Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat— salam sejahtera dan selamat pagi.
Yang Berhormat dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin mengumumkan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Datuk Seri Abdul Halim bin Abd Samad, mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara telah meninggal dunia pada hari Ahad, 22 November yang lalu.
Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Abdul Halim bin Abd Samad. Saya berharap semoga semua ahli keluarga beliau terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Pada yang beragama Islam, saya minta sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan manakala yang bukan beragama Islam diminta bertafakur.
Al-Fatihah.
[Ahli-ahli bangun bertafakur] Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat, kita mulakan sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan dengan saya menjemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 1 .
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah cukai minimum global yang dikutip sejak ia dilaksanakan pada 2025 dan adakah cukai ke atas PMKS akan dikurangkan kepada 15 peratus agar disamaratakan tanpa merugikan syarikat tempatan berbanding dengan syarikat antarabangsa.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan.
Cukai Minimum Global atau Global Minimum Tax merupakan inisiatif percukaian antarabangsa yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bersama negara-negara anggota G20. Inisiatif ini diperkenalkan susulan amalan syarikat multinasional mengagihkan keuntungan ke negara yang mengenakan kadar cukai rendah atau sifar serta persaingan antara negara dalam menawarkan kadar cukai yang lebih rendah bagi menarik pelaburan.
Keadaan ini telah menyumbang kepada penghakisan asas cukai dan kehilangan hasil cukai kepada negara.
Sehubung itu, GMT diperkenalkan bagi memastikan kumpulan syarikat multinasional besar yang memenuhi ambang hasil pendapatan global berjumlah EUR750 juta setahun membayar cukai pada kadar efektif minimum 15 peratus di setiap negara mereka beroperasi, sekali gus mewujudkan sistem percukaian antarabangsa yang lebih adil dan seimbang. Pada Oktober 2021, lebih 135 negara dan bidang kuasa telah mencapai persetujuan untuk memperkenalkan GMT di bawah rangka kerja OECD Inclusive Framework on Base Erosion and Profit Shifting
(BEPS).
Perlaksanaan GMT bermula secara berperingkat di peringkat antarabangsa pada tahun 2024 dan sehingga Oktober 2026. Kira-kira 65 negara dan bidang kuasa telah melaksanakan peraturan GMT. Malaysia telah melaksanakan GMT berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025. Selaras dengan komitmen di bawah rangka kerja OECD BEPS.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Pelaksanaan GMT dijangka memberi impak positif kepada kedudukan kewangan negara. Namun kutipan hasil cukai di bawah GMT hanya akan diperolehi selepas Jun 2027, berdasarkan tempoh pelaporan kewangan kumpulan syarikat multinasional yang tertakluk kepada pembayaran cukai tokokan atau top-up tax. Ini memandangkan tarikh akhir pengemukaan dan pembayaran cukai adalah 18 bulan selepas tamat tempoh penyata kewangan disatukan.
Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung dengan cukai pendapatan PMKS, kerajaan melalui Belanjawan 2027 telah mengemukakan pengurangan kadar cukai pendapatan bagi PMKS sebanyak satu mata peratusan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2027. Bagi pendapatan bercukai RM150,000 yang pertama, kadar cukai dikurangkan daripada 15 peratus kepada 14 peratus, manakala bagi pendapatan bercukai RM150,001 hingga RM600,000 kadar cukai dikurangkan daripada 17 peratus kepada 16 peratus. Pengurangan kadar cukai ini dijangka memberi penjimatan cukai sehingga RM6,000 kepada PMKS membantu menggurangkan kos menjalankan perniagaan dan akhirnya dapat membantu meningkatkan aliran tunai syarikat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan, saya ucapkan terima kasih ke atas jawapan yang telah diberikan dan ingin menanyakan sama ada struktur cukai yang memberikan tax holiday dengan izin, ataupun insentif cukai di mana syarikat-syarikat diberikan tempoh tax holiday sepanjang 15 tahun.
Contohnya, dalam industri besi keluli (steel industry) di mana pada 2016 di bawah syarikat daripada negara asing tax holiday 15 tahun dan mereka menggunakan tempoh ini di mana mereka tak perlu bayar cukai korporat 24 peratus untuk membunuh industri besi keluli tempatan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kalau 2016, 85 peratus besi adalah dikuasai oleh pengusaha tempatan Malaysia, tetapi sekarang Tan Sri Yang di-Pertua, sekarang kita masuk ke era yang amat merunsingkan. Daripada 85 peratus yang dikuasai oleh pengusaha besi keluli tempatan, sekarang pula 85 peratus industri ini dikuasai oleh negara asing. Tinggal hanya satu sahaja syarikat besi keluli iaitu Masteel sahaja yang masih hidup di Malaysia. Tak tahu boleh hidup berapa lama.
Bolehkah kita menimbang semula? Macam mana kita boleh pastikan?
Jangan benarkan tax holiday ini digunakan untuk membunuh industri tempatan dan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
supaya dapat dinikmati oleh syarikat-syarikat tempatan supaya mereka bukan sahaja boleh survive, dengan izin tetapi boleh memajukan perniagaan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Merealisasikan keadaan seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan, kerajaan telah memperkenalkan New Incentive Framework mulai 1 Mac tahun ini. Dengan NIF, semua pelaburan mesti dilalui ataupun dilaksanakan melalui scorecard.
Hanya dengan Scorecard yang tinggi, yang merangkumi complexity of economy, merangkumi idea bahawa lebih ramai pekerja tempatan diupahkan. Dalam enam skor kami, kalau dia ada scoring yang mematuhi apa yang diperlukan baru insentif diberi. So dengan New Incentive Framework, kerajaan harap keadaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan ini tidak diulangi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya masih lagi menyentuh berkenaan dengan cukai yang relate to the PMKS. Jika kerajaan belum bersedia menurunkan kadar cukai PMKS kepada 15 peratus, adakah kementerian bersedia meluaskan julat pendapatan bercukai yang menikmati kadar 15 peratus supaya lebih banyak syarikat tempatan yang sedang berkembang mendapatkan manfaatnya?
Berapakah anggaran kos langkah itu kepada kerajaan dan berapakah banyak PMKS dijangka mendapat manfaat? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Pendang. Secara amnya, kerajaan bersedia untuk menerima semua cadangan tetapi untuk jawab soalan khusus itu saya akan beri data secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dr. Radzi bin Jidin, Putrajaya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, saya ada standing order, peraturan mesyuarat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Standing order?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, Peraturan Mesyuarat 66(12).
Tuan Yang di-Pertua
66 selepas Q&A Yang Berhormat. Lepas Q&A.
Selepas jam 11.30 pagi kan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bukan ini ada kaitan dengan Pontian. Saya baca dulu. Berkenaan dengan masalah iaitu wang sejumlah Ringgit Malaysia untuk Kepala...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak boleh, tak boleh.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Jadi sebahagian daripada jadual perbahasan hendaklah dihadkan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak boleh.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Kepada dasar khidmat dan hendak diperuntukkan untuk wang itu dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya faham.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Hari-hari kelmarin semasa...
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Semasa Pontian buat penggulungan sebagai Timbalan Menteri, dia telah membuat satu...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya faham maksudnya tetapi hendaklah dibangkitkan selepas kita selesaikan Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan, faham?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Putrajaya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, Tan Sri Speaker. Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak mengadu sedikit soalan-soalan— Menteri atau Timbalan Menteri yang kata nak jawab dalam bertulis ini sampai sekarang ada banyak yang saya tak terima lagi. Jadi, saya nak mengadu dekat Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya minta— okey, ini respons saya. Sebentar lagi— sekarang juga, bukan sebentar lagi, YB tuliskan semua soalan-soalan yang belum dijawab. Selepas 11.30 pagi saya nak ikut Menteri itu sendiri. Baik, silakan Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 2.
2. Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status penyelenggaraan lampu dan garisan jalan bagi laluan FT29 serta FT30 sekitar sempadan Putrajaya serta rancangan penggunaan sistem lampu jalan solar khususnya di lokasi yang kerap berlaku kecurian kabel lampu, melalui penyaluran peruntukan khas pada tahun 2027.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pantun?
Indah cuaca berseri maya; Di pohon bamboo udara segar; Soalan dua Putrajaya; Mengenai lampu jalan solar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya sentiasa berusaha memastikan kualiti infrastruktur dan keselamatan pengguna. Antaranya adalah pelaksanaan kerja-kerja mengecat semula garisan jalan dalam Daerah Sepang. Pada tahun 2024, laluan FT29 dan FT30 ya. Skop kerja tersebut meliputi mengecat semula garisan jalan dan kerja-kerja berkaitan melibatkan kedua-dua arah kiri, kanan. Kos kelulusan RM219,999.11.
Pada tahun 2026, kerja mengecat semula garisan jalan di Laluan Persekutuan FT30 kedua-dua arah telah diluluskan di bawah Program Bukan Berkala Pavemen Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. Skop kerja ini bermula pada 12 Ogos 2026 dan telah pun siap pada 31 Oktober 2026. Pertanyaan Ahli Yang Berhormat berhubung status penyelenggaraan lampu jalan, Kementerian Kerja Raya telah menyalur peruntukan RM840,000 pada tahun 2025 di bawah Program Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia.
Menerusi peruntukan tersebut, sebanyak tujuh skop kerja penyelenggaraan lampu jalan telah siap. Skop kerja penyelenggaraan di laluan sekitar KLIA, skop kerja penyelenggaraan di laluan FT29 melibatkan jalan susur SKVE, susur Persiaran APEC, Susur Persiaran Utara, susur Putrajaya Sentral, susur Institut Kanser dan susur Persiaran Selatan.
Skop kerja penyelenggaraan di laluan FT30 melibatkan susur PICC, skop kerja penyelenggaraan di laluan FT30 melibatkan Persiaran Selatan susur Lebuh Wadi Ehsan, skop kerja penyelenggaraan FT30 susur Persiaran Selatan Lebuh Gemilang, skop kerja penyelenggaraan laluan FT30 bagi laluan utama Persiaran Selatan, skop kerja penyelenggaraan laluan FT29 Persimpangan Bertingkat Cloverleaf.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pada Mac 2026, permohonan peruntukan sebanyak RM780,000 telah diangkat bagi tujuan membaik pulih kerosakan lampu jalan di FT29 dan FT30 diakibatkan oleh insiden kecurian kabel. Walau bagaimanapun, berasaskan keutamaan peruntukan kelulusan bagi kerja pembaikan ruang berkenaan disusun semula untuk fasa pelaksanaan seterusnya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya memberi keutamaan kepada aspek keselamatan melalui pemasangan lampu jalan secara setempat dan berskala kecil di lokasi yang kerap pasti berlaku kemalangan dan berisiko kemalangan akibat keadaan jalan yang gelap termasuk di persimpangan, selekoh, jambatan serta kawasan yang mempunyai rekod kemalangan berdasar keperluan pencahayaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya telah bangkitkan isu berkaitan dengan FT29 dan FT30 ini banyak kali kerana ini merupakan laluan masuk dan keluar utama ke Putrajaya. Dan apa yang berlaku sepertimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi, lampu ini sekejap ada Tan Sri Speaker, sekejap tak ada.
Dan antara isunya adalah berkaitan dengan kecurian kabel. Sebab itu saya cadangkan supaya dilihat untuk menangani perkara ini dilihat penggunaan solar— lampu jalan solar. Dan saya nak tanya, dalam kes ini berapa banyak kah kes di mana pihak kementerian terpaksa membaiki semula lampu-lampu jalan ini akibat kecurian kabel? Berapa kes di dalam konteks FT29 dan FT30?
Dan saya mohon juga supaya Menteri nyatakan. Ini kalau jawapan bertulis pun tak apa. Berapa banyak kes berkaitan lampu jalan yang terkesan dengan kejadian kecurian kabel ini di seluruh negara? Ini merupakan satu isu besar yang sedang dihadapi oleh kita.
Dan akhir sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon jaminan daripada kerajaan supaya peruntukan untuk menyelesaikan isu FT29, FT30— dia panjang tetapi yang saya nak fokus ini khususnya laluan keluar masuk Putrajaya ini sepertimana Timbalan Menteri sebut dapat disediakan peruntukan bagi tahun 2027 ini. Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri. Sebelum Menteri jawab, saya nak tanya Menteri, bila orang curi kabel dia tak kena karen ke? Pelik juga ya.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Ketawa] Soalan yang sukar untuk saya jawab. Ahli Yang Berhormat, ini angka yang ada di tangan saya lah.
Jumlah lampu biasa FT29 ada 812 unit. Jumlah feeder pillar iaitu box yang ada untuk kabel apa semua itu 27 unit. Jumlah lampu solar di FT29, 291 unit dan jumlah tidak berfungsi, kedua-dua 812 campur 291 itu 270 unit.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
FT30, lampu biasa 706 unit, feeder pillar 17 unit, tidak berfungsi 450 unit atas tiga sebab. Pertama, kerosakan kerana jangka hayat. Lampu lama, jangka hayat ya, maka rosak. Yang kedua, kena langgar Tan Sri, kena langgar, kena langgar, rosak.
Yang ketiga, betul, curi kabel. Ia masalah besar.
450 daripada 720 apabila tidak fungsi itu, kebanyakannya kerana kecurian kabel. Daripada 1,518, unit 450 tak berfungsi itu kena curi kabel. Jadi, curi kabel ini penguatkuasaan. Penguatkuasaan bukan bawah kami lah. Penguatkuasaan, polis, KPKT. Kedai besi buruk, Tan Sri, mereka membeli. Kalau mereka tak beli, tak adalah orang nak jual dan curi kabel.
Jadi, dua-dua perkara ini, pencuri kabel dan pembeli kabel yang dicuri itu perlu diambil tindakan dan penguatkuasaan perlu diadakan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, skandal 1MDB di bawah pentadbiran Barisan Nasional, liabilitinya dianggarkan RM40 bilion dan selepas kalau kita kira sebelum semua penyelesaian dan juga kos yang kita recover, masih ada net cost kepada kerajaan RM20 bilion.
Jadi, saya nak tanya kepada Pontian, pada 2013 semasa Pakatan Rakyat berjanji untuk mansuhkan tol Lebuhraya Utara–Selatan, masa itu kita jangkakan setiap tahun RM3.9 bilion. Jadi, saya nak tanya kepada Pontian, kalau ikut anggaran ini untuk kalau skandal 1MDB tidak berlaku, RM20 bilion ini kita tak dibelanjakan.
Berapa tahun kita boleh bayar untuk Lebuhraya Utara-Selatan?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Kampar, ini kabel Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ada, ada. Ini dalam Menteri KKR juga.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Menteri.
[Tidak jelas] Menteri? Nak jawab boleh, tak jawab boleh. Timbul masalah kabel ini.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
1MDB ini Kementerian Kewangan, saya rasa Kampar dia tersilap, dia fikir saya masih Timbalan Menteri Kewangan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini soalan. Kalau tak ada 1MDB, berapa tahun kita boleh bayar untuk PLUS? Itu soalan kira-kira senang. Kalau CGP 3.8, patut tahu jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
RM20 bilion boleh bayar untuk berapa tahun?
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Soalannya...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bahagi sahaja, senang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi soalan saya, RM20 bilion...
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Soalan kecurian kabel lampu solar...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau bayar RM4 bilion satu tahun, kena berapa tahun?
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, Kampar macam AI terus ya.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Cerita dia begini, bila kita ada soalan-soalan jawab lisan, kita spesifik kepada kementerian-kementerian.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betul, betul. Spesifik, spesifik.
Tuan Yang di-Pertua
Betul. Jadi, nak rawit semua ini, tak payah Menteri- menteri lain jawablah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sebab, sebab...
Tuan Yang di-Pertua
Kita bagi Menteri Kewangan saja.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sebab Menteri hari itu cakap kita tak mampu. Jadi, saya tanya, kalau RM20 bilion itu kita tidak dibelanjakan ataupun tidak di sakau oleh 1MDB, RM20 bilion...
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Soalan fasal kabel.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duit itu macam mana?
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, spesifik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duit itu berapa tahun kita boleh bayar untuk PLUS?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya faham.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Lebuhraya Utara–Selatan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham sekarang. Menteri, kalau nak jawab, jawab, tak jawab pun tak apa sebab ini keluar dari bidang Menteri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau tak tahu, boleh tekan calculator. Saya tunggu sini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tekan 20 bahagi empat.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Berapa tahun kita boleh bayar? Tekan calculator, kita tunggu.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, cukuplah itu. Okey, saya ini penat ini daripada jauh jalan ini. Jadi, okey.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
2026, saya nak maklum kepada semua lah bahawa kita memberikan RM35.25 juta, 379 lokasi untuk lampu jalan dan lampu solar. 2027, lebih kurang sama, Tan Sri. 300 lebih lokasi, RM30 juta lebih.
Saya nak maklum bahawa lampu solar ini RM10,000 sebatang Tan Sri, RM10,000. Tapi lampu konvensional, RM4,000 hingga RM5,000 sebatang. Masalah lampu konvensional kemungkinan dicuri kabel. RM8 sebulan untuk bayar bil lampu itu, dua tahun jaminan. Untuk lampu solar, lima tahun jaminan tetapi selepas lima tahun itu untuk mengganti, dia perlu RM3,500 untuk penggantian dalam masa lima tahun.
Solar ini untuk kawasan yang terlibat vandalisme, solar untuk kawasan kampung dan solar untuk kawasan grid yang jauh. Grid yang jauh daripada lokasi TNB, maka kita pasang lampu solar. Oleh itu Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang nak mohon nampak solar ini, silalah tulis surat untuk buat permohonan. Kita akan beri keutamaan kepada kawasan-kawasan yang terlibat kemalangan. Itu lebih sesuai saya jawab daripada soalan Kampar. Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya saya jemput Dato’...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Saya minta soalan data berkaitan dengan kecurian kabel melibatkan lampu jalan seluruh negara diberikan secara bertulis.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, Menteri? Lima hari ya. Baik, seterusnya Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Timbalan Menteri, kalau tak boleh jawab bagi jawapan bertulis, saya tunggu. RM20 bilion bagi empat tahun, bagi RM4 bilion boleh bayar untuk lima tahun percuma tol.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pontian jangan lari. Nanti tunggu selepas sesi soal jawab, tunggu sini.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar. Okey, Balik Pulau, silakan.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Okey, boleh teruskan? Soalan saya nombor 3, Yang di-Pertua. Terima kasih.
3. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah langkah dan mekanisme kerajaan bagi memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data tidak menjejaskan kecukupan bekalan air negara.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri. Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Silakan.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Walaupun terpegun dengan jawapan tadi tapi kena jawab yang ini juga.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Balik Pulau.
Kerajaan mengiktiraf industri pusat data sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi digital negara. Walau bagaimanapun, pembangunan industri ini hendaklah dilaksanakan secara seimbang dengan keupayaan infrastruktur bekalan air supaya keterjaminan bekalan air kepada pengguna sedia ada sentiasa terpelihara.
Sehubungan itu, setiap cadangan pembangunan pusat data dinilai melalui Data Centre Task Force dengan mengambil kira ketersediaan sumber air, kapasiti sistem bekalan air dan keperluan pengguna sedia ada di kawasan berkenaan.
Sekiranya kapasiti sistem tidak mencukupi atau pembangunan tersebut berpotensi menjejaskan rizab margin bekalan air, cadangan berkenaan tidak akan disokong untuk diteruskan sehingga keperluan kapasiti bekalan air dapat ditangani.
Selain kawalan dari aspek kapasiti bekalan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut menetapkan beberapa keperluan khusus bagi pembangunan
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
pusat data melalui garis panduan bekalan air bagi pembangunan pusat data.
Antaranya:
(i) menggunakan, menggalakkan dan meneroka penggunaan sumber air alternatif seperti air pulih guna, air kitar semula serta sistem penuaian air hujan bagi tujuan penyejukan, cooling system di pusat data;
(ii) menghendaki sumbangan modal infrastruktur oleh pemaju bagi menampung kos naik taraf sistem bekalan air sekiranya diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan;
(iii) memastikan pematuhan Indeks Kecekapan Penggunaan Air serta pemasangan injap kawalan aliran bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air; dan
(iv) mengenakan caj kapasiti tidak digunakan bagi menggalakkan permohonan kapasiti bekalan air yang berlebihan dan tidak digunakan daripada menjejaskan keupayaan agihan kepada sektor lain.
Melalui mekanisme penilaian kapasiti, keperluan penggunaan sumber alternatif, tanggungjawab pemaju terhadap infrastruktur serta kawalan ke atas penggunaan dan permintaan air pembangunan pusat data dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan keutamaan bekalan air kepada rakyat. Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Balik Pulau, soalan tambahan.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang menjawab soalan tadi.
Saya ingin membangkitkan soalan tambahan. Di New York, Zohran Mamdani telah menyatakan kebimbangan beliau tentang kepesatan pusat data di New York dan impak kepada bekalan air di bandar itu. New York State juga telah pun menangguhkan pengeluaran permit bagi pusat data baharu berskala besar kerana sementara menunggu standard yang baharu.
Kita di Malaysia, MITI ada menyatakan bahawa 117 pusat data telah pun diluluskan, 55 telah beroperasi. Jadi, saya dapati satu pusat data, average penggunaan air ialah sebanyak 4.5 juta sehari. 4.5 juta liter sehari lebih kurang 1,600 juta setahun. So, bayangkan kalau ada 117 pusat data di negara kita, Jadi, persoalan
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
saya ialah sekarang ini, pusat data task force terdiri daripada MITI, Kementerian Digital dan juga daripada NRES serta PETRA.
Soalan saya, bagaimana PETRA ingin menetapkan satu standard di mana jikalau ada permintaan ataupun kelulusan pusat data yang baharu, bagaimana permintaan air mereka?
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Adakah mereka perlu menggunakan bekalan air yang sama dengan pengguna domestik ataupun seperti yang disebut tadi, berapa peratus daripada jumlah penggunaan air itu datang daripada reclaimed water, daripada recycled water ataupun daripada rain harvesting untuk memastikan bahawa apabila musim kemarau, pengguna domestik tidak akan terkesan. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Balik Pulau.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Seperti yang saya nyatakan dalam jawapan sebentar tadi bahawa kita bersetuju, saya bersetuju dengan apa Yang Berhormat katakan di New York umpamanya telah mengkaji sedalamnya. Kita juga di negara kita pun sama termasuk di Indonesia, Thailand dan sebahagian negara pun mengkaji tentang data center ini.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan sebab itu kita pembangunan pusat data center ini kita melalui Data Center Task Force yang akan mengambil kesediaan sama ada mencukupi atau tidak mencukupi air. Dan jelas saya katakan sekiranya tidak menepati syarat yang ditetapkan, kita akan tolak walaupun pelaburan itu pelaburan yang besar kepada negara, tetapi kita tetap menolak sekiranya berlaku ketidakcukupan air di negara kita ini.
Tempat yang di mana pusat data yang hendak dibina itu kita akan membuat kajian sepenuhnya dan sebagai contoh, kita tahu di Johor paling tinggi permintaan pusat data. Dan kita akan menyelaras melalui jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa penyelarasan pembangunan pusat data peringkat negara atau peringkat negeri yang kita akan selaraskan bagi memastikan bahawa kita tidak mahu sama ada air ini terjejas untuk rakyat negara kita sendiri.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebagaimana kita semua sedia maklum adalah di Johor, sehingga kini terdapat 19 pusat data yang sedang beroperasi dengan keperluan air sebanyak 21.277 juta liter sehari berbanding permohonan asal sebanyak 73.088 juta liter sehari. Sebagaimana Timbalan Menteri sebut tadi, tertinggi di Malaysia ini.
Jadi— dan apakah soalan tambahan saya, apakah mekanisme tambahan yang dilaksanakan di negeri Johor bagi pembangunan pusat data memandangkan Johor mengalami kekangan dalam menyediakan bekalan air yang stabil. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Mersing. Sebab itu saya nyatakan sebentar tadi bahawa kita juga mempunyai rangkaian-rangkaian untuk pastikan bahawa pusat-pusat data ini dapat kita laksanakan. Ia menjadikan sebuah— satu hasil kepada negara, kepada juga negeri dan sebagainya dan satu pelaburan yang besar.
Sebab itu melalui kerjasama kita antaranya adalah Indah Water Consortium dan Johor Special Water (JSW) yang sebanyak 12 juta liter hari air pulih guna berkualiti tinggi telah dibekalkan bagi kegunaan sistem penyejukan pusat data di negeri Johor.
Dan inisiatif ini menunjukkan bahawa sumber air alternatif sangat-sangat berfungsi untuk memainkan peranan yang besar dalam menyokong pertumbuhan industri tanpa menjejaskan keutamaan bekalan air kepada rakyat.
Dan sehingga kini, terdapat empat buah loji rawatan air pulih guna di Semenanjung Malaysia telah bekal kepada pusat data dengan jumlah kapasiti yang agak tinggi pengeluarannya sebanyak 19.5 juta liter sehari untuk pembekalan tersebut.
Dan bagi negeri Johor, yang saya katakan dan semasa Balik Pulau tadi, kita juga mengkaji di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor yang diselaraskan oleh PLANMalaysia yang mana kita akan merangkumi secara holistik keperluan bekalan air termasuk elektrik, utiliti dan sebagainya.
Bagi Johor telah mendapat prasyarat nilai WUE yang lebih ketat iaitu bawah nilai 1.8 meter padu per megawatt hour— per hour. Namun begitu, keputusan muktamad adalah selepas mengambil kira kesediaan air di kawasan berkenaan.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Bagi perkara ini, kita nak jamin kan, termasuklah tarif Tan Sri Yang di-Pertua.
Kita nak beri jaminan juga kepada masyarakat supaya tarif air khususnya untuk pusat data itu tidak melebihi syarat-syarat yang kita tetapkan.
Jadi, itulah sebenarnya untuk negeri Johor dan kadar tarif domestik juga tidak akan dinaikkan semata-mata untuk menampung keperluan pusat data ini. Kita tak mahu melibatkan rakyat dibebani oleh air dan elektrik ini. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Wan Hassan Mohd Ramli, Dungun.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan nombor 4.
4. Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan mekanisme yang akan diperkenalkan bagi memastikan atlet berprestasi tinggi menerima keputusan dan hala tuju yang jelas dalam tempoh munasabah berhubung status penyertaan, perancangan serta bentuk sokongan yang akan diterima bagi mengelakkan kelewatan dan jurang komunikasi antara atlet dengan agensi sukan negara.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan memastikan atlet berprestasi tinggi memperoleh keputusan dan hala tuju yang jelas berhubung status penyertaan, perancangan program serta bentuk sokongan yang akan diterima.
Sehubungan dengan itu, KBS melalui Majlis Sukan Negara sedang memperkukuhkan mekanisme pengurusan atlet bagi mengurangkan kelewatan serta memastikan jurang komunikasi antara atlet, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Institut Sukan Negara dapat diminimumkan.
Dan melalui program Podium di bawah kendalian MSN, tumpuan diberikan kepada persiapan dan pembangunan atlet berprestasi tinggi bagi menghadapi temasya sukan utama di peringkat antarabangsa seperti temasya sukan SEA, temasya sukan Komanwel, temasya sukan Asia dan temasya sukan Olimpik.
Pelaksanaan program ini adalah berasaskan perancangan prestasi yang menyeluruh dengan mengambil kira keperluan atlet, sasaran prestasi serta persiapan menghadapi temasya yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Bagi memperkukuhkan pemantauan prestasi atlet, MSN melaksanakan High Performance Team Meeting (HPTM) secara bulanan sebagai platform pemantauan dan penyelarasan prestasi yang lebih kerap, ya. Mesyuarat ini turut melibatkan pegawai teknikal dan pihak berkaitan bagi meneliti perkembangan semasa atlet, pencapaian prestasi, isu yang dihadapi serta keperluan sokongan atlet dan pasukan, ya.
Dan dalam aspek penyampaian keputusan dan komunikasi pula, MSN akan memperkukuh penyelarasan antara atlet, PSK dan pihak pengurusan MSN. Dan keputusan berkaitan status penyertaan perancangan dalam program serta bentuk sokongan yang dipersetujui akan diselaraskan dan dimaklumkan melalui saluran rasmi yang ditetapkan dengan tindakan susulan dipantau sehingga selesai, ya.
Selain itu, untuk tambahan, MSN akan memperkukuhkan juga peranan pengurus sukan sebagai penghubung antara atlet, PSK dan MSN. Dan, peranan ini penting bagi memastikan pertanyaan, permohonan dan tanggungjawab dan keperluan sokongan atlet dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab serta status tindakan dapat dipantau dengan lebih teratur, ya.
Dan tentang— berhubung tempoh masa, sebarang keputusan berkaitan permohonan atlet adalah tertakluk kepada pertimbangan mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) yang membincangkan program latihan dan isu-isu yang melibatkan atlet serta juga latih.
Tempoh gerak kerja bagi mesyuarat JKK adalah seperti berikut. Keputusan ke atas permohonan atlet dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. Dan kemudian keputusan dimaklumkan secara bertulis kepada atlet dan persatuan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas diputuskan.
Dan bagi kejohanan kelayakan temasya Sukan Olimpik, MSN dan PSK akan menyediakan kalendar keputusan pada awal musim supaya pembiayaan dan penyertaan diputuskan sebelum tarikh terakhir pendaftaran kejohanan. Dan jika keputusan tidak dapat dibuat dalam tempoh sasaran, atlet dimaklumkan secara bertulis tentang sebabnya dan tarikh keputusan dijangka, ya.
Dan sekiranya terdapat kekeliruan untuk mempertimbangkan perkara- perkara khas berdasarkan perkembangan dan keadaan semasa, Mesyuarat JKK Khas akan boleh diadakan bagi meneliti dan membuat pertimbangan terhadap perkara berbangkit khususnya yang memerlukan keputusan atas tindakan segera.
Dan PSK turut memainkan peranan penting dengan mengemukakan perancangan latihan, penyertaan pertandingan dan keperluan sokongan atlet secara
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
lebih terancang kepada MSN bagi membolehkan pertimbangan dan keputusan berkaitan sokongan atlet dibuat berdasarkan keperluan dan prestasi semasa, ya.
KBS melalui MSN akan terus memperkukuhkan mekanisme pemantauan, penyelarasan dan komunikasi ini bagi memastikan atlet berprestasi tinggi memperoleh maklumat yang lebih jelas berhubung status penyertaan, perancangan serta bentuk sokongan yang akan diterima.
Oleh itu, langkah ini juga penting bagi mengurangkan kelewatan dalam proses membuat keputusan dan memastikan sebarang isu yang boleh menjejaskan persediaan serta prestasi atlet dapat ditangani dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Dungun.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Kementerian telah melaksanakan Program Podium, Road to Gold (RTG) dan Fast Track sebagai antara inisiatif pembangunan atlet berprestasi tinggi negara.
Namun, masih terdapat risiko atlet berbakat yang menunjukkan peningkatan prestasi tetapi tercicir daripada program-program tersebut kerana belum memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Soalan saya, apakah mekanisme khusus kementerian bagi mengenal pasti dan menyalurkan sokongan kepada atlet berpotensi tinggi supaya peluang pembangunan mereka tidak terhalang semata-mata kerana belum memenuhi kriteria pemilihan sedangkan mereka menunjukkan peningkatan prestasi yang konsisten dan berdaya saing di peringkat antarabangsa? Pohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih kepada Dungun. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) memastikan pemilihan atlet bagi Program Road to Gold ataupun RTG dan Program Podium dilaksanakan berdasarkan kriteria serta penanda aras prestasi yang ditetapkan bagi setiap program.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Mordi anak Bimol
Penilaian ini mengambil kira pencapaian atlet dalam kejohanan utama peringkat antarabangsa, kedudukan ranking dunia serta
Tuan Mordi anak Bimol
potensi kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 serta keupayaan atlet untuk mencapai prestasi terbaik pada temasya tersebut.
Bagi Program Podium, pemantauan dan penilaian prestasi atlet dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kerja MSN (JKKMSN). Jawatankuasa ini berperanan meneliti perkembangan prestasi atlet iaitu pencapaian semasa serta keberkesanan program latihan berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan. Hasil penilaian tersebut menjadi asas kepada pertimbangan berkaitan, status penyertaan atlet dalam program serta penambahbaikan, sokongan serta intervensi-intervensi yang diperlukan.
Bagi Program RTG pula, Jawatankuasa Road to Gold berperanan meneliti dan memantau perkembangan atlet yang dikenal pasti berpotensi untuk melayakkan diri serta menyumbang pingat ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Penilaian ini dilaksanakan berdasarkan pencapaian di kejohanan antarabangsa, kedudukan ranking dunia, potensi kelayakan dan perkembangan prestasi atlet sepanjang persediaan Olimpik.
Selain itu, pemantauan prestasi atlet turut berpandukan pelan periodisasi iaitu yang disediakan bagi setiap sukan. Pelan ini merangkumi perancangan atlet, penyertaan kejohanan, sasar prestasi dan tempoh kemuncak prestasi atlet berdasarkan kalendar pertandingan serta laluan kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Pelaksanaan pelan ini membolehkan MSN dan pihak kejurulatihan menilai kemajuan atlet secara berfasa serta mengenal pasti keperluan intervensi sekiranya prestasi tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, KBS melalui MSN komited untuk memastikan proses pemilihan, pemantauan dan penilaian atlet bagi Program RTG dan Program Podium dilaksanakan secara konsisten, telus dan berasaskan merit. Pendekatan yang disokong oleh mekanisme jawatankuasa serta pelan periodisasi ini penting bagi memastikan sokongan dan sumber yang disediakan dapat disalurkan secara bersasar kepada atlet yang berpotensi untuk melayakkan diri dan mencapai kecemerlangan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Terima kasih Yang di-Pertua. Ultra maraton ataupun sukan denai mungkin bukanlah acara Sukan Olimpik, Sukan Asia, tetapi pada pandangan saya wajar diberi perhatian yang setimpal oleh kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan. Dalam dua hari ini, sebahagian pelari negara akan bersaing di China. Mereka mewakili negara kita bersaing dengan pelari-
Datuk Ewon Benedick - Penampang
pelari seluruh dunia dan secara tidak langsung mereka juga boleh atau menjadi duta kepada negara kita.
Persoalan saya, apakah kementerian merancang satu mekanisme sokongan untuk mengiktiraf atlet-atlet dalam sukan denai ini, memberi insentif kepada pelari- pelari yang memenangi kejohanan peringkat antarabangsa ataupun mengiktiraf dengan menjadikan mereka ini idol sukan, idol perpaduan contohnya seperti Daved Simpat dari Sabah yang saya percaya boleh dijadikan sebagai ikon kepada anak- anak muda kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Mordi anak Bimol
Okey, terima kasih Yang Berhormat Penampang.
Okey. Kita ada banyak sukan yang perlu diberi fokus dan tentunya di pihak kementerian kita beri fokus kepada sukan-sukan yang berprestasi tinggi. Terima kasih atas cadangan Penampang dan kita akan terima— kita akan kaji semula, kita akan tengok semula cadangan tersebut. Dan untuk itu, itu sahaja. Terima kasih. Kita ambil maklum cadangan Yang Berhormat Penampang. Ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi, Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan Sri Aman nombor 5. Terima kasih.
5. Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan sama ada perbezaan struktur kos antara peniaga kecil di kawasan pedalaman dan rangkaian pasar raya besar diambil kira dalam perumusan dasar harga serta subsidi bagi memastikan dasar nasional tidak memihak kepada perniagaan berskala besar.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, selamat pagi dan salam Malaysia MADANI.
Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Aman atas soalan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sentiasa mengambil maklum dan mempertimbangkan secara teliti perbezaan struktur kos antara peruncit kecil di kawasan pedalaman dengan rangkaian pasar raya besar yang menikmati lebih banyak kelebihan. Di antara kelebihan pasar raya besar ini ialah mereka dapat menikmati economy of scale di mana mereka boleh membeli
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
secara pukal ya, Yang Berhormat Sri Aman dan kerana itu harga yang mereka beli secara borong itu lebih murah.
Kemudian, juga kalau kita tengok peruncit kecil terutamanya apabila mereka di pedalaman, tambahan pula, sudahlah mereka tak dapat economy of scale, mereka pula terpaksa menanggung kos logistik untuk membawa barang-barang itu ke kawasan pedalaman. Ditambah pula lagi kalau barang-barang keperluan itu, yang mereka jual itu merupakan barang yang kita import, yang mereka import ya, barang import.
Jadi, pelbagai faktor ini tentu sekali membawa perbezaan di antara— dalam struktur kos antara peruncit kecil dan juga pasar raya. Jadi, sebagaimana yang Sri Aman sedia maklum, Malaysia ini mengamalkan pasaran ekonomi terbuka di mana harga pasaran adalah ditentukan oleh imbangan penawaran dan perkhidmatan— permintaan selain dipengaruhi oleh pemboleh ubah makroekonomi seperti kadar pertukaran mata wang dan rantaian bekalan global serta juga faktor seperti perubahan iklim, faktor seperti perang dan sebagainya.
Jadi, ini tentu sekali ada kesan kepada kos ya, kos bahan mentah itu sendiri.
Jadi, mengambil kira semua ini Yang Berhormat, kerajaan di dalam menentukan subsidi, tentu sekali kerajaan memberi tumpuan kepada logistik kerana logistik merupakan salah satu faktor di dalam mempengaruhi harga yang ditawarkan oleh peniaga kecil. Jadi, apa dia program-program subsidi untuk— yang diberikan oleh kerajaan?
Pertama, Program Penyeragaman Harga, Sri Aman di mana RM67 juta diperuntukkan untuk Program Port to Port untuk bawa barang daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Kemudian, Program Pengedaran Barang Perlu RM250 juta untuk tahun 2026 dan RM250 juta untuk tahun 2027 untuk Pengedaran Barang Perlu melibatkan 828 kawasan pengedaran.
Kemudian, kerajaan juga memperuntukkan pada tahun 2025 RM3.5 bilion untuk Skim Kawalan Diesel Subsidi yang melibatkan 30,000 buah kenderaan yang membawa barang keperluan pengguna. Jadi, ini untuk membantu juga logistik ya, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, kita ambil kira kos logistik, kita ambil kira kos bahan mentah dan kita juga ambil kira struktur kos harga peniaga kecil dan rangkaian.
Jadi, itu sahaja jawapan daripada saya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sri Aman. Soalan tambahan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi tadi yang saya rasa
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
agak tuntas. Namun, Sri Aman masih lagi ingin mengajukan satu lagi soalan iaitu berkenaan dengan mekanisme penilaian kos operasi.
Jadi, soalan tambahan Sri Aman, adakah kementerian bercadang mewujudkan mekanisme penilaian kos operasi secara berkala iaitu mengambil kira faktor distance, satu perkara, faktor pengangkutan termasuk juga kos penyimpanan
(storage cost) dan jumlah pembelian bagi memastikan peniaga kecil di kawasan luar bandar tidak terjejas oleh dasar penetapan harga yang seragam? Mohon jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Okey, terima kasih soalan tambahan Sri Aman. Jadi, apabila satu-satu barang itu nak ditetapkan harga ya Sri Aman dan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, pihak kementerian akan memastikan bahawa tiada pencatutan tapi semua faktor-faktor ataupun elemen- elemen dalam penetapan harga itu akan diambil kira.
Pertamanya, barang mentah, kos bahan mentah. Kedua, kos operasi. Ketiga, kos pengangkutan ya.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ini semua diambil kira di dalam peniaga itu menentukan harga yang ditawarkan kepada orang ramai. Jadi, bukan sahaja berkala Sri Aman, pihak kementerian mengawal setiap hari, memeriksa harga ini setiap hari melalui Program Pemantau Harga— Pegawai Pemantau Harga. Seramai 850 Pegawai Pemantau Harga dan diperiksa 2,170 premis melibatkan 316 barangan.
Jadi, setiap hari kita akan dapat laporan berkenaan dengan harga yang ditawarkan dan pihak kementerian boleh mendapat akses kepada semua kos itu, daripada kos bahan mentah, kos operasi, kos pengedaran di sepanjang rantaian bekalan kos itu dan memastikan tiada pencatutan.
Jadi, kalau kita tengok beza antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung, jadi kita dah cover dah dengan kos— dengan port-to-port. Kalau kita tengok ada beza pedalaman dan kita cover dengan pengedaran barang perlu dan juga SKDS. Jadi, ini pemantauan setiap hari dan memberi kita gambaran Sri Aman, sama ada berlaku penaikan harga yang tidak wajar. Jadi— dan kita boleh ambil tindakan kalau kita tengok ada berlaku perkara tersebut melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Daripada jawapan tadi, kita melihat bagaimana perbezaan struktur kos harga antara pedalaman dengan luar— dalaman dan juga bandar.
Ia juga berkaitan dengan soal pelaksanaan SARA yang kita dapat lihat ia memang dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Namun, di sana terdapatnya kedai-kedai runcit terutama kedai-kedai yang berada di kawasan pedalaman yang berisiko kehilangan pelanggan apabila bersaing dengan pasar raya dan juga rakan-rakan strategik yang menyertai SARA itu sendiri.
Persoalan saya ialah apakah langkah KPDN bersama dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan kedai runcit yang berada di kawasan-kawasan pedalaman dapat menyertai program SARA ini dengan syarat-syarat dan kos operasinya yang boleh dipertimbangkan. Ada perbezaan dengan pasar raya-pasar raya yang besar supaya kos ataupun harga yang dijual di kawasan pedalaman itu dapat diambil kira oleh kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Bagan Serai. Sebenarnya, semua peruncit boleh terlibat dengan program SARA kerana subsidi yang ditawarkan, bayaran itu dibuat direct langsung daripada MOF, Yang Berhormat.
Jadi, apa yang peruncit perlu buat, mereka perlu memohon kepada MOF untuk mendapatkan terminal tersebut. Jadi, apabila terminal itu dipasang di kedai runcit mereka dan apabila pengguna menggunakan IC mereka, maka bayaran itu dibuat oleh MOF terus kepada peruncit. Itu mekanisme dia. Saya dah masuk ke pedalaman, Yang Berhormat Bagan Serai dan saya tengok kedai-kedai runcit, pos- pos kita yang ada terminal itu mereka memang mendapat manfaat seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Mereka cuma hanya perlu memohon sahaja.
Cuma ambil masa sikitlah untuk mereka mendapat terminal tersebut. Tapi kalau dalam Program Jualan RAHMAH contohnya, kami di KPDN juga membantu operator-operator Jualan RAHMAH untuk juga dapatkan terminal. Pos-pos kita di pedalaman juga ada yang— dan juga di pulau-pulau saya tengok Yang Berhormat, ada terminal SARA tersebut. Jadi, cuma perlu memohon sahaja. Subsidi daripada MOF terus kepada peniaga tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya menjemput Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Betul sebutan Tan Sri Speaker itu. Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Kewangan menyatakan walaupun kita dimaklumkan tentang angka-angka memberangsangkan berkaitan ekonomi negara secara makro, apakah ia dapat diterjemahkan kepada angka mikro yang boleh dirasai oleh setiap lapisan rakyat di dalam kehidupan seharian mereka dan senaraikan tindakan susulannya?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Tan Sri Yang di-Pertua, prestasi ekonomi yang kukuh bukan sahaja mencerminkan pencapaian pada peringkat makro, malah menyediakan asas yang penting bagi meningkatkan kesejahteraan sosial ekonomi rakyat secara menyeluruh. Ia mencerminkan strategi pertumbuhan yang berkesan, kestabilan dalam negara serta pelaksanaan dasar kerajaan yang seimbang antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Untuk makluman Dewan ini, kadar pertumbuhan ekonomi atau KDNK berkembang 4.6 peratus bagi tempoh 2023 hingga 2025. KDNK berkembang melebihi lima peratus pada tahun 2024/2025 dan juga dijangka berkembang melebihi lima peratus pada tahun ini iaitu 2026.
Dalam menilai sama ada pertumbuhan ekonomi benar-benar diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat, perkara utama yang perlu dilihat bukan sekadar beberapa pesat ekonomi berkembang tetapi sejauh mana pertumbuhan tersebut meningkatkan pendapatan sebenar rakyat, memperkukuh kuasa beli dan menambah baik taraf kehidupan isi rumah. Ini kerana pertumbuhan ekonomi pada peringkat makro memberi manfaat seperti berikut.
Pertama, perkembangan aktiviti ekonomi dan pelaburan mewujud peluang pekerjaan serta meningkatkan potensi pendapatan pekerja. Antara tahun 2023 hingga tahun 2025, jumlah pekerja telah meningkat daripada 15.8 juta pekerja kepada 16.6 juta pekerja. Kadar pengangguran mencatat penurunan 3.4 peratus kepada tiga peratus dan jumlah pewujudan pekerjaan di sektor swasta secara tahunan selari dengan pertumbuhan selari iaitu melebihi 100,000 – 200,000 pekerjaan.
Kedua, perkembangan ekonomi membuka peluang kepada peniaga kecil dan individu yang bekerja sendiri untuk meningkatkan hasil peniagaan serta pendapatan.
Pendapatan penengah bulanan isi rumah meningkat daripada RM6,338 pada tahun
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
2022 kepada RM7,017 pada tahun 2024. Bagi pekerja mahir, purata gaji meningkat daripada RM5,242 kepada RM5,799. Pekerja separuh mahir, purata gaji meningkat daripada RM2,475 kepada RM2,714. Bagi pekerja berkemahiran rendah, purata gaji meningkat daripada RM1,982 kepada RM2,184.
Ketiga, perkembangan ekonomi turut menyokong keupayaan fiskal kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan awam, bantuan dan subsidi yang dapat mengurangkan beban kewangan rakyat. Inisiatif kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat terletak di bawah dua strategi yang mengawal harga bahan api untuk individu dan perniagaan dan mengagih semula hasil rasionalisasi subsidi kepada rakyat dalam bentuk bantuan tunai.
Satu strategi pertama, pengenalan kawalan harga bahan api RON95 dan diesel di bawah Program BUDI MADANI RON95 dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Program-program ini telah menetapkan harga tetap bagi kenderaan individu pada kadar RM1.99 seliter pada had 300 liter dan bagi kenderaan diesel yang diwartakan kerajaan pada kadar di antara RM1.88 seliter dan RM2.10 seliter. Contoh simulasi mudah di mana inisiatif ini membantu rakyat adalah bagi RM100 kos subsidi untuk bahan api adalah RM199 berbanding RM372 pada harga pasaran tanpa subsidi. RM3.72 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 November.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi diterjemahkan dengan lebih menyeluruh kepada kehidupan rakyat, kerajaan menumpukan tindakan kepada lima bidang utama.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Pertama, meningkatkan pendapatan sebenar rakyat melalui pelaksanaan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000.
Kedua, melindungi kuasa beli dan baki pendapatan isi rumah melalui STR, SARA, BUDI MADANI dan langkah penstabilan harga serta bekalan keperluan asas.
Ketiga, memperkukuh keupayaan peniaga kecil dan perusahaan mikro melalui akses pembiayaan, pembangunan keusahawanan, pendigitalan, dan peningkatan produktiviti supaya pertumbuhan permintaan dapat diterjemahkan kepada peningkatan keuntungan bersih.
Keempat, mengurangkan tekanan kos sara hidup secara berterusan melalui pengukuhan penguatkuasaan harga, pengurusan bekalan domestik, dan penyelarasan tindakan untuk mengurangkan kesan kejutan harga serta gangguan rantaian bekalan global.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Kelima, memperkukuh penilaian manfaat pertumbuhan ekonomi pada peringkat isi rumah dengan memberi perhatian kepada perubahan gaji benar, pendapatan boleh guna, perbelanjaan keperluan asas, baki pendapatan selepas komitmen kewangan, dan keupayaan menabung mengikut keperluan dan kumpulan pendapatan serta lokasi.
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Hulu Langat. Soalan tambahan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh bagi lima bintanglah Menteri ini bila dia jawab. Perdana Menteri ini bila pergi luar negara, baru-baru ini ke China, bawa balik duit RM9.2 bilion. Sebelum itu, ke India, RM4.5 bilion. Google nak melabur dalam negara kita ini hampir USD15 bilion. Perancis baru-baru ini dekat satu bilion. Maksudnya, pelaburan tinggi, perdagangan mencecah hampir tiga trilion perdagangan negara kita ni. Maksudnya, pelaburan tinggi, perdagangan pun tinggi.
Cuma, bayar hutang, aktiviti sakau ini pun tinggi juga.
Jadi, kita nak tanya kepada Menteri ini. Maksudnya, adakah kerajaan mampu untuk tahun-tahun yang ke depan ini nak bagi inisiatif-inisiatif yang diberikan kepada seluruh warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita ini? Macam- macam dia bagi. Budak masuk sekolah dapat, Tingkatan 6 dapat, SARA dapat, STR dapat, yang mula-mula kahwin— eh, macam Muar tak dapatlah kan, sebab Muar masuk kan. Macam-macam inisiatif yang diberikan oleh kerajaan.
Saya nak tanya dengan Menteri ini, adakah maksudnya kerajaan ni mampu lagi nak bagi inisiatif-inisiatif yang baik ini kepada rakyat sedangkan dalam masa yang sama nak bayar hutang macam-macam; aktiviti sakau, samun, mentekedarah, curi duit rakyat dalam negara kita?
Soalan saya yang keempatnya— satu, dua, tiga— empatnya, adakah kerajaan satu, dua hari nak ke depan ini memikirkan untuk memperkenalkan cukai GST? Terima kasih, Menteri. Terima kasih, Speaker. Terima kasih, Muar.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Yang pentingnya— sebenarnya tahun ini adalah ujian besar kepada ekonomi negara kita.
Walaupun ekonomi sedunia mengalami kejutan yang paling serius sejak tahun 2008, sejak global financial crisis, tapi negara kita telah ada keadaan di mana rakyat selesa, rakyat dalam keadaan di mana harga tidak diganggu terlalu besar, terlalu banyak kerana ada sistem BUDI95 untuk melindungi harga, tetapi juga melindungi keadaan fiskal kerana ketirisan ditangani melalui sistem yang sama.
Tuan Liew Chin Tong
So, untuk negara kita apa yang telah dilaksanakan terutamanya BUDI95 telah memastikan rakyat dilindungi daripada kejutan kenaikan harga bahan api sedunia dan juga memastikan ketirisan tidak diadakan dalam sistem ini. Saya harap lebih ramai Ahli-ahli Parlimen boleh membahaskan idea-idea dan terutamanya ada saya dengar ada idea untuk melaksanakan GST semula. Yang penting ialah kita mesti meninjau dalam sistem kita. Kenapa kita melaksanakan satu sistem percukaian?
Sistem sekarang melibatkan 130,000 syarikat untuk mengutip SST bagi pihak kerajaan. Tetapi, sistem GST kalau dilaksanakan memerlukan 900,000 syarikat untuk mengutip GST bagi pihak kerajaan. Ini satu perbandingan dan ada banyak lagi perbandingan yang saya harap ini boleh dibahaskan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Terima kasih juga kepada sahabat saya Hulu Langat yang mengakui wujudnya jurang antara angka rasmi yang dilaporkan oleh kerajaan dengan realiti ekonomi rakyat di bawah ini. Lebih baik daripada sahabat beliau Kota Melaka yang nampaknya perlu belajar lagilah untuk memahami realiti aktiviti ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia ini.
[Tepuk] Tapi, tak apalah. Beliau pun dah minta maaf dan rakyat pun dah sekolahkan beliau.
Soalan tambahan saya Tan Sri Yang di-Pertua, ada kaitan juga dengan soalan YB Bagan sebentar tadi tentang cukai, tentang pendapatan boleh guna. Tadi, Timbalan Menteri sebut tentang pendapatan kasar. Laporan terbaru Khazanah Research Institute, baru released last two weeks. Bagi isi rumah dalam kumpulan 10 peratus terbawah, pendapatan perbelanjaan kepenggunaan mereka ini meningkat 21 peratus dalam tempoh 2019-2024. Meninggalkan baki hanya 1.8 peratus daripada pendapatan kasar. Maknanya Tan Sri Yang di-Pertua, dapat RM100, tinggal RM1.80 sahaja, golongan 10 peratus terbawah.
Soalan saya, adakah ini petanda bahawa bantuan tunai dan subsidi kerajaan masih belum mencukupi untuk memperbaiki kedudukan kewangan keluarga berpendapatan paling rendah dan apakah strategi MOF bagi menangani permasalahan ini? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Baik, terima kasih Tan Sri. Terima kasih, Yang Berhormat Bachok. Memang pertumbuhan ekonomi atau perkembangan ekonomi memerlukan channel untuk diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat. Salah satu pendekatan ataupun channel ialah melalui bantuan. Tetapi, pendekatan yang paling
Tuan Liew Chin Tong
penting untuk menterjemahkan pertumbuhan ekonomi kepada kesejahteraan rakyat ialah melalui gaji dan juga pertumbuhan syarikat. Bermakna bahawa kita memerlukan gaji yang lebih tinggi dan juga syarikat-syarikat yang lebih dinamik untuk membayar gaji yang lebih tinggi dan ini adalah faktor yang paling penting.
Kerajaan telah melaksanakan peningkatan gaji minima dan juga syarikat- syarikat kerajaan atau GLC dan GLIC akan melaksanakan gaji wajar atau meningkatkan gaji wajar dari RM3,100 hingga RM3,400. Tapi, yang penting ialah untuk kita mesti mewujudkan syarikat-syarikat yang lebih dinamik dan juga memastikan syarikat-syarikat membayar gaji yang lebih wajar dan lebih tinggi supaya lebih ramai rakyat menikmati perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah, Rompin.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan Rompin nombor tujuh.
7. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan statistik tahap kepatuhan majikan pasca pelaksanaan Dasar Gaji Minimum RM1,700 serta langkah penguatkuasaan diambil terhadap sektor perniagaan mikro luar bandar yang terbeban dengan kos operasi baharu ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sentiasa komited menjaga dan melindungi kebajikan golongan pekerja di negara ini. Perintah Gaji Minimum 2024 telah mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2025 dan telah menetapkan kadar gaji sebanyak RM1,700 sebulan. Ia terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta tanpa mengira sektor atau jenis perniagaan.
Antara langkah yang diambil adalah melalui pemeriksaan secara berterusan ke atas premis majikan bagi memastikan pematuhan terhadap Perintah Gaji Minimum 2024 sehingga 31 Ogos 2026. JTK telah menjalankan sebanyak 28,259 pemeriksaan ke atas premis majikan dalam pelbagai sektor termasuk sektor perniagaan mikro. Sebanyak 204 majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 dan notis pematuhan telah dikeluarkan kepada majikan berkenaan untuk tindakan pembetulan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Selain itu, JTK turut memastikan aduan berkaitan pelanggaran gaji minimum dikendalikan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi kes aduan, sebanyak 264 aduan telah diterima dengan 233 aduan telah diselesaikan dan sebanyak 185 aduan didapati berasas. Bagi kes buruh pula, sebanyak 585 kes telah direkodkan.
Sebanyak 477 kes telah diselesaikan dengan perintah pembayaran berjumlah RM894,646.73 telah dikeluarkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dari aspek tindakan undang-undang, 128 kertas siasatan telah dibuka atas pelanggaran Perintah Gaji Minimum 2024 dan 46 tindakan pendakwaan telah diambil dengan jumlah denda sebanyak RM56,900. Antara syarikat yang telah didakwa membayar gaji di bawah paras gaji minimum adalah sebuah syarikat dalam sektor pembuatan yang telah dikenakan denda sebanyak RM8,000 dan juga sebuah syarikat dalam sektor perkhidmatan yang telah didenda sebanyak RM24,000.
Merujuk kepada pembentangan Belanjawan 2027, kadar gaji minimum baharu telah ditetapkan pada kadar RM2,000 sebulan yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2027. Bagi memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Minimum mengambil pendekatan yang seimbang dan tidak membebankan kelangsungan perniagaan berskala kecil, kerajaan memberikan pengecualian kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merekodkan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta setahun. Walau bagaimanapun, PMKS yang terkecuali ini turut digalakkan untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang baru tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Rompin.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kerajaan kerap menguar-uarkan kejayaan pencapaian Dasar Gaji Progresif
(DGP) yang khabarnya telah memanfaatkan lebih 51,000 pekerja. Namun, syarat DGP ini mewajibkan majikan membayar kenaikan gaji terlebih dahulu dan menghantar pekerja bagi menjalani latihan minimum 21 jam sebelum menuntut insentif.
Dalam konteks ini, bagaimana KESUMA boleh melonggarkan syarat ini agar peniaga mikro di luar bandar seperti di Rompin contohnya dan di seluruh negara, turut mampu menikmati insentif ini— insentif tunai ini, RM200 hingga RM300 ini demi menampung beban gaji RM1,700 yang diwajibkan ke atas mereka? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) bermula dengan fasa projek rintis pada Jun sehingga Disember 2024, diikuti fasa pelaksanaan bermula pada Januari 2025.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bagi majikan yang layak, mereka akan menerima insentif sehingga Disember 2027. Sehingga 23 September 2026, seramai 51,363 pekerja tempatan daripada 4,025 majikan telah menerima manfaat DGP, sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 50,000 pekerja.
Berhubung kelonggaran bagi jam latihan tersebut, tempoh latihan boleh dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya sehingga 2026 dengan minimum 42 jam atau dua Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Selain itu, penambahbaikan terhadap DGP juga telah dilaksanakan selepas projek rintis.
Antaranya ialah pembukaan penglibatan daripada lima sektor utama dalam projek rintis iaitu perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal, pembuatan, pembinaan dan maklumat dan komunikasi kepada semua sektor dan saiz pertumbuhan termasuklah syarikat mikro semasa pelaksanaan penuh yang bermula pada Januari 2025.
Berhubung pelaksanaan melibatkan syarikat mikro, sebanyak 13.1 peratus dari seluruh negara menyertai DGP. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kepada YB Timbalan Menteri soalan tambahan saya, kalau kita lihat kepada Dasar Gaji Minimum 1,700 seperti YB Timbalan Menteri sebut tadi, ini terpakai kepada semua pekerja dan termasuklah warga asing yang mana majikan sebenarnya dibenarkan memotong maksimum sehingga RM100 untuk penginapan dan kemudiannya KWSP dua peratus daripada majikan dan dua peratus daripada pekerja manakala kos levi, fi pas visa mahupun pemeriksaan kesihatan FOMEMA ditanggung oleh majikan.
Jadi, ini sebenarnya telah menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati ya ataupun ketidakadilan kepada pekerja-pekerja tempatan yang terpaksa menanggung sendiri contohnya kos sewa rumah ya, kalau mereka terutamanya datang daripada kawasan luar daripada kawasan tempat mereka bekerja.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Jadi, soalan saya adakah kementerian bercadang untuk menilai kembali kadar gaji minimum yang mungkin ya lebih selesa dan juga kompetitif kepada pekerja-pekerja warga tempatan kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Di dalam persoalan Yang Berhormat Sekijang, bagaimana kita boleh pastikan peningkatan gaji minimum itu seiring dengan kos sara hidup ataupun apakah kaedah pemantauan yang sesuai. Dasar Gaji Minimum ialah gaji lantai (floor wages) bagi pekerja kategori terendah dalam pasaran buruh dan bertujuan untuk memenuhi keperluan asas pekerja.
Dalam menetapkan gaji minimum, kajian semula Perintah Gaji Minimum
(PGM) yang dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah mengambil indikator sosioekonomi semasa seperti Pendapatan Garis Kemiskinan
(PGK) yang menentukan keperluan asas pekerja dan keluarga pekerja dan juga penengah gaji yang merujuk kepada keupayaan majikan membayar gaji pekerja.
Bagi memastikan pendapatan pekerja setimpal dengan peningkatan kos sara hidup, penetapan gaji minimum baharu ini turut mengambil kira gaji kehidupan wajar.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan sentiasa komited membantu meningkatkan pendapatan pekerja dalam pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) dan Productivity-Linked Wage System (PLWS) iaitu pelengkap kepada pelaksanaan PGM sedia ada.
Pekerja dan majikan juga digalakkan berunding melalui rundingan kolektif untuk menetapkan gaji yang lebih tinggi berdasarkan peningkatan kemahiran, kelayakan dan produktiviti yang akan memberi peningkatan pendapatan yang lebih bermakna.
Selain itu juga, ini adalah langkah proaktif yang mungkin boleh dilakukan oleh pihak kementerian iaitu kadar pembayaran gaji melalui model e-Wages. Kaedah ini akan memudahkan dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang perburuhan dengan memastikan empat perkara pokok yang kita dapat lindungi. Empat perkara pokok ini saya akan berikan kepada Yang Berhormat Sekijang secara bertulis.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Sri Gading, nombor 8.
8. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapakah jumlah guru lantikan contract of service (CoS) dan kontrak interim yang telah diserap ke jawatan tetap serta yang masih berstatus kontrak setakat 31 Ogos 2026 dengan pecahan mengikut kategori lantikan dan sasaran tempoh penyerapan baki guru kontrak ke tetap.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Kementerian Pendidikan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
(SPP) melaksanakan pengambilan guru melalui dua kategori lantikan iaitu lantikan Kontrak Interim dan juga lantikan contract of service yang mana masing-masing mempunyai syarat serta mekanisme pelantikan yang berbeza sebelum seseorang pegawai itu boleh dipertimbangkan untuk lantikan tetap.
Bagi kategori pegawai perkhidmatan pendidikan lantikan contract of service ataupun CoS, pengambilan ini dilaksanakan dalam kalangan graduan bukan pendidikan. Mereka dikehendaki melengkapkan kelayakan ikhtisas pendidikan iaitu Diploma Pendidikan dalam tempoh kontrak dua tahun sebelum boleh diperakukan oleh KPM kepada SPP untuk menjalani temu duga bagi tujuan pelantikan sebagai guru lantikan tetap.
Bagi CoS tahun 2023, seramai 5,632 orang pegawai perkhidmatan pendidikan telah menerima surat tawaran pelantikan tetap daripada SPP dan kesemua mereka akan menerima arahan penempatan secara serentak dengan PPP yang lain pada bulan Disember 2026 ini. Manakala ada seramai 179 orang pegawai perkhidmatan pendidikan masih belum memenuhi syarat yang ditetapkan sebelum boleh dilantik secara tetap.
Bagi lantikan CoS bermula tahun 2025, setakat ini, pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkenaan masih dalam peringkat untuk memenuhi syarat ikhtisas masing-masing.
Sementara itu, bagi kategori lantikan kontrak interim, pelantikan ini bermula— mula dilaksanakan pada 1 Mac 2024 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi graduan yang telah memiliki kelayakan ikhtisas dalam bidang pendidikan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pelantikan secara lantikan Kontrak Interim ini merupakan kaedah lantikan interim dalam perkhidmatan awam ketika kerajaan sedang memuktamadkan kaedah baharu pelantikan tetap bagi penjawat awam baharu.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Pendekatan ini adalah terpakai untuk semua skim perkhidmatan awam. Dari 30 September 2024 sehingga 31 Ogos 2026, seramai 29,784 orang pegawai perkhidmatan pendidikan di KPM telah pun dilantik secara lantikan kontrak interim.
Dalam hal ini, KPM akan terus memastikan proses pengurusan dan peralihan status perkhidmatan PPP dilaksanakan berdasarkan syarat kelayakan, peraturan serta mekanisme pelantikan yang berkuat kuasa dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan pendidikan dan kesinambungan penyampaian pendidikan negara.
Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput soalan tambahan daripada Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Persoalan daripada Sri Gading, pertama sekalilah kenapa kita perlukan guru kontrak daripada CoS ini , maknanya yang bukan daripada bidang pendidikan? Itu yang pertama. Adakah bilangan ini maknanya kekurangan guru tutor terlampau tinggi? Itu yang pertama.
Dan adakah orang-orang muda pada hari ini tak berminat untuk jadi cikgu?
Sebab kadang-kadang ada peribahasa menyatakan bahawa “kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari” Di mana kadang-kadang kalau kita lihat adakah kerana orang muda melihat hari ini pemimpin-pemimpin suka sakau, suka mencuri, maka mereka pun takut nanti jadi cikgu sebab mereka takut nanti terpalit sebagai guru yang tak pandai mengajar?
Dan apakah jawatan tetap tadi yang telah disebut di antara 2024 sampai 2026 ada 29,000 yang dilantik, adakah CoS ini pelantikannya diperlukan? Saya dibaca dalam web pendidikan, dia perlu dapatkan kursus tetapi dengan pembiayaan sendiri.
Kalau boleh, kementerian dapat menanggung itu, nak lebih baik untuk menarik minat orang-orang muda menjadi guru. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Berkenaan dengan lantikan guru ataupun pengambilan guru secara CoS ini. CoS bukan merupakan keutamaan kita dalam pengambilan guru ataupun latihan guru. Selalunya keutamaan diberikan kepada nombor satu, lantikan
Tuan Wong Kah Woh
ataupun pegawai bekalan kita dari PISMP, dari IPG. Dan nombor dua adalah graduan yang mempunyai ikhtisas di peringkat universiti awam.
Dan apabila kita perlu mengambil guru-guru secara CoS dari kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas, ia adalah dalam keadaan tertentu iaitu seperti nombor satu, pada tahun 2025 kita ambil CoS khas untuk Sarawak. Tahun 2026, kita ambil CoS khas untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah dan tahun ini 2026, kita ambil CoS khas untuk kohort enam tahun pada tahun 2027 untuk menampung kemasukan anak-anak kita dalam kohort enam tahun ke sekolah rendah. Dan, kesemua mereka yang diambil ini adalah graduan dari universiti-universiti tetapi tidak mempunyai ikhtisas.
Dan seperti Yang Berhormat sedia maklum, untuk dalam tempoh kontrak CoS tersebut, mereka diperlukan untuk mengambil ataupun memenuhi syarat ikhtisas, sama ada mereka boleh memohon untuk meneruskan ataupun meneruskan pengajian ikhtisas mereka di peringkat IPG ataupun di universiti-universiti yang lain.
Saya bagi contoh untuk CoS kohort enam tahun yang bakal memulakan pengajian di IPG mulai 8 Disember pada tahun hadapan, kita telah pun menawarkan supaya kesemua 3,150 orang calon-calon ini untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara bersemuka di IPG dan juga secara online. Dan, kita telah pun tempatkan mereka di kampus-kampus berdekatan dengan sekolah-sekolah yang telah pun ditempatkan itu. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri Speaker. Kerajaan telah mengumumkan dasar untuk mengawalkan pendidikan darjah satu dari tujuh ke enam tahun dan sasaran pendaftaran 400,000 murid baharu. Tetapi dimaklumkan statistik terkini, hanya 15 peratus take up rate iaitu daripada 400,000 hanya cecah 70,000 sahaja yang sudah pun mendaftar.
Impaknya kepada pelantikan cikgu kerana sebelum ini dalam belanjawan, kerajaan menyasarkan untuk melantik 20,000 guru lantikan baharu tetapi diumumkan daripada 20,000 itu telah pun diturunkan hanya kepada 3,000.
Maksudnya 17,000 yang dijanjikan itu terkapai-kapai walaupun pada peringkat awal mungkin telah dihubungi atau telah pun dijual harapan bahawa mereka akan dilantik.
Bagaimana kerajaan ingin membela nasib 17,000 guru yang sepatutnya ditempatkan bagi mengajar pendidikan awal ini daripada dibiarkan begitu sahaja? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Muar atas soalan tambahan yang telah pun diajukan. Nombor satu, berkenaan dengan sasaran awal kita. Bukan sasaran awal. Apabila kita meneliti dan juga mengunjurkan sekiranya kesemua 400 orang murid kohort enam tahun itu daftar, kita memerlukan 20,000 orang guru baharu yang perlu dilantik secara CoS.
Kerana kita tidak ada bekalan tambahan daripada PISMP yang telah pun diunjurkan lima tahun sebelum itu.
Dan apabila kita mendapat pendaftaran, sampailah lebih kurang 73,000 ataupun lebih kurang 17 hingga 18 peratus, maka KPM membuat pengunjuran semula, unjuran semula untuk menentukan jumlah guru yang kita perlu. Dan itu sebab kenapa pada akhirnya, kita telah pun membuka untuk permohonan.
Kita memanggil untuk interview tetapi pada akhirnya kita mengambil 3,150 orang. Daripada kalangan yang telah pun pohon, mungkin ada yang layak untuk menjadi guru. Pintu KPM adalah selalu dibuka dan setiap tahun sama ada kita akan buka secara pasaran terbuka untuk mereka yang mempunyai ikhtisas di peringkat universiti awam ataupun universiti swasta. Itu nombor satu.
Nombor dua, untuk mereka yang tidak mempunyai ikhtisas yang mungkin tergolong dalam permohonan bagi murid-murid kohort enam tahun 2027 ini, peluang masih terbuka apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan membuka ambilan CoS pada masa hadapan yang mana untuk beberapa tahun kebelakangan ini, sememangnya kita hampir setiap tahun kita ada mengambil guru-guru CoS.
Tadi saya sebut CoS khas Sarawak 2025, CoS BM BI 2026, CoS tahun 2025 yang dipanggil interview, kita telah pun memberikan tawaran September 2026 dan diikuti dengan CoS kohort enam tahun, tahun 2027.
Pengambilan CoS ini seperti yang saya sebut tadi, bergantung kepada permintaan, bergantung kepada keperluan pada sesuatu masa tersebut. Dan seperti yang saya sebut, pintu KPM adalah selalu terbuka dan calon-calon boleh meneliti dan juga memberikan perhatian terhadap iklan-iklan yang dibuka dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya difahamkan Indera Mahkota tidak berada dalam Dewan. Maka dengan itu saya jemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.
Tuan Yang di-Pertua
[****Soalan No. 9** – YB. Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (Indera Mahkota) tidak hadir]
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan saya nombor 10.
10. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan peratusan pekerja asing semasa dan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan bahawa kelulusan kemasukan pekerja asing baharu mengambil kira sasaran RMK13 bahawa pergantungan pekerja asing untuk dikurangkan kepada 10 peratus.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menetapkan unjuran nisbah Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) berbanding jumlah tenaga kerja negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 sebagai panduan dalam mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing. Penetapan unjuran ini adalah seperti berikut:
| Tahun | Unjuran Siling | Jumlah Tenaga Kerja | Nisbah PLKS (Peratus) | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2026 | 2210048 | 17003722 | 13.0 | |||||
| 2027 | 2154637 | 17237096000 | 12.5 | |||||
| 2028 | 2097162 | 17476355 | 12.0 | |||||
| 2029 | 1945298 | 17684530 | 11.0 | 2030 | 1788357 | 17883566 | 10.0 |
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Unjuran ini juga telah diluluskan dalam Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing pada 30 Jun 2026 dan dipersetujui dalam Jemaah Menteri pada 1 Julai 2026.
Sehingga 15 Oktober 2026, sebanyak 2,081,564 pekerja asing pemegang PLKS, sumber rujukan daripada MyIMMs telah digunakan daripada siling sedia ada yang diunjurkan pada tahun 2026 iaitu sebanyak 2,210,484. Manakala bilangan PLKS Pembantu Rumah Asing (PRA) yang dijadikan rizab kuota sektor formal sehingga 15 Oktober 2026 adalah berjumlah 112,258. Justeru, baki siling kuota nasional bagi tahun 2026 adalah sebanyak RM241,178.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Turutan daripada itu, Jemaah Menteri telah mengambil maklum bahawa proses pengiraan peratusan kuota penggajian pekerja asing mengikut unjuran siling sectoral adalah tidak diguna pakai. Sebarang cadangan pindaan berkaitan pengiraan peratus kuota pengambilan pekerja asing berdasarkan keperluan sebenar setiap sektor akan dibawa untuk pertimbangan dan keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing.
Mengambil kira pemakluman di atas, pengiraan peratusan kuota penggajian pekerja asing sedia ada secara sectoral adalah dimansuhkan. Sebaliknya, pengiraan kuota akan berlandaskan kepada unjuran siling penggajian pekerja asing tahunan sepertimana yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Kementerian Sumber Manusia melalui Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing (OSC) akan mengawal selia pergerakan kuota mengikut kelulusan yang diberikan supaya sejajar dengan unjuran siling nasional yang telah ditetapkan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput soalan tambahan daripada YB Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih atas jawapan oleh Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah, apakah status dan pencapaian program atau mekanisme melatih pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kebergantungan pekerja luar seperti akademi dalam industri dan lain-lain?
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan latihan benar-benar diterjemah kepada pengisian pekerja oleh pekerja tempatan?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Untuk kita memahami dengan lebih mendalam, apakah syarat-syarat untuk sesebuah syarikat mengambil pekerja asing, perlu difahami satu perkara pokok yang paling penting iaitu prasyarat keutamaan pengambilan pekerja tempatan, seksyen 60K dan MYFutureJobs, di mana sebelum sebarang permohonan kuota pekerja asing melalui FWCMS, eQuota dibenarkan. Majikan diwajibkan untuk mengiklankan kekosongan jawatan terlebih dahulu di portal MYFutureJobs sekurang-kurangnya 14 hari bekerja dan mendapatkan kelulusan awal terlebih dahulu di bawah seksyen 60K, Akta Kerja 1955.
Langkah ini memastikan keutamaan diberikan kepada pencari kerja tempatan dan kuota hanya diluluskan sekiranya terbukti tiada sambutan atau kekosongan gagal diisi oleh warganegara kita. Kelayakan kuota setiap majikan dinilai
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
berdasarkan nisbah penggajian pekerja tempatan sedia ada melalui semakan data caruman KWSP dan PERKESO berbanding pekerja asing yang dipohon.
Kerajaan juga terus menggalakkan majikan beralih daripada kebergantungan buruh berkemahiran rendah kepada penggunaan teknologi, automasi dan mekanisasi melalui insentif pelaburan serta persediaan pelaksanaan mekanisme levi pelbagai peringkat (MTLM).
Pada masa yang sama, kementerian ini sering kali melakukan kesedaran dan juga melaksanakan pelbagai program melalui HRD Corp, PERKESO dan institusi TVET giat melaksanakan program peningkatan kemahiran— upskilling dan reskilling termasuk seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Selayang, Akademi Dalam Industri. Malahan, kita sering mengadakan sesi libat urus dengan pakar-pakar industri supaya latihan yang disediakan itu benar-benar diguna pakai di dalam industri semasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, antara faktor adalah untuk kita mengurangkan penggantungan terhadap pekerjaan asing ini adalah untuk kita menjamin keselamatan warganegara. Saya ambil contoh, ada seorang warga asing di Kepong telah menetak tangan polis sehingga putus dan yang terbaru seorang remaja lelaki umur 15 tahun telah dipukul oleh warga Rohingya di Selayang, Kuala Lumpur dan kenyataan Ketua Polis Negara, 96,844 tangkapan warga asing.
Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam kelulusan kuota pekerja asing ini, apakah jaminan pihak kerajaan ataupun inisiatif pihak kerajaan untuk menjamin bahawa pekerja asing ini diberikan kesedaran tentang undang-undang dan juga tentang keselamatan. Jadi, minta pihak kementerian untuk memberikan jawapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Kita sedia maklum dengan pelbagai insiden yang telah berlaku pada baru-baru ini. Seperti yang saya tekankan tadi, mana-mana pekerja asing yang mahu digaji perlu melalui proses-proses yang telah ditetapkan dan proses-proses ini harus diguna pakai oleh para majikan yang mahu menggaji pekerja asing. Sebelum mana- mana pekerja asing memasuki negara ini, kita akan menggunakan sistem yang telah diintegrasikan dengan sistem PDRM untuk kita melihat jikalau mereka ini mempunyai kes-kes jenayah yang terdahulu ataupun mempunyai rekod yang tidak baik.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Oleh yang sedemikian, saya percaya kita akan sering kali melihat cara-cara yang terbaik untuk kita memastikan insiden-insiden yang telah disebutkan tadi dapat kita kurangkan untuk kita memastikan keselamatan para pekerja warganegara kita.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri, Usul 12(1).
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Komunikasi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 24 November 2026.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah ke Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya menjemput Kuala Terengganu untuk membaca usul dan Kuala Terengganu mesti membaca usul seperti yang telah pun saya luluskan. Jangan tambah-tambah ya. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
...Insya-Allah, saya tak tambah Tan Sri.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon untuk mencadangkan suatu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut.
Bahawa Dewan ini merundingkan untuk memohon penjelasan daripada Menteri Wilayah Persekutuan berhubung asas penilaian dan justifikasi pengurangan premium tanah kepada Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
(KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000, termasuk syarat pemberi milikan, tempoh pajakan sehingga 99 tahun serta konsistensi dasar pengurangan premium kepada institusi dan pertubuhan lain di Wilayah Persekutuan.
Usul ini adalah perkara tertentu kerana ia melibatkan keputusan kerajaan meluluskan penyerahan dan pemberi milikan tanah dengan pengurangan premium yang sangat besar, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai asas penilaian, kaedah pengiraan dan justifikasi kelulusan tersebut. Pendedahan minit kelulusan, penilaian serta dokumen pertimbangan amat penting bagi menjelaskan bagaimana pengurangan premium tersebut diputuskan, termasuk syarat dan sekatan kepentingan yang dikenakan.
Usul ini juga berkehendak disegerakan kerana keputusan pemberian tanah dan penetapan tempoh pajakan sehingga 99 tahun melibatkan kepentingan jangka panjang terhadap aset tanah kerajaan. Penjelasan perlu diperoleh segera, khususnya bagi memastikan sama ada prinsip dan kriteria pengurangan premium yang sama
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
turut digunakan terhadap permohonan institusi, persatuan, badan kebajikan, rumah ibadat, institusi pendidikan dan organisasi pemeliharaan warisan lain yang telah diluluskan atau masih dalam pertimbangan kerajaan.
Usul ini turut melibatkan kepentingan orang ramai kerana tanah kerajaan merupakan aset awam yang perlu diuruskan secara telus, adil dan bertanggungjawab. Rakyat berhak mengetahui bagaimana nilai premium ditentukan.
Apakah justifikasi pengurangan yang diberikan dan sama ada kelonggaran yang dibenarkan oleh undang-undang serta dasar kerajaan turut terbuka kepada semua pihak yang mempunyai kelayakan yang setara tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang penerima manfaat?
Justeru, adalah menjadi kepentingan awam yang mendesak agar Dewan Rakyat merundingkan perkara ini dengan segera bagi mendapatkan penjelasan rasmi kerajaan serta memastikan dasar pemberian tanah dan pengurangan premium dilaksanakan secara konsisten, telus dan adil kepada semua pihak.
Saya berharap agar permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih. Word by word dah itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu pada hari Khamis, 19 November 2026 yang lalu.
Teks Usul itu adalah seperti dibacakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat memenuhi tiga syarat.
Syarat pertama ialah bahawa perkara ini tertentu. Syarat kedua ialah bagi kepentingan orang ramai, dan syarat ketiga ialah ia nya berkehendakkan disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati perkara ini adalah perkara yang tertentu. Ianya adalah bagi kepentingan orang ramai, perkara ini juga perlu disegerakan.
Oleh demikian, saya membenarkan usul ini untuk dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas pada hari ini juga. Terima kasih Yang Berhormat.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesebelas]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, usul dulu, usul 66(12).
Tuan Yang di-Pertua
66(12).
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Apa ceritanya Yang Berhormat?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Berkenaan dengan masalah iaitu wang sejumlah Ringgit Malaysia untuk kepala jadi sebahagian daripada jadual perbahasan, hendaklah dihadkan kepada dasar khidmatan yang hendak diuntukkan wang itu dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan.
Minggu Isnin lalu, semasa penggulungan untuk Kementerian Kerja Raya, Timbalan Menteri Pontian telah membuat satu pantun. Walaupun pantun ‘kencing’ itu dia sudah tarik balik ‘kencing’ dia, tapi dia tidak tarik balik ‘sokong Perikatan Nasional’.
Jadi, itu bukan dasar Kerajaan Perpaduan.
Jadi, saya minta Pontian kalau sudah mohon maaf, kembali ke Dewan ini mohon maaf dan tarik balik ‘sokong Perikatan Nasional’ sebab itu bukan dasar kerajaan, bukan dasar kementerian. Saya mohon gentleman, Pontian. Sila tarik balik ‘sokong Perikatan Nasional’.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, bila— Yang Berhormat, sebentar, sebentar, sebentar, sebentar. Bila Yang Berhormat kemukakan Usul, permintaan Yang Berhormat tujukan kepada saya, bukan tujukan kepada Yang Berhormat di bawah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, faham.
Tuan Yang di-Pertua
Oleh demikian, Yang Berhormat kena tanya saya, "Bolehkah Yang Berhormat Speaker minta...". Itu tajuk dia.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Faham.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan terus begitu. Tak boleh. Dia kena indirect free kick sini, baru sini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi untuk itu, saya lihat Yang Berhormat ada dua pilihan. Yang pertama, tak payah sebut lagi sebab kita dah tahu. Ataupun yang kedua, masukkan Usul supaya saya dapat baca balik, apakah faktor-faktor yang membolehkan saya membuat keputusan agar Pontian menjawab soalan itu. Boleh, Yang Berhormat? Oleh itu, sila masukkan usul.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri, usul 25 memang dibenarkan untuk Menteri bagi penerangan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, masukkan usul Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang kita bergerak kepada senarai yang telah diberikan kepada saya untuk Kementerian Sumber Manusia.
Minta maaf ya, masih lagi— Majlis sekarang dalam Jawatankuasa. Turunkan cokmar.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia sekarang terbuka untuk dibahas.
Saya menerima senarai panjang untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat mengambil bahagian. Jadi, saya nak bacakan senarai yang telah pun diberikan saya untuk Kementerian Sumber Manusia.
Dimulakan dengan Penampang, diikuti dengan Pendang, Tampin, Padang Terap, Pasir Gudang, Sabak Bernam, Sri Gading, Maran, Klang, Padang Besar, Setiu, Pulai, Pengkalan Chepa, Bagan Serai, Bakri, Parit Buntar, Padang Rengas, Beruas, Tenggara, Putrajaya dan Batu Gajah. Ahli Yang Berhormat diberikan lima minit setiap seorang dan saya mulakan dengan saya menjemput Penampang.
Silakan Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Terima kasih yang dihormati, Pengerusi. Pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak merupakan salah
Datuk Ewon Benedick - Penampang
satu daripada perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang telah diselesaikan.
Untuk ini, saya menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia
(KESUMA) dan semua yang terlibat.
Peratusan menganggur di Sabah adalah pada kadar 5.5 peratus iaitu yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan purata nasional 2.9 peratus. Dalam masa yang sama, Kerajaan Sabah sedang giat merancang pembangunan taman-taman perindustrian baharu di Kota Belud, Kudat, Beaufort dan Sandakan, selain daripada KKIP, SOGIP dan POIC yang sedia ada.
Pembangunan perindustrian di Sabah sesungguhnya memerlukan sokongan dan kerjasama KESUMA, terutama dalam membangunkan skilled workers yang boleh memenuhi pasaran atau kehendak perusahaan di Sabah. Walaupun terdapat beberapa institusi pengajian dan pusat latihan kemahiran dan TVET di Sabah, saya percaya ini memerlukan penyelarasan proaktif. Terutama dalam mengenal pasti keperluan sebenar industri di Sabah dan pembangunan latihan kemahiran atau TVET yang diperlukan oleh industri, terutama adaptasi kepada artificial intelligence dan juga automasi terkini.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Saya merakamkan penghargaan kepada KESUMA khususnya melalui Timbalan Menteri yang komited dan telah pun bersetuju membantu dan memudah cara pembangunan KKIP Aerospace Training Centre sebagai sebuah pusat latihan TVET di KKIP. Saya juga menggesa sokongan diberikan kepada institusi TVET seperti Montfort Youth Training Centre (MYTC) di Kinarut, Sabah yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pelaksanaan modul-modul TVET mereka kerana penggunaan bahasa ini memberi nilai tambah pasaran kepada graduan mereka.
Institut TVET lain di Sabah seperti Gain Forlife Academy, ESTC Academy dan Sabah Skills and Technology Centre (SSTC) yang telah banyak melaksanakan modul TVET dan berjaya memberikan pekerjaan kepada graduannya harus mendapat sokongan berterusan daripada KESUMA.
Saya berharap institusi-institusi TVET di Sabah ini akan mendapat sokongan peruntukan di bawah Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran yang diperuntukkan sebanyak RM468.107 juta, Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan yang diperuntukkan sebanyak RM84.345 juta dan Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia yang diperuntukkan RM385.174 juta.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Saya juga mencadangkan supaya satu mekanisme dibangunkan bagi institusi-institusi TVET ini bekerjasama dengan universiti pilihan mereka bagi mengeluarkan sijil-sijil kemahiran TVET kepada graduan mereka.
Saya juga ingin bertanya, berapa banyakkah institusi TVET tempatan Sabah yang telah diperuntukkan dana bagi melaksanakan program-program pembangunan kemahiran? Adakah benar terdapat institusi TVET daripada luar Sabah yang telah melaksanakan program-program kemahiran di Sabah? Kerana ini adalah antara yang telah diadukan kepada saya.
Yang Berhormat Pengerusi, Pusat Rehabilitasi PERKESO telah dibangunkan di Kuala Lumpur dan di Ipoh, Perak. Saya turut mencadangkan Pusat Rehabilitasi PERKESO yang memberikan perkhidmatan yang sama turut dibangunkan di Sabah.
Saya juga menyokong inisiatif Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri atau LINDUNG KENDIRI PERKESO bagi sektor ekonomi gig, pemandu e-hailing, penjaja dan peniaga kecil, petani, nelayan, pekebun kecil, pekerja kreatif bebas dan para pelajar siswa-siswi yang bekerja secara sambilan. Saya berharap KESUMA dapat meneruskan pemberian subsidi caruman dan memperluaskan kempen mencarum PERKESO ini.
Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India diperuntukkan sebanyak RM150 juta. Saya berharap program sosioekonomi masyarakat India di Sabah juga dapat dibangunkan termasuk yang berkaitan dengan keperluan kuil-kuil Hindu yang boleh dibangunkan sebagai salah satu produk religious pilgrimage di kalangan penganut agama Hindu yang perlu dibawa juga ke Sabah.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya ingin menyebut dua kuil Hindu yang saya kunjungi sebelum ini yang memerlukan sokongan dana untuk tujuan tersebut iaitu Kuil Sri Subramaniar di Kinarut, Putatan dan juga Kuil Sri Shivan Alaym di Kota Belud. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri KESUMA, jika berkelapangan, untuk meninjau kuil-kuil ini semasa lawatan kerja di Sabah nanti. Yang Berhormat Pengerusi, Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Penampang. Dipersilakan, Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Dato’ Pengerusi, saya nak memohon mengalukan rombongan pelajar dari Kompleks Tahfiz Al-Quran Al- Qaradhawi (KOMTAQ) Kerdau bersama penduduk-penduduk kampung sekitar Kuala Krau ke Parlimen Malaysia hari ini.
[Tepuk] Terima kasih.
Dato’ Sri Pengerusi, Pendang ingin menyentuh Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia, 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan, 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara serta 010100 – Pengurusan Am.
Dato’ Pengerusi, sebanyak RM385.174 juta diperuntukkan bagi pembangunan tenaga manusia dan RM84,345,000 bagi pembangunan kemahiran dan pengiktirafan. Bagi keluarga yang menghantar anak mengikuti pengajian TVET— jadi yang ini, pengajian TVET ini, kita kena panjangkan juga kepada penduduk-penduduk orang asli di seluruh Malaysia ini termasuk yang mana mereka juga terlibat. TVET ini adalah kemahiran dan mereka dah terdedah dengan TVET ini dah lama, sebab mereka terlibat dengan penebangan pokok dan sebagainya, mencerahkan kawasan-kawasan untuk penempatan rayau dan sebagainya. Ini mereka perlu dihantar ke sekolah-sekolah TVET ini.
Jadi, saya nak mencadangkan dokumen anggaran— kita tengok mereka yang mendapat kemahiran ini mendapat pekerjaan yang sesuai dan mampu membina kehidupan dalam bidang teknikal. Namun, dokumen anggaran menunjukkan sasaran graduan kemahiran mendapat pekerjaan dalam enam bulan ialah 90 peratus bagi 2027. Jadi, pengajian TVET ini, mereka lulus 90 peratus pelajar lulusan TVET ini mendapat pekerjaan. Jadi, apa salahnya kita kembangkan kepada semua penduduk di seluruh Malaysia ini termasuk Orang-orang Asli?
Mengapakah sasaran 2027 lebih rendah daripada pencapaian yang pernah dicapai pada tahun yang sebelum ini?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar mencelah boleh?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ha, sila. Saya tak ada masa.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar mencadangkan— adakah Pendang bersetuju supaya diwujudkan satu kolej TVET khas untuk orang asli sahaja?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya sangat bersetujulah, sangat sokonglah yang ini. Sebab apa, mereka sesuai dengan tempat mereka, kita buat pembinaan sekolah TVET ini di kawasan mereka sendiri. Mereka tak payah keluar pergi jauh-jauh, perbelanjaan yang tinggi dan sebagainya. Saya sangat sokong yang ini. Masuk dalam ucapan saya. Okey, baik.
Peruntukan Butiran 041100 meningkat daripada RM1.801 juta kepada RM4.09 juta. Pertambahan ini perlu diterjemahkan kepada keputusan yang memperbaiki pendapatan pekerja. Kerajaan telah mengumumkan gaji sebanyak RM2,000 mulai Jun 2027 dengan pengecualian kepada PMKS berjumlah di bawah RM50 juta bagi memberikan ruang penyelesaian. Apakah tempoh pengecualian tersebut dan berapa ramaikah pekerja terlibat?
Pendang memahami kekangan perniagaan kecil. Namun, pekerja mereka tetap membayar harga makanan, sewa rumah dan pengangkutan yang sama. Kalau dah naik, semua akan tinggi. Pendang meminta Majlis Perundingan Gaji Negara membentang pelan-pelan peralihan yang jelas termasuk sokongan produktiviti kepada majikan serta tarikh penilaian semula pengecualian ini.
Jadi, saya sekali lagi, dalam pengurusan pekerja asing― maknanya apa yang perlu. Kita perlu bebas daripada pengaruh peribadi ataupun komersial ataupun mafia korporat. Yang ini, adakah pegawai membuat keputusan untuk mengisytiharkan kepentingan? Adakah mereka menarik diri apabila berlaku konflik? Adakah semua keputusan mereka mempunyai rekod penilaian yang diaudit? Pendang meminta Menteri memberi komitmen untuk membentangkan audit bebas mengenai pemilihan agensi, struktur caj dan pematuhan syarat kuota kepada Parlimen.
Dato’ Sri Pengerusi, Pendang mahu peruntukan KESUMA menghasilkan pekerjaan berkualiti, penempatan yang mencukupi dan pentadbiran yang boleh dipercayai. Untuk kejayaan ialah kehidupan pekerja bertambah baik dan setiap keputusan dapat dipertanggungjawabkan.
Dato’ Pengerusi, kita lihat sekarang ini HRD Corp. yang ada di bawah Kementerian Sumber Manusia, dia menjalankan kerja-kerja training dan dia meletakkan caj satu percent levi kepada majikan-majikan untuk mereka melatih mereka-mereka ini bersesuaian dengan perusahaan yang diadakan di tempat kilang- kilang tersebut. Maknanya, transfer tech ataupun transfer technology perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Kita tak nak hanya macam ‘melepas batuk di tangga.’ Kita tak mahu macam itu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, kita harap pihak kerajaan bersungguh-sungguh apabila mereka menjalankan latihan, training sama ada bentuk TVET dan sebagainya, mestilah kita mempunyai satu indikator ataupun penilaian result ataupun keputusan yang boleh memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara. Seperti yang saya sebut tadi, kalaulah kita menjalankan― sekarang saya tengok PERKESO amat baik dalam memberi kebajikan kepada penduduk-penduduk dan pekerja-pekerja dalam negara kita. Jadi, apa salahnya dipanjangkan sistem pentadbiran ini yang melibatkan kaitan dengan TVET ini untuk semua termasuk orang-orang asli yang kita akan jadikan mereka satu institut latihan teknologi khusus kepada orang-orang asli.
Kerana kita lihat sekarang ini di pasaran industri, wafer fab, green wave, green earth dan juga kita tengok solar technology dan juga sekarang ini kita pengeluar REE yang terbesar. Apakah kita tidak menggunakan segala sumber yang kita ada ini untuk kita perkembangkan teknologi dan juga transfer teknologi untuk kita sendiri yang buat dan bergantung negara-negara luar kepada Malaysia kalau kita manipulate ataupun eksploitasi betul-betul REE yang ada dalam negara kita?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, sila apa ini, nak tanya apa tadi?
[Dicelah] Oh, ingat nak bahas. Okey baik, terima kasih.
[Ketawa] Dato’ Sri Pengerusi, saya ucap terima kasih di atas kepercayaan yang diberi kepada saya untuk membangkitkan berkenaan dengan ekonomi negara dan juga pembangunan teknologi TVET yang ada dalam negara kita yang sekarang ini diketuai, dipengerusikan oleh Kementerian Sumber Manusia ataupun KESUMA. Sila. Dan sekarang kita tengok Menteri tak masuk lama dah, tak jawab berkenaan dengan KESUMA ini. Kerana kita tengok tuduhan-tuduhan mafia korporat ini agak jelas dan kuat oleh rakyat kerana nak melihat apakah berlaku mafia korporat ini dalam lingkungan Kementerian Sumber Manusia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Terima kasih kerana menyokong isu masyarakat orang asli. Baik, berikut saya mempersila Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, s*alam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya akan menyentuh tiga isu pada pandangan saya amat penting kerana melibatkan masa depan pasaran pekerjaan, kebajikan pekerja tempatan serta keupayaan kerajaan untuk memastikan setiap rakyat mempunyai peluang bagi memperoleh pendapatan yang bermaruah.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Butiran 08300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan dengan nilai peruntukan berjumlah RM89 juta bagi tahun 2007. Saya ingin membangkitkan isu cadangan pelaksanaan platform pengambilan digital sejagat bagi pekerja asing ataupun the Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP) iaitu platform yang bertujuan untuk memperkemas proses pengambilan pekerja asing, mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah, meningkatkan ketelusan serta mengelakkan eksploitasi pekerja asing.
Kita sememangnya memerlukan satu sistem yang lebih telus, tersusun dan mampu mengurangkan kos pengambilan pekerja. Namun begitu, Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia telah membantah sehingga rundingan diadakan.
Kebimbangan mereka ada asasnya kerana pelaksanaan secara tergesa- gesa boleh menjejaskan operasi agensi pekerjaan yang sedang beroperasi dan mempunyai lesen yang sah. Dan pada 21 April 2026, KESUMA telah menjelaskan bahawa cadangan sistem pengambilan digital ini masih dalam peringkat penilaian dan belum dimuktamadkan.
Persoalannya, sampai bilakah perkara ini akan terus berada dalam peringkat penilaian? KESUMA hendaklah mengadakan sesi libat urus secara menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan dalam kadar segera. Sistem TURAP ini juga hendaklah beroperasi secara telus dan tidak mewujudkan monopoli kepada mana- mana syarikat ataupun penyedia sektor swasta. Matlamat untuk mewujudkan sebuah platform digital yang canggih adalah penting, tetapi memastikan proses pengambilan pekerja asing menjadi lebih murah, cepat, telus dan bebas daripada dieksploitasi adalah lebih mustahak.
Seterusnya Dato’ Dr. Pengerusi, di bawah butiran yang sama iaitu Butiran 08300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan. Saya ingin membangkitkan isu Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) RM1,000 yang diperkenalkan menerusi penambahbaikan faedah di bawah Akta Sistem Insurans Pekerja. Menurut PERKESO, EBM merupakan bayaran one-off kepada individu-individu yang
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
kehilangan pekerjaan bermula 1 Oktober 2026 dan menerima pekerjaan baharu yang terletak sekurang-kurangnya 100 kilometer dari kediaman.
Bayangkan seorang pekerja yang kehilangan pekerjaan di Tampin umpamanya, kemudian mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang ataupun negeri lain. Pekerja tersebut bukan sahaja memerlukan, memikirkan kos perjalanan untuk berpindah, malah perlu menyediakan wang pendahuluan untuk menyewa rumah, menguruskan pengangkutan harian dan menanggung perbelanjaan keluarga sepanjang tempoh penyesuaian di tempat baru.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, adakah RM1,000 benar-benar mencukupi untuk membantu seorang pekerja memulakan kehidupan di tempat baru? Adakah KESUMA mempunyai kajian mengenai purata kos pemindahan pekerja yang terpaksa menerima pekerjaan baharu melebihi 100 kilometer daripada tempat tinggal mereka?
Saya menyeru supaya KESUMA mengkaji semula kadar EBM RM1,000 ini supaya bantuan tersebut benar-benar bersesuaian dengan kos perpindahan semasa. Selain itu, saya juga mencadangkan agar permohonan EBM dipermudahkan dalam tempoh pemprosesan yang jelas. Pekerja yang baru kehilangan pekerjaan tidak sepatutnya terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan bantuan yang menjadi hak mereka.
Perkara terakhir Dato’ Sri Dr. Pengerusi, masih di bawah butiran yang sama, iaitu Butiran 08300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan. Saya ingin membangkitkan isu kebajikan pekerja bebas ataupun freelancers termasuk pekerja ekonomi gig yang semakin berkembang di dalam negara. Hari ini kita melihat semakin ramai rakyat yang terpaksa mencari pendapatan melalui p-hailing, e-hailing, jurugambar, pereka grafik, penulis bebas, pekerja digital dan pelbagai perkhidmatan secara kontrak.
Kita tidak boleh menafikan bahawa ekonomi gig telah membuka ruang kepada rakyat untuk menjana pendapatan tanpa terikat dengan pekerjaan tetap.
Namun, soalan pokoknya ialah sejauh manakah pekerjaan ini mampu menjamin kehidupan yang selesa dan masa depan pekerja?
Merujuk kepada Laporan Khazanah Research Institute (KRI) yang bertajuk, “AI and the Future of Work: Worker Rights in the Sharing Economy” yang dilaporkan oleh The Star bertarikh 1 Julai 2026. Laporan tersebut mendedahkan bahawa sebanyak 51.5 peratus pekerja bebas di Malaysia memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Selamat datang ke Dewan Yang Berhormat Menteri. Apakah langkah khusus KESUMA untuk menangani hakikat bahawa 51.5 peratus pekerja bebas di Malaysia mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan ini? Dan sebanyak 41.1 peratus pula dilaporkan tidak mempunyai perlindungan sosial melalui KWSP ataupun PERKESO.
Bagaimanakah KESUMA untuk memastikan pekerja bebas mendapat perlindungan PERKESO dan mempunyai akses kepada simpanan persaraan KWSP? Kita sedang melihat perkembangan ekonomi digital, tetapi dalam masa yang sama, sebahagian besar pekerja yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masih berdepan pendapatan yang rendah dan perlindungan sosial yang tidak mencukupi.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian KESUMA untuk tindakan selanjutnya. Saya yakin Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri dapat mengatasi apa jua masalah yang berlaku. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Sri Dr.
Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 030100 – Tenaga Kerja, yang diperuntukkan sebanyak RM140 juta bagi tahun 2027 berbanding RM132.6 juta pada tahun 2026. Tumpuan saya ialah syarat kelulusan kuota pekerja asing khususnya dari segi keselamatan dan pematuhan undang-undang negara.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas menetapkan sasaran mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kepada 10 peratus daripada jumlah tenaga kerja menjelang tahun 2030 berbanding 14.1 peratus pada tahun 2024.
Persoalannya, bagaimanakah KESUMA memastikan setiap kelulusan kuota benar- benar berasaskan keperluan industri tanpa menjejaskan sasaran RMK13 dan keselamatan negara?
Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada kenyataan Ketua Polis Negara pada 14 November 2026. Menurut statistik yang dikeluarkan, sebanyak 96,844 tangkapan warga asing direkodkan bagi tempoh tahun 2024 sehingga tahun 2026.
Angka ini membangkitkan persoalan serius tentang keberkesanan kawalan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
pengesanan dan penguatkuasaan terhadap warga asing yang berada di dalam negara kita.
Kita juga dikejutkan dengan kejadian yang terbaru, seorang anggota polis ditetak oleh warga asing sehingga putus pergelangan tangan di Kepong pada 19 November yang lalu. Sebelumnya pada 25 September, seorang anggota polis di Raub cedera parah selepas didakwa dipukul oleh dua warga Myanmar. Saya tidak mengatakan semua pekerja asing terlibat dengan jenayah. Namun, kejadian- kejadian ini menuntut kerajaan memperkukuhkan kawalan keselamatan terhadap kemasukan dan keberadaan warga asing.
Soalan saya, apakah syarat keselamatan yang diambil kira sebelum kuota pekerja asing diluluskan? Adakah KESUMA mempunyai mekanisme perkongsian maklumat secara bersepadu antara KDN, PDRM, Jabatan Imigresen bagi memastikan setiap pekerja asing yang dibawa masuk menjalani semakan rekod jenayah dan tapisan keselamatan yang menyeluruh dan yang tepat?
Saranan saya ialah pihak KESUMA mempertingkatkan mekanisme tapisan keselamatan bersepadu antara KESUMA, KDN, PDRM, imigresen termasuklah semakan rekod jenayah daripada negara asal, pengesahan biometrik serta pemantauan status pekerjaan selepas ketibaan. Mekanisme ini perlu dilaksanakan sebelum pekerja dibenarkan memasuki pasaran pekerjaan negara.
Butiran yang kedua ialah 030400 – Perhubungan Perusahaan, yang diperuntukkan RM24.252 juta bagi tahun 2027. Saya ingin membangkitkan tentang isu pertikaian antara kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dengan Persatuan Bank-bank Perdagangan Malaysia (MCBA).
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Pengerusi, bukan hilang, dia hang, hang. Berkenaan dengan pertikaian di antara, di antara kesatuan pekerja dengan MCBA ini ialah pertikaian ini berlanjutan selama tiga tahun Dato’ Sri Pengerusi, daripada tahun 2024 sehingga 2026. Dan dan saya mendapat maklumat bahawa 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, 43 surat dan 2,100 e-mel yang telah dihantar kepada pihak Pejabat Perdana Menteri dan ada— ada campur tangan daripada pihak Menteri KESUMA yang sebelum ini terhadap pertikaian di antara MCBA dengan kesatuan kerja NUBE ini.
Dan sehingga hari ini perkara ini telah dibawa kepada peringkat— pertikaian di peringkat mahkamah. Sepatutnya pihak KESUMA membawa perkara ini di meja perbincangan, diselesaikan di peringkat meja perbincangan, tetapi perkara ini berlanjutan sehingga tiga tahun. Saya minta pihak KESUMA untuk
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
mempertimbangkan semula rayuan di peringkat mahkamah supaya meja rundingan di antara kedua-dua pihak ini dapat diselesaikan dengan secara harmoni dan secara baik. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin terus merujuk Butiran 041100 berkenaan Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara. Tahniah kepada kerajaan kerana telah menaikkan anggaran belanjawan bagi perundingan gaji dan gig negara dari RM1,801,000 pada tahun 2026 kepada RM4,090,000 pada tahun 2027.
Saya percaya dan saya berpendapat ahli-ahli seni seperti penggubal lagu, pemuzik, pemain-pemain muzik, penyanyi, menepati tafsiran sebagai pekerja- pekerja gig. Setakat ini, kita hanya kenal pekerja-pekerja e-hailing dan p-hailing sebagai pekerja gig. Maka, saya mencadangkan supaya kerajaan dan Kementerian Sumber Manusia segera mengiktiraf penggubal lagu, pemain muzik dan penyanyi juga sebagai pekerja gig.
Pada hari ini, penggubah lagu, pemain muzik dan penyanyi tidak ada kesatuan sekerja. Kepentingan dan kebajikan mereka biasanya diperjuangkan oleh persatuan-persatuan yang berdaftar dengan ROS, Pendaftar Pertubuhan seperti Persatuan Karyawan Malaysia yang memperjuangkan hak royalti dan ahli-ahli seni tersebut. Ahli-ahli seni muzik ini berada dalam keadaan yang lemah Tuan Pengerusi, apabila berurusan dengan syarikat-syarikat recording yang besar, kaya dan syarikat- syarikat recording ini bersatu.
Manakala pemuzik, penyanyi dan penggubah lagu, ahli-ahli seni yang biasa yang lemah ini selalu dalam keadaan kerugian. Sebagai contoh, sebelum— pada tahun 80-an dulu, masa zaman nyanyian yang menggunakan kaset . Jika sebuah kaset itu berharga RM10, artis hanya dapat RM1 sahaja. Manakala syarikat dapat RM3, pemborong dapat RM3, dan peruncit dapat RM3. Artis dan komposer berkongsi dapat RM1. Dan satu lagi contoh Tuan Pengerusi, saya ada data di sini.
Antara tahun 2002 hingga 2017, kutipan syarikat rakaman sebanyak RM697 juta.
Manakala bayaran kepada badan artis seluruh negara hanya RM20 juta sahaja.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, saya percaya Parlimen, Dewan Rakyat ini mesti menyuarakan kepentingan golongan yang lemah termasuk golongan artis ini yang memperkayakan budaya kita, yang mempunyai peranan mereka sendiri.
Tuan Pengerusi, pada hari ini ahli-ahli muzik ini serta penyanyi tidak mendapat royalti yang adil dan berpatutan kerana kenapa? Kerana terdapat tiga badan yang terpisah dan berasingan dalam usaha memungut bayaran royalti dari pengguna-pengguna business yang menyiarkan lagu-lagu dan muzik hasil seni mereka di tempat-tempat perniagaan mereka. Badan-badan itu seperti MACP, PPN, syarikat-syarikat recording dan RPM iaitu persatuan artis-artis ini. Malah ada dua lagi persatuan artis ini, di Sabah satu dan di Sarawak satu.
Pada akhirnya Tuan Pengerusi, saya mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia ini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri mencari kaedah yang terbaik untuk membantu golongan-golongan artis ini yang ketika ini saya percaya mereka ditindas Tuan Pengerusi. Demikianlah perbahasan saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat, Yang Berhormat Sabak Bernam, sudah sampai ke belum? Belum lagi ya?
Baik, dengan itu saya ke pembahas yang berikutnya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Dato’ Speaker. Pertama sekali, Sri Gading ingin berbahas berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Tuan Yang di-Pertua, izinkan Sri Gading merakamkan penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia atas usaha dan komitmen dalam memperkukuh pasaran pekerja, meningkatkan kemahiran tenaga kerja serta menjaga kebajikan pekerja di negara ini.
Dalam Belanjawan 2027, peruntukan mengurus Kementerian Sumber Manusia meningkat dari RM1.058 bilion kepada RM1.154 bilion pada tahun hadapan. Peningkatan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh pembangunan tenaga kerja dan ekosistem pekerjaan negara.
Namun Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan peruntukan kementerian ini, ada beberapa persoalan asas yang perlu kita lihat dan dalami. Hari ini cabaran
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
tenaga kerja negara bukan sekadar soal menyediakan pekerjaan, pada waktu yang sama, ketidakpadanan kemahiran dengan keperluan industri, kadar gaji yang masih belum setimpal dengan kos sara hidup, keselamatan di tempat kerja serta masa depan pekerja dalam ekonomi yang semakin dipengaruhi automasi dan kecerdasan buatan.
Kita juga perlu memastikan bahawa pertumbuhan ekonomi negara tidak hanya menguntungkan pihak industri dan majikan semata-mata, tetapi turut memberikan manfaat kepada yang adil kepada golongan pekerja. Pertama, B.46, 020100 di mana peningkatan sebanyak RM25.2 juta peruntukan kepada pembangunan tenaga manusia meningkat sebanyak RM25.2 juta daripada RM359.98 juta pada tahun 2026 kepada RM385.17 juta tahun hadapan. Peningkatan ini menunjukkan usaha kerajaan untuk memperkukuh keupayaan tenaga kerja negara agar lebih produktif dan berdaya saing.
Namun, dalam membangunkan tenaga manusia, kita tidak boleh hanya mengukur kejayaan berdasarkan jumlah pekerja yang dilatih dan peningkatan produktiviti semata-mata. Persoalan yang lebih besar ialah sama ada peningkatan produktiviti tersebut diterjemahkan kepada peningkatan gaji, upah dan tahap hidup pekerja.
Kita perlu melihat realiti bahawa terdapat pekerja yang telah bertahun-tahun berkhidmat, mempunyai pengalaman dan kemahiran, tetapi masih menerima kadar gaji yang tidak banyak berubah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Pada masa yang sama, majikan menuntut pekerja untuk meningkatkan produktiviti, menguasai teknologi baharu, menyesuaikan diri dengan perubahan industri, tetapi pembangunan tenaga manusia perlu mempunyai hubungan yang jelas dengan peningkatan nilai ekonomi pekerja itu sendiri. Latihan yang diberikan sepatutnya membuka laluan kepada pekerja yang lebih baik, kenaikan pangkat dan peningkatan pendapatan, bukannya sekadar memenuhi keperluan statistik penyertaan program.
Justeru beberapa persoalan yang perlu dijelaskan oleh pihak kementerian.
Pertama, apakah indikator utama yang digunakan oleh kementerian untuk mengukur keberhasilan program pembangunan tenaga manusia selain daripada jumlah peserta yang mengikuti latihan?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Yang kedua, apakah kementerian mempunyai data tentang perbezaan kadar gaji pekerja sebelum dan selepas mengikuti program latihan atau peningkatan kemahiran?
Ketiga, bagaimanakah kementerian memastikan peningkatan produktiviti pekerja turut disusuli dengan peningkatan gaji, bukan hanya meningkatkan keuntungan dan kecekapan operasi majikan.
Keempat, apakah strategi kementerian untuk memastikan latihan yang disediakan benar-benar selari dengan permintaan industri khususnya dalam sektor bernilai tinggi seperti teknologi semikonduktor dan ekonomi digital.
Tuan Yang di-Pertua, keselamatan dan kesihatan pekerja. Adakah peningkatan peruntukan mampu mengurangkan kemalangan di tempat kerja?
Peruntukan pada tahun 2026 sebanyak RM156.58 juta meningkat RM13 juta pada tahun hadapan. Peruntukan yang banyak ini, keselamatan dan kesihatan pekerja daripada jumlah yang telah dinyatakan di atas tadi tentulah merupakan langkah yang baik kerana keselamatan pekerja tidak boleh dianggap sebagai perkara sampingan dalam pembangunan ekonomi negara. Setiap pekerja berhak pulang ke rumah dalam keadaan selamat selepas menyelesaikan tugas mereka di tempat kerja.
Namun, Isu keselamatan pekerja masih memerlukan perhatian serius khususnya dalam sektor pembinaan, pembuatan, pertanian dan juga pekerja berisiko tinggi. Kemalangan di tempat kerja bukan sahaja menyebabkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa, malah turut memberikan kesan kepada keluarga mangsa, pendapatan isi rumah dan juga produktiviti ekonomi.
Maka persoalan pematuhan majikan terhadap keperluan dan peraturan keselamatan pekerja penting bukan— untuk memastikan undang-undang dan garis panduan telah sedia ada diguna pakai dan sentiasa mendapat pengesanan penguatkuasaan dilaksanakan secara konsisten. Lebih penting, pendekatan kementerian tidak seharusnya hanya tertumpu kepada tindakan selepas kemalangan berlaku. Perlu ada pendekatan pencegahan melalui pemeriksaan berkala, latihan keselamatan, penilaian risiko dan tindakan tegas terhadap majikan yang mengabaikan tanggungjawab ini.
Justeru beberapa soalan yang perlu dijelaskan oleh pihak kementerian. Yang pertama, berapakah jumlah kemalangan pekerja dan kes kematian di tempat kerja yang direkodkan bagi tahun 2024, 25 dan 26 serta apakah sektor yang mencatatkan kemalangan tertinggi?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kedua, dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM13 juta, berapakah sasaran pengurangan kemalangan dan kematian di tempat kerja yang ingin dicapai oleh kementerian bagi tahun 2027?
Ketiga, berapakah jumlah pemeriksaan keselamatan tempat kerja yang disasarkan pada tahun 2027 khususnya terhadap sektor pembinaan dan industri pembuatan?
Yang keempat, apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap majikan yang berulang kali gagal mematuhi peraturan keselamatan dan juga kesihatan?
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, ada satu laporan daripada pelajar-pelajar daripada ICY TVET Centre, Kolej Yayasan Melaka di mana mereka ini mengambil kursus aircraft ataupun operasi penyelenggaraan pesawat dan mereka satu kumpulan ini tidak dapat membayar yuran yang dijanjikan sebab itu dapat pinjaman dan akhirnya pihak kolej ini memberhentikan mereka tanpa memberikan peluang untuk mengambil peperiksaan akhir dan bermakna mereka tidak dapat sijil untuk menamatkan kursus mereka. Apakah yang boleh dibantu oleh Kementerian KESUMA dalam urusan anak-anak kita di Kolej Islam Melaka ini? Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi, Dr. Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Sri Pengerusi, saya nak ucapkan selamat datang kepada bekas-bekas polis di negara kita pada pagi ini.
[Tepuk] Dato’ Sri Pengerusi, Belanjawan 2027 menyediakan RM1.938 bilion, RM1.154 bilion untuk mengurus dan RM784.5 juta bagi kementerian ini.
Soalan saya, adakah peruntukan ini menghasilkan gaji lebih baik, pekerjaan berkualiti dan perlindungan sebenar kepada pekerja di negara kita? Saya merujuk kepada Butiran 08300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan di bawah P.46 sebanyak RM89.5 juta.
Jawapan soalan Dewan Rakyat pada 3 November lepas melaporkan 51,363 pekerja daripada 4,025 majikan menerima manfaat Dasar Gaji Progresif. Dengan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
peruntukan insentif kerajaan yang dilaporkan sebanyak RM99.51 juta setakat 23 September 2026.
Soalan saya, berapakah daripada RM89.5 juta itu khusus untuk insentif dasar ini? Mohon jawapan yang diberikan membezakan jumlah diluluskan dengan jumlah benar-benar dibayar.
Memandangkan insentif Dasar Gaji Progresif dijadualkan tamat pada 2027 dan kerajaan akan buat kajian keberkesanan, apakah KPI serta nilai ambang minimum yang ditetapkan kerajaan untuk menentukan sama ada insentif ini akan diteruskan, diubah atau ditamatkan. Perdana Menteri ada dalam Dewan ini.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Butiran 041100 – Majlis Perunding Gaji dan Negara.
Gaji minimum RM2,000 diumumkan mulai Jun 2027. Saya menyambut dan pengecualian kenaikan gaji minimum kepada PMKS bagi memberi ruang kepada mereka mengukuhkan perniagaan. Apakah insentif gaji progresif dan sokongan bersasar yang akan disediakan kerajaan supaya PMKS ini mampu memberi ganjaran setimpal kepada pekerja tempatan sekali gus membantu PMKS berkembang di tahap yang lebih tinggi.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, saya bekas juga terlibat dengan masyarakat orang asli. Masyarakat orang asli juga terlibat dengan perniagaan kecil-kecilan di kawasan mereka di pedalaman seperti menjual buah-buahan, hasil hutan dan sebagainya tanpa diberikan perhatian yang serius bagi mereka dimasukkan dalam aliran perniagaan yang besar. Dan saya ingin tahu, apakah program khas yang dibawa oleh kementerian ini khusus bagi masyarakat orang asli sama ada di penempatan mereka atau dibawa ke luar?
Seumpamanya di Gombak ini merupakan pusat penempatan orang asli dengan hospitalnya dan sebagainya diadakan. Apakah penyediaan kementerian ini kepada masyarakat ini? Berapakah peruntukan khas untuk masyarakat ini sepertimana diperuntukkan kepada kaum-kaum lain? Umpamanya India ada, MITRA, bumiputera ada, Cina juga ada dan apakah— berapakah peruntukan yang disediakan ini? Pada saya, JAKOA belum cukup, belum mampu untuk membina masyarakat ini kerana mereka perlu didedahkan dan dibawa dalam masyarakat umum luas.
Dato’ Sri Pengerusi, saya juga nak sebut perkara yang lain iaitu tentang Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan, 020200 dan 00600 – Pembangunan Kemahiran, RM468,107,600. Kementerian telah melaksanakan pelbagai program latihan kemahiran sejak beberapa tahun yang lalu. Saya ingin tahu, berapakah
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
jumlah penyediaan latihan yang telah dilahirkan oleh kerajaan training provider?
Berapakah terdiri daripada kaum Melayu? Berapakah training provider yang dilahirkan daripada kaum India dan kaum Cina dan juga masyarakat orang asli?
Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Hari ini keadaan hospital kerajaan cukup menyedihkan. Saya baru balik dari hospital, Dato’ Sri Pengerusi. Tempat duduknya usang, tempoh menunggu cukup lama dan berbagai- bagai. Bahkan pesakit-pesakit kita terpaksa bersaing dengan pesakit-pesakit daripada pekerja asing. Ini suatu kesan yang cukup merasa, dirasai oleh masyarakat kita. Pegawai perubatan kurang.
Jadi saya ingin tahu, apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan? Di bawah program ini, di bawah Kementerian Sumber Manusia ini, apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan satu hospital khas hospital, hospital pekerja yang tidak ada negara kita.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Mungkin negara lain ada, Dato’ Sri Pengerusi. Negara kita, apa ke salah kita adakan supaya pekerja-pekerja yang terlibat khusus terutamanya 3D ini boleh dihantar ke hospital ini termasuklah pekerja-pekerja asing yang juga bersaing dengan masyarakat di negara kita.
Yang akhirnya Tuan Pengerusi ialah bagi tahun 2027, HRDF Corp akan memanfaatkan RM3 bilion dana levi majikan untuk menyediakan tiga juta peluang latihan. Saya ingin bertanya, apakah status muktamad projek NCS bernilai RM14 juta tersebut sama ada diteruskan, ditamatkan dengan tuntutan ganti rugi.
Yang kedua, apakah petunjuk prestasi utama KPR berasaskan keberhasilan yang ditetapkan bagi tahun 2007 sepertimana peningkatan produktiviti, pensijilan profesional, i-Teraf dan kenaikan gaji pekerja agar dana RM3 bilion ini benar-benar mencapai matlamat dan bukan sekadar mengejar angka kuantiti tiga juta peluang latihan.
Laporan PAC dan Ketua Audit Negara sebelum ini membangkitkan kelemahan tadbir urus termasuk kelewatan lebih empat tahun dalam pelaksanaan sistem teras baharu NCS bernilai RM14 juta selepas tiga kali gagal ujian penerimaan pengguna. Saya mengambil maklum langkah rombakan prosedur yang dilaksanakan serta penamatan pemantauan tadbir urus oleh SPRM pada Oktober 2026.
Saya Dato’ Pengerusi, saya berharap supaya kementerian ini memberikan perhatian kepada kedudukan pekerja-pekerja tempatan. Kalau ada sebahagian Menteri menyentuh bahawa kalau boleh kita berikan keutamaan kepada pekerja-
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
pekerja yang bukan 3D ini kepada pekerja tempatan kita yang telah pun kita latih dan bukan kita beri kepada pekerja-pekerja asing. Sepatutnya, pekerja asing ini yang datangnya daripada 51 negara sumber mestilah kita fokuskan kepada pekerja- pekerja 3D sahaja. Pekerja yang berat, 3D, difficult, dirty dan juga satu lagi....
Seorang Ahli
Dangerous.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dangerous yang bahaya, yang berat dan yang kotor. Jadi, saya harap kementerian berikan perhatian serius supaya manfaat peruntukan bajet tahunan yang disediakan apa kementerian sahaja di negara kita ini mestilah kita utamakan kepada pekerja-pekerja tempatan kita. Dato’ Sri Dr. Pengerusi, terima kasih banyak kerana izinkan saya bahas.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat Sungai Siput memohon untuk berbahas juga. Saya letakkan beliau pembahas yang terakhir ya. Yang Berhormat Sungai Siput ada sini?
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Oh.
Memandangkan Yang Berhormat hantar lewat, jadi I still, dengan izin, grant you the speech. You will be the last. Baik, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan B.46, Aktiviti 030100 – Tenaga Kerja dengan peruntukan RM139.97 juta serta aktiviti 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara yang meningkat daripada RM1.801 juta pada tahun 2026 kepada RM4.09 juta pada tahun 2027.
Saya ingin membangkitkan dua perkara utama iaitu kecukupan pencen ilat PERKESO serta pelaksanaan gaji minimum RM2,000 yang perlu mengimbangi kebajikan pekerja dan kelangsungan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana
(PMKS).
Dato’ Sri Pengerusi, pada 6 Oktober 2026, saya telah membangkitkan persoalan mengenai kecekapan penyampaian perkhidmatan PERKESO melalui Kamar Khas. Dalam jawapan yang diberikan, KESUMA memaklumkan bahawa purata pemprosesan faedah telah berkurangan daripada 5.3 hari pada tahun 2024 kepada 2.7 hari pada tahun 2025. Saya menghargai penambahbaikan ini. Namun,
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
pencapaian pengurusan aduan menurun daripada 96.55 peratus pada tahun 2026 kepada 92.74 peratus pada tahun 2025.
Saya ingin bertanya, apakah punca penurunan tersebut dan apakah langkah pembetulan yang sedang dilaksanakan? Lebih penting, kecekapan pemproses tuntutan sahaja tidak mencukupi. Sekiranya jumlah pencen yang diterima masih tidak mampu menampung kos sara hidup, pencen ilat merupakan jaringan keselamatan sosial kepada pekerja yang kehilangan keupayaan untuk bekerja akibat keilatan.
Pada masa ini, kadar pencen ilat bagi tempoh kelayakan penuh adalah antara 50 hingga 65 peratus daripada gaji bulanan purata anggapan. Tertakluk kepada pencen minimum RM550 sebulan. Pejabat Ahli Parlimen Klang menerima aduan daripada penerima lama yang mempersoalkan kecukupan pelarasan pencen mereka.
Sebagai contoh, seorang penerima memaklumkan bahawa pencen sekiranya sekitar RM1,050 pada tahun 2001, tetapi kini hanya sekitar RM1,650 selepas 25 tahun. Seorang lagi memaklumkan bahawa pencennya sekitar RM350 pada tahun 2010 dan kini sekitar RM550 selepas 15 tahun. Adakah peningkatan ini benar-benar setimpal dengan kenaikan harga makanan, perubatan dan keperluan asas sepanjang tempoh tersebut.
Saya meminta Menteri menjelaskan formula pelarasan pencen ilat. Jumlah penerima mengikut julat bayaran bulanan bagi tahun 2022 hingga 2026 serta berapa kali kadar pencen disemak sejak tahun 2010. Saya mencadangkan mekanisme semakan berkala atau pelarasan automatik berdasarkan inflasi, indeks harga pengguna dan kos sara hidup supaya penerima lama tidak terus kehilangan kuasa beli.
Selain itu, bolehkah PERKESO menetapkan tarikh pembayaran pencen yang lebih konsisten setiap bulan bagi membantu penerima merancang perbelanjaan mereka. Kita tidak boleh hanya berbangga kerana tuntutan diproses dengan lebih cepat, sedangkan persoalan sama ada pencen itu mencukupi untuk kehidupan penerima masih belum terjawab. Saya menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027.
Saya juga mengambil perhatian bahawa aktiviti 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara menerima peruntukan RM4.09 juta meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Namun, kenaikan gaji nominal tidak semestinya membawa peningkatan kuasa beli sebenar sekiranya harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Bagi PMKS yang mempunyai margin keuntungan kecil, peningkatan kos pengajian secara mendadak boleh menjejaskan aliran tunai operasi dan kemampuan mengekalkan pekerja. Apakah gunanya gaji meningkat RM300 jika manfaatnya terhakis akibat kenaikan kos sara hidup?
Dato’ Sri seminit lagi. Saya ingin memberikan perhatian khusus kepada pelaksanaan gaji minimum baharu terhadap pekerja asing yang masih mempunyai kontrak pekerjaan aktif. Saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji mekanisme peralihan khas bagi pekerja asing dengan kadar gaji minimum RM2,000 dikenakan kepada pekerja asing baharu diambil bekerja selepas tarikh pelaksanaan dasar.
Bagi pekerja asing sedia ada yang masih terikat dengan kontrak pekerjaan aktif, saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pengekalan kadar gaji asal sehingga kontrak tersebut tamat tertakluk kepada penelitian dan pindahan undang-undang yang diperlukan serta perlindungan hak pekerja. Cadangan ini bertujuan mengelakkan kenaikan kos pengajian secara mengejut terhadap PMKS yang telah membuat perancangan kewangan berdasarkan kontrak dan struktur gaji sedia ada.
Saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah KESUMA telah menjalankan kajian impak terhadap PMKS yang menggaji pekerja asing sedia ada? Adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan mekanisme peralihan yang jelas bagi kontrak sedia ada supaya perubahan dasar tidak menyebabkan PMKS terpaksa mengurangkan pekerja atau menutup operasi. Pada masa yang sama, saya meminta Kerajaan memastikan sebarang mekanisme peralihan tidak disalahgunakan untuk menjejaskan hak pekerja atau menggalakkan penggantian pekerja tempatan.
Sekian, terima kasih Dato’ Sri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang untuk saya untuk membahaskan Anggaran Perbelanjaan 2027 bagi Kementerian Sumber Manusia, Bekalan B.46 – Kepala Pembangunan P.46.
Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak, seramai 30 orang. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Merujuk Butiran 04100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara. Saya menyokong usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja namun kenaikan gaji mesti disertakan perancangan yang mengambil kira kemampuan majikan khususnya PMKS.
Jangan kita hanya melihat angka jualan. Dalam bahasa mudah, jual RM40 juta tak semestinya untung RM40 juta. Ada syarikat yang beroperasi dengan margin keuntungan bersih tiga hingga enam dengan kenaikan beban harga barang dan perkhidmatan terkini.
Bagi syarikat mempunyai 150 pekerja, kenaikan gaji RM300 seorang boleh membawa kos tambahan termasuk caruman hampir RM630,000.00 setahun. Saya ingin bertanya kepada Menteri, bilakah garis panduan pelaksanaan pelarasan gaji termasuk kriteria kelayakan dan pengecualian bagi syarikat di bawah ambang jualan RM50 juta akan dimuktamadkan?
Adakah kementerian bersedia mengintegrasikan data LHDN, SSM, KWSP dan PERKESO untuk memastikan majikan benar-benar mampu, tidak terus mengelak tanggungjawab sementara PMKS yang menghadapi kekangan diberi sokongan yang bersasar? Dan apakah bentuk insentif yang akan diberikan supaya PMKS mampu mengekalkan pekerja mahir? Bukan sekadar bertahan menghadapi kenaikan kos. Kita mahu gaji pekerja meningkat, tapi jangan sampai dasar yang bertujuan membantu pekerja akhirnya menjejaskan peluang perniagaan itu sendiri.
Merujuk kepada Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran. Dato’ Sri Pengerusi, TVET sering disebut sebagai masa depan tenaga kerja negara, saya setuju, tetapi kita mesti berani menilai sama ada TVET benar-benar menghasilkan pekerjaan berkualiti atau sekadar menghasilkan angka kebolehpasaran yang cantik dan laporan.
Kemasukan lepasan sekolah ke TVET pada 2025 hanya 17.27 peratus masih tidak mencapai sasaran 18 peratus. Lebih membimbangkan angka kebolehpasaran graduan 2024 yang dilaporkan sebanyak 94.5 peratus berbeza dengan angka 80.4 peratus yang dinyatakan dalam jawapan menteri bagi graduan yang bekerja dalam bidang berkaitan.
Bagi 2025, kebolehpasaran dilaporkan 95.5 peratus, tapi hanya 85.1 peratus bekerja dalam bidang yang terpilih. Adakah ukuran sebenar kejayaan TVET, graduan yang mendapat apa-apa pekerjaan atau graduan mendapat pekerjaan setimpal dengan kemahiran yang dipelajari? Jangan kita terlalu cepat bangga dengan angka
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
95 peratus sedangkan persoalan padanan kemahiran dengan pekerjaan masih belum terjawab sepenuhnya.
Saya juga melihat peruntukan pembangunan kemahiran menurun daripada RM644.7 juta pada 2026 kepada RM493.1 juta pada 2027. Mengapa peruntukan ini menurun ketika negara sedang bercakap tentang keperluan memperkukuhkan TVET dan tenaga kerja mahir? Mengapa peruntukan penyelenggaraan bangunan serta peralatan yang pernah diluluskan pula dipinda kepada sifar?
Kita jangan berjimat kepada kemudahan latihan, tetapi akhirnya industri terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk melatih semula graduan. TVET bukan kilang mengeluarkan sijil. TVET mesti melahirkan tenaga kerja mempunyai kemahiran, nilai pasaran dan pendapatan yang setimpal.
Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Pengerusi, merujuk Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan keselamatan dan kesihatan pekerja kepada RM169.6 juta pada 2027. Namun peruntukan yang meningkat mesti diikuti tindakan yang lebih berkesan. Kadar pematuhan pada 2025 dengan hanya 81 peratus sedangkan sasaran bagi 2026 dan 2027 dinaikkan pada 100 peratus.
Adakah strategi baharu kementerian untuk mencapai sasaran tersebut?
Berapakah jumlah pemeriksaan yang akan dilaksanakan? Apakah jumlah pegawai penguatkuasaan sedia ada mencukupi?
Saya juga ingin menekankan isu kesihatan psikososial pekerja, saringan terhadap 100,000 orang pekerja mendapati 16.91 peratus berkemungkinan mengalami gangguan psikososial pekerjaan. Tekanan kerja, beban tugas berlebihan, gangguan di tempat kerja dan persekitaran yang tidak sihat dan tidak boleh dianggap sebagai satu isu sampingan. Adakah langkah tersebut kementerian untuk memastikan majikan terus bertanggungjawab untuk menilai dan menguruskan risiko psikososial supaya risiko fizikal tempat kerja selamat.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, saya ingin mengingatkan bahawa di sebalik setiap angka statistik tenaga kerja, ada manusia, ada keluarga dan ada kehidupan yang bergantung pada pekerjaan mereka. Kita tidak mahu pekerja hanya menjadikan angka dalam laporan kebolehpasaran, angka dalam statistik gaji atau angka dalam laporan kemalangan. Pekerja berhak mendapat gaji yang adil, kemahiran yang dihargai dan tempat kerja yang selamat.
Saya berharap kementerian dapat memberi jawapan yang jelas bukan sekadar komitmen umum, tetapi angka mengambil masa dan tindakan yang boleh
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
dinilai oleh Dewan ini. Kerana akhirnya gaji yang adil menjamin kehidupan kemahiran yang berkualiti, menjamin masa depan dan keselamatan pekerja serta menjamin nyawa mereka.
Sesungguhnya— Izinkan saya memetik sebuah hadis. “Sesungguhnya Allah mencintai seorang hamba yang apabila ia bekerja ia menyempurnakan kerja tersebut.” Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Pengerusi saya pergi kepada 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara.
Berlaku pertambahan peruntukan untuk 2027 iaitu sebanyak RM2.29 juta.
Perkara pertama di bawah butiran ini berkaitan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027 iaitu kenaikan RM300 atau 17.6 peratus. Kami menyambut baik kenaikan ini namun PMKS dengan jualan bawah RM50 juta dikecualikan. PMKS menggaji 8.09 juta orang iaitu 48.7 peratus guna tenaga negara. Menteri sendiri memaklumkan hanya kira-kira 4 juta daripada RM17.34 juta pekerja mendapat manfaat secara terus.
Maknanya akan wujud dua kadar gaji iaitu RM2,000 untuk pekerja syarikat besar dan RM1,700 untuk pekerja PMKS. Jurang RM300 ini boleh menyebabkan pekerja berhijrah. Menteri kata pelaksanaan bagi PMKS akan dibuat secara berfasa, tetapi tiada tarikh dan tiada mekanisme peralihan. Gaji permulaan RM2,500 untuk graduan pula masih garis panduan. Kementerian baru merancang meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara untuk mewajibkan.
Soalan saya pertama, berapakah jumlah sebenar pekerja yang dikecualikan dan bilakah fasa pelaksanaan RM2,000 bagi PMKS?
Kedua, adakah kerajaan akan menyediakan subsidi upah bersasar seperti...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sembrong, Yang Berhormat ada kalau nak share, boleh. Yang Berhormat yang lain tengah berbahas.
Baik, teruskan balik semula. Tekan, Yang Berhormat. Tekan, tekan. [Merujuk kepada penggunaan mikrofon]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Kedua, adakah kerajaan akan menyediakan subsidi upah bersasar seperti program subsidi upah semasa pandemik COVID-19 untuk membantu PMKS membayar RM2,000 dan menggaji graduan dengan RM2,500?
Saya pergi kepada Butiran 041100 – Pekerja Gig. Perkara kedua di bawah butiran yang sama iaitu pekerja gig. Belanjawan 2027 menyediakan pakej RM160 juta bersama Grab. Separuh ditanggung oleh kerajaan, maknanya RM80 juta wang rakyat disalurkan melalui satu syarikat sahaja.
Bagaimana dengan pekerja di bawah platform lain seperi foodpanda, ShopeeFood dan Lalamove? Kami bimbang wang kerajaan akhirnya digunakan untuk mengukuhkan satu platform yang sudah dominan. Pada masa sama, pemandu juga dipotong komisen sehingga 20 peratus bagi setiap perjalanan menyebabkan pendapatan bersih mereka terus mengecil.
Soalan saya: pertama, kenapa hanya Grab dan bilakah pakej ini diperluaskan kepada semua platform yang lain?
Kedua, adakah kajian struktur pampasan adil pekerja gig ini akan mengesyorkan hak komisen di bawah 20 peratus?
Yang terakhir, Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Berlaku pengurangan peruntukan sebanyak RM0.4 juta. Perkara di bawah butiran ini berkaitan perlindungan PERKESO di bawah Skim Lindung Kendiri untuk nelayan, pesawah dan penoreh getah yang bekerja sendiri.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ramai rakyat yang tinggal pendalaman khususnya di Setiu bergantung pada pekerjaan ini dan risiko kemalangan mereka tinggi. PERKESO sendiri mengaku lebih 70 peratus orang bekerja sendiri masih di luar perlindungan keselamatan sosial.
Belanjawan 2027 menawarkan padanan caruman 70 peratus untuk lebih 200,000 orang, sedangkan negara ada lebih 3.1 juta orang bekerja sendiri. Pada tahun 2024, kerajaan pernah menanggung 90 peratus caruman.
Soalan saya, adakah kerajaan akan mengembalikan tanggungan 90 peratus atau tanggung penuh untuk nelayan, pesawah dan penoreh getah B40 ini?
Kedua, berapa ramai orang bekerja sendiri di Terengganu yang sudah dilindungi oleh PERKESO? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Bakri mohon untuk bertukar, anda setuju ya? Alright, silakan Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi. Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Pada minggu lepas saya telah membangkitkan isu kekurangan pekerja dalam industri perabot di sekitar daerah Muar. Apabila kilang tidak cukup pekerja untuk menyiapkan tempahan, pembekal komponen dan bengkel tempatan turut terjejas. Walaupun kilang sudah melabur dalam automasi, tetapi kerja-kerja pemasangan dan kemasan masih memerlukan pekerja mahir.
Jika kekosongan itu sukar diisi dengan pekerja tempatan, kerajaan wajarlah membenarkan pengambilan pekerja asing mengikut keperluan sebenar. Dalam penggulungan Timbalan Menteri MITI telah menjelaskan bahawa syarat 80 peratus pekerja tempatan dalam lesen pengilang terus ditangguhkan sehingga mekanisme levi pelbagai peringkat dilaksanakan sepenuhnya. Dan permohonan kuota pula boleh dinilai pada nisbah seorang kepada— seorang pekerja tempatan kepada tiga orang pekerja asing bagi syarikat berorientasikan eksport.
Namun, ada pengusaha di sekitar daerah Muar yang memaklumkan kepada saya bahawa semasa permohonan kuota, mereka dimaklumkan bahawa nisbahnya adalah seorang pekerja tempatan kepada dua orang pekerja asing.
Jadi, saya memohon penjelasan daripada Menteri, bagaimanakah jawapan di Dewan yang mulia ini adalah berbeza dengan apa yang berlaku di lapangan?
Sejak Julai, Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing telah berada di bawah KESUMA. Justeru, saya meminta supaya KESUMA menjelaskan garis panduan yang sedang digunakan?
Adakah nisbah satu kepada tiga itu adalah had maksimum? Dan bilakah nisbah satu kepada dua orang itu digunakan? Bagaimana pula dengan kilang-kilang yang membekalkan perabot kepada pengeksport? Sebab ada pelbagai bisnes model yang berlainan.
Jadi, saya juga memohon supaya KESUMA mengadakan dialog ataupun mesyuarat berkala dengan persatuan perabot dan para pengusaha untuk menjelaskan selok belok bagaimanakah kuota dikira dan saluran semakan. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin kerana dia akan menjejaskan sara hidup boleh dikatakan di keseluruhan Daerah Muar.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, pekerja baharu mengambil masa untuk menguasai kemahiran kerja-kerja pemasangan dan kemasan. Pada Ogos tahun lepas, MITI dan Kementerian Perladangan dan Komoditi telah bersetuju dan mencadangkan lanjutan tempoh penggajian pekerja asing berpengalaman dan mahir dalam industri perkayuan.
Saya meminta supaya KESUMA menyatakan pendirian kementerian dalam cadangan ini dan saya meminta KESUMA juga menyatakan hasil perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri jika lanjutan yang dicadangkan itu dipertimbangkan? Jelaskan, apakah bidang atau sektor yang layak? Dan bagaimanakah caranya kemahiran itu disahkan? Dan berapakah panjang tempoh yang dibenarkan untuk dilanjutkan.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Kita perlu membina tenaga kerja tempatan untuk industri perabot di sekitar daerah Muar. Jabatan Pembangunan Kemahiran pernah mengenal pasti bahawa ketidakpadanan antara latihan dan keperluan industri perabot. Sebab itu, latihan perantis perlu dirancang berdasarkan jawatan yang sukar diisi oleh kilang.
Saya mencadangkan supaya Jabatan Pembangunan Kemahiran dan PERKESO bekerjasama dengan Persatuan Perabot Muar untuk mengenal pasti jawatan tersebut dan menyusun latihan amali bersama-sama dengan pengusaha.
Kilang-kilang mengambil perantis perlu menjelaskan jenis kerja, gaji permulaan dan syif yang ditawarkan selepas tamat latihan. Maklumat ini akan membantu peserta memilih latihan yang sesuai dengan pekerjaan yang ingin diceburi mereka.
MySPIKE sudah menyenaraikan beberapa syarikat di Bukit Bakri, Bukit Pasir dan Parit Jawa sebagai pusat latihan bertauliah. Untuk tahun 2027, saya meminta supaya KESUMA mengenal pasti pusat yang bersedia untuk menjalankan latihan pembuatan perabot dan bekerjasama dengan pengusaha untuk menambah tempat perantisan.
Kejayaan latihan perlu diukur sampai ke tempat kerja. Saya meminta supaya KESUMA melaporkan berapakah ramai perantis tempatan yang tamat latihan?
Berapa ramai yang mendapat kerja di kilang-kilang perabot di sekitar daerah Muar?
Dan berapa ramai yang masih bekerja dalam industri ini selepas enam bulan?
Dengan angka ini, kita boleh menilai sama ada sesuatu latihan itu membantu atau tidak kilang-kilang untuk mengisi kekosongan yang ada dan memberikan anak tempatan satu peluang untuk membina kerjaya mereka dalam industri perabot di daerah Muar. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sabak Bernam. Kabare?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Alhamdulillah.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Alhamdulillah, bagus. Jalannya jem kah?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Bukan. Saya tadi menghantar tiga orang kawasan pergi ke Bangunan AKPK untuk menguruskan masalah dia yang telah dikenakan tindakan mahkamahlah kerana komitmen di bank dan AKPK banyak membantu. Sebelum ini pun sudah banyak saya hantar ke situ. Jadi, mereka daripada kampung. Tak tahu hendak datang, saya bawa ke situ dululah.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bagus Yang Berhormat...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kebanyakannya pesara-pesaralah dan kontraktor-kontraktor yang tak mampu hendak bayar komitmen bank.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bagus Yang Berhormat, seorang Wakil Rakyat yang bekerja dengan baik.
[Tepuk]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih. Yang di-Pertua juga saya sanjungi kerana memberikan peluang kepada saya untuk bahas walaupun saya terlewat.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya maafkan. Sila, anda pembahas yang terakhir sebelum kita berehat untuk solat dan...
[Tidak jelas]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri ‘Yang di-Pertua’, Pengerusi Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sabar.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya ingin menyentuh beberapa perkara di bawah Maksud Bekalan B.46 dan Maksud Pembangunan P.46 Kementerian Sumber Manusia.
Pertama, prestasi dan agihan peruntukan kementerian. Berdasarkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, peruntukan mengurus KESUMA meningkat daripada RM1.058 bilion pada 2026 kepada RM1.154 bilion pada 2027 iaitu pertambahan kira-kira RM95.59 juta atau 9.03 peratus, Dato’ Dr. Pengerusi.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Namun, peruntukan pembangunan pula berkurangan daripada anggaran dipinda 2026 sebanyak RM882.44 juta kepada RM784.4 juta pada tahun 2027. Ini penurunan hampir RM97.99 juta. Keseluruhan peruntukan BP.46 berjumlah RM1.938 bilion pada tahun 2027 berbanding RM1.941 bilion dalam anggaran 2026.
Persoalan saya, mengapa peruntukan pembangunan berkurangan sedangkan negara sedang berhadapan cabaran pengangguran, ketidakpadanan kemahiran dan perubahan pasaran pekerjaan akibat kecerdasan buatan? Saya minta kementerian menjelaskan apakah keutamaan sebenar di sebalik perubahan agihan ini.
Kedua, pembangunan kemahiran dan TVET. Saya merujuk kepada butiran P.46, 00600 – Pembangunan Kemahiran. Peruntukan 2027 bagi projek ini berjumlah RM493.11 juta terdiri daripada RM468.11 juta secara langsung dan RM25 juta melalui pinjaman, Namun, saya tertarik dengan petunjuk prestasi utama kementerian sendiri. Peratus lepasan sekolah memasuki TVET pada 2025 hanya 17.27 peratus sedangkan sasaran 2026 dan 2027 masing-masing sekadar 18 peratus.
Lebih membimbangkan sasaran graduan kemahiran mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan ditetapkan 90 peratus bagi tahun 2027 sedangkan pencapaian sebenar 2025 sudah mencapai 95.5 peratus. Mengapa sasaran 2027 lebih rendah daripada pencapaian sebenar 2025? Saya mahu kementerian menjelaskan bagaimana RM495.11 juta ini akan diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang pendapatan yang lebih baik khususnya kepada anak muda luar bandar seperti di Sabak Bernam.
Ketiga, keselamatan dan kesihatan pekerja. Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Peruntukan meningkat daripada RM156.58 juta pada tahun 2026 kepada RM169.58 juta pada tahun 2027. Bertambah RM13 juta. Saya menyambut baik peningkatan ini. Namun, sasaran mematuhi akta yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menetapkan 100 peratus bagi tahun 2027 sedangkan pencapaian sebenar 2025 hanya 81 peratus.
Apakah strategi kementerian untuk menutup jurang 19 mata peratus ini?
Saya mahu pemeriksaan tempat kerja diperkukuh dan tindakan terhadap majikan yang mengabaikan keselamatan pekerja tidak hanya berlaku selepas kemalangan atau kematian.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Keempat, pengurusan perburuhan dan pekerja gig. Butiran 030100 – Tenaga Kerja serta Butiran 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara. Peruntukan Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara meningkat daripada RM1.801 juta kepada RM4.09 juta. Saya ingin bertanya, apakah hasil konkrit yang akan diberikan kepada pekerja gig melalui pertambahan peruntukan ini?
Apakah kementerian mempunyai mekanisme untuk memastikan pekerja e- hailing dan p-hailing mendapat perlindungan sosial, ketelusan conversion dan pendapatan yang munasabah? Pada masa yang sama, saya meminta kementerian menjelaskan mekanisme pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai 2027 khususnya nasib pekerja perusahaan kecil dan sederhana yang diberikan pengecualian.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua — Pengerusi, izinkan saya untuk merujuk kepada isu tempatan. Tuan Pengerusi, saya ingin membawa perhatian kementerian kepada keperluan masyarakat Hindu di daerah Sabak Bernam kerana MITRA di bawah KESUMA, kan. Khususnya berkaitan kemudahan tanah perkuburan.
Pertama, saya mohon kerajaan mempertimbangkan pembinaan kawasan parkir kenderaan yang lebih teratur di Tanah Perkuburan Hindu Sabak Bernam.
Ketika upacara pengebumian dan perayaan keagamaan, kekurangan ruang parkir menyukarkan keluarga si mati serta masyarakat yang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Kedua, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pembinaan sebuah krematorium atau kemudahan pembakaran mayat mengikut teknologi elektrik di kawasan tanah perkuburan sedia ada tertakluk kepada kesesuaian tanah, kelulusan pihak berkuasa dan pematuhan piawaian alam sekitar.
Sekarang ini di Sabak Bernam tidak ada lagi kemudahan ini.
Sekiranya ada kematian, masih lagi dibakar melalui cara tradisional menggunakan kayu getah yang sukar untuk didapati. Dan tempat yang paling hampir ialah Teluk Intan ataupun Kapar. Bagi keluarga yang mampu tidak ada masalah, tetapi kepada mereka yang tidak mampu, terpaksalah membayar mayat menggunakan kayu getah yang sukar didapati dan pekerja-pekerjanya pun sudah tua, Tuan Pengerusi.
Saya sudah banyak kali cakap perkara ini. Empat tahun dah saya bercakap.
Setiap kali persidangan saya bangkitkan perkara ini, keperluan ini. Dan saya sedikit pun tidak ada berniat untuk mendapat manfaat daripadanya. Maksudnya, apa-apa tender yang dapat untuk kemudahan ini saya langsung tidak ada kepentingan. Yang
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
penting ialah rakyat yang beragama Hindu ataupun bukan Islam ini diuruskan pembakarannya dengan cara yang lebih baik. Sudah empat kali saya berdiri di Dewan ini membangkitkan keperluan ini. Ataupun saya salah kementerian bercakap pun, saya pun tak tahulah. Empat kali [Berucap dalam bahasa Tamil] Tapi tak ada tindakan apa-apa.
[Ketawa] Jadi, kali ini saya haraplah apa-apa kementerian pun tolonglah turun, binalah kemudahan kebakaran mayat ini untuk masyarakat bukan Islam di kawasan saya di Sabak Bernam.
Saya terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi laluan kepada saya untuk bangun dan berbahas walaupun saya lambat. Sebenarnya mungkin sebab saya adalah seorang pesuruhjaya sumpah, jadi untuk mendapatkan khidmat AKPK itu, terlebih dahulu perlu angkat sumpah. Jadi, di kawasan saya tu sekiranya mereka nak angkat sumpah urusan AKPK tu saya bagi percuma jer, tak payah bayar.
[Ketawa] Jadi, oleh sebab itu mereka tadi dalam pukul 11 telefon minta tunjukkan bangunan AKPK dan saya bangkitkan dalam bahas yang lepas pun supaya Kementerian Kewangan memperbanyakkan lagi cawangan-cawangan AKPK ni di negeri-negeri supaya mudah rakyat untuk akses kemudahan yang ada ini. Sekarang ini, satu negeri satu jer. Kalau di Kuala Lumpur ada satu, satu lagi ada di Shah Alam.
Saya minta supaya kementerian melalui Bank Negara peruntukkan banyak lagi cawangan-cawangan, perkasakan lagi AKPK ni, mengelakkan daripada rakyat Malaysia yang menanggung komitmen yang tinggi selepas bersara terutamanya, ataupun kontraktor-kontraktor yang tak dapat kerja, mereka terlepas daripada tindakan mahkamah yang boleh menyebabkan penyitaan dan sebagainya dan akhirnya akan dibankrapkan.
Jadi, tadi ada tiga orang. Alhamdulillah, saya dah jumpa Pegawai AKPK dan sangat kenal dengan saya, jadi dia sedang uruskan. Insya-Allah. Mereka akan berjayalah membayar komitmen mengikut kemampuan mereka. Dikurangkanlah bayarannya itu. Kalau RM3,000 boleh sampai RM1,000. Jadi, mereka mahu bayar, tapi tak ada kerja. Jadi, itulah masalahnya. Terima kasih [Berucap dalam bahasa Tamil] Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
Bentara, untuk tindakan, Cokmar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli- ahli yang Berhormat, mesyuarat ditangguh dan akan disambung semula pada jam 2:30 petang. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
mempengerusikan Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya merujuk kepada Maksud Bekalan B.46 Butiran 030100 – Tenaga Kerja halaman 452 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Saya ingin membangkitkan tentang eksploitasi pekerja asing melalui sistem pengambilan pekerja dan ejen-ejen yang menguruskan kemasukan mereka ke Malaysia.
Tuan Pengerusi, bayangkan seorang pekerja dari mana-mana negara seperti contohnya Bangladesh. Dia datang ke Malaysia bukan untuk mencari kemewahan.
Dia datang untuk mencari rezeki, membantu keluarga yang hidup dalam kemiskinan, tetapi sebelum sampai ke Malaysia, dia sudah terpaksa berhutang puluhan ribu. Ada yang meminjam daripada bank, saudara mara, kawan-kawan malah menggadaikan harta keluarga semata-mata hendak membayar ejen.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kajian Verité pada tahun 2024 mendapati 96 peratus responden berhutang untuk membiayai kos pengambilan pekerjaan. Sebanyak 82 peratus pula mempunyai sekurang-kurangnya dua pinjaman. Kos yang dibayar boleh mencecah sekitar USD5,000 bersamaan puluhan ribu duit kita.
Saya nak tanya kementerian, wang sebanyak itu sebenarnya pergi kepada siapa? Berapa kos visa? Berapa kos pemeriksaan kesihatan? Berapa kos tiket penerbangan? Berapa kos sebenar pengurusan permit? Kalau sekadar pemeriksaan kesihatan dan pembaharuan permit pun ada yang didakwa dikenakan caj sampai RM5,000 hingga RM6,000, apakah pecahan sebenar bayaran tersebut? Kalau kos sebenar jauh lebih rendah, siapa yang mengambil selebihnya?
Yang lebih malang apabila sampai ke Malaysia, ada yang mendapati pekerjaan yang dijanjikan langsung tidak wujud. Yang mendapat pekerjaan pula ada yang harus bergantung kepada ejen. Hendak perbaharui permit kena bayar pada ejen. Kena bayar— hendak menguruskan dokumen kena bayar. Ada yang dikenakan bayaran berulang kali tanpa penjelasan. Gaji tidak seberapa. Kadang-kadang ada kerja, kadang-kadang tidak ada kerja, tetapi hutang tetap kena bayar. Mereka datang untuk mencari rezeki, tetapi akhirnya bekerja semata-mata untuk membayar hutang.
Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Kita pernah mendengar nama yang dikenali sebagai “Amin Bangla” yang dikaitkan dengan laporan media dengan sistem pengambilan pekerja Bangladesh melalui Bestinet dan FWCMS. Saya tidak mahu menghukum sesiapa berdasarkan dakwaan semata-mata.
Individu berkenaan juga telah menafikan dakwaan tersebut, tetapi persoalan saya, adakah wujud rantaian bayaran daripada pekerja kepada ejen, daripada ejen kepada orang tengah dan akhirnya kepada pihak yang mempunyai pengaruh atau perlindungan? Adakah ejen kecil terpaksa membayar kepada ejen lebih besar?
Adakah wang itu akhirnya mengalir kepada pihak yang mempunyai kuasa memudahkan urusan mereka? Kalau benar wujud rantaian ini, siapa yang melindunginya? Kerajaan jangan mengambil tindakan terhadap ejen kecil sedangkan rangkaian yang lebih besar tidak disentuh.
Kita mesti siasat keseluruhan aliran wang termasuk siapa yang mendapat keuntungan. Sebab itu saya cadangkan kementerian melaksanakan audit forensik terhadap caj pengambilan pekerja asing, mewajibkan semua bayaran direkodkan secara telus termasuk kos permit pemeriksaan kesihatan serta memperkenalkan mekanisme pengambilan terus antara majikan dengan pekerja tanpa membebankan
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
pekerja dengan caj pengambilan tersebut. Kita mesti putuskan rantaian keuntungan yang dibina atas kesusahan orang miskin.
Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran yang seterusnya 010100 – Pengurusan Am. Kementerian Sumber Manusia menguruskan sektor yang sangat terdedah kepada risiko integriti dan tadbir urus kementerian. Semua orang tahu perkara ini. Satu dunia bercakap tentang ini, Kementerian Sumber Manusia.
Sebab itu saya amat bimbang apabila Menteri Sumber Manusia sendiri dikaitkan dengan dakwaan pembayaran RM9.5 juta yang melibatkan ahli perniagaan Victor Chin. Dakwaan ini turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat— bekas Yang Berhormat Pandan, saudara Rafizi Ramli, seorang bekas Menteri dalam kerajaan sendiri yang sudah pasti banyak lebih tahu daripada kita semua.
Saya sedar Kementerian Sumber Manusia telah menafikan dakwaan tersebut. Beliau berhak mempertahankan nama baiknya dan mendapat proses undang-undang yang adil, tetapi penafian itu tidak menjawab persoalan dengan status siasatan. Pada Mac 2026, SPRM dilaporkan menyatakan belum menerima laporan rasmi berhubung dakwaan tersebut. Sekarang sudah November, Tuan Pengerusi.
Saya mahu kepada kerajaan menjawab tiga perkara. Yang pertama, adakah SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut? Yang kedua, apa status siasatan polis terhadap— adakah Victor Chin, Rafizi Ramli dan saksi- saksi berkaitan telah dipanggil memberikan keterangan? Adakah kerajaan bersedia menjamin siasatan yang benar-benar bebas dan telus dan adil?
Tuan Pengerusi, akhirnya saya tidak mengatakan Menteri itu telah melakukan kesalahan. Itu tugas pihak berkuasa, tetapi apabila seorang Menteri berdepan dengan dakwaan serius yang boleh menjejaskan, yang perlu diperjelaskan lebih-lebih lagi mengetuai kementerian yang terdedah kepada risiko rasuah, eksploitasi pekerja asing, kerajaan mesti memikir soal keyakinan awam. Kalau Perdana Menteri belum bersedia membuat rombakan Kabinet, sekurang-kurangnya Tuan Pengerusi, Menteri mestilah bercuti untuk menjaminkan ketelusan siasatan terhadap dakwaan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Butiran B.46 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara. Perkembangan berkenaan dengan gig, sudah tentulah ia nya mengubah satu pasaran kerja di negara kita terutama melibatkan anak-anak muda kerana ia melibatkan platform digital, perkhidmatan hantaran dan juga e-hailing.
Saya ingin ambil maklum bahawasanya pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 yang telah pun dikuatkuasakan pada 31 hari bulan tiga tahun 2026 termasuklah yang pertamanya, penubuhan Majlis Perundingan Gig dan yang keduanya, Tribunal Pekerja Gig sebagai mekanisme untuk membela golongan yang terlibat dengan pekerjaan gig ini.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Perbelanjaan untuk kementerian KESUMA di dalam Majlis Perundingan Gig ini, perundingan ini melibatkan RM4.09 juta, meningkat daripada tahun 2026 sebanyak RM1.08 juta sahaja. Ertinya, berlaku peningkatan sebanyak RM3.01 juta peningkatan ke arah untuk pelaksanaan ke arah ini. Persoalannya ialah apakah ia nya memberikan impak kepada mereka yang terlibat di dalam aktiviti pekerjaan gig ini? Kerana peruntukan RM3.01 juta ini yang meningkat daripada tahun sebelumnya.
Majlis Perundingan Gaji Negara dan Majlis Perundingan Gig ialah mempunyai fungsi yang berbeza antara dua ni tadi. Satu, menumpukan kepada dasar gaji minimum negara.
Yang keduanya ialah menumpukan kepada perkaitan mengenai pendapatan minimum, formula bayaran, standard perlindungan kepada pekerja-pekerja gig.
Hakikatnya, pekerja gig masih lagi berhadapan dengan ketidakpastian pendapatan mereka. Ketiadaan jaminan kerja, ketidakseimbangan kuasa tawar- menawar. Sedangkan pekerja pula menanggung dengan bebanan yang tersendiri sepertimana kos operasi, mengenai perlindungan insurans, hatta kepada insurans kenderaan mereka juga meningkat berkali ganda, caruman keselamatan sosial. Ini permasalahan yang ditimpakan kepada pekerja-pekerja gig ini.
Kita tidak mahu majlis perundingan ini hanya setakat libat urus, hanya setakat tercatat di dalam kertas catatan. Yang kita mahunya ialah outcome-nya, yang kita mahunya ialah hasilnya untuk menghasilkan, pertamanya menghasilkan formula pendapatan munasabah untuk mereka yang bekerja di sini. Yang kedua ialah
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
mengambil kira kos sara hidup yang menempatkan tempat kerja mereka. Yang ketiganya, jenis pekerjaan. Yang keempatnya ialah lokasi operasi. Yang kelimanya, pendapatan bersih sebenar pekerja itu sendiri.
Saya ingin mendapat penjelasan. Yang pertamanya peruntukan RM4.09 juta ini, berapa juta untuk Majlis Perundingan Gaji Negara? Berapa juta pula Majlis Perundingan Gig dan apakah hasil yang disasarkan oleh kementerian mengenai setiap majlis ini?
Yang kedua, apakah status kajian mengenai penetapan minimum pekerja gig.
Yang kedua, penetapan formula bayaran standard perlindungan sosial. Yang ketiganya, bilakah syor tersebut akan dimuktamadkan dan dilaksanakan?
B.46, 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Dalam menghadapi perubahan teknologi automasi dan teknologi moden pada hari ini, sudah tentulah keperluan industri memerlukan kepada tenaga mahir dan diiktiraf dalam pasaran pekerja.
Tahun 2027, KESUMA memperuntukkan sebanyak RM385.17 juta bagi pembangunan tenaga manusia. RM84.35 juta ialah untuk pembangunan kemahiran dan pengiktirafan. Saya hendak memberikan perhatian khas kepada pengiktirafan mengenai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ataupun PPT. Yakni pekerja yang ada pengalaman dan kemahiran melalui pekerja mereka sendiri.
Walaupun kadang-kadang mereka ini tidak mempunyai kelayakan dari segi sijilnya, tetapi mereka ada pengalaman dan kemahiran di tempat kerja sebenarnya.
Peluang mereka untuk mendapat pengiktirafan seperti Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.
Persoalannya, sejauh manakah pengiktirafan PPT ini diterima dan diterjemahkan dengan pendapatan yang tinggi apabila mereka bekerja di mana- mana sektor kerjaya mereka.
Yang akhir sekali ialah berapakah jumlah pekerja yang telah memperolehi yang pertama, Sijil Kemahiran Malaysia? Berapakah jumlah pekerja yang memiliki Diploma Kemahiran Malaysia? Yang ketiga, Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia melalui kaedah ini sepanjang tahun 2025, 2026? Dan berapakah sasaran kementerian pada tahun 2027? Terima kasih kepada Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Pengerusi yang telah membenarkan Pulai untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa ini. Pulai ingin merujuk kepada Butiran 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara.
Peruntukan bagi Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara meningkat daripada RM1.8 juta kepada RM4.09 juta iaitu lebih daripada dua kali ganda.
Peningkatan ini menunjukkan ruang yang lebih besar untuk kementerian memberikan perhatian kepada isu pendapatan, gaji dan perlindungan pekerja gig.
Namun, cabaran utama ekonomi gig ini adalah ketiadaan struktur pendapatan yang konsisten seperti pekerjaan tetap. Pendapatan pekerja bergantung kepada jumlah tugasan, kadar bayaran, permintaan pelanggan dan struktur komisen platform tersebut. Pada masa yang sama, kos operasi seperti petrol, penyelenggaraan kenderaan dan insurans perlu ditanggung sendiri oleh pekerja.
Oleh itu, perbincangan mengenai gaji pekerja gig ini perlu mengambil kira pendapatan bersih selepas ditolak kos operasi, bukannya hanya berdasarkan jumlah pendapatan kasar. Kementerian juga perlu memastikan pekerja gig mempunyai saluran rundingan yang berkesan dengan syarikat platform khususnya berkaitan dengan perubahan kadar bayaran dan syarat penggunaan aplikasi. Bila kita naik kenderaan e-hailing ini Pengerusi, selalu pemandu-pemandu e-hailing ini kompelin kepada kita kerana gaji mereka sangat rendah, tak mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka ini.
Jadi, di sini Pulai ingin bertanya. Pertamanya, adakah kementerian mempunyai data mengenai jumlah sebenar pekerja gig aktif di Malaysia mengikut kategori pekerjaan, purata pendapatan kasar dan purata pendapatan bersih selepas ditolak kos operasi?
Keduanya, adakah kementerian bercadang memperkenalkan satu penanda aras pendapatan bersih bagi pekerja gig supaya kadar bayaran yang ditetapkan oleh platform mengambil kira kos benar yang ditanggung oleh pekerja. Yang ketiga, apakah mekanisme yang digunakan untuk memastikan pekerja gig mempunyai hak rundingan dan saluran rayuan yang adil apabila berlaku perubahan kadar komisen, pengurangan insentif ataupun penggantungan akaun oleh syarikat platform.
Yang kedua, Pulai ingin membangkitkan Butiran 08300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan. Peruntukan bagi pengurusan perburuhan dan pekerjaan meningkat sebanyak RM25.53 juta iaitu peningkatan yang agak ketara berbanding tahun sebelum ini. Peningkatan ini sepatutnya memberi ruang kepada kementerian
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
untuk memperkukuh penguatkuasaan undang-undang buruh, mempercepatkan penyelesaian aduan serta memastikan hak pekerja dan tanggungjawab majikan dipenuhi.
Selain itu, penguatkuasaan perlu meliputi isu seperti kegagalan membayar gaji, pemotongan gaji tidak sah, pelanggaran kontrak pekerjaan dan ketidakpatuhan terhadap peraturan waktu bekerja. Peningkatan peruntukan perlu menghasilkan tindakan yang lebih berkesan, bukan sekadar peningkatan aktiviti pemeriksaan dan jumlah aduan yang diproses.
Persoalan yang ingin dibangkitkan oleh Pulai adalah, berapakah jumlah aduan berkaitan tunggakan gaji, pemotongan gaji tidak sah dan pelanggaran kontrak pekerjaan yang diterima sepanjang tiga tahun terakhir ini serta berapakah jumlah kes yang masih belum diselesaikan?
Daripada peningkatan peruntukan sebanyak RM25.53 juta ini, berapakah yang akan digunakan untuk memperkukuh kapasiti pegawai penguat kuasa, pendigitalan sistem aduan dan mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan pekerja?
Yang ketiga, Pulai ingin bangkitkan Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran. Peruntukan pembangunan kemahiran berkurang sebanyak RM19.77 juta kepada RM468.11 juta pada tahun 2027. Pengurangan ini perlu dilihat dalam konteks keperluan negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi perubahan struktur ekonomi khususnya dalam bidang automasi, kecerdasan buatan, teknologi digital dan industri bernilai tinggi.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai ingin membangkitkan beberapa soalan iaitu apakah justifikasi pengurangan peruntukan pembangunan kemahiran sebanyak RM19.77 juta pada tahun 2027, sedangkan keperluan tenaga mahir semakin meningkat?
Keduanya, apakah graduan yang berjaya mendapat pekerjaan? Berapakah peratusan yang pekerja dalam bidang berkaitan dalam latihan yang diikuti dan berapakah purata pendapatan permulaan mereka?
Dan ketiganya ialah apakah mekanisme kerjasama dalam industri bagi memastikan kursus yang ditawarkan berdasarkan permintaan sebenar pasaran pekerjaan bukannya berdasarkan kepada kapasiti institusi latihan semata-mata?
Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim. Saya ingin merujuk B.42, Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan dan Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia dan Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan.
Puan Pengerusi, TVET perlu diperluaskan di institusi tahfiz berdaftar dan sekolah aliran agama. Mengikut hasrat kerajaan— maaf Pengerusi, ada gangguan sedikit. Kenapa hilang ini? Kita mengalu-alukan komitmen kerajaan memperuntukkan RM8 bilion bagi agenda TVET negara termasuk RM500 juta pembiayaan PTPK serta sasaran melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050.
Namun, data jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri di awal sidang baru-baru ini mendedahkan bahawa daripada ratusan ribu pelajar tahfiz di seluruh negara, hanya 2,364 pelajar tahfiz mendaftar dalam program TVET sejak 2023 dan hanya 900 orang berjaya memperoleh pensijilan NOSS di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Angka ini membuktikan masih wujud jurang besar bagi pelajar di institut tahfiz berdaftar dan sekolah-sekolah aliran agama di lapangan. Mereka berdepan dengan tiga kekangan utama. Pertama, kekangan infrastruktur dan kos pentauliahan. Yang kedua, kekurangan tenaga pengajar bertauliah dan keserasian budaya. Dan yang ketiga, jadual padat dan perbezaan kelayakan akademik.
Bagi memastikan anak tahfiz dan agama ini diberi peluang seluas-luasnya untuk menyambung pengajian di kolej TVET, saya mengemukakan tiga cadangan konkrit kepada KESUMA. Pertama, perluaskan laluan khas dan kuota kemasukan kesemua kampus ILP dan juga ADTEC. Setakat ini, penawaran TVET Tahfiz di bawah Jabatan Tenaga Manusia telah berkembang kepada empat kolej teknologi termasuk ADTEC. Antaranya di Taiping, di Kepala Batas, Kuala Lumpur, Jerantut dan sebagainya.
Saya mencadangkan KESUMA meluaskan laluan khas serta kuota pengambilan ini ke seluruh rangkaian ILP dan ADTEC di setiap negeri agar lebih ramai lepasan tahfiz berdaftar dan sekolah agama berpeluang menyambung pelajaran TVET sepenuh masa selepas tamat pengajian agama. Daripada membebankan maahad membina bengkel sendiri, KESUMA wajar memperluaskan konsep perkongsian fasiliti secara modular dan persijilan. Pelajar sekolah tahfiz
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
berdaftar boleh hadir ke ILP atau ADTEC berhampiran pada hujung minggu atau cuti semester untuk melengkapkan kredit SKM Tahap 3 hingga Tahap 5 tanpa mengganggu jadual hafazan harian mereka.
Yang ketiga, pengiktirafan syahadah tahfiz dan akses dana PTPK. Saya memohon KESUMA menyelaraskan syarat kemasukan ke kolej TVET di bawah seliaan kementerian agar mengiktiraf sijil perakuan hafazan atau syahadah tahfiz di institusi berdaftar sebagai kelayakan setara SPM serta mempermudah akses mereka kepada dana pembiayaan berjuta PTPK bagi memastikan kebolehpasaran tinggi dan gaji permulaan bermaruah apabila tamat latihan kelak.
Selain daripada itu, saya juga turut memberikan tentang beberapa cadangan termasuk program TVET dalam kalangan masyarakat orang asli dan cadangan penubuhan kolej TVET khusus orang asli. Baru-baru ini, saya mencadangkan kepada Pendang untuk menerima sebahagian cadangan saya. Ini hujah saya.
Saya mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia mempertimbangkan penubuhan sebuah kolej TVET orang asli kebangsaan iaitu sebuah institusi TVET khusus yang pengambilannya pelajar— pengambilan pelajar khusus kepada anak-anak orang asli. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM), jumlah keseluruhan orang asli di Malaysia direkodkan seramai 213,416 orang pada tahun 2020 dan dianggarkan meningkat kepada 227,900 orang pada tahun 2026.
Taburan penduduk yang teramai, di Pahang 82,000 lebih dan di Perak 58,000. Penubuhan kolej ini bukan bertujuan memisahkan masyarakat orang asli daripada arus pendidikan negara, tetapi menyediakan satu ekosistem pendidikan kemahiran yang benar-benar memahami keperluan dan cabaran mereka.
Tuan Pengerusi, kita mempunyai pelbagai institusi TVET di seluruh negara, tetapi persoalannya, adakah sistem sedia ada benar-benar mengambil kira cabaran khusus yang dihadapi oleh masyarakat orang asli? Mengapa kita tidak berani mewujudkan sebuah institusi TVET khusus untuk orang asli dengan pengambilan pelajar orang asli sahaja supaya pendekatan pendidikan, kebajikan dan pembangunan kerjaya mereka dapat dirancang serta lebih fokus. Ini bukan soal keistimewaan, tetapi soal keadilan, peluang dan kesaksamaan pembangunan.
Sehubungan dengan itu, Parit Buntar ingin mencadangkan tiga komitmen bagi tujuan melaksanakan penubuhan kolej TVET orang asli. Pertama, kerajaan mesti menyediakan peruntukan kebolehlaksanaan dalam Bajet 2027. Yang kedua, penubuhan jawatankuasa khas bersama KESUMA dan JAKOA untuk merangka
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
model kolej. Dan yang ketiga, pelan tindakan dan garis masa penubuhan kolej, termasuk penentuan lokasi serta kapasiti pengambilan pelajar.
Akhir sekali, saya nak bagi serangkap pantun.
Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan; Masyarakat asli bukan warga asing, Berilah peluang mereka untuk masa hadapan. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Padang Rengas ingin membangkitkan beberapa perkara penting berkaitan peruntukan Kementerian Sumber Manusia, khususnya peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran, kebajikan pekerja dan perlindungan tenaga kerja negara.
Secara keseluruhannya, peruntukan KESUMA 2027 berjumlah RM1.938 bilion. Walaupun peruntukan mengurus meningkat sembilan peratus, peruntukan pembangunan menurun 11.1 peratus kepada RM784.5 juta. Persoalannya, adakah pengurangan ini akan menjejaskan usaha meningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan rakyat?
Pertama, Butiran 08300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan. Saya ingin memberi perhatian khusus kepada peluang pekerjaan di kawasan luar bandar, terutamanya di Parlimen Padang Rengas. Pembangunan peluang pekerjaan tidak seharusnya hanya tertumpu di bandar-bandar besar. Anak-anak muda di kawasan luar bandar juga berhak mendapat pekerjaan yang baik tanpa terpaksa berhijrah jauh meninggalkan keluarga.
Apakah perancangan khusus kementerian untuk menarik pelaburan perusahaan kecil dan sederhana ke kawasan Padang Rengas, menyediakan latihan kemahiran serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan lepasan TVET?
Saya juga ingin menyentuh Dasar Gaji Progresif yang mempunyai siling insentif RM300 juta sehingga 2027. Namun, bayaran insentif dilaporkan hanya RM64.1 juta setakat Jun 2026. Mengapa penyaluran masih rendah sedangkan
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
sasaran penyertaan 50,000 pekerja telah dicapai? Apakah jaminan kesinambungan dasar ini?
Kedua, Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran. Kementerian melaporkan kebolehpasaran graduan TVET sebanyak 95.5 peratus bagi 2025, tetapi hanya 85.1 peratus dilaporkan bekerja dalam bidang yang dilatih. Mengapa petunjuk prestasi tidak lagi mengukur pekerjaan mengikut bidang latihan? Saya juga meminta penjelasan mengenai pengurangan peruntukan daripada RM644.7 juta pada 2026 kepada RM493.1 juta pada 2027.
Ketiga, Butiran 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara. Apakah bentuk sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang terkesan dengan pelaksanaan gaji minimum? Bagi pekerja gig pula, bagaimana kementerian memastikan Skim LINDUNG 24 jam tidak menyebabkan potongan berganda atau memindahkan keseluruhan kos perlindungan kepada pekerja?
Keempat, Butiran 030500 – Mahkamah Perusahaan. Sebanyak 2,886 kes pembuangan kerja masih tertunggak pada akhir 2025. Apakah langkah segera kementerian untuk mempercepatkan penyelesaian kes dan memastikan hak pekerja terbela?
Kelima, Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Pelan tindakan kebangsaan mengenai buruh paksa 2021 hingga 2025 telah tamat. Bilakah pelan baharu bagi 2026 hingga 2030 akan diluluskan? Kementerian juga perlu menetapkan siling pengambilan pekerja asing mengikut sektor bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Keenam, Butiran 030200 — Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sasaran pematuhan undang-undang ditetapkan 100 peratus tetapi pencapaian pada 2025 hanya 81 peratus. Apakah sasaran pemeriksaan tempat kerja bagi 2027 dan bilakah pendaftaran wajib kontraktor-kontraktor penyingkiran asbestos akan dilaksanakan?
Ketujuh, Butiran 60000, reformasi tenaga kerja. Saya mendesak kementerian memperkukuhkan tindakan terhadap majikan yang menggaji pekerja tanpa dokumen sah, meningkatkan pematuhan caruman PERKESO serta mempercepatkan automasi industri bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh murah.
Tuan Pengerusi, sebagai penutup, pembangunan tenaga kerja bukan sekadar soal menyediakan latihan atau mengumumkan peruntukan yang besar.
Rakyat mahu melihat peluang pekerjaan yang nyata, pendapatan yang lebih baik dan jaminan masa depan. Jangan sampai pembangunan pekerjaan hanya dinikmati
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
kawasan bandar. Sedangkan anak-anak muda di luar bandar, termasuk di Parlimen Padang Rengas, terpaksa berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.
Saya berharap kementerian memberikan komitmen yang jelas, tindakan yang berkesan dan sasaran yang boleh diukur supaya tiada kawasan dan kelompok rakyat yang tercicir daripada pembangunan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas di peringkat jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia.
Sudah lebih 10 tahun saya mengkritik kerajaan dalam hal permohonan kuota untuk pekerja asing kerana terdapat sindiket yang terlibat. Hari ini saya hendak memuji Tambun, Perdana Menteri kita, kerana telah membawa satu perubahan yang amat besar dalam hal ini. Masalah sindiket terlibat dalam permohonan pekerja asing telah timbul sejak Bagan Datuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kali pertama dan merangkap Menteri Dalam Negeri pada tahun 2015.
Atas arahan Tambun supaya permohonan dipercepatkan, sekarang kelulusan kuota dapat diperolehi tanpa perlu membayar wang kepada ejen atau sindiket. Inilah pengalaman wakil 10 syarikat yang telah menghubungi saya untuk menolong mereka. Sebelum ini, mereka telah dihubungi oleh seorang Bangladesh untuk membayar RM1,500 untuk kuota setiap pekerja yang dikehendaki.
Atas nasihat saya, mereka telah tidak membayar wang yang diminta oleh ejen tersebut. Hari ini mereka telah mendapat kelulusan permohonan mereka tanpa membayar wang kepada ejen. Ini merupakan satu perubahan dan pencapaian yang besar di bawah pentadbiran Perdana Menteri kita sekarang. Cara baharu iaitu permohonan melalui dan diproses oleh satu sahaja kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia merupakan cara yang betul.
Saya menyeru kepada semua majikan-majikan supaya kita bekerjasama untuk menjayakan perubahan yang dibawa oleh Perdana Menteri kita. Kelulusan boleh diperolehi tanpa bayaran kepada ejen-ejen. Dalam hal ini, saya juga mohon kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memantau terus memantau agar perubahan yang dibawa ini akan berjaya akhirnya selepas 10 tahun.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Walau bagaimanapun, KESUMA mesti mempertingkatkan khidmatnya dengan memastikan setiap permohonan dapat diproses dalam 14 hari supaya tidak timbul ejen-ejen yang janjikan kelulusan lebih awal. 10 syarikat yang saya nyatakan di atas telah mendapat kelulusan hanya selepas lebih dua bulan. Dalam masa tersebut, ramai orang lain yang telah membayar 1,500 bagi kuota setiap pekerja telah mendapat kelulusan yang lebih awal.
Masa itu, tuan-tuan punya kepada 10 syarikat ini mempunyai keraguan sama ada mereka perlu membuat bayaran atau tidak. Dalam...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Beruas, boleh celah sikit? Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Nanti, saya habiskan dua perenggan lagi, saya beri...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, okey.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...kepada Rasah ya. Dalam hal ini, saya memohon agar perubahan yang di bawah ini, kita sama-sama pastikan ia berjaya dalam— dengan sistem permohonan kelulusan kuota bagi pekerja asing yang senang dan cepat. Saya pasti permintaan untuk pekerja asing tanpa izin akan berkurangan, yang Menteri Dalam Negeri kata melampaui juta orangnya dan juga semua pekerja asing yang di Malaysia ini, kalau mereka masuk secara sah, mereka juga akan dilindungi dengan lebih sempurna. Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih ya, Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya— jarang-jarang Yang Berhormat Beruas puji kerajaan. Jadi, beruntunglah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini.
Saya memang terpanggil juga. Saya pun nak— apa— mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan di bawah Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India, MITRA.
Saya setiap tahun bahaskan MITRA. Ketika itu, MITRA di bawah Jabatan Perdana Menteri. Daripada kerajaan sebelumnya kepada kerajaan ini dan ini kali pertama saya nak ucapkan terima kasih kepada KESUMA, Menteri KESUMA kerana peruntukan untuk MITRA dalam Belanjawan 2027 dinaikkan daripada 100 juta kepada 150 juta. Satu perubahan yang menampakkan komitmen Kerajaan Malaysia MADANI untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat India.
Tetapi— ada tetapi Pengerusi. Saya mohon...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat Beruas sudah habis.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tambah lagi. Ya, ya. 30 saat, 30 saat. 150 juta ini tak cukup. Okey. Mohon ada bajet tambahan pada mesyuarat awal tahun 2027.
150 juta tambah 150 juta, jadikannya 300 juta. Sebab sosioekonomi ini untuk masyarakat ini sangat besar dan ia sesuatu yang kita nak memastikan Malaysia maju dengan semua rakyat daripada semua latar belakang, maju ke hadapan sama di bawah kerangka Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas, masa pun sudah tamat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, ya. Saya masukkan segala yang Rasah ucapkan tadi dalam ucapan saya. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Auzubillahi Minashaitan Nirajeem, Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Puan Speaker. Saya sebelum mulakan bahas ini, saya nak just zahirkan kesedihanlah. Takziah. Pegawai saya ini dia pergi umrah, balik dengan ibu dia, ibu dia meninggal dalam penerbangan tadi. Al-Fatihah. Baik.
Tuan Pengerusi, saya Tenggara, nak sentuh empat perkara utama berkaitan dengan perbahasan ini. Yang pertamanya, adalah butiran-butiran perbelanjaan B dan P.46 di bawah KESUMA lah. Pertamanya, Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan, Butiran 040700 – Program Latihan Kemahiran, Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran, 030100 – Tenaga Kerja, 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia dan 041100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara.
Pertama, Tenggara nak ucapkan tahniah kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) lancar Program Dual Diploma Malaysia–China berstruktur 2+1 yang membolehkan belia seawal usia 16 tahun peroleh Diploma Kemahiran Malaysia
(DKM) Tahap 4 dan Diploma TVET China serentak. Pengambilan sulung seramai 75 pelatih bermula Disember 2026 menyasarkan 675 pelatih menjelang 2030 dalam bidang strategik seperti automotif EV, mekatronik dan logistik.
Program ini adalah lonjakan besar pengantarabangsaan TVET. Tenggara cuma nak tanya, dengan sasaran 675 pelatih menjelang 2030 dalam sektor kritikal EV dan mekatronik, adakah terdapat perjanjian persefahaman MoU mengikat
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
dengan syarikat pelabur strategik seperti Geely, BYD atau rantaian bekalan semikonduktor tempatan bagi serap terus graduan ini dengan penetapan gaji permulaan serta apakah mekanisme untuk mengelakkan berlaku penghijrahan bakat kita (brain drain) ke luar negara?
Puan Pengerusi, namun apa yang jadi kerisauan, tanpa sokongan awal, anak-anak keluarga B40 berisiko tercicir dan Tenggara, mohon agar Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sediakan pembiayaan tambahan khusus tampung kos persediaan ke China merangkumi kos visa, insurans dan tiket penerbangan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Tuan Pengerusi, keduanya, dalam Belanjawan 2026, PTPK diperuntukkan RM650 juta bagi manfaat lebih 25,000 pelatih. Tahun 2027, dana latihan PTPK hanya berjumlah RM500 juta, berkurangan sebanyak RM150 juta iaitu sekitar 23 peratus.
Pengurangan ini amat membimbangkan penyedia latihan TVET awam dan swasta.
Kementerian letakkan KPI untuk meningkatkan kemasukan lepasan sekolah ke TVET kepada 18 peratus dan pelatih 9,000 perantis akademik dalam industri ADI pada 2027.
Justeru, Tenggara mohon penjelasan, berapakah jumlah sebenar pelatih yang mampu dibiayai dengan dana RM500 juta ini? Tenggara nak cadang dana PTPK dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1 bilion agar tiada belia tercicir daripada akses latihan kemahiran.
Puan Pengerusi, ketiganya adalah berkaitan dengan data kementerian menunjukkan jumlah pekerja asing sah di Malaysia berkurang sebanyak 13 peratus kepada 2.13 juta orang berbanding tahun sebelumnya. Namun, kebergantungan industri kepada tenaga kerja luar masih tinggi. Walhal, kadar kebolehpasaran graduan institusi latihan kemahiran kita sudah mencecah lebih 95 peratus.
Bagi sokong dasar Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sasaran turunkan had pekerja asing kepada 10 peratus pada 2030, Tenggara nak cadang KESUMA wajibkan majikan yang mohon kuota pekerja asing buktikan syarikat mereka ada unit learning and development (L&D) yang aktif, buktikan rekod kerjasama latihan, penempatan pelatih TVET tempatan sebelum diluluskan. Syarikat tak boleh terus ambil jalan mudah import buruh luar sesuka hati. Perlu buat pelaburan, bangun dan latih bakat anak tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.
Puan Pengerusi, yang keempatnya, berdasarkan Laporan Survei Gaji dan Upah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penengah gaji bagi kategori pekerja
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
separuh mahir sekitar RM2,223 sebulan. Bajet 2027 umum gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan amat dinanti-nantikan buat anak muda. Apa yang menjadi kebimbangan dan kekeliruan, berdasarkan piawaian pekerjaan negara MASCO, gaji RM2,500 tertumpu kepada kategori pekerja mahir bertaraf diploma dan ijazah― MASCO 1 hingga 3.
Bagaimana dengan nasib pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3? Ramai majikan letak pemegang SKM Tahap 3 dalam kategori pekerja teknikal pertengahan atau operator sahaja― MASCO 7 dan 8― bukan dalam kumpulan MASCO 1 hingga 3.
Tenggara mohon KESUMA jelaskan, adakah gaji permulaan RM2,500 sebulan meliputi semua pemegang SKM Tahap 3 yang bekerja dalam bidang kemahiran mereka? Apakah senarai jawatan yang terlibat? Adakah kadar RM2,500 ini wajib dipatuhi majikan atau sekadar garis panduan sukarela sahaja? Dan apakah mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan majikan tidak memanipulasikan elaun untuk mengekalkan gaji asas yang rendah?
Puan Speaker, sebelum tutup, saya nak mengalu-alukan daripada Tenggara, JKKR Kampung FELDA Sungai Sayong yang hadir ke Dewan ini untuk menyaksikan perbahasan.
[Tepuk] Tadi saya baru dapat maklumat, Allahyarhamah yang meninggal itu, namanya Rubiah binti Suandi. Jadi, sama-samalah kita sediakan Al- Fatihah.
Terima kasih, Puan Speaker.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia.
Jika kita lihat buku Anggaran Belanjawan Persekutuan pada muka surat 448 pada Aktiviti 1: Tenaga Kerja, disebut bahawa salah satu fungsinya adalah mengutama dan memperluas peluang pekerjaan kepada warganegara.
Di sini saya ingin menyentuh tentang apa yang berlaku di luar sana. Itu merupakan hasrat KESUMA untuk mengutamakan warganegara. Tetapi, apa yang berlaku di luar sana, kita lihat bahawa kebergantungan kepada pekerja asing ini telah menjadi satu keadaan yang menyebabkan ekonomi kita terkesan secara langsung dan seterusnya memberi kesan kepada anak-anak kita. Kita tahu bagaimana
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
kebergantungan kepada pekerja asing ini memberi tekanan kepada gaji, khususnya dalam kalangan anak-anak kita dan mewujudkan persaingan juga.
Saya hendak sentuh perkara terkini yang ramai sahabat-sahabat bangkitkan di luar sana. Jika kita lihat di bawah kategori pekerjaan― saya baca satu daripada portal Jabatan Imigresen dan juga daripada portal berkaitan KESUMA. Soalannya, adakah pekerja asing dibenarkan untuk bekerja sebagai juru wang? Ini soalan dalam portal yang disediakan ini.
Adakah pekerja asing ini boleh bekerja sebagai juru wang? Jawapannya tidak. Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai pekerja barisan hadapan
(frontliners). Tetapi, apa yang saya terima, banyak rungutan di luar sana sehinggakan dalam konteks juru wang pun, pekerja asing yang dipilih untuk bekerja.
Jadi, kita lihat di sini bahawa penguatkuasaan dalam konteks pekerja asing ini amat-amat longgar. Sebab itu, kita kata bahawa anak-anak kita ini peluang untuk mereka semakin hari semakin sempit. Kerana apa? Kerana ikut mana pun, keutamaan adalah diberikan kepada pekerja asing.
Saya ingin kongsikan satu cerita. Begini. Apabila saya turun ke beberapa buah hotel untuk kadang-kadang minum pagi, sebagai contoh, ada hotel yang sebahagian besarnya pekerja di restoran adalah pekerja tempatan dan ada hotel yang sebahagian besarnya adalah pekerja asing. Kita lihat apa yang berlaku di sini adalah bagaimana inisiatif majikan ini memainkan peranan.
Sebab itu, saya mohon KESUMA, dalam konteks kita bercerita nak mudahkan kuota dan sebagainya, kita jangan terlalu leka. Dalam hal ini, kita seolah- olah mudahkan kuota, dapat kuota sebegitu, dapat kuota sebegini, terus membiarkan perkara ini berlarutan. Sebab itu kerajaan, khususnya KESUMA, perlu memainkan peranan nak lihat apakah pendekatan yang boleh digunakan, apakah puncanya.
Apakah puncanya tidak diberi ruang kepada anak-anak kita khususnya baru menamatkan persekolahan, baru menamatkan pengajian? Adakah kita perlu memberi lebih banyak ruang untuk pekerjaan yang lebih flexible hours, sebagai contoh. Ini memberi ruang untuk suri rumah turut bekerja, sebagai contoh.
Jadi, saya memohon supaya KESUMA melihat itu merupakan satu aktiviti fungsi utama nak beri ruang pekerjaan kepada warganegara tetapi kita lihat banyak kita bersembang tentang pekerja asing.
Satu lagi saya nak menyentuh tentang pekerja asing ini berkaitan dengan keadaan di mana majikan mengambil sebahagian besar beberapa orang, berpuluh orang, beratus orang pekerja asing dan kemudian pekerja asing ini lari meninggalkan
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
majikan tersebut. Saya baca dalam kontrak tersebut, majikan mungkin tidak akan dapat balik depositnya. Tetapi, apa yang berlaku, majikan ini akan mohon pekerja baharu. Pekerja asing yang tinggalkan majikan ini entah ke mana-mana dalam negara ini.
Sebab itu kita lihat pusingan ini berterusan. Majikan ambil ratusan pekerja, sebahagiannya meninggalkan majikan tersebut pergi kerja tempat lain secara senyap dan majikan kata, “Dah ramai tinggalkan kami. Kami mohon kuota baru”.
Sampai bila? Kalau proses ini berterusan, maka jumlah pekerja asing dalam negara dan jumlah pendatang asing tanpa izin yang ada dalam negara ini akan berterusan bertambah dari tahun ke tahun.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh poin kedua. Sedikit sahaja berkaitan dengan ekonomi gig. Jika kita lihat, ramai anak-anak muda, sahabat-sahabat di luar sana menceritakan bagaimanakah keadaan mereka dalam konteks ekonomi gig khususnya e-hailing dan p-hailing pada hari ini. Mereka menceritakan bagaimana dulu banyak insentif-insentif diberikan, bayarannya baik, pada hari ini bayarannya semakin berkurangan.
Jika kita lihat dalam konteks teori ekonominya, pada peringkat awal e-hailing dan p-hailing ini datang ke Malaysia, mereka cuba mendapat seramai mungkin pemandu dan seramai mungkin riders atau penunggang. Maka, dia perkenalkan pelbagai insentif untuk menarik mereka ini. Sekarang ini, pada hari ini, dah ada 600,000 orang yang terlibat dalam e-hailing dan p-hailing. Maknanya, yang memegang kuasa ini bukan lagi pemandu ataupun penunggang. Yang memegang kuasa ini adalah syarikat e-hailing dan p-hailing ini.
Sebab itu, kalau kita lihat, ikut mana pun nak selesaikan masalah ini bukannya mudah kerana mereka mempunyai 600,000. Kalau yang 100 orang tak nak, ada lagi beratus-ratus ribu yang nak. Sebab itu kita lihat tekanan ini berterusan kepada pemandu dan juga penunggang yang terlibat dalam e-hailing dan p-hailing ini.
Saya mohon sedikit penjelasan berkaitan dengan perkara ini. Kerajaan kata dalam bajet tersebut, sebelum ini disebut bahawa satu pakej bernilai RM160 juta bersama dengan pihak Grab untuk meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing. Saya nak tanya, daripada mana akan datangnya RM160 juta ini? Dalam butiran mana dalam belanjawan ini bahagian kerajaan atau peruntukan kerajaan untuk RM160 juta ini? Dan bahagian yang akan dikeluarkan
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
oleh kerajaan ini akan digunakan untuk tujuan apa? Mohon pencerahan daripada kementerian. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030100 – Tenaga Kerja yang diperuntukkan sebanyak RM139.97 juta bagi tahun 2027.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI untuk meningkatkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027, di samping memperkenalkan kerangka gaji permulaan RM2,500 bagi graduan dan pekerja separa mahir. Langkah ini penting untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan pekerja. Namun, kenaikan gaji bukan sekadar perubahan angka pada slip gaji, ia menentukan kemampuan pekerja untuk menampung kos sara hidup dan keperluan keluarga. Justeru, mekanisme pelaksanaan dan penguatkuasaan perlu diberi perhatian.
Persoalan pertama saya kepada KESUMA, apakah mekanisme pemantauan melalui sistem e-Wages bagi memastikan majikan mematuhi kadar gaji minimum RM2,000 serta apakah garis masa untuk menilai semula pengecualian kepada PMKS. Bagaimanakah KESUMA akan menilai keberkesanan kerangka gaji permulaan RM2,500 sebelum pelaksanaan secara mandatori pada masa hadapan?
Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 08300 – Pengurusan Pemburuhan dan Pekerjaan yang diperuntukkan sebanyak RM89.49 juta bagi tahun 2027. Berdasarkan statistik PERKESO yang dinyatakan sebanyak 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan antara Januari dan 12 Jun 2026.
Walaupun penutupan perniagaan dan penyusunan semula operasi merupakan antara punca utama, perkembangan automasi dan kecerdasan buatan ataupun AI turut menuntut persediaan tenaga kerja yang lebih menyeluruh.
Tuan Pengerusi, kita tidak boleh menolak kemajuan teknologi. Namun, apabila teknologi baharu diperkenalkan, adakah pekerja diberikan peluang meningkatkan kemahiran atau akhirnya terpaksa mencari pekerjaan lain? Saya menyambut baik usaha kerajaan melalui PERKESO, MyFutureJobs dan program latihan semula.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Persoalan kedua saya kepada KESUMA, apakah mekanisme intervensi awal bagi mengenal pasti syarikat yang berisiko tinggi untuk memberhentikan pekerja akibat automasi dan penyusunan semula operasi? Adakah KESUMA mempunyai sasaran penempatan semula bagi tahun 2027 khususnya untuk pekerja berusia 45 tahun ke atas yang mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan baharu?
Tuan Pengerusi, saya juga merujuk kepada Butiran 04100 – Majlis Perundingan Gaji dan Gaji Negara yang diperuntukkan sebanyak RM4.09 juta bagi tahun 2027. Saya mengalu-alukan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan perlindungan pekerja gig melalui Akta Pekerja Gig 2025 dan penubuhan Tribunal Pekerja Gig. Pada 7 November 2026, tribunal telah membuat keputusan berhubung beberapa pertikaian melibatkan pemandu e-hailing dan GrabCar termasuk penggunaan sistem automatik dalam pengurusan tempahan.
Perkembangan ini menunjukkan kepentingan perlindungan undang-undang dalam ekonomi digital. Namun, kita tidak mahu sistem algoritma menentukan mata pencarian seseorang pekerja tanpa ketelusan dan mekanisme semakan yang adil.
Persoalan ketiga saya kepada KESUMA, apakah langkah untuk memastikan keputusan automatik yang dibuat oleh platform digital yang menjejaskan pendapatan atau akses pekerjaan boleh disemak secara telus dan adil. Bagaimana perkembangan formula penetapan pendapatan bagi pekerja gig khususnya selepas mengambil kira kos petrol dan penyelenggaraan kenderaan?
Tuan Pengerusi, saya menyokong komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan pendapatan, memperkukuhkan perlindungan pekerja dan mempersiapkan tenaga kerja menghadapi perubahan teknologi. Kejayaan sebenar bukan sekadar kita mengurangkan kadar pengangguran tetapi apabila rakyat mempunyai pekerjaan yang stabil, pendapatan yang setimpal dan perlindungan yang sewajarnya.
Akhir sekali, saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Rasah untuk meningkatkan peruntukan MITRA daripada RM150 juta kepada RM300 juta untuk pembangunan status sosioekonomi masyarakat India di negara kita. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Puan Pengerusi, mengizinkan Sungai Siput turut serta perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia.
Puan Pengerusi, saya merujuk Butiran Pembangunan 00201 iaitu Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang telah diperuntukkan RM150 juta. Saya ingin menarik perhatian Kementerian Sumber Manusia kepada satu kelompok masyarakat yang selama ini memainkan peranan besar dalam memelihara institusi keagamaan, tradisi, kebudayaan dan warisan kerohanian masyarakat India iaitu golongan archagar ataupun dikenali sebagai pendeta kuil-kuil Hindu seluruh Malaysia.
Kita harus mengakui bahawa archagar bukanlah sekadar individu yang menjalankan upacara sembahyang di kuil. Mereka merupakan individu yang bertanggungjawab mengendalikan upacara keagamaan harian, perayaan keagamaan, upacara perkahwinan serta pelbagai aktiviti kerohanian masyarakat Hindu. Mereka memberi khidmat kepada masyarakat sepanjang tahun termasuklah pada hari-hari perayaan dan ketika masyarakat memerlukan khidmat keagamaan.
Namun begitu, persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah siapakah yang menjaga kebajikan golongan ini? Sebahagian besar archagar, khususnya yang berkhidmat di kuil-kuil kecil dan kuil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad tidak menikmati pendapatan bulanan yang tetap. Ada antara mereka yang hanya bergantung kepada sumbangan penganut, kutipan kuil dan pemberian orang ramai untuk menyara kehidupan keluarga masing-masing. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang jaminan kebajikan dan kestabilan kehidupan mereka.
Puan Pengerusi, sehubungan itu, saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia
(MITRA) mempertimbangkan satu skim khas yang dinamakan Skim Elaun Kebajikan Archagar Malaysia. Saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun bulanan sebanyak RM500 kepada archagar sepenuh masa yang berpendapatan rendah atau tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap.
Saya ingin menegaskan bahawa cadangan ini bukanlah bermaksud kerajaan perlu mengambil archagar sebagai kakitangan awam atau menanggung keseluruhan operasi kuil. Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk bantuan kebajikan bersasar untuk membantu golongan archagar yang lama memberikan khidmat kepada masyarakat tetapi berhadapan dengan ketidaktentuan pendapatan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Puan Pengerusi, saya juga ingin mengaitkan cadangan ini dengan peranan dan fungsi MITRA dalam memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia. Kita telah melihat pelbagai inisiatif kerajaan dalam membantu pembangunan rumah ibadat Hindu termasuklah usaha menaik taraf kemudahan dan memperkukuhkan infrastruktur kuil melalui program berkaitan Dharma MADANI.
Saya menyambut baik usaha tersebut. Namun, saya ingin membawa satu perkara untuk pertimbangan Yang Berhormat Kementerian Sumber Manusia. Apa gunanya kita membangunkan bangunan kuil sekiranya kebajikan individu yang mengurus bertanggungjawab keagamaan di dalam kuil tersebut tidak diberikan perhatian yang sewajarnya? Kita tidak boleh hanya melihat aspek pembangunan fizikal rumah ibadat. Kita juga perlu melihat aspek kebajikan manusia yang menjadi sebahagian daripada institusi tersebut.
Oleh itu, saya berpandangan bahawa sudah tiba masanya MITRA mengkaji satu pendekatan yang lebih menyeluruh dengan memasukkan kebajikan archagar sebagai salah satu komponen yang boleh dipertimbangkan dalam agenda pembangunan masyarakat India.
Puan Pengerusi, saya ingin memberikan satu gambaran dari sudut implikasi kewangan. Sekiranya kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun sebanyak RM500 sebulan kepada 1,000 orang archagar yang memenuhi syarat kelayakan, jumlah peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM500,000 sebulan atau RM6 juta setahun.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Untuk tujuan tersebut, saya juga bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Rasah yang memohon kerajaan untuk menggandakan dana MITRA yang sedia ada RM150 juta kepada RM300 juta setahun. Puan Pengerusi, saya meminta supaya MITRA menjalankan bancian menyeluruh bagi mempertimbangkan cadangan saya, pemberian elaun kepada...
[Tak jelas] Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri KESUMA untuk menjawab, masa 25 minit.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Malaysia MADANI. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, semoga kita semua di dalam Dewan ini mendapat limpahan kemanisan iman. Saya mengambil peluang ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Samad. Semoga Allah Subhanahu wa ta'ala memberi rahmat kepada roh beliau.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Sungai Siput.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana telah membentangkan Belanjawan 2027 yang bertemakan, "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi" dengan peruntukan sebanyak RM1,938,372,900 kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Ini sekali gus memberikan satu semangat baru kepada warga KESUMA bagi terus mendukung martabat pekerja di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Penampang telah memberikan beberapa pandangan dan juga cadangan berkenaan dengan penubuhan sebuah pusat rehabilitasi di Sabah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan perlindungan sosial serta membantu orang berinsurans memulihkan keupayaan kembali bekerja dan menjalani kehidupan yang lebih produktif.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PERKESO mempunyai 19 panel rawatan rehabilitasi di seluruh Negeri Sabah yang menyediakan perkhidmatan kepada orang berinsurans yang memerlukan rawatan pemulihan. Di samping itu juga, untuk kita memastikan perkhidmatan yang sedia ada itu, PERKESO turut sentiasa terbuka untuk meneliti pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih dekat dengan masyarakat setempat termasuk potensi pelaksanaan model pusat rehabilitasi satelit secara berperingkat berdasarkan keperluan dan kesesuaian lokasi.
Bagi perancangan jangka panjang pula, cadangan penubuhan sebuah pusat rehabilitasi yang lengkap akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
keperluan perkhidmatan, taburan orang berinsurans, faktor geografi, kemudahan kesihatan sokongan serta kemampanan kewangan.
Saya selaku Ahli Parlimen daripada Negeri Sabah akan sedaya upaya untuk memastikan pelan ini dapat direalisasikan. Penilaian ini penting bagi untuk kita memastikan sebarang pembangunan yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat yang optimum dan berterusan kepada masyarakat di Negeri Sabah. KESUMA dan PERKESO juga sedang memberikan perhatian terhadap keperluan rehabilitasi di Sabah serta meneroka pendekatan yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan rehabilitasi dapat diperluas secara mampan, inklusif dan berkesan.
Selain itu, Yang Berhormat Penampang ada membangkitkan isu PERKESO berkenaan dengan isu padanan caruman. Padanan caruman individu bekerja sendiri, insentif padanan caruman sebanyak 70 peratus telah diperkenalkan untuk lebih 200,000 individu bekerja sendiri dalam 17 sektor bukan mandatori. Selain itu, padanan caruman LINDUNG Kendiri pekerja gig, insentif padanan caruman sebanyak 35 peratus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing, insentif berjumlah RM30 juta disediakan.
Berkenaan dengan pusat ataupun peluasan akses latihan TVET, akses latihan TVET melalui Program Latihan Kemahiran Sepenuh Masa, serta Kursus Peningkatan Kemahiran (upskilling) dan Latihan Semula (reskilling) dalam pelbagai bidang teknikal dan teknologi kepada rakyat Sabah disediakan menerusi dua kampus iaitu ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu dan ADTEC JTM Kampus Sandakan. Bagi tahun 2027, tiga projek baharu telah diluluskan di bawah Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran dengan kos keseluruhan RM10,902,500. ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu akan mendapat sebanyak RM1,355,000 dan ADTEC JTM Kampus Sandakan sebanyak RM9,547,500.
Yang Berhormat Penampang juga ada memberikan pandangan berkenaan dengan bantuan rumah ibadat di Sabah. Semua program intervensi yang dilaksanakan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dikhususkan untuk masyarakat India berpendapatan rendah di seluruh Malaysia dan ia dilaksanakan berdasarkan permohonan yang diterima.
Salah satu skop MITRA dengan jelas ialah program kerohanian dan kebajikan melalui pemerkasaan rumah ibadat Hindu, Kristian dan Sikh sebagai pusat komuniti.
Sekiranya terdapat permohonan dari Sabah dan Sarawak, MITRA pastinya akan melihat permohonan tersebut dan kalau kriteria itu ditepati, kita akan pastikan saluran bantuan diberikan berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Program Dharma MADANI pula di bawah MITRA merupakan inisiatif strategik untuk memperkasakan rumah ibadat Hindu yang berdaftar sebagai pusat pembangunan komuniti setempat, khususnya dalam aspek keagamaan, kerohanian, pendidikan, kebudayaan, kesenian dan pembangunan sosial masyarakat India.
Bagi negeri Sabah pula, sebanyak lima buah kuil telah menerima bantuan program ini berjumlah RM20,000. Melalui Program Harmoni MADANI pada tahun 2026, MITRA turut menyalurkan bantuan kepada dua rumah ibadat masyarakat India yang beragama Sikh dan Kristian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM40,000.
Pengambilan dan enrolmen pelajar sepenuh masa 2023–2026. Data yang kita terima, seramai 2,142 pelajar baharu telah diterima masuk sepanjang tempoh 2023 hingga 2026. Untuk enrolmen tahun 2026, di Kota Kinabalu kita menerima sebanyak 849 pelajar, di Sandakan pula sebanyak 602 pelajar.
Kursus jangka pendek bertujuan dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran
(upskilling) dan menyediakan latihan semula (reskilling) kepada pekerja industri serta komuniti setempat. Sebanyak 1,310 kursus jangka pendek telah dilaksanakan dengan penyertaan hampir 20,800 peserta sepanjang tempoh 2023 hingga 2026.
Tahun 2025 mencatatkan penyertaan tertinggi iaitu 7,626 peserta menerusi 438 kursus. Bagi tahun 2026, sebanyak 247 kursus disediakan dan dilaksanakan dengan penyertaan 4,036 peserta merangkumi pecahan di Kota Kinabalu 58 kursus, 939 peserta, manakala di Sandakan 189 kursus, 3,097 peserta.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bagaimana pula pengajaran dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar ADTEC JTM? Penarafan bahasa Inggeris dalam pembelajaran, ada beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh pihak ADTEC itu sendiri. Pertama, elemen komunikasi bahasa Inggeris diterapkan melalui modul Core Abilities. Penggunaan bahasa Inggeris digalakkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya melibatkan istilah teknikal dan juga komunikasi di tempat kerja.
Pelaksanaan program Minggu Bahasa Inggeris. Kampus ADTEC JTM turut menganjurkan program Minggu Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti seperti pertandingan pengucapan awam (public speaking), pertandingan mengeja (spelling bee), aktiviti interaktif bagi meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris.
Selain itu juga, jikalau kerjasama itu dilakukan dengan pihak industri, kebanyakan modul-modul yang telah disediakan itu perlu dilakukan di dalam bahasa
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Inggeris. Ini secara langsung akan memberikan satu pendedahan baharu kepada para peserta untuk mereka meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka itu.
Objektif dan impak apabila perkara-perkara ini dilakukan dengan jelas boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi pelajar. Melahirkan graduan TVET yang kompeten dalam bidang teknikal serta mampu berkomunikasi dengan berkesan dalam bahasa Inggeris, meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing graduan dalam pasaran pekerjaan tempatan dan antarabangsa.
Apakah bentuk penawaran bidang latihan? Menawarkan latihan kemahiran dalam bidang automotif, electrical, mekanikal, mekatronik, teknologi komputer, kimpalan dan fabrikasi struktur logam. Program latihan selalunya diselaraskan dengan perkembangan teknologi dan keperluan tenaga kerja industri.
Data untuk perkara kebolehpasaran ataupun pencapaian graduan tahun 2026, ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu 100 peratus, ADTEC JTM Kampus Sandakan 99.3 peratus. Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan penyampaian latihan TVET dalam menyediakan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.
Maklumat pembiayaan di Sabah. Data tahun 2023 sehingga 31 Oktober 2026. Bilangan penyedia latihan, 20 penyedia latihan, bilangan pelatih 3,167 orang, amaun dana yang telah disalurkan RM53.64 juta. Selain itu, JTM telah melakukan lima kerjasama strategik bersama universiti tempatan iaitu:
(i) Management and Science University (MSU);
(ii) Wawasan Open University (WOU);
(iii) Universiti Sains Malaysia (USM) CEDEC;
(iv) Universiti Malaysia Terengganu (UMT); dan
(v) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang.
Skop kerjasama yang telah dileraikan ialah memperkukuh hubungan TVET akademia industri melalui pembangunan bakat berkemahiran tinggi, peningkatan kompetensi pengajar, inovasi serta perluasan laluan pendidikan graduan ADTEC JTM. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Memandangkan Yang Berhormat Pendang tidak ada di dalam Dewan ini, saya akan memberikan jawapan bertulis, dengan izin Timbalan Yang di-Pertua Speaker.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan, boleh.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Fasal saya mahu memberikan sedikit pencerahan kepada sahabat saya Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ya.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dia setia menunggu saya dari siang.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri, Pendang ada di Kamar Khas, boleh bagi jawapan juga?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bertulis boleh.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Nak bertulis ke lisan?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Lisan, lisan.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Nak lisan? Okeylah, Pengkalan Chepa sudah arahkan, saya ikut. Tapi saya bagi Tampin dulu, lepas itu Pendang, lepas itu kita boleh gulung, habis dah masa. Yang Berhormat Tampin, nampak begitu bersemangat sebentar tadi membawa isu pelaksanaan platform TURAP. Kalau di Sabah, TURAP ini sejenis buah. Oh, itu tarap, bukan TURAP.
TURAP seperti yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tampin, memberi banyak sudut yang positif kepada negara khususnya dalam menangani kos pengambilan dan penglibatan ejen haram serta menghapuskan elemen debt bondage. TURAP masih dalam proses penelitian bersama agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan spesifikasi, skop dan aspek teknikal diperincikan sebelum pelaksanaan dibuat.
Memang keputusan yang diambil agak lama dan lambat kerana kita mahu memastikan setiap keputusan yang telah ditentukan itu tidak lagi menjadi bahan bualan kerana ini adalah salah satu pendekatan yang mungkin boleh menggembirakan para masyarakat untuk kita pastikan sistem yang diperkenalkan kelak dapat memudahkan dan juga yang paling penting kos pengajian itu dikurangkan dengan drastiknya.
Sesi libat urus sedang dijalankan agar pemegang taruh memahami keberkesanan pelaksanaan TURAP. Berhubung penglibatan agensi pekerjaan swasta, sistem ini akan beroperasi dengan kerjasama negara-negara sumber tanpa mengganggu ekosistem praperekrutan dan pasca-perekrutan, dasar, proses dan perundangan di negara sumber dan di negara Malaysia serta tidak mengambil alih mana-mana peranan pihak berkepentingan dalam aktiviti perekrutan khususnya agensi pekerjaan swasta di Malaysia.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Berkenaan LINDUNG KENDIRI, Akta 789. Di Malaysia, pekerja sendiri dan pekerja bebas (freelancer) boleh mendapatkan perlindungan bencana pekerjaan melalui PERKESO LINDUNG KENDIRI, Akta 789. Skim ini melindungi pekerja sendiri daripada kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan yang berkaitan dengan kerja. Contohnya, Timbalan Yang di-Pertua Speaker mahu ke Parlimen, ha, cam tulah.
Ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang bekerja sendiri dalam sektor yang diliputi seperti perkhidmatan profesional, teknologi maklumat, perniagaan dan talian dan penghantaran. Elaun bantuan mobiliti, Yang Berhormat Tampin ada membawa sedikit kerisauan berkenaan dengan jumlah yang telah disediakan itu tidak memadai dengan keadaan kos semasa. Betul ya, Yang Berhormat Tampin?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Betul.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tapi saya terpaksa tekankan pindaan Akta 800 adalah lain memperuntukkan pelaksanaan EBM baharu sahaja berkuat kuasa pada Oktober 2026. KESUMA melalui PERKESO akan mengkaji sekiranya terdapat keperluan untuk meminda kadar EBM dari semasa ke semasa mengambil kira kos sara hidup. Ini secara jelas kita memahami kekangan yang dialami oleh para pekerja.
Namun, akta ini baru diperkenalkan pada Oktober 2026. Kita akan lakukan kajian untuk kita mengenal pasti apakah sebenarnya kadar yang sesuai di dalam keadaan semasa. Balik kepada Yang Berhormat Pendang, masih di dalam Kamar Khas.
Seorang Ahli
On the way, on the way.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
On the way, okey. Berkenaan dengan pengecualian gaji minimum. Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji kadar minimum baharu sahaja semasa Belanjawan 2027 berkuat kuasa mulai Jun 2027 dengan kadar RM2,000 sebulan. Bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana
(PMKS) dengan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta, pelaksanaan kadar gaji minimum RM2,000 dikecualikan. Pengecualian bersasar ini adalah untuk kita memberikan peluang dan juga secara jelas di atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap operasi pihak industri, terutamanya PKMS.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Ia bertujuan untuk mengurangkan beban dan memberi peluang kepada PMKS untuk menyelaraskan keperluan kewangan mereka, sekali gus membantu
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
memulihkan kedudukan ekonomi syarikat. PMKS yang terkecuali daripada pemakaian Perintah Gaji Minimum 2026 ini, pembayaran kadar gaji minimum RM1,700 masih terpakai dan mereka turut digalakkan untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang baharu tersebut.
Apakah bentuk sokongan pelan peralihan kepada PMKS? Kita ada skim bantuan insentif kepada perusahaan kecil dan sederhana. Penyediaan dana RM8 bilion bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) merentas kementerian; Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memanfaatkan dana levi sebanyak RM3 bilion untuk menyokong tiga juta peluang latihan; Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan pembiayaan sebanyak RM500 juta. Selain itu, Program Bakat MADANI menerusi TalentCorp disasarkan untuk menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu berkualiti menjelang tahun 2027.
Pemerkasaan TVET di dalam masyarakat orang asli. Untuk makluman Ahli- ahli Dewan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)— bilangan pensijilan orang asli dari tahun 2021 hingga 2026, hampir 5,700 orang mengikuti program TVET melalui SPKM dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan masyarakat— seperti perkhidmatan masyarakat orang asli, penyediaan makanan, automotif dan lain-lain.
Pusat latihan yang telah terlibat seperti College Advanced Skills (Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills), GIATMARA dan lain-lain. Unit Koordinasi (UK) TVET, inisiatif TVET mudah alih, mobile menyasarkan 3,600 orang asli pada tahun 2027 mengikuti latihan TVET sebagai usaha memastikan golongan di kawasan pedalaman mendapat akses kepada program TVET.
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) di dalam pendekatan baharu mereka iaitu dengan jelas mahu memastikan gerakan di lapangan itu dilakukan dengan agresif, dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk kita pastikan perluasan akses latihan TVET bukan sahaja inklusif— bukan sahaja eksklusif kepada kumpulan-kumpulan tertentu, tetapi ia perlu inklusif termasuklah kepada komuniti orang asli.
KESUMA melalui JTM komited memperluas akses latihan TVET secara inklusif kepada semua lapisan masyarakat termasuk yang saya sebutkan tadi, komuniti orang asli tanpa mengira latar belakang. 33 kampus ADTEC JTM dan dua kampus satelit di seluruh negara menyediakan peluang latihan kemahiran bagi memperkasa permohonan modal insan berkemahiran.
Program TVET Inklusif MADANI turut dilaksanakan dengan menyasarkan komuniti orang asli bagi meningkatkan akses dan penyertaan dalam bidang latihan.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Seramai 168 peserta orang asli telah menyertai Program TVET Inklusif MADANI sehingga 31 Oktober 2026. Kadar kebolehpasaran graduan TVET JTM mencapai 98.0 peratus dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.
Manakala 85.4 peratus graduan memperoleh pekerjaan yang sepadan dengan bidang latihan yang diikuti. Pencapaian ini mencerminkan kerelevanan latihan JTM dengan keperluan industri serta keupayaan melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dalam industri berteknologi tinggi.
Berkenaan pula HRD, levi pembangunan sumber manusia telah ditetapkan pada kadar satu peratus. Ia merupakan mekanisme pembiayaan pembangunan modal insan yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 [Akta 612].
Levi ini dikenakan kepada majikan yang tertakluk di bawah akta berkenaan, khususnya majikan yang mempunyai 10 orang atau lebih pekerja tempatan. Melalui kutipan levi tersebut, HRD Corp menyediakan kemudahan pembiayaan dan bantuan geran latihan kepada majikan bagi meningkatkan kemahiran upskilling serta melaksanakan latih semula, reskilling pekerja tempatan.
Dari aspek keberkesanan, pelaksanaan levi ini bukan sahaja dinilai berdasarkan jumlah kutipan dan penggunaan dana, malah turut mengambil kira impak latihan terhadap peningkatan kompetensi pekerja, produktiviti organisasi, kebolehpasaran tenaga kerja serta keupayaan industri memenuhi keperluan kemahiran semasa dan masa hadapan.
Sehubungan itu, kadar levi satu peratus berperanan sebagai mekanisme pembiayaan yang penting bagi memastikan kesinambungan pelaburan dalam pembangunan kemahiran tenaga kerja negara ini di samping menyokong agenda peningkatan produktiviti dan daya saing ekonomi Malaysia.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Gulung sampai bila yang Timbalan Yang di-Pertua?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Satu minit, okey. Saya habiskan yang HRD sahaja ya Timbalan Yang di-Pertua, minta izin. Terima kasih.
Pada tahun 2026, HRD Corp telah berjaya mengutip levi berjumlah RM2,223,000,000.81. Dalam tempoh yang sama, sebanyak RM2,000,000,099.22 bersamaan 94.4 peratus daripada jumlah levi yang dikutip telah diluluskan sebagai
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
bantuan kewangan bagi membiayai program latihan untuk tujuan peningkatan kemahiran upskilling dan latih semula, reskilling pekerjaan Malaysia.
Bagi menyokong pemerkasaan teknologi, KESUMA melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) telah menyediakan pembiayaan latihan dalam sembilan bidang tumpuan, focus areas yang merangkumi Industri 4.0, future technology, fintech, blockchain, green technology, smart constructions, smart farming, aerospace and micro-credential. Bidang-bidang ini dibangunkan bagi memastikan tenaga kerja tempatan sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Masa sudah tamat. Saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengikuti perbahasan sebentar tadi. Mohon maaf di atas kekurangan ataupun kesilapan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri KESUMA.
Masalah iaitu wang sejumlah RM1,153,921,900 untuk Kepala B.46 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.46 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Puchong, YB Tasek Gelugor, YB Pasir Gudang, YB Alor Setar, YB Betong, YB Machang, YB Seputeh, YB Masjid Tanah, YB Beaufort, YB Pokok Sena, YB Shah Alam, YB Batu Pahat, YB Jeli, YB Bentong, YB Batang Lupar, YB
Tuan Pengerusi
Permatang Pauh, YB Hulu Langat, YB Pasir Mas dan YB Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Puchong, masa lima minit.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Puan Speaker. Saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi, 030200 – Kawalan dan Pematuhan. Hari ini Puan Pengerusi, saya ingin memfokuskan perbahasan saya kepada keselamatan digital di kalangan kanak-kanak sahaja.
Puan Pengerusi, kadar pencapaian Internet di negara kita telah pun mencecah ke 98 peratus. Purata masa harian penggunaan Internet kita adalah sangat tinggi, lapan jam 13 minit. Ini adalah jauh lebih tinggi daripada purata global iaitu enam jam 40 minit. Apa yang lebih menakutkan ialah kira-kira 60 peratus kanak- kanak kita yang mempunyai akses kepada Internet juga memiliki peranti mereka sendiri.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Kanak-kanak sekarang mereka hidup di dua dunia. Dunia fizikal yang mana kita nampak dan juga dunia fizikal tanpa sempadan. Persoalannya, adakah kita mengawal dunia digital ini dengan sempurna? Adakah mereka dilindungi daripada kandungan digital berbahaya (harmful content)? Adakah mereka dilindungi daripada dieksploitasi menjadi subjek bahan penganiayaan seksual kanak-kanak ataupun yang lebih dikenali child sexual abuse material (CSAM)? Adakah mereka dilindungi daripada ketagihan digital?
Puan Pengerusi, data telah membuktikan sebaliknya. Hampir 90 peratus daripada remaja bawah umur yang melakukan hubungan seksual berulang kali didapati berpunca secara langsung daripada pendedahan awal kepada pornografi dan juga bahan lucah digital. Menurut laporan daripada Pejabat Pesuruhjaya Kanak- kanak SUHAKAM, sebanyak 30 peratus kes kesalahan seksual kanak-kanak yang akhirnya ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti dan Asrama Akhlak iaitu pusat pemulihan JKM adalah akibat tiada kawalan terhadap penggunaan gajet.
Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa daripada 5,290 remaja di tujuh negeri, 3.5 peratus telah pun didiagnosis mengalami Internet gaming disorder. Kita nampak 3.5 percent ini nampak kecil tetapi kalau kita ekstrapolasi kepada 2.7 juta remaja di Malaysia, angka ini akan mencecah kira-kira 100,000 remaja yang mengalami Internet gaming disorder. Remaja yang bergelut dengan Internet gaming
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
disorder (IGD) adalah sembilan kali ganda lebih berkemungkinan untuk mengalami masalah kesihatan mental.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Tan Sri Pengerusi, berhadapan dengan realiti krisis ini, Puchong berpendirian tegas bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sepatutnya bertindak jauh lebih proaktif dalam menguatkuasakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Puchong ingin merujuk kepada penyata yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, di mana saya bertindak sebagai Pengerusi yang bertajuk Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia. Jawatankuasa di laporan penyata tersebut bertegas bahawa MCMC perlu dan teramat mampu untuk meletakkan lebih banyak sumber dalam operasi memantau keselamatan siber.
Tan Sri Pengerusi, pendapatan MCMC daripada kutipan fi pelesenan dan juga pelbagai sumber lain adalah antara RM1.2 bilion hingga RM1.6 bilion setiap tahun. Walau bagaimanapun, dengan poket yang begitu tebal, tenaga kerja yang dikhususkan oleh MCMC untuk memantau keselamatan siber seluruh negara hanyalah 56 orang pegawai. Memandangkan mereka bekerja secara syif, ia bermaksud bahawa setiap syif kurang daripada 20 orang pada setiap masa untuk memantau lebih daripada 34 juta pengguna Internet.
Lebih mengecewakan lagi, jawatankuasa juga mendapati bahawa pegawai- pegawai ini masih memantau ancaman siber secara manual. Mereka menggunakan carian kata kunci (keyword search). MCMC sebagai sebuah agensi yang sepatutnya menjaga dunia siber yang menggunakan teknologi sangat canggih tidak menggunakan langsung teknologi sistem automasi ataupun AI dalam memantau lambakan kandungan CSAM ataupun harmful content di Internet.
Ini adalah tidak seimbang. It’s very disproportionate. Begitu besar pendapatan yang diraih oleh MCMC daripada penggunaan Internet di Malaysia tetapi begitu kerdil peruntukan bagi mengawal keselamatannya. Begitu besar masalah keselamatan Internet di negara kita begitu kecil tindakannya.
Tan Sri Pengerusi, is this the best we can do? Selain itu, kita juga nampak bahawa MCMC lebih bersifat reaktif. Mereka bertindak menurunkan kandungan selepas mendapat aduan daripada orang awam ataupun PDRM. Sepatutnya mereka boleh menjadi lebih proaktif. Oleh itu, saya ingin mengulangi beberapa syor
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
jawatankuasa kepada MCMC yang secara tuntasnya boleh dirumuskan dalam satu ayat.
Belanjalah lebih banyak daripada pendapatan lebih daripada RM1 bilion setiap tahun ini untuk menjaga kanak-kanak kita daripada mudarat siber. Saya hanya nak point-kan satu sahaja Tan Sri Pengerusi sebab kesuntukan masa. Saya rasa MCMC perlu meningkatkan kapasiti pasukan pemantauan keselamatan siber secara berskala besar dan dengan segera. Ini bermakna kita kena menambah kepakaran sumber manusia dan kita perlu melabur lebih banyak lagi dan secara drastik, secara serius dalam sistem teknologi automasi dan AI terkini.
Kedua, saya rasa bukan sahaja kita perlu melabur besar dalam pemantauan.
Kita juga perlu tengok bagaimana MCMC juga perlu memikul tanggungjawab bersama dengan menyalurkan sebahagian daripada CSR untuk memperkasa Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan. Kenapa? Kerana ada banyak mangsa ketagihan Internet sekarang dan kita mendapati bahawa Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental tiada peruntukan yang mencukupi.
Oleh itu, saya mencadangkan MCMC supaya boleh membiayai program intervensi awam untuk menyelamatkan anak-anak kita daripada menjadi mangsa ketagihan digital, kemurungan serta pelbagai krisis kesihatan mental yang berpunca langsung daripada kekurangan kawalan Internet oleh MCMC.
Ketiga Tan Sri Pengerusi, MCMC juga perlu merombak semula kempen keselamatan digital mereka. Kita telah pun mendapati bahawa ramai di antara ibu bapa tidak tahu mengenai bagaimana untuk menggunakan parental control feature di iPhone ataupun di Android mereka. Oleh itu, MCMC boleh mengambil langkah yang lebih proaktif, bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya mengadakan lebih banyak sesi praktikal secara hands-on untuk membimbing ibu bapa langkah demi langkah bagaimana untuk mengaktifkan parental control. Akhir sekali, Puchong juga ingin mengambil kesempatan untuk tahu apakah status pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025
(ONSA) yang telah pun dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya saya jemput Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya merujuk terus kepada Butiran 030100 dan 030200. Saya nak bangkitkan satu isu Tuan Pengerusi yang agak serius iaitu berkaitan dengan pendedahan oleh sebuah syarikat kecerdasan buatan bernama Anthropic mengenai operasi atas talian untuk memanipulasi sentimen politik dan perjalanan demokrasi di Malaysia menggunakan AI.
Operasi ini dikatakan dijalankan oleh sebuah syarikat yang berpusat di Turkiye. Pendedahan dilakukan oleh Anthropic dalam laporan mereka pada September 2026 yang lalu. Apa yang didedahkan bukan sekadar kewujudan beberapa akaun palsu di media sosial. Akaun palsu ini ramai orang boleh buat. Ada cybertroopers, ada ceplos.
Dalam parti lama saya, ada Raja Ceplos Malaysia yang pastinya boleh mainkan peranan untuk buat kerja-kerja begitu. Akan tetapi, operasi yang kita maksudkan ini melibatkan kira-kira 1,000 akaun palsu di platform X.
Ada juga sebuah portal berita palsu bernama Malaysia Pulse. Ada juga dokumen risikan yang direka-reka— palsu jugalah maksudnya dan yang paling membimbangkan ialah penggunaan jutaan rekod pengundi untuk membina profil politik bagi semua 222 kawasan Parlimen di Malaysia. Semua kita terlibat dalam Dewan ini.
Soalan paling asas yang saya rasa wajib dijawab ialah bagaimana mereka dapat akses kepada data pengundi sehingga mereka mampu menjalankan operasi di setiap kawasan Parlimen kita. Adakah terdapat sesiapa dalam kerajaan yang bersekongkol untuk bagi data itu kepada mereka?
Kita, Ahli Dewan ini pun Tuan Pengerusi, nak dapat data begitu, tak dapat- dapat. Tapi nampaknya ada syarikat asing yang begitu mudah boleh dapatkan data yang sensitif ini. Malahan, mereka bukan sekadar buat propaganda secara umum, mereka membina profil pengundi dan menyasarkan sensitiviti kaum, agama serta institusi diraja. Maksudnya, yang mainkan isu 3R ini ialah mereka.
Jadi Tuan Pengerusi, saya sebenarnya dah tanya soalan ini kepada Kementerian Komunikasi. Saya dapat jawapan, ini dia jawapan secara bertulis bertarikh 11 November. Laporan Anthropic itu bertarikh awal September 2026. Dua bulan kemudian, 11 November 2026, kerajaan kata dalam jawapan kepada saya, bahawa masih lagi nak cari maklumat. Sehingga hari ini tidak ada penjelasan yang serius daripada kerajaan sedangkan ini adalah isu membabitkan integriti sistem pilihan raya dan integriti sistem demokrasi negara kita.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kenapa kerajaan nampaknya tidak serius menyiasat isu ini?
Kebimbangannya ialah nanti ada orang tuduh bahawa ada benda yang cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan.
Tuan Pengerusi, sebenarnya ada negara-negara lain yang juga mengalami serangan hampir sama macam kita. Taiwan, Slovakia, India, Indonesia, Moldova, semua ada pengalaman itu, tetapi yang menarik mengenai kes di Malaysia ini ialah operasi yang kita hadapi menggabungkan serangan pelbagai sudut. Ada penyasaran pengundi di seluruh negara. Ada penciptaan rangkaian akaun palsu, penciptaan portal berita palsu, manipulasi engagement dan pemalsuan dokumen risikan.
Maksudnya, skala operasi di Malaysia ini besar dan pendedahan yang mengejutkan ialah apabila Anthropic menyatakan terdapat permintaan untuk menghasilkan satu juta fake views bagi akaun Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, satu juta fake views, bacaan yang palsu di akaun Perdana Menteri.
Saya nak tanya kepada kerajaan, apa sebenarnya yang berlaku ini? Siapa yang mengarahkan sejuta tontonan palsu kepada akaun Perdana Menteri? Ke ada penderma-penderma yang tiba-tiba buat bayaran dan nak bagi sumbangan kepada kerajaan? Adakah Perdana Menteri tahu? Kalau sekiranya Perdana Menteri tak tahu atau tidak terlibat, kenapa tidak buat laporan polis?
Tuan Pengerusi, apabila akaun seorang Perdana Menteri disebut secara khusus dalam laporan oleh sebuah syarikat teknologi antarabangsa, perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Saya harap kerajaan akan ambil lebih serius dan menjalankan siasatan yang lebih rapi dan jangan sampai nanti macam saya sebut tadi. Jangan sampai nanti ada orang tuduh bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri duduk di belakang operasi sulit untuk memanipulasi pilihan raya dan sistem demokrasi di negara kita terutama dalam nak menghadapi PRU-16 nanti.
Pengerusi, hari ini kita boleh lihat teknologi AI ini macam banyak berleluasa.
Kalau Pengerusi tengok akaun sosial media sendiri pun, kadang-kadang bila kita post itu, bertubi-tubi komen yang datang. Nama yang pelik-pelik. Ada tadi saya survey sikit dari sebelah PN ini bila dia buat posting, siapa yang bagi komen. Nama pelik-pelik, Purple Mangosteen, Kokod Campur, Red Yellow Blue, macam-macam lagilah.
Semua ini membayangkan bahawa akaun-akaun ini bukan akaun yang betul.
Lepas itu, komen pun macam terancang. Dia komen bila-bila kita update aktiviti, lama
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
tak nampak pilihan raya dah dekat ke, lepas itu berpuluh-puluh komen lebih kurang sama membayangkan bahawa komen-komen ini juga adalah terancang.
Sebab itu saya bimbang Pengerusi, kalau sekiranya ada pihak yang cuba menggunakan dana untuk deploy teknologi AI untuk memanipulasi persepsi pengundi dan tambah-tambah lagi, macam saya sebut tadi, dekat-dekat PRU-16.
Jadi, saya nak tutup dengan mengatakan Tuan Pengerusi, bahawa populariti seorang Perdana Menteri sepatutnya datang daripada sokongan rakyat...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Boleh sikit.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Boleh minta ruang? Tan Sri Speaker, minta ruang sikit, digital ini. Fasal saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat dan tentang digital ini.
Saya ingat saya sendiri pun ya, maklumat terkadang itu— bukan terkadang, selalu. Tentang— saya complained dengan MCMC pun, bagi tahu dilahirkan di Philippines. Dilahirkan di tempat kampung, saya tidak tahu pun kampung itu pun.
Kadang-kadang ini membimbangkan kita, seakan-akan dia tidak tahu, tapi saya minta, it’s not only dari segi maklumat, digital ini, tapi enforcement.
Apakah tindakan undang-undang tegas oleh pihak kerajaan walaupun kita dah maklumkan bahawa for God’s sake, please take necessary action, masih lagi.
Tan Sri, orang ini masih lagi menyebarkan pelbagai maklumat. dekat pilihan raya, dah ditaburkan berbagai fitnahlah, tapi Allah SWT itu kita doa mudah-mudahan akan menjadi satu kebenaran yang itu mengatasi segala kebatilan di muka bumi ini.
Jadi, saya ingat dari segi persoalan dia Tan Sri, saya bertanya, sama ada setuju tak tindakan enforcement. It’s not only dari segi maklumat itu dapat utilized by some element outside or inside the country, but the system of the country must have that sort of enforcement.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa saya minta juga Menteri tolong jawab part yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi.
Saya nak tutup, Tan Sri Pengerusi, dengan mengatakan bahawa kalau populariti ini tercipta secara palsu, hasil daripada manipulasi teknologi atau manipulasi persepsi yang dibeli, maka kita dapat lihat apa yang berlaku hari ini.
Dalam media sosial, berlagak macam kuat, macam gagah, macam berpengaruh, macam betul-betul popular, tapi apabila datang pilihan raya, maka lihatlah apa
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
berlaku di Johor, di Negeri Sembilan, di Melaka dan insya-Allah selepas ini di Sarawak juga.
[Tepuk] Kalau kita tanya kawan saya daripada Jelutong, mungkin kita rizab “illek”. Saya yakin rakyat Malaysia ini semakin bijak. Nasihat saya jangan tertipu dengan propaganda palsu di media sosial, jangan tertipu dengan penggunaan akaun-akaun palsu untuk memburukkan pesaing politik dan mencipta populariti.
Dan yang paling penting bagi saya Tuan Pengerusi, dalam Dewan ini mahupun di luar sana, kita semua ada tanggungjawab untuk memastikan dana negara tidak disalah guna untuk memanipulasi demokrasi dan sistem pilihan raya di negara kita. Terima kasih*. Assalamualaikum.
[Tepuk]*
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya merujuk Maksud Bekalan 47 Kementerian Komunikasi iaitu Butiran 040000 – Program Khusus, iaitu sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada YB Menteri dan Timbalan serta seluruh kakitangan pegawai di Kementerian Komunikasi kerana telah berjaya dalam beberapa tahun ini mengadakan sambutan Hari Kebangsaan. Hanya untuk mengetahui misalnya, anggaran tahun 2026 dan 2027 iaitu Kod 20000 berkenaan perkhidmatan dan bekalan. Boleh terangkan apa maksud perbelanjaan itu sampai RM15 juta itu. Begitu juga bagi Kod 40000 iaitu pemberian kenaan dan bayarannya sampai RM10 juta itu. Tidak ada kompelin, hanya nak tahu, berbelanja untuk apa?
Tuan Pengerusi, isu yang lain ialah saya mencadangkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun-tahun akan datang, jemputlah secara rasmi bekas-bekas, mantan-mantan Perdana Menteri yang lalu; Perdana Menteri yang keenam, ketujuh, yang masih hiduplah. Perdana Menteri kelapan, kesembilan dan 10. Kalau ada Perdana Menteri dalam tahanan rumah pun tak ada masalah, jemput sekali minta kebenaran KDN untuk hadir.
Ertinya dalam— sebab kalau kita tengok di Amerika Syarikat, bila ada sebagai contohnya— bukan semuanya bagus di Amerika itu, tapi saya tengok ada tradisi di sana. Kalau ada majlis negara, dia jemput presiden-presiden yang lama itu.
Rasanya tidak manislah kalau bekas Perdana Menteri datang ke Hari Merdeka di Putrajaya ke, datang seorang diri. Jadi, membazir sahaja kerajaan membelanjakan,
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
saya tengok di sini RM25 juta, jika tidak diurus dengan baik. Mungkin bukan kesalahan pihak penganjur, pihak kerajaan, tetapi perkara ini tentu boleh diselesaikan dengan baik.
Dan akhir sekali, Tan Sri Pengerusi, untuk sambutan Hari Kemerdekaan akan datang mungkin boleh difikirkan kita nak tunggu kapal laut kapal tempur LCS itu susahlah sebab di laut, tak boleh sampai di perayaan Hari Merdeka, tapi mungkin boleh tunjukkan kepada rakyat kapal terbang-kapal terbang pejuang yang baharu dibeli dari Korea Selatan untuk jadi acara dalam apa ini, pertunjukan pameran Hari Kemerdekaan itu. Jadi, itu sahajalah Tan Sri Pengerusi, perbahasan saya tentang peruntukan Kementerian Komunikasi ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya dijemput Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Butiran 020700 – Komunikasi Komuniti (J–KOM).
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Saya ingin minta penegasan daripada pihak kerajaan. J-KOM ini adakah dia komunikasi rakyat ataupun komunikasi politik? Yang dilihat oleh kebanyakan kita ialah dia lebih berbentuk komunikasi politik.
Dan dalam masa yang sama, peruntukan J-KOM juga kita dapati meningkat 11.4 peratus daripada RM16 juta kepada RM18 juta. Peruntukan RTM pula turun daripada RM551 juta kepada RM489 juta. Kita perlukan justifikasi kenapa peruntukan J-KOM meningkat dan RTM ni turun. Sedangkan J-KOM, jumlah kakitangannya kekal 155 orang. Jumlah emolumen juga meningkat untuk J-KOM.
Sepatutnya kita beri lebih peruntukan untuk RTM.
Misalnya, RTM boleh membuat penjelasan kepada orang ramai, kenapa perlu orang Islam ini solat Jumaat dan kenapa kena tutup premis waktu sembahyang hari Jumaat. Ini bila RTM tak dapat bagi penerangan, adalah Ahli Parlimen kita tak faham.
Yang seterusnya juga ialah saya melihat J-KOM ini ditubuhkannya bagus Tan Sri Pengerusi untuk membantu melaksanakan program-program dan aktiviti pembangunan komuniti peringkat akar umbi, tapi saya semak dalam laporan berita, sepanjang 2023 sampai 2025 ini— 2026 ini hanya ada beberapa aktiviti J-KOM yang dilaporkan oleh berita. Mungkin ada banyak aktiviti, tapi tak dilaporkan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Dan saya juga melihat kepada kawasan saya di Alor Setar. Saya pun tak tahu apa yang J-KOM buat untuk membangunkan komuniti di Alor Setar. Kalau ada laporan yang detail, saya minta dilaporkan dalam Dewan ini.
Yang kedua ialah mengenai Kawalan dan Pematuhan 030200 berkaitan dengan penipuan dalam talian. Perkara ini berulang kali, Tan Sri Pengerusi. Saya juga pernah bangkitkan dalam satu sesi soal-jawab di Dewan ini 17 November yang lalu, ditanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, tetapi jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan ialah platform ini sebahagian besarnya mereka tidak dapat mematuhi obligasi-obligasi yang telah pun kerajaan tetapkan. Jadi, bagaimana sebenarnya kita nak mengawal platform-platform ini?
Ada juga platform yang tidak berdaftar ataupun yang tidak terikat dengan peraturan dan undang-undang kita di Malaysia, terutama yang berpangkalan di luar negara. Bagaimana kita nak mengawal mereka itu? Jumlah kerugian akibat penipuan ini dikatakan meningkat daripada RM1.22 bilion tahun 2023 kepada RM2.97 bilion tahun 2025 dan jumlah itu terus meningkat, terus meningkat.
Laporan daripada NSRC— National Scam Response Centre yang saya dapat, dilaporkan wang yang ditipu itu berjaya dibekukan, tetapi mangsa tak dapat balik duit yang ditipu. Duit hilang. Walaupun duit itu, wang itu dibekukan, tapi sepatutnya mangsa ini dapat balik duit tu. Mungkin ini di luar bidang kuasa Kementerian Komunikasi. Dia mungkin di bawah bidang kuasa KDN, tapi sebagai agensi ataupun kementerian yang ada kaitan dengan hal ini, saya rasa patutnya kerajaan menggubal ataupun meluaskan kuasanya memulangkan semula duit mangsa penipuan itu kepada tuan punya badan setelah kita dapat bekukan.
Dan akhir sekali Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi ialah dalam butiran yang sama juga mengenai keselamatan kanak-kanak dalam talian. Seperti juga Yang Berhormat Puchong sebutkan di awal perbahasan tadi, saya bersetuju apabila kerajaan memperkenalkan pengesahan data perlu dibuat bagi kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke bawah. Obligasi ataupun peraturan itu bagus, tapi soalannya ialah siapa simpan data ini? Setelah disemak oleh platform, data ini pergi ke mana?
Apa dibuat dengan data-data ini?
Dan yang kedua ialah mengenai platform juga. Bagaimana pula dengan platform yang berkaitan dengan permainan dalam talian (online gaming) yang dalam itu juga ada ruangan chatting, ada ruangan berbual dengan suara live, perbualan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Sepatutnya juga platform-platform dalam permainan dalam talian ini juga dikenakan sekatan yang sama supaya undang-undang itu selaras.
Yang ketiga berkaitan dengan isu ini juga ialah platform mana yang setakat ini belum mematuhi peraturan-peraturan kerajaan ini? Kalau platform ini belum patuh, berapa lama masa kita bagi tempoh dan kalau tak patuh juga, apa yang patut kita buat supaya platform ini tidak sewenang-wenangnya mengendahkan ataupun tak menghiraukan undang-undang kita?
Dan yang akhir berkaitan dengan isu keselamatan kanak-kanak ini, Tan Sri Pengerusi ialah apabila kanak-kanak ini didedahkan identiti dia yang bawah 16 tahun terutamanya dan dieksploitasi dalam bentuk AI, gambar-gambar yang tidak sopan, kanak-kanak ini membuat laporan. Soalannya ialah, berapa lama, berapa cepat kanak-kanak yang membuat laporan ini mendapat perlindungan? Apabila mereka report, berapa cepat pihak kerajaan respons dan bagaimana dia dirawat pula secara psikologi?
Walaupun ini bukan bidang kuasa Kementerian Komunikasi, tetapi dia berkaitan dengan kita. Sekurang-kurangnya intervensi ataupun tindakan-tindakan susulan itu dapat diberitahu dengan jelas supaya rakyat terutamanya ibu ayah ini faham tugas mereka. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya saya jemput Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Salam sejahtera.
Hum, pertamanya saya ke Butiran Pembangunan 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara dengan peruntukan yang meningkat kepada RM60 juta pada tahun 2027 berbanding RM14.94 juta pada tahun 2026 dan juga Butiran Bekalan 020500 iaitu Penyiaran (RTM).
Betong ingin membangkitkan satu isu di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia
(RTM) khususnya bagi menyokong industri kreatif di Sarawak iaitu yang melibatkan penganjuran Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) oleh Wai FM Iban, RTM Sarawak.
Tan Sri Pengerusi, program tahunan ini adalah platform muzik Iban yang menjadi pentas utama penggiat seni dan anak muda tempatan berkarya. Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi platform penting untuk mengangkat bakat penyanyi, komposer, penulis lirik lagu Iban.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Namun Tan Sri Pengerusi, amat mendukacitakan apabila setiap tahun pihak penganjur WAIfm terpaksa mengutip derma dan memohon sumbangan daripada Wakil-wakil Rakyat semata-mata untuk menampung kos hadiah dan penganjuran.
Soalannya, mengapakah acara tahunan rasmi di bawah RTM ini masih tidak mempunyai peruntukan tetap yang mencukupi dalam bajet tahunan kementerian?
Sampai bilakah RTM Sarawak perlu mengemis sumbangan Wakil Rakyat untuk menjayakan program di bawah jenama kementerian sendiri?
Justeru, Betong mengesyorkan agar kementerian mewujudkan satu peruntukan khas dan tetap dalam bajet tahunan RTM bagi penganjuran Anugerah Carta Sapa Juara serta program-program seni etnik baik di Sabah ataupun di Sarawak. Kerajaan perlu mengiktiraf martabat industri muzik tempatan sebagai aset perpaduan negara dan tidak membiarkannya bergantung kepada sumbangan ihsan semata-mata. Saya mohon penjelasan kementerian.
Betong ingin bertanya, sejauh manakah peningkatan peruntukan ini akan turut membuka peluang kepada penggiat muzik tempatan khususnya penggiat muzik Iban untuk menghasilkan karya, membuat rakaman, memasarkan lagu dan menjana pendapatan secara lebih mampan. Selain itu, berapakah penggiat muzik dari Sarawak termasuk penggiat muzik Iban yang telah menerima pembiayaan melalui program MyCreative pada 2026? Bagaimana RTM pula akan memperluas peluang rakaman dan penyiaran muzik Iban melalui radio serta platform digital?
Tan Sri Pengerusi, seterusnya Butiran Pembangunan 31003 – Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA sebanyak RM670 juta diperuntukkan untuk tahun 2027.
Pelaksanaan JENDELA 2 di Sarawak turut melibatkan 350 lokasi yang telah diluluskan.
Betong ingin meminta kementerian memperjelaskan prestasi menara sedia ada di kawasan yang masih mengalami masalah panggilan terputus, Internet perlahan dan titik buta khususnya di penempatan serta jalan penghubung luar bandar. Adakah pengukuran kualiti rangkaian dan tindakan pembaikan dilaksanakan secara berkala? Betong ingin minta penjelasan kementerian berhubungan kestabilan dan kualiti liputan Internet yang tidak menentu khususnya di kawasan luar bandar.
Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, tiap-tiap hari memang ada aduan. Dalam keadaan semakin banyak urusan pendidikan, perbankan, permohonan bantuan kerajaan dan perkhidmatan awam dilaksanakan secara dalam talian, sejauh manakah kementerian memastikan rakyat tidak berhadapan dengan masalah Internet yang perlahan, tidak stabil atau kerap terputus? Adakah pemantauan
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
prestasi rangkaian turut mengambil kira kualiti sebenar perkhidmatan yang diterima pengguna, bukan sekadar pencapaian keluasan liputan?
Selain itu, berapakah jumlah menara JENDELA yang masih menggunakan set generator sebagai sumber bekalan elektrik walaupun kawasan tersebut telah mempunyai sambungan grid?
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Adakah kementerian mempunyai perancangan dan garis masa untuk menyegerakan peralihan kepada bekalan elektrik grid memandangkan kebergantungan kepada genset ini boleh menyebabkan gangguan apabila berlaku kerosakan, kelewatan kontraktor untuk menghantar diesel atau masalah penyelenggaraan. Ini berlaku setiap dua tiga minggu Tan Sri Pengerusi.
Maka oleh itu, saya menyarankan kementerian mengenal pasti menara- menara yang masih bergantung pada genset ini. Menetapkan sasaran peralihan kepada bekalan grid secara memperkukuhkan pemantauan dan tindakan pembaikan supaya rakyat kita di luar bandar tidak terus berhadapan dengan gangguan Internet yang menjejaskan urusan harian mereka.
Jadi, seterusnya bagi projek Point of Presence atau POP. Soalan saya, berapakah titik telah siap di Betong? Berapa premis telah dapat menikmati sambungan Internet? Dan, apakah langkah kementerian untuk memastikan infrastruktur yang dibina benar-benar digunakan oleh masyarakat?
Tan Sri Pengerusi, akhirnya Betong berharap kementerian dapat memberikan jawapan yang jelas serta sasaran dan jadual pelaksanaan khususnya bagi pembiayaan SCSJ, penambahbaikan liputan JENDELA serta ketersambungan kemudahan awam di Betong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi, Dewan yang mulia.
030200— Tan Sri Pengerusi dan Dewan, rakan-rakan semua. Saya juga ingin membangkitkan perkara yang sama. Minggu lalu kalau kita lihat Anthropic sudah menjadi salah satu syarikat yang terbesar di dunia dengan mana— bila mana mereka mengapungkan saham mereka dan kini mengutip lebih USD100 bilion dan nilai market cap. mereka hampir USD1.5 trilion.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi syarikat ini telah mendedahkan teknologi yang mereka garap disalah guna untuk memanipulasi politik di Malaysia. Jadi, ada banyak perkara yang dah disebutkan tadi oleh Tasek Gelugor dan saya nak ulang balik dan minta dan mendesak Kementerian Komunikasi untuk menampilkan jawapan yang meyakinkan.
Apa sudah jadi dengan siasatan ini? Dah dua bulan Menteri janji untuk laporkan kepada rakyat Malaysia bahawasanya terdapat salah guna dan ancaman anasir sabotaj demokrasi melalui AI. AI sudah pun dijadikan satu senjata untuk demokrasi di bawah Kerajaan MADANI.
Jadi, apa yang membimbangkan ialah kalau dibaca laporan Anthropic tersebut, saya nak sebut secara verbatim dalam Dewan ini. Key findings dengan izin, “The operation leverages real senses and electoral data and millions of voter records to target the country’s most sensitive political and social forth line, race, religion and royalty across all 222 Malaysian Parliamentary Constituencies.” Maknanya apa tuan-tuan? Maknanya, dalam ruang media sosial negara kita ini, ada unsur-unsur dari luar yang bias kepada Kerajaan MADANI yang menjadi batu api, yang mencetuskan perbalahan, posting yang tipu, yang palsu berkenaan dengan isu 3R. Selalu kami yang dituduhkan mengenai isu 3R, tapi sebenarnya kalau kita teliti satu persatu sepertimana yang di dakwa oleh Anthropic ini. Maknanya ada gerakan tersusun didalangi oleh mereka yang menyokong Yang Amat Berhormat Tambun. Yang ingin melihat Yang Amat Berhormat Tambun sentiasa cantik, satu juta views, satu juta likes untuk Yang Amat Berhormat Tambun.
Dan ini menjadi kebimbangan. Sebabnya kalau MCMC boleh sentiasa cekup orang-orang di sebelah sini, yang menyokong kami, kenapa tidak mencekup orang yang fake account menyokong kerajaan? Begitu banyak sekali akaun-akaun yang dah dilaporkan oleh Anthropic ini. Dan saya nak berikan sedikit lead out kepada Kementerian Komunikasi. Saya fikir apa yang pernah mantan Yang Berhormat Pandan katakan, dakwa sewaktu pemilihan PKR tempoh hari.
Begitu banyak akaun-akaun palsu ketika kempen pemilihan PKR yang menyaksikan address IP nya daripada IP address daripada Vietnam. Dan, Yang Berhormat Pandan sendiri kata ini mungkin ada cawangan PKR daripada Vietnam, cabang Vietnam yang turut sama menyokong kempen pemilihan PKR.
Jadi mungkin ada kaitan kumpulan ini dengan kumpulan yang menjadi dalang di sebalik gerak kerja di belakang Anthropic ini. Jadi saya mohon MCMC dan Kementerian Komunikasi tampil jawab kepada kami dan rakyat Malaysia dan ini bukan benda baru. Kita maklum Pakatan Harapan sudah biasa berjinak-jinak dengan
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
unsur-unsur asing dari luar negara untuk menjayakan misi demokrasi Pakatan Harapan dari dulu lagi.
Jadi, is not a strange thing for the finding to reflect the parties who are seen to be close to the Prime Minister of MADANI’s Government. Jadi saya ingin sangat tahu jawapan daripada Kementerian Komunikasi dalam hal ini kerana mereka juga terlibat dengan mengapi-apikan isu 3R.
Saya tak tahulah nak cakap apa, dah nak habis term dah kita ni dan Menteri dah janji 98 peratus seluruh negara liputan Internet dan sebagainya cukup, tapi saya balik ke kawasan sepertimana— kalau di Betong saya boleh faham lagi di Sarawak, dia punya kesukaran geografi, tapi di Machang pun bermasalah sedangkan kita ada USP Fund, berbilion ringgit. Kenapa tidak digunakan dana-dana ini untuk mempercepatkan fiberization dengan izin, kepada warga-warga kampung.
Jadi saya minta Kementerian Komunikasi jelaskan pada kesemua, 222 Parlimen the current status of Internet coverage berkenaan dengan jalur lebar ini.
Dan, saya harap Menteri sebelum tamat penggal, selesaikanlah biar jadi legasi yang comel untuk beliau dan kementerian, Kerajaan MADANI berkenaan dengan hal Internet ini. Jadi, itu saja Tuan Pengerusi. Terima kasih, kami bersedia menunggu jawapan.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya ingin rujuk kepada Butiran 020400 – Penerangan (JaPen), 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara.
Saya hanya nak sambung sikit apa yang Machang katakan tadi. Sebenarnya, ramai di antara kami ini di kerajaan ini juga selalunya kami banyak fake news dalam bentuk lakonan semua ini mungkin dibuat oleh Machang, ini kami tak tahulah.
[Ketawa]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tarik balik, tarik balik. Saya tak nak buat itu macam, tak dah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Selalu orang yang buat kerja ini dia tuduh tau, menuding jari ke sebelah you know— kerajaan dan lain-lain. Okey, komen saya ialah, saya ada buat complaint, complaint dekat Facebook, complaint dengan
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
pihak MCMC, tetapi bila nak tunggu mereka turunkan yang memang rosakkan nama yang tidak benar punya claim, tunggu sangat lama pun tak ada apa-apa berlaku.
Saya tak salahkan pihak MCMC kerana mereka juga perlu panjangkan kami punya rayuan kepada Facebook, kepada platform-platform media sosial yang lain.
Dan, selalunya mereka ini macam mungkin mereka ada di dunia yang tak tahu memana, mereka tak tahu keadaan di sini. Sometime some of the ini klip video ini sangat defamatory dan memang rosakkan nama baik kita, khususnya ahli politik.
Saya tak pasti bagaimana MCMC boleh mempercepatkan usaha mereka untuk memastikan segala fake news dalam media sosial.
Tan Sri ‘Yang di-Pertua’, dalam— Pengerusi, dalam perbahasan di dalam MOTAC, saya ada bangkitkan tentang Tahun Melawat Malaysia, yang mana Tahun Melawat Malaysia akan dipanjangkan pada tahun depan, tapi kalau saya banding publisiti dari segi media dan media kerajaan macam RTM, ASTRO dan lain, saya rasa suasana cara media-media ini melaporkan, memberi publisiti kepada Tahun Melawat Malaysia— kalau berbanding dengan kali pertama negara kita menganjurkan Tahun Melawat Malaysia, memang ada sikit perbezaan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dulu memang you know, pendekatan seluruh negara, whole of nation untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia, tapi sekarang ini, nampaknya hanya MOTAC, Kementerian Pelancongan ataupun Tourism Malaysia yang berusaha secara silo sahaja. Saya memang berharap pihak Kementerian Komunikasi boleh menggalakkan lebih— sama ada RTM, ASTRO dan lain untuk menguar-uarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan dan juga ikon kita, beruang matahari haruslah diberi lebih tumpuan.
Saya memang menghargai itu satu kartun disiarkan dalam ASTRO yang menggunakan binatang di Malaysia. Harimau, tapir dan beruang matahari dan lain, mereka berkomunikasi dalam satu iklan kan berkenaan dengan ASTRO itu box, TV box itu. Saya rasa ini satu usaha yang sangat baik bagi kita memperkenalkan binatang yang kita kata treasure bagi Malaysia. Saya berharap ini diteruskan.
Mungkin Upin & Ipin kita boleh adakan satu animasi kartun, mungkin beruang matahari dengan orang utan. Dan bagi mereka mungkin ceritakan perkara dalam hutan dan sebagainya yang mungkin kita boleh berjaya mengatasi kejayaan Upin & Ipin yang sekarang.
Tan Sri Pengerusi, yang akhir sekali ialah saya hendak sebut tentang semalam ada berita baik yang mana seorang pelakon lelaki Malaysia, seorang India
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Nandagopal Mohan dia berjaya mendapat The Best New Performer Award dalam the 63rd Golden Horse Awards di Taipei dalam satu filem Malaysia–Taiwan yang bertajuk Sayang Sayang. Saya rasa kita haruslah bangga dengan kejayaan yang dicapai itu dan yang usaha sama Malaysia–Taiwan filem ini malah terima juga, saya baca dalam bahasa Inggeris, Five Golden Horse on Nominations namely, Best Supporting Actress, Best New Performer, Best Original Screenplay, Best Sound Effects dan Best Visual Effects. So, ini memang kebanggaan kita.
Selain itu, satu lagi filem yang mengharumkan nama Malaysia ialah Mother Bhumi yang mana pengarahan pengarah Malaysia Encik Chong Keat Aun yang mencatatkan sebagai pencapaian cemerlang di peringkat tempatan dan juga antarabangsa sepanjang tahun 2025–2026. Sikit lagi Tan Sri Pengerusi, yang mana yang filem ini yang pelakon utamanya, Fan Bingbing dinobatkan sebagai pemenang kategori pelakon terbaik watak utama dan seluruh filem ini dibuat di negeri Kedah dan ia dapat banyak— banyak hadiah dalam filem ini termasuk pengarah terbaik Chong Keat Aun dan Skor Muzik Asas Terbaik yang oleh Yii Kah Hoe dan Chong Keat Aun juga dan ia dipilih membuat tayangan perdana dunia di Festival Filem Antarabangsa di Tokyo.
Jadi, saya rasa Malaysia memang kita ada potensi untuk menjayakan yang bidang filem ini khususnya dalam kalau kita boleh menggalakkan lebih syarikat dari luar negara untuk berusaha sama dengan syarikat perfileman Malaysia, joint venture.
Seperti apa yang saya sebutkan tadi ini, kita dapat mengharumkan negara Malaysia, tapi saya rasa saya nak menyeru sama ada FINAS ataupun kita ada dasar industri kreatif negara, semua ini private-public kena bekerja sama.
Kerajaan haruslah mengadakan mungkin lebih filem festival untuk menggalakkan lebih perusahaan filem untuk mengadakan pelakonan pengarah perfileman di Malaysia supaya yang Malaysia boleh dijadikan sebagai salah satu negara yang boleh keluarkan filem yang baik. Kerana saya juga dengar daripada industri perfileman, mereka kata ada ramai juga pelakon dari Hong Kong, Taiwan, mereka suka pilih Malaysia kerana kos pengeluaran filem ada lebih rendah berbanding dengan kos yang mereka buat di Hong Kong dan Taiwan.
Saya berharap kementerian akan memainkan satu peranan untuk menggalakkan lebih filem akan diarahkan dan dilakonkan di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Beaufort. Sorry Masjid Tanah dulu, maaf ya, Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih. Nasib baik Tan Sri tak ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Di bawah Butiran 020500 – Penyiaran (RTM), Masjid Tanah melihat bahawa peruntukannya telah pun berkurangan daripada RM551.52 juta pada tahun 2026 kepada RM489.78 juta pada tahun hadapan. Bermakna pengurangan sebanyak RM61.74 juta, yang ini membawa angka yang sangat signifikan iaitu sebanyak 11.2 peratus. Dan lebih menarik peruntukan di bawah objek am 30000 iaitu aset turun daripada RM125.84 juta kepada RM57.7 juta yang mana pengurangan kira-kira RM68.07 juta.
Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah rasional pengurangan yang begitu besar ini? Adakah terdapat projek perolehan ataupun naik tarif aset yang telah selesai pada tahun 2026? Atau adakah terdapat perancangan pemodenan RTM yang ditangguhkan?
Jadi kita tahu RTM ini sedang berhadapan dengan persaingan yang sangat sengit daripada platform penstriman seperti YouTube, TikTok dan juga pelbagai media digital. Generasi muda juga kurang bergantung kepada televisyen konvensional. Jadi macam mana RTM mahu kekal relevan sekiranya pelaburan terhadap aset dan juga teknologi penyiarannya berkurang dengan ketara?
Dan saya ingin tahu berapakah jumlah tontonan TV1 dan TV2 sekarang? Dan bagaimana pula dengan prestasi RTMKlik? Berapakah kos menghasilkan satu jam kandungan berbanding dengan jumlah penonton yang dicapai?
Jadi seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Jabatan Komunikasi Komuniti ataupun JKOM di bawah Butiran 020700 yang mana meningkat 11.4 peratus. Jumlah jawatan, macam sahabat saya beritahu Alor Setar kekal sebanyak 155.
Jadi apakah justifikasi peningkatan pencapaian JKOM yang boleh diukur?
Sebab saya difahamkan semua pegawai-pegawai dalam JKOM, mereka akan lebih fokus kepada media sosial sebanyak 70 peratus dan 30 peratus hanya untuk program-program.
Jadi Masjid Tanah ingin tahu, bagaimanakah ia nya dibelanjakan, jumlah yang dibelanjakan untuk program-program dan juga bagaimanakah jumlah yang dibelanjakan untuk sosial media kerana adakah terdapat mekanisme audit bagi perbelanjaan yang dibuat oleh JKOM ini supaya tidak ada unsur-unsur kepartian yang berlaku di dalam JKOM ini?
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dan seterusnya saya ingin beralih kepada Butiran 020300 iaitu Pembangunan Kandungan. Saya ingin tanya, mengapakah peruntukan pembangunan kandungan dikurangkan begitu besar sekali? Kerana hari ini negara sedang berhadapan dengan ancaman kandungan palsu, penipuan digital, deepfake, AI dan juga penyebaran maklumat yang mengelirukan. Jadi kita perlukan kandungan yang lebih berkualiti, pendidikan literasi media dan maklumat yang mudah difahami rakyat. Jadi saya ingin tahu kenapakah ia nya dikurangkan ke begitu besar dia punya peruntukan?
Dan saya juga mendengar dengan teliti perbahasan Tasek Gelugor dan juga Yang Berhormat Machang sebentar tadi berkaitan dengan syarikat Anthropic yang mempengaruhi sentimen rakyat. Yang ini adalah satu perkara yang amat menakutkan apabila terdapat pihak yang ‘sedekahkan’ satu juta likes ataupun views kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ini adalah seolah-olah pendedahan serius yang ada unsur macam rasuah lah juga. Maksudnya dia sedekah bentuk likes ataupun views.
Jadi saya menggesa untuk pihak MCMC, SPR dan PDRM dan juga agensi keselamatan berkaitan untuk tubuhkan pasukan siasatan khas dalam tempoh tujuh hari untuk menunjukkan bahawa ini adalah satu perkara yang sangat-sangat serius, Tuan Pengerusi.
Dan akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih Masjid Tanah kepada pihak MCMC. MCMC khususnya untuk MCMC Melaka kerana MCMC Melaka bersama pasukannya telah hadir dengan network provider, telah hadir ke Pusat Khidmat Parlimen Masjid Tanah dan mereka telah memberikan taklimat dan juga memberikan status terkini, update tentang permohonan-permohonan berkaitan dengan network, masalah network di Masjid Tanah dan juga apakah yang telah pun dilakukan oleh pihak mereka.
Dari banyak aduan-aduan yang telah pun Masjid Tanah adukan kepada pihak MCMC, telah banyak sebenarnya. Saya boleh katakan 70 peratus telah pun diselesaikan oleh pihak MCMC dan dah banyak dah tempat, dah ada dah kawasan berhutan. Cuma yang tak dapat lagi di area kawasan kampung, saya masih dalam proses.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi, saya ucapkan ribuan terima kasih dan saya juga nak menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat, hari ini MCMC telah pun mempunyai satu apps yang sangat penting. Yang Berhormat sendiri boleh akses dekat telefon masing-masing,
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
MCMC Nexus, yang dengan apps tersebut, kita boleh kenal pasti kawasan mana yang ada liputan, kawasan mana yang tak ada liputan. Hanya dengan apps tersebut di tangan, Yang Berhormat boleh buat aduan kepada pihak MCMC untuk pihak MCMC ambil tindakan.
Sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada MCMC di atas kawasan liputan yang diberikan kepada Masjid Tanah. Dan saya doakan semoga urusan team MCMC untuk yang ni lah, untuk networking jer, tapi yang bab-bab padam akaun dan sebagainya tu, tak baguslah. Itu sahaja. Terima kasih banyak-banyak daripada Masjid Tanah.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya ingin menyentuh maksud Pembangunan 47, khususnya Butiran 31003 - Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam memperluas infrastruktur telekomunikasi dan meningkatkan kesalinghubungan digital negara.
Tan Sri Pengerusi, berdasarkan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, Butiran 31003, jumlah anggaran harga keseluruhan Projek JENDELA adalah sebanyak RM4.604 bilion. Perbincangan sebenar bagi tahun— perbelanjaan sebenar bagi tahun 2025 direkodkan sebanyak RM809.15 juta. Manakala, anggaran dipinda 2026 adalah RM770 juta. Bagi tahun 2027, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM670 juta iaitu pengurangan RM100 juta berbanding tahun sebelumnya.
Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian, apakah rasional pengurangan peruntukan ini sedangkan keperluan memperluas liputan telekomunikasi, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman masih belum selesai sepenuhnya? Saya tidak mempertikaikan keutamaan perbelanjaan kerajaan tetapi saya berharap pengurangan ini tidak menjejaskan usaha untuk menyelesaikan masalah kawasan yang masih tidak mempunyai liputan telekomunikasi.
Tan Sri Pengerusi, saya mengambil maklum bahawa berdasarkan data MCMC, liputan Internet dan telekomunikasi di kawasan berpenduduk Parlimen Beaufort telah mencapai 99.57 peratus setakat 1 September 2026. Angka ini merupakan satu pencapaian yang wajar dihargai. Namun, saya ingin membawa
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
perhatian Dewan kepada satu fakta yang penting. Dalam Jawatan Bertulis Kementerian Komunikasi pada soalan saya sendiri, kementerian maklumkan bahawa sebanyak 37 kawasan di Parlimen Beaufort telah dikenal pasti mengalami masalah capaian Internet lemah atau tiada liputan bagi tempoh 1 Januari hingga 1 September 2026.
Lebih membimbangkan, MCMC telah mengeluarkan 104 notis ketidakpatuhan kepada pemberi perkhidmatan bagi menuntut pelan penambahbaikan di lokasi tersebut. Daripada jumlah tersebut, 51 ketidakpatuhan telah diselesaikan melalui pengoptimuman rangkaian sedia ada. 33 lagi memerlukan penambahbaikan liputan dan kapasiti rangkaian.
Manakala, baki 20 masih memerlukan tindakan lanjut melalui arahan suruhanjaya. Ini menunjukkan bahawa walaupun angka liputan kawasan berpenduduk telah mencapai 99.57 peratus, masalah sebenar dari segi kualiti dan keboleh gunaan rangkaian masih wujud di lapangan. Justeru, saya tidak mahu angka 99.57 peratus ini menyebabkan kawasan yang masih bermasalah terlepas daripada perhatian kementerian.
Sehubungan itu, saya meminta kementerian menyemak semula dan membentangkan senarai lengkap 37 kawasan yang dikenal pasti bermasalah tersebut, termasuk nama kampung, lokasi khusus, penyedia perkhidmatan yang terlibat serta status penyelesaian setiap kawasan.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan sama ada 20 kes yang masih memerlukan arahan Suruhanjaya telah diberikan garis masa penyelesaian yang khusus.
Selain itu, saya mohon supaya MCMC juga menjalankan pemeriksaan dan pengukuran kualiti rangkaian secara fizikal di lokasi yang dikenal pasti, termasuk kawasan sepanjang laluan Limbawang-Menumbok dan kampung-kampung pedalaman di Beaufort, Klias serta Kuala Penyu.
Tan Sri Pengerusi, saya juga mengambil maklum data MCMC berhubung pelaksanaan infrastruktur komunikasi di Parlimen Beaufort. Sebanyak 29 lokasi struktur pemancar baharu disenaraikan. Antaranya Kampung Kubu Beaufort, Prima Beaufort, Kota Klias, Kampung Selagon, Kampung Batu 60, Kampung Nukahan, Kampung Tidung, Kampung Batu Linting dan kawasan Menumbok. Selain itu, terdapat sembilan lokasi infrastruktur 5G yang disenaraikan melibatkan Kuala Penyu, Hospital Kuala Penyu, Hospital Beaufort, Kampung Kabidang, Bundu, Kampung Limbawang, Menumbok, Wisma LUTH dan kawasan di Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Saya ingin mendapatkan penjelasan, sama ada kesemua infrastruktur ini telah beroperasi sepenuhnya dan sejauh mana keberkesanannya dalam meningkatkan kualiti liputan kepada penduduk kampung di kawasan sekitarnya?
Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan tiga tuntutan kepada kementerian: yang pertama, saya mohon agar MCMC melaksanakan pemetaan semula secara menyeluruh terhadap kawasan titik buta atau telekomunikasi dead spot di Parlimen Beaufort. Dato’ Tan Sri, minta masa ya. Termasuk kampung- kampung kecil yang masih tidak mempunyai liputan telefon. Pemetaan ini hendaklah berdasarkan keadaan sebenar di lapangan dan bukan hanya berpandukan peratusan liputan kawasan penduduk.
Kedua, saya ingin meminta supaya peruntukan JENDELA 2027 memberi keutamaan kepada pembinaan pemancar baharu dan peluasan rangkaian di pedalaman Sabah, khususnya di Beaufort, Klias dan juga Kuala Penyu. Sekiranya pembinaan menara konvensional tidak sesuai atas faktor geografi dan kos, kementerian perlu mempertimbangkan teknologi alternatif, termasuk sambungan satelit dan juga pemancar berskala kecil.
Ketiga, saya minta kementerian menyediakan garis masa yang jelas bagi menyelesaikan kawasan yang masih tidak mempunyai liputan serta memastikan pemantauan berkualiti rangkaian dilaksanakan secara berkala selepas infrastruktur siap dibina. Saya juga berharap MCMC dapat bekerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen dan pemimpin masyarakat bagi mengenal pasti lokasi yang benar-benar memerlukan perhatian segera.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin mengakhiri perbahasan ini dengan menegaskan bahawa, pembangunan digital negara tidak seharusnya hanya diukur melalui jumlah menara yang dibina atau peratusan liputan yang dimaklumkan.
Sebaliknya, kejayaan sebenar ialah apabila rakyat di kampung pedalaman juga dapat menikmati kemudahan komunikasi yang sama seperti masyarakat di bandar.
Jangan sampai kita bercakap tentang kecerdasan buatan, ekonomi digital dan transformasi teknologi sedangkan masih ada rakyat di kampung yang terpaksa mencari kawasan tinggi semata-mata untuk mendapatkan siaran telefon.
Saya berharap kementerian memberikan komitmen yang jelas supaya peruntukan RM670 juta di bawah JENDELA tahun 2027 benar-benar memberi manfaat kepada kawasan yang masih tercicir daripada kemudahan komunikasi.
Pastikan tiada kampung yang terputus hubungan, tiada rakyat yang terpinggir dan
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
tiada kawasan pedalaman yang terus ketinggalan dalam arus pembangunan digital negara.
Sedikit lagi, ya Tan Sri.
Saya juga ingin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kementerian MCMC kerana baru-baru ini staf ataupun pegawai-pegawai daripada MCMC di kawasan saya datang ke pejabat saya untuk membuat perbincangan mengenai dengan keperluan-keperluan yang perlu kita— yang kita perlukan di Kawasan Parlimen Beaufort. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih— sekian dan terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih kembali. Sekarang saya jemput Pokok Sena.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tan Sri Pengerusi.
Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Tan Sri Pengerusi, saya ingin mengetahui mengenai penyelarasan dasar yang dibuat di antara FINAS mahupun pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Kedua-duanya difahami mempunyai bidang kuasa yang berbeza di antara satu sama lain. Namun, isu yang sering kali dibangkitkan adalah mengenai pembangunan industri kreatif dan kawalan terhadap kandungan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kedua-dua badan tadi.
Kita bimbang apabila berlaku lambakan tayangan adegan soft porn, apatah lagi yang mempunyai unsur seks songsang dalam industri perfileman tempatan ketika ini. Apakah terdapat kelompangan dalam garis panduan industri layar perak sehingga memungkinkan perkara sebegini mula dinormalisasikan?
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Tan Sri Pengerusi, apa yang lebih menghairankan adalah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lebih agresif terhadap kandungan yang bertentangan mesej politik dengan kerajaan berbanding kandungan yang mengandungi unsur sensitif tadi. Ini tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah kementerian yang seharusnya menjaga nama dan imej negara dan rakyat ini, bukan menjaga kepentingan parti politik tersendiri atas nama kementerian.
Butiran 020100 – Dasar dan Antarabangsa. Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyinggung mengenai isu penggunaan elemen visual pentas patung emas gergasi
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
dan penari pakaian berjubah dan bertudung hood berwarna merah ketika persembahan Konsert The Weeknd di Bukit Jalil baru-baru ini.
Persoalan pertama, apa peranan PUSPAL dalam hal ini? Yang kedua, sejauh mana keterlibatan pihak JAKIM dalam Jawatankuasa Induk PUSPAL tersebut? Yang ketiga, adakah PUSPAL mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat khusus terhadap sebarang elemen sensitif serta kandungan visual di atas pentas pementasan? Persoalan yang keempat, siapa yang harus dipertanggungjawabkan jika penganjur mahupun pihak artis melanggar syarat kandungan persembahan yang ditetapkan oleh PUSPAL tadi? Soalan yang kelima, di mana peranan kementerian sendiri bagi mengelak kejadian-kejadian sedemikian tidak berulang pada masa akan datang?
Tan Sri Pengerusi, soal hiburan yang melampau yang disajikan tanpa henti kepada rakyat ini satu perkara yang sememangnya merunsingkan. Namun, lebih membimbangkan kalau ada unsur-unsur yang mencalar kesucian akidah seseorang Muslim. Ini perlu dinilai dan diperhatikan dengan mendalam. Mungkin penonton yang hadir tidak mengetahui isi kandungan sebenar pun— apa sebenar yang akan dipersembahkan, tiba-tiba mereka terdedah kepada keadaan begitu. Kita sedia maklum batasan yang ada, namun mengapa kita tidak bertegas terhadapnya?
Tan Sri Pengerusi, saya ingin juga mengetahui berapa jumlah permohonan persembahan artis luar negara yang telah ditolak atau dikenakan tindakan disebabkan ketidakpatuhan terhadap syarat PUSPAL sepanjang tempoh 2023 hingga 2026 yang lalu. Jadi, mohon penjelasan kementerian.
Butiran 020300 – Pembangunan Kandungan. Tuan pengerusi, kita ingin menzahirkan kebimbangan mengenai penggunaan teknologi AI yang membuat penghasilan video dan gambar yang tidak senonoh. Apatah lagi, sebelum ini timbul desas-desus mengenai kes yang berlaku melibatkan pelajar sekolah yang memanipulasi teknologi AI untuk menghasilkan gambar yang tidak beretika.
Lebih parah, apabila kes sedemikian dikatakan melibatkan guru mereka sendiri. Kita juga dibentangkan oleh kementerian sendiri yang menunjukkan lebih 5,409 permohonan penurunan kandungan pemalsuan imej dan deepfake yang dikemukakan kepada penyedia platform sepanjang tempoh 1 Januari 2022 hingga 15 Januari 2026.
Justeru, saya kira ini medan yang wajar kepada kementerian menjelaskan isu ini sepenuhnya. Persoalan pertama, adakah langkah penurunan kandungan yang mengandungi imej palsu ini menyelesaikan masalah yang ada?
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Yang kedua, apa mekanisme dan strategi jangka panjang kementerian bagi mengawal dan mengesan kandungan deepfake tersebut?
Yang ketiga, apakah mekanisme pembelaan dan perlindungan kepada mangsa? Ini persoalan-persoalan yang saya kira perlu sangat untuk diberi penjelasan. Jadi, saya mohon penjelasan daripada kementerian. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya, saya jemput Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh dua perkara di bawah Kementerian Komunikasi khususnya berkaitan dengan keberkesanan penyampaian maklumat kerajaan dan peranan komunikasi komuniti dalam membina hubungan dua hala di antara kerajaan dan rakyat.
Yang pertama, bagi Maksud Bekalan B.47, Butiran 020400 – Penerangan
(JAPEN). Peruntukan Jabatan Penerangan Malaysia bagi tahun 2027 berjumlah RM176 juta berbanding RM178 juta pada tahun 2026. Pengurangan sekitar RM1.42 juta.
Saya berpandangan dalam era lambakan maklumat, dalam lambakan berita palsu, manipulasi media sosial dan semakin kompleksnya landskap komunikasi digital, peranan Jabatan Penerangan menjadi semakin penting. Namun, keberkesanan komunikasi kerajaan tidak seharusnya diukur berdasarkan kepada berapa banyak program, kempen, penerbitan ataupun aktiviti penerangan yang telah dilaksanakan.
Persoalan yang lebih penting ialah, adakah rakyat benar-benar memahami dasar kerajaan, adakah maklumat tersebut sampai kepada kumpulan sasaran dan adakah komunikasi kerajaan berjaya mengurangkan kekeliruan serta salah faham terhadap sesuatu dasar yang dilakukan oleh kerajaan.
Saya ingin menarik perhatian kepada penunjuk prestasi dalam dokumen belanjawan ini. Apabila sasaran keberkesanan penyampaian maklumat dan kefahaman masyarakat terhadap inisiatif kerajaan diturunkan daripada 90 peratus pada tahun 2026 kepada 80 peratus sahaja pada tahun 2027 sedangkan pencapaian sebenar pada tahun 2025 dilaporkan sebanyak 85.4 peratus, so what is happening? Apa sebenarnya yang berlaku? Sepatutnya sasaran ini dinaikkan, bukannya
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
dikurangkan. Dinaikkan dan dilakukan penambahbaikan dan inisiatif-inisiatif tertentu untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Jadi, saya ingin meminta penjelasan kementerian, apakah faktor yang menyebabkan sasaran ini diturunkan? Adakah ia nya disebabkan oleh perubahan metodologi pengukuran ataupun penilaian yang lebih realistik atau terdapat cabaran tertentu dalam keberkesanan komunikasi kerajaan? Dan, yang keduanya, bagaimanakah indikator 80 peratus ini diukur? Adakah dianya melalui kajian persepsi ataupun kefahaman masyarakat yang melibatkan sampling secara menyeluruh, kajian yang bebas ataupun sekadar maklum balas peserta program Jabatan Penerangan?
Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.47, Butiran 020700 – Komunikasi Komuniti (J-KOM). Peruntukan J-KOM meningkat sedikit sebanyak RM1.88 juta kepada RM18.47 juta pada tahun 2027. Walaupun sedikit, peruntukan ini sewajarnya dinilai melalui keberkesanan dan impak kepada masyarakat, sama seperti peranan JAPEN tadi juga. Namun, pada pandangan saya, J-KOM tidak seharusnya hanya menyalurkan komunikasi sehala yang menyampaikan dan menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat. JKOM seharusnya lebih berfungsi sebagai jambatan yang membawa suara rakyat kembali kepada kerajaan.
Apabila petugas komunikasi turun ke lapangan, mereka bukan sahaja perlu menyampaikan maklumat tentang dasar dan inisiatif kerajaan, tetapi turut mendengar keresahan rakyat, mengumpulkan aduan, memahami persepsi masyarakat dan menyampaikan maklum balas tersebut kepada kementerian serta agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk menangani keresahan ataupun keluhan daripada masyarakat.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah jumlah aduan, pandangan dan maklum balas masyarakat yang telah dikumpulkan oleh JKOM sepanjang tahun 2025 ataupun tahun 2026? Supaya kita boleh menilai prestasi dan juga kemajuan terhadap usaha yang dilakukan oleh J-KOM.
Saya ingin mengetahui, bagaimana kementerian mengukur tahap kepercayaan masyarakat terhadap komunikasi kerajaan? Adakah kajian berkala yang mengukur sama ada rakyat melihat komunikasi kerajaan sebagai telus, tepat, mudah difahami dan responsif terhadap keperluan mereka?
Saya nak berikan satu contoh. Ada kajian daripada badan bebas yang menunjukkan kepercayaan yang baik rakyat terhadap Perdana Menteri, Kerajaan MADANI dan juga kerajaan negeri— Kerajaan Negeri, contohnya Negeri Sembilan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, sahabat kita Yang Berhormat Port Dickson mendapat approval rating yang sangat tinggi 75 peratus. Begitu juga dengan perkhidmatan Exco dan juga ADUN sebelum ini. Tetapi kenapakah sokongan ini tidak diterjemahkan dalam sokongan ketika menjelang pilihan raya?
Beliau hanya memperolehi 39 peratus saja sokongan daripada rakyat.
Adakah rakyat hanya rasional ketika menilai pencapaian ya dan juga penyampaian oleh seorang Menteri Besar ataupun kerajaan negeri, tetapi tidak rasional ketika sampai waktu untuk memilih pemimpin? Kenapakah sentimen agama dan perkauman lebih dipilih oleh rakyat berbanding dengan prestasi dan juga nilai?
Inilah perkara-perkara yang saya rasa pihak Kementerian Komunikasi, khususnya agensi seperti J-KOM perlu atasi agar pemikiran dan pertimbangan rakyat tidak terpengaruh ataupun terherot dengan sentimen-sentimen yang akhirnya merugikan negara.
Tuan Pengerusi, sebagai akhirnya, era digital hari ini, kerajaan bukan saja perlu pantas menyampaikan maklumat tetapi juga pantas untuk mendengar, memahami dan memberikan respons kepada rakyat. Komunikasi yang berkesan bukan apabila kerajaan telah bercakap tetapi ialah apabila rakyat memahami, rakyat percaya dan suara rakyat turut dapat didengari.
Saya berharap Kementerian Komunikasi dapat memastikan setiap Ringgit peruntukan yang disediakan, bukan sekadar menghasilkan aktiviti dan program tetapi menghasilkan impak dalam meningkatkan kefahaman, kepercayaan serta hubungan yang lebih baik antara kerajaan dan rakyat. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Seterusnya saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Batu Pahat terus merujuk pada Butiran 020500 iaitu penyiaran RTM.
Pertama, mengenai prestasi radio, stesen radio RTM. Batu Pahat mengambil maklum bahawa RTM pernah melaporkan pengendalian sebanyak 34 stesen radio pada tahun 2024. Jadi, mohon Menteri menjelaskan, berapakah jumlah sebenar stesen radio RTM yang beroperasi pada tahun 2026, termasuk stesen nasional, negeri, tempatan dan digital? Bagi tahun 2025, berapakah jumlah pendengar keseluruhan radio RTM dan berapakah jumlah pendengar mengikut setiap stesen?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Dan apakah pula sasaran jumlah pendengar sehingga penghujung tahun 2026? Dan apakah langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kandungan, memperluaskan capaian siaran serta menarik pendengar generasi muda melalui platform digital?
Kedua, mengenai keberkesanan hebahan Belanjawan 2027. Tan Sri Pengerusi, RTM telah mainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan rakyat memahami dasar, bantuan dan pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan. Jadi, Batu Pahat ingin bertanya, apakah strategi RTM untuk mempromosikan dan menjelaskan inisiatif Belanjawan 2027 melalui rangkaian radio dan televisyen?
Berapakah jumlah slot hebahan yang telah disiarkan sejak pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober yang lalu? Berapakah peratusan pelaksanaan hebahan berbanding sasaran yang ditetapkan dan berapakah peratus rakyat yang telah berjaya dicapai melalui hebahan tersebut? Adakah RTM melaksanakan kajian keberkesanan bagi mengukur tahap kefahaman rakyat terhadap inisiatif Belanjawan 2027?
Ketiga, Tan Sri Pengerusi mengenai Radio Klasik. Batu Pahat sendiri merupakan seorang pendengar tegar Radio Klasik kerana Batu Pahat sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat dan sebaliknya. Oleh itu, Malaysia kini bakal menjadi negara tua tidak lama lagi dan bilangan warga emas pula semakin meningkat, di mana golongan ini mempunyai minat tersendiri terhadap lagu-lagu nostalgia yang mengingatkan mereka pada zaman kanak-kanak atau persekolahan atau zaman remaja.
Jadi, Batu Pahat ingin mengucapkan tahniah kepada Radio Klasik kerana terus mengekalkan lagu-lagu yang lama yang mempunyai nilai seni, budaya dan sejarah. Namun begitu, Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan kepada Menteri.
Bagaimanakah proses pemilihan lagu-lagu nostalgia ini dibuat? Adakah RTM mempunyai statistik mengenai penyanyi yang paling kerap diputarkan lagunya? Bagi tahun 2025, berapakah jumlah jam dan peratus masa siaran yang diperuntukkan kepada lagu-lagu nostalgia seperti penyanyi kumpulan Alleycats M. Nasir, Flybaits, Francissca Peter, Kenny, Remy and Martin dan juga Allahyarham Tan Sri S. M.
Salim?
Secara khususnya, Batu Pahat ingin memohon penjelasan, berapakah jumlah lagu, jumlah jam dan peratus keseluruhan masa siaran yang diperuntukkan kepada karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee sepanjang tahun-tahun kepangan,
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
kebelakangan ini? Adakah RTM mempunyai dasar atau sasaran minimum masa siaran bagi memastikan karya seniman agung ini diperdengarkan oleh kepada masyarakat, khususnya generasi muda?
Pada masa yang sama, Batu Pahat juga ingin mencadangkan agar Radio Klasik ini memperbanyakkan program khas penceritaan sejarah penyanyi, pencipta lagu dan perkembangan industri muzik tanah akhir. Program seperti ini bukan saja dapat menghiburkan pendengar, malah dapat mendidik generasi muda supaya dapat mengenali tokoh seni yang telah banyak berjasa kepada negara.
Tan Sri Pengerusi, Radio Klasik bukan sekadar sebuah stesen hiburan. Ia merupakan sebahagian daripada khazanah seni, budaya, warisan muzik negara yang perlu dipelihara. Batu Pahat juga berharap RTM akan terus mainkan peranan bukan sahaja sebagai penyampai maklumat kerajaan tetapi juga sebagai institusi yang memelihara warisan seni dan budaya bangsa.
Batu Pahat ingin bertanya, berapakah jumlah keseluruhan bayaran royalti yang telah dibayar oleh RTM pada tahun 2023, 2024 dan 2025? Berapakah jumlah bayaran tersebut yang disalurkan melalui badan pengurusan hak cipta seperti MACP, PPM dan juga Recording Performers Malaysia (RPM)? Daripada jumlah tersebut, berapakah yang benar-benar yang telah diagihkan kepada pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik atau yang mana-mana yang berhak menerimanya?
Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Oh, Batu Pahat peminat Radio Klasik? Saya juga peminat Radio Klasik.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Ah, samalah kita Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Dan saya juga pernah menjadi DJ Radio Klasik.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Alhamdulillah.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kubang Pasu juga peminat Radio Klasik Tan Sri Speaker.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Ketawa]
Tuan Pengerusi
So, kita serupa nampaknya eh.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Ya serupa tapi tak sama, Tan Sri.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kita serupa.
Tuan Pengerusi
Baik, baik. Saya jemput sekarang Jeli. Silakan.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Jeli juga tidak terkecuali peminat tegar Radio Klasik.
Tuan Pengerusi
Oh, okey. Sama-sama kita.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Jeli mulakan dengan Butiran 31003 — Jalinan Digital Negara (JENDELA). Aspirasi utama Pelan Jalinan Digital Negara
(JENDELA) 2025 adalah untuk meningkatkan kualiti dan liputan rangkaian mudah alih di Malaysia khususnya teknologi 4G dan 5G serta memperluas jalur lebar bagi menyediakan perkhidmatan digital yang lebih baik kepada rakyat.
Dengan aspirasi tersebut, saya memohon supaya MCMC dapat menaik taraf akses dan kapasiti capaian jalur lebar bagi Parlimen Jeli terutamanya di kawasan- kawasan yang meliputi pusat-pusat pengajian tinggi yang ada di Jeli seperti di Universiti Malaysia Kelantan, Jeli, Politeknik Jeli, Kolej Komuniti Jeli, SBP, MRSM dan juga tidak terkecuali sekolah-sekolah di luar bandar yang memerlukan capaian Internet yang baik untuk pendidikan yang lebih sempurna.
Jeli ingin bertanya, berapakah bilangan alat pemancar komunikasi yang telah siap dinaik taraf dan yang akan dinaik taraf kepada teknologi 4G dan 5G di Parlimen Jeli serta sambungan gentian optik yang telah siap disediakan di Parlimen ini?
Sehingga kini, Jeli ingin bertanya, apakah terdapat pembinaan menara baharu bagi liputan 5G di Parlimen Jeli sebagai tambahan kepada menara yang sedia ada?
Perlu juga diwujudkan kesalinghubungan rangkaian 4G di Parlimen Jeli kerana masih ada beberapa kawasan di Parlimen ini yang masih tidak dapat mengakses Internet dan panggilan telefon. Contohnya di Kampung Lepan Bola, di Kampung Reka Dalam dan di Kampung Bendang Besar. Kampung Bendang Besar ini, Tan Sri Pengerusi, adalah satu kampung yang bersempadan betul-betul di atas sempadan Malaysia–Thailand. Kalau di Perlis kita ada Padang Besar tapi di Jeli, kita ada Bendang Besar iaitu juga di sempadan Malaysia–Thai.
Walaupun ada kewujudan liputan, ia tidak semestinya menjamin kualiti isyarat yang sama bagi setiap lokasi. Jurang ini mestilah diatasi segera. Oleh itu, perluasan 5G perlu disertai dengan penyelesaian bagi kawasan luar bandar yang masih tidak mendapat 4G yang stabil.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Kedua, Butiran 020400 – Penerangan (JAPEN). Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) merupakan agensi yang penting dalam menyampaikan maklumat rasmi kerajaan kepada rakyat. Menerangkan dasar dan inisiatif negara serta menjadi
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
penghubung komunikasi di antara kerajaan dan rakyat. Jeli mahu tanya, berapakah peruntukan yang disalurkan oleh JAPEN mengikut pecahan negeri, terutama di Kelantan dan apakah indikator-indikator prestasi yang digunakan untuk mengukur keberkesanan program penerangan serta tahap kefahaman rakyat terhadap dasar kerajaan?
Isu yang selalu menjadi persoalan adalah, apakah rakyat benar-benar menerima dan memahami maklumat yang disampaikan oleh kerajaan? Dalam hal ini, kementerian dituntut untuk menilai akan keberkesanan penyampaian maklumat dari JAPEN dan juga perlu diteliti isu yang dekat dengan rakyat bagi menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.
Disarankan juga supaya JAPEN di peringkat daerah memainkan peranan yang lebih besar lagi dalam menyebarluaskan maklumat rasmi kerajaan kepada rakyat. Maklumat kerajaan hendaklah disampaikan kepada semua, tidak terhad kepada kumpulan sasaran sahaja. Oleh itu, keberkesanan komunikasi di kawasan luar bandar dan pedalaman perlu diberi perhatian.
JAPEN perlu memainkan peranan menterjemahkan maklumat rasmi kerajaan yang kompleks kepada bahasa yang lebih mudah difahami mengikut lokaliti. Kalau dulu di tahun 60-an atau 70-an, kita tengok penerangan kerajaan disebarkan melalui wayang pacak. Kalau di Kelantan dipanggil wayang ‘public lesen’. Saya dapati pada masa itu, Pegawai Penerangan yang memberi penerangan selepas wayang itu dimainkan, mereka berucap dalam dialek daerah iaitu kalau di Kelantan, cakap dialek daerah.
Selepas itu, saya sarankan supaya dialek ini disesuaikan mungkin daerah.
Kalau di Sabah, di Sarawak ikutlah dialek sana supaya makluman itu sampai kepada rakyat. Cadangan menggabungkan media sosial dengan penerangan bersemuka, hebahan saluran komuniti dan penglibatan program secara menyeluruh. Ini adalah untuk mengelakkan rakyat menerima maklumat yang berbeza, lambat dan tidak lengkap.
Akhir sekali, Jeli ingin menyentuh tentang Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Disarankan penggiat industri kreatif mengangkat lebih banyak filem berunsurkan budaya patriotik, legenda dan masyarakat Malaysia. Perlu diiktiraf sebagai salah satu wahana penting dalam membina jati diri, memelihara warisan budaya dan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Ini telah dibuktikan melalui filem tempatan mendapat tontonan yang meningkat saban tahun. 5.87 juta orang pada 2023, 7.14 juta pada tahun 2024 dan RM14.83 juta pada tahun 2025. Kejayaan filem seperti filem Mak Kilau, Kebangkitan Pahlawan Melayu mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman iaitu sebanyak RM97.42 juta. Ini menunjukkan masyarakat kita sentiasa menyokong akan perfileman tempatan.
Namun filem sejarah budaya tanah air perlu lagi diberikan perhatian yang sewajarnya dan terus memberi sejarah tempatan bagi kita seperti Merewang Keluarga Pak Awang, filem Namatai from Kinabalu with Love, Ola Bola, Gayong dan sebagainya. Contoh filem patriotik yang harus kita ketengahkan lagi seperti Paskal dan Malbatt: Misi Bakara, Bukit Kepong, Leftenan Adnan. Ini semua filem-filem yang akan mengangkat patriotisme dan akan menjalinkan perasaan cinta dan sayang kepada negara, hormat kepada pemimpin. Sekian, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Sekarang saya jemput Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi ruang kepada Bentong untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi.
Pertama, Bentong terus pergi kepada Kepala B. 47, Butiran 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi serta maksud Pembangunan P.47, Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Bentong menyambut baik peranan sasaran kerajaan untuk meluaskan liputan 4G ke semua kampung orang asli di Parlimen Bentong. Penduduk di kampung orang asli seperti Kampung Sungai Dua, Kampung Sungai Gapoi, Kampung Sungai Perdak dan juga Janda Baik dan juga Bukit Tinggi masih lagi mengadu tentang capaian Internet yang tidak stabil, terutama sekali di Kampung Janda Baik keseluruhannya, masih ada kawasan-kawasan yang tak ada langsung line telefon yang tak boleh langsung dihubungi bukan sahaja line Internet tetapi line telefon.
Bentong mohon kementerian menyatakan berapakah sasaran pembinaan atau naik taraf menara telekomunikasi baharu bagi kampung-kampung orang asli ini dan kampung tradisi di Bentong pada tahun 2027?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Sejauh manakah ketegasan pemantauan kualiti perkhidmatan oleh MCMC terhadap syarikat telekomunikasi di kawasan yang sudah mempunyai menara tetapi isyaratnya masih lemah dan sering terputus?
Kedua, merujuk kepada Kepala B.47 Butiran 020000 – Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif. Peruntukan RM142 juta bagi memperhebatkan fungsi NADI seperti yang diumumkan kementerian amat bertepatan. Namun, di sebalik peluasan akses Internet, kita mesti melindungi keselamatan kanak-kanak dan pelajar sekolah daripada buli siber serta kandungan memudaratkan di media sosial di samping membendung penipuan dalam talian, online scam dengan izin, dan dalam kalangan warga emas.
Justeru, Bentong ingin bertanya, apakah model khusus dan kekerapan kempen keselamatan dalam talian yang melibatkan ibu bapa, guru dan pelajar yang akan digerakkan menerusi pusat-pusat NADI di Bentong? Bagaimanakah penyelarasan antara MCMC dan Kementerian Pendidikan dalam menguatkuasakan syarat pengesanan umur minimum 16 tahun di platform sosial media yang berkuat kuasa sejak 1 Jun 2026 bagi melindungi murid-murid kita?
Ketiga, merujuk Kepala B.47 Butiran 020400 – Penerangan (JAPEN), Butiran 020500 – Penyiaran RTM, Butiran 020700 – Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Butiran 020800 – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Pelaksanaan Jelajah Yakini MADANI bersama Kementerian Kewangan amat baik untuk menyampaikan inti pati Belanjawan 2027 kepada rakyat di akar umbi.
Namun, di kawasan luar bandar seperti Bentong, penyampaian maklumat bersemuka perlu diselaras dengan kemas.
Bentong mohon penjelasan, apakah garis pemisah dan penyelarasan tugas antara JAPEN, JKOM, RTM dan BERNAMA di bawah butiran masing-masing agar tidak berlaku pertindihan peranan dalam menjayakan Jelajah Yakini MADANI atau sebarang hebahan maklumat di peringkat daerah dan juga, adakah terdapat pemantauan keberkesanan penyampaian maklumat kerajaan oleh BERNAMA, RTM dan JAPEN?
Apakah peratusan keberkesanan di peringkat daerah memandangkan sasaran nasional 2027 iaitu 80 peratus berbanding 90 peratus pada tahun 2026?
Tan Sri Pengerusi, keempat merujuk Kepala B.47, Butiran 020300 – Pembangunan Kandungan dan Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta maksud Pembangunan P.47, Butiran 47000 –
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Butiran 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara dan Butiran 10007 – MyCreative Ventures (MyCV).
Kerajaan memperuntukkan lebih RM130 juta untuk industri kreatif selain pengecualian penuh duti hiburan bagi filem dan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai 2027. Bentong ingin mendapatkan kepastian, sejauh manakah dana ini turut dirangka untuk memberi akses geran mikro dan bimbingan kepada penggiat seni, usahawan kreatif dan pencipta kandungan digital anak muda di luar bandar seperti Bentong dalam mempromosikan ekopelancongan dan produk tempatan.
Akhir sekali, merujuk Kepala B.47 Butiran 020500 – Penyiaran RTM serta ,maksud Pembangunan P.47 Butiran 31001 – Sistem Panggilan Kecemasan Negara 999 dan Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA) berkaitan kesinambungan komunikasi dan penyaluran maklumat kecemasan.
Parlimen Bentong mempunyai sejarah tersendiri berdepan kejadian banjir kilat, kepala air, tanah runtuh khususnya di jalan lama seperti Jalan Lama Gombak- Bentong dan juga kawasan lembah sungai dan tanah tinggi. Apabila gangguan bekalan elektrik atau kerosakan kabel gentian optik berlaku semasa bencana, terputuslah talian komunikasi, menyukarkan koordinasi pasukan penyelamat serta penyaluran amaran awal kepada penduduk setempat.
Bentong mohon kementerian menjelaskan, apakah langkah ketahanan infrastruktur telekomunikasi seperti sistem kuasa sandaran menara dan laluan gentian optik alternatif yang diperkukuh bagi kawasan berisiko bencana di Bentong termasuklah kesinambungan panggilan 999? Bagaimanakah penyelarasan RTM termasuk radio setempat atau komuniti dan saluran amaran kecemasan diperkemaskan agar maklumat rasmi dan amaran awal terus sampai kepada penduduk Bentong walaupun liputan jalur terjejas?
Tan Sri Pengerusi, rakyat Malaysia amat berharap agar peruntukan di bawah Kepala B.47 dan P.47 ini benar-benar merapatkan jurang digital dan menjamin keselamatan ruang siber masyarakat di Malaysia khususnya di luar bandar seperti Bentong. Golongan belia juga perlu diberikan keutamaan dalam kita membina komunikasi yang selamat dan berkesan. Sekian, terima kasih. Bentong menyokong.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Segulai Sejalai. Tan Sri Pengerusi, terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya pada petang ini untuk membahaskan Maksud Bekalan dan Pembangunan 47 di bawah Kementerian Komunikasi yang menerima peruntukan sebanyak RM2.61 bilion bagi tahun 2027.
Tan Sri Pengerusi, saya sebagai wakil rakyat di kawasan luar bandar tidak lain dan tidak bukan yang saya akan bangkitkan ialah berkenaan dengan liputan Internet di kawasan luar bandar. Beberapa kali saya dah bangkitkan perkara ini ketika perbahasan. Butiran 31033 – Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diperuntukkan sebanyak RM670 juta.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Puan Pengerusi, saya difahamkan setakat tahun 2024, di sekitar Parlimen Batang Lupar sebanyak 12 menara 4G telah disediakan di bawah inisiatif JENDELA.
Secara keseluruhannya di Parlimen Batang Lupar, terdapat 54 buah menara, 37 menara adalah di bawah kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, manakala selebihnya 17 adalah di bawah inisiatif SMART oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Ini data yang saya perolehi setakat 2024.
Saya mohon diberikan data yang terkini untuk butiran-butiran di atas. Menurut data daripada Jabatan Perangkaan, setakat ini kadar capaian Internet di Malaysia adalah sebanyak 97.1 peratus. Manakala menurut statistik terbaru oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, capaian Internet di Sarawak adalah di sekitar 94.5 peratus.
Persoalan saya setakat tahun 2026, apakah kadar capaian Internet di Parlimen Batang Lupar setakat ini? Sejauh manakah ia nya berada di bawah purata capaian Internet peringkat nasional dan negeri? Kalau dilihat pada statistik yang saya bacakan tadi Puan Pengerusi, memang benar hari ini semakin banyak penduduk yang dapat menikmati capaian Internet. Hampir 100 peratus dan kita telah pun beralih ke rangkaian 5G di kebanyakan tempat.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Namun, persoalannya mengapa kualiti Internet masih di tahap yang amat lemah khasnya di kawasan Batang Lupar, walaupun signalnya menunjukkan 4G ataupun 5G tetapi Internet itu masih berpusing, pusing, pusing, pusing. Belum tahu tempat tujunya, Puan Pengerusi. Saya pernah membangkitkan berkenaan kelemahan kualiti capaian Internet di Dewan Rakyat. Namun, setakat ini masih belum ada penambahbaikan yang ketara oleh pihak syarikat komunikasi yang membekalkan perkhidmatan Internet di kawasan Batang Lupar. Walaupun ada pihak MCMC yang turun ke kawasan memantau tetapi setelah balik MCMC, keadaan berulang seperti sedia kala.
Puan Pengerusi, kalau kita lihat daripada butiran ini, kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membina menara telekomunikasi. Rakyat juga berbelanja setiap bulan untuk membayar bil telefon dan membeli top-up tetapi perkhidmatan Internet yang kita dapat seolah-olah hidup segan, mati tak mahu.
Sekadar mencukupkan syarat memiliki sebuah telefon yang bertalian Internet ataupun bertalian untuk kita hubungi.
Bagi saya, ia tidak adil untuk penduduk luar bandar yang terpaksa membayar pada kadar yang sama dengan orang di bandar. Bagi yang mampu, Puan Pengerusi, kita tahu mereka boleh melanggan Starlink untuk di kawasan pedalaman tetapi kebanyakan penduduk di kampung, mereka tidak mampu untuk membeli peranti Starlink. Yang paling terkesan adalah para pelajar yang bergantung kepada Internet untuk urusan pembelajaran mereka.
Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dan SKMM, apakah terdapat sebarang audit untuk memastikan kualiti capaian Internet yang disediakan syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Parlimen Batang Lupar mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan yang ditetapkan oleh kementerian. Saya melihat bahawa tindakkan kepada syarikat penyedia perkhidmatan adalah mengeluarkan notis dan meminta pelan penambahbaikan. Pada pandangan saya, ini sahaja tidak mencukupi. Perlu ada tindakan yang lebih tegas Puan Pengerusi, seperti mengenakan penalti untuk syarikat-syarikat yang gagal menyediakan perkhidmatan Internet yang memuaskan.
Seperti yang saya katakan tadi, rakyat termasuk penduduk di kawasan luar bandar membayar bil telefon pada kadar yang sama dengan penduduk bandar di setiap bulan. Maka, mereka berhak mendapat perkhidmatan pada kualiti yang sewajarnya. Jangan kerana kawasan itu kawasan luar bandar, syarikat telco bagi
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
perkhidmatan ala kadar sahaja. Oleh itu, saya mohon perhatian dan tindakan segera pihak kementerian dalam perkara ini.
Kesimpulannya Puan Pengerusi, saya berharap agar peruntukan sebanyak RM670 juta di bawah inisiatif JENDELA ini benar-benar diterjemahkan kepada penambahbaikan kualiti perkhidmatan Internet khususnya di kawasan luar bandar Sarawak dan Parlimen Batang Lupar. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang diberikan. Saya cuma ingin membahaskan dua butiran sahaja di bawah Kementerian Komunikasi. Yang pertama, 030200 – Kawalan dan Pematuhan. Puan Pengerusi, Daripada tahun 2023 sehingga Ogos 2026, rakyat negara kita ini rugi hampir RM6.95 bilion akibat scam. Kerugian tahunan naik daripada RM1.22 bilion kepada RM2.97 bilion pada tahun 2025. Dua kali ganda dalam tempoh masa dua tahun.
NSRC berjaya membekukan hampir RM2.408 bilion tetapi itu hanya sekitar 13 peratus ataupun hanya sekitar 13 peratus ataupun RM321.3 juta sahaja yang dipulangkan kepada mangsa. Seorang pesara yang hilang wang simpanan tak peduli berapa akaun yang dibekukan, dia cuma mahu duitnya dikembalikan.
Tuan Pengerusi, di bawah butiran yang sama, MCMC menguatkuasakan seksyen 233. Saya mahu MCMC ini garang terhadap scammer. Tapi April lalu, MCMC membuka kertas siasatan terhadap seorang aktivis kerana video mengkritik Ketua Pesuruhjaya SPRM malah menyita telefon. Rakyat melihat dan bertanya, adakah MCMC lebih pantas memburu pengkritik daripada memburu sindiket scam ini?
Maka, saya minta kementerian membentangkan dua perkara. Yang pertama, berapakah kes seksyen 233 bagi tahun 2026 yang melibatkan scam dan berapa pula yang melibatkan kritikan politik?
Kedua, apakah sasaran MCMC bagi tahun 2027 untuk menyekat talian dan platform yang digunakan oleh sindiket ini? Ukurlah kejayaan dengan pengurangan
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
kerugian rakyat, bukan dengan jumlah pengkritik yang dipanggil memberi keterangan.
Yang terakhir, yang kedua, 020700 – Komunikasi Komuniti ataupun J-KOM.
Puan Pengerusi, seperti yang disebut oleh ramai sahabat kita sebentar tadi, peruntukan J-KOM naik hampir 11.4 peratus daripada RM16.58 juta kepada RM18.47 juta. Emolumen naik daripada RM8.24 juta kepada RM9.54 juta sedangkan jawatan kekal 155 orang. Pada masa yang sama, peruntukan mengurus RTM dipotong RM61.74 juta dan juga geran BERNAMA turun kepada RM75 juta. RTM ialah penyiar milik semua rakyat tetapi peruntukannya dipotong. J-KOM pula ditambah. Apa rasionalnya?
Kebimbangan saya bukan andaian kosong Puan Pengerusi. Pada Jun yang lalu, Ketua Pengarah J-KOM yang baru seminggu dilantik— minta maaf, Ketua Pengarah J-KOM yang baru seminggu dilantik dikecam pelbagai pihak. Daripada pihak kerajaan pun kecam, pihak pembangkang pun kecam kerana melabel pengkritik kerajaan sebagai perkataan yang disebut sebagai “Cina sesat”. Kemudian, beliau dikritik lagi kerana kenyataan tentang Rohingya.
Kerajaan selalu mengingatkan rakyat supaya tidak menyentuh 3R tetapi ketua agensi kerajaan sendiri hanya ditegur supaya berhati-hati. Inikah standard untuk agensi yang peruntukannya dinaikkan? Lebih menarik pada Ogos lalu, Menteri sendiri memohon maaf di Kongres PKR atas kelemahan komunikasi kerajaan. Jika komunikasi gagal, mengapa J-KOM yang ditambah dan RTM pula yang dipotong?
Wang awam bukan dana parti.
Puan Pengerusi, saya minta kementerian membentangkan garis panduan bertulis yang memastikan J-KOM tidak menjadi jentera politik serta senaraikan program J-KOM mengikut negeri seperti yang disebut oleh Parlimen Alor Setar sebentar tadi serta kawasan termasuk kawasan saya sekali, Permatang Pauh bagi 2024 sehingga 2026 berserta kos dan juga hasilnya. Kalau semuanya bersih, tidak ada apa yang perlu disorokkan. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam RAHMAH. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya terus pergi kepada kod P.47, Butiran 030100 – Infrastruktur, komunikasi.
Soal berkaitan dengan talian telefon dan juga Internet. Sama tadi macam Bentong juga. Di kawasan saya ini, Hulu Langat ini, kalau pukul 3.00 pagi Pak Hassan, daripada Sungai Lui itu nak pergi Kuala Lumpur, 15 minit je. Tapi 3:00 pagilah. Sebab kalau waktu puncak, pukul 8:00, pukul 9:00 pagi itu, memanglah kadang-kadang makan sejam juga kadang-kadang.
Cuma saya nak beritahu kepada Kementerian Komunikasi ini, tolong tengoklah soalan berkaitan dengan capaian talian internet dan juga talian telefon dekat situ. Di Kampung Bukit Kepong, ha Kampung Bukit Kepong macam ceritalah.
Macam cerita Jins Shamsuddin, Bukit Kepong. Itu cerita sejarah juga itu Sri Aman.
Bukit Kepong, Sungai Tekala.
Sungai Tekala ini, dia banyak kawasan perkampungan orang asli. Kalau kita punya Timbalan Speaker lagi satu itu ada itu, Timbalan Speaker kita yang misai tebal itu, dia mesti suka kalau saya sebutkan soal berkaitan dengan kita memperjuangkan hak keperluan masyarakat orang asli yang terdapat di dalam negara kita ini. Sungai Pening, kemudian di Perdik, di Pangsun, kemudian di Sungai Lui, ini capaian Internet dan juga talian telefon yang tidak begitu baik. Ini kita nak minta kepada Kementerian Komunikasi supaya tolong tengoklah soal berkaitan dengan dua perkara yang saya sentuh itu tadi.
Kemudian yang keduanya, kod B.47, Butiran 020400 – Jabatan Penerangan dan Komunikasi kepada akar umbi rakyat seterusnya. Ini soal berkaitan dengan penerangan ini, soal berkaitan dengan komunikasi kita ini. Saya nampak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ini buat macam-macam. Saya nampak ekonomi kita makin baik, kewangan kita makin mengukuh, kita nampak indeks rasuah kita turun, indeks pekerja kita maksudnya pengangguran pun menurun dalam negara kita ini kan, perdagangan kita naik, pelaburan kita naik. Tapi cerita-cerita kejayaan ni saya nampak di TV1, di TV2, di TV3, saya nampak kurang. Yang banyak kalau di TV3 ni drama-drama je saya nampak ni kan. Bergaduh laki bini, bergaduh anak nak kahwin dengan lelaki itu mak tak suka. Saya nampak kan. Cerita-cerita yang kadang-kadang yang tidak memberangsangkan kadang-kadang.
Macam tadi disebutkan oleh mana tadi Jeli sebutkan tadi itu kan. Bukit Kepong itu cerita lama dah tu. Sarjan Hassan itu kan, cerita lama dah tu. Tapi cerita-cerita patriotik ini kita nampak sekarang ni tak ada. Yang banyak saya nampak ni cerita- cerita soal menakutkan, menakutkan kita, cerita hantu, cerita polong, cerita toyol kan.
Ini cuma cerita-cerita yang menakutkan kita.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab itu kita nampak dalam pembentangan bajet baru-baru ini banyak.
Contohnya sebab bila kita turun ke bawah ini Timbalan Menteri, orang di bawah ni kadang-kadang tak tahu ni. Dengan SARA nya lah, dengan STR nya lah, dengan peruntukan kepada pembangunan syiar Islam yang telah dinaikkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, subsidi minyaknyalah. Anak-anak kita nak buka sekolah tahun depan ini dapat RM200. Kemudian pencen pun dapat RM750. Kemudian bonus paling tinggi. Bukit Bendera, bonus tahun depan ini paling tinggi yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kemudian saya nak minta juga maksudnya tak kisahlah J-KOM ke, komkom ke, saya nak minta supaya Kementerian Komunikasi ini tengok juga soal berkaitan dengan amalan-amalan fitnah ini, yang disebutkan soal berkaitan dengan 3R ini. 3R ini ialah Islam. Kita nak tanya Islam mana yang terancam ini?
Ya, kalaulah kita tahu apa yang disebutkan oleh Kota Melaka. Kita pun bantai Kota Melaka ini. Kita tak duduk diam. Kita pun tak bersetuju apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka ni. Woi! Aku ini pun Islam jugalah. Aku ini pun Melayu jugalah. Kalau orang ancam kedudukan agama Islam, Melayu dalam negara kita ini, kami akan bangkit mempertahankan hak Melayu dan juga hak Islam yang terdapat dalam negara kita ini.
Jangan kamu ingat kamu saja seorang Islam, kamu juga orang Melayu. Kita bantah. Ahli Parlimen Kota Melaka ini kita pun tak bersetuju. Oh, sebut tak berani bila kawan sendiri buat hal tak berani nak tegur. Bentong pun tegur. Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya pun tegur. Kita tegur. Di luar kita tegur dan dalam Parlimen ini juga kita tegur.
Soal berkaitan dengan 3R ini, nak jaga institusi, kemuliaan institusi raja dalam negara kita ini. Kluang, itu Negeri Sembilan itu. Yang nak jatuh, yang nak singkir, yang nak gulingkan institusi raja di Negeri Sembilan itu siapa? Kemudian tuduh kita pula Pakatan Harapan.
Sebab itu saya nak minta Kementerian Komunikasi, tolong tengok. Ini soal berkaitan dengan negara. Amalan rasuah ini kita tak boleh terima. Fitnah, adu domba, penipuan ini juga, kita tak boleh terima apa yang berlaku di dalam negara kita ini. Bila menyebut...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya minat juga radio klasik ini macam Tan Sri. Tapi kadang-kadang saya tengok juga— eh saya tengok pula.
Sebab bila Timbalan Pengerusi ini manis nampak hari ni. Kadang-kadang saya tengok, saya dengar juga Suria ataupun Sinar, “Inginku pergi jauh darimu.” Ha, cukuplah itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sumbang suaranya.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya nak sambung menyanyi tadi, saya tak pandai menyanyi. Baik, saya nak bangkitkan tiga perkara dalam perbahasan saya pada petang ini Puan Pengerusi.
Yang pertama merujuk Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan. Kerajaan mengingatkan rakyat supaya berhati-hati menyentuh isu 3R yang disebut oleh Hulu Langat tadi iaitu agama, kaum dan institusi diraja. Dan saya bersetuju perkara sensitif ini perlu dikendalikan dengan penuh tanggungjawab. Tapi persoalannya bagaimanakah undang-undang ini dikuatkuasakan secara adil terhadap semua pihak?
Saya ambil contoh penyebaran Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan Dato’ Seri Najib Razak yang dimuat naik ke Facebook oleh seorang bekas Ahli Parlimen daripada parti kerajaan. Walaupun dikatakan bahawa dokumen ini telah pun dinyahrahsia, kenapakah Kementerian Komunikasi tidak mengambil inisiatif untuk menyiarkan terlebih awal? Kenapa pihak ketiga yang menyiarkannya? Terlalu lambat kah ataupun terlalu sedikit kah kakitangan yang ada di pihak kerajaan ini untuk menyiarkan dokumen ini terlebih awal daripada pihak ketiga?
Yang lebih membimbangkan dan merunsingkan kami ialah apabila Menteri- menteri Kabinet sendiri bangkit mempersoalkan bila masa pula dokumen ini dinyahrahsia? Saya nak ulangi bahawa kita setuju kalau dokumen ini perlu dinyahrahsia, silakan. Tapi biarlah ia melalui proses yang betul, melalui proses yang telah pun ditetapkan oleh undang-undang. Jadi apabila melalui proses— tidak melalui
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
proses ini, Menteri-menteri pun tidak tahu bagaimana ia telah dinyahrahsiakan, bererti ada perkara yang tidak kena pada isu tersebut.
Sebab itulah apabila laporan-laporan polis telah dibuat, saya mahu tahu apakah tindakan Kementerian Komunikasi dalam memastikan Facebook individu ini telah dipantau dan telah diambil tindakan supaya tidak menyiarkan dokumen- dokumen yang berkaitan dengan rahsia kerajaan lebih ataupun seolah-olah mendapat sumber daripada kabel-kabel yang sangat istimewa.
Yang kedua, sasaran keberkesanan komunikasi kerajaan yang semakin rendah. Puan Pengerusi, saya merujuk kepada petunjuk prestasi Kementerian Komunikasi dalam dokumen rasmi Belanjawan 2027. Pencapaian sebenar keberkesanan penyampaian maklumat kerajaan bagi tahun 2025 ialah 85.4 peratus.
Sasaran 2026 ditetapkan 90 peratus. Tapi untuk tahun 2027 sasaran tersebut diturunkan kepada hanya 80 peratus. Ini sangat pelik. Peruntukan kementerian meningkat tapi sasaran keberkesanan komunikasi kerajaan pula diturunkan sebanyak 10 mata peratusan. Ini satu penerjunan, terjun tiruk yang saya rasa sangat tidak boleh diterima.
Kenapa kementerian diberikan belanja yang semakin meningkat? J-KOM semakin meningkat sebagaimana disebut oleh sahabat saya Permatang Pauh walaupun jawatannya tidak meningkat, penjawatnya tidak meningkat dari sudut numbers-nya tetapi sasaran keberkesanan semakin menurun. Saya minta Menteri atau Timbalan Menteri menjelaskan asas penurunan sasaran ini termasuk sama ada metodologi pengukurannya berubah.
Ketiga, pemotongan peruntukan JENDELA. Saya merujuk P.47 Butiran 31003. Peruntukan pembangunan JENDELA dikurangkan daripada RM770 juta pada tahun 2026 kepada RM670 juta bagi tahun 2027. Ini bermakna pengurangan RM100 juta atau hampir 13 peratus. Dalam masa yang sama kerajaan mengumumkan pelaburan RM5 bilion bagi JENDELA dan inisiatif ketersambungan berkaitan.
Saya mahu Menteri jelaskan pecahan RM5 bilion tersebut. Berapakah ia merupakan peruntukan kerajaan? Berapakah pelaburan syarikat telekomunikasi?
Berapakah komitmen terdahulu? Dan berapakah pembiayaan baharu untuk tahun 2027? Kita tidak mahu kerajaan umum angka bilion ringgit penuh gah, tapi apabila kita meneliti dokumen peruntukan, angka pembangunan JENDELA sebenarnya berkurangan. Ini sangat kontra dengan apa yang disebut oleh Ahli-ahli Parlimen sebentar tadi termasuklah kawasan saya.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Di Pasir Mas sebahagian lokasi-lokasi yang ada di Pasir Mas, mereka lebih rela membeli sim card daripada negara Thailand untuk digunakan di kawasan sempadan kerana ia jauh lebih laju berbanding dengan menggunakan khidmat penyedia telekomunikasi di Malaysia.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Puan Pengerusi, yang terakhir saya ingin bangkitkan berkenaan isu avatar PMX yang telah dilancarkan dengan penuh publisiti sebagai inovasi komunikasi digital kerajaan. Ketika pelancarannya, kita diperlihatkan seolah-olah teknologi ini bakal membuka lembaran baharu dalam interaksi di antara Perdana Menteri dengan rakyat. Persoalannya, ke mana perginya avatar PMX sekarang ini?
Saya tertanya-tanya kerana saya sangat bergantung kepada avatar ini untuk saya sentiasa mencari maklumat, bertanya dan sebagainya dan ia menjawab dengan penuh telus, lebih telus daripada sebahagian individu yang ada. Jadi, avatar PMX ini sangat dipergunakan oleh rakyat tapi tiba-tiba dua tiga hari kemudian, sudah tidak boleh digunakan. Jadi, ke mana perginya? Adakah kerajaan berhasrat untuk nak melancarkan semula?
Saya dimaklumkan, ada juga maklumkan kepada saya bahawa ia merupakan program parti, ia tidak merupakan program kerajaan. Kalau ia program parti tertentu, maka jangan guna nama PMX. PMX ialah milik kita semua. Milik saya, milik kita semua sebagai rakyat. Kalau nak guna PMX, pastikan ia milik rakyat dan kalau ia milik rakyat, berapakah kos yang telah dihabiskan untuk mewujudkan avatar PMX ini? Apakah kerajaan bercadang untuk memastikan ia berfungsi selepas daripada ini? Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Pengerusi. Bukit Bendera mahu anak seni kita mendapat tempat yang sewajarnya di negara sendiri. Jadi, filem yang baik membuat kita mengenali kehidupan orang lain.
Lagu pula yang menemani kita sepanjang hayat dan di sebalik karya itu ada penggiat yang mempertaruhkan masa dan juga wang.
Saya merujuk Butiran Pembangunan 47000 – FINAS dengan peruntukan RM118.05 juta. Jadi, apakah peranan FINAS selepas filem selesai diterbitkan?
Bagaimana FINAS membantu karya tempatan mendapat tayangan, promosi dan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
juga pengiktirafan yang setimpal dengan mutunya? Jadi, penerbit kecil juga mampu menghasilkan filem yang bermutu tetapi sering kekurangan daya untuk mempromosinya kepada penonton. Jadi, bagaimana penonton hendak mengenali karya mereka?
Saya mahu FINAS menjelaskan bantuan pengedaran dan penyertaan festival untuk pembikin filem bebas. Pengiktirafan sepatutnya membuka peluang menghasilkan karya seterusnya dengan pekerjaan berterusan untuk kru. Jadi, karya dalam pelbagai bahasa pula ya, perlu dinilai secara adil. Jadi, adakah ukuran FINAS untuk memastikan filem bebas serta filem dalam bahasa Tamil, Mandarin dan bahasa-bahasa lain mendapat perhatian yang sama?
Di bawah Butiran 020500 – Penyiaran RTM. Saya mahu drama berkualiti diberi ruang tetap pada waktu yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Jadi, laburlah dalam skrip yang baik, watak yang meyakinkan dan juga cerita yang dekat dengan kehidupan rakyat. Kita bangga apabila karya tempatan mendapat tempat di Netflix. Keluarga yang tidak melanggan penstriman juga berhak menikmati karya yang bermutu.
Jadi, apakah rancangan kementerian memperoleh hak siaran dan juga menayangkan filem yang lebih banyak ya, serta drama tempatan yang berkualiti melalui TV percuma. Jadi, rundingkan hak siaran susulan dengan bayaran adil kepada penerbit. Seorang anak yang menonton di rumah patut dapat melihat cerita tentang masyarakatnya sendiri dan juga membayangkan pada suatu ketika nanti dia juga boleh mampu berkarya.
Puan Pengerusi, saya ucapkan tahniah dan terima kasihlah juga kepada kerajaan kerana membuka ruang kepada persembahan My Chemical Romance dan juga konsert Limp Bizkit yang akan datang. Jadi, pendekatan ini menunjukkan persembahan antarabangsa boleh diberi ruang apabila syarat serta garis panduan negara dipatuhi. Jadi, keterbukaan ini perlu disertai pelaburan untuk bakat sendiri.
Misalnya, Rock The World, Urbanscapes dan juga TAPAUfest telah menyediakan pentas untuk penggiat-penggiat muzik tempatan.
Di sini kita memerlukan lebih banyak festival dan juga persembahan kecil termasuklah ya, terutamanya di luar Lembah Klang supaya pemuzik baharu dapat membina kelompok pendengar mereka. Jadi, saya meminta Menteri juga menyatakan jumlah konsert yang benar-benar diadakan di Malaysia bagi setiap tahun sejak tahun 2022 dengan pecahan artis tempatan dan juga luar negara. Bagi
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
tahun 2026, berikan angka terkini serta kaedah mengira konsert yang menampilkan kedua-duanya.
Jadi, berapa ramai pemuzik tempatan mendapat peluang persembahan berbayar melalui acara yang menerima bantuan kerajaan? Dan juga bagi konsert antarabangsa yang disokong kerajaan, sediakan juga ruang persembahan pembukaan untuk kumpulan tempatan dengan bayaran profesional dan juga promosi sewajarnya. Misalnya, bila ada opening acts, kalau boleh kita bagi ruang kepada pemuzik-pemuzik tempatan.
Puan Pengerusi, melalui Butiran 10007 – MyCreative Ventures dan juga Butiran 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara. Jadi, berapakah dana khusus untuk konsert serta festival yang mengetengahkan pemuzik tempatan? Jadi, penggiat seni turut membangkitkan kebimbangan bahawa syarat pembiayaan sering berubah sehingga mereka berasa dianaktirikan. Jadi, adakah kriteria penilaian berubah selepas permohonan dibuka? Dan siapa yang meluluskannya dan adakah pemohon akan dimaklumkan? Jadi, bagaimana syarikat seni kecil hendak merancang jika syaratnya tidak menentu?
Jadi, saya minta MyCreative Ventures menerbitkan juga kriteria pemarkahan, alasan penolakan dan juga saluran rayuan. Jadi, berapakah penerima baharu berbandingkan penerima yang berulang? Apakah jaminan penggiat bebas dinilai berdasarkan mutu yang — mutu karya?
Puan Pengerusi, poin yang terakhir. Saya perhatikan ada juga beberapa syarikat tempatan ya. Sekarang ini saya nak beralih ke laman sosial media pula.
Syarikat-syarikat tempatan tak kiralah yang kecil mahukan yang besar, yang gemar mengambil khidmat influencer asing untuk mempromosikan perniagaan mereka seperti produk kecantikan, restoran ataupun kafe.
Jadi, mereka sanggup kan menghabiskan ribuan ringgit untuk TikToker warga asing tersebut sedangkan followers dan viewers adalah orang tempatan. Di sini sepatutnya syarikat-syarikat ini mengambillah inisiatif untuk membantu artis-artis tempatan dan juga influencers dan TikTokers tempatan.
Jadi, saya tertanya, adakah influencer warga asing di negara kita ini seperti TikToker warga Korea, Jepun, Eropah ini jauh lebih diutamakan dari artis tempatan kita? Jadi, sebagai penutup, Bukit Bendera mahu anak...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bukit Bendera, Bukit Bendera sikit boleh tak Bukit Bendera?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Ya, boleh, boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Di syarikat rakaman ini, saya dimaklumkan hasil royalti sudah mencecah hampir RM700 juta, sepatutnya dia bahagi dua dengan artis. Apa yang dimaklumkan kepada kita ini, ada artis-artis yang datang jumpa dengan saya ini, dia bagi tahu dekat RM700 juta ini sepatutnya 50-50 – syarikat rakaman 50 percent, artis 50.
Cuma artis ini baru dibayar RM20 juta sahaja daripada RM700 juta. Saya nak minta supaya Bukit Bendera tolong perjuangkan isu untuk artis-artis kita ini persoalan berkaitan dengan royalti. Terima kasih Pengerusi, terima kasih Bukit Bendera.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Masa sudah tamat.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Ya, baik. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Hulu Langat atas komen tadi.
Sebenarnya saya pun setuju juga antara dari segi pembiayaan dan saya harap ulasan yang telah diberikan dapat dimasukkan dalam Hansard saya juga. Jadi, kalau boleh kita sama-samalah ya, perjuangkan hak muzik tempatan.
Di sini, Bukit Bendera mahu anak kita ya, anak sendiri kita dapat memperoleh pendapatan daripada hasil karya mereka dan rakyat berpeluang menikmati karya itu.
Saya mahu mereka mendapat peluang untuk dikenali dan terutamanya dihargai di tanah sendiri serta memperoleh pendapatan yang setimpal dengan bakat dan usaha mereka. Dengan izin...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi untuk menjawab. Masa 25 minit.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Pengerusi. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan juga ucapan terima kasih kepada 19 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 di peringkat Jawatankuasa bagi Maksud Bekalan Kementerian Komunikasi.
Kementerian mengambil perhatian terhadap segala pandangan, teguran dan juga cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
berkaitan usaha memperkukuh infrastruktur komunikasi, meningkatkan keselamatan dalam talian, memperkasakan industri kreatif serta mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat.
Untuk makluman, Kementerian Komunikasi telah diperuntukkan sebanyak RM2.613 bilion bagi tahun 2027, meningkat sebanyak 2.29 peratus berbanding tahun 2026 yang merangkumi; pertama, peruntukan Mengurus B.47 sebanyak RM1.136 bilion meningkat 0.35 peratus atau RM3.95 juta berbanding tahun 2025. Dan juga, peruntukan Pembangunan P.47 sebanyak RM1.477 bilion meningkat 3.83 peratus ataupun RM54.49 juta berbanding tahun 2026.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Peruntukan ini akan dimanfaatkan secara optimum bagi memperkukuh infrastruktur dan juga kesalinghubungan digital, memperkasakan industri kreatif serta meningkatkan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih melalui perkhidmatan penerangan dan juga penyiaran yang berintegriti demi kesejahteraan rakyat.
Kementerian Komunikasi akan memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelbagai program dan juga inisiatif sebagaimana yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2027 tercapai demi peningkatan taraf hidup dan juga kesejahteraan rakyat. Sehubungan dengan itu, Kementerian Komunikasi komited memastikan setiap peruntukan dibelanjakan secara berhemah dan juga berkesan dengan membeli— dengan, minta maaf.
[Batuk] Denganlah memberi keutamaan kepada pelaksanaan program serta inisiatif yang memberikan manfaat dan impak langsung kepada rakyat.
Pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di bawah Maksud Bekalan dan juga Pembangunan 47. Dengan izin Puan Pengerusi, saya akan memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan ini.
Puan Pengerusi, pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuklah — terima kasih. Untuklah merakamkan ucapan tahniah kepada penggiat industri perfileman tanah air ataslah kejayaan yang membanggakan di Anugerah Golden Horse Ke-63 yang berlangsung di Taipei, Taiwan pada 22 November 2026. Antara kejayaan yang diraih termasuk Anugerah Pelakon Baharu Terbaik oleh Nandagopall Mohan menerusi filem “Sayang Sayang”, manakala filem “Dead Tide” meraih dua anugerah iaitu Sinematografi Terbaik serta Lagu Asal Filem Terbaik menerusi lagu “Gone With the Tide” dengan izin, hasil karya David Ke dan juga Ryota Katayama.
Turut membanggakan, pengarah kelahiran Malaysia, Tsai Ming-liang memenangi
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Anugerah Filem Dokumentari Pendek Terbaik menerusi “Night Journey”, dengan izin.
Kejayaan ini turut mencerminkan kepentingan sokongan berterusan kerajaan dalam memperkukuh industri perfileman negara melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Kedua-dua filem berkenaan telah menerima insentif Film in Malaysia Incentive (FIMI) kategori domestik denganlah jumlah rebat keseluruhan yang sebanyak RM2.6 juta. Daripada jumlah tersebut, filem “Sayang Sayang” terbitan More Entertainment menerima rebat sebanyak RM1.4 juta.
Manakala filem “Dead Tide” arahan Chee Ka Cing, Chí Jiāqìng terbitan Angelica Lee, Lee Sin-Jie dan juga Jin Ong (Wang Lilin). Fast Forward Films Sdn. Bhd. menerima rebat sebanyak RM1.2 juta.
Sokongan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk merancakkan aktiviti penerbitan tempatan, memperkukuh daya saing industri perfileman serta membuka lebih banyak peluang kepada pengkarya Malaysia untuk menghasilkan karya yang berkualiti dan yang mampu mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Saya harap bahawa Ahli-ahli Parlimen yang duduk di sini juga bolehlah menyokong filem- filem tersebut di dalamlah cinema. Ahli Parlimen Puchong, itulah pembahas pertama, tetapi beliau tidak ada dalam Dewan. Jadi, saya pohon kebenaran Puan Pengerusi untuklah jawab dalam...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih. Okey, Yang Berhormat Tasek Gelugor, tentanglah isu ataupun Laporan Anthropic, apalah status terkini siasatan dapatan MCMC. Isu yang sama jugalah dibangkit olehlah Ahli Yang Berhormat Machang.
Puan Pengerusi, kerajaan melaluilah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum dan juga memandang serius laporan yang diterbitkan oleh syarikat kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI) Anthropic berhubung dakwaan penyalahgunaan teknologi AI bagi tujuan manipulasi pengaruh politik yang menyasarkan pengguna di Malaysia.
Berdasarkan laporan tersebut, Anthropic mendakwa bahawa teknologi Claude telah digunakan oleh suatu entiti di luar negara untuk membangunkan beberapa komponen operasi berkenaan termasuk...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya rasa jawapan Yang Berhormat berikan ini Pengerusi, adalah jawapan sebiji sama dengan jawapan bertarikh 11 hari bulan November. Ya, saya boleh baca. Kalau saya nak teruskan jawapan Menteri pun boleh. “Berdasarkan
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
laporan tersebut, Anthropic mendakwa bahawa teknologi Claude telah digunakan...” dan seterusnya.
Jadi, kalau setakat nak baca jawapan 11 hari bulan, baik kata tak payah bahas pada hari ini yang dah 20 lebih hari bulan ini. Saya nak, apa update terkini daripada siasatan ini? Berapa lama lagi siasatan yang nak dijalankan? Dan kenapa sampai sekarang tidak ada apa-apa keterangan yang diberikan? Takkan nak baca jawapan 11 hari bulan.
Puan Teo Nie Ching
Ahli Yang Berhormat, saya hanya mampu bagilah jawapan sekiranya dia ada perkembangan baharu. Kalau tak ada perkembangan baharu, maksudnya kalau kita tak dapat apa-apa maklum balas daripada Anthropic.
Jadi, kami tak ada apa-apa untuk kita siasat. Itulah masalah dan cabaran yang dihadapi oleh MCMC. Sekiranya Ahli Yang Berhormat yang bijaksana mempunyai butiran tambahan yang tidak diketahui oleh MCMC, silalah bekal kepada MCMC supaya siasatan lanjutan boleh dilaksanakan.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ya Pengerusi, kalau sekiranya siasatan perlu dilaksanakan, siasat siapa yang menyebabkan sehingga satu juta fake views pergi ke akaun Perdana Menteri. Kenapa tidak ada sebarang laporan dibuat oleh pihak kerajaan sendiri supaya siasatan itu boleh dibuat?
Puan Teo Nie Ching
Pertamanya...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Bukan, ini bukan peranan kita. Yang palsu itu adalah sokongan kepada Perdana Menteri di pihak sana, bukan pihak kami. Kenapa tanggungjawab itu jatuh kepada kami pula?
Puan Teo Nie Ching
Pertamanya, fake account— bukan, sorry.
Pertamanya, akaun Perdana Menteri bukanlah dikendali oleh MCMC. Jadilah, bagaimana MCMC nak buat siasatan terhadap isu itu dan isu itu berbeza dengan dakwaan yang dibuat oleh Anthropic. Jadi, saya harap bahawa Ahli Yang Berhormat janganlah campur dua isu yang berbeza ini. Itu tidak adil untuk MCMC.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Baik, baik. Kalau begitu, bolehkah...
Puan Teo Nie Ching
Bagaimana kita nak mengesahkan bahawa sama ada reach untuklah setiap social media posting yang dibuat dalamlah akaun media sosial Yang Berhormat adalah genuine ataupun tidak genuine?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kalau begitu, bolehkah Yang Berhormat Menteri sahkan bahawa sehingga hari ini, Perdana
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Menteri yang namanya disebut oleh Laporan Anthropic, Perdana Menteri tidak membuat apa-apa laporan dan tidak mempedulikan tuduhan yang dibuat oleh Anthropic ini? Dan ini adalah satu perkara yang kita kecewa dengan Perdana Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Saya rasa Yang Berhormat bolehlah buat tuduhan, tetapi apa yang saya boleh ulangi di sini adalah kami tidak terima maklum balas daripada Anthropic untuk kita menjalankan siasatan lanjutan. Sekiranya Ahli Yang Berhormat yang begitu bijaksana ada bukti, silalah bawa kepada Dewan yang mulia ini ataupun bawa kepada MCMC.
[Tepuk] Siasatan hanya boleh dijalankan kalau kita ada butiran Yang Berhormat. Kami tak bolehlah plucked from the air dan jalankan siasatan.
Saya juga boleh cakap bahawa reach yang di bawahlah media sosial akaun Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya adalah palsu. Tetapi kalau saya tak ada bukti, apa siasatan yang boleh dijalankan? Jadi, cukuplah untuk setakat itu untuklah isu Anthropic. Jadi, saya nak alih kepada cadangan ataupun pertanyaan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang.
Pertamanya, Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang tanya tentanglah perincian RM25 juta untuklah Hari Kebangsaan dan jugalah Hari Malaysia. Pembelanjaan di bawah Hari Kebangsaan, Hari Malaysia diagihkan kepada pelbagai kementerian dan juga jabatan yang menganggotai jawatankuasa yang menggunakan peruntukan di bawah OA40000 yang berjumlah RM10 juta seperti berikut.
Pertama, Jawatankuasa Perisian Program yang diketuai oleh JKKM. RM3.8 juta diperuntukkan untuk jawatankuasa tersebut. Kedua, Jawatankuasa Logistik dan juga Penyiapan Tempat yang diketuai olehlah Perbadanan Putrajaya. RM5 juta diperuntukkan untuk jawatankuasa ini. Ketiga, Jawatankuasa Hari Malaysia yang diketuai olehlah SUP Sarawak. RM1 juta telahlah diperuntukkan untuk mereka. Dan jugalah keempat, Jawatankuasa Pengisian Kandungan dan juga Pendokumentasian Berpusat yang diketuai oleh FINAS. Satu peruntukan sebanyak RM150,000 telahlah diperuntukkan untuk mereka.
Puan Teo Nie Ching
Di samping itu juga, perbelanjaan HKHM juga melibatkan penyaluran peruntukan di bawah OA20000 kepada kementerian, jabatan, agensi lain seperti ATM, PDRM, APMM, bomba, RELA, RTN, JAPEN dan lain-lain yang berjumlah sebanyak RM15 juta.
Puan Teo Nie Ching
Kementerian mengambil maklum akan cadangan untuk menjemput mantan Perdana Menteri untuk turut hadir ke sambutan Hari Kebangsaan yang akan datang.
Perkara ini akan kami bawa kepada mesyuarat-mesyuarat induk khasnya untuk BHEUU di bawah JPM kerana mereka yang menguruskan tentang jemputan untuk Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia.
Ahli Yang Berhormat Alor Setar. Ahli Yang Berhormat Alor Setar tanyalah tentang peranan J-KOM. J-KOM berperanan sebagai agensi pemerkasaan komunikasi di peringkat akar umbi dengan pendekatan kepada:
(i) penyampaian maklumat kerajaan yang sahih, tepat dan juga mudah difahami,
(ii) merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dengan rakyat,
(iii) meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap dasar dan juga program kerajaan,
(iv) membina rangkaian komunikasi komuniti; dan
(v) menganalisis isu semasa dan menyampaikan respons secara proaktif.
Penjajaran semula fungsi J-KOM pada Februari 2025 turut memberi pendekatan kepada komunikasi inklusif, komunikasi strategik dan pengurusan naratif dasar kerajaan. Ini menunjukkan J-KOM mempunyai dimensi komunikasi rakyat dan komunikasi strategik kerajaan bukanlah, termasuklah dimensi sosial, politik.
Secara ringkas, model peranan J-KOM adalah seperti berikut. Ada tiga teras strategik.
Pertama komunikasi rakyat, mendengar, memahami dan menyantuni masyarakat, analisis sosial politik, meneliti sentimen, persepsi dan perubahan sosial komunikasi strategik dan juga menjelaskan dasar dan mengurus komunikasi kerajaan.
Saya boleh sebutkan di sini bahawa secara keseluruhannya, peruntukan bagilah aktiviti 020700 meningkat sebanyak RM1.8 juta berbanding peruntukan asal iaitu satu peningkatan sebanyak 11.36 peratus. Peningkatan di bawah OA10000 ini sebahagian besarnya melibatkan keperluan emolumen bagilah perjawatan tetap yang telah diisikan termasuk implikasi pergerakan gaji tahunan.
Selain itu, peningkatan di bawah OA30000 turut mengambil kira keperluan pembaharuan lesen perisian aset tidak ketara yang telah tamat tempoh dan juga
Puan Teo Nie Ching
perolehan aset fizikal baharu yang perlulah, bagilah menggantikan aset yang lama dan juga rosak.
Di samping itu, peningkatan di bawah OA40000 adalah bagi keperluan pelaksanaan program dan juga aktiviti komuniti di lapangan. Program di peringkat akar umbi yang telah dilaksanakan oleh J-KOM sehinggalah November 2026 adalah seperti berikut.
Program Hasrat MADANI sebanyak 120 siri di 120 kawasan Parlimen telah dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman rakyat di peringkat akar umbi terhadap inisiatif kerajaan serta memperkukuh perpaduan dan komunikasi dua hala.
Kedua, program K.A.W.A.N ataupun kita panggil Key Communicator dengan izin, sebanyak 138 siri di Parlimen terpilih telah juga dilaksanakan bagi memperkasakan komunikator utama dan juga pemimpin komuniti sebagai penghubung strategik antara kerajaan dengan rakyat.
Ketiga, Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) memperkukuh penglibatan belia melalui dialog dua hala, meningkatkan kefahaman dasar kerajaan, jati diri, patriotisme serta mendedahkan kepada peluang pendidikan dan juga kerjaya. Ini telah dilaksanakan sebanyak enam siri.
Program MADANI Kita melibatkan 17 kawasan Parlimen terpilih dengan 58,185 rakyat disantuni melalui penyampaian perkhidmatan, bantuan dan inisiatif kerajaan secara langsung di peringkat akar umbi dan juga Program Satelit Khas.
Program Rakyat MADANI ini melibatkan tiga program iaitu Ikhlas Ramadan Lembah Pantai, Majlis Santunan Ihsan di Sungai Petani dan juga Kenduri Rakyat di Tambun denganlah fokus kepada kebajikan komuniti khususnya untuk golongan asnaf dan juga B40.
Program Komuniti Rakyat MADANI memperkukuhkan perpaduan sosial, penglibatan belia dan juga penyampaian maklumat kerajaan melalui pelaksanaan aktiviti bersama komuniti juga telah dilaksanakan sebanyak 12 program.
Program Kampung Angkat MADANI sebanyak lima projek pembangunan dan ekonomi telah dilaksanakan dan jugalah Program Sekolah Angkat MADANI sebanyak dua projek naik taraf yang melibatkan Dewan Bitara dan juga Pusat Sumber SK Sultan Abu Bakar, satu di Muar, Johor bagi meningkatkan keselesaan dan juga kualiti persekitaran pelajaran.
Ahli Yang Berhormat Alor Setar juga tanya tentang online gambling. Setakat ini MCMC atau Kementerian Komunikasi dan juga MCMC tidak ada rancangan untuk buat syarikat online gambling ini sebagai satu license seperti apa yang kami telah
Puan Teo Nie Ching
buat, laksanakan terhadap platform media sosial. Tetapi walau bagaimanapun, di bawahlah content forum ataupun kita panggil forum kandungan komunikasi dan multimedia Malaysia sedang menjalankan kajian bagilah menilai perkembangan risiko dan pendekatan kawal selia yang bersesuaian berkaitan perkhidmatan permainan dalam talian.
Kajian ini merangkumi aspek keselamatan kanak-kanak, interaksi antara pengguna, ciri dan juga kandungan permainan serta langkah perlindungan yang dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan. MCMC turut meneliti pendekatan dan juga amalan di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada penilaian tersebut.
Hasil kajian ini akanlah menjadi asas dalam menentukan sama ada terdapat keperluan untuk memperkenalkan langkah perlindungan ataupun pendekatan kawal selia tambahan yang bersesuaian dengan konteks Malaysia dengan mengambil kira perkembangan industri, risiko yang dikenal pasti serta keberkesanan langkah perlindungan yang sedia ada.
Pada masa yang sama, CMCF telah mengadakan rundingan awam, public consultation bagi membangunkan sub kod permainan, gaming sub-code dengan izin, dari 9 September sehinggalah 24 Oktober tahun ini.
Proses ini turut melibatkan kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuklah pengendali, gedung aplikasi, pembangun permainan tempatan dan antarabangsa, pakar keselamatan dalam talian, industri e- sukan, pengamal undang-undang dan juga penyelidik. Maklum balas yang diterima menerusi rundingan awam ini akan dipertimbangkan bagilah menambah baik sub- code tersebut.
Sebarang keperluan untuk menyemak semula peraturan yang berkuat kuasa akanlah dinilai berdasarkan maklum balas pihak berkepentingan, perkembangan semasa, risiko yang dikenal pasti serta keberkesanan kerangka kawal selia sedia ada. Pendekatan ini adalah bagi memastikan kawal selia yang dilaksanakan kekal relevan berasaskan bukti dan berkadar dengan risiko di samping mengutamakan keselamatan pengguna khususnya kanak-kanak dan jugalah remaja.
Tentang isu penipuan dalam talian, saya nak jelaskan di sini bahawa MCMC tidak – siasatan untuk penipuan dalam talian sebenarnya dikendali oleh pihak PDRM.
Dan jadi, oleh sebab itu, tentanglah isu kerugian itu dipulangkan tidak kepada mangsa, itulah sebenarnya di luar bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan MCMC.
Puan Teo Nie Ching
Dan oleh sebab itu, saya tak ada apa-apa butiran yang boleh saya kongsikan dengan Ahli Yang Berhormat Alor Setar, tetapi saya boleh kongsilah dalam Dewan yang mulia ini bahawa bagi tempoh 1 Januari 2026 hinggalah 15 November tahun ini, sebanyak 202,402 kandungan memudaratkan dalam talian yang berunsur penipuan dalam talian telah pun diturunkan olehlah pemberi perkhidmatan berikutan permohonan daripada MCMC. Ya, Ahli Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang perlindungan kanak-kanak tadi tu, saya ada tanya tadi tentang platform mana dalam media sosial yang belum mematuhi apa yang telah kerajaan tetapkan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Kedua ialah apabila kanak-kanak itu buat aduan tentang keselamatan yang terjejas, berapa lama kerajaan ambil masa untuk tangani kes itu dan untuk nak lindungi kanak-kanak itu? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertamanya, kita panggil sekarang kita berada dalam tempoh transisi, transition period di mana sebenarnya untuk Akta Keselamatan Talian dan juga untuk Child Protection Code and also Risk Mitigation Code telah berkuat kuasa pada 1 hari bulan Jun tahun ini tetapi sejak hari itu hingga sekarang kita berada dalam satu tempoh transisi di mana kita memberi masa kepada platform untuk menjelaskan bagaimana mereka akan melaksanakan obligasi yang telah ditetapkan di bawah Child Protection Code dan juga Risk Mitigation Code ini.
Perjumpaan telah buat denganlah Google yang merupakan penyedia perkhidmatan, YouTube dan jugalah Meta. That is for Facebook dan jugalah Instagram dan jugalah untuk TikTok. Jadi, kita— apa maklumat yang saya boleh kongsi setakat ini adalah sebenarnya mereka tengah buat the multi-layered assurance, minta maaf, multi-layered (H-)verification di platform masing-masing tetapi kita tak terima angka ataupun tentanglah akaun yang telah ditutup oleh mereka. Itu pertama.
Tentang isu kedua, berapa tempoh masa yang diberi kepada platform untuk turunkan sesuatu content ataupun kandungan yang memudaratkan. Di bawahlah Online Safety Act, Akta Keselamatan Dalam Talian, kami klasifikasikan kandungan memudaratkan untuk dua kategori. Pertama, kita panggil high-priority online harms.
Ini termasuklah [Tidak jelas] content seperti censored dan juga yang lain-lain.
Puan Teo Nie Ching
Jadilah untuk high priority harmful content , mereka diberilah tempoh masa yang lebih pendek untuk platform ambil tindakan seperti 48 jam. Mereka perlulah turunkan ataupun 24 jam untuk mereka padamkan content tersebut. Selepas itu, mereka dibenarkan untuk buat penilaian sama ada memang content kandungan tersebut melanggar undang-undang Malaysia ataupun garis panduan komuniti tersebut.
Jadi, kita mengkategorikan masa yang diperlukan oleh platform ikutlah jenis content ataupun kandungan yang memudaratkan iaitu high priority content tempoh masa yang lebih pendek akan dikenakan terhadap platform. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Saya nak pergi ke Ahli Yang Berhormat Betong tentang Anugerah Carta Sapa Juara yang dianjurkan oleh WAIfm. Iban merupakan antara program utama yang telah dirancang dalam takwim tahunan Stesen Radio RTM SARA, khususnya WaiFM dan juga Sarawak FM. Okey, penganjuran program ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada penggiat industri muzik tempatan, mengetengahkan bakat serta karya kreatif anak Sarawak di samping memperkukuh peranan RTM dan memartabatkan industri muzik berbahasa Iban.
Peruntukan asas bagilah pelaksanaan program ini sememangnya telah disediakan walaupun perancangan tahunan stesen— melalui perancangan tahunan stesen. Walau bagaimanapun, bagi memastikan penganjuran yang lebih berkualiti, berimpak tinggi dan juga menyeluruh, terdapatlah keperluan untuk mendapat sokongan setelah kerjasama strategik daripada pelbagai pihak bagilah melengkapkan keperluan pelaksanaan program.
Saya rasa pendekatan seperti ini bukan satu perkara yang baharu tetapi untuk kebanyakan program khasnya di bawah Kementerian Komunikasi, memang kita melaksanakan pendekatan yang sama. Sama juga untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Walaupun RM25 juta telah diperuntukkan untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, tetapi sebenarnya Kementerian Komunikasi juga put in extra effort untuk dapatlah sokongan daripada pihak swasta supaya kita boleh lagilah memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Sama juga denganlah Filem Festival Malaysia yang barulah dianjurkan pada hari Ahad yang lalu. Juga, peruntukan sedia ada, ada tetapi FINAS juga melaksanakan ataupun mengambil inisiatif untuklah juga dapatlah tajaan daripada syarikat-syarikat swasta. Tahun ini mereka dapatlah owner sebagai tajaan utama untuk program tersebut. Jadi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Puan Teo Nie Ching
Ya, betul. Banyak isu yang saya belum jawab lagi tetapi saya nak bagi jaminan di sini bahawa ialah sebenarnya ramai Ahli-ahli Yang Berhormat sentuh tentang isu liputan Internet kat kawasan mereka seperti Hulu Langat, Batang Lupar, Bentong, Jeli, Beaufort, Machang, Betong dan juga Pasir Mas.
Saya di sini nak bagilah jaminan bahawa pegawai dari MCMC akanlah turun, akanlah buat engagement denganlah Ahli-ahli Yang Berhormat untuklah mengenal pasti dan lebihlah memahami isu-isu di kawasan tersebut.
Memang di bawah Kementerian Komunikasi, kami ada JENDELA 2 yang di mana kita telah mengenal pasti 1,000 lokasi untuk dilaksanakan dan projek ataupun lokasi-lokasi di Sabah dan Sarawak sebenarnya telah siap ditenderkan. Untuk lokasi- lokasi, berapakah menara komunikasi baharu yang akan dibina di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat masing-masing, juga bolehlah saya kongsikan butiran tersebut melaluilah jawapan menulis.
Saya minta maaf kerana walaupun banyak soalan yang saya nak jawab tetapi saya baru sampailah page 33 tetapi jawapan saya adalah 131 muka surat. So, banyak terima kasih saya ucapkan kepada Puan Pengerusi. Sekali lagi saya nak ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberilah pandangan, teguran dan juga cadangan sepanjang perbahasan ini. Untuk isu-isu yang saya tak sempat jawab, saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM1,136,149,400 untuk Kepala B.47 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.47 jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya bahawa perbelanjaan yang disebut dalam Kepala P.47 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 24 November 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.27 petang]