Nov182026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjung Piai.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] minta Menteri Digital menyatakan, berapakah nilai ekonomi sebenar yang telah dijana daripada pertumbuhan pusat data kepada Malaysia dari segi pekerjaan, gaji berkemahiran tinggi, cukai dan penggunaan vendor tempatan, berbanding nilai pelaburan yang diumumkan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat sahabat saya Tanjung Piai.

Untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Piai, industri pusat data merupakan sektor yang berintensifkan model dan juga memerlukan pelaburan awal yang besar, khususnya bagi memperolehkan pelayaran ataupun siber, peralatan elektrik, sistem penyejukan serta juga infrastruktur bekalan tenaga. Sebahagian besar peralatan ini diimport, manakala perbelanjaan modal direalisasikan secara berperingkat sepanjang tempoh pembangunan projek.

Justeru itu, nilai pelaburan yang diumumkan tidak boleh disemakkan secara langsung dengan jumlah perbelanjaan sebenarnya. Perwujudan peluang pekerja ataupun nilai tambah kepada ekonomi tempatan pada sesuatu tempoh yang tertentu.

Sehingga Oktober 2026 Yang Berhormat Tanjung Piai, sebanyak 117 projek pusat

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

data telah direkodkan di Malaysia. Bagi separuh pertama tahun 2026 sahaja, pelaburan yang diluluskan dengan segmen pusat data dan pengkomputeran awam berjumlah RM95.8 bilion.

Sementara itu, di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Digital dan juga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), sebanyak 27 projek dengan anggaran nilai pelaburan RM225.97 bilion telah diluluskan sehingga Oktober tahun ini. Dari segi perwujudan peluang pekerjaan, sehingga suku kedua tahun 2026, projek-projek di bawah DCTF dijangka menjana sebanyak 4,053 peluang pekerjaan termasuk 3,523 jawatan kemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal, rangkaian dan keselamatan siber serta operasi dan penyelenggaraan pusat data.

Selain peluang pekerjaan secara langsung, pembangunan pusat data turut mewujudkan peluang pekerjaan tidak langsung dalam sektor pembinaan, kejuruteraan dan juga perkhidmatan sokongan, walaupun jumlah pekerja langsung dalam pusat data secara realitinya lebih rendah berbanding dengan sektor seperti pembuatan industri menawarkan pekerjaan yang lebih khusus berkemahiran tinggi dan bernilai tambah.

Laporan Bank Negara Malaysia bertajuk, “From Bytes to Bucks: The Economics of Data Centres in Malaysia”, dengan izin, suku ketiga 2025 menunjukkan bahawa jawatan peringkat permulaan dalam industri ini menawarkan gaji sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sebulan dan manakala jawatan kanan menawarkan antara RM10,000 hingga RM30,000 sebulan.

Kadar ini adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji penengah bulanan rakyat Malaysia sebanyak RM2,793 pada tahun 2024. Dari segi aspek sumbangan hasil cukai pula kepada kerajaan, sebahagian projek pusat data menikmati inisiatif pelaburan yang diluluskan. Justeru, sumbangan cukai pendapatan korporat secara langsung dijangka meningkatkan secara peringkat, berperingkat selepas tamat tempoh inisiatif berkenaan.

Walau bagaimanapun, aktiviti pembangunan dan pengoperasian pusat data turut menyumbangkan kepada hasil kerajaan melalui sumber lain termasuk cukai jualan, perkhidmatan, cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan serta hasil berikatan penggunaan dan juga pembekalan utiliti.

Kerajaan— Yang Berhormat, menegaskan bahawa aspirasi Malaysia bukan sekadar menjadi lokasi pembangunan pusat data, tetapi memastikan pelaburan ini menjadikan pemangkin kepada pembangunan ekosistem Kecerdasan Buatan (AI)

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

negara selaras dengan aspirasi AI Nation 2030. Keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan pelaburan tersebut diterjemahkan kepada peluang pekerjaan berberkemahiran tinggi, peningkatan penyertaan syarikat tempatan dan juga pemindahan teknologi serta pencapaian nilai ekonomi yang mampan kepada negara kita. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjung Piai.

draft • 10:00 AM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan. Apakah mekanisme khusus kerajaan termasuk melalui syarat minimum 30 peratus kandungan tempatan untuk memastikan pertumbuhan pesat pusat data di Zon Utara seperti Sedenak dan Iskandar Puteri turut membawa limpahan rantaian bekalan pembangunan bakat dan peluang perniagaan kepada daerah bersebelahan seperti Pontian, termasuk kawasan Parlimen Tanjung Piai.

Dan sejauh manakah syarikat pengendali pusat data diwajibkan menyediakan program pemindahan kepakaran latihan industri dan persijilan profesional kepada tenaga kerja tempatan dan apakah sasaran yang ditetapkan melalui inisiatif ini? Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Piai. Untuk maklumat Yang Berhormat Tanjung Piai, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada keperluan memastikan pelaburan dalam industri pusat data turut menyumbang kepada pembangunan bakat dan juga kepakaran tempatan selain daripada menjana pelaburan serta juga peluang pekerja untuk rakyat kita.

draft • 10:00 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Pada masa ini, melalui mekanisme Data Centre Task Force (DCTF), kerajaan telah menetapkan sasaran minimum 30 peratus kandungan tempatan bagi projek pusat data baharu yang diluluskan di bawah DCTF. Syarikat ini merangkumi perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan, rangkaian dan penyelesaian teknologi. MIDA Yang Berhormat turut memantau dan pematuhan syarat tersebut melalui laporan pelaksanaan yang dikemukakan oleh syarikat setiap enam bulan Yang Berhormat. Bermaknanya, MIDA adalah satu agensi untuk memantaukan.

Dan pada masa yang sama, pengendali pusat data digalakkan melaksanakan program pembangunan pembekal tempatan bagi mengukuhkan keupayaan industri domestik serta menggalakkan pemindahan teknologi...

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Seiring dengan sasaran yang tersebut Yang Berhormat, kerajaan turut memberikan penekanan kepada pembangunan modal insan melalui kerjasama strategik dengan pengendalian pusat data dan pemain industri dan industri latihan.

Pendekatan ini bertujuan Yang Berhormat untuk meluaskan peluang latihan industri, pemindahan pengaturan dan juga persijilan profesional yang relevan selaras dengan keperluan sebenar industri serta juga eksplorasi untuk meningkatkan penyertaan dan juga penguasaan tenaga kerja tempatan serta juga infrastruktur.

Untuk Tanjung Piai, Yang Berhormat, kita tidak apa ini— kita akan bekerjasama dengan kawasan-kawasan tersebut di Johor Bahru.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Menteri, YTL Power International Berhad baru sahaja memeterai usaha sama strategik akhir Oktober 2026 untuk membangunkan taman perindustrian seluas 1,623 ekar di Bukit Kerayong, Kapar yang dijangka menjadi kampus pusat data utama mereka di Lembah Klang. Kapar mempunyai anggaran penduduk 330,600 orang mengikut DOSM 2025 dan berhadapan dengan pelbagai kekangan infrastruktur, termasuk kesesakan sekolah, banjir berulang, kerosakan jalan raya serta tekanan terhadap sistem perparitan.

Soalan saya, apakah penilaian impak kumulatif (cumulative impact assessment) telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan pembangunan pusat data ini tidak: pertama, memburukkan masalah banjir dan meningkat risiko limpahan air akibat perubahan guna tanah. Sekarang tengah banjir— menjejaskan bekalan air bersih penduduk melalui penggunaan air yang tinggi untuk sistem penyejukan pusat data, menyebabkan— ketiga menyebabkan persaingan penggunaan tenaga elektrik antara pusat data dengan keperluan domestik dan industri-industri yang sedia ada— dah ada zone industry. Dan menambahkan beban infrastruktur jalan raya, saliran serta kemudahan awam yang sudah tertekan.

Adakah kerajaan mempunyai jaminan bahawa pembangunan pusat data ini tidak akan menyebabkan penduduk Kapar menanggung kos sosial dan alam sekitar, sedangkan manfaat ekonomi dan pelaburannya dinikmati oleh pihak lain. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat. Negara kita, negara Malaysia yang maju untuk menuju ke arah 2030 Yang Berhormat. Jadi, kita, kita berharap dan juga— dan kerajaan melalui Data Centre Task Force ini Yang

draft • 10:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Berhormat, setiap permohonan— pembangunan pusat data dari segi kecukupan dan bekalan elektrik dan air, sebelum diluluskan Yang Berhormat, dengan penjelasan bersama, menyediakan utilities dan agensi teknikal berkenaan.

Bagi bekalan elektrik, penilaian mengambil kira kapasiti sistem keupayaan dan juga sumbangan kepada kesiapsiagaan infrastruktur di lokasi projek dan juga kecekapan penggunaan tenaga turut dinilai melalui indikator Yang Berhormat iaitu power usage effectiveness (PUE) di samping juga menggalakkan penggunaan tenaga baharu dan juga teknologi yang lebih cekap tenaga.

Yang Berhormat, saya percaya kerajaan tahu Yang Berhormat dan sentiasa peka dengan apa nama— pembangunan data centre yang sangat menggalakkan pada hari ini dan saya percaya Yang Berhormat, kita akan terus berusaha kerana negara kita maju dan juga kita teruskan perkembangan data centre sebagai limpahan dan juga pembangunan ekonomi negara kita.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dr.

Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.

draft • 10:10 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(i) sejauh manakah mekanisme pendaftaran lesen nelayan baharu memberi ruang kepada nelayan muda memasuki sektor perikanan; dan

(ii) adakah dasar dan mekanisme pelesenan semasa telah memenuhi keperluan generasi baharu nelayan untuk memudahkan proses kelulusan tanpa menjejaskan kelestarian sumber perikanan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berusaha menyediakan peluang kepada golongan muda untuk menceburi sektor perikanan melalui mechanism pelesenan yang terkawal dengan mengambil kira keperluan menjana pendapatan serta kelestarian sumber perikanan.

draft • 10:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dalam Belanjawan 2027 yang diumumkan 9 Oktober 2026, kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pemegang Lesen Sampan Khas (LSK) daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan RM30 juta. Bagi melaksanakan inisiatif ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia akan menjalankan program pemutihan LSK di seluruh negara.

Program ini bertujuan memastikan pengisian lesen diberi kepada nelayan tulen yang benar-benar menjalankan aktiviti penangkapan ikan sebagai sumber pendapatan utama, termasuk golongan nelayan muda yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Dari segi dasar pelesenan, pengeluaran Lesen Vesel Penangkapan Ikan baharu bagi zon A, B dan C dibekukan sejak 1982 berikutan sumber perikanan pantai dan kapasiti vesel sedia ada yang telah mencapai tahap optimum.

Pengurusan pelesenan dilaksanakan selaras dengan Akta Perikanan 1985 dan peraturan pelesenan berkuat kuasa bagi menggalakkan pertambahan kapasiti tangkapan ikan yang boleh menjejaskan kelestarian sumber. Mekanisme kemasukan nelayan baharu melalui LSK bagi Zon A dilaksanakan menerusi pengisian kekosongan lesen yang dikenal pasti melalui program pemutihan, termasuk pembatalan lesen yang tidak aktif selama tiga tahun berturut-turut.

Melalui mechanism ini, permohonan yang layak termasuk nelayan muda boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan lesen mengikut syarat dan tatacara yang ditetapkan. Selain perikanan tangkapan, kerajaan menggalakkan nelayan muda menceburi bidang aquaculture melalui Program Transformasi Ekonomi Perikanan melalui Akuakultur Nasional, TEMAN-AKUA.

Program ini menyediakan latihan, bantuan kewangan dan peralatan berteknologi bagi menyokong penjanaan pendapatan tertakluk kepada syarat kelayakan program. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Batas.

draft • 10:10 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih Menteri di atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Jadi, kita lihat bahawasanya masyarakat pesisir pantai iaitu laut bukanlah sekadar sumber pendapatan, tapi juga adalah warisan ekonomi keluarga. Sebagaimana yang disebutkan oleh Menteri sebentar tadi berkenaan dengan pemegang lesen khas dan juga laluan-laluan yang diberikan, adakah kementerian bersedia mereformasikan sistem pelesenan termasuk semak lesen tidak aktif dan adakah wujudnya kuota yang terdiri daripada 17,000 kepada

draft • 10:10 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

20,000 itu, laluan khas, lesen khas kepada nelayan muda supaya mereka ini tidak bersaing dengan nelayan-nelayan lain?

Yang kedua, ini— untuk soalan tambahan kedua, sekiranya boleh berikan jawapan bertulis, sekiranya tidak ada data. Berapakah peratusan nelayan aktif negara yang berumur bawah pada 40 tahun dan apakah sasaran kementerian untuk memastikan lahirnya ramai nelayan muda dalam tempoh lima tahun ini di samping dengan latihan ataupun cadangan Akuakultur Nasional, sebentar tadi?

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kepala Batas tak banyak dah nelayan sekarang. Kalau ada pun di sekitar Bagan Ajam. Walau bagaimanapun, hal nelayan ini terutama nelayan pantai sentiasa ada permasalahan yang kita selesaikan dari masa ke semasa. Sejak saya masuk Parlimen daripada tahun 90, soalan fasal nelayan pantai ini sentiasa timbul setiap sidang...

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dan penyelesaian dilakukan dari masa ke semasa mengikut apa yang— perbincangan melalui— dengan persatuan nelayan dengan kerajaan dan sebagainya. Sekarang ini beberapa insentif dikeluarkan oleh kerajaan iaitu yang disebut belanja tadi supaya nelayan muda cebur ini, bukan sebagai part-time, tapi secara kesungguhan termasuklah kita juga berusaha supaya mereka terlibat dalam hiliran iaitu kita lihat kalau dapat ikan banyak, apa nak dibuat selepas itu, termasuk dibuat...

[Tidak jelas] Dan sebagainya seperti nelayan-nelayan yang maju iaitu kita beri bimbingan sentiasa kepada para nelayan pantai ini.

Dan memang anak-anak muda yang nak menceburkan diri dalam bidang nelayan ini, pihak kementerian kita ada peruntukan dan juga kursus-kursus motivasi yang boleh diberi kepada mereka. Baik, itu jawapan awal saya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekijang.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah berkenaan satu sektor YB Menteri yang kadang-kadang kita jarang bercakap iaitu sektor nelayan darat. So, nelayan darat, ya. Jadi, di kawasan saya sendiri YB Menteri, nelayan darat ini yang berdaftar di Daerah Segamat ialah sekitar 237 orang.

Jadi, mereka ini sebenarnya baru-baru ini ataupun beberapa tahun yang lepas dalam pembinaan RTB ataupun rancangan tebatan banjir telah menyebabkan aktiviti tangkapan mereka terkesan. Dan kalau di Sekijang, Segamat ini terkenal dengan ikan baung dan juga udang galah. Dan ada lagi satu spesies YB Menteri,

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

yang agak terkenal juga di Sekijang, Segamat ini ialah ikan ketutu YB Menteri. So, ikan ketutu ini mahal YB Menteri. Sekilogram dia boleh mencapai RM75 sehingga RM200 sekilogram...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Jadi, soalannya— jadi, apakah rancangan ataupun yang boleh dilakukan oleh kementerian untuk membantu nelayan-nelayan darat ini yang terkesan dengan aktiviti pembangunan seperti RTB, walaupun RTB itu sangat penting juga untuk mengawal banjir. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang di kawasan Yang Berhormat, memang terkenal dengan ikan yang ada di sungai, termasuklah disebut tadi udang galah, ikan ketutu dan sebagainya. Saya sendiri kalau pergi ke Sarawak, saya akan ke Sibu. Di situ, di market besarnya itu ikan ketutu ada. Harganya di sekitar RM20 hingga RM30, tapi di Pasar Selayang mungkin sampai RM90. Ikan ketutu ini memang dia sejenis macam haruan, tapi ia nya ada orang panggil ikan hantu, ada yang panggil ikan ubi. Ikan itulah.

Memang dia kalau di orang-orang Tionghoa amat gemar makan ikan ketutu ini untuk buat sup dan sebagainya. So, nelayan darat ini, kita harap Yang Berhormat boleh buat surat kepada saya dan kita akan lihat secara detil apa keperluan di situ sebab nelayan darat ini juga ada peruntukan daripada kementerian kita.

Sebab itulah kita— dan kita juga sedang berusaha untuk pelepasan benih ikan ke perairan, ke perairan itu dan kita juga memberi elaun kepada nelayan darat sebanyak RM250 supaya mereka juga terlibat, sebab nelayan darat ini sekarang ini insya-Allah menjadi satu mata pencarian yang lebih hebat kerana dulu orang tak berapa makan ini apa Jerlun, ikan darat ni. Sekarang ikan darat ni dia menjadi mahal dan kegemaran, terutama bila ada ikan-ikan yang bertaraf tinggi seperti ampura dan sebagainya. Maka, sekarang kegemaran kepada ikan darat ini memang menjadi pilihan.

Sebab itu pandangan daripada Yang Berhormat tadi, kita ambil perhatian khas sebab memang kawasan itu saya tahulah nak makan ikan baung, nak makan udang galah, semua kena pergi di kawasan Ahli Parlimen kita di sana. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Saya tunggu YB Menteri datang.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan Jempol nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, mekanisme kementerian memastikan pelajar daripada keluarga B40 yang mendapat tawaran ke Institusi Pendidikan Tinggi tidak tercicir hanya kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran atau kos awal kemasukan termasuk penyelesaian segera melalui bantuan dan penangguhan bayaran.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar soalan nombor 3 hari ini dapat dijawab bersama dengan soalan nombor 9 oleh Yang Berhormat Merbok pada Selasa, 24 November kerana menyentuh isu yang sama.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. Kerajaan menyedari bahawa cabaran kewangan melibatkan kos sara hidup yang dihadapi oleh pelajar IPT terutamanya dalam kalangan pelajar yang datang dari keluarga B40 sepanjang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi ini lazimnya meliputi yuran pengajian, penginapan, makan minum serta pengangkutan.

Justeru, dalam mendepani cabaran ini, Kementerian Pendidikan Tinggi telah pun menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif berdasarkan keperluan-keperluan tersebut. Antaranya seperti yang pertama, bantuan untuk yuran pengajian termasuk wang pendahuluan pinjaman yang bernilai RM1,500 oleh PTPTN untuk pelajar B40 yang layak sebelum mereka daftar ke universiti awam atau politeknik.

Yang kedua, yang dimulakan tahun ini Biasiswa Anak eKasih PTPTN iaitu pinjaman PTPTN itu diberikan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih dan sedang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda sepenuh masa di IPTA, yang diluluskan pinjaman mereka bermula 1 Januari 2026.

Kemudian, Program Pembangunan Siswa SULUNG. yang menyediakan peluang dan pembiayaan pendidikan kepada generasi pertama keluarga B40 yang belum ada ahli keluarganya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam.

draft • 10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Dan yang keempat, pelbagai juga bentuk bantuan kewangan termasuk Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) bagi pelajar peringkat sijil di kolej komuniti, Bantuan Kewangan Asasi (BKA) bagi pelajar peringkat asasi di 13 universiti awam dan program asasi TVET di 10 politeknik terpilih serta Derma Siswa B40 TVET bagi pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang TVET.

Kedua, dalam aspek penginapan pula, pelbagai inisiatif dilaksanakan.

Antaranya sebanyak 15 projek pembinaan kolej kediaman telah pun disiapkan melalui kaedah kerjasama awam–swasta (PPP) dengan kapasiti keseluruhan sehingga 45,000 orang pelajar sejak tahun 2021 hingga 2025.

Bagi hala tuju seterusnya, dalam tempoh RMK13 ini, kerajaan turut berhasrat untuk membangunkan lima buah kolej kediaman baharu di universiti awam melalui kaedah yang sama yang dijangka dapat menyediakan kapasiti penginapan sehingga 21,000 orang pelajar.

Sebagai kesinambungan kepada semua usaha ini, pada tahun 2027 akan datang, kementerian diperuntukkan sebanyak RM800 juta bagi tujuan penggantian, penaiktarafan dan pemulihan infrastruktur serta peralatan usang di IPTA termasuk di asrama atau kolej kediaman.

Dan selain itu, kementerian turut mengadakan kerjasama dengan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) bagi memenuhi keperluan asrama dan kolej kediaman pelajar iaitu antara lainnya pembinaan Residensi Mahasiswa Universiti Malaya Fasa 1 yang dijangka siap pada tahun 2031, sekali gus dapat memberi manfaat kepada 10,000 orang pelajar dan peruntukan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh KWAP bagi pembangunan Projek Fiesta Kampus di enam universiti terpilih.

Dan seterusnya untuk kos makan dan minum. Di IPT kita sekarang, KPT telah pun laksanakan inisiatif Dapur Siswa atau Dapur Siswa MADANI iaitu penyediaan makanan percuma sebanyak dua kali sehari dengan menggunakan kemudahan dapur dan juga bahan mentah yang disediakan di kolej kediaman di universiti- universiti awam. Inisiatif ini yang menyokong aspirasi zero hunger dan memupuk budaya kesukarelawanan serta semangat kebersamaan dalam komuniti kampus.

Dan keempat, terakhir dalam aspek pengangkutan, KPT bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui inisiatif FLYsiswa dengan memberi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dalam bentuk credit shell bernilai RM400. Inisiatif ini memberikan fleksibiliti kepada pelajar bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

draft • 10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

khususnya untuk pulang pada musim perayaan atau cuti semester, ini disasarkan khusus kepada pelajar IPT Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada pelajar B40 dan M40.

Kerajaan juga telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan ini kepada RM500 dalam inisiatif tahun 2027 yang akan datang. Selain semua inisiatif yang dinyatakan, kita turut akan meneruskan memperkukuhkan...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

...Mekanisme bagi meringankan kos pendidikan serta kos sara hidup pelajar terutama kepada pelajar yang berpendapatan rendah. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jempol.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Jadi, tahniah kita ucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, Pengajian Tinggi atas pelbagai inisiatif ataupun program untuk membantu mahasiswa yang daripada kumpulan B40.

Jadi sehubungan dengan itu, memandangkan— soalan tambahan Jempol, memandangkan peningkatan kos sara hidup semakin membebankan mahasiswa, apakah penilaian kementerian terhadap kecukupan kadar pembiayaan PTPTN dan bantuan kewangan sedia ada kepada kumpulan tersebut. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Oktober 2023 telah pun sebenarnya meluluskan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar sedia ada dan juga baru di bawah Program Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi. Ini yang di bawah tajaan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 dan pelaksanaan kenaikan ESH ini melibatkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM32 juta setahun mulai tahun 2024 dan kenaikan ini mencerminkan keprihatinan kita dan komitmen kita.

Cuma dalam contohnya elaun ataupun pinjaman PTPTN itu sekali dari semasa ke semasa kita perlu melihat kepada keanjalan bentuk pinjaman yang boleh diberikan kepada pelajar-pelajar kita berdasarkan kepada kutipan semula PTPTN dan juga ketetapan dari masa ke semasa. Jadi, perhatian tetap akan diberikan selain daripada PTPTN, kita juga harus pastikan bahawa elaun-elaun ataupun bentuk- bentuk bantuan ini boleh disalurkan menerusi jalan-jalan yang berbeza atau mekanisme yang berbeza.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk keratan akhbar, Utusan Malaysia 18 September 2026 yang bertajuk, “Anak nelayan tidak cukup wang mungkin gagal daftar UiTM.” Melaporkan kebimbangan pelajar miskin B40 yang tidak dapat masuk ke IPT disebabkan masalah kewangan.

Dalam hal ini, kerajaan mewujudkan PTPTN sebagai alternatif untuk mengatasi masalah kewangan, tetapi ia berbentuk pinjaman bukan biasiswa seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Jadi selain daripada pinjaman PTPTN itu, di negara kita ini terdapat agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Zakat di setiap negeri, Baitulmal, Yayasan dan GLC yang memperuntukkan bantuan kewangan kepada pelajar B40 ini...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Soalan tambahan saya ialah, adakah KPT bersedia mempertimbangkan satu mekanisme yang disebut Bantuan Pendidikan B40 Sehenti atau one-stop centre (OSC) yang menggabungkan kesemua agensi yang saya sebutkan itu supaya pelajar yang menghadapi masalah kewangan sebelum masuk ke IPT dapat menerima bantuan sebelum mendaftarkan diri tanpa mereka perlu menarik diri di saat akhir daripada masuk ke universiti.

Berkaitan kejayaan pelajar miskin, saya mengambil contoh dua soalan...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Di negara Perancis dan Jerman.

Perancis ini mereka memberi biasiswa kepada pelajar yang memang dikategorikan sebagai miskin. Di Jerman pula, pelajar universiti awam bagi program sarjana muda dan sarjana, mereka diberikan bantuan pada setiap semester mengikut kelulusan— PNGK lah kalau kita di Malaysia.

Jadi dengan mengambil contoh Perancis dan Jerman...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Yang mampu melaksanakan bantuan pendidikan bersasar berdasarkan pendapatan keluarga miskin, apakah halangan KPT untuk memperkenalkan pendekatan yang sama iaitu Perancis dan Jerman di Malaysia ini khususnya kepada pelajar miskin yang mempunyai kelayakan akademik, tetapi tidak mempunyai wang. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan. Soalan pun 2 minit sudah.

draft • 10:30 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Adam Adli Abd Halim

Soalan oleh Jerlun, dua contoh daripada negara Perancis dan Jerman. Jawapan saya, saya bagi tiga contoh. Yang pertama, sebenarnya kita sedar yang pertama kalau disebut tentang pelajar daripada Perancis kalau disebut— Jerlun, kita sudah pun memulakan. Itu yang kita sebut Biasiswa Anak eKasih menerusi PTPTN sebab PTPTN tetap menjadi selalu laluan yang paling mudah untuk diakses bagi pelajar-pelajar yang dapat tawaran ke universiti.

Sebab itu setiap pelajar miskin keluarga B40 dan juga yang berdaftar bawah eKasih, mereka ini daftar sahaja sebagai pelajar, mendapat tawaran, PTPTN terima dahulu kerana automatically kita akan serap semua hutang mereka. Maksudnya mereka dapat pendidikan percuma itu dan kita sudah pun memperuntukkan RM290 juta untuk tujuannya demikian. Jadi, itu sudah dilaksanakan, alhamdulillah.

Yang kedua, soal pelajar-pelajar yang cemerlang menerusi PGNK itu memang kita ada contohnya sehingga tahun 2026 ini sebanyak RM1.82 bilion telah pun dibelanjakan meliputi lebih 168,000 pelajar yang dapat diberikan pendidikan mereka ini. Maksudnya diberikan biasiswa. Sebenarnya bukan biasiswa, kita hapuskan hutang mereka. Dan yang ketiga, contoh lain yang paling baharu untuk 2027 adalah di mana Income Contingent Repayment Plan . Ini antara lain ini dilaksanakan turut dilaksanakan di UK, di mana pelajar- pelajar tidak diberi atau pelajar-pelajar tidak diminta untuk bayar semula sebelum mencapai satu tangga gaji yang lebih sesuai dan itu yang kita sedang usahakan supaya pelajar yang belum atau graduan yang belum mendapat gaji melebihi RM2,500, mereka tak perlu bayar PTPTN mereka. Sebaliknya mereka hanya perlu pastikan, mereka tumpu perhatian kepada peningkatan karier mereka. Itu yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI hari ini. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.

draft • 10:30 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan Tanjong Karang nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) [Tanjong Karang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, perancangan memperluas program TVET berasaskan pertanian pintar, automasi, dron dan kecerdasan buatan bagi melahirkan generasi baharu agropreneur serta menarik lebih ramai belia bagi menceburi sektor agromakanan.

draft • 10:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, Yang di-Pertua dan Tanjong Karang yang bertanya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa mendorong penglibatan bakat muda untuk memperkasakan sektor pertanian. Tahap keterjaminan makanan negara di transformasi melalui agenda pemodenan sektor agromakanan yang progresif berpandukan Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara.

Dalam melahirkan lebih ramai lagi belia tani di Malaysia, pelan perancangan dan inisiatif KPKM ada beberapa item. Yang pertama, menyediakan program latihan berstruktur di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

(TVET Pertanian). Program berstruktur untuk tempoh pengajian dua tahun ini bertujuan untuk menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang agromakanan sebagai tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran dan berdaya saing.

Program TVET Pertanian diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran

(JPK) Kementerian Sumber Manusia, dan TVET Pertanian menawarkan 10 bidang di bawah Sijil Kemahiran Malaysia dan lima bidang di bawah Diploma Kemahiran Malaysia.

Kurikulum TVET Pertanian sentiasa ditambah baik dengan mengambil kira keperluan semasa termasuk penggunaan teknologi moden yang melibatkan automasi, teknologi internet, kebendaan, dron dan kecerdasan buatan dalam silibus pembelajaran. Kurikulum dibangunkan dengan usaha sama pihak industri, akademik serta jabatan dan agensi yang berkaitan di bawah KPKM bagi memastikan kurikulum adalah selari dengan memenuhi keperluan industri.

Pada tahun 2006, di bawah Program Pemerkasaan Agromakanan Negara, KPKM telah memperuntukkan RM350,000 bagi menganjurkan 14 kursus di bawah pemerkasaan bakat kepada 983 orang peserta yang terdiri daripada pelatih TVET Pertanian dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang banyak menghantar peserta.

KPKM juga turut memperluas latihan dan kemahiran pelatih TVET dengan menawarkan Program Pensijilan Kemahiran Pengendalian Dron merangkumi aspek

draft • 10:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

keselamatan, pengendalian dan pematuhan peraturan penerbangan. Inisiatif ini dapat membuka peluang kerjaya kepada belia sebagai operator dron pertanian dan menyediakan perkhidmatan teknologi agro— boleh saya habiskan?

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Banyak lagi?

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak banyak, tak sampailah pukul 12...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, boleh.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

KPKM amat komited untuk memperluas dan memperkukuh program TVET berasaskan pertanian pintar, mekanisasi automasi, teknologi dron, IoT dan AI bagi melahirkan generasi baharu.

Soalnya di sini ialah sikap dan ketekunan mesti ada kepada peserta, agropreneur muda yang berdaya saing, inovatif dan celik teknologi.

Pada tahun ini sebanyak 40 kursus nilai tambah dengan sasaran seramai 1,482 orang peserta dilaksanakan kepada pelatih TVET pertanian. Banyak lagi. Saya bertulislah, saya yang penghujungnya itu, tapi ertinya kita inisiatifkan geran Agropreneur Next Gen, kita peruntukkan RM30,000 dan kalau ada kemajuan kita tambah kepada RM50,000.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini sedang diusahakan dan mereka yang terlibat— kawasan-kawasan pertanian ini, sila ambil perhatian dan kita, bajet ini disediakan dan kita mesti usaha supaya bajet ini sampai kepada anak-anak muda yang nak terlibat dalam bidang pertanian ini. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Karang.

draft • 10:40 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas pencerahan yang panjang lebar. Namun Yang Berhormat Menteri, kita tidak mahu lahirkan ramai graduan TVET pertanian yang akhirnya tidak bekerja dalam bidang yang mereka pelajari.

Jadi, adakah kementerian menetapkan sasaran khusus bagi memastikan peserta TVET pertanian mendapat pekerjaan atau berjaya membangunkan perniagaan sendiri selepas tamat latihan? Dan adakah kementerian bersedia menjalinkan kerjasama dengan syarikat agroteknologi bagi menyediakan peluang pekerjaan dan latihan secara terus? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Angka berapa graduate yang telah mendapat pekerjaan itu? Saya akan beri secara bertulis angka itu.

Memang berlaku peningkatan. Graduan daripada institut pertanian dan juga kursus

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

pertanian memang diambil untuk bekerja. Dan kita juga sedang berdialog dengan membuat libat urus dengan syarikat-syarikat. Di antaranya, satu syarikat research di Selayang yang ramai mengambil TVET ini. Nama syarikat itu saya akan beri kepada Yang Berhormat. Ramai mereka ambil termasuk para graduan untuk terlibat.

Dan kalau boleh lagi dengan adanya peruntukan RM30,000 di peringkat awal ini, kalau boleh kita nak mereka sendiri terlibat sama ada dalam bidang perikanan dan sebagainya, kita boleh membantu terutama sekali kalau nak ternak ikan secara biofloc. Saya dah cuba di rumah saya, saya nak harvest kali yang keenam dah ikan tilapia secara biofloc ini. Boleh diusahakan oleh anak-anak muda yang graduate ini.

Jadi kita sentiasa memberi, cuma kena tahu peluang-peluang itu dan kena dekat dengan semua pegawai-pegawai di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri supaya dapat apa, peruntukan itu dapat diambil oleh peserta-peserta pelatih di institut pertanian ataupun kursus-kursus pertanian ini. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 10:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya menjurus kepada konteks kesinambungan pasca latihan dan Geran Agropreneur.

Puan Yang di-Pertua, menarik minat belia memasuki institusi TVET pertanian hanyalah langkah pertamalah. Jadi, sedangkan cabaran sebenar kita di sana seperti dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah untuk memastikan mereka dapat kekal dalam industri selepas tamat pengajian tanpa keciciran akibat kekangan akses tanah dan modal.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah peratusan sekiranya ada data graduan TVET ini tadi, mungkin dah ditanya tadi, rakan tadi. Pertanian pintar di bawah PLKPK yang berjaya diserap kepada ke dalam ekosistem keusahawanan melalui program PAN iaitu Program Agropreneur NextGen yang disebut oleh Menteri tadi dan apakah mekanisme pemadanan tanah terbiar atau tanah kerajaan yang disediakan bagi memastikan pelaburan latihan ini akan membuahkan hasil pengeluaran makanan yang nyata? Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Peratus yang graduate itu dia menyambung dapat pekerjaan, itu saya akan bagi secara bertulislah sebab nak dapat angka yang tepat, tapi saya nak beri jaminan berlaku peningkatan.

Peningkatan dan sampai yang tidak menyambung dalam bidang pertanian itu hanya sedikit saja. Sekarang ini anak-anak muda cebur diri dalam pertanian secara

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

sepenuh masa meningkat terutama sekali dalam perusahaan nanas. Kita nampak sekarang ini ada yang mendapat pendapatan yang lumayan.

Kalau di Sabah itu yang terlibat dalam bawang. Walaupun bukan inisiatif sangat daripada kerajaan, dia memulakan. Kemudian kerajaan hanya datang membantu. Inisiatif anak-anak muda ini berlaku sekarang ini kerana sudah timbul keyakinan bahawa soal menyediakan pemakanan ini adalah satu pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang agak baik. Cuma bimbingan daripada kerajaan itu, bantuan, geran dan sebagainya.

Kalau ada di kawasan Yang Berhormat, kita sila hantar dan kita boleh melihat keadaan, peruntukan misalnya di peringkat negeri Sarawak dan sebagainya. Kita akan melihat segala bentuk bantuan yang kita boleh beri, tapi kecenderungan anak muda dalam pertanian meningkat begitu tinggi mutakhir ini. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Perdana Menteri menyatakan, garis masa bagi melaksanakan cadangan yang dipersetujui semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) baru- baru ini khasnya berkenaan penambahan Kerusi Dewan Rakyat Sabah dan Sarawak mengikut nisbah satu pertiga dan mewujudkan formula untuk pemberian khas kepada negeri Sarawak di bawah Perkara 112D.

draft • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar atas keprihatinan tentang isu ini.

Puan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI telah memberi penekanan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 sebagai naratif nasional dan tidak seharusnya menjadi naratif Sabah dan Sarawak sahaja. Komitmen tersebut telah disusuli dengan penambahbaikan platform rundingan rasmi MA63 dengan penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

draft • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Berhubung cadangan penambahan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak, Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada 11 September 2026 secara prinsipnya bersetuju untuk meningkatkan nisbah perwakilan kedua-dua negeri tersebut di Dewan Rakyat, selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia. Susulan keputusan tersebut, tindakan pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat seperti berikut.

Yang pertama, peringkat penyelarasan dan pemuktamadan mekanisme.

Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak, Jabatan Perdana Menteri telah memulakan libat urus dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 September 2026.

Cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas di bawah Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 turut dikemukakan.

Yang kedua, peringkat cadangan, minta maaf. Peringkat perundangan, cadangan penambahan kerusi memerlukan pindaan terhadap Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan yang perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.

Dan yang ketiga, di peringkat pelaksanaan setelah pindaan Perlembagaan dimuktamadkan, SPR akan melaksanakan Proses Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya mengikut Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kerajaan belum menetapkan tarikh khusus bagi pembentangan pindaan Perlembagaan atau pelaksanaan penambahan kerusi kerana perkara ini masih memerlukan penelitian dari aspek perundangan, teknikal dan persempadanan pilihan raya serta rundingan dengan pihak berkepentingan.

Berhubung formula pemberian khas kepada negeri Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, kerajaan mengambil maklum cadangan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mewujudkan formula pengiraan yang lebih jelas, konsisten dan mampan bagi menentukan kadar pemberian khas pada masa hadapan.

Sebagai langkah interim, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peningkatan pemberian khas kepada negeri Sarawak daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion berkuat kuasa tahun 2026. Walau bagaimanapun, kadar ini merupakan penyelesaian interim dan bukan penyelesaian muktamad kepada rundingan formula jangka masa panjang. Pada masa ini, cadangan formula tersebut masih dalam rundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Hasil

draft • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

rundingan akan diteliti oleh Kementerian Kewangan dan dibawa ke Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 untuk pertimbangan serta tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus memperkukuh penyelarasan melalui MTPMA63 dengan menetapkan tindakan susulan agensi peneraju dan keperluan perundangan bagi setiap perkara. Garis masa pelaksanaan bagi kedua-dua perkara ini akan dimuktamadkan setelah mekanisme persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dicapai tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan proses perundangan yang berkuat kuasa. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Lupar.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sejak Perjanjian Malaysia 1963 ini dimeterai, ia masih lagi belum dapat dilunaskan dengan sepenuhnya. Saya berharap di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, perkara ini akan dapat dinoktahkan dalam masa yang terdekat ini juga.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri berhubung cadangan penambahan Kerusi Dewan Rakyat Sabah dan Sarawak bagi mencapai ratio satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Parlimen.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu mekanisme perundangan seperti yang Menteri maklumkan tadi iaitu pindaan Perlembagaan dan pindaan Perlembagaan ini tidak akan dapat terus dikekalkan pada masa akan datang bagi memelihara ratio satu pertiga ini. Dan kalau ini berlaku, ini bermakna sekiranya berlaku penambahan kerusi di Semenanjung Malaysia, ia juga akan menambahkan bilangan kerusi Sabah dan Sarawak.

Yang keduanya ialah terkait dengan pemberian khas 112D di Sarawak.

Adakah persetujuan telah dicapai berkenaan dengan cadangan 20 peratus hasil yang dijana oleh negeri Sarawak balik kepada negeri Sarawak? Dan saya berharap...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Jika pindaan Perlembagaan ini dilaksanakan kelak, semua Ahli Dewan akan menyokong supaya kita dapat mengembalikan semula hak-hak Sabah dan Sarawak yang telah terhakis sebelum ini. Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar.

Memang seperti yang saya sebut tadi, memang yang penting sekarang ini persetujuan secara dasar dan prinsip bahawa akan berlaku penambahan daripada bilangan Kerusi di Sabah dan Sarawak.

Itu satu kejayaan yang penting yang berlaku di dalam Kerajaan MADANI ini.

Selama ini, tidak ada keputusan yang tuntas yang untuk menambah bilangan kerusi di Borneo ini. Seperti yang saya maklumkan tadi, tindakan susulannya ialah satunya, kita akan wujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti perkara ini dan saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi untuk memastikan bahawa perkara ini akan dimuktamadkan dan dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk persetujuan bersama.

Jadi, saya mintalah kepada rakan-rakan kita semua di sini untuk memastikan bahawa peningkatan ini akan dapat direalisasikan. Sebab, kita kena bezakan di antara Sabah dan Sarawak. Kenapa kita menuntut hak ini? Ini berdasarkan Perkara 9, Annex A Malaysia Bill MA63 yang mengatakan bahawa kerusi Ahli yang diperuntukkan dalam Dewan Rakyat ialah— pada masa itu sebanyak 159 orang yang terdiri daripada 104 Ahli negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, 16 Ahli Sabah, 24 Ahli Sarawak dan 15 orang Ahli Singapura. Jumlah bagi Ahli— ini yang penting ini Puan Yang di-Pertua. Jumlah bagi Ahli dari Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk satu pertiga daripada komposisi keseluruhan bilangan Ahli Dewan Rakyat pada waktu tersebut.

Jadi, maknanya ini secara spesifik dalam Perjanjian MA63 bahawa satu pertiga itu mesti daripada Sabah, Sarawak dan Singapura. Singapura sudah meninggalkan kita, tetapi Sabah dan Sarawak. Jadi, kita kena pastikan the right representation dalam Parlimen, dalam Dewan ini.

Dan sedikit tentang 20 peratus itu akan dibincangkan secara terperinci di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Itu perlu persetujuan bersama. Okey, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kangar.

draft • 10:50 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan rakan-rakan saya daripada Sabah dan Sarawak yang sentiasa memperjuangkan MA63 daripada segala segi. Satu perjanjian yang belum ditunaikan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi, hak Sabah, Sarawak perlu dihormati kerana mereka telah membentuk gagasan Malaysia sejak 1963...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

...Bersama dengan Singapura. Namun begitu tanggungjawab pembangunan kepada seluruh rakyat Malaysia juga mesti dipelihara.

Soalan saya, andai kata, andai kata Sabah dan Sarawak memperoleh peningkatan kuasa perwakilan politik dan hak kewangan, adakah kerajaan bersetuju bahawa satu pertiga perwakilan bukan sekadar angka politik, tetapi turut mempunyai implikasi terhadap keseimbangan kuasa dalam proses membuat keputusan negara.

Soalan kedua...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu soalan sahaja.

draft • 10:50 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

...Apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan penambahan kerusi tidak hanya menguntungkan parti politik tertentu, tetapi benar-benar memperkukuhkan kuasa suara rakyat Sabah dan Sarawak? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Kangar atas soalan tambahan. Seperti yang saya sebut tadi, kita kena faham the spirit of MA63 dan kita kena faham bahawa tanpa MA63 ini, tidak akan terbentuk Malaysia. Jadi, apa yang kita minta Puan Yang di-Pertua ialah kita mahu suara Borneo ini, suara Sabah dan Sarawak ini cukup di Dewan yang mulia ini. Itu yang— sebab kita mahu supaya apa-apa pun keputusan dasar yang ditetapkan di Dewan Parlimen ini, suara Borneo akan diambil kira. Itu yang penting.

Sebab, kalau kita tidak melihat perkara ini sekarang ini, kita pun tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dengan pemikiran sekarang, saya lihat dari sudut politik, pemerhatian saya sendiri. Kalau pemikiran ekstrem ini berlaku, saya takut nanti, pada masa hadapan, suara Borneo ini tidak akan didengar pun, tidak dipeduli pun di Dewan ini. Jadi, kita perlukan the right sizing, the right representation untuk rakyat Sabah dan Sarawak bersuara.

draft • 10:50 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Itu adalah, itu adalah...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak bagi soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey. Jadi, saya fikir itu dan dari segi sudut yang lain, kita ini negeri— kedua-dua negeri ini besar. Memang dari sudut peruntukan, kita perlu lebih. Itu yang kita perlukan bilangan Parlimen sekurang- kurangnya ada dana yang ditambah untuk menjawat kawasan-kawasan yang agak besar ini. Dan ini pun perlu difahami oleh rakan-rakan kita di Semenanjung.

Jadi, kita harap apabila kita bentang nanti di Dewan yang mulia ini untuk mengubah pindaan Perlembagaan, Perkara 46, saya minta supaya dua pertiga daripada Ahli-ahli Parlimen ini menyokong usul ini, insya-Allah. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Timbalan Speaker, soalan saya nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan, pelan strategik kementerian dalam memperkasakan konsep "kebersamaan" jointness di bawah Markas Angkatan Bersama (MK AB) bagi mengurangkan kebertindihan (redundancy) fungsi/peranan antara Tentera Darat, TLDM dan TUDM, seterusnya mencapai penjimatan perbelanjaan tanpa mengkompromikan kedaulatan negara.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang dikemukakan. Konsep kebersamaan atau jointness merupakan teras pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke arah pembentukan angkatan masa hadapan yang sepadu, tangkas dan berfokus selaras dengan Kertas Putih Pertahanan Negara.

Markas Angkatan Bersama berperanan sebagai pemerintahan peringkat operasi yang mengintegrasikan keupayaan Tentera Darat Malaysia (TDM) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan juga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui konsep assigned forces iaitu trup aset dan keupayaan daripada ketiga-tiga perkhidmatan diletakkan di bawah pemerintahan dan kawalan operasi Markas Angkatan Bersama mengikut keperluan misi.

Pelaksanaan jointness merupakan memberi tumpuan kepada pemerintahan dan kawalan kesalingoperasian, latihan bersama, mengoptimumkan aset dan sumber serta perancangan operasi bersama termasuk perkongsian maklumat dan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

kesedaran situasi. Pada masa ini, Markas Angkatan Bersama melaksanakan konsep jointness ini bagi Op PASIR dan juga Op PERISAI TIMUR.

Matlamatnya jelas iaitu menggembleng kekuatan ketiga-tiga perkhidmatan sebagai satu keupayaan bersama yang lebih bersepadu serta menyumbang kepada perbelanjaan yang lebih mampan. Sebagai penegasan, konsep jointness tidak membawa maksud menghapuskan fungsi atau keupayaan khusus TDM, TLDM dan juga TUDM. Setiap perkhidmatan akan terus membangunkan serta mengekalkan keupayaan teras masing-masing. Manakala, Markas Angkatan Bersama memastikan keupayaan tersebut diintegrasikan di peringkat operasi. Itu sahaja jawapan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanah Merah.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Timbalan MENHAN. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan MENHAN, adakah kementerian atau Angkatan Tentera Malaysia merancang untuk meletakkan formasi tempur tetap pada kekuatan sama ada peringkat batalion ataupun briged secara langsung di bawah perintah operasi Panglima Angkatan Bersama atau adakah peranan Markas Angkatan Bersama akan hanya terhad kepada pengelasan exercise serta operasi gabungan secara ad hoc sahaja seperti bantuan kemanusiaan melibatkan Air Force Darat dan Laut.

Kenapa saya bertanya perkara ini adalah mengambil kira pangkat Panglima Angkatan Bersama yang diperuntukkan sekarang ini berpangkat tiga bintang atau Leftenan Jeneral iaitu pangkat pegawai kanan tentera yang sangat tinggi.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Sekiranya peranan Markas Angkatan Bersama hanya sebagai penyelaras saja, memadai pangkat Panglima Angkatan Bersama ini terhad kepada dua bintang iaitu Mejar Jeneral saja, memandangkan misi UNIFIL di Lebanon dan IMT di Mindanao telah tamat. Beban tugas kini semakin kurang.

Jadi, saya syorkan sudah tiba masanya satu formasi khusus di bawah perintah langsung Panglima Angkatan Bersama, terpulanglah peringkat batalion atau peringkat briged. Setuju tak Yang Berhormat Timbalan MENHAN? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih atas soalan tambahan. Seperti mana yang saya maklumkan tadi, Markas Angkatan Bersama ini bila kita nak

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita, kita mengikut keperluan misi kita dan juga operasi kita. Itu perkara paling asas yang kita harus lihat.

Sebab itu macam tadi disebut oleh Tanah Merah, adapun misi-misi antarabangsa kita, ya di bawah Angkatan Bersama, tapi kita harus ingat juga, melalui operasi dan misi-misi yang kita adakan dalam negara sepertimana Op PASIR dan sebagainya.

Kerana kita tahu bahawa kawalan melalui Angkatan Bersama ini kita mengintegrasikan ketiga-tiga cabang atau pun domain pertahanan kita. Dan saya fikir pada masa akan datang, kita juga akan ada domain yang baru iaitu domain siber kita. Sebab itu cara kita bertindak adalah berdasarkan kepada misi kita.

Dan macam apa yang disebut tadi, bagaimana kita boleh mengupayakan keupayaan ketiga-tiga domain pertahanan kita itu, bergantung pada keperluan kita dari masa ke semasa. Sebab ini buat masa ini, kita banyak fokus kepada Pantai Timur kita dan terutamanya kalau kita lihat di kawasan kepulauan di Sabah dan seumpamanya, termasuk di perairan Sabah dan juga di Sarawak.

Jadi, ini antara fokus kita. Adapun pada masa akan datang, bagaimana kita mahu melengkapkan lagi integrasi kita, ianya bergantung pada keperluan-keperluan operasi kita. Itu saja.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Lanjutan daripada jawapan berkaitan tentang kebersamaan sebentar tadi (jointness). Kuala Pilah ingin bertanya, apakah mekanisme kawalan yang dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan perolehan aset strategik, alat ganti serta kontrak penyelenggaraan (MRO) antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM ini diselaraskan secara berpusat di bawah konsep kebersamaan tadi? Sekali gus, mengelakkan ketirisan bajet dan kelewatan kesiapsiagaan aset.

Dan apakah strategi penjenamaan semula kempen kerjaya serta penambahbaikan syarat kelayakan masuk bagi menerima minat— bagi menarik minat generasi muda merentasi pelbagai kaum menyertai ATM? Khususnya dalam mengatasi isu kegagalan saringan fizikal dan mengisi keperluan kepakaran teknikal tinggi ketenteraan moden. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah di atas persoalan yang dikemukakan. Kalau kita lihat bila kita membangunkan Angkatan

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Bersama ini, memang ada banyak faktor juga kita berikan fokus, terutamanya dalam konteks bagaimana kita boleh membuat perbelanjaan yang lebih mampan.

Salah satu daripada aspek itu adalah terkait juga dengan penyelenggaraan.

Dan kalau kita lihat di samping penyelenggaraan itu, kita boleh melakukan penjimatan juga dalam latihan dan juga operasi. Adapun dalam aspek penyelenggaraan, kita banyak tertumpu pada markas Angkatan Bersama sahaja.

Adapun penyelenggaraan dalam aspek domain-domain yang lain, ia nya masih diselaraskan oleh sama ada TDM, TLDM mahupun TUDM. Adapun persoalan yang terkait dengan penyertaan kepada Kementerian Pertahanan ataupun Angkatan Tentera Malaysia daripada pelbagai kaum itu, memang kita sentiasa berusaha untuk pastikan bahawa masyarakat dalam negara kita ada kesedaran mereka untuk menjadi salah seorang daripada anggota pertahanan negara tanpa mengira kaum.

Kerana kita tahu bahawa tanggungjawab menjaga kedaulatan dan keamanan negara kita adalah tanggungjawab semua. Itu saja.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah usaha yang sedang dijalankan dalam membangunkan teknologi untuk pengurusan sumber air bawah tanah di Malaysia, terutamanya di kawasan terpencil atau kawasan yang mempunyai sumber air minuman yang terhad.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peranan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam pengurusan sumber air bawah tanah adalah sebagai peneraju pembangunan teknologi penyelidikan dan kepakaran saintifik.

Penyediaan bekalan air kepada rakyat, termasuk pembangunan dan pengoperasian sistem bekalan air kekal di bawah tanggungjawab kementerian, agensi dan kerajaan negeri yang berkaitan. Sehubungan itu, MOSTI menyumbang dengan menyediakan teknologi, data dan kepakaran yang dapat membantu agensi pelaksana mengenal pasti, merancang dan mengurus sumber air bawah tanah dengan lebih tepat, cepat dan menjimatkan kos.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Yang di-Pertua, antara usaha utama ialah pemanfaatan teknologi angkasa oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), khususnya melalui imej satelit penderiaan jauh dan sistem maklumat geografi (GIS). Teknologi ini digunakan untuk mengenal pasti potensi sumber air bawah tanah, termasuk di kawasan terpencil dan kawasan yang menghadapi kekangan bekalan air bersih.

Inisiatif ini bermula pada tahun 2012 melalui kerjasama antara MYSA dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di Lembangan Sungai Muar. Projek tersebut menghasilkan peta zon potensi air bawah tanah di kawasan batuan keras dengan tempoh 33 peratus lebih cepat dalam penentuan lokasi. Dan penjimatan kos pula sehingga 50 peratus bagi kos pembangunannya, yang mana penggerudian telaga tiub adalah berpandukan kepada peta potensi dan penyiasatan resistivity di lapangan berbanding secara konvensionalnya melalui wildcat drilling. Bagi membuktikan keberkesanan kaedah ini di lapangan, sebanyak 11 sistem telaga tiub telah dibangunkan sebagai projek perintis dan kini memberi manfaat kepada kira-kira 8,200 penduduk di 11 kawasan penempatan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pahang dan Sabah.

Bagi memastikan air yang dibekalkan selamat diminum, kualiti air dipantau secara berkala oleh MYSA dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) bagi analisis makmal dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kaedah pensampelan dan piawaian minuman.

Yang di-Pertua, selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN 2030) dan Pelan Tindakan Angkasa Negara 2030 (NSE2030), MYSA kini melaksanakan projek penentuan zon imbuhan air bawah tanah di lapangan Sungai Langat dengan kerjasama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

Projek yang dilaksanakan sejak 2022 ini akan menghasilkan peta zon imbuhan bagi mengenal pasti kawasan yang perlu dipelihara supaya sumber air bawah tanah kekal lestari. Selain teknologi angkasa, MOSTI juga melalui Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui penyediaan kemudahan dan kepakaran dalam penggunaan teknologi nuklear dan teknologi berkaitan.

Teknologi ini merangkumi tiga teknik utama: pertama, teknik keberintangan elektrik untuk mengenal pasti lokasi akuifer, struktur geologi, pencemaran serta kemasukan air masin ke dalam akuifer.

Kedua, teknik isotop untuk mengetahui asal usul dan pergerakan air bawah tanah, menganggar usianya serta kadar akuifer diisi semula.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Ketiga, teknik perjuri untuk mengesan laluan aliran air dan mengenal pasti kebocoran pada empangan dan struktur hidrologi. Penggunaan teknologi ini menyokong usaha penyelidikan, pemantauan dan pengurusan sumber air secara mampan serta meningkatkan keselamatan infrastruktur berkaitan air.

Yang di-Pertua, MOSTI melalui agensinya akan terus memperkukuh kerjasama dengan JNG, NAHRIM, kerajaan negeri dan agensi berkaitan supaya teknologi ini dapat dimanfaatkan secara optimum, khususnya bagi komuniti luar bandar dan kawasan yang menghadapi kekangan bekalan air. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Siput.

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, apakah langkah dan strategi yang dilaksanakan oleh MOSTI dalam mempromosikan serta memperluas penggunaan teknologi berasaskan angkasa bagi mengenal pasti potensi sumber air bawah tanah serta menyokong pengurusan sumber air secara mampan oleh agensi kerajaan dan pihak berkepentingan? Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Siput. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensi angkasa MYSA sentiasa mempergiat usaha mempromosikan penggunaan teknologi angkasa bagi menyokong penerokaan, pemetaan dan pengurusan sumber air bawah tanah secara lebih cekap, sistematik dan mampan.

Usaha ini bertujuan untuk memperluas penerima gunaan teknologi berkenaan oleh agensi kerajaan, pihak industri, institusi pendidikan serta pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam pengurusan sumber air bawah tanah, di samping meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai potensi aplikasi teknologi angkasa dalam sektor pengurusan sumber.

draft • 11:00 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Bagi mencapai matlamat tersebut, MYSA melaksanakan pelbagai pendekatan promosi dan pemindahan teknologi antaranya melalui penganjuran seminar, bengkel teknikal dan sesi perkongsian ilmu bersama agensi kerajaan serta pemegang taruh yang berkaitan. Di samping itu, program jangkauan atau outreach turut dilaksanakan secara berterusan kepada masyarakat dan golongan pelajar bagi meningkatkan kefahaman, kesedaran serta minat terhadap penggunaan teknologi angkasa dalam kehidupan seharian termasuklah bagi tujuan penerokaan dan pemuliharaan sumber air.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Hasil daripada usaha promosi dan kerjasama strategik antara agensi ini, MYSA telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dalam pembangunan sistem aplikasi dalam talian yang memanfaatkan teknologi angkasa bagi membantu pengurusan sumber air untuk sektor pertanian dengan lebih cekap, teratur dan sistematik.

Pembangunan sistem ini merupakan antara contoh kejayaan penerimagunaan teknologi angkasa dalam menyokong keperluan operasi agensi kerajaan khususnya dalam meningkatkan keupayaan pemantauan, perancangan dan pengurusan sumber air bagi menyokong produktiviti sektor pertanian. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

draft • 11:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih pada Puan Yang di-Pertua. Tahniah juga kepada MYSA, NAHRIM dan juga MOSTI sendirilah atas usaha yang berterusan. Okey, kita sedia maklum bahawa Kelantan merupakan negeri yang paling bergantung kepada sumber air tanah— bawah tanah bagi memenuhi keperluan bekalan air rakyat kerana penggunaan sumber air daripada sungai, rawatan adalah lebih relatifnya lebih tinggi berbanding dengan bawah tanah.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejak kira-kira empat tahun lalu Kelantan telah mempunyai teknologi rawatan air bawah tanah melalui hasil inovasi anak tempatan melalui Loji Teluk Mesira yang menggunakan teknologi NR cavitation tanpa penggunaan bahan kimia dengan kos operasi yang dilaporkan kurang daripada 10 sen bagi setiap meter padu air.

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mempercepatkan penerokaan pembangunan sumber air bawah tanah secara menyeluruh termasuk mengadaptasi teknologi tempatan seperti NR cavitation sebagai sumber bekalan air, alternatif yang lebih cost effective dan lestari khususnya bagi kawasan luar bandar, pedalaman serta negeri-negeri berisiko mengalami gangguan bekalan air akibat pencemaran sumber sungai. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Besar atas soalan tambahan.

Kelantan memang adalah antara negeri yang paling lama bergantung kepada air bawah tanah termasuk bagi bekalan awam di Kota Bharu. Ini membuktikan bahawa air bawah tanah boleh menjadi sumber bekalan yang berdaya maju sekiranya diurus dengan baik.

draft • 11:10 AM

Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Peranan MOSTI ialah memastikan teknologi yang diperlukan itu tersedia dan inovasi tempatan diberi ruang untuk dibuktikan serta dikomersialkan. Dari aspek penerokaan pula, MOSTI telah pun menyumbang MYSA menggunakan satelit untuk memetakan potensi air bawah tanah. Kaedah ini juga memendekkan penentuan lokasi tenaga kepada kira-kira enam bulan dan menjimatkan kos sehingga 50 peratus. Nuklear Malaysia pula menggunakan teknik isotop untuk menentukan kadar akuifer diisi semula. Ini penting supaya pengambilan air tidak melebihi kemampuan akuifer dan kekal lestari dalam jangka panjang.

Mengenai inovasi tempatan seperti Yang Berhormat sebut sebentar tadi, NR cavitation, MOSTI menyambut baik inovasi anak tempatan dalam teknologi rawatan air ini. Untuk diterima guna secara lebih meluas, sesuatu teknologi itu perlu melalui pengesahan prestasi secara bebas melalui piawaian air minum Kementerian Kesihatan dan mendapat kelulusan teknikal pihak berkuasa perkhidmatan air.

Dalam hal ini, MOSTI boleh menyokong melalui saluran sedia ada seperti dana penyelidikan dan pengkomersialan, pengujian serta platform Sandbox Technology dan Inovasi Kebangsaan (NTIS) untuk menguji teknologi dalam persekitaran sebenar. Pemilik teknologi digalakkan mengemukakan permohonan melalui saluran ini.

Yang di-Pertua, prinsip kita jelas. Teknologi tempatan yang terbukti selamat dan cost effective wajar diberi peluang. Dalam masa yang sama, data saintifik mesti digunakan supaya sumber air bawah tanah dimanfaatkan secara lestari. MOSTI sedia bekerjasama dengan PETRA, Kerajaan Negeri Kelantan dan negeri-negeri lain ke arah itu. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dr.

Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah.

draft • 11:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi, soalan saya nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah komprehensif diambil oleh Tabung Haji (TH) dalam mengimbangi pelaburan domestik dan global bagi memastikan agihan nilai hibah yang kompetitif di sebalik ketidaktentuan pasaran ekonomi dunia ketika ini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Puan Yang di-

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Pertua, Tabung Haji ditubuhkan bagi membantu umat Islam di negara kita menabung secara sedikit demi sedikit untuk tujuan menunaikan ibadah haji. Selaras dengan mandat yang termaktub dalam kontrak wakalah antara Tabung Haji dan pendeposit serta kehendak dalam Akta Tabung Haji 1995, Tabung Haji perlu melaksanakan pelaburan ini secara patuh syariah untuk mengembangkan dana simpanan pendeposit secara mampan.

Untuk mengembangkan dana pendeposit ini secara mampan, Tabung Haji akan melakukan agihan keuntungan secara tahunan yang dibuat berdasarkan peruntukan di dalam akta yang saya sebutkan tadi dan selepas pelunasan zakat bagi pihak pendeposit. Strategi pelaburan Tabung Haji dilaksanakan berpandukan rangka alokasi aset strategik atau juga dikenali dengan izin, strategic asset allocation (SAA) dan tahap toleransi risiko yang bersesuaian. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pengurusan dana simpanan pendeposit ini diuruskan secara berhemah dan lebih selamat walaupun ada jaminan sepenuhnya daripada kerajaan.

Pada masa ini, untuk makluman Ahli Berhormat semua, Tabung Haji memperuntukkan 54 peratus alokasi dalam instrumen berpendapatan tetap, 29 peratus pula di alokasi dalam ekuiti, 12 peratus dalam hartanah dan selebihnya dalam pasaran tunai. Dari segi pendedahan geografi pula, sebanyak hampir 90 peratus aset pelaburan Tabung Haji ini dilaburkan dalam pasaran domestik manakala, baki dalam 10 peratus pula dilaburkan dalam pasaran global.

Puan Yang di-Pertua, walaupun SAA ini membenarkan pendedahan yang lebih besar kepada pasaran global, namun aktiviti pelaburan Tabung Haji perlu mengambil kira dan mematuhi garis panduan pertukaran mata wang asing seperti yang diperuntukkan oleh Bank Negara Malaysia sama seperti syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang lain.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, rangka SAA ini disemak setiap tiga tahun bagi memastikan strategi pelaburan dan pengurusan risiko terus mengambil kira perubahan semasa dalam persekitaran ekonomi dan pasaran modal termasuk mengambil kira ketidaktentuan dalam pasaran modal ini.

Tabung Haji mengamalkan tadbir urus dan pelaburan berhemah melalui proses penelitian dan kelulusan secara berperingkat. Setiap cadangan pelaburan akan diteliti oleh pelbagai pihak termasuk yang pertama, pihak pengurusan.

Yang kedua, panel pelaburan; yang ketiga, Lembaga sebelum dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebelum membuat

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

pertimbangan dan kelulusan tertakluk kepada had kuasa dan keperluan kelulusan yang berkuat kuasa.

Penekanan terhadap pengurusan, pemantauan risiko dan pematuhan syariah yang diterapkan dalam setiap pelaburan ini sangat diambil kira dan diambil serius oleh Tabung Haji. Alhamdulillah, hasil langkah-langkah yang diambil, Tabung Haji telah berjaya melonjakkan prestasi kewangan dan keupayaannya untuk mengagihkan keuntungan secara lebih lestari dan lebih konsisten. Kadar agihan keuntungan meningkat daripada 1.25 peratus pada tahun 2018 kepada 3.5 peratus pada tahun 2025 iaitu satu kadar pulangan tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Ini didukung oleh peningkatan nilai aset pelaburan Tabung Haji (AUM) daripada RM75.8 bilion kepada RM96.4 bilion pada tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak RM20.6 bilion ataupun kenaikan sebanyak 27 peratus. Alhamdulillah, secara keseluruhan Tabung Haji telah mengagihkan keuntungan sebanyak RM50 bilion sejak tahun 1996 sehingga tahun 2025. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kedah.

draft • 11:20 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun memberikan angka-angka positif berkenaan dengan perkembangan Tabung Haji.

Soalan tambahan saya ialah berdasarkan kepada anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi negara berkembang 5.3 peratus bagi suku tahun ketiga 2026. Saya ingin bertanya, apakah sasaran komposisi pelaburan domestik dan antarabangsa Tabung Haji bagi tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang dan apakah penanda aras yang digunakan untuk memastikan keseimbangan tersebut benar-benar meningkatkan pulangan kepada pendeposit tanpa menjejaskan keselamatan modal mereka? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Kami sangat menghargai keprihatinan Yang Berhormat terhadap isu pelaburan yang akan memberi kesan secara langsung kepada dana simpanan pendeposit.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya sebutkan tadi ya, kita ada satu struktur sebelum kita melakukan apa-apa pelaburan. Pelaburan ini perlulah berlandaskan kepada SAA ini tadi iaitu strategic asset allocation dan

draft • 11:20 AM

Puan Marhamah binti Rosli

sebarang perancangan, sebarang pandangan untuk memulakan apa-apa pelaburan akan diteliti dengan sangat serius.

Jadi, dengan cara ini insya-Allah, dana pendeposit Tabung Haji ini akan sentiasa dijaga dan dipastikan dapat diberikan manfaat walaupun seperti yang saya sebutkan tadi, kerajaan memberikan jaminan yang penuh terhadap keuntungan, terhadap pendeposit-pendeposit yang memberikan deposit mereka di Tabung Haji.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Balik Pulau.

draft • 11:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Timbalan Menteri mengenai prestasi Tabung Haji.

Dan, saya ingin juga nyatakan di sini bahawa prestasi berbanding dengan tabung-tabung lain seperti KWSP, PNB semuanya mampu memberi pulangan yang tinggi. Sedangkan Tabung Haji masih mencatat kadar keagihan keuntungan yang lebih rendah...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Soalan saya, adakah ini menunjukkan prestasi pelaburan Tabung Haji kurang cekap berbanding institusi-institusi tersebut?

Dan saya juga ada soalan supaya adakah Tabung Haji perlu satu pengambilan talent seperti EPF? Dia ada Investment and Strategic Analysis Panel yang betul-betul profesional melihat kepada pelaburan-pelaburan yang masuk, yang akan datang dan bukan hanya bergantung kepada Board of Directors Tabung Haji yang membuat keputusan ikut pilihan masing-masing. Sebaliknya, ada satu panel khas Chief and Investment Strategy dalam Tabung Haji. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Pertamanya, adalah tidak wajar kita membandingkan Tabung Haji, apple-to-apple dengan izin, dengan institusi lain seperti KWSP, PNB, KWAP ataupun LTAT. Kerana Tabung Haji ini lebih sesuai dibandingkan dengan akaun bank iaitu CASA dengan izin, current account, saving account kerana mempunyai persamaan dari segi kemudahan deposit dan pengeluaran.

Untuk makluman, institusi pelaburan yang lain mempunyai mandat yang berbeza dengan Tabung Haji. Saya bagi contoh, sekiranya hari ini kita memasukkan RM50 ke dalam Tabung Haji, esoknya kita boleh keluarkan RM30. Okey. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan akaun CASA, Tabung Haji memberikan pulangan yang

draft • 11:20 AM

Puan Marhamah binti Rosli

jauh lebih tinggi. Saya bagi contoh, 3.5 peratus bagi tahun 2025 setelah dilunaskan zakat berbanding kurang satu peratus bagi akaun CASA bank.

Dan kami mengambil berat cadangan daripada Yang Berhormat Balik Pulau berkaitan dengan pengambilan talen dan panel khas. Insya-Allah, Tabung Haji akan teliti dan akan sentiasa memperbaiki kaedah pelaburan Tabung Haji. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy, Kota Belud.

draft • 11:20 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 9.

draft • 11:20 AM

9. Puan Isnaraissah Munirah Majilis [Kota Belud] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, kedudukan 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) tertinggi dan 10 terendah dalam penilaian Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) terkini serta kesediaan kementerian merintis program pasukan petugas khidmat pakar teknikal dan pemindahan teknologi (knowledge transfer) bersama kerajaan negeri bagi memperkasa keupayaan pegawai tempatan PBT di Sabah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian ini melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah pun memuktamadkan keputusan penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2026 yang merangkumi penilaian secara dalam talian sepenuhnya ke atas 154 PBT di seluruh negara merangkumi 20 PBT bandar raya, 42 perbandaran dan 92 adalah berstatus daerah.

Berdasarkan markah keseluruhan penilaian Sistem Penarafan Bintang PBT tahun 2026, setiap PBT dikelaskan mengikut kategori yang saya sebutkan tadi bandar raya, perbandaran dan juga daerah. Sepertimana yang telah ditanya oleh Yang Berhormat Kota Belud meminta list yang tertinggi dan juga terendah. List-nya akan panjang sebab dia ada tiga kategori bandar raya, perbandaran dan juga daerah.

Saya mohon Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan list tersebut secara bertulis.

Boleh Yang Berhormat?

Manakala berkaitan dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat, sama ada kesediaan KPKT merintis program pasukan petugas khidmat pakar teknikal dan juga pemindahan teknologi di PBT Sabah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini kekal komited sepenuhnya dan bersedia menjalinkan kerjasama rapat bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah, khususnya menerusi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan inisiatif bersama yang kita fokuskan kepada pelaksanaan program pemerkasaan keupayaan PBT, keupayaan pegawai-pegawai PBT di Sabah berlandaskan penyelarasan yang teratur serta kerjasama strategik antara KPKT dan juga KKTP Sabah.

Komitmen KPKT dalam memperkasakan PBT di Sabah ini berpotensi untuk kita realisasikan secara berfokus, bersasar dan berstruktur melalui pelbagai platform dan juga inisiatif khas, khususnya antara yang berikut adalah, bengkel pemerkasaan bersasar dan juga khidmat bimbingan (mentoring) Ahli Yang Berhormat ya. Di mana pada bulan 12 ini, kita akan adakan sesi bimbingan khusus bagi membantu PBT di Sabah menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan perbandaran secara holistik terutamanya dalam aspek kawalan pembangunan, pelesenan, pengurusan pelanggan.

Melalui sesi bimbingan nanti, pakar teknikal KPKT akan membantu PBT merangka pelan tindakan penambahbaikan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat di mana secara tidak langsung juga akan menyumbang kepada peningkatan penarafan bintang PBT di peringkat negeri Sabah.

Yang keduanya adalah pemindahan amalan terbaik peer-to-peer knowledge transfer di mana kita sedia merintis mekanisme penandaarasan (benchmarking) dengan memadankan PBT Sabah dengan PBT cemerlang yang telah menerima anugerah transformasi. Sepertimana contohnya, Majlis Daerah Telupid di Sabah telah pun menerima anugerah transformasi dan juga Majlis Perbandaran Kulai, Johor dengan kita berikan fokus kepada pemindahan model terbaik— best practices. Keduanya adalah tentang transformasi digital, Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa aplikasi yang telah pun diguna pakai di peringkat KPKT sepertimana OSC 3.0 Plus Online, sistem One-Stop Centre (OSC) PBTPay, Sistem ePBT 3.0 dan juga Sistem e-Profil dan juga PBTK. Ini semua kita boleh bawalah ke Sabah untuk membantu PBT-PBT di Sabah menaik taraf perkhidmatan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Belud.

draft • 11:20 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebab saya beberapa tahun lalu, saya lupa dia punya ini. Memang kalau kita tengok kebanyakan

draft • 11:20 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

yang tercorot sebenarnya kebanyakannya di Sabah dan Timbalan Menteri juga sedia maklum bahawa kalau di Sabah ini geografi dia, demografi dia memang agak luas dan memang memberi cabaran yang tinggi.

Saya cuma tanya kalau— sejauh mana kriteria geografi dan demografi Sabah itu diambil kira dalam kita membuat penilaian terhadap penarafan bintang untuk PBT supaya— sebab beberapa kawasan-kawasan kalau dia industrial, memang barangkali PBT dia okey. Contoh, barangkali kawasan dia besar, capaian internet dia pun kurang ya. Jadi, itu akan sangat mempengaruhi keupayaan ekonomi majlis daerah.

Saya juga suka dengan jawapan YB Timbalan Menteri juga tadi berkenaan— mungkin ini whole-of-government approach lah, kerjasama dengan KPKT, KKDW juga. Saya harap mungkin dia lebih diperluaskan juga kepada contoh untuk...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:20 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

...Kita pastikan projek jalan raya, sistem perparitan dan juga liputan digital supaya pekan- pekan kecil ini tidak tercicir dalam akibat kekangan kewangan untuk PBT itu sendiri.

Terima kasih Timbalan Menteri.

[Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)

draft • 11:20 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu]

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu]

Tuan Yang di-Pertua terima kasih.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun sistem penarafan bintang ini mungkin menggunakan set indikator dan piawaian yang standard untuk mengekalkan penanda aras kualiti perkhidmatan di peringkat kebangsaan, tetapi prinsip keadilan tetap kita terapkan melalui pengasingan penilaian mengikut kategori PBT.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu]

Contohnya, Ahli Yang Berhormat, kalau di peringkat bandar raya— bandar raya. Kalau di peringkat perbandaran— perbandaran. Di peringkat daerah— daerah.

Sepertimana yang saya sebutkan tadi, kita ada 92 daerah.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu]

Saya nak bagi contoh, Ahli Yang Berhormat. Majlis Daerah Telupid. Kalau dulu masa kita nilai dia dalam tahun 2024, dia berada pada kedudukan 87 daripada 92 daerah, tetapi untuk penilaian kali ini, Telupid melonjak begitu hebat. Dia sekarang berada di kedudukan 4 daripada 92 daerah.

Maknanya, kalau kita lihat daerah-daerah Sabah ini, Majlis Daerah Sabah, PBT Sabah ada 26― satu bandar raya; dua perbandaran; 23 daerah. Kalaulah 23 daerah Sabah itu boleh mengambil contoh Majlis Daerah Telupid tadi, daripada kedudukan 87, alangkah baiknya. Dan bukan susah untuk Sabah mencari contoh kerana Majlis Daerah Telupid itu berada di Sabah, dalam— tak silap saya dalam Parlimen Beluran.

Jadi, yang lain-lain itu mungkin― Tuan Yang di-Pertua, masa pun dah tamat― kita boleh berbincang di luar nanti. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Maran.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

Soalan saya. Kalau tak silap, purata markah SBB dan PBT menurun daripada 90.44 peratus pada tahun 2024 kepada 78.79 peratus pada tahun 2026. Adakah penurunan ini mencerminkan kemerosotan sebenar mutu perkhidmatan kepada rakyat untuk ber― dan daripada perubahan kuasa dan indikasi-indikasi penilai. Dan apakah tindakan dan usaha kerajaan dalam menghadapi masalah ini?

Dan jika prestasi PBT dijadikan asas pertimbangan peruntukan, maka sudah tentulah PBT-PBT yang prestasinya rendah akan terus ketinggalan. Apakah mekanisme yang digunakan oleh kerajaan dalam menghadapi masalah ini supaya prestasi PBT-PBT yang ada di negara kita ini terus bertambah baik tanpa mengira sama ada mereka di bandar ataupun di luar bandar? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, faktor penurunan markah bagi tahun 2026 bukan disebabkan oleh kemerosotan kualiti perkhidmatan di peringkat PBT sepenuhnya, sebaliknya adalah akibat peralihan kaedah penilaian kepada penilaian berorientasikan impak, outcome, dan juga isu pemahaman kamus indikator baharu oleh PBT serta syarat penurunan bintang bagi 25 PBT yang telah pun menerima Sijil Ketua Audit Negara secara berteguran.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Itu yang saya boleh sebutkan. Manakala yang lain-lain, Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang telah saya jawab tadilah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 19 November 2026.” Sekian. Terima kasih.

draft • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat yang menyokong?

draft • 11:33 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:33 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesembilan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 11:33 AM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebelum kita meneruskan perbahasan, Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan dukacita dan sedih, saya ingin mengumumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa ayahanda kepada Yang Berhormat Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Ahli Parlimen Kuala Krau telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini.

Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Tuan Haji Kamal bin Ashaari atas pemergian ayahandanya. Kita berdoa moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh serta yang beriman. Amin ya Rabbal alamin.

draft • 11:33 AM
Kepala B.33 [Jadual] – Kepala P.33 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita kembali kepada urusan Majlis. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air terbuka untuk dibahaskan.

Senarai yang telah di-submit-kan oleh pihak pentadbiran Parlimen adalah seramai 31 orang. Yang Berhormat yang akan berbahas adalah dimulakan dengan Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Bukit

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Gantang, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Hulu Langat.

Dengan ini, sebagai pembuka tirai, dipersilakan Yang Berhormat Puchong.

draft • 11:33 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Puchong ingin merujuk kepada B.33 Butiran 020100 – Bekalan Elektrik. Saya akan memfokuskan 5 minit ini untuk pengurusan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.

Dato’ Pengerusi, Puchong merujuk kepada laporan yang memetik rekod Grid System Operator (GSO) bahawa pada 8 Jun 2026, permintaan puncak grid, maximum demand di Peninsular Malaysia atau Semenanjung Malaysia telah pun mencecah kira-kira 21 gigawatt, manakala penjanaan sebenar yang tersedia iaitu kapasiti kita pada masa itu dengan penyelenggaraan berjadual Loji Jana Kuasa Edra Melaka hanya pada paras 25 gigawatt. Ini bermakna bahawa effective reserve margin pada hari itu adalah sekitar 13 peratus sahaja.

Walaupun kita mengambil kira Loji Edra tersebut, saya menganggarkan bahawa reserve margin bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia sekarang adalah di tahap 23 hingga 24 peratus. Ini sebenarnya adalah angka reserve margin yang terendah dalam sejarah 10 tahun, mungkin 15 tahun negara kita. Jadi, soalan pertama saya kepada pihak kementerian adalah apakah nilai reserve margin bekalan elektrik yang terkini di Semenanjung Malaysia?

Apa yang merisaukan saya Dato’ Pengerusi, adalah di mana perkembangan pesat pusat-pusat data yang menuntut bekalan elektrik yang begitu tinggi dengan kapasiti bekalan kita tidak dapat catch-up dengan permintaan pusat-pusat data yang akan come online pada masa terdekat especially new term. Ini adalah kerana terdapat wujudnya jurang masa antara pembinaan pusat data dan juga loji jana

draft • 11:38 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

kuasa. Pusat data boleh dibina dalam tempoh 12 hingga 24 bulan, satu hingga dua tahun.

draft • 11:38 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Manakala, loji jana kuasa gas, sekarang akan mengambil masa empat hingga tujuh tahun dengan mengambil kira kekangan rantaian bekalan. Dato’ Pengerusi, there is a global supply crunch sekarang dengan equipment loji jana kuasa gas.

Untuk jangka masa panjang, kita sebenarnya sedang berhadapan dengan gelombang elektrifikasi yang sangat besar dalam sejarah dunia. Di Malaysia, pusat data berskala besar sudah merangkumi sekitar 7 peratus daripada penggunaan elektrik di Semenanjung Malaysia dan angka ini akan melonjak 30 peratus menjelang tahun 2035.

Pada masa yang sama, kita ada EV, kita ada elektrifikasi sektor pengangkutan awam dan juga peralihan tenaga kilang-kilang dan pengusaha- pengusaha. Oleh itu, Puchong sangat menyokong Suruhanjaya Tenaga untuk mengadakan pasaran borong elektrik berasingan (wholesale market) separate wholesale market bagi pengguna kuasa besar termasuk pusat data menjelang tahun 2029 hingga 2030. Syabas dan tahniah kepada Suruhanjaya Tenaga.

Ini adalah satu langkah yang sangat penting dan amat kritikal kerana kita tidak boleh habiskan duit untuk membina loji-loji jana kuasa yang besar untuk menampung industri speculation, di mana mereka akan ada demand yang begitu besar, tetapi jika dinamik pasaran menurun, teknologi berubah, maka permintaan ini akan berkurang, tetapi aset yang kita ada ini akan ditanggung oleh pengguna. Oleh itu, to have a separate wholesale market adalah langkah yang sangat-sangat penting.

Saya juga menyambut baik pelancaran tender New Gen 25, New Gen 26 oleh pihak ST baru-baru ini untuk menampung keperluan bekalan elektrik untuk jangka masa pendek dan juga sederhana. Walau bagaimanapun Dato’ Pengerusi, saya ada beberapa cadangan untuk Suruhanjaya Tenaga untuk penambahbaikan dan untuk mengkaji.

Pertama sekali, I think we should price electricity for data center correctly even now. Not until 2029 and 2030, dengan izin. Saya cadangkan supaya ST mengeluarkan terus komponen arang batu atau coal daripada pengiraan beban asas, base load dalam menetapkan tarif asas untuk pusat-pusat data ini.

Langkah ini sangat penting kerana supaya rakyat biasa di luar sana dapat menikmati manfaat penuh daripada kos penjanaan arang batu yang jauh lebih murah

draft • 11:40 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

berbanding dengan gas dan juga penjanaan yang lain. Sekali gus memastikan purata harga base load untuk pengguna domestik kekal terkawal, tetapi kita price correctly untuk data-data center supaya mereka boleh kaji sama ada business model mereka akan mengambil, membawa keuntungan bagi mereka supaya mereka boleh invest in Malaysia.

If we price our electricity in correctly now, we will lead to investment, misinform investment dan saya nak cadangkan supaya ST untuk think about it untuk mengkaji, especially on coal pricing. Coal pricing should be benefited only by domestic users in Malaysia, dengan izin.

Keduanya, bagi mengenal― 2 minit lagi Dato’ Pengerusi.

Keduanya, bagi menangani isu bekalan jangka masa pendek, short-term supply crunch. Kita akan ada supply crunch until 2029 when the new loji jana kuasa come online. ST tidak boleh hanya fokus kepada aspek penjanaan dengan New Gen 25, tetapi perlu memperhebatkan pengurusan permintaan or demand management.

Kerajaan perlu wujudkan polisi untuk menggalakkan pengguna elektrik besar seperti kilang-kilang untuk merendahkan penggunaan puncak mereka iaitu shaving the maximum demand. Oleh itu, Puchong cadangkan supaya ST boleh duduk bersama dengan Kementerian Kewangan untuk mengkaji bagaimana kita boleh beri insentif untuk merancakkan lagi penggunaan sistem storan tenaga bateri (battery energy storage system).

Saya sudah teliti perkara ini. Saya mendapati walaupun pengusaha yang pasang BESS ini layak mendapatkan GITA – Green Investment Tax Allowance, malangnya leasing company, syarikat pemajakan BESS tidak layak untuk GITE- Green Income Tax Exemption. Padahal kita memang tahu bahawa model leasing ini jauh lebih flexible and practical untuk kilang-kilang yang tiada bajet besar untuk keluarkan model upfront iaitu CapEx.

Saya ingin ingatkan pihak ST. Sewaktu saya jadi Menteri, apabila kita nak meningkatkan take-up rate untuk solar leasing, apa yang kita buat ialah kita pastikan kita ada leasing companies dan leasing companies ini ada investment income tax exemption supaya kita menggalakkan lebih ramai orang untuk invest in becoming the leasing company untuk solar leasing. Selepas itu, memang take-up rate telah meningkat. Oleh itu, kita boleh menggunakan model yang sama.

Akhir sekali Dato’ Pengerusi, sebab ini Menteri— kementerian yang saya pernah ada amanah untuk menanjung— saya akhir sekali, saya ada sikit teguran

draft • 11:40 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

lagi. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru supaya Suruhanjaya Tenaga kembali menerbitkan laporan JPPPET iaitu Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif kepada umum.

Saya baru sahaja notis bahawa JPPPET yang terakhir yang diumumkan adalah pada 2021. Saya masih ingat lagi sewaktu saya menjadi Menteri Tenaga, kita telah pun membuat ketetapan bahawa kita akan terbitkan, publish JPPPET report.

Why? Ini adalah JPPPET ada dua sesi setiap tahun untuk merancang long- term bagaimana industri bekalan elektrik akan membekalkan elektrik. Ini adalah sangat penting supaya pemain industri dan juga pengguna industri sentiasa dapat updated information daripada Suruhanjaya Tenaga.

Oleh itu, inilah beberapa cadangan saya kepada Suruhanjaya Tenaga.

Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana berikan saya cukup masa untuk habiskan poin saya.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Machang.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Pengerusi. Butiran Kepala 14200 – Pemulihan Struktur dan 20000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Kelantan.

Pengerusi dan Dewan yang mulia. Saya mohon kementerian meneliti isu-isu melibatkan infrastruktur sungai di kawasan Parlimen Machang seperti Sungai Bagan, Sungai Sat, Sungai Galang, Sungai Kweng Hitam, Sungai Pertak dan sebagainya kerana berlaku kecetekan yang menjejaskan aliran sungai dan memberi kesan kepada produktiviti para pesawah yang ada di Machang.

Mohon kementerian juga untuk menambah peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan tebing-tebing akibat sungai yang terhakis. Ini juga adalah satu faktor kecenderungan sungai yang berlaku kerana penting untuk mengurangkan banjir di musim tengkujuh yang akan tiba tak lama lagi.

Dan saya juga ingin membangkitkan isu melibatkan, ya lah kita tahu Kelantan, Terengganu, Kedah. Ini negeri-negeri kami. Negeri-negeri pembangkang. Negeri- negeri yang Yang Berhormat Menteri Pertanian pun tahu, kalau nak capai KPI dia kena bantu. Saya yakin Yang Berhormat Menteri bantu banyak. Terima kasih.

Cuma mungkin nak tambah lagi daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Tenaga dan Air untuk membantu membawa

draft • 11:46 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

peruntukan membaiki saliran-saliran air yang lama dah tak sempat nak dibuat.

Contohnya, di Machang ada sebuah skim bendang seluas 671 hektar yang airnya sampai ke sawah melalui sistem yang dibina pada tahun 1956, sebelum merdeka lagi. Tak tukar-tukar, 70 tahun dah.

Jadi, saya rasa sudah tiba masanya kita gantilah rumah pam ini. Letak yang jadikan ia lebih bagus supaya kita dapat tingkatkan hasil produktiviti petani yang ada di kawasan tersebut. Jadi, saya mohon Timbalan Perdana Menteri untuk berikan peruntukan tambahan membantu Kementerian Pertanian untuk meningkatkan produktiviti para pesawah kita di Machang khususnya dan di Kelantan amnya.

Yang kedua, Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 040000 – berkenaan dengan MyPower. MyPower ini adalah well, kalau tanya kerajaan hari ini dia macam NAPIO iaitu badan yang menguruskan perancangan pembinaan jana kuasa nuklear kita.

Pengerusi dan Dewan yang mulia, saya rasa Malaysia dah terlambat, sangat lambat. Saya baru pulang daripada COP31 di Antalya, Turki yang mana saya membentangkan pandangan Malaysia dan Ahli Parlimen dalam World Atomic Days, persidangan melibatkan nuklear dan negara Turkiye bakal melangsungkan operasi jana kuasa nuklear mereka yang pertama pada tahun depan dan mereka telah usahakan perkara ini sejak 2010 dan ini satu mega projek yang besar yang mana kalau kita berazam nak buat sepertimana Presiden Macron semalam tawarkan kepada kita, France— Perancis juga akan turut mahu bekerjasama dengan Malaysia.

Kalau mahu Malaysia terlibat dengan projek yang di kawasan nuklear.

draft • 11:46 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Maka kita perlu serius meningkatkan peruntukan untuk MyPOWER dan libatkan orang-orang yang betul-betul pakar dalam bidang nuklear. Saya nampak benda ini bukan mudah sebab kita dah zaman Pakatan Harapan dulu dah batalkan Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC). Ya lah Menteri— dulu Menteri Puchong, Yang Berhormat Puchong Menteri dulu dan masa itu pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tak berapa suka dengan tenaga nuklear, tapi tak apalah itu pandangan beliau. Saya berbeza pandangan dengan Tun Mahathir dalam hal ini.

Saya harap Malaysia begitu di bawah kepimpinan Tambun dah banyak kali berucap pun dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun banyak kali, Yang Amat Berhormat Petra Jaya pun dah bercakap tentang hal ini. Jadi, saya rasa tiba masanya sebelum kita bubarkan Parlimen, bagilah sikit peruntukan lebih kepada

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

MyPOWER ini dan bawa balik pakar-pakar kita yang dah pencen. The first batch of our nuclear experts seperti Tan Sri Dato' Ahmad Tajuddin Ali, bekas Executive Chairman TNB, mantan Pengerusi MNPC, Dato' Dr. Aizuddin Ahmad. Ini semua graduan Imperial College, the first batch.

Problem kita dulu Pengerusi, Malaysia dulu bila kita hantar first batch kita ini, umur dah 70 tahun, dah pencen dah. Kita pun ada PETRONAS masa itu. Jadi bila ada PETRONAS, nuklear ini jadi research saja. Kita tak ambil serius. Beza dengan Iran, Yang Berhormat Menteri Pertanian. Iran, kenapa Iran boleh lawan? Sebab mereka ada nuklear. Mereka ada kepakaran nuklear. Bukan kata nuclear weapon, bukan, tapi kepakaran saintis nuklear ini luar biasa. Pakistan, mungkin Pakistan tak berapa kaya, tapi ada nuklear.

Jadi, untuk Malaysia jadi sebuah negara yang berdaulat, bermaruah, kita perlu hargai bakat-bakat nuklear kita dan kita perlu bina janakuasa nuklear kita yang pertama. Mulakan hari ini. Belanjawan lebihkan sedikit supaya perancangan sumber manusia dan juga tenaga modal insan yang kita nak bawa untuk 10 tahun akan datang benar-benar cukup.

Malaysia bakal jadi net importer minyak dan gas. Kita tak boleh lagi bernostalgia dengan PETRONAS. Kita perlu ubah dan kita perlu nuklear sebagai sumber tenaga dalam energy mix kita.

draft • 11:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Machang, ringkas, nuklear.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey boleh.

draft • 11:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kita dah ada mereka yang pencen. Apa pandangan Machang supaya kita mulakan pula dengan generasi baru yang minat dan fokus kepada nuklear kerana ini satu benda yang penting untuk negara. Apa pandangan Machang?

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, saya setuju Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya ramai kawan-kawan bekas pelajar kejuruteraan nuklear UKM, tapi semua buat kerja lain sekarang ini. Jual bukulah, jual makanan, sayang. Bakat-bakat— bawa GRAB. Jadi, kita perlu relocate balik dengan izin, bakat mereka kepada sektor ini sebab dia perlukan perancangan masa panjang— 10 tahun lebih nak siapkan tenaga kuasa nuklear ni.

Jadi saya mohon kerajaan ambil serius perkasakan agenda, roadmap, blueprint kita membina janakuasa nuklear pertama. Kita ikut jejak langkah Turki, jejak langkah Iran, Pakistan dan Bangladesh. Yang Berhormat Menteri Pertanian,

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bangladesh pun buat nuklear bersama Rusia. Jadi, apa salahnya kita buat di Malaysia? Bukan kita tak mampu. Insya-Allah boleh. Terima kasih Pengerusi.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 11:50 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Pengerusi. Butiran 030000 – Pengurusan Air dan Pembetungan. Saya ingin membangkitkan persoalan berkaitan kecekapan pengurusan sumber air dan utiliti negara khususnya dalam menangani kehilangan air terawat serta peningkatan permintaan daripada data center.

Pertama, berkaitan usaha mengurangkan NRW ataupun non-revenue water dengan izin. Berdasarkan data SPAN, kadar NRW Kebangsaan pada tahun 2024 masih lagi berada dalam paras 34.3 peratus, amat tinggi juga. Ini bermakna sebahagian air terawat yang telah diproses dimasukkan dalam sistem agihan tidak sampai ke pengguna dan tidak menghasilkan pendapatan kepada operator air.

Berdasarkan anggaran perbelanjaan Persekutuan di bawah Butiran 95000 iaitu Program NRW Nasional, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM500 juta. Bagi tahun 2027, jumlah ini telah pun meningkat sebanyak RM150 juta berbanding tahun 2026. Selain itu, kerajaan meneruskan program pengurangan NRW Fasa 2 iaitu bernilai kira-kira RM2.5 bilion yang melibatkan penggantian sekitar 1,978 kilometer paip kritikal yang usang.

Jadi saya lihat peningkatan peruntukan ini sebagai satu komitmen. Namun usaha mengurangkan NRW tidak semestinya bergantung kepada penggantian paip sahaja. Kita perlu beralih kepada pendekatan yang lebih bersifat holistik iaitu pencegahan menggunakan teknologi dan berpandukan data.

Antara pendekatan yang boleh diperkukuh penggunaan sensor akustik untuk mengesan kebocoran, sistem pemantauan tekanan air serta analisis data bagi mengenal pasti kawasan yang berisiko mengalami kerosakan sebelum kebocoran jadi lebih serius.

Selain itu rangkaian agihan boleh dibahagikan kepada zon pemeteran iaitu district metered areas (DMA) supaya jumlah air yang memasuki sesuatu kawasan dapat dipantau dan dibandingkan dengan penggunaan yang direkodkan. Sebagai contoh, Air Selangor pada November 2026 telah melaksanakan platform pemantauan automatik bagi menjejaki trend kebocoran merentasi lebih 2,000 zon bermeter daerah

draft • 11:53 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

ataupun district metered zone. Sistem ini menggabungkan data daripada pelbagai sumber bagi mengenal pasti zon yang menunjukkan peningkatan kebocoran dan membolehkan tindakan pembaikan diambil dengan lebih cepat.

Persoalannya, sejauh manakah pendekatan seumpama ini telah diperluas kepada operator air di negeri-negeri lain khususnya negeri yang masih mencatatkan kadar NRW yang tinggi seperti Perlis, Kelantan, Sabah dan sebagainya?

Sehubungan itu saya ingin minta penjelasan pihak kementerian, daripada peruntukan RM500 juta di bawah Butiran 95000, berapakah jumlah yang diperuntukkan khusus untuk penggantian paip, pengesanan kebocoran, pemasangan sistem pemantauan dan penggunaan teknologi digital?.

Kedua, sejauh manakah pelaksanaan DMA, sensor pengesanan kebocoran dan sistem kawalan tekanan telah diperluas kepada operator air negeri khususnya di negeri yang mencatatkan kadar NRW tinggi?

Ketiga, bolehkah PETRA menetapkan sasaran prestasi berdasarkan jumlah air yang berjaya dipulihkan dan penurunan kadar NRW bagi setiap operator supaya keberkesanan perbelanjaan kerajaan dapat diukur dengan lebih jelas?

Pengerusi, selain usaha mengurangkan kehilangan air dalam sistem agihan, kita juga perlu memberi perhatian kepada peningkatan permintaan baru terhadap sumber air dan tenaga negara khususnya daripada industri pusat data yang tadi juga dibahas oleh Puchong. Saya tidak menolak kemungkinan kepentingan industri pusat data, namun pembangunan industri ini mestilah mengambil kira kemampuan sebenar infrastruktur air dan elektrik negara.

Menurut maklumat PETRA yang dilaporkan pada Oktober 2026, permintaan air bagi pusat data di Johor sahaja dan di Selangor diunjurkan mencecah 389 juta liter sehari menjelang tahun 2030 dan manakala SPAN juga melaporkan penggunaan sebenar ialah 63.90 juta liter sehari. Dalam aspek tenaga, permintaan maksimum elektrik bagi industri pusat data di Semenanjung Malaysia dijangka mencapai 8,391 megawatt menjelang 2030. Johor sahaja diunjurkan memerlukan sebanyak 4,428 megawatt, manakala Selangor sebanyak 1,481 megawatt.

Angka ini menunjukkan bahawa pertumbuhan industri pusat data akan membawa permintaan utiliti yang amat besar. Oleh itu persoalannya bukan sekadar sama ada bekalan air dan elektrik mencukupi untuk menyokong pelaburan baru, tetapi bagaimana kerajaan memastikan pembangunan tersebut tidak menjejaskan keperluan pengguna domestik dan industri yang sedia ada.

draft • 11:53 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya mengambil maklum bahawa kerajaan telah pun mempunyai mekanisme penilaian melalui Data Center Task Force serta garis panduan SPAN berkaitan kecekapan penggunaan air dan sumber alternatif untuk tujuan penyejukan. Malah SPAN juga menetapkan keperluan penyediaan tangki simpanan air mampu menampung sekurang-kurangnya dua hari operasi pusat data. Namun, persoalannya, sejauh manakah mekanisme ini dilaksanakan dan dipantau selepas pusat data mula beroperasi.

Pada pandangan saya terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian.

Pengerusi saya minta satu minit. Pertama, penggunaan sumber air alternatif. Pusat data perlu digalakkan menggunakan air terawat ataupun reclaimed water bagi tujuan penyejukan, khususnya di kawasan yang mempunyai rizab bekalan air terhad. Ini dapat mengurangkan persaingan terhadap bekalan air terawat untuk kegunaan isi rumah.

Kedua, kecekapan penggunaan air dan elektrik. Operator pusat data perlu dipantau berdasarkan indikator seperti water usage effectiveness dan power usage effectiveness. Sebagai contoh, garis panduan pembangunan pusat data mampan MITI menetapkan penanda aras reka bentuk WUE sebanyak 2.2 meter padu bagi setiap megawatt jam ataupun lebih rendah. Pemantauan ini perlu diteruskan sepanjang operasi pusat data bukan sekadar ketika permohonan kelulusan.

draft • 11:53 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ketiga, tanggungjawab pemaju terhadap kos infrastruktur. Kos tambahan bagi menaik taraf sistem bekalan air dan elektrik yang diperlukan khusus untuk pembangunan pusat data perlu ditanggung secara adil oleh pihak pemaju, developer dan tidak dipindahkan kepada pengguna domestik.

Sehubungan itu, saya ingin meminta penjelasan kementerian, bagaimana PETRA memastikan setiap permohonan pusat data dinilai berdasarkan kapasiti bekalan air dan elektrik serta rizab yang perlu dikekalkan untuk pengguna domestik?

Berapakah jumlah pusat data yang telah menggunakan air terawat semula?

Dan apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap penanda aras yang saya sebut tadi? Bagaimanakah kerajaan memastikan kos tambahan untuk menaik taraf infrastruktur akibat pembangunan pusat data ditanggung secara adil oleh pemaju tanpa membebankan pengguna domestik melalui peningkatan kos atau tarif? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat-Yang Berhormat, I’m a very

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

reasonable person. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat berbahas, walaupun masa dibagi 5 minit, kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat berbahas untuk kepentingan daerah, Parlimen yang anda wakil, saya boleh bagi lebih, tapi jangan gunakan kemudahan yang saya bagi itu untuk berpolitik. Nak politik, di luar, ya. We serve our people in the constituency.

Cuba lihat daripada Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Balik Pulau. Kalau Yang Berhormat berbahas, kepentingan daerah Parlimen Yang Berhormat, kalau saya Chair, go ahead, but don’t take overboard-lah.

Baik, kita teruskan panggil Yang Berhormat seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 12:00 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pergi terus kepada B.33 Butiran 030500 – Jabatan Pengairan dan Saliran.

Peruntukan mengurus JPS dikurangkan sebanyak 2.4 peratus iaitu kepada RM141.7 juta dan peruntukan aset dipotong sebanyak 65.5 peratus iaitu daripada RM11.13 juta pada RM3.84 juta sahaja. Manakala sasaran penduduk yang ingin dilindungi daripada risiko banjir pula hanya 100,000 orang bagi tahun 2027 iaitu separuh daripada sasaran pencapaian 200,000 orang pada tahun 2025. Malah, sasaran ketepatan amaran banjir monsun diturunkan daripada 70 peratus kepada 67 peratus.

Persoalan saya, apakah asas kementerian menurunkan sasaran ini?

Sedangkan peruntukan rancangan tebatan banjir telah dinaikkan sebanyak 55 peratus. Saya amat menghargai kelulusan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buaya Kuala Nerus yang bernilai RM198.17 juta di bawah Rolling Plan Pertama RMK13 dan peningkatan 55 peratus peruntukan Rancangan Tebatan Banjir Negara iaitu kepada RM1.44 bilion bagi tahun 2027.

Namun, jawapan kementerian pada Mesyuarat Pertama tahun ini menyatakan projek ini masih di peringkat pra pelaksanaan iaitu RTB Sungai Buaya.

Tender yang dibuka setakat ini hanya bagi perunding yang reka bentuk terperinci serta kerja ukur dan penyediaan pelan pengambilan tanah sahaja. Maknanya, reka bentuk belum siap dan pengambilan balik tanah pun belum dibuat.

Persoalan saya, berapakah peruntukan tahun 2027 bagi projek ini? Bilakah reka bentuk dan pengambilan tanah dijangka selesai dan bilakah kerja fizikal akan

draft • 12:01 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

bermula? Rakyat Kuala Nerus sangat berharap projek ini akan dimulakan dan disiapkan dalam masa yang munasabah.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai yang telah dipotong sebanyak 59.6 peratus iaitu daripada RM207.9 juta pada tahun 2026 kepada hanya RM83.9 juta pada tahun 2027 iaitu jauh lebih rendah daripada perbelanjaan sebenar RM302.3 juta pada tahun 2025.

Untuk makluman Dewan, Terengganu mempunyai 14 muara sungai, paling banyak berbanding dengan negeri-negeri lain dan masalah muara cetek terus menghimpit rezeki dan menjejaskan pendapatan para nelayan kita. Pada Februari lalu, lebih 100 buah bot nelayan di muara Sungai Merang, Setiu terpaksa ditolak dan menunggu air pasang dalam tempoh yang lama. Manakala di kuala Sungai Kemasik pula, nelayan terpaksa menunda bot sejauh 300 meter sebelum enjin boleh dihidupkan. Muara yang cetek ini juga menyekat aliran keluar air ketika banjir kelak.

Seterusnya, penyelesaian kekal seperti pemecahan ombak dan pengorekan saluran memerlukan peruntukan Persekutuan yang besar. Negeri tidak mampu untuk melaksanakannya secara bersendirian dan tidak boleh hanya bergantung kepada korekan sementara yang akhirnya kembali cetek dalam masa setahun bila berlaku Monsun Timur Laut.

Persoalan saya, berapakah peruntukan Butiran 15300 bagi muara sungai di Terengganu pada tahun 2027 dan bagaimanakah kementerian memastikan projek pemuliharaan muara yang sedang dan akan dilaksanakan tidak tergendala akibat daripada pemotongan bajet yang besar ini.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya pergi kepada peruntukan Bahagian Tenaga Lestari. di Butiran 020200 yang merancang pembangunan tenaga boleh baharu dan dasar kecekapan tenaga negara. Hanya RM0.47 juta dengan 26 jawatan, manakala projek program kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui pula hanya diperuntukkan RM11.96 juta sahaja.

Kerajaan menyasarkan 35 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang tahun 2030 dan 70 peratus menjelang tahun 2050. Namun, sasaran kapasiti negara boleh baharu dan anggaran 2027 kekal sebanyak 14,000 megawatt sahaja, sama seperti sasaran 2026. Bagaimana sasaran 2030 dapat dicapai jika kapasiti tidak dirancang untuk bertambah dari tahun ke tahun?

Di Terengganu, projek solar terapung hibrid di Tasik Kenyir berkapasiti 595 megawatt dijangka beroperasi pada tahun 2028 dan tenaganya dirancang untuk dibekalkan kepada pusat data. Belanjawan 2027 juga mengumumkan taman solar

draft • 12:01 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

berpusat bernilai RM1.5 bilion untuk bangunan kerajaan. Namun, peralihan tenaga tidak boleh hanya dinikmati syarikat besar seperti pusat data dan bangunan- bangunan kerajaan sahaja.

Persoalan saya, bagaimana teknologi tenaga hijau ini juga akan sampai kepada rakyat biasa, IKS dan komuniti luar bandar? Apakah manfaat ekonomi serta peluang pekerjaan yang akan dinikmati oleh rakyat di negeri yang menjadi tapak tenaga seperti negeri Terengganu?

Sebagai penutup Tuan Pengerusi, tebatan banjir dan pemuliharaan muara sungai bukan soal angka bilion dalam dokumen belanjawan, tapi soal keselamatan nyawa, harta dan rezeki rakyat. Peralihan tenaga pula mesti adil supaya manfaatnya dirasai rakyat di setiap negeri, bukan hanya oleh syarikat besar dan di pusat-pusat bandar besar sahaja.

Rakyat sudah terlalu lama menunggu. Setiap projek yang telah diluluskan mesti segera dilaksanakan kerana setiap kali banjir melanda dan bot nelayan tersadai di muara, yang menanggung deritanya bukan dokumen belanjawan, tetapi rakyat kita sendiri. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 12:01 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Saya ingin menyentuh Maksud Pembangunan 33 bagi Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar. Tebatan banjir, 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah dan 41000 – Bekalan Elektrik Sabah.

Dato’ Sri Pengerusi, saya menyambut baik peruntukan keseluruhan sebanyak RM5.33 bilion kepada PETRA bagi tahun 2027. Namun bagi Sabah, khususnya bagi kawasan Parlimen Beaufort, keutamaan pembangunan infrastruktur air dan tenaga bukan sekadar pembinaan projek baharu, tetapi juga melibatkan keselamatan penduduk, penyelenggaraan sistem saliran dan jaminan bekalan air dan elektrik yang berterusan.

draft • 12:08 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Pertama, isu tebatan banjir dan sistem saliran. Beaufort merupakan antara daerah di Sabah yang berhadapan dengan risiko banjir berulang, khususnya ketika hujan lebat dan peningkatan paras air Sungai Padas. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kediaman dan harta benda, malah mengganggu pergerakan penduduk, aktiviti ekonomi, persekolahan serta keselamatan masyarakat setempat.

Berdasarkan kajian pengurusan lembangan sungai bersepadu atau Integrated River Basin Management (IRBM) Sungai Padas yang pernah saya bangkitkan di Dewan ini sebanyak 24 strategi dan 67 program tindakan telah dikenal pasti untuk tempoh 10 tahun, dengan anggaran kos keseluruhan RM2.1 bilion.

draft • 12:08 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Antara cadangan utama termasuk pembinaan tembok penahan banjir, ban sungai serta langkah pengurusan lembangan bagi mengurangkan risiko banjir.

Sehubungan itu saya juga memohon PETRA mempercepatkan pelaksanaan pelan induk ini termasuk perancangan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas.

Saya juga ingin menarik perhatian kementerian kepada tiga kawasan yang memerlukan tindakan. Pertama, Sungai Padas, khususnya Kampung Melati, Kampung Melugus dan Kampung Mempagar yang sentiasa berada [Tidak jelas] Masalah banjir serta hakisan tebing sungai.

Sungai Bekalau yang memerlukan perlindungan tebing terkini— Sungai Bekalau yang memerlukan perlindungan tebing termasuk pemasangan gabion di lokasi kritikal. Sungai Melabau hingga Sungai Keris Kecil melibatkan sistem saliran sepanjang 13.595 kilometer yang memerlukan kerja pembersihan pedalaman dan penyelenggaraan yang berkala.

Saya berharap peruntukan di bawah Butiran 14500 dan 16700 bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembinaan projek baharu, tetapi turut merangkumi penyelenggaraan sistem saliran sedia ada dan juga penyelesaian masalah banjir di kawasan luar bandar.

Kedua jaminan bekalan air bersih di Sabah. Dato’ Sri Pengerusi selain ancaman banjir, rakyat Sabah juga masih berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air, tekanan air rendah dan infrastruktur paip yang usang. Menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada Julai 2026, kadar air tidak terhasil atau non-revenue water (NRW) dengan izin, Sabah pada tahun 2025 masih berada pada paras 59.6 peratus dengan sasaran untuk menurunkannya pada 45 peratus menjelang tahun 2030.

draft • 12:10 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Angka ini menunjukkan perlunya tindakan lebih menyeluruh dalam menggantikan paip lama, mengesan kebocoran dan meningkatkan kecekapan loji rawatan air. Bagi Beaufort, bekalan air utama bergantung kepada Loji Rawatan Air Beaufort 1 dan Beaufort 2. Justeru projek menaik taraf Sistem Pengambilan Air LRE Beaufort 2 bernilai RM29.93 juta perlu dipantau rapi agar dapat disiapkan mengikut jadual dan meningkatkan kapasiti bekalan air kepada penduduk.

Saya juga memohon kementerian memberikan perhatian kepada kampung- kampung luar bandar khususnya kawasan di hujung rangkaian paip yang masih mengalami gangguan bekalan air. Oleh itu, saya berharap peruntukan di bawah Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah memberi keutamaan kepada pengertian paip usang, pengurangan kadar NRW, peningkatan kapasiti loji rawatan air serta peluasan liputan bekalan air terawat ke kawasan kampung dan juga pedalaman.

Ketiga keterjaminan bekalan elektrik di Sabah. Dato’ Sri Pengerusi, isu pembangunan infrastruktur asas tidak lengkap tanpa mengambil kira kestabilan bekalan elektrik. Gangguan bekalan elektrik bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian penduduk, malah memberi kesan kepada operasi perniagaan, sektor pelancongan, industri kecil dan perkhidmatan awam. Minta masa sikit Dato’ Sri.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Saya mengambil maklum bahawa Belanjawan 2027 menyediakan sokongan sebanyak RM600 juta bagi bekalan air Sabah termasuk pemasangan Sistem Satcom bernilai RM204 juta di Pencawang Masuk Utama dan Dam Road-Segaliud serta penerusan projek talian penghantaran Southern Link. Saya menyambut baik usaha ini. Namun pengukuhan grid elektrik Sabah juga perlu mengambil kira keperluan daerah luar bandar seperti Beaufort.

Saya mohon kementerian dan pihak berkaitan memberikan perhatian kepada keadaan talian penghantaran, kapasiti pencawang, penyelenggaraan infrastruktur serta tempoh pemulihan apabila berlaku gangguan bekalan elektrik. Pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar tidak seharusnya terus terjejas akibat kestabilan bekalan tenaga.

Dato’ Sri Pengerusi sebagai penutup saya ingin menegaskan tiga keutamaan yang memerlukan perhatian dan juga tindakan pihak PETRA— pertama, mempercepatkan pelaksanaan Pelan Induk Tebatan Banjir Sungai Padas yang

draft • 12:10 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

dianggarkan bernilai RM2.1 bilion termasuk penyelesaian segera di kawasan berisiko tinggi di Beaufort.

Kedua memastikan Projek Menaik Taraf Bekalan Air Sabah dilaksanakan mengikut jadual di samping mempergiat penggantian paip usang dan mengurangkan kadar NRW.

Ketiga memperkukuh rangkaian grid elektrik Sabah agar penduduk di kawasan luar bandar turut menikmati bekalan elektrik yang stabil dan berterusan.

Saya berharap PETRA memberikan perhatian serius dan komitmen terhadap keperluan ini bagi memastikan setiap peruntukan yang diluluskan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Sekian terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 12:10 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:15 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 12:15 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin bahas maksud Bekalan B.33 dan Pembangunan P.33. Saya merujuk kepada Butiran JPS. Saya bacakan sekali 14500, 15000, 15200, 15300 15400 dan 16700, dan 16800 yang berjumlah kesemuanya RM3.102 bilion.

Angka ini pada saya besar, tapi apakah hala tuju yang sebenar kementerian PETRA, khususnya JPS untuk berhadapan dengan isu banjir yang tidak putus-putus berlaku. Bukan hanya di Bukit Gantang, di seluruh negara. Apakah model yang ada?

Berapa model yang ada untuk kita lihat apakah sebenarnya kita boleh mengatasi masalah banjir?

Di Bukit Gantang, kawasan yang paling lebat hujan di Malaysia. Dalam tempoh tiga tahun berturut-turut ini, JPS telah menganggarkan 303,600mm air hujan yang akan turun setiap tahun. Pada tahun ini, 60 peratus air dah turun dah. Ada 40 peratus lagi belum turun lagi. Bermakna potensi banjir akan lagi berlaku di Bukit Gantang.

Hujan yang turun mengikut apa yang dikatakan oleh JPS. Hujan turun di bukit, air arus laju, tapi sampai di hilir, tak boleh, air tak boleh pergi ke laut: pertamanya kerana ada halangan iaitu kurangnya penyelenggaraan.

draft • 12:15 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Keduanya, air laut pasang. Bila air laut pasang bertembung maka berlakulah banjir yang dahsyat yang menyebabkan aset kerajaan hancur dan harta benda musnah yang nilainya kita tak tahu banyak mana. Ini ditanggung oleh semua orang dan khususnya Bukit Gantang pada bulan Oktober dua kali, November pun dua kali, empat kali dah. Nak waktu hujan lagi ini. Macam mana keadaannya?

Kalau tanya kepada pihak agensi kerajaan mengatakan bahawa peruntukan tak cukup, peruntukan tak ada. Bila dah banjir berlaku, barulah ambil tindakan.

Sebelum banjir biarkan keadaan penyelenggaraan tidak ada.

Saya nak mencadangkan satu kaedah yang biasa dibuat oleh jabatan- jabatan lain, JKR dan sebagainya iaitu buat secara konsesi. Beri tanggungjawab satu sungai ke bawah sebuah konsesi dan tengok macam mana pelaksanaannya.

Apakah ia berjaya ataupun tidak? Daripada hulu sampai ke hilir dan bertanggungjawab kepada semua keadaan. Daripada hulu sampai ke hilir, bertanggungjawab dan juga bila berlaku banjir, konsesi itu lah yang bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi.

Kajian ini boleh dibuat dengan baik supaya dapat dilaksanakan beberapa konsep untuk kita menyelesaikan banjir yang berlaku setiap tahun. Semua saya dengar bila dibahaskan oleh Ahli Parlimen, ada sahaja banjir di kawasan mereka.

Maka ini satu jadi harian tugasannya. Kalau boleh buat penyelenggaraan secara berkala, maka kita akan dapat selamatkan banyak benda.

Jadi Tuan Pengerusi, sungai di belah hulu, tengah, hilir dan muara ada empat seksyen. Sebelah hulu kita buat kena ada kolam tahanan air. Sebab bila berlaku banyak pembangunan, air akan turun dengan laju. Di sebelah tengahnya ialah proses korek. Masalahnya tidak ada satu pun agensi yang bertanggungjawab seluruhnya kepada sungai. Kalau dikorek, pasir itu letak di tepi. Tidak boleh dipindahkan kerana itu kuasa negeri.

draft • 12:15 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Maka dengan concession, mungkin kita dapat mengatasi masalah, keseluruhan sungai itu diberikan tanggungjawab kepada satu concession maka ia boleh selesaikan setiap masa dan insya-Allah dapat mengurangkan banjir. Kalau tak dapat hapus pun, sekurangnya kita dapat kurangkan banjir, maka kehidupan rakyat kita akan lebih selamat dan tidak rasa takut bila langit dah gelap ya. Saya— terima kasih banyak Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Selanjutnya Yang Berhormat Puncak Borneo tidak ada. Baik, kita panggil Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 12:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Maksud Pembangunan P.33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Saya ingin menyentuh lima butiran berkaitan— berkenaan pelaksanaan projek, keselamatan sumber air dan kesiapsiagaan menghadapi perubahan iklim.

Tuan Pengerusi, pertama Butiran 15700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Saya ingin kembali kepada projek RTB Sungai Anak Bukit— Sungai Kedah, Anak Bukit yang pernah saya bangkitkan dalam perbahasan peringkat dasar.

Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada JPS Negeri Kedah, masalah pelaksanaan projek ini bukan berpunca daripada kekurangan peruntukan, sebaliknya berkaitan prestasi kontraktor.

Justeru, saya mencadangkan supaya PETRA melaksanakan audit prestasi khas terhadap projek ini meliputi kemajuan fizikal, pematuhan jadual dan pengurusan kontrak. Apakah tindakan intervensi yang telah diambil terhadap kontraktor bagi memastikan [Tidak jelas] pematuhan kepada jadual pelaksanaan. Adakah tarikh siap terkini dan langkah mitigasi sementara untuk melindungi penduduk daripada risiko banjir?

Dato’ Pengerusi, saya membangkitkan permasalahan ini kerana rakyat yang berjiran dengan RTB berkenaan sentiasa berada dalam keadaan cemas, khususnya apabila tiba musim monsun hujan lebat. Antara kampung yang berisiko dinaiki air termasuklah Kampung Bohor, Pulau Kerengga, Alor Madi, Kampung Chegar, Seberang Anak Bukit, Alor Pea dan beberapa lagi kampung. Justeru, saya mohon agar— saya mohon perhatian daripada pihak berkenaan.

Tuan Pengerusi, kedua Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Saya ingin membangkitkan masalah pemendapan di Muara Kuala Kuar, Kuala Kedah yang menjejaskan laluan keluar masuk bot nelayan. Menurut maklumat nelayan tempatan, kerja pengerukan pernah dilaksanakan oleh JPS beberapa tahun lalu namun pemendapan kembali berlaku.

draft • 12:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Adakah JPS telah menjalankan kajian sedimentasi terkini di Muara Kuala Kuar? Saya juga ingin mengetahui, sama ada kementerian mengetahui mekanisme pengerukan berkala berdasarkan kadar pemendapan dan penilaian teknikal serta adakah Kuala Kuar termasuk dalam perancangan kerja tahun 2027?

Tuan Pengerusi, ketiga Butiran 12500 – Pemulihan Empangan. Saya ingin menyentuh aspek keselamatan dan kelestarian sumber air empangan yang menyokong sistem pengairan kawasan jelapang padi MADA termasuk kawasan sawah di Parlimen Kuala Kedah. Apakah mekanisme penilaian teknikal PETRA bagi mengenal pasti risiko keselamatan, masalah sedimentasi dan kemerosotan kapasiti takungan empangan yang memerlukan pemulihan.

Bagaimanakah PETRA menyelaraskan penilaian dan perancangan teknikal bersama agensi pengurusan empangan serta kerajaan negeri bagi memastikan risiko gangguan bekalan air kepada kawasan pertanian dapat ditangani dengan lebih awal.

Dato’ Pengerusi, keempat Butiran 17000 – Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Saya ingin membangkitkan dua perkara. Pertama, sejauh manakah teknologi kecerdasan buatan atau AI telah digunakan oleh NAHRIM dalam pemodelan hidro dan ramalan banjir. Adakah hasil penyelidikan tersebut telah dimanfaatkan secara operasi oleh JPS dan untuk meningkatkan ketepatan ramalan dan keberkesanan amaran awal.

Kedua, berkaitan perubahan iklim. Bagaimanakah dapatan kajian hidro iklim NAHRIM diterjemahkan kepada dasar adaptasi dan perancangan struktur air negara? Khususnya adakah kajian risiko kenaikan aras laut yang melibatkan kawasan pesisir seperti Kuala Kedah dimanfaatkan dalam perancangan perlindungan kawasan berisiko?

Tuan Pengerusi, kelima Butiran 06500 – Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah. Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai projek naik taraf Loji Rawatan Air Pelubang yang dilaporkan hampir siap. Saya dimaklumkan terdapat beberapa persoalan berkaitan no objection certificate dengan izin atau NOC.

Apakah status sebenar NOC tersebut jika pihak bertanggungjawab mengeluarkannya dan adakah perkara ini menjejaskan jadual pengoperasian loji?

Apakah langkah penyelarasan PETRA bersama kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan projek ini dapat disempurnakan tanpa kelewatan yang tidak perlu.

draft • 12:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Pengerusi, saya memohon kementerian memberikan jawapan khusus mengenai tindakan, garis masa dan penyelesaian terhadap persoalan yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol untuk mengalu- alukan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Di kesempatan ini, dengan sukacitanya saya mengalu-alukan kehadiran rombongan para pelajar dan juga guru daripada Sekolah Kebangsaan

(FELDA) Serting, Bandar Seri Jempol ke Dewan Rakyat. Selamat datang ke Parlimen. Terima kasih. Terima kasih Tan Dato’ Sri Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya persilakan Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 12:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya ingin berbahas mengenai Butiran 29000 – Rancangan Bekalan Air Sarawak dan juga Butiran 0520 – Mengorek Kuala-kuala Sungai dan juga butiran projek tebatan banjir. Saya ingin mengutarakan butiran ini khasnya bagi Parlimen saya di Parlimen Puncak Borneo di mana dengan peruntukan yang agak besar yang diperuntukkan untuk Belanjawan 2027.

Saya berharap agar Kementerian PETRA dapat melihat kerja-kerja pengorekan sungai di kawasan Parlimen Puncak Borneo, khasnya di Kampung Simboh, Kampung Bratan dan juga Kampung Bawang, di mana kuala-kuala sungai ini telah amat cetek dan memerlukan kerja-kerja pengorekan yang harus dilakukan dengan segera.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengutarakan juga projek-projek tebingan sungai yang perlu diperbaiki dan juga perlu dikorek kerana banyak gejala- gejala banjir yang berlaku di kawasan saya.

Dan ini memerlukan perhatian daripada Kementerian PETRA, khasnya di kawasan Kampung Tarat Melawi, Kampung Tarat Sibala dan juga di kawasan- kawasan seperti di Kampung Bratan, Kampung Asah dan juga di Kampung Sikog di mana selalu berlaku kekerapan banjir. Dan saya berharap perkara ini dapat dilihat dengan segera dan dapat dilihat untuk melihat— perkara banjir yang perlu diselesaikan.

draft • 12:26 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Tuan Pengerusi, minta maaf. Saya juga ingin meminta supaya kawasan-kawasan pengorekan kuala ini dan projek tebatan banjir dilihat secara menyeluruh di kawasan saya di Parlimen Puncak Borneo. Dan selain daripada itu, terdapat juga Empangan Bengoh di mana saya memohon kepada Kementerian PETRA supaya melihat sama ada mereka dapat membuat satu teknologi amaran untuk memberi amaran sekiranya berlaku apa-apa di empangan ini.

Sebab walaupun empangan ini dimiliki oleh Sarawak Water tetapi saya merasakan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian PETRA juga perlu melakukan sesuatu untuk memperhalusi segala kemungkinan bencana yang berlaku dan seharusnya kita mempunyai teknologi dan juga makluman amaran kepada penduduk supaya perkara ini tidak menjadi satu perkara yang merbahaya.

Dan selain itu, saya juga ingin menyentuh di mana juga projek-projek tebatan banjir harus dilaksanakan di kawasan Kampung Benuk yang juga merupakan kawasan yang selalu banjir dan juga Kampung Giam, di mana tempat ini kadang- kadang musim tengkujuh khasnya pada bulan November, Disember, Januari dan Februari sering juga berlaku banjir.

draft • 12:26 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Dan saya berharap Kementerian PETRA juga dapat membantu daripada aspek pencegahan.

Dan akhir sekali, saya juga ingin makluman terbaru mengenai projek empangan ataupun water tank di kawasan Landeh, kawasan Padawan. Di kawasan Landeh, di mana dicadangkan ada satu water tank ataupun water treatment dan saya ingin mengetahui apakah status cadangan projek ini kerana kita sering mempunyai masalah khasnya di kawasan-kawasan yang tinggi dan kawasan yang tidak kuat penyaluran air.

Dan, semasa kemarau tempoh hari, banyak di antara kampung kampung- kampung yang tidak mempunyai bekalan air di mana gravity-feed mereka ada yang kering dan sebagainya. Jadi, amat perlulah untuk kita mengadakan water tank dan water treatment terbaharu ini di kawasan Landeh.

Dan saya mohon penjelasan daripada Kementerian PETRA supaya dapat memberitahu, apakah status projek ini dan bilakah ia akan dilaksanakan demi kesejahteraan masyarakat, khasnya di kawasan Kuching dan juga kawasan Puncak Borneo.

Dengan itu, sekian terima kasih. Tuhan memberkati.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ucapan yang baik kerana di peringkat Jawatankuasa inilah Yang Berhormat-Yang Berhormat tumpukan direct kepada kawasan masing-masing, terutama projek-projek. Bagus Yang Berhormat Puncak Borneo. Berikut, Yang Berhormat Kota Belud tarik diri.

Jadi, saya terus kepada Yang Berhormat Lumut.

draft • 12:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Saya terus ke Butiran 15000 iaitu Peruntukan bagi Kerja-kerja Kecil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Peruntukan bagi butiran ini berkurangan daripada RM105,321,000 pada tahun 2026 selepas pindaan kepada RM103 juta bagi tahun 2027. Saya ingin menegaskan bahawa kerja-kerja kecil JPS bukanlah perkara kecil kepada rakyat. Kerja seperti membersihkan parit, mendalamkan sungai, membaiki benteng, naik taraf pembetung, membaiki saliran dan mengatasi saliran tersumbat merupakan keperluan asas yang menentukan keselamatan serta kesejahteraan penduduk.

Persoalannya, adakah peruntukan yang disediakan benar-benar mencukupi untuk menyelesaikan masalah banjir yang berulang atau sekadar melaksanakan kerja pembaikan selepas sesuatu kawasan dilanda banjir? Saya ingin membawa perhatian kementerian kepada beberapa masalah dan cadangan yang memerlukan tindakan segera di kawasan Parlimen Lumut.

Pertama ialah masalah banjir berulang di Parlimen Lumut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah sistem perparitan yang tidak lagi mampu menampung peningkatan aliran air. Parit dan sungai cetek akibat pemendapan lumpur, banyak sungai-sungai dari daerah-daerah jiran mengalir masuk ke kawasan Parlimen Limut untuk keluar ke laut.

Longkang tersumbat dan tidak diselenggara secara berkala, pembetung yang kecil dan tidak mampu menampung aliran air ketika hujan lebat, kawasan rendah yang sering mengalami banjir kilat. Sistem saliran di kawasan perumahan dan kampung yang tidak diselaras dengan pembangunan baharu di mana longkang perumahan baharu di bawah PBT akan disalirkan ke saliran tanah yang mana selenggaraan saliran ini di bawah JPS dan JKR yang perlu dinaik taraf.

Keperluan pembinaan longkang takungan banjir bagi kawasan kritikal seperti di Pulau Pangkor. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah

draft • 12:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

pendekatan JPS memastikan kerja-kerja ini dilaksanakan secara pencegahan dan bukannya hanya selepas berlakunya banjir.

Kedua, mengenai peruntukan kerja-kerja kecil JPS mesti berasaskan keperluan rakyat. Saya berpandangan bahawa peruntukan Butiran 15000 tidak seharusnya diagihkan berdasarkan pendekatan sama rata semata-mata.

Sebaliknya, keutamaan perlu diberi kepada kawasan yang mempunyai rekod banjir berulang, kawasan berisiko tinggi dan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk.

Saya ingin mencadangkan supaya JPN menyediakan satu senarai keutamaan kerja-kerja kecil mengikut kawasan Parlimen dengan mengambil kira aduan penduduk, laporan kejadian banjir dan penilaian teknikal.

Ketiga, mengenai isu penyelenggaraan dan pemantauan projek. Saya juga ingin membangkitkan persoalan tentang keberkesanan pelaksanaan projek. Apakah gunanya kerajaan memperuntukkan wang untuk membersihkan parit dan mendalamkan sungai sekiranya masalah yang sama berulang setiap kali musim hujan? Saya minta kementerian memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut.

Kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan perumahan dan kampung- kampung yang sering dilanda banjir, kerja mendalamkan serta membersihkan sungai dan parit utama, penggantian pembetung yang tidak lagi sesuai dengan kapasiti aliran air, pembaikan benteng dan struktur kawalan air yang memerlukan penyelenggaraan, kajian menyeluruh sistem saliran bagi kawasan berisiko terutama di daerah Manjung. Bolehkah kementerian menyediakan peruntukan khas bagi mengatasi masalah banjir berulang di kawasan Parlimen Lumut, khususnya di Pulau Pangkor?

Dato’ Sri Pengerusi, sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa banjir bukan sekadar menyebabkan kerosakan harta benda tapi turut menjejaskan kehidupan, pendapatan dan keselamatan rakyat. Jangan tunggu rakyat dilanda banjir, barulah JPS turun padang. Jangan tunggu rumah rakyat dimasuki air, barulah kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan.

Kerja-kerja kecil JPS mungkin kecil dari segi kos, tapi impaknya sangat besar kepada kehidupan rakyat.

Saya berharap peruntukan Butiran 15000 bagi tahun 2027 benar-benar diterjemahkan kepada tindakan di lapangan khususnya di kawasan Parlimen Lumut.

Serangkap pantun dari saya.

Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan;

draft • 12:31 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Bahas PETRA sangat penting, Saya tunggu Menteri beri jawapan.

draft • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Dipersilakan Yang Berhormat Klang.

draft • 12:31 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Saya ingin merujuk kepada Maksud Pembangunan P.33 Butiran 16700 Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar.

Dengan peruntukan RM1.441 bilion serta Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Sebanyak RM1.032 bilion bagi tahun 2027. Kedua-dua butiran ini melibatkan hampir RM2.5 bilion.

Dato’ Pengerusi, masalah banjir bukanlah perkara baru. Setiap tahun kita mendengar pengumuman peruntukan berbilion ringgit untuk projek tebatan banjir.

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi dengan anggaran kos RM11.8 bilion.

Dalam Belanjawan 2026, sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan bagi 43 projek RTB termasuk 12 projek baharu. Malah pada 28 Oktober 2025, Timbalan Menteri PETRA telah memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM4.32 bilion bagi projek RTB sepanjang tahun tempoh 2021 hingga 2025.

Kini, bagi Belanjawan 2027, PETRA sekali lagi mengumumkan sekitar RM2.5 bilion bagi projek tebatan banjir. Sementara dalam penggulungan peringkat dasar, Menteri turut memaklumkan kelulusan 151 projek RTB di bawah RP2 RMK13 dengan anggaran kos keseluruhan RM28.1 bilion.

Saya ingin bertanya daripada semua pengumuman dan perbelanjaan ini, berapa banyak projek telah benar-benar siap? Berapa banyak yang mengalami kelewatan dan berapa banyak kawasan banjir yang berjaya dipulihkan secara berkekalan? Saya juga ingin memohon penjelasan tentang perbezaan pengumuman 154 projek RTB dan 151 projek di bawah RP2 RMK13 serta perpecahan projek baru, sambungan dan peruntukan tahunannya.

Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin membawa perhatian Menteri kepada keadaan di Klang. Antara kawasan yang pernah dilaporkan mengalami banjir ialah Taman Bayu Perdana, Bukit Raja, Taman Sentosa, Bandar Baru Klang, Taman Mutiara, Sungai Rasau, Kampung Batu Belah, Kampung Johan Setia. Baru-baru ini berlaku

draft • 12:36 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

KESAS dekat Bukit Rimau, banjir. Federal Highway persimpangan Bandar Baru Klang, Sungai Rasau, banjir.

Semalam banjir, Dato’ Sri. Walaupun laut tak pasang tapi banjir. Pada 30 September yang lalu, banjir di Taman Rashna dilaporkan mencecah paras pinggang sehingga anggota bomba terpaksa berjalan sejauh dua kilometer untuk menyelamatkan tujuh mangsa termasuk empat kanak-kanak. Ini bukan sekadar angka statistik, ini melibatkan keselamatan keluarga, kerosakan rumah, kenderaan perniagaan, kehidupan harian rakyat.

draft • 12:36 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Lebih mengecewakan, pada 23 Julai 2025, PETRA sendiri telah menjawab di Dewan ini bahawa terdapat empat Projek RTB Persekutuan yang sedang dilaksanakan dan melibatkan Daerah Klang. Pertama, RTB Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar yang bermula pada Januari 2024 dan dijadual siap pada Mei 2029. Ketika jawapan tersebut diberikan, kemajuan fizikalnya 6.09 peratus. Kedua, Projek Kolam Takungan Dwifungsi Sungai Klang, Sungai Rasau pakej B yang dijadualkan siap pada Oktober 2031 dengan kemajuan ketika itu hanya 1.21 peratus.

Ketiga, RTB Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam yang dijadualkan siap pada Januari 2029 dengan kemajuan ketika itu 21.09 peratus. Keempat, RTB Sungai Damansara yang dijadualkan siap pada Julai 2029 dengan kemajuan ketika 6.75 peratus. Dato’ Sri Pengerusi, saya kena bercakap daripada Shah Alam sampai Klang sebab ini adalah Lembah Klang, saya punya kawasan ialah hilir Sungai Klang.

Saya ingin meminta Menteri memberikan status terkini keempat-empat projek tersebut sehingga November 2026, termasuk kemajuan sebenar berbanding jadual, jumlah yang telah dibayar, masalah pelaksanaan serta sama ada tarikh siap asal masih dapat dipatuhi. Bagi projek di bawah Kerajaan Negeri Selangor pula, PETRA mesti bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

Menyelaraskan pelaksanaan melalui JPS serta membuat susulan dan memberikan tekanan yang sewajarnya supaya menyelesaikan banjir tidak terhalang sempadan bidang kuasa. Dato’ Pengerusi, saya perlukan satu minit sahaja.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila.

draft • 12:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Apabila projek demi projek diumumkan dengan nilai ratusan juta dan berbilion ringgit tetapi penduduk masih terpaksa menyelesaikan— menyelamatkan harta benda setiap kali hujan lebat.

Timbul persepsi yang sangat membimbangkan dikalangan rakyat Lembah Klang.

draft • 12:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Rakyat merasakan pula seolah-olah penderitaan mereka menjadi sumber keuntungan kepada kontraktor yang memperoleh projek bernilai jutaan Ringgit.

Sedangkan rakyat terus menanggung kerugian akibat banjir. Saya tidak membuat tuduhan terhadap mana-mana kontraktor, namun persepsi ini tidak boleh dipandang ringan. Dato’ Pengerusi, somebody’s pain becomes somebody’s gain here. Saya sangat-sangat rasa sakit hati dengan perkara ini. Saya ingin bertanya, apakah PETRA menilai prestasi kontraktor berdasarkan keberkesanan sebenar projek atau sekadar peratus kemajuan kerja dan pembayaran kontrak?

Adakah kementerian menjalankan audit selepas projek siap bagi mengukur pengurangan kekerapan banjir, paras air, keluasan kawasan terjejas dan kerugian yang dialami oleh penduduk. Kita tidak mahu projek tebatan banjir hanya berjaya mengalirkan wang kepada kontraktor tetapi gagal mengalirkan air keluar daripada kawasan kediaman. Dato’ Sri Pengerusi, saya mendesak PETRA membentangkan laporan kemajuan dan keberkesanan Projek RTB yang telus, khususnya di Klang dan Lembah Klang.

Kejayaan projek tebatan banjir tidak sepatutnya diukur melalui berapa bilion ringgit yang diumumkan tetapi melalui berapa banyak rumah yang tidak lagi dinaiki air. Rakyat Klang sudah terlalu lama menunggu, mereka tidak mahu lagi sekadar mendengar pengumuman. Mereka mahu melihat penyelesaian. Sekian, terima kasih Dato’ Sri.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Apa khabar? Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar rakyat Malaysia, orang muda. Yang pertama sekali, saya ingin mengucap takziah kepada semua kawan-kawan, rakyat Malaysia yang kehilangan anggota keluarga selamanya, meninggal dunia dan kita doakan semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh mereka.

Saya juga hendak ambil kesempatan ini meminta rakyat Malaysia untuk doakan atlet angkat berat negara, atlet emas kita, Muhammad Hafizuddin Roslin yang baru selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan semalam. Semoga selamat dan kita berharap semua pihak bersabar dengan ujian Allah ini iaitu kepada Hafizuddin.

draft • 12:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, tajuknya ialah 030400 – Jabatan Pengairan dan Tebatan, RM28.1 bilion. Persoalan sekarang, semua orang tahu bahawa projek ini besar tetapi banjir terus berlaku. Dan yang paling sedihnya ialah semasa kerajaan baru ambil alih, projek yang dibuat— dilaksana oleh kerajaan dahulu telah ditangguh ataupun dibatalkan. Jadi, saya ingin bertanya, apa jadi dengan penangguhan tersebut?

Apakah ianya telah dijalankan— projek-projek itu telah dijalankan? Kalau dijalankan, kenapa banjir masih berlaku? Itu persoalan besar ya. Kemudian, saya hendak tanya kementerian ya. Kita ini— masa kita buat tebatan banjir itu, kita menyebutlah ini spot yang banjir berlaku. Maka, kita pun buat tebatan banjir disebabkan itu. Saya hendak tanya, apakah perunding, konsultan ini dia tengok tak apa yang akan berlaku nanti?

Siap tebatan banjir tapi lepas setahun dua, banjir berlaku. Sebab kita kena ingat, aliran air yang membawa lumpur daripada hulu, dia mendap di kawasan hilir tempat banjir. Kita siap tebatan banjir tetapi mendapan itu berterusan. Saya hendak tanya, apakah kementerian mengambil kira kelajuan air dan mendapan yang berlaku? Dan apakah kita sedar bahawa— hendak tanya soalan?

draft • 12:43 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Ya, Arau.

draft • 12:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, boleh.

draft • 12:43 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Sikit. Adakah Arau bersetuju, mana-mana projek bekalan banjir yang kita belanja ratusan juta, yang banjirnya kembali, kontraktor itu perlu diaudit?

draft • 12:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya sokong anak Bung, Kinabatangan. Masuklah sebahagian daripada ucapan saya, saya pun— PN/BN sudah bersama-sama ya. Okey, mari tajuk ini balik, Dato’ Pengerusi yang dikasihi.

Saya sokong Dato’ Pengerusi ya, iaitu mendapan ini berlaku di hulu sungai. Apakah boleh kerajaan peruntukkan katakan 10 peratus ataupun 55 peratus daripada peruntukan tebatan banjir untuk tanam pokok di hulu sungai?

Bila kita tanam pokok di hulu sungai, kita akan memperlahankan kelajuan air.

Ini kalau air terlampau laju, dia akan menyebab banjir berlaku. Bila air datang laju daripada hulu, kerana tidak ada pokok keladi ini dan warna air sungai ialah merah.

Sekarang ini kita bersyukur sebab di daratan, biru air sungai— kita birukan air sungai.

Tapi bukan biru yang macam di Sungai Perak sebab itu melibatkan galian. Ini biru air yang sebenarnya. Jadi, birukan air yang juga daratan.

Jadi, kita minta kerajaan peruntukkan peratusan tertentu. Saya cadangkan 15 persen ataupun 10 persen untuk tanam pokok di hulu. Tujuannya ialah untuk

draft • 12:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

memperlahankan pergerakan air. Bila air perlahan, dia juga akan menghalang mendapan itu supaya dibawa ke hilir sungai. Sebab air yang laju akan membawa mendapan laju, maka dengan itu, banjir akan berlaku. Tebatan banjir, saya dah bertempik lama dah, kenapa tidak diambil kira kelajuan air dan juga mendapan?

Air yang laju, dia akan hakis tanah bawa ke hilir. Ini saya minta konsultan, juru perunding negara yang hebat dan dahsyat ini ambil kira itu. Kelajuan air, kemendapan. Kadang-kadang kemendapan itu, masa itu kemendapan dia sekian banyak tapi selepas kita buat tebatan banjir, kemendapan itu lain sebab orang berterusan untuk menebang pokok. Jadi, saya minta supaya kerajaan mengambil kira dalam kajian perundingan itu supaya dimasukkan certain percentage untuk memperbaiki hulu sungai.

Soalan seterusnya ialah pendalaman sungai. Ada orang tegur saya masa jadi Menteri dulu pakai pasir. Kita kena ingat, masa banjir itu kita kena selesai serta- merta. Dan kita telah mengurangkan daripada 200 hotspots, turun sampai— saya tak pasti, mungkin 15 spots banjir kerana kita menggunakan beting pasir.

Mendalamkan sungai itu jangka panjang, jangka pendeknya kena guna apa yang terbaik.

Jadi, saya cadangkan river of life ini ialah contoh yang terbaik di negara ini supaya dipanjangkan ke Selangor. Kenapa river of life hanya di Kuala Lumpur?

Sepanjang di Selangor, kita dalamkan sungai, perelokkan sungai. Saya tengok di antara sungai yang cantik Dato’ Sri ya, iaitu sungai di Melaka. Ini peruntukan daripada Kerajaan Pusat 100 persen, membaiki Sungai Melaka dan jadi cantik, boleh buat pelancongan.

Kemudian sungai di Kuching. Kita tengok Kuching diperbaiki. Kalau tak boleh semua pun, mulakan dulu. Tak boleh kita hendak buat semua seluruh sungai. Kita akan mulakan dulu di tempat-tempat bandar untuk kita perbaiki, perdalamkan tempat itu dulu. Kemudian, perlahan-lahan kita perbaiki sungai. Kena ingat, dalam dunia ini, semua negara maju bagi perhatian kepada sungai, Sungai Thames, London.

Masa revolusi industri dulu, habis Polytech, dengan izin, sekarang ini telah dibaiki, sehingga air tersebut boleh digunakan, air minuman. Sungai-sungai di Holland, tempat saya belajar dulu, buat Masters Degree, sungai-sungai di Holland.

draft • 12:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sungai-sungai di Holland, tempat saya belajar dulu, buat master degree.

Sungai-sungai di Holland, semua sungai di Holland, Holland tidak ada bukit. Negeri yang tidak ada bukit dalam dunia ini ialah Holland, tapi dia ada sungai dan sungainya

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

boleh digunakan untuk air minuman. Sebab apa? Dia orang perbaiki tebing sungai, perdalam sungai sehingga sungai boleh jadi bukan tempat pelancongan, sumber air.

Dan akhir sekali, Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang dikasihi iaitu tentang apa ini— pantun sikit boleh tak? Boleh ya, pantun sambung hat kelmarin lah sebab tadi orang berpantun.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, pantun boleh, tetapi jangan menyindir-nyindir.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, tidak, tidak. Ini tak menyindir, ini ialah pantun dibuat kerana Allah. Saya mencari keredaan Allah.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seperti Yang di-Pertua, mana ada Pengerusi dalam dunia ini masuk, kita ada baca doa. Pengerusi baca doa sekali lagi. Ini ialah Pengerusi yang cukup hebat.

Walaupun Pengerusi dok puji Ahli Parlimen, saya puji Pengerusi kerana baca doa. Alhamdulillah, semoga Allah berkati. Saya nak ulang balik pantun kelmarin supaya kita beradab dalam Dewan, ya.

Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa bawa sampan; Walau kita hidup berasing; Jangan lupa adab dan sopan. Ini kita bawa mesej perpaduan. Jadi, ada orang tegur Tok Guru semalam tentang kenyataannya. Saya nak tengok Hansard balik. Tok Guru tak sebut di Malaysia, dia sebut di luar negara. Contohnya di Palestin, di Myanmar, tentang apa yang berlaku, di beberapa negara lain yang mana orang Islam minoriti telah diperkotak-katikkan, dihina.

Malah, kalau kita baca The History of Pattani, Kesultanan Pattani, kita lihat di antara orang yang paling didera yang paling teruk di dunia masa itu ialah orang- orang Pattani sebagai contoh, ya. Jadi, ini yang berlaku di luar negara tapi mereka rujuk tok guru kononnya, dia kata dalam negara. Padahal, dalam negara ini Tok Guru kata dah sebut dah. Dalam negara ini lihat, orang bukan Islam duduk dalam masyarakat orang Melayu.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang Melayu bagi perlindungan dan sayang kepada orang bukan Melayu. Ya, terima kasih Dato’ Sri

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang di-Pertua. Oleh kerana kita sudah bersama sekarang, saya menyokonglah kementerian ini. Terima kasih. Assalamualaikum.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Baik, berikut dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih, Timbalan Pengerusi. Sebelum itu, saya mohon izin kepada Timbalan Pengerusi kerana saya nak mengalu-alukan kehadiran rombongan Komuniti MADANI Penggaram dari Parlimen Batu Pahat yang diketuai oleh Mantan ADUN Penggaram, Saudari Gan Peck Cheng.

Tuan Pengerusi— Timbalan Pengerusi, Batu Pahat ingin menyentuh tiga butiran di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Butiran 17000 – NAHRIM. Timbalan Pengerusi, Batu Pahat merujuk kepada butiran ini iaitu mengenai NAHRIM dengan peruntukan sebanyak RM70.2 juta bagi tahun 2027.

Batu Pahat ingin memohon penjelasan Menteri daripada peruntukan ini, apakah projek penyelidikan, kajian dan pembangunan teknologi yang akan dilaksanakan oleh NAHRIM sepanjang tahun 2027? Berapakah jumlah projek yang dirancang, di manakah lokasi pelaksanaannya mengikut negeri dan daerah serta berapakah peruntukan bagi setiap projek? Adakah projek-projek ini melibatkan kajian perubahan iklim, kenaikan aras laut, hakisan pantai, banjir pesisir dan kemasukan air masin ke dalam sistem sungai?

Dan Timbalan Pengerusi, Batu Pahat ingin membangkitkan satu isu yang semakin membimbangkan iaitu kesan kenaikan aras laut akibat perubahan iklim serta aktiviti manusia yang boleh menyebabkan air masin menceroboh masuk ke muara dan bahagian hulu sungai. Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem sungai tetapi boleh menjejaskan air tawar, aktiviti pertanian, perikanan dan kehidupan penduduk di kawasan pesisiran pantai.

Butiran seterusnya ialah 15300 – Mengorek Kuala Sungai iaitu lebih kurang RM83.9 juta. Timbalan Pengerusi, Batu Pahat ingin menyentuh peruntukan RM83.9 juta bagi kerja-kerja mengorek kuala sungai. Dalam konteks Batu Pahat, muara kuala sungai Batu Pahat merupakan kawasan yang paling penting kerana aliran sungai ini

draft • 12:52 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

berkait rapat dengan sistem saliran, pergerakan air dan risiko banjir di kawasan sekitarnya.

Oleh itu, Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan, apakah status terkini kerja-kerja pengorekan muara kuala sungai Batu Pahat? Adakah projek ini telah dimulakan, masih dalam perancangan atau sedang dalam proses tender?

Kemudian, berapakah peruntukan khusus yang telah diluluskan untuk projek ini? Dan adakah kementerian telah menjalankan kajian bagi mengenal pasti tahap mendapan lumpur dan keperluan kedalaman pengorekan di kawasan muara sungai?

Dan bilakah kerja-kerja pengorekan ini dijangka dilaksanakan dan disiapkan?

Batu Pahat juga ingin mengetahui sama ada kementerian mempunyai jadual penyelenggaraan pengorekan berkala supaya masalah mendapan tidak berulang selepas projek disiapkan. Ini kerana kita tidak mahu projek pengorekan hanya dilaksanakan sekali tetapi selepas beberapa tahun masalah ini sama juga berlaku.

Butiran 616700 – Rancangan Tebatan Banjir iaitu RM1.4 bilion. Timbalan Pengerusi, butiran ini melibatkan peruntukan yang sangat besar iaitu RM1.4 bilion bagi rancangan tebatan banjir. Batu Pahat ingin memberikan tumpuan khusus kepada projek tebatan banjir Batu Pahat yang kini telah memasuki tahun ketiga.

Batu Pahat ingin bertanya kepada Menteri, selepas tiga tahun ini, sejauh manakah kemajuan projek ini? Mohon kementerian memberi penjelasan terperinci.

Yang pertama, berapakah peratus kemajuan fizikal dan kewangan projek RTB Batu Pahat? Adakah ia tersasar daripada sasaran asal?

Kedua, berapakah jumlah kos projek yang telah diluluskan dan berapa jumlah sebenar yang telah dibelanjakan sehingga hari ini? Dan, apakah pelaksanaan projek ini mengikut jadual asal atau telah mengalami kelewatan? Sekiranya lewat, apakah punca kelewatan ini? Dan, komponen projek ini – adakah komponen projek ini telah siap dan sedang dilaksanakan dan masih belum dimulakan?

Timbalan Pengerusi, Batu Pahat ingin bertanya adakah indikator yang digunakan oleh kementerian untuk mengukur keberkesanan projek RTB Batu Pahat?

Berapa luas kawasan yang dijangka dapat dilindungi daripada banjir dan berapa jumlah penduduk yang bakal menerima manfaat apabila projek ini siap?

Timbalan Pengerusi, apa yang lebih penting ialah kecekapan pelaksanaan, pemantauan kontraktor dan keberkesanan setiap Ringgit yang dibelanjakan. Oleh itu, Batu Pahat berharap kementerian dapat memberikan jawapan yang tuntas mengenai isu yang Batu Pahat bawa hari ini. Terima kasih.

draft • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Pembahas yang terakhir sebelum kita berehat untuk solat dan makan. Dipersilakan, Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 12:52 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Dato’ Pengerusi kerana memberikan ruang kepada Padang Serai untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 di bawah peringkat Jawatankuasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan B.33 khususnya di bawah Butiran 02000 – Pembangunan Tenaga serta Maksud Pembangunan P.33 berkaitan Butiran 15400 – Rancangan Pengurusan Sungai dan Saliran Mesra Alam dan Projek- projek Tebatan Banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Isu pertama Dato’ Pengerusi, bebanan kenaikan tarif elektrik. Saya ingin menyentuh isu yang paling dekat dengan poket rakyat pada hari ini iaitu kos sara hidup yang terus terhimpit akibat pelarasan dan kenaikan tarif elektrik. Walaupun kerajaan sering memberi jaminan bahawa majoriti pengguna domestik tidak terjejas secara langsung, realiti di lapangan adalah sebaliknya.

Kenaikan kos elektrik di peringkat komersial dan industri akhirnya dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan. Di kawasan seperti di kawasan Padang Serai yang mempunyai ramai golongan berpendapatan rendah B40 dan pertengahan M40, setiap sen peningkatan dalam bil utiliti amat dirasai.

Saya memohon penjelasan daripada pihak kementerian di bawah Maksud B.33, sejauh manakah keberkesanan mekanisme kawalan tarif dan subsidi bersasar ini benar-benar melindungi rakyat daripada kesan rantaian inflasi. Apakah pelan jangka panjang atau sederhana PETRA untuk memastikan tarif elektrik kekal stabil tanpa membebankan pengguna domestik dan peniaga kecil?

Dato’ Pengerusi, isu kedua, cadangan rebat pemasangan solar di rumah selaras dengan matlamat peralihan tenaga negara dan pengurangan kebergantungan kepada grid konvensional. Saya ingin mencadangkan agar PETRA memperluaskan akses tenaga boleh baharu terus ke peringkat isi rumah.

Ketika ini, kos permulaan pemasangan panel solar di bumbung rumah masih terlalu tinggi dan hanya mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan tinggi T20.

draft • 12:57 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Justeru, Padang Serai mencadangkan agar kementerian memperkenalkan skim rebat tunai secara langsung atau geran padanan khas kepada golongan M40 dan B40 bagi pemasangan sistem solar kediaman.

Selain daripada program permeteran tenaga bersih sedia ada, pemberian rebat terus ke atas kos pemasangan ini bukan sahaja dapat mengurangkan bil elektrik bulanan secara drastik malah membantu negara mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh baharu dengan lebih pantas.

Saya mohon pihak kementerian menyatakan, adakah peruntukan di bawah Butiran 02000 ini mempunyai ruang untuk merintis inisiatif rebat solar domestik ini pada tahun 2027.

draft • 12:57 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Dato' Pengerusi, isu ketiga ialah berkaitan dengan masalah saliran dan banjir kilat di kawasan Padang Serai. Saya beralih kepada Maksud Pembangunan P.33 di bawah sektor transformasi air. Isu sistem saliran yang usang, parit yang tersumbat dan sungai yang cetek dekat Parlimen Padang Serai masih membelenggu penduduk setiap kali hujan lebat turun. Kawasan-kawasan penempatan penduduk dan kawasan-kawasan pekan kecil di sekitar Padang Serai, Lunas, Karangan dan sebagainya sering berdepan risiko banjir kilat yang merosakkan harta benda serta menjejaskan aktiviti ekonomi setempat.

Alhamdulillah, dua, tiga bulan yang lalu saya menerima sedikit peruntukan daripada APPGM–SDG sebanyak RM40,000 untuk pendalaman sungai dan meluruskan sungai serta mencuci parit dan sebagainya. Harap-harap dapat mengurangkan risiko banjir. Jadi, pertumbuhan kawasan perumahan dan perindustrian yang pesat di sempadan Kulim dan Padang Serai tidak diimbangi dengan naik taraf sistem perparitan yang menyeluruh.

Justeru, saya mendesak agar pihak PETRA melalui JPS menyalurkan peruntukan di bawah P.33 bagi kerja-kerja mendalamkan sungai, melebarkan sistem saliran utama serta menyelenggara kolam-kolam takungan sedia ada di Parlimen Padang Serai supaya masalah banjir ini dapat kita kurangkan ataupun kita dapat selesaikan. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Bentara.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 1:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti untuk rehat dan solat.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 2:30 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih, Puan Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya terus ke perbahasan di bawah Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Saya memohon penjelasan penyelesaian jangka panjang untuk masalah bekalan air di Pulau Sebatik, Kampung Brantian dan juga Kampung Sungai Udin.

Projek Bekalan Air Kampung Brantian yang telah dikemukakan oleh KKDW di bawah RP5 RMK12 tetapi tidak disenaraikan dan kini perlu diangkat oleh Unit Perancangan Negeri Sabah ke Kementerian Ekonomi di bawah RMK13. Oleh itu, apakah tindakan susulan PETRA yang bersama KKDW dan kerajaan negeri untuk menyegerakan projek ini? Mohon nyatakan agensi peneraju, punca kekangan kelulusan dan jadual tindakan supaya penduduk mendapat kepastian bila isu ini akan diselesaikan.

draft • 2:32 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Kedua, masih di bawah Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah berhubung pembinaan kolam takungan baru ataupun off-river storage bagi menyokong Loji Rawatan Air Wallace Bay di Pulau Sebatik. Memandangkan Empangan Wallace Bay pernah menyusut di bawah paras kritikal, kurang daripada satu meter― bahkan sekarang ini juga paras air di Empangan Wallace Bay berada di dalam lingkungan di bawah antara 1.2 hingga 1.5 meter― menjejaskan ribuan penduduk. Projek off-river storage ini amat mendesak untuk melengkapkan kapasiti simpangan empangan sedia ada.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya, apakah kedudukan penilaian teknikal, pengambilalihan tanah dan kelulusan pembiayaannya? Mohon kementerian menyatakan garis masa keputusan dan juga kapasiti simpanan yang dicadangkan.

Jadi, sementara menunggu siap, apakah pelan bekalan kecemasan apabila sumber air menyusut? Seperti sekarang inilah, penduduk sudah sebulan lebih tidak mendapat bekalan air menerusi jaringan Jabatan Air. Jadi, pelan ini mesti mempunyai jadual penghantaran air tangki statik yang dirancang dan saluran aduan jelas dengan keutamaan yang sudah pasti kepada sekolah, klinik dan juga rumah- rumah penduduk.

Saya juga ingin mengetahui status terkini projek Empangan Cinta Mata dan Loji Air Cinta Mata memandangkan projek ini merupakan penyelesaian tuntas untuk masalah kritikal bekalan air yang membelenggu Daerah Tawau. Saya juga mencadangkan sekiranya empangan ini siap, paip air bawah laut yang menghubungkan Empangan Cinta Mata dengan Pulau Sebatik juga wajar dipertimbangkan sebagai alternatif kepada bekalan air sedia ada di Pulau Sebatik.

Puan Pengerusi, ketiga, di bawah Butiran 95000 – Non-Revenue Water Nasional. Saya menyambut baik program pengurangan NRW fasa 2 untuk menggantikan paip usang dan memohon perincian khusus untuk Parlimen Kalabakan. Berapa kilometer paip uzur akan diganti? Di mana lokasi pelaksanaannya? Apakah sasaran pengurangan kehilangan air dan bila pula tempoh siapnya? Sebagai contoh, kawasan perumahan Taman Semarak yang sering kali mengalami paip air pecah disebabkan keadaan paip air yang usang.

Puan Pengerusi, keempat, di bawah Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar serta Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Saya memohon kementerian menyegerakan kelulusan projek RTB Sungai Tawau Fasa 1B bernilai RM1.11 bilion yang dibawa semula ke RMK13 memandangkan keadaan Sungai Tawau serta kawasan sekitarnya yang pasti

draft • 2:32 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

mengalami banjir apabila air pasang dan hujan lebat berlaku serentak. Ramai orang terjejas dan ia pula kerap berlaku menyebabkan kerugian kepada penduduk setempat.

Saya juga ingin mengetahui, apakah kekangan sebenar projek ini? Bilakah keputusan muktamad dibuat dan bagaimanakah struktur pembiayaan projek ini?

Sementara itu, kerja penyelenggaraan sungai, pembetung dan saliran kritikal sekitar Daerah Tawau perlu dipercepat dengan jadual yang jelas, di samping menyelaras reka bentuk antara fasa supaya risiko banjir tidak berpindah ke penempatan bersebelahan.

Puan Pengerusi, kelima, di bawah Butiran 41000 – Bekalan Elektrik Sabah.

Saya mohon penjelasan mengenai pembiayaan Sabah Southern Madani Link Fasa 1B daripada Upper Padas melalui Kalabakan menuju ke Tawau sepanjang 274 kilometer dengan anggaran kos RM1.4 bilion. Memandangkan Fasa 1A telah pun bermula, kelulusan Fasa 1B mesti disegerakan agar grid Pantai Timur tidak terhenti separuh jalan.

Justeru, saya ingin mengetahui, apakah status terkini kelulusan pembiayaan, pengambilalihan tanah, proses perolehan dan tarikh kerja fizikal bermula? Kampung- kampung di sekitar pekan Kalabakan bergantung sepenuhnya kepada genset diesel dan sistem solar yang usang. Jadi, Southern Link ini sangat perlu. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkenaan status pembinaan pencawang Luasong yang masih tergendala.

Last ya, Puan Pengerusi. Saya juga ingin memohon penjelasan mekanisme penyelarasan subsidi bil elektrik untuk pengguna di Sabah agar perluasan perlindungan kepada 800 kilowatt sejam benar-benar sampai kepada isi rumah yang layak di pedalaman.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim.

draft • 2:38 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Puan Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran P.33 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Seliaan Bandar, Tebatan Banjir dan juga Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar.

Saya ingin tahu, berapakah jumlah peruntukan rancangan tebatan banjir yang diturunkan ke daerah Kerian khususnya Parit Buntar pada tahun 2027? Kerana dalam Bajet 2027 serta RMK13 tidak dinyatakan dengan jelas peruntukan- peruntukan yang diturunkan di Daerah Kerian, terutamanya Parit Buntar dan sekitarnya tentang peruntukan untuk tebatan banjir.

Parit Buntar, begitu juga daerah-daerah yang lain di Perak sering dilanda banjir kilat. Banjir kilat berulang di lokasi yang sama sejak 2017 tanpa penyelesaian berstruktur. Daerah Kerian berlaku dua jenis banjir sekali gus. Pertama, banjir kilat selepas hujan yang terlalu lebat. Yang kedua, banjir termenung di kawasan sawah akibat saliran yang tidak mengalir keluar.

Baru-baru ini berlaku pada 28 Oktober 2026 melibatkan beberapa buah kampung di Teluk Piai dan sebagainya di Kuala Kurau dinaiki air daripada limpahan sawah yang bertakung hampir seminggu sehingga merosakkan tanaman padi akibat daripada parit yang tidak diselenggara dengan teratur.

draft • 2:38 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Di pusat bandar Parit Buntar, kawasan perumahan di Pekan Baru, Taman Kerian, Taman Damai, Taman Sri Wangsa, Taman Semarak, Taman Wawasan, Taman Aman Sejahtera, Taman Desa Aman dan sebagainya sering berlaku banjir yang berulang-ulang setiap kali berlaku hujan lebat sejak dalam tempoh sembilan hingga 10 tahun. Banjir kilat yang berlaku berpunca hujan yang terlalu lebat dan saliran parit di bawah Railway Asset Corporation (RAC) yang tidak diselenggara mengikut jadual. Justeru ia perlu diselenggara secara berkala setiap tahun. Pihak agensi seperti JPS dan RAC perlu ada muafakat dan bertanggungjawab.

Beberapa bulan yang lalu saya bersama RAC, JPS dan PBT ada membuat tinjauan dan lawatan ke beberapa saliran besar yang menyebabkan air akibat daripada banjir tidak mengalir dengan baik ke Sungai Kerian kerana tidak diselenggara. Isunya mereka sering mempersoalkan tiada peruntukan, tiada peruntukan, tiada peruntukan dan tidak ada punca kuasa kepada mana-mana pihak untuk melaksanakan kerja pembersihan atau penyelenggaraan saliran di bawah JPS ataupun di bawah PBT dan sebagainya.

Punca lain apabila berlaku longkang yang tidak diselenggara secara berkala.

Justeru, naik taraf longkang sepanjang jalan terusan termasuk titi yang menyeberang

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

penduduk dengan menggunakan culvert. Dicadangkan wujudkan rumah pam di hujung jalan terusan bagi membolehkan rumah pam air keluar ke Parit Buang terutama ketika air pasang. Justeru itulah pihak berwajib mesti mengambil berat tentang perkara ini kerana komuniti kampung ataupun di kawasan perumahan sering mengadu kepada Ahli Parlimen ataupun ADUN untuk supaya menyuarakan di mana- mana kepada mana-mana agensi yang terlibat.

Di Parlimen ini, saya suarakan supaya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengambil berat tentang projek tebatan banjir di Parit Buntar yang mengganggu keselesaan penduduk. Sebab banjir berlaku bila-bila masa. Tengah malam, subuh-subuh pagi dan sebagainya. Walaupun banjir kilat itu mungkin berlaku satu jam, dua jam lepas itu surut tetapi ia menimbulkan keresahan dan ketidakselesaan dan tidak ada peruntukan yang jelas untuk projek tebatan banjir di daerah Kerian terutamanya Parit Buntar. Sebab itulah sering berlaku di kawasan- kawasan perumahan di pekan Parit Buntar yang mengganggu perniagaan, yang mengganggu perhubungan rakyat yang sentiasa beralih ke tempat kerja dan sebagainya.

Sebab itulah saya, Parit Buntar mencadangkan supaya di kawasan-kawasan tersebut mesti ada pam bagi membolehkan air di pam keluar ke sungai kerana itu sahaja cara yang terbaik untuk menghindarkan daripada banjir.

Akhir sekali, saya nak bacakan petikan ayat al-Quran supaya menjadi peringatan kita bersama dalam surah Al-A’rum, ayat 41 yang berbunyi— [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Berlaku kerosakan sama ada di darat ataupun di laut kerana tangan-tangan manusia. Boleh jadi banjir juga berlaku akibat kecuaian manusia akibat pembangunan yang tak dirancang, banyak buat projek perumahan dan sebagainya tetapi longkang tidak diselenggara dengan baik. Justeru bila kita buat pembangunan, mestilah pembangunan yang terancang supaya bila berlaku banjir kilat atau berlaku hujan lebat, air dapat mengalir dengan baik menuju ke sungai. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.

draft • 2:40 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Puan Pengerusi.

draft • 2:44 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Parlimen Sipitang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Sindumin dan Lumadan. DUN Sindumin terletak sepenuhnya dalam daerah Sipitang, manakala bahagian DUN Lumadan berada dalam Daerah Beaufort.

Dalam perbahasan ini, Sipitang ingin membawa perhatian Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau ringkasnya PETRA mengenai beberapa isu kritikal berkaitan pengurusan air, tebatan banjir, hakisan sungai dan bekalan elektrik yang sekian lama membelenggu rakyat.

Pertama di DUN Sindumin dalam Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar (Tebatan Banjir). Sipitang memohon perhatian serius terhadap keperluan projek tebatan banjir dan naik taraf sistem saliran di Sindumin.

Limpahan Sungai Mengalong dan sistem saliran yang tidak lagi mampu menampung aliran air menyebabkan 17 buah kampung sering dilanda banjir, malah ada yang mengambil masa lebih seminggu untuk surut. Ini bukan sekadar air yang melimpah ke halaman rumah tetapi turut menenggelamkan sumber rezeki, merosakkan harta benda dan melumpuhkan kehidupan penduduk. Sipitang memohon kementerian mempertimbangkan peruntukan khas bagi melaksanakan projek tebatan banjir secara menyeluruh dan menaik taraf sistem saliran demi penyelesaian jangka panjang.

Seterusnya, dalam Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Sipitang turut memohon kerja-kerja pengorekan pedalaman dan pemuliharaan muara Sungai Sipitang serta Sungai Mengalong. Pemendapan sedimen bukan sahaja menghalang pelepasan air ke laut malah menyukarkan laluan bot nelayan dan juga bot operasi agensi ketika air surut khususnya di muara Sungai Sipitang melibatkan Kampung Menengah, Kampung Lumut dan Kampung Guruh-Guruh.

Kerja-kerja pengorekan amat mendesak demi kelancaran navigasi, keselamatan nelayan, mengurangkan risiko banjir dan kelancaran laluan para nelayan di kawasan tersebut. Jika pemeliharaan muara sungai dilakukan telah diberikan perhatian, kita juga berharap Sungai Sipitang dan Sungai Mengalong turut menerima pertimbangan yang sewajarnya.

Kedua, di DUN Lumadan dalam Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir

(RTB) dan Saliran Bandar 16800 – Projek Tebatan Banjir berkeutamaan tinggi.

Penduduk turut berhadapan dengan banjir berulang sehingga sembilan kali sepanjang tahun 2025 akibat limpahan Sungai Padas dan Sungai Bukau. Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Luagan, Sanginan, Suasa, Kebajang,

draft • 2:44 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Bangkalalak, Mentulud, Bukau, Lingkungan dan kebanyakan kawasan di DUN Lumadan.

Bayangkan Yang Berhormat Puan Pengerusi, apabila banjir datang berulang kali rakyat bukan sahaja kehilangan harta benda malah kehilangan masa bekerja, hasil pertanian dan ketenangan hidup. Mereka tidak seharusnya terus hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan turun. Justeru kita memohon kementerian meluluskan peruntukan bagi projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi di kawasan DUN Lumadan termasuk penambahbaikan sistem saliran dan infrastruktur sungai yang berkaitan.

Seterusnya di Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai. Sipitang ingin membangkitkan isu hakisan tebing sungai yang semakin kritikal di banyak kawasan di sekitar DUN Lumadan seperti yang pernah saya bangkitkan dalam beberapa perbahasan terdahulu. Antaranya Kampung Lubak, kawasan tanah perkuburan Kampung Lubak, tanah perkuburan Kampung Beringin serta Kampung Kaundu, Suasa.

Hakisan sungai juga mengancam keselamatan rumah-rumah berdekatan termasuk juga di Kampung Luagan Sanginan setiap kali hujan dan bah melanda. Ini bukan sekadar soal kehilangan tanah tetapi soal keselamatan rumah, kelangsungan tanah pertanian dan penghormatan terhadap kawasan tanah perkuburan nenek moyang kita. Jangan sampai kita hanya bertindak setelah tanah runtuh, rumah terancam ataupun pusara terhakis dibawa arus.

Dalam menelusuri agenda pembangunan infrastruktur asas, Sipitang ingin menegaskan dalam Butiran 41000 – Bekalan Elektrik Sabah (BASE) bahawa bekalan elektrik yang stabil bukan sekadar keperluan tetapi merupakan nadi yang menghidupkan denyut kehidupan masyarakat di luar bandar. Justeru Sipitang memohon agar pembinaan pencawang elektrik baharu di Kampung Lalangut, Suasa, Kampung Kukup, Bangkalalak dan Kampung Kehidupan Western diberikan perhatian serius bagi mengatasi masalah susutan voltan yang sekian lama membelenggu penduduk.

Begitu juga dengan cadangan menaik taraf kabel dan talian elektrik tidak bersalut kepada kabel bertebat sepanjang 1.3 kilometer di Kampung Western demi menjamin keselamatan serta kestabilan bekalan elektrik. Dalam masa yang sama, cadangan baik pulih dan penggantian sebanyak 150 unit lampu jalan kampung di zon Lumadan wajar diberikan keutamaan. Janganlah kita membiarkan kampung- kampung di pedalaman terus bergelut dalam kesuraman sedangkan cahaya

draft • 2:44 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

kemajuan seharusnya menyinari setiap rumah, setiap jalan dan setiap hidupan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

Akhir sekali lagi Yang Berhormat Puan Pengerusi, Sipitang berharap kementerian dapat memberikan perhatian serius serta komitmen yang jelas terhadap semua perkara yang kita angkat di Dewan yang mulia ini. Jangan biarkan rakyat terus berendam dalam banjir, bergelut dalam kegelapan hidup dalam keresahan.

Usahakan penyelesaian demi hari esok yang lebih bersinar. Air sepatutnya menjadi sumber kehidupan, elektrik menjadi sinar harapan bukan ancaman kepada kehidupan. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih, Yang Berhormat Puan Pengerusi.

draft • 2:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 2:44 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir.

draft • 2:49 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Pertama sekali saya menyambut baik komitmen kerajaan memperkukuhkan kesiapsiagaan melalui operasi pemantauan 24 jam oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, sistem telemetri serta pemasangan siren amaran awal di seluruh negara. Walau bagaimanapun, memandangkan fasa Monsun Timur Laut 2026 dan 2027 sudah pun bermula sejak penghujung Oktober lalu dan dijangka berlarutan hingga Mac 2027. Tumpuan khusus dan tindakan segera amat diperlukan di kawasan berisiko tinggi seperti di Rompin contohnya. Rompin saban tahun berdepan dengan ancaman hujan lebat berterusan, limpahan sungai utama seperti Sungai Rompin serta fenomena air pasang besar.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah kesiapsiagaan yang telah dilaksanakan oleh PETRA melalui JPS dari segi sistem ramalan dan amaran banjir, kesiapsiagaan aset serta penyelarasan operasi bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan berisiko?

Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Pesisir Pantai Rompin kini berhadapan krisis ancaman hakisan yang amat genting. Ombak ganas Laut China Selatan saban tahun membadai Pantai Rompin tanpa henti. Hari ini kawasan pesisir

draft • 2:50 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

pantai dari Kuala Rompin hingga ke Tanjung Pahang mengalami degradasi yang amat teruk. Seperti yang dilaporkan oleh wartawan New Straits Times pada 22 Ogos 2026, sebuah kediaman yang dimiliki oleh Puan Nur Zakiah di Kampung Jawa hilang sekelip mata akibat ombak besar melanda. Rumah itu juga sebenarnya disumbang oleh sebuah institusi kewangan untuk keluarganya pada tahun 2009.

Soalan saya, berapakah jumlah sebenar pecahan peruntukan di bawah Butiran 15100 bagi tahun 2027 yang bakal diagihkan terus ke daerah Rompin khususnya untuk kawasan titik panas (hotspot) seperti di Tanjung Pahang, Kampung Jawa, Pontian serta pesisiran pantai pulau peranginan seperti Kampung Mukut di Pulau Tioman? Apakah status terperinci permohonan dana mitigasi pesisir pantai berjumlah RM850 juta yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah RMK13?

Saya mencadangkan PETRA bersama Jabatan Parit dan Saliran (JPS) agar segera meluluskan pelaksanaan pembinaan struktur perlindungan kekal merangkumi batu penahan ombak sepanjang 5,000 meter serta pembinaan struktur breakwater dengan izin, bersepadu tanpa perlu menunggu pusingan rolling plan seterusnya demi mengelakkan kerugian jutaan Ringgit aset kerajaan dan tanah milik rakyat.

Seterusnya Puan Pengerusi, Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai.

Lembangan Sungai Rompin sepanjang aliran 172 kilometer adalah laluan utama ekonomi komuniti setempat. Muara inilah pintu keluar masuk harian ratusan bot nelayan tradisi, pengusaha bot pelancongan, kapal pemancing rekreasi serta urusan logistik ke jeti pendaratan LKIM.

Namun, akibat fenomena monsun dan pergerakan pasir pantai, kuala Sungai Rompin mengalami pemendapan kelodak yang teruk sehingga alur laut menjadi cetek, bot-bot nelayan kerap tersadai, kipas bot patah, operasi tergendala dan keselamatan nyawa para pelaut kita terancam sewaktu meredah ombak di muara ketika air surut.

Soalan saya, apakah kementerian mempunyai perancangan kerja untuk mendalamkan muara Sungai Rompin ini secara berjadual sepanjang tahun 2027?

Dan apakah peruntukan di bawah Butiran 15300 ini mencukupi bagi mengeluarkan kelodak sebanyak 149,000 meter padu? Kedua, mengapa kementerian masih mengekalkan pendekatan kerja pengerukan secara one-off atau bermusim sedangkan muara ini terbukti sentiasa mengalami penimbunan semula pasir yang pantas sejurus selepas musim tengkujuh berakhir?

draft • 2:50 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Saya suka mencadangkan satu penyelesaian holistik dan lestari iaitu projek pengerukan muara sungai sepanjang 1,000 meter dengan lebar alur 20 meter dan kedalaman minimum 1.5 meter dilaksanakan bersama-sama pembinaan dua unit struktur pemecah ombak muara (twin breakwater). Struktur ini terbukti saintifik mampu memandu arus sungai, menghanyutkan endapan secara semula jadi ke laut dalam tanpa memerlukan perbelanjaan mengorek berulang kali.

Sebagai penutupnya, isu muara yang cetek, pesisir pantai yang runtuh di Rompin ini berkait rapat dengan maruah, ekonomi dan keselamatan nyawa. Saya mohon jawapan telus daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Pengerusi kerana telah memberikan saya kesempatan dan peluang untuk berbahas pada petang ini menyentuh Maksud Pembangunan dan Bekalan 33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Butiran pertama Puan Pengerusi, Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai.

Saya pada tahun 2023 iaitu pada 9 Februari 2023 telah bersama-sama pihak JPS Sarawak, juga turut ketika itu Pengarah JPS Sarawak turun ke satu kawasan di Kampung Maludam yang lebih dikenali sebagai Pantai Riung.

Terima kasih kepada JPS pada ketika itu kerana dapat bersama-sama untuk melihat keadaan hakisan pantai di kawasan ini. Saya difahamkan projek ini telah mempunyai peruntukan sebanyak RM316.3 juta yang mengandungi empat pakej kesemuanya dan akan dilaksanakan di 17 lokasi di seluruh negeri Sarawak.

Saya mengambil berat berkenaan dengan hakisan pantai di Kampung Maludam ini, Yang Berhormat Puan Pengerusi kerana kawasan ini merupakan satu kawasan yang dilalui oleh coastal road di kawasan Sarawak yang mana jalan ini dihubungkan daripada Jambatan Batang Lupar hingga ke Jambatan Batang Saribas.

Kalau sewaktu 2023 dulu saya pergi ke kawasan ini, jarak daripada jalan itu, coastal road itu ke tempat hakisan lebih kurang 500 meter. Tetapi apabila telah masuk ke tahun 2026 ini, projek ini masih juga belum dilaksanakan. Jalan ini sudah hampir 50 meter sahaja lagi ke tempat hakisan.

draft • 2:55 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Jadi, saya mohon kepada pihak kementerian untuk melihat projek ini, mempercepatkan projek ini dan saya difahamkan projek ini berada pada peringkat perolehan dan berdasarkan perancangan semasa, keempat-empat pakej ini dalam fasa reka bentuk terperinci dan mulai November 2026 selepas perolehan dimuktamadkan. Jadi, saya memohon kalau boleh kepada pihak PETRA tahun 2027 ini, projek ini dilaksanakan dengan segera kerana kita tidak mahu jalan di kawasan coastal road ini terputus hubungannya.

Yang kedua, Butiran 15000 yang diperuntukkan dengan peruntukan sebanyak RM103 juta iaitu Kerja-kerja Kecil JPS dan Pelbagai Negeri. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan pembersihan parit di kawasan Parlimen Batang Lupar. Jika saya lihat kerja-kerja yang dijalankan oleh JPS selama ini, skop kerjanya adalah membersihkan parit. Membersihkan parit itu bila kita lihat excavator itu menggali parit, mereka hanya membersihkan rumput-rumput yang terdapat di dalam parit tersebut.

Saya mohon kepada pihak JPS untuk memasukkan sekali skop kerja membersihkan parit ini dengan menggali keladak-keladak yang terdapat di dalam parit itu kerana kalau benda itu kita tidak keluarkan, air tidak akan berjalan dengan lancarnya. Saya ingin menyatakan kawasan-kawasan yang terkesan berkenaan dengan parit ini. Saya mohon JPS untuk membersihkan jalan dari Sri Aman ke Kampung Lingga di kedua-dua belah jalan.

Saya mohon juga untuk dibersihkan daripada Jambatan Batang Sadong ke Jambatan Batang Lupar di kedua-dua belah jalan paritnya. Dari Triso ke Batang Saribas bersambung hingga ke simpang pusat di Pan Borneo. Inilah kawasan- kawasan yang perlu dibersihkan dan cadangannya adalah untuk pihak DID membersihkan jalan ini bukan pada musim tengkujuh. Jika kita tahu musim tengkujuh itu berlaku pada akhir tahun, bulan 12, bulan 11 dan sebagainya, kerja-kerja pembersihan ini patut dijalankan dua ataupun tiga bulan lebih awal.

draft • 2:55 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Akhir sekali Puan Pengerusi, saya berharap bahawa dua butiran yang saya bangkitkan ini akan dapat diambil perhatian dan tindakan daripada pihak JPS.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar, saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 3:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali ucapan untuk saudara Hafizuddin Roslin, pemenang atlet pingat emas Sukan Komanwel supaya dia kembali sembuh.

Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar serta projek tebatan banjir RM38 juta untuk tahun 2027, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Bersekali dengan Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar RM1.4 bilion.

Fokus utama isu kemasukan air masin ke Sungai Lencongan Barat khususnya kawasan Wang Besar, Wang Hulu di kawasan Parlimen Kangar. Sungai Lencongan Barat bukan sekadar saliran untuk mengalirkan lebihan air hujan, ia juga mempunyai hubungan dengan kawasan pertanian, penempatan, penduduk dan persekitaran. Apabila air laut memasuki sistem sungai, khususnya ketika air pasang besar atau ketika aliran air tawar berkurangan, timbul kebimbangan terhadap peningkatan kemasinan air.

Jadi, persoalannya sejauh manakah PETRA telah mengenal pasti dan menilai fenomena ini secara saintifik? Jika perkara ini tidak ditangani, ia akan memberi kesan terhadap tanah pertanian, tanaman, kualiti air, ekosistem sungai serta kehidupan penduduk yang banyak bergantung kepada sumber air.

Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, pokok-pokok padi pun dah menguning bila terkena air masin, itu berlaku di kawasan Wang Hulu, kawasan Wang Besar di berhampiran dengan kawasan Sungai Lencongan Barat.

Dan untuk pengetahuan YB Timbalan Menteri, dua, tiga hari lepas saya pun dah bincang, dah sentuh mengenai Sungai Lencongan Barat berkaitan dengan Kampung Wai. Kampung Wai ini baik untuk kegiatan pelancongan, tetapi kos melepas dia, air masin masuk ke Sungai Lencongan Barat, itu yang berlaku.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung projek tebatan banjir di Lembangan Sungai Perlis. Jadi, berdasarkan maklumat JPS pada April 2025, projek ini melibatkan perlindungan lebih 1,500 orang penduduk termasuk penduduk di Wang Besar dan kawasan sekitar. Projek ini bertujuan memendekkan jarak aliran air pasang daripada 12 kilometer kepada 3.3 kilometer.

Jadi, soalan saya adakah reka bentuk projek ini turut mengambil kira risiko kemasukan air masin dari muara sungai dan kesannya terhadap kualiti air di kawasan hulu serta sistem saliran yang bersambung? Jadi, saya mohon kementerian

draft • 2:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

menjelaskan sama ada Sungai Lencongan Barat mempunyai sistem kawalan yang mencukupi seperti pintu kawalan air, rumah pam dan struktur kawalan pasang surut dan pemantauan terhadap kemasinan air.

Daripada Butiran 14500, adakah kementerian bersedia mempertimbangkan peruntukan khusus bagi mengatasi masalah kemasukan air masin dan menaik taraf sistem saliran di kawasan berkenaan.

Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 15000 – Kerja-kerja kecil JPS, Pelbagai Negeri. Jadi bajet RM103 juta. Terdapat beberapa kawasan yang perlu dinaik taraf. Yang pertama membaik pulih tebing sungai yang runtuh di Sungai Siran hingga ke Sungai Lencongan Barat yang mengalami hakisan akibat banjir.

Yang kedua, menaik taraf ban sungai tebatan banjir yang mengalami kerosakan akibat air yang melimpah ketika banjir di sekitar kawasan Bukit Bintang hingga ke Gua Jentik. Yang ketiga, membaik pulih pintu kawalan air di Sungai Lencongan Barat ke Sungai Kurung Batang yang mengalami kerosakan dan aliran masuk ke sawah di kawasan bendang Kampung Belangga Pudak, Bintong yang menyebabkan berlakunya banjir.

Yang keempat menaik taraf parit atau tali air di Jalan Dato’ Ali yang sering menyebabkan banjir kilat di kawasan berkenaan terutamanya berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali.

Yang kelima, membaik pulih jalan ladang, terutamanya di Jalan Harumanis Hutan Ketiau dan juga jalan ladang yang mudah rosak. Walaupun sudah diturap, terutamanya di jalan belakang kedai Ana Burger, Bintong. Jadi, jalan ladang ini sebenarnya untuk ke rumah kediaman. Jadi, minta sangat-sangat JPS bantu masalah jalan ladang ini terutamanya di Kampung Hutan Ketiau. Kesian penduduk di sini, kerana jalan mereka–– mereka tidak ada jalan alternatif.

Dan yang terakhir, memohon longkang yang lebih teratur menuju ke sekolah SK Abi. Itu sahaja daripada Kangar, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

draft • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Pengerusi membenarkan saya membahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

draft • 3:05 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya ingin membawa dua perkara. Satu ialah Butiran 020000 iaitu Pengurusan Tenaga. Kerajaan sekarang mempertimbangkan semula penggunaan kuasa nuklear di Malaysia. Saya berharap sebelum kita beralih kepada tenaga nuklear, kita mesti memaksimumkan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia terutamanya penjanaan tenaga solar.

Saya menerima aduan penjanaan tenaga solar kadang-kadang tidak dapat diperluaskan kerana pencawang masuk utama (PMU) telah penuh. Seperti di kawasan Alor Pongsu dan Bagan Serai di negeri Perak. Kita pun boleh menjana lebih tenaga solar di–– terutamanya di kawasan negeri-negeri Pantai Timur, di mana kita ada tanah yang sangat luas dan jika kerajaan boleh membina lebih PMU ini, kita boleh menggunakan tanah-tanah itu untuk menjana elektrik solar yang lebih.

Dan kalau kita bandingkan untuk menjana satu gigawatt letrik solar, kita hanya memerlukan lebih kurang RM2.8 bilion dan dalam jawatankuasa semalam Ahli-ahli Jawatankuasa Parlimen diberi tahu untuk menjana satu gigawatt tenaga nuklear, kita memerlukan USD6 bilion ataupun lebih kurang RM24 bilion. Jadi, lebihlah memadai kalau kita masih boleh mengutamakan penjanaan tenaga solar.

Ada satu kebimbangan yang ditimbulkan ialah tanah yang digunakan untuk solar ini, ia akan mengambil kawasan yang luas. Saya minta kerajaan untuk memberikan satu design kepada rakyat supaya apabila sesuatu kawasan tanah itu digunakan untuk menjana tenaga solar, di bawah panel-panel solar itu kita masih boleh menjalankan pertanian, sama ada pokok-pokok yang masih boleh hidup di bawah panel solar atau kita menternak binatang atau di negara China saya nampak mereka mengorek tanah itu untuk membela ikan-ikan. Jadi, kita multiuse tanah tersebut.

Perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan iaitu Butiran 030500 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Tuan Yang di-Pertua, di muara Sungai Beruas di Pantai Remis, benteng, pokok-pokok bakau yang melindungi pelantar-pelantar nelayan di muara Sungai Beruas telah terhakis. Akibatnya, ombak kuat daripada laut akan melanda terus kepada pelantar-pelantar tersebut menyebabkan ia berbahaya untuk bekerja di pelantar-pelantar tersebut.

draft • 3:05 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Pegawai daripada kementerian PETRA pun telah melawat kawasan itu dan telah pun memberitahu bahawa mereka boleh memperuntukkan RM1 juta untuk projek tersebut. Tetapi ia memang tidak cukup seperti yang seorang nelayan mengatakan ialah seperti, “membuang garam ke laut”.

draft • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini bermaksud kita memerlukan peruntukan yang agak besar dan saya mohon Menteri supaya mengkaji masalah ini dan memperuntukkan peruntukan yang mencukupi supaya satu penghalang kepada ombak-ombak yang melanda itu dapat dibina seberapa cepat yang boleh. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 11:00 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft • 11:00 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi saya pergi kepada Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar.

Tuan Pengerusi, perkara pertama ialah berkait rancangan tebatan banjir Sungai Setiu Fasa 1. Setiap tahun Bandar Permaisuri sehingga daripada Petronas Sungai Tarom sehingga ke Mini Stadium Sungai Tarom ditenggelami air satu hingga dua meter.

Pada tahun 2015, KPS telah memohon peruntukan untuk projek RTB ini tetapi tidak diluluskan oleh EPU. Sebelas tahun berlalu, rakyat Setiu masih menunggu. Menteri memaklumkan Rolling Plan Kedua Tahun 2027 ada 15 projek tebatan banjir baharu. Soalan saya, adakah RTB Sungai Tarom, Setiu— adakah RTB Sungai Setiu Fasa 1 ini termasuk dalam senarai 15 projek baharu ini? Apakah status kelulusan dan pelaksanaannya?

Perkara kedua ialah sistem saliran di Kampung Alur Damat, Batu Rakit, Kampung Wakaf Tengah dan kawasan sekitarnya. Kawasan ini rendah dan sistem perparitannya tidak sempurna menyebabkan banjir kilat kerap berlaku. Isi ini telah saya bangkitkan dalam Kamar Khas pada 23 Julai 2025. Kerja-kerja sementara sudah dibuat tetapi masalah ini memerlukan penyelesaian menyeluruh.

Soalan saya, apakah status projek menaik taraf sistem saliran di kawasan ini? Adakah ia telah dipohon dan diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua RMK13.

Butiran seterusnya Butiran 15300 – Mengorek Kuala Sungai. Terima kasih, Projek Pemuliharaan Muara Sungai Setiu telah siap dibina pada 1 September 2026 dan telah diserahkan kepada kerajaan negeri. Namun, kos projek dilaporkan RM116 juta meningkat kepada RM137.53 juta.

Kerja-kerja penyuburan pantai pula dimaklumkan dalam kira-kira lima tahun sahaja. Soalan saya, pertama— apakah punca perbezaan kos RM21.53 juta ini?

Kedua, selepas diserahkan kepada kerajaan negeri, siapa yang akan menanggung

draft • 3:11 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

kos projek-projek penyelenggaraan dan penyuburan semula pantai? Ketiga, adakah kementerian bersetuju dengan cadangan saya dalam Kamar Khas pada sesi lepas untuk menambah skop untuk mengorek zon ikan sangkar dan beting pasir di Laguna, Setiu.

Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Allah menyebut dalam Al-Quran [membaca sepotong ayat Al-Quran] – “Telah zahirlah kerosakan di darat dan di laut disebabkan apa yang dilakukan oleh manusia untuk Allah rasakan kepada mereka sebahagian daripada amal perbuatan yang mereka lakukan”. Saya dapati projek hakisan pantai di Kampung Pangkalan Maras di Batu Rakit yang sekarang ini masih lagi belum siap di mana hakisan pantai berlaku di Pantai Batu Rakit ini disebabkan oleh tambakan laut untuk pemandangan airport dulu. Dan kesannya cukup besar dan kemungkinan selepas berlaku— siap projek breakwater di Pangkalan Maras ini, maka hakisan pantai akan terus berlaku sehingga sampai ke Kuala Merang.

Sebab itu saya merasakan bahawa pihak kementerian mesti menilai dan mengambil kira pandangan jabatan teknikal sebelum memulakan atau meluluskan sesuatu projek yang besar seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Pengerusi. Yang keempat, Butiran 15000 – Kerja- kerja JPS. Di mana telah berlaku penurunan daripada RM11.13 juta kepada RM3.84 juta saja. Musim tengkujuh sudah bermula. Air bertakung lama kerana sungai dan parit tidak dibersihkan. Menteri sendiri mengakui peruntukan kecemasan ada, tetapi terhad. Saya cadangkan kementerian menyediakan dana kecemasan yang mencukupi untuk pembersihan sungai dan parit disalurkan kepada JPS daerah sebelum musim tengkujuh.

Soalan saya, adakah kementerian bersetuju daripada 602 projek pemuliharaan sungai. Daripada RM602 juta Projek Pemuliharaan Sungai, berapakah peruntukan untuk daerah Setiu untuk tahun 2027? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 3:11 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Yang di—

draft • 3:17 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Puan Pengerusi. Tuaran turut berbahas Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Peringkat Jawatankuasa bagi maksud Bekalan B.33 dan maksud Pembangunan P.33.

Tuaran ingin memulakan dengan Butiran 02000 – Pengurusan Tenaga dan Butiran 4100 – Bekalan Elektrik Sabah. Puan Pengerusi, di Semenanjung dengan pelaburan yang begitu hebat dalam data center dan seperti yang dilaporkan reserve margin di Semenanjung sudah pun menurun kepada sekitar 23 peratus. Iaitu turun daripada 40 peratus sebelum ini.

Manakala di Sabah, pada ketika ini reserve margin lebih kurang 20 peratus dan akhir tahun ini dijangka meningkat kepada 26 peratus. Dan dalam keadaan demikian, apabila penggunaan data center, tenaga untuk data center di Semenanjung begitu tinggi, maka kerajaan pun telah mengehadkan tidak lagi mengeluarkan, membolehkan lagi pelaburan data center di Semenanjung ini.

Akibatnya ialah pelabur-pelabur ini datang pula ke Sabah. Bila datang ke Sabah dan sudah ada diumumkan yang akan— mereka akan membuka data center di taman-taman perindustrian seperti Taman Perindustrian Kota Kinabalu.

Persoalan di sini ialah kita baru meningkat dari segi reserve margin. Kalau data center datang lagi, dia akan turun dengan begitu mendadak. Persoalan di sini di manakah penyelarasan dari segi dasar Persekutuan dan Sabah? Kita tahu yang hal elektrik kini sekarang adalah dikawal selia oleh Kerajaan Sabah dan dia ada Majlis Tenaga Sabah untuk mengawal selia dan sebagainya.

Tetapi apakah tidak ada penyelarasan dari segi pelaburan ini sebab ini pelabur-pelabur yang datang? Jadi kita pun rasa risau juga jika sekiranya dasar tertentu tidak dikenakan untuk mengawal selia. Janganlah pula nanti bekalan elektrik atau pun tenaga yang kita jana di Sabah itu digunakan oleh data center dan bukan untuk manusia.

Satu lagi perkara yang penting ialah dengan adanya peningkatan harga gas dan sebagainya dan yang tidak menentu ini. Maka di Semenanjung sudah lebih kurang setahun sudah memperkenalkan automatic fuel adjustment dari segi penetapan tarif dan sebagainya.

draft • 3:17 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tapi di Sabah masih lagi menggunakan imbalance cost pass-through ataupun ICPT ya, untuk penentuan tarif dengan mengambil kira ketidaktentuan harga fuel khususnya gas dan sebagainya. Persoalan di sini ialah sekali lagi dari segi penyelarasan. Walaupun kita ini dikawal selia dengan suruhanjaya berlainan. Di

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Semenanjung oleh Suruhanjaya Tenaga, di Sabah dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah. Tetapi di mana penyelarasannya? Kita perlu memahami kenapa adanya perbezaan ini. Dan dalam sebab akhirnya dia akan diterjemahkan kepada tarif ataupun tarif kepada pengguna. Dan apabila sampai ke pengguna, hal-hal affordability dan di sanalah semua pelbagai persoalan apabila hal-hal tarif ini dikenakan.

Dan dalam hal itu, Tuaran ingin bertanya— bagaimanakah, sejauh manakah kekuatan komunikasi kita untuk memberi penjelasan tentang pelbagai apa yang berlaku dengan perubahan-perubahan seperti dari segi tarif dan sebagainya. Dalam kesempatan ini juga, Tuaran ingin bertanya tariff support subsidy yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity. Ada berapa dengan kenaikan tarif yang telah dikenakan pada awal tahun ini ke Sabah menjadi 39.7 sen per kilo watt hour.

Jadi, berapa lagi tariff support subsidy yang diperlukan oleh Sabah Electricity? Dan adakah ini diberi pada tepat masanya? Dalam kesempatan ini juga, Tuaran ingin bertanya tentang prestasi pelaksanaan projek Southern Link iaitu grid yang menghubungi daripada Sipitang sampai ke Tawau.

Puan Pengerusi, saya beralih ke Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Dalam butiran ini, sebanyak RM165,604,000 yang dalam bentuk pinjaman untuk menangani hal bekalan air di Sabah khususnya dalam pembinaan loji rawatan air dan sebagainya.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya. Kita tahu bahawa dalam hal air ini, ini hal negeri. Yang saya ingin tahu ialah sejauh manakah pelaksanaan projek-projek persekutuan di Sabah yang untuk menangani hal air ini dapat menangani pelbagai masalah yang dihadapi Sabah, sebab di Sabah ini, reserve margin dari segi air negatif. Ya, negatif. Dan dari segi non-revenue water pun sangat tinggi iaitu melebihi 60 peratus.

Jadi dalam hal ini, pelbagai saya nampak dalam butiran ini, peruntukan diberikan kepada Sabah begitu tinggi juga walaupun dalam bentuk pinjaman. Tapi saya ingin tahu, sejauh manakah pelaksanaannya dan apakah kesannya nanti?

Apakah ini akan menurunkan lagi non-revenue water itu, kadar non revenue water dan apakah dapat meningkatkan reserve margin dalam bekalan sistem bekalan air Sabah? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan belanjawan untuk Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada petang ini. Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak RM3.2 bilion, terutamanya di bawah Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RBT) dan Saliran Bandar. Kalau belanjawan sebelumnya RM927 juta, kali ini RM1.44 bilion.

Saya menyokong penambahan belanjawan ini sebab ada keperluan untuk memastikan RBT di seluruh negara sentiasa diberikan perhatian yang utama dan sama-sama kita memastikan kekerapan banjir itu dapat dikurangkan di semua tempat. Saya nak ambil peluang pada petang ini untuk menyebutkan dua perkara, dua projek di kawasan saya yang saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada dalam Dewan ini tentunya tahu. Saya pernah sebutkan perkara ini berulang kali dalam Dewan ini.

Yang pertama berkenaan dengan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 5 yang ketika ini telah berjalan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak JPS yang saya nampak sangat komited dalam memastikan kontraktor melaksanakan tugas. Berkenaan dengan PLSB Sungai Linggi Fasa 5 ni, saya nak tahu status terkini projek di lapangan sebab kita nak tahu sama ada statusnya berjalan lancar, ada kelewatan ataupun ahead lebih awal daripada rancangan asal.

Dan apakah jumlah kos keseluruhannya masih RM200 juta sepertimana di permulaan? Dan soalan paling mustahak adalah bilakah ia boleh disiapkan? Kita harap segalanya ikut jadual dan sebahagian besar dari Parlimen Rasah, terutamanya semua kawasan perumahan di jajaran Sungai Linggi itu dapat kita menghindari musibah banjir pada masa akan datang.

Dan butiran yang sama, sebatang lagi sungai yang mustahak di Parlimen Rasah, Sungai Jijan. Sungai ni dia melalui Kampung Jijan, kawasan kampung yang mana sering kali kalau hujan lebat memang berlaku banjir. Dan saya pernah bangkitkan berkenaan dengan rancangan tebatan banjir (RTB) untuk Sungai Jijan berulang kali sejak tiga, empat tahun dulu sebab kita tak mahu orang kampung yang

draft • 3:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

memang lama sejak beberapa generasi duduk di situ masih dihantui dengan banjir setiap kali hujan lebat.

Jadi saya nak tanya, saya difahamkan ada kelulusan, ada berita baik daripada pihak PETRA dan JPS. Nak tanya pada kerajaan, bilakah RBT untuk Sungai Jijan ni akan mendapat kelulusan daripada kerajaan dan bilakah kerjanya akan bermula dan berapa lama tempohnya?

Perkara kedua yang saya nak sebutkan pada petang ni adalah di bawah Butiran 85000 – Non-Revenue Water (NRW). Saya nampak ada lonjakan peruntukan yang tinggi daripada RM310 juta belanjawan sebelumnya kepada RM501 juta. Ya, ada keperluan sebab NRW ni adalah air yang bazir begitu aja, yang mana dia dirawat, diproses dengan gunakan kos, bahan kimia, elektrik dan sebagainya dan akhirnya bazir begitu saja. Yang mana operator air tidak dapat membilkan kepada pengguna. Ia kerugian yang patut kita elakkan.

Dan saya difahamkan pada ketika ini NRW di peringkat kebangsaan adalah sekitar 33 hingga 34 peratus. Dengan ada negeri yang terbaik, saya difahamkan 28 persen, negeri Johor. Ada yang mencecah 50 persen NRW. Maknanya air terawat yang kita hasilkan tu, lebih separuh terbazir macam tu saja. Itu satu kerugian yang sangat besar.

Jadi saya nak tanya, apakah ada usaha komprehensif daripada PETRA sendiri untuk memastikan sasaran NRW turun kepada 28 persen menjelang tahun 2030 dapat kita capai? Sebab ini pembaziran yang patut kita elakkan, pembaziran yang patut kita minimumkan. Jadi, apakah ada tindakan komprehensif daripada kementerian sendiri untuk memastikan sasaran 28 persen boleh dicapai pada tahun 2030?

Dan perkara terakhir di bawah Butiran 020000 – Pengurusan Tenaga. Saya tahu, Suruhanjaya Tenaga di bawah kementerian ini dan kita tahu Tenaga Nasional Berhad, sebuah GLC utama kerajaan merupakan pembekal elektrik utama kepada pengguna. Apa yang saya nak bangkitkan pada petang ini adalah sering kali kita mendengar isu berkenaan dengan pengusikan meter.

Apabila berlaku ataupun TNB suspek ada pengusikan meter di premis pengguna, patutnya TNB pergi ke premis tu sambil disaksikan oleh pemilik akaun atau wakil pemilik akaun ketika buka meter lama dan dipasang dengan meter baru.

Itu yang sebaiknya untuk mengelakkan apa-apa saja salah faham ataupun ialah permasalahan yang timbul kemudian.

draft • 3:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tetapi sering kali berlaku di mana wakil TNB atau technician-nya pergi buka meter apabila pemilik rumah tak ada. Jadi, tidak disaksikan. Jadi, besok dah buka meter, TNB bawa balik, dia buat tuntutan untuk pengusikan meter terhadap pengguna tersebut dan pengguna pula pertikaikan. Eh, siapa yang letak sekian, sekian...

draft • 3:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

30 saat. Sekian, sekian perkara ataupun partikel tertentu dalam meter. Jadi, dia timbul keadaan yang mana tidak adil untuk pengguna. Sebab kalau pengguna jadi saksi ketika technician buka meter dan dipasang meter baru dan meter lama tu memang ada pengusikan berlaku, senanglah TNB nak tuntut. Jadi, saya mohon supaya pihak kerajaan memberikan satu arahan yang jelas kepada TNB jangan buat benda macam ni lagi. Biar kita buat dengan secara harmoni. Yang salah, salahlah. Saya bukan nak ajar orang buat pengusikan meter. Cuma, kita buat cara yang betul untuk elakkan salah faham yang berterusan.

Itu saja daripada saya. Terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 3:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 3:23 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Pengerusi, Butiran 030100 – Pengurusan Sumber Air.

Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai isu sumber air di antara Kedah dan Pulau Pinang, khususnya. Berdasarkan data daripada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, kira-kira 84 peratus keseluruhan bekalan air di Pulau Pinang adalah bersumberkan Sungai Muda di Kedah. Air daripada Sungai Muda ini akan dirawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua sebelum dibekalkan kepada seluruh pengguna di Pulau Pinang. Malah penggunaan di Pulau Pinang juga lebih tinggi berbanding penggunaan domestik rakyat Kedah sendiri.

Puan Pengerusi, isunya di sini adalah ketiadaan pertimbangan yang seimbang dalam hal ini. Pertama, Kedah terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk memelihara kelestarian sungainya di bahagian hulu sungai. Yang kedua, Pulau Pinang pula menggunakan sumbernya tanpa sebarang cas dan bayaran. Jadi, kedua-dua ini tidak seimbang. Oleh demikian, saya berpandangan kementerian harus turun menjadi pihak perantara untuk menyelesaikan perkara ini dengan pertimbangan yang lebih adil. Justeru, saya ingin mendapatkan kepastian.

draft • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Pertama, apakah mekanisme yang boleh dirangka di peringkat kementerian untuk memastikan suatu perjanjian bekalan air di antara negeri yang lebih adil mengambil kira keperluan dan tanggungan di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum dipindahkan kepada negeri penerima.

Yang kedua, apa manfaat langsung yang wajar diterima oleh negeri pembekal dalam polemik sebegini? Saya juga berpandangan kementerian sewajarnya mengangkat isu ini sebagai lonjakan untuk menggubal suatu dasar perdagangan air antara negeri melibatkan prinsip pengagihan sumber yang adil, struktur harga wajar serta perlindungan kepentingan kepada negeri pembekal supaya kedua-dua negeri berada dalam situasi menang-menang dalam menangani isu ini.

Puan Pengerusi, Butiran 13500 – Pemulihan Empangan. Saya ingin menyentuh berkenaan keselamatan struktur empangan. Saya ingin mengetahui risiko dan pemantauan semasa terhadap empangan-empangan berisiko tinggi seperti empangan yang berusia melebihi 50 tahun, mempunyai ketinggian melebihi 100 meter, panjang empangan melebihi 1,000 meter serta kapasiti takungan yang melebihi 50 juta meter padu selain aliran hiliran empangan yang melalui kawasan penempatan penduduk.

Saya difahamkan bahawa kerajaan telah menubuhkan paparan pemantauan SPAN yang memantau secara terus situasi terkini 43 empangan utama di seluruh negara. Namun, saya ingin mendapat penjelasan lanjut mengenai pertama, apakah bentuk penilaian keselamatan berkala yang dilaksanakan oleh pihak kementerian melihat kepada risiko dan pengukuhan struktur semasa bagi empangan-empangan berisiko tinggi.

Yang kedua, apakah bentuk penilaian risiko terkini yang dikawal selia di bawah kementerian selain kerjasama yang dibentuk dengan kerajaan negeri serta yang ketiga, apakah kementerian sendiri telah menyediakan suatu protokol amaran sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku melibatkan pihak NADMA mahupun pihak kerajaan negeri? Mohon penjelasan.

Puan Pengerusi, Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya ingin mendapat penjelasan tentang status terkini projek RTB Sungai Nawar, Pokok Sena. Sungai Nawar merupakan antara sungai yang perlu diberi perhatian dalam usaha menangani masalah banjir di Parlimen Pokok Sena.

Masalah limpahan air sungai ketika hujan lebat berpotensi menjejaskan keselamatan penduduk serta menyebabkan kerugian kepada sektor pertanian. Sebagai contoh,

draft • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

pada 4 Oktober 2025, Sungai Nawar mencatatkan paras air 10.54 meter melepasi paras bahaya iaitu 10.39 meter. Saya mohon sedikit masa lagi.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Dalam kejadian banjir yang sama, 200 penduduk daripada 50 keluarga terpaksa dipindahkan. Pada 18 November 2025, JPS Kedah turut menyenaraikan Sungai Nawar sebagai salah satu kawasan hotspot banjir di negeri Kedah.

Maklumat yang saya terima, kerja ukur tanah— kerja ukur telah selesai dilaksanakan bagi mendapat data untuk penyediaan kajian pelan induk saliran Pokok Sena.

Jadi, soalan saya Puan Pengerusi, adakah cadangan pembinaan RTB Sungai Nawar ini sudah dipertimbangkan dalam Rolling Plan RMK13? Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

draft • 3:30 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.

Air jernih mengalir tenang, Mengalir deras ke muara sana; Salam hormat Puan Pengerusi terbilang, Wangsa Maju bangun bersuara. Maksud Butiran B dan P.33, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang diperuntukkan RM5.33 bilion bagi tahun 2027 meningkat daripada RM5.19 bilion pada tahun 2026. Saya ingin membangkitkan tak banyak, hanya lima persoalan tentang kewajaran hasil yang disasarkan berbanding dengan peruntukan yang diterima.

Pertama, sasaran perlindungan banjir pada tahun 2025, perbelanjaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak RM2.07 bilion berjaya melindungi 200,000 penduduk. Bagi tahun 2027 pula, peruntukan JPS melebihi RM3.2 bilion tetapi sasarannya hanya melindungi 100,000 penduduk. Peruntukan naik lebih 50 peratus tetapi bilangan penduduk yang dilindungi susut separuh.

Saya faham projek tebatan banjir mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan. Oleh itu, saya memohon kementerian menyatakan berapa banyak projek yang dijadualkan siap pada tahun 2027 dan berapa ramai penduduk yang akan dilindungi apabila semua projek sedia ada selesai?

draft • 3:35 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Kedua, peralihan tenaga dan nampaknya— yang nampaknya terhenti.

Kapasiti tenaga boleh baharu sebenar pada tahun 2025 ialah 13,300 megawatt.

Sasaran tahun 2026 dan 2027 kekal 14,000 megawatt. Tetapi peratusan kapasiti tenaga boleh baharu disasarkan naik daripada 32 peratus kepada 33 peratus sahaja.

Kementerian perlu jelaskan bagaimana ini berlaku. Dari segi peruntukan, program pengurusan tenaga, aktiviti tenaga lestari dan program kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui, ketiga-tiga ini menerima kira-kira hanya RM28.6 juta.

Namun, penjimatan dalam dasar dan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara 2026–2035 disasarkan melonjak daripada 0.3 peratus kepada 21.1 peratus iaitu kira-kira 70 kali ganda. Ini naik daripada 4,500 kepada 12,000 terajoules. Puan Pengerusi, atas dasar apakah sasaran penjimatan tenaga ini ditetapkan, sedangkan peruntukan begitu kecil?

Ketiga, projek bekalan air yang terbengkalai. Projek penyaluran air antara negeri bernilai RM3.93 bilion tetapi perbelanjaan 2025 hanya RM4.4 juta dan peruntukan 2027 pula hanya RM2.1 juta. Rancangan Bekalan Air Perak bernilai RM1.7 bilion mencatatkan perbelanjaan sifar pada tahun 2025. Kos projek kementerian mencecah RM91.2 bilion tetapi peruntukan pembangunan sekitar RM4.9 bilion setahun. Pada kadar ini, semua memerlukan lebih 18 tahun untuk siap.

Kementerian wajar membentangkan senarai keutamaan yang jelas.

Keempat, Air Tidak Terhasil (NRW). Lebih satu pertiga air terawat negara iaitu 34.4 peratus hilang begitu sahaja. Peruntukan NRW nasional meningkat kepada RM500 juta tetapi sasarannya hanya turun kepada 31.8 peratus menjelang 2027.

Kadar ini terlalu perlahan berbanding kos ekonomi yang ditanggung rakyat.

draft • 3:35 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Kelima, pergantungan kepada pinjaman dan pengelasan semula perbelanjaan. Komponen pinjaman meningkat daripada RM450.7 juta kepada RM549.9 juta. Bekalan air Sabah bergantung kesemuanya kepada pinjaman sebanyak RM165.6 juta, manakala Sarawak RM55.8 juta. Mengapa kedua-dua negeri ini masih bergantung kepada pinjaman? Satu persoalan.

Objek perkhidmatan dan bekalan bagi pembangunan melonjak daripada RM471 juta kepada RM3.44 bilion, manakala objek aset jatuh daripada RM4.22 bilion kepada RM1.04 bilion. Perubahan sebesar ini perlu dijelaskan supaya Dewan yakin wang pembangunan menghasilkan aset fizikal.

draft • 3:40 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Puan Pengerusi, saya menyokong usaha kementerian. Namun, saya mendesak agar kementerian menyemak semula KPI supaya selari dengan peruntukan yang dibelanjakan menggunakan wang rakyat. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada Anggaran Belanjawan 2027 bagi Maksud Pembangunan P.33 Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, berjumlah RM1.44 bilion dan Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi, berjumlah RM1.032 bilion.

Puan Pengerusi, saya ingin membawa perhatian kementerian kepada situasi banjir kilat yang berulang kali di kawasan Parlimen Shah Alam, khususnya di sekitar Plaza Tol Shah Alam, Lebuh Raya NKVE, Seksyen 13 dan kawasan i-City. Kejadian banjir kilat di kawasan Plaza Tol Shah Alam minggu lepas yang berlaku selama dua hari berturut-turut menyebabkan Lebuhraya NKVE tidak dapat dilalui kenderaan selama hampir dua jam. Keadaan ini bukan sahaja mengakibatkan kesesakan trafik yang serius, malah mengganggu pergerakan ribuan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan NKVE, ELITE dan juga GCE.

Persoalannya, bagaimana sebuah kawasan yang menjadi antara pintu masuk utama ke Shah Alam dan mempunyai kepentingan strategik kepada jaringan pengangkutan Lembah Klang boleh berulang kali berhadapan dengan masalah banjir seperti ini? Inilah cabaran yang kita hadapi, Puan Pengerusi. Walaupun banjir ini berlaku di merata tempat, di Kedah pun banjir, di Perak pun banjir, di Penang banjir, Kelantan banjir, Terengganu, Pahang tapi bila sebut Shah Alam, Lembah Klang ini, semua riuh satu Malaysia.

Puan Pengerusi, saya sangat memaklumi kejadian banjir di Kampung Melayu Subang, kawasan Plaza Tol Shah Alam, Seksyen 13 ini berkait dengan jajaran Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damansara yang sedang dilaksanakan dengan kos keseluruhan berjumlah sekitar RM481 juta. Projek ini memang penting bagi menangani masalah banjir secara menyeluruh melalui pembinaan tembok banjir,

draft • 3:41 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

kolam takungan, rumah pam berkuasa tinggi serta kerja-kerja pendalaman dan penaiktarifan— bernaik, tak. Sorry. Penaiktarafan sungai.

Saya dimaklumkan bahawa projek ini dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada kuala Sungai Damansara sehingga ke hulunya, merentas Daerah Petaling dan Shah Alam. Alhamdulillah, beberapa projek yang telah dilaksanakan telah menyelesaikan beberapa hotspots di Shah Alam. Contohnya, di Padang Jawa, di Kampung Kebun Bunga, di Stesen Komuter Batu 3. Alhamdulillah, kita tak dengar lagi dah banjir di kawasan ini kerana projek tebatan banjir ini selesai tetapi bagi kawasan Seksyen 13, masih berlaku banjir pada minggu lepas.

Saya ucapkan terima kasih kerana PETRA telah memberikan keutamaan kepada kawasan ini. Sekarang ini sedang bermula projek untuk mengadakan kolam takungan seluas tujuh ekar besar, Puan Pengerusi. Macam tasik dan di sekelilingnya nanti akan diadakan ruang untuk beriadah dan menjadikan satu kawasan yang sangat indah sekiranya ia siap dilaksanakan. Tapi kena sabarlah ya, sedikit kepada warga Shah Alam.

Namun, saya juga ingin membangkitkan tiga perkara untuk perhatian dan tindakan kementerian.

Pertama, langkah mitigasi segera. Sementara Projek RTB Sungai Damansara ini disiapkan, kita tidak boleh hanya menunggu sehingga keseluruhan projek ini siap pada tahun 2029 sebab laluan lebuh raya perlu dilalui dan rakyat tidak boleh terganggu dengan situasi banjir kilat yang berlaku. Jadi saya mohon, apakah langkah segera dan juga keutamaan yang mesti diberikan oleh Jabatan Parit dan Saliran, PETRA untuk mengatasi kejadian banjir kilat yang berlaku di Plaza Tol Shah Alam supaya persimpangan NKVE, ELITE dan GCE boleh dilalui?

Yang keduanya, penyelarasan sistem saliran antara kawasan pembangunan dan lebuh raya. Saya menarik perhatian kementerian bahawa masalah banjir tidak boleh dilihat berdasarkan sempadan pentadbiran semata-mata. Saya mohon supaya pihak agensi-agensi kerajaan: JPS; PBT; JKR; dan PLUS serta pemaju mesti duduk dan melihat isu hotspots ini secara keseluruhan.

Dan yang pentingnya, saya ingin menggesa supaya pihak JPS khususnya, dalam rancangan pembangunan, permohonan untuk sesuatu pemajuan mesti bertegas untuk meluluskan mana-mana pemajuan sekiranya ianya tidak mematuhi syarat-syarat saliran, perparitan, dia mesti berani untuk sebut “Tidak”. Jangan kerana kita nak ada desakan daripada mana-mana pihak, maka kita nak luluskan.

draft • 3:41 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Jadi, itu tiga perkara yang ingin saya sebutkan Puan Pengerusi. Dan akhirnya...

draft • 3:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 3:41 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya nak berpantun Puan Pengerusi, sikit. Sikit, terima kasih. Sikit sahaja.

Anak dara di Pekan Tampin, Emak janda di Pekan Pontian; Berpada-pada bila berkempen, Jangan terbawa ke dalam Dewan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

draft • 3:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim. Kapar ingin membahaskan RUU Bekalan Kementerian PETRA (Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air), Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33.

Butiran 020100 – Bekalan Elektrik. Mengenai pusat data yang hampir 2,000 ekar mahu diwujudkan di Kapar. Jadi, rakyat Kapar mahu tahu, berapakah kapasiti elektrik dalam megawatt yang diperlukan bagi keseluruhan data centre ini? Dan adakah TNB perlu membina pencawang baharu dan menaik taraf grid? Dan apakah jaminan tarif elektrik dan kestabilan bekalan kepada penduduk serta industri sedia ada yang tidak terjejas?

Kemudian, kami di Selangor ini dah penuh air banjir. Satu isu yang semakin membimbangkan di kawasan Parlimen Kapar iaitu masalah banjir yang semakin meluas, berulang dan tidak terhad kepada kawasan rendah sahaja. B.33 Butiran 030500 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), RM141 bilion dan P.33 Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, RM1.4 bilion. P.33 Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi, RM1.031 bilion.

Dalam tempoh dua hari kebelakangan ini, hujan lebat telah menyebabkan beberapa kawasan di semua tiga DUN di dalam Parlimen Kapar ditenggelami air, termasuk sekarang ini. Apa yang lebih membimbangkan, kawasan yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir turut mula dinaiki air. Ini memberikan satu isyarat bahawa kita sedang berhadapan dengan perubahan corak risiko banjir yang

draft • 3:47 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

memerlukan pendekatan pengurusan air yang lebih menyeluruh. Kapar terletak di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

draft • 3:47 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kita perlu mengambil tiga perkara, tiga faktor utama. Hujan lebat berintensiti tinggi yang meningkatkan limpahan air permukaan, paras air laut yang meningkat yang boleh menyukarkan pelepasan air sungai dan sistem perparitan ke laut ketika air pasang, pembangunan pesat yang mengubah kawasan tadahan air, meningkatkan permukaan tidak telap air dan memberi tekanan kepada kapasiti sistem saliran sedia ada terutama apabila perparitan bagi projek-projek yang baharu disediakan tidak dibuat dengan sempurna.

Jadi, kita tidak boleh lagi melihat banjir Kapar semata-mata, masalah longkang tersumbat semata-mata dan ia merupakan isu pengurusan lembangan sungai, saliran bandar, pembangunan guna tanah dan pengaruh pasang surut laut yang perlu ditangani secara bersepadu.

So, saya menghargai kerajaan telah meluluskan projek RTB Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar dengan kos sebanyak RM219 juta bermula Januari 2024 dan dijangka siap pada Mei 2029. Lama lagi dan jawapan rasmi Parlimen, kemajuan fizikal setakat 31 Januari 2006, baru 28.4 peratus. Soalan, apakah projek ini akan benar-benar melindungi kawasan berisiko di Meru, Sementa dan kawasan sekitarnya? Sekarang Selat Klang pun dah banjir.

Adakah reka bentuk RTB mengambil kira fenomena air pasang besar dan paras laut yang meningkat? Paras laut pun sudah meningkat. Adakah kapasiti rumah pam, pintu kawalan air atau barrage ini mencukupi untuk mengelakkan air sungai daripada melimpah semula ke kawasan perumahan ketika air pasang?

Saya tidak mahu kita hanya mengukur kejayaan berdasarkan peratus kemajuan pembinaan. Kejayaan RTB mesti diukur berdasarkan pengurangan kejadian banjir dan perlindungan sebenar kepada penduduk. Meru mengalami masalah banjir kilat dan berulang. Penduduk tidak sepatutnya terus menjadi mangsa setiap kali hujan lebat.

Jadi, sementara tunggu 2029 untuk RTB siap, saya mencadangkan, tolong respons ya. Audit kapasiti sistem perparitan dan saliran utama di kawasan hotspot banjir. Kerja mendalamkan dan membersihkan sungai serta longkang secara berkala dan proaktif. Penambahan kolam takungan dan sistem pam di lokasi yang dikenal pasti secara teknikal. Pemeriksaan pintu kawalan air dan struktur pelepasan air bagi mengelakkan backflow ketika air pasang.

draft • 3:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya ingin membangkitkan satu isu kawasan sekitar tapak pembinaan Kapar Commercial Hub.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Hakikatnya— Okey, ini penggulungnya Pengerusi. Kawasan ini telah mengalami kejadian banjir berulang walaupun projek pembangunan masih dalam pembinaan. Sistem perparitan sepatutnya disediakan terlebih dahulu, tidak disiapkan mengikut keperluan pembangunan. Jadi, ia menimbulkan persoalan serius tentang pematuhan syarat, kelulusan pembangunan, pelan saliran dan kawalan air larian permukaan.

Jadi, saya minta PETRA melalui JPS bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan audit teknikal terhadap sistem saliran di tapak pembangunan tersebut, menyiasat sama ada pelan saliran yang diluluskan telah dipatuhi, memastikan kolam takungan sementara dan sistem saliran berfungsi sebelum pembangunan diteruskan ke peringkat seterusnya.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

draft • 3:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Prinsipnya, never, never, never pindahkan risiko banjir kepada penduduk sedia ada. Terima kasih Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

draft • 3:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Saya ingin membangkitkan keperluan kerajaan memberikan perhatian lebih serius tentang penyelenggaraan sistem saliran negara khususnya dalam menangani kejadian banjir kilat. Kita dengar majoriti Ahli Parlimen bercakap tentang perkara ini, tapi saya nak mengingatkan kepada Dewan ini, ada satu akta yang ada iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu Akta 133.

Akta ini di bawah pihak berkuasa tempatan yang meletakkan tanggungjawab berkaitan pembinaan dan penyelenggaraan sistem saliran. Namun, akta ini tidak menetapkan kewajipan menyediakan peruntukan. Inilah Puan Pengerusi, missing yang kita nampak di sini. Kalau kita betul-betul teliti dalam bajet yang ada ini, kita tidak ada satu akta khusus sebagaimana yang kita buat macam MARRIS.

draft • 3:54 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

MARRIS akta dia, semua jalan-jalan di Malaysia ini telah ada satu ketetapan yang kalau dah telah dibuat, dia ada bajet khusus yang mesti disediakan tiap-tiap tahun. Jadi untuk itu, saya nak mencadangkan di sini supaya kita ada mekanisme yang sama dengan saliran. Maksudnya, contoh kalau kita boleh bagi tentang boleh kita namakan Akta Penyelenggaraan dan Pengurusan Sistem Saliran Negara.

Kenapa saya sebut ini Puan Pengerusi?

Saya tengok dalam butiran-butiran yang ada, bajet yang ditentukan ikut, berbeza ikut tahun. Ada yang naik, ada yang turun. Tahun ini kita tengok Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar menurun. Sedangkan dia bermula RM44 juta, sekarang baru RM23.2 juta. Butiran 15200 – Memperbaiki, Membersih dan Merawat Sungai serta Infrastruktur MASMA juga menurun. Jadi, tak boleh macam ini. Sebab bila kita buat longkang, buat saliran, ada sungai, ada monsoon drain, ini adalah kewajipan kerajaan menyelenggara atau memastikan ia dalam keadaan baik kerana dia menakung air-air yang boleh memastikan kawasan tidak banjir.

Jadi untuk itu, saya mempertegaskan di sini, kita kena ada satu akta baharu yang kita namakan Akta Penyelenggaraan dan Pengurusan Sistem Saliran. Jadi, dah tak berebut dah pasal duit ini. Memang kewajipan kerajaan tiap-tiap tahun meletakkan satu dana yang jelas mengikut inventori-inventori yang ada. Kapar minta diaudit benda ini, sebenarnya tak perlu. Setiap longkang, setiap saliran yang ada di Malaysia ini patutnya telah diinventorikan tetapi yang tak adanya adalah duit untuk kita selenggarakan.

Jadi untuk itu, saya harap kita bukan lagi melihat perkara-perkara ini sebagai kecemasan tetapi saya mohon supaya semua saliran, longkang tanah, monsoon drain, longkang-longkang dalam taman termasuk sungai-sungai boleh kita letakkan di dalam akta yang baru ini. Itu perkara pertama, Puan Pengerusi.

Yang keduanya, berkaitan dengan Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir, 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi, saya nak bercakap sikit pasal Ampang lah. Kita lihat ada juga Ampang berlaku beberapa banjir kilat. Tahun ini ada, tahun lepas ada tetapi senarai penuh saya mohon supaya kerajaan memberikan kepada saya berapakah sebenarnya senarai penuh projek tebatan banjir dan penaiktarafan saliran di kawasan Parlimen Ampang kerana kita nampak ada beberapa percanggahan.

draft • 3:54 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Contohnya, kita tengok JPS Gombak dan Hulu Langat hanya menyenaraikan Jalan Chong Khoon Lin sebagai kawasan berisiko banjir dan tiada kawasan hotspot banjir yang lain. Sedangkan bawah SDG Implementation Assessment Report dengan izin, menyenaraikan beberapa kawasan lain seperti Bandar Baru Ampang, Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang dan Lembah Jaya Utara dan Selatan termasuk Kampung Bukit Sungai Putih. Ini yang berbezanya kerana mungkin KPI ataupun term of reference dengan izin, digunakan berbeza. Jadi, saya harap ia diseragamkan.

Berkaitan yang keduanya, saya juga ingin menyatakan di sini, apakah hebahan amaran yang kita buat kepada penduduk? Kita mungkin ada siren dan sebagainya. Saya pelik masa saya pergi ke Hong Kong, Hong Kong ini adalah hotspot gempa bumi juga ataupun ribut. Saya pergi, saya orang luar, tapi saya dapat, saya dapat kat sini SMS alert. Maknanya, semua orang di situ yang ada di lokasi yang berisiko ini terus dapat. Tak kira anda ini penduduk ke ataupun anda adalah tourist ke, anda dapat.

Jadi, mungkin ini juga boleh dipertimbangkan supaya kawasan-kawasan hotspot banjir dan mereka pengguna-pengguna kawasan tersebut dapat didapati perkara ini.

Yang seterusnya, sikit lagi. Apakah status terkini kerja-kerja pendalaman dan pelebaran yang sungai-sungai yang melingkari Parlimen Ampang terutama Sungai Ampang, Sungai Kerayong dan Sungai Kongsi Lapan. Dan apakah kapasiti longkang sedia ada di Ampang ini telah pun diperbaiki dengan baik.

Kerana Dato’— Tuan Pengerusi, Puan Pengerusi kerana Ampang ini 40 tahun dah, lama dah dia punya apa ini, dia punya kawasan perumahannya. Jadi, saya mengharapkan ia dapat dikenal pasti dan akhirnya diperbaiki. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 3:54 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Puan Pengerusi.

Assalamualaikum. Saya terus ke Butiran B.33, 040300 – Subsidi Bil Elektrik. Satu sahaja saya ingin bahaskan iaitu sebanyak RM55 juta. Saya ingin mengambil kesempatan menghargai kerajaan dalam usaha menyediakan subsidi bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Namun, persoalan saya adalah sejauh mana peruntukan subsidi ini benar-benar berkesan dan mengurangkan

draft • 3:59 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

beban penjanaan elektrik isi rumah khususnya bagi golongan yang mempunyai elektrik yang tinggi.

Puan Pengerusi, saya ingin membawa perhatian jawatankuasa kepada satu contoh bil elektrik sebenar bagi bulan November 2026 yang saya tunjuk ini. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]

draft • 3:59 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Bil ini menunjukkan penggunaan elektrik sebanyak 1,537 kilowatt per hour dengan caj penggunaan bulanan sebanyak RM901.99 sebelum cukai dan caj-caj lain.

[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Apa yang menarik perhatian saya ialah struktur pengiraan caj tenaga. Bagi tarif domestik, pengguna yang menggunakan sehingga 1,500 kilowatt dikenakan kadar 0.2703 sen setiap kilowatt. Namun apabila penggunaan melebihi 1,500, kadar 0.3703 dikenakan kepada pengguna tersebut.

Persoalan saya kepada pihak kementerian dan juga Suruhanjaya Tenaga ialah mengapa apabila pengguna melepasi ambang 1,500, kadar yang lebih tinggi ini dikenakan terhadap keseluruhan pengguna elektrik dan bukannya hanya terhadap lebihan penggunaan?

Dalam contoh bil yang saya kemukakan tadi, pengguna menggunakan 1,537 kilowatt. Sekiranya 1,500 pertama dikekalkan pada kadar 27 sen dan hanya lebihan 37 kilowatt dikenakan 37 sen, jumlah caj tenaga ialah kira-kira RM419, tetapi melalui kaedah pengiraan semasa, pengguna dikenakan RM569.15. Ini bermakna terdapat perbezaan sebanyak RM150 hanya pada komponen caj tenaga.

Saya ingin menegaskan bahawa cadangan saya bukanlah supaya pengguna bebas menggunakan elektrik tanpa kawalan. Sebaliknya, kita perlu memastikan struktur tarif lebih adil, munasabah dan tidak menghukum pengguna yang hanya sedikit melepasi satu ambang penggunaan.

Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya Suruhanjaya Tenaga meneliti semula mekanisme pengiraan tarif elektrik secara progresif. Prinsipnya mudah.

Pertama, kekalkan kadar 27 sen bagi penggunaan sehingga 1500 kilowatt per hour. Kedua, sekiranya pengguna melebihi 1,500 kilowatt per hour, kadar 37.03 sen hanya dikenakan terhadap unit tambahan yang melebihi had tersebut.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Ketiga, elakkan mekanisme yang menyebabkan keseluruhan penggunaan bulanan berubah pada kadar lebih tinggi hanya kerana pengguna melepasi ambang penggunaan. Pendekatan ini lebih adil kepada pengguna dan menggalakkan penjimatan tenaga tanpa mengenakan penalti tarif yang terlalu besar kepada isi rumah.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh mengenai dasar perlindungan subsidi elektrik sehingga 800 kilowatt per hour yang diumumkan kerajaan. Saya menghargai keputusan kerajaan menaikkan aras perlindungan daripada 600 kepada 800 kilowatt. Namun kita perlu memahami bahawa perlindungan ini memberikan pengecualian kepada komponen AFA, caj peruncitan dan cukai perkhidmatan lapan peratus, bukannya memberi kadar tenaga yang lebih rendah secara menyeluruh.

Maka pengguna yang menggunakan lebih daripada 800 kilowatt per hour masih berhadapan dengan peningkatan jumlah bil yang agak ketara. Persoalannya, adakah peruntukan RM55 juta ini mencukupi untuk menangani peningkatan kos penggunaan elektrik, khususnya kepada keluarga yang mempunyai ramai ahli, warga emas yang memerlukan penggunaan peralatan elektrik tertentu dan isi rumah yang terpaksa menggunakan penyaman udara kerana faktor cuaca yang panas di negara kita? Masa pun tidak banyak.

Saya ingin terus kepada beberapa soalan kepada kementerian dan juga Suruhanjaya Tenaga dan TNB iaitu, berapakah jumlah tambahan hasil kutipan caj tenaga yang diperolehi TNB melalui kaedah pengiraan kadar lebih tinggi terhadap keseluruhan penggunaan berbanding kaedah tarif progresif?

Dan berapakah jumlah isi rumah yang menerima manfaat daripada peruntukan subsidi RM55 juta ini? Dan berapakah purata penjimatan yang dinikmati setiap isi rumah? Adakah PETRA bersedia mengarahkan Suruhanjaya Tenaga mengkaji semula mekanisme tarif supaya kadar 37.03 sen hanya dikenakan terhadap penggunaan yang melebihi 1,500 kilowatt per hour? Dan adakah mekanisme perlindungan yang disediakan kepada golongan M40 yang mempunyai penggunaan elektrik tinggi disebabkan bilangan ahli keluarga yang ramai tetapi tidak layak menerima bantuan tersebut?

Merbok ingin mencadangkan tiga langkah tambahan iaitu PETRA membuat penilaian tahunan terhadap kesan tarif elektrik kepada kos sara hidup isi rumah. TNB menyediakan simulasi bil yang menunjukkan perbezaan antara tarif progresif dengan tarif semasa supaya pengguna memahami setiap komponen caj. Kerajaan

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

mempertimbangkan perlindungan tambahan untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang mempunyai keperluan penggunaan elektrik yang agak tinggi.

Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa subsidi elektrik sepatutnya menjadi instrumen untuk melindungi rakyat, bukannya sekadar mekanisme untuk mengurangkan sebahagian kecil komponen bil sedangkan kos keseluruhan penggunaan terus meningkat. Rakyat tidak meminta elektrik percuma, rakyat hanya mahukan struktur tarif yang adil, telus dan tidak menghukum mereka yang menggunakan elektrik melebihi paras tertentu. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Merbok. Seterusnya dipersilakan YB Hulu Langat.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin membangkitkan isu Peraturan Dewan 36(4), adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat kenyataan yang sexist.

Yang di-Pertua, saya telah menerima satu maklumat di mana Yang Berhormat Pontian telah pun mengutuskan satu surat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri kita, memohon maaf di atas kekhilafan beliau menggunakan bahasa pada 16 November 2026 di Parlimen.

Saya ingin tanya Yang di-Pertua, bolehkah saya sebagai Ahli Parlimen yang telah bangun dan membantah kepada bahasa yang gunakan, memohon Yang di- Pertua, Pejabat Yang di-Pertua, juga meminta beliau datang ke Dewan yang mulia ini dan memohon maaf kepada Ahli-ahli Parlimen terutamanya Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah mendengar ucapan beliau pada hari tersebut? Terima kasih Yang di-Pertua. Saya mohon dipertimbangkan.

draft • 4:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya cadangkan supaya hantar Usul seperti biasalah Yang Berhormat, esok.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua.

draft • 4:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam rahmah.

draft • 4:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya pergi kepada P.33 16800 – Projek Tebatan Banjir Keutamaan Tinggi, RM1.032 bilion.

Saya dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sekarang ini berada di China, Persidangan APEC ini telah meluluskan peruntukan untuk projek tebatan banjir bagi Sungai Langat berjumlah hampir RM512 bilion.

Bukan bilion, juta. Timbalan Menteri ada. Timbalan Menteri tadi dah sound saya daripada jauh tadi kan, dia kata kan, kalau boleh jangan jerit-jerit sangat. Tak berapa nak jerit, tapi ya lah dah petang-petang ni kan...

draft • 4:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia baik.

draft • 4:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha?

draft • 4:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Menteri baik.

draft • 4:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang ini baik, yang ini baik, yang ini bagus. Dia tak perli-perli orang, dia tak mengejek-ejek orang. Macam inilah layak. Saya nak sarankan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau berlaku rombakan Kabinet, lantiklah Lipis ini jadi Menteri [Tepuk] Saya tak ada masalah. Ini kita duduk dalam Kabinet, kita perli-perli, kita mengejek-ejek, tak eloklah macam itu kan. Kalau andai kata peruntukan itu tak cukup, minta.

draft • 4:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sokong, saya sokong.

draft • 4:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam KKDW itu kan...

draft • 4:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri ini orang bagus, bagus. Walaupun...

draft • 4:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam KKDW itu kan, dia...

draft • 4:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sokong

draft • 4:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, Jelutong ini. Eh, dahlah masa tak banyak. Macam KKDW itu kan, dia belanja lebih, kalau tak cukup duit, yang jadi Menteri, yang jadi Timbalan Menteri ini pun, saya nak sebut macam ni. Kalau andai kata belanja tak cukup, minta dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Macam dia bagi kepada Hulu Langat ni, RM512 juta projek tebatan banjir.

Cuma Timbalan Menteri, saya nak tanya. Orang Langat sekarang ini risau, petang-petang hujan sekarang ni. Orang Batu 18 boleh, Kampung Jawa, Dusun Tua Seberang, Orang Kampung Pak Chat, Rantau Panjang, Dusun Nanding, Taman Sri Nanding, Sungai Serai, Batu 10. Batu 10 ini ketua kampungnya namanya Tok

draft • 4:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hanafiah. Hujan jer sikit, mula WhatsApp saya. Dia pergi tengok dekat sungai itu. Dia jadi macam jaga dekat sungai tu. Dia perhati air surut ke air naik ketua kampung ini.

Risau.

Cuma saya nak tanya bila projek ini nak dimulakan? Projek Tebatan Banjir Sungai Langat ni RM512 juta. Saya ini saya rasa antara pembahas yang terakhir ini.

Saya nak minta, sebab banyak kali saya bahas, saya yang terakhir ini. Bila yang terakhir saya nampak Menteri tak jawab, Timbalan Menteri tak jawab. Kalau boleh persoalan berkaitan ini saya nak minta supaya Timbalan Menteri jawab saya dulu.

Jangan jawab Shah Alam dulu walaupun dia bagi pantun tadi, janda lah, anak dara lah kan. Itu tak apa, tak ada masalah.

Kemudian yang keduanya, itu untuk jangka masa panjang, tapi untuk jangka masa pendek ni, apakah tindakan daripada kementerian nak tengok soal berkaitan dengan tebing, mendapan, maksudnya nak tinggikan ban.

Kemudian, sungai-sungai kecil itu, sungai-sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat itu. Apa langkah yang perlu diambil bagi mengatasi persoalan berkaitan dengan masalah banjir kilat ataupun banjir besar yang berlaku di dalam Parlimen Hulu Langat ni? Pada tahun 1970 dulu, berlaku banjir besar. Kemudian baru-baru ini tahun 2021, setelah hampir 50 tahun berlaku lagi banjir besar 2021 dulu yang mana seluruh negara turun ke dalam Parlimen Hulu Langat pada masa itu untuk membantu mangsa-mangsa banjir, tapi pada masa itu, saya belum lagi Rompin jadi Ahli Parlimen Hulu Langat pada masa tersebut.

draft • 4:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kemudian P.33 – Pemulihan Pembersihan Sungai dan Infrastruktur. Ha, yang ini macam saya sebutkan tadilah. Maksudnya, sungai-sungai yang kecil ini, untuk jangka masa pendek ini, apakah langkah strategik yang hendak dilakukan oleh kementerian PETRA ini?

Cuma, baru-baru ini berlaku banjir kilat di Kampung Sesapan Minangkabau dalam Parlimen Hulu Langat. Saya nak ucapkan syabas dan tahniahlah khususnya kepada JD. Ha, baru-baru ini saya sebut JD JKR...

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang ini JD JPS. Nama dia Fauzan bin Mat Sabri. Memang eloklah orangnya. Memang bagus. Saya telefon ke, saya WhatsApp, memang cepat tindakan dan juga gerak kerja yang dilakukan. Dia dah luruskan sungai itu, Sungai Beranang itu, kemudian dia naikkan ban itu juga.

Kemudian, saya di kesempatan ini juga nak ucapkan terima kasih kepada...

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Hulu Langat, boleh tumpang?

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang minta ini pula Sri Gading. Kemudian, Pengerusi pula Pulai. Pulai bagi masa lebih sikitlah Pulai. Tadi Jelutong ganggu, Timbalan Menteri pun ganggu. Sila.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa tetap 5 minit, Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sila, sila, sila.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Hulu Langat.

Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II yang telah meluluskan peruntukan untuk melebarkan jambatan dalam Parlimen saya. Ada dua permohonan yang telah saya kemukakan iaitu Parit Yob dan juga Parit Yaani Tengah.

Cuma, dalam Parlimen Sri Gading ini dia memang banyak kampung, banyak parit dan menyebabkan banyak― selalunya dah musim hujan ini, selalunya banjir.

Jadi, saya mengharapkan bahawa JPS dapat menguruskan dengan sebaiknya.

Pada waktu yang sama, ada beberapa lagi permohonan untuk rakyat dalam Parlimen Sri Gading ini khususnya untuk membesarkan, melebarkan jambatan. Terima kasih Hulu Langat.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih, Sri Gading.

Cuma, Sri Gading ini dengan Pontian jauh ke dekat— dekat? Sri Gading nak pergi Pontian itu jauh ke dekat— dekat ya?

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Kalau nak kira, taklah jauh.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dekat ya. Saya nak ucapkan— tak, tak. Saya tak ada pantun hari ini Shah Alam, kan. Cuma, saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada seorang Pegawai TNB yang banyak membantu sayalah. Betullah. Nama pegawai ini Ahmad Farid bin Abdul Aziz. Dia kalau dengar ini, maksudnya malam ini memang dia makan roti canai 10 kepinglah, saya ingat kan.

Cuma, saya nak sebutkan kepada Timbalan Menteri, “Cakap siang pandang- pandang. Cakap malam dengar-dengar.” Hari ini dengarnya dah minta maaflah. Ha, eloklah itu, dah minta maaf kan, tetapi macam Jelutong sebut tadilah, kan...

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hulu Langat.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau boleh― sebab dia sebut dalam Dewan ini.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau boleh kita nak dia minta maaf kepada seluruh Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan dan juga Ahli-ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan dan juga Kerajaan MADANI. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi, Pulai.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Silakan seterusnya YB Seputeh.

draft • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 030000 – Pengurusan Air dan Pembetungan, Butiran 020000 – Pengurusan Tenaga.

Tuan Pengerusi, saya difahamkan bahawa penandaarasan kos bagi tarif air masih belum dilengkapkan. Mengikut proses penetapan tarif yang telus ataupun transparent tariff setting, SPAN tidak boleh mengenakan kos yang melebihi penandaarasan kepada pengguna air. Memandangkan SPAN telah wujud hampir 20 tahun, bilakah keadaan ini akan diperbetulkan supaya kos tambahan tidak akan disalurkan kepada pengguna air?

Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan isu berkenaan dengan pusat data ataupun data center yang tumbuh bagai cendawan di negara kita. Penubuhan pusat data adalah demi penciptaan nilai ataupun value creation, tetapi sehingga kini, kita masih belum melihat bagaimana model semasa ini mampu membawa nilai tambah yang besar kepada negara.

Apabila pusat-pusat pelayan ataupun server ini mula beroperasi, ia berfungsi seperti gudang automatik yang sunyi. Setiap pusat data hanya perlu beberapa juruteknik sahaja, tetapi ia menyedut jutaan liter air setiap hari, menggunakan tenaga elektrik menyamai sebuah bandar serta menikmati pelepasan cukai sehingga 10 tahun.

Tuan Pengerusi, Singapura dan Ireland sudah mempelajari pengajaran yang pahit ini. Ireland membiarkan pusat data menelan 23 peratus daripada bekalan elektrik negaranya sebelum terpaksa membekukan sambungan tenaga baharu dan mewajibkan syarikat gergasi teknologi membina loji janakuasa mereka sendiri.

Singapura pula mencatu kuota kapasiti dengan ketat dan mengikat kelulusan terus kepada penyelidik R&D serta nilai ekosistem tempatan.

draft • 4:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Soalan saya kepada kementerian ialah, apakah keadaan kepenggunaan tenaga elektrik oleh pusat data di negara kita? Apakah pusat data menggunakan terlalu banyak tenaga elektrik sehingga kita tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup untuk disalurkan kepada pelaburan yang lain, khususnya di beberapa tempat di negeri Johor?

Di sini saya ingin memberi beberapa cadangan kepada kementerian. Satu ialah wajibkan syarikat hyperscaler membiayai bersama, ataupun kita kata co-fund, pembinaan loji janakuasa dan pencawang baharu dari awal, disokong oleh kontrak take-or-pay yang mengikat supaya rakyat tidak menanggung kos kapasiti terbiar.

Yang kedua ialah, alihkan pusat pengkomputeran AI berskala besar ke negeri Sarawak kerana kuasa hidro bersihnya jauh lebih banyak dan lebih murah berbanding dengan Semenanjung.

Yang ketiga ialah liberalisasikan solar bumbung kilang. Mansuhkan had larangan eksport ke atas sistem solar bumbung kilang-kilang di Malaysia. Biarkan kilang kita menjana elektrik sendiri pada waktu siang supaya kapasiti elektrik asas ataupun base load TNB yang sedia ada dapat disalurkan kepada pusat data ataupun sektor pengilangan yang lain.

Tuan Pengerusi, menurut analisis PV Magazine, lebih 119 insiden siber direkodkan menyasarkan syarikat utiliti utama dunia dalam tempoh Disember 2025 hingga Januari 2026. Ini termasuk Tata Power di India, Taipower di Taiwan, Eskom di Afrika Selatan dan Iberdrola di Sepanyol. Selain itu, satu serangan siber terselaras telah menyasarkan lebih 30 tapak tenaga boleh diperbaharui, iaitu ladang angin dan solar, serta sebuah loji jana kuasa di Poland pada awal tahun ini.

Soalan saya ialah, apakah TNB telah bersiap sedia untuk menghadapi serangan cyber attack seumpama ini memandangkan TNB pernah menerima ugutan secara langsung daripada kumpulan penggodam ataupun hacktivist?...

draft • 4:12 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Seputeh, boleh saya minta 30 saat? Sik, Sik. Depan ini. Boleh ya?

draft • 4:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, sila.

draft • 4:12 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh sikit? Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya tak bahas, cuma saya nak minta PETRA menjelaskan satu bajet yang telah diluluskan pada 2026- tahun ini, projek underground dam di Langkawi. Yang Berhormat Seputeh dahulu kompelin fasal pelancong Langkawi kurang itu, kan? Nak minta PETRA jelaskan, bagaimana status projek underground dam ini dari segi penerusan projek ini, dari segi design dia, dari segi kos dia, adakah

draft • 4:12 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

akan diteruskan ataupun ada pihak independent checker engineer ini yang telah pun melaksanakan kajian lebih menyeluruh. Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh.

draft • 4:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Yang Berhormat Sik.

Soalan Sik akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih ya, walaupun PAS.

[Ketawa]

draft • 4:12 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Thank you.

draft • 4:12 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Seputeh. Seterusnya, saya persilakan YB Putrajaya.

draft • 4:12 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, sebelum saya masuk butiran, saya nak tegur Jelutong sikit tadi. Tentang surat itu, betul ke tak, Jelutong, surat itu? Check elok-elok. Sebab saya tengok dalam Dewan hari itu, Timbalan Menteri pada hari itu cukup yakin, cukup berani. Jadi, kena semak betul ke tak surat tarik balik itu. Sebab, saya tengok tak pernah berlaku dalam sejarah apa yang berlaku dalam penggulungan Timbalan Menteri pada waktu itu...

draft • 4:18 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 4:18 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tak apa, Jelutong. Saya minta Jelutong semak.

draft • 4:18 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Putrajaya sudah lupa sain CSA, sudah lupa?

draft • 4:18 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tak. Saya nak pastikan Jelutong check surat itu betul ke tidak, sama ada Pontian betul-betul tarik balik ke tidak. Sebab, saya tengok Pontian hari itu lain macam dia punya beraninya. Jadi, sebab itu Jelutong semak dulu elok-elok, betul ke tidak dia dah tarik. Faham Jelutong?

draft • 4:18 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya harap dia tarik balik Yang di-Pertua. Saya harap dia tarik balik kenyataan tersebut. Memang berita ini telah disiarkan.

draft • 4:18 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Berita disiarkan dalam Astro.

draft • 4:18 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memang telah disiarkan.

draft • 4:18 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tak apa, tak apa Jelutong...

draft • 4:18 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kecualilah Putrajaya...

draft • 4:18 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jelutong, Jelutong. Saya kata saya bersangka baik dengan Pontian, tengok keberanian dia pada hari itu. Jadi, sebelum

draft • 4:18 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

kata Pontian dah tarik balik dengan Perdana Menteri, semaklah elok-elok. Lain macam keberaniannya. Sebab itu saya minta semak itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi dan kedua-dua ini berjumlah hampir RM2.5 bilion.

draft • 4:18 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Secara keseluruhannya, semua peruntukan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak RM3.205 bilion.

Tuan Pengerusi kalau kita tengok isu banjir ini dah sejak saya kecil lagilah isu banjir ini berlarutan sekian lama, tetapi apa yang kita lihat banyak berlaku adalah banjir kilat. Banjir kilat ini antara punca utamanya adalah berkaitan dengan sistem pengairan dan saliran tentang keseimbangan antara pembangunan kawasan baharu dan penyediaan sistem pengairan dan saliran.

Saya setuju dengan Ampang tadi. Apa yang berlaku bila tidak seimbang, pembangunan kawasan baharu ada, saliran tak mencukupi, peruntukan untuk menyelenggara juga tidak mencukupi. Jadi sebab itu saya lihat kalau kita ambil contoh Putrajaya. Putrajaya alhamdulillah, setakat ini kita lihat amat jarang berlaku kes banjir-banjir kilat kecuali apabila tersumbat beberapa saliran-saliran air. Itu akan menjadi punca berlakunya banjir kilat.

Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah banyak berjasa merancang pembangunan Putrajaya. Sistem saliran, sistem pengairan yang tersusun telah melindungi bandar ini untuk tempoh lebih 20 tahun.

Jadi, terima kasih kepada semua yang terlibat membangunkan Putrajaya di peringkat awal termasuklah mereka di Putrajaya Holdings dan juga mereka yang menyelenggara Putrajaya di Perbadanan Putrajaya. Sebab itu, saya mohon supaya kerajaan melihat secara menyeluruh berkaitan dengan pembangunan saliran dan perparitan ini terutamanya untuk kawasan-kawasan baru.

Kalau kawasan yang lama dah terlalu banyak pembangunan baru, nak catch up lagi susah, tapi apa yang menyedihkan apabila pembeli-pembeli rumah ini beli di rumah kawasan baru dengan harapan kawasan itu tidak banjir, tetapi apabila pembangunan di sekeliling itu berlaku begitu cepat, pengairan tak ada, perparitan tidak ada, maka yang baru beli rumah ini pun terpaksa menanggung kos yang berkaitan dengan banjir ini.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Pengurusan Tenaga. Sewaktu di Kementerian Pendidikan, saya telah meminta untuk diadakan satu audit menyeluruh berkaitan dengan kesesuaian bumbung-bumbung sekolah. Lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara untuk dipasang dengan sistem solar kerana kami dapati antara kos tertinggi yang terpaksa ditanggung oleh kementerian setiap bulan adalah kos berkaitan dengan penggunaan elektrik dan air.

Jadi sebab itu saya mohon pihak kementerian PETRA untuk melihat supaya bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya ini yang mana boleh dipasang sistem solar, buatlah segera. Sekurang-kurangnya kerajaan menghantar signal yang jelas bahawa penjimatan elektrik melalui penggunaan solar ini adalah menjadi keutamaan.

Saya lihat pembangunan baharu di Putrajaya termasuklah projek-projek pejalan kaki yang baru di siap dibuat, tetapi sayangnya tidak dipasang solar di atasnya, digunakan bumbung biasa. Kita jangan lepaskan peluang ini. Sebab itu saya mohon PETRA memainkan peranan sebagai sebuah kementerian untuk mengajak ke seluruh kerajaan, jabatan dan agensi kerajaan memastikan kita memaksimumkan potensi sumber elektrik daripada solar ini supaya kita dapat bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan kerajaan, tetapi memastikan kelestarian tenaga.

Tuan Pengerusi, begitu juga di Sabah dan Sarawak. Saya mohon PETRA melihat penggunaan solar secara menyeluruh di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Apabila kita turun di Sabah dan Sarawak, banyak kawasan masih menggunakan generator diesel sedangkan solar ini selain daripada kos awalnya, selain daripada itu kos untuk menjana elektrik jauh lebih murah daripada diesel.

Jadi, kalau kerajaan boleh belanjakan untuk membangunkan kawasan- kawasan solar bagi menyediakan bekalan elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak. Saya rasa orang Sabah dan Sarawak lebih berterima kasih kepada kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 4:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Putrajaya. Seterusnya, saya persilakan YB Menteri untuk menjawab 30 minit dan seeloknya diberikan tumpuan kepada yang ada di dalam Dewan. Yang tak ada di Dewan boleh secara bertulis.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 4:24 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada yang terlibat dalam perbahasan ataupun yang tidak terlibat dalam perbahasan.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2027 di peringkat dasar serta membangkitkan pelbagai isu dan cadangan yang berkaitan dengan bidang tanggungjawab Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA.

Sehubungan itu, perbahasan di peringkat Jawatankuasa pada hari ini memberi ruang untuk kementerian memperincikan peruntukan serta pelaksanaan program dan projek yang dirancang bagi tahun 2027.

Kementerian akan terus memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuh keterjaminan bekalan elektrik, mempercepatkan perairan kepada tenaga lestari, meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air, mengurangkan risiko banjir serta menambah baik perkhidmatan bekalan air dan pembetungan demi kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi serta Ahli-ahli Yang Berhormat, PETRA telah diperuntukkan sejumlah RM5.33 bilion bagi tahun 2027. Meningkat berbanding RM5.19 bilion pada tahun 2026. Peruntukan ini merangkumi RM403.1 juta bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM4.93 bilion bagi Perbelanjaan Pembangunan termasuk RM4.38 bilion melalui peruntukan secara langsung serta RM549.86 juta melalui pembiayaan pinjaman.

Peningkatan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuhkan pembangunan sektor tenaga dan air negara. PETRA akan memastikan setiap peruntukan yang diluluskan dimanfaatkan secara optimum melalui pelaksanaan dan pemantauan projek yang berkesan agar manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat.

Sehubungan itu, saya akan memberikan penjelasan lanjut terhadap perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di peringkat Jawatankuasa ini, khususnya berkaitan pelaksanaan program, projek dan peruntukan di bawah tanggungjawab kementerian.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana mengizinkan saya seramai 31 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkait dengan PETRA. Saya akan beri tumpuan kepada isu-isu utama yang dibangkitkan di bawah sektor tenaga dan sektor air sebelum beralih kepada perkara-perkara khusus mengikut kesesuaian masa yang diberikan. Mengikut kira jumlah isu dibangkitkan

draft • 4:24 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

serta kesuntukan masa persidangan Dewan yang mulia ini, saya akan berusaha untuk memberikan penjelasan secara lisan terutamanya berkaitan pendekatan dasar, hala tuju dan inisiatif utama kerajaan.

Bagi persoalan yang memerlukan maklumat terperinci atau status khusus mengenai pelaksanaan projek di kawasan Parlimen Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak sempat dijawab secara lisan, kementerian akan mengemukakan jawapan rasmi secara bertulis. Mungkin juga ada ketidakpuasan hati dalam jawapan ini, maka Yang Berhormat boleh juga datang berjumpa terus ke Kementerian PETRA kepada saya ataupun kepada Menteri sendiri Yang Amat Berhormat Menteri untuk kita bincangkan dalam perkara itu.

Yang Berhormat Pengerusi bagi memastikan penyampaian dalam tempoh masa yang diperuntukkan, isu-isu serta persoalan yang dibangkitkan merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang merangkumi dalam jawapan secara berskala. Manakala isu-isu berkaitan dengan kawasan tertentu akan dijawab secara khusus. Bagi sektor tenaga Yang Berhormat Pengerusi, telah membenarkan kepada saya sebentar tadi yang ada dalam Dewan yang tiada tidak perlu dibangkitkan.

Dengan bermula yang pertama adalah Yang Berhormat Puchong.

Saya tidak nampak ada dalam Dewan dan pandangan beliau amat baik sekali. Saya mendengar dengan teliti dan catat dengan penuh teliti, tapi beliau tidak ada dalam Dewan. Maka saya pergilah kepada Kuala Nerus. Berhubung dengan hala tuju tenaga berkenaan dengan pelaksanaan tenaga boleh baru dan manfaat kepada rakyat. Bagi menjawab soalan tersebut hala tuju tenaga baharu peruntukan pembangunan tahun 2027, bagi program kecekapan tenaga dan tenaga dibaharui berjumlah RM11.96 juta. Sasaran kapasiti terpasang TBB ini negara pada tahun 2027 ialah 33 peratus.

draft • 4:24 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Sementara sasaran tahun 2030 ialah 35 peratus walaupun kapasiti TBB diunjurkan melepasi 14,000 megawatt pada penghujung tahun 2026. Projek yang sedang dirancang melalui LSS5, LSS5+ tahun 2026. Sebenarnya LSS6 bagi tahun 2026. Projek sedang dirancang melalui LSS ini dan CRESS yang dijangka menambah sekitar 10,000 hingga 11,000 megawatt kapasiti menjelang tahun 2030.

Projek TBB berskala besar ini diterajui oleh pihak industri dan sektor swasta.

YB Kuala Nerus turut membangkitkan manfaat peralihan tenaga kepada rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana di Terengganu.

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Untuk makluman Yang Berhormat, kapasiti solar berskala besar yang dipasang di Terengganu adalah sekitar 870 megawatt. Selain itu, melalui Program NEM dan Solar ATAP, kita— kira-kira 65 megawatt pemasangan melibatkan 1,500 pengguna telah direkodkan di negeri tersebut iaitu di negeri Terengganu...

draft • 4:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Kerajaan akan terus menggalakkan penyertaan pengguna domestik dan perusahaan kecil melalui Program Solar Bumbung dan amalan kecapaian tenaga...

draft • 4:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu nak tanya sedikit Timbalan Menteri berkait dengan solar ini. Nak tanya tentang Projek SuRIA Home.

Daripada RM150 juta yang disalurkan dapat manfaatnya 45,000 hingga 50,000, tetapi yang dapat manfaat hanya 12,000 buah rumah sahaja.

Ini disebabkan bahawa pembayaran kena dahulukan dulu. Kena advance dulu, baru rebat dapat. Jadi, menyebabkan golongan B40 tak dapat nak pasang solar disebabkan mereka tak ada duit untuk mendahulukan bayaran. Jadi, adakah kementerian bersetuju untuk melaksanakan satu kuota untuk B40 ini?

Yang kedua, saya nak tanya tentang sistem pajakan atau sewa milik. Bila nak dilaksanakan kepada golongan B40 ini? Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat yang membangkitkan dan Yang Berhormat sabar sedikit, ada dalam jawapan. Sedikit saja lagi. Ada dalam jawapan yang akan— ramai sebenarnya yang bangkitkan sebentar tadi. Ada dalam jawapan dan saya melihat daripada perkara ini ya, akan ada dalam teks sebentar nanti. Pergi mana ini ya?

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Padang Serai supaya kos pemasangan solar rumah lebih mudah ditanggung oleh B40 dan M40. Program SuRIA Home menyediakan rebat sebanyak RM600 bagi setiap kilowatt sehingga maksimum RM3,000 untuk pemasangan lima kilowatt kepada pengguna domestik Solar ATAP yang layak.

Pada masa yang sama, isi rumah digalakkan mengutamakan penjimatan dan kecekapan penggunaan elektrik sebelum memilih pemasangan solar mengikut kesesuaian penggunaan masing-masing. PETRA mengambil maklum pandangan dan cadangan YB Padang Serai bagi pelanjutan program rebat solar sehingga tahun 2027. Dalam hal ini, PETRA akan terus memantau keadaan semasa dan mengkaji inisiatif baharu bagi memastikan semua peringkat penggunaan akan mendapat manfaat daripada penggunaan solar bumbung.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Bagi pembangunan tenaga nuklear negara yang dibangkitkan oleh YB Machang. YB Machang tidak ada dalam Dewan dan juga dibangkitkan tentang perlindungan pengguna penambahbaikan mekanisme tarif oleh YB Padang Serai— disentuh oleh YB Padang Serai dan Puchong. Puchong tidak ada, tetapi Padang Serai ada di dalam.

Mengenai bil elektrik serta pengagihan kos kepada pengguna, kerajaan telah memperluaskan perlindungan bil bagi pengguna domestik sehingga 800 kilowatt per jam sebulan berkuat kuasa dari 1 September hingga 31 Disember 2026. Bagi tempoh tersebut pengguna berkenaan dikecualikan daripada pelarasan surcaj Automatic Fuel Adjustment (AFA), Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta caj peruncitan.

Bagi tahun 2027, kementerian bersama Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti cadangan AFA berperingkat yang menggunakan prinsip penyebat kos. Pendekatan ini bertujuan menilai pengagihan kos bahan api secara lebih saksama dan memberi perhatian kepada perlindungan penggunaan domestik serta perusahaan kecil dan sederhana. Cadangan ini masih dalam penelitian dan belum dimuktamadkan.

Bagi permukaan grid dan kejaminan bekalan elektrik di Sabah, bagi YB Beaufort, Kerajaan Persekutuan terus menyokong usaha pengukuhan grid Sabah.

Beaufort ada, Beaufort ada? Oh, ada. Ada Beaufort. Agak baca mesej. Tak dengar saya tanya Beaufort ada ke tak. Sayang itu kalau dah bertanya, tetapi tidak mendengar.

Bagi YB Beaufort, Kerajaan Persekutuan terus menyokong usaha pengukuhan grid Sabah melalui pembiayaan pembangunan ataupun kuasa kawal selia bekalan elektrik telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah sejak 3 Januari 2024. Di bawah Projek Southern Link, 275 kilowatt fasa pertama dari Sipitang ke Tenom sepanjang 57 kilometer bernilai RM198.3 juta sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada tahun 2028. Fasa kedua dari Tenom melalui Kalabakan ke Tawau pula masih pada peringkat pertimbangan peruntukan.

Khusus bagi Beaufort, pinjaman mudah sebanyak RM244 juta telah diluluskan bagi Projek Pengukuhan Grid Wilayah Barat iaitu pautan 275 kilowatt antara pencawang masuk utama Beaufort dengan Penampang yang dijangka siap pada tahun 2031. Projek ini akan membantu memperkukuh rangkaian grid dan keboleharapan bekalan elektrik di kawasan berkenaan. Bagi kejaminan bekalan elektrik dan pembangunan pusat data.

Bagi persoalan YB Puchong dan YB Balik Pulau. Saya mengambil Balik Pulau— ada? Tentang keupayaan sistem elektrik menampung pembangunan pusat

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

data, kerajaan terus mengekalkan perancangan yang berdaya harap berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekal Elektrik dan Tarif (JPPPET) Bilangan 2/2026 pada 11 November 2026 margin rizab bagi tempoh 2027 hingga 2035 diunjurkan kepada paras 24 hingga 27 peratus.

Langkah kawalan permintaan bagi penggunaan tenaga berintensif tinggi termasuk pusat data turut dikenal pasti sebagai langkah mitigasi. Bagi menggalakkan kos pembangunan pusat data dipindahkan kepada pengguna domestik, kadar connected load charge (CLC) telah di peringkat untuk mengurangkan tempahan kapasiti yang berlebihan. Struktur tarif voltan tinggi ultra (UHV) yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2025 pula terpakai kepada pengguna pusat data bervoltan melebihi 50 kilowatt.

Kementerian turut mengambil cadangan YB Puchong supaya Laporan JPPPET dikeluarkan kepada umum. Sebenarnya soal ini sebentar tadi saya juga telah berbincang dengan Balik Pulau beberapa perkara. Mungkin perkara itu saya beritahu pandangan Puchong juga agak baik dan saya telah berbincang tadi dengan YB Balik Pulau.

Yang Berhormat Pengerusi, keutamaan bekalan air rakyat dalam pembangunan pusat data yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya iaitu seterusnya dari Balik Pulau juga, unjuran penggunaan sehingga tahun 2030. Bagi Selangor, Johor, Negeri Sembilan ialah 445.04 juta liter sehari. Bagi mengurangkan penggunaan air terawat, sebanyak 19.5 juta liter sehari air pulih guna telah digunakan daripada empat loji rawatan kumbahan Selangor dan Johor.

Melalui garis panduan SPAN, pusat data perlu menyediakan simpanan air sekurang-kurangnya dua hari, mengutamakan sumber alternatif dan menanggung kos penambahan infrastruktur yang diperlukan. Keutamaan bekalan air kepada pengguna sedia ada terus kita terpelihara.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Bagi penggunaan air tidak terhasil (NRW) dan pengukuhan sistem bekalan air juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan YB Beaufort mengenai kadar air tidak terhasil ataupun NRW. Kerajaan meneruskan Program NRW Kebangsaan 2025 hingga 2030 dengan memberi tumpuan kepada penggantian paip kritikal dan penyelesaian secara holistik termasuk perwujudan District Metering Area

(DMA), pengurusan tekanan serta pengesanan kebocoran yang aktif, program penggantian paip kritikal dan NRW secara holistik melibatkan peruntukan

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

keseluruhan RM2.52 bilion bagi tahun 2027— RM68.09 juta disediakan bagi kedua- dua komponen tersebut.

Manakala RM418.95 juta diperuntukkan untuk program bayaran imbuhan balik kepada operator air yang layak. Sasaran NRW negara bagi tahun 2027 ialah 31.80 peratus.

Bagi bekalan air Sabah dan kemajuan projek setempat yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya bagi YB Beaufort di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tahun 2027 sejumlah RM166.4 juta diperuntukkan untuk 19 projek bekalan air di Sabah dengan jumlah kos projek yang bernilai RM RM3.59 bilion.

Program NRW Kebangsaan di Sabah pula melibatkan kos RM349 juta. Projek naik taraf Muka Sauk, Loji Rawatan Air Beaufort 2 dijadual siap pada 4 Februari 2027. Manakala penggantian alat jana kuasa di Loji Rawatan Air Beaufort 1 serta loji berkaitan dijadual siap pada 9 Ogos 2027. Penyelarasan pelaksanaan turut melibatkan Kerajaan Negeri Sabah.

Seterusnya, bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Kalabakan— ada Kalabakan? Ndak ada.

Bagi Yang Berhormat Kuala Kedah, yang membangkitkan beberapa perkara, kemajuan fizikal projek menaik taraf Loji Rawatan Air Pelubang. Kuala Kedah ada ya?

draft • 4:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ada, ada.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Okey. Rawatan Loji Rawatan Air Pelubang telah mencapai 95.35 peratus. Sementara itu, Projek Loji Rawatan Air Sungai Limau dan Bukit Selambau telah diambil alih pelaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas penamatan kontrak terdahulu bagi memastikan kerja-kerja dapat diurus dan teratur. Saya melawat kawasan ini.

Bagi Yang Berhormat Puncak Borneo— ada dalam Dewan?

Projek Loji Rawatan Air Landeh berkapasiti 200 juta liter sehari termasuk tangki simpanan di Bukit Sipaya dan rangkaian paip ke jalan Kampung Serian masih di peringkat pra pelaksanaan. Surat Setuju Terima ataupun SST dijangka dikeluarkan pada suku pertama 2027. Ini satu kejayaan Yang Berhormat Puncak Borneo. Tak lama dah nak terima SST. Boleh heboh dah.

draft • 4:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Bagi Yang Berhormat Klang pula, Projek Kolam Takungan Dwi-fungsi Sungai Rasau.

draft • 4:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo nak minta penjelasan sikit.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Sikit sahaja nak habiskan.

Sikit saya nak habiskan. Dwi-fungsi Sungai Rasau yang menggabungkan tebatan banjir dengan sumber air mentah mencatat kemajuan 11.44 peratus mengikut jadual dan dijangka siap pada 4 Disember 2027. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Klang. Silakan Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam perbahasan tadi, saya ada juga mengutarakan beberapa masalah tebatan banjir dan juga ledakan-ledakan di kuala-kuala sungai. Saya mohon kalau tidak dapat menjawab secara lisan, secara bertulis pun boleh dan saya juga ingin mengetahui sama ada projek yang telah saya ajukan kepada Kementerian PETRA telah diambil perhatian dan apakah status terkini.

Dan juga apa yang saya bahaskan tadi yang saya sebut satu persatu menerima pertimbangan daripada kementerian. Jadi, kalau tak boleh lisan, bertulis pun boleh.

draft • 4:40 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat, sekejap. Tadi saya ada membangkitkan juga berkenaan status perkembangan Empangan Cinta Mata. Dan, kalau boleh bagi sikit panduan ataupun apa-apa update berkenaan apa yang telah saya bahaskan tadi. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih sahabat Kalabakan. Sebenarnya dia di belakang, tapi dia awal tanya. Memang ada dalam jawapan. Dia pandai potong queue, dia pandai potong tang kona.

So, jawapan dia Kalabakan secara spesifik di kawasan sebenarnya, isu bekalan air ditangani menerusi Projek LRA Cinta Mata 2 yang peruntukannya RM335 juta, kemajuan 21.58 peratus, siap Julai 2028. Dan Program NRW Sabah, RM349 juta. Bagi bekalan elektrik, Projek Sabah Southern Link Fasa 2 RM1.4 bilion kini dalam pertimbangan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Manakala status Projek Hidroelektrik Upper Padas dipantau rapi bagi tebatan banjir dan sungai RTB Sungai Tawau Fasa 1B akan dimohon dalam Rolling Plan seterusnya. Manakala penyelenggaraan Sungai Sabah diperuntukkan RM10.5 juta bagi tahun 2027. Ini perkara yang dibangkitkan oleh Kalabakan. Dan saya percaya

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

yang di mana bawah kuasa kerajaan negeri, kita minta juga Kalabakan berhubung dengan Ketua Menteri supaya agar dalam Rolling Plan seterusnya akan dapat dibangkitkan lebih cepat daripada biasa kerana kuasa kerajaan negeri juga agak besar dalam soal membangkitkan prioriti dalam setiap projek yang kita bangkitkan.

Dan terima kasih saudara Yang Berhormat sahabat saya dari Kalabakan.

Dan bagi perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan, seterusnya saya dah bagi tahu bahawa...

draft • 4:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Timbalan Menteri. Sini, Klang.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Oh Klang.

draft • 4:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya panjang lebar banyak perkara telah dibangkitkan. Hanya nampaknya dwi kolam saja dijawab. Saya faham, saya faham. Sepertimana tadi, saya pun mohon agar semua jawapan bertulis perkara-perkara yang saya bangkitkan tentang projek-projek semenjak 2024 sehingga kini. Sebab Klang adalah antara yang paling selalunya banjir. Bukan satu tahun sekali. Mungkin sebulan sekali pun banjir.

Perkara banyak projek pula diumumkan. Itu sebab saya tadi marah dengan kontraktor pula tadi saya kata, “Somebody’s pain become somebody’s gain”, I kata.

So, tolong. Saya perlukan secara bertulis kalau tak ada jawapan penuhnya.

draft • 4:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Pengerusi, memandangkan yang kita sebut ini adalah perkara penting api dan air, elektrik dan air. Saya mencadangkan Pengerusi bagilah Timbalan Menteri masa yang lebih sikit. Dan oleh kerana tadi jiran saya di Klang ini, kami ini semua dah terbeban dengan banjir. Mereka tengah dengar, nak tunggu ini. Mangsa banjir tengah tunggu Timbalan Menteri.

Jangan lupa yang Kapar sebut. Saya setuju dengan apa yang Ampang syorkan tadi. Ada macam MARRIS itu, sistem MARRIS. Setuju.

draft • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bolehlah tambah tiga minit lagi Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Tebal lagi Yang Berhormat Pengerusi. Di bawah lagi, saya tak angkat lagi, dah bagi air untuk minum.

Yang Berhormat, sebenarnya mungkin setiap kementerian cara menjawab lain. Memang secara spesifiknya mungkin kita jawab secara bertulis, tetapi sebagai contoh ya, saya telah habis perkara Yang Berhormat Klang pula projek kolam takungan dwi-fungsi sungai.

Yang Berhormat beritahu, saya menjawab satu sahaja, tetapi sebenarnya cara kementerian kami, dia akan pergi kepada satu-satu. Air bila air, air. Bila elektrik,

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

elektrik, bila— okey, sebagai contoh saya nak beritahu. Sebagai contoh ya. Kita mengambil maklum semua dan bagi cetekkan sungai, sistem saliran, paritan, tidak senggara, kajian, penyelidikan, menangani isu air clean semua ini.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Okey, bagi perkara tersebut dibangkitkan oleh YB Kuala Nerus, Beaufort, Bukit Gantang, Kuala Kedah, Puncak Borneo, Klang walaupun Puncak Borneo dah jawab tadi, tapi ada pula jawapan yang lain. Arau, Batu Pahat, Kalabakan pun ada lagi dalam jawapan. Parit Buntar, Kangar, Setiu berkenaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) sebanyak 151 Projek Rancangan Tebatan Banjir telah diluluskan dengan anggaran kos keseluruhan RM28.1 bilion.

Jumlah ini merangkumi 15 projek baharu dan 156 projek sambungan.

Maklumat status projek terperinci di kawasan Parlimen masing-masing akan diberikan secara bertulis. Yang Berhormat saya akan hantar secara bertulis kerana kalau hendak jawab semua 153 projek ini, 136 projek sambungan, 15 projek baharu, 101 Projek Rancangan Tebatan Banjir ini mungkin tidak sempat, saya jawabkan satu persatu.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, menteri. Sikit, sikit sebab itu saya bangun hendak puji menteri.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya dah melawat sebenarnya Jelutong. Jelutong saya dah tengok...

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya dengar semua maklum balas diberikan memang layak jadi menteri penuh.

[Tepuk]

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

[Mencelah] Aik oh!

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini saya sokong sebab Menteri pernah lawat kawasan saya dan kita berjaya menyelesaikan masalah banjir di situ. Menteri ini saya sokong, Timbalan Menteri ini saya sokong. Cara dia jawab, cara dia beri maklum balas semua benda dia beri tumpuan. Jadi Menteri saya sokong dan saya harap Kawasan Parlimen Jelutong kita dapat selesaikan. Patut jadi Menteri penuhlah, saya sokong 100 peratus. Terima kasih Menteri. Kita dapat selesaikan masalah di Jelutong. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

YB Menteri, YB Menteri yang itu saya sokong untuk jadi Menteri penuh. Cuma untuk air masin itu air masin Sungai Lencongan Barat itu kalau YB Menteri tak dak, tak sempat bagi jawapan lisan boleh bagi jawapan bertulis. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Timbalan Menteri, jangan lupa Rasah menanti jawapan.

[Ketawa]

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Ramai ini sedang menanti ini macam mana Yang Berhormat, saya ingat bagi kebenaran saya bagi habis semua boleh Yang Berhormat Pengerusi. Boleh bagi habis? Tambah tiga minit lagi.

draft • 4:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

10 minitlah Pengerusi bukan tiga minit, 10 minitlah. Ini belum RTB lagi tambah lagi RPI lagi.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sebab kita ada banyak lagi ini, kita ada banyak lagi. Tak boleh ya.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya tadi diberi amaran keras oleh Hulu Langat dan dia pula puji saya, puji saya pula disokong oleh Jelutong pula— puji saya maka jawapan bagi Hulu Langat, Kerajaan Persekutuan— sebab saya takut tak sempat Hulu Langat.

[Ketawa] Bagi YB Hulu Langat, Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan pengaliran sungai dijangka, jangka pendek berjumlah RM1 juta pada tahun 2026.

Yang telah siap sepenuhnya untuk menangani isu banjir di kawasan berisiko.

Bagi penyelesaian jangka panjang pula, tiga Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembah Sungai Langat bernilai RM1.23 bilion sedang dilaksanakan.

Hebat Langat ini, Yang Berhormat Pengerusi.

[Tepuk]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Menteri penuh, Menteri penuh!

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar, nak kena puji juga ke? Insya-Allah jadi Menteri bila BN PN jadi kerajaan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Sat, sat, sat [Tepuk]

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Menteri penuh BN, PN.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar tak jawab lagi.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Enjoy juga Hulu Langat ya petang ini. *Enjoy.

[Ketawa]* Merangkumi Sungai Langat fasa 2 pakej 1 pilihan tender pada tahun 2027. Fasa 2, pakej 2 di Sepang dijangka siap April 2031 dan fasa 1 dijangka siap Mei 2027 bagi mengurangkan risiko banjir secara menyeluruh dan mampan. Saya faham sebenarnya kawasan saya juga terlibat dengan banjir, saya faham akan permasalahan banjir ini. Dan saya pun sedang menunggu siap di kawasan saya, RTB kawasan saya tak besar RM173 juta sahaja baru peringkat design, tapi dah SST.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Jadi Yang Berhormat Pengerusi, walau bagaimanapun projek-projek ini dilaksanakan di kawasan hulu dan pertengahan limbangan Sungai Langat.

Pelaksanaannya dijangka dapat menyumbang kepada pengurangan risiko banjir secara menyeluruh sepanjang limbangan sungai termasuk kawasan hilir seperti Daerah Kuala Langat. PETRA melalui JPS akan menilai keberkesanan projek-projek tersebut setelah siap dilaksanakan khususnya dari aspek paras dan tempoh banjir di kawasan Yang Berhormat Hulu Langat.

Dan saya percaya, Yang Berhormat Hulu Langat akan terus memantau dan membantu kami dalam soal pelaksanaan yang bernilai begitu tinggi sekali. Sebagai contoh di Rantau Panjang juga dan kawasan persekitaran sehinggalah ke beberapa tempat. Kalau mengira RTB pun nilainya agak besar bernilai RM3 bilion dan saya turun sendiri dan insya-Allah saya akan turun pula ke Hulu Langat untuk melihat keberkesanan projek-projek tersebut.

Dan bagi jawapan yang dibangkitkan tadi, sebenarnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bagi kawasan Kuala Nerus, Beaufort, Bukit Gantang, Kuala Kedah, Puncak Borneo, Klang, Arau ini kita akan— yang bernilai lebih besar ini— secara kita akan berhubung kepada Yang Berhormat kerana masa telah tidak mengizinkan. Supaya Yang Berhormat dapat melihat sendiri apakah jawapan yang akan kita bangkitkan.

Dan saya minta juga supaya prestasi kontraktor dipantau lebih rapi dan impak kepada nilai tambah projek di kawasan kita. Sebagai contoh, saya boleh bagi mileage kepada Rantau Panjang dan satu lagi saya lupa kawasan Dato’ Mumtaz, Tumpat ya?

Tumpat yang bawa saya turun padang dan saya melihat sendiri projek tersebut yang bernilai RM3.1 bilion di sepanjang kawasan-kawasan sempadan Thailand, sempadan Thailand apa nama Sungai Golok saya melihat sendiri.

Dan ini sebenarnya memang peranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri semestinya mewajibkan ia memainkan peranan supaya dapat melaporkan kepada kita dan kita boleh membantu dalam hal ini.

draft • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya berharap saya— dua perkara yang saya bangkitkan mendapat jawapan juga kerana pencawang masuk utama di kawasan Bagan Serai, Alor Pongsu sudah penuh. Jadi adakah PMU baharu akan dibina dan juga satu lagi isu ialah tentang penghalang ombak di muara Sungai

draft • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Beruas di Pantai Remis. Adakah peruntukan diberikan untuk projek tersebut? Harap dapat jawapan bertulis kalau tidak dapat dibuat secara lisan. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, saya sebelum ini saya ada buat permohonan kepada pihak JPS negeri berkaitan dengan penyelenggaraan ataupun kebersihan sungai-sungai terutama bila tiba musim tengkujuh ini kadang-kadang aliran air itu menyebabkan cepat melimpah kerana tidak diselenggarakan, tapi sampai hari ini tidak ada tindakan. Saya akan forward kepada Yang Berhormat.

Kemudian yang berkaitan dengan Menteri penuh tadi saya setuju Yang Berhormat, syarat kerajaan itu tidak ada PH, tidak ada DAP. Kerajaan BN dan PN *insya-Allah.

[Tepuk]*

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

So, masa dah tamat Menteri. So, minta gulung sahajalah. Boleh, boleh.

draft • 4:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebelum itu Menteri, Ampang.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Tuan Pengerusi, tak bagi dah.

draft • 4:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sekejap jer. Pengerusi boleh ya. Tentang isu— saya rimas dengar kita ini tak cukup duit sebenarnya, tapi kita minta, minta, minta, tapi saya nak tanyalah— saya ulang balik soalan saya, apakah kerajaan serius untuk melaksanakan satu akta ya untuk menyelesaikan penyelenggaraan dan pengurusan sistem saliran negara ini?

Sebab kalau kita tidak mencegah dia jadi masalah kepada semua. Nanti saya takut tenggelam beberapa tempat di negara ini. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya sebenarnya setuju sangat pandangan Ampang. Setuju sangat, sangat-sangat setuju itu yang kami bincang pun memang kedudukan kewangan utamanya. Kalau kita mempunyai kedudukan kewangan yang mencukupi, saya rasa risiko banjir kilat dan banjir agak kurang sebenarnya dan kita tahu kita pernah— saya melawat juga di kawasan MB Kelantan secara kebetulan saya melawat— yang panjangnya lebih kurang dalam tak silap saya 15 kilometer, belanjanya RM21 juta mendalam dan melebar sungai dan risiko banjir memang kurang.

Dan itulah kesannya sebenarnya, tetapi Yang Berhormat semua kena ingat bahawa banjir kilat ini bukan hanya di bawah bidang kuasa JPS sahaja. Saya dah menjawab hari semalam, kawasan Padang Besar kita dah melihat, kita tengok kesan

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

daripada tidak pentadbiran longkang di PBT sendiri juga akan menyebabkan banjir kilat kerana air tidak mengalir.

Sebagai contoh, kami— monsoon ring kami tidak melimpahi air, tapi sedangkan ada banjir kilat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Maknanya, air pengaliran daripada pihak PBT tidak mencuci sepenuhnya longkang tersebut menyebabkan banjir kilat berlaku. Maknanya, rangkaian antara kita semua sebenarnya kena melaksanakan bersekali supaya mengelakkan perkara- perkara tersebut dan kita cuba sebaik mungkin supaya perkara-perkara ini tidak akan berlaku. Terima kasih, Ampang. Sebenarnya, pandangan yang cukup baik.

Bagi Pengkalan Chepa, kita bincanglah nanti ya. Kita bincang dan Beruas.

Beruas tadi dia rasa dia tak puas hati saya tak jawab. Sikit sahaja saya jawab sebab tak banyak sangat jawapan Beruas. Yang Berhormat Beruas, berkaitan pengurusan tenaga dan pencawang masuk utama (PMU), pemantauan grid berterusan dilaksanakan bagi menyokong beban kawasan industri dan pembangunan Projek Agrivoltaic.

Manakala, bagi isu hakisan pantai dan pengaliran muara sungai di Pantai Remis Beruas, PETRA, JPS dan NAHRIM menjalankan kajian kawalan hakisan serta merancang kerja-kerja pengairan dan pemulihan muara sungai mengikut keutamaan-keutamaan yang pihak teknikal, yang akan kita lakukan. Bagi Yang Rompin itu, kita akan jawab secara bertulislah.

draft • 5:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

YB Menteri, Lumut. Lumut.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Rompin. Dah tak sempat dah. Pengerusi dah tiga kali beri amaran.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa dah tamat dah...

[Tidak jelas]

draft • 5:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Bagi chance-lah Lumut. Lumut selalu minta bahas-bahas, tak dapat. Bahas-bahas minta, tak dapat.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya takut nanti...

draft • 5:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

PETRA, Timbalan Menteri yang baik hati, handsome, tolong jawab.

[Ketawa]

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bertulislah, Yang Berhormat. Bertulis.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Pengerusi, sebagai penutupnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

telah mengambil bahagian serta menyumbangkan pandangan, cadangan, teguran yang membina kepada pihak PETRA dan ini adalah salah satu akan menjadi sumber inspirasi kami untuk lebih baik membangunkan PETRA.

Walaupun saya tidak sempat menjawab kesemuanya setiap isu yang dibangkitkan, saya percaya kita telah merekod dan akan meneliti sepenuhnya segala peruntukan-peruntukan di bawah Belanjawan 2027 dan akan dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkukuhkan sistem tenaga dan air negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

*Air mengalir menjana tenaga, Menerangi desa hingga ke kota; Perpaduan dibina sama dijaga, Jangan kerana bicara retak sekata.

[Tepuk] Insya-Allah*, kita akan semangat kerjasama untuk pastikan tanggungjawab bersama untuk dibangkitkan, kepentingan negeri dan rakyat.

draft • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri penuh asalkan tak ada PAS.

[Ketawa]

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan yang begitu baik sekali. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Menteri. Masalah iaitu wang sejumlah RM403,408,400 untuk Kepala B.33 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.33 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.33 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.33 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 5:00 PM
Kepala B.30 [Jadual] – Kepala P.30 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Senarai pembahas adalah yang pertama, YB Raub. Yang kedua, YB Kuala Terengganu. Yang ketiga, YB Tuaran. Yang keempat, YB Bentong. Yang kelima, YB Gerik. Yang keenam, YB Balik Pulau. Yang ketujuh, YB Batang Sadong. Yang kelapan, YB Merbok. Yang kesembilan, YB Kepong. 10, YB Shah Alam. Yang ke-11, YB Kubang Pasu. Yang ke-12, YB Batu Pahat. Yang ke-13, YB Batu Gajah. Yang ke-14, YB Jerantut. Yang ke-15, YB Keningau. Yang ke-16, YB Ampang. Yang ke- 17, YB Padang Rengas. Yang ke-18, YB Bakri dan yang terakhir, yang ke-19, YB Putrajaya. Silakan, YB Raub, lima minit.

draft • 5:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030100 – Teknologi Strategik. Semalam, Malaysia dan Perancis bertukar Memorandum Persefahaman mengenai mineral kritikal.

Presiden Macron menyifatkan projek nadir bumi, Carester dan Malaco sebagai tonggak kerjasama ini. Presiden Macron menyatakan bahawa projek ini dijangka mula beroperasi pada awal 2027, sedangkan perlombongan di Gua Musang disasarkan bermula pada 2028.

Adakah penilaian EIA bagi projek perlombongan di Gua Musang sudah selesai dan laporannya sudah diluluskan? Jika loji Gopeng pula beroperasi pada awal tahun 2027, dari manakah bekalan pertamanya akan diperoleh?

Tuan Pengerusi, kerajaan sebelum ini mahu mengekalkan moratorium eksport bahan mentah hingga 2027. Namun, pada 1 Oktober tahun ini, kerajaan membuka ruang untuk eksport bagi tujuan penyelidikan atau pemprosesan.

Mengapa moratorium dilonggarkan lebih awal? Bagi hasil projek yang akan dihantar ke Perancis, adakah bahan itu sudah dipisahkan di Malaysia atau masih bercampur?

Apakah teknologi yang akan Carester pindahkan, kepada siapa dan bila?

Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 030400 – Jabatan Tenaga Atom. Kita perlu ambil iktibar daripada kes Bukit Merah, Perak, pada tahun 80-an.

Selepas kilang Asian Rare Earth ditutup, kerja membersihkan tapak dan mengurus sisanya masih diteruskan. Tapak pelupusan di Bukit Kledang pula diletakkan di bawah pemantauan jangka panjang selama 300 tahun.

Tuan Pengerusi, sejak tahun 2012, Lynas diwajibkan menyerahkan pelan dan lokasi PDF. Selepas pertukaran kerajaan, kelulusan tapak dijadikan syarat pembaharuan lesen pada tahun 2019 tetapi pembinaan hanya bermula pada 2022.

draft • 5:05 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Sasaran siap pula berganjak dari akhir tahun 2024 ke akhir 2026. Setakat 31 Ogos 2026, kemajuan pembinaan dan pengoperasian baru 77 peratus.

Apa yang menyebabkan kelewatan ini dan bilakah PDF akan siap sepenuhnya? Adakah Jabatan Tenaga Atom turun ke tapak untuk mengesahkan angka 77 peratus ini atau angka ini hanya berdasarkan laporan Lynas? Sudah sejak tahun 2012, PDF sampai sekarang belum siap. Sudah 14 tahun.

ECRL, projek mega seperti ini yang merentasi beberapa negeri pun sudah disiapkan tetapi PDF Lynas sampai hari ini belum disiapkan. Ini memang satu masalah yang memang besar. Soal pelupusan ini berkait dengan rancangan mengasingkan torium iaitu bahan radioaktif dalam sisa Lynas. Pada tahun 2023, kerajaan membenarkan proses cracking and leaching diteruskan di Gebeng berdasarkan hasil kajian makmal selepas lesen diperbaharui pada Mac lalu.

Lynas diberi tempoh lima tahun untuk menghentikan penghasilan sisa WLP yang melebihi had radioaktif. Adakah pelan ubah suai sudah diterima? Bilakah ujian di loji akan bermula dan adakah rawatan ini meliputi sisa yang sudah dilupuskan?

Greenpeace Malaysia dan juga Save Malaysia Stop Lynas pernah mempersoalkan sama ada berbaloi untuk mengasingkan torium daripada sisa Lynas.

Pada berat yang sama, monazite, sejenis mineral semula jadi mengandungi lebih 30 kali ganda torium berbanding sisa Lynas. Oleh itu, jika lebih mahal untuk mendapatkan torium daripada sisa Lynas, adakah sudah ada pembeli yang sanggup membayar harga yang menampung kos itu?

Tuan Pengerusi, jika kaedah rawatan ini gagal pada skala industri, adakah kerajaan akan mengembalikan syarat supaya proses cracking and leaching dipindahkan ke Australia? Saya juga menggesa kerajaan berunding dengan Australia mengenai pemulangan sisa terkumpul dengan kos ditanggung oleh Lynas.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:05 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, YB Raub. Dipersilakan, YB Kuala Terengganu.

draft • 5:05 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran P.00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

draft • 5:09 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Peruntukan keseluruhan MOSTI bagi tahun 2027 berjumlah RM1.29 bilion, peningkatan sekitar 1.3 peratus berbanding tahun 2026. Namun, di sebalik peningkatan ini, peruntukan untuk program R&D dikurangkan daripada RM75 juta pada 2026 kepada RM53 juta sahaja pada tahun 2027 iaitu pengurangan sebanyak RM22 juta. Persoalannya, apakah justifikasi pengurangan ini sedangkan kerajaan masih menyasarkan peningkatan perbelanjaan kasar R&D GERD daripada 1.01 peratus KDNK pada 2022 kepada 2.5 peratus menjelang 2030?

Selain itu, bagaimanakah kementerian memastikan pengurangan ini tidak menjejaskan penyelidikan tempatan dan sasaran GERD negara termasuk peningkatan pelaburan sektor swasta?

Butiran P.94000 – Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV). Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu projek stesen jana kuasa biojisim 9.95 megawatt Majunaka Eco Energy di Naka, Padang Terap, Kedah. Saya dimaklumkan loji ini telah siap dibina, mendapat CF. Tak silap saya mungkin telah ditauliahkan tetapi masih berdepan masalah pembiayaan dengan MDV.

Difahamkan terdapat tuntutan supaya pembiayaan melalui UKAS yang telah diluluskan bagi tujuan lain digunakan untuk bayar balik hutang MDV. Jika benar, amat malang apabila loji sudah siap tetapi tidak dapat menjana hasil akibat pertikaian berhubung dengan pembiayaan. Saya minta penjelasan Menteri berkenaan kedudukan sebenar dan mempertimbangkan mekanisme penstrukturan hutang MDV supaya bayaran balik boleh dibuat daripada hasil penjualan elektrik tertakluk kepada penilaian kewangan dan status lesen SEDA.

Saya juga ingin bertanya, berapakah jumlah projek teknologi hijau yang dibiayai oleh MDV yang kini berada di dalam keadaan yang sama iaitu dah siap bina tetapi masih belum beroperasi kerana masalah-masalah seperti ini?

Butiran P.83000 – Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Tuan Pengerusi, MIGHT itu berperanan memperkukuhkan pembangunan teknologi dan kepakaran tempatan dalam industri REE bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi asing. Ketika ini, institusi penyelidikan dan institusi tempatan dilaporkan telah mencapai kemajuan di dalam teknologi pemprosesan, pengasingan REE sehingga TRL5. Pemain industri seperti Malaco Mining tadi yang disebut oleh Raub tadi, ia juga sedang membangunkan teknologi pengasingan REE. Namun, sejauh manakah kemajuan ini dapat diterjemahkan kepada keupayaan industri tempatan?

draft • 5:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Nombor satu, apakah perkembangan teknologi tempatan di dalam segmen pertengahan (midstream) REE khususnya pemprosesan dan pengasingan?

Kedua, apakah mekanisme MIGHT untuk meningkatkan teknologi tempatan daripada TRL5 ke peringkat projek perintis TRL6 hingga tujuh sehingga ia dikomersialkan?

Ketiga, adakah kerajaan turut mengkaji kaedah bioleaching sebagai alternatif kepada in-situ leaching yang berasaskan penggunaan ammonium sulphate? Apakah perbandingan kedua-dua kaedah dari segi kos, keberkesanan dan impak alam sekitar?

Keempat, apakah sasaran MIGHT untuk membangunkan teknologi dan kepakaran tempatan termasuk pemindahan teknologi dan penglibatan industri tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing?

Butiran 030500 – Agensi Nuklear Malaysia. Hari ini negara bergantung kepada reaktor TRIGA PUSPATI yang telah beroperasi sejak tahun 1982 sebagai satu-satunya reaktor penyelidikan nuklear negara. Agensi menyatakan perancangan untuk membangunkan sebuah reaktor penyelidikan yang lebih besar, yang baru bagi melengkapkan keupayaan sedia ada serta meneroka bidang penyelidikan baharu termasuk bahan semikonduktor dan teknologi termaju. Sehubungan dengan itu, apakah status perancangan pembangunan reaktor penyelidikan baharu ini?

Kedua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan small modular reactor

(SMR). Sejauh manakah keupayaan penyelidikan dan kepakaran sedia ada mampu menyokong penilaian teknologi SMR, khususnya daripada segi aspek simulasi, pemodelan dan analisis keselamatan? Apakah langkah untuk memastikan kepakaran dan teknologi berkaitan dapat dibangunkan serta dikuasai oleh tenaga tempatan?

Satu lagi perkara penting adalah pengurusan sisa radioaktif. Kemudahan sedia ada masih terkawal dan mampu menguruskan sisa radioaktif daripada pelbagai sektor. Namun, pembangunan teknologi tenaga nuklear akan membawa keperluan kepada pengurusan sisa yang jauh lebih kompleks khususnya sisa radioaktif aras tinggi.

Justeru itu, apakah strategi jangka panjang kerajaan bagi memastikan sisa tersebut boleh diuruskan dengan selamat sekiranya loji kuasa nuklear dibangunkan?

Adakah kaedah deep geological repository iaitu penyimpanan sisa radioaktif jauh di

draft • 5:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

bawah tanah sebagai penyelesaian kekal juga sedang dikaji? Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Kuala Terengganu.

Seterusnya, dipersilakan YB Tuaran.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuaran ingin memulakan perbahasan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) peringkat Jawatankuasa bagi maksud B.30, Butiran 020000 dan 030000 – Perancangan dan Pembudayaan Sains.

Tuan Pengerusi, dasar kerajaan ialah untuk mencapai 60 peratus daripada pelajar di sekolah menengah mengambil sains dan 40 peratus di bidang bukan sains.

Dasar ini sudah sekian lama diperjuangkan dan pelbagai inisiatif itu telah dibuat.

Antaranya pada ketika saya menerajui kementerian ini, kita telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan pedagogi sains yang baharu yang kita panggil the Inquiry-Based Science Education (IBSE) yang diperkenalkan di negara Perancis dan yang terbukti menarik minat banyak pelajar- pelajar sehingga di negara Perancis ini, sasaran bilangan pelajar mengambil sains melebihi 60 peratus dan sebagainya. Itu satu.

Yang kedua, kerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan satu pusat yang kita panggil the STEM centre yang dimodelkan selepas, after STEM Jobs Centre di United Kingdom, di mana dia dilatih guru-guru, selepas itu sudah dilatih di-incentivized dengan menggunakan pedagogi sains yang baharu seperti IBSE dan sebagainya.

Dan selepas itu sudah memang dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai pilot project di beberapa buah sekolah di seluruh negara dan selepas itu pusat STEM centre pun telah diwujudkan. Tapi selepas itu ditutup, tahun 2022 ditutup.

Jadi, Tuaran ingin tahu, saya ingin tahu, apakah rasional menutup semua ini?

Menutup STEM center yang telah kita buat inisiatif itu. Dan lepas itu saya ingin tahu, apakah langkah-langkah lain yang diperkenalkan untuk membantu mencapai sasaran 60 peratus pelajar di sekolah menengah ini untuk mengambil STEM? Sebab dalam penglihatan saya pada ketika ini pun, tidak pun sampai 50 peratus, baru lebih kurang 40 peratus sahaja pencapaian kita.

draft • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dan lebih teruk lagi kalau di Sabah dan Sarawak. Di Sabah kerana banyak pusat-pusat, agensi-agensi yang terlibat dalam membudayakan STEM ini semua di Semenanjung, tidak ada di Sabah. Kita cuba contohnya untuk mendirikan pusat sains negara di Sabah tapi tidak berjaya. Jadi, saya ingin bertanya, apakah inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk meningkatkan, meningkatkan untuk mencapai sasaran dasar sains dan teknologi inovasi ini mencapai 60 peratus?

Apakah rancangan dan langkah-langkah untuk memastikan agar di Sabah dan di Sarawak dapat menikmati, mendapat perkhidmatan yang lebih berkesan dalam hal pembudayaan sains ini? Contohnya, Pusat Sains Negara, adakah langkah untuk membina? Kita sudah mula dulu di Tuaran tapi belum— tidak kesampaian sebab kita tidak lama di sana.

Seterusnya ialah dalam kaitan itu juga, kita telah mengambil langkah dulu untuk mengadakan duta-duta sains iaitu mereka yang akan mempromosikan hal STEM dan sebagainya. Tetapi saya difahamkan bahawa program-program sedemikian rupa tidak ada lagi. Jadi, saya ingin tahu sahaja apa langkah langkah- langkah lainnya untuk mencapai sasaran dasar yang telah ditetapkan ini.

draft • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Seterusnya, Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi. Jadi, dalam penggunaan teknologi ini, kita mahu supaya ekonomi kita ini technology driven, supaya ekonomi kita resilient dan sebagainya. Dan sebab itu kita galakkan inovasi, kita mahu tingkatkan penyelidikan dan sebagainya. Jadi, seperti mana yang disebut oleh rakan daripada Kuala Terengganu sebentar tadi, tidak pernah sasaran untuk mencapai bajet penyelidikan itu sampai 2.5 peratus kepada GDP.

Malah, dalam bajet ini yang kita katakan menggapai langit, mengakar di bumi tapi menurun lagi. Okey, menurun lagi dia punya dana ataupun bajet untuk penyelidikan. Jadi, di manakah komitmen? Adakah kerajaan betul-betul komited untuk memastikan agar penyelidikan itu ditingkatkan, diperbanyakkan inovasi dan inovasi-inovasi ini dapat dikomersialkan? Di mana komitmennya? Itu yang kita ingin bertanya.

Dalam hal-hal inovasi yang sudah sekian lama telah berjaya, contohnya di bawah Agensi Nuklear Malaysia, dalam hal pertanian. Adakah ini semua sudah dikomersialkan? Contohnya, nuclear rice. Ada juga— apa nama, nuclear banana pun ada dihasilkan di sana. Strand dia, adakah ini sudah dikomersialkan? Ada juga

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

materials science seperti kabel yang tahan lasak, yang tidak boleh terbakar dan sebagainya. Sejauh mana pengkomersialannya dan kejayaannya dan sebagainya?

Dalam hal ini juga, di bawah Nuklear Malaysia dan Jabatan Tenaga Atom, Tuaran ingin bertanya, apakah langkah-langkah untuk memastikan agar akhirnya hal nuklear ini dapat digunakan untuk menjana elektrik? Jadi, dari segi penyelidikan, dari segi penyediaan sumber manusia, dari segi pembinaan kerangka perundangannya.

Dan oleh kerana dari segi kalau di peringkat Persekutuan, lain agensi yang mengawal selia hal elektrik, di Sabah lain. Apakah di peringkat Sabah juga pihak kementerian melihat dapat bekerjasama dengan kementerian yang serupa iaitu MOSTI di Sabah supaya hal-hal perundangan dalam nuklear ini, penjanaan elektrik menggunakan nuklear ini dapat di— dilaksanakan? Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Tuaran. Seterusnya dipersilakan YB Betong.

draft • 5:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan terima kasih. Tuan Pengerusi, bagi Maksud B dan P.30, MOSTI ini, pada tahun lepas dalam perbahasan, Betong telah membangkitkan isu penyertaan Sarawak di dalam pembiayaan penyelidikan dan pembangunan negara, khususnya akses kepada geran R&D serta peluang mengkomersialkan hasil penyelidikan. Jadi Tuan Pengerusi, bagi Belanjawan 2027, Betong ingin melihat sejauh mana perkara ini telah diberikan perhatian dan apakah kemajuan yang telah dicapai?

Oleh itu, saya terus kepada butiran yang pertama iaitu Butiran Pembangunan, 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Peruntukan bagi program ini Tuan Pengerusi, menurun daripada RM75 juta pada 2026 kepada RM53 juta pada tahun 2027 iaitu pengurangan sebanyak RM22 juta. Jadi, tahun lalu kementerian memaklumkan terdapat 17 permohonan R&D dari Sarawak di bawah RMK12 tetapi hanya satu yang diluluskan.

Sehubungan dengan itu, Betong ingin mendapatkan penjelasan. Yang pertamanya, berapakah jumlah permohonan geran R&D daripada institusi penyelidikan dan syarikat Sarawak yang diterima dan diluluskan sepanjang 2026?

Apakah bidang penyelidikan serta jumlah dana yang berjaya diperoleh? Kedua, apakah faktor utama pengurangan peruntukan sebanyak RM22 juta ini bagi tahun 2027? Adakah ini disebabkan pengurangan projek kah ataupun penjadualan semula atau perubahan kaedah pembiayaan?

draft • 5:22 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi, Betong mencadangkan supaya kementerian memberi segala perhatian kepada penyelidikan yang melibatkan biodiversiti pertanian dan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak. Penilaian geran juga wajar mengambil kira kos sebenar pelaksanaan penyelidikan di kawasan pedalaman, khususnya kos logistik dan kerja lapangan supaya penyelidik Sarawak tidak berada dalam keadaan yang kurang kompetitif.

Tuan Pengerusi, kedua, Butiran Pembangunan 00605 – Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM). Peruntukan NIBM meningkat dengan ketara daripada RM25.39 juta kepada RM46.401 juta bagi tahun 2027. Betong ingin mengetahui, apakah projek kerjasama yang telah dimulakan antara NIBM dengan universiti ataupun institusi penyelidikan di Sarawak sepanjang 2026 serta berapa banyak institusi dan penyelidik tempatan yang terlibat?

Betong mencadangkan supaya sebahagian daripada tambahan peruntukan ini dimanfaatkan untuk memperkukuh penyelidikan bioteknologi di Sarawak, khususnya dalam bidang pertanian, makanan, biodiversiti dan kesihatan. Lebih penting, apakah sasaran kementerian untuk memastikan hasil penyelidikan ini dapat diterjemahkan kepada produk, kepada teknologi dan kerjasama industri? Bukan sekadar berakhir sebagai laporan penyelidikan.

Tuan Pengerusi, ketiga, pengkomersialan inovasi dan pembangunan inovasi komuniti di bawah Butiran Pembangunan P.18000 – Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), yang meningkat daripada RM10 juta kepada RM13 juta. Tahun lalu, kementerian memaklumkan bahawa dana pengkomersialan MRANTI dijangka dibuka pada suku pertama 2026.

Jadi Betong ingin mengetahui, berapa banyak projek dari Sarawak yang telah menerima pembiayaan atau kemudahan MRANTI ini sepanjang 2026? Dan berapa pula yang berjaya mendapat pelanggan, menghasilkan jualan atau memasuki pasaran komersial? Betong mencadangkan supaya kerjasama MRANTI dengan SDEC, universiti dan industri Sarawak diperkukuh, khususnya dalam pembangunan teknologi pertanian, pembangunan dron dan penyelesaian tenaga.

Seterusnya yang keempat, Butiran Pembangunan 03700 - Yayasan Inovasi Malaysia, meningkat daripada RM1.5 juta kepada RM5.5 juta. Jadi soalan saya, apakah jumlah projek inovasi dari Sarawak yang telah mendapat manfaat daripada program yayasan ini? Berapa banyak yang berjaya diteruskan selepas pertandingan atau program bimbingan dan diberikan peluang untuk diuji serta digunakan oleh masyarakat?

draft • 5:22 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Betong mencadangkan supaya program ini diperluaskan ke sekolah, ke komuniti luar bandar dan golongan belia di Sarawak, termasuk kawasan Betong.

Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah demonstrasi teknologi pertanian seperti penderiaan tanah, pengairan pintar dan pemprosesan hasil dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak, institusi TVET dan komuniti petani.

Tuan Pengerusi, akhir sekali, Betong ingin menegaskan bahawa kejayaan MOSTI tidak seharusnya kita ukur berdasarkan jumlah peruntukan atau bilangan projek penyelidikan semata-mata. Kita mahu melihat lebih banyak penyelidikan yang dapat menghasilkan produk, inovasi yang berjaya dikomersialkan dan teknologi yang benar-benar menyelesaikan masalah rakyat di luar sana.

Jadi oleh itu, Betong amat mengharaplah agar kementerian dapat memastikan kita di wilayah Sarawak diberikan peluang penyertaan yang lebih luas dan saksama dalam dana R&D nasional, pembangunan bioteknologi serta program pengkomersialan inovasi negara. Penyelidikan mesti menghasilkan manfaat, inovasi mesti membuka peluang ekonomi dan yang paling penting, teknologi mesti sampai kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 5:22 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Betong. Seterusnya, saya mempersilakan YB Gerik.

draft • 5:22 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin membangkitkan dua perkara utama berkaitan peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu pembudayaan sains dalam kalangan anak muda serta keberkesanan penyelidikan pengkomersialan teknologi tempatan.

Pertama, isu memperluas pembudayaan sains, inovasi dan angkasa lepas.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Maksud Bekalan B.30, Program 020000 – Perancangan dan Pembudayaan Sains, yang menerima peruntukan sebanyak RM76.62 juta bagi tahun 2027.

draft • 5:29 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Di bawah program ini, aktiviti Pusat Sains Negara diperuntukkan sebanyak RM19.22 juta, manakala aktiviti pembudayaan STI menerima RM18.33 juta. Saya

draft • 5:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

ingin mempersoalkan, sejauh manakah peruntukan ini dapat membawa budaya sains dan inovasi kepada pelajar serta anak muda di seluruh negara, khususnya di kawasan luar bandar.

Saya mencadangkan supaya MOSTI mewujudkan pusat sains dan inovasi di setiap negeri dan secara berperingkat di daerah-daerah. Pusat ini tidak semestinya memerlukan bangunan yang besar. Ia boleh diwujudkan melalui makmal STEM, ruang robotik, bengkel inovasi, kemudahan kecerdasan buatan dan pusat eksperimen yang boleh dimanfaatkan oleh sekolah, universiti serta komuniti setempat.

Saya juga ingin mencadangkan supaya MOSTI memperluaskan kemudahan pendidikan astronomi dan angkasa lepas melalui pusat kaji bintang, teleskop awam dan pelantar cerapan bintang di lokasi-lokasi yang sesuai di seluruh negara.

Sebagai contoh, Lenggong, Perak wajar dikaji sebagai salah satu lokasi projek rintis MOSTI bagi kajian astronomi dan angkasa lepas berdasarkan nilai warisan geologi dan tapak berkaitan meteoritnya. Potensi Bukit Bunuh, Lenggong di Perak yang mempunyai bukti saintifik hentaman meteorit kira-kira 1.83 juta tahun dahulu dan tapak ini merupakan khazanah geologi dan arkeologi UNESCO dan wajar terus dikaji, dipelihara dan diangkat sebagai aset penyelidikan sains bagi negara kita.

Dalam hal ini, di bawah Maksud Bekalan B.30, Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima peruntukan sebanyak RM73.34 juta. Soalan saya kepada kementerian, adakah sebahagian daripada peruntukan dan kepakaran MYSA boleh dimanfaatkan untuk memperluaskan pendidikan astronomi dan pendedahan sains angkasa kepada pelajar sekolah, universiti dan anak muda? Janganlah teknologi angkasa hanya dibangunkan oleh pakar-pakar tetapi ilmu dan pengalaman mengenainya juga perlu sampai kepada generasi muda kita.

Keduanya, R&D mesti mempunyai pengguna dan pasaran. Tuan Yang di- Pertua, saya beralih kepada Maksud Pembangunan P.30 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Bagi tahun 2027, kategori pengkomersialan STI menerima RM204.1 juta, manakala kategori penyelidikan STI menerima RM104.9 juta. Selain itu, P.30 Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) menerima peruntukan sebanyak RM53 juta.

Persoalan saya. Selepas kerajaan membelanjakan wang untuk penyelidikan dan menghasilkan sesuatu teknologi, siapakah yang akan menjadi pengguna kepada produk tersebut? Kita tidak mahu hasil penyelidikan hanya berakhir sebagai

draft • 5:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

prototaip, laporan atau bahan pameran. Produk yang berjaya mesti mempunyai laluan untuk memasuki pasaran negara kita.

Saya mencadangkan supaya MOSTI memperkenalkan pendekatan kerajaan sebagai pengguna pertama ataupun first buyer dengan melibatkan PBT, GLC, kementerian dan agensi kerajaan sebagai rakan pengguna teknologi tempatan.

Sebagai contoh mudah, jika penyelidik tempatan berjaya menghasilkan mesin pembersih longkang automatik, sistem pemantauan banjir, tong sampah pintar atau mesin pengasingan sampah, mengapa PBT tidak boleh menjadi pengguna pertama untuk menguji teknologi tersebut?

Jika terbukti berkesan, selamat dan menjimatkan kos, penggunaannya boleh diperluas kepada PBT lain. Begitu juga universiti tempatan yang menghasilkan sistem pengesanan kebocoran paip, sensor kualiti air, atau dron pemantauan kawasan. Agensi kerajaan yang berkaitan sepatutnya menjadi rakan pengujian dan bakal penggunanya.

Kita boleh mengambil pengajaran daripada negara China yang menghubungkan pembangunan teknologi dengan keperluan sebenar bandar mereka dan pihak berkuasa tempatan. Kerajaan dan agensi awam boleh menjadi antara pengguna awal kepada mesin serta teknologi yang dibangunkan.

Saya juga merujuk kepada Maksud Bekalan B.30 Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi yang menerima RM410.84 juta termasuk aktiviti dana dan pengkomersialan sebanyak RM23.10 juta. Manakala di bawah Maksud Bekalan B.30 Butiran 040000 – Program Khusus, peruntukannya ialah RM212.90 juta.

Dengan jumlah peruntukan pembangunan dan pengkomersialan yang sebesar ini, saya ingin bertanya, adakah MOSTI bersedia mewujudkan satu mekanisme padanan antara penyelidik, syarikat teknologi tempatan, PBT, GLC dan agensi kerajaan supaya produk yang berjaya dibangunkan mempunyai bakal penggunanya sendiri daripada sejak awal lagi? Saya juga ingin meminta kementerian menjelaskan, berapa banyak produk R&D tempatan yang benar-benar telah dikomersialkan dan digunakan oleh agensi kerajaan, bukannya sekadar berjaya menghasilkan prototaip?

Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 5:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih, Pengerusi. Saya bangun untuk menyentuh Butiran 040500 – MIMOS Berhad, ataupun dengan khususnya peranan MIMOS dalam membangunkan teknologi pembungkusan semikonduktor termaju ataupun advanced semiconductor packaging di Malaysia.

Saya pernah bekerja di ASE Electronics, sebuah kilang semikonduktor di Pulau Pinang. Daripada pengalaman itu, saya tahu bahawa kerja pemasangan, assembly dan testing memerlukan kemahiran dan disiplin kejuruteraan yang tinggi.

Pulau Pinang sudah lama membina kepakaran ini. Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita menggunakan kekuatan tersebut untuk membangunkan proses sendiri dan membawa teknologi milik syarikat Malaysia ke pasaran.

Dalam advanced packaging, dengan izin, pemproses cip dan memori cip boleh disatukan dalam satu pakej supaya data bergerak lebih pantas antara kedua- duanya. Bagi syarikat tempatan, cabarannya ialah mendapatkan akses kepada peralatan dan kepakaran untuk membina prototaip, menguji kebolehpercayaan dan membuktikan bahawa proses ini boleh digunakan pada skala komersial.

Di sinilah MIMOS boleh mainkan peranan yang besar. Pertama, apakah status advanced packaging centre yang dirancang di bawah Strategi Semikonduktor Nasional dengan memanfaatkan kemudahan sedia ada seperti di MIMOS bersama CREST dan pihak industri? Antara teknologi 2.5D, susunan cip 3D dan hybrid bonding, yang manakah sudah boleh diuji oleh syarikat tempatan di facilities MIMOS hari ini? Bilakah kemudahan selebihnya dijangka tersedia?

Kedua, apakah hasil yang disasarkan? Dari peruntukan di bawah butiran ini, berapa syarikat Malaysia yang telah menggunakan kemudahan MIMOS untuk menghasilkan kemudahan prototaip dan berapa yang telah mencapai peringkat pengesahan oleh pelanggan ataupun pengeluaran komersial? Bagi projek bersama industri, bagaimana hak milik dan hak penggunaan harta intelek ditentukan supaya syarikat tempatan boleh mengkomersialkan teknologi yang dibangunkan?

Ketiga, apakah peranan khusus MIMOS dalam usaha pembungkusan termaju yang sedang dijalankan oleh kerajaan? MOSTI telah mengumumkan program bernilai RM185 juta di bawah Malaysia Science Endowment bersama lima syarikat tempatan. Saya mohon Menteri menjelaskan bagaimana kerja MIMOS dan advanced packaging centre ini diselaraskan dengan program tersebut. Siapakah

draft • 5:35 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

yang bertanggungjawab pada setiap peringkat daripada pembangunan proses dan prototaip sehinggalah pengesahan oleh pelanggan?

Pengerusi, ukuran kejayaan yang saya ingin lihat ialah berapa banyak syarikat Malaysia yang berjaya menguasai proses ini, melatih jurutera tempatan dan memperoleh pelanggan bagi produk yang dibangunkan. Saya mohon Menteri nyatakan sasaran yang boleh diukur bagi tahun 2027 supaya Dewan dapat menilai hasil peruntukan kepada MIMOS tahun hadapan.

Saya juga ingin membincangkan berkaitan tenaga nuklear, khususnya pada Butiran 030400 – Jabatan Tenaga Atom. Malaysia kini sedang melalui peralihan tenaga yang penting dalam usaha mencapai sasaran sifar bersih pada tahun 2050.

Saya berpendapat sumber tenaga nuklear sebagai salah satu pendekatan yang kita boleh pertimbangkan. Dalam mencapai perkara tersebut, keperluan pembangunan teknologi atau pembinaan loji mestilah seiring dengan peningkatan persoalan keselamatan awam, alam sekitar, pengurusan sisa radioaktif, undang-undang dan akauntabiliti.

Dalam konteks ini, saya mengalu-alukan pindaan kepada Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 melalui Akta A1779 iaitu Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 yang mengukuhkan aspek keselamatan, sekuriti dan kawal guna nuklear mengikut standard antarabangsa.

Dalam beberapa pertanyaan jawab lisan dan penggulungan perbahasan peringkat dasar sebelum ini, MOSTI telah memberi penjelasan berhubung pemantapan perundangan nuklear selaras dengan pindaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]. Saya mengambil maklum bahawa MOSTI mempunyai tanggungjawab teknikal dalam pengukuhan perundangan nuklear dan penyelarasan pelaksanaan piawaian International Atomic Energy Agency (IAEA).

Penjelasan tersebut menimbulkan persoalan susulan yang lebih khusus mengenai kesiapsiagaan Malaysia terhadap instrumen antarabangsa yang berkaitan serta tindakan penyelarasan perundangan domestik bagi memenuhi obligasi berkenaan. Aspek susulan yang lebih substantif ialah pelaksanaan peruntukan baru, penyesuaian prosedur pengawalseliaan, keupayaan pemeriksaan serta pencapaian penguatkuasaan selepas pindaan berkuat kuasa pada 1 Disember 2025.

draft • 5:35 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Justeru, saya ingin bertanya kepada MOSTI, apakah penilaian yang telah dilaksanakan oleh MOSTI bersama kementerian dan agensi yang berkaitan bagi

draft • 5:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

mengenal pasti jurang perundangan serta keperluan pematuhan kepada instrumen antarabangsa dalam pembangunan nuklear.

Kedua, apakah tindakan yang dirancang bagi tahun 2027 untuk menyokong kesiapsiagaan negara mengenai obligasi tersebut? Apakah penambahbaikan operasi pengawalseliaan yang telah atau sedang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Atom susulan penguatkuasaan pindaan Akta 304? Apakah indikator prestasi serta sasaran 2027 bagi menilai keberkesanan, pemeriksaan, pematuhan dan penguatkuasaan terhadap pemegang lesen?

Pengerusi, Butiran 00900 – Agensi Nuklear Malaysia. Penjelasan berhubung peranan Agensi Nuklear Malaysia dalam penyelidikan reaktor, penilaian keselamatan, pengurusan sisa radioaktif dan pembangunan kepakaran telah pun diberikan oleh kerajaan. Namun, belanjawan menunjukkan penurunan kira-kira 50 peratus dalam peruntukan pembangunan untuk Agensi Nuklear Malaysia. Jadi, saya― sehubungan itu, kesan perhubungan peruntukan terhadap kesinambungan projek serta keutamaan pembangunan, kemudahan dan pendidikan wajar diteliti oleh kerajaan.

Jadi oleh itu, saya ingin bertanya bagaimanakan pihak kementerian akan merangka strategi keutamaan pelaksanaan peruntukan 2027, bagi memastikan kesinambungan R&D serta pembangunan kapasiti teknologi nuklear negara.

Pengerusi, tenaga nuklear bukan sekadar soal teknologi tetapi soal kepercayaan rakyat. Kepercayaan itu hanya boleh dibina apabila kerajaan menunjukkan kesediaan yang nyata dari segi perundangan, institusi dan keupayaan teknikal bukan sekadar niat sahaja. Saya berharap MOSTI dapat memberikan penjelasan yang jelas dan konkrit supaya Malaysia melangkah ke hadapan dengan yakin dan dengan keselamatan sebagai asasnya. Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Dipersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 5:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato' Pengerusi. Saya terus ke perbahasan. Di bawah Butiran 030100 – Teknologi Strategik menerima peruntukan RM13.23 juta pada tahun 2027 berbanding RM12.58 juta pada tahun 2026. Dalam era pendigitalan dan perkembangan AI yang semakin pesat, keselamatan siber bukan sahaja, bukan lagi sekadar isu teknologi tetapi turut melibatkan keselamatan ekonomi dan infrastruktur kritikal negara.

draft • 5:42 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Ancaman serangan siber terhadap sistem kewangan, hospital, bekalan makanan dan utiliti menunjukkan bahawa gangguan digital boleh memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Sebagai contoh pada awal November 2026, serangan siber dilaporkan menjejaskan sistem penyejukan pasar raya dan penyimpanan darah di Eropah. Di Malaysia, NACSA turut meningkatkan tahap ancaman keselamatan siber, manakala MKN mengesahkan gangguan sistem beberapa institusi kewangan pada 7 November 2026.

Persoalan saya ialah sejauh manakah kesiapsiagaan Malaysia menghadapi ancaman sedemikian? Apakah langkah MOSTI bersama NACSA dan MIMOS dalam memperkukuh penyelidikan serta pembangunan teknologi AI dan keselamatan siber tempatan khususnya bagi membangunkan sistem pengesanan awal dan melindungi infrastruktur kritikal negara.

Seterusnya, saya ingin menyentuh keberkesanan pelaburan negara dalam penyelidikan dan pembangunan R&D. Di bawah Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan, peruntukan meningkat daripada RM21.64 juta pada tahun 2026 kepada RM23.10 juta pada tahun 2027. Namun, bagi Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan, peruntukan pembangunan menurun daripada RM75 juta kepada RM53 juta.

Dalam keadaan negara sedang berusaha memperkukuh industri AI, semikonduktor dan teknologi strategik, apakah justifikasi pengurangan peruntukan ini dan mohon penjelasan perincian butiran R&D ini. Pada masa yang sama, kejayaan R&D tidak seharusnya diukur melalui jumlah penyelidikan dan ataupun penerbitan akademik semata-mata. Sebaliknya, hasil penyelidikan perlu diterjemahkan kepada produk teknologi dan inovasi yang boleh dikomersialkan serta dimanfaatkan oleh industri dan masyarakat.

Apakah mekanisme pemantauan dan sasaran MOSTI bagi memastikan hasil penyelidikan yang dibiayai kerajaan berjaya menembusi pasaran? Dan apakah bentuk pembiayaan susulan dan kerjasama industri yang disediakan khususnya untuk membantu syarikat pemula teknologi dan perusahaan kecil dan sederhana mengembangkan inovasi tempatan?

Seterusnya, di bawah Butiran 00605 – Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia, menerima peruntukan sebanyak RM46.40 juta pada tahun 2027 berbanding RM25.40 juta pada tahun 2026. Peningkatan ini merupakan peluang untuk memperkukuh penyelidikan bioteknologi khususnya dalam penghasilan benih

draft • 5:42 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

berkualiti tinggi, peningkatan produktiviti tanaman dan pembangunan bio produk bernilai tinggi yang dapat menyokong keterjaminan makanan negara.

Sarawak sendiri mempunyai kekayaan biodiversiti dan sumber biologi yang berpotensi besar untuk dibangunkan melalui penyelidikan bioteknologi. Sehubungan itu, apakah hasil penyelidikan NIBM yang telah berjaya dikomersialkan dan apakah perancangan MOSTI untuk memperluas kerjasama dengan universiti serta institusi penyelidikan di Sarawak. Saya juga ingin mengetahui bagaimana hasil penyelidikan ini dapat dipindahkan kepada industri pertanian, petani dan usahawan tempatan, terutama termasuk komuniti luar bandar supaya mereka turut mendapat manfaat daripada perkembangan industri bioteknologi negara.

Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu jurang akses pendidikan STEM.

Ini yang terakhir Dato' Pengerusi. Di bawah Butiran 020400 – Pusat Sains Negara yang menerima peruntukan mengurus RM19.22 juta pada tahun 2027 berbanding RM15.46 juta pada tahun 2026. Walaupun terdapat peningkatan peruntukan, cabaran geografi dan kekurangan kemudahan pembelajaran masih menjadi kekangan kepada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, khususnya di Sarawak lah.

Persoalannya, sejauh manakah program STEM Outreach MOSTI telah mencapai sekolah-sekolah di kawasan luar bandar Sarawak, termasuk di kawasan Batang Sadong khususnya dari segi bilangan sekolah dan pelajar yang menerima manfaat? Dan apakah perancangan kementerian untuk memperluaskan program STEM ini dan juga robotik dan pendedahan kepada teknologi digital di luar bandar di Sarawak?

Sebagai penutup, saya berharap MOSTI memastikan hasil penyelidikan berjaya dikomersialkan dan menjadikan Malaysia bukan sekadar pengguna tetapi pencipta teknologi. Sekian, terima kasih Dato' Pengerusi.

draft • 5:42 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Dipersilakan Yang Berhormat Merbok.

draft • 5:42 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Dato' Pengerusi.

Saya ingin membahaskan Kepala P.30 Butiran 00800. Hanya satu butiran saja. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini, iaitu di bawah program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

draft • 5:48 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Saya melihat satu perkara yang agak membimbangkan dalam peruntukan kementerian untuk tahun hadapan, iaitu pengurangan peruntukan program penyelidikan dan pembangunan daripada RM75 juta kepada― pada tahun ini kepada hanya RM53 juta untuk tahun hadapan seperti kebanyakan pembahas- pembahas yang lain telah menyentuh butiran ini. Ini bermakna berlaku pengurangan sebanyak RM22 juta atau kira-kira RM29.3 peratus.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah kementerian berpendapat bahawa keperluan penyelidikan dan pembangunan negara semakin berkurangan ataupun adakah kementerian telah mencapai tahap keupayaan penyelidikan yang begitu tinggi sehingga peruntukan R&D boleh dikurangkan hampir satu pertiga. Pada pandangan Merbok, pengurangan ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana R&D merupakan satu komponen yang paling penting dalam menentukan keupayaan sesebuah negara untuk bersaing dalam ekonomi berasaskan teknologi dan inovasi.

Dato' Pengerusi, saya ingin mengingatkan bahawa Malaysia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada teknologi yang dibangunkan oleh negara luar.

Kita mungkin boleh mengimport mesin, memberi peralatan teknologi tinggi, menggunakan sistem kecerdasan buatan atau artificial intelligent dengan izin, mendapatkan teknologi automasi dan menggunakan pelbagai produk inovasi dari luar negara.

draft • 5:48 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Tapi persoalannya, sampai bila kita mahu berada pada kedudukan sebagai pengguna? Mengapa kita tidak memperkukuhkan keupayaan untuk menjadi negara mencipta, membangunkan dan menghasilkan teknologi sendiri? Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada kedudukan Malaysia berbanding negara-negara tetangga kita dalam aspek pelaburan, penyelidikan dan pembangunan ini.

Jika kita melihat perbandingan perbelanjaan R&D sebagai peratus daripada KDNK, Singapura telah memperuntukkan sekitar 2.2 peratus, Thailand sekitar 1.2 peratus, manakala Malaysia sekitar satu peratus sahaja. Negara-negara ini tidak membina kekuatan ekonomi mereka semata-mata dengan mengimport teknologi.

Mereka melabur secara besar-besaran dalam penyelidikan, pembangunan, kepakaran, inovasi dan pengkomersialan hasil penyelidikan.

Contoh seperti di Thailand, mereka sangat berjaya dalam bidang pertanian Dato’ Pengerusi. Hasilnya, mereka bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, malah menjadi pemilik teknologi, pengeluar produk berteknologi tinggi dan pengeksport inovasi ke seluruh dunia. Malaysia juga mempunyai potensi ke arah itu. Kita

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

mempunyai universiti awam dan swasta, institusi penyelidikan, tenaga akademik, jurutera, saintis serta ramai anak muda yang mempunyai kemampuan untuk menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi.

Tetapi persoalannya, adakah kerajaan menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi untuk membolehkan potensi ini diterjemahkan kepada hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh negara? Jangan sampai universiti dan penyelidik kita mempunyai idea, mempunyai kepakaran dan mempunyai kemampuan tetapi terpaksa menghentikan atau mengecilkan penyelidikan kerana kekurangan dana.

Seterusnya, saya ingin menanyakan beberapa soalan yang boleh dijawab secara bertulis. Saya ingin meminta kementerian memberikan data berikut.

Berapakah jumlah projek R&D yang telah dibiayai oleh MOSTI sepanjang tiga tahun kebelakangan ini? Berapakah jumlah projek yang telah berjaya mencapai tahap pengkomersialan? Berapakah jumlah patent atau harta intelek yang telah berjaya dihasilkan?

Berapakah nilai jualan atau hasil ekonomi yang telah dijana daripada projek penyelidikan yang telah dibiayai oleh kerajaan? Berapakah jumlah syarikat pemula atau syarikat berteknologi tempatan yang telah berjaya diwujudkan melalui hasil penyelidikan tersebut? Dan saya berpandangan bahawa kementerian perlu mempunyai mekanisme untuk mengukur pulangan perolehan R&D berdasarkan impak kepada ekonomi sebenar, bukan hanya jumlah projek yang telah diluluskan atau jumlah geran yang telah disalurkan.

Dato’ Pengerusi, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah hubungan antara institusi penyelidikan dan sektor industri. Kita tidak mahu penyelidikan dijalankan tanpa mengambil kira keperluan sebenar industri. Sebagai contoh, industri semikonduktor memerlukan tenaga pakar, teknologi, reka bentuk cip, bahan termaju dan sistem automasi.

Industri pertanian pula memerlukan teknologi benih, automasi ladang, perladangan pintar dan teknologi penghasilan makanan. Begitu juga industri kesihatan yang memerlukan pembangunan peralatan, perubatan, teknologi, diagnostik dan inovasi farmaseutikal.

Oleh itu, saya mencadangkan agar MOSTI memperkukuhkan model penyelidikan bersama industri atau industry-lead research, dengan izin. Kerajaan boleh menyediakan geran padanan kepada syarikat tempatan yang bekerjasama dengan universiti tempatan atau institusi penyelidikan bagi membangunkan teknologi

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

yang mempunyai nilai komersial. Dengan cara ini, hasil penyelidikan bukan sahaja memenuhi keperluan akademik tetapi juga dapat menyelesaikan masalah sebenar industri dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Dipersilakan Yang Berhormat Kepong.

draft • 5:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertama, bagi Januari hingga Oktober tahun ini, cuma 29.8 peratus kes narkotik di Ibu Pejabat Jabatan Kimia disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Lebih 70 peratus lewat.

Walaupun Butiran 00200 memperuntukkan RM113.07 juta bagi pembangunan Jabatan Kimia pada tahun depan, mengapa begitu banyak laporan narkotik lewat disiapkan? Berapa kes masih tertunggak dan bagaimana peruntukan baru ini akan mempercepatkan kerja makmal. Kelewatan laporan forensik boleh melembapkan siasatan dan perbicaraan jenayah. Rakyat berhak mendapat keadilan tanpa kelewatan yang tidak munasabah.

Kedua, sasaran prestasi yang tidak betul. Muka surat 305—350 tersilap mencatat kedudukan Malaysia ke-34 sebagai skor Indeks Inovasi Global Tahun 2025. Skor sebenar ialah 40.6 dan meningkat kepada 41.8 pada tahun ini. Mengapa sasaran tahun 2027 masih ditetapkan pada 41 lebih rendah daripada pencapaian tahun ini? Betulkan kesilapan dan kemas kini sasaran segera.

Ketiga, Butiran 09000 memperuntukkan RM51.5 juta untuk pelbagai suntikan ekuiti. Siapa penerima-penerima suntikan ekuiti tersebut? Berapa pegangan kerajaan? Apakah syarat pelaburan dan berapa pulangan yang dijangka?

Bentangkan prestasi setiap pelaburan kepada Parlimen setiap tahun. Hentikan suntikan modal berulang kepada syarikat yang gagal dan ambil tindakan undang- undang terhadap syarikat itu.

Keempat, Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 mendapati MIMOS belanjakan RM28.13 juta bagi MyDigital ID tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan.

Sebanyak RM14.09 juta dana pembangunan pula digunakan untuk kos operasi.

Audit turut merekodkan baki geran penyelidikan MOSTI sebanyak RM14.33 juta setakat Jun tahun 2025.

Apakah tindakan undang-undang terhadap MIMOS? MOSTI kemudian telah memulangkan RM540,000 daripada baki geran RM14.33 juta tetapi memohon menggunakan baki RM13.79 juta untuk program baharu. Sudahkah Kementerian

draft • 5:53 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kewangan meluluskan permohonan itu? Jika tidak diluluskan, bilakah wang tersebut akan dipulangkan kepada kerajaan?

Kelima, Jabatan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia diperuntukkan RM154.62 juta bagi tahun depan. Saya setuju Malaysia memerlukan kawalan keselamatan nuklear tetapi mengapa membangunkan sendiri teknologi yang mungkin lebih murah dibeli atau dilesenkan dari luar negara. Agensi Nuklear Malaysia melaporkan 19 produk dan perkhidmatan dikomersialkan antara tahun 2023 hingga tahun ini. Berapa hasil jualan sebenar berbanding kos penyelidikan?

MOSTI harus minta pihak bebas menyemak setiap projek penyelidikan nuklear. Berapa kosnya? Apakah hasilnya? Dan adakah lebih murah mendapatkan teknologi dari luar negara? Kekalkan projek yang berbaloi dan hentikan yang membazir.

Keenam, industri dron negara. MOSTI melalui MRANTI menyasarkan potensi sumbangan RM50.7 bilion kepada KDNK dan 100,000 pekerjaan menjelang tahun 2030. Selepas empat tahun, berapa nilai jualan eksport dan pekerjaan sebenar telah dihasilkan? Setiap projek mesti terbukti berkesan, selamat dan menjimatkan kos sebelum diperluaskan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 5:53 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:58 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 5:58 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya terus kepada Anggaran Belanjawan 2027 di bawah Maksud Bekalan B.30, Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi berjumlah RM410 juta dan Maksud Pembangunan P.30, Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan jumlah RM53 juta.

Saya melihat peranan MOSTI amat strategik kerana kementerian ini bukan sekadar menguruskan penyelidikan saintifik tetapi bertanggungjawab membina asas keupayaan teknologi, daya saing industri dan ekonomi masa depan negara. Justeru, saya ingin membangkitkan empat perkara.

draft • 5:58 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pertama, Malaysia perlu menjadi pencipta dan pemilik teknologi bukan sekadar pengguna. Dalam keadaan persaingan ekonomi global yang semakin sengit, keupayaan sesebuah negara menguasai teknologi akan menentukan kedudukan dan daya saing ekonomi negara. Malaysia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada teknologi asing. Kita perlu membangunkan kepakaran sendiri, memiliki harta intelek, menghasilkan reka bentuk cip, membangunkan model kecerdasan buatan atau AI serta mencipta produk yang boleh dieksport ke pasaran antarabangsa.

draft • 5:58 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian. apakah sasaran khusus MOSTI untuk meningkatkan pemilikan teknologi dan harta intelek oleh syarikat tempatan menjelang tahun 2030?

Yang kedua, jurang antara penyelidikan dengan pengkomersialan. Malaysia mempunyai banyak universiti. Kita ada lima universiti penyelidikan. Kita ada juga banyak institusi penyelidikan dan penyelidik yang mampu menghasilkan pelbagai inovasi. Namun, kita juga harus jujur. Banyak hasil penyelidikan berakhir sebagai tesis jurnal akademik atau prototaip di makmal tanpa berjaya memasuki pasaran.

Persoalannya, berapakah nilai sebenar hasil penyelidikan yang berjaya dikomersialkan dan menjana pendapatan kepada negara? KPI penyelidikan tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan jumlah kajian atau penerbitan jurnal tetapi berdasarkan nilai jualan, produk yang berjaya dipasarkan dan pekerjaan yang diwujudkan serta pulangan kepada ekonomi negara.

Ketiga, AI dan semikonduktor sebagai teknologi strategik negara. Kita sedang menyaksikan perubahan besar dalam ekonomi dunia akibat perkembangan kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence. Persoalannya, adakah kita sekadar mahu menjadi pengguna aplikasi AI buatan asing ataupun kita berhasrat untuk mempunyai keupayaan membangunkan model infrastruktur dan aplikasi AI sendiri?

Dalam industri semikonduktor, kita juga perlu bergerak ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam reka bentuk cip, advanced packaging dan pembangunan teknologi tempatan. Yang pentingnya, pasaran negara dalam industri kesihatan, pertanian dan sebagainya harus memberikan peluang kepada pereka cipta, inovator dalam negara untuk menghasilkan produk itu.

Sebab ramai juga ataupun banyak juga industri-industri kita ini yang mereka ini memberikan perkhidmatan kepada negara-negara maju tetapi kita tidak menyediakan ruang itu untuk mereka secara sepenuhnya. Jadi, apakah strategi

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

MOSTI untuk memastikan syarikat tempatan turut berupaya menguasai teknologi ini dan rantaian nilai industri semikonduktor dalam negara kita?

Yang terakhirnya, Dato’ Sri Pengerusi, yang ini yang lebih penting. Pagi tadi kita telah bercakap tentang isu alam sekitar, banjir dan sebagainya dibahaskan panjang lebar. Jadi, saya nak mengaitkannya dengan sains, teknologi dan juga inovasi.

Shah Alam sebagaimana yang saya sebut tadi, kita sangat terkesan dengan kejadian banjir yang berlaku berulang kali. Di Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam, kita memang sudah ada Pusat Integrasi Sistem Pemantauan Pintar Shah Alam

(IRIS) yang menggunakan kemudahan pemantauan seperti CCTV, dron, telemetri dan sensor IOI untuk mengesan dan mengawal, memberikan makluman ketika berlakunya banjir. Namun, kita perlu pergi lebih jauh daripada itu, bukan sekadar memantau tetapi juga kita perlu berusaha untuk meramal risiko banjir sebelum ia berlaku.

Jadi, bayangkan sekiranya kita datang ramalan cuaca, intensiti hujan, paras sungai, sistem perparitan dan keadaan trafik dapat kita integrasikan melalui kecerdasan buatan. Maknanya, kita boleh kenal pasti kawasan yang berisiko dinaiki air lebih awal, beri amaran kepada penduduk, kita boleh alihkan aliran trafik dan menggerakkan pasukan penyelamat sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Itu yang saya sangat berkeyakinan supaya MOSTI harus bekerjasama dengan PBT. Contoh macam MBSA, JPS, NADMA, universiti serta agensi yang berkaitan untuk membangunkan apa yang saya boleh sebut sebagai perintis ai smart flood prediction and early warning system di Shah Alam. Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian ialah adakah MOSTI bersedia untuk menjadikan Shah Alam sebagai salah satu lokasi projek rintis penggunaan AI dan teknologi pintar dalam pengurusan bencana bandar, khususnya dalam isu berkenaan dengan banjir ini.

Akhirnya Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin tegaskan bahawa kejayaan MOSTI tidak seharusnya diukur berdasarkan kepada berapa banyak program penyelidikan yang dilaksanakan ataupun berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan ataupun dikurangkan. Sebaliknya, kita perlu mengukur berapa banyak teknologi yang berjaya dicipta, berapa banyak produk yang berjaya dikomersialkan dan berapa banyak pekerjaan berkemahiran tinggi menggunakan anak tempatan dan sejauh mana teknologi itu meningkatkan kehidupan dan kesejahteraan rakyat kita. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Majlis ke pembahas berikut, Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 6:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 6:05 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Sri Pengerusi, MOSTI mendapat perbelanjaan RM1.29 bilion bagi tahun 2027. Jumlah ini agak rendah secara relatif memandangkan MOSTI adalah satu kementerian yang sangat penting dalam menerajui pembangunan sains, teknologi dan inovasi melalui R&D untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi, negara pencipta teknologi dan bukannya pengguna teknologi. Sains dan teknologi akan menentukan masa depan ekonomi negara yang maju dan berdaya saing.

Seterusnya, Butiran 00800rpogram Penyelidikan (STI) iaitu Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berjumlah RM53 juta. Ia turun sebanyak RM22 juta berbanding dengan tahun 2026. Sepatutnya perbelanjaan R&D meningkat, bukan menurun. Saya minta Menteri perincikan R&D yang akan dilaksanakan pada 2027 dan di mana dan kenapa jumlah ini diturunkan.

Dato’ Pengerusi, MIMOS. Jumlah yang diperuntukkan di bawah B.30 Butiran 040500, Program Khusus. Minta Menteri nyatakan apakah program khusus yang akan dilaksanakan dengan peruntukan RM76.8 juta ini. P.30 Butiran 01000 di bawah tajuk Pengkomersialan STI sejumlah RM6.5 juta.

Persoalan saya ialah apakah produk yang akan dikomersialkan pada tahun 2027 oleh MIMOS dan kenapakah MIMOS tidak terlibat dalam penyelidikan STI seperti NIBM dan Yayasan Inovasi Malaysia sedangkan MIMOS sepatutnya memainkan peranan besar dalam R&D seperti semikonduktor, nadir bumi, REE, AI dan sebagainya.

Saya minta Menteri senaraikan pencapaian MIMOS dalam pembangunan teknologi dan produk khususnya pada tahun 2025, 2026. Saya melihat MIMOS mampu memainkan peranan strategik dalam menerajui technical leadership di bawah— di Malaysia seperti ITRI di Taiwan, Industrial Technology Research Institute.

draft • 6:05 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Seterusnya, MIGHT, Malaysian Industry–Government Group for High Tech.

B.40, Butiran 040400 perbelanjaan 2027 RM15.3 juta. P. 30 Butiran 83000 perbelanjaan RM227,090 juta turun daripada jumlah sebelumnya RM131 juta dan jumlahnya RM105 juta. MIGHT menerima satu peruntukan yang besar. Dengan jumlah ini, apakah program khusus yang dilaksanakan oleh MIGHT dan nyatakan pengkomersialan STI yang dilaksanakan serta outcome atau output-output yang dicapai.

Seterusnya, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation

(MRANTI). B.30 Butiran 040300, Program Khusus RM48 juta. P.30 Butiran 18000, Pengkomersialan STI RM13.3 juta. Minta Menteri nyatakan apakah program khusus yang dilaksanakan dan apakah pengkomersialan STI yang akan dilaksanakan.

Dato’ Sri Pengerusi, Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) B.30 Butiran 040700, Program Khusus RM5.8 juta. P.30 Butiran 00605, Penyelidikan STI RM46 juta, naik daripada dulu ya. Minta Menteri nyatakan apakah program khusus dan pendidikan SCI yang akan dilaksanakan. Sebenarnya kita jarang mendengar tentang NIBM ini. Persoalan saya ialah apakah pencapaian NIBM setakat ini dan kenapakah NIBM dan Malaysia Biotechnology Corporation tidak digabungkan menjadi satu entiti.

Dato’ Pengerusi, sebelum mengakhiri perbahasan, izinkan saya untuk menyentuh beberapa perkara yang penting tentang MOSTI. MOSTI sebagai sebuah kementerian yang diberikan mandat yang penting bagi memajukan dan memperkasakan sains dan teknologi negara, khususnya menerajui dan memberi kepimpinan dalam menjayakan recent development dan innovation negara supaya Malaysia setanding dengan negara-negara maju dalam R&D.

draft • 6:05 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya berharap agar MOSTI dapat menggemblengkan tenaga kepakaran dalam bidang teknikal di IPTA khususnya ITE Research University , institusi pendidikan dan industri supaya Malaysia menjadi sebuah negara pencipta dan berteknologi tinggi.

Mengenai REE ataupun nadir bumi, NRES diberikan tanggungjawab dalam memajukan segmen huluan dan alam sekitar manakala MITI bertanggungjawab terhadap segmen pertengahan ataupun midstream dan hiliran end product. MOSTI pula diberikan amanah untuk menjayakan industri REE melalui R&D. Persoalannya ialah agensi manakah dalam MOSTI yang akan melaksanakan program ini? Minta

draft • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Menteri maklumkan status semasa kemajuan advanced packaging consortium yang dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Terakhir Dato’ Sri Pengerusi, apakah peranan MOSTI dalam pelaksanaan agenda STEM, Sains, Teknologi, Engineering Dan Matematik? Ini penting kerana kejayaan MOSTI akan amat bergantung kepada pencapaian STEM di kalangan pelajar-pelajar peringkat menengah atas. MOSTI patut membentangkan prestasi pencapaian agensi di bawah MOSTI seperti MIGHT seperti IBM dan sebagainya kepada Dewan yang mulia ini sekurang-kurangnya sekali setahun. Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih, Timbalan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020600 – Akademi Sains Malaysia. Pertama, Batu Pahat merujuk kepada peruntukan ASM ini yang meningkat kepada RM17.5 juta pada tahun lepas kepada RM19.1 juta pada tahun hadapan.

Batu Pahat ambil kesempatan di Dewan yang mulia ini mengucapkan terima kasih kepada pihak Akademi Sains Malaysia dan MOSTI mengenai projek WBS, Wireless Bridging System yang bakal dilaksanakan di Parlimen Batu Pahat, di DUN Senggarang dan Rengit dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM, Batu Pahat. Jadi, saya ingin merakam kepada pasukan yang diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Ramli bin Kamarudin dan juga Dr. Roshayati binti Yahya atas usaha-usaha yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi, Batu Pahat merujuk kepada Butiran 83000 iaitu MIGHT dengan peruntukan sebanyak RM90 juta pada tahun hadapan. Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan mengenai keberkesanan MIGHT dalam memperkukuhkan ekosistem teknologi tinggi negara khususnya melalui kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan institusi penyelidikan.

Pertama, mengenai peruntukan penggunaannya ialah RM90 juta ini.

Berapakah jumlah projek atau program yang akan dilaksanakan oleh MIGHT sepanjang tahun 2027? Apakah bidang teknologi yang diberikan keutamaan dan berapakah peruntukan bagi setiap program? Batu Pahat juga ingin mengetahui bagi setiap Ringgit peruntukan kerajaan pada MIGHT, berapakah nilai pelaburan swasta

draft • 6:11 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

yang berjaya dijana melalui kerjasama awam swasta? Dan apakah mekanisme MIGHT untuk menyelaraskan kerjasama ini dan berapakah teknologi tempatan yang telah berjaya dikomersialkan sepanjang 2005 dan 2006 dan juga akan datang.

Butiran 040500 – MIMOS Berhad. Kedua, Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri mengenai peruntukan di bawah program khusus.

Apakah sebenarnya skop program khusus di bawah MIMOS Berhad yang diperuntukkan sebanyak RM76.8 juta dan apakah projek-projek utama yang akan dilaksanakan pada tahun 2027? Batu Pahat juga ingin mengetahui sama ada peruntukan ini melibatkan cadangan data center yang akan dibangunkan oleh MIMOS? Sekiranya ada, di manakah lokasi projek berkenaan dan berapakah kos keseluruhannya dan bilakah pelaksanaannya akan dimulakan?

Ketiga, Batu Pahat ingin merujuk kepada peruntukan RM16.5 juta bagi komersialan teknologi yang melibatkan MIMOS juga. Batu Pahat ingin mengetahui, sejauh mana kejayaan MIMOS dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan.

Berapa banyak teknologi atau produk MIMOS yang telah berjaya dikomersialkan setakat ini dan berapakah nilai hasil komersialan yang dijana dan berapa banyak pula projek yang masih belum berjaya memasuki pasaran?

Batu Pahat berharap kementerian dapat memberikan angka dan pencapaian yang jelas supaya kita dapat menilai pulangan daripada pelaburan kerajaan dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan teknologi. Batu Pahat ingin menyentuh Butiran 03700 mengenai Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang ditubuhkan pada 2008 di bawah MOSTI telah diperuntukkan sebanyak RM5.5 juta yang bertujuan menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat termasuk pelajar, usahawan, golongan profesional dan masyarakat luar bandar.

Batu Pahat melihat bahawa negara kita sebenarnya mempunyai ramai rakyat yang kreatif dan mampu menghasilkan pelbagai inovasi. Namun persoalannya ialah sejauh mana hasil inovasi ini berjaya dibangunkan menjadi produk yang boleh dipasarkan dan memberikan pulangan ekonomi kepada penciptanya. Justeru itu Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian.

Pertama, berapakah jumlah inovasi rakyat yang telah dikenal pasti dan dibantu oleh YIM sepanjang 2024 hingga 2026? Daripada jumlah tersebut berapa banyak yang telah berjaya dikomersialkan dan menjana pendapatan kepada penggiat penciptanya? Kedua, apakah bentuk yang disediakan oleh YIM kepada

draft • 6:11 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

pencipta inovasi tempatan khususnya dari segi pembiayaan, pendaftaran harta intelek, pembangunan prototaip dan akses kepada pasaran?

Ketiga, sejauh manakah Program YIM telah diperluaskan ke kawasan luar bandar termasuk di Johor ataupun di kawasan Parlimen Batu Pahat? Adakah kementerian mempunyai sasaran khusus yang memastikan bakat inovasi di luar bandar turut mendapat peluang yang sama? Keempat, apakah sasaran petunjuk prestasi utama YIM bagi tahun 2027 khususnya jumlah inovasi yang hendak dikomersialkan, peluang pekerjaan yang diwujudkan serta nilai ekonomi yang dijangka dapat dijana.

Oleh itu, Batu Pahat ingin mencadangkan supaya YIM diperkukuhkan dengan kerjasama dengan mana-mana universiti tempatan agar institusi TVET ataupun koperasi bagi membantu inovasi rakyat sampai ke peringkat pasaran. Batu Pahat memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai pencapaian sebenar YIM dan hala tuju Yayasan ini bagi tahun 2027. Sekian, terima kasih.

draft • 6:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 6:11 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan. Saya menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI yang memperuntukkan sebanyak RM41 juta kepada Cradle Fund bagi melaksanakan Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-Up Malaysia serta menyokong pembangunan prototaip dan pengkomersialan teknologi tempatan. Usaha ini penting dalam memastikan Malaysia bukan sahaja sekadar menjadi pengguna teknologi tetapi turut berupaya melahirkan syarikat teknologi tempatan yang berdaya saing.

Tuan Pengerusi, ramai anak muda mempunyai idea yang kreatif dan berpotensi untuk dikomersialkan. Namun idea yang baik sahaja tidak mencukupi sekiranya mereka menghadapi kesukaran mendapatkan modal untuk membangunkan produk dan menembusi pasaran. Dalam hal ini, Cradle Fund memainkan peranan yang penting melalui Program CIP Spark yang menawarkan geran sebanyak RM150,000 dan CIP Sprint sehingga RM600,000 bagi menyokong pengkomersialan teknologi.

Persoalan pertama saya kepada Menteri daripada peruntukan RM41 juta kepada Cradle Fund, berapakah jumlah yang disalurkan kepada Program CIP Spark

draft • 6:17 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

dan CIP Sprint serta berapakah banyak syarikat pemula yang disasarkan menerima manfaat pada tahun 2027? Apakah kadar kejayaan pengkomersialan dalam kalangan penerima geran khususnya syarikat-syarikat yang berjaya menjana pendapatan dan memperoleh pembiayaan susulan?

Kita mahu memastikan inovasi tidak hanya berakhir sebagai prototaip atau hasil penyelidikan sebaliknya berkembang menjadi produk dan mempunyai nilai komersial yang mampu menjana peluang pekerjaan.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai akses pembiayaan dan pembangunan syarikat pemula di luar Lembah Klang. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi serantau, pembangunan ekosistem inovasi perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada bandar-bandar utama. Persoalannya, adakah anak muda yang mempunyai idea inovatif di Batu Gajah mendapat peluang yang sama seperti mereka yang berada di Kuala Lumpur atau Selangor?

Bakat dan kreativiti tidak hanya wujud di bandar besar. Negeri Perak yang mempunyai banyak institusi pengajian tinggi, sektor perindustrian dan golongan muda yang berpotensi untuk membangunkan perusahaan teknologi tempatan. Saya berpandangan bahawa usaha kerajaan melalui Cradle Fund dan platform MyStartUp perlu terus diperkukuh menerusi kerjasama dengan institusi pendidikan, pemain industri dan agensi pembangunan negeri.

draft • 6:17 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Persoalan kedua saya kepada Menteri, berapakah jumlah syarikat pemula dari negeri Perak yang telah menerima pembiayaan Cradle Fund sepanjang tempoh 2023 hingga 2026 serta berapakah nilai keseluruhan pembiayaan yang telah disalurkan? Adakah MOSTI bercadang memperluaskan program pembangunan syarikat pemula termasuk klinik permohonan geran, latihan keusahawanan dan jaringan pelabur di Perak, khususnya bagi membantu anak muda di daerah seperti Batu Gajah?

Saya berharap usaha ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai anak muda untuk membangunkan perniagaan teknologi di negeri sendiri. Kita mahu anak muda di Perak bukan sekadar menjadi pencari pekerjaan tetapi turut berpeluang mencipta pekerjaan melalui teknologi dan inovasi.

Tuan Pengerusi, saya juga merujuk kepada Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti. Pembiayaan merupakan antara faktor penting bagi membantu syarikat teknologi tempatan berkembang daripada peringkat permulaan kepada

draft • 6:20 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

perusahaan yang lebih kukuh. Namun, pembiayaan awal sahaja tidak mencukupi sekiranya syarikat berkenaan tidak mempunyai akses kepada modal susulan untuk mengembangkan operasi dan memasuki pasaran baharu.

Saya turut mengambil maklum bahawa Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2026 hingga 2030 atau SUPER 2.0 menyasarkan sebanyak 5,500 syarikat pemula aktif dan 5,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Sasaran ini memperlihatkan hala tuju kerajaan dalam menjadikan inovasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Namun, kejayaan ekosistem syarikat pemula tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah syarikat yang ditubuhkan semata-mata. Apa yang lebih penting ialah berapa banyak syarikat yang mampu bertahan, berkembang dan menyediakan pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik kepada rakyat.

Persoalan ketiga saya kepada Menteri, apakah agensi dan program yang akan menerima manfaat daripada peruntukan RM51.5 juta di bawah Butiran 09000 serta bagaimanakah suntikan ekuiti ini diselaraskan dengan usaha pembiayaan syarikat pemula melalui Cradle Fund? Saya berharap setiap pembiayaan yang disalurkan dapat menghasilkan pengembalian ekonomi yang berlanjutan bagi negara.

Tuan Pengerusi, saya menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI yang terus memberikan perhatian kepada pembangunan teknologi, inovasi dan ekosistem syarikat pemula melalui Belanjawan 2027. Kita mahu Malaysia bukan sekadar menjadi pengguna teknologi asing tetapi sebuah negara yang mampu mencipta teknologi sendiri, melahirkan syarikat inovatif dan menjana kemakmuran ekonomi untuk rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Dipersilakan Yang Berhormat Jerantut.

draft • 6:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 6:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 6:22 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 6:22 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Saya ingin menyentuh kepada belanjawan keseluruhan MOSTI dan Butiran P.30, Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi dan semua, peruntukan keseluruhan MOSTI hanyalah pada nilai RM1.292 bilion iaitu merangkumi 0.112 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan Persekutuan ataupun negara kita.

Kalau kita lihat perbandingan negara-negara lain, Dato’ Sri Pengerusi, contoh China, jumlah peruntukan untuk R&D nya adalah 2.8 peratus daripada KDNK.

Negara jiran kita Thailand yang difahami kehebatannya dalam bidang inovasi pertanian, 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet mereka. Singapura pula 4.65 peratus. Manakala Jepun yang menjadi radar kita sebelum ini adalah 1.18 peratus.

Jadi, dari sudut peruntukan ini barangkali tidak sama dari sudut pembahagiannya tetapi apa yang kita boleh mengambil pengajaran adalah dari sudut komitmen negara untuk kita memperkasa R&D negara. Sebab itu Jerantut ingin mencadangkan satu inovasi sistem pentadbiran kepada kementerian dan juga keseluruhan struktur sistem pentadbiran negara iaitu Jerantut mencadangkan agar semua inovasi R&D yang berselerak Dato’ Sri Pengerusi sebab semua kementerian ada R&D masing-masing.

Jadi, diletakkan di bawah, diselaraskan dan dilaporkan oleh MOSTI menerusi Majlis Sains Negara (MSN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Itu satu cadangannya ataupun alternatively, penyelarasan ini boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sains Negara (JKPSN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh Ketua Setiausaha kementerian-kementerian daripada pelbagai kementerian yang berkaitan dengan inovasi.

Yang kedua, butiran yang sama, 00800 – R&D. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan prestasi Gross Expenditure on R&D (GERD) negara yang masih terperangkap pada sekitar 1.01 peratus KDNK. Jauh daripada sasaran 2.5 peratus menjelang 2030, malah lebih rendah daripada pencapaian 1.44 peratus pada tahun 2016. Kita terkebelakang Dato’ Sri Pengerusi.

Dalam masa yang sama, laporan audit turut menunjukkan walaupun 87.4 peratus peruntukan R&D telah dibelanjakan, hanya 34.1 peratus sahaja projek berjaya disiapkan secara fizikal. Nombornya bawah daripada 50 peratus. Justeru, apakah strategi konkrit MOSTI untuk melonjakkan GERD khususnya melalui penglibatan sektor swasta?

draft • 6:22 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kedua, apakah punca jurang antara perbelanjaan kewangan dengan kemajuan fizikal projek ini? Dan apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan dana R&D benar-benar menghasilkan teknologi yang boleh dikomersialkan?

Dan ketiga, sejauh manakah peruntukan pembangunan tahun ini mampu mempercepatkan pembangunan vaksin manusia yang pertama di peringkat tempatan? Nano teknologi dan bahan termaju bukan sekadar menghasilkan kajian tetapi membina keupayaan teknologi dan industri negara.

Ketiga Tuan Pengerusi, sedikit tentang SMR. Butiran 030500 dan 00900 – Agensi Nuklear Malaysia dan pembangunan perkhidmatan nuklear. Kita dimaklumkan daripada kenyataan Menteri pada 26 Oktober bahawa kerajaan sedang melaksanakan empat kajian utama dalam tempoh 12 bulan sebelum memuktamadkan hala tuju teknologi dan pembangunan loji tenaga nuklear negara.

Tahniah kepada pihak kementerian. Satu langkah yang amat digalakkan. Cuma saya ingin memerlukan beberapa penjelasan.

Pertama, apakah empat kajian berkaitan SMR ini akan menggunakan peruntukan sedia ada Agensi Nuklear Malaysia ataupun melalui peruntukan PETRA ataupun terdapat peruntukan khusus daripada kementerian lain?

Kedua, jika kajian ini memerlukan kepakaran teknikal, penilaian keselamatan, pembangunan bakat dan penilaian teknologi, adakah peruntukan semasa mencukupi untuk memastikan hasil kajian benar-benar berkualiti dan menyeluruh?

Dan yang terakhir, ketiga, apakah garis masa yang jelas selepas empat kajian ini disiapkan? Adakah kerajaan akan terus bergerak kepada keputusan dasar dan pelan pelaksanaan atau kita sekali lagi akan membuka kajian baharu? Kajian demi kajian tapi action-nya tiada. Jadi, kita harap perkara ini boleh dilaksanakan kerana ia boleh meningkatkan kapasiti kewangan negara sekiranya kita ada sumber tenaga baharu.

Sebagai penutupnya Tuan Pengerusi, ini adalah cadangan Jerantut yang kedua tentang inovasi sistem pentadbiran. Jika kita ingin memacu kadar pengkomersialan teknologi tempatan, kerajaan mesti merombak struktur tadbir urus harta intelek (IP) negara yang kini terperangkap dalam silo dan pertindihan kuasa, Dato’ Sri Pengerusi.

Satu, MOSTI selaku penyedia dana R&D. Kedua, KPDN melalui MyIPO bagi urusan pendaftaran. Serta ketiga, KPT yang menaungi universiti awam. Ada tiga kementerian yang terbabit.

draft • 6:22 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kelemahan penyelarasan serta kerenah birokrasi ini menyebabkan ribuan paten hasil dari geran penyelidikan awam sekadar tidur di atas kertas tanpa menembusi pasaran. Jauh berbeza dengan langkah agresif negara China yang meminda undang-undang pemindahan teknologinya untuk memberi kuasa autonomi kepada universiti, melesenkan terus paten kepada industri di samping memberikan insentif sekurang-kurangnya 50 peratus hasil komersial daripada penyelidik serta melaksanakan audit besar-besaran bagi memadamkan lebih sejuta paten akademik terus kepada syarikat swasta.

Justeru, akhirnya saya memohon kementerian memperincikan apakah mekanisme bersepadu bersama di antara KPDN dan juga KPT dalam Belanjawan 2027 bagi menghapuskan tembok birokrasi ini serta mengaktifkan semula paten- paten tempatan yang masih terperam agar pelaburan R&D negara benar-benar menjana pulangan ekonomi. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

draft • 6:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Dipersilakan Yang Berhormat Keningau.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya terus kepada butiran 030000 – Pembangunan Teknologi, RM410.8 juta untuk pembangunan teknologi. Saya ingin bertanya berapakah daripada peruntukan ini dikhaskan untuk aktiviti pembangunan teknologi di Sabah.

Keningau berharap daripada peruntukan ini kerajaan akan meningkatkan dan menambahkan usaha untuk mengurangkan jurang sains dan digital di antara Malaya dengan Sabah yang terbelakang dan termundur.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Antara lain, Keningau ingin mencadangkan supaya pertama, kerajaan menggiatkan aktiviti sains, teknologi dan inovasi di Sabah khasnya di kalangan belia dan sekolah untuk menarik minat pada pembelajaran. Yang kedua, pembinaan Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara di Sabah untuk pendedahan kepada aktiviti sains, teknologi dan penambahan dan inovasi di Sabah. Ketiga,

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

menggalakkan dan menambahkan dana R&D dan pengkomersialkan hasil sains, teknologi dan inovasi khas untuk Universiti Malaysia Sabah dan pengusaha serta untuk start up di Sabah.

Butiran 030600, RM73.3 juta untuk Agensi Angkasa Malaysia. Keningau ingin bertanya apakah rasional perancangan dan galakan kerajaan untuk penubuhan hab pelancaran angkasa di Sabah.

Butiran 040700, RM52.8 juta untuk National Institutes of Biotechnology Malaysia. Keningau ingin bertanya, apakah fokus aktiviti bioteknologi untuk Sabah daripada 52.8 peruntukan ini memandangkan Sabah mempunyai potensi dalam pertanian, perikanan, penternakan dan flora dan fauna yang bakal menjadi asas industri makanan dan bioteknologi.

Butiran 00800, RM53 juta untuk Program Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D). Keningau juga ingin bertanya daripada peruntukan ini berapakah jumlah untuk R&D di Sabah sebab R&D ini amat penting di dalam sains dan teknologi. Dan saya rasa tidak mencukupi peruntukan untuk R&D dalam amaun yang diperuntukkan. Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Puan Pengerusi. KP.30, Kod 30, 00800.

Bajet pada tahun 2026 RM75 juta turun kepada 2027 RM53 juta, di mana pengurangan ini berkaitan dengan peruntukan program dalam penyelidikan dan pembangunan dikurangkan sebanyak RM22 juta.

Pengurangan ini agak membimbangkan memandangkan R&D merupakan asas penting dalam membina keupayaan teknologi dan inovasi sesebuah negara.

Dalam keadaan persaingan global yang semakin bergantung kepada teknologi baru, mengapa bajet ini diturunkan? Sepatutnya kerajaan memperuntukkan pelaburan yang lebih dalam penyelidikan, bukannya mengurangkan sokongan kepada bidang yang menjadi pemacu ekonomi masa hadapan.

Malaysia juga masih berhadapan cabaran untuk menghasilkan teknologi sendiri. Apabila pengurangan ini berdasarkan kepada kekurangan, maka kepakaran luar khususnya dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan, bioteknologi dan teknologi strategik. Persoalannya adakah pengurangan peruntukan ini disebabkan

draft • 6:34 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

projek penyelidikan tertentu telah selesai atau terdapat perubahan keutamaan dalam strategi pembiayaan MOSTI?

Kementerian perlu menjelaskan bagaimana kesinambungan projek penyelidikan sedia ada akan dipastikan agar pengurangan dana tidak menyebabkan projek berpotensi tinggi ini terbantut. Selain itu, keberhasilan penyelidikan tidak sepatutnya diukur berdasarkan jumlah kajian atau penerbitan akademik semata- mata. MOSTI perlu membuktikan bahawa wang yang dilaburkan menghasilkan teknologi, produk dan penyelesaian yang boleh dimanfaatkan oleh industri serta kegunaan untuk rakyat.

Perkara paling penting ialah memastikan hasil penyelidikan tidak hanya tersimpan di makmal atau berhenti pada peringkat prototaip tanpa peluang untuk dikomersialkan. Persoalan untuk dibangkitkan. Berapakah jumlah penyelidikan yang masih berada pada peringkat prototaip dan belum berjaya dikomersialkan?

Kedua, apakah mekanisme kementerian untuk memastikan penyelidikan yang menerima dana kerajaan benar-benar menyelesaikan masalah industri dan masyarakat? Yang ketiga, adakah pengurangan peruntukan ini akan menjejaskan kesinambungan projek penyelidikan yang sedang berjalan?

Perkara yang kedua, Kod P.30 01100 di mana peruntukannya bertambah daripada RM7 juta tahun lepas kepada RM16.5 juta tahun 2027 di mana pembangunan kepada MIMOS Berhad meningkat sebanyak RM9.5 juta daripada RM7 juta. MIMOS mempunyai peranan penting dalam pembangunan teknologi tempatan khususnya dalam bidang semikonduktor, mikroelektronik, kecerdasan buatan dan teknologi digital. Keupayaan institusi seperti MIMOS amat penting bagi memastikan Malaysia bukan sekadar menjadi pusat pemasangan produk teknologi asing tetapi turut mampu membangunkan teknologi dan menghasilkan harta intelek sendiri.

Malaysia kini sedang berusaha meningkatkan kedudukan dalam industri semikonduktor dan rantaian bekalan teknologi global. Namun, usaha ini perlu disokong oleh penyelidikan tempatan yang kukuh, pembinaan teknologi dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi. MIMOS sepatutnya menjadi antara institusi yang membantu syarikat tempatan meningkatkan keupayaan teknikal serta membangunkan produk yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi. Peningkatan peruntukan ini perlu dimanfaatkan untuk membangunkan teknologi yang benar- benar boleh digunakan oleh industri tempatan.

draft • 6:34 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Kementerian perlu menjelaskan hasil penyelidikan MIMOS yang telah berjaya dikomersialkan serta sejauh mana syarikat tempatan mendapat manfaat daripadanya. Kejayaan MIMOS tidak sepatutnya hanya dinilai berdasarkan jumlah projek penyelidikan atau paten yang didaftarkan tetapi juga berdasarkan jumlah teknologi yang digunakan secara komersial dan nilai ekonomi yang berjaya dijana.

Persoalan daripada Sri Gading. Apakah projek penyelidikan teknologi yang akan diberikan keutamaan oleh MIMOS pada tahun 2027? Berapakah jumlah paten atau harta intelek yang telah didaftarkan oleh MIMOS dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini? Berapakah syarikat tempatan yang telah menggunakan teknologi atau kepakaran MIMOS dalam operasi mereka?

Daripada lima buah universiti penyelidikan, berapa banyak projek penyelidikan teknologi khusus untuk membantu pembangunan pertanian demi keterjaminan makanan negara dan berapa jumlah projek yang telah berjaya dihasilkan khususnya dalam padi?

draft • 6:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 6:34 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey, terima kasih.

draft • 6:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 6:34 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi. Padang Rengas bangun membahaskan peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi tahun 2027 khususnya Maksud B.30 dan Pembangunan P.30.

draft • 6:39 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Secara keseluruhannya, MOSTI menerima peruntukan sebanyak RM1.292 bilion iaitu RM775.46 juta bagi perbelanjaan mengurus B.30 dan RM516.93 juta bagi pembangunan P.30. Peningkatan keseluruhannya hanya 1.3 persen berbanding tahun 2026.

Saya ingin membangkitkan lima perkara untuk penjelasan pihak kementerian.

Pertama, Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi. Peruntukan sebanyak RM410.84 juta diberikan kepada program ini. Namun, adakah peruntukan tersebut

draft • 6:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

benar-benar meningkatkan keupayaan teknologi tempatan khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan teknologi tinggi?

Mengapa peruntukan pendidikan dan pembangunan R&D di bawah P.30 Butiran 00800 dikurangkan sebanyak 29.3 peratus kepada RM53 juta. Saya mencadangkan MOSTI menetapkan sasaran pulangan ekonomi, pemindahan teknologi dan pengkomersialan yang jelas bagi setiap dana penyelidikan.

Kedua, Butiran 040000 – Program Khusus. Peruntukan RM212.9 juta dikekalkan tanpa sebarang peningkatan. MIMOS Berhad menerima RM76.8 juta manakala NIBM menerima RM52.8 juta dan MRANTI RM48 juta. Persoalannya, apakah petunjuk prestasi atau KPI khusus yang diwajibkan kepada setiap agensi bagi memastikan geran kerajaan menghasilkan produk teknologi dan peluang pekerjaan bernilai tinggi? Saya juga meminta MOSTI menjelaskan tindakan susulan terhadap teguran Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2026 khususnya berkaitan pengurusan kewangan MIMOS dan projek MyDigital ID.

Puan Pengerusi, yang ketiga, Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan. LKAN Bilangan 1/2026 melaporkan bahawa kadar perbelanjaan R&D dan C&I MOSTI hanya mencapai 78.1 peratus iaitu antara prestasi terendah kementerian yang diaudit. Lebih membimbangkan terdapat baki geran RM14.33 juta yang belum dipulangkan dan baki RM5.5 juta daripada projek yang ditamatkan masih belum dikutip. Apakah tindakan kementerian untuk mendapatkan semula wang tersebut? Mengapa peruntukan baharu terus diberikan sedangkan kelemahan pengurusan dana terdahulu belum diselesaikan sepenuhnya?

Keempat, Butiran 01100 – Projek MIMOS. Peruntukan sebanyak — peruntukan pembangunan MIMOS meningkat RM135.7 peratus kepada RM16.5 juta sedangkan LKAN melaporkan RM28.13 juta dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa bermandat dan RM14.09 juta dana pembangunan digunakan bagi kos operasi. Saya mahu kementerian menjelaskan, apakah mekanisme kawalan baharu yang diperkenalkan dan adakah pelepasan peruntukan 2027 akan disyaratkan kepada pematuhan syor audit?

Kelima, keupayaan serapan peruntukan pembangunan. Bagi P.30, projek Jabatan Kimia Malaysia menerima RM113.07 juta. MIGHT, RM90 juta manakala projek baik pulih dan penyelenggaraan bangunan serta peralatan menerima RM56 juta. Namun, perbelanjaan pembangunan— perbelanjaan sebenar pembangunan MOSTI pada tahun 2025 bagi senarai projek P.30 hanya RM118.3 juta. Saya

draft • 6:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

mencadangkan kementerian membentangkan jadual pelaksanaan dan perbelanjaan secara suku tahunan supaya Parlimen dapat memantau kemajuan setiap projek.

Sebagai penutup Tuan Pengerusi, pendirian saya jelas. Kita menyokong pembangunan sains, teknologi dan inovasi kerana inilah asas daya saing ekonomi negara. Namun, peruntukan besar tanpa hasil yang boleh diukur hanya akan menjadi angka dalam dokumen belanjawan.

Saya menggesa MOSTI memperkukuhkan tadbir urus, meningkatkan kadar pengkomersialan R&D, memastikan ketelusan geran agensi serta memberi keutamaan kepada pembangunan bakat dan teknologi tempatan. Akhirnya, rakyat mahu melihat hasil penyelidikan menjadi produk, inovasi menjadi industri dan teknologi menjadi sumber pendapatan negara.

Dengan penambahbaikan dan komitmen terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan, saya menyokong peruntukan MOSTI untuk tahun 2027. Sekian, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 6:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 030100 – Teknologi Strategik. Puan Pengerusi, semalam Malaysia dan Perancis telah bertukar dokumen memorandum persefahaman mengenai mineral kritikal.

Kerjasama ini telah membuka lagi peluang untuk kita menguasai teknologi pemprosesan nadir bumi.

Soalan dia, kita perlu tahu sekarang berapa lagi ya, berapa bahan mentah yang boleh kita keluarkan atau dibekalkan terutamanya bagi bahan-bahan ini— bahan-bahan nadir bumi ini yang dikeluarkan tanpa memberikan sebarang impak kepada sumber air dan juga hutan. Walaupun saya jangka Menteri nanti yang akan jawab. Dia kata sekarang kita ada teknologi baru.

So, di antaranya kaedah ISL yang menggunakan larutan kimia untuk mengeluarkan nadir bumi daripada tanah. Saya nak kongsikan satu pengalaman di sebuah bekas lombong di Guangzhou, China. Tanah di kawasan sisa lombong masih lagi sangat berasid dengan pH sekitar 3.9 walaupun perlombongan tersebut telah tamat 12 tahun yang lalu. Paras ammonia yang tinggi pula antara 12 hingga 40 kali ganda paras semula jadi. Maka saya mohon kerajaan memberikan kepastian,

draft • 6:45 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

berapakah yang dianggar, stok yang akan dikeluarkan tanpa menjejaskan hutan dan sumber air?

Puan Pengerusi, MOSTI telah memperuntukkan hampir RM7 juta kepada UMPSA melalui projek EYE-TREE. Apakah kaedah yang sudah diuji untuk mengurangkan risiko kepada tanah dan air bawah tanah dan bilakah ujian di tapak boleh bermula? Kita mahu membangunkan potensi nadir bumi bukan radioaktif.

Tetapi dijangkakan kira-kira 94 peratus daripada anggaran sumber nadir bumi ini berada di dalam hutan simpanan kekal sehingga ada permintaan daripada Menteri Besar negeri tertentu yang meminta supaya aktiviti perlombongan nadir bumi ini di hutan simpanan kekal boleh dibenarkan. Ini adalah satu perkara yang sangat menakutkan dan saya bimbang hutan akan dimusnahkan dan sumber air akan dicemarkan.

Jadi, saya nak tanya, berapa tan setahun yang boleh dihasilkan nadir bumi ini daripada kawasan luar sensitif ini? Di luar daripada kawasan sensitif ini dan jika bekalan itu tidak mencukupi, kerajaan wajarlah menilai semula skala untuk industri ini supaya kita memberikan keutamaan yang terpaling tinggi untuk memelihara hutan simpan dan kawasan tadahan air. Ini adalah keutamaan yang tidak boleh di kompromi.

Puan Pengerusi, Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan. Dalam Belanjawan 2027, kita memperuntukkan RM41 juta kepada Cradle untuk pelan pembangunan ekosistem syarikat pemula serta geran prototaip dan pengkomersialan. Berapakah daripada jumlah ini akan disalurkan melalui CIP SPARK dan CIP SPRINT dan berapa lama syarikat-syarikat ini perlu menunggu bayaran pertama selepas geran diluluskan?

draft • 6:45 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pada 4 Mac tahun ini, MOSTI telah memaklumkan Dewan Negara bahawa kadar pengkomersialan penerima CIP Sprint mencapai 100 peratus. Satu angka yang sangat memberangsangkan.

Berapakah syarikat yang diambil kira dan apakah syarat yang diambil kira yang dikatakan berjaya? Prestasi syarikat yang dibantu oleh kerajaan perlulah dibandingkan dengan peserta-peserta bagi program-program swasta dan syarikat yang tidak menerima langsung sokongan-sokongan seumpama ini.

Saya memohon supaya MOSTI menyediakan data mengikut skim dan tahun kelulusan dan tiga tahun selepas geran tamat, berapakah syarikat yang masih

draft • 6:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

beroperasi? Dan berapakah yang mencatat jualan berulang atau telah memperoleh pelaburan daripada swasta?

Bagi syarikat yang sudah ada prototaip, tetapi belum mendapat pelanggan pertama, siapakah yang akan membantu mereka untuk beranjak ke peringkat seterusnya? Idea sebuah think tank pernah membangkitkan risiko bahawa berlakunya pertindihan antara skim-skim pembiayaan kerajaan. Jadi, bagi syarikat yang sudah membina prototaip melalui CIP Spark, tetapi belum mendapat pelanggan berbayar yang pertama, apakah bantuan Cradle untuk membawa produk mereka ke pasaran?

Sebelum dana diluluskan, adakah Cradle menyemak rekod pembayaran agensi lain untuk memastikan kos yang sama tidak dibiayai secara berulang? Di sini saya cadangkan...

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Saya cadangkan supaya kerajaan memperbarui syarat bayar balik geran Cradle. Syarikat yang sudah mampu bayar balik sebagian geran boleh membantu membiayai kumpulan usahawan seterusnya.

Yang pertama...

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang berhormat, masa sudah tamat.

draft • 6:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Akhirnya, bagi RM2.5 juta yang dikutip tanpa kelulusan menurut Ketua Audit Negara, saya mohon Menteri menjelaskan sama ada duit itu telah dipulangkan kepada 14 syarikat terbabit dan jika belum, apakah keputusan kerajaan terhadap kutipan tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 6:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. 030000 – Pembangunan Teknologi, 04000 – Program Khusus dan juga bawah maksud pembangunan, Pembangunan Perkhidmatan STI, Penyelidikan STI, Pengkomersialan STI.

Tuan Pengerusi, semalam Presiden Perancis hadir ke Malaysia dan antara hasrat utama adalah membincangkan tentang bekalan REE ataupun bekalan nadir bumi dari Malaysia. Sebelum ini Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan

draft • 6:52 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

timbal balas dengan Amerika Syarikat dan antara komponen utama dalam perjanjian tersebut juga berkaitan dengan nadir bumi ataupun REE di bumi Malaysia.

Selain itu, ada perbincangan dengan beberapa negara kuasa dunia yang lain berkaitan dengan REE ini. Tuan Pengerusi, minat kuasa dunia terhadap nadir bumi ini mengingatkan saya kepada kisah hasil bumi bijih timah yang dikeluarkan di Tanah Melayu pada waktu itu sekitar 120 tahun yang lalu.

Pada tahun 1900, Malaya atau Tanah Melayu mengeluarkan sekitar 55 peratus hasil bijih timah dunia. 55 peratus hasil bijih timah dari seluruh dunia pada ketika itu datangnya dari Tanah Melayu. Penjajah ketika itu menjarah hasil biji timah ini. Mereka membawa hasil manfaat perlombongan biji timah ini balik ke negara mereka.

Ada sebahagian daripada kita yang mendapat manfaat dan apa yang ditinggalkan oleh mereka selepas 120 tahun, mula perlombongan biji timah 50 peratus, 55 peratus bekalan biji timah dunia datang dari bumi kita. Selepas 120 tahun, apa yang tinggal? Yang tinggal kepada kita hanyalah lombong-lombong.

Lombong-lombong yang dalam di beberapa buah negeri. Ada lombong-lombong yang telah digunakan untuk dibuat kawasan perumahan, ditambak dan dibuat kawasan perumahan. Jadi kita mewarisi sesuatu yang kita lihat telah berlaku 120 tahun dahulu pada hari ini.

Sebab itu, apabila saya lihat minat negara-negara dunia terhadap nadir bumi kita, saya berasa cukup khuatir. Apatah lagi 80 peratus deposit atau simpanan nadir bumi di negeri Terengganu, Kelantan, Perak dan Kedah serta Pahang terletak dalam kawasan hutan simpan, 80 peratus terletak dalam kawasan hutan simpan.

Sehingga ke hari ini, negara kita ada bekalan nadir bumi, tetapi tidak ada cara, tidak ada pendekatan, tidak ada teknologi untuk memprosesnya. Negara yang menguasai teknologi pemprosesan nadir bumi atau REE ini adalah negara China.

Selain daripada negara China, ada beberapa negara lain termasuk Australia dan Amerika Syarikat.

Terkini, kerajaan benarkan eksport sehingga 100 ton metrik nadir bumi mentah untuk tujuan R&D1 dan dengan syarat ada komitmen untuk membina dan membangunkan kemudahan pemprosesan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Soalan saya, setakat mana sebenarnya penglibatan MOSTI dalam R&D berkaitan dengan pemprosesan nadir bumi? Apakah terdapat kerjasama dengan universiti-universiti di Malaysia berkaitan dengan pemprosesan nadir bumi ini? Kita tidak mahu bahawa terdapat keadaan syarikat-syarikat swasta mendapat manfaat

draft • 6:52 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

dan sebahagian besar pemegang saham syarikat swasta ini datangnya dari luar negara juga.

Akhirnya yang ditinggalkan di negara kita, tadi disebut oleh Bakri tadi, yang ditinggalkan di negara kita nanti, kawasan-kawasan tadahan yang telah terjejas teruk, bekalan air yang telah terjejas teruk dan manfaat pada Malaysia adalah amat terhad.

Sebab itu saya mohon kepada MOSTI, beri penekanan khusus pada kerajaan untuk melihat, gemblengkan seluruh tenaga penyelidikan yang ada di Malaysia ini, tak mustahil untuk kita bersama-sama dengan beberapa pihak yang lain, mendapat pendekatan dan teknologi pemprosesan serta teknologi-teknologi lain yang berkaitan dengan hasil nadir bumi ini. Kita tidak mahu 120 tahun yang akan datang, anak cucu kita duduk di Dewan ini bercakap tentang apa kisah biji timah 120 tahun yang lalu.

Seterusnya, Tuan Pengerusi saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan penggunaan teknologi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ini berkaitan dengan Butiran 020200, Pembudayaan STI.

Kita lihat pada hari ini, MOSTI perlu memainkan peranan utama sebagai tonggak dalam kerajaan menggerakkan seluruh agensi untuk membudayakan penggunaan teknologi. Kerana dengan penggunaan teknologi, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Saya bagi contoh, akhir sekali Tuan Pengerusi. Saya lihat pada waktu ini, kalau kita lihat di kawasan lapang yang luas, untuk memotong rumput, kita masih menggunakan berbelas orang pekerja asing untuk memotong rumput sahaja.

Sedangkan di dunia ini, pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk menyelesaikan seluas kawasan tersebut dalam tempoh setengah jam sahaja, tetapi kerana teknologi ini dilihat mahal dan pekerja asing ini dilihat murah, maka syarikat- syarikat mengambil pendekatan untuk tidak menggunakan teknologi.

Jadi saya mohon MOSTI untuk melihat perkara ini dan perkara yang sama berlaku di Putrajaya, kawasan saya. Kalau di cerun bukit, mungkinlah boleh pakai pekerja dengan mesin galas, tapi kalau kawasan lapang, guna 20 pekerja untuk memotong rumput, itu merupakan satu kerugian dalam konteks penggunaan teknologi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri MOSTI untuk menjawab masa 20 minit.

draft • 6:52 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih.

draft • 6:59 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang masih berada dalam Dewan. Yang tiada dalam Dewan, boleh jawab secara bertulis.

draft • 6:59 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Puan Pengerusi.

Sebelumnya, saya memohon keizinan daripada Puan Pengerusi untuk saya menjawab beberapa persoalan terawal disebabkan oleh masalah beberapa pembahas yang terakhir ini. Jawapan yang masih saya tunggu ialah lengkapnya untuk menjawab, tapi yang bagi awal tadi izinkan saya untuk meneruskan...

draft • 6:59 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 6:59 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

...Sebab ada ramai daripada mereka memberikan beberapa isu-isu yang penting untuk kita berikan penjelasan di Dewan.

Terima kasih.

draft • 6:59 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Puan Pengerusi, terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 Peringkat Jawatankuasa pada kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beberapa orang Ahli Yang Berhormat di atas penelitian terhadap peruntukan serta pelaksanaan program dalam tahun 2027 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Penelitian Dewan yang mulia ini terhadap penggunaan sumber dana awam merupakan sebahagian penting daripada usaha untuk memastikan setiap peruntukan yang diluluskan akan dapat dimanfaatkan secara berkesan, telus dan bertanggungjawab.

Puan Pengerusi, bagi tahun 2027, MOSTI diperuntukkan sebanyak RM1.29 bilion. Jumlah ini meningkat kepada RM16.49 juta iaitu 1.29 peratus berbanding peruntukan sebelumnya iaitu RM1.28 bilion pada tahun 2026. Daripada jumlah ini, RM775.4 juta ialah perbelanjaan mengurus. Komponen terbesar ialah pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak RM282.5 juta atau 36.5 peratus yang menyalurkan geran kepada agensi seperti MIMOS, MRANTI dan NIBM. Ini diikuti emolumen sebanyak RM277.16 juta ataupun 35.7 peratus. Perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM885.94 juta atau 24.2 peratus dan aset sebanyak RM29.28 juta.

draft • 7:00 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Perbelanjaan pembangunan pula berjumlah RM516.93 juta secara langsung tanpa komponen pinjaman. Jumlah ini setaraf dengan RM516.22 juta pada tahun 2026, sekali gus mengekalkan momentum pelaksanaan projek. Peruntukan ini akan membiayai 61 projek di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu 43 projek sambungan bernilai RM402.51 juta dan 18 projek baharu bernilai RM114.42 juta. Projek-projek ini merangkumi pembangunan perkhidmatan STI, 34 projek; penyelidikan STI, 11 projek dan pengkomersialan STI, 16 projek.

Puan Pengerusi, izinkan saya terus menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Raub, Puan Pengerusi, pembinaan PDF dan pematuhan syarat lesen Lynas dipantau secara berkala oleh Jabatan Tenaga Atom. Pembinaan PDF telah mencapai 79 peratus setakat 31 Oktober 2026 dan 1.46 juta metrik residu WLP telah dipindahkan ke dalamnya.

Aktiviti pemindahan residu WLP dari kemudahan Residue Storage Facility

(RSF) ke PDF ini dipantau oleh Jabatan Tenaga Atom atau JTA dan dilaporkan secara berkala oleh Lynas kepada JTA bagi memastikan keselamatan dan perlindungan sinaran kepada orang awam dan alam sekitar sentiasa terjamin. JTA telah menjalankan pemantauan dan pensampelan dalam sekitar. Data pemantauan ini juga boleh diakses oleh orang awam secara masa nyata melalui laman MOSTI dan erms.atom.gov.my.

Keputusan mempertimbangkan pelanjutan tempoh lesen selama 10 tahun dibuat berdasarkan penilaian teknikal, perundangan dan pematuhan yang menyeluruh oleh Jabatan Tenaga Atom dan ia nya tertakluk kepada tambahan syarat lesen yang lebih ketat. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat yang dikenakan, tindakan penggantungan atau pembatalan lesen boleh dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Atom pada bila-bila masa di bawah peruntukan Akta Tenaga Atom 1984 [Akta 304].

Dalam tempoh lima tahun pertama, Lynas dikehendaki melakukan pengubahsuaian kepada kemudahan di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) Gebeng, bagi memastikan kepekatan keaktifan residue water leach purification

(WLP) dapat diturunkan ke tahap di bawah had kawalan Akta 304. Lynas telah mengemukakan dokumen perancangan bagi tujuan mengubah suai proses C&L dengan menggunakan kaedah low temperature berbanding proses sekarang.

Kerajaan menegaskan bahawa aspek keselamatan radiologi, kesihatan awam dan perlindungan alam sekitar adalah keutamaan. Pelanjutan ini disertai

draft • 7:00 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

dengan kawalan berjadual yang ketat serta pematuhan yang jelas serta syarat teknikal bagi mengurangkan dan seterusnya menghentikan penghasilan residu yang beradioaktif.

Selain itu, bagi memastikan pematuhan kepada Akta 304 dan syarat lesen yang dikeluarkan kepada Lynas, JTA turut melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan radiologi dan alam sekitar secara berkala serta tindakan penguatkuasaan bagi memastikan tahap keselamatan terus dipatuhi sepanjang tempoh operasi kemudahan termasuk kemudahan PDF. Berdasarkan pemantauan radiologi dan alam sekitar yang dijalankan oleh JTA pada ketika ini menunjukkan bahawa operasi adalah terkawal dan pengukuran dedahan sinaran adalah di bawah had yang ditetapkan.

Puan Pengerusi, dan untuk makluman Yang Berhormat, sebarang aktiviti pemprosesan unsur nadir bumi— rare earth elemen (REE) di Perak atau negeri lain yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi atau NORM dengan kepekatan keaktifan melebihi satu becquerel per gram atau Bq/g tertakluk kepada kawal selia dan pelesenan Jabatan Tenaga Atom atau JTA di bawah Akta Tenaga Atom 1984 [Akta 304] tanpa mengira pelabur atau sumber teknologi bagi menjamin keselamatan dan pengurusan bahan radioaktif.

Pada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu pula. Puan Pengerusi, peruntukan R&D di Malaysia diagihkan secara merentas kementerian atau cross-ministerial dan tidak hanya tertumpu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) semata-mata. Walaupun terdapat pengurangan peruntukan geran MOSTI pada tahun 2027, kerajaan komited untuk terus memperkukuh pelaburan penyelidikan dan pembangunan atau R&D negara melalui pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.

Usaha ini tidak hanya bergantung kepada peruntukan awam semata-mata, sebaliknya turut memberi penekanan kepada peningkatan pelaburan R&D sektor swasta, pengukuhan kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan akademia serta pengoptimuman sumber pembiayaan R&D secara lebih bersasar bagi menghasilkan impak yang lebih tinggi kepada pembangunan teknologi, inovasi dan ekonomi negara.

Antara langkah strategik lain yang diambil oleh kerajaan ialah pelaksanaan inisiatif Malaysia Science Endowment (MSE) di mana Akademi Sains Malaysia

(ASM) dilantik sebagai agensi pelaksana sebagaimana yang dipersetujui oleh

draft • 7:00 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Disember 2023 dan diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.

Tujuan utama penubuhan MSE ini adalah sebagai tabung dana alternatif kebangsaan yang khusus bagi tujuan pembiayaan geran dan biasiswa dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Selain itu, MSE juga akan berperanan sebagai platform yang bertanggungjawab untuk mendapatkan dana dari dalam dan luar negara termasuklah geran dari industri, dana antarabangsa, wakaf, penderma, angel investors, crowdfunding dan self-funds dalam penyokong aspirasi negara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan serta meningkatkan impak R&D kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Seterusnya Puan Pengerusi, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu iaitu inisiatif NSTI atau National Technology dan Innovation Sandbox yang telah diterajui MOSTI dengan penglibatan agensi pelaksana termasuk MTDC dan MRANTI telah dilaksanakan sejak tahun 2020. NTIS menyediakan ruang ujian yang terkawal dan selamat bagi membolehkan inovator serta usahawan teknologi menguji dan mengesahkan produk, teknologi atau perkhidmatan dalam persekitaran sebenar termasuk dengan sokongan untuk menangani keperluan kawal selia yang berkaitan. Inisiatif ini menerima penyelesaian yang berada pada tahap teknologi TRL 6 dan ke atas.

draft • 7:00 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Puan Pengerusi, MOSTI juga melalui Agensi Nuklear Malaysia telah menyempurnakan kajian awal MPR dan sedang merangka blueprint MPR sebagai asas perancangan strategik dalam fasa perancangan jangka sederhana dan panjang bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang dirangka di bawah teras strategik keempat Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) sebelum merealisasikan pembangunan kemudahan tersebut.

Walaupun penggunaan reaktor modular kecil (SMR) tidak dinyatakan secara khusus dalam dasar DTNN 2030, MOSTI secara tidak langsung menyokong pembangunan bakat dalam teknologi nuklear. Antara inisiatif yang dikenal pasti termasuk penyediaan Pelan Pembangunan Bakat Nuklear Negara yang berpandukan kepada perkembangan teknologi serta kesediaan masa hadapan.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia tidak bermula dari sifar dalam aspek pengetahuan, pengalaman dan penggunaan teknologi nuklear, reaktor penyelidikan nuklear iaitu Reaktor TRIGA PUSPATI atau RTP berkuasa 1MW telah

draft • 7:10 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

beroperasi selama 43 tahun sejak penubuhannya. Pengoperasian, penyelenggaraan dan penyelidikan sistem reaktor nuklear ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh kakitangan tempatan yang bertauliah dan diperakui tanpa bergantung kepada kepakaran luar.

YB Betong pula telah menyentuh beberapa perkara. Di mana sebagai jawapan, MOSTI menawarkan pembiayaan R&D kepada mereka yang berminat menjalankan projek R&D eksperimental yang bertujuan membangunkan produk atau inovasi baharu. Pada masa ini, bidang keutamaan pembiayaan dana R&D MOSTI adalah berdasarkan Rangka Kerja 10— 10 Malaysia Science, Technology, Innovation and Economy atau MySTIE yang mana biodiversiti, tenaga baharu dan agroteknologi adalah antara tunjang utama dalam rangka kerja ini.

Kerangka ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing global Malaysia dengan memastikan pembangunan STIE dapat merangsang pertumbuhan sosioekonomi. Bagi permohonan pada tahun 2026, sebanyak 529 permohonan telah diterima dari seluruh negara. Hanya dua permohonan geran PEMACU 2.0 diterima dari Universiti Malaysia Sarawak. Ketika ini, tiada projek yang diluluskan bagi pemohon dari Sarawak bagi geran PEMACU 2.0.

Proses penilaian permohonan dana R&D mesti dilaksanakan secara telus berasaskan merit dan berpandukan kriteria teknikal yang telah ditetapkan, termasuk kesesuaian skop, kapasiti pelaksana, kebolehlaksanaan projek serta potensi impak.

Dalam hal ini, MOSTI mengalu-alukan permohonan daripada Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan dana R&D yang akan ditawarkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Peruntukan R&D yang dimohon pada tahun 2027 adalah berdasarkan kepada keperluan pembayaran komitmen projek atau jadual pembayaran adalah mengikut pelaksanaan milestone projek. Secara keseluruhannya, peruntukan ini bertujuan menyokong pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D serta penyediaan kemudahan dan keperluan berkaitan mengikut skop projek yang telah diluluskan.

Seterusnya, Yang Berhormat Betong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peningkatan peruntukan pembangunan NIBM daripada RM25.395 juta pada tahun 2026 kepada RM46.401 juta pada tahun 2027 adalah kesinambungan lima projek DE RMK13 iaitu MyGenom Fasa 2, pengubahsuaian makmal in vivo, MyBio@Fit, MyPhytolead serta program pembangunan dan pengukuhan penghasilan vaksin negara.

draft • 7:10 PM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Peningkatan sebanyak RM21.006 juta ataupun 82.72 peratus ini, terutamanya yang melibatkan Program MyGenom Fasa 2, daripada RM10 juta pada tahun 2026 kepada RM30 juta pada tahun 2027, selaras dengan keperluan dan fasa pelaksanaan projek yang telah diluluskan.

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada empat minit lagi. Kalau boleh jawab sikit pasal nadir bumi. Saya ingat ada beberapa Ahli Parlimen yang dalam Dewan bertanya, termasuklah Bakri dan Putrajaya. Sentuh sedikit, kita nak dapat— because, ini isu penting saya rasa yang perlu direkodkan dalam Dewan ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:10 PM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

I— tinggal empat minit jer? Okey, I lompatlah ya.

[Ketawa] I go to siapa ini— yang tadi awal.

draft • 7:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jangan lupa Jerantut itu. Semua isu penting, bukan isu nadir bumi saja.

draft • 7:10 PM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Batu Pahat ya. Ada Batu Pahat ke?

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Ada, ada, ada.

draft • 7:10 PM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

[Ketawa] Okey. Saya jawab yang setakat saya nak jawablah. Asal ada, kita jawab ya, YB. Okey.

Puan Pengerusi, persoalan yang telah dibangkitkan oleh Batu Pahat, saya jawab seperti ini ya. Peningkatan peruntukan pengurusan OPEX (ASM) Akademi Sains Malaysia yang telah ditimbulkan sebanyak RM1.6 juta ini adalah untuk tahun 2027 bagi menampung pertambahan kos emolumen berikutan pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kenaikan kos sewaan ruang pejabat dan juga menampung kos operasi dan pelaksanaan aktiviti MSE atau Malaysia Science Endowment. YB juga menyebut berhubung dengan satu perkara lagi iaitu tentang skop peruntukan yang dibangkitkan iaitu RM16.5 juta dalam Belanjawan 2027, diperuntukkan bagi tiga projek pembangunan MIMOS. Pecahannya ialah RM10 juta bagi Program Kecerdasan Kuantum Nasional, RM5 juta bagi pembangunan teknologi blok rantai atau blockchain-lah dan pengesanan deepfake serta RM1.5 juta bagi pembangunan platform sokongan kesihatan warga emas. Untuk menjawab sama ada digunakan untuk pembangunan pusat data MIMOS, jawapannya tidak.

Dan seterusnya, Batu Pahat juga telah membangkitkan, di mana MIMOS telah mengkomersialkan 43 teknologi hasil penyelidikan dan pembangunan tempatan dengan nilai hasil pengkomersialan terkumpul sebanyak RM209.83 juta yang direkodkan sehingga tahun 2023. Setakat September 2026, MIMOS juga telah

draft • 7:10 PM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

melesenkan 17 pakej teknologi kepada industri. Antara kegunaannya ialah menjejak aset di dalam bangunan dan mengurus penggunaan tenaga dalam sistem penyejukan bagi teknologi yang masih dalam proses memasuki pasaran. MIMOS mempunyai 29 versi pakej pelepasan teknologi atau technology release packages yang tersedia untuk pemindahan dan pengkomersialan kepada industri.

Permintaan Yang Berhormat untuk angka pulangan pelaburan yang jelas diambil maklum dan akan diberi perhatian oleh kementerian. Ada lagi beberapa persoalan tetapi saya pergi YB yang lainlah, saya jawab. Yang kelebihan daripada persoalan-persoalan yang ditimbulkan, yang tak sempatlah saya sebut sebab YB Putrajaya cakap, saya ada jawapan. Saya bagi secara bertulis ya. Batu Pahat, okey ya?

[Dicelah] Alright.

Saya pergi Shah Alam, dekat dengan saya dia [Ketawa] Puan Pengerusi, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara pencipta dan pemilik teknologi menjelang tahun 2030, MOSTI menerusi Dasar Pengkomersialan Harta Intelek (IP) 2021–2025 menyasarkan peningkatan sebanyak 20 peratus dalam pengkomersialan IP hasil R&D kerajaan bagi memperkukuh pemanfaatan inovasi dan teknologi tempatan.

Dasar ini turut menyediakan mekanisme bagi memudah cara pemindahan hak milik IP kepada syarikat tempatan melalui kelulusan jawatankuasa di peringkat kementerian. Potensi harta intelek tempatan dinilai secara objektif berdasarkan garis panduan kerangka penilaian IP bagi menentukan nilai monetari dan kebolehpasarannya. Proses pengkomersialan tersebut turut tertakluk kepada penilaian oleh MOSTI bagi memastikan kebolehpasaran dan potensi teknikal IP berkenaan.

Berhubung dengan— bagi menjawab mengenai sasaran yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Shah Alam, sasaran 2030 belum dimuktamadkan.

MRANTI telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan pada tahun 2026 dan cadangan pembangunan Malaysia Commercialisation Indicator Framework (MCIF) akan dikemukakan perbincangan bersama KE dalam masa yang terdekat.

Dan saya pergi yang— yang persoalan seterusnya, YB Shah Alam, kita akan bagi secara bertulis ya. Saya pergi...

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa pun sudah tamat.

draft • 7:10 PM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Oh, ya. Saya nak jawab Jerantut sampai—kalau macam itu, saya go to my closing-lah ya.

[Dicelah] Ya, closing-lah, dia tutup.

draft • 7:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Dan Gerik juga ya, jawab bertulis.

draft • 7:10 PM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Oleh itu, Puan Pengerusi, sebelum mengakhiri ini, saya ingin nak bagi tahu tentang persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan jawab secara bertulis, ya.

Dalam meneliti terutamanya peruntukan kementerian, perkara yang wajar menjadi perhatian bukan sahaja apa yang hendak dilaksanakan, tetapi juga bagaimana pelaksanaannya dapat menghasilkan nilai kepada negara.

Kemajuan sains, teknologi dan inovasi sememangnya memerlukan pelaburan yang berterusan, namun pelaburan tersebut perlu disertai kejelasan tujuan, penyelarasan yang berkesan dan penilaian terhadap hasil pelaksanaan.

Dengan cara ini, kita dapat memastikan usaha membangunkan keupayaan teknologi negara terus mempunyai hubungan yang nyata dengan keperluan industri dan juga kehidupan masyarakat.

MOSTI akan terus memberikan perhatian kepada penggunaan sumber secara bertanggungjawab, pengukuhan kerjasama antara pihak yang berkepentingan serta usaha menghubungkan hasil penyelidikan dan pembangunan teknologi yang memerlukan masa sebelum manfaat sepenuhnya dapat direalisasikan. Kedua-duanya penting, tetapi perlu dinilai berdasarkan matlamat kemajuan dan kedudukan pelaksanaan masing-masing.

Puan Pengerusi, pada akhirnya, ukuran yang bermakna bagi suatu peruntukan bukan semata-mata sama ada wang yang telah dibelanjakan atau program telah dijalankan tetapi sama ada pelaksanaannya benar-benar membawa kita lebih hampir kepada hasil yang dihasratkan. Itulah tanggungjawab yang perlu terus diberikan perhatian oleh MOSTI dalam melaksanakan peruntukan Belanjawan 2027 agar kemajuan teknologi tidak hanya berkembang dari segi keupayaan tetapi turut membawa perubahan yang bermakna kepada negara dan rakyat.

Saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Puan Pengerusi serta semua Ahli Yang Berhormat atas perhatian dan penelitian terhadap peruntukan kementerian. Sekian, terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM775,462,200 untuk Kepala B.30 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.30 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.30 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 7:20 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 19 November 2026.

draft • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.23 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026