Nov192026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.

draft • 10:00 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jadi, sebelum ke soalan, saya ingin berpantun. Minggu ini minggu berpantun ya. Saya nak mohon kebenaran untuk berpantun.

Kemenangan Negeri Sembilan dan Melaka bukti penyatuan; Rakyat Malaysia menyambut dengan penuh kesyukuran; Soalan Kuantan nanti perlukan jawapan; Harap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri beri penerangan. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baca soalan.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan]: Minta Perdana Menteri menyatakan, apakah persediaan kerajaan daripada segi kesiapsiagaan pasukan penyelamat dan aset serta bantuan kebajikan termasuk kewangan dalam menghadapi bencana sewaktu musim Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda, dan adakah kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana NGO atau sukarelawan yang turut terlibat dalam urusan membantu mangsa banjir. Sekian.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih. Saya tak sempat nak jawab pantun, tapi tak apalah, yang sama-sama itu saya laksanakan, insya-Allah.

draft • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

NADMA iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara adalah merupakan agensi utama kerajaan untuk mempersiapkan segala kemudahan serta memperkukuhkan kesiapsiagaan secara bersepadu melalui pendekatan, dengan izin, whole-of-government dan juga whole-of- society bagi memastikan agensi bertindak balas dan kita melibatkan agensi teknikal, pihak berkuasa negeri dan juga daerah serta rakan strategik sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan sewajarnya bagi menghadapi Monsun Timur Laut pada tahun ini dan tahun hadapan.

Dari segi sumber manusia, seramai lebih 100,000 orang anggota daripada agensi tindak balas dan agensi teknikal telah pun digerak atur bagi menghadapi MTL ini. Kekuatan ini turut disokong dengan pelbagai aset dan juga peralatan operasi. Antaranya, hampir 2,500 buah bot, lebih daripada 2,000 kenderaan pacuan empat roda atau four by four, lebih daripada 1,100 buah lori, 28 pesawat udara dan lebih 35,000 unit jaket keselamatan.

Selain daripada itu, 101 aset Jabatan Kerja Raya (JKR) turut berada dalam keadaan siap siaga. JPS pula menyiapkan 300 unit pam bergerak, 30 unit set jana kuasa atau genset,15 buah lori kren yang ditempatkan di peringkat negeri dan daerah serta bailey bridge telah disediakan oleh NADMA. Untuk sekarang ini, sebanyak tujuh set. JKR sendiri mempunyai 31 set bailey bridge. Rejimen kejuruteraan ATM mempunyai sebanyak 11 set dan enam set dalam proses perolehan oleh NADMA. Ertinya, bailey bridge juga kita sediakan.

Selain daripada itu, kita juga menyediakan suatu data iaitu kita telah mengenal pasti 3,045 lokasi hotspot banjir dan kita juga telah melihat 31 kawasan hotspot tanah runtuh di mana 90 dikategorikan sebagai kritikal tinggi, 92 kritikal sederhana dan 81 kritikal rendah, selain daripada sistem amaran awal banjir yang telah kita sediakan, kesiapsiagaan dari segi kebajikan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Untuk penglibatan NGO, kita telah memobilisasikan banyak NGO iaitu sekarang ini 159 NGO yang telah disiapsiagakan untuk diatur gerak bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuantan.

draft • 10:00 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Jadi, sebagaimana yang biasa dilalui oleh kami di Pantai Timur, berkaitan isu banjir ini amat-amat dekat ataupun amat-amat membimbangkan jika berlaku sepertimana jangkaan pada tahun ini. Kita doa semoga perkara ini tidak berlaku, insya-Allah. Jadi, soalan tambahan saya adalah apakah mekanisme penyelarasan bagi menggembleng penglibatan sukarelawan dan NGO― contohnya, Khidmat Malaysia― serta mana-mana NGO dalam membantu operasi pengurusan bencana khususnya semasa Monsun Timur Laut? Mohon dapatkan maklumat peruntukan pengoperasian NADMA seluruh negara serta negeri Pahang, khususnya Daerah Kuantan.

draft • 10:00 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Serta saya mohon agar libatkan juga semua Wakil Rakyat tanpa mengira fahaman politik dalam situasi menghadapi bencana ini. Kerana ketika ini, YB Pembangkang, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atau Pegawai Pusat Khidmat, tidak pernah dilibatkan dalam Jawatankuasa Bencana Daerah. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya nyatakan, 159 NGO telah kita atur gerakkan. Dan NGO ini telah kita selaraskan di peringkat nasional, di peringkat negeri dan di peringkat daerah. Untuk NGO-NGO yang tidak beruniform, diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dan ini berasaskan kepada Arahan NADMA No.1 mengenai dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara serta kita telah melakukan penyelarasan di semua peringkat termasuklah NGO-NGO yang digerakkan oleh parti-parti politik tanpa mengira warna sama ada biru pekat atau biru cerah dan lain-lain warna lagi dan insya-Allah, kita akan melakukan yang terbaik.

Bagi Kuantan khususnya serta negeri Pahang amnya, kita telah mengatur gerakkan semua aset dan marilah kita ketepikan perbedaan-perbedaan politik dalam perkara ini kerana banjir tidak mengenal warna politik dan mangsa banjir juga mengharapkan bahawa tidak ada perbedaan-perbedaan ini kerana semuanya adalah mereka yang harus dibantu oleh pihak kerajaan, oleh pihak NADMA khususnya, terutamanya di peringkat negeri, peringkat daerah dan juga peringkat komuniti.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, berdasarkan garis panduan sedia ada mengenai kriteria kelayakan Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 yang ditetapkan oleh NADMA, para pemohon hendaklah berpindah ataupun mendaftar di PPS. Ramai mangsa yang tidak dapat berpindah ke PPS. Saya sendiri tidak boleh keluar daripada kawasan rumah dua hari.

So, macam mana saya nak berpindah ke PPS?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Soalan saya, apakah justifikasi kerajaan yang mengekalkan polisi sebegini yang seolah-olah menafikan hak bantuan kepada mangsa banjir? Begitu juga kepada bantuan, hanya layak kepada rumah kediaman, kepada peniaga- peniaga kecil yang amat terkesan. Adakah kerajaan bersedia untuk mengubah pendekatan daripada bantuan berasaskan status pendaftaran kepada bantuan berasaskan pengesahan kerosakan ataupun impak bencana yang sebenar? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Inilah soalan yang sangat proaktif. Jadi, layak selepas ini naik pangkat.

[Ketawa] Memang benar kita telah mengubah kaedah untuk penyaluran bantuan untuk mangsa banjir. Kini, Bantuan Wang Ihsan itu kita berikan sebelum mereka balik ke rumah. Ertinya, sewaktu mereka di PPS itu, sedaya mungkin kita beri ketika itu.

Yang keduanya bagi mereka yang tidak berpindah, tetapi terjejas umpamanya mereka duduk di rumah anak-anak atau keluarga yang lain. Asalkan mereka didaftarkan di Pusat Pendaftaran Mangsa Banjir ini, kita akan berikan juga bantuan.

Manakala untuk para peniaga— satu cadangan yang baik dan insya-Allah saya akan bawa ke Jawatankuasa Pengurusan Pusat mengenai perkara itu dan ini adalah sesuatu yang harus difikirkan, tetapi kita harus ingat, dengan izin, ini act of God. Ini takdir daripada Allah SWT dan ini bukan kita mahu membayar pampasan, tetapi kita mahu memberikan bantuan.

Jadi, keprihatinan itu harus diberikan keutamaan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Julau.

draft • 10:10 AM

2. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Julau minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, usaha menyahkarbonkan sektor pengangkutan negara, bagaimana teknologi hidrogen dapat melengkapi peranan EV dan apakah kelebihan strategiknya dalam membangunkan sistem mobiliti rendah karbon yang mampan?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Julau.

Tuan Yang di-Pertua, teknologi hidrogen berpotensi melengkapi peranan kenderaan elektrik ataupun EV dalam usaha menyahkarbonkan sektor pengangkutan negara, khususnya bagi segmen pengangkutan berat dan perjalanan jarak jauh yang memerlukan jarak operasi lebih panjang serta masa pengisian semula yang lebih singkat.

Dalam konteks ini, EV berasaskan bateri ataupun BEV lebih sesuai untuk aplikasi seperti kenderaan penumpang, bas bandar dan kenderaan dengan laluan serta akses pengecasan yang bersesuaian. Manakala, teknologi fuel cell electric vehicle (FCEV) dan hidrogen boleh dipertimbangkan bagi aplikasi bas dan kenderaan komersial berat yang mempunyai keperluan operasi yang lebih mencabar.

Selaras dengan pendekatan tersebut, NanoMalaysia Berhad (NMB) melalui inisiatif pembangunan teknologi EV dan hidrogen telah meneroka integrasi sistem hidrogen dengan platform elektrifikasi termasuk pembangunan EV Bus Conversion dan fuel cell electric bus

draft • 10:10 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Chang Lih Kang

(FCEB) di bawah program EMERGE, Enabling Mobility dengan izin, Enabling Mobility Electrification for Green Economy yang dibiayai oleh MOSTI melalui Dana Penyelidikan Strategik.

Inisiatif ini merangkumi pembangunan tiga bas EV dan dua bas FCEV dengan teknologi fuel cell digunakan sebagai sebahagian daripada sistem elektrifikasi bagi menyokong operasi kenderaan dan meningkatkan fleksibiliti penggunaan tenaga. Secara strategik, EV dan hidrogen boleh digunakan, boleh dibangunkan secara saling melengkapi bagi membentuk ekosistem mobiliti rendah karbon dengan EV sesuai untuk perjalanan harian, manakala FCEV berpotensi menyokong pengangkutan berat, jarak jauh dan operasi intensif.

Pembangunan teknologi hidrogen tempatan juga dapat memperkukuh kepakaran, rantaian bekalan, infrastruktur dan keupayaan industri termasuk melalui penukaran bas sedia ada kepada EV atau FCEV, tertakluk kepada pertimbangan kos, keselamatan, operasi, jangka hayat dan kelulusan kerajaan.

Selain itu, memandangkan kos hidrogen hijau masih tinggi, penggunaan hidrogen kelabu ataupun grey hydrogen berketulenan tinggi daripada proses konvensional boleh dipertimbangkan sebagai langkah peralihan, khususnya bagi aplikasi proton exchange membrane fuel cell (PEMFC) yang menghasilkan air sebagai hasil sampingan tanpa pelepasan asap di peringkat pengguna.

Walau bagaimanapun, pendekatan ini perlu disokong oleh kajian menyeluruh dari aspek kos dan penilaian alam sekitar meliputi proses penulenan, pemampatan, penyimpanan serta pengangkutan hidrogen ke stesen pengisian semula sebelum Malaysia beralih secara berperingkat kepada hidrogen hijau yang lebih rendah karbon. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Julau.

draft • 10:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Okey, Terima kasih. Soalan tambahan. Memandangkan kos penghasilan hidrogen hijau pada masa ini masih agak tinggi iaitu dianggarkan antara USD8 hingga USD10 sekilogram berbanding hidrogen kelabu yang hanya sekitar USD2 sekilogram, apakah pendekatan, strategi dan perancangan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan hidrogen sebagai sumber bahan api alternatif yang lebih mampan dan berdaya saing?

draft • 10:10 AM

Datuk Chang Lih Kang

Terima kasih Julau. Terima kasih Timbalan Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melihat hidrogen sebagai bahan api alternatif strategik bagi menyahkarbonkan sektor pengangkutan, khususnya untuk kenderaan komersial berat bas ekspres dan logistik jarak jauh. Memandangkan kos hidrogen hijau masih tinggi sekarang, kerajaan boleh mempertimbangkan penggunaan hidrogen kelabu ataupun grey hydrogen sebagai bahan api peralihan dan tertakluk pada penilaian kecukupan bekalan, keamatan karbon dan impak alam sekitar.

draft • 10:10 AM

Datuk Chang Lih Kang

Penggunaan FCEV pula yang tidak menghasilkan sebarang pelepasan karbon di ekzos hanya menghasilkan air sebagai produk sampingan. Pada masa yang sama, hidrogen juga mempunyai ketumpatan tenaga gravimetri yang tinggi iaitu kandungan tenaga yang tinggi bagi setiap kilogram bahan api. So, ciri ini memberi kelebihan kepada aplikasi pengangkutan berat yang memerlukan jarak perjalanan jauh dan kapasiti muatan yang optimum.

Maka, penggunaan hidrogen berpotensi menawarkan daya saing daripada dari segi kos operasi berbanding dengan diesel, khususnya apabila mengambil kira harga diesel tanpa subsidi. Walau bagaimanapun, kajian kebolehlaksanaan perlu dilaksanakan merangkumi bekalan hidrogen kelabu domestik, penilaian keamatan karbon dan impak alam sekitar.

Sehubungan itu, kerajaan boleh juga meneliti insentif fiskal, pembangunan infrastruktur dan galakan penggunaan FCEV bagi merangsang pasaran mobiliti hidrogen.

Kesimpulannya, mobiliti hidrogen bukan bertujuan untuk bersaing dengan kenderaan EV, sebaliknya saling melengkapi dan peranan melalui pendekatan dwi teknologi ataupun dual technology approach, dengan izin.

draft • 10:10 AM

Datuk Chang Lih Kang

Seperti yang dikatakan tadi, BEV lebih sesuai pada kenderaan penumpang ataupun jarak short range, dengan izin, dan hidrogen dia lebih pada kenderaan berat dan juga long reach, dengan izin. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Terengganu.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, terima kasih, Tuan Pengerusi. Tadi dikatakan bahawa hidrogen lebih sesuai untuk kenderaan berat. Walau bagaimanapun, untuk projek rintis hidrogen, MOSTI telah memulakan projek rintis stesen pengisian hidrogen mudah alih di Putrajaya dengan pelaburan RM15 juta. Ini melibatkan tiga buah Toyota Mirai, ini 2025. Kalau boleh dijelaskan lebih lanjut, mengapa kita menguji pada kereta dahulu, sedangkan kenderaannya yang dimaksudkan adalah untuk kenderaan berat.

Kemudian yang kedua. Saya ingin tanya, bagaimana tentang kemajuan R&D teknologi kitar semula sebab bateri ini dia ada usia hayat dia. Di penghujung usia hayat ini, mineral kritikal seperti litium, nikel dan kobalt daripada bateri EV— R&D kita tentang tahap pengkomersialan teknologi tempatan bagi memastikan bateri terpakai tidak menjadi beban pencemaran alam sekitar, sebaliknya dapat dimanfaatkan sebagai sumber ekonomi kitaran negara. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Chang Lih Kang

Terima kasih Timbalan Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Terengganu atas dua soalan itu. Yang pertama, tentang MHRS- mobile hydrogen refueling station yang kita bangunkan sebelum ini untuk jangka dua tahun. Kenapa kita buat sebegini?

draft • 10:20 AM

Datuk Chang Lih Kang

Sebab di dalam HTER- Hydrogen Economy and Technology Roadmap, dari sekarang hingga ke tahun 2030 adalah peringkat demonstrasi ataupun demonstration stage. Di mana kita perlu mempamerkan apa teknologi berkaitan dengan hidrogen, tenaga hidrogen yang ada. Maka, kita bawa kereta Toyota Mirai masuk untuk tunjukkan bahawa teknologi memang sedia ada dan mobile hydrogen refueling station itu juga boleh dilaksanakan. Just untuk pamerkan kepada semua orang, menunjukkan kepada semua orang bahawa teknologi dah sedia ada.

Apa yang kita perlu lakukan adalah pertama, kita kena ada economies of scale, di mana akan mengurangkan kos operasi. Dan sekiranya kos direndahkan, dia akan jadi lebih relevan untuk penggunaan kereta ataupun kenderaan hidrogen pada sekarang. Maka, kita bawa untuk buktikan sahaja, tidak bermakna hidrogen ini lebih sesuai untuk kenderaan penumpang. Sebab keadaan sekarang, di mana kos hidrogen hijau masih tinggi lagi.

Untuk soalan kedua adalah tentang bateri. Sebenarnya, fuel cell battery ini, dia penggunaan ataupun kandungan lithium, nikel ataupun kobalt itu jauh lagi rendah daripada bateri EV sekarang. Maka, itu adalah satu proses (transition) peralihan, di mana dari bateri EV kita tukar kepada hidrogen, fuel cell EV, dia akan menggunakan litium ataupun nikel yang jauh lebih sedikit daripada bateri yang sedia ada. Maka, ini adalah juga satu usaha penyahkarbonan sistem pengangkutan negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum, salam sejahtera. Pantun Yang Berhormat....

Kalau Kota Raja pergi berkelah, Jangan lupa bawa plastik sampah; Yang menang di Melaka syukur alhamdulillah, Yang tidak menang reda ajalah.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, pendirian muktamad kerajaan berkaitan penyertaan Malaysia daripada International Union for Protection of New Varieties (UPOV) 1978 kepada UPOV 1991 di bawah Comprehensive and Progressive Agreement for Trans- Pacific Partnership (CPTPP).

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Parit Buntar tak ada lombong; Dah menang jangan sombong...

draft • 10:20 AM

[Dewan ketawa]

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 dikuatkuasakan adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada hak pembiak baka bagi varieti baharu yang dibangunkan. Penyertaan pembiak baka bagi mendapatkan perlindungan ini adalah secara sukarela. Kerajaan pada masa ini sedang meneruskan proses penyertaan Malaysia ke dalam Convention International Union for Protection of New Varieties of Plants (UPOV 1991). Sebelum itu, kita belum masuk lagi. Ini UPOV baru kita nak masuk. Soalan tadi itu kata dah masuk, sebenarnya tidak.

Sebagai daripada usaha memperkukuh sistem perlindungan varieti tumbuhan negara serta meningkatkan keyakinan terhadap ekosistem pembalakan, pembiakan, pembiakbakaan varieti tumbuhan Malaysia di peringkat antarabangsa. Penyertaan Malaysia dalam UPOV ini merupakan sebahagian daripada komitmen negara di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang telah diratifikasi pada 30 September 2022.

Bagi tujuan tersebut, kerajaan melaksanakan semakan dan cadangan pindaan terhadap Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 bagi memastikan peruntukan selaras dengan keperluan semasa, perkembangan industri serta komitmen antarabangsa yang berkaitan. Proses ini dilaksanakan melalui penelitian terperinci oleh Jabatan Peguam Negara dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan setiap cadangan pindaan adalah selaras dengan kerangka perundangan negara, dasar kerajaan serta kepentingan nasional.

Dalam merangka cadangan pindaan kepada Akta 634, kementerian mengambil kira pandangan dan kepentingan para petani melalui proses libat urus yang menyeluruh. Sejak 2016, kementerian melalui Jabatan Pertanian telah mengambil inisiatif melaksanakan pelbagai siri sesi libat urus yang melibatkan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) ahli akademik dan pemain industri. Usaha ini bertujuan untuk menyeragamkan peruntukan di bawah Akta 634, khususnya bagi mengimbangi hak dan kepentingan antara pembiak baka, petani dan semua pihak berkepentingan serta melalui proses regulatory impact assessment

(RIA). Sedikit lagi ya, ini penting ini, hal ini.

Sehingga kini, sebanyak 29 sesi libat urus yang melibatkan empat fasa dengan pelbagai pihak telah dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak bagi menjelaskan cadangan pindaan Akta 634, sebelum Akta 634 ini di bentang dan dibahaskan di Parlimen.

Sesi libat urus akan terus dilaksanakan bagi memastikan kesemua pihak berkepentingan diberi penerangan yang telus dan dapat memahami tujuan pindaan Akta 634 ini. Kementerian komited untuk memastikan pindaan tersebut tidak menghakis sebarang hak petani serta terus memelihara amalan tradisional mereka. Kementerian juga akan

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

memastikan pindaan ini tidak mengatasi pemakaian mana-mana akta di bawah seliaan kementerian lain.

Matlamat kerajaan bukan sekadar menyertai UPOV 1991, tetapi membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem perlindungan varieti tumbuhan yang diyakini, berwibawa dan menjadi rujukan di peringkat serantau, khususnya dalam konteks varieti tropika demi manfaat keseluruhan rantaian nilai pertanian negara, termasuk pembiak baka, pengeluar benih. Itulah jawapan setakat ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit Buntar.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih Kota Raja. Soalan saya, minta kerajaan menyatakan pendirian muktamad. Saya tak kata pun soalannya, dah masuk. Itu kena faham itu Menteri. Minta pendirian, terima kasih atas penjelasan. Penjelasan yang saya kira cukup melegakan para petani, para pesawah, peladang dan sebagainya.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Soalan saya, apakah penilaian bebas kerajaan terhadap risiko peningkatan kebergantungan kepada syarikat benih komersial? Kenaikan kos input pertanian dan penghakisan kedaulatan benih negara sebelum sebarang keputusan dibuat.

Dan yang kedua, tadi Menteri ada beritahu telah buat libat urus melibatkan pelbagai pihak. Jadi saya nak tanya, adakah kajian itu menyeluruh yang melibatkan impak positif dan negatif? Sekiranya sudah dibuat kajian yang melibatkan beberapa agensi tertentu yang berkepentingan seperti golongan pesawah sendiri, LPPK, PPK, IADA, MADA dan sebagainya dibentangkan di Parlimen. Nak tahu bila agaknya hasil kajian yang melibatkan banyak pihak dibentangkan di Parlimen. Akhir sekali, Parit Buntar menang tak sombong, insya-Allah. Bersyukur, alhamdulillah.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Hari ini giliran kamu, giliran kami akan mendatang.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] .

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menggunakan bawa ke Parlimen dan terus bulldoze untuk kita menyertai UPOV ini. Sebab itulah kita sudah buat 29 libat urus untuk terus berbincang walaupun tarikh untuk menyertai itu hanya tamat 10 hari lagi. Kemudian mungkin kita tidak sempat untuk menyertai kali ini, iaitu tarikh akhir 29 November 2026 sebab libat urus kita teruskan lagi.

Kita lihat ada negara yang tidak menyertai seperti India. Negaranya dengan teknologinya, dengan kebesaran negara, ada negara yang menyertai, iaitu Vietnam yang kita lihat pertanian mereka begitu maju dan berkembang sekarang ini. Semua ini kita ambil pandangan termasuklah ada NGO yang beberapa kali membuat himpunan di depan Parlimen

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

semuanya kita ambil perhatian dan bincang perkara ini supaya sebarang penyertaan kita tidak merugikan terutama para petani tradisional.

Ada hujah pros and cons yang mengatakan kalau kita sertai keberanian para pelabur dalam negara dan luar negara untuk terlibat dalam industri benih ini. Itu dinilai positif. Di nilai negatifnya ada NGO mengatakan mungkin monopoli yang datang daripada syarikat gergasi daripada luar. Semua ini kita ambil perhatian.

Sebab itu, kalau tak sempat pada 10 hari lagi pun kita akan terus berbincang sebelum kita bawa ke Parlimen dan kalau dapat suara majoriti boleh lulus, tetapi kita mahu biarlah pandangan-pandangan NGO juga diambil kira. Apa yang menyebabkan mereka tidak setuju itu dengan hujah-hujah yang diberikan?

Jadi libat urus sudah pun berkali-kali kita akan teruskan lagi. Yang pentingnya kita mahu akta ini melegakan semua pihak. Kalau dibawa ke Parlimen ini dan saya yakin akan dibawa supaya kita menyertai badan antarabangsa ini yang telah disertai oleh sekarang ini 99 buah negara. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft • 10:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya antara yang terlibat dalam sesi libat urus. 29 sesi libat urus, saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas. Dah dua, tiga kali berbincang. Kami juga telah berjumpa dengan pihak-pihak NGO seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM).

Memang ada pandangan yang berbeza. Saya sangat berbesar hati apabila Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan dengan jelas bahawa apa pun sistem varieti kita mesti dilindungi. Saya rasa itu perkara pokok dan saya yakin dengan komitmen daripada Yang Berhormat Menteri yang memberikan ruang yang cukup luas kepada semua pihak memberikan pandangan termasuk dalam Jawatankuasa Pilihan, ada pandangan yang berbeza.

Jawatankuasa Pilihan baru saja menamatkan lawatan kerja ke Vietnam. Sebelum ini...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...Ya, ambil masa sikit sebab benda besar. Can Tho University kami berlibat urus dengan mereka dan mereka menyatakan bahawa apabila penyertaan ke UPOV ini membawa keuntungan manfaat kepada mereka, tapi itu di Vietnam.

Kita tak boleh ambil secara terus saja dengan keadaan di negara kita. Jadi saya nak tanya apakah jaminan daripada kerajaan bahawa sekiranya satu hari kerajaan putuskan untuk masuk UPOV dengan pindaan terhadap Akta 634, ia akan menjamin varieti tempatan yang pesawah, petani punya tetap dilindungi, malahan mendapat peluang untuk diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi tanpa dimonopoli oleh pihak korporat yang mempunyai kuasa

draft • 10:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

kewangan yang besar. Mohon pengesahan ataupun surety dari Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Speaker.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sebab itulah kita tidak bulldoze. Kita bincang lagi dan kita tahu Vietnam ini negara berhaluan kiri. Mereka menyertai dan kita lihat kemajuan pertanian mereka begitu hebat, varieti-varieti baharu sudah ribuan jenis dikeluarkan. Dan Vietnam di antara negara yang pertanian yang amat hebat perkembangan terutama selepas menyertai UPOV.

Ada negara yang tidak menyertai seperti India. Ada hujah-hujah mereka tentang pendidikan dan mereka semua itu. Kita apa hal pun kita bincang dari segi perlindungan dan sebagainya. Sebab itulah UPOV ini gabungan tiga kementerian berbincang secara serius iaitu MITI, Peguam Negara dan KPKM.

Jadi apa pandangan-pandangan daripada NGO? Ada dua NGO yang agak memberi pandangan-pandangan yang agak keras. Kita menghormati pandangan mereka sebab mereka ini tidak lain, mereka nak terutama sekali melindungi pengusaha ataupun penanam- penanam padi ataupun sayur yang bersikap kecil bukan bersikap besar.

Jadi libat urus ini akan kita teruskan lagi dan kami berpandangan bahawa menyertai UPOV itu adalah penting tetapi dengan kepentingan para petani kita dilindungi. Itulah kita harapkan perkara ini dapat dibawa pada sidang yang akan datang.Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Sri Amiruddin bin Shari, Gombak.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan pertama, khas untuk Kementerian MITI. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

1. Dato’ Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri menyatakan, usaha Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dan pekerja seluruh Malaysia. Apakah usaha merentasi kementerian yang telah diambil supaya sistem ekonomi Malaysia lebih produktif.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Gombak.

Kerajaan komited meningkatkan produktiviti ekonomi dan pekerja melalui pendekatan keseluruhan kerajaan (whole of government) dengan memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi kerajaan, negeri dan juga sektor swasta. Usaha ini memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan perniagaan, pengurangan beban kawal selia, pembangunan kemahiran pekerja serta penggunaan teknologi bagi mewujudkan ekonomi yang lebih produktif, dan berdaya saing.

Bagi suku kedua tahun 2026, produktiviti buruh Malaysia berdasarkan nilai tambah sejam bekerja meningkat 5.5 peratus kepada RM46.50 sejam berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Kerajaan akan terus memastikan pertumbuhan produktiviti ini diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan pekerja dan kesejahteraan rakyat selaras dengan RMK13.

Antara usaha utama kerajaan ialah pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi mengurangkan kos pematuhan, memendekkan tempoh kelulusan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Sehingga 30 Oktober 2026, sebanyak 1,703 projek RKB telah didaftarkan dengan 654 projek disiapkan dan penjimatan kos pematuhan berjumlah RM3.71 bilion.

Di Selangor, untuk Menteri Besar juga pelaksanaan RKB telah menghasilkan penambahbaikan ketara melalui projek di Majlis Perbandaran Selayang yang menyasarkan pengurangan tempoh kelulusan pelan pemajuan (SPID) daripada 100 hari kepada 14 hari.

Sementara itu projek EDA@Sepang telah merekodkan kelulusan terpantas dalam tempoh sembilan hari serta mempercepat tempoh permulaan kerja pembangunan daripada 222 hari kepada kira-kira 23 hari sahaja. Kedua-dua inisiatif ini membantu mempercepatkan pelaksanaan pelaburan, mengurangkan kos urusan perniagaan dan meningkatkan produktiviti ekonomi setempat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Selangor dan saya haraplah negeri-negeri lain boleh mencontohi kehebatan negeri Selangor.

Bagi meningkatkan produktiviti di peringkat firma dan pekerja, kementerian MITI melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melaksanakan program peningkatan produktiviti, pemerkasaan pekerja dan transformasi industri (PPTI). Ada dua program. Satu adalah non-formal education dan satu adalah akademi dalam industri.

Kedua-dua program ini berjaya melahirkan pekerja yang lebih mahir, meningkatkan produktiviti dan potensi untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Dan sekali gus,

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Jadi, selaras dengan itu, kita Malaysia telah berjaya sebagai negara atas...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Kita telah berjaya meningkatkan kedudukan IMD World Competitiveness Ranking daripada tahun 2026 kepada tangga ke-15 di dunia dan indikator birokrasi juga telah meningkat daripada dulu tangga ke-14, sekarang tangga ke-6. Ini adalah kejayaan kita. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gombak.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Soalan ini ataupun soalan saya dikemukakan adalah berasaskan kepada satu Laporan Bank Dunia yang bertajuk, “Raising the Ceiling and Raising the Floor” dengan izin, yang membuat perbandingan kadar produktiviti pekerja berbanding dengan ekonomi.

Ada beberapa dapatan penting yang patut memberikan alert kepada kita. Yang pertama, produktiviti kapasiti firma Malaysia untuk mengeksport barangan tidak menunjukkan peningkatan daripada tahun 2010 hingga 2025 kecuali dalam bidang E&E.

Yang kedua, kerjasama antara syarikat dan ekonomi amat rendah iaitu hanya sekitar tiga peratus dan yang ketiga, ketidakpadanan pekerja berdasarkan kemahiran meningkat daripada 30.2 pada tahun 2015 kepada 36.1 pada tahun 2024. Terima kasih Yang Berhormat yang memberikan penghargaan ataupun pengiktirafan kepada Program SPEED Selangor.

Namun begitu, tiga dapatan ini merupakan satu perkara yang harus diberikan perhatian dan ia seperti tidak padan dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan NETR yang telah dibentangkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Justeru, adakah pihak kerajaan ingin membuat laporan midterm review daripada NIMP khususnya dalam bidang produktiviti pekerja ini dalam semua sektor bersesuaian dalam tinggal tiga tahun sahaja lagi kita akan menjengah tahun 2030? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Yang Berhormat Gombak kerana memberi cadangan yang bernas. Kita mengakui sememangnya ada isu-isu lain lagi ya di antara kebergantungan kepada pekerja asing yang terlalu menyebabkan produktiviti Malaysia ini tidak setara dengan negeri-negeri— negara-negara lain seperti Korea dan juga Singapore dan sebagainya. Jadi, itu adalah kelemahan-kelemahan yang perlu kita selesaikan. Jadi, kita perlu adakan konsensus seluruh negara ya kerana kalau kita tidak ada buy-in daripada negara— daripada industri dan sebagainya, kita tidak dapat bergerak maju.

Untuk dari segi midterm review untuk NIMP 2030, kita akan— sekarang masih awal lagi kerana hanya 2026. Jadi, kita ada beberapa tahun lagi untuk buat midterm review untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Gombak. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Pasu.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Produktiviti ekonomi negara berkait rapat dengan produktiviti pekerja. Jika produktiviti pekerja meningkat dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, maka produktiviti ekonomi juga naik dengan signifikan kerana sektor pembuatan dan perkhidmatan bila dicampur kedua-duanya bersumbangan kepada lebih 80 peratus ekonomi negara. Pelaksanaan sistem automasi dan robotik akan meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus produktiviti ekonomi negara. Pada tahun 2025, umpamanya...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan, soalan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ya, ya. Sikit, sekejap saja. Kejap lagi, sabar sat Puan Pengerusi.

Pada tahun 2025 — ini angka daripada DOSM, produktiviti pekerja naik empat peratus berbanding 2024 dengan nilai RM104,456 setiap produktiviti pekerja. Produktiviti Malaysia berada pada tahap lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand. Namun, Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan Korea, Jepun dan Taiwan. Sungguhpun produktiviti pekerjaan ekonomi meningkat, namun terdapat jurang yang ketara antara pencapaian ekonomi dan habuan diterima oleh pekerja.

Sebagai contoh, menurut PNB Research Study…

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, terus kepada soalan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Gaji sebenar di kalangan pemegang ijazah hanya meningkat lima peratus antara 2012 hingga 2022. Ini soalannya Puan Yang di-Pertua— minta maaf, terima kasih.

Apakah langkah dan usaha kerajaan merentasi kementerian bagi mempertingkatkan produktiviti pekerja seluruh Malaysia khususnya melalui pelaksanaan sistem automasi penggunaan robotik dan teknologi dalam industri pembuatan termasuk industri getah dan kelapa sawit? Dan setakat ini, berapa peratuskah industri pembuatan yang mengaplikasikan automasi dan robotik? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih sahabat saya Kubang Pasu yang membangkitkan tentang isu automasi dalam negara kita ya. Sekarang kerajaan menyasarkan 3,000 kilang smart factory supaya kita meningkatkan automasi, pelbagai insentif dan juga geran telah diberikan kepada industri untuk meningkatkan automasi. Namun, take up rate itu masih rendah. Itu adalah kerana kebergantungan kita kepada pekerja asing yang terlebih bergantung kepada pekerja asing.

Jadi, adalah penting bahawa semua lapisan masyarakat tahu bahawa kebergantungan kepada pekerja asing itu akan harus kita lebih menuju kepada automasi dan

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin

juga robotik kerana itu adalah penyelesaian, kerana masa kita sudah ada dasar untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Jadi, yang penting adalah industri harus adopt automation dan juga robotik as soon as possible. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.

draft • 10:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Pengerusi.

Soalan saya nombor 2.

draft • 10:40 AM

2. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, pecahan pendatang asing yang direkodkan serta tidak direkod berserta pecahannya:

(a) tindakan bersepadu yang diambil bagi menangani penganiayaan pekerja; dan

(b) dokumen pekerjaan yang tidak sah serta kadar jenayah warga asing.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar.

Untuk makluman Yang Berhormat, pendatang asing tanpa izin (PATI) merujuk kepada mana-mana warga asing yang berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah tinggal di negara ini selepas tamat tempoh pas atau permit yang diberikan; atau melanggar syarat- syarat pas atau permit yang dikeluarkan kepadanya. Kesalahan tersebut melibatkan seksyen 6(1)(c) dan seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] serta Peraturan 39B, Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 15 September tahun ini, seramai 35,109 warga asing telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia. Selain itu Yang Berhormat, seramai 22,495 orang telah diterima melalui serahan di pintu masuk dan daripada agensi seperti polis— daripada menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan dan serahan bagi tempoh tersebut seramai 57,604 orang.

Daripada jumlah berkenaan, warga Indonesia mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 16,744 orang diikuti Bangladesh seramai 13,543 orang dan Myanmar seramai 8,452 orang.

Bagi tempoh yang sama, seramai 41,277 warga asing telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing setelah melalui proses dokumentasi yang ditetapkan.

Selain tindakan penguatkuasaan, kerajaan turut melaksanakan Program Repatriasi Migran 2.0 yang diperkenalkan pada Mei 2025 bagi memberi peluang kepada pendatang tanpa izin untuk tampil secara sukarela dan pulang ke negara asal. Sehingga 15 September

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

2026, seramai 304,905 orang telah berdaftar di bawah program tersebut, manakala 243,463 orang telah kembali ke negara asal. Daripada jumlah pendaftaran tersebut, warganegara Indonesia mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 131,695 orang diikuti Bangladesh seramai 57,066 orang dan Myanmar seramai 42,556 orang.

Kerajaan mengambil pendekatan bersepadu merentasi agensi bagi menangani penganiayaan, eksploitasi, pelanggaran hak pekerja asing. Tindakan ini bukan sahaja melibatkan imigresen, malah merangkumi— tindakan ini— kerajaan mengambil pendekatan bersepadu merentasi agensi bagi menangani penganiayaan, eksploitasi dan pelanggaran hak pekerja asing.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tindakan ini Yang Berhormat melibatkan aspek imigresen malah merangkumi pematuhan undang-undang perburuhan, pembayaran gaji, kebajikan, penyediaan penginapan dan sebagainya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ada dua soalan ini saya jawab Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sehingga 30 September 2026, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah melaksanakan sebanyak 642 operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain seperti JIM, KWSP, PERKESO, PDRM, PBT.

Operasi ini bertujuan untuk memastikan majikan mematuhi undang-undang perburuhan serta penyaluran hak dan faedah kepada pekerja sebagaimana diperuntukkan oleh undang- undang.

Selain operasi bersepadu, JTK SM turut melaksanakan 17,488 pemeriksaan berkanun bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan yang dikuatkuasakan termasuk Akta Kerja 1955, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja, Akta Majikan Perunding Gaji Negara 2011.

Yang Berhormat, pada masa sama, JIM terus mengambil tindakan terhadap majikan dan pekerja asing yang melanggar pematuhan imigresen termasuk mengkaji pekerja tanpa pas yang sah, penyalahgunaan pas serta mengkaji pekerja di luar sektor atau majikan yang diluluskan.

Bagi dokumen pekerja yang tidak sah, antara kesalahan yang dikesan termasuklah bekerja tanpa pas yang sah, tinggal lebih masa, penyalahgunaan pas bekerja di sektor dengan majikan yang tidak diluluskan. Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pekerja dan majikan berdasarkan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan undang-undang berkaitan.

Berhubung kadar jenayah warga asing. Berdasarkan data PDRM yang dibekalkan bagi tempoh 2024 hingga Oktober 2026, sebanyak 10,517 tangkapan warga asing telah

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

direkodkan mengikut kategori kesalahan pecahan mengikut tahun adalah 33,136 tangkapan pada tahun 2024, 36,740 pada tahun 2025, 30,641 pada tahun 2026.

Angka tahun 2026 hendaklah dilihat berdasarkan data yang di rekod dan tidak dibandingkan secara langsung dengan tahun 2024, 2025. Jadi, antara kategori kesalahan ialah kesalahan berkaitan Imigresen kesalahan berkaitan hiburan, perjudian, curian, persundalan dan ATIPSOM. Secara keseluruhan Yang Berhormat, data ini menunjukkan bahawa tangkapan warga asing meliputi pelbagai kategori kesalahan, termasuk kesalahan imigresen, perjudian, pencurian, persundalan, pemerdagangan orang, kesalahan-kesalahan jenayah lain.

Walau bagaimanapun, jumlah tangkapan ini Yang Berhormat, tidak boleh ditafsirkan secara langsung sebagai kadar jenayah warga asing kerana kadar jenayah memerlukan perbandingan dengan jumlah populasi warga asing bagi tempoh dan populasi semasa. Selain itu, seseorang yang ditangkap belum semestinya telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Kerajaan mengambil pendekatan bahawa mana-mana individu yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang yang berkuasa tanpa mengira warganegara. Kita sangat serius dan sentiasa mengambil tindakan tegas tentang perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Muar.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kalau ikut angka daripada pihak polis sendiri, yang pernah diperbahaskan dalam Dewan Negara ada 1,100 pelarian dan juga pemohon suaka yang terkait dan terlibat dengan jenayah di Malaysia. Dari angka 1,100 tersebut, 1,072 secara khusus melibatkan komuniti Rohingya. Ini peratusan yang sangat tinggi. Maksudnya 97.45 peratus. Ini yang berjaya diambil tindakan oleh pihak polis.

Tetapi realitinya banyak lagi yang tidak berjaya diambil tindakan kerana kerumitan , tiada dokumentasi, tiada sistem pendaftaran biometrik yang kini menyebabkan siasatan dan pendakwaan jauh lebih rumit dan sukar...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sikit.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

15 saat.

Sebab itu ada kenyataan yang dikeluarkan oleh ACP, Ridzuan, Ketua Turus Cawangan Khas yang jaga Bahagian Ekstremisme yang mengakui kerana tidak ada dokumentasi biometrik, susah untuk tindakan ambil.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Soalannya, adakah betul bahawa lebih sukar untuk pihak polis menyiasat dan pihak mahkamah untuk jatuhkan sabitan atau hukuman kerana tidak ada sistem biometrik, dan dokumentasi akhirnya menyebabkan akhirnya mereka yang mengamalkan jenayah ini akhirnya terlepas kerana lebih rumit untuk ambil tindakan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, apa pun langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian, kita mengambil berasaskan tindakan dan undang-undang yang sedia ada. Cabaran yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memang ada.

Sebab itu antara langkah yang kita buat ialah melalui DPP misalnya, Dokumen Pendaftaran Pelarian. Ini adalah antara langkah-langkah yang kita buat di samping banyak lagi langkah-langkah lain dalam usaha untuk kita menangani isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenggara.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Persoalan daripada Muar ini memang sangat penting.

Jadi, soalan Tenggara— lambakan dokumen pekerjaan yang tidak sah seperti pelekat PLKS palsu tidak akan berlaku tanpa adanya pengkhianatan. Ini adalah sebab berlakunya lambakan tadi yang disebut dan tidak terkawal atau ketirisan daripada sistem agensi kerajaan sendiri.

Apakah status terkini operasi pembersihan dalaman KDN bersama SPRM terhadap pegawai yang bersekongkol dengan sindiket dan sejauh manakah Sistem Digitalisasi ePLKS, sistem permohonan lanjutan pas lawatan kerja sementara pada 2026 telah berjaya menutup sepenuhnya kelompangan ini? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.

Dato’ Yang di-Pertua, pertama nak ditegaskan bahawa KDN tidak kompromi walau seinci pun dalam soal-soal berkaitan dengan integriti, penguat kuasa atau mana-mana pegawai yang berkaitan. Maknanya tindakan tatatertib dan SPRM.

Jadi, soal tindakan tatatertib dan sebab ini, KDN menerusi kerjasama strategik Yang Berhormat, bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita telah melancarkan beberapa siri program. Misalnya siri operasi khas, Operasi Selat, operasi turun sebelum ini.

Sepanjang tahun 2025, data yang ada pada saya dan pertengahan 2026 Yang Berhormat Tenggara, seramai 36 orang pegawai dan kakitangan JIM telah ditahan digantung tugas dan sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah akibat daripada pembabitan dengan sindiket pengeluaran pas perubatan dan pas PLKS palsu ini.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Jadi, keberkesanan sistem digital yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi— pelaksanaan sepenuhnya ePLKS tanpa pelekat fizikal ini yang diintegrasikan dengan sistem biometrik. Bermula penghujung 2024, telah sebenarnya membuahkan hasil.

Jadi, merujuk forensik, pemalsuan pelekat fizikal di kedai-kedai pencetak haram ini berjaya dilumpuhkan hampir 90 peratus pada tahun 2026 kerana pengesanan kini dibuat secara digital ini di Lapangan Peranti Pintar penguatkuasaan melalui imbas kod QR berpusat yang tidak boleh diklon. Ini antara langkah-langkah yang kita buat termasuklah yang dibangkitkan oleh Muar tadi. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu.

draft • 10:50 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

draft • 10:50 AM

3. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, status terkini cadangan pembinaan bangunan baharu Hospital Sibu, perancangan pelaksanaannya serta tempoh pembinaan dan keperluan bangunan ini dalam menangani kesesakan, meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sibu di atas soalan berhubung status cadangan pembinaan bangunan baharu bagi Hospital Sibu, Sarawak. Hospital Sibu merupakan lead hospital bagi kluster Sarawak Tengah dan berpakar major dengan jumlah 29 perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran. Kementerian Ekonomi telah membuat keputusan untuk permohonan projek blok tambahan baharu ini diangkat semula untuk pertimbangan dalam RP3 RMK13 secara kerja awalan.

Ini akan memberi peluang kepada kerja-kerja soil investigation bagi mendapatkan jenis reka bentuk yang sesuai dengan tapak yang dipilih oleh kerana terdapat masalah soft soil di dalam kawasan hospital juga. Pelaksanaan kerja awalan akan menentukan kos projek dengan lebih tepat semasa permohonan pelaksanaan keseluruhan projek nanti.

Blok tambahan ini akan meningkatkan kapasiti dan mengembangkan perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran setara hospital pakar negeri dengan skop merangkumi blok klinikal dengan penambahan sebanyak 288 katil, blok kelas, blok kuarters 46 unit, blok sokongan termasuk tempat letak kereta, perolehan peralatan dan komponen ICT dan tambahan perjawatan baharu.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Dengan adanya blok tambahan ini juga dapat mengatasi masalah kesesakan di wad dan Jabatan Kecemasan dan Trauma, menaik taraf klinik pakar dan menambah baik fasiliti perkhidmatan wanita dan kanak-kanak dengan kemudahan rawatan kritikal, dewan bedah dan dewan bersalin. Keperluan decanting dan menyusun semula perkhidmatan berkaitan perlu dilaksanakan agar perkhidmatan kesihatan adalah lancar dan baik.

Bagi memenuhi keperluan tempat letak kereta, KKM menjemput penyumberluaran kerjasama syarikat swasta melalui public private partnership untuk menyelesaikan keperluan ini di seluruh negara termasuk Hospital Sibu dengan kaedah request for proposal terbuka kini di dalam fasa pengiklanan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Dari tahun 2023 hingga 2025, Hospital Sibu telah menerima peruntukan di bawah kerja pembaikan, naik taraf dan perolehan peralatan berjumlah RM27.6 juta. Antara yang telah dijalankan adalah memasangkan sistem isolated power system untuk dewan bedah, naik taraf bangunan bagi perkhidmatan MRI, mewujudkan invasive cardiac laboratory serta peralatan, naik taraf sistem saluran elektrik dan kerja-kerja mengatasi masalah kondensasi dan kulat.

KKM akan memantau dan mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan terbaik untuk rakyat. Kami sentiasa mengalu-alukan cadangan dan pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat agar dapat memenuhi keperluan rakyat di kawasan Parlimen masing-masing. Sekian. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sibu.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sibu.

draft • 11:00 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Timbalan Menteri dan juga Timbalan Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, pembangunan hospital baharu dan kemudahan perubatan tertiary di Sarawak dilihat lebih tertumpu di Kuching berbanding dengan bahagian lain seperti Sibu dan Miri. Bolehkah kementerian menyatakan jumlah peruntukan pembangunan hospital yang telah disalurkan ke Kuching, Sibu dan Miri dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini?

Serta bagaimana kementerian memastikan pembangunan Hospital Sibu diberikan keutamaan yang sewajarnya berdasarkan jumlah penduduk dan kawasan liputan perkhidmatannya yang begitu luas sekarang?

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Jangan lupa kita perlu tumpukan diberikan kepada jumlah penduduk yang terbesar dahulu, kemudian terkecil. Kuching adalah jumlah yang terbesar di Sarawak, maka ia adalah sebab kita memberikan peruntukan yang terlebih untuk penduduk di Sarawak.

Walau bagaimanapun, KKM sedang berusaha untuk menaiktarafkan dan menambahbaikkan fasiliti-fasiliti luar bandar agar rawatan segera dapat dilaksanakan kepada

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

rakyat dalam di kawasan pedalaman dan juga mengurangkan beban kebergantungan kepada lead hospital.

Untuk peruntukan RMKe-12, 2021 hingga 2025, Sibu menerima RM1.87 juta Kuching menerima RM111.5 juta, manakala Miri menerima RM577.9 juta. Ini adalah dari segi keperluan, dari segi bandar masing-masing, dari segi untuk menambahbaikkan perkhidmatan yang diperlukan. Sekian. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sibu.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Langat.

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, Tuan Speaker.

Pemerhatian saya, saya melihat bahawa Hospital Sibu ini adalah antara hospital yang mendapat sokongan yang baik daripada NGO dan juga swasta termasuklah Yayasan Jantung negeri Sarawak.

Dapatan saya bahawa Sibu telah mendapat MRI daripada Yayasan Jantung Sarawak pada Februari 2026 dengan peruntukan RM2.5 bilion daripada Yayasan dan RM1 bilion daripada kerajaan, daripada KKM. Dan, pada April, Sibu antara satu-satunya hospital yang pertama yang ada— yang mendapat sumbangan MRI yang bebas helium pertama di Malaysia daripada

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

...Sumbangan yayasan RM9000, RM9 juta. Dan Oktober baru-baru ini terima ambulan yang mempunyai teknologi yang tinggi daripada badan korporat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Soalan saya, adakah ini akan menjadi benchmark kepada Perkhidmatan Kesihatan Malaysia yang saya kira mempunyai satu perkhidmatan ataupun sumbangan ambulans dan juga MRI yang sangat baik dalam sudut meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan dalam negara kita. Adakah ini akan menjadi satu benchmark untuk perolehan dan juga peralatan-peralatan yang akan digunakan oleh KKM di negara kita? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, hasrat kita untuk memberikan hak yang terbaik dari segi kesihatan untuk semua rakyat di Malaysia. Kita memandang jauh dan perlulah kita mengimbangkan dari segi kos harga barangan, kos dari segi pembangunan dan juga dari segi kos operasi. Maka, kita cuba untuk memberikan yang terbaik yang kita mampu.

Dari segi swasta, kita bersyukur bahawa pihak swasta, daripada NGO berbesar hati memberikan— kita mengalu-alukan dari segi bantuan mereka untuk menaikkan tingkatan kesihatan yang amat diperlukan di Malaysia dan jikalau kita dapat menambahbaikkan di seluruh Malaysia amat dialu-alukan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 11:00 AM

4. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan, apakah langkah integrasi Kementerian bagi memastikan projek pembinaan jalan perhubungan desa Pos-pos Orang Asli di Gua Musang dapat disiapkan mengikut jadual dan memastikan orang asli di pos-pos berkenaan mendapat manfaat setimpal dengan peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa komited dalam memastikan projek pembangunan infrastruktur asas khususnya jalan perhubungan desa di kawasan pedalaman orang asli dilaksanakan secara teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan demi kesejahteraan dan serta keselamatan komuniti tempatan.

Projek membina dan menyiap jalan perhubungan desa di Kuala Betis, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Hau, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan, yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM190 juta sepanjang 94 kilometer merupakan komponen utama di bawah Program Pembangunan Bersepadu Gua Musang. Kerja-kerja fizikal di tapak merangkumi penyelenggaraan jalan sedia ada dan pembinaan jambatan sementara bagi memastikan akses serta laluan penduduk tempatan tidak terputus. Sehingga Oktober 2026, kemajuan fizikal kerja-kerja di tapak telah mencapai sebanyak 26.75 peratus.

Bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjalan mengikut jadual serta memberi manfaat yang optimum kepada penduduk, pihak kementerian dan JAKOA telah mengambil beberapa langkah integrasi dan kawalan berkesan seperti berikut.

Yang pertama, pengukuhan kerjasama strategik bersama dengan agensi pelaksana dan juga kerajaan negeri. Mengoptimumkan kepakaran Jabatan Kerja Raya selaku agensi pelaksana, di samping memperkemaskan kerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan pihak berkuasa tempatan bagi mempercepatkan urusan kelulusan pewartaan, penyerahan tanah serta kebenaran izin lalu merentasi hutan simpan kekal.

Yang kedua, pemantauan berkala dan penyelesaian isu, melaksanakan sesi pemantauan secara berjadual serta penyelarasan berkala antara KKDW, JAKOA, JKR dan pihak berkuasa negeri untuk mengenal pasti dan menangani sebarang isu-isu teknikal kelulusan tapak mahupun syarat-syarat persekitaran secara serta-merta.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Dan ketiga, pembinaan jalan bertar standard R1 sepanjang 94 kilometer ini bakal merangkaikan pos-pos pedalaman seperti Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Balar dan Pos Hau ke Pusat Bandar Kuala Betis. Kemudahan ini bukan sahaja memendekkan masa perjalanan dan meningkatkan tahap keselamatan perhubungan darat, malah membolehkan perkhidmatan asas termasuk kesihatan, pendidikan dan bantuan kebajikan disalurkan secara lebih berkesan serta merangsangkan pertumbuhan ekonomi masyarakat orang asli. Terima kasih Yang di- Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gua Musang.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Timbalan Menteri. Ya, jawapan yang agak menariklah untuk didengar, tetapi masyarakat di luar sana terutamanya orang asli di kawasan-kawasan pedalaman, jalan dan nilai besar RM190 juta satu nilai yang amat besar dan telah lama dinantikan oleh masyarakat di luar sana bila melibatkan projek bersepadu.

Cuma, ya lah sudah satu tahun dan saya haraplah kementerian amat telitilah, pertama sekali dari segi lantikan kontraktor. Macam mana kontraktor dah tak bergerak setahun dan bila masyarakat bertanya— masyarakat orang asli dia telefon saya, dia terus ke Pejabat Perdana Menteri dan PMO ada call saya, kan? Kenapa boleh wujud— jawapan? Kita faham

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

...Dan tidak ada niat Timbalan Speaker untuk saya mempertikaikan pelantikan kontraktor, tetapi kakitangan yang berada di tapak itu menjawab persoalan masyarakat setempat itu supaya lebih akademiklah sikit.

Jangan jawab kontraktor tengah berebut komisen. Jadi, setahun tak boleh buat kerja. Jentera tidak ada di lapangan.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Jadi, mengambil kira keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mendedahkan kepada umum semua maklumat perolehan kontrak kerajaan seperti nama syarikat yang mendapat kontrak, nilai projek, kemajuan semasa. Jadi, mekanisme ini sebenarnya baguslah untuk memastikan kepercayaan rakyat terhadap pengurusan projek kementerian terus terpelihara.

Jadi, soalan tambahan saya, apakah langkah konkrit yang telah dan akan dilaksanakan oleh kementerian bagi memperkukuhkan integriti dan ketelusan perolehan khususnya dalam memilih kontraktor ataupun memantau prestasi termasuk tindakan terhadap kontraktor yang mempunyai kaitan politik, tetapi tidak dapat melaksanakan kontrak dalam tempoh yang ditetapkan dalam spesifikasi kerja. Dan adakah Menteri bersedia mendedahkan jumlah kontraktor yang dilantik melalui tender terbuka atau rundingan terus bagi projek jalan-

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

jalan orang asli. Saya difahamkan selain daripada jalan ini, ada lagi jalan-jalan yang di bawah KKDW yang ada masalah. Jadi, maksud saya...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Ya. Maksud saya, kita dedahkan nama-nama kontraktor di publik yang terlibat dengan isu-isu kelewatan.

Soalan terakhir saya...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Soalan terlalu panjang.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Ada dua soalan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini bukan masa untuk berbahas.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Dua soalan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Okey.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Gua Musang atas soalan tadi. Kita sebenarnya amat prihatin atas komitmen ataupun keprihatinan YB Gua Musang atas pelaksanaan jalan-jalan luar bandar ataupun jalan perhubungan desa di kawasan perkampungan orang asli.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan ketelusan maklumat perolehan dan prestasi projek demi memelihara keyakinan rakyat. Bagi memperkukuhkan integriti, ketelusan, perolehan dan pemantauan prestasi, kementerian dan agensi pelaksana tertakluk sepenuhnya kepada pekeliling Perbendaharaan, tatacara perolehan kerajaan yang berkuat kuasa serta sistem pemantauan projek berpusat.

Pemantauan kemajuan fizikal dan kewangan dilaksanakan secara berkala melalui mesyuarat tapak, laporan kemajuan bulanan, semakan teknikal bersama agensi pelaksana seperti JKR dan JPS selain latihan berterusan kepada pegawai bagi memastikan pematuhan peraturan. Bagi persediaan pendedahan maklumat, kementerian akan mematuhi tatacara dan arahan yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

Berhubung tindakan terhadap kontraktor yang lewat, gagal menyiapkan projek, ataupun menyebabkan penamatan kontrak, tindakan penguatkuasaan dikuatkuasakan mengikut klausa kontrak dan peraturan semasa. Termasuk pengenaan ganti rugi tertentu dan ditetapkan, pengeluaran notis amaran tunjuk sebab, penamatan kontrak, perampasan bon

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

pelaksanaan dan perakuan senarai hitam melalui sistem berkaitan dengan— bagi memenuhi kriteria berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Puan Timbalan Speaker.

Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk mengintegrasikan pembinaan jalan-jalan desa ini dengan program pembangunan orang asli termasuk akses kepada hasil-hasil pertanian orang asli ini, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan supaya projek ini bukan sekadar untuk menyediakan jalan raya.

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Batu Pahat atas soalan tambahan.

Untuk makluman semua, sebenarnya pelaksanaan sesuatu jalan bukan sahaja di kampung orang asli ataupun di seluruh kawasan luar bandar sebenarnya mempunyai satu perancangan yang strategik. Bukan sahaja untuk kepentingan KKDW, bukan sahaja untuk kepentingan connectivity kampung berkenaan, tetapi sebenarnya jalan-jalan ini amat penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan.

Jalan bukan sahaja untuk perhubungan, jalan juga untuk mendekatkan masyarakat luar bandar kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan kerajaan terutamanya sekolah- sekolah, dari sudut kesihatan dan juga program-program pembangunan ekonomi. Sebab setiap perancangan yang dilaksanakan, tiga impak ini menjadi prioriti utama KKDW dalam melaksanakan program-program pembinaan bukan sahaja jalan luar bandar, malah jalan perhubungan desa. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 5, YB Penampang tidak hadir.

draft • 11:10 AM

[Soalan No. 5 – YB. Datuk Ewon Benedick (Penampang) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 6, YB Labuan tidak hadir.

draft • 11:10 AM

[Soalan No. 6 – YB. Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Pengerusi— Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:10 AM

7. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, kesediaan kerajaan menjadikan pencapaian nilai tambah domestik seperti pemindahan teknologi, pekerjaan berkemahiran tinggi, vendor tempatan dan eksport sebagai syarat prestasi insentif EV bukan sekadar komitmen pelaburan, susulan perubahan pelan BYD kepada pemasangan melalui rakan tempatan, bukan lagi kilang sendiri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Ampang. Untuk makluman Yang Berhormat Ampang, matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan Malaysia bukan sekadar menjadi pasaran pengguna kenderaan elektrik (EV), tetapi turut memperoleh manfaat jangka panjang melalui pembangunan keupayaan teknologi, pengukuhan rantaian bekalan dan vendor tempatan. Perwujudan pekerja berkualiti serta peningkatan eksport selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Kita ada fasa sekarang untuk Malaysia, kita adalah fasa adopt phase. Maksudnya, kita menggalakkan penggunaan EV. Jadi, kita memberi pelbagai insentif kepada pengguna terutamanya dari segi eksais duti dikecualikan untuk CKD supaya lebih ramai menggunakan EV. Jadi, daripada tahun 2022 sehingga 2025, sebenarnya kerajaan telah menghadapi tax forgone sebanyak RM400 juta atas excise duty dan RM3 bilion untuk duti import forgone sebanyak RM3 bilion daripada 2022 sehingga 2025.

Jadi, untuk bagi memperkasakan dalam mekanisme penempatan insentif sedia ada, kerajaan mensyaratkan pelabur untuk melaksanakan penyetempatan (localisation) dengan menggunakan sumber tempatan. Bagi memperkasakan objektif ini, kerajaan sedang merangka kajian untuk menambah baik mekanisme insentif agar sejajar dengan sasaran Dasar Automotif Nasional dan NIMP 2030.

Penambahbaikan ini bukan sahaja memberi penekanan kepada penyertaan vendor tempatan, pemindahan teknologi dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, malah meletakkan pencapaian serta penggalakan eksport sebagai salah satu kriteria utama dan syarat prestasi insentif EV.

Menyentuh mengenai isu pelaburan oleh BYD, perubahan pelan perniagaan syarikat daripada membina kilang pemasangan milik sendiri kepada pelaksanaan aktiviti pemasangan melalui rakan tempatan merupakan satu keputusan perniagaan strategik syarikat berkenaan.

Walaupun BYD tidak membuat pemasangan sendiri, komponen CKD yang diimport dan dipasang oleh syarikat rakan tempatan wajib mematuhi darjah “kecuraian” atau knockdown rate yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Kastam 1988 bagi memastikan aktiviti pemasangan memenuhi definisi CKD dan bukan sekadar kerja pemasangan ringkas.

Sehubungan ini, syarikat BYD tetap dikehendaki mematuhi ketetapan darjah “kecuraian” tersebut. Pada masa yang sama, kerjasama dengan rakan tempatan ini dapat

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

membuka ruang untuk pelaksanaan aktiviti localisation komponen tertentu, seterusnya membolehkan pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknikal. Perkongsian prosedur SOP serta pembangunan keupayaan vendor dan pekerja tempatan secara berterusan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ampang

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Menteri. Saya nampak ada soalan, jawapan yang begitu memberikan sedikitlah gambaran, tapi sebenarnya kalau kita lihat kepada asalnya untuk memenuhi demand ataupun permintaan EV ini, kita ada sepatutnya dibuat kilang di Tanjong Malim. Katanya akan memberi pekerjaan sebanyak 5,000 orang termasuk dalam pelbagai technical background, tetapi bila dipindahkan ke Kulim, bawah Inokom, sebenarnya mereka— saya tak pasti sama ada jumlah asal pelaburan yang kita kehilangan RM3.3 bilion ini dapat kita kutip semula dengan adanya kita menggunakan kilang sedia ada. Makna dulu kilang baharu, sekarang kilang sedia ada.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jadi, kita hilang banyak perkara. Jadi, soalan saya, adakah MoU BYD Inokom akan tertakluk kepada KPI nilai tambah domestik yang sama seperti lesen di Tanjong Malim. Itu pertama.

Keduanya, berapa peratus kandungan tempatan, bilangan vendor baharu dan bilangan jurutera tempatan sebab kita menumpang kilang sedia ada, bukan kilang baharu. Itu risikonya. Kita nak tahu juga kenapa yang dilakukan.

Dan ketiganya, bagaimana MITI audit prestasi. Ini lagi penting. Sebab kita kehilangan RM3.3 bilion, bila kita pindah itu kita nak dapat semula, bagaimanakah audit yang akan dilakukan? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih soalan Ampang. Sebenarnya, isu ini telah diberi taklimat sebab isu ini adalah kompleks dan dia mempunyai pros and cons dan MITI telah memberi taklimat yang panjang dan komprehensif dalam Jawatankuasa Pilihan Industri dan juga dalam sesi Parlimen yang lepas, dan bolehlah kita merujuk kepada apa yang telah diberi maklum pada Jawatankuasa Pilihan Khas itu. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Meneliti jawapan Menteri sebentar tadi, menunjukkan kerajaan telah menggariskan bahawa pengeluar EV yang memulakan pemasangan tempatan akan menerima pengecualian duti eksais dan juga cukai jualan. Namun, insentif sebegini hanya berkesan jika syaratnya itu dikuatkuasakan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sebagai contoh, pada 10 September 2026, BYD mengesahkan kilang mereka di Tanjong Malim tidak diteruskan disebabkan MITI menetapkan syarat eksport pengeluaran yang tak dipersetujui oleh BYD. Keadaan ini menimbulkan persoalan, sama ada syarat insentif dan akibat jika syarat itu tak dipenuhi cukup jelas.

Soalan saya, adakah kerajaan akan memasukkan klausa tarik balik (clawback) insentif EV termasuk pengecualian duti eksais dan cukai jualan, sekiranya syarikat gagal mencapai sasaran nilai tambah dan komitmen pelaburan yang dipersetujui?

Yang kedua, apakah pelan khusus kerajaan untuk memastikan projek pemasangan EV melibatkan vendor dan PKS komponen tempatan dalam rantaian bekalan serta mencapai pemindahan teknologi sebenar, bukan pemasangan oleh bilangan buruh yang ramai? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih, sahabat saya Jerlun. Secara dasarnya ya, kerajaan dalam NIMP 2030, kita menekankan economic complexity dan pencapaian nilai tambah domestik. Kerajaan sentiasa memperkenalkan mekanisme yang menekankan supaya localization dan juga, mengutamakan vendor tempatan dan pekerja berkemahiran tinggi dengan gaji yang lebih baik. Jadi, ini adalah cara kita untuk memastikan segala pelaburan itu lebih memanfaatkan kepada rakyat.

Berkenaan dengan isu BYD, saya telah terangkan, satu taklimat yang sangat berpanjangan telah dilaksanakan untuk Ahli-ahli Parlimen terutamanya Jawatankuasa Pilihan Khas untuk industri yang telah dilaksanakan dan saya harap— kerana isu ini adalah kompleks dan bukan boleh diterangkan dengan— dalam 30 saat. Jadi, lebih baik Ahli-ahli Parlimen yang tidak hadir itu, bacalah laporan yang telah dikeluarkan daripada Jawatankuasa Pilihan Industri. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.

draft • 11:20 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:20 AM

8. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, secara terperinci berkaitan sasaran bantuan berjumlah RM 15 bilion yang disediakan untuk usahawan seluruh negara sepanjang tahun 2026, melalui agensi mana di bawah KUSKOP serta sasaran bilangan usahawan yang diberi keutamaan untuk pembiayaan tersebut dan berapa bilangan usahawan baru yang mendapat akses modal ini.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri KUSKOP untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Sungai Besar di atas soalan yang dikemukakan pada pagi ini.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menetapkan komitmen pembiayaan sehingga RM15 bilion bagi tahun 2026 untuk memperkukuh akses modal dan meningkatkan kapasiti perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di seluruh negara.

Kemudahan pembiayaan ini dilaksanakan melalui agensi di bawah KUSKOP.

Antaranya TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Pembiayaan juga diberikan kepada usahawan mikro, termasuk penjaja dan peniaga kecil bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan, di samping menyokong usahawan berpotensi tinggi untuk mengembangkan pasaran. Pembiayaan turut merangkumi usahawan kali pertama dan sedia ada yang memerlukan pembiayaan tambahan bagi meningkatkan skala perniagaan.

Berdasarkan pencapaian sehingga Oktober 2026, KUSKOP telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM12.15 bilion atau 81 peratus daripada sasaran RM15 bilion bagi tahun 2026, yang telah memanfaatkan 313,912 usahawan dan koperasi, termasuk sekurang- kurangnya 52,299 usahawan yang mendapat akses pembiayaan buat kali pertama.

Jumlah tersebut — daripada jumlah tersebut, Bank Rakyat mencatatkan pembiayaan tertinggi iaitu sebanyak RM4.8 bilion, diikuti SME Bank sebanyak RM3.49 bilion, AIM RM2.55 bilion, TEKUN Nasional RM1.13 bilion, SKM RM93.23 juta, SME Corp Malaysia RM79.3 juta, PKK RM5.62 juta.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan KUSKOP dalam memperluas akses pembiayaan kepada usahawan baharu, di samping menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan sedia ada. Dalam memperluas akses pembiayaan kepada golongan mikro, KUSKOP turut memberikan tumpuan kepada pembiayaan berskala kecil yang mudah diakses.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026 sahaja, sebanyak RM4.02 bilion pembiayaan mikro yang telah disalurkan kepada 310,497 usahawan mikro melalui agensi pembiaya berkaitan. Pendekatan ini penting bagi memastikan peniaga kecil, penjaja dan usahawan yang mempunyai kekangan mendapatkan pembiayaan terus mendapat peluang untuk membangunkan perniagaan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Secara keseluruhannya, KUSKOP akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif kementerian melalui peluasan capaian pembiayaan, pemudahan proses permohonan serta pemantauan prestasi penyaluran dana pembiayaan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Besar.

draft • 11:20 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Timbalan Menteri.

Sebenarnya Timbalan Menteri, ramai sahaja usahawan PKS kita mempunyai potensi yang besar dalam mengembangkan perniagaannya. Cuma, biasanya ada kekangan dari segi modal. Jadi, bagaimana KUSKOP membantu usahawan ini meneroka pasaran baharu melalui kemudahan pembiayaan untuk PKS yang berpotensi?

Adakah masih lagi mengguna pakai kaedah di mana, mana-mana usahawan yang memohon pembiayaan di mana-mana agensi di bawah KUSKOP, salah satu daripada syaratnya untuk mendapat pembiayaan adalah mereka ataupun usahawan yang mendapat kursus bimbingan daripada INSKEN ataupun Institut Keusahawanan Negara, walaupun sekadar kursus mengurus tunai sahaja? Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Oh, lain macam soalan daripada mantan Timbalan Menteri KUSKOP yang hebat. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Memang KUSKOP menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan serta sokongan pembangunan kapasiti kepada usahawan PKS kita dan melalui SME Bank umpamanya, Yang Berhormat pun tahu barangkali, kita ada beberapa program di bawah SME Bank, agensi di bawah KUSKOP ya, terutamanya kalau saya boleh sebut ialah program pembiayaan pengembangan perniagaan.

Apa yang mereka berikan untuk ini ialah untuk menyediakan pembiayaan modal kerja, pembelian aset, peningkatan kapasiti pengeluaran, automasi dan pendigitalan operasi bagi meningkatkan produktiviti usahawan PKS. Jadi, ini akan disediakan pinjaman daripada RM1,000 sehingga RM140 juta. Jadi, maknanya pinjaman ini akan juga disokong oleh MOF, Kementerian Kewangan.

Maknanya, kalaulah dia akan dapat pinjaman certain amount, tetapi dia tidak memerlukan kolateral, tak perlu cagaran, tetapi ianya akan dijamin oleh Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan daripada MOF. Itu sebabnya kita juga di bawah SME Bank punya program untuk pembangunan kapasiti.

Centre for Entrepreneur Development di bawah SME Bank juga menyediakan latihan, bimbingan dan aspek pengurusan perniagaan. Dan kita juga ingin melihat usahawan kita ini

draft • 11:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

berkembang. Seperti Yang Berhormat sebut tadi, jangan hanya hebat di peringkat lokal, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Itu sebab SME Bank dia ada program Business Export Programme (BEP) dengan kerjasama MATRADE untuk membantu usahawan PKS kita menembusi pasaran antarabangsa. Mereka akan diberikan bimbingan tentang eksport, kemudian akan diajak sama-sama dalam misi perdagangan di peringkat antarabangsa. Kemudian, jika mereka hadir mana-mana misi perdagangan itu, mereka akan diusahakan untuk buat business matching— padanan perniagaan. Itu SME Bank. Kalau Bank Rakyat pula Yang Berhormat, kita ada juga program...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:30 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Sikit ya Yang Berhormat.

Bank Rakyat, kita ada program pembiayaan PMKS juga disediakan untuk sektor industri bagi meningkatkan kapasiti operasi. Pinjaman sehingga RM5 juta tanpa cagaran, Yang Berhormat. Kemudian, dana penskalaan juga disediakan di bawah Bank Rakyat juga.

Interest ditanggung. Tak semua ditanggung oleh si peminjam, tetapi juga akan dibantu oleh kerajaan. Begitulah hebatnya ataupun program kita sediakan untuk bantu usahawan PMKS kita. Kerajaan juga bantu bayar dia punya kadar faedah, bukan hanya si peminjam tadi ataupun usahawan tadi.

Jadi, soalan kedua Yang Berhormat tadi tentang mesti ikut kursus INSKEN terlebih dahulu. Untuk makluman Yang Berhormat, tak ada kemestian seperti itu. Kita tekankan mana- mana usahawan yang nak memohon pinjaman, dia mesti ikut kursus di bawah INSKEN dulu, tak perlu, tetapi kita sebenarnya menggalakkan setiap usahawan itu ikuti kursus di bawah INSKEN. Kalau ada mana-mana kursus dibuat di bawah INSKEN, kita akan bekerjasama dengan mereka.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dapatkan maklumat berapa ramai yang ikuti kursus. Sekiranya ramai usahawan yang belum mendapat pembiayaan yang mengikuti kursus-kursus tersebut, kita akan tawarkan secara langsung kepada pihak mereka dengan kerjasama INSKEN tadi. Jadi, kita akan terus membantu melalui INSKEN ataupun agensi-agensi lain. Kita akan buat cross-agency, kerjasama secara bersepadu untuk membantu usahawan kita dapat akses pembiayaan dan juga sokongan dari segi pemodenan kapasiti juga. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca sepotong doa] Dipersilakan Yang Berhormat Igan.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mendengar dengan teliti mengenai pinjaman- pinjaman yang diberikan oleh kerajaan. Ini satu perkara yang sangat menggembirakan, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi para usahawan khususnya penjaja dan peniaga kecil serta usahawan mikro, keperluan mendapatkan modal perniagaan dengan segera amat penting untuk memastikan kelangsungan operasi harian mereka.

Dalam hal ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, proses permohonan yang mudah serta tempoh kelulusan pembiayaan yang singkat, cepat sudah tentu dapat membantu meringankan beban usahawan.

Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh KUSKOP untuk mempercepatkan proses kelulusan pembiayaan ini khususnya bagi usahawan informal dan mikro serta penjaja kecil yang memerlukan modal dengan segera ini? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Igan di atas soalan tambahan. Benar bahawa KUSKOP sebenarnya telah pun memperkenalkan beberapa inisiatif perekayasa dan sedang melaksanakan semua itu. Untuk apa? Pertamanya, mempercepatkan kelulusan pembiayaan.

Yang keduanya, mengurangkan kerenah birokrasi serta mempermudah keperluan dokumentasi.

Kalau dulu barangkali banyak kompelin daripada mana-mana agensi pembiaya, macam-macam dokumen diminta, kemudian lambatlah kelulusan, macam-macam, tetapi hari ini, tidak. Kita akan pantau setiap agensi Yang Berhormat Dato’ Speaker, supaya mereka benar-benar melaksanakan rekayasa kita, inisiatif untuk mengurangkan: pertamanya, birokrasi yang ada. Contohnya di TEKUN Nasional. Kalau dulu barangkali mereka perlukan satu bulan, 20 hari nak proses, nak meluluskan loan, pinjam, tetapi hari ini tidak. Kita letakkan sasaran bahawa mereka mesti pendekkan masa itu dan mereka setuju. Daripada 10 hari hari ini, dulu, tapi hari ini sehingga lima hari bekerja sahaja. Mereka terima, proses dan juga keluarkan pinjaman dalam masa lima hari bekerja. Itu TEKUN Nasional.

Apa dokumen yang diminta? Hanya empat dokumen sahaja, amat mudah:

pertamanya, kad pengenalan, salinan kad pengenalan; keduanya, lesen daripada PBT

draft • 11:30 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

ataupun SSM; kemudian, penyata bank tiga bulan terkini; kemudian, gambar premis atau perniagaan, cukup.

Dan yang hebatnya lagi, bermula pada Ogos tahun ini, TEKUN Nasional telah menggalakkan para usahawan kita boleh memohon pembiayaan melalui online. Jika pembiayaan dibuat secara online, Dato’ Speaker dan bawah 20,000, kita akan proses dan luluskan dalam masa 24 jam. Ini adalah piagam yang telah dibuat oleh TEKUN Nasional.

Amanah Ikhtiar Malaysia pula, juga telah mengurangkan banyak birokrasi, memendekkan masa. Kalau dulu sehingga 20 hari barangkali, tetapi hari ini mereka akan proses dan luluskan dan disburse pinjaman dalam masa kurang 16 hari, sekurang-kurangnya 10 hari. Itu adalah tujuh peratus, 70 peratus kebanyakan yang telah diterima kurang daripada 10 hari itu Dato’ Speaker.

Apa dokumen yang diperlukan, hanya satu sahaja kalau AIM ini. Hanya perlukan salinan kad pengenalan sahaja. Yang lain-lain tak perlu sebab kita juga bantu usahawan- usahawan di peringkat kampung yang informal, yang tak ada lesen pun kita bagi juga dana.

Makcik-makcik yang jual sayur tepi jalan, kakak-kakak yang jual kuih di mana-mana yang tak ada lesen, kita bantu juga dari segi pembiayaan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia.

Kalau Bank Rakyat pula, Bank Rakyat, tempoh kelulusan enam hari bagi pembiayaan mikro dan sehingga 14 hari bagi pembiayaan PKS yang atas daripada mikrolah. So, maknanya kurang daripada dua minggu akan dapat. Enam hari untuk mikro, usahawan mikro, tetapi 14 hari untuk usahawan PMKS. Dokumen yang diperlukan juga simple, mudah. Salinan kad pengenalan, dokumen pendaftaran perniagaan, penyata bank atau rekod jualan enam bulan terkini bagi PKS dan koperasi, dokumen tambahan termasuk profil perniagaan dan penyata kewangan beraudit bagi tiga tahun.

Dan SME Bank juga dikurangkan, dipendekkan masa daripada 30 hari kepada 14 hari bekerja, 30 hari kepada 14 hari bekerja bagi pembiayaan modal kerja daripada RM100,000 sehingga RM1 juta untuk PMKS. Dokumen diperlukan juga mudah, borang permohonan pembiayaan, salinan kad pengenalan, dokumen pendaftaran syarikat termasuk Borang 9, Borang 24, Borang 49 di bawah Akta Koperasi kalau peminjam itu adalah syarikat.

Dan SME Corp juga menyediakan pembiayaan dan proses juga dipendekkan Dato’ Speaker, daripada 21 hari kepada tujuh hari bekerja sahaja. Semua kita lakukan ini adalah rekayasa untuk mempermudahkan usahawan kita mendapatkan akses modal pembiayaan untuk kelangsungan perniagaan mereka di peringkat domestik ataupun di peringkat antarabangsa sekali pun. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesembilan, dipersilakan Yang Berhormat Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.

draft • 11:30 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft • 11:30 AM

9. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kesan pindaan Akta 283 yang berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025 seperti berikut:

(a) bilangan banduan atas kesalahan penyalahgunaan atau pemilikan dadah untuk kegunaan sendiri setakat ini dan peratusannya daripada jumlah banduan; dan

(b) bilangan dipenjarakan berbanding dialihkan ke rawatan, 12 bulan sebelum dan selepasnya.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kluang. Untuk makluman, pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283] yang telah berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025 adalah berasaskan kepada dasar pengalihan iaitu mengalihkan daripada hukuman pemenjaraan kepada rawatan dan pemulihan dadah dan bahan. Pindaan ini tidak membawa maksud pemansuhan sepenuhnya kesalahan jenayah atau pengeluaran kesalahan penggunaan dadah daripada kerangka undang-undang jenayah Yang Berhormat.

Daripada Januari hingga September 2026, sebanyak 12,255 orang banduan sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu memasukkan dadah ke dalam badan dan sebanyak 31,827 orang banduan sabitan bagi kesalahan pemilikan dadah kecil direkodkan.

Jumlah kedua-dua kumpulan banduan sabitan ini adalah sebahagian daripada banduan sabitan kes berkaitan dadah dengan mewakili sebanyak 46.5 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan sabitan di dalam penjara iaitu seramai 94,780 orang banduan ketika ini. Manakala, jumlah keseluruhan banduan sabitan dadah di penjara adalah sebanyak 64,356 orang iaitu 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan sabitan. Ramai jumlah banduan yang terlibat dalam kes dadah.

Bagi tempoh Januari hingga Disember 2025 Yang Berhormat, sebanyak 14,220 orang banduan sabitan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta 234 berbanding 21,716 orang yang ditahan di bawah kesalahan seksyen 6 dan 6A [Akta 283]. Untuk tempoh Januari hingga September 2026 Yang Berhormat, sebanyak 12,255 orang banduan sabitan di bawah seksyen 15(1)(a) [Akta 234] berbanding 18,160 orang yang ditahan di bawah kesalahan seksyen 6 dan 6A [Akta

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

283]. Tentunya kerajaan percaya, cabaran dadah hanya dapat ditangani melalui pendekatan yang seimbang antara usaha pencegahan, penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Jadi, sehubungan dengan itu, Yang Berhormat, penguatkuasaan Akta 283 ini merupakan satu reformasi penting dalam mengukuhkan pendekatan dalam menangani isu dadah di negara ini, Yang Berhormat. Jadi, reformasi ini memberi penekanan kepada rawatan dan pemulihan tanpa menjejaskan ketegasan tindakan jenayah dadah sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan, melalui Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya, untuk membina masyarakat yang lebih sihat, lebih selamat, sejahtera demi negara kita. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kluang, silakan.

draft • 11:40 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang terperinci dari Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Jadi, memandangkan pindaan Akta 283 bertujuan sebenarnya mengalihkan penagih dadah daripada penjara ke rawatan, walaupun masih ada tanggungjawab di bawah akta-akta lain khasnya berkaitan dengan jenayah, namun jumlah yang diberikan oleh bilangan dan juga kesemua nombor-nombor yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi menunjukkan bahawa sebenarnya jumlah banduan yang masih dikurung di penjara tidak menurun.

Saya ingin merujukkan kepada dua angka, iaitu 83,944 orang pada Januari. Ini adalah nombor yang diberikan oleh kementerian kepada Parlimen pada Januari tahun ini. Dari nombor ini kepada kira-kira 90,000 orang pada Oktober tahun ini. Ini juga adalah nombor yang didedahkan dalam Parlimen pada sesi ini sebenarnya. Jadi, ini menunjukkan tiada penurunan dan sebenarnya ada peningkatan. Dan sebanyak 75 peratus terlibat kes dadah dan kebanyakan ini di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Jadi, memandangkan isu ini memang serius, walaupun dengan ada pindaan di Parlimen, tetapi masalah tidak diselesaikan. Jadi, saya ingin tanya sama ada kementerian akan menimbang untuk tambah baik, iaitu buat pindaan lagi ke atas seksyen 15(1) supaya satu garis panduan ada dikeluarkan kepada Pendakwa Raya dan juga Majistret supaya penagih dadah dialihkan ke rawatan sejak peringkat tangkapan dan bukan sahaja secara sukarelawan dan akhirnya tidak selesaikan sebahagian besar masalah overloaded, dengan izin, di penjara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, angka menggambarkan segala-galanya. Jadi,

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

kerajaan mengambil maklum supaya seksyen yang dimaksudkan tadi, seksyen 15(1) di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula, dan sentiasa bersedia untuk menilai keberkesanan undang-undang berdasarkan data dan pengalaman pelaksanaan dengan memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat terus terpelihara.

Yang Berhormat, seksyen ini di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala pelaksanaan melibatkan dua agensi utama di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu PDRM bagi penguatkuasaan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi pencegahan, rawatan dan pemulihan. Pendekatan ini menekankan tadbir urus yang bersepadu antara penguatkuasaan dan kesihatan awam.

Seksyen 15(1) membolehkan pengesanan awal penagih dadah dan merujuk mereka kepada program-program pemulihan termasuk melalui Perintah Mahkamah. Yang Berhormat, dalam hal ini, Yang Berhormat, selaras dengan dasar peralihan yang diperkukuhkan melalui Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) yang dipinda di Dewan ini pada 2025 tanpa menjejaskan tindakan tegas terhadap pengedaran dadah.

Dengan itu, matlamat kerajaan jelas dalam membanteras penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah dan bahan iaitu melindungi rakyat dan memastikan peluang pemulihan berkesan selaras dengan keselamatan dan ketenteraman awam bagi semua rakyat Malaysia.

Ini yang boleh saya terangkan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebelum saya ke...

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat, soalan tambahan.

Bolehkan, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat. Saya tak habis bercakap.

Yang Berhormat Tuaran, terima kasih atas senaskhah buku ini. [Sambil menunjukkan senaskhah buku] Ini boleh membantu saya dalam pelantikan JKKOA Orang Asli di Semenanjung. Anak natif Sabah sama lebih kurang orang asli di sini. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dan tahniah atas penerbitan buku ini. Yang Berhormat, silakan.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit soalan tambahan saya yang kita memfokuskan— kita sedang berdepan dengan musuh utama negara, dadah ini.

Dalam sedikit data yang saya dapat, selepas pindaan Akta 283 yang berkuat kuasa 22 Ogos tahun lepas, KDN melaporkan 2,335 individu tampil secara sukarela untuk

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

mendapatkan rawatan ya, sehinggalah bulan Oktober 2026 iaitu lebih kurang puratanya meningkat daripada 75 orang kepada 232 orang.

Jadi, persoalannya ialah, apabila seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya ini masih mengekalkan kesalahan jenayah terhadap penggunaan dadah, sedangkan akta yang kita pinda ini, Akta 283 ini mengutamakan pendekatan rawatan dan pemulihan, jadi soalan saya, Yang Berhormat Menteri, bagaimana KDN memastikan kedua-dua undang-undang ini dilaksanakan secara selaras supaya penagih ini yang layak menerima rotan tidak dihukum penjara dalam Akta Dadah Berbahaya itu?

Dan yang kedua, apakah kerajaan bersedia menyelaras kerangka perundangan serta mekanisme antara PDRM, AADK dan pihak pendakwaan supaya matlamat pemulihan benar- benar tercapai dan bukan sekadar meningkatkan jumlah kemasukan ke pusat rawatan kita?

Itu, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat.

Tadi saya dah jelaskan dari segi angka dan undang-undang yang berkaitan. Yang Berhormat juga tadi sebut soal berkaitan dengan sukarela. Saya sebut tentang sukarela dulu.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita sentiasa perkukuhkan akses dan keterbukaan saluran untuk rawatan pemulihan ini selaras dengan penguatkuasaan pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) [Akta 253]. Ini pendekatan yang berteraskan pengalihan daripada hukuman punitif kepada rawatan yang berasaskan kepada kesihatan awam dan menggalakkan individu-individu mendapatkan bantuan secara sukarela. Ini antara semangat yang dibuat dalam akta berkenaan.

Dan dalam keadaan sama, akta yang― ini maksud dia Akta 283 ini tidak bermaksud kita tidak melaksanakan apa juga tindakan-tindakan kepada mana-mana individu yang menyalahi peraturan-peraturan, misalnya di bawah Akta Dadah Berbahaya. Jadi, kementerian sama ada di bawah Polis Diraja Malaysia ataupun di AADK mengambil tindakan-tindakan berasaskan akta-akta dan kita sentiasa menyelaras tindakan-tindakan dan juga operasi, tindakan dan sebagainya. Dan berasaskan kepada akta tadi, kita mampu untuk menangani isu walaupun kes-kes meningkat dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan ke-10. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Yang Berhormat Machang.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Soalan saya nombor 10.

draft • 11:40 AM

10. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, bila dasar menyeluruh pembangunan industri nadir bumi negara akan dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Parlimen termasuk pendirian mengenai eksport bahan mentah, syarat pemindahan teknologi, pemprosesan hiliran dalam negara, perlindungan alam sekitar dan perkongsian hasil dengan negeri serta komuniti setempat.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

...Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan komited untuk membangunkan industri unsur nadir bumi (REE) negara secara menyeluruh, bertanggungjawab dan mampan. Ini berpandukan kepada kerangka Dasar Mineral Negara Ketiga yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 17 Januari 2024.

Dasar ini memberi penekanan kepada pembangunan keseluruhan rantaian nilai industri mineral negara iaitu merangkumi aktiviti perlombongan di peringkat huluan ataupun di peringkat upstream, pemprosesan dan pengasingan unsur di peringkat pertengahan— midstream dan penghasilan produk bernilai tambah tinggi di peringkat hiliran ataupun downstream.

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Jadi, maknanya dasar ini tidaklah perlu dibentangkan di Parlimen Yang Berhormat Machang. Cumanya, memang boleh dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dapatkan pertimbangan ataupun taklimat.

Dalam hubungan ini, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif strategik secara bersepadu dengan penglibatan kementerian, agensi, kerajaan negeri dan pemain industri yang berkaitan bagi memperkukuh ekosistem pembangunan industri REE negara. Sebab itu kita ada Special Task Force Hala Tuju Pembangunan Industri REE yang melibatkan NRES, MITI, MOF, MOSTI, KE dan juga agensi-agensi teknikal yang lain, di samping kita juga ada platform Mesyuarat Majlis Mineral Negara.

Berhubung dengan dasar pengeksportan, kerajaan mengekalkan moratorium pengeksportan bahan mentah REE yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2024 sebagai langkah

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

strategik untuk kita menggalakkan pembangunan industri pemprosesan dalam negara dan untuk mengelakkan kebergantungan kepada pengeksportan sumber mineral mentah.

Walau bagaimanapun, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 15 Julai 2026, kerajaan telah menyediakan mekanisme pertimbangan pengeksportan REE secara terhad dan bersyarat bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan serta pemprosesan.

Sehubungan itu, NRES telah mengeluarkan Garis Panduan Pertimbangan Permohonan Pengeksportan REE Mentah pada 1 Oktober 2026 supaya kita boleh pastikan sebarang eksport yang dipertimbangkan dapat menyokong pembangunan teknologi, penguasaan kepakaran dan pewujudan kemudahan pemprosesan REE dalam negara.

Melalui pendekatan ini, kita dapat pastikan setiap permohonan pengeksportan REE mentah dinilai secara telus, secara teratur dan ada kriteria yang jelas, selaras dengan dasar kerajaan.

Dari aspek pembangunan industri Yang di-Pertua, kerajaan memberikan keutamaan kepada usaha menarik pelaburan strategik yang melibatkan perkongsian dan pemindahan teknologi, pembangunan kepakaran tempatan serta pengukuhan keupayaan industri domestik. Tumpuan diberikan kepada pembangunan industri pertengahan termasuk pemprosesan, pengasingan dan penghasilan logam serta aloi REE di samping pembangunan industri hiliran seperti pembuatan magnet kekal yang mempunyai kepentingan strategik dalam industri teknologi tinggi dan peralihan tenaga.

Jadi maknanya, Malaysia bukan sekadar akan menjadi negara pengeluar bahan mentah, sebaliknya berupaya untuk bangunkan keupayaan pemprosesan sendiri, menguasai teknologi berkaitan dan memperoleh nilai tambah yang lebih tinggi daripada sumber REE negara.

Justeru, kalau lihat dari segi manfaat ekonomi, ianya boleh menjana hasil royalti kepada kerajaan negeri, selaku pihak yang mempunyai bidang kuasa terhadap sumber mineral. Pada masa yang sama, boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, merancakkan aktiviti ekonomi sokongan termasuk sektor pengangkutan, logistik, pembekalan dan perkhidmatan teknikal.

Dari segi perlindungan dan kelestarian alam sekitar. Kita juga— dalam pada kita nak mengejar pembangunan industri REE, kita tidak seboleh tidak langsung boleh menjejaskan kelestarian alam sekitar. Dalam hal ini, kerajaan menegaskan bahawa semua aktiviti perlombongan hendaklah mematuhi perundangan, prosedur dan syarat kelulusan yang berkuat kuasa termasuk penilaian kesan kepada alam sekeliling ataupun EIA dan juga kelulusan Skim Pengendalian Melombong ataupun Operating Mining Scheme (OMS). Semua ini perlu dipatuhi.

Pada masa yang sama, satu perkara lagi Yang di-Pertua, saya perlu sebutkan di sini bahawa walaupun kita ada sumber REE ini, kita masih lagi mengekalkan pendirian untuk tidak

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

membenarkan aktiviti perlombongan di dalam hutan simpan kekal, kawasan perlindungan dan kawasan sensitif alam sekitar selaras dengan dasar dan perundangan semasa. Walau bagaimanapun, kita tahu ada teknologi baru, ada kajian yang sudah dibuat, itu akan diteruskan untuk melihat kebolehmungkinan, feasibility untuk juga adanya berlaku aktiviti- aktiviti di dalam hutan simpan kekal.

Sebagai kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, kita tidak mahu dasar pembangunan industri REE sekadar dasar perlombongan. Kita mahu ia menjadi dasar pembangunan industri strategik yang bernilai tinggi, yang menjamin kedaulatan sumber, yang menjamin penguasaan teknologi dan manfaat ekonomi kepada rakyat. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Yang Berhormat, untuk soalan tambahan, silakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya yakin kita tak beza pandangan dalam hal membangunkan sumber nadir bumi.

Malah, kami yakin kalau kami beralih tempat lepas PRU nanti, lebih banyak yang kami akan buat untuk negara dalam hal ini. Cuma, cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dah dengar banyak dalam select committee dan sebagainya, saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana status projek perlombongan nadir bumi di Gua Musang yang baru-baru ini dikatakan diluluskan oleh kementerian yang telah mendapat kelulusan EIA dengan izin, Environmental Impact Assessment?

Sebabnya, kalau kita lihat teknik leaching— larut lesap, dengan izin, yang digunakan di sana, saya rasa belum jelas diterangkan oleh kerajaan kepada rakyat. Apakah NRES ataupun Jabatan Alam Sekitar ada kemampuan, kemahiran untuk menilai kemampuan dan keselamatan teknologi ini sebab saya rasa benda ini benda yang baharu? Jadi, ada banyak benda opaque dari segi maklumat. Kita tak tahu the real status of the technology. Jadi, boleh tak Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan kepada rakyat, apakah benar-benar selamat teknik leaching yang digunakan di lombong nadir bumi di Gua Musang ini?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Terima kasih Yang di-Pertua.

Jadi, berkaitan dengan pertamanya, saya dengar tadi daripada pandangan Yang Berhormat Machang bahawa dasar ini bagus. Ianya diteruskan dan kalau kekal juga kerajaan ini, ia akan diteruskan. Jadi, oleh kerana itu bagi saya, kita ambil kira sebagai ini satu dasar yang strategik...

draft • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Adapun berkenaan dengan status projek perlombongan di Gua Musang yang disebutkan oleh Yang Berhormat Machang tadi, ini adalah projek di antara Carester dengan Malaco di mana projek ini adalah satu projek usaha sama yang dilakukan. Carester ialah Perancis dan Malaco adalah Malaysia. Dan baru-baru ini kita telah pun tandatangani satu persefahaman— perjanjian persefahaman di antara Malaysia dan Perancis yang terkait juga dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. So dari segi projek perlombongan ini, benar, ianya berlaku di Gua Musang dan ianya dibawa nanti ke plant ataupun pusatnya perlombongan ini di Gopeng, di Perak.

So dari segi kajian, kaji selidik dan sebagainya, ia nya memerlukan satu penelitian berkenaan dengan EIA, di samping satu lagi adalah operating mining scheme iaitu OMS.

Kedua-dua perkara ini telah diluluskan. Maknanya, ia telah melalui penelitian yang mendalam supaya segala kesan-kesan daripada alam sekeliling itu dapat dipastikan dan tidak mencemarkan alam sekitar. Perkara ini walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat, di bawah beberapa akta— saya nak sebutkan dah supaya benda ini jelas.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia umpamanya JMG, mereka bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Pembangunan Mineral 1994. Ini untuk kawal selia aspek teknikal dan keselamatan perlombongan melalui Skim Pengendalian Melombong (OMS) dan pematuhan SOP perlombongan REE.

Yang kedua ialah Jabatan Alam Sekitar. Dia menguatkuasakan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, khususnya keperluan untuk penilaian EIA, kawalan pencemaran air serta pengurusan buangan terjadual. Manakala Jabatan Tenaga Atom Malaysia melalui Akta Tenaga Atom 1984 [Akta 304] mengawal selia aspek keselamatan radiologi dan bahan radioaktif termasuk bahan radioaktif semula jadi ataupun NORM dipanggil sebagai NORM mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai.

Jadi ringkasnya, kita tidak ambil mudah, kita tidak pandang ringan sekiranya berlaku pencemaran dan kita akan pantau dari segi kualiti air, pengurusan sisa, pemulihan kawasan lombong yang dilaksanakan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana- mana pelanggaran yang berlaku. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Pulai.

draft • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker. Dalam pertemuan ataupun kehadiran Presiden Perancis baru ni ke negara kita, ada disebut industri yang akan terlibat ataupun akan dilaksanakan projek selepas ini adalah projek REE dan sebelum ni mungkin sudah ada.

Jadi, bolehkah diberitahu kepada Dewan tentang apa perkembangan terbaharu ini?

Mungkin ada penambahbaikan dan sebagainya berbanding yang sebelum ini kerana benda

draft • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

ini baru lagi kan, yang baru dimeterai baru ini. Apakah ada tambahan-tambahan baharu dan nilai tambah yang baru hasil daripada kehadiran Presiden Perancis baru-baru ini?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sebelum anda menjawab Yang Berhormat Pulai. Gua Musang ini adalah tempat di mana ramai masyarakat Orang Asli Suku Temiar duduk. Assessment bab pembukaan nadir bumi ini, ada tak mereka mengambil kira budaya hidup dan cara seharian masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan ini hidup? Jika impaknya boleh melibatkan kerosakan, penyakit dan sebagainya yang pernah berlaku, saya berharap apa yang EIA bentangkan itu relevan. Silakan.

draft • 12:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan daripada Speaker, saya perlu jawab dahulu. Nanti saya jawab untuk soalan YB Pulai.

Yang pertamanya, kita kena ambil kira keseluruhan, Tuan Yang di-Pertua. Jadi dalam konteks ini, bukan hanya dari segi tanah, tapi dari segi komuniti, kesannya kepada komuniti.

Kita dah tahu apa yang berlaku di Bukit Merah dan di tempat-tempat yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini diambil serius. Dan saya akan teliti, ambil serius daripada pandangan Yang di-Pertua tadi supaya perkara ini tidak dikesampingkan.

Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Pulai, saya telah sentuh sedikit tadi berhubung dengan perjanjian persefahaman antara Malaysia dengan Perancis. Sebenarnya dari segi perjanjian ini, dia adalah perjanjian asalnya di antara B2B ataupun business-to- business di antara Carester dengan Malaco, syarikat. Tujuannya benar, untuk melihat cara- cara membangunkan industri REE dalam negara, proses dia dari segi peringkat huluan, pertengahan, sehinggalah hiliran.

Jadi dalam konteks itu, kita berbincang dan berunding dengan semua pihak sebenarnya, termasuk Perancis. Dengan Amerika Syarikat, dengan Jepun, dengan pihak India dan lain-lain. Jadi maknanya, dari segi penilaian Malaysia, kita terbuka, tetapi faktor utamanya adalah kita perlu ada penguasaan teknologi. Kita dah tahu teknologi yang dikuasai sekarang dalam industri REE ialah China. Mereka jauh ke depan, tapi dalam konteks itu kita ada kelebihan iaitu kita ada kelebihan bahan mentah. Bahan mentah kita ini, REE bernilai tinggi dan kita kena jaga betul-betul kerana ini adalah bahan kita.

Sebab itu dalam hal ini, kita tak boleh juga pada masa yang sama hendak kawal segala-galanya tanpa kita boleh buka untuk tujuan rundingan, untuk tujuan R&D, tapi dia mesti ada timbal balas. So, dalam persefahaman ini, secara khususnya bersama dengan pihak Perancis, kita menekankan beberapa perkara.

draft • 12:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Yang pertama ialah untuk kita bekerjasama, tumpu kepada kritikal mineral, secara khususnya REE, yang boleh membawa kepentingan ekonomi, tapi pada masa yang sama menghormati national sovereignty— kedaulatan negara dan juga kerangka perundangan domestik.

Jadi, kita ada larangan moratorium untuk eksport REE, kita ada garis panduan yang kita sediakan dan kita juga akan tetapkan supaya kita ada usaha-usaha untuk meneruskan MoU melalui joint working group bersama dengan pihak Malaysia dan juga Perancis. Kita juga akan ada pertukaran teknikal, knowledge supaya kita dapat penguasaan dari segi teknologi, di samping juga ada mission, mission dari segi perdagangan iaitu di bawah MITI.

Jadi maknanya, secara keseluruhannya, kita hendak lihat perjanjian ini berjalan baik, tetapi kita juga tak terhad kepada rundingan dengan mana-mana negara yang lain. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang Majlis ke soalan yang ke 11 dan ini adalah soalan yang terakhir sebelum ditamatkan jawapan lisan.

Dipersilakan Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.

draft • 12:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan Bentong nombor 11.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pengangkutan untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

11. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, sasaran peralihan ‘modal’ pengangkutan kargo daripada jalan raya kepada rel (‘modal’ shift) yang ditetapkan kementerian selepas ECRL beroperasi. Berapa peratusan kargo yang dijangka beralih daripada lori kepada kereta api dalam tempoh 5 hingga 10 tahun pertama operasi dan insentif yang akan disediakan kepada syarikat.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Laluan Rel Pantai Timur ECRL merupakan antara infrastruktur strategik negara yang akan menyokong peralihan pengangkutan kargo daripada jalan raya kepada rel ataupun road to rail.

Dari segi pelaksanaan, perkhidmatan kargo ECRL dijadualkan memulakan operasi pada Januari 2027. Bagi jajaran Bentong ke Pasir Putih, manakala spur line termasuk ke pelabuhan, akan dibuka secara berperingkat. Pelaksanaan secara berperingkat ini dijangka memperkukuh rangkaian logistik negara serta meningkatkan kecekapan dan daya saing pengangkutan kargo berasaskan rel.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Dalam konteks ini, matlamat kerajaan bukan untuk menggantikan sepenuhnya pengangkutan kargo melalui lori, sebaliknya pendekatan yang ingin dibangunkan ialah pengangkutan antara mod, di mana rel digunakan bagi perjalanan kargo jarak jauh. Manakala, lori terus memainkan peranan first mile dan last mile dari premis pelanggan ke terminal rel dan seterusnya, ke destinasi akhir.

Peralihan kargo daripada jalan raya kepada rel dalam tempoh lima hingga 10 tahun pertama operasi ECRL akan bergantung kepada perkembangan permintaan pasaran serta kapasiti perkhidmatan susulan pelaksanaan operasi kargo ECRL yang dijadualkan bermula pada tahun 2027.

Antara faktor yang akan menentukan kadar peralihan tersebut ialah jumlah dan jenis kargo, kekerapan penghantaran, daya saing kos, pengangkutan rel, kesiapsiagaan terminal dan fasiliti kargo, kesalinghubungan dengan pelabuhan serta kawasan perindustrian dan kecekapan sambungan first mile dan last mile. Sehubungan itu, pendekatan kerajaan adalah untuk membangunkan penggunaan kargo ECRL secara berperingkat berdasarkan permintaan sebenar pasaran dengan memberi tumpuan kepada pergerakan kargo yang mempunyai jumlah muatan yang besar, konsisten dan sesuai untuk pengangkutan rel jarak jauh. Sebuah tren kargo ECRL yang terdiri daripada sehingga 45 buah gerabak, mampu membawa muatan kira-kira 3,150 tan.

Berdasarkan kapasiti muatan sebuah lori sehingga 40 tan, satu perjalanan tren kargo ECRL berpotensi menggantikan kira-kira 79 buah lori di jalan raya. Peralihan ini berpotensi membantu mengurangkan kesesakan jalan raya, pelepasan karbon serta risiko kemalangan yang melibatkan kenderaan berat.

Pada masa yang sama, Malaysia Rail-Link Sendirian Berhad (MRL) dan ECRL Operation Sendirian Berhad (EOHB) akan terus bekerjasama dengan pihak pelabuhan, kerajaan negeri, pemilik kargo serta pemain industri logistik untuk membangunkan ekosistem kargo di sepanjang jajaran ECRL dan menarik lebih banyak pergerakan barangan penggunaan menggunakan rel.

Bagi kawasan Bentong khususnya, usaha untuk mengenal pasti industri dan pemilik kargo yang mempunyai jumlah serta kekerapan penghantaran yang sesuai bagi penggunaan ECRL akan terus dilaksanakan, termasuk bagi pergerakan antara kawasan perindustrian di Bentong dengan Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Klang dan pasaran lain di sepanjang koridor ECRL.

Justeru, kejayaan road to rail tidak hanya akan dinilai berdasarkan satu angka peratusan, tetapi juga berdasarkan peningkatan jumlah kargo yang menggunakan rel, penyertaan pemilik kargo, penggunaan kapasiti tren serta pengurangan kebergantungan kepada lori bagi perjalanan jarak jauh. Kerajaan akan terus memantau perkembangan

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

penggunaan kargo ECRL selepas operasi bermula dan memperkukuh langkah-langkah yang diperlukan bagi memastikan peralihan daripada jalan raya kepada rel berlaku secara mampan dan berterusan. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, untuk soalan tambahan.

draft • 12:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Baik. Terima Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sememangnya apabila siapnya ECRL kelak, ia memang memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, lagi-lagi di Pantai Timur. Bukan sahaja untuk penumpang. Kerap kali sekarang ini kita bercakap tentang penumpang apabila dapat mengurangkan perjalanan di atas jalan raya, tetapi apabila ada kargo juga ia akan memberikan— orang kata, manfaat keselamatan di lebuh raya yang ada.

Jadi saya ingin bertanya, apakah tempoh purata perjalanan dan kos pengangkutan setiap tan atau setiap kontena melalui ECRL berbanding lori? Dan, adakah ia cukup kompetitif untuk menarik pengusaha untuk menggunakan kargo ini?

Dan yang kedua, adakah terdapat perancangan penyambungan ECRL dan juga rangkaian KTMB Berhad dan pelabuhan utama bagi memastikan sambungan first mile dan last mile itu dengan lancar. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri, untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Bentong.

Tentang persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu tentang berkaitan dengan kontena berbanding lori ya, melalui ECRL.

Bagi perkhidmatan kargo, trend lokomotif ECRL berkeupayaan beroperasi pada kelajuan sehingga 80 kilometer sejam. Sekali gus, dijangka menawarkan perjalanan yang lebih lancar dan konsisten bagi pengangkutan barangan ke Pantai Timur berbanding pengangkutan jalan raya yang turut dipengaruhi oleh keadaan trafik dan kesesakan.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Dari segi kos pula, struktur kadar tambang kargo ECRL akan mengambil kira keperluan untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah kompetitif berbanding pengangkutan jalan raya.

Penetapan kadar juga turut perlu mengambil kira keseluruhan kos logistik termasuk pengendalian kargo dan penghantaran ke destinasi akhir bagi memastikan perkhidmatan ECRL menjadi pilihan yang berdaya saing serta dapat menggalakkan peralihan pengangkutan daripada jalan kepada rel.

Dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang kedua pula, iaitu tentang penyambungan ECRL dengan KTM. Kerajaan sememangnya mengambil kira aspek

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

kesalinghubungan antara rangkaian laluan ECRL dengan KTMB serta pelabuhan utama melalui stesen integrasi seperti di Stesen Temerloh, dan juga Stesen Bandar Serendah. Selain itu, pembangunan Pintasan Serendah ataupun Serendah Bypass bagi KTMB yang menghubungkan terus ke Serendah ke Pelabuhan Klang.

Pembangunan seksyen D ECRL turut melibatkan sambungan terus ke Northport dan juga Westport di Pelabuhan Klang melalui penyediaan landasan berasingan bagi perkhidmatan ECRL dan KTMB. Kesalinghubungan ini insya-Allah dijangka akan meningkatkan kecekapan pengangkutan kargo serta menyokong penyepaduan pengangkutan antara rel, pelabuhan dan rangkaian logistik darat bagi melancarkan pergerakan larangan dari lokasi asal ke destinasi akhir insya-Allah. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelah kiri, Yang Berhormat Setiu.

draft • 12:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Timbalan Menteri, soalan saya, petani dan juga nelayan daripada Daerah Setiu, Daerah Besut menghantar hasil mereka ke stesen di Dungun ataupun Cukai kerana di Setiu dan Besut tidak ada stesen untuk pengangkutan kargo ini, yang ada hanyalah untuk penumpang. Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan pengangkutan kargo, perkhidmatan kargo di kedua-dua stesen ini?

Yang kedua soalan saya, adakah kerajaan bercadang, bersedia untuk membentangkan laporan prestasi tahunan pengangkutan kargo ini? Kerana kita dapati bahawa kewangan ECRL bergantung sepenuhnya, teramat bergantung kepada pengangkutan kargo ini, dan kerajaan membentang dan juga kita nak tahu berapakah jumlah kargo— jumlah tan sebenar yang diangkut dan juga berapa unjuran yang dibuat oleh kerajaan? Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih YB Setiu. Persoalan yang dibangkitkan oleh YB tadi iaitu berkaitan adakah kemungkinan untuk mengadakan stesen untuk kargo di kedua-duanya ini. Jadi, kita akan melihatlah. Kita belum beroperasi lagi. Insya- Allah, bila beroperasi, kita melihat keperluan semasa. Perkara ini adalah dinamik.

Keduanya, tentang laporan itu. Insya-Allah tiada masalah. There is nothing to hide lah.

Kata orang apa-apa juga ke, prestasi kemajuan tentang pengangkutan dan sebagainya untuk kargo ini. Memang betullah kerajaan berbelanja begitu besar dengan Kerajaan Negeri China, tetapi ya lah kita pun mahu melihat bagaimana ianya di— perjalanan operasi tren ini dalam jangka masa panjang. Terima kasih, insya-Allah.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau ikut selalu lazimnya dua kanan, satu kiri, tapi memandangkan ini soalan terakhir, saya benarkanlah soalan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri kena jawab [Tepuk] .

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya telah mendapat perkhabaran bahawa ECRL akan diluncurkan pada 12 Disember akan datang. Tahniah dan baik.

Tadi Bentong bawa soalan itu sebenarnya satu keputusan yang betul bila kita bawa jajaran dia melalui Bentong sampai ke Serendah dan melihat ke hadapan, tinggal tiga minggu sahaja, tapi ikut Akta APAD, Akta 715, apa-apa kebenaran membuka satu sistem railway mesti mendapat tandatangan Menteri Pengangkutan. Itu dalam syaratnya.

Ya, KP APAD dapat boleh tandatangan, tetapi untuk satu skim baru mesti dapat kelulusan. Dalam keadaan sekarang, adakah kita ada contingency plan apabila sampai 12 hari bulan nanti, seminggu atau 10 hari sebelum itu perlu ada kelulusan ini? Adakah kita dah bersiap siaga, dah ada kontingensi ataupun macam mana? Kerana tanpa itu, peluncuran itu tidak boleh dilakukan. Cuma nak tanya apa contingency plan yang ada pada MOT. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih YB. Jadi, dulu saya pun dengan YB juga, my first round dalam MOT dengan Yang Berhormatlah sebagai Menteri, saya Timbalan. The second tour, different bos lah.

Jadi, kita tunggulah sampai— sebelum ini apa-apa yang mungkin dalam seminggu ini ada pelantikan Menteri Pengangkutan yang baru. Jadi, itu sahaja yang saya dapat jawablah.

Memang betul, memang memerlukan tandatangan Menteri. Itu memang betul.

Saya pun sebenarnya semalam pun dah telefon KSU berbincang, macam mana ini kita nak luncur, tapi ya lah mudah-mudahan, saya yakinlah kepimpinan kerajaan insya-Allah akan melihat perkara inilah. Sebab nanti 12 hari bulan itu juga saya difahamkan nanti akan meluncurkan itu adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga. Insya-Allah. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Timbalan Yang di-Pertua)

Baik, Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Dato’ Sri Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 23 November 2026.”

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat yang menyokong?

draft • 12:16 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:16 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesepuluh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

draft • 12:16 PM

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 12:16 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Pendang, saya bagi ruang untuk bersembang. Sembanglah.

Daripada tadi. Kalau nak jadi saya cikgu besar, boleh. Tak ada masalah, tapi hormatlah bila Menteri menjawab, Yang Berhormat-Yang Berhormat lain bertanya. Jadi saya minta, kalau ada beberapa itu, dekat luar itulah ya. Kita tak nak jadi macam anak-anak murid. Kita dah dewasa. Baik na. Tolonglah na. Dua-dua ini pun kawan saya. Lagi sekali, saya halau. Baik.

draft • 12:16 PM
Kepala B.43 [Jadual] – Kepala P.43 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dalam Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahaskan.

Yang Berhormat-Yang Berhormat, senarai pembahas seramai 26 orang. Saya akan bacakan senarai berikut. Yang Berhormat-Yang Berhormat ambil maklum bahawa pukul 1 kita akan berhenti untuk berehat. Jadi, estimate-kan lah kedudukan untuk berbahas itu setelah nama-nama dipanggil.

Perbahasan akan dimulakan oleh Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Kangar dan diakhiri dengan Yang Berhormat Seputeh.

draft • 12:16 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, cuba elakkan untuk submit nama di ketika saat-saat akhir kerana akan menimbulkan kekangan waktu. Jadi sebagai nasihatlah ya, walau bagaimanapun untuk memutuskan sama ada permohonan Yang Berhormat itu dilayan atau tidak, tetap pada Pengerusi Majlis ya.

Baik, dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong untuk membuka tirai perbahasan. Silakan Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di-Pertua Pengerusi. Saya memulakan perbahasan saya dengan memberi satu ungkapan daripada Mahatma Ghandi; “The greatness of a nation can be judged by the way its animals are treated.” Kegemilangan, kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara yang maju hanya boleh dinilai dengan cara bagaimana negara itu di antaranya melayan haiwan-haiwan seperti anjing dan kucing.

Saya menyentuh perkara ini Tuan Pengerusi, kerana haiwan-haiwan ini sejak kebelakangan ini telah berlaku banyak kejadian-kejadian dan sehingga hari ini― saya mohon maaf kalau tersilap, tidak ada mana-mana Ahli Parlimen daripada sebelah sana yang bangun untuk menyuarakan perkara-perkara ini yang melibatkan haiwan-haiwan peliharaan.

Saya menyentuh Butiran 02400 – Perancangan Bandar dan Desa, 020100 – Kerajaan Tempatan, 020500 – Kemampanan Bandar.

Saya dengar daripada Yang Berhormat Putrajaya tentang gangguan anjing-anjing liar.

Di kawasan saya juga ada kejadian anjing-anjing liar. Dan saya menyentuh dua kejadian yang berlaku untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, Yang di-Pertua Tuan Pengerusi. Kejadian pertama berlaku pada 6 Oktober 2024 di Besut di mana Majlis Bandaraya Besut telah menembak mati ‘sebuah’ anjing liar bernama Kopi...

draft • 12:21 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Seekor.

draft • 12:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ah ya, seekor. Maafkan saya.

Seekor anjing liar bernama Kopi. Tersasul saya, minta maaf. Banyak sangat yang kita pantun sana, pantun sini, tersasul ya.

Seekor anjing liar bernama Kopi. Kemudian, berlaku satu lagi kejadian di Majlis Bandaraya Klang di Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang melibatkan seekor lagi anjing bernama Rocky. Kejadian pada 29 Julai 2026.

Jadi, bila kejadian― dan baru-baru ini Tuan Pengerusi Yang di-Pertua, video viral yang menunjukkan seorang menggantungkan seekor kucing daripada leher kucing itu di sebuah kenderaan pikap, membawa kenderaan itu dalam keadaan kucing itu tergantung yang berlaku di Johor pada 12 November baru-baru ini.

Saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah yang sedang dan telah diambil untuk memastikan bahawa anjing-anjing liar, kucing-kucing liar ini sama ada dipelihara oleh pihak Majlis Bandaraya masing-masing, Kerajaan-kerajaan Tempatan negeri-negeri— proses pemandulan.

Di Pulau Pinang saya bagi contoh, Majlis Bandaraya Pulau Pinang mendirikan sebuah kandang tempat untuk kita menangkap anjing-anjing liar ini, memandulkan mereka dan untuk

draft • 12:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

memastikan bahawa mereka tidak mendatangkan apa-apa gangguan kepada orang-orang awam yang mungkin bersenam, yang mungkin berjalan lalu-lalang di sana dan di sini.

Jadi, ini permintaan saya. Kita perlu menghormati hak haiwan-haiwan ini juga dan saya bangun sebagai seorang ahli Backbencher untuk bertanyakan kepada kerajaan, apakah langkah-langkah yang diambil. Saya tidak mahu kejadian yang menimpa anjing-anjing seperti Rocky dan Kopi ini bermula kerana ia jadi viral dan tempiasnya kerajaan kita yang menerimanya.

Pada masa yang sama, saya ingin tanya, apakah yang berlaku. Di kawasan saya Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan satu projek pembinaan perumahan rakyat di Kota Giam, Jelutong di tapak cadangan Projek Perumahan Rakyat Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang iaitu pada tahun 2022 di mana projek itu telah dicadangkan dengan jumlah kos RM200 juta untuk pembinaan 100 unit PPR di Pulau Pinang di kawasan Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang.

Jadi, saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah keadaan sekarang projek tersebut dan apakah maklumat terkini ataupun perkembangan terkini kerana projek itu telah diumumkan, tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang kerja-kerja tanah dimulakan. Dan saya berharap supaya memang kekangan ini adalah kekangan yang dihadapi oleh semua negeri, 100 unit PPR di Pulau Pinang sudah tentu akan menyelesaikan pelbagai masalah perumahan di kawasan saya.

Jadi, saya mohon supaya kedua-dua perkara ini diberi perhatian. Saya percaya kerajaan kita memang prihatin tentang masalah perumahan rakyat dan juga masalah yang menimpa haiwan-haiwan seperti anjing dan kucing. Yang di-Pertua, Tuan Pengerusi, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Salam perpaduan, salam Malaysia MADANI.

draft • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Maran.

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Pengerusi kerana izinkan saya membahaskan Perbekalan Kementerian Perumahan Peringkat Jawatankuasa.

Yang Berhormat Dato' Sri Pengerusi, tempat berteduh ataupun penginapan perumahan adalah di antara keperluan asas manusia. Awal saya ingin bertanya kepada penduduk Malaysia sekarang ini ada kurang lebih 34.4 juta orang. Jadi, saya ingin bertanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adakah maklumat, berapakah sebenarnya keperluan perumahan seluruh negara.

draft • 12:26 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang kedua, berapakah jumlah perumahan yang telah ada dan dibina di seluruh negara berdasarkan keperluan penduduk ini.

Saya nampak perkembangan, pertumbuhan pembinaan rumah hari ini bukan untuk menyediakan rumah untuk rakyat yang memerlukan perumahan, tetapi lebih kepada memenuhi kehendak kekayaan kepada syarikat-syarikat perumahan yang mereka ingin lebih kaya. Malah, banyak rumah-rumah yang dimiliki oleh orang berkeperluan yang mempunyai kekayaan yang mereka beli rumah dan mereka sewa rumah itu untuk menambahkan kekayaan mereka. Dan kini berapakah jumlah permohonan perumahan pertama yang dibuat oleh rakyat Malaysia di seluruh negara?

Dato' Sri Dr. Pengerusi, perjalanan PBT di seluruh negara juga bergantung kepada peruntukan terus daripada pihak kementerian. Persoalan saya berapakah jumlah agihan peruntukan terus KPKT kepada PBT di seluruh negara mengikut PBT termasuk negeri Pahang dan juga Maran khususnya.

Yang kedua, berapakah jumlah perbelanjaan peruntukan kerajaan dalam membiayai perbelanjaan bil elektrik kerana PBT ini sebahagian perbelanjaan elektrik di kawasan PBT adalah ditanggung oleh PBT sendiri dan ditanggung oleh kerajaan. Jadi, berapa jumlah yang telah dibiayai oleh kerajaan kepada PBT termasuklah Maran. Apakah antara strategi kerajaan dalam membantu PBT-PBT yang lemah ini bagi mereka menambahkan pendapatan bagi membiayai pengurusan harian mereka?

Dato' Sri Dr. Yang di-Pertua, Pengerusi, saya ingin merujuk kepada P.43 Butiran 01600 – Perumahan Rakyat Disewa dan 01513 – Perumahan Rakyat Dimiliki. Anggaran pembangunan untuk perumahan rakyat disewa turun daripada RM5.53 juta dalam anggaran dipinda 2026 kepada RM1 juta pada 2027. Dalam Jadual yang sama, anggaran untuk perumahan rakyat dimiliki meningkat daripada RM190.51 juta kepada RM370.46 juta.

Bagi keluarga yang belum mampu membeli, rumah sewa ialah pilihan pertama mereka. Saya ingin bertanya, berapakah keluarga yang layak masih menunggu di setiap negeri dan berapa unit akan disediakan untuk mereka pada tahun 2027?

draft • 12:26 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, perkampungan orang asli juga pernah terjejas daripada pengaruh komunis. Mereka ditempatkan di penempatan (resettlement) di dalam pendalaman hutan.

Apakah— saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Perumahan memasukkan juga kampung orang asli ini di bawah Kementerian Perumahan dan diletakkan di bawah pemantauan Kementerian Perumahan. Bantuan perumahan, bukan khusus untuk kampung- kampung baru tetapi juga kepada kampung-kampung baru yang terlibat bukan sahaja kampung komunis tetapi penempatan semula termasuk orang asli.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya merasai bahawa peruntukan JAKOA ini tidak cukup untuk menampung pembangunan kampung orang asli dan kita hendak supaya kehidupan mereka juga terus maju seperti masyarakat lain.

Dato’ Sri Pengerusi, saya merujuk kepada B.43, Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Anggaran penyelenggaraan meningkat RM15.6 juta. Saya minta Menteri nyatakan pencapaian sebenar 2026 dan asas penempatan sasaran 66 peratus. Bagaimana peruntukan tambahan ini akan membantu daerah yang paling lama menunggu bantuan?

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian. Bilakah cadangan pembinaan balai bomba baru di Maran, di Kampung Awah ataupun di Chenor dibina kerana cadangan ini telah lama disuarakan. Tapak telah dikenal pasti tetapi kerajaan baharu ini telah menghilangkan projek itu.

Yang berikutnya Dato’ Sri, iaitu perumahan rakyat dimiliki berhubung PPR Luit di Taman Sungai Kemap di Maran— 42 penerima menerima kunci pada Ogos 2026. Pada tarikh itu, 46 daripada keseluruhan 100 unit rumah masih belum dapat diserahkan kerana kerja penstabilan cerun. Adakah kerja ini diteruskan? Berapakah— berapa daripada 46 unit ini telah diserahkan kepada penerima dan bilakah penyerahan selebihnya dibuat?

Akhirnya, Dato’ Sri Pengerusi, banjir kilat pada 25 Mei 2026 menjejaskan kira-kira 47 rumah dan 188 penduduk di tempatan Sri Jaya Makmur. Apakah punca yang dikenal pasti melalui penilaian teknikal? Apakah kerja naik— apakah kerja naik taraf saliran di Sri Jaya Makmur telah diluluskan di bawah Butiran 00100 – 27. Jika ya, nyatakan skop kerja, agensi pelaksana dan tarikh siap. Jika permohonan masih dinilai, bilakah keputusan akan dimaklumkan kepada penduduk?

Saya mohon Menteri menjawab perkara ini dalam penggulungan dengan angka, tarikh yang boleh disemak oleh Dewan kerana saya mahu orang-orang di tempat saya, di seluruh di negara kita sedar, inilah kerja-kerja kerajaan yang bertanggungjawab.

Bertanggungjawablah untuk kita memastikan supaya kehidupan rakyat lebih indah, lebih berjaya dan untuk masa depan mereka. Terima kasih, Dato’ Sri Dr. Pengerusi.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 12:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Sri Dr.

Pengerusi.

Saya ingin menyentuh Maksud Pembangunan bagi Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Butiran 01513 – Perumahan Rakyat Dimiliki. Butiran

draft • 12:33 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

01600 – Perumahan Rakyat Disewa dan Butiran 30002 – Pembinaan Bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Sabah.

Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas peruntukan keseluruhan sebanyak RM6.355 bilion kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tahun 2027.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, saya menyambut baik peningkatan peruntukan projek kecil PBT kepada RM689.06 juta berbanding RM447.23 juta pada tahun 2026. Namun, saya berharap Beaufort dan Kuala Penyu turut diberikan perhatian, khususnya bagi menaik taraf kemudahan awam, sistem perparitan, pasar dan infrastruktur yang uzur.

Pengagihan peruntukan hendaklah mengambil kira keperluan sebenar masyarakat, termasuk pekan-pekan kecil dan kawasan pinggir bandar. Saya ingin mendapatkan penjelasan, berapakah peruntukan yang telah disediakan kepada Majlis Daerah Beaufort dan Kuala Penyu bagi tahun 2027?

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2026, projek PPR Taman Permai Selagon bernilai RM23.70 juta melibatkan 67 unit rumah masih belum dapat diduduki sehingga Julai 2026 akibat kerosakan struktur berpunca daripada pergerakan tanah.

Lebih membimbangkan, kontrak pembaikan bernilai RM2.72 juta telah ditamatkan pada 11 Mac 2025 dengan kemajuan fizikal hanya 15 peratus.

Saya ingin menegaskan bahawa 67 unit rumah ini merupakan hak rakyat Beaufort yang masih belum dapat dinikmati. Justeru, saya memohon kementerian menjelaskan tindakan penyelesaian termasuk penstabilan tanah, pelantikan kontraktor baharu dan garis masa penyiapan projek ini.

Dalam masa yang sama, lebih 1,000 isi rumah di Kampung Melati, Bakalau, Jimpangah dan Kuari berhadapan risiko kehilangan tempat tinggal akibat notis pengosongan tanah. Sehubungan itu, saya mengulangi permohonan saya sekurang-kurangnya 1,000 unit PPR baharu dibangunkan di Beaufort bagi membantu keluarga terjejas.

Saya juga mengambil maklum kelulusan 200 unit Program Residensi Rakyat di Kuala Penyu di bawah RMK12 Rolling Plan 3. Saya berharap projek ini dipercepatkan dan kementerian menjelaskan status tender, nilai projek serta jadual pelaksanaannya.

Selain itu, saya menggesa supaya pembangunan PPR di Beaufort dipertimbangkan secara berfasa dan Program Rumah Mesra Rakyat diperluaskan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, bagi saya, perumahan bukan sekadar menyediakan tempat berteduh, tetapi soal kebajikan, keselamatan dan juga maruah kehidupan rakyat. Jangan biarkan rakyat terus menunggu, sedangkan keperluan mereka untuk mendapatkan kediaman yang selamat semakin mendesak.

draft • 12:33 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, perkara terakhir ialah keperluan memperkukuh perkhidmatan bomba di Sabah. Khususnya cadangan pembinaan mini bomba, mini balai bomba di Menumbok, Beaufort. Saya mengambil maklum peningkatan peruntukan pembinaan bangunan GBPM di Sabah kepada RM4.38 juta bagi tahun 2027 berbanding RM3.04 juta pada tahun 2026. Namun, keperluan perkhidmatan bomba di Sabah perlu mengambil kira keluasan geografi, jarak perjalanan dan kedudukan pendapatan penduduk.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, saya ingin menegaskan bahawa rayuan pembinaan mini balai bomba Menumbok ini bukan perkara baharu. Sejak tahun 2023, saya telah berulang kali membangkitkan perkara ini dalam setiap sesi perbahasan saya di Dewan yang mulia ini.

Keperluan ini amat mendesak kerana penduduk-penduduk Menumbok masih bergantung kepada bantuan bomba dari Kuala Penyu yang mengambil masa lebih kurang perjalanan satu jam ke destinasi iaitu Menumbok.

Lebih membimbangkan, beberapa kejadian kebakaran telah berlaku di Menumbok yang tidak sempat diselamatkan oleh pasukan bomba akibat jarak perjalanan yang jauh.

Dalam situasi kebakaran, setiap minit amat berharga. Kelewatan ketibaan bantuan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda dan mengancam nyawa penduduk. Kita tidak mahu menunggu sehingga berlaku tragedi yang lebih besar atau kehilangan nyawa, barulah permohonan ini diberikan perhatian.

Justeru, saya menggesa kementerian mempertimbangkan peruntukan khusus bagi pembinaan mini balai bomba Menumbok di bawah Butiran 30002 bagi tahun 2007 termasuk penyediaan jentera, anggota dan juga kelengkapan operasi. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, sama ada projek ini telah dimasukkan dalam perancangan pembangunan GBPM serta bilakah ia dapat direalisasikan?

Saya berharap rayuan yang telah disuarakan sejak tahun 2023 ini akhirnya mendapat perhatian dan tindakan konkrit daripada kementerian. Keselamatan nyawa rakyat tidak seharusnya terus menunggu. Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 12:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 12:33 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

Dalam masa yang terhad ini, saya ingin membawa suara hati dan keresahan sebenar Rakyat di kawasan saya di Parlimen Padang Serai yang saya yakin turut mencerminkan realiti kehidupan rakyat terbanyak di seluruh negara.

draft • 12:39 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Pertama, Dato’ Pengerusi, saya merujuk kepada perbelanjaan mengurus di bawah Butiran 030200, Butiran 030600 dan perbelanjaan pembangunan di bawah Butiran 01513 serta Butiran 40000.

Tuan Pengerusi, kita sering mendengar pelbagai pengumuman inisiatif perumahan dalam setiap pembentangan belanjawan.

draft • 12:39 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Namun, realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat di bawah hari ini amat jauh berbeza.

Harga rumah kediaman di pasaran terbuka kini telah melambung pada tahap yang tidak lagi munasabah berbanding paras gaji penengah rakyat Malaysia. Di kawasan seperti Kulim dan Padang Serai, di mana ribuan anak muda bekerja di sektor perkilangan dan perindustrian.

Harga sebuah rumah teres setingkat kos sederhana sudah pun melonjak antara RM290,000 hingga RM350,000 bagi seorang pekerja kilang atau penjawat awam gred sokongan. Angka ini umpama mimpi di siang hari.

Persoalan yang besar yang saya ingin ajukan kepada Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme sebenar dan konkrit di pihak kerajaan serta KPKT dalam mengawal harga rumah daripada terus dimanipulasi oleh pasaran? Selama ini kita sering— lihat pendekatan kerajaan lebih tertumpu kepada memudahkan akses pembiayaan seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) atau pelepasan duti setem.

Padang Serai ingin mengingatkan kementerian apabila pinjaman dipermudahkan tanpa adanya mekanisme kawalan harga siling yang tegas atas kos pembinaan dan margin keuntungan pemaju, maka harga rumah akan terus melambung tinggi. Akhirnya bukan rakyat yang dibantu, tetapi pemaju yang mengaut keuntungan daripada— berganda manakala rakyat terpaksa menanggung beban hutang sehingga usia persaraan.

Justeru itu, Padang Serai mendesak agar kerajaan melakukan anjakan paradigma.

Kerajaan mesti memperbanyakkan pembinaan rumah-rumah mampu milik berharga di bawah harga RM200,000 secara besar-besaran dengan subsidi langsung daripada kerajaan. Seperti mana model perumahan awam yang terbukti berjaya di negara-negara maju seperti Singapura menerusi HDB ataupun dasar perumahan sosial di negara-negara Eropah dan juga Jepun.

Di negara-negara margin tersebut, perumahan rakyat dianggap sebagai keperluan asas dan tanggungjawab sosial negara, bukannya komoditi perniagaan semata-mata.

Kerajaan di sana campur tangan secara langsung dengan menyumbangkan tanah-tanah milik kerajaan secara percuma atau pada keadaan nominal serta menanggung subsidi kos infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik supaya kos tersebut tidak dipindahkan kepada pembeli.

draft • 12:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Oleh itu, saya mohon penjelasan, sejauh manakah KPKT bersedia merombak dasar sedia ada dengan mewajibkan kuota lebih tinggi bagi rumah bertanah ataupun pangsapuri selesa berharga di bawah RM200,000 dengan keluasan minimum 900 kaki per segi menerusi kerjasama agensi seperti SPNB dan Prima. Bukannya membiarkan rakyat terus terhimpit membeli rumah berharga RM300,000 dengan hanya yang bersaiz kecil.

Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin mengalihkan Yang Berhormat Menteri kepada perbelanjaan mengurus Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat berjumlah RM1.138 bilion dan perbelanjaan Pembangunan, Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia yang diperuntukkan sebanyak RM67.1 juta pada tahun 2027.

Saya ingin membangkitkan semula permohonan yang amat kritikal dan mendesak daripada penduduk serta komuniti perniagaan di kawasan saya iaitu pembinaan sebuah balai bomba dan penyelamat baharu di Padang Mihar dalam Parlimen Padang Serai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Padang Mihar kini muncul sebagai hab perindustrian dan pembangunan baharu yang sedang meningkat naik dengan begitu pesat, kedudukan yang strategik dan bersempadan terus dengan zon industri berteknologi tinggi Kulim Hi-Tech Park telah menarik kemasukan puluhan kilang berskala besar, gudang, logistik serta pembinaan ribuan unit taman perumahan baru.

Populasi penduduk dan pekerja di koridor Padang Mihar ini telah meningkat berlipat kali ganda dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, kepesatan ekonomi dan pertambahan penduduk ini tidak seiring dengan kemudahan keselamatan asas. Sehingga hari ini pengawasan Padang Mihar masih belum mempunyai balai bombanya sendiri. Sekiranya berlaku kebakaran atau kemalangan industri, bantuan kecemasan terpaksa dikerahkan dari Balai Bomba Kulim Hi-Tech ataupun Balai Bomba Sungai Petani.

Jarak perjalanan yang semakin jauh serta kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di laluan utama Kulim, Baling dan Padang Serai, Sungai Petani pada waktu kemuncak menyebabkan jentera bomba mengambil masa yang lama untuk tiba di lokasi.

Maka, Padang Serai memohon jawapan yang jelas dan tuntas daripada Yang Berhormat Menteri apakah status terkini permohonan dan proses perolehan tapak bagi cadangan pembinaan balai bomba dan penyelamat baru di Padang Mihar?

Adakah kementerian akan menyenaraikan Projek Pembinaan Balai Bomba Padang Mihar ini sebagai projek keutamaan di bawah Butiran 30000 dalam Belanjawan 2027 ini?

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.

draft • 12:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Saya ingin membangkitkan isu berkaitan P.43 dalam Kepala Butiran 01901 – Perancangan Bandar dan Desa hingga Butiran 01906 – Perancangan Wilayah. Ada empat isu yang saya ingin nak bangkitkan.

Yang pertama adalah tentang reka bentuk sisa saliran mesti seiring dengan perubahan iklim. Berdasarkan kepada maklumat yang ada, intensiti hujan lebat dalam tempoh yang singkat di Kuala Lumpur telah pun meningkat kira-kira 35 peratus dalam tempoh 30 tahun yang lalu. Ini bermakna sistem saliran bandar perlu menampung jumlah air hujan yang lebih besar berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.

Memang benar bahawa intensiti bencana alam semakin meningkat. Namun, kita kena ambil kira pelbagai sudut terutamanya dalam sistem pemantauan kejuruteraan. Kita sedia maklum bahawanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah pun mengambil kira faktor perubahan iklim dalam Hidrological Procedure No.1 yang diterbitkan pada tahun 2015, khususnya bagi projek tebatan banjir di bawah kerajaan.

Namun, projek pembangunan swasta masih banyak merujuk kepada Manual Saliran Mesra Alam Malaysia Edisi Kedua— MSMA second edition yang diterbitkan pada tahun 2012 yang mungkin tidak akan mengambil kira sepenuhnya tentang risiko perubahan iklim, peningkatan hujan yang ekstrem pada masa yang akan datang.

Persoalannya, mengapakah masih wujud peperiksaan piawaian antara projek kerajaan dan projek pembangunan swasta yang diluluskan oleh pihak kerajaan tempatan?

Oleh, saya menggesa kerajaan untuk mewajibkan semua projek pembangunan baharu menggunakan parameter perubahan iklim yang bersesuaian dalam reka bentuk sisa saliran agak infrastrukturnya mampu menghadapi risiko taburan hujan yang lebat pada masa datang.

Kedua, berkaitan dengan pengurusan kolam takung di kawasan bandar, terutamanya.

Kita tahu ia merupakan satu kemudahan yang penting dalam sistem kawalan banjir kilat terutamanya di kawasan bandar.

Namun, pembinaan kolam tadahan ini— takungan ini bukan sahaja— dia ada bukan bermaksud dia tak boleh selesaikan secara tuntas masalah banjir, tetapi berdasarkan kepada maklumat yang saya ada, kalau ambil contoh di Selangor, kita ada lebih kurang 600 kolam takungan bagi mengatasi masalah banjir kilat, tetapi rekodnya antara 200 hingga 300 belum lagi diserahkan secara rasmi di bawah seliaan agensi yang terbabit, sekali gus ia akan menimbulkan ketidakjelasan dari segi tanggungjawab penyelenggaraan.

Pada masa yang sama, terdapat juga dakwaan bahawa keluasan beberapa kolam takungan di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, di bandar-bandar besar di dalam negara

draft • 12:45 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

kita semakin berkurangan dengan ketaranya akibat perubahan peruntukan tanah, sekali gus mengurangkan kapasiti takungan air bandar.

Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu mewujudkan sistem pendaftaran rasmi kolam takungan banjir, memperjelaskan pemilikan serta tanggungjawab penyelenggaraan dan mewajibkan pengukuran serta pengesahan siap bina secara bebas. Kita perlu memastikan kemudahan yang dibina benar-benar mendapati pelan yang telah diluluskan dan bukan setakat hanya memenuhi syarat di atas kertas sahaja.

Yang ketiga, tentang akauntabiliti jurutera. Dua isu ini berkaitan dengan engineer. Kita tidak boleh hanya membenarkan amalan di mana pemaju seolah-olah diberikan ruang untuk menyemak dan mengesahkan reka bentuk mereka tanpa pengawasan profesional yang ketat.

Sekiranya jurutera dan pihak berkuasa tempatan hanya menerima dan meneruskan pelan yang dikemukakan oleh pemaju tanpa penilaian yang ketat terhadap keadaan sebenar di tapak termasuk bentuk muka bumi, keadaan tanah, paras air di bawah tanah dan persekitarannya, risiko keselamatan mungkin tidak dapat dikenal pastikan dengan lebih awal.

Berdasarkan kepada maklumat yang ada, jumlah maksimum denda bagi kes tatatertib tertentu di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BM) adalah maksimum RM50,000 sahaja.

Persoalannya, adakah jumlah ini masih memadai bagi memberikan kesan pencegahan terhadap jika berlakunya kesalahan profesional yang boleh mengakibatkan kerugian yang besar malah mengancam nyawa?

Kita pernah dikejutkan dengan banyak kes-kes tragedi yang besar yang meragutkan nyawa serta kerugian berjuta Ringgit. Dia berkaitan dengan kegagalan sistem, saliran cerun dan tembok tahan, kelemahan reka bentuk, space frame, gagal membuat pengiraan kejuruteraan cerun yang tepat dan sebagainya.

draft • 12:45 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Oleh itu, saya ingin nak syorkan kerajaan perlu mengaji semula kadar penalti dan dendanya, memperkukuhkan keupayaan penyiasatan dan penguatkuasaan serta memperjelaskan tanggungjawab jurutera dan pembekal supaya tindakan yang dikenakan benar-benar setimpal dengan kesalahan.

Last sekali adalah apabila kita melihat berlakunya kegagalan kejuruteraan, selain menentukan pihak yang bertanggungjawab, kita juga pasti kena pastikan mangsa mendapat pampasan yang sewajarnya. Pada masa ini, Akta Pendaftaran Jurutera 1967 ataupun Registration of Engineers Act 1967 tidak menetapkan secara menyeluruh bahawa semua firma perunding kejuruteraan ataupun ECP wajib memiliki Insurans Indemniti Profesional, PI insurance sebagai syarat pendaftaran dan pembaharuan lesen.

Ia berkait rapat dengan KPKT kerana pihak ini terlibat dalam perancangan reka bentuk dan kelulusan projek pembangunan bawah kawalan kerajaan-kerajaan tempatan dan

draft • 12:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

sekiranya berlakunya kecuaian profesion dalam reka bentuk kejuruteraan. Walaupun mangsa berjaya dapat dalam tindakan undang-undang tetapi apakah jaminan bahawa mereka benar- benar menerima pampasan jika syarikat yang bertanggungjawab itu tidak mempunyai sebarang aset ataupun kemampuan kewangan yang mencukupi.

Oleh itu, akhirnya saya ingin menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan untuk menjadikan PI insurance ini sebagai satu syarat yang mandatori bagi pendaftaran dan pembaharuan lesen firma perunding kejuruteraan dan juga mempertimbangkan keperluan perlindungan insurans selepas firma berhenti operasi atau menamatkan perkhidmatan mereka melalui mekanisme run-off cover bagi memastikan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul daripada kerja-kerja profesional terdahulu. Itu sahaja. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Berikut, silakan Yang Berhormat Kuantan.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Dato’ Dr. Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 12:51 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Seterusnya, saya terus kepada Butiran P.

00100 – Projek Kecil PBT. Peruntukan meningkat daripada RM447.23 juta kepada RM689.06 juta.

Jadi, berkenaan dengan projek kecil ini, saya ingin bawakan satu contoh projek di Pasar Kuantan di mana gerai makan di Pasar Besar Kuantan telah siap dinaik taraf pada pertengahan tahun 2025 menggunakan peruntukan. Jadi, ruang makan tambahan yang disediakan supaya— matlamatnya supaya untuk memudahkan orang ramai. Namun, kini kami menerima aduan daripada peniaga dan pelanggan berkaitan dengan sebahagian atap yang digunakan jenis lut sinar. Jadi, tujuan dia mungkin pencahayaan tetapi ia nya menyebabkan cahaya matahari tembus terus dan terasa bahang kepada peniaga dan juga pelanggan.

Jadi selain daripada itu, sinki juga tidak disediakan berbanding sebelum renovation dilakukan. Jadi, peniaga di sini terpaksa sediakan tong air basuh tangan. Sinki tiada disediakan, tong air basuh tangan. Jadi, ketiadaan fasiliti ini mengganggu pelanggan dan juga pemandanganlah. Jadi, selain daripada itu terdapat kebocoran pada saluran air hujan ketika hujan lebat antara lot kedai nombor 115 dan 116. Jadi, persoalannya bagaimana kementerian memantau pelaksanaan projek-projek kecil ini?

Jadi, saya mohon aduan peniaga yang telah dibuat kepada majlis bandar raya diteliti dan diambil tindakan penyelesaian. Banyak perumahan baharu yang dibangunkan di

draft • 12:51 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan. Saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan pemaju menyediakan kemudahan seperti taman permainan dan gelanggang sukan? Jika tidak, adakah pihak PBT bersedia menanggung kos tersebut apabila permohonan dibuat oleh taman-taman baharu ini? Contohnya, kami menerima makluman daripada Persatuan Penduduk Taman Kempadang Indah yang memohon naik taraf gelanggang sukan di kawasan tersebut. Jadi, mohon juga penjelasan bagi isu tersebut.

Seterusnya, Butiran B. 020000 – Persekitaran Bandar Mampan. Saya ingin bangkitkan satu isu banjir kilat akibat pembangunan kawasan perumahan yang tidak diimbangi dengan peningkatan kapasiti sistem saliran. Contohnya, Taman Kempadang Makmur di Kuantan, 10 tahun dulu tak pernah berlaku banjir kilat. Jadi, sekarang bila hujan lebat dua tiga jam, air dah penuh atas jalan dan dalam kawasan taman terbabit. Jadi, 10 tahun lepas longkang kawasan ini mungkin dapat tampung kapasiti aliran air tetapi sekarang ni mungkin dah tak sesuai.

Begitu juga dengan satu lagi lokasi PPRT Kempadang juga menghadapi masalah saliran. Bila hujan lebat dalam dua tiga jam, air longkang penuh dan masuk ke dalam rumah- rumah di kawasan tersebut. Jadi, bukan pertama kali dan kerap kali berlaku. Jadi, puncanya ialah longkang di sini sangat sempit. Air nak keluar pun tidak sempat ke longkang yang lebih besar. Jadi, cadangannya adalah kena besarkan longkang dan pastikan saliran tidak tersumbat. Saya juga ada melihat status page Majlis Bandaraya Kuantan, ada telah buat gotong royong pada Disember 2025 di lokasi tersebut sebagai persiapan musim tengkujuh.

Jadi, saya persoalkan perkara ini kerana kita hendak menghadapi musim-musim tengkujuh seperti ini. Jadi, persoalannya adakah PBT melaksanakan penilaian impak kumulatif pembangunan terhadap kapasiti sistem saliran sedia ada atau penilaian hanya dibuat secara berasingan bagi setiap projek pembangunan baharu? Saya mencadangkan KPKT mewajibkan audit kapasiti sistem saliran secara berkala di kawasan pembangunan risiko di samping memastikan pemaju turut bertanggungjawab terhadap kerja menaik taraf infrastruktur saliran yang terkesan supaya penduduk sedia ada tidak terus menanggung risiko banjir akibat pembangunan di kawasan sekeliling.

Pergi kepada Butiran B.030500 – Kesejahteraan Komuniti. Jadi, saya nak bangkitkan isu premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram khususnya kawasan majoriti Melayu dan Islam. Jadi, kegiatan ini boleh menjejaskan kesejahteraan komuniti, menyebabkan orang berhutang, meretakkan institusi keluarga dan juga gejala sosial.

Jadi, persoalannya sejauh mana PBT memantau penyalahgunaan lesen premis dalam kegiatan judi haram? Apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan premis yang ditutup tidak beroperasi semula dan saya mendesak KPKT memperkukuh operasi bersepadu antara PBT dengan PDRM dan memperketatkan tindakan terhadap penyalahgunaan lesen serta menyediakan saluran aduan yang melindungi identiti pengadu.

draft • 12:51 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang terakhirnya, terdapat juga di mana lembu-lembu berkeliaran di dalam bandar dan juga di dalam taman-taman perumahan. Jadi, mohon pemantauan daripada pihak berkuasa tempatan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Majlis ke pembahas yang terakhir sebelum kita berehat untuk solat dan berehat dan dengan itu saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:57 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 12:57 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.

Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin membahaskan beberapa perkara berkaitan perumahan rakyat, penyelenggaraan perumahan awam serta tanggungjawab kerajaan tempatan dalam memastikan pembangunan yang selamat dan terurus.

Yang pertama, bagi Maksud Pembangunan P.43, Butiran 40000, peruntukan bagi program Rumah Mesra Rakyat kekal sebanyak RM500 juta. Sama seperti tahun lepas.

Program ini amat penting bagi membantu golongan berpendapatan rendah khususnya mereka yang mempunyai tanah tetapi tidak berkemampuan membina rumah sendiri. Namun, dalam keadaan kos bahan binaan dan upah pekerja yang semakin meningkat, saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah jumlah permohonan yang diterima yang diluluskan dan masih berada dalam senarai menunggu?

Berapakah sasaran unit Rumah Mesra Rakyat yang akan dibina pada tahun 2027 dengan peruntukan RM500 juta ini dan apakah justifikasi mengekalkan peruntukan pada tahap yang sama ini dan adakah kementerian bercadang untuk menyemak kadar bantuan dan kos pembinaan supaya program ini terus mampu memenuhi permintaan rakyat?

Yang kedua, bagi Maksud Pembangunan P.43, Butiran 04001 – Penyelenggaraan Perumahan berjumlah RM159 juta, meningkat sebanyak RM25 juta berbanding tahun 2026.

Penduduk PPR, perumahan kos rendah, kos sederhana rendah sering berhadapan dengan masalah lif rosak, kebocoran, kerosakan bumbung, sistem saliran dan kemudahan bersama yang tidak di selenggara dengan baik. Ini bukan sekadar isu keselesaan tetapi turut melibatkan keselamatan dan kualiti penduduk setempat.

Saya ingin mengetahui berapakah jumlah PPR dan perumahan awam, perumahan kos rendah dan sederhana rendah yang memerlukan pembaikan besar serta projek manakah yang akan diberikan keutamaan pada tahun 2027. Saya nak ambil kesempatan ini nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kementerian kerana memberikan peruntukan

draft • 12:57 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

kepada dua kawasan perumahan yang mendapat peruntukan TPPM pada tahun ini iaitu satu di Seksyen 6, Pangsapuri PKNS dan satu lagi di Taman Bukit Subang.

Terima kasih daun keladi; Harap-harap tahun 2027 dapat lagi.

draft • 12:57 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Soalan saya, apakah kementerian mempunyai pelan penyelenggaraan jangka panjang? Ada inventori perumahan kos rendah, PPR dan seumpamanya supaya sistem pemantauan berkala dapat dilakukan dan dapat mengurangkan kerosakan. Kalau dibiarkan terlalu lama, maka terpaksa menyelenggara secara menyeluruh, tapi kalau dilakukan pemantauan secara berkala, saya percaya kos untuk pembaikan penyelenggaraan ini dapat dikurangkan.

Dan saya mohon perhatian daripada pihak kementerian untuk Shah Alam. Pada tahun 2027, Pangsapuri Nilam Sari di Seksyen 7 dan juga Pangsapuri Sunway Sinar di Seksyen U9 yang sudah agak uzur dah berumur hampir 30 tahun.

Dan ketiga, bagi maksud pembangunan P.43, Butiran 01513 – Perumahan Rakyat Dimiliki berjumlah RM370 juta meningkat begitu banyak, RM180 juta berbanding pada tahun 2026. Ini satu perkembangan yang sangat positif yang dizahirkan oleh Kerajaan MADANI yang sangat peduli dan prihatin.

Namun, peningkatan peruntukan ini perlu diterjemahkan kepada hasil yang benar- benar dirasai oleh rakyat. Lalu, berapakah jumlah unit rumah mampu milik yang disasarkan untuk dibina pada tahun 2027? Dibina dan juga disiapkan? Apakah pecahan projek mengikut negeri, daerah dan kategori harga serta berapakah peratus unit yang disasarkan kepada golongan B40 dan juga M40?

Dan yang terakhirnya Dato’ Sri Pengerusi, yang keempat isu yang sedang hangat dibicarakan di dalam Dewan ini dan di luar sana. Semalam pun kita sudah berbahas panjang lebar di bawah Kementerian PETRA dan juga MOSTI iaitu lah berkenaan dengan isu banjir yang melanda kawasan bandar khususnya dan juga di pinggir bandar kalau di negeri Selangor inilah.

Jadi, bagi maksud Bekalan B.43, Butiran 020000 – Persekitaran Bandar Mampan.

Saya ingin memaklumkan juga bahawa kita memang sering ya mengalami kejadian banjir kilat di kawasan pembangunan baharu. Kalau di Shah Alam ini, kawasan yang baharu itu ialah di Denai Alam, masih ada lagi pembangunan dan di Elmina masih ada lagi pembangunan.

Dalam sesetengah keadaan, sistem saliran, kolam takungan dan infrastruktur berkaitan masih belum diserahkan secara rasmi kepada PBT ataupun agensi yang berkenaan.

Saya berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Gopeng sebentar tadi. Jadi dalam tempoh ini, sebenarnya siapakah yang bertanggungjawab memastikan

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

penyelenggaraan tersebut? Saya percaya kalau ia belum diserahkan kepada PBT ataupun agensi dan oleh kerana pembangunan itu masih lagi berjalan, sudah tentulah pihak pemaju yang mesti menyelenggarakan. Isunya sekarang ini ialah memang terdapat kejadian-kejadian bahawa kolam tadahan tidak dibersihkan, lumpur yang semakin meningkat dan mengurangkan volume air yang boleh masuk ke kolam tadahan itu. Itulah di antara perkara yang menyebabkan banjir kilat ini berlaku.

Jadi, saya ingin mencadangkan kepada pihak PBT di bawah KPKT supaya bertegas kepada pemaju-pemaju ini supaya mereka melaksanakan tanggungjawab membersihkan mana-mana kawasan kolam tadahan, perparitan, apa juga yang masih lagi di bawah kawalan mereka yang boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat yang berlaku.

Banjir kilat ini dia cukup pendek ataupun singkat Dato’ Sri Pengerusi. Mungkin setengah jam saja disebabkan oleh penyelenggaraan ini. Tapi setengah jam itu sudah cukup untuk menjadikan Shah Alam dan Lembah Klang ini terkenal di seluruh dunia kerana banjir kilat tersebut.

Jadi, saya mohon Dato’ Sri Pengerusi agar peruntukan belanjawan KPKT dapat diterjemahkan kepada penyelesaian yang sebenar, rumah yang mampu dimiliki, kediaman yang selamat, persekitaran yang terurus dan pembangunan yang mampan dan resilient.

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Bentara.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 1:00 PM

mempengerusikan Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli yang Berhormat, mesyuarat ditangguh dan akan disambung semula pada jam 2:30 petang nanti.

Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

mempengerusikan Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Kita sambung balik kepada urusan kita.

Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 2:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi.

Saya terus kepada kod B.43 Butiran 020400 berkenaan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Saya ingin membawa suara dan kebimbangan penduduk berhubung pembangunan pusat data berskala besar di Serendah, Hulu Selangor. Rakyat bertanya, namun saya sendiri tidak diberikan sebarang pemakluman ataupun maklumat tentang projek ini. Penduduk berhak mengetahui kesannya dan bagaimana kepentingan mereka dilindungi.

Kita sedia maklum bahawa pusat data menggunakan bekalan elektrik dan air yang besar. Selain itu, risiko pelepasan haba, risiko banjir kilat, risiko kerosakan jalan, risiko pencemaran seperti udara dan bunyi juga perlu dinilai secara menyeluruh supaya kesihatan dan kualiti hidup masyarakat setempat tidak terjejas.

Secara peribadi, saya melihat kesan negatifnya lebih besar berbanding manfaat kepada rakyat. Tidak dinafikan pembangunan ini membuka peluang pekerjaan namun selepas projek siap, berapa banyak pekerjaan tetap untuk anak tempatan? Jangan kerana manfaatnya sementara, kesan terpaksa ditanggung rakyat untuk jangka panjang.

Negara maju seperti Belanda mengehadkan lokasi pembangunan pusat data hyperscale manakala Ireland mengetatkan syarat bagi pusat data baharu. Jika negara maju sendiri mengambil langkah berhati-hati, sejauh manakah Malaysia benar-benar bersedia dan telah menilai kesan jangka panjang pembangunan ini terhadap sumber negara dan kesejahteraan rakyat. Persoalan yang saya ingin jawapan daripada kementerian, apakah hasil

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

penilaian impak dan langkah pelindungan penduduk yang telah diambil? Adakah sesi libat urus telah dilaksanakan bersama dengan masyarakat setempat dan apakah masyarakat setempat bersetuju dengan projek ini? Kebimbangan dan kepentingan mereka sewajarnya diambil kira oleh kerajaan.

Jangan kita hanya berbangga dengan pelaburan berbilion ringgit, tetapi risiko dan beban yang ditanggung oleh rakyat. Mohon perkara ini dapat diberikan perhatian dengan serius khusus yang melibatkan rakyat.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, seterusnya Kod B.43, Butiran 30000 berkenaan Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Saya sekali lagi menegaskan keperluan Balai Bomba dan Penyelamat di FELDA Soeharto. Ketika kecemasan penduduk FELDA Soeharto Gedangsa, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan iaitu gugusan FELDA yang ada di Hulu Selangor ini terpaksa bergantung kepada pasukan Bomba Sukarela atau menunggu bantuan dari balai bomba yang jauh.

Permintaan ini adalah permintaan yang berulang. Saya mohon sangat-sangat kementerian menjelaskan hasil penilaian risiko dan status terkini permohonan tanah bagi tapak balai bomba FELDA Soeharto serta sama ada pembinaannya termasuk dalam perancangan belanjawan kali ini.

Dalam masa yang sama, saya mohon kementerian menjelaskan tindakan bersama semua agensi yang terlibat supaya sebarang perkembangan dimaklumkan kepada kami dan kami bersedia untuk membantu atas apa juga keperluan. Harapan saya mewakili warga FELDA Hulu Selangor dan kawasan berdekatan mengharapkan sangat-sangat balai bomba FELDA Soeharto ini direalisasikan dalam bajet kali ini.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, yang terakhirnya, Kod P.43, Butiran 04001 berkenaan Penyelenggaraan Perumahan. Saya ingin menyentuh berkaitan isu pengurusan strata.

Sejauh manakah kajian pindaan Akta Pengurusan Strata 2013 dan bilakah pindaan ini dijangka akan dibentangkan? Penyelesaian perlu mengambil kira realiti pangsapuri lama yang berdepan kerosakan, kekangan kewangan dan kelemahan pengurusan.

Pendekatannya tidak boleh disamakan sepenuhnya dengan pangsapuri yang baharu.

Sekiranya isu serata ini masih sukar diselesaikan dan pihak pengurusan tidak lagi berupaya menguruskan, saya mencadangkan PBT diberikan peranan mengambil alih pengurusan sehingga isu tersebut dapat diselesaikan, supaya penyelenggaraan dan keselamatan penduduk tidak terabai dan isu strata ini saya mencadangkan biar Datuk Bandar atau Yang di-Pertua Majlis sendiri yang mengetuai, bukan hanya COB semata-mata.

Seperkara lagi, bagaimanakah Belanjawan 2027 memberikan keutamaan peruntukan dan mempercepatkan proses bantuan khususnya bagi kerosakan yang menyebabkan keselamatan seperti keretakan bangunan dan sebagainya.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Dana yang telah diperuntukkan untuk pembinaan tandas pintar (BMW-i) yang bernilai tidak melebihi RM1 juta sebuah di setiap ibu negeri Malaysia adalah lebih baik peruntukan sebesar ini digunakan kembali untuk pembaikan mendesak di pangsapuri rakyat di seluruh negara.

Mohon kementerian perhalusi semula perkara yang telah saya bangkitkan, khususnya saya merasakan pembaziran untuk menggunakan kos yang besar untuk tandas lebih baik ia terus kepada rakyat. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 2:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Klang yang mengambil alih tempat yang berhormat Bakri.

draft • 2:33 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya ingin membangkitkan isu kelemahan perancangan bandar, kemudahan awam, pembangunan perumahan yang tidak seimbang, penyalahgunaan tanah serta masalah banjir berulang di Klang.

Dalam Belanjawan 2027, KPKT menerima peruntukan sebanyak RM6.355 bilion termasuk hampir RM700 juta bagi projek kecil di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan melibatkan penaiktarafan taman dan kemudahan awam.

Saya menyambut baik peruntukan ini, namun persoalannya adakah pembangunan bandar kita benar-benar dirancang untuk kesejahteraan rakyat atau sekadar menambah bangunan dan projek baharu. Klang kini bergelar “Bandaraya Diraja”, namun taraf bandar raya bukan sekadar gelaran. Ia mesti diterjemahkan melalui infrastruktur berkualiti, kebersihan, keselamatan dan kemudahan awam yang teratur.

Draf Rancangan Tempatan Klang 2035 sendiri mengenal pasti kelemahan seperti pembangunan perumahan yang tidak strategik, kekurangan kemudahan masyarakat, sistem pengangkutan tidak cekap serta laluan pejalan kaki yang tidak mencukupi.

draft • 2:39 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya ingin bertanya kepada KPKT, apakah penanda aras yang digunakan untuk menilai prestasi MBDK selepas dinaik taraf sebagai bandar raya? Adakah kementerian memantau peningkatan kualiti perkhidmatan yang benar-benar dirasai rakyat?

Di Jalan Batu Nilam 4, Bandar Bukit Tinggi, terdapat laporan mengenai penutup longkang yang hilang, tidak sempurna di laluan pejalan kaki. Di Bandar Parklands pula, penduduk pernah mengadu tentang taman awam yang tidak diselenggara, laluan pejalan kaki tidak rata serta pokok yang tidak dipangkas.

draft • 2:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Apakah gunanya kita membina bandar moden jika rakyat masih terpaksa berjalan di atas jalan raya kerana laluan pejalan kaki tidak selamat, terhalang atau tidak bersambung?

Saya meminta KPKT memastikan pembangunan kemudahan awam merangkumi rangkaian laluan pejalan kaki yang selamat, mesra OKU dan menghubungkan kawasan perumahan dengan sekolah, pusat perniagaan serta pengangkutan awam.

Dato’ Pengerusi, Klang semakin menyaksikan cadangan pembangunan pangsapuri bertingkat tinggi dan kondominium sedangkan kawasan hijau dan infrastruktur sedia ada semakin tertekan. Di Bandar Parklands, penduduk pernah membantah cadangan lima blok pangsapuri servis kerana bimbang kepadatan tambahan akan membebankan jalan raya dan kemudahan sedia ada.

Lebih membimbangkan, pembangunan yang menggantikan kawasan hijau dengan permukaan konkrit boleh meningkatkan aliran air hujan ke sistem perparitan. Sekiranya kapasiti saliran tidak dinaik taraf seiring pembangunan, risiko banjir kilat juga boleh meningkat.

Kita telah menyaksikan kejadian banjir berulang di kawasan seperti Taman Bayu Perdana, Bukit Raja, Taman Sentosa, Bandar Baru Klang dan Sungai Rasau.

Saya ingin bertanya, sebelum pembangunan berkepadatan tinggi diluluskan, adakah pihak berkuasa benar-benar menilai kapasiti sistem perparitan, risiko banjir, kesesakan jalan raya, kemudahan masyarakat, kawasan hijau yang diperlukan? Adakah setiap projek diwajibkan menyediakan sistem pengurusan air hujan yang mencukupi dan adakah pematuhannya dipantau selepas pembangunan siap?

Jangan sampai kita meluluskan pembangunan baru hari ini, tetapi terpaksa membelanjakan jutaan ringgit lagi untuk menyelesaikan masalah banjir yang diburukkan oleh pembangunan tidak rancang pada masa hadapan.

Lebih penting, adakah rumah yang dibina benar-benar memenuhi keperluan rakyat dan kemampuan pembeli? Adakah kita meluluskan pembangunan berdasarkan keperluan atau kerana kerakusan mengejar keuntungan? Dalam bahasa mudah, are we building houses based on the need or greed? Saya meminta KPKT menjelaskan sama ada data rumah tidak terjual, harga rumah berbanding pendapatan isi rumah dan permintaan sebenar di Klang digunakan dalam penilaian pembangunan perumahan.

Satu lagi masalah serius ialah aduan mengenai tanah yang diperuntukkan bagi tujuan tertentu, tapi didakwa digunakan untuk aktiviti lain. Antaranya adalah tanah berstatus perindustrian digunakan bagi aktiviti pertanian serta tanah yang dikhaskan untuk pendidikan, tetapi digunakan atau disewakan bagi tujuan komersial.

draft • 2:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Sebagai contoh, pada 19 Oktober 2026, Pejabat Ahli Parlimen Klang telah mengemukakan aduan rasmi kepada MBDK berhubung dakwaan penyalahgunaan milik Syarikat WTC berhampiran Jalan Pendamar dan Jalan Banting.

Dato’ Pengerusi, satu minit saja...

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 2:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tanah yang diperuntukkan bagi pembangunan bercampur itu dipercayai digunakan sebagai kawasan penempatan sementara dan perdagangan kerbau sejak beberapa tahun lalu. Lebih membimbangkan, haiwan tersebut dilaporkan berkeliaran di jalan raya pada waktu malam sehingga membahayakan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.

Pada April 2024 pula, MBDK telah mengambil tindakan terhadap 16 premis yang beroperasi tanpa kebenaran di atas tanah rizab sekolah di Jalan Langat, Bandar Botanik.

Bagaimanakah penyalahgunaan tanah seperti ini boleh berlarutan sebelum tindakan diambil?

Di manakah pemantauan pihak berkuasa tempatan?

Saya mendesak KPKT mengambil pendekatan lebih tegas melalui penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Selangor, pejabat tanah dan MBDK untuk memperketat pemantauan, mempercepat siasatan serta memastikan tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terbukti melanggar syarat guna tanah.

Saya juga meminta KPKT menyatakan jumlah aduan penyalahgunaan tanah di Klang sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, jumlah kes yang disiasat dan tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan. Perancangan bandar tidak boleh hanya cantik di atas kertas sedangkan penyalahgunaan tanah terus berlaku dan keselamatan rakyat menjadi taruhan.

Dato’ Pengerusi, Klang tidak memerlukan lebih banyak pembangunan semata-mata, Klang memerlukan perancangan bandar yang lebih baik, kemudahan awam yang berfungsi, pembangunan perumahan yang seimbang, kawasan hijau yang terpelihara dan penguatkuasaan guna tanah yang berkesan.

Saya mendesak KPKT memperkukuh pemantauan terhadap MBDK serta penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Selangor khususnya supaya kelulusan pembangunan mengambil kira kemampuan infrastruktur dan risiko banjir secara menyeluruh.

Pembangunan sebenar bukan apabila bangunan semakin tinggi, tetapi apabila kualiti hidup rakyat turut meningkat. Jangan sampai Klang hanya maju pada nama dan rupa bangunannya, tetapi ketinggalan dari segi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan penduduknya. Saya harap Menteri boleh jawab perkara ini. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Klang. Silakan, Yang Berhormat Rompin.

draft • 2:40 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

draft • 2:46 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 2:46 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.

KPKT memikul amanah yang paling dekat dengan kehidupan rakyat, antaranya melindungi nyawa dan harta melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta isu perumahan rakyat. Saya hanya akan menyentuh dua butiran sahaja. Pertamanya, Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia dengan peruntukan RM67,100.000.

Dato’ Pengerusi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini mengoperasi 344 buah balai bomba di seluruh negara dan 15 lagi sedang dibina. Pada 29 Jun 2026, Ketua Pengarah JBPM memaklumkan bahawa jabatan itu telah mengenal pasti keperluan 81 lagi balai bomba baharu berdasarkan analisis risiko kebakaran bagi setiap kawasan seluas 100 kilometer persegi. Namun, daripada 81 balai itu, hanya empat yang dicadangkan di bawah Rolling Plan Kedua RMK13, manakala baki 77 masih dalam senarai keutamaan tertakluk kepada kemampuan kewangan. JBPM juga mempunyai kira-kira 1,900 jawatan kosong.

Kerajaan sering memetik purata masa tindak balas kebangsaan selama 8.45 minit pada 2024 iaitu lebih baik daripada sasaran 10 minit, tetapi purata nasional menyembunyikan jurang luar bandar. Buku anggaran sendiri di muka surat 424 dan 425 hanya menyasarkan 66 peratus panggilan kecemasan disambut dalam tempoh 10 minit pada 2027. Ini bermakna satu daripada setiap tiga panggilan dijangka mengambil masa lebih lama. Kebanyakannya berlaku di kawasan saya, Rompin.

Dato’ Pengerusi, Daerah Rompin yang luas hanya mempunyai tiga balai bomba. Kuala Rompin, Muadzam Shah dan Pulau Tioman. Mukim Keratong sahaja didiami oleh 42,951 penduduk berdasarkan Banci 2020. Ia merangkumi sepuluh tanah rancangan FELDA dalam kelompok Keratong dan Perantau Damai. Laluan Persekutuan FT12 yang merentasinya pula mencatatkan 392 kemalangan pada 2023.

Bomba bukan sahaja memadam kebakaran, tetapi juga menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan. Pada awal Oktober 2026, berlaku kebakaran di sebuah rumah di Felda Keratong 4. Yang Berhormat ADUN Bukit Ibam, YB Ustaz Nazri menegaskan bahawa balai bomba terdekat terletak di Muadzam Shah. Lalu, beliau menggesa sebuah balai diwujudkan di Keratong.

Dato’ Pengerusi, dalam kebakaran, setiap minit menentukan sama ada sebuah rumah boleh diselamatkan atau hanya tinggal abu. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri,

draft • 2:46 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

adakah Keratong termasuk dalam senarai 81 buah balai bomba yang dikenal pasti? Jika tidak, saya mohon Keratong diberi keutamaan dalam Rolling Plan RMK13 berdasarkan jumlah penduduk, taburan FELDA dan risiko kemalangan di FT12.

draft • 2:46 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Saya juga memohon disenaraikan balai yang akan dibina di bawah Butiran 30000 pada 2027 dan nyatakan sama ada peruntukan Butiran 35000 boleh digunakan untuk mengenal pasti tapak di Keratong. Saya juga meminta supaya didedahkan data masa tindak balas sebenar bagi panggilan kecemasan dari mukim Keratong sebaik keputusan dibuat berdasarkan data dan bukan purata nasional.

Dato’ Pengerusi, saya pergi kepada butiran kedua iaitu Projek Perumahan Dimiliki – 01513, di bawah Dasar Perumahan Negara dan kerangka perancangan bandar yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan menegaskan prinsip bahawa setiap pembangunan perumahan baharu mesti mematuhi piawaian perancangan yang mampan, selamat dan dilengkapi infrastruktur asas yang sempurna sebelum diserahkan kepada rakyat.

Namun demikian, cabaran utama di peringkat pelaksanaan ialah apabila pembangunan tapak-tapak perumahan baharu di kawasan pinggir bandar tidak diselaraskan dengan keupayaan prasarana awam yang diselia oleh pihak berkuasa tempatan. Realiti ini dapat dilihat secara langsung di kawasan pembangunan perumahan di sekitar Bandar Muadzam Shah dalam Parlimen Rompin khususnya di perumahan Desa Cempaka 2.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, projek penyediaan prasarana asas bagi perumahan Desa Cempaka 2 ini sebenarnya telah pun ditender oleh Majlis Daerah Rompin pada tahun 2018. Namun begitu, projek berkenaan telah dibatalkan susulan peralihan pentadbiran kerajaan pada ketika itu. Pembatalan itu telah meninggalkan kesan langsung yang amat membebankan rakyat di mana para pemilik tanah di kawasan tersebut terus terhalang daripada membina kediaman masing-masing akibat ketiadaan infrastruktur asas.

Jadi soalan saya, apakah status terkini Desa Cempaka 2 ini dan bilakah peruntukan baharu akan disalurkan bagi memastikan hak pemilik tanah ini dapat dibela? Jadi, saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya mengembalikan peruntukan yang telah diberikan pada 2018 itu. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin.

Sambil itu Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini saya dengan sukacita ingin mengalu-alukan pelawat daripada— dan daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda, Kedah [Tepuk] Bersama guru-guru yang berada di Galeri Awam sekarang.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Semoga lawatan pada hari ini memberi manfaat serta pemahaman yang lebih mendalam tentang perjalanan sidang Dewan Rakyat.

Pohon maaf, tadi saya tidak dapat bersama makan tengah hari kerana saya tengah melayan pelajar-pelajar daripada Kuala Lumpur di Kamar Khas.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sri Aman cuma ingin menyentuh satu butiran sahaja Tuan Pengerusi iaitu Butiran 030100 berkenaan dengan Bomba dan Penyelamat di bawah kepala Komuniti Bandar Mampan.

Di bawah butiran ini, Sri Aman melihat ada peruntukan berjumlah RM1,138,411,300 diperuntukkan bagi tahun 2027. Sehubungan itu, Sri Aman memohon agar sebuah balai bomba dan penyelamat dibina di kawasan Pantu di bawah daerah Pantu bagi memenuhi keperluan keselamatan dan kecemasan yang semakin mendesak dalam kalangan masyarakat setempat.

Keperluan ini amat kritikal memandangkan kawasan Pantu mempunyai penduduk hampir 14,000 orang Tuan Pengerusi, yang merangkumi 210 buah kampung ataupun Rumah Panjang. Manakala, balai bomba sedia ada di Sri Aman terletak kira-kira 72 kilometer dari kawasan berkenaan. Jarak yang jauh ini berpotensi menyebabkan kelewatan masa tindak balas kecemasan, khususnya dalam kejadian kebakaran dan operasi menyelamat yang memerlukan tindakan segera.

Tambahan pula Tuan Pengerusi, keadaan rangkaian jalan raya, the road connectivity di beberapa kawasan masih amat kurang memuaskan. Walaupun nampak dekat dalam peta, hakikatnya amat mencabar sekali, sekali gus boleh menjejaskan kelancaran perjalanan pasukan bomba ke lokasi kejadian. Oleh itu, jarak yang jauh serta kekangan infrastruktur jalan raya merupakan cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan lebih pantas dan berkesan.

Justeru, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Pantu bukan sekadar satu keperluan, Tuan Pengerusi. Ia bukan satu keperluan infrastruktur malah merupakan pelaburan penting dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Kemudahan ini akan membantu mempercepatkan tindak balas kecemasan, mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi kebakaran dan bencana di bawah— di kawasan Pantu dan kampung-kampung sekitarnya.

Sehubungan itu, pihak Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dimohon agar memberi pertimbangan sewajarnya dan mengambil tindakan susulan terhadap cadangan

draft • 2:53 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

pembinaan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat dibina di daerah ataupun di kawasan Pantu bagi memenuhi keperluan keselamatan dan kecemasan yang semakin mendesak dalam kalangan masyarakat setempat.

Tuan Pengerusi, keperluan ini amat kritikal. Amat kritikal kerana memandangkan kawasan Pantu mempunyai penduduk hampir 14,000 orang yang merangkumi 210 buah rumah panjang ataupun kampung. Manakala, balai bomba sedia ada di Sri Aman terletak kira-kira 71 kilometer dari kawasan berkenaan. Jarak yang jauh ini berpotensi menyebabkan kelewatan masa tindak balas kecemasan khususnya dalam kejadian kebakaran dan operasi menyelamat yang memerlukan tindakan segera.

Tambahan pula, road connectivity di beberapa kawasan masih kurang memuaskan, seperti yang saya katakan tadi. Oleh itu, jarak yang jauh serta kekangan infrastruktur jalan raya merupakan cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan lebih pantas dan berkesan.

Sehubungan itu, pihak Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dimohon agar memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 2:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Aman. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Parit.

draft • 2:53 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang.

draft • 2:57 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 2:57 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

Jumlah anggaran perbelanjaan KPKT bagi tahun 2027 ialah RM6.355 bilion, meningkat RM266 juta atau 4.4 peratus daripada RM6.088 bilion pada tahun 2026. Merujuk kepada Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, 040300 – Sumbangan Membantu Kadar (SMK), 020100 – Kerajaan Tempatan.

Seri Iskandar ialah pusat pentadbiran daerah Perak Tengah, juga merupakan bandar ilmu, Pesat membangun, memiliki UTP, UiTM, Kolej Profesional MARA, IKBN, kolej vokasional MARA dan sekolah-sekolah yang banyak, begitu juga kilang-kilang, juga pejabat- pejabat kerajaan. Malangnya, di Seri Iskandar ni masih lagi tidak ada pasar awam.

Penduduk mengikut bancian 2020 ialah 14,827, tapi terkini angka penduduk Seri Iskandar telah pun mencecah lebih 35,000 orang. Namun, masih lagi tidak ada pasar awam di Sri Iskandar. Untuk makluman, penduduk hari ini membeli keperluan rumah, ikan, sayur

draft • 2:57 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

dan sebagainya di kedai-kedai yang berselerak menyebabkannya berlakunya pencemaran dan sebagainya. Jadi, kita perlukan sebuah pasar awam yang selesa, bersih dan teratur, moden supaya peniaga kecil mempunyai tapak berniaga yang sah dan penduduk setempat mendapat bekalan segar dengan harga berpatutan.

Soalan saya, adakah kementerian bersedia meluluskan pembinaan pasar awam di Seri Iskandar di bawah projek 00100?

Kedua, berapakah peruntukan 00100 dan Sumbangan Membantu Kadar (SMK) yang diluluskan untuk Majlis Daerah Perak Tengah pada tahun 2025, ’26 dan ’27?

Memandangkan perbelanjaan sebenar 2025 hanya RM29 juta berbanding peruntukan 2026 RM447.23 juta, apakah jaminan bahawa peruntukan RM689 juta pada tahun 2027 dapat dibelanjakan sepenuhnya dan bagaimana ia diagihkan antara negeri dan PBT?

draft • 2:57 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Keempat, apakah piawaian dan kos purata pembinaan sebuah pasar awam dan adakah KPKT bersedia membantu kajian kelayakan bagi Seri Iskandar melalui PLANMalaysia?

Kedua, persoalan yang saya ingin utarakan merujuk kepada 00100 - Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, 040300 - Sumbangan Membantu Kadar (SMK) dan 020100 - Kerajaan Tempatan.

Dato’ Pengerusi, penduduk Seri Iskandar sudah letih dengan melaporkan berbagai- bagai kes jalan yang berlubang, rosak. Mengambil masa yang terlalu lama untuk dibaiki.

Lubang yang dibiarkan berbulan-bulan bukan sekadar menyusahkan, tetapi juga mengundang kemalangan, merosakkan kenderaan dan menjejaskan keyakinan juga pelabur- pelabur yang datang kerana terdapatnya kilang-kilang di kawasan Seri Iskandar.

Sering kali rakyat tidak tahu di mana nak mengadu. PBT, JKR ataupun kerajaan negeri. Peruntukan kerajaan tempatan ialah sebanyak RM69.8 juta pada tahun 2027, naik 3.3 peratus. Manakala, (SMK) Sumbangan Membantu Kadar meningkat RM60.87 juta kepada RM480.87 juta.

Soalan saya, apakah tempoh piawai yang ditetapkan oleh KPKT bagi PBT membaiki jalan selepas aduan diterima? Dan bagaimanakah KPKT memantau pematuhan majlis daerah terhadap tempoh tersebut?

Kedua, berapakah aduan kerosakan di Seri Iskandar yang diterima dan diselesaikan sejak 2025 dan berapakah purata hari penyelesaiannya?

Ketiga, berkaitan dengan Dataran Sungai Seluang, Dato’ Pengerusi. Kita ada kawasan 19 hektar yang masih lagi belum dinaik taraf, hanya terdapat laluan untuk jogging atau berjalan kaki sahaja. Ianya sangat sesuai untuk dinaik taraf dengan didirikan taman permainan

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

kanak-kanak, tempat duduk dan teduhan, tandas awam, lampu dan sebagainya, kemudahan OKU juga, gerai-gerai bagi peniaga-peniaga kecil.

Soalan saya, adakah KPKT bersedia mempertimbangkan Dataran Sungai Seluang sebagai projek pembangunan taman awam pada tahun 2027 ini?

Keempat, berkaitan dengan rumah kos rendah. Dato’ Pengerusi, ramai anak muda B40 dan M40 di Parlimen Parit yang masih lagi belum memiliki rumah sendiri. Mereka bekerja di Seri Iskandar, Ipoh dan Bota, tetapi harga rumah tidak sejajar dengan pendapatan mereka.

Mereka memerlukan rumah kos rendah dan mampu milik yang dibina di lokasi yang berhampiran.

Soalan saya, berapakah unit rumah PPR, Rumah Mesra Rakyat dan PR1MA yang dirancang di Parlimen Parit pada tahun 2027 ini dan adakah tapak telah dikenal pasti?

Kedua, berapakah kuota Rumah Mesra Rakyat SPNB bagi negeri Perak dan di Daerah Perak Tengah dan mengapa perbelanjaan sebenar 2025 dicatatkan sifar?

Ketiga, adakah KPKT bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah bagi rumah kos rendah dan mampu milik di Seri Iskandar dan Parit memandangkan tanah ialah bidang kuasa negeri?

Tuan Pengerusi, itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 3:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Seri Pengerusi, salam sejahtera.

Bagi maksud B dan P.43 KPKT, Betong ingin bermula dengan menyentuh satu isu khusus yang berkaitan dengan pengurusan kebakaran dan kesiapsiagaan aset bomba dan penyelamat di luar bandar, khususnya merujuk kepada kawasan saya di Parlimen Betong.

Dato’ Sri Pengerusi, oleh itu, saya terus ke Butiran Bekalan 030100 - Bomba dan Penyelamat, Butiran Pembangunan P.31000 - Perolehan Kenderaan/Helikopter dan Kelengkapan JBPM serta Butiran P.32000 - Penyelenggaraan Bangunan dan Jentera JBPM.

Dato’ Sri Pengerusi, satu minggu yang lalu, pada 14 November, hari Jumaat minggu lepas, berlaku satu kes kebakaran rumah panjang tradisional yang melebihi 80 tahun di Matop, Paku, Spaoh, Betong, telah memusnahkan 28 pintu kediaman dan kehilangan harta benda.

Saya kebetulan berada di kawasan dan terus bergegas ke lokasi kebakaran dan menyaksikan dengan mata saya sendiri usaha Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memadamkan kebakaran tersebut.

draft • 3:03 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Oleh itu, Dato’ Sri Pengerusi, Betong ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan segala penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, khususnya bagi Zon 3 Sarawak iaitu Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Betong, yang dibantu oleh Balai Bomba Saratok serta dua Pasukan Bomba Sukarela Betong dan Spaoh, yang telah bertungkus-lumus mempertaruhkan keselamatan diri dalam operasi memadamkan kebakaran tersebut yang amat mencabar.

Jadi Dato’ Sri Pengerusi, insiden yang menyedihkan ini bukan sekadar satu tragedi, tetapi memperlihatkan beberapa kelemahan, cabaran, kekangan dari segi kapasiti aset pemadaman di kawasan luar bandar seperti di kawasan rumah panjang.

Jadi Dato’ Sri Pengerusi, rumah panjang sama ada yang moden ataupun yang tradisional dengan bentuk memanjang dan bertingkat, amat memerlukan keupayaan pemadaman yang lebih sofistikated ataupun moden.

Jadi, justeru, Betong ingin mendesak dan memohon agar kementerian KPKT supaya memberikan perhatian yang serius kepada keperluan menaik taraf keupayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sarawak.

Jadi Dato’ Sri Pengerusi, janganlah kita terus bergantung pada aset konvensional sedangkan bentuk muka bumi, jarak penempatan dan struktur rumah panjang seperti yang saya sebutkan tadi di Sarawak memerlukan pendekatan pemadaman yang amat berbeza.

Bukan macam di kawasan bandar, dia kawasan dia rata, tapi di kampung itu dia berbukit- bukit. Jadi, cabaran dia memang lebih berbeza.

Oleh itu, Betong mendesak di bawah belanjawan yang akan datang, kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang khusus untuk membekalkan jentera pemadam moden dan bertangga tinggi ataupun kita panggil aerial ladder platform, pam berkuasa tinggi dan peralatan khusus yang sesuai dengan struktur rumah panjang di Sarawak.

Betong penuh harapan agar Balai Bomba Betong akan menerima aset tambahan di bawah program perolehan sehingga 2028. Sebab kita tidak boleh menunggu sehingga lebih banyak lagi rumah panjang musnah ataupun nyawa yang terkorban sebelum menyedari bahawa aset sedia ada tidak mencukupi.

Jadi, Betong mengharapkan KPKT melihat keperluan ini berdasarkan realiti geografi dan risiko setempat, bukan sekadar berdasarkan formula perolehan biasa. Jadi, lengkapkanlah anggota bomba kita dengan teknologi, dengan aset dan kemudahan yang sewajarnya supaya mereka bukan sahaja mampu bertindak pantas, tetapi juga dapat melaksanakan tugas dengan selamat dan berkesan. Keselamatan rakyat kita di Sarawak mesti diberikan keutamaan yang setara dengan rakyat di kawasan-kawasan lain.

Dato’ Sri Pengerusi, dalam masa yang sama, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) tidak boleh terus diharapkan menjadi barisan hadapan tanpa kelengkapan yang mencukupi. Saya

draft • 3:03 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

faham bahawa dalam belanjawan itu untuk membina sebuah balai memang tidak ada disediakan peruntukan yang mencukupi.

Oleh itu, apa salahnya kalau kita memperkasakan Pasukan Bomba Sukarela ini, bagilah mereka peralatan yang moden seperti pam yang berkuasa tinggi, jentera dan sebagainya supaya mereka boleh membantu dalam kes-kes ini.

Sebab saya sendiri menyaksikan betapa Pasukan Bomba Sukarela dalam masa 10 jam mereka berada di kawasan untuk membantu balai bomba kita untuk memadamkan api itu, tetapi mereka mempunyai kekangan dari segi aset-aset yang digunakan.

Jadi soalan saya, apakah peruntukan khusus pada tahun 2027 ini untuk memperkasakan Pasukan Bomba Sukarela kita dengan membekalkan mereka pam berkuasa tinggi, hos dan pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap kepada pasukan ini?

Dato’ Sri Pengerusi, akhir sekali...

draft • 3:03 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Betong, Betong. Boleh Kluang celah sedikit tentang bomba sukarela.

draft • 3:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Sekiranya Dato’ Sri Pengerusi mengizinkan.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, silakan.

draft • 3:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi hanya satu pandangan tambahan sahaja berkenaan bomba sukarela kerana saya sendiri pun memandangkan— saksikan bahawa bomba sukarela memang membantu di kawasan luar bandar. Jadi kita sebenarnya perlu pastikan, mereka dapat lengkapan khasnya pakaian lindungi diri yang selamat itu setiap tahun kalau mereka ada keluar berkhidmat untuk orang kampung, orang di luar bandar. Kalau tak— mereka sebenarnya meletakkan diri dalam satu situasi yang sangat bahaya khasnya di luar bandar.

Jadi setuju ke tak, kita perlu meneliti sama ada mereka dapat peruntukan setiap tahun khasnya di kawasan luar bandar? Ini sahaja. Terima kasih, Betong.

draft • 3:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya amat bersetuju dan memang dari segi peruntukan untuk membina balai bomba itu memang kita ada kekangan. Jadi apa salahnya kita menaiktarafkan aset mereka dari segi apa yang kita sebutkan tadi supaya mereka dapat membantu khususnya di kawasan luar bandar.

Akhir sekali Dato’ Sri Pengerusi, saya pernah membangkitkan keadaan kuarters anggota bomba kami di Betong pada November 2025, susulan peruntukan RM15 juta untuk pembaikan kuarters JPM seluruh negara.

Apakah hasil pemeriksaan teknikal di Betong dan berapa unit telah dibaik pulih sepanjang 2026? Jika masih ada kerosakan, pastikan pembaikannya diselesaikan pada tahun

draft • 3:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

  1. Dan, apakah keperluan tambahan yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong hasil operasi-operasi seperti memadamkan tanah gambut, kebakaran dan sebagainya.

Dan saya juga mahu mengetahui prestasi sebenar masa respons kecemasan balai bomba serta langkah memperluaskan liputan perkhidmatan ke penempatan yang jauh dari balai bomba. Dan janganlah Dato’ Sri Pengerusi, jangan kita tunggu sehingga berlaku satu lagi tragedi besar sebelum aset dinaik taraf keselamatan rakyat kita di luar bandar mesti diberikan keutamaan yang sama. Sebab anggota bomba perlu dibekalkan dengan aset mencukupi. Pasukan bomba sukarela perlu diperkasakan dan kemudahan anggota juga perlu dijaga. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

draft • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 3:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Membaca doa ] Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi kerana memberi izin saya bersama membahaskan perkara yang saya rujuk iaitu B.43 dan P.43, yang mana saya lihat meningkat daripada 2026 kepada 2027, meningkat kepada RM6.36 bilion untuk PBT, untuk KPKT ini.

Jadi saya nak merujuk juga kepada Butiran 010000 – Anggaran Projek Kecil di Kawasan PBT meningkat daripada RM447.23 juta dalam anggaran dipinda pada 2026 kepada RM689.06 juta meningkat RM241 juta. Dato’ Pengerusi, di mana saya nak menyentuh dekat sedikit lagi berkenaan dengan pembangunan luar bandar termasuk hak orang asli, rumah- rumah orang asli sekarang ini di kawasan raya yang luas sepatutnya kerajaan beri tumpuan, mereka berselerakan. Kalau kita kumpulkan macam mana kita membina rumah perumahan Kampung Baru Cina dahulu kerana untuk mengawal dipengaruhi komunis.

Jadi begini jugalah kita perlu lakukan kepada golongan orang-orang asli yang kawasan raya yang sangat luas dan mereka ini terbiar, tetapi bila kita kumpul buat perumahan untuk mereka bersepadu, mudah kita untuk memberi bantuan dan sebagainya. Jadi saya harap kerajaan beri perhatian berkenaan dengan perumahan orang-orang asli, yang mana kawasan raya mereka banyak telah dicerobohi oleh pembangunan negara pada ketika ini. Jadi kita kena ambil kebajikan mereka juga. Jangan kita kira nak ambil keuntungan sahaja.

Ini yang saya bangkitkan Dato’ Sri Pengerusi. Jadi kebetulan Dato’ Pengerusi mewakili Cameron Highlands itu. Jadi, saya bercakap hari ini tak payah turun pergi sanalah.

[Ketawa]

draft • 3:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Betul, ini kita kena cakap. Walaupun kita bergurau buat apa, tapi hak mereka kita kena bangkitkan.

Jadi oleh sebab itu Dato’ Pengerusi, di kawasan— kita tengok sekarang ini bagi penduduk kesannya dapat dilihat kepada kemudahan yang mereka gunakan setiap hari.

Penjaja mahu gerai yang selesa untuk berniaga, pengunjung pasar mahu tandas awam yang berfungsi, keluarga mahu taman permainan yang selamat untuk anak-anak termasuk orang asli. Jangan dok ingat kawasan bandar sahaja mereka pun dah hak.

Jadi, PBT kita perlu memberi kemudahan yang perlu dibaiki. Sebab itu pandangan PBT perlu diambil kira ketika projek untuk dibangunkan atau dipilih. Kena ambil semua perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Walaupun hak orang asli mesti kita ambil kira, kalau nak buat pembangunan, nak tebang balak dan sebagainya untuk dapat keuntungan, tapi hak mereka kena jaga. Anak-anak mereka perlu membesar.

Namun, dokumen anggaran yang dibentangkan tidak menunjukkan beberapa yang akan diterima oleh setiap negeri dan setiap PBT. Apabila pecahan ini tiada, sukar untuk Dewan menilai sama ada agihan mengambil kira bilangan penduduk keadaan kemudahan sedia ada dan keperluan sebenar di setiap daerah. Jadi Dato’ Sri Pengerusi, Pendang ingin tahu daripada RM689.06 juta ini, berapakah agihan kepada Kedah dan berapakah untuk Majlis Daerah Pendang, kawasan sayalah, apakah kriteria yang digunakan untuk memilih projek?

Pendang juga meminta kebenaran kementerian menerbitkan senarai projek yang diluluskan mengikut PBT bersama nilai dan status pelaksanaan. Kalau projek sudah diluluskan penduduk patut boleh semak bila kerja akan bermula dan bila kemudahan itu boleh digunakan. Dalam kebenaran merancang Dato’ Sri Pengerusi, kita ada kriteria dia. Jadi kenapa tidak boleh kita guna juga kebenaran merancang syarat-syarat ini kepada pembangunan orang asli, pembangunan rumah orang asli. Kita buat seperti juga taman perumahan dan sebagainya. Mereka adalah hak yang sama rakyat Malaysia.

Jadi kita kena fikir begitu juga. Jadi saya tegur, saya memberi pandangan supaya Menteri-menteri yang menjaga semua pembangunan, perumahan dan sebagainya ini supaya melihat rakyat ini sama rata termasuk mereka di pedalaman saya, kawasan saya pedalaman Dato’ Sri Pengerusi. Pendang ini walaupun ini pedalaman, kawasan padi. Jadi, orang pun masih lagi style lama lagi lah.

[Ketawa] Jadi oleh sebab itu, kita lihat contoh PPR Kampung Selagon di Beaufort, Sabah. projek bernilai RM23.7 juta pada tahun 2017. Menurut dapatan audit yang dirujuk dalam kit jawatankuasa kesemua 67 unit masih tidak diduduki setakat Julai 2026 akibat masalah pergerakan tanah. Hampir sembilan tahun selepas projek siap, rumah itu masih belum memberi manfaat kepada keluarga yang sepatutnya mendudukinya.

draft • 3:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi Pendang ingin penjelasan atas asas apa peruntukan pemulihan dikurangkan dan dengan RM6.5 juta ini, berapa projek serta berapa unit rumah yang disasarkan untuk dipulihkan pada 2027?

Sikit lagi Dato’ Yang di-Pertua. Pada masa yang sama, dalam Butiran 30,000 – 30000, di mana Penyelenggaraan Bangunan dan Jentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia meningkat RM15.06 juta kepada RM106.25 juta, ini tambahan RM91 juta. Satu jumlah yang agak besar. Jadi kita harap perkara ini dapat kita lihat jentera yang kerap rosak, penyelenggaraan boleh membantu memastikan lebih banyak lagi jentera bomba bagi menyelamatkan dan masa yang diambil di bawah 10 minit bila berlaku kebakaran dan sebagainya. Berapakah jumlah angka yang di bawah 10 minit ini mengikut syarat-syarat yang ada yang dapat di dilakukan oleh pihak bomba?

Yang terakhir, iaitu berkenaan dengan Jadi Pendang ingin meminta kementerian bentangkan pencapaian sebenar masa respons, jumlah jentera yang beroperasi dan agihan peruntukan penyelenggaraan mengikut daerah apabila berlaku kecemasan yang diletakkan target 10, below ten minutes, bawah 10 minit ini khusus untuk menambah baik liputan di mukim yang jauh daripada balai bomba termasuk di daerah Pendang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Pendang memohon jawapan yang boleh disemak oleh Dewan yang mulia ini. Berapa untuk Pendang? Bila rumah ini boleh diduduki dan berapa lama penduduk perlu menunggu bomba tiba? Jadi sekian, Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Kita hari ini berkongsi pengalaman yang sama, masalah penduduk kita yang sama. Insya-Allah saya harap boleh diberi perhatian oleh pihak kementerian KPKT ini, apa yang dibangkitkan.

Wabillahi taufiq wal-hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Pendang.

Saya kalau Yang Berhormat bercakap pasal apa kepentingan rakyat, masa saya bagi extra.

[Tepuk]

draft • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Ampang.

draft • 3:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Ampang hanya nak menyentuh pada dua perkara iaitu di bawah Butiran 02100 – Kerajaan Tempatan, Butiran 020400 dan juga satu lagi yang akan saya bacakan.

Perkara yang ingin saya bangkitkan adalah di bawah perancangan bandar dan desa.

Apa yang saya dapati, disebabkan akhir-akhir ini ada banyak sangat pembangunan yang

draft • 3:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

masuk di Ampang. Saya dapati ada beberapa perkara yang tidak ada keseragaman di dalam memastikan rancangan tempatan ini diwujudkan. Apa yang saya dapati, rancangan tempatan ini tidak semua tempat rupanya di negara kita ini ada. Mungkin di bandar-bandar di Selangor mungkin ada tetapi tidak semua ada.

Jadi, soalan saya, bilakah, berapakah PBT yang tak ada dan bilakah perkara ini nak diwujudkan supaya sebagaimana yang sahabat-sahabat sebut tadi, bila rancangan tempatan tak ada, kita tidak ada satu dokumen untuk dirujuk. Ikut suka saja pembangunan ini macam mana nak dibuatkan. Jadi, penting terutama di kawasan-kawasan luar bandar, kena diwujudkan satu rancangan tempatan yang khusus. Contohnya di Ampang Jaya, kita ada sehingga 2035, dah ada dah perancangan itu. Jadi, saya nak tanya perkara itu.

Keduanya, bilakah KPKT akan memperkenalkan satu SOP nasional dalam masa yang sama supaya standard sama? Saya lihat kalau di Selangor ini, setiap PBT dia berbeza dia punya SOP. Kalau katalah menaikkan papan tanda, kalau yang Ampang Jaya lain, Shah Alam lain dan sebagainya. Saya mengharapkan supaya ada satu keseragaman supaya ia nya tidak bercanggah.

Dan yang ketiganya, adakah KPKT bercadang mewujudkan satu national digital planning observatory, dengan izin. Maksud saya, orang awam ini kadang-kadang tertanya, tanya apa nak dibuat, apa perancangan yang sedia ada, apa hala tuju tempat yang dia tinggal ini di sekelilingnya tetapi dia tidak ada satu rujukan yang khas.

Jadi untuk itu, saya mencadangkan supaya ada satu national digital planning untuk pastikan orang awam boleh melihat secara tuntas, secara terus. Buka jer Internet boleh tengok, oh, perancangan sebelah dia apa dan sebagainya. Kalau ada perubahan-perubahan perancangan, perlu juga dimaklumkan dan kita orang awam boleh dirujuk perkara itu.

Dan yang penting sebab saya tengok di akhir-akhir ini, saya tengok di Ampang banyak sangat perancangan masuk sehingga RTMPAJ 2035 telah diberikan lif oleh mahkamah iaitu high court decision pada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk 12 yang mencabar untuk mendengar semula. Jadi, ini tak wajarlah berlaku sebenarnya kalau betul-betul proses pendengaran awam itu dibuat dengan baik.

Seterusnya di bawah butiran ini juga, saya ingin mencadangkan supaya kaji semula impak sosial yang selalu kita minta dibuat bila sesuatu perancangan itu dibuat. Contoh, kalau dalam keadaan biasa, kita ambil impak sosial kepada lokasi yang melibatkan 2,000 penduduk ataupun unit rumah, okey. Tetapi kalau tempat-tempat sepertimana di Ampang yang di kawasan tepi cerun, kawasan bencana, 2,000 ini memang mustahillah dapat. Jadi, banyak kawasan-kawasan ini diabaikan SIA.

Jadi, di situlah saya nak mencadangkan supaya pihak KPKT melihat supaya SIA ini bukan sama saja untuk semua. Ada lokasi-lokasi tertentu, mungkin term of reference-nya

draft • 3:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

cukup untuk 200 unit rumah untuk boleh dibuat SIA contohnya di kawasan-kawasan yang tertentu. Itu di antaranya perkara terakhir di bawah topik ini adalah disebabkan Ampang zon berisiko bencana, sebenarnya ada satu kajian yang telah pun didapati tentang status lokasi- lokasi di Ampang yang perlu diberikan perhatian.

Perkara ini saya mohon kalau boleh dinyahwartakan supaya dapat dibaca dan dilihat oleh semua penduduk di sekitar Parlimen Ampang ataupun berkaitan Ampang seperti di Gombak dan juga di pinggiran Hulu Langat supaya kita tahu status keadaan bencana di kawasan kita. Itu di bawah topik pertama.

Topik kedua Dato’ Pengerusi, saya ingin mengatakan di sini di bawah Butiran 00900 – Kajian-kajian KPKT di bawah Butiran 030600 – Perancangan Perumahan. Saya ingin mengambil satu perhatian tentang projek-projek perumahan yang mungkin kita terlepas pandang. Kalau perumahan sekarang dibuat bertingkat, dibuat di bawah satu kawasan cerun, dan bila dibuat perumahan itu, plot itu.

Contohnya kita ada satu perumahan namanya Horizon Rimba 27. Dia— plot dia 64 ekar tetapi yang nak dibangunkan sikit sahaja, empat ekar. Keliling itu adalah cerun kategori III dengan IV. Saya rasa Cameron Highlands pun banyak cerun-cerun macam itu. Jadi, punyalah pemaju ini agak pandai sedikit, dia bangunkan perumahan itu dan cerun itu distabilkan sekarang tetapi selepas pembeli itu nanti beli, dia akan serahkan cerun rumah dan cerun-cerun itu sekali kepada pembeli.

Jadi, apa soalannya di sini? Kita tak ada satu dasar sebenarnya. Pembeli-pembeli sekarang yang duduk rumah strata ini berdepan dengan masalah pengurusan, penyelenggaraan. Jadi, katalah berapa ratus unit rumah itu ataupun ribu kat situ yang dibangunkan nanti, yang menanggung kos penyelenggaraan cerun itu adalah pembeli.

Dahlah buat, pembeli tanggung. Selepas itu bila dah buat, dah siap, cerun itu pula ditanggung oleh mereka.

Jadi, saya nak bertanya kepada pihak KPKT. Apakah ada satu model baharu yang perlu kita lihat tentang perkara ini? Kita kalau boleh, saya nak mencadangkan supaya kita ada satu kaedah di mana kita mengasingkan perumahan itu. Betul, ada tetapi kos itu dan juga penyelenggaraan itu kekal di bawah pemaju ya ataupun mungkin kena fikirlah levi-levi lain untuk ke arah itu. Sebab apa? Tak adil.

Dahlah mereka beli dengan kos baik pulih cerun sebelah yang bahaya itu, tapi lepas itu bila dah dibeli, diserahkan kesemuanya kepada pembeli. Jadi, memang tidak ada keupayaan. Takkanlah kita nak ambil maintenance sampai RM3,000, RM4,000 sebulan untuk memastikan penstabilan cerun berlaku setiap masa.

Jadi, itu di antara perkara yang saya nak bangkitkan. Saya harap perkara ini diberi perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Temerloh.

draft • 3:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Dr. Tuan Pengerusi.

Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan, Projek MyKiosk. Temerloh ingin membangkitkan isu MyKiosk khususnya seperti di Taman Sri Layang, Taman Chengal, sekitar bangunan KWSP Temerloh dan di seluruh negara yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan tetapi akhirnya terbiar tanpa penyewa dan tanpa aktiviti perniagaan. Projek MyKiosk dengan menggunakan wang rakyat dengan hasrat membantu peniaga kecil dan usahawan mikro. Tetapi apabila kemudahan ini tidak dimanfaatkan, ia menjadi pembaziran aset awam. Peruntukannya menelan belanja RM150 juta.

Syarikat manakah yang dapat tender MyKiosk seluruh negara? Temerloh ingin bertanya, berapakah jumlah MyKiosk di Temerloh khususnya dan di seluruh negara yang masih kosong dan terbiar? Adakah kementerian mempunyai pangkalan data yang merekod kadar penggunaan kiosk? Apakah tindakan kementerian untuk menghidupkan semula kiosk ini termasuk menawarkan sewaan bersubsidi kepada peniaga kecil, usahawan wanita dan golongan B40? Berapakah jumlah pendapatan dari sewa kiosk yang berjaya dikutip dan dilaporkan? Temerloh mencadangkan supaya kementerian melaksanakan audit penggunaan aset PBT sebelum meluluskan pembinaan MyKiosk yang baharu.

Dato’ Dr. Tuan Pengerusi, penyalahgunaan lesen premis perniagaan. Temerloh menerima aduan tentang penyalahgunaan lesen premis perniagaan. Ada premis yang berdaftar sebagai kedai perniagaan, kedai komputer tetapi menjalankan kegiatan perjudian secara tersembunyi. Aktiviti perniagaan ini bercambah dengan pantas dan banyak di Temerloh. Sejauh manakah pemantauan dan penguatkuasaan PBT dengan kerjasama pihak PDRM? Ada pusat perjudian haram beroperasi secara terbuka dengan berselindung melalui kedai telekomunikasi dan melibatkan pekerja wanita Muslim. Mohon PBT mengambil tanggungjawab ini.

Masalah banjir kilat. Kawasan perumahan Taman Rimba, Mentakab iaitu Jalan Selasih, Jalan Nipah dan Jalan Mengkudu, Jalan Inai penduduknya sentiasa risau bila hujan lebat kerana boleh menyebabkan banjir kilat. Penduduk sudah lama menanggung masalah dan membuat aduan tetapi masih belum selesai. Begitu juga banjir kilat yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Perumahan Makmur, Paya Jejawi, Temerloh kerana setiap kali hujan lebat, mereka terpaksa berhadapan dengan masalah banjir kilat. Bilakah masalah ini akan selesai?

draft • 3:26 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang keempat, tanah mendap di TJ 6, Temerloh Jaya 6. Sejak 2021 dan jalan belakang semakin retak dan serius hingga berlubang, memberi kebimbangan kepada keselamatan 12 penghuni penduduk di situ. Di Taman Pulai Idaman, Temerloh tanah mendap dan membahayakan penghuni rumah dan masih ada— masih tidak ada tindakan walaupun sudah dibuat aduan beberapa bulan lalu.

draft • 3:26 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Isu parking. Temerloh menerima aduan tentang kesukaran untuk mendapat parking sekitar Bandar Temerloh kerana hampir 90 peratus tempat parking bertanda kuning. Akibatnya sukar untuk membeli dan berbelanja di kedai-kedai yang akhirnya para peniaga tiada pelanggan kerana mereka membeli secara online. Sudah sampai masanya di Temerloh, dibina parking bertingkat untuk kemudahan semua. Masalah anjing liar yang berkeliaran di taman, di kawasan taman perumahan seperti Taman Temerloh Makmur di Taman Temerloh Jaya dan taman sekitar yang mengancam keselamatan penduduk, sejauh manakah tindakan daripada PBT setelah menerima aduan daripada penduduk tentang isu ini?

Seterusnya Dato’ Dr. Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa. Saya mengambil maklum peningkatan peruntukan daripada RM66 juta kepada RM68 juta. Namun persoalan saya ialah sejauh manakah peningkatan ini memberi kesan kepada kualiti perancangan bandar dan desa?

Kita melihat pembangunan perumahan baharu berlaku dengan pesat dan drastik, tetapi kemudahan awam seperti sekolah, klinik, jalan raya, sistem saliran, perparitan, agihan air bersih, aliran trafik kadang-kadang tidak berkembang seiring dengan pertambahan penduduk.

Contoh yang jelas adalah pembangunan lebih 10 tahun perumahan— lebih 10 taman perumahan di sepanjang Jalan Maran, Temerloh dalam jangka masa kurang lima tahun menyebabkan berlaku impak sampingan. Akhirnya, penduduk berhadapan kesesakan jalan raya, kekurangan kemudahan asas dan masuk masalah bekalan air bersih serta kesesakan sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Paya Pulai.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah mekanisme PLANMalaysia untuk memastikan pembangunan perumahan baharu disertai kemudahan awam dan keperluan asas yang mencukupi? Adakah kementerian mempunyai penilaian impak pembangunan terhadap risiko banjir dan kapasiti sistem saliran sebelum sesuatu projek diluluskan?

Bagaimana PLANMalaysia memastikan pembangunan pekan kecil dan kawasan luar bandar tidak terus ditinggalkan berbanding bandar utama?

draft • 3:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

020500 – Kemampanan Bandar. Apakah standard minimum yang ditetapkan oleh KPKT kepada PBT bagi memastikan laluan pejalan kaki selamat bersambung dan mesra OKU terutama di pusat bandar dan kawasan sekolah.

Bolehkah KPKT memperkenalkan audit laluan pejalan kaki yang melibatkan golongan OKU, warga emas dan pengguna kereta sorong bayi supaya kemudahan yang dibina benar- benar boleh digunakan oleh rakyat? Adakah kementerian mempunyai dasar khusus bagi membangunkan bandar mesra warga emas dan OKU, mengambil kira negara kita sedang menuju masyarakat menua.

030200 – Perumahan Negara. Setakat 30 Jun 2026, terdapat 303 projek perumahan sakit, 100 projek terbengkalai di Semenanjung Malaysia melibatkan 14,961 pembeli.

Soalannya adalah— apakah sasaran tahunan KPKT untuk memulihkan projek terbengkalai dan apakah perlindungan bagi pembeli yang telah membayar pinjaman tetapi rumah belum siap?

030300 – Kawalan Kredit Komuniti. Mohon KPKT membuat siasatan tentang kegiatan along yang berlindung di sebalik lesen pemberi pinjaman wang, aduan daripada mangsa diterima dan mohon bantuan daripada Ahli Parlimen untuk melunaskan pinjaman daripada along.

Apakah mekanisme penguatkuasaan KPKT bagi memastikan syarikat kredit komuniti berlesen tidak mengambil kesempatan terhadap golongan B40 yang terdesak mendapatkan pinjaman sehingga akhirnya terjerat dalam beban hutang dan bebanan kewangan?

Temerloh juga ingin mengetahui status sebalai bomba dan penyelamat di Lanchang demi keperluan masyarakat sekitar kerana jauh dari bandar Temerloh. Adakah sudah diluluskan dan bilakah akan dibina atau apakah penyelesaiannya?

Akhirnya, Temerloh ingin menyampaikan rasa terkilan kerana segala aduan rakyat tidak dapat diselesaikan dan disampaikan terus kepada agensi dan jabatan yang berkaitan kerana Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang tidak dijemput untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tindakan Daerah untuk menyampaikan segala aduan dan masalah rakyat dalam Parlimen Temerloh. Terima kasih Dr.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kapar untuk mengalu-alukan.

draft • 3:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin mengalu- alukan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar di antara sekolah yang paling padat di Malaysia dan yang saya selalu sebut tentang SK Telok Kapas.

[Tepuk] Inilah mereka yang sengsara selama ini. Terima kasih Speaker.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

draft • 3:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Saya merujuk kepada P.43, Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia.

Saya ingin membangkitkan semula satu isu berkenaan dengan keperluan pembinaan balai bomba gred A di Muar Furniture Park, yang mana saya telah bangkitkan isu ini pada Mac 2023 dan juga tahun lepas Oktober 2025. Tapi sehingga kini, tiada respons positif daripada pihak kementerian.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, pembangunan Muar Furniture Park seluas kira-kira 400 hektar melibatkan pelaburan berbilion-bilion Ringgit disasarkan akan menjadi hab industri perabot yang paling besar di rantau Asia Tenggara. Namun, pembangunan industri perlu disertakan dengan kemudahan keselamatan yang mencukupi.

Bagi kes sekarang, kemudahan keselamatan yang dimaksudkan itu adalah sebuah balai bomba gred A. Industri perabot menggunakan kayu dan bahan mentah yang mudah terbakar dalam jumlah yang besar. Satu kebakaran sahaja boleh memusnahkan bukan sahaja keseluruhan kilang tersebut tetapi juga berisiko untuk merebak ke kilang-kilang sekeliling dan akan menyebabkan kerugian puluhan juta Ringgit, selain daripada mengancam nyawa pekerja serta mata pencarian keluarga mereka.

Sebab itu, sebuah balai bomba di Muar Furniture Park ini adalah amat penting untuk memastikan anggota dan jentera dapat tiba dalam masa yang paling singkat sebelum api merebak ke keseluruhan premis ataupun kilang-kilang yang berhampiran. Keperluan ini perlu dirancang seiring dengan pembangunan taman perindustrian.

Dalam perbahasan saya sebelum ini, saya telah merujuk kepada draf Rancangan Tempatan Daerah Muar Tahun 2030 yang mencadangkan balai bomba seluas 2.3 ekar dengan sekurang-kurangnya dua enjin bay dan anggaran kos RM30 juta. Cadangan itu telah diletakkan di dalam fasa pelaksanaan 2021 hingga 2025.

Tempoh tersebut telah tamat dan berlalu. Apakah status terkini projek ini? Adakah tapak telah dimuktamadkan dan urusan tanah diselesaikan dan yang penting, peruntukan telah diluluskan. Apakah halangan yang menyebabkan cadangan ini mengambil masa yang begitu lama untuk dilaksanakan? Sehingga kini, bayang pun tak ada. Dengan peruntukan RM67.1 juta di bawah Butiran 30000 ini bagi tahun 2027, adakah Balai Bomba Muar Furniture Park ini dalam senarai untuk tahun hadapan ini?

Saya meminta supaya KPKT memberikan jadual yang jelas bagi tender, permulaan pembinaan dan penyiapan projek serta menjelaskan langkah perlindungan sementara untuk kilang-kilang yang telah beroperasi di Muar Furniture Park ini.

draft • 3:35 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, saya juga merujuk kepada P.43 Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin bangkitkan keperluan untuk menaik taraf Terminal Bas Bentayan di Bandar Muar. Keadaan terminal sekarang semakin uzur, termasuklah tiang yang telah retak sehingga menampakkan bahagian simen di dalamnya serta kerusi besi yang berkarat.

Sistem pertiketan dan kaunter tiket yang tidak terurus, ruang terminal yang sempit, kemudahan lama, tiada ya, tiada. Bukan rosak ke apa, tiada kemudahan tandas, tiada teduhan atau laluan berbumbung apabila untuk naik ke bas, terutamanya sewaktu hari hujan dan sebagainya merupakan antara masalah-masalah yang turut dibangkitkan oleh para pengguna dan penumpang bas.

draft • 3:35 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tiang yang retak memerlukan pemeriksaan teknikal bagi menentukan keselamatannya, tempat duduk yang rosak dan ruang menunggu yang terhad pula menjejaskan keselesaan penumpang khususnya bagi warga emas, keluarga bersama dengan anak kecil dan pengguna-pengguna OKU. Apakah pembaikan yang telah dilakukan dan apakah kerja yang masih diperlukan?

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Dokumen Perancangan RTD Muar 2030 telah mencadangkan supaya terminal pengangkutan awam bersepadu di kawasan pentadbiran baru Majlis Perbandaran Muar dalam fasa 2026 hingga 2030. Namun, saya agak tidak setuju sekiranya pelaksanaan cadangan ini menyebabkan Terminal Bas Bentayan ini dipindah keluar daripada pusat bandar. Terminal Bas Bentayan ini membawa penumpang terus ke bandar berhampiran dengan kedai, pasar dan gerai-gerai makanan.

Kehadiran mereka ini telah membantu menghidupkan kegiatan ekonomi setempat.

Sekiranya memindahkan terminal ini keluar daripada pusat bandar, ia nya akan mengalirkan aliran pelanggan keluar daripada bandar dan menjejaskan peniaga-peniaga kecil yang bergantung kepada pergerakan orang ramai. Kita perlu mengambil serius risiko Pusat Bandar Muar akan menjadi semakin lenyap.

Pengangkutan awam juga sepatutnya memudahkan orang ramai sampai— untuk sampai di pusat kegiatan ekonomi. Pemindahan ke lokasi yang jauh daripada pusat bandar boleh memaksa penumpang menambah perjalanan dan menanggung tambang tambahan untuk masuk semula ke bandar. Oleh itu, pendirian saya adalah Terminal Bas Bentayan perlu dikekalkan di lokasi sedia ada dan dinaik taraf secepat yang mungkin. Masalah kesesakan yang selalu disebut-sebut sebenarnya boleh ditangani melalui pengurusan pergerakan bas.

Kawasan menaik dan menurunkan penumpang serta penguatkuasaan parkir yang lebih teratur, adakah KPKT telah menerima permohonan daripada Majlis Perbandaran Muar untuk menaik taraf terminal bas ini? Bolehkah kementerian melalui Jabatan Kerajaan

draft • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tempatan untuk mempertimbangkan bantuan, peruntukan bagi keselamatan bangunan, tempat duduk, tandas, ruang menunggu berbumbung dan laluan yang mesra OKU.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Butiran 030600 – Perancangan Perumahan. Pada 20 November yang tahun lalu, saya telah mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya penjualan semula rumah mampu milik dikendalikan melalui sebuah agensi kerajaan. Hari ini, saya ingin mendapatkan pendirian dan tindakan susulan kementerian terhadap cadangan saya ini. Tanah yang sesuai untuk perumahan khususnya yang berhampiran dengan pekerjaan, pengangkutan awam dan kemudahan asas tidak mudah untuk digantikan.

Menyediakan rumah baru memerlukan tanah, infrastruktur, pembiayaan dan kos pembinaan.

Oleh itu, rumah yang diwujudkan melalui subsidi tanah kerajaan ataupun insentif pembangunan mestilah terus memberikan manfaat kepada golongan sasaran selepas bertukar tangan. Apabila rumah bersubsidi akhirnya dijual pada harga pasaran, keluarga yang berpendapatan rendah yang seterusnya mungkin tidak lagi mampu untuk membelinya.

Kerajaan kemudiannya perlu menyediakan sumber baru untuk membantu keluarga tersebut.

Kita tidak boleh terus menanggung kos menambah bekalan baru. Sedangkan rumah yang telah dibantu dibenarkan terkeluar daripada bekalan mampu milik selepas tamat monotorium.

Apabila harga rumah meningkat lebih pantas daripada pendapatan, subsidi yang diperlukan untuk membantu keluarga seterusnya turut akan meningkat. Mendapatkan semula subsidi asal ketika penjualan juga mungkin tidak mencukupi untuk membeli rumah setara pada masa yang hadapan. Oleh itu, pendekatan subsidi retention mengekalkan manfaat bantuan dalam...

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya dah bagi empat minit ekstra, tutup.

draft • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tutup sahajalah. Isu ini saya akan bawa dalam mungkin platform akan datang. Itu sahaja. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih.

Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kangar.

draft • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih...

draft • 3:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kangar tukar tempat dengan Langkawi kan?

draft • 3:52 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Saya tukar dengan Langkawi. Terima kasih Langkawi. Terbaik Langkawi.

Terima kasih Dato’ Seri Dr. Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya pergi kepada Butiran 030200 – Perumahan Negara, bajet RM41 juta. Isu utama hari ini

draft • 3:52 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

adalah kemampuan rakyat untuk memiliki rumah, terutamanya bagi golongan anak muda, pasangan yang baru berkahwin, golongan berpendapatan rendah. Jadi, rata-rata pada hari ini harga rumah sentiasa meningkat, manakala pendapatan masih lagi rendah.

Jadi, persoalannya, adakah Dasar Perumahan Negara benar-benar memenuhi keperluan rakyat atau kita terlalu menumpukan kepada jumlah unit rumah yang dibina tanpa menghiraukan kemampuan pembeli? Jadi, soalan saya adalah berapakah unit rumah mampu milik yang telah dibina, disiapkan dan diserahkan kepada pembeli pada tahun 2025, 2026, khususnya di Negeri Perlis?

Berapakah jumlah projek perumahan yang masih terbengkalai, lewat disiapkan atau mengalami masalah penyerahan kunci? Dan, apakah tindakan terhadap pemaju yang gagal mematuhi jadual pembinaan? Seterusnya, berapakah sasaran pembinaan rumah mampu milik di Perlis tahun 2027 khususnya di kawasan Parlimen Kangar?

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Butiran 030500 – Kesejahteraan Komuniti. Kali ini saya nak bangkit berkaitan dengan masyarakat India Perlis. Masyarakat India Perlis. Jadi, saya ingin memohon peruntukan untuk menaik taraf Dewan Persatuan India Perlis. YB Timbalan Menteri ada? Yang terletak berhampiran dengan Perodua di kawasan Kangar.

Dewan ini sudah uzur, lama dah. Dewan ini pun dah dimakan anai-anai. Saya pergi sendiri, saya dah tengok dia punya struktur pun nampak agak daif, menunggu masa untuk runtuh dan dewan ini sentiasa digunakan oleh komuniti India di Kangar dan juga di Perlis secara amnya. Jadi, saya mohon KPKT menyalurkan peruntukan untuk menaik taraf dewan ini dan surat akan menyusul kemudian.

Saya pergi kepada Butiran 01906 – Perancangan Wilayah. Jadi, pada prinsipnya saya menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan perancangan wilayah ataupun perancangan bandar yang bertujuan merangsangkan ekonomi. Jadi, pembangunan negara tidak seharusnya bertumpu di kawasan-kawasan yang padat seperti di Lembah Klang, juga di bandar-bandar yang maju. Negeri-negeri kecil seperti Perlis pun perlu dibuat perancangan yang jelas agar ekonomi dapat dirangsangkan.

Jadi, soalan saya kepada YB Timbalan Menteri, apakah usaha-usaha kementerian untuk memajukan Pekan Kuala Perlis sebagai pusat makanan laut negeri? Jadi, Pekan Kuala Perlis ini amat berpotensi menjadi port makanan bagi pelancong-pelancong domestik sedang berkembang. Jadi, kalau boleh kita nak ada satu perancangan yang lebih jelas oleh KPKT untuk mengangkat Kuala Perlis sebagai port makanan-makanan laut yang terbaik.

Dan usaha-usaha juga boleh dibuat bagi membangunkan kawasan rekreasi Sungai Batu Pahat sebagai pusat kegiatan sukan terutamanya yang bersifat outdoor. Tapak-tapak perkhemahan boleh diadakan bagi memberi pengalaman kepada pelancong-pelancong kota untuk merasai kedamaian hutan rimba. Track jogging boleh dibina di sini, padang bola sepak

draft • 3:52 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

berbayar juga boleh dibina. Jadi dengan aktiviti-aktiviti ini, perancangan wilayah di kawasan Sungai Batu Pahat boleh berkembang menjadi pusat sukan dan berpotensi membangunkan ekonomi setempat.

draft • 3:52 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dato’ Sri Dr. Pengerusi, saya pergi Butiran 020200 bersama dengan 020300 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Jadi, pengurusan sisa pepejal merupakan antara isu penting bagi KPKT kerana ia melibatkan kebersihan, persekitaran, kesihatan awam dan kelestarian alam sekitar.

Jadi, persoalannya adalah jumlah sisa pepejal isi rumah dan komersial semakin meningkat.

Semuanya bergantung kepada tapak pelupusan sampah. Kita nak buah sampah, semua kita nak pergi kepada tempat pembuangan sampah. Jadi, tapak pelupusan sampah pula mempunyai kapasiti yang terhad. Jika tiada pengurusan alternatif, kita akan terus berhadapan masalah mencari kawasan baru untuk pelupusan sampah.

Seterusnya berkaitan isu sampah makanan. Sampah makanan di mana berlakunya pembaziran yang amat besar. Jadi, berdasarkan statistik, komposisi makanan merupakan komponen terbesar diikuti plastik dan juga kertas. Ini menunjukkan bahawa sisa pepejal bukan hanya berpunca daripada pertambahan penduduk tetapi juga budaya pembaziran makanan.

Jadi soalan saya, adakah KPKT mempunyai pelan khusus untuk menangani sisa makanan di pasar awam, pasar malam. Pasar malam banyak sampah, terlalu banyak, juga di hotel ataupun restoran dan lain-lain? Adakah kerajaan bercadang memperluaskan penggunaan teknologi kompos bagi mengurangkan sisa makanan yang dihantar ke tapak pelupusan?

Walaupun begitu, di akhirnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada MPK Perlis bersama SWCorp yang telah mengenal pasti 104 lokasi tong sampah berpusat di seluruh Perlis walaupun terdapat satu, dua isu berbangkit. Semoga bandar Kangar menjadi bandar bersih pada hari ini. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Keningau. Yang Berhormat Keningau. Jika tidak ada, kita ke pembahas yang berikutnya.

[Dicelah] Oh, silakan Yang Berhormat Keningau.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya terus kepada Butiran 00400 – Pembinaan Bandar Pintar, RM4.29 juta.

Di Daerah Tambunan yang termasuk di kawasan Parlimen Keningau sedang merancang pembinaan Tambunan Smart City yang berciri bandar pintar dalam kawasan

draft • 3:52 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

seluas 5,000 ekar. Keningau memohon kementerian membantu Pejabat Daerah Tambunan dengan kerjasama pejabat Parlimen untuk merangka dan memuktamadkan Pelan Induk Tambunan Smart City.

Butiran 04000 – Pembasmian Kemiskinan Bandar, RM73 juta. Bandar Keningau merupakan bandar yang terbesar di pedalaman Sabah dengan kadar kemiskinan yang agak tinggi. Sabah— Keningau ingin bertanya, apakah program-program yang dirancang akan dilaksanakan untuk pembasmian kemiskinan di bandar Keningau pada tahun 2027?

Butiran 01513 – Perumahan Rakyat Dimiliki, RM370 juta. Berapakah unit Program Perumahan Rakyat ini yang diperuntukkan untuk Sabah bagi tahun 2027? Keningau mengharap kementerian dapat meluluskan program perumahan rakyat baharu dibina di Daerah Keningau.

Butiran 40000 – Rumah Mesra Rakyat SPNB RM500 juta. Berapakah unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diperuntukkan untuk Sabah tahun 2027 kerana setiap tahun memang Sabah mendapat peruntukan ini tetapi terlalu kecil. Ini disebabkan Sabah adalah kawasan yang luas dan kebanyakan rakyat tinggal di luar bandar dan memerlukan pembinaan rumah RMR. Maka itu Keningau memohon supaya ada peruntukan untuk dikhaskan bagi kawasan Keningau.

Butiran 30002 – Pembinaan Bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Sabah, RM4.38 juta. Untuk pembinaan Jabatan Bomba di Sabah memang ini juga adalah terlalu kecil dan ini disebabkan keluasan Sabah dan juga penduduk-penduduk kebanyakannya tinggal di luar bandar dan kebakaran rumah di Sabah sering berlaku dan kadang-kadang meragut nyawa. Sabah memerlukan lebih banyak lagi balai bomba untuk mencegah dan buat penyelamatan. Maka itu Keningau juga memohon pembinaan lebih banyak balai bomba di Sabah bermula daripada tahun 2027.

Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam, RM51.6 juta dan juga Butiran 02102 – Pembangunan Landskap, RM12.878 juta. Keningau telah memohon secara berasingan untuk peruntukan menaiktarafkan projek Tukad Sinurambi Viewing Tower di Tambunan dan mengharapkan kementerian akan meluluskan kerja-kerja landskap softscape dan hardscape di projek Tukad Sinurambi ini.

Keningau juga berharap kementerian akan melantik kontraktor Sabah dan menukar cara pemberian kontrak yang diamalkan oleh pentadbiran yang lama, di mana kontrak setelah dilantik akan menjual kontrak itu kepada subkontraktor dan subkontraktor semuanya membuat kerja dengan tolakan 15 sehingga 25 peratus. Jadi, saya harap kementerian akan melantik kontraktor tempatan yang selalunya menjadi subkontraktor sahaja. Sekian, terima kasih.

draft • 3:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Keningau, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Selayang.

draft • 3:52 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Dato’ Speaker. Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. KPKT menyasarkan pembinaan 18 buah loji incinerator waste-to-energy (WTE).

WTE memerlukan teknologi moden dan sistem kawalan pencemaran selamat dan yang mengikut piawaian, syarat-syarat dan amalan terbaik seperti yang ada di European Union. Adakah kementerian sudah sedia peruntukan dan peraturan piawaian antarabangsa ini? Syarat-syarat yang perlu dipenuhi satu ialah pembakaran hanya untuk sisa baki yang sesuai. Dasar sisa EU mengutamakan pencegahan guna semula dan kitar semula berbanding pemulihan tenaga. Oleh itu, loji sepatutnya menerima sisa baki selepas pengasingan dan kitar semula yang praktikal, bukan bahan yang boleh dikitar semula atau sisa makanan yang boleh dicegah, dikompos atau dirawat secara biologi.

Kedua, bekalan sisa boleh diharap dan dikenal pasti. Pengendali perlu mengetahui jenis sisa yang boleh dibakar dengan selamat termasuk komposisi, kelembapan, nilai dan kalori, kandungan abu dan sifat berbahayanya. Malaysia perlu menyediakan pengasingan, pemeriksaan dan kawalan kualiti yang konsisten supaya bahan suapan loji berada dalam had reka bentuknya.

draft • 3:58 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 4:00 PM

Jawatankuasa] Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ketiga, permit berdasarkan BAT – Best Available Technology dan had pelepasan setara EU. Setiap loji perlu mempunyai permit alam sekitar bersepadu yang menetapkan had pencemaran udara dan air yang boleh dikuatkuasakan. Permit itu juga perlu mewajibkan sistem kawalan pencemaran yang sesuai serta merangkumi keadaan operasi tidak normal selain operasi biasa, bahawa BAT perlu dilaksanakan.

Dan keempat, kawalan dan pemantauan pelepasan yang berkesan. Loji perlu dilengkapi sistem pembersihan gas lombong dan pemantauan yang direka untuk kadar aliran serta kepekatan bahan pencemar maksimum yang dijangka. Pemantauan perlu meliputi bahan pencemar berkaitan seperti zarah nitrogen oksida, sulfur dioksida, hidrogen klorida, merkuri, dioksin dan furan. Beberapa pelepasan perlu diukur secara berterusan, manakala yang lain perlu diuji secara berkala. Semua keputusan perlu direkodkan supaya pegawai selia boleh menyemak pematuhan.

draft • 4:00 PM

Jawatankuasa] Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Lima, pengurusan abu, air, sisa dan baki rawatan yang selamat. Yang keenam, operasi yang boleh diharap serta penyelenggaraan berkala. Pengendali perlu mempunyai prosedur dan kakitangan terlatih untuk mengurangkan proses mula dan henti yang boleh dielakkan, memastikan sistem kawalan pencemaran beroperasi dalam reka bentuk dan pemantau pelepasan ketika berlaku keadaan tidak normal.

Yang ketujuh, pemantauan bebas dan ketelusan kepada orang ramai. Malaysia memerlukan pengawal selia yang mempunyai kakitangan, kepakaran teknikal dan kuasa untuk memeriksa loji, mengesahkan data pemantauan, menyiasat pelanggaran dan memperkenalkan penalti. Orang ramai juga perlu dapat mengakses syarat permit, data pelepasan dan laporan pemantauan. Rundingan awam yang bermakna perlu diadakan semasa pemilihan tapak dan proses kelulusan.

Lapan, pemulihan tenaga yang sebenar dan daya maju kewangan. Loji perlu menjanakan elektrik atau haba yang menggunakan dengan cekap serta mempunyai rancangan yang munasabah untuk menggunakan atau menjual tenaga tersebut. Penilaian perniagaannya perlu mengambil kira kos pembinaan dan operasi kawalan pencemaran, pelupusan abu, penyelenggaraan dan penutup loji pada akhirnya hayat itu.

Bagi Malaysia, ujian utama ialah sama ada loji yang dicadangkan boleh dibekalkan dengan sisa baki yang mencukupi selepas usaha pencegahan guna semula dan kitar semula, sambil memerhati had permit yang ketat dan pengurusan semua sisa sampingan dengan selamat. Oleh itu, dengan itu saya menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih, Tuan Pengerusi atas kesempatan yang diberikan kepada Kuala Krai untuk menyuarakan isu-isu dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kuala Krai merujuk kepada Butiran B.020100 – Kerajaan Tempatan. Saya berhasrat membawa satu suara duka dan keresahan rakyat di Parlimen Kuala Krai yang sudah hilang sabar sehingga ada yang membawa Ultraman untuk membina pasar baru melalui AI.

Sudah lebih dua tahun semenjak 14 Oktober 2024, Pasar Besar Kuala Krai hangus terbakar, memusnahkan mata pencarian ratusan peniaga kecil yang sehingga hari ini hanya berniaga di tapak sementara yang sempit dan tidak selesa.

Apa yang berlaku selepas daripada itu, bukannya kerja pembinaan dimulakan, sebaliknya rakyat disajikan dengan komedi bersiri birokrasi yang merugikan. Sedangkan,

draft • 4:03 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

sebelum pasar tersebut terbakar, saya difahamkan peruntukan membina pasar baharu telah diluluskan. Saya kira bila terbakar, lebih cepat akan dapat dibina, tetapi pihak KPKT mengarahkan supaya dianjurkan pertandingan mereka cipta pelan ikonik bangunan pasar.

Bermegah dengan reka bentuk moden di atas kertas, sedangkan Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tetapi apa yang sudah jadi? Pemenang pertandingan reka bentuk itu akhirnya ditolak atas alasan teknikal yang tidak masuk akal.

Ini kah cara tadbir urus MADANI yang menguruskan nasib rakyat? Pertandingan diadakan secara terbuka tetapi tapisan dan kecuaian menyebabkan idea itu dibuang. Projek pembinaan semula pasar ini tergendala begitu lama tanpa sebarang titik noktah.

Justeru, atas nama keadilan sosial dan penderitaan peniaga Kuala Krai, saya menuntut jawapan yang jujur dan bertarikh daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, bilakah sebenar dan konkrit— bila tarikh sebenar dan konkrit dan black and white projek pembinaan semula Pasar Besar Kuala Krai ini dapat boleh dimulakan?

Yang kedua, saya difahamkan terdapat pertambahan peruntukan asal daripada RM15 juta kepada RM17 juta akibat birokrasi dan lewatnya keputusan dibuat untuk pelaksanaan projek ini. Tambahan RM2 juta ini, saya cadangkan, dapatkan bajet tambahan KPKT dan tidak dibebankan ke atas Majlis Daerah Kuala Krai untuk mencari peruntukan sendiri.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada B.030100 – Bomba dan Penyelamat.

Berdasarkan sasaran masa respons di bawah 10 minit, hanya dinaikkan satu mata peratus.

Satu mata peratusan daripada 65 peratus kepada 66 peratus. Ini bermakna satu daripada tiga panggilan kecemasan di negara ini masih gagal dihadiri dalam tempoh 10 minit.

Bagi Parlimen Kuala Krai, kawasan Parlimen terbesar di Kelantan yang merangkumi kawasan pedalaman seperti Dabong, Laloh, Manek Urai dan sebagainya dengan bentuk muka bumi berbukit serta berisiko tinggi banjir besar dan kemalangan jalan raya. Masa respons 10 minit adalah pemisah antara hidup dan mati.

Oleh itu, dengan kenaikan peruntukan yang besar termasuk di bawah Kepala P.30000 daripada RM26 juta kepada RM67 juta dan P.32000 daripada RM15 juta kepada RM106 juta, saya ingin bertanya, bilakah Balai Bomba dan Penyelamat Laloh akan dapat dibina? Dan saya menggesa agar dapat dipercepatkan. Dan apakah yang jarak antara Laloh dengan Kuala Krai sekitar 30 kilometer?

Apakah kemudahan-kemudahan infrastruktur dan logistik yang akan dibekalkan kepada Balai Bomba Kuala Krai, Balai Bomba Sungai Durian dan Balai Bomba Dabong serta Pasukan Bomba Sukarela Manek Urai dengan peruntukan tambahan yang besar itu?

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada P.00100 – Projek Kecil Di Bawah PBT — Projek Kecil Di Kawasan PBT. Peruntukan melonjak luar biasa, sebanyak 54.1 peratus

draft • 4:03 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

kepada RM689.06 juta. Begitu juga, Sumbangan Membantu Kadar atau SMK di bawah B.040300 yang naik kepada RM480.87 juta.

Persoalannya, mengapakah dokumen rasmi Parlimen ini langsung tidak menyatakan formula agihan, senarai PBT, penerima mahupun pecahan mengikut negeri? Mengapakah kita hanya dapat mengetahui agihan projek KPKT melalui pengumuman politik Menteri semasa siri jelajah Sentuhan Kasih? Ini adalah belanjawan negara yang dibahaskan di Dewan yang mulia ini, bukannya tabung budi bicara kementerian.

Lihat sahaja rekod di Kelantan pada tahun 2025, daripada RM146.22 juta untuk 24 projek yang diumumkan, hanya RM26.38 juta atau 18 peratus sahaja yang benar-benar disalurkan melalui PBT. Manakala, selebihnya dikawal selia terus oleh agensi PBT ataupun agensi Persekutuan— agensi KPKT ataupun agensi Persekutuan.

Di kawasan seperti Kuala Krai yang berdepan kekangan hasil kutipan cukai pintu berbanding Majlis Bandar Raya di Pantai Barat memintas peranan PBT tempatan serta tidak merujuk kepada Ahli Parlimen kawasan adalah satu bentuk peminggiran sistematik. Lebih parah lagi pada tahun 2025, perbelanjaan sebenar yang direkodkan di bawah butiran Projek Kecil PBT ini hanyalah RM29.11 juta.

Justeru, Kuala Krai menuntut penjelasan. Pertama, apakah jaminan RM689.06 juta pada tahun 2027 ini mampu dibelanjakan sepenuhnya atau ia sekadar gimik angka?

Yang kedua, apakah kriteria sebenar agihan antara bandar besar dengan PBT luar bandar seperti Majlis Daerah Kuala Krai dan Majlis Daerah Dabong? Kedua-duanya terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai.

Tuan Pengerusi, di bawah butiran yang sama, Kuala Krai ingin menegur keutamaan belanja KPKT di bawah Mampan MADANI berhubung Projek Tandas Pintar BMW-i yang menelan belanja sehingga RM1 juta satu unit, dengan sasaran sekurang-kurangnya sebuah di setiap negeri. Bayangkan jika 13 ibu negeri dibina tandas pintar ini, kosnya sahaja sudah mencecah RM13 juta, hampir separuh daripada peruntukan tahunan RM30 juta untuk membaiki keseluruhan tandas awam PBT di seluruh negara.

Di manakah kewarasan nilai untuk wang atau value for money apabila 758 daripada 3,940 tandas awam PBT di seluruh negara masih berada di bawah penarafan empat bintang.

Di kawasan pedalaman dan pekan-pekan kecil seperti di Kuala Krai, Manek Urai dan Dabong, rakyat dan peniaga-peniaga pasar tidak meminta papan pemuka, pemantauan digital atau pintu automatik berteknologi tinggi.

draft • 4:03 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Mereka hanya mahukan tandas awam asas yang bersih, tidak tersumbat dan mempunyai bekalan air yang stabil. Kita tidak mahu tandas pintar RM1 juta ini berakhir seperti

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

projek MyKiosk yang megah pada hari perasmian tetapi akhirnya menjadi beban kos penyelenggaraan kepada PBT tempatan.

Yang terakhir Pengerusi, P.01600 – Perumahan Rakyat Disewa dan juga P.01604 – Pemulihan Projek. Lihatlah kontradiksi besar dalam Dasar Perumahan Rakyat di bawah butiran-butiran ini, di bawah tajuk Perumahan Negara. Tatkala peruntukan projek baharu seperti PR1MA melonjak hampir 300 peratus dan Rumah Mesra Rakyat diperuntukkan RM500 juta, walaupun perbelanjaan sebenar 2025 adalah sifar, peruntukan untuk pemulihan projek perumahan pula dipotong dengan kejam sebanyak 54.4 peratus kepada hanya RM6.5 juta sahaja. Malah bagi penyelenggaraan PPR usang pada tahun 2026, daripada RM79.9 juta permohonan, hanya 56 peratus diluluskan.

Bagaimana kerajaan bercakap soal sasaran sifar projek terbengkalai menjelang 2030 jika dana pemulihan dikerat lebih separuh, sementara 13,000 permohonan rumah mesra rakyat masih terperap menunggu pembinaan. Di Kuala Krai sendiri, masih ramai rakyat berpendapatan rendah yang menanti kelulusan RMR serta baik pulih perumahan yang sedia ada akibat kerosakan banjir dan usang.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 4:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam peringkat Jawatankuasa KPKT pada hari ini. Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah di bawah Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Saya nampak ada lonjakan peruntukan daripada RM447 juta kepada RM689 juta kali ini. Saya menyambut baik, projek-projek kecil ini selalunya membawa impak yang sangat positif dan membantu rakyat di seluruh kawasan. Cuma kita tahu semua ini akan disalurkan, peruntukan ini disalurkan kepada PBT, pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.

Persoalan saya adalah, Kalau PBT itu tak ada Ahli Majlis, tak menjalankan full council untuk tiga bulan atau lebih. Ini berlaku di Negeri Sembilan. Tujuh PBT sekarang ini, sejak tiga bulan dulu tak ada Ahli Majlis. Tahulah, maklumlah apa yang terjadi. Lepas geng sakau menang, inilah yang terjadi, yang menghuru-harakan keadaan di Negeri Sembilan. Ahli Majlis tak ada, Exco tak ada, Menteri Besar mungkin ada, mungkin tak ada, kita pun tak tahu. Saya sebagai anak Negeri Sembilan, saya pun tak tahu ada ke tak ada, rakyat tertanya-tanya.

draft • 4:11 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, persoalan saya, apakah PBT yang tak ada full council , tak buat full council tiga bulan dan mungkin berterusan, tak tahu berapa lama lagi, masih dapat penyaluran peruntukan ini atau tidak? Saya mohon ada sebab ada keperluan perkara ini diteruskan. Kelangsungan projek-projek kecil di kawasan-kawasan perlu ada.

draft • 4:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Bakri, sikit.

draft • 4:11 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, Kepong. Ini Kepong.

draft • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft • 4:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Setuju tak Yang Berhormat Bakri...

[Dicelah]

draft • 4:11 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Eh, Rasah lah.

draft • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft • 4:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Eh, sorry.

draft • 4:11 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Macam itu duduk.

[Ketawa]

draft • 4:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Rasah, Rasah. Sikit, sikit. Setuju tak Yang Berhormat, kerajaan patut membawa pulang pilihan raya kerajaan tempatan. Sekiranya tak sempat dibuat di seluruh negara mulai di Kuala Lumpur.

draft • 4:11 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Mula dengan Kuala Lumpur kan? Mula dengan Kuala Lumpur, saya setuju. Yang Berhormat Pengerusi, nanti minta waktu tambahan sebab Kepong dah kacau tadi. Jadi, saya nak dapatkan kepastian daripada KPKT, apakah untuk tujuh PBT di Negeri Sembilan, ia akan tetap disalurkan? Memang saya mohon disalurkan sebab ada kepentingan. Ia bukan untuk kerajaan, bukan untuk geng sakau, tapi untuk rakyat.

Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah butiran di bawah 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Saya nampak RM317 juta diperuntukkan, ia di bawah peruntukan pembangunan. Saya nak tahu, peruntukan pembangunan ini jenis yang macam mana? Ada tak ia terlibat dengan pembinaan tapak pelupusan yang baharu termasuk incinerator dan sebagainya?

Jadi, mohon penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan perkara ini. Sebab ini peruntukan pembangunan dan kalau ada incinerator dan pelupusan, adakah teknologi macam mana yang digunakan untuk memastikan kelestarian alam dan apakah jaraknya daripada kawasan perumahan dan komersial yang paling dekat?

Perkara ketiga di bawah Butiran 040300 – Sumbangan Membantu Kadar (SMK). Kita tahu ini sumbangan daripada Kerajaan Pusat untuk bangunan-bangunan kerajaan sebagai menggantikan cukai pintu ataupun cukai taksiran. Saya merujuk kepada RM480 juta untuk Belanjawan 2027. Ia lebih berbanding dengan RM420 juta dalam Belanjawan 2026. Sebelum itu 2025, RM405 juta. 2024, RM393 juta. Kalau tiga tahun sebelum ini, kenaikan hanya sekadar tiga atau empat peratus. Kenapa kali ini sumbangan di bawah SMK naik 15 peratus?

draft • 4:11 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kerajaan perlu jelaskan, kenaikan 15 peratus daripada RM420 juta kepada RM480 juta. Adakah mana-mana PBT di Malaysia menaikkan kadar cukai pintu dia yang menyebabkan lonjakan ini? Sebab kalau kita ikut biasa, takkan tetiba dalam masa satu tahun, banyak premis kerajaan yang baru naik. Jadi, mohon penjelasan daripada kerajaan. Kalau ada yang mana yang naikkan cukai pintu, cukai taksiran, mohon maklumkan sebab rakyat perlu tahu PBT mana yang berbuat demikian.

Dan butiran terakhir yang saya nak bangkitkan adalah di bawah 030400 – Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, RM11.5 juta. Itu kita tahu pengurusan untuk tribunal itu berjalan seperti biasa. Cuma saya nak tanya, setakat ini, berapakah peratusan kes yang berjaya diselesaikan melalui tribunal ini. Ini kita tahu biasa kalau pembeli rumah, dia beli rumah ataupun dia premis daripada pemaju, dia bukan sub-sale di luar.

Cuma satu, limit dia RM50,000 sahaja claim di bawah tribunal ini. Ada tak cadangan daripada kerajaan untuk semak semula RM50,000 ini? Sebab saya rasa limit RM50,000 ini dah lebih 20 tahun. Kalau 20 tahun dulu, RM50,000, dia bawa makna yang sangat besar dan sangat bermakna untuk pembeli rumah berbanding dengan pemaju. Sekarang ini dah jauh berbeza dah, harga rumah dah melonjak tinggi. Jadi, mohon pandangan daripada kerajaan berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 4:11 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan 020500 – Kemampanan Bandar.

Apakah KPKT mempunyai perancangan khusus untuk menaik taraf bandar-bandar ataupun pekan-pekan di sempadan seperti Tumpat, Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor dan Chabang Empat sebagai pekan kecil yang lebih teratur, bersih, selamat dan berdaya ekonomi.

Kita memerlukan pelan pembangunan seperti ini kerana mengambil kira kedudukan Tumpat sebagai daerah sempadan Malaysia–Thailand, kawasan pesisir pantai dan kepulauan yang terdedah kepada banjir dan hakisan. Namun, sangat berpotensi daripada sudut pelancongan, perdagangan dan ekonomi komuniti yang dilengkapi dengan kemudahan yang perlu— kemudahan OKU, surau dan juga tandas. Peningkatan ini perlu memerlukan juga landskap dan ruang awam dan pelbagai kemudahan termasuklah latihan kemudahan digital untuk perkhidmatan bagi majlis-majlis daerah.

Seterusnya, di bawah pembangunan pasar dan pusat ekonomi, Tumpat ingin bertanya, apakah kerajaan mempunyai design pasar? Kerana yang dibuat pada hari ini,

draft • 4:17 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

contohnya di Pasar Sumayyah, design pasar tidak mesra monsun dan iklim tempatan. Setelah dibina ketika berlaku hari hujan, maka air hujan akan masuk ke pasar-pasar. Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk mengubah reka bentuk pasar-pasar yang sesuai dengan kawasan banjir yang saya kira tidak munasabah lah kita mengadakan satu bangunan yang straight tanpa ada atap yang sesuai untuk pasar-pasar di Kelantan.

Adakah KPKT mempunyai dana khusus untuk naik taraf pasar awam? Kita lihat hari ini kerajaan negeri telah pun menyatakan perancangan untuk pembangunan semula Pasar Chabang Empat dan adakah pihak kerajaan KPKT mempunyai tambahan ataupun bantuan untuk pengambilan tanah dan juga dari segi kemudahan bagi pembinaan pasar ini? Dan kita lihat dalam belanjawan, KPKT mengumumkan terdapat lebih kurang RM60 juta untuk pasar awam dan berapakah jumlah yang telah pun diperuntukkan untuk pasar-pasar di Kelantan?

Di bawah Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Kita lihat tidak ada secara nyata tentang formula. Jadi, kita minta nyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan dan dibelanjakan dan masih berbaki bagi semua projek KPKT di Parlimen Tumpat bagi tempoh 2023 hingga 2026 mengikut projek, lokasi, agensi pelaksanaan dan status kemajuan. Berapakah di Kelantan kita lihat PBT-PBT ini membuat program dan kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam banyak program untuk memilih projek-projek dan adakah Ahli Parlimen kawasan tidak dirujuk? Kerana kita kira ini perkara penting sebelum projek kawasan itu diluluskan.

Di bawah 00100 – Mampan MADANI. Kita ingin bertanya kenyataan yang dibuat dalam Parlimen menyebut tentang pembentukan pembinaan tandas BMW-i yang dibuka di Dataran Putrajaya, Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor Bahru.

Namun, satu pun tidak ada di Pantai Timur.

draft • 4:17 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, adakah perkara ini akan dibuat juga di Pantai Timur dan bilakah? Kita juga ingin mengetahui, berapakah kos yang perlu ditanggung termasuk untuk penjagaan dan juga pemantauan sepanjang hayat bagi penyelenggaraan bagi BMW ini? Dan kita juga ingin bertanya, adakah terdapat projek naik taraf tandas awam di Tumpat, khususnya di Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu, Pantai Sri Tujuh dan juga Pantai Geting?

Di bawah 01604, 01600, 01513 dan juga 00110 – Perumahan Rakyat. Berdasarkan kepada laporan DOSM, kita melihat Tumpat merupakan antara Parlimen yang miskin di mana kemiskinan mutlak ialah 12.7 peratus. Jadi, adakah pihak KPKT boleh memperuntukkan tambahan khas kuota rumah mesra rakyat miskin untuk nelayan, petani, warga emas dan ibu tunggal? Ini berdasarkan kepada fakta sedia ada supaya mereka ini boleh dibantu memandangkan juga bukan hanya penduduk ramai tetapi kawasan juga terhad yang memerlukan bantuan daripada pihak Pusat untuk rumah seperti ini.

draft • 4:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Seterusnya, di bawah Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Kita ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bagaimanakah KPI 2027 yang telah menyasarkan 45 peratus sisa dialihkan daripada tapak pelupusan? Adakah sasaran 45 peratus ini diukur secara nasional atau hanya di negeri Akta 672? Dan bagaimana pencapaian di setiap negeri? Bagi negeri yang tidak menerima akta ini, bagaimanakah mereka ini akan dibantu? Kerana kita lihat walaupun Selangor belum lagi masuk dalam projek ini tetapi mereka telah pun diberi― Kabinet telah bersetuju meluaskan pelaksanaan ke Selangor pada 29 Julai 2026.

Dan seterusnya di bawah 30000, 31000, 32000, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tumpat ingin memohon untuk mendapatkan kemudahan seperti bilangan kenderaan dan peralatan operasi kerana kita menghadapi bukan hanya banjir tetapi juga kebakaran di kawasan pelupusan sampah dan juga hutan dengan kerap. Jadi, memerlukan sistem komunikasi yang lebih berkesan. Dan naik taraf dan pertambahan Balai Bomba Tumpat supaya ia boleh membantu masa respons, kesiapsiagaan anggota dan liputan perkhidmatan ketika kecemasan.

Di bawah Butiran 00200. Apakah projek PPP/PFI yang di bawah butiran ini? Siapakah pihak konsesinya dan berapa lama tempoh bayaran yang masih berbaki? Kita lihat baki komitmen PPP dan PFI selepas 2007 dianggarkan RM16.4 bilion. Adakah kementerian telah membuat penilaian nilai untuk...

[Tidak jelas] Tapak kontrak sedia ada dan adakah kontrak boleh dirunding semula untuk mengurangkan beban kewangan?

Di bawah pembersihan awam, KPKT memperuntukkan RM55 juta secara... [Tidak jelas] Bagi Belanjawan 2026 untuk pembersihan dan naik taraf longkang serta parit di kawasan PBT. Soalan Tumpat ialah berapa banyakkah peruntukan ini diturunkan ke kawasan-kawasan di negeri Kelantan terutamanya yang terlibat dengan banjir? Kerana kita percaya ini akan dapat membantu dengan banyaknya mengurangkan banjir di Kelantan.

Dan yang terakhir, 020700 – Pembangunan Kampung Baru. Di Tumpat, ada beberapa kampung baru iaitu di Pasir Pekan dan juga di Kampung Baru Nelayan. Kita melihat ada peruntukan yang diberikan oleh KPKT kepada kampung baru. Jadi, saya ingin bertanya, apakah bajet yang disediakan untuk pemulihan dan pembaikan kampung baru seperti naik taraf jalan, kemudahan awam di kawasan kampung-kampung ini dan juga pembinaan dewan komuniti dan juga naik taraf saliran dan pencahayaan? Kerana ini dapat membantu kampung- kampung ini. Walaupun nama kampung baru, telah pun lama diduduki oleh masyarakat.

Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 4:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam MADANI. Terima kasih, Pengerusi.

Sebelum Pulai berbahas, ingin mengalu-alukan kehadiran Friends of Parliamentarian Wangsa Maju seramai 25 orang.

[Tepuk] Tahniah dan terima kasih kerana dapat bersama di Parlimen pada hari ini.

Pulai ingin merujuk kepada Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Peruntukan sebanyak RM689 juta ini memberi ruang yang lebih besar kepada kerajaan untuk memperbaiki dan menaikkan taraf kemudahan asas di kawasan PBT.

Tumpuan perlu diberikan kepada keperluan harian penduduk termasuk penyelenggaraan jalan tempatan, penambahbaikan sistem perparitan dan pembaikan kemudahan awam serta penyediaan infrastruktur komuniti yang lebih selesa dan selamat.

Pelaksanaan projek-projek ini penting kerana kualiti perkhidmatan PBT memberi kesan secara langsung kepada kehidupan seharian rakyat khususnya penduduk di kawasan perumahan dan bandar yang kecil. Namun begitu, isu yang sering dibangkitkan rakyat adalah masalah yang kelihatan kecil tetapi sering berulang dan masih gagal diselesaikan secara menyeluruh seperti longkang tersumbat, jalan berlubang, lampu jalan tidak berfungsi serta kemudahan awam yang rosak dan terbiar tanpa penyelenggaraan yang sewajarnya.

Justeru, peningkatan peruntukan ini perlu disusuli dengan mekanisme pemilihan projek yang telus, tersusun dan benar-benar berdasarkan tahap keperluan penduduk.

Kementerian juga perlu memberikan peruntukan tidak hanya tertumpu kepada projek baharu tetapi turut digunakan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur sedia ada yang telah lama menjejaskan keselesaan penduduk. Pada masa yang sama, tempoh pelaksanaan projek perlu dipantau supaya kerja-kerja berskala kecil tidak tertangguh terlalu lama sehingga aduan yang sama terus berulang setiap tahun.

Maka itu, Pulai ingin bertanya, berapakah jumlah projek kecil PBT yang disasarkan untuk dilaksanakan pada tahun 2027? Bagaimana kementerian menentukan keutamaan projek antara kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar? Dan berapakah jumlah projek kecil PBT yang masih belum disiapkan dalam peruntukan 2025 dan 2026?

Seterusnya, Butiran 04000 – Pembasmian Kemiskinan Bandar. Kemiskinan bandar mempunyai ciri yang berbeza berbanding dengan kemiskinan luar bandar kerana penduduk bandar terpaksa menanggung kos perumahan, pengangkutan, makanan dan perkhidmatan asas yang lebih tinggi. Golongan yang tinggal di bandar mungkin mempunyai pekerjaan tetapi masih tidak mempunyai pendapatan mencukupi untuk menampung keperluan keluarga.

Walaupun peruntukan meningkat kepada RM73 juta, peningkatan sebanyak RM1 juta perlu disertai strategi yang lebih menyeluruh. Bantuan jangka pendek sahaja tidak mencukupi

draft • 4:23 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

jika isu utama seperti peluang pekerjaan berpendapatan rendah, kos sewa rumah dan akses kepada kemudahan asas tidak ditangani. KPKT perlu memastikan program pembasmian kemiskinan bandar memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan dan mobiliti sosial, bukan hanya bantuan sementara sahaja.

Soalan Pulai adalah berapakah jumlah penerima yang berjaya keluar daripada kategori miskin bandar selepas menyertai program kementerian? Dan bagaimanakah KPKT bekerjasama dengan kementerian lain untuk meningkatkan pendapatan keluarga miskin bandar? Ketiganya, apakah sasaran khusus kementerian bagi mengurangkan jumlah isi rumah miskin bandar menjelang 2030?

Yang ketiga adalah Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam. Taman awam bukan sekadar ruang hijau tetapi merupakan kemudahan sosial yang penting bagi meningkatkan kesihatan fizikal, kesejahteraan mental dan interaksi komuniti. Di kawasan bandar yang semakin padat, ruang rekreasi yang selamat dan mudah diakses amat diperlukan oleh keluarga, kanak-kanak, warga emas dan golongan OKU.

Walau bagaimanapun, peruntukan meningkat kepada RM51.6 juta, kementerian perlu memastikan pembangunan taman awam tidak hanya tertumpu kepada projek baharu yang berskala besar. Taman sedia ada juga perlu diselenggara dengan baik termasuklah kemudahan permainan kanak-kanak, trek berjoging, pencahayaan dan tandas awam.

Mengikut pengalaman Pulai sendiri berdepan dengan banyak kes taman-taman perumahan ini yang tidak diserahkan kepada kerajaan, ada fasiliti-fasiliti tertentu di taman- taman ini, umpamanya longkang besar dan sebagainya, tidak diserahkan kepada kerajaan.

PBT membiarkan itu berjalan begitu dan ia menyebabkan kesukaran untuk kerajaan untuk melaksanakan penyelenggaraan selepas itu. Jadi, minta dimudahkan urusan ini dan agar ia dapat diselesaikan dengan baik supaya khidmat kepada rakyat itu dapat dilaksanakan. Terima kasih, Pengerusi.

draft • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pulai.

Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

draft • 4:23 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih, YB Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020000, 020100, 020500, 00100. Semuanya bertajuk kepada persekitaran anjing liar.

Yang Berhormat Pengerusi, baru-baru ini, satu persatuan berkumpul di depan Parlimen yang diketuai oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia Global atau Global Human Rights Federation. Saya kebetulan waktu itu keluar daripada Dewan dan saya melihat mereka

draft • 4:29 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

menunjukkan gambar anjing, maka saya berhentilah berjumpa dengan mereka. Mereka— telah pun saya baca segala dokumen yang diberikan kepada saya, memang tally-lah dengan apa yang berlaku di Langkawi.

draft • 4:29 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Setakat ini, seluruh negara ada 80,000 ekor anjing. Dan pihak PBT juga telah pun mendapat aduan lebih daripada 45,000, mengikut merekalah dan 2,000 daripada Langkawi.

Dan saya meneliti, saya melihat satu negara yang berjaya ialah Bhutan dan saya minta supaya kajian dibuat bagaimana Bhutan dapat mandulkan anjing mereka sehingga 100 peratus— telah pun diiktiraf oleh World Health Organization dan mereka dapat dan mengekang penyakit-penyakit anjing gila dan sebagainya dan mereka mendapat pengiktirafan. Dan saya juga percaya bahawa mereka ini berganding bahu dengan begitu rapat di pihak kerajaan, di pihak NGOs dan juga di pihak swasta.

Dan saya nak mencadangkan supaya kerajaan mengambil inisiatif, supaya memberikan tax incentive kepada syarikat-syarikat besar, contohnya, YTL yang ada kilang di merata tempat, S P Setia, Berjaya, Tropicana, all these big companies supaya diberikan tax incentive. Dan mereka inilah yang menjaga anjing-anjing liar ini di PBT-PBT masing-masing supaya perkara ini dapat once and for all dengan izin, supaya dapat dihapuskan.

Saya tengok PBT-PBT juga di antara satu sama lain, tidak mempunyai standard charge. Contohnya, kadar mengikut negeri dan PBT bagi fi kurungan, penalti di bawah undang-undang kecil— masing-masing ada syarat masing-masing.

Dewan Bandaraya, fi kurungan harian RM2 hingga RM15. Kemudian, denda hingga RM2,000 atau penjara setahun. Selangor lain pula. Majlis Bandaraya Subang antara RM100 sehingga RM250, denda RM2,000. Johor, Majlis Bandaraya Johor RM10 hingga RM30 hostel untuk anjing, denda RM1,000.

Yang ini tak apa lagi, tapi bila NGO kompelin kepada saya, contoh anjing liar ditangkap, anjing ini ada tuan punya, tapi dilepas dan ditangkap. Apabila tuan punya anjing itu tidak mengambil anjingnya, maka NGO berasa simpati, berasa simpati dengan anjing- anjing ini dan mereka nak ambil anjing ini daripada PBT. PBT caj RM2,000 seekor. Mana mungkin NGO-NGO ini yang volunteer nak membela anjing-anjing ini dikenakan caj pula atas itu.

Jadi, saya rasa eloklah PBT-PBT mengkaji semula dan standardkan seluruh Malaysia.

Sekiranya ada NGO-NGO yang berminat untuk mengambil anjing-anjing ini, maka cajnya very, very minimal. Saya rasa PBT tak payah buat duitlah dengan kerana anjing ini.

Dan juga saya mendapat maklumat bahawa pegawai-pegawai daripada PBT— minta maaf pegawai PBT termasuklah PBT saya sendiri. Mereka-mereka yang menangkap anjing ini, they are not orang kata bukan expert dan bukan juga penyayang. Macam saya ini

draft • 4:30 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

penyayang kucing, penyayang anjing. Dan mereka ini telah pun banyak gambar yang diberi kepada saya, sedih saya tengok. Anjing, kuku ni hilang dia tariknya. Kemudian dia pakai jerot lehiaq tu dia jerot naik atas, mati anjing. Mati anjing.

Jadi, benda-benda begini saya rasa eloklah bagi kepada NGO. Kalau tak nak bayar sekali pun, secara volunteer bagi NGO. NGO yang menyayangi anjing dan kucing ini.

Berlambak NGO-NGO ini yang datang jumpa saya hari itu 29, mewakili 29 NGO yang sayang kepada anjing ini. Jadi, saya minta sangat-sangatlah Yang Berhormat supaya PBT mengkaji semula.

Dan saya faham soal agama. Orang Islam tak boleh pegang anjing dan kita dibenarkan membela anjing. Saya bela anjing, ada Rottweiler jaga kebun saya. Tak ada masalah. Kalau kita terpegang, kita boleh samak, kita boleh sembahyang dan seperti biasa, tapi kalau kita bagi kepada mereka yang tidak mempunyai hati perut kepada anjing ini, maka mereka akan menyeksa anjing-anjing ini sepertimana yang berlaku kepada Kopi di Besut, sepertimana yang berlaku kepada Rocky di Klang. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 030000 – Komuniti Bandar Mampan.

Puan Pengerusi, saya ingin menyuarakan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas usaha membina perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah termasuk menerusi inisiatif Perumahan MADANI.

Namun demikian, saya ingin menasihati pihak kementerian agar lebih berhati-hati serta menjalankan kajian yang menyeluruh termasuk mengadakan libat urus bersama masyarakat setempat sebelum merancang sebarang projek perumahan mampu milik di kawasan bandar. Perkara ini amat kritikal khususnya di Kuala Lumpur yang kini sudah pun berdepan dengan masalah pembangunan berlebihan iaitu overdevelopment.

Pengumuman Perdana Menteri untuk mewujudkan Bandar MADANI Bukit Jalil yang melibatkan pembinaan 17,000 unit rumah di Bukit Jalil amat mengecewakan masyarakat setempat. Kerajaan dilihat langsung tidak mengambil kira masalah kesesakan trafik kritikal yang sedang dihadapi oleh penduduk di Bukit Jalil, Puncak Jalil dan Bandar Kinrara.

Walaupun kementerian kemudiannya mengumumkan peruntukan sebanyak RM250 juta bagi membina infrastruktur untuk meredakan kesesakan trafik di Bukit Jalil susulan bantahan persatuan-persatuan penduduk di pintu masuk Parlimen, penduduk setempat masih tidak puas hati dan kurang yakin dengan cadangan tersebut.

draft • 4:35 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Cadangan yang merangkumi pembinaan satu lebuh raya empat laluan dan dua jejambat itu dikhuatiri hanya akan menyalurkan kesemua aliran kenderaan ke titik yang sama, sekali gus menjadikan tapak cadangan Bandar MADANI Bukit Jalil sebagai punca kesesakan melampau atau kita kata bottleneck bagi jalan-jalan baharu ini.

Penduduk juga amat kecewa dengan tindakan pihak berkuasa meluluskan empat Kebenaran Merancang, Development Order (DO) kepada pemaju iaitu Perbadanan PR1MA Malaysia ataupun PR1MA di bawah seliaan KPKT tanpa mengambil kira dapatan libat urus perunding, penilai impak sosial ataupun social impact assessment consultant bersama persatuan penduduk. Lebih mendukacitakan, kelulusan ini dibuat tanpa menunggu laporan dan syor daripada Kajian Pelan Kawalan Mikro Bukit Jalil yang telah dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan KPKT yang seolah-olah memaksa atau merempuh (bulldoze) kita kata, pelaksanaan projek pembinaan 17,000 unit rumah di tapak Bandar MADANI Bukit Jalil ini hakikatnya telah mencemarkan nama baik serta usaha murni PR1MA dan KPKT dalam menyediakan kediaman mampu milik di Kuala Lumpur.

Puan Pengerusi, saya menyeru agar KPKT dan PR1MA mengambil pendekatan yang lebih mesra rakyat dan mendengar suara hati penduduk sebelum memulakan sebarang projek. PR1MA hendaklah melaksanakan perancangan perumahan dengan menerapkan konsep pembangunan berorientasikan transit ataupun transit-oriented development (TOD) secara serius.

Dalam konteks Bandar MADANI Bukit Jalil, saya mencadangkan agar KPKT bekerjasama dengan MRT Corp. untuk menyediakan jaringan perkhidmatan rel di tapak cadangan tersebut, di samping mengurangkan kepadatan serta jumlah unit rumah yang bakal dibina. Kewujudan stesen MRT bukan sahaja dapat meredakan kesesakan trafik di Bukit Jalil pada masa ini, malah membantu menyelesaikan masalah pengangkutan awam bagi ribuan penduduk golongan B40 dan M40 di Taman LTAT, PPR Pinggiran Bukit Jalil, Bandar Kinrara dan Puncak Jalil.

Pada masa yang sama, saya menggesa PR1MA agar mematuhi sepenuhnya segala Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dalam setiap projek perumahan mereka...

draft • 4:35 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh saya mencelah?

draft • 4:35 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, sila.

draft • 4:35 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih. Saya nak tanya Seputeh bahawa, seperti yang kita semua sedia maklum, setiap kawasan perlu dizonkan mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 iaitu contohnya zon residential untuk rumah, zon komersial dan sebagainya. Kita pun baru tahu bahawa bekas Perdana

draft • 4:35 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Menteri, Najib Tun Razak, rumahnya sekarang telah pun digazetkan sebagai satu penjara.

Right.

draft • 4:35 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

So, apakah pandangan Seputeh? Memandangkan rumah tersebut adalah di kawasan, satu kawasan residential. Adakah rumah tersebut boleh digazetkan sekarang sebagai satu penjara, memandangkan kemungkinan besar ia terletak di kawasan berzon residential? Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih YB Bukit Gelugor. Ini satu soalan yang baik. Saya mahu masukkan dalam sebagai sebahagian daripada ucapan saya dan saya berharap pihak KPKT akan memberi jawapan kepada kita semua. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, saya baru terbaca kenyataan daripada polis, Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja— berkaitan dengan pelajar yang meninggal di MCKK semalam. Jadi, ia satu keadaan yang menyedihkan, jerutan di leher punca kematian. Jadi, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk arwah dan juga untuk keluarga arwah.

Dan saya ingin menyentuh berkaitan dengan keselamatan pelajar. Dalam konteks ini adalah keselamatan jalan raya di sekitar kawasan sekolah. Kita tahu tak semua sekolah berada— tak semua jalan raya di sekitar sekolah berada di bawah PBT, tetapi banyak sekolah yang mana kawasan sekitar sekolah di depan, di tepi sekolah ini berada— jalannya berada di bawah kawal selia PBT. Apa yang berlaku, kita lihat keadaan di mana kemalangan di kawasan sekitar sekolah ini kerana kenderaan— pemandu membawa kenderaan terlalu laju. Ada kawasan yang telah diusahakan dengan bonggol, dengan garisan getaran dan sebagainya, tetapi masih banyak kawasan sekolah yang perlu dilihat oleh pihak PBT, termasuklah di Putrajaya.

Jadi, sebab itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa satu perkara yang perlu dilihat secara menyeluruh, bukan sahaja di Putrajaya, tetapi juga di seluruh negara.

Kerana budaya kita, kalau kita lihat walaupun ada garisan, kita panggil garisan belang hitam putih, lintasan belang di hadapan sekolah, pemandu tidak— masih lagi tidak mempunyai budaya untuk memperlahankan kenderaan apabila melihat kawasan sekolah ataupun melihat lintasan belang ini. Ia berbeza di luar negara.

Kalau kita lihat, mereka faham itu keadaan di kawasan sekolah, masing-masing secara automatik memperlahankan kenderaan. Sebab itu kita perlu ada intervensi lain. Kita

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

perlu ada intervensi lain dalam kita membina budaya ini. Intervensi daripada pihak PBT untuk memastikan kenderaan diperlahankan di kawasan sekolah, termasuklah jalur bergetar, jalur rentas kuning dan sebagainya perlu dilihat mengikut kesesuaian.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Masih lagi dalam butiran yang sama. Saya ingin menyentuh tentang pengurusan kenderaan terbiar di kawasan perumahan.

Banyak kes-kes kenderaan terbiar di Putrajaya dan bukan sahaja di Putrajaya, tetapi di seluruh negara. Apabila kenderaan ini diletakkan di kawasan-kawasan letak kenderaan perumahan untuk kawasan yang memang tidak ada kawasan yang cukup bagi meletak kenderaan, maka kenderaan terbiar ini akan menjadi satu beban untuk masyarakat di kawasan tersebut. Kenderaan ada duduk situ 10 tahun dah pun, tidak ada tindakan— sebarang tindakan diambil.

Maka, saya mohon pihak KPKT melihat perkara ini secara menyeluruh. Kita tahu ada beberapa kekangan. Kalau kekangannya adalah isu teknikal yang perlu digubal undang- undang yang berkaitan, maka bawa segera. Sekiranya tidak, perkara ini akan berlarutan dan bukan sahaja menjadi kekangan kepada penduduk di kawasan itu untuk meletak kenderaan, tetapi juga kes-kes berkaitan dengan haiwan liar dan sebagainya. Maka, saya mohon pihak KPKT melihat perkara ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh terakhir sekali berkaitan dengan isu anjing liar.

Tadi disebut oleh Langkawi tentang cara penangkapan dan sebagainya. Saya selalu sebut.

Saya duduk di Australia 20 tahun, kita tidak ada masalah dengan anjing, tetapi cara pemeliharaan itu perlu bersistem.

Apa yang kita lihat, data yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam Dewan ini, pada 18 November. Pada 16 November, seingat saya, adalah di mana disebut bahawa pada tahun 2025, 45,804 aduan dibuat dan sebanyak 24,195 operasi, di mana 80,412 ekor anjing terbiar telah ditangkap. Kalau 80,000 ditangkap dalam masa setahun, bayangkan jumlah anjing terbiar atau anjing liar yang ada dalam negara ini— 80,000 ditangkap, tapi kita tahu kalau di Putrajaya itu ada 10 ekor, nak dapat tangkap seekor pun susah. So maknanya, kalau kita katakanlah 80,000 ini daripada— 10 peratus daripada keseluruhan, ada 800,000 ekor atau mungkin cecah sejuta ekor anjing liar di dalam negara.

Ini satu krisis.

Saya dah sebut banyak kali. Kita boleh bercakap macam mana cara nak tangkap dan sebagainya, tetapi KPKT kena ambil tindakan segera. Ini krisis, Tuan Pengerusi. Kalau ada sejuta dalam negara ini membiak, berapa ekor dalam tempoh setahun, kita akan menghadapi keadaan yang jauh lebih sukar. Sebab itu saya mohon KPKT keluarkan satu kerangka lengkap

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

pengurusan anjing liar di dalam negara ini. Susunlah siapa tangkap pun, apa cara yang terbaik, tetapi kita kena selesaikan. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKT untuk menjawab.

Masa 30 minit.

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa] Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat— kepada Ahli Yang Berhormat Tambun yang juga selaku Menteri Kewangan atas peruntukan sebanyak RM6.355 bilion kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Belanjawan MADANI Kelima bagi tahun 2027.

Daripada jumlah tersebut, RM2.159 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM4.196 bilion bagi perbelanjaan pembangunan berbanding dengan peruntukan sebanyak RM6.088 bilion pada tahun 2026. Jumlah ini meningkat sebanyak RM266.74 juta ataupun bersamaan dengan 4.38 peratus.

Tuan Pengerusi, tema Belanjawan 2027, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” menggariskan tanggungjawab kementerian untuk menyelaras cita-cita pembangunan negara dengan keperluan harian rakyat. KPKT akan menzahirkannya melalui pembangunan infrastruktur yang membuka peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan menyokong penyediaan perumahan yang selesa untuk didiami.

Saya merakamkan penghargaan kepada 27 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun diumumkan sebagai pembahas dan telah pun mengambil bahagian bagi Anggaran Perbelanjaan KPKT pada peringkat jawatankuasa mengikut turutan yang diumumkan iaitu Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Langkawi dan juga Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 4:46 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Dengan izin Tuan Pengerusi, saya akan menjawab satu demi satu perkara yang dibangkitkan dengan memberikan keutamaan kepada Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan masih berada di Dewan ini.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jelutong— saya sebelum itu Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin menyentuh— menyebut begini, membuat kesimpulan. Semua yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kira semuanya penting. Dan selaku Timbalan Menteri yang mendengar daripada jam 12.20 tengah hari tadi, sehinggalah ke saat akhir, Yang Berhormat Putrajaya, kita akan cerakinkan semuanya Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Bukan sahaja sementara saya menjawab di sini, tetapi untuk kita lihat progressnya satu demi satu, khususnya sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai.

Saya mengambil perhatian yang sangat serius terhadap kedudukan, progress penyiapan fasa yang sepatutnya sudah pun ada progress yang lebih baik.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan isu berkaitan dengan PPR di Kota Giam, Jelutong.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang dirancang untuk dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang menggunakan pendekatan pembelian secara pukal ataupun end block. Pendekatan ini merupakan kaedah baharu pelaksanaan PRR yang bertujuan mempercepatkan penyediaan perumahan rakyat, mengoptimumkan kos pembangunan serta memanfaatkan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga sektor swasta.

draft • 4:46 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Dalam hubungan ini, kerajaan negeri turut merancang untuk mengoptimumkan potensi pembangunan kawasan sekitar tapak projek melalui pembangunan bercampur yang merangkumi komponen PRR Kota Giam dan juga Rumah Mutiara-Ku. Bagi tujuan tersebut, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sedang dalam proses perolehan bagi pelantikan perunding pengurusan projek untuk menyediakan perancangan dan konsep pembangunan secara keseluruhan.

Dari segi status terkini Ahli Yang Berhormat, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sedang mengadakan rundingan bersama pemaju yang telah pun dilantik pada 2 Oktober 2026 bagi memperincikan konsep pembangunan termasuk komponen PRR Kota Giam. Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang menyasarkan supaya kebenaran merancang dapat diperolehi pada suku pertama tahun 2027 tertakluk kepada pemuktamadan konsep pembangunan dan proses kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

draft • 4:50 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Seterusnya, Yang Berhormat Jelutong juga membangkitkan tentang isu haiwan terbiar.

Tuan Pengerusi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berpegang kepada prinsip bahawa setiap makhluk berhak dilayan dengan ihsan dan penuh kasih sayang.

Justeru, strategi pengurusan haiwan terbiar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dirangka secara seimbang bagi memelihara kebajikan haiwan tanpa mengabaikan keselamatan awam.

Bagi mengawal populasi anjing dan kucing terbiar secara mampan dan berperikemanusiaan, kementerian bersama PBT melaksanakan tiga pendekatan utama.

Pertamanya adalah transformasi pusat tahanan kepada pusat adopsi berteraskan ihsan di mana kementerian sedang menaik taraf fasiliti tahanan sedia ada kepada pusat adopsi dan juga pengurusan haiwan terbiar melalui pendekatan trap, reclaim, rehome and dispose. Keutamaan penuh diberikan kepada tuntutan semula oleh pemilik dan penempatan semula— rehoming melalui kerjasama erat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Semua anggota PBT diwajibkan mematuhi tatacara operasi piawaian (SOP) pengendalian secara berperikemanusiaan dan menjalani latihan kompetensi secara berkala.

Yang keduanya, kawalan populasi melalui pemandulan dan insentif bagi mengurangkan pembiakan tidak terkawal secara beretika. PBT bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan NGO memperluaskan program pemandulan bersasar. Pemilik haiwan pula digalakkan memandulkan haiwan dan memasang mikrocip menerusi pemberian insentif seperti mana rebat fi lesen. Yang ketiganya, membendung punca melalui kasih sayang dan pemilikan bertanggungjawab, di mana isu haiwan terbiar berpunca daripada sikap membuang haiwan peliharaan. Menerusi Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar secara— 2024, kita mendidik masyarakat tentang pemilikan yang bertanggungjawab dan menyemai nilai menyayangi haiwan sejak di bangku sekolah.

Pada masa yang sama, PBT menyemak semula undang-undang kecil ataupun UUK bagi mengenakan penalti lebih tegas kepada pemilik yang cuai, manakala kes penganiayaan disalur terus di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 ataupun Akta 772.

Tuan Pengerusi, matlamat kita jelas. Bukan sekadar mengawal populasi di jalanan, tetapi pada masa yang sama membina masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab agar keharmonian rakyat serta kebajikan setiap makhluk sentiasa terbela. Kita sentiasa ingat pesanan Baginda Nabi, “Kasihilah mereka yang berada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang berada di atas langit”...

draft • 4:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Timbalan Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri.

draft • 4:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Kalau boleh— bagi saya dulu, Jelutong.

draft • 4:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Pertama sekali saya sentuh juga tentang anjing liar tadi. Saya masuk siap-siap untuk memudahkan Timbalan Menteri. Saya dengar penjelasan tadi, tetapi kalau kita lihat secara umum, penjelasannya hampir sama, tetapi data yang diberikan oleh Timbalan Menteri pada 16 November tempoh hari, 80,000 ini setahun, itu yang ditangkap menunjukkan yang di luar sana terlalu besar. Jadi, kalau kita buat pendekatan yang sama nak selesaikan isu ini, saya rasa kita akan meletakkan Malaysia dalam satu krisis yang besar dalam beberapa tahun yang akan datang. Jadi, perlu ada pendekatan yang menyeluruh. Ini memerlukan whole-of- government approach, lihat secara keseluruhan.

Kalau kita bercerita nak tangkap seekor dua ini, boleh. Ini 80,000 setahun yang ditangkap. Sepertimana saya sebut, kalau yang ditangkap 80,000, katakan 10 peratus daripada keseluruhan, dah RM800,000, lebih— sejuta. Jadi, sebab itu perlu ada— saya mohon KPKT lihat sebagai ini merupakan fokus utama KPKT nak selesaikan pada tahun 2027. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Menteri.

Saya menghargai kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri bahawa kita perlu menyayangi setiap makhluk. Cuma saya merayu, menggesa, kalau boleh saranan ini juga digunakan, pendekatannya diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya apabila kita melaksanakan tugasan menangkap haiwan-haiwan liar kerana dua kejadian yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan. Satu melibatkan seekor anjing, Kopi di Besut, kejadian anjing itu ditembak. Dan kedua, kejadian anjing bernama Rocky yang dijerut di Klang telah menjadi tular. Jadi, saya mohon pendekatan ini diambil juga oleh pihak anggota-anggota berkuasa tempatan. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 4:50 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Pengerusi, pertama yang tentang Putrajaya. Saya kira cadangan Putrajaya itu bernas dan kita ambil sebagai cadangan yang perlu diberikan perhatian tuntas. Untuk lebih daripada itu, saya kira tiada keperluan di sini, tetapi ia perlu dibawa balik. Adapun yang dicadangkan oleh Jelutong tadi, itu memang kita berikan penekanan.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya kira begini ya. Kalau boleh Tuan Pengerusi, saya habis menjawab dulu bangkitan-bangkitan yang ada ini, kemudian mungkin kalau ada di penghujung. Kalau tak, saya takkan boleh ke manalah Tuan Pengerusi ya.

Yang seterusnya adalah yang dibangkitkan oleh Maran berkaitan dengan PPR. Ada empat soalan yang telah dibangkitkan oleh Maran berkaitan dengan PPR ini.

Pertamanya, saya ingin sentuh tentang keperluan perumahan di mana Ahli Yang Berhormat, penyediaan rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas juga akan meneruskan momentum pelaksanaan sedia ada melalui kerjasama dan komitmen bersepadu di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga pemaju swasta.

draft • 4:50 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sasaran penyediaan rumah mampu milik telah pun ditetapkan sebanyak satu juta unit rumah mampu milik untuk tempoh 10 tahun.

Penetapan sasaran ini mengambil kira unjuran keperluan penduduk serta maklumat demografi dan juga sosioekonomi.

Dari hal berkaitan dengan permohonan pemilikan rumah pertama yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Maran juga, buat masa ini Ahli Yang Berhormat, kementerian tidak mempunyai data khusus mengenai jumlah pemohon rumah pertama kerana data pemilikan rumah yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah ataupun NAPIC hanya melibatkan data transaksi pemilikan kediaman. Namun, berdasarkan data Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) Tahun 2024, kadar pemilikan rumah bagi isi rumah di Malaysia adalah sebanyak 78 peratus. Manakala yang selebihnya adalah menyewa ataupun duduk di kuarters.

Dari hal soalan yang ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran, iaitu berkaitan dengan bilangan status menunggu pemilikan perumahan di negeri. Buat masa ini, kementerian tidak mempunyai data khusus mengenai jumlah perumahan menunggu, waiting list kerana data permintaan ini diselaras oleh pihak berkuasa perumahan negeri masing- masing.

Dalam hal ini, penyelarasan data ini akan diperkukuhkan melalui pembangunan satu repositori data perumahan bersepadu melalui projek pembangunan analitik data raya dan visualisasi kluster perumahan dan kerajaan tempatan yang kita akan mulakan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Dan pendekatan ini bagi membolehkan analisis penawaran, permintaan harga rumah, kemampuan pendapatan serta ketidaksepadanan pasaran dilaksanakan secara lebih sistematik mengikut lokaliti.

Yang keempat, Ahli Yang Berhormat Maran juga bertanya tentang PPR Luit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja pembaikan cerun dan unit kediaman di PPR Lut masih diteruskan. Kerja-kerja ini dijangka siap pada penghujung tahun 2026 yang kemudiannya akan diserahkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang untuk proses pengisian.

Seterusnya, Yang Berhormat Maran juga ada mengemukakan pertanyaan atau sentuh berkaitan dengan perkhidmatan kebombaan. Asas penetapan sasaran yang disebutkan sasaran 66 peratus itu adalah mengambil kira usaha memperluaskan liputan perkhidmatan kebombaan dengan melalui pembinaan dan juga pengoperasian beberapa balai bomba baharu, perolehan jentera dan peralatan logistik yang baru serta pengaktifan pasukan bomba sukarela.

Sehingga Oktober 2026, pencapaian peratus response time bagi panggilan kecemasan di bawah 10 minit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi petunjuk prestasi (KPI) response time adalah sebanyak 65.77 peratus berbanding pencapaian 67.51

draft • 4:50 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

peratus pada tahun 2025. Secara keseluruhannya, purata pencapaian bagi tempoh tiga tahun bermula tahun 2024 hingga 2026 adalah sebanyak 66.78 peratus. Penetapan sasaran sebanyak 66 peratus bagi tahun 2026 adalah berdasarkan purata pencapaian bagi tempoh tiga tahun tersebut dengan mengambil kira trend prestasi semasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

draft • 4:50 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Maran juga, status terkini cadangan pembinaan Balai Bomba Chenor di Kampung Awah, tapak tanah yang telah diusulkan sebelum ini Ahli Yang Berhormat tidak dapat kita teruskan atas sebab-sebab isu kaveat dan juga ini telah kita selesaikan di mana status terkini tanah tersebut adalah hak milik kerajaan negeri di bawah seliaan Majlis Daerah Maran.

Walau bagaimanapun Ahli Yang Berhormat, Majlis Daerah Maran telah memberikan cadangan tapak baharu yang perlu dibuat proses pemilikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Dalam masa yang sama, penilaian risiko akan dibuat bagi menentukan kesesuaian tapak untuk pembinaan balai bomba baharu. Saya mengambil maklum bahawa perkara ini telah pun dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini, insya-Allah. Yang seterusnya Tuan Pengerusi, daripada Beaufort juga bertanya tentang PPR Selagon. Ahli Yang Berhormat menyentuh secara khusus mengenai isu PPR Taman Permai Selagon ini ataupun PPR Kampung Selagon projek ini telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan skop pembinaan 67 unit rumah teres, satu tingkat berserta kemudahan awam pada nilai kontrak asal bernilai RM23.7 juta.

Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, projek yang telah pun siap ini tidak dapat diserahkan mahupun diduduki disebabkan oleh pengesanan beberapa isu kritikal yang amat kritikal. Mana siasatan awal mendapati berlaku masalah keretakan struktur yang sangat serius pada satu blok teres yang menempatkan lapan unit rumah. Di samping itu, lima unit lagi daripada blok-blok berasingan turut mengalami keretakan berskala sederhana akibat fenomena mendapan tanah yang menjejaskan kestabilan dan integriti struktur keseluruhan pembangunan.

Pihak kementerian dengan kerjasama teknikal Jabatan Kerja Raya Sabah telah mengambil langkah proaktif dan komprehensif melaksanakan ujian forensik serta penyiasatan geoteknikal sepanjang tempoh Oktober 2024 sehinggalah Mei 2025. Hasil dapatan analisis geoteknikal ini Ahli Yang Berhormat, mendedahkan bahawa punca utama kegagalan struktur adalah disebabkan oleh profil strata tanah yang tidak sekata di tapak pembinaan. Keadaan ini memburuk dengan kewujudan lapisan tanah lembut serta kandungan bahan organik yang

draft • 5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

tinggi yang secara langsung mencetuskan ketidakstabilan tanah akibat fenomena pemendapan yang tidak sekata.

Berdasarkan penemuan-penemuan ini Ahli Yang Berhormat, kementerian kini sedang menilai secara terperinci beberapa cadangan penyelesaian serta pendekatan teknikal yang bersesuaian. Keputusan rasmi mengenai hala tuju baharu projek ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat dan langkah berhati-hati ini kita perlu ambil secara lebih teliti demi memastikan setiap ketetapan yang dibuat kelak berupaya memberi penyelesaian jangka panjang yang tuntas, berkesan dan saksama buat semua pihak yang berkepentingan.

Ahli Yang Berhormat Beaufort juga ada menanyakan tentang PPR Beaufort secara berfasa. Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam menyediakan perumahan yang selesa dan mampu milik untuk rakyat negeri Sabah. Pelaksanaan projek perumahan rakyat residensi rakyat ini ataupun PPR yang dulu kita sebut di Sabah setakat ini merupakan bilangan yang tertinggi di seluruh negara iaitu dengan jumlah keseluruhan 39 projek PPR yang telah diluluskan oleh kerajaan di peringkat negeri Sabah dengan sejumlah 26,299 unit rumah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 37 projek PPR melibatkan 25,449 unit rumah telah pun siap dibina.

Seterusnya di Sabah terdapat dua projek yang melibatkan sebanyak 850 unit rumah masih dalam peringkat perancangan. Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengambil tindakan proaktif dalam memastikan keperluan kediaman yang kondusif dapat disediakan berdasarkan kepada permintaan rakyat dan keperluan rakyat dan juga sepertimana Ahli Yang Berhormat bangkitkan. Kementerian telah memanjangkan permohonan kepada pihak kerajaan negeri untuk mengemukakan senarai cadangan projek keutamaan bagi Rolling Plan yang kelima— ketiga dan juga yang kelima di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Sehubungan dengan itu, sebarang cadangan projek PPR yang baharu atau PRR yang baharu di negeri ini akan tertakluk kepada pengesyoran atau ikut prioriti keutamaan oleh pihak kerajaan negeri sendiri, mengambil kira sama ada kesesuaian tapak dan juga kelulusan peruntukan Kementerian Ekonomi.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya tentang RMR, Rumah Mesra Rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Program Rumah Mesra Rakyat di negeri Sabah sebanyak RM22 juta telah pun diperuntukkan bagi pelaksanaan 318 unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2027. Bagi tahun 2026, sebanyak 21 unit Rumah Mesra Rakyat di Parlimen Beaufort telah pun siap dibina, manakala tiga unit lagi masih dalam peringkat pembinaan. Bagi tahun 2027, SPNB sedang mengenal pasti pemohon-pemohon yang dapat memenuhi segala syarat-syarat kelayakan untuk pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat.

draft • 5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Pelaksanaan di setiap negeri adalah berdasarkan sasaran dan peruntukan yang diluluskan oleh pihak kerajaan negeri. Justeru Ahli Yang Berhormat, kalau boleh dirundingkan, dibincangkan dengan kerajaan negeri untuk diberikan tumpuan juga di peringkat Beaufort.

Adalah juga akan membantu kami untuk membantu Ahli Yang Berhormat.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Padang Serai...

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Padang Serai tak ada.

Gopeng. Gopeng ada membangkitkan tentang isu-isu kemampanan bandarlah, tentang reka bentuk sistem saliran yang seiring dengan perubahan. Ahli Yang Berhormat, konsep sponge city ataupun bandar span memberi penekanan kepada keupayaan kawasan bandar untuk menyerap, menyimpan, menapis dan melepaskan air hujan secara terkawal melalui integrasi elemen semula jadi dan infrastruktur hijau-biru ataupun blue-green infrastructure. Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui PLANMalaysia sedang membangunkan draf Garis Panduan Perancangan Pelaksanaan Bandar Lestari Air atau Sponge City Malaysia sebagai satu piawaian perancangan untuk menerapkan prinsip-prinsip tersebut mengikut kesesuaian konteks fizikal, iklim dan hidrologi serta persekitaran bandar di Malaysia. Pendekatan ini menekankan peralihan daripada kaedah pengurusan banjir berasaskan kejuruteraan semata-mata kepada penyelesaian bersepadu yang berasaskan alam semula jadi selaras dengan agenda pembangunan mampan dan usaha adaptasi terhadap perubahan iklim.

Berhubung dengan piawaian reka bentuk sistem saliran Manual Saliran Mesra Alam

(MSMA) Edisi Kedua 2012 dan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan rujukan utama kita dalam pengurusan air larian hujan khususnya di kawasan bandar yang merangkumi aspek perancangan, pengiraan hidrologi serta reka bentuk sistem dan kemudahan saliran. Manakala Hydrological Procedure No. 1

(HP 1) 2015 oleh JPA menyediakan kaedah pengiraan Areal Rainfall Factor dan juga Climate Change Factor sebagai satu faktor pelarasan dalam penganggaran design rainstorm dengan mengambil kira potensi perubahan corak taburan hujan akibat perubahan iklim.

Kedua-dua dokumen ini Ahli Yang Berhormat adalah saling melengkapi sebagai rujukan dokumen perancangan yang wajib mengambil kira keperluan semasa serta kesan- kesan perubahan iklim Yang Berhormat cadangkan. Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini dapat diselaraskan secara bersepadu, KPKT melalui PLANMalaysia akan bekerjasama dengan PETRA, NRES, JPA, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga agensi- agensi teknikal yang berkaitan. Pelarasan ini merangkumi perkongsian data, maklumat hidrologi serta guna tanah penilaian risiko banjir, penyelarasan perancangan pembangunan

draft • 5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

infrastruktur serta penerapan elemen bandar lestari air dalam proses penyediaan dan kajian semula rancangan kemajuan.

Tuan Pengerusi, yang seterusnya adalah Kuantan. Sahabat saya Kuantan bertanya menyentuh tentang landskap. Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pembangunan kawasan perumahan baharu mengambil kira keperluan penyediaan kawasan lapang dan kemudahan rekreasi sepertimana taman permainan kanak- kanak bagi menjamin kesejahteraan penduduk setempat.

Dalam hal ini, penyediaan kemudahan tersebut hendaklah diberi perhatian oleh pemaju tertakluk kepada peruntukan undang-undang, dasar perancangan dan garis panduan yang berkuat kuasa termasuklah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ataupun Akta 172 serta syarat kelulusan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Bagi kawasan perumahan yang sedia ada, pihak berkuasa tempatan boleh mempertimbangkan permohonan penduduk untuk penyediaan atau penambahbaikan kemudahan rekreasi berdasarkan keperluan setempat, keutamaan pembangunan dan kemampuan kewangan PBT tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan. Dan kerajaan khususnya melalui KPKT akan terus menggalakkan kerjasama di antara pemaju PBT dan juga komuniti setempat bagi kita memastikan kemudahan rekreasi mencukupi, berkualiti dan juga inklusif dapat dinikmati oleh masyarakat kita.

Tuan Pengerusi, seterusnya Shah Alam. Shah Alam ada?

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, saya.

draft • 5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Shah Alam membangkitkan tentang penyelenggaraan perumahan awam. Ada empat soalan berkaitan perkara tersebut, Tuan Pengerusi. Sebanyak 200 Ahli Yang Berhormat— sebanyak 214 permohonan melibatkan aspek yang telah pun dikenal pasti mempunyai hubungan langsung dengan aspek kesejahteraan dan keselamatan penghuni PPR, strata bertingkat ataupun perumahan rumah kos rendah awam yang memerlukan bantuan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan ataupun penyelenggaraan.

draft • 5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Walau bagaimanapun, dengan peruntukan yang sangat terhad iaitu sebanyak RM47.25 juta diperuntukkan bagi tahun 2027 untuk menyelenggara PPR, kementerian ini akan melaksanakan pertimbangan yang lebih terperinci dan bersasar dengan memberi tumpuan kepada kerosakan yang lebih kritikal terhadap keselamatan dan juga keselesaan penghuni. Tumpuan tersebut lebih memfokus kepada kerosakan yang boleh menjejaskan aktiviti harian penduduk seperti mana lif, bumbung, tangki air dan juga sistem retikulasi, paip sanitari, pendawaian elektrik, kerosakan am yang melibatkan harta bersama. Itu adalah

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

keutamaan-keutamaan kita dalam pada kita nak menguruskan sumber yang sangat terhad.

Selain daripada itu, kementerian juga turut memberi keutamaan bagi menyelenggara PPR yang berusia lebih daripada 10 tahun dan ke atas.

Kementerian ini Ahli Yang Berhormat, akan terus komited untuk membantu penghuni PPR dan sentiasa berusaha untuk menyegerakan penyelenggaraan pembaikan kediaman walaupun persekitaran terhad agar penghuninya dapat manfaat melalui persekitaran perumahan yang selamat, kondusif dan selesa didiami. Tuan Yang di-Pertua, kalau ikutkan perasaan kita, semua kita nak tolong Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, Shah Alam juga bertanya tentang hal yang berkaitan dengan perumahan, juga di situ ada empat pecahan soalan.

Ahli Yang Berhormat, mengikut rekod SPNB sejak dari Program Rumah Mesra Rakyat ini diperkenalkan dari tahun 2002 sehingga Oktober 2026, jumlah permohonan Rumah Mesra Rakyat yang kita terima telah diluluskan dan sedang dalam pelaksanaan adalah sepertimana berikut. Jumlah permohonan adalah sebanyak 210,579 bermula 2002 sehinggalah yang terkini. Jumlah yang telah kita luluskan 83,090, manakala jumlah yang masih menunggu 14,644. Jumlah yang telah pun siap dan diserahkan kunci adalah 81,283. Jumlah yang sedang dalam peringkat pembinaan adalah sejumlah 807.

Untuk menjawab soalan yang kedua dan ketiga daripada Ahli Yang Berhormat Shah Alam juga berkaitan isu Rumah Mesra Rakyat— bagi Program Rumah Mesra Rakyat menerusi Belanjawan 2026, sejumlah RM500 juta telah diperuntukkan kepada SPNB bagi meneruskan penyediaan Rumah Mesra Rakyat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM463.36 juta disalurkan khusus kepada kos pelaksanaan 6,545 unit rumah di seluruh negara, manakala bakinya RM36.6 juta diperuntukkan bagi pembayaran kadar keuntungan bank bagi program perumahan SPNB.

Melangkah ke Belanjawan 2027 ini Ahli Yang Berhormat dan Tuan Pengerusi, komitmen ini diteruskan juga dengan peruntukan RM500 juta yang diperuntukkan oleh MOF kepada KPKT di mana peruntukan dari segi kos pelaksanaan Rumah Mesra Rakyat telah dipertingkatkan kepada RM472.37 juta manakala selebihnya RM27.63 juta diperuntukkan untuk pembayaran kadar keuntungan bank program perumahan SPNB. Seiring dengan peningkatan peruntukan tersebut Ahli Yang Berhormat, sasaran pembinaan juga dipertingkatkan daripada 6,000 kepada 6,823 unit berbanding yang lepas hanyalah 6,545 unit iaitu peningkatan sebanyak 4.2 peratus.

Menjawab soalan yang keempat, dalam permohonan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) bagi Rancangan Malaysia Ketiga Belas, SPNB telah mengambil kira peningkatan kos pembinaan susulan kenaikan harga bahan binaan, upah tenaga buruh, kadar inflasi. Sehubungan itu, kerajaan telah meluluskan penyelarasan harga Rumah Mesra Rakyat

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

kepada RM75,000 seunit kepada RM90,000 seunit manakala subsidi kerajaan dikekalkan sebanyak RM20,000 seunit...

draft • 5:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Ya, Kuantan.

draft • 5:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Saya tadi, Kuantan tadi ada membangkitkan beberapa isu, namun satu isu yang dijawab. Cuma, memohon agar yang lain itu dijawab secara bertulis.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Dia akan masuk kepada bahagian topik nanti.

draft • 5:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Okey, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Kalau kita tak sempat, maka kita pastikan jawapan bertulis secara lebih kemas. Insya-Allah.

draft • 5:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Juga terpakai kepada semualah.

Tuan Pengerusi, Hulu Selangor membangkitkan berkaitan Felda Soeharto, keperluan balai bomba.

Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Tuan Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat, semakan terkini, skor analisa risiko kebakaran mendapati skor risiko di kawasan Felda Soeharto adalah 22 di mana keperluan penyediaan fasiliti bomba di kawasan tersebut berdasarkan kepada kebijaksanaan Jabatan Bomba kita punya tekniklah, dia punya susun atur itu adalah kurang mendesak, Ahli Yang Berhormat. Ha ya, tetapi nanti kita boleh sembang lagilah kalau nak bincang lagi kan. Kita boleh...

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya rasa tak patut kata kurang mendesak itu. Warga Hulu Selangor, warga FELDA itu confirm dia akan pelik jawapan tersebut. Minta maaf banyak.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Okey. Tak apa, kita ambil maklumat itu Tuan Yang di-Pertua sebab apa yang kita ini adalah berdasarkan kepada teknik yang dilakukan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat...

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya mohon sangat-sangat untuk check baliklah benda ini.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Ya, kita ambil maklum. Walau bagaimanapun― ha itulah, jangan bangun dulu.

[Ketawa] Walau bagaimanapun, bagi perancangan masa depan, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuat permohonan perizaban untuk tapak balai bomba kepada pihak FELDA...

draft • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Sekejap Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Dan sedang dalam melengkapkan proses pengambilan tanah. Jadi, maknanya ada sinar di situ, tetapi kita tengoklah.

Sekejap Yang Berhormat, saya habiskan ini dulu ya.

draft • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Pada masa kini, bagi memastikan penduduk di kawasan Felda Soeharto mendapat perkhidmatan kebombaan yang sewajarnya, bantuan awal diberikan oleh Persatuan Bomba Sukarela Hulu Bernam Utara dengan jarak 14.1 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 17 minit untuk ke lokasi. Pada tahun 2027, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berusaha menambah baik keperluan pasukan bomba sukarela melalui beberapa langkah antaranya: pertama, meneruskan― sedikit Tuan Pengerusi ya. Meneruskan pemberian geran bantuan kewangan pada kadar RM5,000 kepada setiap persatuan bomba sukarela yang aktif berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan yang tertakluk kepada peruntukan sedia ada jabatan.

Yang kedua, inisiatif terkini, pembaikan dan penyelenggaraan Balai Bomba PBS seluruh negara sebanyak RM1.5 juta. Ada beberapa pihak juga bangkitkan tadi untuk kita tumpukan kepada mereka.

Yang ketiga, perolehan 100 unit jentera bomba sukarela berserta aksesori bernilai RM20 juta secara berperingkat mulai tahun 2027–2029. Ada beberapa yang bangkitkan juga Ahli Yang Berhormat.

Dan juga yang keempatnya, peruntukan berjumlah RM735,000 bagi pembelian kelengkapan perlindungan diri (PPE) sepertimana helmet, baju api dan juga sarung tangan untuk operasi pemadaman.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya nak tanya berkenaan pasal apa yang ditimbulkan. Adakah rumah bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak itu pernah dizonkan― ianya adalah zon residential, sekarang diwartakan sebagai penjara. Adakah rumah tersebut pernah dizonkan kepada satu kategori yang berlainan daripada residential, di bawah Akta 172?

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Akta 172. Tuan Yang di-Pertua, memang seluruh negara kita ini ada zoning dia, Tuan Yang di-Pertua. Ada kawasan tanah lapang, ada kawasan hijau, ada kawasan perumahan, ada kawasan industri.

Jadi, yang ditanyakan oleh Yang Berhormat itu memang kalau kita ikut yang itu memang tiadalah sebab itu adalah zon perumahan. Dan ini adalah perkembangan baru sama ada ini akan diubah atau bagaimana, itu mungkin kita kena lihatlah sebab ini adalah perkembangan baharu. Seperti mana yang kita tahu, ada beberapa urusan pun tak ada di dalam perancangan asal.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Percayalah...

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

YB Menteri, mohon ada dua lagi persoalan itu dijawab dalam bertulis nanti. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Semua kita jawab bertulis. Tuan Pengerusi, saya akan mengambil tanggungjawab bagi memastikan semua soalan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dapat dijawab secara bertulis dan tuntas. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM2,158,768,500 untuk Kepala B.43 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.43 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 5:10 PM
Kepala B.24 [Jadual] – Kepala P.24 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk dibahas.

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Pengerusi, nak tanya.

Ampang nak tanya. Boleh tak kalau bagi sedikit panduan? Kita berbahas kadang-kadang memang jawapannya bertulis, tetapi sampai sekarang kita tak dapat satu. Sayalah, saya tak pasti yang lain, tidak ada jawapan yang bertulis yang sampai di meja.

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya mohon supaya ada satu— orang kata panduan sama ada dalam tempoh berapa hari patut masuk soalan-soalan itu. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan, maka ia perlu diberikan dalam tempoh lima (5) hari kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan melalui e-mel kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut: YB Balik Pulau, YB Machang, YB Kepong, YB Jerantut, YB Tuaran, YB Padang Rengas, YB Bakri, YB Kubang Pasu, YB Shah Alam, YB Kapar, YB Putrajaya dan YB Batu Gajah.

Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 5:20 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Pengerusi.

Saya terus ke Butiran 030200 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi.

Saya ingin menyentuh perhubungan perdagangan dalam hal ini antara Taiwan dan Malaysia. PMX dalam jawapannya dalam Dewan Rakyat mengatakan bahawa eksport ke Taiwan meningkat hingga 88 peratus sehingga September 2026 dan import pula juga meningkat kepada 24 peratus pada tempoh yang sama. Dalam tahun 2025 jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Taiwan ialah sebanyak USD54.49 bilion, meningkat daripada USD38.63 bilion dalam 2024.

Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa, Taiwan merupakan rakan dagang keempat besar kita dan Malaysia merupakan rakan dagang keenam besar untuk Taiwan, di Taiwan.

Jadi siapa yang saya nyatakan di sini ialah bahawa, Taiwan merupakan rakan dagang kita yang penting, dan saya ingin bertanya Timbalan Menteri, berapa banyak projek baru yang telah dilaburkan oleh Taiwan, syarikat-syarikat di Taiwan?

Berapa banyak perkembangan dan berapa banyak pengambil alihan to acquire? Sebab saya tahu tahun ini kilang saya yang saya pernah bekerja telah diambil alih oleh ASE Semiconductor, ASE Electronics iaitu sebanyak 680,000 square feet.

Jadi saya juga ingin bertanya tentang Malaysia-Taiwan Bilateral Investment Agreement yang telah ditandatangani pada tahun 1993 Timbalan Menteri, 33 years ago, dengan izin.

Perjanjian ini di antara lain ialah untuk mempromosikan perdagangan dan protection of investment, dengan izin. Jadi, adakah kita perlu revisit untuk perjanjian ini sebab ini adalah high time untuk kita revisit, sebab 33 tahun. So, saya ingin kepastian daripada Timbalan Menteri, adakah kita perlu memulakan perjanjian ini?

Saya juga dengar dan baca berita yang menyatakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi Malaysia-Taiwan iaitu (MTECC), Malaysia-Taiwan Economic Cooperation Committee yang dijadualkan pada bulan Oktober lepas telah pun ditangguhkan oleh pihak Kerajaan Taiwan disebabkan oleh kenyataan Perdana Menteri kita pada bulan Ogos.

Jadi saya ingin juga kepastian, sebab sebelum MTECC diadakan, ada satu lagi mesyuarat iaitu pre-council iaitu dinamakan Investment Working Group (IWG) juga tidak dapat diteruskan kerana Taiwan menunggu positif signal daripada Kerajaan Malaysia.

draft • 5:20 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi saya harap Menteri boleh menjawab soalan yang saya kemukakan tadi, antara Malaysia dengan Taiwan kerana Taiwan merupakan rakan dagang kita yang keempat terbesar.

Saya ingin teruskan dengan Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Dalam pertemuan JKPK Antarabangsa dengan delegasi Parlimen Eropah, Perjanjian Perdagangan Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA). Antara perkara yang dibincangkan kerana Kesatuan Eropah mencecah perdagangan kita, mencecah RM228 bilion pada 2025.

Saya ingin bertanya, kerana Menteri MITI telah menjawab dalam Dewan ini bahawa MEUFTA ini akan ditandatangani pada akhir Jun 2027. Adakah masih dalam timeline? Dan adakah ini akan menepati masa untuk kita tandatangani?

Cuma soalan saya ialah, apakah SME dan produk-produk yang lain seperti kelapa sawit iaitu yang berkenaan dengan EUDFA, EU— sorry, EU Deforestation Agreement juga bersangkut paut dengan kilang-kilang hiliran, PKS umpamanya? Adakah ini juga akan diambil kira kerana kategori-kategori ini adalah penting dalam bila kita ingin ratify perjanjian MEUFTA.

Boleh satu minit lagi?...

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 5:20 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft • 5:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Pengerusi. Saya merujuk Butiran 030500 – Rundingan Strategik.

Pengerusi dan Dewan yang mulia, kerajaan berkata Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Amerika Syarikat dan Malaysia tidak memaksa Malaysia menjual nadir bumi kita hanya kepada Amerika Syarikat. Betullah ya, dari segi teksnya betul, tapi bahayanya bukan dalam satu fasal. Bahayanya ialah timbul apabila beberapa fasal dibaca bersama.

Yang pertama, fasal yang mengatakan ikut sekatan Amerika Syarikat. Jika Amerika mengenakan sekatan atau tarif ke atas Negara Ketiga atas alasan keselamatan, Malaysia perlu mengambil langkah yang mempunyai kesan sekatan yang setara. Kalau esok Amerika menyekat China, adakah Malaysia juga perlu menyekat rakan dagang terbesar kita sendiri?

Ini macam kes yang berlaku ke atas Nvidia. Megaspeed ada anak syarikat di Malaysia dan disahkan terlibat dalam pembelian cip-cip Nvidia yang kemudiannya dikatakan telah sampai ke China. Jadi apakah langkah yang MITI dan kerajaan ingin lakukan, dibayangi dengan perjanjian ART berhubung hal ini melibatkan nadir bumi khususnya.

draft • 5:26 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kedua, kalau kita baca juga berkenaan dengan fasal the poison pill dengan izin, pil beracun, Perkara 5.3 dalam perjanjian tersebut yang mengatakan Amerika boleh mengenakan semula tarif yang lebih tinggi jika Malaysia menandatangani perjanjian dengan negara yang dianggap menjejaskan kepentingan penting Amerika. Siapa yang tentukan kepentingan penting ini? Washington, bukan Putrajaya. Inilah sebabnya kita akan terpaksa minta restu secara tidak rasmi sebelum menjual nadir bumi kepada pihak lain lepas kita tandatangani ART tempoh hari.

Yang ketiga tentang kawalan eksport dasar perdagangan Malaysia diselaraskan dengan kawalan eksport Amerika Syarikat. Bermakna senarai sekatan ditulis di Washington, tetapi Malaysia yang menguatkuasakannya. Benda kita, suka hati kitalah kita nak jual pada siapa, bukan? Tapi Amerika akan memaksa kita, memastikan kita tak boleh jual pada negara- negara ataupun pihak-pihak tertentu, dan ini juga menimbulkan isu melibatkan— melemahkan dasar hiliran kita. Komitmen ini secara efektif mengetepikan larangan eksport nadir bumi mentah yang kita telah kuatkuasakan.

Kita dah bagi kelonggaran kepada Perancis, Macron minta kita bagi, okeylah. Sama juga dengan Amerika. Jadi kalau kita dah bagi pada dua, tiga pengecualian, mestilah negara lain pun akan minta juga benda yang sama. Saya bimbang apa yang berlaku pada hari ini, Malaysia sebenarnya terperangkap dalam perang teknologi ataupun trade war dan tech war antara Amerika dan China. The battleground is Malaysia.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kita semua tahu bila mana Demokrat dah pegang balik House ataupun Senat, dan ART walaupun mereka tak suka Trump, Demokrat tak suka Trump, tapi ART ini adalah gold standard agreement dan kita relent to it, dengan izin, kita bagi.

Jadi selepas ini sesiapa pun Presiden Amerika yang naik, mereka akan jadikan ART ini template rundingan dengan kita. Jadi saya nampak ini satu beban yang besar buat Malaysia berdepan dengan perang dagang, perang teknologi yang akan mengambil masa puluhan tahun lamanya lagi. It will resolve in matter of time. Tidak, sebab ini melibatkan pergaduhan dua adikuasa, the battle of two superpowers.

draft • 5:26 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, saya nampak ART ini membebankan dan masih pada hari ini tak jelas lagi.

Walaupun Menteri MITI kata null and void berdasarkan penghakiman mahkamah di Amerika Syarikat, tapi apakah bentuk jaminan bertulis daripada Amerika Syarikat yang bahawasanya ART ini sudah pun null and void? Ya. Jadi, itu apa yang ingin saya bangkitkan.

Kedua Pengerusi, Butiran 030300 – Integrasi Kerjasama Ekonomi ASEAN. Pengerusi dan Dewan yang mulia, Yang Berhormat Ketua Pembangkang belum balik daripada Lugano

draft • 5:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

lagi. Beliau berada di Lugano untuk menyampaikan ucaptama berhubung dengan Dasar Luar Malaysia. Cadangan beliau tentang penambahbaikan, tentang ASEAN dan Malaysia dan perdagangan dunia.

Lugano ini— Lugano Global Forum ini macam the other version of Davos. Jadi, di Larut— di Larut pula, di Lugano.

[Ketawa] Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengatakan cadangan yang bagi saya bernas untuk dipertimbangkan oleh MITI untuk kita bawa sebagai agenda negara, ASEAN mesti melantik dua orang wakil tertinggi (high representatives) sebagai utusan khas serantau yang memegang dua portfolio.

Pertama, tentang keselamatan dan keamanan. Kedua, perdagangan serta hal ehwal ekonomi. Kita lihat, kita boleh mirror apa yang EU buat. Walaupun ASEAN bukan level EU, tidak ada integrasi sebegitu, tapi kita boleh mimic. Kita boleh tiru. Kita boleh tiru sehabis baik untuk kita berdepan dengan ketidaktentuan global, bagaimana ASEAN dengan koordinasi yang lebih lanjut melibatkan ART, melibatkan perang dagang dan sebagainya, ada dua wakil yang highly trained, bekas diplomat atau bekas Perdana Menteri yang boleh bercakap dengan dua pola kuasa dunia ini.

Jadi, saya nampak cadangan Yang Berhormat Larut ini wajar dipertimbangkan oleh MITI untuk dibuat oleh agenda Tambun. This is not for Larut but for Malaysia. Jadi, saya harap MITI boleh pertimbangkan untuk perkuatkan penambahbaikan tentang integrasi kerjasama ekonomi ASEAN ini. Jadi, itu sahaja daripada saya. Terima kasih Pengerusi. Terima kasih MITI.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Machang.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kepong.

draft • 5:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu, saya hendak tanya kerajaan, tentang perempuan Warganegara China, nama dia Huang Le atau lebih dikenali sebagai Alice Huang, terlibat dalam skandal Nvidia chip baru-baru ini, sama ada beliau memiliki saham di syarikat Malaysia, pernah melawat Malaysia dan kini dilarang memasuki ke Malaysia.

Kedua, pasukan petugas pusat data telah meluluskan 27 projek dengan anggaran pelaburan RM225.97 bilion. Projek ini dijangka mewujudkan 4,053 pekerjaan. Pelaburan besar dialu-alukan, tetapi berapa yang benar-benar sudah dibelanjakan? Berapa hasil cukai selepas insentif? Siapa menanggung kos menaik taraf bekalan air serta elektrik?

Syarat minimum 30 peratus kandungan tempatan sudah ditetapkan. Berapa nilai kontrak sebenar diterima syarikat Malaysia?

draft • 5:32 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ketiga, MITI melaporkan 22,849 peserta sudah mengikuti latihan semikonduktor menuju sasaran 60,000 jurutera mahir menjelang tahun 2030. Berapa yang benar-benar mendapat pekerjaan sebagai jurutera? Khususnya dalam reka bentuk cip.

Malaysia bercita-cita menjadi hab cip AI bertaraf dunia. Berapa banyak syarikat tempatan akan menghasilkan reka bentuk cip, paten dan produk komersial menjelang tahun 2030?

Keempat, sasaran eksport MITI bagi tahun 2027 hanya RM1.729 trilion. Sedikit lebih rendah daripada sasaran tahun ini. Sedangkan, eksport sembilan bulan pertama tahun ini sudah mencapai RM1.571 trilion.

Lebih membimbangkan, dokumen ini mencatat eksport perkhidmatan tahun 2025 sebanyak RM195 bilion sedangkan Jabatan Perangkaan melaporkan RM277.9 bilion. RM195 bilion sebenarnya angka tahun 2023. Nilai pelaburan diluluskan pada tahun 2025 juga dicatat RM227.8 bilion berbanding kira-kira RM416.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan dalam data terkini MIDA.

Adakah skop berbeza atau angka-angka yang salah? Jelaskan perbezaan dan betulkan sebarang kesilapan. Sasaran daya saing tahun 2027 pula tempat ke-18, sedangkan Malaysia sudah mencapai tempat ke-15 pada tahun ini.

Kelima, MITI sudah merancang projek rintis Ekosistem Lembah Tanpa Pemandu.

Butiran 050600 menyediakan RM3.31 juta kepada NAICO— N-A-I-C-O, badan pembangunan industri aeroangkasa negara.

Bilakah projek rintis dron dilaksanakan? Uji penghantaran ubat ke pedalaman, pemindahan banjir dan pemeriksaan jambatan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan. Tetapkan sasaran kos keselamatan dan penyertaan pengeluar tempatan. Kita mesti membangunkan industri serta eksport dron.

Akhir sekali, soalan yang sama dengan Machang. Apakah status Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia dan Amerika Syarikat dan analisis kos faedah yang dijanjikan? Bentangkan kesannya terhadap pengeksport dan kebebasan dasar perdagangan Malaysia sebelum sebarang keputusan lanjut. Sekian, terima kasih.

draft • 5:32 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Kepong.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

draft • 5:32 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 5:37 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030. Di dalam kerangka keberhasilan kementerian, pelaburan yang diluluskan pada tahun 2025 mencapai RM227.8 bilion tetapi sasaran 2026 diturunkan kepada RM107 bilion dan 2027 hanya RM120 bilion.

Jadi soalan saya, mengapa sasaran pelaburan diturunkan begitu ketara sedangkan peruntukan dana pelaburan strategik meningkat kepada RM459.55 juta? Berapakah jumlah pelaburan dan peluang pekerjaan yang benar-benar dapat direalisasikan ataupun telah pun direalisasikan melalui dana ini dan NIMP 2030?

Dalam masa yang sama, pembangunan pusat data turut menjadi antara pemacu pelaburan baharu negara. Sebanyak 84 projek telah diluluskan setakat Julai 2026, termasuk 27 projek di bawah Data Centre Task Force dengan nilai pelaburan sebanyak RM225.97 bilion. Perkara ini telah pun dibincangkan dan diangkat di dalam mesyuarat jawatankuasa sebelum ini.

Namun, projek-projek ini dijangka mewujudkan 4,000 lebih pekerjaan sahaja. Adakah MITI memastikan syarat minimum 30 peratus kandungan tempatan benar-benar dipatuhi dan syarikat tempatan khususnya PKS turut menikmati kontrak daripada pelaburan ini?

Bagaimana pula kerajaan memastikan unjuran keperluan elektrik sebanyak 8,391 megawatt dan air sebanyak 389 juta liter sehari menjelang 2030, tidak menjejaskan bekalan asas rakyat serta meningkatkan kos infrastruktur kepada pengguna?

Isu kedua berkenaan dengan IKS, usahawan luar bandar dan fasilitasi pelaburan negeri di bawah Butiran 050300. Rakyat Jerantut ramai terdiri daripada peniaga kecil dan pengusaha produk desa yang berdepan dengan kos operasi tinggi serta akses pasaran yang terhad. Dalam keadaan peruntukan promosi pelaburan meningkat kepada RM20 juta, skim pinjaman mudah automasi pula dikurangkan kepada RM30 juta.

Maka soalan saya, berapakah IKS di Pahang khususnya Jerantut yang menerima manfaat daripada skim automasi MATRADE dan juga HDC? Adakah peruntukan promosi ini turut sampai kepada usahawan luar bandar, bukan hanya syarikat besar? Saya juga ingin bertanya, apakah MITI bercadang mewujudkan geran padanan atau insentif khusus kepada kerajaan negeri yang berjaya menarik pelaburan berkualiti?

draft • 5:37 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bagaimana pula negeri yang menyediakan tanah, bekalan air dan infrastruktur industri dapat menikmati potongan fiskal yang lebih adil daripada pelaburan yang dibawa masuk?

Seterusnya Tuan Pengerusi, isu ketiga berkenaan dengan pembangunan nadir bumi REE, Butiran 030600.

Malaysia dianggarkan mempunyai simpanan nadir bumi bukan radioaktif sebanyak 16.2 juta tan dengan nilai potensi RM747.2 bilion. Perak setakat ini dilaporkan mempunyai operasi pelombongan REE yang telah mendapat kelulusan berkaitan.

draft • 5:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Persoalannya, berapakah hasil sebenar yang telah diperoleh oleh Kerajaan Negeri Perak daripada aktiviti perlombongan dan eksport REE? Apakah status pembangunan kilang pemprosesan dan pemisahan REE dalam negara? Bilakah Malaysia mampu bergerak daripada mengeksport bahan mentah kepada penghasilan oksida, logam, aloi dan magnet kekal bernilai tinggi? Dan, adakah mekanisme kerajaan untuk memastikan hasil sumber strategik ini memberikan pulangan yang adil kepada negeri serta manfaat ekonomi jangka masa panjang negara?

Terakhir, Butiran 030400 – Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala juga berkaitan dengan ART. Soalan saya apakah strategi MITI untuk meningkatkan eksport produk bernilai tinggi ke China dan melindungi pengeluar tempatan daripada lambakan barangan import?

Bilakah peraturan pelaksanaan Akta Duti Timbal Balas dan Antilambakan yang telah dipinda pada 2025 akan dimuktamadkan? Apakah analisis kos faedah ART telah disiapkan dan akan dibentangkan kepada Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksanakan? Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027 di bawah Maksud Pembangunan 24 Butiran 06000. Kerajaan menyediakan RM400 juta untuk pelaksanaan New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030). Ini berbanding RM380 juta dalam anggaran dipinda 2026.

Tuaran ingin tahu, sejauh mana peruntukan ini diterjemahkan kepada projek perindustrian yang nyata khususnya di Sabah? Salah satu matlamat NIMP ialah membangunkan kluster perindustrian baharu dan sedia ada. Persoalannya, sudah kah kita melihat hasilnya dalam bentuk pelaburan, pemindahan teknologi, pekerjaan mahir dan nilai tambah di negeri-negeri terutama di Sabah?

Tuan Pengerusi, Tuaran ingin membawa perhatian kementerian kepada satu peluang besar di POIC Lahad Datu. Berdasarkan statistik MPOB tahun 2024, keluasan tanaman kelapa sawit di Sabah ialah kira-kira 1.48 juta hektar bersamaan 26.4 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman sawit negara.

Sabah merupakan negeri kedua terbesar selepas Sarawak. Angka ini menunjukkan betapa besarnya potensi sumber yang kita miliki. Namun, adakah kita sudah memanfaatkannya sepenuhnya untuk membangunkan industri hiliran bernilai tinggi? Tandan Buah Kosong atau EFB misalnya boleh diproses untuk mendapatkan cellulose. Cellulose ini boleh dijadikan gantian bagi menghasilkan fabrik dan tekstil atau diproses menjadi

draft • 5:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

nanocellulose untuk aplikasi bahan termaju seperti membrane dan bahan pemisah bateri tertakluk kepada pengesahan teknologi dan pasaran.

Tempurung isirong sawit pula boleh dijadikan biochar dan karbon teraktif. Minyak sawit mentah boleh diproses menjadi olive chemical, lemak khusus dan bahan kimia berasaskan bio. Inilah perubahan yang kita mahu bukan sekadar mengeksport bahan mentah, tetapi menghasilkan produk bernilai tinggi untuk pasaran antarabangsa.

Tuan Pengerusi, bagi merealisasikan potensi ini, POIC Lahad Datu bercadang membangunkan 75 ekar pertama sebagai Free Industrial Zone khusus untuk pemprosesan hiliran minyak sawit dan penghasilan bahan termaju. Cadangan ini selaras dengan NIMP 2030 khususnya mission satu, Advanced Economy Complexity dan mission tiga, Push for Net Zero serta matlamat pembangunan kluster perindustrian.

Tuaran ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, daripada peruntukan RM400 juta di bawah Butiran 06000, berapakah jumlah yang telah diluluskan dan disalurkan kepada projek-projek di Sabah? Apakah peluang untuk POIC Lahad Datu mendapatkan sokongan melalui NIMP Industrial Development Fund (NIDF) khususnya bagi infrastruktur bersama, teknologi pemprosesan, penyelidikan dan pengkomersialan?

Tuaran ingin mengemukakan tiga permintaan khusus kepada MITI. Pertama, adakah MITI bersedia mengiktiraf pembangunan 75 ekar POIC Lahad Datu ini sebagai kluster perindustrian strategik di bawah NIMP 2030?

Kedua, Tuaran memohon MITI mengetuai pasukan petugas khas bersama MIDA, Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam, SEDIA dan kerajaan Sabah untuk menyelaras serta mempercepatkan proses kelulusan dan pewartaan kawasan ini sebagai Free Industrial Zone di bawah Akta Zon Bebas 1990.

Ketiga, Tuaran mohon MITI membantu POIC mengenal pasti kemudahan pembiayaan dan sokongan NIMP yang sesuai supaya pembangunan infrastruktur, teknologi dan pengkomersialan dapat dilaksanakan secepat mungkin. Pembangunan ini masih membuka ruang pada GLC Sabah, institusi pelaburan negeri, pengusaha kilang kelapa sawit dan syarikat tempatan. Pelaburan antarabangsa perlu membawa masuk teknologi, kepakaran dalam pasaran sementara syarikat Sabah turut menjadi sebahagian daripada rantaian nilai.

Tuan Pengerusi, Sabah tidak seharusnya selama-lamanya menjadi pembekal bahan mentah semata-mata. Kita mempunyai sumber, kawasan perindustrian, pelabuhan dan kedudukan strategik. Yang diperlukan sekarang ialah tindakan tersusun dan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Tuaran berharap MITI memberikan komitmen yang jelas untuk menjadikan 75 ekar pertama POIC Lahad Datu ini satu contoh nyata pelaksanaan NIMP 2030 di Sabah. Kita mahu

draft • 5:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

melihat dasar ini diterjemahkan kepada kilang, teknologi, pekerjaan mahir, nilai tambah untuk rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 5:42 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 5:42 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Padang Rengas membahaskan peruntukan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri bagi Belanjawan 2027.

Saya ingin membangkitkan tiga perkara utama berdasarkan Maksud Bekalan B.24 dan Maksud Pembangunan P.24.

Yang pertama Butiran 020200 – Pembangunan Industri dan Daya Saing. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020 — pembangunan industri yang menerima peruntukan sebanyak RM5 juta. Selain itu, Butiran 020500 – Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus dalam Industri menerima RM2.6 juta. Persoalan saya, sejauh manakah peruntukan ini membantu meningkatkan daya saing industri tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana.

Kedua, Butiran 030700 dan Butiran 040300 – Pengukuhan, Perdagangan dan Pelaburan. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030700 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan peruntukan RM139.67 juta manakala Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menerima peruntukan RM185.44 juta.

Saya ingin membawa perhatian kementerian kepada negeri Perak khususnya Kawasan Parlimen Padang Rengas dan Daerah Kuala Kangsar. Kawasan ini mempunyai potensi dalam industri pemprosesan makanan, produk pertanian, industri halal dan perusahaan kecil serta sederhana.

Saya mencadangkan MITI melalui MIDA merangka pelan khusus untuk menarik pelaburan ke kawasan luar bandar di Perak khususnya di Parlimen Padang Rengas.

Saya ingin bertanya kepada Menteri berapakah jumlah pelaburan yang telah direalisasikan di negeri Perak dan apakah sasaran pelaburan baharu bagi tahun 2027?

Ketiga, Butiran 050300 dan Butiran 050400 – Promosi Pelaburan dan Industri Halal.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 050300 – Promosi Penggalakkan Pelaburan dan Perdagangan dengan peruntukan RM20 juta.

draft • 5:47 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Seterusnya, Butiran 050400 – Halal Development Corporation (HDC) menerima peruntukan RM20.04 juta. Saya mahu peruntukan ini memberi manfaat kepada usahawan tempatan khususnya pengusaha makanan dan produk halal di Padang Rengas serta seluruh negeri Perak. MITI perlu memperluas bantuan pensijilan halal, pembungkusan, pemasaran digital dan promosi eksport supaya produk tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Dalam masa yang sama, peruntukan pembangunan NIMP 2030 sebanyak RM400 juta dan dana pelaburan strategik MIDA sebanyak RM459.55 juta perlu dipantau dengan teliti supaya pelaburan benar-benar menghasilkan pekerjaan dan pemindahan teknologi.

Tuan pengerusi, sebagai penutup. Kejayaan belanjawan MITI tidak boleh hanya diukur melalui angka pelaburan yang diluluskan tetapi mesti berdasarkan pelaburan yang direalisasikan dan manfaat yang diterima rakyat. Padang Rengas dan negeri Perak juga berhak menikmati limpahan pembangunan industri negara.

Kami di pihak pembangkang bukan menolak pembangunan, tetapi menuntut ketelusan keadilan pengagihan dan keberkesanan setiap ringgit wang rakyat. Pelaburan mesti menghasilkan pekerjaan. Pembangunan mesti sampai kepada rakyat dan tiada daerah harus dipinggirkan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Pandang Rengas. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 5:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 030200 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala berserta dengan Butiran 030600 – Sekretariat Perdagangan Strategik (STS). Pelaburan semikonduktor dan pusat data bergantung pada akses teknologi serta keyakinan rakan antarabangsa. Saya ingin membangkitkan dua perkara.

Yang pertama, kawalan cip Amerika Syarikat. Peraturan yang diumumkan pada 16 November memperketatkan pelesenan cip pengkomputeran maju tertentu ke Malaysia, serta penggunaan kuasa pengkomputeran dari jauh oleh entiti dari destinasi terhad, kerana telah menjangkakan pelesenan GPU dan semakan penggunaan akhir boleh melambatkan projek pusat data, manakala firma reka bentuk IC, mungkin menghadapi halangan pembuatan dan penghantaran.

Adakah MITI telah menjalankan kajian impak terhadap pelaburan dan pekerjaan?

Apakah dapatan serta langkah mitigasinya? MITI juga perlu menyediakan panduan pematuhan dan menjelaskan keberkesanan permit perdagangan strategik sejak Julai 2025.

draft • 5:51 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kedua, kerjasama ekonomi dengan Taiwan. Pada 12 November, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Malaysia telah meminta mesyuarat MTECC diteruskan dan pelaburan sedia ada tidak menghadapi masalah berdasarkan semakan MITI ketika itu.

Namun, kesinambungan operasi belum menjamin pelaburan baharu. Bilakah MTECC dapat disambung semula dan apakah status semakan perjanjian pelaburan yang dibuat sejak tahun 1993, lebih daripada 30 tahun lalu?

Wakil Taipei di Malaysia iaitu Dr. Lien Yu-Ping telah menyatakan bahawa kerangka lama tidak mencukupi bagi perlindungan harta intelek, pemindahan teknologi dan pelaburan melalui Negara Ketiga. Jadi, pembaharuan ini adalah penting untuk menarik lebih banyak aktiviti bernilai tinggi datang ke Malaysia.

Yang Berhormat Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Industri berserta dengan Butiran 030700 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Berhubung dengan industri perabot Muar yang— satu industri yang begitu penting yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi sekitar Daerah Muar.

Menurut jawapan MITI pada Oktober, eksport perabot ke Amerika Syarikat bagi Januari hingga September 2026 telah merosot sebanyak 19.2 peratus kepada RM3.7 bilion.

Jadi, apakah usaha untuk membuka pasaran alternatif? Saya meminta supaya MATRADE menyatakan bilangan syarikat perabot Muar yang dibantu, jumlah bantuan dan nilai tempahan yang berjaya diperoleh melalui usaha-usaha ini. Dari segi tenaga kerja, apakah keputusan cadangan untuk melanjutkan tempoh penggajian pekerja asing mahir melebihi pengalaman kerja 12 tahun?

MITI juga perlu menjelaskan status syarat nisbah empat pekerja tempatan kepada seorang pekerja asing serta aturan peralihan industri perabot.

Yang Berhormat Pengerusi, automasi memerlukan modal dan masa. Di bawah Butiran P.24, Butiran 0020, berapakah kilang perabot di sekitar Daerah Muar telah menerima pembiayaan ini dan apakah halangan permohonannya?

Pada Julai yang lalu, Timbalan Menteri telah mengumumkan bahawa persetujuan secara prinsip bagi platform perdagangan Digital MADANI, pusat industri perabot di Muar Furniture Park serta kumpulan kerja khas menangani persaingan tidak adil...

draft • 5:51 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

draft • 5:51 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Apakah kemajuan ketiga-tiga inisiatif ini khususnya?

Apakah persediaan pusat industri pada 2027 menjelang cadangan pembiayaan Belanjawan 2028? Bilakah platform digital boleh disertai dan apakah tindakan kumpulan kerja terhadap aduan industri?

draft • 5:51 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pada masa yang sama, untuk inisiatif automasi, saya mensarankan kepada pihak MITI supaya selain daripada pembiayaan kita perlu menjalankan audit iaitu menjalankan audit kepada tahap automasi sesebuah industri tersebut. Sebab kita tahu semua perkara ada limitasinya, ada batasnya. Ini adalah satu lumrah yang kita tidak boleh elak dan sekiranya kita akui telah capai batas automasi untuk sesebuah industri itu, makna produktiviti yang selebihnya perlu ditangani atau di-cover dengan sumber manusia.

Jadi, sekiranya itu sesuatu yang tidak boleh dielakkan, jadi saya minta, saya minta supaya MITI menjadi fleksibel dan terbuka untuk industri tertentu. Dalam konteks ini adalah industri perabot terutamanya di sekitar Daerah Muar untuk mereka mengakui bahawa mereka ini dah mencapai tahap maksimum ataupun tahap optimum automasi mereka dan membenarkan sekiranya ada keperluan mendesak untuk membawa masuk keutamaan terutamanya buruh asing.

Dalam konteks ini, Menteri jawab banyak kali, saya tahu. Cuma, kita kena faham satu hakikat bahawa pada satu tentangan KESUMA telah mengumumkan bahawa kadar pengangguran di negara kita sangat rendah, lebih rendah daripada tiga peratus. Maksudnya hampir semua Malaysian, hampir semua warga Malaysia dah ada pekerjaan. Sekiranya, kita memaksa industri-industri ini, kilang-kilang ini untuk mengupah warga Malaysia, dari mana mereka nak cari? Sedangkan KESUMA kata semua Malaysia dah ada kerja.

Kalau kita tak buka buruh, tak membenarkan mereka mengambil buruh daripada luar negara, bagaimana kita nak memastikan bahawa industri-industri ini masih boleh beroperasi? Saya tak mahu dengar bahawa Menteri-Menteri kita mencadangkan kilang-kilang ini supaya berpindah keluar daripada Malaysia. Ini satu bagi saya adalah satu perkara yang mendatangkan kemusnahan kepada ekosistem ekonomi di sekitar Daerah Muar. Sekiranya industri-industri atau kilang-kilang perabot ini berpindah keluar daripada Malaysia, maksudnya separuh daripada populasi di sekitar Daerah Muar akan hilang mata pencarian. Siapa nak tanggung mata pencarian keluarga-keluarga ini? Adakah Menteri ataupun Timbalan Menteri nak tanggung? Ini bukan satu jawapan yang bertanggungjawab.

draft • 5:51 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, saya harap kita duduk mencari jalan-jalan keluar tetapi bukannya suruh kilang- kilang ini keluar daripada Malaysia. Sebab, saya sakit telinga apabila saya dimaklumkan bahawa Menteri dalam banyak occasions, dalam banyak dialog, memberitahu bahawa pekilang-pekilang ini kalau nak buruh murah, nak buruh asing, pergi Indonesia, pergi Vietnam.

Adakah ini satu jawapan yang bertanggungjawab? Sudah tentu bukan.

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa dah habis.

draft • 6:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya harap bagi fleksibiliti dalam isu ini. Jadi, saya minta MITI menetapkan satu jadual pelaksanaan bersama Persatuan Perabot Daerah Muar supaya

draft • 6:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

pengusaha dapat merancang dengan betul tenaga kerja mereka, pelaburan mesin dan juga mendapat tempahan yang lebih meyakinkan supaya industri ini boleh terus berkembang.

Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Bakri.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 6:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. MITI mendapat peruntukan perbelanjaan RM1.598 bilion untuk tahun 2027 iaitu RM94 juta lebih tinggi daripada tahun 2026. Belanjawan untuk pembangunan meningkat RM106 juta berbanding dengan tahun 2026.

MITI adalah sebuah kementerian yang menunjukkan prestasi cemerlang tahun demi tahun. Pertumbuhan ekonomi negara yang baik sebahagian besarnya adalah hasil usaha MITI melalui MIDA dan MATRADE masing-masing dalam pelaburan dan perdagangan.

Umpamanya, bagi tempoh Januari-September 2026, Malaysia mencatatkan pelaburan sejumlah RM350 bilion, peningkatan 20.7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2025. Manakala nilai perdagangan pula mencatatkan RM2.991 trilion, kenaikan 30.1 peratus berbanding dengan tahun 2025. Yang penting ialah eksport meningkat 34 peratus dan memberikan surplus lebihan dagangan RM232 bilion.

Setinggi tahniah saya ucapkan kepada MITI dan agensi-agensi di bawahnya terutamanya MIDA dan MATRADE.

B.24, Butiran 030300 di bawah tajuk pengukuhan perdagangan antarabangsa khususnya integrasi kerjasama ASEAN, belanjawan RM10.9 juta. Ini satu usaha yang positif dan saya menyokong kerana Malaysia memang sepatutnya memperkasakan perdagangan antara negara-negara ASEAN ataupun ASEAN intra trade supaya kita tidak terlalu bergantung kepada pasaran seperti Amerika Syarikat dan China.

B.24 di bawah tajuk pengukuhan pelaburan berkualiti, Butiran 040000, belanjawan RM190 juta. Saya minta Menteri supaya memberikan pencerahan berhubung aktiviti yang dilaksanakan di bawah tajuk ini.

Seterusnya, B.24, Butiran 020200 — Pembangunan Industri dan daya saing, RM100 juta. Minta Menteri nyatakan apakah aktiviti dan perkara-perkara yang akan dilaksanakan.

Seterusnya, P.24, Butiran 00520 — Dana Pelaburan Strategik, sejumlah RM459 juta.

Kenaikan lebih daripada RM38 juta. Dengan jumlah belanjawan yang begitu besar dan kenaikan yang signifikan berbanding tahun 2026, saya minta Menteri memberikan pencerahan tentang perkara ini.

draft • 6:01 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Butiran P.24, Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi, RM46 juta. Apakah yang dimaksudkan dana berimpak tinggi ini? Siapakah atau syarikat manakah yang akan diperolehi daripada dana ini?

Seterusnya, P.24, Butiran 00530 – Menaiktaraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada, sejumlah RM20 juta. Saya menyokong belanjawan ini.

Kalau tidak pun— kalau lebih, lagi baik kerana ia banyak membantu kawasan perindustrian sedia ada yang dibangunkan berpuluh tahun yang lalu. Kerajaan negeri atau kerajaan tempatan tidak mampu untuk melaksanakan projek-projek seperti ini. Ia termasuk memperbaiki dan menaik taraf sistem perparitan yang rosak teruk, membina parit baharu untuk mencegah banjir, memperbaiki dan menaik taraf lampu jalan dan sebagainya.

Sewaktu menjadi Exco Industri dan Pelaburan dulu selama 10 tahun di Kedah, saya selalu memohon daripada MIDA untuk mendapatkan peruntukan ini. Alhamdulillah, MIDA jarang sekali menolak permohonan ini. Terima kasih MIDA. Untuk tahun 2025, Kedah memperoleh RM4.1 juta dan 2026, RM2 juta. Terima kasih sekali lagi kepada MIDA.

P.24, Butiran 06000 — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), RM400 juta. Persoalannya ialah syarikat semikonduktor yang manakah yang akan memperolehi dana ini? Saya berharap agar sebahagian daripada perbelanjaan yang digunakan untuk talent development.

Butiran 00531 dan 00532. Taman Teknologi Sarawak, RM17 juta; Taman Teknologi Sabah, RM39 juta. Tahniah, Sabah dan Sarawak. Saya minta Menteri memaklumkan kepada Dewan ini, di manakah projek ini akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak dan apakah jenis industri yang akan dibangunkan?

Seterusnya― sedikit lagi saja, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya tanya kepada Menteri, apakah kesan terhadap kedudukan Malaysia dalam pembangunan AI dan data centre disebabkan oleh isu peletakan jawatan Jensen Huang di NVIDIA dan isu-isu berkaitan dengan beliau baru-baru ini?

Saya juga menyokong apa yang disebutkan oleh Balik Pulau sebentar tadi berhubung dengan bilateral investment with Taiwan yang dimeterai pada tahun 1993. Banyak perkara sudah berubah. Jadi, rundingan untuk perjanjian yang baharu harus dimulakan secepat mungkin supaya dia tidak akan menjejaskan hubungan dari segi trade dan juga investment dengan Taiwan. Kesan kepada Malaysia amat besar sebab Taiwan adalah rakan dagangan keempat terbesar dengan Malaysia. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 6:01 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan P.24, Butiran 06000 — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) berjumlah RM400 juta. Antara agenda utama NIMP 2030 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai gerbang logistik pilihan ke Asia dan hab pengedaran serantau. Ia selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR 2.0).

Barang diingat, Yang Berhormat Pengerusi, Shah Alam suatu waktu ketika dahulu dikenali sebagai bandar industri pembuatan. Kita ada industri elektrik dan elektronik seperti JVC, Ericsson, Matsushita, industri kesihatan seperti Johnson & Johnson, industri kimia seperti CCM serta pelbagai lagi industri barangan pengguna fast moving consumer goods

(FMCG) yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Namun kini, kita menyaksikan perubahan struktur industri apabila sebahagian kawasan industri di Shah Alam ini sudah bertukar wajah dan dibanjiri— bukan banjir, Yang Berhormat Pengerusi ya. Dibanjiri oleh pusat logistik, penggudangan dan pengedaran. Antara perkembangan yang dapat dilihat ialah kewujudan Shah Alam International Logistics Hub, Mapletree Shah Alam Logistics Hub, Maersk Mega Distribution Centre, PKT Logistics, DHL, DB Schenker dan banyak lagi termasuk pusat-pusat penggudangan dan pengedaran syarikat- syarikat tempatan.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa Shah Alam semakin berubah menjadi hab logistik dan rantaian bekalan yang penting kerana kedudukannya yang sangat strategik.

draft • 6:07 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Namun pertumbuhan industri logistik membawa keperluan infrastruktur yang berbeza juga. Ia memerlukan jalan raya yang mampu menampung pergerakan lori berat, akses lebuh raya yang lebih cekap, ruang menunggu dan parkir trak, lori dan pelbagai kenderaan perdagangan, sistem saliran yang lebih baik serta infrastruktur digital yang juga menyokong operasi logistik moden.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah dasar dan insentif MITI untuk memastikan pembangunan hab logistik bukan sahaja menarik pelaburan, tetapi turut disokong dengan prasarana dan infrastruktur yang bersesuaian? Bagaimanakah MITI menyelaras dengan Kementerian Pengangkutan, KPKT, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan pertumbuhan hab logistik ini tidak membebankan infrastruktur sedia ada khususnya jaringan pengangkutan, kawalan trafik dan kualiti jalan raya di Shah Alam, apatah lagi untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga Shah Alam akan terus terpelihara?

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bagi maksud Bekalan B.24 Butiran 05300 – Promosi Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan daripada RM6 juta pada tahun 2026 kepada RM20 juta pada tahun 2027 iaitu peningkatan sebanyak RM14 juta ataupun lebih tiga kali ganda.

Peningkatan ini tentunya memberi ruang kepada MITI untuk mempergiat promosi pelaburan, memperluas jaringan perdagangan dan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Saya ingin bertanya kepada Menteri, daripada pelaburan yang diluluskan hasil aktiviti promosi MITI sebelum ini, berapakah nilai yang benar-benar telah dapat direalisasikan? Dan apakah objektif spesifik peruntukan kali ini dinaikkan sehingga kepada tiga kali ganda?

Seterusnya bagi maksud Bekalan B.24 Butiran 040000 dan 040300 – program Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Peruntukan berkurangan daripada RM191 juta kepada RM189 juta. Walaupun pengurangannya kecil, tetapi kepentingan program ini tidak boleh kita pandang ringan. Malaysia bukan sekadar mahu menarik pelaburan yang besar dari segi nilai, tetapi pelaburan yang membawa pemindahan teknologi, peningkatan produktiviti, membangunkan tenaga kerja tempatan dan memperkukuh industri dalam negara kita.

Kita tidak mahu pelaburan asing hanya beroperasi di negara kita ini tanpa hubungan yang kukuh dengan syarikat tempatan, sebaliknya pelaburan tersebut seharusnya membuka ruang dan peluang kepada PMKS untuk menjadi vendor, pembekal dan sebahagian daripada rantaian bekalan global. Lalu, apakah strategi MITI untuk memastikan bahawa pelaburan yang diluluskan benar-benar dapat direalisasikan dan apakah mekanisme khusus untuk memastikan syarikat tempatan khususnya PMKS turut mendapat manfaat daripada pelaburan asing yang masuk ke negara ini?

Akhirnya, Yang Berhormat Pengerusi, saya berharap transformasi industri negara yang diterajui MITI berupaya mengangkat industri negara yang lebih moden, berteknologi tinggi, lebih produktif dan mampu menawarkan pekerjaan berkualiti serta nilai tambah yang lebih besar kepada ekonomi negara. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

Tadi Kubang Pasu lepas itu Shah Alam, pergi ke Kapar, semua rakan-rakan PAC saya.

Silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 6:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih kepada Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya bangun untuk membahaskan RUU Perbekalan 2027 di bawah Kementerian

draft • 6:13 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Pelaburan, Perdagangan dan Industri di bawah Kepala B.24 dan P.24 yang telah pun diperuntukkan RM1.9 bilion lebih.

Merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing yang juga diagihkan RM100.8 juta khususnya menyentuh dasar tarikan pelaburan industri berimpak tinggi serta hab pusat data yang sedang rancak diluluskan, dengan merujuk secara langsung kepada pembangunan zon industri mega melebihi 2,600 ekar di kawasan Parlimen Kapar.

Tuan Pengerusi, dalam keghairahan MITI mengejar angka pelaburan langsung asing

(FDI) dan domestik, kita menyaksikan dua projek mega bersebelahan di Ladang Bukit Kerayong, Kapar iaitu usaha sama SD Guthrie dan Sime Darby Property seluas 1.022 juta ekar — 1,022 ekar untuk industri berat dan logistik serta usaha sama SD Guthrie, YTL Power dan Bumi Assets seluas 1,623 ekar yang turut merangkumi pembangunan pusat data gergasi.

Secara keseluruhan, lebih 2,645 ekar tanah pertanian dan ladang sedang ditukar menjadi zon industri dan pusat data.

Persoalannya kepada MITI, adakah kelulusan pelaburan dan penyelarasan melalui pasukan petugas pusat data, Data Centre Task Force di bawah MITI benar-benar mengambil kira kapasiti tanggungan atau carrying— tampungan atau carrying capacity, infrastruktur asas dan alam sekitar setempat atau sekadar mengejar angka pelaburan atas kertas?

Tiga isu kritikal yang menuntut jawapan tuntas daripada pihak kementerian: pertama, risiko banjir dan kapasiti saliran. Kapar dan Bukit Kerayong bukanlah kawasan bebas banjir, ia merupakan kawasan rendah berhampiran muara Sungai Kapar dan kawasan hot spot banjir yang sering terjejas apabila berlaku hujan lebat dan fenomena air pasang besar.

Penukaran lebih 2,600 ekar tanah ladang yang selama ini bertindak sebagai kawasan tadahan semula jadi kepada permukaan konkrit dan gudang industri akan meningkatkan kadar larian air permukaan secara drastik.

Jadi MITI, apakah syarat ketat pelaburan yang dikenakan sebelum MITI memberi lampu hijau kepada hab industri dan pusat data sebesar ini?

Adakah pelabur diwajibkan membina kolam takungan tebatan banjir berkapasiti tinggi di dalam tapak mereka sendiri sebelum kerja tanah dimulakan agar kampung di kampung tradisi dan perumahan, taman perumahan sekitar Kapar ini tidak menjadi mangsa banjir kilat akibat pelaburan yang diluluskan oleh kementerian?

Kedua, pusat data berskala hyper, hyperscale terkenal sebagai fasiliti yang rakus menggunakan tenaga elektrik dan air terawat bagi sistem penyejukan. Di saat penduduk dan pengusaha industri sedia ada di Kapar dan Meru kerap berdepan isu gangguan bekalan serta tekanan air rendah, kemasukan pusat data gergasi ini bakal menyedut kapasiti utiliti sedia ada.

draft • 6:13 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dalam Bajet 2027 ini, sejauh manakah MITI mensyaratkan penggunaan teknologi penyejukan, kitaran tertutup (closed-loop cooling), penggunaan air kitar semula (reclaimed water) serta penjanaan tenaga boleh baharu secara kendiri oleh pemaju pusat data di Kapar.

Kita tidak mahu rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan kos infrastruktur atau catuan sumber semata-mata untuk menampung operasi pusat data asing.

Ketiga, apa keuntungan sebenarnya kepada rakyat setempat? Rakyat di Kapar tidak makan angka pelaburan berbilion ringgit. Jadi saya menuntut MITI menjelaskan, berapakah kuota dan jaminan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang dikhususkan untuk anak tempatan melalui program latihan TVET dan dipadankan dengan pelabur di zon industri Kapar?

Kedua, apakah mekanisme penyertaan rantaian bekalan atau supply chain yang mewajibkan syarikat gergasi ini melantik vendor dan PMKS tempatan supaya limpahan ekonomi tidak hanya berlegar di kalangan konglomerat besar sahaja?

Satu sahaja lagi Pengerusi. B.24, Butiran 030600 – Sekretariat Perdagangan Strategik. Lynas memeterai perjanjian bekalan nadir bumi empat tahun dengan Kerajaan Amerika Syarikat yang disifatkan kerajaan sebagai urusan komersial anak syarikatnya.

Kerajaan mengakui secara teknikal, sukar untuk menentukan penggunaan akhir nadir bumi kerana rantaian bekalannya berpecah-pecah. Ini Oktober 2026 ya. Dan Malaysia menyasarkan pembangunan simpanan nadir bumi bukan radioaktif sebanyak 16.2 juta tan bernilai RM747.2 bilion.

draft • 6:13 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Persoalan kepada Menteri, Akta Perdagangan Strategik 2010 mengawal eksport barang strategik. Adakah oksida nadir bumi tersenarai sebagai barang strategik di bawah akta ini?

Kedua, kerajaan menyatakan perjanjian ini diuruskan anak syarikat Lynas di Amerika Syarikat. Adakah oksida nadir bumi yang dibekalkan di bawah perjanjian itu diproses di Gebeng? Ketiga, kerajaan mengakui penggunaan akhir nadir bumi sukar ditentukan. Adakah MITI akan mewajibkan sijil pengguna akhir bagi setiap eksport oksida nadir bumi dari Malaysia? Terima kasih Pengerusi.

draft • 6:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 050400 – Halal Development Corporation (HDC).

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Berdasarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 yang dilancarkan pada tahun 2023, Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju industri halal dunia. Walaupun Malaysia pada hari ini masih menjadi salah satu peneraju industri halal, namun jika kita lihat keadaan dunia, suasana industri ini berubah dengan begitu cepat sekali.

Negara-negara lain di dunia ini juga turut memberi tumpuan kepada industri halal. Dan kita sedar bahawa negara-negara di dunia ini, banyak negara yang dapat mengeluarkan produk-produk halal dalam pelbagai segmen pada harga yang jauh lebih murah dan berdaya saing. Ada juga negara yang mula mengeluarkan produk bernilai tinggi yang sebelum ini tidak banyak yang berstatus halal, tetapi pada hari ini semakin banyak yang berstatus halal.

Ambil contoh, supplement dan juga pharmaceutical— barangan pharmaceutical yang dikeluarkan di Australia. Jika sebelum ini tidak banyak yang ada tanda halal atau tidak banyak produk halal yang dikeluarkan, pada hari ini semakin banyak produk-produk halal bernilai tinggi ini yang dikeluarkan ke dalam pasaran.

Negara jiran kita, Thailand dan Indonesia juga banyak menumpukan pada pengeluaran produk-produk halal, khususnya makanan. Negara China mula melihat, bagaimanakah ruang yang ada dalam konteks produk halal ini untuk diambil peluang yang ada bagi mereka menguasai lebih besar segmen produk halal ini. Jadi, jika berdasarkan suasana semasa, saya nak tanya, bagaimanakah kerajaan melihat daya saing Malaysia dalam industri halal ini untuk tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang? Negara mana yang menjadi pesaing utama Malaysia dalam segmen produk-produk tertentu untuk tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang ini?

Dan selain daripada itu Tuan Pengerusi, itu berkaitan dengan persaingan dunia. Dan salah satu kekuatan industri halal yang ada pada Malaysia adalah Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Negara lain menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai standard bagi pengeluaran Sijil Halal Malaysia yang begitu tinggi tahapnya.

Sebab itu, apabila berlaku krisis isu berkaitan dengan ayam tidak halal, ayam yang dibekalkan, disembelih dengan cara tidak betul, ayam bangkai. Apabila berlaku krisis ini di Malaysia dan semakin hari kita lihat semakin banyak isu ini ditimbulkan, maka ianya tentunya akan memberi kesan kepada integriti rantaian bekalan halal di Malaysia ini.

Sebab itu saya lihat bahawa MITI, khususnya melalui HDC, perlu memainkan peranan secara lebih menyeluruh untuk membantu agensi-agensi lain dan kementerian lain yang berkaitan dengan industri halal di Malaysia ini untuk bekerjasama dan membina satu kerangka yang lebih menyeluruh. Kalau isu ayam bangkai ini berterusan, ianya tentunya akan memberi kesan keyakinan kepada industri halal dunia kepada Malaysia.

Sebab itu kalau kita lihat sampai ke hari ini, saya masih tekankan bagaimana pentingnya untuk agensi yang berkaitan menamakan syarikat-syarikat yang terlibat dalam

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

mengeluarkan ayam-ayam bangkai atau memproses ayam-ayam bangkai ini. Kerana kita nak tunjuk bahawa kita tegas. Sehingga ke hari ini— Tuan Pengerusi pun tahu, Tuan Pengerusi membangkitkan perkara yang sama. Sehingga ke hari ini, tidak ada lagi nama syarikat mana yang memproses ayam-ayam bangkai ini.

Jika ini berterusan, kita menghantar signal seolah-olah kita melindungi syarikat- syarikat yang terlibat dalam memproses ayam bangkai ini. Sebab itu saya mohon dilihat perkara ini secara lebih mendalam.

Seterusnya, poin kedua Tuan Pengerusi, sedikit saja, 020800 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Saya ingin menyentuh bagaimana peranan MPC. Saya ingin bertanya bagaimana peranan MPC dalam konteks membantu kerajaan untuk memastikan segala perkara berkaitan dengan teknologi terkini, berkaitan dengan AI, dapat digunakan dalam sektor awam ini untuk meningkatkan produktiviti kakitangan awam?

Kita lihat banyak kerja-kerja dalam perkhidmatan awam ini yang kadang-kadang dibuat berulang-ulang. Kalau nak borang itu, sekejap nak kena isi, hantar ke kementerian ini, kena isi borang yang sama lagi. Ini yang dihadapi oleh rakyat kita. Dan pegawai pun perlu melalui proses yang sama.

Jadi, saya nak tanya peranan MPC dalam memastikan bahawa teknologi digital dan juga AI ini dapat digunakan untuk memperkasakan produktiviti dalam sektor awam ini.

Bagaimana MPC melihat proses-proses perjalanan, bisnes proses di setiap kementerian untuk melihat dekat mana boleh kita guna AI, dekat mana kita boleh guna pendigitalan, maka dapat kurangkan beban tugas yang berulang-ulang ini dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Dan untuk tempat yang mana kita telah mudahkan proses melalui penggunaan AI, kita boleh gunakan kakitangan kerajaan ini untuk melaksanakan khidmat-khidmat lain kepada rakyat.

Jadi, itu akan memberi kesan bukan sahaja kepada produktiviti kakitangan awam, tetapi juga kepada rakyat Malaysia dalam konteks berurusan dengan kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya setujulah fasal ayam bangkai itu tadi. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 6:20 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Batu Gajah ingin menyentuh tiga perkara utama berkaitan MITI dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan perusahaan tempatan.

draft • 6:27 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Bagi tempoh Januari hingga September 2026, Malaysia merekodkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM350.4 bilion, meningkat 20.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Pelaburan ini melibatkan 4,387 projek yang dijangka mewujudkan 152,090 peluang pekerjaan. Sumbernya ialah daripada Malaysian Investment Development Authority 2026. Angka ini sememangnya memberangsangkan. Namun, kejayaan menarik pelaburan tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah modal yang masuk semata-mata. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana pelaburan tersebut memberi kesan kepada ekonomi domestik.

Tuan Pengerusi, pertama, saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Industri. Dalam kita memastikan pelaburan asing turut mengukuhkan syarikat tempatan, Batu Gajah berpandangan bahawa syarikat tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, perlu diberikan peluang yang lebih besar untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan industri negara.

Apabila syarikat multinasional membuka kilang dan menjalankan operasi di Malaysia, manfaatnya tidak seharusnya terhad kepada syarikat besar sahaja. Perusahaan tempatan juga perlu berpeluang membekalkan bahan, komponen, perkhidmatan dan kepakaran kepada industri tersebut. Perlaksanaan New Incentive Framework atau NIF yang memberi penekanan kepada penciptaan pekerjaan berpendapatan tinggi serta pengukuhan rantaian bekalan domestik merupakan satu langkah yang positif.

Namun persoalannya, apakah langkah pemantauan yang dilaksanakan oleh MITI bagi memastikan syarikat yang menerima insentif pelaburan kerajaan turut membuka peluang perniagaan kepada vendor dan perusahaan tempatan?

Keduanya, saya merujuk kepada Butiran 010200 – Dasar Perancangan Strategik.

Dalam usaha mewujudkan pertumbuhan industri yang di terjemah kepada peningkatan gaji dan kualiti pekerjaan, Batu Gajah ingin menegaskan bahawa pembangunan industri tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran dan keuntungan syarikat.

Pekerja tempatan juga mesti menikmati hasil daripada pertumbuhan tersebut. Di bawah New Industrial Master Plan 2030, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan gaji median sektor pembuatan kepada RM4,510 menjelang tahun 2030 berbanding dengan RM1,976 pada tahun asas 2021.

draft • 6:27 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Sasaran ini penting khususnya ketika industri semakin bergerak ke arah pembangunan automasi dan teknologi baru. Pekerja tempatan perlu diberikan peluang

draft • 6:30 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

meningkatkan kemahiran agar mereka tidak sekadar mengisi pekerjaan berkemahiran rendah, tetapi mampu menyertai pekerjaan yang menawarkan pendapatan dan prospek kerjaya yang lebih baik.

Justeru, apakah strategi MITI untuk memastikan pelaburan dalam sektor pembuatan benar-benar menghasilkan pekerjaan berkualiti dan meningkatkan gaji khususnya kepada pekerja tempatan?

Tuan Pengerusi, saya —yang ketiga ialah merujuk kepada butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri dalam memperkukuh daya saing syarikat tempatan dalam pasaran antarabangsa. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, Malaysia perlu terus memperluaskan pasaran eksport dan membantu syarikat tempatan menembusi pasaran tersebut.

Pada masa yang sama, penubuhan piawaian perdagangan antarabangsa turut memberikan cabaran kepada pengeksport Malaysia. Antaranya ialah pelaksanaan Carbon Border Adjustment Mechanisme (CBAM) oleh Kesatuan Eropah sejak 1 Januari 2026 yang melibatkan sektor seperti besi dan keluli, aluminium, simen, baja, elektrik dan hidrogen.

Keperluan perdagangan yang semakin menekankan aspek kelestarian ini boleh menjadikan cabaran besar kepada perusahaan kecil dan sederhana yang mempunyai sumber kewangan serta kepakaran yang terhad. Oleh itu, sokongan kerajaan tidak boleh terhenti pada usaha mempromosikan produk Malaysia di luar negara. Syarikat tempatan juga perlu dibantu untuk memenuhi piawaian antarabangsa dan meningkatkan keupayaan eksport mereka.

Persoalannya, apakah bentuk bantuan dan sokongan khusus yang disediakan oleh MITI bagi memastikan perusahaan tempatan, khususnya PKS tidak ketinggalan dalam memenuhi piawaian perdagangan antarabangsa dan menembusi pasaran eksport baharu?

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya Batu Gajah berpandangan bahawa kejayaan MITI tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah pelaburan yang berjaya ditarik masuk ke negara kita semata-mata. Sebaliknya, kejayaan tersebut perlu dilihat melalui peluang yang diberikan kepada syarikat tempatan, peningkatan pendapatan pekerja dan keupayaan industri Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kita mahu Malaysia bukan sekadar menjadi destinasi pelaburan, tetapi sebuah negara yang mampu membangunkan industri tempatan, menyediakan pekerjaan berkualiti dan memastikan rakyat turut menikmati hasil pertumbuhan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Berikut, pembahas yang terakhir Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 6:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh empat butiran penting di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri khususnya berkaitan usaha menarik pelaburan berkualiti, memperkukuhkan ekonomi digital dan membangunkan industri aeroangkasa negara dengan memberikan perhatian khusus kepada potensi Sabah dan Sarawak.

Pertama, Butiran 040100 – Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan. Saya ingin menegaskan bahawa kejayaan menarik pelaburan bukan sekadar diukur melalui nilai pelaburan yang dilulus, tetapi sejauh mana pelaburan tersebut direalisasikan dan memberi manfaat kepada ekonomi tempatan.

Saya ingin mengetahui apakah mekanisme MITI untuk memastikan pelaburan yang masuk turut membuka peluang kepada syarikat tempatan khususnya PKS di Sabah dan Sarawak melalui pembangunan vendor, pemindahan teknologi, peluang penyertaan dalam rantaian bekalan antarabangsa. Saya juga ingin berharap fasilitasi perdagangan dipermudahkan melalui sistem digital bersepadu bagi mengurangkan birokrasi kos logistik dan tempoh kelulusan perdagangan rentas sempadan.

Kedua, Butiran 040200 – Ekonomi Digital. Yang perlu menjadi pemangkin kepada transformasi industri bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan pusat data dan infrastruktur telekomunikasi.

Saya mencadangkan supaya MITI memberi penekanan kepada pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI), Internet of Thing, automasi, analitik data raya dan teknologi semikonduktor bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing industri tempatan. Bagi Sarawak, kelebihan sumber tenaga boleh diperbaharui khususnya tenaga hidro boleh dimanfaatkan untuk menarik pelabur industri digital dan juga pembuatan teknologi tinggi.

Ketiga, Butiran 050600 – Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia ataupun dikenali sebagai NAICO.

Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada satu perkembangan teknologi yang sangat menarik di China. Pada 14 November 2026, pesawat elektrik komersial CE25A keluaran Commercial Aircraft Corporation of China ataupun dikenali sebagai COMAC berjaya melaksanakan penerbangan ujian pertama dengan juruterbang. Pesawat seberat 10 tan ini mampu membawa 19 penumpang, mempunyai kelajuan pelayaran 300 kilometer sejam dan jarak operasi yang disasarkan sehingga 400 kilometer.

Penerbangan ujian tersebut meliputi jarak 60.4 kilometer dengan masa 16 minit 38 saat di udara. Ini merupakan satu petunjuk bahawa industri penerbangan dunia sedang bergerak ke arah teknologi elektrik, penerbangan jarak dekat dan pengangkutan udara yang lebih mampan. Walaupun CE25A masih dalam proses pensijilan, belum boleh dianggap

draft • 6:53 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

sebagai pesawat komersial yang beroperasi, perkembangan ini membuka ruang kepada industri aeroangkasa Malaysia.

Saya ingin mencadangkan supaya Sarawak dipertimbangkan sebagai hab pembangunan industri aeroangkasa dan penerbangan serantau. Dengan kerjasama strategik di antara MITI dan NAICO, Kerajaan Sarawak, institusi pengajian tinggi dan pemain industri antarabangsa termasuk COMAC, Sarawak mempunyai beberapa kelebihan strategik.

Kedudukan geografi yang berhampiran dengan Indonesia khususnya Nusantara serta pasaran Asia Tenggara, sumber tenaga hidro yang boleh menyokong pembangunan industri pembuatan dan teknologi penerbangan rendah karbon.

Potensi pembangunan tenaga mahir dalam kejuruteraan aeroangkasa, avionik sistem bateri dan penyelenggaraan pesawat, peluang membangunkan industri maintenance, repair and overhaul ataupun dikenali sebagai MRO, pembuatan komponen pesawat, sistem elektronik penerbangan dan latihan teknikal. Malah, cadangan menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa negara pernah dibangkitkan oleh MITI pada Julai 2024. Ini bermakna kita mempunyai bukan bermula daripada kosong, tetapi perlu mempercepatkan pelaksanaan ini.

Keempat, Butiran 050300 – Promosi dan Menggalakkan Pelaburan dan Perdagangan.

Menurut prestasi industri aeroangkasa Malaysia pada tahun 2025, sektor ini menjanakan kira- kira RM32.5 bilion hasil industri— minta dua minit Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 6:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, silakan.

draft • 6:53 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Dan menyediakan lebih 35,000 peluang pekerjaan kemahiran tinggi. Sasaran di bawah Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2030 pula ialah sekitar RM55 bilion hasil industri dan 32,000 pekerjaan berpendapatan tinggi. Angka ini menunjukkan bahawa aeroangkasa merupakan industri bernilai tinggi yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar MITI dan NAICO mengadakan misi promosi pelaburan khusus ke ‘negeri’ China, Korea Selatan, Jepun dan negara-negara pengeluar teknologi penerbangan bagi menarik pelabur ke Sarawak.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah perancangan konkrit MITI dan NAICO untuk menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa negara khususnya dalam sektor MRO, pembuatan komponen dan latihan tenaga mahir.

Dan yang kedua, adakah MITI bersedia menerokai kerjasama teknologi dan pelaburan dengan COMAC bagi membangunkan ekonomi penerbangan elektrik dan pesawat serantau di Malaysia termasuk potensi menggunakan teknologi tersebut untuk meningkatkan perhubungan udara antara kawasan pedalaman Borneo.

Akhir sekali Dato’ Sri Pengerusi, saya percaya Sarawak bukan sahaja sekadar mempunyai potensi sebagai pembekal tenaga kepada negara, tetapi juga berpeluang menjadi

draft • 6:53 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

pemain penting dalam ekonomi digital, pembuatan teknologi tinggi industri aeroangkasa di masa hadapan. Kita tidak seharusnya hanya melibat penggunaan teknologi yang dibangunkan oleh negara lain, tetapi kita juga perlu membina keupayaan sendiri, menarik pelabur strategik dan melahirkan tenaga mahir tempatan.

draft • 6:53 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya berharap MITI dapat menterjemahkan potensi ini kepada pelan tindakan yang jelas supaya Sarawak turut menjadi sebahagian daripada rantaian nilai industri teknologi tinggi negara kita. Dengan itu, sekian terima kasih. Tuhan berkati.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Dipersilakan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.

draft • 6:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Terima kasih kepada 13 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 Peringkat Jawatankuasa yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat yang mulia ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pandangan, syor mahupun cadangan yang telah dibangkitkan berkaitan kementerian MITI sepanjang tempoh perbahasan yang berlangsung tadi.

Oleh kerana masa yang diberikan adalah terhad, maka saya akan cuba memberi penjelasan sebaik mungkin bagi isu-isu yang dikemukakan dan sekiranya terdapat pertanyaan, penjelasan terperinci yang diperlukan, maka saya akan memberi penjelasan secara bertulis. Kepada Yang Berhormat yang soalan perbahasan saya tidak dapat dijawab di sini, MITI akan menjawab secara bertulis.

Okey, saya ingin— beberapa Yang Berhormat telah membangkitkan isu REE. Yang Berhormat Machang, Jerantut dan juga Kapar, mereka menanyakan tentang isu berkaitan REE mentah.

Bagi menjawab soalan daripada Machang— kerjasama dengan Perancis dalam bidang mineral adalah bertujuan untuk mewujudkan rantaian nilai yang mampan dan membina kepakaran teknologi dalam negara. Ia bukan satu penyerahan eksklusif sumber REE negara kepada mana-mana pihak tunggal.

Untuk maklumat, kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah melaksanakan fleksibiliti pengeksportan REE mentah melalui garis panduan pertimbangan permohonan

draft • 6:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

pengeksportan unsur nadir bumi mentah bagi tujuan pembangunan rantaian nilai industri dalam negara yang berkuat kuasa secara rasmi pada 1 Oktober 2026. Fleksibiliti kepada dasar moratorium ke atas eksport bahan mentah REE tersebut adalah terhad untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D serta pemprosesan sahaja.

Saya ingin...

draft • 6:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya boleh mencelah Timbalan Menteri? Mengenai REE.

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Ya.

draft • 6:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Sebab di sini kita dapati bahawa yang meneruskan mining ataupun perlombongan REE ini ialah daripada Kementerian NRES. MITI cuma bertanggungjawab daripada midstream hinggalah kepada downstream. Jadi, ada dua kementerian berbeza.

Jadi, adakah perlu Timbalan Menteri, kita adakan satu task force ataupun satu agensi khusus untuk REE kerana REE jumlah mineral, critical mineral REE ini diunjurkan sebanyak 16.1 juta tan, satu jumlah yang besar dan ini akan memberi pulangan yang besar kepada negara. Adakah sebab dua kementerian berbeza yang handle REE ini?

draft • 6:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Timbalan Menteri, boleh?

Tadi saya ada berbicara tentang perkara yang sama. Cuma jawapannya ialah, berapa banyak pendapatan yang Kerajaan Negeri Perak peroleh dan berapa yang dapat daripada Kerajaan Persekutuan? Dan benar ke Menteri, eksport ini sekadar untuk penyelidikan ataupun untuk komersial? Mohon jawapan tuntas.

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Okey, terima kasih YB Balik Pulau dan juga Jerantut. Untuk menjawab Balik Pulau, sememangnya sudah ada task force yang merangkumi semua yang dipengerusikan oleh Menteri NRES dan MITI, dan juga pelbagai kementerian lain dan agensi turut terlibat.

Untuk menjawab Jerantut ini, saya rasa soalan itu lebih baik ditujukan kepada NRES kerana dalam MITI ini, kita adalah daripada midstream kepada downstream, bukan dari segi eksport raw material. Okey, untuk industri pusat data yang telah ditanya oleh Kepong, Kepong tak ada ya?

Okey, untuk maklumat Jerantut, semua syarikat pusat data yang memohon kelulusan daripada pasukan DCTF selepas Oktober 2025 perlu mengemukakan pelan hala tuju 30 peratus kandungan tempatan sebelum projek mereka diluluskan. Sehubungan itu, MIDA mempunyai satu pangkalan data yang menghimpunkan kesemua syarikat tempatan yang berpotensi menyokong pembangunan pusat data. Inisiatif ini akan memudahkan syarikat pusat data mencari dan memadankan keperluan mereka dengan pembekal tempatan yang

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin

bersesuaian. PKS juga boleh menikmati kontrak pelaburan dalam industri pusat data ini kerana tiada ketetapan khusus saiz syarikat tempatan.

Okey, bagi menjawab peraturan kawalan terbaharu yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat, untuk Yang Berhormat Machang. Machang tak ada, Bakri ada? Bakri ada dan Kubang Pasu ada.

MITI sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi menentukan sama ada mana-mana cip yang dibawa masuk ke Malaysia, dari atau melalui Malaysia telah dieksport semula ke negara lain dan sama ada pengeksportan semula tersebut dijalankan selaras dengan undang-undang.

Malaysia akan menjalankan semakan sendiri secara bebas selaras dengan undang-undang Malaysia dan berdasarkan bukti yang sedia ada. MITI akan meneruskan libat urus dengan pemain industri bagi mengenal pasti tahap pendedahan, menilai implikasi terhadap operasi dan eksport syarikat tempatan serta memberikan panduan berkaitan keperluan pematuhan kawalan eksport.

Langkah ini penting bagi memastikan industri semikonduktor tempatan terus mengekalkan akses kepada pasaran antarabangsa, daya saing dan kedudukan dalam rantaian bekalan semikonduktor global. Menteri MITI turut menyampaikan mesej secara tegas supaya operator pusat data di Malaysia mematuhi peraturan Amerika Syarikat jika ingin menggunakan cip AI termaju dari negara tersebut. Beliau— Menteri sekarang di APEC di China, di Shenzhen, beliau telah mengulas dengan tegas daripada China di Shenzhen.

Untuk maklumat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, pasukan petugas pusat data, kelulusan bagi memastikan pembangunan pusat data yang mampan, syarikat digalakkan menggunakan sumber air alternatif seperti air pulih guna (reclaimed water), air tuaian hujan (harvested rainwater), air bawah tanah dan air sungai bagi menyokong sistem penyejukan pusat data dan tidak menjejaskan bekalan air bagi kegunaan sektor lain dan domestik. Selain itu, syarikat digalakkan untuk menggunakan teknologi penyejukan tanpa air.

Untuk isu yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat tentang ART— Malaysia dan Amerika Syarikat telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas— Agreement on Reciprocal Trade pada 26 Oktober 2025, semasa– Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang diadakan di Kuala Lumpur, semasa lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia.

Sehingga kini, ART masih belum berkuat kuasa susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat, the Supreme Court of the United States pada Februari 2026 yang membatalkan pelaksanaan tarif timbal balas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa iaitu International Emergency Economic Powers Act (IEEPA).

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Sehubungan itu, pihak Amerika Syarikat akan meminda rujukan kepada IEEPA dan tarif timbal balas yang terkandung dalam perjanjian tersebut serta mengemukakan protokol pindaan kepada Malaysia sebaik sahaja dokumen berkenaan di muktamadkan. Malaysia sedang menunggu protokol pindaan tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya. ART menetapkan komitmen Malaysia untuk tidak melarang eksport mineral kritikal ke Amerika Syarikat dan menghapuskan kuota eksport unsur nadir bumi ke Amerika Syarikat.

Artikel ini turut memperuntukkan komitmen Malaysia untuk mempercepatkan pembangunan sektor nadir bumi dan mineral kritikal melalui kerjasama dengan syarikat Amerika Syarikat, menggalakkan bekalan magnet nadir bumi kepada Amerika Syarikat berdasarkan terma yang dipersetujui bersama serta tidak mengenakan sekatan terhadap penjualan magnet nadir bumi kepada Amerika Syarikat...

draft • 6:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Sri Yang di- Pertua, boleh minta laluan Menteri, seminit saja?

draft • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Ya, saya habiskan dan saya akan bagi....

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey, alright.

draft • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin

...Umumnya ART tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap Malaysia untuk menjalin atau meneruskan kerjasama dalam bidang mineral kritikal dan nadir bumi dengan mana-mana negara. Peruntukan tersebut juga tidak mengandungi sebarang ketetapan yang mewajibkan kerjasama dalam bidang berkenaan dilaksanakan secara eksklusif dengan Amerika Syarikat, tidak. Mahupun mengehendaki Malaysia mendapatkan persetujuan atau kelulusan terlebih dahulu daripada Amerika Syarikat sebelum memeterai sebarang bentuk kerjasama dalam bidang mineral kritikal dan nadir bumi dengan negara lain.

Jadi apa yang dikatakan oleh Machang itu tidak betul. Sehubungan itu, Malaysia kekal mempunyai ruang untuk menjalinkan kerjasama dengan negara lain dalam bidang mineral, kritikal mineral dan nadir bumi (REE) tertakluk kepada undang-undang dan dasar negara Malaysia yang berkuat kuasa.

Kubang Pasu.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sikit aje.

Baru-baru ni Parti Demokrat menang besar dalam midterm election the control Congress and also Senate. Adakah kemenangan mereka ini akan memberi kesan terhadap ART yang kita telah tangani antara mereka— Amerika dan Malaysia?

draft • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Kubang Pasu. Saya rasa seluruh dunia sedang memerhati apa yang perkembangan terbaru di Amerika Syarikat. Apa yang realitinya adalah

draft • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Presiden masihlah Donald Trump dan walaupun politik macam mana, kita kena tunggu dan lihat.

Okey, berhubungan— Yang Berhormat Balik Pulau, Bakri dan juga Kubang Pasu yang pernah bertugas di Taipei ya, telah membangkitkan isu hubungan perdagangan Malaysia dan Taipei. Pelaburan, berdasarkan data pelaburan sehingga Jun 2026 di mana sebanyak 1,737 projek pembuatan dengan penyertaan Taiwan telah dilaksanakan merangkumi pelaburan bernilai RM34.3 bilion.

Projek-projek ini telah menjana impak ekonomi yang ketara dengan mewujudkan 234,660 peluang pekerjaan di seluruh negara, sekali gus meletakkan Taiwan sebagai pelabur kesepuluh terbesar di Malaysia. Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi Malaysia-Taiwan atau Malaysia-Taiwan Economic Cooperation Committee (MTECC) yang ditangguhkan pada bulan Oktober akan diadakan setelah semua kumpulan kerja mengadakan mesyuarat.

Terdapat empat kumpulan kerja ya— working group di bawah MTECC iaitu Kumpulan Kerja Perdagangan (The Trade Working Group), Kumpulan Kerja Pelaburan (The Investment Working Group), Kumpulan Kerja Pembangunan (PKS), SME Development Working Group dan Kumpulan Penasihat Perniagaan (Business Advisory Group). MITI telah memaklumkan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia (TECO) bahawa Malaysia selaku tuan rumah bagi mesyuarat MTECC ke-11 akan mengadakan mesyuarat tersebut selepas Mesyuarat Kumpulan Kerja Pelaburan iaitu Investment Working Group berlangsung.

Untuk makluman, MITI sedang melaksanakan penilaian dan kajian perbandingan berhubung cadangan penambahbaikan Perjanjian Penggalakan dan Perlindungan Pelaburan, Investment Guarantee Agreements (IGA) antara Malaysia dan Taiwan dengan mengambil kira perkembangan serta pendekatan yang diguna pakai dalam perjanjian pelaburan Taiwan dengan negara-negara lain termasuk Vietnam, Thailand, Filipina dan India.

Dalam proses penilaian ini, MITI turut mendapatkan pandangan dan input daripada agensi-agensi kerajaan serta pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bank Negara Malaysia bagi memastikan sebarang cadangan penambahbaikan diteliti secara menyeluruh.

Buat masa sekarang, IGA yang telah ditandatangani pada tahun 1993 masih berkuat kuasa dan tidak ada sebarang masalah yang— pelaburan meningkat, perdagangan meningkat, termasuk apa yang telah dikatakan oleh Kubang Pasu tadi, perdagangan meningkat 88 peratus. Jadi, ini menunjukkan bahawa IGA yang telah dipakai selama ini masih berkuat kuasa dengan baik.

Dalam proses penilaian ini— okey, Malaysia sentiasa komited untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif serta memberikan keyakinan kepada pelabur asing.

draft • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Walau bagaimanapun, sebarang pertimbangan berhubung penambahbaikan IGA ini, perlu mengambil kira kepentingan nasional, dasar luar dan pendirian diplomatik Malaysia.

draft • 6:50 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Timbalan Menteri, boleh saya mencelah? Saya difahamkan The IWG— Investment Working Group itu telah pun dibatalkan ataupun suspended by Taiwan— dalam laporan berita yang dikeluarkan di Taiwan.

Bukan kita yang tak mahu adakan, tapi diminta batal oleh pihak TECO. Jadi, saya nak kepastian sebab tadi Timbalan Menteri sebut MTECC belum adakan mesyuarat disebabkan IWG masih lagi berjalan. So, selalunya IWG dulu baru MTECC kemudian.

So, IWG ini dibatalkan ataupun suspended by Taiwan. Adakah itu benar ataupun kita yang minta tangguh, yang mana satu? Saya tak pasti.

draft • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Saya rasa dari segi pihak Taipei, mereka telah membatalkan seperti yang dilaporkanlah ya. Investment Working Group mereka tidak— telah batalkan, tetapi pendirian Malaysia adalah tetap untuk bekerjasama kalau mereka setuju. Dan untuk MTECC, kita akan laksanakan selepas semua working group itu selesai. Okey, ya kejap.

Kepong tak ada.

Okey, Yang Berhormat Kubang Pasu. Dana khas pelaburan strategik telah diluluskan di bawah inisiatif Bajet 2022 dengan peruntukan awal sebanyak RM2 bilion untuk tempoh lima tahun di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan memberi tumpuan kepada sektor semikonduktor. Sektor semikonduktor ini telah dipilih kerana kita ingin menaikkan siling, raising the ceiling, pelaburan dan raising the floor as well. Pelaburan Infrastruktur yang menarik aktiviti bernilai tinggi. Rantaian nilai berteknologi tinggi ya.

Walaupun DKPS difokuskan kepada penyediaan infrastruktur dan fasiliti ekosistem, keberadaan projek ini secara langsung meningkatkan siling pertumbuhan industri semikonduktor negara iaitu daripada fasa pemprosesan belakang, front back end kepada reka bentuk litar bersepadu, IC design dan pembuatan fabrikasi iaitu advanced wafer fab. Pemindahan teknologi dan kemunculan bakat, ya. Syarikat yang diwajibkan untuk melakukan pemindahan teknologi, kehadiran kemudahan teknologi tinggi ini mencipta keperluan menjadi semula jadi untuk bakat tempatan menguasai kepakaran kejuruteraan termaju tanpa perlu kerajaan mengeluarkan dana latihan secara berasingan.

Dan kedua adalah, raising the floor ya, peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan mobilisasi sosial bakat tempatan.

Dan ketiga, ketiga adalah mengukuhkan tatakelola, governance framework. Pengurusan dana awam berasaskan pulangan pelaburan dan pematuhan komitmen.

Peningkatan peruntukan bagi tahun 2027 mengambil kira keperluan untuk menampung komitmen pembayaran sedia ada serta memastikan pembayaran kepada syarikat penerima dapat dilaksanakan mengikut jadual. Jumlah peruntukan yang lebih tinggi

draft • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin

berbanding tahun sebelumnya juga bertujuan memastikan kelangsungan pelaksanaan projek memenuhi komitmen kewangan kerajaan yang telah dipersetujui.

Tahun ini, tahun 2026, projek ini belum sedia, tetapi tahun 2027, mereka sudah bersedia dan nak take-off, jadi peruntukan itu ditingkatkan untuk makluman Kubang Pasu.

Untuk Dana Berimpak Tinggi pula, HIF telah mula diperkenalkan semenjak Bajet 2000, tahun 2000 di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) sebagai sebahagian daripada pakej galakan istimewa untuk menawarkan insentif khas.

draft • 6:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Objektif HIF adalah untuk menawarkan geran sebagai sebahagian daripada insentif yang ditawarkan bagi menarik pelaburan syarikat-syarikat tempatan dan asing yang strategik dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan untuk menempatkan projek di Malaysia. Dana ini juga diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain di rantau ini dan ekonomi lebih membangun dalam menawarkan insentif yang kompetitif kepada syarikat yang disasarkan.

Okey, untuk YB Jerantut. Okey, tentang program automasi PMKS halal HDC ya.

Untuk makluman YB, kementerian melalui HDC melaksanakan program pemerkasaan dan intervensi usahawan halal PMKS bagi membantu syarikat halal tempatan, memodenkan dan mengautomasikan proses pengeluaran. Bantuan diberi melalui fasilitasi perolehan mesin dan peralatan yang dipakejkan bersama latihan teknikal dan keusahawanan.

Program ini dikhususkan sepenuhnya kepada PMKS pengeluar produk halal dan tidak melibatkan syarikat besar. Program ini dilaksanakan secara bersasar di peringkat nasional berasaskan permohonan dan tahap kesediaan syarikat.

Pada tahun 2026, sebanyak 15 buah PMKS telah menerima manfaat. Bagi tahun 2027, program ini akan diperluaskan kepada 35 buah PMKS menjadikan jumlah keseluruhan 50 buah PMKS bagi tahun 2026 hingga 2027, kapasiti pengeluaran syarikat penerima diunjurkan meningkat sebanyak 50 peratus.

Program ini turut diperkukuh melalui geran berjumlah sehingga RM50,000 bagi setiap syarikat di bawah Belanjawan 2027 untuk menampung kos pematuhan, naik taraf fasiliti, mesin dan peralatan, latihan pekerja serta khidmat nasihat teknikal. Kementerian menggalakkan PMKS halal di negeri Pahang termasuk di Jerantut untuk memohon bagi 35 tempat tambahan pada tahun 2027 dan HDC akan memperluas jangkauan bersama agensi negeri bagi tujuan tersebut.

YB Padang Rengas, menanya tentang peningkatan daya saing industri melalui peruntukan RM2.6 juta berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (i-ESG). Untuk makluman Yang Berhormat Padang Rengas, ada? Okey.

Kerajaan melalui MITI telah melancarkan rangka kerja i-ESG pada 2 Oktober 2023 yang dijangka mampu menyelaraskan keperluan standard i-ESG dengan tuntutan rantaian

draft • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin

bekalan hijau global. Rangka kerja i-ESG ini merupakan pelan tindakan 3.14 di bawah Pelan Induk Perindustrian 2030 untuk melancarkan rangka kerja ESG dan program-program peralihan di bawah Misi Tiga: Usaha Ke Arah Net Zero.

Rangka kerja i-ESG itu sendiri berdasarkan komponen i-ESG iaitu piawaian, pembinaan kapasiti, pembiayaan dan mekanisme pasaran. Setiap komponen mempunyai strategi rasional untuk strategi hasil pemboleh (enabler) serta pelan tindakan oleh agensi pelaksana. Mengambil kira kepelbagaian tahap kesediaan industri, pelaksanaan rangka kerja i-ESG akan dibuat secara berfasa. Fasa satu adalah just transition di antara tahun 2024 hingga 2026. Kemudian disusuli fasa kedua, accelerate ESG di antara 2027 hingga 2030.

Saya ingin memberi makluman bahawa i-ESG ini sangat-sangat penting sebab kalau kita ingin eksport sebarang ke negara lain terutamanya di Europe, ESG itu menjadi keutamaan. Jadi adalah penting bahawa PMKS ini kita kena bersedia dan mereka kena work together dengan dia punya Tier One, maybe dia Tier Two atau vendor, dia kena kerjasama dengan syarikat induknya untuk bersama untuk ESG ready.

draft • 7:00 PM

Okey, Yang Berhormat Bakri— status nisbah pekerja asing 4

1 dan status penggajian pekerja asing seiring tahap automasi optimum dalam subsektor pembuatan perabot.

Untuk makluman YB Bakri, mulai tahun 2016, MIDA telah menetapkan syarat nisbah pengajian 80:20— 80 peratus pekerja tempatan dan 20 peratus pekerja asing sebagai salah satu syarat kelulusan lesen pengilang. Walau bagaimanapun, pematuhan terhadap syarat tersebut telah ditangguh beberapa kali dengan mengambil kira keperluan tenaga kerja industri.

Sehubungan itu, MITI telah melanjutkan penangguhan pematuhan syarat tersebut sehingga pelaksanaan penuh Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat— Multi-Tier Levy Mechanism. Sebagai agensi kawal selia bagi sektor perkilangan, MITI bertanggungjawab meneliti dan menilai permohonan kuota penggajian pekerja asing berdasarkan keperluan sebenar industri serta dasar dan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pada masa ini, penilaian permohonan adalah berpandukan nisbah satu kepada satu seorang pekerja tempatan bagi seorang pekerja asing untuk syarikat bukan berorientasikan eksport dan nisbah satu kepada tiga (1:3), seorang pekerja tempatan bagi tiga pekerja asing untuk syarikat berorientasikan eksport sebagaimana yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin.

Batu Gajah dan juga Jerantut, menanya tentang sasaran NIMP 2030. Untuk makluman, di bawah NIMP tiada sasaran khusus ditetapkan bagi jumlah pelaburan.

Sebaliknya NIMP 2030 memberi penekanan kepada pertumbuhan nilai tambah KDNK, pewujudan peluang pekerjaan serta peningkatan pendapatan pekerja dalam sektor

draft • 7:00 PM

Okey, Yang Berhormat Bakri— status nisbah pekerja asing 4

pembuatan dan juga economic complexity. Itu adalah sasaran kita supaya negara kita menuju kepada negara maju.

Okey, selepas tiga tahun pelaksanaan NIMP 2030, sektor pembuatan terus menunjukkan perkembangan positif seperti berikut: Nilai tambah KDNK sektor pembuatan meningkat sebanyak 7.3 peratus atau RM7.1 bilion kepada RM104 bilion pada suku kedua 2026 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025. Peningkatan ini mencerminkan pertumbuhan berterusan dan pengukuhan aktiviti ekonomi sektor pembuatan negara.

Guna tenaga sektor pembuatan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 3,000 orang kepada 2.838 juta orang pada suku kedua 2026. Gaji median sektor pembuatan juga meningkat daripada RM2,659 pada tahun 2024 kepada RM2,775 pada tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 4.3 peratus.

YB Tuaran tak ada, okey. Okey, YB Balik Pulau tanya tentang MEUFTA, EUDR dan CBAM. MITI selaku peneraju rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) bersama-sama dengan kementerian-kementerian lain yang berkaitan sentiasa komited dan terus berusaha untuk memastikan setiap rundingan memelihara kepentingan dan kedaulatan negara di samping mengekalkan ruang dasar negara serta mengutamakan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Rundingan MEUFTA sedang giat dijalankan...

draft • 7:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, Puncak Borneo.

pencelahan sedikit.

draft • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Okey, okey. Lepas ini saya...

draft • 7:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya...

draft • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin

...Bagi kepada Shah Alam. Then, lepas itu Puncak Borneo, okey.

Jadi, kita akan terus berusaha bersama Kesatuan Eropah ke arah memuktamadkan rundingan pada tahun 2027 selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan.

Shah Alam ya...

draft • 7:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Sebelum itu, Timbalan Menteri, saya mencelah sikit sekejap tentang MEUFTA itu, baru lima chapter dimeterai, ada 21 chapter. Saya mohon untuk JKPK Perdagangan Antarabangsa supaya kami dapat sebelum di-ratify-kan, dapat go through 21 chapter yang telah dipersetujui antara MITI dengan MEUFTA. Sorry, dengan EU...

draft • 7:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Okey.

draft • 7:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jika telah disiap rundingan, kita akan engage dengan JKPK. Untuk Shah Alam, MITI telah menjayakan 12 TTIM yang antaranya dijayakan semasa sela-sela lawatan rasmi Perdana Menteri. Segala komitmen

draft • 7:10 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

yang telah diperolehi semasa trade investment mission tersebut, kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Untuk tahun 2027, MITI akan terus memberikan penekanan terhadap promosi barangan Malaysia di pasaran tradisi dan terus memberikan penekanan terhadap promosi barangan Malaysia di pasaran tradisi dan mengekal, mengenal pasti potensi pelaburan baharu berteknologi tinggi dari negara-negara sumber bersesuaian dengan industri strategik yang dikenal pasti.

Sebanyak 14 TTIM telah diunjurkan untuk dilaksanakan merangkumi rakan dagangan tradisi seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Benua Eropah serta negara-negara potensi seperti UAE dan Turkiye. Untuk Puncak Borneo ya last sekali...

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

YB Menteri, YB Menteri, Shah Alam.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Ya.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya ada bertanya spesifik tadi tentang hala tuju gerbang logistik pilihan Asia yang Shah Alam memang terlibat secara aktif. So, kalau belum ada jawapan, saya minta jawapan bertulis. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Ya, saya akan bagi jawapan bertulislah kerana pegawai masih— ini adalah soalan yang sangat spesifik ya.

Untuk Puncak Borneo, Puncak Borneo ingin menarik pelaburan yang berkualiti ke Sabah dan Sarawak dan bagaimana vendor localization. Saya ingin memberi cadangan macam ini. Ada pelbagai Yang Berhormat, meningkat termasuk Padang Rengas ingin menarik pelaburan kepada kawasan yang lebih luar bandar.

Saya nampak sebenarnya banyak negeri mereka sebenarnya mereka selalu pergi ke luar negeri untuk trade investment mission. Ya Sarawak ada invest Sarawak, Perak ada invest Perak, mereka selalu pergi ke luar negara untuk menarik pelaburan. Saya rasa adalah satu bolehlah mereka pertimbangkan sebenarnya investment negeri pun perlu, trade mission dalam negeri. Contohnya, kalau katakan di Ipoh. Ipoh ada banyak industri yang lebih besar.

Mungkin Padang Rengas, the invest, Perak boleh melawat syarikat-syarikat itu untuk menarik mereka ke kalau mereka nak expansion, mereka boleh expansion food processing di Padang Rengas.

Begitu juga dengan di Sabah, Sarawak. Sarawak mungkin ya contohlah saya katakan, Kalau mereka ingin mengembangkan semikonduktor, mereka boleh pergi ke Pulau Pinang dan juga di Johor Bahru atau KL untuk meminta supaya certain, certain process boleh dikembangkan di negeri Sarawak.

Jadi, saya rasa internal trade mission ini adalah penting kerana ada sesetengah syarikat mereka sememangnya ingin mencari— pekerjaan susah mendapat pekerja ya.

Mereka mungkin nak cari tempat yang lebih murah dengan resources, dengan renewable

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin

energy, dengan tanah yang lebih murah. Jadi adalah penting supaya jangan sekadar hanya pergi luar negara kepada itu.

draft • 7:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri. Okey, terima kasih atas penjelasan, tetapi sejauh manakah Kerajaan Persekutuan, pihak MITI dapat memudah cara?

Sebab, saya faham ada inisiatif daripada setiap kerajaan negeri, tetapi kadang-kadang benda ini stuck ataupun tersekat di peringkat Persekutuan.

Jadi, saya rasa coordination itu perlu ada dengan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sebab kadang-kadang this was something that people mentioned in the past, dengan izin. Saya adalah salah satu daripada Ahli Select Committee International Trade dan International Relations. Dari pengamatan saya dan daripada exposes saya, kadang-kadang benda ini dia ada peluang. Invest negeri ada minta pelaburan, tetapi kadang-kadang bila peringkat Persekutuan, dia ada stuck sedikit. Jadi, apakah— what is your assurance to ensure that MITI give full support when these people have the opportunity, dengan izin? Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Okey. Untuk MITI dan juga MIDA, mereka sebenarnya adalah hak investor untuk memilih tempat. Sebenarnya kita facilitate, kita tidak pilih dia pergi— you pergi sini, you pergi sana, tak ada. Investor, they are very sophisticated dan mereka amat— sudah mengetahui tentang ekosistem. Mereka sudah tahu, mereka sudah buat what are called homework yang secukupnya.

Jadi, untuk sebab ini adalah duit investor dan kita tidak boleh kata, you pergi ke sini, you pergi ke sana. Sebab ini adalah duit mereka. Mereka mencari faktor-faktor yang sesuai untuk mereka dari segi mungkin mereka ada yang ingin cari tenaga pekerja mahir, ada yang nak cari ekosistem, ada yang nak dekat dengan dia punya pelanggan, ada yang pula nak cari renewable energy. Jadi, cita rasa masing-masing dan kita hanya sebagai MITI dan juga MIDA, kita hanya facilitate. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjawab kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada dalam...

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Putrajaya. Okey, tentang integriti rangkaian halal di Malaysia ni, saya rasa lebih baik tanya JAKIM sebab merekalah yang mempunyai enforcement. Dari segi MITI, kami facilitate untuk investment dan juga apa itu investment dan development of halal industry, bukan…

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Ya, maksud saya tadi, maksud saya tadi kesan apa yang berlaku dalam Malaysia, integriti rantaian bekalan halal tadi kepada industri halal.

Itu soalan saya tadi sebab kita nak jadi peneraju industri halal dan kita nak kena bersaing dengan negara-negara yang lain kat dunia ini. Tiba-tiba dekat negara sendiri pun ada isu.

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jadi, soalan saya tadi tentang bagaimana HDC melihat kesan apa yang berlaku ini kepada industri halal dalam konteks Malaysia bersaing di pentas dunia. Terima kasih Menteri.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Sudah tentunya kita mengambil maklum dan selalunya ada of course dalam setiap industri, dia ada bad actors dan kita kena enforce dan kita kena perbaiki, tapi secara general, Malaysia mempunyai halal standard yang sangat tinggi dan sememangnya our Halal Certificate itu go standard. Jadi, itu memang mendapat keyakinan daripada pelabur seluruh dunia dan MITI selalunya mendapat apabila kita promote halal investment, mereka sangat yakin dengan Malaysia dan our Halal Certificate dan juga industri sangat-sangat berdaya maju. Jadi, saya rasa ada satu, dua back actors itu kita kena enforce.

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Cadangan saya pada MITI, through melalui HDC tadi supaya MITI mainkan peranan juga, memberi kesedaran kepada apa yang berlaku di Malaysia meneraju agensi-agensi dan kementerian lain bahawa perkara yang berlaku ini nampak mudah, tetapi ia memberi kesan kepada imej Sijil Halal Malaysia yang diakui di dunia.

Sebab kalau terjejas nanti, the whole industry akan terjejas dan industri halal Malaysia akan terjejas. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih atas segala cadangan, pandangan dan juga teguran kepada MITI. Sebagai penutup kepada ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa ini, sokongan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan sentiasa kami alu-alukan dalam usaha kami untuk mengukuhkan ekonomi negara agar ia bertambah mampan dan makmur demi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya iaitu wang sejumlah RM686,332,800 untuk Kepala B.24 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027, jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.24 jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya bahawa perbelanjaan yang disebut dalam Kepala P.24 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.24 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 7:10 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 23 November 2026.

[Mengetuk tukul]

draft • 7:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.20 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026