Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Membaca doa] Setiausaha.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Syukur kita kepada Allah Taala dengan izin dan juga kita dapat lagi bernafas pada hari ini.
Kita mulakan sesi pada hari ini untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusof, Yang Berhormat Rantau Panjang.
1. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Soalan saya, Rantau Panjang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan tahap persiapan kerajaan untuk menghadapi Monsun Timur Laut agar tidak berulangnya lagi masalah seperti ketidakcukupan makanan, perbezaan kualiti barangan bantuan dan kakitangan yang kepenatan di pusat perpindahan sementara mangsa banjir. Mohon jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Rantau Panjang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Arahan NADMA No.1, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi bantuan dan pemulihan, iaitu agensi yang menyediakan bantuan kebajikan, khidmat kaunseling, logistik dan sebagainya dalam pengurusan bencana negara.
JKM menguruskan pusat pemindahan sementara ataupun PPS meliputi pendaftaran mangsa serta pengagihan bantuan keperluan asas semasa dan selepas bencana. Tumpuan khusus akan diberikan kepada keperluan wanita, keluarga, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) semasa krisis, termasuk penyediaan sokongan psikososial dan perlindungan daripada sebarang bentuk risiko keselamatan di PPS.
Bagi memastikan tanggungjawab ini dilaksanakan dengan efisien, JKM telah membangunkan tiga prosedur operasi standard ataupun SOP, iaitu SOP Pengurusan Krisis dan Bencana, SOP Pengurusan Stor Bencana dan SOP Pangkalan Hadapan. Ini untuk memastikan proses kerja pengurusan bencana kepada mangsa yang terkesan disalurkan mengikut keperluan dan standard yang seragam di semua peringkat merangkumi negeri dan daerah di seluruh negara.
Dalam pada itu, JKM telah menggariskan tujuh keperluan utama bagi memastikan perkhidmatan pengurusan bencana dipertingkatkan dan diperkemaskan sebagai persiapan untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MPL) 2026/2027 iaitu:
(i) menguruskan peruntukan kewangan berjumlah RM77.8 juta merangkumi peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri bagi tujuan pengurusan bencana bagi tahun 2026 termasuklah perolehan untuk penyediaan barang keperluan kepada mangsa bencana dan juga menaik taraf fasiliti penyimpanan barang keperluan bencana;
(ii) persediaan untuk mengaktifkan mana-mana 8,180 PPS di seluruh negara yang terdiri daripada sekolah, dewan, balai raya, pusat komuniti dan lain-lain lagi yang boleh menampung kapasiti seramai 1.86 juta mangsa. Selain daripada itu, memastikan PPS menepati kriteria yang diperlukan.
Persediaan ini turut merangkumi pendaftaran semua PPS ini dalam Sistem InfoBencana JKM. Setiap PPS telah dijana QR code bagi setiap PPS untuk melancar dan memudahkan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
pendaftaran utama serta penyaluran bantuan pemulihan kepada mangsa yang sah berdaftar di PPS; Ketiga ialah— minta izin Tuan Yang di-Pertua, belum habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih.
(iii) kesiapsiagaan barang keperluan mangsa bencana. Selain perolehan barangan yang setara dan penempatan barangan ini di semua fasiliti penyimpanan barangan di seluruh negara, JKM telah mengenal pasti dan melantik 211 pembekal berskala kecil dan 627 pembekal berskala besar di seluruh negara bagi tujuan penyediaan barang keperluan kepada mangsa ketika waktu kritikal bencana;
(iv) kesiapsiagaan sebanyak 824 fasiliti penyimpanan barangan di seluruh negara meliputi lapan buah depot simpanan keperluan bencana, lapan buah stor negeri, 144 buah stor daerah, 114 buah mini depot kontena dan 550 pangkalan hadapan;
(v) persediaan mobilisasi lebih 4,800 orang pegawai dan kakitangan JKM yang disokong dan seramai 175 orang pegawai psikologi, hampir 800 orang psychological support team (PST), 474 orang sahabat psychological support team dan lebih 2,200 orang sukarelawan bencana JKM;
(vi) persediaan penyelarasan pengoperasian bencana di peringkat pusat, negeri dan daerah bersama agensi-agensi kerajaan serta kolaborasi strategik bersama pihak swasta, korporat dan pertubuhan bukan kerajaan. bagi tujuan penyaluran sumbangan kepada mangsa bencana; dan
(vii) melaksanakan 40 siri latih amal dan simulasi pengurusan PPS melibatkan penyertaan 6,000 orang yang terdiri daripada agensi kerajaan, pemimpin tempatan serta ahli komuniti.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Bagi memperkasakan lagi pengurusan bencana, KPWKM telah memperkenalkan penggunaan sepenuhnya Sistem InfoBencana JKM 4.0, dengan izin, atau MyIBJKM bagi membantu mangsa bencana di Malaysia menguruskan diri sebelum, semasa dan selepas sesuatu musibah.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Fungsi utama aplikasi ini ialah pendaftaran kendiri sebagai ketua isi rumah dan ahli isi rumah. Kedua, mengemas kini maklumat peribadi dan keluarga dengan mudah. Dan ketiga, mencari lokasi PPS terdekat serta membuat proses daftar masuk dan daftar keluar menggunakan kod QR. Dan keempat, memohon serta menyemak status bantuan wang ihsan.
Sementara itu, bagi menangani isu keletihan melampaui burnout tadi, dengan izin, yang ditanya dalam kalangan petugas pengurusan bencana. JKM melaksanakan pendekatan mobilisasi dan penggiliran petugas secara berperingkat.
Apabila sesuatu kawasan dilanda bencana serta banjir, kakitangan JKM di daerah terlibat akan bertindak sebagai pasukan tindak balas awal khususnya untuk mengaktifkan dan mengendalikan PPS di kawasan yang memerlukan.
Dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam berikutnya, kakitangan JKM dari daerah berdekatan akan digerakkan untuk membantu dan mengambil alih sebahagian tugas petugas sedia ada. Langkah ini membolehkan petugas yang telah bertugas sejak awal bencana mendapat rehat yang mencukupi sebelum kembali menjalankan tugas. Sekiranya beberapa daerah berdepan bencana secara serentak sehingga mobilisasi antara daerah tidak dapat dilaksanakan, JKM akan menggerakkan kakitangan dan negeri-negeri berdekatan untuk membantu mengambil alih tugas buat sementara waktu.
Pendekatan ini penting bagi memastikan beban tugas dapat diagihkan dengan lebih seimbang serta petugas mempunyai ruang untuk memulihkan tenaga fizikal dan mental sekali gus mengurangkan risiko keletihan melampau dan memastikan operasi pengurusan bencana dapat diteruskan dengan lancar.
Pada masa yang sama, sokongan psikososial turut diberi perhatian bagi menjaga kesejahteraan fizikal dan emosi petugas sepanjang tempoh bencana. Ini kerana pada masa yang sama, ada di kalangan petugas dan Hero Jaket Oren JKM ini serta ahli keluarga mereka yang juga terkesan dan turut menjadi mangsa bencana. Namun, disebabkan tugas dan tanggungjawab segala amanah dilaksanakan dengan sebaik mungkin dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Akhir sekali, sebagai penutup, kami di KPWKM dan JKM sentiasa melaksanakan sebaik mungkin untuk memastikan persiapan dan pengurusan pusat pemindahan bencana dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan khususnya menghadapi MTL ini. Pada masa yang sama, penyelarasan antara agensi dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan akan terus diperkukuh bagi
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
memastikan setiap mangsa bencana mendapat layanan yang adil, bantuan yang mencukupi serta perlindungan kebajikan yang sewajarnya.
Keutamaan KPWKM bukan sekadar memastikan kesiapsiagaan menghadapi bencana tetapi juga memastikan kebajikan dan kesejahteraan setiap mangsa sentiasa terpelihara sepanjang tempoh bencana. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Rantau Panjang, soalan tambahan.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Kita sangat menghargai sebenarnya jasa yang telah dibuat oleh semua pegawai-pegawai JKM termasuk semua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, termasuk polis, tentera termasuk juga bomba, RELA, APM dan sebagainya dan termasuk juga sukarelawan yang banyak membantu mangsa banjir sama ada melalui bantuan makanan dan perkhidmatan bantuan.
Saya ingin penjelasan sebenarnya bagi kakitangan yang berdepan dengan— mereka juga adalah mangsa banjir. Contoh, APM juga mereka bangsa banjir, JKM juga mereka juga bangsa banjir dan keluarga mereka terlibat. Jadi, setakat ini apakah inisiatif yang telah dibuat untuk menjaga kebajikan mereka?
Begitu juga kepada sukarelawan yang memasak di PPS, mereka juga adalah mangsa banjir. Jadi, apakah usaha kementerian untuk memastikan keperluan kebajikan kepada tenaga sukarelawan kita dan juga termasuk juga keperluan peralatan di PPS? Di antaranya tidak ada dapur yang proper , tidak ada tukang masak yang tetap, tidak ada genset, tidak ada keperluan peralatan sejuk beku. Ia menyebabkan di antara cabaran utama terutama di kawasan banjir besar. Jadi, apakah usaha pihak kementerian untuk menangani isu ini terutama kebajikan mereka yang membantu mangsa kita? Jadi, minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk jawab.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan komitmen para sukarelawan JKM yang tampil membantu dalam pengurusan bencana khususnya ketika berlakunya banjir. Saya berterima kasih Yang Berhormat bertanya soalan ini kerana ramai Yang Berhormat yang lain sentiasa bertanya— dah dua tahun dah bertanya. Jadi, berhubung dengan perkara yang dibangkitkan tersebut, saya ingin maklumkan bahawa, Alhamdulillah kerajaan telah
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
bersetuju dengan cadangan KPWKM serta JKM supaya sukarelawan JKM yang bertugas dan memberikan bantuan semasa pengurusan bencana diberikan elaun tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Tapi ini untuk masa— tahun depan dan bukan tahun ini, sebab ini adalah dalam bajet yang telah dimaklumkan. Keputusan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan oleh para sukarelawan yang ada masanya terpaksa meninggalkan urusan peribadi dan keluarga bagi membantu mangsa bencana.
Pemberian elaun ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi kebajikan dan kesejahteraan sukarelawan di samping menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk tampil menyertai gerakan kesukarelawan. Kita mahu pastikan bahawa mereka yang bantu menjaga kebajikan mangsa bencana turut mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
Tadi tanya mengenai pegawai-pegawai yang bekerja. Mereka mempunyai elaun dalam tugasan mereka sendiri dan barang-barang untuk membantu, untuk makanan itu semua terurus, insya-Allah. Itu tak payah dirisaukan kerana itu memang sudah diuruskan.
Dan, kalau kita lihat daripada pengalaman kita yang lalu, di kalangan pegawai mereka sendiri di satu-satu tempat itu tidak mencukupi. Jadi, apa yang kita lakukan, kita mohon kementerian lain yang berada di kawasan luar kawasan dan juga JKM- JKM yang lain yang tidak, not involved dengan izin, yang tidak terbabit dengan banjir.
Maka, mereka juga dikerah untuk membantu. Kita ada contoh di Johor dulu, di Bintulu dulu. Jadi, kita memang bersiap siaga— semua ini sudah diambil kira Yang Berhormat. Terima kasih di atas soalan tersebut.
Jadi, kita mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana negara melalui penglibatan masyarakat secara lebih tersusun dan berkesan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan dan juga pencerahan yang diberikan oleh Menteri tadi. Jadi, sama ada kementerian pernah mengkaji semula cara untuk mengurangkan beban kepada pegawai-pegawai dan juga sukarelawan semasa berlaku banjir skala besar?
Contohnya di bandar sekunder kerana bukan sebuah bandar semua dibawa air, masih ada tempat yang boleh diguna lagi.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Contohnya, banyak hotel masih boleh diguna tetapi apabila mangsa, mereka sendiri pilih untuk duduk di hotel, bukan hotel mewah, hotel biasa. Dan kerana ada— mungkin ada orang tua, ada bayi, so, mereka memilih lebih selesa menempatkan orang tua dan mungkin orang yang perlu keluarga mereka di hotel tetapi tak terima langsung bantuan kewangan dari kementerian pula.
Jadi, sebenarnya pun ada pegawai yang feedback kepada saya, maklumkan bahawa lebih elok kadang-kadang kita saingkan— kalau kita boleh mengurangkan beban di PPS dan mereka semua daftar di PPS tapi mereka memilih mereka boleh duduk di mungkin rumah saudara mara atau terus pergi ke hotel yang mereka boleh afford, dengan izin.
Jadi, sebenarnya lebih lancarnya untuk membantu mangsa dan kita tak paksa semua orang mesti duduk di PPS dan akhirnya kementerian, jabatan lain, semua kena salurkan manpower dengan izin dan juga kewangan, makanan dan semua lagi.
Jadi, ini cadangan dan saya mohon respons dari kementerian sama ada cara modus operandi untuk mengatasi operasi semasa banjir itu pernah dikaji semula?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Dia macam ini, itu satu cadangan. Cuma kita memang sentiasa pastikan mereka ini berdaftar ya, berdaftar dan kita— pengerusi bencana normally, biasanya di setiap kawasan, di setiap daerah ialah pejabat daerah, the district officer, dengan izin.
Jadi, perkara ini boleh— pastikan mereka berdaftar dan akan dikaji. Kita akan melihat apa yang kita sedang usahakan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Bagi prosedur terkini bagi mangsa yang mendaftar, mereka yang tidak berpindah ke PPS juga boleh memohon seperti yang saya nak katakan tadi memohon Bantuan Wang Ihsan. Jadi setakat ini tak adalah kita menidakkan. Cuma kalau di tempat hotel yang lebih daripada apa yang Bantuan Wang Ihsan itu ada, mungkin itu adalah mereka mungkin dia nak baik kerana keselesaan, mungkin dia bayar lebih sedikit tapi Bantuan Wang Ihsan itu memang ada. Yang penting dia berdaftar. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Dengan ini
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Yang Berhormat Jempol.
2. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol]: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jempol minta Yang
Berhormat Menteri Kerja Raya menyatakan
(a) adakah pihak kementerian bercadang untuk menaik taraf Jalan Utama Palong (FT44) dari seksyen 00 hingga seksyen 9.0; dan
(b) apakah permohonan ini akan diambil tindakan segera memandangkan cadangan ini merupakan sambungan dari jajaran yang telah diluluskan dalam RP1 RMK13 demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya yang mana jalan ini sempit dan sering berlaku kemalangan yang membawa maut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jempol, jalan yang dimaksudkan ialah Laluan Persekutuan FT44 Jalan Utama Palong dengan panjang keseluruhan 33.79 kilometer. Jajaran ini, jalan ini merupakan laluan utama yang digunakan oleh pengguna jalan raya terutama kenderaan perdagangan untuk menuju ke arah Pantai Timur, khususnya ke Muadzam Shah, Kuantan dan Rompin.
Berdasarkan rekod pada Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kementerian ini telah mengangkat permohonan daripada kerajaan Negeri Sembilan bagi menaik taraf Jalan Utama Palong (FT044) dari seksyen 0 hingga seksyen 9.10 Daerah Tampin, Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus, untuk pertimbangan dan kelulusan agensi Pusat. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak mendapat kelulusan berikutan keutamaan telah diberikan kepada projek-projek lain di Negeri Sembilan.
Sehubungan itu disyorkan supaya cadangan projek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol untuk dikemukakan semula kepada pihak kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri atau JKR Negeri untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri dalam Rolling Plan yang akan datang dan akan diberi pertimbangan dan sewajarnya untuk diangkat kepada agensi Pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan. Tertakluklah kepada giliran peruntukan
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
ataupun agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini, Kementerian KKR ya.
Fokus utama kementerian pada masa ini adalah untuk memastikan projek yang telah diluluskan di Laluan Persekutuan FT44 pada Rolling Plan 1 RMK1 ini iaitu projek menaik taraf struktur Jalan Utama Palong (FT044) dari seksyen 10.00 hingga seksyen 25.00 serta menaik taraf Persimpangan Palong 7, 8 Jempol Negeri Sembilan dapat disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan. Projek ini sedang dalam peringkat perancangan dan telah selesai makmal pengurusan nilai ataupun value assessment (VA) pada 7 hingga 9 Oktober baru-baru ini, tahun 2026 ini.
Kementerian Kerja Raya sentiasa mengambil berat akan keperluan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur jalan di seluruh negara.
Kementerian akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam merancang dan melaksanakan penambahbaikan rangkaian jalan raya bagi memastikan infrastruktur yang disediakan adalah selamat, selesa, berdaya tahan serta dapat memenuhi keperluan trafik semasa dan akan datang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Begitu juga status terkini jajaran yang telah diluluskan dalam RP1 RMK13 yang mana Jalan Utama Palong ini melalui 16 kawasan skim FELDA.
Jadi sungguh pun demikian, Jempol berharap baki sempadan dengan Tampin ini lebih kurang 10 kilometer seperti yang saya mohon tadi, seperti yang Jempol mohon akan dapat dipertimbangkan dan juga diluluskan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan Jempol. Adakah pihak kementerian akan menambah baik pencahayaan jalan-jalan berikut kepada penggunaan lampu jalan solar di mana merupakan laluan utama pengguna jalan raya di Jempol yang keadaannya masih gelap pada masa ini. Iaitu:
(i) Jalan FT09 Batu Kikir ke Serting Tengah dengan seksyen 46.00 hingga seksyen 53.00.
(ii) Jalan FT011, Serting Tengah ke Keratong iaitu seksyen 600 hingga 10.00 dan Jalan FT010 Gemas-Kemayan dari Mahsan ke Bandar Seri Jempol dan Jalan FT041, Juasseh- Bahau, seksyen 600 dan hingga 10.00.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, soalan itu memang sangat spesifik. Nasib baiklah saya pun ada maklumat di tangan saya ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jempol dalam soalan tambahan ini. Kementerian ini amat mengambil beratlah akan isu keselamatan jalan raya khususnya yang melibatkan Jalan Persekutuan di seluruh negara. Kementerian ini melalui Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan dan berisiko kemalangan akibat jalan gelap.
Jadi, tadi antara kriteria utama yang dipertimbangkan untuk pemasangan lampu solar LED adalah di kawasan kerap berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap seperti di persimpangan, di selekoh dan jambatan ataupun kawasan jauh dari sistem grid elektrik dan juga kawasan yang sering berlaku kecurian kabel dan vandalisme.
Jadi pemasangan lampu jalan solar akan dibuat secara setempat, localised, berskala kecil dan tertumpu kepada lokasi yang memenuhi keperluan pencahayaan sebab kita tidak mampu untuk mencahayakan sepanjang jalan itu. Sebab itu kita pilih mana yang penting.
Di bawah peruntukan Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya KKR sebanyak 71 lokasi terpilih dengan kos berjumlah RM7.1 juta, telah dilaksanakan pemasangan lampu jalan di bawah program di Jalan Persekutuan di Negeri Sembilan, jadi pada tahun 2024 sehinggalah 2026 ini. Jadi daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan bagi pemasangan lampu jalan di 15 lokasi Jalan Persekutuan terpilih di Daerah Jempol, Negeri Sembilan, daerah Yang Berhormat ya.
Hasil semakan kementerian ini juga Tuan Yang di-Pertua, ia mendapati kerja- kerja pemasangan lampu jalan di Laluan Persekutuan FT009 Jalan Tampin–Kuala Pilah–Manchis, seksyen 51.00 hingga seksyen 53.00 telah dilaksanakan pada tahun 2025, tahun lepas dan Laluan Persekutuan FT010 Jalan Gemas-Kemayan, seksyen 17.00 hingga seksyen 19.00 Daerah Jempol pula telah siap dilaksanakan pada tahun 2026 di bawah program berkenaan dengan kos keseluruhan berjumlah RM200,000.
Jadi kementerian ini mengambil maklumlah terhadap isu-isu dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat berhubung pemasangan lampu jalan di laluan FT
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Persekutuan, FT011. Jalan Serting Tengah ke Keratong, seksyen 6.00 hingga seksyen 1.00 dan Laluan Persekutuan FT041 tadi, Jalan Juasseh–Bahau, seksyen 6.00 hingga seksyen 10.00 Daerah Jempol. Jadi semua ini dalam Daerah Jempol, Tuan Yang di-Pertua.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kementerian akan mempertimbangkan cadangan pemasangan lampu jalan di kedua-dua laluan tersebut berdasarkan faktor keselamatan untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan bagi pelaksanaan di bawah Program Pemasangan Lampu Jalan akan datang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan juga tertakluk kepada kelulusan peruntukan pembangunan oleh agensi pusat.
Jadi pemantauan di lokasi-lokasi yang berisiko berlaku kemalangan akan terus dilaksanakan pada setiap masa oleh pihak kami di Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya serta di kawasan kemalangan yang telah dipasang lampu jalan di samping mengenal pasti lokasi-lokasi baharu pemasangan lampu jalan dilokasi kemalangan. Jadi, atau berisiko kemalangan di seluruh negara Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya bawa dari Negeri Sembilan ke Kelantan. Projek LTU Kuala Krai–Gua Musang menggunakan jajaran lama iaitu FT08 menyebabkan banyak lencongan sementara yang telah dibina. Sebahagiannya terlalu tajam dan membahayakan.
Apakah jaminan kementerian bahawa selokoh tajam dan perubahan jajaran jalan di sepanjang projek ini mematuhi piawaian keselamatan JKR. Jalan yang gelap dan tiada lampu jalan dikebanyakkan kawasan menjadikan laluan utama semakin mengelirukan dan berisiko khususnya pada waktu malam.
Adakah kementerian bersedia melaksanakan audit keselamatan segera serta mengambil tindakan pembetulan sebelum kelemahan ini mengundang kemalangan lebih teruk dan mengancam nyawa pengguna jalan raya. Satu lagi di laluan FT066 Jelawang ke Jeli khususnya kilometer 42 hingga kilometer 45. Kerosakan jalan ini berulang yang sama, yang hanya ditampal dan dibaiki secara berkala tanpa penyelesaian menyeluruh.
Adakah kementerian bersedia melakukan kerja-kerja mengikis dan menurap semula ataupun milling and resurfacing bagi memastikan jalan ini selamat digunakan
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
daripada pihak KKR terpaksa membelanjakan peruntukan penyelenggaraan untuk kerosakan yang sama, lebih baik baiki secara menyeluruh melalui kerja-kerja mengikis dan menurap semula. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Memang Kuala Krai ini minat dengan KKR lah sebab banyak keperluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Saya bagi pihak kami di Kementerian Kerja Raya Yang Berhormat sangat-sangat menghargai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebab kami menganggap ini sebagai satu maklum balas yang penting bagi kami ya. Mungkin ada yang disebut oleh Yang Berhormat itu kami tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya.
Saya akan mengarah pegawai kami turun ke sana jadi sebab dah dibangkit di Dewan ini untuk melihat dan membuat kajian ataupun menilai sejauh mana kita boleh bantu dalam memperbaiki kerosakan-kerosakan ataupun keadaan-keadaan yang dikatakan berselekoh, yang berbahaya dan sebagainya.
Sebenarnya Yang Berhormat kita memang ada SOP kita standard operating procedure untuk kita menangani masalah ini. Dan saya ucap terima kasihlah kepada Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan II pun ada di sini kerana tahun 2026 ini, kita diberi peruntukan yang besar untuk kerja-kerja buat penyelenggaraan. Dan untuk tahun 2027 kalau Yang Berhormat sedar dalam bajet yang telah diluluskan di peringkat dasar dan kembali di peringkat kementerian, kita juga ada peningkatan peruntukan diberi oleh Menteri Kewangan untuk kita menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Jadi itulah jawapan saya setakat ini Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih. Saya akan berhubung dengan Yang Berhormat Kuala Krai nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker boleh satu?
Daripada Hulu Langat boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau ikut hati saya hendak bagi banyak-banyak. Tapi hari ini amat kekang. Dua kementerian yang akan kita berbahas sebentar lagi iaitu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan, yang memohon untuk berbahas hampir 40 orang.
Kami pihak Parlimen sedang berusaha untuk fill in seberapa banyak yang boleh. Jadi saya kekangkanlah minta maaf Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cuma saya hendak cakap syabas dan tahniah kepada Menteri sebab dia jawab sebab jawapan semalam daripada Timbalan Menteri memang tak ada nilai, dah tak ada harga, tak profesional.
Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Menteri yang menjawab soalan bagi pihak Kementerian Kerja Raya. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya tak suruh pun Yang Berhormat bercakap.
[Ketawa] Ya duduk Yang Berhormat. Kalau ikut peraturan...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Chief, respon sikit ini Hulu Langat tapi esok saya akan turun padang ke Kuala Langat untuk merasmikan ada sesuatu.
[Tepuk] Itu mungkin bukan kawasan Hulu Langat lah tapi di Langat juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Semalam dah satu hari kecoh, hari ini saya hendak Dewan ini aman terutama sekali bila saya mempengerusikan ya. Kita ikut buku, kalau ikut Peraturan 35(1) tadi dah boleh tegur dah tapi kita tengok Allah, tak Allah itu je.
Baik dengan ini kita terus kepada Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Yang Berhormat Beaufort.
3. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort]: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Beaufort meminta Perdana Menteri menyatakan status pelaksanaan Borneonisasi merangkumi peratusan pengisian jawatan profesional dan pengurusan oleh anak tempatan di Sabah dan Sarawak, di samping langkah-langkah kerajaan dalam memastikan ketelusan penempatan dan peluang kenaikan pangkat penjawat awam tempatan berserta sasaran bagi tempoh lima tahun ke hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumsalam.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Dato’ Sri Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Beaufort. Dato’ Sri Yang di-Pertua, berdasarkan sistem HRMIS sehingga 12 Oktober 2026 peratus jawatan Persekutuan khususnya jawatan pengurusan dan profesional yang diisi oleh anak tempatan di Sabah serta Sarawak adalah seperti berikut.
Sabah— 71.88 peratus, ini masih lagi di bawah sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah iaitu 90 peratus seperti yang dibincangkan dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan (MA63). Untuk Sarawak 87.10 peratus ini melebihi sasaran iaitu 80 peratus yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa menyokong Dasar Borneonisasi dengan memberi keutamaan kepada anak negeri Sabah dan Sarawak untuk berkhidmat di negeri kelahiran masing-masing. Prinsip ini diterjemahkan melalui proses penempatan pegawai guna sama dengan mengambil kira aspek-aspek seperti kekosongan, merit kesesuaian dan persetujuan kerajaan negeri.
Peningkatan ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 1974, iaitu cara penempatan pegawai-pegawai Persekutuan di jabatan-jabatan persekutuan di peringkat negeri bertarikh 29 April 1974 dan surat edaran pelaksanaan pengisian jawatan Ketua Jabatan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak bertarikh 6 Mac 2026.
Selain itu, bagi memastikan Dasar Borneonisasi dilaksanakan dengan lebih menyeluruh, JPA telah mengadakan sesi libat urus bersama pengurus sumber manusia kementerian atau jabatan bagi menerangkan mengenai prosedur pelaksanaan penempatan pegawai perkhidmatan bukan guna sama yang perlu mengutamakan pegawai kelahiran negeri Sabah dan juga Sarawak.
Cuma satu yang menarik juga Dato’ Sri Yang di-Pertua, berdasarkan juga sistem maklumat HRMIS sehingga 11 November 2026 jumlah keseluruhan penjawat awam yang berasal dari Sabah dan Sarawak dan sedang berkhidmat di Semenanjung Malaysia adalah seramai 33,691 orang. Yakni terdiri daripada 17,734 orang berasal daripada Sabah dan 15,957 orang berasal dari Sarawak.
Secara keseluruhannya, kumpulan pelaksana mencatatkan bilangan tertinggi iaitu seramai 19,896 orang diikuti kumpulan pengurusan dan profesional seramai 13,718 orang serta kumpulan pengurusan tertinggi seramai 69 orang.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Dari segi taburan lokasi perkhidmatan, Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 8,169 orang diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 5,070 orang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya seramai 4,519 orang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Beaufort untuk soalan tambahan.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang begitu terperinci ya.
Dan soalan tambahan saya, apakah usaha dan mekanisme khusus Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam menyelaraskan pelaksanaan dasar Borneonisasi dengan keperluan pengisian jawatan kosong dan perkhidmatan awam di Sabah, khususnya bagi memberi keutamaan kepada graduan anak tempatan yang masih menganggur untuk mengisi jawatan dalam kumpulan pengurusan dan profesional?
Memandangkan Sabah mencatatkan kadar pengangguran siswazah tertinggi di Malaysia sebanyak 7.1 peratus atau 22,700 orang pada tahun 2024 sedangkan negeri ini masih memerlukan lebih ramai tenaga profesional dalam pelbagai sektor kritikal. Selain itu, apakah bentuk inisiatif kerajaan dalam bentuk program latihan, pembangunan kepakaran dan juga penempatan graduan secara bersasar? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Beaufort. Memang Kerajaan Persekutuan— kita komited untuk memastikan, melaksanakan dasar Borneonisasi dalam perkhidmatan awam ini dilaksanakan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963...
Datuk Ewon Benedick - Penampang
[Bangun]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Dan itulah kenapa yang saya sebut tadi, memang secara khusus kita bincang isu-isu tentang perjawatan ini dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63. Cuma untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan statistik daripada DOSM, Jabatan Perangkaan memang dari segi peratusan untuk pengangguran 7.1 peratus ataupun 22,700, tetapi ini sebenarnya lebih baik daripada apa yang telah dicatat pada 2023 iaitu 7.9 peratus.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Jadi, maknanya dari segi sudut pengangguran kita di Sabah ini semakin berkurangan. Dan seperti yang saya sebut tadi, kita telah buat beberapa inisiatif.
Pertamanya, kita tubuh jawatankuasa kerja di bawah— Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak ini di bawah MTP MA63. Dan ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan diterajui oleh JPA dan keanggotaan melibatkan Kerajaan Negeri Sabah dan juga Kerajaan Sarawak.
Selain daripada itu, kita juga memberi keutamaan kepada anak-anak tempatan dalam urusan pengisian dan penempatan jawatan dan juga penyelarasan keperluan perjawatan dengan keutamaan pembangunan bakat tempatan. Dan untuk menambah baik peluang kepada anak-anak Sabah ini pada belanjawan pada tahun ini, kita— Kerajaan MADANI telah menawarkan sebanyak 4,200 biasiswa JPA kepada anak-anak Borneo ini.
Maknanya 2,100 kepada Sabah dan 2,100 kepada Sarawak. Jadi, kita harap dengan peluang ini, ramai anak-anak Borneo ini akan dapat dipertingkatkan dari segi pendidikan. Kita juga menghargai sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang telah menumpukan dalam sudut pendidikan ini dengan memberikan biasiswa kepada anak-anak Sabah dan juga Sarawak. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Yang di-Pertua saya ingin bertanya, selain daripada pengambilan dan pelantikan bagi perkhidmatan dalam negara, apakah Yang Berhormat juga mengambil inisiatif memantau ataupun mewujudkan satu inisiatif bagi membolehkan lebih banyak pengambilan dan pelantikan di kalangan pegawai-pegawai Sabah bagi perkhidmatan diplomatik sebagai duta besar ataupun pesuruhjaya di kedutaan-kedutaan kita di seluruh dunia ataupun pelantikan pegawai di Pejabat MIDA, MATRADE di luar negara yang saya percaya penting untuk Sabah dan saya percaya Sarawak dalam aspek membawa ataupun mempromosi pelaburan bagi negeri Sabah dan juga Sarawak? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang atas isu atau cadangan yang amat baik ini. Dan kalau kita lihat setakat inilah yang untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, daripada Sabah ada 19 orang di peringkat Pengurusan dan Profesional dan ada 11 di
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Kumpulan Pelaksana. Untuk di Sabah lah, tetapi saya tahu— memang saya setuju dengan Yang Berhormat Penampang. Maknanya kena ada satu mekanisme. Yang ini mungkin saya kena minta JPA dan juga agensi berkaitan untuk kita memberi tumpuan.
Ini antara sudut yang mungkin kurang kita— walaupun ada, tetapi mungkin kurang kita tekankan, tetapi semasa saya berada di Kementerian Pendidikan Tinggi, memang kita ada cadangkan beberapa untuk kita tempatkan atase kita di luar negara untuk menjaga, mewakili Kementerian Pendidikan di negara-negara yang kita ada pejabat Kementerian Pendidikan Tinggi, okey. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebelum saya memulakan ada pemakluman sedikit.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pertanyaan Lisan bagi nombor 1, 2 hari ini adalah daripada pembangkang kerana terdapat permintaan daripada Yang Berhormat Menteri yang menjawat MQT untuk diawalkan pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan, yang mana mereka perlu menghadiri majlis rasmi selepas ini.
Penyusunan pertanyaan hari ini juga mengambil kira keperluan tugasan Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang terlibat untuk menyambut ketibaan Presiden Republik Perancis pada pagi ini. Jadi, ada sedikit peraturan ubahan dan sebagainya.
Begitu juga dengan sebelah sambungan Jawatankuasa perbahasan.
Memandangkan ramai yang akan berbahas, mungkin hari ini kalau katakan tidak dapat diselesaikan mungkin 9 malam kita akan habis.
Baik, dengan ini dipersilakan untuk pertanyaan lisan, Yang Berhormat Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 1.
1. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kementerian bersedia mempertimbangkan skop Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan memasukkan pembinaan Jambatan Labuan- Menumbok sebagai sebahagian daripada rangkaian strategik Pan Borneo, memandangkan jambatan tersebut akan mewujudkan hubungan darat secara langsung antara Wilayah Persekutuan Labuan dengan Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua Dato’ Sri Dr.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya mengambil maklum pertanyaan daripada Yang Berhormat Labuan, Dato’ Indera berhubung cadangan untuk memasukkan pembinaan Jambatan Labuan–Sabah sebahagian daripada skop Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang berpotensi memperkukuhkan lagi peranan strategik Wilayah Persekutuan Labuan menerusi hubungan darat dengan Wilayah Sabah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, KKR telah minta oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan Jambatan Labuan–Sabah yang telah diluluskan dalam Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2025. Jadi, KKR hanya membantu dari segi kajian teknikal.
Kajian ini telah bermula pada 16 Mei 2025 dan baru sahaja disiapkan pada 15 November ini 2026. Hasil kajian ini bakal dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun depan, tahun 2027 yang dijadualkan.
Cadangan Ahli Yang Berhormat untuk menjadikan Jambatan Labuan–Sabah sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo di Sabah ini juga boleh diusulkan melalui Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan bagi membolehkan perkara ini dimaklumkan dalam Mesyuarat MPFN yang telah saya sebut sebentar tadi.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Labuan juga, projek ini merupakan projek mega di mana kaedah pelaksanaan memerlukan penglibatan daripada beberapa kementerian lain seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Sekiranya dibina kelak, cadangan ini dijangka menghubungkan Labuan terus ke Jalan Menumbok di Sabah dan
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
seterusnya boleh bersambunglah di persimpangan Lebuhraya Pan Borneo di Beaufort yang sepanjang 70 kilometer. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Menteri. Yang Berhormat Labuan, soalan tambahan anda?
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Dato Menteri. Jawapan yang diberikan, walaupun masih samar-samar, terima kasih.
Soalan saya. Sekiranya kerajaan bersetuju secara dasar untuk memasukkan pembinaan Jambatan Labuan–Menumbok sebagai sebahagian daripada rangkaian strategik Lebuhraya Pan Borneo Sabah, bilakah projek jambatan ini kira-kiranya dapat dimulakan?
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, pembinaan jambatan ini bukan sekadar menyediakan hubungan darat antara Labuan dan Daerah Menumbok di negeri Sabah, malah ia merupakan pelaburan infrastruktur strategik yang mampu memberikan impak ekonomi dan sosial yang besar kepada dua-dua wilayah.
Justeru, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Kementerian Kerja Raya dan kerajaan bersedia menetapkan satu pelan tindakan yang jelas, termasuk kaedah pembiayaan dan sasaran tahun pelaksanaan, supaya projek jambatan ini tidak terus kekal sebagai cadangan tanpa kepastian?
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, setiap kali saya bawa isu ini ke Parlimen, saya lumat kena hentam di Facebook kerana katakan Dato’ Sri Yang di- Pertua, ini adalah jambatan halimunan. Mohon dibantu Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sesungguhnya Tuan Yang di-Pertua, kami di Kementerian Kerja Raya membantu. Sepertimana telah saya jelaskan dengan sejelas-jelasnya tadi, projek mega ini bukan terletak kepada KKR yang berkuasa mutlak memutuskan pelaksanaan projek ini. Sebab, kita ini di Peringkat Teknikal. Sebab itu kajian kami telah kami siap buat sepertimana telah saya maklumkan tadi.
Jadi, keputusan lain― kewangannya dan sebagainya― perlulah di peringkat kementerian-kementerian yang saya telah sebut tadi ya― ekonomi, kewangan dan sebagainya. Sebab itu jawapan saya kalau bunyi-bunyi samar-samar saja, saya minta maaflah. Itulah jawapan daripada kami ya, dengan ikhlas ya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Saya pun pernah jadi backbencher dulu.
Kita hendak untuk didengar oleh kawasan kita bagaimana kita bersungguh memohon sesuatu.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya mengambil maklumlah pertanyaan Yang Berhormat Labuan berhubung cadangan untuk memasukkan pembinaan Jambatan Labuan–Sabah ini sebagai sebahagian daripada skop Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang berpotensi memperkukuhkan peranan strategik Wilayah Persekutuan Labuan menerusi perhubungan darat, sepertimana yang diminta tadi, dengan Wilayah Sabah.
Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan bagi jalan penghubung ke Labuan melalui projek menaik taraf Jalan Beaufort–Menumbok
(R502) dari Bulatan Bingkul ke Persimpangan Terminal Feri Menumbok–Kuala Penyu, Sabah pada Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Kedua Belas, dua tahun lepas, dengan kos sebanyak RM100 juta, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, skop yang dilaksanakan melibatkan kerja menaik taraf jalan sepanjang 1.1 kilometer dari Sekolah Agama Negeri Pekan Menumbok ke Terminal Feri Menumbok dan pembaikan struktur turapan jalan termasuk juga kerja cerun di lokasi terpilih dari Bulatan Bingkul ke Sekolah Agama Negeri Pekan Menumbok.
Jadi, jalan ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua, sebagai medium sambungan perhubungan di antara Sabah dan Wilayah Persekutuan melalui laluan feri buat masa ini yang berlabuh di Terminal Feri Menumbok dan menjadi rangkaian penghubung antara Lebuhraya Pan Borneo dengan cadangan pembinaan Jambatan Labuan–Sabah yang disebut tadi.
Manakala di Wilayah Persekutuan Labuan, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM22 juta bagi projek menaik taraf jeti terminal feri kenderaan dan penumpang di Wilayah Persekutuan.
Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, seperti mana kita semua sedia maklum, kerajaan ataupun kementerian kami, KKR ini telah siaplah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan Jambatan Labuan–Sabah pada― sekali lagi saya sebut― 15 November 2026 yang lalu. Kita telah siap buat itu. Justeru, kaedah pelaksanaan projek fizikal dan kaedah pembiayaan yang sesuai hanya akan dapat ditentukan setelah hasil kajian ini selesai dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada tahun depan, 2027 kelak.
Oleh itu, perancangan bagi sasaran tahun pelaksanaan yang jelas hanya dapat dimuktamadkan sekiranya projek fizikal diluluskan oleh Agensi Pusat dan
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
tertakluklah kepada ketersediaan kewangan pihak kerajaan kelak. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih, Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya kepada Menteri. Apakah kriteria yang digunakan oleh kerajaan untuk tentukan keutamaan projek jambatan strategik di seluruh negaralah khususnya dari aspek jumlah penggunakah, kos pembinaan atau manfaat ekonomi? Dan, adakah kerajaan mempunyai satu kerangka penilaian kos faedah yang seragam bagi memastikan setiap ringgit perbelanjaan infrastruktur ini memberikan pulangan optimum kepada rakyat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, untuk rangkaian Jalan Raya Persekutuan di seluruh negara, kita ada apa yang kita panggil Highway Network Development Plan (HNDP). Jadi, kita mengikut apa yang telah ditetapkan dalam pelan itu supaya kita lebih teratur dalam kita melaksanakan projek-projek yang sudah dibincang sedalam-dalamnya, bukan di peringkat kami di Kementerian Kerja Raya sahaja, akan tetapi berbincang bersama agensi-agensi yang berkaitan strategik yang lain. Sebab itu, kita buat satu perancangan besar, development plan kita, Highway Network Development Plan dan juga Jalan Persekutuan.
Jadi, bagaimana kita melaksanakannya? Sesungguhnya, kita memang dari semasa ke semasa melihat kepada bagaimana kita boleh meningkatkan untuk kita memastikan kualiti dan integriti aset negara kita, iaitu jalan raya kita. Sebab, dalam pengalaman kita dan dulu teknologi yang ada terdahulu, tidak sama dengan yang sudah ada yang lebih canggih sekarang.
Jadi, kita dari semasa ke semasa memang berusaha untuk meningkatkan kecekapan kita dalam kita melaksanakan projek-projek aset negara kita seperti aset infrastruktur jalan raya kita. Kita tidak mahu ketinggalan dari segi teknologi dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-2. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, perkembangan kajian semula SST terhadap pusat jagaan warga emas dan OKU serta bentuk bantuan kepada pertubuhan sukarela kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan dan turut membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan penjagaan serta perlindungan kepada golongan memerlukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tuan Yang di-Pertua, bermula awal tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan serta pemain industri berkaitan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terhadap pengenaan cukai perkhidmatan (SST) ke atas pusat jagaan warga emas yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 iaitu Akta 506.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan cadangan penurunan kadar cukai perkhidmatan jagaan warga emas daripada 8 kepada 6 peratus mulai 1 Januari 2027.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Selain itu, pengecualian Cukai Perkhidmatan turut diberikan bagi yuran penjagaan sehingga RM96,000 setahun tertakluk kepada skop dan syarat yang ditetapkan. Inisiatif ini merupakan langkah kerajaan untuk meringankan beban kewangan keluarga yang mempunyai tanggungjawab menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang telah lanjut usianya.
Melalui pengecualian cukai ini, keluarga yang membayar yuran jagaan sehingga RM8,000 sebulan tidak perlu menanggung cukai perkhidmatan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
kos penjagaan, malah berpotensi meningkatkan kemampuan keluarga untuk mendapatkan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan ibu bapa mereka.
Sementara itu, KPWKM sentiasa mengiktiraf peranan penting Pertubuhan Sukarela Kebajikan ataupun PSK dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada warga emas dan orang kurang upaya. Kita sedar bahawa mengendalikan pusat jagaan bukan satu tugas yang mudah. Ia melibatkan kos operasi yang berterusan seperti makanan, pembayaran tenaga kerja, utiliti, penyelenggaraan premis serta pelbagai keperluan penghuni.
Justeru, kerajaan menyediakan beberapa bentuk bantuan yang boleh diakses oleh PSK bagi meringankan beban kos operasi yang ditanggung oleh mereka. Antaranya ialah geran pentadbiran bagi membantu menampung kos pengurusan dan operasi pusat, Geran Rangsum bagi perbelanjaan makanan dan minuman penghuni yang layak serta Geran Pembaikan bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan premis.
Selain itu, bagi menyokong Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Aktiviti Warga Emas yang memberi perkhidmatan kepada OKU, bantuan kewangan dalam bentuk bahagian— contoh, dalam bentuk elaun penyeliaan— Elaun Penyelia. Kerajaan turut menyediakan bantuan kewangan bagi projek atau program tertentu melalui peruntukan khas, tertakluk kepada permohonan, keperluan dan kelulusan.
Sambung sikit Tuan Yang di-Pertua. Sokongan kerajaan tidak terhenti setakat pemberian geran. JKM turut menyediakan sokongan bukan kewangan kepada PSK seperti khidmat nasihat berkaitan pengurusan pusat, panduan pematuhan standard penjagaan dan keselamatan, serta pemantauan dan naziran bagi membantu memastikan pusat jagaan beroperasi dengan baik serta memenuhi keperluan keselamatan dan kebajikan penghuni.
KPWKM menerusi JKM juga menyediakan platform e-Komuniti yang membolehkan PSK berdaftar menyenaraikan keperluan masing-masing untuk dipaparkan kepada umum, sekali gus memudahkan pihak kerajaan, sektor korporat, NGO, syarikat swasta dan individu mengenal pasti serta menyalurkan sumbangan yang bersesuaian berdasarkan keperluan PSK melalui kaedah suai-padan ataupun dengan izin, matching. KPWKM melihat PSK bukan sekadar penerima bantuan, tetapi sebagai rakan penting dalam ekosistem penjagaan warga emas dan juga OKU negara.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Justeru, sokongan yang diberikan bertujuan membantu memastikan pusat- pusat ini dapat terus beroperasi, meningkatkan mutu perkhidmatan dan menyediakan persekitaran penjagaan yang selamat serta bersesuaian dengan keperluan penghuni. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan juga YB Menteri dan terima kasih di atas penjelasan YB Menteri tadi, dan kalau melihat daripada penjelasan YB Menteri tadi bahawa seolah- olah dana itu tidak mencukupi untuk nak cover operasi dan sebagainya.
Jadi, soalan saya berkait dengan itu sebenarnya tadi. Menjelang 2036, kita menuju ke negara menua. Jadi, soalan saya ini iaitu adakah kementerian memberi tumpuan kepada peluasan pusat jagaan warga emas kendalian kerajaan atau terus bergantung kepada NGO dan pertubuhan sukarela?
Dan, sekiranya ya, NGO dan pertubuhan sukarela terus memainkan peranan, adakah kementerian bersedia memperkukuh bantuan kewangan dan geran operasi bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan mereka pada masa akan datang?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Mengenai bantuan untuk memastikan penyelia dan petugas dapat dibantu, kita Program Pemulihan Dalam Komuniti, ianya dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama pertubuhan sukarela, kebajikan atau NGO sebagai satu program berbentuk sokongan pemulihan dan pembelajaran OKU. Ia merupakan salah satu strategi dan pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi.
Tadi Yang Berhormat bertanya pasal macam mana kita bantu mereka dan KPWKM telah berusaha sebaik mungkin dalam menyokong keperluan penyelia dan petugas di pusat PDK termasuklah menerusi pemberian bayaran sagu hati.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Untuk makluman, bermula Januari 2021, kadar bayaran sagu hati kepada penyelia telah dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500. Manakala, petugas PDK juga menikmati kenaikan kadar bayaran sagu hati ini daripada RM800 kepada RM1,200 kepada petugas. Dengan kenaikan ini pada tahun 2025 sahaja, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM140 juta untuk program PDK...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sementara itu, mulai 1 Ogos 2025, Perintah Gaji Minimum 2024 telah berkuat kuasa sepenuhnya iaitu RM1,700 sebulan atau RM8.72 sen sejam kepada pekerja yang layak.
Untuk makluman, Pusat PDK kebiasaannya beroperasi lima hari seminggu iaitu empat hari di pusat dan satu hari lawatan ke rumah. Pusat PDK kebiasaannya beroperasi selama empat jam sehari iaitu dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Jadi, dalam hal ini, program PDK beroperasi tidak lebih daripada 23 hari sebulan dengan purata bilangan hari beroperasi adalah antara 21 ataupun 22 hari sebulan.
Sekiranya seorang petugas bertugas selama 5 jam sehari dan beliau bekerja sebanyak maksimum 23 hari sebulan, maka kadar elaun per jam yang diterima pada ketika ini adalah masih melebihi kadar minimum iaitu RM8.72 sen sejam. Manakala, kadar elaun per jam yang diterima pada masa ini oleh penyelia yang bertugas 6 jam sehari juga adalah melebihi dari kadar minima.
Pengurusan PDK diuruskan dan bergerak sebagai sebuah pertubuhan atau badan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan iaitu ROS. Pertubuhan PDK boleh membayar sagu hati petugas dan penyelia PDK dengan kadar yang lebih baik dan tidak semestinya terikat kepada kadar bantuan kewangan kerajaan yang diberikan pada masa ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan Kuala Pilah ialah, apakah perancangan jangka panjang kementerian untuk meningkatkan kapasiti Pusat Jagaan Warga Emas di seluruh negara, termasuklah menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta dan PSK bagi memastikan Malaysia mempunyai kemudahan penjagaan yang mencukupi dalam menghadapi masyarakat menua? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya, kita pada tahun ini dan mulai dari tahun lepas, kita sudah merancang apa yang kita nak lakukan demi memastikan kemudahan penjagaan jangka panjang dan pusat penjagaan ini akan dipertingkatkan. Jadi, kami di KPWKM melalui JKM menyediakan perlindungan kepada warga emas yang memerlukan dan terlantar menerusi Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan.
Pada masa yang sama, kita juga merancangkan lebih untuk mengadakan itu yang dinyatakan, caregiving— care economy dengan izin, di mana kita melatihkan mereka yang bekerja dengan JKM. Jadi, pegawai kita, supaya kita tingkatkan standard kemahiran mereka itu dipertingkatkan dan pada masa yang sama, kita telah meningkatkan lagi, kita buka kepada orang luar yang ingin terlibat dalam program penjagaan ini dan setakat ini untuk tahun ini, kita sasarkan 2,000 penjaga.
Sehingga 2030, kita mensasarkan 50,000 penjaga dan sebab itu supaya kita dapat lagi— kita dapat menambahkan lagi penjaga yang boleh berkemahiran dan juga kompeten dan prinsip kita adalah aging in place dengan izin, untuk warga emas tinggal di tempat sendiri, tempat keluarga kita, bersama dengan keluarga mereka.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi, namun itu kita bergantung jugalah kepada keluarga mereka, rumah mereka juga. Ada juga memang keluarga tidak mampu, rumah yang kecil, mereka mempunyai anak yang ramai. Jadi, kita— memang kita ada menyediakan Rumah Ehsan. Cuma kita— apa yang ada ini mungkin belum mencukupi dan insya-Allah, kita akan menggalakkan.
Sebab itu tadi ada pertanyaan mengenai SST semua di rumah penjagaan.
Jadi sebab itu, kita membantu juga kepada mereka membayar rumah penjagaan untuk ibu bapa itu RM8,000. Kalau dia bayar RM8,000, mereka tidak perlu bayar SST. Jadi, ini di kalangan apa yang kita lakukan, kita rancangkan supaya penghuni- penghuni yang ada di rumah ini, melainkan mereka pesakit kronik kah apa, kita bantu mereka.
Kita juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita semua ni kebanyakan mungkin ada— masih ada orang tua. Perlu merancang ni. Dan macam kita lagi yang tak ada orang tua lagi, anak kita perlu melihat apa yang kerajaan buat untuk ibu bapa mereka, untuk orang tua mereka. Ini akan diikuti oleh anak-anak yang lain. Ini adalah nilai-nilai yang perlu kita serap dalam dasar kita Tuan Yang di-Pertua.
Ni yang kita harapkan anak-anak dan juga mereka yang menjadi generasi yang akan datang, memikir perkara ini supaya mereka juga dapat mengambil
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
perhatian dan perancangan ini sebagai satu daripada nilai yang perlu diserap dalam keluarga. Cuma kalau mereka tidak mempunyai kemampuan, itu kami ada tempat untuk mereka dan ada mereka yang— penjaga yang terlatih Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang ke-3. Dipersilakan Tuan Chow Kon Yeow, Yang Berhormat Batu Kawan.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua. Soalan nombor 3 dari Batu Kawan.
3. Tuan Chow Kon Yeow [Batu Kawan] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, status permohonan geran bagi komponen Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah projek bekalan air Perak-Pulau Pinang, sama ada secara berfasa, kaedah pembiayaan, jadual kelulusan serta tempoh penyaluran geran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Batu Kawan.
Kerajaan Persekutuan pada 24 Oktober 2025 telah bersetuju dengan pelaksanaan Projek Skim Penyaluran Air Mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah bagi tujuan bekalan air ke Perak Utara dan penjualan air terawat ke Pulau Pinang. Projek ini akan dibiayai menggunakan peruntukan penyaluran semula pinjaman antara Suria Strategic Energy Resources Sendirian Berhad iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dengan Export-Import Bank of China (China EximBank). Pemeteraian pelaksanaan projek tersebut yang melibatkan penyaluran semula pinjaman sebanyak RM5 bilion bagi melaksanakan projek NPWSS ini telah dimeterai pada Oktober 2026 yang lalu.
Selaras dengan Dasar Skim Persatuan Semula Industri Perkhidmatan Air, pembinaan infrastruktur sumber air dilaksanakan oleh kerajaan melalui penyediaan geran. Manakala, pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur bekalan air seperti loji rawatan air dan sistem agihan akan dilaksanakan melalui pinjaman oleh kerajaan negeri daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) atau mana-mana institusi yang menawarkan pinjaman yang setara atau lebih rendah daripada PAAB dengan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Walau
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
bagaimanapun, dalam konteks pelaksanaan Projek NPWSS ini, mekanisme pembiayaan akan diteliti dan diselaraskan secara bersama oleh PETRA dan MOF.
Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Skim Projek NPWSS, terdapat komponen pembangunan fizikal di negeri Pulau Pinang, melibatkan paip agihan bagi tujuan penjualan air terawat daripada negeri Perak. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Batu Kawan, silakan untuk jawab.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya menyambut baik jawapan Yang Berhormat bahawa perkara ini masih boleh ditimbangkan untuk melihat macam mana sebahagian dana dapat disalurkan kepada negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan projek-projek reservoir, paip-paip dan penyaluran kepada pengguna-pengguna. Ini penting sebab sekiranya ada geran ini, kita dapat mengurangkan tarif yang perlu dikenakan kepada pengguna domestik dan industri. Maka, saya berharap kementerian akan menimbang semula. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat— Yang Amat Berhormat Batu Kawan.
Sememangnya bagi pihak kerajaan melalui PETRA ataupun MOF, kita akan sedaya upaya untuk pastikan perkara ini berjalan lancar. Dan sekarang, peringkatnya masih dalam penelitian dan sudah pastilah dengan angka yang besar ini di bawah perbadanan syarikat di MOF, sedang dalam peringkat perbincangan dan akan memastikan bahawa kita akan menyediakan skop dan kos Projek NPWSS dan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal pelaksanaan projek ini untuk memudahkan cara dan membincangkan isu-isu teknikal dan sudah pastilah nikmat ini akan dapat kepada rakyat Pulau Pinang.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah drastik dan pelan tindakan khusus kementerian bagi menangani isu NRW yang melebihi 50 peratus, terutamanya di Perlis, Pahang dan juga Kelantan? Sebagai contoh, di Kelantan peruntukan PAAB dibagi sebanyak— bagi kerja-kerja penggantian paip lama tu sekitar dalam 100 kilometer untuk setahun, mengambil untuk 4,000 kilometer. Jadi maksud dia, 40 tahun untuk nak tukar paip itu. Bagaimana pula dengan Perlis?
Adakah kementerian bersedia untuk mengadakan satu pelan intervensi khas bagi negeri-negeri yang mencatat NRW yang tinggi tadi? Termasuk mempercepatkan peruntukan, meningkatkan kadar penggantian paip serta sasaran mengurangkan NRW yang jelas dalam tempoh 5 hingga 10 tahun untuk membantu rakyat agar tidak menanggung kesan daripada kelemahan infrastruktur bekalan air?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar.
Perkara yang dibangkitkan tersebut adalah merupakan NRW dan saya cuma nak betulkan sedikit. Di negeri Pahang, kita hanya 43 peratus, tidak melebihi 50 peratus.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Hampir, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
43 peratus. Cuma di Perlis dan beberapa negeri lain, sememangnya.
Dan kita mengambil langkah sekarang ini ada juga di antaranya syarikat- syarikat menawarkan diri, khususnya di negeri Kelantan, sedang menawarkan diri untuk membuat kajian tersebut. Dan kita sememangnya kalau di Pahang umpamanya, kita sedang mengambil langkah supaya kita nak menyelesaikan masalah-masalah pembekalan air dahulu. Apabila selesai masalah bekalan air kerana NRW ini adalah kebocoran. Dan sudah pastilah kita akan mengambil sehabis
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
baik makluman daripada Yang Berhormat tersebut walaupun terkeluar daripada soalan asal sebenarnya. Kita akan ambil maklum perkara tersebut.
Dan sememangnya Perlis— saya amat tahu sebenarnya kerana Perlis ini kecil ya. Jadi, kita tahu kedudukan NRW beliau. Dan kita akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan NRW ini. Dan sudah pasti perbincangannya adalah melalui kerajaan negeri kerana ia sebahagiannya adalah melibatkan pinjaman dan sebagainya.
Memang betul, banyak— kebanyakan negeri, paipnya sudah melebihi lebih 50 tahun dan menggunakan SC pipe. SC pipe ini memang senang pecah dan senang mendapat kebocoran. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Cuma, saya nak ada baca pantun sikit.
Burung merpati terbang sekawan, Hinggap sebentar dipohon jati; Pantun semalam jadi bualan, Jangan simpan dalam hati.
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Majlis ke soalan yang ke-4. Dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dato’ Sri Yang di-Pertua...
Hari Raya makan ketupat; Soalan Temerloh nombor empat. Terima kasih.
4. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah sekolah di Pahang yang masih dikategorikan sebagai sekolah daif, mengikut skala dan daerah, serta jumlah yang diluluskan untuk pembinaan semula atau naik taraf, termasuk status pelaksanaan dan sasaran penyelesaiannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.
Data sekolah yang mempunyai bangunan daif adalah bersifat dinamik dan berubah dari masa ke semasa berdasarkan kondisi fizikal bangunan serta hasil
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
penilaian teknikal yang dijalankan dan juga kerja-kerja pembaikpulihan yang dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Setakat kini, terdapat 23 buah sekolah di negeri Pahang yang masih mempunyai bangunan dikategorikan sebagai Skala 7. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, KPM telah diluluskan penggantian bangunan daif sebanyak 13― di sebanyak 13 sekolah dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun sejak tahun 2022 manakala 10 buah lagi sekolah sedang dirancang secara berfasa melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun tertakluk kepada hasil penilaian teknikal, kebolehlaksanaan projek dan ketersediaan peruntukan.
Daripada 13 projek pembangunan semula bangunan daif yang saya sebut tadi, 5 projek telah pun siap, 4 dalam fasa pra pelaksanaan dan 4 lagi dalam fasa pembinaan. Kesemua projek yang sedang dalam pembinaan ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).
Antara projek yang sedang dilaksanakan termasuk Sekolah Kebangsaan Batu Talam, Raub yang telah diserah tapak pada 31 Mei 2024. Projek ini berjalan mengikut jadual dengan status kemajuan fizikal telah mencapai 96.61 peratus, dijadualkan siap pada penghujung tahun ini.
SMK Rompin pula menunjukkan kemajuan fizikal terkini 99.89 peratus berbanding jadual asal iaitu 59.52 peratus iaitu mendahului jadual sebanyak 72 hari, dijangka siap pada bulan Januari 2027.
SK Bukit Mat Daling, Jerantut telah diberi milik tapak pada 17 Februari 2025.
Projek ini turut mendahului jadual perancangan sebanyak 10 hari dengan pencapaian fizikal sebanyak 19.3 peratus berbanding jadual asal 18.16 peratus.
Dijangka siap pada bulan Julai 2028.
Manakala pembinaan semula di SK Serandu, Pekan juga telah selesai proses perolehan dengan tarikh milik tapak pada September 2026. Projek ini sedang berjalan mengikut jadual dengan pencapaian fizikal sebanyak 6.02 peratus dan tarikh siap adalah pada bulan Julai 2028.
KPM akan terus memberikan keutamaan terhadap penggantian semula bangunan daif skala tujuh bagi memastikan murid serta seluruh warga sekolah dapat menjalani sesi persekolahan dalam persekitaran yang selamat dan juga kondusif.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Temerloh, soalan tambahan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, soalan tambahan saya.
Pertama, saya ucap terima kasih terhadap senarai sekolah-sekolah yang sudah dibaik pulih. Walau bagaimanapun, saya ingin mengetahui, adakah kementerian mempunyai dasar khusus untuk memberi keutamaan naik taraf sekolah daif kerana masih ada lagi sekolah yang disebutkan tadi yang belum dinaik taraf walaupun kerosakan bangunan telah lama dikenal pasti. Apakah mekanisme pemantauan berkala kementerian terhadap bangunan sekolah yang dikategorikan sebagai daif demi keselamatan para pelajar dan juga guru-guru? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh atas soalan tambahan yang diajukan.
Pertama sekali, bagi tujuan pemantauan sekolah-sekolah sama ada ia sampai ke skala tujuh ataupun sebagai sekolah daif, pemantauan selalu dibuat oleh pihak PPD dan juga pihak JPN. Dan sekiranya kita mempunyai bangunan-bangunan yang sudah sampai ke skala 6, maka penyelenggaraan secara besar-besaran kita akan lakukan supaya ia tidak dikategorikan sebagai skala 7 pada seterusnya. Itu adalah salah satu usaha daripada kerajaan...
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Dan yang mana pada dua tahun kebelakangan ini juga pihak Kementerian Pendidikan juga telah pun diluluskan satu inisiatif yang kita nyatakan sebagai ubah suai naik taraf. Ini adalah on top ataupun tambahan kepada peruntukan penyelenggaraan yang kita ada setiap tahun. Tahun ini USNT: ubah suai naik taraf hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja adalah sebanyak RM100 juta dan ini adalah on top daripada peruntukan penyelenggaraan yang ada.
Soalan berkenaan dengan sekolah daif, suka juga saya maklumkan di sini bahawa sejak tahun 2023, setiap tahun kita memperuntukkan peruntukan yang banyak bagi tujuan pembinaan semula bangunan yang melibatkan sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif. Saya bagi contoh, pada tahun 2023, kita memperuntukkan RM1.7 bilion; 2024, RM1.8 bilion; 2025, RM4.1 bilion; 2026, RM1.38 bilion dan 2027 sebanyak RM4.1 bilion sekali lagi.
Ini menunjukkan komitmen daripada Kerajaan MADANI untuk pastikan sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif kita dapat tangani dan pada masa yang sama dengan usaha-usaha yang lain kita mampu untuk mengurangkan isu
Tuan Wong Kah Woh
sekolah daif yang kita hadapi sepanjang masa ini. Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih ‘Tuan Pengerusi’. Yang Berhormat Menteri, saya mohon bertanya, apakah kementerian mempunyai sasaran untuk sifar sekolah daif menjelang Malaysia yang maju ini? Itu yang pertama.
Yang kedua, saya mohon bertanya, apakah mekanisme pembangunan yang digunakan oleh kerajaan? Saya bagi contoh sebuah sekolah di kawasan saya, SMK Sukau dan apabila saya ke lapangan, kontraktor yang menyiapkan projek tersebut merupakan subkontrak yang keenam. Bagaimana kita mahu menjamin pembinaan sekolah itu selamat kalau subkontrak sudah yang keenam yang menyiapkan dan tanggungjawab untuk menyiapkan sekolah tersebut.
Seterusnya juga, saya mohon bertanya, adakah kementerian mempunyai perancangan rentas kementerian sebab di sekolah daif ini kita nampak sekolah ada, tapi electricity tiada, sekolah ada, tapi air tiada. Jadi, terima kasih Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Berkenaan dengan sasaran sifar sekolah daif, seperti yang saya sebut tadi, data berkenaan dengan sekolah daif adalah dinamik. So, setiap tahun dia berubah dari masa ke semasa yang mana sekiranya ada penambahbaikan, ada pembinaan semula bangunan daif maka sekolah itu akan terkeluar daripada senarai, tetapi pada masa yang sama, kita juga cuba untuk mengelakkan daripada sekolah-sekolah lain yang mempunyai bangunan berskala 6 itu untuk jatuh kepada skala 7 dan menjadi sekolah daif. Itu adalah pendekatan daripada KPM.
Berkenaan dengan mekanisme bagaimana kita menangani isu yang dihadapi. Nombor satu, seperti yang saya sebut juga PPD dan JPN melaksanakan pemantauan, tetapi pada masa yang sama juga, JKR Malaysia, JKR Sabah dan juga JKR Sarawak memainkan satu peranan yang penting apabila sekiranya kita ada sekolah— bangunan yang mungkin kita nampak dengan mata kasar bahawa ia menjadi daif, maka kita akan meminta laporan daripada JKR.
Jika di Sabah, JKR Sabah untuk membuat satu pengesyoran, perobohan dan juga pembinaan semula. Dan apa yang saya nampak beberapa tahun ini
Tuan Wong Kah Woh
sememangnya untuk sekolah-sekolah yang kita ada syor daripada JKR, maka kita akan cuba untuk berikan bajet dalam Rolling Plan yang akan datang.
Dan pada masa yang sama, tadi kata berkenaan dengan kontraktor penyelamat keenam dan sebagainya. Dalam usaha untuk pihak kementerian memantau projek-projek pembangunan, kita sememangnya ada dua jawatankuasa di peringkat kementerian.
Satu adalah Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian dipengerusikan oleh Dato’ KSU KPM sendiri, bermesyuarat 12 kali setahun melibatkan kesemua bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan dan pada masa yang sama dengan JKR Malaysia di Semenanjung, JKR Sarawak di Sarawak dan JKR Sabah di Sabah.
Satu lagi adalah Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan sendiri dengan dua kali setahun mesyuarat dengan agenda yang sama untuk kita memantau supaya projek-projek dilaksanakan dengan baik. Dan usaha ini melibatkan usaha merentas kementerian dan juga agensi, yang mana kerjasama yang rapi diadakan bersama-sama dengan pihak JKR dalam perkara ini. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang ke-5. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi, Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan Sri Aman nombor 5.
5. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Kewangan menyatakan, sama ada kerajaan bercadang memperluas kategori barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) memandangkan keperluan setiap isi rumah adalah berbeza dan terdapat barangan keperluan harian yang penting kepada keluarga, tetapi tidak termasuk dalam senarai barangan yang diluluskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Untuk makluman Yang Berhormat, Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan dalam bentuk kredit melalui kad pengenalan atau MyKad.
Ia boleh digunakan di kedai-kedai yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA bagi pembelian 15 kategori barangan keperluan asas termasuk barangan makanan
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
asas, barangan kebersihan diri, barangan kebersihan rumah dan ubat-ubatan.
Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan program secara berkesan dan memastikan golongan sasar benar-benar memanfaat bantuan bagi tujuan dinyatakan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Perniagaan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada tahun 2027, sebanyak RM16 bilion disediakan kerajaan untuk program STR dan SARA berbanding RM15 bilion pada tahun 2026. Bantuan kewangan ini, khususnya SARA yang bermula pada tahun 2023 merupakan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup. Program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan secara bersasar. Peruntukan SARA menunjukkan peningkatan ketara daripada RM0.2 bilion pada tahun 2023 kepada RM8 bilion pada tahun 2026 dan seterusnya ditingkatkan kepada RM10 bilion bagi pelaksanaan SARA tahun 2027.
Sehingga 15 November 2026, lebih 900,000 penerima SARA bulanan atau 100 peratus penggunaan telah dicatatkan di Sarawak dengan nilai perbelanjaan melebihi RM725 juta termasuk lebih 23,000 penerima di Daerah Sri Aman. Manakala bagi SARA untuk semua, lebih 1.9 juta penerima di Sarawak atau 93 peratus penggunaan dicatatkan dengan nilai perbelanjaan melebihi RM182 juta.
Perbelanjaan SARA bulanan dan SARA untuk semua tidak boleh dibawa ke tahun hadapan dan perlu dihabiskan dalam tahun semasa. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan menyeru semua penerima SARA bulanan dan SARA untuk semua, untuk menyemak baki kredit SARA masing-masing dan memastikan kredit berkenaan dibelanjakan sebelum 31 Disember 2026.
Hasil maklum balas dan pandangan daripada penerima SARA, kerajaan melalui Belanjawan 2027 telah bersetuju memperluas penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau tamu di bawah FAMA seluruh negara bagi memenuhi keperluan harian yang penting setiap isi rumah. Dalam masa yang sama, terdapat 140,000 produk atau barangan yang boleh diperolehi di bawah pelaksanaan SARA. Antaranya beras, kicap, tepung, biskut,
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
garam, gula, roti, telur, susu, susu formula bayi, lampin dewasa atau bayi, sabun mandian, produk cucian lantai, alat tulis, pakaian sekolah dan ayam sejuk beku serta makanan laut sejuk beku yang— bagi memanfaatkan hampir sembilan juta penerima SARA bulanan serta 22 juta penerima SARA untuk semua.
Pada ketika ini, kerajaan telah berjaya meningkatkan penglibatan lebih 15,000 kedai runcit dan pasar raya sebagai rakan niaga SARA. Daripada jumlah ini, terdapat lebih 7,000 kedai runcit kecil dan koperasi peruncitan yang turut mendapat limpahan ekonomi daripada Program SARA, selaras dengan sasaran tahunan semasa yang memfokuskan kedai runcit kecil sebagai rakan niaga SARA. Bilangan rakan niaga SARA ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa bagi memudahkan akses kepada penerima SARA. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Menteri atas jawapan yang saya rasa begitu jelas termasuk juga memberi data berkenaan dengan kawasan Sri Aman.
Jadi soalan tambahan saya, adakah kementerian mempunyai data atau rekod mengenai nilai kredit SARA yang tidak dibelanjakan atau luput? Dan, adakah faktor keterbatasan pilihan barangan dikenal pasti sebagai salah satu penyumbangnya? Mohon jawapan. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Secara terperinci, saya akan bagi secara bertulis. Tapi di Sarawak, penggunaan adalah 93 peratus. Bermakna hanya tujuh peratus yang dilupus atau tidak digunakan dan statistik kebangsaan melebihi 95 peratus.
Bermakna yang tidak digunakan itu sebenarnya tak sampai lima peratus secara— di peringkat kebangsaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Pada 3 November 2026, Kementerian Kewangan memaklumkan di Dewan Rakyat ini bahawa kadar penggunaan kredit SARA mencapai 99.7 peratus setakat 31 Oktober.
Namun, kadar penggunaan itu tidak menunjukkan sama ada bantuan tersebut mencukupi untuk menampung keperluan asas penerima. World Bank dalam kajiannya mengesyorkan bantuan sosial di Malaysia turut membangkitkan isu kecukupan bantu dan mengesyorkan agar saiz isi rumah diambil kira dalam menentukan sasaran bantuan.
Jadi soalannya, Timbalan Speaker— Timbalan Menteri. Kadang ada di antara kalau dia bujang dan dia tak menerima eKasih, RM50 sebulan bersamaan kira-kira
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
RM1.67 sehari. Jadi, nak tanya, apakah justifikasi ekonomi dan data yang digunakan oleh MOF untuk menetapkan kadar tersebut? Dan bilakah kadar bantuan itu akan disemak semula, selaras dengan peningkatan kos sara hidup? Nama pun nak bantu kos sara hidup, masalah kos sara hidup. Mungkin SARA MADANI 2027 yang hampir RM13 juta itu bukan penerima STR pun, kan? Adakah boleh digunakan untuk membantu mereka yang betul-betul memerlukan bantuan daripada kerajaan? Terima kasih Speaker.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Speaker, sebenarnya bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuk bantuan dari bentuk tunai dan juga bukan tunai, dan juga seperti kenaikan gaji minimum, pelancaran gaji wajar dan pelbagainya. Kerajaan tidak boleh hanya bergantung kepada satu cara iaitu memberi bantuan tunai dan bantuan seperti SARA sahaja. Bermakna, ekonomi— isu ekonomi, isu sara hidup perlu ditangani melalui pelbagai pendekatan dan ini adalah salah satu pendekatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Puan Speaker. Pantun sikit.
Yang kalah jangan koyak, Yang menang jangan bongkak; Soalan enam saya bawa, Minta Menteri jawab pula.
6. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Komunikasi menyatakan strategi kerajaan menangani peningkatan kandungan deepfake dan berita sintetik yang menggunakan kecerdasan buatan yang menyamar sebagai pemimpin, institusi atau individu bagi tujuan penipuan serta manipulasi maklumat kepada masyarakat.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Dato’— Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Yang di-Pertua, kerajaan memandang serius penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence dengan izin, AI khususnya penghasilan kandungan deepfake, pemalsuan identiti dan penyebaran maklumat palsu yang menyamar sebagai pemimpin, institusi atau individu bagi tujuan penipuan serta manipulasi maklumat.
Bagi menangani isu ini, tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 terhadap
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang memenuhi elemen kesalahan jelik melampau di bawah peruntukan tersebut.
Selain itu, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Akta 866 menyediakan mekanisme kawal selia bagi menangani kandungan memudaratkan dalam talian khusus bagi platform-platform media sosial sebagai contoh, termasuk kandungan yang dihasilkan menggunakan AI sekiranya tergolong dalam kategori kandungan memudaratkan di bawah akta berkenaan.
Dalam memperkukuh tanggungjawab penyedia platform digital, kod pengurangan risiko atau dengan izin, risk mitigation code yang berkuat kuasa 1 Jun tahun ini mewajibkan pemberi perkhidmatan berlesen menyediakan mekanisme bagi mengenal pasti, menilai dan menangani kandungan memudaratkan. Kod ini turut menetapkan supaya kandungan imej, audio atau video yang dijana atau dimanipulasi menggunakan AI dan berkemungkinan disalah anggap sebagai kandungan sebenar dilabel atau ditandakan dengan jelas selain menyediakan kemudahan pelaporan yang mudah diakses oleh pengguna.
Bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Oktober tahun ini, sebanyak 13,883 kandungan pemalsuan imej atau deepfake telah diturunkan oleh pemberi perkhidmatan berikutan permohonan MCMC berdasarkan aduan orang ramai termasuk 1,178 kandungan yang melibatkan pemimpin politik.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Selain itu bagi tempoh 1 Januari 2025 sehingga 31 Oktober 2026, MCMC telah menyiasat 61 kes berkaitan penyalahgunaan teknologi AI di bawah seksyen 233 Akta 588. Dari jumlah itu, 10 kes telah didakwa di mahkamah, tujuh kes ditawarkan kompaun berjumlah RM755,000 dan 17 surat amaran telah dikeluarkan.
Bagi 10 kes yang didakwa, enam telah mendapat keputusan mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM19,500, manakala empat kes masih dalam prosiding. Baki 27 kes merangkumi kes-kes yang masih dalam peringkat siasatan serta yang telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Dari aspek pencegahan, kerajaan melalui MCMC turut melaksana kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran dan literasi digital masyarakat khususnya dalam mengenal pastikan kandungan deepfake penyamaran identiti serta maklumat palsu yang dijana menggunakan AI.
Kempen ini turut menekankan kepentingan menyemak kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya bagi mengelakkan masyarakat dari menjadi mangsa penipuan dan manipulasi maklumat dalam talian.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama bersama pemberi perkhidmatan berlesen, agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memperkemas mekanisme penurunan kandungan bagi memastikan kandungan deepfake dan kandungan palsu yang memudaratkan dapat ditangani dengan lebih pantas, berkesan dan selaras dengan peruntukan undang-undang negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih YB Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi saya fikir banyak tindakan yang diambil selepas kandungan itu diterbitkan. Saya cadangkan kalau kita boleh buat dua proses mitigasi.
Yang pertama sebelum kandungan itu diterbitkan. Contohnya kalau sebelum ini ada platform yang boleh mengesan copyright control misalnya hak cipta. Dia scan dulu lepas itu baru— dah clear baru diterbitkan. Apakah boleh platform ini buat benda yang sama untuk kes deepfake ataupun pada apa-apa isu yang berkaitan ini.
Disemak dulu dan apa mungkin 24 jam ke, mengikut risiko kandungan tersebut.
Yang keduanya, setelah deepfake itu, berita itu diterbitkan, bagaimana kita mengesan dalang? Kerana dalang ini kalau kita tak banteras, dia akan terbitkan balik berita-berita deepfake dan sebagainya itu. Kalau kita boleh ada kaedah money trail dalam AMLA, saya fikir kita boleh juga buat kaedah yang sama dalam hal deepfake ini Yang Berhormat Menteri.
Dan akhir sekali ialah bolehkah platform ini untuk mengenakan sekatan naik semula bahan yang telah pun disahkan menipu supaya dia tak jadi berulang. Kalau tidak, asyik kita bincang yang sama ini berulang kali tanpa ada penyelesaian. Terima kasih Puan Speaker.
Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Puan Speaker. Ini soalan-soalan yang sangat baik dan saya rasa masalah kita di pihak MCMC dan juga pihak kerajaan ialah kerjasama daripada pihak platform.
Kita dapati banyak daripada platform seolah-olah tidak mengambil serius aduan berulang kali. Kalau sebelum masalah deepfake ini berlaku secara berleluasa, sebelum ini kita ada banyak masalah dengan kandungan judi dalam talian dan angka-angka yang— Sebenarnya MCMC hampir lebih daripada 60 peratus daripada
Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
jumlah kandungan yang diminta untuk diturunkan adalah kandungan judi dalam talian yang bersifat berulang.
Jadi, platform dah tahu tapi dia sengaja tak nak atau pun atas apa-apa sebab tidak mahu memberi kerjasama untuk mengambil tindakan secara automatik. Jadi, ini satu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat. Saya amat alu-alukan.
Mungkin kita boleh bincang beberapa perkara nanti tapi seperti yang saya sebutkan, kita ada Risk Mitigation Code ataupun RMC bawah ONSA.
Yang mana sekiranya platform gagal untuk mengambil tindakan dia dah mula berkuat kuasa 1 Jun dan kita beri tempoh untuk platform, platform menyediakan kerangka yang bersifat automatik dan kita berikan mereka masa sehingga hujung tahun ini. Jadi, sekiranya mereka gagal dan masalah itu berulang maka boleh didenda RM1 juta sehingga RM10 juta bagi setiap kesalahan.
Jadi, pihak kerajaan bersedia kita berikan platform, platform ini sedikit masa.
Insya-Allah Puan Yang di-Pertua, pada pertengahan bulan Disember ini saya akan bertemu dengan rakan-rakan sejawat saya di Singapura bersama dengan Menteri Komunikasi Singapura dan juga Indonesia untuk sama-sama membincangkan isu- isu yang ketiga-tiga negara hadapi akibat daripada kedegilan platform, platform untuk mengambil tindakan secara menyeluruh dan secara automatik.
Jadi, kita melihat ada kewajaran. We don’t fight this alone. Kita mesti bekerjasama dengan rakan-rakan di rantau Asia Tenggara supaya platform— platform ini dia perlu mendengar. Singapura dianggap sebagai regional ibu pejabat rantau Asia Tenggara bagi banyak platform media sosial. Indonesia mempunyai jumlah pengguna yang paling besar, manakala banyak daripada pusat-pusat pangkalan data terletak di Malaysia.
Jadi, ketiga-tiga perkara ini kita akan manfaatkan untuk berbincang dengan platform. Insya-Allah pada pertengahan bulan Disember. Untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
...Ringkas. Dalang-dalang ini kita dapati ada yang menggunakan akaun palsu dan ada beberapa tindakan yang kita cadangkan kepada platform. Tapi sekiranya mana-mana dalang itu dapat dikesan, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk menjemput mereka bagi memberikan keterangan dan sekiranya didapati ada kesalahan akan didakwa di mahkamah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri saya ingin tanya berkenaan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengekang kes-kes buli.
Baru-baru ini telah berlaku untuk makluman Tuan Yang di-Pertua satu pasangan suami isteri India yang menguruskan syarikat fotografi Pixel didapati telah pun— Phoenix Pixel telah pun didapati membunuh diri akibat mendapat banyak tekanan daripada pihak-pihak yang telah membuat sumbangan untuk pengambilan gambar dan sebagainya.
Dan ini merupakan kes kedua di mana telah melibatkan— saya difahamkan gadis itu baru mengandung. Jadi, kita kehilangan sepasangan suami isteri India dan ini menjadi isu yang hangat diperbualkan. Saya berterima kasih pada Menteri di atas keprihatinan tentang kes Esha yang berlaku dua tahun yang lalu Tuan Yang di- Pertua.
Jadi, bagaimana kita ingin mengekang perkara ini daripada berulang kali berlaku. Sekarang kita telah hilang dua orang nyawa, termasuklah bayi yang dikandung oleh wanita tersebut.
Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, memang ini satu isu yang amat menyedihkan sebab kita lihat platform-platform media sosial, mereka punyai tanggungjawab untuk pastikan tidak berlaku buli siber termasuk dalam sesi-sesi live penstriman secara langsung.
Dan ini seolah-olah insiden yang berulang daripada kes Rajeswary a/p Appahu atau pun Esha yang berlaku beberapa tahun lalu dan saya ingin di sini, apa yang pihak kerajaan telah lakukan ialah kita masalahnya Puan Yang di-Pertua, pihak platform sering kali memberi pelbagai alasan. Ramai yang bekerja dalam bidang moderation yang dulu terletak di Malaysia telah kehilangan kerja sebab banyak platform yang ingin memanfaatkan AI bagi tujuan content moderation, termasuk live moderation, dengan izin.
Tapi saya lihat ini tidak berjaya dan insya-Allah ini antara perkara yang akan dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan platform-platform pada pertengahan Disember ini di Singapura. Masa yang sama, saya ingin menyampaikan pesanan bagi pihak KKM juga kita ada talian HEAL 15555, yang mana sekiranya ada sesiapa di kalangan kita yang merasa tertekan akibat daripada buli siber dan sebagainya dapatkan lah kaunseling, dapatkan lah bantuan daripada pihak yang berautoriti yang boleh membantu, termasuk membuat panggilan ke talian HEAL.
Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Dan saya harap Ahli Yang Berhormat juga boleh menyampaikan kepada semua dalam komuniti dont’ wait sekiranya anda melihat sesiapa yang merasa tertekan. Semalam saya tengok seorang— ada seorang TikTokers ya yang ataupun seorang sosial media influencer namanya TimTiah. Dia bercerita bagaimana dia berasa tertekan.
This year has many highs and many low dan saya post dalam TikTok beliau.
“Bro, if you need help, let me know. Talk to me”. Jadi, kita semua boleh mainkan peranan untuk mengurangkan sedikit tekanan yang dirasai oleh mereka yang menghasilkan kandungan seperti ini. Reach out ya jangan pendamkan.
Jadi, telefon talian HEAL 15555, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Soalan saya soalan 7.
7. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan yang akan diambil oleh kementerian ke atas penganiayaan yang dilakukan oleh J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. selaku francaisor terhadap francaisi-francaisinya dengan meminda terma- terma perjanjian francais dan manual operasi secara unilateral dan mengenakan penalti-penalti yang tidak munasabah ke atas francaisi-francaisinya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Stampin di atas soalan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memandang serius setiap aduan yang melibatkan hubungan antara francaisor dan francaisi. Dalam hal ini, KPDN mengawal selia industri francais melalui Akta Francais1998 ataupun Akta 590 dan boleh menjalankan siasatan serta mengambil perundangan, tindakan perundangan sekiranya berlaku pelanggaran di bawah akta tersebut.
Ini merangkumi tindakan francaisor meminda syarat perjanjian francais atau manual operasi yang merupakan sebahagian daripada dokumen pendaftaran francais tanpa kelulusan francais. Ini juga termasuk kepada semua pindaan kepada perjanjian asal termasuk penambahan kos ataupun penalti baharu wajib diluluskan oleh pendaftar. Maksudnya di bawah Seksyen 11, Akta 590 sebarang pindaan kepada perjanjian francais perlulah mendapat kelulusan pendaftar francais.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Sekiranya francaisor tidak mendaftarkan, mendapat kelulusan pihak pendaftar untuk meminda, maka Seksyen 10 boleh diguna pakai daripada akta ini, di mana ia nya memberi punca kuasa kepada kementerian untuk menggantung ataupun membatalkan pendaftaran francais tersebut Yang Berhormat Stampin.
Walau bagaimanapun Puan Yang di-Pertua, perlu saya terangkan, jelaskan juga sekiranya wujud pertikaian mengenai pelaksanaan kontrak, bukan berkenaan dengan pindaan kontrak tapi pelaksanaan kontrak ya, seperti tuntutan ganti rugi, tafsiran klausa perjanjian atau dakwaan penganiayaan dalam hubungan kontrak, perkara tersebut pada asasnya merupakan hak dan obligasi contractual antara francaisor dan francaisi.
Oleh yang demikian, penyelesaiannya adalah melalui rundingan, mediasi atau tindakan sivil di mahkamah kerana kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan atau mengubah syarat sesuatu kontrak yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri. J&T Ekspres Malaysia Sendirian Berhad itu francaisor adalah merupakan satu syarikat yang dimiliki oleh warga asing. Semua francaisi yang dilantikkan adalah syarikat dimiliki oleh orang tempatan.
Sepertimana yang telah disebutkan, walaupun ada hanya sebuah francaisi yang membuat aduan, ramai lagi yang dianiayai oleh francaisor itu tak berani membuat aduan kerana takut determinate. Dan apa kezaliman yang dilakukan oleh francaisor itu adalah pindaan syarat francais dan main operasi, pengenaan penalti yang terlampau dan juga potongan komisen dari semasa ke semasa.
Oleh itu, akhirnya ramai bukan sahaja tidak dapat terima komisen daripada francaisor tetapi akhirnya hutang kepada francaisor itu. So, soalan saya, dapatkah kementerian membuat satu keputusan untuk menggantungkan lesen berniaga dan lesen francais J&T pada masa ini sehinggakan— sehingga masa syarikat ini menyerahkan kepada kementerian semua pindaan-pindaan syarat dan pindaan- pindaan main operasi yang telah dibuat semasa ini dan juga menyerahkan senarai francaisi yang telah dilantik tetapi belum lagi didaftarkan dengan kementerian dan akaun-akaun masing-masing untuk disiasat. Hanya itu penggantungan lesen itu akan dibatalkan selepas itu siasatan diselesaikan dan apa-apa tindakan yang sewajarnya diambil. Bolehkah kementerian buat keputusan ini, tindakan ini untuk melindungi the interest of warga tempatan kita? Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya terima kasih Yang Berhormat Stampin.
Dia agak jelas ya Yang Berhormat. Kalau mereka pinda dan mereka tidak daftar, kalau francaisor pinda tapi tidak daftar, maka itu kesalahan di bawah seksyen 11.
Boleh diambil tindakan, tapi dalam kes yang diutarakan oleh Yang Berhormat ini, di mana KPDN saya dimaklumkan sudah pun bertemu Yang Berhormat pada bulan Julai ya untuk menerangkan berkenaan dengan kes ini.
Kes ini berlaku dispute Yang Berhormat. Jadi apabila berlaku dispute seperti yang saya bacakan dalam jawapan saya tadi, dia perlu pergi ke rundingan ataupun dalam kes ni masih lagi dalam siasatan ya. Jadi, dalam keadaan apabila dia masih dalam siasatan, kita tidak boleh menggunakan seksyen 10. Maksudnya kita tidak boleh menggantung, kita tak boleh membatalkan lesen selagi belum terbukti, ya belum terbukti bahawa dispute itu kesalahan disebabkan oleh pindaan yang tidak didaftarkan ya.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Yang Berhormat, itu kes pun dia sudah francaisor sudah langgar peraturan, undang-undang.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya, ya, ya.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Dia tidak daftarkan itu francaisi.
Kalau...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Stampin.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Okey Yang Berhormat, Yang Berhormat kita kena lihat kes itu, isu itu secara berasingan ya. Maksudnya dia tidak daftar addendum itu. Itu kesalahan yang berbeza, berbanding dengan apa yang diadukan oleh francaisi. Francaisi pun kalau ada kesilapan, mereka tidak berdaftar pun ada juga kesalahan dari dalam akta. So, it has got to be address separately.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Yang Berhormat, sistem Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Stampin, tidak boleh tanya macam ini.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Bukan, saya nak jelaskan kerana mengelirukan Dewan kerana kalau francaisor tidak daftar dulu, portal, website kementerian tidak membenarkan— tak ada apa-apa tekan boleh, button boleh membenarkan francaisi untuk mendaftar. Franchisor have to register first before franchise can register. That is a system. That is your system on website. So, if
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
*franchisor doesn’t register, how can a franchise register?
[Tidak jelas]* Tetapi saya rasa yang lakukan kezaliman, ketidakadilan terhadap orang tempatan itu adalah francaisor itu dimiliki oleh warga asing. Ambillah tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey terima kasih. Speaker, saya nak membangkitkan soalan tambahan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan, peraturan Puan Speaker. Peraturan Dewan 36(4). Tadi BBC telah mencemarkan jawapan Menteri sama-sama dalam kerajaan mengatakan mengelirukan, jawapan Menteri mengelirukan. Ini satu perkara yang tak sihat berlaku. Jadi, tak bolehlah BBC menempelak Menteri menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang, jangan bazir masa.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tiada, tak boleh sebab ini tak pernah berlaku.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Siapa kata tak boleh? Legislation and executive [Tidak jelas] Parlimen.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab sama-sama dalam kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ini backbenchers dia punya tugas adalah untuk check and balance.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okeylah, sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sama-sama BBC nak mengatakan mengeliru.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, jangan bazir masa.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Menteri mengelirukan tak boleh ini. Jawapan Menteri mengelirukan, makna kerajaan ini tak ada apa ni...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kerajaan tak kompeten.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Setiu tanya soalan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Soalan saya Yang di-Pertua, berdasarkan kepada kes ini, kita nampak terdapat satu kelompongan ataupun satu yang malang kepada sistem perundangan negara kerana Akta Francais 1998 sepatutnya melindungi kedua-dua pihak francaisor dan francaisi. Ini menghakis kepercayaan rakyat kepada undang-undang negara.
Soalan saya, setakat ni berapakah syarikat francaisor yang telah disiasat oleh KPDNHEP, berapa yang sudah didakwa dan berapakah hukuman denda yang dikenakan kepada mereka?
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Setiu. Tapi sebelum saya jawab Setiu, saya nak jelaskan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa francaisor memang berdaftar dan francaisor perlu daftar semua dia punya— apa orang kata manual operasi dan sebagainya dan juga fee perlu daftar. Apa yang tidak berlaku apabila ada addendum, ada perubahan dan dia sekiranya dia gagal mendaftar ya dan kadang-kadang dia buat perjanjian dengan francaisi itu dengan perjanjian yang lama.
Tapi bila dia gagal mendaftar, dia implement addendum itu tadi.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ini yang sedang dalam siasatan dalam kes Tampin ini. Ia tak ada isu mengelirukan Dewan di sini.
Berkenaan dengan apa yang ditanya oleh Setiu, Setiu, setakat ini kita hanya ada dua aduan. Kalaulah sekiranya kita amat mengambil berat berkenaan dengan francaisor asing, francaisi tempatan, maka beranikan diri tampil dan buat aduan.
Setakat ini hanya ada dua aduan yang kita sedang siasat, Yang Berhormat.
Dan seperti yang saya katakan tadi, kita take the issue separately. Kalau francaisor, dia langgar undang-undang, dia langgar seksyen 11, dia pinda tanpa mendapat kebenaran, kita boleh ambil tindakan, boleh gantung, boleh batalkan. Tapi, kalau francaisi pula tak berdaftar, pun kita boleh ambil tindakan. Tapi, kalau ada dispute, perjanjian itu bila dia sign macam ini, kemudian dia laksanakan lain, itu dispute ya.
Dan as far as you’re concerned dengan izin, kita pegang kepada perjanjian asal yang telah di submit, yang telah diluluskan oleh pihak kementerian. Maksudnya, kalau ada addendum, kalau ada pindaan dan pihak francaisor melaksanakan pindaan tersebut yang tidak dapat kelulusan, maka francaisor akan diambil tindakan dalam kes ini. Harap jelaslah ya. Saya habis dengan pantunlah.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
*Burung merpati terbang sekawan, Hinggap sebentar dipohon jati; Bila bersama dalam kerajaan, Jagalah adab, jagalah hati.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Ir.
Ts. Haji...
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Saya sambung lagi sikit, sikit lagi. Sebab tadi Lipis ada cakap...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Buah bambangan sedap dimakan, Dihidang dengan sambal belacan; Kalau dah nekad tak nak berkawan, Jangan jadi gunting dalam lipatan. Kepada kawan-kawan dalam kerajaan.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Ir.
Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 8, silakan. Tiada pantun.
[Ketawa]
8. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Komunikasi menyatakan langkah strategik kerajaan membanteras kecurian kabel telekomunikasi yang melibatkan penyamaran sebagai petugas penyelenggaraan termasuk kerjasama antara agensi, tindakan terhadap sindiket terancang serta mekanisme mencegah ancaman keselamatan dan kemalangan kepada orang awam khususnya di Jerantut.
Menteri Komunikasi - Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya pun tak ada pantun. Baik, Puan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, memberi perkhidmatan telekomunikasi dan komuniti setempat bagi membanteras kegiatan kecurian kabel serta vandalisme terhadap infrastruktur komunikasi termasuk di Parlimen Jerantut.
Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, MCMC negeri Pahang telah menganjurkan Kempen Pencegahan Vandalisme dan kecurian di lokasi infrastruktur
Menteri Komunikasi - Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
komunikasi negeri Pahang pada 6 Ogos yang lalu melibatkan PDRM, pihak PBT, pemberi perkhidmatan rangkaian, TNB, pemegang lesen peniaga barang lusuh serta penghulu mukim termasuk dari Daerah Jerantut.
Kerjasama ini turut diperkukuh melalui perkongsian maklumat, pemantauan kawasan berisiko, pelaksanaan langkah-langkah mitigasi keselamatan di tapak telekomunikasi dan pelaksanaan program kesedaran bagi membendung kegiatan- kegiatan kecurian kabel telekomunikasi.
Dari aspek penguatkuasaan, seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan kesalahan berkaitan kerosakan atau pengusikan kemudahan rangkaian serta pemilikan kemudahan rangkaian yang diperoleh melalui perbuatan tersebut. Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, seksyen 236A akta yang sama, memperuntukkan hak kepada pihak yang mengalami kerugian akibat kerosakan kemudahan rangkaian untuk mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Bagi mengurangkan risiko kecurian dan ancaman keselamatan kepada orang awam, pemberi perkhidmatan melaksanakan pemantauan rangkaian selama 24 jam melalui pusat pemantauan rangkaian selain pemasangan CCTV. Selain itu, pemberi perkhidmatan turut memperkukuhkan keselamatan di tapak menara komunikasi yang berisiko melalui pemasangan kelengkapan anti kecurian dan vandalisme termasuk sesalur besi bagi melindungi kabel tembaga, sangkar besi serta kunci keselamatan tambahan pada kabinet peralatan telekomunikasi.
Penggunaan kabel gentian optik juga diperluas bagi mengurangkan risiko kecurian. Memandangkan kabel gentian optik ataupun fiber optic cable tiada nilai jualan, tiada nilai jualan semula seperti kabel tembaga. Ramai di kalangan mereka yang melakukan jenayah ini beranggapan kabel-kabel ini adalah kabel tembaga.
Tapi, bila dah dipotong, dicuri, dilihat fiber optik kabel yang tak ada nilai, tak ada nilai jualan semula.
Saya bagi contoh. Kalau di— melalui— dari 12 sehingga 19 Oktober, PDRM melalui IPD Temerloh telah berjaya menumpaskan empat kumpulan jenayah yang terlibat dalam kegiatan kecurian kebel komunikasi dengan penahanan 17 orang suspek dan hasil tindakan IPD Temerloh, mereka ini dikenali sebagai Geng Mista.
Ahli Geng Mista telah diberkas dan diambil tindakan berdasarkan seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia. Keempat-empat orang tertuduh mengaku bersalah dan
Menteri Komunikasi - Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM30,000 setiap seorang dan penjara tambahan tiga bulan jika gagal membayar denda.
Jadi, kita telah tingkatkan jumlah denda, kita dah membolehkan pihak polis membuat tangkapan. This is sizable offense dengan izin. Cuma, ini saya hendak guna platform ini untuk memaklumkan kebanyakan daripada kabel sekarang ini bukan lagi kabel tembaga, dah tidak ada nilai. Jadi, janganlah potong, janganlah curi, tak ada manfaat. Jadi, kalau potong, juga boleh masuk penjara. Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat juga boleh sampaikan, maklumkan dah tak ada nilai, there is no point nak potong. You cannot sell. Jadi— dan dia tak boleh buat apa dengan kabel fiber optik ini. Baik, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Soalan tambahan saya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri.
Apakah mekanisme pemantauan dan pengesahan identiti yang diwajibkan terhadap kontraktor, maknanya orang dalam, kontraktor serta petugas penyelenggaraan yang menjalankan kerja-kerja berkaitan infrastruktur telekomunikasi khususnya bagi mengelakkan kegiatan penyamaran oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan pakaian seragam, kenderaan dan peralatan menyerupai petugas rasmi?
Dan apakah kementerian bersedia memperkenalkan sistem pengesahan identiti digital ataupun kod QR yang boleh disemak oleh orang awam supaya orang awam juga boleh memainkan peranan membendung masalah ini?
Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Ini cadangan yang baik. Saya akan minta pihak MCMC memanggil semua syarikat-syarikat yang berkaitan. Berdasarkan maklumat yang kami ada, setakat separuh daripada tahun 2025 sehingga separuh pertama 2026, jumlah insiden kecurian dan kerosakan ataupun vandalisme infrastruktur komunikasi ini melibatkan satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, 10 penyedia perkhidmatan. Sebanyak 9,431 insiden dan saya rasa cadangan Yang Berhormat ini saya akan minta MCMC panggil semua penyedia perkhidmatan ini dan menyediakan satu mekanisme baharu termasuk mungkin penggunaan QR.
Kerana ramai di kalangan penduduk juga mungkin berwaspada, syak wasangka, mereka yang datang ini betul-betul bekerja dengan syarikat tersebut ataupun tidak. Jadi, terima kasih atas cadangan, bagus. Mungkin kita boleh duduk dan minum kopi nanti, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 9, terima kasih.
9. Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau [Tuaran] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pelan bertarikh untuk menggantikan bangunan Skala Tujuh dan kelas kabin di SMK Tamparuli serta SMK Tenghilan, termasuk status peruntukan, tarikh tender dan tarikh siap.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran atas isu yang dikemukakan.
Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius keperluan penggantian bangunan berskala tujuh dan penyediaan kemudahan bilik darjah yang lebih selamat, khasnya di SMK Tenghilan dan juga SMK Tamparuli.
Sehubungan dengan itu, KPM telah mengambil tindakan secara berperingkat dan juga menyeluruh. Pada 3 Ogos 2026, pemeriksaan awal telah pun diselaraskan bersama-sama dengan JKR Sabah dan laporan dapatan awal telah dikemukakan kepada KPM pada 11 Ogos 2026.
Seterusnya, pada 18 Ogos 2026, KPM telah melaksana Program Tindak susul Parlimen Siri 2 Tahun 2026 bagi menyelesaikan isu berkaitan bangunan di kedua-dua buah sekolah tersebut. Program ini telah pun disertai oleh Ahli Yang Berhormat Tuaran bersama-sama dengan agensi negeri berkaitan dan saya sendiri pun telah pun turun.
Hasil daripada tindakan tersebut, bangunan berskala tujuh yang dikenal pasti berisiko telah pun dikosongkan serta-merta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Selanjutnya bagi menyelaraskan tindakan susulan, KPM telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama-sama dengan JPN Sabah, PPD Tuaran dan juga JKR Sabah pada 18 September 2026. Memperincikan pelan intervensi bagi mencapai penyelesaian tuntas berkaitan isu keselamatan bangunan di kedua-dua sekolah.
Saya masuk ke isu SMK Tenghilan yang mana tindakan KPM dilaksanakan melalui tiga fasa utama, fasa jangka pendek, sederhana dan juga fasa jangka panjang.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Untuk jangka pendek, kita akan— untuk jangka pendek KPM memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan bangunan dan kelangsungan pembelajaran
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
melalui pengosongan bangunan yang tidak selamat dan menyuraikan murid ke bangunan-bangunan yang lain.
Selain itu, projek ubah suai naik taraf (USNT) serta penyelenggaraan bangunan sekolah berkaitan akan terus dilaksanakan bagi memastikan bangunan sedia ada berada dalam keadaan selamat dan kondusif.
Fasa jangka sederhana, KPM sedang merancang pembinaan bangunan sementara menggunakan sistem binaan industri atau pun IBS modular. Projek ini dicadangkan untuk dilaksanakan di bawah peruntukan RP2 RMK13 merangkumi 14 bilik darjah yang kita akan bina di sebahagian padang yang sedia ada.
Dan kerja-kerja awalan disasarkan kita mula pada awal bulan Februari 2027 dengan tempoh pembinaan antara enam hingga sembilan bulan dan sasaran siap pada bulan Disember 2027. 14 bilik darjah itu cukup, sekarang menampung murid- murid yang berada di blok A sekarang.
Sementara itu bagi penyelesaian jangka masa panjang, KPM sedang memuktamadkan pelaksanaan penilaian integriti struktur bangunan atau pun structural integrity testing (SIT) bersama-sama dengan JKR Sabah.
Penilaian ini penting untuk menentukan tahap keselamatan struktur yang ada dan berdasarkan hasil penilaian SIT tersebut, KPM merancang untuk mengemukakan permohonan peruntukan di bawah RP3 RMK13 tahun 2028 bagi projek penggantian atau pembinaan semula bangunan akademik yang dikenal pasti tidak selamat dan tertakluk kepada pemuktamadan proses perolehan kos dan juga jadual tender. Walau bagaimanapun, SIT ini juga banyak bergantung kepada berapa efisiennya JKR Sabah dalam membantu kita dalam perkara ini.
Bagi SMK Tamparuli juga kita akan melaksanakan fasa jangka pendek, sederhana dan panjang. Untuk fasa jangka pendek, KPM sebenarnya sedang melaksanakan pembinaan bangunan sementara melibatkan enam bilik darjah. Dan ini kita jangka akan siap pada bulan Disember 2026. Pada masa yang sama USNT dan juga penyelenggaraan turut akan dilaksanakan di bangunan-bangunan yang sedia ada sekiranya perlu.
Untuk fasa sederhana, juga KPM merancang pembinaan bangunan sementara— bukan bangunan sementara, bangunan menggunakan kaedah modular IBS di bawah RP2 RMK13 pada tahun hadapan juga. Seperti di SMK Tenghilan, kerja-kerja awalan disasarkan bermula pada awal Februari 2027 dengan tempoh pembinaan enam hingga sembilan bulan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Untuk SMK Tamparuli, kita sasarkan 14 sehingga 16 bilik darjah bergantung pada keluasan sekolah yang kita— keluasan tapak yang kita mampu untuk capai.
Untuk jangka masa panjang juga kita telah pun kemukakan kepada JKR untuk pelaksanaan SIT iaitu structural integrity test untuk mengenal pasti tahap integriti struktur bangunan. Dan laporan penilaian SIT ini adalah penting untuk kita pastikan bangunan mana yang kita hendak, yang telah pun disyorkan roboh dan bina semula oleh JKR Sabah dan dari situ kita akan masukkan permohonan di bawah RP3 RMK13.
Tetapi usaha ini kita kena percepatkan kerana untuk kita masukkan permohonan di bawah RP3 RMK13 kita kena masukkan sebelum bulan Mac hadapan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih. Setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan sekolah daif SMK Tamparuli dan SMK Tenghilan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri yang mengetuai rombongan ini.
Dan terima kasih kerana ada penglibatan daripada Pusat Khidmat Parlimen Tuaran dan terima kasih juga di atas cadangan-cadangan yang telah dilaksanakan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Soalan saya di sini ialah, dengan penyelesaian ini dapat diteruskan tapi dari segi jangka pertengahan.
Makna dia kita kurangkan pelajar yang datang ke situ. Kalau boleh kita teruskan pelaksanaan SMK Nabalu bukan dengan rancangan awal tapi kita gunakan sekolah model khas komprehensif, sembilan atau 11. K9 atau K11 sahaja. Menggunakan peruntukan yang sama barangkali dengan cara ini cabin style pun RM100 juta yang ada sekarang sedikit daripada itu pun boleh laksanakan kalau boleh.
Yang satu, dan satu lagi dari segi peruntukan untuk SIT itu, berapa banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat
Tuan Wong Kah Woh
Tuaran berkenaan dengan bagaimana kita boleh menggunakan peruntukan yang sedia ada bagi mencapai impak yang paling besar.
Dan itu sebab kenapa bagi jangka sederhana kita menggunakan cara pembinaan IBS modular untuk memastikan bahawa kita boleh menyediakan bilik darjah dalam satu jangka masa yang lebih pendek iaitu lebih kurang enam hingga sembilan bulan selepas SST diberikan. Dan kedua-dua projek untuk IBS modular akan dilaksanakan oleh JPN Sabah yang mana tender dan juga pelaksanaan adalah dengan mereka.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Dan berkenaan dengan SIT kedua-dua sekolah ini memerlukan peruntukan SIT. Jika maklumat yang saya ada, adalah betul lebih kurang RM400,000 bagi SIT di SMK Tenghilan. Tamparuli saya kena semak lagi.
Walau bagaimanapun, peruntukan itu kita dah sedia, adalah bersedia dengan peruntukan itu pada awal tahun hadapan supaya SIT boleh dilaksanakan secepat mungkin untuk kita memastikan kita dapat menyiap atau pun memasukkan permohonan sebelum tarikh tutup bagi RP3 RMK13. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tak sempat soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Usul Peraturan Mesyuarat 12(1).
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi Rang Undang-undang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 18 November 2026.” Sekian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa Yang Berhormat yang menyokong?
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kementerian Kesihatan.
Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman ramai pembahas yang akan berbahas bagi Kementerian Kesihatan dan Kementerian
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pelancongan, Seni dan Budaya di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2027. Oleh itu pembahas akan dihadkan.
Setiap pembahas diberikan tempoh masa lima minit untuk berbahas dan mohon Yang Berhormat mematuhinya. Pastikan Yang Berhormat menyebut secara spesifik butiran kementerian yang ingin Yang Berhormat bangkitkan semasa perbahasan.
Senarai pembahas untuk perbahasan di bawah Kementerian Kesihatan seramai 30 pembahas. YB Sekijang, YB Kuala Langat, YB Kluang, YB Kuala Nerus, YB Putatan, YB Kapar, YB Balik Pulau, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Betong, YB Maran, YB Tampin, YB Rompin, YB Kota Melaka, YB Parit Buntar, YB Pulai, YB Beaufort, YB Tanjong Karang, YB Lubok Antu, YB Kota Belud, YB Kuala Krai, YB Wangsa Maju, YB Sandakan, YB Sik, YB Tuaran, YB Bentong, YB Padang Besar, YB Batang Lupar, YB Keningau, YB Putrajaya dan YB Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya mulakan dengan Sekijang membahaskan maksud Bekalan B.42 dan juga maksud Pembangunan P.42. KKM Menerima RM47.7 bilion bagi tahun 2027.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Pandangan saya peruntukan ini perlu menghubungkan rawatan awal, keupayaan hospital dan juga kecukupan petugas kesihatan.
Saya mulakan dengan Kesihatan Awam butiran 030000, RM7.26 bilion termasuk Pembangunan Kesihatan Keluarga butiran 030200, RM4.98 bilion. Bagi pesakit diabetes dan juga darah tinggi, rawatan susulan di klinik dapat mengurangkan komplikasi dan juga kemasukan ke hospital. Itulah hasil yang wajar kita ukur. Tetapi peruntukan pembangunan kesihatan luar bandar, P.00201 turun kira-kira 39 peratus daripada RM647.29 juta kepada RM394.24 juta. Saya faham projek dilaksanakan secara berfasa tetapi pada pandangan saya kapasiti klinik khususnya di luar bandar tetap perlu dijaga dengan baik.
Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar, butiran 020300 pula meningkat hanya 1.3 peratus kepada RM1.11 bilion. Jadi soalan saya, bagaimanakah Kementerian Kesihatan Malaysia mahu mengurangkan kes bukan kritikal di Jabatan
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Kecemasan dan juga menangani pengurangan peruntukan luar bandar yang saya sebutkan tadi.
Puan Pengerusi, dari klinik kita beralih kepada hospital. Bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut, kecukupan petugas dan pakar menjadi perkara penting.
Peruntukan Pengurusan, butiran 010000 turun kepada RM4.16 bilion. Sumber Manusia, 010200 meningkat kepada RM30.75 juta dan Pengurusan Latihan, 010400 kepada RM611.74 juta. Di sini, saya kira cabaran besar kita ialah KKM mengunjurkan 22,435 doktor pakar diperlukan menjelang 2030. Tetapi setakat Disember 2025 tahun sebelum ini, hanya 9,040 orang pakar berkhidmat dengan KKM. Jadi, jurangnya sebesar 13,395 orang.
Maka, bagaimanakah latihan kepakaran akan disasarkan mengikut bidang dan hospital yang paling memerlukan? Tambahan pula, projek P.00300 – Kemudahan Hospital menerima RM823.71 juta dan Pengoperasian Fasiliti Baru, butiran 080600, RM753.59 juta. Jadi, bagaimanakah penempatan pakar diselaraskan dengan jadual pembukaan fasiliti baru supaya kapasiti rawatan dapat digunakan sepenuhnya?
Perancangan petugas dan kemudahan ini turut berkait dengan kesiapsiagaan perkhidmatan kecemasan. Jadi, saya menyambut baik perolehan 400 ambulans baru. Projek P.01100 – Peralatan dan Kenderaan menerima RM968.71 juta walaupun pecahan ambulans belum lagi diperincikan. Pada 2025, hanya 33 peratus sahaja kes prioriti 1 mencapai respons ambulans dalam masa 15 minit berbanding sasaran 50 peratus. Sasaran 2027, tahun hadapan masih lagi 50 peratus. Jadi, apakah peningkatan yang dijangka melalui ambulans baru, petugas dan penyelarasan kecemasan dan mengapakah sasaran itu dikekalkan?
Seterusnya Puan Pengerusi, butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental meningkat RM15.93 juta kepada RM450.02 juta. Saya ingin memberi penekanan kepada kesihatan mental murid sekolah, Puan Pengerusi kerana ini kita lihat data yang begitu ketara meningkat dan membimbangkan di mana tinjauan kesihatan dan morbiditi NHMS mencatatkan peningkatan kes kesihatan mental yang melibatkan kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun meningkat 16.5 peratus. Kalau kita tengok jumlahnya 922,318 orang berbanding dengan 7.9 peratus iaitu jumlahnya 424,000 pada tahun 2019.
Jadi, ini agak terlewat datanya tetapi ironinya, ratio yang kita lihat ialah satu daripada enam orang kanak-kanak dikesan terlibat dengan kesihatan mental. Maka, apabila saringan mengenal pasti murid berisiko, bagaimanakah Kementerian
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan memastikan rujukan dan intervensi segera berlaku dan apakah sasaran mengurangkan masa menunggu rawatan kanak-kanak dan juga remaja?
Akhirnya Puan Pengerusi, saya ingin membawa kepada perhatian keperluan kapasiti kesihatan di tempat saya, kawasan saya iaitu di Sekijang. Projek P.00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan juga Pembaikan meningkat kepada RM429.50 juta. Jadi, saya memohon perhatian kepada Hospital Segamat dan juga klinik kesihatan sekitarnya dengan keperluan rawatan penyakit kronik, rehabilitasi dan juga penjagaan warga emas yang makin meningkat.
Apakah projek naik taraf, pertambahan kapasiti dan perancangan petugas bagi Sekijang dan bilakah pelaksanaannya akan dilakukan? Jadi, saya berharap KKM akan memberikan sasaran dan juga garis masa yang jelas supaya pembangunan fasiliti, tenaga kerja dan juga penyampaian perkhidmatan benar- benar memberi ataupun meningkatkan akses rawatan penyakit. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya terus kepada beberapa perkara yang saya ingin sentuh dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa ini. Pertamanya, B.42 butiran 022400 – Kardiotorasik. Peruntukan RM79,291,600 dinaikkan kepada RM81.5 juta. Isu peletakan jawatan secara serta-merta berkuat kuasa 23 Oktober 2026, Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Basheer Ahamed Abdul Kareem yang disebabkan oleh tekanan kerja yang tinggi berikutan kekurangan pakar di seluruh tujuh hospital awam. Hanya ada 12 Pakar Bedah Kardiotorasik.
Persoalannya, apakah tindakan kerajaan kerana kita melihat bawah morbiditi dan mortaliti terutamanya berkaitan dengan penyakit jantung ini adalah tinggi. Dan sekiranya kita masih mempunyai masalah daripada sudut kekurangan Doktor Pakar Kardiotorasik, ini suatu perkara yang harus dilihat secara serius walaupun di peringkat swasta ramai pakar-pakar kardiotorasik.
Sumber daripada KKM, pewujudan 870 pakar atau perjawatan, 800 pakar perubatan, 700 pakar pergigian setiap tahun dengan peruntukan RM165 juta. Dan
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
juga biasiswa kepakaran dan subkepakaran pegawai perubatan dan pergigian, peruntukan RM239 juta. Persoalannya, berapakah banyak sasaran yang perlu dilihat untuk melatih pakar-pakar kardiotorasik dan berapa banyak juga yang mungkin boleh diberikan sumbangan biasiswa kepakaran ini? Dan saya melihat bahawa kerajaan harus memudahkan pengambilan pelajar-pelajar untuk dilatih dalam bidang kepakaran kardiotorasik ini.
Butiran 42— B.42 butiran 080000 – Program Khusus, 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Belanjawan 2027 menawarkan jawatan tetap lebih daripada 900— 9,000 doktor kontrak. Namun, peruntukan emolumen kakitangan kontrak 2027 kekal sama dengan 2026. Persoalannya, peruntukan emolumen kontrak 2027 kekal RM2.43 bilion walaupun lebih 900 doktor akan dilantik tetap. Di bawah butiran manakah gaji tetap mereka diperuntukkan? Perkara 114(i) Perlembagaan memberikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kuasa melantik ke jawatan. B.42— sorry. Adakah suruhanjaya telah meluluskan pelantikan lebih 900 doktor kontrak bagi tahun 2027?
B.42 080000 – Program Khusus, butiran 080900 – PeKa B40. Peruntukan RM80 juta kekal bagi tahun 2027. Ini adalah usaha untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital dan juga di pusat-pusat kesihatan KKM. Tindakan intervensi KKM secara proaktif dalam menangani peningkatan jumlah pesakit di hospital kerajaan melalui mobilisasi sumber hospital dan klinik swasta, pengesanan awal penyakit di peringkat komuniti serta pemanjangan waktu perkhidmatan klinik kesihatan dikatakan telah mengurangkan kesesakan seterusnya mengurangkan masa menunggu daripada tiga jam kepada 30 minit.
Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa) diteruskan dengan peruntukan RM80 juta melibatkan 4,455 GP swasta berdaftar dan seramai 2.255 juta pesakit menerima manfaat. Antara usaha yang lain adalah penyumberluaran perkhidmatan hospital.
Peruntukan RM144 juta setahun, Skim Perubatan MADANI RM50 juta, pelaksanaan extended hours ataupun perluasan waktu bekerja selepas waktu pejabat RM46.5 juta setahun. Adakah usaha-usaha ini selain daripada PeKa B40 akan diteruskan terutamanya Skim Perubatan MADANI yang berhadapan dengan masalah penyalahgunaan peruntukan dan tuntutan daripada GP swasta? Tiada butiran ditunjukkan di dalam bajet ini berkaitan dengan Skim Perubatan MADANI.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya cadangkan program ini diteruskan dan kaji semula perluasan program tidak melibatkan negeri-negeri yang telah sedia ada program seperti ini, seperti di negeri Selangor, ditambah ke negeri-negeri lain dengan pemantauan yang lebih teliti.
P.42 Butiran 00400 – Hospital Baharu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, bagaimanakah status pembangunan bangunan tambahan Hospital Banting yang saya dimaklumkan peruntukannya pun telah dikurangkan sebanyak 50 peratus?
Bilakah hospital ini akan mula dibangunkan?
Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan. Tapak tanah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan pejabat kesihatan di Daerah Kuala Langat, saya kira ada 10 ekar di Jenjarom berdekatan dengan Pusat Kesihatan Jenjarom yang saya kira sedia untuk dibangunkan. Kalau sebelum ini ia telah dibersihkan oleh pihak pemaju yang membangunkan satu bandar di situ, dan kini tapak tersebut seluas 10 ekar telah menjadi semak-samun. Pejabat kesihatan daerah pada hari ini menyewa di premis swasta. Saya mengharapkan ini akan dilihat dan ada pembangunan bagi tujuan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baharu di bawah Maksud Bekalan.
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan. Semasa saya membahaskan Belanjawan 2020, saya membangkitkan kesesakan wad di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan memohon agar aras 10 yang belum dilengkapkan dibuka dengan katil tambahan. Kini, projek pembinaan wad 10B dengan 38 katil tambahan hampir disiapkan. Terima kasih kepada pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan.
Namun begitu, katil sahaja tidak mencukupi. Setiap katil memerlukan jururawat, penolong pegawai perubatan dan doktor. Buku Anggaran menunjukkan bahawa Butiran 080600 meningkat daripada RM50 juta kepada RM753.6 juta dan RM700.06 juta daripadanya ialah emolumen. Mohon kementerian menyatakan berapakah jawatan yang dibiayai di bawah butiran ini dan bagi fasiliti mana. Sama ada Wad 10B Hospital Kluang termasuk dalam senarai tersebut? Berapakah
Puan Wong Shu Qi - Kluang
jururawat dan penolong pegawai perubatan yang akan ditempatkan di Hospital Kluang bagi menampung 38 katil tambahan ini?
Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak dan perjawatan di bawah Maksud Bekalan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan dalam ucapan Belanjawan 2027 bahawa lebih 9,000 orang doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada tahun depan. Langkah ini amat dialu-alukan.
Namun, Buku Anggaran menunjukkan jumlah perjawatan KKM kekal 330,000 bagi tahun 2026 dan juga tahun depan. Manakala peruntukan Butiran 080200 iaitu Emolumen Kakitangan Kontrak juga kekal pada RM2,428.1 juta. Jika 9,000 doktor kontrak beralih ke jawatan tetap, sepatutnya perjawatan bertambah dan peruntukan emolumen kontrak berkurangan.
Mohon kementerian menjelaskan. Adakah jawatan bagi 9,000 orang doktor ini telah termasuk dalam angka 333,000 orang atau akan diwujudkan kemudian?
Mengapakah peruntukan emolumen kontrak tidak berubah?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, Kluang, minta.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Kluang. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Saya nak ambil kesempatan― sebab ini 9,000 doktor kontrak― merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia MADANI khususnya Menteri KKM dan menteri-menteri yang terlibat yang membenarkan pemegang UEC mohon masuk ke jurusan perubatan IPTS secara merit tanpa melalui foundation, iaitu keputusan yang dibuat oleh Kabinet pada minggu dulu yang membetulkan ataupun menterbalikkan arahan yang dibuat oleh jawatankuasa dalam MMC yang berasaskan pandangan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Jadi, MCA kena ingat siapa yang merosakkan UEC adalah Menteri UMNO, Menteri KPT, yang betulkannya adalah Menteri daripada Pakatan Harapan. Itu sahaja. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih. Pandangan Rasah, sila masukkan ke dalam ucapan perbahasan saya.
Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di bawah Maksud Pembangunan. Peruntukan Butiran 00800 menurun daripada RM266.8 juta kepada RM235.6 juta, sedangkan kerajaan mengumumkan RM1 bilion untuk EMR nasional. Mohon kementerian menyatakan di bawah butiran manakah peruntukan RM1 bilion ini. Berapakah klinik dan hospital yang dikenal pasti
Puan Wong Shu Qi - Kluang
mempunyai blind spot akses internet dan peruntukan untuk membaikinya serta berapakah pegawai MySTEP yang akan diambil pada tahun depan untuk mendigitalkan rekod perubatan seluruh negara?
Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan di bawah Maksud Bekalan. Sejak Wellness Hub ditubuhkan dan program IFitEr dilaksanakan, ramai rakyat telah mendapat manfaat. Namun, Malaysia masih mencatatkan kadar obesiti dewasa kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Brunei. Mohon kementerian menyatakan jumlah peserta program IFitEr setakat ini, bilangan sesi yang telah dijalankan di seluruh negara serta jumlah kos program termasuk insentif atau hadiah, jika ada, kepada peserta yang berjaya menurunkan berat badan.
Paling penting sekali, pada tahun 2025, seramai 21.5 peratus peserta yang kekal hingga akhir intervensi berjaya menurunkan 10 peratus daripada berat badan asal. Namun, sasaran bagi tahun ini dan tahun hadapan dikekalkan pada 15 peratus sahaja. Mengapakah sasaran tidak dinaikkan?
Isu yang sama berlaku pada butiran lain juga, Puan Pengerusi. Di bawah Butiran 040000 – Kesihatan Pergigian, pencapaian sebenar bagi peratusan klinik pergigian dengan pensijilan MS ISO yang sah laku pada tahun 2025 ialah 99.16 peratus tetapi sasaran tahun ini dan tahun hadapannya hanya 93 peratus dan 95 peratus. Sasaran liputan penduduk yang menerima perkhidmatan asas kesihatan pergigian pula diturunkan daripada 27 peratus kepada 25 peratus walaupun pencapaian sebenar 2025 ialah 26.65 peratus.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih, Puan Pengerusi. Jadi, pandangan saya adalah sekiranya sasaran tidak menggambarkan realiti pengoperasian harian di KKM, di hospital, klinik, lebih baik sasaran tersebut disemak semula supaya kita boleh menilai pencapaian kementerian dengan rujukan yang lebih bermakna.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Puan Pengerusi, mohon izin.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Saya mengucapkan selamat datang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Oh. Boleh. Silakan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Selamat datang kepada rombongan pelajar-pelajar cemerlang daripada SK Singgah Manis, Kinabatangan yang datang ke Parlimen pada hari ini. Selamat datang.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Saya pergi terus kepada B.42 Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan dan penyakit tidak berjangkit. Tahun lalu, peruntukan butiran ini telah dipotong lebih kurang RM20 juta dan tahun ini ia hanya naik sekitar satu peratus sahaja iaitu kepada RM69.87 juta. Manakala peruntukan operasinya kekal RM47 juta. Sedangkan, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 menunjukkan seorang daripada enam orang dewasa menghidap diabetes dan dua daripada lima mereka tidak tahu mereka menghidapinya.
Di Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri sendiri melaporkan prevalence diabetes dewasa sebanyak 16 peratus dan kira-kira 24,000 warga emas telah disahkan menghidap diabetes. Lebih separuh rakyat dewasa pula mengalami berat badan berlebihan ataupun obesiti.
Namun, satu-satunya KPI baharu untuk penjagaan penyakit tidak berjangkit ialah skor kecelikan pemakanan dewasa dengan sasaran 52 peratus. Persoalan saya, berapakah sasaran penurunan prevalence diabetes, darah tinggi dan obesiti yang ditetapkan bagi tahun 2027? Dan bagaimana peruntukan pendidikan kesihatan diagihkan kepada negeri yang berisiko tinggi termasuk negeri Terengganu?
Seterusnya kepada B.42 Butiran 081100 – Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) kekal RM21.6 juta tanpa sebarang peningkatan.
Sedangkan dalam jawapan kepada soalan saya pada Julai lalu, kementerian sendiri mengakui bahawa prevalence kemurungan meningkat dua kali ganda daripada 2.3 peratus pada tahun 2019 kepada 4.6 peratus pada tahun 2023 iaitu kira-kira sejuta rakyat Malaysia mengalami kemurungan.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Dan pada masa yang sama, peruntukan rawatan psikiatri meningkat kepada RM450 juta. Ini menunjukkan kita masih lagi banyak membelanjakan wang untuk merawat berbanding dengan untuk mencegah. Dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Dewan ini telah mengesyorkan agar peranan NCEMH diperkukuh sebagai pusat penyelarasan nasional ke arah penubuhan sebuah agensi kesejahteraan mental nasional.
Persoalan saya, bagaimana syor ini dapat dilaksanakan jika peruntukan NCEMH ini tidak berubah? Dan apakah sasaran program pencegahan kesihatan mental di peringkat komuniti bagi tahun 2027?
Seterusnya, Butiran P.42 Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan doktor kontrak. Dalam butiran ini, nampaknya bagi perkhidmatan kesihatan luar bandar telah dikurangkan sebanyak 39.1 peratus iaitu daripada RM647.3 juta pada tahun 2026 kepada hanya RM394.2 juta pada tahun 2027.
Manakala perbelanjaan sebenar pada tahun 2025 pula, hanya RM182 juta sahaja.
Ini menunjukkan bahawa projek kesihatan luar bandar bukan sahaja kurang dibiayai, malah lambat dilaksanakan. Walaupun peruntukan ini besar tapi perbelanjaannya hanya sedikit kerana lambat dilaksanakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Sementara bagi rakyat luar bandar, klinik kesihatan dan klinik desa ialah pintu masuk utama kepada rawatan dan kelewatan ini bermakna mereka terus menempuh jarak jauh untuk mendapatkan rawatan asas. Misalnya di Kuala Nerus, Klinik Kesihatan Bukit Tunggal yang telah beroperasi sejak tahun 1965. Mungkin ramai yang dalam Dewan ini belum lahir lagi ketika itu kini menjadi terlalu sesak sehingga pesakit terpaksa menunggu di bawah khemah.
Pada Julai 2024, kementerian memaklumkan cadangan perolehan tanah bagi klinik baharu di Gong Kijang telah diluluskan. Namun, pembinaannya hanya dijangka bermula dalam RMK14 iaitu sekitar pada tahun 2031. Persoalan saya, apakah status terkini pengambilan tanah tapak Klinik Kesihatan Bukit Tunggal baharu dan bolehkah projek ini dipercepatkan dalam RMK13 nanti?
Saya mengalu-alukan pengumuman bahawa lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada tahun 2027. Namun, jawatan tetap sahaja tidak menjamin doktor akan bertugas di tempat yang paling memerlukan. Baru-baru ini, ramai pegawai perubatan dilaporkan gagal melapor diri bagi penempatan jawatan tetap di hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Dan Menteri memaklumkan hanya kira-kira 64 peratus sahaja yang melaporkan diri. Sementara itu, jumlah perjawatan di Kementerian Kesihatan pula anggaran 2027 kekal juga sebanyak 330,000, sama seperti tahun ini. Persoalan saya, adakah 9,000 jawatan tetap ini merupakan jawatan baharu atau sekadar pertukaran status daripada jawatan yang sedia ada?
Dan apakah tindakan kementerian sekiranya terdapat pegawai yang menolak penempatan yang ditentukan seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak? Dan apakah inisiatif yang akan diberikan supaya doktor tetap ini benar-benar bertugas di klinik luar bandar dan pedalaman supaya fasiliti kesihatan kita di kawasan pedalaman ini tidak terus kekurangan doktor?
Sebagai penutup Tuan Pengerusi, pencegahan inilah pelaburan yang paling murah dalam sistem kesihatan. Setiap Ringgit untuk pendidikan kesihatan dan kesihatan mental hari ini akan menjimatkan kos rawatan yang jauh lebih besar pada masa hadapan. Rakyat tidak meminta lebih, hanya meminta akses yang adil kepada perkhidmatan kesihatan yang bermutu di mana sahaja mereka berada sama ada di Pantai Timur atau Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Terima kasih Puan Pengerusi.
Butiran 020000 – Perubatan dan Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berkenaan Pengurusan Pelarian di Malaysia DR.21, Putatan difahamkan bahawa bagi tahun 2025, sektor kesihatan awam terpaksa menanggung RM1.06 juta tunggakan daripada bil rawatan kesihatan golongan pelarian.
Pendedahan tersebut menjelaskan lagi hakikat bahawa golongan pelarian yang menumpang di negara ini mengambil kesempatan terhadap layanan tanpa sempadan yang diberikan oleh kerajaan. Kementerian Kesihatan perlu menyediakan pelan tindakan untuk memastikan masalah tunggakan bil kesihatan golongan pelarian tidak berlarutan.
Jika senario tersebut tidak ditangani dengan betul, perbelanjaan mengurus bagi sektor kesihatan awam perlu ditingkatkan setiap tahun semata-mata untuk menampung kos luar jangka daripada perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada golongan pelarian. Sepatutnya penambahan perbelanjaan tahunan KKM
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
ditumpukan untuk memperkasakan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia khususnya di negeri Sabah.
Bercakap tentang Sabah, Putatan ingin mendapatkan penjelasan daripada KKM mengenai punca utama yang menyebabkan Sabah menjadi negeri yang merekodkan jumlah tunggakan bil rawatan kesihatan golongan pelarian yang paling tinggi. Dapatan yang dinyatakan dalam muka surat 16 tersebut boleh mendatangkan rasa tidak senang kepada rakyat. Pendedahan tersebut boleh mencetuskan tanggapan first-class treatment kepada pesakit warga asing khususnya golongan PATI yang merupakan penyumbang tertinggi kepada tunggakan bil rawatan golongan pelarian.
Realiti kegawatan perkhidmatan kesihatan awam di negeri Sabah akan menjadi lebih getir apabila golongan pelarian serta PATI juga perlu diberi perhatian.
Bak kata pepatah, “Diluah mati mak, ditelan mati bapak”. Jika tidak dirawat penyakit yang dihidapi oleh golongan pelarian atau PATI boleh merebak kepada rakyat tempatan yang tinggal di sekitar mereka. Mahu tidak mahu, rawatan perlu disediakan untuk memastikan rakyat tempatan tidak menjadi mangsa kepada penyakit yang disebarkan oleh golongan pelarian.
Sehubungan dengan itu, Putatan ingin menegaskan bahawa syor yang digariskan oleh jawatankuasa pilihan khas tersebut perlu diberi perhatian serius.
Syor berkenaan perwujudan Dasar Kesihatan Pelarian dilihat berupaya meformulakan mekanisme penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih efektif, terutamanya dalam aspek pembiayaan.
Dasar Kesihatan Pelarian yang disyorkan tersebut wajar meliputi mekanisme penyediaan perkhidmatan kesihatan yang bersegmen kepada golongan pelarian.
Mekanisme tersebut boleh dilaksanakan menerusi kerjasama antara sektor kesihatan awam dan swasta mengikut tahap penyakit dan ketersediaan rawatan berdasarkan lokaliti. Apa yang penting adalah sebarang bentuk pelaksanaan yang melibatkan perkhidmatan kesihatan golongan pelarian tidak membataskan hak hakiki rakyat di negara ini untuk mendapatkan perkhidmatan yang selayaknya.
Putatan berharap agar setiap syor yang digariskan dalam laporan jawatankuasa pilihan khas tersebut dapat diterjemahkan kepada tindakan jangka panjang yang boleh menyelesaikan isu penyediaan perkhidmatan kesihatan yang melibatkan golongan pelarian di negara ini.
Puan Pengerusi yang terakhir, Butiran 00400 – Hospital Baru. Di Daerah Putatan, rakyat tempatan memerlukan sebuah hospital daerah. Hospital daerah yang
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
dimaksudkan tersebut merupakan satu keperluan teratas yang mesti diberi penekanan oleh KKM memandangkan populasi daerah Putatan telah menjangkau angka 70,000 orang penduduk berdasarkan dapatan daripada bancian.
Pakar perubatan kesihatan pekerjaan dan pakar perubatan kesihatan awam, Pejabat Kesihatan Daerah Putatan, Dr. Balachandar mengklasifikasikan pembinaan hospital daerah Putatan sebagai keperluan mendesak. Pengklasifikasian tersebut dibuat antaranya berdasarkan kepada realiti keperluan terhadap rawatan bagi penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat.
Justeru, akhir kata Putatan memohon pertimbangan serius KKM agar hospital daerah Putatan yang dihasratkan tersebut dapat disenaraikan dalam agenda pembangunan hospital baru bagi maksud butiran perbelanjaan pembangunan ini.
Puan Pengerusi, sekian sahaja daripada Putatan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih atas peluang Kapar membahas RUU Perbekalan Kementerian Kesihatan peringkat jawatankuasa untuk tahun 2027. Saya merujuk Kepala B.42, P.42 berjumlah RM47.4 bilion di mana B.42 diperuntukkan RM40,954.8 bilion walhal P.42 untuk tujuan pembangunan hanya RM6.749 bilion sahaja, 14.1 persen total.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Perkara 144(1) Perlembagaan memberi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kuasa melantik ke jawatan tetap. Adakah suruhanjaya telah meluluskan pelantikan 9,000 doktor kontrak yang telah diumumkan oleh kementerian? Pada 2026, hanya 121 daripada 958 penolong pegawai kesihatan persekitaran kontrak telah atau akan dilantik tetap.
Bilakah baki 837 pegawai itu akan ditawarkan jawatan tetap? Penting jawatan ini.
ADUN Bukit Kapal yang baru ini daripada PAS–Perikatan Nasional yang baru menang ini adalah mantan pegawai kesihatan persekitaran. Tahniah YB Bukit Katil.
Peruntukan emolumen kontrak 2027 kekal RM2.43 bilion sahaja walaupun lebih 9,000 doktor akan dilantik tetap. Di bawah butiran manakah gaji tetap mereka diperuntukkan?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
B.42 Butiran 02000 – Bayaran Insentif Pakar Pra-Warta. Apakah rasional KKM menyekat elaun dan kemudahan pegawai dalam tempoh supervised work experience (SWE) pada kadar MO sedangkan mereka telah menamatkan latihan kepakaran dan menjalankan tanggungjawab klinikal pada peringkat pakar?
Adakah kementerian mengakui bahawa terdapat ketidakpadanan antara skop tugas dan tanggungjawab pegawai dalam tempoh SWE ini dengan kadar imbuhan yang diterima? Jadi, merujuk B.42 Butiran 021400 – Neurologi — 24 dan Butiran 021600 – Pembedahan Neuro, terlalu sedikit ya, Menteri. Walhal kes neurodivergent semakin meningkat.
Pengerusi, Malaysia sedang berlumba-lumba membangunkan data centre, melabur berbilion Ringgit dalam infrastruktur digital, kecerdasan buatan dan teknologi masa depan. Data centre ini adalah artificial intelligence, buatan. Otak kita ini adalah natural intelligence, human intelligence. Jadi saya bertanya, dalam keghairahan kita membina pusat data untuk memproses maklumat digital, sejauh manakah kita melabur untuk memahami, melindungi dan merawat pusat pemprosesan maklumat manusia yang paling kompleks iaitu otak kita sendiri, neurologi?
Jadi, kita membangunkan teknologi, meningkatkan keupayaan mesin tetapi adakah kita memberikan perhatian yang sama kepada kanak-kanak yang mengalami autisme, ADHD, cerebral palsy, epilepsi dan masalah perkembangan neurologi?
Sebut neurodivergent, semua orang cakap, hendak buat apa— sekolah special dan sebagainya lah. Jadi, we must invest in both artificial intelligence and human intelligence. Soalan kepada Menteri, berapakah peruntukan khusus KKM 2027 untuk penyelidikan neurosains, latihan pakar neurologi dan pembangunan perkhidmatan neurodevelopmental? Apakah strategi kerajaan untuk memastikan kemajuan AI turut digunakan bagi mempercepatkan diagnosis penyakit neurologi, termasuk strok, demensia, epilepsi, autisme, ADHD dan sebagainya?
Adakah kerajaan mempunyai pelan jangka panjang untuk membangunkan Malaysia sebagai hab penyelidikan neurosains dan neuroteknologi di rantau ASEAN? Memandangkan kajian nasional menunjukkan peningkatan insiden strok yang ketara dalam kalangan individu berumur bawah 65 tahun, khususnya kumpulan umur 35 hingga 39 tahun. Apakah strategi khusus kementerian untuk mengesan dan mengawal faktor risiko strok seperti hipertensi, diabetes dan obesiti, terutama dalam kalangan orang muda?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Apakah pelan strategik pemulihan golongan muda yang diserang strok yang sepatutnya diupayakan untuk kembali ke medan pekerjaan dan menjadi produktif?
Berapa peratus kemasukan pesakit strok berumur 50 tahun ke bawah pada tahun 2021 hingga 2025? Berapakah kos rawatan serta kehilangan produktiviti ekonomi akibat strok dalam kalangan rakyat yang masih berada dalam usia bekerja?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Last sekali, Pengerusi. Berapakah pakar neurologi yang kita ada? Sedikit ya, Pengerusi. Pertanyaan kepada kementerian.
Apakah sasaran Malaysia untuk memperluaskan perkhidmatan trombektomi dan pusat rawatan strok komprehensif supaya akses kepada rawatan menyelamatkan otak ini tidak hanya tertumpu di hospital tertentu dan kita— epidemik demensia?
Walaupun pandai, jadi mantan wakil rakyat ke— pandai baca akaun dan sebagainya, jadi saintis tetapi kalau dia strok, tidak dipulihkan, dia jadi vegetable dan dia tidak boleh memikir. Jangan lagi nak contribute kepada kerajaan. Jadi, saya minta KKM menyediakan pelan jangka panjang untuk menambah pakar neurologi, neuroinventionist, jururawat terlatih dan pasukan rehabilitasi neurologi.
Dan jangan lupa kepada perjawatan di fasiliti baru Butiran 080600...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, Hospital Kapar. Menteri, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Pengerusi. Saya ingin tumpukan perbahasan saya dalam Kepala B.42 Butiran 080700 – Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Kita faham tahun depan peruntukan untuk bekalan perubatan bagi fasiliti kesihatan adalah mencecah RM4.75 bilion bersamaan dengan 10.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus KKM. Jumlah ini adalah rekod yang tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding dengan tahun ini.
Saya difahamkan juga tahun lepas sebanyak RM854 juta ataupun kira-kira 22 peratus daripada keseluruhan perolehan ubat-ubatan KKM dibelanjakan untuk ubat-ubatan innovator originator medicine. Sebahagian besar ubat-ubatan yang diperoleh kerajaan pula merupakan ubat generik. Dasar kerajaan yang
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
mengutamakan penggunaan ubat generik boleh menjimatkan perbelanjaan awam dan memperluaskan akses pesakit kepada rawatan yang sememangnya amat dialu- alukan.
Menurut statistik dalam Laporan Kajian Impak Pelaksanaan Perolehan Bersama Terhadap Harga Ubat-ubatan, penjimatan purata yang dicapai oleh KKM adalah sebanyak RM6.8 juta bagi setiap jenis produk yang berjaya ditukarkan kepada ubat inovator kepada ubat generik. Walau bagaimanapun, kira-kira dua pertiga daripada produk inovator yang dikaji masih tidak dapat ditukar kepada ubat generik.
Malah, sebanyak 25 peratus daripada perolehan ubat inovator mencatatkan kenaikan harga dan bukannya penjimatan. Ini menunjukkan bahawa potensi penjimatan perbelanjaan KKM melalui perolehan ubat-ubatan amat bergantung kepada status perlindungan paten sesuatu produk. Namun begitu, terdapat kebimbangan serius berhubung amalan patent evergreening di Malaysia iaitu apabila paten sekunder diberikan bagi pengubahsuaian atau ciri-ciri baharu sesuatu ubat yang tidak semestinya membawa inovasi terapeutik yang bermakna.
Amalan ini berpotensi memanjangkan tempoh monopoli pasaran dan melambatkan kemasukan ubat generik yang lazimnya boleh ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan ubat inovator. Strategi industri farmaseutikal yang menggunakan pelbagai permohonan paten sekunder boleh menyebabkan kemasukan ubat generik tertangguh tujuh hingga 10 tahun dalam keadaan tertentu.
Akibatnya, kerajaan terpaksa menanggung kos perolehan ubat yang lebih tinggi, manakala pesakit pula terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan akses pada rawatan yang lebih mampu milik. Ini bukan sahaja melibatkan potensi penjimatan dana awam yang besar, malah turut menjejaskan akses rakyat kepada rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa serta memulih kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Maka, saya ingin bertanya kepada pihak KKM. Adakah KKM boleh memastikan ubat-ubat generik dapat memasuki pasaran dan senarai perolehan kerajaan seawal mungkin tanpa mengambil kira status paten? Pada waktu yang sama, bolehkah KKM tidak mewujudkan peraturan baharu yang mengaitkan status paten dengan syarat kelulusan pendaftaran ubat dan akses pasaran oleh NPRA?
Pada prinsipnya, NPRA seharusnya menumpukan penilaian pendaftaran ubat kepada aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti tanpa menjadikan status
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
paten sebagai halangan kepada proses pendaftaran ubat generik. Dan selaras dengan itu, cadangan dalam New Industrial Master Plan (NIMP 2030) berkaitan sektor farmaseutikal.
Apakah platform yang ada pada KKM dan KPDN untuk duduk semeja bagi mengkaji semula dan memperketatkan Akta Paten bagi memastikan perlindungan paten farmaseutikal hanya diberikan kepada inovasi yang benar-benar memenuhi kriteria, kebolehpatenan serta menangani amalan patent evergreening melalui pemberian paten sekunder yang tidak membawa inovasi terapeutik yang bermakna.
Adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan perlindungan yang lebih kukuh bagi mengelakkan penyalahgunaan sistem paten sehingga menjejaskan hak pengguna dan kepentingan pesakit dan rakyat secara umumnya untuk mendapat ubat-ubat pada harga yang berpatutan?
Akhirnya, saya juga ingin menyarankan ataupun mencadangkan kepada pihak KKM supaya bersama-sama dengan MITI untuk memastikan bahawa dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara lain, kerajaan tidak seharusnya bersetuju tentang— dengan tuntutan perlindungan harta intelek tambahan yang melangkaui obligasi Perjanjian TRIPS WTO, khususnya berkaitan inklusiviti data, pengaitan paten (patent linkage) dan memanjangkan lagi tempoh perlindungan paten dalam sektor farmaseutikal yang berpotensi melambatkan kemasukan ubat generik yang akan menjejaskan akses rakyat kepada ubat-ubat mampu milik.
Dan kesimpulannya, saya berpandangan bahawanya rekod yang tertinggi, perbelanjaannya tertinggi itu adalah sesuatu yang baik tetapi kerajaan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan peruntukan kesihatan setiap tahun tetapi juga harus memastikan setiap Ringgit yang dibelanjakan dengan cekap, perlindungan hak intelek, sepatutnya menggalakkan inovasi. Bukannya menjadi instrumen untuk mengekalkan monopoli pasaran sehingga ada kekhuatiran akan mengorbankan kemampuan kerajaan dan rakyat mendapatkan ubat-ubat yang diperoleh pada harga yang mampu milik.
Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Pengerusi yang memberi ruang kepada saya untuk membahaskan maksud Bekalan B.42 dan maksud Perbekalan P.42, Kementerian Kesihatan pada Peringkat Jawatankuasa.
Butiran 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baharu. Tuan Pengerusi, perkara menyentuh Butiran 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baharu. Peruntukan ini melonjak daripada RM50 juta pada tahun 2026 kepada RM753,590,700 pada tahun 2027, termasuk emolumen sebanyak RM7,300,551.
Namun, jumlah perjawatan kementerian kekal pada 333,000 jawatan bagi kedua-dua tahun ini, malah tidak berubah dalam mana-mana aktiviti. Pada Julai lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan 13,343 jawatan baharu bagi 256 fasiliti baharu dan fasiliti yang dinaik taraf dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.25 bilion setahun. Pengalaman Hospital Pasir Gudang wajar menjadi pengajaran.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Setakat 6 November, hanya 1,276 daripada 2,271 jawatan telah diisi dengan kadar pengisian Jururawat 40 peratus dan Pakar Perubatan 39 peratus. Jika hospital yang telah beroperasi sejak Ogos 2025 masih kekurangan hampir separuh petugasnya, kita perlu bertanya, bagaimanakah pula dengan fasiliti yang akan dibuka pada tahun 2027? Hanya hospital berfungsi apabila mempunyai petugasnya.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, fasiliti manakah yang dibiayai di bawah Butiran 080600? Berapakah jawatan yang akan diisi pada tahun 2027? Dan mengapakah jumlah perjawatan tidak berubah daripada 333,000?
Butiran 040300 – Kesihatan Pergigian Masyarakat. Tuan Pengerusi, perkara kedua berkaitan Butiran 040300 – Kesihatan Pergigian Masyarakat yang merangkumi fluoridasi air, perkhidmatan pergigian sekolah dan saringan kanser mulut.
Peruntukan perkhidmatan dan bekalan bagi aktiviti ini kekal pada RM15,140,100 tanpa sebarang kenaikan. Pada masa yang sama, peratusan penduduk yang menerima bekalan air berflorida menurun daripada 79.5 peratus pada tahun 2018 kepada 75 peratus pada tahun 2023. Pada tahun 2022, liputan di Pahang ialah sifar peratus dan di Sabah hanya 4.9 peratus.
Sasaran liputan perkhidmatan pergigian asas pula diturunkan daripada 27 peratus kepada 25 peratus. Manakala, sasaran baharu kanak-kanak berumur 12 tahun bebas karies hanya 70 peratus, jauh di bawah sasaran 80 peratus.
Menjelang tahun 2030 dalam Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan, kanak-kanak di negeri yang kurang menerima air berfluorida menanggung beban karies yang tinggi dan kos rawatannya akhirnya kembali kepada kerajaan. Soalannya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pelan kementerian bersama kerajaan negeri dan pengendali air untuk memulihkan fluoridasi dan mengapakah saranan liputan pergigian asas diturunkan?
Butiran 060500 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Tuan Pengerusi, perkara keempat menyentuh Butiran 060500 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.
Pemberian kepada pihak berkuasa ini dikurangkan daripada RM4,500,000 pada tahun 2026 kepada RM4 juta pada tahun 2027, sedangkan anggaran bagi tahun 2025 adalah RM5,300,000.
Pengurangan ini bercanggah dengan beban tugasnya yang semakin berat.
Pada tahun 2025, pihak berkuasa ini dilaporkan telah mendaftar 14,446 peranti perubatan dan meluluskan 3,707 lesen perubatan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Mulai 1 Jun 2026, Perintah Peranti Perubatan (Peranti Perubatan yang Ditetapkan) pada 2026 pula meletakkan peranti rawatan estetik seperti laser dan peranti ultrabunyi berfungsi tinggi di bawah kawal selia yang lebih ketat. Pihak berkuasa ini juga mengumumkan pemeriksaan menyeluruh di fasiliti kesihatan awam dan swasta bermula pada tahun 2026.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gulung.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, okey. Saya ingin juga menyentuh Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar di bawah Maksud Pembangunan P.42. Peruntukan butiran ini berkurangan daripada RM6 juta pada tahun 2026 kepada RM3.94 juta pada 2027, dan akhir sekali...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih.
Dato Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri - Betong
Terima kasih. Salam sejahtera. Betong terus kepada Butiran P.00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan saya merujuk kepada Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong.
Projek ini, Puan Yang di-Pertua, di bawah RMK-12, pada asalnya peruntukan RM77.89 juta. Bagaimanapun, kos projek telah meningkat kepada sekitar RM129 juta, sebelum cadangan penyemakan semula kepada RM100 juta, termasuk kemungkinan pengurangan skop dan pengguguran 18 unit kuarters.
Jadi, Betong ingin mendapatkan pengesahan Menteri mengenai kos dan skop terkini projek ini. Adakah kesemua 18 unit kuarters ini masih dikekalkan?
Betong ingin mohon supaya komponen kuarters tidak digugurkan, memandangkan ia nya amat diperlukan untuk menarik dan mengekalkan petugas kesihatan di luar bandar, dan bilakah tender projek ini akan dilaksanakan? Apakah sasaran kementerian untuk memulakan pembinaan serta menyiapkannya?
Kedua, Butiran B.010000 – Pengurusan, iaitu mengenai kesiapsiagaan klinik kesihatan di Sebauh dan Debak. Bagi klinik kesihatan di Sebauh dan juga pusat hemodialisis, Betong ingin bertanya, berapakah kapasiti rawatan dan jumlah mesin yang akan disediakan? Apakah— adakah KKM akan merancang penempatan
Dato Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri - Betong
jururawat, petugas terlatih serta peruntukan operasi supaya pusat ini dapat berfungsi sebaiknya sahaja siap?
Bagi projek baharu untuk Unit Kesihatan Ibu dan Anak dan Klinik Kesihatan Pergigian di Debak pula, saya mohon supaya KKM merancang lebih awal pengisian jawatan dan peruntukan operasi agar perkhidmatan dapat dimulakan tanpa kelewatan selepas bangunan itu siap.
Dato Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri - Betong
Ketiga, Butiran 010200 – Sumber Manusia iaitu kekurangan pegawai perubatan. Menteri sebelum ini memaklumkan bahawa hanya 337 daripada 527 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan di Sarawak telah melapor diri.
Dan dengan pengumuman pengambilan khas 750 Pegawai Perubatan Tetap untuk Sabah dan Sarawak, berapakah jumlah yang akan diperuntukkan kepada Hospital Betong dan klinik-klinik yang kesihatan di sekitarnya? Sementara menunggu penempatan baharu, Betong mohon supaya KKM mengambil langkah sementara bagi memastikan kekurangan tidak menjejaskan perkhidmatan kepada pesakit.
Keempat, Butiran 00300 – Kemudahan Hospital, iaitu naik taraf Hospital Betong. Permohonan telah dikemukakan untuk menaik taraf Hospital Betong kepada hospital pakar minor. Apakah status penilaian dan keputusan kementerian terhadap permohonan ini? Apakah perkhidmatan kepakaran yang boleh diperkenalkan secara berperingkat?
Betong juga ingin mencadangkan supaya sementara menunggu keputusan penaiktarafan, KKM memperluaskan khidmat pakar secara berkala atau lawatan pakar dari hospital rujukan.
Selain itu, apakah status pelaksanaan kuota 30 peratus Hadiah Latihan Persekutuan bagi latihan kepakaran untuk pegawai perubatan Sabah dan Sarawak?
Jadi, Betong mohon supaya Hospital Betong turut diberi keutamaan menerima manfaat daripada inisiatif ini.
Kelima, Butiran P.01100 – Peralatan dan Kenderaan, keperluan ambulans.
Sebelum ini, Betong telah membangkitkan masalah kekurangan ambulans di beberapa klinik kesihatan di Betong sehingga terpaksa berkongsi kenderaan untuk pemindahan pesakit. Daripada 400 ambulans baharu yang diumumkan kerajaan, adakah Hospital Betong dan klinik kesihatan kita di Spaoh, Debak serta kawasan sekitarnya akan menerima peruntukan ambulans baharu?
Dato Dr. Richard Rapu @Aman anak Begri - Betong
Betong juga ingin mohon supaya penggantian ambulans lama, penyediaan pemandu dan petugas kecemasan diberi perhatian khususnya di kawasan luar bandar yang mempunyai jarak perjalanan jauh ke hospital rujukan.
Akhir sekali Puan Pengerusi, Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Betong ingin membangkitkan persoalan mengenai pelaksanaan semula Flying Doctor Service (FDS) di Sarawak. Bilakah sebenarnya perkhidmatan ini akan dimulakan dan beroperasi sepenuhnya? Bagi masyarakat kita di pedalaman, di kawasan pedalaman yang jauh daripada kemudahan kesihatan, perkhidmatan ini Puan Pengerusi, bukan sekadar kemudahan tambahan, tetapi merupakan keperluan asas yang amat penting. Jadi, janganlah kerana faktor geografi dan jarak, penduduk luar bandar terpaksa terus berhadapan dengan kesukaran mendapatkan rawatan sebab keperluan kesihatan mereka mesti diberi perhatian dan tidak boleh sesekali dipinggirkan.
Dan sebagai penutup Puan Pengerusi, bagi Betong, keutamaan bukan sekadar meluluskan peruntukan atau membina bangunan baharu, yang lebih penting ialah memastikan kemudahan tersebut dapat beroperasi, doktor dan pakar mencukupi serta pesakit mendapat rawatan tepat pada masanya.
Sehubungan dengan itu, saya mohon agar KKM memberikan perhatian serius kepada keperluan kesihatan di Betong, mempercepat pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan memastikan perancangan perjawatan serta peralatan dibuat seiring dengan pembangunan kemudahan. Jangan sampai bangunan siap, tetapi petugas dan kemudahan untuk memberikan perkhidmatan masih belum tersedia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Saya merujuk kepada Maksud Bekalan B.42 dan Maksud Pembangunan P.42 Kementerian Kesihatan Malaysia, kapasiti sistem kesihatan dan sumber manusia. Berbanding anggaran asal 2026, keseluruhan peruntukan Kementerian Kesihatan meningkat 2.55 peratus, tetapi peruntukan pembangunan hanya
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
meningkat sekitar RM5 juta. Saya memahami keperluan membiayai operasi emolumen dan bekalan perubatan.
Namun, di bawah Butiran 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baharu.
Peruntukan melonjak daripada RM50 juta kepada RM753.59 juta. Keseluruhan pertambahan RM703.59 juta ini terletak di bawah emolumen.
Dalam masa yang sama, Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak kekal RM2.428 bilion, manakala bilangan jawatan yang disenaraikan dalam buku anggaran kekal 333,000. Dalam pengumuman tawaran jawatan tetap kepada lebih 9,000 doktor kontrak, berapakah peruntukan bagi pertukaran status kontrak kepada tetap pengisian kekosongan dan pewujudan jawatan tambahan?
Demi masa depan kakitangan kontrak ini, saya ingin bertanya kepada kementerian, berapa ramaikah kakitangan kontrak yang telah berkhidmat lebih daripada lima hingga 10 tahun? Jika jawatan ini perlu, kenapa tidak jawatan-jawatan tersebut diletakkan di bawah jawatan tetap?
Penyerapan doktor kepada jawatan tetap tidak semestinya bermakna kapasiti rawatan turut bertambah. Apakah pencapaian sebenar terkini dan mengapakah sasaran 2027 disemak kepada nisbah yang kurang baik? Keberkesanan rawatan dan respons kecemasan kapasiti kesihatan bukan sekadar bilangan petugas, tetapi juga kepantasan pesakit menerima rawatan.
Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan sebanyak RM968.71 juta.
Kerajaan mengumumkan perolehan 400 ambulan baharu. Namun pada 2025, hanya 33 peratus respons ambulan bagi kes kecemasan prioriti 1 memenuhi tempoh 15 minit yang ditetapkan. Mengapakah sasaran tidak ditingkatkan? Berapakah ambulans yang menggantikan kenderaan uzur? Berapa yang menambah kapasiti dan apakah garis masa penempatannya mengikut daerah? Saya ingin tahu, berapakah jumlah ambulans baharu yang dibekalkan kepada negeri Pahang, termasuklah di daerah Maran? Terima kasih Pengerusi Yang Berhormat Pengerusi.
Pendidikan Kesihatan dan Makanan Kanak-kanak, Butiran 030600.
Walaupun peruntukan meningkat, komponen perkhidmatan dan bekalan masing- masing kekal RM47 juta dan RM45.88 juta. Walau bagaimanapun, penambahan perbandingan 2019, negara masih berdepan beban berganda malpemakanan.
Saya merujuk Syor nombor 5 dan nombor 7 Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan Tahun 2026 yang mengesyorkan pengukuhan pendidikan pemakanan, pemantauan pertumbuhan murid, penempatan pegawai dietetik dan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
penambahbaikan persekitaran makanan di sekolah. Berapakah peruntukan khusus bagi melaksanakan syor tersebut pada 2027?
Berikutnya, kesihatan luar bandar dan Hospital Maran. Keberkesanan sistem kesihatan turut bergantung kepada keberkesanan akses rakyat pada rawatan.
Perkhidmatan kesihatan luar bandar, peruntukan menurun daripada 39 peratus kepada 64.7 – RM647.29 juta berdasarkan anggaran dipinda 2026 pada RM394.24 juta, 2027.
Dalam konteks ini, saya kembali kepada Hospital Maran yang telah saya bangkitkan beberapa kali ketika menggulungkan— penggulungan Menteri pada 28 Oktober yang lalu. Telah tiga Perdana Menteri bersetuju meluluskan hospital ini, tetapi apabila Perdana Menteri Ke-10 memerintah, hospital ini dihilangkan. Yang Berhormat Pengerusi, saya minta jangan khianati rakyat di kawasan saya. Inilah malapetakanya yang menimpa kerajaan pada hari ini.
Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka atas gabungan antara PN dan BN, Melaka telah dipilih— diperintahi oleh kerajaan gabungan ini.
Sebab itulah, saya minta kerajaan berfikir baik-baik. Jangan khianati masa depan rakyat. Jangan musnahkan kesihatan rakyat kerana kesihatan rakyat ini adalah amanah kita semua tanpa kira politik. Jangan bermain politik semata-mata kerana yang berkuasa akhirnya Allah, Tuhan balas kita dengan keadaan yang ada sekarang ini.
Tuan Pengerusi, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih banyak kepada kerajaan di atas apa juga yang baik dilakukan, tetapi dukacita di atas pengkhianatan yang dilakukan terutama di kawasan Maran ini.
Akhir sekali, Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon jawapan Menteri atas pertanyaan-pertanyaan yang telah saya lakukan yang tadi. Saya juga memohon supaya tindakan serius diberikan dalam isu-isu yang dibangkitkan bukan sahaja oleh saya, oleh Ahli Parlimen demi kita memperjuangkan masa depan rakyat di negara kita ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Tampin. Tampin.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya mohon jawapan.
Akhirnya...
Dari Maran ke Kuala Tahan, Singgah sebentar di Kuala Bera; Nyawa rakyat jangan jadi taruhan, Kesihatan rakyat amanah kita semua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan.
Kesihatan merupakan keperluan utama bagi setiap rakyat. Tidak kira sama ada mereka tinggal di bandar, pekan kecil mahupun di kawasan kampung. Setiap rakyat berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, cepat dan pada kadar yang mampu dibayar.
Puan Pengerusi, Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan dengan nilai peruntukan bagi tahun 2027 berjumlah RM430 juta.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sejak Belanjawan 2023 iaitu Belanjawan MADANI pertama, kerajaan telah bertekad untuk menyegerakan pembaikan klinik-klinik daif di seluruh negara. Saya ingin menggunakan ruang ini untuk membangkitkan isu klinik daif di FELDA Bukit Rokan Utara, Tampin yang mana klinik tersebut telah pun menjangkau usia 66 tahun lamanya dan telah dinaik taraf kepada klinik kesihatan pada tahun 2012.
Namun, keadaan dan tahap pengoperasian klinik tersebut pada masa ini amat mendukacitakan berbanding klinik-klinik kesihatan yang lain, tetapi tetap menerima jumlah pesakit yang ramai iaitu sekitar 50 orang setiap hari.
Untuk makluman, saya sering menerima aduan daripada penduduk setempat berkenaan ketidakselesaan mereka ketika mendapatkan rawatan di sana kerana begitu sempit, ditambah pula dengan ketiadaan mesin pengimbas X-ray dan pelbagai kemudahan peralatan ujian makmal yang lain.
Para pesakit terpaksa melakukan pelbagai urusan di klinik lain terlebih dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor di sana. Perkara ini bertambah parah lagi apabila perkhidmatan ambulans juga tidak dapat disediakan di sana. Bagaimana jika berlakunya kecemasan di luar jangka? Saya difahamkan
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
kelulusan sebanyak RM500,000 untuk tujuan membaik pulih dan menambah baik pengoperasian klinik tersebut telah pun diberikan sebelum ini.
Namun, usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan atas alasan isu tanah dan peruntukan yang tidak mencukupi. Sehubungan itu, saya ingin sekali lagi merayu kepada KKM untuk segera menyelesaikan isu ini. Para penduduk di sana telah lama menanti dan kakitangan klinik juga telah lama bersabar dengan keadaan yang daif.
Puan Pengerusi, Butiran 020200 – Pengurusan Hospital dengan nilai peruntukan bagi tahun 2027 berjumlah 3.7 bilion. Saya ingin menggunakan ruang ini untuk membangkitkan beberapa permasalahan yang sedang dihadapi oleh warga kerja Hospital Tampin. Saya telah menerima beberapa maklum balas dan aduan berkaitan keadaan pengoperasian Hospital Tampin yang memerlukan perhatian segera oleh KKM.
Antaranya, kekurangan pegawai perubatan sehingga menyebabkan beban tugas kakitangan sedia ada semakin meningkat.
Yang kedua, pegawai perubatan terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran yang mana mereka ini sepatutnya memberikan tumpuan kepada perkhidmatan klinikal dan rawatan pesakit.
Ketiga, kakitangan terpaksa— tertentu terpaksa bertugas pada hujung minggu, ada yang sehingga tiga kali dalam seminggu.
Yang keempat, kekerapan tugas on call yang tinggi sehingga menjejaskan masa rehat.
Yang kelima, kekurangan tenaga kerja sehingga terpaksa menggabungkan pengurusan wad perubatan dan bukan perubatan.
Apabila doktor terpaksa menguruskan kerja pentadbiran yang sepatutnya diuruskan oleh kakitangan sokongan, maka masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit akan terjejas. Kita tidak boleh mengharapkan seorang doktor untuk menjadi pegawai pentadbiran dan pegawai operasi pada masa yang sama.
Justeru itu saya ingin mengetahui, apakah perancangan khusus KKM untuk menangani kekurangan Pegawai Perubatan di Hospital Tampin? Adakah KKM mempunyai garis panduan yang jelas untuk memastikan Pegawai Perubatan tidak dibenarkan— tidak dibebankan dengan tugas pentadbiran?
Saya juga ingin mencadangkan agar Belanjawan 2027 juga turut memberikan keutamaan kepada penambahan perjawatan bukan sahaja Pegawai Perubatan, tetapi juga bagi kakitangan sokongan. Hal ini kerana penoktahan isu doktor kontrak
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
semata-mata tidak akan menyelesaikan keseluruhan masalah sekiranya para doktor masih terpaksa menanggung beban tugas yang tidak sepatutnya dibuat oleh mereka.
Yang terakhir Puan Pengerusi, Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan dengan nilai peruntukan berjumlah RM969 juta bagi tahun 2027. Dalam keadaan kecemasan, setiap minit amat berharga. Bagi pesakit yang mengalami serangan jantung, strok, kemalangan jalan raya atau kecemasan perubatan lain kelewatan mendapatkan rawatan bakal mengancam nyawa.
Namun, kita perlu melihat sama ada kemudahan ambulans dan perkhidmatan kecemasan di seluruh negara benar-benar mencukupi atau bagaimana? Kawasan luar bandar mempunyai cabaran tersendiri kerana jarak antara kampung dengan hospital yang jauh. Justeru itu, saya ingin mengetahui berapakah jumlah ambulans yang sedang beroperasi dan berapakah yang perlukan penggantian?
Adakah KKM mempunyai sasaran masa dan tindak balas ambulans mengikut kategori kawasan bandar dan luar bandar? Bagaimanakah KKM ingin memastikan setiap ambulans yang rosak dapat dibaiki atau diganti dengan segera? Saya mencadangkan supaya KKM menjalankan pemetaan keperluan ambulans berdasarkan jumlah penduduk, jarak perjalanan dan jumlah kes kecemasan bagi setiap daerah.
Selain itu, kemudahan ambulans hospital daerah juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Kita juga perlu menoktahkan isu pesakit kritikal yang terpaksa menunggu terlalu lama sehingga mengancam nyawa mereka hanya kerana kekurangan ambulans ataupun kekurangan petugas.
Puan Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga perkara yang dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya terus merujuk kepada maksud Bekalan B.42 dan maksud Pembangunan P.42 bagi Kementerian Kesihatan Malaysia yang berjumlah RM47.70 bilion. Saya hanya akan menyentuh dua perkara sahaja.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Pertamanya, mengenai naik taraf Hospital Muadzam Shah, Rompin. Saya merujuk kepada Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan. Puan Pengerusi, Hospital di Muadzam Shah, Rompin ini sudah mula beroperasi sejak tahun 1995 lagi, sudah lebih 31 tahun usianya.
Bangunan dan peralatannya juga semakin uzur dan paling membimbangkan kapasiti katil wadnya masih kekal pada 49 katil sahaja, sedangkan hospital ini terpaksa menampung populasi pesakit yang semakin bertambah termasuk di daerah sekitar Bandar Muadzam Shah juga dari kawasan-kawasan FELDA, perkampungan orang asli, malahan hospital ini juga menerima pesakit dari Chini, Pekan.
Sebenarnya Puan Pengerusi, terdapat kawasan tanah lapang di hospital ini masih luas. Pada hemat saya, sangat berpotensi untuk dibina blok tambahan baharu.
Justeru itu, dua soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bilakah tempoh masa jangkaan di bawah Pelan Pembangunan RMK13? Pihak KKM bercadang untuk melaksanakan projek pembesaran blok wad baharu bagi menambah kapasiti katil daripada 49 kepada sekurang-kurangnya 100 katil.
Kedua, adakah terdapat peruntukan khusus disediakan di bawah P.42 dalam Belanjawan 2027 ini untuk kerja-kerja naik taraf struktur dan pembaikan bangunan- bangunan lama hospital ini? Rompin mencadangkan supaya KKM memasukkan projek pembinaan blok wad tambahan Hospital Muadzam Shah dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Ketiga Belas secara berfasa.
Perkara kedua Puan Pengerusi, pemisahan fungsi klinik kesihatan dari Hospital Muadzam Shah. Saya merujuk Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan Butiran 020100 – Kesihatan Awam.
Puan Pengerusi, Rompin ingin bawa perhatian KKM pada satu isu mendesak yang menekan kehidupan seharian rakyat di Muadzam Shah dan kawasan sekitarnya di Daerah Rompin. Isu kesesakan melampau dan tempoh menunggu sehingga lima hingga enam jam bagi pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.
Punca utama masalah ini bukan sekadar kecekapan operasi semata-mata, tetapi ketiadaan sebuah klinik kesihatan induk yang berskala penuh di Bandar Muadzam Shah sendiri. Fasiliti primer yang ada di pusat bandar hanyalah sebuah klinik komuniti yang skop rawatannya terhad. Akibatnya, seluruh lapisan penduduk Muadzam Shah termasuk warga emas, pesakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berkala, ibu mengandung, pekerja sektor swasta serta ribuan penuntut institusi pengajian tinggi terpaksa bergantung terus kepada Hospital Muadzam Shah bagi mendapatkan rawatan pesakit luar.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Keadaan ini telah mencetuskan dua kesan berantai yang kritikal. Satu, apabila kes-kes rawatan primer atau kes ringan turut dilambakkan ke hospital, Jabatan Kecemasan dan Unit Pesakit Luar menjadi sesak sehingga memaksa rakyat menunggu antara lima hingga enam jam.
Kedua, hal ini bertentangan dengan hala tuju KKM sendiri di bawah Kertas Putih Kesihatan yang menekankan pengukuhan penjagaan kesihatan primer sebagai pintu masuk utama, gatekeeper bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Muadzam Shah.
Puan Pengerusi, Rompin mahu penjelasan segera dari KKM. Pertama, bilakah KKM bercadang untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Baharu Jenis 3 di Bandar Muadzam Shah bagi menampung kepadatan penduduk yang semakin meningkat dan mengasingkan aliran pesakit luar dari hospital?
Kedua, sementara menunggu projek jangka panjang tersebut direalisasikan, apakah pelan tindakan segera, pelan mitigasi KKM untuk menurunkan tempoh menunggu lima hingga enam jam di Hospital Muadzam Shah?
Ketiga, adakah KKM bercadang untuk menyewa premis kedai atau menggunakan bangunan kerajaan sedia ada di Bandar Muadzam Shah yang bersesuaian sebagai bangunan atau pusat klinik kesihatan sementara. Dengan cara ini, kes-kes ringan dapat diasingkan segera manakala Hospital Muadzam Shah boleh fokus sepenuhnya kepada kes kecemasan, kes berat dan pesakit dalam wad.
Akhir sekali Puan Pengerusi, kesihatan dan kebajikan rakyat luar bandar bukanlah isu kelas kedua yang boleh dijawab atau dipandang sambil lewa. Saya mohon jawapan tuntas daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Speaker, saya merujuk kepada pelaksanaan lebih daripada 9,000 tawaran jawatan tetap kepada doktor kontrak. Maka, saya merujuk kepada Butiran 010200 - Sumber Manusia dan Butiran 080200 - Emolumen Kakitangan Kontrak.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya menyambut baik pengumuman bahawa lebih daripada 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada tahun 2027. Kerajaan juga telah
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
mengumumkan bahawa doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap sebagai Pegawai Perubatan.
Jadi, saya ingin mohon Menteri bentangkan jadual mengikut suku tahun supaya kita tahu berapakah tawaran akan dikeluarkan, berapakah lantikan dijangka berkuat kuasa dan apakah aturan bagi pegawai yang kontraknya tamat sebelum tarikh lantikan tersebut. Dan pada masa yang sama, anggaran bagi Butiran 080200 kekal sekitar RM2.43 bilion. Butiran itu meliputi kakitangan kontrak KKM merentas skim.
Maka, saya mohon pecahan bagi Pegawai Perubatan supaya Dewan dapat melihat bagaimana kos peralihan kepada jawatan tetap diambil kira dan di bawah butiran mana emolumen mereka akan ditanggung? Selain daripada itu, kita juga berharap bagi jawatan kontrak yang lain seperti Jururawat dan juga Ahli Farmasi juga harus dijadikan sebagai pekerja tetap.
Selanjutnya, saya merujuk kepada rekod perubatan elektronik yang digunakan oleh kedua-dua pesakit dan juga petugas kesihatan yang diumumkan.
Maka, saya merujuk kepada Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dengan anggaran RM235.6 juta bagi tahun 2027. Saya ingin beri satu contoh di Melaka sebagai— untuk saya nak bangkitkan tentang perkara ini. Contohnya, seorang pesakit dimasukkan ke Hospital Melaka. Selepas dia discharge, maka dia akan dirujuk untuk susulan di klinik kesihatan. Contohnya di Klinik Kesihatan Tengkera di Melaka.
Jadi, saya nak tanya, apabila pesakit itu tiba di Klinik Kesihatan Tengkera, bolehkah pegawai di klinik kesihatan tersebut dapat melawat, melihat ringkasan discharge daripada Hospital Besar Melaka dan juga tentang senarai ubat terkini dan keputusan ujian yang berkaitan? Adakah pegawai di klinik kesihatan, mereka boleh akses kepada itu semua? Sebab bagi saya itu adalah penting. Kalau hanya sekadar di hospital besar sahaja ada rekod elektronik, tetapi tidak di-link-kan ke klinik kesihatan, itu tidak berkesan. Jadi, saya minta supaya KKM boleh membuat pengukuran tersebut.
Selain daripada itu, daripada peruntukan pendigitalan yang diumumkan, berapakah yang akan dibelanjakan untuk rekod perubatan elektronik pada tahun 2027 dan di bawah butiran mana? Khususnya untuk Melaka, saya nak tanya, bilakah Hospital Besar Melaka dan Klinik Kesihatan Peringgit ataupun Klinik Kesihatan Jalan Gereja boleh bertukar maklumat bagi rujukan balik seperti yang saya sebut tadi?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Selanjutnya, saya ingin sentuh tentang program outsourcing perkhidmatan hospital. Bagi tahun Belanjawan 2027, mengumumkan RM200 juta akan diperuntukkan untuk outsourcing dengan izinnya, perkhidmatan hospital daripada RM100 juta menjadi RM200 juta. Tahniah kepada Kerajaan Perpaduan. Jadi, ini menunjukkan kita adalah satu kerajaan yang prihatin, bukannya zalim seperti yang disebut.
Jadi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga. Sebelum ini memang ada peruntukan RM50 juta untuk Skim Perubatan MADANI. Akan tetapi, bagi tahun depan yang saya lihat butiran ini tidak disebut lagi.
Jadi, saya ingin bertanya, kenapa program yang sebaik ini tidak diteruskan? Kerana kita lihat selepas Skim Perubatan MADANI yang dilaksanakan itu memang memberi manfaat kepada pesakit, sepatutnya dikembangkan, bukannya dibatalkan.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran Program 020000 – Perubatan. Ini berkaitan dengan spesialis ya, dengan izin. Spesialis apabila mereka Doktor daripada MO, mereka dapat spesialis kelayakan spesialis, mereka akan menjalankan supervision, supervise, work experience sementara menunggu jawatan tetap sebagai spesialis, dengan izin, tetapi gaji mereka waktu itu, probation period ini adalah sama dengan MO. Jadi, di sini saya harap supaya Kementerian Kesihatan boleh memberikan gaji seperti spesialis, bukannya seperti MO sungguhpun dalam probation period...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya minta satu minit lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya minta satu minit lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim.
Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran B.42, 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baharu, juga Butiran P.42, 00300 – Kemudahan Hospital, juga Butiran 00400 – Hospital Baharu dan Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar ingin bangkitkan beberapa perkara berikut. Pertama, baru-baru ini Hospital Baru Parit Buntar telah pun dirasmikan dengan sempurna oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan saya hadir dalam perasmian tersebut walaupun dijemput last minute, sehari sebelum hari perasmian, baru sampai kad. Hadir juga, alhamdulillah.
Namun, ada beberapa persoalan yang saya ingin bertanya kerana dalam ucapan perasmian, sewaktu memberi ucapan perasmian oleh Menteri Kesihatan dengan menyatakan beberapa perkara. Antaranya, Menteri Kesihatan menyatakan hospital itu menempatkan masing-masing seorang pakar perubatan dalaman dan seorang Pakar Perubatan Kecemasan. Sebaliknya, pada Majlis Penyerahan Projek 26 Ogos 2025, Timbalan Menteri Kesihatan menyatakan hospital menyediakan perkhidmatan perubatan am, pembedahan am, pediatrik, obstetrik dan ginekologi serta ortopedik.
Jadi, apabila telah dirasmikan, Hospital Baru Parit Buntar masih kekurangan Doktor Pakar dan juga technician yang boleh operate alat-alat baharu yang canggih.
Dari sudut facilities, semuanya okey, lengkap dan canggih, tapi tidak semuanya beroperasi. Antaranya, Dewan Bedah walaupun ada dua dan mempunyai alat yang secukupnya, tetapi masih belum beroperasi sepenuhnya. Hanya satu Dewan Bedah sahaja yang beroperasi.
Pengerusi, yang menjadi masalah apabila para pesakit mendaftar untuk masuk wad ke hospital baru Parit Buntar, tiba-tiba terpaksa dihantar ke Hospital Taiping yang jauh, perjalanan agak ambil masa 40 hingga 50 minit. Sedangkan rumahnya berhampiran dengan hospital baru Parit Buntar. Jadi, oleh kerana kekurangan Doktor Pakar dan juga beberapa kekurangan yang lain, saya ingin tahu, bilakah agaknya hospital baru Parit Buntar yang bangunannya, facility cukup canggih, lengkap, semuanya disempurnakan?
Satu lagi, Hospital Parit Buntar juga tidak ada Klinik Pergigian dan tidak ada Klinik Pesakit Luar. Orang kampung yang datang ke klinik bila tahu tak ada Klinik Pesakit Luar, mereka terpaksa tertumpu kepada beberapa klinik yang berhampiran.
Antaranya, Klinik Kesihatan Kedai Empat dan juga Klinik Kesihatan Jalan Baru, Batu 5. Dan klinik tersebut penuh sesak dengan para pesakit yang ingin dirawat.
Menunggu berjam-jam untuk semata-mata berjumpa doktor dan dapatkan ubat Panadol sahaja.
Jadi, oleh kerana klinik hospital baru ini yang diharapkan oleh penduduk Parit Buntar mempunyai klinik pesakit luar, tiba-tiba tidak ada. Jadi, para pesakit daripada
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar terutamanya dan juga Bagan Serai yang berhampiran sangat kecewa.
Jadi, saya harap Menteri Kesihatan boleh berfikir untuk mewujudkan sebuah klinik pesakit luar di hospital baru Parit Buntar.
Satu lagi, apa status? Saya nak tanya, apa status bangunan Hospital Parit Buntar yang lama yang terletak di tengah-tengah Bandar Parit Buntar?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sebagaimana yang dihebahkan dalam KKM pada 26 Ogos 2025 berhubung penyerahan projek hospital baharu dinyatakan bahawa bangunan lama akan dijadikan klinik kesihatan dan klinik pergigian baharu, tapi sehingga sekarang, hanya klinik pergigian baharu sahaja beroperasi, tapi klinik kesihatan masih lagi belum beroperasi walaupun lebih setahun selepas hospital baharu dibuka. Tiada pengumuman peruntukan, skop atau tarikh bagi penukaran fungsi bangunan lama kepada klinik kesihatan.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Yang Berhormat Parit Buntar. Minta izin, boleh?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Boleh, boleh, boleh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Sikit ya. Bila sebut berkaitan bangunan baharu, bangunan lama, boleh dak masukkan dalam ucapan Yang Berhormat Parit Buntar berkaitan dengan bangunan baharu dan juga lama Hospital Seberang Jaya, pada 7 November dilanda kebocoran yang begitu teruk. Kesian kepada petugas-petugas perubatan kita ni. Baik, terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, terima kasih. Masukkan sebahagian daripada ucapan saya dan minta...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...Menteri Kesihatan tolong jawab apa yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Permatang Pauh. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera, salam MADANI.
Terima kasih Puan Pengerusi dan Pulai merakamkan ucapan terima kasih kerana
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
diberi ruang pada petang ini untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan.
Pulai ingin merujuk kepada Butiran 00300 berkenaan dengan kemudahan hospital yang berlaku pengurangan peruntukan ini. Tahun lepas, RM878 juta, tapi pada tahun 2027 menjadi RM823 juta iaitu pengurangan 6.2 peratus. Peruntukan bagi kemudahan hospital merangkumi usaha meningkatkan keupayaan dan kemudahan infrastruktur hospital. Walaupun pengurangan ini tidak semestinya bermaksud semua projek hospital ini dihentikan, penurunan peruntukan tetap perlu diperjelaskan memandangkan keperluan meningkatkan kapasiti hospital masih lagi mendesak.
Antara cabaran yang sering dibangkitkan ialah kesesakan wad, kekurangan katil, kemudahan rawatan yang terhad dan keperluan menaik taraf peralatan hospital. Dalam keadaan jumlah pesakit yang semakin meningkat, KKM perlu memastikan pengurangan peruntukan ini tidak menjejaskan projek yang boleh meningkatkan kapasiti rawatan dan keselesaan pesakit. Kementerian juga wajar menjelaskan sama ada pengurangan tersebut berlaku kerana beberapa projek telah selesai atau disebabkan penyusunan semula keutamaan pembangunan tahun 2027.
Persoalan yang Pulai ingin bangkitkan. Apakah faktor yang menyebabkan peruntukan kemudahan hospital berkurang pada tahun 2027? Apakah pengurangan ini menjejaskan projek naik taraf kapasiti hospital sedia ada? Dan apakah— hospital manakah yang akan diberi keutamaan untuk menambah katil dan kemudahan rawatan pada tahun 2027?
Perkara kedua yang Pulai ingin bangkitkan adalah, pada Butiran 010500 berkenaan dengan pengurusan maklumat di mana peruntukan dinaikkan daripada RM275 juta kepada RM301 juta. Puan Pengerusi, pada tahun depan, insya-Allah tujuh daripada hospital kita ini akan dilengkapkan dengan infrastruktur pendigitalan.
Dan dalam pendigitalan ini akan dilaksanakan ataupun akan dilengkapkan dengan EMR— Electronic Medical Record (EMR). Dan bila adanya EMR ini, maka kita boleh bergerak kepada kaedah digital terutamanya virtual hospital dan juga teleperubatan ini. Dan ini adalah salah satu cara untuk kita mengelakkan kesesakan di hospital kita yang sedia ada sekarang ini.
Kalau melalui virtual hospital ini, kita boleh melaksanakan pendaftaran, pemeriksaan, farmasi dan juga pemantauan sehingga ke rumah. Kalau teleperubatan ni nanti, kita boleh melaksanakan diagnos melalui secara video call semata-mata. Jadi, mungkin di sana doktor-doktor ini boleh duduk bersama untuk
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
berdepan dengan seorang patient. Mereka tak perlulah pergi ke setiap hospital yang diperlukan. Sebaliknya, mereka duduk di depan kaunter sahaja, di depan komputer sahaja boleh memberikan khidmat kepada pesakit-pesakit ini.
Maka, kita nak— Pulai ingin bertanya kepada KKM, bilakah kerajaan ingin meneroka virtual hospital dan juga teleperubatan ini untuk memudahkan urusan hospital di negara kita ini?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pulai takkan tak nampak Hulu Langat berdiri.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ha, okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tu punya besar gambarnya, ha. Boleh, sikit? Sebab saya tak dibenarkan untuk berbahas.
Saya nak minta macam ni, tolong masukkan ucapan saya. Saya nak minta Klinik Kesihatan Pekan Batu 14, Hulu Langat; Pekan Batu 9, Cheras; kemudian Klinik Kesihatan Pekan Beranang supaya dinaikkan taraf sebab sesak. Kemudian persoalan berkaitan dengan ambulans tak cukup. Terima kasih ‘Tan Sri’ Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Masukkan dalam perbahasan saya.
Seterusnya Pulai ingin bangkitkan isu tentang pendidikan kesihatan, Butiran 030600. Pulai bersama dengan Jawatankuasa Kesihatan yang lain telah membuat satu lawatan ke Bangkok, melihat satu organisasi yang agak baik untuk kita lihat iaitu ThaiHealth. ThaiHealth ini mendapat peruntukan daripada hasil cukai arak dan juga rokok sebanyak dua peratus. Maknanya dua peratus daripada tax ini diberi terus kepada ThaiHealth ini. Untuk apa? Untuk melaksanakan promosi kesihatan.
Jadi, sekarang ini promosi kesihatan ini banyak dilaksanakan oleh KKM. Di Thailand itu dia tidak duduk bawah kementerian, tetapi dia jadi satu entiti berasingan untuk mempromosikan kesihatan. Pulai rasakan ini adalah satu pendekatan yang lebih baik lagi kerana dia akan memberikan kelebihan kepada ramai yang terlibat dalam mempromosikan kesihatan. Itulah cadangan Pulai. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud Bekalan 42 khususnya Butiran 010200 – Sumber Manusia dan Pembangunan 42 melalui Butiran 00300 – Kemudahan
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Hospital, 00400 – Hospital Baharu, 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan serta 01100 – Peralatan dan Kenderaan.
Yang pertama, status projek naik taraf Hospital Beaufort bernilai RM32.81 juta. Projek yang bermula pada tahun 2020 dan sepatutnya siap pada tahun 2022 ini masih belum mempunyai hala tuju muktamad selepas kontrak ditamatkan pada 7 Mac 2024. Lebih membimbangkan, penilaian structure integrity test (SIT) pada tahun 2026 mendapati struktur bangunan tidak menyokong pelaksanaan projek asal.
Saya memohon KKM menetapkan keputusan muktamad sama ada bangunan ini akan dibaik pulih, dibangunkan semula atau dirobohkan berserta peruntukan dan garis masa pelaksanaan yang jelas. Rakyat Beaufort tidak boleh terus menunggu tanpa kepastian.
Yang kedua, cadangan pembangunan Hospital Pakar Baharu Beaufort. Saya mencadangkan kawasan Selagon diberikan pertimbangan serius sebagai tapak pembangunan Hospital Pakar Baharu Beaufort tertakluk kepada kesesuaian teknikal serta status tanah. Keperluan ini semakin mendesak memandangkan perkhidmatan kepakaran Hospital Beaufort semakin berkembang sedangkan kapasiti tapak sedia ada semakin terhad. Saya memohon agar cadangan ini diberikan keutamaan dalam perancangan pembangunan dan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia akan datang.
Yang ketiga, isu kekurangan pakar dan Pegawai Perubatan. Saya memohon KKM menyemak keperluan perjawatan Hospital Beaufort khususnya dalam bidang anestesiologi, pediatrik dan pembedahan serta memperkukuh perkhidmatan O&G, Psikiatri dan Patologi. Kita tidak boleh membiarkan sesuatu perkhidmatan terlalu bergantung kepada seorang pakar sehingga menjejaskan kebajikan petugas dan kesinambungan rawatan pesakit.
Justeru, saya memohon satu pelan pengisian dan penambahan pakar serta Pegawai Perubatan yang jelas berdasarkan keperluan sebenar hospital.
Yang keempat, peruntukan khas bagi menaik taraf infrastruktur kritikal Hospital Beaufort. Antara keperluan mendesak ialah penggantian Air Handling Unit
(AHU) Dewan Bedah, penambahbaikan Central Sterile Supply Unit (CSSU), penggantian generator set, naik taraf sistem medical gas serta sistem elektrik dan peralatan sokongan klinikal yang kritikal. Ini bukan sekadar penyelenggaraan biasa, tetapi melibatkan keselamatan pesakit, kelancaran pembedahan dan kesinambungan operasi hospital termasuk usaha memenuhi standard akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Saya mengambil maklum bahawa Belanjawan 2027 menyediakan RM1.2 bilion bagi penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti kesihatan awam serta lebih RM770 juta untuk perolehan peralatan perubatan.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Saya memohon Hospital Beuafort diberikan keutamaan daripada peruntukan ini berdasarkan tahap keperluan dan risiko infrastrukturnya.
Yang kelima, penyelesaian isu pewartaan dan pengoperasian Klinik Kesihatan Beaufort. Saya memohon penjelasan KKM mengenai status pewartaan dan pengoperasian rasmi klinik ini. Sekiranya masih terdapat halangan pentadbiran, perjawatan atau kelulusan operasi, perkara tersebut perlu diselesaikan segera supaya kemudahan yang telah dibangunkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat termasuk urusan penempatan anggota, bayaran on call dan extended hours. Yang keenam, pembinaan semula Klinik Desa Klias Scheme, Beaufort. Puan Pengerusi, saya ingin memohon perhatian KKM terhadap keperluan membina Klinik Desa Scheme Klias yang telah beroperasi sejak tahun 1972. Klinik berstruktur kayu ini kini menumpang di bangunan ESLDB dengan ruang operasi yang sangat sempit dan tidak mencukupi sedangkan perkhidmatannya meliputi Kampung Rancangan Klias dan Kampung Malabau yang melibatkan 2,053 penduduk dengan purata 20 kedatangan pesakit sehari dan hanya tiga anggota kesihatan.
Sehubungan itu, saya memohon KKM mempertimbangkan pembinaan klinik baharu menggunakan Pelan Klinik Kesihatan Jenis 6 selain mempercepatkan pengenalpastian tapak tanah bersama Kerajaan Negeri Sabah.
Puan Pengerusi, sebagai penutup saya ingin menegaskan bahawa isu-isu kesihatan di Beaufort memerlukan perhatian dan keputusan segera daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya memohon Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan dan komitmen rasmi terhadap enam perkara utama iaitu:
(i) keputusan muktamad garis masa projek naik taraf Hospital Beaufort selepas laporan SIT;
(ii) komitmen membawa cadangan hospital pakar baharu Beaufort ke peringkat rancangan dan kelulusan Rancangan Malaysia;
(iii) pelan pengisian serta penambahbaikan jawatan pakar dan pegawai perubatan;
(iv) peruntukan dan garis masa menaik taraf sistem infrastruktur klinik kritikal Hospital Beaufort;
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
(v) tarikh serta tindakan penyelesaian isu pewartaan dan pengoperasian Klinik Kesihatan Beaufort; dan
(vi) komitmen pembinaan semula Klinik Desa Klias Scheme serta pengenalpastian tapak tanah bagi projek tersebut.
Saya tidak mahu perkara-perkara ini sekadar direkodkan sebagai cadangan atau permohonan Ahli Parlimen, saya mahu jawapan dan komitmen rasmi daripada pihak kementerian yang boleh direkodkan dalam Hansard Dewan Rakyat. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tanjong Karang mengangkat Butiran 08100 di bawah seliaan Malaysia Health Care Travel Council (MHTC) dengan peruntukan sebanyak RM20 juta tahun 2027, yang mana tiada peningkatan atau penurunan ketimbang tahun 2026.
Tanjong Karang melihat industri pelancongan kesihatan negara atau health tourism mempunyai potensi yang sangat besar sebagai penjana ekonomi bernilai tinggi. Berdasarkan rekod, sektor ini pernah mencatatkan kedatangan sekitar 1.6 juta pelancong kesihatan dengan penjanaan hasil mencecah lebih RM2.7 bilion, di samping memberikan multiplier effect yang luas kepada sektor perhotelan, logistik dan pelancongan am.
Namun Tuan Pengerusi, persoalan asas yang harus dibedah di Dewan yang mulia ini adalah sama ada peruntukan RM20 juta ini benar-benar dioptimumkan secara strategi atau sekadar meneruskan model konvensional yang terhad kepada pakej asas seperti health screening dan rawatan klinik biasa di hospital-hospital swasta.
Ini menggambarkan betapa sempitnya pemahaman kita tentang ruang lingkup sebenar health tourism atau mungkin kerana kita masih bimbang dengan kekangan KKM yang dilihat terlalu konservatif di bidang ini. Akibatnya, kita kini berada jauh tertinggal di belakang pesaing serantau seperti Thailand dan Korea di mana mereka telah menguasai pasaran global melalui model pelancongan kesihatan bersepadu yang bernilai tinggi atau high-yield health tourism.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Sebagai perbandingan, pasaran health tourism Thailand dianggarkan bernilai sekitar USD9.01 bilion pada tahun 2025 dan meningkat kepada USD9.46 bilion pada tahun 2026 dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 7.13 peratus, ketimbang Malaysia yang berada sekitar paras USD0.67 bilion atau RM2.7 bilion. Di Thailand, pelancong asing menyumbang lebih daripada 67 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil pasaran ini.
Tuan Pengerusi, kita perlu mencontohi bagaimana Thailand memecahkan sektor health tourism ini secara strategik kepada dua tunjang utama. Yang pertama adalah medical tourism yang mana ia menumpukan kepada pembedahan plastik, kosmetik bertaraf dunia, rawatan perubatan estetik, rawatan kesuburan, ortopedik serta cardiology complex yang disokong oleh hospital swasta yang berstandard antarabangsa pada kadar kos yang kompetitif berbanding dengan negara barat.
Yang kedua adalah wellness tourism menjadikan negara mereka hab serantau untuk retreat kesihatan mewah, program detoksifikasi klinikal, terapi anti- aging serta perubatan integrative dan complementary. Sebaliknya kita seolah-olah mengabaikan segmen bernilai tinggi ini yang sedang menjadi trend global khususnya rawatan estetik termaju dan program wellness comprehensive termasuk juga terapi ozon, hidroterapi kolon, program detoks klinikal, EECP, rawatan hyperbaric chamber, hidrogen terapi serta perubatan regenerative menggunakan steam cell. Ini termasuk metabolik dan weight management untuk merawat insulin resistance, obesiti dan sindrom metabolik melalui pendekatan klinikal dan pemakanan saintifik. Selain itu, traditional and complementary medicine (TCM) and health spa wajar diberi pertimbangan sewajarnya untuk melibatkan doktor-doktor perubatan bertauliah terutamanya dalam bidang yang berkait rapat dengan amalan pencegahan klinikal.
Kebanyakan pelancong kesihatan antarabangsa dari Asia Barat, China dan pasaran barat mencari destinasi yang menawarkan pakej penyembuhan holistik dan estetik moden. Jika MHTC selamanya hanya bergantung kepada pasaran health screening biasa, kita sedang melepaskan peluang keemasan untuk menarik golongan pelancong berbelanja tinggi atau high-yield spenders yang sanggup melabur puluhan ribu ringgit untuk penjagaan kesihatan optimum atau santai di wellness spa malah ratusan ribu untuk perubatan regenerative. Tuan Pengerusi, Tanjong Karang ingin mendesak pihak kementerian dan MHTC agar menstruktur semula strategi penggunaan RM20 juta ini termasuk yang pertamanya mempromosikan health tourism secara lebih profesional dan
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
menyeluruh melalui skop health, melangkaui skop health screening atau semata- mata medical check up.
Yang kedua, memperluaskan segmen wellness tourism dan estetik.
Yang ketiga perlu, KKM perlu bersikap lebih progresif dan menilai dan melesenkan kaedah rawatan wellness moden yang selamat berdasarkan data saintifik yang kukuh. Kita tidak boleh terus berada di zon selesa, manakala negara jiran begitu agresif merangkul pasaran antarabangsa ini.
Keempat, yang terakhir, memastikan penglibatan doktor perubatan konvensional berdaftar dalam bidang perubatan regenerative dan complementary medicine diselia dengan garis panduan yang jelas untuk bagi menjamin kualiti dan keselamatan pesakit antarabangsa. Sekian, terima kasih. Tanjong Karang mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Puan Pengerusi. Salam sejahtera, salam segulai sejalai. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Lubok Antu untuk turut serta menyertai perbahasan Belanjawan 2027 Jawatankuasa bagi Maksud B dan P.42 Kementerian Kesihatan yang diperuntukkan sebanyak RM47.7 bilion tahun 2027.
Puan Pengerusi, saya ingin membangkit isu kesesakan hospital kerajaan yang masih berlarutan sehingga pesakit terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan, manakala temu janji dengan doktor pakar pula boleh mengambil masa berbulan-bulan. Dalam menangani isu ini, kita bukan sahaja perlu melihat keupayaan hospital menampung jumlah pesakit, tetapi juga perlu kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Hakikatnya, bukan semua pesakit di luar memerlukan pemeriksaan secara fizikal setiap kali hadir ke hospital, ada yang hanya memerlukan konsultasi susulan pemantauan kesihatan atau pengurusan ubat-ubatan.
Saya mengakui bahawa aplikasi MySejahtera telah banyak memudahkan urusan pesakit khususnya dalam membuat pendaftaran dan temu janji di fasiliti kesihatan kerajaan. Namun demikian, skop perkhidmatan konsultasi maya sedia ada masih boleh diperluaskan. Berdasarkan laporan tahunan KKM 2025, perkhidmatan
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
konsultasi maya telah dilaksanakan di 573 fasiliti kesihatan dengan hampir 299,000 sesi konsultasi direkodkan, khususnya di peringkat penjagaan kesihatan premier.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Saya melihat pencapaian ini sebagai satu asas yang baik untuk kementerian memperluaskan pendekatan konsultasi maya di peringkat hospital kerajaan.
Sebagai contoh, kita boleh melihat pelaksanaan model, dengan izin, virtual hospital di Rajavithi Hospital, Bangkok, Thailand. Dua minggu yang lalu, saya bersama Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen ke hospital tersebut.
Saya berpeluang melihat bagaimana pesakit hadir ke hospital dan ditempatkan di bilik konsultasi khas sebelum berhubung dengan doktor dan pakar melalui panggilan video.
Pendekatan ini turut membolehkan pesakit mendapat khidmat konsultasi daripada ahli farmasi secara maya. Model ini menunjukkan bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan untuk menghubungkan pesakit dengan pelbagai profesional kesihatan tanpa memerlukan setiap konsultasi dilakukan secara bersemuka.
Tuan Pengerusi, mengambil contoh tersebut, saya ingin menyentuh Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar yang diperuntukkan sebanyak RM1.106 bilion bagi tahun 2027...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Minta masa sikit.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Boleh, boleh.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih, Lubok Antu. Pinjam 30 saat.
Saya hendak bangkit tentang Hospital Kampar. Saya dapat jawapan daripada Menteri bahawa Hospital Kampar― tapak belum lagi diwartakan, akan diwartakan pada hujung tahun. Jadi, saya minta kementerian supaya semak, sebab jawapan yang saya dapat daripada Jabatan Kesihatan Perak bahawa tapak telah pun dimuktamadkan dan telah diwartakan. Pada hari ini, bila-bila masa boleh buat.
Dan juga, ada perancangan untuk buat dalam RP3, tapi saya mohon supaya kementerian boleh cepatkan untuk buat dalam RP2 kerana kita terkandas satu tahun lebih. Jadi, saya mohon kementerian boleh cepatkan pembinaan Hospital Kampar.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Masukkan dalam hujahan saya. Di mana saya tadi?
Dalam konteks capaian perkhidmatan pesakit luar, kementerian pula turut melihat bagaimana penggunaan teknologi dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan khususnya bagi urusan rawatan yang tidak semestinya memerlukan kehadiran fizikal pesakit.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan memperluaskan penggunaan sistem MyVAS dan aplikasi MySejahtera bagi menghubung fasiliti kesihatan kerajaan melalui perkhidmatan konsultasi maya.
Melalui pendekatan ini, pesakit di klinik kesihatan boleh mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar di hospital kerajaan lain tanpa perlu dirujuk untuk hadir secara fizikal ke hospital berkenaan. Kementerian juga boleh mempertimbangkan mekanisme yang membolehkan pesakit dihubungkan dengan doktor di fasiliti kesihatan yang lain yang mempunyai kemudahan dan tenaga perubatan yang tersedia.
Sebagai langkah seterusnya, Puan Pengerusi, saya ingin merujuk pada Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang diperuntukkan sebanyak RM235.59 juta bagi tahun 2027. Saya mencadangkan supaya sebahagian daripada peruntukan ini dipertimbangkan untuk melaksanakan projek rintis, dengan izin, virtual hospital di sebuah hospital kerajaan terpilih dengan menjadikan model Hospital Rajavithi di Thailand sebagai rujukan. Model ini merangkumi perkhidmatan farmasi, penghantaran ubat ke rumah, pengambilan sampel darah serta pemantauan dan rawatan susulan melalui konsep homeward, dengan izin.
Saya berharap kementerian dapat menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengenal pasti keperluan infrastruktur, sistem teknologi, sumber manusia serta kos pelaksanaan projek rintis ini. Penilaian terhadap keberkesanan projek tersebut juga penting bagi menentukan potensinya untuk diperluaskan ke hospital kerajaan yang lain. Saya ingin mengetahui sama ada kementerian mempunyai perancangan ke arah pelaksanaan inisiatif ini.
Akhir kata Puan Pengerusi, saya berharap agar setiap peruntukan yang disediakan melalui Belanjawan 2027 bukan sahaja dapat memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara, tetapi turut meningkatkan akses kepada rawatan yang berkualiti, mengurangkan kesesakan hospital serta memastikan keperluan tenaga perubatan di kawasan luar bandar dan pendalaman, khususnya di Sarawak, terus diberikan perhatian. Sekian. Lubok Antu mohon menyokong.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Pengerusi, B.42 Butiran 020300, Butiran 080600, P.42 Butiran 00201, Butiran 00600, Butiran 00900, Butiran 010200, Butiran 010300, Butiran 020000, Butiran 030000.
Tuan Pengerusi, saya ingin tanya mengenai Hospital Queen Elizabeth, hospital rujukan utama bagi Sabah dan Labuan termasuk untuk rakyat Kota Belud.
Projek naik taraf HQE ini di bawah RMK12 dianggarkan bernilai RM1.12 bilion dengan tambahan 448 katil.
Saya ingin tanya, bilakah anggaran kos penuh akan dimuktamadkan dan adakah kementerian menjamin naik taraf HQE ini tersenarai dalam Rolling Plan RMK13? Seterusnya, berapakah peruntukan untuk HQE tahun 2027 dan bilakah dapur dan kemudahan farmasi baharu di HQE I dijangka siap?
Tuan Pengerusi, masalah utama Hospital Kota Belud adalah Jabatan Pesakit Luar dia dan juga jabatan emergency. Kompelin masyarakat kebanyakannya adalah tempoh menunggu yang begitu lama di Jabatan Pesakit Luar. Datang pagi, mungkin sekitar 6.30 ataupun jam 7, tapi siap checking apa semua, ambil test, boleh sampai petang.
Ada dua perkara yang menjadi permasalahan utama. Pertama, Jabatan Pesakit Luar yang terlalu menjadi tumpuan. Kedua, kekurangan doktor. Sebagai langkah untuk mengurangkan beban Jabatan Pesakit Luar HKB ini adalah dengan membina satu klinik kesihatan di Pekan Kota Belud, ideally. Cuma, masalah utama di Kota Belud ini, Tuan Pengerusi, adalah tanah. Bayangkan, Unit Pesakit Luar HKB menerima purata 261 pesakit sehari. Unit Kecemasan dia sesak dan ruang letak kenderaan juga tidak mencukupi.
Tuan Pengerusi, apa yang saya akan cakap ini ada kaitan dengan kesesakan di out patient HKB. Pertama, bangunan sudah siap, tetapi tiada perjawatan. Klinik Desa Sayap dinaik taraf pada tahun 2023 dan Klinik Desa Lasau Takulung dan Payas Payas pada tahun 2024 kepada bangunan setaraf klinik kesihatan, tetapi sehingga hari ini masih beroperasi sebagai klinik desa kerana perjawatan belum diluluskan. Dan jika diluluskan, Kota Belud sebenarnya akan mempunyai enam klinik kesihatan― bukan tiga― dan penduduk yang tinggal hampir 30 kilometer dari hospital tidak perlu lagi ke hospital untuk rawatan asas.
Kedua, klinik desa yang uzur dan terpencil. Klinik Desa Kiau 53 kilometer dari hospital. Klinik Desa Dudar 41 kilometer daripada hospital masih beroperasi dalam
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
bangunan kayu yang dibina pada tahun 2003 dan 1970 dan dirancang dinaik taraf menjadi klinik kesihatan. KKIA Kota Belud pula dibina pada tahun 1982 dan kerap dilanda banjir. Saya mohon bina semula untuk Klinik Desa Kiau, Klinik Desa Dudar dan KKIA Kota Belud.
Untuk naik taraf bilik kecemasan Klinik Kesihatan Rosok serta pembaikan Klinik Desa Kebayau dan Pandasan dapat juga untuk diluluskan.
Ketiga, kuarters. Kuarters kayu di Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan Taginambur dan Klinik Kesihatan Rosok dibina antara tahun 1968 dan 1982.
Sebahagiannya telah dirobohkan dan belum diganti. Kenapa kuarters ini sangat penting, Tuan Pengerusi? Sebab, sebahagian besar mengapa doktor tidak mahu bertugas di Sabah kerana tiada kuarters.
Keempat, klinik baharu yang tersekat kerana tanah. Kompleks Kesihatan Bersekutu Daerah di Kampung Liang yang akan mengambil alih beban Unit Pesakit Luar HKB dan Klinik Kesihatan Kampung Nahaba untuk kira-kira 11,000 penduduk belum boleh dimasukkan ke dalam RMK kerana urusan tanah masih di peringkat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri.
KKIA Kota Belud juga memerlukan tapak baharu untuk dijadikan Klinik kesihatan Kota Belud. Klinik di pekan ini penting kerana ia akan membuka laluan untuk HKB dinaik taraf menjadi hospital pakar. Saya mohon kementerian bersama kerajaan negeri mempercepatkan urusan tanah ini dan menyatakan bila projek- projek ini boleh dimasukkan dalam RMK13.
Tuan Pengerusi, saya mahu cakap fasal doktor. Di Hospital Kota Belud, sehingga 5 Oktober 2026, sepatutnya HKB menerima sembilan orang doktor baharu, tetapi hanya tiga sahaja yang melaporkan diri. Dan sebelum pun sembilan orang ini ditempatkan di Kota Belud, enam orang doktor telah keluar disebabkan penempatan tetap mereka. Jadi, di sini sebenarnya bukan positif, tambah negatif lagi penempatan doktor di HKB.
Saya tidak akan mengulang punca-punca yang telah dijelaskan sebelum ini oleh Yang Berhormat Menteri, tetapi ada satu punca yang datang daripada kerajaan sendiri iaitu bayaran Insentif Wilayah. Bayaran Insentif Wilayah ini elaun tambahan untuk doktor yang berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan. Saya mohon sangat supaya kementerian perjuangkan supaya Insentif Wilayah ini berasaskan peratusan gaji dipulihkan untuk doktor baharu. Itu satu.
Kedua, untuk doktor dan doktor pakar dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah perlu diberi insentif tambahan lain selain Elaun Wilayah dan Elaun
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Perumahan Wilayah yang sedia ada. Doktor yang telah lama berkhidmat di pedalaman Sabah wajar diberikan keutamaan sekiranya berminat untuk latihan kepakaran.
Tuan Pengerusi, Buku Anggaran 2027 menunjukkan jumlah jawatan kementerian kekal 333,000, tidak bertambah satu pun. Pelarasan RM500 juta kemudian tahun ini pula, menurut Yang Berhormat Menteri, dicapai melalui penjimatan daripada jawatan yang belum diisi. Jika dilihat, emolumen turun RM851 juta daripada RM2.1 bilion kepada RM1.31 bilion. Sabah mempunyai 3,557 jawatan kosong. Maka, saya mahu tahu, apakah sebab penurunan emolumen dan berapa daripada RM500 juta itu datang daripada jawatan kosong di Sabah?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Secara ringkas Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya bagi cadangan untuk menyelamatkan sistem kesihatan Sabah.
Pertama, pengecualian Cukai Pendapatan sepenuhnya bagi doktor yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak untuk tempoh lima tahun dan disemak semula selepas itu.
Kedua, skim kembali berkhidmat; dan ketiga lahirkan lebih ramai doktor anak Sabah. Saya difahamkan kementerian telah menubuhkan jawatankuasa bersama di antara KKM dan KPT Jun lalu, cuma saya sebenarnya ada lagi empat cadangan kepada kementerian...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Sebagai penutup Tuan Pengerusi, saya memohon kementerian memasukkan petunjuk...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi atas kesempatan yang diberikan untuk Kuala Krai menyuarakan isu-isu kesihatan dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan Malaysia pada petang ini.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya merujuk kepada Butiran B.020000 – Perubatan. Saya ingin membangkitkan isu ketidakadilan pembayaran dan elaun yang dihadapi oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh prawarta atau specialist wish eligibility (SWE).
Untuk menjadi seorang Pakar Perubatan, seseorang pegawai telah melalui perjalanan yang panjang. Bermula dengan dua tahun sebagai HO, diikuti 4 hingga 5 tahun sebagai MO dan sekitar 4 tahun lagi menjalani latihan kepakaran. Ini merupakan pengorbanan hampir sedekad yang menuntut komitmen akademik, klinikal dan pengorbanan peribadi yang besar.
Namun, timbul persoalan apabila pegawai yang telah menamatkan latihan kepakaran mempunyai kelayakan serta menjalankan tanggungjawab klinikal pada peringkat pakar masih dibayar mengikut kadar Pegawai Perubatan atau pun MO sementara menunggu pewartaan. Persoalannya, apakah adil seseorang pegawai memikul tanggungjawab pada tahap pakar, tapi imbuhannya masih pada tahap MO?
Jangan sampai proses pentadbiran pewartaan menyebabkan pengiktirafan terhadap kepakaran dan tanggungjawab sebenar mereka tertangguh.
Lebih membimbangkan terdapat aduan pegawai prawarta yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak tidak menerima elaun pakar BIPP atau pun Bayaran Insentif Penempatan Pakar. Kementerian perlu menjelaskan asas ketidaklayakan ini sekiranya mereka telah memenuhi syarat yang ditetapkan.
Tuan Pengerusi, saya ingin menegaskan bahawa ketidakadilan seperti ini boleh bukan sekadar soal wang dan elaun, tetapi soal penghargaan terhadap profesionalisme, pengorbanan dan maruah tenaga pakar negara. Jika tidak ditangani, keadaan ini boleh melemahkan moral pegawai serta mendorong penghijrahan pakar ke sektor swasta dan juga luar negara.
Justeru, Kuala Krai meminta Menteri menjelaskan apakah KKM bersama JPA bersedia menyemak struktur pembayaran dan memberikan imbuhan yang lebih setimpal berdasarkan kelayakan serta tanggungjawab kepakaran tanpa perlu menunggu proses pewartaan selesai? Bilakah penyelesaian konkrit akan dilaksanakan?
Tuan Pengerusi, dalam butiran yang sama saya ingin membangkitkan persoalan tentang keberkesanan inisiatif MediAsas yang diperkenalkan kerajaan sebagai usaha menyediakan perlindungan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik kepada rakyat. Kita perlu melihat realiti kesihatan rakyat.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi atau pun NHMS 2023, seorang daripada enam orang dewasa menghidap diabetes. Seorang daripada
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
tiga mengalami tekanan darah tinggi, manakala 33.3 peratus mempunyai kolesterol tinggi. Lebih membimbangkan 54.4 peratus mengalami masalah berat badan berlebihan ataupun obesiti.
NHMS 2025 pula menunjukkan 73.1 peratus warga emas berumur 60 tahun ke atas mengalami tekanan darah tinggi dan 76.2 peratus mempunyai masalah kolesterol tinggi. Pada masa yang sama, Malaysia sedang menuju ke arah negara menua, maka keperluan terhadap perlindungan kesihatan bukan lagi pilihan, tetapi keperluan mendesak.
Persoalannya, apakah makna perlindungan kesihatan jika mereka yang paling berisiko dan paling memerlukannya pula berdepan kesukaran untuk mendapat perlindungan? Berdasarkan kerangka rintis MediAsas oleh Bank Negara Malaysia, penyakit sedia ada, penyakit kronik dan 35 keadaan lain disenaraikan sebagai antara pengecualian utama. Ini menimbulkan kebimbangan terhadap nasib pesakit diabetes, darah tinggi, penyakit buah pinggang, jantung dan angin ahmar.
Adakah golongan ini terus ditolak daripada menyertai MediAsas? Jika mereka masih boleh menyertai melalui penilaian risiko, apakah syarat kelayakan, bentuk perlindungan dan kadar premium yang perlu dibayar? Jangan sampai perlindungan yang diiklankan sebagai mampu milik akhirnya menjadi terlalu mahal bagi mereka yang mempunyai risiko kesihatan.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menarik perhatian kepada pandangan Profesor Dato’ Syed Mohamed Aljunid yang mempersoalkan pendekatan penilaian risiko dalam skim ini khususnya dari sudut keadilan akses kepada perlindungan kesihatan. Perlindungan kesihatan tidak sepatutnya hanya mudah dinikmati oleh mereka yang sihat, tapi menjadi sukar diperolehi oleh mereka yang sedang sakit.
Ukuran kejayaan MediAsas bukan sekadar berapa ramai rakyat boleh menyertainya, tetapi sejauh mana ia mampu melindungi mereka yang paling memerlukan.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada B.022400 – Kardiotorasik. Saya ingin menanyakan isu ketiadaan pakar bedah kardiotorasik di Kelantan. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin? Kerana saya difahamkan ianya menyebabkan tempoh menunggu sehingga 4 bulan akibat ketiadaan pakar tersebut.
Yang terakhir Pengerusi ialah B.040000 – Kesihatan Pergigian. Saya ingin membangkitkan isu kelewatan kelulusan operasi klinik pergigian swasta khususnya pengeluaran Borang C oleh pihak Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta
(CKAPS) yang dikatakan boleh mengambil masa sehingga 4 hingga 6 bulan.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bayangkan sebuah klinik telah siap sepenuhnya, renovasi menelan belanja ratusan ribu ringgit, peralatan pergigian telah bersedia, telah tersedia, namun klinik masih tidak dibenarkan beroperasi hanya kerana menunggu kelulusan.
Dalam tempoh tersebut, sewa premis, ansuran pinjaman dan komitmen kewangan terus berjalan tanpa sebarang pendapatan. Lebih membimbangkan terdapat aduan bahawa pihak CKAPS sukar dihubungi untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan permohonan. Akhirnya, pengusaha terperangkap dalam keadaan serba salah, jika tidak beroperasi terpaksa menanggung risiko. Jika beroperasi pula berdepan risiko tindakan penguatkuasaan.
Justeru, saya meminta menteri menjelaskan. Pertama, adakah KKM bersedia menetapkan tempoh pemprosesan yang jelas serta munasabah untuk kelulusan Borang C?
Yang kedua, adakah CKAPS akan menyediakan sistem pemantauan permohonan dan saluran komunikasi yang lebih responsif.
Dan yang ketiga, adakah KKM bersedia mempertimbangkan kelulusan operasi sementara bagi klinik yang telah lulus pemeriksaan dan memenuhi semua syarat keselamatan sementara menunggu kelulusan akhir? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Puan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya membahaskan maksud Bekalan Butiran B.42 Kementerian Kesihatan.
Jika tuan pergi memancing, Umpan dibawa dari Pontian; Dewan bedah jangan dibiar kering, Wangsa Maju mohon perhatian. Izinkan saya meneruskan perbahasan dengan satu kisah benar, bukan rekaan, dari Sandakan Sabah. Di Hospital Duchess of Kent ketika pembedahan sedang dijalankan di Jabatan Obstetrik, Ginekologi, bekalan elektrik terputus. Antara puncanya ialah ketiadaan uninterruptable power supply (UPS) dengan izin, yang berfungsi.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Pendingin hawa terhenti, suhu semakin meningkat dan doktor bedah berpeluh di bawah gaun sterile. Suhu dan kelembapan tinggi bukan sahaja meningkatkan risiko kontaminasi jangkitan, malah menggalakkan pertumbuhan kulat dalam dewan bedah. Ini bukan kejadian terpencil, Puan Pengerusi.
Pada September 2025, dewan bedah di hospital yang sama terpaksa ditutup akibat gangguan bekalan air. Seorang petugas di hospital itu turut menyampaikan rintihannya kepada saya. Rintihan beliau tertumpu kepada dua perkara utama.
Yang pertama, sistem chiller dewan bedah rosak berulang kali hampir setiap bulan sejak beliau bertugas di situ. Suhu dan kelembapan tidak dapat dikawal lalu pembedahan yang telah dijadualkan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.
Bayangkan pesakit dari pedalaman Sabah yang menempuh perjalanan yang jauh, yang menanggung kos pengangkutan, akhirnya terpaksa pulang tanpa rawatan hanya kerana masalah teknikal pada fasiliti. Akibatnya rawatan tertangguh, sumber dibazirkan dan beban kerja petugas bertambah apabila kes terpaksa dijadualkan semula.
Kedua, gangguan bekalan elektrik turut menjejaskan sistem sokongan.
Hospital mempunyai set jana kuasa, tetapi apabila sistem sokongan gagal atau tidak stabil, kawasan yang menempatkan peralatan kritikal turut terjejas seperti ICU, Dewan Bedah dan Dewan Bersalin. Bayangkan ventilator yang menyokong pernafasan pesakit kritikal terhenti secara tiba-tiba. Pesakit berisiko mengalami kecederaan otak dan kekal atau kematian. Bayangkan pula seorang doktor sedang menjahit luka selepas bersalin. Ini keadaan yang real, lalu seluruh bilik menjadi gelap gelita sehingga petugas terpaksa menggunakan lampu telefon bimbit.
Masalah ini bukan masalah baharu. Ia telah berlarutan hampir sepuluh tahun.
Pemeriksaan oleh pihak kejuruteraan pula mendapati fungsi bateri UPS telah merosot dan perlu diganti dengan segera.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Maknanya, punca masalah sudah diketahui. Persoalannya Puan Pengerusi, sehingga bilakah kerosakan yang sama akan dibiarkan berulang? Dan jika ahli keluarga kita sendiri berada di atas meja bedah atau bergantung kepada ventilator itu, adakah kita sanggup menerima keadaan tersebut?
Kerajaan memperuntukkan RM47.7 bilion kepada KKM dalam Belanjawan 2027. Menurut ucapan Belanjawan 2027, peruntukan ini termasuk RM770 juta untuk peralatan perubatan dan RM1.2 bilion bagi penyelenggaraan serta baik pulih prasarana.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Saya menyambut baik angka ini, Puan Pengerusi. Namun, dalam keadaan dana yang terhad, penetapan keutamaan mestilah tepat dan betul. Mesin yang canggih tidak bermakna jika dewan bedah tiada bekalan kuasa yang stabil. Electric chiller, UPS dan jana kuasa adalah nadi hospital dan semuanya mesti didahulukan.
Saya mencadangkan.
Pertama, audit segera dijalankan ke atas sistem kuasa sokongan dan chiller di semua Dewan Bedah ICU dan Dewan Bersalin, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Kedua, sebahagian daripada peruntukan ubahsuai, naik taraf dan pembaikan sebanyak RM429.5 juta dijadikan peruntukan berpagar untuk penggantian bateri UPS, chiller dan sistem kuasa kritikal, termasuk penggantian segera di Hospital Dutchess of Kent.
Ketiga, KKM membentangkan laporan berkala kepada Dewan ini mengenai status naik taraf prasarana kritikal.
Puan Pengerusi, doktor dan jururawat kita telah mengorbankan tenaga dan keringat mereka. Janganlah kita membiarkan mereka terus berjuang dalam kegelapan. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, bilakah bateri UPS dan sistem chiller di Hospital Dutchess of Kent akan diganti sepenuhnya? Berapakah bilangan Dewan Bedah lain di negara ini yang berdepan dengan masalah yang sama?
Melengkapkan perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Pergi ke hospital ubat dicari, Dewan bedah suram tiada panduan; Kalau membangkang dasar Kabinet sendiri, Pintu terbuka luas sila cari laluan. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya juga terima kasih kepada Wangsa Maju kerana mentioned Sandakan— Hospital Dutchess of Kent, Sandakan.
Jadi, saya menyambut baik peningkatan peruntukan KKM kepada RM47.7 bilion pada 2027, termasuk RM1.2 bilion untuk menaik taraf fasiliti dan lantikan tetap
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
9,000 Doktor Kontrak. Namun, angka nasional hanya bermakna jika ia sampai ke wad di Sandakan.
Jadi pertama, blok baharu HDOK kod 00300 – Kemudahan Hospital dan kod 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan. Jadi Puan Pengerusi, Hospital Dutchess of Kent ialah satu-satunya hospital kerajaan di Sandakan dan hospital rujukan bagi hampir 1 juta penduduk Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Telupid dan Tongod.
Kesesakan wad dan infrastruktur uzur telah saya bangkitkan sejak tahun 2022. Jadi, peruntukan RM1.05 juta untuk naik taraf kecil pada Julai lalu dihargai, tetapi kerja kecil tidak boleh menyelesaikan masalah kapasiti. Kementerian telah menyebut blok baharu yang menambah ratusan katil. Namun sehingga kini, tiada kos bilangan katil yang atau tarikh mula bina diumumkan.
Jadi, saya mohon Menteri menjawab di bawah kod 00300 – Kemudahan Hospital, berapakah peruntukan bagi 2027 bagi blok baharu Hospital Dutchess of Kent? Dan bilakah ia akan mula dibina? Dan berapakah bahagian HDOK serta klinik di Sandakan daripada RM1.2 bilion di bawah kod 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan?
Jadi, kedua adalah kluster Sandakan, Butiran 022400 – Kardiotorasik. Pada September lalu, Menteri menetapkan sasaran tiga hingga lima tahun untuk memperkasakan kluster Sandakan setaraf Kota Kinabalu, termasuk perkhidmatan kardiotorasik. Saya sokong sepenuhnya. Hari ini pesakit jantung Sandakan masih perlu dirujuk di Kota Kinabalu. Perjalanan 6 jam yang membebankan keluarga B40.
Jadi, apakah peruntukan fasa pertama pelan ini dalam Belanjawan 2027 tanpa peruntukan tahun pertama, sasaran 5 tahun mudah menjadi 10 tahun?
Jadi, ketiga adalah tenaga kerja. Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak dan kod 00902 – Kemudahan Kuarters Bandar. Hanya 10 daripada 307 Pegawai Perubatan Tetap yang ditempatkan ke Sabah melalui ePlacement yang dihantar ke HDOK.
Daripada 9,000 lantikan tetap pada 2027, berapakah untuk Sabah dan berapakah untuk Hospital Dutchess of Kent? Adakah peruntukan kuarters kakitangan di Sandakan kerana ketiadaan tempat tinggal yang selesa ialah antara sebab doktor dan jururawat memohon untuk pindah.
Keempat adalah ambulans, kod 01100 - Peralatan dan Kenderaan. Jadi Puan Pengerusi, pada tahun 2025, kadar ambulans tiba dalam 15 minit bagi kes kritikal, terutamanya satu hanya 34.01 peratus, jauh di bawah sasaran 50 peratus. Di Sabah,
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
banyak klinik luar bandar hanya mempunyai satu ambulans. Apabila ambulans KK rosak tanpa pengganti, seorang pesakit GCS lapan menunggu 6 jam untuk dipindahkan dan seorang pesakit yang cedera berdarah terpaksa keluar atas risiko sendiri, lalu datang ke Hospital Dutchess of Kent sendiri.
Jadi, bagi kes kecemasan obstetrik, kelewatan seperti ini boleh meragut nyawa ibu. Jadi, janji perolehan juga berulang. 592 unit pada 2023, 925 unit jenis B secara berfasa Julai 2025 dan kini 400 unit dalam Bajet 2027 tanpa tarikh penghantaran.
Jadi, saya mohon Menteri menyatakan, berapakah unit daripada perolehan terdahulu telah diterima dan telah diagihkan ke Sabah? Dan berapa daripada 400 unit baharu untuk Sabah dan bilakah ia akan tiba? Dan adakah daerah luar bandar yang hanya mempunyai satu ambulans, khususnya untuk kecemasan, maintenance akan diberikan keutamaan?
Jadi, kelima adalah bekalan air Sandakan, kod 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan. Jadi, pada September 2025, Hospital Dutchess of Kent terpaksa menutup dewan bedah dan mengurangkan dialisis apabila bekalan air terputus. Ini isu keselamatan pesakit. Jadi, saya mencadangkan sistem air sandaran supaya dewan boleh bedah dan juga unit dialisis boleh perolehi sekurang-kurangnya 72 jam semasa penggangguan serta penyelarasan dengan kerajaan negeri supaya penggantian paip ke hospital diutamakan.
Jadi sebagai penutup, Puan Pengerusi. Rakyat Sandakan membayar cukai dan berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang setanding. Semangat MA63 menuntut agar Sabah tidak ketinggalan. Saya mohon jawapan spesifik, khususnya jadual blok baharu HDOK dan saya menyokong maksud P.42 dan B.42. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Sebelum itu, saya nak tanya Yang Berhormat Pengerusi. Perbahasan kita ini dijawab oleh Menteri Kesihatan atau Timbalan Menteri Kesihatan atau Menteri Wilayah Persekutuan atau Timbalan Menteri KPDNHEP? Mohon jelaskan, mana Menteri Kesihatan? Yang Berhormat Jelutong, mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Tidak jelas]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pengerusi, saya terus kepada Butiran 0227000 – Psikiatri dan Kesihatan Mental.
Yang Berhormat Jelutong, dengar betul-betul ya. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, mungkin ini ada Yang Berhormat Menteri. Saya membangkitkan soal Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang menunjukkan lebih 4.6 peratus orang dewasa mengalami simptom kemurungan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sik, berapa kali Marang datang ke Parlimen?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Berapa kali Marang datang ke Parlimen?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Berapa kali Bagan datang Parlimen?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Marang, Marang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Marang?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya tanya Bagan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Marang, Marang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya tanya Bagan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Marang. Berapa kali Marang datang ke Parlimen?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Maaf Tuan Pengerusi, saya teruskan. Ya, manakala 16.5 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental dan angka ini amat membimbangkan dan kesihatan mental bukan lagi isu sampingan, tetapi cabaran besar kesihatan awam negara.
Saya membangkitkan nasib 200 pegawai psikologi kaunseling berstatus contract for service atau (CFS) yang telah berkhidmat sejak tahun 2020 ketika negara kita menghadapi pandemik COVID-19. Dan pada ketika ini, pegawai tersebut tidak mempunyai caruman KWSP, juga tiada caruman PERKESO serta berhadapan kekangan kebajikan dan jaminan pekerjaan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sebelum ini sejak tahun 2020, tiada ada sebarang kenaikan tahunan, kenaikan elaun tahunan daripada elaun pokok mereka iaitu RM2,550 sebulan dan bayaran tambahan elaun baharu dinaikkan sebanyak RM225 bagi tawaran kontrak baharu selama satu tahun bermula Ogos 2026.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi, persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, apakah status masa depan sebenar 200 pegawai ini menjelang tahun 2027? Daripada jumlah tersebut, berapa ramai kah yang masih dibiarkan berkhidmat secara contract for service dan berapa pula yang telah diserahkan ke jawatan tetap? Mengapakah pihak kementerian dilihat beratan atau tidak mahu menyerapkan perjawatan mereka secara terus?
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mereka telah menabur bakti hampir tujuh tahun. Adalah sangat wajar dan adil untuk mereka diserap ke jawatan tetap memandangkan kepakaran dan perkhidmatan mereka masih amat kritikal dan sangat diperlukan oleh negara kita.
Dalam sistem kesihatan awam, merekalah penggerak utama yang turun ke akar umbi bagi melakukan saringan dan pencegahan awal supaya krisis mental tidak meruncing. Adalah amat malang jika pegawai yang memikul tanggungjawab pencegahan yang sebesar ini masih dibiarkan tanpa jaminan kerjaya dan dipinggirkan dari segi kebajikan.
Kerajaan wajib mengubah persepsi dan mengangkat peranan pegawai psikologi kaunseling sebagai tonggak utama kesihatan mental komuniti. Justeru, saya menggesa KKM...
[Dicelah]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong tak payahlah. Masa tak ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sik. Sepatutnya Sik berhenti dulu sebab Speaker baru masuk dan sedang sembahyang. Bila saya berucap, saya berhenti dan dia doa. Patut berhenti benarkan Speaker untuk doa dulu. Kalau saya dulu, saya berhenti. Bila kita berucap, Ahli Parlimen DAP berucap, bila azan kita berhenti. Respect the Speaker.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong, tak payah ajar sayalah.
Saya sangat menghormati...
[Dicelah]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau tak percaya saya tanya Speaker. Bila Speaker doa, saya berhenti.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Pengerusi dan beliau mendoakan dengan jujur dan ikhlas untuk kesihatan kita semua baik termasuk kakitangan kita, Jelutong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tahu, tetapi hormati Speaker. Hormati Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Peraturan mana wei?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Teruskan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon untuk teruskan ya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi yang sangat budiman petang ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Amin.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Untuk saya meneruskan hal besar kepada rakyat kita ini.
Jadi, saya mohon dalam isu ini, KKM bersama JPS serta Kementerian Kewangan mempertimbangkan penyerapan tetap secara berfasa berdasarkan kelayakan dan prestasi atau sekurang-kurangnya peralihan kepada contract of service dengan perlindungan kebajikan sewajarnya.
Yang kedua, Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Butiran 021500 – Nefrologi.
Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada peningkatan beban penyakit buah pinggang serta keperluan memperkukuh kemudahan hemodialisis di hospital daerah.
Dan saya ingin membangkitkan khususnya berkaitan keperluan khusus, keperluan mendesak untuk menaik taraf Unit Hemodialisis Hospital Daerah Sik khususnya penambahan mesin dialisis, peningkatan kemudahan rawatan dan pengukuhan tenaga kerja. Sik merupakan daerah luar bandar yang luas dan pesakit dari kampung pedalaman tidak sewajarnya dibebankan dengan perjalanan jauh semata-mata untuk mendapatkan rawatan yang menjadi keperluan kelangsungan hidup mereka.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jadi, saya mohon untuk rumusan ini untuk pihak kementerian memberikan jawapan khusus. Pertama, berapakah jumlah mesin hemodialisis yang tersedia dan benar-benar berfungsi di Hospital Sik, jumlah pesakit yang sedang dirawat serta jumlah pesakit yang masih menunggu tempat atau terpaksa mendapatkan rawatan di luar daerah?
Yang kedua, adakah KKM bersedia meluluskan penambahan mesin hemodialisis berdasarkan penilaian keperluan sebenar termasuk menaik taraf sistem rawatan air, ruang rawatan, kerusi dialisis dan kemudahan sokongan?
Dan ketiga, apakah peruntukan khusus dan jadual pelaksanaan yang boleh diberikan kepada hospital Daerah Sik pada tahun 2027 termasuk penambahan Jururawat terlatih dan sokongan kepakaran nefrologi? Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Ahli Yang Berhormat, saya mendapat dua permohonan untuk tambahan pembahas. Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Tenom.
Yang Berhormat Penampang ada, Tenom? Yang Berhormat Penampang, anda nak berbahas kesihatan atau pelancongan?
Datuk Ewon Benedick - Penampang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kesihatan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kesihatan.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yes.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Alright. Baik, saya luluskan kedua-duanya. Baik, sekarang dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Seorang kawan saya pernah membantu menanggung kos perpindahan seorang doktor muda yang selesai menjalani latihan kepakaran kardiologi di luar negara dan bersedia kembali berkhidmat di Sabah. Beliau tiada bantuan kewangan untuk membawa kereta dan barang peribadinya. Ada pakar yang mahu pulang, tetapi kos perpindahan menjadi halangan.
Tuan Pengerusi, di bawah B.42 Butiran 010200 – Sumber Manusia. Tuaran mencadangkan bantuan perpindahan kuarters dan insentif pangkalan yang jelas.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Kalau kita memerlukan kepakaran mereka, urusan untuk datang berkhidmat pun mesti dipermudahkan.
Pertanyaannya ialah, adakah KKM sudah mengkaji keperluan doktor setiap hospital dan klinik di Sabah? Sebab penempatan ditolak yang seperti mana Dewan yang mulia ini sudah maklum, dan serta dan kesemua faktor-faktor yang menyebabkan doktor ini berpindah keluar daripada Sabah ya. Nyatakan tindakan dan sasaran pertambahan bersih doktor pada tahun hadapan, tahun 2027.
Sementara kajian dilengkapkan, pengisian kekosongan mesti diteruskan sehingga selesai.
Bagi doktor bukan anak Sabah yang sanggup berkhidmat lama, Tuaran mencadangkan agar KKM berbincang dengan Kerajaan Sabah tentang kemudahan taraf penduduk tetap atau PR. Pertimbangkan syarat supaya menerima terus berkhidmat dengan KKM di Sabah. Jika berpindah ke sektor swasta, taraf itu boleh disemak berdasarkan syarat dan undang-undang yang berkenaan. Tujuannya untuk mengekalkan kepakaran dan perkhidmatan awam mereka.
Untuk jangka panjang, KKM perlu bekerjasama dengan KPT, UMS dan Kerajaan Sabah bagi melatih lebih ramai anak Sabah yang layak menjadi doktor dengan pembiayaan latihan, klinikal dan laluan perkhidmatan di Sabah.
Perkara kedua ialah di bawah Butiran 020200 – Pengurusan Hospital dan 030200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga. Dalam hal ini, hal akses kepada rawatan pakar. Apabila pesakit dirujuk jauh, keluarga menanggung tambang, penginapan dan kehilangan pendapatan kerana mengambil cuti. Tuaran mencadangkan tambahan penempatan pakar di hospital daerah mengikut keperluan dan kesiapsiagaan kemudahan, perluas ke lawatan pakar dan subkepakaran secara berkala termasuk ke Hospital Tuaran. Jadual mesti konsisten dengan petugas, peralatan dan peruntukan sokongan yang mencukupi.
Khusus bagi pembedahan jantung kanak-kanak, keupayaan di Sabah perlu dipertingkatkan. Hospital Queen Elizabeth II sudah menyediakan pembedahan jantung kongenital yang tidak kompleks, tetapi kes tertentu masih dirujuk ke IJN. Bagi keluarga yang perlu ke Semenanjung, belanja perjalanan penginapan menambah beban ketika anak sedang sakit.
Tuaran mencadangkan lawatan berkala pakar bedah kardiotorasik yang berpengalaman dalam pembedahan jantung kanak-kanak bersama pasukan bius, rawatan rapi dan sokongan yang lengkap. Apakah tambahan keupayaan pada tahun 2027 supaya lebih banyak kes dapat dibedah dengan selamat di Sabah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Di Hospital Tuaran dan klinik daerah selaraskan pemeriksaan, pengambilan darah dan ubat supaya urusan yang sesuai dapat diselesaikan dalam satu perjalanan. Nyatakan masa menunggu semasa, sasaran pengurangannya dan tambahan perkhidmatan bagi 2027.
Perkara ketiga ialah di bawah P.42 Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Utamakan naik taraf klinik berdasarkan keadaan bangunan, jumlah pesakit dan kesukaran perjalanan. Pastikan air, elektrik, peralatan dan petugas mencukupi.
Ambulans mesti disertai kru dan penyelenggaraan dan belanja operasi.
Kampung yang jauh memerlukan klinik bergerak berkala dengan jadual yang dimaklumkan lebih awal. Ya. Nyatakan klinik yang akan dinaik taraf. Contohnya Tuan Pengerusi, Klinik Desa Topokon. Tuaran mencadangkan supaya dinaik taraf sebagai klinik kesihatan untuk mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Tamparuli yang sekarang ini pesakit menunggu sampai lebih dua jam.
Tuan Pengerusi, kalau doktor sanggup datang ke Sabah, mudahkan urusan mereka berkhidmat. Kalau pesakit boleh dirawat di Sabah, perkukuhkan kemudahan di sini. Kita mahu rakyat mendapat rawatan lebih dekat dan lebih cepat dengan belanja yang kurang membebankan keluarga. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...*
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Dan salam sejahtera.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Bentong mulakan perbahasan ini dengan beberapa perkara utama. Pertama maksud P.42 Butiran 00201 — Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar, Butiran 00900, 00901 dan 00902 bagi kuarters serta Butiran 00300 — Kemudahan Hospital dan 00600 — Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan.
Tuan Yang — Tuan Pengerusi Majlis, Bentong juga ingin membangkitkan keperluan mendesak pembinaan baharu Klinik Kesihatan Jenis 2 bersama kuarters
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
serta Kompleks Kesihatan Bersepadu Daerah Bentong dan untuk menaik taraf beberapa kemudahan di Hospital Bentong yang memerlukan perhatian khusus Kementerian Kesihatan:
(i) naik taraf unit psikatri bagi menyediakan persekitaran rawatan kesihatan mental yang lebih selamat dan kondusif;
(ii) naik taraf bangunan unit hemodialisis bagi menampung peningkatan keperluan rawatan pesakit buah pinggang;
(iii) naik taraf unit fisioterapi bagi memperkukuhkan perkhidmatan rehabilitasi pesakit strok dan mangsa kemalangan; dan
(iv) naik taraf HDU ataupun High Dependency Unit di wad perempuan bagi meningkatkan kapasiti pemantauan pesakit yang memerlukan penjagaan rapi.
Bentong ingin mendapatkan penjelasan, adakah projek-projek ini telah disenaraikan dalam perancangan pembangunan KKM bagi tahun 2027? Dan apakah status kelulusan, peruntukan yang diperlukan dan juga garis masa pelaksanaan?
Kedua, maksud P.42 Butiran 01100 — Peralatan dan Kenderaan, B.42, Objek Am, 30000 — Aset dan Butiran 080800 — Perolehan Aset/Harta Modal/Kenderaan. Tuan Pengerusi, Bentong ingin menegaskan bahawa kelengkapan peralatan perubatan merupakan komponen yang paling penting dalam memastikan keupayaan hospital memberikan rawatan yang cekap dan berkualiti.
Sehubungan itu, Bentong memohon perhatian kewangan terhadap tiga keperluan di Hospital Bentong dan Klinik Kesihatan Daerah Bentong:
(i) melengkapkan instrumen dan peralatan dewan bedah bagi menyokong perkhidmatan ortopedik, pembedahan am serta obstetrik dan ginekologi;
(ii) menambah mesin ultrasound untuk kegunaan dewan bedah, klinik pakar dan wad O&G bagi mempercepatkan proses diagnosis serta penilaian pesakit; dan
(iii) menambahkan mesin ventilator bagi menyokong keperluan pesakit kritikal dan meningkatkan keupayaan perkhidmatan anestesiologi serta rawatan rapi.
Bentong ingin bertanya apakah mekanisme KKM untuk memastikan hospital daerah seperti Hospital Bentong mendapatkan keutamaan dalam pengagihan peruntukan Butiran 01100 dan juga Objek Am, 30000 berdasarkan keperluan
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
sebenar dan jumlah pesakit. Maksud B.42 Objek Am, 10000, 02000 termasuk Butiran 020200 dan 02100 termasuklah 080000, 080600.
Tuan Pengerusi, Bentong menggesa KKM menyemak semula keperluan perjawatan sektor kesihatan di Daerah Bentong khususnya melibatkan Pegawai Perubatan (MO), Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan juga pemandu ambulans. Kita tidak mahu kemudahan hospital dinaik taraf dan kapasiti rawatan ditambah, tetapi tidak dapat beroperasi secara optimum kerana kekurangan petugas.
Bentong juga ingin mendapatkan penjelasan sama ada KKM mempunyai perancangan khusus untuk menambah pengisian jawatan di Hospital Bentong bagi tahun 2027 termasuk keperluan petugas bagi mengoperasikan HDU dan memperkukuhkan perkhidmatan pesakit dalam.
Bentong ingin bertanya sama ada peruntukan di bawah Butiran 080600 dan juga bagi pengoperasian fasiliti baharu bagi tahun 2027 kini merangkumi emolumen dan menampung keperluan petugas bagi unit-unit yang dinaik taraf seperti HDU atau ia terhad kepada fasiliti baharu saja.
Bentong juga ingin bertanya, apakah petugas kontrak di Hospital Bentong yang dibiayai di bawah Butiran 080200 — Emolumen Kakitangan Kontrak, dan adakah mereka ini termasuk dalam pelantikan tetap doktor kontrak yang diumumkan dalam Belanjawan 2027?
Akhir sekali, dalam B.42, 022700, rawatan psikiatri, tenaga kerja dan operasi perkhidmatan. Kita mendengar pelbagai isu yang melibatkan remaja hari ini mahupun kanak-kanak di bawah umur dengan kesihatan mental akibat dibuli ataupun membuli sendiri dan juga buli siber yang meningkat naik secara mendadak.
Persoalannya, sejauh manakah sistem kesihatan kita bersedia menangani masalah kesihatan mental yang melibatkan remaja dan kanak-kanak? Dan adakah KKM mempunyai perancangan dalam menambah pakar psikiatri khususnya di luar Lembah Klang seperti Bentong?
Bentong juga ingin mendapatkan perincian mekanisme kerjasama antara KKM dan KPM dalam menangani masalah yang sedang meruncing ini. Terima kasih, Bentong menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas, mengambil bahagian dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan bagi Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42.
Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua merujuk— Dato’ Sri Pengerusi, merujuk Butiran 010000, peruntukan pengurusan berkurangan manakala Butiran 020000 bagi perubatan meningkat. Saya ingin mengetahui sama ada KKM mempunyai mekanisme penilaian produktiviti bagi mengukur hubungan antara peruntukan kewangan, jumlah tenaga kerja, bilangan pesakit yang dirawat dan tempoh menunggu pesakit?
Apakah masalah ketidakcekapan hospital hari ini berpunca daripada kekurangan peruntukan semata-mata ataupun terdapat kelemahan dalam pengurusan sumber manusia, penempatan petugas dan agihan beban kerja?
Saya juga ingin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan, apakah KPI produktiviti yang digunakan bagi memastikan setiap hospital dan klinik memberi pulangan perkhidmatan yang optimum kepada wang rakyat yang dibelanjakan?
Dato’ Sri Pengerusi, merujuk Butiran 080600 — Pengoperasian Fasiliti Baharu. KKM menyediakan RM703.6 juta bagi komponen emolumen pada tahun 2027. Namun persoalannya, berapakah jumlah perjawatan sebenar yang telah diluluskan dan diisi bagi memastikan fasiliti baharu dapat beroperasi sepenuhnya?
Sebagai contoh, saya difahamkan Hospital Pasir Gudang masih berdepan cabaran untuk mengoperasikan keseluruhan kapasiti wadnya walaupun fasiliti tersebut telah dilancarkan.
Seterusnya, Butiran 00800 iaitu kemudahan ICT. Saya ingin menyambut baik usaha KKM melaksanakan sistem EMR dan konsep, Satu Individu, Satu Rekod Kesihatan. Namun berdasarkan dokumen yang dibentangkan sehingga Julai 2026, hanya 22 hospital menggunakan sistem rekod perubatan elektronik.
Persoalannya, bagaimanakah KKM memastikan pelaburan digital yang benar— yang besar ini tidak berakhir dengan satu lagi projek ICT yang menjadi projek gajah putih? Saya ingin meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri yang pertama, adakah— apakah sasaran tahunan pelaksanaan EMR sehingga 2029?
Dan berapakah jumlah hospital yang akan diliputi setiap tahun? Yang kedua, apakah
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
setiap projek digital akan diwajibkan melalui audit keberhasilan bagi mengukur pengurangan masa menunggu, kecekapan operasi dan penggunaan sebenar oleh petugas kesihatan?
Yang ketiga, bagaimanakah KKM memastikan sistem hospital, klinik kesihatan dan fasiliti swasta boleh berintegrasi tanpa pertindihan sistem serta kos penyelenggaraan yang membebankan? Bagi saya, transformasi digital mesti memudahkan tugas doktor merawat pesakit, bukannya menambah beban pentadbiran kepada petugas kesihatan.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, isu ketiga ialah kadar penggunaan had katil hospital atau bed accupancy rate bagi— kita perlu melihat BOR ini bukan sekadar angka statistik, tetapi sebagai petunjuk ketidak kecekapan pengurusan kapasiti hospital.
BOR yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kesesakan wad, kelewatan kemasukan pesakit dan tekanan kepada petugas kesihatan.
Sebaliknya, BOR yang terlalu rendah pula mungkin menunjukkan kapasiti sedia ada tidak dimanfaatkan secara optimum. Dokumen KKM turut menunjukkan bahawa sebanyak 381 daripada 1,114 klinik kesihatan beroperasi melebihi kapasiti sehingga Disember 2025. Justeru, saya merujuk Butiran 020000 bagi perubatan dan Butiran 00201 bagi perkhidmatan kesihatan luar bandar. Saya ingin mendapatkan penjelasan.
Yang pertama, berapakah BOR terkini mengikut hospital dan negeri serta berapa buah hospital yang secara konsisten mencatatkan kadar penggunaan melebihi kapasiti optimum?
Yang kedua, adakah KKM mempunyai sistem pemantauan kapasiti katil secara real-time dengan izin, bagi membolehkan pesakit diagih ke hospital berhampiran yang masih mempunyai kapasiti? Sesetengah hospital swasta menggunakan sistem Nurse Call System. Yang ketiga, apakah strategi KKM untuk mempercepatkan proses discharge, memperluaskan perkhidmatan rawatan harian dan mengoptimumkan penggunaan katil tanpa menjejaskan keselamatan pesakit? Saya berpandangan bahawa penyelesaian kepada kesesakan hospital bukan sekadar membina lebih banyak katil, tetapi memperbaiki keseluruhan pengurusan aliran pesakit, tenaga kerja dan sumber yang sedia ada.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, lagi satu penguasaan dana asing dalam sektor strategik kesihatan juga perlu diberi garis panduan. Rakyat tidak hanya mahu hospital yang besar dan moden. Rakyat mahu hospital yang berfungsi, petugas yang
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
mencukupi dan rawatan yang tidak perlu menunggu lama. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang besar. Yang Berhormat Padang Besar terima kasih atas buku itu dan inisiatif yang baik di sempadan.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Sama-sama. Terima kasih, Dato’ Sri Dr.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut dipersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi atas kesempatan yang diberikan kepada Batang Lupar untuk membahaskan maksud bekalan dan permohonan Kementerian Kesihatan pada petang ini.
Butiran 020100 – Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat Negeri dengan peruntukan sebanyak RM167.2 juta. Dato’ Sri Dr. Pengerusi, setakat Mei tahun ini, nisbah doktor kepada penduduk di Sarawak adalah satu doktor bagi 590 orang penduduk. Jauh ketinggalan berbanding purata nasional, iaitu satu doktor bagi setiap 406 orang penduduk.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Sarawak masih berdepan masalah kekurangan doktor dan pakar perubatan. Kesannya, doktor terpaksa menanggung beban kerja yang tinggi, manakala pesakit pula berdepan tempoh menunggu yang panjang untuk mendapat rawatan khususnya rawatan pakar.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, ada pihak yang mempersoalkan mengapa Sarawak tidak melahirkan lebih ramai doktor dan pakar perubatan dalam kalangan anak tempatan. This is a valid question, dengan izin. Namun, bagi saya, persoalannya bukan semata-mata mengenai kemampuan anak Sarawak untuk menjadi doktor, tetapi sejauh mana peluang pendidikan, tajaan dan latihan kepakaran disediakan untuk mereka.
Kita harus menerima hakikat bahawa pengajian perubatan melibatkan kos yang tinggi, tempoh latihan yang panjang serta peluang latihan kepakaran yang terhad. Mungkin ada ramai anak-anak Sarawak yang menyimpan cita-cita untuk
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
menjadi doktor, tetapi tidak mampu dari segi kewangan dan berdepan persaingan sengit.
Menyedari cabaran ini, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier mengambil langkah proaktif melalui usaha penubuhan fakulti perubatan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) serta meningkatkan jumlah tajaan pengajian perubatan UNIMAS kepada 80 orang melalui Yayasan Sarawak.
Soalan saya, apakah inisiatif khusus Kementerian Kesihatan di peringkat Persekutuan untuk membantu Kerajaan Sarawak melahirkan lebih ramai doktor dan pakar perubatan dalam kalangan anak tempatan?
Saya mencadangkan agar kementerian memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak termasuk melalui penambahbaikan ataupun penambahan peluang latihan klinikal dan kepakaran, peluasan tajaan pendidikan perubatan serta penyediaan insentif penempatan doktor di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kita bukan sekadar mahu melahirkan lebih ramai doktor, tetapi memastikan mereka mempunyai peluang untuk berkhidmat dan membina kerjaya di Sarawak.
Butiran yang kedua ialah 00201 – berkenaan Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar yang diperuntukkan sebanyak RM394.24 juta bagi tahun 2027 berbanding RM648.28 juta pada tahun 2026. Ini merupakan penurunan sebanyak RM253.04 juta atau kira-kira 39 peratus. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai justifikasi penurunan peruntukan yang begitu ketara ini. Adakah pengurangan ini bakal menjejaskan usaha menaik taraf facility kesihatan, penyelenggaraan klinik serta peluasan perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar Sarawak khususnya di Parlimen Batang Lupar?
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kementerian kepada keperluan meningkatkan kapasiti dan kemudahan di Klinik Kesihatan Pusa yang merupakan antara facility kesihatan utama bagi penduduk Pusa dan kawasan sekitarnya. Saya memohon agar kementerian memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan X-ray, perkhidmatan pergigian, makmal diagnostik, serta peningkatan kemudahan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Pusa.
Saya juga mencadangkan agar keperluan mewujudkan kemudahan hemodialisis di Pusa, dinilai berdasarkan jumlah pesakit dan kapasiti pusat rawatan sedia ada di kawasan berhampiran. Pada masa ini, pesakit yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan tertentu terpaksa dirujuk ke hospital atau pusat kesihatan di Betong, di Sri Aman dan di Kuching. Keadaan ini bukan sahaja memerlukan
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
perjalanan yang jauh, malah menambah beban kewangan kepada pesakit dan keluarga, khususnya warga emas dan penduduk kampung yang berpendapatan rendah.
Akhirnya, Dato’ Sri Dr. Pengerusi, saya berharap agar kementerian memberikan perhatian yang serius dalam menangani kekurangan doktor dan pakar perubatan di Sarawak serta memperkukuhkan kemudahan kesihatan di luar bandar khasnya, khususnya di Klinik Kesihatan Pusa. Sekian, Dato’ Sri Dr. Saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan berikutnya Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih, Dato’ Speaker. Saya terus kepada Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Ternyata sempadan Sarawak kekurangan hospital, klinik dan kakitangan khasnya doktor dan pakar-pakar perubatan.
Apakah tindakan dan langkah-langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut? Adakah kerajaan bercadang merombak dan meningkatkan sistem penggajian pakar, doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan di seluruh negara memandangkan mereka adalah frontliners yang penting dan boleh menjejaskan kerja dan kesejahteraan rakyat.
Butiran 022700 – Pesakit dan Kesihatan Mental, RM450 juta. Sabah dilaporkan mempunyai nisbah tertinggi kes mental di Malaysia. Tidak tahu kenapalah. Apakah tindakan dan langkah-langkah kerajaan untuk menangani masalah dan mengurangkan kes mental ini? Di Sabah terutamanya.
Butiran 022900 – Perubatan Transfusi Darah, RM146.6 juta. Sabah sangat memerlukan pusat blood bank terutama sekali keperluan untuk transfusi kes-kes talasemia yang berlaku tertinggi di Sabah, di mana sehingga 25 peratus adalah pembawa penyakit tersebut. Apakah status terkini pembinaan blood bank di Sabah?
Butiran 030300 – Kawalan Penyakit, RM1.686 bilion. Sabah juga sekali lagi menjadi champion dengan kes penyakit denggi yang tertinggi di Malaysia. Apakah tindakan dan langkah-langkah kerajaan pada tahun 2027 untuk menyelesaikan masalah penyakit denggi ini?
Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan. RM2.248 bilion. Adakah kerajaan akan mengkaji semula sistem pengambilan kakitangan kontrak untuk menambah
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
baik dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan negara? Kita perlu menilai sekali lagi dari segi kebaikan dan keburukan atau kelemahan sistem kakitangan kontrak.
Kekurangan kakitangan adalah amat membimbangkan terutama di Sabah dan Sarawak. Adakah kerajaan masih berpegang kepada sistem yang lama?
Sekarang masa sudah berubah. Dulu lain, sekarang lain. Populasi Malaysia sudah meningkat dari 20 juta ke 35 juta. Tambahan pula kita perlu mempertimbangkan masa depan anak-anak muda Malaysia dari segi ketetapan kerjaya di antara kakitangan tetap, kakitangan kontrak yang tiada hala tuju, atau masa depan yang berkekalan.
Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar, RM394 juga. Apakah facility baru luar bandar yang akan dibina di Sabah?
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Butiran 00400 – Hospital Baharu, RM461.9 juta. Keningau mencadangkan supaya kerajaan merancang dan mula membinakan satu hospital AI di Sabah pada 2027 atau alternatifnya, naik tarafkan Hospital UMS yang baru ke satu hospital bertaraf AI di bawah Butiran 00600 - Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan, RM429.5 juta atau di bawah Butiran 01200, RM2.63 bilion.
Perkhidmatan kesihatan sudah berkembang dengan pesat khasnya di negara China. Dengan bantuan hospital AI, perkhidmatan kesihatan boleh ditingkatkan dan menyelesaikan pelbagai masalah iaitu mengurangkan masa pesakit menunggu dan juga rawatan, mengurangkan kesilapan, memendekkan masa diagnosis seperti X- ray, laporan makmal, laporan darah dan sebagainya dan mempercepatkan pemberian ubat-ubatan.
Hospital AI di Sabah boleh menjadi perintis dan peneraju Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah penggunaan hospital AI sebab keadaan di Sabah adalah amat sesuai di mana baris menunggu yang lama, kekurangan doktor dan kakitangan, nombor hospital yang bersesuaian, yang juga perintis hospital AI. Dan dengan connectivity atas talian hospital AI, Sabah boleh dihubung kait dengan hospital- hospital luar bandar.
Akhir sekali, Butiran 00901 muka surat 419, Kemudahan Kuarters Luar Bandar, RM491 bilion— juta, saya ingat ini. Dari RM461 juta tersebut, berapakah peruntukan untuk kemudahan kuarters di Sabah khasnya di luar bandar? Dan isu penginapan adalah antara sebab kenapa doktor yang dilantik enggan memulakan kerjanya di Sabah. Berapakah hospital dan klinik kesihatan di luar bandar Sabah
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
yang langsung tidak ada— tidak mempunyai kemudahan kuarters atau adapun yang tidak mencukupi ataupun sudah perlu diperbaiki. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan, Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar.
Kita selalu mendengar keluhan rakyat di luar sana, di mana apabila menghadapi situasi kecemasan kesihatan, mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan khidmat ambulans. Kita tak salahkan petugas kesihatan, tapi apa yang kita tahu adalah kekangan jumlah ambulans yang ada di luar sana. Berdasarkan data pada 3 September 2025, kita ada sebanyak 1,975 unit ambulans dan daripada 1,975 unit ini, 89.8 peratus berusia lebih enam tahun. Jadi, sebab itu apabila dibentangkan dalam Belanjawan 2027, bahawa 400 unit ambulans baharu akan diperoleh oleh Kementerian Kesihatan bagi tahun 2027. Maka kita gembira mendengar berita ini.
Namun begitu, saya nak highlight satu perkara yang cukup penting. Sebelum kita bercakap tentang 400 unit ambulans baharu ini yang disebut dalam Belanjawan 2027, saya nak tanya, apakah sebenarnya berlaku pada perolehan sebanyak 989 ambulans yang peruntukannya telah ada sejak tahun 2025 tetapi masih belum selesai hingga ke hari ini? Yang 989 ini dah ada peruntukan tapi belum selesai.
Tuan Pengerusi, tender asalnya untuk 925 unit. Tender dibuka pada 31 Julai 2025. 19 September 2025, tender ditutup. Bulan November 2025, dimaklumkan masih dalam penilaian teknikal. 9 Februari 2026, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa perkara ini ditender semula. 26 Februari 2026, KKM memaklumkan bahawa terdapat perancangan untuk iklan tender baharu dan kemudiannya tender dibuka pada 28 April 2026. 11 Mei 2026, tender untuk 989 ambulans ditutup. Dan sehingga ke hari ini, kita masih belum mendapat sebarang perkhabaran dan saya dimaklumkan masih belum pun diterima ambulans-ambulans ini.
Jadi, saya nak tekankan di sini, apabila kita dengar penjelasan kerajaan, selalu kita dengar penjelasan kerajaan bahawa kita tak boleh provide kemudahan kesihatan yang jauh lebih baik kerana kekangan kewangan. Dalam konteks ini berbeza. Peruntukan dah ada sejak tahun 2025 lagi Tuan Pengerusi, tetapi proses
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
perolehan ini mengambil masa terlalu lama. Jadi, saya nak tanya kementerian apakah isunya sebenarnya.
Saya amat kecewa. Biasanya kita di kementerian dulu kalau tak ada peruntukan, kita sedih. Tapi yang ini peruntukan ada perolehan. Adakah isunya berkaitan dengan kecekapan perolehan atau ada isu-isu lain? Kalau ada isu lobi dan sebagainya, maklumkan kepada kami. Kami di sini nak mempertahankan hak rakyat.
Mustahil tak boleh dibuat sejak tahun 2025. Lebih hampir 1,000 unit, Tuan Pengerusi. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri tolong jawab perkara ini kerana dah berlarutan sekian lama. Kalau backlog 989 unit ini tak selesai, tak payah sembang 400 unit lagi. Itu kita nak pertekankan.
Yang kedua Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020300 –Pengurusan Hospital dan Butiran 010300 – Kewangan. Saya banyak menerima aduan daripada petugas kesihatan dan juga pesakit warga Malaysia tentang kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan pelarian di klinik dan hospital kerajaan. Kita tahu bahawa warga asing yang bekerja secara proper, secara betul di negara ini biasanya dilindungi insurans.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi, dia ada klinik-klinik dan hospital panel untuk mereka pergi. Yang jadi isu ini adalah pendatang asing tanpa izin ataupun pelarian yang hadir di hospital-hospital kerajaan. Jadi, saya baca jawapan Yang Berhormat Menteri semalam kepada Hulu Langat. Jawapan semalam mengatakan dalam perenggan keenam, mengatakan bahawa KKM melaksanakan pendekatan collect before discharge iaitu memperkukuh kutipan deposit dan bayaran semasa pesakit berada dalam wad.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Mohon mencelah YB.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Saya mendapat— kejap Yang Berhormat Langkawi ya. Saya mendapat feedback dari bawah sana. Apa yang berlaku memang kata collect before discharge, tetapi mereka ini masuk sahaja kerana kita bagi mereka masuk, kita bagi kelonggaran, kemudian bila nak keluar mereka tak boleh bayar. Dan apabila tak boleh bayar, kita nak kan katil itu. Kita takkan tahan mereka.
Jadi, kita nak pakai katil, kita bagi mereka keluar tanpa membayarnya. Apa yang berlaku, Menteri menjawab bahawa pada 15 Jun 2026, Menteri kata bahawa majoriti tunggakan bil rawatan warga asing melibatkan pendatang tanpa dokumen.
Pada 7 Oktober 2026, Timbalan Menteri menyebut lebih 80 peratus tunggakan pesakit bukan warganegara melibatkan pendatang asing tanpa izin atau
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
individu tanpa kewarganegaraan. Jadi, isunya di sini, jumlah tunggakan kalau berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, jumlah tunggakan pada tahun 2025, adalah sebanyak RM336 juta dan daripada RM336 juta ini, bukan warganegara tunggakannya adalah sebanyak RM281 juta.
Ini maknanya apa? Maknanya ada kelompongan dalam sistem. Mereka tahu boleh masuk, kita terima, kemudian kalau nak discharge tak payah bayar, tak apa, kita keluar saja. Bila perkara ini berlarutan, kita biarkan, maka kita akan lihat tekanan besar kepada sistem kesihatan negara kita. Sebab itu saya sedar, ini bukan katanya kesalahan Kementerian Kesihatan kerana apa yang ada, sempadan kita ini kita buka sesuka hati, semua masuk ke dalam.
Tetapi kita ada pendekatan sebagai contoh untuk pelarian, saya minta kerajaan beri tekanan kepada UNHCR mereka berikan kad-kad pelarian ini sesuka hati mereka, kemudian membenarkan pelarian ini masuk ke dalam tanpa sebarang tanggungjawab mereka ambil. Dalam konteks ini, saya mohon kerajaan khususnya KKM duduk berbincang dengan kerajaan secara keseluruhan.
Saya dah maklum KDN, saya dah maklum Kementerian Luar. Apakah kita tidak boleh menekan UNHCR, sediakan insurans untuk setiap mereka yang dia bagi kad ini? Dah pandai sangat nak bagi kad masuk. Fine, you take the responsibility, ambil tanggungjawab, sediakan insurans
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sekurang-kurangnya bila kita tekankan mereka begini, apa yang akan berlaku, dia pun tak nak spend banyak duit. Setiap tahun nak kena keluarkan insurans. Maka penghantaran ke negara ketiga akan menjadi lebih cepat. Sebab itu saya mohon Kementerian Kesihatan melihat perkara ini dan saya nak kongsikan Tuan Pengerusi, data terkini. Ini saya rasa ramai yang mungkin terkejut. Berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Negara sehingga Disember 2025 ya, Disember 2025, seramai 125,493 orang pelarian berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Itu pada Disember 2025.
Pada 23 Julai 2026, Timbalan Menteri Luar kata Kabinet dah minta UNHCR hentikan pendaftaran baru. Namun, berdasarkan jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri pada 16 November, ni baru, jumlah pelarian yang berdaftar sehingga 30 September 2026 meningkat kepada 133,400 orang. Dalam tempoh sembilan bulan jumlah pelarian meningkat 7,907 orang. Ini tak termasuk kelahiran baru dan sebagainya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi saya mohon pada pihak Kementerian Kesihatan kongsikan. Kalau tidak boleh secara lisan, cara bertulis. Berapa banyak kah kes-kes yang melibatkan PATI ini di hospital dan klinik kerajaan dan pelarian dan juga kelahiran, berapa banyak kes kelahiran melibatkan pendatang asing tanpa izin dan juga pelarian di klinik dan hospital kerajaan? Saya bagi kat Langkawi sedikitlah, sekejap.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih. Minta izin daripada Dato'.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato' Dr.
Saya nak minta Yang Berhormat komen dan juga kebetulan Menteri Kesihatan ada di sini, ini berlaku pada diri saya. Dulu saya selalu marah dekat staf saya, satu hari pergi hospital, saya kata buat apa dekat hospital satu hari. Rupanya kena dekat saya.
Ini kali yang keenam dah. Sebab tu saya pun tak sabar nak ceritalah.
Saya selalu pergi Universiti Malaya, they have the best doctor, they have the best doctor, the best facilities as well tapi sekarang ni saya dah pandai sikit dah.
Pukul 5.00 saya hantar driver saya ambil tiket untuk nak ambil darah. Pukul 8 saya sampai, pukul 9.00 baru dapat ambil darah, 9.00. Kemudian saya tunggu, jumpa doktor 12.30, pukul 1.00. Lepas jumpa doktor nak pergi ambil ubat. Tiga jam Yang Berhormat Dato' Sri, tunggu nak ambil ubat tiga jam. Queue tak usah ceritalah, memang panjang.
Lepas dah ambil ubat tu saya nak minta sebab dulu Yang Berhormat Speaker minta laporan kesihatan kita. Kena pergi tempat lain pula nak dapat laporan tu dan dia bagi kat saya dua, 14 hari untuk nak dapat laporan tu Dato' Sri, nak dapat laporan nak hantar kepada Speaker menunjukkan saya ni sihat, 14 days.
Jadi saya mintalah kalau boleh Yang Berhormat Menteri, orang kata study baliklah. No wonder kalau kita pun kalau pergi hospital daripada pagi sampai ke petang, tadi saya dengar di Sabah tadi pun serupa macam tu juga. Ni kena pada diri saya sendiri dan saya rasa tak patut berlaku sangatlah. And University Malaya, I think patutlah kita buat study di Universiti Malaya tu sebab di situ semua doktor boleh kata lecturer dan sebagainya dan dia orang ni cukup-cukup berpengalaman.
Kemudian kita tidak link pula, kalau saya di Langkawi, saya pergi Hospital Langkawi nak ambil report, dia tak boleh link dengan Hospital Universiti Malaya ataupun hospital-hospital di sini. Very difficult. Kadang kita nak ambil ubat pun dia kata kena balik, pi hospital sana ambil ubat. Bayangkan rakan saya dekat di
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Langkawi balik ke Kuala Lumpur untuk nak ambil ubat saja padahal ubat yang sama, ubat yang sama di Langkawi. There’s no, orang kata tidak synchronize-lah. Terima kasih banyak-banyak, Dato' Sri Speaker.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, sikit Speaker, sikit, ringkas saja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak benarkan Yang Berhormat bertanya. Gulung.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas saja.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Speaker tak benarkan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi, itu baru sedikit rintihan seorang rakyat menceritakan. Sebab itu saya cerita tadi dalam konteks kita bercakap tentang hak asasi pelarian, hak asasi rakyat Malaysia ini lebih penting untuk kita pertahankan. Kita kena lihat balik bagaimana pendatang asing tanpa izin dan pelarian ini memberi tekanan kepada sistem kesihatan kita dan apakah penyelesaian yang perlu dilaksanakan. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih Dato' Pengerusi kerana memberikan kesempatan kepada Sipitang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sipitang ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini pada butiran pertama 00900 – Penyelenggaraan Kuarters KKM. Keadaan Kuarters Klinik Kesihatan Sipitang dan Klinik Kesihatan Meligan yang telah diklasifikasikan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai Tidak Ekonomi Dibaiki atau TEB serta tidak selamat diduduki. Ini bukan lagi soal bangunan yang kelihatan usang atau cat yang semakin pudar, ini soal keselamatan dan risiko para petugas yang memberikan rawatan.
Daripada keseluruhan 32 unit kuarters kesihatan di daerah Sipitang, sebanyak 20 unit iaitu 62.5 peratus telah diklasifikasikan sebagai daif atau tidak selamat. Bagaimana kita meminta petugas kesihatan menjaga keselamatan rakyat sedangkan keselamatan kediaman mereka sendiri masih terabai.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Sebagai gambaran, sebahagian kuarters ini telah berusia puluhan tahun.
Kuarters kayu Klinik Kesihatan Sipitang dibina pada tahun 1991, kuarters papan Klinik Kesihatan Sindumin pula dibina seawal tahun 1965 sementara Kuarters Klinik Kesihatan Long Pasia dibina pada tahun 1980. Lebih malang, Kuarters Klinik Pantai dan sebuah Klinik Kesihatan Kampung Bukau di sebelah Sindumin, Beaufort telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada Projek Lebuhraya Pan Borneo.
Namun sehingga kini belum digantikan dan untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, Klinik Kesihatan Bukau hanya menumpang bangunan Balai Raya Kampung Lumadan sebagai tapak operasi. Justeru, Sipitang memohon agar kementerian memberikan kelulusan peruntukan kecemasan bagi kerja-kerja pembaikan segera pembinaan perumahan gantian dan juga projek naik taraf kuarters yang terlibat. Jangan tunggu sehingga berlaku tragedi, barulah kita sibuk mencari penyelesaian.
Dato' Pengerusi, beralih kepada Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan.
Kita ingin membangkitkan keperluan mendesak dari segi kemudahan pengangkutan pesakit khususnya kenderaan dan van ambulans di Hospital Sipitang. Pada masa ini hospital hanya mempunyai empat buah kenderaan ambulans dan dua daripadanya sudah berusia, uzur serta kerap mengalami kerosakan.
Kita memohon agar kementerian mempertimbangkan perolehan kenderaan ambulans tambahan bagi Hospital Sipitang demi memastikan tiada pesakit yang terpinggir hanya kerana kekurangan kemudahan pengangkutan. Selain kemudahan fizikal, kekurangan pakar dan juga pegawai perubatan juga diperlukan, juga perlukan perhatian segera iaitu pada Butiran 020600, 020700, 020800, 02100, 022100 dan 022700.
Pada masa ini perjawatan pegawai psikologi kaunseling yang menyokong keperluan kawasan ini amat terhad dengan hanya dua orang pegawai, masing- masing seorang di Klinik Kesihatan Sipitang dan seorang di Beaufort. Manakala Hospital Beaufort hanya mempunyai seorang pakar anestesiologi, pediatrik dan juga pakar bedah. Lebih membimbangkan, terdapat perkhidmatan yang masih belum mempunyai jawatan pakar, antaranya obstetrik dan ginekologi, patologi dan juga psikiatri. Oleh itu, Sipitang memohon agar kementerian melihat pengisian jawatan pakar di Hospital Beaufort sebagai keperluan kritikal dan bukan sekadar kekosongan jawatan, jawatan biasa.
Sipitang juga ingin memohon supaya kementerian menyediakan khas bagi kemudahan hospital pada Butiran 00300 antara keutamaan sistem air handling unit
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
(AHU) dewan bedah, Central Sterile Supply Unit (CSSU), generator set, system medical gas. Semua kemudahan ini amat penting bagi memastikan keselamatan persekitaran pembedahan, proses pensterilan peralatan, bekalan elektrik, kecemasan serta bekalan oksigen dan gas perubatan kepada pesakit sentiasa terjamin.
Kegagalan sistem kritikal boleh menjejaskan operasi dewan bedah, ICU, HDU, makmal dan juga perkhidmatan kecemasan. Oleh itu, saya berharap KKM dapat memberikan keutamaan peruntukan bagi menggantikan serta menaik taraf sistem-sistem berkenaan demi memastikan Hospital Beaufort kekal selamat, berfungsi dengan baik dan juga memenuhi keperluan standard keselamatan serta akreditasi hospital.
Dato' Pengerusi, Sipitang juga turut ingin membawa perhatian Dewan kepada satu lagi isu besar yang memerlukan keputusan segera iaitu pada Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik taraf dan juga Pembaikan. Projek Naik taraf Hospital Beaufort yang sehingga kini masih belum menemui penyelesaian yang tuntas. Projek yang dimulakan pada tahun 2020 itu pada asalnya disasarkan siap pada tahun 2022.
Namun projek tersebut gagal disiapkan mengikut jadual dan kontraktor telah ditamatkan pada tahun 2024.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Justeru, Sipitang ingin mendapatkan penjelasan yang jelas daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah status benar projek menaik taraf Hospital Beaufort pada hari ini? Apakah tindakan susulan kementerian selepas menerima keputusan HIT tersebut? Adakah kementerian bercadang untuk merangka semula projek membina penggunaan gantian atau mengambil pendekatan lain yang lebih sesuai? Kita berharap satu keputusan yang konkrit berserta garis masa pelaksanaan jelas dapat diumumkan.
Sipitang juga ingin memohon agar kementerian memberikan pertimbangan serius terhadap Butiran 00400 iaitu cadangan pembinaan hospital pakar baharu Beaufort di kawasan Selagon atau juga di Padas Valley, Beaufort dan seterusnya memasukkan sebagai keutamaan dalam Rancangan Malaysia akan datang.
Keperluan ini semakin mendesak memandangkan Hospital Beaufort kini menyediakan pelbagai perkhidmatan kepakaran sedangkan kapasiti pembangunan di tapak sedia ada semakin terhad. Jadi, hospital baharu ini bukan lagi soal pembangunan fizikal semata-mata tetapi satu keperluan jangka panjang bagi
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
menjamin akses dan mutu perkhidmatan kesihatan kepada penduduk pedalaman Sabah.
Untuk itu sekali lagi Sipitang menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk turun ke Sipitang dan Beaufort melihat sendiri realiti yang kami hadapi. Jangan biarkan jarak geografi menjadi jarak perhatian, jangan biarkan pedalaman menjadi pinggiran pembangunan dan jangan biarkan rakyat kami menunggu terlalu lama untuk menikmati hak kesihatan sewajarnya. Sekian, Sipitang mohon menyokong.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Dipersilakan Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Terima kasih yang dihormati Pengerusi di atas ruang dan kesempatan ini.
Kementerian Kesihatan diperuntukkan sebanyak RM47.7 bilion dalam Belanjawan 2027, termasuk RM6.749 bilion untuk pembangunan sepertimana dalam Butiran P.42. Saya ingin bertanya mengenai status semasa cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 Penampang.
Mengikut jawapan bertulis ke atas pertanyaan lisan saya pada 2 Julai 2026 yang lepas, projek ini dijangka akan ditender pada suku keempat tahun 2026 dan pelantikan kontraktor dijangka pada suku pertama tahun 2027. Itulah jawapan bertulis yang diberikan kepada saya pada ketika itu. Projek ini sudah lama tertangguh dan saya berharap pada timeline kali ini projek ini dapat dimulakan pada tahun hadapan.
Saya juga meminta kementerian agar meneruskan cadangan pembinaan hospital pakar minor di Penampang di tanah yang telah dikenal pasti di Kampung Maang, Penampang seluas hampir 20 ekar yang telah pun diperakukan di peringkat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Ilusi Daerah Penampang. Saya juga menyokong penuh cadangan penambahan fasiliti kompleks kesihatan bersepadu daerah di Bundusan, Penampang dan juga cadangan pembinaan Klinik Kesihatan [Tidak jelas].
Saya juga menghargai peruntukan-peruntukan yang disalurkan bagi menaik taraf klinik-klinik kesihatan dan klinik-klinik desa di kawasan yang saya wakili di Parlimen Penampang dan termasuklah di DUN Kadamaian yang saya wakili. Klinik- klinik kini adalah antaranya Klinik Kesihatan Penampang, Klinik Desa Kampung
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Babagon, Klinik Desa Kampung Sayap, Klinik Desa Kampung Kaung Ulu dan Kampung Lasau Tintapon ataupun Lasau Takulung.
Saya telah menggunakan peruntukan Ahli Parlimen Penampang bagi membantu keperluan di Klinik Kesihatan Penampang pada tahun 2024 dan juga tahun 2026 ini. Saya berharap keperluan fasiliti di Klinik Kesihatan Penampang ini akan terus dapat diambil tindakan oleh kementerian.
Yang dihormati Pengerusi, bagi kawasan Kadamaian, saya berharap cadangan pembinaan klinik desa baharu dapat dibina terutama di tapak yang telah dikenal pasti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Ilusi Daerah Kota Belud khususnya di Kampung Nahaba dan Kampung Tolus.
Saya juga bertanya apakah status semasa rancangan menaik taraf dan memindahkan Klinik Desa Kampung Tiau ke tapak baharu sepertimana yang pernah dicadangkan selepas lawatan Menteri Kesihatan terdahulu selepas kejadian gempa bumi Gunung Kinabalu pada tahun 2015. Saya meminta supaya penaiktarafan Klinik Desa Kampung Tiau kepada Klinik Kesihatan Tiau dapat dimasukkan dalam peruntukan RP2 RMK13 iaitu pada tahun hadapan sepertimana yang telah pun dikemukakan kepada kementerian.
Saya juga meminta supaya penaiktarafan Klinik Desa Kampung Sayap dan Klinik Desa Kampung Lasau Takulung kepada klinik kesihatan dapat dilaksanakan, mengambil kira jarak jauh daripada Hospital Kota Belud iaitu masing-masing 28.5 kilometer dan 30 kilometer.
Saya juga berharap keperluan fasiliti di Klinik Kesihatan Taginambur dapat diambil tindakan oleh kementerian terutama berkaitan dengan kuarters kakitangan dan juga perolehan kelengkapan-kelengkapan baharu.
Yang dihormati Pengerusi, mengakhiri perbahasan ringkas ini saya merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada warga perkhidmatan kesihatan di Penampang dan Kadamaian khasnya dan di Sabah amnya di atas sumbangan besar mereka kepada negara ini berkhidmat untuk rakyat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Pembahas yang terakhir Yang Berhormat Tenom. Jika tidak ada, dengan itu maka tamatlah pembahas-pembahas bagi Kementerian Kesihatan.
Dijemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab. 30 minit, silakan Yang Berhormat. Saya nasihatkan mana yang tak ada itu skip-lah ya.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua ya. Saya mulakan petang-petang ini dengan lafaz yang mulia. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera semuanya, salam Malaysia MADANI. Alhamdulillah.
Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua, saya memperhatikan lebih daripada 30 pembahas ya yang berakhir di hujung-hujung tadi ya. Betong, Padang Besar, Batu, Lupar, Keningau, Putrajaya, dicelah oleh Langkawi, Sipitang dan Penampang.
Timbalan Yang di-Pertua — maaf. Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin memulakan dengan menyebut ya sedikit daripada apa yang mungkin tidak dapat dijelaskan lebih awal dengan peruntukan yang walaupun hanya penambahan ya RM5 juta dalam development expenditure dengan izin pembangunan ataupun peruntukan pembangunan sebanyak 6.749, Dato’ Sri Pengerusi.
Saya ingin jelaskan bahawa untuk tahun 2027 ya kita mendapat 594 projek berbanding 582 projek dalam 2026 ataupun RP2 dalam 2027 berbanding RP1 dalam 2026. Di mana projek baharunya adalah 187 projek baharu Dato’ Sri Pengerusi, berbanding dengan 126 dalam projek baharu tahun 2026.
Dengan kata lain projek penyambung atau projek sambungan turun, bermakna kita we were able to deliver dengan izin better projects, Dato’ Sri Pengerusi. Projek sambungan adalah hanya 407 berbanding tahun lalu 456. Dengan kata lain, saya ingin tegaskan ringkasan perubahannya pertambahan 12 projek, pertambahan 12 projek daripada 582 projek kepada 594 ya memajukan — menunjukkan kesinambungan perancangan.
Kedua, projek-projek baharu meningkat 61 projek, Dato’ Sri Pengerusi. About almost 50 percent peningkatan ya 48.4 peratus mencerminkan peningkatan fokus kepada keperluan baharu.
Dan yang ketiga untuk saya tegaskan betapa pertambahan peruntukan RM5 juta daripada RM6.744 bilion kepada RM6.749 bilion. Saya tahu ada di kalangan Ahli Yang Berhormat mahukan kerajaan peruntukan peningkatan satu peratus Dato’ Sri Pengerusi, untuk peningkatan sesuai dengan taraf kita as a upper middle income economy kita yang dikatakan WHO meletakkan piawaiannya untuk berbelanja 4.5 percent ataupun 45 peratus daripada KDNK.
Ini selalunya dihujahkan oleh Tanjong Karang. Nak saya sebutkan sikit Dato’ Sri Pengerusi? Kalau kita tidak sedar bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar kita adalah hampir RM2.03 trilion. Bermakna apa? Bermakna kalau ada dia berhujah
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
untuk mendapatkan satu peratus peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan, itu bermakna RM20 bilion penambahan perlu diberikan kepada KKM Dato’ Sri Pengerusi, yang pastinya akan mengambil daripada peruntukan tak silap saya KDN.
Mungkin juga KPT yang kurang lebih adalah dalam RM20 bilion. Jadi, kalau kita meletakkan sesuatu angka dan sesuatu cadangan dan ia lebih munasabah untuk kita perhatikan dan bagaimana untuk kita ya mengangkat dan untuk kita perkembangkan dan perteguhkan sama ada sistem dan juga penyampaian, delivery ataupun perkhidmatan penyampaian kesihatan itu sendiri.
Jadi, lebih tepat lagi dengan cara kami meletakkan Dana Kesihatan Nasional untuk kita cerakinkan dalam kurang lebih lima, 10 tahun akan datang. Pada akhirnya insya-Allah, kita akan dapat capai 4.5 peratus nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar tetapi untuk hari ini melonjak drastically 100 peratus peningkatan, itu bermakna RM20 bilion perlu diberikan kepada KKM, Dato’ Sri Pengerusi.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya tahu bahawa saya punya kekangan waktu, tapi terlalu banyak yang telah disiapkan oleh para pegawai saya yang kerja keras. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka semua, semua bahagian dan juga yang sedang juga memerhatikan perbahasan ini. Saya mahu mereka berikan satu jawapan yang tuntas.
Oleh kerana itu, saya terpaksa mengambil pendekatan ini Dato’ Sri Pengerusi. Sebab yang awal berhujah, berbahas itu, selalunya tak datang, tak sampai, hujung-hujung dia menunggu, tapi ada juga yang menunggu ya. Pastinya saya nampak Sekijang, Yang Berhormat. Jadi, saya tidak akan ambil yang ada sahaja yang hendak saya jawab. Kerana apa? Kerana saya memandang kepada isu Dato’ Sri Pengerusi. Ada isu-isu yang terkait dengan fasiliti itu boleh saya jawab secara bertulis.
Tapi, ada isu-isu yang saya memerlukan masa untuk saya terangkan kerana itu adalah terkait dengan sistem dan perkhidmatan— penyampaian perkhidmatan itu sendiri yang semua akan terlibat. Jadi, kemaslahatannya itu lebih bersifat umum dan itu pada saya adalah utama, lebih aulah. Jadi, saya Jadi, saya nak mengambil pendekatan itu. Maka, saya akan terus mulakan untuk saya berikan sedikit, sedikit dignity kepada kedudukannya opposition. Maaf, Ketua Backbencher.
Saya mulakan dengan Yang Berhormat Sekijang yang mengutarakan perbahasan yang sangat baik. Menyinggung beberapa perkara dan kurang lebih ada empat, lima perkara yang mereka— Yang Berhormat Sekijang bangkitkan. Ya, saya tahu beliau sangat peka tentang perkara ini semua.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Boleh saya mulakan, Dato’ Sri Pengerusi? Pertama adalah— boleh? Pertama adalah terkait dengan mengurangkan kes. Bagaimana KKM mahu mengurangkan kes bukan kritikal di jabatan bukan kecemasan dan menangani pengurangan peruntukan luar bandar. Ini saya kira ada munasabahnya untuk saya berikan sedikit rangkuman. Ya, saya...
[Batuk] Saya sangat sedar akan hal ini. Dua perkara membebankan fasiliti-fasiliti KKM. Pertama adalah congestion, kesesakan, kedua adalah masa menunggu wait time. Seluruh dunia fasiliti kesihatan ini memang inilah cabarannya di semua pun jurisdiction atau negara-negara dan kita tidak terkecuali, Dato’ Sri Pengerusi.
Persoalan— jawapan untuk saya berikan sini adalah ia jawapan daripada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga ini. Di mana saya tekankan sini, Kementerian Kesihatan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan primer bagi meningkatkan akses masyarakat kepada rawatan yang bersesuaian. Sekali gus, ia membantu mengurangkan kehadiran pesakit bukan kritikal di Jabatan Kecemasan hospital. Ini masalah yang paling besar, Dato’ Sri Pengerusi.
Ya, kalau kita— kalau kita tidak tahu whether we should go to clinics ataupun to hospital, ramai yang akan pergi berakhir dan berhimpun dan berkumpul dan sesak di green zone (zon hijau), Dato’ Sri Pengerusi. So, mustahak untuk perkara itu kita ambil tindakan dan antara lainnya untuk saya tekankan aspek apa yang disebutkan di sini, di mana klinik-klinik kami, pelaksanaan perkhidmatan selepas waktu pejabat terutamanya klinik-klinik yang punya jarak 10 kilometer dengan hospital-hospital besar. And these hospital-hospital besar inilah yang selalu terbeban, Dato’ Sri Pengerusi.
Jadi, di mana klinik-klinik yang kita isytiharkan sebagai klinik-klinik utama, mereka diberikan peruntukan ataupun mereka dikehendaki untuk melaksanakan apa yang dikatakan, perkhidmatan selepas waktu pejabat ataupun dengan izin, extended time. Daripada 5.00 hingga 9.00 malam. Di mana klinik-klinik terpilih ini untuk meningkatkan akses kepada rawatan pesakit luar khususnya bagi masyarakat yang mempunyai kekangan untuk mendapatkan perkhidmatan pada waktu bekerja. Ini masalah besar Dato’ Sri Pengerusi and we must take care workforce kerana mereka tidak kesempatan untuk mendapatkan rawatan ketika mereka bekerja.
Pemerkasaan perkhidmatan kesihatan primer melalui pengukuhan pengurusan penyakit acute yang tidak memerlukan rawatan kecemasan. Dia pergi juga and ending five hours dalam green zone. Ini masalah besarnya. Pengurusan penyakit kronik serta sistem rujukan yang bersesuaian antara klinik kesihatan
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
dengan hospital. This is kita mahukan satu relationship hospital dengan klinik itu lebih intim dan lebih dapat dimanfaatkan dari segi kolaborasi mereka.
Jadi, kalau kita lihat pengukuhan penyampaian perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui klinik kesihatan, klinik desa, pasukan kesihatan bergerak (mobile team), sometimes the auxiliary team dia pergi juga ke rumah-rumah serta pendekatan outreach mengikut keperluan dan kesesuaian setempat, Dato’ Sri pengerusi.
Jadi, pengoptimuman sumber dan penyampaian perkhidmatan melalui perancangan berasaskan keperluan penduduk, taburan fasiliti, kapasiti perkhidmatan dan sumber sedia ada bagi memastikan kesinambungan akses kepada perkhidmatan kesihatan primer khususnya di kawasan luar bandar.
Jadi, dengan kata lain kalau saya rumuskan juga bagaimana tindakan jabatan kecemasan di hospital di mana kita lihat tindakan Jabatan Kecemasan di hospital Kementerian Kesihatan sedang memperkukuh pengurusan aliran pesakit. Maaf, the patient workflow ini sangat mustahak. Secara menyeluruh— this is the challenge untuk bagaimana kita lihat kadang kali patient boleh di-discharge malam, tetapi oleh sebab mungkin juga farmasi tak ada dan they got to wait for their medication, tunggu sampai esok, therefore satu katil sudah tergendala.
Jadi, perkara-perkara apa yang diistilahkan sebagai bad management unit, bad management system, ini adalah inovasi-inovasi yang saya lihat pengarah- pengarah hospital sangat tangkas untuk berlumba-lumba untuk memperbaiki patient workflow, patient experience supaya mereka lebih dapat diberikan rawatan yang lebih berkesan dan mereka— pengalaman mereka di hospital itu satu pengalaman memori yang enak, Dato Sri Pengerusi.
Jadi, kalau— antara langkah yang kita laksanakan antara lainnya adalah saya dah sebutkan tadi kalau extended di sama dan satu lagi yang nak saya sebutkan, melaksanakan penyuraian kes bukan kecemasan. So, you got to disperse them ke klinik kesihatan berhampiran dan klinik swasta yang berdaftar. So, melalui penambahan polisi no wrong door dan kerjasama awam swasta.
Sekarang ni kita bukan sahaja nak ambil polisi no wrong door. Kalau no wrong door ni sesiapa pun datang kita terpaksa rawat. This is the problem with green zone.
Saya cenderung untuk akhirnya tidak mahukan green zone itu exist dalam hospital kerana mereka— they shouldn't be there in the first place. Kerana that's where our clinic, that's where our GP. Saya rope in the GPs, so that they also get to see patient at least their business taklah tutup klinik mereka. Tapi dulu no wrong door, sekarang
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
ni saya nak tentukan right door policy. So, they know where they need to go and then they get to go to mana mereka boleh dapat rawatan rather than just sakit sahaja, rush to hospital kena tunggu lima, lapan jam maki pegawai-pegawai, kakitangan hospital. Ini yang jadi masalahnya, Dato Sri.
So, itu adalah antara— dan satu lagi kalau boleh saya sebutkan, memperkasakan sistem triage. Triage ini adalah melalui penggunaan sistem triage digital dan juga kriteria rujukan yang lebih, lebih apa yang dikatakan sebagai lebih baik. Jadi, sistem penambahan polisi dan juga kerjasama dengan— sistem— memperkasakan sistem triage melalui penggunaan sistem triage digital ini.
Memastikan pesakit diberikan rawatan mengikut tahap keterukan kes ini adalah satu yang penting.
Dan juga untuk saya tekankan betapa mustahaknya juga untuk memantapkan lagi integrasi perkhidmatan hospital dan kesihatan primer.
Contohnyalah, kalau primer klinik di klinik itu walaupun klinik itu untuk outpatient, tetapi we have— kita ada pakar-pakar di situ. Mereka adalah Family Medicine Specialist (FMS) dan mereka adalah terlatih sebagai clinicians.
Jadi, kita mahukan rujukan daripada klinik-klinik itu, bila sampai ke hospital, tidak di-triage lagi. Tidak lagi kena tunggu lagi dalam setengah jam, satu jam, dua jam untuk berjumpa seorang doktor untuk pergi triage ditentukan level keterukan dan bagaimana. Jadi, that’s a longer waiting time. So, kita do away with that. Sekarang ini kita ada satu ada satu sistem di mana referral daripada KK dia boleh terus di admitted, terus di seen by doktor or other pakar dan sebagainya. Jadi, you reduce that kena ulang balik pergi ke hospital, di-triage lagi. Ini satu inovasi yang telah dijalankan oleh Ketua Pengarah (DG) yang saya kira sangat baik dan banyak juga hospital dan klinik yang mengadakan kolaborasi seperti ini.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kalau dulu, tidak. Dia datang, dia tunggu lagi. Kalau dia tunggu dekat green zone itu lagilah parah. Jadi, kalau begitu caranya, kita akan dapat perbaiki soalan Sekijang. So, that’s how we get to improve. Itu satu, Dato’ Sri Pengerusi. Saya nak tengok jawapan, boleh saya baca ke tidak ini. Butiran bagaimana latihan kepakaran akan disasarkan mengikut bidang dan hospital yang paling memerlukan. Ini saya rasa terkait dengan human resource planning, Dato’ Sri Pengerusi. Saya memandang kepada satu yang saya perjuangkan hari ini adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang mana kita
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
akan diberikan mandat yang lebih baik untuk kita mampu menyusun our human resource planning, deployment yang selari dengan keperluan fasiliti dan sebagainya.
Perkara ini adalah mustahak. Dari segi itu, kalau boleh saya sebutkan di sini, bagi penempatan pakar perubatan di KKM, pegawai akan hanya ditempatkan di jabatan kepakaran masing-masing. Penempatan ini bergantung kepada pemetaan.
Kita dah map out perkhidmatan kepakaran terlebih dahulu yang terbabit berdasarkan pelan strategik perkembangan perkhidmatan kepakaran, kesiapsiagaan fasiliti, peranti perubatan yang mesti ada teknologinya, belanja mengurus serta staf sokongan.
Kadangkala kita angkat hospital daripada hospital tak berpakar, district suatu masa dahulu, naik kepada hospital pakar minor tapi pakarnya tak ada. Ekosistemnya pun tak ada. Tambah-tambah lagi, jururawatnya pun tak ada. So, all these planning has become quite haphazard, dengan izin, very fragmentize and we are looking at this. Apabila saya kembali untuk melihat perkara ini semua dan saya berkeyakinan bahawa apabila kita diberikan lebih mandat untuk membuat Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, kita lebih mampu untuk bukan sahaja on the issue of perjawatan― mungkin kita tak boleh tentukan emolumen. Itu hal terkait dengan JPA, SPA. Tetapi, kita akan dapat perbaiki ini.
Jadi, semua pakar perubatan di KKM pastinya perlu berdaftar dengan Majlis Perubatan (MPM) in the NSR. Itu sikit ya. Jadi, penempatan pegawai selepas tamat latihan pula akan diselaraskan. Itu adalah munasabah untuk saya sebutkan.
Sekijang lagi. Butiran psikiatrik dan mental. Saya ingat ini boleh saya tidak perlu bacakanlah. Isunya tidak berapa menekan tentang keperluan untuk semua.
Apakah projek naik taraf ini dapat lulus ke tak boleh, apakah projek naik taraf tambahan kapasiti dan perancangan petugas bagi Sekijang dan bilakah pelaksanaan akan dilakukan. Terlalu agak spesifik untuk Sekijang. Kalau boleh, saya berikan jawapan ini secara bertulis. Boleh ya? Sebab, berlaku adil kepada rakan-rakan yang lain yang menunggu jawapan-jawapan untuk mereka. Jadi, walaupun ada jawapan itu, saya hantarkan secara bertulis, Dato’ Sri Pengerusi ya.
Sahabat saya Kuala Langat. Kuala Langat walaupun― ada ya Kuala Langat?
Ya, Yang Berhormat Kuala Langat, Dato’ Sri Pengerusi, menyebutkan tentang hal ini. Ini agak lebih spesifik tapi, tak apalah, saya bacakan juga.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Apakah tindakan kerajaan berkenaan mobiliti dan kekurangan doktor pakar kardiotorasik. Dia ada dua aspek. Satu, yang terkait dengan the current deployment. Dan satu lagi adalah hal yang terkait dengan latihan.
Pergi kepada soalan pertama dahulu. Tindakan tentang berkenaan mobiliti dan juga kekurangan doktor pakar kardiotorasik. Pada masa ini, seramai 19 orang pakar bedah kardiotorasik, Dato’ Sri Pengerusi, ditempatkan di enam daripada tujuh buah hospital KKM yang mempunyai kemudahan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik. So, these are our big type one, tier one hospital. Usually our state hospital-lah. Fourteen of our state hospital. Out of that, ada enam yang ada kepakaran kardotorasik (CTC), yang mana 19 orang pakar bedah kardiotorasik ditempatkan di situ ya.
Dan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik merupakan kepakaran yang pastinya is highly specialize service dan memerlukan sokongan pakar anestesia kardiotorasik ataupun pakar kardiologi, the perfusionist, seluruhnyalah serta anggota sokongan yang terlatih. Those part of the team, Dato’ Sri Pengerusi. Bukan hanya pakar-pakar bedah dan medical sahaja tapi of all of our post basic nurses yang ada kepakaran dalam OT.
Oleh itu, perkhidmatan ini dilaksanakan di peringkat wilayah dan pelaksanaan perkhidmatan pakar secara lawatan bagi menjalankan pembedahan di hospital yang tidak mempunyai in house pakar. So, there is no resident pakar itu tapi we get to have visiting pakar, Dato’ Sri Pengerusi.
Strategi semasa KKM adalah untuk memperkukuh tujuh pusat kardiotorasik sedia ada dengan memberikan keutamaan penempatan pakar kepada hospital yang tidak mempunyai pakar atau hanya mempunyai seorang pakar bedah kardiotorasik khususnya seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan juga hospital HQE II.
Sebagai langkah jangka pendek, KKM melaksanakan― kita melaksanakan ini untuk overcome this secara lebih jangka pendek, Dato’ Sri Pengerusi. Adalah our HSOP, our health hospital services outsourcing program itu, yang antara lain juga adalah terkait dengan kardiologi sebagai satu bidang disiplin dan juga cardiothoracic services bagi memenuhi keperluan pembedahan jantung. Jadi, ini adalah― boleh saya sebutkan. Tak apalah, saya detail-kan berapa hospitalnya semua itu.
Jadi, kita terus kepada apa yang menjadi latihannya pula. Berapa banyak sasaran untuk melatih pakar kardiotorasik dan berapa biasiswa bagi kepakaran ini; kerajaan harus memudahkan urusan ini, pengambilan kepakaran kardiotorasik ini.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato’ Sri Pengerusi, ini adalah yang juga penting untuk saya bacakan sikit.
Secara keseluruhan, seramai 37 orang pegawai perubatan sedang mengikuti latihan dalam kedua-dua program ini dengan pecahan seramai empat pegawai di bawah program Sarjana Perubatan Kardiotorasik UiTM dan 33 pegawai melalui program kepakaran laluan parallel. Tahun 2025, awal sejak saya balik kali kedua, mungkin ada yang masih ingat, pakar-pakar surgeon ataupun pakar-pakar bedah kardiotorasik balik tetapi tidak dapat didaftarkan dalam NSR.
Ingat pada ketika itu saya berhempas pulas untuk membuat pindaan kepada Akta 50 ― Akta Perubatan ― dan akhirnya hari ini sama ada parallel pathway, sama ada sarjana perubatan lokal dan juga pelbagai bidang yang satu masa dahulu bukan sahaja cardiothoracic surgeon yang tak dapat berdaftar sebagai pakar, termasuk juga adalah, tidak silap saya, beberapa plastic surgeon dan sebagainya, juga ada FMS daripada Australia dan, saya mungkin silap, tapi itu all thought on my head, saya ingat.
Dan hari ini, Dato’ Sri Pengerusi, kita telah menyelesaikan hal yang terkait dengan latihan kepakaran, both, kedua-duanya local bersarjana perubatan dan juga parallel pathway daripada luar negara termasuklah daripada Glasgow, daripada yang lain di United Kingdom. Baik, itu nak saya sebutkan. Jadi, saya rasa pendekkan di situ sikit oleh sebab saya nak cepat sikit.
Ini Kuala Langat dan juga Kota Melaka. Ini apa isunya? Ha, isu ini dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya dengar. Saya sebenarnya saya dengar sebahagian besar daripada ucapan dan perbahasan Ahli- ahli Yang Berhormat.
Usaha pelaksanaan Skim Perubatan MADANI akan diteruskan atau tidak, Dato’ Sri Pengerusi? Yang ditanya oleh rakan-rakan. Tiada butiran ditunjukkan dalam kita punya anggaran perbelanjaan Persekutuan ataupun our budget book. Ini nak saya jawab sikit, Dato’ Sri Pengerusi.
Dicadangkan supaya SPM diteruskan dan kaji semula peluasan program SPM di Selangor dan negeri-negeri. Baik, saya boleh jawab ini out of the cough begitu saja tapi saya bacakanlah sebab pegawai-pegawai saya telah menulis ini semua ya.
Skim Perubatan MADANI dilaksanakan bermula 15 Jun 2023― mantan Menteri Kesihatan ketika itu― untuk menampung rawatan primer akut penerima STR di klinik swasta di beberapa kawasan tertentu untuk menggalak dan meningkatkan penglibatan pengamal perubatan dalam rawatan akut. These are all acute care yang
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
urgent, Dato’ Sri Pengerusi. Peringkat awal melalui kaedah public-private partnership. Kita lakukan ini dengan kita rope in our GPs, pengamal perubatan swasta dan untuk kita― saya kerap menyebutkan bahawa mereka juga adalah part and tulang belakang kita dalam sistem kesihatan primer juga, Dato’ Sri Pengerusi.
Sama ada PeKa dulu dan juga SPM dan beberapa― kalau dalam konteks hospitalnya adalah HSOP.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kita perhatikan setakat 31 Oktober 2026, SPM memberikan 998,358 rawatan kepada 651,533 pesakit melalui 1,166 klinik swasta di 10 daerah terpilih.
Tambahannya, sebanyak 59 peratus pesakit dirawat sepenuhnya di peringkat klinik tanpa memerlukan rujukan susulan ke fasiliti KKM dan secara tidak langsung dapat menangani isu kesesakan pesakit di fasiliti KKM.
Apa nak saya tegaskan, memandangkan matlamat asal skim ini telah pun kurang lebih tercapai, jadi, decongestion ataupun mengurangkan kesesakan...
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
YB.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
...Di peringkat hospital, ya.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Pengerusi, YB Menteri.
Boleh mencelah?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Izinkan saya habiskan dulu, Wangsa Maju. Nak mencelah juga? Celahlah.
[Ketawa]
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Mencelah. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya telah dalam perbahasan saya, saya menyentuh satu kisah yang benar. Yang benar-benar berlaku di sebuah hospital di Sabah, di mana hasil daripada prosedur bersalin, doktor terpaksa menjahit dalam keadaan kegelapan dan menggunakan telefon bimbit— cahaya daripada telefon bimbit untuk menjahit.
Bayangkan, itu realiti. Itu keadaan yang real.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Dan dalam perbahasan saya juga ,saya mencadangkan tiga cadangan sebenarnya. Saya harap, saya takut masa tak sempat, minta YB Menteri menyentuh sedikit...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Confirm tak sempat.
[Ketawa]
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Itulah, tiga cadangan saya contoh dia. Adakah kementerian bercadang untuk mengadakan audit segera terhadap ke atas sistem kuasa sokongan, UPS yang tak ada dan sebagainya dan
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
orang dalam dewan pembedahan yang kegelapan dan sebagainya. Itu satu— bukan saya cakap saja. Ada banyak perbahasan yang menyentuh perkara itu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, terima kasih sahabat saya.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Saya harap YB Menteri dapat menyentuh perkara itu. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, terima kasih sahabat saya Wangsa Maju. Dato’ Sri Pengerusi, kita tahu anecdotes seperti ini banyak lagi yang boleh ia diceritakan, naratif yang menyayat hati seperti ini. Dan saya sangat sedar sebagai kementerian yang berpaksikan fasiliti dan berpaksikan servis, Dato’ Sri Pengerusi, 152 hospital dan 2,619 klinik-klinik kesihatan di seluruh negara.
Bayangkan kalau ada pada setiap hari seorang pengamal perubatan di peringkat apa pun melakukan perkara-perkara yang dianggap sebagai sama ada negligence, sama ada incompetent sebagainya, setiap harilah kita akan mendapat waktu— mungkin setiap minggulah kita akan mendapat pelaporan-pelaporan seperti ini.
Sebab itu juga saya menerangkan dan menegaskan kepada Ketua Pengarah Kesihatan bahawa saya mahu hal yang terkait dengan medicolegal cases yang semakin mutakhir ini semakin meningkat juta-juta, saya mahukan latihan. Sebab itu semalam bila saya lancarkan, buat peluncuran Strategic Planning MMC, saya menekankan bahawa di sinilah dia sebagai regulator, the medical practice di negara kita ini, sama ada dari sudut profesionalismenya, training-nya, segalanya yang terkait dengan patient safety and quality itu mesti diangkat dan dijunjung tinggi. Sebab itu kita tidak mahu dengar cases yang seperti ini, Dato’ Sri Pengerusi. Saya boleh banyak lagi cases yang mungkin saja dibawa oleh rakan-rakan yang lain.
Saya terpandang kepada Putrajaya, Dato’ Sri. Bagi peluang sikit.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua pertanyaan yang saya rasa agak kritikal especially ambulans tadi. Sebab kita ada peruntukan baharu untuk 400, 989 pun tak selesai. Jadi, apakah status 989 ini?
Dan yang kedua berkaitan dengan kelompongan dalam sistem pengurusan pelarian bila ke hospital, penyalahgunaan perkhidmatan. Kalau saya boleh kata, beratus-ratus juta tidak dibayar sedangkan perkara ini memberi tekanan kepada petugas kesihatan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik. Yang nombor dua itu, Dato’ Sri Pengerusi, saya telah jawab. Mungkin kesekian kalinya yang mungkin Putrajaya
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
terlepas tapi tak apa. Tapi saya lebih berminat soalan pertama dan agenda pertama tadi yang saya kira merupakan kemaslahatan negara dan kemaslahatan setiap kawasan Parlimen dan maka saya akan mengambil kesempatan dalam masa beberapa minit ini yang diberikan oleh Dato’ Sri Pengerusi menjawab soalan ini. Saya memang sudah meramalkan soalan ini akan dibangkitkan. Dan petang ini, alhamdulillah Putrajaya membangkitkan perkara ini, mengizinkan saya untuk berkongsi maklumat ini dengan semua. Dato’ Sri Pengerusi, dengan izin.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar, sebentar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Parit Buntar.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Parit Buntar pun ada jawapan, Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tahu, memang tak sempat, takut lupa.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Parit Buntar, tak lupa Parit Buntar.
Sahabat saya, Parit Buntar. Ada jawapan. Maaf.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sebentar, sebentar. Sebentar, Yang Berhormat.
Sebentar, Menteri. Sebentar, Yang Berhormat. Kalau sayalah kalau saya fikirkan, seberapa ramai yang boleh berbahas kita benarkan. Kalau pukul 1.00, 2.00 pagi pun, kita benarkan. Kalau saya lah.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Sokong Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
KPI, kan. Tapi kekangan masa begini. Jadi, terpaksalah.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Mula 10.00 pagi, balik 10.00 pagi pun boleh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Kita ada satu lagi kementerian, Yang Berhormat.
[Ketawa] Saya terpaksa kekang juga masa, ya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Boleh?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi, sahabat-sahabat sekalian. Parit Buntar, sahabat saya, Parit Buntar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Parit Buntar.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya ada— saya sudah ada dalam tangan saya jawapan-jawapannya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Lain kali jangan jawab dengan bahasa berbunga-bunga, jadi lambat. Direct to the point je.
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Apa lagi yang bunganya?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bahasanya berbunga-bunga.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kalau tak nak beli bunga, ambillah durinya.
[Ketawa] Baik, okey. Dato’ Sri Pengerusi. Terima kasih Parit Buntar. Nanti kita jumpa kat kafe, ya. Jawapan.
[Ketawa] Parit Buntar soalannya adalah— ya, sangat terkait dengan klinik-klinik yang sifatnya sangat lokal. Dengan tidak saya memperkecilkan kesungguhan Parit Buntar yang hadir dalam program itu pada sangat-sangat akhir kita jemput pun dia datang, Dato’ Sri. Itu satu kelebihannya, berjiwa besar untuk hadir dalam program yang rasmi KKM.
Baik, Dato’ Sri Pengerusi saya nak jawab soalan ini. Apa status perolehan 989 unit ambulans? Dan minta maaf kalau dalam jawapan ini akan terkait dan membangkitkan perkara-perkara yang mungkin kurang disenangi akan pentadbiran dan juga siapa pun yang telah terlibat dalam hal ini. Putrajaya, saya minta maaf.
Saya ternampak Kapar, Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kena ada bunga juga yang bertanya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, yang saya— tadi banyak saya sebut tadi tapi yang paling penting, Menteri ialah orang muda makin ramai kena strok. So, saya fokus tadi kepada neurologi. Dan saya agak terkilan sebab peruntukan neurologi dan seolah-olah dipinggirkan. Kita perlu. Kita semua ini perlu ada otak yang bagus.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Ketawa] Kapar, dia seorang pengamal perubatan. Dululah, tak tahu masih lagi practice ke tidak. Persoalan yang saya nak singgung sikit, Dato’ Sri Pengerusi ya. Bukan sahaja hal yang terkait
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
dengan strok atau CVA, cardiovascular accident. Kalau saya letakkan the top four, lepas nombor lima MVA, motor vehicle accident, semuanya terkait dengan hal yang saya selalu sebutkan sebagai pandemik, penyakit-penyakit kronik orang Melayu kata ataupun the noncommunicable diseases (NCDs) itu. Dan strok duduk dalam nombor tiga, Dato’ Sri Pengerusi.
Pertama, adalah the first number one killer adalah IHD, serangan jantung.
Ischemic heart disease. Kedua adalah hal yang terkait dengan paru-paru, lung termasuklah COPD, obstructive pulmonary disease dan sebagainya. Ketiga adalah strok, CVA. Dan keempat adalah kanser dan kelima adalah MVA, motor vehicle accident yang meragut tak kurang daripada 500 nyawa, kurang lebih 6,000 setahun mengikut DOSM.
Dato’ Sri Pengerusi, saya sangat peka dan sangat insaf. Sangat sedar akan the challenge of pandemic NCD ini. Bukan saja strok, Kapar ya. Ia adalah juga stroke in the sequelae. Dia adalah akhirnya tetapi yang saya mahu tangani adalah bukan disease-based tetapi untuk melihat kepada bagaimana satu multidisciplinary approach kepada kesihatan. Itu lebih mustahak. Jadi, dengan kata lain saya melihat kepada challenge of NCDs itu.
Strok itu hanya satu tetapi you can have IHD, dan you can have pelbagai lagi kalau semua ingin tahu adalah challenge of diabetes dan hypertension juga berakhir dengan end-stage renal failure, kidney failure yang Dato’ Sri Pengerusi, kalau pernah saya sebutkan dalam Dewan ini juga. Setiap tahun saja, Dato’ Sri Pengerusi, 10,000 cases baharu yang memerlukan— akhirnya kalau end stage, stage four and five, mereka dihemodialisiskan. Dan Dato’ Sri Pengerusi ingin tahu, itu saja saya berbelanja RM4.4 bilion setahun.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, stroke is getting— ya, saya setuju dengan Kapar. Semakin muda, semakin — peringkat umur is getting younger Dato’ Pengerusi, dengan izin.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Tetapi ya, saya memandang kepada hal yang— KKM telah juga menyediakan perkhidmatan tersebut on our pakar ini. Saya boleh jawab soalan ini tapi saya ingat tak apalah, until a better time, I reply to you, Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Neurodivergent diseases. Banyak. Sebab itu perlunya neurologi banyak, pakar.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Betul. Jadi, saya tidak boleh memberikan satu-satu diseases.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri. Tadi ada...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Memang the health initiatives, the fatty liver, the liver cancer, IHD dan sebagainya. Saya tahu, saya sangat peka dengan apa yang dibangkitkan oleh...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
[Ketawa]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri. Menteri tadi yang sebut tentang...
[Dicelah]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya nak jawab, saya kalau diizinkan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Pengerusi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya nak jawab Putrajaya. Saya nak kena jawab.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Pengerusi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Izinkan saya tiga minit. Boleh?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Pengerusi, minta sikit Pengerusi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik. Tiga minit.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis untuk semua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Yang lain semua jawapan bertulis.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Pengerusi, sedikit Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tentang SPM.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Ya, tolong, tolong. Kritikal, Yang Berhormat Pengerusi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya jawab dahulu. Saya jawab dahulu. Ini mustahak untuk semua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
SPM, SPM.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ramai yang menanti ambulans.
Timbalan Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Seribu ambulans tak sampai, Yang Berhormat Pengerusi. Nanti kawasan Pengerusi pun tak dapat ambulans. Saya tanya soalan penting itu. Seribu ambulans.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik. Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Biar Menteri jawab, biar dia jelaskan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, baik Putrajaya, saya jawab terus.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sikit sahaja, Pengerusi. Seminit, seminit.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jawab untuk Putrajaya sahaja, lepas itu, stop.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri. Menteri, sebelum ambulans, SPM itu tahun depan sambung tak? SPM itu. Tadi you tak jawab. SPM.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
SPM ini satu program yang kita tidak sambung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, kenapa tak sambung? Itu yang soalan kita.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Mudahnya, tujuan SPM asalnya sebagai satu perkhidmatan apa yang dipanggil sebagai acute care. Dia tidaklah bersifat pengurusan NCDs. Dia sifat dia adalah acute care. It’s sick care. Dalam kerangka pendekatan saya untuk menangani NCDs, kita tidak dapat meneruskan program ini. Kerana pertamanya, kita sudah dapat juga menangani hal yang terkait dengan— at one point, congestion di hospital dan juga hari ini kita tidaklah sebegitu. Dan SPM ini kita telah lebih harmonikan dengan PeKa B40 supaya acute care, cough and cold, URTI dan apa semua itu dapat kita tangani.
Tetapi lebih penting daripada itu adalah menjaga healthcare rakyat dengan health status. Apabila dia pergi ke klinik-klinik swasta itu, dia bukan hanya dilihat pada batuk sahaja tapi dia akan dipastikan health status-nya, the diabetes-nya, the
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
hypertension-nya, cholesterol-nya. Jadi, ke situ arah untuk kami mendapatkan lebih value-based healthcare system. Jadi, saya minta maaf, SPM tak dapat kita teruskan.
Kita akan perkukuhkan dalam RMK13 nanti, NCDs management seperti mana yang dimahukan oleh Kapar dan lain-lain, Kuala Langat dan sebagainya. Baik, saya nak terus ini, Dato’ Sri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, tiga minit tambahan pun sudah habis.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Okey. Dengar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, khasnya Ahli Yang Berhormat Putrajaya, saya bacakan. I don’t have to syarah panjang-panjang. KKM sepatutnya menerima 590 unit ambulans baharu selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2024. Melalui kontrak yang telah dianugerahkan pada tahun 2022.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Namun begitu, syarikat yang dilantik hanya dapat membekalkan 115 unit ambulans sepanjang tempoh kontrak yang berakhir pada November 2024. Ini menyebabkan KKM mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak tersebut. Otherwise, we will be rewarding failures after failures.
Susulan itu, KKM telah menyelaras semula peruntukan sedia. Jangan tanya saya kontrak mana, siapa yang bagi, Menteri mana bagi, itu semua sudah water under the bridge dan saya tidak mahu hal yang terkait. I don’t want to politicize health and I don’t want to weaponize health. This is my principle.
Susulan itu, KKM telah menyelaras semula peruntukan sedia ada dan mendapatkan peruntukan tambahan bagi perolehan kontrak ambulans yang baharu.
Pada masa ini, KKM sedang dalam peringkat akhir perolehan 989 unit ambulans baharu dan kami dalam KKM, setelah our LP (Lembaga Perolehan) mengangkat keputusan kami setelah kami— KSU bertanggungjawab. We have raised it to MOF.
MOF juga telah membuat, we can only— Kita hanya boleh angkat our keputusan. There will be— so this is why, Dato’ Pengerusi, Timbalan Yang di- Pertua— Pengerusi, kita— we are against the idea of one winner takes all. Itu zaman lama. We want really to have shared prosperity. Kerana apa? Kita mahukan dalam hal ini kita hendak— kita adakan enam pemenang dan untuk apa? Untuk kita pastikan we don’t want to put all eggs in one basket. Tak mahu letak semua telur dalam satu bakul.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
So here, kita telah kenal pasti, kita telah angkat kepada MOF. MOF telah pun memberitahu kami apa keputusan mereka dan dalam pada itu, pelantikan syarikat pembekal akan dimuktamadkan pada Disember 2026 dan keseluruhan 989 unit dijangka akan dibekalkan secara berperingkat.
Dalam masa yang sama, kerajaan telah— walaupun Putrajaya nampak macam bunyi sinis sangat tentang 400 itu, apa pun, saya bacakan juga.
[Ketawa] Dalam masa yang sama, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk perolehan 400 unit ambulans lagi di bawah belanjawan kali ini yang akan menjadikan KKM akan menerima 100— maaf, 1,389 unit ambulans baharu. Jumlah ini dijangka dapat menangani masalah mengurangkan kekurangan ambulans yang berlaku pada masa ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Pengerusi. Terima kasih semuanya, sahabat-sahabat yang berbahas dengan begitu baik. Saya mengambil perhatian semua dan cadangan-cadangan tadi yang disebutkan tentang Keningau ataupun mana tadi yang menyebutkan tentang AI hospital. Itu adalah satu yang nak saya ulas dengan lebih. Tetapi nanti Parit Buntar kata, saya memberi kuliah pula. Baik, terima kasih. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM40,954,794,000 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.31 dan Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. 27 orang pembahas.
YB Sekijang, YB Tangga Batu, YB Putatan, YB Masjid Tanah, YB Bukit Bendera, YB Sabak Bernam, YB Puncak Borneo, YB Langkawi, YB Port Dickson, YB Lumut, YB Penampang, YB Kuala Kedah, YB Kota Melaka, YB Besut, YB Seputeh, YB Kinabatangan, YB Padang Serai, YB Ampang, YB Batu Gajah, YB Mersing, YB Lubok Antu, YB Padang Terap, YB Tenom, YB Setiu, YB Kepong, YB Tanjong Karang dan YB Hulu Langat.
Saya jemput Yang Berhormat ‘Sekinjang’. Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Sekijang. Sekijang. Terima kasih Puan Pengerusi. Baik. Sekijang membahaskan Maksud Bekalan B.31 dan Maksud Pembangunan P.31 dengan peruntukan MOTAC meningkat 12.8 peratus kepada RM1.77 bilion bagi tahun 2027. Bagi Januari hingga September 2026, ketibaan pelawat antarabangsa meningkat 2.4 peratus kepada 32.26 juta orang, sedangkan ketibaan pelancong yang bermalam menurun 1.6 peratus. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang keberhasilan promosi. Jadi, apakah strategi kementerian untuk meningkatkan tempoh penginapan dan juga perbelanjaan pelancongan?
Seterusnya, Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026–2027, sebanyak RM400 juta serta Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya, sebanyak RM175 juta.
Apakah sasaran pulangan pelaburan berdasarkan perbelanjaan pelancong, tempoh penginapan dan juga manfaat kepada pengusaha tempatan?
Keberhasilan promosi turut bergantung kepada akses penerbangan bagi geran sepadan penerbangan antarabangsa dan charter. Apakah kriteria pemilihan laluan baharu dan pengukuhan laluan sedia ada?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Adakah sasaran pengisian tempat duduk, ketibaan dan juga perbelanjaan pelancong telah ditetapkan?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Dalam usaha meningkatkan perbelanjaan pelancong, pasaran bernilai tinggi perlu diberi perhatian. Butiran 040600 diperuntukkan sebanyak RM3 juta menduduki tempat pertama Global Muslim Travel Index 2026. Namun, ketibaan pelancong khususnya daripada Timur Tengah merosot 27.2 peratus kepada— pada suku pertama. Dengan peruntukan Islamic Tourism Center (ITC) sekitar 0.17 peratus daripada keseluruhan MOTAC, apakah sasaran pemulihan pasaran ini dan bagaimana produk sejarah dan juga warisan Islam akan diperkukuh bagi meningkatkan ketibaan serta perbelanjaan pelancong?
Puan Pengerusi, usaha menarik pelancong juga memerlukan produk pelancongan yang berkualiti. Saya merujuk kepada Butiran 030400 sebanyak RM27 juta serta butiran projek 40600 yang meningkat daripada RM6.79 juta kepada RM31 juta. Jadi, satu peningkatan yang besar.
Jadi, saya mencadangkan pendekatan guna semula (adaptive) berdasarkan model yang kita namakan RE_NEW di Wilayah Persekutuan diperluaskan secara nasional di mana bangunan warisan terbiar boleh kita hidupkan kembali sebagai galeri ataupun ruang kreatif sambil mengekalkan identiti sejarah. Adakah peruntukan khusus disediakan? Mengapakah sasaran Pewartaan Warisan 2027 hanya 20 sahaja berbanding dengan pencapaian 124 pada tahun 2025?
Dalam masa yang sama, kemudahan pelancongan perlu memenuhi keperluan semua pengunjung bagi butiran projek 01400 sebanyak RM150 juta. Saya mencadangkan penerapan piawaian akses sejagat untuk warga emas, OKU dan juga keluarga dengan anak kecil. Berapakah ataupun berapa banyak kah destinasi yang disasarkan memenuhi piawaian ini?
Puan Pengerusi, pembangunan kemudahan ini perlu turut diperluaskan ke luar bandar. Butiran projek 02800 meningkat daripada RM1 juta kepada RM31 juta.
Manakala projek 01900 meningkat kepada RM69.05 juta. Dengan peningkatan tersebut, apakah kriteria pemilihan projek dan pecahan agihan mengikut negeri serta kawasan Parlimen? Bagaimana kementerian memastikan daerah luar bandar seperti Sekijang ya yang masih kurang dikenali turut menerima manfaat?
Dalam konteks ini, saya ingin mengulangi potensi Sekijang yang pernah dibangkitkan pada perbahasan peringkat dasar melibatkan TKPM Pekan Jabi, TKPM Sekijang, Agromix Farm Pemanis serta cadangan menarik— menaik taraf Homestay Kampung Bukit Siput. Jadi, lokasi ini boleh dihubungkan sebagai rangkaian agropelancongan berasaskan pertanian, makanan tempatan, penginapan komuniti dan juga rekreasi mesra usia.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Saya mohon agar MOTAC mempertimbangkan pembangunan rangkaian ini melalui peruntukan homestay dan juga ekopelancongan supaya manfaatnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk, membuka juga peluang pekerjaan dan mengembangkan perusahaan kecil setempat.
Jadi sebagai penutupnya, saya berharap peningkatan peruntukan MOTAC dapat menghasilkan pulangan yang jelas melalui promosi yang berkesan, meningkatkan perbelanjaan pelancong, pemulihan warisan, pengukuhan industri budaya dan juga perluasan peluang ekonomi kepada masyarakat luar bandar seperti Sekijang.
Puan Pengerusi, saya lihat hari ini ramai berpantun. Jadi saya nak juga menutup dengan pantun. Jadi, dengan— baik. Pantun saya berbunyi sedemikian:
Adat berkasih rindu-rinduan, Adat bermusuh tikam-tikaman; Kalau serumah kita berjanjian, Janganlah racun menjadi ramuan. Terima kasih Puan Pengerusi.
[Dewan tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tangga Batu merujuk kepada Kepala 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan, 030400 – Warisan Negara, 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Tangga Batu ingin menumpukan perbahasan kepada usaha mengangkat sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka melalui penyelidikan yang serius, dana khusus dan pembangunan pelancongan warisan berasaskan ilmu.
Tuan Pengerusi, Melaka pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan pelbagai wilayah. Kegemilangannya turut bertunjangkan pemerintahan, jaringan diplomatik, perkembangan Islam serta tradisi bahasa dan persuratan Melayu. Empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah contoh multiracial state terbaik di zaman itu, di mana masyarakatnya terdiri dari berbilang kaum, Cina, India, Arab dan berbagai lagi. Mereka hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, saling menghargai dan menghormati di bawah payung keadilan pemerintahan sultan yang ilmunya bertaraf mufti seperti Sultan Alauddin Riayat Shah.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka merupakan warisan penting untuk memahami pemikiran perundangan serta pengurusan masyarakat dan perdagangan. Islam pula memberikan pengaruh besar kepada pembentukan budaya Melayu, pemikiran hukum dan persuratan Jawi. Justeru, pengunjung yang datang ke Melaka mesti dibawa memahami tamadun yang telah berkembang sebelum penjajahan. Sejarah kesultanan perlu diberi ruang yang lebih besar dalam muzium, penerangan pemandu pelancong dan promosi pelancongan negara.
Kita mahu generasi muda mengenali bagaimana sebuah Kerajaan Melayu Islam membina pengaruhnya, mengurus perdagangan dan menjalinkan hubungan dengan dunia luar. Pengetahuan ini mesti disampaikan melalui bukti dan kajian yang dapat dipertanggungjawabkan.
Tuan Pengerusi, sebahagian sumber untuk memahami sejarah dan persuratan Melayu tersimpan di luar negara. Di Leiden University Libraries di Belanda, mempunyai koleksi manuskrip alam Melayu yang perlu terus ditelusuri untuk mengenal pasti bahan yang berkaitan dengan Melaka. Di London, British Library menyimpan naskhah Undang-undang Melaka manakala Royal Asiatic Society menyenaraikan sejarah Melayu dan Undang-undang Raja Melaka.
Di Saint Petersburg, Rusia, terdapat naskhah Sulalatus Salatin yang dikenali sebagai naskhah Krusenstern. Ini menunjukkan perlunya kerjasama penyelidikan yang tersusun dengan institusi penyimpan. Kita perlu mendapatkan akses membandingkan naskhah dan menerbitkan hasil kajian untuk masyarakat. Usaha ini perlu manfaatkan penyelidikan serta pendigitalan yang telah dilakukan agar peruntukan digunakan dengan berkesan.
Sehubungan itu, Tangga Batu mencadangkan penubuhan dana penyelidikan dan pembangunan warisan Kesultanan Melayu Melaka dengan rancangan kerja berbilang tahun dan penyelarasan antara MOTAC, Kementerian Pendidikan Tinggi, institusi warisan serta universiti.
Dana R&D ini hendaklah memberikan keutamaan kepada empat perkara.
Pertama, inventori manuskrip dan dokumen berkaitan Melaka dan serta di luar negara lengkap dengan lokasi penyimpanan kandungan dan status akses.
Kedua, akses pendidikan dan pendigitalan berkualiti tinggi melalui perjanjian kerjasama bagi bahan yang sesuai diterokai pinjaman pameran serta rundingan pemulangan berdasarkan bukti asal usul dan saluran diplomatik.
Ketiga, transliterasi Jawi diterjemahkan dan penerbitan kajian yang membandingkan pelbagai naskhah. Sediakan juga geran serta latihan untuk
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
melahirkan penyelidik muda yang menguasai bahasa dan kaedah pendidikan sumber sejarah.
Keempat, gunakan dapatan kajian untuk memperbarui kandungan muzium, melatih pemandu pelancong dan membangunkan jejak warisan Kesultanan Melayu Melaka dan Islam.
Tuan Pengerusi, pelancongan warisan yang kukuh memerlukan kandungan bermutu, teknologi-teknologi realiti terimbuh boleh membantu menggambarkan pelabuhan dan kehidupan zaman kesultanan dengan penjelasan bukti yang menjadi asasnya. Gabungan pengalaman ini dengan kemudahan mesra Muslim serta penglibatan pengusaha homestay, peniaga, penggiat seni dan belia tempatan, dengan itu pelaburan dalam penyelidikan dapat menyumbang kepada pendidikan, pekerjaan dan pendapatan rakyat Melaka.
Saya mohon Menteri menjawab tiga perkara secara khusus. Pertama, adakah kerajaan bersedia menyediakan dana R&D khusus ini dan berapakah jumlah peruntukannya? Kedua, apakah pelan kerjasama dengan institusi penyimpanan manuskrip di Leiden, London, Rusia dan negara lain termasuk sasaran pendigitalan serta penerbitan kajian? Ketiga, agensi manakah yang akan menerajui usaha ini?
Apakah sasaran 2027 dan bagaimanakah kemajuan yang dilaporkan?
Tuan Pengerusi, industri pelancongan mesra Muslim atau Halal Tourism merupakan segmen pelancongan dunia yang berkembang pesat. Menurut laporan Mordor Intelligence, nilai pasaran pelancongan Muslim global pada tahun 2025 adalah berjumlah USD232 bilion, diunjurkan mencecah kepada USD336 bilion menjelang tahun 2031 dan pertumbuhan sebanyak 6.22 peratus setahun.
Malaysia mempunyai kelebihan besar dalam industri ini melalui kemudahan makanan halal, masjid, hotel mesra Muslim serta warisan sejarah kebudayaan Islam.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sikit, sikit lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Lebih membanggakan, Malaysia menduduki tempat pertama dalam Global Muslim Index 2026.
Persoalannya, sejauh manakah pengiktirafan ini dimanfaatkan untuk meningkatkan kedatangan pelancong Muslim ke negeri-negeri yang mempunyai warisan sejarah Islam seperti Melaka? Saya mencadangkan kementerian memperkenalkan pelan tindakan khusus bagi menjadikan Melaka antara destinasi utama halal tourism negara.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Dan dalam masa yang sama, Tangga Batu juga berharap agar Kampung Peranakan Jeti yang terletak di Jalan Gajah Berang dapat dilindungi dan dipertahankan sebagai kampung warisan daripada dimusnahkan oleh pembangunan dan pembinaan jalan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Puan Pengerusi, Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa dan Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan. Berita tentang pengumuman yang dibuat oleh negara-negara dunia berkaitan arahan penyimpanan bekalan makanan di rumah amat mengejutkan.
Berita tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya tentang tahap keselamatan negara-negara berkenaan yang antaranya merupakan destinasi tumpuan pelancongan bagi rakyat Malaysia.
Misalnya, Jepun merupakan sebuah negara yang menjadi hotspot bagi kebanyakan pelancong dari Malaysia. Namun, senario semasa negara tersebut semakin membimbangkan rentetan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengurusan Bencana Jepun, Goshi Hosono pada akhir Oktober lalu. Menerusi pengumuman tersebut, beliau telah menggesa rakyat Jepun untuk menyimpan bekalan makanan yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga tujuh hari.
Perkembangan tersebut semakin menimbulkan kerisauan global memandangkan Jepun secara rasmi telah menubuhkan sebuah agensi khusus untuk menguruskan bencana pada 2 November lalu. Penubuhan agensi pengurusan bencana tersebut telah mengesahkan lagi hakikat bahawa negara matahari terbit itu sedang melalui fasa persediaan untuk menghadapi sebarang ketidaktentuan, terutamanya kesan daripada konflik geopolitik serta serangan siber.
Sehubungan dengan itu, Putatan mengesyorkan agar MOTAC menerusi agensi-agensi pelancongan berdaftar dapat melaksanakan embargo pelancongan.
Embargo tersebut perlu dilaksanakan bergantung kepada keadaan semasa sesebuah negara luar. Agensi-agensi pelancongan perlu menghentikan sementara sebarang bentuk promosi serta transaksi penempahan pelancongan ke negara- negara yang sedang berdepan dengan risiko keselamatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Sebagai tambahan kepada syor tersebut, Putatan berpendirian bahawa MOTAC sepatutnya sudah melaksanakan pemantauan serius terhadap setiap aktiviti pelancongan yang melibatkan pelancong-pelancong warganegara Malaysia yang berada di luar negara.
Menerusi perhatian bersama Wisma Putra, rakyat Malaysia sama ada yang sedang atau akan melancong ke negara-negara terbabit perlu dinasihati tentang prosedur komunikasi serta kaedah pematuhan keselamatan yang perlu dipatuhi.
Gesaan Wisma Putra berkenaan pengisian maklumat keberadaan dalam portal e- Konsular perlu diambil serius.
Perekodan maklumat tersebut penting bagi memudahkan urusan perhubungan antara pejabat kedutaan dengan rakyat Malaysia yang berada di sesebuah negara luar. Urusan perhubungan tersebut akan membolehkan pejabat kedutaan mengendalikan tindakan perlindungan keselamatan sekiranya berlaku kecemasan.
Bercakap tentang kecemasan, Putatan tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri pada 5 Oktober lalu berkenaan aplikasi MyWorld Alert. Putatan difahamkan bahawa aplikasi digital tersebut dibangunkan dengan keupayaan global positioning system yang membolehkan urusan komunikasi dan identifikasi lokasi dilakukan dengan lancar. Kelebihan tersebut juga diyakini akan memudahkan proses penjejakan lokasi rakyat Malaysia yang berada di sesebuah negara luar.
Persoalannya, adakah MOTAC menerusi dasar pelancongan dan hubungan antarabangsa telah mengetengahkan penggunaan e-Konsular dan aplikasi MyWorld Alert tersebut? Adakah agensi-agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC telah dimaklumkan dengan terperinci berkenaan prosedur serta pematuhan yang tersedia bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan ketika melancong di luar negara?
Selain agensi pelancongan, syarikat yang mengendalikan perjalanan umrah juga perlu menggalas tanggungjawab besar terhadap urusan keselamatan jemaah.
Serangan letupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh pada Oktober lalu seharusnya memberi iktibar kepada kerajaan untuk merangka prosedur pergerakan umrah yang lebih seragam, teratur dan selamat bersandarkan kepada kebarangkalian situasi tertentu.
Oleh sebab itu, dalam era ketidaktentuan geopolitik hari ini, MOTAC seharusnya mempersiapkan industri pelancongan dan umrah dengan satu dasar
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
pematuhan yang relevan dengan perkembangan global. Dasar tersebut penting untuk memperkemaskan aspek kesiagaan syarikat-syarikat pengendali umrah dalam mengendalikan secara end-to-end aktiviti jemaah umrah di Mekah dan Madinah.
Menerusi dasar tersebut, syarikat pengendali umrah dapat mengelolakan dengan lebih berhati-hati urusan hospitaliti, logistik, perkhidmatan kesihatan dan yang paling penting, urusan ibadah yang melibatkan seorang hamba dengan Yang Maha Esa.
Puan Pengerusi, sekian saja ucapan perbahasan Putatan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Masjid Tanah ingin membahas berkenaan dengan Belanjawan 2027 yang memperlihatkan peningkatan peruntukan keseluruhan MOTAC berbeza dengan tahun 2025 dan 2027 iaitu kalau kita lihat peruntukan pembangunan meningkat sebanyak RM242.71 juta.
Saya ingin bertanya, apakah justifikasi peruntukan pembangunan itu naik begitu banyak sekali dan adakah ini melibatkan projek baharu ataupun projek naik taraf ataupun dibaiki? Dan adakah kerajaan ataupun kementerian MOTAC bercadang untuk menghadiahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk projek transformasi dengan membaik pulih produk-produk pelancongan yang lama kepada produk pembangunan yang baharu? Dan saya harap kementerian dapat memberi fokus kepada isu penyelenggaraan kemudahan infrastruktur yang bernilai RM150 juta sebagaimana dalam Butiran 01400.
Begitu juga dengan peningkatan di Butiran 02800 iaitu sebanyak RM30 juta untuk peningkatan kemudahan homestay dan saya harap dapat diberikan peruntukan one-off kepada pengusaha-pengusaha homestay supaya mereka dapat membantu menjadikan homestay mereka bertambah menarik dan juga selesa untuk diduduki oleh para pengunjung, betulkan toilet, tambah baik bilik tetamu dan juga fasiliti lain.
Seterusnya Masjid Tanah ingin menyentuh berkenaan dengan perkara- perkara yang amat panas satu, dua hari ini iaitu berkaitan dengan Kuala Lumpur KLSCAH iaitu Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Butiran B.030400 iaitu, yang mana sejauh manakah— saya ingin bertanya, kepada Jabatan
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Warisan di bawah Kementerian MOTAC ini, sejauh manakah pengiktirafan sebuah bangunan sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2025 [Akta 645] boleh dijadikan sebagai asas pertimbangan bagi pemberian insentif pengecualian ataupun pengeluaran pengurangan bayaran premium tanah kepada institusi yang mengurus dan juga memelihara bangunan tersebut.
Adakah pihak kementerian mempunyai garis panduan ataupun dasar khusus yang menetapkan kriteria kelayakan mekanisme penilaian dan juga syarat pemberian insentif sedemikian bagi memastikan semua institusi warisan tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan juga organisasi, mendapat peluang dan juga layanan yang adil.
Dan adakah pengiktirafan sebagai bangunan warisan secara automatik melayakkan sebuah institusi mendapat pertimbangan pengurangan premium tanah ataupun ia nya tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa negeri?
Adakah MOTAC mempunyai rekod ataupun pangkalan data institusi warisan yang pernah menerima bantuan, insentif ataupun kemudahan berkaitan tanah daripada kerajaan? Dan untuk berkaitan dengan dasar nasional, adakah MOTAC bercadang mewujudkan satu kerangka dasar nasional supaya institusi warisan Cina, India dan institusi agama juga turut menikmati peluang yang sama?
Saya juga tertarik dengan apa yang KLSCAH ini, sebab kalau kita tengok bayaran hujung minggu, hampir RM6,000 dan saya ingin tahu, berapakah pulangan yang diperolehi dalam tempoh 2025 dan 2026 ini supaya model KLSCAH ini boleh dijadikan kepada model jabatan warisan yang lain, bangunan warisan yang lain.
Begitu juga saya ingin sentuh pewartaan bangunan ini di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 tidak sendiri mengecualikan bangunan tersebut dari Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan ataupun Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Papan tanda bertulis bahasa Melayu, bahasa negara ini wajib diutamakan dari segi saiz kedudukan dan warnanya berbanding bahasa asing yang lain.
Kalau kita tengok KLSCAH, [Sambil menunjukkan sehelai dokumen] dia punya papan tanda itu terpampang besar tulisan bahasa Cina dan bukannya bahasa Melayu kita.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Beberapa teguran dan aduan telah pun dibuat acap kali oleh pihak NGO kepada pihak DBKL untuk melihat tentang perkara ini. Dan memandangkan dalam satu, dua hari ini, nama KLSCAH itu sudah bergegau satu Malaysia. Jadi, saya harap pihak KLSCAH ini dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Atas nama bangunan warisan, atas nama kebanggaan rakyat Malaysia kepada bangunan warisan itu yang dijadikan sebagai pusat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan, aktiviti seni dan budaya, apa salahnya untuk menukar signage itu kepada bahasa Melayu yang mengikuti peraturan sebagaimana yang telah pun diputuskan di bawah peraturan dan juga undang-undang di bawah PBT.
Saya rasa itu sahaja Puan Pengerusi daripada Masjid Tanah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Pengerusi. Kalau tandas OKU ada tetapi kerusi roda tidak boleh masuk, siapa yang meluluskan reka bentuk itu? Kalau laluan terputus di tangga, takkan setiap kali bercuti, anak-anak perlu mengangkat kerusi roda ibu ataupun ayah mereka?
Jadi, Bukit Bendera merujuk kepada Butiran Projek 01000 – Program Penyediaan Kemudahan Pelancongan serta Butiran Projek 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan Infrastruktur. Jadi, pastikan tandas boleh digunakan, laluan bersambung, tempat berehat disediakan, papan tanda jelas dan juga pencahayaan mencukupi. Warga emas dan keluarga juga memerlukannya.
Jadi, di Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah, bolehkah ya, pengguna kerusi roda menikmati pantai bersama keluarga? Jadi, di sini, Bukit Bendera hendak bertanya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Di kawasan masing- masing, adakah pantai kita ini benar-benar mesra OKU? Kalau seseorang datang berkerusi roda, bolehkah dia sampai ke tepi laut?
Sedangkan di Australia, ada pantai yang menyediakan kerusi roda khas. Di Greece, kerusi berlandasan membolehkan pengguna masuk ke laut, manakala Las Vistas di Sepanyol menyediakan laluan landai. Jadi, mengapa kita tidak boleh memulakan usaha yang sama di pantai-pantai kita?
Jadi, Bukit Bendera menggesa kementerian bekerjasama dengan kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan untuk membangunkan pantai mesra OKU.
Bermulalah di Batu Ferringhi, di Tanjung Bungah. Jadi, pengguna kerusi roda juga berhak menikmati pantai bersama keluarga dengan selesa dan selamat.
Jadi, Puan Pengerusi, kita mahu dunia jatuh cinta dengan Malaysia tetapi adakah kita menghargai orang yang menghasilkan muzik, merakamkan keindahan negara dan juga menghidupkan budaya kita? Butiran 040300 – Program
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya menerima RM175 juta. Jadi, daripada jumlah ini, berapa banyak akan digunakan untuk mengubah penggiat tempatan menghasilkan muzik, video dan juga persembahan bagi kempen kementerian?
Kita mahu peruntukan promosi negara turut membuka pekerjaan kepada bakat negara sendiri. Kita lihat Danish Busmah dan juga pasukannya melalui Ritma Malaysia, tempahan TVS dan Kerajaan Sarawak. Mereka merakam di sembilan lokasi dengan muzik dan juga koreografi khusus. Jadi, bakat kita mampu menghasilkan karya yang bermutu apabila diberi peluang.
Jadi, kontroversi video AI Citrawarna 2026 sepatutnya menjadi pengajaran.
AI memang berkembang jadi kita perlu membantu penggiat untuk menguasainya.
Tetapi mengapakah kita mengetepikan bakat kita ketika mempromosikan negara sendiri?
Jadi, berikan penyanyi, penari, pemuzik dan juga pembikin filem kita pekerjaan serta pengiktirafan. Setiap produksi turut membuka rezeki kepada tukang kraf, pengusaha makanan dan juga pembekal tempatan. Pelancongan, seni dan juga warisan berpisah tiada. Jadi, lagu menarik pengunjung, filem memperkenalkan tempat, persembahan mempertemukan pelancong dan masyarakat.
Jadi, Menteri, mungkin kita boleh tetapkan yang bahagian perolehan tempatan. Kita buka ruang, peluang melalui tempahan karya. Latihan bersama tenaga berpengalaman dan juga kempen kementerian. Jadi, di sini mungkin boleh juga terbitkan juga penerima khas serta hasilnya.
Kita kena ingat, seni adalah nadi negara dan kita perlulah hargai orang yang berkarya untuknya. Jadi, Puan Pengerusi, dalam isu yang sama, dalam kerjasama promosi di bawah peruntukan tadi, kru kabin turut menjadi duta Malaysia.
Jadi, di sini, Bukit Bendera meminta kementerian mendapatkan penjelasan, adakah Malaysia Airlines membenarkan pramugari mereka memakai tudung ketika bertugas? Jadi, wanita Malaysia harus dapat mewakili negara kita dengan identiti pilihan mereka.
Jadi, Puan Pengerusi, last point. Malaysia kaya dengan warisan. Kita sepatutnya mampu bersaing lebih baik dengan Indonesia dan juga Singapura yang berkongsi banyak akar budaya, makanan dan juga bahasa dengan kita. Jadi, takkanlah hanya rancak mempertahankan asal usul makanan di media sosial tetapi usaha memeliharanya kurang mendapat perhatian.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi Butiran 030400 – Warisan Negara menerima RM27 juta. Butiran 40600 – Program Pemuliharaan Tinggalan Sejarah, menerima RM31 juta. Jadi, Bukit Bendera mahu pelancongan warisan dipromosikan secara berterusan. Bina pakej yang membawa pengunjung yang mengenali sejarah bangunan dan juga pertukangan tradisional misalnya di George Town dan juga Melaka dan juga meneroka warisan Gua Niah bersama pemandu tempatan.
Jadi, latih pemandu warisan. Pastikan kemudahan terjaga dan yang paling penting, libatkan pengusaha tempatan dalam pakej lawatan. Upah pembikin filem kita merakam kisah tempat-tempat ini untuk kempen pelancongan. Jadi, berapa banyakkah peruntukan dikhususkan untuk membangunkan dan juga memasarkan pelancongan warisan? Jadi, kita perlu jadikan warisan kita sebab dunia memilih untuk datang ke Malaysia.
Puan Pengerusi, Bukit Bendera mahu pengunjung selesa. Penggiat menerima bayaran dan warisan terus terjaga. Jadi, rakyat berhak menikmati hasil peruntukan. Jadi, Menteri, jemputlah datang ke Pulau Pinang. Kita tengok hasilnya kemudian. Kemudian Bukit Bendera belanja pasemboq. Jadi, sambil makan nanti, bolehlah kita sambung bincang perkara yang mungkin belum lagi selesai.
Dengan itu, sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, selamat petang.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya ingin membangkitkan satu aspek pembangunan, kebudayaan negara yang masih belum diberikan perhatian sewajarnya, iaitu pembangunan penulis novel, penulis kreatif dan sasterawan tempatan bagi sebahagian daripada industri ekonomi kreatif negara.
Kita sering bercakap tentang pelancongan budaya, warisan bangsa, industri kreatif dan promosi Malaysia ke peringkat antarabangsa. Tetapi saya ingin bertanya, mengapa karya sastera tempatan belum diberikan kedudukan yang sewajarnya sebagai produk eksport budaya?
Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan yang memperuntukkan sebanyak RM281.556 juta bagi tahun 2027 berbanding RM265.606 juta pada tahun 2026. Ini satu peruntukan yang besar
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
untuk pembangunan kebudayaan negara. Namun, persoalan saya ialah berapakah bahagian daripada peruntukan ini yang benar-benar sampai kepada penulis novel, sasterawan dan penggiat sastera tempatan?
Pertama, Butiran 030100 – Dasar Perancangan Strategik. Peruntukan bagi butiran ini meningkat daripada RM2.494 juta pada tahun 2026 kepada RM2.8 juta pada tahun 2027. Saya mencadangkan supaya kementerian menggunakan ruang perancangan strategik ini untuk membangunkan satu dasar khusus yang mengiktiraf karya sastera sebagai aset ekonomi dan harta intelek negara.
Kita tidak boleh terus melihat novel sebagai bahan bacaan semata-mata.
Sebuah novel yang baik boleh diterjemahkan ke pelbagai bahasa, diterbitkan di luar negara, diadaptasi kepada filem, drama, animasi dan kandungan peng-stream-an.
Puan Yang di-Pertua, maka saya mencadangkan supaya diwujudkan Dana Novel Malaysia Dunia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Dana ini hendaklah meliputi pembangunan manuskrip, penyuntingan profesional, penerbitan, terjemahan bahasa asing serta pamasaran di antarabangsa.
Kedua, Butiran 030200 – Hubungan Antarabangsa Kebudayaan. Peruntukan pada tahun 2027, RM4.3758 juta berbanding RM4.092 juta pada tahun sebelumnya.
Butiran ini memberi kaitan langsung dengan usaha membawa karya Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Saya ingin mencadangkan supaya hubungan kebudayaan antarabangsa tidak hanya tertumpu pada persembahan seni, festival dan pertukaran kebudayaan.
Masukkan juga diplomasi sastera. Bawalah penulis Malaysia menyertai pesta buku antarabangsa, wujudkan jaringan dengan penerbit luar negara dan bantu mereka menjual dan menerjemahkan serta hak penerbitan karya mereka.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kita mahu dunia bukan sahaja mengenali tarian muzik dan makanan Malaysia tetapi turut mengenali pemikiran sejarah dan cerita rakyat Malaysia melalui karya sastera kita.
Ketiga, Butiran 030500 – Pembudayaan dan Kesenian. Peruntukan bagi butiran ini meningkat daripada RM46.9 juta kepada RM50 juta pada tahun 2027.
Saya ingin bertanya, adakah penggiat seni dan penulis novel turut diberikan ruang yang sewajarnya dalam Program Pembangunan Ekonomi Penggiat Seni di bawah butiran ini? Penulis juga adalah penggiat seni. Mereka menghasilkan karya membina pemikiran, memelihara bahasa dan merakam identiti bangsa.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya mencadangkan supaya diwujudkan satu ekosistem ekonomi harta intelek untuk penulis termasuk khidmat nasihat berkaitan hak cipta, rundingan kontrak, royalti dan penjualan hak adaptasi karya.
Puan Pengerusi, saya— jangan sampai sebuah novel berjaya menjadi filem yang mendapat sambutan tetapi penulis asalnya menerima bayaran sekali sahaja tanpa menikmati pulangan ekonomi yang sewajarnya.
Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara- acara Pelancong, Seni, Budaya. Tuan Pengerusi, butiran ini memperuntukkan sebanyak RM175 juta bagi tahun 2027 meningkat daripada RM160 juta pada 2026.
Saya melihat ruang besar untuk kementerian memanfaatkan sebahagian daripada peruntukan ini bagi mempromosikan karya sastera di luar negara.
Mengapa tidak diwujudkan satu program pemasaran antarabangsa, khusus untuk karya sastera tempatan? Antaranya melalui penyertaan pesta buku dunia, pameran karya sastera Malaysia, promosi terjemahan dan padanan perniagaan antara penulis, penerbit serta syarikat produksi antarabangsa.
Saya tidak meminta kementerian mengabaikan program promosi sedia ada sebaliknya saya mahu karya sastera turut menjadi sebahagian daripada strategi pemasaran budaya negara.
Puan Pengerusi, saya ingin mengemukakan empat soalan khusus kepada kementerian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gulung.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya gulung ya. Yang pertama, daripada RM281.55 juta di bawah Butiran 030000, berapakah peruntukan yang dikhususkan untuk pembangunan kesusasteraan dan penulisan tempatan?
Adakah MOTAC bersedia mewujudkan dana novel Malaysia ke dunia dengan kerjasama DBP termasuk penyediaan dana terjemahan dan pemasaran antarabangsa?
Ketiga, daripada RM4.3758 juta di bawah Butiran 030200, apakah sasaran kementerian untuk membawa karya sastera Malaysia menembusi pasaran antarabangsa?
Empat, adakah agihan daripada RM175 juta di bawah Butiran 040300 boleh disasarkan kepada promosi dan pemasaran karya sastera Malaysia di peringkat dunia?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya juga mahu kementerian menjelaskan mekanisme kerjasama dengan agensi berkaitan harta intelek bagi memastikan penulis menerima royalti yang adil apabila karya mereka dikomersialkan?
Tuan Pengerusi, Malaysia mempunyai ribuan cerita yang boleh diketengahkan kepada dunia. Kita mempunyai kisah sejarah perjuangan bangsa kehidupan masyarakat desa, keunikan budaya Melayu, masyarakat orang asli serta kepelbagaian warisan Sabah dan Sarawak. Semua ini merupakan khazanah yang mempunyai nilai budaya, pendidikan dan komersial.
Jangan kita hanya menjadi negara yang membeli cerita daripada dunia sedangkan kita mempunyai cerita yang perlu dibeli oleh seluruh dunia. Saya mahu kerajaan melihat penulisan bukan sekadar menghasilkan buku tetapi sebagai pencipta aset harta intelek negara. Jangan sampai penulis kita kaya dengan idea tapi miskin pendapatan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Akhir sekali saya ingin meninggalkan satu ungkapan *“Jangan kita hanya membeli buku daripada dunia.
Sudah tiba masanya dunia membeli buku daripada kita”.*
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sama-sama Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puan Pengerusi, saya menyentuh lima Butiran iaitu 020600 – Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, 030500 – Kebudayaan dan Kesenian dan 030800 – Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia, 040300 – Program Penggalakkan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan serta 040400 – Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.
Berdasarkan data Tourism Malaysia bagi Januari sehingga September 2026, jumlah ketibaan pelawat meningkat 2.4 peratus kepada 32.26 juta berbanding 31.52 juta dalam tempoh sama tahun 2025. Namun jumlah pelancong yang bermalam menurun 1.6 peratus kepada 19.48 juta manakala pelawat harian meningkat sembilan peratus.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai daya tarikan yang ramai terhadap pelawat tetapi perlu meningkatkan jumlah pelancong yang tinggal lebih lama dan berbelanja di negara kita. Saya ingin menegaskan bahawa kejayaan pelancongan bukan sekadar diukur melalui jumlah ketibaan tetapi juga tempoh penginapan perbelanjaan pelancong dan pendapatan yang dinikmati oleh rakyat kita.
Saya mencadangkan MOTAC membangunkan satu nasional tourism digital mapping atau Malaysia tourism digital hub yang menghimpunkan semua produk pelancongan dalam negara dalam satu platform. Platform ini memerlukan satu perkara bagi menyediakan lokasi GPS, maklumat homestay, hotel, rumah panjang, destinasi alam semula jadi, makanan tradisional, kraf tangan, harga, pengangkutan dan kemudahan tempatan dalam talian.
Sebagai contoh, sebagai seorang pelancong daripada Jepun yang ingin melawat Sarawak, sepatutnya boleh mencari rumah panjang, pengalaman budaya Bidayuh atau pun masyarakat Dayak, homestay dan destinasi alam semula jadi melalui satu portal rasmi sahaja. Kita mempunyai produk pelancongan yang unik tetapi maklumat yang tidak bersepadu menyebabkan peluang ekonomi tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Saya mencadangkan supaya MOTAC mencontohi pendekatan tiga negara yang mempunyai industri pelancongan antarabangsa yang besar iaitu Perancis, Sepanyol dan juga Jepun. Daripada Perancis kita boleh mengambil pendekatan mengintegrasikan warisan sejarah, kebudayaan, seni, makanan tradisional dan gastronomi sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai komersial.
Daripada Sepanyol, kita boleh mencontohi pembangunan pelancongan bersepadu yang menggabungkan pantai, alam semula jadi, kebudayaan, acara antarabangsa, penginapan dan pengangkutan dalam satu pakej perjalanan.
Manakala daripada Jepun, kita boleh mengambil pendekatan pendigitalan melalui satu platform bersepadu yang memudahkan pelancong mendapatkan maklumat destinasi lokasi GPS, pengangkutan, penginapan, harga dan tempahan.
Malaysia sebenarnya mempunyai kelebihan melalui pelbagai budaya biodiversiti dan warisan masyarakat, khususnya di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, saya berharap MOTAC dapat menggabungkan ketiga-tiga pendekatan ini mengikut keunikan negara kita supaya pelancongan bukan sahaja meningkatkan jumlah ketibaan pelancong tetapi turut menjana pekerjaan, memperkasakan usahawan tempatan dan membawa limpahan ekonomi sehingga ke kawasan luar bandar.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sasaran Tahun Melawat Malaysia Tahun 2026 adalah 47 juta pelawat dan akan menerima hasil bernilai RM329 bilion. Saya ingin meminta kementerian menjelaskan, apakah KPI sebenar yang digunakan dan berapakah pencapaian sehingga September 2026 berbanding sasaran tersebut?
Saya juga mencadangkan supaya setiap kempen promosi dinilaikan berdasarkan pulangan ekonomi termasuk penambahan pelancong bermalam perbelanjaan purata dan pendapatan usahawan tempatan bukan sahaja sekadar jumlah ketibaan.
Saya mencadangkan supaya MOTAC memperkukuhkan komuniti based tourism khususnya di Sabah dan Sarawak, rumah panjang, kampung budaya, makanan tradisional, kraf tangan, tarian dan adat resam masyarakat orang asal dan juga bumiputera perlu diberi sokongan untuk dikomersialkan secara mampan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Warisan budaya kita bukan sekadar untuk dipersembahkan kepada pelancong tetapi juga merupakan sumber ekonomi yang mampu meningkatkan pendapatan komuniti luar bandar.
Akhir sekali, saya juga ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai tiga perkara. Pertama, berapakah peruntukan promosi yang telah dibelanjakan sehingga September 2026 dan apakah pulangan ekonomi yang telah dicapai?
Bilakah national tourism digital mapping dan tourism performance dashboard akan dibangunkan? Dan apakah langkah khusus kementerian untuk meningkatkan penglibatan pengusaha homestay, kraf tangan komuniti luar bandar dalam industri pelancongan?
Saya ingin mencadangkan supaya MOTAC memberi tumpuan kepada tiga agenda utama iaitu pendigitalan maklumat pelancong, pemasaran berasaskan prestasi dan pemerkasaan pelancongan komuniti dan akhir sekali saya ingin menegaskan jangan sekadar...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Membawa pelancong masuk ke Malaysia tetapi memastikan setiap pelancong yang datang turut membawa pendapatan dan peluang ekonomi kepada rakyat Malaysia.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Itulah ukuran sebenar. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya akan fokus kepada tiga, empat tajuk. Yang pertama, peruntukan mega Visit Malaysia 2026–2027 – 060100. Yang kedua, termasuk juga di bawah tu 060100.
Kemudian yang kedua, penyelenggaraan infrastruktur pelancongan, ecotourism dan homestay – 01100, Butiran 01900, yang diberikan RM150 juta di bawah Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur serta lonjakan Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay.
Yang ketiga, kawal selia Penginapan Jangka Pendek (STRA), Butiran 020200, 010800. Dan soalan saya, dengan peningkatan peruntukan Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan kepada RM6.25 juta, bilakah kerangka kawal selia bersepadu STRA akan dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara bagi melindungi pengusaha hotel berlesen?
Yang Berhormat Timbalan Pengerusi, saya melihat khususnya kepada Langkawi. Kalau selagi polisi kerajaan kita atau kepimpinan kita, orang politik kita, bila kita menjadi Menteri, bertukar portfolio, kalau ada Menteri pelancongan contohnya daripada Kedah, maka Kedah lah akan naik. Kalau Menteri Pelancongan daripada Sarawak, maka Sarawak lah akan naik. Kalau Menteri Pelancongan kita daripada Melaka, maka Melaka lah akan naik.
Tapi walau bagaimanapun, sekiranya masih ada pemikiran politik dayus yang saya kata, kalau kita bimbang dengan kerajaan-kerajaan negeri yang politiknya berbeza, maka tidak akan ke mana. Contoh, Langkawi menjadi satu pusat pelancongan dan semasa Tun menjadi Perdana Menteri dulu, Tun telah pun membuatkan satu arahan supaya setiap agensi di bawah kerajaan mesti mengadakan mesyuarat atau seminar atau hari keluarga di Langkawi. Sebab Tun tahu keuntungan daripada situ akan balik ke Federal Government. Sebab semua tax, cukai balik kepada Federal Government tapi bertukar.
Sekarang ini ada Menteri yang nak bawa LIMA ke Melaka. Bayangkan LIMA ke Melaka, kapal terbang nak terbang dari mana ke mana? Sedangkan di Langkawi
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
tu we have the big air space dan letak maritim, bot-bot, kapal-kapal perang di mana?
Di Selat Melaka— sedangkan di Langkawi kita boleh letak luas tempatnya dan nak membuat infrastruktur itu pula satu, orang kata satu modal yang besar.
Jadi, selagi saya rasa kepimpinan duk melihat politik yang begitu, tak ke mana negara kita Malaysia ni. Sebab saya melihat sekarang ni orang Langkawi sendiri kata Menteri mai sekali, nak selesai masalah macam mana? Di Tuba tuan- tuan, kalau tuan-tuan pergi di Tuba, masih ada lagi tahi lembu atas jalan, tidak ada roro, tidak ada kapal. Guru-guru akan naik bot kecil daripada Pekan Kuah ke Pulau Tuba untuk nak pergi mengajar. Tak ada roro yang boleh membawa kereta.
Ini tempat pelancongan, of course it is a natural tourism centre tapi selama mana kita nak bekalkan ini? Sudah menjerit saya banyak kali sangatlah. Feri problem, sampai saya cadangkan buatlah kereta api, Menteri gelak. Habis nak buat macam mana, kalau China boleh buat kereta api merata-rata, sambung sampai ke Pakistan. Setakat daripada Kuala Kedah nak pergi ke Langkawi is nothing.
Tapi tak boleh nak buat sebab kita tidak ada satu kepala yang memikirkan pelancongan di Langkawi ini adalah pelancongan untuk Malaysia. Saya kadang- kadang membandingkan perkara ni tapi Penang akan marah saya. RM15 bilion untuk Penang, compare to us, how much? Tak boleh saya bertanya ni, berapa peruntukan yang diberikan LPPM dan sebagainya, berapa yang Langkawi dapat?
Saya nak cadangkan supaya LADA ni Yang Berhormat Menteri, cadanglah supaya LADA tumpukan kepada pemasaran pelancongan. Tak payah fikir nak buat jeti, nak buat bangunan, tak payah duk fikir itu semua. Bagi tubuhkan satu lagi pembangunan Langkawi. Bagilah peruntukan tu kepada Lembaga Pembangunan Langkawi tu supaya LADA tumpukan. Ini LADA juga nak tengok jeti, LADA juga nak buat IRONMAN, LADA juga nak buat Regatta, LADA juga nak buat Le Tour de Langkawi. Le Tour de Langkawi pun dah tak masuk Langkawi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato' Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Port Dickson mempunyai pesisir pantai sepanjang 18 kilometer dan telah lama dikenali sebagai destinasi pantai peranginan negara.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, Port Dickson menerima kira-kira 19.4 juta pengunjung domestik mengikut DOSM. Manakala data MOTAC menunjukkan lebih 497,000 pelancong antarabangsa pada tahun 2025. Angka ini membuktikan Port Dickson mempunyai potensi besar untuk terus dibangun sebagai destinasi pelancongan utama negara.
Port Dickson ingin membangkitkan beberapa perkara, pertama mengenai peningkatan anggaran perbelanjaan pembangunan. Saya melihat peruntukan pembangunan MOTAC meningkat dengan ketara daripada RM268.95 juta pada tahun 2026 kepada RM511.566 juta pada tahun 2027 iaitu peningkatan sebanyak RM242.71 juta. Port Dickson menyambut baik Butiran 01100 dengan peruntukan RM136.685 juta bagi penyediaan dan peningkatan kemudahan pelancongan serta Butiran 01400 sebanyak RM150 juta bagi penyelenggaraan kemudahan dan infrastruktur pelancongan.
Dalam konteks Port Dickson, apakah peruntukan khusus yang akan disalurkan untuk menaik taraf kemudahan pelancongan di sepanjang 18 kilometer pesisir pantai ini khususnya kemudahan awam, tandas, kawasan rekreasi dan infrastruktur serta pengindahan yang dapat meningkatkan keselesaan pengunjung.
Selain itu, aktiviti memancing semakin mendapat sambutan. Saya mencadangkan supaya MOTAC bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengkaji, membangun sebuah jeti ataupun kelong konkrit, memancing di perairan Port Dickson sebagai tarikan memancing baru bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Kedua, mengenai pembangunan ecotourism di bawah P.31, Butiran 01900.
Port Dickson menyambut baik peruntukan RM69.05 juta bagi pembangunan ecotourism. Port Dickson bukan sahaja mempunyai pantai yang indah, malah memiliki kawasan ecotourism seperti PD Forest@Sungai Menyala dan hutan paya bakau yang terpelihara di pesisir pantai dan sungai sepanjang Port Dickson.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Kawasan Sungai Linggi pula terkenal dengan aktiviti memancing udang galah dan mempunyai habitat hidupan liar termasuk buaya. Apakah perancangan MOTAC untuk mengangkat Sungai Linggi, PD Forest@Sungai Menyala dan kawasan hutan paya bakau ini sebagai produk ecotourism baru melalui aktiviti yang terkawal, selamat dan berasaskan pemuliharaan alam sekitar.
Saya juga berharap penduduk setempat dilibatkan sebagai pengusaha pakej pelancongan, pemandu pelancong dan penyedia perkhidmatan ataupun lain-lain, agar manfaat ekonominya dapat dinikmati oleh komuniti tempatan.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Ketiga, mengenai P.31, Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay dan pelancongan komuniti. Port Dickson melihat peruntukan sebanyak RM31 juta telah disediakan bagi peningkatan kemudahan homestay. Saya berharap Port Dickson turut diberikan perhatian untuk menghidupkan semula industri homestay dan pelancongan komuniti termasuk penglibatan perkampungan orang asli seperti di kampung orang asli Bukit Tembuk sebagai contoh.
Apakah bentuk bantuan latihan...
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Membaca doa]
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Dan promosi yang disediakan oleh MOTAC bagi meningkatkan kualiti homestay serta menjadikan komuniti setempat sebahagian daripada rantaian ekonomi pelancongan.
Keempat, Port Dickson ingin sentuh mengenai B.31, Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan serta P.31, Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah. Port Dickson juga mempunyai banyak produk pelancongan yang wajar diberikan perhatian. Antaranya Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Muzium Tentera Darat, Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dan serta Kuarters dan Muzium Lukut. Port Dickson ingin bertanya, apakah kerjasama MOTAC dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mempromosikan Pusat Ikan Hiasan sebagai tarikan pelancong marin, khususnya sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027.
Selain itu, Port Dickson telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat pada tahun 2009, mengambil kira sejarahnya sebagai pusat latihan dan melahirkan anggota tentera sejak tahun 1933. Apakah perancangan MOTAC melalui kerjasama Kementerian Pertahanan untuk mengangkat identiti Bandar Tentera Darat ini ke peringkat antarabangsa? Bukan sekadar mempromosikan Muzium Tentera Darat,
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
tapi turut menganjurkan program dan acara yang dapat menarik pengunjung dalam dan luar negara.
Port Dickson mendapati peruntukan P.31, Butiran 94000 bagi Pemasaran dan Promosi menurun daripada RM20 juta kepada RM10 juta. Dalam masa yang sama, RM400 juta diperuntukkan di bawah B.31, Butiran 060100 bagi penganjuran Visit Malaysia 2026–2027.
Memandangkan kempen ini dilanjutkan sehingga akhir tahun 2027, berapakah peruntukan promosi dan pemasaran yang akan dikhususkan kepada Port Dickson? Apakah program, acara dan aktiviti berskala nasional ataupun antarabangsa yang dirancang untuk menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Port Dickson? Port Dickson harap limpahan daripada peruntukan ini telah masuk dalam perancangan MOTAC untuk menambah baik dan mengindahkan lokasi-lokasi yang saya sebutkan sebentar tadi.
Saya juga ingin mengetengahkan Port Dickson international Triathlon sebagai acara sukan yang berpotensi menarik penyertaan antarabangsa. Apakah bentuk sokongan MOTAC untuk memperkukuhkan promosi dan membantu menyediakan penganjuran acara sukan lain yang menarik minat pelancong dalam dan luar negara sebagai produk pelancongan sukan negara? Tuan Pengerusi, Port Dickson mempunyai pantai, hutan bakau, sungai, warisan sejarah, tarikan marin dan identiti ketenteraan yang boleh dibanggakan dan dibangunkan sebagai satu pakej pelancongan yang lengkap.
Port Dickson berharap MOTAC tidak hanya melihat Port Dickson sebagai destinasi persinggahan atau percutian pantai, sebaliknya mempunyai perancangan bersepadu untuk mengangkat Port Dickson sebagai destinasi pelancongan utama negara dan antarabangsa. Port Dickson bukan sekadar mempunyai potensi untuk menerima pelancong, tetapi berupaya menyumbang penting kepada ekonomi pelancongan negara. Dengan itu, Port Dickson menyokong. Terima kasih, Dato’ Pengerusi..
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Port Dickson. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim, saya teruskan Butiran 01100 berkaitan Program Penyediaan dan Peningkatan Kemudahan Pelancongan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Peruntukan bagi butiran ini meningkat daripada RM78,855,000 pada tahun 2026. Selepas pindaan kepada RM136,685,000 bagi tahun 2027. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM57,830,000 atau 73.34 peratus. Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian.
Pertama, apakah projek-projek khusus yang akan dilaksanakan bagi peruntukan ini?
Kedua, bagaimanakah kementerian memastikan peruntukan ini tidak hanya tertumpu kepada destinasi pelancongan utama seperti Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi, tetapi turut diagihkan kepada destinasi pelancongan yang berpotensi di negeri-negeri lain?
Ketiga, saya ingin memberi perhatian khusus kepada Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai di Parlimen Lumut. Pulau Pangkor mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan negara. Namun pembangunan kemudahan awam, infrastruktur jeti, tandas awam, kawasan pantai dan kemudahan rekreasi masih perlu diberikan perhatian. Adakah kementerian menyediakan sebahagian peruntukan daripada peningkatan bajet ini untuk pembangunan kemudahan pelancongan Pulau Pangkor?
Keempat, apakah KPI kementerian untuk mengukur kejayaan peruntukan ini?
Adakah berdasarkan jumlah projek yang disiapkan, pertambahan pelancong atau peningkatan pendapatan penduduk tempatan?
Seterusnya, saya ke butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan dan Infrastruktur. Dato’ Sri Pengerusi, saya mengambil maklum bahawa kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi tahun 2027 untuk tujuan penyelenggaraan kemudahan dan infrastruktur pelancongan. Saya menyambut baik peruntukan ini, namun terdapat beberapa persoalan serius yang perlu dijawab oleh pihak kementerian.
Persoalan pertama, mengenai prestasi perbelanjaan. Mengikut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, perbelanjaan bagi tahun 2025 adalah sifar.
Manakala anggaran dipinda 2026 juga sifar. Sekarang, kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi tahun 2027. Adakah— persoalannya mengapakah tiada perbelanjaan direkod bagi dua tahun tersebut? Adakah kerana tiada projek dilaksanakan, kelewatan proses kelulusan, masalah perancangan atau kegagalan kementerian mengenai pasti keperluan penyelenggaraan?
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Saya mahu kementerian memberi jaminan bahawa peruntukan ini tidak akan menjadi sekadar angka dalam Buku Belanjawan, tetapi benar-benar diterjemahkan kepada kerja-kerja pembaikan di lapangan.
Yang kedua, keutamaan pembahagian peruntukan. Saya ingin mengetahui apakah kriteria yang digunakan oleh kementerian untuk menentukan lokasi yang akan menerima peruntukan RM150 juta ini. Adakah berdasarkan jumlah kedatangan pelancong, tahap kerosakan infrastruktur, kepentingan ekonomi setempat atau permohonan daripada kerajaan negeri?
Saya mahu kementerian memastikan kawasan pelancongan luar bandar, pulau-pulau dan kawasan yang kurang mendapat perhatian turut diberi keutamaan.
Jangan hanya menunjukkan peruntukan kepada destinasi pelancongan popular, sedangkan kawasan lain terus ketinggalan.
Ketiga, keutamaan kawasan pelancongan di Parlimen Lumut. Saya ingin menarik perhatian kementerian kepada kawasan Parlimen Lumut, khususnya kawasan pelancongan seperti Pulau Pangkor, Teluk Batik, Teluk Senangin, Tanjung Kepah dan Pulau Pekan Lumut, di mana kawasan ini merupakan destinasi pelancongan penting di negeri Perak dan menjadi sumber pendapatan kepada pengusaha pelancongan, peniaga kecil, pengusaha bot serta komuniti nelayan.
Namun pembangunan pelancongan perlu disokong oleh kemudahan yang sentiasa berada dalam keadaan baik. Antara keperluan yang perlu diberi perhatian ialah penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan jeti pelancongan, penambahbaikan tandas awam dan kemudahan sanitasi, penyelenggaraan laluan pejalan kaki dan kawasan rekreasi. Pembaikan kemudahan awam di kawasan pantai, penambahbaikan sistem saliran dan pengurusan sampah. Kemudahan keselamatan serta pencahayaan di kawasan tumpuan pelancong. Saya meminta kementerian mempertimbangkan kawasan-kawasan yang dinyatakan tadi sebagai antara kawasan keutamaan dalam perlaksanaan peruntukan RM150 juta ini.
Dato’ Sri Pengerusi, berdasarkan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, peruntukan semua butiran projek di bawah Kepala Pembangunan P.31 adalah sejumlah RM511,664,000 bagi tahun 2027 berbanding RM236,142,500 bagi tahun 2026. Saya mohon penjelasan kementerian mengenai kenaikan mendadak sebanyak 116.5 peratus. Ini adalah seperti perancangan Christmas shopping dengan izin. Almaklumlah, 2027 adalah tahun akhir Kerajaan MADANI. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Terima kasih yang dihormati Pengerusi. Perkara berkaitan pelancongan merupakan salah satu yang sedang dibincangkan di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di mana ketika ini ia hanya berada di bawah Senarai Persekutuan.
Tuntutan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak adalah meletakkan pelancongan di bawah Senarai Bersama. Sementara perundingan MA63 masih berterusan mengenai perkara ini, kementerian mempunyai tanggungjawab besar untuk menyokong inisiatif-inisiatif pembangunan dan promosi pelancongan di Sabah dan Sarawak.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Pengerusi, Kerajaan Sabah akan melancarkan kempen Tahun Melawat Sabah 2027 pada bulan hadapan. Di bawah Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan, diperuntukkan sebanyak RM201.550 juta. Di bawah Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026–2027, diperuntukkan RM400 juta dan di bawah Butiran 94000 – Pemasaran dan Promosi, diperuntukkan sebanyak RM10 juta.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, daripada jumlah keseluruhan aktiviti promosi pelancongan negara tersebut, berapa banyak kah peruntukan yang disediakan untuk menyokong kempen Tahun Melawat Sabah 2027? Atau apakah inisiatif-inisiatif khusus yang dilaksanakan oleh kementerian untuk mensasarkan kehadiran pelancong ke Sabah?
Di bawah Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan, diperuntukkan RM136.685 juta. Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur, diperuntukkan RM150 juta. Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism, diperuntukkan RM69.05 juta. Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay, RM31 juta. Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah, diperuntukkan RM31 juta.
Sabah mempunyai ratusan perusahaan pelancongan, termasuk yang diusahakan oleh komuniti. Sama ada melalui syarikat, koperasi, persatuan atau badan pentadbiran kampung seperti mana yang ada di kawasan saya iaitu di Penampang dan juga Kadamaian.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, bagaimana pengusaha-pengusaha pelancongan ini, terutamanya yang dibangunkan oleh komuniti, boleh mendapat manfaat daripada peruntukan-peruntukan yang disediakan tersebut tadi?
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Banyak yang mengadu kepada saya, setiap kali mereka memohon peruntukan, mereka selalu diberitahu tidak ada peruntukan. Justeru, saya ingin menjemput Menteri atau Timbalan Menteri atau pegawai-pegawai kanan kementerian dapat turun ke lapangan, termasuklah di Penampang dan di Kadamaian dan di Sabah secara amnya, meninjau sendiri perusahaan-perusahaan pelancongan ini dan membantu keperluan pembangunan.
Saya percaya keperluan mereka bukanlah yang berskala besar dan sememangnya wajar dibantu. Pengerusi, komuniti orang asal di Sabah telah memulakan pembinaan sekolah-sekolah adat di beberapa daerah, termasuk di Penampang dan juga Kadamaian. Sesuai dengan komitmen kerajaan ke atas United Nations Declaration on the Rights of Indigenous, saya mencadangkan agar kementerian mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan peneraju sekolah adat ini dan untuk meneliti inisiatif yang dapat dibangunkan untuk sekolah- sekolah adat ini.
Saya juga mencadangkan agar kementerian dapat membangunkan dengan lebih proaktif sambutan hari orang asal sedunia setiap tahun dalam negara sebagai satu promosi pelancongan dan kebudayaan negara.
Pengerusi, saya juga menggesa agar kementerian dapat membuat pindaan ke atas Akta Industri Pelancongan supaya mengiktiraf koperasi sebagai entiti perniagaan dalam sektor pelancongan. Gerakan koperasi merupakan satu agenda nasional dan terdapat banyak koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Memiliki hotel, mengusahakan resort, pelancongan komuniti, perkhidmatan pengembaraan dan perkhidmatan hospitaliti yang lain.
Bagaimanapun koperasi masih menghadapi halangan-halangan tertentu.
Kerana Akta Industri Pelancongan pada ketika ini belum memasukkan koperasi sebagai entiti yang boleh melaksanakan perusahaan atau perkhidmatan tertentu sepertimana yang dibolehkan kepada entiti yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat.
Justeru, kementerian sepatutnya harus mendukung agenda nasional ini dengan menginstitusikan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai salah satu pendaftar perniagaan pelancongan negara. Itu saja, Pengerusi. Saya berharap sekiranya tidak sempat dijawab dalam penggulungan, setidak-tidaknya dapat diberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Seri Pengerusi. Saya ingin menyentuh empat butiran di bawah maksud Bekalan B.31 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Tumpuan saya bukan semata-mata kepada peningkatan peruntukan tetapi kepada perincian penggunaannya mengikut aktiviti, keberkesanan pelaksanaan serta manfaat yang diperolehi oleh rakyat.
Dato’ Sri Pengerusi, pertama, Butiran 020500 – Pusat Sehenti Malaysia Rumah Keduaku (OSC MM2H). Sebanyak RM2.2 juta diperuntukkan bagi tahun 2027. Berdasarkan laporan September 2026, Program MM2H menerima 7,650 permohonan bagi tempoh Oktober 2024 sehingga Ogos 2026. Dengan nilai ekonomi yang dilaporkan sejumlah RM8.8 bilion.
Saya ingin mendapatkan perincian peruntukan OSC MM2H mengikut aktiviti, khususnya pengurusan permohonan, penyelarasan antara agensi dan pemantauan keberhasilan program. Dalam hubungan ini, berapakah jumlah peserta MM2H yang telah diluluskan mengikut negeri? Khususnya mereka yang memilih Kedah sebagai tempat kediaman. Sama ada di Langkawi mahupun di tanah besar Kedah.
Apakah mekanisme kementerian bersama kerajaan negeri-negeri untuk memperluaskan penyertaan program ini supaya manfaat ekonominya dapat diagihkan dengan lebih seimbang?
Dato’ Sri Pengerusi, kedua, Butiran 030500 – Kebudayaan dan Kesenian.
Peruntukan meningkat daripada RM46.9 juta kepada RM50 juta bagi tahun 2027.
Pada masa yang sama, Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya meningkat daripada RM160 juta kepada RM175 juta.
Saya memohon kementerian memperincikan pecahan peruntukan bagi pembangunan kebudayaan, bantuan kepada penggiat seni, program komuniti serta aktiviti pemasaran dan promosi, termasuk menjelaskan bagaimana kedua-dua butiran ini saling melengkapi.
Saya ingin mengaitkan perkara ini dengan potensi ekonomi, budaya masyarakat pesisir seperti Kuala Kedah yang mempunyai warisan sejarah, budaya maritim dan tradisi kehidupan nelayan.
Adakah kementerian menyediakan mekanisme pembiayaan khusus bagi membantu komuniti setempat mendokumentasi, membangunkan dan memasarkan
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
produk kebudayaan mereka? Apakah bentuk kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan warisan budaya komuniti dapat dikembangkan sebagai kegiatan ekonomi yang memberikan pendapatan kepada masyarakat setempat?
Dato’ Sri Pengerusi, selain itu, Kerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan inisiatif Experience Kedah bagi memperkukuh promosi produk pelancongan negeri. Persoalan saya, apakah mekanisme penyelarasan antara MOTAC dengan kerajaan negeri supaya inisiatif seperti Experience Kedah dapat diintegrasikan dalam promosi pelancongan nasional, termasuk kempen Tahun Melawat Malaysia, tanpa berlaku pertindihan program dan perbelanjaan?
Dato’ Sri Pengerusi, Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan. Peruntukan meningkat daripada RM5.26 juta kepada RM6.25 juta pada tahun 2027. Saya memohon kementerian memperincikan peruntukan mengikut aktiviti pelesenan, pemeriksaan, penguatkuasaan serta pengendalian aduan pengguna serta sasaran pencapaian bagi setiap aktiviti tersebut.
Saya juga merujuk kepada pelaksanaan keperluan jaminan bank bagi agensi pelancongan ke luar negara dan umrah yang dijadualkan bermula pada 1 Januari 2027. Apakah tahap kesiapsiagaan kementerian untuk melaksanakan ketetapan ini?
Dan bagaimanakah mekanisme jaminan tersebut dapat melindungi pengguna daripada agensi gagal menunaikan perkhidmatan yang telah dibayar? Saya memohon penjelasan khusus mengenai prosedur tuntutan dan mekanisme pemulangan wang kepada pelanggan yang terjejas.
Dato’ Sri Pengerusi, keempat, Butiran 030700 – Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN). Peruntukan meningkat daripada RM25 juta kepada RM29 juta pada tahun 2027. Keseluruhan RM29 juta ini diperuntukkan di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap. Saya ingin mendapatkan pecahan penggunaan peruntukan tersebut antara pengurusan institusi, penganjuran pameran, perolehan karya, pembangunan seniman serta pemasaran karya seni tempatan.
Adakah kerajaan menetapkan petunjuk prestasi yang mengukur nilai penjualan karya seni, peningkatan peluang pemasaran serta penyertaan seniman muda dan seniman dari negeri-negeri di luar Lembah Klang.
Saya berpandangan pembangunan seni visual perlu dinilai bukan sahaja berdasarkan jumlah program yang dianjurkan tetapi juga sejauh mana peruntukan awam dapat membantu memperkukuh ekosistem ekonomi seni negara. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Dipersilakan, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 040400 – Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan. Saya ingin bertanya tentang permohonan untuk mengiktirafkan Festa San Pedro yang diraikan oleh masyarakat di Portuguese Settlement di Melaka, di mana kita memohon supaya dia dijadikan sebagai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kebangsaan.
Kami telah mengemukakan dokumen-dokumen tersebut pada tahun 2023.
Tujuannya adalah untuk memelihara sejarah dan juga identiti masyarakat Portugis Melaka, melindungi tradisional dan juga kebudayaan masyarakat Kristang dan juga untuk memastikan tradisional ini akan diwarisi oleh generasi akan datang.
Jadi, maklumat yang kita terima ialah pada Julai 2025, Jawatankuasa Pakar Warisan Adat setuju mengesyorkan permohonan tersebut. Jadi, saya ingin tahu, adakah syor tersebut telah diluluskan? Dan bilakah dia akan diwartakan secara rasmi? Supaya kita dapat memartabatkan warisan masyarakat Portugis Melaka tersebut.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan, Butiran 40600 – Program Pemulihan/Pemugaran Tinggalan Sejarah dan juga Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur.
Berdasarkan kepada laporan, kita lihat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya banyak memberikan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Antaranya, memberikan RM25 juta pada tahun 2023 untuk memelihara Tapak Warisan Dunia UNESCO dan juga sempena mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024, kementerian juga telah memberikan lebih kurang RM10 juta kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Jadi, soalan saya ialah berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan dan telah disalurkan oleh MOTAC kepada Kerajaan Negeri Melaka sejak 2023 hinggalah 2026 dan juga berapa yang akan diberikan pada tahun depan, 2027?
Sila senaraikan setiap peruntukan mengikut tahun, tujuan dan juga jumlah diluluskan, jumlah yang diterima dan jumlah sebenar yang telah dibelanjakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dan siapakah agensi kerajaan yang mendapat peruntukan tersebut dan melaksanakan projek-projek bagi setiap projek yang telah diluluskan? Dan apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kementerian untuk memantau dan juga mengaudit pelaksanaan bagi memastikan setiap sen yang diperuntukkan digunakan mengikut tujuan asal?
Kerana saya tanya begitu ialah saya lihat banyak peruntukan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelancongan. Akan tetapi, kita lihat projek yang dijalankan tersebut kadang-kadang kita lihat ada projek yang telah merosakkan warisan yang sedia ada. Contohnya, mereka pasang kipas besar di tengah-tengah tapak warisan. Jadi, itu kalau kita tanya kepada pakar, meraka kata itu adalah merosakkan warisan. Jadi, dalam bab sedemikian, bagaimanakah kementerian akan memainkan fungsi mereka untuk memastikan wang yang diberi itu mereka akan gunakan dengan sebaiknya?
Jadi, saya harap supaya kementerian dapat memastikan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan pelancongan Melaka benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, peniaga kecil, pengusaha pelancongan dan juga memelihara warisan negeri, bukan sekadar hanya bagi angka dan buat projek tetapi merosakkan warisan.
Sebab, untuk maklumat Timbalan Menteri, Ahad yang lepas telah berlaku kebakaran di Rumah Merah di kawasan warisan. Jadi, sudah tiba masanya supaya peruntukan tersebut yang diberikan kepada kerajaan negeri, mereka harus menggunakannya dengan sebaik untuk melindungi warisan yang sedia ada di negeri Melaka tersebut.
Itu sahaja daripada saya. Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Dipersilakan, Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 010500 – Pembangunan Prasarana.
Saya merujuk kepada Pulau Perhentian di Besut ini, iaitu merupakan antara destinasi yang mempunyai jurang agak ketara antara potensi pelancongan dengan kemudahan yang ada untuk keselesaan pelancong. Antara keperluan mendesak di sini adalah penaiktarafan jeti, tandas awam, infrastruktur pengurusan sisa dan lain- lain bagi menjamin keselesaan pelancong dan juga pengusaha tempatan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dalam butiran ini, terdapat— saya ingin pohon penjelasan, sama ada peningkatan bajet dalam Butiran 010500 ini akan memberi manfaat kepada sektor pelancongan di Besut termasuk Pulau Perhentian. Saya pohon satu― tentang penaiktarafan jeti. Jadi, saya pohon pihak kementerian untuk membina sebuah jeti khas di Pulau Perhentian untuk menyambut ketibaan pelancong memandangkan jeti yang sedia ada digunakan untuk pelbagai urusan termasuk pemunggahan barang- barang yang sehingga menimbulkan isu kesesakan dan juga kebersihan.
Yang keduanya, saya ingin merujuk kepada 030400 berkenaan dengan warisan negara. Kalau kita lihat kepada fungsi, adalah untuk memelihara dan juga melindungi warisan kebudayaan dan juga warisan semula jadi melalui penyelidikan.
Jadi, saya merujuk kepada satu surau di daerah Besut ini, nama dia Jamhuriah, iaitu merupakan bangunan bersejarah yang terletak di Pekan Kuala Besut. Ini telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai tapak warisan pada tahun 2012. Ia mempunyai nilai sejarah perkembangan syiar Islam dan juga seni bina tempatan yang signifikan di kawasan pesisir Kuala Besut.
Kedua adalah Istana Tengku Anjang, dia panggil, iaitu Istana Kampung Raja.
Dibina sekitar tahun 1878. Istana kayu tradisional ini mempamerkan kehalusan seni bina Melayu lama yang turut menerima pengaruh seni bina Riau dan juga Siam.
Yang ketiganya, tapak asal Istana Tengku Long. Asalnya dibina di Kampung Raja iaitu berhampiran tebing Sungai Besut sebagai kediaman Tengku Long, Tengku Ngah, di mana seni bina rumah limas bungkus, dipanggil, ini sangat terkenal dengan ukiran kayu cengal yang halus. Bagi tujuan pemuliharaan, struktur istana ini telah dibuka dan dipindahkan pada tahun 1986 untuk didirikan semula di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong, Kuala Terengganu.
Yang keempatnya, Masjid Lama Kampung Raja dan juga makam raja-raja Besut. Kawasan bersejarah di Kampung Raja yang merangkumi masjid lama yang dibina pada tahun 1895 lagi serta kawasan pemakaman kerabat diraja yang pernah memerintah Besut iaitu keturunan Tengku Abdul Kadir dan juga Rumah Leluhur untuk Rumah Palembang di Besut.
Dan seterusnya adalah seni ukiran kayu halus. Di Besut melahirkan adiguru kraf dan juga seniman negara dalam bidang ukiran kayu tradisional Melayu seperti Allahyarham Haji Wan Su dan juga Allahyarham Tengku Ibrahim yang karya mereka menghiasi istana-istana dan juga bangunan-bangunan ikonik negara.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sikit, Tuan Pengerusi. Kalau kita— saya berbalik kepada pelancongan. Kalau ikut pembangunan industri pelancongan, tidak boleh dinilai berdasarkan jumlah pelawat sahaja. Kerajaan perlu mengukur pendapatan yang dinikmati oleh penduduk tempatan, peluang pekerjaan yang diwujudkan dan jumlah peniaga kecil yang mendapat manfaat. Jika jumlah pelawat meningkat tetapi keuntungan hanya tertumpu kepada segelintir pengusaha sahaja, pembangunan belum dapat dicapai.
Jadi, matlamat ekonomi setempat secara menyeluruh, Kerajaan Persekutuan wajar mempertimbangkan satu pelan pembangunan pelancongan bersepadu bagi Besut amnya dan juga Pulau Perhentian khasnya. Dan pelan-pelan itu perlu menggabungkan lebih kurang antara peningkatan keselamatan pengangkutan laut, latihan kepada pengusaha pelancongan, pembiayaan untuk pengusahaan mikro dan kecil dan juga program pemeliharaan alam sekitar. Itu sahaja, terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(LPPM) dan 030100 – Dasar dan Perancangan Strategik. Dato’ Pengerusi, saya mengucapkan tahniah kepada kementerian dan Tourism Malaysia atas kejayaan mereka membawa masuk ramai pelancong asing ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing dalam merancakkan ekonomi di banyak sektor di negara kita.
Dalam masa ucapan yang singkat ini, saya hanya ingin sentuh tentang ikon dan maskot rasmi bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, iaitu Beruang Matahari Malaya. Saya difahamkan Beruang Matahari ataupun Malayan Sun Bear merupakan spesies beruang terkecil di dunia yang hidup secara semula jadi di hutan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia. Spesies ini berstatus terancam dan pemilihannya membuktikan komitmen teguh negara kita terhadap usaha pemuliharaan hidupan liar serta pelancongan mampan.
Tetapi ramai warga Malaysia kurang tahu tentang binatang ini. Kita lebih mengenali monyet dan juga orang utan. Bila MOTAC menjadikan beruang matahari sebagai ikon Tahun Melawat Malaysia 2026, ia ditonjolkan seperti teddy bear bagi
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
kanak-kanak. Tetapi di kalangan saya ada kawan yang beritahu saya, dia kata binatang ini memang tidak wujud.
So, ini menunjukkan berapa yang warga Malaysia begitu tidak kenal binatang ini. Memandangkan Tahun Melawat Malaysia akan dilanjutkan ke tahun hadapan, saya ingin cadangkan kepada kementerian untuk membawa konsep baharu idea baharu dan nafas baharu kepada Tahun Melawat Malaysia.
Salah satu idea baharu yang adalah memberi imej baharu dan nafas baharu kepada ikon beruang matahari supaya ia lebih dikenali dan disukai oleh orang ramai, khususnya kanak-kanak dan orang muda. Walaupun Tourism Malaysia telah memberi nama kepada pasangan ikon beruang matahari iaitu Wira dan Manja, tetapi kebanyakan warga Malaysia tidak ingat ataupun tidak tahu nama mereka. Tourism Malaysia haruslah mengadakan lebih aktiviti untuk mempromosi promosi ikon ini, ia haruslah melibatkan penyertaan kementerian-kementerian kerajaan lain, media dan juga media sosial.
Saya pernah meminta beberapa pelajar multimedia design di UCSI University untuk mengeluarkan beberapa konsep bagi beruang matahari ini dan mereka telah mengeluarkan beberapa imej beruang matahari. [Sambil menunjukkan beberapa keping gambar] Ini adalah design daripada pelajar yang bernama Tei Sei Sing, beruang matahari ini dia kata, “I’m Wira”, dia pakai baju orang Iban. Di sini adalah pasangan ikon beruang kita, dengan pakaian baju Arab yang pasangan ini.
Dan sini ada seorang pelajar yang bernama Tei Ji Seng, dia keluarkan konsep ini.
[Sambil menunjukkan gambar] Ini adalah bagi orang muda, memang orang muda suka. Wah, ini dia dengan main boxing ini macam sangat aktif, ini adalah sangat disukai oleh orang muda. Jadi, ia memberi nafas baharu kepada beruang matahari kita dan ini adalah satu lagi konsep dari pelajar Ng Yun Shu. Ini sun bear dengan kamera, sun bear tengah menari dengan pakaian tradisi dan sebagainya.
Saya rasa pelajar-pelajar kita ini sebenarnya sangat kreatif. Mereka memang boleh membantu kerajaan, kementerian, MOTAC dan Tourism Malaysia keluarkan konsep-konsep baharu.
[Sambil menunjukkan gambar] Ini adalah beruang tengah makan. Jadi, ini bagi saya, saya rasa sangat cute dan juga saya juga ada kawan— ini adalah kucing.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Yang Berhormat, Menteri, tadi itu macam penguin Yang Berhormat Menteri. Malaysia belum ada penguin lagi ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini saya tak kata ini beruang, saya kata ini konsep. Saya kata ini konsep yang mana kita boleh copy, kita boleh salin.
[Sambil menunjukkan sebuah patung] Ini kucing, tapi sini dia dengan bentuk batik.
Dengan macam ini. Ini juga kucing dengan bentuk batik. Saya rasa semua idea-idea ini sebenarnya kita harus masuk, kita kata nafas baharu untuk beruang kita.
Dato’ Pengerusi, satu minit lagi. Saya bercadang RTM, Bernama, Media Prima haruslah menganjurkan lebih program yang kreatif dalam Tahun Melawat Malaysia. Malaysia mempunyai siri kartun animasi yang berjaya iaitu Upin dan Ipin.
Tiba-tiba masa bagi TV kita untuk mengeluarkan kartun animasi yang bertajuk sekitar Beruang Malaysia yang bernama Wira dan Manja supaya ikon ini lebih dikenali dan disayangi oleh kanak-kanak kita.
Kita haruslah menjadikan beruang matahari kita sama status dengan Kung Fu Panda, Donald Duck, Mickey Mouse, Minnie Mouse, Doraemon, Tom dan Jerry dan juga lain. Ini dengan naikkan imej Beruang Malaysia, kita boleh juga kita secara tidak langsung menaikkan nama Malaysia.
Saya bercadang MOTAC mengadakan lebih libat urus dengan pengurusan kursus multimedia di universiti dan kolej tempatan dan menjemput pelajar-pelajar daripada kursus tersebut memberi idea, menghasilkan konsep animasi dan malah produk-produk beruang matahari yang bernama Wira dan Manja ini. Saya juga bercadang MOF membenarkan Tourism Malaysia untuk menjual produk-produk sampingan barang Malaysia yang kreatif itu.
Saya masih ingat, Dato’ Pengerusi, bila Malaysia menganjurkan Tahun Melawat Malaysia pada kali pertama pada tahun 1990, orang utan adalah ikon dan maskot rasmi pada tahun itu. RTM memberi banyak ruang dan banyak iklan tentang Tahun Melawat Malaysia dan kesemua letterhead ya, surat kerajaan mengandungi ungkapan Tahun Melawat Malaysia. Ia merupakan pendekatan seluruh negara ataupun whole-of-nation approach.
Tapi kita tak lihat ini berlaku dalam tahun ini yang mana seolah-olahnya Tahun Melawat Malaysia hanya ini adalah misi untuk MOTAC dan Tourism Malaysia sahaja. Tapi sepatutnya semua kerajaan negeri, semua agensi kerajaan, semua pihak berkuasa tempatan haruslah memainkan peranan untuk menjayakan, menyertai dalam kempen Tahun Melawat Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tahniah, usaha Seputeh. Tahniah on your work. Baik, berikut dipersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya mula, saya pun ingin menyokong apa yang telah dibahaskan oleh Seputeh. Sungguhnya, maskot-maskot tersebut sungguh cute, cute, cantik-cantik, manis-manis seperti Seputeh.
Tuan Pengerusi, yang pertama Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan.
Pengusaha pelancongan kecil di luar bandar Sabah masih berdepan kesukaran mendapatkan lesen akibat prosedur yang rumit, kekangan jarak dan kos perjalanan.
Justeru itu, apakah langkah kementerian untuk mempermudah proses pelesenan, menetapkan tempoh kelulusan yang munasabah dan memperluas perkhidmatan pelesenan digital serta kaunter bergerak di Sabah.
Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Peruntukan program ini meningkatkan daripada RM1 juta pada tahun 2026 kepada RM31 juta pada tahun 2027 iaitu peningkatan sebanyak 31 kali ganda.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Adakah peningkatan besar ini turut merangkumi geran baik pulih homestay kepada pengusaha individu atau hanya tertumpu kepada projek menaik taraf kemudahan sahaja? Saya mohon kementerian menjelaskan syarat kelayakan dan pecahan peruntukan khusus untuk Wilayah Sabah.
Tuan Pengerusi, ketiga, Butiran 020300 – Pembangunan Industri Pengusaha Pelancongan Sabah, khususnya pengendali pengangkutan darat dan bot pelancongan serta pengusaha resort yang bergantung kepada generator kini semakin terbeban dengan kos diesel yang meningkat selepas penyelarasan subsidi dilaksanakan. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi dan kuota 300 liter sebulan bagi syarikat kecil, pemain industri pelancongan masih tercicir daripada skim tersebut. Manakala had 300 liter itu masih tidak mencukupi untuk operasi harian bot dan resort.
Sehubungan itu, apakah hasil rundingan kementerian bersama KPDN dan Kementerian Kewangan dalam mewujudkan mekanisme bantuan bersasar khusus untuk sektor pelancongan Sabah?
Tuan Pengerusi, keempat, Butiran 01100 – Program Penyediaan Peningkatan Kemudahan Pelancongan dan Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan Infrastruktur. Saya ingin menarik perhatian kementerian terhadap
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
kemerosotan kemudahan pelancongan di Pantai Timur Sabah termasuk jeti, tandas awam, papan tanda dan kemudahan keselamatan.
Destinasi ekopelancongan seperti Kinabatangan dan Lembah Danum memerlukan kemudahan sokongan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelancong domestik dan antarabangsa. Oleh itu, berapakah jumlah yang akan disalurkan khusus pada Sabah dan apakah projek yang dikenal pasti untuk dilaksanakan terutama menjelang Tahun Melawat Sabah 2027?
Tuan Pengerusi, yang kelima, Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism dengan peruntukan RM69.05 juta. Sabah memiliki pengiktirafan berprestij menerusi Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia. Di dunia ini hanya tiga Triple Crown UNESCO kawasan berprestij yang dianugerahkan Triple Crown UNESCO. Malah, Kinabatangan sendiri mempunyai tapak warisan seperti Rizab Biosfera Kinabatangan yang diisytiharkan secara rasmi sebagai oleh UNESCO Man and the Biosphere Programme pada September 2025 dan Tapak Warisan Negeri Agop Batu Tulug.
Justeru itu, apakah perancangan kementerian untuk menyediakan peruntukan khusus bagi pembangunan kemudahan pelancongan bertaraf dunia, pusat interpretasi geopark, latihan pemandu pelancong tempatan dan perusahaan komuniti agar ia dapat di terjemah kepada peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan manfaat ekonomi yang nyata kepada masyarakat setempat.
Tuan Pengerusi keenam
Butiran 41400 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Cadangan penubuhan Kampus ASWARA di Sabah telah diumumkan sejak tahun 2019. Oleh itu, apakah status terkini cadangan Kampus ASWARA Sabah tersebut? Adakah kementerian telah menyediakan perancangan dan peruntukan khusus bagi merealisasikan kampus tersebut supaya anak-anak Sabah mendapat akses pendidikan seni profesional tanpa perlu berhijrah ke Semenanjung?
Tuan Pengerusi, ketujuh, Butiran 030500 – Kebudayaan dan Kesenian.
Sabah mempunyai kepelbagaian seni, tarian, muzik, kraf tangan dan warisan etnik yang merupakan khazanah budaya negara. Namun, penggiat seni tempatan masih berdepan kekangan pembiayaan, kemudahan latihan dan ruang persembahan. Saya memohon kementerian memperluas penyaluran dana kepada persatuan kebudayaan penggiat seni tradisional dan komuniti luar bandar Sabah khususnya bagi memastikan warisan tempatan terus dipelihara oleh generasi muda.
Tuan Pengerusi keenam
Tuan Pengerusi, kelapan, Butiran 41300 – Taman Seni Budaya Negeri- negeri. Saya mencadangkan pembangunan Pusat Kebudayaan Pantai Timur Sabah dengan Kinabatangan sebagai lokasi utama yang dipertimbangkan. Seluruh Pantai Timur Sabah ini belum ada satu pun pusat kebudayaan yang ada. Pusat ini berpotensi menjadi hab persembahan, latihan, dokumentasi warisan dan pelancongan budaya yang menghubungkan komuniti di Pantai Timur Sabah sekali gus melengkapkan kekuatan ekopelancongan yang sedia ada. Adakah kementerian bersedia melaksanakan kajian kebolehlaksanaan serta menyediakan peruntukan perancangan awal bagi merealisasikan cadangan tersebut?
Yang terakhir, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MOTAC di atas penganjuran Pesta Gelingos yang diadakan di Kinabatangan pada Sabtu yang lalu.
Mengakhiri ucapan, dengan sebuah pantun...
Pelancong datang melihat keindahan, Singgah sebentar di tepi taman; Di depan manis penuh senyuman, Di belakang jangan menikam teman. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Pengerusi. Terima kasih.
Saya bangun pada petang ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Peringkat Jawatankuasa bagi maksud Bekalan dan Pembangunan Kementerian Pelancongan.
Dato’ Pengerusi, selaku wakil rakyat daripada Kedah, saya ingin membangkitkan kegusaran besar rakyat Kedah serta pemain industri khususnya di Pulau Langkawi yang berdepan kemerosotan kemasukan pelancong berbanding potensi sebenar pulau legenda ini khususnya ketika cuti Deepavali, cuti empat, lima hari yang baru minggu lalu.
Saya dimaklumkan oleh pemain-pemain industri, kehadiran pelancong tidak seperti yang diharapkan oleh pemain-pemain industri. Isu perkhidmatan feri yang membantutkan kemasukan pelancong.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Butiran 020100 dan Butiran 01100, lebih 70 peratus pelancong domestik bergantung kepada perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Malangnya, isu kekerapan perjalanan feri yang dikurangkan atas alasan kenaikan kos diesel industri serta masalah mendapan selut di muara jeti terus membelenggu pengunjung serta operator feri. Pelancong merungut tiket cepat habis dan jadual sangat terhad. Tadi ada Timbalan Menteri Pengangkutan, dah tak ada.
Tak apa, saya mohon Menteri MOTAC untuk mengambil perhatian benda ini.
Merujuk kepada Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, berjumlah RM7.9 juta serta Butiran 101100 – Program Penyediaan Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Saya mohon penjelasan MOTAC, sejauh manakah kementerian menyelaraskan dasar antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan bagi memastikan subsidi diesel bersasar diberikan kepada pengusaha feri supaya tambang kekal berpatutan dan kekerapan perjalanan dapat ditambah dengan segera?
Pada masa sama, adakah peruntukan naik taraf kemudahan di bawah Butiran 01100 turut merangkumi penambahbaikan fasiliti terminal dan laluan masuk pelancong ke Langkawi. Pelancongan tidak akan rancak jika pintu masuknya tersumbat.
Kedua Dato’ Pengerusi, mengembalikan status dan keistimewaan Pulau Bebas Cukai (PBC) Langkawi sepenuhnya di Butiran 020300 dan Butiran 040400.
Tuan Pengerusi, kita menyambut baik langkah kerajaan dalam Belanjawan 2027 yang menaikkan had kelayakan pembelian barangan bebas cukai kepada RM10,000 dengan syarat penginapan minimum 48 jam. Namun, sebagaimana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan suara peniaga tempatan, keistimewaan bebas cukai Langkawi yang ditarik sebelum ini dan sekatan beberapa barangan lain telah melunturkan daya tarikan untuk ke Langkawi ataupun di unit yang di Langkawi.
Merujuk kepada B.31, 020300 – Pembangunan Industri. Dan Butiran 040400 – Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan berjumlah RM20 juta.
Jika pelancong ke Langkawi sudah tidak merasai nikmat harga bebas cukai yang ketara berbanding di tanah besar, mengapa mereka perlu menanggung kos feri dan penginapan yang tinggi? Saya menggesa kerajaan menyemak semula dasar ini dan mengembalikan keistimewaan bebas cukai Langkawi secara menyeluruh, sebagaimana inspirasi asal penubuhannya sejak 1987 dengan memperketatkan
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
penguatkuasaan bagi membendung ketirisan, bukannya menghukum ekosistem ekonomi, 90 peratus penduduk Langkawi yang bergantung kepada sektor pelancongan.
Ketiga Dato’ Pengerusi, meningkatkan promosi pelancongan berpusat dan seimbang dalam Malaysia. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Sebanyak RM169 juta — Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya dan serta peruntukan one-off Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026-2027.
MOTAC mempunyai dana yang sangat besar. Namun, kementerian tidak boleh hanya menumpukan promosi berpusat di Lembah Klang atau destinasi arus perdana sahaja semata-mata. Pelancongan domestik dan antarabangsa perlu diagihkan secara adil ke Wilayah Utara, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Di Kedah sendiri, kita ada produk ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti di kawasan luar bandar seperti di Sungai Sedim, Kulim dan Padang Serai yang kaya dengan keindahan alam semula jadi.
Justeru, merujuk kepada Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism dan Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay berjumlah RM31 juta, saya minta MOTAC memperincikan peratus daripada peruntukan pembangunan dan promosi ini disalurkan secara langsung kepada penggiat industri kecil, pengusaha homestay dan pelancongan desa di negeri Kedah agar limpahan ekonomi dirasai terus oleh rakyat terbawah. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Dr. Pengerusi.
Merujuk kepada peruntukan pembangunan dan menggalakkan pelancongan domestik di dalam belanjawan ini, Ampang ingin membawa perhatian kementerian berkaitan dengan Kawasan Parlimen Ampang yang saya yakin ada beberapa inisiatif yang sepatutnya dilihat. Kerana Ampang ini sebelah Kuala Lumpur, tetapi Ampang— Selangor ini [Tidak jelas] Terpinggir daripada perkara-perkara yang menarik yang sebenarnya ada.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, Ampang bukan sekadar pinggir ibu kota, malah menyimpan sejarah silam yang amat kaya, yang akan saya bacakan, dari era perlombongan bijih timah pada abad ke-19 dan kawasan ini memiliki pelbagai tapak warisan.
Oleh itu, Ampang ingin bertanya merujuk di bawah Kerangka Keberhasilan Kementerian, Outcome 2, iaitu seni budaya dan warisan yang lestari serta Kepala 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan, terutama Butiran 030400 – Warisan Negara.
Jadi, mohon YB Menteri menjelaskan kriteria kelayakan dan kaedah untuk diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO serta senarai penuh 26 tapak di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO dan dua tapak tambahan yang disasarkan itu, namakan, apakah sasaran itu?
Yang keduanya, saya nak tanya di bawah topik ini adalah mekanisme dan kaedah supaya Ampang memperolehi pewartaan warisan dan Pengisytiharan Warisan Kebangsaan. Kerana apa saya sebut ini, saya kongsikan sedikit sejarah.
Mungkin ramai yang tak tahu di sini. Saya kongsikan sedikit sejarah mengenai enclave ini.
Penerokaan awal penempatan Melayu khususnya keturunan Bugis, kemudiannya disusuli oleh keturunan Mandailing dan Minangkabau di kawasan kini dikenali sebagai “Kampung Melayu Ampang” dikesan seawal tahun 1800 yang seawal itu di bawah kepimpinan Raja Alang bin Raja Berayun sebelum gelombang kepesatan ekonomi, natijah perlombongan timah berskala besar pada tahun 1949 dan 1957 dengan kemasukan para pekerja lombong berbangsa Cina. Mungkin orang kenal Yap Ah Loy, tetapi orang tak kenal tentang Raja Alang bin Raja Berayun. Jadi, untuk itu, kita lihat banyak keturunan-keturunan bangsa Melayu di situ berada di Kampung Melayu Ampang.
Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada MPAJSDG kerana telah pun membuatkan enclave ini.
[Sambil menunjukkan sehelai dokumen] Yang mana dia menunjukkan bahawa sejarah itu daripada Kampung Melayu bawa kepada Pekan Ampang, bawa ke Kampung Baru Ampang hinggakanlah satu penempatan India yang ada di situ. Itu semua disebabkan sejarah.
Jadi, untuk itu, saya ingin mengatakan di sini, di bawah peruntukan Kepala 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan― banyak ini kepalanya. Saya harap kesemuanya iaitu 020000, 020300, 040300, 040— dan seterusnya di bawah butiran itu, saya mengambil peluang untuk mengingatkan semula pada MOTAC tentang cadangan yang telah saya bangkitkan daripada 2024 lagi. Mungkin sebab
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
pertukaran Menteri, mungkin benda itu dah hilang, tetapi saya harap ia dibangkitkan semula supaya kekuatan jenama Ampang itu ada di dalam senarai produk-produk pelancongan.
Jadi, saya mohon perhatian. Hasrat saya sebagaimana yang saya ingin bacakan, iaitu Discover Ampang perlu dilihat balik dan diberikan sedikit peruntukan supaya Ampang tidak terpinggir daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Orang pergi ke KLCC, tapi orang tak singgah pun dekat Ampang. Jadi, saya mahu kesan ekonomi itu ada. Oleh itu, kita mohon supaya peruntukan sebahagian daripada dana khas yang ada di dalam butiran itu dibelanjakan kepada menyediakan hal ehwal infrastruktur di kawasan Ampang.
Dan yang ketiganya, mencipta peluang perniagaan. Saya sebut tadi nama- nama itu, kadang-kadang orang tak tahu, sedangkan― bukan tak tahu. Kita tidak turunkan kepada Pemandu Pelancong kita. Jadi, latihan Pemandu Pelancong juga perlu diberi perhatian. Ini kepada semua Parlimen lah, bukan sahaja Parlimen Ampang, supaya ada penceritaan atas khas— khas perkara-perkara yang ada.
Menerusi itu, ada dua pusat pelancongan yang besar di Ampang iaitu pelancongan eko, kita ada Gombak-Hulu Langat Geopark, kita ada Taman Rimba Ampang, kita ada Bukit Belacan— dulu Dato’ Pengerusi, dan sebagainya. Dan kita ada beberapa kawasan pelancongan berorientasikan sejarah dan warisan. Jadi, untuk itu, saya harap sangat supaya diberikan perhatian. Kalau saya nak baca ini, sebenarnya kita ada keseluruhan berpuluh. Maknanya kita ada 14 campur 11, maknanya kita ada hampir 33 pusat destinasi.
Oleh itu, soalan saya seterusnya, saya nak tanya, apakah perancangan― saya tengok tak ada aplikasi sebenarnya. Kita tak ada aplikasi khusus berkaitan dengan travel Malaysia. Oleh itu, saya nak tanya kepada kerajaan, apakah kerajaan bercadang mengambil sebahagian daripada kewangan ini― sebab, tahun depan Tahun Melawat Malaysia. Aplikasi yang tunggal tak ada. Kita berharap pada aplikasi- aplikasi lain. Yang ada pun hanya web-based ataupun Play Store. Kita perlu buat satu aplikasi supaya produk-produk yang baik seluruh Malaysia yang semua Ahli Parlimen sebut ini di-list-kan, supaya ada tarikan di situ untuk semua. Jadi, apakah rancangan yang ada?
Dan akhir sekali Pengerusi, saya mengharapkan supaya Ampang diberikan sedikit perhatian kerana saya tidak mahu Ampang lupus di sudut warisannya— bila kita lihat sebenarnya, banyak perkara-perkara di sudut yang baik itu ada, sedangkan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
dia tidak diberi perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Ampang. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Pengerusi, saya ingin membangkitkan tiga perkara berkaitan usaha memelihara seni, budaya dan warisan negara serta bagaimana khazanah ini boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh sektor pelancongan Malaysia.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030500 – Kebudayaan dan Kesenian, khususnya berkaitan kedudukan seni persembahan tradisional negara seperti wayang kulit. Wayang kulit bukan sekadar hiburan tradisional, tetapi merupakan warisan seni yang menggabungkan muzik, ukiran, bahasa dan penceritaan. Namun, apakah kedudukan sebenar seni wayang kulit pada hari ini?
Sejauh manakah usaha kementerian memastikan seni ini terus berkembang dan tidak sekadar tinggal sebagai catatan sejarah?
Laporan BERNAMA pada 7 Oktober 2026 turut mengetengahkan cabaran yang dihadapi penggiat wayang kulit termasuk kekurangan pelapis muda dan peluang persembahan yang semakin terhad. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian tentang langkah khusus yang sedang dilaksanakan untuk membantu penggiat seni membangunkan pelapis baharu dan memastikan kumpulan wayang kulit terus aktif.
Saya juga mencadangkan agar MOTAC melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara memperluas program persembahan seni warisan bergerak ke seluruh negara khususnya di destinasi pelancongan, pusat kebudayaan dan lokasi tumpuan pelancong.
Sebagai contoh, di negeri Kerala di India, persembahan tradisional seperti kathakali dan kalari sebagai sebahagian daripada pengalaman kepada pelancong yang melawat ke negeri tersebut. Begitu juga di Thailand, seni pertahankan diri tradisional muay thai dipersembahkan secara meluas.
Malaysia juga mempunyai potensi yang sama. Wayang kulit, mak yong, dikir barat, zapin dan silat boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan termasuk melalui aktiviti pelancongan malam atau night tourism.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Pengerusi, seterusnya, Batu Gajah merujuk kepada Butiran 030100 – Dasar dan Perancangan Strategik, khususnya berkaitan usaha mempromosikan batik Malaysia sebagai identiti dan warisan kebangsaan.
Pada masa ini, Ahli-ahli Parlimen diberikan kebenaran untuk memakai batik Malaysia berlengan panjang ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada setiap hari Khamis.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Batu Gajah. Batu Gajah, tanya sikit boleh tak Batu Gajah? Kalau batik ini kita pakai Isnin, Selasa, Rabu dan juga Khamis dan juga Jumaat, boleh tak? Apa pandangan daripada Batu Gajah?
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Itu yang saya nak bawa sekarang. Saya ingin mencadangkan agar kebenaran ini diperluaskan kepada hari- hari persidangan yang lain, tertakluk kepada kelulusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan pihak pengurusan Parlimen.
Cadangan ini wajar dipertimbangkan buat warga dan petugas di Parlimen.
Parlimen merupakan institusi negara yang mempunyai keterlihatan awam yang tinggi. Persidangan Dewan disiarkan secara langsung dan mendapat liputan media.
[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Maka, pemakaian batik secara lebih konsisten boleh menjadikan satu platform promosi yang berkesan untuk memperkenalkan hasil seni dan industri batik tempatan. Saya berharap kementerian dapat bekerjasama dengan pihak Parlimen untuk mempertimbangkan cadangan ini, sekali gus menyokong pengusaha dan penggiat industri batik negara.
[Tepuk] Puan Pengerusi, akhir sekali, Batu Gajah merujuk kepada Butiran 030400 – Warisan Negara khususnya berkaitan pengiktirafan makanan tradisional sebagai warisan kebangsaan. Batu Gajah menyambut baik pengiktirafan uttapam sebagai Warisan Kebangsaan dalam Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan Kali Ke-6 pada 5 November 2026.
Menurut laporan terkini The Sun, nasi kandar dan pasembor juga termasuk dalam senarai makanan yang telah diluluskan untuk pewartaan dan sedang menunggu penerbitan dalam Warta Persekutuan. Perkembangan ini membuktikan bahawa...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Yang Berhormat, ada 44 seconds lagi Yang Berhormat. Ada 44 saat lagi.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Oh ya.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Teruskan.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Perkembangan ini membuktikan bahawa makanan daripada pelbagai latar belakang masyarakat terus menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan Malaysia. Batu Gajah berharap pengiktirafan ini tidak berhenti pada pewartaan semata-mata sebaliknya disusuli dengan promosi makanan warisan sebagai produk pelancongan gastronomi negara.
Tuan Pengerusi, kesimpulannya, ketiga-tiga perkara yang dibangkitkan ini membawa kepada satu matlamat yang sama, iaitu memastikan seni, budaya dan warisan negara terus dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang.
Pada masa yang sama, warisan ini perlu dimanfaatkan sebagai aset pelancongan yang mampu menjana pendapatan kepada penggiat seni, pengusaha tempatan dan komuniti setempat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Seterusnya, mempersilakan Yang Berhormat Mersing.
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Lima minit.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi.
Pertama, saya merujuk Butiran B.060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026- 2027. Pada tahun 2025, Malaysia merekodkan 42.2 juta ketibaan pelawat antarabangsa dengan 21.1 juta daripadanya daripada Singapura termasuk pelawat harian yang mempunyai corak perbelanjaan yang berbeza Persoalannya, adakah kita sekadar mengejar angka ketibaan atau mahu memastikan industri pelancongan benar-benar menjana pulangan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat? Dengan sumbangan sektor pelancongan sebanyak 15.9 peratus kepada KDNK, peruntukan RM400 juta secara one-off bagi Tahun Melawat Malaysia 2026/2027 mesti menghasilkan pulangan ekonomi yang jelas dan boleh diukur.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Justeru, saya membangkitkan empat perkara: pertama, strategi pemasaran dan pelancongan bernilai tinggi. Sasaran 47 juta ketibaan pelawat dengan unjuran RM329 bilion hasil pelancongan bagi tahun 2027 perlu disokong strategi yang realistik, khususnya ketika ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global masih mempengaruhi pergerakan pelancongan antarabangsa.
Apakah strategi kementerian untuk mempelbagaikan pasaran sumber pelancong khususnya dari Eropah, Asia Tengah dan Timur Tengah? Berapakah peruntukan dari RM400 juta yang disasarkan kepada pasaran tersebut dan apakah indikator yang digunakan untuk mengukur peningkatan perbelanjaan purata serta tempoh penginapan pelancong? Lebih penting, apakah pelan mitigasi sekiranya sasaran ketibaan tidak tercapai?
Kedua, kesalinghubungan udara antarabangsa. Promosi sehebat mana sekalipun tidak akan memberikan hasil optimum sekiranya kapasiti penerbangan tidak mencukupi, laluan terus terhad dan laluan penerbangan tidak kompetitif.
Apakah pencapaian sebenar Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dari segi tambahan laluan, kapasiti tempat duduk dan jumlah pelancong yang berjaya dibawa masuk? Apakah intervensi bersama Kementerian Pengangkutan dan syarikat penerbangan untuk meningkatkan kesalinghubungan khususnya bagi pasaran jarah jauh dari Eropah dan Asia Tengah?
Ketiga, ketelusan perbelanjaan dan pengagihan manfaat. Saya mohon kementerian memperincikan pecahan RM400 juta mengikut komponen dan apakah KPI yang ditetapkan bagi menilai keberkesanan setiap komponen perbelanjaan?
Bagaimanakah kementerian memastikan manfaat ini turut dinikmati pengusaha inap desa, pemandu pelancong, pengusaha bot pelancongan dan pengurusan mikro, kecil dan sederhana? Bukannya tertumpu kepada agensi pengiklanan serta syarikat pelancongan berskala besar sahaja.
Keempat, penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Johor. Johor turut melanjutkan kempen Tahun Melawat Johor sehingga 2027 dengan pengumuman peruntukan tambahan sekurang-kurangnya RM50 juta. Dengan RTS Link Johor Bahru-Singapura yang disasarkan beroperasi pada 2027, apakah mekanisme penyelarasan antara kementerian dengan Kerajaan Negeri Johor supaya kedua-dua kempen ini saling melengkapi?
Saya juga ingin mengetahui apakah strategi khusus untuk memastikan peningkatan kemasukan pelawat melalui Johor Bahru dan Singapura dapat diperluas ke Johor Timur, khususnya Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau pelancongan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Jangan sampai limpahan pelancongan hanya berlegar di Johor Bahru sedangkan destinasi lain yang mempunyai potensi besar terus tercicir daripada arus pembangunan.
Dato’ Sri Pengerusi, seterusnya kedua, Butiran B.020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan. Saya ingin memberikan perhatian khusus kepada daerah Mersing yang sebelum ini telah dikenal pasti untuk menyertai International Network of Sustainable Tourism Observatories (INSTO) iaitu rangkaian pemerhatian pelancongan lestari di bawah UN Tourism.
Inisiatif ini berpotensi menjadikan Mersing antara destinasi perintis INSTO di Malaysia sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan maritim dan ekopelancongan bertaraf antarabangsa. Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan secara khusus daripada kementerian.
Adakah kementerian masih komited dan berminat untuk meneruskan usaha mendapatkan status INSTO bagi Mersing? Atau inisiatif ini sudah tidak lagi menjadi keutamaan kementerian? Sekiranya masih diteruskan, apakah status terkini permohonan...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Yang Berhormat, ada 45 saat lagi, Yang Berhormat.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Baik. Apakah kekangan yang dihadapi dan bilakah sasaran sebenar untuk Mersing memperoleh pengiktirafan tersebut? Pengiktirafan antarabangsa mesti diterjemah kepada pembangunan infra, pemeliharaan alam sekitar dan peningkatan pendapatan masyarakat setempat.
Adakah kementerian menyediakan peruntukan khusus untuk menaik taraf jeti, tandas awam, pengurusan sisa pepejal dan kemudahan asas pelancongan di pulau-pulau Mersing selaras dengan prinsip pelancongan lestari? Saya turut mencadangkan supaya kementerian merangka pelan pembangunan bersepadu Johor Timur, meliputi Mersing dan Kota Tinggi dengan peruntukan khusus, pembangunan infra, kesalinghubungan pengangkutan serta pemerkasaan ekopelancongan.
Adakah kementerian bersedia mempertimbangkan pelan ini demi untuk membukakan limpahan ekonomi Johor Bahru ke Johor Timur? Kita mahu Mersing menjadi pintu masuk ke pulau-pulau pelancongan dan menjadi ekonomi maritim, ekopelancongan dan komuniti setempat. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Seterusnya, mempersilakan Yang Berhormat Lubok Antu.
Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi. Salam sejahtera, salam segulai sejalai. Terima kasih kerana memberi peluang untuk Lubok Antu terus serta menyertai perbahasan Belanjawan 2027, Peringkat Jawatankuasa bagi maksud B dan P.31, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang diperuntukkan sebanyak RM1.769 bilion.
Terlebih dahulu, saya menyambut baik peruntukan yang disediakan oleh MOTAC bagi tahun 2027. Peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh industri pelancongan negara khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2027. Namun begitu, saya ingin bertanya, sejauh manakah usaha dan peruntukan ini akan turut memberi manfaat kepada kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak khususnya Parlimen Lubok Antu yang mempunyai potensi pelancongan tersendiri.
Pertama, saya ingin menyentuh Butiran 01900, pembangunan ekopelancongan yang diperuntukkan sebanyak RM69.5 juta bagi tahun 2027. Saya berharap peruntukan ini turut memberi perhatian kepada potensi ekopelancongan di kawasan Lubok Antu.
Lubok Antu mempunyai keunikan alam semula jadi yang berpotensi diketengahkan sebagai destinasi ekopelancongan. Antara tarikannya termasuklah Tasik Batang Ai, Taman Negara Batang Ai, serta kawasan hutan-hutan tropika yang kaya dengan biodiversiti dan hidupan liar termasuk orang utan. Selain itu, pelancong juga berpeluang menikmati pengalaman menyusuri Tasik Batang Ai dan sungai menggunakan perahu panjang, meneroka kawasan hutan serta mengunjungi air terjun seperti Air Terjun Enseluai.
Walaupun Lubok Antu mempunyai pelbagai tarikan semula jadi, pembangunan kawasan ini sebagai destinasi ekopelancongan masih memerlukan kemudahan asas yang lebih rapi. Antaranya termasuklah penyelenggaraan jeti sedia ada, tandas awam, papan tanda arah dan kemudahan keselamatan bot di samping pembangunan produk pelancongan yang lebih tersusun bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Seterusnya, saya ingin bertanya kepada MOTAC. Adakah kementerian mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan agensi berkaitan dalam membangunkan pakej ekopelancongan Lubok Antu memandangkan sebahagian daripada peruntukan ini.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Pembangunan ini juga perlu melibatkan komuniti tempatan supaya penduduk setempat mendapat manfaat ekonomi, di samping memastikan pemuliharaan alam sekitar terus diberikan keutamaan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Lubok Antu, mohon mencelah.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Boleh, dipersilakan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Di Betong, kita sedang giat membangunkan satu projek Replika Kubu Rentap di tapak bersejarah Bukit Sadok. Timbalan Menteri pun tahu yang terletak di Sempadan Lubok Antu dan Betong.
Jadi, setuju kah Lubok Antu kalau kita berdua mohon daripada MOTAC agar dapat membantu untuk program seperti penyediaan peningkatan kemudahan pelancongan, pembangunan ekopelancongan dan program pemuliharaan pemugaran tinggalan sejarah. Terima kasih.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Saya sangat setuju dengan cadangan Betong dan oleh kerana ia nya merupakan Kubu Replika Rentap adalah merupakan khazanah sejarah negeri Sarawak, saya mohon cadangan tersebut dimasukkan dalam bahas saya.
Seterusnya Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 02800 – Peningkatan Kemudahan Homestay yang diperuntukkan sebanyak RM31 juta bagi tahun 2027. Saya berharap peruntukan ini turut memberi perhatian kepada pembangunan produk penginapan berasaskan komuniti dan alam semula jadi di kawasan Lubok Antu. Di kawasan Empangan Batang Ai terdapat pengusaha yang menggabungkan aktiviti ternakan ikan dengan kemudahan penginapan untuk pelancong.
Selain itu, kawasan Ulu Batang Ai dan Ulu Skrang juga mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai destinasi homestay berasaskan komuniti. Ini kerana terdapat rumah-rumah panjang yang terletak berhampiran sungai yang masih jernih
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
dan dikelilingi alam semula jadi. Kejadian ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati keindahan sungai, suasana kehidupan di rumah panjang serta budaya masyarakat Iban.
Dengan sokongan dan promosi yang bersesuaian, kawasan-kawasan ini berpotensi menjadi pilihan penginapan alternatif kepada pelancong yang ingin merasai pengalaman kehidupan masyarakat tempatan. Namun, pengusaha homestay dan penginapan pelancong seperti ini memerlukan sokongan dari segi peningkatan kemudahan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Yang Berhormat, lima saat bersedia untuk landing.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Pengurusan dan promosi bagi memastikan perniagaan mereka mampu menarik lebih ramai pelancong.
Justeru, saya ingin bertanya kepada MOTAC, adakah pengusaha homestay dan penginapan pelancong di kawasan pedalaman seperti Lubok Antu layak mendapat manfaat daripada peruntukan ini?
Saya berharap kementerian dapat membantu pengusaha tempatan meningkatkan mutu perkhidmatan dan memperluaskan pasaran pelancongan mereka supaya manfaat pembangunan ini turut dinikmati oleh masyarakat setempat.
Akhir kata, saya berharap segala peruntukan yang disediakan melalui Belanjawan 2027 ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Pembangunan industri pelancongan perlu memberi tumpuan bukan sahaja kepada peningkatan jumlah kedatangan pelancong, tetapi juga manfaat ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat setempat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Seterusnya Yang Berhormat Padang Terap, silakan Yang Berhormat. Silakan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi.
Saya merujuk Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia yang diperuntukkan sebanyak RM169 juta bagi tahun 2027, meningkat daripada RM167 juta pada tahun 2026.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Saya mohon pihak kementerian memperincikan berapakah jumlah sebenar peruntukan promosi pelancongan yang telah dibelanjakan bagi negeri Kedah khususnya Padang Terap pada tahun 2024 sehingga 2026?
Saya ingin menarik perhatian kementerian kepada destinasi pelancongan luar bandar yang mempunyai potensi besar. Contohnya Tasik Pedu dan Mong Gajah di Padang Terap yang mempunyai potensi besar sebagai destinasi ekopelancongan negara. Pusat pelancongan Tasik Pedu dibangunkan pada tahun 1990, dibuka pada tahun 1995. Nilai pembangunan lebih RM100 juta membabitkan pembinaan hotel, resort 5 Bintang berada berhampiran Gunung Fakir Terbang dan Bukit Batu Merah dan beroperasi kurang 15 tahun dengan jumlah keseluruhan kakitangan 400 orang.
Tiga hotel bertaraf antarabangsa dengan ratusan chalet, 300 buah chalet kolam renang, pusat cenderahati dan beberapa restoran, dewan, bilik mesyuarat dan kompleks sukan. Ada juga gelanggang tenis, padang golf dan sebagainya. Itu cerita tentang kegemilangan Tasik Pedu sebagai pusat pelancongan.
Untuk move forward ataupun maju ke hadapan pada 4 Februari 2025, saya dalam jawapan MOTAC kepada Padang Terap tentang perancangan MOTAC untuk menjadikan Tasik Pedu sebagai destinasi pilihan dalam Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya mohon pihak kementerian menyenaraikan aktiviti ekopelancongan dan agropelancongan seperti hiking, kembara hutan, mencerap hidupan liar yang telah dilaksanakan sepanjang 2026 oleh pihak MOTAC.
Saya juga minta senarai syarikat-syarikat swasta seperti agensi pelancongan yang sudah bekerjasama dengan MOTAC untuk pembangunan pakej pembinaan khas pelancongan atau niche produk yang telah diangkat dan dipromosikan. Saya juga mohon apakah program dan lawatan suai kenal yang telah dijalankan bersama media tempatan dan luar negara untuk mempromosikan Tasik Pedu? Apakah bentuk pelancongan sempadan Tasik Pedu yang telah dilaksanakan menerusi IMT-GT pilot Tourism Project, Malaysia-Thailand Self-Drive Tourism Campaign. Jadi, saya mohon pihak kementerian menjelaskan secara terperinci agenda pembangunan pelancongan Tasik Pedu.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, perkara yang kedua ialah Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Mong Gajah Tasik Pedu turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pihak NCER Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat EXCO Pelancongan Negeri Kedah serta Majlis Daerah Padang Terap atas kejayaan merealisasikan projek peningkatan kemudahan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
pelancongan Mong Gajah Pedu yang telah diluluskan dalam Rolling Plan Ketiga tahun 2023 RMK12.
Alhamdulillah, projek ini dilaporkan telah mencapai kemajuan 96 peratus dan dijangka diserahkan kepada Majlis Daerah Padang Terap pada Disember 2026.
Dengan menara tinjau setinggi 10 meter, laluan pejalan kaki sepanjang 700 meter serta panorama indah Tasik Pedu dan Gunung Kerengga, saya yakin Mong Gajah berpotensi menjadi ikon pelancongan baru negeri Kedah.
Taman Rekreasi Mong Gajah ini dilengkapi dengan pelbagai perkara seperti astaka, surau, tandas, kios informasi serta tempat letak kereta dan kenderaan basikal. Selepas dibuka kepada orang ramai, pelbagai aktiviti pelancongan akan diperkenalkan termasuk ATV bahkan lokasi Mong Gajah ini akan menerima secara sulung peringkat antarabangsa iaitu Perhimpunan Peminat Kenderaan Land Rover peringkat Asia yang dijadualkan Januari pada tahun depan.
Pembangunan pelancongan Mong Gajah melibatkan pembangunan empat zon dengan keluasan keseluruhan 37 ekar dengan anggaran kos sebanyak RM44 juta. Antara komponen yang dicadangkan termasuk tapak perkhemahan, glamping, tapak kenderaan rekreasi atau RV, pelantar melihat bintang, amphitheater...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
45 saat Yang Berhormat.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
...Serta kemudahan rekreasi air. Pada Jun 2026, penggulungan. Dalam jawapan soalan Padang Terap, MOTAC menjelaskan bahawa cadangan perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri melalui BPAN sebelum diangkat kepada MOTAC dan Kementerian Ekonomi mengenai penerusan pembangunan bagi fasa seterusnya.
Soalan saya, apakah perancangan terkini MOTAC dengan kerjasama rentas Kementerian Ekonomi untuk meneruskan agenda peningkatan kemudahan pelancongan Mong Gajah tersebut di dalam RMK13? Saya mohon pihak Tourism Malaysia dan MOTAC merangka promosi khusus yang menghubungkan Mong Gajah dengan produk pelancongan Tasik Pedu Ulu Muda dan kawasan sekitarnya di dalam agenda dan takwim pelancongan Malaysia. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism dan Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Persoalannya, sejauh manakah peruntukan ini dapat diakses oleh para pengusaha perancangan komuniti seperti di kawasan Rundum, Kemabong dan Melalap bagi memperkasa manfaat peruntukan agar dapat dinikmati oleh rakyat?
Tenom mencadangkan agar bantuan bersasar diberikan bagi kemudahan penginapan, keselamatan aktiviti, pemasaran digital dan latihan pengurusan. Pada masa yang sama, belia Murut perlu diberikan latihan pemanduan pelancongan dan penceritaan sejarah agar mampu mengendalikan pengalaman pelawat secara profesional.
Kementerian hendaklah memperincikan syarat kelayakan dan menyediakan bimbingan permohonan kepada komuniti pedalaman.
Yang Berhormat Pengerusi, ketiga Butiran 030400 – Warisan Negara dan Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah. Tenom memohon kementerian menjelaskan status penyelidikan perlindungan dan pewartaan tapak berkaitan perjuangan Antanom dan Perang Rundum 1915.
Sejauh manakah kerjasama di antara Jabatan Warisan Negara dengan Kerajaan Sabah untuk melaksanakan pemetaan, pendokumentasian dan penilaian arkeologi termasuk mempertimbangkan pengiktirafan bersesuaian berdasarkan hasil kajian yang telah dilaksanakan. Hal ini adalah hasil kajian tersebut berupaya untuk membangunkan jejak warisan Antanom yang menghubungkan Muzium Antanom lokasi peringatan di Kemabong dan tapak sejarah berkaitan di Rundum.
Jejak warisan ini perlu dilengkapi maklumat dwibahasa, penceritaan yang disahkan dan kemudahan lawatan yang menghormati adat komuniti setempat.
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 030500 – Kebudayaan dan Kesenian.
Bagi melengkapkan usaha pemuliharaan warisan ini, Tenom memohon sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara untuk menghidupkan Pusat Kebudayaan Murut, Sabah melalui persembahan berkala, bengkel seni tradisional dan pementasan sejarah Antanom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Kerjasama dengan pengurusan Muzium Antanom juga boleh diteroka bagi menghasilkan kandungan digital dan bahan pendidikan untuk generasi muda.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM). Pelanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia sehingga 2027 membuka ruang untuk memperkasa promosi di Tenom. Selaras dengan sasaran daerah pada Oktober 2026 untuk muncul sebagai destinasi pelancongan ketiga utama di Sabah.
Justeru itu, bagaimanakah pelancongan Malaysia akan menyokong sasaran ini dengan menjalin kerjasama strategik dengan pihak pemain industri pelancongan, perhotelan, industri desa, penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan platform tambahan dalam talian bagi mempromosikan pakej percutian yang menarik, menggabungkan daya tarikan di Tenom seperti kopi Tenom, pamelo Tenom, Taman Pertanian Sabah, Rundum Highlands dan pengalaman budaya Murut bagi membantu menjana ekonomi setempat?
Tenom turut memohon kementerian menyelaraskan perkara ini dengan pihak pengendali kereta api bagi meneliti perjalanan pelancongan hujung minggu daripada Tanjung Aru ke Tenom, termasuk sambungan perjalanan dan pengangkutan destinasi. Butirannya sama juga di bawah Butiran 020600 ini.
Tenom mohon kementerian agar mempergiat promosi pelancongan berasaskan komuniti di Sabah, khususnya kepada pelancong dari negara-negara Eropah. Khususnya mereka yang berminat dalam pengalaman budaya, alam semula jadi dan kehidupan masyarakat setempat.
Beberapa tahun lepas, saya pernah pergi ke kedai seni pelancongan dan melihat - dan melihat di atas sendiri produk-produk kraf tangan yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan ini...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
YB Tenom, sila gulung.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
...Di— banyak dibeli oleh pelancong- pelancong luar negara seperti Eropah. Manakala di pelancong Asia pula, hanya pelancong Jepun sahaja yang membeli kraf tangan produk tempatan. Oleh itu, saya mohon agar pihak kementerian untuk memperluaskan pelancong-pelancong kita ke negara-negara Barat ini.
Dan juga butiran yang terakhir ialah Butiran 030800 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya menyokong tadi daripada saudara saya, Ahli Parlimen Batu Gajah yang mencadangkan agar pemakaian batik di Parlimen ini diperluaskan setiap hari.
Dan saya mencadangkan juga agar kita memasukkan pakaian tradisi masyarakat Malaysia seperti pakaian suku kaum saya, pakaian Murut, pakaian Iban,
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Cheongsam, pakaian masyarakat Hindu dan sebagainya. Jadi, saya menyokonglah usaha ini untuk kita menyokong industri hasil kraf tangan penduduk tempatan.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Seterusnya Yang Berhormat Setiu. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan.
Berlaku pertambahan untuk Bajet 2027 iaitu RM989.5000. Merujuk kepada butiran ini berkaitan isu penipuan pakej umrah. Isu ini dekat dengan rakyat Terengganu.
September yang lalu, seorang warga emas berusia 63 tahun dari Besut terkandas di KLIA kerana Visa Umrahnya tidak dapat diluluskan. Beliau rugi RM15,000 dan polis menerima lima lagi laporan berkaitan kes yang sama juga.
MOTAC sendiri memaklumkan lebih 5,000 entiti pelancongan tanpa lesen kini dalam senarai pemantauan dan puluhan daripadanya menawarkan pakej umrah.
Namun setakat Oktober, hanya 15 entiti, termasuk agensi umrah, dikompaun dengan jumlah hampir RM400,000. Puratanya kira-kira RM33,000 bagi setiap entiti, sedangkan kompaun maksimum ialah RM250,000.
Saya tidak menafikan MOTAC telah menyiarkan senarai pantauan dan menjalankan operasi di KLIA, tetapi bagi mangsa, yang paling penting ialah wang mereka dikembalikan kembali. Pakar dari UniSZA telah lama mencadangkan supaya wang jemaah dilindungi melalui akaun amanah insurans wajib atau undang-undang yang lebih tegas.
Soalan saya, adakah jaminan bank bagi agensi umrah benar-benar akan berkuat kuasa pada 1 Januari atau akan di tangguh lagi? Yang kedua, pindaan Akta Industri Pelancongan 1992 yang merangkumi perlindungan insurans dan tribunal pelancongan dijanjikan di bentang akhir tahun lepas atau awal tahun ini, bilakah ianya akan dibentang?
Seterusnya, Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Berlaku pertambahan untuk 2027 iaitu sebanyak RM57.83 juta.
Merujuk kepada butiran ini, saya nak sentuh berkaitan naik taraf jeti Pulau Redang.
Isu ini telah saya bangkitkan acap kali dan terakhir dalam Kamar Khas pada 20
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Oktober yang lalu. Jeti yang sedia ada hanya 2,000 meter panjang dan 4.5 meter lebar dan hampir membenarkan laluan— hanya membenarkan laluan sehala sahaja.
Kenderaan terpaksa mengundur untuk keluar selepas menurunkan penumpang. Ia menyebabkan kesesakan dan risiko keselamatan, terutama pada waktu puncak. Saya ambil maklum jawapan kementerian bahawa permohonan RM9 juta oleh MBKT di bawah RMK12 tidak dapat dipertimbangkan kerana perlu dilengkapkan dahulu kajian penilaian risiko marin (MRA) dan penilaian kesan alam sekitar (EIA).
Namun persoalannya, kajian awal ini memerlukan kos, kepakaran dan kelulusan pelbagai agensi. Pulau Redang bukan aset Terengganu semata-mata, tetapi ikon pelancongan negara dan pintu masuk ribuan pelancong sempena Visit Malaysia 2026-2027 dan Tahun Melawat Terengganu 2027.
Di dalam penggulungan pada 27 Oktober, kementerian sendiri memaklumkan 16 projek bernilai RM79.195 juta...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Sila rumuskan, Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
...Telah diluluskan sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia dan Melawat Terengganu— sebagai persediaan Tahun Melawat Sabah. Saya memohon Terengganu juga diberi perhatian yang sama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2027.
Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan, adakah MOTAC bersedia menyelaras bersama Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar supaya proses kajian dan kelulusan dapat dipercepatkan? Sekiranya permohonan dikemukakan semula, adakah kementerian akan menyokong dan memberi keutamaan kepada projek ini supaya ia siap sesegera mungkin?
Sementara menunggu, apakah langkah segera kementerian untuk menjamin keselamatan dan pengguna jeti, terutamanya pada waktu puncak? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, Yang Berhormat Kepong. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Data rasmi Januari hingga September tahun ini menunjukkan 32.26 juta ketibaan pelawat antarabangsa, meningkat 2.4 peratus.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Walaupun jumlah ketibaan pelawat asing meningkat, jumlah pelancong yang bermalam di Malaysia (overnight), dengan izin, sebenarnya menurun hampir 40 peratus ialah pelawat yang datang dan pulang pada hari yang sama. Kerajaan perlu menarik lebih ramai pelancong untuk tinggal lebih lama dan berbelanja di Malaysia.
Pertama, Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026 – 2027, RM400 juta. Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya, RM175 juta. Menteri mesti mendedahkan pecahan projek, penerima, kos dan hasil setiap suku tahun. Gunakan iklan digital untuk menarik pelancong asing mengikut negara dan minat mereka. Manfaatkan AI untuk membantu pelancong belanja perjalanan, mencari tempat menarik dan menempah percutian.
Menteri mesti menjelaskan berapa banyak tempahan hotel dan pakej percutian yang berjaya dihasilkan melalui kempen promosi kerajaan. Jumlah tuntutan iklan yang tinggi tidak semestinya bermakna promosi itu berjaya. Muka surat 366 pula menyasarkan kadar penginapan hotel hanya 57 peratus pada tahun depan berbanding 56.8 peratus sebenar tahun 2025. Mengapa sasaran begitu rendah?
Kedua, Khazanah mendapati rangkaian penerbangan jarak jauh Malaysia ketinggalan berbanding Singapura dan Bangkok.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
MOTAC perlu bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta syarikat penerbangan untuk menarik laluan yang berdaya maju termasuk ke destinasi luar Kuala Lumpur. Kerajaan boleh menawarkan insentif kepada syarikat penerbangan untuk membuka lebih banyak laluan terus ke Malaysia.
Ketiga, butiran 01400 memperuntukkan RM150 juta bagi penyelenggaraan, kemudahan dan infrastruktur. Nyatakan lokasi, jadual siap dan pihak bertanggungjawab. Utamakan tandas, kebersihan, pengangkutan ke tempat tarikan dan keselamatan. Bangunkan juga aktiviti makanan, budaya dan alam semula jadi yang menarik supaya pelancong tinggal lebih lama.
Akhirnya, kaji semula Malaysia Rumah Kedua-ku (MM2H). Peserta kategori sivil perlu menyediakan deposit tetap USD150,000 dan membeli rumah sekurang- kurangnya RM600,000. Pasnya boleh diperbaharui selepas lima tahun, tetapi rumah tidak boleh dijual selama 10 tahun kecuali untuk menaik taraf.
Sarawak dan Filipina menyediakan laluan tanpa pembelian rumah wajib.
Mengapa kerajaan tidak membenarkan peserta MM2H yang berkemampuan menyewa rumah tanpa diwajibkan membelinya? Permohonan baru pula wajib
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
melalui ejen berlesen dengan caj perkhidmatan sivil boleh mencecah RM40,000.
Mengapa tidak berikan pilihan permohonan terus melalui sistem digital kerajaan?
Kerajaan mendakwa MM2H menjana nilai ekonomi RM8.85 bilion termasuk RM3.82 bilion simpanan tetap bank. Berapa banyak wang benar-benar dibelanjakan di Malaysia? Berapa banyak rumah sudah dibeli? Wang yang disimpan dalam bank tidak sama dengan wang yang dibelanjakan dalam ekonomi negara. Jangan hanya menilai kejayaan melalui jumlah ketibaan atau dana yang diumumkan. Ukurlah manfaat sebenar kepada peniaga, pekerja dan rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Terima kasih, Yang Berhormat Kepong. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Langat. Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam rahmah.
Tenom! Tenom sebut Batu Gajah tu tadi, Hulu Langat pun sebut juga soal berkaitan nak pakai baju batik ni. Kan Hulu Langat sebut tadi hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan juga hari Jumaat.
P.31 01900, B.31 01100. Saya pernah sebutkan, Sipitang. Hulu Langat ni, dalam Daerah Hulu Langat ni kita ni tak ada laut jer.
Tadi saya dengar Ampang bahas tadi, dia ada sebut orang Minangkabau, orang Jawa, orang Mandailing, orang Banjar kan, orang Kerinci. Dekat Hulu Langat ni Dato’ Sri Pengerusi, kita ada suku-suku kaum ni. Ada orang Minangkabau. Kalau orang Minangkabau ni, dia ada peribahasa dia.
[Berucap dalam dialek Minangkabau] Kalau orang Minangkabau ni Dato’ Sri Pengerusi, makanan dia, yang hebat orang Minangkabau ni rendang dia. Ha, kalau orang Minangkabau dia masak rendang memang A lah.
Kemudian, kalau orang Kerinci ni pula, Batang Lupar— betul saya sebut Batang Lupar ni kan?...
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, Batang Lupar. Kalau tak kena cara salah dia punya sebutan dia tu. Kalau orang Kerinci ni pula dekat Hulu Langat ni, belah Sungai Duri tu, ramai orang Kerinci, Sipitang. Orang Kerinci ni mata
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
dia ‘sipet’, ‘sipet’. Sepet. Ha. Kulit dia warna putih, orang dia putih. Dia makanan dia tu, makanan dia sambal pihek. Sambal pihek tu macam kitalah. Sambal belacan. Dia sambal pihek. Kalau orang Jawa pula nasi ambang. Ini saya rasa di antara produk- produk pelancongan yang MOTAC kena tengok.
Kalau kita bicara soal berkaitan dengan gunung, ya, di Hulu Langat ada gunung—bukit, ya ada bukit. Air panas, ya ada air panas. Empangan, ya ada empangan. Jeram, ya ada jeram. Sungai, ya ada sungai. Lombong, ya ada lombong.
Kita ada macam-macam produk pelancongan.
Untuk orang berkelah, ada. Untuk yang nak motivasi, ada. Yang nak buat kerja kahwin, ada. Kemudian ada satu menara di antara Hulu Langat dan juga Ampang tu. Saya kongsi dengan Ampang tu. Yang kalau kita duduk dekat atas bukit tu, kita boleh nampak seluruh Kuala Lumpur.
♫ Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Menyinari hidup-ku ♫ Saya tak tahulah Sipitang itu lagu siapa tu kan. Banyak lagu berkaitan dengan Kuala Lumpur ni. Jadi, inilah produk-produk pelancongan yang kita nak minta supaya MOTAC tolong tengok.
Sebab itu kalau di bulan puasa di Hulu Langat ni, memang kita terkenal dengan program-program mantainya. Program mantai ni, dia Negeri Sembilan pun ada. Program mantai ni, dia kebiasaannya tiga, empat hari sebelum puasa. Tiga, empat hari sebelum nak hari raya tu, memang dia sembelih lembu ataupun kambing.
Dulu ni, dia gotong-royong, tapi sekarang ni sebab ye lah, negara kita semakin maju, dia buat perniagaan, tapi dia meriah. Tiga, empat hari sebelum nak raya, nak bulan puasa tu dia meriah dengan program mantai. Saya nak tengok— MOTAC tolong tengok sikitlah.
Timbalan Menteri, takziah Timbalan Menteri, ya. Nampak terdengkot-dengkot tadi tu. Jangan tiru cerita P. Ramlee. Ha, hari ni kaki abang yang mana berbalut. Kiri ke kanan? Kanan ke kiri? Itu cerita P. Ramlee. Takziah kita ucapkan kepada kita punya Timbalan Menteri. Tak tahu lah dikejar dek anak dara ataupun anak dara yang kejar dia, kan— tapi takziah, tapi saya nak sebutkan mantai. Mantai tadi satu hal.
Kemudian program dodol kita. Ha, tahun depan ni saya dimaklumkan 200 kawah Dato’ Sri Pengerusi. Kita nak masak di Parlimen Hulu Langat ni— 200 kawah.
Kemudian, lemang lagi. Lemang yang kita nak masak ni, di Hulu Langat ni.
Jadi, inilah produk-produk pelancongan yang ada di dalam Parlimen Hulu Langat yang MOTAC nak kena tengok ni.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Betullah, macam saya sebutkan tadi kan. Jeramnya ada, empangannya ada, air panasnya ada, trek nak panjat bukitnya ada, panjat gunungnya ada, motorcross- nya ada, memancingnya ada, nak buat kerja kahwinnya ada, motivasinya ada, perkelahan, perkhemahannya ada, tapi produk-produk yang lain, macam saya sebutkan tadi tu...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Sila gulung Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita ada Minang, kita ada Banjar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita ada Kerinci, kita ada Jawa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Yang Berhormat Hulu Langat, sila gulung.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Belum habis lagi, Pengerusi.
Pengerusi tegur terbantutlah saya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Itulah saya kata gulung. Bersedia untuk landing.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Belum gulung lagi. Masa ada lagilah, Pengerusi. Pengerusi ni pun lah. Saya ni pembahas yang terakhir ataupun ada lagi yang terakhir. Arau? Ah, Arau ni mengganggu betullah, tapi kita sahabat.
Kita teman dan mesra, Arau, insya-Allah. Itu dia, Pengerusi.
Saya nak minta itu supaya produk-produk pelancongan ni dilihat daripada segi keseluruhannya. Sebab kaum-kaum ini ada makanannya, ada adatnya, ada budayanya, ada silatnya, kan. Ada benda-benda yang begini yang kita nak tampilkan.
Suatu pembaharuan yang kita nak bawa di Parlimen Hulu Langat.
Tadi, Sekijang, Dato’ Sri Pengerusi dia jual pantun dekat saya. Cuma, Pak Hasan meletak jawatan ataupun diletakkan jawatan? Ini saya nak minta Pak Hasan jawablah. Baik.
Pergi ke kedai membeli arang... Sekijang— “se-kijang”, maksudnya “seekor kijang” lah. Sekijang tu, kan?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pergi ke kedai membeli arang, Arang dibeli di kedai Ah Kau; Kalau tak nak dibenci orang, Jangan mencuri dan juga menyakau. Ha, ni saya jawab balik ni. Kemudian, pergi ke...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Baiklah, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kejap, kejap. Satu lagi, satu lagi, satu lagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Tolong landing.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, iya lah. Ini pantun, ini pun budaya kita juga ni Dato’ Sri Pengerusi. Pantun ni, ha.
Pergi ke kedai membeli buah, Buah dibeli di kedai Cik Cini; Kalau Pontian ada maruah, Letak jawatan segera hari ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Baiklah, Yang Berhormat Hulu Langat. Memandangkan Yang Berhormat Tanjong Karang...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Lima minit, Yang Berhormat. Teruskan. Teruskan Tanjong Karang.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tanjong Karang bangkit untuk membahaskan Butiran 030400, iaitu warisan negara yang berjumlah RM27 juta.
Tuan Pengerusi, saya menyokong penuh komitmen kerajaan dalam memastikan dana ini diurus secara cekap dan berimpak tinggi untuk memelihara, merestorasi serta membangunkan warisan ketamadunan negara khususnya bagi menyelamatkan bangunan bersejarah, monumen dan tapak arkeologi yang terancam akibat faktor usia dan cuaca.
Tuan Pengerusi, di era globalisasi tanpa sempadan ini anak-anak muda kita terdedah kepada asimilasi budaya luar yang begitu agresif. Apakah gunanya kita
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
membina bangunan mega bernilai berbilion ringgit sekiranya modal insan dan jati diri anak bangsa kita runtuh?
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Dana ini penting untuk mengekalkan warisan tak ketara dan menjalankan program kesedaran agar generasi muda di bawa turun padang melawat tapak-tapak sejarah kita sendiri dan bangga mengenali akar umbi serta asal usul bangsa Malaysia.
Dalam hal ini Tanjong Karang ingin mendesak agar sebahagian daripada peruntukan ini diberi tumpuan khusus untuk membangunkan dan memulihara tapak sejarah unik iaitu kilang gula nipah di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang, Selangor yang telah berumur lebih 100 tahun dan ia nya wajar didaftarkan sebagai tapak UNESCO.
Tapak sejarah ini bukan sahaja bukti ketamadunan dan industri awal negara yang amat berharga. Malah ia turut digunakan sebagai kubu tentera Jepun penuh dengan misteri serta lengkap dengan terowong-terowong rahsia di bawah tanah.
Amat malang sekali tapak ikonik ini telah terbiar begitu sahaja sekian lama tanpa preservasi tanpa restorasi. Tanjong Karang mencadangkan agar ia nya dibangunkan sebagai sebuah produk pelancongan warisan baharu yang unik bagi menarik pelancong tempatan dan juga luar negara.
Tapak ini mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk menjana rantaian ekonomi tempatan dan pulangannya akan pasti dapat dinikmati terus oleh rakyat.
Daripada pengusaha inap desa, pemandu pelancong hingga kepada peniaga kecil, industri kreatif setempat.
Tuan Pengerusi, sebagai penutup RM27 juta ini bukanlah satu nilai yang besar jika dibandingkan dengan maruah sejarah sebuah bangsa dan negara.
Jangan kita jadi— janganlah kita menjadi generasi yang menyesal kemudian hari kerana membiarkan khazanah kita terpendam akibat kedekut melabur untuk tapak warisan kita ini.
Tapak warisan kilang gula nipah di Tanjong Karang ini yang berumur lebih setahun ini telah saya usahakan, telah disuarakan juga beberapa kali di Dewan Yang Mulia ini dan saya juga telah berusaha dengan PADAT Negeri Selangor dan dana awal sekitar RM500 ribu juga telah diperuntukkan, tapi masih lagi tertangguh- tangguh. Jadi saya ingin menegaskan sekali lagi di sini supaya pihak MOTAC akan dapat memberi perhatian dan tumpuan kepada tapak warisan yang berada di Tanjong Karang ini.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Oleh itu saya menyeru pihak MOTAC agar melihat nilai warisan kilang gula nipah dan kubu Jepun ini sebagai aset pelancongan warisan yang sangat-sangat berharga di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang. Seterusnya mengambil inisiatif segera untuk membangunkan tapak khazanah ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Sila gulung Yang Berhormat. Sila gulung.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Okey. Saya beri peluang untuk Yang Berhormat Arau untuk berbahas sebagai pembahas kita terakhir.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berapa minit? Dua minit.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Dia minta satu minit, tapi saya bagi dia 2 minit. Silakan dua minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Satu minit setengahlah. Saya cuma nak jawab pantun saja sebab orang terlampau banyak berpantun.
Yang pertama sekali, di bawah B. 010200. Menteri ini bagus, Timbalan Menteri bagus. Walaupun Menteri tidak berapa fasih, tetapi dia bagus, dia telah menjaga kementeriannya dengan baik dan dia tak boleh mari sebab sudah pasti dia akan menghadiri pilihan raya di Sarawak. Kita sokong dia dan dia boleh menang kalau dia terus menyokong GPS di bawah pimpinan Premier Abang Johari. Gitulah saya tanya itu.
Jadi dengan itu oleh kerana orang banyak berpantun dan saya tidak mahu berbahas panjang, kawan-kawan dah sebut. Saya banyak nak sebut tadi tentang, sikit tentang wilayah dan pantunnya berbunyi begini. Hulu Langat jangan terburu- buru untuk membuat komen sebab jangan jadi harimau luka. Harimau luka selepas kalah di Melaka dia jadi luka, garang satu macam, jangan. Kita hendaklah berbaik- baik untuk semua. Maka pantunnya berbunyi begini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa bawa sampan; Walau kita hidup berasing, Jangan lupa adab dan sopan. Ada tak, ada tak benda-benda yang dipertikai? Jadi saya minta supaya kementerian ini ialah Kementerian Pelancongan. Kita mesti menjaga adab dan sopan. Berwaspada, rakyat Malaysia orang muda, tiap-tiap [Tidak jelas] Kita nak jaga adab dan sopan. Kita tak mahu negara ini seolah-olahnya tidak ada kapten. Kita nak negara ini ada hala tuju. Saya sudah duduk lama dalam Parlimen ini...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Puan Speaker.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di bawah pimpinan DAP dulu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Asal-asalnya dulu 7 Kerusi saja. Kepimpinannya terarah. Sekarang telah pelbagai arah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, silakan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau. Ya lah, adat dan juga sopan memang kita perlu, tapi negara kita ini menuju kehancuran. Kalau kita biarkan dan kita menyokong orang yang curi, orang yang rompak, orang yang sakau.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Sudahlah, masa sudah tamat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu macam mana tu? Ya lah, adab satu hal, sopan, betul, tapi negara kita ini dia nak hancur dah. Yang curi banyak sangat, yang rompak banyak sangat. Ini macam mana ni Arau. Arau pun sokong pencuri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Masa sudah tamat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Arau, mencuri ni sape banyak curi ni? Sapa yang banyak curi ni?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, sebenarnya inilah dia antara kenyataan-kenyataan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Masa sudah tamat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh bagi tahu tu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker, kenyataan yang boleh mengharu-birukan. Kalau kita mula mengungkit, ungkit 30 hari pun tak habis. Kita kalau ungkit. Cuma kita tak bagi perhatian kepada kenyataan Menteri untuk tangkap siapa yang sakau. Sekarang ini sebagai Ahli Parlimen di sini saya duduk lama di sini. Semasa PMX duduk di situ, semasa saya duduk di sana, masa PMX duduk di sana, pembangkang ada di sini, saya ada di situ, saya mengalami berbagai-bagai kehidupan yang cukup luar biasa.
Jangan sebut sakau hanya sebelah pihak, banyak pihak terlibat dalam sakau...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Yang Berhormat Arau, saya dah bagi masa tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi cukup. Tak mahu panjang lagi. Terima kasih. Jadilah kementerian yang beradab dan bersopan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau andai kata ada bukti, Arau, kalau andai kata ada bukti, mari sama-sama kita buat laporan polis. Kalau ada bukti mari sama-sama kita buat laporan polis dan juga SPRM. Saya sedia bersama.
Saya sedia bersama Arau dah juga Besut untuk kita buat laporan polis dan juga SPRM.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tidak ...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dah ada laporan. Dah ada laporan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jom, kita buat lagi. Arau dah ada laporan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jom kita buat lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hulu Langat ni tuduh— bilion.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Arau, tak jalan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Janganlah kamu cenderung kepada pemimpin yang zalim, nanti kamu akan disambar oleh api neraka.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Arau, Arau, tak jalan.
Masalahnya buat laporan pun tak jalan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jom, jom. Jom kita buat laporan lagi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia nak buat repot la.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Sila duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita buat repot lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi mungkin bagi amanah, pecah amanah bila bertengkar dia nak berlebih-lebihan. Saya tak mahu. Saya tak mahu hilang pahala saya, saya minta maaf. Terima kasih. Jadilah satu [Tidak jelas] Yang bersopan. Assalamualaikum.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita pun sembahyang jugalah Arau. Jangan Arau, ingat Arau sorang jer sembahyang. Kita pun sembahyang juga.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi
Hulu Langat, Hulu Langat jaga decorum.
Baiklah. Terima kasih kita ada 28 orang pembahas tadi. Jadi sekarang masa untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian bagi sesi perbahasan Bajet 2027 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada hari ini.
Terdapat seramai 28 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengajukan pertanyaan serta memberi cadangan dan pandangan bernas berhubung perkara- perkara di bawah tanggungjawab MOTAC sebentar tadi. Mereka adalah YB Sekijang, YB Tangga Batu, YB Putatan, YB Masjid Tanah, YB Bukit Bendera, YB Sabak Bernam, YB Puncak Borneo, YB Langkawi, YB Port Dickson, YB Lumut, YB Penampang, YB Kuala Kedah, YB Kota Melaka, YB Besut, YB Seputeh, YB Kinabatangan, YB Padang Serai, YB Ampang, YB Batu Gajah, YB Mersing, YB Lubok Antu, YB Padang Terap, YB Tenom, YB Setiu, YB Kepong, YB Hulu Langat, YB Tanjong Karang dan YB Arau.
Terima kasih atas pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Dato’ Sri Pengerusi. Bagi tahun 2027, MOTAC telah diperuntukkan sebanyak RM1.769 bilion. Meningkat sebanyak RM201.35 juta atau pun 12.84 peratus berbanding RM1.568 bilion pada tahun 2026. Ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh sektor pelancongan, seni dan budaya sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Seperti yang dinyatakan oleh YB Masjid Tanah, peningkatan ini sebahagian besarnya melibatkan peruntukan pembangunan yang meningkat sebanyak 90.24 peratus kepada RM511.66 juta
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Peningkatan ini antaranya disebabkan kelulusan lima projek one-line item dengan izin, berjumlah RM330 juta dengan pecahan seperti berikut, Program Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naik Taraf (PPUN) sebanyak RM170 juta.
Penyelenggaraan jeti sebanyak RM50 juta, pemeliharaan dan pemuliharaan tapak bangunan warisan UNESCO sebanyak RM30 juta, pembangunan dan naik taraf program inap desa (homestay) sebanyak RM30 juta dan pembangunan dan naik taraf kawasan ekopelancongan sebanyak RM50 juta.
Secara keseluruhan, peruntukan ini melibatkan 77 projek iaitu 15 projek baharu dan 62 projek sambungan. Ia juga membolehkan MOTAC melaksanakan sebahagian daripada 59 projek yang dipohon pada tahun 2026 dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM954.37 juta. Peningkatan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh infrastruktur dan kemudahan pelancongan, seni dan warisan, meningkatkan daya saing destinasi serta menjana peluang ekonomi kepada pengusaha dan komuniti setempat.
Tadi— walaupun YB Seputeh tak ada, memandangkan perbahasan YB Seputeh agak menarik, yang mana telah menyentuh tentang penggunaan IP maskot Wira Manja. Sesungguhnya penggunaan dan pengkomersialan IP Wira Manja hendaklah mematuhi garis panduan, terma dan syarat Tourism Malaysia bagi melindungi hak pemilikan identiti dan imej maskot tersebut.
Ini termasuk aspek pengubahsuaian reka bentuk, pembangunan karakter, produk komersial, perlesenan serta penggunaan dalam media digital dan animasi.
Walau bagaimanapun, MOTAC melalui Tourism Malaysia mengalu-alukan institusi pengajian tinggi (IPT) sektor swasta dan pihak berkepentingan untuk memanfaatkan IP Wira Manja tertakluk kepada permohonan dan kelulusan.
Semua pihak, khususnya pelajar IPT, turut dijemput untuk meneroka idea dan kerjasama kreatif serta inovatif bagi memperkukuh promosi Wira Manja sebagai maskot pelancongan Malaysia, khususnya dalam generasi muda dan peringkat antarabangsa. Sehingga kini sebanyak 589 permohonan telah diterima dan diluluskan.
Seterusnya, untuk menjawab kepada YB Sekijang dan YB Tangga Batu, MOTAC melalui ITC memang giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
pelancongan mesra Muslim dengan memanfaatkan kemudahan makanan halal, solat, penginapan serta aspek keselamatan dan keselesaan pelawat. Bagi memperkukuh kedudukan Malaysia, ITC memberi tumpuan kepada tiga strategi utama.
Pertama sekali, memperkukuh standard dan kualiti perkhidmatan melalui pengiktirafan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance Recognition dengan izin, MFAR dan Akreditasi Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG). Setakat ini, 143 penyedia perkhidmatan telah mendapat pengiktirafan MFAR dan 390 pemandu pelancong telah mendapat akreditasi MFTG.
Kedua, memperkaya produk pelancongan melalui pelancongan masjid, warisan Islam, budaya dan gastronomi halal.
Ketiga, memperluas pasaran antarabangsa melalui promosi bersasar, misi jualan dan kerjasama industri termasuklah penganjuran World Islamic Tourism Conference (WITC). Kesemua usaha ini berpandukan pendekatan Muslim Friendly, not Muslim only iaitu menyediakan kemudahan mesra Muslim yang turut memberi keselesaan kepada semua pelawat tanpa mengira agama.
Puan Pengerusi, berhubung dengan cadangan dari YB Tangga Batu berhubung cadangan kampung peranakan Chetti sebagai kampung warisan.
MOTAC memohon YB Tangga Batu untuk membincangkan dengan kerajaan negeri dari segi kesediaan kerajaan Melaka untuk cadangan tersebut.
MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara akan bersedia membantu untuk mengangkat kampung peranakan Chetti sebagai tempat warisan. Perkara ini boleh dicalonkan kepada PERZIM melalui Enakmen Pemuliharaan Melaka sebelum diangkat pencalonan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] untuk pertimbangan jawatankuasa.
Seterusnya, YB Putatan, tiada, tak apa, skip dulu. YB Sabak Bernam ada menyentuh tentang memperkasa karya sastera dan pengkaryaan penulis tempatan.
MOTAC mengambil maklum kepentingan mengangkat karya sastera dan penulisan sasterawan tempatan sebagai sebahagian daripada warisan intelektual dan identiti budaya negara.
Walau bagaimanapun, pembangunan industri buku, penerbitan, pengurusan royalti serta usaha pengantarabangsaan karya sastera diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Pada masa yang sama, penggiat sastera juga boleh memanfaatkan geran sokongan sektor kebudayaan yang disediakan oleh MOTAC bagi kategori penulisan, penerbitan, media cetak dan digital, perkaryaan kreatif dalam bidang bahasa dan sastera serta pendokumentasian warisan.
Antara penerimaan sokongan GSSK ialah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Berkenaan dengan cadangan YB Sekijang dan YB Bukit Bendera tentang kemudahan pelancongan mesra OKU, warga emas dan anak kecil.
Sesungguhnya pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan mesra OKU yang turut menjadi antara kriteria utama penilaian Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA). Usaha ini selaras dengan prinsip, “Leave no one behind” di bawah Agenda Pembangunan Mampan 2030 (STG).
Sehingga kini, sebanyak 136 produk pelancongan yang diiktiraf MyTQA telah menyediakan kemudahan asas mesra OKU. Penambahbaikan kriteria MyTQA akan terus menggalakkan penerapan reka bentuk sejagat bagi memastikan kemudahan pelancongan lebih mudah diakses oleh semua. Namun, usaha ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan negeri, PBT, pemain industri dan komuniti setempat.
MOTAC sentiasa mengalu-alukan— sorry. MOTAC menghargai dan mengalu-alukan segala maklum balas dan pandangan yang dikemukakan oleh orang ramai berhubung penggunaan teknologi dan elemen kreatif dalam persembahan. Ini perkara yang ditimbulkan oleh YB Bukit Bendera, yang pandangan tersebut merupakan input yang konstruktif dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu penganjuran acara seni dan budaya negara selaras dengan perkembangan semasa serta keperluan memelihara keaslian warisan budaya.
Untuk makluman, persembahan citra warna berkenaan turut menggabungkan penggunaan instrumen tradisional seperti gendang, serunai, kompang, akordion, viola dan seruling yang dimainkan serta dirakam secara langsung bagi memperkayakan susunan muzik dan mengekalkan elemen seni persembahan.
Sehubungan itu, MOTAC akan terus memperkukuh penglibatan komposer, pemuzik dan penggiat kreatif tempatan dalam penghasilan kandungan persembahan akan datang, di samping menggalakkan keseimbangan antara inovasi kreatif dengan pemeliharaan identiti dan keaslian warisan budaya.
Langkawi tak ada. Juga YB Bukit Bendera, MOTAC mengambil maklum pandangan agar pramugari Malaysia Airlines diberi pilihan untuk memakai tudung ketika bertugas sebagai sebahagian daripada hak dan identiti diri wanita Malaysia.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Walau bagaimanapun, perkara berkaitan dasar pemakaian seragam adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan serta tertakluk kepada dasar pengurusan syarikat penerbangan dan piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). MOTAC menghormati kepelbagaian identiti dan pilihan individu serta mengalu-alukan usaha yang dapat mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia di peringkat antarabangsa.
Tadi YB Sekijang dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat turut menyentuh tentang, apakah strategi kementerian untuk meningkatkan tempoh penginapan dan juga perbelanjaan pelancongan?
Bagi meningkatkan tempoh penginapan dan perbelanjaan pelancong, Tourism Malaysia mempergiat promosi pakej pelancongan bernilai tinggi serta menganjurkan acara berimpak tinggi seperti Citrawarna, Festival Budaya Malaysia, PETRONAS MotoGP dan China GT bagi menarik lebih ramai pelancong dan menggalakkan mereka tinggal lebih lama. Tumpuan turut diberikan kepada segmen pelancongan bernilai tinggi seperti acara perniagaan MICE, pelancongan kesihatan GOV, gastronomi dan perkahwinan bagi menarik pelancong yang berbelanja lebih tinggi. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan pelancongan, malah memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat, khususnya melalui sektor penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan serta perniagaan tempatan.
Berkenaan dengan soalan dari YB Sekijang juga, kriteria pemilihan laluan baharu. Pemilihan laluan baharu memberi keutamaan kepada penerbangan terus dari pasaran antarabangsa ke lapangan terbang di seluruh Malaysia, bukan hanya di KLIA. Ini bagi memudahkan pelancong ke destinasi lain. Antaranya melalui laluan Bangalore ke Langkawi, Chennai-Pulau Pinang, Taipei-Pulau Pinang, Shanghai- Tawau, Guangzhou-Kota Kinabalu dan Jakarta ke Johor Bahru.
Bagi mengukuhkan laluan sedia ada, kerjasama dengan syarikat penerbangan dinilai berdasarkan potensi pasaran, permintaan dan peningkatan kapasiti tempat duduk. Setiap kerjasama juga mempunyai sasaran prestasi yang jelas termasuk jumlah tempat duduk, jualan tiket, ketibaan penumpang dan pulangan pelaburan (ROI). Fokus kita bukan sekadar meningkatkan jumlah penerbangan tetapi memastikan lebih ramai pelancong tiba terus ke destinasi, tinggal lebih lama dan berbelanja di negeri yang dilawati, sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.
Khususnya untuk Sekijang, potensi Sekijang dalam ekopelancongan dan agropelancongan sememangnya boleh diperkasakan melalui produk sedia ada
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
seperti Taman Sungai Kapeh, Taman Eko Rimba Sungai Bantang, TKPM Sekijang dan Agro Mix Farm Pemanis. Selain itu, Bukit Siput juga berpotensi dibangunkan sebagai produk inap desa (homestay) manakala Kampung Sedeng, Kampung Paya Pulai dan Kampung Nelayan Tekam boleh diteroka sebagai aktiviti pelancongan berasaskan air.
MOTAC dan Tourism Malaysia bersedia untuk membantu dari segi latihan pengusaha, pembangunan produk, pensijilan homestay dan promosi pakej pelancongan bersepadu bagi menarik lebih ramai pelawat serta menjana pendapatan komuniti setempat. Sekiranya terdapat kumpulan komuniti di kawasan Yang Berhormat atau mana-mana kawasan Ahli Yang Berhormat, bolehlah cadangkan kepada MOTAC untuk mendapatkan latihan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Menteri. Saya rasa cadangan untuk membangunkan pelancongan di kawasan tertentu memang bagus, tetapi saya nak mencadangkan supaya ada 222 Ahli Parlimen yang ada, kita buat setiap itu, setiap tempat Parlimen itu mesti ada latihan kepada produk-produk pelancongan tersebut supaya kita ada Tourist Guide yang kita latih. Jadi, merekalah yang nanti akan angkatkan ke peringkat kementerian. Kalau tidak, tak sampai, sampai ke bawah.
Jadi, saya cadangkan supaya setiap Parlimen itu diperuntukkan satu latihan khas untuk mereka membangkitkan ataupun isu-isu di kawasan dan akhirnya dilatih betul-betul dan akhirnya diberikan peruntukan yang sesuai dengan keadaannya.
Kalau tidak, kami tiap-tiap tahun Pengerusi, kita bercakap kita nakkan bajet, tak sampai pun dah, dah 4 tahun dah kan? Itu pandangan saya.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
YB Menteri saya mohon.
Pengerusi. Ada satu lagi keadaan di mana saya rasa kita kena boleh juga memperkasakan Pegawai Pelancongan Daerah ataupun negeri supaya mereka yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti produk-produk pelancongan di kawasan-kawasan atau mungkin di Parlimen-parlimen. Terima kasih.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
YB Menteri, Puncak Borneo tadi ada berbahas.
Okey, saya juga mengutarakan supaya pihak MOTAC mengetengahkan National Tourism Digital Mapping ataupun Malaysia Tourism Digital Hub sebab kita sekarang ini, semua maklumat ini berterabur. Jadi, sekurang-kurangnya kita ada centralized information yang boleh pelancong ataupun tourists daripada luar negara
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
boleh mempunyai maklumat yang centralized untuk mereka mempunyai semua produk-produk pelancongan yang kita ada di seluruh negara.
Saya juga mengutarakan beberapa perkara di mana saya ada mengutarakan mengenai KPI sebenar untuk Tahun Melawat Malaysia. Saya ingin mengetahui berapakah pencapaian setakat September 2026 dan berapakah sasaran tersebut?
Saya juga ingin mengetahui langkah khusus kementerian untuk meningkatkan penglibatan pengusaha homestay, kraf tangan dan komuniti luar bandar dalam industri pelancongan. Sebab, jika kita lihat kebanyakan program-program pelancongan ini tertumpu di bandar-bandar besar seperti baru-baru ini kita ada program pelancongan yang macam Water Festival di Bukit Bintang dan sebagainya.
Kalau boleh, kita bawa juga program-program sedemikian ke peringkat negeri-negeri tertentu supaya di setiap negeri ataupun daerah-daerah itu mencapai ekonomi yang diturunkan kepada penduduk di seluruh negara daripada tertumpu kepada satu kawasan. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri, ada lima minit lebih lagi. Sila, gulung.
Tuan Chiew Choon Man
Okey, one by one lah. Okey. So, untuk mula dengan YB Puncak Borneo, berkenaan dengan KPI, nanti kami akan— boleh jawab secara bertulis memandangkan ia more on statistics dan fakta. Berkenaan cadangan tentang satu, saya kira sebagai super apps lah yang adakan maklumat dalam apps tersebut, ini memang cadangan yang sangat bernas memandangkan kita sekarang zaman digital.
Untuk makluman, sekarang kita ada Craft on the Go, satu apps yang akan mengumpulkan segala maklumat usahawan-usahawan kraf tangan yang ada mengikut setiap kawasan, setiap negeri, jenis kraf tangan ada dalam apps tersebut, Craft on the Go. So, mungkin cadangan Ahli Yang Berhormat, mungkin kita boleh bincang balik bagaimana kita boleh terapkan dalam zaman digital sekarang.
Berkenaan dengan penglibatan komuniti luar bandar dalam bidang pelancongan ini, sesungguhnya MOTAC telah memperkasakan penglibatan mereka melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia dan pelesenan pemandu pelancong hos komuniti setempat yang membawa seluruh ekosistem pelancongan ke peringkat luar bandar ataupun desa.
So, program-program ini, dia telah memberi peluang kepada penduduk desa menjadi pengusaha penginapan, menjadi pemandu pelancong, penyedia aktiviti kebudayaan serta pengusaha makanan tradisional. So, pendekatan ini dapat
Tuan Chiew Choon Man
memastikan penduduk komuniti setempat juga dapat menjadi peserta aktif dan menerima manfaat langsung daripada aktiviti pelancongan. So, nanti kalau Yang Berhormat berminat, kita boleh bincang dengan lebih mendalam berkenaan bagaimana komuniti-komuniti khususnya di kawasan Puncak Borneo juga boleh menyertai program seperti ini.
Berkenaan dengan cadangan Ahli Yang Berhormat dari Sekijang dan juga Ampang tentang latihan. Sesungguhnya, MOTAC, kita ada cawangan di setiap negeri dan saya mengambil maklum dengan cadangan untuk kita uar-uarkan latihan kepada lebih banyak komuniti dan sering juga ditanya tentang bagaimana dengan— so, saya pun faham banyak Ahli Yang Berhormat tanya tentang kalau untuk kita wujudkan produk pelancongan baru, untuk kita menambah baik infrastruktur pelancongan dan sebagainya di kawasan masing-masing.
Tuan Chiew Choon Man
Sememangnya MOTAC sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan untuk menaik taraf, membaik pulih dan penyelenggaraan kemudahan serta infrastruktur pelancongan awam. Antara mekanisme yang kita laksanakan adalah melalui program pemulihan, pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf PIPUN. Seperti yang saya katakan tadi, bagi melaksanakan kerja-kerja peningkatan dan penyelenggaraan kemudahan pelancongan.
Untuk makluman juga, perancangan dan pelaksanaan pembangunan serta penyelenggaraan kemudahan pelancongan di setiap negeri adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri melalui unit ataupun bahagian perancangan ekonomi negeri dan juga PBT yang berkenaan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Masjid Tanah nak tanya sebab masa tinggal lagi satu minit lebih. Soalan Masjid Tanah berkaitan dengan KLSCAH di bawah Jabatan Warisan. Mohon respons daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chiew Choon Man
Untuk— saya habiskan dulu, untuk infra dulu, saya jelaskan dulu.
So, MOTAC sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan PBT dalam mengenal pasti keperluan pembangunan dan peningkatan kemudahan pelancongan setempat yang bersesuaian dengan perancangan serta keutamaan kerajaan negeri.
So, MOTAC menyarankan agar Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mengadakan perbincangan bersama pihak kerajaan negeri serta PBT agar mana- mana cadangan pembangunan serta penyelenggaraan kemudahan pelancongan
Tuan Chiew Choon Man
awam di kawasan masing-masing dapat diangkat ke MOTAC melalui Unit Perancangan Negeri untuk dikemukakan kepada agensi Pusat bagi kelulusan peruntukan projek tersebut.
Untuk secara khususnya kepada YB Masjid Tanah, tentang KLSCAH.
Berdasarkan kepada tadi YB bertanya tentang kriteria untuk menjadi sebagai bangunan warisan. Sesungguhnya berdasarkan kepada seksyen 67(2) Akta Warisan Kebangsaan, di situ telah menyatakan kriteria untuk pewartaan, termasuk dari segi nilai sejarah, keunikan, potensi mendidik dan lain-lain.
Secara dasarnya, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara menyambut baik dan mengalu-alukan segala bentuk inisiatif daripada semua pihak dalam usaha membantu memulihara, memelihara dan mengekalkan warisan negara daripada pelbagai pihak. Termasuklah PBT dan juga pihak berkuasa negeri. So, memandangkan masa pun sudah sampai, so saya akan...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya punya soalan, adakah MOTAC ada rekod ataupun pangkalan data institusi warisan yang pernah menerima bantuan insentif ataupun kemudahan berkaitan tanah daripada kerajaan? Boleh jawab secara bertulis. Segala persoalan-persoalan yang Masjid Tanah utarakan.
Tuan Chiew Choon Man
Ya, untuk jawapan yang belum, tak sempat lagi dijawab di sini, termasuk juga soalan daripada Masjid Tanah, kita akan memberi jawapan secara bertulis.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Okey, baiklah itu. Yang Berhormat Menteri, so mana-mana soalan yang tidak sempat dijawab, tolong buat secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Masalah iaitu wang sejumlah RM1,257,318,700 untuk Kepala B.31 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.31 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.31 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.31 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 18 November 2028.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.45 malam]