Nov252026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat. Yang Berhormat, syukur kita pada hadrat Allah Taala kerana dengan izinnya juga kita masih bernafas pada hari ini untuk menjalani hidup di dunia ini. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin, Yang Berhormat Rasah.

draft • 10:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pengangkutan untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status pelaksanaan pendigitalan Borang JPJL8A di bawah Program Pemandu Sihat dan Selamat (Health Check for Drivers) bersama PERKESO sama ada laporan pemeriksaan kesihatan pemandu dimuat naik secara automatik ke dalam sistem MySIKAP JPJ serta adakah sistem digital ini dimanfaatkan oleh pihak berkuasa untuk pemantauan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini maklumat pemeriksaan kesihatan dalam Borang JPJL8A di bawah Program Pemandu Sihat dan Selamat ataupun PSS bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial yakni

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

PERKESO, masih dimasukkan secara manual ke dalam sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan.

Oleh itu, penghantaran maklumat secara automatik daripada sistem PERKESO ke sistem mySIKAP belum dilaksanakan sepenuhnya. Kementerian Pengangkutan melalui JPJ sedang melaksanakan pengintegrasian sistem bersama PERKESO bagi membolehkan maklumat dan ulasan tahap kesihatan pemandu disalurkan secara terus ke sistem mySIKAP.

Integrasi ini bertujuan mengurangkan kemasukan data secara manual, memudahkan semakan keputusan pemeriksaan kesihatan serta meningkatkan kecekapan urusan pelesenan vokasional. Pendigitalan ini menyokong pelaksanaan PSS yang melibatkan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, PERKESO, JPJ dan Persatuan Perubatan Malaysia.

Program ini memberi penekanan kepada pengesanan awal masalah kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan bagi membolehkan intervensi awal dilaksanakan dan membantu mengurangkan risiko kemalangan. Bagi menyokong pelaksanaan program ini di bawah Belanjawan 2026 dan Belanjawan 2027, kerajaan akan menanggung sebahagian daripada kos pemeriksaan kesihatan bagi pemandu yang layak. Pemandu hanya perlu membayar RM30 dan baki RM55 akan ditanggung oleh kerajaan.

Langkah ini bertujuan meringankan beban kewangan pemandu serta menggalakkan penyertaan dalam saringan kesihatan supaya masalah kesihatan yang boleh menjejaskan keselamatan pemanduan dapat dikenal pasti lebih awal.

Saringan yang dilaksanakan merangkumi pemeriksaan fizikal, penglihatan dan pendengaran. Saringan gangguan tidur seperti apnea tidur obstruktif atau obstructive sleep apnea serta penilaian sistem kardiovaskular, respiratori, neurologi dan muskuloskeletal. Ujian HbA1c turut dilaksanakan bagi pemandu yang mempunyai rekod diabetis. Maklumat ini menyediakan asas penilaian kesihatan yang lebih menyeluruh bagi menyokong urusan pelesenan vokasional.

Berhubung pemanfaatan sistem oleh JPJ, setelah integrasi beroperasi sepenuhnya, maklumat pemeriksaan kesihatan yang diterima melalui sistem mySIKAP akan menyokong semakan dan pemantauan pematuhan pemandu terhadap syarat kesihatan pelesenan vokasional. Pemanduan ini berasaskan rekod dan keputusan pemeriksaan kesihatan yang dikemaskini dalam sistem.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Pengintegrasian sistem ini insya-Allah, dijangka selesai secara berfasa menjelang akhir tahun 2027. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan yang agak menyeluruh berkenaan dengan pelaksanaan program ini yang bermula pada tahun ini.

Saya berharap Kementerian Pengangkutan akan terus melaksanakannya sebagai meneruskan legasi daripada Menteri Pengangkutan, walaupun beliau telah meletak jawatan.

Berpandukan kepada jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya, setakat ini berapa ramaikah pemandu yang telah terlibat mendapat manfaat dari ini? Dan apakah langkah-langkah daripada MOT sendiri untuk menarik minat lebih ramai pemandu? Mungkin daripada RM85, RM55 kerajaan, RM30 oleh pemandu itu mungkin kita kurangkan kepada pemandu itu untuk kurangkan sikit untuk tarik perhatian.

Satu lagi saya difahamkan program ini, inisiatif ini hanya untuk pemandu dalam lingkungan umur 40 ke 59. Boleh tak kita buka awal sikit mungkin 30, 35? Sebab kita tahu keadaan bawah 40 pun ada macam-macam penyakit. Kita hendak jalan raya kita, pemandunya sentiasa sihat untuk kurangkan kemalangan yang mungkin berlaku. Itu sahaja soalan saya. Terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, silakan.

draft • 10:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ya, berdasarkan statistik pelaksanaan sehingga 23 November 2026, sebanyak 1,417 klinik panel telah berdaftar diseluruh negara.

draft • 10:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Manakala seramai 282 orang pemandu telah mendaftar untuk menyertai program ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 31 orang pencarum PERKESO telah menerima manfaat subsidi pemeriksaan kesihatan yang melibatkan perbelanjaan dana PERKESO sebanyak RM1,705, manakala 29 orang pemandu telah menjalani pemeriksaan secara bayaran penuh tanpa menggunakan subsidi.

draft • 10:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Mungkin figures ini nanti I have to correct it-lah, Yang di-Pertua. Mungkin ada kesilapan figure di sini. Nanti I will give you the figure yang RM1,700 itu tadi kepada Yang Berhormat.

Satu lagi ialah MOT, PERKESO dan Malaysian— apa nama, doctor association ini― telah menyediakan platform bagi kemudahan untuk pemandu mengakses program tersebut dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan bersubsidi tersebut. Sehingga kini, sistem yang dibangunkan oleh MMA tersebut telah pun siap untuk digunakan. Dengan kerjasama PERKESO, sebanyak 1,417 klinik panel telah pun didaftar ya, dengan perancangan seterusnya untuk integrasi dalam sistem mySIKAP, akses secara elektronik sepenuhnya akan membolehkan penggunaan lebih mudah untuk pemandu.

Jadi, berkenaan tentang menurunkan umur ini, rasanya, Yang Berhormat, akan dibincangkan dulu dengan PERKESO dan all the stakeholders-lah tentang— memang diakui, betul sekarang ini 30-an pun sudah ada macam-macamlah dia punya penyakit sekarang ini. Jadi, insya-Allah, benda itu akan kita bincangkan, kita akan runding dengan PERKESO melihat the whole ecosystem-lah of the process. Dan juga tentang yang tadi berapa orang yang telah mendaftar, yang sebenarnya kalau rekod yang ada pada kami ini dah ada 200 lebih orang telah pun mendaftar, tetapi setakat ini, yang lulus baru dalam— yang mendaftar ada 256 orang, yang telah pun menjalani saringan 55 orang dan yang tidak berkelayakan pun dah lebih kurang 50 peratus juga sekarang ini, setakat ini.

Jadi, kita akan memanglah mencari bagaimana— apa nama menggalakkan dia orang yang existing, yang memang nak renew license ini datanglah untuk voluntarily. Sebab, kita tidak ada kuasa untuk memaksa mereka. It should be done voluntarily-lah.

Sebab itu kerajaan menyediakan all these subsidi dan sebagainya ini, sebab demi untuk apa nama— kita nak pemandu-pemandu kita pemandu yang sihatlah, yang tidak akan menjejaskan keselamatan orang lain di jalan raya.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Jerantut.

draft • 10:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri.

Memandangkan kerajaan telah membangunkan integrasi digital dengan mySIKAP, adakah data pemeriksaan kesihatan ini turut dihubungkan dengan rekod

draft • 10:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

kemalangan dan profil pemandu bagi membangunkan sistem amaran awal ataupun early warning system, dengan izin, untuk mengenal pasti pemandu yang berisiko tinggi khususnya yang mempunyai masalah kardiovaskular, diabetes dan juga gangguan tidur?

Kita dimaklumkan untuk sesi kali ini sehingga Disember 2026, sebanyak 500 klinik sahaja yang telah berdaftar di bawah skim ini. Jadi, apakah perancangan peringkat kementerian untuk menambahkan lebih banyak klinik, khususnya di kawasan pedalaman, untuk menarik minat pemandu-pemandu kita berdaftar di dalam skim ini?

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih. Satu, tentang klinik ini.

Kalau daripada rekod saya tadi, yang sebenarnya dah ada 1,400 lebih klinik yang telah pun turut bersama-sama dalam program ini. Sebanyak 1,417 klinik telah berdaftar, manakala seramai 282 pemandu telah mendaftar. Dan yang klinik ini tadi baru ada 1,417 di seluruh negara.

Daripada rekod tersebut, telah pun berkhidmat untuk— mereka ini yang 1,400 ini telah pun mendaftar untuk menyediakan perkhidmatan ini. Mereka telah pun, you know, volunteer-lah yang 1,400. Mungkin pada apa nama— insya-Allah, kita tengok juga― yang figures you dapat itu, 500 lebih. Dalam kita ini dah ada 1,400 sebenarnya yang telah pun mendaftar untuk menyediakan perkhidmatan ini.

Dan juga tentang monitoring itu, memanglah, satunya― yalah, telah menyaring mereka kita ini. Then, maybe kita tanya macam mana kita nak monitor. Sebab itu kita ada program yang sekarang ini dalam masa ini masih di bawah POC lagi iaitu sistem telematik ini. Ini juga untuk mengesan pemanduan yang walaupun mereka dah disaring dan sebagainya tetapi pemanduan mereka. Inilah sistem telematik sedang dibangunkan ini dan di bawah proof of concept untuk kenderaan perdagangan yang telah pun dimulakan pada 8 September.

Dan dengan adanya sistem ini nanti bolehlah kita juga to follow, monitor keadaan mereka. Walaupun lulus saringan tetapi we still want to monitor them-lah, memastikan mereka— yalah, maybe along the way akan ada perubahan, you know, dan sebagainya.

Jadi, mereka dulu sihat, sekarang dah tak sihat. Masa testing dulu sihatlah. Jadi, inilah

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

urutan daripada untuk mengesan mereka-mereka ini, juga monitor all these people-lah, untuk memperbaiki pemanduan terutama sekali kenderaan-kenderaan komersial.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Yang Berhormat Temerloh.

draft • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih, Dato’ Speaker. Soalan Temerloh nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan pelan kerajaan membangunkan sumber unsur nadir bumi (REE) negara secara terkawal dan mampan, termasuk negeri yang mempunyai sumber REE terbesar, anggaran rizab, nilai ekonomi, kaedah perlombongan serta mekanisme pemantauan alam sekitar.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Sri Timbalan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

Saya ingin memohon izin daripada Timbalan Speaker untuk menjawab pertanyaan nombor 2 daripada YB Temerloh bersekali dengan pertanyaan nombor 20 daripada YB Kubang Pasu memandangkan kedua-dua pertanyaan ini menyentuh perkara yang sama, iaitu mengenai hala tuju dan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat....

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Permohonan Menteri diluluskan. Silakan, Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

...Terima kasih, Dato’ Sri Timbalan Speaker.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hala tuju pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) negara adalah berpandukan kepada kerangka Dasar Mineral Negara 3 yang memberikan penekanan kepada pembangunan keseluruhan rantaian nilai industri secara terkawal, mampan dan bertanggungjawab. Ini merangkumi aktiviti eksplorasi dan perlombongan di peringkat huluan, pemprosesan dan pemisahan unsur di peringkat pertengahan serta penghasilan produk bernilai tambah tinggi di peringkat hiliran.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Malah, semalam, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Mineral kali ke-11, ataupun AMMin, yang turut memberi penekanan kepada hala tuju pembangunan industri mineral di peringkat serantau. Dalam mesyuarat tersebut, saya telah menegaskan bahawa ASEAN perlu bergerak melangkaui peranan tradisional sebagai pembekal bahan mentah mineral kepada peneraju industri mineral yang bernilai tambah tinggi melalui penguasaan teknologi, pembangunan kepakaran, pengukuhan rantaian bekalan serta kerjasama strategik antara negara-negara anggota.

Pendirian yang sama juga mendasari pendekatan kerajaan kita dalam membangunkan industri REE negara. Malaysia tidak seharusnya hanya bergantung kepada kekayaan sumber mineral semata-mata, sebaliknya perlu berupaya untuk menguasai teknologi dan membangunkan keseluruhan rantaian nilai industri bagi memaksimumkan pulangan ekonomi kepada negara dan juga kepada rakyat.

Berdasarkan kajian tinjauan awal daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Malaysia dianggarkan mempunyai sebanyak 16.1 juta tan metrik REE dengan sumber yang terbesar telah dikenal pasti di negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang dan Kedah. Walau bagaimanapun, angka tersebut merupakan anggaran sumber teragak dan bukannya rizab mineral yang telah disahkan berdaya maju untuk dilombong secara komersial.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Bagi meningkatkan tahap keyakinan terhadap anggaran sumber tersebut, JMG telah melaksanakan kajian eksplorasi susulan di bawah RMK12 dengan memberikan tumpuan kepada sumber REE jenis lempung jerapan ion ataupun iron-adsorption clay dengan peruntukan sebanyak RM1.89 juta dan sehingga tahun 2025, sumber terukur yang sudah dikenal pasti adalah sebanyak 274,887 tan metrik.

Usaha ini diteruskan lagi melalui projek Penilaian Potensi Sumber REE Fasa 2 di bawah RMK13 bagi tempoh 2026 hingga ke 2030 dengan peruntukan sebanyak RM38.49 juta melibatkan kawasan penilaian seluas 160 kilometer persegi di 10 negeri.

Bagi tahun 2026, sebanyak RM9 juta telah diperuntukkan bagi penilaian kawasan seluas 30 kilometer persegi di enam negeri. Dan sehingga Oktober 2026, sasaran keluasan kawasan-kawasan penilaian tersebut telah dicapai sepenuhnya.

Dari aspek perlombongan pula, projek di mukim Kenering, Perak sekarang menggunakan kaedah larut resap setempat ataupun in-situ leaching yang membolehkan pengekstrakan REE tanpa pengorekan tanah secara besar-besaran. Pelaksanaan ini

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

tertakluk kepada SOP perlombongan REE kepada Akta Pembangunan Mineral, Akta Kualiti Alam Sekeliling serta perundangan mineral negeri.

JMG dan juga JAS bersama pihak berkuasa negeri turut melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan khususnya terhadap penggunaan bahan-bahan kimia, kualiti air permukaan dan air bawah tanah, pelepasan effluent serta pengurusan serta sisa perlombongan.

Pada masa yang sama, kerajaan mengekalkan pendirian untuk tidak membenarkan aktiviti perlombongan REE di kawasan hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan yang ditetapkan. Kementerian melalui FRIM juga sedang melaksanakan kajian impak perlombongan REE terhadap ekosistem hutan bagi memperkukuhkan lagi asas yang saintifik dalam penilaian risiko alam sekitar serta penambahan dasar dan mekanisme kawal selia.

Pembangunan industri REE di peringkat huluan perlu bergerak seiring dengan pembangunan industri pertengahan dan hiliran. Dalam hal ini, antara perkembangan yang positif yang telah dicapai setakat ini ialah:

Yang pertama, kerjasama strategik antara Malaco Mining Sdn Bhd dengan Carester daripada Perancis melalui MOU yang telah dimeterai pada Julai tahun 2025 bagi pembangunan loji pemisahan REE di Perak dengan cadangan kapasiti pemprosesan sebanyak 13,000 tan metrik setahun.

Dan, yang kedua adalah kerjasama antara Lynas Rare Earths dengan JS Link Inc. daripada Korea Selatan melalui perjanjian kerjasama jangka panjang bernilai RM1 bilion pada Julai tahun ini bagi pembangunan kilang pembuatan magnet kekal di Kuantan, Pahang dengan kapasiti pengeluaran yang dirancang sebanyak 3,000 tan metrik setahun dan berpotensi mewujudkan sehingga 700 peluang pekerjaan yang baru.

Keluruhan pendekatan ini mencerminkan hala tuju kerajaan untuk memastikan Malaysia bukan sekadar menjadi pembekal bahan mentah REE tetapi turut berupaya untuk menguasai teknologi pembangunan kepakaran dan menghasilkan produk yang bernilai tinggi.

Sekian dan terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jerantut. Soalan – Temerloh, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih Dato’ Speaker. Saya mendengar tadi dengan teliti jawapan yang diberikan daripada Timbalan

draft • 10:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri. Terima kasih saya ucapkan. Dan, kita melihat perancangan yang sangat baik untuk ekonomi negara kita.

REE merupakan sumber mineral strategik yang mempunyai permintaan tinggi dalam industri teknologi masa hadapan seperti kenderaan elektrik (EV), semikonduktor, tenaga baharu, robotik dan pertahanan.

Apakah unjuran kerajaan terhadap sumbangan industri REE kepada KDNK negara, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pendapatan negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang? Bagaimana kerajaan memastikan masyarakat setempat, khususnya di negeri yang mempunyai sumber REE yang disebutkan tadi turut menikmati manfaat ekonomi melalui peluang pekerjaan, perniagaan dan juga pembangunan industri hiliran?

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Di dalam Dasar Mineral Negara, kita juga berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan. Dan, di bawah Perlembagaan Persekutuan, dia sangat jelas bahawa tanah, hutan dan mineral yang terdapat di bawah kawasan hutan adalah kekal di bawah kuasa kerajaan-kerajaan negeri.

Peranan Persekutuan adalah untuk memastikan penyelarasan dasar, penilaian sumber, pembangunan teknologi kawal selia secara teknikal dan juga perlindungan alam sekitar.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Dalam hal ini, kita juga ingin memastikan bahawa hasil daripada sumber asli ini akan dimanfaatkan secara sepenuhnya. Itulah tujuan negara untuk memastikan kita tidak menjadi pembekal bahan ini, rare earth ataupun REE semata-mata sebagai pembekal kepada negara lain. Tetapi kita juga ingin untuk memastikan seluruh rantaian itu boleh dilakukan, dihasilkan di negara kita sebab hasil ataupun nilai itu akan berkali-kali ganda sekiranya kita dapat mewujudkan kilang pemprosesan hingga ke produk terakhir hiliran, barulah kita boleh memanfaatkan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Itulah sebab kerajaan telah meletakan moratorium di bawah— di mana kita tidak dibenarkan untuk mengeksport REE secara mentah, kita mesti melipatgandakan nilai itu dengan memproseskan sumber asli itu secara tempatan supaya kita dapat menikmati limpahan ekonomi daripada sumber asli ini.

Sekian dan terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di- Pertua. Kami mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah berjaya mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri Mineral ASEAN yang berlangsung semalam.

Berdasarkan kepada— justeru itu, persoalan saya, berdasarkan kepada Mesyuarat Menteri-menteri Mineral ASEAN yang mana telah mempersetujui senarai mineral kritikal, apakah langkah susulan yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan persetujuan di peringkat ASEAN ini dapat diterjemahkan kepada strategi pembangunan mineral kritikal negara yang memberi manfaat kepada negeri-negeri kaya dengan sumber mineral tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar serta hak negeri dan hak pemilik tanah di bawah Perlembagaan Persekutuan?

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat AMMin semalam yang telah dipengerusikan dan juga Malaysia telah menjadi tuan rumah adalah satu kejayaan yang besar.

Sebelum ini, mesyuarat AMMin ini hanya diadakan tiga tahun sekali. Tetapi mulai daripada tahun ini, apabila kita menjadi tuan rumah, mesyuarat ini akan menjadi setiap tahun supaya semua negara-negara anggota di rantau ASEAN ini boleh memberi pendekatan yang lebih tinggi kepada pembangunan sektor mineral serantau.

Maka hasil daripada keputusan mesyuarat semalam, kerajaan memastikan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat AMMin yang ke-11 akan diterjemahkan kepada strategi pembangunan industri mineral kritikal negara kita. Antara langkah susulan yang akan diberi keutamaan adalah seperti berikut.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Pertama, memanfaatkan kerjasama ASEAN untuk memperkukuh rantaian nilai industri mineral kritikal negara melalui pemudahcaraan pelaburan serta perluasan akses kepada pasaran dan rantaian bekalan serantau.

Yang kedua, memperkukuh tadbir urus dan amalan perlombongan mampan melalui perkongsian kepakaran, amalan terbaik serta penandaarasan di peringkat ASEAN.

Yang ketiga, memanfaatkan inisiatif Investment-Ready Minerals Project, ASEAN Mineral Investment Forum ataupun AMVest dan juga ASEAN Minerals Connect ataupun AMConnect bagi meningkatkan kesiapsiagaan projek mineral untuk pelaburan serta menarik pelaburan strategik ke negeri-negeri yang berpotensi.

Keempat, memperkukuh hala tuju pembangunan industri mineral kritikal negara dengan mengambil kira takrifan dan senarai mineral kritikal ASEAN serta pembangunan strategi mineral kritikal ASEAN berpandukan takrifan dan senarai mineral kritikal negara yang telah dipertimbangkan oleh Majlis Mineral Negara kita sebelum ini.

Dan yang kelima adalah untuk memanfaatkan kerjasama ASEAN dengan rakan strategik antarabangsa bagi memperluaskan akses kepada pembiayaan, mempercepatkan pemindahan dan penguasaan teknologi serta meningkatkan keupayaan dan kepakaran tempatan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Ini semua membuktikan bahawa kerajaan ingin memastikan negeri-negeri yang kaya dengan sumber mineral bukan sekadar menjadi pembekal bahan mentah, sebaliknya turut menikmati manfaat daripada pembangunan keseluruhan rantaian nilai industri mineral secara di peringkat serantau juga. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Riduan bin Rubin, Tuan Riduan bin Rubin Tenom.

draft • 10:30 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Teguh berdiri pohon meranti, Mekar kemboja di taman diraja; Dato’ Ramli pejuang orang asli dihormati, Mohon perkenan soalan nombor tiga.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, dipersilakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan sama ada Sabah akan dipertimbangkan sebagai lokasi Ekosistem Lembah Tanpa Pemandu di bawah RMK13 bagi membangunkan industri Ekonomi Altitud Rendah, termasuk logistik dron, pertanian pintar, pemantauan infrastruktur dan mewujudkan pelaburan serta pekerjaan berkemahiran tinggi.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, sahabat saya daripada Tenom.

Tuan Yang di-Pertua, cuba kita bayangkan dalam berapa tahun, kita pandang ke langit, kita nampak dron. Mengutip durian, kelapa sawit, hantar ke kilang, kita order shopping online, parcel kita sampai. Pagi kita order, petang dron sampai hantarkan parcel kepada rumah kita dan kalau kita nampak traffic jam, Yang Berhormat nak keluar daripada Parlimen, jammed, kita order eVTOL. eVTOL pick up Yang Berhormat dan hantar ke rumah masing-masing. Benda ini mungkin akan tercapai dalam beberapa tahun kalau kita laksanakan dasar dan polisi yang teratur.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melihat semua ini dinamakan Ekonomi Altitud Rendah atau Low-Altitude Economy (LAE). Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melihat Ekonomi Altitud Rendah sebagai antara bidang pertumbuhan baharu yang berpotensi. Penggunaan dron dan sistem pesawat tanpa pemandu, logistik autonomi, pemerkasaan pemeriksaan infrastruktur pintar serta mobiliti udara termaju dijangka mewujudkan permintaan baharu dalam pembangunan komponen, perisian, sistem kawalan, data penyelenggaraan dan perkhidmatan teknologi tinggi.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) sedang membangunkan Pelan Hala Tuju Ekonomi Altitud Rendah yang dirangka untuk membangunkan tahap kesediaan ekosistem dan pelaksanaan berfasa ekonomi altitud rendah sehingga tahun 2040.

Pembangunan pelan hala tuju ini menggunakan pendekatan bersepadu, berfasa dan berasaskan bukti (evidence-based).

Objektif pembangunan hala tuju ini adalah untuk mengenal pasti amalan terbaik global melalui penanda aras negara maju dalam ekosistem dalam Ekonomi Altitud Rendah.

Kedua, menilai tahap kesiapsiagaan Malaysia dari segi teknologi, regulatory dan ekosistem industri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Ketiga, mengenal pasti jurang pembangunan, gap analisis, ekosistem pembangunan, sistem pesawat tanpa pemandu (unmanned aircraft system) dan mobiliti udara bandar (urban air mobility).

Dan keempat, membangunkan pelan pelaksanaan yang realistik dan berfasa.

Pembangunan pelan hala tuju ini meliputi pembangunan model ekosistem dan model pelaksanaan termasuk penetapan lokasi bagi living laboratory yang mengambil kira kesesuaian kes penggunaan, keselamatan operasi dan ruang udara, liputan komunikasi, kesediaan infrastruktur, keperluan masyarakat, kebolehlaksanaan komersial, potensi pembangunan industri tempatan serta persetujuan kerajaan negeri dan agensi berkaitan.

Dalam konteks ini, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai asas yang kukuh untuk dipertimbangkan, khususnya berdasarkan keluasan negeri, bentuk muka bumi, jarak antara penempatan dengan pusat perkhidmatan, serta keperluan untuk meningkatkan akses dan ketersambungan di kawasan pedalaman.

Saya secara peribadi telah berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah pada 7 September 2026, disusuli dengan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pembangunan, Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah. Kami turut membincangkan mengenai pelaksanaan projek ekonomi altitud rendah di negeri Sabah. Kerajaan mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat dan perbincangan. Kerajaan negeri sebenarnya mengalu-alukan cadangan ini dan perbincangan lanjut telah dilanjutkan di antara MITI dengan kerajaan negeri.

Berdasarkan ciri dan keperluan tersebut, antara kes penggunaan yang berpotensi dilaksanakan di Sabah termasuklah perkhidmatan, logistik dron ke kawasan pedalaman khususnya bagi penghantaran bekalan, ubat-ubatan dan sampel perubatan.

Pertanian pintar dan pemantauan tanaman, pemeriksaan jalan raya, jambatan, utiliti serta infrastruktur kritikal, pemetaan dan pemantauan alam sekitar, pengurusan bencana serta operasi mencari dan menyelamat serta pembangunan latihan, kemahiran dan peluang pekerjaan dalam bidang teknologi berkemahiran tinggi.

Secara keseluruhannya, kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan semua negeri termasuk Sabah, sebagai lokasi pembangunan Ekonomi Altitud Rendah dengan penetapan daerah dalam negeri sebagai living laboratory atau regulatory sandbox. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Tenom, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri, atas jawapan yang diberikan.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekiranya Sabah ini dipertimbangkan sebagai lokasi projek rintis bagi hab Ekonomi Altitud Rendah, di bawah RMK13, adakah mekanisme daripada kementerian agar dapat memastikan syarikat pemula tempatan, pakej negeri Sabah dan juga ataupun institut TVET serta universiti tempatan diberikan keutamaan dalam pemindahan teknologi serta untuk penyediaan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin]

Terima kasih, Yang Berhormat. Sudah tentunya NAICO sedang dalam memperincikan Pelan Hala Tuju Ekonomi Altitud Rendah ini. Jadi, semua cadangan bagaimana kita membangunkan bakat, PKS, melibatkan syarikat PMKS dan sebagainya akan dipertimbangkan kerana ini adalah masih dalam permulaan, ya?

Kita perlu get the regulatory right, lepas itu, barulah kita buat midstream dan downstream. Yang penting adalah kita siapkan hala tuju. Semua pertimbangan itu akan dipertimbangkan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kubang Pasu.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dan Timbalan Menteri. Sahabat lama. Oleh kerana soalan asal adalah berdasarkan RMK13, maka soalan tambahan juga, saya juga akan berkait dengan RMK13. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, di bawah tajuk pelonjakan pertumbuhan sektor perkhidmatan strategik berimpak tinggi, dan strategi dan inisiatif bagi mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi dan antara perkara yang disebut ialah menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi serta mempunyai kesan limpahan tinggi dan ini penting, menumpukan pelaburan di luar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan saya ialah adakah kerajaan sudah mengenal pasti dan memutuskan negeri-negeri manakah yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini? Saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar negeri Kedah juga dipilih dalam mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi.

Apakah sektor-sektor perkhidmatan yang akan dilaksanakan umpamanya sektor pengangkutan, pelancongan, kewangan, penerbangan, perkapalan dan sebagainya?

Terima kasih, Dato’ Sri Speaker dan terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin]

Terima kasih, Yang di-Pertua. Ini Yang Berhormat kawan saya, Kubang Pasu. Dia di luar tajuk sedikit kerana ini adalah berkenaan dengan LAE, dan sudah tentunya kementerian mempunyai— kita dalam NIF – new incentive framework, sudah tentunya pelaburan yang mempertimbangkan less developed area ya, less developed area, dia diberi insentif yang lebih untuk sebarang pelaburan ingin pergi ke less developed area, diberi pertimbangan untuk mendapat insentif yang lebih baik.

Jadi, ini adalah cara kita menyebarkan pelaburan dari segi kilang dan juga services ke luar kawasan daripada tumpuan di kawasan-kawasan bandar.

draft • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin]

Walau bagaimanapun, saya juga ingin mencadangkan kepada― sebab banyak negeri. Mereka banyak negeri ya. Mereka hantar delegasi pergi keluar negara. Cuba dapat menarik pelaburan. Saya rasa ada baiknya kalau mereka juga pergi— delegasi untuk pergi ke negeri-negeri yang maju untuk meminta pelaburan ke kawasan masing- masing. Contohnya ya, contohnya kalau Kedah pergi ada misi ke Pulau Pinang atau KL atau Johor untuk menarik pelabur ke negeri Kedah.

Saya rasa ini adalah yang baik sebab mungkin Kedah adalah kosnya lebih rendah dan juga pekerja yang ketersediaan pekerja. Jadi, ini adalah cara strategi yang baru perlu dipertimbangkan. Jangan asyik pergi ke luar negara saja sebab yang penting adalah ekosistem negeri tersebut. Kalau ekosistem itu ada, maka Kedah dan juga negeri-negeri lain akan menjadi maju ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan keempat, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit, Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan.

draft • 10:40 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Soalan saya nombor 4.

draft • 10:40 AM

4. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan adakah kementerian akan melaksanakan projek melebarkan jambatan dua lorong jalan masuk ke kaki Gunung Jerai bagi mengurangkan kesesakan pelancong terutama pada musim cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Jerai. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil maklum keperluan melebarkan jambatan dua lorong di jalan masuk ke kaki Gunung Jerai bagi mengurangkan kesesakan, khususnya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.

Bagi pembangunan pelancongan di Gunung Jerai, MOTAC telah memperuntukkan satu projek dengan jumlah sebanyak RM180,000 untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf kemudahan awam di pusat peranginan dan pelancongan Gunung Jerai, Kedah.

Namun, bagi urusan melebarkan jambatan dua lorong di jalan masuk ke kaki Gunung Jerai, Ahli Yang Berhormat disarankan untuk membincangkan cadangan ini terlebih dahulu dengan kerajaan negeri melalui exco kerajaan serta Kementerian Kerja Raya. Seterusnya cadangan projek ini boleh dikemukakan kepada pihak kuasa berkaitan untuk pertimbangan dan kelulusan tertakluk kepada bidang kuasa serta keutamaan perancangan pembangunan negeri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Timbalan Menteri dan terima kasih Yang di-Pertua. Tadi saya mendengar ada RM140,000 untuk― 140...

draft • 10:40 AM

Tuan Chiew Choon Man

80,000.

draft • 10:40 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

RM180,000 untuk menaik taraf Gunung Jerai. Dan saya ingat saya kembalikan baliklah kepada MOTAC untuk melihat semula sebab ini menjadi keperluan cukup asas. Dan apakah kajian kementerian dalam secara jangka

draft • 10:40 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

panjang bagi menaik taraf jambatan tersebut dari segi infra agar industri pelancongan kita lebih hebat lagi? Insya-Allah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan tambahan. Memang MOTAC sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan penyediaan infrastruktur dan juga kemudahan sokongan yang berkualiti bagi memastikan akses ke destinasi pelancongan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik, selamat dan juga selesa, terutamanya bagi pelancong.

Dan sehubungan dengan itu, untuk jangka panjang saya setuju bahawa jambatan tersebut sebenarnya kita perlukan perancangan yang mengambil kira aspek- aspek seperti peningkatan jumlah pelancong yang mungkin menggunakan jambatan tersebut dan juga aspek keselamatan lain seperti keadaan struktur dan juga risiko― daya tahan terhadap risiko bencana dan keadaan cuaca.

Dan memandangkan jalan masuk ke Gunung Jerai tersebut adalah berstatus Jalan Persekutuan yang mana adalah di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya. So, Yang Berhormat boleh berbincang dengan kerajaan negeri untuk supaya projek ini dapat membuat kerjasama dengan JKR dan bagi mengenal pasti keperluan untuk penaiktarafan jambatan tersebut yang mempunyai kepentingan kepada pembangunan industri pelancongan dalam kawasan di Jerai.

Dan selain itu, Yang Berhormat juga boleh bincang dengan kerajaan negeri bagi mengemukakan cadangan-cadangan projek yang dikenal pasti mempunyai impak pelancongan penting di bawah RMK13 tertakluk kepada keutamaan nasional, ketersediaan peruntukan dan juga kelulusan kesediaan projek juga. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 10:40 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Timbalan Menteri tadi dan sebenarnya Timbalan Menteri, Jerai merupakan satu tempat yang bersejarah di mana Jerai, Gunung Jerai itu sendiri menjadi pedoman kepada pelayar-pelayar sebelum masa zaman Lembah Bujang dulu. Dan Lembah Bujang arkeologi ini sebenarnya dia lama, dia predated Borobudur dan Angkor Wat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi, saya ingin juga bertanya soalan sedangkan jalan raya ke Jerai itu sibuk masa musim cuti sekolah, ada cadangan dahulu supaya ia ada juga bot-bot pelayaran untuk nak mengembalikan semula sejarah daripada Pulau Pinang sehingga ke Sungai Merbok dan daripada Kuala Kedah ke Sungai Merbok. Jadi, boleh mengurangkan kesesakan jalan tetapi menggunakan laluan laut dan Gunung Jerai ini daripada jauh daripada Pulau Pinang boleh nampak. It's like a Mount Fuji, cantik.

Jadi, saya berharaplah cadangan daripada sahabat kita daripada Jerai itu diberi perhatian oleh MOTAC sebab memang potensi Lembah Bujang itu cukup besar. It's one of the tempat sejarah yang bakal menjadi UNESCO punya site. Jerai Geopark sudah jadi UNESCO site. Jadi, ini pula Lembah Bujang ya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Balik Pulau, sahabat yang juga merupakan Timbalan Menteri MOTAC sebelum ini. Dan juga kepada Yang Berhormat Jerai, memang saya sendiri pun pernah pergi ke Gunung Jerai semasa saya belajar di UUM dulu dan saya juga berasa bahawa memang Jerai ini sangat destinasi yang sangat penting, pelancongan penting di sebelah Utara.

Dan untuk itu, sebenarnya Tourism Malaysia kami telah membangunkan pakej- pakej yang berkaitan dengan Gunung Jerai dan Jerai Geopark yang menggabungkan tarikan tersebut dengan warisan arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu serta pengalaman ekopelancongan dan stargazing. Dan selain itu, kita juga ada Archeological Heritage Tour dengan izin, yang menggabungkan produk pelancongan Kedah dan Pulau Pinang.

Jadi, ini adalah satu usaha untuk kami meluaskan pemasaran produk pelancongan Kedah melalui pembangunan pakej berasaskan pengalaman khusus bagi pasaran domestik dan antarabangsa. Tetapi saya juga setuju bahawa Jerai ini mempunyai potensi yang besar dan saya akan berhubung dengan Yang Berhormat Jerai untuk kita lihat bagaimana kita boleh memanfaatkan produk pelancongan yang ada di situ. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Kalau pergi Gunung Jerai, jemput saya sekalilah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Yang Berhormat Klang.

draft • 10:40 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perkembangan terkini usaha kerajaan membanteras penipuan dalam talian dan akaun keldai termasuk jumlah kerugian rakyat sejak 2023, jumlah wang berjaya dibekukan atau dipulangkan, kadar pendakwaan serta langkah mempercepat pembekuan transaksi mencurigakan sebelum wang dipindahkan keluar negara.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Speaker, terima kasih banyak.

Terima kasih sahabat saya dari Klang.

Bagi tempoh 2023 sehingga Oktober tahun ini, kita rekodkan 192,869 kes penipuan dalam talian. Kerugian RM7.33 bilion. Tempoh yang sama kita tangkap 75,266 individu. Dan sebanyak 69,665 pertuduhan telah dibuat. Ciri penting untuk mana-mana sindiket yang nak memperdayakan mangsa ialah akaun keldai. Bagi tempoh 2023 hingga Oktober 2026, kita kesan 254,546 akaun. Daripada jumlah itu, kita tuduh 137,699 akaun.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, ada enam paten atau modus operandi penipuan atas talian. Pertama, jenayah telekomunikasi. Kedua, jenayah e-kewangan. Ketiga, love scam. Keempat, jenayah e-dagang. Kelima, pinjaman tidak wujud dan yang keenam, pelaburan tidak wujud.

Daripada enam itu, yang paling tinggi kita rekodkan ialah jenayah telekomunikasi – 73,043 kes melibatkan kerugian RM2.132 bilion. Kedua paling tinggi ialah jenayah e- dagang – 50,749. Itu paling tinggi dari segi kes. Tapi dari segi nilai kerugian kalau e- dagang cuma RM509 juta. Ketiga paling tinggi ini adalah pelaburan tidak wujud – 27,863.

Yang ini nilai kerugian dari segi Ringgit adalah RM3.4 bilion.

Baik. Tan Sri Yang di-Pertua, bagi tahun ini— tadi saya bagi statistik 2023 sehingga Oktober tahun ini. Tapi bagi tahun ini sahaja, Tan Sri Yang di-Pertua. Tahun

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

ini sahaja Januari hingga Oktober, kita catatkan 56,802 kes. Tahun ini sahaja. Kerugian RM1.56 bilion. Kita tangkap 20,842 dan kertas siasatan yang kita tuduh adalah 17,985.

Kertas siasatan. Tapi kalau individu, kita tuduh 18,369.

Data ini, Dato' Yang di-Pertua, kita boleh rumuskan trend jenayah ini semakin meningkat. Itu coraknya. Bila kita profilkan mangsanya, orang perempuan lebih ramai jadi mangsa daripada orang lelaki. Bagi setiap 10 mangsa, enam orang perempuan, empat orang lelaki. Dari segi profil pekerjaan, kebanyakannya pekerja swasta.

Tapi kesalahan membenarkan akaun dia dijadikan sebagai akaun keldai. Itu ramai melibatkan pelajar-pelajar juga. Sindiket ini kalau tak ada akaun keldai, dia tak boleh beroperasi. Sebab itu Dewan ini, Tan Sri, dua tahun yang lepas kita luluskan pindaan bawah Kanun Keseksaan. Kita masukkan 424A dan 424D iaitu kesalahan bagi individu yang membenarkan akaun dia diguna pakai bagi tujuan instrumen pembayaran.

Jadi, itu untuk bahagian pertama menjawab soalan Klang. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Klang. Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Menteri yang menjawab soalan dengan begitu mantap sekali. Nanti tolong bekalkan jawapan itu kepada saya.

Soalan tambahan saya, memandangkan kita nampak kes akaun keldai dan juga kes penipuan talian adalah yang paling tertinggi. Golongan yang berisiko yang sangat tertinggi di kawasan Klang yang dapat laporan adalah daripada warga emas. Apakah kursus, program-program yang telah dirangka supaya memberi pendedahan kepada golongan yang paling berisiko ini seperti warga emas? Apakah cara kita memberi pendedahan tentang teknologi yang perubahan dan juga pendedahan kepada mereka bagaimana mereka boleh menangani penipuan begini? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dato' Yang di-Pertua, saya sebut tadi nilai kerugian RM7.33 bilion bagi Januari hingga Oktober tahun ini. Bagi tahun ini sahaja, RM1.56 bilion. Dato' Yang di-Pertua, bila kita profilkan, kebanyakan mangsa ini mangsa runcit. Penipuannya dalam RM5,000, RM10,000, RM15,000. Benarlah seperti yang Klang sebut tadi.

Polis dengan kerjasama Bank Negara apabila kita kesan seorang mangsa yang sudah terpedaya dan salurkan duit dia kepada akaun keldai tadi, akaun sindiket. Akaun

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

sindiket ini dia akan berpindah-pindah layer akaun, mengelak dikesan sehinggalah penerima akhir sindiket cash out the money. Itu lima minit sahaja tempoh dia. Kalau kita nak selamat, dalam masa inilah kita nak selamat. Sebab itu panggilan pertama mangsa sangat penting.

Panggilan pertama mangsa akan membolehkan dia masuk dalam sistem polis kemudian polis akan semak pula dengan satu sistem di bawah Bank Negara yang kita panggil National Fraud Portal. Di sinilah yang dia akan earmark atau sekat akaun mangsa dan akaun suspek. Ini kita panggil golden hour. Kalau sempurna di sini, kita boleh earmark dan kita boleh selamatkan. Kalau kita terlepas golden hour ini, sukar untuk kita kesan.

Jadi Klang, kita tingkatkan program kesedaran. Apakah berhasil? Jawapannya ya. Dalil— hari ini panggilan sebulan Oktober sahaja kita catatkan sehingga 30,000 panggilan. Sebulan bermaksud sehari 1,000 berbanding waktu belum kita mulakan NSRC dan 997 ini. Kita catat dalam satu hari 300–400 panggilan. Hakikat bahawa lebih ramai yang memanggil dan mengadu tak berapa cantik. Makna lebih ramai potensi jadi mangsa. Tetapi kerana ada kesedaran itu, maka kalau dia menjadi mangsa, dia sedar dia jadi mangsa, dia bersegera membuat aduan. So, itu.

Jadi, hasil daripada program penerangan yang berterusan, kesedaran meningkat, bila dia sedar dia menjadi mangsa, dia segera buat panggilan 997 dan National Scam Centre ini. Tapi itu tak memadai. Sebab itu kita anjurkan rakyat bersegera semak nombor panggilan atau nombor akaun yang meragukan pergi kepada portal SemakMule. Ini Kementerian Dalam Negeri, polis buat melalui Oktober tahun 2020.

Sekarang Oktober 2026, 78 juta visitors, pelawat semak. Bila dia semak, di situ dia dapat maklumat sama ada akaun itu akaun sindiket atau nombor panggilan itu adalah nombor panggilan daripada pihak yang cuba memangsakan dia.

Dia tak padan begitu sahajalah. Kita perlu juga kerjasama di peringkat antarabangsa. Itulah yang menjadi pengkhususan pasukan polis dengan kerjasama pelbagai agensi kawal selia yang lain. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan, Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 10:50 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Satu perkara yang sangat membimbangkan kita dengan fenomena yang ada. Satu jenayah terbesar yang memberi

draft • 10:50 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

kerugian kepada rakyat negara kita. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana persiapan negara kita dalam menghadapi serangan siber sekarang ini yang sangat membimbangkan kita?

Setakat ini, sejauh mana keberkesanannya? Dan memandangkan sindiket penipuan ini dalam talian ini beroperasi di luar negara, jadi apakah tindakan yang telah dibuat terutama dalam hubungan di peringkat antarabangsa untuk memastikan supaya kita dapat menyekat— sebab segala iklan-iklan dan penipuan ini— supaya kita dapat menyelamatkan mangsa? Minta penjelasan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih, rakan saya Rantau Panjang. Tidak syak lagi kita tak padan untuk menangani masalah ini dengan tumpuan dalam negara sahaja. Baik kerana itu, practice atau amalan sekarang adalah kerjasama erat dengan INTERPOL. Itu satu kemestian.

Perkara kedua adalah kerjasama Federal Bureau of Investigation (FBI). Itu juga kita kena establish. Kemudian di peringkat ASEAN. Kita ada ASEAN Cyber Crime Corporation Programme bagi pertukaran maklumat, perkongsian intelligence dan kalau perlu, operasi bersama. Kalau itu pun belum mencukupi, dalam banyak persidangan- persidangan antarabangsa bila kita dijemput oleh negara-negara yang sudah ke depan dari segi teknologi dan pengetahuan, kita akan hantar sama ada di peringkat Menteri ataupun di peringkat pegawai-pegawai kita, nak pastikan bahawa kita berada dalam keadaan siap siaga mengikut cabaran semasa.

Ini Rantau Panjang, memang trend yang sangat membimbangkan. Ada satu kes yang sampai kepada saya. Satu pesara guru dari Pasir Mas, husband and wife, anak dapat jadi cikgu. Hanya nak cari rumah sewa sahaja di Kuala Terengganu. Dia punya punca itu nak cari rumah sewa sahaja. Tapi cukup untuk menghilangkan kesemua simpanan seumur hidup dia bagi pasangan ini. Jadi, itu trend dia.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ada seorang juruterbang di Johor, juruterbang, RM700,000 habis. Tadi ketika pegawai saya mempersiapkan saya untuk bagi jawapan, love scam seorang perempuan, RM6 juta sekali habis. Dia fikir ada partner dia. Dia pun tak pernah jumpa tapi habis ya. Ada satu grup WhatsApp yang dicipta, 200 orang peserta dalam tu. Ada admin dan sebagainya, 199 semua fake. Dia seorang je yang original dan dia terus masukkan duit, berterusan. Dan sindiket ini dua tiga step ke depan. Polis tak mampu

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

untuk bertahan pada keadaan sekarang. Kita mesti dua tiga step ke depan dan itulah yang kita berikan penekanan sekarang. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Yang Berhormat Jempol.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan juga selamat sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

Badan sihat selalu bersenam; Soalan Jempol nombor 6.

draft • 11:00 AM

6. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah mekanisme kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan kompetitif di luar bandar, termasuk padanan pekerjaan dengan keperluan industri setempat bagi mengurangkan penghijrahan anak muda.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih juga YB Jempol ya atas soalan nombor 6.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi 281 institusi TVET KKDW telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi melahirkan tenaga kerja TVET berkemahiran tinggi agar graduan memperolehi pendapatan yang kompetitif di luar bandar.

Dari aspek TVET, institusi TVET KKDW mengenal pasti kumpulan sasaran dengan menilai keperluan industri, terutamanya industri tempatan. Keperluan tenaga kerja turut dikenal pasti berdasarkan unjuran pekerjaan, tahap kemahiran, jumlah pekerja dan gaji yang ditawarkan. Maklumat ini kritikal dalam menentukan bidang latihan yang ditawarkan oleh program TVET KKDW dan jumlah pengambilan pelatih.

Usaha KKDW ini diperkasakan dengan jalinan kerjasama strategik dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) KESUMA bagi memastikan program TVET

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

KKDW diselaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau NOSS.

Penyelarasan ini menjamin kandungan latihan TVET yang ditawarkan oleh institusi TVET KKDW menepati kompetensi pekerjaan yang diperlukan dan seterusnya mendapat pensijilan yang diiktiraf oleh industri. Ini sekali gus meminimumkan ketidakpadanan kemahiran graduan TVET dengan pasaran kerja tempatan.

Seterusnya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah KESUMA turut menyokong usaha ini dengan melalui pembekalan maklumat permintaan tenaga kerja, khidmat bimbingan kerjaya, libat urus dengan majikan serta pelaksanaan program temu duga dan padanan pekerjaan. Pelatih berpotensi boleh dipadankan dengan majikan sebelum menamatkan latihan supaya proses penempatan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan juga teratur.

Pihak industri turut dilibatkan dalam pembangunan kurikulum, penyediaan peralatan, latihan amali, perantisan, pensijilan profesional, temu duga dan pengambilan graduan. Keutamaan kerjasama diberikan kepada industri yang menawarkan pekerjaan tetap, gaji bersesuaian dengan tahap kemahiran, perlindungan sosial dan peluang peningkatan kerjaya.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, terdapat lebih 300 kerjasama aktif di antara institusi TVET KKDW dan pihak industri. Melalui padanan langsung antara institusi TVET dengan industri setempat, belia berpeluang memperolehi pekerjaan mahir berpendapatan kompetitif di kawasan ataupun wilayah berhampiran tempat tinggal mereka.

Sebagai contoh, di kawasan yang mempunyai sektor pembuatan serta elektrik dan elektronik, padanan latihan ditumpukan kepada bidang automasi, mekatronik, pendawaian, kimpalan dan penyelenggaraan mesin manakala bagi sektor automotif dan pengangkutan, padanan latihan meliputi bidang diagnostik, teknologi kenderaan elektrik, pengurusan bengkel dan penyelenggaraan kenderaan perdagangan.

Justeru, KKDW komited untuk terus bekerjasama dengan KESUMA dan agensi- agensi kerajaan yang lain bagi memastikan TVET–– graduan TVET yang dilahirkan oleh institusi TVET KKDW memenuhi keperluan industri, sekali gus mengurangkan penghijrahan anak muda dari luar bandar ke bandar. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jempol, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada KKDW dan juga KESUMA atas pelbagai inisiatif yang telah diambil.

Seterusnya soalan tambahan saya, saya fokus kepada Jempol. Jempol merupakan daerah terbesar dalam zon agropolis di Negeri Sembilan yang memfokuskan pertanian pintar, keterjaminan makanan dan pemprosesan hiliran. Sebelum ini, Jempol pernah menyuarakan cadangan pembangunan perindustrian agropolis sebagai pusat pertumbuhan ekonomi luar bandar.

Soalan Jempol, selaras dengan misi KKDW membina ekonomi baharu luar bandar, apakah perancangan khusus kementerian untuk menjadikan Jempol sebagai hab perintis dan pusat kecemerlangan kerjaya bagi keseluruhan kluster agropolis ini agar ia membuka peluang kerjaya dan juga sumber pendapatan untuk anak muda di kawasan luar bandar? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tuan Yang di-Pertua, KKDW mengambil maklum cadangan Yang Berhormat untuk menjadikan Jempol sebagai hab perintis dan pusat kecemerlangan kerjaya di zon agropolis.

Dalam konteks TVET KKDW, cadangan ini boleh diperhalusi melalui penyelarasan latihan kemahiran dan padanan pekerjaan mengikut keperluan industri di samping membangunkan usahawan teknikal tempatan.

Sebagai contoh, penawaran latihan teknologi elektronik di GIATMARA Jempol dan teknologi automotif di GIATMARA Tampin, berpotensi menyokong automasi peralatan serta penyelenggaraan kenderaan dalam aktiviti pertanian, pemprosesan makanan dan juga pengedaran hasil. Peluang kerjasama ini boleh diteroka bersama pengusaha berkaitan di Jempol.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

TVETMARA Rembau pula menawarkan Diploma Reka Bentuk Media Digital. Kemahiran reka bentuk komunikasi visual, pemasaran dan juga keusahawanan yang diterapkan berpotensi menyokong penjenamaan serta promosi digital produk agromakanan untuk memperluaskan pasaran usahawan tempatan.

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Selain daripada itu, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) di Alor Gajah, Melaka menawarkan Diploma Sains Pertanian dan Diploma Agroindustri. Pengalaman projek fertigasi halia, terung dan melon serta penternakan ikan air tawar di ladang UCAM juga berpotensi dimanfaatkan melalui latihan amali dan perkongsian kepakaran bagi menyokong pembangunan agromakanan di Negeri Sembilan, termasuk Jempol.

Sebagai tambahan, KKDW turut menekankan persetujuan bersama majikan di kalangan industri setempat mengenai kemahiran, syarat penempatan dan pakej gaji bagi program terpilih sebelum pengambilan pelatih TVET. Graduan TVET juga digalakkan membangunkan perusahaan teknikal menjadi tekno usahawan dan mewujudkan peluang pekerjaan setempat.

Jadi, gabungan latihan kemahiran, kerjasama industri dan juga pembangunan usahawan TVET berpotensi menyokong matlamat zon agropolis untuk meningkatkan lagi nilai tambah sektor pertanian, memperkukuhkan perusahaan tempatan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan pendapatan kepada belia luar bandar.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, apakah kementerian ada perancangan untuk pertama, menyesuaikan industri yang sedia ada dengan kemahiran yang telah diterapkan di sesuatu daerah ataupun kursus-kursus yang ditawarkan di TVET, tempat seperti itu, dapat membekalkan ataupun mewujudkan industri baharu yang berdasarkan kepada kewujudan kemahiran yang ditawarkan. Itu satu.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang kedua, apakah kerajaan bersedia untuk menukar KPI bukan sekadar mengira berapa yang dapat kerja tetapi mengira berapakah yang boleh anak muda itu kekal tanpa berhijrah keluar untuk pekerjaan.

Ketiga, berapakah median gaji penempatan MyFutureJobs di luar bandar?

Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Kuala Krau atas soalan tambahan. Yang pertama sekali berkaitan dengan penyesuaian kursus kemahiran TVET dengan peluang kemahiran ataupun ekonomi di kawasan setempat.

Untuk makluman YB, sebenarnya pelaksanaan TVET di sesuatu kawasan ataupun GIATMARA berdasarkan kemampuan ataupun potensi kawasan berkenaan.

Kalau kita melihat kemahiran TVET komuniti diperlukan di kawasan tersebut, kita akan bangunkan modul dan kursus yang berpotensi untuk kawasan berkenaan.

Jadi, untuk memastikan dia sentiasa relevan, maksudnya perancangan untuk sesuatu kawasan sebab setiap kawasannya ada masa dia boleh berubah Yang Berhormat. Upskilling, reskilling dan juga kajian setempat sering kita laksanakan yang mana kita ada pengguguran kursus ataupun model dan juga penambahan model dalam kemahiran TVET di sesuatu kawasan berdasarkan keperluan dan juga kemahiran yang diperlukan dalam membentuk tenaga kerja mahir dan juga peluang-peluang keusahawanan di kawasan berkenaan.

Insya-Allah Yang Berhormat, kita sentiasa laksanakan. Orang kata penyesuaian ini berperingkat-peringkat mengikut kawasan di seluruh negara kita, dalam usaha kita memastikan kurang penghijrahan tenaga kerja muda kita dari luar bandar ke kawasan bandar.

Yang kedua, berkaitan dengan KPI. Bukan sahaja kita— KPI kita bukan sahaja untuk memastikan graduan-graduan TVET ini mendapat peluang pekerjaan. KPI kita juga menyasarkan graduan-graduan TVET kita ini mempunyai daya saing yang tinggi, berpotensi dan mendapat pendapatan yang tinggi. Sebab itu modus ataupun schedule ataupun medium pelaksanaan TVET kita berdasarkan orang kata perubahan sains dan teknologi juga, yang mana kita ada engagement dengan pihak industri yang mempunyai potensi yang tinggi yang boleh memberi peluang pekerjaan dan juga memberi pendapatan yang maksimum.

Misalan sekarang, kita di bawah MARA, kita telah membuat engagement ataupun membuat padanan bersama dengan Samsung SDI Energy dalam syarikat motosikal elektrik, bateri elektrik yang mana telah pun menyediakan peluang pekerjaan dan memberi pendapatan yang lebih premium, lebih daripada RM3,000 sebulan kepada graduan-graduan berkenaan.

Ketiga, kita juga mewujudkan peluang-peluang kemahiran di kawasan luar bandar bagi memastikan orang kata penghijrahan ini dapat dielakkan dengan kita

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

melahirkan bukan sahaja peningkatan dari sudut kemahiran TVET itu sendiri tetapi peluang dari sudut keusahawanan juga, yang mana di samping keusahawanan dalam kawasan, kita ada juga program-program lain ya.

Contohnya Desa Lestari, Desa Kirana yang mana ini kata create peluang- peluang ekonomi khasnya keusahawanan kepada belia-belia kita yang berkemahiran untuk menjana pendapatan ataupun peluang perniagaan yang lebih baik di kawasan luar bandar. Bukan sahaja orang kata memberi peluang pekerjaan, malah create peluang pekerjaan lain kepada belia-belia luar bandar yang lain. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan 7 Yang Berhormat Parit Buntar, ada urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan.

[Soalan No. 7 – YB. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Parit Buntar) tidak hadir] Dengan sedemikian, Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 11:10 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan pantun.

54 rakyat hilang di perantauan, Tragedi banjir di awal pagi; Keluarga menanti penuh kerisauan; Bilakah kepastian dapat diberi. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah prosedur yang perlu dilalui oleh waris rakyat Malaysia yang hilang dalam kejadian banjir di Nepal untuk mendapatkan pengesahan status kematian atau sijil kematian termasuk dokumen yang diperlukan dan tempoh proses bagi membolehkan urusan harta pusaka, insurans dan hal-hal berkaitan diselesaikan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Balik Pulau.

Dalam keadaan biasa, keadaan biasa satu kematian melibatkan rakyat Malaysia yang meninggal di luar negara kematian itu hendaklah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Sebab Jabatan Pendaftaran Negara, dia melaksanakan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, jadi adalah tatacara dia. Dia kad pengenalan pemohon, dia isi borang daftar kelahiran, Sijil Pengesahan Kematian di luar negara sebagainya. Bila itu sempurna, JPN dalam masa tujuh hari bekerja akan keluarkan sijil kematian.

Tapi yang berlaku pada 26 hari bulan Ogos kelmarin Dato’ Yang di-Pertua, di Sungai Bhote Koshi, Nepal itu banjir besar. Jadi, ada 54 rakyat Malaysia yang kita tak dapat kesan. Jadi, keluarga dia menemui Perdana Menteri, Perdana Menteri menelefon rakan sejawatnya dan hasilnya ialah Kerajaan Nepal telah meluluskan satu perintah eksekutif namanya Ordinance to Amend Certain Nepal Acts Related to Disaster. Dengan pindaan administratif ini, satu anggapan kematian sebelum Kerajaan Nepal keluarkan sijil mati, asalnya 12 tahun. Tapi dengan pindaan itu, dipendekkan kepada 45 hari sahaja. Insiden itu dah 95 hari dah hari ini.

Jadi, JPN terlibat bersama Wisma Putra untuk berada di Kathmandu untuk mendengar penjelasan dan implikasi terhadap pindaan itu. Jadi, kita tak payah tunggu 12 tahun. 45 hari, sijil anggapan kematian itu akan dikeluarkan oleh Kerajaan Nepal.

Jadi, bila pengesahan itu datang daripada Kerajaan Nepal ke atas 54 orang ini, JPN akan menyusul untuk mengeluarkan sijil kematian bagi memudahkan urusan para waris melakukan proses yang berikutnya. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Balik Pulau. Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini saya dengan sukacita ingin mengalu-alukan pelawat dari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Batalion 18, Pasukan Gerakan Am.

[Tepuk] Pengkalan Hulu, Perak yang berada di Galeri Awam sekarang.

Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Semoga lawatan pada hari ini memberi manfaat serta pemahaman yang lebih mendalam tentang perjalanan persidangan rakyat. Saya mengalu-alukan ini juga untuk memaklum Batalion Senoi Praaq ini, ayahanda saya sendiri adalah anggota yang pertama dalam penubuhan batalion ini.

[Tepuk]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Batalion ini, infantrinya pada keseluruhannya 100 peratus terdiri daripada orang asli Semenanjung.

[Tepuk] Dengan itu juga, saya mengalu-alukan Ketua Delegasi Puan Idzulinda binti Hussin, Pengerusi PERKEP, Batalion 18 PGA, isteri kepada Superintenden Raja Hafiz bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah Pasukan PGA Batalion 18, Senoi Praaq. Terima kasih kerana hadir.

[Tepuk] Yang Berhormat Balik Pulau, silakan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Yang di-Pertua. Jawapan Menteri tadi diharap dapat memberi sinar kepada keluarga 54 rakyat Malaysia yang masih belum ditemui. Namun, Menteri sudah 91 hari berlalu dan selama itulah mangsa hidup dalam ketidakpastian, menanti khabar berita. Adakah pihak kerajaan bersedia mengambil langkah yang lebih tuntas Menteri, di antaranya memudah cara dan mempercepatkan proses mendapat perintah anggapan kematian itu serta dokumen yang berkaitan.

Dan adakah kerajaan bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan segera sehingga satu tempoh khususnya bagi mereka yang kehilangan the sole breadwinner dalam warga, dengan izin. Jangan biarkan mereka terus hidup dalam ketidakpastian tanpa penjelasan yang jelas Menteri.

Saya juga ingin bertanya, apabila dikeluarkan sijil anggapan kematian, bukan sijil kematian, sijil keanggapan kematian dan tarikh hilang itu. Dari sudut syariah, sebab ada yang bertanya, ada mangsa yang bertanya, keluarga mangsa yang bertanya dekat saya.

Apakah perbezaan dari sudut syariah tentang tarikh kematian, tempoh idah, nafkah isteri dan harta pusaka?

Jadi, Ini adalah perkara yang kita perlu thrash out sebelum kita keluarkan sijil anggapan kematian. Di sana masih lagi mereka menunggu. Dan kalau nak ikut 45 hari, sudah lepas 45 hari masih belum ada lagi sinar tentang sijil anggapan kematian ini daripada pihak Wisma Putra ataupun daripada pihak Nepal sendiri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi, sana masih lagi kerisauan dan saya sendiri berhubung dengan mereka.

Ada tiga jiran saya yang hilang di sana dan masih lagi mengharap kerajaan kita berbuat sesuatu dengan tuntas, dengan segera. Terima kasih Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ada dua bahagian di situ. Pertama, soal kebajikan keluarga mangsa. Seperti yang saya sebut, bila mereka sampaikan masalah mereka kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Tambun bersegera menghubungi melalui telefon kepada rakan sejawatnya. Dan itu membawa kepada satu perintah eksekutif dikeluarkan, memendekkan 12 tahun kepada 45 hari itu sangat signifikan dan itu terpakai untuk 54 orang ini. Cuma, berapa cepat? Dia bergantung kepada kerjasama waris 54 ini untuk mengisi segala macam documentation negara Nepal. Dia ada lah segala macam prosesnya kan.

Jadi, di sini yang saya nak sampaikan apa dia? Pendirian kita adalah bagi menguruskan urusan perisytiharan anggapan kematian mangsa insiden banjir ini. Kita buat keputusan bahawa kita tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran yang berkuat kuasa di negara Nepal sebab dia yang akan keluarkan surat itu. Bahagian kita, kita cuma boleh kuatkuasakan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian dan ia nya mestilah dimulakan dengan proses di negara di mana insiden itu berlaku.

Jadi, ordinan dipanggil Ordinan Perisytiharan Kematian Mangsa Bencana oleh Kerajaan Nepal itu yang memendekkan tempoh 12 tahun kepada 45 hari itu adalah key- nya, kuncinya. Jadi, kerjasama daripada keluarga mangsa itu adalah prerequisite, prasyarat yang penting. Selesai urusan itu, lagi cepat, cepatlah melibatkan 54 orang ini.

Baik, kebajikan. Di peringkat kerajaan, Kementerian Luar, KESUMA dan juga KDN. KDN cuma bahagian sijil kematian sahajalah. Ini adalah committee yang menguruskan urusan ini. Saya difahamkan melalui perbincangan di peringkat Jemaah Menteri, KESUMA kalau ada mangsa yang melibatkan pembayaran PERKESO dan segala macam, arahan Kabinet adalah bersegera untuk melunaskan apa-apa bayaran yang mereka layak menerimanya. Itu saya boleh sebut.

draft • 11:20 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sebab itu Dato’ Yang di-Pertua, kalau kematian di luar negara yang saya kata tadi, kematian biasa itu mudah. Tapi di sana, di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian pun memberi kuasa kepada JPN iaitu di bawah perkara 24A, perintah mahkamah. Macam Balik Pulau tahu pernah berlaku di Pulau Pinang, satu besi beam jatuh daripada Menara Bangunan UMNO Pulau Pinang. Jatuh ke atas sebuah motokar, terbenam tanah, mangsa tak ditemui. Yang itu

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

perisytiharan anggapan kematian dikeluarkan melalui proses mahkamah. Yang itu adalah 24A.

Tapi ada satu lagi di bawah perkara 19A melalui Pendaftar Besar pendaftaran sahaja, dia invoke kuasa dia. Jadi, kita banyak kejadian. Ada yang kejadian kemalangan kapal terbang, ada yang seorang wanita India tiba-tiba tanah jerlus di Masjid India. Jadi, dari sudut itu boleh. Tapi kes ini, kes banjir besar Nepal.

Kita ucap terima kasih pada Kerajaan Nepal kerana prosedur yang dia permudahkan itu banyak membantu. Jika tidak, kita kena tunggu 12 tahun, sekarang 45 hari. Jadi, berapa cepat sangat bergantung kepada kerjasama keluarga yang kita hulurkan simpati untuk melengkapkan proses dokumentasi. JPN akan menyusul selepas itu. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Tumpat.

draft • 11:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dato’ Pengerusi.

draft • 11:20 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita percaya bahawa kerajaan di bawah KLN ada mekanisme khusus untuk response protocol bagi kejadian kematian di luar negara akibat bencana. Tetapi dari segi Kementerian Dalam Negeri, adakah kita mempunyai SOP khusus yang bersepadu bagi pengurusan rakyat yang hilang? Kerana kita lihat dalam kes bencana alam sekarang ini, bukan hanya berlaku dekat Nepal, tapi berlaku dekat Thailand, dekat Indonesia, dekat Jepun. Macam-macam negara akan berlaku.

Jadi, kita memerlukan satu leading agency. Dan adakah dalam persiapan ini kita mempunyai rancangan ataupun cadangan untuk membuat peruntukan khas dan pindaan kepada Akta Keterangan 1950 dan mana-mana undang-undang untuk memperkenalkan peruntukan khas bagi mempercepatkan pengesahan kematian mangsa bencana luar biasa? Itu yang pertama.

Yang kedua, adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan mekanisme fast- track disaster documentation? Kerana kita percaya pengalaman yang dibuat oleh Thailand dengan one hotline, one case reference, one family, ada satu liaison officer akan mempercepatkan urusan pengesanan dan juga pengecaman mayat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri KDN untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Tumpat. Ada dua bahagian. Bahagian pertama, kalau kes kematian itu kematian biasa dan berlaku di luar negara, tak ada foul play, tak ada bencana. Satu lagi, kalau kematian diakibatkan oleh bencana. Okey, yang dibangkitkan apakah kita sudah ada satu SOP yang fast-track dan sebagainya.

Pandangan saya, mekanisme yang ada sekarang ini memadai kalau untuk kategori kematian biasa sekarang. Sebab apa yang diperlukan? Katalah seorang anak duduk di Kelantan, mak dia meninggal di London. Dia tahu tentang kematian itu. Dia pun pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran, isi borang, bagi IC dia, kemudian dapatkan pengesahan kematian di sana. Dan tujuh hari, JPN keluarkan sijil kematian. Itu mekanisme sekarang, saya fikir memadai.

draft • 11:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya pun pernah ada pengalaman menguruskan hal seperti itu. Ya, memadai.

Hal sekarang ialah kalau melibatkan kematian yang berpunca daripada bencana.

Yang ini sistem kita, mekanisme kita satu bab, tapi sistem kita tak akan sempurna melainkan proses di negara di mana berlakunya bencana itu juga kita sempurnakan kepatuhannya. Sebab itu saya sebut dalam kes ini, kita mengambil ketetapan kita akan patuh terhadap ordinan yang berkuat kuasa di Nepal dalam melaksanakan ataupun mengesahkan satu-satu insiden kematian. Sebab itu dipanggil pengesahan anggapan kematian ya.

Jadi, yang itu adalah— jadi, soalan Tumpat tadi apakah kita perlu satu focal point ataupun— mekanisme sekarang saya berpendapat munasabah dan memadai. Dia tak ada hiccups. Tujuh hari bekerja sudah cukup cepat sebenarnya. Walaupun saya tanya pegawai saya, kalau orang yang nak lapor kematian waris dia yang berlaku di luar negara, kena bawa IC si mati. Ya lah, mana dia nak dapat contohnya. Yang itu pun kita permudahkan. Kalau IC tak ada, dia isi satu borang lain. So, bab itu saya punya keyakinan kuat, cukup memadai.

Hal yang kita nak tangani ini kalau berlaku satu musibah. Kapal terbang jatuh umpamanya ataupun bencana berlaku di luar negara, yang itu sedikit kompleks. Jadi, kita belajar untuk memperkemaskan hal yang berlaku di peringkat kita sambil kuatkan ataupun eratkan lagi, perkemaskan kerjasama dengan negara lain. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dato’ Sri, diberi kebenaran untuk mempelawa delegasi daripada India.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Klang.

draft • 11:20 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

*With due respect, we welcome Vivekanandha Educational Institutions, Salem, Tamil Nadu, India, the students and lecturers.

[Tepuk]*

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Welcome to Malaysia. Untuk soalan yang berikut ini saya percaya adalah soalan yang terakhir. Saya dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Gerik, Pengkalan Hulu ini pengundi Yang Berhormat kan?

draft • 11:20 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ya, ya, ya.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

draft • 11:20 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya juga mewakili ini Puncak Borneo dan Parlimen Serian, ingin mengalu-alukan kehadiran KMKK daripada Parlimen Puncak Borneo dan Parlimen Serian ke Parlimen Malaysia.

[Tepuk] Dan juga mengucapkan selamat datang juga kepada PERKEP PGA Batalion 18 Senoi Praaq dari Kem Pengkalan Hulu, Gerik, Perak. Terima kasih sudi datang.

[Tepuk]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

PERKEP, ini anda punya wakil rakyat ya.

[Ketawa]

draft • 11:20 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

[Ketawa] Terima kasih promosi. Okey Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, soalan saya nombor 9.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan berapakah peruntukan yang telah disalurkan kepada Parlimen Gerik untuk mengatasi masalah jalan desa dan lampu jalan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 25 projek jalan perhubungan desa telah diluluskan untuk Parlimen Gerik dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM3.35 juta.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Kementerian juga telah melaksanakan enam Projek Pemasangan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Parlimen Gerik dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Projek-projek tersebut sedang dilaksanakan dalam tempoh Ogos hingga November 2026 oleh pejabat KKDW negeri Perak. Pakej projek berkenaan melibatkan pemasangan secara one-off sebanyak 120 unit lampu jalan jenis solar di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti oleh PKN negeri Perak bagi meningkatkan pencahayaan dan keselamatan penduduk di kawasan kampung. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gerik.

draft • 11:30 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Puan Pengerusi— Puan Yang di-Pertua, bagi soalan tambahan, saya ingin bertanya apakah perbezaan peruntukan pembangunan jalan desa dan lampu jalan di bawah KKDW berbanding dengan peruntukan kerajaan negeri? Dan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap pembinaan naik taraf dan penyelenggaraan jalan kampung dan lampu jalan kampung, sama ada Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri?

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Gerik atas soalan tambahan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui KKDW menyediakan peruntukan pembangunan bagi Projek Jalan Perhubungan Desa di kampung-kampung di kawasan luar bandar secara off— one-off secara— berdasarkan keutamaan pembangunan infrastruktur dan keperluan serta kepentingan penduduk setempat.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seterusnya, jalan perhubungan desa yang telah disiapkan, dilaksanakan akan diserahkan kepada kerajaan negeri dan agensi

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

berkaitan bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih, tertakluk dengan status pendaftaran jalan dan agensi yang mengambil alih tanggungjawab tersebut.

Sebaliknya, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab terhadap jalan-jalan di bawah bidang kuasa negeri, termasuk jalan kampung yang telah didaftarkan sebagai jalan negeri. Peruntukan penyelenggaraan disalurkan melalui Sistem Maklumat Rekod- rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk diagihkan kepada kerajaan negeri. Bagi jalan yang didaftarkan di bawah MARRIS, penyelenggaraan dilaksanakan melalui peruntukan MARRIS oleh kerajaan negeri dan lazimnya dengan penyelarasan Jabatan Kerja Raya dan pejabat daerah.

Pendek kata, jalan-jalan baharu ada dikategorikan Jalan Persekutuan, peruntukan Persekutuan dan ada juga jalan-jalan di bawah peruntukan negeri. Namun, jalan-jalan kecil di bawah Persekutuan akan diserahkan kepada kerajaan negeri dan diselenggarakan selagi jalan itu tak dinaik— tak diselenggara, tak didaftarkan di bawah MARRIS, maintenance-nya ataupun penyelenggaraannya boleh dimohon ke pada KKDW. Jika tidak berdaftar ataupun tidak didaftar di bawah kerajaan negeri, baru peruntukan penyelenggaraan KKDW dapat pertimbangkan. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Speaker.

Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian mempunyai pangkalan data bersepadu mengenai jumlah dan panjang jalan desa yang masih belum diturap atau memerlukan penyelenggaraan mengikut kawasan Parlimen? Dan apakah mekanisme pihak kementerian dalam menangani isu jalan-jalan desa yang tidak diselenggarakan akibat ketidakjelasan bidang kuasa antara Federal, kerajaan negeri dan PBT?

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Batu Pahat atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, data bersepadu berkaitan dengan jalan- jalan kecil ataupun jalan-jalan perhubungan desalah di seluruh negara, KKDW tidak mempunyai rekod secara menyeluruh. Kebanyakan rekod ini diselaraskan oleh kerajaan negeri dan juga PKN negeri ya.

Bagi jalan-jalan yang telah dibuat— seperti yang saya maklumkan tadi ya, untuk makluman YB Batu Pahat, jalan-jalan yang telah dilaksanakan, diserahkan kepada kerajaan negeri, didaftar di bawah kerajaan negeri kerana Kerajaan Persekutuan ada

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan tetapi dengan syarat mesti berdaftar dengan jalan— didaftarkan di bawah MARRIS.

Bagi jalan-jalan yang tidak didaftarkan di bawah MARRIS, sebab MARRIS ini dia ada standard dia, ada specs yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya, standard dia, panjang dia, luas dia, ketebalan dia. Dia ada standard dia. Kalau tak memenuhi standard, dia takkan didaftar di bawah MARRIS. Jalan-jalan seperti ini yang tak didaftar di bawah MARRIS, jika memerlukan penyelenggaraan, boleh dikemukakan semula kepada KKDW untuk naik taraf.

Dan kelulusan untuk naik taraf, bina baharu ataupun— apa nama— baik pulih Projek-projek Jalan Perhubungan Desa seluruh negara ini bergantung pada permohonan yang dibukakan kepada KKDW dan juga siasatan yang telah kita laksanakan berdasarkan garis panduan yang telah diselaraskan di peringkat kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Usul Peraturan Mesyuarat 12(1).

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 26 November 2025.”

draft • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:35 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Masla

Saya mohon menyokong.

draft • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul sebagaimana yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:35 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:35 AM
Kepala B.60 [Jadual] – Kepala P.60 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.60 dan Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Semporna, YB Tanah Merah, YB Kuala Pilah, YB Ketereh, YB Sri Gading, YB Lumut, YB Kepong, YB Padang Serai, YB Batu Pahat, YB Tangga Batu, YB Kudat, YB Machang, YB Kampar, YB Langkawi, YB Tampin, YB Sabak Bernam, YB Tuaran, YB Pendang, YB Bukit Gelugor, YB Padang Besar, YB Bukit Bendera, YB Putrajaya dan YB Kota Belud. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja. Saya minta Yang Berhormat Semporna. Yang Berhormat Semporna.

draft • 11:35 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Pengerusi Majlis atas ruang yang diberikan kepada saya turut membahaskan B.60, 020100 — Bantuan Bersama dan 020300 – Pertahanan Maritim. Saya ucapkan jutaan terima kasih atas peruntukan yang diberikan iaitu sejumlah 22.1 bilion dan pengakuan Yang Berhormat Menteri sendiri bahawa Sabah ialah barisan hadapan pertahanan negara. Dia mengaku pertahanan negara hadapan.

Ancaman nyata pangkalan tentera di Pulau Balabac yang kita semua tahu dan faham keadaan yang berlaku di South China Sea yang dibuka untuk akses tentera Amerika Syarikat hanya kira-kira 50 kilometer daripada Pulau Banggi. Filipina membentangkan tuntutan Pelantar Benua yang bertindih dengan Sabah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Julai lalu. Pengawal Pantai China pula terus meronda Beting Patinggi Ali.

Jadi, soalan saya, adakah Sabah ini sudah menjadi medan operasi, sedangkan industri penyelidikan dan wangnya kekal bukan di bumi Sabah ya? Sebahagian besar di Semenanjung saja ini. Ya. Jadi, dalam industri ini, pertahanan yang ada B.60, 010100 – Pengurusan Am, P.60, 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain).

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tuan Pengerusi, Dasar Industri Pertahanan Negara mewajibkan 30 peratus kandungan tempatan. Tapi malangnya, pada hakikat sebenarnya tidak ada tempatan.

Contohnya, industri yang ada di bumi Sabah. Lumut Naval Shipyard saja mempunyai lebih dari 100,000 pekerja. Malaysia ada lebih 200 syarikat aeroangkasa untuk tujuan taman aeroangkasa tapi tidak satu pun di Borneo. Di Sabah, yang ada hanyalah penyelenggaraan dua kapal selam di Sepanggar oleh anak syarikat sebuah kumpulan dari Semenanjung.

Sabah Shipyard di Labuan dahulu mempunyai lebih daripada 5,000 pekerja dan kini hanya 300 sahaja. You know, it’s not progressive in terms of to ensure Sabah menjadi hadapan tempat― tapi malangnya, dari segi maintenance, dari segi research yang ada, tidak dapat kita bagi tumpuan untuk membolehkan menjamin agar keselamatan negara within reach, mengambil masa kalau jet fighter datang dari Semenanjung, dari Labuan itu, kapal dari Lumut itu, kalau peperangan berlaku. Contoh, Tandoan pun ada. Bila berlaku di Tandoan, Sembrong pun tahu, jet fighter datang di

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

mana. It takes time to save human life― Malaysians― in our country, particularly in Sabah.

Jadi, saya berharap sungguh, daripada empat penerima Industrial Collaborations Programme (ICP) bernilai RM1.4 bilion yang dinamakan pada April lalu, hanya satu di Borneo. Buku anggaran sendiri mencatat pencapaian ICP hanya 32 peratus pada 2025 berbanding sasaran 100 peratus. Sabah ketinggalan berbanding dengan, bukan hanya Semenanjung, bahkan juga daripada Sarawak. *We are lagging behind and we are yet the frontliners. Nearer to where― you know, Balabac is there, South China Sea is there.

If anything happen, you know, it will be damaging for the country.* Saya mencadangkan tiga perkara. Pertama, hab penyelenggaraan maritim Borneo di koridor Sepanggar–Labuan. Kedua, kuota wilayah untuk Sabah dan Sarawak dalam Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN). Ketiga, program pembangunan vendor pertahanan Sabah. Saya mohon jawapan berapa syarikat Sabah yang berdaftar sebagai pembekal pertahanan dan berapa nilai kontrak yang diberikan kepada mereka.

Satu lagi, Pengerusi, Universiti Sabah dan UPNM. Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan iaitu P.60 Butiran 01200 dan Butiran 00700 – Pembinaan

(Tiga Perkhidmatan) dan B.60 Butiran 020100 – Bantuan Bersama.

Tuan Pengerusi, peruntukan penyelidikan pertahanan di bawah P.60 naik daripada RM1.99 juta kepada RM65 juta. Tetapi, perjanjian penyelidikan DSA 2026 hanya melibatkan Universiti Pertahanan negara kita, UPNM, dan UniMAP. Tidak satu pun universiti di Borneo.

Saya mohon sebahagian peruntukan disalurkan kepada sebuah penyelidikan pertahanan Borneo di UMS bersama STRIDE dalam bidang kesedaran dominan maritim, dron dan bot tempur yang ada. Saya juga mencadangkan UPNM membuka kampus di Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan di mana yang selalu kena landa ancaman lanun macam di kawasan saya di Semporna ini.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya juga melihat, Tuan Pengerusi, berhubung kait dengan beberapa perkara yang bila berlaku― contohnya, radar yang ada di kawasan hotspot area. Blind spot is there. Lima radar rosak, Pengerusi, sampai sekarang tak diperbaiki. Why? According to them, it is not economical to nak perbaiki. Fasal apa, kita tidak ada industri yang boleh memperbaikinya di bumi Sabah.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dan kita radar ini is a blind spot area and this is very crucial for us to determine bukan hanya manusia, bukan hanya keadaan mungkin ancaman keselamatan negara, bahkan juga mungkin kita tidak tahu drugs kah ataupun smuggling or whatever it is into the country. Tapi, kita punya surveillance is not done properly, you know. We cannot take lightly. Saya berharap sungguhlah, Tuan Pengerusi, supaya perkara pertahanan― contohnya, nak ditingkatkan, saya difahamkan, 2,000 anggota di Kem Paradise di Kota Belud. Janganlah simpan di Kota Belud, Tuan Pengerusi. Dah ada kem di situ, dah ada satu batalion.

Di Banggi, di Kudat cuma satu platun, satu platun sahaja. Jadi, simpanlah di Kudat 2,000 anggota yang ada kalaupun ada― saya tahu kos dia tidak memerlukan kita― I know pertahanan tidak perlu untuk belanja berbilion-bilion banyak sangat. Ada anggota dari Perak, ada anggota― rekrut some of Sabahan.

Contohnya, untuk membolehkan supaya penempatannya, kemudahannya, mungkin kita kurangkan kosnya, 2,000 letaklah di Banggi, jangan letak di Kem Paradise.

Jangan hanya kita fikirkan esok pilihan raya, dia undi di situ. Kebimbangan saya.

Kadang-kadang itu penting untuk pertahanan negara kita.

Yalah, fasal konfrontasi pernah berlaku― 67― pengorbanan. Raja Perlis pun dulu berada situ, berkhidmat 67. Dia cerita dengan saya bagaimana untuk kita nakkan empower Malaysian in Sabah as well untuk mempertahankan negara kita.

Terima kasih banyak, Tuan Pengerusi.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Semporna. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Pengerusi Majlis. Tanah Merah sokong penuh perbahasan Semporna tadi.

Saya mulakan perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan merujuk kepada Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran yang melibatkan peruntukan berjumlah RM304 juta bagi tahun 2027. Di dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2027, digariskan bahawa peruntukan di bawah Aktiviti 2: Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran, antara fungsi yang dinyatakan adalah bagi

draft • 11:45 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

membantu Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) dalam pelaksanaan fungsinya selaras dengan Akta Veteran 2012 [Akta 740]. Justeru, saya mohon penjelasan dan jawapan daripada Kementerian Pertahanan mengenai beberapa perkara seperti berikut.

Dari tahun 2023 hingga 2026, berapakah jumlah keseluruhan usul yang telah dikemukakan oleh MVK kepada MINDEF? Berapa banyakkah daripada usul tersebut telah diterima serta dilaksanakan oleh MINDEF demi manfaat veteran ATM?

Kedua, apakah usul serta kaedah baharu yang dicadangkan oleh MVK bagi menyelesaikan kemelut jurang pencen bagi veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013, selain dari cadangan kenaikan secara langsung manfaat pencen bulanan?

Ketiga, berapakah jumlah wang awam yang telah dibelanjakan bagi pengoperasian MVK dari tahun 2023 hingga 2026 termasuk perincian jumlah elaun kehadiran mesyuarat serta bayaran imbuhan yang telah dibuat kepada ahli-ahli MVK yang telah dilantik mahupun menghadiri mesyuarat sepanjang tempoh empat tahun tersebut?

Terakhir berkaitan JHEV, keempat, sehingga kini, berapakah jumlah persatuan veteran tentera yang berdaftar dengan JHEV dan adakah JHEV masih mengagihkan dana hasil daripada kutipan tabung Hari Pahlawan secara pro-rata kepada persatuan- persatuan ini bagi tujuan bantuan kebajikan ahli-ahlinya?

Pengerusi, perkara kedua adalah mengenai Butiran 031000 – Sekolah Dalam Kem berjumlah RM20 juta bagi tahun 2027. Saya mohon MINDEF perincikan atau jelaskan tujuan khusus peruntukan RM20 juta ini dan nyatakan lokasi sekiranya terdapat perancangan membina sekolah baharu di dalam kawasan kem tentera.

Mengapakah tanggungjawab ini tidak dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan? Adakah peruntukan ini menandakan bahawa mulai tahun hadapan, usaha pembinaan dan penyelenggaraan semua sekolah dalam kem akan diambil alih sepenuhnya oleh MINDEF daripada KPM?

Ketiga, merujuk kepada Maksud Pembangunan P.60 Butiran 02000, perkongsian awam-swasta atau inisiatif pembiayaan swasta berjumlah RM244.5 juta bagi tahun 2027 serta Butiran 00300 – Pembinaan (Tentera Laut) berjumlah RM102 juta.

Saya minta kementerian menjelaskan sama ada peruntukan RM244.5 juta ini akan digunakan untuk membiayai projek-projek baharu atau sekadar membayar komitmen yang sedia ada. Selain itu, adakah MINDEF masih meneruskan program

draft • 11:45 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

pertukaran tanah (land swap) di bawah peruntukan ini? Jika ya, mohon nyatakan lokasi- lokasi yang terlibat land swap. Di bawah butiran ini juga, saya mohon pendirian muktamad MINDEF mengenai status lokasi sebenar Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) yang dilihat berubah-ubah bermula di Samalaju, Bintulu, kemudian dipindahkan ke Muara Tebas, Kuching dan kini dilaporkan telah dipertimbang semula untuk kembali ke lokasi asal iaitu Bintulu. Rasional asas penubuhan MAWILLA 4 adalah untuk mempercepatkan atur gerak aset TLDM ke Gugusan Beting Raja Jarum dan Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan.

draft • 11:45 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Dari Samalaju, Bintulu, jarak ke kawasan operasi hanyalah sekitar 85 hingga 100 batu nautika atau lima hingga enam jam pelayaran. Sebaliknya, dari Muara Tebas, Kuching yang jaraknya melebihi 280 batu nautika, aset TLDM memerlukan 12 hingga 15 jam untuk tiba. Jadi, tempoh tindak balas yang tiada bezanya jika belayar dari pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah. Apatah lagi, bare base minimum TLDM sedang dibina di Bintulu bagi aspek cegah rintang dan atur gerak aset TDM untuk menangani ancaman pencerobohan domain udara di Laut China Selatan. Justeru...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya?

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Justeru, saya mohon penjelasan telus daripada MINDEF, mengapakah tapak di Muara Tebas dipilih sebelum ini? Adakah keputusan perpindahan tersebut lebih dipengaruhi oleh pertimbangan komersial dan kos perolehan tanah berbanding keperluan taktikal serta kesiagaan TLDM dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara?

Akhirnya, adakah sebelum ini kementerian telah membuat sebarang pembayaran bagi tujuan usaha mengambil alih tanah di Muara Tebas? Atau sudahkah perbelanjaan dibuat berkaitan feasibility study pembinaan MAWILLA 4 di Muara Tebas sebelum ini? Minta penjelasan. Terima kasih Pengerusi.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kuala Pilah terus kepada Butiran 020000 – Pertahanan Negara dan juga 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Yang Berhormat Pengerusi, mereka yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan negara tidak boleh dibiarkan berdepan ketidakpastian dalam soal kebajikan. Pengorbanan anggota ATM dan veteran mesti dihargai melalui pembelaan yang nyata, bukan sekadar ucapan penghargaan.

Bagi anggota yang masih berkhidmat, Kuala Pilah minta kementerian memastikan struktur elaun sentiasa disemak berdasarkan tanggungjawab, risiko operasi dan tuntutan tegas. Bilakah kali terakhir semakan menyeluruh terhadap elaun-elaun anggota ATM dilaksanakan? Dan adakah kementerian mempunyai mekanisme semakan berkala supaya tiada kategori anggota yang tercicir?

Bagi veteran pula, Kuala Pilah berpandangan bahawa pengiktirafan melalui Pingat Jasa Malaysia (PJM) perlu disusuli dengan perhatian kebajikan yang lebih bermakna dan signifikan. Kerajaan wajar menilai semula bentuk dan kadar penghargaan termasuk kemungkinan menyediakan bantuan yang lebih berterusan kepada penerima yang memerlukan.

Kuala Pilah juga ingin membawa isu penyelarasan pencen veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Walaupun Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan kebenaran merayu, namun aspek kebajikan veteran yang terkesan masih perlu diberikan perhatian. Oleh yang demikian, Kuala Pilah merayu agar kementerian meneliti semula pendirian kerajaan dan mempertimbangkan cadangan Majlis Angkatan Tentera bagi membolehkan penyelarasan pencen dilaksanakan melalui penyelesaian dasar yang bersesuaian.

Puan Pengerusi, Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia.

Penyediaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bukan sekadar soal kemudahan tempat tinggal tetapi turut melibatkan kebajikan dan kesejahteraan anggota dan keluarga. Kementerian perlu memberi perhatian bukan saja kepada pembinaan kuarters baharu tetapi juga kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kuarters sedia ada yang telah uzur dan tidak lagi memenuhi keperluan penghuni.

draft • 11:51 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Kuala Pilah ingin mengetahui jumlah sebenar RKAT, rumah kebajikan keluarga angkatan tentera ini yang memerlukan pembaikan serta perancangan kementerian untuk mengurangkan tunggakan penyelenggaraan ini. Apakah mekanisme pemantauan yang digunakan bagi memastikan kerja pembaikan dilaksanakan mengikut keutamaan dan tempoh yang ditetapkan?

Rujukan seterusnya kepada Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan.

Puan Pengerusi, Kuala Pilah mengambil maklum kenyataan kementerian bahawa tahap kesiapsiagaan pertahanan negara ini berada pada tahap tertinggi. Namun, ancaman keselamatan hari ini bukan saja melibatkan kekuatan fizikal dan aset ketenteraan, malah serangan siber terhadap sistem komunikasi, rangkaian operasi dan infrastruktur strategik ATM.

Kuala Pilah menyambut baik usaha kementerian membangunkan Tim Nukleus Angkatan Siber sebagai langkah awal ke arah pembentukan cabang perkhidmatan keempat ATM. Namun usaha ini perlu disokong dengan pelaburan dalam teknologi, infrastruktur, tenaga pakar dan latihan khusus bagi memastikan keupayaan pertahanan siber dapat dibangunkan secara menyeluruh.

Sehubungan itu, sejauh manakah perancangan dan komitmen peruntukan kementerian bagi pembangunan Angkatan Siber ATM termasuk penyediaan teknologi infrastruktur, tenaga pakar dan latihan serta apakah garis masa untuk memastikan keupayaan ini beroperasi sepenuhnya?

Seterusnya, Kuala Pilah merujuk Butiran 020000 – Pertahanan Negara. Puan Pengerusi, pasukan simpanan merupakan aset penting dalam mempengaruhi kesiapsiagaan pertahanan negara. Graduan PALAPES yang telah ditauliahkan perlu terus dimanfaat sebagai sumber tenaga terlatih melalui laluan penempatan yang lebih tersusun ke dalam askar wataniah serta pasukan simpanan sukarela TLDM dan TUDM.

Kementerian perlu memperkukuh latihan berkala, latihan bersama pasukan tetap serta menilai semula insentif dan kemudahan anggota bagi memastikan mereka kekal aktif dan kompeten. Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan majikan turut perlu diperluas bagi menggalakkan penyertaan serta memudahkan anggota menghadiri latihan.

Seterusnya, Butiran 010100 – Pengurusan Am. Puan Pengerusi, perolehan pertahanan negara tidak seharusnya hanya tertumpu pada pembelian aset dan kelengkapan ketenteraan tetapi perlu turut menjadi pemangkin kepada pembangunan

draft • 11:51 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

industri pertahanan negara. Pelaksanaan Industrial Collaboration Program (ICP) perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan pemindahan teknologi, pembangunan vendor tempatan dan peningkatan kepakaran industri benar-benar memberi manfaat kepada negara.

Matlamatnya bukan sekadar memenuhi syarat kontrak perolehan tetapi membina keupayaan industri tempatan supaya negara dapat mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran dan teknologi luar dalam jangka panjang.

Akhirnya, dalam masa yang sama diplomasi pertahanan melalui kerjasama dengan negara sahabat perlu terus diperkukuh, khususnya dalam perkongsian teknologi, kepakaran dan maklumat risikan bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara. Dengan demikian, Kuala Pilah menyokong. Terima kasih.

draft • 11:51 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh.

draft • 11:51 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 010200 – Pengurusan Hal Ehwal Veteran yang melibatkan peruntukan sebanyak RM304 juta. Walaupun peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran ini meningkat dari RM118 juta pada tahun 2023 kepada RM304 juta pada tahun ini— pada tahun 2027, tidak bermakna kebajikan semua veteran terbela. Soalan saya, mengapakah peruntukan JHEV semakin mengecil pada tahun 2027 berbanding dengan peruntukan pada tahun-tahun sebelumnya? Adakah pengorbanan mereka veteran ini semakin sudah dilupakan oleh kerajaan?

Untuk pengetahuan semua dan Ahli Dewan ini, jumlah veteran yang bersara setiap tahun adalah 6,000 orang. Di bawah pembentangan ini, saya akan utarakan empat perkara yang melibatkan kebajikan veteran angkatan tentera.

Puan Pengerusi, perkara pertama adalah berkenaan dengan pelarasan pencen.

Ini adalah hak veteran angkatan tentera. Bukan minta belas kasihan, berapa kali dah saya sebut benda ini.

[Tepuk] Jadi saya meneliti jawapan bertulis MENHAN kepada perbahasan saya yang lepas dan di sini terdapat banyak kekeliruan yang mana kononnya MINDEF tidak seharusnya mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Jun 2026 dan ia nya selaras dengan Peraturan 54, Peraturan Pencen 1982.

draft • 11:57 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sejak bila askar menggunakan peraturan tersebut? Kita menggunakan Akta Angkatan Tentera 1972 untuk peraturan pencen, seksyen 187. Kenapa pula pergi kepada Peraturan Pencen 1982? Sekali lagi saya ingatkan di sini kepada MINDEF ya, jangan buat macam itu.

Akta ini jelas menyatakan setiap kali berlaku pelarasan pencen, maka berlaku juga— setiap kali berlaku pelarasan gaji, berlaku pelarasan pencen. 2013 berlaku pelarasan gaji, kenapa pelarasan pencen tidak dibuat? Janganlah peraturan pencen ATM ini disamakan dengan penjawat awam yang lain di negara ini.

Saya mohon Menteri Pertahanan mengadakan mesyuarat Majlis Angkatan Tentera khas bagi meminda keputusan Majlis Angkatan Tentera ke-522 dan 525 pada tahun 2013 yang telah menerima pakai syor daripada JPA agar veteran bersara sebelum 1 Januari 2013 tidak dibuat pelarasan pencen. Jangan dengar JPA, ikut Majlis Angkatan Tentera.

draft • 11:57 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Perkara yang kedua adalah skim perkhidmatan anggota LLP, Skim Peraturan Penyambungan Askar-askar [P.U.(A)183], Peraturan Angkatan Tentera, Terma-terma Perkhidmatan Tetap telah dikuatkuasakan pada 12 Jun 2013. Bermakna sekarang dah 13 tahun. Jadi, saya minta peraturan-peraturan angkatan tentera ini disemak semula dan ditambah baik agar pencen mereka menjadi lebih tinggi dan tidak menyebabkan pesara ATM ini bersara dalam usia muda. Apa salah bagi 60 percent kepada pesara? Ini 50 percent nak makan apa?

Perkara yang ketiga adalah pembinaan Hospital Angkatan Tentera di Kem Desa Pahlawan. Kalau di Terendak, kita ada satu hospital angkatan tentera, di Kuala Lumpur ada Tuanku Mizan, di Lumut ada. Bagaimana dengan Pantai Timur? Jadi, saya minta satu hospital diletakkan di Kem Desa Pahlawan. Ada tanah, ada tanah di situ.

Perkara yang terakhir, ini berkait dengan Pingat Jasa Malaysia. Pingat Jasa Malaysia ini, Menteri hari itu cakap, bukan datang dengan elaun. Saya tahu, tetapi mereka ini sudah berumur 60 tahun ke atas. Kalau Hari Pahlawan, kalau Hari Merdeka, bukan main bawa dia orang itu. Dengar mejar, dengar apa, pingat apa, tapi apa yang bagi? Tahun ini langsung, tahun lepas ada jugalah RM500. Tetapi tahun 2027, langsung tak ada. Kesianlah, mereka ini dahlah hidup susah. Jadi, ini mesti dipertimbangkan balik.

Sebagai penutup, saya berjanji akan berusaha menjaga kebajikan ATM dan semua veteran ATM selagi saya menjadi wakil rakyat.

[Tepuk] Saya juga ingin

draft • 12:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

merakamkan terima kasih kepada semua anggota ATM dan juga veteran ATM yang telah keluar mengundi di dalam pilihan raya negeri Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Sesungguhnya pilihan anda amat tepat dan teruskan sokongan demi masa depan keluarga ATM dan juga keluarga veteran ATM. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Pengerusi.

Pertama sekali, Sri Gading ingin menyatakan bahawa zaman Perdana Menteri PMX inilah pesara-pesara yang tidak berpencen dapat bayaran sebanyak daripada RM300 kepada RM500 dinaikkan dalam Bajet 2027. Jadi, ini menunjukkan bahawa tentera diambil perhatian berat oleh Kerajaan MADANI pada hari ini. Namun, kita mengharapkan rakyat yang berada di luar sana melihatlah kebaikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.

Kod P.60, 00200, 00400 dan 00600, iaitu peruntukan kelengkapan tentera di mana Tentera Darat ada peningkatan sebanyak RM136.4 juta. Pada tahun hadapan, Tentera Laut dan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara berlaku pengurangan.

Jadi, persoalannya yang kita lihat bahawa untuk makluman kepada Dewan dan juga seluruh rakyat, bahawa Malaysia ini mempunyai pantai keseluruhannya sepanjang 7,856 kilometer. Semenanjung Tanah Melayu ataupun Malaysia, pantai dia, 2,788 kilometer, Sabah 3,834 kilometer, manakala Sarawak 1,234 kilometer. Yang mana dimaksudkan di sini bahawa pantai kita ini selalu terdedah, terdedah kepada lanun, terdedah kepada pencerobohan dan juga terdedah kepada perdagangan manusia. Di mana di sinilah keperluan kalau kita lihat kenapa Tentera Laut dikurangkan untuk pembinaan kapal.

Kita sedia maklum bahawa LCS memang ada masalah, tak dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditentukan, tetapi mengapakah kelengkapan tentera lain seperti keperluan untuk mempertingkatkan keselamatan negara itu dikurangkan? Begitu juga dengan kelengkapan tentera bagi Tentera Udara. Kita pernah dengar dulu jet pejuang kita, kapalnya ada, enjinnya tak ada.

draft • 12:02 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Walaupun kapal terbang itu adalah merupakan latihan yang telah dibeli lama ya, tapi kita harapkan bahawa Malaysia perlu ada kelengkapan-kelengkapan untuk menandingi bukan sahaja jiran sebelah kita yang pulau nya kecil, tetapi kelengkapan Tentera Laut dia besar. Sedangkan sempadan ataupun pantai yang ada pada mereka kecil sahaja.

draft • 12:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sri Gading. Boleh? Berkenaan Tentera Udara.

draft • 12:02 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Masih banyak lagilah.

draft • 12:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sikit je.

draft • 12:02 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sekejap, sekejap ja, sekejap.

Cepat sikit.

draft • 12:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh?

draft • 12:02 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Cepatlah.

draft • 12:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, Terima kasih. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Sri Gading tadi. Cuma setuju tak Sri Gading bahawa Perdana Menteri mengumumkan sesuatu yang tak betul ataupun suatu yang memalukan [Tidak jelas] berkaitan Tentera Udara berkenaan pengedaran dadah. Apa pandangan Sri Gading. Terima kasih

draft • 12:02 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey baik. Berkaitan dengan ini, kalau kita lihat apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 April 2026 berkaitan dengan Laut China Selatan supaya tidak ada campur tangan daripada pihak lain yang mana kita sedia maklum. Sebab itu Sri Gading membawa usul ataupun membawa perbahasan di sini bahawa betapa luasnya sepanjang pantai kita yang perlu dijaga.

Dan kalau katakan penyelewengan dan juga pecah amanah di kalangan pemimpin-pemimpin dalam ketenteraan itu sendiri amat memalukan kita. Dan ini yang penting untuk kita jaga sebagai Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini perlu kita sedar dan rakyat perlu tahu bahawa pentingnya pengawalan ketenteraan yang perlu dengan amanah yang diberikan tanggungjawab.

Persoalannya, berapakah jumlah aset angkatan tentera yang kini dikategorikan sebagai tidak beroperasi ataupun memerlukan penyelenggaraan kritikal?

Yang kedua, apakah sasaran kementerian untuk mengurangkan kebergantungan aset ketenteraan yang telah berusia?

draft • 12:02 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang ketiga, bagaimanakah kementerian memastikan setiap perolehan aset baharu tidak berakhir sebagai aset yang dibeli tetapi tidak dapat digunakan akibat kekurangan alat ganti, penyelenggaraan ataupun kepakaran teknikal?

Seterusnya, 010200 berkaitan dengan veteran. Sepertimana yang saya dah— Sri Gading sebut tadi berkaitan dengan Bantuan Sara Hidup yang telah dinaikkan daripada RM300 kepada RM500. Ini adalah satu perkara pengorbanan ataupun tanda kasih sayang kerajaan kepada angkatan tentera iaitu veteran.

draft • 12:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:02 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Pertama sekali, persoalannya, apakah perancangan kementerian untuk meneruskan dan memperluaskan insentif, inisiatif penghargaan kepada veteran angkatan tentera, khususnya bagi veteran yang tidak berpencen dan mereka yang tidak menerima bantuan melalui skim sedia ada?

Yang kedua, berapakah sasaran jumlah veteran tentera yang akan diberikan mendapat pekerjaan kedua atau memulakan perniagaan melalui program JHEV sepanjang tahun 2027?

Dan yang ketiga, apakah kementerian bercadang memperkukuhkan kerjasama dengan sektor swasta, GLC dan agensi kerajaan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang bersesuaian dan dengan pengalaman serta kemahiran angkatan tentera. Sekian, terima kasih.

draft • 12:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.

draft • 12:02 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu perkara yang amat penting, iaitu kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Kita bercakap tentang golongan yang telah mengabdikan sebahagian besar kehidupan mereka untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Namun, apabila saya meneliti Butiran 010200, saya mendapati peruntukan kod objek am 40000 dikurangkan sebanyak RM9,700,000 bagi tahun 2027, di mana peruntukannya RM230,427,000 berbanding bagi tahun 2026 sebanyak RM247,127,000.

draft • 12:08 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah rasional pengurangan ini? Apakah jumlah penerima faedah persaraan telah berkurangan? Adakah komitmen pembayaran kerajaan telah berkurangan? Atau adakah kementerian mempunyai kaedah baharu untuk menguruskan pembayaran tersebut?

Kita tidak mahu pengurangan ini akhirnya memberi kesan kepada kebajikan veteran yang sepatutnya mendapat pembelaan kerajaan. Lebih membimbangkan, isu veteran yang menamatkan perkhidmatan sebelum 1 Januari 2013 yang masih memerlukan penyelesaian yang menyeluruh. Jika dibangkitkan bahawa isu penyelarasan pencen sedang dibicarakan di mahkamah dan oleh itu Suruhanjaya Kesihatan Diraja (RCI) tidak diperlukan, berikut adalah penjelasannya.

draft • 12:08 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Untuk makluman, isu khusus berkaitan kaedah berkenaan pencen di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024 khususnya penggunaan semula kesan kenaikan dua persen yang telah diputuskan tidak berperlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan tidak pernah menjadi isu khusus yang dibicarakan dalam kes- kes mahkamah berkenaan.

Dalam kes Leftenan Komander Rafiq (Bersara), isu yang dibawa ke mahkamah adalah berkaitan hak dan jumlah penyelarasan pencen yang sepatutnya diterima. Dalam saman pemula yang difailkan pada April 2025, beliau hanya mempertikaikan jumlah pencen yang diterima pada Disember 2024 berbanding jumlah yang sepatutnya diperoleh berdasarkan formula penyelarasan yang terpakai. Beliau tidak secara khusus mencabar kaedah pengiraan yang digunakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam SSPA 2024, khususnya penerusan kesan kenaikan dua peratus yang telah diputuskan tidak berperlembagaan.

Oleh itu, isu tersebut masih belum disiasat dan diteliti secara menyeluruh. Inilah antara sebab utama mengapa RCI diperlukan iaitu untuk menyiasat secara bebas dan menyeluruh asas pengiraan pencen SSPA 2024, pematuhan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan serta kesannya terhadap hak dan kebajikan veteran ATM.

Kesimpulannya, prosiding mahkamah yang sedang berjalan tidak menggantikan keperluan RCI kerana kedua-duanya mempunyai skop dan tujuan yang berbeza. Apa yang perlu disiasat oleh RCI? Puan Pengerusi, saya mencadangkan supaya RCI diberikan terma rujukan yang jelas dan khusus:

draft • 12:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

(i) meneliti kronologi keputusan dasar dan pentadbiran berkaitan pencen ATM sebelum dan selepas 1 Januari 2013;

(ii) menyemak dokumen, minit mesyuarat dan asas pertimbangan Majlis Angkatan Tentera serta agensi Pusat yang terlibat, tertakluk pada undang-undang dan keperluan keselamatan negara;

(iii) menilai sama ada kesan perubahan peraturan terhadap veteran yang telah bersara telah dikenal pasti dan dipertimbangkan dengan secukupnya;

(iv) mengira jurang pencen sebenar berdasarkan data yang boleh disahkan mengikut kumpulan pangkat dan tempoh perkhidmatan;

(v) meneliti pilihan penyelesaian yang sah termasuk kemungkinan perubahan dasar atau peraturan implikasi kewangan dan mekanisme pelaksanaan jika kerajaan mendapati langkah pembetulan wajar dilakukan;

(vi) mengesyorkan mekanisme pemantauan dan pelaporan kepada Parlimen supaya hasil siasatan tidak berakhir sebagai sebuah laporan tanpa tindakan.

Saya ingin menjelaskan bahawa penubuhan RCI tidak seharusnya digunakan untuk menuduh mana-mana pihak telah melakukan kesalahan sebelum bukti diperiksa.

Tujuannya ialah mendapatkan fakta memahami keputusan terdahulu dan mengenal pasti ruang penambahbaikan.

Puan Pengerusi, saya mahu tegaskan bahawa kebajikan veteran ATM bukan perbelanjaan sampingan kerajaan. Ia merupakan tanggungjawab negara terhadap mereka yang pernah mempertahankan negara. Mereka tidak meminta layanan istimewa, mereka hanya mengharapkan penghargaan yang adil terhadap pengorbanan dan tempoh perkhidmatan mereka. Serangkap pantun.

*Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa bawa umpan; Bahas MINDEF sangat penting, Tunggu Menteri beri jawapan.

[Tepuk]* Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.

draft • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pertama, pada 17 November 96.44 kilogram dadah dirampas di Pangkalan Udara Subang dan tujuh anggota TUDM ditangkap oleh polis. Sindiket dipercayai aktif sejak Julai. Adakah ini kes terpencil (isolated) atau merupakan just a tip of the iceberg, dengan izin Puan? Berapa kali pesawat tentera telah digunakan untuk menyeludup dadah? Adakah tujuh suspek itu akan didakwa di Mahkamah Jenayah Awam atau dibicarakan di Mahkamah Tentera.

Walaupun ATM melaporkan 97.53 peratus anggotanya telah mengisytiharkan harta, saya turut menuntut semua pegawai ATM diwajibkan mengisytiharkan harta setiap tahun. Pegawai yang memiliki kekayaan luar biasa mesti disiasat sumber hartanya. Periksa juga latar belakang pegawai tentera secara berkala bagi mencegah rasuah, penyeludupan, pengintipan dan kebocoran rahsia negara. Apa gunanya pengisytiharan harta jika tiada siapa menyemak sama ada harta yang diisikan itu benar dan lengkap.

draft • 12:13 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kepong.

draft • 12:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 12:13 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kejap. Kedua, lebih 60 peratus aset TLDM berusia melebihi 40 tahun. Berapakah kos sebenar penyelenggaraan dan pembaikan aset usang dari tahun 2024 hingga tahun ini?

draft • 12:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:13 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Bagaimanakah keselamatan kru dijamin sementara menunggu kapal baharu beroperasi supaya insiden karamnya KD Pendekar pada tahun 2024 tidak berulang?

Butiran 030000...

draft • 12:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, butiran?

draft • 12:13 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh Kepong? Ringkas.

draft • 12:13 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sekejap.

draft • 12:13 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih Kepong. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Kepong iaitu pengisytiharan harta, penggunaan Tentera

draft • 12:13 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Udara untuk penyeludupan dadah. Cuma, persoalan saya, wajar atau tidak Perdana Menteri mengumumkan salah laku tentera di luar negara, di Shenzen? Apa pandangan Yang Berhormat Kepong? Terima kasih.

draft • 12:13 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Itu biar kementerian jawab. Di mana saya? Okey, ketiga. Ini masih kedua. Butiran 00400 – Kelengkapan (Tentera Laut) turun daripada RM2.69 bilion dalam anggaran dipinda tahun ini kepada RM1.85 bilion bagi tahun depan.

Mengapa peruntukan dikurangkan ketika projek LCS masih lewat dan banyak aset TLDM sudah uzur. Adakah pengurangan ini akan menjejaskan pembelian kapal baharu dan kesiapsiagaan TLDM?

Ketiga, PLKN. 3.0 melibatkan hampir RM280 juta di bawah Butiran 030800 dan 04000. Laporan Jawatankuasa Pilihan Keselamatan mendedahkan masalah kem uzur, kemudahan asas dan keselamatan. Januari lalu, 254 pemohon yang hadir tanpa pengesahan penempatan terpaksa pulang kerana kapasiti kem penuh. Kini dicadangkan tempoh latihan dipanjangkan daripada 45 kepada 90 atau 180 hari. Apakah bukti latihan lebih panjang memberikan hasil lebih baik? Saya minta keselamatan semua kem diaudit, dedahkan kos setiap peserta dan nilai keberkesanan latihan selepas enam bulan sebelum melanjutkan tempohnya.

Keempat, Butiran 010200 memperuntukkan RM304 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran. Berapa ramai veteran tanpa pencen masih hidup susah dan belum menerima bantuan? Berapa ramai berjaya mendapat pekerjaan selepas mengikuti latihan kerajaan? Kementerian perlu membantu veteran meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka, bukannya sekadar mengadakan kursus dan program. Ketereh*...

[Tidak jelas]* Kelima, saya cadang memperluaskan khidmat masyarakat ATM secara terancang. Uji penugasan bergilir sehingga sebulan setahun bagi Unit Kejuruteraan Perubatan dan Logistik terpilih untuk membina jambatan sementara, menyediakan klinik bergerak, membantu mangsa bencana dan perkhidmatan masyarakat yang lain.

Laksanakan program ini bersama pelbagai agensi kerajaan secara terancang dengan sasaran yang jelas. Manfaatkan kepakaran anggota ATM untuk membantu rakyat memperkukuh hubungan tentera dengan masyarakat serta meningkatkan kemahiran dan kesiapsiagaan anggota menghadapi kecemasan dan bencana. Sekian, terima kasih.

draft • 12:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 12:13 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Maksud Bekalan B.60 di bawah Butiran 020200 – Pertahanan Darat. serta Butiran 020300 – Pertahanan Maritim dan Butiran 020400 – Pertahanan Udara.

Padang Serai ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah peruntukan ini digunakan untuk memperkukuhkan kawalan di sempadan darat Malaysia–Thailand serta perairan Selat Melaka dan Pantai Timur Sabah? Ataupun Butiran 020000 – Pengurusan dan Operasi Angkatan Tentera Malaysia

(ATM), Kawalan Sempadan dan Kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Tuan Pengerusi, isu pertama yang saya ingin bangkitkan adalah berhubung keselamatan sempadan darat dan perairan negara khususnya di bahagian utara Semenanjung yang turut memberi kesan langsung kepada negeri Kedah dan kawasan sekitar Padang Serai.

Kita memandang serius isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), terutamanya etnik Rohingya yang dilihat semakin berani mendarat di perairan negara mahupun menyusup masuk melalui lorong-lorong tikus di sempadan darat. Kehadiran mereka yang tidak terkawal bukan sahaja mencetuskan keresahan rakyat tempatan, malah menimbulkan isu sosial, keselamatan dan bebanan ekonomi kepada negara.

Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan operasi pengawasan dan rondaan bersepadu ATM seperti Ops Benteng ataupun operasi kawalan sempadan sedia ada di dalam mengekang sindiket penyeludupan manusia ini? Dengan peruntukan pembangunan dan kelengkapan aset bernilai berbilion Ringgit dalam belanjawan kali ini, apakah teknologi pemantauan terkini seperti penggunaan dron jarak jauh, radar pengawasan pesisir pantai dan penderia haba di kawasan sempadan utara, sudah mencukupi kah dan berfungsi kah sepenuhnya?

Padang Serai minta kementerian menjelaskan pelan tindakan tuntas bersama agensi penguatkuasaan lain seperti agensi kawalan dan perlindungan kawasan sempadan Malaysia AKPS dan APMM bagi memastikan perairan sempadan tidak terus

draft • 12:18 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

dibolosi. Kedaulatan negara tidak boleh dikompromi atas apa jua alasan kemanusiaan sekalipun jika ia mengancam keselamatan warganegara kita sendiri.

draft • 12:18 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Perkara kedua, Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 050000 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Pelaksanaan risiko keselamatan dan modul PLKN 3.0.

Tuan Pengerusi, isu yang ingin saya tekankan adalah berkaitan dengan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang kini sedang berjalan.

Kita menyokong penuh matlamat asal program ini untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang kental jiwanya, berdisiplin tinggi dan mempunyai jati diri kenegaraan yang utuh.

Namun, rakyat terutamanya golongan ibu bapa masih dibayangi trauma dan kebimbangan terhadap rekod terdahulu melibatkan insiden kecederaan serius dan kematian pelatih. Justeru, Padang Serai ingin mendapatkan penjelasan terperinci daripada pihak kementerian mengenai beberapa perkara.

Yang pertama, aspek keselamatan dan pengurusan risiko. Apakah prosedur operasi standard (SOP) keselamatan terbaharu yang telah diperketatkan? Sejauh manakah saringan kesihatan secara menyeluruh dijalankan sebelum pelatih ditempatkan di kem-kem tentera atau pusat latihan? Serta bagaimana tahap kesiapsiagaan pasukan perubatan di setiap kem sekiranya berlaku kecemasan?

Kedua, kaedah dan jenis latihan. Memandangkan PLKN 3.0 menggabungkan elemen latihan ketenteraan asas dan kenegaraan, adakah modul latihannya masih menggunakan pendekatan lama ataupun sudah ditambah baik secara menyeluruh? Kita mahukan latihan yang membentuk ketahanan mental dan fizikal tanpa menyamaratakan pelatih seperti anggota tentera sehingga mendedahkan mereka kepada risiko penderaan fizikal atau tekanan melampau.

Ketiga, keberhasilan jati diri. Bagaimanakah kementerian mengukur keberkesanan modul kenegaraan ini supaya anak-anak kita bukan sahaja cergas fizikal, tetapi benar-benar memahami Perlembagaan Persekutuan, menghormati Rukun Negara, dan memiliki semangat patriotisme yang tulen? Pertahanan negara bukan sekadar bergantung kepada kecanggihan meriam dan pesawat tempur, tetapi bermula dengan sempadan yang kebal daripada pencerobohan serta generasi pelapis yang kental jati dirinya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Padang Serai berharap pihak Menteri dapat memberikan jawapan yang tuntas dan meyakinkan terhadap kedua-dua isu yang dibangkitkan dalam sesi ini. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih, Puan Timbalan Pengerusi. Batu Pahat ingin menyentuh beberapa perkara penting berkaitan kebajikan veteran angkatan tentera, pengurusan Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan khasnya caruman anggota tentera.

Jadi, Butiran 010200. Pertama, Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian mengenai tahap keberkesanan Jabatan Hal Ehwal Veteran dalam menjaga kebajikan bekas anggota tentera khususnya veteran yang tidak berpencen. Sehubungan dengan itu, Batu Pahat ingin bertanya, berapakah jumlah keseluruhan veteran ATM yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran sehingga tahun 2026, dan berapakah jumlah tersebut merupakan veteran yang tidak berpencen?

Kedua, berapakah jumlah veteran ATM yang masih berada dalam di bawah kategori B40 dan berapa ramai yang menerima bantuan sara hidup secara berkala daripada kerajaan?

Jadi, Butiran 010100 – Pengurusan Am; LTAT dan caruman anggota tentera.

Puan Pengerusi, perkara kedua yang ingin Batu Pahat bangkitkan ialah mengenai pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). LTAT bukan sekadar sebuah institusi pelaburan. Ia merupakan institusi yang diamanahkan untuk urus simpanan dan caruman anggota tentera. Khususnya anggota lain-lain pangkat yang telah mencarum sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Justeru itu, Batu Pahat ingin dapat penjelasan dari pihak kementerian mengenai beberapa perkara:

Pertama, berapakah jumlah keseluruhan caruman terkumpul anggota tentera yang sedang diuruskan LTAT sehingga tahun 2025 dan apakah unjuran bagi tahun 2026?

Kedua, apakah kadar dividen LTAT bagi tempoh lima tahun terakhir dan bagaimana prestasi pulangan tersebut dibandingkan dengan penanda aras pelaburan yang telah ditetapkan oleh LTAT sendiri?

draft • 12:23 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Ketiga, apakah kementerian, untuk memastikan pelaburan LTAT dalam syarikat- syarikat berkaitan, tidak menjejaskan keselamatan simpanan anggota tentera?

Puan Pengerusi, Batu Pahat ingin membangkitkan isu kos pengurusan dan tahap ketelusan dalam pentadbiran LTAT.

Pertama, berapakah jumlah keseluruhan kos pentadbiran, emolumen serta imbuhan pengurusan tertinggi LTAT bagi tahun 2024, 2025 dan anggaran 2026?

Kedua, adakah kementerian bersedia untuk mendapatkan pengauditan bebas atau meminta Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit prestasi dan membentangkan penemuannya kepada Parlimen bagi meningkatkan ketelusan serta keyakinan anggota tentera terhadap pengurusan LTAT?

Puan Timbalan Pengerusi, Batu Pahat ingin membangkitkan isu bangunan asal LTAT dan kos penyewaan pejabat di Menara Chulan, Kuala Lumpur. Batu Pahat difahamkan LTAT telah berpindah daripada bangunan asal sejak 2023, hampir empat tahun dikosongkan.

Berdasarkan maklumat yang diterima Batu Pahat, kos sewaan pejabat Menara Chulan dianggarkan sebanyak RM6 juta hingga RM8 juta setahun. Sekiranya angka ini benar, bagi tempoh empat tahun, jumlah kos sewaan sahaja boleh mencelah RM20 juta ke atas. Batu Pahat ingin mendapatkan pengesahan daripada kementerian, berapakah kadar sewaan sebenar setahun, tempoh perjanjian penyewaan, dan jumlah keseluruhan komitmen kewangan LTAT bagi penyewaan berkenaan?

Apa yang lebih membimbangkan, Batu Pahat ialah adakah tender mengenai 12/2006, bagi kerja-kerja ubah suai pejabat LTAT di Chulan Tower? Batu Pahat ingin bertanya, berapakah nilai sebenar tender ubah suai pejabat tersebut? Adakah benar kos pengubahsuaian yang dicadangkan oleh— mencecah jutaan Ringgit.

Dan apakah justifikasi pengurusan LTAT membelanjakan sejumlah besar wang untuk ubah suai, yang disewakan, sedangkan LTAT mempunyai bangunan asas sendiri?

Pejabat Timbalan Menteri pun tak buat ubah suai. Ini LTAT nak ubah suai. Membazir, Tuan Timbalan Menteri.

Timbalan Pengerusi, sebenarnya kos ubah sewa ini mencecah puluhan juta ringgit. Batu Pahat berpandangan bahawa keputusan-keputusan sedemikian amat tidak wajar dan boleh dianggap satu bentuk pembaziran yang sangat serius sekiranya justifikasi ekonomi yang kukuh. Mengapa LTAT sanggup bayar sewa berjuta-juta Ringgit setiap tahun? Kemudian membelanjakan puluhan juta ringgit lagi untuk ubah suai

draft • 12:23 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

pejabat. Sedangkan bangunan asal LTAT dibiarkan kosong. Kenapa tidak dinaikkan taraf dan nampak tidak digunakan semula?

Jadi, Batu Pahat mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Saya anggarkan— tangguhkanlah ubah suai pejabat ini, puluhan juta ini. Baik bagi pada dividen kepada caruman anggota tentera. Batu Pahat berpandangan bahawa jangka panjang penggunaan semula bangunan milik sendiri berpotensi menjimatkan perbelanjaan LTAT sekiranya kos pemulihan dan penyelenggaraannya lebih rendah berbanding kos penyewaan.

Satu lagi Puan Pengerusi, satu sikit yang penting. Mengenai isu tanah LTAT di Jalan U-Thant yang dijual kepada Kerajaan Amerika Syarikat. Batu Pahat difahamkan anggaran nilai pasaran tanah ini yang dijual di bawah pasaran. Saya difahamkan sekitarnya RM800 hingga RM1,000 kaki persegi, sekiranya dijual dalam harga pasaran dan anggarannya antara RM500 juta hingga RM700 juta. Kenapa dijual dengan RM420 juta? Betulkah nilai tender terbuka? Jadi, saya minta pihak kementerian jelaskan tentang tender terbuka ini. Betulkah atau tidak?

Dan akhir sekali, isu-isu yang dibangkitkan berkaitanlah kos pentadbiran, penyewaan pejabat, ubah suai bangunan hendaklah diaudit oleh Jabatan Audit Negara ataupun SPRM masuk ke LTAT, siasat sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

draft • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 12:23 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan sejahtera.

Tuan Pengerusi, Tangga Batu ingin merujuk Butiran Kod 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Pertama, Tangga Batu ingin menyentuh soal Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Saya menghargai usaha kerajaan membantu veteran yang memerlukan, namun proses pembaharuan bantuan setiap tiga tahun wajar dipermudahkan. Khususnya bagi penerima sedia ada yang masih memenuhi syarat, mereka tidak sepatutnya dibebani dengan proses permohonan baru dan pengisian dokumen yang berulang kali.

draft • 12:28 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Veteran meminta supaya pembaharuan dibuat secara automatik berdasarkan rekod sedia ada. Pengesahan tambahan hanya diperlukan jika berlaku perubahan pada maklumat atau keadaan penerima. Rekod digital boleh dimanfaatkan untuk mempercepatkan semakan dan mengurangkan urusan yang berulang. Pada masa yang sama, bantuan secara bersemuka mesti dikekalkan bagi veteran yang uzur, berusia dan kurang mahir menggunakan teknologi.

Saya memohon Kementerian Pertahanan, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM mempertimbangkan tiga langkah, pembaharuan automatik bagi penerima yang masih layak, penggunaan rekod digital untuk mengurangkan dokumen berulang, dan pemprosesan awal supaya bantuan diteruskan tanpa gangguan.

draft • 12:28 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Pengerusi, kedua, Tangga Batu ingin membangkitkan isu penjualan Boustead Plantations Berhad ke Achi Jaya Plantations Sdn Bhd seperti yang dilaporkan dalam media. LTAT ditubuhkan di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101] dan menguruskan dana persaraan serta manfaat untuk anggota tentera Malaysia.

Dana tersebut bukan milik individu atau pengurusan LTAT. Ia milik veteran dan anggota tentera, di mana 10 peratus daripada caruman bulanan tentera dan 15 peratus sumbangan kerajaan selama 21 tahun. LTAT hanya diamanahkan untuk kepentingan pencarum dan anggota tentera.

Saya ingin membangkitkan bahawa LTAT memilih Achi Jaya Plantations Sdn Bhd untuk mengambil alih Boustead Plantations Berhad (BPlant). Nilai transaksi yang dilaporkan berbeza-beza sedangkan struktur urus niaga, pegangan yang dijual dan syarat pembayarannya belum diperjelaskan sepenuhnya. LTAT perlu memberi penjelasan terbuka kepada Parlimen dan para pencarum.

Pada tahun 2023, kami daripada Perikatan Nasional telah menentang keras cadangan penjualan 33 peratus dan satu saham BPlant kepada KLK. Tawaran itu bernilai RM1.15 bilion dengan nilai keseluruhan BPlant dianggarkan sekitar RM3.47 bilion. Kami bimbang LTAT akan kehilangan kawalan aset terhadap— hilang kawalan terhadap aset strategik. Cadangan itu akhirnya tidak diteruskan kerana KLK bukanlah syarikat bumiputera. Kini, aset yang sama dilaporkan mahu dilepaskan sebanyak 73 persen kepada pembeli lain. Apakah rasionalnya?

Mengapa LTAT mahu melepaskan aset produktif ini yang boleh menjana keuntungan dan dividen setiap tahun? Apakah pembida telah memenuhi syarat pertama

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

syarikat bumiputera, yang kedua adalah GLC selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

BPlant bukan syarikat cap ayam dan bukan syarikat rugi yang perlu dijual.

Pernah mencatat hasil RM1.177 bilion pada 2022, RM852 juta 2023 dan yang terbaru mengikut laporan data news sebanyak RM1.027 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM106 juta, dividen RM80.4 juta.

Boustead Plantations bukan syarikat biasa-biasa dengan keluasan land bank sebanyak 97,500 hektar dan 72,200 hektar ditanam dengan purata pengeluaran tandan sawit segar mencapai 800,000 tan setahun. Syarikat ini bukan syarikat ini mempunyai skala operasi yang besar. Kekuatannya disokong oleh Applied Agricultural Resources ataupun AAR sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan yang dikenali dan sangat wibawa.

Produktiviti ladangnya juga menunjukkan kemajuan. Hasil buah tanah segar sektar meningkat daripada 13 tan pada tahun 2022 kepada 13.9 tan 2023 dan 14.4 tan pada 2024 dan peningkatan ini positif sejajar dengan usaha penanaman semula serta peningkatan produktiviti. Hasil sawit akan terus meningkat untuk tahun-tahun ke depannya.

Penjualan ini akan menyebabkan LTAT kehilangan aliran dividen jangka panjang. Saya menuntut LTAT memperjelaskan asas penilaiannya sebab pemilihan pembeli, sumber pembiayaan, jaminan pembayaran serta manfaat transaksi kepada pencarum.

Bentangkan juga pilihan lain termasuk memperkukuhkan pengurusan, mencari rakan strategik atau meneruskan penanaman semula tanpa melepaskan kawalan. Kita tidak menolak urus niaga yang benar-benar menguntungkan pencarum, namun LTAT mesti membuktikan bahawa penjualan ini memberikan pulangan terbaik untuk jangka panjang. Aset produktif yang sedang menunjukkan peningkatan hasil tidak boleh dilepaskan dengan alasan yang tidak kukuh, telus dan berpaksikan amanah kepada anggota tentera dan pesara-pesara dan mereka jangan dikhianati.

Tuan Pengerusi, sebagai akhirnya, Tangga Batu ingin menyarankan jangan jual angsa bertelur emas. Kalau ayam dijual telur pun hilang. Dan apakah ada campur tangan mafia korporat dan keputusan dalam membuat keputusan dan persetujuan siapa aset strategi mahu dilepaskan kepada syarikat Achi Jaya yang dikuasai oleh pihak luar?

Siapa dalangnya? Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Kudat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus merujuk dan merumuskan Butiran 00100, 00200, 00300, 00400 00500 dan 00600.

Puan Pengerusi, pengupayaan pertahanan dan keselamatan di utara Sabah dalam kawasan Parlimen Kudat khususnya di daerah Kudat dan Pulau Lembangan, Pulau Banggi sangat penting. Telah beberapa kali saya utarakan dalam Dewan yang mulia ini berkenaan masalah keselamatan dan juga keperluan-keperluan untuk meningkatkan keupayaan keselamatan dan juga pertahanan kita di sebelah utara ini.

Sepertimana yang saya telah sebutkan dalam Dewan yang mulia ini, kita melihat perkembangan terbaru terutama sekali perkembangan aktiviti ketenteraan yang berlaku di negara jiran, iaitu sebuah pangkalan tentera yang agak besar tidak jauh lebih kurang 50 kilometer daripada Pulau Banggi.

Dan uniknya kawasan saya ini, iaitu Parlimen Kudat, titik ataupun pulau yang terdekat bersebelahan dengan negara jiran kita ini hanya memerlukan masa 25 minit.

Perjalanan bot kecil untuk sampai ke kawasan Parlimen Kudat, iaitu Pulau Banggi. Dan saya telah menekankan beberapa kali berkenaan dengan keselamatan dan juga pertahanan di kawasan ini.

Kita melihat kecenderungan kuasa-kuasa besar dalam memperkukuhkan kedudukan mereka masing-masing terutama sekali dalam mengawal laluan perdagangan yang antara yang paling penting di dunia. Selain daripada Selat Melaka, Laut Sulu juga merupakan laluan perdagangan yang paling penting di dunia iaitu menghubungkan negara-negara di hemisfera selatan dan juga di hemisfera utara.

Dan kita melihat bahawa perkembangan ini tidak boleh dipandang remeh lagi.

Kalau selama ini saya berucap di dalam Parlimen berkenaan pembangunan untuk komersial di kawasan saya, maka pada ketika ini saya melihat keperluan terutama sekali Kementerian Pertahanan untuk meneliti supaya bukan lagi berdasarkan kepada penilaian komersial semata-mata tetapi lebih kepada pembangunan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita. Itu sebabnya saya mohon kepada Kementerian Pertahanan supaya mempercepatkan beberapa projek yang sangat penting di kawasan Parlimen Kudat.

draft • 12:34 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Yang pertamanya adalah pembangunan dan pembesaran Lapangan Terbang Kudat. Ini sangat penting kerana kita melihat semua orang tahu bahawa tentera udara hanya ada base di Labuan ketika ini. Untuk mendapatkan respons yang cepat kepada sebarang ancaman ataupun masalah keselamatan, memerlukan masa yang agak panjang untuk sampai ke utara Sabah ini.

Yang keduanya adalah pembangunan keperluan untuk mewujudkan sebuah jeti yang boleh digunakan untuk tentera laut dan agensi-agensi keselamatan yang lain di daerah Kudat.

Yang ketiganya adalah pembangunan kompleks pertahanan dan keselamatan di Pulau Banggi yang boleh digunakan bersama-sama oleh Tentera Diraja Malaysia dan juga agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

Dan yang paling penting adalah untuk menaik taraf ataupun membina jalan daripada Karakit ke Dogoton. Ini bukan semata-mata sebagai projek pembangunan untuk ekonomi lagi. Kita melihat ini sebagai salah satu aspek keselamatan yang perlu diambil kira. Tidak ada guna aset-aset tentera darat kita kalau kita tidak boleh gerakkan aset-aset ini dengan mudah daripada satu sisi ke sisi yang lain di Pulau Banggi.

Jadi, saya mohon supaya kerajaan memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar untuk pembangunan di kawasan saya ini dan saya mohon supaya perolehan janganlah gunakan lagi perolehan-perolehan yang lambat dan menyusahkan. Kalau kita menggunakan kaedah perolehan yang konvensional, saya rasa projek-projek yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara ini tidak mungkin kita akan dapat bina dalam masa dua tahun ataupun tiga tahun.

Jadi, saya mohon kepada Kementerian Pertahanan, begitu juga dengan agensi- agensi yang lain, khususnya kepada mungkin Majlis Keselamatan Negara untuk mempertimbangkan supaya segala perolehan yang kita perlukan di kawasan Parlimen Kudat ini dijalankan dengan cara yang fast track.

Gunakanlah sebarang kaedah yang boleh kita gunakan, undang-undang yang ada dalam kaedah-kaedah perolehan yang boleh digunakan supaya semua pembangunan ini dapat dijalankan dalam masa yang terdekat ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Pengerusi. Saya ingin mengalu-alukan rombongan dari Urus Setia Wanita Negeri Terengganu ke Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Yang Berhormat Zuraida daripada ADUN Terengganu.

[Tepuk] Baik. Pengerusi dan tuan-tuan, puan-puan sekalian, LTAT bukan tabung kerajaan, bukan tabung ahli politik. LTAT adalah tabung anggota dan veteran tentera yang telah mengorbankan darah, keringat dan nyawa demi negara. Saya ingin membangkitkan perkara yang sama dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini berhubung dengan masalah veteran di bawah Butiran 010200. Ia nya sangat ingin ditumpukan berkenaan dengan penjualan— Cadangan penjualan Boustead Plantations (BPlant) kepada Achi Jaya Plantations (AJP) yang dilaporkan bernilai RM4.3 bilion.

Kenapa nak jual angsa bertelur emas? B Plantation — BPlant bukan syarikat yang tenat. Tahun 2022, hasil RM107 bilion, keuntungan RM595 juta termasuk keuntungan pelupusan tanah. Tahun 2024, hasil RM941 juta, keuntungan RM287 juta.

Simpanan tanah seluas 97,500 hektar lebih luas daripada negara Singapura. Syarikat untung, tanah luas, aset bernilai, kenapa nak jual? Kalau alasannya untuk membayar hutang, mengapa Kementerian Kewangan tidak menstruktur semula hutang LTAT khususnya pinjaman yang dijamin kerajaan. Hutang boleh distruktur semula, tanah yang terlepas, belum tentu dapat ditebus kembali.

Machang ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan untuk menjawab. Tiga syarikat dilaporkan membida BPlant, SD Guthrie, Tradewinds Plantation dan Achi Jaya. Dalam kedua-dua pusingan bidaan pada Mei dan Ogos tahun ini, Achi Jaya dikatakan bukan pembida tertinggi. Tawaran terakhirnya sekitar RM2.20 sesaham, benarkah? Jika benar, maka tawaran lebih tinggi ditolak.

Lebih membimbangkan, berdasarkan maklumat kewangan Achi Jaya bagi 2024, keuntungan syarikat ini hanyalah RM73 juta. Aliran tunai bebas (free cash flow) dengan izin, hanya RM8.5 juta. Bagaimana syarikat dengan aliran tunai bebas RM8.5 juta nak biayai pengambilan alih bernilai RM4.3 bilion? Apakah kelebihan kewangan dan kepakaran Achi Jaya berbanding Tradewinds dan SD Guthrie? Adakah aset dan tanah Boustead Plantations sendiri akan dicagarkan untuk membiayai pengambilalihan

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

tersebut? Dedahkan harga setiap bidaan, sumber pembiayaan, penilaian aset dan justifikasi pemilihan Achi Jaya. Siapa di belakang Achi Jaya?

Berdasarkan maklumat korporat yang diterima, 73.8 peratus modal saham Achi Jaya dipegang oleh Herolite Investment Limited dan Grand Shine Trading Limited. Dua entiti Hong Kong yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat di British Virgin Islands (BVI) offshore.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Machang.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya?

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bagi laluan sikit, boleh?

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ini sedap cerita dia ni.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sedap kah?

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ha, sedap. Jadi, saya difahamkan ada maklumat tentang bahawa ada pertemuan pada 23 November 2026 di Langkawi, yang mana pertemuan tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, MOF dan AGP. Dikatakan bahawa di pertemuan tersebut, PMX bersungguh-sungguh untuk nak beri projek ini kepada Boustead. Apa pandangan Machang? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya masukkan ucapan Hulu Terengganu dalam ucapan saya dan saya nak tanya benda yang sama juga. Sebab itu saya tanyakan kepada Yang Amat Berhormat Tambun sebab dikatakan maklumat yang kami terima, Yang Amat Berhormat Tambun sendiri berada dalam mesyuarat tersebut. Benarkah Yang Amat Berhormat Tambun hadir dan beliau sendiri mahu menyuruh urus niaga ini diteruskan berkenaan dengan Achi Jaya.

Jadi, saya sambung balik tadi tentang pemilikan. Siapa belakang Achi Jaya? Baki 26.2 peratus dipegang oleh kepentingan Tan Sri Onn Mahmud dan pihak berkaitan yang dikatakan menguasai 100 peratus hak mengundi ketika ini. Namun, perlembagaan baru Achi Jaya bertarikh 7 Ogos 2026 didakwa membenarkan penukaran saham tanpa undi kepada saham mengundi pada nisbah 1:1. Jika benar dengan hanya satu notis penukaran, kedua-dua entiti Hong Kong tersebut berpotensi menguasai 73.8 peratus hak mengundi.

Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat Tambun, siapakah pemilik benefisial muktamad (ultimate beneficial owners) di sebalik entiti Hong Kong dan BVI ini? Adakah

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

penasihat bebas LTAT mengetahui klausa penukaran tersebut? Adakah pindaan ini bercanggah dengan syarat asal pembidaan dan pengisytiharan status bumiputera Achi Jaya? Pada 2023...

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Urus niaga dengan KLK dibatalkan sebab kita tak nak jual aset LTAT kepada syarikat bukan milik bumiputera. Jadi, kenapa Kerajaan MADANI pada hari ini beria-ia nak jual BPlant kepada syarikat yang saya sebutkan tadi berpotensi bukan milik bumiputera? Jadi, ini satu pengkhianatan kepada veteran dan kepada tentera dan bumiputera.

[Tepuk] Yang kata sakau, sakau, korporat mafia. Saya harap PAC...

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, kalau andai kata ada bukti, pergi report lah.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Siasat dan kaji apa yang berlaku...

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, kalau andai kata ada bukti, pergi report lah, pergi report. Pergi report lah, pergi report.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya lah nak...

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini bercakap dalam Parlimen saja, kan?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Uit, jangan marah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu, sila duduk.

Hulu Langat, sila duduk dan saya rasa Yang Berhormat Machang pun duduk kerana masa sudah tamat.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] PAC perlu siasat urus niaga ini. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 020300 – Pertahanan Maritim.

Puan Pengerusi, pada tahun 2002, Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu telah membeli dua kapal selam, Scorpene. Masa itu, Menteri Pertahanan, Najib Razak dan dia juga telah menegaskan pada masa itu pembekalan pada dua kapal selam, EUR969.15 juta. Ini dilaporkan bahawa pada Jun 2012. Pada masa itu, kerajaan turut berikan kontrak...

draft • 12:46 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kampar, Kampar. Boleh ulang balik tak zaman siapa jadi Perdana Menteri, Kampar? Ulang balik Kampar, saya tak dengar.

draft • 12:46 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Masa itu Dato’ Sri Najib Razak. Okey, dia jadi Perdana Menteri dan juga dia Menteri Pertahanan pada masa itu. Pada masa itu, kerajaan juga beri kontrak bernilai EUR114.96 juta kepada sebuah syarikat bernama Perimekar Sdn Bhd, kononnya untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan. Ini bermakna setiap EUR100 yang dibayar untuk membeli kapal selam itu, EUR12 dibayar untuk kononnya komisen. Walaupun pada masa itu, Kerajaan BN itu menafikan itu komisen.

Jadi, saya nak tanya, kalau ini betul-betul bukan komisen, siapa yang menilai perkhidmatan itu bahawa ia bernilai EUR114 juta? Ini kalau ikut kita tukar balik kepada Ringgit Malaysia, kira-kira RM530 juta. Apakah asas perbandingannya? Dan paling penting, paling penting pada 2024, Ketua Pesuruhjaya SPRM memaklumkan siasatan Scorpene masih berjalan dan SPRM sedang mendapatkan maklumat tentang beberapa transaksi dari pihak luar negara. Dan juga media telah dilaporkan bahawa penyiasat memperoleh petunjuk bahawa satu bayaran 42 juta dibayar oleh sebuah syarikat tempatan tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

Jadi, saya nak tanya kepada kementerian, 42 juta itu, adakah ia datang daripada 530 juta? Kalau ya, saya nak tahu, siapakah yang bayar dan siapakah yang dapat bayaran ini? Mungkin ada orang yang ingat, 42 juta itu bukan banyak sangat. Tapi saya nak bagi tahu, dalam Belanjawan Pertahanan 2027, 25 juta untuk menangani keusangan sistem dan 15 juta untuk projek hidrografi. Kedua-dua ini jumlah baru 40 juta. Tapi ini tak tahu bayar untuk apa, sudah bayar 42 juta. Jadi, saya harap kementerian boleh bagi satu jawapan yang jelas.

draft • 12:46 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Di Perancis, tahun 2024, 3 Jun, pihak Pendakwa Kewangan Negara telah memohon supaya Thales DCNI dan beberapa individu dibicarakan berhubung dakwaan rasuah dalam urus niaga ini. Jadi, kes ini dalam Perancis sudah disiasat, dibicara. Jadi, saya mohon supaya kementerian nyatakan sama ada MINDEF telah dapat nasihat bahawa hak Malaysia untuk menuntut...

draft • 12:46 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kampar.

draft • 12:46 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Ganti rugi dalam urus niaga ini.

draft • 12:46 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kampar, sikit lagi Kampar. Soal berkaitan dengan kapal LCS. Kapal LCS ini, kapal LCS ini signed tahun 2011. Tahun 2011, kapal LCS ini signed belanja hampir RM11 bilion. Ini nak juga soal berkaitan dengan keselamatan, kedaulatan rakyat negara kita ini.

draft • 12:46 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kapal ini tak siap-siap sampai sekarang ini. Hampir 16 tahun dah, Kampar.

Adakah Kampar setuju supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu kapal LCS, RM11 bilion guna duit rakyat, sakau, sakau, sakau yang tak siap-siap lagi sampai sekarang ini? Terima kasih Tan Sri Pengerusi, terima kasih Kampar.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih. Saya masukkan ucapan Hulu Langat kepada ucapan saya. Saya setuju. Bukan sahaja kita kena siasat LCS, kita kena suruh suruhanjaya untuk siasat sama juga Scorpene. Ini saya rasa bukan satu kebetulan. Setiap kali ada skandal besar dalam Menteri Pertahanan, Menteri daripada parti yang sama. LCS ke, Scorpene ke, saya rasa rakyat boleh nilai sendiri. Adakah ini satu amalan?

draft • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kampar, nak tanya ya. Tadi kata dalam setiap kali ada skandal dari parti yang sama, boleh nyatakan parti mana tak?

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Parti mana, boleh check baliklah 2002 dengan 2012, okey. Saya balik kepada perbahasan saya. Saya minta tiga komitmen daripada Menteri. Pertama, apakah anggaran kos? Sebab sekarang Scorpene ke apa, saya bangkit isu Scorpene hari ini. Sebab sampai hari ini, 24 tahun, sekarang kita kena upgrade Scorpene ini.

Jadi, apakah anggaran kos untuk kita upgrade Scorpene ini? Dan, siapa akan menilai berapa yang kita perlu bayar dan siapa boleh tentukan bahawa kerja ini betul- betul siap mengikut skop? Dan, saya harap Menteri boleh bagi status siasatan, tiga.

(i) RM42 juta;

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

(ii) kos anggaran naik taraf; dan

(iii) siapakah yang akan mengesahkan kerja dan juga make sure harga itu berpatutan.

Puan Pengerusi, saya nak tutup perbahasan saya dengan serangkap pantun. Ini pantun spesial untuk Pontian walaupun saya tahu dia bukan Menteri Pertahanan.

Belayar jauh hingga ke Korea, Singgah di jeti membeli ketupat; Sudahlah rakyat disiram urea, Bil Scorpene pun ditanggung rakyat. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

draft • 12:50 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030900 – Penganjuran LIMA, RM30 juta.

Sebanyak RM30 juta bagi penganjuran LIMA’27 pada April 2027 nanti. Langkawi ingin memberi satu pendekatan sebagai amaran kepada mana-mana pihak yang cuba melobi agar LIMA dipindahkan ke tanah besar, LIMA adalah roh dan identiti Langkawi sejak 1991.

Saya membaca rujukan Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada 30 Ogos 2026 baru-baru ini. Kata beliau, “Kerajaan sedang meneroka kemungkinan memindahkan penganjuran LIMA dari Langkawi ke Melaka.” Dan, juga pada Pelancaran LIMA’27 pada Julai 2026, Menteri Pertahanan juga dilaporkan menyatakan bahawa kira- kira 40 peratus ruang pameran telah ditempah dan sambutan antarabangsa adalah menggalakkan di Langkawi ini. Sasaran LIMA’27 ialah 930 syarikat dari 36 negara dan lebih 450 delegasi rasmi dari 60 negara ini akan berkunjung sambil bercuti di Pulau Langkawi.

Jadi saya nak bertanya, adakah kerajaan masih mahu berhasrat untuk nak pindah ke Melaka? Dan sekiranya pindah ke Melaka, adakah kerajaan telah menjalankan kajian perbandingan kos dan manfaat antara Langkawi dengan Melaka?

Berapakah jumlah pelaburan baharu yang diperlukan untuk membangunkan

draft • 12:52 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

kemudahan LIMA di Melaka? Ini soalan yang saya pohon supaya dijawab. Kalau tak boleh jawab secara panjang, secara bertulis.

Adakah kementerian telah mengadakan rundingan dengan LADA dan Kerajaan Negeri Kedah? Berapakah sumbangan ekonomi LIMA kepada Langkawi dari segi hotel, pengangkutan, makanan dan perniagaan tempatan? Akhirnya, mengapa kerajaan tidak mempertimbangkan menaikkan taraf kemudahan sedia ada di Langkawi sebelum mencari lokasi baru?

Jadi Yang Berhormat Puan Pengerusi, persoalan-persoalan ini membuatkan orang-orang Langkawi gundah-gulana. Peniaga-peniaga kecil sudah bimbang, malah syarikat-syarikat yang selalu berkunjung menghadiri pameran tersebut juga telah menyatakan berbagai alasan di dalam Facebook mereka dan merasakan kebimbangan sekiranya mereka mengadakan di Langkawi ini, apakah perlu selepas ini mereka akan berhijrah ke Melaka pula.

Dan kesempitan, masalah kos pembangunan di Melaka itu juga perlu difahamkan bahawa sekiranya tempat baru nak diadakan, maka tentu sekali kerajaan akan membelanja kos yang lebih tinggi daripada mengadakannya di Langkawi dan memerlukan sedikit kewangan untuk repair dewan-dewan yang telah pun sedia ada.

Yang kedua, Butiran 010200, 030600, kebajikan anggota RKAT dan juga veteran ATM. Menyentuh butiran ini, dan Butiran 08400 – Perumahan ATM, sebanyak RM657.3 juta. Anggota ATM di pulau pelancongan seperti Langkawi menanggung kos sara hidup yang lebih tinggi. Selain itu, kuarters RKAT yang cepat uzur akibat cuaca laut.

Soalan saya kepada kementerian, berapakah jumlah peruntukan daripada RM957.3 itu di bawah Butiran 08400 dikhususkan untuk membaik pulih rumah-rumah RKAT di Langkawi? Tuan-tuan, kalau tuan-tuan melihat rumah-rumah mereka, sungguh daif sekali.

Dan soalan saya yang kedua, soalan terakhir Yang Berhormat Pengerusi, adakah MINDEF bercadang mengkaji semula elaun sara hidup bagi anggota yang bertugas di kawasan pulau? Harga RORO naik, harga feri naik, harga makanan naik serta memastikan veteran ATM tempatan diberi kuota vendor, sokongan semasa LIMA’27.

Dato’ Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan kerana masih ada masa...

draft • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:52 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

...Soalan, gulungan soalan, berapakah peruntukan khusus untuk menaik taraf fasiliti jeti, radar pesisir pantai dan penempatan aset di MAWILLA 3, Bukit Malut, Langkawi bagi mengekang jenayah rentas sempadan di perairan utara? Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi.

draft • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 12:52 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk sama mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga ATM sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara atas setiap pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera, dengan nilai peruntukan berjumlah RM960 juta. Saya ingin mengalu-alukan peruntukan ini. Namun persoalannya, adakah jumlah ini mencukupi untuk menyelesaikan masalah rumah tentera yang telah lama dihadapi oleh anggota ATM? Masih banyak perkara yang perlu diberikan keutamaan selain daripada keadaan rumah yang uzur, iaitu masalah saliran, pendawaian elektrik, paip air dan kemudahan-kemudahan asas yang tidak diselenggara dengan sempurna.

Bagi anggota yang sering berpindah mengikut penempatan dan arahan bertugas, rumah keluarga tentera bukanlah suatu kemewahan tetapi merupakan keperluan asas bagi memastikan isteri dan anak-anak mereka mempunyai tempat tinggal yang selamat dan selesa.

Sehubungan itu, saya ingin mengetahui berapakah jumlah keseluruhan RKAT yang masih berada dalam keadaan daif dan memerlukan pembaikan yang besar?

Berapakah jumlah rumah yang dijangka dibaik pulih sepanjang tahun 2027 serta apakah jaminan MINDEF bahawa setiap kerja-kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan secara menyeluruh dan bukannya sekadar pembaikan yang bersifat sementara?

Selain itu, saya ingin berharap agar peruntukan pembinaan rumah baharu ini tidak hanya tertumpu kepada lokasi-lokasi tertentu sahaja, tetapi turut mengambil kira

draft • 12:57 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

kesemua keperluan anggota kem-kem lain di seluruh negara. Tampin juga ingin bertanya, sejauh manakah progress projek RKAT Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan bilakah ia boleh diduduki?

Tuan Pengerusi, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Saya mengambil maklum akan usaha kerajaan yang telah mengumumkan peningkatan kadar pencen terendah, iaitu daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan yang memberi manfaat kepada hampir 59,000 pesara.

Saya menyokong usaha ini, namun perlu disedari bahawa sebilangan besar veteran ATM sedang bergelut dengan tekanan kos sara hidup, masalah mendapatkan pekerjaan selepas bersara dan kesukaran untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Terdapat dalam kalangan veteran yang terpaksa bermula daripada bawah semula untuk mencari pekerjaan selepas menamatkan perkhidmatan mereka. Ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas, tetapi tidak mempunyai peluang pekerjaan yang sesuai.

draft • 12:57 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Justeru itu, saya ingin bertanya kepada MINDEF. Apakah pendekatan khusus yang menjadi amalan untuk membantu veteran ATM yang tidak mempunyai pencen bulanan untuk mempunyai pendapatan yang rendah? Berapakah jumlah veteran yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap setakat hari ini? Serta adakah MINDEF mempunyai sasaran penempatan pekerjaan untuk mendapatkan para veteran dalam pelbagai sektor kerajaan dan swasta?

Saya mencadangkan supaya MINDEF mewujudkan satu program khusus untuk membantu para veteran mendapatkan pekerjaan menerusi kerjasama dengan syarikat- syarikat berkaitan kerajaan, sektor swasta dan agensi kerajaan. Pengalaman veteran dalam bidang keselamatan, logistik, teknikal, kejuruteraan dan sebagainya merupakan satu aset yang sangat bernilai buat negara. Janganlah selepas mereka berkhidmat dan menumpahkan taat setia puluhan tahun untuk mempertahankan negara, mereka dibiarkan begitu sahaja bagi mendapatkan kehidupan yang tidak menentu selepas persaraan.

Perkara terakhir Puan Pengerusi, Butiran 020400 – Pertahanan Udara, dengan nilai peruntukan bagi tahun 2027 bernilai RM2.1 bilion. Saya ingin membangkitkan satu isu yang amat serius dan memerlukan perhatian segera daripada MINDEF, iaitu

draft • 1:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

dakwaan penglibatan pegawai TUDM dalam kegiatan penyeludupan dadah dengan menggunakan aset dan kemudahan ketenteraan.

Kita dikejutkan dengan laporan penemuan lima bagasi dan sebuah kotak mengandungi dadah di Pangkalan Udara Subang pada 17 November lalu yang dilaporkan tidak mempunyai pelekat pengesahan saringan keselamatan. Pihak PDRM juga telah mengesahkan seramai 11 individu ditahan, termasuk lima pegawai TUDM dengan rampasan dadah seberat 96.64 kilogram yang dianggarkan bernilai RM4.83 juta.

Kita tidak boleh membiarkan aset pertahanan negara yang diamanahkan untuk menjaga kedaulatan negara disalahgunakan untuk sindiket pengedaran dadah. Apakah kelemahan dalam sistem kawalan keselamatan sehingga bagasi yang tidak mempunyai pelekat saringan boleh berada di kawasan operasi penerbangan ketenteraan?

Adakah terdapat kelemahan prosedur atau kemungkinan wujudnya penglibatan orang dalam? Dan apakah tindakan tegas yang bakal diambil sekiranya terbukti terdapat anggota atau pegawai yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk kegiatan jenayah?

Saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan pengorbanan warga ATM. Majoriti anggota tentera kita telah berkhidmat dengan penuh disiplin dan kesetiaan tetapi disebabkan beberapa individu, habis tercemar nama baik seluruh institusi pertahanan negara. Saya berharap agar MINDEF dapat memberikan jawapan yang jelas, bukan sekadar menyatakan siasatan sedang dijalankan.

Puan Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga perkara yang dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian MINDEF untuk tindakan selanjutnya.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

draft • 1:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kepada Kampar, Hulu Langat dan Tebrau. Hari-hari Najib, Najib, Najib, sakau, sakau, sakau. Akhirnya, kapal harapan tenggelam. Insya-Allah PRU-16 nanti, BN–PN menjadi pilihan. Sekian terima kasih [Tepuk]

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

draft • 1:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Rehat?

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

draft • 1:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 1:00 PM

Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2:30 petang nanti.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita teruskan di peringkat jawatankuasa. Dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 2:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang.

Tuan Pengerusi, saya ingin tegaskan bahawa prinsip pertahanan negara kita jelas iaitu kita bukan hendak serang negara lain, kita hanya untuk mempertahankan.

Namun, untuk mempertahankan negara, kita mesti mempunyai pasukan simpanan yang kuat, terlatih, siap siaga dan benar-benar bersedia setiap masa.

Saya ingin menyentuh soal ketelusan dan kecukupan peruntukan bagi ketiga- tiga pasukan simpanan sukarela Angkatan Tentera Malaysia. Saya merujuk kepada Anggaran Perbelanjaan 2027, Butiran B.60 iaitu 020200 – Pertahanan Darat sebanyak

draft • 2:33 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

RM6.731 bilion, Butiran 020300 – Pertahanan Maritim sebanyak RM2.021 bilion dan Butiran 020400 – Pertahanan Udara sebanyak RM2.137 bilion.

Persoalan saya. Daripada peruntukan besar ini, berapakah jumlah sebenar yang diperuntukkan khusus untuk Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, Pasukan Simpanan Sukarela TUDM? Saya mahu Menteri memberitahu angka khusus― Menteri tak ada― bukan sekadar menyebut peruntukan keseluruhan Tentera Darat, TLDM dan TUDM.

Mengapa kementerian tidak mewujudkan sub butiran khas bagi setiap pasukan simpanan ini supaya Parlimen dapat menilai perbelanjaan, latihan, elaun, kebajikan, penyelenggaraan dan kelengkapan mereka? Sabak Bernam mencadangkan supaya tiga sub butiran khas diwujudkan dalam anggaran perbelanjaan MINDEF pada masa hadapan.

Pengerusi, saya menarik perhatian Menteri Pertahanan pada kedudukan Askar Wataniah yang merupakan benteng kedua pertahanan negara dan sebahagian penting daripada konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

Saya ingin memetik kenyataan Menteri Pertahanan di Dewan Negara pada 3 Mac 2026 yang menyatakan bahawa kekuatan keseluruhan Askar Wataniah ketika itu ialah 30,876 pegawai dan anggota dengan sasaran pengambilan 6,000 anggota setiap tahun mencapai sehingga 80,000 anggaran menjelang tahun 2023. Perbandingannya ialah di negara-negara jiran kita― Filipina, 1.5 juta sukarelawan; Indonesia, 401,000 anggota; Singapura, 252,500; Thailand, 200,000. Sedangkan Malaysia hanya sekitar 51,600 orang berdasarkan angka yang dirujuk.

Oleh itu, saya membangkitkan di sini supaya diperkasakan pasukan-pasukan simpanan sukarela ini terutamanya Wataniah untuk Tentera Darat, pasukan sukarela untuk TLDM dan Tentera Udara.

Isu tempatan, Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan isu bangunan Kem 502 Askar Wataniah, Sabak Bernam yang merupakan aset penting kepada Tentera Darat Malaysia dan berpotensi menjadi pusat pengukuhan pertahanan tempatan. Saya difahamkan projek pembangunan dan naik taraf kem ini melibatkan kos sebanyak RM57.23 juta dengan sasaran operasi penuh pada September 2027.

Saya menyambut baik peruntukan ini. Namun, persoalannya ialah adakah pembangunan fizikal kem ini benar-benar akan memperkukuhkan keupayaan Askar

draft • 2:33 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Wataniah itu sendiri atau kemudahan ini lebih tertumpu kepada keperluan PLKN 3.0 yang sekarang ini diadakan di kem-kem Wataniah?

Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen menyentuh beberapa kekurangan, termasuk asrama yang uzur, tanah yang berair, surau yang kecil dan sebagainya. Lebih penting, saya difahamkan latihan menembak anggota pasukan Wataniah perlu dijalankan di Ipoh kerana tidak ada lapang sasar untuk kem ini.

Saya ingin mengemukakan tiga perkara kepada Menteri. Pertama, apakah status terkini projek RM57.23 juta ini? Adakah ia masih mengikut jadual untuk beroperasi sepenuhnya pada September 2027?

Kedua, adakah kementerian bersedia menjadikan Kem 502 sebagai pusat latihan dan kesiapsiagaan Askar Wataniah bagi kawasan utara Selangor termasuk latihan bantuan bencana, operasi banjir, mencari dan menyelamat serta bantuan logistik dan masyarakat?

Ketiga, apakah jaminan kementerian bahawa penggunaan kem untuk PLKN 3.0 tidak menjejaskan jadual latihan, penginapan, stor peralatan dan keperluan operasi anggota Askar Wataniah?

Seterusnya, Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya pendekatan baharu bagi mengukuhkan hubungan antara sskar Wataniah dengan wakil rakyat. Kementerian Pertahanan wajar mengkaji satu mekanisme pelantikan Ahli-ahli Parlimen sebagai pegawai-pegawai kehormat sskar Wataniah di kawasan masing-masing dengan pangkat kehormat yang sesuai termasuk pangkat kolonel kehormat sekiranya memenuhi syarat dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tentera.

Sebagai contoh, Kem 502 Askar Wataniah, Sabak Bernam. Ahli Parlimen kawasan boleh memainkan peranan sebagai penghubung strategik antara pasukan tentera, masyarakat dan institusi Parlimen. Ini bukan bermaksud Ahli Parlimen mengambil alih kuasa pemerintahan tentera, sebaliknya peranan tersebut adalah untuk membantu mengambil pengambilan anggota, kebajikan keluarga, pembangunan kemudahan serta memperkukuhkan masyarakat terhadap Askar Wataniah.

Lebih-lebih lagi dengan wujudnya PKLN ini. Kita bimbang kemasukan remaja- remaja sebagai pelatih, mungkin ada kes buli, keracunan makanan dan sebagainya. Di sinilah tugas pegawai-pegawai hormat daripada Parlimen ini yang terdiri daripada Ahli Parlimen ini untuk memantau supaya ia tidak berlaku.

draft • 2:33 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Semua Ahli Parlimen berpangkat kolonel, Pengerusi, saya cadangkan. Kecuali Ketereh lah sebab Ketereh dia dah Mejar Jeneral. Takkan nak diturunkan jadi kolonel, kan? Ha, macam itu.

draft • 2:33 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Jadi, dengan itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas di peringkat Parlimen ini, supaya pasukan simpanan Angkatan Tentera di tiga cabang yang utama iaitu Wataniah untuk Tentera Darat, Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dan Pasukan Simpanan Sukarela TUDM ini diperkasakan dan dimasukkan dalam butiran ini peruntukannya supaya jelas kita tahu berapa banyak peruntukan untuk pasukan simpanan ini supaya setanding dengan negara-negara jiran kita kekuatannya.

Terima kasih, Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dato’ Sri Pengerusi, Tuaran bangun untuk membahaskan Bajet 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Maksud B.25 Kementerian Pertahanan, Butiran 030300 Pengoperasian di ESSZONE.

Dato’ Sri Pengerusi, bayangkan sebuah syarikat Jepun mahu membina kilang biojisim sawit di POIC Lahad Datu. Mereka mahu bina kilang, juruteranya sudah bersedia hendak melihat tapak. Sebelum meluluskan lawatan, seorang ahli lembaga pengarah bertanya, adakah nasihat perjalanan atau travel advisory note ke Pantai Timur Sabah meliputi tapak kilang yang kita hendak lawati. Soalan itu sangat penting. Dia boleh menentukan keputusan melabur atau tidak melabur di POIC Lahad Datu.

Syarikat itu akan beroperasi di Lahad Datu bertahun-tahun. Mereka perlu membawa masuk mesin melalui pelabuhan, melatih pekerja tempatan dan menghantar hasil kilang kepada pelanggan. Apabila kita mengajak pelabur dari Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan China, kita mesti dapat menjelaskan keadaan keselamatan di tempat mereka akan beroperasi.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah sejak 15 Januari 2020, tiada kes penculikan rentas sempadan direkod di Sabah, khususnya di Pantai Timur Sabah. Sekarang sudah hampir tujuh tahun. Jadi, Tuaran merakamkan penghargaan kepada anggota tentera,

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

polis dan semua pihak keselamatan, khususnya penguatkuasaan maritim menjaga keselamatan penduduk pulau dan nelayan-nelayan kita dan juga penduduk di Pantai Timur Sabah.

Kementerian Pertahanan memohon RM133.45 juta untuk pengoperasian di ESSZONE tahun hadapan. Tambahannya, RM3.3 juta. Semuanya untuk perkhidmatan dan bekalan. Melalui Operasi Pasir, angkatan tentera menjaga pulau dan pesisir serta menjalankan perondaan. Tuaran ingin tahu, berapakah daripada tambahan itu untuk penyelenggaraan bot dan peralatan pengawasan?

Pada Jun lalu, Kapal Auksiliari Tun Azizan mengambil alih peranan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah sebagai pangkalan hadapan. Sejak pertukaran itu, Tuaran ingin bertanya, adakah sokongan kepada anggota yang bertugas di laut dapat dikekalkan dan berapakah kos tahunannya?

Di Laut Sulawesi, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan milik Malaysia. Namun demikian, masih lagi ada pertikaian, ya. Penetapan sempadan maritim di kawasan yang masih dipertikaikan dengan Indonesia ditangani melalui rundingan dua hala.

Dalam ESSZON, ESSCOM menyelaras operasi tentera, polis dan maritim Malaysia. Persoalannya, bagaimanakah penyelarasan ini memastikan rondaan dan tindak balas terhadap insiden keselamatan di perairan sekitar Ligitan dan Sipadan berjalan lancar sementara rundingan sempadan diteruskan?

Dato’ Sri Pengerusi, kita akan balik kepada soalan pelabur tadi. Pada Jun lalu, Jepun menurunkan tahap nasihat perjalanan ataupun travel advisory note bagi posisi dari Kudat hingga ke Tawau. Nasihat supaya mengelakkan perjalanan yang tidak penting masih terpakai di pulau tertentu di luar pesisir. Perbezaan itu penting bagi syarikat yang hendak melawat tapak di tanah besar Lahad Datu.

Tuaran mencadangkan agar Kementerian Pertahanan, ESSCOM dan Wisma Putra menjemput atase pertahanan serta wakil perdagangan di kedutaan asing masing- masing supaya melawat ke POIC Lahad Datu untuk melihat keadaan sebenar. Biar mereka melihat pelabuhan dan tapak industri, bertemu pengusaha perdagangan sendiri, taklimat keselamatan untuk memberi keyakinan kepada mereka.

Jadi, bekalkanlah juga mereka peta menunjukkan kedudukan POIC, kawasannya masih tertakluk pada nasihat perjalanan ataupun travel advisory note

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

negara masing-masing supaya mereka dan sebaik-baik mungkin boleh membuat keputusan sebaik mungkin untuk melabur khususnya di Pantai Timur Sabah.

Jadi, matlamat kita ialah sampai ke tahap di mana tiada lagi travel advisory note atau nasihat perjalanan khas yang berkaitan dengan risiko penculikan di Pantai Timur Sabah.

Tuaran ingin juga bertanya, apakah langkah Yang Berhormat Menteri Pertahanan bersama Wisma Putra untuk mendapatkan semakan seterusnya daripada negara yang masih mengeluarkan nasihat berkenaan?

Bagi anak muda di seluruh Sabah dan khususnya di Lahad Datu, hasil yang paling penting dan paling bermakna ialah apabila pelabur yang datang melihat tapak itu kembali untuk membina kilang, melabur di Sabah dan membantu memacu ekonomi Sabah dan mereka mendapat sumber-sumber pekerjaan di daerah sendiri.

Sekian dan terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya hendak mulakan dengan sepotong ayat Quran iaitu Surah At-Taubah, ayat 128-129 [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak inginkan kebaikan bagi kamu dan ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang- orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah wahai Muhammad, cukuplah bagi aku Allah yang menolong dan memelihara aku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dia-lah yang mempunyai arasy yang besar.” Terima kasih Dato’ Pengerusi. Pendang ingin menyentuh dua perkara.

Pertamanya berkenaan dengan peruntukan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia.

Yang kedua, berkenaan dengan pelupusan pegangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dalam Boustead Plantations.

draft • 2:45 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Di bawah Butiran 02000400 dan 00600, 00800, peruntukan kelengkapan ATM bagi 2027 berjumlah RM5.35 bilion berbanding RM6.82 bilion dalam anggaran dipinda 2026. Ini pengurangan kira-kira RM1.47 bilion atau 21.5 peratus. Jika keseluruhan MINDEF meningkat kepada RM22.11 bilion, Pendang ingin tahu daripada RM5.3 bilion ini, berapa sudah terikat dengan bayaran kontrak sedia ada dan berapa yang masih tersedia untuk perolehan baharu? Adakah pengurangan ini berpunca daripada perubahan jadual bayaran?

Dato’ Pengerusi, atau adakah projek ini yang ditangguhkan? Jika ada, nyatakan projek terlibat, tarikh baharu dan kesannya kepada kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia.

Pendang juga ingin minta Menteri menyatakan sasaran kesiapsiagaan aset bagi setiap perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia. Saya sebut Menteri, sebab Menteri pun tak ada. Menteri Pertahanan tak mai, Timbalan pun tak ada. Jadi, kita bercakap ini kita bercakap kepada siapa? Saya mengadu kepada Dato’ Pengerusilah.

draft • 2:45 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Dato’ Sri, Timbalan ada.

draft • 2:45 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ah, ya. Terima kasih. Tadi saya tak nampak. Minta maaf. Bila saya tak nampak, saya sebut tak ada. Tapi bila saya nampak, saya tarik baliklah. Saya minta maaflah. Okey, baik. Itulah kita banyak penuh dengan toleransi bila kita kena bermaaf-maafan. Itu Islam mengajar kita. Islam mengajar kita, Dato’ Pengerusi.

Siapa nak tanya? Siapa nak tanya, mencelah? Sila, saya bagi. Okey, baik. Kalau tak ada, okey, baik. Berkenaan dengan Butiran 01001100 iaitu Pegawai MINDEF terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Dato’ Pengerusi, di bawah pengurusan am yang diperuntukkan, RM831.73 juta, Pendang ingin mendapatkan penjelasan tentang pengawasan MINDEF terhadap cadangan urus niaga Boustead Plantations.

Pada 18 November, LTAT menyatakan bahawa semua pembida memenuhi syarat GLC atau bumiputera. Penilaian mengambil kira keupayaan pembiayaan dan tiada perjanjian muktamad ditandatangani ketika itu. Sejak kenyataan tersebut, adakah pembida pilihan sudah diluluskan atau dan adakah apa-apa perjanjian yang sudah

draft • 2:45 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

dimeterai? Ini mengikut perolehan ataupun procurement department yang ada di dalam Kementerian Kewangan.

Jadi, di-submit, di— maknanya dihantar oleh MINDEF kepada Kementerian Kewangan di bahagian procurement untuk lulus. Jadi, mereka ini terikat dengan dua perkara. Satu, Kementerian Pertahanan, yang kedua, Kementerian Kewangan yang ada di bahagian procurement ataupun Jabatan Perolehan yang akan menilai secara keseluruhan.

draft • 2:45 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, kita melihat keadaan ini. Siapa akhirnya boleh mengawal pembeli? Dua syarikat berdaftar Hong Kong, iaitu Herolight Investment Ltd. dan Grand Shine Trading Ltd. dilaporkan memegang kira-kira 73.8 peratus modal Archi Jaya Plantation.

Pendang minta Menteri sahkan sama ada Perlembagaan syarikat dipinda pada Ogos 2026 untuk membolehkan saham keutamaan ditukar kepada saham biasa pada nisbah satu benda kepada satu melalui notis. Jika benar, berapakah hak mengundi kedua-dua pihak syarikat itu selepas penukaran penuh. Lembaga Pengarah yang mana? Di bawah MINDEF kah atau di bawah Kementerian Kewangan yang meminta ditukarkan. Adakah mereka ada hak, ada autoriti untuk meminta untuk ditukarkan. Yang ini perlu kita minta penjelasan daripada Menteri, daripada Kementerian Pertahanan.

Dan siapakah— Adakah penasihat bebas Lembaga LTAT ini menilai senario itu ketika mengesahkan kelayakan pembida? Adakah syarat yang akan buat kuasa jika kawalan pembeli berubah selepas urus niaga selesai?

Kedua, adakah semua pembida diberi ruang yang sama?

Laporan media menamakan Archi Jaya, SD Guthrie dan Trade Wings. Archi Jaya ini bukan syarikat dalam negara. Syarikat daripada Hong Kong. Kalau saya salah sila perbetulkan. Jadi macam mana kalau dulu KLK kita menentang penjualan saham daripada Boustead Plantations ini kepada KLK yang hanya beberapa ribu sahaja sahamnya, 33 peratus, 30 peratus tetapi ini lebih daripada 73 peratus akan dijual saham Boustead Plantations ini.

Ini satu yang merbahaya, menganiaya veteran-veteran angkatan tentera yang mereka ini terlibat mempertahankan negara. Tiba-tiba kerajaan ini mudah saja jual kepada orang asing. Apakah ini satu tindakan yang wajar yang mana kita lihat disebut oleh Menteri daripada Wilayah Persekutuan, daripada DAP. Semua yang lulus ini adalah orang-orang Melayu.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya kata tak boleh cakap dulu itu sebab pegawai-pegawai ini mengikut arahan.

Siapa yang mengarahkan mereka walaupun mereka KSU ataupun siapa sahaja, diarahkan untuk melaksanakan. Mereka tidak boleh ingkar. Mereka ada peraturannya.

Jadi kalau sebut itu masalah pegawai itu Melayu kah, Cina kah, India terikat dengan peraturan akta. Jadi, kita tak bolehlah sebut main rasis macam itu.

Saya minta Menteri Wilayah, jangan sebutlah pegawai-pegawai Melayu yang luluskan berkenaan dengan RM4.67 juta cukai yang dibayar kepada RM1,000 itu.

Jangan sebut macam itu. Itu adalah rasis. Kita tak nak lagi rasis ini. Kita tak bolehlah.

We cannot run away from the multiracial in our country. Kita ada semua, kita kena terima dah. Apa yang kita nak main lagi masalah ini?

YB Gobind, tak salah, toksah untuk main rasis. Kami tak rasis sebab Islam melarang kami menzalimi orang bukan Islam. Mereka ada hak. Tapi kita nak jaga hak- hak kita, kita ada Akta 153, kita ada 152 dikaitkan dengan Akta 3 dalam Perlembagaan kita. Kalau kita tak hormat Perlembagaan kita, siapa lagi nak hormat? Yang ini yang saya bangkitkan.

Dato’ Sri Pengerusi. Saya minta maaf. Sikit lagi saya minta. Ini adalah saya nak gulung yang terakhir.

Ketiganya, adakah wujud campur tangan atau konflik kepentingan. Pendang minta Menteri nyatakan sama ada mana-mana pegawai politik atau pihak yang mempunyai kepentingan dalam kalangan pembida pernah menghubungi LTAT ataupun nasihat transaksi berhubung pemilihan pembeli. Jika ada apakah peranan mereka?

Adakah komunikasi itu direkodkan dan adakah apa-apa konflik kepentingan diisytiharkan?

Akhir sekali berapa hasil bersih yang diterima LTAT selepas kos transaksi dan bayaran hutang ini. Berapakah pendapatan tahunan daripada Boustead Plantations yang akan dilepaskan? Saya difahamkan tidak ada kerugian pun plantation ini. Kenapa nak jual? Apa masalahnya? Adakah ada hidden agenda at the back of this transaction?

Putrajaya setuju kot yang ini. Adakah ada agenda lain? Sila.

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Pendang. Saya nak sentuh tapi Pendang dah sentuh panjang lebar. Jadi, saya minta supaya pihak kementerian transparent. Isu Boustead dengan LTAT ini dah lama. Isu ini amat sensitif. Kalau transparent saya rasa jelaskan apa yang berlaku sebenarnya, ia lebih memudahkan.

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jadi, tak ada lah cerita-cerita di luar sana. Kalau kementerian boleh dedahkan, boleh bagi perincian secara telus, saya rasa dapat menerangkan keadaan. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Masukkan dalam ucapan saya.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Gulung.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terus gulunglah. Jika perjanjian ini masih belum dimeterai, Pendang mendesak MINDEF menangguhkan kelulusan sehingga semakan bebas terhadap pemilihan pembida, sumber pembiayaan, hak pertukaran saham dan konflik kepentingan akan selesai.

Bentangkan dapatan utama kepada Parlimen sebelum keputusan dimuktamadkan. Pencarum LTAT berhak tahu siapa yang akhirnya boleh mengawal aset ini dan bagaimana keputusan tersebut menjaga simpanan mereka. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Takbir.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 2:50 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Dr. Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan bagi Kepala B.60, P.60 tahun 2027. Saya ingin menyentuh tiga perkara yang berkait rapat dengan keperluan kawasan keselamatan sempadan, pemodenan teknologi dan pembangunan kemampuan tempatan.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, merujuk Butiran 00200 – Kelengkapan Tentera Darat, Belanjawan 2027 memperuntukkan RM1.332 bilion. Saya ingin mencadangkan agar kementerian memberi perhatian kepada penggunaan radar dan dron untuk meningkatkan keupayaan pemantauan keselamatan sempadan khususnya di kawasan pesisir pantai dan sempadan darat negeri Perlis.

Kawasan sempadan mempunyai cabaran dari segi bentuk muka bumi, keluasan kawasan pemantauan serta keterbatasan sumber manusia. Justeru, pendekatan pemantauan bersepadu yang menggabungkan radar, kamera elektro optik dan inframerah dron serta pusat kawalan operasi wajar dipertimbangkan.

Kami juga masih menunggu pagar konkrit di sempadan Perlis. Teknologi ini bukan sahaja menggantikan anggota keselamatan tetapi membantu mereka mengesan,

draft • 2:55 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

memantau dan bertindak dengan lebih cekap. Apakah perancangan kementerian untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan sistem radar pengawasan maritim dan darat di kawasan berisiko di Perlis termasuk berkemungkinan pelaksanaan projek rintis secara berfasa bagi menilai keberkesanan kos dan keperluan operasi.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Kebetulan hari ini, laporan akhbar Sinar Harian bertajuk Latihan Dron Polis Bawa Penemuan Ladang Ganja di Britain. Berita baik untuk penggunaan dron. Saya ingin membawa perhatian kementerian kepada satu inisiatif penting di Perlis, iaitu Perlis Air Space Sandbox. Saya merakamkan penghargaan kepada kementerian atas sokongan kepada inisiatif tersebut serta kepada agensi berkaitan yang telah memberi kerjasama dalam usaha membangunkan ekosistem penyelidikan, pengujian dan industri teknologi dron.

Saya melihat potensi Perlis untuk menjadi perintis pembangunan unmanned valley dan diandaikan sebagai Autobahn Drone National yang bukan sekadar menjadi lokasi ujian tetapi membuka ruang kepada penyelidikan, pelaburan, pemindahan teknologi, pembuatan dan pemasangan dron serta pekerjaan berkemahiran tinggi.

Saya berharap MINDEF dan ATM turut melihat potensi strategik ekosistem ini sebagai ruang kerjasama dalam penyelidikan teknologi yang mempunyai aplikasi pertahanan tertakluk kepada keperluan keselamatan dan kelulusan berkaitan.

Adakah kementerian bersedia menjadi rakan strategik dalam memanfaatkan ekosistem Perlis Air Space Sandbox bersama universiti dan agensi berkaitan bagi membuka ruang kepada penyelidikan serta pengujian teknologi dron yang bersesuaian dengan keperluan pertahanan negara. Kita juga memerlukan penyelarasan antara agensi dan proses kelulusan yang lebih pantas agar peluang R&D, pemindahan teknologi dan pelaburan tidak terlepas akibat kelewatan birokrasi.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, merujuk Butiran 030500 – Menangani Keusangan Sistem Belanjawan 2027 memperuntukkan RM25 juta. Saya ingin bertanya sejauh manakah program di bawah kementerian dapat membuka ruang kepada universiti tempatan untuk menyumbang kepada penyelidikan, inovasi, penambahbaikan dan pembangunan teknologi pertahanan yang bersesuaian dengan keperluan ATM.

Kita punya universiti, mempunyai kepakaran dalam robotik, elektronik dan kecerdasan buatan serta kejuruteraan dan teknologi dron. Saya tidak mencadangkan kita menggantikan keseluruhan sistem pertahanan yang kita peroleh daripada negara luar tetapi kemampuan tempatan secara berperingkat, mengurangkan kos dalam jangka

draft • 2:55 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

masa panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar, juga risiko sistem pangkalan data asing yang melakukan real-time mirroring tanpa izin.

Adakah kementerian bersedia memperluaskan kerjasama dengan universiti tempatan melalui projek penyelidikan, inovasi dan pembangunan komponen atau penyelesaian teknologi yang bersesuaian bagi membina keupayaan pertahanan negara secara berperingkat? Apakah jaminan kerajaan bahawa kontraktor penyelenggaraan luar tidak menyalin data yang boleh mendedahkan rahsia pertahanan negara?

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, pertahanan negara bukan hanya tentang apa yang kita perlu beli dari luar tetapi juga apa yang kita mampu bangunkan di dalam negara. Tetapi dalam masa yang sama jangan lupa pada jasa-jasa para veteran tentera kita, pelarasan pencen juga patut diberi perhatian yang sewajarnya.

Saya berharap Belanjawan 2027 bukan sahaja dapat menjadi pemangkin kepada pemodenan pemantauan sempadan, pembangunan teknologi, pertahanan tempatan dan pembinaan ekosistem industri baharu yang turut membuka peluang kepada anak-anak Malaysia.

draft • 2:55 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Akhir, izinkan saya membaca terjemahan surah al-Anfal, ayat 60— “Dan persiapkanlah segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki.” Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 3:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Jadi, baru-baru ini saya telah dijemput untuk menghadiri satu perhimpunan MACVA iaitu bermaksud Malaysian Armed Forces Chinese Veterans Association. Jadi, persatuan ini mewakili veteran berketurunan Cina daripada Tentera Darat, Tentera Laut dan juga Tentera Udara. Tapi apa-apa pun, perhimpunan itu menghimpunkan veteran dari pelbagai kaum dan itulah mengingatkan kita bahawa sejarah pertahanan Malaysia dibina atas pengorbanan rakyat daripada pelbagai latar belakang.

Kita tidak boleh melupakan veteran Melayu, Cina, India, Serani serta masyarakat Sabah dan Sarawak yang pernah berkhidmat bersama. Mereka datang daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat tetapi berkhidmat di bawah satu bendera dan

draft • 3:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

satu negara iaitu Malaysia. Jadi, kepada semua anggota lelaki dan wanita serta para veteran, terima kasih ke atas pengorbanan saudara dan saudari.

Jadi, saya juga ingin bangkitkan soal tatakelola perolehan Tentera Darat di bawah Butiran 020200. Ada kes seorang bekas Panglima Tentera Darat yang menghadapi pertuduhan penggubahan wang haram dan telah mengaku tidak bersalah tetapi kes beliau akan diputuskan oleh mahkamah. Pada masa yang sama, Menteri bertanggungjawab memperkukuh kawalan perolehan dan juga membetulkan sebarang kelemahan dalam pengurusannya.

Jadi, apakah langkah yang telah dilaksanakan untuk mengenal pasti pemilik sebenar syarikat yang menyertai tender dan juga mengesan sebarang percanggahan kepentingan dan yang paling penting untuk mencegahkan penyelewengan dalam proses tender.

Pada masa yang sama, ada juga lagi bekas Panglima Angkatan Tentera yang turut menghadapi pertuduhan termasuk salah guna kedudukan dan pecah amanah.

Jadi, beliau telah mengaku tidak bersalah dan juga kesnya kini menunggu perbicaraan.

Jadi, saya menghormati proses mahkamah. Namun, tanggungjawab kementerian untuk memastikan tabung ini diurus dengan amanah tetap perlu dijelaskan.

Saya minta Menteri menjelaskan bagaimana kementerian mengawasi pengurusan tabung ini di bawah Butiran 010100 – Pengurusan Am. Dan juga apakah langkah baharu untuk memastikan setiap perbelanjaan dan setiap pelaburan tabung diluluskan mengikut peraturan serta diperiksa oleh pihak yang bebas? Jadi, anggota kita perlu yakin bahawa apabila mereka ataupun yang paling penting keluarga mereka ditimpa kesusahan, bantuan daripada tabung ini akan disampai tepat pada masanya.

Jadi, Butiran Pembangunan 00400 iaitu mengenai projek kapal peronda generasi baru. Kos meningkat daripada RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion bagi enam kapal.

Semuanya akhirnya diserahkan tetapi kos tambahan dan kelewatan itu mesti menjadi pengajaran dalam menguruskan. Jadi, apakah syor audit yang PAC daripada projek NGPV yang sudah dilaksanakan dalam perolehan semasa?

Dato’ Pengerusi, saya merujuk semula tanggungjawab pengawasan di bawah Butiran 010100 juga iaitu mengenai pertukaran tanah milikan Kementerian Pertahanan.

Jadi, siasatan kerajaan yang diumumkan pada 2019 melaporkan kerugian dan juga ketirisan melebihi RM500 juta. Jadi, berapakah nilai wang atau aset yang telah dipulihkan melalui tindakan susulan terhadap projek berkenaan?

draft • 3:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Berkaitan juga, pajakan 28 helikopter kerajaan bernilai kira-kira RM16.6 bilion dalam tempoh 15 tahun. Jadi, Menteri menjelaskan bahawa pakej ini turut merangkumi penyelenggaraan dan juga perkhidmatan yang lain. Namun bagi komitmen sebesar ini, kerajaan perlu membentang pecahan kos dan menunjukkan bagaimana pajakan tersebut memberikan nilai yang terbaik kepada wang rakyat.

Dan akhirnya, dalam konteks tanggungjawab pengawasan kementerian di bawah butiran yang sama, apakah tindakan Menteri untuk melindungi wang persaraan pencaruman? Pada masa yang sama, berapakah nilai pelaburan LTAT dalam kumpulan Boustead sekarang dan sejauh manakah risiko tersebut telah dikurangkan?

Jadi Tuan Pengerusi, ada ahli keluarga saya yang pernah berkhidmat dalam tentera dan ada juga yang masih berkhidmat. Sebab itulah ya bila datangnya soal kebajikan anggota dan veteran, ia memang dekat dengan hati saya. Jadi apabila kita membahas peralatan, perumahan dan juga yang paling penting simpanan persaraan, kita sedang menentukan keselamatan serta masa depan keluarga sepertilah keluarga saya sendiri.

Jadi Menteri, kita perlu pastikan bahawa setiap Ringgit yang diperuntukkan sampai kepada keperluan mereka. Jangan biarkan pengorbanan dibalas dengan kecuaian pengurusan ataupun wang yang diselewengkan. Mereka yang mempertahankan negara kita, kita wajiblah menjaga mereka dan keluarga yang menunggu kepulangan mereka. Dengan itu, Bukit Bendera mohon menyokong.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 3:00 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Banyak perkara yang saya ingin sentuh berkaitan dengan Kementerian Pertahanan pada hari ini.

Pertama sekali, Butiran 020100 – Bantuan Bersama. Saya baca satu artikel bertajuk “Operasi bersepadu seperti ‘NTF’ perlu diwujudkan semula untuk mengekang pendatang asing tanpa izin”. Ini kenyataan daripada Panglima Angkatan Tentera pada 14 September 2026. Dalam kenyataan tersebut, Jeneral Tan Sri Malik Razak Sulaiman mencadangkan supaya pendekatan operasi seperti National Task Force yang pernah

draft • 3:05 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

dilaksanakan sewaktu COVID-19 dahulu dihidupkan semula dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin.

Dan saya amat bersetuju dan saya telah bangkitkan beberapa kali di Dewan ini bahawa untuk kita menangani pendatang asing tanpa izin, kita memerlukan gerakan daripada kesemua agensi-agensi yang terlibat termasuklah angkatan tentera. Dan menurut beliau, perkara ini telah dicadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara. Jadi soalan saya, apakah perkembangan berkaitan dengan cadangan ini?

Dan pada masa yang sama, saya ingin juga mencadangkan supaya pihak kerajaan termasuklah angkatan tentera melihat kepada pasukan task force operasi pematuhan. Kalau tadi national task force ini tentera melalui Ops Benteng, task force operasi pematuhan waktu COVID, mereka laksanakan melalui Ops Penawar. Jadi, kedua-dua operasi ini melibatkan pergerakan kesemua agensi yang terlibat termasuklah angkatan tentera dan agensi-agensi yang berkaitan tadi.

Dan yang saya sebut tadi berkaitan dengan task force operasi pematuhan ini adalah untuk menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin dalam negara. Kalau Ops Benteng dalam National Task Force untuk mempertahankan benteng daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin, task force operasi pematuhan ini adalah lebih kepada untuk menyelesaikan perkara berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin dalam negara.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan industri pertahanan negara. 00200 – Kelengkapan (Tentera Darat), 00400 – Kelengkapan (Tentera Laut), dan 00600 – Kelengkapan (Tentera Udara). Pada 21 Januari 2026, Perdana Menteri melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).

Dan saya sebagai seorang bekas pelajar Maktab Tentera cukup berminat mengikuti perkembangan dalam industri pertahanan negara.

Tahun demi tahun, kita ada dasar-dasar baru berkaitan dengan industri pertahanan negara. Dan apa yang disebut dalam dasar DIPN yang baru dilancarkan pada 21 Januari 2026, antaranya bertujuan mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi, kepakaran dan pengeluar aset pertahanan asing.

Yang kedua, membangun keupayaan syarikat tempatan dalam bidang pembuatan, penyelidikan, inovasi dan penguasaan teknologi pertahanan. Dan yang ketiga, memanfaatkan perbelanjaan perolehan kerajaan untuk membangunkan industri dan ekonomi tempatan.

draft • 3:05 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Maknanya, hasrat dasar industri ini adalah untuk mengembangkan industri pertahanan tempatan. Kalau syarikat-syarikat tempatan ini nak mulakan penyelidikan sebagai contoh atau pembangunan, mereka tak mempunyai modal yang mencukupi.

Tetapi melalui perolehan kerajaan ini, ia nya boleh dijadikan satu pemangkin untuk mereka memulakan R&D dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Namun begitu, apabila saya membaca berita berkaitan dengan pembekalan kenderaan-kenderaan tentera yang diambil, diimport dari Brazil, sedangkan dalam negara ini bukannya sophisticated sangat kenderaannya.

draft • 3:05 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Dalam negara ini saya dah follow lama. Industri pertahanan ini banyak pembekal- pembekal dalam negara. Mengapa kita mengambil pendekatan untuk mengimport kenderaan dari Brazil ini, bawa ke dalam negara dan ini bukan satu unit. Ini beratus- ratus unit. Jadi, saya nak tahu exactly berapa ratus unit yang diimport dari luar negara.

Dan dalam konteks ini, kalau inilah tindakan kerajaan selepas dasar yang untuk membangunkan industri pertahanan negara ini dikeluarkan, maknanya tak ada kesan.

Dalam ini disebut memanfaatkan perbelanjaan perolehan aset kerajaan untuk membangunkan industri ekonomi tempatan. Tapi kita import dari Brazil.

Dan kita kena ingat, dalam konteks penyelenggaraan, tidak pernah ada satu unit seingat saya diimport dari Brazil. Bagaimana kerajaan akan menyelenggara kenderaan- kenderaan ini? Bukankah lebih baik sekiranya kita membangunkan industri tempatan, mengambil anak-anak tempatan untuk berkhidmat, bekerja dalam industri ini, seterusnya industri ini dapat berkembang melalui R&D dan mengeluarkan produk- produk yang dapat membantu negara dan ekonomi negara pada masa yang akan datang.

Seterusnya, Tuan Pengerusi, Butiran 010100 – Pengurusan Am. Pada 27 Julai 2026, Perdana Menteri ketika di Kem Syed Sirajuddin, Gemas memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji penambahbaikan proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM dan dikatakan bahawa proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM kadangkala mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan penjawat awam yang lain. Itu pada 27 Julai.

Pada 7 Ogos 2026, Perdana Menteri memaklumkan bahawa perkara ini juga akan melibatkan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dan dikatakan bahawa KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam diminta meneliti mekanisme pelaksanaannya.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Dan dinyatakan juga perincian kaedah baharu dijangka diumumkan pada sambutan ambang merdeka 30 Ogos 2026.

Saya tunggu ambang merdeka tidak ada pengumuman. Saya tunggu dalam belanjawan tidak ada pengumuman, dan sehingga hari ini masih tidak ada pengumuman. Jadi saya nak tahu, apakah sebenarnya menghalang daripada perkara ini dilaksanakan?

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh tentang kelengkapan tentera laut. Ini berkaitan dengan kapal LCS. Saya nak dapatkan maklumat, apakah perkembangan terkini berkaitan dengan kapal LCS bukan sahaja LCS 1 tetapi LCS yang lain-lainnya termasuklah isu berkaitan dengan bekalan senjata daripada syarikat Norway?

Dan akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua— ini betul-betul akhir ini. Butiran 020100 – Bantuan Bersama. Angkatan siber; kita lihat bagaimana serangan siber berlaku di seluruh dunia akhir-akhir ini. Jadi, saya nak tanya, terdapat kenyataan bahawa ATM bercadang untuk menubuhkan angkatan siber menjelang tahun 2030. Kalau kita berada pada tahun ini 2026, 2030 itu dah terlalu jauh mengambil kira serangan siber yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini. Jadi saya nak tanya kerajaan, apakah pendekatan kerajaan untuk menangani perkara ini?

Dan secara rangkumannya, dalam banyak-banyak perkara yang saya sentuh tadi, saya ingin minta sekali lagi untuk kerajaan, sepertimana yang disebut oleh Panglima Angkatan Tentera bahawa mereka bersedia untuk membantu kerajaan mengawal benteng negara, mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin dan juga pelarian. Pada masa yang sama, saya mohon supaya anggota tentera juga dibawa untuk menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin dalam negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 3:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim. B.60 020200 – Pertahanan Darat, 020400 – Pertahanan Udara, P.60 00100 – Pembinaan (Tentera Darat).

draft • 3:14 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi, saya hanya membawa satu isu. Kota Belud menempatkan Kem Paradise, lapang sasar Kota Belud dan lapang sasar udara TUDM. Latihan di sini melibatkan tembakan meriam, letupan bom dan pesawat yang terbang rendah.

Pada Julai sahaja, Eksesais Keris Strike di Kota Belud melibatkan lebih 2,800 anggota tentera dari Malaysia, Amerika dan juga Australia. Saya memahami keperluan latihan ini tetapi apabila latihan dijalankan semasa musim SPM, ini bagi saya tidak boleh diterima.

Pada masa akan datang, masalah ini akan bertambah kerana Kem Paradise akan diperluas untuk menempatkan Markas 5 Briged 19 Rejimen Askar Melayu Diraja

(Mekanize) dan 22 Rejimen Artileri Diraja dalam projek yang diumumkan bernilai RM584 juta. Lebih ramai anggota dan lebih banyak meriam bermakna lebih banyak latihan.

Saya mohon MINDEF dan KPM duduk semeja dan memutuskan satu penyelesaian tetap supaya perkara ini tidak berulang. Saya sudah pernah berbahas perkara ini beberapa tahun dahulu. Saya pernah tulis surat dua kali, seingat saya di tahun yang berlainan berkenaan perkara ini.

Rakyat Malaysia secara keseluruhan akan menghadapi peperiksaan terpenting dalam kehidupan iaitu SPM dan juga STPM. Semua pun kita menduduki SPM dan kita semua tahu asal Oktober sahaja memang musim peperiksaan. Peperiksaan SPM ini bukan sahaja melibatkan menjawab soalan tetapi juga di mana ada ujian pendengaran dan sebagainya.

Jadi, saya mohonlah agar masa latihan ini kita pilih masa yang sesuai, Tuan Pengerusi, di mana jangan kita buat latihan pada musim peperiksaan di antara bulan Oktober hingga Disember supaya— dan juga selain daripada musim perayaan supaya perkara ini tidak berulang dan kita tidak perlu lagi apa— maksudnya repeat benda ni setiap tahun.

Saya juga berfikir tadi berkenaan apa yang disebutkan oleh Putrajaya sebenarnya berkenaan yang terakhir tadi, isu berkenaan...

draft • 3:14 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Siber, siber.

draft • 3:14 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Siber ya, sebab sekarang ini sudah 2026 dan serangan itu sekarang kita tidak boleh terlampau lambat untuk merancang dan melaksanakan sesuatu kerana kita tidak boleh predict bila benda itu akan berlaku. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:14 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dengan ini dipersilakan Menteri. Setengah jam untuk menjawab.

draft • 3:14 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Dato’ Sri Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang dan juga kesempatan kepada Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan ucapan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan.

Alhamdulillah, pada 9 Oktober 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2027 yang turut memberikan perhatian terhadap usaha memperkukuh keselamatan pertahanan dan juga kedaulatan negara.

Dan bagi tahun 2027, Kementerian Pertahanan iaitu MINDEF diperuntukkan sebanyak RM22.108 bilion, meningkat sebanyak RM361.948 juta atau 1.66 peratus berbanding tahun 2026. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM14.523 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus (OE) manakala RM7.585 bilion bagi perbelanjaan pembangunan iaitu DE.

Dan bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia MADANI khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas komitmen berterusan dalam memberikan perhatian kepada keperluan pertahanan negara. Dan peruntukan ini amat bermakna bagi memastikan ATM terus mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kepentingan strategik negara.

Sehubungan dengan itu, kementerian akan terus mengutamakan perancangan yang berstrategi, pengurusan sumber secara berhemat serta pelaksanaan program dan projek yang memberikan impak langsung kepada kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia. Dan tumpuan ini merangkumi pemodenan aset pertahanan, penyelenggaraan dan pemulihan keupayaan sedia ada, pembangunan infrastruktur, pengukuhan industri

draft • 3:16 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

pertahanan tempatan serta pemeliharaan kebajikan anggota keluarga dan juga veteran ATM.

Saya ingin menegaskan bahawa keberkesanan peruntukan pertahanan tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan jumlah yang dibelanjakan tetapi berdasarkan sejauh mana perbelanjaan tersebut dapat diterjemahkan kepada outcome dan juga seterusnya menyumbang kepada peningkatan keupayaan, kesiapsiagaan dan juga daya tahan pertahanan negara. Atas prinsip ini, kementerian akan terus memberikan penekanan kepada integriti perolehan, disiplin kewangan, pemantauan prestasi projek dan akauntabiliti dalam setiap pelaksanaan.

Dato’ Sri Pengerusi, saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada 23 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan. Segala pandangan, teguran dan juga cadangan itu akan kita kemukakan dan amat kita hargai.

Dan juga kementerian mengambil maklum bahawa isu yang dibangkitkan merangkumi pelaksanaan projek strategik pertahanan, ini secara keseluruhannya, iaitu pemodenan aset ATM, pembangunan industri pertahanan, kebajikan anggota dan juga veteran ATM, pembangunan generasi muda serta cabaran keselamatan baharu termasuk ancaman siber yang baru dibangkitkan tadi dan juga perkembangan geopolitik serantau.

draft • 3:16 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Sehubungan dengan itu, izinkan saya untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tadi ada dibangkitkan tentang terutamanya di perairan Sabah daripada Yang Berhormat Semporna dan juga Kudat dan Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan keselamatan pulau di perairan Sabah yang terkait dengan pembangunan facilities di Pulau Balabac yang 50 kilometer daripada Pulau Banggi itu.

Dan juga pembangunan industri pertahanan di Sabah, di mana Kementerian Pertahanan sentiasa memantau perkembangan pertahanan di rantau ini termasuk pembangunan fasiliti pertahanan di negara jiran kita iaitu Filipina dan peningkatan aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat di Pulau Balabac yang berhampiran dengan wilayah Sabah dan implikasi terhadap keselamatan dan kepentingan strategik negara sentiasa kita nilai sepanjang masa.

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Secara asasnya, Malaysia menghormati hak dan juga kedaulatan dan kita tidak mencampuri urusan setiap negara untuk menentukan rakan dan bentuk kerjasama yang dirasakan perlu. Namun, memperkukuh sistem pertahanan negara menjadi satu keutamaan kepada kita untuk memastikan pertahanan negara kekal kukuh, credible dan mampu menghadapi sebarang perubahan keselamatan persekitaran.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Tentera Malaysia telah dan akan terus memperkukuhkan kesiapsiagaan di Sabah, khususnya di kawasan utara meliputi Kudat, Pulau Banggi, Pulau Balambangan dan ini dilakukan dengan cara yang pertama mengukuhkan kehadiran pasukan kawalan sempadan serta pengawasan darat, maritim dan juga udara.

Kalau kita lihat mengikut perancangan-perancangan kita di kepulauan Sabah terutamanya, bukan sahaja kita tingkatkan jumlah anggota kita dan juga facilities kem tentera baharu dan menaik taraf kem sedia ada. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga memperkukuhkan pertahanan udara dan juga radar kita.

Tadi ada dibangkitkan tentang bagaimana kita memastikan bahawa pesisir pantai kita sentiasa dapat kita kawal dan keseluruhan daripada wilayah Sabah itu juga terutamanya di wilayah maritim itu sentiasa dalam kawalan radar kita. Sebab itu kalau kita lihat di samping kita mengukuhkan pasukan kawalan sempadan, kita juga meningkatkan keupayaan intelligence surveillance dan reconnaissance (ISR) dan juga Maritime Domain Awareness (MDA) melalui penggunaan radar, dron serta aset pemantauan maritim dan juga udara.

Di samping itu, kalau seperti mana yang saya sebutkan tadi, aset udara tempur dan juga sokongan sistem perintah dan juga kawalan serta keupayaan atur gerak kita di pangkalan dan juga lokasi operasi yang bersesuaian. Di samping kita tahu bahawa aspek pertahanan itu yang penting juga bagi kita, adalah bagaimana kita melaksanakan konsep pertahanan menyeluruh kerana kita tahu bukan sahaja tanggungjawab pertahanan itu kepada anggota pertahanan kita tapi kalau kita lihat konsep WoGoS itu, whole-of-government dan juga whole-of-society, dengan izin Dato’ Sri, dengan melibatkan Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga kalau kita lihat ESSCOM, Majlis Keselamatan Negara dan juga Kerajaan Negeri Sabah dan agensi berkaitan.

Tadi ada juga dibangkitkan tentang Dasar Industri Pertahanan Negara, Dato’ Sri.

Berhubung dengan persoalan ini, bilangan syarikat industri pertahanan di Sabah

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

khususnya serta langkah kerajaan untuk membangunkan industri pertahanan di negeri tersebut. Izinkan saya menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan melihat Sabah mempunyai potensi yang besar untuk turut serta dalam ekosistem industri pertahanan negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan industri pertahanan negara tidak seharusnya tertumpu kepada syarikat-syarikat di Semenanjung Malaysia sahaja. Sebaliknya, penyertaan syarikat daripada Sabah dan juga Sarawak juga perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan industri pertahanan negara dapat dilaksanakan dengan lebih inklusif dan juga menyeluruh.

Sebab itu kalau kita lihat antara peluang yang ada terutamanya di Sabah dan juga di Sarawak dalam pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara. Kalau kita lihat pembangunan industri maritim dan juga penyelenggaraan, pembaikan serta baik pulih MRO, kedudukan Sabah yang strategik serta mewujudkan kemudahan dan aktiviti sokongan maritim pertahanan termasuk di Teluk Sepanggar, membuka peluang kepada pembangunan syarikat tempatan dalam bidang kejuruteraan marin, pembaikan kapal, pembekalan alat ganti dan juga perkhidmatan sokongan teknikal.

Kedua adalah pembangunan teknologi pertahanan baharu. Kementerian melihat potensi syarikat di Sabah untuk terlibat dalam pembangunan dan juga integrasi sistem tanpa pemandu seperti dron, teknologi pengawasan maritim, sensor serta sistem komunikasi dan keupayaan ini bukan sahaja berpotensi menyokong keperluan Angkatan Tentera Malaysia, malah boleh dimanfaatkan oleh agensi keselamatan negara lain.

Ketiganya adalah pembangunan vendor dan juga rantaian bekalan. Melalui DIPN, syarikat-syarikat di Sabah yang mempunyai keupayaan dalam bidang kejuruteraan, pembuatan komponen elektronik dan juga teknologi akan dapat digalakkan untuk menyertai rantaian bekalan syarikat pertahanan utama negara.

Pendekatan ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama industri pemindahan teknologi dan juga Program Kolaborasi Industri Pertahanan, apa yang kita sebut sebagai Industrial Collaboration Program (ICP).

Dato’ Sri Yang...

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum masuk topik, kalau boleh topik yang sama.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Saya sentuh pasal industri pertahanan juga tadi yang berkaitan dengan pembelian kenderaan pertahanan untuk Tentera Darat dari Brazil. Jadi, saya follow benda ini lama. Jadi, saya tengok dalam negara ini banyak pembekalnya. Ini perolehan ratusan juta Ringgit.

Jadi, sayang kalau kita tak gunakan, bawa ke dalam negara supaya industri ini berkembang. Kalau tidak, kita tak boleh nak bersaing dengan negara-negara lain kalau kerajaan sendiri tidak mengambil pendekatan mengutamakan yang dalam negara.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Kalau kita lihat dari segi aset-aset logistik kita, terutamanya kalau kita lihat kenderaan-kenderaan ketenteraan. Kita tahu bahawa kita pernah mengambil aset-aset dalam negara, termasuk yang terkini pun kalau kita lihat Mildef antara syarikat yang kita berikan SST untuk membangunkan peralatan ataupun aset-aset tempatan kita.

Tapi dalam masa yang sama, sebenarnya kalau kita melihat, memang buat masa ini bukan secara keseluruhannya aset-aset logistik kita ini kita dapatkan daripada dalam negara. Tapi kita buat masa ini memang sebahagiannya memang kita dapatkan daripada luar negara berdasarkan kepada spesifikasi yang diperlukan oleh end user juga. Tetapi memang keutamaan kita pada masa akan datang. Kalau kita lihat macam Mildef sebagai satu contoh, kita tahu bahawa kita ada keupayaan itu.

Begitulah juga kalau kita lihat sebelum daripada ini pun, kalau kita lihat di Pekan, Pahang, kita membangunkan aset-aset logistik pertahanan negara. Saya fikir negara kita memang di landasan yang betul untuk pastikan bahawa teknologi tempatan itu dapat kita manfaatkan. Tetapi dalam masa yang sama, saya tak nafikan bahawa keperluan end user kita juga kepada aset-aset luar negara. Seboleh mungkin kita dapatkan aset- aset dalam negara kita tetapi dalam masa yang sama, kita juga tidak menutup ruang kepada anggota pertahanan kita untuk menilai aset-aset luar negara mengikut keperluan dan spesifikasi yang mereka perlukan. Itu sahaja.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Timbalan Menteri. Saya hargai jawapan tersebut. Saya setuju. Maknanya, kalau dalam konteks kelengkapan ketenteraan yang berteknologi tinggi, fighter jet sebagai contoh, ataupun helikopter. Itu kita tak ada kemampuan. Apa yang saya minta kerajaan fokuskan, yang ada dalam negara ini maksimumkan. Sebab yang dari Brazil itu saya dok kaji-kaji, boleh dapat pun

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

dalam negara. So, itu yang saya rasa agak kecewa sedikit apabila yang boleh dimaksimumkan dalam negara.

Sebab sekurang-kurangnya kita selesai bab perbelanjaan kita dalam negara yang memang jet pejuang apa semua ini kita tak ada kemampuan. Jadi, sebab itu kalau boleh yang itu, itu kita minta kerajaan tengok supaya semua syarikat tempatan dapat manfaat daripada strategi tersebut. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya atas pandangan itu. Yang itu saya ambil maklum. Tapi secara dasar macam saya sebutkan tadi Dato’ Sri Pengerusi, bahawa memang kita sedaya upaya kita cuba bangunkan industri pertahanan negara kita dan kita tahu bahawa ada sebahagian memang kita tak nafikan contohnya macam dron. Memang banyak syarikat-syarikat daripada dalam negara kita yang membangunkan dron. Kita boleh lihat di DSA, di LIMA dan sebagainya.

Tapi antara aspek yang kita lihat juga dari segi keselamatannya.

Sebab itu semua produk-produk termasuk produk logistik ini sebenarnya kita uji nilai melalui STRIDE dan juga sebahagiannya kita uji nilai di luar negara juga. Sebab kita tahu bahawa nampak macam— ini untuk makluman Putrajaya lah kalau kita tengok 4x4 dan sebagainya. Tetapi sebenarnya dari segi aspek ketenteraan, dia ada piawaian- piawaian tertentu juga untuk kita penuhi. Tetapi sedaya upaya kita cuba memenuhi keperluan-keperluan tempatan kita untuk pastikan bahawa industri tempatan itu boleh kita kembangkan dari semasa ke semasa.

Dato’ Sri Pengerusi, tadi ada dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Kuala Pilah iaitu tentang jumlah sebenar Rumah Keluarga Angkatan Tentera yang memerlukan senggaraan dan mekanisme yang digunakan untuk menentukan senggaraan yang perlu dilaksanakan di mana Kementerian Pertahanan sentiasa memberikan tumpuan kepada kesejahteraan hidup pegawai dan juga anggota ATM melalui penyediaan kemudahan tempat tinggal yang selesa, berkualiti dan juga selamat.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Pendekatan utama bagi merealisasikan komitmen ini adalah melalui kaedah berikut iaitu kita ada pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera yang baru dan juga pelaksanaan projek naik taraf dan baik pulih RKAT sedia ada. Kalau kita lihat semenjak dan juga ditulis tentang bajet kita iaitu kalau kita lihat semenjak 2024 kita ada peningkatan.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebelum daripada itu, kita lihat bahawa perbelanjaan kita untuk penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera kita sekitar RM100 juta lebih sahaja. Tapi sudah meningkat semenjak 2024, kita tingkatkan sehingga RM400 juta dan kalau kita lihat tahun lalu pun— tahun ini sahaja diperuntukkan RM400 juta dan menjelang tahun hadapan dia ditingkatkan lagi sehingga RM500 juta.

Kerana kita tahu bahawa hasil daripada komitmen kita ini di mana tujuan kita adalah untuk senggaraan RKAT yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu peruntukan senggaraan RKAT bagi tahun 2027 akan memberi manfaat kepada 15,212 unit RKAT dan 925 blok penginapan melibatkan Markas ATM, Markas Tentera Darat, Markas Tentera Laut dan juga Markas Tentera Udara.

Mekanisme senggaraan kita adalah melibatkan total maintenance dan juga naik taraf dua kepada satu iaitu percantuman dua rumah. Itu kadang-kadang kalau kita lihat rumah yang sedia ada bilangan ataupun saiz rumahnya agak kecil.

Jadi, sebahagian daripada penyelenggaraan atau bajet penyelenggaraan sebanyak RM500 juta itu kita usahakan untuk menggabungkan dua rumah kepada satu untuk memberikan lebih banyak keselesaan kepada anggota pertahanan terutamanya yang bagi yang berkeluarga dan juga menyediakan blok penginapan dan juga fasiliti khusus untuk mereka.

Sedikit terkait dengan ICP tadi, ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Pilah iaitu menyediakan dalam hal pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara. Tadi kita telah nyatakan di mana kita menyediakan kerangka yang jelas untuk memperluas penyertaan industri tempatan termasuk tadi saya nyatakan di Sabah di mana pembangunan teknologi pertahanan baharu kementerian melihat potensi syarikat yang terlibat dalam pembangunan dan integrasi sistem tanpa pemandu sepertimana yang telah saya nyatakan tadi.

Dalam masa yang sama, pembangunan vendor dan juga rantaian tempatan melalui DIPN ini, syarikat-syarikat yang mempunyai keupayaan dalam bidang kejuruteraan, pembuatan komponen elektronik dan juga teknologi akan digalakkan menyertai rantaian bekalan syarikat pertahanan negara. Kalau kita lihat macam LCS sahaja, kalau kita lihat dia melibatkan hampir 400 vendor yang terlibat. Walaupun kita tahu projek itu mengambil masa yang agak panjang, tetapi kalau kita lihat syarikat- syarikat yang terlibat dalam pembinaan LCS itu melibatkan hampir 400 vendor.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Jadi, kita tahu bahawa setiap industri yang kita bangunkan dalam negara kita ini sebenarnya dia mempunyai rantaian-rantaian yang memberikan sokongan bukan sahaja kepada ekonomi kita, kemampuan keupayaan ketenteraan kita, tapi yang paling penting juga adalah bagaimana kita mewujudkan peluang pekerjaan dan pembangunan dan juga keupayaan ekonomi dalam negeri dan juga dalam negara kita untuk mengelakkan daripada macam tadi disebut oleh Putrajaya, seboleh mungkin kita gunakan keupayaan-keupayaan ini.

Saya ingin menyebut bahawa Dasar Industri Pertahanan Negara kita sebenarnya ada bahagian-bahagian pertahanan. Kalau kita lihat bila kita mampu untuk membuat aset sepertimana LCS itu sebenarnya kemampuan kita memang agak tinggi, keupayaan negara kita, itu adalah kapal perang yang dapat kita bangunkan.

Walaupun kita tahu ada cabaran dan sebagainya tapi bagi saya apa yang tadi dibangkitkan juga tentang LCS itu, kita telah melaksanakan tanggungjawab kita.

Memang sepatutnya kapal itu disiapkan pada penghujung tahun ini, tetapi kita tahu bahawa kita memang tidak bertolak ansur.

MINDEF sebagai end user, Kementerian Kewangan kita tahu adalah kementerian yang bertanggungjawab dalam pembangunan di bawah LUNAS itu. Tapi saya fikir kerjasama kita memang untuk memastikan bahawa kapal itu dapat kita siapkan. Kita tahu bahawa kita ada dua cabaran, yang pertama adalah kalau mengikut jadual asal kapal pertama dengan kedua itu memang kita reschedule semula kerana isu- isu yang melibatkan terutamanya pemasangan piping kerana dia tidak memenuhi spesifikasi dari segi drawing dan sebagainya.

Memang kita mengambil masa empat bulan untuk pastikan bahawa dia mengikut spesifikasi yang telah kita tetapkan. Sebab itu ada perubahan daripada penghujung tahun ini kepada April. Itu yang pertama. Nanti sekejap Putrajaya, saya habiskan dulu tentang itu.

Yang kedua adalah kalau kita lihat tentang NSM lah, misil kita. Kita tahu bahawa walaupun dia dua benda berbeza, tapi kita tahu dia memberi kesan kepada keseluruhan daripada kemampuan LCS itu. Tapi saya tak nafikan bahawa LCS bukan sahaja terkait dengan misil, tetapi sebenarnya kalau kita lihat keupayaan kapal ini yang paling penting adalah bagaimana dia boleh memantau perairan negara kita dan juga dia mempunyai keupayaan-keupayaan yang lain selain daripada misil itu sendiri. Adapun terkait dengan NSM, kita ada dua perkara yang harus kita bertindak.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang pertama adalah tindakan kita kepada Kerajaan Norway itu sendiri dari segi undang-undang. Itu memang kita sentiasa adakan perbincangan dan tindakan-tindakan lanjut. Yang baru-baru ini pun kita ada perbincangan di Turkiye itu sendiri kerana sebahagian daripada negara-negara NATO itu juga terlibat dalam bagaimana mencari penyelesaian perundangan itu.

Yang kedua adalah bagaimana kita mahu mendapatkan aset itu. Sebab itu kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Kewangan memang kita sudah bersetuju melalui syarikat yang sedang membangunkan juga misil kita melalui LMS di Turki. Buat masa ini, pembangunan kapal LMS itu sudah dilaksanakan di Turki.

Progress-nya mengikut jadual sepertimana yang kita tetapkan. Mungkin kita boleh menselarikan pembangunan misil LMS itu bersama dengan LCS itu. Ini ketetapan yang telah kita buat dan kita pun juga— saya fikir kementerian juga sudah berbincang dengan syarikat pengeluar yang sedia ada di Turki itu iaitu Roketsan.

Kalau kita lihat antara misil yang kita cadangkan adalah ATMACA yang sebahagian daripada itu memang ada keupayaan. Masa saya ke Turki pada awal tahun ini, memang jaminan daripada Roketsan dia boleh membangunkan misil itu secepat enam bulan. Tapi saya fikir kalau melihat— kita tak mahu LMS itu terganggu dengan pembangunan itu, tapi dalam masa yang sama kita cuba sedaya upaya untuk pastikan bahawa kita boleh selarikan pembangunan LMS kita dan juga dalam masa yang sama LCS kita dapat— kita dapat memenuhi keperluan-keperluan misil kita.

Kerana saya fikir syarikat yang sama dengan produk yang boleh kita bincang secara asasnya dia boleh memberikan suatu penyelesaian kepada— bukan penyelesaian undang-undang satu perkara, tapi yang paling penting adalah penyelesaian keupayaan ketenteraan terutamanya LCS itu sendiri.

LCS pertama, kedua memang dia akan bermula April tahun hadapan, tetapi saya fikir dia tidak mengganggu LCS ketiga, keempat dan kelima. Dia masih lagi mengikut jadual yang telah kita tetapkan. Ini antara perkara-perkara. Kalau ada Putrajaya untuk bangkitkan?

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali, nak dapat pengesahan, LCS1 ini bulan empat selesai?

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Empat.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

LCS2 masih ikut jadual?

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

LCS2 akan ada jadual baru. Tahun hadapan juga.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Ada kelewatan? Masih ada kelewatan?

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Masih ada kelewatan.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Okey. Kalau boleh saya minta kongsikan secara bertulis pun tak apa, progress terkini.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Nanti saya akan bagi secara bertulis jadual-jadual baru, ya.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Ya.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tapi dia tidak melibatkan LCS ketiga, keempat dan kelima. Dia masih mengikut jadual yang sama.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Okey.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Kerana kita tahu bahawa bila LCS pertama itu dilewatkan sehingga April, dia beri kesan kepada LCS kedua. Tapi yang ketiga, keempat dan kelima dia mengikut jadual sepertimana yang telah kita tetapkan.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang kedua Yang Berhormat...

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Nanti saya akan bagi secara detail.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Ya. Timbalan Menteri, perkembangan terkini tentang rundingan dengan Kerajaan Norway. Apa sebenarnya yang pada tahap mana kita berbincang ini dengan Kerajaan Norway. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dia sebenarnya kita tidak berbincang dengan Kerajaan Norway kerana kita tahu bahawa dia telah membuat ketetapan. Yang ada pun perbincangan kita adalah bagaimana tindakan undang-undang. Kita di Kementerian Pertahanan kita mengambil ketetapan bahawa tindakan undang-undang harus kita teruskan kerana kalau kita lihat apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Norway itu adalah keputusan sepihak. Jadi, sudah mana pasti di pihak kita, kita tahu bahawa kita ada kesan kewangan yang telah kita luluskan ataupun pembayaran yang telah kita buat.

Tapi sedaya upaya kita tahu bahawa untuk mengambil tindakan undang-undang dia mengambil masa. Tapi prosesnya harus kita— kita telah mulakan proses itu dan kita harap dia akan ada penyelesaian untuk jangka masa panjang untuk menjaga bukan sahaja menjaga dari segi kewangan, tapi integriti kita sebagai negara berdaulat tak boleh mana-mana negara memperlakukan kita seumpama itu. Jadi, saya fikir ini antara tindakan tegas kita di Kementerian Pertahanan.

Dato’ Sri Pengerusi, tadi ada dibangkitkan juga Yang Berhormat Kepong, Padang Serai dan juga Sabak Bernam terkait dengan PLKN. Ingin saya walaupun di dalam

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dewan ini sering kita nyatakan tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan kita tahu kerajaan telah mengenal pasti 13 lokasi kem tentera bagi latihan PLKN.

Semua kem telah dan sedang dinaik taraf secara berperingkat dan peruntukan pembangunan lebih daripada RM80 juta dan pemeriksaan dibuat oleh JLKN dan pihak berkepentingan. Kalau kita lihat jangka masa latihan 45 hari kepada 90 hari ataupun 180 hari. Tadi ada dibangkitkan tentang cadangan-cadangan penambahbaikan tempoh latihan.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Untuk makluman semua, penambah jangka masa ini ataupun cadangan ini masih lagi di peringkat cadangan dan tiada perbincangan lanjut dibuat di peringkat kementerian. Kementerian belum lagi membincangkan, walaupun kita tahu ada cadangan-cadangan untuk menambah bilangan hari latihan. Dan dia memerlukan kajian lanjut terhadap objektif PLKN dan juga kemampuan kewangan kerajaan secara keseluruhanlah.

Dan kalau kita lihat tadi ada dibangkitkan tentang pencapaian pelatih.

Bagaimana kita menilai keupayaan pelatih-pelatih kita. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pencapaian diukur melalui tujuh indikator utama iaitu patriotisme, perpaduan, kesukarelawan, disiplin diri, asas ketenteraan, ketahanan mental dan juga kesejahteraan diri yang dilaksanakan di mana kalau kita lihat ada dua pihak ya.

Ada tiga pihak yang bekerjasama iaitu UPSI, UMS dan juga UPNM di mana tiga pihak ini menjalankan penilaian dalaman dan juga luaran kepada para-para pelatih kita.

Dan kalau kita lihat daripada indikator keseluruhannya, di mana hampir lebih daripada 80 peratus menunjukkan pencapaian mereka dari segi tujuh aspek yang saya nyatakan tadi iaitu tujuh indikator.

Dan sebab itu, kalau kita lihat ada juga dibangkitkan tentang aspek keselamatan.

Kita tak nafikan kita melaksanakan analisis berdasarkan lesson learnt kita kepada pengalaman-pengalaman kita melaksanakan PLKN yang 1.0, 2.0. Dan kalau kita lihat PLKN 3.0 ini, antara yang kita berikan pengalaman kita adalah— yang penting juga adalah saringan kesihatan. Sebab itu kalau kita lihat, saringan kesihatan adalah antara aspek penting. Pengesanan penyakit tersembunyi, pemantauan semasa latihan fizikal dan juga kesiapsiagaan perubatan dan pengurusan kecemasan.

Sebab itu kalau kita lihat ya, memang kita ada tapisan yang agak ketat juga tentang keupayaan kesihatan pelatih-pelatih kita. Kerana kita tahu bahawa itu antara

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

faktor berdasarkan pengalaman-pengalaman kita dan juga macam saya sebutkan tadi, pemantauan semasa latihan fizikal. Mungkin masa dia masuk, dia sihat ya. Tapi mungkin keupayaan 45 hari itu akan memberikan kesan-kesan fizikal.

Itu juga kita nilai dari segi— dari masa ke semasa di mana kalau kita lihat dan ini antara asas yang kuat untuk kita menjamin keselamatan dan pengurusan risiko yang telah dimasukkan dalam salah satu KPI kepada pelaksanaan PLKN 3.0. Dan juga anggota paramedik ATM, juga kita iaitu kor kesihatan, kita sediakan di setiap kem-kem dan juga sewaan ambulans bagi setiap kem dan juga pemasangan CCTV.

Dan kaedah latihan, sepertimana kita tahu bahawa ada 70 peratus latihan ketenteraan dan 30 peratus melalui modul latihan melalui modul kenegaraan, kepimpinan yang disampaikan oleh para pensyarah.

Dan sedikit ingin saya— Ahli-ahli Yang Berhormat tadi ada dibangkitkan. Saya fikir ini antara perkara penting sebelum saya— iaitu Yang Berhormat Kepong dan saya fikir ada Ahli-ahli Yang Berhormat juga yang lain membangkitkan tentang isu dadah di Pangkalan Udara Subang. Saya fikir kerana Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin mengambil maklum perkara ini.

Pada 17 November 2026 Dato’ Sri Pengerusi, ketika melaksanakan pemeriksaan rutin keselamatan di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, seorang petugas Cabang Pergerakan Udara telah menemui lima buah bagasi. Salah satu bagasi mempunyai tanda nama dan sebuah kotak mengandungi botol yang berlabel baja kimia yang tidak mempunyai pelekat keselamatan.

Hasil imbasan oleh anggota Pertahanan Darat dan Udara iaitu HANDAU mendapati kandungan kesemua bagasi dan kotak tersebut adalah mencurigakan dan perkara tersebut dilaporkan kepada pegawai Cabang Pergerakan Udara. Dan berdasarkan tanda nama bagasi tersebut, pemilik bagasi merupakan juruterbang bagi penerbangan RMF132. Seterusnya, beliau dipanggil untuk pemeriksaan fizikal. Beliau diminta untuk membuka bagasi dan membawa kepada penemuan bungkusan merah yang mengandungi ketulan kristal yang disyaki bahan terlarang.

Anggota HANDAU seterusnya melaporkan penemuan tersebut kepada ketua pengawal dan juga Ketua Skuadron 211 HANDAU. Ketua Skuadron 211 HANDAU menghubungi Cawangan Penyiasatan Jenayah, Provos, Provos Marsyal, TUDM untuk tujuan— untuk tindakan lanjut dan pihak TUDM telah menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM, Bukit Aman untuk pengesahan.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Team PDRM Bukit Aman telah tiba di Cabang Pergerakan Udara bagi mengesahkan barang yang disyaki adalah dadah berbahaya. Dan hasil saringan awal, PDRM menunjukkan bahan kristal positif methamphetamine iaitu amphetamine dan juga sebanyak 93 bungkusan merah dan hijau dengan anggaran berat keseluruhan 96.65 kilo ditemui dalam lima bagasi. Pihak PDRM menyita lima buah bagasi dan sebuah kotak.

Dan seterusnya, pihak PDRM telah menahan dua orang suspek, manakala tiga orang pegawai, sembilan orang lain-lain pangkat yang terdiri daripada anak kapal dan petugas-petugas Cabang Pergerakan Udara di bawah— dibawa ke IPD Shah Alam, dipanggil untuk membantu siasatan. Secara keseluruhan, dari hasil soal siasat PDRM telah mengenal pasti lima orang pegawai menjadi suspek kes termasuk seorang di Labuan. Seterusnya, dua lagi tangkapan di atas anggota TUDM telah dibuat di Tawau.

Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari...

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan saya— kalau kita dapatkan makluman, sebahagiannya reman itu disambung. Dan jumlah keseluruhan anggota TUDM yang ditahan oleh PDRM sehingga kini adalah seramai tujuh orang iaitu terdiri daripada tiga orang Kapten TUDM, dua Leftenan TUDM, seorang Pegawai Waran Udara II dan seorang Koperal Udara. Dan pemakluman oleh pihak TUDM di media sosial dikeluarkan pada 20 November 2026, bagi memberi laluan kepada pihak PDRM untuk menjalankan siasatan terperinci tanpa berlakunya kebocoran maklumat agar jaringan sindiket dadah ini dapat dilumpuhkan sepenuhnya.

draft • 3:40 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan untuk makluman juga, pihak TUDM mempunyai prosedur kawalan keselamatan seperti yang telah ditetapkan oleh Publikasi Udara 4304

(Second Edition) iaitu Peraturan Pergerakan Udara, Bahagian II, seksyen 6 iaitu standard operasi procedure, standard operating procedure (SOP) Cabang Pergerakan Udara, Bahagian J, para dua, muka surat 13 di mana semua anggota yang bertugas di Cabang Pergerakan Udara adalah terlatih dan kompeten dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Mereka mempunyai pengalaman dan telah menghadiri kursus yang berkaitan seperti Pengurusan Sistem Material Peningkatan Kelas 1, Pengurusan Pergerakan

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Udara, Dangerous Goods Function 1 bersama Malaysia Airlines Berhad Academy dan juga Radioactive Protection Officer Level 3 bersama Jabatan Tenaga Atom.

Dan kalau kita lihat penglibatan agensi Kementerian Dalam Negeri seperti PDRM, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa dilibatkan mengikut keperluan semasa dalam pemeriksaan penumpang dan bagasi yang melibatkan penerbangan pesawat TUDM yang akan berlepas ke luar negara. Ini untuk urusan luar negara. Tapi sepertimana yang saya maklumkan tadi...

draft • 3:40 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebahagian daripada tanggungjawab kita— sedikit saja lagi. Cuma untuk makluman Dato’ Sri Pengerusi ya, kita tahu bahawa bila ini terkait dengan persoalan-persoalan ini, dia juga kita di peringkat Kementerian Pertahanan memang kita ada jawatankuasa di peringkat dalaman di samping kita tahu bahawa pihak PDRM, siasatan itu memang akan kita sentiasa di Kementerian Pertahanan akan berikan kerjasama kita ya.

Tapi kita tahu bahawa tanggungjawab kita di peringkat TUDM juga ya, kalau kita lihat pegawai-pegawai kita yang melakukan tangkapan ini juga, keselamatan mereka juga kita bincangkan juga kerana kita tahu bahawa bukan satu perkara kecil bila perkara- perkara ini berlaku.

Kita bukan sahaja melihat prosedur yang kita ada, tetapi penilaian kita juga buat masa ini adalah untuk menjaga keselamatan anggota-anggota kita yang bertindak untuk melakukan tangkapan ini dan memberikan kerjasama kepada pihak PDRM.

Sepertimana yang selalu kita sebut dalam soal-soal integriti kita ataupun perkara- perkara yang terkait dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah ini...

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebenarnya kita di peringkat PDRM, kita tak pernah bertolak ansur. Dua perkara bahawa tindakan kita di peringkat Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia akan kita laksanakan. Dan yang kedua, saya fikir di peringkat undang-undang negara pun, mereka tak boleh terlepas juga. Jadi, saya fikir penyiasatan itu diteruskan oleh pihak PDRM dan kita di peringkat Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan sentiasa memberikan kerjasama. Silakan.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik. Yang Berhormat Menteri, Tangga Batu.

draft • 3:40 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Saya hanya benarkan dua soalan saja. Selepas itu, tamat. Silakan Yang Berhormat Langkawi dulu.

draft • 3:40 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya membangkitkan soal Langkawi tadi. Saya tahu panjang soalan saya tadi. Cuma yang saya minta dan ramai yang WhatsApp saya ini menanya— ingin bertanya, adakah betul bahawa LIMA pada tahun depan akan diadakan di Langkawi dan selepas itu dengan kenyataan Menteri yang mengkaji supaya dipindah ke Melaka?

Adakah kebetulan perkara ini akan berlaku dan apakah kajian-kajian yang telah dibuat berhubung dengan pemindahan LIMA tersebut? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baik, Tangga Batu membangkitkan isu tentang penjualan Boustead Plantations kepada Achi Jaya Plantations ini. Sedangkan kita tahu, apakah telah mendapat persetujuan daripada pencarum-pencarum, khususnya daripada veteran angkatan tentera? Kerana kalau kita lihat, Boustead ini bukan sebuah syarikat kecil.

Saya kenal sungguh Boustead ini kerana AAR juga servis Boustead ini. Jadi, dengan— kalau kita tengok rekod dia, syarikat ini tak pernah rugi dan terakhir pun, walaupun telah delist daripada BSKL tapi performance dia bagus. Jadi, tak munasabah bagi saya, kita menjual angsa dan angsa emas itu dijual pula kepada orang luar, bukan kepada syarikat yang berkaitan dengan GLC dan juga bumiputera. Minta penjelasan.

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tuan Pengerusi, saya nak minta soalan bertulis daripada Timbalan Menteri, pasal isu LTAT.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat Menteri ambil maklum Batu Pahat. Sila jawab dua soalan ini dan tamat.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Dan sebelum daripada itu nanti, saya fikir soalan daripada Yang Berhormat Tangga Batu tadi

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

ada terkait juga dengan lain-lain soalan yang terkait detail dengan Boustead itu sendiri.

Kerana saya fikir dia bukan satu persoalan tapi dia banyak terkait, sama ada penjualan aset Boustead, saham-saham Boustead itu sendiri dan apa kesannya kepada LTAT. Dan saya juga tadi dibangkitkan juga tentang jumlah saham Boustead Plantations.

Saya fikir saya akan bagi dalam bentuk bertulis kerana dia banyak detail, detail dan data-data yang saya fikir harus tepat dan kita harus faham bagaimana keputusan- keputusan dari segi kepentingan kita itu, kita jaga. Kerana kita tahu bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera adalah aset penting, bukan sahaja kepada anggota, kepada veteran kita tetapi kepada negara kita.

Dia tentang masa depan anggota pertahanan kita dan aset terpenting. Jadi, sudah barang pasti pelaburan itu dibuat mengikut mekanisme kita tapi saya akan bagikan dalam bentuk bertulis.

Ada pun untuk Langkawi. Langkawi, janganlah ada kebimbangan ya sebab memang sebenarnya kalau untuk makluman Langkawi itu, kita telah menegaskan bahawa LIMA 2027 itu akan terus dianjurkan di Langkawi. Janganlah— [Tepuk] Jadi Langkawi, kalau ada perancangan tentang LIMA 2027 itu kan, teruskan perancangan Langkawi kerana kita tahu bahawa kita telah membelanjakan banyak juga perbelanjaan kita di Langkawi itu.

Kita ada aset di situ. Dan kita tak nafikan bahawa kita akan anjurkan LIMA itu di Langkawi, Kedah iaitu pada 20 hingga 24 April 2027. Dan LIMA 2027 mensasarkan penyertaan 930 syarikat pempamer daripada 36 negara dan lebih daripada 450 delegasi rasmi dari 65 negara serta kira-kira 400,000 pengunjung akan berada di Langkawi pada tarikh tersebut. Dan perkembangan ini membuktikan keyakinan dan sambutan positif komuniti industri antarabangsa terhadap LIMA serta Langkawi sebagai destinasi penganjuran.

Sedikit sahaja lagi Dato’ Sri, saya ambil masa sedikit. Berdasarkan kajian impak LIMA 2025, penganjuran tersebut telah menjana nilai kontrak berjumlah RM11 bilion.

Perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM173 juta dan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM141.67 juta, termasuk RM98.6 juta daripada sektor pelancongan dan sebanyak 2,032 peluang pekerjaan dapat kita jana daripada LIMA. Dan angka ini menunjukkan bahawa LIMA mempunyai kesan ekonomi yang signifikan dan melangkaui aktiviti pameran semata-mata, khususnya kepada ekosistem perniagaan dan juga pelancongan di Langkawi.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dato’ Sri Pengerusi, akhirnya saya— macam tadi disebut oleh Batu Pahat, soalan-soalan yang dikemukakan, saya tak nafikan juga adalah juga persoalan daripada Ketereh terkait dengan itu. Saya akan— semua persoalan-persoalan yang tidak dapat saya jawab itu, saya akan kemukakan secara bertulis.

Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada 23 Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pandangan, cadangan dan persoalan terkait dengan Kementerian Pertahanan di peringkat Jawatankuasa ini. Dan kita di peringkat kementerian memang sentiasa memberikan komitmen kita untuk pastikan perbelanjaan itu dapat kita laksanakan secara berhemat. Tapi yang paling penting adalah kita dapat memastikan bahawa pertahanan, kedaulatan dan juga keselamatan negara kita sentiasa kita berikan keutamaan. Itu sahaja Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Masalahnya ialah wang sejumlah RM14,523,000,000 untuk Kepala B.60 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.60 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.60 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 3:50 PM
Kepala B.26 [Jadual] – Kepala P.26 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jawatankuasa ke kementerian yang berikutnya iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kepala Bekalan B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahaskan.

Senarai yang ada dengan saya seramai 21 orang Yang Berhormat akan berbahas. Dimulakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Sungai Siput,

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Putrajaya dan akhirnya, Yang Berhormat Hulu Langat. Dengan ini, saya persilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 13005 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - Pembangunan Koperasi. Pada Februari yang lalu Dato’ Sri Pengerusi, saya pernah bangkitkan isu tentang kekhuatiran terhadap syarikat cash trust, di mana menjanjikan pulangan yang tinggi daripada mereka menggalakkan orang ramai melabur dalam cash trust. Dan akhir- akhir ini kita lihat beberapa syarikat cash trust ini telah tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka, apabila bayaran telah matang, kepada pelanggannya.

Antaranya ialah UBB Amanah Berhad. Dan kini kita lihat perjanjian seperti skim pulangan tetap yang tinggi, yang sama ini berulang di bawah payung koperasi.

Seperti yang kita tahu, koperasi bukannya bank, koperasi juga bukannya ejen jualan ataupun multi-level marketing dan koperasi tidak boleh mengutip simpanan daripada orang awam. Akan tetapi kita lihat kebelakangan ini, terdapat koperasi telah menjadi jalan belakang untuk lari daripada kawal selia Bank Negara dan juga Suruhanjaya Sekuriti. Sebab pada Jun 2026, di mana syarikat amanah yang aktiviti pelaburannya melebihi fungsi amanah, wajib berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Jadi, apa yang berlaku sekarang ialah mereka gunakan koperasi. Koperasi telah menjual produk dengan menjanjikan pulangan tetap yang tinggi kepada orang awam. Hanya sekarang hanya dikawal oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi pada 13 November 2025, sebenarnya saya telah tanya dalam Dewan yang ini tentang sama ada akta yang sedia ada membenarkan koperasi menjalankan sistem

draft • 3:57 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

pemasaran berbilang tingkat ya (multi-level marketing) sebab ada koperasi yang adakan skim MLM ini untuk ejen pergi menarik orang ramai buat pelaburan di koperasi dengan janjian pulangan yang tinggi.

Jadi pada waktu itu, kita tidak dapat satu jawapan yang jelas daripada kementerian. Jadi, hari ini saya lihat antara koperasi yang saya bangkit ialah Koperasi Khazanah Usahawan Berhad ataupun lebih dikenali sebagai Ko-Khawan. Setahu saya, tiada tindakan yang telah diumumkan oleh kementerian selepas saya bangkit tahun lepas.

draft • 3:57 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tetapi, pada hakikatnya ialah KO-KHAWAN ini telah mengadakan taklimat untuk menarik orang ramai untuk menyertai skim mereka itu dan taklimat yang mereka jalankan hari ini telah mencecah 138 taklimat dan telah ramai orang awam telah menyertai skim pulangan tinggi tersebut.

Tetapi, undang-undang adalah jelas. Akta Koperasi 1993 telah mentakrifkan bahawa simpanan khas sebagai wang anggota untuk tujuan tertentu yang dibenarkan oleh peraturan. Wang bukan anggota tidak boleh menjadi simpanan khas. Bagi wang bukan anggota, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 mensyaratkan kelulusan perlu dapat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga Bank Negara Malaysia. Tanpa kelulusan itu, menerima wang tersebut adalah satu kesalahan di bawah seksyen 137 dengan penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta, dan sesiapa termasuk ejen yang mengiklankannya adalah salah dari segi undang-undang.

Jadi, kini― kalau saya merujuk kepada KO-KHAWAN ya, di mana skim ini dijual secara terbuka kepada orang awam. Mereka tubuhkan agensi untuk merekrut ejen insurans termasuk unit manager ataupun agency manager dan mempamerkan kepada orang dalam post social media kononnya mereka keluarkan wang mereka daripada simpanan tetap (fixed deposit), dengan izin, dan melabur dalam koperasi tersebut. Ada juga yang mereka serahkan insurans polisi mereka dengan wang yang mereka dapat, mereka labur dalam koperasi tersebut.

Jadi, dengan advertisement sedemikian, dengan izinnya, dengan iklan-iklan ini dalam social media, sudah pasti mereka sedang menjalankan perniagaan, bukannya rekrut ahli. Tetapi, mereka hanya sekadar meminta orang ramai buat pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Puan Pengerusi, saya minta dua minit lagi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kedua ialah kutipan yang melampau kelulusan di mana kalau mengikut prospek yang mereka paparkan pada 19 Jun 2025, prospek mengatakan had mereka ialah RM20 juta, tempoh dua hingga tiga tahun dan pulangan lapan hingga 10 peratus. Tetapi, risalah KO-KHAWAN sendiri melaporkan sebanyak RM443 juta telah dikutip setakat 23 Oktober 2026, lebih daripada 22 kali ganda daripada had itu. Dan termasuk pelan mereka sekarang adalah tinggi sehingga enam dan 10 tahun dengan janjian pulangan 11 hingga 12 peratus.

Ketiga, KO-KHAWAN mengelirukan rakyat di mana pendeposit diberitahu wang mereka dilindungi sepenuhnya tetapi sedangkan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) tidak melindungi koperasi. Penyata kewangan beraudit pada 31 Ogos 2025 KO-KHAWAN menunjukkan deposit sebanyak RM93.68 juta sebagai liabiliti semasa berbanding dengan wang tunai mereka hanya sekadar RM8.53 juta sahaja.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Jadi, saya harap supaya kementerian boleh mengambil tindakan yang tegas sebelum tragedi berlaku pada tahun 1986 berulang di mana 24 koperasi pada masa tersebut terpaksa dibekukan melibatkan RM1.5 bilion pada waktu itu dan mangsa adalah sebanyak 500,000 orang. Saya harap supaya insiden sedemikian tidak berlaku sekarang lagi.

Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 4:00 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, selamat petang.

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Pertamanya, tahniah kepada KUSKOP yang mendapat peruntukan sebanyak RM1.028 bilion, kurang sedikit berbanding RM1.030 bilion pada tahun 2026. Kita ingat tahun 2026 sangat sedikit berbanding nak membantu dari segi pembiayaan, bimbingan, latihan dan khidmat nasihat kepada usahawan informal, mikro kecil dan sederhana

draft • 4:04 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

sedangkan mereka PMKS ini menyumbang 39.7 peratus ataupun kira-kira RM689.8 bilion setahun, meningkat berbanding RM580.4 bilion KDNK tahun sebelumnya, rupanya Bajet 2027 lagi kurang daripada tahun 2026.

Tuan Pengerusi, saya terus ke Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan. Tuan Pengerusi, kita sangat terkejut apabila dapat tahu industri francais dan seluruh kekuatan PERNAS telah berpindah daripada KUSKOP ke KPDN. Kami rasa baru sahaja, kalau tidak silap, pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga tahun 2024, kami semua Ahli Parlimen berbahas berkaitan pemindahan sepenuhnya urusan francais, penyeliaan dan Akta Francais 1998 [Akta 590] daripada KPDN ke KUSKOP sepenuhnya termasuk bahas peruntukan tambahan berjumlah RM2,783,700 iaitu RM783,700 untuk belanja mengurus dan RM2 juta untuk pembangunan dan diluluskan dalam Parlimen.

Perpindahan sebahagian fungsi daripada KPDN ke KUSKOP telah dikuatkuasakan pada tahun 2024 juga.

Alih-alih, tanpa kita tahu, keseluruhan fungsi francais dan PERNAS dipindahkan semula keseluruhannya ke KPDN berkuat kuasa pada April 2026. Masa nak pindahkan fungsi daripada KPDN ke KUSKOP termasuk kelulusan bajet tambahan, kita bahas di Parlimen. Masa pindahkan ke KPDN, tidak dibawa semula ke Parlimen. Paling tidak, bawalah ke dalam jawatankuasa pilihan Parlimen, Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian.

Tuan Pengerusi, kita ada 3,681 usahawan francais seluruh negara. 62.2 peratus adalah francaisor jenama tempatan dan selebihnya 37.8 peratus adalah francaisor asing. Oleh kerana francais ini berkaitan dengan usahawan, saya nak tanya. Yang pertama, apakah kajian impak yang menyebabkan kerajaan memilih KPDN berbanding KUSKOP? Francais serta agensi PERNAS ini merupakan institusi yang berkaitan dengan keusahawanan.

Yang kedua, mengapa agensi pembangunan usahawan seperti PERNAS tidak kekal di bawah kementerian khususnya KUSKOP yang menjaga usahawan? Yang ketiga, apakah nasib program pembangunan usahawan francais khususnya usahawan francais bumiputera selepas pemindahan tersebut? Yang keempat, apakah jaminan kerajaan perubahan pentadbiran ini tidak akan menjejaskan kesinambungan bantuan kepada pengusaha francais tempatan? Dan kelima, apakah KPI baharu PERNAS selepas diletakkan di KPDN?

draft • 4:04 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Dan yang terakhir, berapa pula kos perpindahan seluruh pasukan PERNAS dan francais ke KPDN, Tuan Pengerusi? Ini semua kerja-kerja membazir selepas kita luluskan pada tahun 2024.

[Tepuk] Isunya, Tuan Pengerusi, bukankah KUSKOP merupakan kementerian bertanggungjawab membangunkan usahawan PMKS negara? Mengapa industri francais yang merupakan salah satu platform terbaik untuk melahirkan usahawan tempatan dan bumiputera tidak dikekalkan di KUSKOP? Kenapa?

Saya juga nak minta penjelasan tentang kedudukan PERNAS kerana PERNAS merupakan instrumen penting pembangunan usahawan francais Bumiputera, Tuan Pengerusi. Daripada Kementerian Usahawan untuk usahawan, pindah ke KPDN. Itu sesuatu yang sangat-sangat pelik.

Dan terakhir, Tuan Pengerusi, saya rujuk Butiran 30000 berkaitan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang memperoleh RM550 juta. Walaupun dalam Buku Belanjawan, TEKUN hanya diperuntukkan RM550 juta sedangkan unjuran adalah RM1.3 bilion, adakah ada lagi pembiayaan dalaman dari TEKUN Niaga?

Betulkah― saya hendak tanya ini― ada lagi disediakan RM760 juta dana dalaman TEKUN? RM760 juta dana dalaman TEKUN Nasional untuk usahawan.

Dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) langsung tidak disediakan peruntukan tetapi benarkah AIM sediakan RM3 bilion pelbagai skim terutamanya Skim Pembiayaan Ikhtiar dan Skim Pembiayaan Ikhtiar i-Muda? Benarkah juga di Bank Rakyat disediakan dana dalaman RM1.23 bilion untuk pembiayaan PMKS dan koperasi? Dan koperasi juga, SKM juga menyediakan RM230 juta menjadikan jumlah keseluruhan dana pembiayaan yang tiada dalam Buku Belanjawan adalah sekitar RM5.22 bilion.

draft • 4:04 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi dan tahniah kepada KUSKOP dan agensi-agensi di bawahnya. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jemput, Yang Berhormat Tampin.

draft • 4:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi

draft • 3:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri berada dalam Dewan tekun mendengar pembahas-pembahas. Terima kasih.

[Tepuk] Usahawan kecil dan sederhana merupakan tulang belakang ekonomi negara tetapi persoalannya sejauh manakah dasar dan bantuan kerajaan menerusi peruntukan perbelanjaan benar-benar membantu mereka untuk terus bertahan dan berkembang.

Puan Pengerusi, Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS dengan nilai peruntukan sejumlah RM22 juta. Saya mengambil maklum bahawa Belanjawan 2027 akan menyediakan pembiayaan mikro secara keseluruhannya berjumlah RM6.6 bilion menerusi beberapa agensi seperti berikut, Amanah Ikhtiar Malaysia RM3 bilion, TEKUN Nasional RM1.3 bilion, Bank Simpanan Nasional RM1.7 bilion.

Pada zahirnya, angka ini memang nampak meyakinkan. Namun jumlah pembiayaan yang besar tidak semestinya bermaksud bahawa semua usahawan mendapat manfaat. Realitinya masih ramai lagi peniaga kecil di luar sana yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan kerana tidak mempunyai rekod kewangan yang kukuh, penyata bank yang konsisten dan dokumen perniagaan yang lengkap. Lebih menyedihkan, ada usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan tetapi sudah berhadapan dengan pelbagai syarat dan prosedur yang rumit.

Sehubungan dengan itu saya ingin mengetahui berapakah jumlah sebenar permohonan pembiayaan TEKUN, AIM dan BSN yang ditolak sepanjang 2025 dan 2026.

Berapa peratuskah pembiayaan yang berjaya disalurkan kepada para usahawan di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar?

Dan apakah KUSKOP untuk membantu usahawan yang mempunyai potensi perniagaan tetapi tidak mempunyai rekod kewangan yang baik? Saya berharap agar KUSKOP dapat memperkenalkan satu skim pembiayaan khas untuk para usahawan mikro yang tidak terlalu bergantung kepada rekod kewangan semata-mata bagi mendapatkan pembiayaan.

Puan Pengerusi, Butiran 13005 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Koperasi seharusnya menjadi salah satu instrumen penting untuk membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi melalui konsep pemilikan dan keuntungan bersama. Kita mempunyai koperasi sekolah, koperasi penjawat awam, koperasi kampung, koperasi peneroka, koperasi pertanian dan pelbagai lagi koperasi di seluruh negara.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Namun persoalannya, berapa banyakkah koperasi yang benar-benar aktif menjalankan perniagaan dan memberikan pulangan kepada anggota? Sejauh manakah program pemulihan koperasi tidak aktif yang pernah dilaksanakan sebelum ini benar- benar telah membantu mengaktifkan semula koperasi?

Selain itu, SKM juga disarankan untuk mengukuhkan pemantauan tadbir urus koperasi supaya wang anggota dapat diuruskan secara telus, berintegriti dan tidak disalah gunakan oleh pihak yang berkepentingan. Koperasi hendaklah menjadi alat untuk menambahkan pendapatan anggota, bukannya tempat untuk segelintir individu yang mencari kepentingan peribadi.

Butiran 19900 – Pembangunan Vendor. Pembangunan vendor merupakan antara satu inisiatif penting dalam usaha untuk memperkukuh penyertaan usahawan bumiputera dalam rantaian bekalan industri negara. Saya berpendapat Program Pembangunan Vendor tidak seharusnya menyediakan latihan khusus ataupun pendaftaran sebagai vendor kepada syarikat-syarikat besar. Sebaliknya matlamat utama program ini hendaklah memastikan usahawan bumiputera benar-benar mendapat kontrak, memperoleh peluang pembekalan dan mampu berkembang menjadi syarikat yang berdaya saing.

Justeru itu, saya ingin mengetahui, berapa banyakkah vendor bumiputera yang berjaya mendapat kontrak pembekalan daripada syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional dan syarikat besar sepanjang tahun 2026 serta apakah sasaran KUSKOP bagi tahun 2027? Dan berapa banyakkah yang berjaya meningkatkan nilai jualan dan berkembang kepada perusahaan kecil kepada syarikat bersaiz sederhana dalam tempoh yang sama?

Bagi membantu vendor bumiputera dengan kelebihan berkesan, saya mencadangkan supaya KUSKOP memperkenalkan mekanisme yang mewajibkan syarikat peneraju dan GLC memberikan peluang kontrak pembekalan yang lebih tersusun kepada vendor bumiputera yang berkelayakan.

Seterusnya yang terakhir Puan Pengerusi, Butiran 020300. Saya memandang serius berkaitan pengurangan peruntukan berkaitan pembangunan industri halal. Dalam keadaan Malaysia sedang berusaha untuk menjadi peneraju industri halal dunia, adakah pengurangan peruntukan ini selari dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan sektor halal.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Industri halal pada hari ini merangkumi industri kosmetik, farmaseutikal, logistik, perkhidmatan dan pelbagai sektor lain yang mempunyai potensi pasaran antarabangsa bernilai besar. Sekiranya peruntukan pembangunan halal berkurangan, saya bimbang lebih ramai usahawan kecil akan menghadapi kesukaran dan kehilangan peluang untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

Sehubungan itu, saya ingin mengetahui sejauh manakah pengurangan peruntukan ini bakal menjejaskan usahawan yang bakal menerima bantuan sepanjang tahun 2027? Bolehkah KUSKOP menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula penambahan peruntukan khusus bagi geran pensijilan halal, khidmat rundingan serta pematuhan premis dan produk.

Janganlah kita asyik bercakap tentang menjadikan Malaysia hab halal dunia tetapi pada masa yang sama mengurangkan sokongan kepada usahawan yang menjadi penggerak utama industri. Saya berharap KUSKOP dapat meneliti semula dan mengadakan perbincangan bersama MOF mengenai pengurangan peruntukan ini.

Puan Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya ingin menyinggung yang pertama sekali berkenaan dengan Butiran 010200 – Pengurusan Sumber Manusia. Kalau kita perhatikan pengagihan bantuan yang diagih oleh pihak kerajaan kepada sasaran, dengan maaf saya sebut, kadangkala kerajaan ini lebih berbangga kerana jumlah yang diberi itu besar dan penerima itu ramai. Tetapi penerima bantuan ini ataupun sumbangan daripada kerajaan ini tidak melahirkan seseorang itu berjaya ataupun mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan kepada golongan yang kaya.

Ini berpunca daripada tumpuan yang diberikan itu berasaskan kewangan, bukan berasaskan kepada kemahiran, pengurusan perniagaan. Dan yang paling malang kadangkala diberi kepada seseorang itu kalau kita tengok jauh sekali dengan

draft • 3:15 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

pengalaman dia dalam bidang tersebut. Diberi untuk buat kuih, sedangkan seorang itu kalau bab buat kuih ini, kata orang Kelantan, boleh buat mekong, kuih yang dibuat itu tapi diberi bantuan untuk diusahakan pembuatan kuih. Jadi, saya minta kepada KUSKOP supaya memberi penilaian ini.

Yang kedua, di sudut kekurangan pemantauan berkenaan dengan pengurusan dana yang diberikan. Diberikan sahaja kemudian kerajaan kalau yang pinjaman itu kerajaan akan tekan supaya mereka akan bayar sekadar itu. Cara mana diuruskan kewangan ini, macam mana hasil yang diperolehi ini tidak diberi fokus oleh pihak KUSKOP.

Yang ketiganya, kadangkala berlaku di peringkat bawahan, pertindihan fungsi antara agensi-agensi kerajaan. Ada kalanya sebuah rumah, isteri dapat bantuan, suami dapat bantuan daripada agensi lain, anaknya pula dapat bantuan daripada agensi lain.

Ini yalah saya bukan nak menyekat peluang pekerjaan ini tapi kalau boleh diagihkan benda ini dan kalau boleh diselaraskan antara agensi supaya satu peluang pekerjaan yang diberikan oleh kerajaan ini dapat manfaat kepada satu family ataupun satu keluarga.

Kemudian, usahawan mikro. Kalau kita perhatikan sukar untuk berkembang menjadi PKS. Jadi, saya minta kepada pihak kerajaan supaya melihat benda ini.

Seterusnya di Butiran 010300 berkenaan dengan teknologi maklumat.

Sebahagian daripada perusahaan terutama di pedalaman, mereka ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat ini. Mereka menggunakan kaedah tradisional menyebabkan hasil pengeluaran produk mereka ini tidak berkualiti.

Baik, di sini juga kalau kita lihat produk yang dihasilkan ini tidak mampu menarik pelabur selain daripada kerajaan. Pelabur-pelabur luar ataupun golongan tertentu dalam sekitar masyarakat dia itu mendorong untuk tambah melabur kepada pengurusan dia tidak berlaku.

Seterusnya di Butiran 020100 – Hubungan Antarabangsa. Saya minta senaraikan negara mana dan apa jenis barangan PMKS yang dipasarkan di peringkat antarabangsa supaya kita dapat nilai berapa jumlah pengeluaran dalam negara dan berapakah jumlah yang dieksport ke luar negara.

draft • 3:15 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Dan kalau kita lihat dalam bab ini, hasil PMKS ini banyak bergantung kepada pasaran tempatan. Dan saya minta kepada pihak kementerian, khususnya Menteri

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

supaya boleh bekerjasama supaya barangan yang dikeluarkan ini ataupun produk menembusi pasar raya-pasar raya yang besar dan kalau boleh produk-produk yang boleh di eksport ke luar negara ini, mereka berjaya untuk mengeksportkan hasil mereka.

Yang terakhir, 020200 berkenaan dengan ekosistem kementerian. Sejauh mana keberkesanan bantuan kerajaan kepada usahawan kecil? Saya kira noktah ini perlu dikaji dengan teliti dan mengapa banyak PMKS yang gagal berbanding dengan yang berjaya? Apatah lagi kalau kita bandingkan PMKS yang berjaya menjadi satu syarikat, sebuah syarikat yang menjana kekayaan.

Adakah pembiayaan TEKUN, AIM mampu meningkatkan pendapatan rakyat terutama sekali di luar bandar? Dan yang terakhir, iaitulah berapa jenis kilang-kilang kecil yang dibina mengikut negeri-negeri yang ada di seluruh negara kita.

Saya merakamkan ucapan terima kasih, apa pun syabas dan tahniah kepada Menteri KUSKOP kerana banyak kejayaan yang dicapai. Cuma, maaf saya sebut tadi benda-benda yang untuk kita tangani bersama, bukan saya nak kritik membabi buta untuk tangani bersama benda ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput. Sungai Siput tiada. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 4:20 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Pengerusi, saya ingin terus kepada Kepala B.26, Butiran 030200 – Suruhanjaya Koperasi yang berjumlah RM91 juta. Saya ingin membangkitkan persoalan berkaitan pengurusan dan tadbir urus koperasi di negara ini, khususnya koperasi yang menjalankan aktiviti pelaburan menggunakan modal yang dikumpulkan oleh anggota.

Saya ingin mengambil contoh satu koperasi iaitu Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) sebagai satu kajian kes. Koperasi ini telah ditubuhkan sejak tahun 2014, dan terlibat dalam pelbagai aktiviti pelaburan termasuk hartanah, automotif, penyiaran, perdagangan emas, pemfaktoran dan tenaga boleh diperbaharui. Ini merupakan satu portfolio yang melibatkan pelbagai bentuk risiko pelaburan.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah mekanisme pemantauan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memastikan

draft • 4:22 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

setiap pelaburan yang dibuat oleh koperasi benar-benar memberikan pulangan kepada anggota?

Saya ingin memberikan perhatian khusus kepada pengumuman dividen KAPB dalam laman sesawangnya bahawa dividen bagi tahun 2025, ahli biasa tiga peratus tertakluk kepada kedudukan kecairan kewangan serta peruntukan pendapatan belum diterima KAPB dan hanya akan dibayar setelah semua dividen tahun 2024 yang masih tertunggak dibayar sepenuhnya. Namun, dalam pengumuman bertarikh 20 Oktober 2026, KAPB akan membayar pada tahun yang berikutnya, bukan pada tahun semasa.

Ini menimbulkan persoalan yang amat penting. Mengapakah sebuah koperasi yang mempunyai pelaburan yang begitu besar mengumumkan pembayaran dividen yang masih mempunyai tertunggak kepada pembayaran pada anggotanya. Saya mendapat aduan daripada anggotanya bahawa dia melabur dengan begitu banyak juga wang dalam koperasi ini, tetapi akhirnya tidak mendapat apa-apa pulangan.

Jadi, saya ingin bertanya, adakah koperasi ini tidak pernah disiasat oleh SKM?

dan pemeriksaan khas ataupun apa-apa yang akan di apa─ pemeriksaan terhadap KAPB berhubung kedudukan pembayaran dividen yang masih tertunggak ini.

Seterusnya, Kepala P.26, Butiran 19534 – Pembangunan Halal dan Industri Halal dan Vendor yang memperuntukkan sebanyak RM5 juta pada tahun hadapan.

Timbul persoalan daripada saya, adakah ia mencukupi untuk membangunkan industri halal? Eksport produk halal mencecah RM61.79 bilion pada tahun 2024 dan di bawah Perancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan mensasarkan RM80 bilion eksport serta sumbangan 11 peratus pada KDNK negara.

Saya melihat peruntukan RM5 juta ini sebagai satu usaha yang baik. Namun, jika kita mengambil kira skala industri halal yang mempunyai potensi pasaran antarabangsa yang sangat besar, jumlah ini memerlukan nilai perlu dinilai semula dari sudut keberkesanan dan impaknya. Industri halal ini memerlukan pelaburan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai aspek yang begitu banyak sekarang ini.

Persoalannya, bagaimanakah RM5 juta ini akan diagihkan dan berapakah jumlah yang diperuntukkan secara langsung kepada usahawan bumiputera dan berapakah ramai usahawan yang akan menerima manfaat dan apakah sasaran peningkatan jualan serta eksport yang ingin dicapai?

Seterusnya ialah Butiran 19530 – Pembangunan PKS di bawah SME Corp.

Berdasarkan penerbitan DOSM pada tahun 2025, sumbangan perusahaan mikro, kecil

draft • 4:22 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

dan sederhana ini adalah sebanyak 39.7 peratus dengan nilai berjumlah RM689.8 bilion dan sumbangan kepada tenaga kerja negara sebanyak 48.7 peratus.

Ini bermakna apabila PKS berkembang, rakyat mendapat pekerjaan, pendapatan isi rumah meningkat, aktiviti perdagangan berkembang dan ekonomi domestik menjadi lebih kukuh. Oleh itu, pembangunan PMKS ini sebenarnya merupakan satu bentuk pelaburan kerajaan yang sangat penting untuk mengembangkan ekonomi negara.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh melihat pembangunan PMKS hanya melalui syarikat yang berdaftar atau jumlah bantuan yang telah disalurkan.

Dan kita perlu melihat sejauh mana syarikat-syarikat ini berjaya meningkatkan skala perniagaan, produktiviti dan sumbangan kepada KDNK negara. Soalan saya, adakah peruntukan RM112 juta ini mencukupi?

Yang seterusnya ialah berkenaan dengan Butiran 30000, iaitu TEKUN yang berjumlah RM550 juta. Jumlah ini adalah merupakan separuh daripada peruntukan kepada Kementerian KUSKOP dan ia adalah sangat penting bagi saya. Dan saya ingin mencadangkan supaya setiap pembiayaan TEKUN disertakan dengan program pembangunan kapasiti yang bersesuaian dengan tahap kematangan perniagaan yang lengkap kepada usahawan-usahawan kecil kita yang ingin mengembangkan perniagaan mereka menjadi lebih besar. Sekian, terima kasih.

draft • 4:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 4:22 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh tiga perkara di bawah peruntukan kementerian iaitu Butiran 19531 – Perancangan dan Pelaksanaan Dasar dan Polisi Usahawan, Butiran 040400 – TEKUN Nasional, dan Butiran 19536 – Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil.

Pertama, pada pandangan saya, kejayaan pembangunan usahawan tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan jumlah pinjaman, geran dan program latihan yang dilaksanakan. Sebaliknya, kita perlu melihat berapa ramai usahawan yang berjaya meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan dan kewujudan peluang pekerjaan.

draft • 4:27 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kerajaan mempunyai pangkalan data bersepadu untuk memantau prestasi dan kelangsungan perniagaan penerima bantuan kerajaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Saya mencadangkan supaya KPI pembangunan usahawan turut mengukur peningkatan jualan produk DPT, pendigitalan dan juga penciptaan pekerjaan.

Saya mengiktirafkan peranan TEKUN dan juga menyediakan akses pembayaran kepada pembiayaan kepada usahawan mikro khususnya kepada mereka yang sukar mendapat pembiayaan perbankan. Namun, saya ingin tahu, berapakah peratus penerima pembiayaan TEKUN yang berjaya mengembangkan perniagaan dan berapa pula yang menghadapi masalah pembayaran balik?

Saya mencadangkan kepada TEKUN, bukan sekadar menjadi institusi pemberi pinjaman tetapi turut menyediakan bimbingan kewangan, pemasaran digital, latihan pengurusan dan akses kepada pasaran. Skim pembiayaan yang lebih fleksibel juga perlu dipertimbangkan untuk usahawan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak yang berhadapan dengan cabaran geografi dan juga kos logistik.

draft • 4:27 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Baru-baru ini Puan Pengerusi, saya berjumpa dengan persatuan orang-orang buta Sarawak dan juga golongan OKU. Mereka mengadu kepada saya bahawa mereka sukar mendapat pembiayaan daripada TEKUN kerana ada di antara mereka yang menyediakan perkhidmatan fisioterapi dan urut dan ada di antara mereka OKU buta dan juga OKU bisu yang menulis, merupakan perkhidmatan menulis dan terapi.

Tapi apa yang TEKUN minta adalah supaya mereka mempunyai pejabat, mereka mempunyai pusat urut yang sesuai dan sebagainya. Mereka kata kepada saya, dia kata, “YB, saya ini sudahlah buta. Dia seorang macam-macam dia minta. Minta dokumen, minta kita punya statement bank of account. Kalau kita ada semua itu, tak payahlah kita minta dengan TEKUN.” Jadi, saya mohon kepada Menteri supaya pihak TEKUN memberi kelonggaran sedikit kepada golongan-golongan OKU ini supaya diberi dana untuk membantu mereka kerana kalau kita dapat membantu mereka, mereka juga boleh berdikari, tak payah mereka menyusahkan kerajaan. Jadi, kalau kita— tak payahlah kita tentukan mereka ini perlu di kedai, pejabat dan sebagainya untuk membuat business. Mereka boleh bermula daripada rumah mereka.

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, selain daripada itu, saya juga ingin membangkitkan isu tanah di Jalan Tandang milik Institut Keusahawanan Malaysia iaitu IKMa. Untuk makluman, tanah ini telah dipajak kepada IKMa sejak tahun 2012. Bagaimanapun pada tahun 2024, kerajaan mengambil alih semula tanah pajakan tersebut dan membangunkan PJ NU Sentral.

Susulan daripada itu, IKMa telah memohon penyediaan tanah gantian dan perkara ini dalam pertimbangan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian iaitu JKPTG.

Saya ingin menegaskan bahawa isu ini bukan sekadar soal penggantian aset tanah tetapi melibatkan kesinambungan dan masa depan institusi pembangunan keusahawanan negara kita. Jadi, saya ingin tahu, apakah status terkini permohonan tanah gantian IKMa dan bilakah JKPTG dijangka memuktamadkan pertimbangan tersebut. Dan adakah kementerian bersedia memberi sokongan dan menyelaras dengan JKPTG supaya IKMa dapat tanah gantian yang setara dari segi nilai, lokasi strategik dan juga kesesuaian pembangunan?

Saya berharap permohonan IKMa ini diberi pertimbangan sewajarnya dan pembangunan PJ NU Sentral dan kemajuan IKMa tidak seharusnya dilihat sebagai kepentingan yang bercanggah. Kedua-dua boleh bergerak seiring dengan memastikan kepentingan institusi ini terus dipelihara.

Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa usahawan kecil bukan sahaja menerima bantuan tetapi merupakan penggerak ekonomi dan pencipta pekerjaan negara. Saya berharap Belanjawan 2027 ini memberi penekanan kepada keberkesanan bantuan akses pembiayaan yang adil, pembangunan usahawan luar bandar dan memelihara institusi yang membangun keusahawanan negara kita.

Dengan itu, saya memohon pertimbangan YB Menteri, kementerian dan juga kerajaan supaya melihat perkara yang saya utarakan. Dengan itu, sekian terima kasih.

Tuhan berkati.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan. Maksud Bekalan 26, Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan, 020300 – Pembangunan Halal dan Vendor. Peruntukan RM2.692 juta, 2026; RM2.960, 2027. Maksud Pembangunan

draft • 4:33 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

26, Butiran 19534 – Pembangunan Industri Halal dan Vendor. 2026 tidak ada peruntukan; 2027 RM5 juta.

Maklum bahawa KUSKOP menyokong usahawan PMKS dan koperasi dalam industri halal melalui pembiayaan, pembangunan kapasiti dan juga latihan, akses pemasaran domestik dan juga eksport. Antara bantuan kewangan yang dibangunkan dan pembangunan kapasiti adalah bantuan pematuhan pensijilan halal, pembiayaan sehingga RM10,000. Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal pembiayaan sehingga RM30,000. Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal dan geran bantuan sehingga RM10,000.

KUSKOP juga menyediakan PKS, geran bantuan Program Pembangunan Kapasiti Usahawan – Halal Sukses KUSKOP, dana bantuan sehingga RM15,000 bagi menyokong proses permohonan pensijilan halal di Malaysia untuk tahun 2026.

Dimaklumkan, KUSKOP telah membantu lebih daripada 3,000 PMKS dan koperasi memperoleh sijil halal dalam tempoh lima tahun.

Persoalannya, berapakah jumlah dana dan peruntukan yang telah dibelanjakan setakat ini bagi tujuan-tujuan tersebut? Apakah sumber kewangan bagi bantuan kewangan dan pembangunan kapasiti halal sebelum ini sebab Butiran 19534 tiada peruntukan pada tahun 2026? Dan adakah dana diberikan hanya melalui SME Corp, Bank Rakyat ataupun TEKUN Nasional ataupun ada peruntukan yang lain? Apakah perancangan penggunaan dana RM5 juta pada tahun 2027 di bawah Butiran 19534?

Data menunjukkan bahawa 200,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang terlibat dalam industri halal tempatan hanya sekitar 8,000 sahaja yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Saya ingin menyentuh berkaitan kebimbangan masyarakat apabila berlaku ketidakpatuhan penyembelihan yang mana ekoran daripada Ops Salju pada 30 Oktober 2026 di mana serbuan penyembelihan ayam di Puchong yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan 12 individu daripada Bangladesh dan juga Pakistan dikenal pasti semasa penyembelihan dan tiada tauliah penyembelihan daripada Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

Pertanyaan saya, adakah KUSKOP mempunyai data atau data rasmi PMKS yang terlibat dalam bidang tempat ataupun pusat penyembelihan dan mendapat dana pembiayaan daripada KUSKOP? Selain daripada kawal selia daripada agensi teknikal dan agama seperti sijil pendaftaran SSM, lesen veterinar dan kelulusan PBT, adakah

draft • 4:33 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

syarikat yang— syarikat yang ada itu dengan memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta memastikan setiap penyembelihan memiliki tauliah yang sah dikenakan oleh KUSKOP sebelum apa-apa bentuk bantuan dan dana daripada KUSKOP diluluskan?

Apakah tindakan yang diambil oleh KUSKOP di bawah kuasanya sekiranya PMKS yang berkepentingan atau mendapat dana daripada dana, geran pembangunan dan lain-lain sekiranya aktiviti industri tidak mematuhi ataupun mempunyai kesalahan termasuk tidak mempunyai sijil halal dan tauliah penyembelihan?

Saya mencadangkan bagi membantu pematuhan piawaian dan ekosistem halal di Malaysia oleh PMKS, saya mencadangkan agar KUSKOP membangunkan data PMKS yang terlibat dalam pengendalian tempat atau pusat penyembelihan dan KUSKOP turut membantu dalam penguatkuasaan dan pemantauan ini agar akhirnya keterjaminan halal dipatuhi dan meyakinkan rakyat. PMKS di bawah KUSKOP ini menjadi pilihan kepada rakyat dalam isu makanan halal dan mematuhi kerajaan. Terima kasih.

draft • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 4:33 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Puan Pengerusi. Merujuk kepada B.26, Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan, memperluas akses pasaran dan ekosistem usahawan Sabah. Dato’ Pengerusi, saya bagi pantun untuk Timbalan Menteri yang ada hari ini.

Buai laju-laju, Sampai pokok nangka; Bila usahawan maju, Cakap dan sedekah jangan lupa. Isu utama yang perlu diberikan perhatian terutamanya bagi usahawan di Sabah ialah akses pasaran. Cabaran ini turut melibatkan kos logistik, penyimpanan, pengedaran dan juga penghantaran produk ke pasaran domestik mahupun antarabangsa. Contohnya, pengusaha makanan, usahawan industri hiliran dan hasil laut di Pantai Timur Sabah memerlukan ekosistem rangkaian yang lebih cekap.

draft • 4:38 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Persoalan saya, berapakah jumlah usahawan luar bandar Sabah yang berjaya menaik taraf perniagaan daripada mikro kepada kecil dan sederhana melalui program pembiayaan dan bimbingan KUSKOP? Apakah pendekatan strategi kementerian bagi mengurangkan kos pengangkutan, penyimpanan sejuk dan pengedaran produk hiliran usahawan luar bandar Sabah? Apakah kementerian mempunyai rekod perkembangan jualan, produktiviti dan jumlah pekerja yang mengukur kejayaan peserta selepas menerima bantuan?

draft • 4:38 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Matlamat utama pembangunan usahawan luar bandar di Sabah bukannya sekadar menghasilkan produk, tetapi turut berupaya memasarkan dan mengembangkan perniagaan ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Puan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin bergantung kepada teknologi digital, usahawan luar bandar tidak boleh terus ketinggalan daripada arus pendigitalan. Namun, kita perlu mengakui bahawa usahawan di kawasan pedalaman Sabah masih berhadapan dengan kekangan capaian Internet, kos peranti, dan kekurangan kemahiran digital.

Saya ingin mencadangkan supaya KUSKOP memperluaskan latihan secara praktikal melalui SME Corporation, INSKEN, dan agensi berkaitan. Hal ini khusus bagi membantu usahawan mikro menggunakan teknologi digital untuk mengurus kewangan dan memperluas produk pasaran. Persoalan saya, bagaimanakah KUSKOP membantu usahawan tradisional yang kurang mahir menggunakan teknologi untuk beralih kepada operasi e-dagang? Apakah mekanisme susulan KUSKOP bagi memastikan usahawan yang mengikuti latihan digital turut mendapatkan bimbingan berterusan?

Puan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kementerian kepada potensi pembangunan usahawan halal di Sabah, khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Memperkukuhkan hab halal di Pantai Timur Sabah merujuk kepada Butiran 020300 – Pembangunan Halal dan Vendor.

Kita sedia maklum bahawa Pantai Timur Sabah mempunyai kelebihan dari segi sumber pertanian, ekonomi biru dan industri produk hiliran. Saya berpandangan KUSKOP perlu memperluas program pembangunan kapasiti usahawan industri halal kepada usahawan di Pantai Timur Sabah. Saya mengambil maklum bahawa KUSKOP telah melaksanakan Bengkel Kesedaran Halal Usahawan MADANI Sabah pada Ogos 2024 yang disertai seramai 168 usahawan. Walau bagaimanapun, usahawan turut

draft • 4:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

memerlukan akses kepada makmal pengujian, kemudahan pemprosesan berpiawaian serta jaringan pembeli dan pengedar.

Persoalannya, apakah mekanisme penyelarasan KUSKOP dengan kerajaan negeri bagi memastikan usahawan di Pantai Timur Sabah mendapat manfaat daripada pembangunan halal ini? Adakah kementerian bersedia mempertimbangkan model hab halal serta lain ataupun pusat sokongan pemantauan halal kepada PMKS luar bandar di Sabah. Kita perlu memastikan Pantai Timur Sabah bukan sekadar pengeluar bahan mentah, tetapi dibangunkan sebagai hab halal yang mampu meneruskan pasaran domestik dan antarabangsa.

Dengan itu, saya berharap KUSKOP dapat memperkukuh pendekatan pembangunan usahawan dan koperasi yang lebih berfokus, bersepadu serta berorientasikan hasil. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Puan Pengerusi.

Masjid Tanah ingin merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan dan juga Butiran 19536 – Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil.

Pada tahun 2024, transaksi dagang Malaysia mencecah lebih kurang RM1.288 trilion dan transaksi antara perniagaan dengan pengguna pula berjumlah RM374.7 bilion. Yang ini meningkat sebanyak 11.3 peratus dan pastinya kita mengalu-alukan mengikut peredaran zaman, kita mengalu-alukan perkembangan ekonomi digital, tetapi adakah kita di Malaysia ini menyediakan medan persaingan yang adil kepada semua usahawan?

Peniaga hari ini, kedai fizikal harus menyediakan sewa, api, air, lesen perniagaan, gaji pekerja dan juga pelbagai kos lagi yang perlu dipatuhi. Pada masa yang sama, mereka perlu bersaing dengan pemain besar, jerung besar dalam platform digital termasuk penjual luar negara yang mempunyai lebih advantage kelebihan dari segi skala, modal, dan juga harga.

Saya pernah sentuh berkenaan perkara ini dalam perbahasan yang lepas dan saya ingin bertanya. Pastinya pihak kementerian dah ada pun melaksanakan kajian-

draft • 4:43 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

kajian dan apakah perancangan pihak kementerian mengenai kesan perkembangan e- dagang terhadap kelangsungan, kesan secara langsung kepada pihak usahawan khususnya di pekan-pekan kecil, contohnya di Masjid Tanah dan sebagainya?

Dan apakah peranan yang KUSKOP mainkan bersama dengan pihak MyCC dan juga pihak KPDN untuk meneliti struktur dari segi komisen platform, amalan penetapan harga dan juga persaingan daripada penjual merentas sempadan? Begitu juga kita tak lama lagi, hujung bulan Januari kita akan menyambut bulan Ramadan. Jadi, apakah peruntukan pembangunan penjaja dan juga peniaga kecil yang boleh mendapat manfaat dari peningkatan jumlah daripada RM1 juta kepada RM3 juta ini?

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 020500 dan juga peruntukan pembangunan SME Corp Malaysia, Tuan Pengerusi. Dan saya ingin penjelasan khusus berkenaan dengan kedudukan Bumiputera Enterprise Enhancements Program (BEEP) di bawah SME Corp.

Dahulunya, BEEP menawarkan geran padanan sampai RM500,000, tetapi hari ini saya difahamkan hanya setakat RM200,000 dan dikenakan faedah sebanyak 3.5 peratus. Dahulunya boleh dapat geran sampai 90 peratus, 10 peratus sahaja yang kena bayar. Sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri Itulah yang kita promote kan kepada usahawan-usahawan supaya merebut apa juga peluang yang ada di bawah SME Corp., tetapi hari ini dah berubah dan kita juga melihat pengenalan Program BRAVE yang menawarkan pembiayaan sehingga RM1 juta.

Persoalan saya mudah, apa nasib geran BEEP pada hari ini? Adakah ia dikurangkan, dibekukan ataupun digantikan secara berperingkat dengan pinjaman dan saya mohon Menteri membentangkan pecahan peruntukan geran dan juga pinjaman khusus usahawan bumiputera daripada tahun 2023 sampai 2026.

Pada 22 Oktober yang lalu, kementerian mengumumkan sokongan sebanyak RM67.9 bilion kepada PMKS di bawah Belanjawan 2027, tapi RM57 bilion ataupun hampir 84 peratus merupakan pinjaman dan juga jaminan pembiayaan. Sebenarnya berapa jumlah geran yang sebenar? Dan kita harus bezakan antara akses pembiayaan dengan kemampuan bayar balik pembiayaan dan kita harap Menteri boleh memberikan komitmen yang jelas sama ada geran pembangunan khusus usahawan bumiputera akan diteruskan ataupun tidak pada tahun 2027 ya.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan gaji minimum dan juga kemampuan PKS menjelang tahun 2027. Saya menyokong prinsip bahawa pekerja

draft • 4:43 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

berhak memperoleh gaji yang bermaruah. Namun, kerajaan juga perlu pastikan majikan kecil, usahawan-usahawan kecil ini mempunyai kemampuan untuk membayar gaji pekerja-pekerja mereka tersebut secara mampan.

Kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 bagi sebuah perusahaan yang mempunyai 10 pekerja pada kadar minimum, bermakna tambahan kos RM2,000 sebulan ataupun RM24,000 setahun. Itu adalah satu jumlah yang cukup besar untuk satu usahawan yang kecil ya. Jadi, kalau kita tengok bagaimana negara Singapura melaksanakan Progressive Wage Credit Scheme yang mana juga turut membiayai 30 peratus kepada kenaikan gaji pekerja yang memenuhi syarat pada tahun 2026 dan juga 2027.

Sebab itu saya ingin bertanya kepada pihak KUSKOP, adakah pihak KUSKOP berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Sumber Manusia untuk memperkenalkan mekanisme seumpama itu untuk di negara kita? Jadi, saya rasa itu sahaja. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Pengerusi. Itu sahaja daripada Masjid Tanah.

draft • 4:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 4:43 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Puan Pengerusi ya. Pulai ingin merujuk kepada Butiran 19530 – Pembangunan dan Peningkatan PKS. Adakah lebih banyak perusahaan kecil berjaya berkembang menjadi perniagaan berskala sederhana ya? Peruntukan bagi peningkatan dan pembangunan PKS meningkat sebanyak RM20 juta kepada RM112 juta pada tahun 2027.

Ini merupakan peningkatan yang baik kerana PMKS merupakan antara penyumbang penting kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Namun, cabaran utama bukan sekadar memastikan lebih banyak syarikat menerima bantuan atau menyertai program pembangunan.

Persoalan yang lebih besar adalah, berapa ramai perusahaan mikro berjaya berkembang menjadi perusahaan kecil dan seterusnya perusahaan sederhana.

draft • 4:49 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kita tidak mahu program pembangunan PMKS hanya tertumpu kepada latihan, seminar dan penyertaan program, tetapi tidak menghasilkan perubahan sebenar

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

terhadap prestasi perniagaan. Ukuran kejayaan sepatutnya merangkumi peningkatan hasil jualan, produktiviti, bilangan pekerja, akses kepada pasaran serta keupayaan syarikat menembusi pasaran eksport.

Soalan kepada Menteri adalah, berapakah jumlah PMKS yang telah berjaya meningkatkan kategori perniagaan mereka daripada mikro kepada sederhana, yang daripada mikro kepada kecil dan daripada kecil kepada sederhana dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Keduanya, dari segi peruntukan RM112 juta ini, berapakah sasaran PMKS yang akan menerima manfaat secara langsung?

Dan yang ketiga, adakah KUSKOP mempunyai mekanisme pemantauan bagi memastikan syarikat yang menerima bantuan benar-benar mencatatkan peningkatan hasil jualan dan produktiviti, bukan sekadar menyertai program semata-mata?

Yang keduanya, Pulai ingin menyentuh tentang Butiran 30000 iaitu pembiayaan TEKUN Nasional, bagaimana memastikan pembiayaan benar-benar membantu usahawan keluar daripada kitaran perniagaan kecil.

Peruntukan pembangunan bagi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga yakni TEKUN Nasional meningkat sebanyak RM20 juta kepada RM550 juta pada tahun 2027.

Pembiayaan seperti ini penting khususnya kepada peniaga kecil, penjaja usahawan, usahawan mikro dan mereka yang sukar mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan komersial.

Namun, akses kepada pembiayaan sahaja tidak semestinya menjamin kelangsungan sesebuah perniagaan. Ada usahawan yang mendapat modal, tetapi masih berdepan dengan masalah aliran tunai, kos operasi, persaingan harga dan kekurangan kemahiran menguruskan kewangan. Oleh itu, pembiayaan perlu disertai dengan kebimbangan perniagaan dan pemantauan selepas pembiayaan diberikan.

Kerajaan juga perlu melihat sama ada penerima pembiayaan berjaya meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan atau sekadar menggunakan pembiayaan untuk menampung kos operasi sedia ada.

Soalan Pulai adalah, apakah kadar kelangsungan perniagaan dalam kalangan penerima pembiayaan TEKUN selepas tiga tahun hingga lima tahun.

Keduanya, apakah TEKUN mempunyai mekanisme bimbingan dan pemantauan bagi membantu usahawan yang menerima pembiayaan, tetapi berdepan kesukaran mengembangkan perniagaan? Yang ketiga, apakah langkah kerajaan untuk

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

memastikan pembiayaan TEKUN dapat diperluas kepada usahawan baharu dan golongan yang tidak mempunyai rekod kewangan kukuh?

Ketiganya, Pulai ingin menyentuh Butiran 19534 iaitu Pembangunan Industri Halal dan Vendor, bagaimana memastikan PMKS tempatan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan syarikat besar. Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta pada tahun 2027 bagi pembangunan halal dan vendor. Langkah ini penting kerana industri halal menjadi potensi besar untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Manakala, pembangunan vendor boleh membuka ruang kepada PMKS tempatan menyertai rantaian bekalan syarikat besar.

Namun, cabaran sering dihadapi oleh PMKS bukan sekadar mendapatkan pensijilan atau menyertai program pembangunan vendor. Cabaran sebenar adalah mendapatkan kontrak, memenuhi standard kualiti, menyediakan kapasiti pengeluaran dan memastikan produk mereka mampu bersaing dengan pembekal yang lebih besar.

Kita perlu mengelak keadaan di mana usahawan hanya berjaya mendapatkan sijil atau menyertai program semata-mata.

Persoalan Pulai adalah, berapakah jumlah PMKS yang disasarkan untuk dibangunkan sebagai vendor kepada syarikat berkaitan dengan GLC, syarikat multinasional dan industri utama.

Kedua, apakah mekanisme yang disediakan bagi memastikan PMKS tempatan mendapat peluang sebenar dalam rangkaian bekalan syarikat besar?

Ketiganya, berapakah sasaran syarikat yang akan dibantu mendapatkan pensijilan halal dan seterusnya menembusi pasaran eksport?

Dan keempatnya adalah, bagaimana KUSKOP mengukur keberhasilan program ini selain daripada jumlah penyertaan latihan dan jumlah syarikat yang menerima pensijilan? Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Butiran 19536 – Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil. Butiran 00606 – Pembangunan Perusahaan Mikro. Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS. Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem.

draft • 4:54 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Saya menyambut baik peningkatan peruntukan di bawah Butiran 19536 daripada RM1 juta kepada RM3 juta bagi pembangunan penjaja dan peniaga kecil. Dalam Belanjawan 2027, kerajaan telah mengumumkan peningkatan had pembelian barangan bebas cukai kepada RM10,000 bagi Langkawi serta lanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia sehingga tahun 2027.

Namun, isu semasa yang menghimpit peniaga kecil dan PMKS di Langkawi ialah kos logistik keluar masuk pulau. Persaingan sengit dengan pengusaha besar serta kekangan modal untuk menaik taraf premis dan pendigitalan perniagaan agar setanding dengan piawaian pelancongan antarabangsa.

Soalan saya kepada kementerian, berapakah pecahan khusus daripada peruntukan RM3 juta tersebut dan RM112 juta di bawah Butiran 19530 yang akan disalurkan terus kepada peniaga kecil di kawasan tumpuan pelancongan seperti Pantai Cenang, Pekan Kuah dan juga destinasi baharu seperti Pulau Tuba.

Memandangkan Peruntukan Mengurus bagi Butiran 020200 berkurang kepada RM3 juta dan Butiran 020500 – SME Corp. turut menyusut kepada RM42 juta— bagaimana kementerian akan memastikan program pendigitalan, pemasaran dan bimbingan produk tempatan Langkawi tidak terjejas menjelang Tahun Melawat Malaysia 2027?

Keberkesanan pembiayaan mikro dan juga kos sara hidup usahawan. Saya ingin bertanya daripada RM550 juta yang diperuntukkan di bawah Butiran 30000, berapakah jumlah kuota pembiayaan yang dikhaskan untuk usahawan pelancongan komuniti, pengusaha bot, pelancongan inap desa atau homestay dan usahawan belia di Langkawi.

Apakah angka intervensi bersepadu antara TEKUN dan INSKEN, Butiran 040500, untuk membantu usahawan mikro yang berdepan masalah aliran tunai agar mereka tidak tercicir?

Saya juga nak menyentuh UK— sorry. Pemerkasaan gerakan koperasi pelancongan dan imuniti. Berapakah peruntukan pembangunan SKM dikurangkan ketika kementerian meletakkan sasaran lonjakan perolehan koperasi sebanyak RM80 bilion dan peningkatan koperasi aktif kepada 3.00 pada tahun 2027.

Sejauh manakah Suruhanjaya Komunikasi dan institut komunikasi merancang geran pemadanan dan latihan hospitaliti kursus untuk koperasi kariah masjid dan koperasi komuniti pulau di Langkawi.

draft • 4:54 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Saya nak menyentuh UK SMEWG. Langkawi kini giat memposisikan dirinya sebagai hab pelancongan mesra Muslim dan destinasi pelancongan antarabangsa, menerusi penganjuran program padanan perniagaan global. Saya melihat peruntukan baharu berjumlah RM5 juta di bawah Butiran 19534 bagi pembangunan industri halal dan vendor merupakan peluang yang amat tepat.

Bagi UK SMEWG, working group SME, saya nak bertanya apakah objektif, skop pelaksanaan dan pencapaian United Kingdom SME Working Group di bawah KUSKOP dalam memperluaskan pasaran PMKS Malaysia ke United Kingdom.

Dan berapakah jumlah usahawan tempatan yang telah berjaya memperolehi kontrak eksport, pelaburan atau rakan niaga melalui platform ini sejak penubuhannya?

Daripada peruntukan RM463,000 bagi kepengerusian SMEDWG dan UK SMEWG pada 2026, berapakah jumlah yang diperuntukkan khusus untuk aktiviti Malaysia-UK dan apakah KPI yang ditetapkan?

Akhir sekali, apakah langkah KUSKOP untuk memastikan PMKS luar bandar, usahawan wanita, belia dan perusahaan kecil di negeri Kedah turut mendapat peluang menyertai program perdagangan pelaburan Malaysia dan UK?...

draft • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:54 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Saya membaca juga ada tuduhan yang menyatakan bahawa wang peruntukan UK SMEWG ini banyak digunakan untuk lawatan dan mesyuarat di United Kingdom. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah ada kebetulan tuduhan ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.

draft • 5:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin turut serta membahaskan bekalan Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi bagi tahun 2027. Jadi, saya menyambut baik peruntukan RM1.028 bilion kepada KUSKOP serta kemudahan pembiayaan dan jaminan PMKS yang dinaikkan kepada RM57 bilion.

draft • 5:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi, kerajaan menamakan 2027 tahun PMKS. Namun, ukuran sebenarnya bukannya juga angka yang di Kuala Lumpur, tetapi sama ada ia sampai ke penjual di Sandakan dan juga seterusnya.

Jadi, saya ingin mengucapkan kepada TEKUN Nasional dengan saya punya butiran hanya dua sahaja adalah, saya ingin tanya kepada TEKUN Nasional kini memproses permohonan dalam tujuh hari dan pembiayaannya RM20,000 diluluskan dalam 24 jam, jadi saya mohon kecekapan ini sebenar-benar dirasai peniaga di Sandakan, Tanjong Papat dan Elopura, tetapi ramai usahawan mikro kita daripada penjaja di pasar besar hingga peniaga di taman perumahan tidak mempunyai dokumen perniagaan yang lengkap atau kemahiran digital untuk memohon dalam talian. Pantas di kaunter tidak bermakna pun bagi mereka.

Jadi, saya mohon KUSKOP menjadikan satu unit bergerak TEKUN, AIM dan juga SME Corp., satu jadual tetap di Sandakan dan juga— dan bukan satu program berkala.

Saya hanya ada satu lagi berkenaan dengan, berkenaan dengan itu Sijil Halal.

Jadi, berkenaan dengan digital dan pemasaran produk hasil halal. Jadi, Sandakan terkenal dengan hasil laut kering, sarang burung walet dan juga produk makanan tradisional. Geran padanan sehingga RM5,000 untuk pensijilan halal kali pertama amat relevan. Jadi, saya mohon satu klinik pensijilan halal dan juga pembungkusan diadakan di Sandakan supaya usahawan tidak perlu ke Kota Kinabalu.

Begitu juga dengan peruntukan RM30 juta untuk membantu 4,000 PMKS untuk menggunakan AI dan automasi. Jadi, saya juga ingin tahu, berapa kuota akan sampai ke Sandakan dan untuk di Pantai Timur? Jadi, itu sahaja daripada Sandakan. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 5:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya merujuk B.26 Bekalan 020100 – Dasar dan Hubungan Antarabangsa. Peruntukan dikurangkan daripada RM7.689 juta Belanjawan 2026 kepada RM7.431 juta dalam Belanjawan 2027. ANGKASA telah menjadi anggota International Cooperative Alliance (ICA) sejak 1972 dan diiktiraf

draft • 5:02 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

sebagai badan APEC yang mewakili Gerakan Koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa, membawa suara koperasi Malaysia dalam forum ICA.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dipilih sebagai Ahli Lembaga ICA bagi tempoh 2026 hingga 2030. Tahniah saya ucapkan. ANGKASA mempunyai pengalaman yang boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa termasuk dalam bidang pembiayaan koperasi, pertanian, peruncitan, pembangunan komuniti, pendidikan koperasi dan sistem potongan gaji. Oleh itu, saya mencadangkan ANGKASA perlu membangunkan satu platform iaitu Malaysia Cooperative Model yang didokumentasikan secara profesional dan boleh dipromosikan kepada negara-negara membangun.

Selain itu, saya juga memohon penjelasan. Pertama, adakah kerajaan bercadang meningkatkan peruntukan kepada ANGKASA bagi tujuan memperluaskan program pembangunan, pembiayaan, pendigitalan dan pengantarabangsaan koperasi khususnya koperasi kecil dan sederhana?

Kedua, bagaimanakah ANGKASA memastikan generasi muda dan koperasi kecil turut mendapat manfaat daripada jaringan antarabangsa tersebut, bukan hanya koperasi besar sahaja.

Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Ramai usahawan khususnya usahawan mikro dan B40 menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan kerana tidak mempunyai cagaran, rekod kewangan tidak lengkap, aliran tunai tidak konsisten, skor kredit yang rendah dan sukar memenuhi syarat pinjaman oleh institusi kewangan. Begitu juga ramai usahawan mampu menghasilkan produk, tetapi gagal mendapatkan pasaran yang berterusan.

Oleh itu, kerajaan perlu membantu usahawan masuk ke pasar raya, e-dagang, platform digital, sektor kerajaan, GLC, rantaian bekalan syarikat besar dan pasaran eksport. Bagi usahawan luar bandar, perlu ada pendekatan khusus untuk usahawan di kampung kerana mereka berhadapan dengan isu pemasaran yang kecil, internet dan infrastruktur digital yang tidak sekata, kos penghantaran, kekurangan premis perniagaan dan kurang akses kepada latihan dan khidmat nasihat.

draft • 5:02 PM

Saya ingin mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri

pertama, berapakah jumlah usahawan yang telah menerima bantuan KUSKOP dalam tempoh lima tahun terakhir.

draft • 5:02 PM

Saya ingin mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri

Kedua, berapa peratuskah penerima yang benar-benar berjaya meningkatkan jualan, mendapat keuntungan dan menambah bilangan pekerja selepas menerima bantuan?

Ketiga, apakah strategi KUSKOP untuk membantu usahawan mikro yang tidak mempunyai cagaran, rekod kewangan yang kukuh atau akses kepada pembiayaan institusi kewangan?

020300 – Pembangunan Halal dan Vendor. Negara kita mempunyai reputasi yang baik dalam ekosistem halal, tetapi cabarannya ialah memastikan produk PMKS halal Malaysia dapat berkembang menjadi jenama antarabangsa. KUSKOP telah menyediakan program pengantarabangsaan usahawan halal untuk meningkatkan akses PMKS halal ke pasaran global. Namun begitu, perlu dipastikan program tersebut menghasilkan jualan dan eksport sebenar, bukan hanya penyertaan dalam pameran atau misi perdagangan.

Laporan Audit Dalam KUSKOP 2025 mengenai Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal (PPKUIH) mengenal pasti beberapa kelemahan pengurusan program. Antaranya, daripada 351 usahawan yang menerima geran hanya 295 atau 84 peratus telah mengemukakan permohonan pensijilan halal bahkan terdapat penerima yang belum memperoleh Sijil Halal.

Buletin Utama TV3 malam tadi, Edisi 8.00 Malam, 24 November 2026 melaporkan Syarikat Ayam Segar BM Sendirian Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memperdaya pengguna berhubung status halal bekalan ayam mentah sebanyak 6.5 tan bernilai RM85,400. Premis syarikat ini beroperasi tanpa Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak 10 tahun yang lalu. Tambahan pula, proses penyembelihan dikendalikan oleh pekerja warga asing yang tidak ada tauliah atau sijil penyembelihan yang sah oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau JAKIM.

Terkait dengan isu ketiadaan SPHM di atas, soalan saya di sini ialah pertama, Laporan Audit Dalam KUSKOP 2025 mendapati, daripada 351 penerima geran PPKUIH hanya 295 atau 84 peratus telah mengemukakan permohonan Sijil Halal? Apakah tindakan susulan KUSKOP terhadap syarikat tersebut? Begitu juga baki penerima geran yang belum mengemukakan permohonan Sijil Halal tersebut.

Terakhir, 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

(SME Corp. Malaysia)...

draft • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 5:02 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Peruntukan tahun 2026 berjumlah RM44.4 juta. Manakala 2027 berjumlah RM42.7 juta, pengurangan sebanyak RM1.7 juta. SME Corp. ialah agensi penyelaras pusat di bawah KUSKOP yang menyelaras program pembangunan PMKS merentasi kementerian dan agensi berkaitan. Ia juga menjadi pusat rujukan data dan khidmat nasihat PMKS.

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, berapakah jumlah PMKS yang telah menerima manfaat daripada program SME Corp?

Kedua, berapa peratuskah usahawan yang berjaya meningkatkan jualan, keuntungan, produktiviti dan bilangan pekerja selepas menerima bantuan dan apakah langkah SME Corp untuk membantu PMKS yang berdaya maju, tetapi gagal mendapatkan pembiayaan kerana tidak mempunyai cagaran rekod kredit atau penyata kewangan yang kukuh? Sekian, terima kasih.

draft • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 5:02 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya terus ke perbahasan. Pertama saya merujuk kepada Butiran 30000 — TEKUN Nasional serta Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS.

Saya ingin tahu, berapakah penerima pembiayaan tahun 2026 dan sasaran penerima pembiayaan bagi tahun 2027 khususnya dalam kalangan usahawan mikro dan usahawan luar bandar Sarawak dan Sabah termasuk Parlimen Batang Sadong? Adakah sasaran khusus ditetapkan untuk golongan ini?

Selain jumlah pembiayaan yang disalurkan, saya juga ingin mengetahui prestasi pembayaran balik pembiayaan TEKUN dan agensi berkaitan serta bagaimanakah kementerian memastikan pembiayaan ini benar-benar meningkatkan prestasi perniagaan, pendapatan dan peluang pekerjaan termasuk membantu peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pembiayaan?

Di kawasan luar bandar seperti Parlimen Batang Sadong, ramai penduduk mengusahakan perniagaan makanan, produk pertanian, kraf tangan dan perniagaan dari rumah. Namun, mereka masih berdepan kekangan dari segi peralatan, pembungkusan, pensijilan, logistik dan juga akses pasaran.

draft • 5:10 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Sehubungan itu, merujuk kepada Butiran 00606 – Pembangunan Perusahaan Mikro, Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS, Butiran 19536 – Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil, serta Butiran 19534 – Pembangunan Industri Halal dan Vendor.

Berapakah sasaran penerima manfaat bagi program-program ini di Sarawak pada tahun 2027? Saya berharap bantuan yang disediakan bukan sahaja tertumpu kepada pembiayaan, tetapi turut merangkumi peralatan, latihan, pensijilan halal dan juga pembungkusan dan pemasaran. Bagi usahawan yang berpotensi menjadi vendor pula, apakah bentuk bimbingan yang disediakan untuk membantu mereka meningkatkan standard produk dan memenuhi syarat sebagai vendor, seterusnya menembusi pasaran yang lebih luas?

Seterusnya, peruntukan bagi Program Peningkatan dan Pembangunan PKS di bawah Butiran 19530. Dalam keadaan ekonomi yang semakin kompetitif, PMKS perlu meningkatkan produktiviti dan menyesuaikan operasi perniagaan dengan perkembangan teknologi.

Apakah langkah kementerian untuk memperluas latihan praktikal berkaitan kecerdasan buatan ataupun AI, automasi dan pemasaran digital khususnya kepada perusahaan mikro dan kecil? Pada pandangan saya, latihan sahaja tidak mencukupi. Ia perlu disertai bimbingan pelaksanaan supaya teknologi ini benar-benar dapat digunakan dalam operasi harian dan meningkatkan daya saing perniagaan.

Seterusnya Puan Pengerusi, di bawah Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi. Saya menghargai usaha kementerian dalam mempelbagaikan aktiviti ekonomi gerakan koperasi dalam sektor berimpak tinggi seperti keterjaminan makanan, logistik, tenaga hijau, teknologi digital, pelancongan komuniti dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada model tradisional iaitu sektor kredit dan juga sektor peruncitan.

Sehubungan itu, apakah pencapaian setakat ini dari segi bilangan dan peratusan koperasi yang telah menceburi sektor-sektor baharu ini? Apakah pula sasaran kementerian bagi tahun 2027?

Dalam konteks pembangunan koperasi di Malaysia Timur, saya ingin membangkitkan cadangan pembangunan pusat pengedaran koperasi di Sabah dan Sarawak. Di bawah Butiran 13005 iaitu pembangunan koperasi, adakah peruntukan ini turut merangkumi pembangunan atau peluasan pusat pengedaran koperasi di Sabah dan Sarawak seperti yang pernah dirancang oleh kementerian pada tahun 2023?

draft • 5:10 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Saya berharap perancangan ini dapat diteruskan bagi memperkukuh rangkaian bekalan Coop Mart, mengurangkan kos logistik serta memastikan bekalan barangan keperluan harian di kawasan luar bandar dan pedalaman sentiasa mencukupi pada harga berpatutan.

Seterusnya, di bawah Butiran 030300 – IKMa. Menurut IKMa pada Mei 2026, lebih 16,000 koperasi kini berdepan kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan keusahawanan.

Apakah sasaran IKMa untuk melatih tenaga kerja profesional dalam pengurusan koperasi termasuk di Sarawak? Saya juga mencadangkan supaya IKMa, SKM dan ANGKASA memperluas kerjasama dengan universiti dan institusi pengajian tinggi di Sarawak bagi melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran dalam bidang pengurusan kewangan dan teknologi.

Akhir sekali, sikit lagi Puan Pengerusi, di bawah Butiran 10200 iaitu peningkatan teknologi maklumat dan komunikasi.

Apakah sasaran kementerian untuk memperluas penggunaan teknologi digital melalui inisiatif DigiKop 2030 dan Cooperative Digital Empowerment ataupun CODE?

Juga, berapakah sasaran koperasi yang akan menerima manfaat? Dan bagaimana keberhasilannya diukur dari segi peningkatan produktiviti serta prestasi perniagaan koperasi? Itu sahaja dari Batang Sadong Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 5:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Assalamualaikum dan terima kasih kepada Pengerusi kerana beri laluan kepada Kulim-Bandar Baharu untuk perbahasan Belanjawan 2027, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi peringkat Jawatankuasa.

Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 010300 – Teknologi Maklumat, yang mana dipotong daripada RM23.7 juta kepada RM16.84 juta iaitu susut sebanyak 29 peratus. Walaupun projek sebanyak 10,200, peningkatan ICT di bawah P.26 naik kepada RM8 juta, peruntukan ICT keseluruhannya masih berkurangan sebanyak RM6.14 juta.

Pemotongan ini berlaku ketika kementerian menjanjikan kelulusan pembiayaan TEKUN

draft • 5:16 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

dalam masa 24 jam, pelan tindakan skil yang menekankan kecerdasan buatan untuk PMKS serta proses permohonan koperasi yang lebih mudah.

Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2023 pernah mendapati pengurusan dana TEKUN kurang memuaskan. Soalan saya, sistem apakah yang akan terjejas dengan pengurangan ini?

Tabung Modal Pusingan SKM. Tuan Pengerusi, perkara seterusnya menyentuh gerakan koperasi. Pertamanya, berkenaan dengan Tabung Modal Pusingan SKM. Saya mendapati bahawa Tabung Modal Pusingan SKM tidak dinyatakan secara khusus dalam mana-mana butiran di bawah B.26 mahupun P.26. Peruntukan kepada SKM di bawah Butiran 030200 hanya RM91 juta, manakala projek 13005 – Pembangunan Koperasi, pula sekadar RM10.5 juta.

Soalan saya, melalui butiran atau akaun amanah manakah Tabung Modal Pusingan dibiayai bagi tahun 2027 dan berapakah jumlahnya?

Namun, Menteri mengumumkan peruntukan dinaikkan daripada RM76.7 juta kepada RM226 juta bagi 2026, tetapi Ketua Pegawai Eksekutif SKM pula menyebut dana modal pusingan RM50 juta dengan hanya kira-kira RM20 juta disalurkan. Masalahnya bukan kekurangan dana, tetapi isu penyaluran. Timbalan Menteri sendiri mengakui jumlah permohonan adalah rendah dan meminta kerenah birokrasi dikurangkan.

Manakala syarat penyata kewangan teraudit tiga tahun menyisihkan koperasi bersaiz kecil untuk permohonan. Saya memohon pertimbangan supaya kementerian untuk melihat perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

Ketiga, caruman berkanun di mana masih terdapat kekeliruan mengenai pembahagian berkanun di bawah seksyen 57, Akta Koperasi 1993. Ramai anggota koperasi menyangka bahawa 15 hingga 18 peratus daripada pendapatan kasar mereka dipotong begitu sahaja oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Hakikatnya, pengiraan ini dibuat berdasarkan untung bersih teraudit dan sebahagian besarnya ialah 15 peratus daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori kekal sebagai aset dan rizab dalaman koperasi itu sendiri, manakala hanya tiga peratus disalurkan keluar daripada tabungan amanah seliaan SKM

draft • 5:16 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Namun demikian Tuan Pengerusi, wujud realiti tekanan aliran tunai yang perlu diberi perhatian serius oleh KUSKOP agar koperasi mikro dan kecil tidak terbantut dengan pertumbuhannya.

draft • 5:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Justeru, saya ingin mengemukakan empat cadangan dasar pertimbangan pihak kementerian: yang pertama, mengkaji semula had pengecualian untung bersih sebanyak RM100,000.

Kedua, mengekalkan kadar KWRS yang lebih rendah dan feasibility untuk koperasi kecil.

Ketiga, menuntut ketelusan dan pulangan pelaburan bagi caruman 2 peratus KWAP.

Keempat, memperkasakan literasi kewangan dan tadbir urus di peringkat akar umbi.

‘Keempat’, kos mesyuarat agung tahunan yang menjadi kebimbangan koperasi berkeanggotaan besar, walaupun seksyen 37, Akta Koperasi 1993, membenarkan mesyuarat perwakilan.

Adakah mesyuarat agung secara hibrid dan perwakilan akan dipermudahkan melalui pindaan terhadap Akta Koperasi?

Menurut Presiden ANGKASA, hanya 277 daripada 1,400 koperasi aktif berdaftar sebagai niaga SARA, antara kerana pengimbas MyKad berharga lebih daripada RM10,000 seunit.

Adakah kementerian akan menanggung kos terminal dan mempercepatkan bayaran tuntutan SARA kepada koperasi luar bandar, serta apakah usaha kementerian untuk membantu memperbanyakkan koperasi terlibat dalam Rakan Niaga SARA?

Projek 19,000 pembangunan vendor projek baharu 19,534 pembangunan vendor halal...

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

...Di Kulim Hi-Tech— sikit lagi— telah menarik pelaburan RM181.5 bilion dan menempatkan 56 pengeluaran.

Namun demikian, peniaga Melayu Malaysia negeri Kedah menegaskan bahawa PKS tempatan sukar menembusi rantaian bekalan syarikat multinasional.

KHTP juga mempunyai 78 koperasi dengan perolehan RM56.3 juta pada tahun 2027-2023, kedua tertinggi di Kedah dan berpotensi menjadi pembekal kepada industri.

Ironinya, projek 19,900 pembangunan vendor dikurangkan daripada RM11.5 juta kepada RM8.5 juta iaitu susut sebanyak 26 peratus. Walaupun projek baharu 19,534, pembangunan industri halal dan vendor diperuntukkan sebanyak RM5 juta sahaja.

draft • 5:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Soalan saya, berapakah bahagian projek 19,534 diperuntukkan kepada vendor, terutamanya industri halal?

Adakah kementerian bersedia mewujudkan program vendor khusus bagi KHTP bersama Kulim Hi-Tech Park Corporation dengan sasaran bilangan vendor tempatan yang jelas, termasuk penyertaan koperasi tempatan?...

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 5:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 5:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Peringkat Jawatankuasa Kementerian KUSKOP. Ada tiga, empat perkara yang saya nak bangkitkan.

Perkara pertama di bawah Butiran 13005 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(SKM) - Pembangunan Koperasi, sebanyak RM10.5 juta. Saya menyambut baik pembangunan untuk koperasi di Malaysia, memang ada keperluan. Kita kena sentiasa berusaha ke arah memperkasakan koperasi yang ada di negara kita. Cuma ada dua perkara di bawah butiran ini yang saya nak bangkitkan dalam perbahasan ini.

Perkara pertama adalah, sebelum ini dikatakan bahawa akta baharu akan digubal untuk menggantikan Akta Koperasi 1993 iaitu Akta 502 yang terpakai ketika ini.

Jadi, apakah statusnya?

Pada tahun lepas, sudah ada banyak sesi libat urus dengan banyak pihak. Jadi, apakah status terkini?

Pernah dikatakan bahawa tahun ini, akta baharu itu akan digubal. Ini dah penghujung tahun, apakah ia akan digubal undang-undang baharu yang saya menyambut baik.

Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas terlibat dalam sesi libat urus dan saya menyambut baik. Sebab bagi saya, kita— satu, pemerkasaan koperasi. Kedua, memberikan ruang ataupun peluang yang lebih kepada koperasi dalam bidang perniagaan dan pelaburan yang lebih fleksibel.

draft • 5:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, perkara kedua yang saya bangkitkan adalah penyertaan koperasi sebagai Rakan Niaga SARA, Sumbangan Asas Rahmah. SARA seperti mana yang kita sedia maklum, di bawah Yayasan MyKasih. Saya dimaklumkan, statistik terkini selepas pelbagai usaha dilakukan, sama ada oleh pihak ANGKASA, SKM mahupun Yayasan MyKasih sendiri, hanya 160 koperasi peruncitan yang telah mendaftarkan diri sebagai Rakan Niaga SARA. Jauh daripada yang sepatutnya.

Kita ada dalam jumlah 16,000 lebih kurang— 16,000 koperasi di Malaysia yang terlibat dalam peruncitan pun, saya rasa 2,000 lebih, 3,000. Dan saya difahamkan, Yayasan MyKasih telah mengambil inisiatif untuk menghubungi koperasi-koperasi peruncitan yang terbabit. Banyak yang menyatakan tidak berminat, saya tak tahu kenapa. Mungkin pihak KUSKOP boleh menjawab, kenapa tak minat dan banyak yang tidak dapat dihubungi kerana nombor telefon yang digunakan itu tak boleh— tak dapat nak hubungi.

Jadi, macam mana kita nak perbanyakkan penyertaan ataupun memperbanyakkan penyertaan koperasi sebagai rakan niaga untuk SARA. Sebab ianya penting. SARA kita tahu, tahun ini RM10 bilion peruntukan dari kerajaan, tahun depan RM13 bilion. Kita hendak peniaga kecil, termasuk koperasi, terlibat secara aktif dan mendapat impak keuntungan daripada pelaksanaan SARA ini.

Perkara seterusnya yang saya nak sebutkan di bawah Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Tahun lepas RM530 juta, tahun ini RM550 juta. Satu peruntukan yang sangat besar. Ia antara yang paling besar di bawah kementerian ini. Kita sedia maklum, TEKUN ini melibatkan peniaga bumiputera dan keturunan India.

Pertama, saya nak ambil peluang ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri KUSKOP yang baharu yang melancarkan Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) pada bulan Ramadan awal tahun ini. Walaupun beliau merupakan Menteri pertama dari keturunan Cina bukan bumiputera yang memegang portfolio KUSKOP selama ini, tetapi beliau yang melancarkan. On record— kredit kena diberikan kepada Yang Berhormat Menteri KUSKOP yang kita ada.

[Tepuk] Ini bukti pemimpin Pakatan Harapan untuk semua rakyat Malaysia. Dan RM50 juta diperuntukkan di bawah skim BARAKAT— Bazar Ramadan.

Sama juga baru-baru ini, sebelum Deepavali, beliau melancarkan Program BERKAT Deepavali RM30 juta.

draft • 5:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kenapa saya kata ini penting? Rakyat Malaysia, kalau kita tengok trend kepenggunaan dia, dia banyak membelanjakan— ya lah, wang ketika ataupun sebelum perayaan. Jadi, inilah peluang untuk kita bantu peniaga kecil, penjaja menjana keuntungan. Kalau kita tak bagi suntikan modal, dia nak berniaga macam mana? Jadi, saya sangat menghargai inisiatif daripada Menteri KUSKOP.

Dan begitu juga di bawah Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS, di bawah SME Corp, RM30 juta juga diperuntukkan pada awal tahun ini sebelum Tahun Baru Cina. Sebab TEKUN tu untuk bumiputera dan India, SME Corp ini untuk masyarakat Cina, Tahun Baru Cina. Ia juga yang pertama.

Jadi maksudnya, Menteri KUSKOP kita adalah Menteri untuk semua rakyat Malaysia, semua penjaja, semua peniaga kecil. Syabas dan tahniah.

Dan perkara terakhir Pengerusi, yang saya nak sebutkan adalah, berkenaan dengan dua perkara ini. Ada tak peruntukan tambahan? Saya mohon peruntukan tambahan.

Benda yang baik, yang boleh kita bantu peniaga kecil, boleh kita bantu penjaja untuk Belanjawan 2027. Saya mohon kalau untuk Bazar Ramadan itu RM50 juta, kalau boleh naikkan kepada RM80 juta. Untuk Karnival Deepavali, Karnival Tahun Baru Cina, sebelum itu RM30 juta, tahun depan kalau boleh naik kepada RM50 juta. Itu yang kita harapkan supaya peniaga kecil kita, kita bukan bantu dengan air liur ataupun kata-kata, tetapi bantu dengan suntikan modal. Itu sahaja daripada saya, Pengerusi. Saya menyokong belanjawan untuk KUSKOP ini.

draft • 5:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 5:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan, 030200 – Hubungan Antarabangsa Kebudayaan, 020500 – Pusat Sehenti Malaysia Kedua-ku (OSC MM2H).

Kita lihat kepada Besut adalah merupakan pintu masuk utama ke destinasi pelancongan yang bertaraf dunia iaitu Pulau Perhentian melalui jeti di Kuala Besut.

Di sebalik kerancakan industri ini, kita mempunyai banyak koperasi komuniti, persatuan pengusaha bot pelancong serta pengusaha chalet yang bajet tempatan, yang

draft • 5:29 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

menjadi tulang belakang ekonomi penduduk setempat, tetapi mereka beroperasi dalam kitaran bermusim..

draft • 5:29 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apabila tiba musim tengkujuh, antara bulan November hingga Februari, operasi pelancongan terpaksa ditutup sepenuhnya. Dalam tempoh tiga hingga empat bulan ini, pendapatan mereka terhenti, tetapi komitmen bayaran balik pinjaman, kos penyelenggaraan dan juga pematuhan piawaian keselamatan maritim tetap berjalan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Justeru, di bawah peruntukan pembangunan SKM dalam bajet ini, saya pohon kementerian memperincikan, sejauh mana peruntukan tabung modal pusingan disalurkan secara bersasar kepada koperasi pelancongan di Besut khususnya dan Terengganu amnya untuk menaik taraf fasiliti serta enjin bot pelancong.

Kedua, adakah KUSKOP bercadang memperkenalkan mekanisme penjadualan semula bayaran balik pinjaman secara bermusim khusus untuk koperasi dan juga usahawan pelancongan di Pantai Timur? Supaya mereka tidak dibebani tunggakan hutang semasa musim monsun.

Selain pelancongan, Besut juga merupakan antara jelapang padi utama di Pantai Timur di bawah kawasan KETARA, di samping menjadi pengeluar hasil pertanian kontan dan juga ternakan di kawasan Hulu Besut dan juga di Jerteh.

Walaupun peruntukan pembangunan koperasi dalam belanjawan ini agak besar iaitu RM118 juta, kita masih melihat kebanyakan koperasi di peringkat daerah lebih tertumpu kepada aktiviti kredit dan juga kepenggunaan biasa, sedangkan potensi sebenar di Besut ialah koperasi berasaskan pertanian dan juga agromakanan. Jadi, petani atau penternak kecil kita ini terus tertekan dengan kenaikan harga import pertanian seperti baja, racun dan juga makanan ternakan, selain tersepit dengan penguasaan orang tengah.

Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, berapakah pecahan peruntukan khusus di bawah KUSKOP untuk membangunkan koperasi pertanian ini sebagai hab pengumpulan, pemprosesan dan juga pemasaran hasil tani, iaitu agro hub, di daerah pengeluar makanan seperti di Besut?

draft • 5:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dan kedua, bagaimana pula penyelarasan bajet antara KUSKOP dan juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dilakukan, supaya koperasi peladang di Besut mendapat akses terus kepada geran automasi dan juga pembungkusan di bawah SME Corp. tanpa perlu melalui birokrasi yang bertindih.

Dato’ Pengerusi, isu ketiga adalah isu yang sangat dekat dengan denyut nadi perniagaan kecil di bawah, di Bandar Jerteh dan juga Kuala Besut dan seluruh Daerah Besut. Saban tahun apabila Monsun Timur Laut melanda, Daerah Besut sering berdepan risiko banjir besar yang menenggelamkan premis perniagaan, merosakkan stok barangan dan juga memusnahkan peralatan penjaja dan juga usahawan mikro.

Jadi, ramai daripada peniaga pasar, pengusaha bengkel dan juga peniaga warung di Besut merupakan peminjam TEKUN Nasional dan juga Amanah Ikhtiar.

Apabila premis mereka musnah akibat banjir, mereka bukan sahaja hilang punca pendapatan mereka secara serta-merta, malah berdepan tekanan untuk memulakan semula perniagaan dari kosong.

Oleh itu, merujuk kepada peruntukan yang disalurkan kepada TEKUN dan juga AIM dalam belanjawan ini, saya mendesak agar KUSKOP memberikan komitmen jelas terhadap dua perkara.

Pertama, memastikan peruntukan ini merangkumi pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik selama sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan bagi peminjam TEKUN dan juga AIM di kawasan yang diisytiharkan banjir, seperti di Besut, tanpa perlu peminjam memohon secara rumit satu-persatu.

Dan keduanya, berapakah jumlah siling pembiayaan tanpa faedah atau geran pemulihan segera yang disediakan di bawah bajet tahun ini untuk membolehkan usahawan mikro ini membaiki premis dan juga menggantikan peralatan yang rosak akibat banjir? Supaya mereka tidak terjerat dengan pinjaman tidak berlesen.

Dato’ Pengerusi, rakyat di Besut sebenarnya hanya― sama ada pemandu bot di Kuala Besut, sama ada pesawah di Jerteh mahupun peniaga kecil di Hulu Besut tidak meminta bantuan yang melampau. Mereka hanya mahukan ekosistem pembiayaan yang adil, anjal mengikut realiti cuaca setempat dan bebas daripada kerenah birokrasi.

Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 5:30 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan empat perkara di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Pertama, saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan, soal akses pembiayaan dan kelangsungan PMKS.

Saya menyambut baik komitmen kerajaan meningkatkan jumlah keseluruhan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan kepada RM57 bilion bagi tahun 2027 berbanding dengan RM50 bilion pada tahun 2026. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM32 bilion disediakan melalui jaminan pembiayaan SJPP dan CGC, manakala pembiayaan mikro ditingkatkan kepada RM6.6 bilion.

Pencapaian KUSKOP sehingga Oktober 2026 juga menunjukkan perkembangan yang positif. Kementerian telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM12.15 bilion, bersamaan 81 peratus daripada sasaran RM15 bilion yang memanfaatkan 313,912 usahawan dan koperasi. Lebih penting, seramai 52,299 usahawan menerima akses pembiayaan buat kali pertama. Dalam tempoh yang sama, sebanyak RM4.02 bilion pembiayaan mikro telah disalurkan kepada 310,497 usahawan mikro. Ini dilaporkan oleh BERNAMA pada 19 November 2026.

Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa, kejayaan dasar pembiayaan tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah kelulusan semata-mata. Kita perlu melihat sama ada pembiayaan tersebut benar-benar membantu usahawan meningkatkan jualan, mengekalkan pekerja, memperkukuh aliran tunai dan memastikan perniagaan mereka terus bertahan.

Justeru, saya mencadangkan agar KUSKOP memperkukuhkan pemantauan selepas pembiayaan diluluskan, termasuk menilai kadar kelangsungan perniagaan penerima dalam tempoh satu hingga tiga tahun. Mekanisme pembiayaan berasaskan invois atau invoice financing juga wajar diperluaskan bagi membantu PMKS yang menghadapi masalah kelewatan pembayaran daripada pelanggan korporat dan agensi kerajaan.

Kedua, saya merujuk kepada butiran yang sama dalam konteks perlindungan peniaga tempatan dan ekonomi digital. Perkembangan e-dagang telah membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada usahawan tempatan. Namun, kita tidak boleh

draft • 5:35 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

menafikan bahawa cabaran persaingan daripada produk import yang dijual pada harga yang lebih rendah melalui platform digital rentas sempadan.

KUSKOP sendiri telah menyatakan keperluan memperkukuhkan kawal selia platform e-dagang asing, termasuk aspek persaingan yang adil, pematuhan piawaian dan keselamatan produk serta pencukaian. Perkara ini memerlukan penyelarasan antara kementerian dan agensi berkaitan supaya peniaga tempatan tidak berhadapan dengan persaingan yang tidak seimbang.

Pada masa yang sama, platform MyMall telah merekodkan seramai 5,781 usahawan berdaftar dengan nilai jualan RM24.5 juta setakat 7 Oktober 2026. Ini merupakan satu perkembangan yang baik, tetapi saya berpandangan, potensi platform ini masih boleh dipertingkatkan.

Saya ingin mencadangkan agar MyMall diperkukuhkan bukan sekadar sebagai platform penyenaraian produk, tetapi sebagai ekosistem pemasaran digital yang menyediakan latihan, promosi, analisis pasaran serta khidmat logistik dan akses kepada pasaran eksport.

Kerajaan juga perlu memastikan dasar pendigitalan tidak hanya menggalakkan peniaga tempatan memasuki platform digital, tetapi turut melindungi mereka melalui peraturan yang adil, telus dan konsisten terhadap semua pemain pasaran termasuk platform serta penjual daripada luar negara.

Ketiga, saya merujuk kepada Butiran 020100 – Dasar dan Hubungan Antarabangsa, dalam peningkatan penyertaan PMKS dalam rangkaian bekalan dan peluang pelaburan negara. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai ditambah PMKS meningkat daripada RM652.8 bilion pada tahun 2024 kepada RM689.8 bilion pada tahun 2025.

draft • 5:35 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Dalam tahun 2025, PMKS menyumbang 39.7 peratus dalam KDNK negara mencatatkan eksport sebanyak RM214.5 bilion atau pun 14.7 peratus daripada jumlah eksport negara serta menyediakan pekerjaan kepada 8.09 juta orang bersamaan 48.7 peratus daripada jumlah guna tenaga negara. Angka ini membuktikan bahawa PMKS merupakan komponen penting dalam struktur ekonomi negara.

Namun persoalannya ialah, sejauh manakah perusahaan tempatan mendapat manfaat secara langsung daripada pelaburan besar yang dibawa masuk ke Malaysia?

draft • 5:40 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Saya menyambut baik Pelan Tindakan SCALE 2027 yang menggariskan keutamaan seperti perlindungan aliran tunai, penerapan kecerdasan buatan, keperluan kandungan tempatan dan pemudahcaraan pembiayaan. Pelan ini terus membuka ruang untuk meningkatkan penyertaan PMKS tempatan dan rangkaian bekalan serta projek pelaburan berskala besar. Sehubungan itu, saya menggesa KUSKOP memperkukuh program pembangunan vendor bersama syarikat berkaitan kerjasama dan syarikat multinasional.

Tuan Pengerusi, yang keempat yang terakhir. Di bawah Butiran 04400 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), saya ingin menyentuh usaha kerajaan memperluaskan akses pembiayaan kepada usahawan masyarakat India melalui TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia termasuk sasaran pembiayaan RM50 juta melalui AIM khususnya untuk usahawan wanita masyarakat India pada tahun 2027.

Saya berharap pihak KUSKOP memastikan sasaran ini dapat dicapai, proses permohonan dipermudahkan dan pembiayaan benar-benar sampai kepada golongan wanita yang memerlukan modal untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Kita mahu usaha ini melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdikari dan berdaya saing.

Akhir sekali, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas peruntukan RM100 juta bagi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah TEKUN Nasional iaitu peningkatan sebanyak RM50 juta berbanding dengan tahun 2026. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi Butiran 030200 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dalam jawapan KUSKOP pada 12 Oktober 2026, saya— berkaitan dengan Koperasi Permodalan FELDA atau KPF, dinyatakan bahawa jumlah tuntutan untuk mendapatkan tebusan balik saham KPF ini bagi tempoh 2021 hingga Ogos 2026 adalah sebanyak RM984.87 juta, melibatkan 42,314 orang anggota yang membuat tuntutan dan baki belum bayar setakat 31 Ogos 2026 adalah RM429.67 juta.

draft • 5:42 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jadi, saya ingin meminta pihak KUSKOP untuk menjelaskan apakah baki terkini tuntutan tebusan balik saham KPF yang masih belum dibayar?

Dan yang kedua Tuan Pengerusi, saya masih lagi berkaitan dengan KPF. Saya ada bertanya satu soalan kepada pihak KUSKOP berkaitan dengan pinjaman yang diberikan oleh KPF kepada Al-Rawda Group di Arab Saudi. Dan dalam rekod kewangannya dinyatakan masih terdapat sejumlah besar yang masih belum dibayar balik.

Dan kalau ikut jawapan yang saya terima kelulusan yang diberikan oleh pihak SKM, Suruhanjaya Koperasi pada waktu itu adalah untuk pajakan hotel, tetapi apa yang berlaku dalam jawapan ini dinyatakan— dia bukan pajakan hotel, dia adalah satu pinjaman.

Jadi saya nak tanya balik, berapakah baki pinjaman yang masih belum dapat dikutip dari Al-Rawda ini?

Dan yang kedua saya nak tanya, adakah Al-Rawda yang mana KPF berurus niaga ini sama dengan Al-Rawda yang mana disebut dalam laporan RCI Tabung Haji?

Jadi saya mohon penjelasan berkaitan dengan perkara tersebut.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan dan 020100 – Dasar Hubungan Antarabangsa. Jika kita lihat keseluruhan ekosistem PKMS, sebelum datangnya ledakan digital. Pada waktu itu, urus niaga dan peniaga-peniaga menggunakan kaedah kedai fizikal yang maknanya bila mereka buka kedai dan pengguna atau pembeli akan datang ke kedai.

Namun bila datangnya ledakan platform digital ini, peniaga-peniaga mengambil pendekatan yang berbeza. Persaingan daripada platform digital menyebabkan ramai peniaga yang membuat keputusan untuk menutup perniagaan mereka sepenuhnya. Ini khususnya perniagaan mikro dan kecil. Mereka tak boleh bersaing, dia tutup terus.

Ada yang buat kaedah hibrid, dia masih ada kedai fizikal, tapi pada masa yang sama, dia ada juga kedai di atas talian. Ada yang buat keputusan untuk tutup kedai fizikal dan berubah kepada kedai atas talian. Itu fasa pertama.

Dan pada waktu itu, platform-platform e-dagang ini, mereka tidak mempunyai ramai peniaga, maka caj yang dikenakan tidak begitu tinggi untuk menarik lebih ramai peniaga mendaftar dan berniaga di atas platform mereka. Apabila semakin ramai yang berniaga atas platform mereka, masuk ke fasa kedua.

draft • 5:42 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Dalam fasa kedua ini, kuasa pasaran e-dagang ini dipegang oleh syarikat- syarikat pemilik platform e-dagang ini. Dah ramai peniaga ada dalam itu, mereka dah ada kuasa, dia pegang kuasa e-dagang ini dan ini membolehkan untuk mereka membuat tindakan yang banyak menguntungkan mereka. Ini sebahagian daripada realiti ekonomi.

Maknanya platform e-dagang ini dah ada ramai peniaga dalam itu. Kalau ada yang tak puas hati— keluar, mereka rasa tak terkesan. Dan apa yang berlaku fees atau yuran ini Tuan Pengerusi, naik dari tahun ke tahun. Kadang-kadang satu tahun berkali- kali naik yuran-yuran ini. Dan inilah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga yang meniaga di atas platform e-dagang di luar sana.

Dan kalau kita lihat perkara ini secara umumnya, secara umumnya untuk satu platform— saya bagi contoh, untuk satu platform kos untuk fees atau yuran atau komisen sahaja campur pelbagai jenis komisen, ianya boleh mencecah sampai 23 peratus. Jadi kalau barang RM10 jual, RM2.30 ini semua komisen-komisen yang berkaitan. Tinggallah lebih RM7.00 untuk tujuan keuntungan. Itu belum tolak harga barang, belum tolak kos advertisement dan sebagainya.

Sebab itu dalam konteks ini, kerajaan perlu segera bertindak. Kerajaan kata nak buat RUU berkaitan dengan e-dagang pada tahun hadapan. Mungkin pada waktu itu dah ramai peniaga terkesan.

Soalan saya, apakah tidak ada kaedah melalui kerangka undang-undang yang ada pada hari ini untuk membantu bagi memastikan peniaga-peniaga ini dapat bersaing?

Apa yang lebih memeritkan peniaga, Tuan Pengerusi, apabila sekarang ini new trend. Sekarang ini barangan atas talian ini boleh dibeli terus dari luar negara, Pinduoduo sebagai contoh. Boleh beli direct dari luar negara.

Undang-undang berkaitan dengan barangan ini, keselamatan barangan dan sebagainya, tidak ada satu kerangka yang jelas hingga ke hari ini. Ini menambahkan lagi saingan.

Jadi saya nak minta kerajaan untuk melihat, apakah kerangka sedia ada yang boleh digunakan untuk memastikan keselamatan pengguna, untuk memastikan pengguna dilindungi. Pada masa yang sama selain daripada melindungi pengguna, juga untuk melindungi pihak-pihak peniaga-peniaga kita di luar sana yang selama ini telah banyak bergantung pada platform atas talian.

draft • 5:42 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Kemudian yang terakhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkaitan dengan 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. 020300 – Pembangunan Halal dan Vendor. 19531 – Perancangan dan Pelaksanaan Dasar dan Polisi Usahawan.

19534 – Pembangunan Industri Halal dan 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS.

Tuan Pengerusi, antara isu kepenggunaan dan isu yang dihadapi oleh pengguna di luar sana dan juga oleh PMKS adalah berkaitan dengan ayam tidak halal atau ayam bangkai ini. Semalam ada kes dibawa ke mahkamah, bagaimana sebuah syarikat didakwa kerana tidak menyembelih ayam mengikut syariah, tetapi menjualnya sebagai ayam halal.

Sebelum ini, pihak polis telah melaksanakan operasi, sebagaimana penyembelih bukan Islam boleh menyembelih ayam yang dijual sebagai ayam halal. Jadi sebelum itu kita lihat bagaimana ayam yang dimatikan melalui arus elektrik sebelum disembelih. Jadi kalau kita lihat ada satu masalah besar dalam konteks ayam halal ini terutamanya bagi perusahaan mikro kecil dan sederhana.

Jadi mengambil kira peruntukan yang ada dan saya mohon pihak KUSKOP bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain memainkan peranan supaya kita revamp, kita lihat secara keseluruhannya industri perbekalan ayam halal ini, keseluruhan rantaian bekalan, tengok bantuan apa yang boleh diberikan oleh pihak KUSKOP kepada PMKS supaya selepas ini industri perbekalan ayam halal ini dapat disusun dengan baik dan mereka atau pengguna yang membeli ayam-ayam ini yakin bahawa ayam yang dibeli adalah benar-benar halal. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:42 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam rahmah.

Saya terus pergi kepada P.26, 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Bajet yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun ini RM1.1 bilion, itu tahun ini untuk TEKUN ini.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya perhati tadi ini Dato’ Sri Pengerusi, saya nampak semua Ahli-ahli Parlimen ini berbahas tadi, ini semua bercakap soal berkaitan dengan TEKUN Nasional.

Saya tiga minggu ataupun empat minggu lepas pun saya buat program TEKUN Dato’ Sri Pengerusi, itu yang saya ada WhatApps Dato’ Sri Pengerusi itu, tapi Dato’ Sri Pengerusi bagi tahu, Dato’ Sri Pengerusi tak ada di kawasan. Saya pergi ziarah kita punya usahawan-usahawan dekat Tanah Rata, kemudian saya ada pergi ziarah juga usahawan-usahawan ini yang tanam bunga ni, yang tanam bunga ni, bunga dia cantik- cantik, gemuk-gemuk sebab mungkin dia pakai baja yang elok dekat situlah.

Untuk pengetahuan Dato’ Sri Pengerusi ini TEKUN ni ditubuhkan, Shah Alam— pada tahun 1998. Zaman itu jugalah Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang lebam mata itu.

Maksudnya, TEKUN ni telah ditubuhkan hampir 28 tahun TEKUN ni. Dan jumlah usahawan– Pak Hassan, Pak Hassan leka main handphone Pak Hassan, saya mesti sebut nama Pak Hassan kan.

Hampir 600,000 orang usahawan yang telah dibantu, yang telah dibantu oleh TEKUN Nasional ini— 600,000 itu Dato’ Sri Pengerusi, memanglah kalau kita tengok daripada tahun 1998, sampai tahun ini 2026 ini, tak kan 600,000 sahaja, tapi untuk pengetahuan Puncak Borneo, dia 600,000 ini ada yang dah buat pinjaman kali kedua, kali ketiga, kali keempat, kali kelima dan juga kali keenam.

Kalau kita sekali gandakan 600,000, sekali ganda lagi sudah 1.2 juta orang.

Kalau sekali ganda lagi, 1.8, kalau sekali ganda lag— jadi, Puncak Borneo kalau hendak tahu, kira sendirilah maksudnya. Itulah di antara sumbangan besar.

Sebab ada orang kata tak kan lah dekat 28 tahun ini dia katakan, cuma 600,000 sahaja. Maksudnya peminjam-peminjam kita ini, maksudnya kita bagi dia banyak kali.

Ada yang dah pinjam yang kita bantu ini sampai enam kali pinjaman untuk pengetahuan Sungai Siput sebab Sungai Siput tengok saya. Batu Pahat tak tengok, tengok Batu Pahat ya. Sebut nama Batu Pahat itu. Dan jumlah dia Dato’ Sri Pengerusi, jumlah dia daripada tahun 1998 itu sampai sekarang ini dah berjumlah hampir RM12 bilion. Dan interest yang dikenakan empat persen sahaja.

Dan bila ada orang cakap susah hendak pinjam TEKUN ini, sebab saya kena mempertahankan TEKUN ini Dato’ Sri Pengerusi, sebab saya Timbalan. Jadi, kalau Dato’ Sri Pengerusi ada isu TEKUN di kawasan Dato’ Sri, jangan pergi jumpa orang lain, Dato’ Sri Pengerusi jumpa dengan ana, jumpa dengan ana...

draft • 5:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Hulu Langat.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Insya-Allah...

draft • 5:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Begitu juga, begitu juga dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain ini. Kalau...

draft • 5:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo nak minta pencelahan...

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Kejap, kejap, kejap.

Kalau andai kata ada isu berkaitan dengan TEKUN ini, boleh terus berhubung dengan saya untuk kita memberikan apa juga bantuan dan juga khidmat kita, bagi melancarkan perjalanan usahawan-usahawan kita yang hendak meminjam TEKUN di bawah ini.

Sila, silakan Puncak Borneo, sila.

draft • 5:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, terima kasih Hulu Langat.

Saya tak tahu Hulu Langat Timbalan Pengerusi TEKUN. Sekarang dah pecah tembelang. Jadi, saya hendak minta tolong, sebab saya berjumpa dengan Persatuan Orang-orang Buta di Sarawak dan juga golongan OKU, mereka kata susah hendak dapat bantuan pembiayaan pinjaman daripada TEKUN. Banyak kerenah, banyak prosedur, banyak red tapes. Jadi, ada yang minta— sampai minta suruh orang buta kena ada bangunan sendiri untuk buat spa dan baharu mereka akan luluskan pinjaman.

Apa pandangan Yang Berhormat Hulu Langat selaku Timbalan Pengerusi ini.

Mesti bantu sebab saya dengar tadi bergegar-gegar. Jadi...

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Belum bergegar lagilah Puncak Borneo tadi tu.

draft • 5:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Tak payah bercakap banyak, tolong sahaja.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab yang akan jawab nanti Timbalan Menteri, Timbalan Menteri ini daripada UMNO, Barisan Nasional. Dia punya Menteri daripada Cina, DAP.

Untuk pengetahuan Puncak Borneo ni— okey, untuk pengetahuan Puncak Borneo ini, pinjaman bawah RM20,000 ini— ni Cina DAP ni lah Menteri ini. Dia menyusahkan kami dekat TEKUN ni.

Dulu daripada tujuh hari, sekarang ini kelulusan cuma mengambil masa 24 jam sahaja Dato’ Sri Pengerusi, itu yang pertama. Kemudian, kalau pinjaman sampai

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

RM100,000 ni, kalau dulu tujuh hari, sekarang ini dia minta supaya tempoh itu disingkatkan lagi kepada lima hari.

Dan untuk pengetahuan Puncak Borneo juga, yang hendak minta bantuan daripada TEKUN ni tak perlu penjamin, tak perlu penjamin. Kalau bank itu macam- macamlah dia hendak kan? Penjamin lah, SSM pun kalau dia kata tak ada— tak perlu.

Dan tadi saya dengar lah kata, yang ada tak pandai digital, yang tak berapa nak mahir soal berkaitan dengan komputer ini pun, maksudnya ialah, kalau dia kata tak boleh, boleh datang di Pejabat TEKUN kita di peringkat cawangan-cawangan. Ini kerana Pejabat TEKUN ini di setiap Kawasan Parlimen kita, ada kita punya pejabat.

Dan kita juga, bila kita bagi pinjaman kewangan ini, kita tak lepaskan begitu sahaja Puncak Borneo. Kita bagi kursus SAK- Seminar Asas Keusahawanan kepada usahawan-usahawan kita ini. Takut usahawan-usahawan kita dia terperanjat bila dapat duit nanti— yang perempuan tu kita takut dia beli gelang pula, beli gelang itu memang tak salahlah, tapi maksudnya bila kita bagi pinjaman ini untuk dia membesarkan perniagaan dia.

Dan untuk pengetahuan Dato’ Sri Pengerusi, TEKUN ini dia agensi yang kita bagi pinjaman bantuan kewangan ini untuk membesarkan— contoh, macam Dato’ Sri Pengerusi nantilah. Kalau dah tak berminat hendak jadi Ahli Parlimen, dah bersara— contoh, ini contoh kan. Malam termenung-termenung fikir, hendak berniaga burger contoh, tak boleh. Dia dah berniaga Pengerusi, hendak membesarkan perniagaan itu— itulah, di sanalah datangnya khidmat daripada TEKUN Nasional itu sendiri.

Selain daripada itu, kita juga ada tabungan. Usahawan-usahawan ini pun kita sediakan tabungan. Tabungan ini untuk pengetahuan Dato’ Sri Pengerusi, bila mereka dah banyak beri kita bagi bantuan, dia ada tabungan ini. Tabungan tu boleh digunakan.

Ada yang guna tabungan untuk memperbesarkan lagi perniagaan, ada juga untuk hantar anak belajar ke luar negara di sektor pendidikan, kemudian— apa dia?

draft • 5:50 PM

Seorang Ahli

Macam Timbalan Menteri jawab.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dato’ Sri, dia orang jeles, dia orang kata macam Timbalan Menteri menjawab. Saya pun— tabungan ini tadi, ada juga yang gunakan duit tabungan dia untuk buat umrah, untuk pergi haji. Dan tadi, disebut— dan tadi juga disebut kan oleh— saya tak ingat siapa sebut tadi? Dia kata Program BARAKAT dan juga Program BERKAT.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cuma untuk pengetahuan Dato’ Sri Pengerusi, saya hendak sebutkan TEKUN ini ialah dia bantu orang Melayu, bumiputera, Sabah dan juga Sarawak. kemudian dia bantu juga kawan-kawan kita, sahabat-sahabat kita, masyarakat orang India ini.

Cuma, hari ini saya hendak mencadangkan juga supaya bantuan ini juga diberikan kepada orang Cina, sebab bila kita turun ke bawah, tak semua orang Cina senang, kaya. Ada juga di bawah ini orang Cina yang susah. Sebab itu saya hendak minta supaya pihak kerajaan sediakan dana juga.

Kalau orang India dia panggil SPUMI, betul Sungai Siput, betul ya, SPUMI?

Mungkin untuk orang Cina ini boleh panggil “SKUCI” lah. Mungkin lah kot. Itu cadangan daripada saya. Sebab, kita hendak kena tahu, kan. Sebab ini merupakan satu agensi yang hendak beri bantuan kepada usahawan-usahawan yang hendak membesarkan perniagaan mereka.

Jadi, yang terakhirnya Dato’ Sri Pengerusi, saya hendak ucapkan jutaan terima kasih kepada kita punya bekas CEO TEKUN kita Dato' Adam Abd Ghani, yang dah bersaralah. Hampir 20 tahun menaburkan khidmat dan juga jasa bakti beliau kepada institusi TEKUN di peringkat nasional ini.

Dan sekarang ini kita dapat CEO baharu, orang Sarawak— orang Sarawak, Abang Shiblie. Sangat agresiflah orangnya dan insya-Allah kita akan bersama-sama memacu institusi TEKUN ini supaya— dia merupakan satu institusi yang insya-Allah terus berkembang dan terus memberikan sumbangan dan juga khidmat bakti kepada seluruh warga dan juga masyarakat yang terdapat di dalam negara kita.

Jadi, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato’ Sri Pengerusi kerana sudi dengar celoteh saya petang-petang ini. Sekian, wabillahi taufik wal-hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, ada bakat jadi Menteri, insya-Allah.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Pengerusi, cuba ulang sekali lagi. Takut Besut tak dengar.

[Ketawa]

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Ketawa] Tunggu pukul 6 esok.

draft • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Esok— dengar Timbalan Pengerusi.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, selanjutnya pembahas yang terakhir, saya persilakan Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 6:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya merujuk Dana Pembangunan Pembiayaan PKS Butiran 00601, 00606, 19530.

Saya ingin membangkitkan cabaran yang dihadapi usahawan mikro dan kecil.

Perusahaan kecil dan sederhana menyumbang 39.7 peratus kepada KDNK dan 48.7 peratus kepada pekerjaan pada tahun 2025. Angka ini merangkumi perusahaan sederhana, maka cabaran khusus usahawan mikro dan kecil perlu diberi perhatian.

Ramai usahawan kecil sukar mendapatkan pembiayaan kerana tiada rekod kredit, tiada akaun kewangan yang teratur atau cagaran, aliran tunai tidak menentu dan bayaran pelanggan yang lewat menyukarkan mereka membayar gaji, sewa serta pembekal kos pekerja, utiliti, logistik dan pematuhan turut mengecilkan margin keuntungan. Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa perniagaan kecil mempunyai ruang yang lebih terhad untuk menyerap kenaikan kos.

Geran latihan dan pinjaman boleh membantu perniagaan berkembang. Namun, pinjaman boleh menjadi beban apabila aliran tunai belum stabil. Saya mengambil maklum bahawa Bank Negara Malaysia sedang meneliti keperluan dan jurang permohonan pembiayaan usahawan mikro melalui Program Kesediaan Pembiayaan Mikro. Bagaimanakah kerajaan akan menyelaraskan usaha ini dengan bimbingan pengurusan kewangan, latihan digital dan akses kepada pasaran?

Saya juga mencadangkan kerajaan meneliti kemudahan penangguhan ansuran pembiayaan selama dua bulan dalam setahun bagi usahawan mikro dan kecil yang layak khususnya usahawan yang sedang berkembang dan memerlukan modal tambahan, usahawan sedia ada yang ingin meningkatkan kapasiti pengeluaran dan usahawan yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi atau peningkatan kos operasi.

Kemudahan ini berdasarkan permohonan dan penilaian tanpa faedah atau keuntungan tambahan, caj atau penalti serta tanpa meningkatkan jumlah keseluruhan bayaran balik.

Dato’ Sri Pengerusi, kerajaan juga perlu mempertimbangkan modal pembiayaan yang lebih fleksibel dan tidak membebankan usahawan khususnya perusahaan mikro dan kecil. Antara cadangan adalah: pertama, ansuran bulanan berdasarkan kemampuan aliran tunai perniagaan.

draft • 6:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Kedua, tempoh penangguhan bayaran bagi perniagaan yang baru bermula.

Ketiga, kadar keuntungan atau caj pembiayaan yang bersesuaian.

Dan keempat, pilihan pembiayaan tanpa cagaran bagi usahawan kecil yang memenuhi kriteria tertentu.

Dato’ Sri Pengerusi, bolehkah kerajaan berbincang dengan Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan untuk meneliti cadangan ini serta memastikan bantuan geran dan pembiayaan benar-benar sesuai dengan kemampuan usahawan? Sekian, terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.

Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menjawab 30 minit. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.

Pertama-tamanya, izinkan saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan 2027 dengan bertema, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”.

Saya mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan beliau terhadap sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan juga koperasi di negara ini.

Melalui Belanjawan 2027, kerajaan secara keseluruhannya telah menyediakan sokongan dana peruntukan sebanyak RM67.9 bilion bagi pembangunan sektor PMKS termasuk RM57 bilion melibatkan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah.

Dato’ Pengerusi, dalam konteks KUSKOP, kementerian ini telah diperuntukkan sebanyak RM1.02 bilion di bawah Belanjawan 2027. Ia merangkumi peruntukan sebanyak RM753.2 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM275.25 juta pula bagi perbelanjaan mengurus.

draft • 6:04 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Seterusnya, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara berkaitan kementerian ini sepanjang tempoh perbahasan RUU Perbekalan 2027 Peringkat Jawatankuasa.

Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan mengambil kira pandangan tersebut dalam pelaksanaan program keusahawanan dan koperasi melibatkan KUSKOP di bawah Belanjawan 2027 kelak. Dengan mengambil kira perkara yang dibangkitkan, penggulungan saya pada hari ini telah diselaraskan berdasarkan dua peruntukan iaitu Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan.

Dato’ Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh banyak perkara mengenai beberapa butiran di bawah peruntukan mengurus kementerian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Peruntukan Mengurus KUSKOP, sejumlah RM275.2 juta telah diperuntukkan di bawah Bajet 2027 di bawah butiran-butiran yang diperuntukkan mengurus ini. Secara umumnya, ia merangkumi empat program utama.

Pertamanya, Dasar Sedia Ada sebanyak RM251,879,400 yang ini termasuk penyaluran kepada Badan-badan Berkanun Persekutuan (BBP), emolumen, perkhidmatan dan bekalan perolehan aset teknikal.

Yang keduanya, Dasar Baharu sebanyak RM178,000 pelan operasi latihan.

Yang ketiganya, Program Khusus sebanyak RM20,678,800. Ini juga termasuk penyaluran kepada syarikat berhad menurut jaminan CLBG, bertugas luar negara, emolumen, kakitangan kontrak dan pembangunan kapasiti kontraktor.

Yang keempat, one-off. Peruntukan one-off sebanyak RM3,173,300. Ini juga termasuk untuk harta modal dan Mesyuarat Kerjasama APEC bagi Kumpulan Kerja Perusahaan Kecil dan Sederhana Ke-63 dan penyelarasan pelaksanaan MSME Excellence Centre for Green Transition in ASEAN (MEGA).

Dato’ ‘Yang di-Pertua’— Dato’, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya akan memberi respons kepada banyak pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut beberapa kluster yang saya buat. Yang pertamanya, saya akan pergi dulu isu- isu umum yang telah pun disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan isu, kenapa PERNAS, agensi yang diamanahkan untuk mentadbir francais di Malaysia ini dipindahkan ke kementerian lain?

draft • 6:04 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Besar bahawa ini adalah keputusan Jemaah Menteri yang telah dibuat pada 17 Disember 2025 dan 9 Januari 2026. Fungsi pembangunan dan kawal selia francais, serta PERNAS dipindahkan daripada KUSKOP kepada KPDNHEP. Walau apa juga isunya Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, kita masih lagi mempunyai kolaborasi dan kerjasama yang baik di kalangan agensi di bawah KUSKOP ataupun bekas agensi di bawah KUSKOP seperti PERNAS ini...

draft • 6:04 PM

Dato' Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, boleh saya mencelah? Sungai Besar tak dak Yang Berhormat. Kami yang ada dok menunggu jawapan ini. Terima kasih Dato’ Sri.

draft • 6:04 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Saya akan memilih beberapa isu yang besar sahaja yang mana-mana nanti mungkin saya akan skip, dengan izin Dato’ Pengerusi.

Sebab ini isu yang baru dibangkitkan dan perlu saya jelaskan, kenapa PERNAS dipindahkan daripada KUSKOP kepada Kementerian, KPDNHEP. Itu adalah keputusan Kabinet, pertamanya.

draft • 6:04 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tetapi walau bagaimanapun, kita akan terus bekerjasama dengan semua agensi dan juga cross-ministry antara kementerian, juga kita akan kerjasama. Contohnya, penglibatan KPDNHEP sebagai ahli mesyuarat dalam Majlis Pembangunan PMKS peringkat kebangsaan. Semua kementerian duduk dalam majlis perundingan ini.

Jadi, maknanya apa juga isu di bawah setiap kementerian masing-masing yang melibatkan soal keusahawanan termasuk PERNAS di bawah KPDNHEP, mereka akan membangkitkan, kita akan membincangkan secara bersama-sama. Dan insya-allah Majlis Perundingan PMKS Kebangsaan ini akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I. Yang...

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Pengerusi, Pengerusi. Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya.

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya nak tanya atas Sungai Besar. Sebab saya pernah tanya dulu, kenapa Sungai Besar kata tadi tak dibawa balik ke Parlimen? Sebelum itu dibahaskan di Parlimen, 2024 kah, 2025. Kemudian diubah atas kementerian tapi tak dibahaskan balik di Parlimen. Itu antara isu yang dibawa oleh Sungai Besar.

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Pertamanya, ini keputusan Kabinet. Jadi, mana- mana perkara yang akan dibawa balik semula ke Parlimen juga adalah keputusan Kabinet. Jadi, kita ikut sahaja apa keputusan Jemaah Menteri lah. Jadi, kalau ada apa- apa perubahan nanti, kita juga akan melaksanakannya. Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Yang Berhormat Langkawi membangkitkan beberapa isu yang melibatkan peruntukan khusus di bawah KUSKOP, khususnya melibatkan apa namanya kepengerusian secara bersama. Mesyuarat APEC SME Working Group Malaysia dan juga UK SME Working Group. Ini adalah keputusan yang telah dibuat di peringkat APEC, di mana setiap negara anggota Yang Berhormat akan secara bergilir-gilir menjadi pengerusi bersama ini.

Jadi, tahun hadapan Malaysia adalah sebagai pengerusi untuk SME Working Group bersama dengan UK ini. Jadi, kita akan mengambil peranan sebagai pengerusi untuk SME Working Group di peringkat APEC ini. Dan insya-Allah ia nya akan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun hadapan. Dan belanjawan yang telah pun disediakan sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi.

Untuk makluman, berkaitan dengan itu juga, kita juga akan menjadi sebagai pelaksana ataupun pengerusi bersama mesyuarat di peringkat ASEAN yang di bawah pillar ekonomi, tonggak ekonomi di bawah ASEAN kita juga adalah kementerian— coordinator untuk memastikan mesyuarat di peringkat ASEAN yang melibatkan pembangunan PMKS di negara ASEAN juga. Jadi, ini juga akan berlangsung pada tahun hadapan. Baik, Yang Berhormat Sungai Besar tak ada, izinkan saya skip. Insya-Allah saya akan jawab secara bertulis isu-isu yang lain dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Besar.

Masjid Tanah. Yang Berhormat Masjid Tanah tidak ada, tetapi isu yang dibangkitkan agak, agak penting. Beliau telah membangkitkan beberapa isu tentang peranan KUSKOP bagaimana nak membantu usahawan-usahawan kita untuk mereka jangan tertinggal jauh apabila mereka gagal untuk menguasai teknologi digital.

Ini sebabnya kita telah menekankan banyak pilihan kursus, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagaimana kita nak memberi pendedahan kepada usahawan- usahawan supaya mereka harus menguasai digital ini. Tapi saya nak bagi tahu, Yang Berhormat Hulu Langat sebagai Timbalan Pengerusi TEKUN, saya hendak sentuh isu

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

TEKUN sebenarnya. Dia dah jawab secara komprehensif. 100 peratus Yang Berhormat Hulu Langat dah jawab isu TEKUN.

Tapi saya bagi saya nak bagi tahu bahawa di bawah TEKUN, kita ada program.

Kerjasama kolaborasi dengan TikTok Shop, betul Yang Berhormat Hulu Langat ya.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Betul.

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Bagaimana kita nak beri pendedahan kepada usahawan kita supaya mereka kuasai ilmu digital ini. Mereka boleh memasarkan produk- produk mereka secara digital.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Timbalan Menteri, sikit. Happy birthday to you. Selamat ulang tahun kelahiran.

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat, Timbalan Pengerusi...

[Tidak jelas]

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Timbalan Menteri, [Tidak jelas] ...Hulu Langat ada lagi, saya nak tanya. Saya ada TEKUN, dia jawab pasal TEKUN panjang tadi. Hulu Langat, berapa banyak yang...

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat tanya siapa ni? Tanya Yang Berhormat Menteri kah, tanya Hulu Langat kah?

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dua-dua boleh. Sebab dia tadi panjang bersyarah ataupun Timbalan Menteri jawab. Saya nak tanya, tumpang Hulu Langat ada, berapa ramai peminjam TEKUN ini yang gagal bayar sehingga sekarang dan berapa bilion yang tertangguh sekarang? Saya nak tanya Hulu Langat ataupun Timbalan Menteri.

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tak apa, ini saya akan jawab. Saya akan sampai ke sana. Tentang bagaimana kita nak membantu usahawan, mereka menguasai ilmu digital. Kita ada e-dagang. Kita ada platform-platform digital. Tadi saya sebut kolaborasi antara TEKUN dengan TikTok Shop. Kita ada 10 ataupun 12 TikTok Studio seluruh negara, termasuk juga usahawan yang berada di luar bandar ini.

Kalau saya sebutkan kita punya lokasi-lokasi TikTok Studio kita ini merangkumi seluruh negara lah. Jadi maknanya, banyak lagi negeri-negeri yang belum ada TikTok Studio dan yang terkini Masjid Tanah. Saya nak maklumkan kepada beliau bahawa Melaka adalah antara lokasi yang paling hampir nak kita tubuhkan lagi satu tambahan TikTok Studio yang kita akan kita dirikan di Mountain Walk di Melaka. Ini adalah untuk

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

TikTok Zon Tengah Jadi, kita akan letakkan di negeri Melaka. Itu antara TikTok Shop kerjasama dengan TEKUN.

Yang keduanya, kita juga dalam proses untuk meneroka rintis. Program rintis kita bersama-sama dengan Alibaba Group ini Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Kita ada Alibaba Group itu ada Tmall, ada Taobao, ada Lazada. Kita sudah menandatangani satu MoU sebenarnya di antara SME Corp Malaysia dan juga Lazada, baru-baru ini pada 15 Oktober. Apa di antara inti pati MoU itu adalah untuk bagaimana kita buat program rintis.

Kita nak menubuhkan Malaysia Mall ataupun Malaysia Pavilion di platform e- dagang yang akan kita letakkan di Tmall ataupun Taobao ataupun Lazada. Ini adalah Alibaba Group dan kita sudah ada MoU untuk itu dan insya-Allah kita akan memberikan pendidikan kepada usahawan-usahawan kita supaya mereka juga berpeluang untuk memasarkan produk mereka di MyMall itu dengan kerjasama SME Corp dan juga Lazada, Alibaba Group ini.

Dan untuk program awal, kita akan membuat penilaian awal kepada mana-mana usahawan yang berpotensi tinggi, supaya kita boleh pasarkan produk-produk mereka.

Kita juga akan identify produk-produk apa yang sebenarnya mempunyai minat yang begitu tinggi di kalangan para pengguna di antara negara ASEAN dan juga negara China. Ini kita akan lakukan program rintis itu.

Ini adalah program bagaimana hendak memberi pendedahan ataupun peluang yang besar kepada usahawan kita supaya mereka juga menguasai digital. Maka dengan itu, mereka boleh memasarkan produk mereka secara digital melalui platform-platform e-dagang termasuk juga TikTok Shop yang saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Yang Berhormat Tampin juga telah membangkitkan beberapa isu dan kebanyakan Ahli Yang Berhormat juga menyentuh soal program vendor ini. Saya setuju bahawa ini adalah program yang penting bagaimana kita nak memberikan peluang kepada usahawan-usahawan kita supaya mereka mendapat peluang di antara syarikat-syarikat yang mempunyai keupayaan yang besar sebenarnya yang telah pun memeterai kerjasama dengan kerajaan melalui KUSKOP dan melalui memorandum persefahaman.

Kalau saya boleh sebut antara syarikat-syarikat yang besar negara ini yang telah menjadi vendor kita seperti PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad, PERODUA, SASB di Sabah, Kemudian yang terkini kita dalam proses untuk memuktamadkan Sarawak

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Energy juga sebagai vendor dalam program kita ini. Jadi, kita akan perkasakan penglibatan ini kepada semua usahawan-usahawan kita, insya-Allah ya.

Yang Berhormat Merbok, Kuala Langat, Pulai, Tampin juga membangkitkan isu yang sama, vendor dan juga pembangunan pensijilan halal. Untuk pengetahuan, ramai yang membangkitkan kenapa peruntukan halal tak begitu besar di bawah KUSKOP pada tahun ini, hanya RM5 juta sahaja?

Saya nak bagi tahu bahawa Program Pembangunan Halal ini diletakkan secara, secara besarnya lah, keutamaannya kepada Perbadanan Pembangunan Halal, Halal Development Corporation. Ini adalah agensi di bawah MITI tetapi kita ada kerjasama yang baik bagaimana nak membantu para usahawan supaya mereka ini dapat peluang- peluang dari industri halal. Tetapi yang penting ialah bagaimana nak mendapatkan pensijilan halal itu satu program yang lain. Tapi dalam industri halal ini begitu besar Dato’ Pengerusi, dia punya potensi.

So, kita nak juga usahawan kita ini akan dapat peluang-peluang itu apabila mereka dapat bersama-sama kita dalam beberapa program-program seperti MIHAS, Malaysia International Halal Showcase di bawah MATRADE, MITI. Kita libatkan usahawan kita juga turut serta.

draft • 6:10 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Kemudian, kita adakan juga kita punya misi perdagangan ataupun menyertai ekspo di luar negara. Kita ajak juga usahawan kita turut sama di beberapa buah negara yang akan kita bagi peluang kepada para usahawan kita. Yang penting ialah program pensijilan halal itu dapat, kita dapat berikan kerjasama yang baik melalui agensi kita di bawah SME Corp dan beberapa agensi yang lain juga membantu mereka dapatkan pensijilan halal.

Jadi, ini juga penting tadi disebutkan isu-isu daging ayam yang tidak halal, ada operasi itu mungkin isu beyond our ministerial melangkaui kita punya kementerian tetapi yang penting usahawan itu mesti ada ekosistem yang baik terutamanya pendidikan, tentang betapa pentingnya pensijilan halal itu.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh, sikit?

draft • 6:20 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Berkaitan yang halal tadi. Apa yang saya sentuh, betul dalam konteks pensijilan itu di luar bidang kuasa kementerian tetapi dalam

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

konteks membangunkan usahawan PMKS ini, inilah ruang yang patut diambil oleh kementerian untuk membangunkan usahawan-usahawan PMKS khususnya yang terlibat dalam pemprosesan ayam ini dalam konteks infrastruktur dan sebagainya supaya rantaian bekalan selepas ini secara keseluruhannya lebih reliable. Terima kasih, Timbalan Menteri.

draft • 6:20 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Saya setuju. Apa yang saya maksudkan itu yang keluar daripada bidang kuasa kementerian ialah soal apabila mereka ditangkap, ada operasi, itu adalah di bawah kementerian yang lainlah. Tapi soal pendidikan, keperluan mereka mempunyai sijil itu kita harus tekankan juga. Itu sebabnya kita ada program- program khusus sebenarnya bagaimana nak membantu mereka mendapatkan pensijilan halal itu.

Kerana apabila mereka ada pensijilan halal ini Dato’ Speaker, dia ada akses yang lebih besar. Bukan hanya keyakinan para pengguna di peringkat domestik tetapi juga keyakinan pengguna di luar negara sana. Bila ada sijil halal, mereka yakin tentang kita punya kualiti produk kita itu sebabnya penting untuk mereka mendapatkan pensijilan halal dan beberapa lagi pensijilan-pensijilan yang lain yang diperlukan. Mengenai...

draft • 6:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Timbalan Menteri. Boleh sedikit?

draft • 6:20 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya, sila.

draft • 6:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Berkaitan dengan isu halal ini, saya ingat yang paling utama bukan hanya sekadar pensijilan halal tetapi bagaimana dia dapat membina ekosistem halal itu sendiri. Saya kira KUSKOP yang mempunyai PMKS di bawahnya yang terlibat dalam industri penyembelihan dan halal ini, saya ingat perlu ada juga bantuan-bantuan yang lain bukan hanya sekadar pensijilan halal tetapi ia juga melihat kepada keseluruhan ekosistem supaya memberikan keyakinan sama ada di dalam negara, rakyat-rakyat di dalam negara Malaysia ini sendiri ataupun produk yang akan kita eksport kepada luar itu. Jadi mereka benar-benar yakin bahawa produk Malaysia ini daripada sudut halalnya bukan sahaja pensijilan tetapi ekosistemnya adalah halal. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Saya setuju Yang Berhormat. Itu sebabnya saya katakan tadi bahawa kita banyak program di bawah KUSKOP ini. Agensi kita juga mengadakan program bagaimana hendak membantu usahawan kita mendapatkan pensijilan halal ini. Bukan hanya soal program pendidikan, pembangunan kapasiti tetapi

draft • 6:20 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

juga pembiayaan juga kita berikan kepada usahawan kita, membantu mereka mendapatkan pensijilan-pensijilan yang berkenaan itu ya. Saya berganjak ke isu-isu yang lain. Banyak yang menyentuh soal-soal...

draft • 6:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri, Kota Melaka.

Memandangkan kementeriannya Kementerian Koperasi boleh sentuh tentang koperasi.

draft • 6:20 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya, saya akan ke sana. Saya akan sentuh dulu isu-isu yang telah dibangkitkan mengenai soal pembangunan-pembangunan usahawan yang melibatkan agensi kita seperti SME Corp Malaysia ya. Ramai yang bertanya berapa ramai yang telah mendapat manfaat daripada program SME Corp Malaysia pada tahun ini. Kemudian, langkah-langkah SME Corp untuk bantu PMKS berdaya maju tapi tak dapat pembiayaan.

Saya nak bagi tahu bahawa di bawah kementerian kita, KUSKOP dan agensi- agensi kita ini memang banyak agensi pembiayaan. Nak beritahu pertamanya SME Corp antaranya, kemudian ada lagi Bank Rakyat, kemudian TEKUN Nasional, AIM. Kalau melibatkan koperasi, kita ada SKM. Semua ini kita berikan dana pembiayaan yang begitu besar sebenarnya.

Jadi, saya nak bagi tahu bahawa bagi tahun 2026 sahaja, lebih 630,000 PMKS telah menjadi touch point SME Corp Malaysia meliputi PMKS yang telah menyertai pelbagai program capaian, khidmat nasihat, bimbingan serta yang telah mengunjungi media sosial, pelbagai program pembangunan PMKS. Jadi, banyak program yang telah pun disertai sebenarnya.

Peruntukan mengurus di bawah SME Corp Malaysia. Contohnya, pada tahun 2027 sebanyak RM42.7 juta. Memang tak mencukupi kalau kita lihat tetapi ada yang menyentuh tadi memang tak mencukupi. Tetapi dalam hal ini, KUSKOP dan Kementerian Kewangan akan meneliti bagaimana untuk menampung operasi SME Corp Malaysia melalui penjanaan pendapatan dan usaha telah dilaksanakan secara berperingkat bagi menjana pendapatan SME Corp Malaysia.

Itu sebabnya ada Ahli Parlimen tadi yang mencadangkan supaya ditambah peruntukan untuk mana-mana program kita. Saya setuju bahawa memang ada beberapa program sebelum ini kita berikan dalam bentuk geran seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka.

BEEP, B-E-E-P ini adalah program bumiputera untuk mereka mendapatkan bantuan khusus dalam pembangunan keusahawanan. Tetapi pada kali ini, sudah

draft • 6:20 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

dikurangkan bantuan itu secara geran tetapi diberikan pembiayaan secara pinjaman.

Walau bagaimanapun, sebahagiannya itu ataupun 30 peratus daripada pinjaman- pinjaman dalam beberapa program yang tertentu kita akan berikan rebat 30 peratus.

Contohnya, dia mendapat ataupun memperoleh pinjaman RM1 juta, Dato’ Pengerusi, dia hanya perlu bayar RM700,000 sahaja. So, RM300,000 itu kita convert kepada bentuk geran. Jadi, maknanya kita galakkan mereka mendapatkan pembiayaan.

Masa yang sama, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan geran sebanyak 30 peratus mengikut syarat-syarat tertentu. Apa syarat-syarat dia? Dia kena jadi good paying master, kemudian ada dia punya hasil jualan yang tertentu mencapai kita punya sasaran, kita akan berikan mereka geran sehingga 30 peratus.

Yang Berhormat Batang Sadong, menyentuh soal program seminar atau program penskalaan digital untuk PMKS. Jadi, memang penting antara program SME Corp yang tekankan juga adalah penskalaan. Kita tak mahu kita punya usahawan itu hanya pada takuk mikro sahaja selama-lamanya atau pada takuk kecil selama-lamanya.

Harus mereka ada usaha untuk berganjak dan kita bantu mereka Dato’ Pengerusi bagaimana nak scale-up perniagaan mereka ataupun tahap keusahawanan itu daripada mikro kepada kecil, kecil kepada sederhana dan juga seterusnya.

Kita banyak program untuk penskalaan, sebabnya kita juga memberikan dana pembiayaan penskalaan. Kita akan berikan mereka pinjaman mudah sehingga RM1 juta.

Semua pinjaman ini tanpa cagaran, tak perlu cagaran, dia pinjaman mudah. Kemudian mana-mana yang memerlukan cagaran tetapi kita ada pinjaman-pinjaman tertentu kalau besar-besarlah.

Yang Berhormat Hulu Langat tadi dia kata tak ada cagaran kalau di bawah TEKUN, betul. Tetapi SME Corp ini kalau besar pinjaman sampai berpuluh-puluh juta kita berikan juga tetapi tak ada tanah, tak ada cagaran dia, tak ada harta, tak ada aset.

Mereka boleh memohon melalui Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput dan beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Betul, sebanyak RM32 bilion diperuntukkan pada tahun hadapan untuk Skim Jaminan Penjagaan sahaja. Apa fungsi Skim Jaminan Perniagaan ini? Fungsinya ialah digantikan sebagai aset, sebagai cagaran. Usahawan tak ada harta nak dicagar tetapi kita ada SJPP. Nak dapat itu di mana? Di Kementerian Kewangan kita dan kita ada kerjasama dengan SME Corp. Itu antara kelebihan-kelebihan apabila kita menjadi

draft • 6:20 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

usahawan di bawah SME Corp, kita dapat akses yang terbaik untuk mendapatkan dana- dana pembiayaan kita.

Seterusnya, Yang Berhormat Libaran juga membangkitkan berapa usahawan Sabah yang telah dinaikkan skala perniagaan mereka di bawah program GrowBiz umpamanya di bawah SME Corp. Yang Berhormat Libaran, ini adalah program khusus di bawah SME Corp untuk kita membimbing, kita memberikan konsultasi perniagaan secara berterusan kepada usahawan-usahawan mikro kita supaya mereka dapat dinaikkan skala mereka menjadi usahawan kecil.

Saya nak bagi tahu, apa itu usahawan mikro ialah usahawan yang mempunyai sales jualan tak melebihi RM300,000 satu tahun. Lepas RM300,000 dia punya hasil jualan tahunan, dia sudah menjadi usahawan kecil sehingga RM5 juta. RM5 juta ke atas, dia sudah menjadi usahawan sederhana. Jadi, itulah kategorinya. Jadi, kita punya program yang bersasar untuk membantu para usahawan.

Bagi saya Yang Berhormat Libaran, terdapat sejumlah 34 perusahaan mikro telah menjadi usahawan bersaiz kecil. Jadi maknanya, usahawan-usahawan SME Corp kita ada 34 usahawan. Dulu dia hanya mikro bawah RM300,000 dia punya sales tapi sudah melebihi RM300,000 sales dia. Jadi, ini antara pencapaian yang telah kita buat di negeri Sabah. Tapi insya-Allah kita akan terus membantu dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan kita yang lain supaya kita dapat scale-up usahawan-usahawan mereka.

Yang Berhormat Kota Melaka, saya berganjak ke isu koperasi pula.

draft • 6:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya, sila.

draft • 6:30 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih. Memang betul dalam bantuan daripada KUSKOP ini banyak bantuan kepada usahawan-usahawan, tetapi peluang kepada pengusaha-pengusaha yang baru mahu berusaha terutama sekali golongan muda yang belum ada basic sama sekali, tetapi bila memohon permohonan daripada ini tidak dapat di ini— sebagai contoh, geran bantuan KUSKOP di bawah agensi iaitu geran inovasi dan teknologi halal sehingga geran tersebut bernilai RM100,000 hingga RM200,000.

Namun, dia lebih kepada pengkhususan iaitu bagi automasi mesin dan juga pendigitalan. Bagaimana pula kalau yang tidak bercenderung kepada bahagian—

draft • 6:30 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

apakah mekanisme ataupun syarat yang boleh memudahkan untuk usahawan muda PMKS yang baru mahu cenderung dalam perniagaan ini? Sekian, terima kasih Pengerusi.

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Libaran atas keprihatinan. Saya setuju bahawa kita perlu berikan banyak peluang-peluang. Dan memang di bawah KUSKOP kita berikan itu semua, bagi belia-belia disebutkan tadi. Kita ada program TUBE, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera. Di bawah SME Corp ini, kita akan melatih usahawan-usahawan kita yang bawah 30 tahun, 18 tahun ke atas, bawah 30 tahun. Ini belia-belia lepasan sekolah ataupun kolej, kita bimbing mereka untuk menjadi seorang usahawan.

Sejak keluar daripada sekolah ataupun universiti, kita berikan mereka latihan dalam masa satu minggu lebih kurang. Jadi, kita akan melihat apa model perniagaan dia selama satu minggu kursus, Yang Berhormat Libaran. Dan di hujung latihan nanti kita akan berikan mereka geran sehingga 15,000 seorang. Ini kita ada program tahun depan dan jumlah peruntukan kita sediakan ini adalah sebanyak RM12 juta seluruh negara.

Jadi insya-Allah Yang Berhormat Libaran, kalau berminat nanti jumpa saya untuk kita adakan program untuk para belia kita yang tak pernah menjadi usahawan. From zero kita bimbing dia, nak buat trading license, nak buat pejabat, nak buka akaun. Kita ada program khas untuk para belia kita ini untuk usahawan. Tetapi yang lain-lain itu memang di bawah TEKUN juga ada, kita ada program tunas belia sehingga RM30,000 diberikan pinjaman.

Kemudian selepas itu dia sudah jadi usahawan dalam masa lima, enam bulan, dia akan jadi usahawan MEKAR, kita berikan dia dana pembiayaan sehingga RM50,000 di bawah TEKUN. Jadi, SME Corp juga ada program itu. Jadi, kita akan buat usaha secara bersepadulah di bawah KUSKOP ini.

Secara keseluruhannya Yang Berhormat Libaran, pembiayaan kali pertama seluruh Malaysia kita berikan sebanyak RM50 juta ini melibatkan 50,000 usahawan.

Jadi, ini antara data yang saya nak share-lah, saya nak kongsikan.

Kota Melaka membangkitkan beberapa isu yang melibatkan...

draft • 6:30 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

YB Timbalan Menteri, Batang Sadong.

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya Batang Sadong, sila.

draft • 6:30 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Okey. Tadi saya ada membahaskan tentang cadangan pusat pengedaran koperasi di Sabah, Sarawak di mana telah dirancang oleh mantan Menteri KUSKOP. Dan saya ingin tahu, apakah status perancangan tersebut di mana telah bagi sayalah, telah lama dirancang dan keperluan memang perlu untuk pusat pengedaran koperasi ini di set up di Sabah dan di Sarawak? Terima kasih YB Timbalan Menteri.

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Saya akan semak isu ini. Terima kasih Yang Berhormat, sangat prihatin tentang pembangunan koperasi di Sarawak dan juga seluruh negaralah ya. Jadi, saya akan dapatkan dan saya akan memberikan jawapan bertulis tentang cadangan itu.

Kota Melaka membangkitkan tentang isu Koperasi Khazanah Usahawan (KO- KHAWAN) Berhad yang menawarkan skim pelaburan yang mana pulangan terlalu tinggi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, KUSKOP melalui SKM sentiasa mengambil tindakan proaktif dan langkah penguatkuasaan bagi menangani dan membanteras koperasi yang menawarkan skim pelaburan tidak sah atau pulangan tidak realistik.

Perintah bertulis telah pun dikeluarkan oleh SKM di bawah seksyen 67, Akta 502 pada 13 Februari tahun ini. Pada masa ini, SKM telah memantau pematuhan kepada perintah bertulis berkenaan secara berkala. Skim pelaburan khas telah dihentikan dan koperasi tidak lagi menerima pelaburan baharu di bawah skim tersebut di mana pelantikan pemegang amanah ataupun trustee bagi skim pelaburan khas juga tidak diteruskan memandangkan skim pelaburan telah dihentikan. Pada masa ini, sumber dana koperasi adalah melalui skim pinjaman daripada anggota.

KO-KHAWAN telah mewujudkan aturan deposit pinjaman daripada anggota dan telah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 7 Julai 2026.

Pada masa yang sama untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, Suruhanjaya Koperasi telah memulakan pemeriksaan terhadap koperasi berkenaan pada 13 April tahun ini di bawah seksyen 64, Akta Koperasi 1993. Pemeriksaan ini masih berlangsung kerana suruhanjaya memerlukan masa untuk menyelusuri aliran dana dan mengesahkan setiap pelaburan. Kita ada usaha-usaha untuk memantau setiap perintah bertulis yang telah pun kita hantar untuk mereka patuhi Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya, sila.

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Menteri. Dato’ Sri Pengerusi, saya nak bangkitkan ialah sebenarnya KO-KHAWAN mereka masih lagi bergiat mengadakan roadshow, pergi ke hotel yang besar adakan taklimat menarik orang ramai untuk labur di koperasi mereka. Jadi, dalam bab ini kalau berdasarkan kepada jawapan Timbalan Menteri, sebenarnya itu adalah pinjaman.

Ertinya, ahli yang pinjamkan wang kepada koperasi untuk mereka pergi buat pelaburan yang lain supaya mereka dapat pulangan. Jadi dalam bab ini, adakah kementerian bersedia untuk membubar rang undang-undang yang sedia ada, Rang Undang-undang Koperasi supaya kita dapat mengatasi masalah sedemikian?

Sebab mereka nampaknya mereka gunakan ruang yang sedia ada, loophole untuk mereka jalankan aktiviti sedemikian dan memberikan satu gambaran yang tidak betul kepada orang ramai. Sebab sekarang mereka buat ialah buat taklimat, menarik orang masuk. Bagikan RM100,000 contohnya dan menjanjikan mereka akan dapat pulangan, sedangkan sekarang daripada jawapan Timbalan Menteri itu adalah pinjaman. Mereka pinjam kepada koperasi. Jadi, apakah jaminan daripada koperasi di mana pinjaman tersebut adalah terjamin bagi mereka?

Sebab kita tak nak tragedi yang berlaku pada tahun 1986 Dato’ Sri Pengerusi.

Waktu itu masih ingat, ada 24 koperasi terpaksa dibekukan dengan model operandi yang lebih kurang sama iaitu menjanjikan pulangan yang tinggi. Akhirnya, mereka tak boleh pulang dan mereka terpaksa bekukan semua akaun mereka, pelaburan mereka semua habis dan ada yang bunuh diri pada waktu tersebut. Jadi, kita tak mahu tragedi tersebut berlaku lagi. Jadi saya nak tanya kepada kementerian, adakah ingin buat satu— kita bubar rang undang-undang untuk ketatkan, untuk mengawal koperasi ini? Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Saya respons dulu Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Okey.

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Saya setuju dan kita akan meneruskan kita punya pemantauan secara berkala tentang isu yang dibangkitkan. Tentang penggubalan undang-undang baharu, saya nak beritahu bahawa kita memang dalam proses untuk menggantikan kita punya Akta Koperasi 1993 ini. Dan untuk makluman, tadi bangkitkan

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

dengan Yang Berhormat Rasah tadi. Apa sudah jadi dengan kita punya cadangan untuk kita buat pindaan ataupun penggantian akta itu.

Dalam proses untuk kita memuktamadkan, ia nya nanti kita akan angkat ke Jemaah Menteri sebelum kita bentangkan di Parlimen. Itu perkembangannya. Dan saya setuju Kota Melaka, kita akan terus pantau KO-KHAWAN ini dan kita akan melibatkan juga pindaan undang-undang supaya memperkemaskan soal isu yang melibatkan yang dibangkitkan tadi. Ya, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya Timbalan Menteri, saya nak tambah sikit. Kalau mereka dah lulus dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa di mana mereka dibenarkan untuk ambil pinjaman macam itu, adakah rang undang-undang terkini membenarkan mereka buat sedemikian?

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Dia setiap keputusan yang dibuat— setiap keputusan yang dibuat even di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa atau mesyuarat agung mana, tetapi dia kena minta kebenaran daripada SKM juga Yang Berhormat. Jadi, kata akhir itu daripada Suruhanjaya Koperasi. Asalnya tidak menyalahi akta dan dia mesti mematuhi requirement di bawah akta kita, itu kita kena pastikan.

Maknanya, kalau itu ada loophole di sana, memang kita sedar bahawa perlu ada pindaan-pindaan yang perlu kita buat. Tapi akta baru kita akan bentangkan tidak lama lagi termasuk isu dibangkitkan itu juga, termasuk dalam akta baharu, kita perkemaskannya. Ini kita akan angkat ke Jemaah Menteri Dato’ Pengerusi, kita akan bentangkan nanti secara muktamadnya di Parlimen nanti, muktabar ya. Setuju?

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau begitu, saya harap supaya Suruhanjaya Koperasi Malaysia boleh timbang semula ke atas kelulusan yang mereka bagi kepada KO-KHAWAN. Sebab setakat ini, mereka dah kutip 400 lebih juta.

draft • 6:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tak apa, kita akan meneruskan kita punya pemantauan yang saya katakan tadi. Kita akan terus lihat. Terima kasih atas maklumat daripada Yang Berhormat Kota Melaka. Saya akan arahkan SKM untuk turun untuk memantau untuk melihat dan bagaimana kita nak membendung isu ini di peringkat bawah. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pencelahan yang terakhir, Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 6:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, boleh Putrajaya? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Saya mohon memandangkan Timbalan Menteri menyentuh tentang koperasi, saya banyak tanya tadi berkaitan dengan Koperasi Permodalan FELDA. Berapakah tuntutan penebusan yang masih belum selesai sehingga ke hari ini dan juga tentang urus niaga dengan Ar-Raudhah?

Bagaimanakah urus niaga yang asalnya kononnya cagaran, kemudiannya jadi pinjaman dan berapakah baki pinjaman yang masih belum selesai sehingga ke hari ini?

Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Kita sudah menerima beberapa updates daripada pihak koperasi KPF, FELDA. Nanti saya akan bagi data secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang berapa jumlah sebenar baki pinjaman yang telah harus dibayar oleh Ar-Raudhah. Mengenai rundingan ataupun transaction dibuat antara KPF bersama Ar-Raudhah itu. Secara bertulis saya akan berikan kepada Yang Berhormat Putrajaya. Insya-Allah ya.

draft • 6:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Penjelasan juga saya sebut tadi. Sama ada Ar-Raudhah ini sama dengan Ar-Raudhah dalam RCI Tabung Haji? I think it is critical sebab modelnya lebih kurang sama. Jadi, saya nak dapat penjelasan kerana kalau berdasarkan jawapan yang diberikan kepada saya ini, katanya SKM luluskan sebagai cagaran tetapi sekarang ini benda ini jadi pinjaman sebenarnya.

The substance of it adalah pinjaman. Jadi, adakah ini satu kesalahan? Jadi, saya mohon satu penjelasan yang panjang dan terperinci berkaitan perkara ini. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Insya-Allah, saya akan jawab. Betul isu ini kerana ini agak sedikit complicated tetapi yang pentingnya, kita juga memantau perkembangan KPF ini, Yang Berhormat, mengenai Ar-Raudhah. Terima kasih.

Dato’ Pengerusi, isu-isu TEKUN. Ini antara agensi yang paling popular di kalangan usahawan mikro kita tetapi dijawab secara menyeluruh dan detail oleh Timbalan Pengerusi TEKUN sebentar tadi. Jadi, saya tak nak sentuh banyak soal TEKUN tetapi komitmen TEKUN, insya-Allah. Walaupun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di Dewan ini sebanyak RM1.3 bilion yang diperuntukkan untuk tahun hadapan dengan dana daripada kerajaan ialah sebanyak RM15.90 juta.

Tetapi kita mengunjurkan.

draft • 6:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tahun hadapan sebenarnya, saya cerita dengan CEO TEKUN ini tadi ini. Orang Sarawak. Kita tahu dia memang agresif dan memang sangat aktif untuk membantu para usahawan kita. Dia mengunjurkan, walaupun diumumkan RM1.3 bilion tapi insya-Allah, dia akan mencapai RM1.4 bilion pada tahun hadapan. Ini komitmen TEKUN untuk membantu usahawan kita.

Jadi, yang lain-lain itu Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya tidak dapat jawab satu per satu. Kita selesaikan jawab secara bertulis. Yang paling penting ialah komitmen KUSKOP tidak akan berbelah bahagi. Kita akan terus kerja kuat, pikul tanggungjawab dan amanah ini untuk mengangkat martabat keusahawanan kita dan meletakkan dalam satu ekosistem yang kondusif dan inklusif dari segi capaian modal, program-program kapasiti kita. Termasuk juga gerakan koperasi di negara ini, kita juga harus bantu.

Dan saya mengajak kepada semua Yang Berhormat supaya bersama-sama kita membantu usahawan kita dekat akar umbi. Kalau ada apa-apa maklumat yang diperlukan, hubungi kami. Hubungi saya, hubungi Hulu Langat sebagai Timbalan Pengerusi TEKUN, kami sedia membantu. Yang paling penting, kepedulian kerajaan harus kita berikan kepada usahawan mikro kecil di peringkat akar umbi itu, insya-Allah.

Dato’ Pengerusi, sekian sahaja penggulungan saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baik, masalahnya ialah iaitu wang sejumlah RM275,248,500 untuk Kepala B.26 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.26 jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.26 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.26 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 26 November 2026.

[Mengetuk tukul]

draft • 6:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026