Nov262026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 24(5A) memperuntukkan masa 30 minit bagi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri. Manakala Peraturan Mesyuarat 24A(5) memperuntukkan masa 10 minit bagi setiap pertanyaan. Oleh itu, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan semasa MQT hari ini, sama ada Ahli Yang Berhormat yang bertanya dan YB Menteri yang menjawab. Saya jemput Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Sekijang.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa [Sekijang]: Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sekijang meminta Menteri Komunikasi menyatakan dasar kementerian bagi memastikan sekolah, khususnya di luar bandar, menikmati capaian Internet yang memenuhi MSQoS, termasuk kriteria keutamaan sekolah dalam JENDELA Fasa 2 dan PoP, pembahagian tanggungjawab antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan serta sama ada audit MSQoS akan diperluas kepada semua sekolah secara berkala. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Amat Berhormat Komunikasi untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Menteri Komunikasi - Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Puan Yang di-Pertua yang tegas. Puan Yang di-Pertua, kerajaan komited dalam memastikan sekolah, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.

draft • 10:00 AM

Menteri Komunikasi - Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Dalam hubungan ini, kejayaan pembangunan infrastruktur digital bukan hanya diukur berdasarkan capaian kadar liputan, malah turut mengambil kira kualiti perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna, termasuk warga sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data semasa, dari 10,259 buah sekolah di seluruh negara bawah Kementerian Pendidikan, sebanyak 10,207 telah mempunyai liputan rangkaian 4G bersamaan dengan 99.5 peratus kadar liputan kawasan berpenduduk.

Kerajaan melalui MCMC akan terus memantau dan memperkukuh penyediaan infrastruktur komunikasi bagi memastikan baki sekolah yang belum mendapat liputan turut diberi perhatian ke arah mencapai kesalinghubungan digital yang menyeluruh.

Bagi memastikan objektif ini tercapai, Kementerian Komunikasi memberi tumpuan kepada tiga aspek utama. Pertama, pembangunan infrastruktur digital yang mana Kementerian Komunikasi melalui MCMC sedang melaksanakan Projek JENDELA Kumpulan 1 secara berperingkat mulai November ini sekarang, melibatkan pembangunan 1,000 tapak di seluruh negara, termasuk 12 tapak di negeri Johor.

Pelaksanaan JENDELA 2 tidak dikhususkan kepada penyediaan capaian Internet di sekolah, sebaliknya memberi keutamaan kepada kawasan berpenduduk, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih belum mendapat liputan komunikasi. Pemilihan teknologi bersesuaian atau fit for purpose mengambil kira faktor kepadatan penduduk, bentuk muka bumi serta ketersediaan infrastruktur sedia ada.

Bagi penyediaan infrastruktur gentian optik berhampiran sekolah pula, Kementerian Komunikasi melaksanakan Projek Point of Presence (PoP) dengan kos keseluruhan RM4.6 bilion. Infrastruktur ini bukan hanya menyokong keperluan sekolah, malah turut memanfaatkan premis kerajaan, kediaman dan komuniti setempat dalam lingkungan radius 2.5 hingga 3 kilometer dengan tawaran kelajuan sehingga 1Gbps. Hingga November ini, status pelaksanaan Projek PoP adalah seperti berikut.

Fasa 1, semua 677 lokasi telah siap sepenuhnya, termasuk 630 sekolah— lokasi berhampiran sekolah. Fasa 2 sebanyak 99.07 peratus iaitu 2,985 dari 3,013 lokasi yang berhampiran sekolah telah siap. Manakala bakinya dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember ini.

draft • 10:00 AM

Menteri Komunikasi - Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Kedua, pembahagian tanggungjawab antara Kementerian Komunikasi dengan KPM. Dalam aspek pembahagian tanggungjawab, Kementerian Komunikasi dan KPM memainkan peranan yang saling melengkapi. Kementerian Komunikasi bertanggungjawab menyediakan infrastruktur komunikasi berkelajuan tinggi, manakala urusan perolehan dan langganan perkhidmatan Internet di sekolah diuruskan sepenuhnya oleh KPM.

Kami hanya boleh sediakan Internet sampai ke pagar sekolah tapi dalam kawasan sekolah, terpulang kepada pihak sekolah dan pihak KPM untuk memilih.

Tapi melalui inisiatif PoP ini, kami telah menyediakan IInternet yang sangat-sangat berpatutan, Puan Yang di-Pertua, 1,000 Mbps ataupun 1 Gbps pada harga serendah RM49 sebulan. Tapi kenapa sekiranya sesuatu sekolah itu mengambil ataupun tidak, itu bukan hak Kementerian Komunikasi untuk menjawabnya.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekijang.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sekijang.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih. Saya sebenarnya mahu mendengar lebih lagi tapi tak apa. Terima kasih YB Menteri.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kita dah dengar juga tadi jumlah-jumlah sekolah yang telah ataupun PoP yang dipasang berhampiran dengan sekolah. Cuma YB Menteri, kita dapati banyak lagi sebenarnya aduan-aduan berkenaan capaian Internet yang tidak begitu baik di sekolah ini. Dan terutamanya apabila dalam sekolah itu ada kelas yang guna sekali. Maknanya, dalam masa yang sama guna Internet.

Jadi, ini menyebabkan pembelajaran terhadap sekolah itu terkesan. Cumanya YB Menteri...

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, soalan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Ya, baik. YB Menteri, kita tengok Kementerian KPM ini dia memberikan penekanan yang tinggi terhadap pembelajaran teknologi maklumat, termasuklah sumber dan teknologi pendidikan serta sistem pengkomputeran sekolah dan institusi pendidikan yang dianggarkan bakal menelan belanja sehingga lebih RM600 juta bagi tahun 2027.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Jadi, saya kira adalah lebih baik mungkin kementerian dan juga Kementerian Pendidikan ada kerjasama yang jauh lebih berkesan untuk memastikan capaian Internet di sekolah itu diberikan penekanan yang sesungguhnya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Memang sebenarnya dalam pelaksanaan projek PoP, ada satu jawatankuasa bersama yang kedua-dua pihak bersama dengan pihak MCMC turut meneliti untuk menyelesaikan masalah. Dan saya ambil maklum, harapan dan sekiranya ada Ahli-ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing, ada sekolah yang mempunyai masalah ini, sekali lagi saya tekankan, kami boleh menyediakan Internet sampai ke pagar sekolah, tapi tuan punya tanah adalah yang dijaga oleh KPM.

draft • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, di situ saya faham kita perlu ada kerjasama yang lebih erat dan ini yang kita harapkan dengan maklum balas yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dapat selesaikan masalah. Dalam satu sekolah, kadang-kadang hanya disediakan satu, dua access point tapi mungkin yang diperlukan lebih dari itu. Sekiranya ada sekolah yang memerlukan, boleh maklumkan dan insya-Allah, kita akan bantu.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih. Terima kasih Menteri. Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menerbitkan satu kad skor ataupun menyiarkan apa itu kita panggil audit kualiti Internet di sekolah-sekolah disiarkan secara terbuka di portal JENDELA untuk membolehkan guru-guru, ibu bapa dan pemimpin setempat menilai prestasi mereka?

Yang kedua, saya nak sebut tentang dalam JENDELA 1, dalam fasa JENDELA 1 ada syarikat kontraktor, syarikat telco yang tidak berjaya menyiapkan menara, membina menara dalam masa dua tahun yang diberikan. Apakah syarat ataupun— syarat dan juga apa yang kita panggil penalti dikenakan kepada kontraktor terlibat, jika sekiranya mereka mengulangi perkara yang sama? Yang ketiga, tiga dalam satu.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dua soalan sudah cukup. Sudah. Sila duduk.

draft • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

3,000 peruntukan diberikan kepada Sabah dan...

draft • 10:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Sila jawab Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tegas, tegas Timbalan Yang di-Pertua. Baik. Mengenai pelaksanaan JENDELA, saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat. Memang sebenarnya untuk setiap Ahli Yang Berhormat, kita melalui MCMC menyediakan dossier yang merangkumi capaian Internet termasuk di premis- premis. Kita— mungkin saya akan minta ada maklumat tambahan mengenai sekolah-sekolah di Parlimen Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, kita akan sediakan dalam dossier yang akan datang, insya-Allah. Kedua, mengenai JENDELA. Dia ada JENDELA Fasa 1 yang telah selesai, JENDELA Fasa 2 yang sedang berjalan sekarang. Dan penalti ataupun denda yang dikenakan dalam fasa 1 jauh lebih memudaratkan kepada syarikat-syarikat kerana dia adalah berpandukan kepada jumlah site yang telah diberikan.

Ada di kalangan syarikat-syarikat yang gagal. Saya beri contoh di Sabah, yang mana dendanya melebihi RM200 juta. Jadi, hampir sama dengan nilai kontrak yang mereka terima dan kontrak-kontrak itu diberikan sebelum zaman saya.

Tapi apa kita telah ubah suai, kita memberi penekanan kali ini kepada beberapa aspek, termasuk mana-mana syarikat yang diamanahkan untuk melaksanakan projek JENDELA di mana-mana negeri, mereka— sekiranya mereka ingin menggunakan subkontraktor, kita dapati masalah syarikat yang mendapat, kemudian, mereka sub, sub, sub, subcon dan ingatkan bila mereka buat macam itu, sap, sap soi, dengan izin. Tapi masalahnya, subkontraktor tak dapat lakukan.

Jadi, kita dah maklumkan mana-mana syarikat yang mendapat kontrak, sekiranya mereka berhasrat untuk melakukan kerja macam itu, MCMC mesti dimaklumkan dan mesti diberikan kebenaran. Kalau tak, kita tak beri untuk jalan.

Jadi, untuk fasa, untuk JENDELA 2, kumpulan satu, batch pertama, ada 1,000 menara dan lokasi di seluruh negara, lebih kurang 300, satu— sepertiga di Semenanjung, sepertiga di Sabah dan sepertiga di Sarawak. Bagi kumpulan kedua yang akan mula mungkin tahun hadapan, majoritinya adalah di Sabah dan paling banyak di Sarawak. Jadi, ini lebih kurang dan saya tak dapat dengar soalan akhir tadi sebab...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Oh, baik, baik. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.

draft • 10:10 AM

2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Saya cuma minta penjelasan apa erti sap, sap soi itu ya? Yang Berhormat Speaker, saya minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bagaimana sindiket penyeludupan dadah boleh mengeksploitasi kemudahan penerbangan TUDM dengan menjadikan Sabah sebagai laluan transit antarabangsa? Apakah tindakan — apakah langkah kerajaan bagi memperketat kawalan keselamatan, aset ketenteraan dan membanteras penyusupan sindiket jenayah terancang ke dalam institusi pertahanan negara? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Saya minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab. Sila patuhi masa, tiga minit.

draft • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, terima kasih. Terima kasih Beluran. Merujuk insiden ini, pendirian kerajaan adalah kita pandang berat, pandang serius kerana dia melibatkan sindiket jenayah terancang, ada elemen eksploitasi personel, kemudahan, aset dan infrastruktur strategik negara, termasuk fasiliti penerbangan tentera udara.

Ini soal— bukan sahaja soal kesalahan jenayah yang serius, malah boleh jejaskan integriti institusi keselamatan dan pertahanan. Polis melalui Jabatan Narkotik menjalankan kerja-kerja risik seawal Januari 2026 berhubung dengan kegiatan ini. Dan hasilnya, kita berkongsi dengan pihak Tentera Udara dan pada operasi 17 dan 19 November, Cawangan Provos Marsyal TUDM, mereka berjaya mengesan dan menumpaskan sebahagian daripada rangkaian sindiket ini.

Kita tahan 13 individu termasuk tujuh pegawai TUDM, lima pegawai dan dua anggota lain-lain pangkat dan enam orang awam. Kita rampas 96.64 kilogram methamphetamine bernilai RM4.83 juta. Dan ketua sindiket masih bebas, kita dah kenal pasti.

Saya yakin, dalam masa— sedikit masa ini, kita akan berjaya tangkap dan siasatan di bawah 39B Akta Dadah Berbahaya setakat ini, predikat siasatan, hala tuju nak pergi kepada jenayah terancang dan sebagainya, kita akan invoke semua sekali, bahkan SOSMA sekali pun kita akan gunakan. Kita luaskan siasatan untuk kenal pasti penglibatan seluruh organisasi ini dan peranan setiap individu yang terlibat.

draft • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Siapa pembiayanya, siapa perancangnya, siapa berperanan sebagai transporter, siapa yang jadi runner dan semuanya lah. Dan polis juga ekoran insiden ini, kita telah pun sita tiga kenderaan dengan nilai RM172,062. Dan Yang Berhormat Beluran bertanya bagaimana mungkin sindiket berkenaan boleh mengeksploitasi kemudahan penerbangan tentera.

Siasatan awal setakat ini kita berjaya establish tentang penglibatan individu yang mempunyai akses dan hubungan dengan personal dan operasi penerbangan tentera. Dan kita percaya ini permulaan membuka ruang kepada sindiket untuk menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan penyeludupan yang...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Saya maksudkan tadi.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Beluran.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya tidak menyangka cerita Pablo Escobar, El apa ini— Joaquin Guzman, boleh berlaku di dalam negara kita. Jadi, adakah tangkapan ini keadaan yang terpencil atau is just tip of the iceberg?

Dan kalau siasatan terhadap kumpulan dan individu dibuat oleh kementerian, adakah kerajaan juga akan menyiasat personel-personel dalaman dalam semua agensi keselamatan ini supaya yang ini dapat diambil tindakan dan sebagainya supaya membanteras, dapat dibanteras kejadian seperti ini daripada berlaku di masa hadapan? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Beluran. Tuan Yang di-Pertua, tidak syak lagi bila kita dah pegang 13 orang ini, kita akan establish peranan masing-masing, kita akan membuka skop siasatan seluas mungkin.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Setakat siasatan ini, walaupun intipan kita bermula Januari 2026, hasil siasatan awal sudah membuka ruang bahawa operasi atau kegiatan ini sudah bermula beberapa tahun kebelakangan, sebelum itu lagi. Dan ia nya melibatkan satu sindiket besar yang establish.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sebahagian daripadanya kita dah tangkap, dah tuduh, dah penjara.

Sebahagiannya masih bebas dan kita juga membuka skop siasatan termasuk kerana

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

ini perniagaan yang sangat menguntungkan. Metamfetamin ni satu kilo RM50,000 pasaran kita. Pergi ke Indonesia RM250,000 sekilo. Pasaran antarabangsa RM450,000 sekilo. Ini perniagaan yang betul-betul menguntungkan lah, Beluran, ya.

Jadi, bila kita buka sekarang ini, siasatan ini mempunyai potensi untuk membongkar satu jenayah terancang yang lebih luas.

Dan saya bagi jaminan bahawa siapa pun yang ke depan ini, berapa hari kita tangkap, dia tidak akan terlepas apa pun jawatan dia, apa pun kedudukan dia. Itu jaminan berdasar kepada taklimat awal yang saya diberikan, ada beberapa potensi nama-nama atau mereka yang kita fikir ada kedudukan dalam masyarakat dan sebagainya akan kita ambil juga tindakan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenggara.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Puan Speaker.

Betul kata Beluran macam cerita Pablo Escobar ya dan benda ini memang sangat berbahayalah. So Yang Berhormat Menteri, perkara ini memang serius dan pertanyaan daripada Tenggara, berdasarkan jawapan awal Yang Berhormat Menteri tadi ada berkaitan dengan risikan. Jadi, minta menjelaskan perkembangan risikan dengan lebih detailed lagi, terperinci yang dilaporkan bermula pada awal tahun 2026 serta dakwaan bahawa kegiatan sindiket telah berlaku sebelum penemuan bagasi mencurigakan di Pangkalan Udara Subang pada 17 November 2026.

Dan mengapa kegiatan tersebut hanya terbongkar melalui pemeriksaan rutin? Dan sama ada PDRM sedang menyiasat kemungkinan penghantaran terdahulu yang telah berjaya melepasi kawalan keselamatan dan perbahasan hari ini, saya yakin diikuti oleh kartel-kartel mafia ni. Jadi, kena ada kecerdikan sedikitlah Yang Berhormat Menteri untuk uruskan media kita berkaitan dengan isu ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Tenggara. Serius tentulah. Kalau tidak, takkan ada tangkapan yang berskala besar begini. Istilah yang lebih tepat adalah risikan kita bermula Januari 2026, perkongsian maklumat risikan dengan pihak angkatan tentera, September–Oktober. Kemudian pada hari tangkapan itu dibuat 17 November, itu bertindak di atas laporan intelligence yang sudah pun kita kongsi bersama. Cuma di kawasan itu di bawah kawal selia angkatan tentera iaitu Tentera Udara. Maka operasi mengesan dan tangkap awal itu dibuat oleh mereka, kemudian diserah kepada polis untuk ambil alih.

Hasil risikan kita yang berterusan inilah kita berjaya menemui bahawa kalau untuk sel Tawau sudah berlaku tujuh transaksi sebelum ini melibatkan 1.8 tan dadah

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

bernilai RM93 juta. Manakala sel Labuan pula, sudah ada 14 kali transaksi sejak Ogos 2024 sehingga kita gagalkan. Ini semua maklumat intelligence kita dengan nilai 1.2 tan, berat 1.2 tan dan RM63 juta.

Tuan Yang di-Pertua, meth ni, pengambilan dia, dia perlu 0.02 gram saja.

Jadi, kalau nilai kita ini dah 3 tan, dia mampu memberi bekalan kepada 15 juta orang.

Tapi kalau dia ambil 0.05 bagi kick lagi, bagi kick lagi kesan dia, masih tinggi enam juta orang. Jadi, bayangkan kalau kita tak lumpuhkan kegiatan ini, mangsanya itu berjuta-juta orang. Jadi kerana itu, saya sangat menghargai kecekapan pasukan narkotik dengan kerjasama angkatan tentera sehingga membolehkan kita membanteras ataupun mematahkan sindiket ini. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Muhammad...

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, boleh?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Islahuddin bin Abas, Mersing.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mersing minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan hasil pencapaian yang diperoleh Malaysia melalui penyertaan dalam persidangan UNFCCC COP31 di Antalya, Turkiye khususnya daripada aspek pembiayaan iklim, pelaburan hijau dan kerjasama antarabangsa. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam selaku focal point kebangsaan kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim atau UNFCCC telah menyelaras penyertaan delegasi Malaysia dalam Persidangan Negara-negara Ahli Ke-31 ataupun COP31 di Antalya, Turkiye meliputi rundingan rasmi, pembangunan Pavilion Malaysia serta pelaksanaan siri mesyuarat dua hala.

Secara keseluruhannya, penyertaan Malaysia di COP31 telah memberi manfaat kepada negara menerusi tiga aspek utama iaitu:

draft • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

(i) pengukuhan akses kepada pembiayaan iklim antarabangsa;

(ii) penerokaan peluang pelaburan hijau; serta

(iii) peluasan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.

Dari aspek pembiayaan iklim, delegasi Malaysia telah terlibat secara aktif dalam rundingan berpandukan pendirian negara yang telah dipersetujui oleh Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara pada bulan Julai tahun ini dan disahkan oleh Jemaah Menteri dalam bulan Ogos.

Antara hasil utama rundingan yang telah dipersetujui oleh negara-negara ahli ialah yang pertama, pelaksanaan Program Kerja Pembiayaan Iklim ataupun Climate Finance Work Programme bagi tempoh 2027 hingga 2028 untuk mengoperasikan Artikel 9.1 Perjanjian Paris yang menghendaki negara maju menyediakan pembiayaan kepada negara-negara membangun.

Dan yang kedua, perbincangan rasmi berkaitan artikel 2.1(c) dalam konteks artikel 9 Perjanjian Paris bagi memastikan aliran kewangan selari dengan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

Selain itu, hasil rundingan turut memberikan penekanan kepada penggunaan pembiayaan berbentuk geran dan pembiayaan berkonsesi tinggi melalui Green Climate Fund, pemudahan prosedur kelulusan dan penyaluran dana melalui Global Environment Facility serta pengukuhan pembiayaan bagi menangani kerugian dan kerosakan akibat perubahan iklim melalui Fund for Responding to Lost and Damage.

Pendirian ini penting bagi memperkukuh akses Malaysia kepada pembiayaan iklim antarabangsa.

Dari aspek pelaburan hijau, NRES telah membangunkan Pavilion Malaysia melalui kerjasama awam swasta bertemakan Climate Action Now: Driving Resilient Growth yang memberikan tumpuan kepada tiga teras utama iaitu capital mobilisation, carbon transition dan community resilience. Dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa, saya telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri daripada Fiji, New Zealand dan juga Singapura di sela-seli COP31.

Secara kesimpulan, walaupun Antalya Pact tidak dipersetujui oleh negara ahli tetapi perundingan bagi agenda-agenda lain telah mencapai kemajuan dan perkara ini akan memanfaatkan negara. Dalam hal ini, negara telah berjaya mempertahankan kepentingan negara dan Malaysia akan terus menyokong Agenda Perubahan Iklim di peringkat antarabangsa melalui tindakan iklim dan memenuhi obligasi Perjanjian Paris seperti mengemukakan NDC3.0, penyerahan BTR dan juga artikel 6 dan penyediaan MyNAP di bawah artikel 6. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mersing.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri menyifatkan misi Malaysia di COP31 sebagai berjaya meskipun negara global menemui jalan buntu. Jadi, soalan tambahan saya, apakah pendirian Malaysia berhubung desakan peringkat antarabangsa semasa persidangan ini untuk menghentikan penggunaan bahan api fosil khususnya arang batu, minyak dan gas?

Serta bagaimana kerajaan memastikan peralihan tenaga negara dilaksanakan secara adil dan teratur tanpa menjejaskan keselamatan tenaga, pertumbuhan ekonomi dan kesihatan rakyat? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Di COP31, saya telah menegaskan komitmen Malaysia untuk beralih secara progresif daripada penggunaan bahan api fosil. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak mengambil pendekatan untuk menghentikan penggunaan ini semua bahan api fosil secara serta-merta.

Peralihan ini perlu dilaksanakan secara adil, berperingkat, teratur dan bertanggungjawab dengan mengambil kira keadaan keupayaan serta tahap pembangunan setiap negara. Tetapi Malaysia masih kekal komited terhadap sasaran pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang tahun 2050.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Kita di negara mempunyai NETR iaitu National Energy Transition Roadmap dan kerajaan sedang melaksanakan beberapa langkah strategik untuk mematuhi ini.

Yang pertama, kita tidak akan membangunkan loji jana kuasa arang batu yang baharu dan akan menamatkan operasi loji yang sedia ada secara berperingkat selaras dengan tamat tempoh Perjanjian Pembelian Tenaga ataupun PPA. Dengan ini, loji jana kuasa arang batu yang terakhir dijadualkan untuk ditamatkan operasi pada tahun 2044.

Yang kedua, kita akan kekalkan peranan gas asli sebagai bahan api peralihan ataupun transition fuel bagi membantu kestabilan dan keselamatan bekalan elektrik negara.

Dan yang ketiga, kita akan memperluaskan pembangunan tenaga boleh baharu atau pun renewable energy dan juga Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri

(BESS) serta pemodenan infrastruktur grid bagi mencapai sasaran 70 peratus kapasiti terpasang bagi tenaga boleh baharu menjelang tahun 2050. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semporna.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Datuk Speaker bagi ruang untuk saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas penjelasan kerjasama antarabangsa. Ini satu langkah yang baik di antara negara-negara yang berhadapan dengan masalah keadaan iklim yang ada di dunia pada hari ini.

Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat— jaminan. Bukan setakat dari segi kerjasama antarabangsa, but the law in our own country, perundangan sama ada perlu dihormati dan juga di-enforce. Contohnya, saya ingin bertanya, Maliau Basin Datuk speaker, adakah pihak kerajaan tegas supaya kawasan ini tidak akan disentuh? Kerana di situ kandungan mungkin Yang Berhormat pun tahu tidak jauh dari kawasan Yang Berhormat, there's a coal mine there and it’s all mineral in that particular area, kerana tangan-tangan manusia ini menghancurkan bukan setakat dari segi batu arang, bukan setakat dari segi emas, bukan setakat dari segi kayu balak pun. Contoh macam di Sabah ini...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya ingin bertanya, tindakan enforcement Datuk Speaker in law, in front of our eyes, but there kayu balak ini mungkin di kawasan Yang Berhormat tak jauh ya. Kalabakan di sana, ini juga tangan-tangan manusia banjir berlaku ya, but adakah jaminan bukan setakat undang-undang yang ada, perlu diambil tindakan oleh kerajaan pada hari ini dan juga jaminan Maliau Basin tidak akan disentuh?

Yang keduanya, iklim ini bukan hanya dari segi ketiga Datuk Speaker, dari segi makanan. Saya dapati bahawa — dulu saya Menteri...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Okey, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Semporna.

Yang pertama sekali, kita bangga sebagai orang Sabah sebab merupakan satu- satunya negeri yang bebas daripada loji jana kuasa arang batu. We are coal free state. Coal free power plan state, yang pertama. Yang kedua, kawasan Maliau Basin ini it’s a UN protected area. Jadi, bukan mudah untuk kita melombong dan kacau kawasan tersebut.

draft • 10:30 AM

Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Yang ketiga, sekiranya kawasan itu ingin juga digazetkan walaupun tidak akan mungkin berlaku, itu adalah kawasan di bawah kerajaan negeri yang perlu dibawa dan dibahas dan dibentang dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri.

Dan yang keempat adalah negara kita sangat bangga sebab kita masih kekal dengan komitmen antarabangsa kita untuk kekalkan tidak kurang daripada 50 peratus kawasan liputan hutan di seluruh negara. Sabah antara negeri yang paling tinggi sekitar 63 peratus dan saya yakin kita mampu untuk kekalkan komitmen antarabangsa ini. Jadi, jangan risau YB Semporna. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ayer Hitam.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, Senang kira tiga, dua, satu; Soalan lisan saya nombor satu. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

1. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Kewangan menyatakan bilangan perniagaan berjualan tahunan RM1 juta hingga RM3 juta yang melaksanakan sistem e-Invois sejak 1 Januari 2026 sebelum ambang pengecualian dinaikkan pada 30 Ogos 2026, serta sama ada kerajaan akan memberi pampasan atau kredit cukai bagi kos pematuhan ditanggung.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak inisiatif e-Invois bermula secara berfasa pada tahun 2024 sehingga kini, lebih 270,000 pembayar cukai telah melaksanakan inisiatif ini dengan penjanaan sejumlah 2.23 bilion e-Invois secara keseluruhan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 5,500 pembayar cukai telah melaksana e- Invois dalam fasa satu, 14,600 dalam fasa dua, 59,900 pembayar cukai bagi fasa tiga dan 26,000 pembayar cukai dalam fasa empat. Terdapat juga 172,000 pembayar

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

cukai yang tidak berada di bawah mana-mana fasa, namun telah turut melaksanakan e-Invois secara sukarela.

Bagi pelaksanaan fasa empat, nilai ambang jualan tahunan telah dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta sepertimana pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 30 Ogos 2026. Dengan kenaikan nilai ambang ini, peniaga jualan tahunan kurang daripada RM3 juta adalah dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois. Sungguhpun begitu, seramai 69,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM3 juta telah melaksanakan e-Invois secara sukarela.

Bagi membantu peniaga mengurangkan tanggungan kos pematuhan e- Invois, kerajaan tidak memberi pampasan, namun telah menyediakan insentif cukai yang layak dituntut oleh semua perniagaan, termasuklah kepada peniaga yang dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois seperti berikut.

Pertama, membenarkan tuntutan elaun modal dibuat secara sekali gus dalam tempoh satu tahun bagi pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer yang— untuk tahun taksiran 2026 hingga tahun 2027 berbanding tuntutan dalam tempoh dua tahun seperti sebelum ini.

Bermakna sebagai contoh, syarikat ABC telah membelanjakan RM10,000 untuk membeli komputer dan perisian perakaunan bagi tujuan melaksanakan e- Invois dalam tahun taksiran 2026, syarikat layak menuntut keseluruhan elaun modal sebanyak RM10,000 dalam tempoh tahun taksiran berkenaan. Tuntutan elaun secara sekali gus ini membolehkan syarikat menikmati penjimatan cukai dengan lebih awal dan dapat membantu meningkatkan aliran tunai perniagaan.

Kedua, potongan cukai turut diberikan ke atas kos yang dibelanjakan oleh peniaga untuk mendapatkan khidmat perundingan e-Invois. Jumlah potongan cukai yang layak dituntut adalah sehingga RM50,000 setahun bagi tahun taksiran 2024 hingga tahun 2027.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Sebagai contoh, syarikat XYZ telah melantik perunding bagi membantu syarikat membuat persediaan untuk melaksanakan e- Invois dengan kos rundingan yang dibelanjakan adalah sebanyak RM5,000. Syarikat XYZ layak menuntut potongan cukai ke atas keseluruhan kos rundingan tersebut untuk ditolak daripada pendapatan perniagaan dalam pengiraan cukai syarikat.

draft • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Sekiranya kadar cukai yang terpakai ialah 15 peratus, syarikat ini boleh menikmati penjimatan cukai sebanyak RM750. Okey. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ayer Hitam.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Puan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri.

Saya merujuk kepada apa yang dijawab oleh Yang Berhormat tadi bahawa pelaksanaan bermula 2024 secara berfasa. Tetapi nilai ambang juga berubah dari masa ke semasa sebab itu baru ada awal tahun ini RM1 juta hingga RM3 juta. Tetapi, pengumuman dibuat 30 Ogos tahun ini.

Jadi, mereka yang tak sampai RM3 juta, mereka boleh minta pengecualian.

Ya, FAQ LHDN ada nyatakan tak perlu lagi tapi Yang Berhormat sendiri kata, 69,000 SME masih lagi. Maka...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Soalan saya dah sampai ini.

Apakah kebaikan ataupun kenapa masih ada ramai yang gunakan? Kedua, bagaimana kerajaan akan menangani kedudukan perniagaan yang telah terikat dengan kontrak langganan perisian, penyelenggaraan sistem dan perkhidmatan penyedia e-Invois?

Apa Yang Berhormat cakap itu secara umum untuk dapatkan potongan.

Tetapi, untuk kumpulan spesifik ini, dia telah belanjakan. Adakah bentuk pampasan khas pada mereka yang tiba-tiba disebabkan naik sampai nilai ambang RM3 juta tak perlu lagi, ada atau tidak? Kalau tidak, secara umum sahaja mereka boleh minta potongan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.

Pertama sekali empat fasa ini ialah 1 Ogos 2024 untuk nilai ambang RM100 juta yang ke atas. 1 Januari 2025 untuk syarikat-syarikat di antara RM25 juta sehingga RM100 juta dan fasa ketiga ialah 1 Julai 2025 untuk syarikat dengan nilai ambang RM5 juta sehingga RM25 juta. Fasa 4 seperti apa yang disebut tadi ialah untuk syarikat di antara RM3 juta hingga RM5 juta.

Sebenarnya untuk mereka yang sudah melaksanakan e-Invois, mereka boleh dapat pengecualian cukai dan juga insentif dan itu semua layak untuk mendapatkan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

insentif dan juga pengecualian cukai. Yang penting ialah sebenarnya e-Invois untuk syarikat-syarikat yang telah melaksanakan e-Invois ia ada kebaikan kepada itu kerana apabila dia pergi bank atau dia pergi institusi kewangan, dia sudah ada rekod yang lebih lengkap dan ini akan membantu syarikat-syarikat tersebut untuk mendapat loan atau mendapat pinjaman yang lain dan saya rasa kerajaan mendengar dan menaikkan nilai ambang dari RM1 juta ke RM3 juta.

Ini adalah salah satu usaha yang telah dilakukan. Yang penting ialah ramai yang telah terima e-Invois. Dia guna dengan baik dan saya rasa isu e-Invois tidak lagi berbangkit. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Soalan saya masih lagi ada berkaitan dengan soalan daripada Ayer Hitam tadi berkenaan dengan RM1 juta hingga ke RM3 juta.

Jadi, Pendang ingin tahu, sebelum menaikkan ambang pengecualian invois, adakah kementerian menilai kos yang telah ditanggung oleh peniaga untuk mematuhi ketetapan asal? Apakah kaedahnya? Termasuk pembelian perisian, latihan pekerja dan langganan sistem.

Bagi peniaga yang kini dikecualikan tetapi sudah membuat bayaran pendahuluan atau masih terikat dengan kontrak, apakah penyelesaian yang sedang dipertimbangkan? Sekiranya pampasan atau kredit cukai dipertimbangkan, apakah kos yang layak dituntut dan bilakah keputusan akan diumumkan?

Dalam urusan jual beli pula, jika syarikat besar masih mensyaratkan e-Invois untuk memproses bayaran kepada pembekal kecil yang dikecualikan, apakah dokumen alternatif yang boleh digunakan? Adakah kementerian...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...akan mengeluarkan panduan kepada syarikat pembeli supaya pembekal kecil tidak berdepan kelewatan bayaran atau kehilangan kontrak? Inilah masa kita hendak berinteraksi dengan Menteri berkenaan soalan tapi kalau...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila jawab soalan.

draft • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Soalan pertama yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pendang, saya sudah jawab dalam jawapan asal dan juga jawapan kepada Yang Berhormat Ayer Hitam.

draft • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Soalan kedua, sebenarnya untuk syarikat-syarikat yang lain, mereka mematuhi e-Invois secara sukarela dan untuk mereka yang telah mengamalkan sistem e-Invois, sebenarnya dia ada kebaikan untuk mereka untuk ada rekod atau perekodan yang teratur untuk business dan juga untuk kebaikan syarikat sendiri.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.

draft • 10:40 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:40 AM

2. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Komunikasi menyatakan jumlah kes 2026 melibatkan buli siber, eksploitasi seksual dan kandungan berbahaya terhadap kanak-kanak serta keberkesanan kerangka pelesenan platform media sosial yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2025.

draft • 10:40 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya teruskan, saya ingin beri sedikit correction (pembetulan). Tadi saya sebut dalam jawapan untuk Projek PoP, 1,000 Mbps untuk RM49. Sebenarnya 100 Mbps. Saya mohon maaf dan saya ingin beri penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan ini mengenai isu eksploitasi seksual, buli siber. Kerajaan memandang serius isu keselamatan kanak-kanak dalam talian khusus berkait buli siber, eksploitasi seksual dan pendedahan kepada kandungan memudaratkan.

Usaha untuk tangani isu ini di laksana secara bersepadu melibatkan pihak kementerian dan agensi-agensi berkaitan berdasarkan bidang kuasa dan peruntukan undang-undang. Penguatkuasaan terhadap kesalahan jenayah berkaitan buli siber dan eksploitasi seksual kanak-kanak di laksana oleh pihak Polis Diraja Malaysia berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkaitan termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kementerian Komunikasi melalui MCMC melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap kandungan memudaratkan dalam talian yang menyalahi peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025. Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 November tahun ini, sebanyak 40,214 kandungan berunsur buli dan 55 kandungan jelik melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan oleh pemberi perkhidmatan berikutan permohonan MCMC.

draft • 10:40 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Statistik penurunan kandungan berunsur buli merangkumi semua kategori umur dan tidak diperincikan mengikut umur pengguna. Statistik-statistik tersebut merujuk kepada jumlah kandungan yang diturunkan dan bukan jumlah kes jenayah atau mangsa yang terlibat. Dalam membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian, MCMC turut bekerjasama dengan pihak PDRM melalui pemberian bantuan teknikal, pembekalan maklumat dan analisa forensik digital serta pelaksanaan operasi bersepadu.

Antara hasil operasi yang di laksana sepanjang tahun ini adalah seperti berikut. Pertama, Operasi Cyber Guardians 2026 yang membawa kepada 69 tangkapan serta rampasan 498,690 fail digital, termasuk 204,934 fail Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak atau Child Sexual Abuse Material (CSAM) dan Op Pedo Bersepadu 3.0 yang di laksana pada 14 hingga 16 September tahun ini, hasil risikan bersama PDRM dan MCMC melibatkan 52 serbuan dan 53 tangkapan, termasuk lapan orang remaja.

Selain itu, kerjasama MCMC dan PDRM melalui pelaksanaan Op Pedo 1.0 sebelum ini turut membawa kepada penahanan beberapa individu serta rampasan lebih 40,000 fail CSAM. Seterusnya, Op Pedo 2.0, di laksana pada 22 hingga 30 September 2025, melibatkan 37 serbuan di sembilan negeri dengan 31 tangkapan serta rampasan lebih 880,000 fail CSAM. Susulan operasi tersebut, 17 individu telah didakwa di mahkamah.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 November tahun ini, MCMC juga telah melaksanakan tindakan-tindakan penguatkuasaan terhadap kes-kes penyalahgunaan media sosial di bawah seksyen 233 Akta 588 meliputi kandungan lucah, sumbang palsu, mengancam dan jelik melampau seperti berikut:

(i) 25 kes telah didakwa di mahkamah;

(ii) 16 kes telah dikompaun; dan

(iii) 41 kes dikenakan surat amaran.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pindaan kepada undang-undang telah membolehkan pihak berkuasa mengenakan ataupun pihak mahkamah mengenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM500,000 dan kesalahan ini merupakan satu kesalahan yang boleh tangkap tanpa waran, dengan izin seizable offence. Kita juga telah mengenakan pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-kanak atau Child Protection Code bawah Akta 866, Akta ONSA

(Online Safety Act) serta tahap pematuhan pemberi perkhidmatan berlesen yang lebih tinggi.

draft • 10:40 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Penilaian berterusan akan dibuat berdasarkan tahap pematuhan tersebut dan tindakan pemberi perkhidmatan berlesen dalam menangani kandungan memudaratkan dalam talian. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rantau Panjang.

draft • 10:40 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, apakah mekanisme pemantauan yang diguna pakai bagi mengesan aktiviti pemangsa ini yang menggunakan media sosial dan aplikasi pesanan segera yang untuk mendekati dan memperdayakan kanak-kanak?

Dan bagaimana kementerian memastikan terutama kerjasama dengan platform antarabangsa untuk mempercepatkan proses penurunan kandungan penderaan seksual terhadap kanak-kanak supaya aktiviti ini dapat dibanteras?

Saya ingin tahu, adakah kementerian mempunyai garis panduan yang jelas untuk memastikan tindakan undang-undang terhadap influencer politik juga yang tidak dilihat sebagai usaha untuk menyekat suara kritikal atau pandangan yang berbeza dengan kerajaan? So, adakah perkara ini ada garis panduan? Minta penjelasan.

draft • 10:40 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

Dari segi maklumat yang diterima oleh pihak kerajaan dan juga pihak sama ada PDRM atau MCMC, memang kita telah wujudkan kerjasama yang lebih erat terutama untuk menangani masalah sama ada buli siber ataupun jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, di pihak PDRM melibatkan D11 yang sangat memberikan kerjasama yang sangat baik dan pada masa yang sama dari segi maklumat sama ada dari aduan orang awam ataupun kerjasama dengan pihak dengan izin, intelligence agencies dari luar negara pun ada diterima maklumat.

Dan untuk menurunkan kandungan seksual, memang bukan hanya dalam negara kita tapi banyak negara, banyak kerajaan telah mengenakan garis panduan dan juga peruntukan undang-undang yang lebih ketat dengan hukuman yang lebih tegas kepada platform-platform untuk menangani masalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

draft • 10:40 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tapi salah satu perkara yang diutamakan adalah proses pengesahan umur.

Kalau di Australia, dia adalah age assurance tetapi di Malaysia, dengan izin, kita menggunakan age verification kerana kita tidak mahu anak-anak bawah umur bercakap terutama dengan orang dewasa, penjenayah seksual yang cuba mengantuni mereka─ pengantunan seksual, sexual grooming─ dan ini telah berlaku awal tahun ini di Sabah.

Seorang lelaki 20 tahun telah memperdaya seorang kanak-kanak 15 tahun, mereka keluar berpacaran. Kemudian kanak-kanak 15 tahun perempuan ini telah diperlakukan secara seksual. Macam mana mereka berkawan, melalui TikTok. Jadi ini yang kita nak elak, anak-anak bercakap dengan orang dewasa.

Kita bukan berhasrat untuk sekat hak mereka untuk bersuara. Tapi masalahnya platform membolehkan penjenayah seksual ini operate, menyalahgunakan platform-platform untuk memangsakan kanak-kanak.

Jadi insya-Allah pada pertengahan Disember, saya akan bertemu rakan- rakan sejawat dari Indonesia dan Singapura untuk memberikan mesej yang jelas kepada platform bahawa kita tidak mahu terutama jenayah seksual terhadap kanak- kanak ini berlaku dalam platform-platform media sosial. Sama ada mereka platform- platform ini memberikan kerjasama, kita doakan yang terbaik. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pulai.

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker. Bulan tahun lepas bermula anak-anak ini tidak boleh mendaftar sebagai— dalam media sosial ini, dia tak boleh daftar. Jadi, kita pun tak nak mahu halang mereka untuk aktif dalam media sosial. Jadi, ada dulu cadangan untuk menyediakan platform untuk kanak-kanak ini. Maknanya mereka akan berinteraksi sesama mereka. Jadi, apa perkembangan dia itu dari segi platform yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini?

draft • 10:50 AM

Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, ada beberapa mazhab ataupun fikiran aliran yang berbeza dalam isu ini. Ada yang berpandangan setengah negara menghalang anak- anak daripada membuka akaun media sosial langsung. Tidak, tidak membolehkan mereka langsung dan malah mereka ada satu gerakan analog, anak-anak bawah umur sekian nak dirapatkan dengan dunia yang sebenar dengan membaca buku yang fizikal, pen dan pensel yang sebenar, bukan dunia digital. Tapi kita tidak mengambil dan kita tidak subscribe, dengan izin kepada mazhab seperti itu. Kita lebih moderate, kita membolehkan anak-anak untuk menggunakan platform-platform

draft • 10:50 AM

Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

seperti YouTube, tidak menjadi halangan. Kita nak elak anak-anak ini daripada bercakap dengan orang dewasa yang mungkin memangsakan mereka secara seksual. Kita juga nak elak anak-anak daripada menjadi mangsa buli siber.

Jadi, kunci utama selain daripada garis panduan undang-undang, tindakan oleh pemberi perkhidmatan berlesen, sebenarnya ada dalam tangan ibu bapa sendiri. Bukan anak-anak yang membeli handphone, bukan anak-anak yang membeli Internet. Tapi sebenarnya kita sebagai orang dewasa, kita sebagai ibu bapa ada peranan.

Jadi, sementara kita membolehkan pihak kerajaan tidak berhasrat untuk membangunkan satu platform khusus untuk tujuan ini. Tapi kita harap ibu bapa dapat mainkan peranan untuk memantau, mengetahui adakah kita tahu anak kita tengok apa dalam media sosial. Adakah kita tahu anak kita bercakap dengan siapa? Kalau kita tidak tahu, kita patut berhenti sejenak, selidik, semak dan kalau perlu kita sekat anak-anak kita daripada terus menjadi memudahkan akses kepada penjenayah kepada anak-anak kita. Jadi, ibu bapa kena mainkan peranan juga. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Lee Chong Hau, Ipoh Timor.

draft • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Soalan 3, Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

3. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Komunikasi menyatakan rancangan untuk memperluas had umur media sosial kepada platform permainan dalam talian (online gaming), khususnya platform yang mempunyai jumlah pengguna kanak-kanak dan remaja yang tinggi.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Hari ini banyak sikit soalan saya. Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan kanak-kanak dan remaja dalam persekitaran digital termasuk penggunaan platform permainan dalam talian atau dengan izin, online gaming yang semakin berkembang.

Pada masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan syarat pelesenan khas kepada penyedia perkhidmatan permainan dalam talian seperti yang dilaksana terhadap platform media sosial. Namun demikian, kerajaan melalui MCMC sedang meneliti risiko dan pendekatan kawal selia yang bersesuaian terhadap perkhidmatan permainan dalam talian.

Kajian yang dilaksana merangkumi aspek keselamatan kanak-kanak, interaksi antara pengguna, ciri dan kandungan permainan serta langkah perlindungan yang dilaksana oleh pemberi perkhidmatan. MCMC turut meneliti

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

pendekatan dan amalan di peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti langkah perlindungan yang bersesuaian dan berkesan.

Hasil kajian tersebut akan menjadi asas dalam menentukan keperluan untuk memperkenal langkah perlindungan atau pendekatan kawal selia tambahan termasuk kemungkinan pelaksanaan had umur dan mekanisme pengesahan umur bagi penggunaan platform permainan dalam talian dengan mengambil kira konteks Malaysia, perkembangan industri, risiko yang dikenal pasti serta keberkesanan langkah perlindungan sedia ada.

Pada masa yang sama, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan rundingan awam bagi membangunkan subcode permainan atau dengan izin, gaming subcode mulai 9 September hingga 24 Oktober lalu. Proses ini turut melibatkan kumpulan kerja yang terdiri dari pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengendali gedung aplikasi, pembangun permainan tempatan dan antarabangsa, pakar keselamatan dalam talian, industri e-Sukan, pengamal undang-undang serta penyelidik. Maklum balas yang diterima akan dipertimbang bagi menambah baik subcode tersebut.

Kerajaan komited untuk memastikan sebarang langkah kawal selia yang diperkenal adalah berasaskan bukti (evidence-based) berkadar dengan tahap risiko serta mengutamakan keselamatan kanak-kanak dan remaja di samping memastikan pembangunan industri permainan dalam talian secara bertanggungjawab. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ipoh Timor.

draft • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Saya sambut baik usaha antara SKMM dengan CMCF – Communication and Multimedia Content Forum, berkenaan dengan pembangunan subcode untuk permainan. Itu amat saya alu-alukan. Dan saya juga sambut baik apa yang disebut Menteri berkenaan dengan evidence-based development yang kita nampak sekarang lah.

Akan tetapi evidence yang ada adalah pada Oktober lalu, seorang kanak- kanak berusia enam tahun di Batu Pahat, tempat kita. Cedera parah dengan satu akibat daripada satu insiden berpautan dengan Roblox. Pada Mac tahun ini pula, Menteri sendiri mendedahkan satu unsur perekrutan ekstremis di platform melalui platform permainan dalam talian. Australia— kerajaan dah ambil tindakan susulan...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Laporan Pemangsaan Seksual Kanak- kanak.

Jadi, apabila kita nampak kesan daripada platform-platform mainan yang memang telah menjana, menghasilkan isu-isu seperti ini sehingga nyawa tergugat, bagaimana dan bagaimana kita boleh menjustifikasikan kita tidak melayan platform permainan dengan sosial media. Same treatment, a same race must have the same treatment. Jadi, saya antara pejuang e-sports yang paling hebat di Dewan ini, saya rasa.

Sejak 2018 lagi...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

...Tetapi,kita sudah sampai saat di mana kita perlu layan the risiko, the same risk with the same treatment. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

draft • 10:50 AM

Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya menyokong pandangan tersebut dan oleh kerana pihak CMCF belum lagi selesai dengan usaha mereka mendapatkan, mengumpulkan. Maka saya suspend dulu apa-apa keputusan mengenai isu ini.

Jadi, saya ingin tegaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin menyampaikan pandangan, boleh rujuk dengan pihak CMCF. Saya boleh berikan maklumat bagaimana nak menghubungi. Saya juga sebagai seorang bapa, saya mengambil keputusan untuk mengharamkan anak saya daripada bermain Roblox dan saya pernah sebut dalam Dewan ini, itu tindakan saya sebagai seorang bapa.

Dan kita sebagai ibu bapa terutamanya perlu ada wewenang, kesungguhan itu sendiri untuk memantau, melihat.

Kadang-kadang bukan sebab buli siber, kadang-kadang mereka terlalu leka.

Anak saya leka bermain Roblox sehingga dia mengabaikan pembelajaran. Jadi saya kata because of that I forbid you. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak tahu bagaimana untuk mengenakan sekatan nak download aplikasi apa dalam handphone anak dan sebagainya boleh rujuk dengan saya.

Saya akan minta pasukan untuk tunjukkan macam mana nak kenakan sekatan-sekatan itu sekarang. Jadi, kita boleh tunggu subcode tapi sekarang pun kita boleh ambil beberapa tindakan sebagai ibu bapa.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tasek Gelugor.

draft • 10:50 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih, Yang di-Pertua. Saya menyokong penuh usaha untuk mengawal selia penggunaan

draft • 10:50 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

internet terutama di kalangan mereka yang masih vulnerable ini. Cuma isu yang saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah syarikat-syarikat yang dikawal selia ini Yang di-Pertua, biasanya adalah syarikat-syarikat yang berpangkalan di Malaysia, ada pejabat, ada operasi daripada dalam negara kita sendiri.

draft • 10:50 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jadi, kalau sekiranya syarikat itu tidak berdaftar di Malaysia, maka agak sukar untuk kita mengawal selia sebab operasinya daripada luar negara. Apa tindakan kementerian untuk memastikan kita tidak mendiskriminasi mereka yang mematuhi peraturan dalam negara dengan pelbagai peraturan tetapi mereka yang tidak berpangkalan di Malaysia bebas melakukan macam-macam perkara yang tidak boleh dibuat oleh mereka yang dalam negara?

draft • 11:00 AM

Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, memang ini soalan yang baik dan kita telah bergelut dengan isu ini sejak beberapa tahun yang lalu.

Kita dapati pada mulanya ada beberapa platform, pengalaman kementerian dan juga pihak MCMC, dengan platform-platform tertentu yang tidak mempunyai sebarang pejabat. Saya bagi contoh, Telegram. Dia memang tidak ada pejabat kecuali ibu pejabat dan walaupun jumlah penggunanya mencecah satu bilion tapi sebenarnya, jumlah staf dalam yang menguruskan Telegram itu mungkin beberapa ratus orang.

Jadi, daripada saat itu, daripada tahun 2023 lagi, kita telah mengenal pasti dan mengubah ataupun menyesuaikan beberapa kerangka perundangan untuk membolehkan satu kerjasama aktif dan juga libat urus aktif (active engagement) dan active management dengan syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan seperti itu.

Sekarang, dalam usaha untuk mengenakan lesen, terutama kerangka kawal selia yang dimaksudkan. Memang kita minta supaya ada pejabat di Malaysia tapi ada ruang untuk kita mengambil beberapa tindakan dan tidak perlu. Saya bagi contoh, X. X dan bila timbul masalah dengan aplikasi AI Grok, kita melakukan engagement dengan pihak X dan Grok di Singapura.

Akhirnya, bukan hanya Malaysia tapi banyak negara mengenakan tekanan dan Grok telah mengubah suai aplikasi tersebut, tidak membolehkan aplikasi AI itu disalahgunakan untuk mengedit, menukar gambar-gambar yang menjadi gambar- gambar lucah.

Jadi, just because dengan izin, mereka tidak mempunyai pejabat, tak bermaksud kita tidak boleh melakukan libat urus untuk menyelesaikan beberapa

draft • 11:00 AM

Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

masalah. Tapi harapan kami, akhirnya ada kerangka yang sangat jelas, proses pelesenan yang jelas dan semua syarikat yang ingin memberi perkhidmatan dalam talian yang boleh dilesenkan, akur dengan undang-undang dalam negara kita.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 11:00 AM

4. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) program khusus bagi meningkatkan penyertaan belia luar bandar di Parlimen Parit dalam bidang keusahawanan, ekonomi digital, TVET, pertanian moden dan pekerjaan berkemahiran tinggi; dan

(b) jumlah belia di Daerah Perak Tengah yang telah menerima manfaat daripada program berkaitan dalam tempoh tiga tahun terakhir.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih. Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Parit.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited ya, dalam memperkasakan potensi belia khususnya di kawasan luar bandar melalui penyediaan peluang pelatihan kemahiran, pembangunan keusahawanan dan peningkatan kompetensi bagi meningkatkan kebolehpasaran serta keupayaan menjana pendapatan.

Jadi, dalam aspek pembangunan kemahiran, KBS melalui 21 institusi latihan kemahiran belia dan sukan di seluruh negara menyediakan latihan berasaskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.

Dan di Perak, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar menawarkan latihan dalam tiga bidang utama iaitu teknologi elektrik, teknologi elektronik dan teknologi maklumat. Selain kursus sepenuh masa, IKBN Seri Iskandar turut melaksanakan kursus jangka pendek menerusi program seperti Future Youth Skills, Kursus Akaun Amanah Latihan Khas (ILKVS) dan Program TVETPreneur ya, dan pelaksanaan latihan secara fizikal. Dan dalam perkara ini, bertujuan

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

memperluaskan akses penyertaan belia termasuk belia yang tinggal di kawasan luar bandar.

Bagi tempoh tahun 2023 hingga 2026, program jangka pendek ini telah melibatkan seramai 539 orang belia. Dan, secara keseluruhannya bagi tempoh 2023 hingga September 2026, seramai 1,443 orang belia telah mengikuti kursus sepenuh masa dan kursus jangka pendek di IKBN Seri Iskandar dengan pecahan seramai 364 orang pada tahun 2023, 393 orang pada tahun 2024 dan 378 orang pada tahun 2025 dan 308 orang hingga September 2026.

Ya, dan kadar kebolehpasaran graduan IKBN Seri Iskandar pada tahun 2026 pula adalah sebanyak 97.84 peratus merangkumi graduan yang bekerja, melanjutkan pengajian atau mengikuti latihan peningkatan kemahiran.

Selain pembangunan kemahiran, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) khususnya Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah turut melaksanakan pelbagai program pembangunan keusahawanan belia yang terbuka kepada seluruh belia Malaysia.

Dan, antara program latihan yang disediakan adalah merangkumi bidang pemasaran digital, inovasi kecerdasan buatan, pengurusan kewangan dan perancangan perniagaan bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran keusahawanan belia, sekali gus memperkukuhkan daya saing mereka dalam ekonomi digital, dan sepanjang tempoh 2023 hingga 2025, APBMBG turut melaksanakan sebanyak 26 Webinar berkaitan keusahawanan belia yang memanfaatkan seramai 3,290 orang belia.

Dan bagi tempoh tiga tahun iaitu 2023 hingga 2025, APBM Batu Gajah telah membimbing seramai 7,305 orang belia menerusi pelbagai program pembangunan keusahawanan dan kemahiran, dengan pecahan seramai 2,003 orang pada tahun 2023, 2,588 pada tahun 2024 dan 2,714 pada tahun 2025.

KBS akan terus memperluaskan pelaksanaan program pembangunan kemahiran dan keusahawanan bagi memastikan golongan belia, termasuk belia di kawasan luar bandar dan Parlimen Parit berpeluang memperoleh manfaat daripada program yang disediakan oleh kementerian. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, sejauh manakah program TVET di IKBN ini diselaraskan dengan keperluan industri semasa, termasuklah keperluan industri

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

berhampiran di sekitar Seri Iskandar, Batu Gajah, begitu juga Ipoh dan berapa peratus kah graduan belia tempatan yang memperoleh pekerjaan dengan bergaji selesa dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian?

Soalan kedua saya, di Parit ini ada banyak kawasan tanah terbiar termasuklah sawah-sawah yang tidak diusahakan ini. Setakat manakah— apakah bentuk kerjasama strategik yang diatur oleh KBS dengan KPKM – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta dengan Kerajaan Negeri Perak untuk menyelesaikan kekangan belia di Parlimen Parit untuk mengakses tanah terbiar ini, serta mungkin ada geran teknologi pertanian pintar seperti dron, sistem fertigasi dan sebagainya, khusus untuk belia-belia ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Parit, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memastikan kurikulum latihan di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sentiasa selari dengan keperluan industri melalui pembangunan kokurikulum berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun NOSS ya, serta bekerjasama strategik dengan pihak industri dan sehingga 31 Oktober 2026, sebanyak 63 jalinan kerjasama strategik telah diwujudkan.

Bagi IKBN Seri Iskandar, institusi ini menawarkan tiga bidang utama iaitu teknologi elektrik, teknologi elektronik dan teknologi maklumat. Kadar kebolehpasaran graduan IKBN Seri Iskandar pada tahun 2026 adalah sebanyak 97.84 peratus yang merangkumi graduan yang bekerja, melanjutkan pengajian atau mengikuti latihan peningkatan kemahiran, ya.

Untuk soalan yang kedua tadi, KBS melalui ILKBS telah melaksanakan Program MyFuture iaitu MyFuture Agro@ILKBS pada tahun 2021 dan bagi memberikan latihan kemahiran pertanian moden kepada belia, termasuklah teknologi fertigasi, plant factory dan aplikasi Internet of things, dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Di Perak, KBS melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah turut melaksanakan Program Strategik Ekonomi Belia: Teknik Penanaman Nanas pada tahun 2026 dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Perak yang menyediakan latihan, khidmat nasihat teknikal dan peluang keusahawanan, termasuk akses kepada Skim Agropreneur NextGen dan program ini baru dilakukan tahun ini tadilah, ya.

draft • 11:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, urusan akses kepada tanah terbiar adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri iaitu negeri Perak lah dan melalui pejabat tanah dan galian serta pejabat daerah dan tanah.

Jadi, KBS sentiasa bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama dengan KPKM dan Kerajaan Negeri Perak bagi memudah cara akses belia kepada tanah dan latihan kemahiran, dan bantuan teknologi pertanian supaya lebih ramai belia di Parlimen Parit ataupun belia-belia di kawasan luar bandar menceburi bidang keusahawanan pertanian. Ya, sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Sebelum itu, Tampin ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Parlimen Belia yang telah menang dalam pilihan raya baru-baru ini. Alhamdulillah, Parti PGP, pro UMNO dan PRISMA, pro PAS yang telah mengungguli keputusan pilihan raya belia ini.

[Tepuk]

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanya soalan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sejauh manakah kementerian memastikan kurikulum latihan ditawarkan bukan sahaja berteraskan kemahiran konvensional, malah turut memenuhi keperluan teknologi industri baharu seperti automasi, pendigitalan, dan ekonomi hijau bagi meningkatkan kebolehpasaran serta potensi gaji permulaan graduan?

Dan selain daripada itu, adakah kementerian mempunyai strategi khusus untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi TVET antarabangsa serta syarikat industri tempatan dan asing bagi memperluaskan peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET dalam kalangan belia luar bandar?

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memberi perhatian terhadap kesesuaian kokurikulum latihan di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan

(ILKBS) supaya kekal relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa industri.

Kokurikulum latihan ILKBS dibangunkan berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan mengambil kira keperluan kompetensi dan standard pekerjaan industri.

draft • 11:10 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Dan pendekatan ini turut selari dengan hala tuju TVET 2.0 KBS yang memberi penekanan kepada latihan berasaskan industri dan tempat kerja, perkongsian pembiayaan antara kerajaan dengan industri, pembelajaran sepanjang hayat serta latihan dalam bidang teknologi digital dan kritikal.

Dan dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi latihan dengan industri, sehingga 31 Oktober 2026, sebanyak 63 jalinan kerjasama strategik telah diwujudkan dan melebihi sasaran awal sebanyak 42 jalinan dan kerjasama ini membantu memastikan latihan yang ditawarkan lebih sejajar dengan keperluan majikan di samping membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pendedahan kepada teknologi baharu dan pembangunan kemahiran yang diperlukan oleh industri.

Untuk makluman, modul yang diadakan di ILKBS adalah sentiasa relevan dengan keperluan industri tempatan dan sentiasa updated-lah, sentiasa berubah dari tahun ke tahun. Jadi, selain itu, KBS sentiasa terbuka untuk meneroka peluang kerjasama dengan institusi TVET antarabangsa serta syarikat industri tempatan dan asing, khususnya dalam aspek-aspek perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi dan pensijilan berkaitan industri.

Dan, kerjasama ini berpotensi memperluaskan peluang latihan dan pekerjaan serta meningkatkan daya saing graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakan mereka dan sekali gus menyokong potensi pendapatan yang lebih baik.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.

draft • 11:10 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Soalan saya soalan nombor 5.

draft • 11:10 AM

5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan dengan aset KWSP mencecah kira-kira RM1.4 trilion, apakah strategi Kerajaan memastikan dividen kekal kompetitif, sekurang-kurangnya pada paras 6 peratus, tanpa menjejaskan prinsip pelaburan berhemah dan hala tuju pelaburan pasaran domestik.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 30 September 2026, jumlah aset pelaburan KWSP adalah berjumlah RM1.55 trilion. KWSP mengurus simpanan

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

persaraan ahli dengan objektif untuk menjana pulangan sebenar jangka panjang yang kompetitif dan mampan merentasi pelbagai kitaran pasaran.

Dalam jangka pendek, pergerakan pasaran dan persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kadar dividen yang diisytiharkan.

Bagi memastikan keupayaan menjana dividen yang kompetitif dan mampan dalam jangka panjang, KWSP mengamalkan strategi pelaburan berdisiplin berdasarkan atau berasaskan alokasi aset strategik (strategic asset allocation) yang mengagihkan aset secara strategik merentasi pelbagai kelas aset, sektor, geografi, dan mandat mengikut had toleransi risiko yang diluluskan Lembaga KWSP. Pendekatan ini membolehkan KWSP mengimbangkan objektif pulangan dan pengurusan risiko secara berhemah.

Sehubungan itu, KWSP turut memberi tumpuan terhadap pengukuhan keupayaan organisasinya melalui pembangunan modal insan, pemanfaatan teknologi dan data serta amalan tadbir urus yang mantap bagi menyokong pelaksanaan strategi pelaburan dan pengurusan risiko yang berkesan selaras dengan matlamat jangka panjang KWSP serta prinsip pelaburan yang berhemah.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tebrau.

draft • 11:10 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Menteri. Dengan saiz yang dinyatakan tadi, RM1.55 trilion, maka setiap satu percent pulangan pun atas aset tersebut adalah bersamaan hampir satu RM15.5 bilion.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah KWSP mempunyai sasaran pulangan pelaburan jangka sederhana dan panjang yang lebih jelas bagi memastikan dividen sekurang-kurangnya enam peratus itu dapat dikekalkan secara konsisten dan bukan bergantung sekadar kepada prestasi pasaran dunia pada tahun-tahun tertentu?

Contohnya, Seperti yang dimaklumkan Menteri, Nasdaq di Amerika Syarikat telah menjunam 20 peratus sejak bulan Oktober dan tentunya saya percaya KWSP juga ada pelaburan di syarikat-syarikat teknologi di Nasdaq. So, maka soalan saya juga, apakah tahap pendedahan, our level of exposure pelaburan KWSP di Nasdaq dan syarikat-syarikat berkenaan? Dan adakah kejatuhan ini akan menjejaskan pulangan dividen kepada pencarum-pencarum pada masa yang akan datang?

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti apa yang saya sebut tadi, KWSP tidak hanya melabur dalam satu bidang dan untuk

draft • 11:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

memastikan pulangan yang mencukupi ataupun memuaskan, KWSP melabur di pelbagai sektor dan juga di dalam negeri dan di luar negeri untuk memastikan pulangan yang boleh diterima oleh pelbagai pelabur ataupun penyumbang.

Untuk tahun 2025, kalau konvensional, dividen adalah melebihi enam peratus. 2024 juga melebihi enam peratus. Ada ada masa memang melebihi lima peratus. Dan saya rasa yang penting ialah kita boleh bersetuju bahawa KWSP ada strategi yang berhemah. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Speaker. Adakah kementerian bersedia memastikan setiap pelaburan berisiko tinggi melalui penilaian bebas, audit forensik, dan pemantauan berkala serta membentangkan laporan prestasi pelaburan yang mengalami kerugian di Parlimen?

Siapakah yang perlu bertanggungjawab bila berlaku kerugian? Adakah pengurusan dana? Lembaga pelaburan? Atau pihak yang meluluskan keputusan tersebut?

Kita tidak mahu simpanan hari tua rakyat dijadikan pertaruhan dalam pelaburan yang mempunyai risiko tadbir urus dan ketidaktentuan pasaran yang tinggi. Kita tidak mahu kes pelaburan kes pelaburan dalam syarikat teknologi pertanian Indonesia, eFishery yang dikaitkan dengan kerugian kira-kira RM200 juta melibatkan KWAP akan berulang. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti yang saya sebut tadi, jumlah fund size KWSP adalah RM1.55 trilion. Memang KWSP ada strategi yang berhemah. Untuk kelas aset, saya boleh sebut di sini, kalau pendapatan tetap atau fixed income, peratusan adalah 44 peratus dan untuk ekuiti tersenarai adalah 43.7 peratus; ekuiti persendirian atau private equity, 3.4 peratus; hartanah dan infrastruktur adalah 5.6 peratus; dan instrumen pasaran wang adalah 3.3 peratus.

Saya sebut ini untuk menunjukkan bahawa kebanyakan pelaburan KWSP adalah dalam sektor atau kategori kelas aset yang sangat selamat. Memang ada sedikit dia akan menjurus ke sektor atau bidang dengan risiko yang tinggi, lebih tinggi tetapi rest assured dasar dan juga strategi ini adalah untuk melabur secara berhemah dan dengan proses dan juga dengan tata kelola yang boleh diterima dan memuaskan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.

draft • 11:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:10 AM

6. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi menangani isu tarif air yang masih berada di bawah paras kos pemulihan di kebanyakan negeri dalam usaha memastikan kemampanan bekalan air dapat dijamin bagi generasi kehadapan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Selayang.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan melihat kemampuan kewangan perkhidmatan bekalan air sebagai sebahagian daripada usaha memastikan rakyat terus mendapat bekalan air yang selamat, berkualiti, dan berterusan.

Operator air perlu mempunyai kedudukan kewangan yang mencukupi untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan serta melaksanakan pembangunan dan penggantian infrastruktur. Namun, pada masa yang sama, pelarasan tarif perlu mengambil kira kemampuan pengguna.

Sehubungan itu, kerajaan telah melaksanakan tariff setting mechanism

(TSM) bagi tempoh pelaksanaan kedua mulai 1 Ogos 2025 dengan mengambil kira keperluan sebenar operator dari aspek kos operasi, perbelanjaan modal, caj elektrik dan komitmen kewangan di samping kemampuan mengurus pengguna, kemampuan pengguna.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dalam pelaksanaan TP2, kerajaan memilih pendekatan TSM separa dan bukannya pemulihan kos secara penuh dalam satu tempoh bagi mewujudkan keseimbangan antara keperluan kewangan operator dengan kemampuan pengguna.

Jika TSM penuh dilaksanakan, purata tarif nasional diunjurkan pada RM2.79 semeter padu berbanding RM2.21 semeter padu di bawah TSM separa.

Pendekatan ini turut memberi ruang kepada operator untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan secara berperingkat. Kerajaan menyasarkan operator mencapai sekurang-kurangnya permulaan kos operasi menjelang 2028 dan seterusnya bergerak secara berperingkat ke arah pemulihan kos keseluruhan melalui pelarasan tarif seterusnya.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Pada masa yang sama, SPAN akan terus memantau penggunaan hasil tambahan tarif bagi memastikan peningkatan hasil diterjemahkan kepada pembangunan infrastruktur dan peningkatan mutu perkhidmatan. Namun begitu, kemampuan sektor air tidak boleh bergantung kepada pelarasan tarif semata-mata.

Kerajaan juga memberi penekanan kepada peningkatan kecekapan operator termasuk mengoptimum penggunaan tenaga, penggunaan teknologi pam yang lebih cekap, pengurangan penggunaan bahan kimia dan pengurusan kos penyelenggaraan secara lebih berkesan.

Pada masa yang sama, kerajaan terus mengambil kira kemampuan rakyat khususnya golongan pendapatan rendah dan miskin tegar melalui mekanisme bantuan bersasar dengan kerjasama kerajaan negeri dan operator air. Justeru, pendekatan kerajaan adalah untuk membina industri air yang mampan, bukan sekadar menaikkan tarif. Ini dilaksanakan melalui pemulihan kos secara peringkat peningkatan kecekapan operator, pelaburan berterusan dalam infrastruktur, perlindungan terhadap pengguna dan penggunaan air secara berhemah.

Pendekatan ini penting supaya hasil [Tidak jelas] operator dapat diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih cekap dan berdaya tahan di samping memastikan bekalan air negara terus terjamin untuk generasi akan datang. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Selayang.

draft • 11:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih. Soalan tambahan saya dalam dua bahagian. Bahagian pertama ialah pelarasan air itu bergantung pada KPI yang perlu dicapai oleh operator air. Soalan saya ialah berapa operator air gagal mencapai KPI selepas pelarasan tarif dan apakah tindakan diambil oleh SPAN terhadap operator berkenaan?

Bahagian kedua ialah tentang kemampuan tidak menjejaskan rumah berpendapatan rendah. Apakah garis panduan untuk memastikan kenaikan tarif itu tidak akan menjejaskan kemampuan isi rumah berpendapatan rendah?

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sebenarnya dari segi teguran kepada operator-operator ini sentiasa kita laksanakan dan kita mengambil nasihat supaya dari segi kedudukan kewangan yang tarif ini mestilah dipentingkan.

Kerana kalau menaikkan tarif ini akan mengakibatkan bebanan kepada rakyat. Jadi, pihak SPAN telah menyasarkan supaya ada garis panduan-panduan tertentu. Dan sebab itu juga kita memberi pinjaman kepada negeri-negeri untuk memastikan bahawa perjalanan operasi air ini berjalan dengan lancar.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Selayang tadi, proses-proses permohonan kelulusan tarif bekalan air ini adalah permohonan melalui pelarasan tarif bekalan air oleh operator air dengan persetujuan kerajaan negeri kepada SPAN, penelitian dan semakan dan pengesyoran cadangan pelaksanaan tarif bekalan air oleh SPAN kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dipertimbangkan dan dipersetujukan. Dan pembentangan cadangan tersebut, pelarasan tarif air dan bekalan masyarakat di bawa kepada jemaah menteri dan kelulusan itu melibatkan peningkatan kos sara hidup.

Kita tidak sewenang-wenangnya Yang Berhormat Yang di-Pertua untuk menaikkan tarif air. Dan terima kasih kepada pihak Selayang membangkitkan perkara ini supaya rakyat tahu bahawa pelarasan tarif ini dilaksanakan bersama oleh kita. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagan Serai.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Bila bercakap tentang pelarasan tarif air ini sudah tentulah dia berpotensi untuk memberikan bebanan kepada golongan-golongan B40 dan juga keluarga-keluarga golongan rentan.

Persoalan saya ialah adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu bantuan di peringkat nasional terutamanya dalam perlindungan bersasar kepada mereka yang terkesan apabila kenaikan tarif air ini berlaku. Khususnya saya sebut tadi golongan B40 dan juga untuk menetapkan B40 dan juga golongan rentan dengan tanpa menjejaskan kepada operator air itu sendiri.

Dan soalan saya yang kedua. Apakah langkah yang perlu diambil oleh pihak kementerian pada berkenaan dengan Tasik Kolam Bukit Merah? Yang kita tahu Kolam Bukit Merah ini ialah merupakan tasik buatan yang pertama, wujud sejak daripada 1902. Ertinya sudah berumur 120 tahun. Asas dia ialah untuk memberikan bantuan kepada penyaliran kepada pesawah dan juga penggunaan air, bekalan air.

Sekarang ini dah digunakan juga oleh industri dan juga oleh pihak hotel sebagainya.

Dan lepas ini pula mungkin apabila...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Apabila berlakunya soal El Nino pula akan datang, dia akan memberikan kesan yang terjejas lagi kerana kolam ini bila tak hujan, dia kemarau. Kering, cepat sangat. Kalau hujan lebat sikit, dia banjir.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, cukup.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Jadi, apakah langkah yang perlu diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan kelestarian kolam ini dapat berjalan dengan baik? Terima kasih kepada Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa — sebab itu kita ada satu kawalan di peringkat SPAN sendiri untuk pastikan tarif air ini tidak sewenang-wenang boleh dimainkan oleh pihak operator. Operator ini kebiasaannya pihak negeri. Kalau di Pahang – PAIP; kalau di Perlis – SAP; dan sebagainya. Dan kawalan ini sudah pasti sebagaimana saya jawab kita kawal sebenarnya dan dibawa ke Jemaah Menteri.

Bagi bantuan kepada B40 setakat ini saya berpendapat bahawa tarif di setiap negeri masih lagi murah kecuali komersial. Domestik masih lagi murah. Tetapi kadang-kadang menjadi mahal bila sebab dia lama tak bayar, maka bil itu akan menjadi tinggi. Sebab kita sebagai wakil rakyat, saya tahu semua di sini didatangi bil-bil air dan api oleh pihak rakyat. Dan ia juga bergantung pada keadaan di pihak negeri-negeri untuk pastikan bahawa tarif ini sebenarnya merekalah yang tahu memainkan peranan sama ada dinaikkan atau tidak.

Dan untuk jawapan Tasik Merah sebentar tadi, sebenarnya kita sentiasa mengawal keadaan di sana supaya air di sana tidak mengalami kekurangan kerana ia banyak berguna kepada masyarakat bertani sebenarnya yang di dalam kawasan dinyatakan oleh Yang Berhormat. Dan alhamdulillah pada sekarang ini air di kawasan tersebut masih dapat kawalan, masih mencukupi. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

[****Soalan No. 7** – YB. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib (Maran) tidak hadir]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan seterusnya Yang Berhormat Maran tidak hadir. Jadi, saya jemput Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab, Tanjong Manis.

draft • 11:20 AM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:20 AM

8. Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan langkah jangka panjang Kementerian berhubung kawalan hakisan pantai di sepanjang garis pantai Sarawak.

Hakisan pantai yang tidak diambil tindakan telah banyak merosakkan ban-ban pertanian di tepi laut sehinggakan ratusan ekar tanah pertanian orang kampung dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian lagi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan pengurusan pantai secara bersepadu melalui pendekatan bukan struktur dan struktur.

Melalui pendekatan bukan struktur, perancangan berpandukan kajian Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu ataupun Integrated Shoreline Management Plan

(ISMP) yang mengenal pasti kawasan hakisan, tahap risiko serta kawasan yang memerlukan tindakan perlindungan. Pendekatan ini penting bagi memastikan tindakan perlindungan pantai dirancang secara sistematik berasaskan risiko serta mengambil kira keadaan setempat. Manakala pendekatan struktur pula, PETRA melalui JPS sedang melaksanakan projek mengatasi banjir pantai di negeri Sarawak dengan kos keseluruhan RM316 juta.

Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina melalui empat pakej melibatkan 17 lokasi di enam bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Betong, Miri, Limbang dan Mukah. Skop utama melibatkan pembinaan struktur perlindungan banjir pantai, kawalan hakisan dan kerja-kerja berkaitan. Apabila siap kelak, projek ini dijangka melindungi kira-kira 32.9 kilometer garis pantai serta mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan ancaman kepada keselamatan penduduk.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Sehubungan itu, berhubung isu ban pantai yang dibangkitkan, terdapat empat kawasan skim pertanian dikenal pasti terjejas akibat hakisan iaitu Skim Paloh Bangau, Skim Sebako Sedi, Skim Kampung Salah dan Skim Batang Maro. Struktur ban dan pengairan pertanian terletak di kawasan bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Sehubungan itu, JPS Negeri Sarawak telah mengemukakan permohonan projek bagi Skim Paloh Bangau, Skim Sebako Sedi dan Skim Kampung Salah kepada KPKM untuk pertimbangan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Kampung Batang Maro dan Kampung Sebakau Sedi pula termasuk dalam kawasan

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

projek mengatasi banjir pantai di negeri Sarawak yang kini berada di peringkat pra pelaksanaan oleh JPS.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] PETRA akan terus menyelaras tindakan perlindungan pantai bersama Kerajaan Negeri Sarawak, KPKM dan agensi berkaitan, termasuk keperluan menangani kesesakan dan beban pertanian serta risiko kemasukan air masin.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan. Silakan.

draft • 11:30 AM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nak menyatakan beberapa fakta.

Pemanasan global, sukar kita kawal. Pencairan ais dan glasier di kutub-kutub, sukar kita kawal. Kenaikan paras laut pun sukar kita kawal. Perubahan cuaca, sukar kita kawal. Semua ini memberi kesan kepada hakisan pantai dan mengecilkan pantai negara kita.

Jadi, apakah tindakan oleh kementerian, tindakan jangka panjang yang boleh mengawal hakisan pantai daripada berterusan menjadi dan memelihara kawasan pantai negara kita supaya kita dapat wariskan kepada generasi-generasi muda akan datang? Negara kita Malaysia tidak mengecil dalam 50 tahun akan datang. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat — lupa pula. Tanjong Manis. ‘Pulau’ Manis.

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Seorang Ahli

Tanjong.

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Tanjong Manis.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Tanjong Manis.

draft • 11:30 AM

Seorang Ahli

Dia memang manis dah.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Tahu, tahu, tahu.

Sebenarnya Yang Berhormat, saya tahu sebenarnya dalam perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, Yang Berhormat juga sebenarnya adalah merupakan seorang pakar pantai. Saya tahu sebenarnya, seorang pakar pantai. Sudah pasti melibatkan global punya isu yang melibatkan— yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Dan pengiktirafan Yang Berhormat, saya tahu sebenarnya dalam kepakaran pantai.

Dan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi memang benar dan sekiranya kita tidak kawal dalam keadaan suasana seperti hari itu, sudah pastilah kita akan menjadi satu masalah yang besar kepada pengurusan pantai.

Lantaran itu, kita mempunyai satu Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu ataupun Integrated Shoreline Management Plan yang kita lakukan supaya kawasan pantai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Kita melibatkan pertimbangan dari segi ciri-ciri, aset-aset, potensi keperluan, kepentingan pemegang taruh untuk memastikan bangunan kawasan pesisir pantai ini dapat dikawal. Dan — tetapi penglibatan dan belanja yang besar juga menjadi satu peranan yang lebih penting.

Sebab itu permohonan-permohonan Yang Berhormat, kita tengok agak besar sebenarnya dan melibatkan Kerajaan Pusat, negeri.

Dan juga kalau tadi saya jawab dalam — terlibat dengan Kementerian Pertanian Malaysia sendiri. Dan kita sudah pasti dari segi — kita mempunyai beberapa kategori sebenarnya yang kritikal, yang ketara dan juga yang belum serius dalam soal penghakisan pantai ini. Dan jadi selalunya — biasanya kita akan tumpukan kepada yang kritikal, yang melibatkan pengurangan garis pantai yang cepat dengan kadar melebihi empat meter per tahun — setahun yang melibatkan empat meter.

Jadi, yang ini kita akan beri tumpuan kerana kesan daripada hakisan itu akan mengecilkan pantai tersebut sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Rompin.

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Apa yang dibangkitkan oleh Tanjong Manis mengenai kemusnahan ban pertanian dan tanah penduduk akibat hakisan pantai adalah cerminan realiti yang turut menghantui kami di Pantai Timur, khususnya di Rompin.

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Berdasarkan Kajian Hakisan Pantai Negara (NCES), hampir 1,349 kilometer daripada keseluruhan garis pantai negara berada dalam kategori terhakis, dengan Pahang merekodkan antara kawasan paling terjejas kritikal, termasuk di kawasan Rompin sendiri.

Selain pembinaan struktur keras seperti benteng pemecah ombak

(breakwater) dan tembok penahan batu yang menelan kos tinggi, sejauh manakah kementerian mengintegrasikan pendekatan penyelesaian berasaskan alam semula jadi seperti penanaman semula pokok bakau dan spesies ru pantai di kawasan terjejas teruk seperti di Sarawak serta pesisir pantai Rompin dan Nenasi?

Memandangkan zon penampan semula jadi ini terbukti dengan lebih mampan untuk menyekat kemaraan hakisan dalam jangka panjang. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rompin.

Dan sebagaimana — sebenarnya apa Yang Berhormat bangkitkan perkara itu, jawapannya adalah lebih kurang seperti Tanjong Manis sebentar tadi. Kita sebenarnya mempunyai pakar-pakar pantai juga. Di Pahang, kita — Pengarah Negeri Pahang adalah pakar pantai dan beliau banyak membuat kajian-kajian tentang pantai tersebut.

Itu kita letakkan sebagai empat kategori yang saya nyatakan tadi, yang sama ada yang kritikal, yang ketara ataupun yang empat kategori, yang belum — tiga kategori yang belum serius. Jadi, kalau tempat itu keperluan kita buat ban, kita akan buat ban untuk menarik kembali pasir-pasir yang telah jauh pergi. Dan kalau perlu kita membuat — perlu meletakkan bakau sebagai asas untuk pantai itu tidak dijadikan sebagai satu kesan yang lebih buruk masa mendatang itu, maka kita akan meletakkan bakau. Dan kita banyak sebenar kategori-kategori yang perlu kita lakukan untuk pantai. Bukan hanya satu skop saja untuk kita menghilangkan daripada hakisan pantai itu.

Dan sebab itu kadang-kadang orang menjual tanah. Ini cerita luar sikit daripada tajuklah. Menjual tanah di kawasan pantai, ada orang nak beli. Rupa tanah geran itu telah empat kilometer dalam laut. Maknanya, telah jauh pantai itu beralih.

Jadi, kalau nak beli tanah di tepi pantai khususnya Yang Berhormat Dato’ Sri Dr.

Yang di-Pertua, kena tengok betul-betul, takut tanah tersebut dah lepas empat kilometer di dalam pantai. Ada berlaku — yang telah berlaku, yang dibangkitkan oleh

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Rompin sebenarnya berlaku dah di pantai di dalam kawasan Kuantan sehinggalah ke Rompin, berlaku perkara tersebut.

Asas ini sudah pasti kita mengambil kira daripada JPS. Kepakaran- kepakaran kita sebenarnya memang agak terbaiklah, salah satu pakar pantai yang terbaik oleh — daripada JPS. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesembilan. Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad, Yang Berhormat Jerlun.

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Pergi ke pekan membeli ikan, Singgah sebentar di pekan Kerpan; Pohon Menteri berikan jawapan, Soalan Jerlun nombor sembilan.

draft • 11:30 AM

9. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan sejauh manakah kerajaan menjangkakan konflik Amerika Syarikat-Iran dan gangguan laluan perdagangan di Selat Hormuz akan meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia, khususnya melalui kenaikan harga minyak, kos pengangkutan, makanan dan barangan keperluan.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun atas soalan yang penting ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, konflik Asia Barat bermula sejak 28 Februari 2026 apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran. Konflik geopolitik ini membawa implikasi global kerana ia melibatkan gangguan kepada salah satu laluan perdagangan dunia yang amat strategik, khususnya berkaitan sumber bekalan minyak dan tenaga dunia iaitu Selat Hormuz.

Malaysia turut menerima kesannya kerana pusat penapisan minyak dalam negara bergantung kepada bekalan minyak mentah domestik dan import dengan 40 peratus bekalan datangnya melalui Selat Hormuz.

Konflik yang berpanjangan ini telah membawa kesan lebih besar, bukan hanya tertumpu kepada isu sumber bekalan minyak dan tenaga dari rantau tersebut, malah negara-negara dunia mula mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan keterjaminan bekalan domestik bagi produk-produk strategik berteraskan komoditi petroleum.

draft • 11:30 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Konflik ini telah mewujudkan rantaian krisis bekalan global termasuk persaingan dalam mendapatkan sumber alternatif dan sebahagian negara bertindak mengehadkan serta menyekat eksport keluar bekalan dan produk yang dihasilkan dalam negara masing-masing.

Krisis bekalan global ini juga telah memberi kesan kepada isu ekonomi dan kos sara hidup global termasuk peningkatan harga barangan serta perkhidmatan termasuk kos logistik akibat daripada kejutan serta tekanan kepada pasaran global apabila berlakunya ketidakseimbangan di antara penawaran dan permintaan.

Pelbagai isu berbangkit telah mendapat perhatian Mesyuarat Jemaah Menteri bermula 4 Mac 2026 dan disusuli dengan keputusan agar Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersidang setiap minggu untuk meneliti implikasi dan mengenal pasti strategi dan pendekatan intervensi dan mitigasi yang perlu dilaksanakan.

Pasukan Petugas Khas Pengurusan Krisis (PPPK) yang ditubuhkan di bawah MTEN yang turut melibatkan wakil KPDN berfungsi untuk melaksanakan pemantauan harian dan menyelaras tindakan merentas kementerian termasuk penglibatan sektor industri dan pemegang taruh berkaitan.

Dalam mendepani implikasi konflik yang berlarutan sehingga hari ini, pelbagai ikhtiar dilaksanakan oleh kerajaan yang antara lain berteraskan kepada empat fokus utama iaitu:

(i) rasionalisasi fiskal termasuk langkah-langkah kawalan perbelanjaan dan ketahanan serta penerusan momentum pertumbuhan ekonomi;

(ii) keterjaminan rantaian bekalan strategik dan barangan keperluan pengguna domestik melalui — meliputi usaha mendapatkan sumber bekalan alternatif;

(iii) kemampanan industri dan perniagaan tempatan khususnya PMKS dalam menghadapi tekanan kos meliputi penyediaan sumber pembiayaan; dan

(iv) pengurusan kos sara hidup meliputi penstabilan harga barangan dan perkhidmatan serta pendapatan sara hidup rakyat termasuk menyalurkan peruntukan subsidi dan bantuan tambahan.

draft • 11:40 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dari aspek indikator implikasi konflik terhadap kos sara hidup global, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar inflasi dunia meningkat dari tiga peratus pada tahun 2025 kepada 4.7 peratus tahun 2026. Sehingga Oktober 2026, inflasi Malaysia masih kekal stabil dengan kadar 1.9 peratus bagi bulan Oktober 2026 berbanding Filipina, 7.8 peratus, Vietnam, 5.1 peratus, Thailand, 3.9 peratus dan Indonesia, 3.2 peratus.

Sungguhpun kadar inflasi Malaysia masih kekal stabil iaitu di bawah dua peratus, kerajaan akan meneruskan pelbagai strategi dan pendekatan bagi menangani isu kos sara hidup termasuk melalui ikhtiar Belanjawan 2027 dan pelaksanaan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) yang telah dilancarkan pada 24 Oktober 2026. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Jerlun.

draft • 11:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang diberikan. Kira-kira 40 peratus keperluan minyak mentah Malaysia melalui laluan Selat Hormuz manakala kerajaan sendiri menyatakan bahawa negara kita menggunakan sekitar 700,000 tong minyak sehari berbanding pengeluaran sekitar 350,000 tong sehari.

Bagi rakyat Malaysia di negara kita ini, ia memberi kesan kepada peningkatan harga petrol dan diesel, harga makanan meningkat, kos bahan binaan, tiket penerbangan, kos perniagaan dan penggajian pekerja. Ada syarikat yang menghadapi kenaikan kos bahan mentah, tenaga dan logistik, mungkin menaikkan harga barang dan mengurangkan pengambilan pekerja.

Soalan tambahan saya di sini Yang Berhormat Menteri pertama, apakah jangkaan kerajaan terhadap kesan konflik Amerika dan Iran dan gangguan Selat Hormuz terhadap kadar inflasi Malaysia, harga makanan dan kos sara hidup rakyat sekiranya gangguan tersebut berlarutan, peperangan berterusan sehingga ke tahun hadapan?

Kedua, apakah pelan alternatif kerajaan bagi meningkatkan minyak mentah dan produk petroleum tempatan tanpa bergantung kepada laluan Selat Hormuz tersebut? Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama...

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa kerajaan menangani kesan ataupun implikasi daripada konflik Asia Barat ini melalui pelbagai strategi dan pendekatan yang berteraskan kepada empat fokus utama tadi dan antara yang disebut salah satu bekalan yang strategik adalah minyak.

Dan fokus kita pada masa ini yang paling penting dalam kala kita masih berhadapan dengan konflik ini adalah untuk memastikan kita mempunyai bekalan sumber alternatif. Dan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui pendekatan merangkulkan semua pihak alhamdulillah, setakat ini kita dapat memastikan keterjaminan bekalan minyak tersebut melalui sumber alternatif kepada Asia Barat dengan mendapatkan bekalan daripada negara-negara di Afrika Barat.

Jadi, sekarang ini yang penting kita dapat — kalau dulu di peringkat awal untuk makluman Dewan, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bila mana konflik berlaku kita hanya dapat bertahan sumber bekalan itu hanya untuk tempoh dua bulan.

Namun alhamdulilah sekarang, kita dapat memastikan keterjaminan bekalan dalam tempoh yang lebih panjang lagi.

Dan Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, apa yang saya ingin sebutkan di sini.

Salah satu kesan daripada usaha yang dilakukan oleh kerajaan dari segi petunjuknya kalau ingin saya sebut sejak berlakunya konflik bermula 28 Februari tersebut.

Pertama antaranya, kita dapat memastikan dari segi bekalan itu berterusan, tidak ada bekalan-bekalan barangan pengguna termasuk minyak diesel di stesen-stesen yang terputus. Yang kedua, kita tidak perlu melakukan pencatuan terhadap sumber bekalan berbanding negara-negara lain dan yang ketiga adalah dari segi inflasi itu masih di bawah dua peratus.

Namun, kerajaan tidak akan sambil lewa. Kita akan meneruskan usaha untuk mengekang kesan ini walaupun unjuran pada tahun hadapan kemungkinan inflasi ini jika konflik berterusan boleh melebihi dua peratus. Namun, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai strategi penampan untuk memastikan pergerakan inflasi itu adalah kekal stabil. Dan antaranya, kalau kita lihat melalui ikhtiar dalam belanjawan dari segi bantuan, subsidi diperuntukkan sebanyak RM80 bilion sebagai strategi penampan tersebut.

Dan saya ingin sebutkan juga yang baru diluncurkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) yang menggariskan lebih 400 ikhtiar sara hidup yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sepanjang tempoh RMK13 ini. Jadi, kita harap

draft • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

bahawa usaha-usaha ini akan dapat menangani isu kos sara hidup yang berbangkit kesan daripada konflik Asia Barat ini. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya kepada YB Menteri. Kita tahu apabila harga minyak dunia naik meningkat, harga barang pun turut meningkat. Tapi apabila harga minyak turun, tak semua barang turun. Jadi, apakah mechanism pihak kementerian untuk tangani ketidakseimbangan ini demi melindungi kepentingan pengguna?

Dan apakah pihak NACCOL mempunyai pelan tindakan khusus bagi menghadapi krisis geopolitik antarabangsa termasuk menetapkan paras kenaikan harga memerlukan campur tangan segera kerajaan? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar ya salah satu isu yang berlarutan adalah bila mana berlaku tekanan kos, pihak industri akan menaikkan harga termasuklah harga minyak tetapi bila harga turun, barang, harga barang tidak turun pula.

Namun apa yang penting, kita tahu bahawa harga barangan ini terkait dengan demand and supply, dengan izin. Tetapi, saya fikir sebagaimana kita lihat kesan daripada konflik ini, negara kita merupakan antara negara yang unik dan kerana kita mempunyai— kita beruntung kerana kita mempunyai AKHAP.

Sekurang-sekurangnya, kita dapat memastikan bahawa sebarang kenaikan harga itu adalah tidak terkait dengan pencatutan. Ia berkadaran dengan tekanan kos dan sebenarnya apabila mereka bila mana berlakunya sesuatu kenaikan harga, kita akan semak dan apabila berlakunya dalam semakan itu berlaku penurunan kepada harga minyak contohnya, kita boleh mengguna itu sebagai indikator untuk kita melengkapkan siasatan. Sama ada bila mana berlaku dibuat kenaikan harga itu, berlaku pencatutan ataupun tidak.

draft • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dari segi pelan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ya. Kalau diikutkan memang cukup banyak tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya, dari segi pendapatan boleh guna rakyat, dari segi bantuan tunai pun baru-baru ini dalam belanjawan telah diumumkan peningkatan daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion. Sebab kita melihat salah satu intervensi untuk mendapatkan tambahan

draft • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

pendapatan boleh guna rakyat ini, ada yang paling efektif adalah melalui bantuan tunai. Kalau boleh, saya ambil kesempatan ini untuk sebut kerajaan telah memulakan bantuan tunai ini seawal tahun 2012 melalui BR1M dahulu dengan kadar maksimum RM500 bagi satu isi rumah.

Berapa yang terlibat? 4.2 juta dan berapa peruntukan bila dimulakan dulu?

RM2 bilion. Alhamdulillah. Setiap pentadbiran meningkatkan jumlah itu dan di bawah Kerajaan MADANI pada hari ini yang terkini, kita bersyukur kerana kadar maksimum bantuan tunai STR SARA itu telah pun meningkat kepada RM4,600 kategori yang paling tinggi terima dan berapa ketua isi rumah yang terima sebanyak sembilan juta ketua isi rumah berbanding dulu RM4.2 juta dan berapa peruntukan belanjawannya adalah sebanyak RM16 bilion.

Saya mengambil kesempatan sekali lagi untuk menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam NCLAP, ada di laman sesawang KPDN dan kita akan edarkan sebaik dicetak.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ikhtiar-ikhtiar sara hidup yang kita telah gariskan merentasi pelbagai kementerian di bawah Pelan Tindakan Sara Hidup Negara dengan lapan kluster, fokus kepada lapan kluster dan terdapat sebanyak 429 kita gariskan ikhtiar sara hidup. Dan kerajaan memberi komitmen, kita akan memberikan, memperuntukkan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan 429 ikhtiar sara hidup khususnya bagi kita menangani isu kos sara hidup ini. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat-Yang Berhormat, soalan nombor 10 ini adalah soalan yang terakhir untuk soalan jawab lisan. Dengan ini, dipersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Yang Berhormat Jelebu.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di- Pertua. Soalan Jelebu nombor 10.

draft • 11:50 AM

10. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sasaran jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan sektor-sektor tertentu kepada pekerja asing serta sejauh mana automasi dan peningkatan gaji boleh menggantikan model perniagaan berasaskan buruh murah.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dato’ Seri Dr. Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Ahli Parlimen Jelebu atas soalan yang amat penting mengenai hala tuju pasaran buruh dan kemampanan ekonomi negara.

Satu adalah sasaran jangka panjang kerajaan di bawah RMK13. Dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, pengurusan pekerja asing di Malaysia akan berlandaskan kepada unjuran siling yang telah ditetapkan secara tahunan oleh kerajaan. Ini sejajar dengan aspirasi negara untuk mengehadkan pengambilan pekerja asing kepada siling dia 10 peratus daripada guna tenaga negara menjelang 2030. Perincian unjuran siling mengikut tahunan adalah berikut:

TAHUNPERATUSAN
202613.0
202712.5
202812.0
20299.0
203010.0

Dari segi pengurangan mengikut sektor, setiap kelulusan pekerja asing mengikut sektor yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing akan dikawal oleh KESUMA bagi memastikan unjuran tahunan yang ditetapkan tercapai. Peranan automasi dan pemodenan teknologi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, automasi dan teknologi canggih merupakan tiang utama bagi menggantikan modal perniagaan berintensifikasi buruh migran melalui inisiatif-inisiatif yang berikut.

Salah satu daripadanya adalah pengurangan tugasan 3D, dirty, dangerous and difficult dengan izin, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Pengaplikasian teknologi Industri 4.0, AI, sistem automasi kilang, mekanisme dalam sektor perladangan serta pelaksanaan Industrial Building System (IBS) dalam pembinaan berupaya mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga fizikal secara signifikan.

Kedua adalah galakan pelaburan dan insentif. Kerajaan menyediakan insentif seperti elaun cukai pelaburan, automation capital allowance dengan izin, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua dan juga dana geran pendigitalan PMKS untuk membolehkan majikan menstrukturkan semula operasi perniagaan daripada guna tenaga kemahiran rendah kepada infrastruktur berteknologi tinggi.

draft • 11:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Pembangunan bakat juga dilakukan, pembangunan bakat TVET tempatan.

KESUMA memperkenalkan program latihan pendidikan di bawah teknikal dan vokasional supaya graduan tempatan mempunyai kemahiran mengendalikan, merelang dan menyelenggara sistem automasi pemberat tinggi bagi mengisi jawatan teknikal baharu yang terhasil daripada pemodenan ini.

Ketiga adalah peningkatan gaji dan penstrukturan pasaran buruh.

Peningkatan gaji serta penambahbaikan syarat perkhidmatan bertindak sebagai pemangkin untuk menarik minat modal insan tempatan menggantikan pekerja asing.

Kedua adalah juga di bawah peningkatan gaji, Dasar Gaji Progresif (DGP) dan semakan gaji minimum. Menerusi DGP dan perjalanan gaji minimum, kadar ganjaran pekerja disesuaikan mengikut produktiviti dan kemahiran. Ini menjadikan sektor yang dahulunya dihindari rakyat tempatan kembali menarik dan mempunyai laluan kerjaya yang jelas.

Kerajaan yakin bahawa kombinasi antara sasaran RMK13, galakan automasi dan penyesuaian gaji mampu mengalihkan industri negara daripada kebergantungan kepada buruh asing berkemahiran rendah kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang pacuan produktiviti dan inovasi. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelebu, silakan soalan tambahan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tapi sebagai Ahli Parlimen Yang Berhormat Menteri, saya kadang-kadang confused dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua. Confused kenapa?

Kerana lambakan pekerja asing ini adalah merupakan satu time bomb dengan izin. Daripada berapa tahun dulu pekerja, lambakan pekerja asing tak pernah selesai, Dato’ Yang di-Pertua. Kalau kita tengok di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan masyarakat, terutamanya ketika waktu hujung minggu, akan dipenuhi oleh pekerja asing dan kita tak pernah selesai dalam soal ini.

Jawapan Yang Berhormat Menteri, saya nak ucapkan terima kasih kerana ada perancangan. Tahun 2027 kita ada 12.7, 2028 akan ada pengurangan tapi kita tak pernah capai, Dato’ Yang di-Pertua. Baik.

Sekarang kita nak pergi pendekatan menggunakan automasi. Automasi ini kalau pergi ke sawit tak jadi, Dato’ Yang di-Pertua dan sawit sekarang ini setiap bulan, setiap tahun kawasan Dato’ Sri Yang di-Pertua pun akan ada pengurangan hasil daripada sawit kerana tidak ada pekerja yang nak buat kerja-kerja petikan sawit

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

dan sebagainya. Orang lokal ini nampaknya masih lagi belum minat dengan pekerjaan yang sebegitu.

Persoalan saya kepada kementerian, pertama, pengurangan pekerja dalam soal yang berkaitan dengan sektor. Adakah pengurangan pekerja ini kita pukul rata sahaja? Kerajaan pukul rata, 12.7 tahun 2027 akan ada pengurangan pengambilan pekerja asing melibatkan sektor apa? Kalau sektor industri 12.7, sektor pertanian macam mana?

Kerana kita tak boleh pukul rata, Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana keperluan pekerja asing di sektor pertanian ini lebih diperlukan memandangkan faktor yang berkaitan dengan food bank kita, keterjaminan makanan untuk tahun-tahun yang akan datang. Kerana itu saya sebut di awal soalan saya, sebagai Ahli Parlimen, kita confused macam mana rakyat mengatakan lambakan pekerja asing di dalam negara kita perlu ditangani.

Dalam masa yang sama, keperluan untuk mendapatkan pekerja asing di pelbagai sektor yang melibatkan terutamanya pertanian dan penternakan ini masih diperlukan dalam negara. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih atas soalan tambahan.

Sebenarnya, saya pun kadang-kadang terlihat dan lihat pandangan yang sama, Yang Berhormat. Ada sektor yang memerlukan, ada sektor yang tak memerlukan tetapi kerajaan mengambil pendekatan as a developing and growing nation, kita kena jaga rakyat kita sendiri. Itu adalah antara satu sebab kenapa semua pekerjaan yang kita tawarkan kepada pekerja asing atau sebelum kita boleh mengambil pekerja asing, kita mesti menawarkan kerja tersebut kepada rakyat tempatan melalui MYFutureJobs portal.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Kedua Dato’ Sri Yang di-Pertua, isu sama ada automasi ini kita boleh gunakan ke tidak. Contohnya, di restoran. Ada banyak pandangan yang kami dapat daripada industry, industry player, dengan izin, Dato’ Sri Yang di-Pertua bahawa mereka nak pergi ke automation, tetapi automation jenis — contoh dia nak beli dishwasher as automation. Kalau dia beli dishwasher itu, dia hampir sama kos untuk dia mengendalikan perniagaan dia satu tahun. Jadi, kita sekarang tengah cuba untuk mengimplementasikan bahawa kita boleh menyebab — memberikan mereka satu

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

geran untuk membuatkan demikian. Tanpa automasi, kita tidak mahu bagi mereka pekerja asing.

Ini adalah langkah-langkah kita ambil untuk mengurangkan. Tetapi contoh seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Jelebu. Untuk sektor perladangan, kita telah menawarkan banyak peluang kepada rakyat tempatan but we have no takers. Jadi, kita terpaksa bergantung kepada pekerja asing seperti yang dikatakan tadi, tetapi dia tidak boleh mengikut sektor. Memang kebergantungan pekerja asing memang sedang turun.

Saya bagi contoh Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Buat masa ini, kalau kita ambil yang sepatutnya unjuran yang kita ada untuk 2026 adalah sebanyak 2,210,484.

Tetapi sehingga hari ini, kita sudah sampai ke bulan November, hampir ke bulan Disember, kita hanya telah sampai 2,080,000. So, kita masih kurang daripada unjuran RMK13, almost about 160,000 below. Jadi, memang kebergantungan itu kita menurunkan, tetapi kita tak boleh menurunkan mengikut sektor sahaja. Sebab kadang-kadang ada sektor yang memerlukan, ada sektor yang tidak memerlukan.

Tetapi kalau kita cross take from each sector, mungkin akan ada lebih banyak.

Contohnya, sektor 3D. Kita memang perlu guna pakai tenaga buruh asing. We do not have a choice. Ada 80,000 lebih peluang pekerjaan yang termasuk di dalam sektor services ini, termasuk sektor 3D ini, dirty, dangerous sector and we have no takers. Jadi, kita kena pastikan sektor itu kita bagi lebih walaupun siling dia sudah mencapai. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sasaran pengurangan pekerja asing sering kali terbantut apabila wujudnya kelonggaran ataupun kelulusan khas atas alasan mendesak daripada pemain industri.

Sejauh manakah kementerian bertegas untuk tidak lagi membuka kuota baharu secara adhoc dan sejauh manakah geran automasi yang disediakan kerajaan hari ini mampu menampung kos peralihan bagi syarikat-syarikat tempatan di luar bandar yang masih bergantung kepada tenaga kerja secara manual? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, terima kasih untuk soalan tambahan juga. Sebenarnya buat masa ini kita bagi kelonggaran dengan kelulusan khas tidak ada lagi. Memang tak ada. Kita permudahkan permohonan untuk membawa pekerja asing ini melalui sistem online. Kita tidak lagi menggunakan kelulusan di mana kita boleh tandatangan 1,000 pekerja, 500 pekerja, 100 pekerja, tak ada lagi.

Dia berdasarkan keperluan yang diperlukan sama ada premis lantai beliau mempunyai keluasan yang cukup untuk permohonan yang dimohonkan. Mereka membayar cukai ataupun mempunyai audited account yang mencukupi beban untuk mereka bergantung kepada pekerja asing. Itu nombor satu Dato’ Sri Dr. Yang di- Pertua.

Kedua adalah— of course, pemain industri kita lihat mereka mempunyai keadaan kadang-kadang terdesak. Contohnya, mereka nak buat expansion. Bila nak buat expansion ini, mereka memerlukan peruntukan bahawa kelulusan khas diberikan kepada mereka. Sebab apa? Bila mereka nak buat expansion, mereka tidak tahu. They don't know how much is their profit going to be, dengan izin, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

Tetapi itu menggunakan kebijaksanaan kementerian dan juga on a goodwill basis. Kita bagi kelulusan bersyarat sekiranya mereka memenuhi semua dokumentasi sebelum pekerja masuk. Contohnya, semua di bawah Akta 60K. Kita akan memberikan kelulusan kepada mereka. Kalau tidak, kita tidak boleh memberikan kelulusan.

Untuk menjawab berkaitan isu geran automasi. Geran automasi ini memang kita sediakan. Saya bagi contoh training, training di luar bandar untuk TVET. Sebagai satu contoh, di bawah kementerian kita ada ADTEC JTM Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

33 kampus institut, 33 tambah tiga, tiga ini dia satelit. Daripada 36 kampus ini, kita mempunyai hampir 91,000 yang telah graduate. Daripada semua angka ini yang kita dapat, 98 peratus daripada mereka telah ada peluang pekerjaan dengan kepuasan majikan 95.5 peratus Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

Maksud, geran-geran yang kita sediakan ini adalah percuma. Upskilling, reskilling percuma. Kedua, juga telah disediakan di bawah peruntukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, RM100 juta tambahan di bawah PTPK untuk upskilling dan reskilling TVET ini. So, kita akan gunakan ini juga sebagai satu platform untuk mengautomasikan beberapa jenis perniagaan yang kita boleh, juga di bawah sektor-

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

sektor contohnya perkilangan. MITI juga akan buat cadangan untuk bagaimana mereka nak buat automasi itu. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon satu soalan tambahan. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Minta maaf, cukup masa dah. Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan bagi lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 30 November 2026.” Terima kasih.

draft • 12:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 12:07 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Dengan izin, Tuan Pengerusi Speaker, saya mohon menyokong.

draft • 12:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti telah dibentang oleh Menteri tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:07 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 12:07 PM
Kepala B.63 [Jadual] – Kepala P.63 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Kementerian Pendidikan, Kepala Bekalan B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan sekarang terbuka untuk dibahaskan.

Sebelum saya memanggil nama-nama Yang Berhormat untuk berbahas, ingin saya mengingatkan bahawa kita mempunyai kekangan masa dan tidak mungkin dapat kita bermewah-mewah dengan masa. Jadi, memandangkan untuk kementerian ini sahaja terdapat sebenarnya hampir 50 orang yang nak berbahas.

Jadi, pihak pentadbiran Parlimen telah menurunkan ke 32 orang sahaja Yang Berhormat akan berbahas. Masa dikekalkan lima minit juga. Walau bagaimanapun, pihak kami yang mentadbir di sini akan lebih mengekang masa untuk memastikan masa ditadbir dengan cukup.

draft • 12:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengan ini, saya bacakan senarai-senarai pembahas. Majlis Bermula dengan Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Putrajaya dan akhirnya, Yang Berhormat Sri Gading.

Yang Berhormat, ingin saya ingatkan juga hari ini tidak ada waktu rehat. Jadi, dalam tempoh rehat tersebut daripada pukul 1.00 sampai 2.30 itu, Majlis akan terus berjalan. Dengan ini, dipersilakan Yang Berhormat Sekijang untuk membuka perbahasan Kementerian Pendidikan di peringkat Jawatankuasa.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekijang merujuk Maksud Bekalan B.63 dan Maksud Pembangunan P.63, KPM menerima RM68.99 bilion bagi tahun 2027. Tetapi, peruntukan pembangunan turun 12.7 peratus kepada RM5.52 bilion. Jadi, bagaimanakah sebenarnya persediaan untuk sesi persekolahan tahun hadapan?

Saya mulakan dengan kemasukan dua kohort Tahun 1 di bawah Butiran 030200 – Pendidikan Rendah serta Projek P.00102 – Rendah Akademik. Kita perlu pastikan dua elemen penting iaitu bilik darjah dan guru benar-benar tersedia. Setakat September, 73,498 kanak-kanak enam tahun mohon masuk Tahun 1.

KPM memaklumkan penyediaan 1,478 bilik darjah baharu, penukaran fungsi 1,514 bilik khas dan pengambilan guru kontrak seramai 3,150 orang. Soalan saya berkenaan status terkini, berapa bilik darjah yang sudah siap untuk digunakan dan bagaimanakah penempatan guru dipastikan sebelum sesi 2027 bermula?

Perubahan ini turut melibatkan prasekolah, Butiran 030100 – Pendidikan Awal, meningkat kepada RM1.54 bilion, tetapi peruntukan perkhidmatan dan bekalan kekal RM19.1 juta. Maka, bagaimanakah kapasiti prasekolah dan Projek P.00101 diselaraskan dengan perubahan ini?

Dato’ Sri Pengerusi, kesiapsiagaan ini juga perlu meliputi murid berkeperluan pendidikan khas. Butiran 060400 – Elaun Murid Berkeperluan Khas, meningkat sedikit kepada RM270.24 juta. Saya menyambut baik kenaikan elaun daripada RM150 kepada RM200 sebulan bagi 150,000 orang murid. Bagaimanakah

draft • 12:11 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

pembiayaan kadar baharu ini diselaraskan dengan butiran tersebut dan berapa penerima akan diliputi sepanjang 2027? Bantuan kewangan ini juga perlu disertai sokongan guru yang mencukupi. Setakat Julai, sekitar 940 jawatan guru pendidikan khas masih kosong. Jadi, apakah sasaran mengisi kekosongan itu termasuk di sekolah yang memerlukan kelas pendidikan khas tambahan?

Persediaan sekolah juga melibatkan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 termasuk kemudahan digital yang diperlukan oleh guru dan juga murid. Butiran 010500 – Teknologi Maklumat, meningkat kepada RM161.39 juta dan Projek P.01800 – Sumber dan Teknologi Pendidikan kepada RM87.20 juta. Namun, projek P.04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah turun 10.4 peratus kepada RM354.70 juta. Jadi, bagaimana peruntukan ini diselaraskan? Berapa sekolah masih belum mempunyai Internet berkelajuan tinggi dan apakah sasaran penyediaan peranti untuk murid khususnya di kawasan-kawasan luar bandar seperti Sekijang?

Dato’ Sri Pengerusi, selain kemudahan digital, keadaan fizikal sekolah juga perlu dijaga. Butiran 062500, menyediakan RM1 bilion bagi penyelenggaraan institusi pendidikan. Bagaimana KPM menentukan sekolah yang diberi keutamaan dan bilakah kerja pembaikan akan disiapkan? Dalam hal ini, pembangunan sekolah, saya ingin membawa perhatian kepada Sekijang, pembinaan Sekolah Kebangsaan Bukit Siput. Ini diumumkan dalam Belanjawan 2026.

Berkaitan Projek P.00102 – Rendah Akademik, apakah status pembinaan peruntukan 2027 dan tarikh sekolah ini dijangka siap? Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan penduduk mengikut kawasan. Enrolmen sekolah rendah di Daerah Segamat dilaporkan menurun 6.3 peratus antara 2017 hingga 2025. Bagaimanakah perubahan ini diambil kira bersama keperluan kawasan tadahan bagi merancang sekolah baru dan juga penempatan guru di Sekijang?

Jadi, saya berharap KPM memberi sasaran dan juga garis masa yang jelas agar sekolah benar-benar bersedia, guru mencukupi dan juga anak-anak mendapat kemudahan pembelajaran yang baik. Jadi, itu sahaja daripada saya Dato’ Sri Pengerusi, saya akhiri dengan rangkap pantun.

Buai laju-laju, Sampai hujung atap; Bila negara maju, Tandanya generasi mantap. Terima kasih.

draft • 12:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 12:11 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 12:16 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 12:16 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Butiran B.63, 060300 – Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Negara kita ini telah merdeka selama 69 tahun dan bahasa Malaysia adalah merupakan bahasa kebangsaan yang termaktub di dalam Perlembagaan kita dalam Perkara 152 dan menjadi mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan kebangsaan berdasarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.

Persoalan saya ialah mengapa peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah kebangsaan berbeza dengan sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil) dan juga sekolah rendah jenis kebangsaan

(Cina). Contoh dia, Tahap 1 daripada Tahun 1 hingga 3, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, 160 masa dalam setahun, sedangkan sekolah kebangsaan 192 masa. Ertinya, perbezaan sebanyak 32. Tahap 2 pula, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil 128 masa, sedangkan sekolah kebangsaan 160. Perbezaannya sebanyak 32 masa. Jadi, perbezaan ini— sedangkan mereka adalah rakyat kita, warganegara kita, sudah tentu perlukan kepada pendidikan, keadilan yang saksama kepada mereka.

Yang pertama persoalan saya, apakah justifikasi yang menetapkan perbezaan peruntukan masa antara SJK(T)(C) ataupun SK?

Yang kedua, apakah kajian telah dijalankan terhadap kesan perbezaan masa antara dua sekolah ini tadi dalam penguasaan bahasa Melayu?

Yang ketiga, adakah kementerian bercadang untuk menyeragamkan balik antara peruntukan masa yang diajar di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Tamil dan juga sekolah kebangsaan Cina?

Yang keempatnya, adakah kementerian mempunyai perbandingan pencapaian bahasa Malaysia antara sekolah kebangsaan dengan Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil berdasarkan kepada pentaksiran yang setara bagi tempoh lima tahun yang terkini?

Dalam perbelanjaan 2027, Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM201.7 juta untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan

draft • 12:16 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

memperkukuhkan bahasa Inggeris. Ertinya, berlaku peningkatan sebanyak RM128.03 juta. Tahun 2026 hanyalah diperuntukkan RM128.03 juta. Peningkatan sebanyak 58 peratus, Alhamdulillah.

draft • 12:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bagan Serai.

draft • 12:16 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Peningkatan ini kena dimanfaatkan untuk pedagogi murid — pedagogi guru dan persediaan bantuan mengajar yang sesuai untuk keperluan murid itu sendiri.

draft • 12:16 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dan begitu juga dengan peruntukan yang besar dengan peningkatan hampir 58 peratus ini, penempatan guru-guru yang kompeten perlu difikirkan.

Yang seterusnya ialah bahan pembelajaran yang berkualiti mesti disediakan di sekolah tersebut.

Yang ketiganya, intervensi bagi murid-murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan tadi. B.63 Butiran 030100...

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bagi saya cakap — ringkas sahaja. Bahagian lepas itu tadi. Setuju tak Bagan Serai bahawa masalah pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular ini menyebabkan berlakunya masalah perpaduan sukar untuk diwujudkan? Apa pandangan Bagan Serai? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

...Kita tahu bahawasanya bahasa itu ialah jiwa bangsa. Dengan bahasa itu dapat mempereratkan hubungan integrasi di negara kita.

Berkenaan dengan B.63, 030100 – Pendidikan Awal dan Pendidikan Sekolah Rendah. Tahun 2029, kohort enam tahun ertinya anak kita berumur enam tahun diwajibkan untuk masuk Tahun 1. 2027,2028 merupakan satu pilihan. Perubahan ini bukan benda yang kecil.

Ia ialah merupakan satu revolusi yang besar dalam struktur pendidikan.

Bukan setakat kita nak bincang berkenaan dengan prasekolah ini soal takat umur tetapi kesan daripada pendidikan pra sekolah, perancangan guru, kapasiti bilik darjah, kurikulum dan perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Matlamat untuk menyediakan pendidikan awal...

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat, gulung.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

...Memang perlu kita sokong. Namun, perlu kita berhati-hati supaya jangan kita mengabaikan tahap kesediaan yang sebenar yang kita bimbang kanak-kanak ini tidak mempunyai

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

persediaan untuk datang ke sekolah pada peringkat awal ini. Kesediaan ini bukan sahaja dalam soal kita membincangkan soal kebolehan mengenal huruf, soal membaca, mengira tetapi ia melibatkan perkembangan emosi, sosial, komunikasi, fizikal, keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran formal.

Akhir sekali ialah persoalannya ialah apabila dasar ini diwajibkan pada tahun 2029, apakah mekanisme yang digunakan untuk memastikan kanak-kanak yang belum bersedia ini tidak terjejas?

Yang keduanya, apakah perubahan ini perlu dinilai bersama dengan rancangan pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh?

Dan yang ketiganya, apakah keperluan guru, bilik darjah, kapasiti prasekolah mengikut negeri....

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

...Serta daerah ini dapat kita jaga dengan baik supaya kita tidak ada di sana tidak berlakunya kesetaraan. Ada yang setengah padat, ada yang setengahnya murid-muridnya tidak ada. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

Yang Berhormat Ayer Hitam, dipersilakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh dua perkara dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi KPM.

Butiran 10000 – Emolumen dan Butiran 020100 – Dasar Pendidikan.

Ini mengenai permohonan kelulusan untuk memindah Yong Peng High School, sebuah SMPC yang terletak di kawasan saya, Yong Peng, di bawah kawasan saya iaitu Ayer Hitam. Permohonan telah dikemukakan kepada KPM dan pejabat Menteri Pendidikan seawal tahun 2023.

Saya telah membawa isu ini beberapa kali, bermula di Kamar Khas pada 22 Februari 2023, bertanyakan status permohonan permit pemindahan sekolah asal di Kampung Baru, Yong Peng seluas 0.22 ekar sahaja ke tapak baru yang terletak di sebuah taman yang berdekatan dalam lingkungan dua kilometer dengan keluasan asal 18.2 ekar terkini ditingkatkan kepada keluasan 33 ekar.

Tapak baru ini didermakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Yong Peng High School kepada pihak sekolah dan tapak ini bernilai berpuluh juta Ringgit dan

draft • 12:22 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

telah berjaya diubah syarat dengan bantuan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor.

Selain daripada itu, saya juga pernah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di pejabatnya pada 9 April 2024, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2024. Sejurus perjumpaan itu, pada Jun 2024, PMX telah meminitkan sokongannya dalam surat saya lalu dihantar kepada Menteri Pendidikan.

Selepas itu saya tidak mendengar apa-apa perkhabaran.

Baik, pada 3 Disember 2024, Yang Berhormat Menteri Pendidikan ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2025 telah berjanji dengan saya di dalam Dewan Rakyat bahawa beliau akan semak status dan beri pertimbangan sewajar setelah dihempap rehal dan sebagainya dan kita minta bersabar. Mesti ada satu penyelesaian. Kini, dah dua tahun lebih berlalu jawapan kepada soalan lisan saya bertarikh 7 Oktober 2026 memberi jawapan standard yang hampir sama dengan jawapan dua setengah tahun yang lalu.

Tuan Pengerusi, apa yang mendukacitakan ialah tempoh dua tahun menunggu ini. Pada waktu yang sama, Chong Hwa High School Kuala Lumpur pula diberi kelulusan membuka sekolah cawangan di Bandar Elmina, Selangor. Jangan salah faham, saya tidak cemburu atas kelulusan yang diberikan. Itu kuasa Menteri, tetapi itu buka sekolah cawangan dibolehkan.

Cuma saya sedih kenapa kelulusan tidak diberikan kepada SMPC di sekolah saya yang berpindah daripada satu tanah sempit kepada tanah yang telah di — kata orang dalam Islam diwakafkan, orang derma dan saya tak faham. Dan satu lagi nak pindah sekolah sahaja. Bukan minta permit baru, minta— ataupun cawangan. Saya memang tak tahu apa dosa warga Parlimen Ayer Hitam.

Saya berharap Menteri Pendidikan segera luluskan pemindahan sekolah ini yang pasti memberi manfaat kepada ramai pelajar. Dana sebanyak RM30 juta telah dikutip beberapa tahun yang lalu dan urusan tanah sudah pun diselesaikan. Tanah ini juga didaftarkan atas nama Yong Peng High School. Di samping itu, pelan bangunan di tapak baru telah dikemukakan kepada Majlis Daerah Yong Peng. Saya sekali lagi minta Menteri Pendidikan, jangan menghampakan warga Parlimen Ayer Hitam dan segera memberi kelulusan. Cuma pindah tempat sahaja. Permit asal sudah ada.

Isu kedua di bawah Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum. Mulai tahun 2027, KPM akan memperkenalkan dan melaksanakan kurikulum baru sekolah rendah di semua sekolah rendah, iaitu SK, SJK(C), SJK(T) dengan pengenalan

draft • 12:22 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

subjek atau elemen baru, dengan susunan jadual waktu yang berbeza berbanding sebelum ini.

Surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM pada Oktober 2026, telah menimbulkan pertikaian kontroversi dalam kalangan masyarakat majmuk terutamanya daripada komuniti Cina, India dan ada juga daripada komuniti kaum Melayu. Peruntukan waktu BM, BI, BC, BT telah menimbulkan perbahasan hebat.

Pada awal 2026 ketika PRN Melaka, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengumumkan kepada media bahawa isu ini telah diselesaikan dengan waktu BC di SJK(C) adalah 12 waktu seminggu, full stop. Apakah itu bermakna pada enam tahun atau kepada status quo? Itu belum ada sebarang penerangan komprehensif atau bentuk kajian waktu.

Dan saya nak tanya juga, ini dalam seminggu ini dalam perubahan ini satu perkara yang pelik. Dulu Tahap 1 ialah Tahun 1,2,3. Tahap 2 ialah 4,5,6. Sekarang ikut takrifan Tahun 1, Tahun 2 itu tahap 1. Kemudian ada yang tahap menengah itu ialah tahap kedualah jadi Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5, 6 sekarang ke satu tahap yang lebih tinggi. Apa rasional dan kenapa sebelum itu tidak dibuat begitu? Kerana ini susunan waktu dan apa kelebihan kalau dibuat dengan cara ini?

Jadi, tinggal 35 hari lagi kita akan berdepan dengan tahun 2027. Bagi — create kurikulum baharu patut dibentangkan apanya untuk enam tahun?

Pelaksanaan macam mana? Masyarakat apa yang nak bagi — mana-mana yang nak bagi pandangan ia nya sepatutnya...

draft • 12:22 PM

Tuan Pengerusi

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 12:22 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

...Bagi pandangan setiap elok. Jadi, saya berharap perkara ini dapat diberi penjelasan, pencerahan supaya perkara ini dapat dibincangkan dengan secara profesional dan diterima baik. Macam Yang Berhormat Bagan Serai tadi cakap. Ya, ini secara semula jadi dulu pun.

Kalau saya di SJK(C) saya boleh tiga bahasa. Jadi, macam mana nak selaraskan semua waktu sub? Itu susah. Tetapi di manakah titik kesamaan kita?

Bagaimana kita nak — ultimate goal itu apa? Saya rasa kita kena melihat dari sudut pendidik, bagaimana output-nya ataupun kesannya terhadap pendidikan anak? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

draft • 12:22 PM

Tuan Pengerusi

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 12:22 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mulakan perbahasan berkaitan kuasa ini dengan satu kata-kata Sayidina Ali dan Sayidina Umar yang berbunyi [Berucap dalam bahasa Arab] “Ajarilah anak mu untuk zaman mereka bukan zaman kamu”.

draft • 12:29 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, dengan masalah yang berlaku sekarang di pendidikan dengan macam-macam problem, ada kematian dan sebagainya, saya mulakan dengan Butiran 061000 – Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform.

Isunya dibangkitkan setahun lalu iaitu penggunaan RM84 juta untuk lencana pin Jalur Gemilang untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Persoalannya ialah selepas setahun lebih ia dilaksanakan, sejauh mana kerajaan dan kementerian melihat kesan peningkatan semangat patriotisme murid selepas memakai lencana tersebut?

Bagaimana, apakah alat yang digunakan untuk mengukur tahap patriotisme tersebut? Apakah pemakaian pin Jalur Gemilang tersebut masih berlaku hari ini?

Kerana daripada pemerhatian saya Pengerusi, hari ini pelajar-pelajar dah tak tahu dah mana perginya bendera tersebut.

Jadi, apakah RM84 juta yang dibelanjakan tersebut sekadar go into the drain? Maknanya, tak ada apa-apa impak pun, ataupun mungkin projek ini nak diberi kepada sahabat-sahabat ataupun kroni-kroni. Itu persoalan saya. Kemudian, kalau ada, apakah terdapat indeks atau penilaian yang membuktikan program tersebut mencapai matlamat dengan penggunaan RM84 juta tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya masuk kepada Dasar Penilaian dan Pengurusan Prestasi iaitu Butiran 020100. Apa yang berlaku dalam negara kita iaitu masalah kemasukan arak di sekolah.

Pada Julai 2024, sekolah di Sepang menerima sumbangan daripada sebuah syarikat arak. Julai 2025 berlaku lelongan arak. Lelongan minuman arak di Pontian.

Oktober 2026, ada satu kes arak juga di St Paul, Negeri Sembilan. Persoalannya ialah kenapa begitu longgar sekarang sejak MADANI memerintah?

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sekejap, sekejap, sekejap.

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah, Rasah.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sekejap, sekejap, sekejap.

Saya habiskan dulu.

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak betulkan fakta. St Paul, Seremban tak ada arak. Sudah ada...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, nak mencelah, Peraturan 37(1)(b) itu ada.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih. Pengerusi saya ini, terima kasih. Jadi, kalau tak ada situ, maknanya lelongan di Pontian dan juga di Sepang berlaku. Persoalannya ialah kenapa begitu mudah minuman yang dilarang oleh agama Islam, terutamanya masuk ke sekolah? Persoalan lebih tegas lagi kami pembangkang tidak dibenarkan masuk. Arak dibenarkan masuk. Kita mahu jawapan daripada pihak kerajaan.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya nak bangkitkan juga berkaitan dengan Butiran 040400 – Penilaian. Begitu kedudukan PISA dan juga kedudukan SPM di negara kita. Difahamkan bahawa PISA kita, ranking dia telah menurun. Manakala keputusan peperiksaan SPM kita makin meningkat. Jadi, berlaku satu contradiction antara PISA dan juga SPM. Kenapa hal tersebut berlaku?

Dikatakan bahawa kementerian cuba adjust untuk pastikan peningkatan keputusan SPM setiap tahun. Bermakna, kalau lima tahun dulu penggunaan ataupun markah 40 ataupun 50 itu mungkin boleh dapat C, ataupun D, tapi sekarang dia katakan 40–50 dah boleh lulus atau boleh kredit atau boleh cemerlang. Jadi, itu yang menyebabkan berlakunya perbezaan antara PISA dan juga SPM.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan bahawa kementerian ada berjanji untuk meringankan beban guru. Di mana dikatakan Menteri mengumumkan pada 10 Julai 2025, tujuh langkah untuk mengatasi beban guru.

Antaranya ialah memansuhkan acara yang tidak berimpak tinggi di sekolah, yang tidak memberi manfaat besar kepada pembelajaran murid.

Cuma, persoalan yang disungut oleh rakan-rakan saya di sekolah mengatakan bahawa hari ini banyak program-program tambahan yang terpaksa dilaksanakan dan wajib dilakukan oleh sekolah-sekolah umpamanya Gotong-royong MADANI, ya Sungai Besar, kemudian Perkhemahan MADANI, semua MADANI.

Apakah ini adalah untuk nak mempromosikan MADANI di sekolah? Tujuan politik?

Ataupun sekadar untuk mendidik pelajar?

Akhir sekali, Yang di-Pertua, hari ini kita bersyukur kerana ramai guru-guru, pelajar-pelajar pemimpin...

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas, nak ditutup. Pemimpin sekolah menunggu pelajar ke sekolah?

Hari ini yang terbaliknya ialah dulu murid hormat guru, hari ini kita perhatikan guru menghormati murid. Tapi dalam keadaan tersebut, nampaknya tidak berlaku sesuatu yang menarik kerana banyak kes-kes yang menyayat hati, kes buli, kes bunuh dan juga kes yang terbaru di MCKK yang baru ini yang cukup meruntun hati kita sebagai ibu, sebagai bapa kepada pelajar-pelajar.

Saya rasa itu sahaja Pengerusi. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalau nak mencelah itu, tengok 37(1)(a) bab tertib, 37(1)(b) kalau dengan izin orang yang floor-nya itu. Gunakan itu. Baik, berikut diserahkan kepada Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tahniah kepada Kementerian Pendidikan. Sekali lagi menjadi kementerian yang mendapat peruntukan paling tinggi daripada RM66.2 bilion tahun sebelumnya kepada RM69 bilion, [Tepuk] hampir 15 peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2027 yang menunjukkan bahawa komitmen Kerajaan Malaysia MADANI untuk pendidikan di negara kita.

Butiran pertama yang saya nak sebutkan adalah 062400 di bawah tajuk Bantuan Awal Persekolahan. Saya nak merakamkan ucapan terima kasih, khusus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menaikkan bantuan awal persekolahan daripada RM150 kepada RM200 untuk setiap murid. Tanda komitmen dan keprihatinan Kerajaan Malaysia MADANI dan PMX kepada semua anak Malaysia. Anak semua orang dapat. Tak kira latar belakang politik dan sesiapa sahaja.

Seterusnya, Butiran 01300 – Pendidikan Khas. Saya nampak ada pertambahan peruntukan daripada RM161 juta kepada RM190 juta, hampir RM200 juta. Ya, kita tahu pendidikan khas sangat sinonim dengan Program Pendidikan

draft • 12:35 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kelas Integrasi (PPKI). Ada keperluan, ada permintaan yang meningkat di seluruh negara.

Ada beberapa perkara yang saya nak sebutkan di bawah butiran ini. Perkara pertama adalah saya difahamkan Kementerian Pendidikan akan mengadakan kelas khusus untuk murid-murid autisme. Sebab sekarang ini kelas PPKI Pendidikan Khas ini, dia mengumpulkan semua jenis yang dikatakan khas itu termasuk autisme, down syndrome ataupun keupayaan fizikal.

Jadi, bila ada pengagihan khusus untuk autisme ini, kita tahu golongan autisme ini semakin bertambah dan saya sebagai ayah kepada anak yang ada autisme ini sangat menghargai komitmen daripada KPM sendiri dan kerajaan untuk membantu.

Saya nak tanya, untuk permulaan. Saya difahamkan tahun 2027 akan bermula. Untuk permulaan, berapakah sekolah kelas PPKI-nya akan memberikan tumpuan khusus khas untuk golongan autisme? Sebab, ia sangat penting dan di mana? Kalau boleh, kita nak di setiap negeri, setiap daerah ada supaya ibu bapa boleh menghantar anak-anak yang dalam kategori autisme ke sekolah ini.

Yang kedua di bawah pendidikan khas adalah, apakah ada usaha menambahkan kelas-kelas PPKI di dalam sekolah yang sedia ada? Saya nak sebutkan secara terbuka bahawa walaupun KPM meletakkan kebiasaannya tujuh orang murid satu kelas dengan seorang guru dan PPM. Tetapi di Daerah Seremban, khususnya di kawasan bandar, purata kelas adalah 10 ataupun kadang-kadang sampai 12 orang. Yang mana bagi saya, ada keperluan untuk pihak KPM menambahkan kelas.

Jadi, saya nak tanya untuk tahun 2027, khas untuk daerah Seremban, ada tak beberapa kelas, baik di sekolah rendah ataupun menengah, kelas tambahan ataupun penambahan kelas PPKI?

Perkara ketiga di bawah butiran yang sama, saya difahamkan sekolah sukan pendidikan khas akan dibuka di Bandar Enstek iaitu di bawah Parlimen Rasah pada tahun depan. Jadi, bila dia akan dibuka dan apakah kapasiti dia?

Saya sangat menyambut baik sebab bagi saya, inilah waktu dan ketikanya kita memberikan peluang yang adil, peluang yang terbaik kepada anak-anak yang walaupun mereka ini dikategorikan sebagai anak-anak pendidikan khas tetapi diberikan ruang dan latihan yang secukupnya untuk mereka berjaya.

Perkara terakhir yang saya nak sebutkan di bawah butiran ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana kelas-

draft • 12:35 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

kelas PPKI di SJK(C) dan SJK(T) akan mula mengajar bahasa ibunda masing- masing mulai sesi persekolahan tahun 2027.

draft • 12:35 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Sambil memegang dua naskhah buku] Saya nampak ada buku teks ini. Ini untuk SJK(T), ini untuk SJK(C). Syabas dan tahniah kepada pihak KPM kerana bak kata orang, “Bahasa Jiwa Bangsa”. SJK(C) dan SJK(T) kali pertama kelas PPKI masing-masing boleh mengajar bahasa ibunda.

Dan seterusnya butiran terakhir yang saya nak sebutkan, Dato’ Sri Pengerusi, adalah berkenaan dengan Butiran 00102 – Rendah Akademik.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Rasah, bahasa ibunda tadi.

Boleh, boleh penjelasan? Ringkas. Bahasa ibunda tadi itu sebagai bahasa pengantar atau satu subjek dalam mata pelajaran di...

draft • 12:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saja — tak, sebagai satu subjek. Untuk makluman Hulu Terengganu, saya anak SJK(C). Tak ada masalah anak SJK(C) untuk berbahas di sini tanpa baca teks. Ini contoh SJK(C) yang boleh berbahas dengan baik, boleh menggunakan bahasa Melayu. Ramai pemimpin daripada SK yang hanya baca teks sahaja ketika berbahas di Parlimen ini, untuk makluman semua.

[Tepuk] Dan Dato’ Sri Pengerusi...

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 12:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya minta satu minit terakhir. Di bawah Butiran 00102 – Rendah Akademik, RM1.05 bilion; dan di bawah Butiran 03503, hampir RM800 juta diperuntukkan. Saya nak tanya, dengan kemasukan anak-anak berusia enam tahun ke sekolah rendah pada tahun depan yang dijangkakan lebih 70,000 lebih tambahan. Jadi, bagaimana kesiapsiagaan kita dari segi premis pendidikan?

Pagi tadi, saya baru saja pergi ke sebuah sekolah di bawah Parlimen Rasah, Sekolah Kebangsaan Seremban 2A di mana premis modular yang gunakan teknologi IBS hampir siap. Syabas dan tahniah, terima kasih kepada KPM yang membolehkan enam kelas tambahan diberikan. Jadi, apakah status untuk semua sekolah IBS di seluruh negara dalam memastikan kita bersiap sedia dari segi fizikal untuk menyambut kedatangan anak-anak umur enam tahun ke Tahun 1 pada tahun depan?

Jadi, saya mohon sedikit pencerahan, penjelasan daripada KPM dan juga ucapkan terima kasih kerana menaikkan peruntukan untuk SK, SJK(C) dan SJK(T)

draft • 12:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

dalam Belanjawan 2027. Sesungguhnya pendidikan menjadi teras kepada Kerajaan Malaysia MADANI yang kita ada pada hari ini. Saya mohon menyokong peruntukan untuk KPM. Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Tenom, permohonan anda diluluskan. Pembahas yang terakhir.

draft • 12:40 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih, Dato’ Sri.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 12:40 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Sri Pengerusi, saya terus ke Butiran 01300 – Pendidikan Khas telah dinaikkan sebanyak RM30 juta lebih kepada satu RM199,467,000. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan dan Kerajaan MADANI kerana telah pun melaksanakan projek Sekolah Menengah Khas di Parlimen Bukit Gantang yang telah pun bermula pada bulan September baru-baru ini dan telah berjalan sebanyak 3.1 peratus. Tahniah, terima kasih banyak-banyak kerana dah lama kita menunggu.

Kemudian kenapakah kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas turun daripada 96 peratus pada tahun 2026 kepada 78 peratus pada 2027? Apakah asas penurunan ini? Butiran 060400 sebanyak RM270,243,000 bagi elaun murid berkeperluan khas. Bantuan ini amat penting dan membantu ibu bapa menanggung kos tambahan pendidikan dan keperluan harian anak-anak keperluan khas.

Namun saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai jumlah sebenar penerima elaun ini bagi tahun 2026 dan unjuran penerimaan bagi tahun 2027. Berapakah jumlah murid berkeperluan pendidikan khas yang layak tetapi masih belum menerima bantuan? Kerana banyak laporan di kawasan Parlimen Bukit Gantang yang menyatakan bahawa tidak mendapat lagi peruntukan.

Saya juga ingin mengetahui jumlah penerima khususnya bagi Parlimen Bukit Gantang serta apakah langkah kementerian bagi memastikan tiada murid yang tercicir daripada menerima hak mereka? Pada pandangan saya, kejayaan peruntukan ini bukan hanya diukur melalui jumlah wang disediakan tetapi sejauh

draft • 12:43 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

mana bantuan tersebut benar-benar sampai kepada murid dan keluarga yang memerlukan.

Seterusnya Butiran 062500 – Penyelenggaraan Institusi Pendidikan disediakan sebanyak RM1 bilion. Butiran 03503 – Ubah Suai, Naik Taraf Institusi Pendidikan pula meningkat daripada RM779 juta berbanding dengan RM460 juta pada tahun 2026. Bukit Gantang berhadapan dengan beberapa siri banjir.

Terbaharu pada pertengahan Oktober dan November baru-baru ini, beberapa sekolah telah digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS). Sekolah digunakan sebagai tempat PPS; Sekolah Kebangsaan Matang, Sekolah Kebangsaan Changkat Iboi, Sekolah Kebangsaan Batu Hampar.

Ini menunjukkan kerajaan prihatin kepada penyelenggaraan termasuklah kerosakan kesan banjir. Apabila sekolah berulang kali menjadi PPS dan turut menerima limpahan air, banjir, kerosakan kepada barangan elektrik, tandas, bumbung, pagar serta struktur bangunan tidak boleh dianggap sebagai kerosakan kecil. Keselamatan murid dan guru mesti diberi keutamaan.

Butiran 05100 – Perabot dan Peralatan diperuntukkan sebanyak RM150 juta.

Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah sebanyak RM354 juta. Saya mohon sekolah-sekolah di Bukit Gantang yang perabot, peralatan makmal dan kemudahan ICT rosak akibat banjir diberikan keutamaan untuk penggantian. Murid tidak sepatutnya terus belajar dengan keadaan peralatan yang rosak dan kemudahan yang tidak selamat.

Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan. Peruntukan RM340 juta, berbanding RM100 juta pada 2026. Saya berharap sebahagian peruntukan ini dapat dimanfaatkan untuk menaik taraf sistem perparitan dalam sekolah dan menyediakan dewan terbuka berbumbung di sekolah dalam di luar bandar Bukit Gantang supaya pembelajaran serta aktiviti kokurikulum ini tidak terganggu ketika hujan lebat kerana kawasan hujan yang lebat.

Butiran 00800 – Rumah Guru yang peruntukan telah pun turun daripada RM36 juta kepada RM13 juta dan saya ingin tahu apakah hala tuju kementerian terhadap rumah guru kerana masih ada rumah guru yang tidak berpenghuni di Bukit Gantang sebanyak 118 unit. Kosong telah begitu lama.

Tuan Pengerusi akhirnya, Kerajaan MADANI telah meletakkan pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan negara. Tugas kita sekarang ialah memastikan peruntukan yang sampai ke sekolah yang paling memerlukan...

draft • 12:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 12:43 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

...khususnya sekolah luar bandar dan sekolah yang berulang kali berhadapan dengan bencana banjir. Saya menyokong usaha kerajaan dan Kementerian Pendidikan. Pada masa yang sama, saya berharap semua persoalan yang dibangkitkan, diberikan jawapan yang khusus disusuli garis masa dan tindakan yang boleh dipantau. Rakyat Bukit Gantang tidak meminta layanan istimewa. Mereka hanya mahu sekolah yang selamat, selesa dan lengkap untuk anak mereka. Saya memohon, terima kasih banyak.

draft • 12:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 12:43 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih dan salam sejahtera Dato’ Sri Pengerusi. Betong hari ini hanya akan menyentuh dua butiran iaitu Butiran Pembangunan 03503 – Ubah Suai Naik Taraf Institut Pendidikan, diagihkan RM779 juta; dan kedua, Butiran Pembangunan 03700 – Program Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak.

Dato’ Sri Pengerusi, di kawasan Betong masih terdapat deretan sekolah rendah dan menengah yang dikategorikan dalam skala 6 dan 7. Jadi, guru-guru kita mengajar dalam keadaan yang bimbang manakala ibu bapa yang melepaskan anak- anak ke sekolah dengan doa dan yang penuh harapan.

Jadi Dato’ Sri Pengerusi, berdasarkan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri di Kamar Khas pada 19 Oktober yang lalu, faktanya sebanyak 24 buah sekolah lagi telah dikenal pasti mempunyai bangunan berstatus skala 6 dan 7 yang melibatkan 132 blok bangunan daif dan dari situ merangkumi 56 blok skala 6 dan 76 blok bangunan skala 7. Itu faktanya.

draft • 12:48 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi oleh itu Betong amat berterima kasih kepada KPM kerana tahun hadapan, empat daripada 24 sekolah itu telah diluluskan daripada jawapan daripada perbahasan peringkat dasar tempoh hari iaitu dalam program daif Sekolah SK Bungin, SK Medang, SK Nanga Laweh dan SK Balingan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi daripada 24, empat dah lulus tahun hadapan ada 20 lagi baki dia.

draft • 12:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi, Betong amat memohon kementerian untuk mempertimbangkan kepada projek ubah suai naik taraf bagi sekolah 20 buah itu tadi yang masih mempunyai bangunan yang daif. Tapi daripada 20 itu saya hanya akan mohon yang diutamakan.

Antaranya yang pertama SK Abang Abdul Kadir, Betong, empat blok daif. SK Kebangsaan Tui, empat blok bangunan daif. SK Sarabang, tiga bangunan daif. SK Supa, lapan bangunan daif. SK Nanga Pasak, tiga bangunan daif. SK Dit Debak, tujuh bangunan daif. Manakala SK Suri, sembilan bangunan daif. SK Penom, dua bangunan daif. SMK Ulu Layar, satu bangunan daif dan SMK Saribas Debak ada empat pengguna daif yang saya telah bawa di Kamar Khas tempoh hari.

Jadi Dato' Sri Pengerusi saya mohon yang bagi projek yang paling kritikal iaitu SK Supa tadi yang mempunyai ada lapan bangunan yang daif kerana tapak untuk projek gantian penuh telah diluluskan. Maka SK ini amat kritikal SK Supa dan orang di Kampung Supa mempunyai harapan yang tinggi agar kementerian dapat memberi komitmen untuk menyegerakan bina baharu sekolah ini. Saya mohon kementerian mengambil maklum hal perkara ini.

Isu kedua Dato’ Sri Pengerusi ialah mengenai 17 projek sekolah daif di Sarawak. Saya ingin bangkitkan isu kelulusan NOC bagi projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak yang menggunakan peruntukan pendahuluan sebanyak RM1 bilion daripada Kerajaan Sarawak sejak 2018. Daripada 140 buah sekolah yang disenaraikan, sebanyak 85 telah siap dan 14 dalam pembinaan, 20 masih di peringkat perancangan. Namun yang saya ingin bangkitkan pada hari ini ialah 17 buah projek yang masih tertangguh kerana menunggu kelulusan NOC.

Ini bermakna walaupun sumber pembiayaan telah tersedia dan keperluan sekolah telah dikenal pasti pelaksanaan yang masih terhalang oleh proses kelulusan ada yang sampai empat tahun Dato’ Sri Pengerusi. Jadi, persoalannya mengapa permohonan NOC bagi 17 projek ini mengambil masa begitu lama? Adakah proses pertimbangan dan kelulusan yang sedia ada terlalu berpusat sehingga menyebabkan projek-projek terus tertangguh.

Jadi saya ingin minta Kementerian Pendidikan bersama dengan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan penurunan kuasa kepada Jawatankuasa Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Sarawak untuk meneliti dan meluluskan NOC bagi projek ini dengan syarat yang tidak melebihi siling pembiayaan RM1 bilion dan mematuhi segala peraturan kewangan yang ditetapkan.

Oleh itu antara 17 projek yang NOC itu satu daripadanya adalah di kawasan saya iaitu SK Spaoh. Saya mohon ia disegerakan kerana semua dokumen telah

draft • 12:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

lengkap. Yang lainnya 16 saya ingin bacakan sekolah-sekolah di Sarawak, SK Semalatong, SMK Simunjan No.1, SK Serdeng, SK Kampung Betanak, SK Long Loyang, SK San Semanju, SK Sungai Spaoh, SK Jemukan, SK Balan, SK Udin, SK Sungai Passai, SK Long Lellang, SK Penipah, SK Bruit, SK Telinggai dan SK Nanga Engkuah yang masih menunggu kelulusan. Dato' Sri Pengerusi, pendidikan ialah tempat negara kita menentukan sama ada seorang anak kita dibatasi oleh keadaan keluarga atau dibantu untuk melangkauinya.

Jadi, dalam hal ini cabaran anak kita di pelosok luar bandar seperti di Betong tidak jauh berbeza daripada anak-anak kita di pedalaman Sabah ataupun di kawasan-kawasan orang asli atau penempatan terpencil di Semenanjung.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Betong, minta sikit, Betong.

draft • 12:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Kita memperuntukkan wang yang besar untuk mengumpulkan data kerosakan sekolah ini dan menetapkan pelbagai sasaran.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Betong, sikit.

draft • 12:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Ya. Sila.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Betong. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Sebab saya tak dapat berbahas Dato’ Seri. Saya nak minta pihak Kementerian Pendidikan ini tolong tengok permohonan sekolah baharu di Prima Saujana. Pembinaan sekolah menengah baharu di Prima Saujana. Terima kasih Dato’ Seri. Terima kasih Betong.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 12:50 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dari SK Limau Kasturi, Gua Musang ke Dewan yang mulia ini.

[Tepuk] Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada Padang Serai untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan di bawah Maksud Bekalan dan Pembangunan B.63 dan P.63. Sebagai seorang bekas pendidik yang pernah berkhidmat selama 20 tahun di sebuah sekolah sebelum melangkah ke Dewan yang mulia ini. Saya membawa suara hati guru-guru di Padang Serai dan seluruh negara.

draft • 12:55 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Kita melihat peruntukan Kementerian Pendidikan dalam Belanjawan 2027 meningkat kepada RM68 bilion termasuk Objek Am 10000 – Emolumen berjumlah RM50.34 bilion dan Objek Am 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM6.51 bilion. Namun Tuan Pengerusi, persoalannya hari ini adakah angka berbilion Ringgit ini benar-benar meringankan beban tugas guru di sekolah atau sekadar indah khabar dari rupa?

Yang pertama Dato’ Pengerusi pemansuhan SPLKPM dan beban sistem IDME. Tuan Pengerusi saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan 63 di bawah Objek Am 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan yang melibatkan kos penyelenggaraan sistem digital dan pengurusan pentadbiran sekolah.

Pada penghujung tahun lalu pihak kementerian dengan megahnya mengumumkan pemansuhan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) kononnya sebagai bukti keprihatinan untuk mengurangkan beban tugas guru. Namun realitinya di akar umbi, guru-guru terus mengeluh.

Pemansuhan satu sistem itu tidak menyelesaikan masalah apabila sistem-sistem baharu yang diperkenalkan jauh lebih merumitkan.

Lihat sahaja kepada sistem pengurusan identiti IDME di dalam IDME itu sendiri terlalu banyak modul dan kerja-kerja perkeranian serta pengisian data yang terpaksa dibuat oleh guru secara berulang-ulang. Daripada pengurusan profil, pentaksiran sehinggalah pelaporan hal ehwal murid.

Sistem yang sering tergendala pada waktu kemuncak, memaksa guru-guru berjaga sehingga lewat malam semata-mata untuk menyiapkan kemasukan data.

Akibat tekanan tugas perkeranian digital yang tidak berkesudahan ini, semakin ramai guru yang dulunya bersemangat tinggi kini mula hilang motivasi dan berkira-kira untuk memohon persaraan awal pencen pilihan.

Jika trend guru berpengalaman memilih untuk bersara awal ini tidak dibendung segera, negara akan mengalami kerugian besar dari segi kepakaran pedagogi di bilik darjah.

Perkara kedua Dato’ Pengerusi, cadangan mewujudkan dua jawatan kerani digital khas untuk guru. Tuan Pengerusi sudah berpuluh tahun kita mendengar retorik mengembalikan guru kepada tugas hakiki tetapi penyelesaiannya masih bersifat tempelan. Justeru merujuk kepada peruntukan Objek Am 10000 – emolumen di bawah B.63, Padang Serai ingin mengemukakan satu cadangan yang konkrit dan praktikal.

draft • 12:55 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Saya menggesa Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan sekurang- kurangnya dua orang kerani digital di setiap sekolah di seluruh negara. Namun Tuan Pengerusi saya ingin tegaskan dengan jelas di Dewan yang mulia ini, skop tugas kedua-dua kerani digital ini mestilah dikhususkan 100 peratus untuk membantu guru- guru sahaja.

Kita tidak mahu apabila jawatan ini jika diwujudkan kelak, mereka akhirnya dirampas untuk membuat kerja-kerja pentadbiran pejabat, menguruskan fail guru besar, membantu penolong-penolong kanan ataupun membuat kerja-kerja perkeranian am sekolah yang sudah mempunyai pembantu tadbir yang sedia ada.

Kerani digital ini mestilah ditetapkan terus untuk menguruskan kemasukan data guru dalam sistem seperti IDME, pelaporan, pentaksiran dan dokumentasi digital berkaitan pengajaran. Dengan cara ini, barulah guru-guru kita dapat memberikan tumpuan penuh kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dan yang paling penting adalah membimbing sahsiah murid kita yang semakin kritikal pada hari ini tanpa diganggu oleh kerja-kerja perkeranian yang semakin membebankan.

draft • 12:55 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Penutupnya Tuan Pengerusi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian dalam penggulungan nanti. Berapakah jumlah peruntukan khusus di bawah B.63 yang dibelanjakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sistem IDME serta sistem-sistem lain selepas pemansuhan SPLKPM? Dan bilakah kementerian akan membersihkan modul-modul berulang di dalam IDME yang membebankan guru?

Kedua, adakah kementerian bersedia untuk mempertimbangkan cadangan mewujudkan dua jawatan kerani digital di setiap sekolah dengan garis panduan tugas yang tegas iaitu eksklusif untuk membantu guru dan bukannya untuk pengurusan pentadbiran guru besar atau penolong kanan?

Tuan Pengerusi, guru adalah tunjang pembinaan negara bangsa. Jangan biarkan mereka rebah dek bebanan fail dan papan kekunci sebelum mereka sempat mendidik anak bangsa kita di papan putih. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tebrau, silakan Yang Berhormat. Lima minit ya.

draft • 1:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Puan Pengerusi, Tebrau ingin mulakan dengan isu pembangunan dan pembinaan sekolah daif dan sekolah baharu di Parlimen Tebrau. Tebrau merupakan kawasan yang pesat membangun dengan pertambahan penduduk dan keluarga muda. Maka, keperluan terhadap sekolah baharu ini sentiasa meningkat.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri, status Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh, sebuah sekolah daif yang kini tengah dibina semula.

Selain daripada itu, Tebrau juga mohon [Batuk] Maaf ― status Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai 3. Apakah status pembinaan sekolah ini? Dan juga mohon status terbaru Sekolah Kebangsaan Taman Kempas Indah.

Saya nak sentuh sedikit tentang SK Taman Kempas Indah ini sebab dia sepatutnya mula sejak Mei 2022. Ini pun dari zaman sebelum kita jadi kerajaan ini.

Tapi sehingga kini masih belum siap. Apakah punca sebenar kelewatan ini? Adakah dia disebabkan masalah kontraktor, peruntukan ataupun isu teknikal? Dan apakah tindakan kementerian untuk memastikan projek ini dapat disiapkan segera demi untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan?

Selain daripada itu, juga minta penjelasan daripada kerajaan. Dua sekolah yang telah diumumkan di bawah RMK13 iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Setia Indah dan juga Kompleks Sekolah Bandar Layangkasa. Diharap isu-isu ini dapat diatasi.

Dan seterusnya, Tebrau juga ingin memohon Menteri untuk menjelaskan perkembangan terbaru SJK(C) Kuek Ho Yao dan juga SJK(C) Central Site, dua sekolah Cina baharu di kawasan Tebrau. Apakah status pembinaan kedua-dua sekolah ini dan bilakah ia dijangka boleh mula beroperasi?

draft • 1:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tebrau. Minta laluan sikit, Tebrau.

draft • 1:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya, boleh.

draft • 1:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh? Satu lagi, Dato’ Sri Pengerusi. Dah berubah pula dah kita punya Dato’ Sri Pengerusi. Saya mohon juga sekolah baharu, khususnya di Pekan Semenyih bagi menggantikan ― bukan

draft • 1:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

gantilah. Maksud, sebab apa? Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain itu dah penuh, dah padat dah. Sebab itu di Pekan Semenyih itu perlu — wajib Kementerian Pendidikan untuk membina satu sekolah baharu di Pekan Semenyih bagi menampung kepadatan para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain di Pekan Semenyih. Terima kasih Tebrau. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 1:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Baik. Walaupun di Tebrau, saya pun sokong juga pembinaan sekolah baharu di Hulu Langat. Ya, Butiran 01300 – Pendidikan Khas. Saya juga ingin menyentuh isu pendidikan khas seperti yang dibangkitkan oleh YB Rasah tadi. Saya juga menerima banyak pandangan daripada guru-guru di kawasan saya bahawa bilangan murid dalam satu kelas pendidikan khas ini kini makin meningkat eh. Kalau dibanding dulu, dia mungkin dalam lingkungan lapan orang dalam satu bilik pendidikan khas tapi kini dia meningkat kepada lebih 12 hingga 15 orang.

Saya nampak dalam bajet tahun ini, bajet untuk pendidikan khas telah dinaikkan daripada RM161 juta kepada RM199.5 juta. Saya rasa ini adalah satu langkah yang baik dan cukup tepat masa. Saya harap kementerian bolehlah pandang kepada isu-isu pendidikan khas ini sebab seperti yang kita faham, murid-murid dalam pendidikan khas ini dia memerlukan keperluan — dia memerlukan perhatian yang sangat khusus. Maka, kalaulah kelas itu terlalu ramai orang, saya tidak rasa guru- guru yang sedia ada ini dapat memberikan perhatian yang khusus kepada murid- murid dalam pendidikan khas ini.

Selain daripada itu, Tebrau juga ingin buat satu cadangan. Kini di bawah sistem Malaysia ini, taska dia berada di bawah KPWKM, manakala tadika, dia diletak di bawah KPM yang mempunyai kriteria yang berbeza. Namun, perkembangan kanak-kanak dari lahir hingga enam tahun merupakan satu proses yang berterusan.

Peralihan daripada taska...

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Tebrau, masa hampir tamat. Sila gulung.

draft • 1:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

...Ya, ada 40 saat lagi. Ya, peralihan daripada taska ke tadika sepatutnya mempunyai kesinambungan dari segi kurikulum dan perkembangan pembelajaran. Menurut Laporan OECD 2025, sebanyak 16 negara OECD dan negara rakan telah melaksanakan sistem pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang bersepadu seperti juga jiran kita di Singapura.

Maka, saya harap kerajaan boleh meneliti pendekatan ini dengan mempertimbangkan satu badan khusus untuk menyelaraskan kurikulum standard

draft • 1:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

pendidikan, latihan pendidik dan pemantauan taska serta tadika. Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 1:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Pertama, Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Sewaktu penggulungan perbahasan peringkat dasar pada 28 Oktober yang lalu, Kuala Kedah telah mencadangkan satu dasar pembangunan insan dan sahsiah murid bersepadu berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan. Saya menghargai persetujuan Yang Berhormat Menteri mengenai keperluan memperkukuhkan pembentukan karakter, nilai sahsiah, spiritual dan emosi murid melalui kurikulum persekolahan 2027.

Dalam Buku Anggaran Perbelanjaan, Outcome 3: Memperkukuh jati diri dan kerohanian, kementerian menetapkan penguasaan amali solat dan bacaan al-Quran sebagai indikator bagi murid Islam Tahun 6. Walau bagaimanapun, penguasaan dan kemahiran ibadah perlu diterjemahkan dalam bentuk penghayatan akhlak dan adab dalam kehidupan. Begitu juga bagi murid bukan Islam, aspek etika, moral dan nilai murni perlu diperkukuhkan. Apakah kementerian bersedia membangunkan kerangka penilaian sahsiah yang lebih menyeluruh dengan indikator keberhasilan yang jelas supaya pembangunan insan dapat dinilai secara sistematik sebagaimana pencapaian akademik?

Saya juga mencadangkan agar kementerian membangunkan kerangka pembentukan sahsiah secara berperingkat, bersesuaian dengan tahap umur dan perkembangan murid mulai dari pra sekolah hingga ke sekolah menengah. Apakah garis masa yang disasarkan oleh kementerian bagi pembangunan dan pelaksanaan kerangka tersebut?

Dato’ Sri Pengerusi, kedua, Butiran 040200 – Pentaksiran. Saya mengambil maklum langkah kementerian menjadualkan ujian mendengar dan bertulis SPM pada hari yang sama bagi mengurangkan ketidakhadiran calon. Namun, apakah kajian mendasari keputusan ini, khususnya dari sudut kesiapsiagaan mental dan psikologi serta keupayaan calon mengekalkan tumpuan ketika menghadapi dua bentuk pentaksiran yang berbeza pada hari yang sama?

draft • 1:06 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Dalam aspek pengendalian pula, permasalahan audio yang dibangkitkan baru-baru ini menimbulkan persoalan mengenai mekanisme jaminan kualiti peperiksaan. Apakah standard minimum peralatan audio serta mekanisme pengujian dan pengesahan kesiapsiagaan semua pusat peperiksaan sebelum ujian dilaksanakan? Sekiranya berlaku gangguan teknikal, apakah protokol tindakan pemulihan bagi menjamin keadilan kepada calon yang terjejas?

Dato’ Sri Pengerusi, ketiga, Butiran 050200 – Latihan Dalam Perkhidmatan.

Pada 23 November yang lalu, KPP menyatakan bahawa lebihan guru akan ditempatkan di sekolah yang mempunyai asrama bagi meringankan beban tugas warden sedia ada. Bagaimanakah pendekatan ini diselaraskan dengan dasar kementerian untuk mengurangkan beban tugas guru supaya mereka dapat memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran?

Dalam Hansard 28 Oktober yang lalu, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa bilangan pembantu warden akan ditingkatkan daripada 300 kepada 500 orang pada 2027. Apakah unjuran sebenar keperluan warden dan pembantu warden seluruh negara? Adakah sebahagian peningkatan peruntukan latihan ini dikhususkan untuk membangunkan kompetensi warden dalam aspek psikologi murid, pengurusan asrama, keselamatan dan pengendalian konflik? Dalam jangka panjang, adakah kementerian mempunyai hala tuju ke arah mewujudkan perjawatan warden profesional seluruh negara?

Dato’ Sri Pengerusi, keempat, Butiran 030200 – Pendidikan Rendah.

Berdasarkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, bilangan jawatan di bawah Butiran Pendidikan Rendah kekal sebanyak RM258,473 bagi tahun 2026 dan 2027.

draft • 1:06 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bagaimanakah KPM menyelaraskan perancangan perjawatan ini dengan pertambahan enrolmen-enrolmen susulan kemasukan murid berusia enam tahun wajib tahun 2029? Adakah keperluan tambahan akan dipenuhi melalui pengisian kekosongan sedia ada, penempatan semula atau pelantikan secara kontrak? Kajian OECD turut menekankan kepentingan perkembangan emosi, kemahiran sosial dan keupayaan mengawal diri dalam kesediaan kanak-kanak untuk bersekolah...

draft • 1:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Kuala Kedah...

draft • 1:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

...Adakah kementerian akan melaksanakan kajian...

draft • 1:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Kuala Kedah, masa hampir tamat, sila gulung ya.

draft • 1:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

...Ya, ya. Kajian longitudinal terhadap kohort kemasukan 2027 dan 2028, meliputi pencapaian akademik, perkembangan emosi, sosial dan kesejahteraan murid. Adakah keputusan pelaksanaan wajib pada tahun 2029 akan tertakluk kepada dapatan kajian tersebut?

Yang terakhir Dato’ Sri Pengerusi, P.63, 00102, 00201, saya ingin mendapatkan penjelasan khusus berkaitan infrastruktur pendidikan di Parlimen Kuala Kedah. Berapakah peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah rendah serta sekolah menengah di Parlimen Kuala Kedah bagi tahun 2027? Sekian, terima kasih.

draft • 1:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya Yang Berhormat Kota Belud, lima minit Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Pengerusi, P.63, 03700, P.63, 01300, B.63, 062500.

KPM menjelaskan bahawa peruntukan pembangunan turun 12.66 peratus kepada RM1 bilion untuk penyelenggaraan dipindahkan ke mengurus, tetapi jika dilihat, Program Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak tetap turun daripada RM469.7 juta kepada RM447.8 juta.

Daripada RM1.839 bilion peruntukan penyelenggaraan, hanya RM199 juta dikhususkan untuk sekolah di Sabah dan Sarawak sedangkan Sabah ada 446 projek pendidikan tahun hadapan. Kebanyakannya projek sambungan. Saya mohon pecahan berapa untuk Sabah, berapa untuk Kota Belud.

P.63, 00102, B.63, 062500. Kalau dilihat di dalam buku anggaran mendakwa 100 peratus bangunan daif skala 7 telah dibangunkan semula atau dinaik taraf, tetapi melalui slaid taklimat kementerian sendiri menunjukkan, daripada 409 projek sekolah daif yang diluluskan sejak tahun 2023, hanya 55 telah siap setakat 13 Oktober lalu.

Sebanyak 230 projek belum pun mula dibina. Sabah masih ada 968 sekolah dengan bangunan daif skala tujuh tetapi hanya 252 sekolah Sabah dalam senarai tahun hadapan.

draft • 1:11 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi, kelewatan pembinaan sekolah daif ini pernah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2022. Saya ingin tanya, setelah hampir empat tahun, apakah penambahbaikan dia dari segi isu mengemukakan permohonan, tanah, utiliti dan sebagainya, khususnya di Sabah, apakah pembaharuan yang telah dibuat? Kalau dulu contohlah tiga bulan proses tender, sekarang berapa lama? Kalau dulu proses tanah enam bulan, sekarang berapa lama sudah?

Ini perlu jelas Tuan Pengerusi kerana jangan nanti Laporan Ketua Audit Negara ulang lagi isu yang sama macam kita ini tak pandai buat kerja. Saya juga ingin tahu, berapa projek daif di Sabah yang masih tersekat kerana tanah atau pun OC? Berapa kontraktor yang telah ditamatkan dan berapa sekolah daif dan yang permohonan dananya belum dikemukakan? Di Kota Belud, saya mohon satu senarai muktamad untuk Kota Belud, setiap projek, status fizikalnya dan tarikh siap.

Tuan Pengerusi, berkenaan SMK Narinang, di Kadamaian yang kini beroperasi dua sesi dengan 1,444 murid dan 52 kelas tetapi hanya 24 bilik darjah.

Saya dimaklumkan bahawa SMK Narinang akan mendapat 14 tambahan bilik darjah dan sedang dalam proses tender. SMK Narinang ini adalah salah satu sekolah menengah tertua di Kota Belud dan antara sekolah harian yang cemerlang baik dari segi akademik dan juga sukan.

Seingat saya sejak tahun 2019 lagi, kita sudah pun dimaklumkan bahawa SMK Narinang ini overloaded dan sememangnya memerlukan satu sekolah baharu.

Bayangkan sejak tahun 2019 lagi kita sudah bercakap tentang keperluan menambah satu sekolah menengah baharu di kawasan Kadamaian. Pada tahun 2024, saya juga pernah mengusul untuk lokasi sekolah baharu di kawasan Kadamaian but unfortunately, tuan tanah waktu itu dia meninggal.

Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, tambahan 14 bilik darjah itu tidak cukup untuk masa panjang dan it has to be di kawasan Kadamaian, bukan di kawasan Wario. Saya juga ingin bertanya lagi bila SK Narinang yang masih lagi bangunan kayu ini akan dimasukkan dalam Rolling Plan RMK13? Sudah tiga kali kena angkat, hendak pandai lepas-lepas.

Tuan Pengerusi, topik last kali yang paling penting iaitu PPKI di Kota Belud.

Rata-rata PPKI padat. Ada tujuh sekolah menengah yang ada PPKI, semuanya padat. Sebagai contoh, sepatutnya saiz kelas 20 darab 15 patut ada tujuh orang murid tetapi SMK Taun Gusi II sampai 28 orang murid dalam satu kelas. Macam kelas perdana sudah. Kelas sebelah pula 22 orang. SMK Usukan pula rata-rata kelas

draft • 1:11 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

dari Form 1 sampai Form 5, pendidikan khas antara 16 sampai 17 orang dalam saiz 10 darab 10, 10 darab 15. Sangat sempit.

SMK Arshad pun sama, sekolah rendah pun sama. Begitu juga guru-guru pendidikan khas terutamanya guru-guru sekolah menengah dan kalau kita — kalau boleh kita minta guru lelaki. Bayangkan hanya ada satu orang sahaja pembantu pengurusan murid lelaki seluruh Kota Belud. Merekalah yang membantu murid makan, membantu murid mengurus diri, mengawasi keselamatan.

Jadi, kalau murid lelaki PPKI sekolah menengah yang perlu bantuan ke tandas, macam mana lah itu? Saya juga pohonlah supaya kita menyediakan bajet untuk kokurikulum murid-murid PPKI. Kita sediakan banyak program sampai peringkat kebangsaan pun....

draft • 1:11 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat, masalah hampir tamat Yang Berhormat...

draft • 1:11 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

...Seingat saya Kota Belud dapat pingat lagi peringkat kebangsaan untuk sukan PPKI tetapi kenapa tidak ada bajet even untuk membuat program PPKI di kawasan sendiri pun tidak ada bajet. So, saya harap kementerian ambil tindakan untuk isu ini. Sekian, terima kasih.

draft • 1:11 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya, Yang Berhormat Kangar.

draft • 1:11 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya pergi kepada Butiran 010400 — Pengurusan Sumber Manusia. Saya mengambil maklum pengumuman KPM berhubung pengambilan seramai 20,000 orang pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG29 secara contract of service (COS) pada tahun 2026. Dan saya melihat langkah ini adalah satu perkembangan positif dalam usaha menangani keperluan tenaga pengajar di sekolah-sekolah di seluruh negara. Namun, persoalan saya, adakah pengambilan 20,000 guru-guru ini benar-benar berdasarkan pemetaan kekosongan guru mengikut negeri, daerah, sekolah dan opsyen mata pelajaran?

Tuan Pengerusi, saya turut ingin membangkitkan nasib graduan pendidikan daripada IPG, universiti awam dan swasta yang masih menunggu peluang untuk dilantik sebagai guru. Ramai dalam kalangan mereka menghabiskan masa bertahun-tahun mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan, melabur masa,

draft • 1:16 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

tenaga, wang untuk memperoleh kelayakan akademik dan profesional. Namun, timbul persoalan tentang peluang penempatan dan pelantikan mereka dalam perkhidmatan pendidikan.

Jadi, soalan saya kepada YB Timbalan Menteri, apakah unjuran sebenar keperluan guru bagi tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang? Apakah jaminan kementerian terhadap kesinambungan perkhidmatan guru COS?

Saya pergi kepada Butiran 030300 — Pendidikan Menengah. Isu ketiadaan guru Pendidikan Islam di PPKI di sekolah menengah. Jadi, isu ini nampak macam kecil tetapi dari segi perjawatan tetapi sebenarnya besar dari segi sudut hak pendidikan, pembangunan sahsiah dan masa depan murid berkeperluan pendidikan khas. Dan persoalan saya mudah. Adakah murid berkeperluan khas kurang berhak mendapat pendidikan agama berbanding murid arus perdana? Murid PPKI juga ada hak mempelajari asas akidah, ibadah, akhlak bacaan al-Quran dan aspek kehidupan sebagai seorang Muslim.

Dan soalan saya, apakah pelan Kementerian Pendidikan untuk memastikan murid-murid belajar Pendidikan Islam bagi murid-murid beragama Islam? Dan isu berkaitan PPKI, bilangan murid itu ramai terutamanya di SMK Tengku Sulaiman di Perlis. Jadi, Kangar memohon supaya kelas ini ditambah ataupun kos sekolah- sekolah baharu dibina.

Tuan Pengerusi, saya bagi butiran yang terakhir. Butiran 040300 — Pembangunan Kurikulum. Jadi, saya ingin merujuk kepada kenyataan media KPM, 5 November 2026 berkaitan jadual waktu murid berkaitan bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan juga bahasa Tamil di SJK(T). Saya amat musykil apabila KPM memutuskan untuk mengekalkan 12 waktu pengajaran seminggu bagi bahasa Melayu di SK, 12 waktu, bahasa Cina di SJK(C) 12 waktu dan juga bahasa Tamil di SJK(T) juga 12 waktu. Saya lagi musykil kerana 12 waktu mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil di SJK(C) dan di SJK(T).

Jadi, untuk pengetahuan tuan-tuan, untuk bahasa Melayu hanya tinggal 10 waktu sahaja di SJK(C) dan juga di SJK(T) 10 waktu. Sedangkan bahasa Cina, bahasa Tamil, 12. Ini berlaku. Jadi, pindaan Surat Pekeliling Ikhtisas KP 2027, 10 waktu untuk BM, 10 waktu untuk bahasa Cina dan bahasa Tamil. Tetapi berdasarkan kepada kenyataan media KPM, peruntukan jadual waktu bahasa Cina dan bahasa Tamil naik ke 12 waktu. Ini, ini yang berlaku. Jadi, apa cerita, KPM?

Jadi, bagaimanakah KPM memastikan penetapan ini selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa

draft • 1:16 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

perpaduan serta menjamin peluang yang saksama kepada semua murid untuk mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu?

draft • 1:16 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Malaysia sudah 69 tahun merdeka, 31 tahun lagi cukup 100 tahun. Adakah kita ingin kembali kepada zaman selepas merdeka? Saya cikgu Sejarah, saya juga terlibat dengan buat jadual waktu...

draft • 1:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat Yang Berhormat.

draft • 1:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

...Ya, saya faham.

draft • 1:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila gulung.

draft • 1:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

...Kita mahu rakyat Malaysia fasih berbahasa Melayu, bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan. Dan kita kena ingat juga orang Nepal, orang Bangladesh datang ke Malaysia, mereka cepat fasih bahasa Melayu. Jadi adakah kita ingin kembali kepada sistem pendidikan vernakular yang berasaskan kepada bahasa ibunda? Ke manakah arah tuju KPM untuk membawa rakyat Malaysia pada masa depan? Dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan secara rasmi diwajibkan diutamakan dalam sistem pendidikan dan urusan rasmi selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 17 Akta Pendidikan 1996.

Ini yang terakhir. Adakah — Tuan Pengerusi, adakah bahasa Cina dan bahasa Tamil lebih penting daripada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara? Jadi, saya ingin memohon penjelasan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih.

draft • 1:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih YB Kangar.

Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Bangi. Silakan Yang Berhormat.

draft • 1:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Saya rujuk kepada Butiran 062500 – Penyelenggaraan Institusi Pendidikan yang mana tahun ini dicadangkan sebanyak RM1 bilion. Awal bulan ini KPM telah membuka satu saluran khas PIBG atas talian yang membolehkan pihak PIBG Dato’ Sri Pengerusi dan pihak LPS untuk memohon terus kepada KPM untuk dana bagi sekolah. Ini saya fikir satu inisiatif yang cukup baik dan juga diterima baik oleh banyak pihak.

draft • 1:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Soalan saya, bagaimana KPM akan menentukan permohonan sekolah mana yang wajar dibantu dan juga jumlah yang akan disalurkan dan apakah kriteria yang akan diguna pakai? Saya juga ingin mendapatkan status terkini sekolah-sekolah baru yang diumumkan untuk dibina di dalam Parlimen Bangi termasuklah SK Taman Sutera, SK Alam Sari, SK Bandar Mahkota, Cheras dan SMK Bandar Mahkota, Cheras.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri kita kerana telah mengumumkan ataupun kerana telah mengusahakan supaya satu sekolah baru di Parlimen Bangi iaitu SJK(C) Bandar Mahkota, Cheras yang juga disambut baik oleh para penduduk di situ.

Kod 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya lihat di sini untuk tahun 2027, lebih kurang RM63 juta diperuntukkan untuk DBP ini, ketimbang RM68 juta untuk tahun ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, mengapa terdapatnya pengurangan untuk perbelanjaan mengurus DBP? Sebab kita khuatir pengurangan yang tercatat ini mungkin menjejaskan usaha DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Sememangnya kita tidak ada pertikaian bahawa semua kaum bebas belajar walau apa bahasa sekalipun. Namun, bahasa Melayu itu kita harus letak pada peringkat atau tempat yang lebih tinggi sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa itu adalah jiwa bangsa dan bangsa kita bangsa Malaysia, maka kita harus lipatgandakan usaha ke arah pemerkasaan bahasa Melayu.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan saya, Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada tujuh orang sasterawan negara yang telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai prinsip kedaulatan undang-undang untuk ditegakkan secara adil dan saksama tanpa pengecualian termasuk individu yang mempunyai kedudukan, kuasa, kekayaan dan pengaruh dalam masyarakat.

Kenyataan ini Dato’ Sri Pengerusi, tepat pada masanya dan juga membuktikan bahawa sastera dan seni itu perlu disulami dengan nilai dan prinsip.

Bila golongan elit dan golongan politik hilang arah dan tidak kenal dosa dan pahala, maka sastera dan seni harus bersuara sebagai hati nurani dan akal budi bangsa.

Soalan saya, apakah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memberi penghargaan dan juga menghargai sumbangan para sasterawan negara?

Saya difahamkan sebelum ini di bawah Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018,

draft • 1:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

2019, mereka diberi elaun RM5,000 sebulan. Saya ingin tahu adakah ini diteruskan dan jika ia diteruskan, saya ingin mencadangkan supaya elaun mereka ini dinaikkan sehingga ke RM8,000 sebulan sebagai penghargaan selain daripada keistimewaan lain.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Dato’ Seri A. Samad Said yang meninggalkan kita dua hari lepas. Allahyarham bukan saja seorang sasterawan negara, Dato’ Sri Pengerusi, tetapi juga seorang aktivis dan pejuang keadilan. Beliau, allahyarham tidak pernah gentar menyuarakan kebenaran kepada pihak berkuasa, speak truth to power bermula dari zaman perjuangan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke perjuangan menegakkan kebebasan, keadilan dan Malaysia yang lebih baik.

Kita bukan sahaja kehilangan seorang penulis dan penyair, malah kita kehilangan seorang sosok yang tidak pernah lekang, tidak pernah jemu mengingatkan kita bahawa negara ini dan rakyatnya berhak untuk kita perjuangkan.

Allahyarham Dato’ A. Samad Said telah pergi meninggalkan kita, namun legasi beliau akan menjauh melangkaui hayat allahyarham. Ia akan terus membugar dalam diri setiap anak pertiwi yang cinta pada tanah yang indah ini.

Akhir sekali, 602300 – Rancangan Pendidikan Malaysia. Yang Amat Berhormat Tambun semasa membentangkan belanjawan ada menyebut “kita tidak bina negara untuk satu fiskal tetapi satu generasi”. Kita bukan sekadar menyediakan infrastruktur, Dato’ Sri Pengerusi, tetapi kita ada tanggungjawab untuk membina jati diri dan menerapkan nilai-nilai dalam anak-anak kita...

draft • 1:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Bersedia untuk landing Yang Berhormat.

draft • 1:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik Dato’ Sri Pengerusi. Sebagai contoh, kita harus pupuk rasa jijik anak-anak kita pada sang koruptor dan bukannya mengangkat sang koruptor ini sebagai hero. Kita tanamkan sifat berani bersuara, sifat cintakan keamanan, sifat dahagakan keadilan. Kita pahat pada dada mereka sifat benci terhadap kezaliman, kebobrokan dan salah guna kuasa dan rasuah.

Pendidikan yang baik dapat memastikan bahawa mereka yang kita didik ini akan bijak memilih pemimpin. Jangan salah pilih nanti, kesal tak sudah.

Di Amerika Syarikat kita dah nampak, dah nak landing, Dato’ Sri Pengerusi.

Amerika Syarikat, dua tahun selepas Donald Trump menang besar, demokrat pula menang majoriti yang cukup besar di kongres. Sebab apa? Sebab rakyat US sedar bahawa yang mereka pilih itu sebenarnya gagal mengurus negara. Atau kita lihat di

draft • 1:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

negara jiran kita di Indonesia, saya ingat lagi sebelum ini semasa pentadbiran Presiden terdahulu di Indonesia, Indonesia dilihat sebagai satu rising star di rantau ini. Di mana Indonesia pada hari ini?

Mereka mengalami krisis ekonomi, rupiah lemah, bencana yang tidak dapat ditangani dan macam-macam lagi yang menimbulkan protes di seluruh negara tersebut. Kita bukan mahu cerca negara lain tapi kita harus jadikan pengalaman di negara lain sebagai pengajaran. Pilih pemimpin yang betul, jangan ikut rasa nanti binasa. Maka, dengan pendidikan sahajalah kita dapat jamin masa hadapan yang lebih baik untuk negara kita. Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 1:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah Yang Berhormat Bangi. Kita beralih ke Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 1:21 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Peruntukan pembangunan Kementerian Pendidikan bagi tahun 2027 dikurangkan daripada RM6.315 bilion kepada RM5.515 bilion, pengurangan sebanyak 12.66 peratus ataupun RM799 juta. Persoalannya, mengapakah ketika negara berhadapan dengan isu sekolah daif, bangunan uzur dan keperluan pembinaan sekolah baru, kerajaan memilih untuk mengurangkan hampir RM800 juta peruntukan pembangunan pendidikan?

Butiran 00102, peruntukannya turut dikurangkan daripada RM1.415 bilion kepada RM1.058 bilion. Pengurangan sebanyak RM350 juta. Adakah kementerian sudah menyelesaikan banyak infrastruktur sebagaimana yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini? Sebagai contoh di Kuala Krau, projek pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Gunung Senyum, Kuala Krau. Sekolah ini telah mendapat kelulusan sejak 5 Mac 2011, tanah seluas 10 ekar di kawasan tinggi juga telah dikenal pasti dan disediakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Kampung yang di bawah kepimpinan Tok Empat Haji Azman bin Haji Mohamad yang begitu prihatin dengan pembangunan pendidikan.

Namun, peruntukan projek ini telah ditarik balik sebanyak dua kali di atas alasan kos pembinaan yang tidak mencukupi. Keputusan terkini adalah untuk membina di tapak sedia ada dengan perubahan reka bentuk.

Soalan saya, berapa kos terkini pembinaan semula SK Gunung Senyum selepas perubahan reka bentuk tersebut? Adakah peruntukan projek ini telah

draft • 1:27 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

diluluskan dan dimasukkan dalam perancangan pembangunan 2027? Bilakah tender akan dikeluarkan dan bilakah kerja fizikal akan bermula? Jika pelan bangunan sudah siap, apakah lagi halangan yang menyebabkan projek ini belum dilaksanakan walaupun sudah 15 tahun menunggu pembangunannya?

030200 – Pendidikan Rendah. Saya ingin membangkitkan soal kebajikan pemimpin sekolah. Sehingga kini elaun tanggungjawab guru besar masih RM200 sebulan, manakala pengetua RM300 sebulan. Persoalannya, adakah kementerian menganggap tanggungjawab mengurus sebuah sekolah ini masih bernilai RM200 atau RM300 sebulan, sedangkan mereka bertanggungjawab mengurus ratusan malah ribuan murid, puluhan guru, kewangan sekolah, keselamatan, disiplin serta pelbagai arahan dan dasar kementerian.

draft • 1:27 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Lebih tidak munasabah, terdapat guru besar yang dari segi gaji hakiki dan gred perjawatan masih lebih rendah berbanding guru di bawah seliaan mereka sendiri. Apakah mekanisme kenaikan pangkat dan penggredan jawatan kepimpinan sekolah yang sedang dilaksanakan oleh KPM? Adakah kementerian menganggap perkara ini tidak menjejaskan motivasi guru untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah? Bilakah kali terakhir elaun guru besar dan pengetua disemak?

Apakah KPM telah mengemuka permohonan rasmi kepada JPA untuk menaikkan kadar elaun tersebut? Jika sudah, apa status dan cadangan kadar baharu itu? Dan, adakah kementerian bersedia menyemak semula skim perjawatan guru besar dan pengetua supaya lebih setara dengan tanggungjawab yang dipikul?

Dan keempat, mengapa masih terdapat ketidakselarasan antara gred jawatan, tanggungjawab, pentadbiran dan gaji hakiki pemimpin sekolah? Jangan sekadar menyatakan perkara ini di bawah bidang kuasa JPA, KPN ialah kementerian yang paling memahami beban tugas pemimpin sekolah. Apakah usaha konkrit yang telah dilakukan untuk memperjuangkan kebajikan mereka?

Tuan Pengerusi, Butiran 030200 – Pendidikan Rendah, 030300 – Pendidikan Menengah. Saya ingin membangkitkan isu pengambilan guru secara contract of service ataupun COS. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam Dewan yang mulia ini, seramai 5,632 guru COS ambilan 2023 telah menerima jawatan lantikan tetap daripada SPP.

Namun persoalannya, mengapa graduan pendidikan yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan termasuk graduan universiti awam, swasta dan di DPLI masih ada yang menunggu panggilan temu duga SPP? Sedangkan pengambilan

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

khas turut dibuka kepada graduan bukan pendidikan. Adakah KPM telah menyemak...

draft • 1:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila gulung Yang Berhormat.

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

...Jumlah graduan pendidikan berikhtisas yang masih belum mendapat penempatan sebelum melaksanakan pengambilan COS tersebut?

Saya ingin mendapat penjelasan, berapakah jumlah graduan pendidikan pasaran terbuka yang telah memohon, dipanggil temu duga dan masih menunggu penempatan bagi tahun 2026? Dan, apakah perancangan pengambilan guru tahun 2027 bagi memastikan graduan pendidikan sedia ada tidak terurus? Jangan sampai graduan yang telah bertahun dilatih sebagai guru terpaksa terus menunggu sedangkan kementerian masih memerlu tenaga pengajar. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 1:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Pasir Gudang.

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 1:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya merujuk Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Saya ingin membicarakan tentang keadaan sekolah di Pasir Gudang yang Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat ambil perhatian. Di Pasir Gudang terdapat banyak sekolah yang dah berumur 30 tahun dan lebih.

Contohnya, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1. Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1 berumur 30 tahun. Masalahnya, dia ada tiga blok bangunan, tiga-tiga itu retak. Lepas itu sistem wiring tiga-tiga blok sekolah itu rosak. Murid ada 368 orang.

Jabatan Forensik JKR Putrajaya dah datang dah bulan lepas, tapi usaha untuk memperbaikinya akan ada birokrasi.

Jadi, saya mohon sebagai Ahli Parlimen, dapat Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Pasir Gudang mengatasi masalah ini.

Bukan Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, sekolah yang lain pun ada masalah. Ada sekolah baharu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Seri Alam, baru sahaja tapi masalah kumbahan. Sekolahnya cantik, besar tapi masalah kumbahan, tandas bermasalah. Jadi, dapatlah. Kami, Pejabat Parlimen cuba bantu tapi kosnya agak tinggi. Satu lagi ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina

draft • 1:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Masai, 90 tahun. Masalah bumbung, kasihan mereka. Terpaksa adakan jamuan untuk kutip derma. Jadi, itulah perkaranya.

Yang kedua Puan Pengerusi, saya nak merujuk kepada Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Saya amat bimbang dengan keputusan ataupun dapatan PISA, P-I-S-A, Program for International Student Assessment tahun 2025 yang telah diterbitkan pada bulan September yang lalu oleh organisasi Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). PISA 2025 memberitahu kita profil pencapaian murid-murid menengah umur 15 tahun di Malaysia ini rendah sangat, di bawah purata OECD. Murid kita lemah dalam literasi sains, lemah dalam matematik dan bacaan, perkara yang asas.

Saya minta Kementerian Pendidikan dan Kabinet sendiri. Saya sukalah pertumbuhan ekonomi kita naik 5.5 peratus, KDNK, pelaburan datang negara kita bagus, tapi kita tumpu kepada sekolah. Keadaannya amat bimbang. PISA mendapati secara purata murid berusia 15 tahun di Malaysia berada kira-kira tiga tahun persekolahan ke belakang jika dibandingkan dengan negara lain. Ertinya, jika dibandingkan dengan negara-negara lain, pelajar-pelajar kita menengah ini tiga tahun merosot, mundur. Jadi, something wrong dalam sistem ini.

Puan Pengerusi, saya terus terang ingin menyebut di sini sistem laporan daripada PISA ini, sistem pendidikan Malaysia gagal melahirkan modal insan kognitif tinggi. Ini bukan saya kata, ini laporan daripada PISA.

Dan akhir sekali, dapatan kajian PISA menunjukkan murid dari kelompok 25 peratus sosioekonomi teratas, anak orang kaya-kaya lebih baik pencapaiannya, pencapaian akademiknya daripada murid kelompok 25 peratus sosioekonomi terbawah...

draft • 1:33 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat Yang Berhormat. Sila landing.

draft • 1:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

....Anak keluarga miskin. Ini masalah kelas ini. Kelas atasan, kelas bawahan. Jurang kaya miskin ini tergambar dalam pencapaian di sekolah. Jadi, mobiliti sosial gagal kita wujudkan dalam sistem pendidikan Malaysia. Jadi, saya harap Kementerian Pendidikan ambil perhatian pada dapatan PISA ini. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 1:33 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Tuaran. Silakan Yang Berhormat.

draft • 1:33 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Pengerusi. Tuaran merujuk kepada Maksud Bekalan B.63, Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Setelah 56 tahun pelaksanaan dasar 60:40, enrolmen — dalam enrolmen STEM. Enrolmen STEM pada 2024 hanya mencapai 50.83 peratus.

Skor Sains Malaysia dalam PISA pula merosot daripada 438 mata pada 2018 kepada 416 mata pada 2022 dan hanya mencatat 419 mata pada 2025 berbanding purata OECD sebanyak 482 mata. Malah 46.4 peratus murid tidak mencapai tahap penguasaan minimum Sains. Kita menghadapi dua masalah, enrolmen dan penguasaan Sains. Kita tidak boleh terus melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza. Sudah tiba masanya kita memperbaharui pedagogi Sains melalui Inquiry-Based Science Education atau IBSE seperti yang diamalkan di Perancis dan United Kingdom supaya murid seronok belajar Sains.

Semasa saya menerajui MOSTI, kami bersama Kementerian Pendidikan menubuhkan Pusat STEM Nasional berpandukan National STEM Learning Centre di York, United Kingdom.

draft • 1:38 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Guru dilatih supaya murid berani bertanya, menyiasat dan mencari jawapan sendiri. Pendekatan ini dirintis di beberapa sekolah di Lembah Klang. Malangnya, pusat tersebut kemudiannya ditutup.

Pada Februari 2024, MOSTI memaklumkan Kamar Khas bahawa terdapat usaha menghidupkan semula pusat tersebut. Apakah kesudahannya? Adakah Kementerian Pendidikan bersetuju bekerjasama dengan MOSTI untuk menghidupkan semula pusat ini dan kalau ya, bilakah ia akan beroperasi?

Sabah kini kekurangan 445 doktor perubatan, manakala industri pembuatan memerlukan jurutera dan juruteknik. Tuaran mencadangkan satu butiran peruntukan khusus bagi pelaksanaan Dasar 60:40 Sains dan Bukan Sains berserta KPI tahunan.

Ukurlah kejayaan berdasarkan peningkatan minat penguasaan sains dan enrolmen murid bukan sekadar bilangan guru yang dilatih.

Puan Pengerusi, Tuaran beralih kepada maksud Pembangunan P.63 Butiran 03700 – Program Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak serta Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan. Tuaran ingin bertanya, mengapakah peruntukan masing-masing berkurangan sebanyak RM21.95 juta dan RM55.53 juta, sedangkan keperluan masih mendesak. Setakat 30 Jun 2025, sebanyak 299 sekolah

draft • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

di Sabah mempunyai bangunan skala tujuh dan 332 sekolah mempunyai bangunan skala enam.

Tuaran menghargai lawatan Yang Berhormat Timbalan Menteri ke SMK Tenghilan dan SMK Tamparuli. Banyak terima kasih. Jadi, bilakah tender pembinaan semula diiklankan dan pembinaan disiapkan? Bilakah jejantas di hadapan SK Pekan Tamparuli akan dibina? Memandangkan kemalangan maut pernah berlaku di lokasi tersebut.

Kedua-dua sekolah menengah tersebut serta SMK Tun Fuad Stephens turut mengalami kesesakan. Justeru, pembinaan SMK Nabalu amat diperlukan bagi menampung murid daripada 10 sekolah rendah sekitar Pekan Nabalu. Lebih 10 SMK — lebih 10 tahun SMK Nabalu dirancang. Projek diluluskan pada 2023. Tapak telah diperoleh dan peruntukan telah disediakan. Namun, kos pemotongan bukit dan perlindungan cerun menjadi kekangan.

Tuaran bersedia menerima alternatif Sekolah Modal Khas Komprehensif K11 atau K9 dengan keutamaan kepada K11. Pusat Khidmat Parlimen Tuaran telah menetapkan 11 Disember 2026 untuk sesi libat urus di SK Giok. Surat jemputan telah diedarkan, Tuaran memohon Menteri Pendidikan hadir sendiri melihat keadaan tapak dan mendengar pandangan ibu bapa. Tuaran fleksibel...

draft • 1:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat Yang Berhormat. Sila gulung.

draft • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Mahu menggulung sudah. Tuaran fleksibel dalam pelaksanaan ini tetapi tegas dalam matlamat sebab ini sudah 10 tahun dan kita perlu laksanakan. Jadi, binalah SMK Nabalu dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada dan kita bincangkan apakah jenis sekolah yang kita akan bina. Jadi, Tuaran mahukan keputusan muktamad serta tarikh pembinaan dimulakan dan disiapkan. Sekian, terima kasih.

draft • 1:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Jerai.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 1:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang dan ruang untuk saya turut sama memberi pandangan dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa

draft • 1:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Kementerian Pendidikan dan terima kasih Timbalan Menteri yang turut hadir pada petang ini.

Tuan Pengerusi, Butiran 010500 – Tajaan Pendidikan. Setiap tahun pihak KPM menghantar pelajar tajaan ke luar negara bagi Pendidikan Islam terutamanya ke Jordan. Berapa peratus kah pelajar tajaan dapat kembali berkhidmat dengan jayanya seperti yang dihasratkan?

Sekiranya keberhasilan pencapaian tersebut mencapai 100 peratus, adakah pihak KPM mengkaji untuk menambah penghantaran pelajar ke luar negara agar sistem pendidikan mempunyai kualiti guru yang hebat?

Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, melibatkan kos RM90,338,600. Di antara fungsinya, merancang, mengurus, menyelaras, memantau, menilai keperluan dasar serta kualiti sumber dan teknologi pendidikan. Dengan fungsi tersebut, apakah bahan teknologi dalam pendidikan seperti Smart TV?

Banyak kemudahan yang diperoleh dan menjimatkan masa dan sesuai Pembelajaran Pemudahcaraan (PdPC) di abad ke-21.

Namun, penggunaannya sudah tentu berkait dengan kelajuan capaian internet di sesebuah sekolah. Saya mohon mencadangkan agar pihak KPM memberi keutamaan penggunaan Smart TV di seluruh sekolah dengan kursus penggunaannya kepada semua guru. Dan saya ingin tahu apakah ciri-ciri utama sekolah untuk menerima peralatan tersebut, adakah pihak kementerian mempunyai statistik sekolah yang tersedia dengan Smart TV? Butiran 040300 – Pembangunan Kurikulum. Kurikulum Persekolahan 2027 yang baru telah mula digerakkan. Menjelang tahun 2031, penggunaan dan akses KP 2027 dapat diselesaikan dengan secara menyeluruh. Dapatan hasilnya sudah tentu daripada meneroka pelbagai ilmu dengan minat serta potensi diri yang mewajahkan karakter sehinggalah mengikuti laluan yang diceburi di peringkat pengajian tinggi dan membantu karakter, pembentukan karakter dan erti karakter itu ialah sifat atau ciri perwatakan yang berbeza dengan seseorang yang lain.

Dalam kata lain, mengikut KP27, membentuk tingkah laku kemenjadian warganegara yang sejahtera dan serta berperwatakan positif. Saya tertarik dengan keberhasilannya nanti generasi yang memiliki kompetensi, sahsiah jati diri, berdaya tahan dan yang utamanya, berwajah dan berkarakter bangsa Malaysia. Ini diperakukan dalam membentuk KP27.

Tuan Pengerusi, khazanah warisan yang dipupuk sejak sekian lama melangkaui Nusantara, tulisan jawi telah dimasukkan dalam KP27. Syabas dan

draft • 1:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

tahniah diucapkan. Seperti yang dihasratkan, karakter pelajar keberhasilannya mempunyai watak dan tiga laku yang positif mempertahankan warisan negara yang dibangunkan dalam KP27 ini.

Hal ini amat penting bagi meletakkan warisan negara melekat di sanubari pelajar untuk kesinambungan generasi seterusnya. Saya memperkatakan hal ini kerana pelajar Melayu beragama Islam mendominasi dalam arus perdana sudah semestinya warisan tulisan jawi yang diletakkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terus diperkasakan dan dipertahankan untuk generasi seterusnya.

Dan Butiran 050300 – Pendidikan Menengah. Saya merasa terkesan dengan kematian mengejut melibatkan murid sekolah di awal usia berlaku di Kedah dan di Perak. Tragisnya, laporan polis melaporkan terdapat kesan jerutan dilahirkan.

Dengan kesan yang tersebar luas ini menandakan bahawa pihak KPM perlukan strategi baharu sepantas cabaran yang baru muncul seperti permainan dalam talian yang cukup popular dalam generasi muda hari ini. Sehingga kedapatan keterujaan dengan permainan dalam talian ini menjadikan siang untuk tidur dan malamnya untuk berjaga. Semata-mata melayani permainan ini bersama rakan di seluruh Malaysia atau beberapa faktor lain menyebabkan munculnya kejadian melibatkan anak-anak di bangku persekolahan.

Modul kepimpinan perlukan perubahan yang berkesan bagi menangani kemelut kehilangan nyawa bukan sahaja berlaku di luar sekolah, malah paling mengejutkan berlaku dalam premis sekolah itu sendiri. KPM perlu menggerakkan satu mekanisme yang berkesan bagi menangani episod duka di sekolah...

draft • 1:43 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila gulung Yang Berhormat.

Masa hampir tamat.

draft • 1:43 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Dalam hal ini, sejauh manakah pihak KPM telah mengambil tindakan bagi menangani permasalahan tersebut. Setakat ini kita tidak boleh membiarkan faktor-faktor sekiranya ditemui faktornya merebak hingga meragut nyawa orang lain. Kematian mengejut dalam kalangan murid jika berleluasa menjadi tanda aras bahawa kelemahan dan tidak mencapai seperti peribahasa yang pernah diimpikan oleh KPM, “Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampah takkan sampai ke seberang”. Begitu juga dengan peribahasa terakhir ini, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Sekian.

draft • 1:43 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Libaran. Silakan Yang Berhormat.

draft • 1:43 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada B/P.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan. Saya mengambil maklum bahawa Peruntukan keseluruhan bagi Kementerian Pendidikan bagi tahun 2027 adalah sebanyak RM68.99 bilion. Peruntukan yang mengurus bagi tahun 2027 meningkat kepada RM63.47 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Namun, peruntukan pembangunan menurun sebanyak hampir RM800 juta atau 12.7 peratus daripada RM6.31 bilion tahun 2026 kepada RM5.52 bilion bagi tahun 2027. Persoalannya, mengapa peruntukan pembangunan dikurangkan sedangkan keperluan naik taraf sekolah daif dan penyediaan kemudahan asas masih mendesak khususnya di Sabah dan Sarawak?

Apakah pecahan peruntukan pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2027 mengikut negeri khususnya jumlah yang diperuntukkan kepada sekolah luar bandar di Sabah?

draft • 1:48 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk menyediakan hampir RM1.3 bilion bagi menaik taraf 682 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak.

Namun begitu, sejauh manakah peruntukan ini mampu menyelesaikan masalah asas infrastruktur sekolah yang berlarutan?

Sebagai contoh, asrama SMK Libaran. Keperluan ini amat mendesak. Kita dah menunggu hampir bertahun-tahun. Namun, keputusan sehingga hari ini kita tidak nampak. Apakah sekolah berasrama ini dapat dilaksanakan memandangkan anak-anak pesisir terutama sekali daripada Kuala Gum Gum – Dandulit yang jauh menempuh ke sekolah ini, menggunakan tambang sekolah RM10 setiap hari? Jika anak lima orang, bermakna RM50 satu hari dan dikali dengan 30 hari perbelanjaan yang cukup besar untuk orang tua menampung.

Tuan Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Selain isu infrastruktur, saya ingin menekankan isu kekurangan guru dan kepadatan murid dalam bilik darjah. Kedua-duanya mempunyai kesan yang langsung terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Saya mengambil maklum bahawa setakat Jun 2026, dianggarkan seramai 42,000 guru telah ditempatkan di Sabah. Namun begitu, masih terdapat sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berhadapan dengan kekurangan guru, khususnya bagi mata pelajaran tertentu. Keadaan ini menyebabkan guru terpaksa

draft • 1:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

mengajar di luar bidang kepakaran sekali gus menjejaskan kualiti bimbingan kepada murid.

Persoalan saya, berapakah jumlah sebenar kekosongan guru di Sabah setakat 30 Oktober 2026 mengikut daerah, sekolah rendah dan sekolah menengah?

Daripada jumlah kekosongan tersebut, berapakah yang melibatkan opsyen kritikal seperti matematik, sains, bahasa Inggeris dan pendidikan khas?

Apakah langkah intervensi segera daripada pihak kementerian untuk mengatasi isu kepadatan bilik darjah di sekolah luar bandar ini? Hal ini akan menjejaskan kualiti pembelajaran kerana kelas yang terlalu padat dan guru pula perlu mengendalikan bilangan murid yang terlalu ramai dalam satu sesi pembelajaran.

Puan Yang di-Pertua, sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk murid menimba ilmu, membina keyakinan diri dan mengembangkan potensi. Namun yang membimbangkan, kes salah laku buli meningkat sehingga 5,681. Kes yang telah direkodkan dalam tempoh Januari hingga Ogos 2026 sahaja berbanding tahun 2025, terutama dalam menangani isu keselamatan...

draft • 1:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila gulung Libaran.

draft • 1:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

...Murid di asrama, pemantauan warden, pengadilan aduan...

draft • 1:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat sila gulung.

draft • 1:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

...serta akauntabiliti pihak pengurusan.

Persoalan saya, adakah setiap sekolah berasrama mempunyai sistem penguasaan mencukupi dan mekanisme tindakan segera bagi menangani kes buli?

Apakah status terkini pemasangan CCTV di sekolah dan asrama khususnya di kawasan berisiko tinggi? Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 1:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Seterusnya kita beralih ke Yang Berhormat Batang Lupar.

Silakan Yang Berhormat, lima minit.

draft • 1:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi kerana memberikan kesempatan saya untuk berbahas bagi Maksud B dan P.63 Kementerian Pendidikan yang diperuntukkan sebanyak RM68.98 bilion.

draft • 1:53 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Butiran yang pertama Dato’ Sri Pengerusi ialah 00102 berkenaan dengan Rendah Akademik.

Dato’ Sri Pengerusi, saya ambil satu contoh sekolah di kawasan saya, iaitu di SK Tambak, Bahagian Betong, kawasan Pusa yang pada tahun 2019 yang lepas merupakan satu sekolah daif. Sekolah rendah Dato’ Sri, tetapi apabila telah dibaiki dengan bangunan IBS, sekolah tersebut telah terkeluar daripada status daif iaitu gred enam ataupun gred tujuh.

Tetapi yang malangnya Dato’ Sri Pengerusi, sekolah itu mempunyai beberapa buah bangunan. Hanya satu bangunan yang diberikan dengan IBS baharu tetapi bangunan-bangunan lain itu tidak dibaik pulih, tidak diselenggara. Tetapi bila saya semak dashboard Kementerian Pendidikan berkenaan dengan sekolah daif tadi, sekolah itu telah dikeluarkan daripada status gred enam ataupun gred tujuh sekolah daif.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah cara sekolah- sekolah yang telah dinaik taraf dengan bangunan IBS ini untuk mereka memohon semula supaya bangunan yang belum diselenggara itu dapat dibaik pulih demi untuk menyediakan keadaan yang kondusif kepada anak-anak di kawasan sekolah- sekolah yang dimaksudkan ini tadi lah.

Itu merupakan Butiran 00102 dan saya ada satu lagi berkenaan dengan gantian penuh SK Tuanku Bagus, Dato’ Sri Pengerusi. SK Tuanku Bagus ini dicadangkan dibina di tapak baharu yang melibatkan skop membina semula 18 bilik darjah, tiga bilik darjah prasekolah, tiga bilik darjah PPKI, satu bilik darjah prasekolah PPKI, asrama yang berkapasiti 80 orang, dewan makan dan juga 20 unit kuarters.

Saya difahamkan bahawasanya ia berada di peringkat VAA, iaitu value assessment setakat hari ini. Oleh itu, saya ingin mendapatkan unjuran tarikh bilakah projek ini akan dapat disiapkan? Adakah apa-apa masalah yang menghantui projek ini dan kalau ada timeline nya, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut supaya dapat kita monitor berkenaan pembinaan gantian baharu, gantian penuh SK Tuanku Bagus ini.

Butiran yang kedua yang ingin saya sentuh ialah Butiran 061800 berkenaan Penyertaan Pelajar di Peringkat Antarabangsa. Dato’ Sri Pengerusi, kalau kita sanggup membelanjakan sebanyak ini untuk menggalakkan penyertaan pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa, saya berpandangan kita juga perlu berlaku adil kepada para pelajar kita yang perlu menyertai pertandingan, baik di peringkat daerah, bahagian mahupun di negeri ataupun antarabangsa.

draft • 1:53 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya dimaklumkan ada di kalangan cikgu-cikgu kita yang terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membawa pelajar ke pertandingan- pertandingan luar daripada sekolah. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak kementerian melihat kepada kaedah ataupun mekanisme yang terbaik untuk menyediakan peruntukan khusus menampung kos pelajar dalam pertandingan di pelbagai peringkat termasuk kos pengangkutan, penginapan, makan minum serta yuran penyertaan untuk program-program ini.

Ini amat penting Dato’ Sri Pengerusi, kerana bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman luar bandar yang jauh, ibu bapa ataupun cikgu-cikgu terpaksa menanggung kos perjalanan yang tinggi. Kalau kita menggunakan sungai, kita terpaksa menanggung kos bot ekspres dan sebagainya. Kalau kita menggunakan jalan darat, kita terpaksa menanggung kos kereta. Kereta itu pun merupakan kereta cikgu-cikgu, kereta-kereta yang mak bapa sendiri yang sediakan.

Kita tidak mahu kekangan kewangan menjadi penghalang kepada para pelajar di kawasan luar bandar untuk mengembangkan bakat mereka dan potensi mereka, apatah lagi sehingga membebankan para guru yang banyak mengorbankan masa dan tenaga demikian kejayaan anak-anak didik mereka.

Sehubungan itu, adakah pihak kementerian bercadang untuk menyediakan...

draft • 1:53 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa, hampir tamat Yang Berhormat, bersedia untuk landing.

draft • 1:53 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Okey Dato’ Sri.

Sehubungan itu, adakah pihak kementerian bercadang untuk menyediakan peruntukan khusus atau mewujudkan mekanisme tuntutan perbelanjaan yang lebih menyeluruh bagi membiayai penyertaan pelajar dalam pertandingan di pelbagai peringkat dengan mengambil kira faktor geografi dan kos perjalanan sebenar?

Akhir sekali, Dato’ Sri Pengerusi. Sebagai kesimpulan, saya berharap agar peruntukan besar yang disediakan kepada Kementerian Pendidikan dapat dimanfaatkan oleh anak-anak di luar bandar. Baik dari segi penyediaan infrastruktur yang selamat dan kondusif mahupun akses kepada peluang pengembangan bakat dan potensi pelajar. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya mohon menyokong.

draft • 1:53 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Silakan Yang Berhormat.

draft • 1:53 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Pengerusi.

Kulim-Bandar Baharu mohon tujuh minit sebab masa rehat dipotong. Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia.

Tuan Pengerusi, isu pertama berkaitan dengan status pelantikan tetap pegawai perkhidmatan pendidikan lantikan contract of service (COS) pada tahun 2023. Kenyataan media kementerian bertarikh 13 November 2026 memaklumkan bahawa setakat 12 November, seramai 5,632 daripada 5,840 pegawai telah menerima surat tawaran pelantikan tetap daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

draft • 1:59 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Pada masa yang sama, mereka turut menerima surat pelantikan lanjutan secara berfasa, sedangkan arahan penempatan belum dikeluarkan pada seorang pun.

Justeru, apakah jaminan kementerian bahawa surat perlanjutan kontrak tersebut tidak menjejaskan tawaran tetap mereka dan bahawa arahan penempatan akan dikeluarkan mengikut jadual pada Disember 2026? Bagaimana pula kedudukan baki 208 orang pegawai iaitu 29 orang yang masih dalam tindakan SPP dan 179 orang yang dikatakan belum memenuhi syarat termasuk kelayakan ikhtisas dan tahap CEFR C1 bagi opsyen bahasa Inggeris? Adakah mereka akan diberikan tempoh dan bantuan untuk melengkapkan syarat tersebut atau adakah kontrak mereka akan ditamatkan?

Persoalan ini menjadi lebih besar apabila dikaitkan dengan guru Lantikan Kontrak Interim atau LKI. Menurut jawapan Timbalan Menteri di Dewan pada 23 November 2026, seramai 29,784 pegawai pendidikan telah dilantik secara kontrak interim sejak September 2024. Kaedah baharu lantikan tetap penjawat awam telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada sejak 12 Julai 2023, tetapi masih belum dimuktamadkan lebih tiga tahun kemudian, sedangkan kontrak interim tiga tahun yang terawal akan mula tamat pada awal tahun 2027. Adakah jaminan kerajaan bahawa guru LKI ini tidak akan teraniaya atau tercicir daripada pelantikan tetap sekiranya kajian kaedah baharu ini terus berlarutan?

Butiran 050100 – Latihan Pra Perkhidmatan. Tuan Pengerusi, isu kedua iaitu berkaitan guru iaitu kelayakan mereka yang mengajar di bilik darjah bagi menampung kemasukan murid Tahun 1 pada usia –– tahun 2027 kementerian menawarkan pelantikan kepada 3,150 calon COS yang akan memulakan tugas pada

draft • 2:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

7 Disember 2026. Mereka adalah graduan pendidikan yang perlu menamatkan Diploma Pra Siswazah Pendidikan di institusi pendidikan guru dalam tempoh kontrak. Maknanya murid berusia enam tahun pada tahun pertama di sekolah akan diajar pada guru masih belajar untuk menjadi guru dan guru pula menanggung kos mereka sendiri.

Butiran kod 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Tuan Pengerusi, isu seterusnya ialah berkaitan dengan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan ataupun TBBK. Guru yang cemerlang tidak sewajarnya terus menunggu kenaikan kelambatan birokrasi. Saya ingin bertanya, berapakah tempoh purata dari tarikh seorang guru genap tempoh kelayakan hingga tarikh kenaikan pangkat TBBK diluluskan bagi tahun 2025 dan 2026?

Dan berapakah ramai guru yang masih menunggu? Adakah kenaikan pangkat ini berkuat kuasa dari tarikh guru genap tempoh kelayakan? Dan adakah tunggakan gaji dibayar sepenuhnya? Adakah kementerian bersedia menetapkan tempoh maksimum menunggu misalnya enam bulan?

Peruntukan Butiran 010400 – Pengurusan Manusia juga meningkatkan daripada RM156 juta kepada RM169 juta. Sebahagian daripadanya menunjukkan untuk mengemas kini Sistem Kenaikan e-PANGKAT dan juga mempercepatkan pengurusan lembaga kenaikan pangkat.

Bagi Butiran 062500 – Penyelenggaraan Institusi Pendidikan. Yang Berhormat Menteri saya mohon bagi 062500 – Penyelenggaraan Institusi Pendidikan — saya mohon, iaitu bagi sekolah...

draft • 2:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 2:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

SK Lubok Buntar, Kedah iaitu kod Sekolah KBA1005. Isunya ialah bumbung perabung patah, bumbung runtuh dan juga melibatkan dua orang pelajar cedera iaitu berlaku pada 28 Disember yang lalu hingga sekarang belum lagi dibaik pulih.

Yang kedua iaitu SJK(T) Ganesar iaitu yang sering menerima banjir kilat.

Satu jam atau dua jam telah menerima banjir kilat dan juga SK Terap iaitu satu- satunya sekolah yang belum ada pagar sekolah. Saya mohon kementerian melihat balik tentang keperluan ini. Baik, terima kasih.

draft • 2:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Klang.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 2:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman pemberian elaun sara hidup sebanyak RM2,500 kepada pelajar Tingkatan 6 melalui Belanjawan 2027 yang dijangka memanfaatkan kira-kira 90,000 pelajar di seluruh negara. Walau bagaimanapun usaha memperkukuh pendidikan Tingkatan 6 tidak seharusnya terhenti pada pemberian elaun mata-mata.

Saya juga ingin membangkitkan keperluan penyediaan kemudahan asrama kepada pelajar Tingkatan 6, khususnya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggal jauh dari pusat pengajian. Sebagaimana pelajar matrikulasi yang menikmati kemudahan penginapan, pelajar Tingkatan 6 juga sewajarnya diberikan akses kepada kemudahan yang setara mengikut keperluan mereka.

Ketiadaan kemudahan asrama menyebabkan sesetengah pelajar terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh setiap hari dan menanggung kos sewa penginapan dan pengangkutan yang membebankan keluarga. Sekiranya sebagian besar elaun RM2,500 tersebut terpaksa digunakan untuk menampung kos pengangkutan dan penginapan, sejauh manakah bantuan ini benar-benar dapat meringankan bebanan pelajar.

Justeru saya ingin meminta kementerian mempertimbangkan peruntukan khusus bagi pembinaan asrama di kolej Tingkatan 6 serta perluasan kemudahan asrama sedia ada kepada STPM. Saya juga pernah mencadangkan supaya kerajaan meneliti penyelarasan kalender akademik STPM dengan laluan pra universiti lain agar pelajar Tingkatan 6 tidak berdepan kelewatan yang tidak perlu untuk memasuki universiti awam.

Selain itu, saya ingin mengulangi cadangan supaya kerajaan mengkaji mekanisme penilaian kemasukan universiti yang lebih seragam, telus dan adil bagi memastikan pelajar STPM, matrikulasi dan asasi dinilai dengan mengambil kira perbezaan sistem penilaian pencapaian akademik masing-masing.

Sehubungan itu apakah perkembangan terkini kedua-dua cadangan tersebut dan apakah bentuk kerjasama antara Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi merealisasikannya? Adakah Kementerian juga mempunyai perancangan jangka panjang untuk menyediakan kemudahan asrama kepada Tingkatan 6 dan berapakah peruntukan yang disediakan bagi tuan tujuan tersebut?

draft • 2:04 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dato’ Pengerusi, saya berharap pemberian elaun RM2,500 ini menjadi permulaan kepada reformasi yang lebih menyeluruh merangkumi sokongan kewangan, kemudahan penginapan, penyelarasan kalender akademik dan kesaksamaan peluang kemasukan ke universiti awam. Sekiranya kita benar-benar mahu mengangkat martabat Tingkatan 6, pelajarnya juga harus diberikan kemudahan, sokongan dan peluang yang setara dengan pelajar daripada laluan pra universiti yang lain.

Dato’ Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan berhubung pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027, khususnya mata pelajaran baharu Alam dan Manusia bagi Tahun 1 dan 2 yang mengabungkan elemen sains. Adakah benar mata pelajaran ini akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu, termasuk di sekolah-sekolah yang melaksanakan dual language program DLP?

Jika benar, adakah ini bermakna murid DLP yang hanya akan bermula mempelajari sains dalam bahasa Inggeris apabila memasuki Tahun 3? Apakah rasional keputusan ini sedangkan murid DLP sebelum ini mempelajari sains dalam bahasa Inggeris sejak Tahun 1? Adakah kementerian telah menjalankan kajian impak dan rundingan dengan ibu bapa serta pihak sekolah? Saya ingin mencadangkan agar sekolah DLP diberikan pilihan untuk mengajar Alam dan Manusia dalam bahasa Inggeris bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid.

Mohon kementerian mengesahkan sama ada pelaksanaan DLP bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah menengah akan dikekalkan seperti sedia ada.

Dato’ Pengerusi, hanya perkara yang terakhir, satu perkara lagi berkenaan tentang sekolah Tamil SJK(T), saya difahamkan pengurangan murid di SJK(T) telah mengakibatkan pemindahan sekolah-sekolah. Telah diberitahu sebelum ini, namun begitu, kita perlu sedari bahawa sekolah SJK(T) bukan wujud semata-matanya.

Kita perlu mengangkat, martabatkan sekolah ini mengekalkan dengan cara memilih untuk pemindahan kepada kawasan lebih padat yang memerlukannya.

Dengan itu juga saya telah diberitahu sebelum ini, empat sekolah di kawasan Klang telah disenaraikan untuk dipindahkan. Tapi saya belum dapat jawapan di mana yang dia akan dipindahkan. Sekian terima kasih.

draft • 2:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seterusnya Yang Berhormat Sipitang. Silakan Yang Berhormat.

draft • 2:04 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi kerana memberikan kesempatan kepada Sipitang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia.

draft • 2:09 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, kawasan Parlimen Sipitang mempunyai keunikan geografi dan cabaran pentadbiran tersendiri kerana kawasan ini merangkumi Daerah Sipitang serta sebahagian pula di dalam Daerah Beaufort.

Untuk itu, Sipitang fokus terlebih dahulu di kawasan DUN N.35 Sindumin, Sipitang berkaitan permohonan infrastruktur kebajikan dan pemerkasaan pendidikan bagi mewujudkan persekitaran selesa dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Pertama di bawah Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur, Sipitang ingin membangkitkan keperluan menggantikan kantin sekolah yang uzur dengan bangunan baharu serta menyediakan ruang makan khusus bagi murid Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Seterusnya keadaan bangunan beberapa sekolah rendah yang masih menggunakan struktur kayu dan berada dalam keadaan uzur. Bangunan sedemikian perlu digantikan dengan bangunan kekal yang lebih selamat dan kondusif. Dari aspek keselamatan murid juga perlu diberikan perhatian melalui penyediaan tempat menunggu berbumbung di luar kawasan sekolah.

Kedua, dalam Butiran 01800 – Sumber dan Teknologi Pendidikan. Sipitang mencadangkan agar pembangunan dan pengoperasian STEM Hub daerah Sipitang diperluas kepada sekolah luar bandar dan pedalaman bagi membina rangkaian strategik.

Ketiga, dalam Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan.

Kebajikan guru tidak boleh dipinggirkan. Kita memohon agar rumah guru atau kuarters yang diperbuat daripada kayu dan telah uzur digantikan dengan kediaman baharu yang lebih selamat dan selesa.

Keempat, dalam Butiran 00900 – Asrama. Keperluan naik taraf dan menyelenggara kemudahan asrama desa di beberapa buah sekolah, iaitu Asrama Desa SK Melalia, SK Ulu Sipitang, SK Meligan dan SK Long Pasia. Kemudahan

draft • 2:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

seperti bilik tidur, tandas, ruang makan dan ruang belajar perlu berada dalam keadaan baik dan selesa. Sistem keselamatan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) juga wajar dipertingkatkan.

Seterusnya kita beralih di kawasan DUN Lumadan, Sipitang di bawah Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Sipitang memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan keutamaan dan mempercepatkan pelaksanaan projek baik pulih atau gantian penuh bangunan daif bagi tiga buah sekolah di bawah pentadbiran PPD Beaufort yang terletak dalam Parlimen Sipitang, iaitu SK Batandok, SK Garama dan SK Weston. Ketiga-tiga sekolah ini telah disenaraikan dalam RMK12, Rolling Plan 5.

Selain itu Sipitang turut memohon agar projek gantian penuh satu blok bangunan SK Luagan, Beaufort dapat dipercepatkan menerusi cadangan one-line item (OLI) dengan izin. Untuk makluman terdapat satu blok bangunan yang menempatkan empat buah bilik darjah berada dalam keadaan daif, tidak selamat dan tidak lagi boleh digunakan.

Pada kesempatan ini, Sipitang ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas penyaluran peruntukan awal sebanyak RM200,000.00 bagi kerja-kerja pengubahsuaian bilik-bilik khas untuk dijadikan ruang pembelajaran sementara. Bantuan ini amat dihargai. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang sentiasa prihatin dalam hal ini.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, satu lagi persoalan besar yang perlu diberikan perhatian serius ialah masalah banjir yang saban tahun melanda kawasan Sipitang dan Beaufort. Oleh itu, Sipitang ingin merujuk kepada Butiran 00102 – Rendah Akademik, Butiran 00201 – Menengah Akademik, Butiran 03700 – Program Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak dan Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan.

Berdasarkan laporan PPD Beaufort bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, sebanyak 39 buah sekolah di daerah Beaufort dan Sipitang telah terkesan akibat banjir. Daripada jumlah tersebut, 33 buah merupakan sekolah rendah, tiga buah sekolah menengah termasuklah dalam— sebuah dalam Parlimen Sipitang iaitu SMK Gadong, dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina, SJK(C) dan sebuah kolej vokasional.

Daripada 33 buah sekolah rendah yang terkesan, sebanyak 14 buah terletak dalam Parlimen Sipitang, iaitu SK Lago, SK Suasa, SK Garama, SK Bangkalalak, SK

draft • 2:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Jabang, SK Lupak, SK Luagan, SK Kabajang, SK Bukau, SK Padas Damit, SK Gadong, SK Bentuka, SK Kebulu, SK Kepawa.

Justeru, bagi menangani isu banjir dan keadaan sekolah daif yang lebih berkesan, pihak berkaitan...

draft • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Sila landing, Yang Berhormat.

draft • 2:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

...Telah mengemukakan permohonan pada bulan Ogos dan September pada tahun lalu untuk mempertimbangkan pemindahan beberapa sekolah ke tapak baharu yang lebih selamat, iaitu SK Lago, SK Suasa, SK Bukau, SK Lumadan, SK Batu 60 dan SK Klias Baru. Manakala bagi dua buah sekolah, SK Padas Damit dicadang dibina sekolah baharu yang menggabungkan kedua-duanya.

Dato’ Pengerusi, yang terakhir Sipitang juga ingin menyentuh secara khusus kepada Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur mengenai permohonan pemindahan dan penyelesaian sekolah daif di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk Rolling Plan 1 pada tahun ini.

Sebanyak sembilan permohonan telah dikemukakan termasuk empat permohonan melibatkan sekolah-sekolah dalam Parlimen Sipitang namun sehingga kini dukacitanya belum ada satu pun permohonan tersebut diluluskan. Bagi Rolling Plan 2 pada tahun hadapan sebanyak tiga permohonan telah dikemukakan termasuk dua permohonan bagi sekolah dalam Parlimen Sipitang.

Seterusnya bagi Rolling Plan 3 pada tahun 2028, sebanyak empat permohonan telah dikemukakan termasuk dua permohonan lagi melibatkan sekolah di kawasan kami. Mewakili warga Sipitang, Sipitang memohon jasa baik dan perhatian serius daripada Yang Berhormat menteri serta seluruh kepimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua permohonan yang telah dikemukakan ini diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Jangan biarkan jarak geografi menjadi batas pertimbangan, jangan biarkan kedudukan pedalaman menjadi alasan untuk anak-anak kami terus dalam keadaan serba kekurangan. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Sekarang giliran Yang Berhormat Baling, silakan Yang Berhormat. Lima minit.

draft • 2:10 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Dato’ Pengerusi, Butiran 062400 – Bantuan Awal Persekolahan. Baling menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menaikkan bantuan awal persekolahan daripada RM150 kepada RM200 bagi tahun 2027. Namun dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, harga pakaian seragam, kasut, beg sekolah dan alat-alat tulis juga semakin membebankan ibu bapa khususnya keluarga yang berpendapatan rendah di luar bandar.

Bayangkan sebuah keluarga yang mempunyai lima atau enam orang anak yang masih bersekolah. Berapakah jumlah yang perlu mereka sediakan setiap kali menjelang sesi persekolahan? Justeru, Baling ingin mencadangkan supaya kadar bantuan ini dinaikkan sedikit kepada sekurang-kurangnya RM300 bagi setiap murid daripada keluarga pendapatan rendah di samping mengekalkan bantuan RM200 kepada murid lain.

Dalam masa yang sama, Baling mendapati bahawa kerajaan mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi bantuan ini. Tapi dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, hanya RM797.7 juta diperuntukkan. Di manakah baki RM202.3 juta lagi? Di bawah butiran manakah baki peruntukan ini disediakan? Baling juga memohon supaya bantuan ini disalurkan sebelum bermulanya sesi persekolahan agar ibu bapa mempunyai ruang untuk membuat persediaan lebih awal.

Butiran 062500 – Penyelenggaraan Institusi Pendidikan. Ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan penuh harapan dan kepercayaan bahawa anak-anak mereka berada dalam persekitaran yang selamat. Namun, isu buli, gangguan seksual, pergaduhan, pencerobohan kawasan sekolah serta keadaan infrastruktur yang tidak selamat menimbul kebimbangan di kalangan ibu bapa.

Baling mengambil maklum bahawa kementerian menyediakan RM15 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup pada tahun 2027. Namun, keselamatan sekolah tidak boleh bergantung kepada pemasangan CCTV semata-mata. Ia memerlukan suatu ekosistem keselamatan yang menyeluruh.

Baling ingin mendapatkan penjelasan. Pertama, adakah kementerian telah melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh di semua sekolah termasuk sekolah yang berasrama dan sekolah di luar bandar?

Kedua, berapakah jumlah daripada peruntukan penyelenggaraan RM1 bilion ini yang akan digunakan khusus untuk meningkatkan keselamatan fizikal sekolah termasuk pembaikan pagar, pencahayaan, pendawaian elektrik dan infrastruktur

draft • 2:16 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

berisiko? Baling mencadangkan supaya setiap sekolah mempunyai penilaian risiko keselamatan secara berkala dengan kerjasama pihak PDRM, PIBG dan komuniti setempat. Janganlah apabila berlaku tragedi barulah kita hendak memeriksa tahap keselamatan sekolah. Nyawa dan keselamatan anak-anak tidak boleh dikompromi.

draft • 2:16 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Butiran 030200, 030300, 050200. Baling juga ingin menyentuh soal kewibawaan guru khususnya guru-guru yang diberi tanggungjawab mengurus disiplin murid. Kita mahukan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai adab, akhlak, disiplin dan menghormati guru.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat, Yang Berhormat. Sila gulung.

draft • 2:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Baling pun mahu benarkan guru bertindak sewenang-wenangnya. Sebarang tindakan disiplin mesti berasaskan kepada pendidikan, tidak dilakukan kerana kemarahan dan tidak membawa kepada penderaan. Dalam masa yang sama, Baling mencadangkan supaya, pertama, guru disiplin diberikan latihan khusus dalam pengurusan tingkah laku pelajar, psikologi remaja, kaunseling dan tatacara penguatkuasaan. Yang kedua, guru disiplin diberi pengurangan bebanan tugas lain serta dipertimbangkan pemberian elaun khas yang bersesuaian dengan tanggungjawab mereka.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

draft • 2:20 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Akhir sekali, kejayaan sistem pendidikan negara bukan hanya diukur berdasarkan kecemerlangan akademik tetapi juga sejauh mana kita menjaga kebajikan murid, menjamin keselamatan mereka dan melahirkan generasi yang beradab dan berakhlak mulia. Sekian, terima kasih.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Keningau. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya merujuk terus kepada Butiran 062500 – Penyelenggaraan Institusi Pendidikan, RM1 bilion. Kini Sabah terkenal sebagai negeri yang mempunyai ratusan sekolah daif dan perlu dibina semula, dinaik taraf atau dibaik

draft • 2:21 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

pulih. Keningau ingin bertanya. Berapakah sekolah daif di Sabah yang berkategori lima, enam dan tujuh dan berapakah yang akan dibaiki pada tahun 2027?

Muka surat 523 – Pendidikan Awal, Pendidikan Rendah dan Pendidikan Menengah dan Butiran 020100 – Dasar Pendidikan dan Butiran 03700 – Program Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak, RM447 juta.

Sabah adalah di antara yang termundur dan paling buta huruf di Malaysia dengan keputusan peperiksaan yang terakhir. Keningau ingin bertanya. Apakah perancangan terbaru dan tindakan kementerian untuk menangani masalah tersebut?

Keningau juga ingin mencadangkan supaya kementerian mengkaji dan merangka satu pendekatan baharu terhadap dasar pendidikan dan cara pengajaran dan pembelajaran di Sabah untuk meningkatkan tahap prestasi.

Keadaan ini disebabkan keadaan pendidikan di Sabah dan Sarawak berlainan dengan keadaan di Malaya. Bangsa dan bahasa pun lain, budaya dan gaya hidup berbeza, cara mengajar dan mendidik mungkin perlu disusun balik. Kesusahan pelajar pergi balik ke sekolah pun boleh memberi kesan negatif kepada minda pelajar untuk belajar. Mungkinkah pendekatan baharu dan dasar pendidikan baharu diperlukan untuk meningkatkan prestasi pendidikan di Sabah?

Butiran 060600 – Bantuan Sukan, RM68 juta dan Butiran 03400 – Program Pembangunan Sukan, RM34.2 juta. Murid sekolah Sabah konsisten menjuarai sukan sekolah di peringkat kebangsaan. Maka, Keningau ingin membangkitkan tiga perkara.

Pertama, sekolah-sekolah di Sabah harus disempurnakan dengan fasiliti dan kelengkapan sukan yang mencukupi untuk mencungkil bakat dan pelatihan bakal bakat-bakat yang terpendam. Kedua, kewangan yang mencukupi untuk pembangunan dan pengelolaan sukan. Yang ketiga, bantuan kewangan untuk pasukan dan peserta yang mengambil bahagian di peringkat kebangsaan yang sering kali berlaku di Malaya. Untuk pasukan dan rombongan sukan ini yang perlu terbang dari Sabah ke Semenanjung. Maka, ini juga perlu ditangani. Butiran 060900, muka surat 531, Rancangan Makanan Tambahan, RM869...

draft • 2:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat, masa hampir tamat.

draft • 2:21 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

...Juta.

draft • 2:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Tolong rumuskan.

draft • 2:21 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

...Dan Butiran 061400 – Bantuan Makanan Prasekolah. Satu fakta nyata adalah zat makanan

draft • 2:21 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

mencukupi perlu untuk murid-murid pelajar prasekolah. Maka itu, dicadangkan supaya bekalan perbekalan makanan ini dibekalkan, dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Sabah secara berautonomi. Ini disebabkan Sabah boleh membekalkan susu segar 100 peratus dan ini UHT berasaskan susu segar bukan yang dicampur dengan gula. Air di ampur dengan gula dengan harga yang lebih murah iaitu RM2.

draft • 2:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat Yang Berhormat. Sila landing.

draft • 2:21 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya. Berbanding dengan RM2.50. Jadi, saya cadangkan ini dibekalkan di Sabah sendirilah. Sekian, terima kasih.

draft • 2:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Keningau. Seterusnya, Yang Berhormat Setiu. Silakan Yang Berhormat, lima minit.

draft • 2:21 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Walaupun tujuh langkah mengurangkan beban tugas guru telah diumumkan, guru masih dibebani kerja perkeranian dan sistem dalam talian yang bertindih. Sejauh manakah tujuh langkah ini benar-benar berkesan dan bila tugas perkeranian ini akan diambil oleh sepenuhnya oleh kakitangan bukan guru?

Saya juga mohon kementerian menghapuskan budaya guru menunggu murid di pintu pagar sekolah. Adakah arahan jelas akan dikeluarkan kepada semua sekolah dan pejabat pendidikan daerah?

Perkara kedua di bawah butiran yang sama, kementerian sebelum ini mengumumkan pembukaan sehingga 20,000 jawatan guru kontrak bagi sekolah rendah. Walaupun begitu, difahamkan hanya 3,150 lantikan dibuat setakat ini.

Bilakah guru-guru kontrak ini akan diserap ke dalam jawatan tetap setelah memenuhi syarat ikhtisas?

Kekosongan jawatan seperti pembantu tadbir kewangan lambat diisi apabila berlaku persaraan atau pertukaran. Pejabat pendidikan daerah pula kekurangan pegawai. Bilakah kekosongan ini akan diisi?

draft • 2:27 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Butiran 040300 – Pembangunan Kurikulum. Guru perlu diberi autonomi dalam PdP dan pentaksiran tanpa terlalu banyak arahan. Bagaimanakah guru berpengalaman dilibatkan dalam penggubalan Kurikulum Persekolahan 2027?

Butiran seterusnya Butiran 030200 – Pendidikan Rendah.

draft • 2:27 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tahun 1 pada umur enam tahun dicadang menjadi wajib mulai 2029.

Berapakah pertambahan yang diperlukan dan sejauh manakah sekolah luar bandar sudah bersedia dari segi prasarana serta tenaga pengajar?

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Butiran 01300 – Pendidikan Khas. Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi

(PPKI) sedia ada terlalu padat dan murid-murid autisme kini kumpulan yang paling ramai. Adakah peruntukan ini akan membina kelas PPKI baharu dan mengasingkan kelas murid untuk golongan autisme ini?

Perkara kedua di bawah butiran yang sama. Murid pendidikan yang khas itu bertambah tetapi guru tidak bertambah. Berapakah guru PPKI baharu yang akan ditempatkan pada tahun 2027?

Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan. CCTV hanya dipasang di sekolah berasrama penuh dan dikendalikan oleh seorang pembantu warden lantikan sementara. Bilakah CCTV akan dipasang di sekolah-sekolah harian dengan mengambil kira kes buli semakin meningkat dan warden tetap bukan guru dilantik seperti pesara tentera dan polis?

Butiran 062400 – Bantuan Awal Persekolahan. Syarat mewajibkan ibu bapa hadir sendiri ke sekolah amat menyukarkan dan menyusahkan keluarga yang anaknya bersekolah di asrama yang terlalu jauh seperti Kemaman, Besut dan Kelantan. Adakah wakil waris atau surat kuasa bertulis dibenarkan bagi kes sebegini?

Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institusi Pendidikan.

Peruntukan ini berkurangan. Bolehkah setiap sekolah dibekalkan satu program pintar setiap tahun dan pencapaian internet luar bandar dipertingkatkan?

Butiran 03400 – Program Pembangunan Sukan. Pembangunan ini berkurangan dengan ketara, sedangkan masih ada sekolah tanpa gelanggang serba

draft • 2:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

guna. Bagaimanakah kementerian memastikan sekolah luar bandar tidak ketinggalan?

Butiran 062500 – Penyelenggaraan Institusi Pendidikan. Banyak sekolah lama di Terengganu masih berdepan atap bocor dan pendawaian rosak. Berapakah bahagian peruntukan baharu ini untuk sekolah di Terengganu?

Seterusnya, bilakah permohonan baik pulih padang bola Sekolah Kebangsaan Renek, Jabi akan diluluskan di bawah peruntukan khas penyelenggaraan dan naik taraf sekolah yang diumumkan kerajaan, memandangkan isu ini telah lama dibangkitkan?

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Butiran akhir sekali, Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan. Peruntukan ini berkurangan lebih separuh di Sekolah Kebangsaan Batu 29, Langkap. Rumah guru rosak teruk akibat sekian lama. Bilakah rumah guru ini akan dibaiki? Banyak kuarters guru yang rosak dari segi pendawaian elektrik dan sebagainya. 051000 – Perabot dan...

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat. Yang Berhormat, masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Setiu.

draft • 2:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, terima kasih.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 2:30 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih Puan Pengerusi. Yang pertama, Butiran 00201 – Menengah Akademik dan Butiran 03700 – Program Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak.

Saya ingin membangkitkan isu kritikal berkaitan kelewatan pembinaan SMK Sukau dan SMK Paris yang sekian lama beroperasi dengan bangunan asrama dan kemudahan asas yang daif.

Untuk makluman, Projek SMK Sukau telah bermula pada 19 Jun 2024 dan kontraktornya dijadualkan tamat pada 27 Disember 2026. Lebih kurang hanya sebulan lagi. Namun, kemajuan fizikal sehingga 13 November lalu baru mencapai 27.53 peratus. Lebih membimbangkan, projek ini telah bertukar subkontraktor sebanyak enam kali oleh kontraktor utama.

Antara punca kelewatan ialah perubahan reka bentuk padang dan balapan, penemuan batuan keras yang memakan masa hampir 120 hari untuk pengorekan

draft • 2:33 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

sahaja, gangguan bekalan simen dan konkrit yang tidak stabil. Kemelut ini bertambah rumit apabila subkontraktor berdepan notis penamatan kerja, sedangkan permohonan lanjutan masa kontraktor utama masih belum diluluskan.

Justeru, apakah pendirian kementerian terhadap kemelut ini? Adakah projek ini akan dilanjutkan sehingga Disember 2027 atau kontraknya ditamatkan dan ditender semula? Kalau subkontraktor yang diberikan bebanan pembinaan tersebut, lebih baik tamatkan kontraktor utama dan lantik subkontraktor sebagai kontraktor penyelamat.

Beralih kepada SMK Paris pula. Projek bangunan gantian penuh melibatkan 24 bilik darjah ini telah diluluskan sejak RMK yang ke-10 lagi. Namun, terus tertangguh akibat isu tanah, kelulusan pelan, pembangunan dan proses tender semula berulang-ulang kali.

Sehubungan itu, Kinabatangan menuntut laporan terperinci bagi kedua-dua projek ini, merangkumi kemajuan fizikal semasa, punca kelewatan, prestasi kontraktor, pelan pemulihan dan tarikh siap yang muktamad. Jangan sampai anak- anak kita masuk ke Tingkatan 1 sehinggalah tamat Tingkatan 5, sekolah baharu mereka masih kekal di awang-awangan.

Puan Pengerusi, kedua, Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan dan Butiran 00900 – Asrama. Cabaran pendidikan di Kinabatangan bukan sekadar menyediakan bilik darjah tapi bagaimana hendak memastikan murid sampai ke sekolah dengan selamat.

Misalnya, di kawasan pedalaman seperti Kampung Inarad. Ketiadaan sekolah menengah berdekatan memaksa murid menempuh perjalanan darat sehingga tiga jam dan pulang balik memakan masa sehingga enam jam.

Murid di SK Balat pula terpaksa meniti jambatan usang, malah ada yang terpaksa menaiki bot menyeberangi sungai setiap hari, berisiko diancam hidupan liar dan risiko bencana alam oleh faktor cuaca. Oleh itu, Kinabatangan memohon pembinaan jeti-jeti terapung di sekolah-sekolah persisiran pantai Kinabatangan seperti SK Balat, SK Mumiang dan sebagainya.

Puan Pengerusi, ketiga, Butiran 03503 – Ubah Suai Naik Taraf Institut Pendidikan dan Butiran 062500 – Penyelenggaraan Institusi Pendidikan. Saya mohon perhatian khusus kementerian terhadap keperluan mendesak sembilan sekolah berikut iaitu pertama, SK Sangau memerlukan tapak perhimpunan bekalan air bersih dan penggantian bangunan kayu yang sangat-sangat uzur.

draft • 2:33 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Kedua, SK Tanjung Arong memerlukan pembaikan jeti, pagar keselamatan sekolah pun tidak ada, CCTV, kemudahan pelupusan sampah, pentas, dewan tidak ada, asrama lagilah tidak ada. Ketiga, SK Pitas memerlukan pembaikan segera perigi sedia ada bagi mengatasi masalah bekalan air bersih.

Keempat, SK Mumiang memerlukan pembaikan jeti rawatan serangan anai- anai terhadap bangunan dan penambahan bilik darjah, bilik sains serta pusat sumber. Kelima, SK Bongon mempunyai bangunan akademik yang dilaporkan sudah tidak selamat lagi sehingga murid terpaksa berkongsi bilik darjah. Darjah 1 sehingga Darjah 6, satu bilik darjah sahaja, Menteri. Kesian dan terlalu kesian.

Keenam, SK Lubukan memerlukan pagar keselamatan, bahan pembaikan bilik darjah dan peruntukan khas penyelenggaraan. Ketujuh, SK Sungai Madang pula memerlukan pagar-pagar sekolah. Kelapan, SK Tanjung Batu memerlukan laluan bersimen berbumbung, dewan terbuka berserta tempat duduk penonton, pembaikan pendawaian bilik guru. Kesembilan, SMK Entilibon memerlukan penyelenggaraan segera bilik asrama yang sudah tidak dapat digunakan oleh kerana struktur bangunan sudah tidak selamat lagi.

Puan Pengerusi, yang keempat dan yang terakhir. Program pembangunan sukan bagi menyokong kokurikulum murid di luar bandar, terutama di Kinabatangan.

Masih banyak lagi sekolah-sekolah di Parlimen Kinabatangan ini yang tidak lengkap infrastruktur sukan yang asas. Belum bertanding lagi, sudah kalah.

Apa tidaknya? Terpaksa berlatih di tanah lumpur. Jika menang di peringkat negeri, untuk ke Kuala Lumpur bertanding lagi bagi peringkat kebangsaan. Tidak ada peruntukan untuk mereka pergi dan hasrat dan juga bakat mereka ini terpaksa ditanamkan oleh kerana kekangan kewangan yang tidak mampu disediakan oleh kerajaan dengan perbelanjaan yang berbilion-bilion setiap tahun.

Dengan itu mengakhiri ucapan, Kinabatangan mohon menyokong dengan syarat perkara yang dikemukakan ini diambil tindakan dengan segera. Sekian, terima kasih.

draft • 2:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.

draft • 2:33 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Puan Pengerusi. Yang pertama, Butiran 030000 – Operasi Pendidikan dan 030300 – Pendidikan Menengah. Saya ada menerima satu memorandum daripada Majlis

draft • 2:39 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Conforming) Malaysia. Ini memorandumnya.

[Menunjukkan senaskah dokumen] Dalam memorandum ini, menerangkan mengenai susur galur evolusi sistem persekolahan negara kita. Menurut memorandum ini, dalam Ordinan Pendidikan 1957 menetapkan bahawa sekolah-sekolah Cina— sekolah-sekolah menengah Cina dijadikan sekolah jenis kebangsaan bantuan penuh kerajaan.

Akta Pelajaran 1961 pula menetapkan bahawa sekolah-sekolah kita terdiri daripada sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah

draft • 2:39 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Seterusnya, Akta Pendidikan 1996 menetapkan bahawa sekolah-sekolah kita terdiri daripada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Seksyen 16 akta ini tidak lagi memasukkan sekolah menengah jenis kebangsaan sebagai satu kategori tersendiri tapi sekolah-sekolah SMJK ini masih wujud sehingga hari ini.

Jadi Pengerusi, untuk memperjelaskan situasi sebenar dasar negara kita, saya mohon kerajaan menjelaskan, apakah status sebenar SMJK conforming dalam sistem kita hari ini? Dan bolehkah kerajaan mengesahkan bahawa SMJK conforming ini adalah salah satu daripada kategori yang diiktiraf oleh kerajaan. Kita masih ada 81 sekolah yang termasuk dalam kategori SMJK dan mereka patut tahu status mereka.

Seterusnya, Butiran 060800 dan 030200. Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan keputusan tender bekalan makanan bermasak untuk sekolah-sekolah berasrama seluruh negara bagi tahun 2027 untuk tempoh tiga tahun.

Betulkan saya jika saya salah dalam hal ini, tetapi saya difahamkan Pengerusi, bahawa tender ini melibatkan 245 buah sekolah dan institusi dan jumlah keseluruhan kontrak ini bernilai mencecah sehingga RM2 bilion. Ini jumlah yang besar. Senarai pemenang tender telah dipamerkan dalam laman ePerolehan.

Semakan kasar terhadap senarai tersebut menimbulkan beberapa persoalan.

Contohnya, banyak kontrak bernilai jutaan Ringgit yang diberikan kepada entiti-entiti berstatus enterprise. Ya, saya faham sebelum ada yang nak tanya. Saya faham, bahawa perniagaan enterprise memang boleh menjalankan kontrak-kontrak yang mereka dapat.

Cuma, terdapat persoalan mengenai sejauh mana kemampuan kewangan mereka dan adakah kemampuan ini telah disemak dengan teliti oleh pihak kerajaan?

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dan adakah semuanya mematuhi peraturan perniagaan? Contohnya, membayar cukai pendapatan yang betul kepada LHDN.

Seterusnya, kita tahu bahawa sudah menjadi kebiasaan, kerajaan akan bayar sedikit lewat. Ada yang lama juga lewat pun ada kepada kontraktor-kontraktor ini.

Jika kerajaan lewat beberapa bulan, adakah pemenang-pemenang kontrak ini benar- benar mampu meneruskan operasi mereka? Banyak daripada mereka merupakan kontraktor baharu yang belum ada rekod.

Semakan kasar juga mendapati ada beberapa syarikat dan namanya agak terpesong daripada bidang yang — yang dia masuki. Contohnya, ada nama melambangkan mereka ini syarikat kawalan makhluk perosak, perniagaan kereta dan syarikat keselamatan. Mungkin ada kod bidang yang betul, tapi adakah kerajaan telah mengesahkan kemampuan mereka? Saya bukan nak salahkan pemenang ini.

Tapi ada aduan yang mengatakan apa yang berlaku sekarang— ini aduanlah ya.

Adalah penamatan khidmat syarikat-syarikat lama yang ada pengalaman untuk membawa masuk satu kartel yang baharu.

Pada masa yang sama, ada juga aduan yang menyatakan bahawa zaman MADANI ini bukan sahaja kos sara hidup naik, tapi kos komisen kepada broker kartel pun naik sehingga lima ke 10 peratus. Saya banyak kali beritahu kepada orang yang datang jumpa saya yang mengadu ini, buatlah laporan kepada pihak berkuasa. Tapi mereka yang mengadu ini tak berani nak buat sebab kalau buat aduan rasmi, takut nanti periuk nasi mereka ditutup untuk masa-masa hadapan. Tapi ini adalah tuduhan yang serius dan saya yakin kementerian pastinya nak membersihkan nama daripada tuduhan ini. Saya minta penjelasan daripada kerajaan dan mungkin boleh jelaskan, adakah SPRM ada menyiasat isu ini?

Pengerusi, yang akhirnya, tadi saya sebut sikit bahawa menjadi kebiasaan kerajaan bayar lewat kepada kontraktor. Ini pun sebenarnya satu masalah juga.

Kontraktor-kontraktor ini dia tandatangan kontrak yang diberikan oleh kerajaan.

Dalam kontrak itu, ada klausa mengatakan kerajaan mesti bayar dalam tempoh tertentu, 14 hari selepas invois diterima. Tapi dah jadi kebiasaan sangat bahawa kerajaan sendiri melanggar terma dalam kontrak yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Kerajaan langgar peraturan kerajaan sendiri. Jadi setakat hari ini, masih banyak kontraktor kebersihan sekolah yang tak dapat bayaran sejak bulan Julai lepas.

Saya ada banyak mesej WhatsApp. Dalam masa beberapa saat ini, saya nak baca sikit. Ini daripada satu PPD. “Salam. Untuk makluman semua, setakat hari ini tiada peruntukan yang diterima daripada KPM untuk bayaran kontrak KBK. Terima

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

kasih”. Ada orang tanya, “Dari bulan berapa?”. Kontraktor tanya, “Bulan berapa?”. Jawapan PPD, “Bulan Ogos. Tunggakan dah tiga bulan puan”, ini orang tanya. “Kami tak boleh bayar sebab PPD tak ada duit. Kami pun tunggu duit dari KPM”. Itu satu.

Satu lagilah saya baca sebab masa dah habis. “Salam”, ini daripada kontraktor. “Nak tanya PPD, masih belum terima peruntukan untuk bulan Ogos hingga bulan Oktober 2026 kah?”. Jawapan daripada PPD, “Waalaikumussalam. Ya, kami masih menunggu peruntukan tersebut untuk selesaikan pembayaran. Doakan semoga dipercepatkan duit disalurkan sebelum penutupan akaun”. Jadi, PPD minta tolong doa.

[Ketawa] Ini bagi saya tak adil kepada syarikat-syarikat kecil yang ikhlas menjalankan kerja mereka. Kita selalu dengar Pengerusi, kerajaan mengumumkan macam- macam kejayaan, menarik pelaburan berbilion-bilion Ringgit, tapi nak bayar kepada kontraktor sendiri pun tak ada duit. Jadi, kerajaan ini ada duit kah tak ada duit sebenarnya? Kalau betul berjaya membina ekonomi negara, kenapa bayaran kepada kontraktor sendiri pun tak mampu nak buat?

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Itu belum lagi masuk topik mengenai claim daripada Ahli Parlimen, tapi itu mungkin kementerian lain.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, masa sudah tamat.

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jadi, saya mohon penjelasan daripada Menteri bahawa kontraktor-kontraktor ini tidak akan terkesan dengan AP58 terutamanya. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Bukit...

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pengerusi, Pengerusi, peraturan tetap. Pengerusi, peraturan tetap 36(6). Saya nak minta Tasek Gelugor tadi tarik baliklah sebab itu sangkaan jahat tadi itu bila dia kata komisen di zaman Kerajaan MADANI ini naik kan. Kalau andai kata betul, ada tuduhan, marilah kita buat sama-sama buat laporan polis lah. Polis kah, SPRM kah, MCMC kah, laporan RELA kah, apa juga laporanlah yang boleh kita buatlah.

Jangan main tuduh-tuduh macam itu. Tak cantik. Tak baik pada saya kan.

Kalau andai kata ada, sebab kita tahu, bila kita buat laporan polis kah, SPRM ini, orang yang mengadu itu, maklumat tentang diri dia tu akan dirahsiakan. Jadi, tak ada istilah takut — pada saya lah.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak minta supaya Tasek Gelugor, sahabat, teman baik saya supaya tarik baliklah tadi itu. Itu tuduhan berniat jahat tadi itu. Kalau andai kata ada bukti, sila buat laporan polis ataupun SPRM. Saya minta Pengerusi supaya Tasek Gelugor dapat tarik baliklah tuduhan tadi itu. Tuduhan berniat jahat tadi itu.

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Pengerusi, saya pun sokonglah seruan daripada Hulu Langat ini supaya kontraktor berani untuk buat laporan dan kita dua-dua boleh menyokong mereka sekiranya mereka buat laporan itu.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.

draft • 2:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Bekalan B.63, Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Butiran 040300 puan pengerusi, pembangunan kurikulum.

Puan Pengerusi, saya difahamkan bahawa di bawah Kurikulum Persekolahan 2027, mata pelajaran Alam dan Manusia yang merangkumi Sains bagi murid Tahun 1 dan juga Tahun 2 akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu termasuk di sekolah yang melaksanakan Dual Language Programme, dengan izin, ataupun DLP.

Adakah ini bermakna murid DLP hanya akan mula mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris apabila mereka masuk Tahun 3? Apakah rasional perubahan ini sedangkan peruntukan bagi MBMMBI meningkat daripada RM128 juta kepada RM202 juta? Adakah kementerian bersedia mengekalkan pilihan untuk mempelajari mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Inggeris di sekolah DLP?

Persoalan seterusnya Puan Pengerusi adalah — apakah rasional menggabungkan mata pelajaran Sains dengan Pendidikan Kesihatan, Muzik, Seni, TVET dan Digital di bawah subjek Alam dan Manusia untuk Tahun 1 dan 2?

Bukankah mata pelajaran Sains itu penting dan sepatutnya dijadikan satu mata pelajaran sendiri dan khusus? Saya juga mohon untuk kementerian menjelaskan, sama ada terdapat sebarang perubahan kepada pelaksanaan DLP di peringkat sekolah menengah mulai tahun 2027.

Puan Pengerusi, saya bergerak kepada Butiran 050000 — Pembangunan Profesionalisme yang melihat peruntukan daripada RM678,222,500 pada tahun

draft • 2:46 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

2026 kepada sekitar RM699,000 iaitu sebanyak — satu peningkatan sebanyak kira- kira 3.2 peratus. Peningkatan peruntukan ini Puan Pengerusi amat dialu-alukan. Ia nya adalah berkenaan dengan kompetensi dan profesionalisme tenaga kerja pendidikan negara.

Saya ingin menitik berat berkenaan dengan kementerian kepada satu isu yang semakin membimbangkan iaitu keselamatan fizikal, emosi dan juga terutamanya mental murid-murid di sekolah. Sepanjang tahun 2026, kita telah menyaksikan beberapa insiden yang amat menyedihkan dan mengejutkan masyarakat. Perdana Menteri sendiri mendedahkan bahawa sebanyak 5,681 kes buli telah dilaporkan di seluruh negara antara Januari hingga Ogos 2026.

Pada 14 Oktober 2025, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang kemudiannya berusia 15 tahun semasa prosiding di mahkamah, telah menikam seorang rakan sekolahnya yang bernama Yap Shing Xuen sehingga maut dalam tandas sekolah di SMK Bandar Utama Damansara (4), Selangor.

draft • 2:46 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kita turut menyaksikan kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Setapak yang mencetuskan siasatan polis berhubung dakwaan buli termasuk diskriminasi kaum. Lebih mengejutkan Puan Pengerusi pada Oktober lalu, seorang pelajar berusia 16 tahun telah didakwa membunuh rakan sekolahnya bernama Irene Sofiya di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Puan Pengerusi, dalam peranan guru dalam sahaja adalah amat penting, mereka perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan emosi, kemurungan, keresahan trauma, masalah tingkah laku serta kecenderungan membuli atau menjadi mangsa buli. Ini semuanya di bawah tajuk mental illnesses ataupun simptom-simptom mental.

Simptom-simptom mental ini perlu diambil secara berat, Puan Pengerusi. Itu boleh — kita boleh lihat negara kami sekarang kini melangkah secara progresif dalam mengecam bahawa isu-isu mental ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu-isu medical. Seperti di mana kita telah pun menyahjenayahkan percubaan — the offence of attempted suicide dengan izin, Puan Pengerusi. Dan ini merupakan satu pendekatan yang penting dan saya berharap bahawa Kementerian Pendidikan akan mengambil langkah dan pendekatan ini.

Saya ada tiga soalan yang saya akan rumuskan sekarang, Puan Pengerusi.

Adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan latihan wajib dan berkala kepada semua guru, termasuk guru sekolah rendah bagi membolehkan mereka

draft • 2:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

mengenal pasti tanda-tanda awal mental, masalah kesihatan mental dan tekanan emosi?

Kedua, adakah modul latihan profesional sedia ada akan ditambah baik dengan memasukkan elemen psikologi kanak-kanak, pengurusan konflik dan juga intervensi awal?

Dan akhirnya, apakah langkah kementerian untuk memastikan setiap sekolah mempunyai akses kepada kaunselor terlatih dan rangkaian sokongan profesional supaya guru tidak terpaksa menangani kes-kes kompleks ini secara bersendirian?

Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Puan Pengerusi. Pasir Salak ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia dengan membawa tiga perkara, khususnya berkaitan nasib dan masa depan pendidikan anak-anak di kawasan luar bandar seperti di Parlimen Pasir Salak.

Pertama, Rancangan Makanan Tambahan (RMT). B.63 Butiran 060900 – Rancangan Makanan Tambahan, peruntukan RM869.66 juta, muka surat 531. Pasir Salak mendapati peruntukan Rancangan Makanan Tambahan kekal pada jumlah RM869.66 juta selama tiga tahun berturut-turut sejak 2025. Kadar bantuan pula masih RM3.50 sehari bagi setiap murid di Semenanjung Malaysia sejak November 2022.

Dalam keadaan harga ayam, telur, sayur-sayuran dan bahan mentah yang meningkat, sejauh manakah RM3.50 ini mampu menyediakan hidangan yang mencukupi dan berkhasiat kepada anak-anak kita? Lebih membimbangkan jumlah penerima RMT disasarkan meningkat kepada lebih 800,000 murid pada tahun 2027, sedangkan peruntukannya tidak berubah.

Pasir Salak ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, adakah kementerian bersedia menaikkan kadar RMT daripada RM3.50 kepada sekurang- kurangnya RM5 sehari bagi setiap murid di Semenanjung Malaysia.

draft • 2:52 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kedua, adakah kementerian bercadang memperluaskan kelayakan penerima RMT dengan mengambil kira jumlah tanggungan keluarga dan ketidaktentuan pendapatan golongan petani dan pesawah seperti di Parlimen Pasir Salak?

Ada keluarga yang mempunyai pendapatan melebihi sedikit daripada syarat kelayakan tetapi mempunyai ramai anak dan tanggungan. Janganlah kerana perbezaan beberapa ringgit dalam pendapatan ibu bapa, anak-anak daripada keluarga susah terpinggir daripada menerima bantuan makanan.

Yang keduanya, jurang pendidikan digital bandar dan luar bandar P.63 Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan, peruntukannya RM354.70 juta muka surat 534. Puan Pengerusi, dalam keghairahan negara memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan atau AI dalam pendidikan, Pasir Salak ingin menarik perhatian kementerian terhadap kesiapsiagaan sekolah- sekolah di luar bandar.

Berdasarkan maklumat pada Oktober 2026, masih terdapat 1,769 sekolah yang menunggu pembekalan peranti makmal komputer melalui projek sewaan fasa 4. Namun, peruntukan bagi butiran ini pada tahun 2027 hanya RM354.7 juta berbanding anggaran dipinda tahun 2026 sebanyak RM395.9 juta. Pasir Salak ingin tahu, berapakah jumlah sekolah di Perak, khususnya dalam Parlimen Pasir Salak yang masih belum mempunyai kemudahan makmal komputer yang mencukupi dan berfungsi dengan baik.

Bilakah keseluruhan projek pembekalan peranti kepada sekolah-sekolah yang masih menunggu ini akan diselesaikan? Pasir Salak juga mencadangkan supaya kementerian melaksanakan audit kemudahan digital sekolah luar bandar meliputi kecukupan komputer, kestabilan capaian internet dan penyelenggaraan peralatan. Kementerian juga perlu menyediakan latihan literasi digital dan kecerdasan buatan kepada guru serta murid secara menyeluruh.

Kita tidak tahu — kita tidak mahu anak-anak di bandar sudah belajar menggunakan kecerdasan buatan sedangkan anak-anak di luar bandar masih bergelut untuk mendapatkan komputer yang berfungsi dan capaian Internet yang stabil.

Yang ketiga dan terakhir, pemerkasaan TVET berasaskan pertanian P.63 Butiran 00300 – Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional, peruntukan RM113.73 juta, muka surat 534. Puan Pengerusi, Pasir Salak mendapati peruntukan pembangunan pendidikan dan latihan teknik vokasional menurun daripada anggaran dipinda RM166.2 juta pada tahun 2026 kepada RM113.73 juta pada tahun 2027 iaitu

draft • 2:52 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

pengurangan kira-kira 31.6 peratus. Pasir Salak ingin memberikan penekanan kepada pembangunan pendidikan kemahiran dalam bidang pertanian.

Kita mempunyai kawasan pertanian yang luas tetapi pada yang sama, kita berhadapan dengan cabaran menarik minat generasi muda untuk menceburi sektor ini. Pertanian hari ini bukan sekadar menggunakan cangkul dan membanting tulang di tengah sawah. Pertanian moden melibatkan penggunaan dron, automasi, mekanisasi, teknologi digital dan sistem pengurusan tanaman pintar.

Justeru, Pasir Salak ingin bertanya kepada implikasi pengurangan peruntukan pembangunan ini kepada terhadap usaha memperkasakan kolej vokasional, khususnya kolej vokasional berasaskan pertanian. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 2:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Penampang.

draft • 2:52 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Pengerusi Majlis, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di atas pencapaian pelaksanaan ke atas tuntutan kerajaan Sabah berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 mengenai isu pendidikan setakat ini.

Menyedari isu dan cabaran pembangunan pendidikan di Sabah, carta pimpinannya perlu diperkasa dengan mewujudkan jawatan-jawatan bertaraf JUSA C bagi Timbalan-timbalan Pengarah Pendidikan kerana terdapat jurang di antara jawatan bertaraf JUSA B bagi Pengarah Pendidikan Sabah dengan jawatan kanan berikutnya iaitu pada Gred 54 mengikut skim terdahulu.

Saya ingin bertanya, apakah status pelaksanaan bagi cadangan ini yang telah dikemukakan dalam Mesyuarat MA63 sebelum ini. Kementerian Pendidikan diberikan peruntukan terbesar dalam belanjawan ini iaitu RM69.988 bilion termasuk Butiran 03700 – Program Pendidikan Sabah dan Sarawak diperuntukkan RM447.771 juta. Bagi tahun ini dan tahun-tahun yang sudah, saya mengucapkan terima kasih kepada KPM kerana telah menaik taraf sekolah-sekolah daif kepada bangunan baharu di kawasan yang saya wakili iaitu di Penampang dan juga Kadamaian.

Saya berharap sekolah-sekolah daif yang selebihnya termasuk sekolah- sekolah kurang murid dan juga sekolah-sekolah mubaligh di Penampang seperti SK St. Joseph, SK St. Paul, SK St. Theresa, SK St. Anthony dan Adventist Schools di Kadamaian seperti SRA Rangalau, SRA Kelawat dan SRA Gaur serta Sekolah Cina di Penampang iaitu SJK(C) Yue Min agar turut diberikan peruntukan pembangunan.

draft • 2:58 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Saya berharap ini dapat diambil tindakan sepertimana jawapan KPM ke atas perbahasan peringkat dasar saya yang menyatakan sekolah-sekolah mubaligh juga menikmati hak dan kemudahan di bawah ataupun sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).

Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris diperuntukkan RM201.711 juta. Saya menyokong tumpuan lebih besar diberikan bagi memperkukuhkan pengurusan bahasa Inggeris di kalangan murid dan pelajar sekolah. Jika program ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di sekolah- sekolah kerajaan, saya mencadangkan agar mission schools atau sekolah-sekolah mubaligh diberikan sokongan penuh bagi memastikan program penguasaan bahasa Inggeris dapat dijayakan.

Saya juga ingin menyentuh mengenai pelantikan pengetua di sekolah- sekolah mubaligh yang perlu dirundingkan dengan Board of Governors dan mission authority sekolah tersebut secara maximum consultation sepertimana dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Tahun 2013. Saya berharap proses perundingan ini terus dilaksanakan.

Saya juga ingin bertanya, sejauh mana status sokongan dan komitmen KPM dalam menyokong pelaksanaan pengajaran bahasa etnik seperti Kadazan Tangaa’, Dusun Lotud, Murut Timugon dan Tatana di Sabah sebagai penambahbaikan kepada pengajaran bahasa Kadazan-Dusun yang ada sekarang serta pengajaran bahasa etnik orang asli di Semenanjung? Saya percaya komitmen kementerian ini boleh dijayakan bagi melengkapkan agenda Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa anak negeri Sabah serta komitmen kerajaan ke atas United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People 2007.

Butiran 061100 – Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama diperuntukkan RM23.544 juta. Saya mencadangkan kepada KPA untuk mempertimbang inisiatif memberikan sekurang-kurangnya sebuah van sekolah kepada setiap sekolah secara berfasa. Saya juga mencadangkan agar sukan taekwondo dan karate dimasukkan dalam Kalendar Majlis Sukan Sekolah Malaysia

(MSSM). Saya juga berharap kemudahan di SM Saint Michael, Penampang dapat dinaik taraf dan dibangunkan menjadi pusat kecemerlangan sukan ragbi sekolah bagi Sabah.

draft • 3:00 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Pengerusi, walaupun pendidikan merupakan senarai Persekutuan dalam Perlembagaan, tetapi di Sabah, kerajaan Sabah juga mengeluarkan peruntukan tahunan yang besar bagi melengkapkan agenda pembangunan pendidikan. Ini termasuklah pelaksanaan 16 inisiatif berkaitan pendidikan dengan peruntukan sekitar RM70 juta pembangunan dan sekitar RM155 juta bagi biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Mudah-mudahan kerjasama erat Persekutuan–negeri dapat terus diperkasa bagi membangunkan pendidikan anak-anak bangsa negara kita. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 3:00 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. 040200 – Pentaksiran. Pagi ini buat sekalian kalinya, pengangkutan awam LRT Laluan Kelana Jaya rosak dan ribuan, puluhan ribu terkandas. Ramai yang sampai lambat di tempat kerja, menjejaskan KPI dan pada masa yang sama, saya baca dalam Facebook Saint John Institution. Pengetuanya menulis, pagi ini berlaku gangguan perjalanan LRT dan tindakan pantas Encik Hafizan selaku penyelia Tingkatan 5 pergi mengambil mereka di stesen LRT membolehkan mereka menduduki peperiksaan.

Jadi, apa yang saya hendak sentuh di sini, pihak KPM saya mohon dalam konteks kejadian LRT yang rosak hampir setiap hari ini, kalau sebelum ini pelajar datang lewat kerana banjir, ada pelajar yang sakit tak dapat menduduki peperiksaan, ambil salah satu faktor baharu dalam konteks ini bahawa pelajar mungkin lewat kerana terkandas dalam konteks kesesakan atau kerosakan pengangkutan awam.

Ini real. Jadi, pelajar dua orang ini, kalau cikgu dia tak pergi ambil pagi tadi, tak boleh menduduki peperiksaan SPM. Itu yang pertama.

Yang kedua Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 030200 – Pendidikan Rendah, 030300 – Pendidikan Menengah, 030400 – Pendidikan Lepas Menengah, 050200 – Latihan Dalam Perkhidmatan, 050300 – Latihan Kepimpinan dan 062300 – Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM).

Tuan Pengerusi, kita semua pada hari ini yang berada dalam Dewan ini, guru- guru dan ibu bapa lahir di zaman yang berbeza dengan anak-anak kita pada hari ini.

Kita membesar dan lahir dalam satu zaman yang amat-amat berbeza. Kalau kita dahulu terdapat sebarang isu di sekolah, katakanlah didenda oleh cikgu dalam kelas yang tahu tentang kita didenda ini hanya kawan-kawan kita dalam kelas.

draft • 3:02 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang mungkin tahu juga kalau kena berdiri depan kelas, kelas sebelah tahu, cikgu kita tahu. Sekarang ini sebarang kesilapan anak-anak kita di sekolah disiarkan di merata dunia. Semua orang tahu dan kalau dahulu kita lihat bahawa bila anak ini balik sekolah, mereka ada ruang mereka sendiri. Ada yang pergi main bola, naik basikal, pusing kampung dan sebagainya.

Pada hari ini, mereka balik sekolah, mereka masih didedahkan dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka melalui media sosial, WhatsApp dan sebagainya.

Ini menyebabkan ruang mereka ini sebenarnya bukan sahaja untuk diri mereka yang kecil itu tetapi ruang yang ada pada mereka meliputi seluruh dunia. Sebab itu jika kita lihat pada hari ini, situasi tekanan yang dihadapi oleh anak-anak kita ini perlu satu perhatian yang serius dan saya nak bercerita tentang beberapa kes.

6 Januari 2023 di Sepang, Selangor. Seorang pelajar lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedar diri selepas terjatuh dari bangunan sekolah. Itu 6 Januari.

20 Julai 2023, seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah.

22 Mac 2024, seorang pelajar perempuan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah.

28 Jun 2024, seorang pelajar lelaki jatuh dari bangunan sekolah, kecederaan serius kemudian hari berikutnya meninggal.

1 Oktober 2024, pelajar perempuan Tingkatan 1 meninggal dunia terjatuh dari bangunan sekolah.

7 November 2024, pelajar lelaki 16 tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada bangunan sekolah.

18 November 2024, pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan sekolah.

Itu baru sedikit. Kalau saya nak cerita, saya tak ada masa Tuan Pengerusi.

Itu hanyalah sebahagian daripada isu pelajar jatuh bangunan. Setiap kali kes jatuh bangunan ini berlaku, sama ada cedera atau meninggal dunia, banyak kes yang berlaku. Kita dapati kenyataannya adalah dalam siasatan polis atau dalam siasatan pihak kementerian. Namun, apabila rakyat senyap, kita pun tak tahu apa hasil siasatan. Mengapa anak-anak ini jatuh dari bangunan sekolah? Dia jatuh ini tak jadi secara kebetulan. Apabila berlaku tekanan, barulah ada siasatan. Macam dalam kes Zara Qairina di Sabah tempoh hari.

Jadi, saya ingin bertanya kepada KPM secara terbuka ya. Dalam keseluruhan kes yang jatuh daripada bangunan sekolah ini, berapakah yang melibatkan kes

draft • 3:02 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

bunuh diri atau cubaan bunuh diri? Kita perlu terbuka berkaitan dengan kes ini.

Banyak lagi kes jatuh bangunan sekolah yang berlaku di luar sekolah. Sebab apa?

Jika kita lihat apa yang berlaku pada hari ini, kita takut nak bercakap. Takut nak bercakap tentang kemungkinan ada kes bunuh diri. Tapi bila kita tutup kes ini, kita tak selesai masalah.

draft • 3:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:02 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Kita kena terbuka. Kita kena kaji secara mendalam dan saya ingin cadangkan pada pihak kementerian supaya duduk dengan penyelidik-penyelidik sama ada pakar psikologi, pakar psikiatri, pakar pembangunan remaja untuk mengkaji kes ini secara keseluruhan, buat interview dengan ibu bapa, dengan anak-anak dan sebagainya melalui satu proses yang proper untuk kita lihat apa yang sebenarnya berlaku dalam kalangan anak-anak kita. Bila kita faham apa yang berlaku ini, barulah kita boleh rangka satu program yang menyeluruh. Kalau perlu digubal undang-undang Tuan Pengerusi, boleh dibawa ke Dewan, kita gubal undang-undang.

Hari ini kita bercakap seolah-olah kita menyelesaikan perkara ini secara kecil- kecilan. Sebab itu saya mohon pihak kementerian lihat perkara ini. Ada sesuatu yang sedang berlaku dalam kalangan anak-anak kita di sekolah tetapi kita mengambil mudah perkara itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 3:02 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Pengerusi.

Kod B.63 Butiran 062500 iaitu berkaitan dengan Penyelenggaraan Institusi Pendidikan. Kita sedia maklum bahawa sebahagian daripada sekolah yang ada di dalam negara kita ini yang telah berusia lebih daripada 70 tahun. Ada yang lebih daripada 100 tahun. Menunjukkan bahawa keperluan untuk penyelenggaraan ini bukan sahaja berlaku dalam keadaan yang penting tetapi juga perlu penyiasatan.

draft • 3:09 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Adakah Kementerian Pendidikan mempunyai data sekolah-sekolah yang telah berusia lebih daripada 40 tahun? Kerana ia memerlukan pertama sekali isu bocor dia punya bumbung, isu tandas yang tidak berfungsi, isu pendawaian elektrik yang boleh menyebabkan kebakaran sepertimana yang berlaku dalam Parlimen

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

saya, Sekolah Menengah Tunku Mahmood Iskandar, Jalan Parit Botak. Blok untuk komputer terbakar. Bukan sahaja peralatan dan dalam bangunan itu terbakar, bahkan bumbungnya pun runtuh disebabkan oleh masalah elektrik. Begitu juga dengan kerosakan-kerosakan yang lain.

Kita sedia maklum bahawa sekolah ini tempat anak-anak kita nak belajar.

Pada waktu yang sama, guru-guru juga untuk memudahkan mereka untuk dapatkan pendidikan ataupun untuk PnP kepada anak-anak mereka. Maka dengan itu, saya Sri Gading ingin menyatakan, bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah sekolah yang telah dikenal pasti memerlukan kerja penyelenggaraan kritikal di seluruh negara berdasarkan kepada saranan tadi yang telah berusia 50 tahun ke atas? Yang kedua, apakah kriteria pengagihan RM1 bilion yang diperuntukkan?

Adakah sekolah mempunyai kerosakan struktur serta risiko keselamatan akan diberikan keutamaan?

Perkara yang kedua, B.63 Butiran 062400 berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan. Ini juga satu perkara yang sangat baik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI di mana peruntukan kepada ibu bapa khususnya yang berpendapatan rendah, walaupun yang telah diberikan ini kepada semua pelajar. Ini memberikan gambaran kepada kita bahawa tidak ada pilih kasih dalam pemberian ini walaupun mungkin mereka daripada kalangan anak-anak yang berada.

Apa yang penting kepada Sri Gading, dalam keadaan bantuan dan juga harapan ibu bapa, keluarga untuk melihat anak-anak ini belajar. Bayangkan kalau katakan ada empat, lima orang anak yang nak pergi belajar dalam keadaan ibu bapa yang tidak ada keperluan ataupun yang tidak ada kemampuan untuk membeli barang-barang ini dan bantuan ini sangat bermakna kepada mereka.

Cuma yang penting persoalannya, bagaimanakah murid yang dijangka menerima bantuan ini mekanisme untuk disemak ataupun dipastikan duit yang diberi itu memang diberikan untuk keperluan pelajar-pelajar ataupun anak-anak mereka?

Jangan diberikan benda yang lain. Itu yang pertama.

Yang kedua, bagaimanakah untuk mengekalkan bantuan persekolahan ini, awal persekolahan ini dapat diteruskan dan ditambah dengan lebih baik berdasarkan kepada struktur keluarga masing-masing. Kerana apa? Kalau katakan B40 tadi yang memerlukan bantuan yang lebih, kenapa kita beri pada tahap yang sama sahaja dengan yang lain?

Perkara yang ketiga tentang pendidikan pra persekolahan iaitu P.63 Butiran 00101 iaitu berkaitan dengan pra, di mana kalau kita lihat pada hari— pada tahun

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

hadapan, usia untuk anak-anak untuk masuk ke sekolah tahun pertama enam tahun dan dijangkakan berapa banyak sekolah yang telah menerima kehadiran ataupun kemasukan pendaftaran daripada anak-anak Tahun 1 yang berusia enam tahun?

Kerana kita sedia maklum bahawa tanpa guru yang— telah dijawab pada soalan yang lepas iaitu COS, kita tahu bahawa keperluan guru-guru yang perlu ada— yang ada ikhtisas ataupun yang boleh mengajar anak-anak ini perlu untuk dapatkan perkara yang terbaik bagi anak-anak yang baru pertama. Sebab sebahagian daripada rakyat kita pada hari ini memang mereka ada peluang untuk pergi ke tadika ataupun kelas seumpama itu.

Tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah, yang duduk di kampung, yang duduk di luar bandar, mereka tidak ada kemampuan maka persekolahan pada usia yang muda ini, pada usia enam tahun ini adalah satu pendekatan yang sangat baik. Dan pada Sri Gading, apa yang kita nak tanya di sini adalah berapakah kapasiti tambahan prasekolah yang akan diwujudkan melalui peruntukan 2027? 2027.

Pertama.

Yang kedua, apakah langkah KPM untuk meningkatkan akses prasekolah di kawasan luar bandar, pedalaman dan kawasan berpendapatan rendah ataupun kawasan yang padat, di kawasan-kawasan bandar yang padat?

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sri Gading.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang ketiga...

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sri Gading. Sri Gading, Shah Alam, Sri Gading.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Oh, silakan.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya. Saya nak merujuk kepada Butiran 00102. Peruntukan untuk sekolah rendah ini dia menyokong kemasukan pelajar ini Sri Gading, dia dikurangkan sebanyak RM357 juta.

Jadi, saya bimbang dengan pengurangan ini bagaimana kita nak menampung kemasukan pelajar-pelajar yang baru ini? Khususnya di Shah Alam, Sri Gading, ada dua sekolah yang sedang dalam pembinaan, SK Setia Alam 2 dan satu lagi sekolah — bangunan tambahan untuk Sekolah Kebangsaan Seksyen 20. Jadi, kalau peruntukan ini dikurangkan bagaimana kita nak memastikan ada kesinambungan pelajar-pelajar baru ini? Terima kasih Sri Gading. Kita mohon.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading, masa sudah tamat.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Ya, terima kasih. Sikit sahaja lagi. Oleh kerana kita tahu sepertimana yang saya sebut tadi, dalam kawasan bandar yang padat perlukan kepada prasekolah oleh kerana ramai di kalangan mereka yang mungkin pekerjaan Grab dan sebagainyalah. Saya tak nak sebut jenis pekerjaan. Tapi pendapatan ibu bapa dia kecil maka perlulah kementerian menyediakan sepertimana apa yang diucapkan oleh Shah Alam, masukkan dalam ucapan saya. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.

draft • 3:10 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan Tenom sebagai pembahas terakhir kepada RUU Perbekalan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yang Berhormat Pengerusi, saya terus merujuk kepada Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan. Tenom ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kementerian atas kelulusan di bawah RMK13 Rolling Plan Kedua bagi pembinaan SMK Hevea Kuala Tomani dan SMK Melalap.

Difahamkan pihak kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi urusan pengukuran tanah, bayaran juruukur, kerja-kerja penyiasatan tanah, pemagaran dan kos-kos berkaitan permohonan tanah sedia ada serta mendapatkan nombor hak milik sementara bagi kedua-dua bangunan sekolah tersebut.

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah Butiran 03700 – Program Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak. Tenom turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kementerian di atas kelulusan projek gantian penuh bagi empat buah sekolah rendah sekolah daif iaitu SK Kuala Tomani, SK Sungai Api, SK Chinta Mata, SK Kalang Kanar. Projek-projek ini merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam memastikan anak-anak di luar bandar menikmati fasiliti pembelajaran yang selamat dan kondusif.

Walaupun empat buah sekolah telah pun diluluskan, saya ingin menarik perhatian kementerian bahawa masih terdapat lebih 14 buah sekolah di Parlimen Tenom yang mempunyai bangunan daif. Daripada jumlah tersebut, satu permohonan telah pun dikemukakan di bawah RMK13 Rolling Plan Ketiga.

Sebagai contoh, permohonan gantian SK Saga terpaksa ditangguhkan sekali lagi bukan kerana isu tapak sekolah, tetapi disebabkan laluan atau jalan masuk ke

draft • 3:16 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

sekolah merupakan tanah milik persendirian. Keadaan ini menyebabkan proses kelulusan teknikal dan pelaksanaan projek pembangunan terbantut.

Oleh itu, saya mohon agar pihak kementerian melalui kerjasama erat dengan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah serta agensi berkaitan supaya mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan isu ini bagi pewartaan jalan masuk ke SK Saga ini.

Yang Berhormat Pengerusi, ketiga Butiran 01300 – Pendidikan Khas. Tenom ingin membangkitkan keperluan mendesak terhadap fasiliti dan tenaga pengajar bagi murid berkeperluan pendidikan khas di Daerah Tenom. Berdasarkan rekod terkini bagi November 2026, terdapat seramai 283 orang MBPK yang berdaftar di Tenom merangkumi 246 orang murid di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 37 orang murid di Program Pendidikan Inklusif di sekolah harian biasa.

Menjelang sesi persekolahan Januari 2027 pula, data unjuran menunjukkan terdapat 273 orang MBPK secara keseluruhan dengan peningkatan jumlah murid PPKI kepada 251 orang dan 22 orang di aliran PPI. Angka ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa seiring dengan peningkatan kesedaran dan kesediaan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka menjalani proses diagnosis doktor bagi tujuan pengesahan status MBPK.

Namun, kekangan utama yang dihadapi di Tenom pada ketika ini ialah kapasiti sekolah yang sangat terhad. Di seluruh Tenom, hanya terdapat enam buah sekolah ini yang menawarkan program PPKI iaitu tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Entabuan, SMK Kemabong serta SMK Chinta Mata. Tiga buah sekolah rendah pula ialah SK Pekan Tenom, SK Ladang Sapong serta SK Kemabong. Dengan pertambahan murid PPKI kepada 251 orang ini pada awal tahun 2027, keenam- enam buah sekolah ini semakin padat.

Selain itu, bagi murid dalam kategori PPI sama ada inklusif penuh di sekolah harian mahupun inklusif separa yang memerlukan sokongan guru pembimbing untuk mengikuti subjek tertentu atau aktiviti kokurikulum bersama murid aliran perdana, mereka memerlukan ekosistem sokongan yang kuat.

draft • 3:16 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Oleh yang demikian, Tenom menggesa KPM untuk mempertimbangkan dua perkara iaitu:

(i) menambah bilangan sekolah yang menawarkan program PPKI di Tenom, terutamanya di kawasan luar bandar bagi mengurangkan kesesakan di enam sekolah sedia ada dan memudahkan akses ibu bapa yang tinggal jauh dari pekan;

draft • 3:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

(ii) menyediakan peruntukan khas untuk menaik taraf bilik darjah PPKI dan kemudahan mesra OKU di sekolah-sekolah harian yang melaksanakan program PPKI ini.

Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 030200 – Pendidikan Rendah dan Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Tenom turut memohon agar KPM menambah penempatan guru opsyen pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Tenom agar nisbah guru dan murid kekal ideal demi menjamin kualiti pembelajaran dan penjagaan anak-anak istimewa ini. Anak-anak di pedalaman seperti Tenom termasuklah anak-anak istimewa MBPK mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tanpa mengira lokasi, geografi mahupun kekangan fizikal.

Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 00900 – Asrama. Tenom ingin menarik perhatian KPM terhadap keadaan bangunan asrama perempuan SMK Kemabong yang semakin senget dipercayai berpunca daripada mendapan tanah. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar yang menghuni asrama berkenaan. Selain itu, keadaan ruang mandi yang kurang kondusif dan terlalu terbuka menjejaskan privacy serta keselesaan pelajar perempuan.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Sehubungan itu, Tenom memohon agar KPM segera melaksanakan penilaian teknikal terhadap keselamatan struktur bangunan asrama tersebut di samping menyediakan peruntukan bagi kerja pembaikan atau pembinaan semula sekiranya diperlukan termasuk menaik taraf kemudahan ruang mandi. Janganlah kita menunggu sehingga berlaku sesuatu yang tidak diingini sebelum tindakan diambil. Keselamatan, keselesaan dan privacy pelajar perempuan harus diberikan keutamaan.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenom.

draft • 3:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini Yang Berhormat Pengerusi, saya juga ingin menyampaikan permohonan sekolah jenis bantuan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsi Sin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kong Min kepada Yang Berhormat Menteri.

Mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mengingatkan bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri bolehlah

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tiada, boleh bagi jawapan secara bertulis.

Jadi, sila jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan untuk menjawab. Masa 30 minit.

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada kesemua 33 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun memberikan isu — membangkitkan isu, memberikan input dan berbahas dalam sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 di peringkat Jawatankuasa. Izinkan juga saya untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan mengikut tema supaya pendirian dan juga tindakan Kementerian Pendidikan bagi setiap perkara itu dapat dijelaskan dengan teratur.

Puan Yang di-Pertua, walaupun mungkin sesetengah Ahli Yang Berhormat tidak ada, oleh kerana ia juga disentuh secara am oleh Ahli Yang Berhormat yang lain, saya mohon izin untuk menjawab sekiranya perlu.

Isu pertama adalah berkenaan dengan kemasukan kohort murid — kohort enam tahun ke Tahun 1. Isu ini dimulakan — dibangkitkan bermula — dimulakan oleh Yang Berhormat Sekijang dan telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

KPM ingin menyatakan bahawa pada — KPM ingin menyatakan bahawa berhubungan dengan isu ketersediaan dari bilik darjah baharu dan juga guru.

Daripada 1,478 bilik darjah baharu yang telah pun dirancang, sebanyak 167 projek telah pun siap dan sedia digunakan bagi menampung keperluan murid Tahun 1 pada sesi 2027. Pada masa yang sama, bagi penukaran fungsi bilik khas kepada bilik darjah, sebanyak 444 projek telah pun siap. Bilangan projek ini tidak bersama dengan bilangan bilik darjah kerana mungkin satu projek melibatkan tiga atau empat bilik darjah ataupun lebih.

Berhubung dengan ketersediaan daripada guru, seramai 3,150 orang guru lantikan kontrak atau contract of service, dengan izin telah pun dilantik. Penempatan guru ke sekolah dijadualkan pada 7 Disember ini. Manakala, para guru berkenaan akan mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai 8 hingga 23 Disember sebagai persediaan sebelum memulakan tugas pada sesi persekolahan 2027.

draft • 3:22 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Yang Berhormat Rasah menyentuh juga berkenaan dengan kesiapsiagaan infrastruktur bagi kemasukan murid berusia enam tahun bagi Tahun 1. KPM mengambil beberapa pendekatan — lima pendekatan:

(i) pembinaan bilik darjah baharu secara IBS;

(ii) pengoptimuman premis sedia ada, kita tukar fungsi premis bilik khas kepada bilik darjah;

(iii) penukaran dan juga naik taraf ruang kepada bilik darjah;

(iv) pelaksanaan operasi dua sesi; dan

(v) penyuraian murid ke sekolah berhampiran.

Sehingga 26 November 2026, sebanyak 639 bilik darjah tambahan secara ubah suai naik taraf dan 401 bilik darjah tambahan secara modular IBS telah pun siap, menjadikan jumlah keseluruhan 1,040 bilik darjah tambahan siap digunakan.

KPM mengunjurkan tambahan 2,050 bilik darjah secara ubah suai naik taraf dan 1,470 bilik darjah secara modular IBS akan disiapkan pada penghujung tahun ini 31 Disember 2026, menjadikan jumlah bilik darjah yang diunjurkan boleh siap 3,520 bilik darjah. Khusus bagi SK Seremban 2A, pembinaan enam bilik darjah tambahan telah mencapai kemajuan fizikal 78.2 peratus dan dijangka siap pada bulan Disember 2026.

Yang Berhormat Bagan Serai ada?

draft • 3:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 3:22 PM

Tuan Wong Kah Woh

Tak ada? Tak apa. Puan Yang di-Pertua, dalam isu yang sama juga, berkenaan dengan kemasukan anak-anak kita dari kohort enam tahun ke Tahun 1, juga ingin saya mengambil kesempatan untuk memberikan penjelasan sedikit bahawa pada tahun hadapan, 2027 kita akan melaksanakan kemasukan secara pilihan. Beberapa kali saya pernah jawab dalam Dewan yang mulia ini, seramai 73,000 lebih orang murid telah pun daftar dan dengan kesiapsiagaan yang ada, kita sememangnya adalah bersedia untuk memastikan kita mampu untuk menampung pendaftaran 73,000 lebih itu.

Pada tahun 2028, kita juga akan melaksanakan pendekatan secara pilihan yang mana pendekatan adalah sama dengan tahun ini, yang mana kita memberikan pilihan kepada ibu bapa sama ada nak menghantar atau tidak. Dan pada tahun 2029, KPM akan meneliti pelbagai aspek sebelum memutuskan pelaksanaan wajib kemasukan murid Tahun 1 pada usia enam tahun pada tahun 2029. Saya perlu sebut di sini kerana saya nampak dari social media dan sebagainya ada kebimbangan dan

draft • 3:22 PM

Tuan Wong Kah Woh

ada juga komen, input daripada ibu bapa berkenaan dengan polisi yang bakal kita laksanakan ini.

Saya nampak dengan sendiri dan saya ingin untuk memperjelaskan seperti yang saya sebut tadi. Penilaian itu akan dibuat terutama melibatkan kesiapsiagaan infrastruktur, kecukupan guru, kemampuan kewangan serta penerimaan ibu bapa termasuk masyarakat keseluruhannya. Tempoh dua tahun berkenaan akan menjadi ruang kepada KPM menilai kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun 1 selain mendapatkan balasan daripada ibu bapa.

Dan selepas dua tahun secara pilihan ini, KPM merancang pada tahun 2029 kami akan buat keputusan sama ada ya akan menjadi satu inisiatif ataupun polisi wajib. Bagaimanapun, ia adalah satu perancangan awal pada ketika ini. Kita akan merancang dari segi ketersediaan dari segi infrastruktur, dari segi guru dan ketersediaan dari segi ibu bapa dan juga anak-anak juga dalam perkara ini. Itu ada...

draft • 3:22 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

YB Menteri, kalau — Timbalan Menteri, kalau saya boleh tambah sedikit?

draft • 3:22 PM

Tuan Wong Kah Woh

Boleh Sekijang.

draft • 3:22 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Saya minta penjelasan sedikit lagi YB Timbalan Menteri berkenaan dengan ketersediaan guru ini sebab mereka adalah guru-guru kontrak dan kalau kita dengar daripada jawapan Timbalan Menteri tadi, disediakan dalam jangka masa yang agak pendek berbanding kalau sebelum ini kalau guru dia melalui proses yang panjang sebelum diiktiraf.

draft • 3:22 PM

Tuan Wong Kah Woh

Okey. Okey, faham, faham. Okey, dari segi latihan guru, bagi sekolah rendah selalunya kita melatih guru melalui program PISMP kita di IPG. Ia mengambil masa lima tahun. Namun demikian, untuk menampung keperluan kita apabila kita membuka secara pilihan untuk kohort enam tahun masuk ke Tahun 1, maka apa yang kementerian buat, kita buat secara COS, iaitu membuat tawaran, membuat iklan untuk menarik mereka yang mempunyai degree ataupun sarjana muda di peringkat universiti-universiti yang tidak mempunyai ikhtisas, yang tidak mempunyai Diploma Pendidikan untuk dilantik sebagai contract of service.

Iklan telah pun dibuka awal tahun ini dan kita telah pun melantik 3,150 orang dan kesemua mereka akan mengikuti kursus Diploma Pendidikan ataupun untuk mendapat ikhtisas masing-masing dengan mengikut pengajian di IPG dalam masa perkhidmatan masing-masing.

draft • 3:22 PM

Tuan Wong Kah Woh

Selepas ikhtisas itu diperoleh, maka bolehlah pihak kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk menyerap masuk guru-guru COS ini sebagai guru-guru tetap kita di bawah lantikan kontrak interim yang sedia ada. Okey, Terima kasih. So, itu berkenaan dengan isu...

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sedikit penjelasan?

draft • 3:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Ha, ya.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Saya nak dapat penjelasan sedikit.

Berkaitan dengan cikgu yang dibawa masuk untuk mengajar Tahun 1 pada umur enam tahun ini, ada 20,000 ya, 20,000 COS. Dalam konteks itu, adakah pada waktu ia nya dibuka itu ia nya diberi peluang kepada mereka yang ada ijazah pendidikan.

Daripada yang diambil ini, berapa ramai yang ada ijazah pendidikan itu satu.

Yang kedua, saya nak tanya mengapa tidak diambil — sebab saya tanya dalam Dewan tempoh hari kata sama ada kementerian dah ada waran untuk 20,000.

Menteri sebut pada waktu itu waran dah ada dan pandangan — mengapa kementerian tidak mengambil keseluruhan 20,000 itu masuk dalam sistem.

Since waran dah ada, maknanya guru itu boleh dilatih, boleh didedahkan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan beban guru-guru yang sedia ada sebelum kohort yang baru ini masuk. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.

Nombor satu, berkenaan dengan 20,000 orang itu, itu adalah unjuran asal yang mana sekiranya kesemua 400,000 lebih anak-anak kita pada umur kohort enam tahun itu memilih untuk masuk, maka kita memerlukan 20,000 orang tambahan.

Walau bagaimanapun, apabila selepas kita mendapat unjuran ataupun pendaftaran sebenar lebih kurang 73,000 lebih dan pada ketika itu lebih kurang 70,000 maka, kita telah pun mengunjurkan semula dan kita bincang dengan JPA dan juga SPP untuk mengunjurkan semula kepada 3,150 orang. Kesemua ini adalah mereka yang mempunyai sarjana muda di peringkat universiti tetapi tidak mempunyai ikhtisas. Itu sebab kita melantik mereka sebagai contract of service. Untuk mereka yang ada ikhtisas, maka setiap tahun SPP akan buka untuk pengambilan secara yang kita panggil open market, pasaran terbuka dan kesemua itu mungkin ditempatkan di sekolah menengah atau sekolah rendah. Tetapi ini adalah khas untuk menampung kemasukan lebihan ini. Okey, ini berkenaan dengan kohort enam tahun.

draft • 3:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Isu kedua yang saya nak jawab Puan Yang di-Pertua adalah Kurikulum Persekolahan 2027 yang telah pun juga banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat sekalian.

Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam ada di sini. Beliau ada bangkitkan beberapa isu berkenaan dengan peruntukan masa bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil dan pada masa yang sama rasional perubahan pengelompokan tahap persekolahan dan pada masa yang sama status pelaksanaan KP 2027.

Nombor satu, saya jawab berkenaan dengan pengelompokan tahap persekolahan. Sebelum ini sememangnya kita bezakan ataupun kategorikan kepada dua tahap, Tahap 1 – Tahun 1, 2, 3; Tahap 2 – Tahun 4, 5 dan 6. Tetapi dalam pendekatan baharu kita, kita bahagikan kepada tiga tahap. Tahap 1, 2 — Tahap 1 adalah Tahun 1, 2; Tahap 2 – Tahun 3, 4 dan Tahap 3 adalah Tahun 5 dan 6.

Perubahan ini bukan sekadar pembahagian semula tahun persekolahan tetapi penambahbaikan dalam penyusunan fokus kurikulum bagi memastikan pembelajaran lebih terancang, berperingkat dan bersesuaian dengan perkembangan serta keperluan murid dengan turut mengambil kira dapatan kajian, bending bamboo shoots, strengthening foundation skills oleh Bank Dunia pada bulan April 2024 dan juga pentaksiran antarabangsa TIMSS dan juga PISA.

Dan status pelaksanaan tadi Yang Berhormat Ayer Hitam ada sebut bahawa sama ada kita sememangnya ada sesi libat urus ataupun kita tersedia. Memang kita perlu nyatakan bahawa nombor satu, kita tahu apabila kita telah buat penataran kepada guru besar-guru besar, ada perkara-perkara yang kita boleh baiki lagi. Sebab seperti sebagai satu contoh, tadi Yang Berhormat Kangar pun ada sebut berkenaan dengan peruntukan masa bagi bahasa Melayu berbanding dengan bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Saya nak sebut di sini, untuk Tahun 1 KSSR 2017, peruntukan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, 12 waktu. Peruntukan Bahasa Cina, Bahasa Tamil di sekolah vernakular, SJK(C), SJK(T) 12 waktu. Itu adalah di KSSR 2017. Dan dalam KP 2027, cadangan asal daripada KPM adalah untuk menjadikan peruntukan masa minimum bagi Bahasa Melayu di SK sebanyak 10 waktu dan Bahasa Cina dan Tamil di SJK(C) dan juga SJK(T) sebanyak 10 waktu juga.

Namun, selepas itu kita telah pun menerima pandangan daripada banyak pihak dan pada 5 November, kita telah pun membuat keputusan supaya bagi Tahap 1, kita akan kekalkan sebagai 12 waktu bagi Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan,

draft • 3:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

12 waktu bagi Bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan 12 waktu lagi bagi SJK(T).

Untuk Tahap 2, untuk Tahap 2, saya nak jawab di sini juga. Tahap 2, KP 2027. Untuk Tahun 3, kita akan kekalkan 12 waktu bagi ketiga-tiga kategori yang saya sebut. Tahun 4 kita kembalikan kepada 10 waktu seperti yang ada dalam KSSR 2017. Bagi Tahap 3, Tahun 5 dan Tahun 6, kita akan kekalkan 10 waktu bagi Bahasa Melayu di SK dan juga Bahasa Cina, Bahasa Tamil di SJK(C) dan SJK(T).

Maksudnya apa? Maksudnya, setelah kita mendengar dan setelah kita membuat penambahbaikan berbanding dengan KSSR 2017, waktu minima yang diperuntukkan oleh ketiga-tiga bahasa ini tidak ada perubahan, ia kekal sama. Sila Yang Berhormat Kangar.

draft • 3:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih YB Timbalan Menteri. Kalau kita tengok balik untuk Bahasa Cina itu dah jadi 12 waktu kan, Bahasa Cina, Bahasa Tamil. Kenapa kita tak cuba naikkan juga untuk Bahasa Melayu jadi 12? Di sekolah SJK(C).

draft • 3:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Kita ikut balik apa yang ada pada KSSR 2017. Okey, sila Ayer Hitam.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama kali saya dengar untuk setiap tahun ada satu penyusunan jadual. Sebenarnya ramai mungkin keliru. Dia bukan 12 waktu untuk — 12 waktu untuk enam tahun, tidak. Sebab apa yang saya dapat fahamkan di sini ialah untuk Tahun 1, 2, 3, 12 waktu seperti sedia kala. Sekarang 4, 5, 6 seperti sediakala.

Bermaksud, apa yang pertanyaan dulu, pertikaian ialah kenapa tujuh waktu, itu yang orang takut.

Jadi, dalam keadaan ini, saya cuma nak tanya Yang Berhormat, apabila kita tambah waktu ini macam mana dengan silibus lain yang kita nak selitkan elemen dia macam mana kita nak buat secara across the board ataupun ada single subject yang perlu dimasukkan sebab ini akan berkisarkan pada jumlah waktu, peruntukan masa yang terhad ini. Adakah perkara itu telah ada satu perancangan? Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam atas pencerahan tadi. Nombor satu, apabila kita sebut kita nak kembalikan kepada 12 waktu untuk Tahap 1 — untuk Tahun 1, 2, 3 dan 10 waktu untuk Tahun 4, 5 dan 6, sememangnya apabila kita tetapkan peruntukan yang asal di bawah KP 2027, 10 waktu, kita memang ada petak-petak kosong yang masih kita sempat isi untuk dimasukkan dalam jadual, untuk dimasukkan dalam jadual.

draft • 3:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Itu sebab kenapa KPM memberikan autonomi kepada guru besar untuk menambah mana-mana mata pelajaran bergantung kepada kapasiti sekolah masing- masing dan keperluan sekolah masing-masing untuk mengisi jadual yang ada. Apa yang kita bentangkan dalam jadual peruntukan masa itu adalah peruntukan masa minimum yang mana mana-mana subjek nak ditambah boleh sekiranya ada ruang.

Dan sememangnya apabila kita menyusun jadual waktu itu, kita duduk dengan kesatuan dan Persatuan Guru Besar, kita duduk dengan pihak pegawai- pegawai di KPM, memang cukup ruang dan cukup petak untuk kita masukkan.

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.

Berkenaan dengan isu ini juga ada dibangkitkan berkenaan dengan kedudukan bahasa kebangsaan. Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya nak sebut di sini Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Nombor satu, apabila kita bincang berkenaan dengan pembelajaran khasnya Bahasa Cina, Bahasa Tamil di sekolah-sekolah vernakular ataupun pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah SK ataupun sekolah-sekolah vernakular, kita jangan ada satu persepsi yang negatif terhadap mana-mana aliran sekolah pun. Bahasa Melayu tetap sebagai bahasa kebangsaan tetap sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan.

Di sekolah-sekolah vernakular, termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara, termaktub dalam Akta Pendidikan kita yang mana bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dan seperti yang saya sebut — tadi saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah beliau kata beliau merupakan pelajar SJK(C), tetapi beliau boleh fasih bahasa Melayu, boleh bercakap bahasa Melayu dengan begitu lancar.

draft • 3:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Saya sendiri adalah dari SJK(C).

[Berucap dalam bahasa Cina] , dengan izin.

Saya adalah dari SJK(C). Bahasa pengantar masa itu adalah bahasa Cina.

[Tepuk] Saya seterusnya masuk SMJK yang mana bahasa pengantar dia adalah bahasa Melayu. Di peringkat universiti, saya masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bahasa pengantar dia adalah bahasa Inggeris.

[Tepuk] Saya boleh sebut di sini bahawa I study in International Islamic University, dengan izin, [Berucap dalam bahasa Arab] [Tepuk] Inilah keunikan Malaysia dan inilah kekuatan yang kita ada.

Kepelbagaian itu adalah sesuatu yang kita patut raikan dan bukan kita patut cabar ataupun persoalkan. Tapi yang penting adalah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetap disanjung, tetap dimartabatkan. Itu sebab kenapa

draft • 3:40 PM

Tuan Wong Kah Woh

kita ada polisi MBMMBI. Dan untuk makluman bahawa ramai anak-anak kita di sekolah-sekolah vernakular sememangnya mereka mengambil kelas tambahan, mengambil tuisyen untuk bahasa Melayu untuk memperkuatkan bahasa kebangsaan. Saya berharap bahawa ini kita harus mempunyai satu sikap terbuka, berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara yang ada, berpaksikan dengan peruntukan dalam Akta Pendidikan kita. Sama-samalah kita mendukung kepelbagaian yang kita ada, meraikan kepelbagaian yang kita ada; kekuatan dan juga keunikan negara kita.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, saya nak menjawab juga isu PPKI yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah. Beliau menyentuh pendidikan khas dan juga inklusif termasuk bilangan sekolah yang akan melaksanakan kelas khusus autisme pada tahun 2027 serta penambahan kelas program PPKI. Untuk makluman, pada tahun 2026, sejumlah 17 buah sekolah rintis Model Kelas Autisme telah pun diselenggara melibatkan 11 negeri. Dan pada tahun 2027, kesemua 17 buah sekolah tersebut dijangka beroperasi.

Bagi rancangan tahun 2027, KPM akan meneruskan perancangan dan penyelenggaraan peluasan kelas autisme ini di 30 buah sekolah melibatkan 16 negeri. Rancangan pembangunan kelas ini diselaraskan menerusi Bahagian Pendidikan Khas. Penambahan bilik darjah bagi kelas MKA dilaksanakan melalui ubah suai dan naik taraf PPKI yang sedia ada bagi memenuhi keperluan kelas autisme.

Manakala keperluan guru bagi kelas MKA turut dirancang dengan kelulusan perjawatan tertakluk kepada agensi pusat. Dari aspek sokongan murid, prasarana dan peralatan disediakan bagi keperluan pembelajaran murid berkeperluan pendidikan khas autisme, di samping sokongan awal di sekolah daripada pegawai bidang khusus Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas melalui prospek yang merangkumi intervensi dan juga sokongan berterusan.

Pada masa yang sama, Yang Berhormat Sekijang ada menyentuh pengisian guru pendidikan khas bagi tahun 2027. Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada 18 September 2026 telah menawarkan pelantikan kepada 1,039 calon bagi opsyen pendidikan khas yang dijangka ditempatkan di sekolah pada awal tahun 2027.

Bagi elaun MBPK pula, KPM telah menyelaraskan kenaikan kadar elaun daripada RM150 kepada RM200 sebulan mulai tahun 2027 dengan unjuran seramai 179,136 orang penerima. Tambahan RM50 sebulan ini akan membantu keluarga

draft • 3:40 PM

Tuan Wong Kah Woh

menampung sebahagian kos berkaitan keperluan ketidakupayaan termasuklah saringan, intervensi, terapi, perjalanan dan juga sokongan perkembangan anak-anak murid berkeperluan pendidikan khas kita.

draft • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, boleh...

draft • 3:40 PM

Tuan Wong Kah Woh

Ya, sila.

draft • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya nak — mungkin ramai di sini, tadi saya dengar jawapan daripada Menteri, satu perkara yang mungkin dia segan-segan mahu jawab. Saya nak jawab bagi dialah, iaitu sungguhpun dia datang daripada SRJK(C), dia Menteri fasih dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan juga hal agama Islam. Dia mendapat A dalam — dan juga first class dalam perundangan di universiti international IIU ini. Jadi, tadi dikatakan ini kekuatan kita.

Menterilah menjadi contoh kepada kita. Kita boleh berbagai bahasa. Kita boleh tahu tentang pelbagai kita kata budaya dan juga dalam — orang bukan Islam pun boleh belajar tentang undang-undang Islam dan sejarah Islam. Harap kita ini jadi contoh kepada kita. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Biar saya sambung berkenaan dengan isu yang lain termasuk pembangunan dan juga penyelenggaraan infrastruktur sekolah. Berhubung pembinaan SK Bukit Siput, Segamat; KPM telah meluluskan pembinaan baharu Sekolah Kebangsaan Bukit Siput mengandungi 24 bilik darjah serta kemudahan lain mengikut piawai di bawah Rolling Plan 1 Tahun 2026, RMK13. Projek ini dilaksanakan oleh JKR dengan kaedah reka bina dan kini berada di peringkat prabina dalam fasa perancangan.

Selaras dengan Pekeliling Kementerian Ekonomi Bil. 1/2024, projek ini perlu melaksanakan pengurusan nilai ataupun value management kerana peruntukan diluluskan melebihi RM70 juta. Tarikh pelaksanaan projek akan diselaraskan selepas VM Lab ini selesai pada tahun 2027.

Yang Berhormat Betong ada? Yang Berhormat Betong membangkitkan pembangunan dan penggantian sekolah daif di Sarawak termasuk status 24 sekolah yang dikenal pasti mempunyai 132 blok bangunan daif, kelewatan kelulusan NOC bagi 17 projek yang menggunakan peruntukan pendahuluan RM1 bilion Kerajaan Sarawak serta cadangan desentralisasi.

Untuk makluman, projek penggantian penuh SK Supa yang melibatkan lapan blok bangunan daif kini berada di peringkat prapelaksanaan. Proses pengambilan tanah bagi tapak baharu telah selesai pada 11 Mac dan kementerian sedang

draft • 3:40 PM

Tuan Wong Kah Woh

mengambil tindakan selanjutnya bagi memastikan pelaksanaan projek diteruskan mengikut prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa.

Bagi 17 projek yang tertangguh, KPM bersedia memproses permohonan kelulusan NOC dengan kadar segera sebaik sahaja dokumen permohonan lengkap dikemukakan oleh JKR Sarawak selaku agensi pelaksana. Sehingga 26 November 2026, permohonan tersebut masih di peringkat penyediaan dan belum lagi diterima secara rasmi oleh KPM. Memandangkan peruntukan siling ini adalah diluluskan di bawah seliaan Kementerian Ekonomi, punca kuasa kelulusan sebarang NOC terletak di bawah Kementerian Ekonomi juga.

Namun demikian, KPM sentiasa komited memudahcarakan segala proses.

Dan bagi tahun 2027, peruntukan sebanyak RM320 juta telah pun disediakan bagi projek naik taraf, ubah suai naik taraf di Sarawak untuk memastikan bangunan daif yang disenaraikan dapat dilaksanakan. Ini adalah untuk USNT, tidak termasuklah untuk pembangunan semula bangunan daif.

Tadi saya perhatikan juga Yang Berhormat Speaker, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya berkenaan dengan pengurangan, penurunan peruntukan pembangunan yang dikatakan telah pun menurun. Dan sebenarnya, KPM nak jelaskan di sini bahawa ia bukan satu penurunan, tetapi ia telah pun dipindahkan di bawah peruntukan mengurus sebanyak RM1 bilion di bawah penyelenggaraan.

KPM sememangnya telah memohon kepada MOF untuk dikembalikan semula peruntukan pembangunan itu dan sebenarnya telah pun dipersetujui. Maka selepas ini, peruntukan pembangunan KPM akan menjadi RM6.515 bilion iaitu kenaikan sebanyak RM200 juta berbanding tahun 2026. Ini yang saya perlu jelaskan.

Sebenarnya apabila kita sebut ramai Ahli-ahli Parlimen yang bangkit berkenaan dengan isu bangunan daif, pembangunan semula bangunan daif yang mana suka saya sebut di sini bahawa setiap tahun kita sediakan peruntukan yang besar dan meningkat untuk pembangunan semula bangunan-bangunan daif.

Dan saya boleh ringkaskan di sini bahawa pada tahun 2027 sahaja— okey, pada tahun 2027 sahaja iaitu dalam belanjawan ini, projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah KPM melibatkan jumlah projek 115 projek dengan kos projek RM4.1 bilion dan ia adalah antara yang paling tinggi sejak kita melaksanakan inisiatif pembangunan semula bangunan daif pada tahun 2016.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Tuan Wong Kah Woh

Mungkin last dari Bangi sebab nanti saya nak jawab Ayer Hitam ada satu soalan lain.

draft • 3:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai. Jerai satu.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih. Soalan saya tadi, saya ada banyak soalanlah, tapi yang lain boleh jawab secara bertulis. Tapi saya nak tanya tentang Sasterawan Negara itu. Sebab seperti saya sebut dalam perbahasan saya, setahu saya masa zaman Pakatan Harapan 1.0 dahulu, kita ada bagi satu wang penghargaan setiap bulan kepada Sasterawan Negara ini sebanyak RM5,000.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jadi, saya nak tahu sama ada ini telah diteruskan dalam kerajaan hari ini, itu satu. Dan kedua, kalau ia diteruskan, saya nak cadangkan supaya ia dinaikkan jumlahnya kepada jumlah yang lebih tinggilah, yang saya sebut dalam RM7,000, RM8,000 macam itu. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Okey, terima kasih. Nanti saya akan semak dan saya akan bagi jawapan secara bertulis.

Dan satu isu penting yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam berkenaan dengan permohonan untuk pindah lokasi Sekolah Menengah Yong Peng.

Daripada rekod yang saya ada, pertama kali apabila Yong Peng High School memasukkan permohonan, adalah pada 19 Januari 2022 dan masa itu adalah untuk pindah lokasi ke empat bidang tanah seluas 18 ekar.

Dan saya telah pun baca status update daripada Exco Kerajaan Negeri Johor pada sekitar bulan Jun, yang mana dikatakan bahawa, semua kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan juga Pejabat Daerah dan Tanah telah pun siap. Dan saya mengambil satu inisiatif untuk berjumpa dengan pihak Lembaga Pengelola Sekolah pada bulan Oktober yang lepas...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Bulan lepas sahaja, yang mana saya dapati bahawa permohonan telah pun ditambah daripada 18 ekar kepada satu tapak 33 ekar.

draft • 3:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

[Bangun]

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Tahun itu, 18 ekar itu saya dapati bahawa title memang sudah ada. Telah pun didaftarkan di bawah nama Yong Peng High School dan juga tukar surat pun telah diluluskan. Namun, untuk 32 title tersebut, saya pun telah pun menasihati pihak Lembaga Pengelola Sekolah untuk mempercepatkan supaya untuk 32 title tersebut, untuk percepatkan status penukaran status tanah dan juga penukaran dari segi pemilik tanah.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Dan pada masa yang sama, pihak EPRD di peringkat Kementerian Pendidikan sedang menyediakan ulasan dan supaya keputusan kita boleh buat untuk memudahcarakan segala proses yang kita ada...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, Menteri, Menteri.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Mungkin Ayer Hitam dulu.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat, Hulu Langat belakang ini.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Mana boleh sabar.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

...Di atas berita yang disampaikan—cuma nak bantu sedikit. Daripada 18 ekar kepada 33 ekar, yang 15 ekar itu sebenarnya daripada lot rumah?

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Dan dia sekarang tengah buat amalgamation dan pihak kerajaan negeri dah setuju, cuma tunggu kelulusan itu.

Dia akan amalgamate, daripada 18 campur dengan 15, akhirnya semua untuk institusi sekolah dan juga atas nama Yong Peng High School.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat di atas itu juga lah...

draft • 3:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sekali, sekali, sekali menjawab lah untuk Jerai.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

...Disampaikan oleh — kepada saya.

draft • 3:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sekali sahaja.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Ya?

draft • 3:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya ada membahaskan tentang kematian mengejut pelajar di dua buah — negeri Perak dengan Kedah. Apakah tindakan drastik pihak kementerian menangani isu ini?

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Okey, berkenaan dengan isu keselamatan sekolah dan sebagainya telah pun dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun berkenaan dengan tindakan-tindakan yang telah pun diambil oleh pihak kementerian dan juga pihak sekolah. Dan secara detil nya, mungkin saya boleh serahkan sekali lagi jawapan kepada Yang Berhormat.

Cuma last Yang Berhormat...

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Tak ada masa dah. Tak ada masa dah...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, Putrajaya. Hulu Langat lah dulu.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Tak ada masa dah.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jawapan — jawapan bertulis.

Yang pertamanya, Bandar Bukit Mahkota. Sekolah lewat...

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Okey, nanti saya bagi jawapan bertulis.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekolah lewat siap.

Kemudian bandar...

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Okey, secara spesifik.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Bandar Seri Putra, sekolah...

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Langat tak bahas.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Isu spesifik...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Hulu Langat, Hulu Langat tak bahas tadi.

[Tepuk]

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak dapat. Saya minta...

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Saya nak sentuh...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta untuk bahas, tetapi tak dapat. Bandar Seri Putra. PM dah umumkan pembinaan sekolah... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat boleh tulis surat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Timbalan Menteri...

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Boleh, boleh, saya akan jawab Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini diskriminasi namanya ini.

Dahlah saya tak dapat bahas, kemudian saya nak tanya... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, ikut peraturan.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ini masalah rakyat. Ini masalah rakyat. Rakyat semua di luar tengok saya.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rakyat tengok Yang Berhormat tak ikut peraturan.

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Rakyat dah lama dah tengok.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk soalan Hulu Langat, memang Hulu Langat selalu di hati KPM. Kami akan bagi jawapan secara bertulis, secara spesifik.

Putrajaya lepas ini.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cantik. Terima kasih Timbalan Menteri. Layak lepas ini jadi Menteri.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang lain bukan di hati Menteri ke? Hulu Langat saja ke?

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, sikit saja berkaitan dengan isu keselamatan di sekolah, itu satu, tetapi isu kemurungan pelajar yang saya minta supaya kita dedahkan kejadian jatuh bangunan ini, puncanya apa sebenarnya? Because, kalau kita cuba sorok perkara ini, kita tak tahu masalah sebenar, kita tak boleh nak selesai sampai bila-bila. Kalau boleh kementerian dedahkan, duduk dengan pihak polis supaya jelaskan. Jadi, kita tahu intervensi apa yang kita nak kena buat.

Sebab Yang Berhormat, kalau di luar negara ada kematian, ini boleh membawa kepada pindaan undang-undang kerana itu dan ini sebab mereka tahu sebab dia. Sekarang ini kita tak tahu sebab apa. Apa yang kes di MCKK, kita tak tahu apa yang berlaku. Terima kasih Menteri.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Okey, terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Tak ada isu sorok-sorok. Sikap dan juga pendekatan KPM adalah kita terbuka kepada semua siasatan dan kita bagi kerjasama sebaik yang mungkin. Dan pada masa yang sama, kita kena tengok dari segi perundangan, apa yang kita boleh dedahkan, apa yang kita tidak boleh, maka kita tak ada isu. Kita tak ada isu untuk terbuka kepada mana-mana siasatan. Ambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat Putrajaya.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, satu perkara sahaja, satu minit. Saya nak sampaikan sebelum saya gulung.

draft • 3:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Tadi dalam perbahasan Yang Berhormat Hulu Langat — bukan Hulu Langat. Hulu Terengganu ada sebut berkenaan dengan isu lencana Malaysia yang kita buat perolehan pada tahun lepas, 2025. Yang mana ada satu ungkapan yang dikeluarkan, yang mana saya rasa terkilan. Beliau ada sebut bahawa sama ada projek itu pada sahabat ataupun kroni.

Saya nak sebut di sini nombor satu, Puan Yang di-Pertua. Kesemua proses perolehan adalah dilaksanakan oleh JPN dan juga Pejabat Pendidikan Daerah melalui sistem ePerolehan sama ada secara tender ataupun sebut harga, tertakluk kepada peruntukan yang diterima.

JPN telah pun diberikan kebenaran untuk melaksanakan perolehan mengikut zon bagi menyegerakan proses pembekalan dan menggalakkan penyertaan lebih ramai pembekal yang layak. Sebanyak 91 pembekal terlibat dalam membekalkan lencana Jalur Gemilang seluruh negara pada tahun lepas.

Saya nak nasihatkan, saya nak put on record dekat sini bahawa — Hulu Terengganu tak ada, tetapi saya nak put on record di sini bahawa saya berharap Hulu Terengganu boleh tarik balik tohmahan beliau .

[Tepuk] Yang menyatakan projek ini pada sahabat ataupun kroni.

Nombor dua, saya nak nasihatkan Hulu Terengganu...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sahabat Kuala Krau.

draft • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh

Nombor dua, saya nak nasihatkan Hulu Terengganu bahawa, sekira yang nak berpolitik, nak buat tuduhan, buat terhadap Menteri, Nibong Tebal, Timbalan Menteri, Taiping, tak ada masalah. Kami orang politik, tetapi perolehan ini dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan di peringkat JPM dan PPD. Jangan nak heret mereka masuk dalam permainan politik— mereka. So, we have to have trust to our officers, dengan izin.

Dengan itu Puan Yang di-Pertua, terima kasih atas sedikit masa kecederaan yang telah pun diberikan. Terima kasih atas kesemua input yang telah pun diberikan.

Pihak KPM komited. Kami akan serahkan jawapan secara bertulis untuk kes-kes spesifik yang telah pun kita bangkit seperti yang termaktub dalam peraturan kita.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM63,473,399,800 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.63 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.63 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 3:50 PM
Kepala B.45 [Jadual] – Kepala P.45 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk di bahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Port Dickson, YB Alor Setar, YB Penampang, YB Langkawi, YB Kampar, YB Mersing, YB Kudat, YB Batang Lupar, YB Kepala Batas, YB Pulai, YB Kepong, YB Gerik, YB Batu, YB Tenom, YB Padang Terap, YB Jelutong, YB Bentong, YB Arau dan YB Hulu Langat.

Saya jemput Yang Berhormat Port Dickson.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Port Dickson untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Peruntukan Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2027.

Port Dickson ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan pembangunan belia dan sukan, khususnya di Port Dickson serta kemudahan sukan di Negeri Sembilan. Port Dickson memulakan dengan Kepala B.45 Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan.

draft • 3:59 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Port Dickson menyambut baik peruntukan RM380 juta bagi tahun 2027.

Namun, Port Dickson ingin mengetahui bagaimana peruntukan ini diterjemahkan kepada perancangan pembangunan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson. Mohon kementerian

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

jelaskan, apakah projek dan pembangunan strategik yang dirancang oleh kementerian untuk Parlimen Port Dickson?

Dalam masa yang sama, Port Dickson ingin membangkitkan isu Stadium Hoki Tan Sri Dato’ Haji Mohd Said di Seremban 2 yang masih belum menunjukkan perkembangan kerja-kerja pembaik pulih seperti yang diharapkan. Kemudahan ini amat penting kepada pembangunan sukan hoki dalam mencungkil bakat-bakat baharu selain digunakan untuk kejohanan hoki yang besar.

Justeru itu, Port Dickson ingin mendapatkan penjelasan mengenai status sebenar kerja-kerja pembaikpulihan stadium ini dan bilakah dijangka siap serta boleh digunakan semula? Kementerian perlu memastikan projek ini tidak terus tertangguh sehingga menjejaskan pembangunan sukan hoki negeri.

Selain itu, Port Dickson ingin menarik perhatian kementerian terhadap potensi pembangunan belia melalui kelab-kelab permotoran. Tahun ini, Port Dickson telah menjadi tuan rumah kepada dua perhimpunan permotoran berskala besar melibatkan motosikal 135LC dan 125ZR. Justeru, apakah perancangan kementerian untuk membantu kelab-kelab ini khususnya dari segi latihan kemahiran teknikal, keselamatan dan sokongan penganjuran program? Minat anak muda terhadap pemotoran perlu disalurkan kepada aktiviti yang positif, berdisiplin serta mampu membuka peluang kerjaya dan keusahawanan dalam bidang automotif.

Kedua, Butiran 020200 — Pembangunan Kemahiran Belia. Port Dickson ingin mendapatkan penjelasan kementerian berhubung status pembinaan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) di Port Dickson. Sejauh manakah kemajuan projek ini dan bilakah akademi tersebut dijangka siap serta mula beroperasi? Port Dickson juga ingin mengetahui perancangan kementerian untuk memastikan latihan di akademi ini selari dengan keperluan industri semasa termasuk bidang TVET dan kecerdasan buatan (AI) supaya belia memperoleh kemahiran yang relevan serta meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Ketiga, di bawah Kepala P.45, Butiran 00601 — Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri. Port Dickson saya ingin mendapatkan maklum balas kementerian berhubung cadangan pembinaan Kompleks Sukan Mini di Chuah.

Difahamkan tapak telah pun disediakan, namun sehingga kini projek masih belum ada perkembangan yang jelas berhubung pelaksanaan projek tersebut. Kemudahan ini amat diperlukan bagi menyediakan ruang latihan dan mencungkil bakat atlet muda selain masyarakat untuk beriadah di Chuah serta kawasan sekitarnya. Port Dickson memohon maklum balas daripada kementerian agar dapat memberikan perhatian

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

dan mempertimbangkan projek ini dalam perancangan pembangunan tahun hadapan.

Keempat, di bawah P.45, Butiran 02000 — KRMD Sukan Air dan Udara. Port Dickson merupakan lokasi latihan Pasukan Sukan Perahu Layar Negeri Sembilan dan mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat latihan sukan perahu layar. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan pembinaan kemudahan penempatan ataupun penginapan khusus untuk atlet perahu layar di Port Dickson.

Kemudahan ini bukan sahaja dapat menempatkan atlet negeri, malah berpotensi menjadi pusat latihan bagi atlet kebangsaan dan antarabangsa yang datang menyertai kejohanan di sini. Dengan adanya kemudahan yang lebih lengkap, Port Dickson berpeluang muncul sebagai salah satu destinasi utama pembangunan sukan perahu layar negara.

Kelima, di bawah P.45, Butiran 01800 — Penyediaan Sukan Antarabangsa.

Negeri Sembilan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai destinasi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa di Port Dickson sendiri telah dikenali sebagai penganjuran Port Dickson International Triathlon. Saya mencadangkan agar kementerian terus menyokong dan memperluaskan penganjuran acara sukan antarabangsa di Port Dickson termasuk bola sepak pantai, bola tampar pantai dan sukan perahu layar.

Dengan peruntukan RM81.3 juta pada tahun 2027, Port Dickson berharap sebahagian sokongan melalui peruntukan ini dapat dimanfaatkan oleh Negeri Sembilan khususnya Port Dickson dari segi penganjuran, promosi dan pembangunan kejohanan sukan bertaraf kebangsaan serta antarabangsa.

Keenam, di bawah P.45, Butiran 02400 — Gelanggang Sukan. Port Dickson menyambut baik peningkatan peruntukan bagi butiran ini daripada RM148.98 juta pada tahun 2026 kepada RM177.25 juta pada tahun 2027.

Namun, Port Dickson belum mempunyai kemudahan trek dan balapan antara olahraga yang lengkap untuk penganjuran kejohanan sukan berskala besar. Justeru, Port Dickson mencadangkan supaya pembinaan trek dan balapan olahraga dapat dipertimbangkan dalam perancangan Kompleks Sukan Mini Chuah. Jika tidak, harapan kementerian dapat mencari tapak baharu untuk trek olahraga dan menggalakkan penyertaan masyarakat dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan olahraga Port Dickson. Mohon maklum balas perancangan kementerian.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Ketujuh, P.45, Butiran 06000 — Pembangunan Sukan Komuniti. Port Dickson ingin mengetahui, apakah langkah kementerian untuk memperluaskan penyertaan sukan komuniti khususnya di kawasan perumahan, kampung dan luar bandar di Negeri Sembilan termasuk Port Dickson.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Akhir sekali, Port Dickson berharap kementerian terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjadikan Port Dickson bukan sahaja destinasi pelancongan, malah pusat penganjuran latihan sukan bertaraf antarabangsa dan kebangsaan. Pada masa sama, pembangunan kemudahan sukan di seluruh daerah di Negeri Sembilan juga perlu diberikan perhatian agar pembangunan sukan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat. Dengan itu, Port Dickson mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Alor Setar.

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Yang Berhormat Menteri yang turut sama dalam Dewan. Yang Berhormat Menteri pun pakai spec lebih kurang macam saya, dekat-dekat nak sama dah, Tan Sri.

draft • 4:05 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Petanda lah itu.

draft • 4:05 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dan saya juga— saya mengalu-alukan Tan Sri, untuk kesempatan mengalu-alukan rombongan daripada Jabatan Profesional Muda Pemuda PAS dalam Dewan bersama dengan pemerhati-pemerhati yang lain.

draft • 4:05 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Tan Sri, saya menyentuh Butiran 020100 tentang belia dan sukan mengenai kemudahan latihan e-sukan di peringkat negeri. Saya mendapat aduan juga daripada beberapa persatuan-persatuan e-sukan yang mengatakan mereka ada masalah untuk membuat latihan e-sukan, terutamanya dalam nak menggunakan pusat-pusat latihan, kerana difahamkan tak semua pusat sukan kita ada menyediakan kemudahan e-sukan tersebut.

draft • 4:05 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dan saya yakin Yang Berhormat Menteri juga faham, e-sukan ini dia memerlukan satu set peralatan yang sentiasa di-upgrade, di-update, simulator, peranti, internet. Semua-semua itu perlu kos yang tinggi. Saya faham, tapi mereka perlu tempat untuk membuat latihan. Dan, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh senaraikan beberapa pusat latihan e-sukan di peringkat negeri yang aktif dan boleh digunakan dengan baik termasuklah di Alor Setar kalau ada.

Dan saya juga dapat makluman, boleh jadi Yang Berhormat Menteri boleh sahkan dulu, badan induk esports, Malaysia Esports Federation (MESF) dikatakan tidak ada peruntukan kewangan. Jadi, adakah benar begitu dan esports itu hanya diberi kepada Impact Malaysia sahaja peruntukannya? Kalaulah betul tidak ada peruntukan itu, saya rasa perkara tersebut boleh dinilai kembalilah supaya kita dapat menggalakkan lebih banyak lagi persatuan-persatuan kita untuk mengendalikan latihan e-sports.

Yang kedua ialah mengenai program podium untuk atlet berprestasi tinggi.

Tahun 2025, kita ada skuad wanita dalam Mobile Legends: Bang Bang yang meraih emas di Sukan Asia Tenggara. Apakah status terkini skuad wanita itu — 2006, masih dia mencapai kejayaan dalam kategori separuh podium dan kita tidak mahu pasukan- pasukan kita yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa, di peringkat Asia ini, akhirnya terpaksa cari latihan sendiri, membiayai sendiri, akhirnya dia menurun prestasi. Kita nak dia terus berada di podium yang di atas untuk terus mengharumkan nama negara.

Yang seterusnya ialah mengenai Impact Integrated, Butiran 031000. Liga e- sukan dan pencarian bakat pelapis. Masih juga berkaitan dengan e-sports. Difahamkan ada pembiayaan RM20,000 untuk setiap projek yang disediakan oleh pihak KBS melalui dana e-sukan.

Soalan saya ialah, berapa ramai pemain liga 2026 ini yang telah pun kita saring, dipilih masuk ke skuad peringkat negeri ataupun kebangsaan? Adakah kementerian bersedia untuk membiayai liga satu musim bagi kategori sekolah, IPT dan juga bagi pasukan-pasukan wanita?

Dan yang kedua terakhir Tan Sri Pengerusi, ialah mengenai penyertaan peringkat kejohanan antarabangsa. Kita sedia maklum kita akan menyertai Sukan SEA. Dan— namun difahamkan, peruntukan untuk Malaysia e-sports Accelerator Programme turun daripada RM1 juta— ini cerita 2025, turun kepada RM500,000 tahun ini, 2026. Dan pasukan tersebut yang nak masuk pertandingan ataupun kejohanan terpaksa tanggung sendiri kos perjalanan, latihan, khidmat jurulatih.

draft • 4:05 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Soalan saya ialah, mengapa berlaku penurunan tersebut dan apa usaha pihak KBS untuk menaikkan peruntukan ini sekali gus memberi dorongan dan semangat khususnya untuk tahun hadapan, untuk 2027? Dan adakah kerajaan bersedia untuk menyediakan geran khas kepada pasukan-pasukan yang sedia ada ini untuk menyertai kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa?

draft • 4:05 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Akhir sekali Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi ialah, saya ingin tanya tentang Indeks Belia Malaysia yang berdasarkan dapatan carian yang dibuat tentang sosialisasi politik, kenegaraan dan demokrasi. Di tangan, di atas meja kami ini dibentangkan Ringkasan Eksekutif Kuasa Orang Muda (KOM). Saya ucap tahniah kepada pihak KBS dan pihak KOM ini yang buat satu latihan dan dijadualkan dibentang hari Rabu minggu depan— laporan penuhnya. Insya-Allah saya akan sertai.

Namun, dalam data-data sebelum ini, pada 2023, kita dapati skor domain yang dibuat dalam kajian dalam kalangan belia ini, pengetahuan tentang sosialisasi politik, kenegaraan, demokrasi ini masih pada tahap yang tidak memuaskan. Skor dia 58 sahaja, tak sampai— separuh lebih sikit.

Yang lebih membimbangkan kita ialah belia ini yang nak mengikuti perkembangan politik, kenegaraan demokrasi ini juga skor dia 35, sangat tidak memuaskan. Nak bincang tentang politik, skor dia 43, sangat tidak memuaskan, tapi Tan Sri Pengerusi, belia kita ini berdasarkan dapatan Indeks Belia ini, semangat perpaduan, skor dia sederhana, tinggi sikit, 74.

Soalan saya ialah, di mana laporan indeks belia untuk tahun 2024, 2025?

Sewajarnya kita nak tengok peningkatan. Kedua, apa usaha-usaha pihak KBS khususnya untuk lebih memberi pendedahan tentang politik kepada pihak belia?

Kita tengok di Melaka baru ini ada calon daripada kalangan Gen Z. This is how Gen Z works. Dapat masalah hari ini, esok adukan kepada pihak kerajaan melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, kemudian selesai. Kita hargai itu cara Gen Z bekerja, tapi kita juga kena dedahkan kepada mereka realiti sebenar YB Menteri, birokrasi pentadbiran, yang pelbagai laluan, realiti sebenar politik. Perkara- perkara itu saya rasa selain daripada aspek teori yang kita nak dedahkan kepada para belia kita ini, kita kena dedahkan tentang realiti, politik dalam politik itu sendiri.

Yang akhir sekali, saya juga nak cadangkan di samping kita memberi pendidikan politik kepada generasi belia kita ini, kita juga kena beri kaitan ataupun pendedahan tentang hubung kait politik dengan Islam supaya ada benda yang boleh

draft • 4:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

mengawal tindak-tanduk ahli-ahli politik terutama yang Muslim seperti kita. Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Penampang.

draft • 4:10 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Pengerusi Majlis, semasa perlawanan akhir Piala Thomas 1992 disiarkan secara langsung di televisyen, umur saya baru sembilan tahun. Detik itu, Malaysia bukan sekadar memenangi Piala Thomas, tetapi juga memenangi perpaduan dan kesatuan seluruh rakyat Malaysia.

Kita merindui situasi itu. Kita patut membangunkan suasana itu. Menjuarai sukan, memenangi perpaduan dan kesatuan rakyat. Sama-sama mengibarkan bendera negara dan sama-sama mahu menang untuk negara. Inilah cabaran besar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu bagaimana menjuarai sukan dan pada masa yang sama memenangi perpaduan rakyat. Jika ada usaha padu ke arah ini, saya antara rakyat Malaysia yang terkehadapan untuk memberi sokongan padu.

Pengerusi, sepertimana jawapan KBS sebelum ini, tumpuan kementerian adalah kepada atlet-atlet berprestasi tinggi dan sukan-sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan-kejohanan utama seperti SUKMA, Asian Games (Sukan Asia) dan Sukan Olimpik. Walaupun tidak semua sukan dipertandingkan dalam kejohanan- kejohanan utama tersebut, seperti sukan denai, sukan luncur udara, saya berpandangan penyertaan rakyat Malaysia, khususnya anak-anak muda negara patut diraikan dan diberikan sokongan dana yang setimpal.

Butiran 00908 – Program Pembangunan Ahli Sukan – Program Latihan/Bakat diperuntukkan sebanyak RM56 juta yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Saya juga ingin bertanya, apakah status semasa cadangan memasukkan sukan tekwando dan karate dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)?

Apakah sebab kenapa kedua-dua sukan ini belum dimasukkan dalam kejohanan pelbagai peringkat MSSM?

Sebagai bapa yang melihat pencapaian anak bertanding dalam sukan tekwando yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan tekwando, saya menyokong penuh agar acara ini dimasukkan dalam kalendar MSSM.

Pengerusi, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan diperuntukkan RM177.250 juta. Dana Pembangunan Produk Sukan, Butiran 05000 – RM8.7 juta. Pembangunan Sukan Komuniti, 06000 diperuntukkan RM20 juta. Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan, 07000 diperuntukkan RM40.1 juta.

draft • 4:12 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Perkara berkaitan sukan merupakan Senarai Bersama Persekutuan negeri dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya ingin mendapatkan perhatian dan tindakan KBS mengenai beberapa keperluan pembangunan sukan di kawasan yang saya wakili. Stadium Penampang merupakan kemudahan sukan antara yang paling banyak digunakan di sekitar kawasan Greater Kota Kinabalu.

Kerajaan Sabah telah membelanjakan RM5 juta peruntukan bagi pemasangan lampu limpah stadium. Kemudahan trek joging di luar Stadium Penampang juga dibina melalui peruntukan negeri. Bagaimanapun, trek balapan stadium sudah mulai usang dan perlu diganti. Saya meminta supaya KBS menyediakan peruntukan bagi penggantian trek balapan Stadium Penampang.

Keperluan lain seperti bumbung gelanggang terbuka dan astaka Padang B di Kompleks Sukan Penampang juga perlu dibina.

Saya percaya masalah ini berada dalam pengetahuan Pegawai-pegawai KBS di Sabah dan saya berharap tindakan proaktif dapat diambil. Saya juga berharap KBS melihat keperluan pembinaan bumbung dan kemudahan lampu bagi gelanggang-gelanggang bola keranjang di seluruh Penampang.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada KBS di atas peruntukan membina Astaka Padang Kampung Nahaba, Kadamaian. Saya berharap permohonan- permohonan di kampung-kampung lain di Kadamaian yang telah diangkat sebelum ini dapat dilaksanakan di bawah butiran-butiran peruntukan yang saya sebutkan tadi.

Saya telah menggunakan peruntukan khas wakil rakyat membantu melengkapkan tanggungjawab menyediakan kemudahan astaka-astaka padang kampung, tetapi saya berharap KBS dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan ke Penampang dan Kadamaian. Saya juga berharap KBS dapat menyalurkan sokongan dana bagi penganjuran tahunan Kadamaian Adventure Run yang menjadi identiti sukan Kadamaian yang telah menarik penyertaan antarabangsa.

Pengerusi, dalam kesempatan ini saya ingin menyatakan pendirian Kerajaan Sabah agar had umur belia bagi Sabah dikekalkan pada 40 tahun. Saya berharap keputusan tersebut diambil kira dalam pelaksanaan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif KBS di Sabah.

Butiran 04007 – Kajian Pembangunan Belia diperuntukkan RM1.5 juta. Saya berharap kajian ini dapat mencakupi bagaimana peranan belia di luar bandar dan pedalaman boleh diperkasakan tanpa perlu meninggalkan kampung atau daerah asal. Contohnya dalam konteks kepimpinan tadbir urus kampung, perusahaan sosial

draft • 4:12 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

kampung, peneraju sukan rakyat kampung, program-program bimbingan desa, dan sebagainya.

Saya juga mencadangkan kepada KBS untuk mengangkat dan mengiktiraf saudara Gerald Wong untuk dijadikan sebagai Ikon Belia Luar Bandar susulan kemenangan beliau memenangi anugerah di ASEAN Rural Development and Poverty Eradication Leadership yang ketujuh. Terima kasih.

draft • 4:12 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Langkawi.

draft • 4:12 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030400, 031200, 020000, 060000 berhubung dengan Kementerian Belia dan Sukan.

Tan Sri Pengerusi, terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri telah pun berjanji dengan saya bahawa Le Tour de Langkawi akan bermula di Langkawi dan berakhir di Langkawi. Ini janji Menteri Belia dan Sukan kepada rakyat Langkawi, tetapi saya tidak mahu menyentuh sukan kali ini. Saya nak menyentuh kesenian.

Saya yakin dan percaya, Yang Berhormat Tan Sri, saya ingin mencadangkan supaya pusat warisan kesenian dan diplomasi silat Melayu antarabangsa diadakan di Pulau Langkawi. Di Pulau Tuba khususnya.

Sebab saya melihat kepada silat ini sama dengan— dan saya nak mengajak juga Yang Berhormat Menteri, kalau boleh kita berdua melawat South Korea di Muju.

Tempatnya nama Tekwandowon yang diwujudkan oleh Mr. Ban Ki-moon semasa beliau menjadi Secretary of United Nations. Di sini, di Muju ini mereka jadikan tekwando ini sebagai seni bela diri tradisional dan menjadi institusi pendidikan, pusat latihan bertaraf dunia, tarikan pelancongan dan instrumen diplomasi budaya.

draft • 4:18 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Jadi, saya melihat kepada silat gayung kita ini boleh dibawa ke tahap tersebut. UNESCO sendiri pada 2019 telah pun mengiktiraf sebagai representative list of the tangible cultural heritage of humanity. UNESCO mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri dan kelangsungan hidup yang berakar daripada Kepulauan Melayu.

Jadi, saya yakin dan percaya bahawa kalau kita melihat kepada sejarah silat itu sendiri, seramai lima juta ahli silat yang didaftar mulai tahun 1942 semasa Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim menjadi mahaguru kemudian disambung oleh Datuk Dr. Abdul Majid bin Mat Isa, anak murid

draft • 4:20 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

kepada Meor Abdul Rahman dan seterusnya kepada Dato’ Mohd Azmir bin Mohd Khalid sebagai pengasas Gayung Ghaib Serantau Malaysia yang menggunakan― mulai menggunakan gelaran, ‘Mahaguru Laksamana’. Dan mereka ini juga telah pun melatih ramai askar-askar kita, ramai polis Polis Diraja Malaysia dan juga anak-anak sekolah.

Dan saya selaku Timbalan Pengerusi PEMADAM satu ketika mendapati bahawa anak-anak silat ini kurang terlibat dengan gejala-gejala dadah. Dan juga setakat ini kita ada 134 gelanggang yang berdaftar dan terdapat juga silat ini di negara-negara lain, di negara luar. Australia kita ada Gayung Australia Federation, di Amerika Syarikat, United States Gayung Federation, Singapura Silat Seni Gayung Singapura, United Kingdom kita ada Kelab Silat Seni Gayung United Kingdom, Arab Saudi kita ada Gayung Panglima Hitam, GTT4 Riyadh. Perancis kita ada Silat Seni Gayung France, Maghribi Silat Seni Gayung Morocco.

Kenapa saya memilih Pulau Tuba Tan Sri Pengerusi? Kerana Pulau Tuba baru-baru ini telah pun dikategorikan sebagai anak angkat MADANI. Dan saya yakin dengan pengiktirafan Pulau Tuba sebagai anak angkat MADANI atau Kampung Angkat MADANI, maka tentu sekali kerajaan akan menumpukan, khususnya kepada pelancongan. Dan kalau kita menyebut setakat ini sebulan boleh dikatakan antara 2,000 ke 3,000 manusia yang berkunjung ke Pulau Tuba.

Jadi Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, saya mencadangkan agar kerajaan dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk mewujudkan pusat seni di Pulau Tuba ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Pengerusi.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Langkawi. Seterusnya, saya jemput Kampar.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan dan Butiran 030800 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN). Dalam bajet tahun depan, peruntukan bagi program belia dan sukan naik RM32.5 juta sehingga RM41 juta. Saya alu-alukan, tapi pada masa yang sama bajet untuk latihan MSN telah turun daripada RM47 juta ke RM43 juta. Ini satu penurunan RM4 juta.

Saya mohon Menteri jelaskan dua keputusan ini. Apakah program yang akan menerima tambahan RM8.5 juta itu untuk program belia dan sukan? Dan bagi

draft • 4:23 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

pengurangan RM4 juta untuk latihan MSN, apakah butiran yang telah dikurangkan dan ke manakah wang itu pergi? Jadi, saya harap kita boleh dapat pencerahan.

Tuan Pengerusi, saya bangkit isu ini kerana ketika Barisan Nasional mentadbir Kerajaan Persekutuan, satu kes yang melibatkan Setiausaha Bahagian Kewangan KBS telah merangkumi 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM38.4 juta. Pertuduhan itu meliputi Februari 2012 hingga November 2015 dan melibatkan urusan di MSN. Mahkamah seksyen telah mensabitkan beliau pada tahun 2023 dan rayuan akan didengar di Mahkamah Tinggi pada September 2026.

Soalan saya kepada Menteri menyentuh tanggungjawab kementerian, berapakah jumlah kerugian yang telah disahkan dalam rekod kerajaan? Berapakah yang sudah diperoleh semula jika kita ada apa-apa claim balik? Dan berapakah baki yang masih dituntut? Saya mohon angka ini boleh dibagi tahu oleh Dewan dan kita tahu berapa yang kita boleh recover aset yang masih dibekukan atau masih ada tuntutan yang masih kita boleh proses ataupun nyatakan.

Untuk peruntukan tahun 2027, saya ambil satu contoh. Jika persatuan mengemukakan tuntutan bagi satu kem untuk 50 atlet selama lima hari, siapakah yang akan semak bahawa kem itu betul-betul berlaku? Sebab kita tak mahu ada lagi kes yang berlaku macam dulu masa BN. Buat program, tapi program itu tak berlaku, buat tuntutan palsu, duit masuk poket sendiri. Jadi, apakah semak dan imbang ataupun apakah yang kita boleh lakukan untuk pastikan kem itu benar-benar berlaku dan betul-betul ada latihan untuk atlet kita? Dan adakah pegawai yang mengesahkan pelaksanaan berasingan daripada pegawai yang meluluskan bayaran?

draft • 4:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta penjelasan Yang Berhormat.

draft • 4:23 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak boleh.

draft • 4:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta penjelasan.

Ketika itu siapa Menteri? Boleh Yang Berhormat tolong maklumkan kepada Dewan.

Saya nak tahu juga.

draft • 4:23 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pada tahun 2012 sehingga 2015 merangkumi dua Menteri. 2012 itu sebelum itu Ahmad Shabery Cheek, 2013 hingga 2015, Khairy Jamaluddin.

Jadi, pegawai yang mengesahkan tuntutan itu tak boleh orang yang sama yang prepare. Dia sediakan, dia buat sah, dia luluskan macam dulu. Seorang buat

draft • 4:23 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

semua. Jadi, kita mesti ada check and balance. Orang yang buat claim, orang yang sahkan claim, orang yang proseskan claim. Mesti orang yang berbeza.

Tuan Pengerusi, pengalaman kedua adalah Hari Belia Negara 2012. Saya rasa ramai di sini kita masih ingat masa itu kerajaan bayar RM1.6 juta bagi tiga kumpulan K-pop, tapi dalam PAC ada satu laporan. Pada masa itu KBS maklum kepada PAC bahawa perbelanjaan pengunjung berjumlah RM322 juta, tetapi ada kajian sebenar di mana angkanya jauh lebih rendah, baru RM143.65 juta.

Perbezaannya RM178.35 juta. Angka yang disampaikan kepada PAC lebih dua kali ganda daripada angka kajian. Jadi perkara ini relevan apabila kita menimbang RM41 juta untuk program belia dan sukan. Jika kementerian hendak membiayai program pembangunan belia dan sukan selama setahun, Dewan patut tahu berapa orang belia yang mengikuti program sampai akhir.

Jadi, akhirnya saya mohon tiga perkara yang dijawab oleh Menteri semasa penggulungan:

(i) berapakah wang kerajaan yang sudah diperoleh semula untuk kes tadi semasa KJ jadi Menteri?

(ii) bagaimana kementerian mengesahkan satu program sebelum kita bayar tuntutan? dan terakhir

(iii) apakah perubahan peruntukan tahun hadapan dan apakah yang akan diterima oleh atlet muda di peringkat daerah untuk latihan MSN yang telah dikurangkan RM4 juta itu?

Sekian, terima kasih.

draft • 4:23 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Kampar. Seterusnya saya jemput Mersing.

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Pertama, saya merujuk Butiran B.020200 – Pembangunan Kemahiran Belia dan Butiran B.010300 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Saya ingin membangkitkan isu belia NEET, Not in Employment and Education or Training, iaitu golongan belia yang tidak bekerja serta tidak mengikuti pendidikan atau latihan. Dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun, kadar NEET meningkat daripada 8.7 peratus pada tahun 2024 kepada 10.6 peratus pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 1.9 mata peratus.

draft • 4:28 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Trend ini membimbangkan kerana golongan ini berisiko menghadapi pengangguran jangka panjang, kehilangan potensi pendapatan serta terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi negara. Setakat 27 Oktober 2026, IYRES telah mengumpulkan 2,574 profil belia NEET melebihi sasaran tahunan sebanyak 2,000 profil. Aplikasi iNEET turut dibangunkan bagi mengenal pasti dan memantau golongan ini.

Saya turut mengambil maklum pelaksanaan sesi libat urus Pelan Mitigasi Inisiatif Peluang Pekerjaan, Pendidikan atau Latihan Belia (NEET) pada 27 dan 28 Oktober 2026. Namun, kejayaan menangani isu NEET tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah profil yang dikumpulkan semata-mata, tetapi berdasarkan jumlah belia yang berjaya keluar daripada status NEET secara mampan.

draft • 4:28 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai empat perkara: pertama daripada 2,574 profil yang dikumpulkan, berapa ramai telah menerima intervensi kembali mengikuti pendidikan, menyertai latihan kemahiran atau memperoleh pekerjaan? Adakah pemantauan susulan selepas enam hingga 12 bulan dilaksanakan bagi memastikan mereka tidak kembali kepada status NEET?

Kedua, apakah faktor utama peningkatan kadar NEET? Adakah disebabkan ketidakpadanan kemahiran, kekurangan peluang pekerjaan, kekangan kewangan, tanggungjawab keluarga atau kesukaran mendapatkan akses kepada institusi latihan?

Ketiga, sejauh manakah integrasi data dan penyelarasan intervensi dilaksanakan antara IYRES, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan agensi TVET bagi mengelakkan pertindihan program serta memastikan tiada belia tercicir?

Keempat, apakah sasaran khusus kementerian bagi tahun 2027 untuk mengurangkan kadar NEET, termasuk mekanisme mendekati belia luar bandar yang tidak berdaftar dalam aplikasi INEET? Adakah kementerian bercadang memperluas akses latihan di ILKBS kepada belia tanpa kelayakan SPM serta menyediakan bantuan pengangkutan, penginapan dan elaun latihan. Kita tidak mahu sekadar membangunkan pangkalan data belia (NEET), tetapi perlu membangunkan laluan keluar yang jelas daripada status NEET.

Kedua Tan Sri Pengerusi, Butiran B.03100 – Impact Integrated. Saya beralih kepada inisiatif kuasa orang muda yang memberi pendedahan kepada belia mengenai sistem demokrasi, hak dan tanggungjawab kewarganegaraan serta

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

peranan institusi dan wakil rakyat. Inisiatif ini penting dalam konteks pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik yang perlu disertai dengan peningkatan literasi demokrasi, kefahaman Perlembagaan dan kematangan sivik dalam kalangan generasi muda.

Pada 16 Mac 2026, IYRES telah membentangkan analisis dapatan penilaian Program KOM kepada pihak Impact Integrated bagi menilai keberkesanan serta menambah baik pelaksanaan program ini. Melalui tinjauan suara Kuasa Orang Muda pula, belia diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan, isu dan cadangan yang akan dihimpunkan dalam Laporan Nasional Kuasa Orang Muda. Namun, penglibatan belia tidak seharusnya terhenti pada peringkat konsultasi semata-mata.

Sebaliknya, perlu diterjemahkan kepada tindakan dan pembentukan dasar.

draft • 4:30 PM

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai tiga perkara

pertama, apakah dapatan utama penilaian keberkesanan Program KOM? Adakah terdapat peningkatan yang boleh diukur dari segi literasi demokrasi, kefahaman institusi negara dan penyertaan sivik dalam kalangan peserta?

Kedua, berapakah cadangan daripada Laporan Nasional Kuasa Orang Muda yang telah atau akan diterjemahkan kepada dasar dan program kerajaan bagi tahun 2027? Adakah kementerian bersedia menerbitkan laporan tersebut secara matriks, tindakan susulan yang boleh diakses secara terbuka?

Ketiga, apakah mekanisme kementerian bagi memastikan program ini bersifat neutral, inklusif dan bebas daripada kepentingan kepartian serta benar-benar menjangkau belia luar bandar, komuniti orang asli, belia OKU dan golongan yang tidak mengikuti pendidikan formal? Kita perlu memastikan suara orang muda bukan sekadar didengar, tetapi turut diberikan ruang untuk mempengaruhi proses pembentukan dasar negara secara bermakna.

Terakhir Tan Sri Pengerusi Butiran P.02007 – Kompleks Sukan Komuniti dan Butiran P.02400 – Gelanggang Sukan. Saya ingin sekali lagi membangkitkan cadangan pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre di Mersing yang sebelum ini turut saya bangkitkan dalam Kamar Khas. Untuk rekod, cadangan ini telah dikemukakan oleh Majlis Daerah Mersing sejak tahun 2021.

Keperluan TMIYC Mersing bukan sekadar memenuhi aspirasi penubuhan TMIYC di setiap daerah di negeri Johor, tetapi bagi menangani kekurangan kemudahan sukan awam yang berkualiti dan bersepadu di Daerah Mersing. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai empat perkara.

draft • 4:30 PM

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai tiga perkara

Pertama, apakah status terkini permohonan pembangunan TMIYC Mersing?

Adakah projek ini telah dikemukakan, dipertimbangkan atau diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua RMK13 bagi tahun 2027? Sekiranya belum, apakah halangan sebenar kepada kelulusannya?

Kedua, apakah mekanisme pembiayaan yang boleh dipertimbangkan oleh kementerian? Adakah keseluruhan kos RM13.13 juta perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Johor atau boleh dilaksanakan melalui pembiayaan bersama Kerajaan Persekutuan?

Ketiga, apakah kriteria yang digunakan oleh kementerian dalam menentukan keutamaan pembangunan infra sukan antara daerah? Adakah kekurangan kemudahan sedia ada, faktor luar bandar atau jurang akses kepada kemudahan sukan turut diberikan pemberat dalam penilaian tersebut?

Keempat Tan Sri, sekiranya kekangan kewangan menjadi halangan, adakah kementerian bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Daerah Mersing untuk memulakan sekurang-kurangnya pembangunan fasa pertama yang dianggarkan berjumlah RM5.06 juta pada tahun 2027? Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Kudat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus ke Butiran 00110 – Program Pembangunan Kemahiran dan Butiran 04007 – Kajian Pembangunan Belia. Kedua-dua butiran ini sangat penting untuk membantu golongan belia di luar bandar, khususnya di Parlimen Kudat.

Kerajaan MADANI melalui Kementerian KBS perlu memberikan tumpuan dalam program-program latihan TVET bagi memastikan penyediaan masa depan yang cerah kepada golongan belia dan mengelakkan penghijrahan belia-belia ke bandar untuk mencari pekerjaan. Program latihan dalam bidang perikanan, pelancongan, ekonomi digital dan keusahawanan amat diperlukan dan kebetulan, Kawasan Parlimen Kudat ini menjadi kawasan utama pembangunan ekonomi biru.

Kementerian KBS juga perlu menyediakan modal pemula kepada belia yang berpotensi dalam membangunkan apa-apa usaha berdasarkan kepada kemahiran mereka. Pertanyaan Kudat, berapakah peruntukan untuk Parlimen Kudat bagi kedua-dua butiran ini dan apakah program yang telah dirancang oleh pihak kementerian untuk Parlimen Kudat?

draft • 4:35 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Seterusnya, Butiran 02007 - Kompleks Sukan Komuniti, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan, Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti. Parlimen Kudat dilihat antara Parlimen yang terpencil, tetapi Parlimen Kudat telah melahirkan atlet- atlet yang menjadi kebanggaan negara. Antaranya adalah beberapa pemain bola tampar yang telah mewakili negara.

Begitu juga Atlet Paralimpik badminton iaitu adinda Safri Ramis telah menyumbang beberapa pingat di peringkat Paralimpik — Special Olympics. Kawasan luar bandar ini berpotensi untuk menjadi pusat pengeluar atlet sekiranya kerajaan dapat menyediakan prasarana sukan yang baik. Oleh itu, untuk ke sekian kalinya, saya merayu kepada pihak Kementerian KBS untuk memberikan peruntukan pembinaan kompleks sukan komuniti di Pulau Banggi dan Pitas.

Saya difahamkan kedua-dua kompleks ini tidak masuk dalam senarai keutamaan di peringkat negeri Sabah, tetapi saya rasa senarai keutamaan projek- projek pembangunan, khususnya untuk belia-belia di Sabah ini, adalah lebih berdasarkan kepada cadangan daripada Kabinet dan juga Menteri-Menteri di peringkat negeri. Maka, keutamaan mungkin diberikan kepada kawasan-kawasan yang mereka wakili.

Manakala, di Kudat ini ataupun di Parlimen Kudat ini sentiasa tertinggal dari segi penyediaan prasarana sukan yang sepatutnya dapat dinikmati oleh rakyat di kawasan saya. Jadi, saya mohon daripada kementerian untuk memberikan. Kalau tidak dua-dua pun, mungkin salah satulah untuk tahun depan sebagai hadiah kepada Parlimen Kudat yang sentiasa menyokong dan menjadi friends of Ministry kepada KBS ini.

Saya juga mohon supaya kementerian memberikan dana dari segi penganjuran sukan-sukan di peringkat kampung. Ini sangat penting bagi mengenal pasti bakat-bakat yang ada di peringkat kampung, yang akhirnya kita boleh ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.

Pembinaan gelanggang-gelanggang sukan, juga di peringkat kampung. Saya juga telah bawa dalam perbahasan saya beberapa kali perkara ini. Cuma jawapan yang saya dapat daripada kementerian sebelum ini adalah masalah pemilikan tanah ataupun pemberian tanah kepada pihak Kerajaan Persekutuan, tapi bagi saya, mungkin amalan untuk pembinaan gelanggang-gelanggang, misalnya gelanggang bola tampar, sepak takraw dan gelanggang-gelanggang yang kecil ini, saya rasa tidak perlu dipersulitkan dengan isu pemilikan tanah ini kerana dia tidak mengganggu tanah yang besar ataupun kawasan yang besar.

draft • 4:35 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Jadi, saya mohon kepada Kementerian KBS supaya dapat memberikan kelonggaran terhadap masalah ataupun isu pemilikan tanah ini. Saya ingin bertanya kepada pihak KBS, berapakah dana ataupun peruntukan yang diberikan kepada Parlimen Kudat untuk program-program itu?

draft • 4:35 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, saya mohon supaya sebagai Friends of Ministry ataupun FOM kepada kementerian ini, saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri dapat melawat kawasan saya pada tahun hadapan dan boleh melancarkan apa-apa program yang sesuai untuk belia-belia saya di kawasan Parlimen Kudat.

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Batang Lupar.

draft • 4:40 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberikan saya peluang pada petang ini untuk berbahas bagi Maksud B dan P.45, Kementerian Belia dan Sukan dengan peruntukan sebanyak RM1.21 bilion.

Tan Sri Pengerusi, saya ingin membangkitkan Butiran 00908 – Program Pembangunan Ahli Sukan - Program Latihan/Bakat yang diperuntukkan RM56 juta.

Saya percaya ada banyak bakat-bakat sukan yang terpendam dalam kalangan anak- anak muda di kawasan luar bandar. Antara sukan yang mendapat sambutan dalam kalangan mereka di kawasan saya ialah bola sepak, futsal dan badminton.

Walaupun berdepan dengan kemudahan sukan yang terhad, ramai dalam kalangan anak-anak luar bandar sebenarnya mempunyai minat, kebolehan dan potensi untuk mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya diberikan peluang, bimbingan dan latihan yang sistematik. Namun demikian, antara cabaran utama dalam pembangunan bakat di kawasan luar bandar adalah kekurangan akses kepada jurulatih profesional, program latihan yang berstruktur serta platform untuk mengetengahkan bakat mereka.

Oleh itu Tan Sri Pengerusi, saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian mempunyai mekanisme khusus untuk mengenal pasti, merekrut dan melatih bakat- bakat sukan dari kawasan luar bandar? Adakah terdapat pegawai pencari bakat sukan ataupun talent scout yang ditugaskan secara khusus di peringkat bahagian atau daerah terutamanya di Sabah dan di Sarawak? Saya ingin mencadangkan agar

draft • 4:40 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

pihak kementerian mempergiatkan pelaksanaan program pencarian bakat secara turun padang dengan kerjasama pejabat belia dan sukan, institusi pendidikan, persatuan sukan serta komuniti setempat. Kejohanan sukan di peringkat daerah dan komuniti juga boleh dimanfaatkan sebagai platform untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi.

Pada masa yang sama, usaha mengenal pasti bakat ini perlu disusuli dengan program latihan secara berterusan, khidmat kejurulatihan serta bantuan kewangan bagi membolehkan atlet muda dari kawasan luar bandar menyertai program pembangunan sukan tanpa membebankan keluarga mereka. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai berapakah daripada peruntukan RM56 juta ini yang akan disalurkan secara khusus bagi program pencarian dan pembangunan bakat sukan di kawasan luar bandar, khususnya di Sarawak?

Saya juga ingin membangkitkan 02007 – Kompleks Sukan Komuniti yang diperuntukkan sebanyak RM1.8 juta sahaja. Dalam hal ini, saya ingin bertanya, apakah terdapat inisiatif oleh pihak kementerian untuk menyediakan kemudahan gimnasium pada kadar berpatutan yang boleh digunakan dan diakses oleh semua peringkat umur terutama di kawasan luar bandar?

Tan Sri Pengerusi, dalam usaha kita membudayakan amalan gaya hidup sihat, akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi tidak seharusnya menjadi suatu keistimewaan yang hanya dinikmati oleh masyarakat di kawasan bandar atau golongan yang berkemampuan. Di kawasan luar bandar, pilihan gimnasium amat terhad. Pada masa yang sama, kos keahlian gimnasium serta faktor jarak perjalanan boleh menjadi kekangan kepada masyarakat setempat untuk menjalankan aktiviti kecergasan secara konsisten.

Saya percaya penyediaan kemudahan gimnasium komuniti ini bukan sahaja penting untuk golongan belia, malah turut memberi manfaat kepada golongan dewasa dan warga emas dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal, menjaga kesihatan mental serta mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan darah tinggi.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian mempertimbangkan pelaksanaan inisiatif gimnasium komuniti mampu milik sama ada melalui penaiktarafan kompleks sukan komuniti sedia ada ataupun melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memanfaatkan bangunan dan kemudahan awam yang sedia ada.

draft • 4:40 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Akhir sekali, saya ingin menyentuh Butiran 02400 – Gelanggang Sukan yang disediakan peruntukan sebanyak RM177.25 juta. Saya ingin memohon untuk pihak kementerian menaik taraf sebuah padang di kawasan Sri Aman iaitu Padang KPS di kawasan Sri Aman kerana pada minggu lepas Tan Sri Pengerusi, saya telah menghadiri satu pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh satu kelab di Sri Aman yang mana menghimpunkan remaja-remaja belia yang bawah 14 tahun dan 16 tahun. Itu yang saya bangkitkan tadi.

Kita di KBS sebagai pihak kementerian, Menteri perlu melihat bahawasanya setiap pertandingan yang dianjurkan di kawasan ini mesti ada pegawai KBS yang turun untuk memantau, untuk melihat bakat-bakat muda yang boleh kita ketengahkan untuk mewakili negeri dan negara seterusnya. Jadi, saya mohon KBS untuk melihat kalau boleh, kalau nak dikatakan padang ini milik state ataupun milik Federal, padang inilah yang digunakan untuk anak-anak kita di kawasan Sri Aman bermain bola dan sebagainya. Saya mohon perhatian pihak KBS untuk melihat padang bola sepak KPS di Sri Aman.

Sekian, Tan Sri Pengerusi. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Kepala Batas.

draft • 4:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Kepala Batas mulakan dengan Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran Belia. Kepala Batas ambil maklum kadar kebolehpasaran graduan Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang dilaporkan mencapai 97.36 peratus pada tahun 2026. Namun persoalannya, bukan sekadar berapa ramai graduan berjaya mendapat pekerjaan tetapi bagaimana pekerjaan tersebut sepadan dengan kelayakan dan memberikan pendapatan yang munasabah.

Kepala Batas mohon kementerian melaksanakan pemantauan terhadap status pekerjaan dan pendapatan graduan selepas enam ataupun 12 bulan selepas tamat latihan. Hal ini dilihat penting bagi memastikan peruntukan pembangunan kemahiran benar-benar menghasilkan peluang pekerjaan yang berkualiti, bukan sekadar sijil kelulusan.

draft • 4:46 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Yang kedua, Butiran 031200 – Program Rakan Muda. Bagi program Rakan Muda pula, keberhasilannya tidak wajar diukur berdasarkan jumlah program ataupun penyertaan semata-mata. Kementerian wajar menetapkan indikator yang mengukur perubahan sahsiah, penglibatan sukarelawan, kepimpinan serta kesejahteraan peserta selepas mengikuti program. Kita tidak mahu melahirkan belia yang bukan sahaja mempunyai kemahiran untuk bekerja, tetapi bahkan mempunyai jati diri untuk memimpin masyarakat. Sebagaimana hari ini, tidak mempunyai jati diri seperti mana strawberi. Butiran seterusnya, 00908 – Program Pembangunan Ahli Sukan. Kepala Batas ingin memberikan penekanan khusus kepada kebajikan atlet kerana kejayaan sukan negara tidak seharusnya dibina atas pengorbanan atlet semata-mata tanpa jaminan masa depan mereka. Kepala Batas menyambut baik peningkatan peruntukan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) daripada RM1 juta kepada RM2.5 juta pada tahun 2027. Namun, bantuan kebajikan ketika atlet menghadapi kesusahan sahaja belum mencukupi. Kita perlu pastikan atlet mempunyai kehidupan yang terjamin apabila kecederaan ataupun usia menamatkan kerjaya sukan mereka.

Sehubungan itu, Kepala Batas mencadangkan supaya KBS perkenalkan skim pendapatan peralihan atlet selama 12 hingga 24 bulan berdasarkan kelayakan dan juga keperluan sebagai langkah untuk membantu atlet menyesuaikan diri selepas persaraan. Skim ini disokong oleh latihan semula, pengiktirafan pengalaman sukan dan pemadanan pekerjaan dengan sektor yang bersesuaian. Kepala Batas mohon Menteri jelaskan berapakah jumlah bekas atlet yang berjaya memperoleh pekerjaan ataupun membina kerjaya kedua selepas program sokongan kementerian? Kita tidak mahu atlet hanya dihargai ketika membawa pulang pingat tetapi dilupakan apabila mereka tidak lagi mampu bertanding.

Seterusnya Butiran 01800 – Persediaan Sukan Antarabangsa. Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-34 pada 18 hingga 29 September 2027 dan juga Sukan Para ASEAN Ke-14 pada 17 hingga 23 Oktober 2027. Kejayaan penganjuran mesti seiring dengan persediaan dan juga kebajikan atlet yang akan membawa cabaran negara.

Maka, Kepala Batas mohon Menteri perjelaskan jumlah atlet yang sedang menjalani latihan pusat, kos persediaan setiap atlet serta jaminan elaun, perlindungan insurans, rawatan perubatan dan perlindungan kecederaan sepanjang tempoh persediaan termasuk bagi atlet para. Kementerian wajar memastikan

draft • 4:46 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

pemantauan berkaitan dengan tahap kecergasan, kecederaan dan keperluan atlet supaya tiada atlet yang terpinggir daripada sokongan sewajarnya.

Jangan sampai kita berjaya anjurkan temasya bertaraf antarabangsa tetapi gagal menjamin kebajikan atlet yang berjuang untuk negara. Dalam masa yang sama, pembangunan sukan wanita perlu diberikan perhatian lebih menyeluruh.

Kejayaan Pearly Tan dan M. Thinaah dalam badminton player khususnya membuktikan kemampuan atlet wanita negara mencapai kecemerlangan antarabangsa.

draft • 4:46 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Namun, peluang wanita tidak boleh terhad sebagai atlet di gelanggang sahaja. Kementerian wajar memperluaskan penyertaan wanita sebagai jurulatih, pegawai teknikal dan juga pemimpin persatuan sukan. Kepala Batas mohon kementerian tetapkan indikator penyertaan dan kepimpinan wanita dalam ekosistem sukan negara agar pembangunan sukan wanita dapat diukur secara berterusan.

Seterusnya Butiran 030800 – Program Latihan dan Pembangunan untuk Sukan, Majlis Sukan Negara. Kepala Batas tegaskan bahawa keselamatan atlet tidak boleh dikompromi. Gangguan seksual, penderaan, buli, penyalahgunaan kuasa tidak boleh diberikan ruang dalam ekosistem sukan negara. Walaupun KBS telah mempunyai kod sukan selamat, keberkesanannya bergantung kepada pelaksanaan dan pematuhan setiap badan sukan.

Kepala Batas cadangkan supaya setiap badan sukan diwajibkan mempunyai pegawai perlindungan atlet serta menyediakan saluran aduan yang bebas, sulit dan mudah diakses. Lebih penting, atlet yang mempunyai aduan mesti dilindungi daripada tindak balas termasuk kehilangan tempat dan pasukan ataupun peluang pelatihan. Setiap aduan wajar disiasat secara profesional, telus dan juga dalam tempoh yang munasabah.

Kepala Batas mohon Menteri nyatakan jumlah aduan yang diterima, jumlah kes yang telah diselesaikan serta tindakan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah. Kementerian wajar pastikan badan sukan yang gagal mematuhi kod sukan selamat dikenakan tindakan sewajarnya. Jangan hanya sediakan saluran, aduan, namun atlet tidak berani mengadu. Pengadu wajib dilindungi, kes disiasat dan pihak yang bersalah wajar dipertanggungjawabkan.

Akhirnya Tuan Pengerusi, Kepala Batas mengharapkan atlet dihargai bukan hanya ketika menang, tapi turut dijamin masa depannya selepas persaraan.

Keselamatan mereka wajib dilindungi dan setiap badan sukan mesti

draft • 4:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

bertanggungjawab. Kita mahu bina belia yang berjati diri, atlet yang terjamin masa depannya dan sukan menjadi wadah penyatuan serta kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Pulai.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tuan Pengerusi membenarkan, izinkan Pulai untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan. Pulai ingin merujuk 07000 butiran berkenaan dengan Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti KBS. Kerajaan wajar dipuji atas langkah memperuntukkan RM40.1 juta bagi penyelenggaraan bangunan dan juga fasiliti KBS pada tahun 2027. Peruntukan ini penting kerana pembangunan sukan di negara kita bukan sekadar membina kemudahan baharu tetapi turut memastikan fasiliti sedia ada berada dalam keadaan yang selamat, selesa dan boleh digunakan oleh rakyat.

Kemudahan seperti kompleks sukan, gelanggang, dewan dan pusat latihan digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah atlet kebangsaan, golongan belia dan komuniti setempat. Penyelenggaraan secara berkala dapat mengelakkan kerosakan kecil menjadi lebih serius sehingga memerlukan kos pembaikan yang jauh lebih tinggi. Soalan Pulai adalah berapakah jumlah bangunan fasiliti KBS yang dikenal pasti memerlukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan segera?

Kedua adalah mengapakah peruntukan khusus penyelenggaraan sebanyak RM40.1 juta hanya diperkenalkan pada tahun 2027 dan bagaimana penyelenggaraan yang dilaksanakan sebelum ini?

Yang ketiga, berapakah jumlah fasiliti yang disasarkan untuk diselenggara atau dibaik pulih menggunakan peruntukan ini?

Yang keempat, apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan kerja penyelenggaraan disiapkan mengikut jadual yang spesifik dan spesifikasinya?

Keduanya, Pulai ingin merujuk kepada Butiran 00100 berkenaan dengan IKBN. Peningkatan peruntukan pembangunan IKBN sebanyak RM9.14 juta memberi ruang kepada kementerian untuk memperkukuhkan kemudahan latihan dan meningkatkan keupayaan institusi, melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran.

Dalam keadaan pasaran pekerja semakin memerlukan kemahiran teknikal dan kemahiran khusus, IKBN perlu memastikan latihan yang ditawarkan benar-benar seiring dengan keperluan industri. Namun, keberkesanan institusi TVET tidak boleh

draft • 4:52 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

hanya diukur melalui jumlah pelajar yang mendaftar ataupun latihan ataupun tamat latihan. Perkara yang lebih penting adalah kadar kebolehpasaran graduan, kesesuaian bidang latihan dengan permintaan majikan dan tahap kemahiran yang dimiliki selepas tamat pengajian.

KBS juga perlu memastikan peruntukan pembangunan ini digunakan untuk menaikkan taraf bengkel, mesin dan peralatan latihan yang mungkin sudah ketinggalan berbanding teknologi industri semasa. Soalan Pulai adalah apakah komponen pembangunan IKBN yang akan memberi keutamaan dalam peningkatan peruntukan ini?

Keduanya, berapakah kadar kebolehpasaran graduan IKBN mengikut institusi dan bidang latihan pada tahun 2025? Berapakah jumlah graduan yang memperoleh pekerjaan dalam bidang berkaitan selepas tamat latihan? Dan berapakah sasaran kementerian untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan IKBN pada tahun 2027? Dan yang terakhir, Pulai ingin menyentuh Butiran 00908 berkenaan pembangunan atlet dan pencarian bakat.

Peruntukan program pembangunan ahli sukan, program latihan bakat mengalami pengurangan sebanyak RM12 juta pada tahun 2027. Perkara ini wajar diberikan perhatian kerana pembangunan sukan negara tidak boleh hanya bergantung kepada atlet yang sudah mencapai tahap kebangsaan atau antarabangsa. Malaysia perlu mempunyai sistem pembangunan bakat yang kukuh bermula daripada peringkat sekolah, daerah, negeri sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam melahirkan atlet bertaraf dunia ini, proses pencarian bakat dan pembangunan atlet memerlukan masa yang panjang. Atlet perlu melalui latihan berstruktur, pertandingan yang konsisten, bimbingan jurulatih berkualiti serta sokongan sains sukan. Jika pembangunan di peringkat awal tidak diberikan perhatian yang mencukupi, negara berisiko menghadapi kekurangan atlet pelapis apabila atlet sedia ada bersara atau prestasi mereka mula menurun. Kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Malaysia terus kompetitif dalam kejohanan antarabangsa ini.

Namun persoalannya, apakah justifikasi pengurangan RM12 juta ini, sedangkan pembangunan atlet merupakan pelaburan jangka panjang? Persoalan Pulai adalah apakah faktor yang menyebabkan peruntukan program pembangunan ahli sukan dikurangkan daripada RM68 juta kepada RM56 juta pada tahun 2027?

draft • 4:52 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Apakah pengurangan ini akan memberi kesan kepada program pencarian bakat latihan atlet muda dan pembangunan atlet pelapis di peringkat negeri serta daerah?

Dan yang terakhir adalah berapakah jumlah atlet muda yang sedang berada dalam Program Pembangunan Bakat Kebangsaan dan berapakah sasaran kementerian untuk melahirkan atlet pelapis menjelang temasya Olimpik yang akan datang? Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:52 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Kepong.

draft • 4:52 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berikut merupakan empat isu utama yang dihadapi oleh golongan belia generasi Z atau Gen Z pada zaman moden ini. Pertama, kos sara hidup dan masa depan ekonomi Gen Z. Pada Ogos lalu, seramai 394,600 belia Malaysia berusia 15 hingga 30 tahun menganggur.

Kajian Deloitte tahun ini pula mendapati kos sara hidup merupakan kebimbangan utama Gen Z selama lima tahun berturut-turut. Muka surat 437 menetapkan sasaran kebolehpasaran peserta latihan kemahiran bagi tahun depan hanya 96 peratus berbanding pencapaian 96.41 peratus pada tahun ini. Pada tahun 2025, berapa ramai sebenarnya mendapat pekerjaan tetap, gaji munasabah dan pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran?

Tan Sri Yang di-Pertua, contohi Kesatuan Eropah yang menyasarkan tawaran pekerjaan, pendidikan atau latihan kepada belia bawah 30 tahun dalam tempoh empat bulan selepas kehilangan pekerjaan atau meninggalkan pendidikan. Contohi Finland dengan pusat sehenti yang menyediakan bantuan pekerjaan, kewangan dan perumahan.

KBS mesti menyelaras usaha antara kementerian untuk memperluas latihan industri berbayar, kemahiran AI dan penyediaan rumah sewa mampu milik.

Kedua, kesihatan mental belia. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2023 mendapati 7.9 peratus golongan berusia 16 hingga 19 tahun dan 7.6 peratus golongan berusia 20 hingga 29 tahun mengalami kemurungan, depression dengan izin. Namun, dalam dokumen belanjawan ini, KBS tidak menyatakan sasaran untuk mengurangkan kadar kemurungan dalam kalangan belia.

draft • 4:57 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Butiran 031200 memperuntukkan RM35 juta untuk Rakan Muda. Berapa ramai belia telah dibantu melalui Projek Dengar Rakan Muda? Contoh, program

draft • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

headspace Australia sediakan kaunseling percuma atau kos rendah di setiap daerah, bantuan dalam talian, saringan awal dan rujukan kepada pakar. Pastikan belia yang memerlukan rawatan tidak terpaksa menunggu terlalu lama.

Ketiga, jenayah dan perangkap kewangan digital. Menurut DOSM, jumlah mangsa penipuan dalam talian berusia 15 hingga 30 tahun meningkat daripada 11,877 orang pada tahun 2024 kepada 22,070 orang pada tahun 2025 iaitu hampir 86 peratus belia turut terjerat dalam perjudian dalam talian, pelaburan palsu dan kegiatan akaun kedai. KBS mesti bekerjasama dengan Bank Negara, AKPK dan PDRM melalui rakan digital untuk memberikan latihan praktikal mengenai pengurusan kewangan dan pencegahan jenayah digital.

Keempat, ketagihan vape dan dadah. Penggunaan vape dalam kalangan remaja sekolah meningkat daripada 9.8 peratus pada tahun 2017 kepada 14.9 peratus pada tahun 2022. AADK pula merekodkan 34,471 belia berusia 15 hingga 30 tahun terlibat dalam penyalahgunaan dadah sepanjang enam bulan pada tahun pertama 2026. Contohi Australia yang mengehadkan penjualan vape kepada farmasi untuk tujuan rawatan. KBS bersama Kementerian Kesihatan dan AADK mesti menyediakan bantuan berhenti vape melalui telefon pintar, program pencegahan ketagihan dan akses kepada rawatan pemulihan. Gen Z memerlukan penyelesaian kepada masalah hidup mereka bukan sekadar program, kempen atau majlis pelancaran. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Gerik.

draft • 5:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menyentuh berkenaan tiga perkara. Pertamanya adalah Program Rakan Muda. Saya merujuk kepada B.45 Butiran 031200 – Program Rakan Muda di bawah kategori Program Khusus. Butiran 030000 sebanyak RM35 juta. Dalam Anggaran Perbelanjaan 2026, program ini adalah sebanyak RM30 juta. Bermakna peningkatan sebanyak RM5 juta. Saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai kajian impak dan keberkesanan peruntukan ini bagi butiran ini untuk tahun 2026 dan 2027.

Tuan Pengerusi, kita masih ingat Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada 29 Oktober 1994. Ketika itu, ia merupakan satu gerakan nasional yang cukup popular melibatkan sukan, rekreasi, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah.

Malah ia mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia dan melambang anak-

draft • 5:02 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

anak muda bersatu padu. Tetapi hari ini mengapa program ini dilihat semakin kurang mendapat sambutan atau kurang menyerlah berbanding zaman awal pelancarannya? Apakah strategi promosinya tidak kena atau belia kita keliru untuk menyertai program yang mana satu? Saya ingin bertanya kepada Menteri, berapa ramai belia kita yang benar-benar aktif dan kekal menyertai aktiviti sukan serta rekreasi melalui Rakan Muda? Saya setuju supaya Rakan Muda diberi nafas baharu tetapi ia perlu kembali kepada hobi dan juga aktiviti sosial.

Susunan Program Rakan Muda juga mestilah mudah diikuti seperti pada awal-awal kemunculannya. Dia ada Rakan Waja Diri, dia ada Rakan Sukan, Rakan Cinta Alam, Rakan Seni Budaya, Rakan Masyarakat dan sebagainya. Tetapi yang sekarang ini, dia ada Rakan Prihatin, Rakan Niaga, Rakan Muzik, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Digital dan ada juga yang dilihat bertindan. Contohnya, Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik, dilihat macam bertindan. Jadi, saya cadangkan jika ia disusun dengan baik, kita boleh susun persatuan dan kelab-kelab belia juga bernaung di bawah program-program tadi supaya ia mengikuti aktivitinya dan permohonan bajet dan sebagainya juga di bawah program-program tadi, Program Rakan Muda tadi. Contohnya, Rakan Waja Diri. Semua persatuan seni bela diri bergerak di bawah tajuk ini.

Yang keduanya, permohonan Kompleks Rakan Muda Gerik. Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan P.45 Butiran 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah (KRMD) berjumlah RM3.8 juta. Saya ingin memohon supaya KBS mempertimbangkan pembinaan sebuah Kompleks Rakan Muda di Gerik di bawah perancangan Maksud Pembangunan P.45. Cadangan ini bukan hanya untuk penduduk Gerik tetapi sebagai pusat pembangunan belia dan sukan bagi kawasan utara dan timur laut Perak, termasuk untuk komuniti belia orang asli. Kawasan liputannya boleh merangkumi Gerik, Lenggong, Padang Rengas dan Kuala Kangsar.

Kawasan ini mempunyai ramai anak muda dan potensi sukan yang perlu diberikan peluang serta kemudahan sewajarnya. Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah KBS bersedia menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan mengenal pasti tapak dan menyediakan peruntukan bagi pembinaan Kompleks Rakan Muda di Gerik?

Ketiganya, Tuan Pengerusi, di bawah tajuk P.45 Butiran 00908 – Program Pembangunan Ahli Sukan bernilai RM375 juta dan B.45 Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara peruntukan sebanyak RM20 juta. Berkenaan bajet ini, saya mencadangkan supaya kementerian mengkaji semula pembangunan program

draft • 5:02 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

berstruktur seperti Harimau Muda bermula daripada peringkat sekolah hingga ke peringkat bawah 21 atau 23 tahun. Kita memerlukan satu sistem pencarian dan pembangunan bakat yang menyeluruh. Kita mahu melihat kerjasama lebih erat KBS, Majlis Sukan Negara (FAM), Kementerian Pendidikan dan Persatuan Bola Sepak Negeri. Bakat anak-anak tempatan di Hulu Perak, pedalaman Kedah dan Kelantan serta di Sabah dan Sarawak juga perlu diberikan peluang sama rata untuk diketengahkan. Begitu juga Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari. Saya mahu Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari diperkasakan dari segi peruntukan, jurulatih, sains sukan, pemakanan, perubatan sukan dan pendedahan pertandingan antarabangsa.

draft • 5:02 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, Gerik. Minta laluan. Terima kasih Gerik dan Dato’ Sri Pengerusi. Berkaitan dengan AMD, baru-baru ini, AMD ada buat satu kejohanan Liga Bola Sepak Remaja Kebangsaan 2026. Saya dimaklumkan bahawa KBS menyalurkan geran sebanyak RM100,000 untuk persatuan-persatuan negeri dan yuran ini, geran ini akan diserahkan kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Saya mendapat rungutan daripada pasukan yang bertanding, ada pasukan yang bertanding tanpa mendapat geran ini. Jadi soalan saya, apakah mekanisme KBS untuk memantau situasi ini? Terima kasih.

draft • 5:02 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Mohon masukkan dalam ucapan saya.

Penutup. Tuan Pengerusi untuk penutup, akhir sekali saya ingin mencadangkan juga ada satu perkara lagi adalah KBS dan MSN supaya memperhalusi kembali kaedah sumbangan pengecualian cukai LHDN secara lebih teratur dan memudahkan penyumbang. Ramai penyumbang yang sebenarnya berminat dan mahu menyumbang kepada program sukan dan persatuan-persatuan belia dan persatuan sukan. Cuma kaedah dia agak kabur dan tidak mesra penyumbang. Jadi, LHDN perlu iktiraf dia punya resit sumbangan dan nombor pengurusan cukai. Macam mana kaedah dia perlu satu dibuat satu kaedah yang lebih profesionallah. Insya-Allah. Sekian.

draft • 5:02 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Batu.

draft • 5:02 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tan Sri Speaker bagi Batu peluang untuk berbahas. Batu ingin mencadangkan ataupun terus kepada Butiran 031300 di mana Batu ingin mencadangkan atau bangkitkan satu kategori sukan yang perlu diberi perhatian lebih. Untuk makluman Dewan yang mulia

draft • 5:08 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

ini, sukan sport climbing dengan izin, telah mencatatkan kemunculan semula dalam temasya Sukan SEA pada tahun 2025 di Thailand. Selepas kali terakhir dipertandingkan pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, kemunculan semula sukan ini membuktikan bahawa sport climbing semakin mendapat tempat dalam arena sukan serantau. Malah disiplin ini juga merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat Olimpik.

Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berhubung keputusan tidak memasukkan sport climbing dalam Program Sukan SEA Malaysia 2027 sedangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada temasya sukan berprestij ini. Apakah rasional di sebalik keputusan tersebut? Adakah ia disebabkan kekangan facility, kos penganjuran atau pertimbangan teknikal yang lain?

draft • 5:08 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya memahami bahawa pemilihan Sukan SEA 2027 telah melalui proses dan persetujuan negara-negara anggota persekutuan Sukan SEA. Namun, saya berpandangan bahawa perkara ini wajar diberi perhatian, khususnya apabila kita mempunyai atlet tempatan yang berpotensi untuk bersaing dan mengharumkan nama negara.

Tan Sri Speaker, pengecualian sukan ini daripada Sukan SEA 2027 bukan sahaja memberi kesan kepada peluang atlet untuk bertanding, malah boleh menjejaskan momentum pembangunan sukan sport climbing di Malaysia. Kita mempunyai atlet-atlet sport climbing negara seperti Dzukram Alzam Mohd Zamri, Ke Qun Tao, Chen Shin Yee, dan Shareen Mohd Nasran yang telah disenaraikan untuk mewakili Malaysia dalam acara lead pada Sukan SEA Thailand dua tahun lepas.

Penyertaan atlet-atlet ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai bakat dan potensi dalam sukan memanjat tembok.

Justeru, peluang mereka untuk terus bersaing di peringkat serantau tidak seharusnya terhenti hanya kerana sukan ini tidak memasukkan dalam program Sukan SEA Malaysia. Kita perlu melihat Sukan SEA bukan semata-mata sebagai medan penganjuran tetapi juga sebagai platform untuk memberi peluang kepada atlet negara menguji kemampuan, meningkatkan prestasi dan bersaing dengan atlet terbaik di negara-negara jiran.

Justeru, apakah langkah kementerian bagi memastikan atlet sport climbing negara tetap mempunyai peluang untuk bertanding di peringkat serantau sekiranya sukan ini tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA? Adakah kementerian

draft • 5:10 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

mempunyai perancangan untuk memperkukuh penyertaan atlet dalam kejohanan antarabangsa, menyediakan program latihan berstruktur serta meningkatkan kemudahan memanjat tembok dan bertaraf kompetitif?

Tan Sri Speaker, saya turut mengambil maklum bahawa melalui Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Peruntukan bagi tahun 2027 adalah sebanyak RM130,000 sahaja. Sehubungan itu, saya ingin memohon agar kementerian memberikan perhatian dan pertimbangkan peruntukan khusus bagi pembangunan sport climbing negara. Peruntukan ini amat penting untuk membangunkan tapak dan fasiliti memanjat tembok yang bersesuaian, menyediakan kemudahan latihan yang selamat dan berkualiti serta melaksanakan program pencarian dan pengesahan bakat baru dalam kalangan belia.

Selain itu, sokongan juga diperlukan bagi membiayai latihan bersama jurulatih bertauliah, penganjuran kejohanan peringkat akar umbi serta penyertaan atlet dalam pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Saya percaya dengan perancangan dan pelaburan yang berterusan, sport climbing mampu menjadi satu lagi cabang sukan yang melahirkan atlet berprestasi tinggi dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Dan Tan Sri Yang di-Pertua, sekiranya kementerian berhasrat untuk membangunkan fasiliti atau program sport climbing di kawasan Parlimen Batu, saya dengan sukacitanya bersedia memberi kerjasama yang baik.

Itu sahaja, Tan Sri. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Tenom.

draft • 5:10 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Butiran 07000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan dan Butiran 00601 – Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri. Walaupun Kompleks Sukan Tenom telah dinaik taraf, penggunaannya masih terhad pada waktu siang sahaja akibat ketiadaan sistem lampu limpah yang lengkap.

Hal ini kerana di kawasan seperti di Tenom, sebahagian besar belia bekerja di sektor pertanian pada waktu siang dan manakala pelajar-pelajar terikat dengan sesi persekolahan sehingga petang. Oleh itu, waktu malam merupakan ruang terbaik untuk komuniti dan belia beriadah serta menjalani latihan. Sehubungan itu, Tenom menggesa pihak KBS menyalurkan peruntukan segera bagi pemasangan lampu limpah di Kompleks Sukan Tenom supaya fasiliti ini dapat dimanfaatkan secara

draft • 5:13 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

maksimum pada waktu malam, di samping memudahkan penganjuran kejohanan peringkat daerah dan negeri.

Tan Sri Pengerusi, Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengenai Kompleks Sukan Papar yang pernah diluluskan pada tahun 2017, namun dibatalkan pada tahun 2019.

Saya ingin bertanya, adakah kementerian merancang untuk mengangkat projek tersebut semula? Kerana mengambil kira Papar berdekatan dengan Kota Kinabalu, maka fasiliti ini penting sekiranya ada acara sukan seperti SUKMA, Kompleks Sukan Papar boleh jadi lokasi bagi acara tertentu selain Kompleks Sukan Likas.

Tan Sri Pengerusi, Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Tenom ingin membangkitkan isu had umur belia di Sabah dan Sarawak. Pada 11 November 2026, keputusan Kabinet Negeri Sabah untuk mengekalkan lingkungan umur belia antara 15 hingga 40 tahun telah dilaporkan selaras dengan pendirian Kerajaan Sarawak. Keputusan ini mengambil kira realiti geografi, demografi dan sosioekonomi, khususnya masyarakat luar bandar dan pedalaman.

Justeru, adakah Kerajaan Persekutuan bersedia menghormati keputusan kedua-dua kerajaan negeri ini dengan memberikan fleksibiliti kepada Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan had umur belia sehingga 40 tahun? Dan apakah jaminan kementerian bahawa golongan berumur 30 sehingga 40 tahun di kedua-dua negeri ini tidak tercicir daripada menikmati program pembangunan belia, peruntukan dan bantuan Kerajaan Persekutuan?

Tan Sri Pengerusi, Butiran 00908 – Program Pembangunan Ahli Sukan - Program Latihan/Bakat, Butiran 030800 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara dan Butiran 020400 – Institut Sukan Negara (ISN). Tan Sri Pengerusi, rakyat Malaysia telah menantikan detik bersejarah negara meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik, khususnya menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Justeru itu, pada masa kita memperkukuh program elit seperti Road to Gold, penyelarasan dengan pembangunan bakat di peringkat akar umbi juga sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Hakikatnya, Parlimen Tenom terbukti mempunyai potensi besar melahirkan atlet bertaraf dunia. Buktinya, anak jati Tenom, Andre Anura Anuar merupakan pemegang rekod kebangsaan acara lompat jauh dengan catatan 8.02 meter pada tahun 2019.

draft • 5:13 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Malah, beliau turut mengharumkan nama Malaysia apabila merangkul pingat emas acara lompat jauh lelaki dengan catatan 7.71 meter pada Sukan SEA 2025 di Thailand, sekali gus menamatkan kemarau 22 tahun negara dalam acara tersebut.

Selain itu, Kontinjen Tenom turut membuktikan kehebatan di peringkat negeri apabila menyapu bersih pingat emas bola sepak lelaki dan wanita pada Sukan Sabah 2025 serta menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun (MSS) 2026.

Kejayaan ini jelas membuktikan bumi Tenom subur dengan permata sukan.

Oleh yang demikian, Tenom menggesa agar pelaksanaan Pelan Bakat Sukan Kebangsaan dan peruntukan sukan akar umbi benar-benar turun ke sekolah-sekolah di pedalaman Tenom, bekalkan jurulatih bertauliah, kepakaran sains sukan dan peralatan latihan yang mencukupi agar lebih ramai pelapis seperti Andre Anura Anuar dapat digilap untuk menyumbang pingat emas Olimpik buat negara. Tan Sri Pengerusi, mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 5:13 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Terap.

draft • 5:13 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Belia dan Sukan iaitu berkenaan dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia, pada 1 Januari 2026 yang menurunkan had umur belia kepada bawah 30 tahun. Keahlian pertubuhan belia telah merosot daripada 1 juta kepada sekitar 545,000 orang setakat Februari 2026 iaitu penyusutan sebanyak 45 peratus.

Saya tidak menolak usaha meremajakan kepimpinan belia. Namun, dasar ini memberi cabaran besar kepada pertubuhan belia, terutamanya di luar bandar seperti Padang Terap. Apabila ramai anak muda berhijrah ke bandar, sedangkan golongan berusia 30 sehingga 40 tahun merupakan antara penggerak utama aktiviti belia di kawasan pedalaman.

Pada 19 hingga 21 November yang lalu, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah mengadakan bengkel merangka hala tuju pembangunan pertubuhan belia bagi tahun 2027. Soalan saya, apakah dapatan bengkel itu sebut dalam menangani kesan pelaksanaan dasar ini?

draft • 5:17 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Berapakah jumlah keahlian terkini dan bilangan pertubuhan belia yang menjadi tidak aktif atau gagal mendapatkan kepimpinan yang baharu? Mengapakah perjawatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia sebanyak 40 jawatan, sedangkan

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

perlu menyelia lebih 8,000 pertubuhan belia dalam tempoh peralihan yang kritikal ini? Saya menyarankan dua perkara.

Pertama, KBS melalui IYRES hendaklah menerbitkan kajian impak pelaksanaan had umur baharu, termasuk menilai semula cadangan had umur 35 tahun yang pernah dikemukakan oleh Majlis Belia Malaysia. Kedua, wujudkan dana transisi pertubuhan belia melalui peningkatan peruntukan tahun 2027 bagi membantu pemulihan keahlian, latihan kepimpinan dan pengaktifan semula pertubuhan belia khususnya di luar bandar.

Perkara yang kedua ialah Butiran 07000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan. Di Padang Terap, kita mempunyai Litar Motocross Sriwangsa di Kampung Ulu, Padang Sanai. Penganjuran Padang Terap MX Fest 2025 berjaya menghimpunkan 500 pelumba dari 12 buah negara termasuk Jerman, Jepun, Korea Selatan dan Australia. Pada 5 dan 6 Disember ini, Padang Terap MX Fest 2026 siri yang kelima bakal berlangsung dengan sasaran 500 pelumba dan 5,000 pengunjung di Padang Terap.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pihak KBS, pihak Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Exco Pelancongan Negeri Kedah, Majlis Daerah Padang Terap, Kelab Sukan Bermotor NEC yang dipelopori oleh Encik Abdul Halim Awang Kechik di atas penganjuran acara yang berprestij ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak KBS di atas peruntukan RM100,000 yang telah membolehkan pembinaan stor operasi menggunakan kontena, starting gate dan pemasangan pagar keselamatan. Namun, anggaran keseluruhan cadangan awal pembangunan litar ini adalah sekitar RM700,000 dan masih banyak lagi kemudahan yang perlu dilengkapkan.

Antaranya, menaik taraf jalan, menyediakan bekalan air serta elektrik, pembinaan tandas, pemasangan pagar dan membina surau, termasuklah tempat mencuci motocross. Apabila sebuah litar di luar bandar sudah mampu menarik penyertaan pelumba daripada pelbagai negara, pembangunan infrastrukturnya juga mestilah sepadan dengan skala penganjuran antarabangsa. Justeru, saya memohon kepada pihak KBS mempertimbangkan tambahan peruntukan sekitar RM600,000 bagi melengkapkan baki pembangunan Litar Motocross Sriwangsa di Padang Sanai, Padang Terap secara berfasa dan saya mengharapkan supaya pihak KBS mengangkat Padang Terap MX Fest sebagai acara tahunan rasmi dalam kalendar sukan permotoran kebangsaan dengan sokongan dana penganjuran.

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Perkara yang terakhir ialah Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Baru- baru ini, ada satu syarikat. Syarikat yang menganjurkan perlumbaan HYROX KL 2026. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak KBS. Semoga menjadi contoh kepada kementerian lain yang...

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Padang Terap, minta sikit.

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang tegas dalam menghalang syarikat-syarikat arak menaja program-program sukan, termasuklah menguatkuasakan Akta Kod Sukan Selamat, Perkara 5.2 dalam acara-acara kerajaan. Saya harap kementerian-kementerian lain pun mengambil contoh supaya tidak ada mana-mana syarikat yang minuman alkohol, arak ini menaja acara-acara sukan demi kepentingan umat Islam sejagat. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Padang Terap, sikit.

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sila, sila.

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tiga saat lagi. Nak mohon minta Yang Berhormat Menteri memberikan sedikit penjelasan berkaitan dengan isu belia NEET. N-E-E-T. Belia yang tidak bekerja, yang tidak bersekolah, yang tidak mengikuti latihan, banyak di daerah Sik, di Pandang Terap sendiri.

Jadi, isu ini dia merentas kementerian termasuk KESUMA, KPM sendiri. Dan bagaimana KBS melihat isu ini dari segi penyelarasan perkongsian data belia-belia kita ini sebab di dalam DOSM disebut lebih lapan peratus belia kita ini terlibat dengan NEET ini dan bagaimana kementerian melihat latihan-latihan TVET ini dapat diselaraskan dengan baik kepada belia-belia kita yang dalam golongan yang dikatakan juga rentan ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Floor ini floor Padang...

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, terima kasih Yang Berhormat Padang Terap ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Masukkan?

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Masukkan, masukkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Dalam ucapan?

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Masukkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Masuk ya jangan tak masuk pula.

[Ketawa]

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Sik tak boleh berucap, Padang Terap saja.

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Padang Terap.

[Ketawa]

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Baik, baik terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Saya masukkan ucapan Sik itu ke dalam Padang Terap.

draft • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Terima kasih Pengerusi [Ketawa] . Orang Kedah belaka ini.

[Ketawa]

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey silakan. Saya jemput Jelutong.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tadi saya lihat Pontian ada jadi, saya pun nak mulakan dengan pantun.

Dia tak ada, saya beri pantun jugalah.

Berlayar sampan menuju muara, Angin bertiup di waktu petang; Masa susah sama bersuara, Bila berkuasa kawan ditendang. Tan Sri Pengerusi, Saya ingin menyentuh beberapa butiran. 020100 – Belia dan Sukan, 020200 – Pembangunan Kemahiran Belia dan 030800. Hari ini saya perlu puji Tan Sri Pengerusi, bukan kerana Menteri Belia itu adalah anakanda Tan Sri Pengerusi, tetapi kerana Menteri dan Timbalan Menteri kedua-dua hadir untuk mendengar perkara-perkara yang dibangkitkan. Ini adalah hari yang bersejarah.

Perlu puji juga Menteri dari PKR, Timbalan Menteri dari DAP. Memang mantap.

Berharap kita akan meneruskan mentadbir negara pada tahun-tahun yang akan datang.

draft • 5:25 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, butiran. Butiran apa?

Butiran.

draft • 5:25 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya dah sentuh tadi. Tak dengar. Di sini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri, Timbalan Menteri, kerajaan kerana dapat merangkul satu pencapaian yang baik dalam satu Sukan Asia baru-baru ini.

Saya difahamkan pasukan kita merangkul 32 pingat sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa. Cuma saya ingin tanya, apakah ganjaran yang telah diberikan kepada penyumbang-penyumbang pingat-pingat emas seperti Ng Eain Yow,

draft • 5:25 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sivasangri, seperti Adeola Fay Robert dalam karate, seperti berbasikal trek Dato’ Azizulhasni Awang. Kepada pemenang dalam acara Gran Turismo, e-racing, Taj Izrin Aiman Taj Madira dan juga pasukan regu pasukan lelaki sepak takraw yang menamatkan penantian 36 tahun memenangi pingat emas.

Saya ingin tanya, apakah ganjaran yang telah diberikan kepada mereka sebagai suntikan semangat untuk mereka meneruskan kejayaan ini pada masa yang akan datang? Pada masa yang sama Tan Sri Pengerusi, saya ingin juga menyatakan bahawa seperti yang telah saya bahaskan sebelum ini, Menteri dan Timbalan Menteri, kementerian mempunyai tanggungjawab yang begitu berat, bukan sahaja untuk memastikan kita terus merangkul kejayaan di persada sukan, di antarabangsa tetapi juga menyatupadukan rakyat kita yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa.

Saya katakan, bila kita lihat pasukan beregu wanita, Pearly Tan dan M.

Thinaah berjuang, bermain badminton. Tak kiralah DAP kah, tak kiralah PKR kah, tak kiralah PAS kah, BERSATU kah, kita duduk bersama-sama. GPS kah, GRS kah, sebut duduk sama-sama dan kita menyorak. Kita bertepuk, menyorak. Jadi, bagaimana kita ingin menggunakan acara-acara sukan ini untuk menyatupadukan rakyat kita yang berbilang agama, berbilang bangsa dan juga fahaman politik?

Saya bagi satu contoh Tan Sri Pengerusi, saya tertarik perkara yang menjadi viral semasa sambutan Hari Kemerdekaan mendapat kepujian daripada rakyat jelata. Kita lihat pemuda-pemudi kita, beliawan, beliawanis ini kita. Daripada kalangan Melayu, Cina, India menyanyi lagu “Goyang, Goyang, Goyang Kepala Goyang” menjadi viral. Jadi, lagu Tamil dalam bahasa Malaysia dinyanyikan dengan synchronic. Ada gadis Melayu di situ, gadis India di situ, gadis Cina di situ, semua bersama-sama. Kita lihat bahawa acara-acara seperti ini menyemarakkan lagi perpaduan di antara kita.

Jadi, saya menyeru supaya di antara butiran ini, pihak kementerian Yang Berhormat dan Timbalan Menteri melanjutkan pelbagai lagi acara-acara sebegini.

Bukan sahaja semasa hari-hari kemerdekaan tetapi kalau boleh dari masa ke semasa semua acara yang disertai. Perkara itu juga saya lihat dikagumi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sebelum saya mengakhiri, saya ingin tanya, apa yang telah berlaku kepada seorang gadis remaja Melayu yang telah ingin menceburi acara gimnastik?

draft • 5:25 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adik Aimy Idzlin Mohd Fauzi daripada Terengganu. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nanas. Ketika itu dilarang daripada menyertai acara gimnastik kerana kononnya pakaian-pakaian yang dipakai oleh beliau ketika menyertai acara gimnastik tidak mematuhi peraturan-peraturan syariah. Tetapi, adakah ini menafikan hak beliau untuk menceburi acara sukan itu? Jadi, saya ingin tanya, bagaimanakah kementerian ingin mengimbangi perkara-perkara ini supaya kita membenarkan semua warganegara Malaysia daripada semua kaum, semua agama menyertai acara-acara yang mereka minati. Terima kasih Tan Sri Pengerusi di atas peluang yang diberikan. Saya mohon menyokong.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Bentong.

draft • 5:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Pengerusi, terima kasih memberikan peluang kepada Bentong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Bentong ingin membangkitkan tiga perkara. Pertama kebajikan atlet yang mengalami kecederaan serius. Kedua, penambahbaikan ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan iaitu SHAKAM bagi atlet acara berpasukan dan ketiga pembinaan Kompleks Sukan Bentong.

Bentong merujuk B.45, Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu kebajikan atlet.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

draft • 5:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Dato’ Sri Pengerusi, Bentong ingin menarik perhatian Dewan kepada kes Udin atlet angkat berat yang kehilangan tangan selepas terlibat dalam kemalangan motosikal. Bagi Udin dan keluarganya, banyak perkara yang perlu diurus selepas rawatan awal. Beliau perlu menjalani pemulihan, menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kehidupan seharian dan memikirkan bagaimana beliau boleh meneruskan kerjaya serta menjana pendapatan.

draft • 5:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Dalam keadaan seperti ini keluarga perlu tahu siapa yang boleh dihubungi, bantuan apa yang boleh dipohon dan berapa lama prosesnya. Oleh sebab itu, perlindungan berbeza mengikut kategori atlet, saya mohon kementerian menjelaskan apakah bantuan yang boleh diakses apabila kemalangan berlaku di luar sesi latihan atau pertandingan. Jika atlet memerlukan rawatan susulan, pemulihan fizikal proses dan sokongan psikologi, adakah MSN akan menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet dan keluarganya mempunyai satu saluran rujukan yang jelas.

Dalam kes Udin, apakah bantuan yang telah disalurkan setakat ini dan apakah bentuk sokongan susulan yang boleh beliau terima sepanjang proses pemulihan? Dato’ Sri Pengerusi, Bentong juga ingin menyentuh peranan Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet iaitu MACE. Melalui MACE dengan kerjaya dengan pihak industri, atlet boleh dibantu untuk menyambung pendidikan, mengikuti latihan kemahiran dan mendapatkan penempatan pekerjaan. Persoalan Bentong, apakah sasaran kementerian untuk melaksanakan sokongan pada tahun 2027.

Perkara kedua merujuk B.45, Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara, Skim Hadiah Kemenangan Sukan iaitu SHAKAM. Dari segi pelaksanaan, saya mohon kementerian menjelaskan berapa ramai atlet acara berpasukan telah menerima ganjaran pada kadar baharu dan apakah peruntukan bagi pelaksanaannya pada tahun 2027?

Berapa lama tempoh antara perkesanan keputusan rasmi dengan pembayaran kepada atlet? Tempoh 24 tahun bukan — sebelum kadar ini disemak juga wajar diberikan perhatian. Adakah kementerian bercadang untuk menyemak kadar SHAKAM secara berkala dan apakah kriteria yang digunakan untuk memastikan kadar ganjaran terus mencerminkan pencapaian serta sumbangan atlet?

Seterusnya, perkara terakhir merujuk P.45, Butiran 02007 di bawah Kompleks Sukan Komuniti, peruntukan hanyalah RM1.81 juta sahaja. Bentong sedikit kecewalah dan terkilan. Kalau juga merujuk kepada Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Bentong ingin bangkitkan di sini juga bahawa sudah empat tahun berturut-turut Bentong membangkitkan dan menyuarakan bahawa tidak kiralah sama ada dalam pertanyaan lisan mahu perbahasan RUU Perbekalan, Bentong ingin menegaskan rakyat Bentong khususnya memerlukan sebuah kompleks sukan bagi menjalankan aktiviti di samping menjadi hab kepada golongan belia.

Kompleks sukan ini adalah sangat penting untuk warga Bentong kerana tiada tempat yang khusus di Bentong untuk warga belia dan juga komuniti masyarakat di

draft • 5:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bentong untuk melaksanakan ataupun menganjurkan pelbagai program-program sukan yang seadanya. Di Bentong sekarang ini kalau adapun padang bola, banyak yang sudah rosak. Ada yang sudah rosak. Padang hoki juga sudah rosak teruk, kemudian kalau kita tengok begitu juga dengan trek balapan yang tiada di Bentong.

Bagaimana kita mahu melahirkan atlet kalau tiada trek balapan yang sesuai yang baik dan sebagainya untuk belia di Bentong untuk kita memastikan dengan adanya trek ataupun kawasan khusus yang baik supaya kita dapat melatih anak- anak belia di Bentong ini dapat digarap daripada awal hinggalah ke peringkat negeri dan sebagainya.

Oleh itu kepada warga — kepada pihak kementerian dan YB Menteri, Bentong sangat memohon di atas kebijaksanaan YB Menteri untuk melihat keperluan Kompleks Sukan di Parlimen Bentong ini. Jadi Bentong tak nak ambil masa yang panjang, sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian dan Dato’ Sri Pengerusi.

Sebagai penutup, apa yang dibangkitkan Bentong hari ini harap diberikan perhatian sewajarnya dan juga memberikan senyuman, bukan sahaja kepada Udin dan juga para atlet, tetapi juga kepada rakyat Bentong khususnya. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, rakyat Malaysia, orang muda, apa khabar. Tap, tap screen guys.

Yang pertama sekali Yang Berhormat, ini khusus kepada Yang Berhormat Menteri, khusus tajuknya ialah Perbadanan Stadium Malaysia. Kita tahu bahawa syarikat yang— peruntukan yang telah dianggarkan ialah sebanyak RM24 juta dan kita tahu bahawa ada beberapa syarikat. Dua syarikat utama yang diberi markah seperti berikut, Mondo dari Itali markahnya 91.51 mata. Sementara sebuah syarikat, saya tak boleh sebut nama yang sekarang melaksanakan projek tersebut mendapat 78.15 mata.

Jadi persoalannya Yang Berhormat, kenapa syarikat yang mendapat mata yang lebih tidak diberi projek, yang kurang diberi projek. Ini macam tender-tender yang lain syarikat— kadang-kadang syarikat yang mendapat undi, undi terendah

draft • 5:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

tidak dibagi, dibagi yang lain. Jadi kalau kiranya kita nak berdasarkan perkiraan mata, kita pastikan markah mereka yang dapat mata yang lebih diberi kontrak.

Yang keduanya ialah B.45, Butiran 031200 – Rakan Muda. Yang Berhormat ini banyak orang menyebut dan saya menyokong dengan sepenuhnya. Kerajaan telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta. Saya tak setuju. Speaker, saya tak setuju. Menteri, saya tak setuju. Kurang-kurang kerajaan bagi RM50 juta.

Inilah Kerajaan MADANI sekarang ini kadang-kadang silap pilih. Dia sepatutnya beri perhatian kepada orang muda. Jadi dia bagi perhatian kepada orang muda bukan setakat-setakat bawa pergi apa itu RTM ambil gambar, hai, hai, hai, tak, bagi peruntukan. Supaya Menteri boleh bagi perhatian yang lebih kepada orang muda.

Dulu namanya Rakan Muda, nak buh nama baharu pun tak apa, jangan masuk Rakan Muda MADANI cukup. Nama itu jangan sebut sebab kita buat nama yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat mampu untuk melaksanakannya, tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, jumlah peserta Rakan Muda sekarang ini berapa orang yang telah memperoleh kemahiran baharu, mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan hasil penyertaan mereka? Jadi saya minta Yang Berhormat berusaha bersungguh- sungguh supaya peruntukan ditambah.

Inilah masa yang terbaik, sebab kita nak bina orang muda, Kita cakap macam-macam slogan, masa depan negara bergantung kepada orang muda. Tetapi bila rakan program Rakan Muda, kita menganggap itu adalah sampingan. Tak, ini adalah sebahagian yang terpenting. Sebab TVET ni, contoh sebagai contoh TVET ini bukan sahaja berbagai kementerian, tetapi program yang khusus menjaga belia patut bagi perhatian. Sebab Yang Berhormat berhubung khusus dengan orang-orang muda di peringkat bawah.

Kemudian yang berikutnya adalah Program 020300 – MSN. Yang Berhormat, yang pertama sekali saya nak ucap terima kasih. Sebagai orang Perlis mengucap terima kasih kepada Menteri, orang yang awal datang ke hospital. Saya tak dapat pergi sampai hari ini sebab saya berada di tempat yang sama, katil yang berlainan.

Jadi, tak sempat pergi, insya-Allah minggu depan boleh pergi hadir.

Yang Berhormat telah bagi bantuan kepada keluarga yang datang ke sini, insurans MSN RM120,000, pencen PERKESO hilang upaya RM950 sebulan, kemudian cuti sakit RM50.40, elaun latihan diteruskan sampai sekarang dan pelbagai lagi termasuk sumbangan MSN dan juga Yang Berhormat, saya ucap terima kasih. Bagi orang Perlis, kita ucap terima kasih. Ini pemimpin yang hebat, tetapi silap

draft • 5:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

kapal dia. Kalau kapal betul, saya ingat Yang Berhormat akan menjadi orang yang hebat.

Jadi, datang jumpa Ketua Pemuda saya untuk berbincang tentang kapal yang sebenarnya. Saya akan jawab pantun Jelutong kejap lagi. Bagi perhabis sebab jawapannya agak kontroversi.

Kemudian, yang berikutnya Yang Berhormat, program latihan Program Pembangunan Ahli Sukan. Butiran 00908. Yang Berhormat, peruntukannya telah dikurangkan RM12 juta. Jadi, ini persoalan yang besar. Sebab kita hendak supaya SEA Games. Yang Berhormat Yang di-Pertua, SEA Games tahun depan, Malaysia tak boleh nombor satu pun sekurang-kurangnya nombor dua.

draft • 5:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi dalam peruntukan yang dibagi ini, saya rasa kita sukar untuk mendapat posisi yang kita kehendaki. Kalau buat di Malaysia kita nak kita nombor satu.

Olahraga, saya di antara yang terlibat juga. Olahraga kita nak pastikan kita dapat yang terbaik, akuatik kita dapat yang terbaik. Tapi dengan cara peruntukan diturunkan daripada RM65.8 juta kepada RM56 juta — Yang Berhormat, inilah sesuatu yang cukup wajar. Saya minta supaya Yang Berhormat beri perhatian yang sesungguhnya kepada latihan berpusat, pembangunan atlet pelapis, elaun atlet, penyediaan jurulatih dan yang penting di sini ialah penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa.

Bagaimana kita nak ketahui mereka ini boleh setanding dengan orang-orang lain? Kita dah tahu bahawa beberapa event acara kita mampu. Kita dapat perak baru- baru ini kita dapat perak yang saya rasa jaraknya kita mampu untuk pergi lebih ke hadapan. Jadi, caranya ialah menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Saya minta supaya kerajaan pertimbangkan supaya program pembangunan ahli sukan ini ditingkatkan daripada yang telah diberikan sekarang. Sebab ini cara untuk membolehkan kita berlumba-lumba untuk dapat kecemerlangan.

Yang Berhormat, SEA Games semua orang cakap, orang cakap fasal SEA Games. Kita nak capai pingat, tapi kita lupa persatuan-persatuan terpaksa bertungkus-lumus untuk membuat latihan dan juga untuk mengadakan pertandingan.

Saya minta supaya pertandingan di peringkat tempatan juga diadakan terus.

Jadi akhirnya sebab saya tak mahu berpanjangan, saya nak balas pantun ya. Saya juga di peringkat awal semasa masuk tadi, saya seronok Speaker masuk lepas itu anak dia pun masuk.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Speaker dengan Menteri masuk sekali, alhamdulillah. Jadi, semua bapa nak tengok anaknya berjaya. Anak juga nak tengok bapa dan kawan-kawannya berjaya. Jadi, terima kasih.

Petang-petang pergi ke bendang, Jumpa ikan dalam balang; Bila berkuasa, kawan ditendang, Sebab perangai macam jembalang. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.

draft • 5:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, Arau. Saya minta tadi kata program yang turun RM6.5 juta itu saya tak...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. 37 itu jelas. Yang Berhormat banyak kali langgar. Saya bagi muka, please.

draft • 5:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya nak minta penjelasan, saya tak dapat cari apa yang Arau kata tadi.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tahu, Yang Berhormat. Stand up and izin bercakap dengan sayalah. Apply the 37(1)(a) dan 37(1)(b) itu. Kalau tak hendak minta izin pun 37(1)(a) itu jelas, bring up peraturan.

Baik, saya persilakan Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Salam perpaduan, salam rahmah. Berjodoh lagi kita Dato’ Sri Pengerusi. Petang semalam pun kita juga. Saya ingat tadi saya dapat dengan Tan Sri tapi dapat dengan Dato’ Sri. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri.

Saya terus kepada kod P.43, Butiran 02400 – RM177.25 juta, pemasangan lampu limpah padang bola sepak. Saya nak minta kepada Yang Berhormat Menteri— Yang Berhormat Menteri pun ada, Timbalan pun ada, bekas Menteri Belia dan Sukan pun ada. Alhamdulillah, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Menteri yang tiga hari, empat hari lepas yang jawab di Kamar Khas itu sangat baik. Sangat baiklah, satu ucapan yang sangat baik, sangat bermutu, sangat sabar dengan kerenah daripada pihak pembangkang.

Adakah patut pihak pembangkang nak kata kita punya Tan Sri KSN kita, Peguam Negara kita, maksudnya Datuk Bandar kita, Datuk KSP kita, Tan Sri KSP kita boleh dipengaruhi oleh Menteri ini, Cina DAP ini. Seolah-olah nak merendahkan

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

tahap pemikiran kita punya pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Ini merupakan satu fitnah yang kita sama sekali tak boleh menerima ini, Penampang. Sebab dulu pun fitnah juga, APMM dulu fitnah juga. Yang ini pun fitnah juga.

Tadi saya dengar Arau jual pantun kemudian saya dengar juga tadi, saya dengar juga tadi Jelutong pun jual pantun. Ini saya nak jual pantun kepada Jelutong.

Pergi ke kedai membeli nona, Nona diletak di atas pangsa; Kapal LCS entah ke mana, Duit rakyat yang menjadi mangsa. Ha, itu dia. Kan, itu dia. Menteri Belia dan Sukan, Menteri pun ada, bekas Menteri pun, pun ada. Ah, itu saya nak sebutkan kepada Menteri Belia dan Sukan ini. Di tempat saya itu dalam Parlimen Hulu Langat itu kita ada dua mini stadium.

Yang pertamanya dekat Pekan Batu 14, Hulu Langat. Ha, yang ini pernah melahirkan jaguh-jaguh pemain bola sepak di peringkat negeri ini. Kami di Hulu Langat ini. Jadi, saya nak minta yang pertamanya di Stadium Mini Pekan Batu 14, Hulu Langat Kemudian yang keduanya di Stadium Mini Pekan Semenyih. Ha, “Pokan Semenyih”. Dopan stadium itu ado satu kodai. Ini Dato’ Sri Pengerusi, ado satu kodai nasi ayam, nasi ayam dan juga dio punyo kuih udang dio, memang ini cop baik Pengerusi.

[Sambil mengangkat ibu jari] Maksudnya cop itu cop “A” lah, macam ini, memang sodaplah, memang sodap. Kalau Dato’ Sri Pengerusi free, free nanti mari datang Kuala Langat. Bukan setakat nasi ayam, kuih udang, macam-macam lagi.

Gulai lomak cili api pun saya bawa nanti tompek dio.

Kemudian yang keduanya, kod P.45. 02400, pembinaan dan juga naik taraf trek joging. Menteri, trek joging saya nak minta trek joging ini. Sebab Kementerian Kesihatan Malaysia — Padang Serai, ha, Padang Serai sekarang ini kita sudah menjadi kawan. Ha, kan teman dan mesra sekarang ini kan sebab dah sign CSA, kawanlah kita. Kalau tidak, Padang Serai ini dengan aku, Bentong, kadang-kadang dia masam muka saja aku nampak kadang-kadang. Tapi sekarang kita dah teman dan juga mesra.

Ini trek joging ini, Menteri. Trek joging khususnya di Dewan Undangan Negeri Dusun Tua ini tak ada sebab KKM dia mensyaratkan — selamat datang Bandar Tun Razak. Sebab dia mensyaratkan, sebab dia mensyarat — apa ini kak, madu dah habislah Kak Wan. Nanti bagi madu lagi ya.

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa ni, apa ni, mana tadi — ha ini, di Pekan Batu 14 itu kita minta trek joging.

Sebab Kementerian Belia dan Sukan sasarkan kepada kita ini berjalan satu hari 10,000 langkah betul? Tapi kalau tak ada treknya, kalau kita ikut jalan raya, bahaya.

Sekarang ini kan takut dilanggar lorilah, dilanggar keretalah. Ini yang merisaukan kita dan juga merunsingkan kita. Jadi, saya minta dengan peruntukan yang banyak ini kena tengoklah Hulu Langat ini sebab saya biasa sebut, penduduk di daerah...

draft • 5:43 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tuan Pengerusi, Hulu Langat jalan berapa langkah?

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Siapa? Tak minta izin, berdiri.

draft • 5:43 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tuan Pengerusi.

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Kangar.

draft • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini cikgu sekolah ni. “Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji.” Ha, sila Kangar.

draft • 5:43 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Nak tanya Hulu Langat. Jalan berapa langkah?

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, pagi-pagi jemput tengok Bukit Tunku tu, 10,000 langkah setiap pagi saya sekarang ini. Setiap pagi saya berjalan kaki 10,000 langkah. Eh, betullah Rara, kau tak percaya pula abang kau ni.

Kau ingat aku tak sembahyang ke? Subuh masih lagi dua rakaatlah. Kadang-kadang sembahyang tarawih je lapan ataupun 21. Kita tengoklah kadang-kadang ya, Dato’ Sri Pengerusi.

Banyak kacaulah. Tadi tu yang mana — joging ya, trek joging. Trek joging tadi tu.

draft • 5:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan mesyuarat.

Peraturan mesyuarat.

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ah, Arau bukan ada apa...

draft • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekejap, sekejap. Peraturan. Yang Berhormat pasang mic tak dengar. Tekan mic, tekan mic.

draft • 5:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat telah menyebut perkataan “Cina DAP”. Tidak ada siapa yang menyebut perkataan tersebut. Yang cuma nak mengapi-apikan. Jadi, Yang Berhormat telah mengeluarkan perkataan jahat dan sangkaan jahat. 36(4) dan juga 36(6).

draft • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat.

draft • 5:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, kita tak sebut. Jadi, tak patut sebut satu perkataan yang kita tak sebut. Dulu dia sebut “hentam Melayu", “suka curi” dan macam-macam. Ini tak betul punya orang ini.

draft • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Saya, bagi saya interpretasi saya, ia tidak menyebabkan apa-apa yang jatuh di bawah 36(4) dan 36(6) itu. Saya overrule. Yang Berhormat Hulu Langat teruskan satu minit dan gulung.

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya doakan supaya Yang Berhormat Arau cepat sihatlah. Baru-baru ini masuk hospital saya tak sempat nak ziarah. Kalau tidak, saya bawalah limau mandarin itu, insya-Allah. Limau mandarin ini pun Cina DAP suka juga nak cakap macam mana.

Trek joging tadi itu, trek joging. Sebab itu kita nak sarankan kepada kita semua ini kalau dah tak boleh — Padang Serai kalau tak boleh nak berjoging, satu hari paling tidak pun kita berjalan kaki. Saya ucap syabas dan tahniah saya tengok Seputeh ini. Saya tengok Seputeh dia selalu keliling ini dia berjalan kaki ini di dalam ini.

Lagi satu ini kita punya Menteri ini, Menteri wanita ini, Menteri kebajikan wanita ini kan. Dia selalu pusing jalan kaki kat sini. Dia kata nak berjalan dia kata.

Paling tidak walaupun tak boleh berjalan waktu siang itu, dia berjalan dekat Parlimen ini.

Jadi, ini merupakan satu riadahlah kita kan. Kalau duduk dalam ini tambah pula kalau pakai hari Khamis ini, Pengerusi, kita pakai baju batik ini kan sejuk. Sejuk Pengerusi, kalau kot hari Isnin, Selasa, Rabu itu kita pakai kot itu dia panaslah sikit kan.

Kemudian yang seterusnya kod B.45, 030400, penganjuran acara sukan rakyat. Saya nak minta Menteri Belia dan Sukan inilah. Sebab saya masa kecil-kecil dululah, saya tengok macam gaya di Hulu Langat ini saya nampak kan...

draft • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung. Gulung.

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sikit saja lagi Pengerusi ya, sikit je lagi nak sampai maksud dia ni kan. Kita ada program sukan di bawah ini. Bola sepak, futsal, bola jaring, basketball, sepak takraw ni kan. Jadi program ini kita kena

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

semarakkan di peringkat bawahan ini. Sebab kita nak belia-belia kita ini, anak-anak muda kita ini, kita sibukkan dengan acara sukan ini.

draft • 5:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Acara ini boleh kita adakan mungkin di peringkat DUN, naik ke peringkat Parlimen, kemudian naik ke peringkat negeri, kemudian kita adakan pertandingan itu. Contohnya, Hulu Langat lawan dengan Batu Pahat. Hulu Langat lawan dengan Jelutong. Hulu Langat lawan dengan Cameron Highlands. Tapi kalau saya lawan dengan Cameron Highlands, memang saya bagi Cameron Highlands ini menang free-lah. Tak berani saya, bekas polis pulak tu, peguam. Hush! Tak berani saya. Hah, itu. Saya nak minta itu, Menteri.

Kita sibukkan anak muda kita, kan? Ya lah, kalau nak sukan bermotor itu mungkin kos dia tinggi, dengan motor dan sebagainya. Kemudian sekarang ini dia ada satu acara sukan sekarang ini. Itu yang apa? Pickleball, pickleball, betul? Hah?

Hah? Hah? Hah, pickleball itu, yang itu. Jadi, kita nak semarakkan program-program di bawah ini...

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Supaya biar rakyat di bawah ni, mereka- kita sibukkan...

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

10 saat lagi, saya tutup mic.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Hah?

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

10 saat, saya tutup mic,

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Begitu punya pujilah, aduhai. Pantun pun dah juga tadi itu. Tapi satu lah saya nak menyokong tadi ini. Ini soal perpaduan ini, Dato’ Sri. Saya setuju sangatlah. Dengan sukan kita boleh berpakat, kita boleh bersatu, kita boleh berpadu. Dengan perayaan pun sama juga, dengan makanan pun Dato’ Sri Pengerusi, kita boleh berpakat, kita boleh bersatu, kita boleh berpadu. Cuma jadi masalahnya sebab ada orang macam Arau ini, fitnah je.

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, kena tarik balik perkataan itu.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, baik.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang yang kuat fitnah, dia.

Suka laga-lagakan orang, dia. Bukan saya. Dia tarik balik perkataan...

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya dengar. Yang Berhormat Hulu Langat, bahagian ‘fitnah’ Arau itu, tarik baliklah.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik balik serta-merta.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itu jatuh 36(10).

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta maaf.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, duduk, duduk. Saya handle-kan. 36(10) itu jelas. Tarik balik aje.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab saya dengan Arau ini sebenarnya kami di luar ini baik. Saya...

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini perlahan sangat. Tarik kuat sikit pasal ini.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Tengok, tengok ini Dato’ Sri Speaker, tengok dia, kan? Dia mengapi-apikan itu. Dia mengapi-apikan kerja dia, kan? Ubat tak makan dah? Dato’ Seri Arau, ubat dah makan? Ubat makan, jangan lupa makan.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Saya tak — kejap, saya nak tarik ini.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jangan meleret dah.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ah hah, saya tarik.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

Aduh! Tapi kadang-kadang penghujung-penghujung itu, beginilah, petang-petang ni.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya lebih sihat dari dialah.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Sekarang tiba masanya Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. 20 minit, Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:50 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 5:52 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Saya ucapkan terima kasih kepada 19 orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian menghargai segala pandangan, soalan yang diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Yang Berhormat Pengerusi, bagi tahun 2027, Kementerian Belia dan Sukan diperuntukkan sebanyak RM1.213 bilion berbanding RM1.183 bilion pada tahun 2026 dan ini merupakan ada peningkatan kira-kira 2.5 peratus. Dan daripada jumlah tersebut Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, RM707.03 juta diperuntukkan bagi belanja mengurus, manakala RM505.67 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan. Izinkan saya menjawab isu-isu dan juga persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertama sekali, Yang Berhormat Port Dickson. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, kita memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tiga perkara utama iaitu:

(i) menyediakan peluang bersukan;

(ii) adalah untuk membina kemahiran belia; dan

(iii) membantu kelab serta persatuan tempatan untuk menganjurkan program untuk komuniti masing-masing.

Dan ini kita memberikan tumpuan dan juga komitmen secara penuh berkaitan dengan perkara tersebut. Oleh sebab itu pada tahun 2026, antara program yang dilaksanakan di Port Dickson ialah Liga Sukan Komuniti (LSK) dan juga kelas seni mempertahankan diri. Melalui LSK, belia dan pasukan tempatan berpeluang untuk bertanding di daerah sendiri, sekali gus memudahkan penyertaan dan membuka ruang kepada bakat baharu. Dan ini adalah salah satu platform penting sebenarnya untuk kita memastikan bahawa tidak hanya kita mempunyai atlet-atlet yang hebat

draft • 5:52 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

tetapi yang paling penting sekali adalah bagaimana untuk kita melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet yang hebat bermula daripada peringkat akar umbi itu sendiri.

Seterusnya, kementerian juga membantu persatuan tempatan untuk memperluaskan pilihan sukan untuk penduduk iaitu kita mempunyai Dana Sukan Komuniti (DSK) dan juga Geran Padanan Sukan (GPS). Dan sebanyak RM50,000 telah diluluskan kepada Persatuan Generasi Anak-anak Port Dickson untuk menganjurkan larian Port Dickson Half Marathon dan sokongan ini juga salah satu untuk memastikan bahawa kita melahirkan lebih ramai lagi atlet yang muda. Tidak hanya atlet yang hebat tetapi juga masyarakat yang sihat.

Dan seterusnya, berkaitan dengan status baik pulih Stadium Hoki Haji Mohd Said, Seremban 2. Status terkini adalah kita lihat pemasangan subsoil drain dan juga parameter drain sedang dilaksanakan dan kemajuan fizikal sebanyak sembilan peratus sebenar berbanding 30.65 peratus jadual, iaitu memang ada kelewatan 21.65 peratus ataupun 22 hari setakat 29 Oktober 2026.

Seterusnya, berkaitan dengan status pembinaan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Di sini, tender dijangka pada 30 November 2026 dan juga akan bermula pada 28 Februari 2027. Insya-Allah, tarikh siapnya adalah pada 28 Februari 2028.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan projek pembinaan kompleks sukan mini di Chuah, Port Dickson. Kita telah angkat kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan pelaksanaan di bawah Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12). Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi dan kita akan cuba untuk mengangkat semula.

Untuk Ahli Yang Berhormat, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan juga pejabat belia dan sukan daerah, kita sentiasa melaksanakan program-program bersifat komuniti, Yang Berhormat. Dan pada tahun 2026, perancangan LSK ataupun Liga Sukan Komuniti meliputi ketujuh-tujuh daerah di Negeri Sembilan dengan sasaran 3,248 penyertaan di peringkat daerah. Dan kita melihat bahawa liga sukan komuniti ini adalah amat-amat penting sekali ya, seperti yang tadi saya sebutkan bahawa untuk kita mewujudkan masyarakat yang mempunyai gaya hidup yang sihat.

Seterusnya, berkaitan dengan kelab dan persatuan sukan tempatan pula boleh menyediakan jurulatih mengendalikan latihan asas dan menganjurkan

draft • 5:52 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

pertandingan bersama persatuan penduduk serta jawatankuasa kampung. Kita ingin melibatkan lebih ramai lagi di peringkat akar umbi.

Seterusnya, izinkan saya menjawab pertanyaan daripada Alor Setar yang membangkitkan beberapa isu yang amat penting juga. Sebab itu Yang Berhormat, betul, kita melihat bahawa sukan e-sports ini sekarang ini bukan lagi sekadar sukan ataupun games semata-mata. Tetapi sekarang ini ia adalah suatu bentuk industri dan e-sports ini tidak hanya semata-mata permainan tetapi sekarang ini kita lihat adanya software developer yang boleh kita lahirkan dan sebagainya. Sebab itu kita memandang serius berkaitan dengan e-sports ini.

Dan kita juga sedang pun membangunkan dan akan meluncurkan satu garis panduan yang jelas berkaitan dengan e-sports ini dan juga garis panduan ini juga akan turut melibatkan - merentasi kementerian-kementerian yang lain. Dan juga, kita telah pun mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan (MESF) Malaysian Esports Federation bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk kita membangunkan satu guidelines yang jelas ini.

Dan kita berbincang juga dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkaitan bagaimana e-sports ini boleh membawa ke arah yang lebih positif. Kerana kalau kita lihat berkaitan dengan gaming juga boleh membawa kepada hal-hal yang negatif, ekstremisme dan sebagainya. Sebab itu kita membangunkan guidelines yang jelas ini supaya dapat e-sports yang lebih positif dan juga lebih sihat lagi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara kemudahan latihan sukan elektronik yang telah pun disediakan adalah seperti berikut:

Yang pertamanya, Esports Integrated Hub di Spacerubix, Puchong, Selangor, berfungsi sebagai pusat latihan. Dan saya bersetuju untuk peranti ataupun — dia perlulah adanya — dia perlu updated-lah, tak boleh terlalu lama sangat dan itu kita memberikan perhatian sepenuhnya.

Dan keduanya, Pusat Latihan Kebangsaan di Casa 1, Majlis Sukan Negara

(MSN) Bukit Jalil dan sebanyak 13 studio sukan elektronik di peringkat negeri bagi menyokong aktiviti latihan, pembangunan bakat serta penganjuran kejohanan di peringkat negeri.

draft • 5:52 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan pada tahun ini Yang Berhormat, kita telah melihat bahawa esports telah pun melakar sejarah baharu iaitu mendapat pingat emas di Aichi-Nagoya, Jepun pada Sukan Asia yang lepas dan ini juga adalah salah satu hasil usaha daripada Majlis Sukan Negara. Kita mempunyai program podium untuk esports dan juga untuk

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

atlet-atlet kita dan hasilnya, kita dapat merangkul pingat emas yang dibawa oleh saudara Taj Izrin Aiman, pingat emas di Asian Games. Kemudian, bagi tahun 2027, MSN akan mewujudkan semula pasukan esports kebangsaan wanita yang melibatkan dua kategori permainan, iaitu Mobile Legends, MLBB dan Honor of Kings dengan penyertaan seramai 12 orang atlet wanita dan Malaysia Esports Accelerator Program pada tahun 2026 adalah sebanyak RM500,000 berbanding RM1 juta pada tahun 2025, dan kita lihat penetapan peruntukan tahunan ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan dan keutamaan pembangunan sukan di bawah kementerian.

Walau bagaimanapun, kita terus memastikan bahawa setiap program, pelaksanaan, latihan dan sebagainya itu, kita akan terus berikan dan juga kita akan memastikan bahawa lebih ramai lagi penyertaan daripada atlet-atlet ini.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, IBM 2025 tidak dilaksanakan ya, manakala IBM 2026 sedang di analisa dan dijangka diterbitkan pada tahun 2027, dan berdasarkan Indeks Belia Malaysia 2021 hingga 2024, skor Domain Sosialisasi Politik Kenegaraan dan Demokrasi menurun daripada 60.31 pada 2021 kepada 58.64 pada tahun 2022 dan 58.63 pada 2023. Kemudian, ia meningkat kepada 62.78 pada 2024 iaitu peningkatan 4.15 mata dan skor tertinggi dalam tempoh tersebut.

Dan memang kita di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita membangunkan program Kuasa Orang Muda untuk memastikan bahawa anak-anak muda ini betul-betul cakna berkaitan dengan — bukan sahaja politik tetapi kenegaraan dan yang paling penting, setiap rakyat Malaysia dan setiap anak muda itu mempunyai kuasa penuh untuk menentukan masa depan dan juga hala tuju negara. Tetapi, bagaimana kita nak membawa anak-anak muda ini ke arah memilih hala tuju dengan baik dan benar?

Selain daripada program-program di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Yang Berhormat, saya juga ingin menyeru tanggungjawab kita yang berada di dalam Dewan pada hari ini, baik sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semuanya untuk memastikan bahawa kita menjadi role model yang terbaik untuk anak-anak muda supaya anak-anak muda lebih berminat tentang politik. Politik yang matang, politik yang berlandaskan data dan fakta, politik yang lebih sihat dan ini sebenarnya yang anak muda dambakan.

Jadi, kalau ada satu contoh yang baik daripada pemimpin-pemimpin semua, saya yakin dan percaya, tidak hanya dengan program yang dibuat di bawah kementerian semata-mata tetapi tanggungjawab ini diambil dan dirangkul secara

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

bersama, khususnya bermula daripada kita yang berada di dalam Dewan pada hari ini untuk menjadi contoh yang terbaik supaya anak muda lebih peka, cakna dan yang paling penting, lebih faham tentang politik sebenar di dalam negara.

Seterusnya Yang Berhormat, saya ingin menjawab Yang Berhormat Penampang, ada di sini. Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara komited untuk memperkukuhkan pembangunan sukan taekwondo dan karate di peringkat akar umbi melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia dan Persatuan Sukan Kebangsaan.

Kita lihat bahawa usaha ini untuk memastikan bahawa kita memperluaskan penyertaan murid, mengenal pasti bakat baharu, sebab kalau kita lihat sekarang ini, taekwondo dan juga karate baru-baru ini telah pun melihat, memperlihatkan satu kecemerlangan yang luar biasa ya dan merangkul pingat untuk negara kita. Jadi, ia bermula daripada sekolah, bermula daripada akar umbi itu sendiri.

Sebab itu, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara dengan kerjasama PSK turut melaksanakan Program Pembangunan Bakat Bagi Sukan Karate dan Taekwondo sebagai laluan pembangunan bakat daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat antarabangsa. Program ini merangkumi penyertaan dan Karnival Bakat Kebangsaan, Kejohanan Bakat Kebangsaan, Kem Bakat Kebangsaan, klinik sukan, latihan berpusat dan Temasya Sukan Malaysia.

Dan — masa saya tidak banyak. Cuma, saya nak merangkulkan berkaitan dengan fasiliti sukan. Sedikit ya. Ini menjawab beberapa Ahli Yang Berhormat yang bertanya berkaitan dengan fasiliti sukan. Sudah pasti, sekali lagi saya ingin menyebutkan bahawa setiap permohonan fasiliti sukan itu, ia mestilah berdasarkan daripada wish list daripada MMKN, Mesyuarat Kerajaan Negeri ya, yang dibawa dan diangkat kepada Kementerian Belia dan Sukan yang di atas RM1 juta. Kemudian, untuk skop yang kurang daripada RM1 juta ya, itu perlulah mematuhi garis panduan yang telah pun ditetapkan. Jadi, walaupun ada surat permohonan daripada Ahli Yang Berhormat ataupun perbahasan daripada Ahli Yang Berhormat dan sebagainya, ia tetap perlu dibawa di dalam wish list negeri tersebut, kemudian diangkat untuk dipertimbangkan.

Dan juga, berkaitan dengan maintenance sukan ataupun fasiliti. Sudah pasti, sekarang ini kita lihat, ia tertakluk kepada jadual bersama dan setiap apa yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan dari segi maintenance-nya, ia adalah tanggungjawab daripada kerajaan negeri itu sendiri.

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Jadi, perlu ada satu kerjasama yang baik supaya kita memastikan bahawa fasiliti sukan kita itu dapat digunakan dalam jangka masa, waktu yang lama.

Seterusnya, Yang Berhormat Pulai, berhubung dengan pertanyaan tentang jumlah bangunan dan fasiliti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan sebanyak RM40.1 juta bagi tahun 2027, di bawah Butiran 07000 adalah bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan serta fasiliti di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Dan, senarai dan jumlah fasiliti yang terlibat masih dalam proses pemuktamadan dan berdasarkan tahap kerosakan, keperluan penyelenggaraan serta keutamaan kerja yang kritikal dan mendesak bagi memastikan kemudahan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

KBS akan memberikan keutamaan kepada penggunaan peruntukan pembangunan ILKBS bagi menaik taraf infrastruktur dan bengkel latihan, menggantikan mesin dan peralatan yang usang serta memodenkan teknologi latihan selaras dengan keperluan semasa industri. Keutamaan ini turut mengambil kira hala tuju TVET2.0 yang memberi penekanan kepada latihan berteknologi dan kritikal bagi meningkatkan kompetensi dan daya saing graduan.

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Seterusnya, saya ingin menjawab pertanyaan berkaitan dengan Kepala Batas ya. Ahli Yang Berhormat Kepala Batas, berkaitan dengan Kod Sukan Selamat dan juga, beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. KBS melaksanakan kajian pengesanan graduan bagi pemantauan secara tahunan terhadap status pekerjaan, tahap pendapatan serta kesepadanan pekerjaan dengan bidang latihan graduan ILKBS dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas tamat latihan.

Dan kadar kebolehpasaran kita Ahli Yang Berhormat, memang setiap tahun ada peningkatan dan kita sentiasa review kita punya MoU bersama dengan industri supaya kita ingin memastikan bahawa gaji yang didapatkan itu juga adalah setimpal dengan latihan yang telah pun didapatkan.

Sebab itu, purata gaji bulanan Yang Berhormat, graduan mencatatkan peningkatan daripada RM2,079.85 pada tahun 2025. Pada tahun 2026, naik sebanyak RM2,117.97. Jadi, memang ada peningkatan dari tahun ke tahun, dan juga, kita akan membuat satu dapatan kajian impak yang dikelola oleh IYRES berkaitan dengan perkara ini, dan kita lihat bahawa pada tahun 2027, JBSN telah

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

pun diperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk kajian impak Rakan Muda bersama dengan pihak IYRES .

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, minta laluan sikit. Menteri, Kampar minta laluan.

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Seterusnya, Ahli Yang Berhormat, berkaitan dengan elaun dan insentif...

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, Menteri. Kampar minta laluan sikit.

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

...Saya ada tiga minit. Saya beri 20 second.

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey. Tentang butiran yang tadi Arau bangkit 00908. Tadi saya tak dapat cari kerana dia di dalam perbelanjaan pembangunan. Tapi, saya aneh kerana ini program, kenapa program boleh di bawah perbelanjaan pembangunan, bukan dalam perbelanjaan mengurus?

Dan, saya nampak tahun lepas 2025, kosong. Adakah ini satu program baharu? Kerana, jumlah anggaran projek RM375 juta. Jadi, mohon beri butiran, kenapa tahun ini RM68 juta, tahun depan RM56 juta untuk program ini.

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, baik Yang Berhormat. Saya akan menjawab dalam jawapan Arau nanti, ya. Jawapan untuk Arau. Baik, seterusnya kita lihat bahawa elaun dan insentif atlet, ya. Kita menyediakan elaun latihan dan insentif mengikut skim yang telah pun ditetapkan bagi membantu meringankan beban kewangan atlet sepanjang tempoh persediaan.

draft • 6:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Kemudian kemudahan latihan dan penginapan. Kita menyediakan kemudahan latihan, penginapan, makanan dan pengangkutan bagi memastikan atlet dapat menjalani latihan dengan baik, sokongan sains sukan, perlindungan dan keselamatan atlet. Kita ada Kod Sukan Selamat, pemantauan berterusan sepanjang program latihan tersebut. Kemudian, pengurusan kecederaan dan pemulihan, menyediakan rawatan, rehabilitasi dan pemantauan, sokongan psikososial dan juga pembangunan kerjaya bagi memberikan sokongan psikologi serta membimbing berkaitan pendidikan dan pembangunan kerjaya.

Sebab itu kita ada MACE ya sebagai MyAthlete centre dan juga Malaysian athlete career pathway supaya kita ingin memastikan bahawa atlet-atlet yang telah pun bertungkus-lumus selama tempoh mudanya, ya kemudian mereka akan terjamin kerjaya dan juga masa depan mereka, Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Seterusnya, isu berkaitan dengan belia NEET, sedikit saya ingin sentuh YB Mersing. Kementerian Belia dan Sukan, kita memang mengambil begitu serius sekali berkaitan dengan belia not in employment, education and training kerana di setiap tempat kita juga banyak kita melihat perkara tersebut walaupun memang ada penurunan dari tahun ke tahun ya.

Dan bagi menangani isu ini, KBS melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah pun mengumpulkan sebanyak 2,574 profil belia NEET sepanjang tahun 2025 sehingga 27 Oktober 2026 melalui pembangunan aplikasi iNEET. Dan inisiatif ini membantu kementerian untuk mengenal pasti latar belakang dan keperluan belia bagi merancang intervensi yang lebih bersasar lagi, Yang Berhormat.

Dan berdasarkan profil yang kita kumpulkan, proses intervensi terhadap belia NEET ini kita masih lagi sedang dilaksanakan secara berperingkat dan kita mengambil kira latar belakang, tahap kebolehupayaan dan keperluan mereka dan bagi memperkukuh usaha ini, KBS melalui IYRES, kita sedang membangunkan satu pelan mitigasi kebolehupayaan dan kebolehpasaran belia NEET.

Ini juga selaras dengan Pelan Tindakan Pembangunan Belia yang diluncurkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Hari Belia Negara yang lepas bahawa setiap program yang kita laksanakan, setiap apa juga dasar yang kita laksanakan ini mestilah merentasi kementerian-kementerian yang lain supaya ada kesinambungan daripada satu program ke program yang lain. Dan yang paling penting, bukan hanya angka yang kita lihat tetapi outcome dan juga keberhasilan daripada sesuatu program itu dapat kita lihat secara menyeluruh, Yang Berhormat.

Seterusnya, Yang Berhormat Kudat, Kementerian Belia dan Sukan, kita melalui IYRES juga melaksanakan analisa analitik pada tahun 2027 untuk meneroka isu sosioekonomi belia luar bandar dan KBS tidak mempunyai pusat latihan kemahiran di Kudat ya. Walau bagaimanapun, KBS mempunyai sebuah institusi latihan kemahiran di Sabah, iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk asrama berkapasiti 700 orang pelajar bagi menyediakan akses kepada belia termasuk di Kudat, Pulau Banggi dan Pitas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

Dan kita punya kadar kebolehpasaran Yang Berhormat, ini tinggi sehingga 97 peratus dan juga kita mempunyai kerjasama dengan industri-industri yang lain untuk memastikan mereka bukan sahaja mendapat pekerjaan tetapi pekerjaan yang baik.

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

IKBN Kinarut menawarkan latihan secara menyeluruh melalui pendekatan 80 peratus latihan kemahiran, 20 peratus pembangunan bina insan yang merangkumi elemen kepimpinan, keusahawanan, pembentukan jati diri serta aktiviti sukan bagi melahirkan belia yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

Dan yang paling penting, di bawah ILKBS ini berbeza dengan program-program TVET yang lain.

draft • 6:10 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

[Bangun]

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Kita mempunyai TVET OKU ataupun TVET autisme yang mana TVET autisme ini kita lihat juga kadar kebolehpasaran autisme di bawah ILKBS juga tinggi dan juga mereka boleh mendapat pekerjaan yang baik.

Seterusnya...

draft • 6:10 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Boleh, sebentar?

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Yang Berhormat, saya...

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, selesai berapa minit?

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Bagi saya lima minit. Lepas tu yang lain saya jawab secara bertulis.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berapa minit Menteri?

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Lima minit. Kemudian saya jawab secara bertulis.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan. Saya luluskan.

draft • 6:10 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Saya hanya ingin bertanya, apakah kementerian mempunyai rancangan untuk membuka satu lagi pusat latihan TVET di Sabah? Dan kalau kementerian mempunyai perancangan demikian, saya mohon supaya pusat tersebut dibina di kawasan saya di Kudat, di utara Sabah. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik. Yang Berhormat, sekarang ini di pusat latihan TVET di Sabah, kita daripada ILKBS, GIATMARA dan sebagainya, setakat ini sudah mencukupi dan belum ada perancangan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk membina pusat TVET yang baharu ya. Tetapi kalau ada perancangan ke arah itu, kita akan pertimbangkan dan juga kita akan update daripada semasa ke semasa kepada Ahli Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik. Seterusnya berkaitan dengan Batang Lupar juga, ya Ahli Yang Berhormat Batang Lupar, di bawah Program Bakat, seramai 10,516 atlet sedang menjalani latihan di 589 pusat latihan di seluruh negara dengan bimbingan 607 jurulatih bertauliah. Di Sarawak, kita lihat seramai 837 atlet melibatkan 20 jenis sukan sedang menjalani latihan di bawah bimbingan 39 jurulatih.

Dan bagi tahun 2026 Yang Berhormat, sebanyak RM54.5 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Bakat dan program khas di seluruh negara. Dan 2025 Yang Berhormat, sebanyak RM1.3 juta telah pun disalurkan kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak bagi menyokong pelaksanaan kedua-dua program tersebut.

Baik. Saya mempunyai tiga minit yang terakhir dan masih banyak lagi jawapan-jawapan yang belum dapat saya jawab secara lisan. Saya akan hantar secara bertulis. Cuma, sedikit saya nak merangkumkan juga berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan SHAKAM tadi ada beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan berkaitan dengan Skim Hadiah Kemenangan Atlet.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun ini kita telah pun memperkenalkan kadar baharu Skim Hadiah Kemenangan kerana kita lihat Sukan Komanwel, kita telah berjaya mencapai melebihi daripada sasaran pingat yang telah pun ditetapkan. Kemudian, diteruskan dengan Sukan Asia juga bukan sahaja mencapai tetapi melebihi daripada sasaran. Diteruskan kegemilangan tersebut pada Sukan Para Asia, mencapai sasaran yang telah pun ditetapkan.

Dan pada tahun ini Yang Berhormat, kita lihat bagaimana atlet-atlet kita bukan hanya atlet individu ataupun perseorangan, tetapi juga atlet-atlet berpasukan turut memperlihatkan bahawa kecemerlangan daripada sepak takrawnya, karate dan sebagainya ya. Ini telah pun memperlihatkan satu lonjakan yang hebat daripada atlet-atlet kita. Saya rakamkan syabas dan tahniah kepada semua atlet.

Dan Skim Hadiah Kemenangan telah pun disalurkan kepada semua atlet yang telah pun mencapai sasaran pingat yang telah pun ditetapkan. Dan sebelum ini Yang Berhormat, setiap atlet yang memenangi pingat emas mendapat RM80,000 tetapi atlet yang memenangi pingat emas secara kumpulan juga mendapat nilai yang sama, iaitu RM80,000. Jadi, kalau dia satu orang RM80,000, lima orang juga RM80,000 perlu dibahagi lima orang.

Dan sebelum ini atlet hanya mendapat RM15,000 sahaja tetapi kita telah pinda ini selepas 24 tahun, Yang Berhormat. Terakhir dipinda adalah pada tahun 2022 dan di bawah Kerajaan MADANI pada hari ini, kita telah pun pinda Skim Hadiah Kemenangan Atlet ini sehingga 166.6 peratus peningkatan.

draft • 6:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan atlet berpasukan mendapat daripada RM15,000 mendapat RM40,000.

Kemudian untuk perak, daripada RM8,000 dinaikkan kepada RM20,000 dan gangsa daripada RM4,000 kepada RM10,000. Ini membuktikan bahawa kalau kita mempunyai kestabilan ekonomi, kestabilan politik, ia tidak hanya manfaatnya kepada satu, dua pihak semata-mata tetapi ia manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, seluruh sektor dan juga termasuk juga atlet-atlet kita, Yang Berhormat.

Dan insya-Allah pada tahun hadapan, kita juga akan menganjurkan SEA Games 2027 di negara kita dan kita ingin memastikan bahawa penganjuran SEA Games ini adalah antara penganjuran yang terbaik dan kita ingin membuktikan bahawa Malaysia kekal harum di persada dunia, insya-Allah Yang Berhormat.

[Tepuk] Jadi sebagai penutup, saya mohon maaf sangat-sangat kerana tak dapat menjawab keseluruhan. Tapi sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana begitu cakna berkaitan dengan belia dan sukan.

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa sukan ini menyatupadukan kita semua dan belia anak muda perlu mendapat contoh daripada kita, ahli-ahli politik dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat semua agar belia ini mendapat satu harapan yang penuh untuk negara Malaysia untuk masa yang akan datang, insya-Allah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Sekian, assalamualaikum.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Decorum.

Masalahnya ialah wang sejumlah RM707,031,800 untuk Kepala B.45 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan yang disebut dalam Kepala P.45 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.45 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [****Fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

draft • 6:20 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa Usul di No.1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

draft • 6:20 PM

[Usul Anggaran Pembangunan 2027 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 6:20 PM

Bacaan Kali Yang Ketiga Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2027 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 6:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

draft • 6:20 PM
USUL

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato’ Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbang Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lapan puluh lima bilion Ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan ataupun (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dalam butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 6:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah Usul di No.1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

draft • 6:20 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Adakah peruntukan akan dibagi sama rata dengan semua Ahli Parlimen sebab dah diluluskan?

[Ketawa] Itu soalan.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, itu tidak ada dalam Aturan Mesyuarat ya.

[Ketawa] Baik, decorum. Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin 30 November.

[Tepuk] [Mengetuk tukul]

draft • 6:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.26 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026