Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita bersyukur kepada hadrat Allah SWT dengan izin- Nya juga kita masih bernafas pada hari ini. Sesi pada pagi ini dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Dengan ini saya mempersilakan Dato' Haji Adnan bin Abu Hassan, Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato' Haji Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih, Dato’ Dr.
Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan Kuala Pilah nombor 1.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab soalan tersebut.
1. Dato' Haji Adnan bin Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah membantu isi rumah M40 yang tidak lagi layak menerima bantuan bersasar tetapi terkesan dengan peningkatan kos sara hidup serta mekanisme menilai semula kelayakan berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Pilah. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mendengar keresahan golongan pertengahan yang cekal bersabar meskipun turut terhimpit beban sara hidup dan dalam Belanjawan 2027, di bawah lunas pertama, menangani kos sara hidup rakyat, turut memberi perhatian
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
khusus kepada golongan pertengahan melalui pendekatan yang lebih menyeluruh seperti berikut.
Pertama, had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010 dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Kedua, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan. Banjaran pendapatan bercukai antara RM70,001 sehingga RM100,000 dikurangkan kepada 18 peratus. Banjaran pendapatan bercukai antara RM100,001 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24 peratus.
Ketiga, pelepasan cukai individu turut diperluas. Rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, penjagaan ibu bapa dan datuk nenek diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada kesihatan. Peralatan sukan meliputi pembelian kasut sukan dan sebagainya.
Keempat, kerajaan menyediakan SARA MADANI, RM100 sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang sambutan 70 tahun kemerdekaan negara.
Inisiatif ini dijangka memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan M40.
Kelima, perlindungan subsidi elektrik diperluas kepada penggunaan sehingga 800 kilowatt-jam, per jam sebulan, memanfaatkan sehingga 90 peratus pengguna domestik.
Keenam, kelayakan asas BUDI MADANI sehingga 300 liter sebulan boleh digunakan secara fleksibel dan berasaskan harga bagi tempoh 15 hingga 21 Oktober 2026, iaitu RM4.62 sen seliter bagi RON95 dan RM5.17 seliter bagi diesel.
Penggunaan penuh 300 liter RON95 memberi manfaat subsidi RM789 sebulan bagi setiap individu manakala bagi 400 liter diesel oleh penerima yang layak sebanyak RM1,228 manfaat subsidi diperolehi.
Ketujuh, peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan kepada RM750 juta dengan sasaran 35,000 penganjuran.
Kelapan, bantuan awal persekolahan ditingkatkan daripada RM150 hingga RM200 bagi setiap murid tanpa mengira golongan dalam menyediakan keperluan asas persekolahan.
Kesembilan, kemudahan pas bulanan My50 diteruskan.
Kesepuluh, kemudahan pas bulanan MyKomuter50 diperkenalkan untuk manfaat 40,000 pengguna KTM Komuter.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Selain itu, bagi menyokong pemilikan rumah pertama, khususnya golongan M40, kerajaan mencadangkan menambah baik pengecualian duti setem seperti berikut. Pengecualian 100 peratus ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah berharga sehingga RM500,000. Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000, pengecualian 100 peratus diberikan bagi RM500,000 pertama dan 50 peratus bagi baki harga rumah.
Kesimpulannya, Dato’ Yang di-Pertua, pendekatan kerajaan adalah untuk memastikan golongan pertengahan sentiasa terangkum dalam menerima manfaat inisiatif kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Pilah, soalan tambahan anda.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan yang tuntas tadi. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM) merekodkan seramai 511,600 orang penganggur setakat Ogos 2026.
Soalan saya, apakah mekanisme yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan isi rumah M40 yang kehilangan pekerjaan dan mengalami kemerosotan pendapatan dapat dinilai semula kelayakan bantuan bersasar mereka berdasarkan kedudukan kewangan semasa dan bukannya tercicir akibat rekod pendapatan terdahulu yang masih melebihi had kelayakan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Peratusan pengangguran sentiasa dikekal atau dipastikan kurang daripada empat peratus dan ini satu kejayaan ataupun komitmen kerajaan. Walaupun dalam keadaan pengangguran, sebenarnya rayuan dibuka setiap hari. Setiap penerima bantuan boleh membuat rayuan. Kalau status sedia ada telah berubah dan mereka boleh buat rayuan setiap hari. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Soalan tambahan saya ialah kita percaya bahawa kerajaan punya data tentang 1.6 juta penjawat awam dan kita juga percaya kerajaan juga mempunyai data yang lengkap daripada DOSM berkenaan dengan 10.5 juta yang menjadi pencarum KWSP. Daripada jumlah 10.5 juta dan 1.6 juta ini, adakah kerajaan mempunyai social registry yang boleh mengesahkan keadaan mereka ini, berapakah daripada mereka ini mempunyai berada dalam golongan M40?
Kerana kita percaya bahawa dalam banyak negara, mereka juga melihat kepada lokasi, kos risiko kewangan, pendapatan, saiz keluarga dari sudut kewangan sebagai cara untuk mereka menilai dan seterusnya membolehkan ada juga golongan M40 ini yang layak untuk menerima bantuan. Jadi, adakah kerajaan akan membuat perkara ini dan kalau tidak ada, saya mohon untuk diadakan.
Dan yang kedua, apakah dapatan terakhir daripada jawapan sebelum ini oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kajian untuk T15? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat. Kajian untuk T15 ataupun klasifikasi dijalankan oleh Kementerian Ekonomi dan memang kerajaan ada data untuk menunjukkan keadaan M40 ataupun kelas pertengahan. Apa sebenarnya masalah negara kita ialah kelas pertengahan ini kurang daripada yang lebih miskin.
Apa yang hasrat kerajaan ialah satu hari nanti kita ada kelas pertengahan yang lebih besar daripada kelas B40. Itu hasrat yang kita haraplah boleh wujudkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Majlis ke soalan yang berikutnya. Dipersilakan Tuan Haji Jamaludin bin Yahya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua.
Pergi menjerat burung tempua, Dapat seekor kakinya berlipat; Soalan Pasir Salak nombor 2, Mohon Menteri jawab dengan tepat. Terima kasih.
2. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan program TVET yang akan diperluaskan kepada belia di Matang Guntung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih YB Pasir Salak.
Burung tempua dijerat di kaki, Kaki berlipat susah berlari; Kepada Pasir Salak jawapan diberi, Semuanya tepat saya kongsi. Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia lepasan SPM yang berminat menceburi bidang kemahiran bagi memperkukuhkan agenda pembangunan modal insan negara. KBS sentiasa membuka peluang kepada golongan belia termasuk belia di Matang Guntung untuk mengikuti program TVET di dua persatuan ILKBS di seluruh negara dengan pelbagai bidang kemahiran ditawarkan dan kemudahan penginapan turut disediakan kepada pelajar. Malah, elaun bulanan juga turut diberikan kepada kadar yang berbeza mengikut semester.
Bagi belia di Matang Guntung, KBS mempunyai satu institusi latihan kemahiran yang berhampiran iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar yang menawarkan kursus sepenuh masa dalam tiga bidang teknologi utama yang ditawarkan iaitu teknologi elektrik, elektronik dan teknologi maklumat. Bagi tempoh tahun 2023 hingga 2025, IKBN Seri Iskandar telah berjaya melatih seramai 711 orang graduan dengan kadar kebolehpasaran graduan mencapai 96.2 peratus pada tahun 2025. Kajian juga menunjukkan bahawa graduan IKBN Seri Iskandar memperoleh purata gaji sebanyak RM1,911.41 sebulan ya.
Selain kursus sepenuh masa, IKBN Seri Iskandar turut menawarkan program latihan jangka pendek seperti Future Youth Skills, Kursus Akaun Amanah Latihan Khas ILKBS dan Program TVET-Preneur. Jadi, pelaksanaan kursus jangka pendek ini dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian bergantung kepada kesesuaian kursus bagi memperluaskan akses penyertaan belia termasuk mereka yang berada di kawasan luar kawasan institut. Bagi tempoh tahun 2023 hingga 2025, program- program jangka pendek ini telah melibatkan seramai 424 orang belia.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Selain IKBN Seri Iskandar, belia turut berpeluang menyertai kursus dalam talian ataupun webinar berkaitan keusahawanan belia yang ditawarkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah. Sepanjang tempoh 2023 hingga 2025, APBM Batu Gajah telah melaksanakan sebanyak 26 webinar yang memanfaatkan seramai 3,292 orang belia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Terima kasih atas jawapan tadi. Kalau nak ikutkan Seri Iskandar itu daripada Matang Guntung ialah sejauh 60 kilometer. Jadi, belia di kawasan seperti Matang Guntung dan Parlimen Pasir Salak ini lokasinya bersebelahan dengan WCE Highway mungkin berdepan dengan kekangan perjalanan, pengangkutan dan kos sara hidup untuk mengikuti latihan di institusi yang jauh.
Soalan tambahan Pasir Salak, adakah kementerian bercadang memperkenalkan TVET bergerak atau latihan satelit yang menggunakan kemudahan sedia ada di kawasan luar bandar? Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa mengambil maklum bahawa faktor jarak, pengangkutan dan kos sara hidup boleh menjadi antara kekangan kepada belia di kawasan luar bandar untuk mengikuti latihan kemahiran di institusi yang terletak jauh dari tempat tinggal mereka.
Jadi, bagi kawasan Matang Guntung, KBS sentiasa terbuka ya untuk meneliti keperluan pelaksanaan latihan secara lebih dekat dengan komuniti termasuklah melalui kerjasama dengan agensi tempatan dan penggunaan kemudahan sedia ada yang bersesuaian sebagai lokasi latihan. Pendekatan ini membolehkan latihan tertentu dibawa lebih hampir kepada belia tanpa memerlukan mereka mengikuti latihan kemahiran sepenuh masa di kampus ILKBS.
KBS melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan melaksanakan program latihan jangka pendek secara fizikal dan dalam talian sebagai pendekatan untuk memperluaskan akses latihan kemahiran kepada komuniti setempat.
Pelaksanaan kursus ini boleh disesuaikan mengikut keperluan kumpulan sasaran
Tuan Mordi anak Bimol
dan setempat dengan memanfaatkan kepakaran pengajar, peralatan dan kemudahan yang bersesuaian.
Latihan TVET sepenuh masa yang memerlukan penggunaan bengkel, mesin dan peralatan khusus perlu dilaksanakan di ILKBS itu sendiri dan dilengkapi dengan kemudahan yang berkaitan. Bagi memudahkan akses belia, khususnya mereka yang tinggal juah dari institusi latihan, KBS menyediakan kemudahan asrama di 21 buah ILKBS di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan kira-kira 10,000 orang pelajar.
Kemudahan ini membantu mengurangkan kekangan perjalanan harian serta menyokong penyertaan belia termasuklah dari kawasan luar bandar dalam program latihan kemahiran secara lebih teratur. KBS komited untuk terus memperluaskan akses belia kepada latihan kemahiran TVET melalui pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan setempat.
Bagi belia di kawasan Matang Guntung, IKBN Seri Iskandar merupakan antara institusi di bawah KBS yang boleh dimanfaatkan untuk mengikuti latihan kemahiran mengikut bidang dan program yang ditawarkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan yang agak spesifik. Sebuah cadangan dan kemudiannya rancangan telah dibuat oleh― sebenarnya cadangan ini diajukan oleh Majlis TVET Negara daripada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang sebelum ini untuk mengadakan satu lawatan kerja dan kajian ke Shandong Linyi Technical Vocational College untuk menerokai satu projek bernama Dreamer's College di mana satu pedagogi yang baru iaitu custom-made elite TVET course dengan izin, untuk dikaji bagi kemungkinan dilaksanakan di mungkin APBM atau ILKBS.
Saya nak tanya, sama ada kementerian punya sebarang rancangan untuk mengadakan lawatan tersebut dan di sini juga saya ingin menawarkan bahawa [Tidak jelas] Majlis TVET Negara memang sudi untuk terus membantu KBS untuk mengadakan lawatan itu dan juga melaksanakan program tersebut termasuk kerjasama-kerjasama lain dengan Australia atau dengan Germany dan sebagainya.
Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Menteri, silakan.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Berhubung dengan cadangan lawatan rasmi serta potensi kerjasama di China yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timor, KBS akan meneliti cadangan tersebut.
Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa komited untuk memperkukuhkan pembangunan pendidikan dan latihan teknikal vokasional dalam kalangan belia melalui kerjasama strategik perkongsian kepakaran dan pendedahan kepada amalan terbaik di peringkat antarabangsa.
Dalam usaha memperluaskan jaringan kerjasama TVET di peringkat antarabangsa, KBS melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan telah menyertai 3rd Malaysia and China International Industry Education Corporation Forum and 5th Malaysia–China Vocational Education Fair 2026 pada Jun 2026. Jadi, penglibatan ini turut memperkukuhkan jaringan antarabangsa dan meningkatkan pengetahuan berkaitan perkembangan TVET global, selaras dengan aspirasi menjadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya.
Selain itu, penyertaan peserta ILKBS dalam World’s Skill Competition Shanghai 2026 pada baru-baru ini turut memberikan pendedahan kepada standard kemahiran antarabangsa dan perkembangan teknologi dalam bidang kemahiran.
Sehubungan itu, KBS sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan potensi kerjasama TVET di peringkat antarabangsa berdasarkan kesesuaian bidang, keperluan industri dan manfaat kepada pembangunan kemahiran belia negara.
Saya juga sentiasa terbuka untuk duduk berbincang dengan YB Ipoh Timor bagi memperhalusi perkara yang disebut tadi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Betong nombor 3.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.
3. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Kewangan menyatakan pecahan terperinci peruntukan RM50 juta dan RM200 juta yang dibelanjakan bagi Program Sekolah serta Kampung Angkat MADANI demi memastikan ketelusan impak kewangan dan bilangan sebenar penerima manfaat PPR. Mohon nyatakan juga kaedah pemantauan rapi bagi mengelakkan sebarang ketirisan dana.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Betong. Menerusi Belanjawan 2026, kerajaan meneruskan pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan kesejahteraan komuniti setempat.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, sebanyak 43 buah kampung telah dilibatkan, diikuti peningkatan kepada 210 buah kampung pada tahun 2025.
Sehingga Oktober 2026, sebanyak dua peratus— 21 buah kampung telah diluluskan, mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memperluas manfaat pembangunan kepada komuniti di seluruh negara.
Pada tahun 2026 sahaja, sebanyak RM104 juta telah disalurkan bagi pelaksanaan projek di bawah kendalian pengurusan tertinggi kerajaan. Bagi Sekolah Angkat MADANI, sebanyak 781 buah sekolah telah diluluskan pada tahun 2026, melibatkan 262 buah sekolah yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dengan penyaluran peruntukan sebanyak RM25 juta setakat ini. Manakala, 519 buah sekolah lagi dilaksanakan oleh sektor korporat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI ini telah dimulakan dengan hasrat supaya pengurusan tertinggi kementerian dan agensi dan juga GLC dan GLICS memahami isu rakyat di peringkat akar umbi serta mencari penyelesaian yang berkesan, termasuk mengurangkan birokrasi dan mempercepat penyampaian perkhidmatan kerajaan. Inisiatif ini juga bertujuan merapatkan jurang antara kerajaan dengan rakyat melalui pendekatan turun padang dan pelaksanaan projek yang berasaskan keperluan sebenar komuniti setempat.
Berdasarkan pengalaman pelaksanaan projek terdahulu, kerajaan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi memastikan penyampaian bantuan yang lebih cekap, bersasar dan memenuhi keperluan komuniti setempat. Antara langkah yang diambil, termasuk memudah cara proses perolehan kerajaan bagi mempercepat pelaksanaan projek, menetapkan supaya tiada pertindihan pemilihan kampung di dalam kawasan Parlimen yang sama bagi memastikan taburan Kampung Angkat MADANI yang lebih menyeluruh dan seimbang serta menyediakan senarai keutamaan sekolah untuk dipilih berdasarkan keperluan penambahbaikan infrastruktur asas dan pembangunan kemahiran.
Langkah-langkah ini bertujuan memastikan pemilihan kampung dan sekolah dibuat secara lebih teratur dan bersasar agar bantuan dapat disalurkan kepada komuniti serta institusi pendidikan yang benar-benar memerlukan. Terdapat satu Kampung Angkat MADANI yang telah diluluskan di kawasan Parlimen Betong pada
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
tahun 2025 iaitu Rumah Panjang Nanga Gayau Betong, Sarawak yang dilaksanakan oleh Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Peruntukan yang disalurkan kepada kampung tersebut pada tahun 2025 adalah sebanyak RM1 juta.
Selain itu, kerajaan juga turut menyokong pembangunan pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui kerjasama yang memberi peluang kepada pelajar melaksanakan projek berskala kecil secara langsung. Pendekatan ini bukan sahaja membolehkan pelajar memperoleh pengalaman praktikal melalui pelaksanaan projek sebenar, malah turut menyumbangkan kepada peningkatan kemudahan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Berhubung penerima manfaat Projek Perumahan Rakyat (PPR), sebuah PPR telah diluluskan di bawah inisiatif ini pada tahun 2026. Walau bagaimanapun, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, pelaksanaan inisiatif komuniti Angkat MADANI akan memberi tumpuan kepada komuniti PPR bagi memperluas manfaat program kepada penduduk yang memerlukan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi tujuan pelaporan dan pemantauan projek yang telah dirancang, setiap agensi dikehendaki mengemukakan laporan pemantauan secara berkala kepada Unit Pelarasan Pelaksanaan (ICU).
Mekanisme pelaporan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek dipantau secara berterusan dan memberikan impak yang mampan kepada komuniti setempat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat. Soalan tambahan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Dato' Yang di-Pertua, Ketua Jabatan Persekutuan, mereka memang mempunyai tugas hakiki yang padat dan pelantikan mereka menerajui Kampung Angkat tanpa integrasi data tempatan boleh juga menyebabkan projek yang dipilih mungkin tidak menepati keperluan mendesak penduduk. Jadi, terdapat juga pegawai peneraju ini yang terlihat kurang arif dengan geografi, sosioekonomi serta keperluan sebenar komuniti kampung angkat yang ditugaskan kepada mereka.
Jadi soalan saya, bolehkah Menteri menyatakan keberkesanan kaedah pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI? Dan adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan libat urus dengan pihak kita sebagai wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan, bagi kita mengelakkan pembaziran peruntukan serta
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
menyatakan apakah hala tuju dan pendirian kerajaan, sama ada inisiatif ini akan diteruskan atau dirombak pada masa hadapan? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Menteri, silakan.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Memang dalam Belanjawan 2027, program ini akan diteruskan dan kerajaan menerima baik cadangan Yang Berhormat supaya semua projek program yang dilaksanakan perlu dilibat uruskan dengan Ahli-ahli Parlimen tempatan. Kalau ada apa sahaja kelemahan, mohon memaklumkan Kementerian Kewangan dan juga kepada ICU.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik terima kasih Dato' Speaker. Baik YB Menteri, saya dengar jawapan tadi. Banyak kampung-kampung angkat yang diberi kelulusan balik. Cuma, pada bulan Jun lalu saya jumpa dengan YB Menteri Kewangan II dan saya mohon untuk kampung angkat tambahan di Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Mungkin YB Menteri ada senarai, mungkin termasuk dalam Parlimen saya, saya nak tahu.
Kedua iaitu saya juga tengok— saya dimaklumkan juga oleh YB Menteri bahawa Kampung Pematang Pasir Bandar Baharu dalam Parlimen saya juga dikatakan Kampung Angkat MADANI. Tapi sekiranya saya baca, saya tengok, saya dengar jawapan daripada Menteri tadi, memang banyak pembangunan ataupun untuk dibuat penambahbaikan di dalam kampung itu. Tapi saya tengok di Kampung Permatang Pasir ini, macam tak ada banyak perubahan jika kita tengok daripada peruntukan yang diperlukan.
Saya tengok lagi satu, rungutan yang dibuat ialah kebanyakan kontraktor- kontraktor yang diambil bukan daripada kontraktor tempatan. Dia datang daripada kontraktor luar. Kemudian dari segi kualiti dia, agak mengecewakan. Ada yang...
[Tidak jelas] Mengapa kerajaan juga banyak mengambil— melibatkan GLC, GLIC dalam program ini? Baik, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Liew Chin Tong
Idea asal ialah untuk memastikan pegawai tinggi dalam kerajaan dan juga GLC dapat peluang untuk mendekati dengan akar umbi. Walaupun saya faham kalau ada tempat di mana ada kelemahan, minta memberi maklum balas kepada Kementerian Kewangan dan juga kepada ICU. Kami akan membaikikan.
Untuk maklumat secara terperinci untuk kawasan Kulim-Bandar Baharu, saya akan semak dan memberi jawapan bertulis. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang keempat. Dipersilakan Tuan Hassan bin Saad. Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah petunjuk prestasi bagi menilai keberkesanan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) dalam mengurangkan aduan harga keterlaluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Baling di atas soalan. Izinkan saya mula dengan sedikit pantun ya.
Dari Gerik ke Pekan Baling, Singgah sebentar di Pengkalan Hulu; Soalan tuan sudah disaring, Izinkan saya jawab dahulu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Baling ya, Program PATUH merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang diperkenalkan pada tahun 2025. Ia melibatkan― pada tahun 2025 ini, Pasar Patuh ada sebanyak 16 Pasar Patuh. Kemudian, melibatkan juga Persinggahan Patuh iaitu R&R. Ada 20 Persinggahan PATUH.
Dan program ini bertujuan membudayakan pematuhan kendiri dalam kalangan peniaga khususnya berkaitan penandaan harga, ketelusan urus niaga serta penggunaan alat timbang dan sukat yang ditentusahkan bagi mewujudkan satu persekitaran perniagaan yang lebih berintegriti dan mesra pengguna.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Kemudian, kita sambung pula pada tahun 2026 ya, Yang Berhormat Baling, dengan pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh dan memfokuskan kepada 16 kawasan tumpuan pelancong di seluruh negara.
Jadi, PATUH ini apa dia? PATUH ini dia ada akronim dia, Yang Berhormat, di mana ‘P’ itu maksudnya penandaan harga pada barangan yang dijual. ‘A’ itu maksudnya alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan. ‘T’― transaksi jualan yang jelas. Maksudnya ada resit pembelian, begitu ya. Dan kemudian ‘U’― urus niaga jujur dan jelas. Dan ‘H’ ialah harga yang tiada unsur mencatut.
Jadi, daripada akronim PATUH itu, kita memberi tiga bidang petunjuk prestasi ataupun tiga key results areas bagi menilai keberkesanan. Ada tiga ini. Iaitu satu ialah pematuhan. Pematuhan berkenaan dengan lesen, tanda harga, alat timbang dan sebagainya. Dan weightage-nya adalah 70 peratus daripada keseluruhan penilaian.
Kemudian, yang kedua, bidang petunjuk prestasi ialah kebersihan dan keceriaan. Kebersihan dan keceriaan ini diberikan weightage ataupun pemberat 25 peratus iaitu melibatkan kursus pengendali makanan. Kita kerjasama dengan agensi lain seperti KKM dan sebagainya. Kebersihan luaran dan persekitaran, susun atur premis, kursus-kursus seperti HSEM dan sebagainya.
Dan yang ketiga, petunjuk prestasi ialah peniaga-peniaga itu sama-sama mempromosikan Program PATUH ini di mana weightage-nya ialah lima peratus, Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, itulah. Harap dapat menjawab soalan Baling. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Baling. Silakan.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Pelaksanaan ZTPP melibatkan 16 kawasan pelancongan sebagai projek rintis sedangkan kawasan pelancongan di luar bandar juga memerlukan perlindungan pengguna yang berkesan. Apakah kementerian bercadang untuk memperluaskan program ini ke kawasan pelancongan luar bandar seperti di Baling, Kedah? Apakah kriteria pemilihan lokasi bagi memastikan kawasan berisiko pencatutan turut diberi keutamaan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Baling di atas soalan itu. Pemilihan zon untuk kita buat Program PATUH ini berdasarkan kepada hotspot ataupun tempat di mana orang ramai bertumpu.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
[Bangun]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Sebab itu dia tidak tertumpu hanya untuk tempat pelancongan tetapi juga pasar dan juga R&R.
Untuk tahun 2027, Yang Berhormat Baling, kita KPDN merancang untuk meluaskan kepada medan selera juga dan telah dikenal pasti 16 medan selera. Ini juga hotspot di mana orang bertumpu.
Jadi, Yang Berhormat Baling, sekiranya Yang Berhormat Baling merasakan ada dari kategori R&R tadi, pasar, medan selera ataupun tempat pelancongan Yang Berhormat Baling rasa ada dalam kawasan Yang Berhormat, boleh sarankan ya, bagi pandangan kepada kami dan kita boleh lihat. Sebab ini pun berdasarkan saranan- saranan daripada KPDN negeri.
Jadi, kalau Yang Berhormat Baling sendiri ada cadangan, boleh sampaikan kepada saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih, Dato’ Speaker. Soalan tambahan daripada Tenggara, Yang Berhormat Menteri. Apakah mekanisme pelaksanaan bagi ZTPP ini?
Melalui penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kebanyakannya adalah berkaitan dengan kawasan medan selera. Bagi 16 kawasan itu, saya lihat di negeri Johor, satunya adalah di Kampung Sungai Melayu. Dekat sana ini orang makan asam pedaslah. Insya-Allah, harganya tak berapa tinggi.
Cuma, saya nak bertanya, apakah ada perancangan daripada pihak kementerian untuk menambah kawasan liputan, terutamanya di Johor, untuk menyokong Visit Malaysia 2026 dan Johor 2026 ini, melibatkan kawasan Johor Premium Outlet ataupun Bazar Karat di Johor Bahru?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara di atas soalan. Jadi, betul apa yang Yang Berhormat amati itu. Memang kawasan- kawasan tumpuan ramai ini menjadi kawasan yang kita pilih untuk Program PATUH.
Jadi, Premium Outlet dan Pasar Karat ini belum masuk lagi dalam kita punya perancangan. Tapi, bolehlah kita terima cadangan daripada Tenggara itu, boleh kita bincang lagi.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya, bagi soalan yang kelima, dipersilakan Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Yang di- Pertua. Selamat pagi, salam perpaduan. Soalan saya adalah soalan kelima.
5. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan bilakah Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang, Jelutong, Pulau Pinang dijangka sempurna disiapkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr.
Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang, Pulau Pinang Fasa 1 bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Jelutong dan kawasan sekitarnya. Projek ini melibatkan beberapa komponen utama. Antaranya, pelebaran dan pendalaman Sungai Pinang, pembinaan saliran dan struktur weir, menaik taraf sistem saluran keluar, pembinaan jambatan dan rumah pam serta pengambilan tanah.
Sehingga September 2026, projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 50.86 peratus dan berdasarkan perancangan semasa, projek ini dijangka siap pada September 2027. Projek ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti aliran Sungai Pinang dan sistem saliran sedia ada serta mengurangkan risiko banjir di kawasan Lembangan Sungai Pinang.
Sementara projek siap, PETRA melalui JPS turut melaksanakan kerja mitigasi jangka pendek di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
risiko banjir termasuk pengaluran sungai, penstabilan tebing serta menaik taraf saluran dan struktur berkaitan. Pada tahun 2026, sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi program ini di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, RM450 ribu diperuntukkan bagi kerja yang diluluskan di kawasan Parlimen Jelutong yang dijangka siap pada Disember 2026.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan projek RTB ini serta melaksanakan langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian serta projek disiapkan bagi memastikan usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan terlibat dapat dilaksanakan secara berkesan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jelutong untuk soalan tambahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua. Dengan izin Yang di-Pertua, sebelum saya bertanyakan soalan, bolehkah saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada wirawati negara kita pasangan beregu Pearly Tan dan M. Thinaah yang muncul juara di terbuka Denmark [Tepuk] selepas 18 tahun, sekali gus mengharumkan nama negara Malaysia kita yang tercinta. Syabas dan tahniah, kita ucapkan bersama- sama. Terima kasih Timbalan Menteri di atas makluman.
Orang berbudi, kita berbahasa; Orang memberi kita merasa. Untuk makluman Yang di-Pertua, di Parlimen Jelutong, tiga kawasan Dewan Undangan Negeri yang selalu terkesan akibat bila berlakunya banjir adalah DUN Datok Keramat, DUN Sungai Pinang dan juga DUN Batu Lancang. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas keprihatinan dan juga kementerian dalam melaksanakan projek ini.
Cumanya, selepas projek ini dilaksanakan, saya perlu menyatakan bahawa memang kejadian banjir ini makin berkurangan. Cuma saya ingin tanya, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan berkenaan dengan butir- butir jumlah dana yang telah dibelanjakan, bukan sahaja melaksanakan projek ini tetapi dan prasarana yang berkaitan tetapi juga dalam isu memberikan pampasan kepada mana-mana penduduk yang terlibat akibat pelebaran dan pendalaman sungai yang terlibat di kawasan Parlimen Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerana, perkara ini adalah penting. Maklumlah, saya perlu menyampaikan perkara ini kepada penduduk tersebut, adakah yang telah pun dibayar dan adakah yang masih menunggu pampasan itu untuk dibayar? Berapakah jumlah yang diketepikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bahawa kita menjaga kebajikan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai itu supaya mereka juga turut tidak terkesan akibat pelebaran dan pendalaman, pelaksanaan projek ini. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Jelutong. Tanda keprihatinan Jelutong sebenarnya...
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan, sebenarnya saya juga melawat banyak RTB di seluruh negara termasuk beberapa negeri. Dan, apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi bahawa kerajaan Pulau Pinang sebenarnya ada membayar pampasan ataupun sagu hati kepada mangsa- mangsa yang terlibat. Umpamanya telah berbelanja ex-gratia sebanyak RM142,000.
Ertinya, penglibatannya lebih kurang dalam tujuh buah mangsa, tujuh keluarga. Dan, ini telah dibagi pampasan oleh kerajaan negeri kepada mereka ataupun sagu hati kepada mereka. Walaupun sepatutnya tidak layak kerana di peringkat Pusat, ia nya tidak memberi apa-apa mangsa kerana istilahnya, mereka tinggal di tempat tanah yang tidak ada geran. Tidak ada geran. So, kita tidak membayar ganti rugi.
Dan, kos projek ini adalah agak besar di Jelutong. Fasa 1, berjumlah RM150 juta dan kos projek ini melibatkan— dan, sebagai makluman, kos kontrak bagi projek adalah RM114 juta dan sehingga Oktober kita dah berbelanja sebanyak RM60 juta dan kita masih berbaki lebih kurang dalam hampir separuh, yang itu saya katakan mungkin hujung tahun hadapan boleh kita menyiapkan sepenuhnya bagi projek RTB di Sungai Pinang yang telah memberi kesan yang sangat baik kepada Parlimen Jelutong dan tiga DUN yang sedang terlibat.
Dan, rangka lawatan saya ke Penang tapi malangnya, saya tak dapat bersama dengan Jelutong. Jelutong tunggu saya tapi saya tidak berkesempatan bersama dengan Jelutong kerana Jelutong mempunyai program yang lain dan terpaksalah kami bersendirian sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, dia
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
bekalkan kami nasi bungkus, nasi bungkus apa ya? Nasi kandar. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Rompin.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Timbalan Menteri ya, banjir berulang di kawasan padat Jelutong melumpuhkan ekonomi peniaga kecil, manakala di kawasan saya Rompin, ia menjejaskan laluan perhubungan dan sektor pertanian.
Soalan saya, adakah reka bentuk baharu projek di Sungai Pinang ini termasuk juga reka bentuk yang serupa bagi menangani isu yang sama di negeri Pahang, telah mengambil kira kadar taburan hujan ekstrem terkini agar dana awam yang dibelanjakan benar-benar memberikan ketahanan jangka panjang dan adakah kementerian merancang pendekatan pengurusan lembangan sungai secara bersepadu bagi projek bandar seperti di Jelutong ini dan juga projek di kawasan pesisir atau luar bandar seperti di Rompin terutamanya dari segi pembersihan pemendapan sungai dan kawalan pembangunan di kawasan tadahan air. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Yang Berhormat Rompin ini pandai Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, dia bercerita Jelutong, Jelutong tapi sebenarnya dia kona juga ke Rompin. Dia kona Rompin sebab dia takut saya jawab luar kawasan, dia takut saya jawab luar kawasan.
Tetapi soalannya, dia agak am, agak am dan sudah pastilah pihak kami di PETRA khususnya JPS, akan membuat kajian seluruh negara, bukan Pahang sahaja. Saya pun orang Pahang, bukan sahaja di Jelai. Jelai pun ada kita buat RTB, di Lipis pun kita baru dapat kelulusan RTB. Maknanya, seluruh negara, yang melibatkan lebih kurang RM28 bilion, RM28.284 bilion seluruh negara.
Sudah pasti JPS akan membuat kajian sebenar, takkan kita buat sewenang- wenangnya. Kita buat pengiraan taburan hujan, kita membuat pengiraan kedalaman, kita membuat pengiraan dari segi teknikal yang kita ambil 100 tahun. 100 tahun kita ambil. Maknanya, kita nak mengurangkan risiko yang dihadapi seluruh rakyat negara kita ini.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Yang terbaru, saya pergi Tumpat, Yang Berhormat Tumpat ada di sini, disaksikan sendiri oleh Yang Berhormat Tumpat. Saya pergi Rantau Panjang, tengok RTB mereka yang bernilai RM3 bilion. Maknanya, RTB yang terbesar dalam negara kita adalah Tumpat dan Rantau panjang. Sempadan dengan Thailand. Ertinya, jangan bimbang Yang Berhormat Rompin, kita membuat kajian sepenuhnya untuk pastikan bahawa perkara-perkara tidak berulang kembali. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri pandai, “marah anak sindir menantu.” Baik. Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Datuk Wetrom bin Bahanda, Yang Berhormat Kota Marudu. “
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pelaksanaan terkini pakej pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan jalan berkembar dual-carriageway yang merentasi Daerah Kota Marudu serta strategi mitigasi kementerian dalam menyegerakan kontraktor penyelamat bagi menyelesaikan baki jajaran yang mengalami kelewatan struktur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, terima kasih Kota Marudu. Jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah merangkumi jarak keseluruhan sepanjang 706 kilometer yang dipecahkan kepada 35 pakej kerja.
Strategi pelaksanaannya pula dibahagi kepada dua komponen iaitu Fasa 1A, yang merangkumi 16 pakej kerja dan Fasa 1B yang melibatkan 19 pakej kerja.
Sebanyak empat pakej kerja telah pun siap sepenuhnya. Baki sebanyak 31 pakej kerja yang dijangka disiapkan secara berperingkat dan akan siap sepenuhnya pada tahun 2030 berdasarkan kepada pakej terakhir, ditandatangani pada tahun ini iaitu pakej WP35.
Sehingga kini, kemajuan fizikal bagi Fasa 1A ialah 89.01 peratus dan bagi Fasa 1B yang baru bermula, adalah 23.96 peratus. Pada hujung 2026, awal 2027, dijangka sembilan lagi pakej kerja akan siap untuk pakej 1A.
Projek pembinaan lebuh raya ini melibatkan pelbagai proses termasuk skop pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, yang mana proses ini melibatkan tindakan pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta. Kelancaran pelaksanaan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
projek ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuklah keadaan cuaca, cabaran dalam pengambilan balik tanah, isu pengalihan utiliti, masalah pandemik COVID, penamatan PDP iaitu dengan izin, project delivery partner, tadbir urus projek dan tahap prestasi kontraktor di tapak.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Justeru bagi memastikan projek mega ini dapat disiapkan mengikut jadual, pelbagai langkah mitigasi telah dan sedang diambil.
Pertama, pemantauan secara berkala, menubuh dan memacu jawatankuasa pemandu atau pasukan petugas taskforce bagi memantau pelaksanaan projek dan prestasi kontraktor secara intensif serta mengenal pasti isu kelewatan projek dan pelaksanaan langkah penyelesaian secara inklusif terhadap masalah yang berbangkit.
Kedua, pelaksanaan sesi libat urus bersama agensi. KKR mengadakan mesyuarat dan sesi libat urus secara berkala dengan agensi kerajaan dan pihak swasta yang terlibat. Sesi ini bukan sahaja di peringkat negeri Sabah, malahan melibatkan pelbagai peringkat yang lain seperti mesyuarat antara pengurusan tertinggi KKR, pengurusan tertinggi syarikat penyedia utiliti dan komunikasi.
Ketiga, pelaksanaan program turun padang, program tertinggi. Kementerian kerap kali mengadakan turun padang ke Sabah, Sarawak bagi tujuan memantau, memastikan kelangsungan pelaksanaan. Setiap isu pelaksanaan terutamanya melibatkan kerja di tapak, diteliti, ditangani segera.
Keempat, amaran keras tindakan punitif terhadap kontraktor bermasalah.
Sekiranya tiada sebarang perubahan, tindakan tegas akan diambil berdasarkan kepada klausa-klausa kontrak.
Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai jalan berkembar yang merentasi Daerah Kota Marudu pula, jalan raya tersebut merupakan jalan negeri dan tidak termasuk dalam jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kota Marudu, soalan tambahan.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang begitu detail untuk menerangkan mengenai dengan Pan Borneo.
Cuma ada satu perkara yang selalu kita dengar bahawa adakah benar antara kelewatan Pan Borneo ini adalah kerana kegagalan kontraktor dibayar on-time mengikut progress yang sebenar? Dan kalau ia tidak benar, adakah benar juga
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
bahawa kelewatan ini juga kerana kontraktor tidak mempunyai kepakaran dan juga jentera yang kurang kerana itu yang kita lihat di beberapa pakej yang merentasi Kota Marudu hingga ke Kudat?
Setiap kali kita melalui tempat tersebut, kadang-kadang kita tidak nampak ada orang yang bekerja ataupun mesin yang bekerja. Jadi, apakah tindakan daripada pihak kementerian untuk menangani perkara ini supaya jalan yang diperlukan oleh rakyat ini dapat disiapkan mengikut tarikh yang sebenar? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Kota Marudu.
Dari segi pembayaran itu adalah tidak benar kita lewat. Tidak benar. Fasa 1A 15 pakej kerja. Jadualnya 96.23 peratus, fizikal yang sebenar 89.54 peratus. Itu tujuh peratus kurang tetapi apabila kerjanya 89.54 peratus, pembayaran kewangannya 88.78 peratus. Kerja 89, bayar 88. Jadi, ini kira tidak ada masalah.
Untuk Fasa 1B, oleh kerana baru bermula, jadual 24.76 peratus, sebenar 25.53 peratus. Itu kerja-kerja fizikal. Dari segi kewangan, jadual sepatut bayar 20.73 peratus tetapi kita dah bayar 22.11 peratus. Ini tidak ada isu dari segi pembayaran.
Isu yang ada, saya dah sebutkan tadi antaranya isu kontraktor. Betul, saya tidak nafi. Itu sebab kita adakan pemantauan yang rapi iaitu mesyuarat tiap-tiap bulan. Pada tahun lepas, setiap bulan kita mesyuarat. Tahun ini, setiap bulan kita mesyuarat. Sebelum ini kita tidak pernah mengadakan sedemikian rupa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya tiap-tiap bulan berada di Sabah untuk memastikan projek dilaksanakan dengan baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Menteri. Silakan, Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua. Isu Pan Borneo ini saya kira daripada mula saya masuk Dewan tu dah sering disebutlah oleh ahli-ahli, terutama di bahagian Sabah, Sarawak.
Cuma apa yang saya nak tahu sebenarnya, pertama, berapa tempoh asal kepada jangkaan siap dengan kelewatan yang telah berlaku? Yang keduanya, tadi disebut punca kelewatannya bukan daripada pembayaran ataupun kontraktor. Jadi sebenarnya, apakah kelewatannya termasuk juga berpunca daripada kelemahan dari sudut aspek pemantauan yang menyebabkan projek itu tergendala begitu lama?
Dan saya nak tahu, berapa lama dah projek itu tergendala. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan menjawab.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kewangan tidak ada masalah tetapi ada kontraktor— ada yang bermasalah.
Satu lagi antara punca untuk makluman Yang Berhormat ialah perubahan kaedah pelaksanaan projek daripada secara PDP kepada konvensional. Yang ini PDP ini ditamatkan berkuat kuasa pada 22 September 2019. Apabila peralihan kerajaan, PDP ditamatkan. Dia mengambil masa yang lewat untuk melaksanakan projek itu. Itu di antara puncanya. Penamatan ini menyebabkan kelewatan dan pelaksanaan projek kerana dia melibatkan proses-proses peralihan lain. 15 kontraktor bagi pakej LPB Sabah Fasa 1 hanya selesai dianugerah pada tahun 2021.
Kemudian dua tahun pandemik COVID-19.
Satu lagi ialah isu pengambilan balik tanah ini, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah hanya ada tujuh orang jurunilai. Itu sebab kita membuat keputusan untuk kita mengambil jurunilai swasta dengan dibayar supaya segala usaha-usaha boleh dilaksanakan dengan pantas.
Pengalihan utiliti juga menjadi masalah dan itu sebab kita mengadakan mesyuarat bukan hanya dengan jabatan-jabatan yang terlibat tetapi khusus tentang syarikat-syarikat utiliti juga kita adakan mesyuarat supaya kita mengambil tindakan dengan pantas.
Prestasi kontraktor, seperti biasa ada yang bagus, ada yang tidak bagus tetapi segalanya kita buat secara telus. Macam baru-baru ini ketika zaman pemerintahan inilah yang kita berikan kontraknya oleh Kementerian Kewangan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Marang kerana Tafsir Al- Tibyan yang ditulisnya selama 50 tahun akhirnya telah dilancarkan pada hari Sabtu yang lalu.
[Tepuk] Soalan saya nombor 7.
7. Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah status pelaksanaan Dasar Wanita Negara 2025–2030 setakat ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab soalan tersebut.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025–2030 telah dilancarkan pada 6 Mac 2025 bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa bertemakan, “Memartabatkan Wanita, Memperkukuh Negara”.
Dasar ini memberi tumpuan kepada empat bidang keutamaan iaitu ekonomi, kepimpinan, keselamatan dan kesejahteraan wanita. Bagi merealisasikan matlamat dasar ini, PTPW menggariskan 26 strategi, 75 program dan 182 aktiviti.
Perlaksanaannya berteraskan pendekatan whole-of-nation dan whole-of-society, dengan izin yang menekankan tanggungjawab bersama serta kerjasama antara agensi termasuk kerajaan negeri, sektor swasta dan NGO. Pendekatan ini penting bagi memastikan usaha memperkasakan wanita dilaksanakan secara bersepadu di pelbagai peringkat.
Sejak pelancarannya pada tahun 2025, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensinya Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) memberi tumpuan kepada usaha pengarusperdanaan dasar termasuklah menerusi pelaksanaan dengan izin, Walkabout Parliament, Forum Agenda Wanita Negara, sesi libat urus dan pembentangan dasar bagi meningkatkan kefahaman dan menggalakkan penglibatan pelbagai pihak dalam pelaksanaan dasar dan pelan tindakan tersebut. Pada tahun 2026, usaha advokasi dasar diteruskan kepada masyarakat di peringkat akar umbi termasuk komuniti di luar bandar, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, kesemua inisiatif ini di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Wanita sedang berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan. Kemajuan pelaksanaannya dipantau dua kali setahun melalui dengan izin, dashboard pemantauan DWN dan dilaporkan kepada Majlis Wanita dan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Keluarga Negara yang dipengerusikan oleh saya sendiri selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta mesyuarat-mesyuarat utama di peringkat kementerian.
JPW selaku urus setia Majlis Wanita dan Keluarga Negara akan terus menyelaras pelaksanaan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita bersama kementerian dan agensi berkaitan serta memantau kemajuan dan pencapaian hasil dalam keempat-empat bidang keutamaan sehingga tahun 2030.
Selain itu, kajian penilaian separuh penggal akan dilaksanakan pada tahun 2028 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan dasar dan pelan tindakan ini. Adalah menjadi visi kerajaan untuk memastikan pelaksanaan DWN dan juga Pelan Tindakan Pembangunan Wanita ini seperti yang dirancang bagi membawa manfaat yang nyata kepada wanita.
Melalui penyelarasan dan pemantauan berterusan, usaha ini diyakini dapat memperluas peluang ekonomi dan kepimpinan, memperkukuh keselamatan serta meningkatkan kesejahteraan wanita selaras dengan matlamat pembangunan negara yang inklusif. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan untuk soalan tambahan, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana laporan Global Gender Gap yang terakhir menunjukkan kita naik dari tangga 114 ke tangga 108. Tetapi, di Asia Tenggara kita masih di tangga yang ke bawah.
Saya faham bahawa dua daripada bidang yang menyebabkan tangga kita itu masih di bawah ialah partisipasi ekonomi dan khususnya partisipasi politik. Yang saya nak tanya tentang partisipasi politik ini, apakah langkah dan strategi konkrit kerajaan untuk sensitise, dengan izin?
Sebab saya tahu, kita ada masalah siling kaca, tapi nampaknya dia dah jadi kitaran siling kaca. Kaum wanita mungkin naik ke tempat tertentu dalam parti politik, tapi kena lagi siling kaca di tempat tertentu. Jadi, calon mungkin menang, kena lagi satu siling kaca. Jadi, nampak gayanya sudah jadi kitaran siling kaca. Apa agaknya, mungkin kaedahnya berkongsi pengalaman negara-negara maju yang demokrasinya matang dengan pimpinan parti politik? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih kerana memahami keadaannya. Cuma, kita cuba cara yang kita cuba halusi kerana kita ini kita— we have to be very— apa nama— terima kasih, kita perlu menyedari bahawa semua yang menjadi ketua parti politik di negara kita ini ialah lelaki. Adakah dia nak memberi peluang kepada wanita? Cuma, kami tidak akan berhenti di situ, kita cari jalan yang lain.
Cuma Tuan Yang di-Pertua, di sini kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha memperkukuh penyertaan wanita dalam kepimpinan dan kedudukan pembuat keputusan. Dalam sektor awam dan korporat, penyertaan wanita telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan. Dan statistik JPA pula menunjukkan bahawa setakat Disember 2025, golongan wanita merangkumi 39.4 peratus kumpulan pengurusan tertinggi sektor awam. Itu melepasi sasaran 30 peratus yang ditetapkan bagi penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan.
Dari segi politik pula, kami ada program— di kementerian kami, kita ada program yang dinamakan PERANTIS. Program PERANTIS ini bagi kita memberi peluang kepada wanita-wanita menyertainya. Mereka secara ini, mereka akan pitch ya, dengan izin akan pitch. Siapa yang berkemampuan, layak itu, mereka akan dapat dan dia punya panelist bukan daripada kementerian. Panelist— panelist adalah daripada kumpulan profesional tertinggi di negara ini. Jadi dengan peluang itu, kita beri kepada peserta PERANTIS untuk menonjolkan dirinya supaya ada yang dapat melihat bakatnya.
Itu PERANTIS adalah satu peluang untuk mereka menceburi dalam bidang politik ataupun bidang kepimpinan dari segi ekonomi dan apa juga yang mereka dapat. Dan mengharapkan agar ada lah yang dapat melihat talent yang ada dalam bidang politik ini yang kita pilih melalui PERANTIS ini.
Kalau secara direct itu dengan izin, agak menyukarkan. Cuma, kami tidak berhenti di situ, adalah kami sedang berbuat sesuatu mengharapkan ada juga yang akan— kita bukan memohon simpati, tetapi kita mohon supaya kepimpinan dari setiap golongan parti politik ini dapat melihat talent yang ada dalam negara kita. Jadi, kita gunakan Program PERANTIS ini. Bagi saya izin sikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Sejak kita perkenalkan PERANTIS pada tahun 2024, PERANTIS telah memberi manfaat kepada 5,369 wanita sepanjang tahun 2024 dan 2025 melalui program latihan dan bimbingan yang melibatkan 125 tokoh wanita.
Sehingga Ogos 2026 pula, seramai 3,375 peserta telah dibimbing oleh 78 tokoh wanita menunjukkan kesinambungan dan perluasan pelaksanaan program
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
dalam membangunkan potensi serta kepimpinan wanita. Dan kita mengharapkan apa yang kami sedang usahakan ini nanti yang kita tak dapat sebut di sini kerana ia belum berjaya.
Jadi, ia nya diharapkan akan— it will be bought over by pemimpin-pemimpin di setiap negeri di dalam negara kita. Itu usaha kita dalam bidang politik ya. Terima kasih di atas soalan tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan, Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada Indera Mahkota, golongan dipanggil pencinta wanita ya, yang membawa isu-isu wanita. Terima kasih.
Apa pun, saya nampak isu 30 peratus wanita ini memang menjadi satu isu yang sekian lama dibincangkan, tetapi belum ada satu perkara yang tuntas tentang perkara ini yang kita lihat. Dan kalau kita tengok dalam Dewan Rakyat ini saja Yang di-Pertua, kurang daripada 11 peratus ya, lebih kurang Ahli Parlimen wanita yang sebelum ini pernah mencapai sehingga 14 peratus.
Jadi, satu perkara bidang yang saya kira— empat bidang keutamaan yang sepertimana YB Menteri sebut tadi, dan saya nampak kepimpinan, bidang kepimpinan itu iaitu untuk meningkatkan peranan wanita dalam pembuatan keputusan dan pentadbiran, kita tengok telah mencapai. Di luar ya, tetapi dalam bidang politik, saya kira sangat lambat usaha ini dilaksanakan.
Jadi, adakah— soalan saya YB Menteri, adakah kementerian bercadang untuk mengangkat kembali satu akta yang pernah dipertimbangkan sebelum ini iaitu Akta Projek 30 Peratus ataupun Gender Parity in Political Representation Bill yang saya kira dah terbengkalai ataupun agak lama, stalled sejak tahun 2018? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat. Ya, ini adalah salah satu daripada apa yang kita sedang usahakan dalam dasar wanita ini.
Cuma, secara terbuka kita dapat melihat ini bukannya mudah kita nak meletakkan wanita kepada peringkat ke 30 peratus ini. Tetapi seperti yang saya jawab tadi, kita tidak putus asa. Kita akan teruskan kerana kita cuba melihat
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
perbandingan dengan negara-negara lain. Bagaimana negara lain yang mungkin women only kah, women only seats kah, dengan izin lah.
Tapi, kita perlu juga mendapat persetujuan dan buy-in daripada pemimpin- pemimpin politik. Kalau pemimpin politik itu tidak memberi peluang ini kepada kita, maka kita masih juga sukar.
Cuma saya nak menyeru di sini kepada semua wanita-wanita menjadi pemimpin di sini, kita bekerjasama. Tak kira parti mana pun kita, kita bekerjasama untuk mengusahakan ini. Sebab dalam program kami, kami tidak meninggalkan para ahli politik daripada parti-parti lain. Biar pembangkang kah, kita sentiasa berbincang dan mengharapkan perkara seperti ini akan membantu kita untuk berjaya dalam usaha kita. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan lapan kita terpaksa lintasi, Yang Berhormat Kuching ada urusan dan tidak dapat dielakkan. Dipersilakan terus ke soalan kesembilan, dipersilakan Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Yang Berhormat Pasir Mas.
[Soalan No. 8 – YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) tidak hadir]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Dato’ Dr.
Yang di-Pertua.
Giliran Melaka selepas Negeri Sembilan, Soalan saya nombor sembilan. Terima kasih.
9. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan punca peningkatan ketara bil elektrik sejak Mei dan Jun 2026, khususnya kesan perubahan Pelarasan Bahan Api Automatik
(AFA) daripada rebat -0.47 sen/kWj pada April kepada surcaj +2.59 sen/kWj pada Jun dan +3.67 sen/kWj pada September, serta sejauh mana mekanisme AFA akan dikaji semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr.
Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Sebenarnya, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada hari ini telah dijawab oleh saya sendiri secara komprehensif di Kamar Khas dan ditanya pula oleh YB Tumpat dan sesi MQT soalan daripada Shah Alam yang dibangkitkan oleh Shah Alam kepada Yang Amat Berhormat Menteri.
Lebih kurang 25 minit Yang Amat Berhormat Menteri menjawab dan saya ingat secara penuhnya boleh Yang Berhormat minta Hansard daripada Parlimen.
Tetapi walau bagaimanapun, sudah pasti soalan Yang Berhormat ini saya akan mungkin dalam masa tiga minit secara summary-lah yang dijawab.
Faktor utama kenaikan surcaj AFA disebabkan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula pada hujung Februari 2026. Krisis ini mendorong kenaikan harga bahan api seperti gas asli dan arang batu di peringkat global. Serta ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan, sekali gus mengakibatkan peningkatan kos penjanaan elektrik negara.
Selain krisis bekalan tenaga global, faktor lain seperti sumber penjanaan hidro yang rendah dan henti tugas berjadual di loji jana kuasa arang batu juga mengakibatkan peningkatan penjanaan daripada sumber yang berkos lebih tinggi iaitu gas asli cecair yang diimport.
Kementerian menyedari bahawa peningkatan harga bahan api global serta cuaca panas yang berpanjangan telah memberi kesan kepada peningkatan bil elektrik pengguna. Dalam konteks tersebut, kerajaan pada 18 September 2026 telah mengumumkan perluasan perlindungan bil elektrik yang merangkumi pengecualian pelarasan AFA cukai jualan dan perkhidmatan dan caj peruncitan bagi pengguna domestik yang kini ditingkatkan kepada 800 kilowatt per jam sebulan bersamaan dengan anggaran bil bulanan sebanyak RM328 dan ke bawah bermula pada September 2026 hingga 31 Disember 2026.
Langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ini memberikan perlindungan tambahan kepada kira-kira 90 peratus atau lapan juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, kementerian bersama-sama ST telah mengambil tindakan awal untuk meneliti cadangan penambahbaikan mekanisme AFA sedia ada termasuk pengenalan AFA berperingkat, tier AFA yang dirancang untuk dilaksanakan bermula tahun 2027.
Langkah ini penting bagi memastikan setiap keputusan yang berkaitan tarif elektrik dibuat dengan seimbang bagi memastikan bekalan elektrik negara mampu milik, terjamin serta mampan. Pendekatan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus menangani isu kos sara hidup serta memastikan kebajikan dan
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pasir Mas soalan tambahan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum itu saya nak ucap terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri turun ke kawasan saya meninjau RTB dua minggu lepas. Saya tak dapat hadir nak menyambut Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tumpat dan Rantau Panjang sudah ada alhamdulillah. Lain kali saya kirim nasi ulam budu lah sama dengan Jelutong.
[Ketawa] Baik Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ucap terima kasih jawapan tadi.
Cuma, apa yang saya nak ungkit balik nak persoalkan ialah kenapa apabila saya melihat kepada data pada Julai 2026, kos pelarasan AFA ini sebelum bantuan Kumpulan Wang Industri Elektrik ini RM583 juta.
Tapi, apabila diserap melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik ini sebanyak RM206 juta— bantuan ataupun kadar surcaj AFA selepas bantuan meningkatkan ini daripada RM303.59 kepada RM3.80 sen setiap kilowatt sejam. Maknanya walaupun bantuan itu meningkat tapi kadar surcaj juga turut meningkat membebankan kepada pengguna.
Jadi, saya mohon Menteri mengesahkan angka ini. Jika benar, apakah formula yang menyebabkan penyerapan Kumpulan Wang Industri Elektrik ini berkurangan begitu ketara, sedangkan kos pelarasan sebelum bantuan menurun?
Yang kedua Timbalan Menteri, satu lagi. Adakah kerajaan mempunyai formula perlindungan automatik apabila berlaku lonjakan surcaj AFA, rakyat perlu menunggu pengumuman khas. Nak minta PM umum sentiasa dan sekarang diumum sampai Disember 2026. Selepas itu bagaimana pula?
So, bagaimana— adakah kerajaan ada suatu mekanisme automatik bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna setiap kali berlaku lonjakan surcaj AFA? Dan adakah selepas Januari ini, akan ada pula perlindungan yang akan diteruskan oleh kerajaan? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sebenarnya apa yang berlaku...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Eh, sorry, Pasir Mas.
Teringat dekat Tumpat pulalah. Bahaya Tumpat ini.
[Ketawa]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Apa yang dibangkitkan oleh Pasir Mas sebentar tadi bahawa perkara sebanyak RM430 juta itu benar. Dan bagi persoalan yang seterusnya, perkara yang telah kita tahu diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, perluasan perlindungan daripada 600 ke 800 juga adalah benar sehingga Disember 2026.
Dan Yang Berhormat membangkitkan, apakah selepas itu— apakah perkara yang akan berlaku? Dan sudah pasti kita mengambil satu mekanisme yang perlindungan secara automatik ini kita akan memikirkan secara satu mekanisme.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan di pihak kita telah berbincang sebenarnya. Bagi pihak ST telah berbincang untuk memastikan perkara ini dapat kita teruskan. Dan kita ada Kumpulan Wang Industri Elektrik yang mula sejak Mei 2026, kita telah pergunakan.
Dan perkara ini sebenarnya kita nak pastikan bahawa kita juga mengambil langkah-langkah yang saya katakan sebentar tadi peningkatan kos itu. Tetapi langkah yang kita nak ambil supaya perkara ini tidak tertanggung oleh pengguna.
Kita ada 8.8 juta akaun dan yang tertanggung ialah 550,000 pengguna yang antara pertengahan itu. Yang di bawah 800, 8.8 juta. Yang di atas ke 800-550,000 pengguna.
Yang ini yang kita nak selamatkan dan selebih itu lebih kurang lima percent itu mungkin macam Yang Berhormat agaknya yang tak dapat pengurangan surcaj itu. Dan minta maaf itu gurauan Yang Berhormat, saya tak tahu sebenarnya bil Yang Berhormat berapa.
Dan berasaskan kepada perkara itu, kita juga mendapatkan supaya sentiasa memberikan perkhidmatan nasihat. Baru-baru ini pun saya turun padang banyak memberi perkhidmatan nasihat, pengguna akaun dan sebagainya ini salah satu peningkatan bil.
Tetapi walau bagaimanapun, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di bawah ST kita bertanggungjawab kadar tarif ini kepada pengguna. Dan kita akan selepas 2026 ini kita akan melihat dari segi KWIE itu sendiri. KWIE ini sebenarnya dah membantu begitu banyak sekali.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan kita takut reserve KWIE itu pun tidak mencukupi dan yang menanggung beban— yang menanggung kebanyakan bayaran KWIE ini adalah daripada TNB.
Dan kita cuba— saya cuba melihat hal-hal lain lagi seperti perbincangan kami kita nak melihat dari segi sudut lain lagi yang boleh membantu selepas 2026 ini kita dapat membantu pengguna-pengguna elektrik seramai yang saya nyatakan sebentar tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan berikut dipersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua. Kita menggalakkan rakyat memasang solar dan menggunakan peralatan jimat elektrik. Tetapi, bagi keluarga berpendapatan rendah termasuk di Tampin, kos permulaan itu yang menjadi halangan. Hendak menukar peti sejuk lama pun perlu berkira, apatah lagi nak memasang solar. Rakyat mahu berjimat tetapi mereka juga perlu dibantu untuk mampu berjimat.
Jadi, adakah kementerian bercadang menyediakan bantuan bersasar untuk keluarga ini menggantikan peralatan lama yang kuat menggunakan elektrik ataupun mendapat solar tanpa bayaran pendahuluan yang membebankan?
Bagaimana kita memastikan penjimatan bil itu tidak habis digunakan untuk membayar ansuran baharu? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.
Sebenarnya setakat ini belum ada Yang Berhormat Tampin, bantuan untuk pemasangan solar.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Tetapi walau bagaimanapun, kalau di negeri Pahang saya ambil contoh, pembinaan baru kita telah letakkan dalam kos pembelian rumah tersebut. Kita pasang solar sebagai contohnya rumah RM150,000. Kita letak dalam RM10,000.
Yang Amat Menteri Besar bantu dan letakkan RM10,000, dan jadi RM160,000 dan pinjaman itu adalah RM160,000.
Ertinya secara automatik mereka telah menggunakan solar. Itu salah satu langkah Kerajaan Negeri Pahang lakukan kepada projek rumah kos rendah di negeri Pahang dan itu nak membantu golongan yang berpendapatan rendah.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Perkara ini sebenarnya kita lakukan supaya dapat membantu dari segi, dari segi, dari segi Yang Berhormat berkenaan sebut adalah kita bantu melalui Program Rebat SuRIA Home. Kerajaan berinisiatif sebanyak RM150 juta dan bermula 1 Januari 2026, pengguna domestik juga menerima rebat RM600 bagi setiap satu kilowatt alternative current pemasangan solar sehingga RM3,000 dan program ini menyasarkan manfaat kepada 45,000 pengguna sehingga 50,000. Dan si rumah termasuk kumpulan M40 dan sebahagian B40 bagi mengurangkan kos modal permulaan pemasangan solar kediaman. Yang ini kita ada bantu.
Tapi dari segi kerajaan negeri juga mungkin boleh memikirkan apa yang saya katakan seperti negeri Pahang sebentar tadi dan usaha ini kita lakukan adalah juga memperkenalkan Program Nikmat Rakyat NUR@PETRA yang kini telah dinamakan sebagai NUR MADANI di mana kerajaan menyediakan e-rebat sehingga RM200 bagi isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga yang berlabel empat hingga lima bintang. Ini salah satu kempen kita supaya dapat melakukan penjimatan elektrik kepada pengguna yang bintang empat hingga lima Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.
Kita buat kajian dan ini boleh menjimatkan dan ini kita bagi rebat pula setiap pembelian RM200 kepada pembeli yang mempunyai empat ke lima bintang. Tapi kita dah kebanyakan dah lengkap alat elektrik. Nak beli baru itu kadang-kadang fikir banyak juga Yang Berhormat sebab mahal juga. Tapi yang nak beli baru itulah cara salah satu nak menjimatkan bil elektrik dan saya percaya ini juga kami lakukan dan kita turun berkempen untuk dalam hal ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Dr.
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan kesepuluh. Dipersilakan Tuan Yang Berhormat Tuan Syahredzan bin Johan, Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Ini kali kedua soalan saya naik dalam sidang ini. Soalan saya nombor 10.
10. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Pendidikan menyatakan kadar penebusan Baucar Buku MADANI tahun 2026 dengan statistik bilangan pelajar dan pengajar yang menerima manfaat daripada program ini serta limpahan ekonomi yang dijana tahun ini berbanding tahun 2024 dan 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Kementerian Pendidikan terus komited memperluas akses kepada bahan bacaan berkualiti dan memperkukuh budaya membaca dalam kalangan murid serta warga pendidik melalui pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI.
Inisiatif ini merupakan intervensi strategik Kerajaan MADANI untuk mengurangkan kekangan kewangan dalam mendapatkan bahan bacaan, merangsang minat membaca serta memperkukuh permintaan terhadap buku yang memberikan manfaat langsung kepada industri perbukuan tempatan.
Pada bulan Mei 2026 Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Baucar Buku MADANI kepada pelajar- pelajar sekolah menengah dan ke atas. Di bawah Kementerian Pendidikan, seramai 2,234,101 orang murid dari institusi-institusi pendidikan awam di bawah KPM, termasuk sekolah menengah, kolej vokasional, matrikulasi, IPGM, Tingkatan 6, layak menerima baucar bernilai RM100 seorang. Jumlah peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM230 juta pada tahun 2026.
Status pelaksanaan. Pertama, kadar penebusan Baucar Buku MADANI 2026 setakat 19 Oktober 2026 iaitu hari ini, seramai 2,174,156 orang murid telah membuat penebusan bersamaan dengan kadar penebusan 97.34 peratus.
Kedua, pembelian sebanyak 5,587,099 naskhah buku melalui platform Book Capital di bawah KPM telah pun dilaksanakan setakat pagi ini. Bagi tahun 2026, program ini dijadualkan berakhir pada 31 Oktober 2026, dan KPM menyasarkan kadar penebusan 100 peratus menjelang tamat tempoh pelaksanaan.
Pada tahun 2024, pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI telah pun memanfaatkan 3,566,544 orang penerima, terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dari Tahun 4 ke atas, murid-murid sekolah menengah, dan penerima daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia, matrikulasi, kolej Tingkatan 6, dan juga kolej vokasional. Program tersebut melibatkan jumlah peruntukan RM287 juta pada tahun 2024, mencatatkan pembelian 7,802,518 naskhah buku.
Pada tahun 2025, Baucar Buku MADANI memberi tumpuan kepada warga pendidik dalam bentuk Baucar Buku Guru MADANI. Seramai 428,027 pegawai perkhidmatan pendidikan ataupun warga pendidik kita menerima manfaat melibatkan peruntukan RM43 juta dengan 1,546,562 naskhah buku telah pun dibeli.
Tuan Yang Dipertua, dari sudut ekonomi, pelaksanaan Baucar Buku MADANI bagi tahun 2024, 2025, dan 2026, telah merekodkan jumlah pembelian naskhah
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
sebanyak 14,936,179 naskhah terkumpul, dengan jumlah nilai RM489.32 juta sehingga tarikh pelaporan iaitu tarikh hari ini.
Nilai ini mencerminkan permintaan langsung terhadap buku yang dijana melalui intervensi kerajaan dengan inisiatif Baucar Buku MADANI, sekali gus memberikan manfaat kepada keseluruhan rantaian industri perbukuan, termasuklah penulis, penerbit, pencetak, pengedar, penjual buku, dan juga penyedia perkhidmatan logistik. Ini antara nilai penting intervensi kerajaan melalui Program Baucar Buku MADANI, iaitu bukan sekadar membantu murid mendapat buku, tetapi turut memperluaskan pasaran, memperkukuhkan penyertaan PMKS dan merancakkan lagi ekosistem industri perbukuan negara. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bangi, soalan tambahan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik tadi di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang peningkatan penjual di platform ini daripada 168, kini menjadi lebih daripada 1,000 dan juga judul kini lebih daripada 800 ribu judul. Di sini kita nampak ada dua manfaat, iaitu satu kita galakkan masyarakat kita ini untuk membaca dan kedua, kita bagi peluang pendapatan kepada penerbit dan penjual buku. Inilah apa yang kita kata memaknai Wa'ad Nasional.
Tadi dalam jawapan disebut 90 peratus daripada penjual ini adalah daripada PMKS. Jadi ini adalah satu perkara yang cukup baik. Soalan saya Dato’ Yang Dipertua dan juga YB Timbalan Menteri, apakah kriteria kelayakan untuk menjadi penjual dalam ekosistem digital untuk Baucar Buku MADANI ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bangi.
Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bangi, kita mempunyai sekarang, pada hari ini, setakat hari ini, kita mempunyai bilangan penjual aktif seramai 1,076 penjual aktif yang melibatkan jumlah judul 822,842. Berkenaan dengan kriteria penjual, kita terbuka kepada siapa-siapa sahaja yang berdaftar dengan— yang mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM. Mereka boleh berdiri daripada penerbit buku, penjual buku, pengedar buku dan sekiranya untuk penulis individu, kita juga
Tuan Wong Kah Woh
telah pun mendaftar, ada sebahagian daripadanya adalah penulis individu yang tidak mempunyai syarikat SSM ataupun syarikat berdaftar.
Tuan Wong Kah Woh
Kita amat fleksibel dalam perkara ini
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Dan ia telah pun dibuktikan dengan bagaimana dari hari pertama apabila kita melancarkan Baucar Buku MADANI 2024. Kita hanya mempunyai 168 orang ataupun 168 unit penjual aktif sahaja telah pun meningkat setakat kini 1,076 unit penjual aktif.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan sememangnya angka ataupun penjual aktif ini, angka penjual aktif ini adalah dinamik. Dia meningkat dari masa ke semasa ataupun kadang-kadang penjual menjadi tidak aktif. Tapi apa pun, dengan platform Book Capital di bawah Kementerian Pendidikan, kita terbuka kepada mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai sebahagian daripada vendor ataupun penjual bagi Book Capital kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang di-Pertua.
Bangi, dua soalan dah naik. Saya, setakat ini tak ada yang naik lagi. Justeru pagi ini, saya buat soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pemantauan dan pengauditan program ini sekiranya ada lah di peringkat kementerian, adakah RM100 itu mencukupi untuk menampung keperluan pelajar berdasarkan kepada kos yang sekarang meningkat dan adakah kerajaan mencadangkan akan datang supaya kedai buku secara fizikal juga diberi peluang terutama di luar bandar? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Puan Yang di-Pertua, saya minta ulang bahagian kedua soalan. Yang Berhormat Sabak Bernam, bahagian kedua soalan. Boleh ulang?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya mendapat maklumat proses mekanismenya adalah melalui online kan? Jadi, adakah kerajaan melalui kementerian bercadang akan datang memberikan peluang kepada kedai-kedai buku secara fizikal bagi memudahkan masyarakat luar bandar yang mungkin kekangan
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Internet sebagainya untuk merebut peluang Baucar MADANI yang bermanfaat ini?
Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Okey, terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Perkara nombor satu adalah berkenaan dengan RM100 dan RM100 adalah dalam keupayaan kewangan kerajaan yang sedia ada dan seperti yang saya jawab tadi, pada tahun ini sahaja, kita telah pun memperuntukkan untuk institusi di bawah KPM sahaja, RM230 juta. Itu belum lagi termasuk institusi-institusi ataupun IPTA di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
Itu satu.
Nombor dua, sama ada kita hendak membuka secara fizikal. Apabila kita melaksanakan pelaksanaan Baucar Buku MADANI melalui online platform Book Capital ini, apa yang kita dapat pastikan adalah kita pastikan bahawa kesemua baucar buku yang diedarkan itu ditebus dan juga dibeli. Dan tidak seperti dulu apabila baucar buku fizikal itu boleh ditukar kadang-kadang dengan wang Ringgit ataupun dengan tunai.
Apa yang kita dapat capai dalam tiga tahun ini adalah kosong peratus ketirisan dan 100 peratus ketelusan. Dan untuk kawasan-kawasan luar bandar, sememangnya pembelian secara online ini telah pun memberikan manfaat yang besar kepada untuk memastikan akses pembukuan itu sampai ke mana-mana sahaja.
Saya boleh sebut di kawasan-kawasan yang mana— antara kawasan yang telah pun mencapai 100 peratus penebusan sehingga kini termasuk Parlimen Beaufort, Parlimen Beluran, Parlimen Tenom, Parlimen Bau, Daerah Bau, Julau, Kanowit, Lawas, Miri, Selangau, Subis, Labuan dan juga kawasan-kawasan yang lain.
Ini membuktikan bahawa akses kepada buku ini tidak lagi terhad kepada kawasan bandar ataupun semi-urban. Tetapi pada masa yang sama, di kawasan pedalaman dan luar bandar juga, akses itu sampai dan itu hasrat yang kita hendak capai. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2027 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 20 Oktober 2026.”
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Puan Yang di- Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang
berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [15 Oktober
2025] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas pada hari ini adalah seperti yang berikut. YB Semporna, YB Kota Bharu YB Kluang, YB Tasek Gelugor, YB Kuala Langat, YB Lawas, YB Kapar, YB Bagan Serai, YB Bangi, YB Putrajaya, YB Jerai, YB Gopeng, YB Padang Terap, YB Bukit Gantang, YB Bukit Bendera, YB Kuala Nerus, YB Gua Musang, YB Julau dan YB Gerik. Saya minta Yang Berhormat Semporna berucap.
[Tepuk]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruang untuk saya menyertai perbahasan pada kali ini. Dan untuk makluman Ahli Dewan dan seluruh masyarakat yang ada, kepimpinan dalam pembentukan sesebuah negara harus punya nilai untuk membolehkan supaya bukan hanya dapat kita padukan umat, dapat kita satukan rakyat yang ada, bukan berdasarkan kaum, bukan berdasarkan agamanya, bukan berdasarkan jarak jauhnya tempatnya itu.
Alhamdulillah, kita berupaya membentuk negara Malaysia, tahun 1963 walaupun dipisah oleh Lautan China Selatan, tidak oleh kerana bangsanya, bukan oleh kerana agamanya, bukan oleh kerana budayanya berbeza-beza. Ya, jaraknya jauh tapi kita dapat membentuk oleh kerana kepimpinan our forefathers day, they have dengan izin, they have the right values in their life to realise the formation of the country, Malaysia, they named it. Why was that done, dengan izin?
Mengapa itu dapat kita jadikan? Oleh kerana mereka terikat dengan bukan hanya keperluannya, bahkan juga haknya. Dan itu yang dinamakan dalam Perjanjian 63. Saya tidak mahu bicarakan 63, agak panjang kerana semuanya tahu. Tapi terkandung dalam perjanjian itu, terbentuklah sebuah negara Malaysia.
Kerana apa terkandung di situ? Keperluan rakyat yang ada dan juga mempertahankan hak yang ada kepada rakyat ini. Kita tidak mahu untuk semata- mata nak mengekalkan jawatan kita sama ada jadi kerajaan, sama ada jadi Menteri ataupun pemimpin, jadi YB. Tapi kita tidak mengira keperluan keseluruhan rakyat yang ada.
Nilai apa yang kita nak kan? Ini penting kepada kita, Dato’ Speaker untuk kita ketengahkan. Berbagai cabaran di peringkat dunia. Pemerintahan bersih daripada
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
amalan rasuah. Saya sokong sebaik mungkin untuk membolehkan supaya ini dapat dihakis. Kewangan rakyat dibelanjakan berdasarkan keperluan, bukan berdasarkan agama dan kaumnya semata-mata dan jarak jauhnya.
Ketiga, keadilan ditegaskan untuk semua rakyat.
Keempat, golongan minoriti di negara ini dilindungi dan dibela kerana mereka juga merupakan rakyat Malaysia di negara ini. Kita menolak nasionalisme yang sempit, ekstrem nasionalisme dalam negara kita kerana kita tahu bahawa ini anak- anak kita sudah berbagai keadaan budaya mereka. Kita lahirkan generasi kepimpinan yang berintegriti, regenerations of leadership with the right values yang ada. Ini penting kepada kita.
Dato’ Speaker, saya sedar dan tahu Perjanjian 63. Saya sedar dan tahu kita tahu tentang 40 peratus yang ada dan itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. 112C, 112D dan mahkamah pun dah putuskan, 2025. Apa yang penting saya minta kepada kerajaan tunaikan khususnya 40 peratus. Saya tidak mahu bicara panjang kerana mahkamah pun sedang bersidang nanti dalam minggu depan kalau tidak silap saya, 29 hari bulan di Kota Kinabalu.
Perkara ini penting untuk dapat kita tunaikan kerana mahkamah dah putuskan supaya diberikan 40 peratus yang dipungut. Ya, bukan interim. Itu dalam Artikel 10, Perlembagaan Malaysia harus dikembalikan kepada bumi Sabah yang itu.
Dato’ Speaker, berbagai kemudahan yang diperlukan oleh rakyat umat ini.
Sabah, saya tahu amat besar. Lagi besar. Satu pulau Kinabatangan, Ahli Kinabatangan besarnya macam negeri Pahang.
Dan bila bicara tentang Pan Borneo tadi, pun Menteri, Timbalan Menteri dah menjawabnya. Kelewatan-kelewatan dan disebutkan di antara kelewatannya ialah PDP, pembatalan PDP. Project development yang ada konsultan dia. Tapi saya bangkitkan waktu itu, saya jadi Ketua Menteri. Kita, kita batalkan. 2019, kita batalkan.
Cadangan bukan kita yang boleh membatalkan. Saya cadangkan kepada Menteri Kewangan, waktu itu Bagan dan juga Perdana Menteri waktu itu Tun Mahathir ya.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Waktu itu juga saya rasa Sarawak juga membatalkan pada Februari 2020.
Tapi bila Sarawak membatalkan Februari 2020, projek mereka berjalan dengan lancar. Tapi mengapa alasan PDP dibatalkan waktu 2019? Waktu itu? Apa yang penting, dalam Laporan Audit Datuk Speaker, cukup jelas. Jangan hanya baca, jangan hanya lihat, jangan hanya dengar, mematuhinya, ambil tindakan berdasarkan Laporan Audit yang ada. Kenapa melantik kontraktor yang tidak ada keupayaan
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
mereka? Tidak ada pengalaman dari segi pelaksanaan jalan-jalan yang bernilai tinggi, Pan Borneo. Bayangkan PDP diurus, ditadbir oleh bekas Pemuda UMNO, eksekutif dia. Tak boleh. RM17 bilion projek itu. Takkan tak bagi?
Kita serahkan dengan JKR Sabah waktu itu. Baik, JKR kerana mereka ada engineer di merata tempat. Ini perlu dijelaskan kepada umum ya. Kerana di Sarawak hari ini dah siap dah Phase 1, now masuk Phase 2 tapi di Sabah— Datuk Speaker, saya minta kepada kerajaan dan saya dah suarakan supaya ambillah tindakan. Mana kontraktor yang gagal, daripada Sipitang sampai ke Kimanis. Saya minta kepada Timbalan Menteri. Jalan masih lagi rosak. Rakan-rakan dari Brunei tanya, “Datuk Seri, bila nak siap?” Tak siap-siap. Daripada 2016 sampai 2026. Takkan 26 bulan, salah saya pula. Dah berpuluh tahun tak dilaksanakan.
Jadi Datuk Speaker, saya minta ketegasan dari Laporan Audit yang ada, perlu diambil tindakan. Kerana kontraktor-kontraktor ada yang bila kali terlantik, bukan hanya kewangan, peralatan, manpower yang ada, bagi subkontrak, subkontrak yang ada. Dah gagal dah. Right in your own face there, you realised they failed to execute that. Why don’t you terminate them for the benefit of the generation? Rakyat yang ada di negara ini. Kita perlu tegas. Jangan hanya tegas bila berbuat sesuatu...
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
...dan...
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Mohon pencerahan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Saya minta supaya masa saya panjang, nanti saya bagi nanti. Kalau selesai ya.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Baik, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Berhubung dengan perkara juga subsidi ini. Saya bimbang RM40 bilion subsidi diberikan ini. Itu untuk api. Saya tahu perlu bagi kita di bumi Sabah ini, di Sarawak. Kenapa? Di Sarawak, Datuk Speaker pun tahu, jalan raya tidak begitu baik. Tapi bagaimana perbelanjaan dan pembelian? Bayangkan RM40 bilion, bagilah RM20 bilion.
RM20 bilion yang ada itu bahagi dengan apa dia? Bina jalan raya yang baik.
Tambah baik jalan raya. Bina public transport yang ada. Tidak ada subsidi di Singapura, tidak ada subsidi petrol di London. You don’t need four wheel drive. Why
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
do you need four wheel drive, dengan izin, di Sabah, di Sarawak? Because of the road. Because, there’s no public transport, yang ada membolehkan kita rakyat yang ada empat juta lebih, keluasan tanah yang begitu besar. Jalan kaki, public transport tak ada, kereta sapu kena dipakai, itu pun terbatas.
Jadi, saya berharap kalau dapat— it’s not sustainable. Saya ingat RM40 bilion yang ada itu, agih-agihkan. Build the public transport, railway line yang ada. Macam kita sekarang ini, daripada Kuala Lumpur sampai ke Kelantan, sampai ke Terengganu. Ada railway line yang ada. Takkan menelan belanja RM5 bilion— mungkin kurang dari RM5 bilion. Jadi, gunakanlah kewangan dalam usaha kita untuk mengatasi keperluan rakyat. Itu yang dibentuk negara ini berdasarkan apa yang diperlukan oleh rakyat itu. Dan juga saya berharap dari segi cost of living yang ada, ditanggung seharian oleh rakyat.
Subsidi, terima kasih banyak. RAHMAH ada, berbagai-bagai yang ada, makanan yang ada. RM100 kita bagi. Tapi kita tak jelaskan. Dari RM100, dia masuk pergi supermarket, mungkin dia beli 7-UP, dia beli Coca-Cola, makanan-makanan tertentu. Tapi saya berharap sungguh, there must be bukan hanya subsidi bersasar.
Selektif subsidi. Keutamaan, makanan keutamaan. Kalau kita bagi RM100, tidak mengira darjatnya, sama ada yang kaya atau miskin, it’s not sustainable. Dari segi pengurusan kewangan negara, kita akan melahirkan insan manusia yang mungkin bergantung sangat.
Saya masih ingat, di London tahun 50-an, 60-an. Sebuah negara yang begitu maju. Contoh, industrialised. Bukan China, bukan Jepun, bukan Amerika. UK was the most industrialised. Tapi apa jadi? Too much subsidy. Social security, cabut gigi percuma, sekolah percuma, semuanya percuma. Kadang-kadang itu kita tidak tahu, bagaimana to sustain, to realise society yang very dependent. Bukan hanya semata-mata kepada kerajaan tapi mereka juga harus keupayaan, kebolehan mereka dapat mengeluarkan makanan. Contohnya, food security yang ada. Banyakkan simple economic tools, market forces yang ada. Kalau banyak supply, barang itu akan murah. Kalau ikan banyak kita keluarkan, ikan banyak kita bela, pelihara, maka ikan itu akan murah. Begitu juga makanan, vegetable yang ada.
Jangan bergantung dengan eksport. Beras kita eksport Vietnam, beras kita eksport dari Thailand. Membimbangkan kita. Cost of transporting the goods yang kita need ini. Tak akan dahulu di Kedah, di Kelantan, di Selangor, di Sabah pun. Ada
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
10,000 tanah yang suitable for plantations of paddy yang ada. Dan ini saya berharap sungguh kita melihat supaya perkara-perkara ini dapat direalisasikan.
Seperkara lagi berhubung kait dengan kesihatan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Semalam saya...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Pengumuman sikit, pengumuman sikit...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Nanti, nanti saya bagi.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Pengumuman sikit je. 30 saat.
Saya mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada Pelajar Tingkatan 6 Kolej Islam Sultan Alam Shah yang diketuai oleh Ustaz Redzuan Khalil. Terima kasih.
[Tepuk]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Datuk Speaker, saya semalam di hospital kerana sepupu saya meninggal dunia. Lepas itu, bila saya check keadaan di hospital itu, membimbangkan saya. Saya tanya, “Dr, Dr datangnya dari Negeri Sembilan...”, he is only a general practitioner yang ada.
Terima kasih banyak kepada kerajaan yang telah meluluskan supaya kontrak ini dapat diatasi dan thank you very much. Ini perkara yang kita perlukan. Bukan hanya jumlahnya doktor yang kita nak kan, kita nak kan doktor yang specialised. Bila saya tanya, penyakit itu buah pinggang, penyakit itu kuman dalam perut dia. And I asked the detail to the doctor— sorry Datuk Seri, I am only specific— dia GP sahaja.
Mana dia tahu detail dia? Yang ini yang kita nak kan.
Saya masih ingat masa kita jadi kerajaan. Saya jadi kerajaan, saya bagi RM25 juta untuk (UMS) Universiti Sabah Malaysia, lahirkan fakulti perubatan di Sabah. Supaya pergantungan kepada doktor-doktor yang datang dari Semenanjung— boleh tapi kita bergantung sangat. Kalau kita bawa doktor dari Semenanjung, bergantung sangat, perumahan dia, pengangkutan dia, extra allowance dia, tak akan kita tak boleh lahirkan anak-anak kita di bumi Sabah untuk boleh mengatasi masalah?
Dan dalam belanjawan yang ada, dah disebutkan Queen I ini dan tanpa dapur pun. Queen I tak ada dapur, nak makanan, Queen II. Berjalan berapa lama? Masuk pergi Queen I dari Queen II, mungkin makanan dah sejuk dah. Dan tempat untuk meletakkan perubatan, letak di dalam perumahan anggota perkhidmatan awam,
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
bukan dalam hospital itu. Dan saya cadangkan, dah ada perbelanjaan RM1.12 bilion untuk membina hospital yang ini dinaik taraf, bukan membina tapi naik taraf hospital Queen I itu. Tanah empat ekar dah ada di situ. Laksanakan tahun ini ataupun tahun depan sebaik mungkin kerana keperluan.
Empat juta rakyat Sabah bergantung dengan hospital di Kota Kinabalu.
There’s only pakar jantung yang— bukan ramai sangat. Dari Tawau kena pergi Kota Kinabalu, dari Sandakan kena pergi Kota Kinabalu. So, you just imagine, we are too dependent on one particular hospital to cater. This is public, bukan swasta. Swasta ada tapi mampukah rakyat untuk mengatasi masalah ini?
Jadi, saya cadangkan supaya the peruntukan ada. RM1.1 bilion. Ini termasuk— peruntukan ini dah diluluskan lama dah. Tapi ini termasuk dalam pemberian RM18.5 bilion yang diumumkan. Terima kasih banyak. Tapi ini peruntukan yang biasa diberikan setiap tahun. Tahun lalu diberikan pada RM17 bilion, bukan RM18 bilion untuk projek yang di kendali oleh Kerajaan Sabah. Ini termasuk kos doktor, kos operating hospital, polis, projek-projek hospital yang ada.
Bukan— ini it’s a Federal kind of funding project. Ini kebimbangan saya, perlu kita kaji secara mendalam bagaimana keadaan ini dapat di atasi untuk kita membentuk sebuah rakyat yang ada kepaduan, ada kesatuan dia.
Dan seperkara lagi yang saya nak kan Datuk Speaker, tentang pendidikan ini. Satu lagi. Saya minta— saya dah cadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang ada. Bayangkan, tahun ini kena belanja RM800 juta untuk kediaman student yang ada. RM800 million yang ada. Pelajar yang ada, sebahagian besar di antara wilayah yang mempunyai penduduk generasi muda terbesar selain daripada Selangor, Sabah. It is the second biggest.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Daripada empat juta, mungkin hampir dua juta anak-anak, belia-belia yang juga sekolah terpaksa pergi Kelantan, terpaksa ke Terengganu, terpaksa pergi Sarawak. Belajar ke Sarawak, belajar ke Semenanjung. Kita hanya mempunyai satu sahaja universiti di Sabah ini, public university― UMS. Dan bayangkan kalau pelajar ini nak terbang ke Sarawak, nak terbang ke Semenanjung, kos ibu bapa yang miskin sudah pasti tidak mampu untuk membantu mereka.
Jadi, saya berharap sungguh, lahirkanlah satu universiti sama ada dalam masa yang terdekat, tahun depan kah, bilakah, di kawasan Pantai Timur di Tawau itu. Tak perlu di Semporna. Bukan saya minta untuk Semporna, tetapi untuk menampung keperluan anak-anak daripada pantai timur kerana kita ada UMS di Kota
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Kinabalu dah. Spread out the wealth yang ada. Kalau tidak, nanti kita buat perumahan, lecturers nak buat perumahan, pelajar nak buat perumahan, cari― cost is very high yang ada.
Jadi, saya minta― sekolah pun kadang-kadang saya bimbang, Dato’ Sri.
Baru-baru ini, terpaksa saya beli empat bas untuk empat sekolah menengah kerana anak-anak kita terpaksa berjalan kaki. There is no proper public transport. Saya dah suarakan tadi itu. No public transport in Sabah. Sampai jam enam, jam tujuh kadang- kadang dah sampai maghrib budak-budak ini baru sampai ke rumah, jalan kaki.
Bayangkan.
Penting kepada kita dilihat peruntukan di antara yang terbesar ialah Kementerian Pelajaran. Kesihatan juga.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tetapi, saya harap sungguh supaya peruntukan itu disalurkan kepada keperluan yang ada di peringkat akar umbi ini.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Semporna. Boleh mencelah?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Nanti. Saya minta nanti saya habiskan dahulu. Banyak perkara.
Seperkara lagi tentang RM18 bilion tadi, Dato’ Sri. Saya berharap sungguh mesti ada KPI. Dato’ Speaker, perbelanjaan― saya bimbang. Contohnya, macam ini...
[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Saya akan edarkan. Jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri Sabah. Dari 2021 sampai 2026, belanjawan negeri Sabah RM32 bilion. Dari 2021 sampai 2026. Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dari 2021 hingga 2026, RM87 bilion. Ini laporan bukan saya dapat. Ini dari laporan.
Ke mana duit ini? Ke mana peruntukan ini yang disalurkan ini? Begitu besar jumlahnya.
Saya minta supaya ada KPI setiap belanjawan yang dibentangkan― RM510 juta yang ada― sama ada pembiayaan swasta, sama ada pembiayaan kerajaan yang ada mesti ada KPI dia. Ke mana? Mengelakkan supaya jangan ada ketirisan, mengelakkan supaya tidak ada rasuah. Kerana ini akan membinasakan tamadun dan masa depan anak-anak bangsa kita.
Kerana perkara ini penting, Dato’ Speaker. The money― where it goes? You know. Kita tidak ada air di Sabah ini. Kalau dengar belanjawan bukan main besar di Sabah ini. Dari 2021 sampai 2026, RM32 bilion. Air pun kadang-kadang, macam di
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
rumah saya, di bandar, nak beli air RM300 kadang-kadang satu lori itu. Jabatan Air di mana dia? Baru-baru ini, 13 hotel di Kota Kinabalu― ibu kota.
Bayangkan di luar bandar. Begitu juga kemudahan bekalan elektrik yang ada.
Berjadual. Ada sekali itu rumah saya sampai enam jam tak ada elektrik yang ada.
Takkan kita tidak melihat bagaimana perkara ini Kerajaan Pusat harus memantau duit yang dibelanjakan. Jangan hanya gunakan duit itu untuk membeli undi dalam pilihan raya yang akan datang.
[Tepuk] Saya berharap perkara ini harus dilihat secara totalnya untuk membolehkan supaya dalam kita usaha membentuk sebuah negara dan generasi yang mendatang, penting kepada kita untuk mengekalkan supaya penyatuan, perpaduan rakyat, jangan ada persoalan bahawa kita ini very parochial, dengan izin. We are not parochial― kita tidak sayang negara kita. Kita sayang negara kita. There is no question of not loving the country. But how do you love the country? Leadership must have the values in life, not the desire to maintain the power yang ada. Not the desire of you to have that sort of project in your life. Ini penting kepada kita, Dato’ Speaker, untuk memastikan supaya belanjawan ini dapat kita pantau secara baik.
Mana tadi? Saya minta Kinabatangan...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Semporna. Terima kasih, Semporna. Adakah Semporna setuju bahawa keperluan untuk doktor gigi pun sangat terhad di Sabah? Dan juga di Sarawak sebenarnya. Dan tidak ada satu universiti di Sabah atau Sarawak yang menganjurkan course pergigian, dan mungkin perlu ada di sana.
Satu lagi, tadi disebutkan oleh Semporna bahawa isu air dan di Sabah ini juga antara negeri yang mempunyai air yang tidak berfluorida yang akhirnya memangsakan kepada rakyat dalam penyakit dental caries ini. Mungkin perlu Kerajaan Pusat juga memberikan pinjaman ataupun satu geran untuk membantu program pemfluoridaan air di Sabah.
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih. Saya setuju dengan Yang Berhormat tentang apa yang disuarakan. Satu, bab air. Bab air di Sabah ini dia krisis lama dah. Bayangkan dahulu ada berlaku kes― tidak pernah berlaku di mana negara di dunia― beratus juta dapat dijumpa oleh Jabatan Air. Mahu itu pun dituduh saya punya duit. Manakan saya simpan duit di Jabatan Air.
[Ketawa] Takkan tak ada bank pula. Tetapi, inilah di antara tanda-tanda
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
yang perlu ada ketegasan, kepimpinan, nilai-nilai yang ada untuk kebaikan to sustain that. Itu perkara yang penting.
Berhubung kait dengan air, Dato’ Speaker, saya minta supaya they must also realize― boleh kalau tidak kerajaan, bukan hanya Persekutuan, negeri Sabah― industrial water. Air di laut punya banyak. Translate that into industrial water. Kita di negara ini bersaing dengan air yang dah dirawat, boleh minum, drinkable water dengan air yang digunakan oleh para industri. Negara di Middle East, negara-negara barat, they converted the water into drinkable industry water yang ada untuk kegunaan industri yang ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Yang tadi berhubung kait― the second apa? Satu, air.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Dental school. Kajian kursus pergigian di universiti.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Oh, kursus pergigian. Saya masih ingat lagi memang kurang pakar di Sabah ini. Saya masih ingat saya jemput my old friend Chua Jui Meng, Menteri Kesihatan, datang ke Semporna. Tidak ada pakar gigi yang ada. Tetapi, dia nampak gigi saya putih, dia cakap. Pasal saya berus gigi hari-hari. I said, “Brother, there is no specialist in Semporna.” Bukan setakat hari ini, saya dah bersuara bertahun-tahun dah. Operating room untuk buat operasi hospital di Semporna pun tidak ada. Kalau ada, bawa pergi Tawau. Jangan cerita tentang jantung. Sekarang ini berura-ura ada satu pakar gigi dah di Semporna. Itu pun menelan masa berpuluh tahun.
Bekas menteri, bekas pimpinan― kadang-kadang suara kita dengar tetapi sama ada dilaksanakan, sama ada diambil perhatian. Minta kepada pimpinan yang ada bukan hanya yang mendengar teguran, ucapan dengan nilai yang baik, kita mahu supaya perjalanan kehidupan kita di muka bumi ini kita tinggalkan kehidupan yang jauh baik daripada yang kita rasa. Kerana saya tahu cabaran yang ada.
Seperkara, the last one, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Mengenai dengan Maliau Basin yang ada. Saya bimbang― kerana climate change is very
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
important. Jangan nanti besok― Maliau Basin ini satu tempat yang banyak dia punya reserved kayu ini di bawah itu. Is one of the most important that we have preserved that. Kita kena belajar daripada Koperal Mahmud dah berpuluh tahun. Akhirnya, walaupun Koperal Mahmud dah selesai tetapi yang menerima akibat contaminated water yang ada daripada Mount Kinabalu itu, generasi yang ada.
Jangan ulangi apa yang berlaku― projek Koperal Mahmud dan juga Maliau Basin ini― di mana tanda-tanda yang ada akan lombong-lombong sama ada batu arang kah, apa kah, akan dicari gali oleh mereka untuk membolehkan didapatkan hasil. Saya bimbang fasal, Dato’ Speaker, di bawah bumi itu banyak api di bawah itu.
Bukan hanya yang kita kena sedar untuk mengatasi. Sudah ada hadis yang menyatakan tanda-tanda hari kiamat, manusia akan berbalah, berperang oleh sebab kekayaan di bawah bumi, sama ada minyak, sama ada emasnya, sama ada berbagai-bagai ini.
Jadi, Dato’ Speaker, terima kasih banyak atas ruang yang diberikan kepada saya untuk membolehkan membahas. Jadi, dengan niat yang baik, apa yang saya suarakan, teguran supaya bukan hanya didengar, supaya diambil perhatian, tindakan dapat diambil.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Semporna. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua, saya juga mengalu-alukan rombongan daripada bekas sekolah saya, pelajar Tingkatan 6 KISAS, Klang.
[Tepuk] Dengarlah abang al KIS berbicara sedikit.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan membaca satu potong hadis Nabi SAW yang pendek sahaja...
[Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW, Baginda bersabda, “Tanda orang munafik ada tiga. Apabila dia bercakap, dia dusta. Apabila dia berjanji, dia ingkar janji. Dan jika diberi amanah, dia khianat”.” Hadis riwayat Bukhari.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Puan Yang di-Pertua, dalam hadis ini ada satu ada satu perkataan yang cukup banyak diucapkan semasa ucapan Belanjawan 2027 oleh Yang Amat
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Berhormat Perdana Menteri kita iaitu perkataan waad. Waad ini bahasa Arab yang bermaksud janji, promise. Hadis ini menyebut siapa yang selalu berjanji tapi sering kali mengingkari janji, itu adalah salah satu tanda beliau adalah orang yang boleh dianggap munafik atau hipokrit. Satu sikap yang amat keji dalam ajaran Islam.
Puan Yang di-Pertua, adalah menjadi konsep yang mantap, a settle concept dan diterima umum bahawa dalam pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik adalah penilaian prestasi belanjawan dahulu berasaskan KPI ataupun key performance indicator sebagaimana disebut oleh senior MP daripada Semporna tadi.
Petunjuk prestasi utama adalah lebih kritikal dan lebih penting berbanding sekadar merangka satu belanjawan baru walaupun dilihat menarik terutamanya dengan penggunaan istilah yang bombastik, berbunga-bunga, seolah-olah belanjawan itu sebuah karya sastera.
Belanjawan yang baik bukan dinilai daripada berapa banyak peruntukan yang berjaya dibelanjakan. Tetapi sejauh mana wang tersebut mencapai objektif asal ataupun outcome. Penilaian KPI pula adalah untuk mengukur impak sebenar kepada ekonomi rakyat. Contohnya, jika RM10 juta diperuntukkan untuk mengurangkan kemiskinan, KPI akan menilai adakah kadar kemiskinan itu benar-benar turun, bukan sekadar melihat RM10 juta itu habis digunakan.
Tanggungjawab pihak pengurusan kewangan kerajaan pula adalah untuk menilai belanjawan dahulu bagi memastikan setiap kementerian, agensi atau jabatan mengikut KPI dan bertanggungjawab atas setiap sen yang dibelanjakan.
Mengelakkan pembaziran melalui audit KPI yang ketat, dengan kata lain belanjawan yang lalu menjadi cermin untuk merancang belanjawan yang akan datang.
Maka berdasarkan kata kunci di atas iaitu menilai prestasi berdasarkan KPI, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada kerajaan, yang mana persoalan ini adalah berdasarkan penilaian yang dibuat bukan boleh mass media atau media sosial dan sebagainya tetapi penilaian yang dibuat oleh agensi kerajaan sendiri iaitu Jabatan Audit Negara ataupun JAN melalui Laporan Ketua Audit Negara.
Isu pertama, saya ingin mempersoalkan mengenai kecekapan pelaksanaan projek pembangunan. Pada tahun— Belanjawan Tahun 2026 yang lalu, memperuntukkan sebanyak RM81 bilion...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Bagi belanja pembangunan iaitu RM17.2 daripada....
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Isu peraturan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Keseluruhan belanjawan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Isu peraturan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
RM470 bilion.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tak bagi.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya belum start lagi Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Bharu, peraturan mesyuarat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Hanya 3,120 projek...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Bharu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Iaitu 32.6 peratus sahaja yang mencapai status pasca pelaksanaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Manakala 6,265 projek iaitu lebih...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Peratus masih berada di peringkat prapelaksanaan atau pelaksanaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya tak bagi laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukan bagi laluan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sehubungan dengan itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, peraturan Dewan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Saya ingin memohon Menteri menjelaskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang pertama...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Berapakah...
[Tidak jelas] [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu, tunggu sekejap.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...2026 Yang telah siap? Berapakah projek...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, peraturan Dewan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya tidak benarkan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu, dia bangkitkan peraturan mesyuarat. Tunggu sekejap. Peraturan mesyuarat mana satu?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dia mengambil masa saya Puan Yang di-Pertua, itu taktik, saya kenal sangat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no, bukan taktik.
Masa boleh diberhentikan, dengar Kota Bharu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat mana satu?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya belum start lagi, apa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Standing order?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu seorang peguam, duduklah, dengar, 36(1). Tadi kata ada bekas pelajar daripada sekolah Tuan Yang di-Pertua— Kota Bharu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
“Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa yang kurang sopan...” Saya
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
dengar tadi ayat-ayat suci Al-Quran telah disebut. Selepas itu, perkataan munafik telah digunakan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Di mana...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua, dia silap, 36(6)...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang, sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan juga 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk dulu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan pun tak betul, 36(1) bukan yang bercakap itu...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Tidak jelas] Sangkaan, dia bukan sebut Al-Quran tadi, itu hadis. Lain tu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tengok 36(1) tu apa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beliau telah menggunakan perkataan munafik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Hadis dengan Al-Quran lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Munafik... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak tahu jangan sebutlah...
[Tidak jelas]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, biarkan saya habiskan dulu. Biar saya habiskan dulu. Perkataan munafik telah digunakan iaitu kelakuan yang paling keji dan ia telah dinyatakan terhadap Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Munafik itu hipokrit.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Dia salah guna tu...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Munafik itu hipokrit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Takkan kita nak biarkan perkataan itu digunakan? Semua dengar di sini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia menggunakan agama Islam tu. Tu tunggang agama tu. Dia sebab...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu, Kota Bharu...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, buat usul.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, buat usul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, saya sudah bagi petua, buat usul dan hantar kepada Pejabat Tan Sri Speaker.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya ingin...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, biar saya habiskan dulu.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Saya sudah kata, saya sudah buat petua, buat usul dan hantar ke Pejabat Tan Sri Speaker. Itu petua, sila duduk. Yang Berhormat Jelutong...
Beberapa Ahli
Duduklah Jelutong! [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, jangan bazir masa, sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkataan munafik...
Seorang Ahli
Speaker dah buat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, yang lain jangan bising. Jelutong, saya sudah kata buat usul. Itu sahaja, sila duduk.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, saya sudah bagi petua, sila duduk.
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, nak benarkan dia gunakan perkataan munafik terhadap Perdana Menteri dan kita biarkan sahaja macam itu?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ruling sudah dibuat.
Come on lah, you are lawyer.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
*No, come on. You...
[Pembesar suara dimatikan]*
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan, berapakah jumlah projek di bawah Belanjawan 2026 yang telah siap sepenuhnya dan juga yang sedang dilaksanakan dan juga masih di peringkat reka bentuk dan perolehan.
Yang kedua, berapakah projek yang telah menerima extension of time (EOT), dikategorikan sebagai projek sakit, berisiko gagal disiapkan mengikut jadual dan apakah early warning system yang diwujudkan oleh kerajaan untuk mengesan projek-projek yang lewat ini.
Perkara kedua ialah prestasi perbelanjaan dan fiskal. Belanjawan yang besar hanya akan memberi impak sekiranya setiap Ringgit dibelanjakan secara cekap dan berhemah. Walaupun hasil Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM336 bilion, kerajaan masih merekodkan defisit fiskal sebanyak RM75.288 bilion iaitu 3.7 peratus daripada KDNK. Pada masa yang sama, hutang Persekutuan telah meningkat kepada RM1.321 trilion. Akaun Belum Terima mencecah RM102.032 bilion.
Manakala komitmen kewangan dan liabiliti lain berjumlah RM332.378 bilion.
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, apakah prestasi sebenar perbelanjaan Belanjawan 2026 mengikut kementerian serta kementerian yang mencatat prestasi yang terendah dari segi perbelanjaan Belanjawan 2026...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kota Bharu...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Apakah mekanisme kawalan yang memastikan setiap kos benar-benar memberikan nilai tambah kepada rakyat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kota Bharu...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Serta berpunca daripada kelemahan perancangan dan pengurusan kontrak.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta pencelahan Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, cepat, cepat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Perbelanjaan pada kali ini adalah peratus perbelanjaan mengatasi pendapatan. Ertinya masih lagi kita bergantung kepada pinjaman iaitu 17.2 peratus.
Tetapi kena ingat, perbelanjaan bajet pada tahun ini meningkat sampai RM510 bilion
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
berbanding dengan tahun yang lepas. Jadi, saya nak bagi pandangan, nak minta pandangan daripada Kota Bharu, 17.2 peratus dikatakan dah dikurangkan, itu sebenarnya against dia RM510 berbanding dengan tahun lepas.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, saya nak nampak, saya nak minta penjelasan daripada...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya setuju Pendang, masukkan dalam ucapan saya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Isu yang ketiga, keberhasilan belanjawan kepada rakyat ataupun outcome dan value for money.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Belanjawan 2026 telah memperkenalkan banyak inisiatif strategik seperti MyDigital ID, GovTech Malaysia, Kiosk MADANI, UTC dan STAR. Kejayaan sesuatu belanjawan tidak boleh diukur berdasarkan jumlah peruntukan atau kadar perbelanjaan semata-mata, sebaliknya mestilah berdasarkan manfaat sebenar yang diterima oleh rakyat serta value for money yang dihasilkan daripada setiap Ringgit wang awam.
Saya ingin bertanya kepada Menteri, berapakah inisiatif strategik Belanjawan 2026 telah mencapai KPI dan beroperasi sepenuhnya dan apakah ukuran outcome yang digunakan kerajaan seperti kadar penggunaan oleh rakyat, penjimatan kos operasi, peningkatan produktiviti dan pengurangan masa penyampaian perkhidmatan atau delivery system?
Yang seterusnya saya ingin bertanya kepada Menteri mengenai kedudukan Jabatan Audit Negara, kebebasan dan keberkesanan Institut Audit Negara. Saya ingin menyentuh mengenai Jabatan Audit Negara yang merupakan salah satu tonggak utama sistem semak dan imbang dalam negara kita.
Baru-baru ini timbul isu pelantikan Ketua Audit Negara yang menjadi perhatian dan perbahasan tapi saya tidak mahu menyentuh mengenai perkara itu.
Tetapi saya ingin membangkitkan bagaimana akhir-akhir ini kita melihat Laporan Ketua Audit Negara banyak memberi penekanan kepada pematuhan prosedur sahaja dan kurang menampilkan analisis yang mendalam terhadap keberkesanan perbelanjaan, pencapaian hasil dan akauntabiliti pelaksanaan projek berimpak tinggi.
Oleh itu saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah langkah yang sedang diambil untuk terus memperkukuh kebebasan institusi Jabatan Audit Negara,
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
meningkatkan kapasiti audit prestasi dan audit value for money serta memastikan dapatan audit benar-benar menjadi rujukan utama dalam penyediaan dasar dan belanjawan negara?
Puan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya nak bangkitkan ialah mengenai isu AirAsia, satu penerbangan tambang murah dalam negara kita. Baru-baru ini, satu media The Edge Malaysia pada 1 Oktober tahun 2026 telah melaporkan bahawa AirAsia Group yang mempunyai pinjaman pada masa ini sebanyak RM3.13 bilion dan mempunyai liabiliti pajakan pesawat sebanyak RM13.3 bilion setakat 30 Jun 2026 bercadang untuk meminta ataupun mengharapkan pembiayaan daripada kerajaan sebanyak USD1 bilion yang mana dikatakan melibatkan satu pihak yang bernama Alton Aviation Consultancy atau Alton.
Saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan dan juga Menteri MOT, adakah benar kementerian telah melantik Alton Aviation Consultancy untuk menjadi perantara kepada pembiayaan AirAsia ini? Kalau ada, apakah jaminan atau aku janji atau indemnity atau komitmen kewangan kerajaan dalam perkara ini? Berapakah pendedahan kewangan maksimum pembayar cukai ataupun tax payer exposure dan apakah cagaran atau syarat melindungi kepentingan kerajaan?
Apakah benar dalam laporan Harian Metro 19 hari bulan 10 berbunyi, “AirAsia bertemu pegawai MOF, bincang sokongan kerajaan terhadap kedudukan kewangan syarikat AirAsia”, NST Business Times 12 Oktober menyatakan dengan izin, “AirAsia in talks with Malaysia Government over potential funding support”? Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah benar kerajaan mempunyai perancangan untuk memberikan pembiayaan ataupun sumbangan kewangan kepada AirAsia yang dikatakan mempunyai masalah kewangan yang amat berat?
Begitu juga satu lagi dalam hubungan AirAsia saya ingin bertanya kepada Menteri Pengangkutan, adakah benar MAHB masih lagi tidak dibayar oleh AirAsia ataupun syarikat-syarikat related dengan AirAsia ini sebanyak RM500 juta? AirAsia belum lagi membayar kepada MAHB. Dan saya ingin tahu, adakah itu juga diambil daripada caj perkhidmatan penumpang, passenger service charge (PSC)? Adakah jumlah yang diambil daripada penumpang itu juga tidak dibayar oleh AirAsia kepada Malaysia Airports Holdings Berhad?
Ini perkara yang bukan saja MyEG. Ini yang kedua ni daripada AirAsia sendiri kepada MAHB. Kedua-duanya adalah dalam Kementerian Pengangkutan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kota Bharu, adakah ia dicekau?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Isu yang ketiga. Ha, Pendang. Saya nak masuk yang ketiga dah, yang penting ya.
Saya ingin menyentuh mengenai isu Perlembagaan. Mengikut Perkara 71(1)(2) dalam Perlembagaan Malaysia dengan jelas mengatakan bahawa tajuknya “Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri”. 71(1), “Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak istimewa di sisi Perlembagaan bagi Raja Negeri mengikut Perlembagaan Negeri itu;”. Dan fasal yang kedua berbunyi, “Fasal 1 hendaklah dengan ubah suai yang perlu, terpakai berhubung dengan seseorang Pembesar Memerintah Negeri Sembilan sebagaimana fasal itu terpakai bagi Raja sesuatu negeri”. Saya ingin bertanya, sebagai seorang Ahli Parlimen daripada sebuah negeri dalam Persekutuan, adakah Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini benar- benar menjamin kebebasan ataupun gerenti kepada Perlembagaan negeri-negeri dilaksanakan di peringkat negeri-negeri? Dan satu jaminan, Kerajaan Persekutuan tidak akan interfere ataupun campur tangan dalam urusan peruntukan-peruntukan di bawah Perlembagaan negeri?
Isu berkaitan perkara ini Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan apa yang berlaku di sebuah negeri di Malaysia sekarang ini iaitu di Negeri Sembilan. Apabila kerajaan ditubuhkan di Negeri Sembilan pada bulan Ogos yang lalu, sebuah kerajaan telah ditubuhkan dengan pelantikan Menteri Besar dan 10 orang Exco kerajaan negeri, akhirnya berdasarkan suatu tindakan daripada pihak pemerintah Negeri Sembilan, 10 orang Exco yang dilantik telah dipecat ataupun ditamatkan perkhidmatan mereka. Pada pandangan saya, ia nya tidak mengikut peruntukan di bawah Perlembagaan Negeri Sembilan itu sendiri.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Dato' Yang di-Pertua, minta izin. Minta izin Dato' Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Perlembagaan Negeri Sembilan telah menyebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Bharu, bagi laluan?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya. Sila.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Boleh?
Bersetuju kah Kota Bharu kalau saya katakan bahawa Exco di sebuah negeri bersetuju untuk menurunkan seorang Sultan? Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey, saya minta pihak kerajaan menjawab soalan itu.
Saya ingin menyebut, Yang Berhormat Port Dickson pun boleh sebut. Dalam Perlembagaan Negeri Sembilan, di bawah Perkara 38(5), saya baca dalam bahasa Inggeris sebab edisi dalam bahasa Inggeris, “Subject to Clause (4), a member of the Executive Council other than Menteri Besar shall hold office at the Ruler’s pleasure, unless the appointment of any member of the Executive Council shall have been revoked by the Ruler...”— ini penting. “...on the advice of the Menteri Besar...”. Dengan bahasa Melayunya, seseorang ahli Exco di Negeri Sembilan selain daripada Menteri Besar boleh memegang jawatannya atas perkenan Raja, kecuali pelantikan Exco itu telah dibatalkan (revoke) oleh Raja atas nasihat Menteri Besar.
Tetapi kita tahu bahawa di Negeri Sembilan ini, kita difahamkan tidak ada suatu nasihat diberikan. Kalau Port Dickson boleh buktikan, buktikanlah. Tidak ada nasihat daripada Menteri Besar Negeri Sembilan untuk Yang di-Pertuan Besar memecat 10 orang ahli Exco ini. Ini bercanggah dengan Perlembagaan.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Dato' Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tetapi malangnya Peguam Negara yang menjadi penasihat kepada kerajaan menyatakan bahawa tindakan yang dibuat itu adalah sah mengikut Perlembagaan...
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Dato' Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sedangkan ia tidak selari dengan Perlembagaan ini. Saya nak tanya Peguam Negara, Perlembagaan mana yang dirujuk oleh beliau mengatakan apa yang dibuat ini adalah suatu yang sah?
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Dato' Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi, itu perkara Perlembagaan yang Dewan ini mempunyai hak untuk membincangkan kerana Perlembagaan apa pun dan pindaannya, di sinilah akan dibuat Perlembagaan Persekutuan dan di negeri, di Dewan Undangan Negeri dibuat.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Datuk Yang di-Pertua, undang-undang— penasihat mana yang dipakai oleh Menteri Besar dan
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Exco untuk menyatakan bahawa mereka bersetuju untuk menurunkan seorang Raja? Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Itu tak ada kaitan dengan Menteri Besar, itu tidak ada kaitan. Yang Berhormat pun tahu. Yang Berhormat menolak untuk menandatangani proklamasi yang dibuat itu kerana Yang Berhormat sendiri tidak memahami apa kehendak Perlembagaan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu. Sila gulung.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya. Jadi, akhirnya tadi saya nak minta kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri Undang-undang menjelaskan Perkara 71(1) dan (2) dan juga tindakan Peguam Negara menyatakan apa yang dibuat, yang berlaku di Negeri Sembilan ini selaras dan sah di sisi Perlembagaan, sedangkan peruntukan 38(5) yang saya baca tadi, bercanggah sama sekali dengan apa yang dilakukan itu. Itulah sahaja ucapan saya, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker, Peraturan Mesyuarat.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sorry, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
37(2) dan juga Peraturan Mesyuarat 24. Memang Speaker boleh mengehadkan masa dan juga boleh menghalang daripada minta penjelasan. Apa yang berlaku tadi, Jelutong menggunakan peraturan mesyuarat untuk mengganggu Ahli. Adakah itu perlu kita benarkan? Dan dia melanggar kedua-dua Peraturan Mesyuarat ini, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah hentikan, bagi petua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau Yang Berhormat Beluran pun ada apa-apa nak bangkitkan, boleh buat usul.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dia bukan begitu, Yang Berhormat. Takkan buat usul tanya Peraturan Mesyuarat? Yang mengganggu tadi itu menggunakan Peraturan Mesyuarat untuk mengganggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah hentikan dan yang Beluran sedang ganggu Dewan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dia perlu ada ruling on this, Yang Berhormat. Ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tetapi, yang usul itu, you can make a...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Keputusan. Macam Jelutong buat tadi, mengganggu enam minit masa Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat. Jadi, menggunakan Peraturan Mesyuarat untuk mengganggu seorang Ahli melanggar Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, saya Peraturan Mesyuarat. 36(10)C— Penggunaan perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuh di antara satu kaum.
Yang Berhormat Jelutong tadi mempergunakan tafsiran daripada Al-Quran dan sunnah konon-kononnya, yang mana dia sendiri menolak kebenaran Al-Quran dan tidak percaya kepada kerasulan Rasulullah SAW. Tapi, dia mempergunakan hujah agama untuk mengganggu apa yang dilakukan, sedang dicakapkan oleh Kota Bharu.
Saya rasa, Dewan tidak boleh membenarkan perkara sebegini berterusan, yang mana ini menjadi satu permainan dalam Dewan ini. Ini satu perkara yang salah dan boleh menimbulkan salah faham di luar sana.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey. Jadi, Yang Berhormat...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang harus dihentikan segera sekiranya Jelutong berterusan buat begini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, kedua-dua Yang Berhormat boleh buat usul dan hantar ke Tan Sri Speaker.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan buat usul.
Yang di-Pertua, saya akan buat usul tapi yang saya dengar dalam bahasa Inggeris penggunaan perkataan “hypocrite”. Sebab itu, saya bangun. Mungkin, saya tersilap tentang tafsiran tapi penggunaan hipokrit digunakan. Yang di-Pertua...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di mana— saya belum habis lagi. Di mana perkataan hipokrit itu tafsiran munafik ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kota Bharu seorang peguam. Kita bahas.
Speaker telah beri petua. Yang di-Pertua juga telah beri petua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Bila saya sebut Perdana Menteri? Bila saya sebut?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Gunakan bahasa yang kurang sopan dan biadab.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kenapa awak terasa?
Saya tak sebut Perdana Menteri pun.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang di-Pertua, 36...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sudah bagi petua. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tasek Gelugor, semua boleh buat usul. Kalau Yang Berhormat Pendang mahupun boleh buat usul. Okey, jadi sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Peraturan 36(10).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah.
Cukup. Yang Berhormat Tasek Gelugor sudah bangkit. Ya, jadi Yang Berhormat Pendang boleh buat usul bersama-sama dengan Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Okey. Saya sudah buat keputusan. Okey, sekarang saya minta Yang Berhormat Kluang untuk berucap.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Puan Yang di-Pertua, salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kerana memberi saya ruang untuk bahas pada hari ini.
Buruh, tani dan orang miskin, Berjuang bersama warga masa; Reformasi diharungi, penuh yakin, agar harapan mendukung bangsa. Bunga plum tidak mekar kerana musimnya mudah, ia mekar kerana sanggup bertahan dalam dingin yang menggigit tulang. Inilah kiasan yang dipetik Yang Amat
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Berhormat Tambun dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2027. Begitu juga Belanjawan 2027, ruang yang kita ada hari ini untuk melindungi golongan M40 tanpa mengorbankan B40 tidak datang bergolek.
Ia hasil reformasi yang tegas dan kadangkala tidak popular langsung.
Sepanjang hampir empat tahun ini, contohnya subsidi bersasar. Pengukuhan hasil negara dan disiplin fiskal yang kita pegang walaupun dikritik.
Pertama, saya benar-benar terkejut dan terharu apabila Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan pelepasan cukai bagi pembelian kasut sukan mulai tahun depan. Ini adalah permintaan sebahagian rakyat kita yang mengamalkan gaya hidup lebih aktif, lebih sihat sejak pelepasan cukai aktiviti sukan, sebanyak RM1,000 diperkenalkan. Penambahbaikan ini memberi semangat kepada rakyat di luar sana yang mengikut hala tuju Kerajaan MADANI untuk menjaga kesihatan.
Kedua, elaun sejumlah RM2,500 setahun kepada pelajar Tingkatan 6 mulai tahun depan akhirnya merapatkan jurang antara pelajar Tingkatan 6 dengan program pra-universiti lain. Secara jujurnya, setiap kali saya berjumpa pelajar Tingkatan 6 di kawasan saya, isu ketidakadilan, inilah yang paling kerap dibangkitkan oleh mereka.
Mereka tidak meminta banyak, mereka hanya mahu diberi layanan yang sama seperti pelajar program lain. Dengan elaun RM2,500 ini yang setara dengan program matrikulasi, saya berharap peluang mereka untuk melanjutkan pengajian ke IPTA akan menjadi lebih adil bermula tahun hadapan.
Satu lagi perkara yang amat penting juga ialah isu penginapan di IPTA. Saya telah banyak kali dimaklumkan oleh mahasiswa dan mahasiswi tentang kekurangan bilik penginapan di IPTA tertentu sehingga pelajar senior terpaksa pulang ke kampung dan belajar secara dalam talian.
Saya juga terserempak dengan video yang dimuat naik oleh pelajar baharu yang menunjukkan betapa uzurnya kemudahan asrama di sebahagian, bukan semualah, sebahagian IPTA. Saya berharap, Kementerian Pendidikan Tinggi memberi perhatian serius terhadap isu ini. Janganlah sampai mahasiswa-mahasiswa kita turun protes seperti pelajar sekolah menengah di Perancis baru-baru ini.
Puan Yang di-Pertua, peningkatan Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan juga Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) amat dialu-alukan. Semua akan bersetuju bahawa kos sara hidup dan ekonomi merupakan isu paling utama dalam setiap kajian sentimen rakyat, tidak kira siapa penyelidiknya.
Justeru, kita perlu memastikan lebih banyak bantuan disalurkan dalam bentuk kredit SARA berbanding tunai, supaya bantuan itu terus dibelanjakan untuk
Puan Wong Shu Qi - Kluang
barang basah dan keperluan asas dapur harian. Pada masa yang sama, perluasan penggunaan kredit SARA ke 216 pasar tani dan tamu FAMA juga merupakan penambahbaikan yang sangat-sangat tepat.
Walau bagaimanapun, saya percaya masih ramai yang akan mengadu bahawa mereka tidak dapat menggunakannya iaitu kredit SARA di kedai atau pasar tempat di mereka biasa berbelanja. Saya berharap, langkah ini diperluaskan lagi, bukan sahaja tamu FAMA dan juga pasar tani tetapi kesemua pasar awam dapat digunakan kredit SARA ini.
Selain itu, MyKad baharu tidak lagi mempunyai fungsi Touch ‘n Go walaupun kredit SARA dimasukkan ke dalam MyKad. Kita boleh menggunakan MyKad untuk membeli-belah di pasar raya untuk barang dapur dan keperluan asas tetapi tidak boleh membayar fi pendaftaran di klinik kesihatan atau hospital awam.
Memandangkan perbelanjaan perubatan adalah sebahagian besar daripada perbelanjaan harian rakyat, saya mencadangkan Kementerian Kewangan dan KKM mengkaji kebolehlaksanaan pembayaran fi pendaftaran di klinik kesihatan dan juga hospital awam secara terus menggunakan kredit SARA dalam MyKad.
Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 membuktikan betapa kuatnya iltizam Kerajaan MADANI untuk menambah baik sistem pentadbiran dan mengubah nasib rakyat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Sejak sistem doktor kontrak diperkenalkan pada tahun 2016, kita menyaksikan bakat-bakat perubatan kita hilang harapan satu demi satu lalu berhijrah ke luar negara mencari masa hadapan. Selepas 10 tahun perjuangan, Kerajaan MADANI akhirnya mengumumkan penamatan sistem doktor kontrak. Akhirnya kontrak doktor ini tamat dalam penggal ini dan siapa yang buatkan penamatan ini?
Kerajaan MADANI, Yang Amat Berhormat Tambun.
[Tepuk] Kesemua 9,000 orang doktor akan diserap ke dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai tetap.
Sepuluh tahun dah, akhirnya jadi. Bukan lagi doktor kontrak dengan masa depan yang tidak menentu. Ini satu pencapaian besar.
Kebelakangan ini, rakyat juga kerap membincangkan bagaimana mereka boleh menyumbang untuk menambah baik sistem kesihatan awam kita. Salah satu cadangan ialah menaikkan fi pendaftaran RM1 yang tidak berubah selama 44 tahun.
Kita tentukan kadar fi pendaftaran ini RM1 pada tahun 1982 dan sekarang sudah 2026 dah. Jadi, ada cadangan iaitu tingkatkan RM1 kepada satu amaun yang lebih munasabah.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tetapi bagi saya, isu pokoknya ialah bagaimana kita semua bukan sahaja Yang Berhormat-Yang Berhormat duduk dalam Dewan yang mulia ini, tetapi juga rakyat di luar sana masyarakat kita bagaimanalah kita semua membina sistem kesihatan awam yang lebih mampan dan cekap serta mengelakkan pembaziran sumber perubatan awam.
Isu insurans perubatan yang menjadi tumpuan sejak satu, dua tahun ini mendedahkan bagaimana reka bentuk pasaran yang tidak menyeluruh menggalakkan pembaziran sumber. Hospital swasta sering mengenakan caj-caj yang jauh lebih tinggi apabila dimaklumkan bahawa pesakit mempunyai insurans perubatan dan bil dipenuhi dengan bekalan-bekalan yang tidak diperlukan.
Syarikat insurans pula mendakwa dana tidak mencukupi untuk membayar semua tuntutan pemegang polisi. Lalu, premium terpaksa dinaikkan. Justeru, saya amat mengalu-alukan pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun bahawa kategori caj dalam bil hospital swasta akan diseragamkan. Ini adalah satu langkah yang sangat-sangat penting.
Namun, saya ingin membawa satu lagi cadangan iaitu menaikkan akaun fleksibel akaun tiga ahli KWSP dengan MyKad supaya ahli KWSP boleh terus menggunakan simpanan akaun tiga untuk membayar bil perubatan mereka. Sejak akaun tiga diperkenalkan, ada yang mengeluarkan wang untuk keperluan terdesak keluarga dan ada juga yang mengeluarkannya untuk memenuhi keinginan peribadi.
Pada masa ini, pengeluaran akaun tiga perlu dibuat melalui aplikasi KWSP, laman sesawang KWSP atau secara manual di kaunter. Sehingga Oktober 2025, seramai lima juta orang ahli di bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran iaitu 37 peratus daripada ahli dalam kumpulan umur tersebut. Jumlah pengeluaran sepanjang tahun 2025 pula ialah RM5.2 bilion iaitu kira-kira RM440 juta sebulan.
Walaupun ramai ahli memaklumkan kepada KWSP bahawa wang tersebut digunakan untuk pertama, menampung kos sara hidup, kedua kos perubatan, ketiga pembayaran pinjaman. Hakikatnya KWSP tidak dapat menjejaki bagaimana wang itu dibelanjakan. Justeru, saya mencadangkan supaya pengeluaran akaun tiga untuk pembayaran bil perubatan sahaja dipermudahkan melalui MyKad.
Memandangkan kos perubatan merupakan sebab kedua tertinggi ahli mengeluarkan simpanan KWSP. Lebih baik kita dengan izin quick sikit akaun tiga supaya lebih mudah digunakan untuk keperluan perubatan sahaja.
Selain itu, saya juga mengalu-alukan usaha KKM dan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Misalnya, hasil duti eksais minuman bergula disalurkan terus kepada KKM untuk advokasi dengan izin War on Sugar. Perolehan ubat perencat SGLT-2 dan kemudahan dialisis peritoneal. Namun begitu, saya ingin mencadangkan satu lagi langkah supaya rakyat lebih aktif menjaga kesihatan diri iaitu memberikan insentif dalam bentuk kredit SARA secara tambahan kepada mereka yang mencapai 300,000 langkah sebulan ataupun purata 10,000 langkah sehari.
Kita kurangkan kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui duti minuman bergula sebagai dengan izin stick dan kredit SARA tambahan sebagai carrot. Stick dan carrot jalan sekali barulah lebih ramai akan minat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan pemakanan yang lebih seimbang.
Puan Yang di-Pertua, reformasi struktur ekonomi negara sedang mengubah masyarakat kita. Maka cara pengelasan isi rumah mengikut pendapatan juga harus ditambah baik. Pengelasan mengikut peratusan pendapatan iaitu yang kita guna sekarang B40, M40 dan T20 yang digunakan secara meluas sejak Rancangan Malaysia Ke-11 pada tahun 2016, tidak lagi memberi gambaran yang tepat.
Ramai ahli akademik mencadangkan agar kita menggunakan Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) untuk mengelaskan isi rumah. Walau bagaimanapun, MPI ialah mekanisme yang kompleks kerana kerajaan perlu mengambil kira pelbagai faktor dan data daripada pelbagai agensi.
Justeru, saya mencadangkan supaya pengelasan statik sekarang diubah kepada mekanisme berdasarkan pendapatan penengah isi rumah (median household income) dengan izin. Ini bermakna golongan kemiskinan relatif ialah isi rumah yang berpendapatan kurang daripada 50 peratus pendapatan penengah isi rumah kebangsaan mengikut data semasa.
Pendapatan penengah isi rumah sekarang ialah sekitar RM7,000 sebulan.
Justeru isi rumah berpendapatan RM3,500 dan ke bawah akan dikelaskan sebagai golongan kemiskinan relatif. M40 pula patut dikelaskan semula kepada kelas menengah bawah dan kelas menengah atas.
Kelas menengah bawah ialah isi rumah berpendapatan RM3,500 hingga RM7,000. Manakala kelas menengah atas ialah isi rumah berpendapatan RM7,000 hingga RM14,000. Selain itu, golongan T20 patut dikelaskan semula kepada tiga kelas iaitu T3, T2 dan T1. Dengan enam kelas ini, seorang profesional dan keluarganya yang berpendapatan sejumlah mungkin RM14,000 sebulan tidak lagi dikelaskan dalam golongan yang sama dengan golongan maha kaya iaitu T1.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kerajaan juga dapat merangka dasar rasionalisasi subsidi, pemberian insentif dan sebagainya dengan lebih tepat. Lebih penting lagi, kita perlu akui bahawa isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan di Lembah Klang tidak sama dengan isi rumah berpendapatan sama di Kelantan.
Kita patut membuat penyelarasan mengikut data setiap daerah supaya kerajaan dapat menyediakan instrumen dasar yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bantuan.
Puan Yang di-Pertua, akhir sekali izinkan saya membangkitkan dua isu penting bagi kawasan saya. Saya tahu masa hampir habis dah tapi dua isu secara ringkas. Isu pertama, iaitu projek naik taraf FT50 fasa 3B di Jalan Batu Pahat, Ayer Hitam, Kluang. Dari Tol Ayer Hitam hingga ke persimpangan Stadium Kluang setiap tahun kemalangan maut berlaku di FT50.
Bagi penduduk Kluang, ia sudah menjadi perkara biasa. Namun, kita tidak boleh membiarkan perkara sebegini menjadi kebiasaan. Fasa 3B ini telah dipohon oleh KKR sekurang-kurangnya tiga kali iaitu dalam RP4, Rancangan Malaysia Ke- 11, Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Ke-12. Namun masih belum diluluskan atas alasan keutamaan dan kekangan peruntukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan dan sila gulung.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Okey. Jadi, saya berharap KKR dan Kementerian Ekonomi meluluskan Projek Fasa 3B dalam Rancang Malaysia Ketiga Belas supaya kemalangan jalan raya di laluan ini dapat dikurangkan.
Dan isu terakhir, KPM telah mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah bagi tapak SJK(T) Ladang Mengkibol seluas tiga ekar kepada Pejabat Tanah Negeri Johor pada 12 November 2021. Bayaran pampasan sebanyak RM660,000 telah pun dibayar kepada pemilik asal, iaitu Kai Auction Sdn. Bhd. pada 10 November 2017. Malangnya sehingga hari ini Kementerian Pendidikan masih belum menerima sebarang maklum balas atau pemberimilikan tanah daripada pihak kerajaan negeri lagi.
Kementerian Pendidikan mahu membantu komuniti setempat tetapi projek pembinaan sebuah sekolah tidak akan dapat direalisasikan sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan sebarang kerjasama. Justeru, saya ingin tahu apakah perancangan Kementerian Pendidikan sekiranya proses pemberimilikan tanah bagi
Puan Wong Shu Qi - Kluang
tapak SJKT Ladang Mengkibol yang pampasannya telah pun dibayar oleh Kerajaan Pusat masih tergantung di peringkat kerajaan negeri.
Puan Yang di-Pertua.
Helang terbang mengapai langit, Beringin tua mengakar bumi; Aspirasi tinggi negara bangkit, Rakyat terbela kukuh ekonomi. Saya mohon sokong sepenuhnya Rang Undang-undang Perbekalan 2027.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertama sekali, saya nak mengambil peluang juga untuk sama-sama mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Marang atas kejayaan melancarkan Tafsir al-Tibyan pada hari Sabtu lepas.
[Tepuk] Ini satu kejayaan besar seorang tokoh ulama dari negara kita untuk manfaat seluruh rantau Nusantara, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak ambil peluang dalam perbahasan ini untuk menyentuh beberapa perkara di peringkat awalnya mengenai kawasan saya sendiri, Tasek Gelugor. Perkara pertama yang ingin saya sebutkan adalah berkaitan dengan Kementerian Pertanian.
Isu ini dah banyak kali saya sebut; isu ladang babi di Kampung Selamat. Dia bukan isu baharu, Tuan Yang di-Pertua. Penduduk dah sekian lama berhadapan dengan aduan berkaitan bau, berkaitan pencemaran air, kesan terhadap alam sekitar dan kehidupan harian mereka. Ada juga yang complain nak buat kenduri pun tak boleh sebab bau ini terlalu kuat.
Saya dah bawa isu ini berkali-kali. Kita tak boleh terus biarkan penduduk menanggung masalah yang berlarutan dari tahun ke tahun. Ini bukan masalah baharu; dah berpuluh tahun tak diselesaikan. Saya bawa isu ini ke Kamar Khas.
Timbalan Menteri menjawab dan mengatakan, saya petik daripada Hansard bertarikh 15 Julai 2026, “Hasil pemantauan mendapati bahawa sejak semua ladang menghantar sisa ternakan ke loji biogas, keadaan di Parit Cina adalah terkawal dan tiada pelepasan sisa ternakan yang signifikan”.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi, dia kata dah terkawal. Walaupun Timbalan Menteri kata terkawal tapi kat rumah saya— rumah saya tak jauh daripada ladang itu, buka pintu sahaja boleh bau busuk itu. Dan ada juga orang yang duduk berdekatan, dia tengok warna air sungai daripada sepatutnya menjadi warna hitam. Orang yang tak terkesan mungkin dia tak rasa apa-apa tapi kami yang duduk dekat kawasan itu menanggung kesan setiap hari. Sebab itulah kami tahu bahawa masalah ini sebenarnya tidak selesai.
Saya menyokong penuh apabila satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan oleh warga Tasek Gelugor dan mereka membuat keputusan untuk test sendiri, buat ujian sendiri pencemaran di Parit Cina yang Timbalan Menteri sebut tadi. Ada dua keputusan ujian, dua kali ujian.
[Sambil menunjukkan dua naskhah dokumen] Satu bulan September, satu bulan Oktober, baru lagi. Kedua-duanya mendapati bahawa pencemaran masih berterusan. Itu pencemaran air, yang pencemaran bau ini tak payah test pun tak apa. Buka je pintu boleh bau dah.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak penduduk Tasek Gelugor, saya menuntut supaya kita mencari penyelesaian yang muktamad bagi isu ini dan saya nak mencadangkan supaya ladang tersebut ditutup segera. Kita lihat di Selangor, kerajaan negeri telah mengambil langkah menghentikan penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat secara berperingkat, di samping membincangkan pemulihan tanah dan penciptaan sumber pendapatan alternatif untuk penternak. Saya menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Selangor kerana atas inisiatif bagindalah perkara ini dapat dilakukan.
Pendekatan di Selangor boleh dijadikan contoh, model yang sama boleh dilakukan di Tasek Gelugor dan kita wajib pastikan, wajib pastikan bahawa penternak tidak ditinggalkan tanpa bantuan. Jangan zalimi mereka, sebaliknya kerajaan perlu menyediakan pelan peralihan yang adil, tempoh pelaksanaan yang jelas, penilaian tanah, bantuan kewangan yang bersesuaian dan latihan juga supaya mereka boleh beralih kepada penternakan atau pertanian lain. Kita wajib jaga kebajikan para penternak yang ada sekarang dan jangan mereka dizalimi.
Malahan Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya secara peribadi saya rasa tak keterlaluan juga kalau saya usulkan di sini supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan adakah wajar dalam negara Malaysia ini terus mempunyai ladang-ladang babi yang besar. Bekalan daging babi boleh diperolehi secara import seperti yang dibuat di Singapura.
Malahan, ada kemungkinan daging-daging babi import ini lebih murah daripada yang diternak di Malaysia. Tengok apa yang berlaku di Singapura. Tapi hati-
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
hati, jangan kita jadikan ini isu perkauman atau isu agama. Kita mesti teliti dari sudut pencemaran, kebajikan rakyat terbanyak dan juga sebagai isu kesesuaian sesuatu industri untuk negara kita.
Ringkasnya, saya minta kerajaan menyediakan satu pelan penyelesaian yang khusus bagi Kampung Selamat dalam Parlimen Tasek Gelugor dalam perancangan Belanjawan 2027. Tetapkan garis masa, tetapkan kayu ukur pencapaian, dan tetapkan siapa bertanggungjawab untuk melaksanakan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Tasek Gelugor, saya minta sikit boleh?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Nanti kejap, saya banyak point. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, saya nak bercakap mengenai Kementerian Pendidikan. Saya memohon agar dibina sebuah sekolah rendah baharu di kawasan Ara Kuda— kalau kat hujung sempat okey, okey kita balik— di Ara Kuda dalam Parlimen Tasek Gelugor.
Di Ara Kuda ini, bilangan rumah bertambah dengan amat banyak dengan signifikan, bilangan keluarga bertambah. Hari ini ada anak-anak, ada ibu bapa di Ara Kuda, terpaksa hantar anak mereka ke sekolah sampai ke Lunas di Kedah, menyeberang sempadan negeri sebab tidak ada sekolah di situ. Saya mohon dalam peruntukan, dalam pelaksanaan Belanjawan 2027 dipertimbangkan pembinaan sebuah sekolah di kawasan Ara Kuda.
Dan kemudian di Kementerian Kesihatan. Berkaitan dengan klinik kesihatan dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor. Di Tasek Gelugor ini, kita ada klinik-klinik kesihatan, klinik-klinik komuniti tapi di Klinik Kesihatan Tasek Gelugor itu antara aduan yang selalu diterima ialah waktu menunggu yang lama dan juga parking yang bermasalah.
Saya tahu para doktor, jururawat, pembantu kesihatan, semualah petugas- petugas kesihatan ini mereka berkhidmat dengan cemerlang dan bersungguh- sungguh untuk serve warga Tasek Gelugor tapi di mata pengguna, masih ada kelompongan yang boleh diperbaik dan saya harap Kementerian Kesihatan boleh beri perhatian pada hal ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya nak masuk beberapa perkara berkaitan isu nasional.
Yang pertama ialah berkaitan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Saya pernah diberi amanah sebagai Pengerusi PTPTN. Saya
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
nak jelaskan bahawa apabila saya dilantik secara khusus, amanah yang diberikan kepada saya adalah untuk melaksanakan empat perkara.
Pertama, memberi pelepasan bayaran balik bagi peminjam cemerlang daripada keluarga B40 dan M40. Janji ini telah dilaksanakan.
Yang kedua, memansuhkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang disenaraihitamkan. Ini juga telah saya laksanakan.
Seterusnya, memberi insentif kepada majikan yang membantu untuk membayar balik pinjaman PTPTN kepada pekerja mereka. Insentif itu telah saya perkenalkan.
Yang keempat ialah menangguhkan bayaran balik bagi peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan. Saya telah bentangkan perancangan saya untuk melaksanakan perkara ini kepada Mesyuarat Kabinet tetapi malangnya saya rasa saya bentangkan hari— saya tak ingatlah Rabu atau Jumaat, saya tak ingat. Tapi malangnya hari Isnin itu, Tun Dr. Mahathir resigned daripada jawatan Perdana Menteri dan kemudian berlakulah pertukaran kerajaan yang menyebabkan perkara itu tidak lagi menjadi keutamaan. Tambah lagi kita menghadapi COVID pada masa itu. Jadi, keutamaannya berubah kepada perkara lain.
Tapi nampaknya hari ini isu bayaran balik hutang PTPTN kembali menjadi satu perkara yang dibahaskan di kalangan para peminjam, terutama apabila kerajaan meluluskan penggunaan syarikat swasta untuk mengutip hutang. Saya tanya melalui akaun media sosial saya, dalam Threads saya tanya, saya minta peminjam kongsikan pengalaman mereka kalau pernah dihubungi oleh agensi pengutip hutang ini.
Ratusan peminjam bagi respons. Ada yang kata isteri mereka pernah dihubungi oleh agensi tersebut. Ada yang kata caj 15 peratus yang dikenakan oleh agensi itu membebankan mereka, ada yang kata mereka tertekan apabila agensi bertubi-tubi menghubungi mereka, ada juga yang menceritakan bagaimana mereka berhadapan dengan tekanan mental atau mental depression kerana merasa seolah- olah diugut oleh agensi-agensi ini.
Takkanlah PTPTN nak jadi macam along dan banyak lagilah kalau sekiranya kita nak tengok komen-komen yang saya dapat. Kalau ada lagi rakyat yang dengar kat sana nak cerita lagi boleh search sahaja akaun saya, Wan Saiful Wan Jan, mesti akan jumpa insya-Allah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tapi Yang di-Pertua, saya nak jelaskan di sini bahawa semasa saya jadi pengerusi, saya pun ada pertimbangkan untuk menggunakan agensi mengutip hutang. Tapi pada masa itu kita tidak meluluskan cadangan tersebut kerana kita tidak selesa dengan SOP yang mereka cadangkan dan saya tak setuju dengan kadar caj yang agensi nak kenakan.
Jadi saya tak menolak usaha untuk kita mengutip kembali hutang, hutang perlu dibayar itu betul. Tetapi kaedah itu mestilah baik dan kawalannya mesti jelas tidak membuka ruang kepada penyalahgunaan, tidak menzalimi dan tidak menekan para peminjam.
Timbul juga persoalan sejauh mana data peribadi peminjam-peminjam PTPTN selamat dan tidak dijual kepada pihak lain apabila dikongsi dengan agensi.
Jadi Yang di-Pertua saya nak mohon supaya Kementerian Pengajian Tinggi menyemak semula SOP yang digunakan oleh agensi pengutip hutang ni. Dan sementara semakan dibuat, saya cadangkan tangguhkan dahulu tugas agensi ini sehingga mekanisme yang benar-benar adil untuk para peminjam dapat diwujudkan.
Seterusnya Yang di-Pertua, saya nak sebut sikit mengenai Akta Perkhidmatan Parlimen yang berkuat kuasa mulai 1 Oktober baru-baru ini. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, YB Pengerang kerana berjaya merealisasikan akta ini. Dengan adanya akta ini saya nak mencadangkan agar Parlimen kita segera melantik dan membentuk satu drafting team yang tersendiri.
Sekarang ini proses menyediakan draf RUU bila kita dapat yang biru atas meja ni, bergantung sepenuhnya kepada AGC. Pada masa yang sama sudah ada beberapa RUU yang dirujuk kepada jawatankuasa pilihan untuk diteliti, ditambah baik dan di-edit semula. Draf yang dirujuk itu adalah draf yang disediakan oleh agensi.
Selepas jawatankuasa pilihan meneliti draf itu, mungkin ada perubahan yang perlu dibuat. Sebab itulah bagi saya kita perlukan drafting team di Parlimen ini sendiri bukan bergantung pada agensi semata-mata supaya RUU yang akhirnya dibentangkan kepada Dewan adalah RUU yang benar-benar mencerminkan keinginan rakyat.
Saya sebut perkara ini Yang di-Pertua sebab saya lihat sendiri seolah-olah ada sedikit tension antara kerajaan dengan AGC dalam urusan penyediaan RUU Kebebasan Maklumat. Kerajaan dan ramai juga wakil-wakil daripada Dewan ini dan
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
juga ramai wakil masyarakat sivil (CSO) ada pandangan berbeza daripada pandangan wakil-wakil AGC.
Apabila AGC diminta menyediakan draf-draf itu seolah-olah menolak membakulsampahkan pandangan yang disuarakan oleh CSO malah oleh MP kita sendiri, malahan oleh kerajaan sendiri pun ada versi yang berbeza.
Jadi saya tak mahulah nak kata bahawa seolah-olah ada macam deep state yang beroperasi dalam kerajaan kita, yang saya nak katanya ialah situasi sebegini menuntut supaya disegerakan pembentukan sebuah drafting team di Parlimen sendiri yang menyediakan RUU mengikut keputusan dan pandangan kita semua selaku wakil-wakil rakyat dalam negara kita.
Yang di-Pertua seterusnya dalam masa yang berbaki sedikit ini saya nak sebut juga mengenai cabaran kita yang kita hadapi dalam nak bersedia menjadi sebuah ageing society, masyarakat yang menua. Dalam kawasan saya hampir setiap minggu saya cuba untuk menziarahi warga emas. Ada yang terlantar, ada yang tinggal berseorangan, ada yang tinggal dengan pasangan bersama dengan suami atau dengan isteri dan mereka sahaja. Tapi, ialah dia tak mampu nak menjaga diri sendiri sebab mereka pun dah jadi warga emas. Ringkasnya ramai yang memerlukan perhatian.
Yang di-Pertua, kalau kita lihat secara teliti masyarakat di Malaysia mempunyai banyak program untuk menjaga kebajikan warga emas dan menghadapi masyarakat menua. Kita dah ada dasar dan pelan tindakan warga emas negara. Kita dah ada pelan tindakan perkhidmatan kesihatan warga emas. Kita ada PEKA B40, bantuan warga emas, rumah kenangan, PAWE. Kita ada juga perumahan warga emas mandiri dekat dengan tempat saya di Kepala Batas tak jauh daripada rumah saya, rumah saya kebetulan di Kepala Batas.
Tetapi antara masalah utama yang dihadapi ialah pembiayaan untuk program-program ini tidak bersepadu seolah-olah tidak ada mekanisme untuk melihat isu masyarakat menua ini dengan lensa yang holistik. Untuk benar-benar mempersediakan negara ke arah masyarakat menua, saya mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan membuat satu kajian yang mendalam dan memetakan (mapping out), mapping study pelbagai pembiayaan untuk kebajikan dan kesihatan warga emas yang ada pada hari ini. Dia bukan daripada kerajaan saja, daripada zakat ada, daripada syarikat-syarikat
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
korporat ada. Ini perlu dipetakan supaya kita betul-betul faham mana datangnya sumber-sumber kewangan ini.
Dan seterusnya saya nak mencadangkan agar kerajaan menyusun semula pembiayaan agar lebih terancang dan bersepadu. Saya nak mencadangkan supaya kita mengenal pasti aliran wang, tumpukan penyaluran dana itu kepada penjagaan primary care, atur semula supaya pembiayaan kos rawatan dibuat mengikut nilai yang tertentu agar kos rawatan dapat dikawal dan strategikan juga agar kita menuju ke arah satu common payment pool. Satu kolam pembayaran yang bersama.
Saya juga meminta supaya kerajaan memberi lebih tumpuan kepada penjagaan warga emas dari golongan berpendapatan rendah dan golongan rentan kerana dua kumpulan ini biasanya amat memerlukan bantuan di hari tua. Isu ageing society memerlukan perhatian yang khusus daripada pelbagai kementerian dalam kerajaan dan saya rasa, saya minta supaya kita lakukan segera pada hari ini. Sila.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kerana hadir semalam juga. Wajarkah kerajaan turut memberikan pengecualian cukai kepada anak-anak yang menjaga ibu dan bapa yang sudah tua as we become an ageing society yang menggajikan pembantu rumah bukan setakat yang menempatkan mereka di rumah orang tua kerana banyak orang Melayu khususnya nak menjaga ibu bapa mereka di rumah mereka sendiri, their personal care. Tetapi tidak memberikan pengecualian cukai jikalau digajikan pembantu rumah khas untuk membantu menjaga ibu bapa mereka. Terima kasih.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ya, terima kasih saya jawab dan kemudian saya tamat. Ini satu pandangan yang baik dan saya rasa boleh dimasukkan dalam ucapan saya untuk dijawab juga oleh menteri dan saya nak share pengalaman saya Yang Berhormat.
Saya, ibu saya umur dah 86, 87 sekarang dan memang terlantar di rumah.
Duduk, Alhamdulillah duduk dengan abang saya jadi ada penjagaan. Kami pernah dulu selepas dia habis rawatan di hospital terpaksa hantar ke satu pusat jagaan sebab kita tak mampu nak handle. Dia, mak bapak kita ni ialah mungkin kita rapat, tapi bila datang personal care, personal hygiene nak tukar lampin dan sebagainya dia ada perasaan malu juga dengan anak-anak.
Jadi kita terpaksa hantar ke satu tempat pusat jagaan di Putrajaya pada, masa tu. Bila dah hantar ke pusat jagaan Yang di-Pertua, apa yang berlaku ialah mak saya tak selesa. Kebetulan pula dia tak selesa, kosnya dekat RM8,000 lebih
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
sebulan. Tak mampu untuk kita biayai. Dan itu menyebabkan kita pun terpaksa bawa balik.
Dan hari ini saya terpaksa ambil maid untuk jaga tapi tak ada kelulusanlah, tak ada kemahiran sebenarnya untuk jaga orang tua. Jadi saya amat menyokong kalau sekiranya kita boleh ada program-program sebegitu yang memberi insentif kepada anak-anak untuk lebih menjaga keluarga mereka.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Boleh mencelah sikit?
Yang Berhormat saya nak tanya sama ada mungkin Yang Berhormat juga boleh pertimbangkan atau pun bersetuju kalau mungkin kita boleh lihat satu insentif yang khusus kepada anak-anak yang ingin membeli rumah yang berdekatan ibu bapa.
Isunya memang ibu bapa kita ni ada rumah tetapi mungkin keluarga yang jauh-jauh, anak-anaknya yang jauh-jauh. Tetapi ada anak yang ingin untuk membeli rumah berdekatan ibu bapa tetapi itu kalau boleh dipertimbangkan. Ada satu inisiatif oleh kerajaan untuk memberikan mungkin sedikit insentif pula untuk pembelian rumah yang berdekatan dengan ibu bapa. Terima kasih.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih itu satu pandangan yang baik dan saya juga menyokong dan saya harap boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Jadi dengan itu terima kasih Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Yang Berhormat Kuala Langat berucap selepas pada pukul 2.30 nanti ya. Ahli-ahli Yang Berhormat saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan sambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum kita sambung perbahasan tentang Belanjawan 2027 di peringkat dasar, saya ingin memaklumkan bahawa satu Program (JOTA-JOTI) Jamboree-on-the-Air dan Jamboree-on-the-Internet, Pengakap Sedunia telah berlaku pada 16, 17, 18 Oktober yang lalu di Malaysia. Ia diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Intan, Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat, termasuk guru besar sekolah tersebut dan seluruh kakitangan sekolah serta seluruh agensi kerajaan negeri, Persekutuan, pihak keselamatan, polis, tentera, maritim, RELA dan juga swasta yang telah menjayakan program ini di peringkat kebangsaan. Dunia kini lebih kenal Sungai Petani kerana maksud JOTA-JOTI itu orang boleh komunikasi seluruh dunia pada hari tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, ibu pejabat Pengakap Dunia telah pun berada di Kuala Lumpur, berpindah daripada luar negara sejak 18 Jun 2014.
Untuk itu, saya ucapkan tahniah kepada Pengakap Malaysia.
Baik. Kita sambung dengan saya menjemput— Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat berapa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(4).
Tuan Yang di-Pertua
36(4).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(4) ya.
Tuan Yang di-Pertua
Apa hal?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa yang kurang sopan.
Saya ingin menarik perhatian Yang di-Pertua, berkenaan dengan satu kejadian yang berlaku pagi tadi ketika Yang Berhormat Kota Bharu berucap. Saya minta maaf kerana kalau saya tersilap. Beliau telah memetik beberapa ayat-ayat daripada hadis, bukan Al-Quran tapi hadis dan kemudiannya beliau telah menterjemahkannya kepada bahasa Malaysia.
Saya dengar beliau menggunakan perkataan “munafik” dan menterjemahkannya kepada bahasa Inggeris, “hypocrite” dan menghalakannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana beliau berucap dan mengatakan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah lebih bersifat munafik atau hipokrit.
Jadi, saya telah menarik perhatian Yang di-Pertua ketika itu untuk— Timbalan Yang di-Pertua untuk membuat satu ruling kerana Yang di-Pertua telah menasihatkan kami beberapa kali. Bila berbahas, biar berpada. Kalau ada benda- benda perkara yang tidak setuju, kita boleh bangkitkan.
Tetapi menggunakan perkataan munafik atau hipokrit dan menghalakannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga belanjawan adalah sesuatu
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
yang keterlaluan. Jadi, saya mohon satu petua dan— Kota Bharu merupakan seorang peguam dan juga seorang seasoned politician.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tadi ada ramai daripada bekas pelajar daripada sekolah. Bekas pelajar-pelajar dari sekolah beliau, di mana mereka turut hadir.
Jadi, saya mohon petua dari Yang di-Pertua dan saya rasakan bahawa sama ada di sebelah sini atau sebelah sana, patutnya bangun untuk melarang Kota Bharu.
Tapi saya lihat ramai daripada sebelah sana yang duduk tepuk meja, gelak ketawa, yang mengherdik saya kerana bangkitkan perkara ini. Saya kecewa dengan tingkah laku, terutamanya Pendang yang bersikap sejak kebelakangan ini macam budak- budak sekolah.
Saya saman dia di mahkamah, kita akan jumpa di mahkamah. Itu benda lain.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi saya rasa...
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, isu yang nak dibangkitkan, apa dia?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya rasa perkataan “munafik” itu tidak seharusnya digunakan, dihalakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun belanjawan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini belanjawan berkenaan dengan nasib rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau tak setuju, ada kekurangan, kita bangkitkan dalam perbahasan kita.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Jelutong, baik.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tan Sri...
Tuan Yang di-Pertua
Yang pertama sekali, yang pertama sekali, saya tidak berada dalam Dewan dan kebetulan saya juga tidak mendengar perbahasan sebab saya ada mesyuarat. Jadi, saya akan melihat Hansard esok dan saya akan buat keputusan. Saya difahamkan tadi YB kata, Timbalan Yang di-Pertua telah pun minta supaya YB masukkan usul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Usulkan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya akan bincang dengan beliau esok.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tan Sri, saya mohon sedikit petua.
Bila Jelutong petik 36(4) yang menyebut Kota Bharu membaca hadis dan dikaitkan dengan bahasa kurang sopan. Saya mohon petua Yang di-Pertua, adakah memetik hadis atau ayat al-Quran itu dirujuk kepada bahasa kurang sopan?
Kedua, perkataan “munafik” itu umum dan tak ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sebab itu saya kata— baik, Jerlun, terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan. Saya ingat sekali lagi, ini pakar spin-lah kita kata.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang saya katakan perkataan kurang sopan itu adalah penggunaan perkataan “munafik”, bukan pembacaan mana-mana ayat hadis atau al-Quran. Saya tidak kata begitu. Itu saya merujuk kepada “munafik”. Tolonglah, kalau nak berkawan dengan sana, otak macam ini, susah tahu kita nak bersihkan,
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Itu hadis. Hadis yang berkaitan dengan munafik.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Itu ada sebut itu. Jelutong tak reti.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau kita nak bertelagah tentang perkataan ini, inilah yang menyebabkan saya nak bagi nasihat, kawan-kawan ya. Semua kawan saya.
Machang sihat dah ke? Okey? Alhamdulillah, selamat kembali ke Dewan.
Baik, kalau kita nak berhujah tentang perkataan-perkataan yang kadang- kadang kita sendiri agak tidak suka perkataan itu dilontarkan kepada kita, bayangkan kalau saya— saya bukan sekolah agama. Saya sekolah Inggeris, yang amat-amat takut menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang mungkin tinggi, yang saya tak faham.
Bagi saya, kalau orang tuduh saya munafik, saya balik, demam terus. Sebab saya bukan dari sekolah agama. Begitulah juga orang Islam dan orang bukan Islam yang bila dengar perkataan-perkataan begini, dia pun terkejut. Apatah lagi diucapkan oleh orang yang berpengetahuan agama.
Tuan Yang di-Pertua
Mungkin orang yang berpengetahuan agama, bagi dia biasa. Bagi dia biasa.
Sebab dia faham. Tapi bagi orang yang tidak mendalami perkataan-perkataan ini, seperti saya, saya tak kata dekat orang lain. Saya sekolah Inggeris, jadi saya tentu rasa, “Kenapa dia maki aku munafik ini?” Itu kalau saya orang Islam. Orang bukan Islam dengar, lagi takut. Lebih baik saya cadangkan di sini, kita gunalah perkataan yang tidak controversial.
Tuan Yang di-Pertua
Tak payahlah kita― kita tahu kita hebat, kita sekolah agama dan sebagainya.
Tetapi, itu memberikan ruang-ruang yang agak menakutkan kalau orang lain tak faham. Jadi, ini membuka ruang perbahasan yang tidak akan habis sampai bila-bila.
Sebab itu, saya mintalah, saya mohon sangat-sangat supaya yang pertama, mempunyai akhlak; yang kedua, berawas-awas. Saya ingat bukan semua kawan- kawan kita di sini yang mempunyai pengetahuan yang sedalam kita. Jadi, agak-agak lebih kurang supaya semua faham. Sebab, kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak pun ramai yang tak tahu.
Jadi, sebab itu bila kita gunakan perkataan-perkataan ini, kawan-kawan yang tak faham dia akan lompat dan akhirnya kita menghabiskan masa, yang sepatutnya kita bincang masalah rakyat, kita bincang masalah kefahaman bahasa yang masing- masing tidak akan ada hujung pangkalnya. So, nasihat sayalah.
Walau bagaimanapun, Jelutong, saya akan tag, saya akan refer kepada esok Hansard dan saya akan buat keputusan besok ya.
Baik. Untuk itu, saya jemput Kuala Langat ya.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk terlibat dalam perbahasan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya cuba mengambil manfaat daripada 15 minit yang diperuntukkan.
Saya terus memulakan dengan isu yang berkaitan dengan Kuala Langat.
Kuala Langat adalah Lembah Klang yang kedua. Kuala Langat sedang berkembang pesat dengan penambahan kawasan industri, bandar-bandar baru, menaik taraf Pantai Morib yang dikenali sebagai Pantai Dato’ Seri Harun Idris baru-baru ini dan perancangan pembangunan Pelabuhan 3 di Pulau Carey.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Daerah ini sangat bergantung kepada rangkaian jalan utama termasuk lebuh raya ELITE, SKVE, WCE, jalan negeri FT5, FT31 dan jalan luar bandar. Walaupun LRT3 dan WCE seksyen Kuala Langat telah dibuka, kesesakan masih lagi berlaku.
Adakah mungkin kesesakan menjadi lebih teruk apabila WCE dibuka sepenuhnya nanti? Ia nya menjadi laluan utama daripada utara ke KLIA ataupun terus ke selatan.
Namun, pembangunan pesat tanpa peningkatan kapasiti jalan akan menyebabkan kesesakan yang teruk. Kualiti jalan juga harus diperselenggarakan dengan baik. Pengangkutan awam masih jauh daripada yang diharapkan.
Saya minta kerajaan menjelaskan apakah perancangan penyuraian kesesakan di beberapa hotspots di Daerah Kuala Langat ini. Laluan keluar daripada BSP ke ELITE yang saya dimaklumkan tidak mendapat kerjasama yang agak baik daripada LLM. Bandar Tropicana Aman ke Jalan Kebun Tambahan. FT5 Klang– Banting dan FT31 Banting–Semenyih. Saya harapkan segala pembaharuan sama ada traffic light dan sebagainya harus sentiasa diteliti dengan baik dan diuruskan dengan secepat mungkin. Adakah perancangan menaik taraf jalan dua hala dua lorong kepada empat lorong yang menjadi bottleneck di lokasi kritikal laluan keluar masuk di Daerah Kuala Langat?
Kedua, berkaitan dengan sekolah orang asli. Saya ingin membangkitkan keperluan menaik taraf Sekolah Kebangsaan Orang Asli Bukit Kemandol daripada model K9 kepada K11 supaya murid yang meneruskan persekolahan daripada Tahun 1 sehingga Tahun 5 tanpa pergerakan jarak yang jauh. Kita perlu melihat kesan jarak, kos pengangkutan dan risiko keciciran khususnya kepada orang-orang asli.
Saya mencadangkan kajian kebolehlaksanaan naik taraf sekolah serta menyediakan asrama bagi murid-murid daripada kampung orang asli dan sekitarnya khususnya kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Adakah Kementerian Pendidikan bersedia menjalankan kajian rasmi dan membentangkan pelan tindakan bagi memastikan akses pendidikan menengah yang lebih dekat kepada anak-anak orang asli?
Seterusnya, berkaitan dengan pembakaran terbuka dan pembakaran haram yang melibatkan plastik dan juga e-waste. Aktiviti pembakaran terbuka dan pelupusan haram termasuk plastik dan sisa elektronik ataupun e-waste terus menjadi kebimbangan di sekitar Telok Panglima Garang dan Daerah Kuala Langat, khususnya sekitar Sijangkang. Isu ini bukan sekadar pencemaran alam sekitar tetapi
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
ancaman kepada kesihatan awam khususnya penduduk yang terdedah kepada asap dan bahan toksik.
Saya berpandangan, Kerajaan Negeri Selangor telah gagal untuk membanteras aktiviti ini kerana tindakan sedia ada masih belum cukup berkesan dan menyebabkan pencemaran dan pembakaran terbuka terus berlaku sehingga pada hari ini. Saya tidak nafikan ada beberapa langkah telah diambil tetapi masih lagi berlaku sehingga pada hari ini.
Kerajaan Persekutuan perlu menyelaraskan operasi bersepadu bersama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi penguat kuasa.
Penguatkuasaan mesti benar-benar dilakukan secara tegas, berterusan dan tidak hanya dilakukan selepas sesuatu kejadian mendapat perhatian umum. Adakah akta yang sedia ada ini gagal mengawal aktiviti yang berlaku pada hari ini?
Seterusnya, saya ingin bertanya berkaitan pusat kegiatan MARA yang baharu di Kuala Langat. Apakah status pembangunan pusat yang baharu ini? Bila akan dimulakan dan bila akan siap?
Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan kebajikan atlet para. Malaysia berbangga apabila atlet para membawa pulang pingat. Tetapi, kebajikan mereka selepas bersara tidak boleh diabaikan. Sebagai contoh, pengalaman bekas atlet seperti Koh Lee Peng, bekas perenang yang memenangi tujuh pingat emas dan tiga pingat perak untuk negara, kemudian dilaporkan menjual tisu, minuman dan hasil tangan untuk mencari rezeki selepas bersara. Begitu juga dengan beberapa nama yang lain.
Perkara ini menimbulkan persoalan tentang kestabilan pendapatan, peluang pekerjaan, akses pengangkutan, peralatan bantuan dan kediaman selepas tamat kerjaya sukan mereka. Saya tidak menafikan bantuan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), namun bantuan yang bersifat reaktif dan bergantung kepada permohonan individu perlu digantikan dengan sistem perlindungan yang lebih menyeluruh. Saya mencadangkan kerajaan mewujudkan kerangka kebajikan dan peralihan kerjaya atlet para yang merangkumi latihan, kemahiran, peluang pekerjaan mesra OKU, akses kepada peralatan bantuan dan pemantauan kebajikan selepas bersara.
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan dalam sektor kesihatan. Saya mengucapkan tahniah kepada peningkatan peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia daripada RM46.5 bilion pada tahun 2026 kepada RM47.7 bilion pada tahun 2027. Namun, peruntukan pembangunan hanya meningkat RM5 juta sahaja,
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
manakala peruntukan penyelenggaraan hospital dan klinik awam kekal RM1.2 bilion.
Persoalannya, sejauh manakah peningkatan ini mampu meningkatkan mutu, mengurangkan kesesakan hospital dan menyelesaikan masalah fasiliti daif?
Kalau kita lihat laporan peruntukan pembangunan kesihatan RMK12 2021– 2025, peruntukan RM125.3 bilion dan dibelanjakan hanya sekadar 22.7 peratus iaitu RM29.3 bilion. Peruntukan pembangunan kesihatan RMK13, Rolling Plan Pertama 2026, peruntukan RM50.4 bilion diperuntukkan dan belanja sehingga pada hari ini adalah RM3.2 bilion sahaja. Apakah perancangan kerajaan agar peruntukan dapat digunakan secara optimum, projek berjalan dengan baik dan rakyat mendapat manfaat daripada projek yang dijalankan itu?
Pada tahun 2025, kutipan fi perubatan KKM berjumlah RM565.75 juta berbanding dengan kos operasi RM38.53 bilion. Ini menunjukkan besarnya subsidi iaitu sebanyak 98 peratus kerajaan terhadap kos perkhidmatan kesihatan sebenar kepada rakyat. Laporan Audit Negara tahun 2025 merekodkan Akaun Belum Terima
(ABT) KKM sejumlah RM524.69 juta termasuk tunggakan melebihi enam tahun berjumlah RM86.47 juta. Sebanyak 83.6 peratus ABT adalah daripada bukan warganegara ataupun PATI, manakala penduduk tanpa dokumentasi di Sabah adalah penyumbang utama.
Saya mencadangkan supaya kerajaan terus memperkukuhkan kutipan tunggakan melalui kutipan deposit awal, jaminan majikan dan mekanisme pembayaran yang berkesan. Bagi penduduk tanpa dokumentasi di Sabah, pendekatan bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri perlu dipertimbangkan bagi memperbaiki rekod pesakit, kesinambungan rawatan dan pengurusan bil.
Persoalannya, apakah langkah konkrit kerajaan untuk mengurangkan ABT tanpa menafikan hak golongan miskin mendapat rawatan di masa akan datang?
Dalam perbahasan, Batu Pahat mencadangkan kenaikan fi perubatan warganegara naik 500 peratus, RM1 kepada RM5, pada minggu lepas. Tadi pun Kulai mencadangkan untuk dinaikkan fi perubatan bagi warga― fi perubatan.
Sekiranya kadar fi perubatan hendak disemak, saya mencadangkan subsidi bersasar menggunakan data kelayakan bantuan seperti STR, SARA dan juga SPM ataupun Skim Perubatan MADANI supaya golongan B40 tidak terbeban.
Kerajaan telah meningkatkan duti eksais minuman bergula kepada 90 sen seliter pada tahun 2025 bagi menyokong kempen War on Sugar. Kutipan duti eksais minuman bergula pula dilaporkan sebanyak RM73.81 juta bagi Januari hingga November 2025. Jumlah keseluruhan adalah RM521.35 juta. Saya ingin tahu,
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
berapakah jumlah hasil yang benar-benar disalurkan untuk pencegahan penyakit tidak berjangkit ataupun NCD, rawatan dialisis, SGLT2 inhibitors dan rawatan dialisis?
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Adakah indikator yang membuktikan kempen ini berjaya mengurangkan pengambilan gula dan kadar diabetes? Bagi vape kutipan duit eksais dilaporkan berjumlah RM118.93 juta pada tahun 2025 dan jumlah daripada 2023 hingga 2026 sejumlah RM354.51 juta.
Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan tindakan menyahsenarai cecair nikotin daripada Akta Racun 1952 dan tindakan kerajaan menarik balik rayuan, apakah status undang-undang semasa kutipan tersebut?
Saya minta kerajaan menjelaskan kedudukan hasil kutipan serta memastikan dasar percukaian tidak bercanggah dengan matlamat melindungi kesihatan awam khususnya golongan muda. Singapura telah mengharamkan vape. Bagaimana pula dengan Malaysia? Kekurangan doktor dan jururawat dan petugas kesihatan dan kumpulan sokongan.
Saya mengalu-alukan pengumuman pelantikan lebih 9,000 doktor kontrak ke jawatan tetap pada tahun 2027. Namun, jumlah pelantikan sahaja tidak memadai jika kekosongan di hospital kritikal masih tidak diisi. Berapakah jumlah doktor yang telah menerima rawatan— yang telah menerima tawaran dan melapor diri terutamanya di Sabah dan Sarawak? Berapakah kekosongan sebenar doktor, pakar, jururawat dan paramedik mengikut negeri serta hospital?
Saya mencadangkan kerajaan membentangkan Pelan Tenaga Kerja Kesihatan bagi tempoh lima tahun hingga 10 tahun, menerbitkan data kekosongan secara berkala dan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan negara terutamanya berkaitan sumber tenaga. Kebajikan jururawat dan paramedik juga perlu diberikan perhatian termasuk insentif post basic yang baru-baru ini diumumkan naik RM100, daripada RM100 kepada RM200. Peluang kenaikan pangkat dan waktu bekerja yang munasabah serta kadar insentif yang adil.
Adakah kerajaan akan menimbangkan semula Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok bagi kumpulan sokongan jururawat? Adakah kerajaan akan memperkasakan juga kumpulan sokongan juruteknik makmal perubatan, kumpulan yang pernah
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
berkhidmat semasa pandemik 19 yang saya kira adalah golongan yang juga termasuk dalam golongan yang tidak didendangkan.
Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan peruntukan penyelenggaraan hospital dan klinik awam kekal RM1.2 bilion. Oleh itu kerajaan perlu menjelaskan berapa banyak hospital dan klinik yang masih dikategorikan sebagai daif serta fasiliti yang akan diberikan keutamaan.
Saya mencadangkan senarai kebangsaan fasiliti daif, tahap kerosakan, kos pembaikan dan jadual siap dibentangkan ke Parlimen, fasiliti luar bandar, pedalaman dan kawasan sukar mendapat rawatan hendaklah diberikan keutamaan. Apakah status pembangunan blok baharu bangunan Hospital Banting yang saya dimaklumkan peruntukan telah dikurangkan sebanyak 50 peratus?
Kemudian, saya ingin menyentuh berkaitan dengan perkhidmatan pasukan perubatan pedalaman. Saya menyambut baik kenaikan Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara daripada RM30 kepada RM100 namun insentif kewangan sahaja tidak mencukupi tanpa jaminan keselamatan operasi.
Adakah kerajaan akan melaksanakan audit keselamatan menyeluruh, memperkukuh penyelenggaraan pesawat serta menyediakan pelan alternatif apabila operasi udara dihentikan? Adakah cuaca ataupun— dinyatakan akibat cuaca ataupun risiko keselamatan?
Adakah kerajaan tidak berhasrat untuk memberikan pampasan yang berpatutan kepada mangsa tragedi nahas helikopter FDS di Long Lellang? Warga perkhidmatan kesihatan saya kira menunggu-nunggu perisytiharan Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2027.
Sebahagiannya sangat kecewa apabila seolah-olah tidak ada rasa simpati apabila tiada pengisytiharan bantuan atau pampasan kepada keluarga terlibat walhal kerajaan Sarawak sudah pun memberikan bantuan RM100,000 kepada setiap ahli keluarga mangsa. Saya turut mencadangkan agar insentif dan kemudahan bagi pasukan perubatan yang berkhidmat melalui laluan sungai ataupun laut juga dipertimbangkan khususnya di Sabah dan juga di Sarawak.
Bantuan kewangan pesakit dan Skim Perubatan MADANI. Saya mengalu- alukan kan juga peningkatan dana bantuan perubatan daripada RM40 juta kepada RM60 juta serta bantuan RM80 juta kepada PeKa B40. Pelaksanaan MediAsas dan kesinambungan mySalam juga perlu dipantau daripada segi keberkesanannya.
Namun pesakit kronik bukan sahaja menanggung kos rawatan. Malah kos pengangkutan, penjagaan harian dan juga rawatan susulan. Saya mencadangkan
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
satu mekanisme rujukan bersepadu supaya pesakit yang layak dikenal pasti dan dibantu tanpa perlu melalui pelbagai permohonan yang rumit.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, mengapa Skim Perubatan MADANI seolah-olah tidak lagi diperuntukkan dalam Belanjawan 2027? Apabila saya semak, tidak ada lagi peruntukan untuk Skim Perubatan MADANI sedangkan skim ini sangat membantu golongan berpendapatan rendah mendapat rawatan di klinik swasta dan berpotensi mengurangkan kesesakan fasiliti kerajaan.
Sebenarnya saya nak mencadangkan Skim Perubatan MADANI, sebenarnya ini boleh digunakan sebagai dua fungsi. Selain daripada rawatan kepada yang kurang berkemampuan ataupun B40 ini untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta, ia juga boleh digunakan untuk sebagai pembayaran fi perubatan kepada B40 yang mana akhirnya mereka dapat dikecualikan ataupun subsidi secara bersasar. Adakah ada sebarang dapatan daripada program rintis Skim Perubatan MADANI yang menjustifikasikan sehingga program Skim Perubatan MADANI ini ditamatkan?
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam situasi kos sara hidup yang meningkat, kehidupan rakyat semakin terhimpit, kita tidak mahu rakyat memilih wang poket mereka untuk urusan makanan keluarga semata-mata tetapi kos kesihatan dikesampingkan disebabkan ketidakmampuan dan tidak dapat dibantu oleh kerajaan. Ini bukan waad. Ini pain namanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Lawas.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Selamat petang Tan Sri dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Belanjawan 2027 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada petang Jumaat, 9 Oktober 2026. Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas belanjawan ini.
Belanjawan ibarat benih yang ditabur di ladang. Hasilnya bergantung pada agihan, penjagaan dan pelaksanaan. Justeru kejayaan harus diukur melalui manfaat yang benar-benar dinikmati rakyat termasuk penduduk luar bandar dan pedalaman seperti Lawas. Saya menyeru agar peruntukan ditumpukan kepada infrastruktur dan kemudahan asas yang memberi manfaat dan menjana ekonomi setempat secara berkekalan dan bukan semata-mata bantuan sementara yang bergantung dengan kemampuan kewangan semasa. Saya terus kepada isu-isu di kawasan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya silakan.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Tan Sri Yang di-Pertua, isu kelewatan projek kerajaan perlu ditangani secara tegas. Di antara perkara yang dibangkitkan oleh— ialah pelantikan terlalu banyak lapisan subkontraktor sehingga menjejaskan margin keuntungan. Contohnya pembinaan bangunan baharu SMK Lawas di Jalan Punang telah lama tertangguh. Saya mohon siasatan punca kelewatan, pemantauan rapi dan tindakan segera agar projek ini dapat dilaksanakan.
Selain itu, saya menyeru agar pemantauan rapi dilakukan ke atas pelaksanaan Klinik Lawas yang tergolong dalam isu yang sama sebelum ini. Di samping itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon agar SMK Lawas yang pertama di Lawas dan dibangunkan di kawasan strategik berdekatan Bandar Lawas dinaikkan taraf untuk menampung pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.
Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atas kelulusan peruntukan untuk projek Maktab Rendah Sains di Lawas dalam Belanjawan 2027 dan diharap projek ini dapat dilaksanakan secepat yang boleh selepas ia nya tertangguh sekian lama.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Dan, saya juga turut menghargai kelulusan dua projek lain di bawah peruntukan 2026 iaitu jalan raya dari Ba’kelalan ke sempadan Indonesia di Long Bawan, Kalimantan Barat sejauh lebih tiga kilometer serta dari Murud Suang ke Long Tengoa, Trusan sejauh kira-kira 20 kilometer. Bagaimanapun, projek jalan Murud Suang ke Long Tengoa tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana peruntukan tidak mencukupi.
Fasa kedua melibatkan baki kira-kira lapan kilometer dan pembinaan dua jambatan anak sungai dengan anggaran kos RM250 juta bagi menyiapkan keseluruhan projek. Saya memohon Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyediakan peruntukan sewajarnya melalui Belanjawan 2027.
Dengan pelaksanaannya, lapangan terbang baharu di kawasan Sundar di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Sarawak, saya memohon pembinaan jalan pintas dari Awat-Awat, Sundar ke tapak lapangan terbang, seterusnya melalui Punang dan Kuala Lawas ke jalan utama di Merapok berhampiran sempadan Sipitang, Sabah.
Cadangan ini pernah saya bangkitkan dalam persidangan lalu. Jalan akses yang terus amat penting bagi memudahkan penumpang serta melancarkan operasi lapangan terbang tanpa bergantung sepenuhnya pada laluan sedia ada. Saya mohon agar projek ini diberi keutamaan dan diluluskan.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap keadaan beberapa buah sekolah di kawasan Lawas yang sudah lama dan uzur. Ini disebabkan bahagian tertentu bangunan sekolah masih menggunakan struktur kayu yang semakin reput dan membimbangkan dari segi keselamatan. Sekolah yang terlibat ialah SK Ulu Merapok, SK Kuala Lawas dan SK Punang. Sementara SK Siang-Siang yang sering dilanda banjir semasa hujan lebat perlu dipindahkan ke tapak yang lebih tinggi.
Dan juga Tan Sri Yang di-Pertua, tiba masanya sebuah sekolah menengah
(SMK) didirikan di kawasan tanah tinggi Ba’kelalan yang jaraknya jauh purata melebihi 100 kilometer dari semua tempat ke Lawas untuk memberi kemudahan dan mengurangkan bebanan kewangan para pelajar dan ibu bapa menghantar anak- anak mereka melanjutkan pelajaran ke SMK Sundar, SMK Trusan dan SMK Lawas.
Dengan kos perjalanan yang tinggi, pelajar-pelajar terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka dalam tempoh masa lama selain menjadikan hubungan kekeluargaan renggang. Untuk makluman Dewan yang ini, sebuah pertapakan tanah telah tersedia untuk pembangunan projek ini di kawasan Long Semadoh semasa ia nya projek ini dicadangkan di masa lalu.
Tan Sri Yang di-Pertua, liputan telefon bimbit dan Internet di beberapa kawasan luar bandar serta pedalaman Lawas masih lemah dan tidak konsisten. Hal ini menjejaskan pembelajaran, urusan ekonomi dan pembelajaran dalam talian, malah panggilan kecemasan ketika kemalangan, kebakaran atau bencana. Saya memohon Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi, mengaudit liputan sebenar, mempercepat pembinaan menara dan menaik taraf rangkaian liputan yang diumumkan benar- benar boleh digunakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, penduduk Lawas berasa lega dengan terlaksananya hospital baru Lawas yang boleh menampung seramai lebih 70 pesakit dalam tempoh semasa. Diharapkan dengan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan, mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan.
Sehubungan itu, saya memohon kepada Kementerian Kesihatan agar dapat menambahkan petugas, khususnya para doktor dan pakar dalam bidang tertentu supaya dapat mengurangkan rujukan pesakit kronik ke luar kawasan di Limbang, Miri dan Kota Kinabalu, Sabah. Rujukan pesakit luar kawasan ke Limbang dan Miri menerusi jalan darat memerlukan pasport yang tidak tersedia dimiliki.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Mengambil kira faktor geografi kawasan Lawas yang jauh di utara Sarawak, saya memohon agar Hospital Lawas dilengkapi dengan kemudahan peralatan moden dan ubat-ubatan yang diperlukan. Di samping itu, pihak Kementerian Kesihatan perlu peka mengenai keperluan dan perkhidmatan yang disediakan di klinik-klinik luar bandar termasuk memastikan bangunan sedia ada dapat digunakan dengan selamat.
Tan Sri Yang di-Pertua, semua permohonan dan isu yang diketengahkan daripada pemantauan projek, jalan raya dan lapangan terbang kepada pendidikan, telekomunikasi serta kesihatan, bertujuan memastikan pembangunan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuk di Lawas.
Akhirnya, saya menyeru agar pihak kerajaan mengambil langkah proaktif dan mengutamakan pendekatan rundingan dalam isu antara PETRONAS dan PETROS berlandaskan semangat dan prinsip Perjanjian Malaysia (MA63). Saya berharap agar kedua-dua pihak dapat mencapai persefahaman demi kepentingan negara dan negeri Sarawak.
Sekian, terima kasih Tan Sri. Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya menjemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih Tan Sri Speaker yang memberi ruang kepada saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan atau Belanjawan Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2027, yang bertema Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi. Tema ini ideal. Alangkah bagus sekiranya duit rakyat benar-benar membumi dan dirasai oleh semua rakyat termasuk di Kapar.
Tan Sri Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengambilkan kesempatan ini untuk merakamkan salam takziah kepada negarawan tersohor negara Tun Dr.
Mahathir Mohamad atas pemergian isteri tercinta Tun Dr. Siti Hasmah Ali. Pada 28 September 2026, negara berduka atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah, seorang tokoh wanita yang bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, tokoh ternama dikenali seantero dunia, bahkan lebih dari itu.
Sebagai seorang doktor wanita, saya yakin Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah adalah ikon bagi doktor wanita seluruh negara. Beliau merupakan di antara pelopor wanita yang menceburi kerjaya perubatan dalam kesihatan ibu dan anak,
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
pejuang literasi serta suara lantang menentang penyalahgunaan dadah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang soleh.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bagi rakan-rakan seperjuangan, doktor dan bakal doktor di luar sana dengan izin, when you feel bad or when you feel sad, remember Tun Dr. Siti Hasmah. Zaman dia tentu banyak ranjau dan duri yang telah beliau lalui dengan jaya. So, move on. Pelajaran kedua ialah untuk kita semua ini, kita melihatkan di mana peribahasa terkenal “Behind a strong man, there is a woman”. Jadi, bagi kita semua di sini, kita melihatkan bagaimana kesan kehilangan Tun Dr. Siti Hasmah kepada suaminya, Tun Dr. Mahathir. Figura global, seorang negarawan yang berpengaruh kuat, betapa pilu, betapa terasa. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, hargailah isteri anda.
Pelajaran ketiga ialah keutuhan perkahwinan mereka tujuh dasawarsa. Ini rujukan terbaik bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tan Sri Yang di-Pertua, prinsip belanjawan. Saya bangun membahas RUU Belanjawan 2027 ini dengan satu prinsip yang mudah tetapi mendasar. Wang rakyat mesti menghasilkan manfaat yang boleh diukur, dinikmati dan dipertanggungjawabkan. Saya tidak menafikan bahawa belanjawan ini mengumumkan pelbagai langkah untuk membantu rakyat. Namun, rakyat mahu meneliti sama ada setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar menyelesaikan masalah.
Rakyat peka dan ambil tahu tentang projek Pan Borneo di Sabah yang dilapor Ketua Audit Negara hanya baru 12 peratus selesai. Rakyat tahu kapal perang LCS yang menelan belanja lebih RM11 bilion, namun gagal disiapkan pada maksud tujuan asal. Bandar menjadi lautan bila hujan lebat. Kenderaan beribu sudah musnah menjadi besi buruk. Harta benda bertan-tan menjadi sampah pukal. Bagi saya, persoalan utama Belanjawan 2027 ialah apabila peruntukan diumumkan berbilion- bilion ringgit, apakah hasil yang boleh dituntut oleh rakyat terutama di Kapar?
Belanjawan 2027 sekali lagi menunjukkan ketidakseimbangan yang besar.
Daripada keseluruhan bajet RM460 bilion, sebanyak RM376.8 bilion iaitu 82 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan pembangunan pula hanya sekitar RM83 bilion iaitu 18 peratus sahaja. Ini bermakna bajet lebih empat kali ganda tertumpu kepada gaji, pencen dan operasi harian kerajaan, berbanding pelaburan masa depan rakyat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Wahai orang muda, ini bajet pembangunan adalah untuk kalian semua. Di Kapar, sekolah-sekolah daif masih menunggu baik pulih. Hospital pula sesak dengan pesakit dan belia mencari peluang pekerjaan serta latihan. Bagaimana mereka mahu maju jika pembangunan hanya diberi bahagian kecil?
Subsidi dan bantuan sosial memang penting tetapi tanpa pelaburan dalam infrastruktur, pendidikan dan kesihatan, rakyat akan terus terperangkap dalam kitaran kos sara hidup yang tinggi tanpa jalan keluar.
Jadi, kerajaan tidak boleh terus bersembunyi di balik angka defisit yang cantik di atas kertas. Bajet ini bukan belanjawan untuk maju tetapi belanjawan untuk bertahan. Rakyat perlukan pembangunan sebenar bukan sekadar pentadbiran. Jadi, saya ingin membangkitkan empat perkara:
(i) disiplin fiskal;
(ii) pendidikan;
(iii) kesihatan serta keselamatan rakyat daripada banjir; dan
(iv) kegagalan penyampaian perkhidmatan.
Disiplin fiskal dan akauntabiliti. Belanjawan 2027 mengunjurkan perbelanjaan RM459.8 bilion termasuk RM83 bilion untuk pembangunan dan perbelanjaan mengurus. Jadi, hasil diunjurkan RM380.8 bilion, hasil ya. Manakala, defisit fiskal disasar 3.3 peratus daripada KDNK.
Saya mengambil maklum sasaran pengurangan defisit ini, namun sasaran fiskal mesti dinilai bersama struktur hasil, komitmen, perbelanjaan dan keupayaan kerajaan menyiapkan projek. Kerajaan turut mengunjurkan sumbangan dividen PETRONAS sebanyak RM32 bilion. Kita perlu bertanya sejauh manakah kedudukan fiskal negara terdedah sekiranya harga minyak dan keuntungan syarikat petroleum merosot? Banyak lagi nak ini, Speaker. Sedikit ini, okey.
Jadi, saya minta kerajaan menjelaskan tiga perkara. Pertama, berapa kos khidmat hutang kerajaan bagi 2027 dan berapakah bahagiannya daripada hasil Persekutuan? Maknanya, kita kutip cukai, berapa yang sampai kepada rakyat? So, itu kita— rakyat nak tahu. Kena kutip cukai daripada yang kecil, daripada yang besar termasuklah yang generasi sandwich ini.
Kedua, berapakah peruntukan pembangunan yang benar-benar akan dibelanjakan pada tahun 2027, berbanding peruntukan yang hanya diluluskan tetapi tidak sempat dilaksanakan?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ketiga, apakah mekanisme untuk memastikan setiap projek yang lewat gagal mencapai sasaran atau mengalami peningkatan kos disiasat dan tidak dipertanggungjawab? Disiplin fiskal bukan semata-mata mengurangkan defisit.
Sedikit yang saya nak kongsi sebagai Ahli PAC— saya masuk empat tahun ini, Tan Sri Speaker ialah favourite soalan kita ialah kita tanya kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, what are the lesson learned? Segala duit yang habis, yang hilang, EOT sampai sembilan kali dan sebagainya, termasuk isu terbaru Pan Borneo akan masuk dalam kes PAC ini.
Jadi, inilah masanya. If we fail to plan, we are planning to fail. Okey, jangan— kerajaan mengumumkan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan. Baik pulih, meningkat RM1 bilion, daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion. Saya mengalu- alukan peningkatan ini, namun peruntukan nasional yang besar tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa masalah sekolah di setiap kawasan telah selesai.
Di Parlimen Kapar, kesesakan sekolah dan keperluan menambah kapasiti pendidikan di kawasan yang berkembang pesat perlu diberikan perhatian, khususnya di DUN Meru dan Sementa. Di sinilah, zon industri yang besar dan berdekatan dengan Pelabuhan Klang yang menyumbang banyak kepada KDNK negara. Apabila bilangan penduduk dan murid bertambah, kapasiti bilik darjah, kemudahan asas, tandas, ruang pembelajaran dan bilangan guru mesti dirancangkan berdasar unjuran enrolmen yang sebenarnya.
Saya ingin juga, ingin menekankan keperluan penyelesaian kepada kesesakan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Sepatutnya, soalan ketiga belas tadi pagi tetapi tak sempat. Jadi, pembinaan SK Telok Kapas ini menjadi isu penting bagi penduduk tempatan kerana ia nya telah diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesebelas.
Hospital Kapar bila akan beroperasi sepenuhnya? Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan Kementerian Kesihatan kepada RM47.7 bilion, berbanding RM46.5 bilion pada tahun sebelumnya. Tetapi, kita lihatkan hanya RM5 juta sahaja penambahan bagi pembangunan.
Jadi, saya nak tanya kepada Menteri Kesihatan, Hospital Kapar ini tarikh sasaran rasmi hospital mula menerima pesakit bila? Fasa pengoperasian yang telah diputuskan termasuk jawatan dan kepakaran yang akan dibuka terlebih dahulu. Kita tak nak dia reorg, dibawa ke lain duit ini yang sepatutnya yang Hospital Kapar ini boleh beroperasi. Ini pun dah lambat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Banjir lembah Klang. Belanjawan 2027 memperuntukkan RM100 juta bagi langkah menangani banjir kilat di Lembah Klang, termasuk pembinaan kolam takungan dan penyelenggaraan sungai. Tuan Speaker, di Kapar ada satu tempat namanya Bukit Kapar. Selain daripada tempat lainlah, Bukit Kapar ini. Namanya Bukit Kapar tetapi selalu banjir.
Banjir pula banjir lumpur. Kenapa? Kerana ada projek perumahan, projek pembinaan komersial yang besar-besaran telah dibina tanpa perparitan yang dibuat terlebih dahulu dengan sempurnanya. Maka, rakyat menuntut. Pihak KPKT tengoklah bagaimana nak buat apa ini, kelulusan merancang dan sebagainya.
Kelima, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kecil sahaja peruntukan, RM4.1 bilion walhal kementerian ini menjaga segmen besar.
Saya tengok, wanita hampir 17 juta orang, separuh daripada penduduk Malaysia.
Kanak-kanak bawah 18 tahun pada tahun 2025, 9.03 juta, OKU, 805,509 orang, warga emas 2025, 4.1 juta, kes OACC, 12,906 Julai 2026.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bagaimanalah kementerian nak effectively kaji dan plan blueprint ageing nation sekiranya bajet ini tarik sana, tarik sini? Macam mana nak cukup? Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan benar-benar memperuntukkan peruntukan yang cukup dan juga ada satu jabatan khusus diwujudkan bagi memfokus menangani isu warga emas. Supaya majoriti warga emas kita ini menjalani hidup bermaruah, dignity, sihat sejahtera, wealth-lah, warga emas sejahtera dan menjadi aset, bukan sekadar dianggap liabiliti kepada negara.
Untuk Kementerian Kemajuan Desa, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkukuh pelaporan prestasi peruntukan pembangunan di peringkat kawasan. Bagi projek utama yang menggunakan wang Persekutuan, rakyat dan wakil rakyat sepatutnya dapat menyemak sekurang-kurangnya lima perkara, kos diluluskan, jumlah dibelanjakan, kemajuan fizikal, tarikh sasaran siap dan agensi yang bertanggungjawab.
Saya angkatkan suara orang di Kapar. Ramai yang minta YB sebut dalam ucapan. Jalan Hamzah Alang dan Jalan Manan yang paling teruk, consider jalan kampung dah itu. Ini saya quote, unquote perkataannya. Jalan Jambu dari Surau Haji Kamaruddin sampai Jalan Rambutan sangat teruk. Jalan pecah, kerap berlaku kemalangan.
DUN Sementa bermula Lorong Ciku 2, off Jalan Limau berakhir di Lorong Ciku 2 off Jalan Durian, banyak buah dekat Kapar, Jalan Kampung di Kampung Bukit
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar DUN Sementa, DUN Selat Klang, Lot 3504A Lorong Haji Dorani, Lot 3518 Lorong Haji Ramli, banyak lagi yang berlopak dan teruk.
Jadi Speaker, sikit saya nak ambil peluang ini. Bagi KKM, nak tanya. Pagi tadi, saya dijemput oleh satu Parliamentary – Investing in Malaysians: Health Investment Priorities for Budget 2027. Tadi, Bait Al Amanah. Dia membincangkan beberapa perkara khususnya tentang kesihatan.
Jadi, yang di antara yang dia tanya, di mana halangan utama atau bottlenecks yang menghalang pesakit daripada beralih daripada saringan (preventive) dan diagnosis kepada rawatan tepat pada masanya dan yang manakah yang boleh ditangani secara realistik melalui Bajet 2027?
Banyak disebutkan pasal Kertas Putih Kementerian Kesihatan. Berapa persen kah dalam kertas putih itu yang direalisasikan dalam bajet ini? Bagaimanakah sumber kesihatan yang terhad patut diseimbangkan antara pencegahan, diagnosis awal, rawatan dan ubat-ubatan, kapasiti tenaga kerja serta tekanan lain ke atas sistem kesihatan?
Lagi satu, perkara yang agak mungkin kalau zaman dulu, 30 tahun, 40 tahun, kalau kanser paru-paru mungkin lima hingga 10 peratus yang boleh hidup selama dalam masa lima tahun. Sekarang ini boleh dua kali, tiga kali ganda lebih boleh – lebih selamat daripada dulu. Tapi, ia memerlukan ubat-ubat inovatif.
Di manakah kelewatan terutama berlaku antara pendaftaran, penilaian, teknologi kesihatan, keputusan, pembiayaan dan akses pesakit sebenar serta bahagian manakah dalam proses itu yang boleh dipendekkan?
Akhir sekali Tan Sri Speaker, ini saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Saya minta kerajaan mengeluarkan satu sekular arahan untuk menjemput semua wakil rakyat termasuk blok pembangkang ini dalam Majlis Tindakan Daerah supaya kami MP ini sebagai wakil kepada rakyat boleh mengangkat suara rakyat dalam pengurusan isu-isu yang melibatkan rakyat. Kami nak tahu progress projek, lambatlah, sakit kah, dibatal kah, siapa dapat projek?
Supaya bila masalah banjir kilat yang menyusahkan rakyat, menambah miskin yang sudah miskin, merosakkan harta benda, mengganggu perjalanan persekolahan, merencatkan pergi balik pengusaha gig mencari rezeki, menenggelamkan restoran dan kedai makan, banjir lumpur di Bukit Kapar. Ironinya, nama bukit.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Motosikal marhaen pergi kerja dan hantar ambil anak sekolah, rosak berkali- kali setahun, isu dadah dan berpuluh-puluh lagi masalah rakyat. Kalau tak beratus ya. Kami boleh berurusan terus dengan jabatan dan agensi yang berkaitan yang dipengerusikan oleh pegawai daerah supaya tindakan terus follow-up, follow-through boleh diambil dan kerana ia diminitkan. Barulah berkesan check and balance delivery system. Inilah agenda. Ini nak bantu ini Tan Sri Speaker, nak bantukan tema tadi.
Barulah berkesan check and balance delivery system, agenda kerajaan dan belanjawan yang dipantau sampai ke akar umbi. Barulah boleh dikatakan belanjawan kerajaan menggapai langit, mengakar di bumi.
Jadi, kena terima hakikatnya bahawa kami ini perlu dilibatkan dalam segala urusan yang melibatkan rakyat. Sekiranya kerajaan ini masih menafikan hak wakil rakyat seluruh Malaysia, membantu rakyat hands-on, kesusahan rakyat, isu sebenar rakyat, dahlah hak peruntukan rakyat RM2 juta setahun dinafikan kepada kami, dah empat tahun dah ini. Satu Wa'ad dalam manifesto PH, PRU 2015, jangan marah Tuan Speaker, itu waad itu.
Sekiranya MP Pembangkang masih tidak dijemput bersama Mesyuarat Tindakan Daerah, maka belanjawan ini hanyalah bersifat menggapai di langit dan tidak sama sekali mengakar di bumi kerana kami wakil akar umbi yang sah. Period. Kerana apa? Takut kepada kepada check and balance sedangkan itu part of good governance. Nak buat reformasi, buatlah betul-betul, bukan reformasi pura-pura.
Jadi, sikit portfolio saya Tuan Speaker. Saya ucap tahniah kepada usaha bersungguh pihak kementerian KPN untuk mewujudkan perpaduan di antara kaum dalam negara. Teruskan. Komen saya ialah program-program sedia ada ini masih merupakan perpaduan di permukaan atau surface atau form sahaja, still lacks the substance. Saya mencadangkan kerajaan mengumpul pakar-pakar sosiologi dari 10 ke IPT, IPT untuk membedah dan mengkaji real foot root, causes of masalah masih wujud ketegangan dan trust never said antara kaum walaupun dah 70 tahun merdeka.
Tapi, pastikan mereka ini benar-benar bebas pengaruh politik, sana atau sini, betul-betul bebas. Dan supaya mereka buat kerja secara impartial dan profesional.
Buatkan townhall hearing kepada di semua 14 negeri dan wilayah mengenai isu perpaduan kaum yang melibatkan semua stakeholders, bukan pro kerajaan sahaja.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dokumenkan, kajikan dan bentang kepada semua pimpinan termasuk parti politik untuk dijadikan agenda National Unity Blueprint yang betul-betul inklusif.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Belanjawan 2027 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM510 bilion termasuk pelaburan Kerajaan Persekutuan dan juga melibatkan pelaburan awam swasta dan juga badan berkanun.
Walaupun kerajaan menyasarkan defisit 2027 ini sebanyak 3.3 peratus, namun sejarah pada tahun 2026, defisit fiskal kita ialah enam peratus. Ini susulan daripada berlakunya krisis di Asia Barat. Apabila perbelanjaan meningkat, maka sudah tentu kita perlu menilai agar setiap Ringgit dan sen yang dibelanjakan ini digunakan dengan betul dan manfaatnya ialah kepada negara dan juga kepada rakyat.
Tiga ukuran utama dalam belanjawan ini, yang pertama ialah kita mahu melihat keberhasilan. Apakah rakyat dapat daripada perbelanjaan besar sebanyak RM510 bilion ini? Yang kedua, keadilan pengagihan. Apakah manfaat ini dapat dirasai dan dinikmati secara sesama? Kita tidak mahu hanya kelompok tertentu sahaja dapat sedangkan ada yang masih terpinggir.
Yang ketiga ialah ketelusan dan akauntabiliti. Rakyat mahu tahu di manakah wang sebanyak RM510 bilion yang dijanjikan ini, ke manakah wang itu dibelanjakan dan siapakah yang mendapat manfaatnya dan pula yang lebih penting sekali ialah siapa yang bertanggungjawab jika ia nya tidak mencapai sasarannya.
Isu pertama yang saya akan bangkitkan ialah mengenai hal yang berkaitan dengan makanan ruji yang berkaitan dengan soal pesawah padi di daerah Kerian.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Kita melihat kawasan sawah di daerah Kerian ini semakin menyusut. Kalau dulu ada 24,000 hektar, sekarang tinggal 17,000 hektar sahaja. 400 hektar pula tanah sawah itu telah dibuat satu projek industri ternakan ikan arowana dan kita tengok hari ini, ikan pun tak ke mana. Dan saya bimbang ialah lama-kelamaan pesawah dan juga kawasan sawah di negara kita ini semakin menurun.
Mungkin orang boleh bercakap kita import beras lebih untung daripada kita menanam padi di negara sendiri. Ya, kita boleh bercakap waktu kita aman. Tapi
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
sekiranya berlaku suasana yang tidak diizinkan, nauzubillah, sepertimana peperangan, malapetaka, kemarau, banjir di negeri beras yang kita import, sudah tentulah kita akan mengalami masalah. Pengalaman COVID-19 dahulu mengajar kepada kita.
Mereka yang telah pun tak nak buat bendang, menukarkan status bendang mereka kepada hasil yang lain sebab yang pertamanya buat padi, tak jadi. Macam saya sebut di dalam waktu pencelahan baru ini, seorang tok imam dekat dengan Parit Jawa dia tanam padi 20 ekar dapat hasil hanya dua tan saja. Dua tan saja, cuba bayangkan. Itu dia seorang yang saya dapat temui. Tak silap saya call sama juga dengan orang Parit Mentara pun sama juga. Dia kata, “Berhutang lagi, ustaz.” Ini keadaan yang berlaku.
Yang kedua, penyakit. Yang ketiga, mereka kata, “Lebih baik mereka tanam sawit.” Sawit tiga hingga empat tahun, dapat hasil. Memang saya terlibat di dalam mesyuarat jawatankuasa bersama dengan DO, memang ada larangan daripada pihak pejabat tanah tak benarkan tanah sawah ini ditukar untuk ditanam dengan sawit. Ya. Kita bercakap dalam bilik aircond. Kita bercakap 28 hari bulan, 27 hari bulan dapat gaji.
Pesawah dah tiga musim, lima musim yang tak ada padi, yang tak ada hasil, yang terpaksa berhutang dekat kedai. Akhirnya, mereka buat keputusan. Dia kata, “Salah pun, salahlah. Kena tangkap pun, tangkaplah. Jel pun jellah, YB. Kami nak makan. Anak kami nak makan. Isteri kami nak makan. Kami tanam sawit empat tahun, sudah mendapat hasil berbanding dengan apa yang kami lakukan pada hari ini akibat daripada padi tidak jadi dan sebagainya.” Tan Sri Speaker, maka saya ingin memberikan juga dalam soal cadangan hal yang berkaitan dengan soal pesawah ini ialah masalah besarnya ialah masalah tali air. Kalau di kawasan saya, masalah tali air. Selalu orang duduk— contohnya selalu Menteri Kota Raja ini duduk buat contoh berkenaan dengan apa yang berlaku di Tanjong Karang. Ya betul. Tali air sana.
Sebab itu saya juga nak mencadangkan supaya bina tali air yang berlapik konkrit supaya nak memastikan air ini sentiasa ada walaupun dalam keadaan musim kemarau ataupun musim tidak ada turun hujan, air insya-Allah ada kerana airnya dalam sistem pengairan yang baik. Sekurang-kurangnya kita dapat mengatasi.
Betul. Mungkin peruntukan daripada kementerian daripada— yang diketuai oleh Kota Raja ini dapat dibantu oleh Petra Jaya yang telah menjaga hal berkenaan dengan air sebagainya. Sekurang-kurangnya tak boleh buat lima, enam kilometer,
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
buatlah setiap tahun bajet buat dua, tiga kilometer dulu untuk memastikan tali air yang berlapik konkrit ini dapat dibina di kawasan sana.
Tan Sri Speaker, banyak sangat ini agensi-agensi yang duduk urus bahagian petani. Tapi, tiap-tiap kali saya dan juga semua wakil-wakil daripada Kedah, Parit Buntar, selalu duk bangkit bab berkenaan dengan soal pertanian. Tadi saya baru saja call dengan mereka yang aktif dalam NGO pesawah, yang aktif di dalam apa— Pertubuhan Peladang. Mereka beritahu bajet macam-macam, ini contohnya agensi- agensi yang sepatutnya boleh menguruskan soal petani.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dia punya peruntukan tahun ini RM190 juta. Saya baca hat yang bundarlah, RM190 juta. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah, RM131 juta. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan, RM79 juta. MARDI yang diuruskan Bahagian Penyelidikan dan sebagainya, RM247 juta.
Tuan-tuan, agensi ini banyak. Sepatutnya masalah seperti begini, kita petani ini, hal MARDI kita katakan. Saya yakin dan percaya, MARDI ini kebanyakannya terdiri dari kalangan orang yang bijak. Saya banyak, saya kenal kawan-kawan saya, anak-anak murid saya situ yang bekerja di situ. Banyak penyelidikan-penyelidikan mereka. Tapi persoalannya, kenapa soal benih ini masih tak boleh diselesaikan?
Masih tak selesaikan.
Kita beri kepada kartel-kartel, beri kepada syarikat-syarikat. Ini nak buat apa ini? Kita ada tentang Pertubuhan Peladang. Kita ada Lembaga Pertubuhan Peladang ini. Hebat elaun puak-puak ini tuan-tuan, lebih banyak daripada elaun Menteri. Gaji mereka ini. Gaji mereka tak kira lagi mari mesyuarat sitting, RM1,000. Mari mesyuarat kadang-kadang bukan bincang bab berkenaan dengan pesawah. Yang mereka bincangnya, berapa kita nak dapat elaun? Jangan tipu saya. Saya dapat maklumat daripada orang-orang terlibat dalam agensi-agensi terutamanya daripada orang yang terlibat dalam Peladang ini.
Maka sebab itu Tan Sri Speaker, kita ada MADA, KADA dan sebagainya.
Maka, sepatutnya perkara ini tidak berbangkit lagi. Alhamdulillah, hari ini kita tengok seorang influencer, Zahra yang telah pun mendapat liputan yang baik dalam ulasan- ulasan dia. Terima kasih kepada Zahra yang banyak membantu kami...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bagan Serai, Bagan Serai, Bagan Serai...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Yang banyak— sorry, minta maaf. Kita bincang dekat kantin sat lagi. Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Berilah sikit, berilah sikit, Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Sepatutnya agensi-agensi Zahra ini— saya tak beri, Tan Sri, sebab saya banyak ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Hulu Langat.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Apa— sepatutnya agensi- agensi ini boleh selesaikan dan terima kasih kepada Zahra lah kerana telah pun membantu untuk suara-suara petani. Kami pun bangkitkan juga. Tak apa, kita kerjasama. Kita tak ada kepentingan apa. Kita pun tidak ada, tidak buat bendang pun, yang tahu kita makan padi saja, yang kita makan beras saja.
Tapi pertolongan daripada influencer, influencer seperti begini, sekurang- kurang menjadi satu wake-up call, menjadi satu penyedar kepada orang bertanggungjawab untuk memastikan supaya mereka itu terbela. Sepatutnya agensi ini selesaikan masalah petani, baja, racun, kilang.
Kilang di kawasan saya, dah berapa lama kawasan ini— kilang padi pun tak ada yang dimiliki oleh Pertubuhan Peladang. Eh, saya kata, “Hangpa buat apa?” Kan? Buat apa ini? Apa jadi? Terpaksa nak jual kepada orang lain. Daripada jual orang lain, orang boleh potong, tak memotong sepatutnya apabila ada hak kita kerana Pertubuhan Peladang ini macam koperasi. Untung dia, untunglah ahli dia.
Tapi yang ini pun tak boleh buat. SSR kita semakin turun, teruk, Tan Sri. Tahun 2020, 62.1 peratus. Sekarang turun 54.3 peratus.
Target kita 2030, SSR kita 80 peratus mungkin makin jauh. Maka, kalau ini yang kita tidak dapat atasi, kita tidak lakukan, kita bimbang...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tan Sri Speaker, peraturan tetap...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
...takut ia nya akan memberikan masalah yang besar kepada...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tan Sri Speaker, peraturan tetap. 36(6). Tadi Bagan Serai ada menyebutkan dia beritahu yang duduk dekat contohnya macam LPP MARDI ataupun MADA tadi kan, ada duit tepi. Dia sebut tadi itu. Saya nak minta dia tarik baliklah sebab itu pada saya adalah merupakan satu sangkaan jahat sebab saya rasa soal berkaitan dengan elaun ini, Tan Sri Speaker...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Apa dia?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab masa Bagan Serai jadi Menteri dulu pun, dia jadi kerajaan dulu pun, elaun yang sama juga saya rasa yang dapat. Maksudnya Pengerusi LPP, dia dapat elaun yang sama.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Okey, okey, okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dulu pun elaun yang sama.
Kemudian, ahli lembaga pengarah pun dapat elaun yang sama. Tapi tadi dia menyebutkan seolah-olah ada unsur-unsur yang tidak sihat, ada unsur-unsur tatakelola yang tidak baik yang disebutkan tadi oleh Bagan Serai.
Jadi, saya nak mintalah sebab Bagan Serai ini pun saya anggap sebagai guru jugalah. Sebagai guru juga. Guru jangan teruskan lagi guru. Maksudnya kan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta supaya Bagan Serai tolong tarik baliklah sebab ada perkataan yang disebutkan tadi itu yang saya rasa tidak baik. 36(6). Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tambah sikit, Tan Sri. Sat lagi, kita tambah waktu saya itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya nak tanyalah, nak tanya. Saya nak tanya Bagan Serai, adakah Bagan Serai berniat untuk mencadangkan elaun-elaun mereka ini ditarik balik ataupun sekadar untuk memaklumkan kepada awam bahawa inilah yang mereka dapat. Apa dia maksud tadi?
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Saya hanya untuk memaklumkan sepatutnya tak masalah untuk kita bagi CEO gaji RM500,000 ke RM600,000 pun. Kita nak dia, outcome dia apa. Itu maksud saya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Saya terima.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tidak ada. Tidak ada masalah apa. Nanti Tok Pengerusi daripada Hulu Langat ini, kawan saya, anak buah saya dia buat elaun banyak ini, kan? Jangan terasa hati pula.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, untuk memaklumkan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Maklumkan. Tak ada apa.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Tidak ada niat lebih yang itu ya?
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tak ada lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Kita teruskan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Yang pentingnya ialah untuk kebaikan petani.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Hang pa kena fikir bab berkenaan dengan petani untung dia.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan, teruskan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Okey. Baik Tan Sri.
Kemudian, berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan soal istito’ah. Dibangkitkan oleh, nama saya disebut bab istito’ah ini. Memang saya pernah sebut berkenaan dengan wajib pergi haji ini ialah istito’ah. Bukan saya sebut. Ini hukum dalam Islam.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Surah al-Imran, ayat 97 dan, “Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” Maknanya, istitaah. Syarat nak pergi haji ini Islam, akil, baligh, merdeka, istito’ah iaitu mampu. Mampu maksud apa? Kewangan. Kalau kita tak ada duit tak boleh pergi. Betullah itu. Walaupun ini rukun haji.
Yang kedua, kesihatan.
Yang ketiga, keselamatan perjalanan.
Yang keempat, kenderaan.
Yang kelimanya, hari ini perlu dapat kelulusan daripada visa daripada Arab Saudi.
Itu yang saya maksudkan istito’ah ini ialah walaupun dia rukun Islam yang kelima tetapi kalau kita tak cukup duit, kita tak berdosa. Ini masalah yang kita pertikaikan dia kenalkan sampai RM15,000 ini untuk nak carum kena RM15,000 baru nak daftar ini, apa cerita? Apa cerita? Sepatutnya ialah orang pergi daftar macam kita dahulu daftar. Anak kita bila beranak nanti, kita daftar. Kita daftar kemudian kita masuk sikit-sikit dan sebagainya. Dah masuk dekat-dekat nak tarikh nak panggil nanti okey Tabung Haji kata, “Wang masih tak cukup.” Kita akan pastikan wang itu dapat dicukupkan. Ini daripada awal lagi kita kata RM15,000 ini istito’ah. Itu tak betul.
Itu bukan istito’ah . Itu namanya waah nama dia.
Okey. Minta maaf. Nanti saya...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya nak minta penjelasan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Okey.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Boleh?
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Nanti. Saya, masa habis ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Okey.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Okey. Tan Sri Speaker.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Istito’ah ini Bagan Serai.
[Ketawa]
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Okey. Berkenaan dengan jalan. Saya nak mohon berkenaan dengan kawasan saya sendiri dan juga tadi cadangan berkenaan apa berkaitan dengan petani tadi. Hari ini Takaful yang kerajaan bagi pertamanya ialah hanyalah kepada waktu kemarau sahaja, tetapi waktu penyakit tak kena tapi kita harapkan ini dimasukkan sekali. Semua. Penyakit, banjir, musibah-musibah lain kita harapkan dapat diberikan sama.
Yang kedua ialah kuota. Berkenaan benih ini biarlah juga diberikan lebih kepada Pertubuhan Peladang. Bukan bagi pada orang lain. Biarlah Pertubuhan Peladang setiap kawasan itu dapat menguruskan dengan baik dan ini nya akan memberikan satu kebaikan kepada petani-petani yang ada di situ. Kita utamakan konsep dan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Akhir sekali ialah...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sebelum awak berhenti.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Berkenaan dengan permohonan saya ialah...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Nak betul sikit ini.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Berkenaan dengan...
Tuan Yang di-Pertua
Masa, masa.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Masa, masa. Berkenaan dengan fasal permohonan di kawasan saya iaitu mengenai jalan beralun dan ditampal-tampal. Agak bahayalah kerana daripada Sungai Gedong, Kampung Dew sampai ke Pekan Bagan Serai. Jalannya jalan utama sebenarnya dan menjadi jalan utama penghubung kadang-kadang orang nak ke utara, nak ke Butterworth, nak ke Parit Buntar menggunakan jalan tersebut dan juga terdapat beberapa sekolah di sekitar situ agak merbahaya. Maka, sebab itu kalau boleh buatlah jalan dengan baik.
Kita tak nak lagi bertampal-tampal. Apabila jalan bertakung kadang-kadang waktu musim hujan, air sebagainya merbahaya kepada keselamatan penduduk di sana.
Jadi, itulah harapan saya semoga ia nya menjadi satu renungan kepada kita bersama terutama kepada kawan saya daripada Hulu Langat. Okey, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dalam naskhah Melayu klasik Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin ada satu bahagian yang menceritakan tentang waad di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
Waad ini adalah satu perjanjian atau dalam bahasa Inggeris, covenant di antara seorang raja yang memerintah dengan rakyat yang diperintah. Satu perjanjian yang mengikat raja dan keturunannya dengan rakyat dan keturunan.
Episod waad di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun ini merupakan asas kepada hubungan Raja-raja Melayu dengan rakyat jelata. Ini sekali gus membuktikan, Tan Sri Yang di-Pertua bahawa konsep waad ini, waad di antara pemerintah dan yang diperintah bukanlah perkara baharu ataupun bukanlah yang direka oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Dalam Kesultanan Melayu ia sudah pun wujud untuk sekian lama. Hari ini kita berbicara tentang waad nasional seperti yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun berkali-kali.
Waad ini adalah janji, kontrak, covenant di antara kerajaan dan rakyat. Yang mana seperti yang telah disebut waad ini berpaksikan tidak hanya berpaksikan kepada kuasa tetapi harus dipagari dengan amanah. Apabila rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan walau siapa pun yang menjadi pemerintah, maka pemerintah itu mempunyai tanggungjawab mempunyai obligasi untuk berlaku adil dan buat yang terbaik untuk rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita tengok Belanjawan 2027 ini jelas ia mempunyai satu matlamat untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang akan terpinggir. Bila kita bercakap tentang negeri dan wilayah dan kaum, ras, agama semua diberikan peruntukan. Tak kisah sama ada peruntukan tersebut kepada negeri yang dipegang oleh pembangkang ataupun yang dipegang oleh mereka yang berada dalam kerajaan.
Tetapi dalam kita berbincang tentang waad nasional ini Tan Sri Yang di- Pertua, naluri saya masih terganggu apabila kita melihat bahawa setakat ini tidak ada lagi satu undang-undang mahupun garis panduan untuk mewajibkan bahawa peruntukan kawasan itu diberikan kepada semua wakil rakyat. Tidak mengira jalur politik mereka.
Ini saya fikir satu kekurangan yang ada dalam Belanjawan 2027 ini iaitu satu pengumuman bahawa kerajaan akan menggubal satu rang undang-undang untuk memaktubkan peruntukan bagi semua Ahli Parlimen tanpa mengira jalur politik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Namun demikian, dalam kita membuat gesaan ini, saya juga telah sebut perkara ini peruntukan ini tidak boleh diberikan amaunnya sama kepada semua kerana realitinya adalah kita ada kawasan Parlimen yang cukup besar dan sekiranya diberikan sama rata, ia akan sudah tentu mewujudkan ketidakadilan. Sebagai contoh dan sudah tentu saya akan menggunakan contoh ini. Bangi ada lebih daripada 300,000 pengundi. Jumlah pengundi paling ramai dalam Malaysia. Penduduk pula 700,000, Tan Sri Yang di-Pertua.
Maka, ada pula kawasan lain yang hanya ada separuh atau satu pertiga daripada jumlah pengundi di Bangi. Maka, kalau kita bagi Bangi sama dengan tempat-tempat lain, Tan Sri Yang di-Pertua, ia nya juga akan mewujudkan ketidakadilan di mana pengundi di Bangi terpaksa menerima, kalau kita nak buat kira-kira yang kasar jumlah yang kurang daripada tempat-tempat lain. Jadi, saya menggesa kerajaan untuk menggubal rang undang-undang untuk menjamin peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tetapi jumlahnya kena mengikut formula yang berkadar untuk menjamin kesaksamaan dan keadilan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
10 saat.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bangi, bila menyebut soal berkaitan dengan waad ini. Ya lah waad ini janji. Kita boleh sebut lah kalau dikatakan orang tak tunai janji ini kita sebut macam tadi, Kota Bharu dia sebutkan munafik kemudian hipokrit. Okey, di Kelantan, dijanjikan bekalan air bersih. Kemudian, bus stop. Kemudian, dijanjikan setiap jajahan itu nak dibina pusat-pusat rekreasi.
Kemudian, dijanjikan juga pembinaan satu hospital patuh syariah tetapi ini semua tidak terlaksana di negeri Kelantan. Adakah boleh kita menyebutkan bahawa pimpinan-pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan ini ‘tut’ munafik? ‘Tut’ hipokrit? Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Soalan itu saya rasa Yang Berhormat Hulu Langat sendiri telah jawab apa yang dia sebut. Jadi, saya pergi kepada yang seterusnya. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam kita menyebut tentang waad nasional ini, sudah tentu kita juga merujuk kepada prinsip kenegaraan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Negara kita tidak akan wujud kalau bukan dengan darah keringat dan air mata yang dititiskan, ditumpahkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita, perwira- perwira yang telah berkorban untuk negara kita yang tercinta.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Di Parlimen Bangi, kami berbangga lahirnya seorang wira yang telah gugur melawan penjajah, yakni Allahyarham Leftenan Adnan bin Saidi. Lahir di Sungai Ramal dan gugur di Bukit Chandu, Singapura apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Ya, sememangnya nama Leftenan Adnan ini sudah pun diabadikan dalam sekolah yang ada di Sungai Ramal. Pernah juga ada buku yang keluar, filem dan sebagainya tetapi sejujurnya Tan Sri Yang di-Pertua, pada kami Leftenan Adnan ini belum lagi diangkat ke tempat yang sepatutnya, masih lagi belum ada pengiktirafan secukupnya bagi Leftenan Adnan.
Dan sebab itu, saya nak mencadangkan di sini bahawa kerajaan benar-benar mengangkat Leftenan Adnan ini sebagai seorang wira nusa dan bangsa, memberikannya pingat secara dengan izin, posthumous dan mewujudkan satu galeri khusus dibiayai oleh kerajaan untuk Leftenan Adnan. Kita adakan forum-forum, perbincangan dan sebagainya mengenai wira dari Sungai Ramal ini dan jangan kita lupa bahawa pengorbanan mereka seperti Leftenan Adnan ini adalah satu pengorbanan yang cukup penting untuk membina sebuah negara bangsa dan tamadun baharu di bawah gagasan Malaysia MADANI.
Tan Sri Yang di-Pertua, sewaktu sesi libat urus Belanjawan 2027 pada 18 Ogos yang lalu, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan kesediaan beliau untuk memasukkan elemen positif GST ke dalam sistem SST yang sedia ada seperti memastikan tidak ada kesan cukai berganda atau dengan izin, cascading effect. Banyak pihak yang menyuarakan sokongan, gesaan supaya GST ini dikembalikan.
Namun, saya ingin nyatakan di sini Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa pada saya kerajaan tidak patut menukar semula kepada GST pada masa ini.
Pertama, kenapa? Sistem GST jika dilaksanakan sekarang, dijangkakan bahawa lebih daripada 900,000 perniagaan perlu mendaftar dan mengutip cukai GST berbanding yang kini SST hanya lebih kurang 130,000 perniagaan. Lebih kurang 900,000 berbanding 132,000, sudah tentu ini bermakna GST akan melibatkan jauh lebih banyak perniagaan berbanding dengan SST.
Di samping itu, kita juga kalau kita tengok tariff lines dengan izin, bagi cukai jualan adalah lebih banyak dikenakan kosong peratus di bawah SST berbanding GST. Manakala, untuk cukai perkhidmatan ada lebih banyak perkhidmatan yang dikenakan cukai bawah GST berbanding SST.
Kemudian, GST juga akan membebankan perniagaan kecil yang perlu menguruskan bayaran balik dan isu-isu lain yang berkaitan seperti pulangan balik cukai. Kemudian, kita menyebut tentang ketelusan sistem GST, kita juga harus akui
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
bahawa e-Invois yang kini dilaksanakan juga menuju ke matlamat yang sama iaitu menggalakkan ketelusan tetapi dengan pengecualian e-Invois kepada PMKS dengan jumlah bawah tiga juta, kita dapat capai satu keseimbangan Tan Sri Yang di- Pertua di antara keperluan, ketelusan dan tidak membebankan PMKS.
GST juga mengenakan cukai secara langsung kepada pengguna, manakala mekanisme pemindahan cukai di bawah sistem SST pada masa ini tidak dikenakan secara langsung. Memang ada perniagaan yang menanggung input SST, lebih cenderung untuk memilih GST tetapi pengguna sebenarnya akan menanggung kesan yang lebih berat sekiranya GST dilaksanakan. Kerajaan MADANI ini...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Telah memilih untuk tidak...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi Sik boleh minta penjelasan?
Boleh sikit?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Maaf, dah tadi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh kot 30 saat?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, okey, boleh, boleh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh ye? Ya tadi Yang Berhormat Bangi sebut soal pengagihan peruntukan kepada seluruh Ahli Parlimen. Jadi, Bangi telah bersetuju bahawa waad yang dijanjikan dulu tak ditunaikan lagilah kepada pembangkang. Jadi mohon untuklah Bangi menekan sungguh perkara ini supaya ditunaikan.
Dan adakah yang keduanya Yang Berhormat Bangi setuju kalau kita nak cakap dalam Dewan ini, biarlah dengan fakta ya. Yang merujuk Hulu Langat ya.
Cerita tadi Kelantan tak laksana, tak buat projek untuk bekalan air bersih, hospital itu tak betul ya. Kerajaan Kelantan sedang bina dan sedang laksana projek itu, mungkin belum siap. Jadi biar Hulu Langat ini cerita dalam Dewan ini biar yang berfakta, bukan hanya nak cari popular, nak bagi like banyak dalam Facebook sebagainya ya.
Jadi mungkin Bangi bersetujulah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
PTPTN...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Biarlah kita...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Siapa yang janji dulu nak hapuskan?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
PTPTN...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, nanti kita jadi kerajaan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab Ketua pemuda dok sebut. Ketua pemuda dok sebut dalam Dewan ni, dia kata PTPTN dulu, Kubang Kerian yang sebut.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kita bukan. Ini tanggungjawab kerajaan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau andai kata kita perintah...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tanggungjawab kerajaan nak laksanakan PTPTN.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Dia nak hapuskan PTPTN.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi kami di sebelah sana nanti...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
PTPTN [Tidak jelas] disebut.
Jangan sebut orang munafik sebagaimana yang disebutkan tadi oleh Tan Sri Speaker, jangan sebut munafik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tadi dah dijawab tadi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Benda-benda macam tu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Tidak khusus mana-mana pihak.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab ayat-ayat, perkataan- perkataan itu didengar di seluruh negara.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sebab itu floor dengan Bangi, Hulu Langat. Saya dengan Bangi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Patutnya kena sebut benda- benda yang beradab sikit, benda-benda macam itu sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua
Ini, ini, ini. Okey, cukup, cukuplah, saya penat. Saya faham masing-masing ada jawatan dulu. Masing-masing ada jawatan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tengah sedap saya tengah...
Tuan Yang di-Pertua
Jadi sekarang ini, naya Bangi. Yang naya Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tengah cakap pasal GST ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey Bangi, teruskan, teruskan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah yang itu sudah tentu sama juga macam tadi Sik kata Kelantan belum selesai laksanakan, kita juga belum selesai laksanakan waad dalam PRU yang lepas, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah, mana tadi saya kata? Kerajaan MADANI memilih untuk tidak melaksanakan GST kerana tidak ingin membebankan rakyat jelata. Adakah mereka yang memperjuangkan sistem GST ini faham bahawa mereka akan memaksa pengguna menanggung GST sepenuhnya berbanding dengan sekarang di mana SST hanya melibatkan sebahagian pengguna secara tidak langsung?
Kita tidak boleh sering menukar sistem percukaian kita, Tan Sri Yang di- Pertua. Setiap beberapa tahun kita tukar. Mula-mula buat SST, kemudian GST, kemudian SST, kemudian nak balik semula kepada GST. Kita perlukan kepastian atau certainty dalam dasar kita. Dan sebab itu di mana sekarang ini kos sara hidup, kita dengar selalu meningkat dan sebagainya, pelaksanaan GST akan menambah beban kepada lebih ramai rakyat. Jadi kepada pihak kerajaan, pada saya, kita tidak perlu patah semula kepada GST. Teruskan dengan sistem yang sedia ada dan tambah baik jika perlu, Tan Sri Yang di-Pertua.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak sebut tentang pendidikan. Saya menyambut baik penekanan yang diberikan oleh Kerajaan MADANI kepada peruntukan untuk pendidikan. Saya sering membangkitkan isu tentang keperluan sekolah-sekolah yang ada di Parlimen Bangi termasuklah sekolah yang semakin usang dan daif serta sekolah yang padat. Alhamdulillah, tahun ini jumlah wang yang disalurkan bagi penyelenggaraan semua jenis sekolah telah meningkat dan tahun depan juga akan meningkat lagi.
Untuk warga Parlimen Bangi juga, kami gembira kerana di Bandar Mahkota Cheras akan dibina sebuah sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan dalam Belanjawan 2027 disebut juga akan dibina satu SJKC di Bandar Mahkota Cheras.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada KPM kerana melalui pembinaan kelas tambahan kaedah IBS, isu sekolah padat sekarang ini sedang ditangani. Di daerah Hulu Langat tahun lepas, beberapa buah sekolah dalam Parlimen Bangi telah mendapat manfaat dan tahun ini, daerah Hulu Langat — jiran saya pun ada, kita sama-sama, Hulu Langat...
Seorang Ahli
Hulu Langat tak sokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
35 buah sekolah mendapat manfaat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM53 juta. Jumlah bilik darjah juga yang dibina dengan kaedah IBS ini sudah meningkat berbanding tahun lepas. Contohnya, SMK Kajang Utama dalam Parlimen Bangi. SMK Jalan Reko juga dalam Parlimen Bangi sudah dibina 10 bilik darjah tambahan. Di SMK Bandar Seri Putra dalam
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Parlimen Hulu Langat sudah dibina bilik darjah, 20 bilik darjah tambahan. Syabas dan tahniah buat JKR Hulu Langat kerana pencapaian yang cukup baik ini.
Tadi saya berada di SMK Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) Kajang di dalam kawasan saya. Di situ juga ada dibina blok untuk kelas tambahan yang dibina tahun lepas. Tahun ini telah pun digunakan untuk kelas PPKI ini. Memandangkan Tan Sri Yang di-Pertua, IBS ini sudah terbukti berkesan dari segi kos dan masa, saya ingin mencadangkan supaya pihak KPM melihat sama ada kaedah ini boleh digunakan untuk membina sekolah baru, bukan hanya kelas tambahan tetapi sekolah baru dan bukan— supaya kita dapat memendekkan masa untuk membina sebuah sekolah itu.
Ini saya harap pihak KPM dapat terokai.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya seterusnya pergi ke isu-isu tempatan.
Kesesakan lalu lintas menjadi isu yang paling besar dalam kawasan Bandar Baru Bangi dan Kajang. Saya ingin mencadangkan bahawa pihak kerajaan melihat kebolehlaksanaan untuk kita panjangkan MRT itu yang sekarang ini dia terhenti di Kajang, kita panjangkan akhirnya untuk sampai ke Putrajaya contohnya. Dan saya juga ingin menggesa kerajaan untuk memaklumkan mengenai status Lebuh Raya Bangi-Putrajaya yang tertangguh kerana pada masa ini rata-rata penduduk di Bangi merasakan ini dapat membantu kesesakan lalu lintas yang ada.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi, isu untuk sampai daripada Bangi hingga ke Putrajaya ini Tan Sri Yang di-Pertua, memang satu isu yang sering dibangkitkan. Jadi, pihak kerajaan harus melihat bagaimana ini dapat diselesaikan. Sebelum ini, memang Lebuhraya Bangi- Putrajaya ini ada isu tentang jajaran tapi saya yakin ini dapat diselesaikan.
Di samping itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merayu kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, UKM dan juga pihak MPKJ untuk memuktamadkan isu pengambilan tanah bagi penaiktarafan Persiaran KWSP. Daripada tahun pertama saya menjadi wakil rakyat, sampailah sekarang, isu ini masih menjadi satu isu yang menjadi halangan kepada pelaksanaan naik taraf Persiaran KWSP.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tolonglah selesaikan perkara ini demi penduduk di kawasan Parlimen Bangi.
Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun ada menyebut, “Kita tidak membina negara untuk satu tahun fiskal, kita membina negara untuk satu
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
generasi dan tugas sebuah generasi bukan semata-mata untuk menikmati apa yang diwarisi tetapi memperluaskan apa yang boleh diwariskan”. Inilah apa yang disebut sebagai waad nasional. Kuasa yang dikurniakan oleh Allah SWT harus, wajar, wajib dipagari dengan amanah. Kita ada tanggungjawab, bukan hanya untuk generasi ini tetapi untuk anak cucu kita di masa hadapan.
Kepada Yang Amat Berhormat Tambun, kami saksikan bagaimana Dato' Seri bekerja keras setiap hari demi negara ini. Walau dikecam, dicerca, difitnah, dinista, namun ini semua bagaikan tidak melemahkan semangat Dato' Seri untuk terus berkhidmat untuk Malaysia. Dato' Seri, walaupun jalan mu penuh dengan ranjau, liku dan getir, teruskan usaha mu. Kami tahu, tanggungjawab yang dipikul oleh Dato' Seri berat tetapi percayalah, percaya lah bahawa time will prove that you are on the right side of history, dengan izin. Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan kali ini adalah belanjawan kelima yang dibentangkan oleh kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Melihat kepada garis masa tempoh penggal pilihan raya, berkemungkinan besar belanjawan ini adalah belanjawan yang terakhir dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sebelum PRU ke-16 diadakan.
Sepertimana pendekatan kerajaan-kerajaan sebelum ini dan juga pendekatan kerajaan di kebanyakan negara lain di dunia, belanjawan sebelum pilihan raya umum disusun dengan pelbagai pengumuman positif dan mesra rakyat bagi memberi kelebihan kepada parti kerajaan agar dipilih semula dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Jarang mana-mana kerajaan sekalipun di dunia ini yang mengumumkan kenaikan cukai ataupun pendekatan yang tidak popular dalam belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum. Jika dalam beberapa belanjawan awal, kerajaan memperkenalkan kenaikan serta peluasan skop cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau sales and service tax (SST), tidak ada sebarang kenaikan dan peluasan skop dalam belanjawan kali ini.
Hasil daripada kenaikan kadar dan peluasan skop SST yang mula diperkenalkan pada tahun 2024, jumlah kutipan SST telah meningkat daripada
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
RM35.4 bilion pada tahun 2023 kepada anggaran kutipan sebanyak RM73.3 bilion pada tahun 2027 iaitu peningkatan sebanyak RM37.9 bilion atau 107 peratus dalam tempoh empat tahun. Secara umumnya, peratusan peningkatan cukai SST ini jauh lebih tinggi berbanding peratusan kenaikan nilai KDNK dalam tempoh tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu persoalan berkaitan cukai yang menimbulkan percanggahan pendapat ketara dalam kalangan pemimpin kerajaan daripada parti yang berbeza pada hari ini adalah sama ada cukai SST patut dikekalkan atau kerajaan patut memperkenalkan semula cukai GST atau goods and services tax atau cukai barang dan perkhidmatan.
Dari sudut sejarahnya, cukai jualan mula diperkenalkan pada tahun 1972 dan cukai perkhidmatan mula di laksana pada tahun 1975. GST pula mula di laksana pada tahun 2015 apabila berlaku pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke- 14 pada tahun 2018, GST dimansuhkan dan SST diperkenal semula pada 1 September 2018.
Antara asas pengenalan GST yang ditekankan kerajaan sewaktu hendak memperkenalkan cukai ini ialah untuk memperluaskan skop cukai, meningkatkan kecekapan kutipan hasil serta mengelakkan ketirisan hasil. Antara hujahan yang digunakan oleh Menteri Kewangan di Dewan ini pada 7 Ogos 2018 untuk menghapuskan GST dan menggantikan dengan SST ialah GST memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat.
Dijelaskan juga oleh Menteri pada waktu itu bahawa dengan penghapusan GST, kutipan cukai kerajaan akan berkurang sebanyak RM17 bilion. Maka, bebanan cukai ke atas rakyat akan berkurangan. Itu hujahan pada tahun 2018. Tetapi jika melihat data-data yang ada pada hari ini, mungkin hujahan akan berlaku sebaliknya.
Masa telah berlalu, Tuan Yang di-Pertua. Setelah masa berlalu, pada 1 Ogos 2024, kerajaan kemudiannya mula melaksanakan e-Invois, rujukan dalam Hansard Parlimen serta jawapan kepada media oleh kerajaan berkaitan dengan pelaksanaan e-invois menjelaskan bahawa antara tujuan utama pelaksanaan e-Invois adalah untuk meningkatkan pematuhan cukai, mengelakkan ketirisan hasil serta mengekang ekonomi bayangan atau shadow economy, dengan izin, yang tidak dilaporkan melalui sistem percukaian.
Menurut Menteri Kewangan II dan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN), kerajaan telah berjaya menjana cukai tambahan sebanyak RM1.09 bilion hasil daripada pelaksanaan e-Invois. Bagi peniaga, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana, pelaksanaan e-Invois telah meningkatkan kerumitan
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
pematuhan cukai. Mengambil kira rungutan daripada peniaga, kerajaan terpaksa menangguhkan beberapa kali pelaksanaan e-Invois berdasarkan nilai ambang pendapatan perniagaan.
Mengikut maklum balas peniaga, kerumitan pelaporan e-invois adalah hampir sama dengan kerumitan ketika mereka membuat pelaporan GST dahulu. Kenaikan kadar dan peluasan skop SST, kenaikan ketara jumlah kutipan SST serta pengenalan e-Invois telah menghangatkan debat sama ada SST patut ditukar semula kepada GST.
Seperti saya sebutkan tadi, pemimpin dalam kerajaan pada hari ini daripada parti berbeza mempunyai pandangan berbeza sama ada GST patut diperkenalkan semula. Ada yang kata GST patut dikembalikan, ada pula yang kata satu sistem hibrid SST dan GST akan dilaksanakan. Jadi sebenarnya, ke mana arah sistem percukaian kita?
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan, negara tidak boleh terus berada dalam ketidaktentuan begini. Sekejap SST, kemudian GST, kemudian tukar pula kepada SST. Kemudian mungkin nak tukar kepada hibrid atau nak perkenalkan semula GST. Ke mana kita nak bawa negara kita sebenarnya?
Oleh itu, jika kita lihat, peniaga-peniaga di luar sana pening kepala melihat sistem asas cukai yang berubah-ubah. Kalau SST ditukar kepada hibrid, apa bentuknya? Kalau tukar kepada GST, apakah pelaporan GST dan pelaporan invois boleh digabungkan? Apakah akan ada satu pelaporan melalui sistem yang lebih menyeluruh?
Oleh itu, untuk bergerak ke hadapan, negara tidak boleh berada dalam keadaan begini berterusan. Kasihan, kasihan kepada peniaga, kasihan kepada rakyat, kasihan kepada ekonomi negara. Negara perlu ada satu sistem asas percukaian yang jelas. Panggillah nama apa sekalipun atas dunia ini, yang paling penting, asas percukaian negara mestilah telus dan jelas.
Bila kita ada satu sistem asas percukaian yang jelas, datanglah mana-mana parti pun membentuk kerajaan baharu, sistem asas itu seharusnya dikekalkan. Bila kita ada sistem yang jelas, mana-mana kerajaan nak naikkan kadar atau nak turunkan kadar, nak luaskan skop atau nak kecilkan skop boleh laksanakan dalam kerangka sistem asas cukai yang jelas dan telus.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua, demi masa depan Malaysia, saya ingin cadangkan agar semua parti politik, semua pemimpin politik duduk bersama membincangkan apakah
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
sistem asas cukai yang terbaik untuk negara ini. Kita ketepikan politik dan kita letakkan kepentingan rakyat, kepentingan negara dan kepentingan ekonomi jauh ke depan.
Kita mungkin boleh mengambil pendekatan cukai di luar kebiasaan. Kita boleh melihat apa yang berlaku, kita realistik tengok keadaan di bawah, kita keluarkan satu pendekatan yang di luar kebiasaan. Mungkin ia nya bukan SST, mungkin ia nya bukan GST atau apa sahaja pendekatan yang kita semua bersetuju.
Jadi, bila mana-mana kerajaan naik, sistem asas percukaian ini kekal. Jadi, peniaga tak pening. Kalau tidak, tunggulah lepas pilihan raya. Pilihan raya akan diadakan pada tahun 2027, katakan. Peniaga menunggu, apakah akan berlaku sekali lagi pertukaran sistem percukaian kerajaan.
Oleh itu, pada masa yang sama, saya berharap pihak kerajaan mengambil pendekatan secara lebih terbuka untuk membincangkan sistem asas cukai ini sepertimana yang saya cadangkan. Kongsikan data-data berkaitan pelaksanaan GST dahulu dan SST pada hari ini. Saya secara peribadi akan menulis surat kepada Menteri Kewangan untuk meminta data-data bagi membolehkan kita membincangkan perkara ini secara profesional dan terbuka demi masa depan Malaysia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Putrajaya, sahabat saya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Mana ini? Jelutong, saya habiskan dahulu. Tuan Yang di-Pertua, jika kita menggunakan sistem asas percukaian sebagai modal politik, saya khuatir setiap kali penggal pilihan raya, kerajaan memperkenalkan sistem asas cukai yang baharu. Jika itu berlaku, negara kita takkan ke mana. Peniaga-peniaga tidak akan boleh membuat satu pendekatan yang menyeluruh untuk mengembangkan perniagaan mereka. Jadi, ayuh semua kita duduk bersama, ketepikan politik, ketepikan kepartian, kita bincang apakah sistem asas percukaian yang terbaik untuk Malaysia demi masa depan anak-anak kita.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, saya ingin menyentuh tentang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian, khususnya Rohingya, di negara ini. Saban hari kita mendengar keluh kesah rakyat berkaitan kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan juga pelarian.
Berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin, rakyat melihat seolah-olah tidak ada kesudahan pada isu ini. Tiada siapa yang tahu sebenarnya berapa ramai pendatang asing tanpa izin yang pada masa ini tinggal bekerja atau tidak bekerja di
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Malaysia. Tidak ada siapa pun yang ada data yang betul-betul tepat berkaitan dengan perkara ini.
Apatah lagi apabila terbongkar sindiket counter setting, dengan izin, melibatkan anggota penguat kuasa di sempadan negara yang melepaskan warga asing masuk ke Malaysia tanpa mengikut prosedur. Mereka yang terlibat dalam counter setting ini adalah pengkhianat negara. Kita tidak tahu berapa ramai yang telah masuk melalui kejahatan ini.
Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, bila kita bercakap― itu baru di sempadan lapangan terbang. Kita tak lihat lagi betapa ramai pendatang asing tanpa izin yang masuk melalui laluan tikus di sempadan di seluruh negara. Kita tidak boleh biarkan sempadan negara terus hancur begini. Hancur Malaysia kalau kita terus biarkan.
Oleh itu, saya mohon pada kerajaan, sediakanlah sebaik mungkin sumber sama ada infrastruktur, peralatan, tenaga kerja untuk kita pertahankan sempadan negara daripada dibolosi oleh pendatang asing tanpa izin. Setelah sempadan negara ditutup rapat, kita bersihkan pula setiap pelosok negara daripada pendatang asing tanpa izin. Untuk tujuan ini, saya cadangkan kerajaan ketatkan syarat pengambilan pekerja asing untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan diperlukan sahaja diberikan permit bekerja.
Kedua, kerajaan perlu menghantar balik pendatang asing tanpa izin yang berada dalam pusat tahanan imigresen di seluruh negara. Sebolehnya kita kosongkan semua pusat tahanan imigresen di seluruh negara segera. Kita hantar isyarat pada dunia, kita hantar isyarat pada sindiket bahawa kita serius hendak menangani isu ini.
Saya sedar ada pendekatan kerajaan untuk membenarkan pendatang asing tanpa izin yang ditahan di depoh tahanan imigresen diambil bekerja oleh majikan negara ini. Saya berpandangan pendekatan ini menghantar signal yang salah kepada mereka yang hendak masuk ke negara ini termasuk sindiket penyeludupan PATI. Ini kerana mereka akan fikir, “Tidak apa, kita masuk secara haram. Kalaupun kita ditahan, kemudian kita akan diambil bekerja”. Ini satu isyarat yang salah kepada mereka di luar sana.
Ketiga, saya cadangkan agar kerajaan laksanakan operasi besar-besaran menangkap pendatang asing tanpa izin di seluruh negara dan menghantar mereka balik ke negara asal. Kita tahu mungkin ada yang kata imigresen tidak mempunyai cukup anggota untuk melaksanakannya. Saya cadangkan untuk tujuan ini, seluruh jentera kerajaan perlu digerakkan. Pendekatan whole-of-government approach,
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
dengan izin, yang kita pernah gunakan sewaktu pandemik Covid-19 termasuk dengan menggerakkan ketumbukan anggota tentera boleh digunakan untuk membersihkan negara ini daripada pendatang asing tanpa izin. Yakinlah, perkara ini boleh dilaksanakan.
Berkaitan dengan perkara ini, saya mohon kerajaan nyatakan kapasiti maksimum semua pusat tahanan imigresen di seluruh negara. Berapa peratuskah pengisian di semua pusat tahanan ini?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, saya ingin menyentuh tentang kebanjiran pelarian di negara ini khususnya pelarian Rohingya. Sepertimana yang kita tahu, Malaysia bukan merupakan pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 serta tidak pernah menandatangani atau mengesahkan kedua-dua instrumen antarabangsa tersebut. Namun, suka atau tidak― ini saya sentiasa tegaskan. Suka atau tidak, tindakan beberapa pihak lama dahulu yang seolah-olah mengalu-alukan kehadiran pelarian ke negara ini telah meletakkan kita dalam situasi yang amat sukar pada hari ini.
Dalam jawapan Parlimen pada minggu lalu berkaitan dokumen pendaftaran pelarian (DPP), Menteri KDN menyatakan kerajaan tidak mengetahui secara terperinci siapakah sebenarnya 225,000 orang pelarian yang telah didaftarkan oleh UNHCR. Soalan saya, siapakah yang memberikan hak kepada UNHCR untuk mendaftarkan pelarian sesuka hati sehinggakan kerajaan sendiri tidak tahu siapa yang didaftarkan? Apakah jaminan bahawa yang didaftarkan itu benar-benar pelarian?
Berdasarkan rekod, untuk tahun ini sehingga Jun 2026, hanya 974 orang ditempatkan di negara ketiga. Tindakan UNHCR mendaftarkan lebih 225,000 orang pelarian dan menempatkan cuma sejumlah kecil daripada mereka ke negara ketiga adalah satu tindakan yang tidak adil untuk Malaysia. Ia nya seolah-olah meletakkan Malaysia dalam suatu perangkap. Apakah kerajaan telah memberikan tekanan sewajarnya kepada UNHCR supaya mereka menghantar seramai mungkin pelarian yang telah didaftarkan oleh mereka ke negara ketiga?
Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan Menteri KDN minggu lalu, beliau menyatakan― saya petik, *“Sekarang ini pelarian daripada negara kita kerana ada UNHCR ini. Dia buka permohonan untuk menjadi pelarian ini. Dia buka pendaftaran secara atas talian. Dia mungkin berada di Yaman, dia mungkin berada di Syria, dia mungkin berada di Afghanistan atau mana-mana negaralah yang ada push factor.
Tidak kiralah pelarian apa pun, dia mohon. Belum pun UNHCR di Kuala Lumpur bagi*
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
keputusan terhadap permohonan mereka, dia datang dulu sebagai pelancong pas sosial. Kemudian, tiap-tiap minggu dia akan berkumpul depan Pejabat UNHCR dekat Jalan Bellamy untuk tanya, “Apa status permohonan kami?”. Itulah realitinya”.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ini saya petik kenyataan Menteri.
Jadi, soalan saya, mengapa kerajaan tidak meminta supaya UNHCR menghentikan segera pendaftaran pelarian yang hendak masuk ke Malaysia? Selain itu, kita tahu bahawa mereka ini masuk melalui pas sosial. Mengapa kita tidak ketatkan pengeluaran pas sosial ini khususnya kepada mereka yang berisiko tinggi masuk ke Malaysia untuk mendapatkan status pelarian?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kerajaan perlu tegas dalam hal ini...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kita tidak boleh terlalu berlembut dalam mempertahankan kedaulatan negara. Kita tahu ada masalah tetapi sampai bila kita hendak biarkan masalah ini berterusan? Jangan tunggu sampai rakyat marah, jangan sampai rakyat turun ke jalanan untuk membangkitkan atau menyampaikan rasa marah mereka.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Putrajaya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat bangkit dulu.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua, saya sikit lagi.
Tuan Yang di-Pertua, selesai berkaitan dengan sempadan masuk negara. Sekarang ini saya hendak bercakap tentang sempadan ke luar negara.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sikit, sikit. Sikitlah Putrajaya, sikit Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tak boleh, tak ada masa. Saya ingin menyentuh isu penyeludupan dadah melalui lapangan terbang. Saban hari rakyat kita ditangkap di luar negara di Indonesia, di Jepun, di India kerana membawa dadah melalui lapangan terbang di negara kita.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Putrajaya, boleh Sik, sedikit?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kalau laluan masuk negara bolos, laluan keluar kita bolos, apa ada maruah pada negara ini? Sebab itu saya mohon pada kerajaan pastikan, pastikan laluan masuk dan laluan keluar negara kita ini dipertahankan. Kalau perlu ditingkatkan keselamatan ke luar dan masuk,
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
gunakanlah apa-apa sumber yang ada untuk kerajaan pertahankan sempadan ini.
Ini kedaulatan negara kita, ini maruah negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ingatan tersebut. Seterusnya saya ingin membangkitkan tentang isu anjir liar. Anjing liar ini nampak mudah Tuan Yang di-Pertua. Tetapi saban hari anak-anak kita diserang, saban hari rakyat Malaysia diserang oleh anjing liar. Tidak ada kesudahan, apa tindakan kerajaan? Apa pendekatan yang hendak dilaksanakan oleh KPKT dalam menangani perkara ini? Saya sentiasa tekankan jadikan Putrajaya sebagai model bebas anjing liar kerana jumlah populasinya kecil. Buatlah pendekatan yang menyeluruh untuk menangani perkara ini.
Saya duduk Australia 20 tahun. Di sana jauh lebih ramai orang bela anjing tetapi dibela dengan pendekatan undang-undang dan disiplin yang cukup baik.
Sebab itu apa yang paling penting saya cadangkan pada KPKT, saya ingin bertanya kepada KPKT, apakah pendekatan mereka dalam menangani perkara ini dan apakah way forward untuk menguruskan anjir liar di seluruh negara? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan kecurian kabel. Ini nampak mudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kecurian kabel berlaku di seluruh negara saban hari. Kabel berkaitan dengan rel kereta api, kabel berkaitan dengan lampu jalan. Seolah-olah tidak ada kesudahan. Saya hendak tanya pada kerajaan, apakah langkah yang dibuat untuk menangani kecurian kabel ini? Mengapakah seolah-olah mereka bebas melakukannya? Bila mereka curi kabel ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat saya tutup mike.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Okey, bila mereka curi kabel ini, tentunya ada tempat yang mereka jual. Maka mengapa tidak ada sebarang tindakan, siasatan terhadap rantaian yang sindiket yang terlibat dalam kecurian kabel dan juga pembelian dan penjualan kabel ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang dan ruang untuk saya turut sama memberikan pandangan dalam perbahasan Belanjawan 2027 kali ini. Firman Allah SWT.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dan orang-orang yang berjaya itu antara lain ialah beramanah dan memegang janji mereka dan mereka sentiasa menjaga janji-janji dan amanah mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2027 sebanyak RM69 bilion berbanding Belanjawan 2026, RM66.2 bilion. Belanjawan ini menambah dana baik pulih sekolah digandakan kepada RM2 bilion. Saya amat berharap peruntukan yang dinyatakan dapat dilaksanakan dengan hasrat yang digariskan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya hanya akan membahaskan tiga isu penting.
Pertamanya, tentang kelangsungan dan kelestarian tulisan Jawi. Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas semangat, iltizam mengembalikan semula tulisan jawi dalam kajian semula kurikulum iaitu penggubalan kurikulum baru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2027 yang dikenali sebagai Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027).
Selain itu, elemen jawi juga terus diserapkan secara merentas kurikulum terutamanya di bawah bidang bahasa seperti subjek Bahasa Melayu, bagi memastikan warisan tulisan ini terus terpelihara dan dikongsi oleh murid dengan kukuh. Saya tertarik dengan kenyataan rentas kurikulum terutama dalam subjek Bahasa Melayu. Apakah mekanisme yang membolehkan tulisan jawi dapat digunakan oleh semua pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu? Sekiranya usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya percaya penguasaan atau kefahaman pelajar mengenai tulisan peradaban ini akan lebih meluas lagi penggunaannya.
Saya memperkatakan isu ini Dato’ Yang di-Pertua disebabkan tulisan jawi antara tulisan awal, sebelum merdeka lagi digunakan. Apatah lagi ditulis Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dalam tulis Jawi dan dibaca oleh Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Dalam menentukan hala tuju tulisan jawi, saya ingin penjelasan dari Kementerian Perpaduan.
Pada awal tahun ini, Kementerian Perpaduan melalui Perpustakaan Negara telah melancarkan Pusat Pembelajaran Imersif, satu pendekatan pendidikan moden
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
yang meletakkan murid atau pelajar dalam persekitaran interaktif yang seolah-olah nyata, di mana mereka bukan sekadar membaca atau mendengar tetapi benar-benar terlibat dan merasai pengalaman berada dalam situasi atau dunia pembelajaran tersebut. Satu pendekatan pembelajaran digital dengan teknologi terkini. Saya amat menghargai usaha ini, usaha yang membolehkan pihak PNM sebagai peneraju transformasi digital.
Dato’ Yang di-Pertua, seingat saya pada tahun 2014, pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan satu Program Klinik Jawi dan bersiaran di Radio IKIM dan berjaya menarik minat pendengar yang ramai. Selain itu, pihak PNM juga menganjurkan kempen, bengkel dan pelbagai lagi program bagi mengekalkan tulisan jawi warisan negara, tulisan jawi.
PNM pada masa itu banyak berkolaboratif dengan agensi berkaitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, IKIM bagi menjayakan program. Saya percaya dengan Pelancaran Pusat Pembelajaran Imersif dengan gabungan teknologi terkini, sekali lagi saya ingin mencadangkan agar PNM dapat bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha menteknologikan pembelajaran jawi dengan lebih berkesan lagi.
Saya juga percaya dengan penuh yakin, usaha memartabatkan warisan negara tulis jawi akan menjadi bahan rujukan bukan sahaja rakyat di negara ini malah menjadi panduan umum di rantau Nusantara ini. Dulu hukum dan aturan tatabahasa jawi tidak diselaraskan dengan baik tetapi pada hari ini bahan rujukan penambahbaikan tulis Jawi berjaya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contohnya, Kamus Dewan Perdana dan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan. Saya ingin penjelasan pihak Kementerian Perpaduan, apakah langkah intervensi bagi mewujudkan program berskala besar melibatkan semua kaum bagi menghargai warisan negara agar semua kaum dapat memahami susur galur perkembangan tulisan jawi dari dulu hingga hari ini.
Seterusnya Kementerian di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Agama mohon penjelasan, apakah pendekatan terbaik selain mengadakan hari Jumaat sebagai Hari Jawi yang pernah diketengahkan dahulu oleh Menteri Agama sebelum ini?
Adakah pihak Menteri mempunyai agenda yang lebih komprehensif dalam meletakkan tulis jawi dapat digunakan oleh khalayak selain penulisan khutbah dalam tulisan jawi.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Peruntukan untuk hal ehwal agama telah dinaikkan berbanding dengan tahun sebelumnya sebanyak RM3.1 bilion. Saya merasakan idea Menteri dalam memartabatkan tulisan jawi dengan peruntukan yang melonjak kali ini memberi impak yang positif dalam menangani isu tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2027, diumum gaji minima dan gaji permulaan graduan. Gaji minima dari RM1,700 sekarang diumumkan sebanyak RM2,000. Manakala gaji permulaan graduan RM2,500. Saya turut terkesan, ramai graduan yang telah mempunyai sijil perguruan tetapi masih belum mendapat panggilan, bukan setahun dua, malah bertahun-tahun menunggu masih belum mendapat kerja.
Persaingan dalam kalangan graduan untuk mendapatkan pekerjaan semakin tinggi dan ada dalam kalangan mereka mencari pekerjaan di luar sijil akademik mereka seperti menjadi guru KAFA. Dahulu guru KAFA dalam kalangan lepasan SPM dan STPM tetapi kini telah merentas mereka yang mempunyai ijazah.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
JAKIM perlu melihat perubahan ini dengan lebih spesifik dari segi elaun bulanan mereka. Saban kali perbahasan ramai Yang Berhormat telah mencadangkan agar pihak JAKIM dapat menyelesaikan isu pendapatan bulanan guru-guru KAFA. Setiap kali belanjawan, mereka hanya layak diberi sekali imbuhan.
Itu pun terpaksa menunggu dua kali pembayaran.
Semoga mandat rakyat yang diberikan kepada kita untuk terus berkuasa tidak kita lupakan rakyat marhaen di bawah sana. Mereka perlukan pembelaan. Mereka hanya mampu akur dengan apa yang mereka dapat berbanding pengumuman gaji minimum dan gaji permulaan graduan.
Seterusnya Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu baja dalam Kementerian Keterjaminan Makanan dan Asas Tani. Baru-baru ini, timbul isu kelewatan baja untuk petani di negara kita. Petani mula merungut. Padi hampir masak, baja baru sampai, tidak mengikut jadual.
Dato’ Yang di-Pertua, sejak skim subsidi baja untuk pesawah di Malaysia dahulunya dikenali sebagai Skim Subsidi Baja Padi mula diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979. Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kos pengeluaran para pesawah serta meningkatkan hasil pengeluaran padi dan tahap jaminan makanan negara.
Dalam tempoh 47 tahun, ini kali pertama seorang Menteri dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berkaitan isu kelewatan baja. Hasil siasatan SPRM
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
mendapati berlaku penyelewengan dan ketidakpatuhan pembekalan baja dan pertuduhan telah dibuat dalam kes ini.
Dato’ Yang di-Pertua, kelewatan yang melibatkan keterjaminan makanan, beras, bukan boleh dianggap mudah. Beribu-ribu petani di kawasan MADA terlibat.
Bajet RM6.92 bilion yang diperuntukkan untuk Kementerian Keterjaminan Makanan dan Asas Tani, eloklah pihak kementerian memberi pulangan bersasar kepada petani yang terlibat. Semoga nasib petani terbela.
Dan sekarang di utara tanah air, musim menabur benih padi. Rungutan pula berlaku sehingga melibatkan pempengaruh terkenal tentang bermasalahnya pengurusan benih padi. Apa yang dicanangkan untuk memudahkan pembelian benih padi kepada petani akan— tetapi membawa indah khabar dari rupa. Benih padi sekali ganda meningkat harganya. Apabila stok benih yang dibekalkan kehabisan, petani terpaksa mencari benih padi di luar. Kos benih padi meningkat.
Soalan saya, apakah langkah intervensi bagi mengatasi masalah padi benih yang sentiasa berulang setiap kali tiba musim padi untuk memulakan tanaman padi?
Adakah kelembapan penguatkuasaan berlaku atau benih padi yang dikeluarkan kehabisan stok memaksa petani membeli di luar? Berapakah anggaran stok benih padi sah yang dibekalkan mencukupi untuk petani di lapangan supaya keadaan ini tidak lagi berulang?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Jerai, boleh Sik tanya sikit untuk Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini menjawab dengan tuntas?
Satu desakan para pesawah kita supaya disemak kembali harga benih padi yang sekarang ini masih kekal RM56 untuk 20 kg. Padahal, ketika kenaikan harga benih itu sewaktu harga lantai bagi padi itu ialah RM1,800 untuk satu tan. Ketika ini harga itu telah turun kepada RM1,500 untuk satu tan.
Jadi, kenapa semakan untuk harga benih padi itu juga tidak diselaraskan sepertimana pelarasan harga padi itu sendiri ketika mana pesawah menuntut supaya diturunkan hingga RM35 untuk 20 kg benih ini? Dan yang paling pentingnya ialah keperluan ataupun bekalan benih itu sampai kepada mereka pada waktu yang ditetapkan ketika mana sekarang ini mereka sedang memulakan proses untuk penanaman musim kedua 2026 ini. Mohon pandangan Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Dato’ Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh YB Sik, masukkan dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Menteri.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Dato’ Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya memohon agar pihak kerajaan dapat memberi wang insentif sementara padi masak sebanyak RM600 untuk semusim. Walaupun ada jawapan Menteri, tetapi di lapangan sana yang pernah menerima wang insentif ini cukup teringat dengan apa yang pernah depa dapat dan semoga dengan pemberian RM600 untuk semusim ini dapat meringankan beban yang mereka hadapi.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih atas aduan yang telah diambil tindakan oleh Kementerian Komunikasi dalam Parlimen saya Jerai. Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2027, peruntukan sebanyak RM5 bilion telah diumumkan khusus untuk program Jalinan Digital Negara
(JENDELA). Peruntukan ini disalurkan bagi memperluas, memperkukuh liputan Internet berkualiti tinggi serta perkhidmatan jalur lebar yang lebih menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Isu yang hendak saya ketengahkan ialah kelembapan talian Internet di beberapa kawasan. Hanya Celcom sahaja dapat digunakan capaian Internet, manakala syarikat lain langsung tidak dapat capaian Internetnya. Contohnya di Batu Dua, Jalan Jeniang dan Kampung Bongkok dalam kawasan sekitar yang sama dalam DUN Gurun. Saya mohon pihak kementerian dapat menyelesaikan capaian Internet yang cukup lemah ini dalam Parlimen saya.
Saya rasa cukuplah sekadar itu. Dan untuk terakhir, permintaan daripada sahabat-sahabat saya.
[Membaca sepotong hadis] “Apabila berjanji dimungkiri”. Ini hadislah. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dan bersependapat dengan YB Bangi menyentuh tentang peruntukan yang dijanjikan, waad kepada pembangkang.
Semoga apabila berjanji, dimungkiri, tidak selamanya dikunci rapat kepada pembangkang. Mudah-mudahan dipertimbangkan.
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Tan Sri, kita ada bertukar slot, bertukar slot.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bertukar?
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Oh, saya tidak dimaklumkan. Baik, Yang Berhormat Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Okey, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya menyambut baik usaha kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM2,000 demi meningkatkan pendapatan pekerja. Namun realitinya, kenaikan gaji perlu mengambil kira kemampuan sebenar majikan sebab boleh menjejaskan kelangsungan syarikat.
Kenaikan gaji tanpa mengambil kira kemampuan majikan boleh meningkatkan harga, mengurangkan pekerja dan operasi, malah syarikat yang tidak mampu menanggung kos tambahan mungkin gulung tikar. Persoalannya, apa gunanya menaikkan gaji minimum jika pekerja akhirnya kehilangan kerja dan sumber pendapatan? Pekerja memerlukan bukan sahaja gaji yang baik, tetapi juga pekerjaan yang stabil.
Kerajaan Singapura melaksanakan skim workfare bagi menambah pendapatan pekerja bergaji rendah serta Progressive Wage Model mengikut sektor, sekali gus membolehkan kenaikan gaji disesuaikan dengan keadaan dan kemampuan setiap industri. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pendekatan industry-centric approach dengan mengambil kira kemampuan syarikat, kos operasi dan keadaan ekonomi semasa.
Jualan melebihi RM50 juta tidak semestinya menjamin keuntungan. Sebagai contoh, industri perkayuan negara dilaporkan merosot sebanyak 11.7 peratus dari Ogos 2025 hingga Ogos 2026. Kerajaan juga perlu mengambil kira perbezaan kos operasi antara Malaysia Timur dan Barat, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, adakah kerajaan bercadang memperkenalkan modul gaji progresif seperti Progressive Wage Model di Singapura yang menetapkan kenaikan gaji secara berperingkat mengikuti sektor bagi memastikan pelaksanaannya lebih sesuai dengan kemampuan dan keadaan setiap industri?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, hutang negara sekitar RM1.4 trilion memerlukan sumber pendapatan baharu. Dengan anggaran sumber nadir bumi sebanyak 16 juta tan, Malaysia berpotensi menjana pendapatan, menarik pelaburan dan mewujudkan pekerjaan melalui pembangunan industri perlombongan serta pemprosesan bernilai tinggi.
Namun, dasar semasa melarang eksport nadir bumi mentah, manakala teknologi pemprosesan masih terhad dan dikuasai China. Industri ini perlu dibangunkan secara berperingkat untuk menjana pendapatan negara, mengurangkan hutang serta merancakkan pembangunan negeri seperti Kelantan
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
dan Terengganu. Persoalannya, apakah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak syarikat menceburi aktiviti perlombongan huluan nadir bumi serta apakah langkah yang diambil untuk membantu menjual hasil nadir bumi di pasaran?
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Dato’ Sri Yang di-Pertua, mengenai komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta kepada setiap kawasan Parlimen, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan penyaluran peruntukan tersebut melalui Ahli Parlimen agar pelaksanaannya lebih berkesan dan menepati keperluan sebenar rakyat di peringkat akar umbi?
Ahli Parlimen merupakan antara wakil rakyat yang paling dekat dengan masyarakat dan memahami keperluan setempat, termasuk masalah infrastruktur, kemudahan awam, kebajikan serta keperluan komuniti di kawasan masing-masing.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, dunia kini sedang berlumba-lumba membangunkan sistem artificial intelligence, termasuk sistem yang mampu melaksanakan tugasan secara automatik dengan campur tangan manusia yang semakin berkurang.
Teknologi ini menawarkan sebanyak peluang kepada Malaysia khususnya dalam pendidikan, kesihatan, pertanian dan industri.
Namun, kita juga perlu bersedia menghadapi risiko penyalahgunaan AI, penipuan digital, pelanggaran privasi dan ancaman keselamatan siber. Pada Julai 2026, OpenAI dan Anthropic melaporkan insiden keselamatan melibatkan agen AI yang memperoleh akses tanpa kebenaran kepada sistem luar.
Pada September 2026 pula, Kerajaan Australia mengesahkan agen OpenAI telah mengakses fail awam dan bukan awam dalam portal Statistic Medicare tanpa kebenaran. Sehubungan itu, apakah langkah dan peruntukan khusus kerajaan bagi memastikan keselamatan AI melalui audit, pemantauan, kawalan akses, ujian bebas dan kill switch? Sejauh manakah kesiapsiagaan Malaysia dari segi kepakaran, teknologi dan kewangan untuk melindungi sistem serta laman web kerajaan daripada ancaman AI?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik Laporan K12 JKP Kesihatan dan kerjasama KKM, KPT dan serta MOSTI dalam mengenai penyakit jarang jumpa
(PJJ). Namun, pelan tindakan kebangsaan perlu disertai langkah konkrit dan garis masa yang jelas. Namun saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai tiga perkara utama.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Pertama, bilakah saringan dan diagnosis awal PJJ dapat diperluas ke seluruh negara, termasuk bagi kanak-kanak dan orang dewasa dan bukan hanya bayi baru lahir?
Kedua, adakah kerajaan bersedia memperkenalkan bentuk moratorium terhadap penggunaan keputusan ujian genetik dalam penilaian permohonan insurans bagi mengelakkan diskriminasi terhadap pesakit PJJ dan ahli keluarga mereka?
Ketiga, bilakah Rangkaian Makmal Genetik Kebangsaan yang bersepadu antara KKM, KPT dan MOSTI akan diwujudkan bagi memperluas akses kepada ujian genetik, khususnya di Sabah dan Sarawak?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, perkhidmatan flying doctor amat penting dan memastikan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah mendapat akses kepada rawatan kesihatan. Namun, nahas helikopter di Long Lellang pada 8 September 2026 yang mengorbankan lima nyawa telah menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan operasi perkhidmatan ini.
Sejak tahun 2003 hingga kini, perkhidmatan helikopter di Sarawak termasuk flying doctor service dilaporkan telah mengalami kira-kira 15 kemalangan yang mengakibatkan sekurang-kurang 37 kematian. Kemalangan ini bukan sahaja berpunca daripada kegagalan penyelenggaraan, malah faktor seperti perubahan cuaca, keadaan muka bumi dan kemungkinan kesilapan manusia.
Saya mencadangkan agar hentian rutin flying doctor di kawasan yang mempunyai akses yang selamat dinilai semula dan digantikan dengan pengangkutan jalan darat dan sungai bagi mengurangkan risiko kemalangan serta kos operasi yang tinggi.
Selama ini, operasi perkhidmatan helikopter di Sarawak banyak bergantung pada Syarikat Hornbill Skyways dan Layang–Layang. Adakah kerajaan bercadang membuka peluang kepada syarikat helikopter di luar Sarawak yang mempunyai rekod keselamatan baik dan mematuhi piawaian ditetapkan bagi meningkatkan keselamatan penumpang?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu Beting Patinggi Ali yang terletak berhampiran perairan Miri, Sarawak dalam zon ekonomi eksklusif Malaysia. Kawasan ini penting untuk keselamatan negara serta sumber minyak dan gas. Memandangkan terdapat tuntutan bertindih dan kehadiran kapal asing di kawasan Laut China Selatan, saya berpandangan bahawa Malaysia perlu
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
memperkukuh kehadiran keselamatan termasuk mengkaji pembinaan kemudahan, sokongan, operasi atau pos hadapan maritim yang bersesuaian.
Kita boleh mengambil contoh daripada negara lain seperti China yang memperkukuh kehadiran mereka di kawasan strategik. Malaysia juga perlu bertindak awal dan tidak menunggu sehingga berlaku krisis kerana kelewatan boleh menyukarkan kita mempertahankan kepentingan negara.
Oleh itu, saya meminta kerajaan menjelaskan perancangan untuk meningkatkan rondaan, pemantauan dan keselamatan di Beting Patinggi Ali bagi melindungi hak serta kedaulatan Malaysia. Dato’ Sri Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya minta penjelasan. Boleh, Yang Berhormat?
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pasal Beting Patinggi Ali. Saya terima kasih banyak-banyak kerana telah menyebut Beting Patinggi Ali. Yang Berhormat telah menyebut tadi tuntutan bertindih. Sebenarnya bukan tuntutan bertindih, ini adalah kawasan Malaysia yang letaknya di bawah 200 batu nautika, 80 batu nautika daripada Bintulu.
Ini ialah pencerobohan, Yang Berhormat. Jadi, kalau sebut tuntutan bertindih, makna kata dia orang ada hak untuk datang. Tapi, dia menceroboh kerana kapal dia yang hadir diletak anchor, dia letak batang sauh, dia menceroboh. Cuma, keberanian kita untuk menghalau mereka keluar. Kalau mereka ini pergi ke kapal pegawai China pergi ke Indonesia, Indonesia kejar dengan menggunakan water jet dan sebagainya.
Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk menggunakan perkataan pencerobohan, bukan tuntutan bertindih?
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya masukkan perkara itu dalam ucapan saya. Dato’ Sri Yang di- Pertua, kebajikan ketua kaum yang menjadi perhubungan penting antara kerajaan dengan masyarakat, khususnya di pedalaman, kawasan pedalaman.
Dengan elaun sekitar RM1,300 sebulan, saya mencadangkan kadar ini dikaji semula selaras dengan kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 mengambil kira tanggungjawab, komitmen dan kos yang ditanggung dalam menjalankan tugas.
Saya menggesa kerajaan mengkaji semula kadar elaun ini dan mempertimbangkan peningkatan sesama taraf dengan gaji minimum RM2,000.
Tidak wajar kita mengharapkan ketua kaum menjaga kebajikan komuniti dengan
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
penuh tanggungjawab, sedangkan imbuhan yang diterima jauh lebih rendah daripada kadar gaji minimum pekerja biasa.
Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun ketua kaum bagi mengambil kira peningkatan kos sara hidup, kadar inflasi dan tanggungjawab mereka yang semakin besar dalam menjaga kebajikan masyarakat?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada beberapa isu asas di Parlimen Julau. Pertama, isu liputan dan kualiti Internet. Pada masa ini, tahap liputan Internet di Julau dianggarkan sebanyak 58 peratus, manakala baki 42 peratus masih belum mendapat liputan yang memuaskan.
Namun, kawasan yang mempunyai liputan juga menghadapi isyarat lemah satu bar sahaja dan Internet perlahan. Oleh itu, usaha kerajaan bukan sahaja perlu memperluas liputan di kawasan yang masih belum dihubungkan tetapi juga meningkatkan kualiti dan kestabilan Internet di kawasan yang telah diliputi.
Saya meminta kerajaan menjelaskan, berapakah peratus tambahan liputan Internet yang dijangka dicapai melalui JENDELA 2 di Julau dan bilakah sasaran tersebut akan dicapai sepenuhnya?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, kedua isu mendesak ialah bekalan air bersih di dalam Pakan, di dalam Parlimen Julau. Projek telah diluluskan. Mengapakah pelaksanaannya masih belum dimulakan atau disiapkan sehingga kini?
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Apakah punca kelewatan ini dan bilakah penduduk dapat menikmati bekalan air yang mencukupi? Baru-baru ini penduduk menghadapi kekurangan air berpanjangan akibat kemarau sehingga terpaksa bergantung pada air mineral untuk kegunaan harian. Saya menggesa kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek, menyediakan bekalan sementara dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak jika perlu. Bagi rakyat, yang penting bukan agensi mana yang melaksanakan projek tetapi air bersih benar-benar sampai ke rumah dan sekolah tanpa kelewatan berterusan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, selain itu isu ketiga jalan raya juga perlu diberikan perhatian di kawasan Parlimen Julau, khususnya jalan batu dan jalan tanah yang masih belum dinaik taraf serta beberapa penetapan pedalaman yang masih belum mempunyai akses jalan raya yang sempurna.
Antara laluan yang memerlukan perhatian segera ialah Jalan Simpan Tabain Lelai Buluh, Jalan Meluruh Tabai, Jalan Langgu, Tabai dan Jalan Meluan dengan Mujur. Jalan-jalan ini perlu dinaik taraf dan diturap secepat mungkin bagi memastikan
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
penduduk dapat menggunakannya dengan lebih selamat, khususnya ketika musim hujan.
Selain itu, jalan ke SK Nanga Jambu dan Jalan Hulu Lijan masih belum mempunyai akses jalan raya. Keadaan ini menyukarkan pergerakan penduduk serta akses kepada pendidikan kesihatan dan aktiviti ekonomi. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memperluas rangkaian jalan raya di kawasan pedalaman Julau, termasuk membina jalan baru melalui laluan balak dan bilakah projek-projek tersebut dijangka dimulakan serta disiapkan?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, keempat pemasang lampu jalan di kawasan pedalaman. Banyak laluan kampung dan jalan penghubung di Julau masih kekurangan pencahayaan dan menjejaskan keselamatan penduduk ketika bergerak pada waktu malam atau musim hujan. Saya mohon kerajaan menyediakan peruntukan bagi memasang lampu jalan khususnya di laluan ke sekolah, klinik dan kawasan penetapan dengan keutamaan diberikan pada lokasi berisiko tinggi.
Berapakah jumlah lampu yang dirancang untuk dipasang oleh kerajaan di kawasan Parlimen Julau dalam tempoh dua tahun akan datang dan apakah peruntukan serta garis masa pelaksanaannya?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya perkara berkaitan dengan pendidikan di Julau.
Pertama, adalah SK Nanga Meluan memerlukan sebuah dewan sekolah.
Dewan penting untuk perhimpunan aktiviti kokurikulum, sukan dan pelbagai program pendidikan. Saya meminta Kementerian Pendidikan menilai keperluan ini dan mempertimbangkan peruntukan pembinaan dewan dan dalam perancangan pembangunan sekolah.
Kedua, kebenaran berkenaan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menurunkan status pedalaman berapa sekolah mulai 1 Januari 2027, iaitu SK Nanga Entaih dan SK Nanga Kota daripada P2 kepada P1, manakala SK Nanga Maong, SK Tapang Punggu dan SK Ulu Entaih daripada P3 kepada P2.
Hakikatnya, sekolah-sekolah ini masih berdepan pelbagai cabaran asas.
Bekalan air masih bergantung pada air hujan dan sungai dengan risiko pencemaran daripada sisa ternakan, bancuhan simen dan baja perladangan.
Bekalan elektrik pula masih bergantung pada generator diesel kerana sistem solar tidak berfungsi seperti yang diharapkan dan walaupun ada klinik berhampiran, tidak semestinya mereka pergi ke klinik setiap hari. Kos pengangkutan dari sekolah
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
ke Pekan Julau dan Pakan juga sangat tinggi, manakala keadaan jalan yang licin ketika musim hujan.
Sehubungan itu, saya menggesa KPM menilai semula atau menangguhkan pelaksanaan keputusan penurunan status ini berdasarkan keadaan sebenar di lapangan supaya kebajikan guru dan murid serta kemudahan yang diperlukan oleh sekolah pedalaman tidak terjejas.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan keadaan infrastruktur SMK Julau yang telah beroperasi selama kira-kira 61 tahun. Kebanyakan bangunan lama menggunakan struktur konkrit yang mungkin telah menghampiri jangka hayat reka bentuknya. Perhatian bukan sahaja tertumpu kepada sekolah daif sahaja malah termasuk semua sekolah-sekolah yang lain di kawasan Julau perlu dinilai secara menyeluruh.
Saya minta Kementerian Pendidikan menjalankan audit struktur, mengenal pasti sekolah yang berisiko dan menyediakan peruntukan khusus bagi pembaikan serta pembinaan semula secara berperingkat berdasarkan tahap keselamatan dan keutamaan. Adakah kita mahu mengguna— menunggu sehingga berlaku kerosakan serius yang boleh mengancam keselamatan sebelum mengambil tindakan?
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu kekurangan perumahan yang sesuai untuk penjawat awam dan petugas di Julau. Terdapat penjawat awam yang terpaksa tinggal di kawasan seperti Sibu Jaya atau Sarikei, jauh dari tempat kerja mereka. Keadaan ini meningkatkan kos perjalanan dan menjejaskan kesejahteraan serta kecekapan perkhidmatan.
Sehubungan itu, saya menggesa kerajaan menilai keperluan perumahan kerajaan atau kuarters penjawat awam di Julau, khususnya bagi guru, polis, petugas kesihatan dan pegawai yang ditetapkan di kawasan pedalaman. Kemudahan perumahan yang mencukupi bukan sahaja membantu penjawat awam, malah menggalakkan tenaga kerja berkualiti di kawasan luar bandar.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya amat memahami kepentingan kesambungan udara kepada rakyat, khususnya di Malaysia Timur. Saya mengambil maklum laporan mengenai permohonan bantuan kewangan oleh AirAsia bagi meneruskan operasinya. Kerajaan patut mempertimbangkan kepentingan kesambungan udara sektor pelancongan dan sumbangannya kepada ekonomi negara sebelum membuat sebarang keputusan mengenai bantuan tersebut.
AirAsia memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat, menyokong pelancongan dan menyediakan pilihan penerbangan yang mampu milik.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Jika AirAsia tutup, I think not everyone can fly-lah. Saya berpandangan bahawa memastikan AirAsia terus beroperasi adalah penting demi kepentingan ekonomi negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup kejayaan Belanjawan 2027 harus diukur melalui manfaat sebenar kepada rakyat. Rakyat di pedalaman tidak meminta layanan istimewa, hanya peluang yang adil untuk menikmati pembangunan dan kehidupan yang lebih baik. Dengan ini saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun.
Dari Julau merentas desa, Ke Parlimen membawa harapan; Belanjawan adil untuk semua, Rakyat pedalaman jangan dilupakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Wassalamualaikum.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, saya datang daripada Padang Terap yang merupakan satu kawasan yang beridentitikan getah kerana di kawasan saya Padang Terap ini, merupakan kawasan yang ramai penoreh-penoreh getah 12,000 lebih penoreh getah.
Sehubungan itu, saya akan menyentuh tentang sektor komoditi getah untuk melihat setara mana Belanjawan 2027 ini menggapai di langit dan mengakar di bumi, menyentuh kepada penoreh-penoreh getah di kawasan saya dan juga mewakili seluruh pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negara.
Kita lihat ketika dulu industri getah merupakan tunjang kepada ekonomi dunia. Kita pernah menjadi pengeksport dan pengeluar getah asli nombor satu dunia daripada zaman penjajahan sampailah abad pertengahan abad yang ke-20. Tetapi, realiti pada hari ini kita melihat kita menduduki tangga yang ke-10 sebagai pengeksport getah asli, berbanding Thailand duduk di tangga yang paling atas.
Bahkan kita tercorot daripada negara Afrika. Salah satu negeri di Afrika yang menduduki tangga yang ketiga, kita Malaysia adalah pengeksport utama produk
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
hiliran iaitu sarung tangan getah dengan nilai pasaran global yang kita eksport sarung tangan getah ini ialah RM33.7 bilion tetapi dalam masa yang sama kita masih mengimport getah asli yang sepatutnya kita hasilkan sendiri.
Nilai import getah asli yang bernilai RM7.6 bilion bersamaan satu juta tan metrik pada tahun 2024. Ini adalah kerana bekalan getah tempatan tidak dapat menampung keperluan industri hiliran seperti sarung tangan getah dan benang getah dan lain-lain. Apakah puncanya? Antara puncanya ialah RM1.1 juta hektar tanah tanaman getah kita hanya dapat menghasilkan 380,000 tan metrik getah yang sepatutnya 1.1 juta ini menghasilkan 1.2 juta tan metrik getah.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Maksudnya ialah kita ada 400,000 ekar tanah hektar tanah yang kebun tidak diusahakan, tanaman getah yang tidak diusahakan, tidak dihasilkan getah. Saya cuba melihat dalam belanjawan ini, apakah komitmen pihak kerajaan untuk melonjakkan industri getah negara. Dalam belanjawan ini secara umum melalui pengamatan saya, nilai untuk inject ataupun untuk melonjakkan industri getah, RM1.012 bilion yang meliputi bajet untuk Kementerian Perdagangan Komuniti dan juga KKW merangkumi RISDA, LGM, IPG dan lain-lain.
Bahkan kalau kita tengok hanya satu sahaja inisiatif yang disifatkan sebagai wow factor ataupun untuk memberikan kegembiraan kepada penoreh-penoreh getah iaitu pengumuman Perdana Menteri tentang Insentif Pengeluaran Getah. Tetapi kalau kita tengok dalam belanjawan ini, pada tahun 2026 anggaran belanjawan untuk IPG ialah sebanyak RM171 juta dan juga anggaran yang sama untuk tahun 2027.
Bagi saya, IPG ini bukan satu berita gembira kepada penoreh getah kerana IPG getah ini adalah bentuk instrumen perlindungan kepada penoreh getah ketika mana harga getah jatuh ke paras RM3 ke RM3.30. Maka penoreh getah akan mendapat insentif. Pada ketika ini, harga getah lebih kurang RM4 ke RM5. Harga tinggi maksudnya pengaktifan IPG itu tidak berlaku. Bahkan kali terakhir pada IPG diaktifkan ialah pada tahun lepas tahun November tahun 2025.
Jadi, apa inisiatif pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah 400,000 hektar tanah getah yang tidak diusahakan? Ada banyak sebab. Antaranya sebab ialah kekurangan penoreh getah, pemilik kebun kecil yang berusia dan pelbagai faktor yang lain. Saya pernah mendengar daripada pihak kementerian tentang usaha konsolidasi kebun getah yang terbiar dan pihak kementerian juga pernah sebut perkara ini iaitu bagaimana untuk menyatukan ladang-ladang ataupun kebun-kebun kecil yang keluasan sekitar 1,000 hektar, 5,000 hektar, 10,000 hektar disatukan dan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
minta jemput daripada syarikat luar, syarikat yang berkaitan getah untuk mengusahakan ladang tersebut dengan persetujuan daripada pekebun kecil.
Saya lihat ada banyak pihak yang terlibat dalam proses konsolidasi kebun getah. Antaranya ialah RISDA, FELCRA, FELDA. Soalan saya pada pihak kementerian, apakah hasil daripada Jawatankuasa Pemandu yang ditubuh oleh Kementerian Perdagangan Komoditi (KPK) yang memantau semua agensi yang terlibat seperti RISDA, FELCRA, FELDA ini, hasil daripada pemantauan yang dibuat tentang berapa jumlah keluasan hektar yang disasarkan untuk menyelesaikan keluasan tanah yang tidak diusahakan getah ini dan berapakah sasaran dan apakah hasilnya?
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat juga Belanjawan 2027 ini tidak ada satu impak yang maksimum untuk sektor komoditi getah. Kerana apa? Kerana saya berasa sedih kerana dalam belanjawan yang kali kelima tidak juga disebut tentang satu projek ikonik iaitu Kedah Rubber City. Tuan Yang di-Pertua, bila sebut tentang sektor komoditi getah, tentang Padang Terap yang beridentitikan getah, saya tidak akan tinggalkan tentang Kedah Rubber City. Untuk makluman semua, Kedah Rubber City yang sasaran pelaburannya ialah RM15 bilion sepanjang 15 tahun yang menyediakan peluang pekerjaan 14,000 orang pekerja.
Kedudukannya pada hari ini pada 9 Oktober di hari di mana Perdana Menteri membentangkan belanjawan, kilang Prinx Tire Malaysia yang sikit lagi untuk siap di Kedah Rubber City, kilang daripada China untuk membuat 6.6 juta tayar pengeluaran setahun sudah mengeluarkan tayar yang pertama di Padang Terap di Kedah Rubber City. Itu adalah satu kejayaan, di mana satu tayar pintar yang berkomersial tinggi di peringkat Asia Tenggara di mana produk-produk tayar daripada kilang Kedah Rubber City Prinx Tire Malaysia ini akan dieksport ke negara-negara ASEAN, termasuk Amerika, termasuk Kanada. Bagaimana produk daripada Padang Terap, daripada Kedah Rubber City akan dieksport ke pasaran antarabangsa.
Maksudnya kedudukan Kedah Rubber City ini adalah untuk melonjakkan sektor komoditi getah negara. Tetapi sayangnya dalam belanjawan kali yang kelima yang dibentangkan oleh kerajaan dan tiga kali kementerian bertukar Menteri, Kementerian Perladangan dan Komoditi tidak menunjukkan tentang komitmen untuk melonjakkan Kedah Rubber City ini, kerana apa? Kerana daripada awal saya sebut tentang keperluan untuk menaik taraf Jalan FT175 daripada Sungai Durian ke Kedah Rubber City yang kita mohon berkali-kali tetapi pelbagai alasan yang diberikan sedangkan kilang itu hampir dah nak siap dan trafik ataupun lori yang akan keluar
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
untuk hantar produk tayar ini 1,600 trip sebulan yang akan mengganggu trafik awam.
Jadi, saya mohon kepada pihak kementerian untuk melihat keperluan naik taraf jalan FT175 ke Kedah Rubber City ini untuk diluluskan pada masa akan datang.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah saya nak sentuh tentang isu Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Padang Terap. Pejabat Polis Daerah Padang Terap yang dibina tahun 1979 sudah berusia terlalu lama, yang asalnya direka hanya untuk menempati 128 orang anggota tetapi pada hari ini 263 anggota. Dua kali ganda daripada kapasiti awal. Saya nak sebut kebimbangan saya ialah laporan pemeriksaan JKR pada tahun 2024 menyatakan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap ini tidak selamat untuk diduduki dan tidak economic untuk dibaiki.
Saya mungkin tak patut mendedahkan tapi saya mendedahkan juga supaya dapat pertimbangan oleh pihak kementerian KDN. Pertama, pendawaian elektrik kerap mengalami litar pintas. Lebih mengejutkan papan suis utama elektrik ditempatkan di dalam tandas. Bagaimana kemudahan elektrik yang kritikal boleh berada dalam persekitaran sedemikian untuk digunakan?
Kedua, sistem kumbahan kerap bocor, tersumbat, manakala struktur bangunan bumbung, siling mengalami pelbagai kerosakan dan pereputan.
Ketiga, 16 unit kuarters yang disediakan hanya tiga unit yang boleh didiami.
Manakala, 13 unit lagi rosak dan turut dinilai tidak economic untuk dibaiki.
Keempat, beberapa cawangan terpaksa berkongsi ruang pejabat. IPD ini juga tidak mempunyai dewan yang tertutup.
Sehubungan itu, kalau kita lihat cadangan pembinaan IPD Padang Terap dengan anggaran kerosakan RM250 juta ini telah dikemukakan di bawah RMK13.
Dalam Rolling Plan yang pertama 2026, permohonan telah mendapatkan perakuan di peringkat PDRM. Pada Rolling Plan yang kedua 2027 pula, permohonan telah mendapat perakuan Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan kepada Kementerian Ekonomi pada 16 Jun 2026.
Saya difahamkan terdapat 17 cadangan projek PDRM yang diperakukan oleh KDN untuk pertimbangan Kementerian Ekonomi termasuk cadangan pembinaan IPD Padang Terap. Namun, apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober yang lalu, projek IPD Padang Terap tidak disebut dalam senarai pembangunan yang baru diumumkan sedangkan kerajaan mengumumkan RM22 bilion untuk KDN dan pembinaan beberapa kemudahan keselamatan yang baru termasuk tiga buah balai polis yang baru.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Saya tidak mempertikaikan keperluan membina kemudahan keselamatan di tempat yang lain. Tetapi, apakah kriteria keutamaan kerajaan apabila sebuah IPD yang mempunyai laporan JKR menyatakan bangunan tidak selamat untuk diduduki, masih tidak dapat untuk kelulusan pembinaan baru. Saya mendesak kementerian KDN untuk menjelaskan status sebenar projek RM250 juta untuk IPD Padang Terap.
Terakhir ialah Balai Polis Padang Sanai. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua ialah cadangan pembinaan balai polis baru Padang Sanai. Balai ini mempunyai 14 anggota yang diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar. Balai Polis Padang Sanai ini sering berhadapan ancaman banjir dan perlu dipindah ke tempat yang lebih selamat. Malah, tahun lepas pada bulan November, balai ini turut terjejas akibat banjir sehingga mendapat perhatian Ketua Polis Kedah.
Saya difahamkan lokasi baru di atas tanah PDRM telah dikenal pasti. Namun cadangan projek belum dapat dimasukkan ke dalam RMK13 kerana isu pertindihan lot tanah yang melibatkan beberapa pihak. Saya ingin bertanya, sampai bila isu pentadbiran dan pertindihan tanah ini hendak dibiarkan sehingga menghalang sebuah balai polis yang selamat dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat.
Ketiga ialah Balai Polis Kota Putra iaitu ada 14 anggota di Balai Polis Kota Putra, Durian Burung. Balai ini tidak mempunyai berek ataupun kuarters kediaman yang mencukupi untuk anggota yang bertugas.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Akibatnya, anggota terpaksa menyewa rumah di Pekan Kuala Nerang ataupun sekitar Kuala Nerang yang jauh di Durian Burung ke Kuala Nerang. Keadaan ini lebih membimbangkan apabila syif malam terpaksa melalui jalan luar yang gelap.
Sehubungan itu, saya memohon kepada pihak KDN, pihak kementerian untuk mempertimbangkan supaya menyediakan ataupun memberikan sebuah kuarters yang baru untuk Balai Polis Kota Putra, Durian Burung.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan di dalam belanjawan ini supaya pihak kerajaan melihat benar-benar tentang nasib-nasib rakyat, terutamanya penoreh-penoreh getah yang saya kira saban tahun kita melihat laporan daripada DOSM, susutan ataupun penurunan pengeluaran getah asli. Pada tahun 2025, kita membaca Laporan DOSM, 13 peratus penurunan pengeluaran getah asli, 29 peratus penurunan pada November 2025 dan yang terbaru, 24 peratus penurunan pengeluaran getah asli pada Februari 2026.
Apakah sebab utama? Walaupun pelbagai intervensi kerajaan, campur tangan kerajaan, libat urus, pelbagai program-program, aktiviti pemulihan yang
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
dijalankan tetapi pengeluaran getah asli ini sentiasa menurun. Apakah puncanya?
Adakah kerana persaingan daripada negara-negara pengeluar getah yang menawarkan harga yang lebih kompetitif ataupun adakah kerana kita tidak ada satu rangka ataupun agenda nasional, agenda negara untuk melonjakkan sektor komoditi getah? Kerana daripada belanjawan yang kita lihat, bahkan daripada sudut LGM sendiri, tidak ada peningkatan bajet.
Dan berkaitan dengan LGM, saya juga nak mempersoalkan, di manakah projek RM600 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026? Jawapan daripada Menteri pada ketika itu, asal bajet RM1.1 bilion diturunkan kepada RM600 juta. Dan Menteri menjawab bahawa RM500 juta untuk pembangunan, RM100 juta untuk memberikan peralatan. Dan Menteri juga menjawab pada ketika itu, projek telah— sedang piling. Jadi, saya nak tanya pada pihak kementerian, projek RM600 juta untuk pusat penyelidikan getah LGM, adakah on track? Adakah sedang dilaksanakan?
Bilakah akan siap? Dan apakah signifikan, manfaat untuk sektor komoditi getah negara? Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Wa’alaikumussalam. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim.
Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2027 yang bertemakan Menggapai di Langit dan Mengakar di Bumi. Izinkan saya menumpukan seluruh ucapan saya ini kepada satu isu sahaja iaitu isu bumi. Banjir di bumi Bukit Gantang yang belum selesai sehingga kini.
Saya punya waad, juga dengan rakyat saya di Bukit Gantang iaitu memberikan khidmat terbaik kepada mereka dan menyelesaikan masalah mereka.
Pada hari semalam, Ahad, 18 Oktober, masih lagi seramai 426 mangsa daripada 153 keluarga yang berada di empat tempat pemindahan sementara. Bukit Gantang terletak di kawasan paling lembap di Semenanjung Malaysia. Purata hujan tahunan di Taiping sekitar 4,000 mm, sedangkan purata hujan Semenanjung hanya 2,000 mm sahaja. Maknanya, kami menerima hampir dua kali ganda hujan lebat berbanding dengan kawasan-kawasan lain di negara ini.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Air daripada bukit turun deras melalui Sungai Larut, Sungai Trong, Sungai Sepetang, lalu bertembung dengan air pasang di Muara Kuala Trong dan Kuala Sepetang. Ini fakta geografi yang tidak berubah sejak zaman berzaman. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apabila banjir berlaku di Bukit Gantang, janganlah sebut bahawa ini hujan luar biasa. Ini hujan biasa, cuma yang luar biasa ialah tindakan kita yang tidak bertindak.
Tragedi 23 Oktober, setiap tahun saya berhadapan dengan tragedi Oktober.
Tahun ini 18 hari bulan, tahun lepas 23 Oktober. Empat hari lagi genaplah setahun tragedi banjir 23 Oktober 2025. Banjir paling dahsyat dalam sejarah 40 tahun Bukit Gantang. Ia datang awal pagi ketika rakyat sedang tidur. Ia menenggelamkan ketiga- tiga DUN dan di kawasan ― di bawah kawasan Parlimen Bukit Gantang; DUN Trong, Changkat Jering dan juga Kuala Sepetang.
Izinkan saya membawa Dewan ini ke Kampung Permatang Pasir. Peristiwa seorang warga emas berusia 70 tahun, Encik Jamaludin bin Mat Jenin mendengar bunyi seperti letupan kira-kira 3.00 pagi. Beberapa minit kemudian, anaknya memberitahu rumahnya sudah roboh, dihentam arus. Dapur, televisyen, peti air, perabot, semuanya musnah. Dinding retak, lantai pecah. Katanya, inilah bah, banjir paling dahsyat sepanjang hayatnya.
Izinkan pula saya membawa anda di Dewan ke tanah perkuburan di Kampung Toh Johan, Kuala Trong. Di sana kubur terhakis, batu nisan tercabut, keranda kayu terkeluar dari liang lahad dan jenazah hanyut dibawa arus. Saya berdiri― saya sendiri terpaksa menyewa jengkaut untuk menutup semua kubur-kubur itu.
Tuan Yang di-Pertua, di negara ini bukan hanya sekadar orang hidup yang tak selamat tetapi orang mati pun tak selamat dibawa oleh arus banjir. Titi runtuh, jalan kampung terputus, ban pecah, kenderaan tenggelam, tanaman dan ternakan musnah. Pada 24 Oktober 2025, seramai 2,496 penduduk, lebih 857 keluarga dipindahkan ke 24 PPS di Bukit Gantang.
Mangsa kami termasuklah ibu dalam pantang, bayi kecil, warga emas dan pesakit kronik yang terpaksa ditempatkan di hotel kerana PPS tak sesuai bagi mereka. Mereka bukan orang kaya. Tuan Yang di-Pertua, setiap kali banjir datang habislah perabot, barang runcit, motosikal, tanaman, ternakan dan yang paling mereka hilang ialah semangat.
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hari ini membangkitkan perkara ini. Saya telah pun membangkitkan di Dewan ini berulang-ulang kali. Dalam surat kepada kementerian, dalam mesyuarat bersama dengan JPS, di hadapan media, di setiap
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
kali PPS yang saya lawati, saya merayu berulang kali agar sebahagian kecil daripada peruntukan tebatan banjir yang berbilion-bilion itu diagihkan di Bukit Gantang untuk keselamatan rakyat.
Lihat rekodnya. Pada tahun 2024, melalui Menteri Besar Perak, kita mohon untuk RTB Kuala Sepetang bernilai RM55 juta dan RTB Sungai Trong bernilai RM30 juta. RTB Sungai Trong akhirnya diluluskan sebanyak RM3.6 juta tahun lepas tetapi malangnya, proses nak pasang makan masa tiga tahun, Dato' Yang di-Pertua.
Konsultannya lah, reka bentuknya, BQ nya sehingga nak buka tender, tiga tahun lagi baru boleh laksanakan.
Dalam tempoh itu, Bukit Gantang telah dilanda berkali-kali banjir dan kerosakan yang tak dapat dielakkan. Adakah JPS dah umum beritahu kita bahawa negara kita tidak mempunyai jurutera dan pakar hidrologi yang cukup cekap untuk mereka bentuk sungai-sungai dalam masa tempoh yang pendek. RTB Sungai Sepetang pula masuk ke dalam Rolling Plan Kedua. Saya mohon Menteri meluluskannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah membaca ucapan Belanjawan 2027 dari halaman pertama hingga akhir. Saya mencari dua perkataan. Bukit Gantang, tak jumpa.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Saya mencari ‘Larut’, ‘Matang’ dan ‘Selama’ pun tak jumpa. Tiada ‘Sungai Trong’. ‘Sungai Sepetang’ juga tiada. Yang ada hanyalah RM5.33 bilion kepada Kementerian PETRA untuk infrastruktur air dan tenaga serta mengurangkan risiko banjir.
Saya ingin bertanya dengan penuh hormat tetapi dengan suara-suara rakyat yang sudah letih. Mengapa JPS di bawah Kementerian PETRA tidak bertindak segera? Banjir boleh datang dalam sekelip mata sahaja menghanyutkan rumah dan ban pecah dan sebagainya. Mengapakah tebatan banjir nak dibina bertahun-tahun lamanya?
Bagi rakyat Bukit Gantang, sudah hafal perkataan yang sering, “Maka dengan alasan-alasan yang diberikan”― “Dalam perancangan”, “Dalam peringkat kajian”, “Proses tender”, “Tertakluk kepada peruntukan.” Tuan Yang di-Pertua, perkataan-perkataan ini tidak menahan air. Ia hanya menahan harapan. JPS sering menjawab bahawa kerja penyelenggaraan dibuat bergantung kepada peruntukan yang diterima. Saya faham kekangan kewangan
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
tetapi sungai tidak membaca surat pekeliling. Kelodak air tidak menunggu bajet tambahan untuk mendap.
Saya juga melihat sendiri cara di lapangan. Parit dikorek dan ditaruh di sebelah tebing. Kemudian apabila hujan datang, ia masuk balik ke dalam sungai berkenaan. Jadi, kita hanya bayar selalunya korek pasir, bubuh dekat tebing, bila hujan datang, masuk balik, korek balik. Tak selesai masalah kita. Kepada Kementerian PETRA, saya mohon jangan lagi menyalahkan hujan kerana data hujan di Taiping, di Bukit Gantang sudah ada zaman berzaman.
Tuan Yang di-Pertua, kenyataan ini adalah harganya. Setiap projek yang tertangguh, rakyat membayar dengan rumah yang roboh, kenderaan yang rosak, anak yang tak dapat ke sekolah dan warga emas yang terpaksa dipindahkan di tengah malam. Kos kelewatan tidak dapat dicatat dalam laporan JPS, tetapi ia dicatat dalam hidup rakyat saya.
Saya juga memohon agar beberapa pelaksanaan dilaksanakan segera.
Pertama, RTB Sungai Trong RM36 juta dilaksanakan seberapa segera sebelum akhir tahun ini. RTB Sungai Sepetang diluluskanlah dalam rolling plan ke-13. Pakej segera LLS. Jika Lembah Klang dapat RM100 juta dalam Bajet 2027, boleh juga luluskan untuk Bukit Gantang yang sama. Sebahagian daripada RM320 juta saliran PBT...
[Tidak jelas] Umumkan jumlah khusus untuk Parlimen Bukit Gantang.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, isu banjir bukan hanya melibatkan seorang individu atau sebuah rumah atau sebuah keluarga. Ia menjejaskan satu keluarga yang besar, komuniti masyarakat dan kampung. Apabila banjir berlaku, ibu dan ayah terpaksa mengangkat, berpindah, menyelamatkan barang-barang keperluan mereka.
Bayangkan warga emas terpaksa melakukan semua ini berulang-ulang kali.
Anak yang bekerja di Kuala Lumpur pun resah memikirkan keselamatan ibu bapa sehingga terpaksa bergegas pulang. Anak di universiti hilang tumpuan terhadap pelajaran, manakala anak-anak di kampung tidak dapat hadir ke sekolah. Ini adalah kesan banjir. Pekerjaan terganggu, pendidikan terjejas, pendapatan berkurangan dan emosi seluruh keluarga terbeban.
Sebab itu, kerajaan perlu melihat penyelesaian banjir sebagai keperluan mendesak. Setiap kelewatan pelaksanaan bermakna semakin ramai rakyat terus menanggung kesusahan. Rakyat memerlukan tindakan segera supaya kehidupan mereka tidak terus diganggu setiap kali hujan lebat. Saya harap suara ini saya dapat
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
sampaikan daripada hati naluri rakyat di Bukit Gantang untuk didengar di Dewan ini dan seterusnya mendapat perhatian daripada Kementerian PETRA.
Sekian. Saya mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gantang. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana izinkan Gopeng turut mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027.
Perbahasan Belanjawan 2027 pada kali ini dibentangkan ketika persekitaran ekonomi global sedang berada di persimpangan yang cukup kritikal, ketegangan geopolitik yang tidak berkesudahan sekali gus mengakibatkan gangguan rantaian bekalan dan ketidakstabilan harga komoditi global. Akibatnya, rantaian ini akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk peningkatan kos pengeluaran industri serta tekanan inflasi tegar yang bakal dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi.
Menyedari hakikat ini, adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan moral untuk kita menzahirkan setinggi-tinggi apresiasi dan ucapan terima kasih kepada seluruh tenaga dan jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI kerana dedikasi mereka, kerana kecekapan mereka telah pun membolehkan kita mengharungi suasana ekonomi global yang lembap ini dengan penuh tertib.
Kita diuji dengan legasi hutang yang sarat, diiringi beban kos kewangan akibat tindakan bailout masa dulu yang telah pun menjejaskan fleksibiliti kewangan negara kita. Atas dasar kesedaran itu, acuan Belanjawan 2027 ini menuntut satu pendekatan yang cukup berdisiplin dan berhemat.
Kita perlu berpijak di bumi yang nyata dalam mengunjurkan anggaran hasil dan menguruskan perbelanjaan mengurus mahupun pembangunan. Ini termasuk dalam memastikan ketepatan sasaran subsidi, keberkesanan bantuan sosial serta impak optimum insentif kepada pelabur dan PMKS yang menjadi tulang belakang ekonomi negara kita.
Bertitik tolak daripada prinsip inilah, saya sebagai backbencher kerajaan turut terpanggil untuk menyatakan beberapa perspektif yang kritis dan kritikal. Saya ingin
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
menyatakan beberapa kegusaran dan menuntut penjelasan lanjut terhadap beberapa petunjuk risiko serta unjuran yang digariskan di dalam naskhah buku Belanjawan 2027 ini.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membicarakan soal Belanjawan 2027, persoalan mengenai kemampanan fiskal, pengurusan perbelanjaan dan keupayaan menguruskan hutang negara perlu didekati dengan penuh rasa tanggungjawab dan jujur. Namun, penelitian saya terhadap dokumen bajet ini menimbulkan sedikit kegusaran yang bagi saya cukup berasas, terutamanya apabila kita melihat kepada unjuran hasil yang dihitung dengan agak terlalu optimistik.
Pertama, saya ingin merujuk kepada Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana
(MTFF) bagi tempoh 2027 hingga 2029. Kita sedia maklum bahawa rangka kerja ini dirangkakan sebagai asas kepada pengagihan sumber awam negara di samping berperanan mengekalkan perbelanjaan yang berhemat serta memperkukuhkan keupayaan perbendaharaan dalam menangani sebarang risiko fiskal yang baru pada tahun depan.
Namun, Tuan Yang di-Pertua, apabila meneliti kepada unjuran yang digariskan, saya bimbang dengan parameter makroekonomi yang diletakkan. Dalam MTFF ini, kerajaan bersandarkan kepada andaian purata harga minyak dunia pada aras USD78 setong bagi tahun 2027 hingga 2029. Persoalannya, adakah paras ini cukup selamat dan realistik untuk dijadikan sandaran hasil bagi tahun depan ataupun tahun-tahun yang akan datang?
Kita semua tahu betapa bergeloranya pasaran minyak sepanjang tahun ini yang mana harga purata minyak setakat ini bagi tahun 2026 telah pun melonjak pada paras antara USD93 ataupun USD94 setong, malah pernah mencecah setinggi USD138 setong pada kemuncaknya pada bulan Mei yang lalu. Ini menyebabkan kerajaan dijangka dalam tahun ini perlu menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion.
Kedua, bajet kali ini membawa khabar baik buat semua rakyat. Memang saya setuju tentang program subsidi, bantuan sosial kepada rakyat dan sebagainya, kurangkan dasar cukai individu dan cukai syarikat. Namun, kalau merujuk kepada dokumen fiskal kewangan 2027 yang memaparkan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan, dalam jadual tersebut, unjuran hasil pada tahun 2027 adalah RM380 bilion.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Namun, angka kasar ini dicatatkan sebelum mengambil kira impak dari langkah-langkah fiskal baharu dalam Belanjawan 2027. Maka, ia termasuk langkah- langkah pelarasan percukaian seperti pengurangan cukai individu dan korporat yang sudah tentu akan memberikan implikasi penyusutan langsung kepada kedudukan fiskal negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, realiti kewangan tahun ini menyaksikan Perbendaharaan negara telah pun terpaksa mengambil langkah proaktif mengarahkan pemotongan perbelanjaan operasi sebanyak RM10 bilion di seluruh kementerian. Tindakan penjimatan ini terpaksa dibuat untuk memastikan hasil negara sentiasa mencukupi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan di bawah peraturan fiskal yang ketat ini, wang kita tak ada banyak dan lihat kepada tahun hadapan sahaja unjuran untuk kos membiayai hutang bagi negara kita sudah mencecah RM61 bilion. Demi memastikan kestabilan ataupun kemampanan fiskal negara kita, saya ingin memohon pencerahan daripada Kementerian Kewangan dan kementerian-kementerian yang berkaitan, tiga soalan.
Pertamanya, mengenai kesan impak 2026 dan 2027. Apakah pengajaran dan impak kewangan sebenar daripada pemotongan cukai operasi kementerian bagi tahun ini? Saya jangka mungkin tahun depan pun akan ada masalah yang sama.
Apakah yang kita akan buat supaya ia tidak berulang pada tahun depan?
Kedua, mengenai jaminan baki operasi surplus. Apakah jaminan kementerian bahawa baki operasi negara bagi tahun ini dan tahun depan adalah kekal berada dalam keadaan surplus?
Ketiga, adalah tentang kemampanan untuk kita menguruskan hutang.
Lanjutan daripada kekangan fiskal yang saya gariskan tadi, kita tiada pilihan kecuali kita membuat prioriti keutamaan. Saya ingin memetik beberapa contoh yang mungkin tidak popular tetapi saya rasa tanggungjawab untuk saya kemukakan cadangan ini.
Ada beberapa program yang sedia ada yang ditanggung oleh dana awam, dana Kerajaan Persekutuan tetapi berulang kali kita lihat dalam beberapa siri laporan-laporan audit ke ataupun laporan-laporan PAC telah pun mengesahkan ada ketirisan berlakunya dana rakyat secara terus-terusan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Pertamanya adalah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Laporan PAC telah pun dibentangkan pada bulan Julai tahun ini dan pendedahan telah pun membuktikan wujudnya pemasalahan dalam skim ini. Antara isunya adalah lambakan kuota, keberkesanan pengurusan, soal ketirisan, soal ketelusan dalam pembayaran subsidi kepada kilang penapis dan syarikat pembungkus. Hanya dalam tempoh tahun 2019 hingga tahun 2025 sejumlah RM10.879 bilion. Bermaksud hampir setiap tahun RM1.55 bilion dibelanjakan dalam program ini.
Bukan setakat itu, didapati 67 peratus kuota dikuasai oleh syarikat pemodal asing dan hanya sejumlah kecil diuruskan oleh syarikat-syarikat tempatan. PAC mengesyorkan penambahbaikan pelaksanaan program ini tetapi kalau tanya secara peribadi saya, saya ingin mengesyorkan mansuhkan program ini secara berperingkat supayanya kita boleh fokuskan kepada pendekatan yang lebih bersasar seperti kepada SARA, yang mana saya rasa langkah ini adalah penterjemahan sebenarnya kepada konsep perbelanjaan berkhidmat dan ketepatan sasaran subsidi.
Kita lihat kalau ketirisan ini berlaku diuruskan dengan tidak baik, di pasaran pun kadang-kadang tak dapat. Ada masalah penguatkuasaan dan sebagainya, adalah lebih baik kita beralih kepada dasar-dasar seperti MediAsas. MediAsas, kita telah pun menjalankan projek rintis mulai tahun ini dan tahun depan akan diperluaskan di seluruh negara.
Sekarang kita lihat dalam dokumen belanjawan, RM40 juta diberikan subsidi premium 200 kepada pekerja PKMS. 20 juta pelan MediAsas berasaskan kepada DRG - Diagnosis-Related Group. 1.7 juta untuk perluasan program ini. Adakah peruntukan yang dibajetkan untuk program ini cukup? Sudah tentu tidak tetapi ini adalah program yang baik yang sepatutnya kita channel-kan dana yang saya katakan tadi ada ketirisan. Bertahun-tahun dan didapati tidak efektif, tidak produktif kepada perkara yang lebih membawa kesan yang positif kepada rakyat kita. Ini...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Gopeng. Gopeng, saya ada sedikit pandangan. Kluang sini, boleh? Berkenaan isu ini sedikit.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Baik, baik, boleh.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Gopeng. Jadi, saya setuju sepenuhnya kita perlu apa itu, hapuskan skim subsidi untuk minyak masak tetapi masalah satunya adalah banyak outlet F&B kita bergantung pada minyak masak yang bersubsidi, yang dibekalkan oleh kerajaan, yang disubsidi banyak oleh kerajaan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Apabila kerajaan dengan izin, dual way subsidi ini mestilah kita akan nampak akan lihat bahawa ramai mereka akan kata “Oh, cost business mereka akan naik.” So, mereka nak naikkan harga. Akhirnya yang terjejas rakyat marhaen dekat luar juga. Jadi, setuju ke tidak kalau kita nak dual way dengan izin, skim ini, komunikasi kerajaan mesti ditambah baik supaya business kecil tidak terjejas dan tidak transfer cost itu terus kepada rakyat biasa? Terima kasih.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Faham, faham. Terima kasih pandangan Kluang tadi. Cuma saya nak— mungkin perjelaskan sebenarnya skim program ini dia bukan bermaksud untuk kegunaan perniagaan pada asalnya tetapi mungkin tutup sebelah mata, masih ada lagi ramai pengusaha-pengusaha mikro yang menggunakan skim ini. Saya masukkan cadangan tadi dalam ucapan perbahasan saya.
Dan keduanya, mungkin pendekatan cadangan saya pun kurang popular tentang Jualan RAHMAH dan Agro MADANI. Kita meningkatkan peruntukan daripada RM630 juta pada tahun ini kepada tahun depan RM750 juta. Ya, betul ini adalah insentif suntikan harga yang bagi saya sebagai langkah temporary relief ataupun intervensi pasaran yang bersifat sementara. Ia tidak boleh sama sekali dibiarkan bertukar menjadi subsidi struktur yang berpanjangan.
Apabila kita menelitikan impak di peringkat akar umbi, program intervensi harga secara langsung ditanggung oleh agensi kerajaan ini dalam jangka masa panjang akan mengganggu ekosistem perniagaan tempatan terutamanya kepada kedai-kedai runcit kecil yang tidak mampu bersaing dengan harga subsidi barangan dalam Jualan RAHMAH.
Maka, saya ingin mengesyorkan peruntukan itu sepatutnya kita boleh channel kepada program yang lebih bersasar iaitu Program Sumbangan Asas RAHMAH sebab kita telah pun meningkatkan bajet tersebut kepada RM16 bilion berbanding dengan tahun ini pada tahun 2027. Dan bukan setakat kita hanya nak menambahkan penganjuran jualan fizikal tetapi luaskan rantaian integrasi ekonomi dengan meningkatkan pendaftaran kedai-kedai runcit tempatan di bawah sistem ini.
Kita permudahkan proses tersebut.
Jangan menyekatkan lagi senarai-senarai barang runcit yang boleh dijual oleh penerima manfaat tetapi mudahkan. Kita hanya— senang sahaja. Kita tetapkan negative list. Jangan kita asyik-asyik nak daftar, daftar, daftar produk-produk yang baru. Di Sabah lain, di Sarawak lain, di Kelantan lain, di Terengganu lain.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Tetapi kita hanya wujudkan negative list sahaja. Contohnya arak tak boleh jual ya. Tak boleh gunakan SARA untuk beli arak. Rokok tak boleh gunakan SARA untuk belikan barang yang dia kehendak kan. So, wujudkan negative list, mudahkan cara, daftarkan lebih banyak. Dia akan menjadikan lebih mudah dalam pelaksanaan program bersasar ini.
Tuan Yang di-Pertua, rumusannya dalam persekitaran ekonomi global yang serba tidak menentu, komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan sistem penyampaian awam dan disiplin fiskal melalui Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan iaitu Akta 867 serta Akta Tanggungjawab Fiskal [Akta 850] sangat kritikal kerana penguatkuasaan dalam kedua-dua akta ini penting untuk menuntut kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal negara kita.
Kita melihat dalam laman sesawang Belanjawan 2027 yang dibentangkan, pelbagai dokumen dalam laman web itu. Namun, saya rasa ada satu missing link, adalah cara pelaporan prestasi bajet, penggunaan perbelanjaan setiap kementerian masih lagi bersifat tradisional yang berorientasikan output iaitu peratusan dana yang telah pun dihabiskan, dibelanjakan.
Sebagai contohnya, saya baca naskhah ringkasan Belanjawan 2027.
Peruntukan besar diberikan kepada PMKS muka surat 45 sampai muka surat 65. 20 muka surat. Dia ada banyak indikator yang jelas daripada Bank Negara Malaysia kepada MARA, kepada TEKUN, Bank Simpanan Nasional dan pelbagai agensi institusi kewangan yang menunjukkan manfaat. Tetapi sebenarnya di lapangan, sejauh manakah 20 halaman muka surat ini benar-benar membantu PMKS?
Dan sebagai contohnya, kementerian tidak boleh hanya sekadar melaporkan.
Contohnya, 10,000 PMKS telah pun menerima geran dan sebanyak RM100 juta dibelanjakan. Sebaliknya, laporan wajib menyatakan berapakah peratusan daripada PMKS ini telah pun berjaya mendigitalkan operasi mereka selepas 12 bulan? Berapa banyakkah perniagaan yang mampu bertahan dan meningkatkan jualan mereka?
Berapa banyak perniagaan yang melaksanakan automated— IT automated ataupun robotik dalam pengeluaran produk pembuatan mereka?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Setiap dana belanjawan mesti dihubungkan dengan sasaran ekonomi negara. Adakah 20 muka surat itu boleh menciptakan pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji bermaruah untuk anak-anak muda kita?
Kita memerlukan ketelusan akses data dan keberanian untuk memaparkan kejayaan mahupun kegagalan impak kepada umum berbanding sekadar hanya
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
melaporkan peratusan dana yang kita habiskan setiap tahun tanpa ada satu garis— guidelines yang betul. Maka, saya ingin mengesyorkan kepada reformasi pelaporan prestasi bagi setiap tahun dengan memperkenalkan sistem pelaporan prestasi kementerian berpaksi kepada outcome dan impact-based governance. Tuan Yang di-Pertua, saya minta sikit lagi 30 saat untuk saya landing.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Baik, terima kasih. Saya— untuk isu kawasan, saya hanya nak tanyakan satu soalan sahaja kepada pihak KPM.
Telah pun dilaporkan dan diumumkan dalam Belanjawan 2024 di belanjawan Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Perak yang mana diumumkan ada satu sekolah baru SMK Bandar Seri Botani, Ipoh yang telah pun dibentangkan akan menjalankan pembinaan sekolah yang baru. Apakah status ini selepas dua tahun?
Dan saya mohon pihak KPM memberikan penjelasan pada sesi penggulungan nanti.
Oleh kerana masa yang suntuk, saya tidak ambil masa yang panjang lagi.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya mengambil bahagian.
Saya menyokong penuh dalam Belanjawan 2027. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Saya merakamkan penghargaan terhadap komitmen kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi meneruskan pembangunan negara, memperkukuh perkhidmatan awam dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Namun, dalam membicarakan angka peruntukan yang besar, persoalan yang lebih mendasar ialah sejauh mana peruntukan tersebut diterjemahkan kepada perubahan sebenar dalam kehidupan rakyat. RMK13 meletakkan aspirasi untuk merapatkan jurang pembangunan wilayah dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Maka, ukuran kejayaan belanjawan bukan sekadar jumlah yang diperuntukkan, tetapi sejauh mana rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, pendidikan, bekalan air dan perlindungan daripada bencana.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Puan Timbalan Yang di-Pertua, untuk perbahasan kali ini, yang pertamanya, saya mahu menyentuh tentang kecukupan peruntukan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Belanjawan 2027 memperuntukkan RM47.7 bilion kepada Kementerian Kesihatan iaitu meningkat sekitar 2.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Namun, berdasarkan anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, perbelanjaan pembangunan KKM hanya meningkat sekitar RM5 juta sahaja iaitu daripada RM6.744 bilion kepada RM6.749 bilion. Pertambahan sekitar 0.07 peratus sahaja.
Persoalannya, sejauh manakah peningkatan yang sebegitu kecil ini mampu memenuhi keperluan pembangunan fasiliti kesihatan, khususnya di wilayah yang masih berdepan dengan kekurangan kapasiti hospital dan kemudahan rawatan?
Cabaran ini lebih dirasai di kawasan luar bandar dan wilayah yang masih mempunyai jurang akses perkhidmatan termasuk pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Saya memohon Kementerian Kesihatan menjelaskan sama ada kerajaan mempunyai permintaan keperluan fasiliti mengikut negeri meliputi tahap keuzuran bangunan, kapasiti katil, peralatan kritikal dan kecukupan petugas supaya agihan peruntukan benar-benar berasaskan kepada keperluan.
Saya turut mengambil perhatian bahawa peruntukan penyumberan luar rawatan pesakit meningkat daripada RM140 juta kepada RM200 juta. Langkah ini berpotensi mengurangkan tempoh menunggu. Namun, keberkesanannya perlu dibuktikan. Berapa ramai pesakit telah mendapat manfaat dan sejauh mana tempoh menunggu rawatan serta tempoh menunggu pembedahan berjaya dikurangkan?
Dalam masa yang sama, kebajikan petugas kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada mutu perkhidmatan. Pertambahan pelantikan tetap doktor wajib disertai penambahbaikan beban kerja, kecukupan kakitangan dan kemudahan bertugas.
Justeru, saya berharap kementerian bukan sahaja melaporkan jumlah peruntukan dan pelantikan, tetapi juga mengemukakan indikator keberhasilan yang boleh diukur, selaras dengan Agenda Reformasi Kesihatan RMK13.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, dalam membicarakan kesejahteraan rakyat, saya turut ingin membangkitkan isu jerebu rentas sempadan yang berulang kali menjejaskan kualiti alam sekitar dan mengancam kesihatan rakyat. Pada Oktober 2026, sebanyak 33 kawasan di Malaysia merekodkan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan tertinggi mencecah 195 di Batu Pahat, Johor. Kemerosotan kualiti udara ini tidak hanya mencemarkan persekitaran dan mengehadkan aktiviti luar, malah menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, kes jangkitan saluran pernafasan meningkat sebanyak 167 peratus kepada 7,065 kes manakala kes asma meningkat 127 peratus iaitu kepada 1,117 kes. Keadaan ini memperlihatkan bahawa pencemaran alam sekitar akhirnya juga turut meningkatkan beban terhadap sistem kesihatan negara.
Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN.
Namun, janganlah kita hanya berbangga dengan kejayaan menganjurkan persidangan antarabangsa, sedangkan rakyat masih terpaksa menghirup udara tercemar akibat masalah dari negara jiran yang berulang saban tahun.
Justeru, saya mohon kerajaan menjelaskan apakah hasil konkrit kerjasama ASEAN dalam menangani jerebu rentas sempadan khususnya mekanisme pemantauan, penguatkuasaan dan pertanggungjawaban pihak yang menyebabkan pencemaran? Kejayaan diplomasi seharusnya diukur melalui keberkesanan tindakan, bukan sekadar deklarasi dan persidangan semata-mata.
Keduanya, saya ingin menyentuh tentang keseimbangan pembangunan wilayah. Hasrat RMK-13 untuk merapatkan jurang pembangunan perlu berteraskan prinsip keadilan dalam pengagihan sumber dan peluang. John Rawls melalui A Theory of Justice, dengan izin, menghujahkan bahawa ketidaksamaan sosial dan ekonomi perlu disusun supaya memberikan manfaat terbesar kepada golongan yang paling kurang bernasib baik.
Namun, jauh sebelum falsafah politik moden membahaskan persoalan ini, Islam telah menegaskan kepentingan keadilan pengagihan kekayaan. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj Ayat 7, [Membaca Surah Al-Hajj:Ayat 7] yang bermaksud, “Supaya harta itu tidak hanya beredar dalam kalangan orang-orang kaya antara kamu”. Prinsip ini mengingatkan kita bahawa kemakmuran tidak seharusnya tertumpu kepada kelompok atau wilayah tertentu sahaja.
Dalam hubungan persekutuan dan negeri, kerajaan negeri turut menyediakan asas pembangunan, menarik pelaburan dan mengurus sumber. Namun, keupayaan kewangan negeri terbatas kerana sebahagian besar hasil percukaian tertumpu di peringkat persekutuan.
Justeru, saya mencadangkan supaya Majlis Kewangan Negara diperkukuhkan sebagai platform meneliti mekanisme perkongsian hasil dan geran penyamaan fiskal berasaskan jurang infrastruktur, keperluan pembangunan dan keupayaan hasil negeri. Mekanisme ini wajar disokong dengan peruntukan pembangunan berbilang kaum agar negeri dapat merancang secara lebih berkesan.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Dalam konteks pantai timur, dua projek strategik yang memerlukan perhatian iaitu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
LPT3 yang dicadangkan menghubungkan Kampung Gemuruh di Terengganu ke Tunjung di Kelantan mempunyai anggaran kos RM9.8 bilion berdasarkan kajian yang terdahulu. Saya mengambil maklum cadangan pelaksanaan melalui Kerjasama Awam Swasta ataupun Public Private Partnership, dengan izin, berikutan dengan kekangan fiskal Persekutuan.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan pada Projek Penyuraian Trafik Juru–Sungai Dua di Pulau Pinang bernilai RM3 bilion yang dilaksanakan mulai pembiayaan hibrid dengan 60 peratus peruntukan kerajaan dan 40 peratus pembiayaan PLUS Berhad. Sedangkan bagi LPT3, kerajaan memaklumkan bahawa kos pembangunannya akan ditanggung sepenuhnya oleh pembida PPP yang berjaya.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah pertimbangan yang membezakan pendekatan pembiayaan kedua-dua projek ini dan adakah model pembiayaan hibrid turut dinilai bagi mempercepatkan pelaksanaan LPT3?
Nilai strategik LPT3 tidak seharusnya diukur melalui potensi kutipan tol semata-mata, tetapi juga melalui penjimatan masa perjalanan, kelancaran logistik, peluang perniagaan dan limpahan ekonomi kepada rakyat Terengganu dan Kelantan.
Sehubungan dengan itu, saya mohon Kementerian Kerja Raya menjelaskan status terkini proses permohonan cadangan ataupun RFP (request for proposal) garis masa pembinaan pelaksanaan dan sasaran permulaan pembinaan. Pada masa yang sama, apakah mekanisme yang akan digunakan bagi memastikan struktur pembiayaan dan kadar tol kelak tidak membebankan rakyat?
Penilaian projek infrastruktur strategik perlu mengambil kira pulangan sosial dan ekonomi kepada wilayah, bukan semata-mata kebolehlaksanaan kewangan projek. Saya turut menyambut baik kemajuan ECRL sebagai pemangkin hubungan ekonomi Pantai Timur dan Pantai Barat. Namun, pembinaan landasan sahaja tidak menjamin limpahan ekonomi.
Pembangunan sekitar stesen sahaja. Jalan perhubungan, pengangkutan awam dan penyertaan perusahaan tempatan mesti dirancang secara bersepadu.
Saya mohon Kementerian Pengangkutan menjelaskan kesiapsiagaan
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
pengoperasian ECRL, integrasi stesen dengan pengangkutan tempatan serta perancangan pembangunan ekonomi di sepanjang jajaran Terengganu.
LPT3 dan ECRL bukan projek saling menggantikan, tapi jaringan pengangkutan yang saling melengkapi. Kejayaannya perlu diukur melalui peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan, peningkatan pendapatan rakyat dan pertumbuhan ekonomi setempat.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, yang ketiganya berkaitan dengan pembangunan ekopelancongan Terengganu yang mesti seiring dengan kemudahan aksesnya. Saya menyambut baik perhatian Belanjawan 2027 terhadap potensi ekopelancongan Terengganu termasuk Tasik Kenyir, Setiu Wetlands, Pulau Tenggol dan Pulau Bidong.
Namun, pembangunan destinasi tidak boleh dipisahkan daripada infrastruktur perhubungan. Akses daripada LPT2 melalui Kuala Jeneris ke Pekan Langkawi perlu diperkukuh sebagai pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Begitu juga Jalan Kenyir Aring yang penting kepada perhubungan Terengganu–Kelantan, kegiatan pelancongan dan juga ekonomi penduduk. Saya mohon supaya kerja pemulihan laluan ini disegerakan melalui penyelesaian yang selamat dan berkekalan.
Bagi Setiu Wetlands, akses menuju pangkalan gelap, pintu masuk ke Setiu Wetlands perlu diberikan perhatian. Begitu juga jaringan jalan ke Jeti Kuala Besut bagi Pulau Perhentian serta jeti yang menyediakan akses ke Pulau Redang.
Apakah perancangan bersepadu antara kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaburan pelancongan disokong dengan kemudahan pengangkutan yang mencukupi? Kita tidak mahu destinasi dipromosikan secara meluas, tetapi pengunjung dan penduduk masih berhadapan dengan kekangan akses untuk ke tempat-tempat tersebut.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, yang keempat saya menyentuh tentang penyegeraan projek infrastruktur dan kemudahan asas. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada beberapa projek yang memerlukan keputusan kelulusan dan penyelarasan dan jaminan penyiapan.
Pertama, projek naik taraf Jalan Persekutuan FT003 dari Pulau Rusa ke Batu Enam, Kuala Nerus termasuk cadangan pembesaran jambatan Buluh Gading amat penting bagi menangani kesesakan harian penduduk. JKR telah mengemukakan permohonan RM221.6 juta di bawah Rolling Plan Kedua RMK13 bagi kerja awalan termasuk pengambilan tanah, reka bentuk dan ukur tanah.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Kos keseluruhan projek dianggarkan bernilai RM752.4 juta. Saya mohon kerajaan memberikan keutamaan terhadap kelulusan kerja awalan ini dan menjelaskan garis semasa yang – untuk membawa projek ke fasa pelaksanaan.
Bagi projek tebatan banjir Sungai Takir pula yang melibatkan Taman Permit Perdana, Hulu Takir, Kuala Nerus, tiga permohonan masih menunggu kelulusan. Ini melibatkan RM2 juta bagi mitigasi jangka pendek dan RM15 juta untuk komponen rumah pam dan cadangan RTB Sungai Takir bernilai keseluruhannya RM83 juta sebagai penyelesaian jangka panjang.
Penduduk terus terdedah kepada risiko banjir apabila hujan lebat yang berlaku serentak dengan air pasang besar. Saya memohon keputusan terhadap permohonan ini disegerakan, khususnya langkah mitigasi sementara.
Berkaitan dengan projek penghalangan hakisan pantai di Kuala Nerus, pembinaan 16 struktur pemecah ombak dengan kos terlaras RM72.04 juta telah mencapai kemajuan sebenar 60.86 peratus pada 15 September 2026. Namun, tarikh siap asal yang telah dilanjutkan dua kali ini telah diberi tempoh kepada 14 Jun 2027.
Apakah langkah mitigasi dan penyelarasan kerja bagi memastikan projek ini siap mengikut jadual baharu, khususnya bagi menghadapi monsun timur laut?
Dan, akhirnya Puan Yang di-Pertua, saya turut meminta tindakan susulan terhadap isu yang telah saya bangkitkan sebelum ini iaitu tentang isu bekalan air di Kampung Kubang Jela, Kuala Nerus yang pernah dibangkitkan dalam persidangan terdahulu. Apakah perkembangan pelaksanaan tindakan yang telah dimaklumkan kepada Dewan dan bilakah penduduk boleh menikmati penyelesaian yang berkesan untuk kemudahan asas ini?
Puan Yang di-Pertua, kesemua perkara yang saya bangkitkan ini memperlihatkan bahawa cabaran pembangunan bukan sekadar menyediakan peruntukan, tapi memastikan kelulusan penyelarasan dan pelaksanaan berlaku pada waktunya.
Saya berharap Belanjawan 2027 disusuli dengan pelaporan keberhasilan yang telus serta komitmen kementerian terhadap garis masa yang jelas. Keadilan pembangunan bukan bermaksud setiap negeri menerima projek yang sama, tetapi setiap wilayah diberikan sumber dan peluang yang sewajarnya berdasarkan keperluan serta jurang pembangunan yang dihadapinya.
Dan akhirnya, kejayaan Belanjawan 2027 bukan hanya diukur melalui jumlah yang diluluskan oleh Dewan ini, tetapi melalui perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat yang sedang menunggu hasil daripada bajet yang kita bentangkan.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Wabillahitaufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua kerana ada ruang juga untuk saya pada hari ini untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan dasar Belanjawan 2027.
Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas usaha dan komitmen Kerajaan MADANI dalam merangka Belanjawan 2027. Semoga belanjawan ini menjadi satu belanjawan terbaik dari sudut keseimbangan antara pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Sebagai mewakili penduduk dari bumi bertuah Gua Musang, saya berbesar hati merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana di dalam teks ucapan pembentangan belanjawan pada Jumaat lepas, nama Gua Musang dua kali disebut. Dua kali disebut dengan nyata dan fakta dan ini membawa maksud bahawa terdapat peruntukan pembangunan khusus untuk kawasan saya Gua Musang pada tahun hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya cadangan projek Empangan Lebir, empangan kedua di Gua Musang selepas Nenggiri yang akan dibuka tidak lama lagi, merupakan cadangan yang pada rakyat Malaysialah sebagai penyelesaian jangka panjang, dalam konteks mengatasi masalah banjir dan bekalan air bersih di negeri Kelantan khususnya dan khasnya kawasan saya Gua Musang.
Inisiatif ini adalah merupakan inisiatif Kerajaan MADANI serta jiwa murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sentiasa membantu rakyat di negeri Kelantan. Sudah pastinya, cadangan projek tersebut menjadi asbab untuk rakyat Kelantan membuka mata, memanfaatkan minda serta potensi kepada intelektual mereka.
Keduanya, cadangan pembinaan Tabika Orang Asli di Kampung Akit dan Pos Belatim, Gua Musang yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari juga merupakan usaha berterusan Kerajaan MADANI bagi
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
meningkatkan dan memartabatkan pendidikan orang asli, terutamanya kawasan saya Gua Musang dan sememangnya cadangan ini harus menjadi agenda penting dalam konteks kesejahteraan masyarakat orang ssli.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Tuan Yang di-Pertua, dalam memperkatakan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada negeri Kelantan, sebenarnya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI telah dan sentiasa akan memfokuskan keperluan pembangunan negeri Kelantan, khususnya dalam usaha memperkukuhkan infrastruktur asas, jaringan pengangkutan, pembangunan luar bandar serta kesejahteraan rakyat.
Sememangnya terlalu banyak sumbangan yang telah diberikan kepada rakyat Kelantan walau baru empat tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara ini.
Kelantan merupakan sebuah negeri yang mempunyai potensi dalam sektor pertanian, pelancongan, perdagangan, perusahaan kecil dan sederhana serta pembangunan ekonomi rentas sempadan.
Justeru, rakyat Kelantan seharusnya bersyukur kerana sebahagian besar potensi tersebut mendapat sokongan pembangunan infrastruktur daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh yang demikian, pembangunan negeri Kelantan tidak seharusnya dilihat semata-mata dari sudut pembangunan sesebuah negeri tetapi ia perlu digambarkan sebagai sebahagian daripada agenda memperkukuh ekonomi pantai timur dan pembangunan nasional.
Terima kasih daun keladi, Kalau boleh kami nak lagi. Saya berharap kerajaan akan berusaha dan memastikan Kelantan terus menerima peruntukan pembangunan yang sewajarnya berdasarkan keluasan geografi, keperluan infrastruktur, kedudukan sosioekonomi serta cabaran yang dihadapi oleh rakyat. Dalam hubungan ini, saya juga ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengingatkan bahawa Gua Musang merupakan kawasan Parlimen yang paling luas iaitu melebihi separuh daripada keluasan negeri Kelantan.
Gua Musang mempunyai penempatan yang berselerak dan sebahagian penduduknya masih menghadapi cabaran mendapat kemudahan asas yang setanding dengan kawasan-kawasan di bandar sana. Oleh itu, peruntukan pembangunan perlu mengambil kira keperluan sebenar sesuatu kawasan, bukan hanya berdasarkan jumlah penduduk semata-mata.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Tuan Yang di-Pertua, rakyat tentunya mengharapkan Belanjawan 2027 memberi manfaat yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebagai contoh, bantuan kepada B40 dan M40 perlu diselaraskan dengan usaha meningkatkan kemahiran, produktiviti dan peluang menjana pendapatan. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk memperkatakan berkenaan dengan kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Pengangkutan pertamanya pada awal tahun ini telah merealisasikan impian sebahagian besar rakyat Kelantan, keseluruhan rakyat Kelantan untuk mendapat satu lapangan terbang baharu.
Alhamdulillah dan berbanyak-banyak terima kasih, Yang Berhormat Menteri ada di depan, kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat Kelantan bersyukur kerana satu-satunya impian yang telah sekian lama yang dijanjikan berkurun lamanya dapat direalisasikan pada tahun ini dan insya-Allah, mungkin di penghujung tahun nanti, satu lagi projek di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu ECRL ya, kereta api laju.
Dan memperkatakan tentang Projek Laluan Rel Pantai Timur ataupun ECRL ini, mewakili rakyat Kelantan, jutaan penghargaan kepada Kerajaan MADANI kerana berjaya merealisasikan impian rakyat Kelantan untuk menikmati kemudahan kereta api laju yang menghubungkan negeri Kelantan ke ibu kota Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Sememangnya projek ECRL merupakan salah satu projek infrastruktur strategik negara yang berpotensi mengubah landskap pembangunan ekonomi Pantai Timur, khususnya negeri Kelantan. Saya percaya projek ini bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan penumpang dan kargo, malah berpotensi menarik pelaburan baru, memperluaskan aktiviti perdagangan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Apa yang pasti, jauh dari sudut hati...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Gua Musang, sikit boleh, Gua Musang?
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab kalau kita dengar sebelah daripada sana itu dia sebut, ini belanjawan gula-gula, dia kata. Belanjawan jerebu sedangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju dan menyokong penuh pembentangan bajet yang dibentangkan oleh Yang
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Tambun. Apa pandangan daripada Gua Musang? Pandangan bukan pemandangan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Alhamdulillah, Gua Musang tidak berjerebu mungkin atas faktor geografinya dan juga muka buminya yang banyak gua. Jadi, mungkin terhalang. Jadi, yang pasti mewakili rakyat Gua Musang, kami semua berterima kasih di atas semua inisiatif yang telah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sampaikan kepada kami ini warga Kelantan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya ingin menegaskan bahawa manfaat ECRL tidak seharusnya tertumpu kepada kawasan yang mempunyai stesen saja seperti kawasan pedalaman seperti kawasan di Gua Musang ini sebenarnya perlu juga menerima limpahan ekonomi daripada pembangunan koridor pengangkutan tersebut.
Saya mencadangkan supaya kerajaan menyediakan pelan pembangunan ekonomi sokongan yang menghubungkan kawasan Gua Musang dengan rangkaian ECRL melalui peningkatan akses jalan raya dan kemudahan logistik yang realistik.
Ini adalah kerana Gua Musang mempunyai potensi dalam pengeluaran hasil pertanian, penternakan, industri makanan dan pelancongan alam semula jadi.
Dengan perancangan yang baik, projek ECRL boleh menjadi pemangkin kepada pembentukan rantaian bekalan dan pemasaran yang lebih cekap bagi hasil keluaran rakyat Kelantan. Saya juga berharap kerajaan memberi keutamaan penyertaan kontraktor tempatan, peluang latihan teknikal dan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda Kelantan dalam ekosistem pembangunan ECRL.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada satu lagi isu yang amat penting kepada rakyat Kelantan, khususnya penduduk Gua Musang dan juga pengguna ataupun warga luar yang masuk ke negeri Kelantan yang kebanyakannya melalui jalan Gua Musang iaitu Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama atau LTU. Projek LTU merupakan jaringan jalan raya strategik yang sangat diperlukan bagi menghubungkan antara Kelantan dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia.
Bagi rakyat Gua Musang, jalan raya tersebut sememangnya bukan sekadar kemudahan pengangkutan tetapi ia nya merupakan nadi ekonomi. Laluan ke sekolah, ke hospital, laluan untuk membawa hasil pertanian dan juga laluan utama yang menghubungkan masyarakat dengan pusat pentadbiran serta aktiviti perdagangan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kelewatan menyiapkan projek LTU bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna tetapi turut memberi kesan kepada
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
pembangunan ekonomi setempat, malah paling parah ialah keselamatan pengguna jalan tersebut buat masa ini yang kita dapati puncanya adalah berpunca daripada kegagalan kontraktor dalam mematuhi spesifikasi kerja-kerja pembinaan.
Rakyat di luar sana di kawasan saya terutamanya, hari-hari merintih kerana kelewatan penyiapan LTU memberi bebanan kos kepada mereka. Kos tersebut mungkin tidak dapat—tidak tercatat dalam laporan kewangan projek tetapi ditanggung oleh pengguna melalui masa perjalanan yang panjang, peningkatan penggunaan bahan api, kerosakan kenderaan dan risiko kemalangan. Justeru itu, saya menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menjadikan penyempurnaan projek LTU sebagai salah satu keutamaan dalam agenda pembangunan infrastruktur Kelantan dalam tahun 2027 nanti.
Bercakap mengenai projek LTU ini juga, di sesi Parlimen, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya tidak pernah tertinggal berkenaan bila akan siap, kenapa kontraktor terlalu lambat dan apa lagi pelan kontigensi JKR?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada kejadian yang amat memberi kesan kepada rakyat di Gua Musang dan pengguna Jalan Persekutuan FT08 laluan Gua Musang–Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi KESEDAR Putra yang iaitu betul-betul di Bandar Gua Musang lah. Pada 10 Oktober lepas, satu kejadian lubang benam telah berlaku di kawasan tersebut dan mungkin rentetan daripada kejadian itu juga, berlakunya fenomena air termenung, banjir termenung sehingga ke hari ini sudah masuk hari ke- 13, satu jalan di dalam bandar Gua Musang tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana takungan air yang entah bila akan boleh diselesaikan.
Jadi, kejadian yang saya maksudkan tadi melibatkan kerosakan jalan sedalam kira-kira lapan meter, dalamnya lubang benam itu dan sepanjang sembilan meter menyebabkan semua kenderaan tidak dapat melalui lah jalan tersebut. Jadi, difahamkan sehingga ke hari ini, kerja-kerja pemasangan jambatan Bailey sedang dilakukan, dilaksanakan sebagai alternatif sementara kepada masalah tersebut.
Jadi kejadian ini bukan suatu perkara yang kecil. Ia melibatkan laluan utama yang digunakan oleh ribuan pengguna untuk menjalankan urusan harian, kegiatan ekonomi dan perjalanan antara negeri. Apa yang lebih membimbangkan, lokasi kejadian tersebut merupakan sebahagian daripada jajaran projek LTU iaitu bagi pakej 3B dan 3C yang telah mengalami kelewatan pelaksanaan bertahun lamanya dan difahamkan buat masa ini, proses melantik kontraktor baharu dalam— setelah
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
penamatan kontraktor cap ayam yang sebelum-sebelum ini, tidak pasti berapa lama dan difahamkan di peringkat MOF.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Jadi, saya haraplah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya pertama sekali, mengambil serius berkenaan dengan perkara ini. Dan paling penting ialah Kementerian Kewangan tolonglah pastikan kontraktor yang dilantik nanti bukan memiliki DNA dan bukan spesies kontraktor-kontraktor LTU yang telah ditamatkan kontrak sebelum ini. Sebagai rakyat, kita sudah penat menanggung kesulitan. Rakyat mohon keterbukaan Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan penjelasan daripada Kementerian Kerja Raya lah, khususnya iaitu tiga lah perkara yang kita mohon jawapan.
Pertamanya, apakah jadual sebenar pelantikan kontraktor baru dan penyambungan semula kerja-kerja pembinaan Projek LTU bagi pakej 3B, 3C serta pakej-pakej lain yang dikategorikan nyawa-nyawa ikan buat masa ini?
Keduanya, apakah langkah penyelesaian jangka panjang untuk memastikan struktur jalan di kawasan berisiko benar-benar selamat untuk pengguna jalan di negeri Kelantan mengambil kira kekerapan runtuhan ataupun kejadian lubang bernam yang berlaku di jajaran jalan Gua Musang?
Dan yang ketiga, bilakah keseluruhan Projek LTU yang melibatkan kawasan Gua Musang dapat disiapkan dan diguna sepenuhnya oleh rakyat Kelantan terutamanya?
Jadi, saya berharap ketiga-tiga soalan ini mendapat satu jawapan yang jelas daripada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Dan sebagai pengakhirannya, saya mohon sekali lagi kepada Kerajaan Persekutuan supaya kesemua projek yang telah disenaraikan di dalam RMK12 yang belum lagi dilaksanakan dan juga projek yang telah berada dalam senarai RMK13, tak kisahlah Rolling Plan Pertama yang tercicir, tolonglah supaya dilaksanakan, terutama yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Kerana difahamkan tahun depan 2027, peruntukan yang agak lumayanlah kepada Kementerian Pendidikan.
Jadi, kita minta segala permohonan untuk pembangunan pendidikan diberi keutamaan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri saya dengan ini menyokong Belanjawan 2027. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bukit Bendera merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas Belanjawan MADANI 2027. Gaji minimum, pencen, STR, SARA, Bantuan OKU dan elaun sukarelawan meningkat. Doktor kontrak mendapat jawatan tetap. Semua ini memudahkan hidup rakyat. Daripada petani, pemandu teksi, sampai lah ke pekerja pembersihan. Semuanya tidak tertinggal. Belanjawan 2027 ini bukan sekadar dirangka dalam pejabat berhawa dingin tetapi ia dirangka daripada keluhan dan luahan rakyat. Inilah Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun. Sentiasa peduli dan bertindak untuk memastikan rakyat terus sejahtera.
Puan Yang di-Pertua, kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 ke RM2,000 mulai Jun 2027 melibatkan lebih 4 juta pekerja. Gaji minimum bukan sedekah majikan. Ia bayaran asas untuk tenaga pekerja. Orang yang bekerja sepenuh masa tidak sepatutnya hidup dalam kemiskinan dan juga bantuan warga emas dinaikkan kepada RM1.3 bilion untuk hampir 200,000 penerima. Lebih RM40 juta melalui HRD Corp akan melatih 8,000 pekerja penjagaan warga emas. Pengecualian cukai bagi yuran penjagaan sehingga RM96,000 setahun, hampir RM24.92 juta untuk Program Khidmat Bantu di rumah dan juga RM11.7 juta bagi pusat aktiviti warga emas turut dialu-alukan.
Malaysia sedang menua dan saya merasainya di rumah. Sebagai seorang anak yang menjaga ibu yang semakin uzur, saya tahu cemasnya panggilan waktu malam dan sukarnya untuk menyusun kerja, rawatan, ubat serta kewangan. Kita penat dan takut tetapi terus menjaga kerana dahulu merekalah yang menjaga kita.
MQA menggesa universiti memperluas kursus jangka pendek penjagaan warga emas. Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia, bilakah HRD Corp, KPT dan MQA akan membentangkan pelan latihan serta laluan kerjaya yang diiktiraf dan bergaji wajar untuk 8,000 penjaga ini?
Cadangan menaikkan umur persaraan minimum daripada 60 tahun ke 65 tahun perlu dipertimbangkan. Ramai yang masih lagi sihat, berpengalaman dan juga mahu bekerja. Lima tahun tambahan ini dapat membantu simpanan persaraan dan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
juga mengekalkan kemahiran negara. Pekerja sektor berat ataupun mereka yang mempunyai masalah kesihatan mestilah boleh diberi pilihan untuk bersara lebih awal. Umur 60 bukan tarikh luput pekerja.
Puan Yang di-Pertua, sejak 1 Januari 2026, JKM menggunakan pendapatan isi rumah iaitu RM1,236 sebulan ataupun RM348 bagi setiap ahli keluarga sebagai rujukan bantuan. Namun, RM1,236 adalah pendapatan garis kemiskinan makanan.
Keluarga turut membayar sewa, bil, pengangkutan, persekolahan, lampin dewasa, ubat dan rawatan dan juga pendapatan garis kemiskinan penuh bagi 2024 adalah RM2,705.
Jadi, kos sara hidup terus meningkat. Maka, ambang bantuan mestilah berubah dan disemak berkala mengikut harga sebenar yang dibayar rakyat. Bukit Bendera mencadangkan RM2,705 sebagai titik permulaan disesuaikan mengikut saiz keluarga, lokasi dan kos sara hidup. Jangan tarik semua bantuan hanya kerana pendapatan itu meningkat sedikit. Kita kena bagi ruang untuk mereka berdiri sendiri apabila stabil.
Kita terlalu cepat menganggap golongan M40 sudah selesa. Dengan pendapatan isi rumah penengah sebanyak RM7,000 pada tahun 2027 mereka masih membayar rumah, pengangkutan, pendidikan anak, rawatan dan juga penjagaan ibu bapa. Jadi, satu kecemasan boleh menggugat kewangan keseluruhan keluarga.
Jadi, M40 menerima 38.2 peratus daripada pendapatan isi rumah negara berbanding 45.1 peratus bagi T20.
Namun, mereka ini sering tersempit, dianggap terlalu kaya untuk bantuan, sedangkan pendapatan tidak cukup untuk menampung kos hidup yang kian meningkat. Mereka membayar cukai tetapi apabila tertekan, pintu bantuan tertutup.
Semak syarat kelayakan bantuan. Luaskan juga pelepasan cukai bagi kos penjagaan, pendidikan dan juga kesihatan. Bukit Bendera menuntut layanan yang adil untuk kelas menengah.
Puan Yang di-Pertua, hampir RM69 bilion di peruntukan kepada Kementerian Pendidikan dan juga penyelenggaraan sekolah digandakan kepada RM2 bilion. Hah, dana ini mesti sampai kepada sekolah bandar yang lama terabai. Alamat bandar ini bukan satu jaminan sekolah berada dalam keadaan yang baik. Sekolah usang, tidak mengenali lokasi. Ada murid yang membawa beg sekolah dan juga beban yang lebih berat, keresahan, kemurungan, masalah keluarga, buli dan juga tekanan akademik.
Guru pula sudah terbeban. Jadi, kementerian mesti juga berani untuk mencuba
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
pendekatan yang baharu. Bukti Bendera mencadangkan graduan psikologi diambil sebagai pegawai sokongan kesejahteraan mental.
Dengan latihan dan penyeliaan profesional, mereka boleh menjalankan saringan awal, memberi sokongan emosi dan juga membuat rujukan. Mereka menjaga kesejahteraan mental supaya guru dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran. Jadi, sediakanlah laluan tajaan untuk mereka mengikut pengajian kaunseling, latihan amali dan juga pendaftaran dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Jangan pula tunggu seorang anak rebah, baru kita mengaku dia perlukan bantuan.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan menerima RM47.7 bilion. Lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap dan juga sebanyak RM1.2 bilion disediakan untuk baiki klinik, baiki hospital. Manakala, 400 ambulan baharu akan diperoleh. Dua tahun yang lalu, saya telah membawa arwah ayah saya ke wad kecemasan. Beliau terbaring di atas pengusung berlumuran darah menunggu berjam-jam kerana tidak ada katil wad.
Saya cuma seorang anak yang cemas dan tidak mampu membuat apa-apa.
Rasa tidak terdaya itu masih lagi bersama dengan saya dan saya tahu doktor dan jururawat berhari-hari berlari dari satu pesakit kepada pesakit yang lain dalam keadaan yang sesak dan serba kekurangan. Ambulans boleh membawa pesakit dengan cepat. Ya. Tetapi apa gunanya jika tiada katil? Pengusung tidak boleh terus dijadikan wad sementara.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, bilakah Kementerian Kesihatan akan menetapkan sasaran waktu menunggu serta menerbitkan data dan juga pelan untuk menangani kekurangan katil dan petugas bagi setiap hospital di negara ini.
Puan Yang di-Pertua, sekarang saya nak cakap sikit tentang jerebu. Setakat hari ini, 19 Oktober terdapat 26 daripada 68 stesen-stesen Jabatan Alam Sekitar yang merekodkan udara tidak sihat. Saya percaya Pasir Gudang mencatat paras 176 dan juga kerugian ekonomi dianggarkan sebanyak RM20 juta hinggalah ke RM50 juta sehari dan boleh mencecah RM1.5 bilion satu bulan.
Jadi, anak-anak terkurung, pesakit asma sesak nafas dan pekerja luar terdedah. Jadi, berapa lama lagi rakyat Malaysia perlu menunggu angin berubah.
Kemudian ada juga ketua agensi komunikasi Indonesia...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang berkata bahawa ketika tiada asap, Indonesia menghantar oksigen kepada Malaysia dan Singapura. Maaf, tapi kenyataan yang dangkal dan angkuh ini membuat saya marah.
Oksigen bukan hadiah politik. Ketika rakyat sesak nafas dan kehilangan pendapatan...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Ini bukan masa untuk menyindir.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai minta sikit pencelahan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Ya, baik.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey, saya dan rakan-rakan yang baru balik daripada Jakarta. Jakarta tak ada jerebu tapi Malaysia ada jerebu daripada Indonesia. So, macam mana itu keadaan tu? Negara yang wujudkan jerebu ataupun hasilkan jerebu itu, punca jerebu itu tak ada jerebu pun, kita pula yang kena, macam mana itu?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Wah, saya menyambut baik dari tadi komen daripada rakan saya Kulai, Yang Berhormat Kulai.
Saya pun tergamam nak jawab macam mana. Tapi kita boleh rasa, fakta kita, apa- apa pun kita menjawab melalui fakta dan saya rasa cadangan dan kenyataan tadi boleh dimasukkan sekali supaya mungkin Menteri boleh memberi jawapan yang lebih lunak, lebih sempurna.
Jadi ketika rakyat, rakyat ya— sesak nafas dan juga kehilangan pendapatan, saya rasa ini bukanlah cara yang baik. Indonesia memang kekal sebagai sahabat yang penting. Kita kekal diplomatik tetapi tidak akan diam apabila penderitaan rakyat diperkecilkan. Jika ada titik panas, kongsikan data. Jika ada syarikat yang bertanggungjawab, ambil tindakan. Jika ada kegagalan, akui dan perbetulkan.
Singapura telah mengeluarkan...
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Bukit Bendera, saya boleh...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Boleh.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Mencelah sekejap. Berkait dengan jerebu ini tadi, adakah Bukit Bendera merasakan bahawa wajar untuk kita sebagai kerajaan atau mungkin juga sebagai warga mengambil tindakan menyaman Kerajaan Indonesia?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Baik terima kasih juga ke atas soalan tadi Yang Berhormat Sekijang. Sebenarnya dalam intipati
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
perbahasan saya pun, saya akan mendesak untuk cadangkan perkara yang saya sebut.
Jadi Singapura ya telah pun mengeluarkan notis di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan terhadap tujuh syarikat. Mereka diarahkan menghantar anggota pemadam, menghentikan pembakaran dan juga mengemukakan pelan mencegah kejadian itu berulang. Jadi di sini, saya pun berasa Malaysia mesti sama tegas, gubal undang-undang jerebu rentas sempadan untuk menyiasat dan juga ambil tindakan terhadap syarikat di bawah bidang kuasa Malaysia.
Jika Singapura boleh melindungi paru-paru rakyatnya dengan undang- undang, mengapakah Malaysia masih menunggu? Dan juga, alat penapis udara kini menjadi satu keperluan. Jadi saya cuba bagi satu cadanganlah, mungkin kita boleh lihat, berikan subsidi penuh kepada keluarga B40 yang mempunyai anak kecil, warga emas, OKU ataupun pesakit pernafasan serta rebat kepada golongan M40.
Jadi lengkapkanlah juga sekolah, klinik, taska dan juga pusat penjagaan dengan alat penapis dan juga gantian. Udara bersih ini adalah hak semua bukan hanya untuk golongan elit sahaja.
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong juga cadangan Yang Berhormat Puchong iaitu supaya MOTAC membawa Disney Cruise Line ke Pulau Pinang sebagai pelabuhan penumpang. Jadi apabila kapal persiaran membawa pelancong, perbelanjaan mereka sampai kepada pemandu teksi, e-hailling dan sebagainya dan saya rasa ini adalah satu cara yang baik untuk menjana ekonomi tempatan. Dan, kalau tak silap Disney Cruise Line akan membuat satu pelabuhannya— bukan pelabuhan tapi mereka akan berhenti juga di pelabuhan di Langkawi dan di sini saya nak cadangkan untuk juga lakukan yang sama juga kepada Pulau Pinang.
Jadi Pulau Pinang juga mempunyai lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan, makanan, warisan, seni dan juga produk tempatan. Jadi kalau boleh kita jadikan kedua-dua ini sebagai satu pakej Utara Malaysia. Belanjawan ini telah memperluaskan juga geran kepada kapal persiaran, MOTAC dan juga Kementerian Pengangkutan, kerajaan negeri dan juga pengendali pelabuhan mestilah membawa cadangan yang serius kepada Disney serta membuka peluang untuk peniaga kecil.
Puan Yang di-Pertua, hari ini genap 55 hari sejak 54 rakyat Malaysia dilaporkan hilang dalam tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal. Bagi kita 55 hari ini bukan sekadar angka. Bagi keluarga mereka, setiap pagi bermula dengan persoalan yang sama iaitu di mana insan yang disayangi dan bilakah mereka akan mendapat jawapan? Mereka masih menunggu tetapi bil persekolahan anak, pinjaman terus
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
berjalan. Ada keluarga kehilangan pencari nafkah. Ada anak masih menanti kepulangan ibu bapa. Mereka berusaha meneruskan kehidupan tanpa menyerah pada harapan.
Jadi Malaysia Solidarity Families in Hope ataupun MASFIH menghimpunkan suara keluarga dan mendapatkan jawapan daripada pelbagai pihak. Jadi di sini, JKP Perhubungan dan Perdagangan Antarabangsa juga telah menulis kepada Kementerian Luar Negeri pada September untuk mendapatkan penjelasan tentang kedudukan undang-undang serta dokumen diperlukan waris. Keluarga berhak mengetahui apa yang berlaku selepas surat itu dihantar.
Jadi, Bukit Bendera meminta Menteri untuk menjawab dua soalan. Soalan yang pertama, adakah kerajaan telah menerima jawapan rasmi daripada Nepal berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa? Jika sudah, bilakah jawapan itu akan dikongsikan sepenuhnya dengan keluarga dan dibentangkan kepada Jawatankuasa?
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Bukit Bendera mencelah?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Boleh.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Isu ini memang hangat diperkatakan tentang kehilangan 54 rakyat Malaysia. Namun, seperti yang disebut oleh Bukit Bendera bahawa Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa telah pun berjumpa dengan Charge d'Affaires Nepal dan juga daripada Kementerian Luar Negara dan menyatakan bahawa proses sedang diusahakan. Perdana Menteri kita juga menelefon Perdana Menteri Nepal dan beliau memberi jaminan supaya proses ini akan dicepatkan untuk 54 mangsa kejadian runtuh tadi, tanah runtuh tadikan.
Namun begitu ada juga satu isu yang sudah lama kita lupakan tentang Muhammad Hawari bin Hashim, seorang pendaki yang pekak dan bisu yang sudah hilang selama lebih daripada tiga tahun. Dan beliau, isteri beliau sekarang ini tidak boleh akses ataupun tidak boleh dapat pencen daripada Hawari yang bekerja sebagai staf di Muzium Negeri Pulau Pinang.
Sampai sekarang isteri beliau juga bisu dan pekak. Dan ini, saya berharap supaya Kementerian Luar Negeri dan juga Wisma Putra berusaha untuk mendapatkan dipanggil assumption ataupun anggapan kematian bagi keluarga Hawari meneruskan untuk mendapatkan pencen, insurans dan sebagainya. Terima kasih Bukit Bendera.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Baik, terima kasih juga— ya, baik Puan Speaker. Dan soalan yang kedua berdasarkan maklumat MASFIH, keluarga lain yang terjejas masih belum menerima bantuan kewangan seumpama ini, jadi apakah tindakan kerajaan untuk memastikan kesemua 54 keluarga diberi perhatian dan bantuan diselaraskan di peringkat nasional. Keluarga- keluarga ini hanya meminta kejujuran, ketelusan dan tindakan. Ini nyawa rakyat Malaysia dan di sinilah Malaysia perlu berdiri bersama keluarga mereka.
Jadi Puan Yang di-Pertua, rakyat tidak mengukur kejayaan belanjawan melalui tepukan meja di Dewan sahaja. Mereka mengukurnya apabila gaji cukup sampai hujung bulan. Sekolah selamat, ibu bapa mendapat penjagaan, pesakit tidak menunggu berjam-jam dan juga semua rakyat menghirup udara yang bersih. Selagi ada keluarga yang masih hidup serba kekurangan, pesakit terlantar di atas pengusung dan rakyat bernafas dalam udara tercemar, tugas kita belum selesai.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Belanjawan ini memberi harapan dan kita mesti menjadikannya kenyataan.
Yang Amat Berhormat Tambun pernah berkata, “Dalam politik, tidak ada masa untuk kita rasa letih atau kecewa sehingga matlamat perjuangan itu tercapai”. Maka, kita jangan undur, jangan tinggalkan sesiapa. Kita jalan terus.
Dengan itu, Bukit Bendera menyokong.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan kepada Gerik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, pertamanya, Gerik ingin menyentuh berkenaan dengan keterjaminan makanan negara dan pembangunan usahawan tani desa. Pada tahun 2025, Malaysia mengimport makanan dan produk sektor agromakanan bernilai lebih RM92 bilion berbanding RM93 bilion pada tahun sebelumnya dan dijangka ia nya akan terus meningkat dan akan meningkat lagi. Antara yang kita import ialah beras dan bijirin, daging lembu, daging kambing, bawang, halia, cili serta produk tenusu.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Persoalannya, mengapa kita tidak lebih serius membangunkan industri pertanian makanan sendiri? Sedangkan kita mempunyai tanah, sumber manusia dan kepakaran untuk meningkatkan pengeluaran tempatan.
Saya mencadangkan kerajaan menetapkan sasaran pengurangan import mengikut komoditi yang strategik dengan memberi tumpuan kepada tanaman makanan, penternakan dan akuakultur yang berdaya maju.
Keduanya, kita boleh jadikan budaya masyarakat luar bandar dan desa sebagai usahawan tani bagi negara kita. Sediakan akses kepada tanah, pembiayaan, teknologi moden, benih berkualiti dan juga jaminan pasaran melalui kontrak pembelian dengan pasar raya dan industri pemprosesan makanan Dan yang ketiganya, kita perlu libatkan universiti seperti UPM dan universiti lain yang mempunyai kepakaran pertanian untuk turun ke lapangan memindahkan teknologi dan membimbing petani kita sehingga mampu menghasilkan produk yang berkualiti.
Puan Yang di-Pertua, Malaysia juga mempunyai kelebihan dalam industri halal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan eksport halal negara mencecah lebih RM68 bilion pada tahun 2025. Maka, mengapa kita tidak menghubungkan pengeluaran pertanian tempatan dengan industri pemprosesan halal supaya hasil petani bukan sahaja memenuhi pasaran domestik malah boleh dieksport sehingga ke luar negara?
Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah Belanjawan 2027 ini akan menyediakan satu program bersepadu antara universiti, usahawan tani kita dan juga industri halal dengan sasaran mengurangkan import makanan serta meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar? Kita jangan hanya menjadikan desa sebagai tempat tinggal rakyat tetapi jadikanlah desa ini sebagai pusat pengeluaran makanan dan pusat sumber kekayaan untuk negara.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan menggerakkan semua agensi pembangunan tanah dan syarikat berkaitan kerajaan termasuk seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi tanah negeri agar sama- sama terlibat secara serius dalam pengeluaran makanan negara. Agensi-agensi ini mempunyai aset tanah, infrastruktur, jaringan peserta dan pengalaman luas dalam pembangunan di luar bandar. Maka, mengapa kita tidak memanfaatkan kekuatan ini untuk menghasilkan bahan makanan yang selama ini kita import?
Jadi, saya cadangkan setiap agensi ini membangunkan pelan pengeluaran makanan berdasarkan kesesuaian syarikat dan kesesuaian tanah dan permintaan
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
pasaran, termasuk tanaman makanan, penternakan lembu dan juga pengeluaran makanan ternakan. Kita boleh libatkan peneroka, pekebun kecil, belia serta peserta rancangan sebagai rakan usahawan, bukan sekadar sebagai tenaga kerja. Sediakan modal latihan, teknologi, khidmat nasihat universiti dan kontrak pembelian supaya mereka mempunyai pendapatan serta pasaran yang lebih terjamin.
Saya mahu melihat FELDA, FELCRA, RISDA bukan sahaja dikenali melalui pembangunan komoditi masing-masing seperti getah dan sawit tetapi turut menjadi pemangkin keterjaminan makanan kepada negara. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah Belanjawan 2027 ini akan menetapkan sasaran-sasaran khusus kepada agensi-agensi ini?
Bagi perkara ketiga, Puan Yang di-Pertua, berkenaan pembangunan ekonomi sempadan Malaysia–Thailand, khususnya saya ingin sebut berkenaan Pengkalan Hulu di kawasan saya.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan keperluan mendesak untuk membangunkan ekonomi di sempadan-sempadan negara antara Malaysia dan Thailand khususnya di tempat saya di Pengkalan Hulu kerana kita melihat di sebelah Betong, Thailand telah berkembang pesat dengan kemudahan perniagaan, pelancongan dan lapangan terbang antarabangsa. Namun, Pengkalan Hulu masih ketinggalan dengan aktiviti perdagangan yang lesu dan pembangunan bandar yang belum mencerminkan potensi sebenar sebagai pintu masuk ekonomi antarabangsa untuk Malaysia.
Jadi, pertama, saya mencadangkan kerajaan menyediakan satu pelan induk pembangunan ekonomi sempadan untuk Pengkalan Hulu dengan kadar segera.
ICQS Bukit Berapit perlu dibina segera dan ia sangat penting kerana ia adalah nadi utama kepada pembangunan ekonomi untuk Pengkalan Hulu. Kawasan dari Kampung Pelang hingga ke Kampung Padang Tamat di sempadan Baling, Kedah wajar dikaji untuk kita jadikan satu zon ekonomi khas termasuk kemungkinan kita mewujudkan zon bebas cukai atau kawasan perdagangan dengan bercukai rendah, tertakluk kepada kajian daya maju dan undang-undang.
Kita mahu menarik rakyat Thailand dan pelancong-pelancong yang datang ke Thailand untuk datang juga membeli-belah ke dalam Malaysia, membeli produk tempatan dan berbelanja di premis perniagaan kita. Bukan hanya rakyat kita sahaja yang pergi seberang Thailand.
Keduanya, kita ingin jadikan industri francais halal di Malaysia sebagai daya tarikan ekonomi sempadan. Kerajaan perlu menarik jenama-jenama restoran
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
makanan segera dan kafe francais halal tempatan untuk membuka cawangan di situ, di Pengkalan Hulu. Pengguna-pengguna ramai yang Muslim daripada selatan Thailand seperti di Yala dan Pattani dan selatan Thailand berpotensi menjadi pasaran penting untuk industri halal dalam negara. Langkah ini bukan sahaja menarik pelancong malah membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
Yang ketiganya, kita mesti bangunkan hab perdagangan dan produk tempatan ataupun bandar-bandar satelit. Saya mencadangkan seperti Kampung Lalang, Klian Intan dan Felda Nenering dibangunkan sebagai hab-hab bandar satelit yang boleh memasarkan hasil-hasil pertanian, hasil-hasil makanan dan perusahaan produk tempatan kita. Manakala Kampung Air Panas pula boleh dibangunkan sebagai hab pintu masuk dengan ruang perniagaan dan pasar yang menarik dan bandar Pengkalan Hulu menjadi pusat ekonomi utama bagi zon sempadan ini.
Yang keempatnya, kita juga perlu membangunkan potensi pelancongan bagi Pengkalan Hulu dan seluruh Hulu Perak bagi menarik pelancong. Peruntukan perlu disediakan untuk menaik taraf segala kemudahan asas, membangunkan pusat informasi pelancong dan memperkukuhkan promosi pelancongan rentas sempadan.
Kita mahu pelancong yang menuju ke Betong, Thailand turut singgah menginap dan berbelanja seperti makan dan sebagainya di Pengkalan Hulu. Kesannya mesti dirasai oleh kita sebelum pelancong-pelancong ini pergi ke sebelah Thailand.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan menyelaraskan kementerian dan agensi berkaitan untuk menyediakan pelan pembangunan bersepadu Pengkalan Hulu ini. Kami sudah lama menyuarakan perkara ini. Diharap kerajaan akan bagi satu sasaranlah apa pembangunan Pengkalan Hulu yang boleh membawa manfaat kepada seluruh rakyat dalam Parlimen Gerik.
Manakala isu yang keempat, Puan Yang di-Pertua, adalah berkenaan isu penebangan hutan dan habitat hidupan liar. Puan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu lagi isu adalah isu pembalakan dan bagaimana penanaman semula hutan kepada negara ini khususnya dalam Parlimen saya di Gerik ataupun di Hulu Perak.
Apabila hutan ditebang tanpa pemulihan semula, ia memberi kesan kepada habitat hidupan liar, Puan Yang di-Pertua. Akibatnya, kami mengalami krisis atau konflik antara hidupan liar dan manusia. Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja masalah seperti gajah masuk ke dalam kawasan kampung, kawasan tempat pertanian penduduk dan sebagainya. Begitu juga kejadian harimau yang memakan ternakan-ternakan di sekitar yang di pinggir-pinggir hutan. Kemudian, itu tidak
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
termasuk lagi dengan masalah seperti kera, monyet dan sebagainya yang menghampiri penempatan penduduk sekali gus ia meningkatkan pelbagai risiko dan kerugian kepada kami.
Persoalannya, adakah kerajaan tidak ada ambil apa-apa bon atau deposit pemulihan hutan? Atau kalau ada, kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana apa yang berlaku sekarang ini, sepertimana di Hulu Perak, ia nya proses penanaman hutan ini dilihat tidak berkesan. Jadi, saya mencadangkan kerajaan menubuhkan satu GLC ataupun satu badan korporat yang boleh khusus untuk pemulihan hutan dalam negara.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Libatkan juga NGO, libatkan juga pakar-pakar ekologi, pakar-pakar perhutanan, Jabatan Perhutanan dan PERHILITAN. Penanaman semula mesti menggunakan juga pokok-pokok spesies asal sepertimana yang di tebang. Saya juga mahu projek ini melibatkan orang asli dan penduduk tempatan. Jika projek penanaman hutan ini berlaku di dalam Parlimen Gerik libatkanlah penduduk di Parlimen Gerik kerana kita tahu orang asli ini mempunyai kepakaran. Kepakaran yang bagi saya satu kepakaran yang tidak ada pada orang lain adalah ilmu tentang hutan.
Jadi mereka boleh membantu kerajaan untuk supaya kita boleh tanam balik segala-gala pokok-pokok hutan yang kita pun sendiri mungkin tidak kenal. Jadi, setiap perbelanjaan tadi mesti mempunyai petunjuk prestasi yang jelas termasuk kadar kelangsungan hidup pokok, keluasan habitatnya kita akan pulihkan dan keberkesanan mengurangkan konflik manusia dan hidupan liar tadi. Jangan sekadar kita menanam pokok hanya sekadar untuk memenuhi laporan tetapi pada hakikatnya pokok tersebut tidak tumbuh dan mengganggu ekosistem dalam negara kita.
Bab yang kelima ialah satu lagi isu Tuan Yang di-Pertua adalah isu berkenaan dengan pencemaran Sungai Perak dan juga Sungai Rui di Gerik. Perkara ini juga telah dibangkitkan beberapa kali. Saya ingin bangkitkan isu yang lama iaitu kejadian air Sungai Perak ini bertukar menjadi biru. Jadi isu ini telah masuk dalam surat khabar beberapa kali jugalah. Khususnya berlaku di sekitar Jambatan Kampung Sungai Papan.
Jadi ada kebimbangan kepada penduduk kita apabila air sungai itu kadang- kadang satu fenomena ia akan menjadi biru sebiru-birunya. Kemudian ada seketika dia akan jadi terlalu keruh seolah-olah terdapat satu bahan buangan lain yang dialihkan ke dalam sungai. Jadi persoalannya, apakah sebenarnya yang berlaku
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
kepada sungai ini? Antara kawasan yang perlu diberikan perhatian ialah Sungai Rui yang merupakan sebahagian daripada sistem anak sungai dalam lembangan Sungai Perak.
Terdapat kebimbangan bahawa perubahan warna ini mungkin ada kaitannya dengan aktiviti perlombongan, pembalakan atau sumber pencemaran lain di kawasan hulu sungai. Namun punca sebenar mesti dibuktikan melalui siasatan saintifik yang lebih telus. Apa yang lebih membimbangkan adalah risiko keselamatan terhadap air yang menjadi sumber minuman kepada penduduk.
Kita tidak boleh menolak kemungkinan adanya kehadiran logam berat termasuk arsenik tanpa ujian makmal yang menyeluruh. Jika bahan merbahaya ini memasuki sumber air yang kita gunakan untuk minuman dan kegunaan harian, kesannya akan mengancam kehidupan serta kesihatan manusia dan memusnahkan ekosistem akuatik. Isu ini juga bukan sekadar berlaku sehari dua, kebimbangan mengenai pencemaran sungai ini telah berlarutan selama bertahun-tahun.
Maka saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah tindakan konkrit yang telah diambil sehingga hari ini dan mengapa masalah ini masih berlarutan dan tidak selesai. Saya mendesak Jabatan Alam Sekitar menjalankan pensampelan air secara menyeluruh di hulu Sungai Rui termasuk di laluan keluar air dari kawasan perlombongan yang dikenal pasti serta menguji kandungan logam berat dan arsenik.
Janganlah hanya mengambil sampel air selepas air ini dah bercampur- campur dengan hujan dan sebagainya. Kadang-kadang apabila kita buat laporan, Jabatan Alam Sekitar akan datang seminggu selepas itu ataupun tiga empat hari selepas air itu sudah pulih dengan sendirinya. Jadi, saya juga minta supaya sebarang keputusan ujian atau keputusan makmal tersebut...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Gerik, boleh Sik sedikit mencelah ya?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Boleh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tanya tadi berkaitan dengan— terima kasih Gerik. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Gerik sebut soal pemuliharaan hutan di hulu Perak itu di Gerik dan jajaran hutan itu hutan simpan itu termasuklah Baling dan Sik. Dan mungkin boleh kita minta Yang Berhormat Menteri menyatakan keluasan terkini hutan simpan di tiga-tiga daerah kita ini yang masih kekal dan berapa jumlah pencerobohan yang telah direkodkan oleh jabatan sendiri termasuk tindakan yang telah diambil?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang kedua, Yang Berhormat Gerik juga mohon kalau dapat untuk Menteri menyatakan status pelaksanaan koridor ekologi di bawah apa, Projek Central Forest Spine yang melibatkan jajaran di Gerik dan Baling, Sik itu, yang telah pun ada projek itu dan bagaimana proses projek ini dan ke hadapan proses itu adakah akan diteruskan untuk dikukuhkan ekologi dan sistem hutan simpan kita di sana? Terima kasih, Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Mohon masukkan dalam ucapan saya.
Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi, saya minta tadi supaya keputusan ujian atau keputusan ujian makmal tadi didedahkan juga kepada masyarakat. Kalau boleh kita minta juga, saya seru juga NGO ataupun mana-mana badan yang boleh turun ke daerah ini untuk buat kajian sendiri supaya mewakili rakyat. Sebab bukanlah kita tak mengharapkan kepada Jabatan Alam Sekitar tetapi dia punya hasil tidak seperti yang kita harapkan kerana Sungai Perak ini adalah khazanah untuk kita dan dia juga adalah sumber pendapatan juga untuk nelayan darat di kawasan saya.
Apabila kawasan kami ini tercemar, dia akan membawa kepada— lembangan Sungai Perak ini dia akan bawa kepada Sungai Perak yang sebenar di Kuala Kangsar, membawa sehingga ke sempadan Selangor sana. Semua orang akan guna air tu. Jadi, saya minta supaya Jabatan Alam Sekitar serius dalam hal ini dan berilah satu apa, ambillah tindakan yang sewajarnya. Kalau perlu hukum kepada mereka yang terlibat itu hukumlah macam mana pun.
Dan sedikit Puan Yang di-Pertua berkenaan isu kawasan. Pertamanya, Gerik ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana kelulusan bagi Klinik Kesihatan Bersepadu Gerik ataupun Klinik Premier Bandar Gerik yang akan dibina pada tahun hadapan. Cuma sedikit tambahan adalah berkenaan dengan Hospital Pakar Minor Gerik yang telah pun diluluskan dan telah ada lokasi katanya. Jadi, Gerik ingin minta supaya perkara ini diteruskan dan dipercepatkanlah. Kami dah menunggu begitu lama tentang hospital pakar ini, alhamdulillah dah lulus. Jadi kita minta dia punya proses pecah tanah kah, pengambilan tanah dan sebagainya dipercepatkanlah.
Keduanya adalah ada juga permohonan berkenaan dengan Kolej Tingkatan 6. Kolej Tingkatan 6 bagi kawasan Hulu Perak. Sekarang ini kita tidak ada satu Kolej Tingkatan 6, kita semua sekolah Tingkatan 6 ini menumpang tetapi kita ada ramai student yang berminat untuk masuk Tingkatan 6 dan saya telah menerima aduan daripada guru-guru juga supaya diadakan Kolej Tingkatan 6 ini. Sebab bila wujudnya Kolej Tingkatan 6 ini dia akan lengkaplah dengan dia punya fasiliti, dia punya barang-
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
barang semua kan. Jadi, bila dia menumpang di sekolah-sekolah lain dia agak terbatas bagi pelajar-pelajar Tingkatan 6 kita. Jadi, kita mohon Kementerian Pendidikan untuk kaji dan luluskanlah berkenaan dengan permohonan kami ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terakhirnya, kita nak tanya juga berkenaan dengan Kementerian Komunikasi, berkenaan dengan bilakah capaian 5G akan dilaksanakan di kawasan Gerik dan Pengkalan Hulu kerana semua pencawang sudah wujud dan sistem 4G semua sudah berjalan. Jadi, katanya pengalihan daripada 4G ke 5G ini berlaku pada bulan Jun patutnya tetapi saya tengok masih sehingga bulan Oktober ini masih tiada apa-apa tindakanlah. Jadi, saya mohon Kementerian Komunikasi bantulah itu.
Jadi, sekian sahaja Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 20 Oktober 2026. [Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.48 petang]