapat buat masa ini ada lebih kurang 15,000 premis.

Antaranya ada 6,800 adalah kedai runcit kecil yang mengambil dalam Program SARA ini iaitu eKasih ya.

Mereka boleh gunakan bantuan SARA ini beli barang di 15,000 kedai dan untuk tahun depan ada penambahbaikan di mana barang segar dan juga basah

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

boleh gunakan SARA untuk beli dan akan melibatkan pasar tani FAMA, lebih kurang 216 pasar tani FAMA akan menggunakan, boleh gunakan SARA.

Akan tetapi di sini saya nak bangkitkan ialah supaya kita perlu melihat selain daripada eKasih ya, yang mereka terlibat eKasih hanya sekadar 15,000 kedai sahaja sedangkan di Malaysia ini kita ada banyak lagi kedai-kedai yang kecil. Jadi, di sini saya nak menyeru supaya SARA ini diperluaskan ya penggunaannya di mana kita biar lebih ramai peniaga kecil dapat terlibat iaitu saya nak cadangkan kita gunakan platform ecommerce. Contohnya Touch ‘n Go, contohnya Shopee ya. Di Shopee sahaja kita lihat ada 500,000 peniaga tempatan yang daftar dengan Shopee, contoh. Kenapa saya nak ca— Maka di sini saya nak cadang kepada Kementerian Kewangan supaya membuka ruang ya kepada peniaga-peniaga kecil di online platform ini, di Shopee dengan yang lain-lain. TikTok ke yang lain-lain, semua ialah peniaga tempatan, supaya mereka ya, barang-barang mereka juga boleh dibeli dengan bantuan wang SARA ini.

Selanjutnya, saya nak sentuh tentang hari ini terdapat satu platform luar negara daripada China, Pinduoduo yang telah membanjiri ya pasaran online ini, telah menjejaskan peniaga tempatan. Ya, memang dalam ucapan Perdana Menteri mengatakan kita akan menggubal satu undang-undang ya untuk kita membanteras ya ancaman daripada Pinduoduo ini. Akan tetapi untuk menunggu penggubalan undang-undang tersebut, dia mengambil masa yang panjang.

Jadi, dalam tempoh ini, apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan? Jadi, dalam bab ini bagaimana kita nak bantu peniaga-peniaga kecil? Saya ada satu cadangan iaitu sekarang kita melalui KPDN kita ada Jualan RAHMAH. Bolehkah kita gunakan e-jualan RAHMAH. E-RAHMAH melalui online platform ya, di mana Jualan RAHMAH itu kita boleh— kerajaan peruntukan untuk Jualan RAHMAH itu, peruntukan itu kita convert itu sebagai e-voucher. Di mana rakyat Malaysia semua boleh pergi tuntut baucar tersebut dan mereka boleh beli melalui online platform seperti yang saya sebut TikTok ke Shopee ke dan lain-lain platform dan kita bantu peniaga tempatan yang mereka jual secara online. Jadi, saya harap supaya kerajaan boleh pertimbangkan ya.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dan begitu juga dengan isu Rohingya. Kita lihat hari ini, kita dah mula hantar balik orang Myanmar. Saya nak minta supaya jangan kita— apabila kita tutup pintu

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

depan, pintu belakang pula kita terbuka. Di mana kita lihat kenapa hari ini ada begitu ramai orang Rohingya dalam negara kita.

Mereka datang dengan cara bagaimana? Kenapa angka itu meningkat dengan begitu mendadak? Sudah pasti, ada jalan tikus. Mereka masuk ke negara kita melalui jalan tikus. Jadi, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam penyeludupan orang Rohingya ke Malaysia ini? Sudah pasti mereka agensi yang berkuat kuasa ya, penguat kuasa yang menjaga sempadan. Mereka harus memainkan peranan yang lebih penting, ya.

Di kawasan saya, Dato’ Sri Timbalan Speaker, ada satu kawasan, satu kampung ya. Rakyat tempatan beritahu kepada kita, malam-malam pukul 3 pagi ada van yang akan hantar Rohingya— orang Rohingya pergi ke kampung tersebut.

Mereka sudah jadi satu tempat transit untuk satu minggu. Selepas itu, mereka akan hantar ke tempat lain.

Bila kita berikan maklumat sedemikian, nampaknya pasukan penguat kuasa tidak mengambil serius apabila kita bekalkan maklumat tersebut kepada mereka.

Jadi, kalau kita nak kata kita nak mengatasi masalah Rohingya ini, semua perlu memainkan peranan. Hari ini orang Rohingya di kawasan saya, mereka kata mereka nak tuntut jadi wakil dalam JPKK. Mereka nak kan sendiri punya surau. Mereka tak nak campur dengan surau yang rakyat Malaysia pergi itu.

Jadi, ini akan menimbulkan banyak masalah dalam masa akan datang, ya.

Apatah lagi mereka berniaga di pasar pagi. Semua kita boleh lihat tetapi kenapa dia boleh berlanjutan sehingga hari ini? Jadi, saya harap supaya kerajaan ambil berat tentang isu ini.

Selanjutnya, saya nak bangkit tentang SST. SST ini telah menimbulkan banyak perbincangan, terutamanya di kalangan sektor industri, sektor perniagaan.

Jadi dalam bab ini, kita— Kementerian Kewangan kata, mereka akan melihat bagaimana nak tambah baik tentang SST ini. Jadi, ini adalah satu perkara yang penting sebab dia telah menyebabkan cascading effect. Cascading effect ini, dengan izin, ia telah menyebabkan kos pengeluaran akan meningkat.

Jadi dalam bab ini, saya berharap supaya Kementerian Kewangan, mereka boleh merujuk kepada negara-negara yang lain yang mereka telah laksanakan SST supaya cara gunakan dia, lebih mudah, lebih senang dan bukannya terlalu complicated.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Selanjutnya, saya nak sentuh tentang landasan kereta api. Di Melaka hari ini, landasan kereta api hanya berhenti di Tampin iaitu sempadan Negeri Sembilan dengan Melaka. Sebenarnya, Melaka ini kita tak ada landasan kereta api.

Jadi, di sini saya nak bercadang kepada Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Ekonomi supaya boleh meluluskan satu projek. Kita bina satu landasan kereta api menyambungkan Melaka dengan KLIA, Lapangan Terbang KLIA. Sebab jaraknya lebih kurang 90 kilometer dan kalau kita ada landasan kereta api, dia mungkin ambil masa lebih kurang 30 minit untuk KLIA sampai ke Melaka.

Kalau landasan kereta api dapat dibina, sudah pasti ia dapat memajukan sektor pelancongan di negeri Melaka dan juga aktiviti pelaburan dan juga aktiviti perniagaan. Ia dapat membantu ekonomi negeri Melaka.

Selanjutnya Dato’ Sri, saya minta lagi satu minit untuk dua topik lagi iaitu berkaitan dengan gaji minimum. Gaji minimum ini adalah penting di mana— terutamanya kepada generasi gen Z ya, generasi muda. Generasi muda ini yang lepas pelajaran mereka, mereka keluar, mereka kerja.

Apa yang mereka inginkan ialah supaya dapat peluang pekerjaan yang lebih baik. Pekerjaan yang lebih baik, gaji yang berpatutan, yang bermaruah dan juga gaji yang munasabah. Dan ini adalah penting supaya anak-anak kita, anak-anak muda ini, mereka dapat mengumpulkan kekayaan mereka pada waktu muda lagi. Supaya apabila mereka jadi tua, kelak hari mereka dah jadi warga emas, mereka mempunyai simpanan yang cukup untuk kehidupan selepas mereka bersara. Itu adalah penting.

Sebab itu, kita perlu memastikan gaji minimum itu adalah munasabah.

Jadi dalam bab ini, kita perlu tekankan bahawa pertumbuhan ekonomi itu tidak semata-mata kita hanya lihat kepada angka pertumbuhan itu tinggi tetapi lebih penting ialah rakyat Malaysia diberi peluang yang adil untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Itu ialah berkaitan dengan mobiliti sosial. Kita nak supaya rakyat kita semua, mobiliti sosial mereka meningkat, menjadi lebih baik.

Contohnya, saya. Saya ialah anak daripada keluarga B40. Oleh kerana kita dapat pendidikan yang dapat masuk ke universiti, kita hari ini ada peluang menjadi– dapat kerja yang lebih baik. Contohnya, saya bekerja di Maybank sebelum saya bertanding dan hari ini, kita jadi Ahli Parlimen, ya.

Jadi, itu adalah untuk bagaimana kita nak memastikan kehidupan kita, taraf hidup kita meningkat. Selain daripada pendidikan, kita juga perlu memastikan anak- anak kita mempunyai gaji yang munasabah. Jadi dalam bab ini, kita sokong tetapi

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

pada masa yang sama, kita sedar ya. Kita sedar bahawa kenaikan gaji minimum ini, sektor perniagaan, mikroekonomi dengan SME, mereka menghadapi cabaran.

Jadi, apabila mereka menghadapi cabaran, bagaimana kita nak bantu dia?

Ini adalah peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan. Dalam bab kita nak bantu golongan pekerja tetapi pada masa yang sama, kita perlu ada satu polisi, satu dasar yang boleh bantu peniaga. Supaya apabila kesan kerana kenaikan gaji minimum ini tidak menjejaskan. Tidak menjejaskan SME dan juga mikroekonomi.

Jadi dalam bab ini, sebenarnya yang boleh dilakukan, salah satu yang saya rasa mereka boleh terus buat oleh Kementerian Kewangan ialah proses memulangkan lebihan cukai pendapatan syarikat. Di mana, ia telah di— sektor perniagaan, mereka ada mengeluarkan keluhan mereka. Di mana mereka tahun- tahun yang lepas, mereka sudah bayar cukai lebih. Bayar lebih tetapi pulangan, refund daripada— dengan izin, refund daripada Kementerian Kewangan itu lambat.

Wang mereka dah bayar lebih tetapi nak angkat balik, susah.

Jadi dalam bab ini, kalau Kementerian Kewangan menyedari tentang kesukaran yang mereka hadapi, contohnya kerana gaji minimum ini, jadi refund ini, refund daripada cukai pendapatan lebihan itu, kita harus bagi balik kepada mereka dengan secepat mungkin supaya mereka dapat bernafas.

Itu sahaja daripada saya. Terima kasih kepada Dato’ Sri Timbalan Speaker, memberikan ruang kepada saya. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dato’ Sri Timbalan Speaker, hari itu dalam Kamar Khas, Timbalan Speaker ada suruh saya bangkit tentang isu pusat jagaan warga emas.

Jadi, saya nak maklum kepada Dato’ Sri Timbalan Speaker, bab tersebut hari itu dalam bajet, kita telah umumkan untuk pusat jagaan warga emas. SST sebelum itu dikenakan lapan peratus, hari ini. Tahun depan di mana— bagi mereka ya, kalau mereka bayar yuran itu kurang daripada RM96,000 satu tahun, maka SST tak perlu dibayar. Kosong. Kalau dia perlu bayar lebih daripada RM96,000 setahun, maka dia dikenakan cukai SST enam peratus. Itu ialah keputusan yang terbaru.

Ertinya, keputusan tersebut akan memberi manfaat kepada majoriti warga emas yang tinggal di pusat jagaan tersebut sebab RM96,000 ertinya, RM8,000 satu bulan dan rata-rata di pasaran, kebanyakannya yuran bulanan memang kurang

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

daripada RM8,000. Jadi, boleh dikatakan kebanyakan bebas daripada SST tersebut.

Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Speaker.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Inisiatif yang bagus. Hanya follow up- lah dengan pihak eksekutif. Kadang-kadang tak menjadi dasar, bercakap dalam Parlimen sahaja. We make sure, dengan izin, it becomes a dasar kerana negara kita pun dah tergolong generasi-generasi yang menua, ya.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Majlis ke soalan yang― maaf. Ke pembahas yang kedua. Dipersilakan Yang Berhormat Pagoh.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2027 ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan belanjawan ini yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan sebanyak RM510 bilion. Pada hemat saya, terdapat beberapa langkah positif dalam belanjawan ini yang memberikan faedah secara langsung kepada rakyat. Antaranya peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai RAHMAH, Sumbangan Asas RAHMAH pada RM16 bilion berbanding RM15 bilion sebelum ini yang memanfaatkan sembilan juta penerima.

Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan dengan kadar RM2,500 bagi pekerja separa mahir dan graduan; potongan cukai M40 yang menambahkan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600; pendaftaran KWSP secara automatik pada usia 18 tahun; dan beberapa cadangan-cadangan yang lain yang telah pun disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Namun, masih terdapat beberapa isu dalam belanjawan ini yang belum diberikan tumpuan sewajarnya oleh kerajaan dan itulah yang ingin saya bangkitkan pada perbahasan ini. Pertamanya, menyentuh tentang pertumbuhan ekonomi negara dan kehidupan bermaruah.

KDNK negara kita dijangka berkembang antara 4.2 peratus hingga 5.2 peratus pada tahun hadapan. Tetapi, pertumbuhan pendapatan per kapita rakyat hanya sekitar 3.4 peratus sahaja. Ertinya, peningkatan pendapatan rakyat tidak

draft • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

setimpal dengan pertumbuhan ekonomi negara. Dan lebih mengecewakan, bahagian pendapatan buruh kekal rendah. Pampasan pekerja, sebagai contoh, berbanding KDNK dijangka sebanyak 34 peratus pada tahun 2026 dan 34.2 peratus pada tahun 2027. Angka ini masih di bawah pencapaian 10 tahun yang lalu iaitu 35 peratus pada tahun 2015. Malah, angka ini jauh lebih rendah berbanding negara- negara maju yang telah mencapai paras 50 peratus.

Ini menunjukkan sejak 10 tahun yang lalu, ekonomi negara kita berkembang lebih besar tetapi manfaat yang sampai kepada pekerja dalam bentuk upah adalah lebih kecil dan ini menunjukkan masih terdapat jurang yang besar di antara pertumbuhan ekonomi negara dan pendapatan sebenar rakyat. Ekonomi berkembang tetapi manfaatnya tidak sepenuhnya dinikmati oleh rakyat. Negara maju tapi rakyat masih tidak maju.

Saya percaya kenaikan gaji minimum yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam belanjawan ini adalah antara langkah yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat.

Tetapi, ini bukanlah satu-satunya langkah yang boleh diambil oleh kerajaan.

Langkah-langkah yang lebih drastik dan komprehensif hendaklah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kadar upar pekerja.

Ini termasuklah menggalakkan pelaburan dalam bidang-bidang teknologi baru yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi kepada rakyat di negara kita.

Pelbagai bentuk insentif juga boleh ditawarkan kepada pihak industri untuk menawarkan upah yang lebih tinggi kepada pekerja negara ini seiring dengan kelayakan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang-bidang teknologi tinggi.

Ini termasuklah memberikan insentif cukai kepada majikan yang menawarkan upah yang tinggi seiring dengan peningkatan produktiviti dan memberikan subsidi upah kepada majikan-majikan yang menyediakan latihan-latihan kemahiran bertauliah kepada pekerja.

Selain itu, perubahan yang lebih struktural untuk beralih kepada ekonomi bernilai tinggi hendaklah dizahirkan. Sehubungan ini, penggantungan kepada pekerja asing terutamanya dalam bidang pekerjaan 3D ataupun, dengan izin, dirty, dangerous and difficult jobs yang bernilai rendah hendaklah dikurangkan secara beransur-ansur. Kita tahu ini adalah antara faktor yang menekan gaji pekerja tempatan kerana terdapat lambakan pekerja asing yang dibayar gaji yang rendah untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh rakyat negara ini

draft • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

dengan upah yang lebih tinggi. Ini termasuklah pendatang tanpa izin yang juga bekerja di negara kita ini secara haram.

Sudah sampai masanya pihak industri di negara kita ini beralih kepada automasi selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Dengan itu, penggantungan pada pekerja asing yang berkemahiran rendah dapat dikurangkan dan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dapat digembleng untuk bekerja dalam bidang-bidang yang menggunakan teknologi tinggi dengan upah yang lebih lumayan.

Kerajaan juga boleh memberikan insentif kepada syarikat-syarikat yang beralih kepada automasi serta menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan. Langkah ini hendaklah dilaksanakan secara konsisten menerusi dukungan kerajaan dan industri yang diharapkan dapat meningkatkan pendapatan rakyat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Dato’ Yang di-Pertua, peningkatan kos sara hidup adalah isu yang terus membelenggu rakyat kita. Berdasarkan Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api merangkumi 23.3 peratus perbelanjaan isi rumah. Namun, bantuan kerajaan hanya tertumpu pada bahan api melalui BUDI95, manakala perlindungan bil elektrik ialah sehingga 800 kilowatt sebulan telah diumumkan sebelum pembentangan belanjawan.

Bagi makanan dan minuman yang merangkumi 15.7 peratus perbelanjaan isi rumah, kerajaan menyediakan STR dan SARA, Jualan Rahmah MADANI, Jualan Agro MADANI dan juga peluasan SARA. Namun, langkah ini masih belum mencukupi lagi untuk menangani kenaikan harga makanan secara menyeluruh.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan survei pendapatan isi rumah Malaysia dan juga negeri tahun 2024, jurang kemiskinan dan pendapatan antara bandar dan luar bandar masih lagi ketara. Kemiskinan mutlak luar bandar kekal pada 10 peratus pada tahun 2024. Pendapatan median isi rumah luar bandar hanya RM4,588 berbanding RM8,139 di bandar.

Kemiskinan bandar juga menjadi isu yang semakin meruncing. Kadar kemiskinan mutlak bandar ialah 3.7 peratus pada tahun 2024, menurun daripada 4.5 peratus pada tahun 2022. Namun, kemiskinan relatif kekal tinggi pada kadar 16.7 peratus. Ini menunjukkan cabaran ketidaksamaan dan kos sara hidup masih relevan termasuklah dalam konteks di bandar.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu pelan induk atau, dengan izin, a national blueprint yang khusus untuk mengatasi masalah kemiskinan di kawasan bandar dan separa bandar dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Pelan induk Pembasmian Kemiskinan Bandar yang melibatkan agensi- agensi rentas kementerian hendaklah memberikan tumpuan khusus kepada aspek perumahan, kesihatan, pekerjaan, pendidikan, latihan kemahiran, bantuan sosial dan juga lain-lain yang sering kali menjadi hambatan kepada golongan miskin bandar ini.

Segala bentuk pembangunan di kawasan-kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan lain-lain hendaklah mengambil kira perancangan untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar dengan tujuan untuk mengeluarkan golongan miskin daripada kepompong kemiskinan selama-lamanya.

Janganlah pembangunan yang rancak di kawasan bandar besar semakin menekan dan juga meminggirkan golongan miskin. Suatu perancangan yang khusus hendaklah diadakan untuk memastikan golongan miskin bandar mendapat peluang- peluang ekonomi dan juga pendidikan untuk memajukan diri dan keluarga hasil daripada limpahan pembangunan di kawasan bandar.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, beras ialah makanan ruji rakyat negara ini. Ia bukan sekadar komoditi tetapi melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Quraisy, ayat 3 hingga 4 yang bermaksud, “Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini, yakni Kaabah yang telah memberikan makan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada ketakutan.” Allah SWT mengaitkan kecukupan makanan dengan keamanan sebagai penegasan bahawa kedua-duanya merupakan asas penting bagi kesejahteraan dan juga kehidupan manusia.

Saya dapati Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, peruntukan Kementerian Pertanian—terima kasih Yang Berhormat Menteri pun hadir, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak banyak berubah. Belanjawan 2027 memperuntukkan RM6.91 bilion berbanding RM6.86 bilion dalam Belanjawan 2026.

Kebergantungan pada import beras juga masih tinggi dengan nilai import RM3.7 bilion pada tahun 2024 dan RM2.953 bilion pada tahun 2025.

Namun begitu, saya agak hairan apabila melihat anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027 menurun sasaran kadar sara diri atau SSR beras daripada 59.9 peratus kepada 54 peratus, sedangkan pencapaian sebenar 2025 ialah 54.3 peratus

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

berdasarkan Laporan Akaun Perbekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih 2021–2025 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Maksudnya sasaran yang telah ditetapkan untuk tahun 2027 adalah lebih rendah daripada pencapaian yang pernah direkodkan pada tahun 2025. Agak pelik Yang Berhormat Menteri. Kita bukan lagi menetapkan sasaran untuk mencapai kemajuan, sebaliknya seolah-olah menyesuaikan sasaran dengan prestasi yang tidak memberangsangkan.

Dan lebih penting lagi, SSR beras di bawah Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas ialah 80 peratus menjelang 2030. Persoalannya, bagaimana kita mahu mencapai sasaran tersebut sekiranya sasaran untuk 2027 hanya ditetapkan pada 54 peratus? Saya fikir kita tahu rekod di Kementerian Pertanian sejak dahulu lagi ialah kita mengeluarkan 70 peratus beras dan 30 peratus kita import. Tapi malang sekarang ini sebagaimana data yang telah pun saya tunjukkan, dia makin hari makin merosot. Peratusan sudah menurun ke bawah kepada 50 peratus.

Kalau nak dianggapkan ini adalah satu krisis Yang Berhormat Menteri, saya fikir ia sudah merupakan satu krisis. Dan sebab itu walaupun kita dapat bekalan beras di dalam negara kita, dia ditampung oleh kerana kita dapat mengimport beras daripada luar negara. Ada disebutkan dalam Dewan ini oleh Ahli Yang Berhormat yang lain berkata, apa jadi kalau beras yang dibekalkan oleh negara luar tidak lagi datang ke negara kita kerana mereka berhadapan dengan masalah-masalah pengeluaran atau peperangan dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kita tidak menerima bekalan beras yang mencukupi?

Jadi bagi saya, kita dah sampai satu detik kritikal sekarang ini untuk menentukan supaya langkah-langkah yang lebih tegas dan berani. Saya akan sokong 100 peratus Yang Berhormat Menteri desak kepada Perdana Menteri supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet Khas. Tak apalah Perdana Menteri mempengerusikan untuk satu tempoh masa lima tahun pasal beras tak payah tunggu setahun-setahun keluarkan hasil, bukan? Empat, lima bulan dah keluarkan hasil.

Tapi tindakan yang agak drastik, satu pelan induk yang agak tegas, kita mulakan sekarang kerana kawasan-kawasan tanah yang ada masih terbentang luas.

Tapi sebahagian besar yang kita pasti tahu tidak digunakan ataupun tidak mampu digunakan oleh petani kerana petani sudah menjadi lebih tua ataupun kos- kos import pertanian menjadi lebih mahal. Mereka tak mampu membayar lebih daripada apa yang dibekalkan oleh kerajaan dari segi input pertanian, dari segi baja, dari segi racun serangga dan sebagainya ataupun dari segi benih yang saya tahu

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

adalah antara isu yang dihadapi oleh petani hari ini. Terpaksa membayar benih padi dengan harga yang begitu tinggi.

Jadi, isu itu besar kerana ruji— bahan makanan beras ini adalah ruji.

Bermakna kalau tidak ada bekalan ini, kita akan berhadapan dengan satu situasi yang agak amat mencabar sekali. Jadi, saya nak rayu supaya sasaran SSR beras kita ini hendaklah kita tingkatkan. Bukan kita turun. Pasal pengeluaran menurun, kita turunkan dekat situ lebih rendah daripada paras yang sedia ada.

Saya fikir perancangan di pihak Jabatan Pertanian tidak begitu tepat dan saya anggap ini satu perkara yang perlu diperbaiki. Jadi sebab itu kalau ada satu langkah intervensi dapat diadakan dalam tempoh yang segera, dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi, saya harap hasil pengeluaran beras negara kita ini akan dapat kita tingkatkan ke suatu paras yang agak lebih tinggi dalam tempoh masa yang tidak berapa lagi. Malahan kalau saya nak bicarakan soal ini, bukan saya soal beras. Tapi kita tahu juga bekalan bahan-bahan lain dari segi sumber hasil bekalan daging, kerbau, bahan daging kita dan sebagainya makin tidak meningkat sebagaimana yang kita harapkan walaupun kadar pengimportan kita bertambah kerana bekalan dalam negara tidak mencukupi.

Saya berminat untuk mencadangkan di hadapan Yang Berhormat Menteri supaya kita lancarkan semula Revolusi Hijau. Maksud hijau itu jangan salah faham macam sebelah sana itu. Revolusi Hijau bermakna kita galakkan, kita giatkan, kita ambil satu langkah major, drastik untuk meningkatkan pengeluaran negara dalam semua hasil yang boleh kita bekalkan oleh negara kita sendiri.

Saya tahu, saya pernah ada di situ dulu, tidak mudah. Tapi kalau situasi keadaan yang agak di peringkat global begitu mencabar dan Malaysia tidak mengambil satu tindakan yang lebih berani untuk menghadapi masalah itu, maka ia akan menjadi satu beban yang lebih besar di masa-masa yang akan datang.

Akhir sekali Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal ketirisan, rasuah dan tadbir urus. Belanjawan yang sebesar mana pun yang telah dibentangkan ini akan jadi tidak begitu bermakna kalau sebahagiannya bocor ataupun melalui ketirisan, pembaziran dan juga salah guna akibat daripada kelemahan tadbir urus oleh pihak kita. Dan saya ingin menggesa supaya kerajaan melaksanakan agenda reformasi institusi dengan lebih tuntas dan telus dan menguatkuasakan undang-undang secara adil dan saksama tanpa pilih kasih dan tanpa mengira pangkat, warna kulit dan juga fahaman politik.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Sehubungan itu, saya ingin mengalu-alukan ketegasan pihak kerajaan dalam nak melaksanakan syor-syor RCI Tabung Haji yang penubuhannya telah dimulakan semasa saya menjadi Perdana Menteri. Saya juga mengalu-alukan sebarang langkah yang akan diambil untuk meneliti semula laporan-laporan yang melibatkan ketirisan dalam institusi-institusi yang berkaitan dengan FELDA dan lain-lain badan pada masa-masa yang akan datang.

Dan berkaitan dengan pendakwaan terhadap individu-individu tertentu yang terkait dengan kes Tabung Haji, saya berharap kita hormatilah prinsip innocent until proven guilty. Dan berilah peluang pada mereka untuk membela diri di mahkamah yang bebas dan dihormati kebebasan bidang badan kehakiman untuk menegakkan keadilan.

Terima kasih pada Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan sebahagian daripada belanjawan yang telah dibentangkan ini. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Yang Berhormat-Yang Berhormat, masa tepat pukul 1. Maka, kita berhenti rehat untuk solat dan makan. Majlis akan bersidang semula pada jam 2.30 petang.

[Mengetuk tukul]

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Batu untuk berucap.

draft • 2:30 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Timbalan Speaker untuk bagi peluang kepada Batu untuk bahas. Dahulu wang rakyat bocor, hari ini wang rakyat kembali kepada rakyat. Terima kasih kepada Perdana Menteri dan juga Kerajaan MADANI atas komitmen berterusan dalam menjaga kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif antaranya Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), Sumbangan Asas RAHMAH (SARA), Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Kewangan Asasi, subsidi bahan api dan elektrik tersasar, jualan RAHMAH, Program

draft • 2:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Perumahan Rakyat, bantuan kepada pesawah dan nelayan serta perluasan akses kepada perkhidmatan kesihatan melalui klinik dan hospital kerajaan.

Selain itu usaha memperkukuh pendidikan, memperluas peluang pekerjaan, meningkatkan kemudahan pengangkutan awam dan membantu perusahaan mikro kecil dan sederhana turut mencerminkan pendekatan kerajaan yang menyeluruh dalam menangani cabaran rakyat. Saya harap segala inisiatif ini dapat diteruskan dan ditambah baik demi memastikan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara terus dipelihara.

Dalam aspek perumahan, Timbalan Speaker setiap kali saya bahas mesti ada bidang ataupun topik perumahan. Hari ini saya nak bangkit beberapa perkara perumahan berkaitan isu di kawasan Batu. Ada satu kampung namanya Kampung Medan Wira Utama. Kampung ini berstatusnya setinggan, duduk di tanah PTP, tanah kerajaan, dah lama dan kebanyakan penghuni adalah veteran Angkatan Tentera Malaysia. Saya nak tanya kepada kerajaan ataupun KPKT, apakah status tanah tersebut? Apakah perancangan terhadap tanah tersebut?

Sebab mungkin hari ini tak ada perancangan, dalam lima tahun lagi, 10 tahun lagi mungkin ada perancangan. Kalau ada perancangan macam mana dengan keadaan perumahan mereka? Saya mohon mencadangkan kepada kerajaan, berilah mereka kampung tersebut, penduduk tersebut hak milik tanah tersebut supaya masalah ini selesai serta-merta bukan lagi ada protes, bukan lagi ada bangkit di Parlimen. Sebab yang saya bagi kepentingan ini kerana ini perumahan veteran Angkatan Tentera.

Dan kerajaan, saya faham kerajaan prihatin terhadap veteran tentera. So, saya mohon jawapan daripada kementerian masing-masing. Dan juga, saya juga ingin tanya kepada KPKT berkaitan dengan dana penyelenggaraan kawasan strata JMB dan MC. Saya dapat tahu, bahawa kerajaan telah peruntukkan RM7 juta pada tahun ini, 2026 untuk menyelenggara kawasan perumahan bertingkat, kawasan JMB, MC. Saya nak beritahu RM7 juta itu tidak cukup untuk jaga satu Kuala Lumpur.

Seperti mana Dewan yang mulia ini tahu, kawasan perumahan khususnya kos rendah bukan semuanya boleh bayar fee management ataupun pengurusan, yang ada tunggakan itu sangat tinggi. Apabila berlaku masalah lif, memang jadi satu cabaran yang besar untuk penduduk, untuk mengurus kawasan perumahan mereka.

Satu contoh yang saya boleh bagi adalah kawasan perumahan Taman Sri Murni Fasa 3.

draft • 2:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Walaupun mereka dah apply untuk dana penyelenggaraan dekat COB yang peruntukan oleh KPKT tetapi maka tidak luluslah permohonan mereka dan keadaan di kawasan perumahan ada dua blok. Dua-dua blok ini ada dua lif, sekarang tinggal satu lif sahaja. Kalau satu lif itu pun rosak, memang deritalah masyarakat khususnya warga emas di sana sebab kena guna tangga naik bertingkat-tingkat. So, saya mohon pandangan daripada KPKT untuk selesaikan isu ini.

Dan juga dalam konteks ini saya juga ingin bangkitkan cadangan Projek Perumahan Belia MADANI di Intan Baiduri. Saya menyokong usaha kerajaan membantu golongan belia memiliki rumah namun pemilihan lokasi projek perlu mengambil kira keperluan sebenar bakal penghuni. Rumah mampu milik ataupun sewa beli bukan sekadar rumah yang ditawarkan kepada harga rendah. Lokasinya juga perlu mempunyai akses pengangkutan awam yang baik, kemudahan asas yang mencukupi serta hubungan yang munasabah dengan kawasan pekerjaan.

Nama projek pun adalah Projek Belia MADANI. Kalau terletak di kawasan perumahan ataupun kawasan tanpa ada apa-apa pengangkutan awam memang susahlah untuk belia-belia kita. Sebab belia-belia kita ini bukan semua belia yang duduk dekat situ ada motor ataupun kereta, majoritinya menggunakan pengangkutan awam.

So, saya harap KPKT boleh kaji balik perkara ini sebab jika aspek ini tidak diberikan perhatian, kos pengangkutan dan perjalanan harian boleh menjadi beban tambahan kepada golongan belia yang sepatutnya dibantu melalui program ini.

Sehubungan itu saya meminta kerajaan meneliti semula kesesuaian lokasi Projek Perumahan Belia MADANI di Intan Baiduri termasuk mempertimbangkan pilihan lokasi yang lebih strategik sekiranya didapati lebih memenuhi keperluan golongan belia.

Dalam aspek pendidikan, Timbalan Speaker saya ingin menyatakan sokongan terhadap usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan kebajikan murid dan keperluan keluarga terus diberi perhatian. Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Rancangan Makanan Tambahan yang diperluaskan serta pelbagai bantuan pendidikan lain merupakan langkah penting dalam meringankan beban ibu bapa. Terima kasih kepada kerajaan untuk meningkatkan Bantuan Awal Persekolahan daripada RM150 kepada RM200.

Selain itu saya juga ingin memberi perhatian khususnya kepada kebajikan pelajar Tingkatan 6. Timbalan Speaker, saya juga adalah seorang pelajar Tingkatan 6 dahulu. Masa dahulu hanya dapat baucar buku tetapi sekarang dengan kelulusan

draft • 2:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

bajet ini, mula daripada tahun depan pelajar Tingkatan 6 akan dapat RM2,500 allowance. Ini adalah satu perkara yang sangat-sangat baik.

Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan untuk berani mengambil inisiatif sebegini. Allowance seperti ini mungkin meringankan beban pelajar-pelajar khususnya pengangkutan dan juga mereka boleh menggunakan allowance tersebut untuk membeli alat-alat bertulis, alat-alat buku-buku dan juga gajet untuk pembelajaran mereka.

Saya juga ingin membangkitkan isu kesesakan trafik yang menekan kehidupan harian rakyat khususnya di Jalan Sentul dan Jalan Kuching. Pada pandangan saya, penyelesaian kepada masalah ini tidak seharusnya bergantung kepada pelebaran jalan ataupun pembinaan laluan baharu semata-mata.

draft • 2:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya menyarankan supaya kerajaan meneroka penggunaan sistem lampu isyarat pintar yang menyesuaikan tempoh lampu hijau berdasarkan aliran trafik sebenar di samping wujudkan pengurusan trafik bersepadu bagi mengelakkan kesesakan di satu persimpangan dari merebak ke laluan lain.

Saya juga ingin cadangkan supaya kesan pembangunan perumahan terhadap trafik dinilai bukan saja sebelum projek diluluskan, malah pembangunan siap dan diduduki. Jika kesesakan meningkat dengan ketara, langkah mitigasi tambahan perlu dikenal pasti bersama pihak berkaitan.

Kerajaan juga boleh meneroka program perjalanan fleksibel bersama majikan dan agensi yang bersesuaian bagi mengurangkan tumpuan kenderaan pada waktu puncak. Justeru, apakah perancangan kerajaan untuk melaksanakan pendekatan pengurusan trafik yang lebih pintar, bersepadu dan berasaskan data bagi memastikan pergerakan rakyat menjadi lebih lancar.

Timbalan Speaker, saya juga ingin membangkitkan isu pengurusan warga asing dan pemegang kad UNHCR khususnya berkaitan keadaan di Pasar Borong Selayang yang memerlukan perhatian serius dan tindakan bersepadu daripada pihak kerajaan. Isu ini bukan sekadar berkaitan kehadiran warga asing, tetapi turut melibatkan pematuhan undang-undang imigresen, aktiviti perniagaan menggunakan ruang awam, kebersihan, keselamatan serta kesejahteraan penduduk dan peniaga tempatan.

Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya Belanjawan 2027 menyediakan peruntukan khusus bagi memperkukuhkan operasi penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan di kawasan yang dikenal pasti mempunyai

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

masalah. Peruntukan ini hendak lah menyokong operasi bersama, penambahan keperluan logistik, perkongsian maklumat serta tindakan susulan supaya penguatkuasaan tidak hanya dilakukan secara bermusim.

Saya juga mencadangkan penubuhan satu pasukan petugas khas yang melibatkan agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, serta agensi lain mengikut bidang kuasa masing-masing.

draft • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Batu, laluan sikit, Hulu Terengganu, UNHCR.

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Ya, boleh, boleh.

draft • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak Batu bahawa UNHCR ini sejak ada di Malaysia sejak 1975 iaitu kedatangan pendatang Vietnam dulu, 1975. Setuju tak Batu bahawa kita tamatkan saja peranan UNHCR di Malaysia kerana dah ada [Tidak jelas] sekarang? Apa pandangan Batu? Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya setuju dan masuk dalam ucapan saya.

Saya ingin menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang termasuk menyalahgunakan dokumen, aktiviti perniagaan yang menyalahi peraturan dan pelanggaran syarat imigresen. Pemegang kad UNHCR juga perlu melalui proses semakan dan pengesahan status yang sewajarnya mengikut undang-undang serta bidang kuasa agensi berkaitan. Matlamat kita adalah jelas, ia memastikan undang-undang dipatuhi, ruang awam diurus dengan teratur, peniaga tempatan dilindungi dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Justeru, saya ingin meminta kerajaan untuk menjelaskan sama ada Belanjawan 2027 akan menyediakan peruntukan khusus bagi operasi bersepadu serta menubuhkan pasukan petugas khas yang melibatkan agensi penguatkuasaan dan wakil rakyat khususnya bagi menangani isu di Pasar Borong Selayang secara menyeluruh, berterusan dan berkesan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman dalam Belanjawan 2027 berhubung usaha penyerapan doktor kontrak ke jawatan tetap. Saya melihat langkah ini sebagai perkembangan positif dalam menjaga kebajikan doktor muda, memberi kepastian kerjaya serta memperkukuh tenaga kerja dalam sistem kesihatan awam negara.

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Namun begitu, usaha memperkukuh tenaga kerja kesihatan tidak seharusnya terhenti pada penyerapan jawatan semata-mata. Kerajaan juga perlu memastikan laluan kerjaya yang lebih jelas, peluang latihan kepakaran yang mencukupi serta kebajikan doktor dan seluruh petugas kesihatan terus diberi perhatian khususnya dalam aspek beban tugas dan keseimbangan waktu bekerja.

Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia masih berhadapan dengan cabaran mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan termasuk tempoh menunggu yang panjang, kesesakan pesakit serta akses kepada rawatan pakar.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan menilai keperluan penambahan doktor, jururawat dan petugas kesihatan berdasarkan jumlah penduduk serta beban pesakit di setiap fasiliti kesihatan.

Kerajaan juga perlu memberi perhatian kepada kapasiti katil hospital, penyelenggaraan peralatan perubatan dan keperluan naik taraf kemudahan sedia ada. Penambahan tenaga kerja perlu seiring dengan kemudahan yang mencukupi supaya perkhidmatan kesihatan dapat diberikan dengan lebih cekap dan berkesan.

Selain itu, perkhidmatan kesihatan premier dan saringan awal penyakit perlu diperkukuh bagi membolehkan rakyat mendapatkan rawatan lebih awal, mengurangkan risiko komplikasi penyakit serta mengelakkan hospital kerajaan terus menanggung beban pesakit yang tinggi. Justeru, adakah perancangan kerajaan untuk memastikan usaha penyerapan doktor kontrak yang disusuli dengan perancangan tenaga kerja kesihatan jangka panjang; penambahan kapasiti hospital dan klinik kerajaan; serta penambahbaikan kebajikan petugas kesihatan bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada rawatan yang berkualiti dan tepat pada masanya.

Timbalan Speaker, saya juga ingin bangkit berkaitan dengan satu isu yang baru-baru ini viral di mana satu kuil telah pun diceroboh oleh individu yang kenali dan juga telah pun ditangkap oleh pihak polis. Perkara ini dah berlaku kali ketiga oleh individu yang sama. Awal-awalnya berlaku di Langkawi, lepas itu di Rawang, sekarang di Kuala Lumpur di kawasan NPE.

Berlaku di dalam sebuah kuil di mana individu dan abangnya tersebut masuk ke dalam kuil, ceroboh dan juga pecahkan patung-patung ataupun dewa dewi yang masyarakat Hindu sembahyang. Perkara ini saya dah bangkit ataupun dah buat laporan polis terhadap individu tersebut. Namun, saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini sebab saya rasa perkara ini berlaku oleh individu tersebut untuk

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

menghapuskan ataupun mengadakan satu masalah keagamaan ataupun dia ada agenda untuk buat negara ini huru-hara.

Isu perpaduan ini saya rasa sangat dekati dengan hati saya. Apabila seorang individu telah buat satu perkara yang buruk sebegitu, saya nak kerajaan sangat tegas untuk ambil tindakan. Jangan bagi dia jamin ataupun mana-mana tindakan yang boleh merumitkan keadaan, terus dipenjarakan. Itu lah cadangan saya kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 2:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Saya terus kepada isu yang ingin saya bawa iaitu satu golongan yang selalu kita sebut, tetapi tidak semestinya benar-benar difahami keadaan mereka iaitu golongan pertengahan atau M40. Persoalannya, adakah ukuran pendapatan kasar semata-mata masih memadai untuk menentukan siapa yang benar-benar layak. Jadi, tekanan kewangan M40 ini bukan semata-mata soal pendapatan. Ia adalah pendapatan boleh guna, disposable income selepas komitmen yang asas.

Saya mencadangkan supaya kerajaan tidak lagi melihat M40 ini sebagai satu blok yang seragam. M40 bukan semuanya senang. Jadi, kita memerlukan ukuran yang lebih adil dan lebih halus dan lebih hampir kepada keadaan sebenar keluarga.

Jadi, saya mencadangkan bahawa kerajaan membangunkan satu indeks beban isi rumah iaitu IBIR sebagai pelengkap kepada ukuran pendapatan.

Penilaian hendaklah mengambil kira bilangan anak dan tanggungan; kos penjagaan anak; tanggungan ibu bapa dan datuk, nenek; pembelajaran; perubatan dan perlindungan kesihatan; kos perumahan yang munasabah; lokasi kediaman dan jarak perjalanan ke tempat kerja; status orang kurang upaya atau penyakit kronik; dan mendapat pendapatan bersih selepas potongan wajib.

Apa yang diperlukan ialah jadual pelaksanaan iaitu kaedah pengiraan dan agensi yang bertanggungjawab. Jadi, saya minta Menteri Kewangan untuk menjelaskan bilakah penilaian ini boleh— akan diterjemahkan kepada mekanisme kelayakan bantuan yang sebenar. Jangan sekadar kajian, jadikan ia asas kepada dasar.

draft • 2:47 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Melalui indeks ini, kita boleh mewujudkan kategori M40 rentan iaitu keluarga pertengahan yang pendapatannya melepasi syarat STR, tetapi baki pendapatan boleh gunanya rendah kerana tanggungan asas.

draft • 2:47 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mereka boleh diberikan bantuan khusus seperti rebat penjagaan anak, kredit pengangkutan, perlindungan perubatan dan lain-lain.

Jadi, bantuan M40 ini, yang nyata, M40 tidak hanya memerlukan bantuan sekali-skala; mereka memerlukan pengurangan kos setiap bulan. Jadi, rebat penjagaan anak tadi, M40 rentan ini secara bulanan kepada keluarga dengan anak kecil berdasarkan kepada bilangan anak dan pendapatan boleh guna. Perluaskan perlindungan kesihatan asas kepada keluarga M40 dan wujud kredit pengangkutan kerja untuk M40 rentan.

Dan, saya sarankan supaya berkenaan dengan sistem SARA ini— pertanyaan saya adakah semua penerima dalam kumpulan besar ini benar-benar memerlukan bantuan tersebut? Saya cadangkan nilai tersebut disalur terus kepada tabung makanan ataupun bantuan persekolahan ataupun dana sokongan kepada M40 rentan.

MySARA50 ini— SARA ini diberi kepada semua 18 tahun ke atas termasuk— Hulu Terengganu dapat? Siapa dapat?

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Besut mencelah boleh?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Semua dapat ya?

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Besut, satu?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kurangkan, maknanya dikaji semula...

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Besut, satu cadangan.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, okey.

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya setuju yang disebut oleh Besut tadi tentang SARA ini. Saya mencadangkan supaya SARA ini dihapuskan, dikecualikan kepada golongan berpendapatan tinggi dan disebut tadi untuk diagihkan kepada golongan yang sewajarnya. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya setuju, masukkan dalam perbahasan saya.

draft • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Besut, ringkas. Boleh, Besut?

Untuk makluman Besut bahawa SARA ini menggunakan sistem Yayasan MyKasih yang mengenakan caj satu persen bagi setiap satu transaksi. Apakah pandangan

draft • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Besut bahawa satu persen itu disalurkan kepada syarikat kerajaan untuk memudahkan atau menambah perbelanjaan kerajaan daripada diberi kepada Yayasan MyKasih? Apa pandangan Besut?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, saya setuju, masukkan dalam ucapan saya.

Bukan SARA sahaja, BUDI juga. BUDI95 ini sama juga. Kerajaan menaikkan kelayakan BUDI ini kepada 300 liter. Rekod menunjukkan bahawa sekitar 100,000 sahaja pengguna atau kurang satu peratus menggunakan sepenuhnya kelayakan tersebut.

Jadi, kita kena kaji semula. Masuk ke dalam akaun terus, M40 rentan tadi saya cakap. Maknanya, kalau— puan dapat ya? Guna tak, 300? Tak guna. Jadi, siapa yang guna ini? Ada guna, Jelutong gunakah? Tak guna ya?

Jadi, saya kena cadangkan bahawa perkara ini adalah penting.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Aku juga yang kena.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya terus kepada JKR.

Sebanyak 2.5...

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut, Besut nak tanya. BUDI itu tadi nak dikurangkan ataupun macam mana?

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak payah bagi kepada kumpulan kita ini. Kumpulan yang kaya-kaya macam apa inilah, Hulu Langat ini, kaya tak payahlah.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ish, mana tahu saya kaya ini?

Amin ya rabbal alamin.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Memang kaya, saya tahulah.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Amin ya rabbal alamin.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Amin. Jadi, RM2.5 bilion ini Jalan Persekutuan dan juga RM5.7 bilion melalui MARRIS ini, iaitu peruntukan nasional. Tapi, mohon kerajaan menjelaskan berapa banyak yang benar-benar disalurkan kepada daerah Besut.

Saya nak tunjukkan beberapa permohonan yang telah kami buat, iaitu cadangan membina jalan baharu dari Keruak, Besut, Terengganu ke Chuchoh Puteri tapi di daerah Kuala Krai, Kelantan, Fasa 1 FELDA Keruak ke sempadan negeri Terengganu–Kelantan. Jadi, pentingnya kerana projek ini bertujuan untuk

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

menyambungkan Jalan T05 dari FELDA Keruak, Besut,Terengganu ke Jalan D227 Chuchoh Puteri. Itu penting.

Yang kedua...

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Cadangan projek membina jalan baharu dari jalan Sekolah Kebangsaan Chong Hwa, FT03 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, ke Kampung Raja FT48 Besut, Terengganu. Itu yang kedua. Kita minta juga sebab cadangan projek ini membina jalan ini daripada persimpangan sekolah itu terus ke jalan Kampung Raja. Tujuan untuk menaik taraf ini adalah untuk menghubungkan penduduk dan pengguna jalan raya.

Dan yang ketiganya projeknya adalah menaik taraf FT65 Jalan Asrama Taman Ilmu sehingga Jalan Masjid Taman Ilmu, iaitu Jalan Lapan Belanga ia dipanggil, Besut, Terengganu. Jadi, banyaklah keperluan perlu diteruskan oleh pihak JKR supaya tidak tertangguh lagi.

Dan seterusnya, kesihatan dan juga kemudahan. Kerajaan perlu menyediakan penilaian keperluan kesihatan daerah yang merangkumi bilangan pesakit, kapasiti kemudahan, kekurangan tenaga kerja, dan juga jarak perjalanan penduduk untuk mendapatkan rawatan.

Projek yang kita minta adalah projek pembinaan blok surgical baharu Hospital Besut. Projek ini RM500 juta lebih kuranglah. Jadi, termasuklah bangunan, klinikal, peralatan perubatan, ICT, parkir bertingkat, kenderaan, dan juga kemudahan sokongan. Sebab Menteri Kesihatan tempoh hari telah melawat ke Besut dan mereka telah lihat apa kekurangan yang berlaku di Besut.

Dan seterusnya, saya bawa isu lain pula. Daripada RM510 bilion perbelanjaan belanjawan, kita lihat RM50.2 bilion atau sekitar 10 peratus daripadanya adalah pelaburan GLIC dan juga kerjasama awam–swasta, pelaburan badan berkanun persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.

Mencampuradukkan angka-angka ini dalam belanjawan kerajaan akan mengaburkan sempadan institusi dan angka fiskal sebenar sektor awam.

Jadi— kerana GLIC dan GLC ini mempunyai mandat pelaburan dan tanggungjawab kewangannya yang sendiri. Sebelum ini pun dah ada— sebelum pembentangan belanjawan pun perkara ini sudah ditegur oleh badan-badan pemikir yang mengesyorkan agar pelaburan komersial ini dan juga off-budget syarikat milik kerajaan dikecualikan daripada angka perbelanjaan Persekutuan. Langkah ini

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

adalah penting bagi memastikan sempadan antara pembangunan yang menggunakan dana awam dan kunci kira-kira korporat tidak menjadi kabur.

Begitu juga dengan angka kerjasama awam–swasta yang dirangkumkan dalam belanjawan ini, ia mewujudkan persepsi awam bahawa keseluruhan jumlah berbilion ringgit itu adalah wang tunai sedia ada kerajaan yang akan dibelanjakan pada tahun depan. Pada hal, sebahagian besarnya adalah komitmen pembiayaan sektor swasta.

Bajet seperti ini tidak pernah dibuat di mana negara-negara sekali pun, di Malaysia bermula pada tahun lepas ini, dua tahun berturut-turut. Jadi, seolah-olah ada elemen cuba mengelirukan pandangan awam dengan menokok tambah perbelanjaan pembangunan kerajaan walaupun jumlah sebenarnya hanyalah RM83 bilion.

Kemudian ucapan perbelanjaan berulang kali menyebut perkataan waad ataupun janji. Antara yang disebut adalah waad ini juga mengingatkan kita bahawa pembangunan bukan kerja kerajaan semata-mata tetapi ikhtiar kolektif. Walaupun frasa “ikhtiar kolektif” ini digunakan, apa yang dibuat di lapangan adalah kerajaan menafikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang untuk bersama-sama berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Perkara ini bukan sahaja dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang tetapi juga rakan-rakan di sebelah sana seperti Kota Belud kita tengok, Pasir Gudang, sebentar tadi ada Kota Melaka ada juga sebut. Jadi, mereka pun turut konsisten agar waad ini— reformasi peruntukan sama rata dilaksanakan sebagaimana dijanjikan.

Jadi, jawapan— saya telah bertanya fasal peruntukan ini, fasal pembangunan kawasan. Tapi jawapan yang diberikan adalah peruntukan tersebut memang ada, dia kata. RM2 juta bagi setiap kawasan Parlimen dan bukan kerajaan.

draft • 2:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Daripada jawapan ini, nampak seolah-olah wakil rakyat ini bukan kerajaan menerima layanan yang adil dan saksama. Tapi rupanya terdapat plot twist. Tak tahu macam mana ini, dengan izin. Dalam sambungan jawapan dia. Jadi, lanjutan jawapan berkenaan berbunyi, “Bagi kawasan Parlimen bukan kerajaan, peruntukan ini akan dikendalikan secara langsung oleh kerajaan melalui mekanisme pelaksanaan yang tetap”. Dalam erti kata lain, kerajaan mengakui telah memintas peranan wakil rakyat yang dipilih secara sah dan demokratik hanya kerana wakil rakyat tersebut adalah bukan kerajaan. Sedangkan dalam manifesto PH sendiri secara jelas menjanjikan

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama ada— sama rata kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu. Jawapan kerajaan tentang perbezaan mekanisme peruntukan ini antara wakil rakyat kerajaan dengan bukan kerajaan ini secara langsung telah memungkiri wa’ad tersebut, dalam manifesto PH sendiri dan poin ikhtiar kolektif itu sendiri yang dinyatakan dalam belanjawan. Masih ada.

Ketidakseimbangan pembangunan antara negeri. Kita lihat seterusnya adalah berkenaan keserataan pembangunan negeri walaupun — yalah keserataan, istilah keserataan yang disebutkan membayangkan keadilan pembangunan di seluruh negara. Perincian projek di bawahnya masih menampakkan ketidakseimbangan fokus pembangunan antara wilayah. Sementara negeri-negeri sudah sedia maju menerima banyak suntikan modal berbentuk ekuiti dan juga pelaburan.

Ketika ada negeri dijanjikan dana pelaburan strategik untuk industri semikonduktor dan juga pembiayaan Persekutuan untuk projek LRT bernilai 16.8 bilion, negeri-negeri lain seperti wilayah timur terpaksa terus mendengar kerajaan mengeluh tak cukup duit untuk projek kepentingan rakyat seperti LPT3 yang tidak dimasukkan pun ke dalam belanjawan.

Kesenjangan pembangunan di antara negeri ini akan menjadikan jurang ekonomi makro antara negeri semakin melebar walaupun rakyat di semua negeri sama-sama membayar cukai dan menyumbang kepada hasil Persekutuan.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, pembangunan tidak seharusnya dibuktikan hanya dengan senarai projek di setiap negeri, tetapi mestilah melalui pengurangan jurang kemiskinan dan juga kelajuan ekonomi convergence dengan izin, iaitu bagaimana negeri membangun mampu merapatkan jurang ekonomi dengan negeri-negeri maju. Jika negeri maju terus dianugerahkan projek berbilion ringgit, sementara negeri lain masih bergelut dengan asas perhubungan lebuh raya dan utiliti, konsep keserataan pembangunan negeri hanyalah retorik semata-mata.

Retorik— apa yang berlaku adalah kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan untuk mereformasikan federalism fiskal Malaysia dengan merangka formula penyamarataan fiskal dan juga pembangunan antara negeri berasaskan keperluan fiskal setiap negeri, keupayaan menjana hasil sendiri, jurang infrastruktur, dan juga perbezaan taraf penyampaian perkhidmatan awam.

Dengan adanya formula sedemikian, mudah-mudahan sistem federalism kita akan pulih daripada barah penggantungan pada kuasa budi bicara dan juga kuasa

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

rundingan berasaskan perbezaan politik kepartian yang telah lama belenggu potensi kita daripada mencapai kemakmuran bersama.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pulai pertamanya mengalu-alukan 42 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru dalam Parlimen Pulai yang diketuai oleh Cik Nur Fatihah Farhana binti Razali, YDP Majlis Perwakilan Tingkatan 6. Juga guru pengiring, Puan Rosa Maryam binti Anwar, Guru Penyelaras Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru dan tahniah juga mendapat RM2,500 dalam Bajet 2027 kepada pelajar Tingkatan 6.

[Tepuk] Pulai juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Ummi Umairah Bakhit, mahasiswa Universiti Malaya yang berani menyuarakan pandangan kritis mengenai isu integriti, rasuah dan kutipan derma untuk membantu bekas Perdana Menteri membayar denda di mahkamah.

draft • 3:04 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

draft • 3:04 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Keberanian mahasiswa ini membuktikan bahawa anak muda Malaysia bukan sekadar mahu membaca dan mendengar, tetapi berani berfikir, bertanya dan menegur apabila melihat sesuatu yang perlu dipersoalkan.

[Tepuk] Inilah lambang kebebasan bersuara yang sepatutnya subur di bawah Kerajaan MADANI.

Yang kedua, Pulai ingin menyentuh iaitu isu dasar pendaftaran haji Lembaga Tabung Haji, khususnya perubahan syarat simpanan minimum daripada RM1,300 kepada RM15,000 yang dibangkitkan oleh Kubang Kerian. Pulai ingin melihat isu ini bukan sekadar soal menaikkan jumlah simpanan. Persoalan yang lebih besar adalah bagaimana kita memastikan sistem giliran haji ini lebih cekap, adil dan mampu membantu umat Islam menunaikan rukun Islam.

draft • 3:04 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pertama, kita perlu memahami kelemahan sistem lama. Apabila seseorang itu hanya memerlukan RM1,300 untuk mendaftar haji, lebih ramai pendeposit dapat memasuki senarai penunggu. Namun, pendaftaran tidak semestinya bermakna mereka sudah bersedia dari segi kewangan apabila tiba giliran.

Keduanya, syarat RM15,000 berpotensi meningkatkan kecekapan sistem giliran ini. Pulai mengambil maklum bahawa Tabung Haji melaporkan kadar penangguhan tawaran haji yang sebelum ini sekitar 50 peratus telah menurun kepada 18 peratus selepas pengenalan syarat simpanan RM15,000. Maknanya pada masa sebelum ini, mereka yang menangguh tawaran, diberi tawaran tapi menangguhkan 50 peratus.

Sekarang ini bila skim baharu ini dibuat, dapat dikurangkan kepada hanya 18 peratus sahaja. Angka ini menunjukkan bahawa pemilihan berdasarkan kesiapsiagaan kewangan berpotensi mengurangkan penangguhan tawaran. Jika lebih ramai bakal haji bersedia apabila menerima tawaran, kuota haji dapat dimanfaatkan dengan lebih teratur, tawaran semula juga berpotensi untuk dikurangkan.

Ketiga, Pulai ingin menyentuh berkenaan dengan MediAsas. Malaysia mempunyai dua pendekatan utama dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan.

Pertamanya, sistem kesihatan awam yang dibiayai oleh kerajaan dan menyediakan rawatan kepada rakyat pada kadar subsidi yang tinggi tetapi masalahnya adalah kesesakan di hospital awam.

Keduanya adalah sistem kesihatan swasta yang memberikan pilihan rawatan kepada pesakit tetapi kos yang boleh membebankan isi rumah. Kerajaan telah membina satu titik tengah perkhidmatan kesihatan ini di mana bukan bermaksud kita nak memilih antara hospital kerajaan dan swasta, sebaliknya kita memastikan sistem kesihatan awam ini terus menjadi asas. Hospital swasta terus dibangun, tetapi rakyat mempunyai pilihan perlindungan tambahan yang lebih mampu milik iaitu MediAsas.

Pulai menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan MediAsas ini, iaitu pelan insurans dan takaful perubatan asas yang sebelum ini dikenali sebagai MHIT.

Inisiatif ini membuka ruang kepada rakyat untuk mendapatkan perlindungan perubatan melalui pelan yang direka dengan manfaat dan kos yang lebih terkawal.

Soalnya apakah rakyat mampu? Bagi golongan B40 dan M40, mereka perlu juga dibantu dan di sinilah mungkin kerajaan negeri, GLC, pusat zakat dan juga mungkin juga majikan ini yang boleh membantu mereka untuk mencarum dan mereka dapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

draft • 3:04 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai juga ingin merakamkan yang keempatnya, merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas usaha memperkukuhkan sistem pengangkutan awam di negara ini melalui pembangunan projek RTS di Johor Bahru yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. Pulai melihat projek RTS ini sebagai satu projek strategik yang bukan sahaja memudahkan pergerakan rakyat merentasi sempadan, malah menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Johor, meningkatkan peluang pekerjaan dan mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia dan Singapura.

RTS telah dibina, infrastruktur juga telah dibina juga, dan kerajaan telah menyatakan akan wujudnya penambahbaikan dari segi perkhidmatan bas, sambungan KTM komuter, perancangan sistem e-ART serta kemudahan menghubungkan penumpang ke stesen RTS.

draft • 3:04 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Hanya satu yang Pulai minta adalah projek bagus dah ni, kenderaan lebih tersusun, maknanya pergerakan lebih mudah tapi pastikan bahawa nikmat hasil daripada pembangunan ini yang diperolehi daripada darah rakyat ini perlu dipulangkan balik kepada rakyat. Maknanya rakyat yang mendapat manfaat hasil daripada...

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pulai.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Keadaan yang lebih baik ini.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pulai, boleh sikit Pulai.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sikit aje tapi.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sikit. Ha, ini bersangkutan fasal RCI Tabung Haji ni. RCI Tabung Haji ni dulu watikah dia, watikah ni, ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja ni, diberi zaman Menterinya, Timbalan Menterinya daripada PAS. Kemudian bila laporan tu siap dia tolak. Dia yang bagi watikah, dia bersetuju kemudian dia tolak. Ini memang gila babi, babi pun tak gila macam ni. Itu yang pertama.

Kemudian yang keduanya fasal PN ni, Perikatan Nasional ini diharamkan.

Adakah ini ada bersangkutan dengan doa laknat yang pernah didoakan oleh Ahli Parlimen daripada Jasin?

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pulai, Pulai.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Pulai.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pulai, bagi Sik cakap ya. Boleh?

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Nanti, nanti saya sememangnya banyak lagi ni soal...

[Tidak jelas]

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pulai.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

YB, duduk, duduk.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya sambung lagi.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pulai, bagilah sikit.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tapi apa yang disebut oleh Hulu Langat tadi...

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hulu Langat cakap tu tak betul tu, Hulu Langat jangan melampau.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Nanti boleh tanya nanti lagi... [Tidak jelas]

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduk, duduk.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, saya teruskan.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bajet ke apa ni?

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai ingin memberikan penghargaan...

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hulu Langat, bajet ke?

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Kepada Kerajaan MADANI... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Atas tambahan belanjawan kesihatan 2027 sebanyak 1.18 bilion yakni 2.55 peratus berbanding dengan 2026. 9,000 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap. Sebagai warga Pulai, kami sangat mengalu-alukan pembinaan Kompleks Klinik Pakar Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.

[Tepuk] Setiap tahun bajet kesihatan ini meningkat, hospital meningkat, doktor semakin ramai, hospital swasta semakin banyak ya, lepas tu teknologi kesihatan semakin meningkat. Tapi soalnya kenapa pula pesakit juga meningkat. Sepatutnya pesakit itu berkurang. Dalam tahun 2024, 2.4 juta pesakit yang masuk ke wad tapi tahun 2025 meningkat jadi 2.5 juta, maknanya meningkat setiap tahun.

Ini sesuatu yang harus difikirkan, apakah ukuran sebenar kejayaan sistem kesihatan negara? Apakah kejayaan hanya diukur berdasarkan jumlah wang yang dibelanjakan? Jumlah hospital yang dibina dan doktor yang dilantik atau kejayaan sebenar adalah apabila semakin ramai rakyat kekal sihat dan semakin sedikit rakyat masuk hospital. Persoalannya, sampai bila kita mahu menerus menambah kapasiti

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

untuk merawat pesakit tanpa memberikan penekanan yang sama terhadap usaha pencegahan?

Oleh itu, Pulai ingin melihat bahawa Agenda Nasional Malaysia Sihat digerakkan dengan lebih agresif, tersusun dan menyeluruh di bawah kepimpinan Timbalan Perdana Menteri. Kesihatan bukan tanggungjawab Kementerian Kesihatan semata-mata tetapi kementerian lain juga harus mengambil peranan yang sama menjaga kesihatan rakyat dalam negara ini.

Yang keenamnya, Pulai ingin membangkitkan satu perkara yang amat dekat dengan hati rakyat di selatan Johor ini khususnya Parlimen Pulai iaitu Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara khususnya mereka yang berulang alik balik, pergi dan balik Johor Bahru dan Singapore. Sebahagian daripada anak-anak di belakang ini, sebahagian mereka adalah— ibu bapa mereka bekerja di Singapura dan bergerak setiap hari.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei 2026 sempena Sambutan Hari Pekerja beliau telah mengumumkan perluasan perlindungan PERKESO kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia dan Singapura yang dianggarkan berjumlah 450,000 rakyat Malaysia. Mereka keluar rumah seawal pagi, ketika anak-anak mereka ni masih tidur. Ada yang hanya pulang lewat malam ketika anak-anak mereka sudah kembali tidur. Mereka mencari rezeki di Singapura tetapi keluarga dan masa depan mereka tetap berada di Malaysia.

Berdasarkan data Singapura Accident Help Centre yang dipetik oleh PERKESO sebanyak 54 kematian pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura pada tahun 2025, tahun 2024, 48. 54 dan 48 kematian dalam masa dua tahun ini, itu hanya melibatkan kematian, belum lagi kemalangan yang biasa ini. Maknanya yang masuk hospital atas disebabkan oleh kemalangan tetapi tidak melibatkan kematian tentulah lebih ramai lagi ya.

Di sebalik setiap kematian ada keluarga yang kehilangan insan tersayang.

Pendapatan boleh terhenti dalam sehari tetapi ansuran rumah, belanja dapur dan persekolahan anak-anak tetap perlu diteruskan. Pada 20 Julai— pada 20 Jun 2026, Menteri Sumber Manusia turut dilaporkan memaklumkan bahawa Kertas Cadangan Skim Pengembara telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Soalnya bilakah sebenarnya rang undang-undang pindaan Akta 789 ini akan dibentangkan di Parlimen?

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai hadir dalam Majlis Jelajah LINDUNG: Dialog Pekerja Malaysia- Singapura di Johor Bahru baru-baru ini. Ramai yang hadir mengharapkan akta ini segera dipinda untuk membolehkan mereka menikmati caruman ataupun perlindungan PERKESO ini. Pulai berharap supaya pindaan ini tidak dibebankan dengan birokrasi yang berlebihan. Kita memerlukan undang-undang yang jelas, praktikal dan mudah dilaksanakan, jangan sampai proses mendapatkan perlindungan menjadi lebih sukar daripada perjalanan mereka menyeberangi Tambak Johor setiap hari.

Seterusnya Pulai ingin menyentuh berkenaan perlindungan pesakit dan tindakan panel insurans untuk keadilan kepada doktor pakar. Pulai ingin membangkitkan satu isu penting dalam sistem kesihatan swasta iaitu tindakan syarikat insurans yang menyekat kemudahan cashless ataupun menarik doktor pakar daripada panel mereka. Persoalannya apakah berlaku pertikaian antara syarikat insurans, hospital dan doktor? Siapakah yang akhirnya akan menjadi mangsa? Bila ada pertikaian ini siapakah yang jadi mangsa? Mangsanya adalah rakyat Malaysia yang kita kasihi.

Pesakit yang membayar premium setiap bulan sepatutnya mendapat perlindungan apabila jatuh sakit, namun apabila doktor pakar pilihan mereka dikenakan sekatan, pesakit mungkin terpaksa menukar doktor, berpindah hospital dan mendahulukan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan rawatan. Lebih membimbangkan jika perkara ini berlaku ketika kecemasan. Kelewatan mendaftarkan pakar yang sesuai boleh membawa akibat yang serius kepada keselamatan penyakit.

Berdasarkan nota yang dimaklumkan kepada Pulai, sekitar 190 doktor pakar di seluruh negara telah kehilangan kemudahan cashless ini. Pulai ingin tahu, apakah tindakan Bank Negara Malaysia terhadap isu ini? Pulai juga ingin mempersoalkan amalan retrospektif audit dan clawback iaitu audit semula serta tuntutan bayar balik bagi kes yang telah selesai. Jika terdapat kelemahan dokumentasi, pengekodan prosedur dan proses pentadbiran hospital adakah doktor perlu terus dihukum tanpa diberi alasan bertulis, bukti dan peluang untuk menjawab.

Teknologi perubatan berkembang dengan pantas tetapi pengekodan prosedur dan kerangka pentadbiran tidak semestinya berkembang pada kadar yang sama. Jangan sampai doktor menggunakan teknologi terkini demi kepentingan pesakit tetapi akhirnya dikenakan tindakan kerana sistem kita ini belum dikemas kini.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Oleh itu Pulai mendesak tiga langkah. Pertamanya, Bank Negara Malaysia perlu mewujudkan kerangka tindakan panel yang telus. Kedua, Kementerian Kesihatan perlu menyemak serta memperbaharui pengekodan prosedur dan struktur fi dan ketiganya kerajaan perlu memastikan kesinambungan rawatan pesakit dilindungi sementara pertikaian antara syarikat insurans, hospital dan doktor diselesaikan.

Seterusnya Pulai ingin juga menyentuh sikit berkenaan dengan kawasan di Pulai ini di mana keperluan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sembrong di Skudai ya, memerlukan peruntukan 20 juta dan dipohon daripada kerajaan untuk memberikan peruntukan yang sewajarnya kepada sekolah ini.

Dan yang terakhir sekali, menyentuh berkenaan dengan isu jerebu ini di mana Pulai ingin membangkitkan isu ini yang telah— yang menjadi masalah kepada negara ini. Bukan sekadar masalah alam sekitar tetapi juga merupakan isu kesihatan awam, keselamatan rakyat, ekonomi dan hubungan diplomatik di antara negara jiran.

Dan insya-Allah, esok pagi, esok pagi jam 10.30 pagi, Jawatankuasa Pilihan Khas dan anggota-anggotanya akan menyerahkan satu memorandum kepada Kedutaan Indonesia mengenai masalah jerebu ini, insya-Allah.

[Tepuk] Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.

draft • 3:10 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, *Barang siapa memikul amanah, Jangan di biar rakyatnya resah; Kuala Kangsar sepakat, seiring bergerak, Wadah muafakat sentiasa subur.

Insya-Allah* Kuala Kangsar sejahtera, negara makmur, hidup teratur. Puan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia, alhamdulillah hari ini saya bersama keluarga besar saya, mengalu-alukan kehadiran orang Kuala Kangsar daripada Kampung Ulu Kenas di dalam Dewan yang mulia ini, membawa keriuhan suara, harapan dan semangat Kuala Kangsar yang sentiasa sepakat dan berjalan seiringan bersama saya.

draft • 3:20 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Saya dan Kuala Kangsar memang macam isi dengan kuku, berpisah tiada.

Seumpama ke bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Begitulah dekatnya saya dengan keluarga besar Kuala Kangsar. Puan Yang di-Pertua, perbahasan pada hari ini akan saya memfokuskan beberapa perkara utama di gagasan Kuala Kangsar sejahtera.

Fokus ini pasti akan membawa satu matlamat besar iaitu memastikan dasar negara membina paksi perpaduan, menyampaikan perkhidmatan yang cekap, telus dan integriti yang akhirnya, akan menyempurnakan nilai kesejahteraan dan keharmonian yang didambakan oleh seluruh rakyat.

Puan Yang di-Pertua, fokus pertama yang ingin saya sentuh ialah pengurusan dan pencegahan bencana. Saya mengambil kesempatan ini untuk meraikan peruntukan berjumlah RM100 juta untuk atasi banjir kilat di Lembah Klang.

Namun, saya mohon pandangan yang sama adil diberikan kepada Kuala Kangsar.

Puan Yang di-Pertua, saya mahu bahawa Dewan yang mulia melihat realiti sebenar. Bila sebut fasal banjir, cabaran yang kita hadapi oleh mangsa bukanlah sekadar duit tetapi mereka juga mengharapkan agar bantuan dapat diselaraskan dengan cepat ke lapangan. Apa pun, saya amat berterima kasih kepada komitmen luar biasa JPS, JKR, PBT dan semua pasukan penyelamat yang sentiasa turun padang menyelamatkan keluarga besar saya di Kuala Kangsar.

Namun, situasi sekarang sudah sampai ke tahap yang mana? Tempat yang tak pernah kena banjir, sekarang sudah mula banjir. Apa yang saya nak tekankan di sini, bila saya turun ke lapangan Puan Speaker, kita tahu yang kawasan yang sebelum ini tak kena banjir, umpamanya kampung-kampung seperti di Kampung Ulu Kenas, Ulu Piol, Manong dan sebagainya mula dinaiki air. Kenapa perkara ini berlaku?

Saya telah melakukan perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa dan juga dengan JPS. Kami— mereka telah merangkakan satu pelan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kangsar sejak tahun 2018. Namun, sehingga hari ini, tindakan fizikal masih tiada menyebabkan masalah parit tersumbat dan limpahan air sungai menjadi makin meruncing setiap kali musim hujan.

Justeru, saya memohon jasa baik dan komitmen penuh daripada kementerian untuk menyemak semula perkara ini. Anggaplah Projek RTB Sungai Kangsar sebagai projek keutamaan tinggi dengan peruntukan secara fast track.

Jangan biarkan kampung kami riuh dengan rumah banjir setiap kali musim hujan tiba.

draft • 3:20 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Tetapi biarlah deme ini riuh rendah dengan kegembiraan dan kedamaian hidup di Kuala Kangsar.

Fokus yang kedua adalah berkenaan dengan peruntukan untuk keselamatan sosial melibatkan Sumbangan Tunai RAHMAH, SARA, warga emas, termasuk bantuan kepada pesakit kronik, elaun murid dan sebagainya. Tetapi amalan sistem yang— hari ini terpaksa dibuka secara berasingan. Oleh itu, data sukar diselaraskan secara real time. Sistem Kasih lain, sistem SARA lain, sistem kebajikan, contohnya JKM, pun lain.

Jadinya, rakyat dan pengguna terpaksa buka banyak sistem, satu-satunya.

Kadang-kadang nama bertindih, ada kalanya nama pun tercicir. Bayangkan ya, bila kita the real time, saya masuk je— key-in nama saya, Iskandar Dzulkarnain secara real time, dia keluar macam-macam. Kita tidak tahu walau— fasal Iskandar ni pernah tak terima bantuan SARA, pernah ke terima bantuan perniagaan dan sebagainya?

We should have, dengan izin, satu sistem single window supaya menyenangkan semua pihak dan memastikan matlamatnya dapat disempurnakan dan dapat disampaikan oleh semua masyarakat.

Yang keduanya, berkenaan dengan kerajaan sediakan RM5 bilion untuk bantuan perniagaan PMKS. Di Kuala Kangsar Puan Yang di-Pertua, kita ada usahawan kraf, usahawan buat batik, kerepek dan sebagainya, yang mana warga emas sentiasa meniaga di tepi-tepi jalan dan sebagainya. Bila mereka ini pergi melangkah ke bank, pergi ke agensi-agensi kerajaan untuk memohon pinjaman, bayangkan betapa susahnya bila saya mula-mula menjadi wakil rakyat. Sahabat saya yang sebelum ini meniaga di pasar malam, saudara Jobin.

Ni saya nak menceritakan keadaan dia. Dia meniaga buat jus, buat air-air dan sebagainya tapi bila saya menjadi wakil rakyat, saya cakap kat dia, “Kenapa tak buka kedai?” Dan dia terus melakukan dan buka kedai dan memohon nak memastikan Kuala Kangsar ini adalah americano, adalah cafe latte dan sebagainya.

Dia pergi kepada agensi kerajaan, pergi ke pihak bank nak pinjam RM6,000, bukan banyak tetapi selalu ditolak ke kanan ke kiri dan mempunyai macam-macam dokumen yang diperlukan. Ini cukup menyusahkan masyarakat, terutamanya golongan-golongan di kampung. Saya mengharapkan satu cara yang memudahkan mereka untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Perkara yang seterusnya, berkenaan dengan isu yang lambat bayar gaji dan atau upah kepada kontraktor-kontraktor pembekal yang buat kerja dengan GLC dan PBT. Saya mengambil contoh yang paling mudah. Di Kuala Kangsar, isu yang

draft • 3:20 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

merumitkan kami adalah berkenaan dengan pungutan sampah. Perkara ini telah berlaku bertahun-tahun, sampai sekarang Puan Yang di-Pertua, tak dapat diselesaikan.

Kenapa? Bila tiba tuntutan bayaran, prosesnya sangkut dekat kelulusan dokumen. Borang kena hantar sana, kena pergi sini, berminggu-minggu Tuan YDP tak ada di pejabat, Tuan DO tak ada di pejabat, mesyuarat ke sana sini dan akhirnya, mengambil masa satu bulan. Bila perkara itu berlaku, untuk pungutan yang akan datang, pihak kontraktor tidak mampu untuk mengutip sampah-sampah tersebut.

Dan berlonggoklah sampah-sampah dan Bandar Diraja Kuala Kangsar daripada harum dah jadi busuk merata-rata tempat di sana.

Oleh itu, saya mencadangkan oleh— di dalam Dewan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memastikan there is a supply chain finance yang menggabungkan satu sistem di mana boleh menyelesaikan isu ini dalam masa satu minggu dan terus pihak kontraktor akan menerima pembayaran yang secepat mungkin.

Ramai orang marah Puan Yang di-Pertua. Bila kita turun sebagai Yang Berhormat, mereka akan tegur, “YB, kenapa tak buat kerja? YB, tidur ke? YB, sampah merata-rata”. Tetapi inilah sistem birokrasi yang memeningkan semua pihak, terutamanya pekerja-pekerja dan juga kontraktor-kontraktor yang di bawah naungan PBT.

Perkara yang seterusnya yang ingin saya bawa is berkenaan dengan kerajaan telah menyediakan angka yang cukup besar untuk persiapan Sukan SEA, Sukan Para-ASEAN, pembangunan sukan, pelancongan dan kebudayaan. Izinkan saya kongsikan pengalaman saya di kawasan saya.

Saya dah berkali-kali buat program, nak tarik hampir 10,000 peserta tidak ada jadi masalah. Bahkan, baru ini saya telah melakukan brisk walk bersama masyarakat saya dan hampir 17,000. Alhamdulillah, tidak dinafikan program seperti ini seharusnya diteruskan untuk memastikan kita nak menyambut dan menunggu kedatangan Sukan SEA yang akan datang.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah turun ke Kuala Kangsar pada Mei 2024 dan mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf dan membaik pulih Kolam Renang Kuala Kangsar. Tapi di situ sajalah.

Bajet dah umum tapi sampai hari ini anak-anak perantau yang balik ke Kuala Kangsar asyik bertanya kepada saya. “YB, bila lagi nak merasa berenang dekat kolam renang Kuala Kangsar?” Kami tahu kami ada Sungai Perak, kami tahu kami

draft • 3:20 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

ada Sungai Ulu Kenas tapi kami nak merasa berenang di Kolam Renang Kuala Kangsar, di mana ayornya sampai hari ini tak pernah penuh, tak pernah berisi, ada masalah. Saya mohon Menteri untuk memberi sedikit pandangan nanti.

draft • 3:20 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Seterusnya, ada juga berita baik yang saya hendak maklumkan di dalam Dewan ini, di mana taman kanak-kanak yang dulunya tidak ada lampu, sekarang dah ada lampu, program malam dapat dijalankan. Itulah semuanya perkara yang harus memastikan rakyat kita sentiasa dapat kemudahan seterusnya.

Berbalik kepada Persiaran Sayong di kawasan saya. Tempatnya cukup cantik, pemandangannya cukup indah, tapi malangnya ia sepi, tak dapat digunakan dan kurang daya tarikan pelancong. Semua infrastruktur tempat pelancongan yang berpotensi perlukan modal. Oleh itu, adalah cadangan saya dan rayuan telus dari Kuala Kangsar, dengan beratus juta peruntukan pelancongan, sukan, kebudayaan yang diumumkan, salurlah sebahagian dana dan modal secara khusus ke Bandar Diraja ini. Bantulah kami supaya tempat seperti Persiaran Sayong dapat dihidupkan sepenuhnya sebagai hab pelancongan. Anak-anak muda di Kuala Kangsar dapat menikmati kemudahan sukan yang sebenar, bukan sekadar melihat kolam renang yang kering bertahun-tahun lamanya.

Saya bersyukur dengan Belanjawan 2027 menaikkan peruntukan pendidikan sehingga RM69 bilion. Namun, angka besar ini akan jauh lebih bermakna sekiranya ia turut memperkasakan pendidikan berasaskan komuniti sebagai pelengkap aliran perdana.

Di Kuala Kangsar, pada tahun 2023, saya telah menggerakkan pusat tuisyen percuma yang dinamakan Serambi Khalid. Bermula dengan dua kelas SPM dan sekarang sudah ada lapan kelas dan telah berlangsung dan telah menjayakan program ini sampai 1,400 pelajar dapat menikmati keperluan ini.

Justeru itu, saya ingin memohon pertimbangan daripada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan peruntukan khas bagi memperkasakan pusat pembelajaran komuniti seperti ini merangkumi kemudahan gajet, latihan teknologi baharu dan sokongan tenaga pelajar.

Jika ada sokongan belanjawan yang mengalir masuk ke peringkat akar umbi, saya percaya Kuala Kangsar khususnya akan mampu melahirkan bukan sahaja ramai pemimpin besar yang menerima pendidikan di Kuala Kangsar seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar yang melahirkan Perdana Menteri, tetapi juga sekolah saya, Tuan Yang di-Pertua, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dapat melahirkan

draft • 3:30 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Perdana Menteri satu hari nanti, angkasawan, jurutera dan sebagainya. Saya percaya bukan hanya saya, bahkan seluruh rakyat Malaysia turut mahukan kampung, negeri dan negara kita sentiasa riuh dengan kejayaan anak-anak muda.

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi satu isu besar yang menyusahkan rakyat dan pengamal perubatan. Syarikat insurans, bak kata Pulai tadi, semakin hari semakin melebih-lebih. Bayangkan, ada syarikat insurans keluarkan syarat baharu. Kalau ada pakar, doktor baharu masuk kerja di wad di hospital swasta, doktor tak boleh terus merawat pesakit yang guna insurans peribadi. Kena tunggu setahun pengalaman di hospital itu, barulah insurans akan bagi kelulusan.

Ini sangat tak masuk akal. Doktor pakar yang kita dah lama iktiraf kelayakannya oleh kerajaan, kenapa syarikat insurans pula yang memandai-mandai nak jadi penentu, nak pilih doktor mana yang boleh merawat pesakit? Kesudahannya sekarang, doktor terpaksa ikut telunjuk syarikat insurans, bukannya fokus jaga pesakit.

Kita bercakap soal belanjawan berpuluh bilion Ringgit untuk hospital kerajaan, rakyat yang dah bayar insurans beratus Ringgit tiap-tiap bulan. Bila sakit, insurans tak nak tanggung sebab alasan doktor baharu. Akhirnya, pesakit ini terpaksa pergi ke hospital kerajaan juga yang sesak dan terbeban kewangan.

Jadi, saya mahu kerajaan tolong campur tangan segera, hentikan syarat mengarut ini. Jangan biarkan nyawa pesakit dan profesionalisme doktor kita terus dipermainkan oleh syarikat insurans.

Saya turut mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit peranan pemain tempatan dalam ekosistem minyak dan gas. Belanjawan 2027 wajar mempromosikan syarikat tempatan, khususnya entiti bumiputera sebagai pemain strategik dalam rangkaian nilai industri ini. Meskipun nilai eksport petroleum dan gas asli LNG kita telah merekodkan angka yang membanggakan iaitu RM41 bilion pada suku tahun pertama 2026, penilaian pencapaian sebenarnya harus bersandarkan kepada satu persoalan― berapa peratuskah daripada margin operasi kepakaran teknikal dan penjanaan cukai ini yang berjaya dikekalkan dalam ekonomi domestik?

Oleh itu, bagi menterjemahkan potensi ini kepada realiti, saya mencadangkan tiga langkah strategik dilaksanakan. Pertama, buka akses pasaran. PETRONAS dan PETCO perlu mengenal pasti skop perdagangan serta perkhidmatan sokongan yang boleh ditawarkan secara komparatif kepada syarikat tempatan. Pemilihan ini mestilah telus dan berdasarkan kemampuan teknikal, kewangan dan integriti.

draft • 3:30 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Kedua, sediakan ekosistem pembiayaan yang sesuai. Bank-bank tempatan perlu membangunkan kepakaran dan pembiayaan yang komoditi, lengkap dengan kawalan risiko harga, mata wang dan kredit. Usaha sama dengan pemain industri yang berpengalaman boleh mempercepatkan lagi proses pemindahan kepakaran ini.

Ketiga, bina keupayaan tempatan yang sebenar. Sokongan kerajaan mesti datangnya daripada sasaran yang jelas merangkumi latihan, perwujudan pekerjaan profesional, suntikan modal sendiri dan pencarian pelanggan baharu. Kementerian perlu meletakkan garis masa yang tegas dalam tempoh enam bulan bentangkan pemetaan peluang dan dalam masa 12 bulan lancarkan program rintis ini. Kita perlu memastikan lahirnya syarikat-syarikat Bumiputera oil and gas dan menjadi pedagang trading oil satu hari nanti.

Tuan Yang di-Pertua, *Amanah dipikul sudah ditunaikan; Resah yang timbul kita redakan.

Kuala Kangsar sepakat membawa berkat, Langkah muafakat membawa selamat.

Demi rakyat kita berjuang Kuala Kangsar sejahtera negara gemilang.* Demi mandat yang digalas, saya menzahirkan sokongan terhadap usul Belanjawan 2027 ini dengan harapan agar setiap kerangka pelaksanaannya dinilai dan ditambah baik secara adil. Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sandakan.

draft • 3:30 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

[Berpantun] Pergi ke Sepilok melihat Mawas, Singgah membeli ikan di pangkalan; Bajet dibentang angkanya luas, Biar akarnya sampai ke Sandakan. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang saya menyertai perbahasan Bajet 2027. Jadi, tema bajet kali ini adalah ‘Menggapai di langit, mengakar di bumi’. Itu tema yang sangat-sangat indah. Namun, bagi rakyat Sandakan, persoalannya adalah sangat mudah― adakah akar itu benar-benar sampai ke tanah kami? Adakah ia sampai ke rumah di atas air di pinggir pantai, ke

draft • 3:36 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

wad Hospital Duchess of Kent, Sandakan, ke kelas pendidikan kelas Sandakan dan juga ke jalan kampung di Sandakan?

Saya berdiri sini bukan untuk menolak apa yang baik. Apa yang baik saya akui, tetapi tugas wakil rakyat ialah untuk memastikan angka yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini menjadi manfaat yang dirasai rakyat. Jadi, ucapan saya tertumpu pada tiga perkara. Hak Sabah, maruah rakyat dan juga infrastruktur yang disiapkan, bukan sekadar dijanjikan.

Jadi, teras pertama berkenaan dengan pemberian khas dan juga 40 peratus.

Puan Yang di-Pertua, Bajet 2027 memperuntukkan RM18.7 bilion untuk Sabah, meningkat daripada RM17.6 bilion tahun ini. Jadi, saya mengalu-alukannya. Untuk rekod, pemberian khas kepada Sabah meningkat daripada RM125.6 juta pada 2022 kepada RM300 juta pada 2023 dan RM600 juta pada 2025. Pada 30 Mei 2026, Perdana Menteri mengumumkan kadar interim RM1.5 bilion, sementara mekanisme hak 40 peratus hasil Sabah dimuktamadkan.

Namun, mengumumkan angka tidak sama dengan menyalurkan wang.

Sabah menerima RM600 juta pada 12 Jun 2026. Baki RM900 juta hanya boleh dilepaskan selepas perintah pemberian khas yang baharu diwartakan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Pada 11 September, Perdana Menteri menyatakan bayaran penuh dijangka lewat Oktober atau awal November selepas kertas berkaitan dimuktamadkan dalam sidang Dewan ini.

Oleh itu, saya mohon kerajaan menjawab empat perkara. Pertama, bilakah perintah baharu itu boleh akan dibentangkan dan diwartakan? Apakah tarikh sebenar baki RM900 juta akan dibayar?

Kedua, adakah RM1.5 bilion ini menjadi paras minimum bagi tahun 2027 dan seterusnya sementara formula muktamad dirundingkan?

Ketiga, adakah kerajaan bersedia menerbitkan laporan berkala tentang jumlah yang diterima, jumlah yang dibelanjakan dan manfaatnya kepada rakyat termasuk di Sandakan?

Keempat, apakah garis panduan, garis muktamad bagi formula 40 peratus melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963? Jika persetujuan ini tidak dicapai, adakah kerajaan bersedia menggunakan peruntukan penilai bebas di bawah Perkara 112D(6) seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah?

draft • 3:36 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Rakyat Sabah mahukan hak yang termaktub dalam Perlembagaan, bukan sekadar angka yang naik dan turun dari tahun ke tahun.

draft • 3:40 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi, teras kedua mengenai rumah yang selamat. Puan Speaker, bajet ini memperuntukkan RM50 juta untuk Komuniti Angkat MADANI bagi membantu komuniti PPR bandar meningkat kemahiran dan pendapatan. Saya mengalu- alukannya tetapi izinkan saya tanya soalan yang lebih asas bagaimana kita hendak memperkasakan komuniti PPR, sedangkan masih ramai keluarga di Sandakan yang belum dapat rumah yang selamat.

Projek PPR Fasa 2 Taman Harmoni melibatkan 500 unit telah dikemukakan kepada kementerian sejak sekitar tahun 2022, namun status kelulusannya masih belum jelas. Sementara ini ramai penduduk tinggal di atas air yang dibina rapat.

Apabila kebakaran berlaku, api merebak dan dalam beberapa minit dan laluan yang sempit menyukarkan bomba masuk. Ini bukan sekadar isu perumahan, ini soal keselamatan nyawa.

Saya minta kerajaan menjawab tiga perkara. Pertama, adakah PPR Fasa 2 Taman Harmoni termasuk dalam peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas?

Kedua, jika belum diluluskan, apakah halangan sebenar sejak 2022 dan bilakah keputusan muktamad tersebut dibuat?

Ketiga, adakah kerajaan bersedia menetapkan sasaran penempatan semula penduduk rumah atas air di Sandakan dengan garis panduan yang boleh dipantau?

Komuniti tidak akan berdaya jika tempat tinggal mereka belum lagi selamat.

Jadi, seterusnya adalah berkenaan dengan kos sara hidup dan Hospital Duchess of Kent. Puan Yang di-Pertua, bajet ini menaikkan peruntukan STR dan SARA kepada RM16 bilion daripada RM15 bilion dan saya sangat-sangat mengalukannya. Namun, kesejahteraan rakyat tidak boleh diukur dengan pendapatan semata-mata. Kesihatan juga keperluan asas.

Kementerian Kesihatan menerima RM47.7 bilion, meningkat daripada RM46.5 bilion dan lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada 2027. Ini langkah yang baik. Saya menghargai penempatan 42 pegawai perubatan siswazah di Hospital Duchess of Kent pada Mei lalu. Namun, hospital rujukan utama Pantai Timur Sabah ini masih berdepan dengan kekurangan tenaga kerja.

Pada Jun lalu, Jabatan Perubatan Am hospital ini terpaksa menyusun semula perkhidmatan termasuk mengubah jadual doktor, pakar perawat akibat kekurangan pegawai perubatan. Bangunan dan peralatan tidak bermakna jika tiada doktor pakar, tiada jururawat dan juga petugas sokongan yang mencukupi. Bagi pesakit dari luar

draft • 3:40 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

bandar, setiap rawatan yang tertangguh bermakna kos pengangkutan, penginapan dan juga pendapatan yang hilang sekali lagi.

Saya meminta Kementerian Kesihatan menjelaskan tiga perkara. Pertama, berapakah perjawatan yang telah diluluskan dan kekosongan semasa bagi doktor pakar, pegawai perubatan, jururawat dan juga kakitangan sokongan di hospital ini?

Kedua, daripada 9,000 doktor yang akan diserap ke jawatan tetap, berapakah yang akan ditempatkan di Sabah dan khususnya di Hospital Duchess of Kent?

Ketiga, apakah insentif latihan kepakaran, tempat tinggal dan penempatan untuk memastikan petugas kesihatan kekal berkhidmat di Sabah? Peruntukan kesihatan bukan hanya tentang wang yang dibelanjakan tetapi sama ada pesakit dapat berjumpa dengan doktor apabila mereka memerlukan.

Jadi, seterusnya adalah berkenaan dengan pendidikan khas dan sekolah.

Puan Yang di-Pertua, Bajet 2027 menaikkan elaun murid berkeperluan pendidikan khas kepada RM200 sebulan daripada RM150 untuk 150,000 murid, termasuk anak autistik. Insentif guru pendidikan khas dinaikkan kepada RM300 daripada RM250 untuk 20,000 guru dan bantuan OKU keseluruhan meningkat kepada RM1.5 bilion.

Saya mengalu-alukannya, namun wang yang tidak menggantikan pusat sokongan, bajet ini mengumumkan dua Pusat PERMATA Kurnia untuk autistik.

Kedua-duanya di Melaka, di Pahang, tiada satu pun di Sabah. Keluarga di Sandakan terpaksa berulang-alik jauh ataupun tidak mendapatkan terapi dan latihan yang sama.

Bajet ini akan membuka lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa di luar bandar untuk intervensi awal kanak-kanak autistik. Daripada keluarga berpendapatan rendah, berapakah kelas itu yang akan dibuka di Sabah, khususnya di Sandakan?

Bajet ini juga menyediakan hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Saya juga bertanya, adakah Pusat PERMATA Kurnia akan dibina di Sabah dengan adakah Sandakan dipertimbangkan bagi Pantai Timur dan berapakah sekolah daif di Sandakan yang tersenarai dalam 682 buah sekolah ini, termasuk kemudahan untuk murid pendidikan khas? Anak-anak istimewa tidak sepatutnya bergantung pada nasib, sama ada mereka tinggal di negeri yang betul.

Jadi, seterusnya adalah berkenaan dengan infrastruktur yang disiapkan.

Puan Yang di-Pertua, Bajet 2027 memperuntukkan RM600 juta bagi menjamin kesinambungan bekalan elektrik Sabah susulan penyerahan kuasa awal selia

draft • 3:40 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

elektrik kepada kerajaan negeri serta RM204 juta untuk sistem STATCOM di Pencawang Masuk Utama Dam Road dan Segaliud.

Saya mengalu-alukannya tetapi rakyat Sandakan mahu tahu, bila gangguan bekalan elektrik akan berkurang? Berapakah pengurangan gangguan akan dijangka selepas STATCOM beroperasi dan bilakah nya? Dan siapakah yang akan bertanggungjawab jika bekalan masih terputus? Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri atau pun syarikat utiliti? Rakyat tidak sepatutnya menjadi mangsa apabila setiap pihak saling menuding jari.

Bagi jalan raya, RM3.3 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak dan Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B disasarkan siap pada terakhir 2027, namun Laporan Ketua Audit Negara mendapati hanya empat daripada 35 pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 telah disiapkan setakat 31 Mac 2026. Baki 31 pakej bernilai RM16.3 bilion masih dalam pelaksanaan, termasuk sembilan projek sakit, 13 projek lewat jadual.

Kontrak Fasa 1 pula meningkat RM1.05 bilion daripada RM18.96 bilion.

Lebuh raya ini adalah termasuk laluan Ranau ke Batu 32 Sandakan ke Tawau dan yang digunakan rakyat setiap hari. Jadi, saya bertanya, adakah sasaran akhir 2027 ini realistik? Pakej manakah sembilan projek itu sakit dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap kontraktor dan juga perunding yang gagal?

Saya juga membangkitkan dua projek tempatan. Pertama, Jambatan Merah di Sandakan. Apakah status terkini projek ini? Berapakah peruntukan diluluskan?

Berapa yang dibelanjakan dan juga bilakah tarikh siapnya? Jadi, saya juga ada tanya pada 19 Oktober dalam soalan lisan saya. Jadi, saya minta kerajaan— Menteri Kerja Raya menyatakan status Projek Pembaikan Jalan Jambatan Merah Batu 1.5 Sandakan yang dikategori projek sakit termasuk kos peruntukan dan bayaran kontraktor, punca kelewatan, peruntukan diperlukan dalam Belanjawan 2027, tarikh projek dijangka siap dan dengan dukacitanya kementerian hanya jawab saya dengan tiga perenggan sahaja dan tiada soalan saya yang ditanya pun dijawab.

Dalam perenggan yang kedua demikian dia jawab. “Dalam hal ini adalah dimaklumkan bahawa projek ini telah pun ditamatkan pada 1 Oktober 2025 yang lalu dan status terkini adalah melibatkan proses perolehan tender semula dan dijangka pelantikan kontraktor penyiap dapat dimuktamadkan pada Disember 2026”. Itu sahaja? Berapakah kos yang digunakan, bilakah berapa jangka projek ini dijalankan?

Sebab daripada tiga, empat tahun lalu projek ini adalah dinamakan projek sakit daripada Kerajaan Persekutuan tetapi sehingga sekarang tiada jawapan yang

draft • 3:40 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

baik daripada kerajaan ataupun Kementerian JKR. Jadi, rakyat Sandakan sangat marah, saya juga marah sebab jawapan yang saya inginkan ataupun jawapan yang lebih tidak diberikan dan kami pun hanya boleh menular di sosial media, jumpa di sosial media lagi.

Jadi, kedua adalah berkenaan dengan Projek Semawang ke Tanjung Kuala Gum-Gum. Walaupun terletak dalam Parlimen Libaran, manfaatnya dirasai oleh seluruh bahagian Sandakan. Projek jalan sepanjang 19.9 kilometer dengan jambatan 577.4 meter ini bernilai lebih RM213 juta ketika dilancar pada 2023. JKR Sabah kemudian mengiklankan kerja merobohkan jambatan di Sungai Gum-Gum pada Ogos 2025.

Mengapakah jambatan ini perlu dirobohkan? Siapakah menanggung kos pembinaan semula dan bilakah projek tarikh akan siap— tarikh siap baru? Adakah sekali lagi peruntukan RM350 juta untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kontraktor G1 hingga G4 perlu diutamakan kepada kontraktor tempatan Sabah dan juga jalan pedalaman kawasan Sandakan tidak boleh dipinggirkan.

Jadi, seterusnya Puan Speaker, saya mengalu-alukan peluasan pelepasan cukai gaya hidup kepada kos pemvaksinan dan juga pemandulan haiwan pemeliharaan oleh veterinar berdaftar serta kos mengambil haiwan angkat daripada pusat perlindungan berdaftar.

draft • 3:40 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Namun, pelepasan cukai ini hanya membantu pemilik yang membayar cukai.

Ia tidak menyentuh anjing dan kucing liar di jalanan yang menjadi isu kesihatan awam dan keselamatan komuniti termasuk di Sandakan. Program tangkap, mandul dan lepas semula (TNR) lebih berperikemanusiaan dan lebih berkesan jangka panjang.

Tetapi kini kebanyakannya ditanggung oleh NGO dan sukarelawan.

Jadi Puan Speaker, izinkan saya berkongsi satu kisah yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia. Pada 29 Julai lalu, seekor anjing bernama Rocky mati dalam satu operasi tangkapan anjing liar di Pelabuhan Klang. Rakaman detik-detik akhirnya tular ke seluruh negara malah sampai ke jiran negara. Ramai yang menangis melihatnya. Saya tidak akan mengulas siapa yang bersalah, sebab kes ini kini dibicarakan di mahkamah dan saya hormat proses itu.

Saya juga sedar pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas mereka sering kali atas aduan penduduk yang bimbang akan keselamatan anak-anak mereka.

Tetapi kisah Rocky ini menunjukkan satu perkara yang jelas, apabila kita tidak ada sistem jangka panjang, setiap operasi tangkapan berisiko menjadi konflik. Konflik

draft • 3:50 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

antara pencinta haiwan dan pihak berkuasa, konflik antara jiran dengan jiran, akhirnya tiada siapa yang menang.

Haiwan menderita, petugas dikecam dan juga kepercayaan rakyat terhakis.

Ini sebabnya program TNR jangka panjang diperlukan dengan memandul dan memvaksin haiwan liar secara berterusan, bilangan mereka akan berkurangan secara beransur-ansur dan juga dengan berperikemanusiaan tanpa perlu menunggu tragedi seterusnya. Kita tidak mahu ada Rocky yang lain di Klang, di Sandakan atau di mana-mana.

Jadi, adakah kerajaan akan menyediakan peruntukan khusus untuk TNR melalui pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, termasuk untuk NGO di Sabah dan apakah status cadangan dan dana khas kebajikan haiwan terbiar yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan?

Oleh sebagai penutupnya Puan Speaker, untuk menggapai di langit, kita mesti mengakar di bumi. Bagi Sandakan, bumi itu adalah hak Sabah yang ditunaikan. Rumah yang selamat, pesakit yang dirawat dengan tepat masanya, anak- anak istimewa disokong dan jalan-jalan serta bekalan elektrik yang boleh diharap.

Saya menyokong semangat Bajet 2027, tetapi saya mahu melihat akar itu benar- benar sampai ke Sandakan. Saya akan terus memantau pelaksanaannya dan membawa suara rakyat ke Dewan ini. Sekian dan terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 3:50 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2027. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara yang sangat dekat dengan hati ibu bapa berkaitan dengan anak-anak di sekolah yang sekarang ini sentiasa kedengaran berita tentang kejadian buli dan sebagainya.

Saya rasa ini sangat membimbangkan, bukan saya rasa semua orang rasa perkara ini sangat membimbangkan di kalangan ibu bapa. Daripada Mac hingga Ogos 2026, 4,289 kes buli direkodkan. Macam-macam hal. Ada melibatkan kecederaan yang serius dan ada yang mengancam nyawa dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan mangsa yang memilih untuk diam kerana takut diugut, dipulaukan atau dibuli sekali lagi.

draft • 3:53 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya mahu kerajaan supaya menjelaskan langkah segera, bagaimana untuk memperkukuhkan keselamatan sekolah. Saya rasa rakyat tidak mahu lagi mendengar soal berkaitan tidak cukup CCTV dan sebagainya. Kalau boleh kerajaan memperuntukkan lebih banyak lagi peruntukan untuk peranti, pemantauan, kalau perlu diperkasakan PIBG, pengawasan sekolah, elaun-elaun untuk warden dan sebagainya dipertingkatkan supaya pemerkasaan terhadap tingkah laku anak-anak kita di sekolah ini dapat dipertingkatkan. Jangan tunggu satu lagi kes berlaku kemudian baru kita umumkan jawatankuasa dan jawatankuasa itu dan langkah pembaikan yang diumumkan selepas daripada perkara yang serius itu telah pun berlaku.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengulas juga berkaitan dengan gaji minimum RM2,000 yang dibentangkan yang sudah tentu ramai yang gembira. Tetapi dalam masa yang sama, banyak perlu difikirkan. Saya menyambut baik kenaikan RM300 ini. Tetapi adakah kehidupan pekerja akan menjadi lebih bertambah baik?

Bayangkan peruntukan itu diumumkan untuk syarikat yang dengan pendapatan lebih RM50 juta.

Jadi, yang mendapat manfaat dari segi itu bukan keseluruhan kalangan pekerja. Tetapi respons pasaran terhadap setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikan di dalam gaji minimum dan sebagainya tidak mengenal sama ada orang ini dapat naik gaji dan sebagainya. Yang tak naik gaji pun terpaksa juga menerima kenaikan di dalam harga barang dan sebagainya.

Selepas bayar sewa rumah, ansuran kenderaan, barang dapur, bil dan keperluan anak-anak, masing-masing memikirkan berapa lagi yang masih tinggal, kerana itu saya lihat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan ini, walaupun dulu pernah diumumkan dari RM1,500 naik RM1,700, tetapi masih lagi rakyat berdepan dengan masalah yang sama kuasa beli, disposable income ataupun dalam erti kata yang lain ada ahli ekonomi cakap tentang pendapatan benar, dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat kita itu sendiri.

Pada masa yang sama, PMKS memerlukan bantuan untuk meningkatkan produktiviti. Jika kos buruh meningkat tanpa peningkatan kecekapan, kos tersebut mungkin dipindahkan kepada pengguna. Kerajaan juga memberi pengecualian kepada PMKS dengan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta. Bagaimana pengecualian ini dipantau supaya tidak mewujudkan jurang gaji yang berpanjangan antara pekerja. Justeru saya minta kerajaan menjelaskan bantuan untuk automasi,

draft • 3:53 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

pendigitalan dan latihan pekerja serta mekanisme memantau kesan kenaikan gaji terhadap harga barang pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang ECRL. Kerajaan mengumumkan ECRL, insya-Allah akan dapat beroperasi Disember ini. Sebagai rakyat Terengganu, sudah tentunya ini adalah satu berita yang baik tetapi walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan semoga mendapat pertimbangan kerajaan.

Pertamanya, isu berkaitan dengan accessibility ECRL. Saya biasanya bila melihat program besar seperti ini yang menyambungkan antara negeri-negeri sudah tentulah mengharapkan supaya stesen yang utama bagi setiap negeri ini akan berada di ibu negeri yang berkenaan di mana pusat pentadbiran itu berada. Walau bagaimanapun, di dalam kes di Terengganu ini stesen yang terdekat dengan ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu berada di Daerah Marang.

Ini adalah satu stesen yang jaraknya jauh sebenarnya daripada ibu negeri Terengganu yang akan menjadi tempat tumpuan mereka yang berkunjung ke Terengganu terutamanya, antara 25 kilometer sehingga 35 kilometer. Jadi, jarak ini jauh. Tanpa pengangkutan, penghubung yang cekap dah sampai ke stesen hendak pergi ke Kuala Terengganu pula sukar untuk pelajar, pekerja, warga emas dan pelancong memanfaatkan ECRL.

Justeru kerana itu, saya ingin bertanya, apakah perancangan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan penghubung yang kerap, mudah diakses dan berpatutan harganya antara pusat bandar Kuala Terengganu dengan stesen ECRL sebelum operasi bermula.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal tambang. Hari ini saya menerima senarai tambang yang diumumkan. Dari satu segi saya rasa lega nampak affordable. Kadar permulaan bagi perjalanan Gombak–Kuala Terengganu RM95 sehala, murah dari kapal terbang, mahal sikit daripada bas. Untuk transit RM110, untuk ekspres RM95 sehala untuk transit dan RM110 untuk ekspres serta penggunaan mekanisme harga dinamik ini, dynamic pricing. Maknanya ada masa dia murah, ada masa ketika waktu puncak contohnya dekat hari raya dan sebagainya dia akan naik harga macam tiket kapal terbang dan sebagainya. Jadi, ini adalah sesuatu yang saya minta pertimbangan kerajaan untuk memikirkan kerana ia mungkin membebankan rakyat terutamanya bagi pergerakan keluarga musim perayaan.

draft • 3:53 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Musim perayaan bukan seorang dua datang nak bekerja ke apa, satu keluarga nak angkut. Puan Yang di-Pertua, jadi kalau harga itu dengan harga mekanisme dynamic pricing ini mungkin tinggilah. Jadi mungkin akan menyebabkan— membebankan. Kerana itu saya pohon dipertimbangkan bagi keluarga yang ada empat, ada lima orang, jadi memandu kereta sendiri ini menjadi pilihan yang lebih menjimatkan.

Justeru saya ingin bertanya, apakah langkah kerajaan untuk menetapkan kadar siling maksimum, fair cap bagi mengawal lonjakan harga semasa permintaan tinggi? Yang kedua, adakah kerajaan bersedia memperkenalkan pakej tambang keluarga atau pas perjalanan berkala pada kadar khas untuk pengguna yang kerap berulang alik antara Pantai Timur dan Lembah Klang.

Saya berterima kasih kerana diumumkan juga diskaun kepada OKU, kepada warga emas dan sebagainya. Itu adalah sesuatu yang memang kita harapkan. Kita mahu ECRL membuka peluang kepada rakyat Pantai Timur. Jangan sampai ECRL menjadi kebanggaan Pantai Timur tetapi rakyat masih sukar untuk menggunakannya.

Satu perkara yang lebih penting adalah ECRL bukan semata-mata soal mengangkut manusia. Kita perlu memanfaatkan ECRL ini supaya dapat memacu pertumbuhan ekonomi kerana antara faktor Pantai Timur agak ketinggalan berbanding Pantai Barat adalah masalah rangkuman logistik yang ada di seluruh Pantai Timur itu yang mana dengan adanya ECRL, ia menambah kepada rangkaian logistik ini yang perlu dimanfaatkan supaya sepanjang jajaran ECRL ini dibangunkan perindustrian, diberi penumpuan dan sebagainya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan tentang isu tentang berkaitan hasil JPJ yang panas baru-baru ini, RM314 juta dikutip tetapi tidak dipulangkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tunggakan hasil Jabatan Pengangkutan Jalan berjumlah RM314 juta yang dikaitkan dengan MyEG dan Zetrix AI menimbulkan persoalan yang serius tentang kawalan kutipan hasil kerajaan.

Persoalannya, bagaimana tunggakan sebesar ini boleh terkumpul begitu banyak sedangkan mekanisme remitan yang dilaporkan adalah berasaskan T+1.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Maknanya apa yang dikutip pada hari ini, esok dah kena pulang kepada kerajaan.

Sampai terkumpul RM300 juta. Laporan bertarikh 5 Oktober 2026 menyebut 35 notis peringatan telah dikeluarkan, empat sesi libat urus diadakan.

Selepas 35 notis dan empat sesi perbincangan, minta beritahu apa hasilnya.

Berapa jumlah tunggakan yang telah berjaya dikutip, berapa baki tunggakan yang sebenar dan bilakah pegawai pengawal dimaklumkan mengenai perkara ini? Adakah semakan dan pengesahan rekod kutipan dibuat setiap hari, serta adakah had tunggakan the procedure tindakan susulan dilaksanakan dengan sepatutnya secara berkesan?

Saya menggesa kerajaan untuk membentangkan kronologi ini tindakan dan menjalankan semakan menyeluruh supaya ia tidak berulang di masa akan datang.

Saya ingin menyentuh tentang LKIM Chendering.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu...

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Pendek sudahlah. Saya...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas saja berkenaan Zetrix tadi itu, apakah ini berlaku disebabkan oleh syarikat ini syarikat kroni kepada seseorang? Apa pandangan Kuala Terengganu.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Rakyat boleh membuat kesimpulan sendiri. Kalau sampai dalam tempoh yang begitu singkat, sampai RM300 juta dan tidak diambil tindakan, peliklah pandangan rakyat.

LKIM Chendering. Saya dah bawa perkara ini sejak tahun 2021. Baru-baru ini saya hadir taklimat yang diberikan oleh JPS sebagai agensi pelaksana bagi projek ini. Saya sangkakan selepas perkara ini diumumkan pada 2023, 2021 dibangkitkan, diluluskan, ia adalah di ambang pelaksanaan tetapi rupanya yang ditaklimatkan adalah satu lagi proses perancangan dan sebagainya yang mana dimaklumkan di dalam taklimat yang diberikan oleh pegawai, projek ini dijangka siap pada tahun 2033.

Bukan projek mega ini RM192 juta dan saya tahu JPS mempunyai kemampuan untuk melaksanakan lebih baik lagi kerana projek yang lebih besar daripada itu, berbilion boleh disiapkan dalam masa dua tahun, tiga tahun di Kuala Terengganu, pedalaman muara sungai Terengganu, yang lebih besar. Break water sepanjang jumlahnya, maknanya yang utaranya 1,900 meter panjang, yang bawahnya 900 meter panjang, kedalaman yang lebih dalam cuma dua tahun siap.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ini cuma 18, 80 meter tambah daripada break water yang ada lagi, kemudian tambah lagi 300 meter sampai kena tunggu tahun 2033, projek RM192 juta saja.

Kerana itu saya tak berpuas hati. Ini tadi ada YB bercakap minta fast track, fast track. Saya rasa macam ini slow track ini. JPS mampu melaksanakan lebih baik lagi. Saya harap Menteri tolong tegur. Minta siapkan cepat sebab masalah nelayan di Chendering ini serius. Sebahagian besar daripada jeti itu tidak dapat digunakan lagi untuk menampung kemasukan kapal kelas C2.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sering menekankan pembangunan wilayah melalui RMK13 tetapi persoalan yang perlu kita jawab ialah bagaimana negeri yang mempunyai keupayaan menjana hasil lebih rendah dapat menyediakan kemudahan asas yang setara kepada rakyatnya?

Setiap negeri mempunyai keperluan berbeza. Ada negeri perlu menanggung kos yang besar untuk menyelesaikan masalah bekalan air, membina jalan raya, menyediakan perkhidmatan awam. Pada masa yang sama kemampuan hasil negeri tidak sama. Malaysia mempunyai Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Namun adakah kita mempunyai mekanisme penilaian bebas yang menilai secara sistematik kemampuan fiskal dan keperluan perbelanjaan setiap negeri?

Justeru, saya mencadangkan penubuhan suruhanjaya penyamarataan fiskal yang bebas untuk menilai kapasiti hasil, keperluan perbelanjaan, jurang pembangunan negeri berdasarkan formula yang telus. Ini dilakukan di negara- negara lain juga mengamalkan federalisme fiskal. Kerajaan boleh meneliti model Australia melalui Commonwealth Grants Commission (CGC) sebagai rujukan dengan mengambil kira struktur Persekutuan Malaysia.

Saya tidak menuntut setiap negeri menerima jumlah peruntukan yang sama.

Apa yang saya perjuangkan ialah setiap negeri yang mempunyai sumber dan kemampuan fiskal yang mencukupi untuk menyediakan khidmat awam yang berkualiti, memenuhi keperluan rakyat dan seterusnya mengurangkan jurang pembangunan antara negeri. Keadilan fiskal bukan bermaksud semua negeri menerima jumlah yang sama tetapi rakyat tidak sepatutnya menerima mutu perkhidmatan yang berbeza hanya kerana negeri mereka kurang berkemampuan.

Tuan Yang di-Pertua, banyak kilang ditutup akhir-akhir ini dek kerana pelbagai masalah, lambakan harga barang dengan lebih murah daripada China dan sebagainya. Bukan sahaja di Terengganu, baru-baru ini CJ Bio, WRP Asia Pasifik di Sepang tutup operasi pada tahun 2026, Panasonic mengumumkan penyusunan

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

semula operasi di Shah Alam. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi industri dan persekitaran ekonomi yang semakin kompetitif.

Di Kertih, penutupan CJ Bio menjejaskan 372 pekerja. Di sebalik angka ini, ada keluarga yang kehilangan sumber pendapatan dan perniagaan kecil yang turut terjejas. Kerajaan mengumumkan telah melaksanakan pemprofailan dan padanan pekerjaan. Namun pemprofailan pekerja bukan bermaksud masalah mereka telah selesai.

Justeru, berapa ramai daripada 372 pekerja ini sudah mendapat pekerjaan baharu dan berapa ramai masih lagi menganggur? Adakah mereka memperoleh gaji setara dengan pendapatan yang terdahulu? Tuan Yang di-Pertua, panjang lagi. Saya rasa kalau dibenarkan saya ingin teruskan.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya dalam tiga minit, tutup.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya terus kepada portfolio sains. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan RM6 bilion untuk R&D merentas kementerian adalah pendanaan awam yang amat besar. Namun, kita tidak mahu penyelidikan sekadar berakhir dengan laporan jurnal akademik dan prototaip di makmal sahaja. Di dalam sektor semikonduktor contohnya, Malaysia mesti beralih daripada sekadar pemasangan dan pengujian kepada reka bentuk cip, pembungkusan termaju dan pemilikan harta intelek tempatan.

Justeru, saya memohon pencerahan kerajaan, pertama apakah sasaran kadar pengkomersialan yang boleh diukur menjelang tahun 2027, serta bagaimana kerajaan menilai pulangan daripada geran R&D yang dikeluarkan? Yang kedua, apakah pelan konkrit untuk memastikan pemilikan IP dan penguasaan teknologi tempatan dalam bidang strategik seperti semi konduktor, AI dan keselamatan siber?

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu sekadar membiayai penyelidikan. Kita mahu membina teknologi, memiliki kepakaran, menguasai nilai ekonominya.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan pelbagai isu pada hari ini daripada keselamatan anak, pendapatan pekerja, pengurusan wang awam, peluang pekerjaan, keadaan fiskal serta pembangunan Kuala Terengganu dan Terengganu.

Saya berharap isu yang dibangkitkan ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dipersilakan, Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 4:10 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Dalam perbahasan Belanjawan 2027 ini saya ingin membangkitkan beberapa keperluan rakyat Batang Sadong dan Sarawak khususnya berkaitan kesihatan, pendidikan, peluang ekonomi, MA63 dan pelaksanaan projek pembangunan.

Saya mulakan dengan sektor kesihatan. Batang Sadong menyambut baik peruntukan RM47.4 bilion kepada KKM serta langkah menyerap lebih 9,000 doktor kontrak ke jawatan tetap. Namun kekurangan tenaga kesihatan masih dirasai khususnya di kawasan luar bandar dan pendalaman Sarawak. Sehubungan itu, apakah perkembangan autonomi kesihatan Sarawak di bawah MA63 khususnya dalam pengambilan dan penempatan petugas serta pengurusan fasiliti kesihatan?

Sarawak juga mempunyai kemudahan makmal penyelidikan penyakit berjangkit dan makmal bergerak. Saya berharap autonomi penyelidikan kesihatan dapat diperkukuh agar lebih menikmati keperluan tempatan termasuk potensi biodiversiti Sarawak. Seterusnya bagi Hospital Simunjan, kajian kebolehsanaan pembinaan blok baharu telah diluluskan pada tahun 2024 di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Apakah status terkini kajian tersebut termasuk penggantian kuarters petugas? Adakah projek ini akan menerima peruntukan pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas atau Belanjawan 2027 tahun hadapan?

Keperluan ini perlu dinilai berdasarkan akses kepada rawatan, keselamatan pesakit dan cabaran geografi penduduk setempat. Hospital Simunjan juga mempunyai tiga ambulans berusia antara 8 hingga 16 tahun. Memandangkan pada tahun hadapan, 400 ambulans baharu diperuntukkan di seluruh negara, jadi Batang Sadong mohon agar sekurang-kurangnya satu atau dua unit dipertimbangkan untuk hospital ini dan saya turut menyambut baik peningkatan Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara daripada RM30 kepada RM100.

Namun mengambil kira risiko tugas di pendalaman serta iktibar daripada insiden nahas helikopter baru-baru ini, kerajaan perlu memastikan perlindungan insurans yang menyeluruh, termasuk pampasan kematian dan hilang upaya kekal serta kebajikan keluarga petugas.

draft • 4:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Seterusnya, saya menyambut baik peningkatan peruntukan penyelenggaraan sekolah kepada RM2 bilion serta RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif dengan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak. Di Batang Sadong, saya ingin mendapatkan status penilaian semula kos bagi lima buah sekolah yang telah lama disenaraikan dalam projek sekolah daif. Ini berulang kali saya sebut dalam bahas belanjawan iaitu SK Jemukan, SK Haji Bujang Rangawan Putin, SK Semalatong, SK Sungai Apin dan SMK Simunjan No. 1. Adakah kelima-lima sekolah yang saya sebut tadi termasuk dalam senarai 682 sekolah yang akan dinaik taraf?

Jika belum apakah sebabnya dan bilakah pelaksanaannya dijangka bermula?

Dalam hal ini, kami di Parlimen Batang Sadong merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Sarawak kerana menggunakan dana negeri untuk pembangunan SK Sageng dan SMK Gedong demi kemudahan pendidikan anak-anak kita. Seterusnya, selain sekolah daif keselamatan tabika KEMAS luar bandar juga perlu diberikan perhatian. Pusat Khidmat, saya menerima permohonan pembaikan bagi beberapa premis yang dilaporkan mengalami kerosakan struktur dan masalah pendawaian elektrik yang berisiko kepada kanak-kanak dan tenaga pengajar.

Sehubungan itu, Batang Sadong mencadangkan supaya KKDW melaksanakan audit keselamatan fizikal tabika kemas luar bandar secara menyeluruh dengan pengelasan tahap kerosakan dan risiko seperti pendekatan menangani sekolah daif KKM. Keselamatan anak-anak tidak boleh menunggu sehingga berlaku kemalangan. Pencegahan mesti menjadi keutamaan.

Seterusnya, saya menyambut baik komitmen kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1 bilion bagi pembangunan tanaman padi serta hasrat mendapatkan peruntukan padanan RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan.

Kerjasama ini berpotensi menyediakan dana sehingga RM2 bilion untuk memperkukuh industri padi dan beras negara. Saya juga menyambut baik perluasan insentif pembajakan RM300 sehektar kepada Sabah dan Sarawak. Namun bantuan kewangan perlu disokong oleh sistem pengairan dan saliran yang baik, teknologi moden serta usaha meningkatkan produktiviti pesawah.

Justeru persoalannya, adakah Kerajaan Persekutuan bersedia mempertimbangkan peruntukan padanan RM1 bilion secara berfasa berdasarkan keutamaan kawasan dan potensi pengeluaran padi di Sarawak dengan penyelarasan bersama Kerajaan Sarawak? Pelaburan ini penting untuk

draft • 4:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

meningkatkan pendapatan pesawah, memperkukuh keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import.

Seterusnya, pembangunan Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) di Sarawak berpotensi membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh ekonomi perak atau silver economy serta mengembangkan perkhidmatan penjagaan warga emas dan pelancongan kesihatan. Namun pembangunan infrastruktur mesti disertakan perancangan tenaga kerja yang mencukupi.

Kita perlu mengambil iktibar daripada cabaran penempatan petugas kesihatan apabila sebahagian calon dari luar yang ditawarkan penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri. Oleh itu, saya mencadangkan supaya pembangunan Pusat NICE ini diselaraskan dengan peningkatan biasiswa JPA khusus untuk anak Sabah dan Sarawak bagi melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan dalam sektor ini. Pendekatan ini dapat memastikan bekalan tenaga kerja yang berterusan di samping membuka peluang kerja berkualiti kepada belia ataupun generasi muda tempatan.

Seterusnya saya beralih kepada autonomi projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak. Saya menyokong komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2027 untuk memperkukuh infrastruktur asas luar bandar khususnya bekalan air bersih. Bagi mempercepatkan projek Bekalan Air Luar Bandar, kerajaan Sarawak mencadangkan supaya autonomi pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar yang kini terhad kepada RM50 juta dan ke bawah diperluaskan kepada projek bernilai lebih RM50 juta bagi mengurangkan kerenah birokrasi, mengelak kelewatan projek serta memastikan pelaksanaan lebih selaras dengan keperluan dan cabaran geografi di Sarawak.

Di Batang Sadong sendiri masih terdapat kawasan yang belum menikmati bekalan air bersih yang mencukupi dan juga stabil. Justeru ini persoalannya, adakah Kerajaan Persekutuan bersedia mempertimbangkan perluasan autonomi ini demi mempercepatkan pelaksanaan projek di Sarawak? Batang Sadong menghargai peningkatan peruntukan Persekutuan kepada Sarawak daripada RM15.1 bilion kepada RM16.2 bilion bagi tahun 2027.

Serta kesinambungan rundingan MA63 dan kadar interim pemberian khas Sabah dan Sarawak sebanyak RM1.5 bilion di bawah Perkara 112(D). Namun, pelaksanaan MA63 tidak seharusnya terhenti pada kadar interim.

draft • 4:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Bilakah formula tetap pemberian khas akan dimuktamadkan dan apakah garis masa yang jelas untuk menyelesaikan perkara ini?

Dari segi perwakilan Parlimen, Sabah, Sarawak dan Singapura merangkumi kira-kira 34.6 peratus Kerusi ketika pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kini Sabah dan Sarawak hanya merangkumi 25.2 peratus Kerusi Dewan Rakyat.

Tuntutan supaya perwakilan Sabah dan Sarawak dipertingkatkan kepada sekurang- kurangnya 35 peratus— bukan meningkatkan jumlah Kerusi ya, kita mahu dalam bentuk kadar peratusan, bukan untuk mendapatkan keistimewaan, tetapi bagi memperkukuh suara kedua-dua wilayah dan memelihara semangat asal pembentukan Malaysia.

Apakah langkah konkrit dan garis masa kerajaan untuk meneliti perkara ini, termasuk melalui proses persempadanan semula yang berkaitan, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat MA63?

Seterusnya akhir sekali. Setiap peruntukan yang diluluskan mesti diterjemahkan kepada projek yang siap dan manfaat yang benar-benar dirasai rakyat.

Saya memohon— Batang Sadong memohon kerajaan menyediakan laporan pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Kedua Belas, bukan ketiga belas— Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi Sarawak, khususnya Parlimen Batang Sadong yang merangkumi peruntukan— berapakah peruntukan yang diluluskan, berapakah perbelanjaan sebenar, kemajuan fizikal agensi pelaksana serta status projek yang tertangguh ataupun dibatalkan berserta dengan sebabnya.

Bagi projek yang belum selesai, kerajaan perlu menjelaskan sama ada projek tersebut akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas ataupun Belanjawan 2027 berserta garis masa pelaksanaan yang jelas.

Laporan ini penting bagi membolehkan Wakil Rakyat dan masyarakat memantau kemajuan projek, mengenal pasti kelewatan dan memastikan wang awam digunakan secara berkesan.

Dato' Sri Yang di-Pertua, rakyat mahu melihat hasil belanjawan melalui hospital yang lebih lengkap, sekolah yang selamat, peluang pekerjaan yang lebih baik dan bantuan ekonomi yang berkesan.

Saya berharap, kementerian-kementerian yang berkaitan memberikan jawapan yang jelas, disokong dengan data, garis masa dan komitmen pelaksanaan, khususnya bagi memenuhi keperluan rakyat Sarawak dan juga Batang Sadong.

draft • 4:20 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Dengan itu, saya mewakili warga Parlimen Batang Sadong, menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih Dato' Sri Speaker.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Dato' Yang di-Pertua', terima kasih atas peluang yang diberikan untuk Parit Buntar membahaskan Bajet 2027.

Saya mulakan dengan membaca petikan hadis Rasulullah SAW sebagai peringatan kita bersama, Ibnu Hibban dan At-Tirmizi telah meriwayatkan dalam jameknya, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda [Membaca sepotong hadis] Maksudnya, tidak berganjak dua tapak kaki manusia pada hari Kiamat sehinggalah dia ditanya dari empat soalan. Dari umurnya, ke mana dia habiskan dan dari tubuhnya, kepada apa yang digunakan dan dari ilmunya, apa yang dia amalkan dan dari hartanya, dari mana ia diperolehi dan ke mana dibelanjakan. Ini hadis Nabi ya Jelutong, bukan ayat Quran.

Hadis ini mengingatkan kita kepada satu perkara yang disebut oleh Nabi [Membaca petikan hadis] Yang lain-lain Tuhan tanya satu soalan, tapi tentang harta, Tuhan tanya dua soalan. Pertama, dari mana diperolehi. Yang kedua, ke mana dibelanjakan.

Itulah hari ini kita sama-sama membahaskan bajet untuk kita bertanya pihak kerajaan, sama ada mempersoal ataupun memberi pandangan dan sebagainya, supaya harta negara, khazanah negara diagihkan kepada seluruh rakyat dengan seadil-adilnya. Dan apabila ayat ini ataupun hadis ini dibacakan kepada kita semua, jadikanlah ia satu peringatan. Bukan niat kita untuk menujukan kepada sesiapa.

Jangan salah faham, sebagaimana Jelutong salah faham terhadap hadis yang dibaca oleh Kota Bharu petang semalam— pagi semalam.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar, saya mahu membawa perbahasan ini ke arah menyentuh perihal sektor pertanian serta kelangsungan hidup para pesawah.

Selain itu, Parit Buntar juga akan menyentuh berkenaan akses anak muda kepada pendidikan tinggi dan TVET.

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dato' Yang di-Pertua, kejayaan satu-satu belanjawan itu bukan diukur melalui jumlah yang diumumkan sahaja, tetapi ia mesti melihat sama ada masalah rakyat betul-betul dapat diselesaikan dan peruntukan yang diluluskan benar-benar sampai kepada rakyat.

Saya ingin menyampaikan keluhan para pesawah di kawasan saya sendiri, berkaitan insentif racun RM300 per hektar yang diwaadkan, yang dijanjikan untuk tahun 2026 sehingga musim kedua tahun 2026. Para pesawah hanya menerima RM200 per hektar. Di mana baki RM100 per hektar pergi? Ini janji, ini waad. Kalau tak ditunaikan, maka akan terkenalah sifat-sifat yang disebutkan dalam hadis sebagaimana dibaca oleh Yang Berhormat Kota Bharu semalam.

Insentif penuaian hasil RM500 per hektar masih tidak berbayar dan tertangguh selama dua musim. Begitu juga insentif bajak untuk musim pertama 2026 sebanyak RM300. Pesawah hanya menerima RM100 untuk musim pertama, manakala masih tidak ada apa-apa bayaran dibuat bagi musim kedua 2026. Ini suatu kezaliman kepada para pesawah.

Justeru, sebelum membahaskan tentang Bajet 2027, Parit Buntar meminta dengan tegas, pihak kerajaan menjelaskan tentang waad-waad tahun 2026 yang masih belum ditunaikan serta peruntukan yang masih tidak sampai kepada rakyat.

Di mana bajet ini pergi? Adakah wujud ketirisan atau ia berpunca kelemahan tatakelola pihak kerajaan untuk menyampaikan hak rakyat kepada rakyat?

Antaranya, janji satu musim RM200 juga belum ditunaikan. Kerajaan masih berhutang dengan para pesawah sebanyak RM600 satu musim.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum peruntukan RM2.62 bilion bagi bantuan kepada pesawah, peningkatan insentif penuaian padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim, pengekalan insentif pembajakan pada kadar RM300 sehektar serta peruntukan RM20 juta bagi pembekalan baja folio.

Dari RM2.62 bilion, anggaran para pesawah akan menikmati kira-kira RM4,300 sehektar untuk subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi.

Adakah ini memadai dengan subsidi tersebut? Sedangkan kos sebenar adalah kos menanam dan menuai. RM4,300 yang diumumkan hanya untuk proses penanaman padi sahaja. Bagaimana dengan kos menuai yang melibatkan penggunaan jentera menuai padi, kos pengangkutan, kos pengilangan dan sebagainya?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil maklum projek padi lima musim dalam dua tahun di kawasan Kuala Muda, termasuk pembangunan 15 blok pengairan [Tidak jelas] Dan pemulihan Empangan Pedu. Bagi Kelian pula,

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

keutamaan kita ialah saliran IADA, Kerian yang berfungsi sebagai bekalan air daripada Kolam Bukit Merah dan penyelesaian kerugian akibat tanah jerlus.

Data DOSM yang diterbitkan pada 29 September 2026 menunjukkan SSL— tahap sara diri beras meningkat daripada 52.9 peratus pada 2024 kepada 54.3 peratus pada 2025. Namun, parasnya masih di bawah 6 peratus.

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya juga ingin mendedahkan betapa para pesawah sejak tahun 2018 sehingga sekarang mengalami penurunan. Tahun 2018, jumlah pesawah 348,266 dengan kadar SSL 68 peratus. Tahun 2019 menurun kepada 306,041 dengan kadar SSL 62.4 peratus. Begitu juga tahun 2020. Tahun 2020 mengalami penurunan, 2021 mengalami penurunan, 2022 mengalami penurunan dan 2023 juga mengalami penurunan.

Dan yang terkini, juga mengalami penurunan. Iaitulah 2024 hingga 2026, mengikut rekod kerajaan, hanya sekitar 240,000 pesawah berdaftar seluruh negara yang dapat IKP, iaitulah RM200 per hektar...

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Parit Buntar.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik hendak bertanya sedikit ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

30 saat.

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, 20 saat.

Saya yakin dan Parit Buntar juga bersetuju supaya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini memperincikan peruntukan Bajet 2027 ini untuk menaik taraf infrastruktur pengairan sawah-sawah kita ini.

Pesawah-pesawah kita ini sedang penuh kerisauan. Bagaimana cuaca ekstrem yang berlaku sekarang ini sama ada kemarau yang panjang ataupun banjir, bagaimana kementerian melihat untuk memastikan khususnya di luar jelapang, di Parit Buntar dan lain-lain ini, supaya masalah cuaca ekstrem ini tidak menjejaskan pengeluaran padi mereka.

Dan yang kedua, Yang Berhormat Parit Buntar, kita nak minta juga kementerian memberi penjelasan berkaitan Skim Takaful Tanaman Padi yang dijanjikan kepada petani yang kehilangan hasil mereka akibat cuaca-cuaca ekstrem ini.

Jadi, saya mohon juga sokongan daripada Parit Buntar. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih.

Masukkan semuanya sebagai ucapan saya juga.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Seterusnya, Laporan Industri Padi dan Beras di Malaysia 2024 menyatakan kerajaan menyasarkan SSL beras negara perlu ditingkat sekurang-kurangnya 80 peratus menjelang 2030, tapi hasilnya tidak begitu.

Soalan saya kepada kerajaan— apakah sasaran SSL pada tahun 2027?

Adakah kita berada dalam landasan yang betul menuju SSL beras negara sebanyak 80 peratus menjelang 2030?

Saya juga meminta kerajaan membentangkan pelan tindakan dengan garis masa, peruntukan, agensi bertanggungjawab dan KPI yang boleh dipantau oleh Parlimen agar angka-angka ini benar-benar direalisasikan dan tidak sekadar angka yang sedap untuk diwaadkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu mempunyai perancangan efisien jangka panjang untuk menjayakan sasaran SSL beras negara. Peningkatan hasil padi kepada pesawah adalah jawapan usaha kerajaan untuk mencapai sasaran tersebut.

Justeru, menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan peruntukan pada tahun 2027 benar-benar menyelesaikan masalah berulang para pesawah sekali gus mampu meningkatkan hasil padi negara.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat dua tahun lepas, pada 4 Mac 2024, saya membangkitkan isu tanah jerlus yang menyebabkan tanam-tanaman tidak dapat dituai dengan anggaran kerugian sekitar RM6.8 juta― ini di Kerian ini― menjejaskan kira-kira 1,500 ekar petak sawah ketika itu.

Persoalan saya, adakah kerajaan mengambil tindakan untuk membantu para pesawah yang mengalami kerugian dengan membayar pampasan yang sepatutnya?

Saya juga ingin membangkitkan tentang isu subsidi diesel di mana kos diesel terus mempengaruhi upah membajak, menuai dan mengepam air. NGO pesawah sebelum ini mencadangkan jentera pertanian padi termasuk jentuai, traktor, mesin pembajak kecil dan pam air dipertimbangkan dalam mekanisme subsidi yang sesuai.

Masalah pengurusan benih padi yang tidak berkesudahan, pihak kerajaan perlu menjelaskan secara terus tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kelewatan agihan benih padi yang merugikan para pesawah baru-baru ini. Isu penyelenggaraan saliran air masuk dan air buang yang sering berulang-ulang tidak diselenggara mengikut jadual, selain isu baja dan racun. Apabila tiba musim menuai, masalah yang sentiasa menghantui para pesawah adalah masalah pemutuan padi yang tidak adil kepada para pesawah. Ini semua adalah isu-isu berulang yang sentiasa berlaku saban tahun. Ia perlu dinoktahkan oleh kerajaan atau sekurang- kurangnya mengurangkan impak negatif kepada para pesawah.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya bertanya pihak IADA dan juga agensi yang berkaitan, mengapa penyelenggaraan saliran air ataupun parit-parit di bendang-bendang tidak mengikut jadual?

Jawapan mereka— kerana masalah bajet. Itu jawapan daripada agensi kerajaan. Mengapa berlaku? Kerana masalah bajet menyebabkan tali air tidak diselenggara dengan baik, menyukarkan untuk air masuk ke bendang-bendang. Ini semua isu yang sentiasa berulang saban tahun setiap kali musim padi.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang perlu dilihat oleh pihak kerajaan adalah berkenaan harga lantai padi. Ia telah diselaraskan kepada RM1,400 setan metrik mulai 16 Februari 2025. Namun, para pesawah masih menanggung kos input, upah jentera dan risiko kehilangan hasil.

NGO pesawah mencadangkan RM1,800 setan metrik dalam memorandum Januari 2026. Sementara kenyataan mereka pada April 2026 melalui satu memorandum yang dihantar kepada kami, pihak pembangkang menuntut harga lantai padi kepada RM3,000. Kedua-duanya inilah cadangan yang dikemukakan oleh pertubuhan yang perlu dinilai secara hikmah.

Walaupun nampak macam tidak munasabah tuntutan menaikkan harga lantai padi kepada RM3,000, tapi sekurang-kurangnya kerajaan berunding, berbincang, libat urus dengan pihak pesawah untuk mencari jalan penyelesaian yang adil kepada para pesawah itu sendiri. Jangan dinafikan terus mereka. Mereka sering datang ke Parlimen, tapi Menteri tak mahu berjumpa, Timbalan Menteri tak mahu berjumpa.

Hanya kami daripada parti pembangkang yang berjumpa dengan mereka dan menerima memorandum mereka.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Parit Buntar, Shah Alam hendak menyokong. Boleh? 30 saat.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

10 saat sahaja.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Okey. Pasal benih padi ini Parit Buntar, dia ada benih padi sah yang dipanggil yang mendapat insentif daripada kerajaan. Cuma, kalau ada berlaku ketidaksampaian harga yang tidak betul, saya rasa memang patut kementerian ambil tindakan.

Cuma, yang baru-baru ini tular di media sosial, benih padi MD59 dan MR339 itu, dia bukan benih padi sah Parit Buntar. Setujukah Parit Buntar, sepatutnya mereka ini sebelum keluar dalam media sosial, pengaruhi masyarakat, kena check dulu betul-betul? Setuju tak, Parit Buntar?

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Setuju dan minta pihak kerajaanlah jawab, bukan saya [Ketawa] Terima kasih, Shah Alam.

Perbezaan cadangan ini mengukuhkan keperluan kajian kos yang telus mengikut jelapang termasuk kos benih, baja, racun, jentera, pengangkutan dan hasil sehektar di Kerian.

Pelarasan harga atau subsidi hendaklah berasaskan data dan rundingan bersama pesawah. Perkara ini penting untuk terus memberikan motivasi kepada para pesawah untuk terus buat bendang tatkala sudah wujud pergerakan para pesawah yang menukar usaha tanaman kepada tanaman lain seperti sawit, buah- buahan dan sayur-sayuran, sebagaimana yang dijelaskan baru-baru ini oleh Ahli Parlimen daripada Bagan Serai dan saya setuju dengan pandangan Bagan Serai baru-baru ini.

Justeru, harapan saya agar tahun 2027 dapat menjadi tahun menggembirakan buat para pesawah, khususnya dalam konteks harga lantai padi negara.

Saya juga ingin ambil peluang Tuan Yang di-Pertua, kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang menerima RM19.1 bilion. Saya mengambil maklum peruntukan prasarana IPT, Dapur Siswa MADANI dan penambahbaikan PTPTN.

Namun, isu asas Parit Buntar ialah akses anak muda kepada institusi pengajian tinggi dan latihan kemahiran yang lebih dekat.

Dalam perbahasan pada 23 Oktober 2025, saya membangkitkan kekurangan IPT setempat di Parit Buntar ataupun di Daerah Kerian. USM Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin berada berhampiran di Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang dan profil rasmi USM menyatakan kampus itu menempatkan kira-kira 3,200 pelajar. Namun, ia bukan dalam sempadan Parlimen Parit Buntar. Kehadirannya membuka ruang kerjasama, tetapi tidak menutup keperluan latihan yang lebih mudah dicapai oleh anak-anak muda Kerian.

Saya mencadangkan kajian kebolehlaksanaan bagi menubuhkan kolej komuniti, politeknik ataupun pusat TVET satelit Parit Buntar dengan kursus mekanisasi pertanian, teknologi pengairan, pemprosesan makanan dan penyelenggaraan jentera. Ini sesuai dengan ekonomi Kerian serta membuka laluan latihan dan pekerjaan kepada belia setempat.

Soalan saya kepada Menteri, adakah KPT bersedia menjalankan kajian rasmi untuk menubuhkan pusat TVET atau Kolej Komuniti Parit Buntar? Jika kampus baharu belum dapat dilaksanakan, bolehkah KPT bekerjasama dengan USM Daerah

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kerian dan pengilang tempatan untuk menyediakan kursus pendek serta latihan industri?

Kebajikan mahasiswa tetap penting. Dapur Siswa MADANI perlu diukur berdasarkan bilangan pelajar yang dibantu, manakala bayaran balik PTPTN hendaklah mengambil kira graduan yang belum bekerja atau berpendapatan tidak tetap melalui proses semakan yang mudah dan telus. Sebenarnya pelajar-pelajar mahukan penghapusan PTPTN, bukan penangguhan PTPTN.

Autonomi universiti, kebebasan kepada akademi mahasiswa juga perlu dilindungi agar universiti menjadi ruang pembinaan ilmu dan pemikiran kritis yang bertanggungjawab. Saya juga mencadangkan kerjasama USM Daerah Kerian dan pesawah sebagai projek rintis untuk menguji penderia air, pemetaan tanah jerlus, automasi jentera dan pengesanan makhluk perosak. Penyelidikan mesti membantu mengurangkan kos serta kehilangan hasil di bendang Kerian.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, bagi Parit Buntar, keutamaan pertanian ialah menyelesaikan tanah jerlus dan pampasan, membaiki saliran serta menjamin bekalan air di samping memastikan bantuan dan input sampai mengikut jadual.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kajian kos pengeluaran mesti menjadi asas melindungi pendapatan pesawah. Bagi pendidikan tinggi, Parit Buntar memerlukan akses lebih dekat pada TVET yang bersesuaian dengan ekonomi setempat, disokong bersama dengan USM, Kampus Kejuruteraan yang berhampiran. Tanggungjawab kita ialah menilai keberkesanan dasar, meminta penjelasan apabila pelaksanaan belum mencapai matlamat dan mengemukakan penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Saya berharap kementerian memberikan jawapan khusus berserta angka garis masa dan komitmen tindakan yang boleh dipantau oleh Parlimen.

Bagi rakyat Kerian atau Parit Buntar, keterjaminan makanan bermula di bendang yang mempunyai air mencukupi, saliran berfungsi dan pesawah berpendapatan wajar. Pendidikan pula mesti membuka laluan kemahiran dan pekerjaan bermutu untuk anak muda Parit Buntar. Itulah ukuran belanjawan yang memberi manfaat pada rakyat terutamanya rakyat di Parit Buntar. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Wangsa Maju.

draft • 4:40 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi Wangsa Maju ruang untuk membahaskan Belanjawan 2027. Izinkan Wangsa Maju mulakan dengan serangkap pantun.

Mahu menggapai langit yang tinggi, Walaupun langit dilitupi jerebu; Wangsa Maju terus mendaki, Belanjawan menyuluh hala tuju. Dato’ Yang di-Pertua, Wangsa Maju ingin teruskan perbahasan dengan menyentuh isu berkaitan hutang negara. Wangsa Maju sedar kerajaan kini telah menguruskan hutang negara dengan agak baik, dengan warisan hutang negara yang besar. Walau bagaimanapun, usaha ini boleh diperkukuhkan lagi. Izinkan saya mengetengahkan beberapa perkara untuk makluman kita bersama.

Isu pertama, nisbah turun, tetapi jumlah tidak. Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan turun daripada 65.2 peratus KDNK pada 2025 kepada 64 peratus pada tahun ini dan dijangka terus menurun kepada 63.7 peratus pada tahun depan.

Namun begitu, hutang terus meningkat, bukan menurun. Dalam enam bulan pertama 2026 sahaja, sebanyak RM58.1 bilion hutang baharu telah ditambah, menjadikan jumlahnya RM1.37 trilion.

Peratusan itu disebabkan oleh ekonomi yang membesar, bukan kerana hutang dibayar. Ibarat kedai yang jualannya naik, tetapi hutang dengan pembekal juga terus bertambah. Masalahnya pertumbuhan kita kini bergantung kepada ledakan artificial intelligence dengan izin, AI. Lebih 70 peratus pertumbuhan eksport awal 2026 datang daripada produk AI dan Bank Dunia sendiri memberi amaran tentang risiko kemerosotannya. Jika ekonomi perlahan, nisbah hutang turut terjejas.

Isu yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, hutang pokok dibayar dengan meminjam semula. Pada tahun 2026, hutang lama bernilai RM128.5 bilion matang.

Hutang pokok dibayar, tetapi dengan wang pinjaman baharu. Ini sama seperti membayar kad kredit lama menggunakan kad kredit baharu di mana hutang tidak hilang, cuma hanya bertukar tangan. Bayaran khidmat hutang pada tahun 2026 ialah RM57.3 bilion, naik 6.7 peratus.

Daripada setiap RM100 yang dikutip kerajaan, hampir RM16 habis untuk membayar faedah sahaja. Pada tahun 2027, jumlah ini dijangka meningkat kepada RM61 bilion. Nilainya lebih besar daripada keseluruhan peruntukan Kementerian

draft • 4:41 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Kesihatan sebanyak RM47.7 bilion. Defisit primer tahun 2026 pula berjumlah RM21.1 bilion yang membawa erti bayaran faedah itu sendiri sebahagiannya dibiayai dengan wang pinjaman.

Isu ketiga, hutang tersembunyi yang jarang-jarang disebut. Kerajaan turut menjamin hutang syarikat dan agensi milik kerajaan, antaranya ialah DanaInfra, Malaysia Rail Link dan Prasarana Malaysia Berhad. Ini menjadikan jumlah jaminan di bawah Akta 96 sebanyak RM354.4 bilion. Perkara ini ibarat, “Menjamin pinjaman kawan. Jika kawan gagal bayar, kita yang menanggungnya.” Apabila dicampur semua hutang dan liabiliti, jumlahnya mencecah RM1.76 trilion atau 80.7 peratus KDNK.

Sasaran 60 peratus di bawah Akta 850 hanya mengukur hutang Kerajaan Persekutuan semata-mata. Angka 80.7 peratus itulah gambaran beban hutang yang lebih lengkap. Cadangan Wangsa Maju adalah seperti berikut.

Pertama, tetapkan sasaran imbangan primer secara rasmi. Akta 850 hanya menetapkan had defisit dan hutang, tetapi tidak menetapkan sasaran imbangan primer. Tanpanya, penurunan nisbah hutang kita bergantung kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata, bukan disiplin fiskal.

Kedua, perketatkan had dan ketelusan jaminan hutang kerajaan. Walaupun had statutori jaminan 25 peratus KDNK memang telah ditetapkan, had itu tidak cukup jika komitmen jaminan yang dibayar oleh belanjawan kerajaan terus dikecualikan daripada sasaran hutang 60 peratus. Wangsa Maju mencadangkan agar komitmen ini dikira dalam sasaran tersebut dan setiap jaminan baharu didedahkan kepada Parlimen.

Ketiga, tubuhkan dana penebusan hutang sebagai menunjukkan komitmen serta perancangan untuk melunaskan hutang pokok, bukan sekadar dibiayai semula dengan pinjaman yang baharu.

Keempat, Majlis Fiskal Bebas wajar ditubuhkan supaya unjuran hasil dan pertumbuhan kerajaan dapat dinilai secara bebas tanpa campur tangan politik.

Dengan itu, belanjawan dapat dibina atas andaian yang realistik, bukan angan-angan yang terlalu optimistik.

Dato’ Yang di-Pertua, Wangsa Maju ingin meneruskan menyentuh isu bencana— Kalau belayar ke Pulau Pinang, Bawalah bekal sebelum pergi; Banjir dan gempa datang merejang, Siapkan diri sebelum terjadi.

draft • 4:41 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Ribut tropika Senyar dicatat sebagai ribut tropika pertama yang direkodkan terbentuk di Selat Melaka pada November 2025. Selain daripada gempa yang kerap dirasai di Sabah khususnya di Ranau, Segamat pula digegarkan gempa bermagnitud 4.1 pada 24 Ogos 2025, disusuli dengan gegaran di Yong Peng dengan Batu Pahat iaitu kawasan yang tidak pernah tersenarai dalam peta bahaya seismik negara.

Pada 27 Ogos 2026 pula, Gerik dikejutkan gempa bermagnitud 3.4 di tengah malam. Garisan sesar Mersing, Mersing fault line dengan izin, yang dahulunya tidak aktif, dormant dengan izin, kini dikira aktif. Ini bukan lagi kejadian terpencil, ini norma baharu. Dengan ramalan Super El Nino yang bakal mendatang, adakah kita sudah bersedia?

Belanjawan 2027 memang menunjukkan peningkatan bagi beberapa aspek bencana. Rancangan tebatan banjir dan saliran bandar, peruntukan pembangunan bomba dan kajian geobencana negara telah pun ditingkatkan. Ini arah yang betul dan saya ucapkan terima kasih. Namun, gambaran keseluruhan masih belum memuaskan.

Selepas meneliti kesemua 586 halaman Anggaran Perbelanjaan 2027 dengan penuh tekun, malangnya perkataan ‘bencana’ seolah-olah tidak layak diberi satu butiran bersepadu. Saya terpaksa menjadi penyiasat, mengutip 36 butiran yang bertaburan di bawah tujuh kementerian dan 11 agensi.

Anggaran saya ialah sejumlah RM4.92 bilion, kira-kira 1.07 peratus daripada belanjawan RM491.8 bilion. Angka ini perlu dicari, bukan dibaca. Jika perbelanjaan bencana pun tidak dapat ditemui, bagaimana pula keberkesanannya hendak diukur?

draft • 4:41 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, daripada RM4.92 bilion itu pula, mitigasi mengambil 56.7 peratus. Respond dengan izin, 37.5 peratus dan kesiapsiagaan hanya 5.7 peratus. Lebih membimbangkan tiada satu pun butiran khusus untuk pemulihan pasca bencana. Adakah ini bermakna kos membina semula rumah dan kemudahan komuniti dan infrastruktur selepas bencana tidak dirancang dan akan terus dibayar secara ad hoc ini satu persoalan yang perlu dijawab. Wangsa Maju mohon penjelasan Menteri.

Selepas ribut Senyar gegeran di Segamat dan Gerik, kita sepatutnya lebih bersedia, namun terdapat beberapa peruntukan bencana dalam Belanjawan 2027 telah dikurangkan. Projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi RM1.03 bilion turun 23 peratus walaupun kerajaan sendiri melabelnya paling mendesak.

draft • 4:50 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Projek radar cuaca dikurangkan daripada RM64 juta kepada RM50.8 juta.

Sasaran ketetapan amaran banjir Monsun diturunkan dari 70 peratus kepada 67 peratus. Rancangan kawalan dan isyarat bahaya banjir turut dikurangkan dari RM24.6 juta kepada RM23.2 juta. Peruntukan pembangunan NADMA yang menerajui pengurusan bencana itu turut lebih 22 peratus kepada RM16.4 juta.

Peruntukan yang benar-benar sampai kepada komuniti hanyalah program evokasi sukarelawan bencana bernilai RM525 ribu secara one off. Tiada program latihan komuniti, tiada pelan kesiapsiagaan peringkat kampung.

Tahun ini pada 13 Oktober Hari Antarabangsa Pengurangan Risiko Bencana 2026 disambut bertemakan Daya Tahan Bermula di Rumah. Persoalannya, bagaimana daya tahan hendak dibina di rumah jika kesiapsiagaan komuniti terus diabaikan?

Saya mengalu-alukan jawapan Menteri Komunikasi bahawa Cell Broadcast System (CBS) sedang dilaksanakan. Namun, Ucapan Belanjawan 2027 tidak menyebut CBS. Berapakah peruntukan 2027 bagi CBS? Di bawah kementerian mana, dan bilakah ia akan beroperasi sepenuhnya? Ini beberapa persoalan yang perlu dijawab.

Akhir sekali, Malaysia masih belum ada Akta Pengurusan Risiko Bencana.

Tanpanya tiada kewajipan pelan pengurangan risiko, tiada mandat NADMA menyelaraskan bajet, tiada laporan perbelanjaan bencana kepada Parlimen. Tiada jaminan penglibatan komuniti dan tiada kemas kini peta bahaya bencana.

Saya mohon kerajaan mempertimbangkan empat cadangan.

Pertama, bentangkan rang undang-undang Pengurusan Risiko Bencana dalam tempoh terdekat dengan peruntukan wajib mengenai pengurangan risiko bencana, kemas kini peta bahaya bencana dan penglibatan komuniti.

Kedua, Kementerian Kewangan menerbitkan lampiran penandaan bajet bencana dalam setiap naskhah anggaran dan laporan prestasi perbelanjaan setiap setengah tahun kepada Parlimen.

Ketiga, wujudkan peruntukan khusus dan berterusan untuk kesiapsiagaan komuniti.

Keempat, wujudkan dana pemulihan dan pembinaan semula yang terancang supaya kita tidak lagi bergantung kepada peruntukan ad hoc selepas bencana berlaku.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, tidak sah jika tidak menyentuh khusus berkait Wangsa Maju. Izinkan saya mengingatkan

draft • 4:50 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

kembali bahawa Wangsa Maju merupakan kawasan Parlimen yang kepadatannya tertinggi di Malaysia, iaitu 14,059 penduduk bagi setiap kilometer persegi. Projek Ibu Pejabat Polis (IPD Wangsa Maju) telah dimasukkan dalam RMK-12 dan Rolling Plan Kelima serta disebutkan dalam setiap Belanjawan.

Lebih 800 pegawai dan anggota IPD Wangsa Maju masih bertugas di premis tumpangan. Mereka menjaga lebih 700,000 penduduk di tiga kawasan Parlimen serta lebih 50 kedutaan dan consulate. Mereka berkorban tanpa mengira waktu, elaun dan laluan kerjaya yang sepatutnya, masih belum dapat mereka nikmati.

Wangsa Maju pohon Kementerian Dalam Negeri menyatakan status terkini dan jadual pelaksanaan projek ini.

Selain itu, hasrat Wangsa Maju untuk memiliki klinik kesihatan sendiri masih belum menampakkan bayang. Sesi libat urus telah diadakan di peringkat daerah sehingga ke peringkat kementerian dan lawatan tapak bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dengan Unit Pembangunan telah diadakan pada November 2025. Namun, hampir setahun berlalu, tiada sebarang maklum balas atau tindakan susulan diterima. Kesihatan rakyat tidak wajar terus menunggu. Wangsa Maju dengan hormatnya memohon penjelasan daripada Kementerian Kesihatan, apakah status terkini cadangan klinik ini.

Dato’ Yang di-Pertua, malang tidak berbau, hutang dan bencana tidak menunggu kita bersedia. Keselamatan dan kesihatan warga Wangsa Maju tidak boleh diabaikan. Belanjawan yang baik bukan yang paling besar, tetapi yang dibelanjakan tepat pada masanya, di tempat yang betul sebelum rakyat menjadi mangsa.

Pergi Setapak naik bas; Singgah sebentar di hujung lorong; Hutang dikawal amaran pantas; Wangsa Maju pohon menyokong. Sekian terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Baram.

draft • 4:50 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut terlibat dalam perbahasan Bajet 2027.

draft • 4:56 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah berjaya membentangkan bajet untuk tahun depan bernilai hampir ataupun melebihi RM500 bilion yang bertemakan, “Menggapai di Langit dan Mengakar di Bumi.” Dato’ Yang di-Pertua, setiap bajet mempunyai keistimewaan masing-masing.

Tahun lepas pun memang ada juga dia punya keistimewaan dan tahun ini tidak kurang juga keistimewaan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, antaranya ialah bantuan STR, SARA [Tidak jelas] Bantuan kewangan kepada Tingkatan 6 dan juga pelajar-pelajar yang lain bukan sahaja dikekalkan, malah ditingkatkan lagi. Di samping itu, bagi kita di Sarawak juga diumumkan mengikut Seksyen 112D yang memperuntukkan ataupun memberi peruntukan khas kepada Sarawak bernilai RM1.5 bilion di samping RM16.2 bilion untuk peruntukan di negeri Sarawak.

Bagi kita di kawasan luar bandar, apabila disebutkan bajet yang sebesar ini memang kita terasa bahawa harapan dan doa kita ialah supaya sebahagian daripada peruntukan ini akan diguna pakai untuk menentukan supaya infrastruktur- infrastruktur asas di kawasan luar bandar, baik di jalan raya, baik di bekas jalan balak, baik di air ataupun elektrik ataupun sekolah dan klinik perlu dibaiki supaya taraf hidupan mereka juga dapat dipertingkatkan.

Jadi saya merayu, kepada semua agensi dan semua kementerian supaya apa yang dibentangkan ini, dalam Bajet 2027 ini akan sampai kepada kumpulan- kumpulan yang disasarkan dan di samping itu saya juga memohon supaya bajet ini tidak akan jadi satu dokumen di mana kita menaburkan janji, tetapi kita tunggu untuk dilaksanakan. Saya harap bajet ini akan mulai dari bajet ini semua peruntukan semua perbelanjaan perlu ditunaikan kepada action dan untuk dinikmati oleh rakyat di kawasan pedalaman.

draft • 4:56 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini yang kita dikejutkan atau pun kita mengalami satu situasi di mana lima orang atau pun lima— empat Pegawai KKM termasuk dan satu pilot telah terkorban dalam satu nahas helikopter yang terjadi di kawasan Baram di Long Lellang. Kita sama-sama sekali lagi ucapkan takziah dan kita harap ini akan menjadi kita punya pengajaran kepada kita semua dan terima kasih kepada kerajaan GPS kerana telah pun menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000.00 untuk setiap keluarga dan di samping itu pelajaran anak- anak mereka juga terjamin.

draft • 5:00 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Dalam nada yang sama saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya kementerian mengambil skim insurans berkumpulan atau pun berkelompok untuk siapa-siapa atau pun khasnya pegawai-pegawai kerajaan termasuk KKM, termasuk juga guru-guru dan polis, supaya mereka ini diberikan satu skim, diberi insurans supaya apabila keadaan-keadaan yang terdesak macam ini, keadaan- keadaan yang kita tidak jangka macam ini terjadi, maka ini akan menjadi sekurang- kurangnya menjadi satu pengiktirafan kepada waris-waris atau pun pada mangsa- mangsa yang terlibat dalam ini.

Dan di samping itu saya juga ingin bertanya kepada pihak Kementerian Kesihatan apakah dan bilakah perkhidmatan flying doctor ini akan disambungkan lagi? Dan dalam masa yang sama, apakah langkah interim yang dilaksanakan oleh pihak kementerian supaya perkhidmatan-perkhidmatan ke kawasan luar bandar tidak terjejas dalam masa yang terdekat ini?

Saya percaya klinik-klinik juga di kawasan pedalaman perlu ditingkatkan dan perlu diberi kemudahan-kemudahan yang sepatutnya supaya pesakit-pesakit yang memerlukan rujukan susulan di hospital dapat dihantar ke kawasan atau pun di hospital dengan secepat yang mungkin.

Saya— kebetulan Dato’ Yang di-Pertua, bahawa baru-baru ini saya di kawasan pedalaman, di kawasan saya dan saya difahamkan, saya dimaklumkan bahawa pesakit yang memerlukan rujukan ini, susulan ini, dihantar melalui four- wheel drive ke Klinik Long San dan dari Klinik Long San baharulah ambulans perkhidmatan ambulans ada, tetapi malangnya pada masa itu juga, ambulans ini juga sudah menghantar satu pesakit yang lain ke Bandar Miri.

Jadi, saya minta supaya semua keperluan-keperluan yang diperlukan di kawasan pedalaman ini dilengkapkan dan diberikan dengan ambulans-ambulans yang perlu, untuk kita menghantar pesakit kita ke kawasan-kawasan hospital.

Di samping itu pendidikan. Pendidikan saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah melaksanakan beberapa sekolah atau pun membaik pulih beberapa sekolah-sekolah di kawasan Baram termasuklah SMK Tinjar, SMK Long Luteng, SK Dato’ Sharif dan sebagainya.

Namun ini adalah sebahagian kecil saja daripada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Baram yang memerlukan pembaikan semula. Saya merayu sekali lagi di Dewan ini supaya usaha ini diteruskan supaya sekolah-sekolah yang belum dibaik pulih atau pun yang belum dinaik tarafkan ini dinaikkan taraf dalam masa yang terdekat memandangkan bahawa pendidikan diperuntukkan satu

draft • 5:00 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

peruntukan yang cukup besar dalam bajet tahun lepas dan juga kepada bajet tahun ini.

Dato’ Yang di-Pertua, ini membawa saya kepada satu topik yang saya rasa selalu saya sebut di Dewan ini iaitu berkenaan dengan connectivity di kawasan luar bandar. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan lebih-lebih lagi kepada Kerajaan GPS kerana telah membina dan menyelenggara beberapa jalan di kawasan pedalaman termasuk di kawasan Baram.

Namun, apa yang dibuat oleh Kerajaan GPS di negeri Sarawak belum lagi mencukupi. Jadi saya merayu kepada pihak kementerian atau pun kepada kerajaan seperti yang telah disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lepas oleh kita di kawasan pedalaman, wakil-wakil rakyat dari Baram telah menghantarkan satu surat kepada kerajaan supaya bekas jalan balak di kawasan Sarawak khususnya di Baram ini dinaikkan taraf.

Saya juga difahamkan bahawa baru-baru ini Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk mengiktirafkan semua bekas jalan balak di Sarawak, akan dijadikan sebagai state road ini. Saya harap dengan pendekatan yang begini, Kerajaan Persekutuan akan sama-sama dengan Kerajaan Sarawak membina atau pun menaikkan taraf jalan balak di kawasan Sarawak ini sebab saya cukup percaya dan saya cukup yakin bahawa apabila jalan balak, bekas jalan balak termasuk culvert dan jambatan dibaik pulih atau pun diambil alih oleh kerajaan.

Sudah pasti kos logistik atau pun masalah masyarakat luar bandar nak buat urusan dengan kerajaan dengan kakitangan kerajaan di bandar mahupun kakitangan kerajaan mahu buat urusan ke mahu turun padang. Kos ini akan bukan saja lebih efisien, malah ini juga akan— keadaan ini juga adalah lebih selamat lagi.

Jadi saya merayu sekali lagi mungkin ini yang berbelas-belas atau pun berpuluh-puluh kali sudah, untuk merayu supaya bekas jalan balak ini diambil alih dan diselenggarakan oleh kerajaan. Di peringkat Sarawak, Kerajaan GPS telah pun memperuntukkan— misal di kawasan saya di kawasan Baram telah pun memperuntukkan satu peruntukan yang cukup besar yakni 1.5 bilion untuk projek- projek infrastruktur termasuk jalan di kawasan Baram namun, peruntukan yang disalurkan ini tetap tidak mencukupi.

Maka, dengan ini saya berasa, saya rasa adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan juga untuk sama-sama bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk pastikan supaya kemudahan jalan raya ini juga dinikmati oleh rakyat di kawasan luar bandar sejajar dengan hajat, dengan semangat MA63.

draft • 5:00 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Maka, dengan itu, saya sekali lagi memohon supaya semua projek yang dilulus dan akan dilulus dalam rancangan— dalam Bajet 2027 ini dilaksanakan supaya dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara kita termasuk juga di kawasan-kawasan luar bandar yang cukup mencabar dan itulah doa saya dan harapan kita semua. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

Terima kasih Dato’ Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membahaskan Belanjawan 2027 dengan memberikan perhatian kepada enam sektor yang berkait rapat dengan pembangunan negara, negeri Kedah dan kesejahteraan rakyat. Saya mengakui peningkatan peruntukan dalam beberapa sektor mencerminkan komitmen kerajaan. Namun persoalan yang lebih penting ialah sejauh mana peruntukan tersebut diterjemahkan kepada keberhasilan. Rakyat tidak hanya menilai belanjawan melalui angka yang diumumkan tetapi masalah yang berjaya diselesaikan.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan hampir RM69 bilion bagi tahun 2027, meningkat daripada RM66.2 bilion pada tahun sebelumnya. Saya menyambut baik peningkatan ini. Sebenarnya pembangunan pendidikan tidak boleh hanya diukur melalui kemudahan fizikal sekolah. Kita perlu kembali kepada falsafah pendidikan kebangsaan yang menekankan pembangunan insan secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Saya ingin membangkitkan tiga persoalan dasar. Pertama, pembentukan sahsiah murid dan keselamatan warga sekolah. Berdasarkan statistik KPM, kes buli bagi tahun 2025 jumlah yang dilaporkan menurun kepada 2,889 kes berbanding 7,681 kes tahun sebelumnya. Pengurangan itu wajar diteliti termasuk bagi memastikan ia mencerminkan pengurangan kejadian sebenar dan bukan perubahan dalam pelaporan. Saya mencadangkan KPM memperkukuh kerangka pendidikan

draft • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

sahsiah bersepadu yang menghubungkan kurikulum, kaunseling, guru, ibu bapa dan komuniti. Apakah sasaran kementerian dalam mengurangkan kes buli dan mengukur keberkesanan intervensi sahsiah?

Dalam masa yang sama, keselamatan guru juga mesti diberikan perhatian.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan telah menyediakan bantuan guaman bernilai RM1.5 juta pada tahun 2026 bagi membantu guru yang menghadapi tindakan undang-undang berkaitan tugas mereka.

Saya mencadangkan kerajaan mengkaji keperluan Akta Perlindungan Guru atau memperkukuh perundangan sedia ada termasuk bantuan guaman, perlindungan daripada ancaman dan prosedur siasatan yang adil. Ini bukan bermaksud memberikan kekebalan kepada guru yang melakukan kesalahan tetapi guru yang bertindak secara sah dan profesional juga berhak mendapat perlindungan.

Kedua, kualiti pendidikan, kualiti pembelajaran dan Kurikulum Persekolahan 2027. Data PISA menunjukkan pencapaian Malaysia menurun antara tahun 2018 dengan 2022. Bahkan laporan PISA 2025 yang diterbitkan September lalu, pencapaian sektor skor Matematik terus merosot dengan hanya 35 peratus penguasaan berbanding peratus pada tahun 2022. Walaupun kesan pandemik perlu diambil kira, angka ini menunjukkan cabaran besar dalam penguasaan kemahiran asas. Apakah sasaran khusus Kurikulum Persekolahan 2027 untuk meningkatkan literasi, numerasi dan kemahiran berfikir?

Ketiga, dasar penggunaan dan kawal selia kecerdasan buatan atau AI di sekolah. Kemajuan AI membuka peluang besar dalam pendidikan. Namun, penyalahgunaannya turut mengancam keselamatan dan maruah murid. Kes manipulasi gambar mengaibkan menggunakan AI yang didakwa melibatkan lebih 300 pelajar perempuan baru-baru ini menunjukkan perlunya kerangka kawal selia yang lebih jelas.

Saya ingin bertanya, adakah KPM bercadang memperkenalkan dasar khusus penggunaan AI di sekolah termasuk garis panduan berdasarkan umur, kawalan aplikasi AI berisiko tinggi dan perlindungan murid daripada eksploitasi seksual digital? Adakah kerajaan juga akan menetapkan prosedur wajib kepada sekolah bagi mengendalikan kes penyalahgunaan AI termasuk perlindungan mangsa, tindakan terhadap pelaku dan kerjasama dengan penyedia platform teknologi? Kita tidak mahu anak-anak kita ketinggalan dalam penguasaan teknologi AI tetapi kita juga tidak mahu mereka menjadi mangsa kepada teknologi yang gagal kita kawal.

draft • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, peruntukan pembangunan bagi rancangan tebatan banjir dan saliran bandar meningkat kepada RM1.44 bilion pada tahun 2027.

Namun peruntukan bagi kerja mengorek kuala-kuala sungai menurun daripada RM200.2 juta kepada RM83.9 juta. Apakah rasional penurunan ini ketika masalah pemendapan sungai masih memerlukan penyelenggaraan? Di Kuala Kedah, saya mencadangkan supaya pengerukan bukan sahaja diteliti di muara sungai tetapi juga secara bersasar di titik kritikal sepanjang Sungai Kedah berdasarkan penilaian teknikal.

Saya turut membangkitkan sekali lagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit yang telah berlarutan sekian lama. Apakah tarikh siap projek terkini termasuk dua jambatan yang masih dalam pembinaan khususnya di Kampung Kuala Sungai, titi besi sementara dilaporkan menghadapi masalah keselamatan dan telah berlaku kemalangan melibatkan penggunanya.

Kerap kali lantai titi terumpil menyebabkan jalan tidak sekata.

Saya meminta kementerian segera menilai keselamatan titi tersebut serta menyediakan jadual kemajuan projek yang boleh dipantau. Sementara menunggu projek RTB disiapkan, apakah langkah mitigasi sementara bagi melindungi penduduk daripada risiko banjir? Kejayaan projek tebatan banjir bukan diukur pada nilai kontrak tetapi pada keselamatan rakyat dan pengurangan risiko banjir.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, pada Mei 2026, Persatuan Persaudaraan Pesawah Malaysia melaporkan bahawa hanya sekitar 10 peratus daripada 56,000 pesawah di Kedah telah memulakan penanaman antara lain akibat kekangan bekalan air dan kos operasi. Ini bukan bermakna semua yang belum menanam mengalami kekurangan air tetapi angka tersebut menggambarkan kesan gangguan musim penanaman.

Malah menurut laporan MADA pada 13 Oktober 2026, jumlah simpanan air tiga empangan utama berada pada paras 40.13 peratus. Walaupun langkah seperti pembenihan awan, penggunaan pam dan penyelarasan jadual penanaman telah dilaksanakan, kita memerlukan kesiapsiagaan yang lebih menyeluruh.

Saya mencadangkan pelan kesiapsiagaan pengairan MADA 2027, merangkumi sistem amaran awal, pemetaan blok, pengairan berisiko, penyelenggaraan saliran.

[Tidak jelas] kesiapsiagaan pam serta bantuan bersasar kepada pesawah yang menanggung kos tambahan. Perhatian khusus perlu diberikan kepada wilayah empat Kota Sarang Semut dan kawasan sawah sekitar Kuala Kedah. Berapakah jumlah pesawah serta keluasan sawah yang benar-benar

draft • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

terjejas akibat kekurangan air sepanjang tahun 2026, mengikut wilayah MADA?

Daripada peningkatan peruntukan tersebut, berapakah yang akan digunakan untuk memastikan bekalan air sampai ke petak sawah mengikut jadual penanaman?

Saya turut meminta penjelasan mengenai penurunan peruntukan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian di peringkat kementerian daripada RM70 juta kepada RM50 juta. Kita tidak mahu membina infrastruktur baharu tetapi mengabaikan penyelenggaraan sistem sedia ada.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh kebajikan nelayan tradisional. Kerajaan mengumumkan perluasan lesen sampan khas daripada RM17,000 kepada RM20,000 lesen. Apakah kaedah pengagihannya mengikut negeri? Dan sejauh mana peluang diberikan kepada generasi muda yang ingin meneruskan pekerjaan sebagai nelayan? Selain lesen, saya meminta LKIM menilai keperluan pembinaan pelantar pendaratan ikan yang selamat di Kuala Kuar, Pelantar Kedua dan Kuala Terbengau.

Dengan peningkatan peruntukan pembangunan LKIM kepada hampir RM97 juta, kedua-dua lokasi ini wajar diberikan pertimbangan berdasarkan keperluan dan kesesuaian teknikal. Keterjaminan makanan mesti bermula dengan keterjaminan keupayaan pesawah dan nelayan yang mengeluarkan makanan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kementerian kepada potensi ekonomi pelancongan negeri Kedah.

draft • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, terimaan pelancongan domestik Kedah meningkat daripada RM4.21 bilion pada 2023 kepada RM4.96 bilion pada 2024 dan sekitar RM5.5 bilion pada 2025. Sebagai gambaran, peningkatan lima peratus daripada paras 2025 bersamaan kira-kira RM275 juta tambahan perbelanjaan pelancongan setahun. Angka ini merupakan simulasi potensi ekonomi, bukan unjuran hasil cukai kerajaan negeri.

Justeru, apakah strategi MOTAC untuk membantu Kerajaan Negeri Kedah meningkatkan terimaan pelancongan melalui pembangunan destinasi baharu?

Dalam hubungan ini, saya meminta penjelasan mengenai status Projek Kuala Kedah Waterfront yang diumumkan dalam Belanjawan 2026. Berapakah kemajuan pelaksanaannya dan bilakah dijangka siap?

Saya juga ingin mengetahui skop agensi pelaksanaan dan jadual naik taraf Medan Selera Keluncur di Taman Rekreasi Laut Kuala Kedah. Kedua-dua pembangunan ini wajar diselaraskan dengan satu cadangan yang telah saya

draft • 5:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

bangkitkan sebelum ini iaitu menjadikan Sungai Kedah sebagai koridor pelancongan warisan. Koridor ini berpotensi menghubungkan Kota Kuala Kedah, sejarah perdagangan dan maritim, landskap sungai, makanan tradisional serta kehidupan masyarakat nelayan.

Saya mencadangkan MOTAC bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah dan pihak berkuasa tempatan menyediakan pelan pembangunan bersepadu dengan sasaran tambahan pelawat, perbelanjaan dan peluang ekonomi komuniti. Kuala Kedah tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pintu masuk ke Langkawi tetapi sebagai destinasi warisan yang mampu menjana ekonominya sendiri.

Dato' Tuan Yang di-Pertua, peruntukan portfolio hal ehwal agama meningkat sekitar RM1.78 bilion. Saya ingin menyusuli dua perkara yang pernah saya bangkitkan dalam persidangan terdahulu. Pertama, Pelan Kecekapan Pendakwaan Syariah Nasional dan cadangan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia.

Dalam persidangan Januari lalu, kerajaan menjelaskan bahawa cadangan tersebut sedang melalui proses penyediaan dan pertimbangan dasar. Apakah perkembangan terkini dan bilakah kerangka peningkatan kecekapan pendakwaan syariah dapat dimuktamadkan dengan menghormati bidang kuasa negeri? Saya berharap usaha ini turut memperkukuh latihan profesional pengurusan kes dan kemampuan pengendalian bukti digital.

Kedua, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penyebaran maklumat agama. Ancaman ini bukan lagi sekadar andaian. Pada tahun 2025 pernah tular video ceramah agama yang menampilkan penceramah janaan AI, seolah-olah sedang menyampaikan kuliah sebenar. Dalam jawapan Parlimen pada Julai 2026 pula, kerajaan menjelaskan bahawa JAKIM dan jabatan agama negeri bekerjasama dengan MCMC untuk memantau penyebaran ajaran sesat dalam platform digital.

Persoalannya, sejauh mana mekanisme sedia ada mampu mengesan hadis palsu, fatwa rekaan, penyamaran tokoh agama dan kandungan dimanipulasi menggunakan AI? Saya mencadangkan JAKIM bersama institusi fatwa negeri membangunkan mekanisme pengesahan maklumat agama digital yang mudah diakses masyarakat. Kita tidak mahu kecanggihan teknologi mendahului kemampuan institusi agama memelihara kesahihan ilmu dan keyakinan masyarakat.

Dato' Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik peningkatan tabung bantuan perubatan daripada RM40 juta kepada RM60 juta serta peruntukan RM80 juta bagi PeKa B40. Namun persoalannya, sejauh mana bantuan ini benar-benar sampai kepada rakyat yang layak? Berdasarkan data KKMNOW sehingga 18

draft • 5:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi

Oktober 2026, sekitar 45.6 peratus penduduk yang layak di Kedah telah menjalani saringan PeKa B40 sekurang-kurangnya sekali. Apakah strategi khusus kementerian untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah? Saya ingin mengetahui jumlah penerima PeKa B40 di Parlimen Kuala Kedah, termasuk bilangan yang layak, yang telah menjalani saringan dan yang menerima manfaat susulan.

Bagi tabung bantuan perubatan pula, berapakah jumlah pesakit Kedah yang mendapat kelulusan dan purata tempoh pemprosesan permohonan? Saya mencadangkan pengukuhan peranan pegawai kerja sosial perubatan sebagai penyelaras bantuan pesakit supaya rakyat dapat mengakses skim yang layak diterima dengan lebih mudah.

Dato' Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin membangkitkan kebajikan warga KKM yang berkhidmat di Kedah. Berapakah kekosongan jawatan doktor, jururawat dan petugas kesihatan di hospital serta klinik kesihatan di negeri ini? Berapakah pula kadar peletakan jawatan dan pertukaran keluar dalam tempoh tiga tahun kebelakangan? Saya mengakui kerajaan telah menyediakan pelbagai elaun dan insentif.

Namun, saya mencadangkan satu skim pengekalan dan kebajikan anggota kesihatan awam yang lebih menyeluruh. Skim ini boleh merangkumi insentif bersasar bagi kepakaran kritikal, semakan elaun shift dan atas panggilan, pembangunan kerjaya serta sokongan kebajikan keluarga. Apakah sasaran KKM untuk meningkatkan kadar pengekalan doktor dan jururawat berpengalaman dalam tempoh tiga hingga lima tahun?

Akhir sekali, saya ingin meminta kementerian meneliti masalah banjir di Klinik Kesihatan Batu 6, Jalan Kuala Kedah melalui penilaian teknikal dan penambahan sistem saliran. Kalau hujan Dato' Yang di-Pertua, air bertakung. Kadangkala air naik sampai ke paras buku lali. Saya minta sangat supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

Dato' Yang di-Pertua, saya berharap peningkatan peruntukan Belanjawan 2027 dapat diterjemahkan kepada penyelesaian yang nyata, khususnya dalam menangani keperluan rakyat di Kedah dan Kuala Kedah. Belanjawan yang berjaya bukan sekadar besar peruntukannya tetapi berkesan pelaksanaannya dan dapat dirasai manfaatnya oleh rakyat. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan MADANI kelima 2027.

Pejam celik, begitu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar, siri Belanjawan MADANI ini telah hampir ke penghujungnya. Justeru itu, maka tidak hairanlah dokumen belanjawan ini menjadi begitu penting untuk survival politik tertentu. Saya dapati ruang perbahasan juga telah dijadikan sebagai medan peperangan untuk menjatuhkan lawan ataupun kawan.

Hakikatnya, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan adalah berpaksikan kepada kehidupan rakyat. Kita boleh bekerjasama dalam pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada rakyat. Tetapi kerjasama itu tidak bermaksud kita mesti berdiam dan membenarkan apabila perkara yang tidak benar itu dimainkan berulang-ulang. Kita juga boleh menyokong sesuatu matlamat kerajaan untuk membangunkan negara tetapi sokongan itu tidak bermaksud kita tidak boleh menuntut penjelasan apabila pelaksanaannya dilihat begitu mengecewakan.

Setiap Ringgit wang rakyat mesti dipertanggungjawabkan. Setiap janji yang ditawarkan mesti ada pelan pelaksanaan. Setiap peruntukan yang diagihkan mesti dirasai manfaatnya dan setiap kelemahan yang wujud mesti ada keberanian untuk diperbetulkan.

Dato' Sri Yang di-Pertua, sejak berakhirnya pentadbiran dominan Barisan Nasional pada tahun 2018, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sekitar RM741 bilion ataupun 51.2 peratus daripada KDNK. Pada waktu itu, angka tersebut diulang- ulang dengan nada yang panik. Rakyat telah ditakut-takutkan bahawa Malaysia bakal bankrap dan menuju jurang kehancuran ekonomi. Kini, nadanya telah berubah.

Naratifnya juga jauh berbeza.

Dikatakan bahawa tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK turun secara konsisten iaitu 65.2 peratus pada tahun 2025, 64 peratus 2026 dan dijangka 63.7 peratus pada tahun 2027. Memang lunak telinga mendengarnya. Hakikatnya apa? Hakikatnya, daripada RM741 bilion pada tahun 2018, kini telah diunjurkan melonjak hampir RM1.4 trilion pada tahun 2027 iaitu peningkatan hampir dua kali ganda dalam tempoh kurang satu dekad.

Adakah angka sebesar RM1.4 trilion diukur dengan pembaris yang berbeza berbanding tahun 2018? Mengapakah dahulu peningkatan hutang dituduh sebagai

draft • 5:26 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

malapetaka buat negara tetapi hari ini apabila ia mencecah RM1.4 trilion, hal ini dinormalisasikan sebagai urusan pentadbiran biasa tanpa sekelumit rasa bersalah kepada rakyat.

draft • 5:26 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Harapan saya, hentikanlah segala percubaan untuk mendidik rakyat dengan meraikan penurunan peratusan, sedangkan jumlah mutlak hutang yang membebankan bahu mereka telah melonjak hampir dua kali ganda. Cukup-cukuplah bermain dengan persepsi dan naratif yang mengelirukan. Kerajaan mesti berani bertanggungjawab dengan permainan angka yang dicipta sendiri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, hari ini Kerajaan MADANI terus berdegil mengekalkan SST berbanding melaksanakan semula GST yang diguna pakai lebih 170 buah negara. Dari sudut ekonomi makro, pakar-pakar kewangan dan badan penarafan antarabangsa berulang kali menegaskan bahawa GST yang lebih telus, efisien dan berkesan. Sistem SST yang diamalkan hari ini mempunyai banyak kelompongan serta ketirisan yang tidak boleh dinafikan dan akhirnya membebankan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Mengapakah kerajaan masih bersikap canggung politik dan enggan melaksanakan semula GST? Adakah kerana takut mengakui kebenaran dasar terdahulu dan mahu menjaga air muka politik?

Tan Sri Yang di-Pertua, kelemahan ini tidak terhenti di situ, malah bertambah buruk apabila agenda pendigitalan ekonomi menerusi e-Invois masih gagal dilaksanakan, ditangguhkan berulang kali. Apakah masalah utama di LHDN dan agensi pemantau? Adakah kerana sistem kerajaan masih belum bersedia ataupun kerajaan tiada ketegasan politik untuk memastikan ekosistem perniagaan beralih ke arah ketelusan cukai?

Setiap kali e-Invois ditangguhkan, ruang ekonomi bayangan, aktiviti elak cukai dan manipulasi perolehan perniagaan terus terbuka luas. Jika benar-benar berjiwa seorang reformis dan ikhlas mahu menyelamatkan negara, tunjukkanlah keberanian untuk melakukan struktur fiskal.

Tan Sri Yang di-Pertua, dari satu sudut, kerajaan bermegah melaungkan keberanian melaksanakan penyasaran subsidi minyak dan elektrik. Katanya subsidi tidak boleh diberikan kepada maha kaya termasuklah Besut. Namun, di sudut lain, BAP RM200 diberikan secara pukal tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga

draft • 5:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

sama ada RM1,500 ataupun RM30,000 sebulan. SARA MADANI RM100 yang akan disalurkan dua kali bersamaan RM200 kepada 13 juta rakyat termasuk T20 macam Besut.

Di manakah letaknya falsafah bantuan bersasar yang dilaungkan itu?

Mengapakah dalam isu subsidi, kerajaan begitu tegas menekan rakyat tetapi dalam hal ini membuat U-turn dan amalkan pendekatan populis tanpa mengira garis kemiskinan? Apa gunanya kerajaan membina dan membelanjakan dana yang besar untuk membangunkan sistem pangkalan data seperti PADU dan eKasih jika akhirnya BAP dan SARA diagihkan tanpa mengira kemampuan pendapatan?

Kalaulah peruntukan RM1 bilion BAP dan RM2.6 bilion SARA MADANI disasarkan secara berfokus, kerajaan sebenarnya mampu menggandakan kadar bantuan kepada golongan miskin. Langkah populis ini merupakan satu pembaziran yang tidak memberikan impak ke ekonomi sedangkan golongan sasar yang terus terhimpit menerima kadar bantuan yang terbatas.

Tan Sri Yang di-Pertua, susulan Akta Perolehan Kerajaan yang bakal berkuat kuasa mulai tahun 2027, kerajaan akan menzahirkan maklumat projek secara terbuka termasuklah kontrak, kontraktor dan nilai kontrak. Saya menyambut baik.

Saya berharap usaha ke arah ketelusan. Namun, mengapakah baru sekarang ketelusan ini mahu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh?

Hakikatnya, pelbagai isu ketirisan, konflik berkepentingan dan kontroversi agihan projek berprofil tinggi telah didakwa sepanjang empat tahun ini serta memerlukan penjelasan. Hal ini termasuklah bekas Setiausaha Politik yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan mengenai tender projek kerajaan bernilai berbilion ringgit menerusi pelbagai syarikat iaitu HeiTech Padu, Theta Edge, NexG, MMAG dan lain- lain. Meskipun penafian dibuat, persepsi awam tetap tercalar apabila wujudnya keraguan mengenai ruang lingkup pengaruh politik dalam perolehan projek kerajaan dan perkara ini masih bertebaran di media sosial.

Tan Sri Yang di-Pertua, penangguhan balik bayaran pinjaman PTPTN telah dilaungkan untuk mereka yang bergaji RM2,500 ke bawah. Pada masa yang sama, kerajaan juga menetapkan lantai gaji permulaan para graduan pada paras RM2,500.

Secara logiknya, hampir semua graduan baru yang melangkah ke alam pekerjaan akan berada pada paras yang wajib untuk membayar semula pinjaman. Maka, secara automatiknya, tiada seorang pun graduan berkerjaya yang benar-benar layak menikmati penangguhan PTPTN yang diumumkan.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Mengapakah kerajaan beria-ia mengumumkan insentif tersebut sedangkan kerajaan sendiri juga mengunci gaji permulaan graduan berjumlah RM2,500?

Adakah pengumuman tersebut bersifat kosmetik untuk sedapkan telinga?

Sedangkan, hakikatnya, semua graduan yang baru bekerja terus diwajibkan membuat bayaran balik sebaik sahaja gaji pertama.

Jika kerajaan benar-benar berhasrat mahu membantu mengurangkan beban awal para graduan, naikkanlah nilai ambang penangguhan tersebut mungkin kepada RM3,000 ataupun RM3,500 sebulan. Barulah penangguhan itu memberi makna dan ruang bernafas yang sebenar buat para graduan yang baru hendak membangunkan kehidupan mereka. Kita mahukan kejujuran, bukannya permainan angka dan ilusi dasar yang nampak memberikan kebaikan di pintu depan tetapi mengambilnya semula di pintu belakang.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ambil maklum mengenai gaji minimum baharu pada Jun 2027. Pada masa yang sama, kerajaan juga memperkenalkan gaji minimum buat graduan. Adakah kerajaan sedar bahawa perbandingan jumlah gaji antara dua kumpulan ini begitu tipis dan sangat tidak adil buat para graduan?

Jika dilihat realiti angka di atas, lebih empat juta pekerja tanpa kelayakan akademik khas bakal menerima gaji lantai berjumlah RM2,000 sebulan, manakala para graduan yang telah menghabiskan masa bertahun di universiti, membuat pinjaman pendidikan dan menggunakan simpanan ibu bapa, penanda arasnya hanya RM2,500 sebulan. Di manakah letaknya penghargaan kerajaan terhadap ilmu, penat lelah pengajian tinggi dan pengorbanan ibu bapa? Apakah rasionalnya RM2,500 diletakkan sebagai penanda aras bagi para graduan yang memang tidak mencerminkan realiti kos sara hidup semasa?

Tan Sri Yang di-Pertua, pada Julai lalu, kita dikejutkan dengan skandal kerugian yang dialami oleh KWAP. KWAP dikatakan ditipu oleh syarikat pemula dari luar negara melibatkan kerugian berjumlah RM163.4 juta dana pencen penjawat awam. Alasan yang diberikan cukup mudah. Kononnya penyata kewangan dipalsukan dan kerajaan juga telah melakukan proses due diligence.

Siapakah individu yang meluluskan pelaburan berisiko itu? Di manakah keabsahan audit? Mengapakah tiada langsung mana-mana individu yang dipertanggungjawabkan? Jika pertuduhan boleh dibuat kepada bekas Menteri Agama yang meluluskan suatu pelaburan dan kemudian mengalami kerugian dalam isu Tabung Haji, mengapakah tiada tindakan undang-undang yang serupa dikenakan? Setakat ini, tiada siapa yang diheret ataupun dituduh di mahkamah.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Adakah undang-undang ini hanya terpakai apabila melibatkan institusi agama ataupun kepimpinan politik terdahulu barulah pendakwaan dan pertuduhan dibolehkan? Tetapi, apabila melihat kerugian pelaburan di bawah pentadbiran MADANI, ia nya tiba-tiba diringankan sebagai risiko pelaburan dan ditipu tanpa ada seorang pun pegawai yang diheret ke mahkamah untuk bertanggungjawab. Penyakit sindrom ataupun sikap double standard serta ketidakseragaman penguatkuasaan undang-undang pada hari ini cukup membimbangkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, perbahasan minggu lalu, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah dihujani pelbagai serangan terancang demi agenda politik mereka yang sempit. Saya merujuk khusus kepada tohmahan jahat yang menuduh KKLW terlebih belanja RM2.1 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2025. Lebih hairan lagi, bekas Menteri Kewangan pun turut hadir bersama-sama untuk memberi sokongan kepada anak buah semasa laporan mengenai isu ini dibuat kepada SPRM.

draft • 5:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sepatutnya seorang bekas Menteri Kewangan berilah nasihat pada anak- anak buah takkan lah dah lupa bahawa penyelarasan peruntukan merupakan perkara biasa dalam pengurusan kewangan awam. Malah, pihak MOF menerusi TKSU Perbendaharaan telah mengesahkan pada 1 Oktober 2026 bahawa isu teknikal penyelarasan ini telah pun selesai tetapi kenapa DAP masih gian untuk membuat laporan pada 6 Oktober 2026.

[Tepuk] Saya berharap agar MOF juga membentangkan kepada Dewan yang mulia ini tentang kementerian-kementerian lain yang melakukan penyelarasan peruntukan supaya DAP boleh terus membuat laporan kepada SPRM setiap hari.

[Tepuk] Ini bukan lagi soal ketelusan. Ini jelas merupakan satu lagi gimik politik murahan DAP untuk membela prestasi buruk terhadap kepimpinan KKW yang penat bekerja bagi memajukan infrastruktur jalan raya di luar bandar. Janganlah disebabkan dendam politik, habis segala kebenaran dan pertimbangan dikorbankan.

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, memandangkan PRN Melaka bakal menjelang tiba dan PRU16 juga bakal menyusul sudah tidak lama lagi. Pelbagai siri serangan kepada UMNO Barisan Nasional sama ada di dalam Dewan ataupun di luar Dewan telah dijangka. Tengok sahaja gelagat Jelutong, tanpa segan silu dan secara terbuka menggesa Perdana Menteri untuk menggunakan Peguam Negara bagi menuduh semula Timbalan Perdana Menteri.

[Tepuk]

draft • 5:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Padahal hari siang mahu pisahkan peranan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya, pada sebelah malam pula, Peguam Negara disuruh membuat pendakwaan terpilih. Kalau masih lagi mahu menggunakan strategi lama dengan bermain sentimen kemarahan rakyat, saya minta maaf dan dipersilakan. Rakyat sudah muak dengan sandiwara politik dan fitnah bertali arus.

[Tepuk] Saya cuma mahu mengingatkan janganlah terlalu mendabik dada dan berangan-angan mat jenin. Gelombang biru telah buktikan kukuh di bumi Johor dan Negeri Sembilan. Insya-Allah, Melaka juga bakal dibirukan.

[Tepuk] Kepada...

draft • 5:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tampin.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kepada Port Dickson yang berangan-angan untuk merampas...

draft • 5:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tampin boleh? Tampin, saya nak sokong ini.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

...Kerusi.

draft • 5:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya nak beri sokongan penuh kepada Tampin.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sekejap.

draft • 5:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tampin boleh jadi menteri lepas ini.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kepada Port Dickson yang berangan-angan untuk merampas kerusi Parlimen Tampin, Kuala Pilah, Jempol, beringatlah bahawa Port Dickson juga sedang dalam radar dan perhatian gelombang biru.

[Tepuk] Walaupun apa cabaran yang mendatang, walau apa pun rintangan yang bakal dihadapi agenda Malaysia Biru pasti diterjemahkan menjelang 100 tahun usia kemerdekaan negara kita. Tan Sri Yang di-Pertua, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala perkara yang dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian dan tindakan susulan daripada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 5:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hidup Tampin.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tampin. Saya cadangkan pergi jumpa doktor.

Mungkin jerebu itu. Suara hilang. Takut demam. Doktor masih ada.

draft • 5:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Betul Tan Sri. Memang saya demam dan batuk hari ini. Tetapi kerana perbahasan, saya rela duduk di Dewan ini.

[Tepuk]

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Gajah. Silakan.

draft • 5:40 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2027 bertemakan Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi. Tema ini mencerminkan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memacu, memajukan negara secara seimbang dan inklusif tanpa mengetepikan kesejahteraan rakyat, keadilan sosial serta pembangunan modal insan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan peruntukan Kementerian Pendidikan kepada hampir RM69 bilion bagi tahun 2027 berbanding dengan RM66.2 bilion sebelumnya. Lebih membanggakan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah digandakan kepada RM1 bilion kepada RM2 bilion termasuk RM50 juta khusus untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – SJK(T).

Tan Sri Yang di-Pertua, saya turut merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kelulusan pembinaan semula SJK(T) Ladang Jeram, di Pahang dalam Belanjawan 2026. Seterusnya, disusuli dengan pengumuman pembinaan gantian penuh SJK(T) Ladang Pamol di Kluang, Johor serta kelulusan pembinaan semula SJK(T) Sungai Bakap di Pulau Pinang. Saya juga mengalu-alukan kelulusan projek pembinaan semula SJK(T) Gopeng di Perak dengan peruntukan sebanyak RM14.5 juta bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif kepada murid-murid. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan pembangunan pendidikan Tamil di negara ini.

Tan Sri Yang di-Pertua dalam hubungan ini, saya ingin menarik perhatian Kementerian Pendidikan terhadap SJK(T) Ladang Serapoh di Parit, Perak yang telah ditubuhkan pada tahun 1949. Saya dimaklumkan bahawa sekolah ini kini hanya mempunyai dua orang murid. Masing-masing di Tahun 5 dan Tahun 6. Menjelang

draft • 5:44 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

tahun 2027, dijangka hanya seorang murid yang akan kekal manakala pada tahun 2028 sekolah ini berkemungkinan tidak mempunyai murid sekiranya tidak ada kemasukan baru. Sehubungan itu, saya memohon agar Kementerian Pendidikan mengambil langkah intervensi segera bagi menangani kemerosotan enrolmen serta merangka penyelesaian jangka panjang demi menjamin kelangsungan sekolah ini.

Saya yakin bahawa dengan komitmen Kerajaan MADANI, penyelesaian yang sesuai dapat dicapai demi kepentingan pendidikan dan masyarakat setempat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kebajikan pekerja gig yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian rakyat serta pembangunan ekonomi digital negara. Mereka menghantar makanan, membawa penumpang dan menyediakan pelbagai perkhidmatan.

Namun, persoalannya adakah pendapatan mereka mencukupi?

Keselamatan mereka terjamin dan masa depan mereka terlindung? Saya menyambut baik usaha Kerajaan MADANI melalui pengenalan Akta Pekerja Gig 2025 serta pengumuman pakej bernilai RM160 juta melalui kerjasama dengan Grab bagi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing.

Tan Sri Yang di-Pertua, pertama soal pendapatan bersih yang adil.

Pendapatan dalam aplikasi belum tentu mencerminkan pendapatan bersih selepas ditolak kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, insurans dan pemotongan platform. Jika seseorang bekerja 12 jam sehari, berapakah sebenarnya pendapatan bersih yang diperolehi per jam kerja? Justeru, saya berharap formula pendapatan pekerja gig mengambil kira kos operasi sebenar supaya mereka menerima pulangan yang lebih adil.

Kedua, Majlis Perundingan Gig. Saya menyambut baik usaha Majlis Perundingan Gig dalam merangka kadar pendapatan yang lebih adil dan standard perlindungan sosial yang dijangka dimuktamadkan pada awal tahun 2027.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia mengenai perkembangan terkini serta garis masa pelaksanaan formula pendapatan yang lebih adil bagi pekerja gig.

Ketiga, perlindungan sosial dan jaminan hari tua. Saya mengalu-alukan inisiatif caruman padanan PERKESO sebanyak 35 peratus yang boleh ditingkatkan kepada 50 peratus dengan penyertaan syarikat platform serta insentif caruman padanan KWSP sehingga RM600 setahun. Saya mencadangkan agar mekanisme caruman bersama pekerja, syarikat platform dan kerajaan terus diperkukuh bagi menjamin perlindungan sosial yang lebih menyeluruh.

draft • 5:44 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Keempat, penguatkuasaan dan keadilan pekerja. Penggantungan akaun boleh menjejaskan sumber pendapatan seseorang pekerja. Oleh itu, saya berharap Kementerian Sumber Manusia dapat memperkukuh mekanisme pengendalian aduan, rayuan serta penguatkuasaan di bawah Akta Pekerja Gig 2025 secara telus dan berkesan.

Tan Sri Yang di-Pertua, sesungguhnya kejayaan ekonomi digital bukan sekadar diukur melalui kemajuan teknologi tetapi juga melalui kesejahteraan pekerja yang lebih terjamin.

draft • 5:44 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam memperkukuh perpaduan, keselamatan dan keharmonian masyarakat setempat. Saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman Belanjawan 2027 untuk meningkatkan geran tahunan KRT daripada RM6,000 kepada RM10,000 bagi setiap KRT berdaftar yang aktif.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum ini saya pernah membangkitkan keperluan meningkatkan peruntukan KRT yang sekian lama berada pada kadar RM6,000 setahun yang kini telah dinaikkan kepada RM10,000. Justeru, saya amat mengalu- alukan peningkatan ini yang mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan perpaduan di peringkat akar umbi.

Kita sering bercakap tentang perpaduan nasional, namun hakikatnya perpaduan bermula di kawasan kejiranan. Apabila masyarakat saling mengenali, menghormati dan membantu antara satu sama lain, KRT bukan sekadar menganjur aktiviti kemasyarakatan tetapi turut memainkan peranan penting dalam membina hubungan antara kaum, menggalakkan kesukarelawanan dan menjaga keharmonian komuniti.

Tan Sri Yang di-Pertua, dengan peningkatan geran tahunan KRT kepada RM10,000, saya ingin bertanya kepada Kementerian Perpaduan Negara, apakah mekanisme yang akan dilaksanakan bagi memastikan peruntukan ini dimanfaatkan secara berkesan dan apakah langkah untuk membantu mengaktifkan semula KRT yang kurang aktif? Sesungguhnya perpaduan yang kukuh bukan hanya dibina melalui dasar di peringkat nasional tetapi dipupuk melalui hubungan sesama jiran dalam kehidupan seharian.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu aspek kelestarian alam sekitar yang sering kurang diberi perhatian iaitu kesihatan

draft • 5:50 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

tanah. Tanah bukan sekadar permukaan bumi, tanah merupakan ekosistem hidup yang menyokong biodiversiti, menyimpan karbon, menapis air dan menjamin produktiviti pertanian. Apabila tanah mengalami kemerosotan, kesannya bukan sahaja terhadap alam sekitar, malah turut menjejaskan keterjaminan makanan dan daya tahan negara terhadap perubahan iklim.

Menurut laporan The State of Food and Agriculture 2025 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kira-kira 1.7 bilion penduduk dunia tinggal di kawasan yang mengalami penurunan hasil tanaman sekurang-kurangnya 10 peratus akibat kemerosotan tanah yang berpunca daripada aktiviti manusia. Ini menunjukkan bahawa kesihatan tanah perlu diberikan perhatian sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan mampan negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam konteks Belanjawan 2027, usaha memelihara alam sekitar tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pembaikan selepas kerosakan berlaku. Kita juga perlu melabur dalam langkah pencegahan dan pemulihan tanah secara sistematik. Gerakan global, save soil yang dikaitkan dengan Isha Foundation di India di bawah inisiatif Conscious Planet mengemukakan beberapa cadangan dasar yang boleh dijadikan rujukan termasuk memperkukuh pemantauan kesihatan tanah, menyediakan sokongan kepada petani dan menambah baik kerangka dasar perlindungan tanah.

Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan tiga cadangan kepada pihak kerajaan. Pertama, memperkukuhkan sistem pemantauan kesihatan tanah negara melalui penilaian kandungan bahan organik, aktiviti biologi dan tahap pencemaran tanah. Kemudahan ujian tanah yang mampu milik juga perlu diperluaskan supaya risiko kemerosotan dapat dikenal pasti lebih awal dan tindakan pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih baik secara saintifik.

Kedua, memperkukuh sokongan kepada petani melalui latihan praktikal.

Khidmat nasihat pertanian dan insentif yang bersesuaian bagi menggalakkan amalan pengurusan tanah mampan dan ini membolehkan petani bukan sahaja sekadar pengusaha makanan, malah merupakan antara pihak penting yang menentukan keadaan tanah untuk generasi yang akan datang.

Manakala yang ketiga Tan Sri Yang di-Pertua, meneliti keperluan memperkukuh kerangka dasar perlindungan tanah termasuk piawaian pemantauan bahan pencemar dan mekanisme pemulihan kawasan yang terjejas. Pendekatan ini perlu disesuaikan dengan jenis tanah, kegunaan tanah dan keadaan tempatan. Saya percaya bahawa kesihatan tanah perlu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang

draft • 5:50 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

untuk kelestarian alam sekitar, keterjaminan makanan dan kesejahteraan rakyat.

Justeru, saya berharap agar kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah ini dalam pelaksanaan Belanjawan 2027 supaya pendekatan kita bukan sekadar membaiki kerosakan tetapi turut mencegah kemerosotan tanah sebelum kesannya menjadi lebih serius.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh khususnya berkaitan pembangunan dan promosi pelancongan negara serta peranan Malaysia Convention dan Exhibition Bureau (MyCEB) dalam memperkukuh industri acara perniagaan antarabangsa. Dalam Belanjawan 2027, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM935 juta bagi sektor pelancongan dan kebudayaan. Saya menyambut baik komitmen ini termasuk usaha menyediakan geran galakan kepada penggiat industri untuk mempromosikan dan menganjurkan acara pelancongan.

Saya berharap pendekatan ini turut membuka ruang untuk memperkukuhkan industri acara perniagaan antarabangsa memandangkan industri ini mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam hal ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada MyCEB atas prestasi memberangsangkan sepanjang tempoh Januari hingga September 2026. Dalam tempoh tersebut, MyCEB telah menyokong sebanyak 412 acara perniagaan antarabangsa berbanding dengan 293 acara dalam tempoh yang sama pada tahun 2025.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 40.6 peratus. Lebih membanggakan, acara-acara tersebut telah menarik lebih 700,000 delegasi antarabangsa dan domestik, menjana perbelanjaan langsung sebanyak RM3.1 bilion serta impak ekonomi berjumlah RM7.3 bilion berbanding dengan RM6.7 bilion pada tahun sebelumnya.

Saya berpandangan bahawa pencapaian ini membuktikan MyCEB memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Industri acara perniagaan bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor pelancongan, malah mewujudkan limpahan ekonomi kepada hotel, pengangkutan, pengurusan acara, perkhidmatan teknikal dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, krisis yang berlaku di Asia Barat sememangnya telah memberi kesan ketara terhadap penganjuran acara perniagaan antarabangsa di rantau tersebut. Namun keadaan ini turut membuka peluang kepada Malaysia untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai destinasi alternatif yang stabil, selamat dan

draft • 5:50 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

berdaya saing bagi menganjurkan persidangan, konvensyen serta pameran antarabangsa.

Sehubungan itu, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan sokongan yang lebih bersasar kepada MyCEB, khususnya dalam promosi antarabangsa, kerjasama strategik serta usaha menarik lebih banyak persidangan konvensyen dan pameran berimpak tinggi ke Malaysia. Pada masa yang sama, penglibatan vendor tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana perlu diperkukuhkan supaya manfaat ekonomi daripada acara antarabangsa ini dapat dilibati dengan lebih meluas oleh rakyat.

Kesimpulannya, saya mengalu-alukan komitmen kerajaan melalui Belanjawan 2027 dalam memperkukuhkan sektor pelancongan dan kebudayaan.

Saya berharap momentum positif yang ditunjukkan oleh MyCEB dapat dikekalkan agar Malaysia bukan sahaja menjadi destinasi pelancongan pilihan, malah muncul sebagai hab utama acara perniagaan antarabangsa di rantau ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya yakin Belanjawan 2027 akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Dengan komitmen serta pelaksanaan yang berkesan, saya percaya Kerajaan MADANI mampu merealisasikan semua inisiatif yang dirancang demi masa depan Malaysia yang lebih maju dan sejahtera. Dengan ini, Batu Gajah menyokong Belanjawan 2027. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Padang Serai.

draft • 5:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Padang Rengas, Tan Sri.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sorry, Padang Rengas. Padang Serai, Padang Rengas.

draft • 5:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada Padang Rengas untuk membahaskan Belanjawan 2027 pada kali ini. Ada enam isu yang akan saya bangkitkan. Isu pertama, isu kenaikan gaji minimum RM2,000 dan kesannya terhadap PMKS serta peluang pekerjaan.

draft • 5:59 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong usaha meningkatkan pendapatan rakyat melalui kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027. Namun, persoalannya adakah kerajaan telah menilai kesan dasar ini terhadap kemampuan PMKS dan peluang pekerjaan?

Pertama, pemampatan jurang gaji. Apabila gaji minimum meningkat kepada RM2,000 sedangkan gaji graduan baharu sekitar RM2,500. Jurangnya hanya RM500. Bagaimana pula dengan pekerja berpengalaman dan penyelia? Majikan mungkin terpaksa menaikkan gaji secara berantai bagi mengekalkan struktur gaji yang munasabah. Adakah kerajaan telah mengkaji kesan kenaikan ini terhadap keseluruhan kos penggajian?

Kedua, keberkesanan pengecualian PMKS. Walaupun PMKS dikecualikan mereka tetap bersaing dengan syarikat besar yang mampu menawarkan gaji RM2,000 akibatnya PMKS mungkin kehilangan pekerja atau terpaksa menaikkan gaji juga. Apakah manfaat sebenar pengecualian ini jika tekanan pasaran tetap memaksa PMKS menanggung kos tambahan?

Ketiga, tempoh pengecualian. PMKS memerlukan kepastian untuk merancang kos operasi dan pengambilan pekerja. Adakah pengecualian ini untuk setahun, dua tahun atau tempoh yang belum ditentukan? Bilakah garis panduan rasmi akan diumumkan?

Keempat, kos sebenar kenaikan gaji. Kenaikan RM300 bersamaan 17.65 peratus, belum termasuk caruman berkanun, kerja lebih masa dan kemungkinan pelarasan gaji pekerja lain. Bagi PMKS bermargin rendah kesannya mungkin berupa kenaikan harga, pengurangan keuntungan atau pembekuan pengambilan pekerja.

Adakah kerajaan telah menilai kesan terhadap inflasi, daya saing, PMKS dan peluang pekerjaan?

Kelima, risiko automasi. Tan Sri Yang di-Pertua, apabila kos buruh meningkat majikan mungkin mempercepatkan automasi termasuk pembayaran digital, kaunter layan diri dan sistem tanpa juruwang. Jika langkah ini mengurangkan keperluan tenaga kerja, pekerja berpendapatan rendah mungkin kehilangan sumber pendapatan. Jangan sampai dasar yang bertujuan membantu golongan B40 akhirnya menyebabkan sebahagian mereka kehilangan pekerjaan. Adakah kerajaan mempunyai kajian mengenai risiko automasi dan langkah melindungi pekerja yang terjejas?

draft • 6:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Keenam, had hasil jualan RM50 juta. Tan Sri Yang di-Pertua, hasil jualan tidak semestinya menggambarkan keuntungan atau kemampuan sebenar sesebuah perniagaan. Contohnya stesen minyak yang menjual sejuta liter sebulan pada harga RM4.50 seliter mencatatkan nilai transaksi bahan api RM54 juta setahun.

Namun, pada kadar komisen ilustrasi 16 sen seliter, pendapatan komisen had kasarnya hanya RM1.92 juta setahun sebelum kos operasi. Jika nilai transaksi kasar dijadikan ukuran perniagaan bermargin rendah mungkin terkeluar daripada pengecualian walaupun pendapatan sebenar jauh lebih kecil. Adakah kerajaan akan menggunakan nilai transaksi kasar atau hasil sebenar yang diiktiraf dalam akaun untuk menentukan kelayakan PMKS?

Tan Sri Yang di-Pertua, kita mahu rakyat menerima gaji lebih baik tetapi kerajaan juga mesti memastikan PMKS terus berdaya maju dan peluang pekerjaan tidak terjejas. Kejayaan dasar gaji minimum bukan sekadar diukur berdasarkan berapa ramai menerima kenaikan gaji tetapi juga berapa ramai rakyat yang kekal mempunyai pekerjaan. Matlamat kita ialah gaji yang lebih baik, pekerjaan yang mampan dan taraf hidup rakyat yang meningkat.

Isu kedua, Kementerian Sumber Manusia. Pelaksanaan seksyen 36A Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 dan akses pembiayaan PTPK. Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dalam Belanjawan 2027 bagi memperluaskan latihan, kemahiran dan meningkatkan keboleh pasaran anak muda.

Namun, pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 melalui seksyen 36A yang membolehkan pengiktirafan program latihan tidak berasaskan standard perlu disusuli pelaksanaan yang jelas dan berkesan.

Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan tiga persoalan kepada kementerian. Pertama, bilakah seksyen 36A akan dilaksanakan dan permohonan pengiktirafan dibuka kepada institusi latihan? Kedua, apakah garis panduan, kriteria, kelayakan dan tempoh pemprosesan permohonan? Ketiga, adakah program yang diiktiraf di bawah seksyen 36A layak dipertimbangkan untuk pembiayaan PTPK dan apakah mekanisme permohonannya?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menggesa kementerian menetapkan garis masa pelaksanaan, menerbitkan garis panduan yang telus dan menyelaraskan tindakan Jabatan Pembangunan Kemahiran (PTPK) serta institusi latihan.

Pengiktirafan juga mesti berpaksikan kualiti latihan, penglibatan industri dan

draft • 6:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

kebolehpasaran graduan. Jangan sampai peruntukan tersedia dan undang-undang telah dipinda tetapi institusi latihan masih menunggu kepastian.

Pelatih menghadapi kesukaran pembiayaan dan industri terus kekurangan tenaga mahir. Saya berharap kementerian memberi penjelasan konkrit mengenai tarikh pelaksanaan serta akses pembiayaan PTPK demi manfaat pelatih, institusi latihan dan industri.

Isu ketiga, mempercepatkan projek tebatan banjir Sungai Chempias dan memperkukuhkan pengurusan risiko di Padang Rengas. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu banjir di kawasan Parlimen Padang Rengas khususnya projek tebatan banjir Sungai Chempias serta penyelenggaraan sungai dan sistem perparitan.

Pada 7 Oktober 2026 iaitu tiga hari lepas, Kampung Gapis dilanda banjir sehingga menyebabkan 10 buah rumah dimasuki air dan penduduk mengalami kerosakan harta benda. Kejadian ini membuktikan bahawa langkah pencegahan dan pengurusan risiko banjir perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan.

Pertama, saya ingin meminta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan status projek tebatan banjir Sungai Chempias termasuk peruntukan kemajuan pelaksanaan dan jangkaan tarikh siap. Sekiranya projek ini belum dilaksanakan sepenuhnya saya mendesak agar pelaksanaan dipercepatkan berdasarkan keperluan dan risiko banjir setempat.

Kedua, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian di atas peruntukan yang disalurkan sebelum ini untuk penyelenggaraan sungai dan parit dalam Parlimen Padang Rengas yang mana ia nya dapat mengelakkan kejadian banjir pada tahun lepas. Namun, bagi saya penyelenggaraan berkala masih perlu diberikan keutamaan bagi Sungai Papan, Sungai Konso, Sungai Chempias dan Sungai Biong.

Saya memohon kerajaan menyediakan peruntukan yang mencukupi dan berterusan untuk kerja pembersihan parit, longkang, pengorekan, mendapan sungai mengikut keperluan teknikal serta pembaikan sistem saliran yang bermasalah.

Jabatan Pengairan dan Saliran bersama pihak berkuasa tempatan perlu menetapkan jadual penyelenggaraan yang jelas khususnya sebelum musim tengkujuh. Jangan hanya bertindak selepas banjir berlaku.

Ketiga saya meminta kerajaan memastikan mangsa banjir di Kampung Gapis mendapat penilaian kerosakan dan bantuan yang sewajarnya. Sistem amaran awal serta pelan tindakan kecemasan juga perlu diperkukuhkan bagi melindungi

draft • 6:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

penduduk. Tan Sri Yang di-Pertua, saya menegaskan bahawa Belanjawan 2027 mesti memberikan komitmen yang jelas terhadap projek tebatan banjir dan penyelenggaraan serta— penyelenggaraan sungai serta saliran secara berterusan.

draft • 6:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Jangan tunggu sehingga lebih banyak rumah ditenggelami air dan harta benda rakyat musnah sebelum tindakan diambil. Pencegahan mesti diutamakan kerana keselamatan rakyat dan perlindungan harta benda mereka adalah tanggungjawab kerajaan.

Isu keempat, keperluan kereta peronda dan kereta Hilux di Balai Polis Kati serta baik pulih kuarters PDRM di Parlimen Padang Rengas. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan dua isu yang pernah saya bangkitkan sebelum ini iaitu keperluan kenderaan operasi di Balai Polis Kati serta kerja baik pulih dan penyelenggara rumah dan kuarters kediaman anggota polis di dalam Parlimen Padang Rengas.

Pertama, keperluan kenderaan operasi di Balai Polis Kati. Saya memohon supaya Belanjawan 2027 menyediakan peruntukan untuk membekalkan sebuah kereta peronda dan sebuah Toyota Hilux pada Balai Polis Kati. Keperluan ini penting kerana kawasan pentadbiran Balai Polis Kati mempunyai bentuk muka bumi berbukit, manakala sebahagian penduduk tinggal jauh di kawasan pedalaman.

Kereta peronda diperlukan untuk rondaan harian dan tindak balas terhadap kejadian kecemasan. Sementara Toyota Hilux dapat membantu pergerakan anggota ke kawasan yang sukar diakses, khususnya ketika hujan lebat atau keadaan jalan yang mencabar.

Saya meminta KDN memastikan kedua-dua kenderaan ini dapat disediakan selewat-lewatnya 30 Jun 2027. Sementara menunggu perolehan, kenderaan operasi sementara hendaklah disediakan bagi memastikan keselamatan penduduk tidak terjejas.

Bilakah kerajaan akan memenuhi keperluan ini? Jangan sampai anggota polis menghadapi kesukaran untuk memberikan bantuan hanya kerana kekurangan kenderaan yang sesuai dengan keadaan muka bumi setempat.

Kedua, baik pulih dan penyelenggaraan kuarters PDRM. Saya mencadangkan peruntukan sekurang-kurangnya RM2 juta bagi baik pulih dan penyelenggaraan kuarters kediaman anggota polis di dalam Parlimen Padang Rengas. Audit teknikal perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama 2027 meliputi keadaan bumbung kebocoran, pendawaian elektrik, bekalan air, tandas dan

draft • 6:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

struktur bangunan. Sekurang-kurangnya 80 peratus kerosakan kritikal hendaklah diselesaikan sebelum 31 Disember 2027. Saya juga meminta KDN mengemukakan laporan kemajuan setiap suku tahun supaya pelaksanaan dapat dipantau secara telus dan peruntukan digunakan mengikut keutamaan.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu kelima, isu bekalan air bersih Parlimen Padang Rengas. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam perbahasan Bajet 2027 ini juga saya ingin bangkitkan isu bekalan air bersih di Parlimen Padang Rengas. Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan kepada KKDW atas peruntukan untuk projek bekalan air bersih ke Kampung Kelaong yang dijadualkan dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini. Namun, penduduk Kampung Gapis Sulu dan Bukit Payung masih berhadapan masalah ketiadaan air bersih. Manakala, tekanan air rendah masih berlaku di Estet Perak River Valley, Kampung Jenalik iaitu kawasan sekitar Penjara Satelit Sauk, Pekan Liman Kati, Kampung Padang Ampang dan Kampung Ribu.

Saya juga mendesak Lembaga Air Perak (LAP) mengambil tindakan segera menggantikan paip-paip uzur yang kerap bocor bagi mengelakkan gangguan bekalan air berulang. Justeru, saya meminta kerajaan negeri dan pihak kementerian berkaitan menjadikan penyelesaian masalah air di Parlimen Padang Rengas sebagai keutamaan dalam Bajet 2027, lengkap dengan peruntukan dan garis masa pelaksanaan yang jelas. Air bersih ialah keperluan asas rakyat, bukan satu kemewahan.

Dan isu terakhir. Cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat isu pengiraan pencen veteran ATM dan pesara awam pra 2013. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu pengiraan pencen yang melibatkan kira-kira 530,000 veteran ATM dan pesara awam yang bersara sebelum tahun 2013.

Mekanisme kenaikan pencen sebanyak dua persen setahun yang diperkenalkan pada 2013 telah menimbulkan persoalan tentang jurang pencen.

Lebih penting, kesan mekanisme tersebut didakwa masih mempengaruhi pengiraan pencen di bawah SSPA 2024 melalui komponen PKKP.

Persoalannya, apakah asas perundangan dan rasional penggunaan amaun tersebut dalam pengiraan pencen SSPA 2024? Sedangkan mekanisme berkenaan telah dibatalkan melalui keputusan mahkamah pada 2023.

Sehubungan itu, saya menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat perkara ini secara bebas. Meneliti dokumen dan formula pengiraan serta mendapatkan penjelasan daripada kementerian dan agensi berkaitan. RCI

draft • 6:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

perlu mencadangkan penyelesaian yang adil, telus dan berkekalan demi melindungi hak pesara serta veteran.

Tan Sri Yang di-Pertua, jangan sampai mereka yang telah berbakti kepada negara terpaksa terus tertanya-tanya tentang keadilan pencen mereka sendiri. Saya mendesak kerajaan memberikan penjelasan yang tuntas dan mempertimbangkan penubuhan RCI demi memastikan isu ini diselesaikan secara telus dan berintegriti.

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Kalabakan, silakan.

draft • 6:10 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang kepada Kalabakan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan belanjawan ini. Khususnya perhatian terhadap kesejahteraan rakyat dan juga pembangunan.

Kalabakan menyambut baik peruntukan Persekutuan kepada negeri Sabah sebanyak RM18.7 bilion bagi 2027 berbanding RM17.6 bilion pada tahun ini.

Persoalan pastinya kepada anak muda di Sabah. Adakah belanjawan pada tahun ini memberikan impak yang besar kepada kehidupan seharian mereka? Adakah peluang pekerjaan semakin tinggi? Adakah kos untuk memulakan kehidupan berkeluarga lebih mampan? Dan adakah kemudahan di kampung semakin baik?

Atas semangat itu, saya mulakan dengan beberapa persoalan dasar di peringkat nasional sebelum menyentuh keperluan Sabah dan keutamaan penduduk di kawasan Parlimen Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat RM47.7 bilion, namun perbelanjaan pembangunan ataupun DE sebenarnya membeku pada RM6.75 bilion. Bertambah hanya kira-kira RM5 juta ataupun 0.07 peratus sahaja berbanding tahun lalu. Lebih mengejutkan, RM2.635 bilion atau hampir 39 peratus daripada peruntukan pembangunan ini terikat semata-mata untuk membayar liabiliti konsesi PPP dan PFI yang lama.

draft • 6:16 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Manakala, butiran hospital baharu di seluruh negara hanya tinggal RM461.95 juta. Bagi kawasan seperti pedalaman, ini berita yang amat mendukacitakan. Rakyat di pekan Kalabakan sebagai contoh, FELDA Umas mahupun Pulau Sebatik sudah sekian lama berdepan kekangan fasiliti dan terpaksa menempuh perjalanan jauh ke Hospital Tawau. Hospital rujukan kami sesak dan pesakit yang memerlukan rawatan pakar terpaksa menanggung kos logistik yang tinggi untuk diterbangkan ke Kota Kinabalu ataupun Kuala Lumpur.

Bagaimanakah KKM mahu memperluaskan fasiliti rawatan di luar bandar, jika sebahagian besar dana pembangunan negara diguna untuk membayar hutang konsesi di masa lalu.

Justeru, Kalabakan mendesak dua perkara. Yang pertama, KKM dan MOF perlu membentangkan pecahan komitmen bayaran PFI mengikut hospital dan baki tempohnya agar Parlimen tahu berapa dana sebenar. Sebagai contoh, penambahan katil dan juga kemudahan pesakit.

Yang kedua, nyatakan secara khusus, apakah projek naik taraf klinik dan fasiliti diagnostik di pedalaman Sabah, khususnya di Kalabakan yang diberi keutamaan dalam Belanjawan 2027 berserta jadual pelaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya membawa suara dan keluhan warga penjawat awam, khususnya lantikan baharu dan Kumpulan Pelaksana yang kini dihimpit kos sara hidup meruncing. Kadar Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM300 sebulan yang dinikmati gred pelaksana hari ini sudah lapuk dan terputus daripada realiti pasaran sewa semasa.

draft • 6:16 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Majoriti penjawat awam lantikan baharu bermula dengan gaji asas sekitar RM1,500 sebulan dan hampir pasti dihantar bertugas ke daerah lain. Guru, jururawat dan anggota keselamatan yang berkhidmat di kawasan di pedalaman Sabah, sebagai contoh. Kuarters kerajaan hari ini juga amat terhad. Akibatnya, mereka terpaksa menyewa di pasaran terbuka.

Kadar sewa bilik kosong paling asas tanpa tingkap pun kini mencecah RM300 hingga RM400 sebulan, manakala sewa sebuah rumah mencecah RM1,200 ke atas.

Bagaimanakah seorang penjawat awam mampu bertahan apabila elaun perumahan RM300 habis hanya untuk menyewa sebuah bilik sempit, sedangkan mereka memikul amanah menjaga perkhidmatan rakyat.

Saya berharap Jabatan Perkhidmatan Awam dan kementerian menyemak semula kadar Imbuhan Tetap Perumahan untuk dinaikkan ke paras yang lebih

draft • 6:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

munasabah atau sekurang-kurangnya memperkenalkan subsidi sewa penempatan khas bagi pegawai yang diarah bertugas di luar daerah asal mereka. Kebajikan penjawat awam di barisan hadapan mestilah dibela secara bermaruah.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga memohon Kementerian Pengangkutan menilai semula dasar yang mengaitkan tunggakan saman trafik biasa dengan sekatan pembaharuan lesen memandu. Lesen memandu ialah dokumen kelayakan undang-undang untuk memandu dan mencari rezeki, manakala saman trafik ialah instrumen penguatkuasaan kesalahan. Apabila lesen disekat akibat tunggakan saman biasa, rakyat yang berdepan kekangan kewangan terhimpit dia punya mata pencariannya. Malah ini meningkatkan risiko rakyat terpaksa memandu tanpa lesen yang sah di jalan raya.

Saya mencadangkan MOT meneliti pemisahan antara urusan memperbarui lesen memandu dengan penyelesaian tunggakan saman biasa, kecuali bagi kes-kes kesalahan beratlah yang tertakluk pada perintah mahkamah ataupun waran tangkap.

Beri ruang rakyat memperbaharui lesen demi kelangsungan hidup di samping menyediakan kaedah bayaran saman yang lebih anjal. Cadangan ini bukan untuk membebaskan pesalah daripada hukuman atau menghapuskan saman― saman tetap wajib diselesaikan mengikut proses undang-undang tetapi penguatkuasaannya perlu realistik dengan beban ekonomi rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu seterusnya melibatkan nadi ekonomi ribuan pekebun kecil sawit di Sabah. Kita berdepan satu anomali pasaran dan ketidakadilan harga buah tandan segar yang berlarutan sekian lama antara Sabah dan juga Semenanjung.

Data industri menunjukkan kadar perahan minyak (OER) bagi buah sawit di Sabah adalah lebih tinggi, sekitar 22 hingga 25 peratus, berbanding Semenanjung hanya sekitar 20 hingga 23 peratus. Ironinya, harga belian BTS di kilang Sabah konsisten lebih murah berbanding harga di Semenanjung. Apabila diproses menjadi minyak sawit mentah, harga jualannya di pasaran dunia pula adalah sama rata.

Mengapa pihak kilang boleh membeli buah berkualiti tinggi dengan harga diskaun di Sabah tetapi menjual minyak pada harga pasaran penuh? Hakikatnya, titik keringat pekebun kecil sedang dipotong marginnya tanpa penyelesaian tuntas daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Saya mendesak Kementerian Perladangan dan Komoditi bersama MPOB merombak mekanisme penetapan formula harga BTS di Sabah. Hapuskan jurang harga yang menindas ini dan pastikan pulangan harga buah mencerminkan kualiti

draft • 6:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

OER sebenar yang dihasilkan oleh pekebun kecil kita. Keringat pekebun sawit Sabah berhak dinilai secara adil. Mohon ketegasan Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi Sabah, keterhubungan udara bukan satu kemewahan tetapi merupakan satu jambatan hidup bagi mobiliti rakyat dan juga nadi ekonomi wilayah bagi Pantai Timur Sabah. Lapangan Terbang Tawau adalah pintu gerbang utama yang menghidupkan rantaian ekonomi Daerah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kalabakan dan Kunak daripada pengusaha penginap desa, pemandu pelancongan, pengangkutan hinggalah kepada peniaga makanan dan juga PMKS tempatan. Potensi ini sering terencat apabila rakyat berdepan isu kekerapan penerbangan yang terhad dan harga tiket melambung tinggi. Kita tidak boleh membiarkan pelancong domestik merasa terbang ke Sabah lagi mahal lagi daripada melancong ke negara jiran.

Jadi, Kalabakan mencadangkan dua langkah. Pertama, kerajaan wajar menyediakan sokongan dan insentif pembukaan laluan baharu secara telus dan adil kepada semua syarikat penerbangan― AirAsia, Malaysia Airlines dan pengendali lain bagi menambah frekuensi ke Lapangan Terbang Tawau. Namun, insentif ini mesti bersyarat dan terikat dengan komitmen jelas iaitu penambahan kapasiti tempat duduk, penetapan kadar tambang yang munasabah dan ketetapan jadual perkhidmatan.

Kedua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya wajar menjalinkan kerjasama strategik antara syarikat penerbangan dan pengusaha pelancongan tempatan untuk menawarkan pakej perjalanan mampu milik agar limpahan perbelanjaan pelancong domestik mengalir terus ke poket peniaga kecil. Tan Sri Yang di-Pertua, merapatkan jurang tambang udara adalah merapatkan jurang integrasi nasional.

Tan Sri Yang di-Pertua, statistik terbaharu menunjukkan satu hakikat yang amat membimbangkan. Daripada 1,055 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan tetap di Sabah dan Sarawak pada tahun ini, pada tahun 2026, seramai 382 orang atau lebih 36 peratus enggan dan tidak melaporkan diri. Di Sabah sahaja, 192 orang doktor menolak penempatan. Lebih seorang daripada tiga doktor yang dihantar memilih untuk tidak melaporkan diri.

Akibatnya, klinik kesihatan dan hospital luar bandar termasuk di kawasan Kalabakan, Daerah Tawau terus kekurangan tenaga kerja. Doktor sedia ada mengalami kelesuan (burnout), manakala rakyat terpaksa beratur berjam-jam hanya

draft • 6:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

untuk rawatan asas. Kita tidak boleh menyalahkan doktor semata-mata tanpa melihat punca struktur.

Pertama, kadar Bayaran Imbuhan Wilayah (BIW) baharu yang ditetapkan pada kadar tetap RM390 sebulan langsung tidak sepadan dengan kos sara hidup, tambang tiket penerbangan dan cabaran bertugas jauh di pedalaman. Kedua, doktor baru terpaksa mendahulukan ribuan Ringgit wang poket sendiri untuk kos logistik, selain berdepan kuarters klinik desa yang uzur dan daif. Ketiga, tiada jaminan tempoh giliran bertugas yang telus serta kekangan peluang latihan kepakaran bagi mereka yang berkhidmat di Borneo.

Oleh itu, Kalabakan mencadangkan agar KKM dan JPA semak semula kadar BIW kembali kepada sistem peratusan gaji asal atau menetapkan kadar lantai yang wajar, mungkin RM1,000 hingga RM1,500, bagi pegawai yang berkhidmat di kawasan pedalaman Borneo. Kedua, laksanakan segera kuota 30 peratus Hadiah Latihan Persekutuan dan latihan kepakaran untuk doktor yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Dan ketiga, sediakan kuota khas 30 peratus kemasukan pengajian perubatan di universiti awam berserta biasiswa berikat untuk anak kelahiran Sabah dan Sarawak agar mereka kembali berkhidmat di negeri sendiri.

Tan Sri Yang di-Pertua, hospital dan klinik tanpa doktor hanyalah sekadar bangunan kosong. Kesihatan tidak boleh terus dikorbankan akibat kegagalan perancangan sumber manusia Persekutuan.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu seterusnya yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai infrastruktur jaringan jalan raya di Parlimen Kalabakan, terutamanya melibatkan jalan Merotai–Kalabakan–Sapulut. Walaupun sebahagian jalan raya dan laluan perhubungan di kawasan pedalaman ini berada di bawah seliaan kerajaan negeri ataupun berstatus jalan luar bandar dan jalan ladang, Kerajaan Persekutuan tidak boleh lepas tangan ataupun sekadar berlindung di sebalik perbezaan bidang kuasa Senarai Negeri dan juga Persekutuan.

Kawasan seperti Kampung Kalabakan, Merotai, Gugusan FELDA Umas adalah penyumbang utama sektor komoditi negara, khususnya kelapa sawit. Namun, lori-lori muatan berat dan rakyat berkongsi jalan yang sama, jalan yang berlubang, rosak teruk. Keadaan ini bukan sahaja merencatkan aktiviti ekonomi penduduk, malah membahayakan nyawa anak-anak sekolah dan pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan ke hospital.

Dengan keluasan geografi Sabah yang amat besar, keupayaan kewangan kerajaan negeri amat terhad untuk menampung kos pembinaan dan

draft • 6:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

penyelenggaraan jalan raya secara menyeluruh tanpa suntikan dana khusus daripada Persekutuan.

Oleh itu, saya berharap agar Kementerian Kewangan menyemak semula formula dan menambah peruntukan geran Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk Sabah, termasuk melonggarkan syarat penggunaan dana tersebut bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf dan membina semula jalan-jalan kritikal luar bandar yang belum diwartakan sepenuhnya.

Dan juga, saya memohon Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyalurkan peruntukan khas di bawah projek luar bandar dan jalan perhubungan desa untuk menurap serta melebarkan jalan-jalan utama perkampungan dan penempatan di Parlimen Kalabakan. Rakyat luar bandar tidak peduli jalan itu bidang kuasa negeri ataupun Persekutuan, apa yang mereka tagih adalah hak menikmati jalan berturap yang selamat dan juga selesa. Mohon segera tindakan oleh kementerian.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi rancangan mitigasi banjir, saya juga berharap kerajaan memberikan keutamaan kepada penempatan sekitar Alur Sungai Tawau Bypass, terutamanya di kawasan Tanjung Batu yang sering dilanda banjir, terutamanya apabila air pasang dan hujan pula berlarutan.

draft • 6:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Perabot rosak, anak kecil tidak senang tidur, akses jalan tertutup dan kegiatan ekonomi terhenti akibat masalah yang berlangsung sekian lama ini. Isu sungai [Tidak jelas] Bypass serta cadangan tepatan banjir Sungai Pasir Puteh Bypass pernah dibangkitkan sebelum ini dan memerlukan tindakan yang tersusun.

Saya memohon kementerian berkaitan dan Jabatan Pengaliran dan Saliran menjelaskan status terkini cadangan tebatan banjir di kawasan ini termasuk keperluan tanah peruntukan dan jadual pelaksanaan.

Nyatakan juga bilangan rumah serta penduduk yang dijangka mendapat perlindungan sebagai keutamaan projek dapat dinilai dengan jelas. Kerja pembersihan atau pedalaman sungai hendaklah berasaskan penilaian hidrologi dan kesan alam sekitar bersama semakan kapasiti saliran serta laluan keluar air.

Peruntukan penyelenggaraan berkala perlu disertai sistem amaran awal di lokasi sesuai dan pelan pemindahan yang [Tidak jelas] penduduk.

Tan Sri Yang di-Pertua, point terakhir, selain daripada itu juga berharap kerajaan meluluskan segera projek talian 33kv bernilai RM56.8 juta serta solar hibrid Kampung Seludung Laut, RM26 juta untuk elektrik. Untuk air selesaikan isu

draft • 6:30 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

gangguan bekalan air di pekan Kalabakan dan juga Pulau Sebatik yang sekarang ini menghadapi masalah air, sudah satu minggu.

Yang ketiga, pembangunan SMK Kalabakan, SK Perdana, SK Merotai Besar dapat dilaksanakan. Yang keempat, SMK Abaka kita cadang supaya menjadi sekolah sukan bagi pantai timur Sabah. Yang kelima, jalan penghubung Kampung Baru Pasir Puteh, Tanjung Batu Laut, Logpond diberi perhatian dan keenam pemasangan pagar elektrik dan wujudkan koridor hidupan liar serta pampasan kepada peneroka FELDA.

Tan Sri Yang di-Pertua, harapan Kalabakan ialah supaya peruntukan Belanjawan 2027 menghasilkan perubahan yang nyata dalam kehidupan rakyat.

Saya memohon jawapan penggulungan yang memperincikan tindakan agensi yang bertanggungjawab dalam jadual pelaksanaan bagi perkara yang dibangkitkan.

Indah berseri si bunga melati; Mekar berkembang di tepi halaman; Belanjawan dibahas sepenuh hati; Demi rakyat menjadi keutamaan. Kalabakan mohon menyokong, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Kalabakan. Sekarang saya menjemput Keningau. Keningau, saya berikan 20 minit sebab Ketua Parti. Silakan, Keningau.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tan Sri Speaker dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang telah membentangkan bajet yang terbesar setakat ini, RM459.8 bilion. Walaupun hasil meningkat, dia masih bajet yang berdefisit. Hutang negara naik mencecah RM1.3 trilion, adakah kerajaan bimbang dengan kenaikan hutang negara ini walaupun dikatakan kenaikan kadar hutang menurun?

Namun, jumlah hutang negara tetap juga naik charge service, hutang juga naik RM61.03 bilion. Ini bermakna setiap hasil yang dikutip setiap RM100, RM20, 77 sen perlu diketepikan untuk servis hutang negara. Semasa pembentangan bajet, pemimpin-pemimpin Sabah dan rakyat Sabah sudah tentunya mendengar bajet pembangunan dan terperanjat, terkejut bila mana Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM18.7 bilion tetapi tidak dinyatakan peruntukan apa itu. Bila terkejut, mereka mengatakan “Wah, ini kalilah durian runtuh”. Sekali teliti, harapan kami pula

draft • 6:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

yang runtuh kerana rupanya RM18.7 bilion ini adalah peruntukan perbelanjaan Kerajaan Federal di Sabah, termasuklah pengurusan gaji dan lain-lain tanggungjawab Kerajaan Pusat di Sabah dan bukannya peruntukan pembangunan.

Peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak adalah RM7 bilion. Sarawak RM6.2 bilion daripada RM85 bilion keseluruhannya. Ini bererti sebenarnya daripada RM85 bilion ini, agihan pembangunan masih lagi berasaskan kepada formula yang lama, asas yang lama, pandangan yang lama dan sebagainya, dan tidak ada perubahan kerana masih lagi “Malaya-sentrik”.

Daripada keseluruhan peruntukan pembangunan, 85 peratus untuk Semenanjung, hanya lapan peratus untuk Sabah dan tujuh peratus untuk Sarawak, sedangkan yang memerlukan permohonan ini adalah Sabah dan Sarawak yang masih mundur dan sudah tentunya kita semua tahu Sabah adalah wilayah atau negeri yang paling mundur, paling miskin, paling sakit, paling terbelakang dari segi keperluan dan prasarana pendidikan, sehinggalah doktor-doktor yang dilantik untuk memegang jawatan enggan untuk pergi ke Sabah.

Kenapa Sabah mundur, kenapa Sabah miskin? Ada lima punca Sabah paling miskin dan mundur selain daripada isu kepimpinan. Pertama, agihan peruntukan pembangunan tidak adil. Sepertimana yang saya katakan tadi lebih daripada 80 peratus masih lagi untuk Semenanjung yang sudah maju, sedangkan di Sabah dan Sarawak memerlukan peruntukan yang lebih.

Kedua, kegagalan kerajaan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia, khususnya hub hasil kewangan. Ini menjadikan Sabah miskin dan menjadikan Sabah depended bergantung kepada Kerajaan Pusat untuk setiap keperluan, terutama sekali pembangunan dan Sabah telah dinafikan sekurang-kurangnya RM20 bilion satu tahun sejak 2021 dan di dalam Jadual 10 sebenarnya, masih banyak lagi hasil- hasil yang lain, kewangan yang belum dituntut.

Yang ketiga, perlanggaran Perlembagaan untuk mencabul hak negeri, terutama sekali hak minyak dan gas, di mana minyak dan gas ini adalah milik Sabah, milik Sarawak tetapi dipaksa untuk diambil melalui PDA, yang rakyat Sabah ini anggap tidak sah ataupun on constitutional sebab tanah dan natural resources adalah disenaraikan di dalam Senarai Negeri dan bukannya disenaraikan di concurrent list ataupun di Federal.

Dalam PDA ini, terutama sekali selepas Vesting Order tahun 1975 ada lagi satu perjanjian selepas tragedi di Labuan iaitu Perjanjian Surrender Minyak 14 Jun

draft • 6:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

1976, di mana Kerajaan Sabah diminta untuk menyerahkan milik minyak dan gas kepada PETRONAS dengan hanya menerima lima peratus wang tunai.

Sebelum ini, iaitu sebelum 76, Sabah telah juga memulakan industri minyak dan menerima 12.5 peratus royalti. Ini bererti setelah PDA ,setelah minyak diambil oleh PETRONAS, Sabah rugi 7.5 peratus. Dapat lima peratus, kehilangan 12.5 peratus. Ini bererti kita rugi 7.5 peratus. Jadi, oleh sebab itu rakyat Sabah tertanya- tanya, apalah untungnya kita dalam Malaysia?

draft • 6:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Yang keempat, campur tangan politik di Sabah terlalu berleluasa. Sebelum ini, pintu istana selalu dikawal dan ditutup atas arahan pimpinan Kuala Lumpur, terutama sekali semasa keputusan pilihan raya. Perlembagaan pernah diketepikan kerana Kuala Lumpur mahu urus penggiliran Ketua Menteri. Setiap dua tahun, ada yang satu tahun pun bolehlah jadi Ketua Menteri. Rosak pentadbiran Sabah.

Peliknya, selepas penggiliran ini serta giliran Barisan Nasional, tidak ada lagi penggiliran kerana semua sudah masuk dalam perangkap mereka. Dan saya masih ingat juga, sebelum itu, Projek IC diperkenalkan untuk mengubah demografi Sabah sehinggalah pengundi-pengundi pun ada yang mengundi— yang dikatakan pengundi untuk disewa dan sebagainya.

Dan campur tangan juga sampai ke tahap pada tahun 1994. Saya masih ingat setelah tidak berjaya menggunakan Projek IC menjatuhkan parti politik pada waktu itu, pimpinan Kuala Lumpur mencari jalan untuk membeli ADUN-ADUN yang telah berkurung kerana takut dibeli ataupun diculik. Satu masa, saya dipanggil oleh Perdana Menteri pada waktu itu dan ditawar untuk angkat sumpah jadi Ketua Menteri.

Dan saya pula mengatakan saya tidak boleh menerima sebab saya bukan ketua parti, saya bukan presiden parti. Dan saya mengatakan seluruh dunia ini memerhatikan kita. Saya menolak dan saya merayu supaya Perdana Menteri buka pintu istana dan membenarkan pemenang untuk diangkat sumpah.

Dan bila saya panggil polis, polis telah panggil Timbalan Menteri KDN, dia panggil Timbalan Menteri KDN pada waktu itu Megat Junid. Dia mengatakan kena panggil Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa panggil Timbalan Perdana Menteri dan saya katakan pada Megat Junid, “Saya baru berbincang dengan Perdana Menteri. Siapa yang besar? Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri?” Dia katakan, “Memanglah Perdana Menteri tetapi di Sabah, Timbalan Perdana Menteri yang menjaga”.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Jadi saya terpaksa panggil Timbalan Perdana Menteri dan dia mengatakan, *“Pergi ke istana cepat-cepat angkat sumpah. Kami mahu kau jadi Ketua Menteri.

Kami tidak mahu si anu, si anu”.* Jadi saya kata, saya sudah bincang dengan Perdana Menteri, saya sudah explained. Dia bilang, “Saya tahu tapi inilah peluang untuk kau bekerjasama dengan saya, for a long, long time”. Dan saya mengatakan pada beliau, saya tidak boleh terima. Saya bukan ketua parti dan seluruh dunia memandang kita.

Ini adalah demokrasi dan kebetulan juga ketua parti itu adalah abang saya sendiri.

Dan kalau saya menerima, saya sudah tentunya saya menjadi pengkhianat dan saya menolak kerana saya rasa ini tidak adil dan tidak betul dan salah dari segi moral dan undang-undang. Tapi begitulah. Kalaulah saya terima jawatan itu, saya jadi Ketua Menteri tapi saya akan takut kepada Kuala Lumpur, bukan kepada rakyat.

Dan saya akan menjadi boneka atau patung untuk mereka. Jadi, beginilah mereka sanggup untuk menguasai politik dan buat apa saja, sama ada dia salah dari segi undang-undang, moral atau apa, campur tangan politik ini telah berlaku dan harus dihentikan.

Rakyat Sabah bertanya, apa untungnya kita dalam Malaysia? Lihatlah kebijaksanaan Brunei dan Singapura mereka kata. Sekarang mereka kaya tanpa Malaysia. Jadi Tan Sri Speaker, sudah sampai masanya untuk kita perbetulkan Malaysia ini, perbetulkan keadaan ini. Jangan lagi kita mengulangi kesilapan- kesilapan lampau dan bermula daripada belanjawan ini, saya harap kita akan mengambil kesempatan untuk mengubah asas belanjawan ini daripada asas yang lalu. Kita melihat Sabah, Sarawak antara satu daripada 14. Sekarang lihatlah Sabah, Sarawak sebagai satu daripada tiga sebab Malaysia ini ditubuhkan dengan empat anggota termasuk Singapura. Tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Jadi, satu daripada tiga, bukan satu daripada 14.

Jadi bajet ini seharusnya diperbetulkan. Jangan lagi 85 peratus ke atas itu hanya di Malaya dan hanya 12 peratus atau sehinggalah sekarang ini 15 peratus untuk Sabah dan Sarawak. Yang lebih adil, saya rasalah, saya cadangkan supaya bajet ini, bajet pembangunan ini mulai daripada sekarang, mungkin tahun depan atau selepasnya, berilah formula yang baru, 50 peratus kah untuk Semenanjung, 25 peratus untuk Sarawak, 25 peratus untuk Sabah. Dan ini lebih adil daripada apa yang kita dapat sekarang, di mana Sabah dan Sarawak hanya dapat combine pun hanya paling tinggi pun 15 peratus. Jadi, itulah cadangan saya supaya kita boleh kurangkan jurang antara wilayah dan kita akan lebih adil dan Malaysia akan dilihat secara lebih positif.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Saya juga cadangkan untuk memperbetulkan keadaan supaya hasil 40 peratus ini dimuktamadkan. Kegagalan menghormati hak Perlembagaan adalah kegagalan melaksanakan MA63 dan kegagalan ini mengakibatkan kemunduran dan kemiskinan di Sabah. Dan kegagalan ini juga boleh menjadi asas untuk to invalidate this agreement. Kegagalan ini juga menjadikan Sabah sebagai pengemis dan terlalu bergantung kepada Kuala Lumpur dari segi semua— kewangan, pembangunan, sosial dan politik.

Sebenarnya, Sabah sudah menjadi tawanan politik kepada Kuala Lumpur.

Tiada sebab, tiada sebab hasil 40 peratus ini tidak dibayar. Sebab apa? Sebab duit ada dan duit ini bukan datang daripada mana-mana. Ia datang daripada Sabah itu sendiri. Pungutan daripada Sabah dan kita bahagi 60:40. 60 itu ke Federal dan 60 peratuslah yang sebenarnya digunakan untuk membayar RM18.7 bilion ini yang dibelanjakan di Sabah.

Dan kalau kita lihat, sebenarnya pungutan hasil daripada Sabah ini tidak kurang daripada RM50 bilion satu tahun. Ini mengikut data daripada tahun 2021. Ya, jadi selama itu setiap tahun, kita kerugian 20 bilion setahun.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Kalau daripada 21 sampailah 26, kali— 20 kali 6 sudah RM120 bilion dinafikan kepada Sabah dan ini menyebabkan Sabah mundur, miskin dan sebagainya, selain daripada faktor-faktor yang lain sepertimana yang saya sebut.

Jadi, Keningau mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu mekanisme yang dinamakan MARTS – Malaysia Agreements Revenue Tracking System dengan penggunaan artificial intelligence untuk tracking dan monitoring setiap item hasil yang dikutip dan diagihkan secara automatik 60:40 yang dibayarkan mengikut Perlembagaan.

Tuan Speaker, Perlembagaan adalah jelas menyatakan dan nyata 40 peratus hasil yang diperolehi oleh Persekutuan dari Sabah dan diiktiraf dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober tahun 2025. Sekiranya ada keraguan tentang jumlah, Perlembagaan juga telah memperuntukkan penyelesaian melalui pelantikan penilai bebas atau independent accessor di bawah Artikel 112D(6).

Oleh yang demikian, tiada sebab kenapa jumlah hasil 40 peratus tersebut tidak boleh dimuktamadkan dan perlu dirunding-runding lagi, seolah-olah sehinggalah kiamat tidak akan selesai. Walaupun ada pembayaran interim, ini dianggap sebagai gula-gula sahaja untuk menutup mulut pemimpin-pemimpin untuk menuntut apa yang sepatutnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Yang seterusnya, saya juga mencadangkan supaya hasil hak milik minyak ini dikembalikan kepada Sabah dan mereka yang mempunyai minyak ini termasuk Sarawak kerana PDA itu dianggap sebagai unconstitutional, hanya untuk merampaskan minyak daripada Sabah. Peranan Kerajaan Pusat atau Federal adalah untuk develop ataupun memajukan ataupun untuk membangunkan sumber, bukan mengambil alih hak pemilikan minyak dan gas. Jika diambil alih secara paksa ada juga peruntukan dalam Perlembagaan, Artikel 13 Perlembagaan memperuntukkan bahawa pampasan yang munasabah perlu dibayar kepada Sabah tetapi ini juga tidak diendah dan tidak dipatuhi.

Tan Sri Speaker, dari tahun 54 sempadan Sabah, Sarawak adalah sampai ke hujung pelantar benua. Sempadan ini diiktiraf di dalam Perlembagaan Artikel 1(3) Perlembagaan, perihal tanah adalah di bawah kuasa negeri dan di Senarai Negeri.

Sabah, Sarawak mempunyai kanun tanah sendiri di mana hak milik tanah mineral di bawah tanah dan udara di atas tanah adalah hak milik negeri.

Ini bukan sahaja termaktub dalam Perlembagaan tetapi juga terpahat di Batu Sumpah yang terletak di kawasan saya di Keningau, di mana ia mengatakan Kerajaan Malaysia jamin tanah dalam Sabah dikuasai oleh kerajaan negeri. Dalam kanun tanah yang berkuat kuasa sejak tahun 1930, seksyen 24 memperuntukkan bahawa mineral juga termasuk minyak dan gas adalah dimiliki Kerajaan Sabah.

Maka itu berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada, Petroleum Development Act atau PDA adalah tidak sahih dari segi undang-undang dan Perlembagaan.

Walau macam mana pun masih perlu dipertimbangkan di dalam mahkamah.

Perjanjian minyak yang ditandatangani oleh mantan Ketua Menteri Sabah pada 14 Jun tahun 76 adalah ditandatangani tanpa kelulusan Dewan Undangan Negeri. Hak milik minyak dan gas harus dikembalikan, ini permintaan Keningau.

Tan Sri Speaker, saya ingin menyentuh dengan lebih terperinci mengenai Bajet 2027, terutama sekali peruntukan luar...

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Keningau, Keningau dah lepas hampir 4 minit. Jadi, berapa minit lagi masa?

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih.

Okey, mengikut lunas kedua, mengutama semua negeri perenggan 36 akan tetapi kerajaan tidak buat seperti yang dinyatakan. Jika dilaksanakan adalah baik untuk Sabah dan Sarawak yang miskin diberi layanan dan peruntukan yang lebih tinggi untuk mengurangkan jurang pembangunan.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Sebaliknya perenggan 37, kerajaan telah memberi banyak keutamaan kepada Kelantan, Pulau Pinang, Johor, Perak dan sebagainya. Kami, Keningau ini tidak— kami sokong itu. Persoalannya kenapa tiada program khas untuk Sabah dan Sarawak?

Mengenai peruntukan bagi projek jalan raya desa ditingkatkan pada RM2.3 bilion dan projek prasarana asas desa RM3.3 bilion. Bolehkah 75 peratus daripadanya dibelanjakan di Sabah dan Sarawak? Ini akan membantu menurapkan jalan desa yang kebanyakannya masih jalan gravel dan pemasangan lampu dan bekalan air masih lagi tidak ada. Kita perlu memahami bahawa saiz Sarawak adalah lebih kurang sama dengan saiz Malaya dan Sabah adalah 60 peratus saiz Semenanjung.

Tan Sri Speaker, mengenai peruntukan RM1 bilion untuk Rumah Mesra dan sebagainya, kita minta supaya peruntukan Sabah ini dipertingkatkan terutama sekali Keningau, Tenom di pendalaman memerlukan PPRT dalam bajet ini. Saya juga ingin memohon supaya peruntukan RM700 juta untuk menaik taraf taman, tandas dan gerai awam di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya saya memohon RM7 juta untuk naik taraf taman [Tidak jelas] Sinurambi yang menjadi ikon pelancongan di daerah saya di Tambunan.

Cadangan ini termasuk pembinaan 3,000 anak tangga dari kaki bukit sehingga sampai ke puncaknya dan juga laluan tangga ada tujuh perhentian rumah mukim yang akan dibuat untuk mempromosikan komoditi pertanian setiap perhentian seperti bamboo, padi, sayur-sayuran, buah terap, durian dan lain-lain dan landskap ini berciri mesra alam dan mempromosikan kegiatan bersenam dan menggalakkan gaya hidup yang sihat, termasuk aktiviti paragliding. Di atas puncak akan dibina pusat kebudayaan. Ia akan menjadi ikon ekopelancongan dan agropelancongan di pendalaman.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Keningau saya bagi last sekali, senior tolong.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Okey.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Landing sekarang, landing.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Okey, 2 minit.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

MP-MP daripada Sabah dan Sarawak harus diberi pertimbangan dari segi isu logistik dan penginapan kerana kita bukan naik teksi, naik bas, naik tren terus sampai Kuala Lumpur.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Kita kena terbang, kita kena naik bermacam-macam— apa ini, logistik dan kita kena ada penginapan. Dan sebab itu keperluan di Sabah dan Sarawak untuk MP-MP ini ada berbeza sedikit dan harus diberi pertimbangan.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat, masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Okey, saya Keningau— apa ini.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pasir Salak, sila.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ke hilir sungai membawa bekalan, Singgah sebentar di Pasir Salak; Ilmu dibina jadi landasan, Rakyat sejahtera negara bersemarak.* Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas peluang untuk Pasir Salak mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027. Pasir Salak ingin menumpukan perhatian kepada pendidikan, ekonomi, pekebun kecil dan beberapa persoalan yang sedang dihadapi pesawah serta penduduk luar bandar di Pasir Salak.

Peruntukan yang diluluskan perlu sampai kepada sekolah yang memerlukannya, pekebun yang mengusahakan tanah dan keluarga yang bergantung pada hasil pertanian. Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak menyambut baik peruntukan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan, termasuk RM2 bilion bagi penyelenggaraan sekolah dan hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif.

Namun, cara peruntukan ini diagihkan perlulah diberi perhatian. Sekolah yang kecil bilangannya tidak semestinya kecil keperluannya. Bangunan yang uzur,

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

tandas kembali rosak, bumbung bocor atau keperluan murid pendidikan khas tetap perlu ditangani walaupun jumlah murid tidak ramai.

Di Pasir Salak, terdapat sekolah yang mempunyai prasekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan ada pula sekolah dengan enrolmen rendah.

Keperluan setiap sekolah adalah berbeza. Pasir Salak mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan indeks keutamaan infrastruktur sekolah luar bandar yang menilai tahap kerosakan, faktor keselamatan, usia bangunan, keperluan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), keadaan lokasi dan kos pembaikan.

Dengan kaedah ini, kementerian boleh menjelaskan mengapa sesuatu sekolah perlu didahulukan. Pasir Salak juga memohon laporan kemajuan pembaikan yang mudah diakses oleh sekolah dan ibu bapa. Sekiranya sesuatu kerja tertangguh, nyatakan sebabnya dan tarikh baru siap.

Bagi sekolah luar bandar, keperluan asas seperti tandas yang selamat, bekalan air, pendawaian dan kemudahan akses murid kurang upaya mesti termasuk dalam senarai pemeriksaan.

Pasir Salak meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan bagaimana permohonan kecemasan daripada pentadbir sekolah diproses serta tempoh maksimum untuk memulakan kerja pembaikan apabila kerosakan menimbulkan risiko keselamatan.

Puan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah beban tugas guru. Organisation for Economy Cooperation and Development (OECD) dalam Laporan Malaysia 2026 merujuk dapatan kajian bahawa guru di Malaysia menghabiskan sekitar 15 jam seminggu untuk tugas bukan pengajaran berbanding purata OECD 6.5 jam.

Walaupun angka itu bersumberkan kajian lebih lama, masalah masa guru yang terikat dengan urusan pentadbiran masih perlu ditangani. Pasir Salak menyokong usaha menempatkan pembantu guru, namun menggesa kementerian menetapkan sasaran pengurangan jam kerja pentadbiran dan menilai hasilnya di sekolah.

Seorang guru patut mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan pengajaran, menyemak tugasan dan membantu murid yang ketinggalan.

Pelaksanaan pembantu guru juga perlu melihat keadaan sekolah kecil yang bilangan kakitangannya terhad. Walaupun enrolmen rendah, guru masih menanggung urusan data kokurikulum, kebajikan murid dan hubungan dengan ibu bapa.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak ingin tahu, apakah sekolah luar bandar akan mendapat akses kepada bantuan pentadbiran secara berkelompok mengikut zon? Isu kebajikan guru adalah isu yang perlu dititik berat oleh kerajaan. Pasir Salak bukan nak kacau sekolah. Pasir Salak bukan nak kacau guru-guru tetapi sekolah-sekolah ini sekolah kami juga. Guru-guru ini, guru-guru kami juga. Maka, Pasir Salak mendesak agar kebajikan guru ini juga mesti menjadi agenda utama negara kerana kami semua sayangkan guru-guru kami.

Satu lagi cabaran ialah hubungan pendidikan dengan pekerjaan. OECD merekodkan 35.6 peratus graduan pendidikan tinggi mengalami ketidakpadanan kemahiran dalam pekerjaan pada tahun 2025. Pasir Salak mencadangkan kerjasama sekolah menengah, institusi TVET dan industri daerah diperkukuh.

Pelajar perlu mengetahui pilihan selepas tamat persekolahan, termasuk kemahiran pertanian moden, pemprosesan makanan, teknologi dan perniagaan.

Peluang ini penting untuk anak muda yang mahu bekerja atau membina perusahaan di tempat sendiri.

Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 menyediakan RM100 juta untuk membaik pulih jalan ladang, RM100 juta pembiayaan hibrid penanaman semula sawit dan RM200 juta pembiayaan mudah bagi penanaman semula. Kerajaan turut mengumumkan kenaikan paras pengaktifan insentif pengeluaran getah daripada RM3.00 kepada RM3.30 sekilogram.

Langkah ini dialu-alukan kerana ramai pekebun kecil menghadapi pokok tua, hasil menurun, kos input yang tinggi dan kekurangan tenaga kerja. Masalah yang sama berulang setiap musim, sedangkan kemampuan pekebun untuk mengeluarkan modal baharu amat terbatas.

Pasir Salak mencadangkan Pelan Produktiviti Pekebun Kecil 2027 hingga 2030 yang menetapkan sasaran hasil sehektar, kadar penanaman semula, penggunaan mekanisme dan pendapatan bersih. Agensi pelaksana perlu membuat penilaian mengikut daerah supaya bantuan sampai kepada kawasan yang paling memerlukan.

Program tersebut juga wajar menyediakan khidmat nasihat teknikal secara berkala di ladang. Pekebun memerlukan panduan tentang pemilihan benih, kesuburan tanah, kawalan penyakit dan penggunaan jentera yang sesuai dengan saiz kebun. Bagi kebun yang berkeluasan kecil, penggunaan jentera secara perkongsian atau koperasi boleh mengurangkan kos berbanding membeli sendiri.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bagi pembiayaan penanaman semula, pekebun juga perlu mengetahui syarat kelayakan, jadual bayaran balik dan bantuan sara hidup sementara menunggu tanaman matang. Pasir Salak turut mencadangkan penglibatan belia melalui latihan kemahiran pengurusan ladang dan kemudahan menyewa peralatan.

Anak muda perlu melihat sektor ini sebagai pekerjaan yang mampu memberikan pulangan yang munasabah. Tanpa tenaga kerja baharu, usaha meningkatkan pengeluaran akan terus berdepan masalah penggantian generasi.

Jangan sampai pekebun layak menerima pembiayaan tetapi tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga sepanjang tempoh berkenaan.

Pasir Salak meminta kementerian menjelaskan, berapa ramai pekebun kecil di Perak yang dijangka mendapat manfaat daripada skim ini, termasuk sasaran keluasan tanaman yang akan dipulihkan pada tahun 2027?

Seterusnya ialah Puan Yang di-Pertua, perhatian segera perlu diberikan kepada unjuran cuaca panas melampau pada tahun hadapan. Malaysia pernah merekodkan suhu 40.1 darjah celsius ketika episod El-Nino 1997 dan 1998 dan 39.3 darjah celsius pada episod 2015 dan 2016. Pada 13 Oktober 2026, METMalaysia memberi amaran kemungkinan fenomena super El-Nino membawa cuaca sangat panas sekitar Februari hingga Mei 2027 iaitu pada tahun hadapan. Dengan suhu maksimum berpotensi melebihi 41 darjah celsius.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Jika hujan berkurangan, kesannya akan dirasai oleh pesawah, pekebun, pengguna air dan pesakit yang mudah terjejas akibat cuaca panas. Tanah gambut yang kering pula meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu.

Persediaan bekalan makanan perlu diberikan keutamaan. Padi memerlukan pengairan yang teratur. Gangguan air ketika tanaman membesar boleh mengurangkan hasil dan menjejaskan pendapatan satu musim. Di samping beras, bekalan sayur, buah-buahan dan sumber protein juga perlu dipantau termasuk pergantungan pada makanan import. Jika pengeluaran tempatan terganggu, pada masa yang sama negara pengeksport turut menghadapi kemarau, kos import boleh meningkat. Sebab itu, anggaran stok penimbal, logistik pengedaran dan pemantauan harga wajar dibentangkan lebih awal.

Pasir Salak ingin bertanya kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bagaimana kementerian merancang pelarasan jadual pengairan bagi memastikan bekalan air mencukupi? Dan sejauh manakah kesiapsiagaan stok

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

makanan negara serta bentuk bantuan yang akan diberikan kepada petani sekiranya tanaman mereka musnah akibat fenomena Super El Nino?

Pasir Salak mencadangkan kerajaan menyediakan satu empangan baru di Kampung Pasir Garam dalam Parlimen Pasir Salak untuk mengalirkan keperluan air ke kawasan jelapang padi Seberang Perak sebagai langkah intervensi. Bagi kawasan tanah gambut, penilaian paras air, kesesuaian tanah dan bantuan input pertanian hendaklah diselaraskan bersama agensi negeri. Dalam masa yang sama, amaran kesihatan awam dan langkah mengawal pembakaran terbuka perlu dipertingkat sebelum jerebu dan musim panas memuncak.

Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak ingin membawa perkara khusus daripada kawasan Pasir Salak di Sungai Manik dan di Seberang Perak. Pertama, isu pengairan dan perparitan. Tali air yang rosak di Parit 4 di Sungai Manik perlu dibaiki.

Pasir Salak turut dimaklumkan kerja perparitan daripada Parit 1D hingga Parit 10D di kawasan Sungai Manik masih berbaki 500 meter iaitu di bendang Kerawai yang masih belum siap lagi. Pasir Salak memohon kementerian menyemak status kerja agensi yang bertanggungjawab dan tarikh penyelesaiannya.

Kedua, kerosakan pintu air. Pintu air pembuang di Sungai Tungku berhampiran Parit 3A di Sungai Manik dilaporkan rosak. Pintu air ini penting bagi mengawal aliran air di kawasan pertanian. Jika cuaca kering berpanjangan seperti yang diunjurkan tadi, masalah tersebut boleh menjadi semakin mendesak.

Ketiga, jalan ladang dan jalan kampung. Jalan ladang di Parit 4D, Parit 5D dan Parit 6D di Sungai Manik memerlukan pembaikan. Pasir Salak juga memohon perhatian terhadap jalan kampung di Blok B, Seberang Perak yang digunakan penduduk sekitar 70 buah rumah.

Keempat, penyelenggaraan parit. Penduduk di Parit 3C Sungai Manik termasuk Saudara Muhammad Zaini bin Jurah membangkitkan soal peruntukan membersih serta mengawal rumput di parit tersebut. Adakah terdapat jadual penyelenggaraan tetap dan peruntukan untuk kerja berkenaan, termasuk kaedah kawalan tumbuhan yang selamat? Pasir Salak memohon kementerian menyelaraskan pemeriksaan tapak bersama agensi pengairan, pertanian dan pihak berkuasa tempatan, seterusnya memaklumkan tindakan yang boleh dilaksanakan pada 2027.

Puan Yang di-Pertua, kadar pemutuan padi terus menjadi kebimbangan pesawah. Pasir Salak memahami pemotongan bergantungan kepada kelembapan,

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

padi muda, kerosakan dan benda asing. Namun, kaedah pemeriksaan mesti jelas serta dapat disemak oleh pesawah.

Pasir Salak mencadangkan kementerian meneliti sasaran potongan sekitar 15 peratus bagi padi yang menepati tahap kualiti tertentu tanpa mengetepikan piawaian sedia ada. Setiap pusat belian perlu memberikan rekod bacaan dan saluran bantahan apabila berlaku pertikaian.

Pasir Salak juga menerima rungutan mengenai bantuan tunggu tuai RM600.

Kementerian telah menjelaskan bantuan itu bersifat sekali beri bagi musim 2023 dan 2024 dan tidak diteruskan dalam Belanjawan 2025 dan 2026. Dalam keadaan kos mengusahakan sawah terus meningkat, Pasir Salak meminta kerajaan menimbang semula bantuan berkenaan atau memperkenalkan sokongan yang setara terutama jika pesawah berdepan dengan kerugian akibat kemarau.

Akhir sekali, Pasir Salak ingin menyentuh Pelan Persediaan Haji— Seruan istito’ah. Tabung Haji menetapkan simpanan minimum RM15,000 bagi kelayakan giliran haji automatik. Pendeposit yang sudah berdaftar diberi masa hingga 31 Disember 2028 untuk mencukupkan simpanan sebelum penyelarasan mulai 1 Januari 2029.

Hasrat meningkatkan kesiapsiagaan kewangan bakal jemaah haji boleh difahami. Namun, sebahagian pendeposit luar bandar, khususnya warga emas dan mereka berpendapatan tidak tetap, mungkin sukar untuk mencapai jumlah tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pasir Salak meminta penjelasan tentang bantuan kaunseling, simpanan, mekanisme pemberitahuan awal dan langkah melindungi pendeposit lama yang hampir tiba giliran tetapi masih kekurangan simpanan. Aspek kemampuan kewangan mesti diurus dengan teliti supaya tiada pendeposit terlepas maklumat penting mengenai giliran mereka.

Itu sahaja, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih. Assalamualaikum.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 7:10 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada semua yang setia menunggu pada saat ini.

draft • 7:17 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Puan Yang di-Pertua, Bentong bangun pada petang ini mewakili seluruh warga Bentong untuk turut serta mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027.

Setiap kali belanjawan negara dibentangkan, kita disajikan dengan angka berbilion ringgit bagi perbelanjaan pelaburan dan pembangunan. Namun, apabila kita kembali ke rumah, rakyat berdepan dengan nilai angka yang lebih kecil tetapi sangat besar ertinya― berapa gaji mereka yang tinggal selepas semua komitmen dilunaskan? Cukupkah belanja dapur hari ini sehingga hujung bulan? Sekiranya ditimpa musibah kesihatan hari ini, adakah simpanannya masih mencukupi? Di sinilah nilai sebenar sesebuah belanjawan dinilai oleh rakyat di akar umbi.

Lantaran itu, Bentong menyokong penuh usaha Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan ekonomi dan memperkemaskan sistem perlindungan sosial negara. Sebagai wakil rakyat daripada pihak kerajaan, Bentong memikul tanggungjawab yang sangat besar untuk memastikan setiap usaha murni ini benar- benar sampai dan dirasai oleh rakyat. Apabila ada golongan yang tercicir, maka menjadi kewajipan Bentong untuk membawa suara mereka ke Dewan yang mulia ini.

Bentong ingin memulakan perbahasan dengan satu persoalan asas. Adakah bekerja pada hari ini sudah cukup untuk menjamin sesebuah keluarga hidup secara stabil? Realitinya, terdapat keluarga di mana suami dan isteri sama-sama bekerja, namun pada hujung bulan mereka masih bergelut dalam keperitan kewangan.

Selepas melunaskan bayaran ansuran rumah, kenderaan, kos penjagaan anak dan perbelanjaan sekolah, mereka perlu juga menyara ibu bapa yang semakin di mamah usia. Ringkasnya, ada yang mempunyai pendapatan tetapi belum tentu mempunyai simpanan.

Inisiatif seperti Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH sememangnya sedikit sebanyak meredakan bebanan ini. Namun, memandangkan kadar dan taraf hidup di kawasan bandar berbeza berbanding di luar bandar, Bentong ingin bertanyakan apakah langkah serta inisiatif baharu kerajaan dalam memperhalusi mekanisme pengagihan kekayaan negara agar manfaatnya sama dan berimpak tinggi kepada seluruh lapisan rakyat.

Pemberian bantuan kewangan amat penting untuk membantu rakyat bertahan, manakala tawaran gaji yang bermaruah pula memberi ruang kepada rakyat untuk bergerak ke hadapan. Anak-anak muda di Bentong mendambakan peluang pekerjaan bernilai tinggi yang menawarkan gaji yang setimpal dengan kelayakan serta kemahiran mereka.

draft • 7:17 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Sehubungan itu, Bentong menyambut baik pengenalan kadar gaji minimum asas sebanyak RM2,000 serta penetapan kadar RM2,500 bagi golongan graduan dan pekerja separuh mahir. Namun, persoalannya, adakah pihak kerajaan dan pasaran ekonomi tempatan telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pelbagai kesan berantai atau domino effect, dengan izin, yang mungkin timbul berikutan pelaksanaannya?

Puan Yang di-Pertua, di Bentong, potensi dan peluang ekonomi baharu amat berkait rapat dengan projek laluan ECRL.

draft • 7:17 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bentong menyuarakan harapan yang tinggi agar ketersambungan pengangkutan rel berkelajuan tinggi ini turut menggerakkan status sosioekonomi penduduk tempatan secara seiring.

Justeru, Bentong ingin mencadangkan pembentukan pelan manfaat setempat ECRL bagi Daerah Bentong yang merangkumi empat [Tidak jelas] utama sektor pekerjaan, peluang perniagaan, perumahan mampan dan pengangkutan pengantara.

Yang pertama, apakah bentuk pekerjaan khusus yang boleh diisi oleh anak tempatan?

Yang kedua, bagaimana para peniaga kecil dapat diserap dalam rantaian ekonomi baharu ini?

Dan yang ketiga, apakah jaminan agar kediaman berhampiran kawasan stesen kekal mampu milik atau mampu sewa untuk penduduk tempatan?

Dan yang keempat, pastinya kita mahu memastikan bahawanya, kita ada pengangkutan pengantara di antara Stesen ECRL ke Stesen Bas Bentong.

Kita juga pasti tidak mahu masyarakat tempatan bukan sekadar menjadi pemerhati kepada peningkatan nilai pembangunan manakala kemampuan mereka untuk terus menetap di tanah kelahiran sendiri semakin terhakis. Pembangunan mampan mestilah ditunjangi oleh kemudahan asas yang berfungsi dengan cekap.

Bagi warga Bentong, isu kesesakan lalu lintas di Simpang Ketari merupakan rutin harian yang melelahkan. Sampai bilakah masalah ini perlu ditanggung oleh rakyat? Bentong mohon penjelasan berhubung status terkini langkah penyelesaian skop kerja yang dipertimbangkan serta garis masa pelaksanaan projek berkenaan kerana pelebaran Simpang Ketari ini sangat penting untuk warga Bentong khususnya.

draft • 7:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Selain itu Bentong memohon penjelasan mengenai status cadangan pembinaan laluan Lebuhraya Lingkaran Tengah CSR Karak–Simpang Pelangai merangkumi garis masa sebenar projek tersebut. Ini juga salah satu projek besar yang amat diperlukan oleh warga Bentong dan juga warga Simpang Pelangai.

Isu keselamatan dan krisis setempat juga perlu diberikan keutamaan serius.

Baru-baru ini telah berlaku satu kebakaran rumah kedai di FELDA Chemomoi, di mana pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa lebih kurang hampir satu jam untuk tiba di lokasi kejadian dan sekiranya kalau berlakulah risiko kehilangan nyawa, peluang untuk kita menyelamatkan mangsa mungkin sangat amat tipis.

Oleh itu Bentong menggesa agar pembinaan jajaran lebuh raya tersebut serta pembinaan Balai Bomba Gred D di Simpang Pelangai dapat dipertimbangkan dan diluluskan dengan kadar segera. Dari sudut keselamatan jalan raya pula, Bentong mendesak agar pemantauan dan tinjauan berkala ditingkatkan di lokasi- lokasi berisiko tinggi, terutamanya Jalan Lama Kuala Lumpur–Bentong dan Jajaran FT008.

Keutamaannya hendaklah diberikan kepada pencahayaan lampu jalan, pembaikan permukaan tar, sistem saliran, papan tanda amaran serta perlindungan cerun. Lampu jalan bukanlah sekadar hiasan fizikal penggunaan semata-mata Puan Yang di-Pertua, sebaliknya merupakan fasiliti keselamatan yang kritikal bagi penunggang motor yang pulang lewat malam yang bekerja shift malam serta keluarga yang menggunakan jalan tersebut.

Jadi, ia amat penting untuk kita menaik taraf jalan-jalan lama Kuala Lumpur– Bentong ini untuk keselamatan semua pihak. Bentong kaya dengan potensi pelancongan. Bermula dari Genting Highlands, Janda Baik, Bukit Tinggi dan Bandar Bentong, kemudian air terjun Chamang seiring dengan peningkatan jumlah pengunjung, kemudahan awam setempat mestilah berupaya menampung kapasiti pembinaan.

Bentong mencadangkan penyediaan Pelan Pengurusan Destinasi yang mengarahkan kerjasama bersepadu di antara kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pengusaha pelancongan dan penduduk tempatan.

Pelan ini perlu mengambil kira carrying capacity dengan izin, seperti ruang letak kenderaan, pengurusan sisa pepejal, kebersihan tandas awam serta risiko banjir dan tanah runtuh. Industri pelancongan yang mampan bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung malah memelihara keselamatan dan

draft • 7:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

keselamatan warga tempatan. Di samping itu, kebajikan peniaga kecil tidak boleh dilupakan.

Bentong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha membangunkan semula Kompleks Jalan Chui Bentong dan Bentong berharap agar peniaga dan penjaja asal diberikan jaminan untuk terus beroperasi di premis baharu tersebut apabila ia siap kelak.

Bentong juga turut menyokong langkah pentadbiran cukai yang berstruktur menerusi pelaksanaan e-Invois. Namun, Bentong berharap pelaksanaannya disertakan dengan garis panduan yang konsisten, sesi latihan bersemuka serta bantuan teknikal yang mudah dicapai memandangkan peniaga mikro umumnya tidak mempunyai akaun [Tidak jelas] mahupun kakitangan IT.

Bagi usahawan dan peniaga di dalam talian, kebimbangan mereka tertumpu pada kadar komisen platform, caj perkhidmatan dan perubahan syarat perkhidmatan yang mendadak. Bentong mencadangkan ketelusan struktur caj, pemberian notis pemakluman yang munasabah sebelum sebarang perubahan dikuatkuasakan.

Penubuhan saluran rayuan yang berkesan serta kerangka awal selia yang lebih jelas.

Berhubung isu cukai pegangan ataupun WHT bagi pembayaran kepada penyedia perkhidmatan luar negara. Bentong memohon panduan yang mesra pengguna mengenai klasifikasi pembayaran, liabiliti cukai dan pemakaian perjanjian percukaian.

Sekiranya RUU eDagang bakal dibentangkan pada sidang akan datang, apakah perkara ini diambil kira? Negara jiran seperti Thailand dan Singapura, telah pun melaksanakan pengecualian cukai WHT bersyarat yang terbukti meredakan bebanan peniaga dalam talian.

Bentong juga ingin mengambil kesempatan membangkitkan krisis yang sedang dialami oleh penyedia penerbangan terbesar negara iaitu AirAsia. Apakah ketetapan kerajaan dalam perkara ini? Ini melibatkan lebih 20,000 pekerja serta industri dan ekonomi pelancongan juga terkait dalam krisis ini. Jadi, kerajaan perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan AirAsia ini.

Puan Yang di-Pertua, Bentong ingin sekali melihat anak-anak muda di Bentong mempunyai peluang dan pilihan untuk membina masa depan yang cerah di tempat kelahiran mereka. Mereka berhak menimba ilmu dan pengalaman di mana- mana jua namun apabila tiba masanya untuk kembali Bentong berharap ada tawaran pekerjaan yang sesuai, ganjaran gaji yang munasabah serta kediaman yang mampu dimiliki.

draft • 7:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Oleh itu, Bentong mencadangkan pengukuhan hab atau kerjasama latihan kemahiran di kawasan Pahang Barat termasuk Bentong berpandukan keperluan pasaran majikan sebenar dalam bidang penyelenggaraan teknikal, logistik, hospitaliti dan teknologi pertanian. Setiap program latihan, wajib mempunyai sasaran penempatan yang kerja yang terukur, di mana kejayaannya dinilai menerusi kadar keboleh pasaran dan kemajuan kerjaya berserta bukannya sekadar sijil yang dikeluarkan.

Bagi anak-anak muda yang menerima tawaran masuk ke IPT, berita gembira tersebut sering disulami dengan kebimbangan kewangan keluarga. Bentong berharap bantuan pendaftaran IPT dapat disalurkan sebelum pelajar mendaftar masuk, agar ibu bapa tidak perlu berhutang.

Di peringkat Ahli Parlimen, Bentong menerima ratusan permohonan bantuan pendaftaran IPT, walaupun peruntukan kita terhad dan kita tak dapat nak menampung keseluruhan perbelanjaan, kita sentiasa berikhtiar untuk meringankan beban tersebut. Bentong juga turut memohon penjelasan mengenai saluran akses pelajar Tingkatan 6 ke universiti awam serta penyelesaian terhadap isu penginapan, terutamanya bagi pelajar daripada keluarga B40 dan mereka yang datang dari kawasan pedalaman. Kita tidak mahu melihat anak-anak cemerlang terpaksa menangguhkan ke pengajian yang semata-mata kerana tidak mampu membayarnya.

Mengenai fasiliti sekolah, projek pembaikan dan penambahbaikan infrastruktur di Bentong, termasuklah Sekolah Kebangsaan SJK(T) dan SJK(C) diharap mempunyai jadual pelaksanaan yang telus untuk dipantau oleh PIBG.

Bentong memohon kriteria bantuan, tempoh kelulusan dan kadar penyaluran dijelaskan secara terperinci di samping menangani jurang kemudahan digital di sekolah-sekolah luar bandar. Tanpa kita mengira aliran sekolah, keselamatan dan keselesaan murid-murid mestilah diberikan perhatian secara adil.

Dan Bentong juga ingin menyuarakan kebajikan dan hak masyarakat orang asli, khususnya di Daerah Bentong. Apakah status terkini berhubung pelaksanaan pewartaan Tanah Orang Asli dan Tanah Adat? Proses yang memakan masa terlalu lama akan menyebabkan keluasan tanah ini semakin berkurangan dari masa ke semasa.

Bentong mendesak agar tiada sebarang kerenah birokrasi yang melengahkan usaha pewartaan, ini dan rakyat menilai mutu perkhidmatan kesihatan menerusi pengalaman sebenar. Mereka di hospital dan klinik dan berapa lama tempoh mereka menunggu dan berapa jauh yang perlu ditempuh.

draft • 7:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bentong memohon KKM menjelaskan status perancangan pengukuhan klinik kesihatan di sekitar Daerah Bentong, merangkumi keperluan tenaga kerja, peranti perubatan dan akses kepada doktor pakar, klinik kesihatan yang lengkap serta tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan di hospital daerah.

Untuk makluman, Hospital Bentong merupakan sebuah hospital daerah yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar namun keterbatasan fasiliti sedia ada membataskan keupayaan rawatan. Akibatnya doktor pakar mahupun pesakit terpaksa menempuh perjalanan lebih 80 kilometer.

Contohnya ke Hospital Temerloh, untuk bagi mendapatkan rawatan susulan dan penggunaan fasiliti yang lengkap. Malah terdapat kes ibu yang mahu melahirkan anak yang berisiko tinggi pun terpaksa dirujuk ke hospital-hospital lain.

Dan juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada KKM di atas penempatan doktor kontrak telah dapat ditangani dengan baik dan Bentong sangat berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak KKM dan Kerajaan MADANI ini. Namun, Bentong ingin bertanyakan juga, apakah status dan rancangan untuk bagi perjawatan ahli farmasi, dentist iaitu doktor gigi dan juga seperti jururawat dan lain- lain? Apakah jaminan kerajaan bagi memastikan kebajikan para petugas barisan hadapan ini terus dibela?

Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak autisme atau anak-anak keperluan khas, Bentong memohon perluasan perkhidmatan intervensi awal di kawasan Pahang Barat dilengkapi dengan akses rapi, sokongan emosi penjaga dan tenaga pengajar yang khas terpilih.

Di Bentong, pihak kami kerap menerima permohonan bantuan kewangan daripada keluarga yang mengendalikan anak-anak Autisme ini, di mana kos perbelanjaannya sangat mahal sehinggakan lebih kurang RM2,000 untuk terapi setiap bulan. Penubuhan hab intervensi tempatan secara tidak langsung dapat meredakan kos sara hidup untuk ibu bapa yang berkenaan.

Terakhir sekali, berhubung cadangan pengeluaran simpanan persaraan KWSP secara bulanan bagi warga emas, Bentong berpendapat ia wajar dilaksanakan bersama Program Pendidikan Kewangan serta Kempen Kesedaran Penipuan Dalam Talian (SCAMMER). Memandangkan golongan pesara sering menjadi sasaran utama penjenayah kewangan ini.

Sebelum Bentong mengakhiri ucapan ini Puan Yang di-Pertua, Bentong juga ingin membangkitkan perkara yang sedang melanda negara kita iaitu jerebu, apakah

draft • 7:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

pendirian kerajaan dalam isu yang berulang ini dan apakah ketetapan kerajaan menangani isu ini yang masih lagi tidak selesai sehingga berbulan-bulan?

Bagi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, esok pagi pada pukul 10.30, kami sendiri— semua ahli jawatankuasa akan menyerahkan sendiri memorandum kepada Kedutaan Indonesia bagi menyampaikan suara rakyat kepada mereka.

Puan Yang di-Pertua, daripada keseluruhan liputan yang dibangkitkan ini, keutamaan dan harapan utama Bentong adalah kepastian dari segi pelaksanaan.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bentong, Bentong bagilah sikit Bentong.

draft • 7:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ya, saya boleh.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau kami yang bukan dari Jawatankuasa Kesihatan ini macam mana? Kalau hendak ikut besok boleh? Boleh ya?

draft • 7:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Minta maaflah, untuk Ahli- ahli Jawatankuasa Kesihatan sahaja. Tetapi saya akan membawa suara Hulu Langat bersama dengan Bentong, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 7:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 7:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Baiklah, sama ada pelan manfaat ECRL, isu kesesakan Simpang Ketari, keselamatan jalan raya mahupun penaiktarafan kemudahan kesihatan di Bentong, Bentong memohon penjelasan yang konkrit. Apakah tindakan susulan yang akan diambil? Bilakah ia akan dilaksanakan? Bagaimanakah kemajuan projek tersebut boleh dipantau secara telus?

Puan Yang di-Pertua, rakyat di peringkat akar umbi memerlukan garis masa pelaksanaan yang jelas berbanding jawapan penyedap hati seperti dalam perhatian.

Tahun hadapan negara kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ataupun Hari Kebangsaan yang ke-70 tahun. Kemerdekaan dan kemajuan yang hakiki mestilah dirasai oleh setiap isi rumah yang semakin stabil ekonomi mereka.

Pekerjaan yang mampu mereka membuat simpanan serta anak muda yang meyakini masa hadapan negara.

Keputusan yang dibuat di Putrajaya mestilah memberi impak yang positif di rumah rakyat, kedai-kedai kecil, sekolah dan klinik. Apabila negara melangkah di ke hadapan, rakyat juga mestilah bergerak seiring bersama-sama. Dengan tekad dan

draft • 7:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

semangat tersebut, Bentong menyokong penuh Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan berharap agar setiap komitmen yang dimeteraikan dapat diterjemahkan kepada tindakan nyata yang membuahkan hasil buat seluruh rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 21 Oktober 2026.

draft • 7:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.32 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026