Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim, syukur kita ke hadrat Allah Taala dengan Subhanallah kita dapat bernafas pada hari ini. Silakan Setiausaha.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita mula sesi pada hari ini dengan Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri.
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Azli bin Yusof, Yang Berhormat Shah Alam.
1. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor 1. Shah Alam
minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan
(i) faktor utama yang mendorong peningkatan mendadak caj bayaran elektrik isi rumah domestik kebelakangan ini; dan
(ii) sejauh mana situasi semasa ini selaras dengan jaminan Suruhanjaya Tenaga pada April 2026 bahawa kira-kira 85 peratus isi rumah dilindungi daripada kesan pelarasan melalui Insentif Cekap Tenaga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Perdana Menteri II, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam yang begitu prihatin kepada rakyat kita. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Sebelum saya menjawab, izinkan saya Dato' Yang di-Pertua untuk memberi penjelasan ataupun latar belakang sedikit. Kerajaan amat prihatin terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu kenaikan bil elektrik, terutamanya bagi pengguna domestik di Semenanjung, apatah lagi dalam keadaan persekitaran kos sara hidup yang semakin mencabar mutakhir ini.
Bagi pihak kerajaan, saya ingin memberikan penjelasan terperinci terhadap isu yang dibangkitkan bagi memastikan Dewan yang mulia ini serta seluruh rakyat Malaysia mendapat gambaran yang telus dan jelas mengenai perkara ini. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, tarif asas elektrik merangkumi komponen berikut
(i) caj tenaga yang mencerminkan kos tenaga berdasarkan kos penjanaan yang diluluskan di bawah mekanisme IBR;
(ii) caj kapasiti meliputi kos penyediaan kapasiti penjanaan elektrik;
(iii) caj rangkaian meliputi kos penghantaran dan pengagihan elektrik;
(iv) caj peruncitan mencerminkan kos penyediaan perkhidmatan peruncitan.
Sebelum ini, semuanya digabung sebagai satu. Sekarang ini kita pecahkan supaya kita akan tahu setiap kos komponen-komponen untuk kita mendapat bekalan tenaga. Manakala Automatic Fuel Adjustment ataupun AFA dengan izin, diperkenalkan bagi menggantikan mekanisme ICPT bagi membuat pelarasan secara bulanan bagi perubahan kos bahan api dan kadar pertukaran asing. Sejak pelaksanaan AFA, sejumlah 85 peratus pengguna domestik dengan penggunaan kurang daripada 600 kilowatt jam telah dikecualikan dari caj AFA.
Untuk menjawab soalan yang pertama, sememangnya terdapat beberapa faktor yang mendorong peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung. Antaranya ialah, pertamanya, lonjakan harga bahan api di pasaran global akibat krisis geopolitik di Asia Barat. Lonjakan harga bahan api dunia ini berkait rapat dengan krisis geopolitik di Asia Barat, khususnya gangguan keselamatan di Selat Hormuz yang menjadi antara laluan tenaga paling penting di dunia. Selat ini menampung kira-kira 20 peratus perdagangan minyak mentah dan
makluman Ahli Yang Berhormat, tarif asas elektrik merangkumi komponen berikut
gas asli cecair global serta merupakan laluan utama bagi 40 peratus bahan api untuk kegunaan Malaysia.
Hal ini mengakibatkan kos bahan api seperti gas dan arang batu bagi suku kedua dan ketiga 2026, melonjak jauh melangkaui harga asas yang telah ditetapkan semasa penetapan tarif asas di bawah kerangka incentive-based regulation ataupun IBR bagi tempoh Kawal Selia Keempat— Regulatory Period Keempat 2025–2027.
Berdasarkan mekanisme sedia ada, sebarang perubahan kos bahan api ini diselaraskan kepada pengguna melalui pelarasan kos bahan api secara automatik ataupun automatic fuel adjustment (AFA). AFA merupakan kaedah pelarasan kos yang mencerminkan harga pasaran global bagi bahan api, penjanaan elektrik dan dikemas kini pada setiap bulan.
Secara asasnya, pengguna akan menikmati rebat sekiranya kos penjanaan sebenar adalah lebih rendah berbanding unjuran harga bahan api asas yang ditetapkan dalam RP4 manakala surcaj hanya dikenakan sekiranya kos penjanaan melebihi unjuran tersebut. Namun begitu, lonjakan harga bahan api telah menyebabkan peningkatan kos penjanaan elektrik di Semenanjung dan diterjemahkan pada kadar surcaj AFA dalam bil elektrik penggunaan.
Kedua, keadaan cuaca panas berpanjangan. Akibat keadaan cuaca panas persekitaran semasa yang lebih panas dan berpanjangan, kekerapan dan tempoh penggunaan peralatan elektrik yang berkapasiti besar, khususnya penyaman udara telah meningkat secara mendadak.
makluman Ahli Yang Berhormat, tarif asas elektrik merangkumi komponen berikut
Jumlah penggunaan elektrik yang tinggi inilah yang menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan bil elektrik pengguna.
Yang ketiga, pengurangan kapasiti penjanaan sebahagian loji janakuasa.
Pada masa yang sama, faktor lain seperti pengurangan penjanaan daripada sumber hidro disebabkan oleh keadaan cuaca panas berpanjangan serta henti tugas berjadual di loji janakuasa arang batu juga mengakibatkan kebergantungan operasi yang lebih tinggi kepada penggunaan gas asli cecair yang diimport. Oleh itu, kos pembelian bahan api bagi penjana elektrik yang terpaksa ditanggung semasa krisis adalah lebih tinggi daripada kos yang diunjurkan di dalam tempoh RP4.
Yang di-Pertua, untuk saya menjawab soalan kedua diizinkan. Untuk soalan kedua, kerajaan mengambil perhatian yang serius mengenai peningkatan bil elektrik bagi sesetengah pengguna domestik di Semenanjung disebabkan oleh rantaian faktor-faktor yang telah saya bentangkan sebentar tadi. Ingin juga saya tegaskan di
makluman Ahli Yang Berhormat, tarif asas elektrik merangkumi komponen berikut
sini bahawa tumpuan utama kerajaan sejak krisis bekalan global ini bermula adalah untuk memastikan supaya kenaikan kos tersebut tidak ditanggung sepenuhnya oleh rakyat.
Justeru kerajaan pada 18 September 2026 telah mengumumkan perluasan perlindungan bil elektrik kepada pengguna domestik yang berkuat kuasa dari 1 September 2026 hingga 31 Disember 2026. Dalam konteks ini pengguna domestik yang merekodkan penggunaan elektrik sehingga 800 kilowatt jam sebulan bersamaan dengan anggaran bil bulanan sebanyak RM328 ke bawah dikecualikan sepenuhnya daripada dikenakan pelarasan surcaj AFA, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta caj peruncitan.
Langkah dilaksanakan oleh kerajaan ini sesungguhnya memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta penduduk domestik yang bersamaan dengan 90 peratus pengguna domestik di Semenanjung dan perkara ini adalah selaras dengan jaminan Suruhanjaya Tenaga (ST) pada April 2026 lalu yang menyasarkan sekurang- kurangnya 85 peratus pengguna domestik akan kekal dilindungi.
Pengguna dengan penggunaan elektrik sehingga 1,000 kilowatt jam sebulan pula layak menerima rebat insentif cekap tenaga yang dikenalkan di bawah penstrukturan tarif baharu yang telah berkuat kuasa 1 Julai 2025. Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara cekap tenaga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Shah Alam, soalan tambahan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II. Kita rakyat memang berterima kasihlah di atas pengecualian caj kepada pengguna sehingga 800 kilowatt jam tapi pengecualian ini sehingga 31 Disember 2026 sahaja. Jadi, adakah kementerian mempunyai penilaian mengenai kemungkinan peningkatan ini akan dinaikkan semula ataupun dikaji semula selepas daripada tempoh tersebut?
Dan kemudian kita faham bahawa kenaikan caj tenaga elektrik ini dia bukan satu perkara yang boleh diambil mudah kerana kalau kita gagal untuk melakukan kawalan secara berkesan dia boleh memberikan kesan yang berantai kepada kos sara hidup yang lain yang mana penggunaannya juga diambil manfaat oleh operasi perniagaan, industri kecil dan sederhana yang berpotensi untuk menyebabkan kenaikan harga barangan, perkhidmatan akhirnya akan membebankan pengguna khususnya B40 dan juga kalangan M40.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Justeru saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah langkah kawalan yang lebih tuntas dan bersasar bagi melindungi rakyat memastikan tarif elektrik kekal munasabah. Dalam masa yang sama, mengimbangi kemampanan industri tenaga dengan kemampuan rakyat untuk terus menjalani kehidupan yang selesa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Amat Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Yang di-Pertua, jaminan kerajaan ialah untuk melihat tiga perkara asas dalam sektor bekalan elektrik. Pertamanya, keterjaminan bekalan; kedua, kemampuan pembiayaan; dan ketiga, ialah kelestarian alam sekitar.
Jadi, ini yang menjadi fokus kepada kita. Sebab itu kalau kita melihat apa yang berlaku di dunia sekarang ini, kalau kita melihat apa yang ditetapkan dalam regulatory period yang keempat, harga minyak yang ditetapkan ialah pada USD97.00 per tan. Manakala kenaikan kalau kita melihat Julai, Ogos dan September naik daripada USD122.37 kemudian naik ke USD131.71 dan turun balik USD122.85.
Makna kenaikan itu begitu besar sekali.
Begitu juga dengan gas yang ditetapkan ialah RM46 MMBTU sekarang ini dah naik melebihi antara daripada RM75.58, RM60.42 dan RM57.87. Jadi, ini menunjukkan kos naik yang begitu mendadak, tapi jaminan kerajaan ialah siapa- siapa yang di bawah penggunaan 600 akan diberikan jaminan tidak akan dikenakan kenaikan perubahan kos-kos ini. Kemudian kita naikkan kepada 800 mutakhir ini.
Jadi, untuk itu apa yang kerajaan nak laksanakan ialah melihat bukan sahaja dari segi penjanaan, tetapi yang lebih penting bagaimana kita nak menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap tenaga.
Sebab itu kita perkenalkan beberapa perkara. Salah satunya ialah time of use. Kalau kita menggunakan pada tempoh tertentu kadar penggunaan itu tarifnya akan lebih murah. Yang ini dah diumumkan oleh TNB dan sebagainya. Begitu juga dari segi masa depan yang kita tetapkan sehingga sekarang ini ialah daripada September sehingga Disember.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf
Insya-Allah, ST dah diberi tanggungjawab untuk membuat kajian terperinci tahun depan bagaimana kita nak mendekati perkara-perkara ini. Salah satu yang kita nak perkenalkan ialah user-pay basis. Maknanya siapa yang menggunakan lebih, tetapi dia kena gunakan lebihlah,
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf
terutamanya yang menggunakan tenaga yang lebih besar termasuklah data center, industri yang banyak menggunakan tenaga dan sebagainya. Pada masa yang sama, supaya kita dapat mengagihkan domestik kadarnya berlainan daripada kadar industri dan sebagainya. Ini untuk melindungi supaya ianya lebih just and fair kepada pengguna kita termasuk khususnya kita nak melindungi the domestic users.
Di samping itu banyak perkara-perkara lain yang kita perkenalkan termasuklah kalau kita melihat rebat program Rebat Bil Elektrik untuk RM40.00. Yang ini untuk ketua isi rumah miskin tegar. Miskin tegar memang kita akan lindungi. Dia akan dapat rebat RM40.00. Yang ini kita dah sediakan RM55 juta untuk tahun 2026.
Kadar penetapan untuk IBR yang kelima nanti 2027 akan ditetapkan daripada 2028 hingga 2032. Apa yang kita nak tentukan ialah kita akan ambil kepentingan dan kemampuan pengguna, keterjaminan bekalan elektrik negara dan pada masa yang sama kita nak pastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan mampu dibayar.
Kalau industry players kita nak melihat supaya ia nya akan lebih kompetitif berbandingkan dengan negara-negara jiran kita.
Kita ada juga Program Rebat Suria Home. Yang ini ialah kita ada peruntukan RM150 juta. Ini untuk memberi rebat RM600 bagi setiap satu kilowatt arus ulang alik, kilowatt alternating current untuk pemasangan solar. Ini nak menggalakkan supaya orang menggunakan solar dan maksimum yang kita berikan, sediakan ialah RM3,000 bagi pemasangan solar sehingga 5 kilowatt alternating current. Program ini menyasarkan lebih kurang 45,000 hingga 50,000 isi rumah. Ini lebih kepada M40 dan sebahagian daripada B40. Ada yang berkemampuan untuk memiliki solar di rumah.
Kita juga ada Program Nur MADANI— Nur MADANI ini ialah kita akan memberi RM200 pada setiap orang yang membeli peralatan penyaman udara yang cekap tenaga begitu juga peti sejuk. Maknanya yang kadar empat dan lima bintang.
Jadi, dia akan dapat rebat untuk beli peralatan tersebut.
Yang saya katakan tadi ialah time of use yang diperkenalkan oleh TNB di mana yang ada smart meter dia boleh menggunakan pada waktu-waktu tertentu, dia akan dapat penjimatan. Contohnya kalau waktu puncak kita tahu jangan gunakan, kurangkan menggunakan tenaga waktu puncak iaitu kalau Isnin hingga Jumaat, 2 petang hingga 10 malam.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf
Waktu luar puncak ialah daripada 10 malam hingga 2 petang. Yang ini kalau nak caj bateri kereta yang menggunakan kereta elektrik, seterika dan sebagainya banyak menggunakan itu, gunakan time itu, jadi ada penjimatan. Hujung minggu
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf
memang semua dikira luar puncak. Makna pasal ramai orang duk di rumah time itulah jadi kita— TNB mungkin akan time itu sebagai di luar puncak.
Jadi, maknanya banyak pendekatan yang kita laksanakan, tapi lebih utama nanti kita sedang memperincikan tahun depan, apakah pendekatan baru kita, untuk kita memastikan tarif ini akan lebih berdasarkan penggunaan. Domestik lain, industri lain yang menggunakan tenaga yang lebih banyak, pendekatan yang berlainan.
Jadi, ini diharapkan lebih fair, lebih sesuai dengan apa bakal kita hadapi tahun yang mendatang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, terima kasih atas jawapan yang panjang lebar dan telah diberikan.
Soalan saya, adakah kerajaan merancang untuk merunding semula atau menyemak perjanjian pembelian tenaga bersama dengan penjana tenaga bebas ataupun IPP agar caj kapasiti dapat diturunkan bagi mengurangkan beban pengguna dan apakah mekanisme pampasan ataupun bantuan sementara?
Bagi isi rumah yang berada di luar Yang Berhormat, Insentif Cekap Tenaga, tetapi mengalami lonjakan bil mendadak. Dan adakah kerajaan mempertimbangkan penangguhan bayaran atau pelan insurans tanpa penalti? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Amat Berhormat untuk jawapan.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Kalau kita melihat di Malaysia ini, penjanaan kuasa yang utama adalah TNB, tapi pada masa yang sama kita bukakan juga secara tender dan secara RFP untuk pihak-pihak lain menjana tenaga sama ada melalui gas ataupun termasuk juga hidro dan sebagainya.
Kebanyakannya sekarang ini ialah daripada solar yang kita galakkan di mana kita daripada LSS1 hingga 5. Insya-Allah kita akan bukakan lagi LSS6. Ini sebenarnya untuk memastikan penjanaan yang lebih kompetitif. Bila dia ditender maka harganya akan lebih kompetitif dan sebagainya, tapi dalam memastikan bekalan tenaga yang terjamin bukan sahaja dari segi penjanaan, kita juga kena melihat dari segi grid iaitu sistem penyampaiannya. Dan banyak perkara lagi
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
termasuklah untuk menyampaikan di rumah dan sebagainya dan juga penggunaan elektrik itu sendiri.
Jadi, untuk itulah kita— hasil daripada perjanjian tersebut kita melihat bahawa tarif kita adalah lebih kompetitif kalau kita bandingkan dengan negara-negara jiran kita, kita adalah salah satu negara yang agak kompetitif dari segi tarif elektrik kita.
Kalau Singapore, ia nya adalah secara pasaran terbuka, maknanya actual kos lah berapa harga dan sebagainya. Dia tak ada perlindungan kepada mana-mana pengguna.
Di Malaysia, kita bagi perlindungan kepada kumpulan B40 dan ke bawah, miskin tegar dan domestik dia ada jaminan dari segi bagaimana kita hendak memastikan kemampuan untuk mereka membiayai dan sebagainya. Di situlah yang saya nampak bahawa kalau kita melihat dari segi negara kita insya-Allah pendekatan ini memastikan keterjaminan bekalan tenaga kita dan juga kemampuan pembiayaan.
Dan akhirnya kita pada masa yang sama memastikan kelestarian alam sekitar kita terjamin. Jadi, saya mengharapkan sokongan daripada semua kalau ada cadangan balas kita hendak memastikan bahawa bekalan tenaga ini terjamin dan juga mampu dibiayai oleh rakyat kita boleh panjangkan pandangan itu kepada kami.
Insya-Allah kita akan memberi pertimbangan sebab sekarang ini kita juga mengkaji untuk tahun depan apakah kaedah yang terbaik untuk kita pastikan bekalan tenaga dan tarif itu adalah lebih adil dari sektor penggunaan itu sendiri. Jadi, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II.
Majlis ke soalan yang ke-2. Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli; Yang Berhormat Dungun.
2. Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun]: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dungun minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, penilaian kerajaan terhadap keseluruhan penganjuran perlumbaan Formula 1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini termasuk daripada aspek keberkesanan penganjuran, kesiapsiagaan operasi dan koordinasi antara pihak berkepentingan serta penambahbaikan yang dikenal pasti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’
Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Dr. Yang di-Pertua Rakyat dan terima kasih Yang Berhormat Dungun atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali sebelum saya menjawab soalan ini bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan, saya ingin merafakkan sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Ibrahim dan juga penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas hubungan diplomasi yang baik antara Tuanku Agong, Yang Amat Berhormat dan juga bersama dengan negara Bahrain, maka negara kita mendapat kepercayaan untuk menganjurkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 pada 2 hingga 4 Oktober 2026 yang lepas.
Tuan Yang di-Pertua, penganjuran F1 di Malaysia ini bukan sesuatu yang mudah. Kita hanya diberikan masa lebih kurang dua bulan untuk persiapan secara keseluruhan. Dan seperti yang kita tahu F1 terakhir dianjurkan di negara kita adalah pada tahun 2017 iaitu sembilan tahun yang lalu.
Jadi apabila negara kita diberikan kepercayaan dalam tempoh dua bulan, sudah pasti kita ingin melihat bahawa penganjuran ini memberikan impak ekonomi dan juga impak positif kepada rakyat secara keseluruhan kerana ini bukan sekadar penganjuran semata-mata, tetapi ia lebih daripada itu. Maka, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh sukarelawan lebih kurang 532 orang sukarelawan, kemudian hampir 1,000 orang yang terlibat dan juga seluruh jawatankuasa yang terlibat.
Sebab itu kejayaan penganjuran ini dilaksanakan melalui pendekatan whole- of-government. Jadi, di bawah Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, kemudian kita juga membentuk Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Ketua Setiausaha Kementerian. Dan terdapat lapan jawatankuasa kecil yang melibatkan protokol, keselamatan dan sebagainya supaya kita melihat ini adalah perkara yang menyeluruh.
Dan alhamdulilah, pada penganjuran selama tiga hari tersebut, kehadiran sekitar 261,000 pengunjung antara yang tertinggi dan penjualan tiket melebihi 100,000 tiket. Dan kita juga inginkan bahawa rakyat tempatan mendapat manfaat tersebut. Sebab itu kita telah memperkenalkan Tiket MADANI yang berharga RM200 untuk kemasukan tiga hari pas. Dan RM200 ini juga boleh dinikmati di Litar Rasa MADANI iaitu 40 usahawan bersama dengan Kementerian KUSKOP diberikan 40
Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
booth dan jualan masyarakat tempatan kita, itu melebihi daripada RM550,000 kos jualan.
Dan perkara ini juga memberikan satu kebaikan kepada negara kerana tourism kita ataupun pelancongan kita juga naik dengan adanya marketing secara percuma oleh team pelumba-pelumba yang membuat video yang cukup baik untuk memperkenalkan Kuala Lumpur, memperkenalkan Malaysia dan kita ada pelbagai acara sepanjang tempoh tiga hari tersebut. Dan kemasukan warga asing dan juga mereka yang dari luar negara ke dalam negara itu begitu tinggi.
Dan juga kita lihat dari segi hotel, penginapan penuh dan peningkatan sehingga tiga kali ganda penginapan hotel dalam tempoh seminggu tersebut. Dan kerajaan juga komited untuk memastikan penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pengurusan pengoperasian acara berskala antarabangsa, khususnya melibatkan penyelarasan pengangkutan awam, pengurusan aliran trafik serta kemudahan dan keselesaan penonton.
Dan dalam sejarah juga Dato’ Sri Yang di-Pertua, terdapat dua lagu kebangsaan yang dinyanyikan dalam satu acara Formula 1 dan ini adalah satu sejarah untuk negara dan juga sejarah untuk Formula 1 itu sendiri.
Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Bagaimana hubungan diplomasi yang baik antara dua negara di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun itu mampu untuk menarik semula keyakinan orang ramai, khususnya negara-negara luar untuk bersama dengan negara kita.
Jadi Yang Berhormat Dungun, kita juga inginkan bahawa penganjuran yang hebat ini diteruskan pada masa-masa yang akan datang untuk perlumbaan- perlumbaan yang lain di Sepang International Circuit seperti MotoGP yang akan berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November 2026 ini di Litar Antarabangsa Sepang yang mana kita melihat kemunculan bakat muda negara seperti Hakim Danish, Qabil Irfan dan lain-lain. Jadi, terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Dungun untuk soalan tambahan.
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Melangkah ke hadapan, memandangkan PETRONAS telah sekian lama menjalinkan kerjasama strategik dengan pasukan Mercedes AMG PETRONAS F1 di peringkat antarabangsa, apakah perancangan kementerian untuk
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
memanfaatkan kerjasama tersebut bagi mewujudkan satu laluan pembangunan bakat pelumba muda negara secara berstruktur bermula daripada sukan karting sehingga ke kejohanan Formula 4, Formula 3 dan Formula 2? Termasuk peluang penajaan latihan serta pendedahan antarabangsa agar Malaysia bukan sekadar dikenali sebagai penaja dan tuan rumah perlumbaan F1, tetapi turut berupaya melahirkan pelumba tempatan yang mampu bersaing di pentas F1 pada masa hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Terima kasih...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Dungun atas soalan tambahan yang diajukan.
Saya setuju, kerana kita tidak hanya ingin menjadi negara yang menganjurkan, sedangkan kita ramai anak-anak tempatan yang boleh kita cungkil bakatnya di peringkat umbi. Sebab itu Kementerian Belia dan Sukan, kita sentiasa melihat langkah ke hadapan bagaimana kita nak memastikan bahawa anak-anak tempatan ini sendiri sebenarnya terlibat di dalam industri sukan yang besar dan maju sekarang ini.
Sebab itu, pada tahun 2025, Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah pun diperuntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi melaksanakan sebanyak 29 program yang melibatkan 159 siri aktiviti dan pertandingan sukan pemotoran dua roda dan empat roda di seluruh negara.
Dan usaha ini kita teruskan lagi pada tahun 2026 melalui pelaksanaan program pembangunan akar umbi seperti Motorcross Track Day, Kelas Sukan Bermotor Wanita serta program di bawah inisiatif Rakan Litar yang mana kita ada Rakan Muda, kemudian ada 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Salah satu nya iaitu khusus untuk Rakan Litar untuk kita melahirkan lebih ramai lagi pelumba-pelumba yang hebat bermula daripada akar umbi. Kemudian kita ada kelas drift, kelas rally, kelas go-kart, akademik dan perlumbaan mini bike, perlumbaan motorcross, motorcar track day, cabaran 4x4 dan perlumbaan push bike.
Dan di peringkat pertandingan, KBS melalui Litar Antarabangsa Sepang ataupun Sepang International Circuit (SIC) kita juga menyokong pembangunan bakat
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
pelumba tempatan dalam sukan pemotoran empat roda melalui penganjuran kejohanan kebangsaan seperti Malaysia Touring Car Championship (MTCC) dan Sepang 1,000 KM yang disertai oleh pasukan-pasukan pelumba tempatan.
Dan kita juga sentiasa komited untuk meneroka potensi kerjasama daripada pihak industri bagi memperkukuh pembangunan bakat pelumba tempatan, termasuklah peluang latihan dan sebagainya, tetapi fokus keutamaan kita adalah memperkasakan bakat akar umbi dengan pelaksanaan pelbagai program. Dan program kita tidak hanya dinikmati oleh golongan-golongan tertentu atau mereka yang di kawasan bandar sahaja.
Kita juga turun ke kawasan-kawasan luar bandar untuk memastikan bakat itu dicungkil sehingga ke peringkat akar umbi. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Yang Berhormat, kita tahu semasa acara F1 tersebut, Yang Amat Berhormat Tambun telah ditanya sama ada Malaysia akan kembali menjadi tuan rumah F1 dan jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah ianya masih dalam perbincangan.
Jadi, saya nak tahu Yang Berhormat Menteri, adakah F1 ini akan kembali ke Malaysia dan apakah pertimbangan kerajaan dalam menentukan sama ada kita akan menjadi hos untuk F1 ini semula atau tidak? Jadi, faktor-faktor yang dipertimbangkan dan juga mungkin kos yang perlu dibelanjakan untuk menjadi hos F1 ini setiap tahun.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Bangi, sahabat saya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Memang ada perbincangan ke arah itu dan kita perlu melihat bahawa penganjuran F1 ini bukanlah sesuatu yang murah ataupun kosnya kecil, tetapi ia melibatkan kos yang agak besar. Dan beberapa aspek penting yang perlu kita nilai.
Kalau kita lihat pada 2017, penjualan tiket kita hanya lebih kurang 30,000 sahaja berbanding baru-baru ini penjualan tiket sehingga 100,000 penjualan tiket.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Dan kita perlu lihat, apakah jika setiap tahun kita laksanakan F1 ini, pulangan yang sama akan kita dapatkan dan adakah sudah bersedia dengan pelbagai infrastruktur yang telah pun di bina dan sebagainya?
Jadi, beberapa penilaian penting yang perlu kita nilai ya, antaranya kadar kebolehlaksanaan dari segi impak ekonomi kepada negara. Walaupun unjuran kita pada awalnya pada penganjuran yang lepas pada 2 hingga 4 Oktober itu adalah sebanyak RM950 juta pulangan, tetapi untuk masa yang akan datang, itu kita perlu menilai secara keseluruhan.
Dan ada perbincangan awal antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan CEO F1 dan juga F1 management berkaitan dengan perkara ini dan ada juga cadangan untuk kita melaksanakan dalam tempoh beberapa tahun sekali dengan kerjasama oleh mana-mana negara yang akan kita deal dan sebagainya. Jadi, itu masih lagi dalam peringkat yang awal untuk kita menilai kadar kebolehlaksanaan.
Dan baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan juga, kita telah pun diberikan mandat untuk menganggotai satu Jawatankuasa Penilaian F1 yang melibatkan semua kementerian serta Ketua Setiausaha Negara. Jadi, kita nak menilai berapa kos yang akan didapatkan dan berapakah return on investment (ROI) yang akan didapatkan oleh negara.
Dan kita nak pastikan bahawa penganjuran ini tidak hanya semata-mata di bawah Kementerian Belia dan Sukan melalui Sepang International Circuit, tetapi kita inginkan penganjuran ini bersifat interministry ataupun rentas kementerian kerana manfaat ekonomi ini tidak hanya dirasai oleh rakyat, tetapi juga secara keluruhan kementerian dan juga kebaikan untuk negara.
Sebab itu, sekarang ini penilaian tersebut sedang dilaksanakan, kesediaan dan sebagainya, kemudian dalam tempoh sehingga bulan November ini, kita akan keluarkan satu repot untuk dibawa kepada Jemaah Menteri. Dan pada akhirnya, perkara tersebut akan diputuskan oleh Jemaah Menteri, adakah kita akan bawa semula F1 ke negara kita ataupun tidak.
Walau apa pun itu, kita ingin pastikan bahawa penganjuran F1 ini tidak mengakibatkan ataupun tidak memberikan apa-apa implikasi yang negatif terhadap pembangunan sukan negara yang lain. Kita nak pastikan bahawa dana untuk pembangunan atlet, pembangunan sukan negara itu tetap berjalan, tetapi juga F1 ini kita perlu menilai dari segi kadar kebolahlaksanaan dan keberkesanan penganjuran F1 untuk negara Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Majlis ke soalan yang ke-3. Dipersilakan Yang Berhormat Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Yang Berhormat Betong.
3. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong]: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Minta Menteri Pengangkutan menyatakan, tarikh audit keselamatan— surveillance audit dan pemeriksaan terakhir CAAM ke atas operator helikopter 80-105 9M-LLF pasca-nahas di Long Lellang serta status penemuan keselamatan yang belum ditutup sebelum insiden.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Pengangkutan untuk menjawab.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, helikopter Bolkow BO-105, nombor pendaftaran 9M-LLF, milik syarikat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd bawah kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia telah terlibat kemalangan pada 8 September 2026 di dalam kawasan padang terbang STOLport Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak yang telah mengorbankan seorang juruterbang dan empat kakitangan perubatan.
Susulan kemalangan udara tersebut, Biro Siasatan Kemalangan Udara
(BSKU) Kementerian Pengangkutan telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan keadaan kemalangan udara tersebut. Laporan siasatan awal oleh BSKU telah disediakan dan dijangka akan dibentang kepada Jemaah Menteri pada 16 Oktober 2026.
Secara ringkasnya, siasatan awal BSKU mendapati juruterbang memiliki lesen penerbangan yang sah dan berkelayakan untuk mengendalikan penerbangan tersebut serta memiliki sijil perubatan yang sah. Helikopter tersebut memiliki perakuan pendaftaran dan perakuan kelayakan terbang yang sah dan disahkan layak terbang pada masa pelepasan. Siasatan masih lagi diteruskan dan satu laporan muktamad berhubung kemalangan udara ini perlu disediakan dalam masa setahun daripada tarikh kemalangan udara tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan melalui agensi pelaksananya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 telah dipertanggungjawabkan
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
sebagai badan kawal selia tunggal bertanggungjawab terhadap perkara-perkara teknikal dan ekonomi. Antara fungsi-fungsi utama yang melibatkan kawal sedia teknikal adalah seperti berikut:
(i) memastikan peruntukan Akta 788, Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta 3 ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;
(ii) mengawal selia perihal selamat dan keselamatan penerbangan awam termasuk mewujudkan standard dan menguatkuasakannya; dan
(iii) menjalankan pengawasan pengawalseliaan perihal selamat penerbangan awam di dalam Malaysia dan di luar Malaysia.
Sehubungan dengan insiden yang melibatkan kemalangan udara pada 8 September 2026, untuk makluman Yang Berhormat, CAAM telah pun melaksanakan audit pengawasan ke atas organisasi penyelenggaraan Layang-Layang Aerospace Sendirian Berhad pada 1 hingga 4 September 2026 dengan aktiviti susulan dan penutupan audit diselesaikan pada 6 September 2026.
Audit ini merupakan audit tahunan bagi membolehkan CAAM mempertimbangkan permohonan syarikat Layang-Layang Aerospace untuk memperbaharui kelulusan organisasi penyelenggaraan ataupun approved maintenance organization syarikat tersebut. Skop audit pengawasan merangkumi aspek pematuhan organisasi penyelenggaraan, pengurusan tenaga kerja, kawalan penyelenggaraan, pengurusan peralatan dan komponen pesawat serta sistem pengurusan keselamatan (safety management system).
Hasil penemuan audit ke atas organisasi penyelenggaraan Layang-Layang telah merekodkan tiga penemuan audit dan tiga pemerhatian (observations).
Penemuan audit meliputi aspek kaedah pengiraan dan perancangan tenaga kerja, rekod serahan tugas penyelenggaraan yang tidak jelas berkenaan pelaksanaan pemeriksaan berjadual tertentu dan prosedur terperinci bagi kesinambungan operasi selepas kecemasan tidak didokumenkan dengan secukupnya dalam manual SMS dan emergency response plan. Semua penemuan audit telah ditutup kecuali satu penemuan berkaitan dengan penyeragaman pengiraan tenaga kerja yang masih menunggu proses verifikasi akhir oleh CAAM pada tarikh kemalangan. Penemuan tersebut adalah
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
bersifat organisasi dan tidak berkaitan secara langsung dengan keadaan teknikal pesawat 9M-LLF atau sistem pesawat yang terlibat dalam kemalangan.
Pihak CAAM seterusnya melaksanakan aktiviti verifikasi ataupun inspection verification ke atas pesawat-pesawat lain jenis BO-105 yang terjejas pada 9 hingga 10 September 2026 dan juga ke atas pesawat jenis lain yang mempunyai jenis enjin yang sama iaitu Rolls-Royce RR250 pada 10 hingga 12 September 2026. Hasil verifikasi tersebut mendapati pematuhan terhadap keperluan penyelenggaraan berjadual dan airworthiness directive adalah memuaskan.
CAAM hanya membenarkan pesawat berkenaan kembali beroperasi selepas berpuas hati bahawa semua pemeriksaan dan tindakan pembetulan yang diperlukan telah dilaksanakan serta tahap kelayakan terbang ataupun airworthiness pesawat telah disahkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Dan juga, kita mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada kesemua mangsa tragedi di Long Lellang tempoh hari.
Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan sebarang kelemahan dalam sistem pengurusan keselamatan boleh meningkatkan risiko operasi terutamanya bagi penerbangan kritikal di kawasan pedalaman seperti Long Lellang, justeru itu, mohon Menteri nyatakan sama ada penemuan atau ketidakpatuhan ataupun non- compliance yang dikesan dalam siri audit terdahulu, termasuk yang telah ditutup, mempunyai hubung kait secara langsung dengan aspek mekanikal, sistem enjin atau pengurusan kelesuan kru bagi operator berkenaan.
Dan apakah langkah seterusnya pengawasan khas ataupun enhanced surveillance yang sedang dilaksanakan oleh CAAM ataupun agensi-agensi teknikal lain di bawah kementerian terhadap baki-baki fleet, pesawat milik operator tersebut ketika ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Yang pertamanya, seperti yang telah dikatakan dalam jawapan tadi, dari segi airworthiness
Tuan Loke Siew Fook
pesawat tersebut ataupun helikopter tersebut memang telah pun disahkan dia airworthiness semasa dia take off.
Dari segi penemuan audit, beberapa audit tersebut telah pun ditutup dan satu audit yang belum ditutup itu pada hari kemalangan itu adalah penemuan berkenaan dengan penyeragaman pengiraan tenaga kerja yang merupakan bersifat administratif ataupun secara organisasi. Apa yang disimpulkan oleh CAAM ialah ia tidak kena-mengena dengan mekanikal pesawat tersebut.
Jadi, untuk punca kemalangan sama ada ia berhubung kait atau tidak, itu kita sudah tentu memerlukan siasatan terperinci berkenaan dengan apa sebenarnya berlaku terhadap pesawat tersebut dan ia memerlukan laporan-laporan teknikal yang perlu dibuat sebelum satu keputusan muktamad ataupun hasil penemuan secara muktamad dapat diberikan.
Seperti yang dikatakan tadi, setakat ini kita hanya dapat memberikan fakta- fakta berkenaan dengan apa yang berlaku dan dari segi hasil penemuan secara muktamad perlulah memerlukan laporan terakhir yang akan dibuat oleh pihak penyiasat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri memberi jawapan yang panjang lebar.
Dalam insiden yang berlaku ini, saya ingin menyebut beberapa perkara. Yang pertama, bila berlaku insiden, biasanya kita membincangkan apa tindakan harus kita ambil, kita tengok benda-benda yang sudah berlaku.
Soalan saya, sejauh mana pihak kerajaan mengambil langkah-langkah yang strategik untuk masa depan penerbangan, terutamanya kesihatan ataupun penerbangan awam yang lain― penggunaan polis, tentera dan sebagainya.
Langkah-langkah strategik yang diambil oleh pihak kerajaan supaya insiden ini tidak berlaku ataupun mungkin kalau ia berlaku pun, ia lebih jarang.
Yang kedua, saya nak cadangkan supaya diwujudkan satu gagasan penerbangan helikopter kebangsaan yang menggabungkan di antara pihak berkuasa ataupun kerajaan dengan syarikat-syarikat swasta supaya perjalanan helikopter terutamanya ke kawasan-kawasan pedalaman ini dapat dikawal selia dengan baik.
Dan yang akhir, saya nak tanya iaitulah kalau kawasan― bukan saja di Sabah dan Sarawak, kawasan pedalaman yang membabitkan orang asli, sebagai
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
contoh. Kita belum ada satu pusat pendaratan yang saya kira selamat di sudut cuacanya, di sudut apanya dan supaya penerbangan ini menjadi satu kebiasaan.
Sebab, saya tengok kalau benda ini tidak biasa, biasanya ia akan berlaku kelemahan-kelemahan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Jadi, sebagai contoh kalau di Gua Musang, kita dah ada satu— dan itu adalah satu keperluan kaum masyarakat asli kita, bukan kecil jumlah mereka dan mereka ini memang sangat terbatas dari sudut perkhidmatan kesihatan dan seumpamanya.
Saya cadangkan supaya kalau kerajaan ambil cakna, wujudkan beberapa pusat pendaratan helikopter untuk kepentingan kesihatan ataupun kepentingan- kepentingan lain bagi etnik pedalaman. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Loke Siew Fook
Dato’ Yang di-Pertua, itu lebih merupakan beberapa cadangan ataupun pandangan. Sudah tentu pihak CAAM akan mengambil pandangan tersebut sebagai pertimbangan. Cuma dari segi pendaratan-pendaratan untuk helikopter biasanya ada helipad-helipad yang disediakan.
Sudah tentu helipad yang telah pun diluluskan ataupun dikenal pasti oleh pihak CAAM, mengambil kira aspek keselamatan. Dalam kes yang berlaku di Long Lellang ini, kemalangan itu atau nahas itu berlaku di STOLport. Dia bukannya di kawasan pendaratan yang tidak disediakan ataupun dia berlaku apabila mendarat di STOLport tersebut— STOLport yang ada landasan untuk pesawat ringan.
Jadi, pandangan-pandangan itu dari segi gagasan untuk menubuhkan gagasan, untuk mengumpulkan semua operasi, itu satu pandangan, tetapi bukannya senang dapat dilaksanakan kerana ia melibatkan pelbagai agensi dan bukannya satu badan boleh ada kapasiti yang besar seperti itu untuk menguruskan semua fleet helikopter.
Namun begitu, ada juga pihak kementerian seperti MINDEF dan sebagainya, mereka ada perancangan mereka untuk memastikan supaya fleet itu dapat dikumpul dan dapat bersama-sama dengan pihak syarikat swasta— mungkin dari segi penyelenggaraan, dari segi pengurusan dapat lebih efisien. Memang ada perancangan tersebut oleh agensi-agensi tertentu, tetapi untuk memusatkan semua agensi dan juga kementerian, saya rasa agak sukar untuk dilaksanakan pada ketika ini. Namun begitu, apa yang dicadangkan itu akan kita pertimbangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita mula sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
Saya mempersilakan bagi sesi ini bermula tirai dengan mempersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.
1. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, mekanisme mengukur nilai tambah bersih dihasilkan oleh setiap pusat data selepas mengambil kira penggunaan elektrik, air, tanah, infrastruktur, insentif fiskal dan bukan teknologi, pekerja, kandungan tempatan dan kos peluang sumber negara atas RM385.7 bilion pelaburan pusat data diluluskan sejak 2021.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian MITI berpandangan bahawa nilai tambah bersih pusat data boleh dilihat dari sudut kesan limpahan ekonomi seperti mana yang telah dilaporkan oleh Bank Negara. Membuat anggaran di mana kesan langsung daripada operasi pusat data ini dapat menyumbang kepada ekonomi aktiviti kepada negara khususnya dalam kita mengira Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK.
Sebagai contoh Yang Berhormat, pada tahun 2021 data centre ini hanya menyumbang RM0.9 bilion kepada kita punya KDNK, tetapi pada tahun 2025, data centre ini telah menyumbang RM14.1 bilion. Peningkatan ini juga mencerminkan peningkatan aktiviti ekonomi yang dijana oleh pembinaan dan operasi pusat data serta perbelanjaan utiliti serta penggantian sebahagian daripada kerja-kerja membina data centre ini, kita tekankan untuk mengguna equipment ataupun barang- barang yang negara kita produce.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Pasukan Petugas Pusat Data— Data Centre Task Force (DCTF) yang antaranya berperanan bagi menyelaras kelulusan pusat data di peringkat Persekutuan telah bersetuju untuk menggalakkan ataupun menetapkan minimum 30 peratus kandungan tempatan bagi sesebuah pusat data yang hendak dibina.
Strategi localisation ini dilihat akan meningkatkan integrasi syarikat tempatan dan rantaian daripada player, daripada mereka-mereka yang terlibat daripada luar negara datang ke dalam negara kita. Ini akan mewujudkan peluang pekerjaan, membina kapasiti syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat global dan mengurangkan kebergantungan kepada produk-produk import terutamanya server, sistem integrasi, sistem penyejukan dan sistem elektrik.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalau kita tengok dari segi permulaan nak buat data centre ini, dia akan melibatkan pertama, kita kena ada jururunding. So, jadi jururunding ini adalah merupakan salah satu daripada perlu diambil dan kita tak benarkan dia pakai jururunding luar daripada negara. Kemudian apabila kita nak membina, dia nak kena beli tanah.
Lepas dah beli tanah, then they have to do land clearing kemudian dia kena buat pembangunan. Lepas membuat pembangunan itu, kita tetapkan bahawa dia kena pakai kontraktor-kontraktor dalam negara. Kemudian, dia memerlukan penjanaan tenaga, they need power. Jadi, di samping itu kita juga ada engineering services, logistik, legal dan sebagainya. Ini adalah satu daripada ekosistem sebelum data centre itu bermula.
Kemudian, selepas data centre itu bermula maka dia ada power requirement.
Jadi, power requirement ini sejak saya ambil alih kementerian ini saya sudah tukar satu polisi baharu bahawa power ini mestilah dibezakan dengan power yang kita biasa dapat daripada TNB iaitu untuk supply kepada kita punya residential, industri yang tidak ada kena mengena dengan data centre.
Kita nak dia asingkan itu, berbanding dengan data centre kerana dalam konteks data centre ini Yang Berhormat, ialah dia ini bukan sahaja buat data centre ini untuk kita dalam negara, tetapi juga untuk luar negara. Mereka akan akses kepada data centre ini, sebahagian daripada business model dia.
Maka, sebab itu kita asingkan daripada power generation ini yang biasa kita tengok dengan TNB berpuluh-puluh tahun, tetapi data centre ini kita nak asing kerana dia tidak ada elemen subsidi. Kalau apa sahaja— kalau kita macam buat power generation pakai gas. Kalau apa sahaja gas punya value ataupun price yang kita
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
tengok berada dalam market ini, maka price itulah akan jadi faktor kepada data centre punya requirement untuk electricity. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Menteri yang menjawab, alhamdulillah. Saya sebenarnya ada soalan tambahan iaitu kalau kita tengok nilai pelaburan yang telah pun diluluskan daripada 2021 sampai sekarang, dijangkakan dalam RM300 ribu lebih bilion yang akan masuk nanti, tetapi dalam masa yang sama ia telah menelan banyak sumber-sumber negara contohnya tanah, elektrik, air dan sebagainya.
Jadi, berapakah sebenarnya jumlah— tadi Menteri sebut tak ada subsidi yang diberi, tetapi berapakah insentif cukai dan bukan cukai yang diberikan kepada industri ini? Apakah anggaran cukai bersih dan pulangan sosioekonomi selain yang dinyatakan tadi 30 peratus kepada yang ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
[Bangun]
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Seterusnya tambahan satu lagi, saya bimbang bila kita tengok tadi tak ada elemen subsidi, tetapi bila jaminan— apakah jaminan bahawa kos-kos tambahan sepertinya bila nak buat data centre ini Dato' Speaker, dia mempunyai banyak infrastruktur yang kena buat, penjanaan elektrik, penyediaan infrastruktur. Kalau di Selangor ini kita lihat dulu semasa saya jadi Exco Perumahan, nak dapat supply air untuk perumahan pun masalah. Jadi bila kita buat data centre nanti, lagi banyak absorb sumber-sumber kita yang ada.
Jadi untuk itu saya nak tanya, semua ini kalau kita lihat kebimbangan ini sebenarnya apakah nilai sebenar, 30 peratus itu di-translate-kan kepada penciptaan pekerjaan? Yang Menteri sebut tadi itu sebelum data centre dilakukan, tetapi selepas. Apakah manfaat kepada rakyat Malaysia dan sebenarnya berapa lokasi yang telah diluluskan seluruh Malaysia? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih. Yang Berhormat, saya nak maklumkan di sini: pertama, apa yang berlaku dalam data centre ini?
Pertama, kita hari ini sudah ada data centre, 57 data centre yang mengguna power 6,237 megawatt. Jadi, 6,237 megawatt ini semua di-supply oleh TNB. Tidak ada benda yang baharu, semua datang daripada TNB, tetapi power ini sebenarnya apabila kita supply kepada data centre...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sekejap. Yang Berhormat, Yang Berhormat dua orang itu nak share ke dengan Dewan apa yang bersembang itu? Kalau saya boleh dengar, Yang Berhormat Menteri tengah menjawab. Rasa kalau mustahak itu Yang Berhormat, dekat luar itu boleh lama-lama ya. Sebagai nasihatlah ya. Menteri, teruskan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih. Yang Berhormat, kita ada 57 data centre dan memerlukan power 6,230. Kemudian, kita ada dalam proses sebahagian daripadanya telah dilulus, sebahagian daripadanya tengah dalam construction dan sebahagian daripadanya tak buat apa-apa lagi, cuma dah lulus saja.
Jadi, yang itu ada lagi 60 data centre yang memerlukan power 11,172.
Jadi, kalau pertanyaan Yang Berhormat ini, saya setujulah. Kalau kita buat data centre ini, dua perkara berlaku. Ini cerita selepas, construction ini, selepas.
Pertama, air. Air ini adalah terletak di tangan semua kerajaan negeri. Sebab itu setiap kali saya beritahu dengan kerajaan negeri, kena berhati-hati apabila meluluskan water supply. Kadang-kadang kerajaan negeri ini agak excited nak panggil data centre dan bagi semua, tapi dia tak kira berapa banyak water yang ada.
Tetapi, oleh kerana benda ini— sebahagian daripadanya dah berlaku, tapi setakat hari ini teknologi yang digunakan untuk recycle water— water yang telah diguna pakai adalah merupakan satu kemestian yang kita tetapkan. Tetapi kalau katakan kerajaan negeri itu dia kata dia tidak ada masalah dari segi nak supply komitmen dia yang diberi kepada data centre punya application ini, yang itu kita tak boleh buat apa, itu dia commit.
Tetapi dari segi power, yang ini kita akan control di peringkat Federal termasuk ST, MITI dan juga kita juga maklum kepada Kementerian Kewangan.
Sebab kita tak nak pakai power yang sedia ada. Contoh, kalau TNB ada 28,000 megawatt, industri kita ini up and down. Mungkin dia pakai 22,000 kadang-kadang, 26,000. Yang reserve itu adalah reserve margin untuk industri dan juga kegunaan- kegunaan untuk residential dan segala aktiviti ekonomi yang berlaku dalam negara kita, tak masuk data centre. Jadi, yang data centre ini kita put separate.
Kita nak supaya apabila dia letak application saja, ini sebahagian daripada poin yang kita nak negotiate. Malaysia should not negotiate with investors kalau dia tak setuju, pertama, local procurement. Ha, itu dia kena fulfill. Construction, engineering, services. Kemudian, kita nak supaya engineer kita, technician kita, specialist kita, ini semua kita nak kumpul ini sebab kita pun sebenarnya baru handle
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
data centre ini. Kita banyak tak— kita capture data centre ini part of kita punya, DOSM punya statistik, sebahagian daripada one of the industries now. Kita nak asing benda itu. Kita akan kumpul dia punya ini.
Kemudian, domestik. Domestik ini apa? Kita nak bagi juga kepada kita punya syarikat-syarikat dan juga universiti-universiti kita mesti ada akses kepada kapasiti data centre tersebut untuk dia meneruskan aktiviti-aktiviti seperti nak buat research and development, akses kepada computing services untuk Malaysia. Yang ini semua mesti kita letakkan.
Dan nombor empat, infrastructure funding. Contoh, kita tak ada masalah dari segi transmission line, kita ada power yang kita nak buat. Tetapi apabila banyak data centre datang ini, kemungkinan besar dia akan ada beri masalah kepada kita punya transmission line. Dan TNB akan nasihatkan bahawa kalau kita nak build data centre ini, kalau dia nak power katakan 1,000 megawatt, upgrade kena buat dari segi dia punya *transmission line.
That transmission line* punya investment, kita juga nak masukkan dalam sebahagian daripada kos mereka-mereka yang datang nak buat data centre. Ini adalah strategi kita supaya kita punya economic activities yang berlaku selama sebelum data centre sampai, dia mesti tidak terjejas kalau dibandingkan dengan data centre.
Sebab itu saya— dan akhir sekali, saya nak tekankan bahawa sebarang sahaja insentif yang kita bagi, dia akan berbentuk very transparent dari segi insentif.
Kalau ada taxable activity, berapa; government revenue berapa; ini semua kita kena capture. Ini untuk kepada data centre yang belum mula ini, kita nak kena capture.
Saya nak jawab Yang Berhormat tadi sebut, sebab ada RM385.7 bilion the total investment yang telah dilaporkan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, daripada RM385 bilion ini, yang domestic investment RM114 bilion, foreign investment RM271 bilion. Itu semua adalah yang kita capture, tetapi belum dibuat.
Tetapi yang dah buat ini, dia dalam proses realization ini, sebahagian daripada ini dia tak complete lagi. Tetapi yang complete 57 ini saya tak ada details, saya akan bagi details yang 57 itu, berapa dia invest. Tetapi yang 60 ini, dia semua dalam progress. Jadi, yang progress ini kadang-kadang dia punya investment tak masuk lagi.
Kadang-kadang some of them dia dah beli tanah, dia dah buat clearance, dia dah buat clearing land, land clearing. Kemudian, dia dah buat bangunan untuk data centre. Yang ini semua dalam in progress. Nanti once dia dah complete nanti, kita
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
akan bagi Yang Berhormat. Saya pun interested to know these details. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa satu jawapan yang menyeluruh. Saya memang setuju dengan Yang Berhormat, syarat-syarat yang dikenakan ke atas pelaburan data centre di Malaysia. Kebaikan kita apa? Air kita murah, electricity kita murah secara perbandingan.
Soalan saya, kita tidak nak jadikan Malaysia ini sebagai data centre semata- mata kita sewa tempat bagi orang demi mendapatkan air yang murah dengan electricity yang murah. Jadi, kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan MITI untuk membolehkan data centre ini yang memang dibina oleh syarikat gergasi untuk kita sama-sama tumpang semangkuk dan juga memberi industri sokongan terhadap pembangunan data centre? Bukan semata-mata data centre itu, tapi teknologinya, GTU dan sebagainya. Bagaimana kita nak pastikan pembangunan modal insan yang seiring dengan pembangunan data centre dapat kita bangunkan? Apakah rancangan MITI tentang perkara ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Yang Berhormat, saya cukup bersetuju cadangan Yang Berhormat ini. Ini adalah sebahagian daripada strategi kita ke hadapan. Kita nak beritahu the whole world that kita welcome them to come, but it’s not cheap energy yang you nak dapat daripada kita. Kita nak both negara mesti manfaat dan juga investors yang datang juga manfaat. Kalau investors tak dapat manfaat, dia tidak akan datang.
Cuma saya nak beritahu Yang Berhormat, kalau dari segi power ya. Kalau dari segi power ini, dulu kalau Yang Berhormat datang nak minta data centre, nak minta 200 megawatt, kita bagi ya 200 megawatt. Lepas itu you buat, you pakai.
Tetapi mungkin you pakai cuma 100 megawatt, lagi 100 megawatt you tak pakai.
Tapi oleh kerana TNB dah sign agreement dengan you 200 megawatt, I dah tak boleh ambil 100 megawatt itu, *I have to wait for you.
Because* kalau you increase your punya business, then kalau I ambil awal, jadi you takkan ada power itu. So, jadi apa yang kita buat sekarang ini, kalau Yang Berhormat datang nak buat data centre, minta 200 megawatt tapi bila kita dah ready,
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
data centre dah ready, power dah ready tapi you pakai only 100 megawatt, yang lagi 100 megawatt tak pakai itu kita assumed you dah pakai. Kita bayar, caj you. That’s what kita punya polisi now. Nombor dua, bila dia kena bayar dan kalau dia tak bayar, we tell them, then you cannot operate this. They have already invested billions of dollars. Saya nak bagi contoh ya, kalau dari segi tiga group yang akan dapat benefits daripada data centre.
Pertama, TNB and our water supply ini kalau kita know how to control, you will get the benefits. Macam TNB will get benefits, every power dia tak ada subsidi, dia jual powers ini based on dia punya kos and dia punya margin. Margin can be between five to 10 percent. Kalau tengok...
[Tidak jelas] because dia datang bawa dia punya investment, dia pun nak dia punya returns, nak pulang balik dia punya capital. So, dia punya margin approximately about 10 to 20 percent, tapi dia kena cover dia punya kos nak buat data centre ini.
Kemudian, hyperscalers. Hyperscalers ini all the big data centre players.
AWS, Microsoft, Google, Oracle, ByteDance, Alibaba ini, semua ini. Dia orang ini dia bawa the technology. Macam kalau you tengok tadi, cloud computing, AI services, generative AI, agentic AI, these are all data storage, cyber security, e-commerce. Ini semua memang kita perlu, tetapi kita nak rakyat kita must be able to access the technology. Jadi, dia jangan buat dekat sini, lepas itu dia langsung tak fikirkan fasal kita punya kehendak and dia bagi prioriti kepada customer di luar negara. *No, we cannot.
We need to make sure that they engage* dengan kita punya universiti, kita build, one day semua teknologi ini rakyat kita boleh bangunkan kerana kita ada fasiliti ini yang telah di-invest oleh pelabur luar, yang telah di-manage oleh the super hyperscalers dekat dalam dunia ini dan kita dapat benefits. Now, you do not see these benefits. Maybe next 10 years, if we build our talent, kita akan dapat benefits without we investing what we see the investment today. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Untuk soalan yang kedua, Yang Berhormat Setiu ada urusan yang tidak dapat dielakkan...
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Daripada pihak sini Dato’ Sri Speaker, kita belum bagi soalan tambahan daripada pihak pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Speaker ke, saya Speaker? Duduk Yang Berhormat.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya tahu Dato’ Sri Speaker, saya bukan Speaker. Selalunya soalan tambahan satu daripada kerajaan, satu lagi daripada pembangkang. Jadi, kita pun sedialah soalan tambahan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tak apa Yang Berhormat nanti Yang Berhormat duduk sini Yang Berhormat buat keputusan. Terima kasih. Duduk ya. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Cha Kee Chin, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan ke 3.
3. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan dan inisiatif kementerian bagi menangani kesan jerebu terhadap kesihatan awam termasuk kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi berkaitan dalam pemantauan kualiti udara, penyampaian amaran kesihatan serta perlindungan golongan berisiko.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Rasah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, jerebu akibat kebakaran terbuka atau open burning haze dengan izin ialah pencemaran udara yang berlaku apabila pembakaran hutan, tanah gambut, ladang sisa pertanian membebaskan campuran zarah halus dan gas pencemar. Dan, zarah halus ini pada saiz 2.5 mikron atau mikrometer yang kalau boleh bayangkan kalau rambut itu saiznya ialah 100 mikron, ia ada 40 kali halus, yang sekali gus membahayakan sebab ia boleh menembusi sistem pernafasan manusia dan membawa pelbagai gejala dan penyakit ataupun gejala-gejala dan juga sesak nafas, batuk dan sebagainya. Itu kalau yang ringan. Kalau yang lebih berat adalah radang kepada paru-paru. Kalau ia menjejaskan bronkiol, ia jadi bronchiolitis,
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
radang bronkiol dan juga kalau dengan jangkitan sekali ia boleh pergi kepada pneumonia dan sebagainya.
Dato’ Yang di-Pertua, kalau saya boleh sebutkan, Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan surveillance penyakit yang berkaitan jerebu sepanjang tahun melalui 78 fasiliti kesihatan sentinel pemantauan bagi memantau tiga jenis penyakit berkaitan jerebu ini. Satu ialah jangkitan saluran pernafasan atas ataupun URTI, upper respiratory tract, asthma dan juga konjunktivitis, melibatkan mata.
Bermula Minggu Epid 32, 9 Ogos hingga 15 Ogos, pemantauan telah ditingkatkan melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis atau CPRC kami kerana berlaku peningkatan bacaan indeks IPU ataupun pencemaran udara atau kemerosotan kualiti udara.
Susulan keadaan jerebu yang semakin teruk bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan telah kita aktifkan pada 4 September bagi memperkukuhkan pemantauan situasi, penyelarasan tindakan dan respons kesihatan awam.
Kalau boleh saya sebutkan, pada epid 36, kes URTI tadi upper respiratory tract infection tadi meningkat 167 peratus kepada 7,065 kes, asma meningkat kepada 1,000— maaf, 127 peratus kepada 1,117 kes, dan konjunktivitis meningkat kepada 83 peratus kepada 334 kes. Pada minggu epid 40 peningkatan turun— maaf, peningkatan turut direkodkan iaitu hampir 60 peratus bagi URTI kepada 5,613 dan lain itu.
Dato’ Yang di-Pertua, antara lain Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau boleh saya sebutkan, ya, khusus bagi memastikan kesiapsiagaan sistem kesihatan KKM turut memperkukuhkan keupayaan fasiliti kesihatan kami melalui penyediaan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang diperlukan untuk merawat penyakit yang berkaitan jerebu ini. Antara lainnya untuk kita menambah sebanyak 841 unit AeroChamber ataupun alat bantuan penyedut udara untuk dewasa dan 396 unit AeroChamber untuk kanak-kanak dan 556 unit nebulizer bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes.
Dato’ Yang di-Pertua, kita bekerjasama dengan JAS (Jabatan Alam Sekitar) dan METMalaysia juga atas perkongsian maklumat berkaitan kualiti udara, bacaan IPU dan juga keadaan jerebu bagi menyokong penilaian risiko serta tindakan kesihatan awam. Kita juga bekerjasama dengan NADMA untuk menangani krisis seterusnya.
Selain itu, kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan juga KBS dilaksanakan bagi memastikan nasihat kesihatan serta langkah-langkah
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
pencegahan yang bersesuaian dapat disampaikan kepada kumpulan sasaran khususnya murid-murid sekolah dan individu yang terlibat dalam akibat sukan ataupun rekreasi di luar, outdoor Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang betul dan tepat pada masanya, KKM mempergiatkan penyebaran serta nasihat kesihatan berkaitan jerebu melalui pelbagai saluran komunikasi antara lainnya semualah itu Dato’ Sri Yang di- Pertua, Astro Awani, RTM dan sebagainya.
Jadi, sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU terkini di kawasan masing-masing dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuklah KKM. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Rasah soalan tambahan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang bagi saya memberi satu jawapan yang menyeluruh berkenaan dengan tindakan kesiapsiagaan daripada Kementerian Kesihatan sendiri dalam menghadapi jerebu yang melanda negara dan semakin nampak semakin teruk ketika ini.
Cuma berlandaskan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya sebab bilangan pesakit bertambah, kadar— trendnya meningkat, penggunaan ubat-ubatan termasuk penyedut udara juga bertambah. Adakah ia mencukupi untuk menghadapi sebab kita tak tahu berapa lama lagi?
Dan, soalan tambahan yang kedua ialah yang saya rasa amat mustahak pada ketika ini adalah pengoperasian sekolah. Sudah tentu ia di bawah KPM dan KPM atau jabatan pendidikan di peringkat negeri, setiap hari ada mengeluarkan notis.
Saya nak tanya, sama ada sebelum KPM atau JPN mengeluarkan notis, ada tak merujuk dari segi teknikal kepada KKM? Sebab saya rasa dari segi teknikal berkenan dengan kesihatan, KKM yang lebih arif dalam hal ini.
Dan, akhir sekali, berkenaan dengan 200— kalau IPU 200 tutup sekolah, IPU 100 ke 200 tak mahu ada aktiviti di luar kelas. Ada tak itu pun nasihat ataupun pandangan profesional daripada KKM? Sebab saya rasa perkara ini penting untuk kita memberikan keyakinan kepada rakyat yang terjejas dengan jerebu ketika ini.
Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Sangat peka dan prihatin tentang rakyat di kawasan masing-masing.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerjasama dengan KPM dan KPT dalam memberikan nasihat penjagaan kesihatan semasa jerebu ini yang khusus bagi pelajar sekolah adalah kita melakukan berterusan tentang hal apa yang dikatakan sebagai perkongsian maklumat data dan juga atas cadangan-cadangan kami Dato’ Yang di-Pertua.
Apabila IPU melebihi 100, KKM akan mengeluarkan nasihat agar semua aktiviti luar bilik darjah, kokurikulum dan sukan dicadangkan dihadkan. Manakala, IPU melebihi 200, sekolah, tadika dan taska dinasihatkan agar ditutup. Namun, pihak KPM dan KPT juga mempunyai peranan tersendiri berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Akhirnya, yang menentukan tutup atau tidak itu Yang Berhormat Rasah adalah Menteri KPM dan juga Menteri KPT sendiri.
Ya, ini saya telah sebutkan. Dan, juga— semasa keadaan— itu yang telah saya sebutkan semasa keadaan darurat jerebu, KKM berperanan untuk terus menasihatkan orang awam agar langkah-langkah berjaga seperti kalau saya sebutkan minum air dengan kerap dan mengurangkan aktiviti sukan di luar, rekreasi di luar dan berada di dalam bangunan seboleh mungkin, indoor serta pemakaian pelitup hidung dan muka apabila di luar, terutama kumpulan rentan Dato’ Sri Yang di- Pertua.
Jadi, pengisytiharan darurat diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang akan menasihatkan Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, itu kedudukan posisi kami. Kami memberikan nasihat tetapi tutup sekolah sebagainya itu adalah masih lagi di bawah Menteri masing-masing, Menteri KPM dan juga Menteri KPT Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Rasah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Merujuk kepada dua kementerian yang berkaitan ini, KKM dan Jabatan Agama — Jabatan Alam Sekitar. Menteri, bila kita melihatkan jerebu ni adalah seolah insiden berulang- ulang dan kita tahu repeated exposure, dengan izin ya kepada pencemaran udara ini akan menyebabkan masalah pernafasan yang agak kronik.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi soalannya, adakah kerajaan sudah mengenal pasti hospital yang berada di kawasan berisiko tinggi terdedah kebarangkalian pencemaran udara seperti jerebu dan masalah pernafasan disebabkan persekitaran, proaktif meletakkan pakar bertepatan, terutama pakar paru-paru di kawasan tersebut? Jadi, saya mengesyorkan juga.
Saya harap Menteri bersetuju Hospital Kapar ditindik untuk mendapatkan pakar tersebut memandangkan Kapar ini di pantai barat, berdekatan dengan Sumatera dan juga selain daripada fakta bahawa Kapar ni berada di zon industri yang kebocoran minyak, cat, plastik, getah dan sebagainya ya yang hampir-hampir tiap-tiap tahun tu. Jadi, setuju tak Menteri? Kuala Selangor pun boleh tumpang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri, silakan untuk menjawab.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, baik. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kapar ya yang sangat peka dengan hal jerebu dan bagaimana ia mengancam kesihatan awam Dato’ Sri Speaker.
Seperti mana yang telah saya sebutkan ya, kita mempunyai apa yang dikatakan sebagai apa yang kita lakukan adalah melaksanakan surveillance penyakit berkaitan jerebu itu dan ia nya adalah kita lakukan melalui 78 fasiliti kesihatan sentinel. We are doing our–– dengan izin, sentinel surveillance ya khususnya pada episod-episod seperti ni. Sifatnya begitu. Sifat seperti ini adalah acute dan episodic, dengan izin ya datang dan juga ia mempunyai musim-musimnya. Maka kita melaksanakan dalam beberapa fasiliti-fasiliti yang kita telah dan kita tahu the hotspot, kita tahu bagaimana kita pertingkatkan pemantauan ini.
Dan atas cadangan pakar-pakar yang perlu ya, semua ini adalah satu yang diurus dengan baik berdasarkan pengarah jabatan kesihatan negeri yang mengambil tindakan bersama dengan apa yang dikatakan sebagai pusat-pusat ataupun PTJ
(pusat tanggungjawab) yang juga melaksanakan gerak kerja ini.
Dan sepertimana yang saya sebutkan, kita menambah beberapa alat bantuan penyedut udara contohnya di mana the response itu mestilah bersifat keperluan dan kita stratify kan risiko-risiko mana kawasan dan mana hotspot yang lebih memerlukan. Jadi, semua ini ada dalam kawalan di bawah Ketua Pengarah Kesihatan, our DG dan juga Timbalan DG Kesihatan Awam, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Ya, langkah-langkah itu memang kita ambil pertimbangan sentiasa. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan status pelaksanaan Program Sokongan Industri dan Perniagaan Rakyat (SINAR) dan apakah mekanisme seterusnya oleh kementerian bagi memastikan PMKS yang menerima manfaat program SINAR ini dapat diintegrasikan secara lebih berkesan ke dalam rantaian bekalan konglomerat dan GLC.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Terima kasih juga Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, dengan izin saya memohon juga untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar sendiri bertarikh 16 November 2026 secara bersekali kerana mempunyai maksud yang menyentuh isu yang sama.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan Program Sokongan Industri dan Perniagaan Malaysia atau ringkasnya SINAR dapat disampaikan secara berkesan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Program SINAR merupakan salah satu usaha SME Corp. Malaysia dalam membantu PMKS yang terkesan akibat krisis global khususnya berikutan gangguan dalam rantaian bekalan serta peningkatan kos dan bahan api yang memberi kesan kepada operasi perniagaan melalui penyediaan akses kepada pembiayaan dan sokongan tambahan perniagaan. Sehingga 30 September 2026, program-program ini telah memanfaatkan 1,204 PMKS.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman, program SINAR ini kita umumkan pada Jun tahun ini. Kita faham tentang masalah-masalah, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh PMKS kita berikutan dengan krisis global, gangguan rantaian bekalan serta kenaikan kos bahan api. Itu sebabnya kita memperuntukkan untuk program
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
SINAR ini sebanyak RM205 juta melalui beberapa pecahan program seperti pertamanya, Skim Pembiayaan Mudah untuk PKS dengan peruntukan sebanyak RM32 juta telah memanfaatkan sejumlah lapan PMKS setakat ini yang diluluskan pinjaman berjumlah RM7.12 juta.
Yang keduanya, Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS atau dalam bahasa Inggeris, Business Accelerator Programme, dengan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk memberikan kelulusan pinjaman berjumlah RM8.8...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, kita biarkan Menteri dengan Ahli Yang Berhormat ni bersembang.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat, depan mata saya ya.
Seorang Ahli
Urusan kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nanti kat luar tu bolehlah Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Maaf Yang di-Pertua. Ni hajat sahabat saya ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya pun banyak hajat kawasan. Saya boleh tunggu. Sambut Menteri tu di luar. Baik. Kita ada adab. Ambil maklum ya. Baik, Yang Berhormat Menteri di luarlah ya. Saya tegur di sini, saya akan tegur di sana. Kalau tak kuat tu boleh. Ni dengar kat telinga saya ya. Silakan Yang Berhormat sambung untuk menjawab.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik Dato’ Speaker, saya teruskan. Untuk program yang kedua, Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (Business Accelerator Programme) dengan memperuntukkan sebanyak RM20 juta, yang juga telah memberikan kelulusan pinjaman berjumlah RM8.88 juta kepada 18 PMKS setakat ini.
Yang ketiganya, Skim Pembiayaan Prestij 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan telah memanfaatkan 15 PMKS dengan kelulusan pinjaman berjumlah RM11.53 juta setakat ini.
Yang keempat, Program Penskalaan Perniagaan Inklusif dengan yang juga telah diperuntukkan dana sebanyak RM5 juta dan telah memanfaatkan 192 PMKS dengan geran berjumlah RM4.64 juta.
Yang kelima, 971 PMKS telah mendapat sijil status PMKS apabila diskaun 50 peratus ditawarkan sehingga Ogos 2026. Bagi membantu PMKS memanfaatkan sijil status PMKS ini, 50 peratus diskaun ini akan diteruskan sehingga 31 Disember
Datuk Mohamad bin Alamin
Dan bermula daripada tarikh saya bercakap, ia nya akan berkuat kuasa besok Dato’ Speaker. Di mana kita akan berikan diskaun ini sebanyak 50 peratus. Kadar biasa adalah RM100 tetapi selepas 50 peratus ia nya menjadi RM50 sahaja untuk kita mendapatkan sijil status PMKS ini.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi memastikan PMKS yang menerima manfaat daripada program SINAR dapat diintegrasikan secara lebih berkesan ke dalam rantaian bekalan, SME Corp. Malaysia melaksanakan pendekatan bersepadu melalui peningkatan kapasiti, pematuhan standard, pendigitalan dan amalan ESG termasuk menerusi Program Bantuan Perniagaan dan Program Penskalaan Inklusif.
Pada masa yang sama, PMKS berpotensi turut dipadankan dengan syarikat peneraju, anchor companies dengan izin dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membuka peluang sebagai vendor, pembekal dan penyedia perkhidmatan.
Selain itu, pensijilan status PMKS turut membantu memudahkan proses pengesahan kelayakan serta memperluas akses pasaran domestik termasuk peluang memasarkan produk melalui rangkaian peruncitan seperti Lotus dan kedai Mesra PETRONAS.
Dalam hubungan ini, Belanjawan 2027 telah menyediakan sokongan berjumlah RM67.9 bilion bagi pembangunan PMKS melalui pelbagai kemudahan pembiayaan dan jaminan, peluasan akses pasaran, pembangunan modal insan serta pendigitalan dan automasi.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sokongan ini bertujuan memperkukuh kapasiti dan daya saing PMKS di samping membantu lebih banyak perusahaan, meningkatkan skala perniagaan dan menyertai rantaian bekalan bernilai tinggi. Khusus bagi SME Corp. Malaysia, Belanjawan 2027 telah memperuntukkan RM137 juta bagi pelaksanaan program pembangunan PMKS pada tahun hadapan. Ia nya meningkat 17 peratus berbanding RM117 juta pada tahun 2026. Peruntukan ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan PMKS dan industri berimpak tinggi, penerapan amalan ESG, pengantarabangsaan serta perluasan penyertaan dalam pasaran modal dan rantaian bekalan melalui bantuan kewangan dan pembangunan kapasiti. Sekian dan terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat. Persoalan saya yang keduanya adalah berkenaan dengan bagaimanakah peruntukan RM137 juta yang Yang Berhormat mention tadi, dengan izin kepada SME Corp. di bawah belanjawan dapat diselaraskan untuk membantu PMKS meningkatkan kapasiti, mengembangkan skala perniagaan serta memperluaskan akses kepada pasaran domestik dan antarabangsa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar di atas soalan tambahan. Tan Sri Yang di-Pertua, RM137 juta yang telah di peruntukan kepada SME Corp. untuk tahun hadapan kita ada beberapa program yang begitu komprehensif melalui beberapa pecahan program yang ada pada SME Corp.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Mohamad bin Alamin
Pertamanya, dana pemangkin penskalaan, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Kita telah memperuntukkan RM50 juta untuk program ini. Ini adalah program untuk memberi bantuan pinjaman dan pelaburan kepada PMKS melalui syarikat rangkaian pelabur seperti OSK, Hartamodal ialah sebuah syarikat dan pelaburan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti untuk mengendalikan kita punya program bantuan pinjaman ini dan ia juga adalah dua pecahan RM35 juta berbentuk pinjaman RM15 juta berbentuk pelaburan.
Dan untuk yang keduanya, kita ada Program PKSlestari. Ini adalah bantuan pinjaman dan pembangunan kapasiti untuk SME kita.
Dan yang ketiganya, peningkatan industri strategik dan syarikat berprestasi tinggi prestij.
Kelima, kita ada Program Kesediaan PKS untuk kita membantu penyenaraian ke Bursa dan untuk ini kita ada RM10 juta. Kita akan laksanakan melalui konsep P2P
(peer-to-peer) untuk melaksanakan dana-dana yang saya sebutkan tadi RM10 juta dan RM10 juta lagi kita peruntukan di bawah PKS Akses. Ini nak membantu usahawan kita yang nak menembusi pasaran ke peringkat global ini. Jadi, kita ada peruntukan lebih kurang RM10 juta. Kita akan buat melalui konsep P2P juga ya.
Dan untuk program belia, Tan Sri Speaker. Kita juga akan adakan program membantu para belia kita, iaitu untuk menjadikan mereka sebagai seorang usahawan bumiputera yang begitu hebat pada masa akan datang melalui Program
Datuk Mohamad bin Alamin
TUBE. Ini adalah Tunas Usahawan Belia Bumiputera dan tahun hadapan kita akan memberi fokus kepada usahawan-usahawan belia di Sabah dan Sarawak juga.
Kemudian, kita ada Program Penskalaan Mikro (GrowBiz) bagaimana kita nak memberikan latihan, seminar, bengkel kepada usahawan PMKS kita.
Dan yang kelapan, kita akan membantu juga perniagaan inclusive business atau perniagaan inklusif untuk membantu syarikat usahawan kita yang mempunyai rangkaian minimal 20 orang usahawan di bawah untuk membantu melaksanakan perniagaan dia. Ini kita nampak sebagai inclusive business.
Insya-Allah, RM137 juta ini kita akan belanjakan dengan secara berhemah pada tahun hadapan bagi memastikan matlamat kita membantu usahawan kita akan tercapai.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Yang Berhormat Kuala Kangsar dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, bolehlah melayari portal ‘Hebatkan Perniagaan Malaysia’. Kita sediakan semua maklumat di dalam itu dan juga satu lagi adalah portal ‘MyAssists’ oleh SME Corp. sendiri. Jadi, banyak maklumat kita berikan di sana. Bentuk program apa, dana macam mana kita nak berikan. Semua kita akan paparkan dalam dua portal ini. Sekian dan terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum itu saya mewakili Tampin bagi mengalu-alukan kedatangan panel penasihat Klinik Kesihatan Daerah Tampin yang diketuai oleh Dr.
Nor Bayani binti Lizar. Selamat datang ke Parlimen.
[Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya nampak bermacam-macam program diumumkan bernilai ratusan juta. Justeru itu, saya ingin bertanya. Apakah perkembangan terkini pelaksanaan program pendaftaran dan pensijilan status PMKS oleh SME Corp. Malaysia serta bagaimanakah inisiatif ini dapat memudahkan usahawan-usahawan mengakses pelbagai bantuan dan insentif keusahawanan yang disediakan oleh kementerian? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Tan Sri Yang di-Pertua, SME Corp. adalah the only agensi yang telah diberi mandat oleh kerajaan untuk memberikan status pengesahan status PMKS di negara ini. Jadi, ini adalah penting bagi semua PMKS kita mendapatkan sijil ataupun pengesahan status ini kerana ia nya adalah berdasarkan definisi PMKS Nasional yang telah pun
Datuk Mohamad bin Alamin
ditetapkan oleh kerajaan melalui Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan.
Apa manfaat kalau kita dapatkan pengesahan status ini? Banyak manfaat dia Tan Sri. Antaranya ia akan membolehkan perusahaan yang memenuhi kriteria akan dapat akses yang lebih besar untuk menyertai program pembangunan, bantuan, pembiayaan serta insentif keusahawanan. Jadi, dalam konteks pada hari ini di mana kerajaan juga telah memberikan pengecualian daripada PMKS, daripada gaji minimum ini.
Jadi, untuk menetapkan status PMKS itu perlu ada sijil status yang dikeluarkan oleh SME Corp. ini. Jadi, kalau dia ada sijil ini maknanya dia akan dapat pengesahan perakuan bahawa ia adalah usahawan PMKS dan akan dapat dikecualikan daripada dikenakan gaji minimum yang akan berkuat kuasa pada tahun hadapan.
Sejak diperkenalkan, Tan Sri pada tahun 2020 permohonan pengesahan status PMKS ini sebanyak 61,235 PMKS yang telah memperoleh pengesahan status ini. Kalau kita mengikut data setiap negeri. Negeri yang paling ramai adalah negeri Selangor, 17,000. Wilayah Persekutuan, 8,000. Johor, 6,000. Sabah sendiri, Yang Berhormat Kinabatangan sebanyak 4,000 lebih dan diikuti negeri lain. Jadi, semuanya 61,000.
Kita menggalakkan supaya semua usahawan PMKS kita mendapat pengesahan status PMKS ini dan seperti yang saya umumkan sebentar tadi bahawa kita akan lanjutkan bermula besok, di mana yuran permohonan pengesahan status PMKS ini kita akan kurangkan daripada RM100 kepada RM50 sahaja, 50 peratus diskaun untuk memberikan kelegaan kepada PMKS kita mendapatkan bantuan- bantuan daripada SME Corp. untuk— khusus yang tentang pengesahan status PMKS itu.
Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang bertanya, bagaimana nak mendapatkan dana-dana ratusan juta yang saya umumkan tadi, bolehlah selagi saya umumkan lawat di portal kami ‘Hebatkan Perniagaan Malaysia’ dan juga portal ‘MyAssists’ yang disediakan oleh KUSKOP dan juga SME Corp. banyak maklumat yang disediakan untuk panduan para usahawan bagaimana hendak menyertai program dan juga bagaimana nak mendapatkan dana-dana yang kita sediakan di bawah KUSKOP ini. Sekian, terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan saya soalan 5.
5. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab salah guna dadah kian berleluasa dan synthetic drug telah membanjiri bandar-bandar dan pekan-pekan di Sarawak. Adakah cara PDRM memerangi salah guna dadah setakat ini berkesan. Apakah kaedah-kaedah baharu yang akan dilaksanakan untuk mencapai matlamat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berbahagia Tan Sri. Yang Berhormat Stampin.
Ancaman penyalahgunaan dan pengedaran dadah sintetik di Sarawak semakin kompleks dan dinamik. Berikutan perubahan corak penyalahgunaan. Kemunculan dadah sintetik dan bahan psikoaktif baharu serta perubahan [Tidak jelas] sedikit yang memanfaatkan teknologi dan saluran pengedaran baharu.
Pada masa yang sama, kedudukan geografi Sarawak itu sendiri yang sangat luas dengan jaringan sempadan darat, laut dan udara. Ia turut menjadikan kawalan kemasukan serta pengedaran dadah sebagai cabaran yang memerlukan tindakan penguatkuasaan dan risikan yang secara berterusan. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Yang Berhormat. Pada tahun 2024 sebanyak 9,992 kes dengan 10,378 tangkapan telah di rekod di negeri Sarawak.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Jumlah tersebut meningkat pada tahun 2025 kepada 12,716 kes dengan 13,187 tangkapan iaitu peningkatan sebanyak 2,809 tangkapan atau 27 peratus.
Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 9,602 kes dengan 9,924 tangkapan direkodkan berbanding 7,488 kes dengan 7,790 tangkapan bagi tempoh sama 2025 iaitu peningkatan sebanyak 2,134 atau 27.4 peratus. Dari aspek rampasan Yang Berhormat, nilai keseluruhan dadah yang dirampas PDRM Sarawak bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sejumlah RM50.1 juta berbanding RM58.78 juta bagi tempoh sama bagi tahun 2025.
Yang Berhormat walau bagaimanapun, peningkatan statistik kes dan tangkapan perlu ditafsir secara berhati-hati kerana angka tersebut bukan semata- mata mencerminkan peningkatan penyalahgunaan dadah. Statistik penguatkuasaan turut dipengaruhi oleh peningkatan aktiviti risikan, operasi pengesanan dan tindakan terhadap sindiket secara—serta pengedar. Dalam konteks ini Yang Berhormat,
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
peningkatan nilai jumlah kes dan tangkapan juga menunjukkan keupayaan PDRM mengesan dan menyekat sejumlah besar bekalan dadah daripada masuki pasaran.
Kerajaan melalui KDN juga mengenal pasti bahawa penyebaran dadah sintetik dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara, kos pemprosesan yang lebih rendah, kemudahan mendapat bahan kimia Picosul serta keupayaan sindiket mengeksploitasi platform dalam talian, sosial media, perkhidmatan kurier dan e- hailing untuk mencapai pasaran tempatan termasuk di kawasan-kawasan pedalaman Yang Berhormat.
KDN melalui PDRM sedang memperkukuhkan pendekatan penguatkuasaan melalui perisikan, perkongsian data, pemantauan ruang digital, operasi bersepadu antara agensi serta pengukuhan kawalan di pintu-pintu masuk sempadan negara, operasi bersama dengan pelbagai agensi-agensi berkaitan.
Pada masa yang sama Yang Berhormat, KDN kita perkukuhkan keupayaan forensik kita dan risikan teknikal bagi mengenal pasti kemunculan new psychoactive substance (NPS) termasuk perubahan trend bahan sintetik baharu di samping meneliti keperluan memperkukuhkan peruntukan perundangan bagi menangani kes psikoaktif baharu yang sentiasa berubah.
Kerjasama risikan ini Yang Berhormat, rentas sempadan juga dipertingkat bagi memutuskan rantaian penyeludupan bahan kimia ini dan peralatan memproses dadah dari luar negara. Pemberantasan dadah tidak boleh bergantung kepada jawatankuasa semata-mata. PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak turut memberikan penekanan pada aspek pencegahan, pendidikan dan advokasi termasuk melalui aktiviti-aktiviti tujuh— pencegahan. Misalnya, 71 aktiviti pencegahan dan kesedaran dilaksanakan oleh jabatan berkaitan.
Di peringkat negeri Yang Berhormat, kerjasama melalui one-stop committee bagi menangani isu dadah turut diperkukuh dengan pendekatan whole-of- government dan whole-of-society. Pendekatan ini melibatkan agensi-agensi penguat kuasa AADK, sektor kesihatan, pendidikan, pemimpin masyarakat dan sebagainya.
Jadi, KDN terus menyesuaikan strategi dan pendekatan kita melihat pada perkembangan semasa untuk memutus rantai bekalan sedikit, memperkukuhkan kawalan sempadan risikan, pemantauan digital, keupayaan forensik, kerjasama rentas agensi serta pencegahan dan pemulihan. Dan pendekatan kita, kita tingkatkan dari masa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Salah guna dadah itu memang satu masalah yang amat membimbangkan. Kebelakangan itu, kita dengar juga itu ada ‘pio pio’ yang dadah yang baharu itu yang telah wujud.
Walaupun ada peningkatan tangkapan tetapi kalau kita pergi akar umbi, berbual dengan, bercakap dengan orang ramai di kedai kopi, itu, masalah itu masih berleluasa. Salah guna dadah itu masih berleluasa dan anggapan masyarakat adalah kerajaan sekarang is fighting a losing battle against drug abuse. Dan kita semua tahu pengedaran penjualan dadah ini diuruskan, dikendali oleh sindiket- sindiket dan sindiket apa pun orang ramai ada sebut nama. Saya takkan sebut nama di Dewan ini. Tapi, nama pun...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, soalannya, soalannya YB...
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya. Apakah— takkan risikan PDRM tak tahu sindiket-sindiket itu dan ringleader itu dan Tan Sri Yang di-Pertua, semalam kita baca daripada surat khabar— berita...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat tak boleh berucap. Tanya soalan
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Bukan, bukan. Ya. Lima orang Sarawak ditangkap di Jepun. Di Jepun kerana mengedar dadah, bawa dadah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Dan sebelum ini juga ada banyak kes di mana orang Malaysia keluar...
Tuan Yang di-Pertua
Maka, soalannya apa YB?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya soalannya okey. Persepsi orang ramai, ini persepsi orang ramai. Agensi-agensi antidadah kita termasuk PDRM...
Tuan Yang di-Pertua
Saya belum dapat soalannya. Apa dia YB?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya persepsi orang ramai adalah agensi kita ada sengkokol dengan sindiket-sindiket itu. Bahkan, bahkan orang politik atasan pun ada memberi perlindungan. So...
Tuan Yang di-Pertua
Soalan?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Oleh— soalan saya, soalan saya, okey, soalan saya...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Bagaimanakah...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, itu soalan.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Kerajaan— terima kasih Tan Sri. Saya nak, nak bagi sikit latar belakang.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh, tak boleh, dalam itu tak boleh.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Okey, okey. Bagaimanakah, bagaimanakah kerajaan atau kementerian nak menangani persepsi yang amat buruk ini dan juga do you—adakah kerajaan membuat satu reality check on the ground terhadap masalah yang amat teruk itu?
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Tan Sri.
Panjang soalan dia. Cuma Yang Berhormat, jika Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, jawapan pun jangan panjang sangat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ya. Jika, jika Yang Berhormat ada maklumat yang tepat, detail...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Salurkan kepada PDRM.
Kita tidak ada kompromi dan akan ambil tindakan berdasarkan maklumat Yang Berhormat. Kita tunggu maklumat daripada Yang Berhormat kerana KDN dia sangat serius Yang Berhormat dalam isu penyalahgunaan dadah ini termasuk kalau ada penglibatan-penglibatan daripada kongsi gelap, barangkali itu antara perkara yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat.
Tindakan kita ambil, ada tidak dalil kejayaan berasaskan data yang saya tunjukkan tadi. Namun demikian, kita sedar bahawa banyak lagi usaha-usaha perlu kita lakukan dan sebab itu kita pertingkatkan risikan, operasi penguatkuasaan. Kita memutuskan sumber kewangan sedikit, memperkukuhkan kerjasama antara agensi, meningkatkan tindakan-tindakan pencegahan.
Kalau kita tengok PDRM, melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, kita lapor kejayaan telah menumpaskan 270 sindiket dadah sepanjang tahun 2025 dengan rampasan bernilai RM3.1 bilion. Ini angka yang kita ada. Saya tak ada angka di Sarawak. Kalau ada saya kongsikan nanti.
Yang Berhormat, sebab itu kita sangat serius untuk mengambil tindakan dan mengurus persepsi masyarakat bahawa terdapat, kalau ada, terdapat kemungkinan anggota-anggota PDRM misalnya bersekongkol dengan sindiket-sindiket yang dimaksudkan. Saya ingin tegaskan bahawa mana-mana pegawai atau anggota polis yang didapati, melindungi, bersubahat atau terlibat dengan kegiatan pengedaran
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
dadah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang dan peraturan- peraturan yang sedia ada. Ini komitmen kita. Kita tak kompromi dalam soal ini. Sebab itu, mekanisme pengawasan dan tindakan tatatertib dan undang-undang yang ada juga terpakai kepada anggota-anggota polis.
Cuma saya nak respons sedikit berkaitan dengan isu kes di Jepun itu Yang Berhormat. Kita sedia maklum pada 10 Oktober lalu, pihak berkuasa Jepun telah menahan lima warganegara Malaysia terdiri pada dua lelaki dan tiga perempuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo. Selepas kita menemui dadah kokain seberat lima kilogram yang disembunyi dalam pelapik kasut dipakai oleh kesemua suspek, hasil semakan rekod daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM mendapati enam warganegara Malaysia yang berlepas dari Terminal KLIA2 ke Tokyo pada 9 Oktober lalu bagi tujuan melancong Yang Berhormat.
Daripada jumlah tersebut, lima telah ditahan oleh pihak berkuasa Jepun manakala satu orang telah pulang tanpa ditahan dan kesemua individu berkenaan berumur antara 19 hingga 26 tahun.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Untuk itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah menghantar pasukan.
Kita ke Jepun untuk mendapat maklumat lanjut berhubung dengan penahanan serta penyiasatan kemungkinan penglibatan sedikit pengedar dadah Malaysia dengan rangkaian penyeludupan antarabangsa. Maknanya, tindakan kita ambil dan sekali lagi saya tegaskan bahawa kita tak ada kompromi. Mana-mana pihak yang terlibat, termasuklah pegawai-pegawai daripada PDRM, tindakan tegas akan diambil dan saya tunggu maklumat daripada Yang Berhormat Stampin. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila Stampin berikan maklumat kepada Menteri ya. Baik, saya jemput Jerlun.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Tan Sri, saya takut juga.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang isu lima rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo yang didapati bersama mereka itu lima kilogram kokain. Sebelum itu Yang Berhormat, kita digemparkan pada 15 Ogos 2026, seorang juruterbang Malaysia Airlines melepasi saringan KLIA dengan lebih 70,000 pil ekstasi dan telah ditahan bersamanya 25 kilogram dadah di Jakarta, Indonesia.
Juruterbang tersebut dipercayai telah melaksanakan aktiviti tersebut beberapa kali yang tak dapat dikesan sejak 2024 lagi. Jadi, dalam kedua-dua kes yang saya nyatakan ini, apakah dapatan siasatan kementerian tentang bagaimana
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
dadah dalam kedua-dua kes ini melepasi saringan keluar dari Malaysia dan bagaimana banyak kes keldai dadah ini boleh terlepas di negara kita?
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Satu perkara lagi tentang isu pengambilan dadah di kampung-kampung yang rata-ratanya melibatkan pelajar sekolah, belia yang tak bersekolah dan golongan berisiko ketagihan dadah. Saya banyak menerima aduan daripada masyarakat, ibu bapa, bahkan pihak-pihak yang simpati tentang isu dadah di kalangan pelajar-pelajar tersebut. Mereka membuat laporan polis, selepas laporan polis dibuat, polis turun ke lapangan membuat rondaan. Tetapi dilihat tidak ada apa-apa kesan hasil laporan tersebut oleh pihak berkuasa. Jadi, laporan polis ini hanya tinggal laporan sahaja, yang akhir sekali masyarakat kampung ini dia give up dah nak buat apa-apa.
Tuan Yang di-Pertua
Oleh yang demikian, soalan saya ialah...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Soalan saya yang pertama Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Apakah langkah khusus kerajaan untuk mengesan dan mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah, belia yang tidak lagi bersekolah dan juga golongan berisiko tadi?
Yang kedua, adakah terdapat program pemulihan berasaskan komuniti yang boleh diakses tanpa memerlukan individu yang terlibat dengan dadah itu pergi ke tempat yang jauh untuk mendapatkan rawatan? Jadi, sebaiknya di tempat komuniti yang berlaku itu. Sekian, terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi Menteri, musim jerebu ini nak landing cukup payah.
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sungguh Yang Berhormat, sungguh.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, saya harap Menteri pun jangan jawab— jangan landing lama.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kadang-kadang tak boleh landing langsung. Dia kena pergi tempat lain.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, saya tak ada kes spesifik yang Yang Berhormat maksudkan tadi. Kalau boleh dikongsi bersama. Tapi, tidak benarlah kalau polis atau AADK tidak mengambil apa-apa
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
tindakan berasaskan laporan yang diperolehi. Biasanya jika ada laporan, siasatan dan tindakan akan diambil. Tapi, jika ada maklumat yang Yang Berhormat maksudkan tadi sila kemukakan pada saya untuk diambil tindakan. Berkaitan dengan kes juruterbang kita, itu sedang disiasat oleh pihak-pihak yang berkenaan dan tindakan juga telah juga diambil, beberapa individu yang terlibat dalam isu berkenaan.
Cuma Yang Berhormat, saya nak sebut antara langkah-langkah telah pun kita ambil untuk menambah baik pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang. Ini diambil melalui Pelan Tindakan Penambahbaikan dan Mitigasi Keselamatan bagi Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur misalnya serta pintu masuk antarabangsa negara. Kita dah mengandungi 17 syor berfasa yang sedang dilaksana. Ini susulan daripada kelulusan Kabinet pada Ogos 2026.
Saya boleh kongsi sedikit, antaranya saringan bersasar berasaskan risiko, e- Vetting dan kawalan akses, saringan dadah, personel penerbangan, ini melibatkan juruterbang dan sebagainya, kehadiran keupayaan anggota, penyelarasan risikan dan sebagainya. Maknanya, tindakan-tindakan diambil.
Untuk program-program rawatan pemulihan memang ada. Ini terkeluar sedikit. Tapi dilaksanakan oleh AADK dan sebagainya. Jadi, apa pun dadah kekal menjadi musuh nombor satu kita. Ia tidak boleh ditangani hanya melalui undang- undang, tapi tindakan boleh juga ditangani melalui kesedaran rakyat. Sebab itu, kita harus mengambil tanggungjawab bersama untuk menyedarkan rakyat. Kerana kebimbangan kita Yang Berhormat, kerana hari ini kalau kita lihat pattern-nya, mereka yang terlibat adalah di kalangan mereka berumur 39 tahun hingga ke 15 tahun, malah kebimbangan kita telah menular ke peringkat yang lebih rendah lagi.
Sebab itu, tanggungjawab bersama harus dipikul bagi menangani isu ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Willie anak Mongin, Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Soalan saya soalan nombor 6.
6. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan langkah yang sedang dan akan diambil untuk memperkukuh kerangka perundangan dan dasar perpaduan negara dalam menangani isu sensitif berkaitan raja-raja, agama dan kaum (3R) khususnya dalam era media sosial dan cadangan untuk memperkenalkan suatu Akta Perpaduan Negara yang komprehensif bagi memastikan isu tersebut ditangani secara lebih berkesan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara tidak mempunyai cadangan pada masa ini untuk menggubal satu Akta Perpaduan Negara yang khusus bagi menangani isu sensitif melibatkan raja-raja, agama dan kaum ataupun 3R termasuk dalam konteks perkembangan media sosial. Pendirian ini dibuat kerana kerajaan berpandangan bahawa kerangka pulangan sedia ada adalah mencukupi dan memadai untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan yang melanggar undang-undang berkaitan isu 3R.
Antara perundangan yang boleh digunakan termasuk Kanun Keseksaan Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Pelaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan ini adalah di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan termasuklah Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sehubungan itu, kerajaan tidak melihat keperluan untuk mewujudkan satu undang-undang baharu yang khusus bagi isu 3R pada masa kini. Sebaliknya, tumpuan perlu diberi kepada penguatkuasaan undang-undang sedia ada secara lebih tegas, lebih berkesan oleh agensi yang mempunyai bidang kuasa.
Berhubung perkembangan teknologi media sosial seperti AI dan sebagainya, kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap potensi penyebaran kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. Dalam hal ini, SKMM melaksanakan pemantauan secara berkala dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga permohonan kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan yang melanggar undang-undang.
Pada masa yang sama, Kementerian Perpaduan Negara akan terus memainkan peranan reformative dari sudut pencegahan, pengukuhan perpaduan dan intervensi komuniti supaya isu 3R dapat ditangani bukan sahaja melalui tindakan penguatkuasaan, tetapi juga melalui pendekatan membina keharmonian masyarakat.
Antara usaha yang diambil adalah di kementerian kita mempunyai Sistem Pemantauan Isu Perpaduan atau e-SEPakat dan juga kita ada rangkaian aduan komuniti awam iaitu RAKAN di mana kita memantau dan kita membuat aduan
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
kepada agensi yang dapat mengambil tindakan. Kita juga mempunyai Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat ataupun PRISMA yang mana kita mengenal pasti, menilai dan menyelaras semua isu-isu sensitif.
Dan juga di peringkat Jabatan Perpaduan, kita mempunyai beberapa mediators. Sekarang kita mempunyai 617 mediators yang dapat menyelesaikan pertikaian secara aman di peringkat komuniti. Kita juga mempunyai pusat mediasi komuniti untuk mengadakan— supaya mereka dapat akses kepada perkhidmatan mediasi yang saya sebutkan tadi.
Di peringkat kementerian juga kita mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan, this is a whole-of-government approach isu di mana kita melibatkan kesemua agensi-agensi yang berkaitan bagi menyelaras dan mengadakan langkah mitigasi terhadap isu-isu sensitif itu. Juga di bawah kementerian, kita memang mempunyai dasar payung perpaduan negara yang menetapkan agenda dan hala tuju perpaduan nasional masing-masing. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Puncak Borneo. Soalan tambahan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih YB Menteri atas penjelasan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tan Sri Speaker, dewasa ini saya mendengar banyak isu perpaduan yang berlaku, even though di peringkat sekolah rendah dan sebagainya. Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang guru mengatakan bahawa, “YB, sekarang ini sukar untuk mendidik anak-anak”. Ada yang anak-anak sampai tidak mahu duduk sebelah menyebelahlah dengan anak-anak Kristian dengan anak Muslim kerana ada yang kata, “Oh, saya tak nak duduk dengan dia sebab dia makan babi, saya tak nak duduk dengan dia sebab dia pakai salib”. Jadi, kalau perkara ini tidak dibendung di peringkat sekolah rendah, dia akan menular dan menjadi satu yang serius. Jadi, soalan saya kepada kementerian.
Apakah langkah kementerian untuk memperkukuhkan literasi digital, pemikiran kritis dan juga gilap kan semangat toleransi dan kefahaman antara agama serta kaum?
Khususnya dalam kalangan golongan muda dan anak-anak kecil bagi mencegah penyebaran berita palsu, stereotaip dan kandungan provokatif sebelum ia mencetus konflik sosial dan juga konflik 3R.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi kita di kementerian seperti yang saya sebutkan dari awal tadi, kita gunakan the whole-of-
Datuk Aaron Ago anak Dagang
government approach dalam menangani isu sensitif ini. Dan of course, kita perlu bermula daripada peringkat awal lagi di peringkat sekolah, di mana anak-anak kita dapat bergaul di antara satu sama lain, tidak mengira kaum, agama dan budaya.
Of course, di kementerian ini memang kita mempunyai pelbagai program dan inisiatif, terutamanya di Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Mereka mempunyai kempen untuk - Kempen “Internet Selamat” supaya penggunaan internet itu adalah beretika dan pengguna media sosial itu adalah bertanggungjawab. Dan saya fahamkan juga, Kementerian Komunikasi mempunyai satu pusat sebaran maklumat nasional dinamakan NADI.
Difahamkan ada 1,099 pusat NADI di seluruh negara. Dan saya pun pernah terserempak mengadakan pelbagai program bersama mereka. Dan di pusat ini adalah mereka memperluaskan pendidikan literasi digital, kesedaran keselamatan dalam talian supaya pembudayaan penggunaan teknologi secara positif dapat dilaksanakan.
Di kementerian kita sendiri, kita memang mempunyai beberapa juga program dan sebagainya. Di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi, kita ada program pendidikan dan penghayatan perpaduan seperti Program Gerak Integrasi Perpaduan juga jalinan integrasi mahasiswa. Kita juga ada Program Jejak Harmoni, Jelajah Belia Rukun Negara dan juga wacana harmoni. Dan kesemua program- program ini adalah supaya semua anak-anak kita, orang-orang muda dapat berinteraksi dengan sewajarnya dan memberi semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih. Kita di Dewan Rakyat ini, di kalangan Ahli-ahli ada satu kumpulan rentas parti Parlimen Malaysia bagi keharmonian kaum dan agama yang sedang merangka piawaian nilai ambang ucapan 3R.
Oleh yang demikian, saya ikut petua Tuan Yang di-Pertua. Apakah usaha Kementerian Perpaduan khususnya, untuk menyelaraskan definisi dan kriteria sesuatu ucapan itu di tafsir sebagai jenayah 3R? Saya spesifik jenayah 3R, bukan sekadar cakap, cakap, tindakan sebab cakap, cakap, tindakan isu itu boleh macam- macam. Tapi Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya ialah dia dah jadi jenayah. Jadi, bila dia jadi jenayah, bagaimana kita meletakkan definisi dan kriteria? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, memanglah banyak hasrat telah kerajaan adakan menjurus kepada soalan Yang Berhormat tadi. Even before Kementerian Perpaduan ini ditubuhkan semenjak tahun 2015, telah pun isu yang disebut oleh Yang Berhormat itu telah pun dibincang dan beberapa draf undang-undang daripada segi definisi telah pun dibahaskan semenjak 2015 lagi.
Mungkin memang Yang Berhormat pun tahu sebab Yang Berhormat terlibat langsung dalam isu-isu draf, draf yang saya katakan tadi iaitu RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama. Kita ada masa itu RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional dan juga kita juga tubuhkan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi pada masa itu. Tetapi 2019, sebelum kementerian ini ditubuhkan juga, semua usaha- usaha itu ditolak ke atas pertindihan undang-undang sedia ada dan juga sentimen rakyat itulah.
Dan kita di kementerian pun sedaya upaya cuba melihat kembali perkara- perkara ini tetapi kita belum dapat buat keputusan sama ada kita perlukan RUU yang baru bagi semua soalan yang disebutkan Yang Berhormat tadi. Thank you.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum, salam sejahtera, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan bagi meminda Akta 333 bagi membolehkan punca kuasa terhadap pemberian pampasan kepada ahli keluarga mangsa bagi kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil serius isu pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada pengguna jalan raya.
Kerajaan berpandangan bahawa hukuman terhadap pesalah tidak seharusnya hanya tertumpu pada aspek punitif seperti penjara, denda dan hilang kelayakan memandu tetapi perlu turut mengambil kira aspek keadilan dan pemulihan kepada mangsa serta waris yang terkesan.
Pada masa kini, Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah memperuntukkan hukuman jenayah terhadap kesalahan memandu di bawah
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
pengaruh alkohol ataupun dadah yang menyebabkan kematian atau kecederaan.
Walau bagaimanapun, mekanisme khusus di bawah Akta 333 yang membolehkan mahkamah dalam prosiding jenayah membuat perintah pampasan kepada mangsa atau waris sebagai hukuman tambahan kepada hukuman yang dikenakan terhadap pesalah masih perlu diwujudkan melalui pindaan undang-undang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 15 Julai yang lalu telah bersetuju secara dasar dengan cadangan pindaan Akta 333 bagi mewujudkan peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah memerintahkan pesalah yang disabitkan atas kesalahan serius di bawah Akta 333 untuk membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya atau waris yang sah.
Mekanisme pampasan tersebut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membela nasib mangsa dan keluarga mangsa, khususnya dalam kes kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian, kecederaan serius atau pun kecacatan kekal.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan kini sedang melaksanakan sesi libat urus dengan agensi dan kementerian yang berkenaan bagi memperincikan dan memperhalusi mekanisme pelaksanaan pampasan serta cadangan gubalan pindaan Akta 333 bagi mewujudkan punca kuasa yang jelas untuk mahkamah memerintahkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa atau waris yang sah sebagai hukuman tambahan.
Kementerian bercadang untuk membentangkan rang undang-undang ini di Parlimen pada awal tahun 2027, tertakluk kepada pemuktamadan dasar, proses penggubalan undang-undang dan libat urus yang sedang dilaksanakan. Sekiranya diluluskan, pindaan tersebut akan menjadi punca khusus di bawah Akta 333 bagi membolehkan mahkamah memerintahkan pampasan kepada mangsa atau waris, di samping hukuman penjara, denda dan tindakan lain yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Tindakan ini menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI bahawa pemandu yang menyebabkan kematian akibat pemanduan berbahaya atau melulu tidak akan dilayan sebagai pesalah trafik biasa, sebaliknya akan dikenakan tindakan undang- undang yang paling berat mengikut kesesuaian kes.
Kerajaan juga ingin menegaskan bahawa pampasan tersebut tidak akan menggantikan hukuman sedia ada, sebaliknya ia merupakan satu bentuk tanggungjawab tambahan pesalah terhadap kesan perbuatannya kepada mangsa dan keluarga. Dengan pendekatan ini, kerangka undang-undang yang dicadangkan
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
akan menggabungkan elemen pencegahan dan hukuman terhadap pesalah dengan elemen keadilan serta pemulihan kepada mangsa dan waris.
Di samping itu, kementerian juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Peguam Negara bagi memastikan penguatkuasaan yang tegas dan hukuman yang setimpal demi keselamatan semua pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Terima kasih Tan Sri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soalan saya adalah, apakah mekanisme yang akan disediakan bagi memastikan waris tetap mendapat pembelaan sekiranya pesalah tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar pampasan, sedangkan waris terpaksa menanggung kehilangan pendapatan, kos sara hidup dan lain-lain?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Yang kedua, dalam Islam, pampasan ini dibincangkan di bawah tajuk diat.
Jadi, soalan saya, adakah kerajaan akan mendapat pandangan pakar undang- undang Islam dan pihak berkuasa agama untuk meneliti prinsip diat sebagai satu rujukan untuk membangunkan mekanisme pampasan yang adil kepada mangsa dan waris?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tan Sri Yang di-Pertua, yang pertamanya, kita memang mengambil kira bahawa sekiranya seseorang itu dijatuhkan hukuman dia bersalah dan mahkamah memerintahkan dia membayar pampasan. Apa berlaku sekiranya dia tak mampu untuk membayar pampasan? Mengikut peruntukan sedia ada dalam akta yang lain, kalau dia tak mampu bayar pampasan itu, mungkin ada hukuman denda ataupun hukuman penjara yang lebih berat, tambahan kepada hukuman yang sedia ada.
Yang keduanya, kita juga sedang melihat sama ada sitaan terhadap aset kepada pesalah itu boleh dibuat. Namun begitu, saya tak nak ada pre-judgmental sebab perkara ini masih dalam kajian kita, apakah mekanisme terbaik. Tetapi, saya mengambil apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, memang semangat itu ialah bagaimana ada mekanisme untuk memastikan pampasan itu benar-benar dapat dibayar kepada waris keluarga. Itu semangatnya. Tetapi, mekanisme bagaimana nak buat, memang kita akan lihat beberapa best practices dan sebagainya.
Tuan Loke Siew Fook
Berkenaan dengan cadangan untuk kita merujuk kepada pakar-pakar termasuk pakar-pakar Islam, keadilan Islam dan sebagainya, itu kita terbuka untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak. Tetapi, saya nak nyatakan bahawa apa yang kita nak laksanakan ini ialah di bawah undang-undang common law iaitu terpakai kepada semua pihak, kepada semua orang, bukan saja kepada orang Islam. Tetapi, prinsip ini saya lihat ialah satu prinsip universal tetapi kita terbuka untuk mengambil pandangan dan juga melihat kepada apa yang dilaksanakan di negara-negara lain termasuk juga dalam sistem perundangan Islam.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingat lagi ada perbincangan di antara saya dengan Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini dan saya amat gembira melihat keseriusan Yang Berhormat Menteri untuk bawa isu pindaan ini untuk direalisasikan.
Tapi, kita tahu, undang-undang ini adalah apabila perkara itu dah terjadi, bila dah ada tragedi, bila dah ada kehilangan nyawa dan sebagainya. Kita nak pastikan, Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa prevention― seperti yang kita selalu dengar, prevention is better than cure. Jadi, kita nak pastikan bahawa tak sampai tragedi itu, tak sampai kemalangan itu.
Jadi, saya nak tahu daripada peringkat Kementerian Pengangkutan, adakah pihak kementerian akan melipatgandakan kempen kesedaran kepada orang ramai untuk memastikan bahawa mereka sedar untuk tidak membawa kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan juga, pada masa yang sama, jangan bawa kenderaan di bawah pengaruh dadah? Sebab, ini pun menjadi isu juga.
Dan adakah pihak kementerian akan bekerjasama dengan kementerian- kementerian lain ataupun dengan pihak seperti Grab dan sebagainya untuk memastikan bahawa adanya alternatif kepada memandu sendiri? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Yang Berhormat Bangi. Yang pertamanya, memang alternatif banyak. Bukannya tak tahu. Saya rasa semua orang tahu bahawa ada pelbagai alternatif sekarang dari segi perkhidmatan e-hailing dan sebagainya. Cuma, kesedaran itu memang kita nak tambah baik dan sebagainya.
Tetapi, satu perkara itu, memang saya bersetuju, bahawa pencegahan itu lebih penting. Tetapi, bagaimana kita nak meletakkan kesedaran itu kepada setiap
Tuan Loke Siew Fook
orang bahawa jangan memandu di bawah apa-apa pengaruh ataupun driving under influence, itu sesuatu yang perlu ada kesedaran kepada orang ramai dan pencegahan itu bermula daripada deterrent. Deterrent itu sudah tentu hukuman yang lebih berat termasuk pampasan ini dan memberikan satu mesej yang kuat kepada orang ramai.
Yang keduanya, dalam pindaan yang akan kita bawa nanti juga akan ada pindaan terhadap mata demerit. Mata demerit sekarang ini tidak dilaksanakan dengan begitu efektif kerana mata demerit kepada pemandu-pemandu sekarang ini hanya diletakkan mata demerit selepas mereka bayar saman. Jadi, itu tidak ada satu deterrent punya faktor. Jadi, kita akan tambah baik untuk kita pastikan bahawa akan ada pelaksanaan mata demerit itu kepada pemandu-pemandu. Jadi, mereka perlu berhati-hati, perlu lebih ada kesedaran terhadap keselamatan semasa mereka memandu.
Dan yang paling penting ialah kita kena menyedarkan setiap pemandu bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada diri mereka, kepada orang lain, tetapi kepada masyarakat. Apabila mereka memandu, keselamatan jalan raya itu kalau ada apa-apa kecuaian ataupun mereka memandu dengan apa-apa pengaruh, maka kesannya kepada masyarakat, kepada orang lain amatlah besar.
Jadi, ini sesuatu kempen ataupun tugas ataupun usaha yang berterusan.
Saya rasa memang tak ada mana-mana satu undang-undang yang boleh menyelesaikan segala isu ini. Tetapi, ia memerlukan pelbagai pendekatan dan juga usaha bersama semua pihak dan usaha yang berterusan untuk memastikan jalan raya kita ini lebih selamat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjung Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
Terima kasih, Tan Sir Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan berapakah jumlah pelancong ke Tanjung Piai, Kukup dan Pekan Nanas setiap tahun sejak 2022 hingga kini, serta apakah langkah menjadikan Pekan Nanas sebagai “stopover destination” melalui pakej agropelancongan yang menghubungkan ladang, produk tempatan, rekreasi dan penginapan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Berdasarkan data Perbadanan Taman Negara Johor, Tanjung Piai merekodkan 159,644 pelawat pada tahun 2022 meningkat kepada 171,596 orang pada tahun 2023 sebelum menurun kepada 126,100 orang pada tahun 2024 dan 107,982 orang pada tahun 2025.
Bagi Kukup, seramai 282 pelawat direkodkan pada tahun 2022. Kawasan tersebut ditutup pada tahun 2023 sebelum menerima 13,283 pelawat pada tahun 2024 dan 17,762 orang pada tahun 2025. Walau bagaimanapun, data khusus bagi Pekan Nanas tidak tersedia daripada kerajaan negeri.
Bagi merancakkan pelancongan di Pontian, kerjasama antara MOTAC melalui Tourism Malaysia, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Tourism Johor dan penggiat industri seperti ejen pelancongan serta pengusaha ladang amat penting dalam membangunkan pakej agropelancongan yang menarik dan berbaloi untuk wang yang dibelanjakan ataupun value for money, dengan izin.
Usaha ini dapat menjadikan Pekan Nanas sebagai destinasi persinggahan ataupun stopover hub yang menawarkan pengalaman agropelancongan berasaskan nanas sebelum pelancong meneruskan perjalanan ke Kukup atau Tanjung Piai.
Pendekatan ini dapat menjadikan perjalanan lebih menarik, menggalakkan perbelanjaan pelancong dan meningkatkan pendapatan pengusaha serta komuniti tempatan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tanjung Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tahun Melawat Malaysia 2026/2027. So, saya ingin tahu, apakah strategi khusus kerajaan untuk menarik pelancong rentas sempadan seperti negara Singapura yang berkunjung ke Kukup dan Tanjung Piai supaya turut berbelanja di Pekan Nanas termasuk melalui pakej sehari lawatan ladang, pembelian produk nanas dan pengalaman rekreasi yang mempunyai nilai komersial?
Isu kedua ialah memandangkan pembangunan Jalan Budaya Pekan Nanas tengah dibangunkan, namun masih memerlukan anggaran kos sebanyak RM1.5 juta bagi penyediaan pencahayaan jalan dekoratif, pintu gerbang ikonik dan landskap.
Jadi, adakah kementerian menyediakan insentif ataupun geran untuk menjayakan projek tersebut demi untuk menarik pelancong ke Pekan Nanas?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat. Sekiranya adalah untuk geran pembangunan di atas tapak yang dimiliki oleh kerajaan negeri ataupun PBT ataupun agensi-agensi kerajaan, nanti Yang Berhormat boleh berbincang dengan pihak kerajaan negeri supaya diangkat untuk projek pembangunan kelak.
Untuk Pekan Nanas ini, pada pendapat kami, ia adalah destinasi yang berpotensi untuk kita angkat sebagai destinasi pelancongan berasaskan agropelancongan.
Tuan Chiew Choon Man
Dan ini juga satu usaha untuk kita terus menonjolkan kepelbagaian produk pelancongan yang terdapat di negara kita supaya setiap tempat juga akan menjadi tarikan utama kepada pelancong, pelawat, sama ada dari Singapore ataupun negara-negara luar.
Dan umpamanya sebagai contoh di Pekan Nanas ini, kita boleh menjadikannya— membuat pakej pelancongan yang bersepadu, yang menggabungkan contohnya lawatan ke ladang nanas, kita boleh buat adakan pengalaman belajar proses penanaman dan pemprosesan nanas. Seterusnya, kita boleh uar-uarkan produk tempatan dan juga akhirnya penginapan di kawasan sekitar ladang nanas tersebut. Dan saya percaya ini akan membawa satu pengalaman yang luar biasa bagi pelawat yang datang ke situ.
Dan kalau Yang Berhormat ada sebarang cadangan, bolehlah kemukakan dan berjumpa dengan pejabat Tourism Malaysia di Zon Selatan untuk kita sama- sama angkat produk pelancongan di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat sekarang selesailah sesi penerangan, soal jawab. Minta maaf ya. Soal jawab hari ini dan saya jemput Menteri untuk Peraturan Mesyuarat 12.1.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 19 Oktober 2026.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tan Sri Yang di-Pertua, setelah lebih tiga dekad institusi Parlimen Malaysia akhirnya kembali memiliki autonomi perkhidmatannya sendiri melalui penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, Akta 869 pada 1 Oktober 2026.
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Parlimen pernah mempunyai perkhidmatan tersendiri di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Namun, akta tersebut telah dimansuhkan pada tahun 1992 menyebabkan pentadbiran
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
perkhidmatan Parlimen diletakkan di bawah perkhidmatan awam selama lebih kurang 30 tahun. Bererti pentadbiran dikawal oleh eksekutif.
Semalam, 14 Oktober 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah membentangkan usul penamaan empat Ahli Dewan Rakyat sebagai Anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen yang telah mendapat persetujuan Dewan yang mulia ini sebulat suara. Terima kasih kepada semua Ahli Dewan.
Susulan itu, Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia telah disempurnakan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari yang sama, bersama kedua-dua Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersama beberapa kepimpinan- kepimpinan kerajaan dan Ahli-ahli Parlimen sebagai simbolik peralihan pentadbiran perkhidmatan Parlimen daripada cabang eksekutif kepada cabang legislatif.
Dan hari ini Tan Sri Yang di-Pertua, 15 Oktober 2026, izinkan saya memberikan penerangan berhubung dengan pelaksanaan dan pengoperasian akta ini dan Majlis Perkhidmatan Parlimen. Tan Sri Yang di-Pertua, teras utama Akta 869 ialah penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen ataupun dipanggil MPP, bukan majlis persatuan pelajar Tan Sri ya, di bawah seksyen 3 yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir perkhidmatan Parlimen secara lebih bebas, lebih profesional dan lebih berkesan.
Majlis ini akan dipengerusikan bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan keanggotaan merangkumi kepimpinan kedua-dua Dewan, wakil Ahli Parlimen, pegawai kanan Parlimen serta tiga orang ahli ex officio. Di bawah seksyen 4, majlis diberikan tanggungjawab dalam urusan pelantikan anggota perkhidmatan, penentuan terma dan syarat perkhidmatan, pengawasan kewangan, pembangunan latihan serta pengurusan hal ehwal perkhidmatan Parlimen.
Majlis ini turut dibantu oleh Ketua Pentadbir Parlimen dan tiga jawatankuasa, khusus menguruskan kenaikan pangkat, tatatertib serta rayuan perkhidmatan.
Matlamatnya jelas, Parlimen mesti mempunyai keupayaan institusi untuk mengurus pentadbirannya sendiri dengan cekap, profesional dan berintegriti.
Tan Sri Yang di-Pertua, satu perkara yang sangat penting yang ingin saya tegaskan ialah Majlis Perkhidmatan Parlimen ini bukan milik kerajaan semata-mata tetapi adalah satu institusi yang berkhidmat untuk seluruh Parlimen. Atas semangat tersebutlah kerajaan telah bersetuju supaya dua wakil pembangkang turut
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
menganggotai majlis ini.
[Tepuk] Tahniah kepada YB Beluran dan Kota Bharu, walaupun mereka tak ada dalam Dewan tak apa, kita bagi mereka undi.
Tuan Yang di-Pertua
Ada, ada, ada.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Sebab kita sayang kepada mereka, hari ini dalam Dewan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Beluran, Beluran ada Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Menang tanpa undi langsung. Semua menang suara. Beluran ada eh? Minta maaf. Sebagaimana dipersetujui ketika akta ini telah dibahaskan pada tahun lepas Mac 2026, maaf Mac 2025 tahun lepas.
Pada 13 Oktober 2026, Jawatankuasa Pemilih sepertimana Tan Sri sendiri yang mempengerusikan telah mencadangkan empat Ahli Dewan Rakyat untuk menganggotai, Yang Berhormat Gelugor dan Yang Berhormat Simpang Renggam mewakili kerajaan, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Kota Bharu mewakili pembangkang dan insya-Allah Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara yang akan bermesyuarat pada hujung bulan November sebelum persidangan Dewan Negara bersidang akan mewujudkan satu usul pada hari pertama sidang Dewan Negara untuk memberikan dua nama untuk dibaca dan diundi pada hari pertama Dewan Negara.
Sepertimana yang saya telah maklumkan sebentar tadi, penamaan ini telah mendapat persetujuan Dewan pada 14 Oktober, semalam melalui usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Majlis. Inilah semangat reformasi yang nak kita bina apabila melibatkan kepentingan institusi Parlimen, perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama.
Kerajaan dan pembangkang mungkin berbeza pendirian dalam dasar dan politik tetapi kedua-duanya mempunyai tanggungjawab bersama untuk mempertahankan kewibawaan institusi Parlimen. Dari sudut pelaksanaan, penguatkuasaan akta ini turut mewujudkan skim perkhidmatan Parlimen yang baharu. Pegawai sedia ada diberikan pilihan sama ada untuk menyertai skim baharu atau kekal dalam skim perkhidmatan masing-masing.
Setakat ini Tan Sri Yang di-Pertua, dimaklumkan ketika ini seramai 34 pegawai Dewan Rakyat, 12 pegawai Dewan Negara dan 7 pegawai Bahagian Penyelidikan telah menyatakan persetujuan untuk menyertai perkhidmatan Parlimen.
Pegawai-pegawai yang terlibat diberi tempoh sehingga 15 Januari 2027 untuk membuat keputusan. Peralihan ini penting bagi memastikan autonomi Parlimen
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
bukan hanya wujud dari segi perundangan tetapi dapat diterjemahkan melalui pentadbiran dan pengurusan sumber manusia yang lebih berkesan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri penerangan ini dengan menegaskan bahawa reformasi institusi Parlimen tidak seharusnya diukur hanya melalui berapa banyak undang-undang yang kita luluskan. Ukuran sebenar ialah sejauh mana kita berani mengubah institusi, memperkukuh akauntabiliti dan memastikan sistem demokrasi negara kita mampu berfungsi dengan lebih baik untuk generasi akan datang.
Autonomi Parlimen bukan bermaksud Parlimen terpisah daripada prinsip akauntabiliti, sebaliknya autonomi mesti disertai dengan tanggungjawab, dengan ketelusan, dengan profesionalisme yang lebih tinggi. Perkhidmatan Parlimen yang baru ini perlu memberikan sokongan yang adil dan berkualiti kepada semua Ahli-ahli Parlimen, sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, termasuk dalam urusan persidangan Dewan, Jawatankuasa Pilihan, penyelidikan dan kemudahan Parlimen.
Kerajaan boleh bertukar Tan Sri. Majoriti politik pun boleh berubah tetapi institusi Parlimen mesti kekal kukuh, bebas dan dihormati. Itulah semangat sebenarnya Demokrasi Berparlimen yang sedang kita berhadapan dan melaksanakan. Semoga Majlis Perkhidmatan Parlimen yang baru ini menjadi lambang kematangan demokrasi dalam negara kita. Satu legasi penting untuk generasi yang akan datang.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tahniah kepada semua yang akan menjadi ahli Majlis. Bererti di Parlimen, Beluran, Kota Bharu, Simpang Renggam, dan juga Bukit Gelugor akan menjadi bos- bos baharu kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Jadi, haraplah pandang- pandang dan dengar-dengarlah apa yang hendak dibuat dan dilaksanakan. Jadi, sebelum saya duduk, biarlah saya mengakhiri serangkap pantun untuk menutup penerangan saya.
*Patah tumbuh hilang berganti, Adat pusaka kekal terpelihara; Kuasa berubah silih berganti, Parlimen berdaulat sepanjang negara.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) telah membuat
Tuan Yang di-Pertua
penerangan Menteri mengenai pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen. Saya hendak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan sokongan dalam usaha merealisasikan pelaksanaan akta ini.
Dengan perkembangan terkini, saya berharap agar fungsi Parlimen akan terus diperkasakan dalam membuat undang-undang, peranan semak dan imbang serta mewakili rakyat semua. Untuk itu, Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan Menteri. Setiausaha, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, ada beberapa kali penerangan Menteri itu dibenarkan kita bahas empat orang.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sepatutnya berlaku semalam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab saya rasa beberapa kenyataan sini saya nak kena tanya kepada Menteri. Contohnya, bila Menteri kata perkhidmatan yang adil kepada semua Ahli Parlimen. Jadi, saya hendak tanya apa maksud adil di situ? Sebab bila kelmarin, Yang Berhormat pun ada di sana, di meja besar sana saya jumpa dengan Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat.
Jadi, bila saya tanya tentang peruntukan, Perdana Menteri macam tunjuk kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat pula akan tunjuk kepada ahli Majlis. Jadi, apakah apabila kita kata Perkhidmatan Parlimen ini hanya Perkhidmatan Parlimen?
Tetapi di sini sebut ialah perkhidmatan kepada Ahli Parlimen. Tetapi Ahli Parlimen sekarang ini, kami tidak dapat apa, Ahli Parlimen pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peruntukan itu tidak dipindahkan. Jadi, kita minta peruntukan yang diberi kepada Ahli Parlimen kerajaan sekarang ini juga dipindah, diuruskan oleh Parlimen. Parlimen uruskan Ahli Parlimen.
Bukan Perdana Menteri juga masih campur tangan seperti yang berlaku sekarang.
Perdana Menteri tak boleh kacau lagi, kita ada Parlimen. Speaker jadi bos. Bos, you are ketua kami sekarang. Jadi ketua, kami macam mana? Tidak bagi keadilan, kami tak dapat peruntukan, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat, okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di mana di dalam akta baharu ini membolehkan Ahli Parlimen mendapat peruntukan yang sama, rakyat Malaysia...
[Tidak jelas] Saya hendak bagi tahu bahawa apa yang disebutkan di sini, pembangkang tidak dapat apa, cuma claim dan sebagainya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Arau, Arau. Saya rasa Arau kelirulah. Itu kuasa eksekutif.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi Ahli Parlimen kerajaan masih mendapat hak mereka daripada Perdana Menteri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu kuasa eksekutif. Parlimen itu perundangan. Arau, Arau jangan kelirukan kuasa legislatif dengan kuasa eksekutif.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, Parlimen tak bebas. Shut up. Duduk. Saya tak minta awak terang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Peruntukan itu kuasa eksekutif, kuasa eksekutif Perdana Menteri boleh tentukan bagi siapa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini orang yang biadab, tak ikut peraturan. Saya tengah bercakap.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Arau sudah kelirulah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Hak Parlimen dan kuasa Parlimen pun tak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Arau dan Kampar. Arau dan Kampar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau tengah bercakap...
Tuan Yang di-Pertua
Arau dan Kampar, sila duduk. Sila duduk, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sila duduk, okey. Bodoh betul.
Tuan Yang di-Pertua
Amat malang, amat-amat malang. Baru kita katakan bahawa Parlimen sekarang ini diberi kuasa untuk mentadbir diri dia sendiri tanpa ganggu gugat daripada eksekutif dan kita telah pun melantik semalam dan memilih semalam dua orang wakil daripada pembangkang, dua orang wakil kerajaan. Biarlah wakil-wakil ini duduk dahulu. Majlis Peralihan Pentadbiran Parlimen pun kita baru tubuh. Majlis Perkhidmatan Parlimen kita baru tubuh, biarlah mereka berbincang dan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Arau, jangan bangun, jangan bangun. Wakil daripada pembangkang dua orang. Bincang dulu dalam pembangkang dan wakil kerajaan pun ada bincang. Saya Pengerusi, saya akan dengar dua-dua belah, berlaku adil kepada semua.
[Dewan Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Jadi— Arau, jangan bangun, jangan bangun.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hendak ucap terima kasih, hendak ucap terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hendak ucap terima kasih tak boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, boleh. Duduk, sama-sama kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hendak ucap terima kasih.
Kalau begitu keadaannya, terima kasih. Boleh cakap macam tu?
Tuan Yang di-Pertua
Sama-sama kasih. Duduk, terima kasih. Baik, saya berharap kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana setelah 33 tahun Parlimen berada di bawah eksekutif termasuk semasa Arau menjadi Menteri. [Dewan riuh] Sekarang kita faham betapa pentingnya seperti yang Menteri kata tadi bahawa Parlimen harus bebas dan merdeka. Maka kita telah pun bebas dan hari ini kita mestilah bersemangat untuk memastikan bahawa kewibawaan kita tidak tercabar. Terima kasih, Arau. Silakan, Setiausaha.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri, sekejap Tan Sri. Saya nak— Tan Sri, saya, saya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Berapa banyak Ketua Majlis Perdana Menteri daripada dua-dua pihak belah sini, belah sana. Berapa banyak Perdana Menteri. Inilah Perdana Menteri yang melepaskan kuasa mengawal Parlimen, bererti cerainya talak tiga. Cuba Tan Sri bayangkan. Jadi, saya rasa semua kita terpaksa terima kasih kepada kerajaan hari ini, iaitu front bench kerana bersetuju untuk melepaskan atas perbahasan yang telah kita bersetuju tahun lepas. Terima kasih, Tan Sri.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Berhormat Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ketua Pembangkang, hendak cakap juga?
Cakap. Hari ini saya berlaku adil sebagai ketua kepada— Silakan Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya bersetuju apa yang Pengerang cakap itu kerana dia benar-benar menyokong Yang Amat Berhormat Tambun yang bersetuju untuk melepaskan kuasa eksekutif tentang menjaga segala-gala yang diperlukan oleh Dewan Rakyat ini atau Parlimen.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Cuma yang saya hendak bangkitkan di sini, sebagai Ketua Pembangkang saya ucapkan juga terima kasih. Tahniah kerana ia nya sudah pun berlalu dan berlaku semalam. Cuma apabila pandangan yang hendak dibangkitkan tadi, saya juga bersetuju dengan Yang di-Pertua, biar mereka bermesyuarat dan akhirnya akan diputuskan kemudian nanti.
Saya minta supaya kalau bolehlah Yang di-Pertua, bila Yang di-Pertua kata keadilan itu bukan hanya bab itu, segala-gala bab yang ada dalam Dewan ini juga diberikan keadilan yang seharusnya. Jadi, itu permintaan saya dan saya juga minta kalau boleh Menteri ingat benda itu— banyak lagi perkara-perkara lain, bukan ada itu sahaja yang saya mahukan. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah. Arau hendak bangun lagi?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tadi Arau sudah berucap, cukuplah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit sahaja Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya ingin bertanya, apakah Yang Berhormat akan beri keadilan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen? Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kalau 10 orang, kami tinggal tiga sahaja, itu kita kena letakkan keadilan 50/50 baru adil. Sebagai contoh.
Banyak lagi Yang Berhormat sebab Yang Berhormat pun telah menyebut tentang akan diberi keadilan terutamanya kepada perkara-perkara lain, tetapi mesti ada keberanian di pihak Speaker sekarang untuk meminta PMX transfer peruntukan daripada JPM kepada Speaker dan Speaker akan berlaku adil.
Speaker tak akan boleh tidur malam kalau hal ini berlaku sebab kami orang yang dizalimi, yang ada pada kami hanya doa. Kami akan doa yang baik-baik sekiranya orang buat baik kepada kami. Tetapi kalau orang tak buat baik, kami doa semoga Allah terbuka pintu hatinya supaya jadi baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri, Tan Sri, saya hendak sebut sedikit sahajalah. Kalau tak adanya perasaan seolah-olah Majlis tidak menjalankan proses keadilan yang sebenarnya bagi semua Ahli-ahli Parlimen dalam ke luar Dewan, saya cadang kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, tukarlah wakil mereka dalam Majlis. Itu kalau dia tidak puas hatilah sebab kita kena berhubung dan bercakap melalui Majlis.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Lepas ini, Tan Sri, sebenarnya, saya hendak betulkan Ketua Pembangkang, saya selaku Menteri yang bertanggungjawab sudah tak boleh bertanggungjawab lagi kepada Parlimen. Semua dilaksanakan oleh mereka-mereka di dalam Dewan ini.
Bererti this is your show, this is your Parliament, selesailah isu yang dibawa oleh Arau kerana takut kemungkinan tidak berlakunya keadilan dalam proses pelaksanaan. Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kalau kita melihat dan membaca akta itu, semua urusan yang berlaku dalam Dewan ini adalah tanggungjawab Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP). Jadi, apa juga kerisauan, kebimbangan, complaints, majulah kepada wakil kita dan wakil kita akan bincang. Saya sebagai Pengerusi bersama dengan Yang di-Pertua Dewan Negara akan dengar dan kita akan buat keputusan mengikut apa yang telah pun dibangkitkan. Saya ingat semua faham, sebab itu sebelum ada pemikiran-pemikiran yang lain, baca dulu akta itu sebab akta itu melibatkan kita semua. Bukan eksekutif, tetapi melibatkan kita. Baik.
Setiausaha, silakan.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkatan 1952; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam
Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027
ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [14 Oktober
2025] Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya mempunyai senarai yang panjang juga hari ini dan kita ada 18. Saya bacakan nama-nama Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian. Yang pertama Bagan, kemudian Kemaman, Batu Pahat, Tanah Merah, Tanjung Piai, Arau, Betong, Rompin, Bukit Gelugor, Sungai Besar, Ranau, Mersing, Selayang, Jerantut, Shah Alam, Saratok, Klang dan Kuala Langat.
Masing-masing diberikan 15 minit kecuali Bagan yang diberikan 20 minit, wakil ketua parti. Silakan Bagan mulai sekarang.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya bangun untuk menyokong sepenuhnya Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Oktober yang lalu, saya terpanggil untuk menimbulkan krisis cuaca jerebu buatan manusia yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan anak-anak kita serta kemakmuran ekonomi negara.
Pencetus utama krisis jerebu berpunca dari karhutla atau kebakaran hutan dan lahan yang bertambah serius tahun ini dan melibatkan keluasan 300,000 hektar di Republik Indonesia atau lebih 70 peratus lebih besar daripada karhutla berbanding dengan tahun 2025.
Kini sekolah ditutup. Pekerja-pekerja khususnya dalam sektor gig dan juga Grab terpaksa berhenti kerja dalam krisis jerebu ini. Kesan kesihatan secara jangka panjang belum dikesan lagi. Secara ringkas, pihak kerajaan harus menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Amat dikesali bahawa Kerajaan Republik Indonesia enggan meneruskan bantuan antarabangsa daripada negara Jepun yang telah pun tamat ataupun segera menerima bantuan negara asing yang ditawarkan termasuk Malaysia. Alasannya ialah Indonesia mampu menangani karhutla, sungguhpun realitinya yang benar adalah sebaliknya.
Malaysia tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dengan krisis ini yang berulang setiap tahun. Malaysia, Singapura dan Filipina bersama dengan Indonesia harus menubuhkan satu petugas khas karhutla ASEAN secara tetap dengan anggota penyelamat kekal sepanjang tahun yang boleh bertindak dengan segera bila berlakunya karhutla barulah krisis jerebu dapat dibendung atau dikurangkan.
Sekiranya Kerajaan Indonesia masih enggan menerima petugas khas karhutla ASEAN atas sebab kedaulatan negara, maka Kerajaan Malaysia tidak ada jalan lain kecuali bertindak dengan memulakan tuntutan ganti rugi secara perundangan. Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam sahaja lagi tanpa sebarang tindakan menghadapi krisis jerebu ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang menyayat hati ialah keselamatan anak-anak kita dalam sekolah-sekolah terus terancam dengan berulangnya kes kematian dan rogol. Saya telah menyentuh perkara ini di dalam ucapan Belanjawan 2026 pada tahun lepas. Malangnya, ia tetap berulang lagi.
Nyawa yang hilang tidak boleh dihidupkan semula dan serangan seksual tidak boleh dipadamkan. Saya mengulangi tiga langkah utama untuk sekolah kerajaan dan swasta yang harus dijalankan dengan segera demi mengatasi masalah buli dan gangguan fizikal yang merupakan punca utama semua kejadian malang ini.
Pertama, kembalikan rotan secara meluas ke dalam perkarangan sekolah dengan mewajibkan semua guru-guru yang ditugaskan merotan pelajar harus menjalani pemeriksaan psikologi secara berkala demi kesihatan dan keselamatan para guru dan pelajar.
Mengapa pada zaman sekolah kami Tan Sri tahun 70-an di mana merotan dibenarkan secara meluas. Tidak ada kes bunuh, tidak ada kes rogol seperti yang berlaku sekarang. Betul tak Tan Sri? Malah tidak ada kesan psikologi negatif pun ke atas pelajar-pelajar masa itu, termasuk yang kena dirotan. Banyak, ramai daripada mereka sekarang masyhur, berjaya dan kaya-raya. Ingat, peringatan yang selalu ditegaskan, spare the rod, spoil the child, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kedua, meluluskan peruntukan kecemasan untuk memasang CCTV dalam perkarangan lebih 10,000 buah sekolah kerajaan dalam negara demi keselamatan pelajar-pelajar.
Ketiga, merangka satu sistem sokongan dan dukungan antibuli dan anti gangguan seksual secara menyeluruh dengan meningkatkan penyeliaan, pengawasan dalam perkarangan sekolah dengan rondaan yang lebih kerap, pelaksanaan libat urus dengan pelajar dan ibu bapa untuk mendidik tentang gejala buli serta kapasiti mengesan, mengenal pastinya dan melaporkannya.
Tan Sri Yang di-Pertua, berbalik kepada Belanjawan 2027. Ia memang bercorak reformasi ekonomi dengan menunaikan beberapa janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan yang menjaminkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi yang dikongsi bersama.
Saya mengambil kesempatan selain daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican dan semua warga MOF atas usaha gigih mereka menjayakan Belanjawan 2027 ini.
Buat kali pertama, bukan sahaja golongan B40 tapi golongan M40 dan juga 1.2 juta PMKS, perindustrian mikro, kecil dan sederhana dapat menikmati manfaat tambahan wang dalam dompet mereka. Saya menghargai persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menambahkan pelepasan cukai individu sebanyak RM3,000 daripada RM9,000 kepada RM12,000 yang tidak ditambah sejak tahun 2010.
Potongan cukai korporat kepada PMKS, potongan SST untuk bayaran perkhidmatan rumah orang tua swasta daripada lapan peratus kepada enam peratus untuk bayaran yang melebihi RM96,000 setahun. Semua potongan kadar cukai korporat PMKS dan kenaikan pelepasan cukai individu, membolehkan pembayar cukai individu dan korporat menjimatkan hampir RM3 bilion pada tahun 2027. Terima kasih kepada PMX kerana membolehkan pembayar cukai menjimatkan RM3 bilion untuk tahun depan.
Jumlah hasil Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip RM381 bilion pada tahun 2027 dan selepas langkah percukaian Belanjawan 2027, sebanyak RM3 bilion hasil bersih kerajaan ialah sebanyak RM378 bilion. Sungguh pun begitu, pihak kerajaan masih berjaya mengurangkan defisit bajet daripada 3.6 peratus kepada 3.3 peratus KDNK. Satu prestasi yang cemerlang.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sememangnya Belanjawan 2027 meningkat daripada RM470 bilion kepada— sebanyak RM470 bilion pada tahun 2026 kepada RM510 bilion untuk tahun depan. Ini perlu untuk menampung kenaikan subsidi dan bantuan kewangan.
Pertumbuhan ekonomi melebihi lima peratus berbanding dengan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 3.4 peratus. Inflasi terkawal dengan 2.5 peratus berbanding dengan inflasi dunia sebanyak 4.7 peratus.
Ekonomi dunia kini tertekan dengan pulangan bon yang naik melepasi lima peratus, hutang kerajaan yang kian meningkat, perang teluk, ekonomi lembap dan ketidakstabilan politik di negara barat khususnya Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. Kebimbangannya ialah pertumbuhan ekonomi tidak seimbang atau tidak rata di antara sektor dan industri.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
PMKS akan menghadapi tekanan yang lebih besar daripada persaingan potongan harga oleh syarikat asing. Itulah asas mengapa suatu kerangka fiskal dan kewangan yang lebih menyeluruh dan lengkap masih diperlukan untuk membantu individu dan syarikat yang rentan demi menyelamatkan PMKS dan menegakkan prinsip keterangkuman atau inklusif.
Saya ingin mengesyorkan lapan perkara berikut yang harus diambil kira.
Satu, mengekalkan peratusan pekerja asing kepada 15 peratus tenaga kerja negara.
Meluluskan tambahan dan pemprosesan pekerja-pekerja asing dengan pendigitalan dan kelulusan visa secara urusan online.
Dua, memasukkan caruman dua peratus KWSP untuk pekerja-pekerja asing dan tidak melaksanakan kadar gaji minimum bulanan untuk pekerja asing yang sedia ada dan hanya ke atas pekerja asing yang baharu perlu berhati-hati dengan perbelanjaan gaji pekerja asing yang dianggarkan sebanyak RM70 bilion setiap tahun, di mana sebarang perubahan kepada gaji hanya dikenakan ke atas pekerja asing baharu iaitu gaji minimum bulanan dikenakan ke atas yang baharu, tetapi yang sedia ada ikut kontrak pekerjaan mereka kekal pada tahap asal.
Ketiga, melaksanakan moratorium bayaran faedah untuk PMKS bagi tempoh setahun bagi pinjaman bank mereka yang sedia ada.
Keempat, meluluskan pinjaman PMKS tanpa faedah dan tanpa cagaran untuk jumlah sebanyak RM50,000 pertama bagi 500,000 buah PMKS berjumlah RM25 bilion.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kelima, memperuntukkan 10 peratus daripada peruntukan kerajaan bagi kaum bumi kepada golongan bukan bumi tanpa mengurangkan peruntukan bumiputera.
Keenam, mengkaji semula perluasan skop SST ke atas perniagaan Malaysia yang dilaksanakan pada 1 Julai 2025.
Tujuh, menubuhkan tribunal pembayaran cukai khas bagi individu dan perindustrian mikro kecil dan sederhana berkaitan pertikaian cukai yang dikenakan.
Dan yang kelapan, kembalikan syarat asal pegangan kepada 30 peratus daripada 50 peratus ekuiti bumiputera bagi syarikat swasta yang ingin membeli hartanah syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan atau GLIC.
Tan Sri Yang di-Pertua, industri perbankan memang mampu menampung kos moratorium faedah bagi pinjaman sedia ada PMKS untuk tempoh setahun. Industri perbankan telah mencatatkan kenaikan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.5 bilion atau 13.5 peratus dalam tahun 2025. Daripada keuntungan sebelum cukai secara keseluruhannya sebanyak RM48.3 bilion pada tahun 2024 kepada RM54.8 bilion dalam tahun 2025.
Kos pinjaman tanpa faedah sebanyak RM50,000 untuk 500,000 buah PMKS atau jumlah keseluruhan RM25 bilion dengan kadar faedah empat peratus setahun adalah setakat RM1 bilion sahaja. Kos faedah sebanyak RM1 bilion ini memang boleh ditanggung oleh industri perbankan bila tidak ada industri atau sektor dalam Malaysia yang memiliki prestasi kenaikan keuntungan 2025 yang begitu tinggi sebanyak 13.5 peratus ataupun RM54.8 bilion.
Peranan penting PMKS nyata sekali dengan sumbangan 40 peratus kepada KDNK yang ingin dinaikkan kepada 50 peratus menjanakan 49 peratus pekerjaan negara dan hampir 15 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada 2025 datangnya daripada PMKS. Lagipun, rekod bayaran balik pinjaman bank oleh PMKS pun baik.
Tan Sri Yang di-Pertua, mengikut Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2025, saya ingin meminta pihak kementerian memberikan pecahan setiap komitmen pampasan konsesi lebuh raya yang berjumlah sebanyak RM804 bilion. Pampasan kelewatan bayaran cukai pendapatan untuk syarikat telah naik dengan begitu ketara sekali daripada RM23.3 bilion pada 2024 kepada RM88 bilion pada 2025. Apakah punca kenaikan ini? Bilakah jumlah ini akan dipulangkan demi meringankan masalah aliran tunai syarikat-syarikat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Penyata jaminan berkanun untuk agensi GLC, GLIC dan syarikat milikan kerajaan menunjukkan kenaikan ketara daripada RM1.75 trilion pada 2024 kepada RM1.921 trilion pada 2025. Apakah risiko pendedahan kepada kerajaan dalam konteks berapa jumlah jaminan berkanun ini berisiko tinggi dan dari agensi mana?
Nyatakan langkah untuk mengurangkan jaminan berkanun ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman pusat kewangan teknologi negara atau PKTN di Pulau Pinang dengan dana benih kerajaan sebanyak RM100 juta. PKTN merupakan satu peluang untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah hub pembinaan elektronik dunia kepada satu pusat teknologi watan, inovasi dan penciptaan kekayaan.
Sekiranya PKTN hendak berjaya, ia tidak boleh berfungsi sebagai satu pusat kewangan khas tradisional, tetapi berteraskan inovasi, idea, dana, teknologi dan pasaran komersial dengan menggabungkan syarikat startup, universiti, institusi bank dan kewangan, pelabur dan dana peneroka atau venture capital.
Dana kewangan hanya boleh diperolehi dengan wujudnya infrastruktur kewangan yang kukuh, yang boleh menjaminkan insentif kewangan, penyertaan institusi dan projek berkualiti serta kapasiti pelaksanaan yang berkesan. Ini hanya dengan wujudnya satu pusat kewangan khas untuk dengan izin compliment PKTN ini.
Oleh yang demikian, sebuah pusat kewangan khas harus diluluskan di Ampang Jajar di antara kawasan Parlimen Permatang Pauh dan Bagan di Seberang Perai untuk melengkapkan PKTN ini. Kelulusan sebuah pusat kewangan khas di Ampang Jajar juga akan membantu membawa pembangunan seimbang di antara kawasan pulau dan Seberang Perai.
Tan Sri Yang di-Pertua, dengan bilangan pesakit klinik kesihatan Butterworth, kelas satu yang melebihi 600 orang setiap hari adalah perlu sebuah klinik kesihatan kelas satu yang bernilai RM131 juta diluluskan untuk dibina. Saya memohon dan menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meluluskannya dengan segera agar mengatasi keperluan kesihatan oleh orang awam dan juga isu-isu sosial yang berbangkit agar tidak diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Merujuk kepada Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti yang diringkaskan sebagai BuAI atau IUI dalam bahasa Inggeris. Sebanyak 2,000 rawatan untuk seluruh negara yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi dan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
harus dinaikkan kepada 20,000 rawatan demi menggiatkan kelahiran dan memenuhi permintaan yang agak tinggi ini.
Di Pulau Pinang saya difahamkan IUI dikelolakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) di Kepala Batas. Saya memohon sebuah lagi pusat IUI ditubuhkan di kawasan Pulau untuk penduduk di situ.
Tan Sri Yang di-Pertua, kecekapan dan kepakaran dalam menguruskan ekonomi amat penting untuk masa depan kita semua. Jelas sekali, parti lawan jauh ketinggalan dan bergantung kepada permainan sentimen sempit dan songsang demi mengalikan perhatian daripada kegagalannya untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Prestasi ekonomi SG4 dan bekalan air paip bersih yang tidak mencukupi mencerminkan kewibawaan pemimpin mereka. Hanya sebuah kerajaan yang stabil di bawah kepimpinan berwibawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja yang mampu menguruskan ekonomi dengan lebih profesional, mengurangkan kos sara hidup, menjaminkan lebih kekayaan agar rakyat boleh hidup lebih senang.
Saya hendak mengakhiri ucapan saya dengan memetik seorang ahli sejarah dan juga ahli ekonomi Ibnu Khaldun yang telah buat analisis ekonomi awam, bahawa pada awalnya apabila kadar cukai rendah, tetapi jumlah cukai yang dikutip adalah banyak. Tapi, akhirnya selepas beratus tahun, apabila empayar atau dinasti tersebut mula malap, kadar cukai tinggi, tapi jumlah yang dikutip, jauh lebih rendah daripada masa atau zaman kadar cukai itu rendah.
Ini menunjukkan kalau kadar cukai diletakkan terlalu tinggi, tidak ada insentif oleh pihak swasta. Itulah sebabnya kita harus lihat daripada sejarah, jangan kenakan kadar cukai yang lebih tinggi. Kalau boleh, kurangkan cukai untuk membantu pihak swasta memperbanyakkan insentif dan saya pasti jumlah yang dikutip hasil kerajaan akan bertambah dan negara kita akan maju bersama-sama. Sekian, terima kasih saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Jam menunjukkan pukul 1.02 tengah hari. Dewan ditangguhkan dan insya-Allah kita akan jumpa lagi jam 2.30 tengah hari. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kemaman.
Seorang Ahli
*Next PM.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]*
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Berselawat] Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas segala usaha yang saya kira tentulah melibatkan banyak komitmen dalam penyediaan Belanjawan 2027 yang sudah tentu menuntut suatu pertimbangan yang sangat teliti antara kemampuan kewangan negara, keperluan rakyat dan tuntutan pembangunan jangka panjang.
Dalam membahas rang undang-undang ini, perbekalan ini, ucapan hari ini saya akan paksikan pada dua prinsip yang utama, iaitu yang pertama tentang keadilan, dan yang kedua tentang keupayaan.
Keadilan yang saya maksudkan ialah berkisar kepada pengagihan pembangunan, penghormatan kepada hak rakyat yang telah dipersetujui serta peluang yang saksama untuk setiap negeri dan rakyat. Keupayaan pula adalah berkait dengan kekuatan kewangan, kecekapan pentadbiran dan kebijaksanaan kerajaan dalam memenuhi tanggungjawabnya, khususnya ketika kita berdepan dengan suasana ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.
Kedua, prinsip ini saling berkait. Tanpa keadilan pembangunan tidak akan dirasai secara saksama, dan tanpa keupayaan, janji pembangunan pula sukar diterjemahkan kepada kenyataan. Akhirnya, ia akan tinggal sebagai satu janji yang tidak dapat dilaksanakan Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 menyasarkan defisit fiskal sebanyak 3.3 peratus daripada KDNK, dan perkara ini dilihat sering menjadi fokus yang ditekankan oleh kerajaan. Saya berpandangan kemampanan fiskal tidak seharusnya diukur melalui penurunan defisit semata-mata. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana kerajaan masih mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan rakyat, membiayai pembangunan dan menghadapi krisis tanpa menjejaskan kesejahteraan generasi akan datang.
Berdasarkan angka yang dibentangkan, kita dapati bahawa bayaran khidmat hutang meningkat sebanyak 6.5 peratus daripada RM57.3 bilion kepada RM61 bilion.
Jumlah ini merangkumi 16.2 peratus daripada keseluruhan pendapatan mengurus Kerajaan Persekutuan. Pertambahan bayaran khidmat hutang sebanyak RM3.7
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
bilion ini sudah pun melebihi pertambahan peruntukan pembangunan sebanyak RM2 bilion. Dengan kata lain, pertambahan komitmen untuk membayar hutang adalah lebih besar daripada pertambahan peruntukan yang disediakan untuk pembangunan negara. Keadaan ini wajar menjadi peringatan bahawa ruang fiskal kita perlu diurus dengan lebih berhemat dan berpandangan jauh.
Tuan Yang di-Pertua, hutang negara tidak semata-mata angka di dalam lembaran kewangan. Setiap pertambahan komitmen membayar hutang adalah membawa kos peluang yang perlu kita pertimbangkan. Apabila semakin banyak wang diperlukan untuk memenuhi bayaran khidmat hutang, ruang untuk membina sekolah dan hospital, menaik taraf jalan raya, memperluas bekalan air bersih serta meningkatkan kemudahan awam boleh menjadi semakin terbatas.
Akhirnya, rakyat yang berisiko menanggung kesannya melalui pembangunan yang lebih perlahan. Kemudian yang tertangguh dan ruang bantuan yang semakin sempit dan perkara ini telah dibangkitkan oleh ramai di kalangan rakan-rakan, Ahli- ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Belanjawan 2027, kerajaan merujuk pemikiran John Rawls melalui gagasan Justice as Fairness, dengan izin atau keadilan sebagai kesaksamaan. Jika kerajaan mahu menjadikan Rawls sebagai asas falsafah keadilan, kita perlu meneliti bukan sahaja pada prinsipnya, tetapi juga bagaimana prinsip itu diterjemahkan kepada dasar. Kita boleh juga meneliti pemikiran Amartya Sen, yang juga merupakan seorang pakar ekonomi, pemenang anugerah Nobel. Di dalam bukunya, The Idea of Justice dengan izin, yang menekankan bahawa keadilan juga perlu dinilai berdasarkan keadaan sebenar dan sejauh mana ketidakadilan dapat diperbaiki.
Poin yang saya ingin simpulkan ialah, dua negeri mungkin menerima peruntukan yang sama tetapi setiap satunya mempunyai keupayaan yang berbeza untuk membina infrastruktur, menarik pelaburan dan meningkatkan pendapatan rakyat. Oleh itu, jumlah peruntukan semata-mata tidak memadai untuk menentukan sama ada sesuatu dasar benar-benar adil. Jika Rawls mengajak kita membayangkan peraturan yang adil tanpa mengetahui kekurangan kita dalam masyarakat, Amartya Sen pula mengingatkan kita supaya menilai kesan sebenar peraturan tersebut terhadap kehidupan manusia.
Dalam konteks pembangunan negara, prinsip ini menuntut kita melihat peruntukan yang diagihkan lebih daripada sekadar angka. Apa yang lebih utama,
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
sejauh mana besarnya jurang pembangunan dan keupayaan setiap negeri untuk membangunkan ekonomi mereka.
Justeru, di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan formula penyamarataan fiskal dan pembangunan antara negeri yang telus, konsisten dan berasaskan keperluan sebenar.
Formula ini hendaklah mengambil kira empat faktor utama iaitu: pertama, keperluan fiskal setiap negeri; kedua, keupayaan menjana hasil sendiri; ketiga, jurang infrastruktur; serta yang keempat, perbezaan kuasa pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam.
Melalui pendekatan ini, pengagihan peruntukan dapat dibuat berdasarkan kriteria yang jelas dan bukan semata-mata bergantung pada budi bicara sesebuah pentadbiran di peringkat Persekutuan. Apatah lagi ianya bukan kerana pertimbangan sentimen politik kepartian atau nilai keakraban. Cadangan ini bukan sesuatu yang asing dalam amalan antarabangsa.
Negara seperti Australia, Kanada dan Jerman yang pernah saya sebut dalam Dewan yang mulia ini, mempunyai sistem penyamarataan fiskal berasaskan formula.
Dengan Australia turut mengambil kira perbezaan kos penyampaian perkhidmatan antara negeri yang membentuk suatu persekutuan atau sesebuah negara.
Di Malaysia, saya rasa semua kita sedia maklum bahawa telah wujud asas dalam Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan, termasuk geran per kapita dan geran penyelenggaraan jalan negeri atau MARRIS.
Namun, ruang masih terbuka untuk memperkukuh mekanisme sedia ada agar lebih responsif terhadap keperluan semasa, terutama keperluan setiap negeri yang berbeza-beza. Geran per kapita misalnya tidak boleh dinilai berdasarkan jumlah penduduk semata-mata, kerana kos menyediakan kemudahan asas turut dipengaruhi oleh keluasan kawasan, taburan penduduk dan tahap pembangunan infrastruktur dan pelbagai perkara ataupun variable dengan izin, yang boleh— yang perlu diambil kira, kerana kita perlu membezakan antara negeri yang berada di koridor yang maju dengan koridor yang belum begitu maju.
Dalam hal ini, kerajaan sebenarnya telah cuba dilihat memahami perkara ini apabila hak Sabah dan Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 sedang dirundingkan dengan begitu teliti.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Pada masa yang sama, prinsip ketelusan, akauntabiliti dan pengagihan yang adil wajar menjadi asas untuk memperkukuh hubungan fiskal antara Kerajaan
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Persekutuan dengan semua negeri setelah mengambil kira kedudukan undang- undang dan keperluan masing-masing. Persoalannya, jika kerajaan menerima kepentingan formula yang telus dan berasaskan prinsip keadilan dalam hubungan fiskal dengan Sabah dan Sarawak, mengapakah prinsip yang sama tidak boleh dipertimbangkan untuk memperkukuh penyamarataan pembangunan antara negeri- negeri di Semenanjung supaya ia berlaku dengan lebih keadilan?
Saya percaya bahawa formula yang jelas, mekanisme semakan berkala dan pelaporan terbuka adalah satu bentuk reform atau tajdid yang boleh dilaksanakan nanti, insya-Allah. Ia akan melonjakkan negeri-negeri yang membentuk negara Malaysia ini supaya semakin kecil disparity-nya atau perbezaan kesenjangan antara negeri-negeri.
Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini memperlihatkan pendekatan pembangunan yang mengambil kira kekuatan dan potensi berbeza setiap negeri.
Saya sangat bersetuju dan menyambut baik pendekatan tersebut. Elemen itu sudah ada, tapi belum begitu menyeluruh. Dalam konteks ini saya berpandangan bahawa pantai timur Semenanjung Malaysia wajar diberikan perhatian yang setimpal agar wilayah ini dapat memainkan peranan lebih besar dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Pahang mempunyai asas industri petrokimia dan kimia di Gebeng yang disokong oleh Pelabuhan Kuantan. Terengganu pula mempunyai ekosistem minyak dan gas, petrokimia, kejuruteraan luar pesisir serta industri maritim di sekitar Kerteh dan Kemaman. Kelantan mempunyai potensi dalam industri marin, perikanan, pemprosesan makanan dan perusahaan halal termasuk di sekitar Tok Bali dan Pasir Mas.
Kekuatan ini bukan untuk dibangunkan secara terpisah, bahkan ia perlu disepadukan supaya dapat membentuk rantaian nilai ekonomi yang saling lengkap melengkapi. Saya mengambil maklum bahawa menurut ECERDC, walaupun kita tahu bahawa mandat terhadap koridor-koridor ekonomi yang bukan sahaja ECERDC, bahkan koridor ekonomi lain di negara kita ini telah melalui zaman yang sangat mencabar pada waktu ini kerana perubahan dasar Kerajaan Persekutuan sejak diperkenalkan koridor ekonomi ini.
Kita dapati bahawa menurut ECERDC, pelan induk ECER 2.0 untuk East- Coast Economic Corridor bagi tempoh 2018 hingga 2025 telah mencatatkan pelaburan direalisasikan sebanyak RM55 bilion, melepasi sasaran RM49 bilion serta mewujudkan lebih 79,000 peluang pekerjaan.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Selain itu, pelaburan yang direalisasikan pada tahun 2025 pula dilaporkan berjumlah RM10 bilion, menyamai sasaran tahunan. Pencapaian ini memberikan asas untuk kita melangkah lebih jauh, khususnya apabila laluan Rel Pantai Timur
(ECRL) beroperasi sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempercepatkan dan memberi suntikan tambahan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan ECER 2026–2030 dengan memberikan keutamaan kepada penyepaduan tiga nod maritim strategik iaitu Kuantan, Kemaman dan Tok Bali bersama kawasan perindustrian serta rangkaian ECRL.
Penyepaduan berstrategik ini adalah penting supaya pelaburan dalam logistik dan kawasan industri dapat menghasilkan manfaat ekonomi yang lebih besar.
Strategi ini tidak boleh terhenti pada pembangunan pelabuhan atau penyediaan infrastruktur fizikal semata-mata. Sebaliknya ia perlu menghubungkan pelaburan dengan industri hiliran, pembuatan komponen marin, pembinaan dan pembaikan kapal, pemprosesan makanan, logistik serta pembangunan tenaga baharu.
Apabila semua sektor ini bergerak secara bersepadu, zon Pantai Timur berpotensi menjadi hab ekonomi yang mampu meningkatkan produktiviti, memperluas pasaran dan menarik pelaburan yang lebih berkualiti, sekali gus mengurangkan kesenjangan atau disparity dengan izin, di antara negeri-negeri di Malaysia dan dengan sendirinya ia akan membantu KDNK untuk negara yang bernama Malaysia ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana yang tidak menentu ini, keselamatan negara bukan sekadar berkait dengan pertahanan dan kawalan sempadan. Ia turut melibatkan bekalan tenaga, kestabilan ekonomi, laluan perdagangan serta keupayaan diplomatik. Justeru itu, Malaysia memerlukan dasar yang mampu melindungi kepentingan nasional dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan antarabangsa yang baik dan ruang untuk menyumbang kepada keamanan serantau serta global.
Dalam komuniti ASEAN, Malaysia perlu terus mendorong ke arah penyelesaian politik terhadap krisis Myanmar dan menangani isu Rohingya melalui pendekatan yang lebih tegas, tersusun dan berkesan. Pendekatan ini mesti mengambil kira kepentingan keselamatan negara, tanggungjawab kemanusiaan serta keperluan mendapatkan penyelesaian jangka panjang. Kita tidak boleh membiarkan krisis berlarutan tanpa usaha diplomatik yang bersungguh-sungguh dan mekanisme pelaksanaan yang jelas.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Dalam hal ini saya mencadangkan supaya pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian yang telah dilancarkan terus diperkukuh dan dipercepatkan dengan perlindungan data yang jelas serta proses penentuan status yang lebih telus.
Kerajaan juga perlu menetapkan pelan tindakan dan garis masa yang jelas bagi menangani keberadaan warga Myanmar di Malaysia dengan membezakan status dan keadaan setiap kumpulan mengikut undang-undang yang terpakai.
Dalam konteks yang lain iaitu dalam konteks BRICS umpamanya, status Malaysia sebagai negara rakan dan bukannya ahli penuh perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempelbagaikan perdagangan, menarik pelaburan serta memperluas kerjasama teknologi. Namun, penyertaan dalam mana-mana kerangka antarabangsa hendaklah dinilai berdasarkan manfaat yang benar-benar diperoleh oleh Malaysia. Saya menggesa kerajaan untuk menetapkan petunjuk prestasi yang bersesuaian dan melaporkan hasil kerjasama tersebut kepada Dewan supaya penyertaan ini membawa pulangan yang lebih baik kepada ekonomi serta rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, Malaysia tidak boleh terperangkap dalam persaingan antara blok kuasa dunia. Dasar luar negara mesti telus berpandukan kepentingan nasional, menghormati undang-undang antarabangsa dan mengekalkan keupayaan untuk bekerjasama dengan semua pihak. Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat perlu dihormati, bukan kerana ia berdiri di belakang mana-mana kuasa besar.
Namun, ia adalah kerana Malaysia konsisten mempunyai prinsip yang teguh, pendirian jelas dan kebijaksanaan untuk menentukan jalannya yang sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, ketegangan di Selat Hormuz membuktikan bahawa konflik yang berlaku jauh dari sempadan Malaysia boleh memberikan kesan langsung kepada negara. Gangguan terhadap laluan strategik ini telah terbukti meningkatkan harga minyak, menaikkan kos logistik, menjejaskan bekalan tenaga dan menambah tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.
Perkembangan ini mengingatkan kita bahawa keselamatan ekonomi Malaysia turut dipengaruhi oleh kestabilan geopolitik antarabangsa. Oleh itu, keselamatan negara dan kestabilan fiskal merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.
Dalam mendepani hal ini, Malaysia perlu memulakan langkah segera dalam memperkukuh perancangan terhadap gangguan bekalan. Antaranya seperti mempunyai stok tenaga yang lebih baik daripada keadaan yang ada sekarang ini dan mengurangkan pendedahan kepada kejutan luaran.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengakhiri perbahasan ini dengan kembali kepada dua prinsip yang menjadi asas ucapan saya iaitu keadilan dan keupayaan. Keadilan adalah tentang bagaimana setiap rakyat di mana jua mereka berada, tidak kiralah di negeri pembangkang atau tidak, diberi peluang yang setara untuk terus berkembang maju.
Keupayaan pula adalah tentang sejauh mana kerajaan mempunyai ruang kewangan, kecekapan pentadbiran dan kebijaksanaan untuk bertindak apabila rakyat memerlukan. Ianya bukan mengenai angka semata-mata yang kita uar-uar setiap masa. Inilah ukuran yang sewajarnya digunakan untuk menilai Belanjawan 2027.
Kita mahu kewangan negara yang kukuh, pembangunan yang seimbang, hubungan Persekutuan dengan negeri yang berasaskan kepercayaan serta dasar luar yang mempertahankan kepentingan nasional dan elemen politik tidak menjadi suatu kebimbangan kepada mana-mana negeri yang melakukan perubahan. Kalau kita jangka mungkin dalam pilihan raya akan datang akan berlaku perubahan yang lebih besar lagi sehingga ke peringkat Persekutuan. Semoga segala ikhtiar kita membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada Batu Pahat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar RUU Perbekalan 2027.
Pertamanya, Batu Pahat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2027 ini.
[Tepuk] Batu Pahat melihat Belanjawan 2027 ini bukan sekadar membentangkan angka-angka peruntukan yang besar, tetapi turut mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan pembangunan negara dapat diteruskan secara lebih tersusun dan mampan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin memulakan perbahasan dengan memberikan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas kejayaan mengawal dan mengurangkan defisit fiskal negara secara konsisten.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Kita semua sedia maklum bahawa apabila Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran negara, kedudukan kewangan negara berdepan dengan pelbagai cabaran. Termasuk bebanan hutang, komitmen perbelanjaan yang tinggi serta tekanan ekonomi global.
Namun demikian, melalui pendekatan pengurusan fiskal yang lebih berdisiplin, kerajaan telah menunjukkan kemajuan dalam usaha mengurangkan defisit fiskal. Daripada defisit sebanyak 5.5 peratus daripada KDNK pada 2022, kerajaan telah berjaya mengurangkannya kepada lima peratus pada 2023, 4.1 peratus pada 2024, 3.7 peratus pada tahun 2025, 3.6 peratus pada 2026 dan insya- Allah, dijangkakan 3.3 peratus pada tahun hadapan.
Ini merupakan satu pencapaian yang wajar yang diberikan pengiktirafan. Apa yang menarik perhatian Batu Pahat ialah kerajaan berusaha mengurangkan defisit tanpa mengabaikan tanggungjawab menyediakan peruntukan bagi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan pembangunan rakyat. Batu Pahat percaya, pengurusan kewangan negara bukan sekadar soal berapa banyak wang yang boleh dibelanjakan, sebaliknya perkara yang lebih penting ialah bagaimana wang rakyat itu dibelanjakan secara berhemah, telus, memberikan pulangan yang terbaik kepada rakyat.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana meningkatkan peruntukan perbelanjaan pembangunan kepada RM83 bilion pada tahun 2027, berbanding RM81 bilion pada tahun 2026. Peningkatan sebanyak RM2 bilion.
Peningkatan RM2 bilion ini amat penting untuk memastikan projek pembangunan negara dapat diteruskan, khususnya projek yang memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat, tetapi Batu Pahat ingin menegaskan bahawa pembangunan bukan sekadar membina bangunan yang besar, jalan raya yang cantik ataupun kemudahan yang kelihatan hebat— di mana rakyat di kampung, pembangunan mungkin bermaksud lain iaitu jalan yang tidak lagi berlubang, parit yang tidak lagi menyebabkan banjir, sekolah yang selamat untuk anak-anak belajar dan klinik kesihatan yang mampu memberikan rawatan dengan segera. Itu lah pembangunan yang benar-benar yang perlu dirasai oleh rakyat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Batu Pahat berharap sebahagian besar daripada peningkatan peruntukan pembangunan ini dapat memberikan perhatian kepada kawasan luar bandar, termasuk projek tebatan banjir, menaikkan taraf jalan Persekutuan, sistem perparitan, sekolah dan kemudahan kesihatan. Di Batu Pahat sendiri masih terdapat beberapa kawasan yang memerlukan perhatian, khususnya kawasan yang berdepan dengan masalah banjir berulang dan hakisan pantai. Antaranya adalah hakisan pantai di Pantai Berong Laut, Rengit, Batu Pahat.
Untuk makluman, isu hakisan pantai ini sudah masuk tahun yang kedua yang dibaiki oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak JPS dan kini masih lagi tidak dapat diselesaikan secara tuntas. Oleh itu, mohon pihak JPS membuat sesuatu lah, terutamanya beri lah reka bentuk baru untuk selesaikan masalah yang berlarutan hingga hari ini.
Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana diberi peruntukan sebanyak RM69 bilion iaitu peruntukan yang tertinggi dalam Belanjawan 2027. Ini membuktikan bahawa pendidikan terus diberikan keutamaan oleh Kerajaan MADANI. Batu Pahat juga percaya pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang paling penting bagi sesebuah negara. Batu Pahat mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk menaikkan taraf 682 buah sekolah daif di seluruh negara. Ini merupakan satu langkah yang amat baik, khususnya untuk sekolah-sekolah luar bandar.
Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin mengucapkan juga tahniah, khususnya kepada kerajaan kerana memberikan perhatian kepada kebajikan seramai 90,000 pelajar Tingkatan 6 melalui bantuan Elaun Sara Hidup.
Bagi Batu Pahat, ini merupakan satu langkah yang sangat bermakna. Kita perlu mengangkat semula martabat pendidikan Tingkatan 6. Jangan lah kita menganggap Tingkatan 6 sebagai pilihan terakhir kepada pelajar yang tidak mendapat tempat di universiti atau institusi pendidikan yang lain. Sebenarnya, Tingkatan 6 ini merupakan salah satu laluan pendidikan yang berkualiti, mempunyai standard akademik yang sangat tinggi dan membuka peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke universiti.
Batu Pahat amat memahami bahawa ramai pelajar Tingkatan 6 datang daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya di kawasan luar bandar. Ada antara mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk pengangkutan, makanan, buku, pakaian dan pelbagai keperluan pembelajaran. Walaupun jumlah perbelanjaan tersebut mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, bagi keluarga B40 ianya
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
sangat besar. Oleh itu, bantuan sara hidup ini, Batu Pahat sangat alu-alukan dan sokong.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin mengambil kesempatan ini juga sekali lagi membangkitkan isu padang hoki astroturf di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Batu Pahat pernah membangkitkan perkara yang sama semasa perbahasan Belanjawan 2023. Ketika itu, Batu Pahat telah meminta supaya kerajaan memberikan perhatian kepada keadaan padang hoki berkenaan yang perlu dibaik pulih segera. Batu Pahat difahamkan projek tersebut telah diberikan pertimbangan untuk dimasukkan dalam perancangan RMK13, Rolling Plan Pertama. Namun sehingga kini, Batu Pahat masih belum mendapat kepastian tentang status sebenar pelaksanaan projek ini.
Puan Yang di-Pertua, mengapa saya membangkitkan perkara ini sekali lagi?
Kerana padang hoki ini bukan sekadar sebuah padang untuk kegunaan sebuah sekolah, sebaliknya ia juga merupakan kemudahan yang sangat penting bagi pembangunan sukan hoki Daerah Batu Pahat, negeri Johor dan juga negara. Kita mahu melahirkan lebih ramai pemain hoki yang berbakat, khususnya daripada kalangan pelajar sekolah. Ini kerana terbukti padang hoki daif ini lah yang telah melahirkan lebih enam pemain negeri dan negara.
Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan mempertimbangkan penubuhan satu unit baru, Unit Pembangunan Koperasi Sekolah yang khususnya di peringkat kementerian. Kita semua mengetahui koperasi sekolah ini telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk budaya keusahawanan, kepimpinan, disiplin dan pengurusan kewangan di kalangan pelajar.
Malah, terdapat beberapa koperasi sekolah telah menunjukkan pencapaian yang sangat cemerlang sehinggakan boleh dijadikan contoh yang baik kepada koperasi-koperasi yang lain. Oleh itu, Batu Pahat percaya budaya berkoperasi ini sepatutnya bermula sejak di bangku sekolah lagi.
Koperasi sekolah tidak seharusnya hanya dilihat sebagai tempat menjual buku, alat tulis, makanan atau pakaian seragam, sebaliknya koperasi sekolah boleh dijadikan pusat latihan keusahawanan yang sebenar kepada pelajar.
Oleh itu, Batu Pahat mencadangkan supaya unit ini berperanan untuk menyelaraskan pembangunan koperasi sekolah di seluruh negara, menyediakan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
latihan kepada guru pembimbing dan pelajar serta memperkukuhkan kerjasama antara KPM, SKM dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat juga ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menerima peruntukan sebanyak RM47.7 bilion, meningkat daripada RM46.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Peningkatan ini amat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Batu Pahat, sikit Batu Pahat.
Batu Pahat tadi menyebutkan soal berkaitan dengan peruntukan kesihatan yang naik daripada mungkin 45 bilion dulu, tahun lepas kepada 47.7 bilion.
Saya nak tanya dengan Batu Pahat ini, kalau lah duit yang tak disakau, tak dicuri, tak dirompak, tak dimentekedarah ini, maksudnya dalam negara kita ini— 1MDB lah, MARA lah, FELDA lah, LCS lah. Maksudnya, kita ada 100 bilion.
Sepatutnya peruntukan untuk kesihatan, untuk pendidikan, untuk pertahanan ini sepatutnya boleh dinaikkan lagi, tapi disebabkan gejala-gejala sakau ini lah yang menyebabkan peruntukan ini terpaksa— maksudnya, kita bagi itu berpada-pada.
Apa pandangan Batu Pahat? Terima kasih Timbalan Speaker.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Hulu Langat. Ini lah jiran sebenar saya dalam ini. Jadi, masukkan lah apa yang disarankan oleh Hulu Langat ke ucapan saya pada petang ini. Potong stim betul lah dia orang ini. Hilang dah semua.
[Ketawa] Batu Pahat juga menghargai komitmen kerajaan untuk menawar lebih 9,000 jawatan tetap kepada doktor kontrak pada tahun 2027 serta menambahbaik insentif kepada petugas kesihatan. Sebagai Ahli JKPK Kesihatan, Batu Pahat ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas komitmen ini.
Batu Pahat juga ingin menyentuh soal sistem rekod perubatan elektronik atau EMR kerana Batu Pahat juga yakin sudah sampai masanya untuk mempercepatkan pendigitalan sistem kesihatan negara. Jangan lah sampai pesakit terpaksa bawa rekod perubatan secara manual dari satu hospital ke hospital yang lain, sedangkan teknologi hari ini sudah jauh berkembang.
Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat juga mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM44 bilion bagi memperkukuhkan sektor keselamatan dan pertahanan negara.
Keselamatan negara tidak boleh dikompromi kerana kita berada di dalam persekitaran geopolitik yang semakin mencabar. Termasuk ancaman keselamatan sempadan, jenayah rentas negara, ancaman siber serta keperluan memodenkan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
aset pertahanan. Cuma Batu Pahat ingin bertanya, ada kemusykilan sikit tentang satu perkara yang perlu mendapat penjelasan daripada Kementerian Pertahanan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Perkara ini berkaitan dengan sebidang tanah yang dikaitkan dengan LTAT di kawasan Bukit Ampang. Berdasarkan carian tanah yang diperolehi iaitu pada nombor lot 11972 Jalan U Thant dengan keluasan 50,450 meter persegi daerah KL, untuk makluman, syarat kegunaan ini ialah untuk bangunan dan khususnya untuk kediaman sahaja. Masalah yang timbul di sini, kenapa tanah LTAT ini telah dikaveatkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat iaitu di bawah Kedutaan Amerika Syarikat? Untuk rekod, kaveat ini telah didaftarkan pada 2 Disember 2025.
Oleh itu, Batu Pahat ingin penjelasan, adakah tanah ini sudah dijual oleh kerajaan kepada Kerajaan Amerika? Kalau sudah dijual, berapa harga jualannya?
Dan siapa yang telah meluluskannya? Dan, Batu Pahat ingin tahu, kenapa ia dijual?
Bukankah tanggungjawab LTAT ini untuk jaga kebajikan anggota angkatan tentera terutama membina kediaman anggota tentera? Jadi, Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan dari Menteri Pertahanan akan isu ini.
Batu Pahat ingin merakam juga setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana memberikan peruntukan pembangunan yang tinggi kepada Sabah dan Sarawak iaitu Sabah RM18.7 bilion dan Sarawak pula RM16.2 bilion. Jadi, ada peningkatan daripada tahun yang lepas.
Jadi, Batu Pahat mengalu-alukan kemajuan yang telah dicapai oleh Kerajaan MADANI tentang penyelesaian 16 perkara berkaitan MA63. Batu Pahat menyokong sepenuhnya usaha mempercepatkan penyelesaian MA63 demi sebuah Malaysia yang lebih adil, bersatu dan makmur.
Batu Pahat ingin merakam penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas inisiatif menanggung caruman PERKESO bagi 40,000 petugas agama termasuk imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir. Inisiatif ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada golongan yang selama ini banyak berjasa dalam membimbing masyarakat serta mengimarahkan masjid dan surau.
Batu Pahat juga mengalu-alukan pemberian sumbangan khas sebanyak RM750 kepada 70,000 petugas agama termasuk guru KAFA, guru takmir dan lain- lain seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2027.
Syabas dan terima kasih juga kepada Kerajaan MADANI atas pengumuman bantuan khas kepada penjawat awam iaitu RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam.
Juga, terima kasih juga kepada PMX dan Kerajaan MADANI kerana meningkatkan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
bantuan khas kewangan sebanyak RM750 berbanding kadar RM300 dan RM500 sebelum ini kepada veteran yang tidak berpencen selama ini.
Dan, untuk makluman, setinggi-tinggi juga penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas keprihatinan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM339 juta dalam Belanjawan 2027 bagi memperkukuhkan peranan pasukan sukarelawan negara. Batu Pahat amat mengalu-alukan kenaikan kadar elaun sukarelawan dari kadar sedia ada kepada RM9 sejam bagi petugas dan RM10.80 sejam bagi penyelia yang dijangkakan memberi manfaat kepada hampir 50,000 anggota sukarelawan melibatkan RELA, bomba, polis bantuan, sukarelawan polis dan pertahanan awam.
Dan akhir sekali, Batu Pahat juga mencadangkan kepada KKM kaji semula caj pesakit luar sebanyak RM1 yang telah berkuat kuasa begitu lama, tak silap daripada tahun 1982. Naikkanlah caj RM1 ini kepada RM5 kerana dengan menaikkan RM5 ini, saya difahamkan akan menambah hasil kutipan kerajaan sebanyak RM1 bilion yang boleh digunakan menampung balik semula mana-mana infrastruktur, kemudahan-kemudahan awam yang agak uzur di serata Malaysia ini di hospital atau klinik yang perlu dinaik taraf.
Dengan itu, Batu Pahat menyokong RUU Perbekalan 2027. Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT dan membawa kemakmuran yang lebih adil kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih beri peluang Tanah Merah untuk membangkitkan perkara penting yang menyentuh perbahasan Bajet 2027 sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Jumaat yang lalu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya bawa ke Dewan yang mulia ini ialah isu hutang dan masalah keberhutangan yang serius dalam kalangan anggota tentera.
Umum mengetahui, dalam peraturan perkhidmatan awam, secara keseluruhannya seseorang penjawat awam hanya dibenarkan membuat potongan gaji untuk mendapat kemudahan pinjaman sehingga had maksimum 60 peratus
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
daripada jumlah pendapatan bulanan. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 40 peratus daripada gaji bersih mereka yang diterima setiap bulan wajib dibawa pulang untuk perbelanjaan bagi anak dan juga isteri ataupun keperluan hidup yang lain.
Untuk seorang anggota tentera, syarat ini akan disaring terlebih dahulu oleh Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) sebelum UGAT meluluskan sebarang permohonan pinjaman yang dikemukakan terutama yang melibatkan skim potongan gaji anggota. Namun, secara realiti, masih wujud lompong-lompong yang menyebabkan baki gaji bersih sebenar sesetengah anggota merosot jauh di bawah nilai 40 peratus ini. Apatah lagi, anggota tentera berhak mendapatkan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk membeli rumah kediaman dan juga dibenarkan membuat pinjaman peribadi di bawah bank-bank komersial selain daripada Koperasi Tentera.
Sehubungan dengan itu, saya mohon penjelasan daripada pihak MINDEF, apakah langkah kawalan ataupun pemantauan khusus yang dilaksanakan bagi memastikan prinsip bawa pulang 40 peratus gaji bersih ini benar-benar dilaksanakan dan dipatuhi di peringkat pentadbiran gaji bagi setiap anggota tentera?
Sebab apa yang saya bangkitkan soalan ini, Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua, kerana anggota tentera khususnya anggota Lain-lain Pangkat (LLP) merupakan kelompok yang agak terdedah dan berisiko tinggi terhadap masalah pengurusan kewangan peribadi.
Sudahlah gaji permulaan mereka bagi pangkat perajurit muda hingga sarjan bermula daripada nilai julat atau gaji minimum, mereka juga perlu menanggung pelbagai komitmen sara hidup. Bukan sahaja menyara keluarga masing-masing dan perlu menghantar belanja bulanan kepada keluarga di kampung, malah ada kalanya dikehendaki menabung dalam pelbagai yuran dan tabung kebajikan angkatan ataupun rejimen di unit masing-masing.
Kerana itu juga jika seorang anggota tentera ingin berkahwin, dia perlu melalui proses temu duga dengan pegawai perintah di unit atau formasi masing- masing. Tujuan temu duga adalah untuk menilai sama ada seorang anggota tersebut layak berkahwin dari sudut kewangan serta sama ada isteri yang bakal dikahwini akan memahami tugas dan peranan seorang anggota tentera.
Untuk lima tahun perkhidmatan, anggota Lain-lain Pangkat (LLP) tadi dibantu dengan pelbagai kemudahan dalam kem. Bererti, mereka apabila menjadi anggota tentera, berbagai kemudahan kepada mereka ketika dalam kem. Seperti mereka mendapat Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), kemudahan bas sekolah
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
anak-anak, perkhidmatan Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) yang percuma dan mereka tinggal di persekitaran kediaman yang selamat dan berpagar.
Namun, dalam masa yang sama, kemudahan kredit seperti tawaran kemudahan pembiayaan dan skim ansuran barangan di kedai-kedai wujud di kem seperti PERNAMA dan Koperasi Tentera. Bererti, ambil barang, boleh dapat kredit.
Atau yang menawarkan pelbagai barangan daripada motosikal, barang elektrik hinggalah aksesori kenderaan seperti ekzos ataupun sport rim kereta, boleh kadang- kadang bahaya kerana boleh menjadi perangkap hutang sekiranya tidak dikawal disiplin kewangan yang ketat.
Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak MINDEF dan UGAT. Satu, apakah mekanisme pemantauan ataupun early warning system yang sedia ada di UGAT untuk mengesan lebih awal anggota yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda keterhutangan yang serius? Atau peranan UGAT hanya terhad kepada penilaian terhadap saringan komitmen slip gaji anggota sahaja?
Kedua, adakah wujud modul intervensi mesra kebajikan oleh pihak UGAT seperti kaunseling, pengurusan kewangan atau khidmat nasihat AKPK sebelum tindakan disiplin diambil ke atas anggota tersebut?
Yang Berhormat Yang di-Pertua, isu yang kedua yang ingin saya sentuh mengenai syarat had umur pengambilan perajurit muda ATM yang terkini dilanjutkan sehingga umur 30 tahun berbanding 27 tahun sebelum ini. Pada pandangan sayalah, pelonggaran had umur maksimum sehingga usia calon 30 tahun ini perlu juga dilihat dari segi implikasi jangka panjang terhadap kebajikan persaraan LLP ini.
Sekali lagi, saya melihat isu ini banyak terkait dan menimbul kesan terhadap kebajikan anggota LLP ini selepas mereka bersara atau berhenti dari tentera dan bukan dari kalangan pegawai, kerana gaji pegawai lebih tinggi dan mereka tidak cenderung untuk jatuh di dalam kelompok miskin bandar selepas mereka bersara atau berhenti tentera kelak.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Sebagai contohnya perhitungan, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya seorang belia yang menyertai anggota tentera sebagai perajurit muda pada usia 27 atau 29 tahun dan mereka memilih untuk menamatkan perkhidmatan bersara awal selepas 12 hingga 15 tahun iaitu mereka akan bersara sekitar usia 41 hingga 44 tahun.
Dan situasi ini menyebabkan beliau tidak layak menerima pencen bulanan seumur hidup kerana syarat minimum untuk mendapat pencen bulanan bagi anggota
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
LLP adalah wajib melepasi tempoh 21 tahun perkhidmatan. Mereka ini tidak akan mampu, kebanyakan LLP ini tidak mampu melepasi tempoh 21 tahun perkhidmatan walaupun mereka cergas dan berkelakuan baik kerana masuk tentera pada usia 30 tahun serta tidak sempat melepasi jawatan pegawai waran yang terhad perjawatannya. Rata-rata akan bersara dengan berjawatan koperal atau sarjan.
Apabila anggota tu renti— apabila anggota itu berhenti setelah berkhidmat untuk 15 tahun tanpa ada pencen bulanan, mereka hanya menerima bayaran faedah sekali gus (lump sum), gantian cuti rehat ataupun pengeluaran caruman LTAT.
Bayangkan dalam keadaan umur yang meniti 40-an, anak-anak mereka sedang membesar dan memerlukan perbelanjaan sekolah yang tinggi.
Bukankah senario tersebut berisiko menolak anggota tentera kita ke kelompok miskin bandar selepas tamat perkhidmatan? Malah, ada seorang PAT pernah bercakap kepada saya, “Jika kalau kita pergi surau, yang tengok pakai baju Melayu yang lusuh, itulah bekas anggota tentera. Ibarat kami macam itu.” Jadi tambah lagi, tambahan lagi, apabila mereka tandatangan terima sahaja arahan tamat perkhidmatan, mereka perlu menyerahkan kemudahan-kemudahan yang dinikmati secara percuma sebelum ini, RKAT, RSAT dan lain-lain. Rumah— kalau dulu rumah tak perlu sewa. Sekarang rumah perlu disewa, perlu dibayar sendiri. Perkhidmatan bas sekolah untuk anak-anak perlu dibayar sendiri hingga menyebabkan bekas tentera atau pesara tentera perlu mencari kerja kedua selepas tamat berkhidmat.
Sebab tu kita tengok rata-rata bila bersara jadi jaga, jadi security guard ya.
keadaan inilah yang berlaku pada hari ini, sehinggakan banyak persatuan-persatuan veteran tentera apabila tiba sahaja pada hari kerajaan membentangkan bajet tahunan, tidak ada benda lain yang diminta melainkan bantuan elaun dan juga imbuhan tunai. Inilah perjuangan suci yang diperjuangkan sahabat saya Yang Berhormat Ketereh.
[Tepuk] Saya kira punca permasalahan ini jika tak diperbetulkan dari awal, masalah ini tidak akan selesai dan perkhidmatan angkatan tentera (ATM) akan hanya mengeluarkan individu yang cenderung untuk masuk dalam kumpulan B40 yang perlu bergantung kepada bantuan dan ihsan kerajaan apabila mereka bersara atau berhenti tentera kelak.
Oleh itu, saya mohon penjelasan dari pihak MINDEF, apakah rasional utama di sebalik keputusan menaikkan had umur pengambilan perajurit muda sehingga 30
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
tahun? Adakah disebabkan kemerosotan kadar penyertaan belia tempatan berumur 18 hingga 21 yang ingin masuk tentera, maka keputusan drastik ini perlu dibuat?
Kedua, jika usaha utama, isu utama ialah daya tarikan sektor perkhidmatan tentera yang tidak menarik khususnya berkaitan gaji— ya, selamat datang Yang Amat Berhormat Tambun, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
[Ketawa] Yang telah menjauhkan golongan muda daripada menabur bakti dalam tentera maka bukankah sudah tiba masanya keseluruhan skim gaji, ganjaran dan faedah perkhidmatan ATM perlu disemak dan ditambah baik secara komprehensif.
Untuk makluman Dewan, semakan pelarasan struktur ganjaran perkhidmatan tentera yang terakhir yang komprehensif, kali terakhir dilaksanakan pada 2013, Yang Amat Berhormat. Last sekali semakan 2013 iaitu sewaktu pengenalan penambahbaikan skim perkhidmatan dan kesejahteraan pangkat ATM di bawah SSM secara menyeluruh.
Semakan gaji ini sudah terlalu lama untuk perkhidmatan tentera berbanding kadar kenaikan inflasi dan kos sara hidup semasa. Maka saya menyeru agar kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun memberikan perhatian serius terhadap kebajikan tentera, skema gaji serta jaminan masa depan perwira-perwira negara kita.
About time, kita perlu membuat semakan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, isu ketiga yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini berkaitan dengan pendidikan anak-anak di Parlimen Tanah Merah dan juga mungkin tempat-tempat lain yang seangkatannya. Saya kerap menerima aduan mengenai penurunan motivasi belajar yang amat mendadak dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah khususnya di kawasan luar bandar termasuk Parlimen saya terutamanya selepas kerajaan memansuhkan peperiksaan awam iaitu unit— Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3).
Untuk maklumat Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, bagi pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman, kehadiran mereka ke sekolah itu sendiri sudah dianggap satu kejayaan besar bagi, buat guru. Sebagai contoh kawasan saya, kawasan Gual Ipoh, selepas pemansuhan UPSR dan PT3, murid- murid bukan sahaja hilang motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh malah kadar kehadiran mereka ke sekolah turut merosot dengan ketara sebab tidak ada orang kata bersungguh untuk pergi sekolah sebab tak ada exam.
Sehubungan itu, saya memohon pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) agar membuat kajian semula secara mendalam, sama ada polisi pemansuhan
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
peperiksaan penilaian berasaskan tahap ini benar-benar sesuai dengan budaya sosioekonomi dan realiti kehidupan anak-anak kita di Malaysia.
Saya turut dimaklumkan oleh para guru di kawasan saya bahawa sekiranya anak-anak ini terus keciciran, tidak hadir ke sekolah, amat sukar bagi guru-guru menangani isu kejurangan digital dalam kalangan keluarga B40 dan miskin. Ini seterusnya akan melebarkan jurang penguasaan teknologi seperti ICT mahupun AI yang semakin penting pada hari ini.
Saya dimaklumkan juga oleh para pendidik di kawasan saya bahawa walaupun Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) baru sahaja diperkenalkan, rata- rata murid-murid didapati masih mengalami kesukaran untuk menjawab soalan secara berformat. Keadaan ini berpunca dari kebiasaan mereka dengan pendekatan Pentaksiran Bilik Darjah yang lebih fleksibel dan ketiadaan pentaksiran berpusat yang bersistematik pada peringkat awal. Sehubungan itu, apakah langkah intervensi segera kementerian bagi membimbing murid-murid ini?
Saya amat bimbang situasi ini akan meluas dan mewujudkan jurang pencapaian yang ketara antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar. Di kawasan bandar, murid-murid sekurangnya mempunyai akses kepada ekosistem sokongan pembelajaran sampingan, tuisyen dan sebagainya.
Sebaliknya di kawasan pedalaman, kesukaran menguasai format baru ini dikhuatiri mematahkan semangat murid sekali gus meningkatkan kadar ketidakhadiran mereka dan mereka lebih cenderung menghabiskan masa di luar sekolah, bermain di kawasan saya, main kat jeram mahupun persekitaran tempatan.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, sesi libat urus dengan sekolah-sekolah kawasan luar bandar perlu dan mesti diambil kira. Saya mohon dikaji semula kaedah penilaian prestasi murid apabila kita memansuhkan sebarang peperiksaan.
Satu contoh akhirlah. Ada satu exam, Yang Berhormat Yang di-Pertua, ini nak landing ya. Ada satu exam untuk pelajar di Tahun 6 yang dipanggil PKSK. Tujuan exam PKSK ni adalah ujian saringan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 di SBP dan sekolah khusus. Maksud dia, kalau kita nak masuk asrama penuh, sekolah-sekolah tertentu, kita kena ambil exam ini, PKSK, tapi exam ini bukan automatik. Ia perlu dipohon dan— oleh pelajar.
Bayangkan kalau pelajar luar bandar dia tak tahu pun. Sekarang ni kalau nak daftar pun dah tak boleh, dah due dah. Pelajar tak tahu bagaimana nak mohon dan— sebab tu bayangkan pelajar luar bandar yang umur mereka— sudah tentu tidak peka
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
dengan kepentingan untuk ambil exam PKSK ini. Akhirnya mereka terlepas untuk masuk ke sekolah lebih baik.
Saya bagilah pujian kepada PPD Tanah Merah sayalah, Encik Mohd Zaidi bin Mohd Zin yang mengambil inisiatif dengan sekolah-sekolah dalam PPD Tanah Merah, yang mereka— yang menyeru dengan sekolah-sekolah dengan PPD mendaftar. Mereka tolong daftar pelajar-pelajar yang dilihat berpotensi dan berprestasi cemerlang. Namun, tak semua tempat, tempat Yang Berhormat Yang di- Pertua pun saya percaya, tak melaksanakan sedemikian. Jadi saya— jadi itulah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Sebab itu, kadang-kadang kita tengok, apabila setiap penggal apabila satu kerajaan, demi kerajaan itu bertukar, Menterinya akan membuat polisi-polisi yang berbeza-beza. Contohnya, saya percaya kita semua ini mesti ambil SPM. Kita ambil SPM, kita ambil SRP, tetapi sekarang dah tak ada dah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Jadi. Okey. Akhir sekali lah. Akhir sekali, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya ada memohon untuk bagi beg sekolah. Minta kebenaran nak tulis nama Ahli Parlimen. Saya mohon kelulusan itu dapatlah diberi dengan kadar segera. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Assalamualaikum.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput Yang Berhormat Tanjung Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Peringkat Dasar RUU Perbekalan 2027.
Puan Yang di-Pertua, kemiskinan bandar tidak boleh dinilai berdasarkan angka pendapatan semata-mata. Gaji di bandar mungkin lebih tinggi, tetapi sewa rumah, pengangkutan makanan dan penjagaan anak juga jauh lebih mahal. Gaji nampak tinggi di atas kertas, tetapi berapa yang benar-benar tinggal selepas semua keperluan asas dibayar.
Pada Mac 2026, median gaji pekerjaan sektor formal negara meningkat kepada RM3,027 sebulan. Di Kuala Lumpur, median gaji pada September 2025 ialah
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
RM4,064. Namun, garis kemiskinan di Kuala Lumpur sudah mencecah RM3,011 sebulan.
Kadar kemiskinan bandar memang menurun daripada 4.5 peratus pada 2022 kepada 3.7 peratus pada 2024, tetapi angka ini belum menggambarkan tekanan sebenar yang dialami oleh banyak keluarga bandar. Ada yang melepasi garis kemiskinan hanya beberapa ratus Ringgit, tetapi sebahagian besar pendapatan sudah habis untuk sewa, pengangkutan, makanan dan penjagaan anak.
Malah, jurang antara pendapatan nominal dengan pendapatan sebenar meningkat daripada RM514.75 pada Januari 2022 kepada RM807.86 pada Mac 2026. Maknanya, mudah. Gaji mungkin meningkat, tetapi kuasa beli tidak semestinya bertambah. Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah ukuran kemiskinan kita masih mencerminkan kos sebenar untuk hidup di bandar?
Bagaimana pula dengan mereka yang melepasi garis kemiskinan, tetapi setiap bulan masih bergelut untuk membayar bil dan langsung tidak mempunyai simpanan kecemasan.
Pada 2024, kadar kemiskinan relatif ialah 16.7 peratus dengan garis kemiskinan relatif sebanyak RM3,509 sebulan. Ini menunjukkan bahawa golongannya poor dan mereka yang mudah terjejas tidak boleh diketepikan. Mereka mungkin belum dikategorikan sebagai miskin, tetapi kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan atau kenaikan kos hidup sudah cukup untuk menolak mereka ke dalam kemiskinan.
Mekanisme STR dan SARA juga perlu lebih receivable. Seseorang mungkin tidak layak ketika permohonan dibuat tetapi boleh kehilangan pekerjaan atau menghadapi peningkatan perbelanjaan beberapa bulan dan kemudian bantuan tidak sepatutnya bergantung pada satu gambaran kewangan yang sudah tidak lagi tepat.
Saya mencadangkan supaya penyediaan bantuan mengambil kira sara hidup mengikut lokasi, saiz isi rumah, perbelanjaan asas dan perubahan pendapatan semasa. Semakan kelayakan juga perlu dibuat secara berkala supaya bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Namun, bantuan tunai sahaja tidak akan menyelesaikan kemiskinan bandar. Kerajaan perlu menangani puncanya melalui rumah mampu milik, pengangkutan awam yang cekap, gaji yang setimpal, penjagaan kanak-kanak yang mampu dibayar dan peluang meningkatkan kemahiran.
Kejayaan tidak boleh diukur hanya apabila seseorang melepasi garis kemiskinan di atas kertas. Ukuran sebenarnya ialah sama ada rakyat mampu
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
membayar keperluan asas, menyediakan simpanan kecemasan dan menjalani kehidupan yang lebih terjamin.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh hala tuju reformasi percukaian negara. Kerajaan berkata mahu memasukkan elemen GST ke dalam SST tetapi SST akan dikekalkan.
Jadi, saya ingin tanya dengan serius atau dengan terus terang. Apakah sistem yang sebenarnya yang mahu dibina? Kalau SST sudah cukup baik, mengapa perlu ditambah dengan elemen GST.
Kalau elemen GST diperlukan untuk menjadikan sistem lebih telus dan cekap, mengapa tidak bolehkan GST yang ditambah baik. SST dan GST bukan sistem yang sama. SST dikenakan pada peringkat dan perkhidmatan tertentu.
Apabila cukai input tidak dapat ditolak secara menyeluruh, kos cukai boleh terkumpul di sepanjang rantaian bekalan dan akhirnya masuk ke dalam harga. Pengguna pula sukar melihat dengan jelas berapa cukai yang sudah dibayar.
Kutipan SST mencecah RM55.9 bilion pada 2025, dan kerajaan mengunjurkan RM59.6 bilion pada tahun 2026. Kenaikan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 juga wajar disambut, tetapi kutipan tinggi dan sedikit pelepasan belum menjawab soalan utama. Adakah keseluruhan sistem ini adil, telus dan cekap? Ukurannya ialah siapa yang menanggung cukai bagaimana ia masuk ke dalam harga dan sama ada perniagaan boleh merancang dengan yakin.
Kerajaan juga perlu menjelaskan mekanismenya. Jika mahu memperkenalkan kredit cukai input, siapa yang layak? Bagaimanakah pengecualian dan bayaran balik akan berfungsi? Berapa lama pengusaha kecil perlu menunggu bayaran balik? Apakah kos sistem rekod dan pematuhan yang perlu ditanggung?
Jangan anggap perubahan ini tidak memberi kesan kepada perniagaan. PKS perlu menukar sistem, menyemak invois dan rekod serta memastikan urus niaga dengan pembekal dan pelanggan sepadan. Jika peraturannya kabur atau kerap berubah masa dan kos pematuhan akan bertambah. Akhirnya, perniagaan menanggungnya dan pengguna juga boleh menerima kesannya melalui harga.
Jangan ambil elemen GST, kekalkan nama SST. Kemudian, minta rakyat dan peniaga menekan sistem apa yang sedang digunakan. Cukai yang baik mesti mudah di faham, stabil dan boleh diramal.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
Pendirian saya jelas. Pulihkan GST yang ditambah baik. Mulakan dengan kadar yang rendah, lindungi barangan keperluan, percepat bayaran balik dan beri tempoh pengalihan yang cukup kepada perniagaan.
Bantuan bersasar pula mesti melindungi golongan berpendapatan rendah.
GST bukan semestinya bermakna rakyat membayar lebih, yang menentukan kesannya ialah kadar pengecualian dan cara kerajaan melaksanakannya. Sebab itulah, kita perlu sistem yang lebih telus dan tidak membebankan rakyat atau PKS.
Kerajaan perlu memberikan penjelasan yang lebih jelas mengenai hala tuju sistem percukaian negara. Apakah bentuk sistem cukai yang ingin dilaksanakan?
Bagaimana ia akan melindungi kepentingan rakyat dan perniagaan serta apakah pertimbangan kerajaan untuk memilih pendekatan gabungan ini berbanding melaksanakan semula GST yang ditambah baik?
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Projek Jalan Pintas Jalan Sawah J133, Pontian ke Jalan Ulu Choh (J7) sepanjang empat kilometer yang merentasi tiga daerah iaitu Pontian, Kulai dan Johor Bahru telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 22 Oktober 2022 sebagai salah satu usaha untuk menyuraikan kesesakan jalan masuk ke Pekan Nanas dari arah Tol Kulai.
Kos awal projek ini adalah sebanyak RM56 juta, namun setelah melalui penilaian semula, kos projek telah meningkat kepada RM65 juta. Projek ini kemudiannya telah dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk dilaksanakan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
Keperluan projek ini semakin mendesak kerana kesesakan di laluan sedia ada ke Pekan Nanas semakin bertambah dan isu ini juga sering dibangkitkan oleh masyarakat dalam setiap pertemuan bersama rakyat.
Namun begitu, persoalannya ialah, apakah status sebenarnya projek ini di bawah RP1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan apakah justifikasi projek yang diumumkan sejak tahun 2022 masih belum direalisasikan sehingga kini? Lebih penting, kos projek telah meningkat daripada RM56 juta kepada RM65 juta iaitu penambahan kira-kira RM9 juta. Apakah komponen atau perubahan skop yang menyebabkan peningkatan kos sebanyak RM9 juta tersebut? Adakah penilaian semula ini mengambil kira kenaikan harga barang binaan, kos pengambilan tanah, utiliti dan faktor teknikal lain?
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
Sekiranya projek ini terus ditangguhkan, adakah kerajaan menjangkakan kosnya akan meningkat lagi dan siapa yang akhirnya akan menanggung kos tambahan tersebut? Rakyat tidak sepatutnya menanggung kos kelewatan akibat proses perancangan dan kelulusan yang berpanjangan.
Saya juga ingin mendapatkan kepastian, adakah projek ini telah diberikan keutamaan dalam RP1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas, berdasarkan tahap kesesakan dan kepentingan kepada masyarakat atau masih berada pada peringkat penilaian dan pertimbangan. Jika masih belum diluluskan, apakah kekangan sebenar yang menyebabkan projek ini belum dapat dimuktamadkan?
Projek ini bukan sekadar membina jalan sepanjang empat kilometer, ia melibatkan soal keselamatan pengguna, kelancaran pergerakan penduduk serta aktiviti ekonomi di Pekan Nanas dan kawasan sekitarnya.
Justeru itu, saya mohon agar kerajaan memberi komitmen yang jelas mengenai status peruntukan dan garis masa pelaksanaan projek ini. Jangan sampai projek ini telah diumumkan kepada rakyat sejak 2022 terus menjadi sekadar pengumuman tanpa penyelesaian. Kerajaan perlu melihat kos, bukan sahaja pada nilai projek, tetapi juga kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat setiap hari akibat kesesakan yang berterusan.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkit isu naik taraf Pasar Borong Pontian yang sehingga kini masih menimbulkan persoalan dari segi status pelaksanaannya. Sedangkan keadaan fizikal pasar semakin uzur dan keperluan untuk menambah baik semakin mendesak.
Untuk makluman Dewan, projek naik taraf Pasar Borong Pontian sebelum ini telah diluluskan dengan anggaran kos sekitar RM13 juta termasuk kira-kira RM1.4 juta bagi kos juru perunding. Dalam Belanjawan Johor 2026 pula, projek ini disenaraikan peruntukan sebanyak RM2.55 juta. Pasar Borong Pontian terkenal sebagai pusat pedagang ikan dan hasil laut segar.
Pasar ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan malah turut menarik pelanggan dari Johor Bahru dan Singapura yang datang mendapatkan hasil laut dari Pontian. Pasar Borong Pontian terletak di pusat bandar dan bersebelahan dengan Pasar Awam Pontian yang telah dinaik taraf. Kini terdapat perbezaan yang amat ketara antara kedua-dua premis ini. Pasar awam telah menikmati kemudahan yang lebih baik sedangkan pasar borong masih berada dalam keadaan yang lama dan uzur.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai
Antara masalah dihadapi termasuk bumbung bocor, keadaan bangunan yang semakin usang serta ruang tempat kenderaan yang terhad. Keadaan ini menjejaskan keselesaan peniaga, pemborong dan pelanggan khususnya ketika aktiviti perdagangan berada pada tahap yang sibuk. Oleh itu, projek naik taraf ini perlu memberikan perhatian kepada keadaan struktur bangunan, kemudahan asas dan ruang parkir supaya pasar dapat beroperasi dengan lebih selesa, selamat dan teratur.
Justeru itu, saya meminta penjelasan kerajaan tentang status terkini projek ini. Adakah ia masih di peringkat perancangan reka bentuk atau perolehan ataupun kontraktor telah dilantik?
Jika peruntukan telah disediakan, bilakah kerja-kerja fizikal dijangka bermula? Saya juga ingin mengetahui sama ada anggaran kos asas masih terpakai ataupun terdapat perubahan dari segi kos dan skop projek. Semakin lama projek ini ditangguhkan, semakin besar risiko kenaikan kos bahan binaan, kos penyelenggaraan bangunan sedia ada dan kos pelaksanaan.
Kelewatan juga berpotensi menyebabkan anggaran kos atau skop projek perlu dikaji semula. Maka, saya ingin meminta kerajaan menjelaskan, apakah faktor yang masih menghalang projek ini daripada dimulakan dan sama ada kelewatan tersebut telah memberi kesan kepada kos asas projek ini?
Saya juga menyeru supaya satu jadual pelaksanaan yang jelas ditetapkan termasuk tarikh mula kerja, tempoh pembinaan, skop naik taraf dan status pelantikan kontraktor. Pada masa yang sama penyelenggaraan sementara perlu dipertingkatkan lagi mengenai kerosakan fizikal dan memastikan persekitaran pasar terus di...
[Tidak jelas] Saya berharap kerajaan dapat memberi penjelasan yang tuntas mengenai status projek serta komitmen terhadap jadual pelaksanaannya, supaya Pasar Borong Pontian dapat dibangunkan sebagai pusat perdagangan hasil laut yang lebih moden, bersih, selesa dan berdaya saing. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Piai. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Rakyat Malaysia, orang muda, apa khabar? Allah berfirman dalam Quran, Surah Adz-Dzaariyaat [Membaca sepotong
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.” Puan Yang di-Pertua, banyak orang cakap, tajuk yang sama mungkin dicakap berkali-kali, tetapi, ayat ini Allah telah sebut hendaklah kita ingat mengingati dari masa ke semasa. Sesiapa yang pergi solat Jumaat, inilah ayat yang Khatib sering baca iaitu [Membaca sepotong ayat al-Quran] Kita nak peringat. Sebab nanti kalau tak peringat, kita lupa. Sebab manusia ini mudah lupa ya. Walaupun, kita solat lima kali sehari, tapi kadang-kadang kita lupa di antara solat ke solat.
Saya yang pertama sekali, kepada PMX. PMX, saya nak bagi tahu bahawa berkomunikasi cara tak langsung. Saya nak sebutkan di sini bahawa, benda yang baik kita akan sokong, benda yang tak baik kita akan tegur. Yang Berhormat PMX, saya nak bagi tahu, dalam sejarah pemimpin empayar— emperor, maharaja, jatuh kerana dia dikelilingi oleh flatterers. Flatterers apa dia? Pemuji, pemuji. Iaitu orang yang puji, kerja puji jer.
Contohnya ialah Moghul Empire di India. Kerajaan Mongol. Maharaninya, maharaja. Dan maharaninya ada 4,000 orang flatterers. Pemuji, pemuji, dia kerja puji. Baju cantik, ini semua cantik. 4,000 orang. Bayangkan 4,000 orang kerja puji.
Hari-hari kerja puji dan emperor pun kena puji, akhirnya jatuh satu kerajaan yang besar, Moghul Empire di India.
Demikian juga empayar-empayar lain. Dia akan menjadi laluan sukar dalam kehidupan, dikelilingi oleh pemuji-pemuji. Tidak ada orang yang menegur untuk dibetulkan. Jadi, hari ini kehadiran pembangkang bukan sebagai pemuji, tetapi penegur-penegur dan Yang Amat Berhormat PMX kena ucap terima kasih kerana kami menegur benda yang patut diperbetulkan dan sebagainya. Yang baik kita sokong, tidak ada masalah Yang Berhormat.
Jadi, yang pertama sekali pasal waad. Dalam al-Quran, Ustaz Idris tolong perbetulkan kalau saya kurang sikit. Allah menyebutnya 70 kali. Wa’in iaitu yang sebaliknya itu, Allah sebut enam kali dalam al-Quran. Makna kata tuan-tuan, kalau kita bercakap itu, kita jangan lari daripada hakikat bahawa kita berjanji.
Jadi, janji yang besar dibuat oleh PMX dan juga pelbagai pemimpin pada pilihan raya yang lepas ialah janji untuk pelbagai perkara, tetapi sebahagian besar dari janji itu kalau tak boleh ditunai, setelah empat tahun ini, minta maaf pada rakyat atau minta tangguh dan sebagainya, tetapi janji itu jangan lupa, janji tetap janji, walaupun ianya merupakan manifesto.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya akan sentuh dalam ucapan saya yang terakhir nanti iaitu di mana janji PMX pada 25 November 2021, kemudian dia jadi Perdana Menteri pada 24 November 2022, setahun kurang sehari. Tiba-tiba janji itu telah bertukar di mana janji semasa jadi Ketua Pembangkang ialah pelbagai perkara, tapi bila jadi Perdana Menteri tak dapat ditunaikan. Yang itu kita nak tegur, tapi flatterers, flatterers— pemuji-pemuji ini tak tegur.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, yang pertama sekali ialah gaji minima. Yang Berhormat Yang di- Pertua, kita gaji minima kita sokong. Mula-mula kerajaan telah naikkan daripada RM1,500, naik RM1,700. Sekarang kerajaan telah naikkan RM2,000, alhamdulillah, tetapi apa hakikatnya di hadapan kita? Tenaga buruh di Malaysia— kalau ikut DOSM ialah 17.1 juta. PMKS iaitu orang yang dijangka boleh mendapat gaji minima ini ialah 4.1 juta. Persoalannya apa yang kerajaan boleh lakukan kepada mereka yang tak termasuk dalam senarai PMKS tadi? PMKS, 4.1 juta. Orang yang tenaga, tenaga buruh, tenaga kerja kita ada 17.1.
Ini bermakna 12— 12 ataupun 13 juta orang masih tidak mendapat hala tuju yang sebenar. Mereka tidak ada gaji minima. Driver teksi tidak ada gaji yang minima.
Penjual sayur tidak ada gaji minima. Saya pernah pergi ke market saya tanya, “Kenapa harga barang naik?” Dia tanya pada saya, "*Dato’, pegawai kerajaan ada gaji. Orang bekerja dengan swasta ada gaji. Ada gaji minima. Kami siapa bayar gaji?
Kami terpaksa naikkan barang. Siapa nak bayar gaji kami?”* Itu persoalannya.
Jadi, kita minta kerajaan memberi perhatian kepada 13 juta rakyat Malaysia yang tak ada, tidak termasuk di bawah skim PMKS. Mereka ini perlu dicari jalan bagaimana nak selesaikan. Kita ada beberapa cara yang kita akan cadangkan, tetapi saya tertarik hati dengan Tanjung Piai tadi yang telah membahas dengan baik berhubung dengan cukai. Cukai SST dan GST, tapi saya tak mahu berbahas panjang sebab kita akan bahas bawah Jawatankuasa nanti.
Saya nak beritahu di dunia ini ada 195 negara— yang melaksanakan GST, 171. Saya yang marah ini, sebab apa? Jawapan— saya tanya pasal cukai. Menteri jawab apa? Dia kata, “Ini cukai SST telah dilaksanakan sejak tahun 1970-an. Dia telah bersama dengan sistem rakyat Malaysia. Yang keduanya, kita juga akan merujuk kepada pakar-pakar antarabangsa berhubung dengan apa ini apa— SST.” Saya nak beritahu Menteri, pakar antarabangsa, negeri yang belum buat SST ialah antaranya ialah Somalia, Korea Utara, Myanmar. Siapa lagi? Itulah negeri- negeri. Apakah negeri-negeri yang Malaysia nak rujukkan? Ya, Yang Berhormat
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ahmad Maslan ya. Adakah Malaysia nak rujuk pada negeri-negeri yang ada permasalahan di dunia? Tiba-tiba, kita kata kita nak rujuk. Saya marah jawapan yang diberi kepada saya, tapi saya akan ulas semasa perbahasan di Pangkat Jawatankuasa...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Arau, nak minta— Arau, Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang kedua ialah graduan menganggur. Sekejap ya. Oh, ya, ya.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Sikit saja. Ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seminit
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Oleh— terima kasih kepada Tuan Speaker. Terima kasih kepada Arau. Setakat pengetahuan Araulah berkenaan dengan rejim cukai ini, adakah di sana ada secara orang kata apa— cukai secara hibrid ini? Apa— campur SST, campur dengan GST. Dia mazhab SST lain, mazhab GST lain. Adakah rejim yang kita nak pakai ini ialah rejim baru yang hibrid nama dia?
Minta penjelasan daripada Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya. Yang itu masuk sebahagian pada ucapan ana lah ya. Tak dapat ulas dengan panjang. Okey.
Persoalan besar sekarang ini sebagai Yang Berhormat apa ini— Speaker yang dikasihi, saya nak beritahu, katalah ada dua kilang. Dia kata yang penjualannya RM50 juta. Ada dua kilang. Satu kilang bawah RM50 juta. Satu kilang dua— atas RM50 juta. Jadi, pekerja yang berada yang bawah RM50 juta ini, dia tak dapat gaji minimum, dia akan lari pada kilang sebelah. Dia akan jadi permasalahan yang dahsyat wahai rakyat Malaysia. Okey, kita minta supaya kerajaan fikir balik bagaimana cara untuk kita memberi perhatian kepada PMKS dan juga mereka yang tidak masuk dalam pekerjaan.
Kemudian yang keduanya ialah berhubung dengan graduan, RM2,500.
Alhamdulillah, graduan RM2,500. Semua graduan yang berada di belakang sebagai researcher sementara ini, mereka bersyukur, tapi siapa nak ambil kerja? Depa memerlukan kerja. Speaker, Speaker nak ambil kerja sebagai researcher? Nak kena bayar gaji. Mereka ini berada di mana-mana. Mereka kata, “Siapa nak ambil kami?” Cuba tengok angka ya. Pada tahun 2024, ada 165,900 graduan. Siapa nak ambil kerja? 2024 juga, 1.6 juta graduan bekerja di bawah paras kelulusan. Jadi, sekarang ini persoalan yang besar ialah siapa nak ambil mereka kerja? Saya boleh cadang pada kerajaan. Kerajaan kepada kerajaan iaitu apa ini— subsidi bahan api,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
RM40 bilion, tapi yang orang miskin B40 yang menikmatinya lebih kurang enam ke tujuh bilion.
Jadi sekarang ini, kita buat subsidi bersasar RM32 bilion yang lebih itu, digunakan untuk menampung graduan menganggur dan juga gaji maksima RM2,000. Graduan menganggur ini, kita boleh masuk, cuma dalam bawah skim MySTEP, PROTEGE dan juga saya cadangkan supaya Skim Siswazah Menganggur itu diwujudkan semula. Bagi peluang mereka kerja setahun dan bagi mereka untuk mendapat, mendapat kemahiran melalui TVET dan sebagainya.
IPG Yang Berhormat, IPG, getah. Naik 30 sen. IPG ini kalau sekiranya dia toreh dapat 5,000 kilogram, kenaikannya ialah RM150 saja. Orang yang terlibat ialah daripada 508,800, 410,144 terdiri daripada bumiputera dan juga orang asli. Ini dia.
Orang yang kalau dia, orang toreh getah, dia kena bayar separuh-separuh. Bukan semua. Kebanyakan daripada mereka ini sudah, sudah umur lama. Kalau dapat RM100, dia dapat RM50. Kalau RM80, dia dapat RM40. Kenaikan 30 sen ini kena dikaji semula. Tak patut dinaikkan 30 sen. Patutnya dinaikkan RM1 ataupun sekurang-kurangnya 60 sen ke 70 sen.
Dividen KWSP. Apa-apa pencarum KWSP seluruh negara, seluruh dunialah sebab mereka berada di mana-mana. Mereka ini sekarang ini tengah teruk, sesak.
Mereka bukan minta apa ini— wang pokok itu. Mereka minta dividen. Saya cadangkan supaya dividen KWSP diberi 80 peratus kepada mereka. Menteri jawab berkali-kali, tapi banyak keadaan Menteri tak jawab. “Kita akan libat urus.” Libat urus dengan siapa? Saya nak tanya pada Menteri. Libat urus dengan siapa? Sampai sekarang tak jawab. Bagi dividen, apa itu— KWSP ini bukan dia minta yang pokok punya, dia minta dividen. Mereka tengah teruk. Kalau beri RM1,000 pun dah seronok, tapi beri 80 peratus yang terbaik ya.
Kemudian, kes KWAP sebab kawan-kawan kita banyak yang belum bercakap iaitu tentang eFishery yang kita masuk dan kita rugi RM163.4 juta. 1MDB Dato' Najib, RCI berapa juta itu? RM21 juta. Kena beberapa tahun dan juga denda. Ini RM163.4 juta. SPRM kata, “Belum ada kes jenayah.” Jadi akan— adakah pelaburan ini, duit ini ada kaki Yang Berhormat, dia jalan kaki kan? Sebab tak dapat kesan. Sampai sekarang tak dapat kesan bagaimana duit ni boleh hilang dengan begitu saja?
Kalau begitu, kita ambil perniagaan ini lagi bagus sebab boleh hilangkan duit orang, nak RM163.4 juta. Saya tidak suruh buat RCI, saya minta buat kertas putih serta-merta. Bagaimana duit ini hilang? KWAP. KWAP ini, kamu tak payah melabur.
Duit ini duit pencen, dia ada sana. Kenapa menyibuk? Dahlah menyibuk, tak reti pula.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta maaf lah noh. Bukanlah saya pandai sangat, tapi kalau tak reti, jangan pergi berniaga dengan benda-benda macam ini. Berniaga perkara-perkara yang boleh menjamin keuntungan ataupun setidak-tidaknya tak rugi.
Yang Berhormat, PETRONAS. Yang Berhormat Menteri telah jawab tentang PETRONAS iaitu tiga batu nautika, hak negeri, tiga batu ke atas, hak Federal. Jadi, Perlis dan juga negeri-negeri lainlah, saya beri cakap bagi pihak negeri-negeri lain ya, negeri-negeri lain bahawa kami menuntut supaya yang hak Federal itu kami juga dapat nikmat.
Saya setuju dengan MA63, Sabah dengan Sarawak. Kita akan menyokong tuntutan mereka. Apa yang Terengganu dapat, apa yang Kelantan akan dapat, apa yang Pahang akan dapat, apa yang negeri-negeri lain, Perlis juga menuntut supaya yang ini hak Federal. Kita tak boleh hak Federal ini— ada satu orang bercakap tadi, hak Federal ini tiba-tiba, kita tak agih dengan sama rata. Adil! Adil!
Itu yang kita kehendaki. Bagi adil. Kita tidak mahu lagi istilah negeri miskin disebut. Kenapa disebut negeri miskin? Saya rakyat Malaysia. Puan orang Sabah, orang Sarawak. Orang, orang kaya. Saya pun negeri miskin. Kenapa disebut negeri miskin? Saya dalam Malaysia. Dalam Malaysia ada miskin ada kaya? Padahal duit itu, duit sumber yang sama. Tidak benar digunakan istilah miskin. Bagi duit yang, yang peruntukan yang berpatutan untuk membolehkan mereka tidak lagi disebut miskin. Ada tadi kawan saya berucap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, yang berikutnya ialah pasal peruntukan Ahli Parlimen. Kita nak ucap tahniah kepada kerajaan yang telah mengembalikan balik perkhidmatan Parlimen.
Saya di antara orang yang bernasib baik Speaker, sebab pada zaman perkhidmatan Parlimen dulu, saya masih berada di sini. Bukan di sini, di sana. Saya pun lupa di mana. Di mana-mana ya.
Di sini pembangkang. Saya kerajaan belah sana. Jadi, saya berada— kemudian, bila Parlimen tarik balik, hari ini diperkenalkan balik setelah Parlimen perkhidmatannya di bawah JPM. Hari ini dibagi balik kepada yang baharu, saya berada di sini.
Saya harap berada di sini dengan jangka masa yang lebih lama sikitlah untuk melihat bagaimana jadi kepada Parlimen, tetapi persoalan yang besar ialah ucapan Menteri tadi. Ucapan Menteri menyebut bahawa, Ahli-ahli Parlimen akan diberi keadilan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baiklah, Jawatankuasa Kebebasan Parlimen dan juga jawatankuasa- jawatankuasa lain yang telah dibentuk, jawatankuasa khas. Saya minta diberi keadilan. Kalau 10 Ahli, 5-5 lah. Kalau pengerusi kerajaan, timbalan pembangkanglah. Jangan tak adil. Kami dah lah tak jadi pengerusi. Kami kadang 3, dia orang 7.
Jadi, dia orang pun kadang-kadang jarang hadir pun. Saya tak pernah tak hadir. Hat jawatankuasa lain pun saya turun hadir sebab saya nak bina ini Parlimen sebagai satu institusi yang disegani. Jadi, saya cadangkan supaya keadilan itu ditegakkan dan saya jumpa PMX. Saya tanya, bahawa dalam sistem yang ada sekarang ini, Parlimen ini ada dua darjat— version filem P. Ramlee. Dua darjat, satu kerajaan, satu pembangkang, tapi apakah bila JPM tukar, serah kepada Parlimen, apakah kerajaan akan bawa sama peruntukan yang sekarang ini Perdana Menteri berkuasa untuk mengagihkan kepada Ahli Parlimen?
Saya ucap tahniah, hangpa dapat RM4 juta, tapi jangan lupa, kami tidak akan berhenti untuk berdoa, perbuatan untuk zalimkan ahli pembangkang ialah satu perbuatan yang sepatutnya kita tidak boleh rai-raikan.
Kita kata Parlimen sekarang telah ada Akta Parlimen. Apa kami dapat?
Peruntukan pusat khidmat pun tak dapat. Nak bayar duit elektrik pun pening, nak bayar air pun pening, nak bayar pegawai pun pening. Hangpa boleh bayar ribu-ribu, kami bayar ratus-ratus saja. Nak tunjukkan bahawa Ahli Parlimen telah tidak dilayan dengan adil bawah JPM dan mari di sini, di bawah Parlimen, saya belum nampak dengan ketara lagi dilayan dengan adil.
Speaker Dewan Negara akan lantik dua orang Ahli Dewan untuk masuk jawatankuasa. Saya minta dilantik seorang daripada negeri-negeri kerajaan, seorang daripada negeri pembangkang. Jangan ambil pula Senator— Senator pun kena hadir 50-50. Semua kena 50-50. Bukan saya nak kata Speaker pun 50-50, tidak. Ini kita nak kira perkhidmatan yang bawah ini supaya kita adil kepada semua Ahli Parlimen.
Kalau adil kepada semua Ahli Parlimen, itulah bermakna perkhidmatan Parlimen tertutup ini adalah yang terbagus.
Dan akhir sekali Tuan Pengerusi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, nak landing.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah lebih masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nak landing saja, Yang Berhormat. Saya minta— bukan saya nak minta lebih-lebih. Walaupun Speaker Tan Sri Johari bagi kepada Ketereh hari itu 25 minit, tak apa, bagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi saya tak minta 25 minit, saya minta seminit saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya pun perlu bersikap adil kepada semua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Untuk landing, landing ya.
Dalam masa kita bercakap pun sudah seminit.
Jadi akhirnya, saya nak beritahu bahawa kami akan terus menegur dan kita minta kerajaan PMX pegang kepada waad, janjinya. Janjinya yang besar, termasuk janji Menteri tadi ialah untuk bagi keadilan kepada semua.
Sebelum kami balik minggu depan, hendaklah diumumkan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen. Kalau tidak, hangpa pun wa’id, bukan waad. Waad ini ialah janji yang mesti dipatuhi. Terima kasih. Wa’id tak elok lah. Terima kasih.
Assalamualaikum.
[Tepuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hebat anta, hebat anta.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Betong bangkit berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Betong juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Belanjawan MADANI Kelima yang bertemakan, Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.
Tuan Yang di-Pertua, tema ini membawa satu peringatan yang amat besar kepada kita semua. Di kala kita berusaha membawa ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi iaitu menggapai di langit, kita tidak boleh sesekali lupa untuk memastikan hasil pembangunan ini benar-benar mengakar di bumi iaitu dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi.
Kejayaan sebuah negara bukan hanya diukur pada angka-angka pertumbuhan ekonomi yang hebat atau jumlah pelaburan berbilion Ringgit yang
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
diumumkan di atas kertas. Bagi rakyat biasa, terutamanya di luar bandar, termasuk Betong, kejayaan sebenar bermaksud duit dalam poket mereka bertambah atau peluang pekerjaan yang baik untuk anak mereka, kemudahan asas yang cukup serta akses kepada sekolah dan klinik kesihatan yang sempurna, yang bermaksud tiada lagi bangunan daif di sekolah, tiada lagi bangunan daif di klinik-klinik dan hospital, tidak ada lagi peralatan yang usang di hospital.
Maka atas dasar itu, Betong ingin menyentuh beberapa isu utama, khususnya usaha kita untuk mengukuhkan ekonomi tempatan, menaikkan pendapatan rakyat, menjaga bekalan makanan negara dan menuntut pembangunan wilayah yang lebih adil, terutamanya bagi Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, memperkukuhkan ekonomi domestik dan pendapatan rakyat. Keadaan dunia hari ini tidak menentu disebabkan pergolakan politik antarabangsa dan kenaikan kos barang. Ini adalah amaran bahawa Malaysia tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada pasaran luar semata-mata. Maka, kita perlu kuatkan ekonomi dalam negara kita sendiri dengan meningkatkan hasil pengeluaran, melatih tenaga kerja tempatan dan menyokong perniagaan anak watan.
Maka dalam hal ini, Betong menyambut baik usaha kerajaan menaikkan gaji minimum. Langkah ini sangat penting untuk membantu kebajikan pekerja.
Bagaimanapun, kita juga perlu berpijak di bumi nyata. Kenaikan gaji ini mesti datang bersama dengan usaha untuk meningkatkan kecekapan kerja, penggunaan mesin ataupun alatan moden serta latihan kemahiran.
Jika tidak, perniagaan kecil dan sederhana di luar bandar ataupun PMKS akan terbeban, lalu terpaksa gulung tikar kerana kos yang terlalu tinggi. Matlamat memastikan pekerja mendapat pulangan yang adil daripada hasil kejayaan negara mesti diberikan perhatian serius.
Pertumbuhan ekonomi sepatutnya membawa kesenangan kepada pekerja, bukan sekadar menambah keuntungan syarikat-syarikat besar sahaja. Maka oleh itu, Betong mohon penjelasan kerajaan mengenai langkah menyelaras dasar gaji ini dengan bantuan latihan dan sokongan kepada peniaga kecil di luar bandar.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya modal insan dan pelaburan berkualiti. Kita mahu Malaysia menarik lebih banyak pelaburan dari luar. Namun, pelaburan tersebut mestilah memberi manfaat terus kepada rakyat tempatan dengan membuka peluang kerja yang bergaji setimpal, bukannya sekadar membawa masuk pekerja asing.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Syarikat-syarikat tempatan juga mesti diberi peluang untuk membekalkan barang dan perkhidmatan kepada pelabur ini. Pada masa yang sama, perubahan zaman dan penggunaan mesin-mesin moden memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran bersesuaian. Maka, Betong berpandangan bahawa program latihan teknikal seperti TVET mesti dirancang mengikut keperluan sebenar kilang dan industri, bukan sekadar melatih tanpa hala tuju yang jelas.
Maka yang paling penting, peluang latihan kemahiran ini tidak sepatutnya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja. Anak-anak muda di luar bandar dan pedalaman Sarawak mesti juga diberikan peluang sama rata untuk belajar dan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada tuntutan autonomi penuh projek di Sabah dan Sarawak. Betong menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan untuk Sarawak dalam Belanjawan 2027. Namun, pembangunan di Sabah dan Sarawak tidak boleh diukur berdasarkan jumlah penduduk semata-mata. Kawasan yang luas, bentuk muka bumi yang mencabar dan kedudukan kampung rumah panjang yang berjauhan menyebabkan kos pembinaan jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik jauh lebih tinggi.
Jadi, ukuran kejayaan sebenar ialah berapa banyak rumah yang mendapat air bersih 24 jam, berapa banyak kampung yang menikmati bekalan elektrik yang stabil serta sejauh mana akses jalan raya ke sekolah dan klinik bertambah baik.
Puan Yang di-Pertua, Betong ingin membangkitkan isu Arahan Perbendaharaan 182. Kita menghargai langkah Kerajaan Persekutuan memberikan kuasa pelaksanaan projek bernilai RM50 juta ke bawah kepada agensi teknikal tempatan di Sabah dan Sarawak.
Namun, mengapa kuasa ini masih dihadkan kepada RM50 juta? Bagi projek yang lebih besar, keputusan masih tertumpu di Putrajaya, sedangkan pandangan agensi teknikal tempatan sering diketepikan. Akibatnya, projek berisiko lewat disiapkan. Reka bentuk tidak sesuai dengan keadaan setempat dan wang rakyat dibazirkan.
Justeru, Betong menuntut autonomi penuh tanpa had nilai projek atas tiga alasan. Pertamanya, kemampuan agensi tempatan, JKR Sarawak kah, JKR Sabah kah, JPA mempunyai kepakaran serta pengalaman menguruskan projek besar.
Berikanlah kepercayaan kepada profesionalisme anak tempatan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Kedua, mengurangkan birokrasi. Keputusan tidak sepatutnya tertangguh berbulan-bulan hanya kerana dokumen perlu berulang-alik ke Putrajaya. Kuasa pelaksanaan mesti dipercepatkan di peringkat negeri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ketiga, semangat MA63. Sabah dan Sarawak ialah rakan pengasas Malaysia. Kerajaan Persekutuan boleh terus menyediakan dana dan menjalankan pemantauan, tetapi urusan tender, reka bentuk dan pelaksanaan fizikal hendaklah diserahkan kepada agensi negeri.
Dato’ Yang di-Pertua, sudah tiba masanya Putrajaya memberikan kepercayaan penuh kepada Sabah dan Sarawak. Mansuhkanlah had siling RM50 juta dan berikan autonomi pelaksanaan projek tanpa had nilai.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya bergerak kepada Geran Khas Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Betong ingin menyentuh mengenai Geran Khas Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang merupakan sebahagian daripada usaha merealisasikan semangat Perjanjian Malaysia 1963. Betong menghargai langkah Kerajaan Persekutuan menaikkan bayaran interim Geran Khas daripada RM16 juta setahun kepada RM300 juta, kemudian RM600 juta dan baru-baru ini RM1.5 bilion setahun di dalam Belanjawan 2027.
Namun, Tuan Yang di-Pertua, peningkatan jumlah bayaran sahaja belum mencukupi jika formula tetap masih belum dimuktamadkan. Sarawak memerlukan kepastian kewangan jangka panjang untuk merancang pembangunan khususnya kemudahan kesihatan, pendidikan, bekalan air yang bersih, elektrik dan infrastruktur luar bandar. Persoalannya, sampai bilakah Sarawak perlu bergantung pada bayaran interim tanpa formula yang dipersetujui secara muktamad?
Betong ingin menegaskan bahawa Geran Khas ini bukan soal ihsan Kerajaan Persekutuan, tetapi soal hak Perlembagaan dan keadilan fiskal yang perlu ditangani berdasarkan Perkara 112D serta semangat MA63. Justeru, Betong berharap rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak dapat dimuktamadkan segera dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara, keperluan pembangunan Sarawak serta sumbangan hasil Sarawak ini kepada negara.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Betong ingin meminta penjelasan kerajaan, bilakah formula tetap Geran Khas ini akan dimuktamadkan? Apakah jaminan bahawa formula tersebut akan memberikan kepastian serta keadilan kewangan kepada Sarawak untuk jangka panjang?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, saya beralih kepada memperkukuhkan sekuriti makanan negara. Melihat kepada unjuran ekonomi dan ketegangan geopolitik global, saya ingin menarik perhatian kerajaan untuk melihat isu ini melangkaui sempadan sektoral. Sekuriti makanan bukan sekadar soal harga beras, harga ayam ataupun sayur-sayuran. Ia adalah agenda kedaulatan dan keselamatan negara dan berkait rapat dengan kos sara hidup rakyat, pendapatan petani dan ketahanan domestik.
Malaysia tidak boleh lagi bersikap apologetik atau sekadar bergantung pada subsidi apabila harga meningkat. Kebergantungan tinggi kepada import makanan meletakkan kita dalam risiko besar sekiranya berlaku peperangan, perubahan cuaca melampau atau sekatan eksport oleh negara pengeluar. Belanjawan 2027 mesti menjadi titik pusingan radikal untuk kita membina keupayaan pengeluaran domestik yang mandiri.
Justeru, Betong ingin mengemukakan empat tindakan strategik tanpa dolak- dalik. Pertamanya, angkat sekuriti makanan sebagai KPI keselamatan negara.
Kerajaan mesti menetapkan sasaran pengurangan import yang jelas. Cadangan, contohnya, untuk kita membuka 200 ribu ekar sawah padi dan 100 ribu ekar jagung bijirin, sebagai contoh, mesti disusuli dengan peningkatan hasil per hektar. Bil import makanan dan kadar sara diri perlu dijejaki secara agresif setaraf dengan keselamatan tenaga dan dibentangkan di Dewan yang mulia ini secara tahunan.
Kedua, utamakan kebajikan dan pendapatan petani. Kita mesti menilai kejayaan dasar berdasarkan pendapatan bersih peladang dan petani. Penglibatan sektor swasta perlu diperkukuh untuk bekerjasama dengan peladang kecil koperasi bagi kita memperluas akses pasaran eksport yang matang. Sekali gus mewujudkan laluan yang jelas bagi menarik generasi peladang yang muda.
Ketiga, segerakan pembiayaan teknologi dan pengeluaran benih tempatan.
Institusi penyelidikan perlu bekerjasama menghasilkan benih tempatan yang tahan penyakit dan iklim. Dana untuk benih berkualiti, dron dan alatan digital mesti disalurkan terus kepada tangan petani sebelum mendepani tekanan rantaian bekalan tahun 2027, lengkap dengan latihan, pengurusan yang rapi.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Keempat, manfaatkan potensi Sarawak dan kawal selia berasaskan sains.
Kawasan luar bandar seperti Betong memerlukan sistem pengairan yang baik dan bantuan jentera moden untuk kita meningkatkan pengeluaran dan menambah pendapatan petani dan penduduk. Jadi, pada masa yang sama, kita memerlukan sistem kelulusan berwaktu yang tangkas untuk teknologi dron dan mewujudkan laluan penyuntingan gen ataupun gene editing yang selaras dengan standard Asia.
Negara kita tidak ketinggalan.
Tuan Yang di-Pertua, Betong berharap Majlis Keterjaminan Makanan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memantau pelaksanaan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 secara tegas dengan peruntukan pemangkin yang disalurkan berdasarkan pencapaian yang boleh diukur.
Jaminan bekalan makanan ialah benteng pertahanan negara kita yang sebenar.
Sudah tiba masanya kita bertindak dengan berani demi memelihara kedaulatan tanah air.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya ialah permintaan daripada rakyat saya di Betong. Pertamanya, pembinaan klinik kesihatan jenis tiga, kuarters dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong. Betong ingin membangkitkan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Tiga, Kuarters dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong yang telah diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan kelima dengan kos asal RM77.89 juta.
Betong difahamkan bahawa kos projek meningkat kepada RM129 juta berdasarkan penilaian teknikal terkini. Selepas semakan semula, anggaran sekitar RM100 juta dikemukakan dengan cadangan menggugurkan kuarters serta mengurangkan skop klinik dan pejabat kesihatan.
Jadi, pendirian Betong jelas, pengurangan skop tidak seharus menjadi jalan penyelesaian utama pada peningkatan kos. Projek ini yang diluluskan berdasarkan keperluan rakyat dan petugas kesihatan di Betong termasuk pembinaan 18 unit kuarters. Doktor tidak mahu berkhidmat di kawasan luar bandar kerana tidak ada kuarters dan bagi menyokong kebajikan dan penempatan petugas.
Sehubungan dengan itu, Betong mendesak Kerajaan Persekutuan mengekalkan skop asal projek termasuk kesemua 18 unit kuarters serta mempertimbangkan siling peruntukan tambahan yang munasabah berdasarkan penilaian teknikal yang telus. Betong juga meminta kementerian menetapkan garis masa yang jelas untuk memuktamadkan keputusan projek ini supaya semakan kos tidak terus melengahkan pelaksanaannya.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan kesihatan luar bandar tidak boleh dinilai berdasarkan kos semata-mata, tetapi mesti mengambil kira keperluan rakyat dan kecukupan tenaga kerja kesihatan. Jangan sampai pejabat yang kita mahu berjimat dengan belanja hari ini menyebabkan kemudahan kesihatan Betong tidak lagi mampu memenuhi keperluan rakyat pada masa hadapan.
Perkara kedua, Betong ingin menyuarakan semula permintaan mendesak agar sebuah politeknik konvensional dibina di Betong. Kemudahan pendidikan ini sangat penting supaya anak-anak tempatan di Betong dan kawasan sekitarnya dapat belajar dalam bidang teknikal tanpa perlu berhijrah jauh ke bandar besar sekali gus menyediakan tenaga kerja mahir untuk industri tempatan pada masa hadapan.
Ketiga, Dato’ Yang di-Pertua, Betong ingin mohon agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan mesin pencetak kad pengenalan di pejabat JPN di Betong. Pada masa ini, ketiadaan mesin tersebut menyebabkan urusan permohonan dan penggantian kad pengenalan tidak dapat diselesaikan pada hari yang sama sekali gus menyusahkan penduduk luar bandar yang terpaksa datang berulang kali.
Kemudahan ini wajar disediakan bagi mempercepatkan segala urusan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Yang keempat, yang terakhir, Dato’ Yang di-Pertua, ialah saya ingin membangkitkan isu ketiadaan stesen bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di bahagian Betong yang satu-satunya bahagian dari 12 bahagian di Sarawak yang tidak mempunyai stesen tersebut. Tiap-tiap hari kita terima bacaan rasmi, tetapi Betong tidak ada.
Jadi, oleh itu, keadaan ini, Dato’ Yang di-Pertua, menyebabkan tiada bacaan IPU rasmi setempat untuk dijadikan sebagai rujukan oleh agensi seperti pihak sekolah dalam mereka membuat keputusan ketika jerebu sama ada mahu tutupkah, bukakah dan sebagainya. Jadi, oleh itu, Betong mohon Jabatan Alam Sekitar membina sebuah stesen pemantauan IPU di Betong demi melindungi kesihatan dan keselamatan penduduk setempat.
Akhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua, disiplin fiskal. Betong faham bahawa kerajaan kita perlu berhemah dalam menguruskan kewangan dan mengawal hutang negara.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Namun langkah berjimat-cermat ini tidak boleh sehingga mengorbankan kebajikan rakyat jelata. Setiap Ringgit wang rakyat yang dibelanjakan mesti dipastikan memberikan pulangan yang jelas, projek-projek infrastruktur asas yang
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
sakit atau lewat disiapkan mesti dipantau rapat dan diambil tindakan segera tanpa kompromi.
Sebagai penutup, saya lihat Belanjawan 2027 ini mesti menjadi jambatan untuk kita merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar dan luar bandar serta antara wilayah Semenanjung, Sabah Sarawak, pembangunan yang adil bukan bermaksud semua tempat mendapat jumlah wang yang sama rata, tetapi setiap rakyat tidak kira di mana mereka berada, diberi peluang yang sama untuk menikmati kemajuan negara.
Besarlah harapan penduduk saya di Betong, agar apa yang saya bangkitkan itu tadi mendapat pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan. Dengan harapan ini, saya dengan penuh tekad menyokong RUU Perbekalan 2027. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Dipersilakan Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sebelum itu Dato’ Yang di-Pertua, saya bagi pihak Tanjong Karang ingin mengalu- alukan kehadiran Puan Wahida Ramli dan Tuan Haji Karim Abdullah serta JPKKP Kampung Seri Gambut Tanjong Karang ke Dewan yang mulia ini.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya yang mewakili rakyat Rompin untuk membahaskan Rang undang-undang Perbekalan 2027 pada peringkat dasar. Belanjawan 2027 dibentangkan dengan tema, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.” Tema ini indah dan sarat maknanya. Menggapai langit bermaksud bercita- cita tinggi, ekonomi yang kukuh, fiskal yang mampan dan negara yang dihormati.
Mengakar di bumi pula bermaksud setiap cita-cita itu mesti berpijak pada kehidupan sebenar rakyat.
Hari ini saya tidak berdiri untuk mempertikaikan langit yang ingin digapai.
Saya berdiri untuk menguji akarnya. Adakah akar Belanjawan 2027 ini benar-benar sampai ke bumi Rompin?
Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 ialah belanjawan kelima Kerajaan MADANI dan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027 berjumlah RM461.84 bilion. Ini
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
peningkatan sebanyak RM40.64 bilion atau 9.6 peratus berbanding anggaran asal 2026 sebanyak RM421.2 bilion.
Daripada jumlah ini perbelanjaan mengurus berjumlah RM376.84 bilion iaitu RM115.46 bilion perbelanjaan tanggungan dan RM261.38 bilion perbelanjaan bekalan. Perbelanjaan pembangunan berjumlah RM85 bilion termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Menurut laporan tinjauan fiskal Kementerian Kewangan, tanpa simpanan luar jangka belanjawan ini bernilai RM459.8 bilion atau 19.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Defisit fiskal diunjur turun kepada 3.3 peratus daripada KDNK selaras dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
Belanjawan 2027 ini menyebut sembilan fasiliti kesihatan baharu. Antara yang dinamakan ialah fasiliti itu terletak di Johor, Sarawak, Perak dan Negeri Sembilan. Empat projek perumahan rakyat baharu pula akan dibina di Kulai, Nilai, Paya Rumput dan Lembah Pertang. Malangnya tiada satu pun yang dinamakan di Pahang, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya akan menyentuh beberapa kementerian yang ada hubung kait dengan masalah di kawasan saya Rompin, Dato’ Yang di-Pertua.
Pertamanya kementerian Kesihatan. Kementerian Kesihatan menerima RM47.7 bilion bagi 2027 berbanding RM46.5 bilion pada 2026. Ini kenaikan sekitar 2.6 peratus. Namun, kos penjagaan kesihatan meningkat lebih pantas. Inflasi kesihatan negara naik daripada 1.4 peratus pada 2024 kepada 3.0 peratus pada 2025. Manakala kos insurans perubatan melonjak hampir sembilan peratus. Pakar kesihatan awam sendiri mengakui bahawa kenaikan peruntukan KKM tidak begitu besar berbanding kadar inflasi perubatan.
Belanjawan 2027 menyediakan beberapa inisiatif penting untuk KKM. RM1.2 bilion untuk menyelenggara dan membaik pulih hospital serta klinik termasuk baki klinik daif. Lebih RM770 juta untuk perubatan moden. Di daerah Rompin mempunyai sembilan klinik kesihatan termasuk Klinik Kesihatan Tekek di Pulau Tioman. Pulau itu juga mempunyai klinik desa di Kampung Mukut, Kampung Juara dan Kampung Genting. Bagi penduduk pulau, bot kesihatan ialah nadi perkhidmatan. Garis panduan bot ambulans KKM merekodkan perjalanan sehala dari jeti Pulau Tioman ke Tanjong Gemok adalah kira-kira 32 batu nautika.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini dua buah bot kesihatan KKM di Pulau Tioman, sebuah tersadai, dah 12 tahun Dato’ Yang di-Pertua, manakala sebuah lagi baru rosak dua bulan yang lepas. Apabila bot KKM tidak berfungsi pesakit terpaksa
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
bergantung kepada agensi lain. Sebagai contohnya Maritim Malaysia yang pernah menggerakkan botnya untuk memindahkan pesakit dari Klinik Kesihatan Tekek ke Hospital Rompin. Kita berterima kasih kepada Maritim Malaysia namun keselamatan rakyat tidak boleh bergantung pada aset agensi lain yang mempunyai tugas yang tersendiri.
Soalan saya, bilakan kedua-dua bot kesihatan Rompin ini akan diganti?
Berapakah peruntukan 2027 bagi perolehan, penyelenggaraan bot kesihatan di Pahang? Adakah bot baru yang rosak itu masih dalam tempoh jaminan dan apakah tindakan yang telah diambil untuk menggantikan bot ini?
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan bangunan Klinik Kesihatan Bukit Ibam yang telah siap dibina. Saya telah bangkitkan hal ini pada sesi bajet yang lepas Dato’ Yang di-Pertua, tetapi sehingga hari ini masih belum boleh diduduki dan beroperasi. Bangunan yang siap, tetapi berkunci ialah aset yang tidak memberi pulangan dan janji yang belum ditunaikan.
Penduduk Bukit Ibam, Kampung Aur dan perkampungan orang asli di sekitarnya berhak mendapat jawapannya, Dato’ Yang di-Pertua. Apakah halangan sebenar yang menyebabkan Klinik Kesihatan Bukit Ibam belum beroperasi dan bilakah ia nya akan mula beroperasi?
Yang kedua, saya akan menyentuh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tuan Yang di-Pertua, KPKT menerima RM6.36 bilion dalam perbelanjaan 2027, meningkat RM266.7 juta atau 40.4 peratus. Dari jumlah itu RM2.16 bilion ialah perbelanjaan mengurus dan RM4.20 bilion perbelanjaan pembangunan. Dalam sektor perumahan, Belanjawan 2027 menyediakan hampir RM1 bilion untuk Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat. Jaminan pembiayaan Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM20 bilion untuk kira-kira 80,000 pembeli rumah pertama.
Pengecualian penuh duti setem kepada pemaju penyelamat dan pembeli asal projek terbengkalai dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. Pada 14 Oktober 2026, Menteri memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa sehingga Ogos 2026, sebanyak 1,726 projek perumahan swasta telah dipulihkan. Projek-projek ini telah melibatkan 199,643 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar RM158 bilion.
Daripada jumlah itu 147 projek dipulihkan daripada status sakit kepada lancar 1,542 projek sakit disiapkan sehingga memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dan 37 projek terbengkalai dipulihkan.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
KPKT menyasarkan sifar projek sakit dan terbengkalai menjelang 2030.
Sasaran ini akan dicapai melalui Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan, platform TEDUH, audit berkala, Akaun Pemajuan Perumahan serta inisiatif option to purchase dan order to build. Saya menghargai pencapaian ini, namun bagi pembeli yang masih terperangkap, statistik nasional tidak bermakna apa-apa selagi kunci rumah mereka sendiri belum diterima.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Di Rompin, Projek Perumahan Taman Rompin Permai dimajukan Rompin Legacy Sendirian Berhad. Projek yang dikategorikan sebagai projek perumahan swasta sakit pada 13 Januari 2025. Platform TEDUH KPKT sendiri menyenaraikan projek ini berstatus sakit dengan harga rumah antara RM243,000 hingga RM532,000 seunit.
Jawapan KPKT kepada saya sebelum ini adalah projek ini dalam pemantauan rapi kementerian. Pembeli boleh memohon pengesahan projek bermasalah untuk dikemukakan pada institusi kewangan. Tujuannya ialah untuk mendapatkan pengurangan kadar bayaran penstrukturan semula pinjaman atau kemudahan lain tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan institusi kewangan tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, pembeli di Rompin ini telah melakukan semua itu.
Mereka sudah memperoleh surat pengesahan daripada KPKT, namun institusi kewangan langsung tidak mengendahkannya. Surat kementerian yang tidak dihormati oleh bank hanyalah sehelai kertas. Akibatnya pembeli turut membayar ansuran bulanan rumah mereka yang belum siap.
Pengajaran daripada Salak Selatan— isu ini wajar dibaca bersama soalan Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang pada 14 Oktober baru-baru ini mengenai Residensi Wilayah, Pangsapuri Salak Selatan yang melibatkan 1,120 unit berdasarkan jawapan Menteri pada 14 Oktober 2026, projek ini telah pun dikategorikan ‘sakit’ pada 22 Ogos 2021. Pengurusan kehakiman dilantik melalui Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Mac 2025.
Pada 30 September 2026, mahkamah membatalkan perjanjian usaha sama antara pemaju dan tuan tanah kerana pemaju masih gagal menyiapkan projek. Kini nasib projek itu bergantung kepada keputusan mahkamah rayuan. Soalan saya kepada KPKT ialah, saya ingin meminta supaya KPKT mengambil dua tindakan.
Pertama, bersama Bank Negara Malaysia supaya diwujudkan mekanisme yang mewajibkan institusi kewangan memberi pertimbangan berstruktur apabila
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
pembeli mengemukakan surat pengesahan KPKT. Contohnya, penangguhan bayaran pokok atau pengurangan kadar keuntungan sehingga projek siap.
Yang kedua, pastikan inisiatif option to purchase dan order to build turut meliputi ‘projek sakit’ di luar bandar, bukan hanya di Lembah Klang sahaja Dato’ Yang di-Pertua.
Ketiganya, saya ingin menyentuh Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Tioman ialah permata pelancongan negara dan diwartakan sebagai Taman Laut. Pulau ini didiami oleh 3,600 penduduk dan menerima kira-kira 250,000 pelancong setahun.
Pada 2021, terdapat 1,821 bilik di 103 buah hotel dan chalet berdaftar di pulau ini. Namun, akses ke pulau ini masih bergantung hampir sepenuhnya kepada jalan laut. Cadangan lapangan terbang baharu di Tioman bukanlah perkara baharu— 2003, cadangan membina lapangan terbang bernilai RM120 juta di Kampung Paya.
Cadangan ini dibatalkan pada 2009 selepas mendapat bantahan.
Belanjawan 2018, kerajaan mengumumkan kajian lapangan terbang baharu yang mampu menampung pesawat bersaiz besar seperti Boeing 737. Namun November 2019, Kerajaan Pahang dan Kerajaan Pusat mencapai kata sepakat untuk meluluskan projek ini di Kampung Paya seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kerja Raya.
2022, Majlis Perancang Fizikal Negara memutuskan supaya cadangan ini diangkat semula untuk pertimbangan selepas Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan selesai. Jun sehingga Julai 2023, Laporan EIA dipamerkan kepada umum dan menerima 1,412 komen awal. 9 Ogos 2023, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menghormati keputusan yang berasaskan kajian telah dijalankan. Pemuliharaan Tioman ialah amanah kita bersama. Namun, pemuliharaan dan ketersambungan bukan dua perkara yang bertentangan.
Membatalkan sebuah projek tidak menyelesaikan masalah akses penduduk dan pengusaha di pulau itu.
Mewakili penduduk Pulau Tioman, saya memohon agar kerajaan menimbang semula pembinaan sebuah airport baharu di Pulau Tioman bagi merancakkan aktiviti di Pulau Tioman. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan II atas kesudian beliau turun padang dan melawat sendiri Pulau Tioman baru-baru ini. Kehadiran Yang Berhormat Menteri Kewangan II membuktikan komitmen tinggi dalam menyelami nadi kehidupan
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
seluruh rakyat Pulau Tioman, sekali gus, ianya membawa sinar harapan baharu buat seluruh rakyat Pulau Tioman.
Saya juga ingin menyentuh soal pembangunan infrastruktur di pulau pelancongan ini. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu jeti Kampung Mukut. Kampung Mukut merupakan antara pintu masuk utama pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi. Namun, kemudahan jeti sedia ada memerlukan perhatian segera.
Keadaan fizikal jeti yang semakin uzur, terkesan oleh faktor pasang surut air laut bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah mengancam keselamatan penduduk tempatan dan para pelancong. Saya memohon agar Kementerian Kewangan dan kementerian berkaitan menyalurkan peruntukan khas bagi membina sebuah jeti baharu di Kampung Mukut demi kelangsungan ekonomi dan keselamatan rakyat di sana.
Saya juga ingin menyentuh kenaikan tambang feri dari Teluk Gading ke Pulau Tioman. Kenaikan tambang feri ke Pulau Tioman ketika ekonomi masih mencabar dilihat tidak sesuai kerana berpotensi menjejaskan kedatangan pelancong dan pendapatan penduduk Pulau Tioman. Kenaikan tambang ini juga membebankan pelancong yang datang secara berkumpulan atau bersama keluarga.
Justeru itu, saya menggesa pengusaha feri membuat pertimbangan semula kenaikan berkenaan atau membatalkannya bagi memastikan sektor pelancongan Pulau Tioman terus berkembang. Saya juga menggesa agar kerajaan campur tangan dalam isu berkenaan dengan melihat semula asas kenaikan tambang selain memastikan pengusaha feri menyediakan perkhidmatan yang selesa dan berkualiti kepada penumpang.
Saya sebenarnya ingin menyentuh tentang Kementerian Kerja Raya sekiranya masa ada lagi Dato’ Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya bagi tiga minit.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kementerian Kerja Raya menerima RM10.882 bilion dalam Belanjawan 2027, meningkat 1.78 peratus. Dari jumlah itu, RM9.736 bilion adalah perbelanjaan pembangunan dan RM1.146 bilion perbelanjaan mengurus. KKR kekal sebagai antara penerima peruntukan pembangunan terbesar dalam kalangan kementerian.
Antara peruntukan utama KKR ialah RM1.38 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo, RM800.146 juta untuk jalan jambatan di Sabah dan RM565.30 juta di
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Sarawak, hampir RM800 juta untuk menyelenggara Jalan Persekutuan termasuk RM350 juta untuk kontraktor di Sabah dan Sarawak— RM40 juta untuk kerja kecil melalui jurutera daerah naik daripada RM30 juta.
Saya tidak mempersoalkan keperluan Sabah dan Sarawak. Namun Dewan ini perlu mengambil perhatian terhadap satu pengakuan penting. Pada 7 Oktober lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan Dewan ini bahawa keperluan sebenar penyelenggaraan Jalan Persekutuan ialah RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun.
[Batuk] Maafkan saya Dato’ Yang di-Pertua.
Peruntukan bagi 2026 hanyalah RM3.18 bilion dengan RM2.08 bilion untuk Semenanjung. Jurang sebesar ini akhirnya dibayar oleh pengguna jalan raya.
Kadangkala dengan nyawa, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya ingin membangkitkan Lebuhraya Tun Razak, Laluan Persekutuan FT12 menghubungkan simpang Gambang ke Segamat sejauh 146.8 kilometer. Jalan ini mula dibina pada 1970, dibuka pada 1983 dan diwartakan sebagai Jalan Persekutuan pada 1989. Ianya merentasi kawasan Muadzam Shah, Bandar Tun Abdul Razak, Keratong di Rompin.
Sejak 2010, Menteri Kerja Raya ketika itu telah mencadangkan laluan ini dinaikkan taraf kepada empat lorong untuk mengurangkan kemalangan. 16 tahun kemudian, laluan ini masih lagi dua lorong. Angka Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang menceritakan segalanya. Banyak berlakunya kemalangan di kawasan ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Justeru itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya apakah kemajuan fasa 2 naik taraf FT12 sepanjang 51 kilometer dari Runcang ke Simpang Keratong? Projek ini telah diluluskan dalam Rolling Plan Ketiga RMK12 dan berapakah peruntukkannya dalam tahun 2027?
Yang kedua, adakah kerajaan komited menaik taraf keseluruhan FT12 kepada empat lorong dalam RMK13 bermula dengan segmen Muadzam Shah- Segamat yang paling kerap berlaku kemalangan?
Sebagai penutupnya Dato’ Yang di-Pertua, belanjawan bernilai RM461.84 bilion ini akan dinilai bukan pada saat ia diluluskan di Dewan ini— ia akan dinilai pada saat seseorang ibu di Pulau Tioman memerlukan bot untuk ke hospital. Ia akan dinilai pada saat seorang pembeli di Kuala Rompin menerima kunci rumahnya. Dan dia akan dinilai pada saat sebuah keluarga selamat tiba di destinasi selepas melalui Lebuhraya Tun Abdul Razak.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Menggapai di langit adalah cita-cita, mengakar di bumi adalah tanggungjawab.
Rakyat Rompin tidak meminta keistimewaan, mereka menuntut hak yang sama. Akses kepada rawatan, kediaman yang dijanjikan, ketersambungan yang wajar dan jalan yang selamat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahas Bajet 2027 ini.
Tuan Speaker, selama hampir tiga dekad negara kita telah mencatatkan defisit fiskal yang berterusan, sekali gus mewariskan cabaran struktur yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Namun, di sebalik kekangan ini, Kerajaan MADANI tetap teguh dengan komitmen untuk memperkukuh kedudukan kewangan negara sambil memastikan keperluan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Ini jelas dalam Belanjawan 2027. Kita boleh sedar bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan. Namun, kita juga tidak boleh menafikan kemajuan besar yang telah dicapai melalui belanjawan ini.
Hari ini rakyat Malaysia sudah mula melihat dan merasai sendiri manfaat daripada segala usaha yang telah dilaksanakan, khususnya dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, Belanjawan 2027 bukan sekadar mencerminkan keutamaan fizikal negara, tetapi turut menjadi bukti komitmen Kerajaan MADANI terhadap tadbir urus yang bertanggungjawab, kemajuan yang mampan serta usaha membina masa depan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Malaysia.
Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan beberapa perkara.
Pertamanya, berkenaan isu keselamatan di sekolah. Tuan Speaker, keselamatan di sekolah perlu diberikan perhatian yang lebih serius dan yang menyeluruh kerana pembelajaran yang berkesan hanya dapat berlaku apabila murid berasa selamat dari segi fizikal, emosi dan juga mental.
Kita semakin bimbang dengan insiden buli, pergaduhan dan keganasan yang melibatkan murid. Persoalannya bukan sekadar bagaimana kita menangani insiden selepas ia berlaku, tetapi apakah langkah pencegahan jangka panjang yang telah dan akan dilaksanakan untuk memastikan perkara sedemikian tidak berulang.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Pertama sekali, buli tidak boleh dianggap sebagai perkara kecil yang akan di hilang dengan sendirinya. Jika dibiarkan tanpa tindakan yang berkesan, ia boleh meninggalkan ataupun meningkatkan risiko berlakunya keganasan yang lebih serius.
Kita tidak mahu sekolah-sekolah di Malaysia menjadi seperti sekolah-sekolah di Amerika Syarikat, Tuan Speaker, di mana senjata ada dibawa ke sekolah bagi tujuan mencederakan pelajar lain.
Kita tidak boleh terus menunggu sehingga suatu insiden menjadi tajuk utama media sebelum bertindak. Keselamatan murid menjadi keutamaan setiap hari, bukan hanya apabila berlakunya tragedi.
Saya ingin mencadangkan Tuan Speaker, susulan insiden-insiden buli dan kes pembunuhan yang berlaku di sekolah sejak kebelakangan ini.
Pertamanya, peruntukan khusus wajar disediakan bagi melatih guru mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan emosi ataupun early emotional symptoms, dengan izin, Tuan Speaker. Masalah tingkah laku dan potensi keganasan dalam kalangan pelajar.
Keduanya, intervensi dilaksanakan dengan segera sebelum sesuatu keadaan menjadi lebih serius. Selain itu, setiap sekolah perlu dilengkapi dengan bilangan kaunselor yang mencukupi serta program kaunseling dan penilaian psikologi yang berstruktur.
Langkah-langkah ini saya percaya Tuan Speaker, amat penting dalam membendung gejala buli, mencegah keganasan dan menangani masalah disiplin secara menyeluruh di sekolah-sekolah di negara ini. Pendekatan yang menekankan pengesanan awal, intervensi bersasar dan sokongan berterusan dapat melindungi keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, sihat dan juga kondusif.
Isu seterusnya Tuan Speaker, adalah berkenaan dengan pampasan kepada mangsa kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan juga dadah.
Tuan Speaker, saya menyambut baik pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah membayar pampasan kepada mangsa. Walaupun wang tidak mampu mengembalikan nyawa yang terkorban atau memulihkan anggota badan yang telah kehilangan fungsinya, pampasan yang sewajarnya boleh membantu meringankan beban kewangan mangsa dan keluarga mereka, menampung kos rawatan serta pemulihan dan juga meningkatkan kualiti hidup mereka pada masa hadapan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya ingin memberikan penjelasan tentang— mendapat penjelasan tentang beberapa perkara berkaitan pindaan tersebut.
Pertamanya Tuan Speaker, bagaimanakah kadar pampasan ini akan ditentukan? Apakah kriterianya yang akan digunakan untuk menilai jumlah pampasan bagi setiap mangsa? Adakah satu formula standard akan diperkenalkan ataupun secara subjektif mengikut, dengan izin, case to case basis? Adakah kadar pampasan akan mengambil kira tahap kecederaan, kos rawatan dan juga pemulihan, kehilangan pendapatan, keperluan penjagaan jangka panjang serta kesan terhadap tanggungan mangsa?
Bagaimanakah pula pampasan akan ditentukan bagi kes kematian berbanding kecederaan yang menyebabkan kecacatan kekal ataupun kehilangan anggota badan? Kerajaan perlu menjelaskan sama ada satu garis panduan ataupun guideline, dengan izin, ataupun mekanisme penilaian yang seragam akan diwujudkan supaya pampasan dapat ditentukan secara adil, telus dan juga konsisten.
Keduanya Tuan Speaker, bagaimanakah mekanisme pampasan ini akan diselaraskan dengan hak mangsa untuk menuntut ganti rugi melalui mahkamah sivil?
Ini adalah satu persoalan penting Tuan Speaker. Di bawah undang-undang sivil, mangsa kemalangan atau wakil mereka yang sah boleh tertakluk kepada undang- undang yang terpakai, menuntut ganti rugi daripada pihak yang bertanggungjawab.
Tuntutan tersebut boleh meliputi kos rawatan, kehilangan pendapatan, keperluan penjagaan dan kerugian lain yang diiktirafkan oleh undang-undang. Dalam keadaan tertentu, tuntutan ini juga mungkin dilindungi oleh insurans.
Justeru, sekiranya mekanisme pampasan baru diperkenalkan, bagaimanakah ia akan berinteraksi dengan tuntutan sivil sedia ada? Adakah pampasan yang diterima melalui mekanisme baru ini akan diambil kira dalam pengiraan ganti rugi oleh mahkamah di mahkamah sivil?
Bagaimanakah kerajaan akan memastikan mangsa tidak menerima pampasan berganda ataupun, dengan izin, double compensation bagi kerugian yang sama tanpa menjejaskan hak mereka untuk menuntut ganti rugi yang sewajarnya?
Pada masa yang sama, kita perlu memastikan bahawa mekanisme baru ini tidak secara tidak sengaja mengehadkan hak mangsa untuk mendapatkan keadilan melalui mahkamah.
Saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuh perlindungan terhadap mangsa kemalangan yang berpunca daripada pemanduan di bawah
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
pengarah alkohol ataupun dadah. Dan selaras dengan itu, berharap kerajaan memberikan penjelasan yang terperinci tentang mekanisme yang akan diperkenalkan dan pampasan tersebut.
Isu seterusnya Tuan Speaker, adalah berkenaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ataupun AUKU.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya ingin meminta penjelasan tentang kerangka perundangan pendidikan tinggi yang komprehensif yang akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
(KPT) bagi menggantikan AUKU sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2027. Persoalan-persoalan yang timbul adalah seperti berikut.
Antara lain, apakah prinsip yang akan menjadi asas kepada undang-undang baharu tersebut? Adakah penggubalan ini benar-benar bertujuan menghapuskan sekatan yang selama ini menghalang kebebasan akademik dan penglibatan mahasiswa atau sekadar menggantikan undang-undang lama dengan undang- undang baharu yang mengekalkan sekatan yang sama?
Kita tidak mahu pembaharuan yang hanya bersifat kosmetik. Kita tidak mahu undang-undang yang dimansuhkan dari segi nama, tetapi prinsip dan sekatan yang bermasalah diperkenalkan semula melalui peruntukan ataupun undang-undang baharu. Sekiranya AUKU ini dimansuhkan atas alasan bahawa peruntukan tertentu tidak lagi sesuai dengan aspirasi sebuah negara demokratik, maka undang-undang penggantinya mestilah benar-benar mencerminkan perubahan tersebut.
Proses penggubalan juga harus melibatkan mahasiswa, ahli akademik, pentadbir universiti dan masyarakat sivil secara bermakna dengan ruang yang mencukupi untuk penelitian serta pembahasan awam. Kita mahu melihat reformasi yang bukan sahaja menjanjikan perubahan, tetapi turut menyediakan jaminan undang-undang bahawa sekatan yang selama ini dipertikaikan tidak akan dikekalkan atau diperkenalkan semula. Ini supaya setiap IPTA menjadi tempat di mana ilmu dikembangkan, pemikiran kritis diasah dan idea dicabar secara intelektual. Inilah semangat pendidikan tinggi yang perlu kita pertahankan.
Seterusnya, Tuan Speaker, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan sekolah-sekolah Tamil. Seperti yang Tuan Speaker sedia maklum, terdapat beberapa peruntukan yang telah pun diumumkan di dalam Belanjawan 2027 ini di mana ianya telah pun memperuntukkan jumlah sebanyak RM50 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sekolah Tamil. Kita perlu memastikan bahawa keperluan-keperluan sekolah-sekolah ini ditangani secara menyeluruh.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Memandangkan Malaysia mempunyai kira-kira lebih kurang 528 buah sekolah Tamil, Tuan Speaker, bagaimanakah peruntukan ini ditentukan dan adakah ianya mencukupi? Bagi menilai kecukupan peruntukan tersebut, bolehkah kerajaan menjelaskan jumlah sekolah Tamil yang memerlukan kerja pembaikan atau naik taraf, skop keperluan infrastruktur yang masih belum ditangani serta anggaran kos yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tersebut.
Ketelusan mengenai angka-angka ini penting bagi menentukan sama ada peruntukan RM50 juta itu mencukupi atau menangani keperluan infrastruktur sekolah Tamil di seluruh negara, sekali gus memastikan para pelajar mendapat akses kepada persekitaran pembelajaran yang selamat.
Belanjawan 2027 ini turut menyediakan potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi sumbangan tunai yang disalurkan melalui Tabung Sumbangan Wang Awam Sekolah. Inisiatif ini merupakan peluang yang baik untuk menggalakkan lebih banyak sumbangan masyarakat kepada sekolah.
Beberapa cadangan yang ingin saya timbulkan di sini. Pertamanya, mempermudahkan prosedur pentadbiran bagi membolehkan lembaga pengurus sekolah (LPS) menerima sumbangan dan mengeluarkan pengesahan yang diperlukan bagi tujuan potongan cukai tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Kedua, melaksanakan kempen kesedaran bersasar dalam kalangan peniaga India, alumni dan pertubuhan masyarakat bagi menggalakkan sumbangan kepada sekolah Tamil yang memerlukan.
Dan ketiga, Tuan Speaker, memperkenalkan skim sumbangan padanan kerajaan bagi dana yang berjaya dikumpulkan oleh sekolah Tamil bersaiz kecil dan di kawasan luar bandar khususnya sekolah yang menghadapi kesukaran mendapatkan sokongan kewangan.
Cadangan-cadangan tersebut saya berharap, Tuan Speaker, akan memperkukuhkan lagi keadaan sukar sekolah-sekolah Tamil yang memerlukan tersebut.
Isu seterusnya, Tuan Speaker. Belanjawan 2027 ini juga perlu kita melihat daripada aspek peruntukan pembangunan kawasan ataupun parliamentary dan state allocation, dengan izin. Tuan Speaker, saya dengan rendah diri berpendapat bahawa peruntukan pembangunan kawasan harus diberikan secara sama rata kepada semua wakil rakyat termasuk mereka daripada pihak pembangkang. Ini adalah kerana― dan saya juga menghargai kesediaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meneliti cadangan penggubalan undang-undang bagi menjamin prinsip tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apabila peruntukan tidak diberikan secara saksama, yang akhirnya menerima kesannya bukan semata-mata Wakil Rakyat, tetapi masyarakat yang mereka wakili. Kita juga harus ingat bahawa prinsip peruntukan sama rata ini bukanlah sesuatu yang baharu, ianya telah pun digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum Ke-15. Jadi, saya menyeru agar keadilan harusnya― hak-hak rakyat untuk menikmati pembangunan yang adil dan saksama dan tidak boleh sekali dipertikaikan.
Akhirnya― boleh saya diberi beberapa saat? Seminit mungkin untuk menghabiskan ucapan saya, Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Akhirnya, berkenaan dengan jumlah sebanyak RM1.1 bilion dalam Belanjawan 2027 ini untuk memperkukuh keupayaan operasi lima agensi penguatkuasaan utama iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ini adalah satu inisiatif yang baik, Tuan Speaker, untuk memperkukuhkan lagi institusi- institusi enforcement, dengan izin, di negara ini untuk memastikan undang-undang dipakai ataupun di-enforce, dengan izin, dengan lebih telus dan lebih efektif.
Saya ingin akhirnya menyentuh berkenaan dengan kes Bagan Datuk, di mana kes tersebut telah pun dibawa secara umum beberapa kali di mana kita semua tahu bahawa kes terhadap beliau yang melibatkan 47 pertuduhan telah pun diberikan satu perintah DNAA.
Tuan Speaker, dalam kes ini, perbezaannya dengan kes-kes lain yang perlu ditekankan di sini adalah bahawa di dalam kes Bagan Datuk tersebut, kita tahu bahawa mahkamah telah pun membuat penemuan-penemuan ataupun, dengan izin, findings berdasarkan bukti-bukti dan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan sendiri. Maksudnya adalah bahawa sekiranya OKT ataupun tertuduh dalam kes tersebut memilih untuk berdiam diri, maka dia perlu disabitkan. Itulah betapa kukuhnya bukti yang telah pun dikemukakan di mahkamah.
Memandangkan keadaan tersebut dan memandangkan juga bahawa Jabatan Peguam Negara adalah di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri khususnya Undang-undang dan Reformasi, maka persoalan yang timbul adalah
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
sama ada adalah wajar untuk permohonan DNAA itu dibuat oleh pendakwaan dalam kes Bagan Datuk tersebut.
Saya juga nak akhirnya mengakhiri ucapan saya sekarang dengan bertanya berkenaan dengan status undang-undang untuk memisahkan Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya― AG PP. Dengan izin Tuan Speaker, bolehkah kami diberi maklum berkenaan bilakah undang-undang tersebut akan diperkenalkan ataupun dikemukakan di Dewan yang mulia ini? Sekian, terima kasih, Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Ranau.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Sungai Besar. Ranau ke Sungai Besar?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ranau.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Sungai Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya di sini, rekod saya― Ranau. Jika Ranau tidak ada, saya ke Yang Berhormat berikutnya.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Ada. Ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ranau?
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada? Ha, proceed.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih YB Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan ruang untuk berbahas pada petang hari ini. Walaupun saya mengambil bahagian rakan saya Sungai Besar tapi mungkin dia kemudian bolehlah.
Pada perbahasan kali ini saya ingin mengucapkan terima kasih daripada hati yang terdalam kepada Perdana Menteri Malaysia kerana telah bersetuju untuk menaikkan peruntukan kepada negeri Sabah sebanyak RM18.7 bilion merupakan suatu lonjakan yang tinggi berbanding daripada ketika saya mula masuk ke Dewan ini pada tahun 2018 yang mana peruntukan pembangunan hanya geran dan pembangunan hanya RM5.24 bilion.
Namun secara sejujurnya saya ingin bertanya kepada kerajaan kerana daripada RM18.7 bilion ini adakah peruntukan— berapakah sebenarnya jumlah
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
peruntukan diberikan secara dari kepada kerajaan negeri kerana ia adalah sangat berbeza dengan peruntukan diserahkan dari kepada kerajaan negeri dengan peruntukan disalurkan kepada agensi kerajaan atau kementerian Persekutuan di Sabah.
Kerana mengikut pengalaman pada tahun 2018 daripada RM5 bilion lebih yang diperuntukkan kepada Sabah hanya lebih kurang RM1.14 bilion sebenarnya yang diperuntukkan untuk Negeri Sabah, tetapi ia nya digunakan hanya lebih kurang 30 hingga 40 persen dalam setahun dalam tahun kewangan tersebut.
Ini kerana atas pelbagai sebab menyebabkan peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada Negeri Sabah itu tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya. Jadi sebab itu saya mohon supaya kerajaan dapat memberikan perincian kerana saya telah melihat kepada bajet dan sebenarnya buku-buku yang diserahkan di dalam Parlimen ini, tapi tidak ada perincian secara penuh yang telah diberikan untuk membolehkan kami semua wakil rakyat daripada Sabah ini membahas tentang yang mana perkara yang perlu untuk membantu kerajaan memberikan pandangan supaya bajet yang dapat diberi itu bersesuaian dengan keperluan Negeri Sabah.
Dan kedua, perkara kedua yang ingin saya katakan ialah tentang 40 peratus hasil yang didapati oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah yang perlu diserahkan kepada Sabah sesuai dengan peruntukan di Jadual Kesepuluh Bahagian 4(2)(1) iaitu pemberian 2/5 atau 40 peratus daripada hasil Sabah.
Frasa yang ingin saya katakan berkaitan perkara ini ialah berkenaan Perkara 112D(2) yang mana pemberian 40 peratus ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.
Apa yang ingin saya katakan ialah bahawa frasa di bawah Perkara 112(d)(ii) yang menyatakan mengambil kira kedudukan kewangan Persekutuan ini sebenarnya adalah suatu frasa atau peruntukan atau perkara yang mana pada pandangan saya ia sangat mengelirukan. Frasa ini sangat mengelirukan, ia kabur, tidak jelas kerana berapakah jumlah kedudukan kewangan Persekutuan yang perlu diambil kira sebelum pemberian 40 peratus itu diserahkan kepada Negeri Sabah.
Frasa ini juga boleh dimanipulasi untuk menidakkan tuntutan 40 peratus itu dan frasa itu juga boleh digunakan untuk memanipulasi keadaan politik di Negeri Sabah atau menjadi senjata politik Frasa ini juga sebenarnya boleh digunakan untuk menafikan hak Sabah.
Perlu saya ingatkan bahawa janji tentang 40 peratus ini telah dipersetujui oleh bapa-bapa leluhur kami dengan Tuanku Abdul Rahman ketika membentuk negara
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
ini secara bersama. Kalau tidak ada peruntukan 40 peratus ini tidak mungkin rakyat Sabah, pemimpin Sabah, bapa-bapa leluhur kami akan sama-sama setuju membentuk negara ini, tetapi pada masa sekarang rakyat Sabah masih lagi terkial- kial di Dewan Parlimen ini, kami masih terkial-kial setelah berpuluh-puluh tahun masih lagi terkial-kial untuk membicarakan, untuk mengutarakan tentang perkara 40 peratus ini.
Oleh sebab itu satu ketetapan yang jelas tentang metode atau pengiraan 40 peratus ini mestilah ditetapkan secara jelas di mana mekanisme yang jelas akan menzahirkan maksud sebenar dan meletakkan kehendak atau melaksanakan sebanyak apa yang telah dipersetujui lebih 60 tahun yang lalu.
Frasa mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan ini mestilah dirubah, dipinda dan diperbetulkan supaya suatu ketetapan yang jelas dan nyata dapat kita lihat di dalam Perlembagaan negara kita.
Dahulu dengan suci hati para pemimpin Sabah yang sama-sama bersetuju dengan peruntukan undang-undang ini meyakini dengan sepenuh hati bahawa peruntukan undang-undang ini tidak akan mencelakakan atau memanipulasikan mereka kerana percaya dengan janji-janji pemimpin Kerajaan Persekutuan pada masa itu.
Mereka selalu mengatakan kepada pemimpin kami Sabah dan Sarawak akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Semenanjung. Dan sebab itu mereka termakan dengan semua janji-janji tersebut. Namun daripada rentetan sejarah yang ada, pembayaran awal hanya dibuat sekitar pada tahun 70 RM26 juta dan kemudian perkara ini timbul semasa kerajaan pada tahun 2020 bahawa Tun Dr.
Mahathir di mana pembayaran sebanyak RM53 juta diberikan.
Pembayaran awal itu diberi selepas itu berpuluh-puluh tahun telah tidak dibayar. Oleh sebab itu kita melihat bahawa janganlah seperti ungkapan daripada pemimpin Sarawak, mahu juga kalau saya silap manis hanya di mula, di hujungnya itu menjadi tawar.
Kini lebih 60 tahun perkara berkaitan 40 peratus masih bilang dikaji, dimesyuaratkan dan lain-lain lagi. Bilakah jumlah sebenar 40 peratus ini akan dimuktamadkan. Walaupun Perdana Menteri telah mengumumkan pembayaran interim pemberian khas ini sebanyak RM1.5 bilion pada tahun hadapan, namun pembayaran interim ini tidak mematuhi kehendak undang-undang yang ada.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Daripada kutipan hasil LHDN dan JKDN tahun lalu, RM7.547 bilion maka 40 peratus hasil itu mesti sepatutnya yang dikembalikan adalah RM3.019 bilion yang dijanjikan interim tahun depan hanya RM1.5 bilion.
Ini adalah nyata di dalam Perlembagaan Persekutuan jadi sebab itu kita mohon merayu sekali lagi kepada Perdana Menteri yang ada. Kita masih menunggu seorang Perdana Menteri yang bakal akan menunaikan janji selama lebih 60 tahun ini ditunaikan.
Sarawak juga telah dijanjikan perkara yang sama oleh kerajaan yang ada pada masa sekarang, mereka juga menerima satu peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Walaupun tiada peruntukan khas 40 peratus yang serupa di dalam Perlembagaan Persekutuan, namun bagi pandangan kami jika sekiranya kerajaan memberikan peruntukan yang sama kepada Sarawak kami pun senang hati. Kami juga turut gembira.
Kalau kerajaan bagi lebih kepada Sarawak kami juga lagi gembira untuk mereka, tetapi persoalannya kami hanya mahu tuntut apa yang menjadi milik kami.
Kami tidak minta lebih-lebih. Sebab itu tunaikanlah pembayaran 40 peratus itu secara tuntas kepada Negeri Sabah supaya perkara ini tidak menjadi suatu perkara yang dimarah oleh rakyat Sabah selama berpuluh-puluh tahun.
Sebab itu tunaikanlah janji apa yang sudah ditunaikan itu. Jadi sebab itu saya berharap bahawa alasan di bawah peruntukan 112D(2) itu bahawa ini mengambil kira kedudukan kewangan Persekutuan tidak lagi dijadikan sebagai satu alasan untuk menolak tuntutan 40 peratus itu, tetapi akan diletakkan kepada paksi yang sebenar. Jika dana itu memang sudah tersedia bayar dulu 40 persen itu selebihnya jika Kerajaan Persekutuan mempunyai kewangan yang lebih terserahlah kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan apa pun kewangan itu untuk pembangunan di dalam negara ini, tetapi apa yang hutang mesti dibayar.
Dalam peruntukan yang sedia ada ia boleh dimanipulasi. Kerajaan Persekutuan boleh saja membesarkan kos operasi dan juga kos untuk tujuan pembangunan di Semenanjung atas keperluan Kerajaan Persekutuan atau membuat pinjaman yang besar untuk menampung semua projek-projek mega, projek-projek besar Semenanjung hingga duit terhakis untuk membayar apa yang patut kepada Sabah.
Yang kita harapkan sebenarnya adalah kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada pembayaran 40 peratus ini. Yang menjadi ironinya apa yang kita lihat pada masa sekarang ialah Kerajaan Persekutuan sebenarnya tidak
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
bersungguh-sungguh membayar 40 peratus itu kepada Kerajaan Negeri Sabah, tetapi di sebalik yang lain, wang diberi kepada agensi-agensi kerajaan untuk tujuan membeli pula tanah di negeri Sabah.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Contohnya FELCRA Berhad yang pernah membeli ladang di Telupid dengan nilai RM62.29 juta. Tidak ada duit untuk bayar negeri Sabah tapi ada beri duit kepada agensi kerajaan untuk beli tanah di negeri Sabah.
Nasihat saya kepada pemimpin-pemimpin di peringkat Kerajaan Persekutuan, tunaikan dulu janji-janji apa yang telah diberi. Janganlah kami dimiskinkan dengan cara kami punya harta pula kemudian dibeli semua. Kerajaan Sabah sudah banyak memberi pertolongan kepada kerajaan ini, kerajaan yang ada.
Labuan kami hilang, habis kami punya pendapatan yang daripada sana.
Tanah FELDA diberi ratusan ribu ekar diberi kepada FELDA. Itu pun boleh mendapat ratusan juta keuntungan kepada Kerajaan Persekutuan melalui agensi FELDA dan banyak lagi sebanyak tanah-tanah yang sudah diserah, sudah dijual ataupun diberi kepada agensi-agensi ataupun kerajaan negeri daripada di Semenanjung. Sebab itu kita berharap bahawa apa yang sepatutnya diserahkan kepada Sabah itu diberikan kepada Sabah.
Janganlah pula diberikan wang itu kepada agensi dan beli pula tanah kami.
Wang itu daripada kami juga, digunakan untuk membeli tanah kami juga. Jadi sebab itu tidak wajar sedemikian. Saya berharap bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai visi, misi yang jelas bagaimana untuk membantu Sabah dan bukan memiskinkan rakyat negeri Sabah.
Sebab itu saya berharap bahawa penggunaan kewangan Kerajaan Persekutuan yang terus membengkak, kita berharap bahawa ia nya ada pengawalan, ianya ada sesuatu yang balance untuk menguruskan kewangan negara kita. Kita dapati bahawa belanja mengurus lebih daripada RM300 bilion yang dibuat oleh kerajaan pada masa sekarang.
Jadi sebab itu kita melihat belanja kos operasi dengan belanja mengurus itu sebenarnya lebih kurang 70 hingga 80 percent itu adalah di Semenanjung. Jadi keadaan yang tidak seimbang di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung ini menyebabkan kami ini banyak sekali kerugian di dalam negara ini Tuan Speaker.
Jika sekiranya hasil yang telah diterima dari Sabah, Sarawak ini telah digunakan dengan sebaiknya untuk membangunkan negara ini, kami akan sangat gembira. Kami pun bergembira jika sekiranya rakan-rakan kami Semenanjung ini
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
hidup dalam keadaan yang baik, selesa, orang India terpelihara, orang Cina pun dijaga dengan baik, orang Melayu dijaga dengan baik. Kami pun sangat gembira, tetapi apa yang mengecewakan kami, kami melihat bahawa rentetan skandal begitu besar telah berlaku di dalam negara ini selama berpuluh tahun.
Contohnya pada tahun 2019, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa hutang 1MDB berserta faedah yang perlu dibayar oleh kerajaan sebanyak RM51 bilion. Bukan itu sahaja, Tabung Haji baru-baru ini cerita sakau betul ini PM, bagus ini supaya Tabung Haji pun diselidik. Bagaimana sepeka kerajaan ini terpaksa mem-bail out RM19.9 bilion. Begitu juga kes SRC. Kes dana Forex tahun 1994 RM15 bilion hingga RM20 bilion hilang, skandal BBMB RM2 bilion hilang, skandal projek Steel lebih kurang RM9.9 bilion hilang. Banyak sangat, begitu banyak sekali skandal yang telah berlaku tentang menguruskan kewangan negara.
Sebab itu kita melihat bahawa kalau dilihat sebenarnya banyak perkara- perkara yang telah menghancurkan negara ini tapi bayar kepada Sabah itu tidak ada.
Sepatutnya dana itu ada kalau diurus dengan baik, bayar kepada negeri Sabah pun ada jika sekiranya diurus dengan baik.
Akibat daripada penyalahgunaan wang, salah guna tadbir urus negara, banyak yang berlaku menyebabkan kita semua dalam keadaan yang susah sekarang. Hutang negara pun begitu banyak meningkat.
Oleh itu, dalam hal soal 40 peratus ini, saya rasa tidak ada moralnya lagi atau sebabnya kenapa Kerajaan Persekutuan harus mengambil kira atas alasan mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan untuk mengelakkan daripada membayar kepada Sabah apa yang sepatutnya dibayar kepada Sabah.
Satu perkara yang lain saya lihat di Semenanjung. Kami tidak marah tapi kami lihat bahawa di Semenanjung ini seperti tidak ada limitnya untuk guna kewangan Persekutuan itu untuk banyak projek besar. Contohnya projek KLCC RM10 bilion, projek Putrajaya RM20.5 bilion, projek KLIA Sepang RM9 bilion, projek Lebuhraya Utara–Selatan RM6 bilion, projek Kereta Nasional RM1 bilion lebih, kos LRT RM16.3 bilion, kos LRT Laluan Mutiara RM21 bilion, MRT Laluan Putrajaya RM5.6 bilion, kos Projek Laluan Pantai Timur RM50 bilion. Bila dicampur lagi dengan taman-taman RM74.96 bilion dan kita dapati bahawa di Semenanjung banyak wang digunakan.
Bukan tidak ada wang tapi sebab tapi yang dibayar kepada Sabah itu tidak ada.
Saya minta tambahan masa tiga minit boleh kah YB Speaker?...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Sebab itu saya merayu, tetapkan di mana sebenarnya yang perlu dibayar terlebih dahulu. Bayar dulu kepada Sabah apa yang menjadi milik hak negeri Sabah. Jadi selepas itu, barulah Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan kepada urusan-urusan lain yang perlu dibayar kerana kami di Sabah banyak di dalam keadaan yang miskin dan susah.
Saya mahu bagi tahu, peruntukan yang diumumkan, peruntukan diberi oleh Perdana Menteri untuk Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak tidak mencukupi sebenarnya. Kalau diberi sekarang RM2 bilion fizikal, RM2 bilion kebajikan itu, rayuan saya satu sama Dr. Mahathir ketika perjumpaan PH, Pakatan Rakyat punya pemimpin pada masa itu sepatutnya seorang RM10 bilion. RM5 juta fizikal, RM5 juta kebajikan, baru kami boleh menampung kawasan kami kerana begitu banyak orang yang susah.
Ranau adalah salah satu daerah yang miskin. Sebab itu saya merayu. Saya tahu benar bagaimana kedudukan di tempat kami. Sebab itu saya merayu, tolonglah jangan lagi tolak-tolak apa yang kami mohon ini supaya ada satu tarikh yang tuntas untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan selama puluhan tahun. Terima kasih YB Speaker. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mulakan perbahasan belanjawan peringkat dasar dengan memetik kata-kata sarjana yang berkata, “Jangan ukur kejayaan melalui panjangnya senarai janji, tetapi ukurlah melalui panjangnya senarai perkara yang telah dilaksanakan.” Juga kata-kata pujangga lain yang berkata, “Kata-kata boleh menjanjikan bulan dan bintang, tetapi rakyat di bumi memerlukan hasil yang nyata.” Dengan kata lain, janji adalah kata-kata, tetapi pencapaian adalah bukti dan rakyat akhirnya menilai bukan apa yang dijanjikan, tetapi apa yang dilaksanakan.
Semoga apa yang disebut waad nasional bukan sekadar ungkapan macam dulu-dulu, tetapi sebuah ikrar dan janji yang membahagiakan rakyat. Bukannya omong kosong yang kata bahasa Jawanya, “medeni” ataupun menakutkan ataupun “madani” yang sama, maksud “memperolok-olokkan” ataupun “mempermain- mainkan.” Ramai yang kata, “Padan muka. Begitulah.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Sekali lagi terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan Sungai Besar mengambil bahagian dalam perbahasan dasar belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan. Seperti biasa, kita disajikan dengan belanjawan terbesar dalam sejarah. Ya memang besar, hampir setengah trilion. Angka yang sangat besar, sama macam besarnya hutang kita yang sentiasa naik.
Terbaru, naik 5.9 peratus kepada RM1.413 trilion sehingga September 2026.
Saya nak tanya, adakah benar jumlah pinjaman bersih sukuk domestik kerajaan berjumlah RM88.74 bilion bagi sembilan bulan pertama. Ini adalah pinjaman tertinggi dalam sejarah.
Hutang negara dalam tempoh penggal Kerajaan MADANI pun bukannya semakin kurang, tetapi semakin bertambah lebih daripada RM241.2 bilion.
Semuanya besar Yang di-Pertua. Jadi, apa harapan rakyat bila berlaku pembentangan bajet?
Harapan rakyat adalah mereka nak kehidupan yang lebih tenang, lebih bahagia, mereka nak kuasa beli lebih stabil, ada kemampuan, kos sara hidup yang sepadan dengan pendapatan, harga barangan lebih murah, terkawal, para pesawah, para petani, para nelayan, para penternak nak lebih tenang dalam melaksanakan keterjaminan makanan. Rakyat sebenarnya dah tak larat dengan bebanan emosi, rohani, mental. Rakyat sangat tertekan. Itulah sebenarnya harapan besar rakyat bila belanjawan dibentang.
Natijahnya, cukai terus mencanak. Macam-macam cukai dikenakan. Bil-bil utiliti terus tidak munasabah yang mencengkam dan menekan.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Kos sara hidup semakin tinggi, kos bahan api, petrol, diesel menghimpit pengusaha. Bagaimana Tuan Yang di-Pertua penternak pedaging dan tenusu di Sabah contohnya terpaksa membayar harga diesel yang tanpa subsidi. Terbaru, RM5.27 seliter.
Ini keluhan daripada pengusaha di Sabah. Dato’ Yap contohnya seorang penternak lembu tenusu di Sabah. Ini belum lagi kenaikan bil elektrik yang kononnya dulu di umum 85 peratus rakyat tidak terjejas. Bil kena caj, penjanaan kena caj, rangkaian kena caj, peruncitan kena caj.
Yang kita rasa nak menangis Tuan Yang di-Pertua, QR pun akan kena caj nanti. Dah lah bil naik mencanak berganda, yang pasang solar, contohnya 23 panel dari bil puluhan Ringgit naik kepada RM500 sebulan. Penggunaan sama sahaja,
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
kenaikan 10 kali ganda. Saya nak jawapan dan penjelasan daripada TNB berkaitan dengan perkara ini.
Apakah kata rakyat Tuan Yang di-Pertua, kita tak mampu nak marah dah dia orang kata. Nampaknya bajet kali ini kata rakyat di luar sana umpama painkiller bukannya antibiotik yang mengutamakan kesejahteraan rakyat pada jangka panjang.
Tak pe lah kata mereka, “Kita tunggu kami di peti undi nanti”. Ini realiti yang berlaku sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, PMKS yang menyumbang 39.7 peratus KDNK ataupun RM689.8 bilion setahun berada dalam keadaan suram sekarang ni. Dah lah kos niaga meningkat, kos upah meningkat, kos barang meningkat, hari ini lebih daripada 1.069 juta PMKS terpaksa bersaing dengan produk asing yang berlambak di pasaran khususnya produk-produk daripada China.
Import barangan daripada China sahaja meningkat 19 peratus iaitu RM352.8 bilion pada tahun 2025, naik RM5.63 bilion berbanding tahun 2024. Ini meresahkan PMKS. Macam mana produk inovasi dan kreativiti tempatan nak bersaing di pasaran? Yang ini saya mohon kepada kementerian khususnya KUSKOP supaya ada dasar melindungi PMKS tempatan daripada persaingan produk asing. Dah lah penetapan gaji minimum daripada RM1,700 ke RM2,000 juga mungkin amat membebankan.
Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya gaji minimum hanya terpakai untuk pekerja tempatan ataupun warganegara Malaysia sahaja, tidak termasuk pekerja asing. Kalau kita tengok data gaji minima di luar negara dalam sektor pembinaan, pembuatan, pertanian dan perkhidmatan, Indonesia contohnya hanyalah sekitar RM800 sehingga RM1,200. Di Bangladesh hanya sekitar RM400 hingga RM700, Pakistan RM450 hingga RM800, India RM500 hingga RM900, Nepal RM500 hingga RM800 dan Myanmar antara RM600 hingga RM1,000 sahaja.
Dan kita tidak mahu majikan tempatan tertekan dengan gaji minima, terutamanya yang melibatkan warga asing. Dahlah bisnes suram, sokongan semakin kurang, persaingan semakin membimbangkan, menekan-nekan pula semuanya.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini tahun keempat keluhan pesawah yang berterusan tanpa henti. Bermula dengan kenaikan bahan api, dulu diesel dan petrol yang memberi kesan yang besar kepada kenaikan-kenaikan kos lain. Kenaikan kos membajak, kenaikan input pertanian, baja, racun dan sebagainya. Kenaikan harga benih dan calit, pengangkutan juga naik menjadikan para pesawah resah dan ada yang tawar hati untuk meneruskan aktiviti menanam padi.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Baja pula terkini lambat sampai, pemutuan padi dua, tiga musim ini amat meresahkan, dah macam mafia pula. Potongan hidup antara 20 hingga 50 peratus tak macam dulu antara 17 hingga 20 peratus. Semua ikut peraturan sendiri. Saya kira jabatan dan kementerian pun macam tak sudi nak tolong petani dari segi pemutuan ini.
Saya nak bagi tahu merujuk Surat Arahan Perintah Tetap Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, ini surat dia. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Bilangan 3 2017 bertarikh 16 Mei 2017 dan surat arahan bertarikh 8 Mei 2019 dan perkaranya adalah Pelaksanaan Pembayaran Subsidi Harga Padi dan Pemutuan Sebenar di Semua Negeri Semasa Musim Menuai Padi.
Saya nak rujuk— saya nak bacakan perkara ketiga. Apa katanya.
“Sehubungan itu, bagi melaksanakan perkara ini kerjasama pihak tuan diminta untuk menempatkan seorang kerani bagi melaksanakan pembayaran subsidi harga padi kepada petani berdasarkan pemutuan serta timbangan yang dibuat di tempat pertama padi tersebut dijual”. Maknanya apa? Kalau padi itu sampai ke tempat pukal itulah tempat pertama.
Di situlah pemutuan patut dibuat bukan campur aduk padi-padi lain, naik lori hantar ke kilang dan kilang yang buat pemutuan ataupun potongan. Sebab itu potongan jadi tinggi dan cukup mengarut.
Semalam Yang Berhormat Parit dah membangkitkan bagaimana pesawah tempatnya dapat lebih tujuh tan Tuan Yang di-Pertua. Dapat tujuh tan tapi potongan 72 peratus ini, mafia. Ini sangat teruk. Saya mohon Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras tengok dan bantulah petani pesawah kita yang menjadi tulang belakang menyediakan jaminan makanan negara itulah sumbangan mereka kepada negara dan itulah pendapatan mereka menyara keluarga. Jadi, kasihanilah mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Akta 522 Padi dan Beras telah diluluskan oleh Parlimen pada Mesyuarat yang lepas. Maka, dengan itu saya sekali lagi mahukan subseksyen 4(2) yang menjelaskan kuasa Menteri dan Ketua Pengarah menguatkuasakan harga maksimum dan minimum padi dan beras. Ini kuasa Menteri dan kuasa Ketua Pengarah waktu kita luluskan dalam Mesyuarat yang lepas. Kita kena dengari rintihan para pesawah atas sebab kos belanja mengurus sawah lebih tinggi daripada pendapatan sekarang ni.
Sekarang ini lebih lima peratus kos pengurusan per hektar sawah. Maka, saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri gunakanlah kuasa-kuasa di bawah subseksyen 4(2) supaya menaikkan harga lantai padi. Sekarang RM2,000 per tan
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
termasuk subsidi, beras tempatan pun dah mula di campur Tuan Yang di-Pertua dengan beras import. Dijual pada harga beras import yang rata-rata lebih daripada RM3.60 sekilo hingga RM5.40 sekilo.
Maka, padanlah kalau harga lantai dinaikkan sekitar RM2,500 termasuk subsidi. Ini kuasa Menteri untuk menaikkan harga padi. Itu pun kalau Yang Berhormat ataupun Menteri sayang pada pesawahlah. Kalau ditakdirkan saya Menteri Pertanian Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah saya akan gunakan subseksyen 4(2) kuasa Menteri dan kita umum hari ini angkat sumpah esok harga padi naik RM2,500 per tan termasuk subsidi apa macam? Insya-Allah.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, janji KPKM dalam Bajet 2027 insentif penuaian dinaikkan daripada 50 ke 100 per tan, alhamdulillah syukur sangat. Tapi saya nak tanya KPKM bayaran musim 1/2026 sudah dibayar belum? Tunggakan musim 2/2025 sudah diselesaikan belum? Hari ini janji lagi, waad lagi. Kemudian racun, bantuan racun yang di umum pada Belanjawan 2026 daripada 200 naik kepada 300 dah dilaksanakan belum? Sehingga kini dimaklumkan masih lagi pada kadar lama, makna tak naik. Waad lagi, waad lagi kemudian waad lagi, penat tepuk meja sewaktu diumumkan dulu.
Tuan Yang di-Pertua, kerap kali saya bangkitkan keperluan memperluas dan memperbanyakkan TVET di peringkat sekolah menengah. Saban tahun puluhan ribu, lebih 50,000 pelajar tidak layak dapat Sijil SPM kerana gagal dalam Bahasa Melayu dan Sejarah. Mereka ini sepatutnya berpeluang meneroka bidang work- based learning TVET, kelas PVMA di sekolah menengah terutamanya di luar bandar sepatutnya diperluaskan lagi.
Tawaran ke Kolej Vokasional juga wajib ditingkatkan. Setiap tahun lebih 70,000 pelajar mohon, yang ditawarkan tak sampai 20,000 di 87 Kolej Vokasional.
Bayangkan setiap tahun pelajar yang belajar 11 tahun akhirnya menamatkan pelajaran tanpa sijil SPM. Sekarang nak jadi pengawal keselamatan pun Tuan Yang di-Pertua perlukan SPM tapi bangsa asing boleh pula jadi pengawal keselamatan tanpa sijil apa-apa.
Maka sebab itu saya mohon KPM membuat dasar baru memperluaskan lagi bidang TVET di sekolah menengah. Bayangkan daripada 2,490 sekolah menengah, hanya 336 sekolah menengah yang menawarkan PVMA. Ini PVMA ini Perantisan Vokasional Menengah Atas dan hanya ada 13 sekolah menengah menawarkan PIMA. Untuk PVMA saya yang saya kira menjadi rebutan para pelajar yang cenderung dalam bidang kemahiran, ini adalah yang mereka sedang kejar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Habis Tingkatan 5 dengan PVMA mereka dah layak dapat sijil kemahiran.
Malangnya tempat amat terhad. Saya mohon KPM ambil serius perkara ini buatlah sesuatu untuk anak bangsa kita.
Tuan Yang di-Pertua saya hendak menyentuh sedikit berkaitan anggota keselamatan PDRM pangkat rendah yang berjaya memperoleh ijazah sarjana muda sewaktu mereka sedang berkhidmat. Kalau ikut rekod, konstabel yang memiliki ijazah sarjana muda seramai 477 orang. Lans koperal 1,366 orang, koperal 3,436 orang, sarjan 1,223 orang, sarjan major 292 orang dan sub inspektor 84 orang ada ijazah Tuan Yang di-Pertua.
Saya memperjelaskan KDN apa pengiktirafan melalui kenaikan pangkat, kenaikan gred, kenaikan gaji dan sebagainya diberikan kepada anggota pangkat rendah yang memperoleh ijazah ini. Mereka kita tahu dapat ijazah bukan dengan cara yang mudah. Melalui pengorbanan, korban masa, tinggal keluarga, wang ringgit semata-mata untuk menambah ilmu yang pastinya menjadi anggota yang hebat untuk negara. Jadi saya mohon penjelasan daripada Menteri KDN.
Yang terakhir untuk kawasan Sungai Besar, Tuan Yang di-Pertua. Ada tak perancangan LKM untuk menaik taraf jeti nelayan di Sungai Besar, Sungai Haji Dorani, Sungai Nipah, Sungai Nibong, Pasir Panjang dan Sekinchan.
Yang kedua, ada tak perancangan Kementerian Belia dan Sukan untuk membaik pulih atau kerja-kerja infrastruktur atau menaik taraf Stadium Sungai Besar.
Yang ketiga, untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bila hendak dimulakan baik pulih Kolam Takungan Parit 4 Sungai Haji Dorani dan apa tindakan JPS berkaitan isu air main canal yang khusus untuk pesawah telah diselut untuk aktiviti tanaman kontan di Hutan Simpan Sungai Karang.
Yang keempat, ada permohonan daripada rakyat kepada Kementerian Kerja Raya untuk pembinaan jejantas kawasan laluan di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong dan laluan Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang.
Yang kelima, ada tak cadangan daripada Kementerian Kerja Raya untuk menaik taraf jalan negeri daripada Simpang Tiga Loji ke Rancangan Tanah Belia Dua menghala ke Tanjung Malim untuk dijadikan jalan utama Persekutuan.
Dan yang terakhir, saya hendak tanya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berkaitan status pembinaan jambatan merentasi Sungai Bernam daripada Tanjung Medan ke Hulu Bernam yang telah diluluskan lebih RM90 juta pada tahun 2024 Sekarang dah tahun 2026. Apa statusnya sekarang ini? Akhirul kalam, masa
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
depan tidak dibina dengan slogan apa lagi dengan waad nasional, masa depan dibina dengan keputusan, keberanian, dan pelaksanaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Selanjut, Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua atas kesempatan untuk saya berbahas Belanjawan 2027 yang akan menentukan hala tuju ekonomi dan kesejahteraan rakyat khasnya warga Mersing kita.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan dengan membangkitkan cabaran yang semakin dihadapi pengusaha perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) khususnya dalam sektor peruncitan, makanan dan minuman serta perkhidmatan automotif. Hari ini kita menyaksikan perkembangan pesat rangkaian perniagaan asing termasuk jenama minuman dan penyediaan perkhidmatan automotif dari China yang mampu menawarkan harga sangat kompetitif hasil kekuatan modal, rantaian bekalan dan kelebihan ekonomi skala.
Kita tidak menolak pelaburan asing atau persaingan. Namun persaingan mestilah berlaku di atas padang permainan yang sama rata. Jangan sampai peniaga tempatan yang telah bertahun-tahun membina perniagaan akhirnya tersingkir kerana tidak mampu bersaing dari segi kos dan keupayaan modal.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2025 PMKS menyumbang 39.7 peratus kepada KDNK negara bernilai RM689.8 bilion serta menyediakan 8.09 juta pekerjaan atau 48.7 peratus daripada keseluruhan guna tenaga negara. Ini membuktikan PMKS merupakan antara tunjang utama ekonomi Malaysia.
Di kawasan luar bandar seperti Mersing, Endau dan kawasan FELDA peniagaan kecil bukan sekadar menjana keuntungan tetapi menjadi sumber rezeki keluarga dan menggerakkan ekonomi setempat.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Dalam Belanjawan 2027, saya menyambut baik pengumuman kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan sehingga RM57 bilion serta pengurangan kadar cukai pendapatan PMKS sebanyak satu mata peratusan bagi kategori pendapatan bercukai yang ditetapkan. Namun, adakah pembiayaan dan pengurangan cukai sahaja mencukupi?
Pembiayaan akhirnya perlu dibayar balik sedangkan pengurangan cukai kurang membantu peniaga mikro yang memperoleh keuntungan kecil atau mengalami kerugian. Kerajaan juga mengakui keresahan peniaga kecil terhadap kemasukan syarikat e-dagang asing dan mengumumkan bahawa rang undang- undang e-dagang akan dibentangkan pada mesyuarat Parlimen akan datang.
Persoalannya, bagaimana pula dengan persaingan dalam sektor peruncitan fizikal rangkaian makanan dan minuman serta perkhidmatan automotif? Adakah kerajaan telah menjalankan kajian impak terhadap kelangsungan perniagaan tempatan akibat perkembangan rangkaian asing dalam sektor-sektor ini. Justeru saya mencadangkan tiga langkah.
Pertama, memperkenalkan geran padanan khusus bagi membantu peruncit tempatan, menaik taraf premis, peralatan, pendigitalan dan kecekapan operasi.
Kedua, memastikan penguatkuasaan yang adil terhadap semua pemain tempatan mahupun asing meliputi pelesenan, percukaian, keselamatan produk dan undang- undang persaingan.
Harga murah bukan kesalahan, tetapi sebarang amalan anti persaingan yang menyalahi undang-undang mesti ditangani. Ketiga, memperkukuh rantaian bekalan dan akses pasaran peruncit tempatan termasuk melalui pembelian secara berkelompok dan perluasan penyertaan dalam Program SARA.
Dalam Belanjawan 2027, kerajaan memaklumkan terdapat 15,000 premis rakan niaga SARA termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi dengan sasaran meningkatkan penyertaan kedai runcit kecil kepada 10,000 premis menjelang akhir 2026. Saya mencadangkan supaya peluasan ini turut memberi keutamaan kepada peruncit kecil di luar bandar khususnya Mersing, Endau dan kawasan FELDA.
Pada masa yang sama, kerajaan perlu membantu mereka mendapatkan bekalan pada harga lebih kompetitif supaya mampu bersaing dengan rangkaian peruncitan besar dan asing. Jangan sekadar membantu rakyat membeli, tetapi pastikan peniaga kecil tempatan turut mendapat manfaat daripada perbelanjaan tersebut.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh soal pembangunan pengangkutan awam dan keseimbangan pembangunan wilayah di Johor sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2027. Saya menyambut baik komitmen kerajaan melaksanakan sistem automotif Autonomous Rapid Transit
(e-ART) bagi menangani kesesakan lalu lintas di Johor Bahru di samping persediaan menjelang pembukaan RTS Link yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura.
RTS Link dijangka mula beroperasi pada 1 Januari 2027. Namun, saya ingin menegaskan bahawa kejayaan sistem pengangkutan awam bukan sekadar diukur melalui kecanggihan teknologi atau nilai pelaburan, tetapi sejauh mana rakyat dapat menikmati perjalanan yang mudah, lancar dan mampu dibayar.
Persoalannya, adakah keseluruhan sistem pengangkutan sokongan benar- benar bersedia menjelang pembukaan RTS Link? Adakah jadual bas pengantara KTM Komuter dan perkhidmatan grab shuttle akan diselaraskan dengan operasi RTS Link khususnya pada waktu puncak.
Bagaimana pula dengan pelan penyuraian trafik, kemudahan Park N' Ride, laluan pejalan kaki, akses OKU serta integrasi sistem pembayaran? Saya juga meminta kerajaan menjelaskan struktur tambang RTS Link supaya pekerja yang berulang alik setiap hari tidak terbeban dengan kos pengangkutan yang tinggi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, berhubung Projek e-ART pula, saya ingin membangkitkan soal kos dan ketelusan pembiayaan. Pada 2 Julai 2026, Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyediakan pembiayaan bagi projek ini kerana ia tidak berdaya maju sekiranya bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan swasta.
Pada ketika itu kaedah pembiayaan terperinci, komitmen kewangan sebenar serta mekanisme pembayaran balik sepanjang tempoh konsesi masih dalam rundingan. Justeru, saya meminta kerajaan menjelaskan berapakah kos muktamad projek e-ART? Berapa besar tanggungan kewangan kerajaan dan apakah risiko fiskal jangka panjang yang perlu ditanggung oleh rakyat? Model kerjasama awam– swasta (PPP) tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengurangkan ketelusan terhadap komitmen kewangan awam.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam kita membincangkan pembangunan pengangkutan moden bernilai berbilion ringgit di Johor Bahru, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada satu persoalan yang lebih besar iaitu jurang pembangunan antara Johor Bahru dengan Johor Timur khususnya Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Belanjawan 2027 menekankan prinsip keserataan pembangunan. Namun bagi Johor, pengumuman pengangkutan utama tertumpu kepada Johor Bahru. Saya tidak mempertikaikan keperluan pembangunan tersebut malah saya menyokong usaha memperkukuh Johor Bahru sebagai pusat ekonomi dan pelaburan serantau termasuk melalui Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Namun persoalannya, bagaimanakah limpahan kemakmuran dan pelaburan ini akan sampai kepada rakyat di daerah-daerah lain khasnya Mersing? JS-SEZ meliputi kawasan pembangunan di selatan Johor termasuk Iskandar Malaysia dan Pengerang dengan keluasan sekitar 3,588 kilometer persegi. Mersing pula berada di luar kawasan utama JS-SEZ. Oleh itu, mekanisme khusus perlu diwujudkan supaya daerah ini tidak sekadar menjadi pemerhati kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat di selatan Johor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Mersing mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan pulau dan pantai, perikanan, ekonomi maritim, pertanian dan industri asas tani. Namun, potensi ini sukar dikembangkan tanpa kemudahan infra yang mencukupi khususnya jaringan jalan raya, bekalan air, elektrik, capaian internet serta kemudahan logistik.
Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, Mersing sangat memerlukan projek bypass yang menghubungkan Jalan FELDA Nitar-Mersing ke Jalan Air Merah dan Jalan Johor Bahru–Kuantan bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar khususnya di sekitar Jambatan Mersing dan Bulatan Mersing.
Dalam masa yang sama, kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi menyebabkan ramai anak muda Mersing terpaksa berhijrah ke Johor Bahru, Kuala Lumpur atau Singapura untuk mencari pekerjaan.
Kita tidak mahu Johor Bahru terus berkembang sebagai pusat ekonomi moden sedangkan anak muda di Johor Timur terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana kekurangan peluang ekonomi. Justeru, saya mencadangkan kerajaan menyediakan pelan pembangunan ekonomi khusus Johor Timur dengan sasaran pelaburan, peluang pekerjaan berkualiti dan pembangunan infra yang jelas sepanjang tempoh RMK13.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Saya juga meminta supaya formula pengagihan peruntukan pembangunan mengambil kira keluasan daerah, jurang kemudahan asas, kos penyediaan infra dan keperluan sebenar rakyat, bukan semata-mata jumlah penduduk. Saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, apakah sasaran pelaburan, peluang pekerjaan dan projek infra yang telah ditetapkan untuk Mersing serta daerah di luar koridor utama JS-SEZ menjelang RMK13?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman kerajaan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan.
Langkah ini amat wajar kerana kecuaian yang mengorbankan nyawa manusia tidak boleh dipandang ringan.
Namun saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu lagi ancaman keselamatan jalan raya yang sering dipandang sepi khususnya di kawasan luar bandar iaitu haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau yang dibiarkan berkeliaran sehingga menyebabkan kemalangan, kecederaan parah malah kehilangan nyawa.
Menurut Laporan Majlis Keselamatan Negara, sebanyak 14,560 kemalangan melibatkan haiwan liar dan ternakan direkodkan sepanjang tahun 2024 dengan 109 kematian. Angka ini menunjukkan betapa seriusnya ancaman haiwan di jalan raya.
Di Mersing, masalah ini bukan perkara baharu.
Pada Mei 2021, seorang anak muda berusia 21 tahun yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikalnya melanggar seekor lembu di Jalan Tenggaroh Tanjung Leman. Malah terkini, pada September lalu seorang anak muda berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah selepas motosikalnya melanggar seekor lembu di FELDA Tenggaroh 1 juga dalam perjalanan pergi ke tempat kerja.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Johor telah mengambil inisiatif melaksanakan sistem penandaan atau tagging haiwan ternakan melalui pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membolehkan pemilik dikenal pasti sekiranya berlaku kemalangan. Namun pelaksanaannya masih belum menyeluruh.
Justeru, saya mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mewajibkan pendaftaran dan penandaan identiti semua haiwan ternakan, memperketat penguatkuasaan terhadap pemilik yang cuai serta mewujudkan mekanisme tuntutan pampasan kepada mangsa atau waris sekiranya kecuaian pemilik terbukti menyebabkan kemalangan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Saya juga memohon supaya kerajaan meneliti peruntukan undang-undang sedia ada agar tindakan yang lebih tegas dan setimpal dapat dikenakan terhadap pemilik ternakan yang berulang kali membiarkan haiwan mereka berkeliaran di jalan raya. Persoalan saya, jika pemandu mabuk yang menyebabkan kematian diwajibkan membayar pampasan, mengapa pemilik ternakan yang cuai sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa tidak turut dipertanggungjawabkan secara sewajarnya?
Nyawa seorang penunggang motosikal yang terkorban akibat melanggar lembu sama berharganya dengan nyawa mangsa pemandu mabuk. Janganlah kita menunggu lebih banyak nyawa melayang sebelum tindakan yang benar-benar berkesan dilaksanakan. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan kecuaian yang meragut nyawa mesti mendapat pembelaan yang adil tanpa mengira puncanya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu keperluan infra yang amat mendesak di Parlimen Mersing iaitu pembinaan benteng pemecah ombak dan pelaksanaan kerja-kerja pengerukan di Kuala Sungai Mersing. Kuala Sungai Mersing merupakan laluan utama yang menjadi nadi kepada aktiviti perikanan, pengangkutan laut dan pelancongan termasuk pergerakan bot nelayan, bot penumpang serta bot pelancongan ke pulau-pulau sekitar Mersing.
Namun, masalah pemendapan pasir dan kelodak yang berterusan khususnya selepas musim tengkujuh telah menyebabkan muara sungai semakin cetek.
Keadaan ini mengakibatkan pergerakan bot keluar masuk terpaksa bergantung pada paras air pasang surut malah turut menimbulkan risiko keselamatan apabila banyak bot berkumpul dan menunggu giliran untuk keluar masuk melalui laluan yang sempit.
Isu ini bukan lagi sekadar masalah keselesaan atau kelancaran pengangkutan tetapi sudah menjadi persoalan keselamatan nyawa manusia. Tragedi yang berlaku pada 31 Ogos 2026 apabila dua buah bot bertembung di Kuala Sungai Mersing kira-kira 800 meter dari Jeti Mersing telah mengorbankan dua nyawa dan mencederakan tujuh yang lain. Salah seorangnya adalah sahabat sekolah saya sendiri.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera diberikan kesembuhan. Walaupun punca sebenar kemalangan perlu ditentukan melalui siasatan pihak berkuasa, tragedi ini sepatutnya menjadi peringatan kepada kerajaan supaya menilai secara menyeluruh aspek
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
keselamatan navigasi, kesesakan pergerakan bot dan keadaan fizikal laluan Kuala Sungai Mersing.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan Dewan bahawa isu pengerukan Kuala Sungai Mersing ini pernah saya bangkitkan dalam Kamar Khas pada 7 Oktober 2025 apabila dimaklumkan bahawa kerja-kerja pengerukan di Mersing, Batu Pahat dan Muar telah ditangguhkan ke tahun 2027.
Justeru, saya ingin bertanya kepada Menteri Pengangkutan, apakah status terkini projek pengerukan Kuala Sungai Mersing? Adakah peruntukannya telah disediakan dalam Belanjawan 2027 dan bilakah kerja-kerja tersebut akan dimulakan? Saya juga mendesak supaya kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan, Jabatan Laut Malaysia serta agensi teknikal berkaitan melaksanakan dua langkah utama.
Pertama, menyegerakan kerja-kerja pengerukan muara dan laluan pelayaran Kuala Sungai Mersing berdasarkan kajian hidrografi supaya kedalaman yang selamat dapat dikekalkan termasuk menyediakan peruntukan penyelenggaraan berkala.
Kedua, melaksanakan kajian teknikal dan memperuntukkan pembiayaan bagi pembinaan benteng pemecah ombak yang bersesuaian untuk mengurangkan kesan ombak, melindungi laluan keluar masuk bot serta membantu pengurusan pemendapan sedimen termasuk kepada kajian arus dan pergerakan pasir. Pada masa yang sama, sistem lampu navigasi, penandaan alur pelayaran dan pengurusan trafik bot perlu dipertingkatkan khususnya pada waktu malam dan ketika musim tengkujuh.
Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa kejayaan sesebuah perbelanjaan bukan diukur kepada besarnya peruntukan yang diumumkan tetapi sejauh mana manfaatnya dirasai oleh rakyat. Pembangunan negara mestilah dilaksanakan secara adil dan seimbang termasuk di kawasan luar bandar seperti Mersing yang masih berdepan pelbagai cabaran infra, keselamatan dan ekonomi rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI Kelima melalui
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
kaedah strategiknya yang menggabungkan objektif menaikkan pendapatan isi rumah, menyokong perniagaan dan pelaburan ekonomi dalam masa yang sama melaksanakan pengukuhan fiskal secara bertanggungjawab.
Perkara pertama, pendidikan. Elemen terpenting dalam merealisasikan objektif belanjawan tentunya ialah kesejahteraan manusia itu sendiri. Maka adalah penting agar pembangunan modal insan negara untuk terus diperkukuh melalui pendidikan yang berkualiti, pembentukan sikap yang terbuka dan bersedia menghadapi perubahan dunia serta memupuk keyakinan dan daya tahan yang jitu.
Lantaran itu, saya menyambut baik komitmen yang ditunjukkan Kerajaan MADANI untuk memastikan pendidikan kekal sebagai tonggak utama melalui peruntukan sebanyak RM69 bilion yang dizahirkan melalui belanjawan ini. Namun begitu, peruntukan tertinggi ini juga saya percaya membawa kepada amanah dan tanggungjawab yang berat untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan berkesan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Tatkala mengambil kira kedudukan Malaysia dalam pentaksiran pendidikan antarabangsa menunjukkan bahawa masih banyak penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Kita semua sedia maklum bahawa keputusan PISA 2025 menunjukkan bahawa pencapaian murid di Malaysia berada di bawah purata OECD dalam tiga bidang utama iaitu sains, matematik dan bacaan.
Lebih membimbangkan adalah jurang pencapaian yang ditunjukkan oleh pentaksiran tersebut apabila hanya 35 peratus murid Malaysia mencapai Tahap 2 dalam matematik, 44 peratus dalam bacaan dan 50 peratus dalam sains. Lantas ini menunjukkan bahawa di bawah sistem pendidikan nasional terdapat sekelompok kecil murid yang mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi, manakala sekelompok besar yang lain masih belum mencapai tahap minimum yang kita usahakan.
Program latihan dalam perkhidmatan dan sistem penilaian prestasi guru.
Seperti mana kita mengharapkan dan memberikan sumber kepada murid untuk terus meningkatkan keupayaan dengan diri dan dari semasa ke semasa sambil menyesuaikan diri dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang baru, harapan dan peluang yang sama juga wajar diberikan kepada guru yang mendidik mereka.
Pemberian insentif dan peluang kepada guru untuk meningkatkan mutu pengajaran merupakan prasyarat bagi memastikan kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan secara menyeluruh. Ini disebut dalam kajian OECD dan juga telah diketengahkan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Di samping memastikan mutu sistem pendidikan negara kekal relevan dan berdaya saing, usaha ini juga terbukti penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi murid. Lantaran itu, saya menyambut baik langkah kerajaan menyalurkan sebanyak RM33,247,000 bagi latihan dalam perkhidmatan.
Akan tetapi biarpun sasaran 100 peratus pegawai KPM telah pun mencapai ketetapan minimum 40 jam latihan tersebut, keberkesanan program-program latihan ini masih menjadi persoalan.
Dan ini telah diakui oleh KPM sendiri di dalam rancangan pendidikan terkini, KPM menyebut bahawa keberkesanan latihan yang diikuti masih belum dapat dijamin atau dinilai secara konsisten. Tambahan lagi dapatan laporan World Bank juga menegaskan bahawa kebanyakan latihan guru bersifat umum dan kurang disesuaikan dengan keperluan individu, bidang atau tahap kerjaya.
Keadaan ini saya berpendapat boleh mengurangkan impak latihan terhadap peningkatan kemahiran pedagogi, khususnya dalam aspek yang memerlukan pendekatan lebih bersasar. Oleh yang demikian, saya ingin membangkitkan persoalan kepada Kementerian Pendidikan.
Satu, mengambil kira kelemahan sistem latihan dalam perkhidmatan yang telah diakui oleh KPM sebelum ini, bagaimanakah peruntukan tahun ini akan digunakan untuk menambah baik sistem tersebut, khususnya dalam usaha memperkukuh profesionalisme dan kualiti guru serta memastikan pendidikan yang berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak Malaysia?
Kedua, apakah status usaha penambahbaikan latihan dalam perkhidmatan bagi memastikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran negara dapat beralih daripada pembelajaran secara hafalan, rote learning kepada pembentukan kemahiran berfikir atas aras tinggi.
Seiring dengan usaha memperkukuh latihan dalam perkhidmatan, aspek yang sama penting ialah sistem penilaian prestasi guru yang turut diketengahkan dalam laporan OECD mengenai kelemahan sistem pendidikan di Malaysia. Antara dapatan yang dibangkitkan ialah biarpun hanya 0.02 peratus guru memperoleh mata penilaian prestasi di bawah 60 peratus antara tahun 2010 hingga 2020, ia nya tidak selaras dengan pencapaian murid atau prestasi sistem pendidikan secara keseluruhan, khususnya apabila dibandingkan dengan keputusan pentaksiran antarabangsa. Maka, timbul persoalan sama ada sistem penilaian prestasi guru benar-benar mencerminkan kecemerlangan para pendidik atau sama ada sistem
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
sedia ada masih belum memadai untuk mengenal pasti kelemahan dan ruang penambahbaikan.
Pada pandangan saya apabila 99.98 peratus guru memperoleh mata sekurang-kurangnya 60 peratus, sudah tiba masanya sistem penilaian ini diteliti semula. Penilaian tersebut seharusnya mampu membezakan guru yang benar-benar cemerlang di samping mengenal pasti guru yang memerlukan sokongan dan penambahbaikan. Oleh itu saya membangkitkan beberapa soalan kepada Kementerian Pendidikan.
Satu, apakah mekanisme yang digunakan untuk menghubungkan hasil penilaian prestasi guru dengan latihan bersasar kemajuan kerjaya dan pengiktirafan profesional?
Kedua, bagaimana kementerian mengukur keberkesanan sistem penilaian ini dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pencapaian pembelajaran murid dan apakah petunjuk prestasi yang digunakan untuk menilai keberhasilan ini?
Perkara kedua, gaji minimum. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini juga hadir dengan pengumuman kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan. Langkah ini secara langsung memberi manfaat kepada lebih daripada RM4 juta pekerja. PMKS yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaannya.
Saya menyambut baik langkah, ini namun terdapat beberapa kebimbangan yang telah dibangkitkan. Antaranya ialah peningkatan kos yang ditanggung oleh majikan akibat kenaikan gaji minimum. Biarpun ia benar memberi manfaat kepada pekerja tetapi ada yang khuatir bahawa majikan yang berdepan dengan kos pengajian yang lebih tinggi mungkin bertindak balas dengan kenaikan harga, mengurangkan pengambilan pekerja atau mengurangkan pelaburan tambahan untuk meningkatkan kapasiti perniagaan.
Maka, saya berpendapat bahawa permasalahan ini sebaik-baiknya dijawab dengan mengambil kira hakikat bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak diterjemahkan kepada peningkatan bahagian ekonomi yang dinikmati oleh pekerja secara sepadan. Malah, bahagian pendapatan yang disalurkan kepada pekerja melalui upah dan bentuk imbuhan lain masih rendah dari segi pampasan pekerja atau compensation of employees (COE).
Menurut Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2025 oleh Bank Negara Malaysia, COE Malaysia ialah 30.6 peratus daripada KDNK pada tahun 2024, berbanding 30.6
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
peratus di Filipina, 37.8 peratus di Singapura, 47.4 peratus di Australia, 49.8 peratus di United Kingdom, 51.9 peratus di Amerika Syarikat dan 54.7 peratus di Jerman.
Bahagian pendapatan yang diterima oleh pekerja sebenarnya telah mengecilkan berbanding 10 tahun lalu. Pada tahun 2016, COE berjumlah 30.6 peratus daripada KDNK tetapi angka ini menurun kepada 30.9 peratus pada tahun 2025.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, growth operating surplus yang mewakili pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan dan pemilik modal pengeluaran pula meningkat daripada 9.3 peratus kepada 62 daripada KDNK.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Secara ringkasnya, hal ini bermaksud bahawa meskipun ekonomi Malaysia berkembang, bahagian pendapatan yang lebih besar daripada pertumbuhan tersebut disalurkan kepada perniagaan dan pemilik modal. Manakala bahagian pendapatan yang diterima oleh pekerja melalui upah dan imbuhan semakin kecil. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa negara memerlukan mekanisme penetapan gaji yang lebih kukuh dan melangkaui gaji minimum. Hal ini boleh dilaksanakan melalui mekanisme yang menghubungkan gaji dengan produktiviti, daya saing dan keadaan ekonomi.
Perkara ketiga ialah meningkatkan produktiviti. Pertumbuhan produktiviti yang berterusan dan kukuh merupakan kunci kepada peningkatan graf hidup secara berterusan. Usaha meningkatkan produktiviti memerlukan pelaburan modal insan yang lebih kukuh. Menurut laporan OACD, salah satu fakta yang menghalang pelaburan langsung asing (FDI) ialah rejim sekatan dikenakan terhadap pegangan ekuiti asing dalam sektor-sektor tertentu.
Tinjauan ekonomi OACD terhadap Malaysia mengesyorkan agar pembangunan keupayaan diberikan penekanan yang lebih besar berbanding pemilikan ekuiti dan layanan kemudahan dalam perolehan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti serta memajukan pembangunan ekonomi bumiputera.
Sudah tiba masanya untuk beralih kepada pendekatan moden yang lebih mesra pasaran dan tidak menjejaskan kecekapan ekonomi. OACD tidak mencadangkan agar tindakan affirmative ditamatkan. Sebaliknya, OACD mencadangkan agar matlamat membantu masyarakat Bumiputera diteruskan melalui program pembangunan kemahiran, akses kepada pembiayaan berasaskan prestasi dan sokongan keusahawanan yang telus. Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan untuk mengkaji apa yang telah dicadangkan oleh OACD bahawa
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
ada program-program tindakan affirmative yang menggunakan pendekatan moden di beberapa negara.
Afrika Selatan, Kerangka Pemerkasaan Ekonomi Gelap Secara Penyuraian
(Broad-Based Black Economic Empowerment), Kanada, Strategi Perolehan Orang Asal (Indigenous Procurement Strategy), Australia, Direktori Perniagaan Orang Asli
(Indigenous Business Directory) dan program bimbingan untuk membangunkan keupayaan perniagaan. Saya meminta tambahan satu minit untuk mengakhiri.
Perkara yang keempat ialah tentang Pusat Latihan RELA Kawasan Tengah.
Saya dimaklumkan jumlah anggota RELA melebihi 3 juta orang seluruh negara.
Pastinya jumlah yang ramai ini perlu menjalani latihan bagi meningkatkan kebolehan dan kompetensinya anggota. Adakah cadangan pembinaan pusat latihan RELA di kawasan Lembah Klang bagi menampung bilangan anggota yang ramai untuk latihan dan kompetensi?
Sebagai penutup, maka dengan harapan bahawa persoalan yang dibangkitkan ini akan diberi perhatian sewajarnya. Saya dengan segala hormatnya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya mulai perbahasan Belanjawan 2027 ini dengan sabda Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.
[Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin yakni pemegang amanah dan setiap kamu akan ditanya dan dipertanggungjawabkan mengenai kepimpinannya terhadap orang yang berada di bawah tanggungjawabnya.” Pertanggungjawaban ini, Puan Yang di-Pertua membawa maksud wawasan akhirat, pertimbangan dosa dan pahala dalam menentukan negara integriti dan akauntabiliti pelaksanaan waad-waad yang termaktub dalam dokumen Belanjawan 2027.
Puan Yang di-Pertua, keadilan fiskal dan pelaburan negeri. Keadilan fiskal yang saya maksudkan bukan bermaksud semua negeri menerima peruntukan yang sama rata tetapi setiap negeri mempunyai peluang yang munasabah untuk menyediakan kemudahan asas dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sekarang ini kita bila bicara tentang menambah baik, centralise fiscal system yang ada dalam negara kita ini kepada fiscal federalism yang dibawa oleh Ahli Parlimen pembangkang, khususnya kepada negeri-negeri SG4. Dan begitu juga keadaannya bila kita berbicara tentang MA 1963 ini. Prinsip fiscal federalism. Maknanya, negeri-negeri tersebut mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu berbeda dari sudut kemampuannya.
Ada negeri yang mempunyai asas perindustrian yang kukuh seperti Selangor, seperti di Johor. Manakala negeri lain masih memerlukan pelaburan besar dalam jalan raya, bekalan air, elektrik dan infrastruktur digital. Sebab itu saya mencadangkan kepada MOF supaya formula pengagihan peruntukan mengambil kira jumlah penduduk, kadar kemiskinan, keluasan geografi, jurang infrastruktur dan kemampuan hasil negeri dan penilaian fiscal relativity ini dilaksanakan oleh agensi- agensi dan pakar-pakar yang bebas dan dibentangkan di dalam Majlis Kewangan Negara dan juga Jawatan Kuasa Pilihan Khas Parlimen.
Puan Yang di-Pertua, KWSP. Ambang pengeluaran, lebihan simpanan dan kebimbangan pencarum. Untuk pengetahuan Puan Yang di-Pertua, saya menerima memorandum daripada satu NGO [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] bercerita tentang peningkatan ambang pengeluaran lebihan simpanan KWSP yang sebelum ini RM1 juta tetapi pada tahun 2026 dinaikkan kepada RM1.1 juta, pada 2027 RM1.2 juta dan pada 2028 RM1.3 juta. Dia naik every year, dia naik RM100,000. Ramai yang gusar dan tidak bersetuju.
Jadi, mungkin pada pendapat Jerantut yang tindakan MOF ini ada relevancy- nya. Cuma, Jerantut mencadangkan kepada Kementerian Kewangan.
Pertama, kerajaan dan KWSP perlu menjelaskan secara telus asas penetapan ambang dari sudut data, metodologi serta rasional peningkatan tersebut.
Ia perlu disokong oleh analysis actuary dan penilaian risiko yang telus.
Kedua, KWSP perlu mengadakan sesi libat urus dengan pencarum, persatuan pengguna, wakil pekerja dan pakar kewangan persaraan.
Ketiga, kerajaan perlu mengkaji mekanisme pengeluaran lebihan yang lebih fleksibel dan bertanggungjawab termasuk pilihan pengeluaran berperingkat serta penyediaan anggaran pendapatan persaraan selepas pengeluaran.
Puan Yang di-Pertua, RM1 juta tu cukup banyak dah untuk kerajaan guna dana tersebut untuk dilaburkan kepada pelaburan-pelaburan strategik dan pelaburan itu diberikan dalam bentuk dividen kepada pencarum dan juga duit itu juga kepada poket kerajaan. Jadi kenapa kita nak naikkan lagi? Cukuplah RM1 juta tu. Itu maksud
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
rakan-rakan daripada NGO ini. Dah dia bagi RM1 juta, RM1 juta lah. Kalau kita bagi keseronokan kepada mereka untuk menyimpan di dalam KWSP, saya yakin selepas umur 55 tahun mereka terus kekal, insya-Allah menyimpan RM1 juta itu di dalam KWSP dan dapat meningkatkan momentum pelaburan negara kepada industri strategik.
Ketiga, sektor keharmonian kehidupan rakyat. Pembinaan semula ekonomi dan kesejahteraan sosial. Pendapatan sebenar (real income) berbanding makanan dan barangan asas. Isu meruncing yang membelenggu kehidupan rakyat ialah penyusutan kuasa beli akibat kadar inflasi barangan makanan asas (food inflation) yang meningkat antara tiga peratus hingga 4.5 peratus. Jauh mendahului pertumbuhan pendapatan benar. Penanda aras gaji median sektor swasta sebanyak RM2,600 sebulan tidak lagi mencukupi untuk menampung kos sara hidup semasa terutamanya bagi golongan berpendapatan hari dan petani luar bandar. Oleh itu, Jerantut mendesak kerajaan mempercepatkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
Kita ada Kertas Putih pun untuk Dasar Gaji Progresif. Secara mandatori kepada semua sektor swasta berserta insentif subsidi gaji daripada kerajaan.
Isu kedua berkenaan dengan ketidakpadanan pekerjaan (job mismatched) dan produktiviti buruh yang statik.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tuan Yang di-Pertua, masalah struktur ekonomi negara dicetuskan oleh fenomena ketidakpadanan kerja dipanggil job mismatch, di mana lebih 40 peratus graduan pengajian tinggi bekerja dalam sektor berkemahiran rendah ataupun sederhana, underemployment. Pada masa yang sama, kadar pertumbuhan produktiviti buruh kekal perlahan pada julat 1.5 peratus hingga dua peratus setahun akibat kebergantungan industri kepada lebih 2.2 juta pekerja asing murah. Kita compete di dalam negara kita. Kita terpaksa bersaing di dalam negara kita sendiri dengan pekerja asing yang berkemahiran rendah.
Mengapakah kerajaan masih membiarkan kemasukan buruh asing tidak berkemahiran secara berterusan? Sedangkan ramai graduan tempatan terpaksa bekerja dalam sektor ekonomi gig kerana ketiadaan peluang pekerjaan kolar putih.
Bagaimanakah pula insentif automasi Bajet 2027 dapat dipastikan benar-benar digunakan pakai oleh industri tempatan?
Jerantut mencadangkan pertama, bagi menangani masalah ini, kenakan multi-tiered levy yang tinggi ke atas pengambilan pekerja asing dan gunakan levi tersebut, hasil levi tersebut untuk membina tabung automasi dan gajian belia
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
tempatan. Yang kedua Puan Yang di-Pertua, kita berikan pelepasan cukai berganda kepada syarikat yang menawarkan gaji setimpal dan program latihan semula kemahiran ataupun dipanggil reskilling kepada graduan tempatan.
Contohnya Puan Yang di-Pertua, kalau syarikat terpaksa laburkan RM10,000 untuk memastikan perkara ini berlaku, maka dia boleh mendapat tolakan cukai sebanyak RM20,000. Jadi dia dapat meningkatkan, menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat di luar sana untuk mengambil pekerja-pekerja tempatan.
Ketiga, cabaran generasi sandwich ataupun sandwich generation dan persediaan negara tua. Generasi sandwich terhimpit di tengah-tengah krisis kewangan kerana terpaksa menanggung dwi beban iaitu membiayai perubatan ibu bapa warga emas dan kos persekolahan anak-anak. Isu ini menjadi kian meruncing apabila data KWSP menunjukkan lebih 50 peratus ahli berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Sedangkan Malaysia bakal menjadi age nation menjelang tahun 2040 dengan fasiliti penjagaan geriatrik luar bandar yang amat menyedihkan.
Jadi, empat cadangan daripada Jerantut kepada Kementerian Kewangan untuk diperhalusi. Pertama, kita perlu mengenal pasti dan mengiktiraf sandwich generation, itu yang pertama. Yang kedua, apabila kita telah kenal pasti, kita memperkenalkan pelepasan cukai khas generasi sandwich ini khususnya kepada mereka yang membeli insurans kesihatan kepada mak ayah mereka. Jadi, mak ayah ini dia akan ada diseases, dia akan ada penyakit, semakin tua, kita akan ada dua penyakit, Puan Yang di-Pertua.
Jadi, bila kita sakit, instead of kita hantar kepada hospital kerajaan sebab dia ada kemampuan, dia beli insurans untuk mak ayah mereka dapat perubatan ini hospital swasta. So, di sana ada two-pronged keuntungan, dua keuntungan. Satu, dia dapat mengurangkan beban hospital kerajaan untuk penyakit-penyakit kritikal ini dan kedua, dia memudahkan dan mempercepatkan ibu ayah mendapat perubatan di hospital swasta. Jadi kalau perkara ini berlaku, kenapa tidak kita bagi insentif tolakan cukai kepada mereka.
Ketiga, memperkenal kerangka cuti penjagaan berbayar atau perlindungan pendapatan untuk pekerja yang menjaga ibu bapa ataupun tanggungan yang sakit dan uzur. Dan keempat, menyatukan akses kepada semua bantuan yang sedia ada yang telah diberikan kepada kerajaan kepada satu pusat data supaya kita boleh memohon dengan mudah.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Puan Yang di-Pertua, Dasar Tenaga Negara, keterjaminan dan kemampuan rakyat. Malaysia mempunyai kelebihan melalui sumber minyak dan gas asli serta potensi tenaga boleh baharu. Dan, saya mengiktiraf kepentingan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Namun, kejayaannya perlu diukur berdasarkan kemampuan rakyat membayar kos tenaga, kestabilan bekalan dan peluang pekerjaan yang diwujudkan.
Jerantut mencadangkan tiga langkah utama dan kita memohon supaya pihak kementerian boleh respons dengan tuntas. Pertama, kerajaan perlu memperkukuh keterjaminan tenaga melalui pelaburan dalam penjanaan elektrik dan kepelbagaian sumber tenaga. Jerantut sekali lagi mencadangkan melalui Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 untuk kita gunakan, kita memperkenalkan small, medium reactor setelah kajian kebolehlaksanaan telah dilaksanakan.
Untuk pengetahuan Puan Yang di-Pertua, perkara ini, teknologi telah pun dibuat di negara China. Dalam keadaan negara dia besar, rakyat dia ramai, dia gunakan SMR. Dan for your information, SMR ini boleh menjana 300 megawatt elektrik per jam. Jadi, bayangkan dengan sumber bahan yang bersih, kita dapat generate elektrik yang banyak.
Kedua, pembangunan tenaga boleh baharu seperti solar, mini hidro dan biojisim. Dalam keadaan kita ini, mempunyai sisa kelapa sawit dan sekam padi yang banyak, jadi semua perkara ini, kita boleh percepat kan secara ekonomik.
Dan yang terakhir Puan Yang di-Pertua, kerajaan melalui PETRONAS. Kita jangan nafi, kita masih bergantung dengan PETRONAS, sumber minyak dan gas.
Jadi bagaimana kita nak optimize pengeluaran minyak dan gas? Pertama, kita mesti mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Sebab kita kena jaga environment kita walaupun kita nak duit.
Kedua, teknologi Carbon Capture, Utilization, and Storage (CCUS) serta amalan rendah karbon perlu diperkasakan bagi menyokong komitmen Malaysia ke arah pelepasan karbon sifar bersih. Dan terakhir, teknologi enhanced oil recovery
(EOR) juga wajar dimanfaatkan secara strategik untuk meningkatkan kadar perolehan minyak daripada medan matang ataupun matched field, sekali gus mengoptimumkan penggunaan sumber hidrokarbon yang sedia ada.
Sektor pengangkutan, saya sentuh, saya singgung kepada tiga aspek, iaitu ketersambungan, keselamatan dan keselesaan. Ini memang berkait dengan kita sehari-hari. Ketersambungan, satu sistem bukan projek terpencil. Contoh, kita
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
berbicara tentang bas pengantara, feeder bas dan integrasi perjalanan sebab kita bercakap tentang first and last mile initiative.
Jerantut mencadangkan kerajaan menubuhkan dana ketersambungan bas pengantara kebangsaan untuk membiayai sekurang-kurangnya 2,000 bas pengantara elektrik dan van demand responsive transit (DRT) dan disokong kemudahan pengecasan, penyelenggaraan dan pelan operasi mampan.
Jerantut juga mencadangkan penghidupan kembali SPAD atau badan berkanun setara. Kerajaan wajar mempertimbangkan penubuhan semula SPAD iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat kerana institusi ini boleh merancang dan menilai pengangkutan sebagai satu sistem nasional bukan gabungan agensi yang bergerak secara berasingan ataupun silo.
Ketiga, kesesakan jalan raya ialah kerugian produktiviti negara. Kita ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pengangkutan, apa langkah-langkah serius yang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan melalui Belanjawan 2027.
Mobiliti udara mampu milik. Kita dimaklumkan, Puan Yang di-Pertua pun lebih tahu, tambang ke Sarawak, ke Kuching, tambang ke Sabah sering kali meningkat lebih daripada RM1,000. Kenapa perkara itu berlaku? Sebab itu, Jerantut mencadangkan tabung kebajikan mobiliti udara RM100 juta untuk baucar dua kali setahun kepada pelajar IPT, golongan B40 dan kumpulan yang memerlukan, termasuklah Ahli Parlimen. Dengan kriteria kelayakan yang diterbitkan, kesinambungan laluan luar bandar dan perkhidmatan short-takeoff-and-landing
(STOLport) juga perlu dinilai berdasarkan kepentingan kepada kesihatan, pendidikan dan ekonomi tempatan.
Dan terbaru yang membimbangkan kita Puan Yang di-Pertua, salah satu daripada alternatif kita ke Kuching, ke Sabah adalah AirAsia. Ada isu sekarang ni ialah hutang AirAsia yang terlampau banyak. Jadi soalan kami, soalan Jerantut kepada MOT, berapakah hutang AirAsia terharap MAHB pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026? Apakah ada pertimbangan kerajaan untuk membantu AirAsia ketika ini walaupun kedudukan kewangan negara masih dalam defisit dan hutang kini tinggi dalam sejarah.
Kemudiannya tentang keselamatan nyawa sebagai ukuran. Kita ada kematian yang banyak Puan Yang di-Pertua. 16 ke 18 kematian setiap hari. Jerantut mencadangkan tiga intervensi kepada kerajaan. Pertama, skuad pembaikan jalan pantas JKR 24 jam, ini di bawah JKR. Dana khas bantuan mangsa kemalangan jalan
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
raya, ini untuk isu pampasan kepada mangsa-mangsa yang terbabit dan memperkenal tindakan penalti. Dan yang lebih berat, terhadap muatan berlebihan kepada syarikat pengendali dan pemandu.
Minta masa sikit Puan Yang di-Pertua, terima kasih. Berdebar bila tengok Puan Yang di-Pertua. Cukup masa.
[Ketawa] Sikit lagi Puan, sikit lagi.
Keselesaan. Saya ambil keselesaan sebab bila Puan datang ke tempat saya dan tempat puan juga Puan Yang di-Pertua tentang keselesaan kita menggunakan pengangkutan awam di kawasan luar bandar, berbeza dengan di bandar. Jadi, kadang-kadang Puan Yang di-Pertua, rakyat di luar bandar ini dia tak ada duit.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jadi, dia nak dapatkan, nak pergi ke hospital di bandar, dia memerlukan kewangan. Jadi, oleh kerana duit tak cukup, response time dia lambat. Jadi, apa yang Jerantut nak cadangkan kepada kerajaan ialah pertama, kita mesti adakan subsidi kesihatan dan pendidikan.
Maknanya, MOT kena menyelaras dengan KKM dan KPM bagi menyediakan perjalanan bersubsidi ke hospital, klinik dan sekolah yang kurang mendapat akses.
Maka, dengan ini, sekurang-kurangnya dia dapat mempercepatkan movement rakyat kita luar bandar ke bandar.
Kejayaan 3K tadi, Puan Yang di-Pertua, mesti diukur melalui peningkatan modal syer dan kebolehpercayaan perjalanan, pengurangan kematian jalan raya, liputan serta kemampuan pengangkutan luar bandar dan pengurangan masa produktif yang hilang dalam kesesakan. Setiap sasaran memerlukan garis dasar, tempoh pencapaian, agensi bertanggungjawab dan laporan berkala.
Akhirnya, untuk isu Jerantut sedikit Puan Yang di-Pertua, saya hendak rakamkan penghargaan kepada KKR atas projek FT1508 – Jalan Paya Garok, naik aras FT234 – Jerantut–Lipis dan penyiapan FT64. Ini semua projek yang sebelum ini ada yang sakit dan telah dipercepatkan oleh kementerian.
Tahniah kepada KKR dan saya berharap FT83 khususnya laluan Jengka 8 ke Bandar Pusat Jengka turut diberikan perhatian dan akan diperincikan melalui usul Kamar Khas. Terima kasih juga kepada NRES atas usaha membuka Canopy Walk Seberang Ara, Taman Negara Kuala Tahan. Saya menjemput semua, khususnya kepada Puan Yang di-Pertua, untuk sama-sama kita pergi ke Canopy Walk. Tinggi tetapi adventures.
Kemudiannya, penghargaan kepada APPGM–SDG atas projek komuniti melibatkan pemasaran digital IKS, pencegahan hakisan sungai, keusahawanan
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
makanan retort serta latihan mobil spa dan saya juga memohon lokasi pemeriksaan kenderaan bawah Jambatan Sungai Pahang, Jerantut Feri.
Ini isu terbaru di Jerantut, dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai bagi mengurangkan gangguan kepada penduduk dan bagi Kampung Labu, saya memohon KKM boleh mengadakan ambulans di klinik desa, memandangkan perjalanan ke hospital mengambil masa yang panjang sekiranya masih berharap kepada Klinik Kesihatan Kuala Tahan dan kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Gelangi Dua sebanyak 20 unit dan hanya enam didiami dan Sekolah Kebangsaan Kota Gelangi 1, lapan unit dan hanya satu didiami, wajar dibaik pulih dan dimanfaatkan, termasuk disewakan kepada generasi kedua FELDA dan ini akan juga diperincikan melalui Kamar Khas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Penutupnya, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, terima kasih.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Satu sahaja, satu sahaja. Pendeta Za’aba beritahu kepada kita, kebaikan dan kemajuan sesebuah bangsa dan negara itu tidak diukur pada tingginya bangunan atau cantiknya jalan semata-mata, melainkan kepada ketinggian budi, keadilan undang-undang dan kebahagiaan hidup rakyatnya di peringkat paling bawah. Ketinggian budi Puan Yang di-Pertua bagi masa pada saya, terima kasih. Saya mohon mencadang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan dengan memetik firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 24 [Membaca sepotong ayat al-Quran] . *“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya
(akarnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.”* Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Belanjawan 2027 yang bertemakan Malaysia MADANI – Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.
Ada persamaan dengan ayat yang saya bacakan tadi, yang mana belanjawan ini membawa maksud kejayaan ataupun pembangunan yang pesat. Tidak bermakna jika negara hilang arah, melupakan prinsip ataupun mengabaikan nilai etika serta keperluan rakyat jelata.
Justeru itu, saya menyambut baik usaha kerajaan meneruskan reformasi ekonomi, memperkukuhkan kedudukan fiskal negara dan memastikan hasil pembangunan dapat dikembalikan kepada rakyat. Belanjawan kali ini benar-benar menyasarkan agar rakyat dapat hidup dengan lebih selesa, bekerja memperoleh pendapatan yang bermaruah, anak muda mempunyai masa depan yang lebih terjamin dan setiap Ringgit wang awam dibelanjakan dengan penuh amanah.
Dalam ucapan belanjawan, Perdana Menteri memetik ayat yang mengandungi perkataan ‘lighadin’ bermaksud hari esok ataupun terjemahan dalam konteks ayat itu ialah hari akhirat. Boleh rujuk kepada teks ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau ada pihak yang mengatakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menterjemah makna ayat ini dengan tepat adalah sangat tidak betul. Malah, hanya mencipta persepsi negatif terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua— sorry, Puan Yang di-Pertua, belum Tan Sri lagi.
Insya-Allah, satu hari nanti. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa peningkatan hutang kerajaan perlu dilihat dalam konteks keperluan pembangunan negara. Selagi negara memerlukan sekolah, hospital, jalan raya, sistem pengangkutan awam, tebatan banjir, infrastruktur ekonomi, kerajaan perlu mempunyai sumber pembiayaan yang mencukupi.
Persoalannya ialah adakah hutang tersebut diurus secara bertanggungjawab dan digunakan untuk menghasilkan manfaat ekonomi serta sosial yang berpanjangan? Dalam hal ini, saya menyambut baik usaha kerajaan menurunkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus KDNK pada 2022 kepada unjuran 3.3 peratus pada 2027 dengan sasaran mencapai tiga peratus menjelang 2028.
Selain perkataan lighadin, perkataan waad yang bermaksud janji ataupun ikrar telah menarik perhatian ramai Ahli-ahli Dewan. Yang Berhormat Pasir Mas dalam perbahasannya mendakwa Kerajaan MADANI tidak menunaikan Waad, tidak menunaikan janji menurunkan nisbah hutang berbanding KDNK.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Hakikatnya, setelah Akta Kebertanggungjawaban Fiskal (Fiscal Responsibility Act) diluluskan pada 2023, kerajaan telah mula mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK ini, 65.2 peratus pada tahun 2025, 64 peratus pada tahun 2026. Malah, 63.1 peratus pada suku pertama ataupun pertengahannya, dan mengunjurkan dalam Belanjawan 2027, 63.7 peratus KDNK.
Maknanya, bermula 2026, trajektori nisbah hutang mula menunjukkan penurunan yang berdisiplin. Begitu juga dengan defisit fiskal yang telah menurun secara berterusan. Lima peratus pada tahun 2023, 4.3 peratus pada tahun 2024, 3.7 peratus pada tahun 2025, 3.6 peratus pada tahun 2026.
Belanjawan 2027 mengunjurkan defisit fiskal pada kadar 3.0 peratus KDNK dan saya cukup berkeyakinan, kalau disiplin ini diteruskan, sasaran nisbah 3.0 peratus defisit kepada KDNK akan dapat direalisasikan menjelang 2028. Inilah merupakan usaha konsolidasi fiskal yang perlu dan sedang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab oleh Kerajaan MADANI.
Tetapi, itulah Puan Yang di-Pertua, pandangan Yang Berhormat Pasir Mas masih lagi dilitupi jerebu. Nak buat macam mana? Walau bagaimanapun, sasaran fiskal bukanlah matlamat yang boleh dicapai dengan mengorbankan keperluan asas rakyat. Kita tidak mahu pengurangan defisit menyebabkan penyelenggaraan sekolah tertangguh, kemudahan kesihatan terabai ataupun projek tebatan banjir tidak dapat dilaksanakan.
Puan Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI Ke-5 menggembleng sumber berjumlah RM510 bilion, berbanding RM470 bilion pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, RM376 bilion merupakan belanja mengurus dan sejumlah RM83 bilion belanja pembangunan persekutuan. Selebihnya, melibatkan pelaburan GLIC, kerjasama awam swasta serta pelaburan badan berkanun dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ada di kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan kenapa GLC, GLIC dipaksa melabur dalam aspek pembangunan Persekutuan? PETRONAS dengan pembangunan Bandar Malaysia, KWAP dengan Projek Vista Kampus.
Adakah PETRONAS beralih dari core business-nya dalam industri petroleum dan gas?
Saya berbeza pandangan Puan Yang di-Pertua dalam hal ini kerana PETRONAS telah lama terlibat dengan projek-projek pembangunan hartanah, Menara Berkembar PETRONAS, Menara Tiga PETRONAS, Menara ExxonMobil,
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kompleks Daya Bumi, Menara Maxis, Suria KLCC, Hotel Mandarin Oriental malah Universiti PETRONAS dalam sektor pendidikan, malah Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.
sendiri syarikat yang dimiliki 64 peratus PETRONAS adalah pemaju utama bagi Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Jadi, apa masalahnya kalau KWAP melabur dalam strategik Kerajaan Persekutuan? Membantu kerajaan membina asrama untuk enam kampus universiti.
Tidakkah GLC dan GLIC juga harus memainkan peranan tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility). Bukannya bangunkan secara percuma, mereka melabur pasti ada pulangan yang wajar dan malangnya inilah yang gagal difahami sebahagian daripada pembangkang, termasuklah Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Larut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Shah Alam, Shah Alam, sikit je Shah Alam. Isu PETRONAS nak bangunkan rumah untuk rakyat, bising. KWAP nak buat asrama untuk budak-budak yang nak belajar, bising. Tapi yang sakau ni?
Duit Tabung Haji, 1MDB, SCS, duit MARA ini, ini semua ini institusi yang jaga kepentingan Melayu, yang jaga kepentingan Islam, yang ini. Yang ini tak bising pula, apalah Shah Alam ni? Minta sikit respons daripada Shah Alam. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya pula yang kena YB. Itulah Puan Yang di-Pertua, kita kena objektif dalam memberikan teguran ataupun saranan terhadap apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan.
Puan Yang di-Pertua, angka-angka dan projek yang besar saja tidak menjamin keberhasilan. Kita pernah melihat projek yang lewat disiapkan, kos yang meningkat dan peruntukan yang tidak diterjemah kepada manfaat yang sewajarnya.
Lihat saja isu Pan Borneo di Sabah, 95 peratus wang telah dibelanjakan tetapi yang siap hanya 11 peratus.
Sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), saya berpandangan bahawa pemantauan perbelanjaan awam mesti menekankan tiga perkara. Kemajuan fizikal, kawalan kos dan manfaat kepada rakyat. Insya-Allah PAC telah membuat keputusan untuk mengadakan prosiding terhadap projek Pan Borneo Sabah ini.
Sementara itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah Kementerian Kewangan bersedia menerbitkan laporan berkala yang menunjukkan peruntukan asal perbelanjaan sebenar, kemajuan fizikal serta hasil bagi projek pembangunan utama? Saya juga ingin mengetahui, apakah langkah yang diambil terhadap
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
kementerian atau agensi yang berulang kali gagal melaksanakan projek mengikut jadual dan kos yang telah diluluskan?
Puan Yang di-Pertua, kos sara hidup dan gaji bermaruah adalah perkara yang paling dekat dengan kehidupan rakyat. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan Sumbangan Asas RAHMAH
(SARA) kepada RM16 bilion bagi tahun 2027 termasuk bantuan lain yang memberikan kelegaan kepada golongan B40. Kumpulan M40 yang merupakan pembayar cukai yang sering merasakan mereka terpinggir setiap kali belanjawan dibentangkan tetapi tidak lagi untuk belanjawan kali ini. Keputusan kerajaan memberikan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 sangat dihargai.
Dengan pelepasan cukai sebanyak RM3,000 ini, pembayar cukai dalam kadar marginal 18 peratus akan menikmati penjimatan langsung sekitar RM540. Bagi pembayar cukai dalam kadar marginal 24 peratus, pelepasan cukai langsung sekitar RM720. Maknanya Puan Yang di-Pertua, golongan M40 dijangka menikmati penjimatan cukai serta lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 bagi setiap isi rumah yang kedua-dua suami dan isterinya bekerja (dual income family).
Puan Yang di-Pertua, bagi penduduk bandar seperti Shah Alam, kos kehidupan bukan sekadar harga beras, bukan harga ayam dan minyak masak, ia turut merangkumi sewa rumah, insurans kediaman, pengangkutan, tol, parkir, penjagaan anak, perbelanjaan persekolahan dan masa yang hilang akibat kesesakan lalu lintas.
Ada keluarga yang bekerja keras setiap hari tetapi sebahagian besar pendapatan mereka habis sebelum hujung bulan. Oleh itu saya menyambut baik keputusan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027. Langkah ini merupakan perkembangan yang sangat positif untuk meningkatkan pendapatan pekerja.
Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya apakah mekanisme pematuhan dan pemantauan yang akan digunakan untuk memastikan majikan mematuhi kadar gaji minimum yang terbaru ini? Bagaimana kerajaan akan membantu perusahaan mikro dan kecil menyesuaikan diri dengan kenaikan gaji menanggung kemungkinan kenaikan harga akibat kos operasi sambil memastikan pekerja tidak beralih kepada majikan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.
Puan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, usaha memakmurkan Islam hendaklah diteruskan dengan
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
penuh hikmah, rahmah, berkeadilan dan bertanggungjawab. Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan hal ehwal Islam sebagai usaha memuliakan syiar dengan peningkatan kepada RM3.1 bilion berbanding RM2.6 bilion pada tahun 2026.
Sebagai seorang Muslim, kita sangat berbangga dengan pengumuman penubuhan Majlis Pondok dan Turath Malaysia oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui ucapan belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu. Antara Turath terpenting dalam khazanah keilmuan adalah berkaitan panduan dan pedoman Islam dalam bernegara yang telah dipraktikkan oleh umat yang terdahulu.
Bagi menyahut peruntukan untuk program Turath ini, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memberikan perhatian khusus kepada turath siyasi yakni berkenaan dengan politik. Ia bertujuan menangani cabaran zaman dari sudut hubungan antara sesama warga, batas elemen masukan yakni input yang berunsur agama dalam pentadbiran, pertimbangan unsur agama dalam kehidupan bermasyarakat dan sebagainya.
Dalam ucapan sempena Tahun Baru 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan supaya Warkah Sayidina Ali, salah satu turath yang lama agar dicetak, diedar dan diwacanakan untuk memastikan turath benar-benar mengakar di bumi dan menjalar di langit dapat direalisasikan. Persoalannya ialah apakah ia telah dilaksanakan? Sekiranya ya, maka ia perlu di perkasa dan diturunkan ke akar rumput. Sekiranya belum, maka inilah masanya.
Puan Yang di-Pertua, sebagai beberapa kalimah yang terakhirnya, saya ingin juga menyentuh tentang isu Tabung Haji. Walaupun perkara ini telah pun sebenarnya dibahaskan panjang lebar dalam pembentangan RCI baru-baru ini tetapi oleh kerana ia sangat dekat dengan sanubari umat Islam dalam negara kita ini, maka saya mungkin terpaksa juga untuk mengambil sedikit ruang untuk membahaskannya kerana tiba-tiba Puan Yang di-Pertua, ramai pula Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana yang galak berbahas tentang isu Tabung Haji ini walaupun telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Yang Berhormat Menteri ketika menjelaskan tentang RCI.
Dulu suruh berbahas tak nak, boikot keluar Dewan.
[Tepuk] Dalam keadaan Laporan RCI dan banyak pihak bersetuju dengan langkah Kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu menyelamatkan Tabung Haji, Yang Berhormat Pengkalan Chepa tampil mendakwa bahawa Kerajaan PH lebih teruk merosakkan Tabung Haji.
Yang ini pelik bin ajaib Puan Yang di-Pertua. Kononnya kerajaan tak bayar sukuk.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tahu kah Pengkalan Chepa bahawa setakat ini RM1,665 bilion telah dibayar UJSP kepada Tabung Haji melalui RM300 juta permulaan 2019. RM200 juta penubuhan sukuk secara tunai, tahun 2022. RM200 juta penebusan sukuk secara tunai tahun 2026, RM965 juta melalui pemulangan semula dua aset iaitu tanah TRX dan ladang sawit di Sarawak dengan kadar yang sangat menguntungkan Tabung Haji. Baki Sukuk Siri 1 dibiayai semula, yang ini yang mereka tak faham.
Sukuk ini dia boleh dibiayai semula, refinancing ya, melalui penerbitan sukuk siri yang ke-2. Tapi kali ini, ha ini persoalannya ialah kali ini dia bukan lagi melalui pembayaran bullet payment untuk tempoh 10 tahun yang akan datang. Bayaran tahunan dengan kadar kupon 3.825 peratus ke atas baki RM11.5 bilion. Maknanya sekitar RM407 juta setiap tahun.
Persoalannya ialah adakah kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk pembayaran ini? Ha, ini kita bolehlah tanya kan nak bayar ini kerajaan dah sedia peruntukan betul ataupun tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Baik, saya gulung. Saya dah semak tinjauan fiskal 2027 memang ada dinyatakan komitmen jaminan untuk UJSB. Saya dah semak Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027 di bawah Pelbagai Suntikan Modal Perbendaharaan, ada peruntukan yang disediakan untuk membayar berkala ini.
Kalau Pengkalan Chepa nak tahu muka surat mana saya boleh tunjukkan sambil kita minum kopi di luar sana.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh sikit Shah Alam, Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sebagai akhir kalam...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tan Sri Speaker.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Akhir kalam Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Shah Alam sikit Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Sudah masa tambahan tiga minit diberi, jadi saya tak bagi lagi. Sila duduk Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Salam sejahtera dan terima kasih Timbalan Yang di-Pertua di atas kesempatan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 ini.
Timbalan Yang di-Pertua, Saratok mengalu-alukan peningkatan peruntukan Persekutuan untuk Sarawak sebanyak 7.28 peratus daripada RM15.1 bilion pada tahun 2026 ke RM16.2 bilion pada tahun 2027. Pertambahan ini sedikit sebanyak membawa kelegaan kerana banyak rancangan sememangnya memerlukan pertambahan dana.
Sungguhpun demikian, peningkatan nominal 7.28 peratus ini akan dapat diimbangi dengan kadar inflasi sektor pembinaan yang secara purata lebih tinggi di Sarawak, kenaikan harga bahan binaan dan tekanan rantaian pasca krisis global seperti bahan api dari Selat Hormuz. Peningkatan bajet kepada RM16.2 bilion tidak semestinya menggambarkan peningkatan kapasiti fizikal sebenar di lapangan. Yang utama ialah berapakah sumbangan sebenar hasil-hasil dari Sarawak seperti minyak, gas dan cukai yang disumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan?
Fakta ini penting untuk melihat perspektif sebenar keseluruhan Belanjawan Bajet 2027 ini. Jumlah RM1.5 bilion pemberian khas yang bersifat penyelesaian ad hock atau interim berlandaskan dengan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan MA63, sememangnya disambut baik memandangkan pertambahan ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban belanjawan mendesak yang lain seperti di sektor kesihatan, bekalan air terawat di Kampung Kalaka, gantian penuh SK Abang Leman, pengembalian semula lokasi MAWILLA 4 dan fenomena jerebu.
Timbalan Yang di-Pertua, sektor kesihatan, akses perubatan pasca tragedi nahas Helicopter Find Doctor Service Long Lellang. Tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang baru-baru ini menjadi bukti yang nyata bahawa petugas kesihatan mempertaruhkan nyawa setiap hari demi menyampaikan perkhidmatan asas kepada rakyat. Sehubungan itu, saya ingin mempertengahkan tiga isu mendesak untuk kenaikan segera demi sektor kesihatan masyarakat terpencil.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Pertama, penyediaan pelan kontigensi. Sediakan pelan alternatif secara serta-merta agar perkhidmatan perubatan luar bandar tidak terputus.
Kedua, audit keselamatan dan pemodenan aset. Laksanakan audit keselamatan secara menyeluruh menerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam
(CAAM) serta gantikan jentera udara seperti helikopter yang telah uzur dengan pesawat yang lebih moden dan selamat.
Ketiga, elaun risiko. Saya mengalu-alukan kenaikan insentif petugas kesihatan udara tiga kali ganda bagi menghargai pengorbanan mereka.
Keempat, menggunakan dron sebagai kemudahan untuk pemberian ubat dan peralatan ringan.
Kelima, mengguna pakai four-wheel-drive dengan lebih komprehensif untuk menggantikan helikopter di dalam Perkhidmatan Doktor Udara. Ha, nanti bolehlah kita namakan perkhidmatan doktor empat roda.
Sebab itu saya merayu KKM tidak memotong peruntukan sektor kesihatan di Sarawak yang amat memerlukan dana pembangunan bukannya potongan mendadak. Tindakan berisiko pemotongan boleh melumpuhkan Perkhidmatan Doktor Udara dan usaha naik taraf klinik desa yang usang.
Tuan Yang di-Pertua, kekurangan bekalan air terawat di Kampung Kalaka dan Krian. Kampung Kalala, Krian baru-baru ini sekali lagi berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan air pada musim kemarau. Kita maklum Loji Air Terawat Lichok yang membekalkan bekalan yang bersih ke kawasan Kampung Kalaka sememangnya sentiasa terjejas kapasitinya setiap kali kemarau.
Solusinya ada, pelan induk telah merangka penyambungan paip utama dari Loji Air Terawat Kaki Wong yang berkapasiti lebih besar. Langkah ini penting kerana Loji Air Terawat Lichok tidak dapat menanggung beban bersendirian.
Oleh yang demikian, persoalan besar di minda rakyat ialah bilakah pembesaran Loji Air Terawat Kaki Wong siap dan beroperasi supaya bekalan retikulasi air terawat ke Kabong, Kalaka mencukupi. Rakyat di Kampung Kalaka, Krian dah lama menunggu dan ketiadaan air terawat semakin menjadi.
Sekarang pun JBALB terpaksa mengedarkan air dengan menggunakan tong dan lori, kaedah yang tidak efektif dan bersifat sementara. Fenomena Super El Nino hingga ke April 2027 pasti akan menaikkan suhu angin menyebabkan kemarau sekali gus mengurangkan beban air tawar dari sungai ke loji air dan pasti menjejaskan bekalan air.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Projek Air Bersih Ulu Roban bernilai RM14 juta yang diluluskan 2021 dulu kini lebih lewat dan tersangkut. Mengapa sehingga kini status projek ini belum pun bermula sedangkan penduduk Ulu Roban setiap tahun terpaksa bergelut dengan krisis bekalan air terawat.
Timbalan Yang di-Pertua, kelewatan pindaan gantian penuh SK Abang Leman, Kabong. Walaupun pelbagai intervensi oleh KPM dan KKR masalah kelewatan dan prestasi lemah kontraktor utama projek RM40 juta SK Abang Leman dengan jumlah murid lebih 700 orang masih gagal diselesaikan. Projek yang sepatutnya siap pada 5 November 2022 kini dilanjutkan sehingga 30 Disember 2027.
Menurut lapangan, projek ini telah mendapat lapan kali lanjutan masa EOT tetapi kemajuan fizikal baru mencapai 32 peratus berbanding dengan sasaran 47.9 peratus ketinggalan 312 hari. Terbaru, timbul isu melibatkan masalah kualiti pembinaan dan tidak ada sebarang aktiviti pembinaan direkodkan selama empat bulan berturut-turut. Saya mohon KPM dan KKR mengambil tindakan drastik secepat mungkin untuk menyelesaikan kemelut ini bagi mengelakkan projek ini menjadi projek gajah putih dan yang penting bila dia boleh siap.
Timbalan Yang di-Pertua, kedudukan Markas Wilayah Laut Empat (MAWILLA 4). Mengikut perancangan awal, beberapa tahun dulu lokasi Pangkalan Tentera Laut Malaysia MAWILLA 4 telah pun ditetapkan di Bintulu. Pemilihan ini berasaskan kedudukan strategik Bintulu yang berhampiran dengan hotspot Zon Ekonomi Eksklusif (ZZE), Beting Patinggi Ali, [Tidak jelas] dan Kasawari Gas Field di Laut China Selatan serta hab industri kritikal negara seperti Pelabuhan Gas, Cecair Asli dan Taman Perindustrian Samalaju (SCORE).
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Bintulu merupakan pusat perkembangan ekonomi, pelabuhan laut dalam, industri hidrogen, baja kimia, metanol, middle distillate synthesis, pemprosesan minyak sawit dan import eksport dan ini adalah merupakan bandar nadi ekonomi negara.
Walau bagaimanapun, timbul cadangan yang menyimpang daripada tujuan asal menubuhkan MAWILLA 4 iaitu memindahkan pangkalan tersebut ke Muara Tebas, Kuching di bawah RMK13. Cadangan pemindahan tapak MAWILLA 4 ini, ibarat kita berundur dari garis hadapan ancaman keselamatan negara, lari dari perairan sendiri.
Kewujudan pangkalan Tentera Laut moden boleh bertindak sebagai deterrence dengan izin, supaya pasukan tentera laut asing seperti kapal China tidak
Datuk Ali anak Biju - Saratok
bermaharajalela di perairan utara Sarawak dan barat Sabah. Kewujudan pangkalan tentera USA Filipins di Pulau Balabac yang cuma 50 kilometer dari Pulau Bambangan, Malaysia juga perlu diimbangi dengan MAWILLA 4 yang berdekatan.
ZEE ini banyak dituntut secara bertindih oleh negara lain seperti China dan Vietnam. Kehadiran kecil polis marin di Bintulu tidak berkesan mengekang kehadiran mereka. Sehubungan itu, saya merayu MINDEF agar mengekalkan MAWILLA 4 di Bintulu. Bahagian utara Sarawak amat memerlukan kewujudan pangkalan tentera laut yang berkebolehan. Kalau dipindahkan ke Kuching, pangkalan Tentera Laut tersebut akan berada jauh dari hotspot sekitar 800 kilometer dan ini mengambil masa untuk kapal tentera sampai. Cadangan pemilihan MAWILLA 4 ini perlu dipertimbangkan semula oleh MINDEF.
Timbalan Yang di-Pertua, bencana alam jerebu. Satu fenomena alam sekitar yang berlaku setiap tahun ialah fenomena jerebu rentas sempadan yang memberi implikasi negatif terhadap kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan selalu dibangkitkan di Dewan ini. Kegiatan sektor ekonomi negara terjejas akibat jerebu, aktiviti pelancongan, perniagaan, pengangkutan dan yang teruknya ialah penutupan sekolah-sekolah di beberapa negeri Malaysia, bila IPU mencapai tahap tidak sihat.
Banyak penerbangan dibatalkan, malah ada dinyatakan Kuala Lumpur sebagai ibu negara paling kotor udaranya. Pendedahan kepada zarah halus memberi implikasi negatif terhadap kesihatan berjuta-juta rakyat di Malaysia dan negara ASEAN, menjejaskan kesihatan, pernafasan kanak-kanak, warga emas dan pesakit.
Malaysia menjalankan operasi pembenihan awan oleh RMF Tentera Udara, sekali gus mengurangkan zarah halus. Akan tetapi, kalau hujan tak lebat, jerebu bertambah, bukan berkurang kerana hujan rintik-rintik menurunkan zarah halus ke kawasan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, acara bertaraf antarabangsa seperti Kuching Marathon 2026 serta beberapa acara marathon tempatan terpaksa dibatalkan kerana jerebu.
Sarawak memperuntukkan sebanyak RM264 juta keseluruhannya untuk persiapan Sukan SEA pada bulan September 2027 di Kuching dan fenomena jerebu kebiasaannya sudah bermula bulan itu setiap tahun. Bayangkan betapa banyak kerugian yang akan dialami oleh Sarawak menganjurkan Sukan SEA 2027 sekiranya darurat bencana alam jerebu berlaku pada masa itu.
Tindakan tidak bertanggungjawab sekelompok dalang bencana alam di Kalimantan menyebabkan pengisytiharan darurat jerebu di Serian. Tak ada mana-
Datuk Ali anak Biju - Saratok
mana negara di dunia ini yang dapat bersabar apabila segelintir dalang negara jiran menyebabkan darurat di negara lain. Bayangkan, kalau sekelompok rakyat Malaysia menyebabkan darurat di negara lain.
Jadi, apa langkah konkrit perlu dibuat? Bukan melepaskan batuk di tangga saja. Presiden Indonesia setuju ambil langkah perlu kononnya. Sebaliknya Malaysia masih menunggu respons dari Indonesia untuk menolong memadamkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera.
Perdana Menteri kita telah menyambut kesediaan membantu jiran Indonesia memadamkan kebakaran hutannya. Menteri Hal Ehwal Indonesia menyatakan tidak ada komplen rasmi pasal jerebu diterima dari negara jiran. Malaysia tak memerlukan oksigen dari Kalimantan dan Sumatera. Kita ada banyak hutan dan oksigen keluaran sendiri. Jangan menyalahkan kepanasan global, fenomena alam, suhu keterlaluan, kemarau, El Nino, climate change atau pertanian pindah di Kalimantan. Bencana jerebu ini adalah dibuat, bencana buatan manusia dapat dirancang, dapat diramalkan, disengajakan dan tetap berlaku tiap-tiap tahun.
Dalang jerebu seperti syarikat perladangan komersial yang mengakibatkan kebakaran di tanah gambut mesti dicegah sekeras-kerasnya daripada membakar pembersihan ladang hutan. Mereka mesti rasa bersalah dan bertanggungjawab membuat bencana alam jerebu tahun demi tahun.
Imej perladangan komersial terjejas, harga pemasaran sawit dunia boleh terkesan di masa akan datang, kempen kesedaran secara komprehensif menggunakan arus perdana dan media sosial perlu dibuat setiap tahun sebelum musim jerebu bermula. Adalah jauh efektif bertindak terhadap dalang bencana alam, di mana jumlahnya jauh lebih kecil berbanding dengan membantu berjuta rakyat terkesan di negara ASEAN.
Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan juga perlu membuat unjuran kerugian impak fenomena jerebu dan memohon pampasan kerugian dari Indonesia atau ladang komersial. Sehubungan itu, kerajaan mesti meneroka mekanisme perundangan antarabangsa yang menuntut pampasan dan ganti rugi daripada pihak yang bertanggungjawab di samping memperkasakan Akta Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan.
Malaysia perlu membuat komplen secara rasmi kepada Indonesia yang tak pernah serik pun. Tabung bencana jerebu pun perlu ditubuhkan. Malaysia mungkin utamakan diplomatik jangka panjang dan pencegahan awal, perbandingan tuntutan
Datuk Ali anak Biju - Saratok
pampasan. Persoalannya, sampai bila kita akan berbuat demikian sedangkan jerebu berlaku pada bulan dan musim yang sama pada setiap tahun.
Yang kelima, ini seminit lagi. Pembinaan persimpangan bertingkat di Simpang Saratok. Isu traffic jam dan P-turn di Simpang Saratok memang menjadi buah mulut rakyat Saratok kerana membahayakan pengguna. Simpang yang tiba- tiba muncul bila driving, memandu di Lebuhraya Pan Borneo ke arah Sarikei berserta lokasi P-turn ke sebelah berhampiran dengan simpang Saratok telah menjadikan kawasan ini berbahaya, menjuruskan kemalangan jiwa. Malah baru-baru ini, minggu lepas kemalangan maut terjadi, 11 Oktober 2026 di Simpang Saratok.
Oleh itu saya minta pencerahan KKR, apakah status cadangan pembinaan persimpangan bertingkat di simpang Saratok yang telah diangkat untuk kelulusan agensi pusat di bawah RP2, RMK13.
Timbalan Yang di-Pertua, dengan ini saya mengakhiri ucapan saya menyokong atau sebaliknya akan ditentukan nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Saya jemput Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan dengan isu reformasi peruntukan kepada Ahli Parlimen khususnya keperluan memastikan peruntukan yang saksama antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen pada 16 Ogos 2026. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status terkini peruntukan tersebut. Bilakah ia akan disalurkan?
Apakah mekanisme pelaksanaannya dan apakah peranan Ahli Parlimen dalam menentukan keutamaan penggunaannya?
Kita telah sekian lama melaungkan agenda reformasi, memperkukuh demokrasi dan menjanjikan pentadbiran yang lebih telus serta adil kepada semua rakyat Malaysia. Setiap Ahli Parlimen dipilih melalui proses demokrasi untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing. Pengundi di kawasan pembangkang juga merupakan rakyat Malaysia yang membayar cukai, memerlukan kemudahan awam dan berhak menikmati pembangunan negara.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Oleh itu, peruntukan bagi membolehkan Ahli Parlimen menjalankan tanggungjawab kepada rakyat tidak sepatutnya menjadi instrumen politik atau diberikan berdasarkan sokongan politik semata-mata. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, jika kita benar-benar komited terhadap reformasi institusi dan demokrasi, bilakah satu mekanisme peruntukan Ahli Parlimen yang adil, telus dan berasaskan kriteria yang jelas akan dilaksanakan sepenuhnya?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Tuan Yang di-Pertua, selain peruntukan untuk menjalankan khidmat wakil rakyat, kita juga perlu melihat persoalan pengagihan peruntukan pembangunan antara kawasan Parlimen. Keadilan tidak semestinya bermaksud setiap kawasan mesti menerima jumlah peruntukan yang sama sebaliknya keadilan bermaksud setiap kawasan menerima peruntukan yang munasabah berdasarkan keperluan sebenar penduduknya.
Sebagai Ahli Parlimen Klang, saya berhadapan dengan pelbagai keperluan bandar yang kompleks, termasuk kepadatan penduduk, penyelenggaraan jalan raya dan saliran, risiko banjir, kemudahan kesihatan, keperluan sekolah, kebajikan masyarakat dan kemudahan komuniti.
Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang besar, infrastruktur yang tertekan atau masalah sosial yang lebih serius mungkin memerlukan peruntukan yang lebih tinggi berbanding kawasan yang mempunyai keperluan yang berbeza.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan menggunakan formula pengagihan peruntukan pembangunan yang mengambil kira beberapa faktor utama seperti jumlah penduduk, keadaan infrastruktur, tahap kemiskinan, keperluan golongan rentan, risiko bencana seperti banjir, keperluan menaik taraf kemudahan awam, keperluan pendidikan, kesihatan dan pembangunan komuniti.
Kerajaan juga wajar menerbitkan kriteria pengagihan peruntukan dan laporan pelaksanaan supaya rakyat dapat menilai keberkesanan penggunaan wang awam.
Saya ingin menegaskan bahawa penghormatan terhadap mandat pengundi tidak berakhir selepas pilihan raya. Ia mesti diteruskan melalui pengagihan sumber dan pembangunan yang adil. Saya berharap kerajaan akan menjadikan Belanjawan 2027 sebagai peluang untuk mempercepat reformasi ini demi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu lagi perkara penting iaitu pengagihan peruntukan pembangunan sosioekonomi negara khususnya peruntukan bagi memperkasakan agenda bumiputera dan keperluan memastikan
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
masyarakat bukan bumiputera yang memerlukan turut mendapat peluang pembangunan yang sewajarnya.
Saya ingin menjelaskan bahawa cadangan saya bukanlah untuk mengurangkan atau mengambil hak mana-mana pihak. Usaha memperkasakan bumiputera boleh diteruskan. Pada masa yang sama kerajaan juga perlu memastikan bahawa agenda pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup rakyat merangkumi semua golongan yang memerlukan.
Kemiskinan tidak mengenal kaum. Dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera masih terdapat keluarga berpendapatan rendah, pekerja bergaji rendah, peniaga kecil, golongan miskin bandar dan keluarga rentan yang memerlukan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Oleh itu saya mencadangkan supaya 10 peratus daripada jumlah peruntukan agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera diperuntukkan sebagai dana tambahan khusus bagi program pembasmian kemiskinan dan peningkatan ekonomi masyarakat bukan bumiputera yang memerlukan tanpa mengurangkan peruntukan asal bumiputera.
Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan cadangan dasar yang wajar dipertimbangkan oleh kerajaan dengan mengambil kira kemampuan fiskal negara dan mekanisme pelaksanaan yang sesuai. Matlamatnya bukan untuk mempertandingkan kepentingan antara kaum, matlamatnya ialah memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang keluar daripada kemiskinan dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.
Peruntukan tambahan ini boleh digunakan untuk beberapa program bersasar. Antaranya ialah bantuan kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana, pembiayaan kepada usahawan kecil, latihan kemahiran dan peningkatan pendapatan, program pembangunan ekonomi belia serta bantuan kepada keluarga miskin bandar.
Kerajaan juga boleh memperkukuh program latihan semula dan peningkatan kemahiran supaya golongan berpendapatan rendah mempunyai peluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
Saya mencadangkan supaya kelayakan bantuan ditentukan berdasarkan kriteria yang telus termasuk pendapatan isi rumah, tahap kemiskinan, keadaan sosioekonomi dan keperluan sebenar penerima.
Pelaksanaan program hendaklah disertai mekanisme pemantauan dan penilaian supaya kita tidak dapat— kita dapat mengukur berapa ramai penerima
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
berjaya meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan atau keluar daripada kemiskinan.
Saya juga meminta kerajaan menjelaskan sama ada satu mekanisme khusus boleh diwujudkan bagi memastikan golongan miskin daripada semua kaum mendapat akses yang adil kepada program pembasmian kemiskinan dan peningkatan ekonomi.
Kita mahu membina sebuah negara yang bukan sahaja berkembang dari segi angka ekonomi tetapi juga berjaya mengurangkan jurang pendapatan dan memperluas peluang kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, isu keempat yang ingin saya bangkitkan ialah pengurusan, penyaluran dan keberkesanan peruntukan unit transformasi masyarakat India Malaysia atau MITRA. Saya menghargai usaha kerajaan menambah peruntukan bagi pembangunan sosioekonomi masyarakat India.
Peruntukan tambahan amat dialu-alukan kerana masih terdapat pelbagai keperluan yang perlu ditangani khususnya dalam bidang pendidikan, latihan kemahiran, peluang pekerjaan, pembangunan usahawan dan pembasmian kemiskinan.
Namun saya ingin menegaskan bahawa peningkatan peruntukan mesti disertai dengan sistem penyampaian yang telus, adil dan bertanggungjawab. Kita perlu memastikan bahawa peruntukan MITRA benar-benar sampai kepada semua lapisan masyarakat India yang memerlukannya. Bukan sekadar diumumkan atau dibelanjakan tanpa penilaian hasil yang menyeluruh.
Perkara yang paling penting ialah keberkesanan program. Beberapa ramai yang mendapat manfaat. Berapa ramai yang berjaya meningkatkan pendapatan, berapa ramai yang memperoleh pekerjaan selepas mengikuti latihan. Dan apakah perubahan sebenar berlaku kepada kehidupan penerima?
Saya ingin meminta kerajaan memberikan perhatian kepada tiga perkara utama iaitu status dan keberhasilan program latihan industri penerbangan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai program latihan industri penerbangan yang melibatkan 100 orang peserta daripada masyarakat India dengan kerjasama Weststar Aviation Services.
Berdasarkan maklumat yang pernah diberikan kepada Dewan Rakyat pada tahun 2025, seramai 75 peserta sedang menjalani latihan manakala 25 peserta lagi dijadualkan menyertai program pada November 2025. Saya pernah membangkitkan persoalan mengenai status program ini kerana saya mahu memastikan bahawa
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
pelaburan kerajaan dalam latihan kemahiran benar-benar menghasilkan peluang pekerjaan yang mampan.
Kini saya ingin meminta kerajaan memberikan laporan perkembangan terkini mengenai program tersebut. Pertama, berapakah jumlah peserta yang telah menamatkan latihan? Kedua berapakah peserta yang telah memperoleh lesen atau pensijilan profesional yang berkaitan? Ketiga berapakah peserta yang telah mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan termasuk dalam bidang penyelenggaraan pesawat atau bidang berkaitan?
Keempat, berapakah peserta yang masih menjalani latihan belum mendapat pekerjaan atau tidak meneruskan program? Kelima, apakah mekanisme yang digunakan oleh MITRA untuk memantau hasil program dan memastikan matlamat asalnya tercapai?
Saya ingin menegaskan bahawa persoalan ini bukan untuk mempertikaikan kepentingan latihan kemahiran sebaliknya kita mahu memastikan bahawa peruntukan yang besar menghasilkan pulangan sosial dan ekonomi yang nyata.
Program latihan tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah peserta yang berdaftar sahaja. Kita perlu mengetahui berapa ramai yang menamatkan latihan memperoleh kelayakan profesional dan akhirnya mendapat pekerjaan.
Oleh itu saya mencadangkan supaya MITRA menerbitkan laporan pencapaian program secara berkala dengan maklumat mengenai jumlah peserta, kadar penamatan latihan, pensijilan, penempatan pekerjaan dan peningkatan pendapatan. Wang rakyat mesti diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan hasil program pembangunan perlu dapat dinilai secara terbuka.
Kedua, penyaluran peruntukan RM150,000 melalui Pejabat Ahli Parlimen yang terpilih. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh pendekatan penyaluran peruntukan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Klang.
Boleh celah sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya tadi mendengar Yang Berhormat Klang menyebut mengenai peruntukan MITRA. Setuju kah tidak Yang Berhormat Klang untuk menggesa pihak MITRA untuk memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah yang diterima daripada kerajaan untuk menaja anak-anak India yang cemerlang dalam pendidikan supaya boleh melanjutkan pendidikan mereka dalam bidang-bidang yang high value courses.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Supaya mereka boleh menjadi seorang pemimpin dan juga seorang yang lebih berjaya di masa hadapan kerana saya faham ramai anak-anak India yang cemerlang, tetapi mereka mendapat kurang sumbangan kewangan ataupun capability kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Apakah pendapat Yang Berhormat Klang?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Puncak Borneo. Saya sangat setuju dengan cadangan tersebut. Saya harap MITRA— pengurusan MITRA akan mengambil tahu perkara ini.
Puan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan. Saya juga ingin menyentuh pendekatan penyaluran peruntukan melalui pejabat Ahli Parlimen bagi pelaksanaan program kebajikan dan pembangunan masyarakat India. Saya menghargai pendekatan yang membolehkan pejabat Ahli Parlimen terlibat secara langsung dalam mengenal pasti keperluan masyarakat setempat melaksanakan program yang bersesuaian.
Bagi program melibatkan peruntukan RM150,000 melalui pejabat Ahli Parlimen yang terpilih, saya ingin menekankan bahawa pendekatan ini perlu disertai garis panduan yang jelas, kriteria penerima yang telus, pelaporan kewangan dan pemantauan pelaksanaan. Pejabat Ahli Parlimen mempunyai hubungan langsung dengan masyarakat. Kita menerima aduan, mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan dan berhadapan dengan pelbagai masalah pendidikan, kebajikan serta ekonomi di kawasan masing-masing.
Oleh itu, penglibatan pejabat Ahli Parlimen boleh membantu kerajaan memahami keperluan sebenar masyarakat di peringkat akar umbi. Walau bagaimanapun, saya ingin meminta kerajaan menjelaskan beberapa perkara.
Adakah pendekatan penyaluran peruntukan ini akan dituruskan dalam Belanjawan 2027?
Apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan kelayakan kawasan dan program? Apakah mekanisme sama terbuka kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berdasarkan syarat yang seragam? Bagaimanakah kerajaan memastikan peruntukan tersebut digunakan dengan betul, diaudit dan memberikan manfaat kepada golongan sasaran?
Saya percaya bahawa penglibatan pejabat Ahli Parlimen boleh memberikan nilai tambah jika dilaksanakan melalui sistem yang telus dan berakauntabiliti.
Peluang pelaksanaan program pembangunan masyarakat tidak sepatutnya
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
bergantung kepada kedudukan politik wakil rakyat. Sebaliknya keutamaan perlu diberikan kepada keperluan penduduk, kualiti cadangan program dan kemampuan pelaksanaan. Memperluas kerjasama dengan agensi pembangunan yang lain.
Puan Yang di-Pertua, sekiranya kerajaan mendapati pendekatan melibatkan pejabat Ahli Parlimen dapat membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian program MITRA. Saya menyeru supaya kerajaan turut menilai kemungkinan memperluas mekanisme kerjasama ini kepada program pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi lain. Saya hanya perlukan satu minit.
Antara termasuk teraju, MARA, program berkaitan rumah ibadat bukan Islam dan agensi di bawah pelbagai kementerian yang punyai program pembangunan sosioekonomi. Saya tidak mencadangkan supaya semua peruntukan agensi tersebut diserahkan secara automatik kepada Ahli Parlimen. Sebaliknya, kerajaan boleh mewujudkan mekanisme yang membolehkan pejabat Ahli Parlimen membantu mengenal pasti penerima yang layak. Mengemukakan keperluan setempat, penyelesaian permohonan dan memantau pelaksanaan program tertakluk kepada mandat serta peraturan setiap agensi.
Kerjasama ini boleh mengurangkan pertindihan bantuan, memperluas capaian program dan memastikan golongan yang memerlukan tidak tercicir daripada menerima manfaat. Pada masa yang sama, semua pihak perlu mematuhi prosedur kewangan, pengisytiharan konflik, kepentingan keperluan audit dan pelaporan yang jelas.
Saya juga mencadangkan supaya kerajaan menerbitkan laporan tahunan mengenai peruntukan MITRA yang merangkumi semua jumlah yang diluluskan, jumlah yang dibelanjakan, program yang dilaksanakan, bilangan penerima dan hasil yang dicapai.
Tuan Yang di-Pertua, masyarakat India memerlukan peluang pembangunan yang mampan bukannya bantuan yang hanya memberikan manfaat untuk jangka pendek. Kita mahu lebih ramai pelajar mendapat akses pendidikan, lebih ramai belia memperolehi pekerjaan, lebih ramai usahawan berjaya mengembangkan perniagaan dan lebih banyak keluarga keluar daripada kemiskinan.
Oleh itu, saya berharap MITRA akan terus diperkukuh dengan sistem penyampaian yang cekap, telus, berorientasikan hasil. Setiap ringgit yang diperuntukkan mesti dapat dipertanggungjawabkan kepada rakyat. Sekian, terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 19 Oktober 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.05 malam]