Nov162026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

draft • 10:00 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin mengumumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, mantan Ahli Parlimen Padang Besar telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 13 November 2026.

Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Zahidi bin Zainul Abidin. Saya berharap semoga semua ahli keluarga beliau terus tabah dalam menghadapi situasi ini.

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Sembrong.

draft • 10:00 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Sembrong nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein [Sembrong] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan perancangan kementerian untuk memperluas infrastruktur stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) ke kawasan luar bandar dan pekan kecil bagi merangsang penyerapan teknologi hijau.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sembrong kerana menanya soalan yang menarik ini.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Kerajaan kekal komited untuk memperluaskan pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan EV di seluruh negara termasuk ke kawasan luar bandar dan pekan kecil bagi memastikan kemudahan pengecasan EV dapat diakses oleh rakyat secara lebih menyeluruh. Ikhtiar ini dilaksanakan secara— selaras dengan Dasar Automotif Negara Nasional, National Automotive Policy (NAP) 2020 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 iaitu NIMP 2030.

Sehingga 30 September 2026, sebanyak 7,341 unit pengecas EV awam telah dipasang di seluruh negara. Terdiri daripada— antaranya 4,992 pengecas ulang alik iaitu alternating current (AC) dan 2,349 pengecas pantas arus terus iaitu direct current.

Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada aspek taburan dan accessibility infrastruktur ini bagi memastikan pembangunan kemudahan pengecas EV ini tidak hanya tertumpu di kawasan bandar utama, malah turut diperluas ke kawasan pekan kecil dan luar bandar berdasarkan keperluan setempat.

Pembangunan kemudahan EV — pengecas EV ini di Malaysia dipacu terutama oleh pelabur sektor swasta melalui pengendali titik pengecas, charge point operator atau CPO yang mengambil kira daya maju komersial (commercial viability) merangkumi tahap permintaan pengguna, kos pemasangan serta kesiapsiagaan bekalan elektrik di sesuatu lokasi.

Yang Berhormat, bagi memastikan peluasan ini dilaksanakan secara terancang, kerajaan menyasarkan pembangunan sebanyak 30,000 unit EV charging point di seluruh negara menjelang tahun 2030, iaitu kira-kira empat kali ganda berbanding dengan sekarang. Sasarannya akan direalisasikan melalui penggalakan pelaburan sektor swasta melalui CPO serta kerjasama dengan kerajaan negeri, PBT dan pemain industri.

Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Puan Yang di-Pertua, bagi menyokong usaha peluasan tersebut, kerajaan telah memperkukuh pendekatan whole-of-government melalui kerjasama antara kementerian, agensi, syarikat utiliti, kerajaan negeri, PBT dan pemain industri. Antaranya, inisiatif yang telah disarankan adalah seperti berikut:

(i) penyeragaman proses kelulusan melalui pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecas EV atau GPP EVCB oleh PLANMalaysia yang berkuat kuasa melalui 15 Ogos 2025.

Garis panduan ini menyeragamkan proses permohonan di semua PBT seluruh Malaysia, Semenanjung Malaysia dan

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Wilayah Persekutuan Labuan serta menetapkan tempoh pemprosesan sehingga 14 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap. Maka, pembangunan yang baharu semua strata, mereka perlu ada EV charging point;

(ii) pengukuhan penyelarasan rentas agensi melalui kerjasama antara Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad

(TNB), PBT dan CPO bagi memudah cara akses tapak, kesiapsiagaan sambungan bekalan elektrik serta penyelesaian isu pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur pengecasan EV; dan

(iii) pemantauan dan penyelarasan di peringkat nasional melalui Mesyuarat Pasukan Petugas EV Kebangsaan (National EV Task Force) yang dipengerusikan oleh MITI serta Mesyuarat Jawatankuasa Pemacu EV Kebangsaan (National EV Steering Committee) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi memastikan isu rentas kementerian dan agensi dapat ditangani secara bersepadu.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sembrong.

draft • 10:00 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan saya mudah saja. Sebenarnya saya mengalu-alukan sasaran 4X tambahan peluasan, iaitu 30,000 unit menjelang 2030. Cuma, saya lihat hari ini dengan harga minyak global melambung, dengan teknologi EV bertambah dan juga kos EV pun menurun dan munasabah, saya tengok sambutan dan penerimaan EV akan lebih meluas dalam masa-masa yang terdekat ini.

draft • 10:00 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong

Jadi, soalan asas saya tadi ialah berhubung kait dengan jurang di antara bandar, lebuh raya utama dengan kawasan-kawasan yang di luar bandar dan terpencil. Dan saya harap bahawa range anxiety dengan izin, dapat ditangani di antara lokasi-lokasi berkenaan dan juga rakyat tidak akan dibebankan dengan kos pemasangan pengecas rumah yang tinggi.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong

Last. Soalan saya ialah Yang Berhormat tadi sebut pendekatan syarikat-syarikat swasta sama ada kerajaan dapat meletakkan syarat kepada syarikat-syarikat ini untuk wajib memasang EV tempatan di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi, lebih-lebih lagi mereka yang menerima insentif kerajaan. Dan keduanya, Yang Berhormat sebut fasal pendekatan whole-of-government approach, sama ada kita telah memikirkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempercepatkan jaringan pengecas awam di pekan-pekan kecil. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Yang Berhormat Sembrong. Untuk menyelesaikan masalah range anxiety ya, kerajaan telah— setakat ini sudah terdapat 148 unit EV charging station (direct current) yang telah beroperasi di kawasan R&R, hentian sebelah serta stesen minyak di lebuh raya utama seperti PLUS, WCE dan LPT. Ini adalah lebuh raya yang jauh, yang mereka memerlukan untuk menyelesaikan isu range anxiety. Setakat ini, sudah ada 20 syarikat CPO telah aktif untuk memasangkan EV- EV charging station dan sebenarnya kita menggalakkan supaya dia— dia chicken and egg. Kalau ada banyak kereta EV, maka sudah tentunya dia akan push towards adoption. Adoption banyak, sudah tentunya lebih ramai CPO akan bergiat aktif untuk memasang EV charging station. Setakat ini kita belum ada mandatori minta mereka pasang di sini dan sebagainya. At this point, kita menggalakkan, sebab dia ada banyak isu.

Sebenarnya, isunya adalah— contohnya kita perlukan substation. Substation ini disediakan oleh TNB. Dia ada— amat— substation ini harganya tinggi dan TNB dia perlu merancang. Dia tidak boleh kata hari ini nak substation, esok sudah ada.

Dia perlukan construction, planning dan sebagainya. Jadi, ada di kawasan- kawasan yang tertentu dia memerlukan substation. Dia kena merancang contohnya di luar kawasan luar bandar dan sebagainya. Dia perlu perancangan memastikan elektrik yang mencukupi kepada substation, bina substation, lepas itu barulah CPO boleh tap into substation dan jual kepada public.

Jadi, semuanya dia mempunyai kos tertentu. Substation bukan murah dan adakah dia mempunyai cukup pengguna untuk cover cost itu? Semua ini ada...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

...Perancangan yang perlu kita laksanakan dengan lebih telitilah ya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Pasu.

draft • 10:10 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih. Banyak kali saya tanya fasal EV ini dan orang yang jawab sama juga Timbalan Menteri, kawan sahabat saya lama. Kerajaan menyasarkan pemasangan sebanyak 10,000 unit pengecas EV awam seluruh negara pada tahun 2025, tapi ia tidak dicapai. Jadi, ketika itu hanya kita dapat 5,624 sahaja tetapi sepertimana yang disebutkan oleh Timbalan Menteri, kita dah dapat naik 7,200. Ini satu kemajuan yang baik. Berdasarkan kepada kadar pengecas yang capai setakat September 2026, mungkin 2026 kita boleh mencapai sehingga 10,000 unit.

Puan Yang di-Pertua, setakat Oktober 2026, sebanyak 141,738 unit EV, sembilan peratus daripada total TIV telah dijual, didaftarkan oleh JPJ. Peningkatan mendadak pada 2025 iaitu 44,413 unit berbanding mula-mula kita mula dulu 3,127.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, soalan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Bagi tahun 2026, setakat Januari – September, yang mencecah 53,000 unit. Soalannya Puan Yang di-Pertua— fasal dah bertanya itu, saya kena bertanya soalan terus ya. Apakah pelan konkrit kerajaan termasuk levi EV dan kerjasama dengan TNB substation— disebut oleh Timbalan Menteri ini— ini masalah dan sebagainya bagi mencapai 30,000 pengecas menjelang 2030 dan bukan setakat jumlah itu sahaja tetapi yang lebih penting lagi ialah ia mencukupi bagi memenuhi keperluan jumlah EV di atas jalan dengan mengambil kira kawasan luar bandar dan pekan-pekan kecil.

Dan seterusnya, apakah asas yang diguna pakai dalam menentukan 30,000 pengecas menjelang 2030? Adakah ia berasaskan nisbah tertentu antara jumlah pengecas dan jumlah EV di atas jalan raya? Termasuk di masa kini, yang di masa kini nisbahnya ialah satu pengecas 20 EV. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih sahabat saya Kubang Pasu yang tanya soalan dengan baik dan juga mempunyai fakta ya. Ini bagus. Sebenarnya kita tengah usahalah ya, pelbagai cara untuk meningkatkan dan sudah amat berjaya setakat inilah. I think is daripada dulu, 2020 hanya 300 lebih kereta EV, sekarang dah mencapai ratusan ribu. Jadi, ini menunjukkan bahawa puluhan ribu kereta EV dan sudah tentunya dia memerlukan EV charging station. Setakat ini sudah ada 7,341 public EV charging station. Jadi, ini adalah amat besar.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Jadi, ini saya rasa kita sudah mempunyai ekosistem yang amat kompetitif dan perlu, of course dia perlu dipertingkatkan lagi dan sasaran kita adalah 30,000. Untuk meningkatkan EV charging station, dia ada pelbagai caranya. Mungkin ada yang melontarkan tentang levi dan sebagainya, kita akan kaji. Setakat ini adalah peringkat kajian, kita tidak boleh laksanakan dengan secara tergesa-gesa kerana dia melibatkan isu lain. Contohnya, tadi saya telah katakan TNB, dia perlu bantu dari segi merancang lebih banyak substation. Kalau substation tidak diselesaikan, dia tidak boleh meluas.

Jadi, kita haraplah TNB untuk bantu kerajaan untuk menyediakan lebih banyak EV charging station dan ultimately adalah dari segi benefit kepada kos. Kita tahu bahawa sekarang kalau kita caj EV di rumahlah ya, dekat rumah. Dia sebenarnya saving kepada pengguna lebih kurang 30 peratus you know, berbanding dengan BUDI95. BUDI95 already the lowest in the world ya, dari segi harga minyak kita lowest in the world. Tapi kalau caj pakai EV, caj di rumah, sebenarnya kosnya boleh saving lagi. According to CPO yang mereka maklumkan kepada kami adalah about 30 percent saving ya.

Jadi, saya rasa dia ada business case. Kalau ada business case, kalau kita perluaskan lebih ramai adoption kepada EV, maka CPO dia ada banyak business harga CPO yang caj di luar, dia akan turun. dia akan turun. Jadi, dari segi itu, kita akan meluas. Jadi, buat masa sekarang, we are pushing very hard.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Kita akan cuba segala banyak pendekatan untuk memperluaskan EV charging station. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan bahawa setiap soalan ditetapkan masa enam minit sahaja tetapi soalan satu sudah mengambil masa 15 minit. Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat tak kira yang tanya atau yang jawab, sila ringkaskan soalan dan jawapan.

Saya jemput Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.

draft • 10:10 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Tanjong Karang nombor 2 . Terima kasih.

draft • 10:10 AM

2. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) [Tanjong Karang] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah kerajaan memperkenalkan kerangka pembiayaan kesihatan nasional yang mampan bagi mengurangkan kebergantungan sistem kesihatan awam kepada peruntukan tahunan serta menangani peningkatan kos rawatan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri Kuala Selangor.

draft • 10:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, jiran saya Tanjong Karang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Timbalan Yang di-Pertua, sepertimana yang telah saya beberapa kali umumkan dan sebutkan dan selaras dengan RMK13, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang melaksanakan transformasi struktur pembiayaan kesihatan melalui pewujudan Dana Kesihatan Nasional (DKN).

draft • 10:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

DKN telah sebenarnya saya bawa sejak penggal pertama saya mengemudi KKM ini dalam dokumen Sihat Bersama 2030 dan kemudiannya, diperincikan dalam Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan di Dewan ini pada tahun 2023, Puan Yang di-Pertua.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sistem pembiayaan kesihatan bolehlah kita bagikan kepada dua. Saya sebutkan nama-namanya. Model Beveridge atau mudahnya yang berpaksikan cukai kerajaan sepertimana di Malaysia dan juga di UK. Dan satu lagi model yang meletakkan ataupun yang berpaksikan, bersendikan penglibatan sumbangan wajib daripada pekerja formal ataupun caruman insurans sosial, pekerja dan majikan mencarum. Ini dikatakan model Bismarck ya. Model Bismarck ataupun skim insurans seperti di negara Jerman.

DKN yang sedang kita rangka ini akan mengekalkan kekuatan model pertama tadi, model apa yang dikatakan dengan izin, tax ataupun tax base ataupun general taxation dengan ertinya cukai, model Beveridge itu. Pembiayaan melalui cukai am yang menjamin liputan menyeluruh kepada semua rakyat di samping mengambil kekuatan model yang kedua tadi, model Bismarck tadi ya. Model yang berasaskan insurans iaitu dana kesihatan khusus yang diurus secara berasingan yang dimaksudkan dengan model yang kedua tadi. Jadi, kita mengambil kerangka pembiayaan nasional yang mampan dan beracukan acuan Malaysia yang mungkin satu, yang sifatnya hibrid.

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, kewujudan ataupun pewujudan DKN merupakan perubahan struktur yang besar. Ia melibatkan penggubalan undang-undang baharu, hubungan- hubungan Persekutuan–negeri dan berkemungkinan turut menyinggung hal terkait Perlembagaan. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan dengan cermat, dengan teliti, dengan berhemah.

Timbalan Yang di-Pertua, pada masa ini KKM sedang memulakan gerak kerja bagi meneliti aspek pembiayaan. Bandingnya, pemodelan ataupun pemodelan aktuarinya, di unjuran-unjurannya, pakej manfaatnya, tadbir urusnya dan asas perundangan DKN itu sendiri selaras dengan konteks Malaysia dan amalan terbaik antarabangsa. Usaha ini turut melibatkan penyelarasan dasar merentasi apa yang diistilahkan sebagai whole-of-government bagi kita menggubal satu DKN yang menyeluruh dan realistik.

KKM menyasarkan penggubalan Akta Dana Kesihatan Nasional menjelang tahun 2029, Yang Berhormat Tanjong Karang. Inilah dia kita harapkan akan dapat menjayakan apa yang diistilahkan sebagai liputan kesihatan sejagat. This is where the funding will also terus untuk mencapai liputan kesihatan sejagat untuk seluruh negara ya. Adapun kalau saya beralih sikit kepada...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Reformasi sektor swasta, ia adalah the reset program. Itu sikit yang boleh saya sebutkan dahulu. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Karang.

draft • 10:20 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Langkah seperti penyumberluaran ke hospital swasta, pelaksanaan sistem DRG dan skim MediAsas insurans hanyalah mekanisme kawalan kos jangka pendek. Ia nya bukan penyelesaian struktur kepada kekangan bajet kementerian.

Adakah kerajaan tidak bimbang bahawa pendekatan KKM tanpa tarikh muktamad bagi mewujudkan dana pembiayaan kesihatan nasional ini akan menyebabkan hospital awam terus terbeban dengan defisit peruntukan tahunan serta kesesakan pesakit untuk bertahun-tahun lagi lamanya? Mohon penjelasan.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Timbalan Yang di-Pertua, saya sangat sedar akan perkara yang disebutkan oleh Tanjong Karang. Meskipun kalau kita mahu menangani cabaran semasa, firefighting yang saya hadapi setiap hari

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

yakni hospital yang terbeban, masa menunggu yang panjang ya— bukan masa menunggu yang panjang, khasnya prosedur-prosedur elektif. Kesemua itu menuntut saya untuk menyelesaikan masalah itu. Satu, yang sifatnya jangka dekat berbanding apa yang saya mahu bina sebagai satu jangka jauh, yakni dana kesihatan nasional itu.

Jadi, kita perlu faham apa yang menjadi bebanan kepada fasiliti kami dan juga apa yang menjadi tuntutan rakyat, patient experience dengan izin, pengalaman pesakit dalam fasiliti-fasiliti kami. Sebab itu kita meletakkan penyumberluaran itu penting Timbalan Yang di-Pertua, sebab kalau kita lihat bagaimana waiting time apa pun prosedur sama ada kardiologi, sama ada nefrologi, kesemua ini hari ini rakyat sudah dapat mengurangkan berbulan waiting time itu ya.

Dan juga dari satu segi, fasiliti-fasiliti itu Tuan Yang di-Pertua, tidak akan dapat kita bina dalam waktu yang terdekat. Untuk membina ICL contohnya, untuk membina kardiotorasik, untuk membina apa pun yang dalam 14 apa yang kita katakan sebagai HSOP ataupun Hospital Services Outsourcing Programme itu adalah satu pada saya sangat bertepatan dengan tuntutan semasa. Adapun jangka jauh, memang kita nak bina dasar ataupun dana kesihatan nasional ini. Jadi, jangan silap faham ya.

Jadi, dua perkara itu adalah satu yang sangat perlu diperhatikan dengan cermat. Bolehlah daripada kawan-kawan, daripada pembangkang boleh menyebutkan ini. Tapi kami kalau duduk on this chair, the ministerial chairs dengan izin, kita akan tahu bagaimana kita mahu menangani tuntutan dan kekangan jangka pendek berbanding apa yang hendak kita capai dalam memperbaiki sistem dan penyampaian perkhidmatan dengan jangka sederhana dan jangka panjang. Jadi, at the end of the day Timbalan Yang di-Pertua, kita mahu memodenkan dan meningkatkan prestasi delivery ataupun perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti- fasiliti kesihatan awam khasnya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Ngeh Koo Ham, Beruas.

draft • 10:20 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua.

Trump menang di Malaysia, Ramai teriak dan suka; Soalan saya nombor tiga.

draft • 10:20 AM

3. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa perlombongan mata wang kripto secara haram di Daerah Manjung, Perak berleluasa. Nyatakan kenapa pengusahapengusaha perlombongan secara haram ini susah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Yang Berhormat Beruas, saya dah jawab soalan ini Julai lalu. Perlombongan mata wang kripto seperti bitcoin secara haram merupakan antara yang diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana lazimnya aktiviti tersebut melibatkan penggunaan bekalan elektrik secara tidak sah, pengubahsuaian meter atau pendawaian elektrik tanpa kebenaran yang boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat utiliti dan meningkatkan risiko kebakaran serta keselamatan orang awam.

Di Daerah Manjung Yang Berhormat, Perak— tindakan penguatkuasaan secara bersepadu antara polis, Tenaga Nasional Berhad telah dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras kegiatan tersebut. Kesalahan berkaitan boleh diambil tindakan di bawah seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990. Manakala perbuatan yang melibatkan khianat boleh disiasat di bawah seksyen 427, Kanun Keseksaan.

Bagi tempoh 2024 hingga Ogos 2026, sebanyak 265 serbuan telah dilaksana di Daerah Manjung dengan 43 tangkapan telah dibuat dan 26 individu telah pun dituduh di mahkamah. Antara cabaran utama dalam membanteras kegiatan perlombongan mata wang kripto secara haram adalah kerumitan dalam mengenal pasti pemilik sebenar, pengendali serta pihak yang mendapat manfaat daripada aktiviti tersebut. Kegiatan ini lazimnya menggunakan crypto wallet atau platform mata wang kripto yang beroperasi di luar negara termasuk melalui penyediaan perkhidmatan berpusat di luar bidang kuasa Malaysia.

Dalam hal ini Yang Berhormat, PDRM dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk CyberSecurity Malaysia, kita laksanakan risikan dan analisis terhadap transaksi dan aliran kewangan bagi mengenal pasti pihak terlibat. Walau bagaimanapun, sekiranya pemilik crypto wallet ini, pengendali platform ataupun penyedia perkhidmatan bekalan berada di luar negara, proses mendapatkan maklumat pemilikan, rekod transaksi dan bukti digital yang diperlukan menjadi lebih kompleks dan bergantung kepada kerjasama dan mekanisme perundangan di peringkat antarabangsa.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Selain itu Yang Berhormat, kegiatan ini turut bersembunyi di sebalik premis sewaan, akaun utiliti entiti pihak ketiga bagi mengaburi pihak berkuasa serta menyukarkan pengesanan terhadap individu yang sebenarnya mengawal dan mengendali operasi berkenaan. Dalam sesetengah keadaan Yang Berhormat, pemilik premis, pemegang akaun elektrik dan individu yang mengendali mesin perlombongan merupakan pihak yang berbeza.

Justeru, kehadiran mesin perlombongan di sesuatu premis tidak semestinya dapat secara langsung mengaitkan pemilik premis atau individu yang berada di lokasi tersebut sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap kegiatan berkenaan. Dari aspek pembuktian pula, siasatan perlu mengenal pasti hubungan di antara suspek dengan premis, bekalan elektrik, perlombongan dan kewangan serta hasil wang kripto yang diperolehi.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Oleh itu kesimpulannya, tindakan beberapa pihak yang terlibat ke muka pengadilan memerlukan keterangan yang mencukupi dan kukuh termasuk keterangan teknikal, forensik dan bukti digital serta bukti berkaitan penyambungan atau penggunaan bekalan elektrik secara tidak sah. Pendekatan ini penting Yang Berhormat, bagi memastikan setiap elemen kesalahan dapat dibuktikan dan rantaian keterangan dapat dilengkapkan sebelum pertuduhan dikemukakan di mahkamah.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Beruas.

draft • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua. Menjawab itu tak cukup. Saya membawa isu ini sekali lagi kerana pengusaha haram bitcoin ini masih berleluasa di Manjung. TNB mengadu mereka memotong antara 100 hingga 150 kes sambungan elektrik haram ke premis-premis bitcoin setiap bulan dan bekalan dan bekalan elektrik disambung semula secara tidak sah, tidak lama setelah sambungan elektrik ke premis-premis bitcoin ini dipotong.

Daripada— soalan saya, daripada perisikan polis, adakah pegawai polis, pegawai TNB atau pegawai Majlis Perbandaran Manjung yang terlibat mendapat rasuah daripada pengusaha-pengusaha ini hinggakan isu sebegini yang semua rakyat nampak pihak polis tidak dapat selesai dan membanteras. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, jika ada maklumat berkaitan pegawai kita yang terlibat dengan rasuah, Yang Berhormat boleh salurkan kepada kita untuk diambil tindakan kerana PDRM tidak kompromi dengan sebarang salah laku. Soalan sama Yang Berhormat telah bangkitkan dulu, sampai

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

hari ini Yang Berhormat tak maklumkan isu tersebut. Jadi, saya tunggu maklumat yang...

draft • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang di-Pertua, saya minta perisikan polis— adakah perisikan polis sudah lumpuh? Itu soalan saya.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Baik, setakat ini...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, tak boleh tanya macam ini.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

...Kita telah pun mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Saya nak maklumkan Yang Berhormat, di Ayer Tawar, statistik kes yang melibatkan di Ayer Tawar, Beruas, Kampung Koh, Pantai Remis, Pekan Gurney, Segari, Setiawan, ada 65 kes yang terlibat dan serbuan kita buat juga tinggi, 65— rampasan 823 dan tangkapan juga dibuat sembilan, rampasan mesin 823, tuduhan kita buat tiga dan sebagainya.

Jadi setakat ini, tiada kes rasuah direkodkan. Tidak ada. Jadi, ini berasaskan rekod risikan kita. Namun demikian, saya sebut kita PDRM, sentiasa serius sebarang dakwaan penglibatan pegawai penguat kuasa dalam aktiviti rasuah atau salah guna kuasa termasuk melibatkan kegiatan penyambungan bekalan elektrik secara haram ke premis perlombongan ini.

Jadi, sebarang maklumat atau aduan berhubung dengan kemungkinan penglibatan yang saya sebutkan tadi, PDRM atau TNB atau pihak berkuasa tempatan akan diteliti dan disiasat. Jadi, sekiranya ada bukti, ada elemen kesalahan, tindakan tegas akan diambil. Ini yang saya nak maklumkan dan PDRM sentiasa bekerjasama dengan semua agensi untuk menangani isu dan cabaran sebenar kompleks ini. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

draft • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Padang Terap ingin membangkitkan daripada keseluruhan tangkapan yang dibuat sejak tahun 2022 sehingga 2026, 3,049 serbuan melibatkan rampasan mesin kripto 75,578. Satu jumlah yang besar yang menunjukkan trend peningkatan bermaksud, pengusaha kripto haram ini tidak takut kepada undang-undang.

Jadi, soalan saya, adakah pihak kementerian ada bercadang untuk menggubal satu undang-undang ataupun akta yang sekarang ini bergantung kepada Akta Bekalan Elektrik 1990. Adakah kerajaan bercadang untuk mempertingkatkan

draft • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

dari sudut hukuman ataupun denda dalam satu undang-undang yang baharu?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, PDRM melalui KDN akan terus kita perkukuhkan penguatkuasaan terhadap kegiatan perlindungan wang kripto ini melalui kerjasama dengan TNB, dengan Suruhanjaya Tenaga, pihak berkuasa tempatan, Suruhanjaya Sekuriti, dan kerjasama ini melibatkan pelbagai sudut. Dan kita juga turut menyokong apa juga perkongsian data-data dan maklumat.

Berkaitan dengan usaha untuk memperkukuhkan perundangan, ia harus melibatkan semua pihak kerana perlombongan kewangan ini terletak di bawah Kementerian Kewangan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Jamaludin bin Yahya, Pasir Salak.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

Lompat si katak lompat, Lompat di tepi paya; Soalan Pasir Salak nombor empat, Mohon Menteri sudi menjawabnya.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah perancangan pembangunan Pekan Kampung Gajah sebagai pusat ekonomi setempat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sentiasa memberi perhatian terhadap usaha memperkukuhkan pembangunan komuniti dan ekonomi setempat di kawasan luar bandar termasuk melalui penyediaan platform yang dapat menyokong penglibatan masyarakat serta pengembangan ekonomi berasaskan potensi setempat melalui Bahagian Pembangunan Komuniti Desa dengan menyediakan Pusat Komuniti Desa

(PKD).

Bagi kawasan Kampung Gajah, pendekatan tersebut disokong melalui PKD Pasir Salak yang terletak di Kampung Gajah, Daerah Perak Tengah. PKD berperanan sebagai platform untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan komuniti. Antaranya latihan-latihan kemahiran dan ICT, pemerkasaan wanita,

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

penglibatan masyarakat, perkhidmatan setempat serta pengumpulan dan sebagai tempat promosi produk usahawan desa.

Sepanjang tahun 2023 hingga September 2026, sebanyak 93 program telah dilaksanakan melalui PKD Pasir Salak dengan penglibatan seramai 1,015 peserta daripada komuniti setempat. Program-program yang dilaksanakan yang merangkumi aktiviti pembangunan kapasiti, ekonomi, komuniti dan penglibatan masyarakat setempat. Pelaksanaan program ini telah memberi manfaat dan memperkukuhkan keupayaan masyarakat serta menyokong pengembangan aktiviti-aktiviti ekonomi sekitar Kampung Gajah.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak RM60,000 telah diperuntukkan untuk pelaksanaan program di PKD Pasir Salak dan RM190,000 diperuntukkan bagi program-program di seluruh negeri Perak. Peruntukan ini digunakan bagi menyokong program-program yang melibatkan komuniti setempat selaras dengan fungsi PKD sebagai platform pembangunan komuniti di kawasan luar bandar. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Salak.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Pasir Salak ingin mengambil kesempatan sebelum mengemukakan soalan tambahan untuk merakamkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa banjir kilat yang berlaku di Changkat Lada dalam FELCRA Seberang Perak semalam. Semoga Allah menggantikan kerugian dengan yang lebih baik.

Baik, soalan tambahan Pasir Salak. Adakah kerajaan bersedia memberikan komitmen untuk menyediakan satu pelan pembangunan bersepadu Pekan Kampung Gajah dengan peruntukan khusus, garis masa pelaksanaan dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak serta pihak berkuasa tempatan agar pekan ini tidak terus ketinggalan berbanding pusat pertumbuhan ekonomi di daerah lain? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Pasir Salak atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, perancangan fizikal berskala besar serta penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pekan dan Perbandaran adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan iaitu Kerajaan Negeri Perak dan juga Majlis Daerah Perak Tengah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Walau bagaimanapun, KKDW berperanan sebagai rakan strategik utama dalam memperkukuhkan ekosistem sosioekonomi dan modal insan komuniti setempat bagi menyokong pertumbuhan kawasan berkenaan. KKDW hanya dapat merancang dan melaksanakan cadangan projek fizikal dan ekonomi berdasarkan cadangan kerajaan negeri dan juga majlis setelah disiasat dan diberi keutamaan berdasarkan keperluan kerajaan negeri.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Dari segi aspek peruntukan dan juga penyelarasan pelaksanaan, KKDW menyalurkan dana peruntukan ataupun pembangunan sosioekonomi secara berterusan melalui bajet tahunan dan Rancangan Malaysia Lima Tahun bagi memastikan pengoperasian dan program berimpak tinggi di Pusat Komuniti Desa, termasuk PKD Pasir Salak berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Maksudnya Yang Berhormat, perancangan secara menyeluruh perlu dirancang oleh pihak berkuasa tempatan, khasnya pejabat daerah dan juga kerajaan negeri yang dikemukakan kepada KKDW untuk pertimbangan dan prioriti. KKDW akan menyiasat, memberi prioriti dan memberi dana-dana yang berkaitan bagi kita memastikan kawasan berkenaan berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Terima kasih Datuk Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri. Kita difahamkan kerajaan telah banyak menyediakan pelbagai program pembangunan luar bandar ini, termasuk jumlah peruntukan yang sangat besar. Tetapi sejauh manakah peruntukan tersebut mampu meningkatkan pendapatan rakyat? Soalan saya, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan bagaimana KKDW ini mengukur peningkatan pendapatan isi rumah, penambahan usahawan dan juga peluang pekerjaan di pekan-pekan kecil di luar bandar? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB, atas soalan tambahan.

Untuk makluman, sebenarnya untuk pembangunan utama di kawasan luar bandar, KKDW adalah kementerian yang melaksanakan pembangunan fizikal secara menyeluruh di pekan-pekan, di kampung-kampung, khasnya projek jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, bekalan elektrik, bekalan air, bekalan lampu jalan kampung dan sebagainya. Program ini dijalankan berdasarkan cadangan kerajaan-kerajaan negeri dan kawasan berkenaan.

draft • 10:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bagi meningkatkan ataupun mengembangkan penglibatan dan ekonomi masyarakat setempat, KKDW mempunyai pelbagai program. Pelbagai program untuk kita memajukan sesuatu kawasan. Khasnya, kita ada Program Desa Lestari, kita ada Program PKD, kita ada program keusahawanan dan juga program-program sosioekonomi peningkatan pendapatan, yang mana fokus kita adalah untuk bukan saja melahirkan kawasan penempatan kehidupan yang sejahtera dan berkualiti tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan dan juga peningkatan ekonomi.

Jadi, program-program keusahawanan dilaksanakan berdasarkan agensi- agensi kita dengan bukan sahaja memberi latihan dan juga pendanaan, maksudnya pembiayaan melalui agensi-agensi kita, malah juga program-program kemahiran yang kita laksanakan di seluruh negara. Kemahiran ini merujuk kemahiran basic community, khasnya wanita. Contohnya, kemahiran dari sudut teknikal, masakan.

Ini program-program yang boleh memberi peluang, ruang peningkatan pendapatan, dan melalui program-program ini yang telah kita laksanakan.

Contohnya, program peningkatan pendapatan khususnya. Kita memberi bantuan latihan, kita memberi dari sudut barangan-barangan ataupun modal dan kita mengukur kejayaan projek berkenaan, program berkenaan berdasarkan peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 10 peratus dalam tempoh pelaksanaan dan enam bulan selepas daripada program berkenaan.

Jadi, pendekatan ini kita gunakan dan alhamdulillah, mostly boleh dikatakan 90 percent program-program yang kita anjurkan, khasnya dari sudut pembangunan sosioekonomi, peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan telah mencapai KPI yang telah kita tetapkan. Soalan ni panjang Yang Berhormat, cuma saya singkatkan dengan jawapan tadi. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.

draft • 10:40 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan daripada Ampang nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Kesihatan menyatakan garis masa RUU Pemakanan bagi mengawal pengambilan nutrisi rakyat akan digubal serta perincian objektif, skop utama cakupan, kos keseluruhan dan mekanisme memastikan penglibatan pakar kesihatan, pemain industri, NGO pengguna, masyarakat umum dan pihak berkepentingan lain dalam proses penggubalan dan pelaksanaannya

draft • 10:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ampang.

Kementerian Kesihatan Malaysia sebenarnya sedang merancang penggubalan rang undang-undang atau RUU Pemakanan yang berorientasikan pendidikan, dengan izin, educational enforcement. Dengan penekanan kepada satu, promosi dan peningkatan kecelikan ataupun literasi kesihatan. Itu pertama.

Kedua, pembudayaan amalan pemakanan sihat dan ketiga, pewujudan persekitaran yang menyokong pemakanan lebih sihat di kalangan rakyat.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua, cadangan penggubalan ataupun RUU Pemakanan telah kita mulakan tahun 2022 dan dilaksanakan secara berfasa. Bagi tempoh 2022 hingga 2024, tumpuan diberikan kepada pelaksanaan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan dan juga input awal berhubung cadangan penggubalan RUU ini.

Seterusnya bagi tempoh 2025 hingga 2026, tumpuan diberikan kepada pemantapan skop RUU itu sendiri, pelaksanaan Analisis Impak Peraturan (RIA) contohnya dan konsultasi teknikal serta pembangunan kerangka perundangan.

Penyediaan draf RUU Pemakanan disasarkan untuk disiapkan pada tahun 2027, tahun hadapan, sebagai persediaan bagi pembentangan di Parlimen.

Antara skop utama adalah perlindungan dan sokongan pemakanan- pemakanan bayi dan kanak-kanak, berkaitan bayi dan kanak-kanak. Kedua, kawalan pemasaran makanan tidak sihat. Ketiga, pelaksanaan pemakanan sihat di institusi dan akhirnya sekali, penyediaan persekitaran yang menyokong pilihan makanan lebih sihat.

Saya ingin tekankan bahawa Akta Pemakanan ini berbeza dengan Akta Makanan 1983 yang lebih menumpu kepada hal yang terkait dengan kawal selia, keselamatan, kualiti, komposisi, pelabelan produk. Jadi, Akta Makanan 1983 dengan Peraturan 1985 itu terkait dengan produk. Di sini adalah lebih kepada aspek-aspek yang ditekankan sebagai aspek pendidikan, berorientasikan pendidikan dengan tiga perkara yang saya sebutkan tadi, termasuklah persekitaran, membina budaya dan literasi ataupun kecelikan.

Anggaran kos keseluruhan akan ditentukan berdasarkan hasil RIA dan keperluan pelaksanaan RUU. KKM telah dan sedang dan akan mengadakan sesi konsultasi dan libat urus bersama agensi kerajaan, pakar-pakar kesihatan, ahli akademik, industri, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan pengguna dan juga masyarakat umum. Pandangan yang diterima akan diambil kira dalam penggubalan

draft • 10:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

RUU bagi memastikan perundangan yang dicapai memenuhi keperluan kesihatan awam dan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ampang.

draft • 10:40 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Menteri.

Nampaknya insya-Allah, kita akan dapat RUU ini pada 2027. Saya sebenarnya bimbang sebab kalau—harap ia nya tidak di-postpone lagilah. Disebabkan kita tengok sekarang Malaysia telah pun dikenali sebagai antara negara yang telah meningkat kadar kebantutannya. Saya rasa kerajaan kena mengambil roh Malaysia ke arah sistem kesihatan healthcare itu dipercepatkan.

Soalan saya kepada Menteri, apakah sebenarnya mekanisme perundangan untuk mengehadkan? Saya tahu ini adalah berkaitan dengan advokasi dan sebagainya tetapi untuk mengehadkan pengiklanan promosi makanan yang tidak sihat ini. Itu yang saya bimbang. Sebab kita tidak ada approach yang holistik dan ia nya tidak menjadi kesan yang begitu tuntas bila kita buat rang undang-undang ini.

Bagaimanakah kerajaan— yang keduanya, memastikan pelaksanaan rang undang-undang ini tidak meningkatkan kos hidup? Sebab saya ambil contohnya Timbalan Speaker...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat soalan sahaja.

draft • 10:40 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ya, soalannya— saya nak bagi contoh sikit saja. Contohnya, bila kita buat satu cukai gula. Kita dapati sebenarnya kos makanan meningkat tetapi rakyat tak tahu sebenarnya itu adalah untuk mencukai. Jadi, saya harap Menteri boleh jawab dengan baik, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya tahu Ampang sangat peka dan prihatin akan perkara ini. Satunya, hal yang terkait dengan kos, insya-Allah ia tidak akan terganggu dengan RUU Pemakanan ini, yang lebih saya katakan bersifat, berpaksikan literasi, berpaksikan pendidikan dan mewujudkan persekitaran. Yang kami ambil ringkasnya juga menggunakan apa yang saya selalu sebutkan sebagai behavioral insight ataupun BI.

Saya sebutkan sebagai alat terakhir manusia, the last human tool untuk membuat, menyenggol ataupun to nudge dengan strategi nudging untuk akhirnya rakyat dapat membudayakan pembudayaan hidup sihat dengan apa punlah pendekatan-pendekatan itu. Jadi, kos tu saya kira tidak akan terkait sebab kita menekankan kepada aspek-aspek pembudayaan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Keduanya adalah— yang pertama tadi adalah untuk bagaimana untuk mengehadkan. Jadi, kita membangunkan rang undang-undang ini yang antara lainnya merangkumi peruntukan untuk mengawal selia pengiklanan, semuanya itu.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dan kawalan ini dicadangkan meliputi semua bentuk komunikasi, pemasaran, termasuk bahan bercetak, media digital dan sebagainya.

Jadi, itu adalah— kita akan dapat untuk kita laksanakan untuk kita mengehadkan bagaimana perkara itu akan dapat kita kawal dengan perundangan ini. Itu sebab itu mustahak untuk mewujudkan rang undang-undang, provinsi, peruntukan-peruntukan dalam rang undang-undang Akta Pemakanan ini, insya- Allah. Terima kasih. Terima kasih, Ampang.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus.

draft • 10:50 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Apa yang diterangkan sebentar tadi ialah tentang pentingnya kita meningkatkan pendidikan ataupun awareness ataupun celik tentang kesihatan kepada rakyat kita. Dan kalau kita tengok di sini dalam Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Kanak-kanak 2023–2030 telah juga menggariskan beberapa inisiatif kawal selia termasuk larangan pengiklanan makanan tidak sihat kepada kanak-kanak dan pematuhan menu standard di taska.

Soalan saya, adakah Akta Pemakanan yang akan digubal ini akan menjadi instrumen perundangan bagi menguat kuasa inisiatif-inisiatif tersebut? Apakah indikator dan sasaran khusus yang akan ditetapkan bagi mengukur keberkesanan akta ini dalam mengurangkan faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang memang menjadi masalah besar dalam negara kita pada hari ini? Terima kasih, Yang di- Pertua.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, sahabat saya Kuala Nerus, ya. Pelan-pelan strategik itu punya perancangan, punya KPI, punya indeks ataupun matriks ukurannya yang tertentu. Peranan strategic plan ataupun blueprint dan juga apa pun yang telah disusun untuk mencapai sesuatu, khasnya dalam perkara yang dibangkitkan oleh Kuala Nerus sebagai BBM ataupun beban berganda malpemakanan itu, memang telah kita terangkan dan telah pun mula kita laksanakan khasnya untuk menangani fenomena bantut atau stunting dan juga lebih berat badan, ataupun obes, ataupun kurang, berlaku serentak di kalangan kanak-kanak kita.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, kesemua itu adalah juga dilaksanakan dalam pelaksanaan KPI, dalam pelaksanaan apa yang dikatakan sebagai blueprint dan strategic plan itu. Itu kita laksanakan sekian lamanya, tetapi yang tertinggalnya adalah semacam satu standalone legislation, dengan izin, satu akta yang mengambil pendekatan tiga perkara yang saya sebutkan tadi: pertama adalah pembudayaan; kecelikan― literasi; dan akhirnya tentang persekitaran yang nak kita bina. Jadi, kedua itu bukannya― istilahnya bukan saling mutually exclusive ataupun saling― dia bersekali. Dia bertindak― perundangan itu perlu ada, peraturannya perlu ada dan strategic planning-nya itu pun ada, dan strategic plan yang mesti dilaksanakan. Kalau tidak, dia tinggal sebagai pelan.

Sebab itu kita dalam penekanan, sub pendekatan saya pada kali ini, kita lebihkan kepada pelaksanaan daripada membawa dokumen demi dokumen. Jadi, no more white plan, no more white paper, blueprint dan sebagainya. Kita hendak footprint. We need pelaksanaan itu sepertimana yang Kuala Nerus tegaskan. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, bagaimana manfaat kerjasama teknologi dengan Alibaba akan diperluas kepada PMKS di seluruh negara.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Baling atas soalan pada pagi ini.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berpandangan bahawa sektor e- dagang perlu bersifat dua hala iaitu bukan sekadar menjadi saluran kemasukan produk luar ke pasaran tempatan, tetapi turut berperanan sebagai wahana untuk membawa produk Malaysia menembusi pasaran antarabangsa. Perkara ini turut ditegaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Perusahaan Kecil dan Sederhana APEC di Guangzhou, China baru-baru ini.

Sehubungan itu, selaras dengan strategi pelan tindakan memperkasa PMKS, khususnya daya akses pasaran, KUSKOP sedang mempergiat kerjasama strategik

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

dengan platform e-dagang global termasuk bersama dengan Alibaba bagi membangunkan inisiatif Malaysia Mall sebagai platform untuk mempromosi dan memasarkan produk PMKS tempatan ke pasaran antarabangsa.

Susulan lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Alibaba Centre, Guangzhou pada 3 September 2026, KUSKOP sedang meneroka beberapa bentuk kerjasama teknologi dan akses pasaran seperti berikut.

Yang pertamanya, program rintis Malaysia Mall bagi pasaran China menerusi platform Tmall dan Taobao yang menyasarkan penyertaan PMKS Malaysia berpotensi tinggi di samping meneroka penggunaan platform Daraz bagi memperluas akses pasaran ke Asia Selatan.

Keduanya, kerjasama SME Corp. Malaysia dengan Lazada Malaysia melalui memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai pada 15 Oktober 2026 sempena Persidangan Enterprise 50. Kerjasama ini melibatkan pembangunan MSME Digital Export Initiative bagi memudah cara pengantarabangsaan digital PMKS melalui ekosistem Alibaba termasuk Alibaba.com, Tmall, Taobao dan Lazada.

Dan yang terakhir, kerjasama Bank Rakyat dengan Alibaba dan Lazada yang sedang diteroka susulan lawatan kerja ke Shanghai pada 22 September 2026.

Sebagai langkah awal, Bank Rakyat akan mengenal pasti 30 hingga 50 PKS berpotensi untuk mengikuti sesi kesedaran, latihan dan program rintis pendaftaran e-dagang di samping meneroka sokongan, pembiayaan, khidmat nasihat perniagaan dan peluang eksport. Sekian, dan terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baling. Baling?

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya.

Manfaat kerjasama dengan Alibaba perlu sampai kepada usahawan mikro di daerah luar bandar seperti kawasan saya di Baling, termasuk pengusaha makanan dan produk tempatan yang memerlukan bimbingan untuk memasuki pasaran eksport. Bilakah penyertaan program rintis akan dibuka dan adakah kementerian akan menyediakan satu saluran permohonan serta bimbingan di peringkat daerah supaya usahawan boleh menyertainya? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Baling di atas soalan tambahan. Dan seperti yang saya maklumkan tadi, bahawa kita telah pun menandatangani satu MoU bersama-sama dengan Lazada. Lazada ini adalah di bawah group Alibaba Group ya. Lazada, kemudian kita ada Tmall, ada Taobao. Jadi,

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

kita akan bekerjasama dengan Alibaba dan juga Alibaba.com. Itu sebabnya pada tahun hadapan, Puan Speaker, kita akan mempergiatkan lagi program kita.

Kita akan turun ke bawah, roadshow kita, untuk menerangkan tentang persefahaman yang ada ataupun peluang yang ada untuk membantu PMKS kita menembusi pasaran antarabangsa melalui Alibaba dan juga Lazada khususnya.

Itu sebabnya kita akan menggiatkan semua pejabat-pejabat kita di seluruh Malaysia, SME Corp. Malaysia terutamanya, untuk mengadakan program pembinaan kapasiti dan latihan di setiap negeri bagi membimbing usahawan untuk memasuki platform e-dagang. So, kita kena pastikan mereka itu faham bagaimana hendak menggunakan platform e-dagang yang kita sediakan untuk membantu mereka menembusi pasaran dan berjaya mempromosikan, memasarkan produk mereka melalui e-dagang ini. Terima kasih, Puan Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh KUSKOP bagi membantu usahawan tempatan menembusi pasaran antarabangsa dan bagi memastikan keberkesanan program-program ini dapat dinilai secara objektif.

Soalan saya kepada Timbalan Menteri, apakah pencapaian terkini eksport PMKS serta koperasi dari segi bilangan usahawan yang berjaya mendapat akses pasaran baharu dan jumlah nilai jualan eksport yang dijana? Dan apakah sasaran KUSKOP pada tahun 2027 merangkumi bilangan syarikat yang disasarkan serta unjuran nilai jualan eksport yang ingin dicapai? Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Di bawah SME Corp. Malaysia, kita ada beberapa program. Apa strategi kita? Kita menyediakan banyak kita punya mekanisme untuk membantu para usahawan kita supaya mereka ini ada ruang dan peluang untuk menembusi pasaran ke peringkat antarabangsa. Di bawah SME Corp., kita ada PKS BIAYA, kemudian PKS MENTOR, PKS SKALA, PKS GLOSMEP.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Dan yang penting juga kita juga membimbing mereka bagaimana mendapatkan pensijilan National Mark of MALAYSIAN BRAND. Itu sebabnya apabila mereka dapat semua mengikuti program ini, Yang Berhormat Betong, mereka akan dapat mencapai beberapa pencapaian dari segi program dan juga penglibatan mereka.

draft • 11:00 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Itu sebabnya bagi sehingga September tahun ini ya, KUSKOP dan agensi telah melaksanakan sebanyak 15 program antarabangsa ya yang melibatkan penyertaan sebanyak 443 syarikat dan koperasi dengan jumlah jualan yang direkodkan sebanyak RM1.5 bilion ya. Dan hasil yang direkodkan, hasil jualan yang kita rekodkan ini adalah daripada syarikat dan juga koperasi bagi sektor-sektor bernilai tinggi seperti industri halal, makanan dan minuman F&B, peralatan, penjagaan kesihatan serta produk elektrik dan elektronik (E&E).

Dan untuk tahun hadapan Yang Berhormat Betong, kita akan mengunjurkan ya banyak lagi program kita, lebih kurang 18 program yang kita telah rancang untuk perdagangan antarabangsa yang melibatkan 340 syarikat dan koperasi export-ready dalam sektor bernilai tinggi seperti oil and gas, elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, halal, serta makanan dan minuman F&B.

Program ini merangkumi penyertaan dalam pameran antarabangsa juga ya.

Internasional eksport yang kita akan sertai dan kita akan buat, bawa kita punya usahawan seramai yang mungkin. Dan unjuran untuk tahun hadapan kita akan mensasarkan jualan sebanyak RM701.9 juta termasuk penerokaan pasaran-pasaran baru seperti negara Kemboja, Taiwan dan Korea Selatan ya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Kerana ini adalah negara yang berpotensi untuk kita tembusi pasaran, membantu para usahawan kita kerana produk kita memang mereka minat kebanyakannya. Itu sebabnya kita nak menembusi pasaran ke negara-negara yang saya sebutkan tadi.

Dan inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KUSKOP dalam memperkukuh daya saing, meningkatkan keupayaan eksport dan memperluas penyertaan PMKS kita ke pasaran antarabangsa, insya-Allah. Kita akan perhebatkan lagi pada tahun hadapan. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah tindakan kementerian dalam menambah baik soal pengurusan keselamatan dan respons kecemasan di kesemua short take-off and landing airports (STOLports) yang beroperasi di Sarawak susulan kejadian helikopter yang terhempas di Long Lellang baru-baru ini

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat*. Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad sentiasa komited dan memandang serius dalam mengambil langkah penambahbaikan bagi memperkukuh kesiapsiagaan pengurusan keselamatan dan tindak balas kecemasan di semua STOLport.

Bagi tujuan tersebut, Malaysia Airports Holdings Berhad akan melaksanakan beberapa penambahbaikan di semua STOLports di seluruh Malaysia. Pertama ialah pematuhan dan dokumentasi. Pihak Malaysia Airport Holdings Berhad telah menyemak dan menambahbaikkan dokumen mandatori termasuk aerodrome manual, safety management system (SMS), manual aerodrome disabled aircraft removal plane, airport wildlife hazard management plan, prosedur operasi standard dan senarai semak berkaitan. Penyediaan dan penambahbaikan dokumen tersebut dijangka diselesaikan sepenuhnya menjelang 30 November 2026 ini.

Selain itu, bengkel penyediaan STOLports Emergency Plan (SEP) telah dilaksanakan pada 28 September hingga 2 Oktober 2026 di Miri bagi memperkukuh kesiapsiagaan kecemasan serta menyokong pematuhan terhadap keperluan berkaitan.

Keduanya ialah penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan aerodrome. Pihak MAHB telah menyediakan pelan penambahbaikan infrastruktur bagi 12 STOLports dengan anggaran kos keseluruhan projek sebanyak RM131 juta. Skop utama merangkumi penurapan semula permukaan aerodrome, penggantian pagar perimeter, pembinaan jalan perimeter dan penambahbaikan bangunan terminal.

Pelaksanaan kerja-kerja tersebut dirancang secara berperingkat mulai tahun 2027 dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang Disember 2028, tertakluk kepada proses perolehan dan pelaksanaan projek.

Ketiga ialah kesiapsiagaan perkhidmatan menyelamat dan memadam kebakaran ataupun (RFFS). Bagi memenuhi keperluan kategori perlindungan kebakaran yang berkaitan, perolehan kenderaan pemadam kebakaran khusus iaitu jentera rapid intervention vehicle (RIV) iaitu merupakan sebuah kenderaan bomba bersaiz kompak yang direka khusus untuk operasi di STOLports telah selesai dilaksanakan dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Mei 2027.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Manakala, proses perolehan bagi pembinaan stesen bomba mini dan penyediaan tangki air di STOLports yang terlibat masih berjalan. Kemudahan berkenaan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2027 dengan anggaran keperluan perbelanjaan modal sebanyak RM22.3 juta.

Keempat ialah pengukuhan sumber manusia dan struktur pengurusan. Pihak Malaysia Airports Berhad turut merancang pengukuhan tenaga kerja melalui pengambilan kakitangan bagi fungsi operasi, kejuruteraan, keselamatan dan pematuhan RFFS serta keselamatan penerbangan atau pun Aviation Security

(AVSEC).

Pengisian keperluan tenaga kerja tersebut dijangka dilaksanakan secara berperingkat sehingga Disember 2028. Sementara itu penggunaan perkhidmatan RELA dan perancangan penglibatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai langkah peralihan sedang diselaraskan bagi menyokong keperluan operasi.

Perjanjian persefahaman MoU berkaitan penglibatan APM disasarkan untuk dimuktamadkan menjelang suku kedua 2027. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Lupar.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Puan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang menyeluruh yang menyentuh pembangunan STOLports di seluruh negara.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris keluarga yang terlibat dalam tragedi di Long Lellang. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya ialah apakah rancangan kerajaan dan MAHB secara khusus untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan fasiliti dalam memastikan kesiapsiagaan di STOLport Long Lellang ini?

Dan baru-baru ini telah dirasmikan sebuah STOLport baru di Bebuling.

Apakah telah diambil kira aspek-aspek keselamatan dan sebagainya bagi memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku? Terima kasih Puan Speaker.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Ya, memang kita ada mempunyai perancangan untuk Long Lellang inilah sebagai permulaan selepas kejadian yang baru-baru ini dan saya jugalah mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Jadi, untuk Long Lellang STOLport ini penambahbaikan dan pemantapan struktur landasan, parkir pesawat dan taxiway antara kerja-kerja penurapan semula

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

resurfacing yang terlibat yang akan dilaksanakan di Long Lellang STOLport ini iaitu berkaitan dengan penurapan ya. Yang akan diturap ialah kawasan apron iaitu tempat parkir pesawat dengan anggaran kos RM1.2 juta dan juga taxiway, ia dengan anggaran kos sebanyak RM224,000 dan juga landasan runway dia juga dengan anggaran kos sebanyak RM7.191 juta dan loji bancuhan mini dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta.

Anggaran kos keseluruhan penambahbaikan untuk Airport Long Lellang ini sendiri ialah sebanyak RM10.615 juta sebagai langkah segeralah. Kerja-kerja penurapan ini dijangka bermula pada suku 2027 dan dijangka siap pada suku pertama 2028.

Juga, untuk memperbaiki di STOLport tersebut, pembelian jentera rapid intervention vehicle (RIV) yang saya sebutkan tadi merupakan sebuah kenderaan bomba bersaiz [Tidak jelas] Yang direka khusus untuk operasi di STOLport akan dibekalkan ke sana. Saiz dan keupayaan kenderaan disesuaikan dengan memenuhi keperluan perkhidmatan menyelamat dan memadam kebakaran serta kekangan unit infrastruktur STOLport. Pembelian ini akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas kecemasan di STOLport.

Satu lagi ialah penempatan satu unit RIV di STOLport adalah mencukupi dan memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam Civil Aviation Directive 14. Setiap unit Rapid Intervention Vehicle ini melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta. Pihak MAHB merancang untuk menambah seramai 15 orang kakitangan secara berperingkat bagi memperkukuh keperluan operasi dan keselamatan STOLports tersebut.

Penambahan ini merangkumi seorang STOLports lead, dua orang juruteknik dan seorang kakitangan operasi yang dijadualkan untuk diambil pada Jun 2027 diikuti dengan tujuh orang anggota Aviation Fire and Rescue Services serta empat orang anggota Aviation Security (AVSEC) yang dijadualkan pada Disember 2027.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi pada masa ini, STOLport Long Lellang hanya mempunyai seorang sahaja anggota AVSEC dan lima anggota RELA bagi melaksanakan fungsi keselamatan dan kecemasan tersebut.

Jadi, berkaitan dengan Bebuling Airport ini, “Bebuling” adalah apa nama— adalah airport di bawah negeri, STOLport di bawah kerajaan negeri. Dan ianya pada masa ini, infranya sudah siap, dah buat test flight pun, tetapi yang sebenarnya belum ada keputusan lagi, belum comply sepenuhnya dan aerodrom-nya pun sekarang ini

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

masih lagi dalam— belum, kita belum menerima permohonan tentang untuk mendapat certification daripada CAAM untuk aerodrom.

Dan juga ada satu lagi, kita panggil Aerodrome Operating License belum juga dipohon. Kita masih menunggu ataupun AOL, Certificate Aerodrome. Jadi semua barang ini, perkara dokumen-dokumen ini, permohonan ini mestilah dibuat. Insya- Allah, apabila ianya telah pun diluluskan akan dilihat menyeluruhlah supaya apa nama— walaupun ianya state, apa nama— state punya STOLport, tetapi requirement CAAM itu tetap sama ya sepertimana STOLport-STOLport yang lain, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 11:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Yang di-Pertua soalan saya, akibat susulan daripada tragedi yang menimpa Long Lellang ni, sejauh manakah kementerian menggantung operasi helikopter dari jenis dan model yang sama sehingga siasatan penuh selesai?

Yang kedua, soalan saya, kita dapati bahawa helikopter yang digunakan dalam tragedi ini telah berusia 35 tahun dan didapati bahawa helikopter itu tidak mempunyai, tiada perakam data penerbangan dan tiada perakam suara kokpit. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan pemasangan perakam suara ini tanpa mengira had berat helikopter ataupun penerbangan lain di semua urusan yang melibatkan perkhidmatan perubatan sebagaimana berlaku baru-baru ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat.

Rasanya tentang siasatan awal ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri hari itu pada semasa persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato Richard lah, daripada Betong ya di mana untuk mengulanginya, pembentangan laporan awal telah pun dibuat kepada Jemaah Menteri pada 16 Oktober.

Secara ringkasnya, siasatan awal daripada Bahagian Siasatan Kawalan Udara mendapati juruterbang memiliki lesen penerbangan yang sah dan berkelayakan untuk mengendali penerbangan tersebut serta memiliki sijil perubatan yang sah. Helikopter tersebut juga memiliki perakuan pendaftaran dan perakuan kelayakan terbang ya yang sah dan disahkan layak terbang pada masa pelepasan.

Siasatan masih diteruskan dan satu laporan muktamad berhubungan kemalangan udara ini perlu disediakan dalam masa setahun di mana semua peralatan, enjin dan sebagainya itu, yang damage itu, yang terbabit dalam accident akan— telah pun dihantar kepada makmal di luar negara untuk melihat apa yang

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

menyediakan enjin itulah ya. Jadi, itulah keadaannya sekarang. Jad, kita dalam masa setahun akan mendapat apa nama— dia punya jawapanlah tentang spesifik kenapa accident itu berlaku.

Keduanya, tentang penggantungan, tetapi sekarang mana-mana kapal terbang layang-layang yang ada untuk digunakan untuk perkhidmatan doktor udara ini yang sebenarnya telah pun melulusi airworthiness test yang dibuat oleh CAAM.

Jadi, tidak ada penggantungan ya. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.

draft • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selesai sudah pilihan raya negeri, Tinggal empat Kerusi Harapan; Mohon jawapan YB Menteri, Soalan saya nombor lapan.* Terima kasih.

[Tepuk] .

draft • 11:10 AM

8. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, perancangan kementerian untuk mempromosikan serta menarik lebih ramai pelancong mengunjungi Kampung Wai di Perlis serta kawasan- kawasan geopark di seluruh negara.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih soalan daripada Kangar. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia akan terus mempergiat promosi geopark di seluruh negara termasuk di Kampung Wai, Perlis dengan menonjolkan keunikan geologi dan alam semula jadinya.

Bagi Kampung Wai, promosi akan memberi tumpuan kepada tarikan utama seperti gua batu kapur ataupun yang sedang viral sekarang, terowong sepanjang 765 meter aktiviti berkayak di Sungai Wai. MOTAC menggalakkan Ahli Yang Berhormat untuk bekerjasama bersama dengan Exco Pelancongan Negeri Perlis untuk sama-sama kita mengenal pasti dan membangunkan produk pelancongan yang berpotensi.

Produk yang dikenal pasti boleh dikemukakan kepada MOTAC dan Tourism Malaysia untuk tujuan promosi. Kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri juga akan diperkukuh bagi membangunkan pakej pelancongan yang menarik dan berbaloi dengan harga atau dengan izin, value for

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

money, sekali gus meningkatkan kunjungan pelawat serta manfaat ekonomi kepada komuniti setempat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kangar.

draft • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ya, terima kasih YB Menteri. Jadi Kampung Wai ini di Kuala Perlis amat berpotensi sebagai pusat pelancongan yang baharu di Perlis. Jadi, adakah MOTAC bersedia menjadikan Kampung Wai sebagai projek rintis pelancongan berasaskan komuniti dengan menyediakan peruntukan khusus untuk menaikkan taraf kemudahan pelancongan seperti jeti, aktiviti rekreasi air serta pembangunan usahawan tempatan? Dan soalan seterusnya, apakah usaha MOTAC untuk menggalakkan pelancong-pelancong supaya tinggal lebih lama di Perlis bagi menggerakkan industri pelancongan? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk usaha merancang dan melaksanakan projek pembangunan di mana-mana kawasan termasuklah di Kampung Wai, Perlis, Yang Berhormat prosesnya adalah melalui Kerajaan Negeri Perlis dengan agensinya Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Perlis ataupun BPENP dan juga PBT.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Chiew Choon Man

So, YB boleh cadangkan kepada PBT dan juga bersama-sama dengan BPENP untuk diangkat projek, cadangan projek tersebut kepada MOTAC untuk kami kemukakan kepada agensi pusat untuk kelulusan peruntukan. Dan saya memang setuju dengan Yang Berhormat tentang usaha kita untuk membolehkan pelawat kita, menggalakkan pelawat kita untuk tinggal lebih lama di Perlis. Maka, kami memang ada beberapa jenis usaha seperti pembangunan pakej pelancongan bersepadu, meningkatkan pengalaman di pelbagai di Perlis dan juga membanyakkan promosi dan juga program-program.

Izinkan saya beri sedikit contoh seperti kami ada pakej pelancongan Perlis iaitu pakej Eco Xventure Tour selama tiga hari dua malam. Kalau Ahli Yang Berhormat minat, nanti boleh join juga sekali yang akan merangkumi aktiviti melihat matahari terbit di Wang Kelian, penerokaan Gua Kelam, lawatan ke Tasik Timah Tasoh dan pengalaman canopy walk di FRIM Mata Ayer. Kami juga telah memberi geran kepada Persatuan Khazanah Kuala Perlis pada 4 hingga 6 September tahun ini untuk menganjurkan program Pesta Air Kuala Perlis di Terusan Lencongan Banjir Barat Kampung Wai.

draft • 11:10 AM

Tuan Chiew Choon Man

Selain itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara juga telah menganjurkan satu program signature tahunan untuk Perlis iaitu program Pesta Angin Timur pada 6 hingga 8 Februari 2026. Selain itu, kami juga telah melancarkan Kempen Program Cuti-cuti Malaysia secara experiences dengan slogan khas, “Perlis Bukan Sekadar Transit” sempena Kempen Melawat Malaysia. Dan untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun ini dari 22 hingga 25 September 2026, kami telah menganjurkan program lawatan media ke Perlis untuk mereka terus mempromosikan Perlis di seluruh liputan media. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenggara.

draft • 11:10 AM

Seorang Ahli

Timbalan Menteri...

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Berkaitan soalan tambahan ini saya nak mengetahui tentang— tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang program-program yang dianjurkanlah untuk menarik yang datang itu lebih bersifat jangka pendeklah.

Jadi, apa yang Tenggara ingin tanyakan adalah, strategi jangka panjang atau kajian yang telah dibuat oleh kementerian untuk memperkukuh penjenamaan geopark sebagai produk pelancongan berimpak tinggi negara termasuk usaha memperluas promosi di peringkat antarabangsa bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelancongan warisan alam dan geologi.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Sebab orang kadang-kadang datang Perlis, tetapi dia terlajak masuk Thailand sebab Thailand lebih banyak hal dekat sanalah, perkara yang cantik.

Terima kasih soalan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih untuk soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, geopark ini— kebetulan rakan saya di sini NRES juga ada bersama. Geopark ini adalah dikendalikan di bawah NRES selalunya dan MOTAC akan bersama-sama— kerjasama dengan NRES untuk kita mengkaji keperluan dari segi pembangunan yang ada ataupun pembangunan pakej bersepadu seperti yang saya katakan tadi berdasarkan keunikan geopark tersebut dan melalui program-program promosi melalui platform digital, program suai kenal untuk kita mempromosikan keunikan geopark kita di dalam negara ataupun di luar negara.

Dan terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Tenggara. Kami akan terus menambah baik dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti program dan promosi untuk mengangkat nama geopark kita ke rantau dunia. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 9, Yang Berhormat Batu tidak ada dalam Dewan. Jadi saya jemput Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat.

draft • 11:20 AM

[Soalan No. 9 – YB. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran (Batu) tidak hadir]

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 10.

draft • 11:20 AM

10. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, pendekatan kerajaan dalam memastikan naratif sejarah dan pembinaan identiti nasional Malaysia mengambil kira kedudukan sejarah, budaya dan agama Islam serta identiti Melayu sebagai salah satu teras penting pembentukan negara, sebagaimana kerangka Perlembagaan Persekutuan, di samping memastikan hak dan kepelbagaian masyarakat lain terus dihormati.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Dato’ Yang di-Pertua– Tuan Yang di-Pertua, kerajaan komited memastikan naratif sejarah dan pembinaan identiti nasional berpaksikan fakta sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan prinsip perpaduan dalam kepelbagaian. Kedudukan sejarah, budaya, agama Islam dan identiti Melayu sebagai antara asas pembentukan negara sentiasa diiktiraf di samping memelihara hak, sumbangan dan warisan masyarakat lain yang turut mencorakkan identiti Malaysia.

Pendekatan ini telah diterjemahkan melalui Dasar Perpaduan Negara yang mengangkat perpaduan dalam kepelbagaian sebagai landasan pembinaan negara bangsa. Dasar ini mengambil kira asas kenegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Institusi Raja-raja Melayu, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian etnik, agama, bahasa dan budaya yang membentuk identiti nasional itu sendiri. Pembinaan identiti nasional bukan bermaksud menghapuskan identiti setiap komuniti, sebaliknya membina jati diri kebangsaan yang dikongsi bersama berteraskan sejarah negara— berteraskan Rukun Negara, patriotisme dan kesetiaan kepada negara. Semangat ini bertepatan

draft • 11:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

dengan cogan kata Jata Negara “Bersekutu Bertambah Mutu” yang mencerminkan kekuatan melalui kesatuan rakyat.

Dan selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Kementerian Perpaduan Negara diberi mandat menerajui Agenda Pembinaan Negara Bangsa yang akan dilancarkan pada 2 Disember tahun ini dan agenda ini memberikan pendekatan kepada pembentukan identiti nasional, penghayatan sejarah, nilai kenegaraan dan rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia. Inilah melangkaui usaha memelihara keharmonian masyarakat semata-mata.

Dalam hubungan ini, pembinaan negara bangsa merupakan proses membentuk kesediaan sejarah— kesedaran sejarah, jati diri, semangat kekitaan dan kesetiaan bersama kepada negara tanpa mengira perbezaan etnik, perbezaan agama dan budaya. Bagi memastikan pendekatan ini berasaskan fakta yang bersifat inklusif, kementerian turut mendapatkan pandangan ahli sejarah, pakar-pakar Perlembagaan, ahli akademik dan juga pakar sosiologi dan kebudayaan.

Bagi memperkukuhkan naratif sejarah ini, kerajaan telah menubuhkan Majlis Sejarawan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Ini adalah sebagai platform penasihat strategik yang menghimpunkan kepada kepakaran sejarah bagi memastikan ketetapan fakta, penelitian sumber berwibawa dan kefahaman sejarah negara yang menyeluruh serta seimbang.

Usaha ini diperkukuhkan melalui peranan Arkib Negara Malaysia dalam memelihara rekod dan dokumen sejarah, autentik serta juga Jabatan Muzium Malaysia dalam memperluaskan penghayatan sejarah, budaya dan warisan negara melalui penyelidikan, pameran dan pendidikan muzium khususnya kepada generasi muda. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tumpat.

draft • 11:20 AM

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Kita lihat akhir-akhir ini generasi muda dan juga kadang-kadang pelancong agak keliru bila melihat banyak sekali pelanggaran bahasa kebangsaan di papan tanda, direktori, papan iklan dan penamaan premis di pusat-pusat membeli belah terutama yang utama. Seolah-olahnya kita berada di dalam negara lain.

Jadi, apakah penyelarasan dan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Perpaduan Negara bersama Dewan Bahasa dan juga pihak PBT serta KPKT untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu ini dihormati dalam sektor awam dan juga komersial?

draft • 11:20 AM

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Dan satu lagi berkenaan dengan isu halal. Bila orang datang ke Malaysia orang akan expect halalnya adalah halal yang betul-betul. Jadi, sekarang ini bila perkara ini dilihat macam isu di bawah KPKT bukan di bawah perpaduan, tapi sebenarnya ia boleh mencetuskan kegusaran di antara kaum kalau isu halal ini dipermainkan. Ini juga perlu tindakan daripada pihak kementerian.

Yang kedua, saya juga ingin melihat dan tanya dari segi pembinaan negara bangsa. Kita berada di Asia ataupun Asia Tenggara, banyak perkara-perkara yang kita kongsi bersama dengan negara-negara lain. Isunya ialah di negara kita, kita belum dan masih lagi banyak perkara yang kita belum patenkan ataupun lindungi ataupun daftarkan strategi di peringkat antarabangsa yang menyebabkan kita mungkin kehilangan...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:20 AM

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Pengiktirafan dari segi asal.

Soalan saya ialah berapakah jumlah warisan yang telah pun diiktiraf oleh UNESCO dan sasaran yang akan dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan ianya dapat dijaga sebagai harta intelek di negara kita? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Banyak soalan. Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Tumpat.

Berkenaan dengan isu papan tanda ini, kita di Malaysia ini memang sedia maklumlah ini adalah di bawah KPKT kementerian dan juga PBT.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dan kita di Kementerian Perpaduan Negara memang setuju dengan tindakan-tindakan mereka dan di bawah itu, mereka mempunyai akta. Kita ada Akta Bahasa Kebangsaan dari segi penggunaan bahasa kebangsaan dan juga kita ada Akta Dewan Bahasa dan Pustaka ini bagi memartabatkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Dan di bawah PBT, kita ada Akta Kerajaan Tempatan dan Undang-undang Kecil. PBT sebagai pengawal selia dan penguat kuasa...

[Tidak jelas] Dari segi garis panduan, kita juga mempunyai beberapa garis panduan di bawah Kementerian Perumahan dan juga Dewan Bahasa.

Dari segi penyelarasan dan pelaksanaan juga kita sentiasa melihat kerjasama di antara KPKT, DBP dan juga PBT dari segi menetapkan dasar dan pemantauan ke atas papan tanda-papan tanda itu.

draft • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kementerian Perpaduan Negara memang berusaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan sebagai medium komunikasi bersama dan juga pembinaan identiti nasional.

Berkenaan dengan pembinaan negara bangsa dan dikatakan kita belum dipatenkan lagi. Saya juga bersetuju Yang Berhormat, hari Sabtu saya telah merasmikan satu summit yang dinamakan The Malaysian Dilemma dan seorang profesor yang terulung negara ini telah menyebut “Malaysia is a state, but not a nation.” Saya pun terkejut. Walaupun kita— apabila dia habis ucapan dia, saya bertanya dengan dia, **“****What do you mean Sir?” **“****Ya, we have been talking about Malaysia since day one. What we have not come to any agreement to say that we are a nation where we have all the various ethnicity, bahasa dicantumkan, diiktirafkan, dihormati...”

draft • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dan saya cakap dengan dia okeylah, kalau begitu betullah ulasan kita bercakap tentang Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini kementerian Perpaduan telah ditugaskan untuk mengadakan proses pembinaan negara bangsa, di mana state combine dengan kepelbagaian yang kita ada ini, ia menjadi kekuatan kepada kita dan itulah usaha kita.

Soalan berkenaan dengan UNESCO...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Menteri. Ringkaskan jawapan masa sudah tamat.

draft • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Di bawah MOTAC dan saya harap MOTAC ada sini untuk menjawab soalan Yang Berhormat. Thank you.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Menteri. Social media kini menjadi antara saluran utama bagi generasi muda mendapatkan maklumat-maklumat seperti sejarah, agama dan identiti negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Apakah strategi kementerian untuk tangani penyebaran maklumat sejarah yang tidak tepat atau salah di mana kandungannya boleh mencetuskan ketegangan agama dan kaum? Dan apakah kementerian sudi bekerjasama dengan Kementerian

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Pendidikan atau Kementerian Komunikasi untuk memperkukuhkan literasi sejarah dan Perlembagaan?

draft • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah satu masalah besar bagi kita pada saat ini di mana generasi muda ini terdedah kepada teknologi baru. Kita mendengar perkara macam-macam teknologi yang telah timbul, terbina di seluruh dunia ini yang dapat mengelirukan masyarakat kita dari segi content, content yang didedahkan. Kita mendengar the deep fake. Deep fake adalah satu program di mana benda-benda yang tidak betul boleh jadikan betul dan mungkin dapat mempengaruh ideologi generasi muda.

Memang kita dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Komunikasi dan juga Kementerian Perpaduan Negara sentiasa bekerjasama dalam menangani various masalah yang menjuruskan kepada isu-isu media. Dan, dalam kajian kita juga satu daripada 10 defisit sosial yang amat susah untuk kita tangani adalah social media selain daripada agama dan juga race. Dan, kita sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian untuk bersama- sama mengatasi masalah-masalah teknologi sekarang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 17 November 2026.” Terima kasih.

draft • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada sesiapa Yang Berhormat yang menyokong?

draft • 11:33 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Saya mohon menyokong.

draft • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:33 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; Akta Setem 1949; Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; dan Akta Kewangan 2025 dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Liew Chin Tong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2026 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah yang berhubung dengan pelaksanaan Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; Akta Setem 1949; Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; Akta Kastam 1967; dan Akta Eksais 1976 dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Liew Chin Tong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:33 AM
Kepala B.27 [Jadual] – Kepala P.27 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita dalam— Majlis dalam Jawatankuasa. Kementerian Kerja Raya, Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahaskan. Di dalam tangan saya terdapat 27 orang yang akan berbahas. Setelah menyemak Peraturan Mesyuarat, Ahli Parlimen Cameron Highlands juga akan berbahas ya.

Jadi, saya mulakan pembahas pertama Yang Berhormat Cameron Highlands, pembahas kedua Yang Berhormat Batang Lupar diikuti Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Gua Musang dan diakhiri dengan Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis memulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Cameron Highlands.

[YB. Cameron Highlands bangun meninggalkan kerusi Speaker dan menuju ke tempat duduknya]

draft • 11:33 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker, siapa Speaker sekarang?

draft • 11:33 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, saya juga Speaker. Saya memilih untuk bercakap di kerusi saya dan itu tidak mengenepikan apa-apa peraturan selepas semakan. Saya akan pulang ke kerusi sebagai Timbalan Speaker sebentar lagi.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, kerusi tak boleh dikosongkan. Boleh lantik sementara untuk duduk di sana. Saya bolehlah duduk sana sementara Yang Berhormat.

draft • 11:38 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

There must be somebody there.

draft • 11:38 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yes, I am here. Jadi, tidak melanggar peraturan— 99, 99A dan 100 membenarkan saya.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

That’s general, 99A itu overruled everything here.

draft • 11:38 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yes.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tapi dalam peraturan mesyuarat yang ada peruntukan, somebody have to be there. Jadi, kalau Speaker tidak ada, ya Speaker Dewan boleh melantik siapa-siapa dalam Dewan ini untuk sementara, while you are debating?

draft • 11:38 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, saya memilih untuk melaksanakan dua perkara itu tersebut sekali.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, unprecedented Yang Berhormat.

draft • 11:38 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ya.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

But I am talking, I am supposed to be talking to the Chair.

draft • 11:38 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

I am talking to myself, to the Minister.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Now you are down there sebagai debater.

draft • 11:38 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yes.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

This is very unprecedented.

draft • 11:38 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yes.

draft • 11:38 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dalam peraturan mesyuarat dah jelas, somebody have to be there. Kalau tidak, boleh dilantik siapa-siapa untuk mengganti sementara waktu.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

We cannot be presiding without the Speaker seating there, on the Chair.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, I have gone through the peraturan. There is no peraturan that doesn’t allow me to speak here...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

That is why we have provision untuk melantik Speaker sementara Yang Berhormat. Dalam peraturan mesyuarat— temporary Speaker while the Speaker is not available on the Chair.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

I think that one is very clear. Tak apalah, Yang Berhormat ya. Saya cuma...

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat memikirkan yang peraturan apa yang dilaksanakan ini tidak— tidak boleh dibenarkan, saya persilakan Yang Berhormat usulkan di dalam Dewan. Baik.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Ketawa] Yang Berhormat boleh lantik siapa-siapa. Saya boleh duduk sementara Yang Berhormat— 10 minit boleh duduk, saya.

[Ketawa] You can appoint anyone here.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya memilih tidak memilih sesiapa ya.

Baik, saya berdiri di sini pada hari ini sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands. Dari jangka masa sama, saya juga mempengerusikan Mesyuarat pada peringkat ini. Ya, itu jelas.

Pengerusi, pada diri, saya ingin bertanya pada Menteri berkaitan perkara P.27 bawah 8100 – Pembinaan Jalan Baru. Cameron Highlands ingin bertanya perkembangan Jalan Pos Sinderut, Lipis, yang anggaran perbelanjaannya sejumlah RM350 juta, jaraknya 34 kilometer, yang telah diumumkan di dalam RMK13 dan juga pembinaan jalan dari jambatan di Pos Lenjang ke Pos Titom, Lipis, kos lebih kurang RM90 juta.

Untuk makluman, jalan Pos Lenjang ke Pos Titom, adalah di bawah kawasan DUN Jelai yang Ahli Dewan Undangannya adalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sendiri.

Saya difahamkan tender telah dibuka, tetapi perkembangan terbaru dimaklumkan telah ditangguh, di mana surat setuju terima kontrak (SST) telah ditangguh. Selain itu juga, enam projek lain juga telah ditangguh dan surat setuju terima kontrak-kontrak itu juga telah ditangguh, tidak ditetapkan waktunya sehingga bila.

Untuk makluman Dewan, projek-projek berkenaan adalah projek pembinaan jalan dari Kampung Sungai Ipil ke Jalan Hutan Melintang, Parlimen Teluk Intan, Bagan Datuk, Timbalan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri.

Jalan dan jambatan konkrit dari Kampung Enggong ke Sungai Mas ke Kampung Bechah Salak, Kuala Krai, Kelantan di bawah Parlimen Kuala Krai.

Pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Kampung Kok Majid ke Pulau Telok Renjuna di bawah Parlimen Tumpat, Kelantan.

Menaik taraf Kampung Wakaf Bunut ke Kampung Saring di bawah Parlimen Pasir Puteh. Naik taraf jalan dari Seksyen 121, Kampung Pong, Pengkalan Hulu Perak di bawah Parlimen Gerik. Menaik taraf Jalan Parit Hailam dari Jalan Parit Raja Darat ke Jalan Parit Karjo. Walaupun di bawah Parlimen Sri Gading, ADUN nya adalah Yang Berhormat Puan Hajah Nor Rashidah binti Haji Ramli daripada BN.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Saya lihat rata-ratanya, semuanya sama ada yang ditangguh ini adalah kawasan-kawasan BN dan PN. Jadi, Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan dalam Dewan ini.

[Tepuk] Apakah sebabnya? Saya tak— agak pelik. Kawasan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri ditangguhkan. Kalau mungkin yang lain-lain itu sebagai Yang Berhormat biasa, mesti ada sebab. Apa yang saya nak tahu ialah, siapa yang membagi arahan ini dan apakah sebabnya? Itu sahaja.

Dengan ini, saya duduk balik sebagai Pengerusi.

[Tepuk] [YB. Cameron Highlands bergerak meninggalkan tempatnya dan ke kerusi Pengerusi]

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 11:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

*[Berdiri] Bismillahirrahmanirrahim.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)*

draft • 11:40 AM

mempengerusikan Jawatankuasa] Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Perintah tetap.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya nak merakamkan kesedihan saya.

Bagaimana Parlimen dihina dan peraturan, atur cara Parlimen tidak diikuti.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dalam peraturan kita...

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tersirat semasa mana-mana persidangan, mesti ada seorang Yang di-Pertua atau seorang Pengerusi kerana beliaulah yang menetapkan semua peraturan diikuti. Kalau Timbalan Yang di-Pertua berucap dan dia juga menjadi pembahas dan juga yang mempengerusikan, siapa yang tentukan beliau menepati peraturan-peraturan ini?

Saya ingin merakamkan kesedihan saya dan bantahan saya supaya Parlimen ini tidak akan menjadi ejekan dan bahan ketawa. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Kita sebagai Ahli Parlimen, mesti memastikan martabat Parlimen ini disanjung tinggi dan dihormati. Jadi, harap apa yang berlaku tadi, kalau

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

ikut peraturan, tidak mengikuti. Bagi saya, tersirat apa yang dinyatakan tadi tidak berlaku dan harus dimansuhkan daripada rekod Hansard kami.

Jadi, memang saya tahu Timbalan Yang di-Pertua akan kata tak ada satu peraturan yang mengatakan mesti dipengerusi, tetapi dalam setiap peraturan itu, tersirat adanya Pengerusi, adanya Yang di-Pertua yang mempengerusikan.

Jadi, yang sudah terang, tak payahlah tulis dalam buku peraturan ini. Harap semua sokong saya dalam isu ini*.

[Tepuk]*

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Beruas. Buku peraturan ada? Di tangan Yang Berhormat Beruas?

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Sila baca semua peraturan tentang mesyuarat. Di mana Pengerusi atau Yang di-Pertua...

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya bercakap. Saya tak suruh Yang Berhormat bercakap. Duduk.

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tadi you nak kata, mana peraturan?

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya suruh sekarang ini, saya suruh nyatakan.

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey, Timbalan Yang di-Pertua, bagi penjelasan.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Sila baca Peraturan 99. Tafsiran peraturan mesyuarat oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Timbalannya adalah muktamad. Perlu Usul sendiri untuk kaji semula.

Jadi, Yang Berhormat, jika tak setuju, usulkan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya tak abdicate tanggungjawab saya sebagai Timbalan Speaker. Saya tidak sekali-kali dalam tempoh yang berkenaan— Yang Berhormat, saya tengah bercakap. Peraturan 42 untuk bercakap...

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya bercakap, Yang Berhormat dengar. Duduk. Saya tak habis lagi ini. I have not— dengan izin, I have not finished...

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

You finish first.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

That is Peraturan 99. Peraturan 99A, kegagalan mematuhi peraturan mesyuarat tidak membatalkan perjalanan mesyuarat dan/atau keputusannya.

Yang Berhormat, pohon perkara tersebut. Dengan izin, it is being ruled aside by this peraturan. Peraturan 100, aturan mengenai perkara yang tidak disyaratkan

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

secara terang dalam peraturan, there is silence, dalam buku ini berkaitan Timbalan Speaker atau Speaker untuk berucap di mana-mana selagi dia ada di dalam Dewan dan tidak abdicate sebagai tanggungjawab Timbalan Speaker.

Saya hanya berpindah tempat duduk. I still Chair the Dewan. That is very clear and an interpretation apa-apa berlaku dalam Dewan ini tetap masih sahih. Itu keputusan saya. Kalau Yang Berhormat tidak setuju, perkara Peraturan 43 adalah jelas. You usulkan. I consider that...

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua...

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

I consider...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

...Hari itu saya sudah nyatakan Peraturan 99 bukan membenarkan kita ada seorang diktator Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua dalam Dewan ini. Ini jelas peraturan ini hanya merujuk kepada...

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tafsiran sesuatu isu.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sebab itu, itu hari saya cadangkan kerana ada Timbalan Yang di-Pertua yang tak faham tentang peraturan-peraturan mesyuarat, kita mesti jelaskan secara bertulis untuk supaya Dewan ini tidak ada seorang diktator. Jadi...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya telah putuskan, Yang Berhormat duduk.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Itulah. Adakah yang kita mahu...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dewan yang mulia ini menjadi satu Dewan di mana...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Seorang diktator memastikan kita duduk atau berbahas.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Nasib Yang Berhormat duduk. Saya— jika tiga, saya akan buat pertuduhan terhadap Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat. Ya, saya masih kekalkan Yang Berhormat bahawa setiap detik persidangan ini dia perlu ada Speaker dekat atas sana, sama ada Pengerusi ataupun Speaker duduk sana. Sebab itu, kita ada ruang Peraturan 7(3) untuk melantik siapa-siapa. Saya cadangkan tadi supaya Yang Berhormat boleh melantik siapa-siapa untuk duduk.

Peraturan 99 itu memang betul ada tetapi di dalam perkara-perkara yang termaktub di dalam peraturan mesyuarat bahawa *there must be a Speaker there.

That one have to be respected. So,* sepatutnya tidak memberi― tidak akan mengakibatkan perselisihan begini jika Yang Berhormat tadi memilih untuk melantik seorang Speaker sementara, while you are debating. I don't question but you have the right to debate as a Member of Parliament tetapi somebody has to be there. Yang vacancy, yang vacant itu adalah merupakan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya kekalkan pendirian saya di awal tadi Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beluran, I abdicate dengan izin, turun sebagai not being a Timbalan Speaker during the speech. I only choose to stand there.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Somebody has to sit there.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Is there― ada tak peraturan itu yang mengatakan saya...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Di dalam guidance perkara- perkara perbahasan, Speaker merupakan rujukan, Speaker guide the House.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yes.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker guide the House. Maknanya, somebody has to be there.

draft • 11:50 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

The Speaker cannot be there while you are talking. You have to be there.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beluran.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya rasa itu jelaslah Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Just chairing the Dewan perlu Speaker duduk di sini. Ada tak di mana-mana? Silent kan?

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya. Perbahasan dalam Dewan...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

It is...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Perjalanan dalam Dewan Yang Berhormat...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

It is...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Have to be guided by the Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yes. It is convention.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

While you up...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dan saya memilih ...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

While you were debating tadi seharusnya, sebaiknya you appoint somebody. Sebab itu, kita ada Provision 7(3) Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Somebody you can appoint.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Inform myself sebagai rekod tadi untuk duduk di atas sana.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, jika Yang Berhormat Beluran pun berfikir apa saya buat tidak betul, usulkan. Kita boleh tambah dalam ini ya.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Peraturan Mesyuarat 36(6).

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Ya. Larangan sangkaan jahat, di mana Beruas telah memanggil Speaker kita sebagai seorang diktator. Ini merupakan satu sangkaan jahat dan perlu ditarik balik di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya memilih untuk menyelesaikan perkara tersebut di peringkat ini saja.

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin merujuk kepada kedua-dua sahabat saya Beluran dan juga Beruas yang saya kira perkara ini memang sepertimana yang kita tahu adalah a precedent case.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yes.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Jadi, saya mohon supaya perkara ini kita— mungkin akan berlaku lagi di masa hadapan. Jadi, kita kena ada satu petua yang jelas tentang perkara ini dan kemudiannya saya kira dalam peraturan-peraturan Majlis ini, saya kira Perkara 77 dan 99 itu harus dibaca bersama Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ketua Backbencher, bila berlaku anomaly, alhamdulillah then only kita boleh pertambahbaikan. Tapi apa yang berlaku tadi masih tidak menggagalkan atau tidak abdicate saya sebagai Pengerusi dalam tempoh saya mempengerusikan Majlis.

draft • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kita balik kepada urusan Majlis kita. Dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 11:50 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Tenang, tenang semua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih Dato' Sri Pengerusi. Batang

draft • 11:54 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Lupar mohon untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Maksud Bekalan dan Pembangunan 27 Kementerian Kerja Raya yang diperuntukkan sebanyak RM10.8 bilion untuk tahun 2027.

Saya terus ke butiran yang pertama iaitu 09280 – Membina Jalan-jalan di bawah tajuk Jalan Raya dan Jambatan di Sarawak yang diperuntukkan sebanyak 564.3 juta untuk tahun 2027. Saya ingin mendapatkan perincian mengenai apakah Jalan-jalan Persekutuan di Sarawak yang tersenarai dalam rancangan pembinaan tahun 2027 dengan menggunakan peruntukan tersebut.

Dato' Sri Pengerusi, saya sebagai wakil rakyat yang berpeluang untuk mendengar penjelasan dan jawapan oleh pihak kementerian di Dewan yang mulia ini memahami bahawa kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan jalan di Sarawak bukan 100 peratus tanggungjawab Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia. Ini kerana kebanyakan jalan di Sarawak terutama di luar bandar juga berada di bawah tanggungjawab kementerian dan agensi seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Selain itu, terdapat juga jalan-jalan negeri yang dibina dan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak melalui MARRIS dan juga jalan yang berada di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan melalui majlis perbandaran dan majlis daerah. Namun demikian Dato' Sri Pengerusi, bagi kebanyakan rakyat di luar sana, persepsi mereka adalah mudah. Semua jalan adalah tanggungjawab JKR. Jika sesuatu jalan itu rosak, mereka mengharapkan pihak JKR untuk menyelenggara dan membaik pulih. Hakikatnya masyarakat umum tidak semestinya mengetahui perbezaan bidang kuasa antara Jalan Persekutuan, jalan negeri, jalan kampung mahupun jalan di bawah pihak berkuasa tempatan.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar kementerian memperkukuh mekanisme penyelarasan aduan secara bersepadu antara agensi Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa tempatan, khususnya melalui aplikasi MyJalan. Setiap aduan yang diterima, walaupun di luar bidang kuasa kementerian sewajarnya disalurkan secara automatik kepada agensi yang bertanggungjawab dengan mekanisme pemantauan susulan sehingga tindakan penyelesaian dilaksanakan.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai jumlah aduan kerosakan jalan raya dari Sarawak yang diterima melalui aplikasi MyJalan sepanjang tahun 2026, termasuk pecahan mengikut agensi yang bertanggungjawab, jumlah aduan yang telah diselesaikan serta jumlah yang masih tertunggak. Lebih penting, adakah

draft • 11:54 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

kementerian mempunyai tempoh masa atau standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan setiap aduan yang diterima mendapat maklum balas dan tindakan dalam tempoh yang munasabah.

Dato' Sri Pengerusi, di bawah butiran yang sama saya juga ingin bertanya mengenai status projek menaik taraf Jajaran Redline Long Stretch dengan izin dan Short Stretch dengan izin, di bawah Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Bilakah ia nya akan dapat disiapkan, terutama bagi jalan-jalan di bawah Redline Long Stretch seperti seksyen Durin–Salim dan Batu Kawa–Padawan? Dan apakah status pengoperasian R&R di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo setakat ini.

Dato' Sri Pengerusi, sebagai kesimpulan saya menyambut baik komitmen kerajaan dalam menyediakan peruntukan pembangunan jalan raya di Sarawak. Saya berharap agar kementerian terus memperkukuh penyelarasan antara semua agensi yang terlibat supaya isu kerosakan jalan tidak berlarutan hanya disebabkan kekeliruan bidang kuasa. Bagi rakyat, tidak penting siapa yang menjaga jalan tersebut. Apa yang penting, jalan yang rosak mesti dibaiki dan keselamatan pengguna mesti diutamakan.

Dato' Sri Pengerusi, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 11:54 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 11:54 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Dr.

Pengerusi.

Dato' Pengerusi, saya terus kepada Kod P.27 Butiran 61000 berkenaan naik taraf jalan-jalan.

draft • 11:59 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya ingin menarik perhatian kementerian terhadap permohonan pelabelan Jalan Persekutuan FT001 laluan Kuala Lumpur–Tanjung Malim dan juga naik taraf Jalan Persekutuan FT228 Bukit Tagar. Perkara ini sudah berulang kali saya bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, pembangunan semakin bertambah dan penggunaan jalan juga semakin meningkat.

Keupayaan jalan sedia ada perlu ditambahbaik bagi mengatasi kesesakan dan menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Saya memahami kerja pelebaran dan naik taraf ini memerlukan peruntukan yang besar, namun saya memohon agar

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

sekurang-kurangnya pelaksanaan secara berperingkat dapat dimulakan. Dengan memberikan keutamaan kepada lokasi yang paling mendesak keutamaan adalah pelebaran Jambatan Sungai Keraci dan Jambatan Sungai Serendah.

Sebagai sebahagian daripada usaha menaik taraf laluan FT008 – Kuala Lumpur–Tanjung Malim. Bagi jalan FT2008 Bukit Tagar masih terdapat bahagian jalan yang berada dalam keadaan yang teruk, lebih-lebih lagi dengan pembangunan yang sedang berjalan di Bukit Tagar dan pertambahan kenderaan berat yang melalui jalan tersebut.

Jadi saya memohon agar dalam perancangan Belanjawan 2027, permohonan naik taraf ini dapat diluluskan bagi mengurangkan kesesakan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya di Hulu Selangor.

Dato’ Pengerusi, seterusnya kod yang sama P.27 Butiran 51000 – Pelbagai Pembinaan dan Butiran 90000 – Lain-lain Pembinaan. Saya mohon kementerian menjelaskan perbezaan kedua-dua butiran ini serta skop pembinaan yang terlibat.

Adakah pemasangan dan naik taraf lampu jalan turut diperuntukkan di bawah butiran tersebut. Menyentuh berkaitan lampu jalan, saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS atas tindakan penambahbaikan pencahayaan lampu di Lebuhraya Utara–Selatan seperti dijanjikan, khususnya jajaran Hulu Selangor.

Terima kasih juga kepada Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE JKR) Hulu Selangor, Selangor atas usaha menyelesaikan masalah lampu jalan di Rawang Bypass susulan isu kecurian kabel yang berlaku. Saya melihat, isu kecurian kabel ini perlu ditangani lebih tegas dan berkesan. Kita tidak mahu selesai sahaja pembaikan, kabel dicuri semula akhirnya kerajaan terpaksa menanggung kerugian dan pengguna terpaksa berdepan dengan jalan yang gelap yang berpanjangan kerana menunggu peruntukan untuk pembaikan semula.

Saya mohon kementerian menyatakan jumlah kes kecurian kabel lampu jalan di seluruh negara serta jumlah kerugian yang ditanggung bagi tempoh 2025 sehingga sekarang. Sekiranya undang-undang atau akta sedia ada perlu dipinda untuk mengenakan hukuman yang lebih berat, saya mohon kementerian dapat menyelaraskan perkara ini dengan segera bersama Kementerian Dalam Negeri dan juga agensi berkaitan.

Dalam masa yang sama, apakah perancangan kementerian untuk memperluaskan pemasangan lampu solar LED dan cadangan pemasangan CCTV di kawasan hotspot yang dikenal pasti sering menjadi sasaran sebagai langkah

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

mengatasi masalah tersebut. Saya berharap perkara ini dapat diteliti dan diberikan pertimbangan.

Dato’ Sri Dr. Pengerusi yang terakhir, masih kod yang sama saya merujuk Butiran 71000 – Pemulihan Infrastruktur Jalan. Saya ingin mengaitkan dengan aspek keselamatan jalan khususnya isu penyelenggaraan pokok. Isu ini telah saya bangkitkan sebelum ini, khususnya melibatkan penyelenggaraan pokok di jalan Sungai Tua, Ulu Yam dan jalan Batang Kali, Genting Highlands.

Walaupun kementerian telah menjelaskan bahawa penyelenggaraan pokok adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan iaitu PBT, namun di peringkat pelaksanaan kekeliruan masih berlaku yang melibatkan PBT dan juga JKR.

Akhirnya, tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang sedangkan kejadian pokok tumbang masih berlaku dan terus mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Justeru, Dato’ Sri Dr. Pengerusi saya mohon supaya kementerian dapat duduk semeja dan menyelaraskan perkara ini bersama dengan KPKT secara serius supaya pembahagian tanggungjawab, sumber peruntukan dan tatacara tindakan dijelaskan sepenuhnya. Sehingga ke peringkat JKR daerah dan PBT supaya tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan pokok ini.

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Klang.

draft • 12:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud Pembangunan P.27 Butiran 02800 – Pemulihan Infrastruktur Jalan dan Jambatan. Dengan peruntukan RM135.965 juta serta Butiran 19000 – Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan sebanyak RM36.2 juta bagi tahun 2027.

Saya ingin membangkitkan tiga perkara berkaitan penyelenggaraan jalan raya, inovasi teknologi pembinaan jalan dan pembangunan aplikasi navigasi TuJu.

Dato’ Yang di-Pertua, setiap tahun kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membaiki dan menurap semula jalan raya. Namun persoalannya, adakah kita sedang menyelesaikan punca kerosakan jalan atau sekadar membaiki masalah yang sama berulang kali.

draft • 12:04 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Di Klang, air bertakung dan banjir boleh merosakkan struktur jalan khususnya laluan yang digunakan oleh kenderaan berat dari kawasan perindustrian dan logistik.

Sebagai contoh, Jalan Pandamaran FT3218 pernah dikenal pasti oleh KKR sebagai lokasi yang menghadapi masalah kerosakan jalan dan air bertakung. Saya mengambil maklum bahawa peruntukan penyelenggaraan Jalan Persekutuan bagi tahun 2027 dilaporkan sebanyak RM2.59 bilion sedangkan anggaran keperluan adalah sekitar RM5 hingga RM6 bilion.

Justeru, saya ingin bertanya daripada RM135.965 juta di bawah Butiran 02800, berapakah jumlah yang diperuntukkan kepada Selangor, khususnya Klang.

Adakah KKR mempunyai pendekatan khusus untuk memastikan jalan yang rosak akibat banjir tidak terus mengalami kerosakan berulang selepas dibaiki. Setiap tahun, kerajaan mengumumkan pelbagai rancangan untuk meningkatkan kualiti jalan raya tetapi rakyat di luar sana tidak merasai perubahannya inilah hakikatnya di Klang.

Dato’ Pengerusi, di bawah Butiran 19000, peruntukan Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan tahun 2027 adalah sebanyak RM36.2 juta berbanding anggaran-anggaran yang dipinda RM84.99 juta pada tahun 2026 iaitu pengurangan sekitar 57.4 peratus. Saya ingin mengetahui mengapa peruntukan penyelidikan dikurangkan begitu ketara. Ketiga, negara memerlukan penyelesaian lebih berkesan terhadap kerosakan jalan raya. Kita tidak boleh terus bergantung pada kaedah menampal jalan berlubang dan menurap semula jalan yang sama.

KKR perlu memperkukuh kajian terhadap bahan turapan yang lebih tahan lasak seperti stone mastic asphalt****,** asphalt terubah suai dengan getah. Teknologi pengukuhan asas jalan dan sistem saliran lebih berkesan. Kita perlu menilai bukan sahaja kos pembinaan awal tetapi juga jangka hayat jalan dan kos penyelenggaraan jangka panjang. Saya mencadangkan supaya Klang dijadikan salah satu lokasi projek perintis jalan tahan banjir dengan kerjasama JKR, universiti tempatan dan institusi penyelidikan.

Saya ingin bertanya, berapakah jumlah daripada RM36.2 juta dikhususkan untuk penyelidikan teknologi jalan tahan banjir dan adakah kementerian bersedia mempertimbangkan cadangan projek perintis ini.

Dato’ Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan isu aplikasi navigasi tempatan TuJu yang dibangunkan melalui kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan pihak swasta. Saya ingin menteri menjelaskan butiran peruntukan sebenar bagi pembangunan dan penambahbaikan aplikasi ini kerana sumber pembiayaan tidak semestinya termasuk di bawah Butiran 19000.

draft • 12:04 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya menyambut baik usaha membangunkan aplikasi navigasi tempatan, namun sekiranya kerajaan mahu menggalakkan rakyat mengurangkan kebergantungan kepada aplikasi seperti Waze, kerajaan perlu menyediakan alternatif yang benar-benar berkualiti, stabil dan boleh dipercayai.

Kita tidak boleh mengharapkan rakyat meninggalkan aplikasi yang berfungsi dengan baik sekiranya alternatif yang ditawarkan belum mampu memberi perkhidmatan setandingnya.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai lima perkara:

(i) berapakah jumlah keseluruhan kos pembangunan TuJu dan berapakah dana awam yang telah dibelanjakan?;

(ii) apakah kaedah pemilihan syarikat pembangun? Adakah melalui tender terbuka atau rundingan terus atau kaedah lain?;

(iii) apakah punca gangguan teknikal apabila jumlah pengguna meningkat?;

(iv) mengapakah TuJu dilaporkan mengalihkan pengguna kepada Google Maps untuk fungsi navigasi sedangkan aplikasi ini diperkenalkan sebagai alternatif tempatan?; dan

(v) apakah garis masa dan anggaran kos tambahan untuk menjadikan TuJu aplikasi navigasi yang berfungsi sepenuhnya?

Saya berharap Belanjawan 2027 menyediakan ruang pembiayaan yang sewajarnya, sekiranya diperlukan untuk memastikan TuJu dapat dipertingkatkan menjadi aplikasi yang benar-benar mampu bersaing dengan Waze dan Google Maps. Sekian, terima kasih.

draft • 12:04 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Klang. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Rakyat Malaysia orang-orang muda, orang Melaka. Yang pertama sekali, saya nak mengalu-alukan warga Temerloh sejahtera. Selamat datang ke Parlimen seramai 14 orang.

[Tepuk] Tap, tap screen, guys. Yang Berhormat Temerloh ada di sini bersama orang-orangnya.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pertama sekali, sebelum saya pergi kepada B, yang saya nak perincikan, saya nak ucap tahniah kepada BN–PN yang telah menang cemerlang di Melaka.

[Tepuk] Tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri. Walaupun telah diuji dengan berat tetapi Allah telah bagi dia kemenangan. Kemenangan hendaklah kita bersyukur dan kita bersabar. Kepada yang kalah, sabarlah. Mungkin masa depan, wallahualam. Kepada Menteri yang nak berhenti, selamat berhenti dan sebagainya.

[Ketawa] Sekarang saya pergi kepada tajuk khusus hari ini yang saya nak bincangkan ialah B.27 050700 – Peruntukan Khas Jurutera Seluruh Malaysia. Yang Berhormat, saya—Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hadir pada hari ini, Menteri bagus, Timbalan Menteri pun bagus, ya. Saya ucap tahniah Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah mendapat ijazah PhD dalam Komunikasi GST. Walaupun kerajaan buat SST, dia dapat ijazah PhD GST. Jadi Doktor Mat GST-lah. Mat Maslan, ya. Jadi, tahniah.

Okey, kita tahu bahawa dalam bawah tajuk ini, kontraktor-kontraktor yang— adalah 119,036. Ini mengikut Hansard 7 Oktober 2025. Kontraktor G1 – 68,000, kontraktor G2 – 23,000, kontraktor G3 – 20,000, kontraktor G4. Daripada kontraktor jumlah ini, 15,185 ialah kontraktor bumiputera yang masuk bawah penyelarasan–– bawah penyelenggaraan. Yang Berhormat, sudah pasti 15,000 ini jauh lebih kecil dibanding dengan 119,000. Jadi, persoalan saya, bagaimanakah kita nak tingkatkan jumlah ini? Tetapi daripada jumlah ini, Yang Berhormat, saya dah bagi tahu rakyat Malaysia sekarang telah— sedang menghadapi kehidupan yang dikawal oleh kartel.

Dalam 19,000 yang mendapat— 15,185 yang mendapat penyelenggaraan ini, kita sedia maklum bahawa mereka ini dibuat melalui proses undi. Apakah undi itu yang terbaik dalam dunia? Yang Berhormat kena ingat, undi ni semua sekarang ni sistem dalam dunia ni dimanipulasi. Undi ni telah diperkenalkan dulu, pada zaman dahulukala. Di zaman moden ini, apakah satu pendekatan baru yang dibuat supaya dia lebih adil?

Kalau undi, kita kena ingat, saya nak salahkan kontraktor yang dapat projek pun tak boleh, orang yang mengambil projek-projek yang telah diundi pun tak boleh.

Orang yang mengambil projek daripada orang yang undi tu kerana dia sudah ada jentera, dia ada peralatan. Dengan itu, dia terpaksa meneruskan kerjayanya. Kalau tidak, peralatannya tak dapat diguna.

Kontraktor yang mendapat penyelenggaraan projek, dapat penyelenggaraan projek hanya satu. Pendekatan hanya bagi seorang satu itu salah. Kita boleh buat mungkin katakan 80 peratus kita bagi sorang satu tetapi lagi 20 peratus kita nak

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

majukan kontraktor yang berkenaan, kita kena bagi dia lebih sedikit supaya dia mampu untuk beli peralatan jentera dan membuat kerja-kerja pemulihan, penyelenggaraan. Kalau tidak, kita akan dapat senarai kontraktor bumiputera semua dapat komisen. Hadiah komisen dia bagi kepada kontraktor besar dan dia hanya dapat komisen. Di akhirnya, kita hanya dapat nama dan dia tidak buat kerja, dia hanya dapat komisen kerana dia pun dapat kecil. Dia nak buat apa? Nak salah dia tak boleh.

Katalah dia dapat katakan RM50,000, dia nak buat apa? Dia nak beli jentera tak boleh. Dia untung 10 persen, RM5,000. Jadi, dia ambil komisen dan akhirnya senarai bumiputera dapat tapi tidak mendatangkan kesan. Jadi, bagaimanakah Yang Berhormat Dr. Maslan yang dapat PhD GST ni nak selesaikan benda ini? Undi sudah pasti undi ini kalau 10 orang undi, sat lagi 10 orang undi, dia akan berulang.

Akhirnya, yang dapat orang yang sama. Malah, 10 orang tu pula duduk di bawah kartel yang kontrol mereka ini. Sebab nak salah kartel tak boleh, nak salah bumiputera pun tak boleh. Sebab apa? Bumiputera dapat terlampau kecil. Kartel terpaksa hidup sebab dia sudah beli jentera. Jadi, saya minta supaya sistem undi ini diperbaiki.

Akhir sekali Yang Berhormat ialah berhubung dengan butiran 08260 iaitu berhubung dengan naik taraf jalan dan lain-lain lagi. Saya nak tanya Yang Berhormat. Kementerian Luar Bandar dihukum ditarik balik projek. Kementerian Yang Berhormat ada tak projek-projek yang ditangguhkan? Saya pasti ada berdasarkan apa yang kita dapat maklumat di bawah, ada. Jadi, saya nak tanya— nak minta Yang Berhormat satu benda.

Pertama, bila kita bagi peruntukan untuk buat jalan, kita hanya buat jalan tar.

Jadi, akhirnya jalan tar, buat atas jalan tar, semua jalan tar kampung di seluruh Malaysia tergantung. Bahu jalannya tergantung sebab yang baru datang, MARRIS pun baru datang, bubuh atas, atas. Akhirnya, bahu jalan tidak ada. Saya mengesyorkan, mencadangkan dengan hebat dan dahsyat orang Temerloh, supaya semua peruntukan dimasukkan bahu jalan. Semasa saya pegang negeri Perlis dulu, saya pastikan semua jalan ada bahu jalan. Tetapi setelah masa berjalan, tiap-tiap tahun ada maintenance, dia hanya buat jalan atas jalan. Buat jalan atas jalan.

Yang keduanya, jalan rosak satu lubang tapi perbaik satu batu kilometer.

Sebab itu biasalah nak untung.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sila gulung. Saya sokong Yang Berhormat tadi. Jadi, bagi tambah seminit.

[Ketawa] Orang lain tak apa. Tapi saya masih pegang kepada Peraturan 99 tadi. Jadi, saya sokong Yang Berhormat, ya. Okey, saya minta seminit lagi.

Jadi, saya minta supaya peruntukan jalan ini dimasukkan bahu jalan. Kita tahu apa yang berlaku sekarang ini di luar sana. Jalan ladang dan juga jalan kampung. Jalan ladang, kalau kita buh tar jalan ladang, jentera berat dah masuk.

Dalam kampung pun jentera berat masuk. Sebab contohnya dalam kampung tu ada seorang pemandu lori treler, dia nak simpan lori dia di mana. Dia kena masuk dalam kampung. Akhirnya, dia lalu jalan kampung. Jalan kampung tiap-tiap tahun rosak dan kena diperbaiki. Tapi kerosakannya biar tertumpu. Kalau lubang besar, tumpu jalan lubang itu baru perbaik semua. Bukan nampak satu lubang, kita perbaik semua.

Jadi, saya menyokong. Hari ini saya menyokong. Hari pertama saya menyokong sebab BN–PN sana. Jadi, saya menyokong kementerian Yang Berhormat pada hari ini. Yang lain saya diam. Yang ini saya sokong. Dan saya minta kerajaan bagi perhatian apa yang telah saya sebutkan. Terima kasih, Speaker yang dikasihi. Teruskan dengan pendirian.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 12:10 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud Pembangunan 47 melalui butiran 05100 – Jalan-jalan Besar di Sabah, 08230 – Pembinaan Jambatan, 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun, 08280 – Pembinaan Jalan-jalan dan 82000 – Lebuhraya Pan Borneo.

Saya menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan jalan raya dan jambatan Sabah daripada RM721.07 juta pada tahu 2026 kepada RM801.46 juta pada tahun 2027 iaitu peningkatan sebanyak RM80.39 juta. Namun, kejayaan peruntukan bukan sekadar diukur melalui jumlah yang diumumkan tetapi sejauh manakah ia menyelesaikan masalah infrastruktur rakyat.

Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin mengetengahkan Jalan Persekutuan Beaufort–Menumbok (R502) laluan strategik yang menghubungkan penduduk, kegiatan ekonomi, pengangkutan barang serta akses ke Terminal Feri Menumbok

draft • 12:17 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

bagi perjalanan ke Labuan. Saya merakamkan penghargaan atas kelulusan projek pembaikan dan naik taraf jalan ini bernilai RM100 juta di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Daripada jumlah tersebut, RM80 juta diperuntukkan bagi pembaikan struktur turapan dan kerja cerun sepanjang 59.05 kilometer dari Bulatan Bingkul hingga Sekolah Agama Negeri Menumbok. Manakala, RM20 juta lagi diperuntukkan untuk menaik taraf jalan sepanjang 1.1 kilometer dari sekolah tersebut ke Terminal Feri Menumbok termasuk laluan masuk ke terminal.

Berdasarkan jawapan rasmi kementerian pada 27 Oktober 2025, kerja pembaikan turapan disasarkan siap pada November 2026. Manakala, kerja naik taraf laluan ke terminal dijadualkan melalui proses tender dan pembinaan pada tahun 2026. Sehubungan itu, saya meminta kementerian memberikan status terkini kedua- dua skop projek ini adakah kerja pembaikan sepanjang 59.05 kilometer telah mencapai sasaran dan adakah kerja menaik taraf laluan ke terminal feri telah dimulakan. Saya juga berharap pembaikan merangkumi sistem perparitan, ketahanan struktur jalan dan kestabilan cerun supaya kerosakan tidak berulang dalam tempoh yang singkat.

draft • 12:17 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’ Sri Pengerusi, saya turut membangkitkan soal penyelenggaraan jalan Persekutuan. Dalam jawapan rasmi di Dewan Rakyat pada 4 Februari 2026, kementerian memaklumkan mekanisme tindak pantas bersama JKR Sabah bagi memastikan kerosakan ataupun lubang-lubang Jalan Persekutuan akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima dan kerosakan yang telah dikenal pasti.

Kementerian turut memaklumkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan

(AI) untuk mengesan kerosakan serta meningkatkan rondaan dan pemeriksaan berkala. Saya ingin bertanya, sejauh manakah mekanisme 24 jam ini benar-benar dilaksanakan di Beaufort? Berapakah jumlah aduan diterima dan jumlah yang diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan juga jumlah yang masih tertunggak?

Pemeriksaan juga perlu dibuat secara proaktif, khususnya selepas hujan lebat dan banjir. Prestasi syarikat konsesi hendaklah dipantau, termasuk kualiti tampalan jalan, bahu jalan, sistem saliran dan juga keselamatan pengguna.

Dato’ Sri Pengerusi, saya juga ingin memberikan perhatian kepada Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, khususnya Jajaran Sindumin, Melalia dan Beaufort.

draft • 12:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Jajaran ini melibatkan WP1 Sindumin–Melalia–Beaufort sepanjang 28.5 kilometer dan WP2 Melalia–Beaufort sepanjang 34.7 kilometer.

Berdasarkan jawapan Menteri Kerja Raya di Dewan Rakyat pada 9 Februari 2026, kemajuan fizikal WP1 ialah 87.79 peratus berbanding sasaran 97.64 peratus.

Manakala WP2 mencapai 62.31 peratus berbanding sasaran 77.87 peratus. Ini menunjukkan kedua-dua pakej mengalami kelewatan daripada jadual asal.

Saya mengambil maklum langkah intervensi lawatan tapak dan penyelarasan bersama JKR Sabah serta kontraktor. Namun, saya ingin mendapatkan kemajuan terkini sasaran pelaksanaan bagi tahun 2027 dan tarikh penyiapan jajaran Melalia– Beaufort. Kita tidak mahu kelewatan berterusan menyebabkan rakyat terus menunggu manfaat projek yang lama dijanjikan.

Dato’ Sri Pengerusi, aspek keselamatan jambatan dan perlindungan cerun di sepanjang rangkaian jalan Persekutuan juga tidak boleh diabaikan. Saya memohon kementerian mengenal pasti jambatan yang memerlukan pembaikan serta penggantian serta melaksanakan pemeriksaan keselamatan secara berkala.

Begitu juga cerun berisiko tinggi di sepanjang laluan Beaufort–Menumbok, penilaian teknikal, penstabilan cerun dan penyelenggaraan berkala perlu diutamakan sebagai langkah pencegahan. Bukan hanya bertindak selepas berlaku tanah runtuh dan kerosakan.

Dato’ Sri Pengerusi, sebagai penutup, saya ingin menegaskan empat perkara yang memerlukan komitmen jelas kementerian:

(i) memberikan status terkini projek RM100 juta jalan Persekutuan Beaufort–Menumbok R502, termasuk kemajuan kedua-dua skop kerja dan tarikh penyiapan;

(ii) memastikan mekanisme penyelenggaraan dan tindak balas 24 jam dilaksanakan di Beaufort serta memantau prestasi syarikat konsesi;

(iii) menetapkan jadual pemulihan dan juga sasaran penyiapan yang jelas bagi Pan Borneo WP1 dan WP2, khususnya Jajaran Melalia–Beaufort; dan

(iv) menyediakan senarai jambatan dan cerun berisiko tinggi sepanjang jalan Persekutuan kawasan Beaufort berserta perancangan pembaikan, peruntukan dan jadual pelaksanaan.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Dipersilakan Yang Berhormat Besut.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin menyatakan bahawa pada Oktober baru-baru ini, Pengarah Jabatan Penyaliran dan juga Saliran Terengganu berkata bahawa sebanyak 460 lokasi di Terengganu dikenal pasti berisiko banjir susulan monsun timur laut.

Sebanyak 32 daripada lokasi hot banjir tersebut dikenal pasti di Daerah Besut.

Jadi, kebiasaannya akibat yang terpaksa dihadapi rakyat susulan bencana banjir tersebut adalah kerosakan infrastruktur jalan yang akan menyukarkan kehidupan harian dan juga kelangsungan aktiviti ekonomi mereka. Oleh yang demikian, respons pantas oleh kerajaan dalam membaik pulih infrastruktur ini adalah keperluan mendesak bagi memudahkan urusan rakyat di kawasan terjejas.

Namun demikian, dalam Anggaran Perbelanjaan KKR ini, Butiran 02800 – Pemulihan Infrastruktur Jalan dan Jambatan, menunjukkan penurunan bajet sepanjang 24 peratus. Manakala, Butiran 71000 – Pemulihan Infrastruktur Jalan, menurun sebanyak 61 peratus. Jadi, apakah jaminan kerajaan sebenarnya bahawa penurunan ketara ini tidak akan menjejaskan usaha pemulihan infrastruktur jalan di Terengganu, khususnya Daerah Besut yang terdedah dengan banjir setiap tahun?

Jadi, saya ingin merujuk kepada beberapa cadangan projek di Daerah Besut ini. Satu, menaik aras Jalan T05, seksyen 3100 hingga 3200 di Kampung Belaoh, termasuk kerja-kerja menaik taraf jambatan, meninggikan aras pembinaan semula jalan sebanyak 1,200 meter serta kerja berkaitan. Jumlahnya tak banyak, RM5 juta sahaja.

Kedua, menaik aras Jalan FT65, Jalan Cik Selamah–Bukit Besar–Kampung Raja sehingga Jalan Masjid Taman Ilmu, Besut, Terengganu. Tak banyak, RM3.7 juta sahaja. Menaik aras Jalan T163 Pelagat–Lata Tembakah–Jalan Padang Tapong serta kerja berkaitan sebanyak RM5 juta juga.

Ketiga — keempat, menaik taraf Jalan T05 (Jerteh–Keruak), seksyen 24.90 hingga 26.60, termasuk garisan dan perabot jalan serta kerja-kerja yang berkaitan.

Kelima, menaik taraf Jalan T05 (Jerteh–Keruak), seksyen 21.50 sehingga 22.50 dengan kaedah CIPR, termasuk garisan dan perabot jalan serta kerja-kerja yang berkaitan.

draft • 12:24 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkara ini sebenarnya walaupun di bawah Kementerian Kewangan tetapi semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia ada janjikan untuk memperuntukkan RM25 juta untuk Kerajaan Terengganu, termasuk Daerah Besut sekali, bagi menaikkan aras jalan di Hulu Besut kerana terjejas akibat banjir.

Seterusnya yang kedua, saya rujuk kepada Butiran 81000 – Pembinaan Jalan Baharu, khususnya berkenaan dengan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur yang merupakan satu keperluan mendesak demi kelangsungan ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat di wilayah Pantai Timur. Atas sebab inilah, projek ini berulang kali dibangkitkan saya dan rakan-rakan lain, khususnya daripada Pantai Timur di dalam Dewan ini.

Saya ambil maklum jawapan Menteri semasa penggulungan peringkat dasar yang menyatakan bahawa projek ini akan dilaksanakan secara kerjasama awam/swasta dan kini perbincangan lanjut sedang berjalan bagi penyediaan dokumen RFP untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Namun, Timbalan Menteri dalam sesi jawab lisan minggu lepas menyatakan jika tiada pihak swasta yang berminat untuk membiayai projek ini, akan dilaksanakan — tidak akan— LPT3 akan dilaksanakan kerajaan kalau kita ada duit. Menteri jawab ya. Menteri jawab itu hari.

Jadi Tuan Pengerusi, inilah limbo atau kitaran jawapan yang terpaksa kami hadapi setiap kali persoalan LPT3 ini dibangkitkan. Sama ada penjelasan tentang proses birokrasi tidak penghujung atau keluhan kerajaan tak ada duit yang berlarutan sekian lama. Anggaran awal kos projek RM9.8 bilion terus melambung akibat inflasi saban tahun. Dan sementara projek ini dilengahkan tetapi pada masa yang sama, kerajaan tidak pula begitu berkira untuk membiayai penuh kos RM16.8 bilion untuk Projek LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang atau membiayai 60 peratus kos untuk Projek Penyuraian Trafik Juru hingga Sungai Dua.

draft • 12:24 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, mengharapkan pihak swasta sanggup membiayai penuh projek keperluan rakyat yang mungkin tidak menguntungkan mereka, seperti LPT3 ini, sama sahaja seperti kerajaan membiarkan projek ini dead in the water, dengan izin.

Perbezaan keutamaan untuk projek-projek kepentingan rakyat ini bukan sahaja akan melebarkan lagi jurang pembangunan antara negeri malah menambahkan persepsi layanan dwistandard dan juga defisit kepercayaan rakyat terhadap dasar pembangunan kerajaan.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sehubungan itu, kerajaan harus tampil dengan komitmen yang telus dan berani untuk menetapkan garis masa yang jelas serta mempercepatkan pelaksanaan projek ini.

Jadi, sebagai penutupnya, rakyat di Pantai Timur menuntut layanan yang adil, bukan lagi alasan birokrasi ataupun tiada duit daripada pihak kerajaan. Kerajaan mesti membuktikan komitmen yang jelas dengan menetapkan garis masa tuntas untuk projek LPT3 ini di samping menjamin kesiapsiagaan projek pemulihan jalan di seluruh negara demi kelangsungan kehidupan dan sosioekonomi rakyat.

Satu lagi...

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat, saya tutup mic.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini saya ingin merujuk kepada Peraturan Dewan 44.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

44?

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

Peraturan Dewan ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan Dewan.

Sebentar tadi, dilihat ada seorang ahli menyebut perkataan ‘diktator’ kepada Pengerusi. Tapi, masalah saya, 44(2) jelas mengatakan bahawa, “Pengerusi hendaklah memerintahkan mana-mana ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis...” Dah hina dah Majlis, tapi Pengerusi tak ambil tindakan. Saya tak faham. Ha, pun ambil tindakan.

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ambil atau tidak, itu adalah Pengerusi di sini. Bagi saya, saya bagi pertimbangan kepada Yang Berhormat berkenaan agar perkara ini tidak berlanjutan.

Jika ikut buku 100 percent, banyak benda saya boleh buat. Tapi, kita bertindak sebaik mungkinnya mempertimbangkan perjalanan mesyuarat ini berjalan lancar. Itu yang utama.

Baik, saya persilakan Yang Berhormat Kudat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi.

Saya terus ke P.27, Butiran 05100 dan juga Butiran 08230. Saya ingin bertanya

draft • 12:32 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

kepada pihak kementerian, apakah perincian bagi dua butiran ini dan berapakah peruntukan yang diberikan kepada kawasan Parlimen Kudat?

Seterusnya, Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun.

Ini sangat penting, Dato’ Pengerusi, kerana setiap kerosakan jalan raya yang agak besar selalunya bermula daripada ketidakstabilan cerun. Saya mohon supaya saya diberikan perincian berkenaan kajian cerun-cerun di kawasan Parlimen Kudat dan berapakah peruntukan yang diberikan untuk memperbaiki cerun-cerun di kawasan Parlimen Kudat ini, kerana masalah besar jalan raya selalunya bermula daripada pelaksanaan pembaikan cerun yang tidak teratur ataupun tidak dibuat dengan baik.

Kebetulan di Sabah ini, saya difahamkan pembaikan cerun dan juga penyelenggaraan jalan dilakukan oleh kontraktor yang sama yang memberikan masalah iaitu mungkin tidak diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kontraktor yang sama bagi pembaikan kedua-dua bahagian iaitu pembaikan jalan dan juga pembaikan cerun ini.

Seterusnya, perincian Butiran 08260 – Naik Taraf dan Memulihkan Jalan.

Saya ucapkan terima kasih banyak kepada pihak Kementerian KKR yang telah memberikan peruntukan yang agak signifikan kepada Sabah iaitu peningkatan, kalau tidak silap saya, lebih daripada RM200 juta untuk 2026 berbanding dengan tahun 2025. Ini merupakan satu peningkatan peruntukan yang besar.

Walau bagaimanapun, saya melihat keadaan jalan raya khususnya di kawasan Parlimen Kudat ini masih banyak memerlukan penambahbaikan. Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon daripada pihak kementerian untuk diberikan perincian berapakah peruntukan bagi butiran ini untuk Parlimen Kudat.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memberikan serba sedikit perkongsian berkenaan keadaan jalan di kawasan saya. Saya ingin memberikan penjelasan bahawa jalan daripada simpang tiga Kota Marudu ke Pitas itu adalah di bawah jalan JKR. Sebab, saya selalu mendapat teguran dan juga komen daripada pihak rakyat mengatakan bahawa jalan raya ini tidak diselenggara dengan baik.

Saya memohon supaya kerajaan negeri, walaupun saya bercakap di Dewan Rakyat tetapi saya mohon kepada pihak kerajaan negeri untuk melakukan kerja penambahbaikan jalan-jalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kalau kerajaan negeri tidak mampu untuk buat, serah sahaja jalan-jalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri ni kepada Persekutuan. Sebab, yang teruk ini adalah rakyat di kawasan saya. Jadi, mungkin pihak atasan di peringkat negeri mungkin tidak melihat ini sebagai satu masalah, tetapi bagi saya sebagai wakil rakyat di

draft • 12:32 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

kawasan ini, saya merasa berapa peritnya kehidupan rakyat bila jalan raya yang mereka lalui setiap hari itu sangat teruk.

Seterusnya, Butiran 08280 – Pembinaan jalan-jalan. Saya mohon kepada pihak kementerian supaya memberikan peruntukan khas ataupun memberikan kelulusan kepada perkara yang telah saya bawa dalam Dewan ini beberapa kali iaitu untuk menyambungkan jalan hujung Pan Borneo di Simpang Mengayau dan masuk sehingga ke bandar Kudat. Sebab, tidak ada makna jalan Pan Borneo itu dibina kalau tidak sampai ke bandar Kudat.

Jadi, saya mohon supaya pihak kementerian, walaupun saya rasa pihak kerajaan negeri melalui jabatan yang sepatutnya memberikan keutamaan- keutamaan dalam melaksanakan jalan-jalan penting ini tidak memasukkan ini sebagai jalan keutamaan mereka tetapi, bagi saya, ini sangat penting sebab laluan utama daripada Kota Kinabalu melalui jalan Pan Borneo ini akan menjadi jalan mati sehingga ke Simpang Mengayau sekiranya jalan daripada Simpang Mengayau ke bandar Kudat tidak dibina. Jadi, saya mohon kepada kementerian supaya memasukkan pembinaan jalan daripada Simpang Mengayau ke Kudat ini sebagai keutamaan di peringkat KKR.

Saya mohon kepada kementerian KKR untuk diberikan perincian berkenaan dengan perkembangan dan juga berapa peratus pelaksanaan Pan Borneo ketika ini.

Bila agaknya disiapkan jalan Pan Borneo sehingga ke Kudat ataupun sehingga ke Simpang Mengayau itu?

Terima kasih.

draft • 12:32 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Langkawi.

draft • 12:32 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 12:38 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 12:38 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Dato’ Sri Dr.

Pengerusi. Saya merujuk kepada halaman 319–334 khusus 319–302.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kerja Raya yang memberi jawapan dalam sidang Dewan pada 7 Oktober 26 yang memaklumkan kepada kita semua bahawa ada enam projek― projek

draft • 12:38 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi 96.6 peratus siap, lewat hanya empat hari; kuarters KKM lewat 36 hari; Fossil Walk Pulau Anak Tikus lewat lima hari; Kuarters Akademi Koreksional awal sembilan hari; infrastruktur Gua Langsir, Kilim 33 percent, 10 hari sahaja awal.

Saya nak ucap tahniah kepada KKR Langkawi khusus kepada Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal Ismail, khusus juga kepada Jurutera Daerah Langkawi, Ir. Ts.

Saudara Khairul Azlan Abdullah kerana mereka telah memastikan projek-projek besar di Langkawi berjalan dengan begitu cantik.

draft • 12:38 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Saya nak bertanya juga kepada Timbalan Menteri, apakah status projek- projek yang telah diumumkan juga berhubung dengan bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Klebang, RM2.6 juta, bangunan tambahan SK Ulu Melaka, RM20 juta, bangunan tambahan SK Padang Matsirat RM20 juta, Pejabat Pentadbiran JPJ Langkawi RM6 juta, pengubahsuaian pejabat JKM RM2 juta, naik taraf Observatori Negara Langkawi RM7.8 juta, jambatan Pulau Tuba, Pulau Dayang Bunting, RM90 juta. Jadi, saya nak tahu statusnya, apakah setakat ini projek-projek tersebut sedang berjalan, lancar ataupun terbengkalai?

Dato’ Sri Pengerusi, saya juga nak merujuk Butiran 61000, ingin mendapat penjelasan daripada kementerian mengenai unjuran pinjaman sebanyak RM110 juta di bawah program naik taraf jalan Semenanjung bagi tahun 2027. Mengapa projek naik taraf jalan asas Semenanjung terpaksa bergantung kepada suntikan pinjaman RM110 juta pada tahun 2027? Adakah kantung kewangan negara sudah tertekan untuk peruntukan asas jalan ini?

Saya ingin tahu juga apakah komponen projek yang akan dibiayai melalui— menggunakan pinjaman ini? Siapakah pemberi pinjaman dan apakah syarat pembiayaan dan bagaimanakah kaedah pembayaran baliknya?

Seterusnya saya merujuk kepada KPI Outcome 1. Petunjuk yang menunjukkan sasaran peratusan projek infrastruktur dan bangunan yang disiapkan mengikut tarikh siap awal projek tersebut. Saya juga nak merujuk kepada Butiran 010300 – CREaTE atau Centre of Excellence for Engineering and Technology yang meningkat kepada RM33 juta bagi tahun 2027 berbanding dengan RM28 juta 2026 dengan mengekalkan bilangan penjawat awam seramai 153 orang.

Dalam keadaan ekonomi yang mendesak dan lambakan isu kerosakan infrastruktur awam seperti jalan rosak, jambatan kritikal dan bangunan kerajaan yang menghadapi masalah, tidak sukar untuk kita memahami mengenai rakyat

draft • 12:40 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

mempertikaikan pusat penyelidikan, sama ada pusat ini benar-benar menterjemahkan hasil kajian daripada penjimatan kos serta penyelesaian bangunan tersebut. Kita juga ada MIROS, namun kadar kecemerlangan kita masih di tahap yang tidak memuaskan.

Soalan saya, bolehkah diwujudkan teknologi penyelenggaraan jalan yang lebih tahan tahap air masin, khususnya di Langkawi, kelembapan dan juga hakisan.

Ini saya cadangkan supaya kajian khusus dijalankan di Langkawi. Berapakah penjimatan kos yang telah dicapai hasil inovasi CREaTE ini? Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Dato' Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Sebelum saya memulakan perbahasan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan pemimpin komuniti setempat Parlimen Rasah ke Parlimen pada tengah hari ini.

[Tepuk] Selamat datang rakan-rakan Rasah.

Pertamanya, saya nak ucapkan tahniah kepada KKR yang sekali lagi menjadi kementerian yang mendapat peruntukan pembangunan tertinggi di kalangan semua kementerian. Kalau tahun sebelumnya RM9.6 bilion, tahun ini RM9.7 bilion. Satu jumlah yang sangat besar. Ia sangat baik, kita setuju sebab ada keperluan untuk kita memastikan infra asas, terutamanya jalan raya kita sentiasa dalam keadaan yang terbaik untuk penggunaan semua pengguna jalan raya rakyat Malaysia yang ada.

Cuma saya nak tanya kepada kementerian, ada tak berlaku insiden yang sama di KKR sepertimana yang berlaku di KKDW, di mana sejak tiga, empat tahun ini berlaku lebihan belanja lebih RM2 bilion? Ada atau tidak? Kalau saya harap tiada.

Kalau ada keperluan, datang ke mari dalam Dewan, saya rasa semua Ahli Dewan akan menyokong belanjawan tambahan untuk kementerian ini.

Perkara kedua adalah di bawah tajuk Jalan Raya dan Jambatan Semenanjung. Ada 10 butiran dengan jumlah RM4.6 bilion, khususnya di bawah Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan kali ini mendapat RM3.2 bilion. Tahun sebelumnya RM2.7 bilion dan tahun 2025, RM1.5 bilion. Kenaikan yang sangat signifikan.

Peningkatan yang kita sokong. Kita percaya ada keperluan walaupun dia meningkat panjang.

draft • 12:43 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menggulung nanti, kenapa masih tak dapat level sepertimana MARRIS? Saya difahamkan di bawah Belanjawan 2027, jumlah untuk MARRIS telah dinaikkan sehingga RM5.7 bilion. MARRIS ini kita tahu diberikan adalah pemberian kepada kerajaan negeri dan untuk laksanakan penyelenggaraan, tambah baik untuk jalan- jalan negeri dan sebagainya. Tapi di bawah KKR dan JKR di bawah Jalan Persekutuan. Jadi, kenapa ada berbezaan yang begitu besar berbanding dengan peruntukan di bawah MARRIS?

Menyentuh di bawah perkara yang sama, butiran yang sama, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab soalan saya soalan lisan bertarikh 21 Oktober dan soalan Kamar Khas bertarikh 12 November. Saya tak mempertikaikan jawapan sebab itu jawapan daripada KKR dan JKR berkenaan dengan menaik taraf Jalan Labu FT362 yang tengah berjalan iaitu yang melibatkan Jalan Labu, Seksyen 0.4 hingga seksyen 3.1 sepanjang 2.7 kilometer yang menelan belanja RM500 juta yang diluluskan oleh Yang Amat Berhormat PMX, sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

Cuma saya nak— kenapa saya bangkitkan hari ini adalah nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau sempat jawab lisan, lisan. Kalau tak sempat, mungkin bagi jawapan bertulis pun tak apa. Tarikh akhir, tarikh siap untuk projek naik taraf itu sepatutnya adalah April 2028. Ini jawapan yang diberikan dalam Dewan ini pada tahun lepas. Tetapi apabila saya ulang soalan yang sama jawapan yang diberikan adalah ia akan siap pada 17 Mei. Kelewatan lebih setahun sebulan, 13 bulan. Kenapa berlaku kelewatan ini tak dimaklumkan?

Saya mohon jawapan sebab penduduk Rasah, pengguna jalan raya, termasuk saya sendiri tertanya-tanya mana silapnya. Kita maklumkan saja kalau ada kelewatan. Tak ada masalah. Adakah masalah disebabkan pengalihan untuk utiliti?

Adakah disebabkan oleh pengambilan tanah dan sebagainya? Saya mohon maklumat yang tuntas dan secara betul, alasan yang betul berkenaan dengan perkara ini.

Seterusnya di bawah Butiran 18610 – Projek ICT KKR sebanyak RM21 juta.

Saya nak sebutkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di bawah KKR. Pengerusi dia Yang Berhormat Simpang Renggam tetapi apabila aplikasi navigasi TuJu yang menjadi buah mulut ramai rakyat Malaysia, disalahkan PMX dan ada pihak-pihak tertentu. Dia buat macam-macam AI dan dituduh mantan Menteri Pengangkutan termasuk Menteri KPKT yang duduk dalam Dewan ketika ini pun menjadi mangsa.

draft • 12:43 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Menteri Pendidikan pun jadi mangsa. Tapi padahal Pengerusinya adalah Yang Berhormat Simpang Renggam.

Saya hairan kenapa Yang Berhormat Timbalan Menteri yang jaga KKR tak jadi mangsa. Padahal ia di bawah kementerian ini. LLM patut bertanggungjawab dan KKR patut memantau apa yang LLM buat. Jangan disebabkan taksub politik, kita mengalihkan dan menyalahkan Menteri yang tak ada kaitan dengan kementerian ini.

Jadi saya mohon jawapan daripada KKR sendiri, apakah status terkini tentang TuJu?

Kita nak tanya soalan secara profesional, tepat kepada agensi yang terbabit dan bukannya menyalahkan pihak yang tidak berkaitan disebabkan oleh kepentingan politik semata-mata.

Butiran terakhir yang saya nak sebutkan Yang Berhormat Pengerusi adalah Butiran 89000 – Pengambilan Balik Tanah untuk Projek sebanyak RM110 juta. Saya nak tanya projek ini mana tempat dia? Ada tak ia melibatkan pengambilan tanah di bawah Parlimen Rasah untuk projek? Saya tak ada bantahan sebab kita tahu apabila kita melaksanakan projek infra di bawah Akta Pengambilan Tanah memang ada keperluan berbuat demikian. Cuma nak dapatkan maklumat sahaja. Sekian, terima kasih kepada Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 12:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 12:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Pengerusi.

Saya juga bangun untuk membahaskan maksud bagi B.27 dan P.27 Kementerian Kerja Raya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah seperti Rasah juga tadi di mana Kementerian Kerja Raya banyak membantu di Parlimen Kulim-Bandar Baharu untuk penurapan jalan di kawasan-kawasan sayalah. Saya sedang berada di Parlimen ini pun, di tempat saya sekarang masih berlaku penurapan jalan raya yang diberi oleh Kementerian Kerja Raya walaupun saya baru sebulan beri permohonan, alhamdulillah, masih dilayan oleh KKR.

Tuan Pengerusi, bagi Butiran 61000 iaitu pembaikan jalan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin bertanya di sini iaitu tentang berkaitan dengan jalan, iaitu isu bahu jalan sepertimana Arau kata tadi. Saya juga terima kasihlah kerana banyak jalan-jalan yang dibuat di Kulim-Bandar Baharu ini, di Parlimen Kulim-

draft • 12:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bandar Baharu, malangnya bahu jalan yang dibina ataupun dibuat selepas penurapan itu saya rasa terlalu kecil.

Sekiranya berlaku sesuatu kerosakan lori kah, kereta kah, jika mereka ingin berhenti di tepi jalan, saya rasa tak boleh dan sebahagian daripada kenderaan itu mesti duduk di atas jalan raya. Jadi, saya nak tahu, apakah keluasan minima ataupun keluasan maksima yang perlu bahu-bahu jalan sama ada terutama sekali bagi bahu Jalan-jalan Persekutuanlah. Sebab saya tengok di kawasan saya ini terlalu kecil dan kalau besar pun dia tak, dia tak flat, dia selalunya dia akan mencuram. Jadi, membahayakan kenderaan-kenderaan.

Dan yang seterusnya bagi butiran yang sama juga iaitu 61000, saya juga ingin bertanya kepada kementerian iaitu berkaitan dengan jalan FT136.

Saya juga ingin bertanya iaitu tentang pertanyaan kementerian iaitu berkaitan dengan naik taraf jalan iaitu terutamanya dari Serdang ke Kulim lah yang mana dah beberapa kali saya mohon iaitu berkaitan dengan penambahan lorong memotong.

Memandangkan jalan ini lebih kurang 40 kilometer daripada Serdang ke Kulim, yang mana saya lihat lebih kurang 75 peratus adalah garisan berkembar. Jadi, bagi garisan berkembar ini agak sukar untuk kenderaan memotong dan mereka akhirnya mengambil masa yang panjang untuk sampai ke satu-satu destinasi.

Jadi, saya mohonlah adakah perancangan daripada kementerian pada tahun 2027 untuk memberi kemudahan ataupun membina laluan memotong di kawasan FT136 terutama daripada Serdang ke Kulim, bukan kawasan Kuala Ketil. Kuala Ketil pun FT136 juga, tapi saya fokus kepada FT136 iaitu Kulim ke Serdang lebih kurang 28 kilometer. Kalau ke Bandar Baharu, lebih kurang 40 kilometer. Jadi, saya mohon supaya kementerian memberi satu pemerhatian yang serius supaya benda ini dapat diselesaikan dengan segera.

Yang keduanya iaitu tentang isu tampalan jalan. Yang itu, saya juga ingin bertanya kepada kementerian, apakah kaedah— sebab jalan-jalan yang ditampung ataupun yang ditampal ini, saya rasa jangka hayatnya terlalu pendek. Kadang- kadang dua minggu, kadang-kadang tiga minggu, kadang-kadang dua, tiga hari pun mungkin akan berlaku, tapi yang saya terlihat sekarang ini, adakah kebanyakan mereka menggunakan tampalan sejuk, dia panggil tampalan sejuk iaitu tar-tar yang digunakan ini bukanlah tar yang apa ini— tar yang panas, mereka menggunakan tar- tar yang sejuk, kemudian depa tempel dan akhirnya menyebabkan tempelan itu menjadi tak tahan lama. Dan adakah ini yang dicadangkan oleh JKR ataupun boleh digunakan untuk mengelakkan jalan-jalan ini berlubang kembali?

draft • 12:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang seterusnya iaitu dari segi lampu-lampu jalan. Juga butiran yang sama iaitu adakah kementerian bercadang supaya menaik kualiti lampu-lampu jalan terutamanya di kawasan-kawasan mana-mana sahaja? Saya rasa kadang-kadang lampu jalan yang dipasang itu, kualiti ataupun jangka hayatnya terlalu singkat. Kita repot lampu A, lampu B rosak, kita repot lampu B, lampu C pula rosak.

Jadi, apakah cadangan kementerian untuk mengatasi masalah ini sebab banyak isu-isu yang timbul di kawasan, saya rasa lampu tiang ada, tapi isunya lampu jalan itu tidak berfungsi dengan baik ataupun jangka hayatnya terlalu pendek. Jadi, saya juga mohon pemerhatian ataupun permohonan daripada kementerian, apakah perancangan-perancangan ataupun peruntukan yang akan diberi kepada Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada tahun 2027? Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Pembahas sebelum kita berehat, dipersilakan Yang Berhormat Tanjung Piai.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 61000 — Naik Taraf Jalan-jalan. Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian Kerja Raya mengenai keperluan menarik taraf Jalan Persekutuan FT005, khususnya laluan Johor Bahru–Pontian yang di seksyen 35 hingga seksyen 38.5 sepanjang 3.5 kilometer di Pekan Nanas dalam Kawasan Parlimen Tanjung Piai.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, laluan ini merupakan penghubung utama Pontian–Johor Bahru yang digunakan penduduk untuk urusan pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan ekonomi. Namun, perkembangan kawasan perumahan, perdagangan dan perindustrian telah menyebabkan jalan sedia ada yang hanya mempunyai dua lorong semakin sesak selain kekurangan lorong pecutan dan kemudahan keselamatan.

Sehubungan dengan itu, pihak JKR Daerah Pontian telah mengemukakan projek menaik taraf FT005 sepanjang 3.5 kilometer dengan anggaran kos keseluruhannya sebanyak RM267.7 juta. Projek ini telah dibawa untuk pertimbangan kelulusan sebanyak lima kali namun masih belum mendapat kelulusan.

Antara skop utama ini ialah menaik taraf jalan sedia ada kepada jalan berkembar empat lorong dua hala dengan piawai R5, membina semula tiga buah jambatan, menaik taraf tiga persimpangan utama iaitu Persimpangan Taman Utama,

draft • 12:55 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Persimpangan Pekan Nanas dan Persimpangan Parit Pasir serta membina jejantas pejalan kaki dan motosikal di hadapan Masjid Jamek, Pekan Nanas. Projek ini turut merangkumi penambah baik sistem lampu isyarat, pencahayaan jalan, perparitan dan pengalihan utiliti.

Dato’ Pengerusi, saya ingin menegaskan bahawa manfaat projek ini bukan hanya dinikmati oleh penduduk Tanjung Piai, tetapi turut melibatkan keseluruhan penduduk kawasan sekitarnya yang menggunakan laluan ini berhubung dengan Johor Bahru dan kawasan pembangunan utama di negeri Johor.

Projek ini juga penting untuk menyokong potensi Pekan Nanas sebagai hab industri sederhana daerah Pontian, menarik pelabur baharu dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Oleh itu, saya ingin memohon Kementerian Kerja Raya memberikan keutamaan dan meluluskan peruntukan sebanyak RM267.7 juta bagi projek menaik taraf jalan FT005 ini di bawah RP2, RMK13.

Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan pertimbangan sewajarnya. Bagi penduduk Tanjung Piai, projek ini bukan sekadar pelebaran jalan, tetapi satu keperluan asas yang akan meningkatkan kualiti kehidupan, menjamin keselamatan perjalanan dan membuka lebih banyak peluang pembangunan ekonomi untuk masyarakat tempatan.

Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 51000 — Pelbagai Pembinaan bersekali Butiran 90000 — Lain-lain Pembinaan, mengenai isu projek menaik taraf Padang Kampung Rambah, Pontian. Saya ingin menekan— membangkitkan isu kelewatan dan pertambahan kos bagi projek penyelenggaraan dan menaik taraf Padang Kampung Rambah, Pontian yang bernilai kira-kira RM3 juta. Projek yang dimulakan pada September 2022 ini masih belum disiapkan sehingga kontraktor asas ditamatkan pada Disember 2025.

Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya telah menilaikan semula baki kerja projek ini dan menganggarkan kos sebanyak RM1.86 juta susulan penilaian tersebut. Tambahan peruntukan sebanyak RM500,000 dikenakan, pasti diperlukan.

Saya telah mengusahakan peruntukan tersebut daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bersyukur kelulusan telah diberikan melalui Surat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 27 Februari 2026.

Namun begitu, proses mendapatkan kontrak penyelamat juga menghadapi masalah. Tender yang dibuka pada 13 April 2026 dan ditutup pada 27 Mei 2026 gagal

draft • 12:55 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

menghasilkan pelantikan kontrak. Melalui keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan pada 27 Julai 2026, tender tersebut diputuskan untuk ditawarkan semula.

Apa yang lebih membimbangkan berdasarkan Mesyuarat Penyelarasan Bil.2/2026, projek ini sekali lagi memerlukan tambahan kos sebanyak RM570,000 lagi. Persoalan utama saya kepada pihak kementerian ialah mengapakah tambahan peruntukan RM500,000 yang dikenalkan pasti oleh JKR sebelum ini masih tidak mencukupi sehingga kini timbul pula keperluan tambahan RM500,000 lagi?

Apakah faktor sebenar yang menyebabkan pertambahan kos ini sedangkan baki kerja projek telah dinilai sebelum permohonan peruntukan tambahan dikemukakan? Perkara ini menyebabkan persoalan tentang ketetapan anggaran kos awal, skop baki kerja serta tahap— penelitian tahap keadaan sebenar tapak sebelum tender semula dilaksanakan. Adakah terdapat kerosakan tambahan, perubahan skop kerja, kenaikan harga bahan binaan atau keperluan teknikal lain yang hanya dikenalkan pasti selepas penilaian awal? Saya ingin mengetahui dengan jelas asas pengiraan dan justifikasi bagi pertambahan kos tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya memohon pihak kementerian menjelaskan, sama ada penilaian teknikal terperinci dan dokumen sokongan telah disediakan bagi mengesahkan keperluan tambahan RM570,000 ini, siapakah pihak yang bertanggungjawab mengesahkan anggaran kos tersebut dan apakah langkah yang akan diambil bagi memastikan anggaran baharu benar-benar mencukupi supaya masalah pertambahan kos tidak berulang selepas tender semula?

Saya ingin tahu dan menegaskan bahawa kelewatan projek ini bukan sekadar isu pertadbiran atau perolehan. Ia melibatkan kemudahan awam yang sepatutnya dan dimanfaatkan oleh masyarakat Pontian. Jika proses tender semula terus tertangguh akibat isu kos dan perolehan, penduduk sekali lagi terpaksa menunggu lebih lama untuk menikmati kemudahan yang dijanjikan. Itu sahaja, sekian terima kasih.

draft • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Majlis Mesyuarat****]

draft • 12:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli- ahli Yang Berhormat, Majlis berehat untuk solat dan juga makan dan berehat. Akan disambung balik semula pada jam 2.30 petang.

draft • 12:55 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 2:30 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Puan Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Saya pergi terus kepada P.27, Butiran 02800. Berkenaan dengan pemulihan infrastruktur jalan dan jambatan. Peruntukan butiran ini nampaknya telah dikurangkan sebanyak RM24.2 peratus iaitu daripada RM179.3 juta pada tahun 2026 kepada RM135.97 juta pada tahun 2027.

Pengurangan ini sangatlah membimbangkan kita kerana masih ada banyak lagi laluan Persekutuan yang lumpuh. Antaranya Jalan Aring–Tasik Kenyir (FT036) yang menghubungkan Hulu Terengganu dengan Gua Musang yang telah ditutup sejak November 2024 akibat tanah runtuh. Peruntukan sebanyak RM36 juta telah diluluskan pada tahun 2025, tetapi setelah hampir dua tahun ia nya ditutup laluan ini masih belum dibuka lagi.

Penutupan ini bukan hanya menyusahkan pengguna jalan raya biasa, malahan ia melibatkan juga penduduk Hulu Terengganu termasuk komuniti orang asli yang terpaksa menempuh jalan laluan alternatif yang jauh. Pengusaha rumah bot

draft • 2:32 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

dan pelancongan Tasik Kenyir pula kehilangan pelanggan. Manakala pergerakan logistik projek solar terapung Kenyir turut terjejas.

Saya juga ingin mendapatkan pengesahan dari kerajaan kerana daripada maklumat yang saya terima, kerja pembaikan hanya telah dilaksanakan di dua lokasi sahaja, sedangkan di lima lokasi lagi di sepanjang FT036 masih belum mendapat peruntukan dan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Ekonomi belum diluluskan. Persoalan saya, berapakah peruntukan Butiran 02800 yang disalurkan kepada FT036 pada tahun 2027? Bilakah permohonan bagi lima lokasi ini akan diluluskan dan bilakah laluan ini dijangka dibuka semula sepenuhnya?

Seterusnya Tuan Pengerusi berkaitan dengan B.27, Butiran 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun. Kes FT036 memberikan persepsi bahawa KKR hanya bertindak hanya selepas berlaku sesuatu bencana seperti cerun runtuh dan seolah-olah tiada kajian dan pemantauan yang dibuat supaya langkah pencegahan.

Apatah lagi bila dilihat dari segi peruntukan untuk cawangan kejuruteraan cerun, ia telah dikurangkan daripada RM8.36 juta kepada RM8.17 juta bagi tahun 2027. Dan perjawatan kekal sebanyak 93 sahaja sedangkan fungsinya adalah termasuk merangka polisi pencegahan dan sistem pengurusan keselamatan cerun yang amat mendesak.

Saya juga ingin mendapat kepastian daripada kerajaan mengapa bagi Negeri Sabah ada butiran khusus, Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun bernilai RM68.6 juta pada tahun 2027, tetapi tiada butiran khusus setara bagi Semenanjung?

Justeru, adakah kementerian akan melaksana kajian teknikal menyeluruh terhadap keadaan tanah dan cerun di sepanjang koridor FT036? Dan, apakah sasaran bilangan cerun berisiko tinggi di laluan Persekutuan Pantai Timur yang dipantau pada tahun 2027?

Seterusnya Tuan Pengerusi Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan telah dikurangkan sebanyak 35.9 peratus, iaitu daripada RM159.2 juta kepada RM102.1 juta bagi tahun 2027. Pelancongan Pantai Timur sangat bergantung pada akses jalan raya. Jeti Kuala Besut misalnya ialah pintu masuk utama ke Pulau Perhentian.

Namun, hubungan lebuh raya ke utara Terengganu masih ketinggalan kerana Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) belum ada tanda-tanda yang ia nya akan dibina dalam masa terdekat. Sedangkan jalan pantai yang sedia ada iaitu jalan utama untuk menuju ke kawasan pelancongan tersebut pula kerap rosak setiap kali tibanya Monsun Timur Laut. Sebagai contoh, kejadian Jalan Pantai Batu Rakit di Kuala Nerus

draft • 2:32 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

yang runtuh, masih dalam kerja baik pulih. Ianya runtuh akibat daripada ombak besar Monsun Timur Laut pada September 2025.

Saya juga ingin membangkitkan mengenai selekoh merbahaya di FT003, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu di sempadan Daerah Kuala Nerus–Setiu iaitu antara FELDA Belara dan Simpang Kuala Ping. Walaupun telah dipasang lampu amaran amber light, tetapi ia sentiasa rosak. Oleh itu, saya ingin tahu apakah status permohonan sebelum ini iaitu cadangan untuk meluluskan selekoh tersebut bagi mengelakkan kemalangan terus berulang.

Persoalan saya, berapakah peruntukan Butiran 60000 bagi jalan ke pusat tumpuan pelancongan di Terengganu termasuk laluan ke Jeti Kuala Besut dan kedua, mengapakah LPT3 tidak dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, sedangkan ianya penting untuk merapatkan jurang pembangunan wilayah Pantai Timur?

Sebagai penutup Puan Pengerusi, jalan bukan sekadar infrastruktur, tetapi nadi ekonomi dan keselamatan rakyat. Kajian antarabangsa di pelbagai negara telah menunjukkan akses jalan luar bandar memberi kesan kepada pendapatan rakyat, pertanian, kesihatan, pendidikan dan keadilan sosial dalam tadbir urus.

Maka, kejayaan sebatang jalan tidak boleh diukur dengan kelancaran trafik semata-mata, tetapi sejauh mana ia membuka peluang sosioekonomi kepada rakyat setempat. Pemulihan mesti pantas, pencegahan mesti didahulukan dan akses kepada timur mesti dibiayai secara adil oleh Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.

draft • 2:32 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan. Butiran 030000 – Pembinaan Infrastruktur Bangunan. Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan dan Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan.

Projek Menaik Taraf Jalan Perindustrian Rawang (FT3209) adalah lewat dan dua lanjutan masa diberikan. Kelewatan projek ini berpunca daripada halangan pentadbiran pre-pembinaan iaitu kerumitan peralihan utiliti, pengambilan tanah serta penyiasatan tanah (soil investigation), ujian kekuatan tanah (soil test) dan

draft • 2:38 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

mengerubuti lubang gerudi (overhaul drilling) yang tidak menyeluruh, yang memerlukan reka bentuk dan kerja cerucuk tambahan.

Masalah kelewatan projek ini bukan unik dan sebaliknya sering dialami projek dalam bawah seliaan JKR yang merupakan punca utama kepada arahan perubahan kerja (VO) dan lanjutan masa (EOT).

draft • 2:38 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Perkara pertama ialah tentang pengambilan balik tanah, kelewatan dalam penyerahan pemilik tanah yang bersih menghalang kontraktor daripada permulaan kerja. Masalah ialah antaranya pertikaian pampasan hak milik tanah yang rumit dan rekod lapuk, setinggan, pencerobohan tapak.

Dan kedua ialah tentang pengalihan utiliti yang tidak dipetakan dan tidak dilakukan dan hanya bila kerja bermula kita melihat bahawa pindaan utiliti perlu diadakan dan masa diambil untuk pelantikan nominated subcontractor daripada agensi.

Ketiga ialah tentang pengajian tanah yang tidak menyeluruh. Bila ini berlaku projek berhenti bila reka bentuk paling perlu dibuat semula.

So cadangan saya ialah perkara-perkara ini tidak harus dilakukan pada masa untuk memula kerja oleh kontraktor. Perkara pengambilan tanah boleh dilakukan sebelum kontraktor bermula kerja dengan kerjasama dengan pejabat tanah dan galian untuk memastikan bahawa tanah itu boleh, kerja boleh dilakukan dan setinggan dan sebagainya dapat dikosongkan tanah sebelum itu.

Juga dengan pengalihan utiliti, ini juga perlu dibuat sebelum kerja kontraktor bermula dengan mengetahuinya petakan, utility mapping yang perlu diadakan dan pelantikan boleh dibuat oleh kontraktor utama, tidak perlu untuk menunggu sehingga agensi yang memilik utiliti itu melantik kan subkontraktor kerana subkontraktor itu tidak akan bekerjasama dengan kontraktor utama dan ini melewatkan projek.

So, ini adalah cadangan yang saya cadangkan supaya JKR boleh mengambil perhatian bahawa alasan-alasan yang pada hari ini yang menjadi asas kepada kerja tidak dapat disiapkan mengikut jadual boleh dielakkan dengan tukar SOP yang sedia ada. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Labuan.

draft • 2:40 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran B.040500 – Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan dan Butiran P.820 Lebuhraya Pan Borneo. Saya ingin membangkitkan beberapa isu utama yang memerlukan perhatian serius dan tindakan formatif daripada Kementerian Kerja Raya.

Puan Pengerusi, pertama izinkan saya sekali lagi membawa isu jambatan Labuan yang mana sudah saya bahaskan di Peringkat Dasar dan saya tidak mempunyai jawapan yang jelas. Sekali lagi saya ingin bertanya status terkini kajian kebolehlaksanaan Jambatan Labuan ke Menumbok.

Apakah kajian tersebut sudah lengkap dan siap? Jika sudah lengkap apakah keputusan kerajaan? Jika belum apakah punca kelewatan dan bilakah ia akan dimuktamadkan? Seperti yang Puan Pengerusi sedia maklum, jambatan ini bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi keperluan ekonomi bagi menguruskan— mengurangkan kos sara hidup rakyat Labuan.

Yang kedua, saya mohon Kementerian Kerja Raya mengkaji semula konsesi penyelenggaraan jalan di Wilayah Persekutuan Labuan. Saya memohon Kementerian Kerja Raya mengkaji semula kewajaran meneruskan sistem konsesi penyelenggaraan jalan di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berlangsung lebih sedekad.

Labuan hanyalah sebuah pulau kecil. Apakah rasionalnya kerja penyelenggaraan jalan perlu terus tertumpu pada satu syarikat konsesi sedangkan JKR Labuan mempunyai peranan teknikal dan pentadbiran sendiri? Sistem konsesi ini telah menimbulkan rungutan kerana menutup peluang kontraktor kecil tempatan khususnya kontraktor G1 untuk mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

Saya tidak mahu dasar penswastaan akhirnya mewujudkan monopoli ekonomi yang menutup pintu rezeki kontraktor kecil. Jika penilaian mendapati konsesi ini tidak lagi memberikan nilai terbaik kepada kerajaan dan rakyat, saya meminta KKR mempertimbangkan penamatan konsesi mengikut syarat dan kontrak dan mengembalikan semula tanggungjawab penyelenggaraan jalan kepada JKR Labuan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkannya.

Ketiga, kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Labuan mempunyai kepentingan. Rakyat Labuan mempunyai kepentingan ke atas projek ini kerana inilah satu-satunya jalan yang digunakan oleh rakyat Labuan bila mana hendak ke Kota Kinabalu. Sama ada atas urusan kecemasan, kesihatan dan sebagainya.

draft • 2:43 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Bayangkan Puan Pengerusi, dari Labuan ke Menumbok mengambil masa satu jam setengah. Dari Menumbok sekarang ini ke Kota Kinabalu mengambil masa hampir dua jam setengah ke tiga jam. Jika yang hendak ke Kota Kinabalu itu tujuannya ialah ke Hospital Queen Elizabeth dan dalam keadaan yang agak nazak, saya yakin dan percaya dengan kondisi jalan yang sedia ada sekarang, silap-silap tidak sampai ke hospital.

Antara punca yang saya timbulkan ialah saya mohon kerajaan lihat semula, teliti semula. Kita sentiasa berbahas menyalahkan kontraktor. Saya pernah jadi Pengerusi Perbadanan Labuan dan menjadi Pengerusi Tender Board. Saya mengenal pasti sebelum ini antara punca kelemahan ialah kadangkala di peringkat teknikal, dalam kes Pan Borneo saya minta KKR, SPRM siasat sehabis-habisnya konsultan yang menjaga projek-projek Pan Borneo di Sabah, kenapa berlaku kelewatan pembayaran? Saya telah berjumpa beberapa kontraktor meminta penjelasan kenapa jalan-jalan Pan Borneo di Sabah teruk berbanding di Sarawak?

Di antaranya, kerajaan berhutang puluhan juta malah ada syarikat yang kerajaan berhutang ratusan juga Ringgit dan ini tidak diselesaikan. Yang dibentangkan, yang dibawa ialah kontraktor itu salah, kontraktor ini salah. Tidak ada di antara pemimpin yang bertanya kenapa JKR, SO, SOR, konsultan yang certified payment, yang terdengar di telinga saya Puan Pengerusi kononnya kalau nak sign certified payment harus bayar certain percentage. Dan ini perlu disiasat. Jika tidak, tidak akan selesai masalah Pan Borneo.

draft • 2:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Labuan.

draft • 2:43 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Puan Pengerusi, saya ingin menyokong, terima kasih.

draft • 2:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 2:43 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih Puan Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada Kinabatangan. Yang pertama adalah Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo.

Lebuhraya Pan Borneo sepatutnya menjadi pemangkin pembangunan Sabah dan bukannya projek yang menguji kesabaran rakyat. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2 Tahun 2026 yang dibentangkan Oktober lalu, hanya empat

draft • 2:49 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

daripada 35 pakej kerja siap sepenuhnya setakat tempoh pengauditan Mac 2026, manakala sembilan pakej dikategorikan sebagai projek yang sakit.

Akibatnya penduduk di Kinabatangan terus berdepan jalan berhabuk ketika panas berlumpur apabila hujan dan gangguan lalu lintas berpanjangan kesan daripada projek yang tidak selesai ini.

Sehubungan dengan itu. saya menuntut penjelasan kementerian mengenai jadual pemulihan sebenar setiap pakej, jumlah lanjutan masa diluluskan, kos tambahan ditanggung kerajaan dan tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal.

draft • 2:49 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Kalau ada keperluan untuk diaudit, silalah lakukan. Bukan sahaja projek yang sedang berjalan, malahan jalan Pan Borneo yang sudah siap pun perlu diaudit kualitinya.

Puan Pengerusi, kedua, Butiran 08260 – Naik Taraf dan Memulihkan Jalan.

Saya pernah membangkitkan keadaan jalan raya Kinabatangan yang begitu teruk sekali seolah-olah memandu di permukaan bulan. Saya mengambil maklum peruntukan RM18 juta bagi pembaikan kecemasan melibatkan Pakej WP25, Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau bernilai RM8 juta dan Pakej WP26 Sukau ke Kampung Lot M bernilai RM10 juta.

Namun, persoalan utama ialah sejauh manakah status pelaksanaannya dan apakah kerja tersebut memenuhi spesifikasi keselamatan. Selain itu, perhatian segera turut perlu diberikan terhadap laluan bulatan Sukau ke Pekan Sukau serta laluan Telupid ke Tongod sebagai nadi penghubung pedalaman ke Pantai Timur.

Berdasarkan maklumat diterima, penyelenggaraan ketika ini hanya tertumpu kepada kawasan titik panas dan sering menyebabkan kenderaan terkandas sebelum pembaikan menyuruh dilaksanakan.

Pada masa yang sama, Jalan Jeruku yang dijadualkan akan diturap sepanjang 23 kilometer dari penghujung jalan berturap sedia ada sehingga ke Kampung Simpang 4 Jeruku sehingga kini masih belum dilaksanakan walaupun peruntukan telah tersedia dan ianya dijadualkan bermula pada 3 Julai 2026 dan peruntukan sudah tersedia. Saya difahamkan kontraktor gagal memulakan kerja kerana masih menunggu kelulusan urusan pengambilan dan penyerahan tapak tanah antara pihak Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Tanah.

Justeru saya mendesak kementerian segera menyelesaikan kerenah birokrasi ini dan dalam masa yang sama menyalurkan peruntukan penyelenggaraan

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

khusus bagi laluan utama kawasan pedalaman Kinabatangan terutamanya yang jalan menuju ke Kampung Dagat.

Butiran – ketiga di bawah Butiran 08250 – Kajian Perlindungan dan Pembaikan Cerun-cerun. Terdapat aduan mengenai cerun runtuh yang mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk dibaik pulih daripada laluan Sandakan ke Batu 32, sehingga hari ini saya kira sudah masuk tiga tahun masih belum lagi dapat dibaik pulih pada ketika ini.

Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan kementerian mewujudkan konsesi penyelenggaraan cerun khusus bagi Sabah untuk merangkumi pemantauan kawasan berisiko dan tindakan kecemasan. Mengapa cerun berbahaya ini dibiarkan bertahun-tahun? Apakah kementerian mahu menunggu kehilangan nyawa sebelum bertindak?

Puan Pengerusi, keempat Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan serta Butiran 020200 – Cawangan Jalan. Apabila kerja diserahkan melalui terlalu banyak lapisan subkontraktor, margin keuntungan mengecil, pembayaran tertangguh dan mutu pembinaan akhirnya terjejas. Oleh itu saya mendesak kementerian memperketat pemantauan rantaian subkontrak, memastikan peruntukan kontraktor G1 hingga G4 benar-benar dinikmati kontraktor kecil tempatan dan menjamin pembayaran yang teratur. Kontraktor utama tidak boleh sekadar mengutip keuntungan atas angin, sedangkan tanggungjawab pembinaan dipindahkan kepada pihak yang lain.

Puan Pengerusi, kelima di bawah Butiran 89000 – Pengambilan Balik Tanah Untuk Projek. Isu kelewatan pampasan tanah terus meresahkan penduduk di Sabah.

Mengapa wujud perbezaan kadar penilaian antara lot tanah dan berapa lama pemilik perlu menunggu bayaran. Justeru itu, kementerian perlu menjelaskan mekanisme penyelarasan bersama pihak berkuasa tanah negeri menetapkan tempoh bayaran munasabah dan menyediakan saluran bantahan yang mudah diakses penduduk- penduduk terutama di luar bandar.

Puan Pengerusi, mengakhiri ucapan Kinabatangan mohon menyokong.

Sekian, ribuan terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Gerik belum masuk, saya jemput Yang Berhormat Beruas.

draft • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya membahas di Peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kerja Raya. Saya ingin membangkitkan dua perkara. Satu perkara ialah berkenaan dengan Butiran 02800 iaitu Jalanraya dan Jambatan Semenanjung.

Saya hendak menanya kepada kerajaan, kenapa longkang-longkang di sepanjang jalan besar Ayer Tawar kawasan Beruas tidak dibersihkan sekian lama?

Di depan kedai makan Santai 43, pokok semat pun sudah tumbuh dalam longkang tersebut. Begitu juga dengan longkang di jalan besar Beruas dan di depan rumah No.23 Jalan Parit Beruas, longkang sudah lama tersumbat dan dipenuhi pasir. Setiap kali saya menanya kenapa kerja-kerja ini tidak dilaksanakan, jawapannya ialah tiada peruntukan.

Kerja-kerja pembersihan tidak akan memakan belanja yang banyak. Hanya kerja-kerja— saya harap kerja-kerja pembersihan ini dapat dibuat dengan kadar segera memandangkan musim monsun sedang melanda. Kalau longkang-longkang ini tidak dibersihkan, ia akan mendatangkan bencana banjir.

Perkara kedua, iaitu Butiran 030000 – Pembinaan Infrastruktur Bangunan.

Kementerian Kerja Raya senantiasa memberi alasan, tiada peruntukan apabila sesuatu kerja tidak dapat dilaksanakan. Saya mendapati anggaran kos pembangunan projek-projek KKR amat tinggi berbanding dengan anggaran kos yang dibuat oleh pihak swasta.

Saya ingin mendapat penjelasan bagaimana kos-kos anggaran KKR ini dibuat? Sama ada cara pengiraan kos sedia ada boleh ditambah baik supaya kerajaan dapat menjimatkan wang dan menggunakannya di tempat-tempat yang diperlukan. Saya bagi tiga contoh. Contoh pertama, jejantas di Batu 16 Ayer Tawar, Perak, telah menelan belanja RM6.2 juta.

Anggaran pihak swasta, setengah harga pun sudah mencukupi. Begitu juga dengan contoh kedua, jambatan dari Ayer Tawar ke Beruas, FT071/ 17/300 yang menelan belanja lebih RM8 juta. Ia melintas satu aliran sungai yang lebih kurang 30 kaki sahaja. Yang sebelum menjadi jambatan, ia hanyalah ada twin culvert itu saiznya menelan belanja RM8 juta. Begitu juga dari anggaran pihak swasta, setengah harga RM4 juta sudah mencukupi.

Lagi satu contoh, baru-baru ini kerajaan mengumumkan memperuntukkan RM52 juta untuk membina semula Sekolah Kebangsaan Balaban Jaya di Beluran, Sabah. Saya menyokong sepenuhnya projek ini, tetapi kos yang dianggarkan bagi

draft • 2:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

saya terlalu tinggi. Skop projek ini hanya membina enam bilik darjah, satu blok pembangunan pentadbiran. Bilik-bilik khas, empat unik kuarters guru dan infrastruktur sokongan.

Dan saya rasa kalau minta pihak swasta untuk menganggarkan, setengah harga pun mencukupi. Dengan itu saya berharap kerajaan dapat memberi penjelasan dan kalau boleh penambah baik cara pengiraan kos projek-projek untuk menjimatkan wang untuk projek-projek yang perlu dilaksanakan. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 2:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beruas, saya jemput Yang Berhormat Gerik.

draft • 2:54 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.

Dalam Belanjawan 2027 di bawah maksud Bekalan B.27, Butiran 050600 – Pembayaran Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan seluruh Malaysia di peruntukan sebanyak RM54 juta.

Selain itu, terdapat peruntukan di bawah Butiran 040000 – Penyelenggaraan Aset Tak Alih sebanyak RM153.7 juta termasuk Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan sebanyak RM13.95 juta.

Bagi peruntukan pembangunan pula di bawah maksud Pembangunan P.27 terdapat beberapa butiran berkaitan infrastruktur jalan termasuk Butiran 02800 – Pemulihan Infrastruktur Jalan dan Jambatan serta Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan- jalan. Saya ingin membangkitkan isu penyediaan dan pemasangan lampu jalan.

Lampu jalan merupakan kemudahan asas yang amat penting dalam menjamin keselamatan pengguna jalan raya khususnya pada waktu malam.

draft • 2:58 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Masih terdapat banyak laluan Persekutuan di jalan luar bandar, pedalaman, persimpangan dan kawasan berisiko kemalangan yang tidak mempunyai pencahayaan yang mencukupi. Saya berpandangan, sudah tiba masanya kerajaan memperluaskan penggunaan lampu jalan LED solar secara lebih menyeluruh khususnya di kawasan yang jauh daripada bekalan elektrik. Pendekatan ini bukan sahaja mampu meningkatkan keselamatan, malah mengurangkan kebergantungan kepada bekalan elektrik konvensional.

draft • 3:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Puan ‘Yang di-Pertua’, saya juga ingin meminta penjelasan Menteri, apakah terdapat peruntukan khusus di bawah Maksud Pembangunan P.27 bagi pemasangan lampu jalan LED solar yang baharu pada tahun 2027. Jika ada, berapakah jumlahnya dan apakah kod projek serta butiran perbelanjaan yang digunakan? Saya juga mencadangkan supaya KKR menyediakan satu program khas pemasangan lampu solar di Jalan-jalan Persekutuan seluruh Malaysia dengan sasaran tahunan dan keutamaan kepada kawasan luar bandar serta lokasi hitam kemalangan.

Puan ‘Yang di-Pertua’, saya juga ingin membawa perhatian khusus kepada empat jalan laluan utama Jalan Persekutuan dalam Kawasan Parlimen Gerik yang amat memerlukan perhatian kementerian.

Pertama, FT004 Jalan Raya Timur Barat. Walaupun telah mempunyai lampu jalan di beberapa lokasi, masih terdapat keperluan untuk menambah pemasangan, manakala lampu sedia ada tidak menyala atau ada yang telah rosak. Saya minta supaya pemeriksaan dan penggantian lampu-lampu tersebut dilakukan dengan kadar segera.

Yang kedua, FT076 Jalan Gerik–Pengkalan Hulu–Baling. Saya ingin memberi penekanan kepada kawasan daerah kecil Pengkalan Hulu khususnya dalam laluan Kampung Lalang ke Kampung Pahit, Klian Intan, kawasan Bukit Buluh dan sehingga ke Pekan Keroh. Kawasan ini memerlukan tambahan lampu solar atau lampu jalan bagi menjamin keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.

Ketiganya, FT007 Jalan Pengkalan Hulu–Betong, ke Thailand. Laluan ini merupakan pintu masuk sempadan negara dan turut digunakan oleh pelancong.

Penyediaan lampu jalan yang mencukupi amat penting bagi menjamin keselamatan serta menjaga imej Malaysia di mata pelancong yang memasuki negara kita.

Dan yang keempatnya dan paling saya tekankan ialah FT1157 Jalan Kampung Air Panas–Felda Nenering–Kampung Lalang yang merupakan laluan berhampiran sempadan Malaysia–Thailand. Laluan ini melalui kawasan ladang, hutan dan kawasan yang sunyi serta kurang pencahayaan. Keadaan ini bukan sahaja meningkatkan risiko kemalangan, malah boleh menyukarkan pemantauan keselamatan dan membuka ruang kepada kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan. Oleh itu, pemasangan lampu solar di laluan ini amat diperlukan dan tidak wajar ditangguhkan.

Dan yang akhir sekali Puan ‘Yang di-Pertua’, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan satu ucapan salam takziah kepada keluarga dan juga JKR Hulu Perak atas kehilangan Mohamed Fitri Aslam bin Mohamed

draft • 3:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Jamaludin, petugas JKR yang telah meninggal dunia ketika bertugas bagi kerja-kerja JKR di kawasan Parlimen Gerik dan Lenggong. Jadi, saya mohon untuk Dewan membaca al-Fatihah bagi pihak arwah. Al-Fatihah. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi ruang kepada Kuantan. Jadi, saya terus kepada Kepala B.27, Butiran B.020000 – Pembangunan Infra Jalan dan Industri Pembinaan dan saya rangkumkan bersama Butiran B.010300 – Pusat Kejuruteraan JKR.

Saya ingin membangkitkan satu isu yang dekat dengan kehidupan rakyat iaitu ketahanan turapan jalan raya di negara kita. Jadi, di Malaysia merupakan negara iklimnya khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun dan kita sering melihat keadaan jalan yang pada mulanya elok, tetapi selepas hujan berterusan mula merekah, berlubang dan akhirnya rosak.

Persoalannya, adakah teknologi dan spesifikasi turapan yang kita gunakan hari ini benar-benar sesuai dengan keadaan cuaca di negara kita. Jalan baru tampal atau turap, tetapi lepas hujan dia rosak kembali. Kemudian kita tampal balik. Jadi, kalau keadaan ini berulang, dia bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah melibatkan perbelanjaan kerajaan yang berterusan.

Puan Pengerusi, universiti tempatan telah menjalankan pelbagai kajian berkaitan ketahanan turapan jalan. Penyelidik USM dan UTM mengkaji kerosakan aspal akibat kelembapan, manakala UMPSA mendapati penggunaan aspal kitar semula bersama getah hancur berpotensi meningkatkan kekuatan dan ketahanan terhadap perubahan bentuk. Penyelidik UiTM pula mengkaji pendekatan meningkatkan daya tahan turapan terhadap hujan lebat dan perubahan iklim.

Maknanya kita sebenarnya mempunyai kepakaran dan hasil penyelidikan tempatan yang boleh dirangkulkan untuk dimanfaatkan. Jadi persoalannya, sejauh mana hasil penyelidikan universiti ini telah diterjemahkan kepada penggunaan sebenar dalam projek jalan raya di bawah KKR?

Sedikit berkaitan dengan SOP dan kualiti tampalan. Dah siap tampal baru, jalan dah masih okey, tetapi apabila berlakunya hujan, dia jadi tak okey semula.

Contohnya di kawasan saya di Tanjung Lumpur, di Kampung Derhaka tampal beberapa kawasan, tapi masih lagi berlekuk. Jika kita lalu dengan motosikal, kita

draft • 3:03 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

akan terasa di punya lekuknya. Satu lagi di depan kepala Jambatan Tanjung Lumpur menghala ke bandar Kuantan dan bandar Kuantan menghala ke Tanjung Lumpur.

Jadi, kawasan ini pun sama. Lepas tampal tak banyak beza pun. Jadi, kenderaan ni boleh melambung kalau lalu di sini, bahaya Puan Pengerusi.

Jadi soalan saya, macam mana JKR pantau SOP tampalan dan kualiti kerja kontraktor dan kita bimbang adakah JKR hanya selepas tampalan dibuat, cukup laporan bergambar daripada kontraktor. Jadi saya mohon respons daripada Yang Berhormat Menteri.

Butiran P 02800. Banyak jejantas dibina berhampiran sekolah. Saya nak maklum di sini, jejantas berhampiran SJK(C) Chung Ching, Jalan Tanah Putih dia semakin uzur. Bumbung poli karbonat dia telah pecah dan tercabut dan tangga dia jenis split besi mula berkarat serta membahayakan pengguna. Jadi persoalan, adakah JKR bercadang menggantikan tangga besi tersebut dengan struktur konkrit yang lebih kukuh, tahan lama dan selamat.

Puan Pengerusi, masih di butiran yang sama. Agak malang bagi Sekolah Menengah Tanjong Lumpur khususnya di Kampung Derhaka dan taman perumahan sekitar yang terpaksa melintas jalan Tanjung Lumpur yang mempunyai empat lorong trafik tanpa kemudahan jejantas. Keadaan ini amat membimbangkan terutama ketika trafik sibuk pada waktu pagi dan petang.

Saya telah berulang kali bangkitkan perkara ini dalam Dewan ini. April 2023 saya bawa ke Kamar Khas. Jawapan Menteri perlu diangkat kepada kerajaan negeri.

17 April, kami hantar surat kepada JKR daerah dan JKR daerah telah sahkan cadangan pembinaan yang kami hantar.

Seterusnya Oktober 2023, kita bahas lagi dalam Belanjawan 2024. Jawapan yang diterima ialah nak teliti permohonan tersebut. Julai 2024, KKR maklum projek bawah BPEN Pahang. Jadi kita hantar kepada BPEN cadang masuk dalam RMK12.

Jadi November, sidang November, Disember kita bangkit bahas lagi dalam belanjawan. Jawapan KKR menerima permohonan. Permohonan telah diterima, tapi tak lulus kerana masalah kewangan terhad.

Jadi Januari hingga April 2025 kita hantar lagi kepada BPEN Pahang, cadang angkat permohonan kepada RMK13 dan pada 22 April BPEN dah beri surat kepada kami menyatakan permohonan telah diangkat. Jadi pada Ogos hingga Oktober semasa bahas 2026, kita tanya lagi projek, status projek ini dan Oktober 2025, jawapan mengejutkan ialah KKR tidak menerima daripada negeri.

draft • 3:03 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Jadi pada 27 Jan 2026, saya bawa lagi isu ini dalam perbahasan pada Februari 2026. Jawapan bertulis KKR dalam perbahasan Titah Diraja menyatakan mereka masih tidak menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Pahang. Jadi persoalan saya, apakah kriteria JKR dalam menentukan keperluan pembinaan jejantas berhampiran sekolah? Adakah berdasarkan jumlah trafik, kelajuan kenderaan, bila pelajar atau rekod kemalangan?

Jadi saya mohon supaya KKR melalui JKR melaksanakan penilaian keselamatan jalan raya di laluan kampung Deraka di Sekolah Menengah Tanjung Lumpur bagi menentukan keperluan jejantas atau kemudahan lintasan yang lebih selamat tanpa perlu menunggu lagi kemalangan berlaku dan kajian ni kena buat pada waktu pagi semasa pelajar hendak melintas pergi ke sekolah ataupun tengah hari masa pelajar nak balik juga daripada sekolah.

Dan yang terakhirnya Puan Pengerusi saya ingin tahu status projek pembinaan pusingan-U Jalan Kuantan-Pekan. Saya telah bawa perkara ini dalam Kamar Khas tahun 2025, awal tahun 2025 dan Timbalan Menteri telah menyatakan peruntukan RM2 juta telah diluluskan. Namun sehingga hari ini kerja pembinaan masih belum dimulakan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.

draft • 3:03 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk ke Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo. Tenom memohon kementerian memperjelaskan isu penamatan khidmat rakan pelaksana projek ataupun project deliver partner, dengan izin, PDP bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Apakah rasional penamatan tersebut dan sejauh manakah kaedah pelaksanaan memberi kesan terhadap kos, kemajuan fizikal dan jadual penyiapan projek?

Kementerian perlu memastikan perubahan struktur pelaksanaan tidak menyebabkan kelewatan berulang sehingga rakyat Sabah terus menanggung kesulitan akibat pembinaan yang tertangguh. Tenom juga memohon agar perkara ini dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memohon skop siasatan secara menyeluruh projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah termasuk meneliti asas dan implikasi keputusan penamatan model rakan pelaksana projek (PDP) serta prestasi kontraktor.

draft • 3:10 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Pengerusi, Butiran 08260 – Naik Taraf dan Memulihkan Jalan. Saya ingin membangkitkan pembinaan lorong memotong di kawasan berbukit sepanjang Jalan Keningau-Tenom. Laluan ini sering dilalui kenderaan berat yang bergerak perlahan sehingga menyebabkan barisan kenderaan panjang dan mendorong tindakan memotong secara berbahaya. Sehubungan itu, saya memohon kementerian melaksanakan penilaian keselamatan dan mengenal pasti strategik bagi pembinaan lorong tambahan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Tuan Pengerusi, ketiga, Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan. Kesesakan lalu lintas di Pekan Tenom semakin membimbangkan khususnya ketika waktu menghantar dan mengambil pelajar sekolah. Laluan sedia ada tidak lagi mampu menampung pergerakan kenderaan secara lancar pada waktu puncak.

Justeru, Tenom memohon kementerian mempercepat penelitian cadangan laluan alternatif masuk dan keluar ke pekan Tenom termasuklah memperluaskan jalan yang sedia ada. Tenom turut memohon kementerian mempertimbangkan jalan alternatif RTM Benut.

Tuan Yang di-Pertua, Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun. Tenom memohon kementerian memberikan perhatian terhadap keperluan perlindungan cerun di Jalan Ulu Tomani-Kaang dan Sumambu termasuk sepanjang Jalan Tenom–Kuala Tomani. Penilaian risiko dan kerja pencegahan perlu dilaksanakan sebelum berlaku kegagalan cerun yang boleh mengancam nyawa dan boleh memutuskan hubungan jalan raya.

Tuan Pengerusi, Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan. Tenom memohon kementerian meneliti cadangan pembinaan Jambatan Ponontomon bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan perhubungan pendudukan. Baru-baru ini ada kemalangan yang melibatkan di kawasan Jambatan Ponontomon kerana disebabkan kenderaan tergelincir kerana Jambatan Ponontomon pada hari ialah jambatan kayu.

Oleh itu, saya mohon supaya kementerian dapat membantu untuk kita menaik taraf Jambatan Ponontomon ini ke jambatan konkrit. Tenom juga memohon kementerian memperjelaskan status projek naik taraf Jalan Kemabong-Rundum di bawah RMK13 dan memastikan penyelenggaraan lampu jalan serta infrastruktur keselamatan di Tenom diberikan perhatian yang sewajarnya. Mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Saratok.

draft • 3:10 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih. Salam sejahtera dan terima kasih, Timbalan Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan mengambil bahagian dalam perbahasan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya (KKR).

Merujuk Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo anggaran bajet RM1.380 bilion.

Saya ingin mengetengahkan isu-isu utama yang dihadapi oleh pembangunan kawasan rehat (rest area) melibatkan kekurangan bangunan atau tempat berhenti, perancangan lokasi, kelengkapan kemudahan, pengurusan dan penyelenggaran.

Pan Borneo perlu disertai pembangunan R&R yang mencukupi supaya perjalanan pemandu selesa, lengkap, selamat dan mampu mengurangkan risiko kemalangan akibat keletihan. R&R, Rehat & Rawat. Ada R&R yang tidak dapati digunakan oleh pemandu kerana mungkin masalah bekalan air bersih yang tidak ada seperti di R&R Ali Cok dan Sungai Arip, Julau dan Semanok.

Isu lain seperti kekurangan tandas, tempat parkir untuk kenderaan besar, bas dan lori, gerai makanan minuman, stesen minyak, lampu dan CCTV dan tempat pembuangan sampah. Tanggungjawab menyelesaikan masalah ini di bawah Kerajaan Persekutuan atau Sarawak, itu kita tidak tahu. Di samping itu, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak pengurusan untuk menggalakkan penyertaan ekonomi oleh penduduk tempatan di dalam pembangunan R&R demi memanfaatkan sosioekonomi peniaga tempatan?

P-turn. Untuk makluman, pada masa kini ramai pemandu di Pan Borneo menggunakan P-turn sebagai R&R sementara dan ini menyebabkan pembuangan sampah merata-rata di P-turn yang tidak mempunyai kemudahan tong sampah.

Oleh yang demikian, saya minta pihak berwajib sama ada Kerajaan Persekutuan, Pan Borneo atau kerajaan tempatan, majlis daerah sama-sama membuat penyelenggaraan pengurusan menentukan kebersihan di P-turn ini.

Sediakan tong sampah, kutip sampah, buang sampah dan potong rumput di P-turn.

Pancarkan lebih banyak amaran signboard, “Jangan Membuang Sampah” perlu dibuat. Malahan, ada P-turn ini digunakan sebagai tempat parkir kenderaan berat terutamanya pada waktu malam. Ada simpang juga telah dijadikan tempat parkir sementara. Ini amat membahayakan pemandu lain yang melalui kawasan berkenaan.

Rangkaian telco. Saya dapat makluman bahawa baru-baru Sarawak mengumumkan pembinaan 40 menara telekomunikasi di sepanjang Pan Borneo.

Saya mengalu-alukan kenyataan ini. Persoalannya ialah adakah inisiatif ini ada

draft • 3:14 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

dibincangkan terlebih dahulu dengan KKR untuk memastikan pembinaan telco ini cukup mendesak dan tak boleh ditunda. Ini kerana persepsi pemandu masalah di P- turn, flyover, penyelenggaraan jalan raya perlu diutamakan kerana ia nya adalah keperluan yang mendesak.

Apakah inisiatif JENDELA tidak bertindih di dalam penyediaan rangkaian telco ini? Adakah bajet mana-mana telco di jajaran Pan Borneo merupakan bajet KKR? Apakah skop Kerajaan Persekutuan, KKR dan apakah skop kerajaan Sarawak di dalam penambahbaikan Pan Borneo di Sarawak?

Merujuk Butiran 20000 – Membina Persimpangan Bertingkat dan Jejambat.

Anggaran Bajet 2027, RM10 juta. Kelengkapan jejantas pejalan kaki. Saya juga ingin mengutarakan masalah jejantas pejalan kaki di kawasan sekolah di mana ramai kanak-kanak dan ibu bapa berjalan menyeberangi jalan sambil memanjat rintangan pembahagi jalan (road divider) untuk sampai ke destinasi di sebelahnya yang bertentangan dengan arus trafik.

Sememangnya ramai juga murid-murid yang bergegas berlari-lari menyeberangi jalan tanpa sedar trafik memandu sangat laju. Sekolah-sekolah yang saya maksudkan ini adalah seperti sekolah yang berdekatan dengan Pan Borneo iaitu SK Berayang, SK Lichok dan juga di Simpang Saratok. Dan dengan ini saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan menyokong. Terima kasih.

draft • 3:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 3:14 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, Puan Pengerusi. Tuaran merujuk Maksud Bekalan B.27 Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan dan Maksud Pembangunan P.27 Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo.

Lebuhraya Pan Borneo rakyat guna setiap hari untuk pelbagai tujuan termasuklah menghantar anak ke sekolah dan membawa hasil perusahaan. Namun, lebuh raya ini sudah sekian terlewat siap dan rakyat tertanya-tanya apakah faktor utama kelewatan itu.

Sementara itu, sepanjang pembinaan keselamatan rakyat yang lalu di jalan separuh siap tersebut mesti dijaga dan kerja mesti bergerak sampai siap. Contohnya, keselamatan jalan raya sepanjang Work Package 8 iaitu dari Bulatan Berungis, Tuaran hingga ke Bandar Sierra. Ada kawasan pembinaan bergelap pada waktu

draft • 3:18 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

malam sedangkan pekerja masih bekerja dan kenderaan terus lalu. Pengguna perlu nampak dengan jelas lorong, lencongan dan halangan di hadapan.

Tuaran ingin bertanya, sejak pembinaan bermula, berapa sudah kemalangan yang berlaku dan berapa nyawa sudah terkorban sepanjang jajaran ini. Berapa kejadian berlaku pada waktu malam dan adakah kemalangan kekurangan pencahayaan dikenal pasti sebagai faktor penyumbang? Tuaran minta kementerian mendapatkan rekod lengkap daripada PDRM dan membentangkannya pada Dewan yang mulia. Jangan tunggu kemalangan seterusnya baru tindakan diambil.

draft • 3:18 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pastikan kontraktor menyediakan pencahayaan sementara yang mencukupi.

Lampu amaran dan papan tanda yang jelas. JKR perlu membantu membuat pemeriksaan pada waktu malam supaya keadaan sebenar dapat dilihat sendiri.

Pemotongan rumput juga tidak dilaksanakan secara berkala. Rumput yang menghalang pandangan di simpang, selekoh dan papan tanda mesti diberi keutamaan. Tuaran minta jadual pemotongan rumput dipatuhi dan kerja diperiksa sebelum pembayaran diperakukan.

Puan Pengerusi, semakin lama pembinaan berlarutan, semakin lama rakyat menanggung kesusahan ini. Maka, perkara kedua ialah kelewatan Pan Borneo itu sendiri yang banyak dibahaskan oleh rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini.

Kita sering mendengar masalah pengambilan tanah, pemindahan utiliti dan prestasi kontraktor dan sebagainya. Rakyat ingin tahu secara muktamad, bagaimanakah masalah ini akan diselesaikan secara tuntas? Mengapa tanah dan utiliti masih menjadi halangan selepas pembinaan bermula? Di bahagian tapak yang serba sedia pula, adakah kontraktor mempunyai pekerja, jentera dan bahan yang mencukupi?

Kedua-dua keadaan ini perlu dijelaskan supaya tanggungjawab dapat ditentukan dengan adil. Tuaran mencadangkan setiap pakej bermasalah mempunyai pelan pemulihan yang jelas. Nyatakan halangannya, pihak bertanggungjawab, tarikh penyelesaian dan sasaran siap. Kemukakan secara jelas bertulis supaya setiap lanjutan masa, khususnya bagi pakej yang melalui di kawasan Parlimen Tuaran, supaya kita boleh semak kemajuan dan bertindak segera apabila kerja mula terlewat.

Seterusnya, Tuaran minta agar pengalaman ini mesti menjadi pengajaran bagi fasa dua, Tamparuli, Ranau. Tuaran ingin tahu, jajaran melalui Kiulu dimuktamadkan seperti mana Yang Berhormat Menteri ada pernah menyatakan yang demikian di Dewan yang mulia ini.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuaran mencadangkan jajaran bermula daripada Telipok dan bukannya daripada Pekan Tamparuli iaitu melalui Mukah, kemudian menuju ke Kilimu, Ranau dan kita gunakan teknologi terowong dan sebagainya supaya ini dapat mengelakkan daripada banyak pengambilan tanah dan juga kesan alam sekitar.

Tuaran minta kementerian menilai cadangan ini dari segi keselamatan, keadaan tanah dan cerun, kos serta manfaat kepada penduduk. Libatkan kampung yang bakal terkesan supaya urusan tanah dan keperluan penduduk dapat ditangani lebih awal.

Apakah pendirian kementerian terhadap cadangan ini dan bilakah jajaran boleh dimuktamadkan dan apakah peruntukan bagi tahun 2027, untuk kerja persediaan? Kepastian jajaran membolehkan reka bentuk serta perancangan tanah dan utiliti disusun sebelum pembinaan bermula.

Puan Pengerusi, Tuaran minta tiga komitmen sahaja. Jaga keselamatan sekarang, pulihkan pembinaan lewat dan muktamadkan jajaran fasa dua melalui Kiulu. Rakyat mahu keluar mencari rezeki dan pulang kepada keluarga dengan selamat. Sekian dan terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

draft • 3:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Temerloh ingin mengambil kesempatan membahaskan Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan, di bawah Kementerian Kerja Raya.

Pertama, isu keselamatan jalan Bypass Mentakab. Temerloh ingin membangkitkan keadaan laluan Bypass Mentakab, khususnya laluan dari Kampung Desa Bakti menuju ke Kampung Sempadan dan juga Karak. Laluan ini mempunyai beberapa selekoh yang agak tajam, berisiko kepada pengguna jalan raya, terutama pada waktu malam, ketika hujan dan apabila keadaan jalan kurang jelas.

Persoalannya, adakah pihak kementerian melalui JKR telah menjalankan audit keselamatan jalan raya di laluan ini? Adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan geometri jalan, meluruskan selekoh yang berisiko sekiranya bersesuaian, memasang papan tanda amaran selekoh tajam, pemantul cahaya serta penghadang jalan di lokasi yang dikenal pasti berbahaya?

draft • 3:23 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh juga ingin mencadangkan isu ketiadaan lampu jalan di laluan tersebut sehingga membangkitkan isu ketiadaan lampu jalan sehingga menyebabkan keadaan terlalu gelap pada waktu malam. Soalannya, bilakah kementerian boleh melaksanakan pemasangan lampu jalan di laluan Bypass Mentakab bagi menjamin keselamatan pengguna sepanjang jalan Bypass Mentakab?

Kedua, lampu jalan di Lebuhraya Karak–Temerloh, Bypass Mentakab–Karak, Tol Chenor hingga simpang Kampung Awah. Temerloh juga ingin menarik perhatian kepada keadaan Lebuhraya Karak–Temerloh, khususnya bermula selepas Plaza Tol Karak hingga ke Tol Chenor menuju ke simpang Kampung Awah. Gelap dengan jalan yang berbengkang-bengkok.

Sepanjang laluan ini, terdapat kawasan yang tiada mempunyai pencahayaan lampu jalan yang mencukupi. Keadaan ini amat membimbangkan kerana laluan tersebut merupakan laluan utama yang digunakan oleh pelbagai kategori kenderaan, termasuk kenderaan berat, bas ekspres dan pengguna yang melakukan perjalanan pada waktu malam. Kita tidak boleh memandangkan ringan aspek pencahayaan jalan kerana ia berkait rapat dengan jarak penglihatan pemandu dan berisiko kemalangan.

Temerloh ingin mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan penggunaan lampu jalan berasaskan tenaga solar, khususnya di kawasan-kawasan tersebut. Kaedah ini boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada sambungan elektrik konvensional serta kos penggunaan tenaga dalam jangka panjang.

Soalannya, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk memasang lampu jalan di sepanjang laluan selepas Plaza Tol Karak melalui Temerloh ke Kuantan? Bolehkah kementerian mempertimbangkan pemasangan lampu solar sebagai penyelesaian kepada masalah pencahayaan di laluan ini? Adakah terdapat peruntukan khusus untuk pemasangan lampu jalan di kawasan berisiko tinggi sepanjang lebuh raya tersebut?

Ketiga, naik taraf jalan FT07 Kuala Lumpur–Kuantan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Temerloh juga ingin membawa satu keperluan pembangunan yang sangat penting kepada penduduk Temerloh iaitu permohonan menaik taraf Jalan Persekutuan FT02, jalan Kuala Lumpur–Kuantan dari seksyen 235.80 hingga seksyen 246.

draft • 3:23 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Laluan ini merupakan antara jalan laluan utama yang menghubungkan penduduk dengan kemudahan awam dan perkhidmatan kesihatan, khususnya Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk terus ke Maran.

Peningkatan jumlah kenderaan dan kepadatan trafik menjadikan keperluan menaik taraf laluan ini semakin mendesak. Temerloh memohon supaya projek menaik taraf jalan ini dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan cadangan pembesaran kepada empat lorong dua hala bagi meningkatkan kapasiti jalan, melancarkan pergerakan trafik dan mengurangkan risiko kemalangan.

Soalannya, adakah projek menaik taraf jalan FT02 telah disenarai dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas? Jika belum, apakah justifikasi kementerian untuk tidak memberikan keutamaan kepada laluan ini untuk akses utama ke Hospital Temerloh?

Yang terakhir, keperluan bahu jalan khas untuk penunggang motosikal. Selain pembesaran jalan, saya ingin mencadangkan supaya reka bentuk projek naik taraf jalan FT02 di Batu Empat, Kampung Paya Pulai mengambil kira penyediaan bahu jalan yang sesuai dan selamat untuk penunggang motosikal serta jalan-jalan lain yang difikirkan perlu.

Kita perlu sedar bahawa motosikal merupakan antara pengangkutan utama rakyat, khususnya golongan pekerja, pelajar dan penduduk di kawasan luar bandar.

Dalam banyak keadaan, penunggang motosikal terpaksa berkongsi ruang dengan kenderaan berat dan kenderaan berkelajuan tinggi.

Oleh itu, yang terakhir, reka bentuk jalan baharu perlu mengambil kira keperluan laluan dan bahu jalan yang sesuai untuk motosikal dengan ciri keselamatan seperti permukaan jalan yang baik, pencahayaan mencukupi dan pemisah keselamatan sekiranya bersesuaian. Sekian, terima kasih.

draft • 3:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 3:23 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Bentong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 Peringkat Jawatankuasa.

Puan Pengerusi, Bentong mahu membangkitkan beberapa perkara utama kepada Kementerian Kerja Raya.

draft • 3:28 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang pertama, merujuk kepada Butiran B.27. 040100 – Peruntukan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan bagi tahun 2027.

Bentong menanggung beban trafik yang sangat tinggi melalui laluan Persekutuan FT008 Bentong-Gua Musang, FT218 Bentong-Raub, FT68 Jalan Lama Gombak-Bentong dan FT9 Karak-Simpang Pelangai yang berfungsi sebagai jalan alternatif utama setiap kali berlaku kesesakan luar biasa atau kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak.

Justeru, Bentong ingin mohon perincian daripada kementerian. Berapakah pecahan peruntukan penyelenggaraan berkala bagi Daerah Bentong untuk tahun 2027? Khususnya keperluan membaiki permukaan jalan rosak akibat kenderaan berat di FT68 dan FT9, dan juga mengecat semula garisan jalan yang pudar di kawasan berkabus seperti di Bukit Tinggi dan Genting Sempah serta kawasan- kawasan lain, serta penyelenggaraan sistem perparitan bahu jalan.

draft • 3:28 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Berapa kerap penyelenggaraan longkang dan bahu jalan dilakukan?

Bagaimanakah agihan dana konsesi penyelenggaraan memastikan syarikat konsesi mematuhi spesifikasi teknikal JKR apabila kerja-kerja tampalan semula di Bentong kerap rosak kembali hanya dalam selepas beberapa bulan ataupun beberapa minggu selepas dibaiki?

Puan Pengerusi, merujuk kepada P.27 Butiran 60000. Bentong memohon agar penambahbaikan Jalan Simpang Ketari diangkat untuk tahun 2027. Ini bukan kali pertama perkara ini dibangkitkan. Memang kerap Bentong membangkitkan isu ini, kerana ini adalah amat penting sekali bagi warga Bentong dan di Ketari kerana apabila siapnya ECRL kelak, ia semestinya dan sememangnya akan memberikan kesan yang sangat besar kepada warga Bentong di kawasan Simpang Ketari tersebut. Dan Bentong mohon pertimbangan dan kebijaksanaan kementerian dalam memilih dan meluluskan projek ini bagi tahun 2027.

Beralih kepada Butiran B.27 040300 dan 040100. Laluan persekutuan di Bentong termasuk jalan menuju ke Janda Baik dan Genting Highlands merupakan zon berisiko tinggi bagi kegagalan cerun dan insiden pokok tumbang.

Bentong ingin mendapatkan tiga kepastian daripada kementerian. Yang pertama, berapakah peruntukan pembaikan dan pencegahan cerun kritikal bagi Parlimen Bentong pada tahun 2027? Adakah cerun runtuh berhadapan pintu masuk Institut Aminuddin Baki cawangan Genting Highlands juga turut disenaraikan?

draft • 3:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Dan juga, apakah garis panduan dan peruntukan khusus atau mekanisme pelaksanaan bagi kerja-kerja cantasan serta penebangan pokok matang, pertindihan bidang kuasa antara JKR Daerah, syarikat konsesi dan pihak berkuasa tempatan

(PBT) apabila berlaku kejadian pokok tumbang? Apakah status pemeriksaan teknikal dan penilaian tahap risiko cerun-cerun kritikal di sepanjang laluan Bentong–Bukit Tinggi-Genting Sempah dan laluan menuju ke Kampung Janda Baik?

Seterusnya Puan Pengerusi. Perkara seterusnya adalah berkenaan Butiran P.27 18610 berkenaan projek ICT KKR. Apakah pendirian kementerian terhadap aplikasi TuJu? Apakah ada perancangan untuk menambahbaik aplikasi ini dan boleh diintegrasikan bersama aplikasi MYJalan bagi tujuan pemantauan aduan secara telus?

Selain itu, daripada RM40 juta di bawah Butiran B.27, 050700, berapakah jumlah yang diterima oleh setiap Jurutera Daerah khususnya di Bentong dan apakah skop kerja yang dibolehkan penggunaan peruntukan di bawah Butiran ini?

Yang terakhir sekali, Puan Pengerusi, Bentong juga mahu membangkitkan berkenaan B.27, 040200. Berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi Daerah Bentong untuk kerja-kerja menyelenggara bangunan seperti di Kuarters Balai Polis Daerah Bentong dan sebagainya? Oleh itu Puan Pengerusi, Bentong mengakhiri ucapan. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 3:30 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Maksud B/P.27 – Kementerian Kerja Raya.

Menyentuh Butiran 050700 berkenaan dengan penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Saya ingin tahu, sejauh mana usaha yang telah dibuat untuk mengatasi masalah kualiti jalan yang banyak dipertikaikan terutama di jalan-jalan utama yang menyebabkan tanah mendap dan membahayakan. Dan saya telah mengalami kemalangan jalan raya. Di antara salah satu puncanya adalah jalan yang tidak rata.

Jadi, saya ingin tahu, sejauh mana perkara ini diambil berat?

Begitu juga masalah jalan rosak, jalan rosak akibat banjir dan begitu juga tanah runtuh, jalan berlubang dan sebahagiannya adalah jalan yang gelap yang tidak

draft • 3:32 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

cukup pencahayaan. Saya juga bersama rakan yang lain menyarankan supaya diperbanyakkan lampu jalan yang berasaskan solar untuk― dan begitu juga membesarkan bahu jalan. Sebab, ini juga penyumbang kepada masalah jalan.

Jadi, apakah strategi yang diguna oleh pihak kementerian untuk menghasilkan kualiti jalan yang lebih berkualiti terutama di kawasan banjir? Kalau kita tengok di negara jiran kita Thai, mereka banyak menggunakan jalan berasaskan simen yang dicampur dengan bahan lain, dengan tar dan sebagainya, dan terbukti lebih tahan lama terutama yang melibatkan kawasan yang berisiko tinggi banjir.

Yang kedua, Puan Pengerusi, saya ingin penjelasan Butiran 02800 berkaitan dengan naik taraf infrastruktur jalan dan pembinaan jambatan. Yang mana, dalam makluman yang diberi kepada Dewan ini, lebih daripada 1,089 jambatan yang berusia lebih daripada 50 tahun yang dibina sejak sebelum 1972 masih ada dalam negara kita.

Jadi, sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk membuat laporan secara terbuka kepada masyarakat untuk memastikan jambatan- jambatan yang berusia lama ini supaya tidak membahayakan pengguna? Sebab, dalam keadaan musim yang tak menentu ini, terutama musim banjir, yang boleh menyebabkan runtuhnya jambatan dan membahayakan keselamatan pengguna.

Jadi, sejauh mana usaha untuk melindungi terutama jambatan-jambatan yang berusia lama ini? Apakah tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian dalam mengatasi masalah ini?

Begitu juga saya ingin meminta supaya dipertimbangkan segera kelulusan pembinaan jambatan di culvert 5 jalan utama antara Pasir Mas ke Rantau Panjang yang setiap kali, setiap tahun apabila berdepan dengan banjir berdepan dengan masalah yang besarlah iaitu apabila jalan ini airnya apabila banjir besar, melepasi paras kepala. Sedangkan ini adalah jalan utama yang menghubung sama ada jalan untuk keselamatan, untuk kesihatan, untuk pengangkutan awam, untuk ke sekolah, untuk menghantar bantuan kebajikan dan sebagainya.

Jadi, saya harap perkara ini diberi pertimbangan oleh pihak kementerian untuk memastikan supaya disegerakan pembinaan jambatan untuk menggantikan jalan utama di kawasan culvert 5 ini di Rantau Panjang supaya jalan ini dapat memberi keselesaan terutama di musim tengkujuh.

Yang seterusnya saya ingin penjelasan berkaitan dengan Butiran 61000 iaitu berkaitan dengan naik taraf jalan dan projek-projek sakit. Jadi, saya ingin tahu, berapakah jumlah projek sakit di seluruh negara setakat ini? Berapakah kerugian

draft • 3:32 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

yang sedang ditanggung oleh kerajaan? Apakah usaha yang sedang dibuat untuk mengatasi masalah projek-projek sakit ini? Berapakah tindakan yang telah diambil dan punca utama berlaku? Saya ingin juga jumlah senarai projek sakit di Kelantan dan terutama dalam kawasan Parlimen saya.

Dan akhir sekali, Butiran 08250 iaitu berkaitan dengan kajian perlindungan dan pembaikan cerun. Apakah strategi kerajaan untuk mengatasi masalah risiko tanah runtuh, begitu juga berkaitan dengan cerun-cerun yang membahayakan? Jadi, setakat ini, berapakah peruntukan yang telah diberikan terutama pada kawasan- kawasan kritikal yang bahaya, yang berdepan dengan risiko yang boleh memberi bahaya kepada masyarakat?

Jadi, saya harapkan supaya semua isu-isu yang dibangkitkan ini diberi perhatian oleh pihak kementerian, insya-Allah. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.

draft • 3:32 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan dan ruang yang diberikan kepada Sipitang untuk turut serta dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya pada hari ini.

Justeru, Sipitang ingin menumpukan perhatian kepada beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian segera dan tindakan serius pihak kementerian.

Butiran pertama. Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan. Pemantauan status projek Jambatan Sungai Pengarah di Kilometer 3.40, Jalan Ulu Sipitang–Sungai Bubus, Sipitang. Projek ini amat penting kepada penduduk setempat kerana jambatan bukan sekadar penghubung antara dua tebing, tetapi penghubung antara kehidupan rakyat dengan peluang ekonomi, pendidikan dan juga kemudahan asas.

Berdasarkan laporan kemajuan sehingga 25 Oktober 2026, kemajuan fizikal projek ini ialah 75 peratus berbanding kemajuan jadual sebanyak 79 peratus iaitu kelewatan sebanyak empat peratus atau bersamaan 26 hari. Tarikh siap asal pada 9 September 2026 pula telah dilanjutkan melalui EOT Nombor 1 selama 227 hari menjadikan tarikh siap baharu pada 24 April 2027. Namun, perlu diingatkan bahawa kelulusan lanjutan ini bukanlah lesen untuk melanjutkan kelewatan.

draft • 3:37 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Sipitang berharap pihak JKR melaksanakan pemantauan yang rapi, berkala dan berkesan. Kontraktor mesti diberikan tekanan prestasi yang sewajarnya agar setiap baki kerja diselesaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Pengerusi, perkara kedua dalam Butiran 08260 – Naik Taraf dan Memulihkan Jalan ialah keperluan menyediakan peruntukan mencukupi bagi penyelenggaraan jalan raya sedia ada di Daerah Sipitang.

Selain berbicara tentang pembinaan jalan baharu, kita jangan melupakan jalan yang telah dibina sehingga terbiar rosak tanpa penyelenggaraan yang sewajarnya. Sebagai contoh, Jalan Kampung Bukau menuju simpang Kampung Lumadan dan jalan sedia ada sekitar Padas Valley.

draft • 3:37 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Walaupun kerja-kerja projek Lebuhraya Pan Borneo sedang dijalankan, jangan dilupakan penyelenggaraan jalan lama oleh kontraktor konsesi perlu sentiasa dipantau. Ini penting kerana jalan yang berlubang-lubang, permukaan yang mendap berombak-ombak, bahu jalan terhakis dan terkikis nipis, sistem saliran yang tersumbat bukan sekadar kecacatan fizikal tetapi ancaman kepada keselamatan pengguna jalan raya. Jangan tunggu jalan runtuh baru hendak bertindak, jangan tunggu kemalangan berlaku baru hendak mencari punca. Penyelenggaraan yang baik ialah pencegahan yang menyelamatkan nyawa, masa dan wang rakyat.

Yang Berhormat Pengerusi, apabila kita berbicara tentang pembangunan, janganlah kita hanya mengukur kemajuan melalui pembangunan atau bangunan yang tinggi atau angka peruntukan yang besar, sebaliknya ukurlah juga sejauh mana kemudahan asas dapat dinikmati oleh rakyat di akar umbi. Pembangunan sebenar bukan sekadar indah kepada perancangan tetapi mesti dirasai dalam kehidupan seharian rakyat. Dalam konteks ini, Sipitang ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada keadaan jalan raya di kawasan N.34 Lumadan yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.

Berdasarkan senarai jalan rosak serta cadangan penyelenggaraan yang dikemukakan, terdapat keperluan pembaikan melibatkan kira-kira 79.741 kilometer jalan raya yang merangkumi 33 segmen laluan termasuk Jalan Kampung Bintuka, Jalan Kampung Suasa, Jalan Kampung Weston, Jalan Kampung Gerama dan juga Jalan Kampung Bangkalalak.

Justeru, Sipitang berharap agar pihak kementerian tidak sekadar mengambil maklum senarai kerosakan ini tetapi memberikan perhatian serius dari segi keutamaan pelaksanaan, penyediaan peruntukan dan juga penetapan jadual

draft • 3:40 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

penyelenggaraan. Rakyat tidak mahu pembangunan hanya gah dalam pengumuman, sedangkan mereka masih berdepan dengan realiti jalan yang rosak.

Jangan hanya membina harapan melalui janji tetapi buktikan melalui tindakan.

Jangan sekadar mengumumkan kemajuan, tetapi pastikan kemajuan itu sampai ke setiap kampung dan dirasai oleh setiap rakyat.

Yang Berhormat Pengerusi, Sipitang juga ingin membangkitkan keperluan menaik taraf Jalan Lintas–Kampung Luagan, Sipitang sepanjang 1.55 kilometer daripada jalan batu kerikil kepada jalan berturap. Jalan yang asalnya dibina dalam RMK10 ini bukan sekadar laluan penghubung tetapi merupakan nadi penting penduduk sekitar Kampung Luagan dan Kampung Batu 7 Pantai dengan Pekan Sipitang.

Yang Berhormat Pengerusi, sebagai wakil rakyat yang diberikan amanah oleh masyarakat dan rakyat, Sipitang datang ke Dewan yang mulia ini adalah untuk membawa suara mereka supaya didengari oleh pimpinan tertinggi. Justeru, kita mohon perhatian pihak kementerian terhadap semua perkara yang kita bangkitkan ini dengan kepastian yang jelas, garis masa yang munasabah serta tindakan yang tuntas, bukan sekadar bahasa indah dan manis dalam jawapan. Kerana pada akhirnya, ukuran kejayaan sesebuah kementerian bukan pada indahnya bahasa yang diucapkan dalam Dewan tetapi nyatanya perubahan yang dirasai rakyat di lapangan. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Yang Berhormat Gua Musang tak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam RAHMAH. P.27 61000 – Naik Taraf Jalan. Kemudian P.27 21000 – Membina Persimpangan Bertingkat.

Dalam membahaskan persoalan berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya ini, di peringkat Jawatankuasa ini, sesi-sesi yang lalu pun saya pernah bercakap soal berkaitan pembinaan flyover, Pengerusi. Ada empat flyover yang saya minta. Yang pertamanya di Bandar Seri Putra. Bandar Seri Putra ini kedudukan dia betul-betul sempadan di antara Hulu Langat dengan Seremban. Ha, Rompin ke mana itu ha?

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rompin ah. Ha, Rompin kan. Dia sempadan. Dia sempadan ini di antara Hulu Langat dan juga Seremban dekat Negeri Sembilan. Itu yang pertama.

Kemudian yang keduanya, maksudnya flyover di Taman Prima Saujana, Kajang. Ha, Taman Prima Saujana, Kajang.

Kemudian, yang ketiganya di Pekan Batu 14 Hulu Langat. Ha, itu memang perlu. Sebab hujung-hujung minggu, waktu betul-betul puncak ini memang jammed, memang sesak.

Kemudian yang keempat nya, di Pekan Semenyih itu sendiri, di hadapan Masjid Pekan Semenyih itu sendiri perlu sudah dibina flyover. Sebab Timbalan Menteri pun ada, Timbalan Menteri pun dia happy sebab baru mencapai kemenangan di negeri Melaka. Syabas dan tahniah kita— kita ucapkan.

Cuma, adik-adik ini tak tahu datang daripada mana. Selamat datang kita ucapkan kepada adik-adik ini. Ini persidangan Parlimen. Kalau cokmar itu dekat bawah, Yang Berhormat itu kita panggil Pengerusi. Kalau cokmar itu dekat atas, kita panggil dia Yang Berhormat Speaker. Ha, ini merupakan satu pendidikanlah. Nanti kalau jadi wakil rakyat nanti senang faham. Baik. Itu yang pertama.

Kemudian yang keduanya, soal berkaitan naik taraf jalan ini. Yang pertamanya, saya nak minta daripada Batu 10 Kampung Melaka itu, sampai Pekan Batu 14 Hulu Langat. Saya dimaklumkan dah ada bajet dah dalam Rancangan Malaysia tetapi tak tahulah Rancangan Malaysia ke berapa ini. Dengar cerita saja kan. Kejap beralih, beralih, beralih kan. Dengar— saya dimaklumkan hampir RM380 juta bajet yang telah diluluskan untuk menaik taraf jalan daripada Kampung Melaka Batu 10 sehingga Pekan Batu 14 Hulu Langat.

Kemudian yang keduanya, naik taraf juga jalan Semenyih ke Banting. Sebab jalan ini adalah merupakan jalan yang agak jammed, jalan yang agak sesak. Sebab laluan ini digunakan oleh penduduk-penduduk yang terdapat di dalam Parlimen Hulu Langat dan juga kawasan-kawasan sekitar yang terdapat di dalam Parlimen Hulu Langat.

Kemudian seterusnya Pengerusi, saya nak minta juga kalau boleh pihak kerajaan inilah melalui Kementerian Kerja Raya ini, sebab ada satu jalan, Jalan Cheras nak pergi ke Kajang itu— itu highway. Jarak highway ini Rompin, jarak dia 11.5 kilometer saja. Dibina pada tahun 1999. Kos bina highway ini RM282 juta, RM282 juta. Highway ini, lebuh raya ini dah berusia hampir 28 tahun. Saya nak minta kalau boleh pihak KKR mansuhkan sajalah tol ini. Tak perlu tol lagilah saya ingat, dah hampir 29 tahun. Kos RM282 juta, takkan kompeni ini tak dapat untung lagi.

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

RM282 juta. Kuala Krau, takkan kompeni ini tak dapat untung lagi, dah boleh mansuh dah saya ingat.

draft • 3:43 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Itu kan janji PH itu, hapus tol.

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak ada, tak ada. Itu tak ada.

draft • 3:43 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Mansuh tol, boleh saya masuk sekejap?

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha bolehlah, boleh, boleh.

Ha, bagilah.

draft • 3:43 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Hulu Langat. Bila kata mansuh tol ini, saya pun haraplah eh, Menteri pun ada, di Tol Bestari Perdana di Cahaya Baru, baru lima kilometer tetapi tol satu hala RM1.85 pergi, balik lagi RM1.85. Penduduk sudah mengadu. Harap kerajaan boleh mansuhkan tol ini juga.

Terima kasih.

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu masukkan lah...

draft • 3:43 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Langat, Hulu Langat. Hulu Terengganu, boleh? Tol juga.

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Masa dah tak ada, Hulu Terengganu.

draft • 3:43 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sikit saja, sikit saja.

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Terengganu kejap lagi ini minta pembahas kejap lagi ini.

draft • 3:43 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sikit, sikit saja. Setuju tak...

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak boleh dah, tak boleh dah.

draft • 3:43 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bukan saja tol itu, semua tol kita hapuskan. Apa pandangan Hulu Langat?

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, insya-Allah, *insya-Allah.

Insya-Allah*, saya bersetuju dengan pandangan daripada Hulu Terengganu tadi itu.

Baik. Yang tol tadi ini saya nak minta supaya dimansuhkan. Soal berkaitan dengan tol tadi ini daripada Cheras hingga ke Kajang ini.

Kemudian, jambatan, Timbalan Menteri. Dengarnya dah lulus dah pembinaan jambatan, menaik taraf jambatan di persimpangan kampung nak masuk Kampung Sesapan Rembau. Dekat-dekat dengan sempadan Negeri Sembilan. Betul-betul kampung ini dia sempadan betul. Kalau depan itu sikit, Langkawi, Pekan Beranang.

Depan sikit daripada Pekan Beranang itu dah masuk Negeri Sembilan dah. Bajet dengarnya dah ada dah, RM6.8 juta. Bajet ini KKR yang buat, bukan saya yang buat

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

bajet ini. Nanti dekat luar itu kata nanti Ahli Parlimen Hulu Langat nanti dia kata masyuk lah dia kata. Bukan, ini bajet yang KKR buat.

Kemudian yang seterusnya, soal...

draft • 3:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, sekejap. Dua point lagi.

Soal berkaitan dengan cagaran ini. Cagaran ini kepada kontraktor, pemaju, syarikat- syarikat yang dapat kerja dengan KKR ini, cagaran ini RM30,000. Saya ingat RM30,000 ini terlalu sikit sangatlah. Saya minta supaya kalau boleh ditingkatkan cagaran kepada kontraktor, pemaju dan juga syarikat-syarikat yang dapat kerja dengan KKR.

Kemudian yang terakhirnya Pengerusi, soal berkaitan dengan banjir kilat ini di depan Kampung Pacat. Nak naik taraf dia punya parit dan juga culvert dia itu.

Dengar kita dah mohon peruntukan RM800,000. Minta supaya dipercepatkan.

Dan yang terakhirnya, saya nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada JD JKR Hulu Langat, Ir. Haji Zamri Mohamud yang banyak membantu saya lah. Dia ini, orang ini tinggi, muka macam Hindustan sikit. Tetapi tak boleh dekat dengan dia. Sebab kalau kita dekat, memang mata kita akan jadi silau sebab bercahaya. Terima kasih Pengerusi. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 3:43 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas rasa murah hati bagi saya berbahas pada petang ini. Pertama sekali, Butiran 040100 – Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan serta di bawah Jalan Raya dan Jambatan Semenanjung, Jalan Raya dan Jambatan Sabah serta Jalan Raya dan Jambatan Sarawak khususnya Butiran 02800, 31000, 60000, 61000, 71000 dan 81000.

draft • 3:49 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jika kita lihat dalam setiap belanjawan, kerajaan membelanjakan berbilion- bilion Ringgit setiap tahun untuk membina jalan-jalan baharu serta menyelenggara jalan sedia ada. Namun begitu saban hari, kita melihat rakyat di bawah sana mengeluh bagaimana jalan-jalan di kawasan mereka, jalan-jalan yang mereka lalui saban hari, berlubang, beralun-alun. Cerita ini dah panjang lebar, dah bercerita bertahun-tahun lamanya.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Apabila saya mendengar perbahasan oleh sahabat-sahabat Ahli-ahli Parlimen yang lain, mereka juga menyentuh perkara yang sama. Mengapakah perkara ini berlarutan sekian lama. Jadi, kita berada dalam satu dunia, di mana pada hari ini kapal terbang penumpang pun telah menggunakan elektrik dan terkini, kapal laut telah menggunakan elektrik, feri menggunakan elektrik. Sedangkan kita di Malaysia masih bercakap tentang jalan berlubang. Bertahun-tahun, itulah cerita kita, jalan beralun, turap sekali, selang dua bulan, nak kena turap balik.

Jadi, saya nak tanya kepada pihak JKR, di sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, kerajaan membelanjakan berbilion-bilion Ringgit untuk penurapan atau penyelenggaraan jalan baharu, apakah tidak ada satu teknologi yang boleh digunakan ataupun pendekatan baharu dalam konteks pembinaan dan penurapan jalan ini yang boleh memastikan bahawa jalan ini lebih tahan lama dan dapat digunakan dengan baik dan wang penyelenggaraan ini dapat kita jimatkan. Itu yang pertama.

Kedua, saya ingin menyentuh tentang pampasan kepada pengguna jalan raya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan kerana jalan rosak ataupun pampasan kepada pengguna jalan raya, yang mana kenderaan mereka rosak disebabkan oleh jalan yang rosak atau jalan berlubang atau jalan yang beralun tadi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Pada masa ini, tidak ada satu kaedah tuntutan yang menyeluruh. Adapun, ia nya bergantung kepada syarikat yang menyelenggara ataupun bergantung kepada konsesi mana yang menyelenggara jalan tersebut. Jadi, saya mohon untuk kerajaan melihat pendekatan ini. Pihak syarikat yang menyelenggara jalan dan pihak konsesi yang menyelenggara jalan tersebut perlu mengambil tanggungjawab.

Kalau tidak nanti, berlaku kemalangan kerana jalan rosak, lepas tangan.

Masing-masing lepas tangan kerana pengguna perlu pembuktian yang begitu sukar.

Jadi, kalau kerajaan boleh lihat, sama ada menggunakan MYJalan dalam konteks ini pada waktu ini digunakan untuk pelaporan kerosakan jalan. Kalau boleh, gunakan juga MYJalan untuk membolehkan pengguna membuat tuntutan tetapi pengguna pada masa yang sama, perlu menunjukkan bukti-bukti yang sewajarnya.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan pelaksanaan sistem aliran bebas pelbagai lorong atau multi-lane free flow (MLFF) atau dalam kata lain,

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

sistem tol tanpa palang. Merujuk kepada Butiran 020100 — Dasar dan Pembangunan. Sistem tol tanpa palang ini dah diguna di negara luar ini cukup lama.

Saya masih ingat masa saya di Australia, memang tol tak ada palang. Tapi apa yang berlaku di sini, kita lihat saban hari antara punca utama jammed di jalan ini adalah kerana penggunaan tol dengan palang ini. Semua orang nak kena berhenti di tol.

Saya masih ingat sewaktu dalam— kami dalam Jemaah Menteri dahulu, pernah dibincangkan berkaitan dengan penggunaan sistem tol tanpa palang ini. Jadi, soalan saya kepada pihak KKR, bilakah pendekatan tol tanpa palang ini akan mula dilaksanakan dan mengapakah kerajaan mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan sistem tol tanpa palang ini?

Akhir sekali Tuan Pengerusi, berkaitan dengan lampu jalan solar LED ini.

Saya dengar ramai sahabat-sahabat membahaskan tentang mengapa kerajaan tidak menggunakan lampu jalan solar LED ini. Jika kita lihat perkara ini sebenarnya satu ruang yang baik untuk kerajaan menjimatkan kos. Memang kos untuk memasangnya di peringkat awal adalah tinggi, tapi kalau kita mengambil kira kos jangka panjang, tentunya kerajaan dapat menjimatkan kos dengan jauh lebih tinggi.

Jadi, saya cadangkan supaya dilihat secara menyeluruh berkaitan dengan penggunaan lampu jalan solar ini, khususnya dalam konteks untuk mengelakkan isu kecurian kabel dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelenggaraan yang lain-lain dan termasuklah bil elektrik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.

draft • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Ada panjang jawapan yang ada di tangan saya. Saya harap dapat seberapa banyak yang boleh saya akan menjawab.

Sebelum itu.

Bunga selasih tumbuh di pekan, Atas papan bunga kapas; Terima kasih KKR ucapkan, Kepada 28 YB yang berbahas. Kementerian Kerja Raya ini, Ahli-ahli Yang Berhormat, kami menerima peruntukan pembangunan tertinggi daripada 28 kementerian yang lain. Di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat, ada kertas warna ini dan dalamnya ada disebut

draft • 3:55 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

kementerian mana, dapat berapa dari segi pembangunan. [Merujuk kepada senaskhah dokumen] Sebagai contoh, Jabatan Perdana Menteri, RM5.7 bilion.

Perbendaharaan, RM3.3 bilion, ini yang saya sebut yang tinggi-tinggi. KKDW, RM7.8 bilion. Pengangkutan, RM5.3 bilion. PETRA, RM4.9 bilion. Kementerian Kesihatan, RM6.7 bilion, Kementerian Digital, RM7.5 bilion tetapi kementerian kami RM9.7 bilion. Jadi, tertinggi.

Walaupun demikian, masih lagi tak cukup. Masih lagi tak cukup untuk memenuhi segala tuntutan, terutama dari segi penyelenggaraan. Saya— beberapa YB menyebut tentang penyelenggaraan jalan. Tahun 2021, kita dapat RM1.6 bilion, 2022, RM1.17 bilion, 2023, meningkat RM1.71 bilion, 2024, meningkat RM2.39 bilion, 2025, RM2.99 bilion, 2026, RM2.68 bilion, 2027, RM2.59 bilion.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila kita menyebut tentang turapan, tentang jalan yang tidak diturap sepenuhnya, maka inilah antara sebabnya kerana keperluan kita RM5 hingga RM6 bilion. Duit yang kita perolehi cuma RM2.6 bilion tahun ini dan tahun depan RM2.59 bilion. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat nak marah siapa ya bila duit yang dipohon tak cukup? Bukan kami tak mohon, kami memohon RM5 bilion ke RM6 bilion, dapat RM2.5 bilion. Hanya separuh daripada apa yang dipohon. Itu.

Saya tak ada lah nak menyalahkan sesiapa di sini, tetapi adalah penting untuk Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi melihat secara keseluruhan tentang bajet yang sangat penting untuk rakyat, terutamanya penyelenggaraan jalan.

Cameron Highlands, Langkawi, Arau ada bertanya mengenai projek-projek yang ditangguh, batal SST berhubung luar bandar. Projek luar bandar...

draft • 3:55 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat...

draft • 3:55 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Berapa jumlah kos?

draft • 3:55 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sebelum tukar topik...

draft • 3:55 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya?

draft • 3:55 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Penyelenggaraan tadi. Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana saya sebut tadi, kalau kita lihat, betul, saya setuju tentang kekangan kewangan. Tetapi pada masa yang sama, cerita bahawa penurapan ini lepas turap, turap ini dan kaedah penurapan yang tak tahan lama ini, apakah tidak ada pendekatan yang lebih— lebih hebat, lebih berteknologi tinggi dalam konteks ini?

Saya dimaklumkan JKR sebenarnya dah ada mencuba di beberapa tempat dan ada yang menunjukkan kesan yang baik lagi tahan lebih lama. Jadi, kita dapat

draft • 3:55 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

jimat sikit peruntukan setiap tahun itu jika dibandingkan turapan after turapan itu.

Mohon Yang Berhormat jelaskan. Terima kasih.

draft • 3:55 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya kita ada create di Alor Gajah yang membuat segala penyelidikan tentang bahan turapan. Antaranya, bahan turapan daripada crumb rubber , daripada cup lump rubber , plastik terbuang oleh PETRONAS. Semua dah ada segala perkara ini. Cuma, tinggal dilaksanakan. Masih lagi apabila kita nak melaksanakan, dari segi kos apabila bahan-bahan itu belum lagi banyak kita gunakan, kosnya agak tinggi daripada turapan biasa. Itu satu lagi kekangan.

Walau bagaimanapun, kalau kita ada peruntukan yang mencukupi, segala perkara ini boleh diselesaikan. Kembali kepada Cameron Highlands. Cameron Highlands ya...

draft • 3:55 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Yang Berhormat, sebelum penutup Yang Berhormat. Mengenai penurapan juga.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Ya. Apakah kaedah yang diguna oleh kementerian untuk memantau penurapan-penurapan tersebut? Sebab keadaannya sungguh kurang memuaskan. Yang pertama.

Yang kedua, apakah KPI di kementerian apabila setiap aduan itu dibuat?

Kadangkala walaupun selaku Ahli Parlimen kita membuat aduan, kadang satu bulan dua bulan, tindakan masih belum diambil. Jadi, saya mohon pencerahanlah daripada Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dari segi KPI, kalau daripada segi jalan berlubang di Jalan Persekutuan, hendaklah ditampal dalam tempoh 24 jam. Saya dah maklumkan pada mereka kenapa 24 jam, kenapa tak 12 jam. Ini sedang diproses dari segi Jalan Persekutuan jika berlubang.

Namun, jika jalan-jalan lain, ada 11 jenis jalan Yang Berhormat Kinabatangan. Jalan Persekutuan satu daripada 11. Jadi, jenis-jenis jalan yang lain itu ada kementerian-kementerian lain yang melaksanakan. Walau bagaimanapun, kita ada No Wrong Door Policy. Jika dihantar ke aplikasi MYJalan, kita hantar juga kepada kementerian-kementerian yang lain.

Saya oleh kerana Cameron Highlands ada di sini, Dato’ Speaker beliau telah melakukan sesuatu yang berbeza pada hari ini. Itu tak apalah. Mengenai apa yang disebut oleh Cameron Highlands iaitu Jalan Sinderut RM320 juta, Pos Lenjang, Pos

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Titom RM90 juta. Saya nak maklum kepada Yang Berhormat Cameron Highlands bahawa saya telah pergi ke Jalan Sinderut ini. Saya kira dalam banyak-banyak jalan yang pernah saya pergi, Jalan Sinderut adalah jalan yang paling teruk di seluruh negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, jalan itu terpaksa ditangguh pelaksanaannya.

Penangguhan-penangguhan ini kami terima tiga surat— surat KKDW 20 hari bulan tujuh; surat MOF 10 hari bulan sembilan; surat KKDW 17 hari bulan sembilan memajukan surat arahan MOF. Maka, sebagai kementerian pelaksana, kita ada 27 lagi kementerian pengguna. Sebahagian besar daripada projek-projek mereka kecuali projek PETRA, JPS, sebahagian besar projek-projek itu dilaksana oleh JKR.

Selaku kementerian pelaksana, kami terpaksa melakukan beberapa perkara untuk memastikan perkara ini tidak tertangguh lama kerana ada tujuh projek yang telah selesai LP belum dapat dilaksanakan. LP tu Lembaga Perolehan. Yang dah ditender belum dapat dilaksanakan.

Ada tujuh peringkat penilaian, pra-kelayakan tender ada 13. Ini semua terlibat dalam arahan penangguhan. Peringkat reka bentuk ada 29, telah siap table tender dokumen empat, jumlahnya 53 projek. Projek jalan luar bandar yang terlibat dalam arahan penangguhan termasuklah dua jalan yang disebut oleh Yang Berhormat Cameron, termasuk dalam arahan penangguhan. RM4.3 bilion jumlah 53 projek itu.

Yang Berhormat ada menyebut projek kawasan mana ya. Antaranya Sungai Petani, Langkawi, Bagan Datuk, Mersing, Tumpat, Gua Musang, Kuala Krai, Rompin, Cameron Highlands, Jerai, Sungai Besar, Jempol, Masjid Tanah, Jasin, Ledang, Kulai, Port Dickson, Bachok, Pasir Puteh, Paya Besar, Jerantut, Bera, Pokok Sena, Kuala Langat, Kuala Pilah. Kuala Pilah ada dua. Kuala Krai, Masjid Tanah ada satu lagi, Pasir Puteh, Dungun. Dungun ada dua. Bera ada dua tadi, Alor Gajah, Kepala Batas, Gerik, Bagan Datuk sekali lagi, Pokok Sena, Kuala Krai, Jeli, Masjid Tanah sekali lagi, Maran, Lipis, Bera sekali lagi, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Terengganu, Jempol. Itu antaranya. Ahli-ahli Yang Berhormat tahulah apabila saya sebut tu sama ada mereka dalam kumpulan mana ya, sebelah sana atau sebelah sini.

Kenapa perkara ini berlaku? Kami juga tidak dapat membayar hutang kepada kontraktor sejak September sebanyak RM75 juta. Kenapa perkara ni berlaku? Saya berada tiga kali di Kementerian Kewangan. Pertama, sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Kewangan. Yang kedua, Timbalan Menteri Kewangan 1.0, Timbalan Menteri Kewangan 2.0. Tiga kalilah. Jadi, saya fahamlah sikit sebanyak.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Masalahnya ialah komitmen. Contoh komitmen RM4 bilion, tapi dilulus hanya RM2.6 bilion. Siapa yang melulus tu? Kementerian Kewangan lah. Sebagai contoh, ada 415 projek di KKDW ini. 201 dalam pembinaan, 126 pra-pelaksanaan, 78 projek siap, 24 projek baharu. 391 daripada 415 itu sambungan. Jika projek-projek sambungan tidak dilulus keseluruhannya, maka berlakulah apa yang berlaku.

Sebagai contoh, 2027 permohonan RM6 bilion, tapi lulus cuma RM2.28 bilion. Jadi, bagaimana nak menyelesai masalah itu? Oleh itu, pada saya MOF tidak boleh meluluskan based on ceiling, tetapi MOF sepatutnya perlu meluluskan berdasar kos sebenar yang dipohon.

Ini boleh dibincangkan lagi bagaimana untuk kita memperbaiki sebab 415 projek ini adalah keperluan rakyat luar bandar yang dah dilulus sejak lima tahun, RMK12 disambung ke RMK13. Saya kira antara sebab kontroversinya itulah, permohonan tidak diluluskan. Lulus hanya sebahagian daripada permohonan, walhal projek sambungan mesti dilulus sebab projek itu dah berjalan. Oleh itu, saya harap perkara ini boleh diperbetulkan oleh Kementerian Kewangan ya. Macam Jalan Sinderut dan Pos Lenjang ini, saya kira kepada sesiapa yang pernah pergi ke tempat itu, amatlah tragis kalau perkara ini ditangguhkan.

Apakah akan berlaku selepas ini? Dia terus bergantung pada peruntukan. Itu adalah arahan daripada Kementerian Kewangan. Pada 11 hari bulan 11, mesyuarat antara KSP dan juga mesyuarat dengan KE (Kementerian Ekonomi), mesyuarat dengan Kementerian Kerja Raya, mesyuarat dengan kementerian KKDW, keputusannya dia terus bergantung pada peruntukan. Jadi kalau peruntukan tak ada, tak cukup, maka ditangguh tanpa noktah. Kita pun tidak tahu apa yang akan berlaku.

Oleh itu, mendapatkan kewangan ni adalah perkara utama bagi pihak Kementerian Kerja Raya selaku kementerian pelaksana.

Kami menunggulah daripada kementerian, khasnya KKDW untuk kita membayar segala komitmen-komitmen terutama projek sambungan. Penting itu tentang peranan projek sambungan supaya kita tidak tersilap.

Batang Lupar dan Putrajaya ya bertanya tentang MYJalan, aplikasi MYJalan.

Sebagai apa yang ingin saya nyatakan di sini, ada 73,926 aduan dan daripada itu garisan jalan, halangan, jalan berlubang— ini aduan-aduan. Jalan rosak, kemudahan awam, lampu isyarat, lampu jalan, papan tanda, perabot jalan, tanah runtuh.

Saya ingin maklumkan di sini iaitu daripada Ogos 2023 hingga Oktober 2026, daripada keseluruhan itu, yang di bawah Kementerian Kerja Raya iaitu Jalan Persekutuan, lebuh raya dan jalan negeri, jumlah aduan 23,639 atau 31.98 peratus

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

daripada aduan orang ramai, dalam siasatan 751 atau 3.12 peratus dan selesai 22,888 96.82 peratus. Ini satu pencapaian yang cukup baik mengenai penyelesaian hal aduan.

Mengenai kementerian-kementerian lain, ini yang kita harap kementerian- kementerian yang lain mengenai jalan bandaran, jalan kampung, jalan pertanian, jalan negeri Sarawak, jalan negeri Sabah, jalan persendirian, ada 50,287 aduan atau 68.02 peratus. Yang ini saya telah mengarahkan kementerian agar segera mendapatkan maklum balas setakat mana 50,287 aduan itu telah disiapkan, diambil tindakan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan. Kemudian Kudat, Kinabatangan, Tenom, Beaufort...

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Tuaran...

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Kudat...

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Boleh sikit?

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Kinabatangan, Tenom, Beaufort, Tuaran.

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sebelum tukar topik.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Putrajaya dah bangun tadi.

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tak— MYJalan tadi.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat sebut tentang MYJalan tadi.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Baik.

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Saya jelaskan berkaitan MYJalan ini dalam konteks pampasan tadi. Bila jalan berlubang, jalan beralun-alun, kereta accident dan sebagainya, ada yang cedera. Tetapi sekarang ini pampasan ini macam nak kena pohon kepada pihak syarikat yang menyelenggara ataupun konsesi.

Jadi kalau begini keadaannya, masing-masing boleh lepas tangan. Jadi, kita perlu letakkan tanggungjawab ini kepada pihak konsesi dan penyelenggara ini supaya mereka lebih bertanggungjawab, pastikan setiap kerja itu dibuat dengan baik.

Jadi, cadangan saya tadi supaya kerajaan lihat kalau boleh gunakan apps yang sedia ada iaitu MYJalan tadi untuk membolehkan pengguna membuat permohonan atau berkaitan dengan pampasan tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih. Ada yang mereka kemalangan dan dapat pampasan tetapi ya lah kena masuk mahkamah dulu dan sebagainya, kemudian mahkamah memutuskan berapa banyak pampasan yang perlu diberi oleh konsesi yang berkaitan jalan tersebut. Tetapi pengguna hendaklah melakukan inisiatif untuk memohon pampasan ini.

Okey, mengenai Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Saya dah sebut tadi Tuaran, Beaufort, Tenom, Kinabatangan, Kudat. Dia begini— pakej 1A, 15 pakej kerja. Itu yang ada masalah. Kami, saya dan Menteri mewarisi masalah ini. Tetapi di bawah kami, pakej 1B, fasa 1B, 19 pakej kerja tak ada masalah. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, terutama di Sabah kena bahagikan 15 pakej 1A dan 19 pakej 1B. Namun pakej 1B ini baru bermula 2024 hujung, sekarang 2026. Kami pastikan tidak ada masalah sebab ini adalah urusan kami. Tetapi kami juga mengambil tanggungjawab urusan daripada sebelum ini 15 pakej kerja fasa 1A, sudah siap empat dan saya telah mengumumkan sembilan akan siap hujung tahun.

Untuk data terkini, enam akan siap hujung tahun dan tiga lagi akan siap pertengahan 2027. Jadi, sembilan— sembilan campur empat, 13. Bererti yang tak siap itu 13, ada dua pakej. Jadi, enam pakej yang dijangkakan siap pada hujung tahun ini Beaufort–Bongawan, Bongawan–Papar, Inanam–Sepanggar, Sepanggar– Bulatan Berungis, Pituru–Rampayan Laut, Moyog–Sapi–Nangoh. Jadi, ini fasa 1A.

Fasa 1B sebagaimana saya sebut 2024, segalanya teratur. Isu dan halangan, perubahan kaedah pelaksanaan projek daripada secara PDP kepada konvensional.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Iaitu di antara punca dan saya telah sebut tadi isu pengambilan balik tanah juga biasalah, pengalihan utiliti juga, prestasi kontraktor ini juga antara sebab pakej 1A. Sila Tuaran.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, Yang Berhormat.

Pakej 8 iaitu daripada Bulatan Berungis ke Tebobon itu adalah di antara jajaran yang paling aktif, makna dia hari-hari dia sesak. Daripada Kota Kinabalu, daripada Tuaran memang sesak pagi petang. Dan, apabila kita lihat kerja-kerja pembinaan, seolah- olah tidak ada kerja, sampai rumput pun sudah naik dan sebagainya. Jadi, saya ingin tahu apa sebenarnya, apabila disebut tadi yang ini di antara pakej yang akan siap.

Apa sebenarnya selama ini kerja-kerja itu begitu menyebabkan, apa nama kerja- kerja itu begitu lambat dan lewat?

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dan pertanyaan saya tadi tentang kemalangan itu adalah benar sebab entah berapa sudah. Ramai sudah yang telah apa ini yang telah diragut nyawa kerana kemalangan di jalan raya tersebut. So, tak siap-siap.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, data kemalangan itu tidak ada di tangan saya sekarang, kita akan jawab kemudian. Tuaran ya, Sepanggar– Bulatan Berungis. Jadi, tadi ada juga Ahli Yang Berhormat yang menimbulkan terutama Sipitang misalnya, bagaimana kontraktor sepatutnya hendaklah menyelenggara jalan sedia ada dengan baik. Jika kontraktor tidak menyelenggara jalan sedia ada dengan baik, maka kita boleh lantik kontraktor lain untuk menyelenggara jalan itu. Dan, mereka juga hendaklah memotong rumput, menjaga longkang dan sebagainya. Kalau mereka tidak melaksanakan perkara itu, maka itu satu kesalahan.

Kami mengambil tindakan, kami tidak berdiam diri. Kita ada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (Task Force) sejak 2024. Tiap-tiap bulan mesyuarat tanpa gagal. Ketua Setiausaha KKR sendiri, bukan TKSU tetapi KSU sendiri bersama Setiausaha Tetap Sabah. Ketua Menteri juga minta supaya Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah hadir untuk mempengerusi bersama mesyuarat tersebut.

Jadi, kita mengambil tindakan yang proaktif. Program turun padang banyak kali oleh saya, oleh Timbalan Menteri, oleh Menteri ya dan KSU. Kita juga mengadakan program kolaborasi strategik KKR, JKR Malaysia, JKR Sabah.

Seterusnya perbincangan dua hala pengurusan tertinggi untuk syarikat-syarikat utiliti.

Kemudian kita mohon daripada Kementerian Kewangan supaya firma jurunilai yang hanya ada lapan di Sabah itu boleh kita guna jurunilai berlesen untuk pengambilan balik tanah dan ini telah dipersetujui. Selain daripada itu, kita juga telah mengambil tindakan dengan memastikan semua pegawai yang terlibat mendapatkan latihan kursus khas supaya mereka faham betul-betul bagaimana nak mengatur segalanya.

Okey, Besut. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3. Kita dah menyebut bahawa LPT3 Kampung Gemuroh, Terengganu berakhir Tunjong, Kelantan, 122 kilometer.

LPT3 ini secara penswastaan. Kalau Besut tak setuju, ya lah di banding dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Hibrid ya untuk lebuh raya JD, Juru–Sungai Dua. JSD, Juru–Sungai Dua dan juga beberapa bilion untuk LRT daripada pulau sampai menyeberang. Banyak bilion.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kalau Besut tak berapa setuju tentang itu, ya lah, Besut. Cuba kita lihat perkara yang positif dari sudut lain. Kita cuba menyelesaikan KBKK, Kota Bharu– Kuala Krai dan juga Kuala Krai–Gua Musang dan seterusnya Gua Musang untuk apa yang dipanggil sebagai Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Walau bagaimanapun, ECRL ya tentunya akan membantu mulai 12 Disember daripada Tunjong melalui Kota Bharu, melalui Terengganu, Pahang dan sampai ke Gombak. 12 Disember ECRL akan mula. tentunya dapat membantu sedikit sebanyak. Namun LPT3 tidak di-cancel. LPT3 sudah ada keperluan projek, penyataan keperluan projek (statement of needs) telah dikemukakan kepada UKAS bahawa memang ada keperluan bagi penyediaan dokumen RFP (request for proposal) dan kita masih di peringkat penyediaan dokumen RFP oleh UKAS JPM. Itu status yang ada sekarang. Jawapan ini standard yang ingin saya nyatakan bahawa itulah kita berharap agar UKAS JPM segera menyiapkannya dan hantar ke Mesyuarat Kabinet.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Arau, ini mengenai hal— beliau tidak ada pula di sini tetapi kita jawab secara bertulislah mengenai kaedah perolehan kerajaan ya. Seterusnya ada...

draft • 4:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, Temerloh ada Temerloh?

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, Pendang bangkitkan.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Banyak lagi.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hah.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kalau tak adapun, kita akan jawab secara bertulis.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dah siap pun ada sebahagian.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Pengerusi, minta sikit.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pendang tak ada berbahas tadi.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ada nak bahas tetapi...

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tak cukup masa?

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Masa tak cukup, satu.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya...

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang kedua, dah penuh.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Erm. Jadual dah penuh?

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Yang diberikan oleh Dewan.

Okey, saya nak tanya satu sebab infrastruktur ini.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sedikit je, sedikit je Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

031000 ini banyak projek-projek termasuk di kawasan saya yang terpaksa— tak boleh siap. Jadi, boleh tak apa ini Yang Berhormat sediakan peratusan sepertimana peratusan projek-projek abandon ini seperti mana peratusan yang disediakan berkenaan dengan Pilihan Raya Melaka, tahniah saya nak ucapkan yang mendapat dua per tiga lebih.

Jadi saya nak peratusan ini sebagai satu— sepertimana boleh sediakan peratusan di Melaka itu. Keputusan pilihan Melaka sangat hebat. Jadi, maknanya projek-projek yang berjalan pun kena sediakan dia punya peratus siap, 10 peratus, 20 peratus dan juga claim, claim berdasarkan jadual yang telah disediakan.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Tahniah saya ucapkan sekali lagi.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dengan lain perkataan, nak bertanya tentang projek sakit, bagaimana ya projek secara peratusan? Ini secara peratusan.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, ya.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Rantau Panjang juga tadi bertanya, maka saya jawab sekali lah.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kerjaya Raya...

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jambatan di Pendang itu. Dua.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pantauan kami, ada 880 projek dalam pembinaan. Banyak itu ya.

Tetapi daripada jumlah tersebut hanya 38 projek atau 4.32 peratus dikategorikan sebagai projek sakit dan saya mempengerusikan projek sakit ini.

2026, 6.51 peratus, 55 projek yang terkini— Saya sebut tadi 4.32 peratus tetapi pernah turun pada September 2026 kepada 3.77 peratus, 33 projek. Meningkat sedikit 4.32 peratus pada Oktober 2026, 38 projek.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Esok petang saya akan ke Sarawak. Bukan nak berkempen sebab tak ada kaitan dah BN dengan GPS dari segi kempen direct. Indirect adalah kita mendoakan.

Apa yang saya nak buat di Kuching, Sarawak ialah untuk mempengerusikan projek sakitlah. Untuk memastikan projek itu turun satu persatu. 38 projek ini akan dibuka satu persatu failnya dan bagaimana kita nak menyelesaikan. Tetapi jangan lupa, seluruh projek 880, yang sakit cuma 38. Kami kalau boleh memang sifar projek sakit tetapi apakan daya kerana ada faktor-faktor, maka menyebabkan projek sakit itu tidak dapat disifarkan untuk masa kini.

Langkawi. Air masin salah satu faktor penyumbang kepada kerosakan turapan jalan. Maklumlah beliau berada di pulau. Tiada kajian mewujudkan teknologi khusus berkaitan air masin buat masa ini. Kekerapan kerosakan jalan di persekitaran pantai dan jalan biasa perlu dikaji sebelum mengesahkan bahawa faktor air masin adalah signifikan dalam aspek penyelenggaraan jalan. Ini CREaTE akan sentiasa melaksanakan.

Langkawi dan juga Kuantan, penjimatan kos yang dicapai hasil inovasi CREaTE, iaitu Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (JKR). Tadi ada juga daripada Putrajaya bertanya. Maka, saya ingin menyebut bahawa campuran turapan ini antaranya polimer, getah bekuan, crump rubber, gentian, plastik kitar semula sebagai penguat asfalt bagi menangani hujan ekstrem dan banjir. Formulasi bitumen berprestasi tinggi serta turapan berliang dan tahan kelembapan ini direka untuk menghalang penyusupan air, meningkatkan lekatan agregat, mengelakkan jalan berlubang akibat kitaran basah kering.

Jadi, kita sentiasa mengadakan dan ada di antara produk-produknya yang telah pun dilaksanakan.

Ini satu lagi perkara yang istimewa pada hari ini iaitu mengenai TuJu. Klang, Rasah, Bentong ada bertanya tentang TuJu. Maka, saya ingin membuat kenyataan di sini mengenai TuJu. Aplikasi TuJu pada asalnya dibangunkan sebagai platform penyampaian maklumat trafik lebuh raya bertol sahaja. Lebuh raya bertol secara masa nyata (real-time) bagi memudahkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih baik. Aplikasi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 26 November 2025 dengan fungsi navigasi diperkenalkan sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada.

Aplikasi TuJu dibangunkan oleh Prosignal Consortium Sdn. Bhd. menerusi perjanjian usaha sama (joint venture agreement) dengan pihak Lembaga Lebuhraya yang ditandatangani pada 20 Januari 2023. Pembangunan aplikasi ini tidak

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

melibatkan sebarang penggunaan dana awam. Tak ada dana awam untuk aplikasi TuJu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dan peruntukan kos kewangan daripada Kerajaan LLM juga tiada. Keseluruhan kos pembangunan, pengoperasian, penyenggaraan aplikasi ini di bawah tanggungjawab oleh Prosignal Consortium Sdn.

Bhd. tanpa sebarang peruntukan kerajaan.

Itu— sebelum ini YB Bagan juga ada menyebut tentang hal ini. Susulan arahan larangan penggunaan aplikasi Waze kepada pegawai kerajaan bagi urusan rasmi atas pertimbangan keselamatan siber serta galakan penggunaan aplikasi navigasi alternatif tempatan. Aplikasi TuJu telah mencatatkan peningkatan jumlah pengguna yang amat ketara dalam tempoh yang singkat. Jumlah pengguna yang telah memuat turun aplikasi TuJu telah meningkat secara mendadak daripada sekitar 200,000 dalam masa tujuh bulan kepada 800,000 dan lebih 1 juta pengguna dalam masa beberapa hari.

Oleh itu, peningkatan mendadak ini telah memberikan tekanan kepada kapasiti sistem sedia ada, sekali gus menyebabkan gangguan teknikal khususnya terhadap fungsi navigasi aplikasi berkenaan. Peningkatan pengguna yang mendadak tersebut telah menyebabkan caj bayaran langganan oleh penyedia perkhidmatan peta navigasi telah melebihi had bayaran sehingga Prosignal kena membayar RM300,000 dalam masa satu hari, contohnya.

Susulan itu, LLM bersama PCSB, Prosignal telah melaksanakan langkah pemulihan dan penambahbaikan aplikasi TuJu. LLM juga telah mengkoordinasi perbincangan bersama pihak agensi berkaitan seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Kementerian Digital, Jabatan Digital Negara dan GovTech Malaysia untuk penambahbaikan sistem aplikasi.

Bermula 6 November 2026, aplikasi TuJu telah beroperasi menggunakan fungsi navigasi yang dipautkan, hyperlink terus kepada Google Maps sebagai langkah alternatif selaras dengan pengoptimuman kos pengoperasian sistem. Tadi saya telah mencuba pegawai saya tunjukkan untuk balik ke kampung saya di Benut, Pontian, Johor dan terus ada hyperlink mengguna aplikasi TuJu ini dan aplikasi TuJu antara perkara yang istimewa kerana ada carian lokasi kawasan Rehat dan Rawat, bantuan kecemasan, paparan CCTV secara langsung, maklumat trafik masa nyata dan juga jika ada sebarang kecemasan.

Pelaksanaan tindakan penyelesaian serta perkhidmatan utama aplikasi TuJu ini telah tersedia dan boleh diakses sepenuhnya oleh semua pengguna peranti platform iOS mahupun Android.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 4:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Since Yang Berhormat cakap pasal tol tadi, saya ada tanya berkaitan dengan multi-lane free flow, sistem tol tanpa palang.

Apakah update terkini berkaitan dengan sistem tol tanpa palang ini? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya. Masa saya dah habis. Hulu Langat dan Putrajaya. MLFF kita dah putuskan. Dia adalah menggunakan business to business. Kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang kewangan. Oleh itu, sebarang usaha oleh mereka, mereka yang menguruskan dan sistem antaranya yang telah dibuat oleh sistem PLUS, mereka telah membuat sistem dan dah ada cubaan di beberapa tempat apabila persiapan penuh, maka persiapan akan dilaksanakan dan boleh dilaksanakan.

Walaupun demikian, ada akta yang tertentu perlu dipinda di Dewan ini.

Antaranya jika mereka tak membayar tol, apakah yang boleh kita kejar mereka yang tak membayar tol itu apabila tak ada palang, tentulah ada yang cuba lari daripada tol. Jadi, akta itu perlu dipinda dan saya harap boleh disegerakan.

Mengenai Hulu Langat, highway mansuh tol, kemudian ada lagi YB bangun, Tol Bestari Perdana boleh mansuh ke tidak?

Kami tidak ada berjanji untuk mansuh tol ini.

[Tepuk] Kami juga tak berjanji mansuh PTPTN. Kami juga tidak berjanji untuk beri KWSP untuk suri rumah. Kami tak berjanji ya. Kami itu, sayalah. Saya itu, parti saya lah.

[Ketawa] Kami tidak berjanji untuk melakukan perkara-perkara itu. Kami tak berjanji untuk turunkan minyak RM1.50. Kami tak berjanji.

Jadi, siapa yang berjanji itu, dia kena jawab. Tetapi saya ada bertanya kepada pegawai, kita nak mansuh tol ini boleh ke tidak? Ada 28 konsesi tol, 34 highway tol sebab ada konsesi yang lebih daripada satu.

Di Malaysia ada 34 highway tol, 28 konsesi. Pegawai ada memberi satu saya kata, “Dato’, kami dah kira lebih kurang.” Saya kata, “Lebih kurang berapa?” Jika PTPTN nak mansuh, perlu RM70 bilion kerajaan bayar. Tetapi jika tol nak dimansuh, perlu RM400 bilion, Dato’. Kerajaan ada duit RM400 bilion untuk ambil alih segala 34 highway tol ini? Saya, ya lah RM400 bilion ini lebih kurang bajet setahun, tuan puan ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 4:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Berkenaan dengan tol ini tadi, nak mansuh susah tetapi di Bentong, kita nak naik ke Genting Highlands pun dah kena tol sekarang. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Itu jalan persendirian. Highway di Genting Highlands itu jalan persendirian. Mereka mendapat kelulusan khas. Jalan itu mereka buat sendiri untuk pergi naik ke atas.

draft • 4:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tetapi oleh kerana pembangunan di jalan itu digunakan oleh bukan hanya syarikat yang berkaitan tetapi oleh syarikat lain, ada pembinaan pelbagai apartment, pelbagai hotel oleh syarikat- syarikat lain. Maka dikenakan tol persendirian.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tapi oleh syarikat lain, ada pembinaan pelbagai apartment, pelbagai hotel oleh syarikat-syarikat lain, maka dikenakan tol persendirian. Mereka kutip, sebab apa? Mereka nak maintain jalan itu, kalau tidak, jalan akan rosak, kerajaan tidak maintain jalan persendirian.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, sikit sahaja.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya? Kuala Krai.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat sebut tadi, untuk hapuskan tol memerlukan RM400 bilion. Dalam masa terdekat ini, adakah Yang Berhormat sedar bahawasanya ada beberapa lokasi tol menjadi bottle neck kerana laluan yang tidak boleh menampung kemasukan kereta. Jadi, bolehkah dalam masa terdekat ini, boleh buka lagi, luaskan lagi, banyakan lagi plaza tol ini, contohnya di Gombak, di Bentong, di Sungai Besi. Ini contoh menyebabkan jam yang teruk di kawasan-kawasan ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, lima minit.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Lepas saya jawab ini, saya selesai.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Lima minit.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh saya tanya satu hal kah berkenaan tol?

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya adalah pengguna lebuh raya yang tegar, kerana saya balik kawasan setiap minggu. Saya lalu PLUS arah ke Selatan, masuk tol kena bayar, tol Simpang Renggam atau tol Sedenak untuk ke bandar Pontian. Tiap-tiap minggu balik lalu PLUS kemudian lalu tol Sungai Besi, saya faham apa yang Yang Berhormat Kuala Krai maksudkan dan kadang-kadang pergi ke merata tempat di seluruh Malaysia dan faham apa yang berlaku.

Kita harap MLFF (multi lane fast flow) bukan free flow. Kalau free nanti dia tak bayar, jadi multi lane fast flow, Putrajaya, bukan free flow dapat dilaksanakan sepantas mungkin oleh semua konsesi tol atas urusan B-2-B (business to business) arrangement antara pihak yang berkaitan. Jadi, itu RM400 bilion itu anggaran Yang Berhormat, anggaran. Saya juga tidak pasti berapa jumlah yang sebenar, tetapi itu lah jawapan yang diberi oleh pegawai kepada saya. Kalau RM400 bilion ini kita tidak ada bajet setahun. Kalau RM70 bilion, tidak ada untuk PTPTN, tidak ada bajet pembangunan setahun. Kalau RM400 bilion tidak ada bajet pengurusan setahun.

Maksudnya, kalau tak mahu bayar gaji pegawai kerajaan, staf kerajaan 1.61 juta orang itu setahun, bolehlah ambil alih tol.

draft • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, kita bukan minta keseluruhan tol dibatalkan. Yang berlaku— pernah berlaku selepas tahun 2018, North-South Highway, kita sudah turunkan tol 30 peratus. Jadi, harapan kami ialah ansur- ansurlah. Kita mansuhkan tol. Bolehkah ia dibuat?

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya dengar masa itu ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, sikit lagi.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terutama Tony Pua membuat kiraan, berdiri di tol MEX dan sebagainya, lepas itu membuat rumusan yang tertentu.

Itu, penghapusan tol ini memang janji lah dan kami tak janji. Tapi, satu masa satu ketika, saya tak tahu bila. Ya?

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas Menteri. Menteri cakap tadi bahawa RM400 bilion yang digunakan untuk nak hapuskan tol. Betul?

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Anggaran. Anggaran.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Persoalan saya, apakah janji yang dibuat itu adalah sekadar untuk nak menang pilihan raya dan mereka tak mampu untuk laksanakan? Apa pandangan Menteri?

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ada banyak lagi janji*..

[Dicelah]*

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, dua minit lagi.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya. Ada banyak lagi janji yang tak tertunai ini. Saya ada pantun tentang itu ya. Nak dengar kah tidak?

Jika Tuan pergi memancing; Jangan lupa membawa umpan; Jika tak mahu kena kencing; Sokong Barisan dan Perikatan. Ah, gitu ya.

[Tepuk] Jadi, cukuplah sekadar*...

[Dicelah]*

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker. Speaker.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya nak mohon penjelasan.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya?

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah Timbalan Menteri memberi jawapan sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan atau sebagai pemimpin UMNO di sini?

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, tanya Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri. Menteri.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya tanya.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak ada jawapan.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Takkan kita nak duduk di sini dengar kepada rentetan seperti ini? Don’t insult us in the House. You are here as unity government Deputy Minister.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak ada kena mengena dengan bajet.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jawab sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu sahaja.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan memalukan diri sendiri.

draft • 4:30 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Jangan berpolitik di... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, perbahasan don’t get it out of our hand ya. Biar berfakta dan jawab seterusnya.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Tidak jelas] Standing order.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri. Satu, berkenaan dengan...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Timbalan— saya gunakan standing order.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dengan terjejas akibat banjir ini, yang projek cadangan.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Timbalan Menteri...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar.

Sebentar, Yang Berhormat Jelutong. Peraturan?

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Dengan izin, Timbalan Speaker, you are the right man to make a ruling because you are always being impartial. “Adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa yang kurang sopan.” Tadi kita dengar Timbalan Menteri membuat sindiran terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan— Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Kita dalam Kerajaan Perpaduan. Memang perkara-perkara telah dijanjikan, tetapi beliau di sini, memberi penjelasan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya Kerajaan Perpaduan.

[Tepuk]

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini backbenchers insult government lagi teruklah.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You sit down when I am talking.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

*You backbenchers...

[Pembesar suara dimatikan]*

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Di korum, kalau berterusan macam ini, saya akan minta dua-dua ya. Sebentar, bagi saya habis cakap Yang Berhormat Jelutong. Get to the point dan let the Minister, dengan izin, menjawab.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

Kerajaan kita adalah Kerajaan Perpaduan. Ada Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan yang ada di sini untuk menyokong daripada Peringkat Jawatankuasa.

Jangan Timbalan Menteri di sini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyindir kita.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Seolah-olah beliau bersekongkol dengan sebelah sana Timbalan Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kenyataan jahat.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Jelutong, I get the point. Saya dapat apa...

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, last point for you to make a valid ruling. Saya minta beliau tarik balik kenyataan “kencing”, minta maaf kepada Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan di sini.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Siapa yang kencing? Dia tak sebut.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenyataan yang kurang sopan.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kencing. Siapa kencing?

Suka kencing?

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Baik. Yang Berhormat telah membangkitkan Peraturan 36...

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

*Shame on you.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]*

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Di korum.

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Seseorang Ahli

Shame on Jelutong. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memalukan. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat- Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Seseorang Ahli

Backbenchers, shame on you. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita ini Ahli Parlimen, we are being watched right. Baik. Yang Berhormat Menteri, bahagian “kencing” itu tolong tarik. Saya punya petua.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Oh, apa dia Speaker?

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya mungkin terbawa-bawa kerana dua hari lepas.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong telah bangkitkan...

[Dicelah]

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tapi, saya tidak menyebut Pakatan Harapan, sebab versi pertama pantun saya dulu itu ada perkataan Pakatan Harapan...

[Dicelah]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya dah buang perkataan Pakatan Harapan itu.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya?

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagi saya bercakap.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey. Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain tolong diam. Yang Berhormat, ruling saya, bahagian “kencing” itu balik sekarang— sebentar, saya tak habis lagi. Saya tak habis lagi. Yang Berhormat, bahagian “kencing” itu tak ada kena mengena dengan siapa. Walau bagaimanapun, it’s— bagi pertimbangan saya, it’s unparliamentarian. Tarik bahagian itu.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya suka berpantun. Jadi, dalam keseluruhan pantun itu, nampak tak ada perkataan kencing. Terima kasih.

Mana-mana yang saya tak jawab....

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri, projek— cadangan, saya ada sebut tadi, cadangan lima projek akibat banjir.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, minta dia tarik balik.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Besut, duduk. Saya tak benarkan. Masa dah habis. Yang Berhormat, silakan.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, saya, ya la, “kencing” sahajalah ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Nawaitu tu mustahak.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Nawaitu. Nawaitu.

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sama ada nak— sebentar, yang lain itu diamlah.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

“Kencing” tarik balik. “Kencing” yang Speaker kata tarik balik. “Kencing” tarik balik. Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tolong gulung.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ada pegawai ramai di belakang ini. Saya harap segala yang saya tak jawab, kena jawab bertulis. Saya harap pegawai-pegawai saya akan melihat seluruh ucapan-ucapan. Saya ada menulis sampai Putrajaya yang ke-28, panjang saya tulis di sini. Line by line Yang Berhormat Speaker.

Sebab kadang-kadang Ahli Yang Berhormat itu, mengusulkan tiga perkara dalam lima minit. Tapi saya jawab cuma satu perkara. Bukan apabila saya dah menyebut Bentong, perkataan Bentong, maka Bentong kita perlu tinggalkan, tidak diberi jawapan. Saya nak maklum kepada pegawai-pegawai saya, kalau ada tiga perkara yang Bentong sebut, tiga-tiga perkara itu jawab bertulis.

Itu arahan terkini Kementerian Kerja Raya, saya selaku Timbalan Menteri, supaya semua Ahli-ahli Parlimen sama ada daripada manapun pihak, berpuas hati terhadap jawapan dan supaya dia tidak ditimbulkan lagi dalam perbahasan- perbahasan selanjutnya.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

[Tepuk]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. At last, haih, berat betul.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Ahli Yang Berhormat dengan ini Majlis membawa perkara masalah iaitu wang sejumlah

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

RM1,146,184,500 untuk Kepala B.27 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat-Yang Berhormat hold you horses, dengan izin. Masalahnya bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.27 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 4:40 PM
Kepala B.28 [Jadual] – Kepala P.28 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi

Baik, Yang Berhormat. Majlis ke Kementerian Pengangkutan. Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas.

Terdapat 21 Yang Berhormat akan berbahas dan berikut adalah senarainya.

Dimulakan dengan Yang Berhormat Bagan Serai, diikuti Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Penampang.

Dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai. Saya difahamkan Yang Berhormat Bagan Serai. Saya difahamkan kawasan Yang Berhormat banjir teruk, jadi saya benarkan dulu untuk Yang Berhormat beredar. Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 4:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Sri Pengerusi. Butiran dua-enam-kosong-sepuluh-seratus, tadbir urus pengurusan

draft • 4:42 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

kementerian. Yakni mengenai integriti pengurusan kutipan kerajaan yang melibatkan kes MyEG dan Zetrix.

Berita Kementerian Pengangkutan menggantung perkhidmatan MyEG dan Zetrix ini amat mendukacitakan kita kerana MyEG ini merupakan ejen kepada pemungut hasil JPJ yang tugas dia ialah memungut pembaharuan lesen kenderaan motor, pembaharuan lesen memandu, pertukaran hak milik kenderaan dan juga pembayaran saman. Masalahnya ialah perkhidmatan MyEG ini tak bayar kepada kerajaan hampir dekat dengan lima bulan sebanyak RM314 juta.

Sedangkan kalau ikut peraturannya dari segi peraturan kewangan awam sebagaimana arahan daripada Perbendaharaan dan juga Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, wang yang dipungut ini mestilah hari ini dipungut sekurang-kurangnya dia mesti dipindahkan ke dalam Perbendaharaan akaun rasmi kerajaan pada esok harinya. Macam hari ini dipungut pada hari Isnin, hari Selasa sudah pun perlu dimasukkan ke dalam akaun rasmi dengan kaedah T+1 transaksi hari kutipan yang dibuat.

Paling membimbangkan syarikat ini juga pernah menyerahkan cheque tendanglah orang panggil sebanyak RM231 juta sebagai penyelesaian tunggakan kepada kutipan ini tadi. Tiba-tiba cheque ini tak boleh di-clear apabila syarikat ini telah mengarahkan kepada bank jangan clear-kan kerana mungkin duit tidak ada kut.

Ini bukan kes biasa-biasa Dato’ Pengerusi. Saya dimaklumkan bahawasanya walaupun JPJ telah pun menamatkan kontraknya pada 5 Oktober 2026 dan laporan polis juga telah dibuat untuk tuntutan-tuntutan saman sivil terhadap syarikat ini. Dan saya ingin mendapat penjelasan lanjut mengenai kes RM314 juta ini.

Pertama, berapakah jumlah RM314 juta ini yang telah berjaya dikembalikan?

Adakah sudah diserahkan ataupun ada masih tunggakan? Kalau ada tunggakan, berapa pula penalti yang dikenakan kepada syarikat ini?

Yang kedua, apakah status tindakan undang-undang yang diambil kerana ini ialah untuk menjamin mengenai kepentingan wang kerajaan yang perlu dilunaskan sepenuhnya?

Yang ketiga, adakah kementerian bersedia memastikan semua ejen pemungut hasil kerajaan selepas ini menggunakan satu mekanisme pemindahan terus ke akaun kerajaan apabila mereka telah memungutnya tadi supaya kes ini tidak berulang. Kita tak bayar saman satu hari dua hari pun tak boleh renew road tax.

Mereka hampir dekat lima bulan melibatkan wang yang begitu banyak sekali RM314 juta tiba-tiba begitu saja berlaku. Ini amat kita kesalkan dari segi tatakelola.

draft • 4:42 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

B.26 Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Kebajikan sektor e-hailing dan juga p-hailing melibatkan hampir 600,000 mereka yang bekerja dalam sektor ini. Persoalannya, adakah ia benar-benar memberikan keadilan kepada para pekerja? Sebab pemandu e-hailing ini mereka menanggung kos operasi sendiri.

Insuransnya, bahan apinya, penyelenggaraannya, insurans dan juga tol, ansurannya, susut nilai kenderaan. Kadang-kadang menunggu tanpa panggilan.

Sebaliknya, platform ini yang ada yang mengendalikan urusan e-hailing ini merekalah yang menentukan struktur tambang. Merekalah yang menentukan kadar komisen. Merekalah menentukan pengagihan tempahan. Merekalah yang mengagihkan insentif dan merekalah juga penilaian prestasi berkenaan dengan pemandu-pemandu ini.

Sebab itu kadang-kadang kita bimbang takut mereka yang terlibat dengan e- hailing ini tidak mendapat pengadilan yang sepatutnya. Namun begitu, kita ukuran keadilannya bukan diukur pada kadar komisen sahaja kerana persoalan penting, berapa pendapatan bersih yang dapat kepada mereka yang bertugas dalam sektor ini. Berapa yang mereka bawa pulang ke rumah mereka selepas ditolak kos operasi dan masa bekerja mereka?

Baru-baru ini kita dapat lihat dalam bajet ada RM160 juta pakej bersama Grab dalam bajet yang diluluskan baru ini. Persoalan saya ialah kenapa — berapakah sumbangan syarikat Grab dalam pakej ini? Kenapa Grab sahaja yang dipilih sedangkan di sana ada lagi Foodpanda, ShopeeFood, inDrive tidak dilibatkan bersama dalam pakej ini. Maka, bagaimana kerajaan kita harapkan tidak berlakulah pula diskriminasi terhadap pekerja-pekerja yang bekerja di platform yang lain daripada syarikat Grab ini.

Kita tidak mahu kadar pendapatan meningkat dengan adanya insentif RM160 juta ini tetapi dalam masa yang sama soal potongan komisen, caj perkhidmatan meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak berapa ada. Dan adakah kerajaan mewajibkan syarikat platform mendedahkan struktur komisen, potongan dan pengiraan tambang yang dikenakan kepada pekerja-pekerja e-hailing ini? Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 4:42 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

draft • 4:42 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Saya ingin membangkitkan satu isu berkenaan dengan cukai jalan kenderaan diesel. Bagi tempoh 12 sehingga 18 November yang lalu, diesel tanpa subsidi berharga RM4.87 sen seliter, iaitu satu Ringgit lebih mahal daripada RON95 bagi harga tanpa subsidi.

draft • 4:49 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya nak ingatkan Dewan yang mulia ini, Belanjawan 2009 telah menyatakan bahawa cukai jalan kenderaan diesel persendirian dulunya lebih tinggi kerana harga diesel jauh lebih rendah, jauh lebih murah daripada petrol. Jadi, apabila harga kedua- duanya semakin hampir, kerajaan telah menyamakan kadar cukai jalan kedua-dua jenis kenderaan ini mulai 1 September 2008. Jadi, perubahan harga bahan api yang terbaru wajarlah diambil kira dalam semakan kadar pada hari ini.

Pada 25 April yang lalu, Perdana Menteri telah meminta Kementerian pengangkutan untuk mengkaji pengurangan cukai jalan bagi kenderaan diesel. Jadi saya nak tanya kepada Menteri. Menteri tak ada tak apa. Ada Timbalan Menteri. Jadi, apakah cadangan itu masih menunggu pertimbangan daripada Majlis Tindakan Ekonomi Negara? Jadi, saya harap kerajaan dapat menurunkan kadar cukai jalan kenderaan diesel seberapa cepat yang mungkin kerana kadar cukai sekarang tidak lagi menggambarkan apa hakikat sebenar pada pasaran.

Dato' Sri Pengerusi, saya ingin berkongsikan satu isu yang kecil apabila saya melawat ke JPJ Cawangan Muar hari tu. Saya telah ditahan oleh seorang awam. Dia maki kat saya, dia kata apasal kerajaan tak memberikan geran kenderaan kepada dia? Dia kata seolah-olah anak dilahirkan tetapi tak ada sijil lahir. Apabila saya bertanya dengan pihak JPJ cawangan, dia kata ini adalah masalah di mana ada kekurangan stok untuk cetakan lesen— apa tu— lesen— apa tu VOC dia orang kata— geran. Geran kenderaan.

Masalah dia, kalau sementara tak ada geran tak apa. Cuma apabila individu itu apabila beliau membawa kereta tu, kereta dia untuk disemak, dibuat pemeriksaan di PUSPAKOM, PUSPAKOM mengehendaki dia menunjukkan geran kenderaan.

Dan dia terpaksa patah balik kepada JPJ. JPJ kata tak boleh buat apa. You boleh buat carian dan cetak sementara maklumat berkenaan dengan kenderaan dan dikehendaki membayar RM20. Itu yang membuatkan dia marah. Kebetulan saya ada, dia marah kat saya. Dia kata apasal kerajaan boleh buat macam ni. You yang tak kasi geran tetapi apabila saya buat carian kena bayar RM20.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, saya harap akan datang sekiranya berlakunya perkara macam ini, kena ada penyelesaian, kena ada penyelarasan antara agensi. Jangan pula sekarang ni agensi A kata tak dapat diberikan, agensi B kata wajib kena ada. Dan kemudiannya kita yang tak bagi geran tetapi kita nak apa tu orang awam bayar untuk buat cetakan carian. Isu ini telah selesai ya selepas saya berbincang dengan ketua cawangan dan sebagainya. Isu ni dah selesai. Pagi tadi apabila sebelum saya masuk, saya tengah buat skrip perbahasan ni, dia text saya dia kata isu ni dah selesai. Sekarang dah tak perlu bayar.

Tetapi akan datang, perkara ni jangan berlaku sebab kita yang tidak memberikan geran kepada orang awam. Maka, apabila mereka membuat carian sepatutnya dalam sistem itu boleh mengecualikan bayaran untuk sementara waktu kita memenuhi stok kertas-kertas ini. Jadi, ini bukan sahaja kepada JPJ, ya bukan sahaja kepada kementerian MOT. Kebetulan ini berlaku sekarang MOT. Saya yakin agensi-agensi yang lain pun sama.

Cuma saya nak ingatkan, jangan kita— jangan sesekali kita susahkan orang awam. Jangan sesekali sebab kekurangan kita, kita seolah-olah kita menghukum, menghukum orang awam, kita nak suruh dia bayar. Jadi, saya harap kita kena ada fleksibiliti. Kita kena fleksibel dan dalam sistem itu boleh kita meminda atau menangguhkan seketika pembayaran itu.

Dato' Sri Pengerusi, Butiran 00200 – Kajian Strategik Pengangkutan. Saya memohon supaya kerajaan memulakan kajian kebolehlaksanaan bagi jajaran rel Pantai Barat negeri Johor. Dato' Pengerusi, Muar, Batu Pahat dan Pontian merupakan bandar-bandar utama yang memacu pertumbuhan ekonomi di Pantai Barat negeri Johor tetapi ketiga-tiga daerah ni yang mempunyai sejuta penduduk tidak mempunyai pengangkutan yang lain selain daripada...

[Tidak jelas] jalan.

Kita sangat jealous apabila landasan berkembar telah— projek landasan berkembar telah siap. Penduduk-penduduk di Segamat, di Kulai, di Kluang, di Johor Bahru mereka disambung dengan landasan kereta api. Mereka mempunyai alternatif lain sekiranya mereka mendapati pengangkutan jalan sangat sesak. Sekiranya mereka tidak mahu menggunakan Lebuhraya Utara–Selatan, mereka ada pilihan untuk menggunakan kereta api. Tetapi bagi Pantai Barat negeri Johor, kami tak ada pilihan itu.

Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk meminta supaya kerajaan mengkaji dan mengambil kesempatan apabila kita sedang membuat West Coast Expressway ini, kita juga melakarkan, merancangkan jajaran landasan kereta api

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

untuk Pantai Barat negeri Johor supaya apabila proses pengambilan tanah, diambil kira juga pembinaan landasan kereta api walaupun saya faham projek ini tidak semestinya akan mula dalam masa yang terdekat. Tetapi ia nya boleh disediakan lebih awal supaya kos pengambilan tanah dan kos perancangan itu dapat dikira serentak apabila kita merancang jajaran untuk West Coast Expressway.

Dan ini akan menjimatkan banyak peruntukan dan menjimatkan sekurang- kurangnya berbilion Ringgit sekiranya kita merancang kedua-dua mod pengangkutan ini secara serentak. Jadi, saya harap pihak MOT mengambil serius tentang cadangan ini.

Kedua, Butiran 01600 – Pembelian Rolling Stock KTMB.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya harap ya KTM telah membuat pengumuman mulai 1 Januari tahun depan daripada— perkhidmatan daripada Johor Bahru ke Padang Besar tidak ada laluan secara terus, tak ada direct ya. Tak ada direct service. Saya harap apa tu keputusan ini dipertimbangkan semula dan kita mengembalikan ya, mengembalikan semula perkhidmatan ini.

Dan sekiranya betul ada masalah, saya harap fleksibiliti dan kita perlu memanfaatkan ya, memanfaatkan teknologi, membolehkan ya penumpang membeli tiket dalam masa yang serentak dan lebih fleksibel supaya penumpang tidak terganggu perjalanan mereka. Saya rasa ini penting sebab jajaran kita tak panjang, 700 kilometer sahaja. Takkan direct service tak boleh ada. Jadi, saya harap perkara ni dapat diambil kira. Saya tahu sekarang Menteri tak ada tapi Menteri tak ada sebab ada prinsip, bukan sebab dia tidak perform.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya harap kita tidak merendah-rendahkan mana-mana parti. Kita adalah Kerajaan Perpaduan. Saya rasa kecewa tadi ada Timbalan Menteri apabila menggulung tadi telah memburuk-burukkan ya parti-parti dalam Pakatan, dalam Kerajaan Perpaduan. Saya rasa perkara ni tidak sepatutnya berlaku. Biarlah sama-sama kita memastikan kerajaan kita perform untuk kepentingan rakyat.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, cukup.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, berikut dipersilakan Yang Berhormat Jerantut.

draft • 4:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Sri Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00900 P.28 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Kita dimaklumkan melalui Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) berkenaan dengan cadangan peringkat kementerian untuk penswastaan pengurusan dan penyelenggaraan rangkaian kereta api.

Jadi persoalan daripada Jerantut, apakah— saya pasti, pastinya telah dilaksanakan life cycle costing kepada isu ini yang melibatkan kepada empat fasa iaitu capital cost, operating cost, maintenance cost dengan juga end-of-life cost.

Cuma boleh tak pihak kementerian bentangkan perkara ini dengan tuntas di peringkat Jawatankuasa Khas Parlimen IPK supaya kita boleh sampaikan kepada kesatuan pekerja ini.

draft • 4:59 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Pastinya mereka mempunyai angle yang berbeza kerana mereka ada perasaan job insecurity, Tuan Pengerusi. Takut sekiranya perkara ini berlaku, apakah jaminan kerajaan, khususnya kepada pekerja-pekerja teknikal yang terlibat dalam perkara ini dari sudut time hit mereka, dari sudut overtime mereka, dari sudut pekerjaan mereka. Apakah mereka masih lagi dikekalkan sekiranya perkara ini dilaksanakan?

Dan perlu diingat Tuan Pengerusi— Dato’ Seri Pengerusi, KTMB ini telah ditubuhkan pada tahun 1885. Jadi, pastinya banyak pengalaman-pengalaman KTMB dan pekerja-pekerjanya yang mampu melaksanakan perkara ini. Tetapi mungkin di sana ada penilaian teknikal yang menyebabkan pihak KTMB mengambil pendekatan untuk menswastakan perkara ini. Jadi, saya mohon jawapan tuntas daripada pihak kementerian.

Kedua, berkenaan dengan ECRL. Pada Butiran P.28 20000 – Peningkatan Infrastruktur Rel. Saya ucapkan tahniah kepada pihak MRL kerana projek ini dapat dilaksanakan— fasa pertama dapat dilaksanakan dengan jayanya dan ahead of schedule, dengan izin, Dato’ Seri Pengerusi. Dan insya-Allah, kalau tak ada aral pada hari Jumaat ini, pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Infrastruktur

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Pengangkutan dan Komunikasi (IPK), kita akan mencuba train EMU ECRL ini pada hari Jumaat ini ke Kota Bharu, daripada Gombak ke Kota Bharu, insya-Allah. Cuma, persoalan yang saya bimbang ialah Dato’ Sri Pengerusi, kita dimaklumkan oleh MRL, jumlah keseluruhan projek ini membawa kepada RM72 bilion. Jadi persoalannya, bagaimana pembayaran balik prinsipal akan dibayar oleh MOT yang dijadualkan bermula pada tahun 2027 pada tahun hadapan? Apakah model perniagaan dan juga unjuran tunai— aliran tunai yang telah disediakan oleh kerajaan bagi memastikan komitmen pembayaran balik pinjaman ini dapat dipenuhi?

Dan apakah kerajaan akan bergantung sepenuhnya kepada hasil operasi penumpang dan kargo atau bisnes model yang berbeza supaya pinjaman ini dapat dibayar mengikut jadual?

Mengikut MRL, dikatakan projek ini pastinya akan ada economic multiplying impact— multiplying effect. Soalannya ialah apakah perkara ini telah pun disusun dengan rapi supaya kerajaan pada masa akan datang tidak terbeban dengan loan atau pinjaman RM72 bilion ini?

Kemudiannya Pengerusi, tentang Zetrix. Saya rasa Bagan Serai telah detail tadi. Cuma soalan saya berkenaan dengan Zetrix ini, apakah inovasi pentadbiran yang akan dibawa oleh kerajaan untuk memastikan perkara ini tidak diulangi lagi?

Di bawah Butiran B.28 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Saya ingin membangkitkan isu kenaikan tambang bas ekspres susulan penyelarasan subsidi diesel. Seperti yang dibangkitkan dalam Utusan Malaysia pada 30 September lalu, kenaikan tambang sehingga RM15 hingga RM20 bagi satu perjalanan sehala semakin membebankan pengguna.

Jadi, persoalannya Dato’ Sri Pengerusi, mengapa bahan— mengapa beban penyelarasan subsidi diesel ini perlu dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga tiket? Apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan tambang bas kekal munasabah dan adakah rakyat harus terus berdepan dengan kenaikan tambang setiap kali harga minyak dunia tidak stabil?

Apakah mekanisme APAD untuk memastikan kenaikan tambang benar- benar berdasarkan peningkatan kos operasi dan bukannya mengambil kesempatan terhadap penyelarasan subsidi diesel? Dan apakah APAD telah menyemak pecahan kos operasi yang sepatutnya perlu dikemukakan oleh pihak penguasa bas sebelum sebarang kenaikan tambang diluluskan?

Isu yang terakhir Dato’ Sri Pengerusi, berkenaan dengan pengangkutan udara. Kita faham tentang keadaan geopolitik dunia yang menyebabkan

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

ketidaktentuan harga minyak dunia. Pastinya dia akan memberikan kesan proportionate kepada pengendali pengangkutan udara ini. Sama ada peringkat kerajaan di bawah Malaysia Airlines ataupun swasta.

Jadi, oleh kerana Malaysia Airlines ini berada di bawah Khazanah dan Malaysia Airlines dan juga penerbangan swasta Dato’ Sri Pengerusi, dia beli minyak Jet-A1 daripada PETRONAS, PETRONAS Dagangan yang juga pengerusinya ataupun kuasa mutlaknya di bawah Perdana Menteri. Jadi, apakah tidak ada satu cara baharu, inovasi yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan ada daya penampung— penampan kepada agensi ini ataupun syarikat ini untuk menampung kos mereka. Kerana OPEX mereka Dato’ Sri Pengerusi, meningkat berkali-kali ganda kerana kenaikan harga bahan bakar Jet-A1.

Jadi, ia menyebabkan syarikat penerbangan ini, sama ada di bawah kerajaan mahupun peringkat swasta, mereka terpaksa meningkatkan harga tiket yang secara langsung akan membebankan pengguna.

Yang akhir, sebagai penutup Dato’ Sri Pengerusi, saya— kita pun faham yang Dato’ Menteri Pengangkutan telah pun meletakkan jawatan kerana prinsip beliau.

Meletakkan politik ke tepi, saya bekerja dengan beliau bersama-bersama dalam membincangkan isu pengangkutan ini, profesional dan paling penting, able to discuss, agree to disagree and matter on the table-lah.

Jadi, saya ucapkan selamat maju jaya kepada bekas Menteri Pengangkutan.

Cumanya Dato’ Sri Pengerusi, isu pengangkutan ini isu day-to-day. Dia penting. Jadi, seharusnya posisi itu diisi secepat mungkin. Dan pada saya, Timbalan Menteri yang sedia ada pun*, very competent, very technical.

[Tepuk]* Dan beliau— bukan saya nak angkat pun. Beliau memang pernah bekerja juga sama-sama dengan kami dalam isu pengangkutan ini. Jadi, kenapa tidak dinaikkan terus beliau sebagai Menteri Pengangkutan dalam keadaan beliau juga adalah wakil daripada GPS yang merupakan di antara tunggak utama Kerajaan Perpaduan MADANI pada hari ini?

Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Auzubillahiminashaitanirrajeem, Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Dr.

Speaker. Daripada Tenggara hanya dua perkara. Satu yang dah disebut pun oleh

draft • 5:06 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Bagan Serai. Kita hendak highlight-kan, hendak menjelaskan lagi dan satu lagi adalah berkaitan dengan e-ART.

Tenggara rujuk dengan pada Butiran 010800 – Akaun, 010100 – Pengurusan Am, 020300 – Pengangkutan Jalan dan 12100 – Pejabat/Bangunan Baru, Peralatan dan Pengkomputeran JPJ, ia berkaitan dengan skandal tunggakan hasil MyEG dan Zetrix AI. Skandal ini adalah satu tamparan hebatlah bagi Tenggara kepada kementerian. Dan yang menyedihkan itu kerana kita hanya dapat maklum dan tahu tentang perkara ini adalah apabila surat khabar ataupun media daripada pihak negara jiran kita membongkarnya di The Straits Times, Singapore pada Oktober lalu.

Dan kalau tidak kerana laporan ini, sampai hari ini mungkin kita juga tidak dapat mengetahui tentang perkara yang sebenar.

Jadi, nampaknya amanah untuk jaga wang rakyat ini bukanlah salah satu yang mudah dan sehinggakan orang luar, Singapura terpaksa memberitahu kita dan barulah MOT, JPJ, kelam kabut gantung perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI pada 5 Oktober 2026. Berdasarkan kenyataan rasmi Menteri Pengangkutan sendiri, bekas Menteri Pengangkutan, jumlah tunggakan kutipan hasil dari 19 Mei hingga 31 September 2026 mencecah RM314 juta. Dan lebih menyedihkan lagi, selepas 35 notis peringatan telah dikeluarkan Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, cek tertunda RM231 juta diserahkan pada 21 Ogos dan tarikh matang 30 September 2026, diarah stop payment oleh pihak syarikat kepada bank.

Ini adalah penghinaan terang-terangan terhadap kerajaan dan undang- undang. Dato’ Sri Pengerusi, beberapa persoalan berkaitan dengan MyEG ini ingin Tenggara utarakan. Yang pertama adalah mengenai Bahagian Akaun kementerian.

Peraturan wajibkan ejen pemungut memindahkan kutipan secara harian tetapi peliknya, bagaimana bahagian ini boleh terlena lebih empat bulan. Membiarkan tunggakan membusung sehingga RM314 juta tanpa sekatan automatik.

Keduanya adalah laporan media antarabangsa sebelum ini dakwa wujud isu kegagalan serahan sejak kontrak tiga tahun bermula Mei 2023, 35 kali notis peringatan, kenapa kepincangan pematuhan T+1 berlaku. Amaran berulang ini gagal dikesan serta disekat lebih awal oleh Unit Audit Dalam Kementerian kah? Dan adakah terdapat apa-apa keistimewaan ke atas syarikat ini?

Memandangkan skandal RM314 juta ini berlaku pada pertengahan 2026, belum sempat dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang lalu. Tenggara desak Jabatan Audit Negara jalankan audit khas ke atas MOT dan JPJ tanpa menunggu pembentangan laporan tahun hadapan.

draft • 5:06 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan ketiga, mengenai status pemulihan wang rakyat. Berdasarkan maklumat rasmi Zetrix AI kepada Bursa Malaysia pada 13 November 2026, mereka telah mengemukakan cadangan pembayaran balik secara berstruktur kepada kerajaan.

Rakyat mahu tahu, apakah terma cadangan tersebut? Dan berapa nilai jaminan bank yang MOT pegang dan jangan sesekali beri mukalah kepada pihak-pihak yang telah melakukan perkara begini.

draft • 5:06 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan yang keempat adalah hampir RM170 juta diperuntukkan untuk pengkomputeran JPJ. Tadi disebut juga oleh Bakri, kenapa sistem kita masih bergantung kepada ejen swasta? Bilakah sistem Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan akan dilaksanakan sepenuhnya?

Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, sebenarnya pembatalan atau pun penamatan fungsi MYEG ini juga adalah serba sedikit memberi kesan kepada masyarakat kita yang menjadi— kalau kita boleh sebut― sebagai runner-lah yang menjalankan aktiviti ubah nombor kenderaan, tukar kenderaan, kenderaan baru dan sebagainya.

Salah satunya saya jumpa dengan seorang bernama Amri bin Naser ini― Armsemock. Memang dia kehilangan terus peluang ekonomi dia dan terpaksa mencari sumber lain. Jadi, perkara ini mungkin boleh ditengok balik. Sekiranya perlukan pengganti, buatlah sistem ataupun carilah pengganti yang baru yang boleh memberikan perkhidmatan yang baik juga seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini dan juga boleh memberi peluang pendapatan kepada masyarakat kita.

Dan terakhirnya adalah berkaitan dengan Butiran 00200 – Kajian Strategik Pengangkutan dan 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Diumumkan dalam kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Bajet 2026/2027 ini. Tenggara nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan projek JB e-ART― Johor Bahru Elevated Autonomous Rapid Transit, yakni pengangkutan awam. Telah diluluskan dalam DUN Johor 2024 dan disambut oleh Kerajaan Persekutuan pada 2025, melibatkan UKAS Jabatan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, perkembangan terkini yang saya maklum, sistem e- ART ini ditukar kepada APM ― Automated People Movers. Ini adakah betul atau tidak, nanti Timbalan Menteri mungkin boleh beri respons. Soalan Tenggara, apakah sistem APM ini, sebagaimana yang dijanjikan, adakah lebih baik atau pun lebih berbanding e-ART? Dan apakah model kewangan pemajuan projek ini? Dan berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan?

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan dengan Kerajaan Johor berusaha memperkemaskan kesuburan JS– SEZ dan membiarkan Johor Bahru, ibu negeri Johor terus sesak bukanlah pilihan.

Malaysia wajar bersama ambil manfaat majukan sistem pengangkutan awam Johor, di Johor Bahru terutamanya, yang merupakan pintu masuk rezeki di Singapura sebagaimana dijanji.

Saya mewakili Bangsa Johorlah, Yang Berhormat Timbalan Menteri, menuntut supaya sistem pengangkutan awam ini― e-ART ataupun yang tadi saya sebut sebelum ini― dapat ditunaikan dan direalisasikan dan ia akan melengkapkan ekosistem RTS yang baru di― Malaysia, Singapura dah siap dah RTS itu, dan kalau tidak ada yang ini, maka kemajuan JS–SEZ, RTS itu siap nanti pelabur masuk tapi rakyat Johor tetap juga bergaduh di Johor Bahru untuk bas, untuk berebut parking dan hadapi jammed terutamanya di Jalan Tebrau, Jalan Skudai dan sekitar seluruh Johor Bahru.

Jadi, itulah yang nak diperusulkan oleh Tenggara. Saya harap nanti Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi respons. Satu pasal MYEG dan satunya tentang e-ART.

Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

draft • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:13 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Wassalamualaikum.

draft • 5:13 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Dato’ Sri Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 020100 – APAD. Buat masa ini, Pengerusi, perkhidmatan BAS.MY hanya dari Kuala Terengganu ke Merang dan saya cadangkan supaya perkhidmatan ini diperluaskan lagi ke Kampung Mangkuk. Sebabnya ialah kerana Mangkuk telah diisytiharkan sebagai kawasan pelancongan negeri, menjadi tumpuan destinasi pelancong daripada domestik dan juga antarabangsa.

Sebab, di Mangkuk ada muara Sungai Mangkuk, telah berlaku baik pulih, projek pemuliharaan Sungai Mangkuk dan ada jeti yang membawa pelancong ke Pulau Redang. Dan projek pemuliharaan muara Merang yang sebelum ini menjadi

draft • 5:13 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

tempat ataupun jeti untuk pelancong pergi Pulau Redang akan dibaik pulih pada awal 2027. Sudah pasti pelancong akan menumpu perhatian kepada Jeti Mangkuk ini.

Yang kedua, disebabkan Kampung Rhu Sepuluh yang berada di laluan ke Mangkuk ini adalah merupakan hab kepada UCT. UCT ini udang celup tepung, Pengerusi. Boleh sahaja Pengerusi datang ke Mangkuk ini.

Yang ketiga, Klinik Kesihatan Rhu Sepuluh yang berada di laluan yang sama, 90 peratus sudah siap. Satu masa nanti dia akan jadi tumpuan penduduk sekitar daripada Merang sampai ke Mangkuk ini.

Yang keempat, isu pelajar Sekolah Menengah Penarek. Di mana, pelajar Sekolah Menengah Penarek yang datang daripada Rhu Tapai, datang daripada Merang, Setia Jaya, daripada Gong Tengah dan Telaga Papan, Keranji, Bari Besar, Bari Kecil, mereka menggunakan perkhidmatan bas sekolah sampai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penarek. Tetapi, perkhidmatan bas sekolah yang ada sekarang telah ditamatkan kerana bas yang ada melebihi umur 15 tahun.

Jadi, sekarang ini pelajar yang nak pergi ke Sekolah Menengah Penarek daripada kampung saya sebut tadi, sebahagian besar mereka terpaksa ponteng sekolah kerana tidak ada perkhidmatan bas. Mak ayah tak boleh nak hantar sebab mereka kerja kampung, menyebabkan ramai pelajar ponteng dan ada pelajar yang menggunakan motosikal untuk pergi ke sekolah tapi ditahan polis pula. Polis pula kena.

Jadi, kena sediakan satu perkhidmatan BAS.MY ke Mangkuk ini, di mana Sekolah Menengah Kebangsaan Penarek ini berada di laluan tadi. Jika sekiranya tidak diperluaskan perkhidmatan BAS.MY ini, kerajaan perlu menyediakan atau JPJ perlu menawarkan kepada syarikat lain untuk menyediakan perkhidmatan bas ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penarek ini.

Tuan Pengerusi, yang kedua, Butiran 010400. Tiket ECRL yang agak tinggi.

Kalau nak pergi ke Setiu daripada Kuala Lumpur, daripada Gombak, tiketnya untuk dewasa ialah RM107 sehala. Kalau dua hala, RM214. Itu untuk seorang dewasa.

Kalau dua orang campur dengan anak dua orang, RM300 lebih sehala. Pendapatan penduduk sebahagian besar Pantai Timur ini di kalangan B40 terutama di kawasan Setiu.

Jadi, saya cadangkan supaya kalau sekiranya sekarang ini kerajaan boleh memberi diskaun kepada penumpang dari kalangan warga emas, OKU 50 percent dan penumpang di kalangan kanak-kanak, di kalangan pelajar 40 percent, apa salahnya jika sekiranya kerajaan memberi diskaun kepada penumpang di kalangan

draft • 5:13 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

B40 di kalangan yang berdaftar dengan eKasih, di kalangan penumpang yang menerima STR?

Yang kedua, saya nak tanya tentang pakej tambang keluarga. Bila nak dilaksanakan? Yang mungkin harga lebih murah.

Yang ketiga ialah Butiran 010300 – Udara. Sekarang ini tiket penerbangan, jika sekiranya kita beli tiket dan kemudian kita nak tunda tarikh penerbangan, syarikat penerbangan mengenakan denda yang kadang-kadang lebih tinggi daripada harga tiket. Kalau harga tiket RM134, denda RM174. Kena bayar dua kali. Saya minta supaya kerajaan dapat menilai balik dan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan yang sedemikian.

Yang keempat ialah berkait dengan— Pengerusi, saya dah lama tak bahas, Pengerusi. Mungkin boleh Pengerusi beri lebih masa sikitlah hari ini.

Yang keempat ialah 020600 – MIROS.

draft • 5:13 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Berlaku pengurangan bajet untuk 2027 iaitu sebanyak RM2.35 juta. Tahun lepas kita dapati 6,500 nyawa terkorban di jalan raya. Namun, dalam dokumen bajet ini, kementerian menetapkan sasaran kadar kematian 1.9 bagi setiap 10,000 kenderaan untuk 2026 dan 2027 lebih tinggi daripada pencapaian sebenar 1.70 pada tahun 2025. Kenapa bajet MIROS dipotong?

Yang kedua, berkaitan pemandu kenderaan berat di bawah pengaruh dadah.

Polis memaklumkan bilangan pemandu yang positif dadah meningkat pada tahun 2025. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian berkait satu, bilakah pangkalan data pemandu di bawah APAD akan beroperasi dan adakah ia merangkumi rekod ujian darah?

Yang kedua, sementara menunggu pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibentangkan pada sidang pertama 2027, apakah bentuk bantuan segera atau dana pendahuluan yang disediakan kerajaan kepada waris dan mangsa yang terjejas pada tahun ini? Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.

draft • 5:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

Tebrau ingin mula dengan merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seremban yang meletak jawatan atas prinsip politiknya, atas usaha dia sepanjang

draft • 5:21 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

masa dia mengetuai Kementerian Pengangkutan, jasa dia juga untuk menangani banyak isu yang relevan hari ini khususnya bagi saya dia berani menangani isu overloading, isu kenderaan berat. Itu merupakan satu isu walaupun ada tentangan di luar tetapi dia masih ada political will dan saya harap Menteri yang akan bakal menggantinya akan teruskan usaha itu.

Dato’ Pengerusi, baru-baru saja saya telah dimaklumkan oleh Persatuan Pemandu Teksi di Johor Bahru bahawa mulai 1 Januari 2027, teksi yang merentas sempadan ke Singapura, mereka dikenakan satu bayaran oleh Kerajaan Singapore, 15 dolar setiap trip. Padahal pada sekarang, kadar dia hanya 2 dolar setiap bulan.

Bagi mereka, ini merupakan satu bebanan yang cukup tinggi dan diharap pihak JPJ bolehlah bincang dengan LTA di Singapura untuk memastikan mungkin bayaran ini boleh di-excuse, dikecualikan sebab pada masa ini, Dato’ Pengerusi, Singapore ada caj 15 dolar tetapi pihak Malaysia, JPJ ataupun APAD tidak ada caj Singapore taxi yang masuk Malaysia apa-apa bayaran. Maknanya dia tidak adil, dia berat sebelah.

So, mereka rasa tidak adil.

Selain daripada itu juga, juga banyak aduan di Johor Bahru bahawa pemandu Grab Singapore, juga kereta sewaan yang sepatutnya hanya boleh bawak penumpang dari Singapore ke Johor Bahru, apa yang menjadi, dia datang ke Johor Bahru, dia pam minyak murah kita, lepas tu dia ambil juga penumpang daripada hotel-hotel atau tempat-tempat shopping mall di Johor Bahru dan balik ke Singapura.

Sebenarnya ini adalah dilarang.

Tetapi apa yang berlaku ialah kita nampak kalaulah di sebelah Singapura, LTA mereka sangat agresif. Tapi di sebelah Johor Bahru pula, ramai orang Johor Bahru complained, JPJ tidak membuat apa-apa tindakan dan mereka rasa ini adalah amat tidak adil kepada warga Malaysia.

Saya ingin masuk ke isu yang seterusnya iaitu isu yang berkaitan dengan Butiran 20100 – APAD. Dato’ Pengerusi, isu aspek keselamatan jalan raya. Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan buat masa ini hanya menetapkan had kepekatan alkohol dalam badan seorang pemandu tanpa memperuntukkan hak atau ujian saringan khusus bagi pengesanan dadah, sedangkan kes pemanduan di bawah pengaruh dadah semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian yang serius.

Sebagai contoh, pada bulan April lalu di Segamat. Seorang pemandu treler yang didapati positif methamphetamine telah merempuh sebuah van sehingga mengorbankan tiga nyawa sekeluarga. Baru-baru ini juga dikesan seorang pemandu

draft • 5:21 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

bas ekspres juga positif dengan syabu ketika membawa 13 orang penumpang dari Ipoh ke Johor Bahru.

Sehubungan itu, Tebrau menyambut baik pindaan berkaitan pampasan kepada mangsa yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2027. Namun, langkah ini perlu disusuli dengan pindaan kepada seksyen 45A supaya kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah turut dimasukkan dalam peruntukan undang-undang tersebut. Ini adalah kerana kemalangan yang berpunca daripada pemanduan di bawah pengaruh dadah juga boleh membawa akibat yang amat serius. Malah, bagi saya dia lagi parah daripada kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Seterusnya, kepada isu yang tadi juga dibangkit oleh kawan saya Tenggara, isu RTS dan juga isu E-ART. Dato’ Pengerusi, RTS sebenarnya dijangka akan buka, akan mula operasi pada 1 Januari tetapi sekarang dia telah ditangguhkan ke Februari 2027. Soalannya, saya ingin mendapat jawapan daripada kementerian, pertama, tarikh exact date. Tarikh yang pasti bila dia akan mula beroperasi pada Februari.

Kedua, bila kita tangguhkan, adakah kita perlu membayar apa-apa pampasan ataupun penalti disebabkan penangguhan daripada pihak kita?

Saya juga menyambut baik keputusan Menteri— Jemaah Menteri yang telah meluluskan e-ART bernilai RM10 bilion. Saya harap mendapat lebih banyak perincian. Bilakah e-ART ini akan siap dan juga rangkaian yang terlibat? Adakah dia melibatkan kawasan Tebrau dan Johor Bahru supaya isu ini kita boleh selesaikan untuk kita maklumkan kepada orang awam secepat mungkin?

Akhir sekali, Dato’ Speaker. Saya nak bawa satu isu tempatan iaitu isu di Taman Sinaran Tropika. Taman ini sebenarnya dia terletak di atas tanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC). Apa masalahnya ialah bila tanah ini diletak di atas RAC, dia menjadi tanah setinggan. Masalahnya sekarang MBJB ada kesusahan untuk masuk membersihkan tempat. KKM juga ada isu masuk untuk mencegah isu denggi dan IWK juga tak nak masuk untuk isu kumbahan.

So, saya harap pihak RAC boleh memberi penjelasan, apakah sebenarnya hala tuju atau tujuan RAC ini untuk tanah ini tersebut. Adakah dia nak membangunkan ke, ataupun dia nak JV ke? Dan kalaulah dia nak membangunkan, apa yang akan berlaku ataupun macam mana mereka nak mengendalikan isu orang- orang yang kini tinggal di atas tanah tersebut?

Satu isu lagi, Dato’ Speaker ialah isu KLIA. Saya rasa KLIA ini sebenarnya merupakan satu airport yang sangat penting dan cantik. Dan kita pun telah dapat sebenarnya suntikan baru hasil daripada konsortium yang telah masuk baru-baru ini.

draft • 5:21 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tetapi kalau kita nampak KLIA hari ini, dia kurang cerah. Maknanya, orang yang masuk Malaysia ini pintu pertama dia nampak KLIA. Tapi bila kita nampak KLIA, saya nak kata sorry to say-lah, dia nampak macam immigration punya bagai orang luar ada di situ, ada pekerja asing semua berkumpul di situ. Dia langsung tidak mencerminkan imej yang baik untuk negara.

Malah, kalau kita tengok prestasi KLIA kini hanya menduduk nombor 65 dalam senarai Skytrax. Kalau banding dulu, kita nombor 10. Maknanya, apa yang jadi bila kita dapat duit tu daripada konsortium tu, adakah dia sudah mula melabur kepada MAHB untuk mencantikkan KLIA ini?

Dan selain daripada itu juga, KLIA juga banyak sekarang banyak kes penyeludupan. So, apakah tindakan MOT untuk memastikan imej KLIA ini sentiasa dibela? Untuk penggulungan, landing saja Dato’ Pengerusi. Saya harap Timbalan Menteri boleh menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh saya dengan profesional. Janganlah macam Timbalan Menteri tadi yang menggunakan platform kerajaan untuk cakap politik. Itu saya rasa tidaklah patut dan saya cukup yakin Timbalan Menteri ini adalah Timbalan Menteri yang terbaik. Sekian, terima kasih.

draft • 5:21 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 5:21 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Pengerusi.

Padang Rengas bangun membahaskan peruntukan Kementerian Pengangkutan di bawah Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 bagi Belanjawan 2027.

Secara keseluruhan, peruntukan MOT meningkat kepada RM7.072 bilion berbanding RM6.768 bilion pada 2026. Namun, persoalannya ialah sejauh mana peruntukan ini diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat?

Pertama, Butiran 00800 — Membaik Pulih Landasan Kereta Api Pantai Timur.

Perbelanjaan sebenar 2023 hingga 2025 hanya RM28.7 juta daripada RM440.3 juta iaitu 6.5 peratus saja. Mengapa prestasi perbelanjaan terlalu rendah sedangkan peruntukan 2027 meningkat kepada RM443.4 juta? Bilakah keseluruhan jajaran Gemas–Tumpat dapat disiapkan?

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 5:30 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Kedua, Butiran 01600 — Pembelian Rolling Stock KTMB. Kerajaan mengumumkan perolehan 42 set tren baharu tetapi peruntukan 2027 hanya RM54 juta berbanding RM195.2 juta pada 2026. Saya ingin membawa perhatian kepada penduduk Padang Rengas, Kuala Kangsar dan seluruh Perak yang mencadang― saya mencadangkan kementerian mengkaji penyambungan perkhidmatan KTM komuter sehingga ke Kuala Lumpur supaya penduduk Perak mempunyai pilihan perjalanan yang lebih kerap dan mampu bayar.

Bilakah kajian kebolehlaksanaan ini akan dilaksanakan? Adakah perolehan 42 set tren baharu mengambil kira cadangan tersebut? Dalam masa yang sama, saya meminta kekerapan ETS laluan Ipoh–Kuala Lumpur dan perjalanan ke utara ditingkatkan khususnya pada waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan.

Tuan Pengerusi, ketiga, Butiran 030900 — Insentif My50. Peruntukan meningkat kepada RM230 juta dan MyKomuter50 diperkenalkan. Namun, mengapa subsidi diesel operasi tren tidak ekonomik KTMB kekal RM22 juta? Saya mencadangkan subsidi pas bulanan diperluaskan kepada pengguna komuter utara dan perkhidmatan rel Pantai Timur.

Keempat, Butiran 40000 — Sistem Kawalan Trafik Udara. Kos projek meningkat kepada RM2.07 bilion tetapi ketetapan masa penerbangan hanya 75.66 peratus pada 2025. Apakah justifikasi kenaikan kos ini dan bilakah sistem baharu beroperasi sepenuhnya?

Kelima, Butiran 12100 – Pembangunan JPJ. Saya meminta kerajaan memperketatkan kawalan caj perkhidmatan ejen pemungut JPJ. Rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan caj tambahan tanpa ketetapan yang jelas, sedangkan kemudahan MyJPJ disediakan secara percuma.

Keenam, Butiran 020300 — Pengangkutan Jalan. Kerajaan perlu mempercepatkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan pampasan mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah.

Adakah perlindungan ini turut meliputi kesalahan pemanduan melulu yang menyebabkan kematian?

Tuan Pengerusi, yang ketujuh, Butiran 020100 — APAD. Saya menggesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap amalan pajakan permit atau Ali Baba, manipulasi harga tiket bas dan caj terminal tidak munasabah. Tiket digital tidak sepatutnya dikenakan caj cetakan fizikal. Kebajikan pemandu e-hailing juga mesti dilindungi.

draft • 5:30 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Kelapan, Butiran 60000 — Pengangkutan Awam Bandar. Saya ingin membangkitkan isu kelewatan pembinaan lif di Stesen KTM Padang Rengas. Bilakah kemudahan ini akan disiapkan? Kelewatan ini menyusahkan warga emas, OKU dan penumpang yang memerlukan kemudahan akses.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, masa dah habis itu.

Satu minit saja lagi.

draft • 5:30 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Baik. Saya juga mencadangkan keutamaan diberikan kepada laluan pejalan kaki mesra OKU, lorong khas bas, penambahan Park N’ Ride serta peluasan perkhidmatan DRT ke bandar- bandar utama termasuk Ipoh.

Sebagai penutup Tuan Pengerusi, pembangunan pengangkutan negara tidak boleh hanya tertumpu di Lembah Klang. Penduduk Padang Rengas, Kuala Kangsar dan seluruh Perak juga berhak menikmati perkhidmatan rel yang cekap, kerap, selesa dan mampu bayar. Saya tegaskan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 bukan diukur melalui besarnya angka peruntukan tetapi melalui keupayaan kerajaan menyiapkan projek, meningkatkan mutu perkhidmatan dan menyelesaikan masalah rakyat. Saya mohon Menteri memberikan penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang saya bangkitkan ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuaran mula berbahas bagi maksud Bekalan B.28, Butiran 020400 — Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah. Tuan Pengerusi, di antara masalah rakyat di― khususnya di Sabah sekitar Kota Kinabalu sampai ke Tuaran dan sebagainya ialah kesesakan jalan raya. Pagi sesak, petang sesak, sepanjang hari sesak.

Dan selain daripada penambahan bilangan kereta yang berada di jalan raya dan perlunya dinaik taraf jalan-jalan yang sedia ada termasuk supaya disiapkan Lebuhraya Pan Borneo, kita juga perlu mempertingkatkan pengangkutan awam.

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan dengan langkah mengadakan BAS.MY ataupun pink bus itu yang kini pun sudah beroperasi di Sabah di sekitar Kota Kinabalu tetapi hanya di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sahaja. Dia belum lagi masuk ke pekan-pekan sekitar seperti masuk ke Tuaran dan sebagainya.

draft • 5:36 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuaran ingin bertanya sama ada— apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh pihak kementerian untuk pertingkatkan sistem pengangkutan awam khususnya di Sabah di Kota Kinabalu dan sebagainya untuk memastikan kesesakan jalan raya itu dapat kita tangani sebaik-baik mungkin. Dan Tuaran ingin mencadangkan supaya pink bus itu dapat diperluaskan daripada Kota Kinabalu ke Menggatal, Telipod sampai ke Tuaran dan kalau boleh nanti ada dia punya rangkaian yang masuk ke kawasan luar bandar juga termasuk Pekan Tamparuli dan sebagainya.

Saya teruskan ke maksud Bekalan B.28, Butiran 031100 — Subsidi Tiket Penerbangan iaitu saya merujuk kepada Flysiswa. Ini adalah satu program yang banyak membantu pelajar-pelajar dan satu program yang sangat baik juga. Namun demikian, selaku Ahli Parlimen, saya sering mendapat aduan dan pertanyaan daripada pelajar-pelajar tentang tidak mendapat, dia tidak mendapat bantuan ini dan pelbagai persoalan sama ada peruntukan tak cukup dan sebagainya.

Dan mereka juga mengatakan bagi mereka yang dapat program ini, tidak ada kelonggaran untuk penerbangan-penerbangan yang lain. Dia hanya untuk MAS sahaja. Jadi, adakah pihak kerajaan melonggarkan apa ini— memperluaskan program ini kepada penerbangan-penerbangan yang lain supaya memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memilih mana satu yang mereka pilih mengikut affordability ya? Sebab walaupun ditingkatkan sampai RM500 sekarang tetapi dari segi affordability-nya masih lagi, pelajar-pelajar masih lagi terbeban dengan tambang yang sedia ada.

draft • 5:36 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya. Seterusnya dari segi— saya teruskan ke Butiran 80000 – Penyelenggaraan Infrastruktur Pelabuhan. Jadi, dalam butiran ini diberi RM15 juta.

Kita tahu bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, hal pelabuhan ini kalau Sabah dan Sarawak, dia adalah hal negeri. Dia ada hal Sabah dan Sarawak. Tapi di Semenanjung, hal pelabuhan ini peruntukan-peruntukan diberikan kepada pelabuhan-pelabuhan yang besar seperti Port Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Kuantan, Kemaman dan sebagainya. Jadi saya ingin bertanya, yang RM15 juta ini ada penyelenggaraan diberikan kepada Sabah ataupun tidak?

Tapi selain daripada itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa oleh kerana dalam Perlembagaan Persekutuan kita ini berautonomi dalam hal Perlembagaan, maka sebab itulah, kita menuntut beberapa hak kita dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak 40 peratus. Sebab kita

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

berautonomi dalam hal pelabuhan ini antara lain. Ada lagi hal-hal lain seperti hal-hal perikanan, hal-hal haiwan, penternakan dan sebagainya yang jadi kita ini autonomous. Sebab itu kita menuntut dalam apa ini dalam hak-hak supaya hak kita itu ditunaikan, ya.

Dan saya juga ingin bertanya, bagaimana dalam hal apabila suatu pelabuhan itu dalam hal pelabuhan ini iaitu dalam Sabah berautonomi, bagaimanakah pihak kementerian melihat ini sebagai untuk menangani perkara yang sangat penting iaitu dalam meningkatkan lagi logistik, hal-hal yang berkaitan dengan logistik?

Terakhir, Tuan Pengerusi ialah Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaik Taraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Butiran ini diperuntukkan RM112.28 juta. Memang tidak ada disebut di dalam perbelanjaan ini, butiran ini untuk hal Lapangan Terbang Lahad Datu. Tetapi Lapangan Terbang Lahad Datu ini adalah satu lapangan terbang yang sangat kritikal, sangat penting dari segi logistik untuk mempertingkatkan lagi pelaburan di Taman Perindustrian POIC di Lahad Datu. Ya.

Pada suatu ketika dahulu dalam satu pertanyaan saya di Dewan ini, telah dinyatakan ada peruntukan sebanyak RM20 juta untuk...

draft • 5:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, masa dah habis YB. Satu minit sahaja lagi.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya. Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.

Ada RM20 juta. Saya ingin tahu, apakah RM20 juta ini benar-benar ada di situ? Dan apakah yang— bagaimanakah RM20 juta ini dibelanjakan untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Lahad Datu yang ada sekarang di mana lapangan terbang ini sangat daif? Kita tidak ada proper tower dan sebagainya ya.

Dan sehubungan dengan itu, kita juga dalam proses— ini langkah Kerajaan Sabah. Melalui POIC, kita mahu naik taraf membina lapangan terbang yang baru.

Apakah pihak Kementerian Pengangkutan memberi sokongan penuh terhadap langkah-langkah ini dan sokongan itu, apakah ini bantuan yang boleh diberikan oleh pihak kementerian dalam hal ini? Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 5:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:43 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Saya menyentuh mengenai perkara P.28 00900 tentang meningkatkan keupayaan KTMB. Satu perkara itu sahaja. Ada empat isu, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang pertama sekali ialah mengenai kecurian kabel. Hal kecurian kabel ini kalau saya rujuk carian tadi, ini berlaku sejak tahun 2008 lagi dan perkara itu berulang-ulang masalah itu sampailah kepada tahun ini. Dan disebut Yang Berhormat Menteri dalam Dewan Negara sebelum ini 3 Ogos 2026, 432 kes kecurian kabel yang mana keseluruhan yang ditanggung kerugian itu RM16 juta. Yang itu tak apalah pihak kerajaan tanggung tapi yang penumpang ni, dia kena menanggung kelewatan kesan daripada kecurian kabel tu, kelewatan tu 246 jam setahun.

Ini satu perkara yang saya rasa pihak kementerian kena pandang serius kerana pengguna-pengguna kereta api ini terutamanya ETS, saya bercakap tentang isu ETS ini termasuklah komuter, kebanyakannya ialah pengguna-pengguna yang marhaen, yang mereka perlukan pengangkutan ini.

Jadi soalan saya, daripada jumlah RM900 juta yang diperuntukkan untuk meningkatkan keupayaan KTMB ini, berapa kos yang diperuntukkan untuk atasi isu ini, kecurian kabel ini? Pasang pagar ka, apa ka, CCTV ka, macam mana ka. Apa perancangan yang nak dibuat? Dan kalau sudah ada tangkapan, boleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri maklumkan berapa banyak yang telah pun didakwa dan berapa banyak sabitan kes yang telah pun dibuat?

Yang kedua ialah mengenai rentetan daripada kecurian kabel dan kelewatan ini juga. Bagaimana pampasan kepada penumpang yang mengalami terjejasnya urusan mereka disebabkan kelewatan ini? Adakah kerajaan bersedia menimbangkan pampasan? Masalahnya dia dah masuk dalam tren. Tren tu dah bergerak. Sampai tengah jalan, dimaklumkan oleh kapten, ada gangguan komunikasi.

Saya selalu mengalami. Saya pengguna tegar ETS tiap-tiap minggu. Satu jam, dua jam. Jadi, adakah kerajaan boleh bersedia mempertimbangkan pampasan supaya ada tanggungjawab yang besar di pihak KTMB dan juga di pihak-pihak lain untuk mengelakkan supaya daripada membayar pampasan ini kepada pihak penumpang? Tapi tidaklah semua penumpang itu berhak dapat pampasan. Mungkin ada syarat-syarat yang tertentu.

Dan sebagai contoh, 14 Jun yang lepas, gangguan peralatan talian. Ini gangguan peralatan, bukan sebab kecurian kabel Yang Berhormat. Lewat 3 jam 34 minit daripada Tiroi ke Seremban, 26 September yang lepas, kerosakan sistem semboyan. Ni bukan kecurian kabel. Lewat 305 minit, lebih daripada lima jam. Stesen daripada KL Sentral ke Butterworth, ekspres ETS 9138. Ini perkara-perkara yang

draft • 5:43 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

saya maksudkan tadi yang bukan sebabkan kecurian kabel. Disebabkan kerosakan- kerosakan semboyan itu, adakah kerajaan bersedia untuk membayar pampasan?

Yang ketiganya, berkaitan dengan kelewatan ini juga ialah adakah pihak KTMB ataupun pihak kementerian boleh buat satu sistem bagi notifikasi awal kepada penumpang? Bila dia dah tahu ada masalah komunikasi lebih awal, dia bagi notifikasi pada handphone, pada aplikasi, tren ini kelewatan. Macam flight lah dia bagi tahu awal dia delay. Setakat pengalaman saya naik ETS selama empat tahun jadi Ahli Parlimen ni, kita tak pernah dapat notifikasi kelewatan tren ni. Yang kita tahu duk dalam tren, dia lewat. Nak keluar tak bolehlah sebab ya lah kereta api. Kalau bas ekspres boleh berhenti turun R&R naik kereta lain pergi ke tempat tu. Kalau kapal terbang dapat notifikasi awal.

Jadi, apakah langkah-langkah mitigasi yang ada kalau berlaku contohnya lewat lima jam? Adakah bas boleh datang ambil ka? Tapi kalau tengah-tengah hutan nak ambil macam mana? Kalau tengah-tengah terowong nak ambil macam mana?

Itu perkara-perkara yang saya rasa mungkin pihak kementerian patut memikirkan.

Yang ketiga dalam hal ini, isu ini ialah isu polisi pertukaran tren utara–selatan di Stesen KL Sentral. Ini yang agak panas dibangkitkan oleh netizen. Difahamkan bermula 1 Januari 2027 ini utara ke selatan ke JB Sentral, kena stop dekat KL Sentral tukar tren lain. Walaupun KTMB ada alasan nak tambahkan banyak penggunaan tren, nak bagi banyak seat penumpang, okey kita terima.

Tapi bagaimana pihak KTMB ini nak menguruskan proses transit itu? Ada orang tua, ada kanak-kanak, ada keluarga. Bila sampai di KL Sentral, dia nak kena duduk di mana nak tunggu tren yang kedua tu? Makanan, sembahyang, tandas, fasiliti itu saya rasa mungkin pihak KTMB sedang mengambil kira tapi pengguna ini nak tahu supaya dia tak rasa susah hati.

Dan yang kedua berkaitan dengan tukar tren ini juga, berapa lama ambil masa? Bila sampai kat KL Sentral nak tunggu tren kedua ni nak ambil masa berapa lama? Sebelum ni dia direct. Dan saya cadangkan kepada pihak kementerian, boleh tak dalam sehari ni, buat satu sahaja tren direct macam flight direct lah daripada utara ke JB Sentral untuk mengatasi isu-isu orang-orang tua, kanak-kanak yang susah nak tukar-tukar stesen ni.

Dan yang akhir sekali Yang Berhormat Pengerusi ialah mengenai penyelenggaraan Stesen KTM Alor Setar. Ini tentang isu kawasan. Sekarang ni musim hujan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau Yang Berhormat pi ke Stesen

draft • 5:43 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

KTM Alor Setar itu penuh dengan timba. Orang Kedah kata “timba” lah. Kota Raja tau, baldi. Bumbungnya bocor, merata tempat.

Jadi, saya rasa bukan di Alor Setar sahaja, mungkin di tempat-tempat lain juga berlaku begitu dan ini sangat merbahaya terutama bila kita scan kita punya QR tu lalu dekat palang, terus nampak timba, baldi. Ha, itu satu perkara yang tak menarik sebab stesen KTM bukan kedai jual peralatan timba, baldi, penyapu. Tak patut berlaku benda macam itu.

Dan laluan keluar masuk sempit. Laluan nak masuk parking pun lalu tu juga, laluan keluar masuk naik penumpang pun situ juga sedangkan ruang ada tu lebih luas. Apa kata kalau KTMB RAC buka pintu lain untuk masuk parking supaya tak bertembung dengan laluan keluar masuk.

draft • 5:43 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dan akhir sekali, saya dah pernah tanya kepada pihak Menteri juga sebelum ini. Ada ruang parking kosong yang tak digunakan di sebelah sana, rel kereta api di stesen KTM Alor Setar itu. Dikatakan kerana nak kena buat kaunter baru. Masuk sebelah sana, buat kaunter baru. Kenapa tak buat kaunter baru tu? Sebab Alor Setar ini pengguna dia ramai macam Bukit Mertajam. Bukit Mertajam boleh ada dua kaunter, kenapa Alor Setar tak boleh?

Jadi, saya nak cadangkan, angkat permohonan supaya naik taraf stesen KTM Alor Setar ini dalam masa akan datang kerana pengguna dia makin bertambah ramai.

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih, Timbalan Menteri.

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Setar. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Putatan.

draft • 5:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Sistem isyarat kemalangan. Itulah idea pertama yang tercetus di fikiran Putatan setelah membaca berita kemalangan jalan raya yang mengorbankan seorang penunggang p-hailing di Lembah Klang pada akhir Oktober lalu.

Berita tragis itu turut dikongsikan di media sosial oleh Fatin Alia yang merupakan individu yang membuat pesanan penghantaran barangan yang dihantar oleh penunggang p-hailing tersebut. Tempoh menunggu selama dua jam tanpa maklum balas daripada penghantar sudah cukup untuk merisaukan seseorang

draft • 5:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

pelanggan. Selain tertanya-tanya, perasaan cemas juga akan timbul apabila kita menunggu satu-satu penghantaran p-hailing yang memakan masa yang lama daripada kebiasaan.

Pengalaman individu tersebut perlu dijadikan iktibar oleh Kementerian Pengangkutan. Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal p- hailing, APAD perlu meneliti keperluan segera untuk menambah baik fungsi aplikasi p-hailing yang digunakan oleh rakyat di negara ini.

Berhubung dengan perkara tersebut, Putatan ingin mengesyorkan agar APAD dapat mewajibkan pembangunan perincian isyarat kemalangan dalam aplikasi penempahan p-hailing. Pewujudan perincian tersebut penting untuk dijadikan sebagai pematuhan seragam kepada setiap syarikat pengendali perkhidmatan p- hailing di seluruh negara termasuk yang beroperasi di negeri Sabah.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) perlu melaksanakan kajian terperinci bersama syarikat p-hailing untuk memastikan sistem penghantaran barangan serta makanan di negara ini benar-benar berkeupayaan tinggi untuk melaksanakan lima M yang berikut.

Pertama, mengenal pasti keadaan sebenar individu penunggang p-hailing sebelum, ketika, dan selepas pengambilan item tempahan secara real-time. Kedua, memaklumkan kepada penunggang p-hailing mengenai keadaan trafik semasa yang melibatkan laluan pengambilan serta penghantaran item tempahan secara real-time.

Ketiga, menyampaikan maklumat semasa kepada pelanggan berkaitan, keadaan item tempahan sebelum dan ketika perjalanan termasuk keadaan penunggang p- hailing secara real-time.

Keempat, mengeluarkan notis pemakluman kecemasan secara real-time kepada pasukan pemantau operasi di ibu pejabat syarikat p-hailing sebelum dimaklumkan kepada pelanggan sekiranya berlaku kemalangan. Dan yang kelima, menghubungi secara terus pihak penguat kuasa berkaitan untuk membantu menyelesaikan urusan kemalangan termasuk memastikan penunggang p-hailing mendapatkan rawatan segera yang sepatutnya di hospital yang berdekatan.

Pasangan atau ahli keluarga terdekat kepada penunggang p-hailing juga perlu dihubungi serta-merta.

Syor yang Putatan kemukakan tersebut sudah pasti akan melibatkan saiz perbelanjaan yang besar, di samping memerlukan pengadaptasian keupayaan digital yang lebih tinggi. Namun begitu, cabaran-cabaran tersebut tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan oleh syarikat-syarikat pengendali p-hailing. Mereka tidak

draft • 5:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

boleh berdalih lagi dalam soal perlindungan keselamatan penunggang p-hailing yang berdaftar.

Soal keselamatan jalan raya merupakan soal kemanusiaan. Syarikat-syarikat p-hailing sewajarnya sudah memulakan langkah untuk mengadakan siri perbincangan dengan APAD. Perbincangan dua hala mesti diadakan secara aktif untuk meneliti segala keperluan untuk membangunkan perincian-perincian keselamatan tambahan yang penting dalam satu-satu aplikasi penempahan.

Selain berupaya memadankan tempahan dengan ketersediaan penunggang dengan cepat, aplikasi penempahan p-hailing juga mesti berfungsi dengan responsif.

Aplikasi-aplikasi p-hailing yang kini digunakan secara meluas mesti berfungsi dengan berkesan untuk membuat pemberitahuan kecemasan memandangkan ia turut melibatkan nyawa seorang manusia.

Tuan Pengerusi, sekian sahaja ucapan perbahasan Putatan. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Labuan.

draft • 5:50 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran B.020200 – Pengangkutan Laut, P.00200 – Kajian Strategik Pengangkutan.

Seterusnya saya ingin menarik perhatian Kementerian Pengangkutan terhadap satu masalah yang telah sekian lama membelenggu rakyat Wilayah Persekutuan Labuan iaitu kesesakan lalu lintas yang semakin serius akibat kedudukan Terminal Feri Kenderaan Labuan yang terletak di dalam kawasan pusat bandar Labuan.

Tuan Pengerusi, bayangkan apabila ratusan kenderaan terpaksa berbaris panjang menunggu giliran untuk menaiki feri yang dijadualkan. Keadaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk bermula dari bulatan di hadapan Jabatan Kastam Labuan sehinggalah ke jalan masuk Terminal Feri Kenderaan Labuan. Keadaan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna feri, malah turut menjejaskan pergerakan pengguna jalan raya yang lain termasuk penduduk tempatan yang mempunyai urusan harian di pusat bandar.

Persoalan saya, Tuan Pengerusi, sampai bilakah rakyat Labuan harus berdepan dengan masalah yang sama tanpa satu penyelesaian jangka panjang yang benar-benar berkesan?

draft • 5:55 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Atas sebab ini, inilah saya ingin mengemukakan tiga cadangan konkrit kepada Kementerian Pengangkutan. Pertama, memindahkan Terminal Feri Kenderaan Labuan ke kawasan Kampung Nagalang. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi memindahkan Terminal Feri Kenderaan Labuan yang kini terletak di dalam pusat bandar ke kawasan Kampung Nagalang, Kerupang.

Saya berpandangan kawasan ini lebih strategik dari segi kedudukan geografi dan perancangan pembangunan pengangkutan jangka panjang. Pemindahan terminal ini bukan sahaja berpotensi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya dalam pusat bandar malah boleh memendekkan jarak dan masa perjalanan feri antara Labuan dan Menumbok.

Berdasarkan kedudukan geografinya, saya menjangkakan masa perjalanan berpotensi dikurangkan sehingga melebihi 30 minit tertakluk kepada pengesahan melalui kajian teknikal dan laluan pelayaran. Bayangkan penjimatan masa dan kos operasi yang boleh dicapai sekiranya perjalanan feri dapat dipendekkan, pengguna akan menikmati perjalanan yang lebih cepat dan efisien.

Saya mahu bertanya kepada Menteri, adakah MOT bersedia melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pemindahan terminal ini dan menetapkan garis masa yang jelas bagi kajian tersebut.

Cadangan kedua saya ialah supaya Kementerian Pengangkutan menambah sekurang-kurangnya dua buah feri lagi kenderaan daripada jumlah yang sedang beroperasi. Namun saya ingin pergi jauh lebih daripada sekadar mencadangkan penambahan feri. Saya mencadangkan supaya MOT membuka peluang kepada operator baru dan secara khusus mempertimbangkan Perbadanan Labuan sebagai salah satu operator feri kenderaan antara Labuan dan Menumbok.

Mengapa Perbadanan Labuan? Kerana Perbadanan Labuan merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat Wilayah Persekutuan Labuan.

Saya berpandangan Perbadanan Labuan wajar diberikan peluang untuk memainkan peranan yang lebih langsung dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang amat penting kepada rakyat.

Dengan pertambahan operator, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada operator sedia ada, mewujudkan persaingan perkhidmatan yang lebih sihat dan meningkatkan frekuensi perjalanan feri. Kita tidak mahu rakyat Labuan terus berdepan dengan masalah kesukaran mendapatkan tiket, menunggu terlalu lama

draft • 5:55 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

dan kesesakan kenderaan yang luar biasa, khususnya ketika musim perayaan dan cuti sekolah.

draft • 5:55 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Cadangan ketiga saya ialah supaya Kementerian Pengangkutan mempertimbangkan untuk melanjutkan waktu operasi syarikat feri kenderaan sehingga jam 12.00 tengah malam. Ini bermakna feri terakhir dari Menumbok ke Labuan berlepas pada jam 12.00 tengah malam dan begitu juga feri terakhir dari Labuan ke Menumbok.

Pada masa yang sama, bilangan perjalanan atau frekuensi feri perlu ditambah khususnya pada waktu puncak, musim perayaan, cuti sekolah dan ketika berlangsungnya acara-acara besar di Labuan. Kita bercakap tentang usaha merancakkan ekonomi Labuan, meningkatkan kedatangan pelancong dan menggalakkan penganjuran pelbagai acara sukan, kebudayaan, festival makanan serta program pelancongan. Tetapi bagaimana kita hendak menarik lebih baik pengunjung dari tanah besar Sabah sekiranya mereka terikat dengan waktu operasi feri yang terhad?

Sebab itulah saya berpandangan penambahan frekuensi perjalanan dan lanjutan operasi feri sehingga jam 12.00 tengah malam merupakan antara langkah penting untuk merancakkan ekonomi dan sektor pelancongan Labuan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Keningau.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih yang Tuan Yang di-Pertua. Saya terus kepada muka surat 335. Keningau memohon Kementerian Pengangkutan melaksanakan dengan sepenuhnya visi dan misi kementerian di Sabah. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) perlu membina landasan kedua dengan segera dan perancangan diambil untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru.

Penambahan had kapasiti KKIA dari sembilan juta kepada 12 juta ketibaan penumpang tidak bermakna sekiranya landasan masih kekal satu sahaja seperti terbukti pada 17 September 2026, di mana lapangan terbang terpaksa ditutup dan lebih daripada 20 penerbangan dibatal, dialih atau dilewatkan akibat daripada penurapan landasan yang tunggal itu.

draft • 6:01 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Sebarang gangguan operasi akan menjejaskan bukan sahaja penumpang tetapi juga syarikat penerbangan, pengusaha pelancongan, hotel, peniaga, pengeksport dan pelabur. Sektor pelancongan Sabah adalah penyumbang yang kedua terbesar kepada ekonomi Sabah dengan pelancongan dari China, Korea dan global kian meningkat dan KKIA adalah gerbang utama ke Semenanjung atau rantau ASEAN dan dunia.

Tambahan pula, 2027 adalah Tahun Melawat Sabah. Bagi Sabah, hubungan udara bukan satu kemewahan tetapi satu keperluan dan ia adalah talian hayat kepada rakyat sektor pelancongan, perdagangan, pelaburan serta pembangunan ekonomi. Oleh itu, Keningau berharap dan bertanya juga bilakah kerajaan akan membina landasan kedua yang perlu ini?

Butiran 010300 – Udara, RM11.01 juta. Apakah perancangan kerajaan untuk mewujudkan Borneon Civil Aviation Authority (BCAA) memandangkan sudah ada AirBorneo di Sarawak dan Sabah Air Aviation di Sabah. BCAA telah boleh beroperasi dalam sistem seperti yang ada di United Arab Emirates di mana pihak berkuasa penerbangan awam setiap admiralti beroperasi secara berautonomi di bawah General Civil Aviation Authority of United Arab Emirates. Ini telah membenarkan industri penerbangan bersaing dan berkembang dengan pesat dan dengan syarikat penerbangan Emirates, Etihad Airways, AirArabia dan flydubai. Dengan perwujudan base BCAA bersama Civil Aviation Authority of Malaysia, industri penerbangan di Sabah dan Sarawak boleh berkembang mengikut dan dalam keadaan dan kadar sendiri dan ia tidak akan menjejas industri penerbangan di Malaya.

Butiran 030700 – Isu Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar, RM200 juta.

Perkhidmatan udara luar bandar memang amat diperlukan di Sabah dan Sarawak.

Tetapi insiden nahas helikopter semasa flying doctor services di Sarawak pada 8 September tahun lalu— 2026 menunjukkan risiko penerbangan helikopter.

Selain subsidi perkhidmatan, Keningau juga bercadang kerajaan mempertimbangkan pembelian aset helikopter untuk perkhidmatan udara luar bandar. Dengan aset kerajaan, mungkin subsidi boleh dikurangkan.

Dato’ Yang di-Pertua, penumpang feri Menumbok–Labuan menikmati tambang bersubsidi, tetapi penumpang feri Kudat ke Pulau Banggi kena bayar tambang yang penuh. Keningau berharap kerajaan akan pertimbangkan dan meluluskan subsidi tambang feri Kudat ke Banggi.

draft • 6:01 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Semasa perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan, Keningau telah membangkitkan pembinaan laluan kereta api dari Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu ke Keningau melalui terowong baru menembusi Banjaran Crocker dan pelabuhan darat di Keningau dan kawasan perindustrian Keningau, pedalaman dengan sambungan laluan kereta api dari Beaufort ke Bintulu, Sarawak. Dan juga laluan monorel baru, Putatan–Kota Kinabalu – UMS – Kompleks Pentadbiran Persekutuan. Keningau berharap...

draft • 6:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, masa tambahan satu minit lagi.

draft • 6:01 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya. Keningau berharap Kementerian Pengangkutan akan menyokong dan merancang pelaksanaannya. Sekian, terima kasih.

draft • 6:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 6:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya rujuk P.28 Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB sebanyak RM907.1 juta serta Butiran 01600 – Pembelian Rolling Stock KTMB sebanyak RM54 juta pada halaman 347. Saya menyokong peruntukan Kementerian Pengangkutan dan saya ingin menumpukan kepada empat perkara lah; kebolehpercayaan tren, latihan tenaga mahir rel, pengangkutan kargo dan mobiliti rakyat khususnya rakyat Ipoh.

Kerajaan mengumumkan perolehan 42 set tren baru untuk ETS dan KTM Komuter. Mohon Menteri, Timbalan Menteri, menjelaskan pecahan antara kedua- dua perkhidmatan, jadual penghantaran dan tarikh mula beroperasi.. Dan memandangkan peruntukan tahunan rolling stock menurun, adakah ini mencerminkan jadual bayaran atau pembiayaan melalui saluran yang lain, misalnya apa-apa bayaran off-budget lah?

Bagi pengguna di Ipoh, apakah pertambahan perjalanan dan tempat duduk yang akan dinikmati? Saya mencadangkanlah kementerian menerbitkan prestasi ketepatan masa, pembatalan perjalanan dan ketersediaan tren setiap suku tahun supaya kita boleh track lah dengan izin. Dan pengguna memerlukan kepastian untuk merancang perjalanan ke tempat kerja, menghadiri temu janji hospital dan pulang kepada keluarga. Tak kisah musim perayaan atau tidak.

draft • 6:07 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dan keduanya di dalam document touchpoint, ia menyenaraikan RM50 juta untuk centre of excellence atau Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan di Batu Gajah dan projek ini sebenarnya saya terlibat secara langsung dalam perundingannya pada peringkat awal dan kerjasama dengan China dalam LRVT, Liuzhou Railway Technical Vocational Training College.

Dan saya menyambut baik pengumuman ini dan memohon pengesahan kod peruntukan, agensi pelaksana yang saya tahu setakat ini adalah MRDC yang saya rasa ada dalam Dewan serta jadual pelaksanaannya. Dan keutamaan saya ialah pembangunan jurulatih dan kepakaran tempatan.

draft • 6:07 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Memang saya menyokong, mencadangkan atau pernah mencadangkan, menyokong penggunaan kemudahan MyRA di Batu Gajah dan penyelarasan oleh MRDC seperti yang saya sebut tadi dan kerjasama Majlis TVET Negara, saya sudi dan rela memberi 100 peratus kerjasama, termasuk melalui kerjasama latihan dengan LRVTC yang saya sebut tadi. Utamakan empat bidang adalah tuntutan saya, perkhidmatan penumpang, pengangkutan barang atau kargo dan freight, bekalan kuasa (power systems) dan sistem isyarat atau signalling. Mohon Timbalan Menteri menyatakan sasaran yang kementerian nak letakkan bagi jurulatih tempatan yang akan dilatih, bentuk pengiktirafan dan pensijilan dan penglibatan operator dari sudut sumbangan kewangannya iaitu EOSB.

Bukan sahaja EOSB sebenarnya, MRL, ERL, KTMB sendiri dan sebagainya.

Pusat ini perlu memenuhi keperluan seluruh industri rel negara dengan keupayaan berkembang sebagai Pusat Latihan Serantau ASEAN.

Ketiganya, saya merujuk P.28, Butiran 01100 – Sambungan Rel ke Pelabuhan, atau road to rail sebanyak RM18.108 juta pada halaman 347 juga.

Mohon dinyatakan pelabuhan dan jajaran yang terlibat, tarikh siap serta tambahan kapasiti kargo, apakah manfaat kepada pengeluar dan kegiatan logistik di Perak?

Saya mencadangkan sasaran tahunan peralihan kargo daripada jalan raya kepada rel diukur melalui jumlah kontena, tan kargo dan tonnage-lah dan kos penghantaran.

Sambungan fizikal perlu disertai slot tren dan tarif yang kompetitif dan masa penghantaran yang dipercayai.

MOT juga yang perlulah berbincang dengan MOF. MOF juga— MOF tak ada.

MOF tak ada, tadi ada. Perlu berbincang dengan MOF tentang potongan cukai berganda atau double deduction bagi perbelanjaan yang layak untuk menggalakkan peralihan ini.

draft • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Keempat, saya merujuk P.28, Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar, sebanyak RM2.691 bilion pada halaman 348. Mohon Timbalan Menteri memberikan pecahan mengikut bandar dan bandar-bandar raya dan projek, termasuk peruntukan untuk Ipoh. Saya mencadangkan hubungan bas berjadual antara stesen KTM Ipoh, kawasan perumahan, hospital dan pusat-pusat pekerjaan dan jadual plot bas perlu diselaraskan dengan ketibaan tren.

Kontrak operator perlu menetapkan kekerapan minimum, perjalanan terakhir dan pematuhan jadual dengan kemudahan mesra warga emas serta pengguna kerusi roda. Ukur kejayaan melalui tempoh menunggu (punctuality) dan perjalanan yang dilaksanakan dan jumlah penumpang.

Last sekali Tuan Pengerusi, saya memohon jawapan yang lebih khusus tentang kod pembiayaan, tarikh pelaksanaan dan hasil yang akan diterima rakyat.

Setiap peruntukan perlu menghasilkan perjalanan yang lebih selamat, lebih dipercayai dan lebih mudah diakses dan lebih senang untuk dijejaki oleh Ahli Parlimen, khususnya Ipoh Timur. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin membangkitkan secara khusus peruntukan di bawah Kepala P.28, Butiran 03600 – Kerja-kerja Pengerukan Kuala- kuala Sungai Kecil di Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia, berjumlah RM25 juta dengan memberikan tumpuan kepada muara Sungai Merbok di kawasan Tanjung Dawai, negeri Kedah.

Ia menunjukkan penurunan peruntukan yang agak ketara berbanding dengan peruntukan pada tahun ini iaitu sebanyak RM86 juta. Penyelenggaraan laluan air atau kerja-kerja mendalamkan muara sungai ini amatlah penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi nelayan, keselamatan pelayaran, pendapatan pengusaha bot, rantaian bekalan hasil laut serta pembangunan ekonomi komuniti pesisir pantai.

Tanjung Dawai merupakan kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi perikanan dan aktiviti pergerakan bot nelayan.

Keadaan muara yang cetek akan mengakibatkan pemendapan pasir dan kelodak boleh menjejaskan pergerakan bot, khususnya ketika air surut. Saya

draft • 6:13 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

berharap muara Sungai Merbok iaitu di kawasan Tanjung Dawai ini juga termasuk dalam senarai peruntukan ini.

Seterusnya, saya ingin membahaskan peruntukan di bawah Butiran 01600 - Pembelian Rolling Stock KTMB dan Butiran 20000 – Peningkatan Infrastruktur Rel.

Pada pandangan saya, pembelian rolling stock dan aset baharu tren merupakan satu pelaburan penting dalam usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam negara.

Merbok ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian. Sejauh mana pembelian tersebut dapat meningkatkan kapasiti penumpang, menambah kekerapan perjalanan dan mengurangkan kesesakan, khususnya bagi perkhidmatan ETS?

Kita perlu mengetahui bahawa ETS telah menjadi antara pilihan utama rakyat untuk perjalanan jarak jauh, khususnya bagi laluan Pantai Barat Semenanjung iaitu daripada Selatan ke Utara, daripada Johor Bahru ke Kuala Lumpur–Ipoh– Butterworth dan Padang Besar. Permintaan terhadap perkhidmatan ini semakin penting dan popular kerana rakyat mahukan pengangkutan yang lebih selesa, selamat, menepati masa dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan sekali gus, dapat mengurangkan kesesakan di lebuh raya-lebuh raya utama negara.

Namun, apabila permintaan meningkat, tetapi kapasiti tren dan kekerapan perjalanan tidak berkembang seiring, akhirnya penumpang terpaksa berhadapan dengan tiket yang cepat habis, kesukaran mendapatkan tempat duduk dan pilihan waktu perjalanan yang terhad serta seperti yang dibahaskan oleh Alor Setar tadi, kerap tergendala dan sebagainya.

Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa peruntukan sebanyak RM54 juta untuk pembelian rolling stock ini mestilah diterjemahkan kepada pertambahan kapasiti sebenar dan penambahbaikan perkhidmatan ETS dengan lebih efektif.

Saya seperti Alor Setar juga tadi, ingin membangkitkan tentang stesen kereta api di Sungai Petani. Sama jugalah keadaannya seperti di Alor Setar tadi. Dia ada dua belah, di sebelah kiri dan kanan, tetapi hanya buka sebelah sahaja dan ia menimbulkan kesesakan apabila seperti itulah jalan keluar/masuk yang satu sahaja.

Jadi, kita mohon KTM untuk melihat keadaan itu supaya boleh buka di kedua-dua belah sesen tersebut untuk mengurangkan kesesakan.

Seterusnya, Butiran 40000 – Menaik Taraf dan Pembangunan Sistem Kawalan/Pengurusan Trafik, yang berjumlah RM258 juta. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu laporan mengenai kejadian di Amerika Syarikat pada 14 hari bulan November iaitu baru dua hari yang lepas, apabila Federal

draft • 6:13 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Aviation Administration (FAA), dengan izin, terpaksa mengarahkan pemberhentian sementara operasi penerbangan di seluruh negara Amerika Syarikat selama empat jam susulan kegagalan sistem komunikasi yang menjejaskan operasi trafik udara.

Kejadian ini memberikan satu pengajaran yang sangat besar kepada Malaysia. Bayangkan sebuah negara maju seperti Amerika Syarikat yang mempunyai teknologi penerbangan antara yang paling canggih di dunia masih boleh berhadapan dengan gangguan sistem komunikasi sehingga operasi penerbangan terpaksa dihentikan sementara.

Saya ingin mengingatkan kementerian bahawa sekiranya sistem komunikasi di antara juruterbang dan menara kawalan terganggu, pihak pengawal trafik udara mungkin menghadapi kesukaran menyampaikan arahan, menyelaras pergerakan pesawat dan memastikan jarak pemisahan yang selamat di antara pesawat.

Persoalannya, jika perkara yang sama berlaku di Malaysia, apakah persediaan kita? Adakah kita mempunyai sistem komunikasi alternatif yang boleh mengambil alih operasi dengan segera atau pusat trafik kawalan udara mempunyai sistem sandaran yang berasingan daripada sistem utama?

Saya ingin mengemukakan beberapa soalan di sini. Adakah CAAM mempunyai sistem komunikasi sandaran sekiranya sistem komunikasi utama trafik udara mengalami kegagalan? Adakah sistem komunikasi penerbangan Malaysia mempunyai redundancy iaitu lebih daripada satu saluran komunikasi yang boleh buat operasi secara bebas?

Bilakah kali terakhir kementerian menjalankan simulasi kegagalan komunikasi secara menyeluruh di pusat kawalan trafik udara? Adakah sistem kawalan trafik udara Malaysia dilindungi daripada serangan siber, gangguan frekuensi radio dan manipulasi komunikasi? Dan adakah peruntukan Butiran 40000 ini juga merangkumi peningkatan sistem komunikasi, sistem sandaran dan perlindungan keselamatan siber?

Tuan Pengerusi, akhir. Kejadian di Amerika Syarikat ini sepatutnya menjadi amaran kepada semua negara, termasuk Malaysia. Kita mungkin berbelanja berbilion ringgit untuk membangun lapangan terbang, membeli pesawat dan menaik taraf infrastruktur pengangkutan, tetapi jika sistem komunikasi dan kawalan trafik gagal berfungsi, keseluruhan sistem penerbangan boleh terhenti. Keselamatan penerbangan tidak boleh bergantung kepada nasib. Ia mesti berdasarkan sistem yang kukuh, prosedur yang teruji dan kesiapsiagaan yang menyuruh. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:13 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 6:13 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertama, saya merujuk kepada dua butiran Belanjawan 2027 Kementerian Pengangkutan. Bagi maksud Bekalan B.28, Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan, yang berjumlah RM752 juta dan bagi maksud Pembangunan P.28, Butiran 40000 – Menaik Taraf dan Pembangunan Sistem Kawalan/Pengurusan Trafik berjumlah RM258 juta.

draft • 6:19 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu keselamatan jalan raya yang semakin membimbangkan khususnya kemalangan yang berulang di persimpangan Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam. Persimpangan ini bukan sahaja menjadi laluan utama penduduk Alam Budiman, Puncak Perdana, Puncak Alam dan kawasan sekitarnya, tetapi turut digunakan oleh banyak kenderaan berat.

Terbaharu, pada 9 Oktober 2026, sebuah lori 10 tan telah merempuh 11 buah kenderaan di persimpangan ini yang mengakibatkan empat orang cedera termasuk dua mangsa yang mengalami kecederaan parah. Bayangkan Tuan Pengerusi, pengguna jalan raya yang sedang berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba dirempuh oleh sebuah lori yang hilang kawalan. Lebih membimbangkan, ujian saringan awal terhadap pemandu lori tersebut dilaporkan positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

Ini bukannya kejadian yang terpencil, Tuan Pengerusi. Pada 25 Februari 2026, kemalangan maut melibatkan lori yang hilang kawalan turut berlaku di kawasan tersebut. Pada 4 Mei 2026, satu lagi kemalangan maut melibatkan kereta berlaku di kawasan ini. Berapa banyak lagi kemalangan perlu berlaku sebelum penyelesaian menyeluruh dilaksanakan?

Penduduk sudah hilang sabar. Pada 12 Jun dan sekali lagi pada 25 Oktober baru-baru ini, penduduk mengadakan perhimpunan aman menuntut penyelesaian segera. Alam Budiman bukan lagi menjadi kawasan yang aman, tetapi sudah menjadi ‘alam barzakh.’ Mereka bukan meminta sesuatu yang luar biasa. Mereka hanya menuntut keselamatan untuk diri sendiri dan keluarga.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya mengambil maklum bahawa pihak JKR Selangor telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan jalan termasuk kerja menaik taraf perabot jalan, kemudahan keselamatan dan beberapa langkah quick win. Namun, langkah jangka pendek sahaja tidak mencukupi. Saya meminta Kementerian Pengangkutan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya, JKR Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor bagi melaksanakan audit keselamatan penuh secara menyeluruh di persimpangan Alam Budiman ini. Audit ini perlu menilai reka bentuk jalan, kecerunan, sistem lampu isyarat, kelajuan kenderaan berat dan keperluan pembinaan jejambat.

Tuan Pengerusi, di bawah P.28 Butiran 40000. Yang saya sebutkan tadi, saya mencadangkan supaya sistem pengurusan trafik di kawasan berisiko tinggi seperti ini diperkukuh melalui teknologi pemantauan kelajuan automatik, kamera pengesanan kesalahan, sistem amaran awal dan kawalan pergerakan kenderaan berat. Jangan tunggu kemalangan berlaku baru kita ingin bertindak. Sistem trafik mesti berupaya mencegah kemalangan, bukan sekadar merekodkan berapa banyak kemalangan dan mengenal pasti siapa yang bersalah.

Saya juga mencadangkan supaya sistem telematik yang dilancarkan pada 29 Jun 2026 bagi kenderaan perdagangan yang dilaksanakan untuk penguatkuasaan yang berkesan termasuk pemantauan kelajuan, corak pemanduan dan tahap pematuhan pengendali kenderaan berat dimaklumkan kepada awam sejauh mana keberkesanannya dan dari sudut pematuhan dan juga pengurangan kemalangan ini dapat dimaklumkan kepada awam supaya ia nya menjadi iktibar kepada semua pengguna jalan raya.

Tuan Pengerusi, saya menyambut baik cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini supaya kemalangan yang disebabkan oleh pengaruh alkohol ataupun dadah diwajibkan membayar pampasan kepada mangsa ataupun pihak waris. Namun, saya juga ingin mencadangkan supaya skop pindaan ini bukan sahaja ia disegerakan, tetapi ia juga diperluaskan.

Kerana mabuk ini Tuan Pengerusi, dia bukan sebab alkohol ataupun dadah sahaja. Macam-macam jenis mabuk ada atas jalan raya ini. Mabuk nak berlumba, mabuk nak langgar lampu merah, mabuk nak memandu secara melulu dan pelbagai lagi keadaan yang boleh membahayakan sehingga menyebabkan kematian ataupun kecederaan yang serius. Sebab itu, saya mohon sangat supaya akta ini dapat disegerakan kerana saya yakin ia akan mampu untuk memberikan kesedaran dan mencegah banyak kemalangan yang berlaku.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Akhirnya, Tuan Pengerusi, keselamatan jalan raya bukan sekadar soal jalan, lampu isyarat ataupun penguatkuasaan, ia soal nyawa manusia. Saya sangat berharap agar kementerian memberikan perhatian khusus kepada persimpangan Alam Budiman dan mengemukakan pelan tindakan yang jelas, lengkap dengan jadual pelaksanaannya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Mersing.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Pertama, saya merujuk Butiran B 040000 – Dasar Baru, B 040100 – Sewaan Peralatan Penguatkuasaan Sektor Pengangkutan. Di bawah Butiran B 040100, sebanyak RM1.98 juta diperuntukkan bagi sewaan peralatan penguatkuasaan sektor pengangkutan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung cadangan pelaksanaan penggunaan peranti telematik (telematic device) secara berfasa bagi kenderaan perdagangan dan kenderaan berat. Pertama, apakah asas kajian saintifik dan teknikal yang digunakan oleh kementerian bagi membuktikan bahawa penggunaan sistem telematik mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya secara signifikan? Adakah penilaian keberkesanan dan analisis kos faedah telah dilaksanakan dengan penglibatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya

(MIROS), Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan?

Kedua, kementerian telah memperkenalkan speed limitation device bagi mengawal kelajuan kenderaan tertentu, manakala teknologi high-speed weight in motion digunakan untuk mengesan kenderaan yang membawa muatan berlebihan.

Justeru, apakah nilai tambah sebenar sistem telematik berbanding mekanisme penguatkuasaan sedia ada?

Adakah sistem ini bertujuan memantau kelajuan, tingkah laku pemanduan, tempoh pemanduan atau lokasi kenderaan? Bagaimanakah data daripada sistem- sistem ini akan disepadukan supaya tidak berlaku pertindihan fungsi dan pertambahan beban pematuhan kepada industri?

Ketiga, berdasarkan pengumuman kementerian, anggaran kos langganan telematik adalah antara RM60 hingga RM300 sebulan bagi setiap kenderaan. Ini bermakna pengusaha yang memiliki 10 kenderaan berpotensi menanggung kos

draft • 6:25 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

langganan antara RM7,200 hingga RM36,000 setahun. Belum termasuk kemungkinan kos pemasangan dan penyelenggaraan tambahan. Persoalannya, adakah kementerian telah melaksanakan analisis impak kewangan terhadap pengusaha kecil dan sederhana? Apakah jaminan bahawa pelaksanaan sistem ini tidak akan meningkatkan kos operasi industri pengangkutan yang akhirnya dipindahkan kepada pengguna?

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung kaedah perolehan, piawaian teknikal dan pemilihan penyedia teknologi supaya tidak berlaku monopoli atau kebergantungan kepada pembekal tertentu.

Saya mengambil maklum bahawa pelaksanaan telematik secara sukarela dirancang sepanjang tahun 2027 sebelum dijadikan syarat mandatori pelesenan pada tahun 2028.

Justeru, apakah hasil sesi libat urus bersama persatuan pengusaha pengangkutan dan adakah kerajaan bercadang menyediakan insentif, geran padanan atau tempoh peralihan yang munasabah kepada pengusaha kecil? Kita menyokong penggunaan teknologi untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Namun, dasar baharu mesti berasaskan bukti keberkesanan dan tidak seharusnya sekadar menambah kos pematuhan kepada industri.

Tuan Pengerusi, kedua, Butiran P.03600 – Kerja-kerja Pengerukan Kuala- kuala Sungai Kecil di Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia. Merujuk kepada Butiran P.03600, sebanyak RM27.1 juta diperuntukkan pada tahun 2027 daripada anggaran keseluruhan projek berjumlah RM192.9 juta bagi kerja-kerja pengerukan kuala sungai kecil di pelabuhan Semenanjung Malaysia.

Saya ingin membangkitkan keperluan mendesak untuk melaksanakan kerja- kerja pengerukan Kuala Sungai Mersing serta pembinaan benteng pemecah ombak yang bersesuaian. Isu pengerukan Kuala Sungai Mersing pernah saya bangkitkan dalam Kamar Khas pada 7 Oktober 2025 apabila dimaklumkan bahawa kerja-kerja pengerukan di Mersing, Batu Pahat dan Muar ditangguhkan ke tahun 2027.

Namun, berdasarkan semakan terkini, Jabatan Laut Malaysia telah mengiklankan tender bagi kerja-kerja pengerukan berkala di Alur Pelayaran Kuala Mersing dengan tarikh tutup pada 19 Jun 2026.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri, apakah status sebenar tender tersebut?

draft • 6:25 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 6:25 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Adakah kontrak telah dianugerahkan dan kerja-kerja fizikal telah dimulakan?

Berapakah nilai kontrak jumlah isi padu sedimen yang akan dikeruk, kedalaman alur pelayaran yang disasarkan serta tempoh pelaksanaan projek? Saya juga ingin mengetahui sama ada peruntukan RM27.1 juta pada tahun 2027 turut merangkumi kerja-kerja pengerukan Kuala Sungai Mersing atau projek tersebut telah dibiayai melalui peruntukan terdahulu.

Kuala Sungai Mersing merupakan laluan penting bagi bot nelayan, bot penumpang dan pengangkutan ke pulau pelancongan. Namun, masalah pemendapan sedimen yang menyebabkan laluan menjadi cetek ditambah dengan keadaan ombak dan arus ketika Monsun Timur Laut boleh meningkatkan risiko keselamatan pelayaran. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.

draft • 6:30 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Saya, Tenom ingin memberikan tumpuan khusus kepada Butiran 00200 – Kajian Strategik Pengangkutan yang diperuntukkan sebanyak RM16.5 juta dengan memberi fokus kepada Projek Kereta Api Trans-Borneo yang berpotensi menjadi pemangkin pembangunan pengangkutan, perdagangan antarabangsa dan penumbuhan ekonomi Wilayah Borneo.

Yang Berhormat Pengerusi, untuk makluman, Sabah merupakan satu- satunya negeri di Wilayah Borneo yang mempunyai perkhidmatan kereta api konvensional yang masih beroperasi melalui jajaran Tanjung Aru–Beaufort dan ke Tenom yang dikendalikan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).

Sebaliknya, Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia masih belum mempunyai rangkaian kereta api penumpang konvensional yang merentasi wilayah. Walaupun JKNS berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan perlu melihat pembangunan sektor rel di Wilayah Borneo dalam skop yang lebih luas dan bukannya semata-mata terikat kepada sempadan bidang kuasa pentadbiran, tetapi mengambil kira kepentingan strategiknya kepada daya saing ekonomi negara.

draft • 6:30 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Hakikatnya kedudukan strategik Sabah dan Sarawak di sepanjang Laut China Selatan yang merupakan sebahagian daripada jaringan Laluan Sutera Maritim membuka peluang besar untuk menjadikan Wilayah Borneo sebagai hab perdagangan dan logistik serantau yang menghubungkan pasaran Asia Timur dan ekonomi antarabangsa. Dalam konteks ini, projek Kereta Api Trans-Borneo bukan sekadar pembinaan landasan, tetapi berpotensi membentuk koridor ekonomi baharu yang menghubungkan pusat pengeluaran kawasan perindustrian, terminal kargo dan pelabuhan utama di seluruh kepulauan Borneo.

Yang Berhormat Pengerusi, sebagaimana dimaklumkan oleh kementerian sebelum ini, kajian kebolehlaksanaan bagi projek ini telah pun siap pada 7 Ogos 2026 dengan dapatan bahawa projek ini berdaya maju dari sudut teknikal. Namun, ianya masih memerlukan sokongan pembiayaan kerajaan dan perlu dilaksanakan secara berfasa. Sehubungan itu, Tenom memohon kementerian mengemukakan laporan penuh kajian kebolehlaksanaan tersebut untuk penelitian secara menyeluruh.

Dalam masa yang sama, Tenom ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara utama iaitu pertama, apakah koridor jajaran fasa pertama yang dikenal pasti sebagai paling berdaya maju dari sudut ekonomi dan perdagangan antarabangsa? Berapakah anggaran kos pembangunan dan garis masa pelaksanaannya?

Kedua, sejauh manakah kereta api— sejauh manakah kementerian telah menilai potensi integrasi Projek Kereta Api Trans-Borneo dengan jaringan pelabuhan strategik di Sabah khususnya di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar dan Kelompok Perindustrian Minyak Sawit Lahad Datu dan pelabuhan utama di Sarawak bagi memanfaatkan sepenuhnya kedudukan Borneo dalam Laluan Sutera Maritim?

Ketiga, apakah bentuk kerjasama diplomatik dan struktur pembiayaan yang dirancang antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak dan negara jiran seperti Brunei Darussalam serta Indonesia bagi memastikan pembangunan rangkaian ini dapat dilaksanakan secara bersepadu?

Yang Berhormat Pengerusi, dalam merancang projek mega berskala besar ini, kepentingan masyarakat pedalaman tidak boleh sesekali diketepikan. Justeru itu, Tenom memohon kementerian memastikan perancangan rangkaian rel Persekutuan ini diselaraskan dengan Pelan Induk Pengangkutan Mampan Sabah yang akan bermula pada tahun 2027 termasuk meneliti keterhubungan kawasan pedalaman seperti Tenom, Kemabong dan Lalap dengan jaringan logistik serantau.

draft • 6:30 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Selain itu, pengeluaran hasil pertanian dan komoditi di pedalaman perlu diberikan akses kepada sistem pengangkutan kargo yang lebih cekap supaya kos penghantaran dapat dikurangkan, pasaran diperluas dan peluang ekonomi baharu dapat diwujudkan. Jangan sampai pembangunan projek Kereta Api Trans-Borneo hanya menghubungkan bandar-bandar utama dan pelabuhan besar sedangkan kawasan pedalaman yang kaya dengan sumber pengeluaran ekonomi terus terpinggir daripada menikmati limpahan manfaatnya.

Yang Berhormat Pengerusi, akhir sekali, kajian projek ini tidak seharusnya diukur berdasarkan panjang landasan atau nilai pelaburan semata-mata, tetapi melalui kemampuannya memperkukuh daya saing perdagangan negara, merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia Timur. Wilayah Borneo tidak seharusnya sekadar menjadi laluan transit perdagangan antarabangsa. Sebaliknya mesti muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang manfaatnya dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat. Mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 6:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh empat butiran. Dua butiran di bawah maksud Bekalan B.28 dan dua lagi di bawah maksud Pembangunan P.28 khususnya berkaitan dasar keselamatan navigasi serta pembangunan maritim negara.

Pertama, B.28 Butiran 010200 – Maritim. Peruntukan pada tahun 2027 meningkat daripada RM2.25 juta kepada RM7.59 juta. Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pengangkutan Negara 2019–2030, menekankan keselamatan, keterhubungan dan penyelenggaraan infrastruktur pengangkutan.

Namun, saya ingin bertanya, sejauh manakah dasar keselamatan navigasi negara mengambil kira keperluan pelabuhan kecil, muara sungai dan komuniti nelayan pesisir? Keselamatan pelayaran tidak sekadar melibatkan kapal perdagangan dan feri penumpang, tetapi juga bot nelayan kecil yang berkongsi alur pelayaran yang sama.

draft • 6:36 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan supaya MOT menyediakan pelan induk keselamatan navigasi pelabuhan kecil merangkumi pemetaan risiko, pengurusan alur pelayaran, pengerukan berkala, pemantauan trafik kapal dan penyelenggaraan alat bantuan navigasi. Pelan ini perlu mempunyai peruntukan terancang, petunjuk prestasi keselamatan, serta penyelarasan antara MOT, KPKM dan Agensi Penguat Kuasa Maritim.

Tuan Pengerusi, kedua, B.28 Butiran 020200 – Pengangkutan Laut.

Peruntukan perkhidmatan dan bekalan berkurangan daripada RM68.02 juta kepada RM64.58 juta. Saya ingin mengetahui, sama ada pengurangan ini memberi kesan kepada penyelenggaraan sistem keselamatan pelayaran Jabatan Laut termasuk radar VTMIS, rumah api, tanda arah suar dan pelampung pandu.

Di Kuala Kedah, terdapat sebuah rumah api bersejarah dalam kawasan kota Kuala Kedah. Apakah statusnya sebagai alat bantuan pelayaran pada masa ini? Selain itu, notis kepada pelaut pada Ogos 2025 melaporkan, tanda arah suar Kuala Kedah 1G telah musnah. Adakah tanda arah suar tersebut telah dipulihkan? Bagaimana kementerian memastikan amaran navigasi turut sampai kepada tekong nelayan pesisir?

Tuan Pengerusi, yang ketiga, P.28 Butiran 03600 – Kerja-kerja Pengerukan Kuala-kuala Sungai Kecil. Peruntukan pada tahun 2027 berkurang daripada RM86.99 juta kepada RM25.10 juta iaitu penurunan sekitar 71 peratus. Apakah rasional penurunan yang begitu ketara ini? Berapakah peruntukan khusus bagi pengerukan Kuala Kedah dan Kuala Perlis pada tahun 2027?

Saya ingin merujuk kembali jawapan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan pada 11 Mac 2024 berhubung cadangan pembelian kapal korek bagi menangani masalah pemendapan berulang. Cadangan mewujudkan semula armada kapal korek Jabatan Laut juga telah direkodkan dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen D.R. 11/2024.

draft • 6:36 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Apakah status terkini cadangan tersebut? Adakah kelulusan kewangan telah diperoleh dan apakah hasil analisis kos antara memiliki kapal korek sendiri dengan menggunakan kontraktor secara berterusan?

Tuan Pengerusi, yang keempat, P.28, Butiran 07000, Kompleks Pejabat dan Sistem Peralatan Jabatan Laut. Peruntukan meningkat daripada RM50.43 juta kepada RM106.57 juta iaitu peningkatan sekitar 111 peratus. Saya ingin

draft • 6:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

mendapatkan pecahan peruntukan ini khususnya bagi pemodenan sistem keselamatan navigasi.

Rekod Jabatan Laut menunjukkan terdapat perolehan penyelenggaraan radar dan sistem VT-MIS melibatkan Kuala Kedah, Kuala Perlis serta Langkawi pada tahun 2026. Apakah status keberfungsian radar dan VT-MIS Kuala Kedah sekarang?

Adakah sistem ini mampu memantau pergerakan bot nelayan kecil yang tidak dilengkapi AIS? Adakah terdapat perancangan menaik taraf sistem tersebut melalui peruntukan pembangunan pada tahun 2027?

Tuan Pengerusi, sebagai rumusan. Saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan pelan induk keselamatan dan navigasi pelabuhan kecil sebagai langkah memperkukuh keselamatan feri, kapal perdagangan dan nelayan pesisir secara bersepadu. Kuala Kedah boleh menjadi antara lokasi yang dinilai dalam pelaksanaan pelan tersebut. Sekian, Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya bangun untuk juga turut serta dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan. Mungkin saya boleh mulakan dengan merujuk kepada Butiran-butiran 030800 – Pas Perjalanan Percuma Pelajar Sekolah dan OKU, Butiran 030900 – Insentif Pas Bulanan Tanpa Had, Butiran 031000 – Pas Mutiara dan juga Butiran 031100 – Subsidi Tiket Penerbangan (Flysiswa dan Musim Perayaan).

Semua butiran-butiran ini jelas sekali menunjukkan kerajaan telah memberi manfaat daripada dana yang dikutip melalui cukai. Cumanya, saya sedih bahawa Menteri Pengangkutan yang telah mempelopori semua langkah-langkah baik ini demi masyarakat, demi rakyat kita yang pelbagai agama, pelbagai bangsa, tidak berada di Dewan yang mulia ini, tetapi saya menyokong pendirian beliau kerana kita ingin melawan, lawan rasuah dan sakau. Ini, inilah prinsip yang saya sokong pendirian beliau, tetapi dukacita.

Saya rasa sedih beliau tidak ada di sini dan saya juga mendengar pengumuman. Saya minta penjelasan. Berapa banyak manfaat yang telah diterima oleh rakyat yang ada di Kelantan dan di Terengganu? Sebab saya tergores hati juga baru-baru ini Ahli Parlimen daripada sebelah sana mengeluarkan kenyataan. Saya

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

ungkap, saya petik. “Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam.” Menteri Pengangkutan kita bukan Islam daripada DAP. Berbangsa Cina, tetapi beliau telah mempelopori semua program-program ini yang memberi manfaat kepada semua rakyat jelata.

[Tepuk] Berani Yang Berhormat Marang mengeluarkan kenyataan itu. Saya menuntut di sini, patut dia tarik balik kenyataan itu dan kita lihat hasil penjualan pendaftaran kenderaan, nombor plat khas khususnya siri “H.” Menteri ini telah menyatakan, kerajaan telah mengutip, mencatatkan kutipan RM91.2 juta dan melalui bidaan, melalui bidaan dan dana ini telah diagihkan kepada 53 penerima terdiri daripada pemandu bas pelbagai agama dan bangsa, pemandu kereta sewa pelbagai agama dan bangsa dan juga pemandu bas sekolah pelbagai agama dan bangsa.

[Tepuk] Berani Yang Berhormat Marang mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin bukan Islam adalah lebih zalim. Kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab.

Adakah mana-mana di sebelah sana berani bangun mempertahankan kenyataan Marang pada hari ini?

draft • 6:41 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Amende lah.

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Besut, saya tak beri jalan. Jangan buang masa. Duduk.

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Eh, cabar.

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduklah. Jangan buang masa lah.

draft • 6:41 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ini di luar konteks Tuan Pengerusi.

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini apa ini, bajet kah apa ini?

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduklah.

draft • 6:41 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ini cakap apa ini?

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini bajet kah, apa ini? Ini bukan bajet.

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduklah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa point order?

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa point order?

draft • 6:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu jangan— telah mencabar. Kamu cabar siapa— siapa bangun?

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduklah, saya tak beri peluang. Saya cabar, saya beri peluang. Kamu saya tak beri peluang, duduk.

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Duduk. Kamu yang duduk.

draft • 6:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut.

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Fasal apa tak tahu. Ini fasal apa bahas ini?

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Pengerusi, ini...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut.

Sila duduk, Yang Berhormat Besut. Sila duduk.

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak ada kepala ini. Apa benda masalah ini?

draft • 6:41 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang kamu koyak— kamu koyak buat apa?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengerusi, saya dah beri butiran.

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa ini.

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin menyatakan...

draft • 6:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bahas... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut. Sila duduk.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Pengerusi...

draft • 6:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin menyatakan di sini bahawa kenyataan yang dikeluarkan, kenyataan yang dikeluarkan mentafsirkan pemimpin-pemimpin bukan beragama Islam sebagai zalim adalah satu kenyataan yang tidak langsung bertanggungjawab dan saya mohon butiran diberikan berkenaan dengan berapa banyak...

[Dicelah]

draft • 6:41 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, jangan merapulah Jelutong.

draft • 6:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup Yang Berhormat.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa Yang Berhormat Jelutong sudah tamat. Yang Berhormat, sila duduk.

draft • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 6:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Pengerusi, cuma saya ingin menyatakan bahawa saya minta butiran, berapa banyak penerima semua inisiatif-inisiatif ini daripada Kelantan dan Terengganu supaya kita buktikan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang bukan beragama Islam tidak bertindak zalim. Terima kasih.

draft • 6:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 6:41 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya sedih melihat kita bergaduh sama sendiri. Sesama kita, rakyat Malaysia kita bergaduh. Sedar tak kita bahawa berjuta-juta di luar sana ini bukan warganegara yang tinggal di negara ini secara haram. Pelarian merata-rata di segenap pelosok negara ini. Sebab itu saya nak sentuh Butiran 020300 — Pengangkutan Jalan.

Rakyat di bawah sana banyak mengeluh ramai pendatang asing tanpa izin, pelarian, memandu kereta, memandu kenderaan, membawa motosikal tanpa lesen dan apabila berlaku kemalangan, maka yang jadi mangsanya adalah warganegara kita.

Saya kongsikan data jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, 133,081 saman pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan terhadap warga asing secara keseluruhan. 21,232 kesalahan tiada lesen memandu kompeten atau CDL— 1,933 kesalahan tiada lesen memandu GDL

draft • 6:47 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

atau membawa barangan dan 85 kesalahan tiada lesen PSV ataupun membawa kenderaan perkhidmatan awam. 83 kes— 85 kes mereka boleh bawa kenderaan penumpang tanpa lesen. 1,933 kes boleh bawa kenderaan tanpa lesen, kenderaan barangan.

Apa sebenarnya berlaku? Jadi, sebab itu saya kata kita perlu lihat perkara ini secara lebih mendalam. Kita banyak bergaduh sesama kita yang sememangnya rakyat Malaysia yang sememangnya warga Malaysia, kita sedang dihadapi dengan pelbagai cabaran yang kita pejamkan mata. Jadi, saya mohon pihak Kementerian Pengangkutan melihat perkara ini, bekerjasama dengan pihak polis, bekerjasama dengan semua agensi yang berkenaan.

draft • 6:47 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jangan biarkan perkara ini berterusan. Kerana apa? Bila berlaku kemalangan, mereka ini bukan ada insurans. Mereka tak ada lesen. Nak dapat pampasan untuk membaiki kenderaan, kalau berlaku kecederaan, apa yang terjadi?

Saya minta pihak kerajaan, pihak kementerian untuk senaraikan, perincikan apakah tindakan yang telah diambil kepada mereka ini kerana saya dimaklumkan bahawa mereka akan didakwa di mahkamah. Berapa kes yang telah didakwa di mahkamah untuk perkara ini?

Dan saya mohon sekali lagi supaya perkara ini diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya. Buat operasi besar-besaran. Kita kena hantar isyarat. Kalau tidak Tuan Pengerusi, di Putrajaya ini, yang bawa motor merata-rata ini ada lesen ke tak ada lesen saya tak tahu. Yang bawa kereta dan sebagainya, tapi kita buat— kalau saya selaku Ahli Parlimen boleh tahan orang, saya rasa saya duk kerja tahan orang hari-hari, tetapi kami tak ada kuasa. Sebab itu pihak berkuasa perlu mengambil tindakan.

Seterusnya 020100, 030900 dan 600000. Tuan Pengerusi, kerajaan membelanjakan berbilion-bilion Ringgit untuk menyediakan rangkaian pengangkutan awam. MRT, LRT, ERL, monorel dan sebagainya.

Sebagai contoh, kerajaan telah membelanjakan RM39 bilion untuk MRT 2.

Pada hari ini, berdasarkan kajian dan data yang saya ada, kalau salah betulkan— pada hari ini, kadar penggunaan MRT 2 adalah 35.8 peratus daripada kapasiti yang sepatutnya. Kita belanja RM39 bilion, kapasiti penggunaan sekadar 35.8 peratus.

Kita belanja untuk apa? Sebab itu sewaktu dalam Kabinet pun saya bangkitkan benda yang sama. Jangan duduk syok nak berbelanja berbilion-bilion Ringgit sedangkan ia nya tidak digunakan.

draft • 6:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Kita tengok perbelanjaan untuk MRT 3. MRT 3 kosnya RM50 bilion. Kita tengok LRT Pulau Pinang, RM16.8 bilion. Kita bina, terus bina, terus bina, tetapi kita tidak melihat secara serius bagaimanakah kita patut lakukan untuk memastikan tahap penggunaan ini dapat ditingkatkan.

Kalau saya boleh kongsi kan, kita tengok isu di luar sana bagaimana tren- tren kita ini terlalu sesak pada waktu puncak. Penumpang terpaksa menunggu one after another train ini, beberapa kali tren pun tak dapat naik lagi. Berapa banyak gangguan teknikal tren yang rosak yang berlaku. Ramai yang sampai lewat ke tempat kerja. Mereka ini tak ada bas nak pergi ke feeder bus nak pergi ke stesen, feeder bus lambat. Pelbagai isu ini yang telah memberi tekanan kepada pengguna.

Jadi, saya ingin sentuh di sini, jika kita lihat banyak-banyak faktor ini, mengapa penggunaannya rendah? Salah satu faktor yang menyebabkan penggunaan rendah adalah kerana kepercayaan dan keyakinan pengguna kepada sistem LRT dan MRT ini...

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Maknanya mereka tahu bahawa the system is not reliable. Kalau nak pergi, mungkin sampai kat tempat kerja lambat.

Jadi, saya mohon supaya kerajaan beri keutamaan kepada usaha untuk meningkatkan penggunaan ini, berbanding usaha untuk terus membina LRT ini.

Kalau MRT, saya nak the last point Tuan Pengerusi. Kalau MRT 2 di kawasan padat, di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, ridership atau penggunaan hanya 35.8 peratus, apakah nanti penggunaan di Pulau Pinang kerana jumlah populasi dan kepadatan penduduknya jauh lebih rendah? Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Penampang.

draft • 6:50 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Terima kasih yang dihormati Pengerusi.

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan rasa hormat kepada mantan Menteri Pengangkutan yang dilaporkan telah membuat keputusan meletak jawatan atas prinsip.

[Tepuk] Saya kira mereka yang telah mengambil keputusan yang sama berpegang kepada prinsip masing-masing bukannya playing to the gallery.

draft • 6:54 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Saya harus menyatakan penghargaan kepada beliau kerana telah memulakan inisiatif FLYsiswa iaitu inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar institusi pendidikan awam. Di bawah Butiran 031100 – Subsidi Tiket Penerbangan (FLYsiswa dan Musim Perayaan) diperuntukkan sebanyak RM48 juta. Saya berharap inisiatif FLYsiswa ini dapat diteruskan dengan peruntukan yang bersesuaian sebagai imbangan kepada inisiatif diskaun tol yang juga melibatkan peruntukan kerajaan.

Saya juga mencadangkan agar inisiatif FLYsiswa ini diperluas termasuk membiayai penerbangan tambahan selain daripada jadual penerbangan sedia ada ke Sabah dan Sarawak semasa musim puncak seperti perayaan Krismas, Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Keamatan dan Gawai.

Saya juga menghargai inisiatif mantan Menteri Pengangkutan memperkenalkan perkhidmatan BAS.MY ataupun pink bus di Bandaraya KK. Mudah- mudahan inisiatif ini dapat diperluaskan di Sabah.

Pengerusi, di bawah Butiran 07900 – Pembaikan dan Pembinaan Jeti di Sabah diperuntukkan sebanyak RM10 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian, di manakah jeti-jeti tersebut yang akan dibina di Sabah?

Di bawah Butiran 01100 – Sambungan Rel ke Pelabuhan diperuntukkan sebanyak RM18.108 juta. Saya ingin bertanya, di manakah projek ini dilaksanakan?

Dan saya juga ingin bertanya mengenai dasar dan inisiatif kementerian sekiranya terdapat cadangan membina rel kereta api ke Pelabuhan Sepanggar di Sabah.

Apakah peruntukan yang sama boleh disediakan oleh kementerian?

Saya juga mengalu-alukan inisiatif kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) yang telah dilaksanakan oleh kementerian mengenai cadangan Trans-Borneo Railway. Saya berharap kajian tersebut dapat dibentangkan kepada Kabinet Kerajaan Sabah serta perbincangan susulan yang berkaitan dapat diperincikan.

Saya berharap cadangan ini dapat dimasukkan dalam Kajian Separuh Penggal RMK13 supaya dapat dimulakan.

Yang dihormati Pengerusi, saya juga mengalu-alukan peruntukan yang disediakan untuk pembesaran Lapangan Terbang KK dan juga Lapangan Terbang Tawau. Saya berharap projek pembesaran lapangan terbang ini dapat disusuli dengan perkhidmatan dan kemudahan clearance counter yang lebih baik dan saya juga berharap fasiliti pengendalian kargo di KKIA di Lapangan Terbang Kota Kinabalu juga dapat dinaik taraf sesuai dengan peningkatan keperluan.

draft • 6:54 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Saya juga mencadangkan agar kementerian bekerjasama dengan Kerajaan Sabah, dapat mengadakan kajian lebih terperinci mengenai keperluan lapangan terbang baharu di Sabah, termasuk di Lahad Datu bagi memacu cadangan Special Economic Zone. Pengerusi, di bawah Butiran 020400 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah diperuntukkan sebanyak RM5.888 juta. Saya mencadangkan agar kementerian menambah anggota perkhidmatan LPKP Sabah terutama bahagian penguatkuasaan. Saya juga berharap agar undang-undang penguatkuasaan ke atas kenderaan perdagangan dapat diseragamkan dengan mengenakan kompaun kepada syarikat, bukan lagi kepada unit kenderaan yang dimiliki oleh syarikat pengangkutan.

Saya juga mencadangkan agar kementerian dapat mempelopori pembangunan pusat kawalan bersepadu, penguatkuasaan undang-undang berkaitan pengangkutan perdagangan termasuk yang melibatkan peranan pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi, dalam membuat undang-undang baharu, pindaan ataupun pemurnian undang-undang berkaitan maritim dan perkapalan seperti mana yang sedang dilaksanakan. Kementerian harus mengambil kira keperluan mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Sabah sebelum undang-undang baharu tersebut atau pindaan undang-undang tersebut dibawa ke Dewan ini seperti mana dalam Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan. Saya berharap inilah semangat yang kita ingin jayakan dalam sama-sama membina negara ini berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963. Yang dihormati Pengerusi, sekian. Terima kasih.

draft • 6:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Penampang.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan untuk menjawab. Masa 25 minit.

draft • 6:54 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih semua kepada Yang Berhormat yang telah pun membahaskan di Peringkat Jawatankuasa.

Jadi Pengerusi, dia agak teballah ya jawapan-jawapan ini dan banyak juga yang bertindihlah ya. Jadi, saya akan membacakan mana yang dapat dan yang bakinya mungkin akan diberikan secara bertulislah.

draft • 6:58 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi, untuk soalan yang paling simple yang ditanya yang paling akhir ini, Trans-Borneo Railway itu sekarang ini nak dibawa ke Kabinetlah. Itu satu jawapan dia. Nanti apa keputusan Kabinet, nanti then we go into detail lah.

draft • 6:58 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Menteri.

draft • 6:58 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Yang simple lah, yang simple itu.

draft • 6:58 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

So, mohon soalan tambahan Yang Berhormat Timbalan.

draft • 6:58 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Ndak payahlah, ndak payahlah.

draft • 6:58 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Adakah dia Kabinet Kerajaan Sabah dan Sarawak akan di...

draft • 6:58 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Kabinet Federal dulu.

draft • 6:58 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Federal dulu?

draft • 6:58 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Kabinet Federal dululah ya.

draft • 6:58 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Terima kasih.

draft • 6:58 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Ha, itu quick win tu.

[Ketawa] Jadi, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian menerima sejumlah peruntukan sebanyak RM7.07 bilion dalam Belanjawan 2027, RM1.67 bilion untuk mengurus dan RM5.4 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Kita mengambil maklum segera pandangan dan teguran dan cadangan yang telah dibangkitkan yang mencerminkan keprihatinan semua terhadap usaha memperkukuh sistem pengangkutan negara. Petang ni saya akan menjawab dan mengulas beberapa perkara utama yang telah dibangkitkan dalam perbahasan ini.

Pertama sekali ialah tentang kutipan hasil Jabatan Pengangkutan Jalan dan penggantungan perkhidmatan ejen kutipan MyEG.

Saya mulakan dengan isu kutipan hasil Jabatan Pengangkutan Jalan dan penggantungan perkhidmatan ejen kutipan hasil MyEG Sendirian Berhad dan Zetrix AI Berhad yang dulu dikenali sebagai MyEG Services Berhad yang telah dibangkitkan oleh Bagan Serai, Jerantut, YB Tenggara dan juga saya rasa ada beberapa orang juga, walaupun tidak mendalam persoalannya.

Pada peringkat awal apabila kerajaan mengeluarkan surat peringatan, syarikat telah beberapa kali memberi komitmen untuk menjelaskan tunggakan hasil kutipan kepada kerajaan. Perlanjutan tempoh telah diberikan dengan mengambil kira

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

bahawa syarikat masih menyediakan perkhidmatan dan kerajaan tidak mahu perkhidmatan tersebut terganggu. Ini termasuk kemudahan pembayaran saman secara dalam talian oleh warga asing di pintu masuk Sempadan Malaysia-Singapura serta perkhidmatan pusat ujian teori berkomputer di Sabah dan Sarawak. Sementara pelaksanaan e-testing dijangka tersedia sepenuhnya menjelang 2028.

Setakat 30 September 2026, MyEG mengendalikan 61.16 peratus daripada kutipan melalui ejen pemungut dan 13.27 peratus daripada keseluruhan kutipan hasil JPJ. Segala urus niaga itu turut diambil kira dalam menyediakan saluran alternatif.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Zetrix AI Berhad melalui surat bertarikh 5 November 2026 kepada Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan cadangan penyelesaian bayaran tunggakan secara alternatif.

Cadangan tersebut merangkumi bayaran pendahuluan sebanyak RM100 juta sebelum syarikat itu dilantik semula bagi melaksanakan perkhidmatan kutipan hasil bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Manakala baki tunggakan sebanyak RM214 juta akan dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh enam bulan melalui enam bayaran ansuran bulanan sama rata berjumlah RM35.67 juta.

Cadangan penyelesaian ini telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan menerusi surat Kementerian Pengangkutan bertarikh 10 November 2026 untuk mendapatkan hala tuju selanjutnya. Jumlah penalti yang dikenakan ialah sebanyak RM29 juta berdasarkan terma dan syarat perjanjian. Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan JPJ telah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung perkara ini.

Selain itu, Pejabat Penasihat Undang-undang, Kementerian Pengangkutan sedang mengambil tindakan untuk mengeluarkan notis tuntutan kepada syarikat berkenaan. Sekiranya tiada bayaran dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan tuntutan mahkamah akan diteruskan setelah dirundingkan bersama Jabatan Peguam Negara. Walau bagaimanapun, pengeluaran notis tuntutan dan tindakan mahkamah tersebut tidak akan diteruskan sekiranya cadangan penyelesaian bayaran tunggakan oleh Zetrix AI dipersetujui oleh kerajaan.

Seterusnya ialah yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bagan Serai tentang e-hailing dan p-hailing dan sistem keselamatan bagi perkhidmatan e-hailing ya.

Struktur komisen dan kadar tambang bagi perkhidmatan e-hailing pada masa ini ditentukan oleh syarikat pengendali e-hailing berdasarkan model perniagaan masing-masing serta mekanisme pasaran. Kadar tambang lazimnya mengambil kira

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

faktor seperti jarak perjalanan, tempoh perjalanan, permintaan semasa yakni dynamic pricing dan kos operasi.

Bagi komisen pula, ia merupakan sebahagian daripada terma komersial antara syarikat pengendali e-hailing dengan rakan pemandu. Kementerian Pengangkutan melalui agensi APAD telah menetapkan kadar komisen maksimum bagi perkhidmatan e-hailing tidak melebihi 20 peratus bagi kenderaan persendirian dan 10 peratus bagi kenderaan teksi, kereta sewa, teksi lapangan terbang dan teksi mewah, selaras dengan garis panduan SPAD, Bilangan 2, 2018 dan keperluan tahap perkhidmatan lesen perniagaan pengantaraan kenderaan e-hailing 2024.

Walau bagaimanapun, pihak penyedia platform e-hailing termasuk GrabCar Sendirian Berhad (Grab) telah mencadangkan struktur tambang yang lebih fleksibel dengan kadar komisen talian yang lebih dinamik, tertakluk kepada had purata mingguan atau bulanan tidak melebihi 20 peratus.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan proof of concept (POC), grab service fee (GSF) bagi menilai keberkesanan struktur tersebut yang mengambil kira faktor jarak, lokasi dan tempoh perjalanan serta pergerakan pemandu antara lokasi penurunan dan pengambilan penumpang. Ini masih dalam Proof of Concept ya.

Sehingga 31 mei 2026, seramai 170,944 rakan pemandu telah memilih untuk menyertai POC GSF ini dengan kadar GSF purata sebanyak 18 peratus dan kadar efektif sebanyak 15 peratus. Pelaksanaan ini turut merekodkan peningkatan pendapatan per minit transit melebihi 66 peratus berbanding sebelum penyertaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan mengambil maklum kebimbangan rakan pemandu berhubung kadar komisen dan akan terus meneliti isu ini bagi memastikan kebajikan serta kepentingan pemandu e-hailing terpelihara.

draft • 7:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Kerajaan juga senantiasa mengadakan sesi libat urus bersama syarikat pengendali e-hailing dan wakil-wakil pemandu bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu struktur komisen, kadar tambang dan kebajikan pemandu. Sebarang cadangan penambahbaikan akan dipertimbangkan secara menyeluruh dengan mengambil kira keseimbangan antara kelestarian industri, kebajikan pemandu dan kemampuan pengguna.

Untuk makluman YB Putatan yang bertanyakan berhubung sistem keselamatan perkhidmatan e-hailing, syarikat platform e-hailing berlesen di bawah APAD wajib memastikan semua fungsi aplikasi berikut berfungsi dengan baik

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

sepanjang tempoh sah laku lesen. Termasuklah fungsi talian kecemasan yang bersambung terus kepada nombor panggilan kecemasan 999 dan memaklumkan sistem kecemasan pemegang lesen serta nombor yang dipilih oleh pemandu dan penumpang seperti ahli keluarga. Kewajipan ini dinyatakan secara khusus dalam Bahagian I – Spesifikasi Aplikasi Minima, perenggan 1(h) di dalam syarat khas bagi Keperluan Tahap Perkhidmatan Lesen Perniagaan Pengantaraan Kenderaan e- Hailing 2024.

Berkaitan dengan pembelian rolling stock dan peningkatan keupayaan Keretapi Tanah...

draft • 7:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Menteri, Menteri, satu soalan. Satu soalan tentang Zetrix tadi. Boleh? Okey, soalannya ialah berkenaan Zetrix tadi. Saya mendengar jawapan daripada pihak Timbalan Menteri tadi mengatakan yang kementerian akan menyambung lagi kontrak Zetrix untuk memastikan dia bayar balik hutang. Apakah itu inovasi pentadbiran yang dibuat oleh MOT dalam mengenakan penalti consequence management kepada Zetrix?

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Sekarang ini ia diajukan kepada Kementerian Kewangan untuk meneliti cadangan ni. Itu yang saya dapat jawab dulu.

Nanti kita melihat apa keputusan daripada Kementerian Kewangan.

Okey, seterusnya ialah tentang pembelian rolling stock dan peningkatan keupayaan Keretapi Tanah Melayu (KTMB). Ini telah dibangkitkan oleh YB Bakri, YB Jerantut.

Kementerian Pengangkutan mengambil maklum kebimbangan YB Bakri berhubungan penyusunan semula perkhidmatan ETS bagi laluan JB Sentral-Padang Besar mulai 1 Januari 2027 dan YB Jerantut berhubung jaminan pekerjaan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad khususnya pekerja teknikal, susulan cadangan pelaksanaan aktiviti bukan teras, yakni non-core oleh pihak luar.

Untuk maklumat YB Bakri, penyusunan semula jadual perkhidmatan ETS oleh KTMB bertujuan mengoptimumkan penggunaan tren serta meningkatkan kekerapan dan kapasiti perkhidmatan. Melalui penyusunan ni, kekerapan perkhidmatan ETS secara keseluruhan akan ditingkatkan daripada 44 sehingga ke 58 perjalanan sehari termasuk peningkatan perkhidmatan JB Sentral–KL Sentral daripada 16 perjalanan kepada 18 perjalanan sehari.

Walaupun perkhidmatan terus menggunakan tren yang sama bagi laluan JB Sentral-Padang Besar tidak lagi ditawarkan, penumpang masih boleh meneruskan perjalanan dengan membuat pertukaran tren di KL Sentral. KTMB turut

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

melaksanakan penambahbaikan sistem tempahan tiket bagi membolehkan pembelian tiket perjalanan bersambung melalui satu transaksi.

Walau bagaimanapun, kementerian mengambil perhatian terhadap cadangan Yang Berhormat supaya perkhidmatan terus tersebut dikekalkan dan akan meneliti perkara ini bersama KTMB dengan mengambil kira permintaan penumpang, kesesuaian jadual perjalanan serta keperluan memastikan keselesaan penggunaan, pengguna tidak terjejas.

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Berhubungan— berhubung dengan kebimbangan YB Jerantut mengenai jaminan pekerjaan kakitangan KTMB, sebarang cadangan penyusunan semula aktiviti operasi KTMB perlu mengambil kira aspek kecekapan operasi, keperluan kepakaran teknikal, kos pelaksanaan, serta kebajikan dan kepentingan pekerja sedia ada. Kerajaan turut mengiktiraf pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh kakitangan KTMB dalam memastikan kelangsungan operasi perkhidmatan kereta api negara.

Sehubungan itu, sebarang perubahan kepada kaedah pelaksanaan aktiviti berkenaan perlu diteliti secara menyeluruh termasuk implikasinya terhadap kedudukan pekerja bagi memastikan penambahbaikan operasi dapat di laksana tanpa mengabaikan kebajikan kakitangan yang terlibat insya-Allah. Yang Berhormat Setiu iaitu tentang...

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Membangkitkan tentang...

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang laluan ETS Padang Besar ke JB Sentral. Yang Berhormat sebut tadi satu transaksi untuk semua, walaupun melibatkan pertukaran tren di KL Sentral. Isunya yang saya tanya tadi, kalau tren pertama itu lewat, macam mana dengan tren yang kedua? Adakah dia dapat tiket baharu ataupun jaminan dia untuk terus?

Yang kedua kesediaan terminal KL Sentral itu untuk nak tampung penumpang transit? Itu dua soalan saya, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Soalan itu detil YB. Jadi, saya ambil perhatian tentang soalan. I don't have the answer-lah, bagaimana untuk mengatasi keadaan-keadaan tertentu inilah. Nanti kita akan jawab secara bertulis. We take note on that.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Yang dibangkitkan oleh YB Setiu tentang tambang ECRL B40 Pakej Keluarga dan YB Jerantut mengenai kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur.

Kementerian Pengangkutan mengambil maklum kebimbangan YB berhubungan kadar tambang. Khususnya dari aspek kemampuan rakyat dan golongan pendapatan rendah. Tambang istimewa kepada golongan berdaftar eKasih dan penerima Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) buat masa ini tiada kadar tambang khusus yang dimuktamadkan bagi kumpulan tersebut.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah menyediakan diskaun tambang sebanyak 50 peratus kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak- kanak serta 40 peratus kepada pelajar. Mengenai cadangan pakej tambang keluarga, kerajaan mengambil maklum dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Manakala berhubungan cadangan had maksimum tambang semasa musim perayaan, perkara ini juga boleh diteliti dengan mengambil kira pelaksanaan mekanisme tambang dinamik yang berdasarkan permintaan, kapasiti dan tempoh pembelian tiket nanti, insya-Allah. Perlu dijelaskan juga ia bahawa ECRL merupakan alternatif tambahan pengangkutan kepada rakyat selain bas, kapal terbang dan kenderaan persendirian.

ECRL turut menawarkan pilihan perkhidmatan ekspres dan transit dengan kadar tambang dan tempoh perjalanan yang berbeza. Perkhidmatan ekspres menawarkan masa perjalanan lebih singkat, manakala transit menyediakan pilihan tambang lebih rendah.

Ini memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih perkhidmatan mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Kerajaan akan terus memastikan struktur tambang ECRL mengambil kira kepentingan pengguna agar perkhidmatan ini kekal sebagai pilihan pengangkutan yang kompetitif dan berpatutan.

Selain itu, YB Jerantut bertanya mengenai kos keseluruhan projek laluan ECRL merangkumi beberapa komponen kos, antaranya kos pembinaan, interest during construction (IDC), kos pengambilan tanah, kos pembatalan dan penggantungan projek dan kos operasi.

Untuk makluman yang berhormat, kos pembinaan projek ECRL bagi jajaran sepanjang 665 kilometer dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang adalah sebanyak RM52.43 bilion. Projek ini dibiayai melalui beberapa sumber, termasuk pinjaman berjangka daripada China EXIM Bank, Sukuk Malaysia Rail Link's Sdn. Bhd.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Peruntukan Pembangunan Kementerian Pengangkutan dan pembiayaan Kementerian Kewangan.

Berhubungan pembayaran balik pinjaman yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, komitmen tersebut dilaksanakan berdasarkan terma dan jadual pembiayaan yang telah dipersetujui. Kerajaan akan memastikan keperluan pembayaran balik pinjaman diambil kira dalam perancangan kewangan negara dengan mengambil kira kemampuan fiskal serta komitmen kewangan kerajaan yang lain.

Pembayaran balik pinjaman pembangunan projek ini tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil operasi ECRL, sebaliknya diurus berdasarkan struktur pembiayaan yang telah ditetapkan bagi memastikan obligasi kewangan dapat dipenuhi secara terancang.

Dari aspek ke model perniagaan pula, ECRL dijangka menjana pendapatan melalui perkhidmatan penumpang dan pengangkutan kargo berdasarkan kajian juru perunding pada tahun 2025, hasil perkhidmatan penumpang diunjurkan sebanyak RM192 juta pada tahun 2027, RM198 juta pada tahun 2028 dan RM204 juta pada tahun 2029. Sementara itu, hasil perkhidmatan kargo di unjur sebanyak RM68 juta pada tahun 2027, RM71 juta pada tahun 2028 dan RM214 juta pada tahun 2029.

Selaras dengan pembukaan jajaran dan kemudahan kargo secara berperingkat.

Dalam jangka panjang, perkhidmatan kargo dijangka menjadi penyumbang utama kepada pendapatan ECRL dengan sasaran sekitar 70 peratus hasil daripada kargo dan 30 peratus daripada penumpang apabila operasi mencapai tahap yang lebih matang.

Selain itu, ECRL Operation Sendirian Berhad selaku pengendali turut akan mengoptimumkan sumber pendapatan bukan tambang melalui aktiviti komersial seperti sewaan ruang, pengiklanan dan aktiviti berkaitan bagi memperkukuh kemampanan operasi ECRL.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri...

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Hasil yang dijana melalui perkhidmatan penumpang, kargo dan aktiviti komersial akan digunakan bagi menyokong keperluan operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan ECRL.

Yes, Jelutong.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya Menteri, saya telah tanya butiran— saya telah menyentuh tentang pas perjalanan percuma pelajar sekolah dan OKU, insentif pas bulanan tanpa had My50, pas mutiara, subsidi tiket

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

penerbangan— berapa banyak peruntukan telah diberikan kepada Kelantan, khususnya Terengganu yang telah menerima manfaat daripada Program Kementerian Pengangkutan ini yang dipelopori oleh Menteri Pengangkutan.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Okey YB Jelutong. I will give that figure, pecahan itulah in writing. Pada masa yang sama...

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri saya minta maaf. Saya tanya, saya tanya sebab saya— saya amat-amat memikirkan perkara ini perlu dijelaskan di Dewan yang mulia ini. Kita perlu tahu, terutamanya Kelantan dan Terengganu kerana manfaat telah diterima oleh rakyat di Kelantan dan Terengganu khususnya daripada program-program ini. Dan program-program ini telah— bukan sahaja ini, berapa banyak pemilik bas, teksi, kenderaan bas sekolah, kereta sewa yang telah menerima dana daripada Kementerian Pengangkutan hasil daripada benda yang telah difikirkan oleh Menteri Pengangkutan.

Saya ingin penjelasan, Dewan perlu tahu, rakyat perlu tahu. Terutamanya bila ada tuduhan daripada Ahli Parlimen daripada Kelantan, Terengganu mengatakan bahawa pemimpin bukan Islam adalah zalim. Saya mohon penjelasan. Saya minta maaf. Saya tak mahu apa-apa penerangan bertulis. Saya mahu perkara itu didedahkan supaya rakyat di negara kita tahu. Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian. Kementerian yang dipimpin oleh Ahli Parlimen daripada DAP, Setiausaha Agong Parti DAP yang meletak jawatan kerana kita lawan rasuah. Bukan macam sebelah sana.

draft • 7:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kurang ajar. Belah sana apa yang belah sana? Kenapa kurang ajar sangat ini?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Biar Timbalan Menteri menjawab. Sesiapa yang bangun tanpa izin...

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya pun tak mahu layan Timbalan Pengerusi.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila keluar.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini orang gila.

draft • 7:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jelutong lagi gila.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 7:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jelutong lagi gila dalam Dewan ini. Jelutong lagi gila dia.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teruskan.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Okey YB Jelutong. We will give you in writing. Because we don't have the figures right now. Pecahan-pecahan itu terperinci. Ini, ini, ini kan. So, we will give you.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tapi banyak yang telah menerima.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Definitely. Memang betul, satu Malaysia dapat. Satu Malaysia dapat.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu Malaysia dapat, bukan Kelantan Terengganu sahaja. Apa masalah ni?

draft • 7:10 PM

Seorang Ahli

Bodoh.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Pada masa yang— okey Pengerusi, saya sambung.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak payah layan orang gila lah.

draft • 7:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Orang gila lah Jelutong.

Memang gila!

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau tidak dapat memberi perhatian kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh keluar.

draft • 7:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Keluar, keluar.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teruskan Yang Berhormat.

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Saya sambung, alright. Okey, tenang, tenang. Pada masa yang sama, kerajaan melihat juga ECRL sebagai pelaburan infrastruktur strategik jangka panjang yang manfaatnya tidak terhad kepada pulangan kewangan langsung semata-mata.

Projek dijangka menjana kesan limpahan ekonomi melalui peningkatan aktiviti perdagangan, pembangunan kawasan perindustrian (TOD), tarikan pelaburan baharu serta pengukuhan hubungan logistik antara Pantai Timur dan Pantai Barat, termasuk Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang. Insya-Allah, semua ini akan menjadi multiplier effect-lah untuk memberi pulangan dan juga untuk recover balik kos pembinaan ECRL ini.

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Seterusnya ialah berkaitan dengan perkhidmatan electric train service (ETS).

Untuk makluman YB Padang Rengas, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan perolehan 42 set tren penumpang melalui kaedah pajakan secara government to government (G2G) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Rakyat China melalui penubuhan sebuah syarikat usaha sama.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 28 set tren jenis electric multiple unit

(EMU) dicadangkan bagi perkhidmatan KTM Komuter, manakala 14 set lagi bagi perkhidmatan electric train service (ETS). Bagi perkhidmatan KTM Komuter, 14 set diperuntukkan untuk sektor selatan dan 14 set lagi untuk sektor Lembah Klang.

Bagi memenuhi keperluan perkhidmatan KTM Komuter sektor utara pula, kerajaan telah melaksanakan perolehan 12 set tren 3CSEMU secara berasingan menggunakan peruntukan perbelanjaan pembangunan, yakni DE, yang dijadualkan mula diterima pada bulan Februari tahun 2027.

Walau bagaimanapun, cadangan pelaksanaan model pajakan G2G bagi 42 set tren tersebut masih dalam penelitian dan pertimbangan lanjut antara Kementerian Pengangkutan dengan Kementerian Kewangan. Berhubung dengan cadangan peluasan perkhidmatan KTM Komuter ke Perak, perkara ini boleh diteliti selanjutnya dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan kapasiti tren dan perancangan operasi KTMB.

Berkaitan dengan bus.my, ini bas pink. Untuk makluman YB-YB ya, bukan seoranglah, ada dua, tiga daripada Sabah menyebut tentang perkara yang sama, YB Setiu, YB Penampang pun ada.

Program transformasi perkhidmatan bas berhenti-henti atau pun SBST dengan jenama bus.my beroperasi di kawasan Kuala Terengganu melalui sembilan laluan utama yang dikendalikan menggunakan 27 buah bas. Laluan yang paling hampir dengan Kampung Mangkuk ialah laluan T10 dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang yang beroperasi menggunakan empat buah bas dengan jarak perjalanan sejauh 43.3 kilometer in bound dan mencatatkan purata sebanyak 139 penumpang sehari...

draft • 7:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bagi melengkapkan liputan perkhidmatan pengangkutan berkenaan, terdapat juga perkhidmatan bas berhenti- henti di bawah Program Dana Bantuan Sementara Khas - Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti: Interim Stage Bus Support Funds (ISBSF) dari Kuala

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terengganu ke Kuala Besut, Terengganu yang melalui kawasan berhampiran Kampung Mangkuk, Setiu.

Kawasan tersebut adalah Bulatan Penarik berhampiran Balai Polis Penarik yang jaraknya dianggarkan tiga kilometer daripada Kampung Mangkuk, Setiu. Laluan bagi Program ISBSF berkenaan mempunyai purata faktor muatan (ridership) seramai tiga penumpang sehari— seramai tiga penumpang sehari bagi satu laluan sahaja.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi, ini something yang nak di- consider-lah.

draft • 7:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Boleh Yang Berhormat Menteri, sikit.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sikit.

draft • 7:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Boleh sikit ya.

draft • 7:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Pengerusi.

draft • 7:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Saya, berkaitan dengan laluan tadi, tiga penumpang sehari. Perkara ini saya bangkitkan dalam konteks MRT. Ridership 38.5 peratus, kita belanja berpuluh-puluh bilion. Isu yang rakyat hadapi sekarang ini tren rosak, sesak dan sebagainya. Tak selesai sampai ke sudah. Jadi, apakah penyelesaian segera yang akan diambil oleh kerajaan? Kalau tidak nanti, trust atau kepercayaan rakyat kepada sistem MRT dan LRT ini akan terus berkurangan. Lagi tak ramai orang pakai.

Jadi, apakah pendekatan out of the box yang kerajaan akan laksanakan?

Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Sudah YB, terima kasihlah.

draft • 7:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Pengerusi, Setiu sikit. Saya bangkitkan tentang keperluan mengadakan bus.my ini sebab untuk masa akan datang. Masa akan datang akan ada klinik, akan Setiu lebih maju dengan siapnya projek pemuliharaan muara Sungai Mangkuk ini akan lebih ramai pelancong nak pergi ke Pulang Gadang.

Jadi, mungkin perkhidmatan sudah ada, tapi tak mencukupi dan kekerapan yang terlalu renggang terlalu lama. Yang kedua, isu pelajar tadi. Pelajar tadi tidak ada kemudahan bas untuk pergi ke sekolah.

Satu lagi Pengerusi yang saya nak sebut. Baru-baru ini dalam Ucapan Penggulungan Menteri, pada 27 Oktober baru-baru ini, Menteri ada sebut bahawa

draft • 7:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

stesen-stesen ECRL ini ada stesen terpilih yang akan dipilih untuk diadakan perkhidmatan bus.my. Saya nak tanya, Setiu masuk tak? Sekian, terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri sila jawab dan gulung. Masa sudah tamat.

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Saya— kepala saya tadi tu ke sana Puan Pengerusi, what do you say just now? Minta maaf.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawab dan gulung. Masa sudah tamat.

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Berkaitan dengan banyak soalan ini secara terperinci, itu yang payah kita nak bagi terus jawapan ini. Jadi, insya-Allah ya, jawapan-jawapan yang belum saya berikan ini, kita dah menyediakan, ada semua detil dalam ini. Dan apa yang dibangkitkan oleh Putrajaya tadi tentang— ya lah, memanglah perbelanjaan itu besar untuk membina, tapi rasanya perancangan kerajaan ini bukan hanya setakat ini, this is in the long run. Dalam itu, sudah pastinya kerajaan kita hari-hari ini memanglah untuk mempromosikan— bagaimana nak mempromosikan penggunaan perkhidmatan awam ini. Dalam program kita road to rail ini pun salah satu programnya termasuklah bagaimana untuk meningkatkan jumlah penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan rel dan juga perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam yang lain.

Dan dari segi kerosakan ini memang diakui, memang ada ya, tetapi kita selalulah melihat perkara ini, memang ia diperbaiki. Memang betul, we do agree, kadang-kadang takut reliability itu menjadi persoalan orang. Boleh tak aku sampai kerja ini? Boleh harap tak servis ini? Memanglah, tapi insya-Allah, saya rasa dengan perbelanjaan yang begitu besar yang telah pun dilabur oleh kerajaan dalam pembinaan pengangkutan rel ini untuk kegunaan awam ini, sudah pastinya kita tidak akan membiarkan ianya begitu saja.

Sudah pastinya kita akan memperbaiki, memastikan segala kerosakan apa- apa juga gangguan-gangguan ini mestilah dapat diatasi. Sebab tujuan kita tidak lain dan tidak bukan. Dengan pelaburan yang begitu besar, memanglah untuk kegunaan rakyat dalam program kita, especially di bawah program agenda besar iaitu road to rail ini. Itu termasuk, bukan hanya tentang memindahkan kargo, penggunaan rel, tetapi juga di bawah penggunaan public transport itu sendiri.

Jadi rasanya, saya tak boleh nak bagi semua. Jadi, mana-mana yang telah dibangkitkan secara detil, insya-Allah setebal ini kita akan pastikan bagi— diberikan

draft • 7:20 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

kepada semua Ahli-ahli Berhormat yang telah pun membangkitkan perkara-perkara yang dibangkitkan tadi.

Di samping itu juga, ada juga cadangan-cadangan, saranan-saranan yang telah pun diberikan itu, saya rasa this is something yang we like to— don’t worry, insya-Allah ia tidak akan hilang begitu saja, we will take note. Akan dipastikan di bawah kementerian untuk meneliti cadangan-cadangan yang baik, yang bernas, yang boleh menambah baik servis dalam sektor pengangkutan negara kita ini.

Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah iaitu wang sejumlah RM1,673,604,200 untuk Kepala B.28 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.28 jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.28 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 7:20 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 17 November 2026.

draft • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026