Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sebelum kita memulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, saya ingin memaklumkan beberapa perkara untuk Yang Berhormat sekalian mengambil perhatian.
Yang pertama ialah Takwim Dewan Rakyat bagi Penggal Keenam, Parlimen Kelima Belas telah pun dikeluarkan dan semuanya telah pun diletakkan di atas meja Yang Berhormat-Yang Berhormat. Jadi, pastikan Yang Berhormat dapat satu salinan dan kalau tidak dapat, maklumkan kepada Sekretariat. Itu yang pertama. So makna kita, insya-Allah pada sesi yang akan datang kita akan mulakan mesyuarat kita pada awal iaitu 25 Januari tahun depan. Itu yang pertama.
Yang keduanya, saya nak mengingatkan, dah berkali-kali saya ingatkan anggota-anggota pentadbiran, kalau ada berjanji untuk memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bertanya soalan, saya kata lima hari, please.
[Tepuk] Dan saya masih dapat lagi satu, dua kementerian yang belum menjawab. Jadi, saya rasa ini tak manislah untuk saya sekali lagi ulang dan terus ulang.
Dan yang ketiga, saya maklumkan juga bahawa pada 17 November iaitu Selasa depan tidak akan ada Prime Minister’s Question Time kerana Perdana Menteri akan menyambut Presiden Perancis ke Malaysia. Oleh yang demikian, tidak ada Prime Minister’s Question Time hari itu. Baik, itu ialah di antara...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Speaker. Ini kali yang ketiga saya rasa Datuk Tan Sri Speaker memaklumkan pihak sebelah untuk menjawab soalan- soalan dan janji-janji yang sepatutnya. Dan saya simpati dengan Speaker kerana
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Speaker begitu serius dan inginkan bahawa pihak kerajaan memberi jawapan yang seharusnya mereka berikan apatah lagi dijanjikan, diwaadkan sedemikian rupa. Dan saya simpati dengan Speaker terpaksa...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih atas simpati itu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Tiga kali reminding the House supaya pihak sebelah mengotakan janji untuk memberi jawapan-jawapan yang sepatutnya diberikan. Terima kasih Tuan Speaker.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu semenjak kita ada PSA– Parliamentary Services Act, kita nak pastikan kita punya kedudukan rumah kita ini dalam keadaan yang sempurna. Terima kasih Beluran.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Untuk itu Pertanyaan-pertanyaan Menteri kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.
1. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor]: Terima kasih Tan Sri, Ipoh Timor meminta Perdana Menteri menyatakan, mengapa kerajaan masih belum berjaya mengurangkan hutang negara ke paras yang lebih mampan serta sejauh mana kedudukan fiskal semasa memberikan ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah intervensi bagi melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekiranya konflik di Asia Barat semakin meruncing.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ipoh Timor kerana memberi ruang untuk saya menjelaskan kekeliruan yang kadang-kadang berbangkit bukan sahaja di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat, tapi juga Ahli Yang Berhormat dalam kerajaan. Kita lihat umpamanya angka ya. Tahun 2021, defisit kita ialah 6.4 peratus dan ini menurun terus sehingga 2027, 3.3 peratus. Jadi, defisit itu menurun secara konsisten ya.
Baik. Sekarang ini hutang, berapa pinjaman baru? Hutang ini ada tertakluk juga kepada komitmen dan bayaran hutang yang lama yang mesti dilunaskan, tapi yang pentingnya apakah kerajaan terus bebankan kewangan negara dengan hutang baru. Jadi, saya sebut di sini, 2021, 2022 hutangnya itu RM100 bilion hutang kerajaan. 2023 – RM92.6 bilion, 2024 – RM76.8 bilion, turun lagi 2025 – RM75.6
Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
bilion. Yang pentingnya hutang, kerajaan berhutang, tapi ada hutang yang tanggungan yang harus kita bayar yang lama.
Yang isu pokoknya, apakah ada penambahan hutang baru? Yang ini saya jawab angka tadi, puluh kali saya jawab, tapi masih jadi isu di luar.
Baik kita lihat umpamanya nisbah hutang Persekutuan pada saiz ekonomi negara. Ini penting kerana ini memberikan keyakinan sama ada pelaburan dan kedudukan keutuhan kewangan negara. Baik, dia menurun daripada 65.2 peratus sebelum ini kepada 64 peratus tahun 2026 dan unjuran bagi 2027 ialah 63. Jadi, setiap tahun nisbah hutang kepada saiz ekonomi itu menurun. Baik, tapi mengapa pinjaman untuk terus. Ada yang bangkitkan bahawa pada tahun 2018, pinjaman itu lebih kecil. Saya nak sebut di sini pada ketika itu tak dimasukkan apa yang dulu kita kata off-budget agencies, tapi sekarang kita masukkan semua.
Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sebab itu, pada masa itu kalau ikut hutang bersifat terkumpul masih RM1 trilion. Tidak benar kata dalam RM400 ke, RM500 bilion. Itu cara kita compute. Saya percaya rakan-rakan yang ikuti akan tahu. Walaupun saya akui hutang tu menggunung pada tahun 2020 hingga 2022, tapi oleh kerana pandemik COVID-19, maka kerajaan pada ketika itu memilih untuk menampung pembayaran dengan hutang yang bertambah, tetapi yang penting saya katakan, pinjaman baru di bawah MADANI kalaupun ada dan jauh lebih kurang daripada sebelumnya, itu hanya untuk pembangunan negara.
Jadi, bagaimana pula dengan liabiliti kepada KDNK? Nisbah hutang dengan liabiliti kepada KDNK. Kita tengok daripada akhir 2017, 2022, 2026. Itu masih nisbah hutangnya menurun akhir 2022 RM80.9, akhir Jun 2026 RM80.7.
Jadi, yang lain itu kita lihat umpamanya soal pelepasan cukai dan pengangguran, inflasi yang telah kita umumkan dan walaupun ini penting Yang di- Pertua, walaupun hutang kita berkurangan, kita kurang bil, belanja masih meningkat.
Umpamanya STR SARA mencecah RM16 bilion, kenaikan gaji, kenaikan gaji penjawat awam RM18 bilion.
Kemudian subsidi tambahan dari penurunan harga minyak walaupun yang diuar-uarkan itu harga minyak naik, tapi sebenarnya turun RM1.99 RON95 dan diesel. Itu tanggungan kerajaan mencecah lebih RM40 bilion. Jadi, kalau tengok RM40 bilion, tambah RM18 bilion gaji, tambah kemudian RM16 bilion SARA STR, tapi masih kita kawal kerana kita elak daripada kebocoran yang berlaku.
Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, saya harap dengan penjelasan ini tidak diulangilah— maknanya, kata bahawa hutang bertambah. Dari segi faktanya itu tidak tepat sama sekali ya. Dan ini sepertimana disebut dalam belanjawan, kadar cukai PMKS semua itu diturunkan.
Bayangkan peruntukan perbelanjaan bertambah.
Jadi ada yang tanya, bagaimana boleh perbelanjaan bertambah bila hasil kurang? Perbelanjaan kita kata kita gunakan kerajaan dan juga GLICs untuk memberikan peruntukan, yang memberi manfaat sama ada projek kerajaan ataupun bumiputera. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Baru-baru ni kita dengar ramai Ahli-ahli belah sini dan seberang yang menyatakan dengan adanya hutang yang tambah ke tak tambah, ada hutang yang besar dan antara alat-alat atau instrumen yang boleh dilaksanakan kembali adalah pertimbangkan GST dikembalikan, kerana dia adalah satu pisau yang tajam. Dia boleh kutip lebih. Ini dakwaannya lah.
GST ni dia ibarat crowd funding, tapi crowd funding ini adalah biasanya sumbang, kutip suka sama suka. Nak bagi baru bagi, tapi GST ni dia adalah crowd funding yang suka tak suka dia kutip secara paksa dan wajib. Jadi, ya lah baru-baru ni dengar banyak crowd funding-lah untuk bayar denda pun ada dan sebagainya.
Jadi soalannya, adakah betul ke, betul ke dari sudut pandangan kerajaan dan juga angka-angka yang ada GST, adalah sesuatu yang boleh dan mampu menjana lebih hasil untuk nak bayar hutang ke, untuk membangunkan negara ke. Betul ke dia keberhasilan dia lebih?
Tuan Yang di-Pertua
Ringkaskan soalan tu Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dan juga, adakah ia lebih baik untuk business community dengan izin, lebih baik untuk perniagaan? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Ipoh Timor. Soal SST, GST itu memang menjadi perbincangan dan kita faham kerana ini dua— dua sistem percukaian yang diperkenalkan banyak negara. Ada kekuatan masing-masing, tapi dalam konteks negara Malaysia kita lihat umpamanya angkanya.
SST sekarang ya berapa hasilnya? Iaitu 3.2 peratus daripada KDNK. Angka ini sama dengan GST 2017. Jadi, tidak ada alasan untuk menyatakan bahawa
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
perkenalkan GST itu akan menambahkan hasil, tapi apabila itu andaiannya GST itu 6 peratus, tapi 6 peratus membebankan.
Apa bezanya dari segi conceptual, dari segi ekonomi mikro? SST tu cukai kepada golongan peniaga di atas, yang import. GST itu cukai menyeluruh. Maknanya orang miskin, tengah miskin walaupun ada sedikit pengecualian berapa ratus item, tetapi prinsipnya itu SST cukai kepada peniaga, GST cukai kepada semua, broad way tax. Jadi, saya tak faham mengapa kita— pejuang-pejuang rakyat ni nak suruh cukai kepada rakyat? GST itu cukai kepada rakyat terbanyak. SST cukai kepada peniaga walaupun sebahagian kecilnya memang turun kepada rakyat— betul, tetapi GST tu menyeluruh. Jadi, ini yang penting kita— itu kalau andaiannya nak turun beberapa ratus saya tak tahu. Kalau 6 peratus membebankan.
Baik, kita tengok SST berapa barang yang dikenalkan, yang dikecualikan.
SST— SST tu yang dikecualikan dalam sistem percukaian kita itu 2,000 barang. GST lebih kurang lebih 750 barang. Jadi sehingga kita dapat cerakin dengan teliti, saya tidak fikir mengapa kerajaan terutamanya Kerajaan MADANI tidak akan memperkenalkan kerana bagi kita ia membebankan rakyat terbanyak.
[Tepuk] Pelaksanaan GST itu melibatkan pada tahun 2018— berapa perniagaan kena. Perniagaan yang terkesan dari GST pada tahun 2018 adalah 7,000, 700,000, baik.
Berapa di bawah SST tahun ini? Ingat, 700,000 perniagaan pada 2018 terkesan dengan cukai GST, tapi bawah SST tahun ini hanya 130,000.
Jadi, pada saya kita ada pilihan, cukai untuk peniaga atau cukai untuk rakyat secara menyeluruh. GST itu cukai untuk rakyat menyeluruh.
Kalau mana-mana pihak terutama pembangkang nak perkenalkan GST tak apa, kempen dia biar ada perbahasan secara terbuka di antara GST dan SST. Dari segi saya, saya sukalah kalau ada cadangan begitu supaya perbahasannya itu lebih mendalam dan rakyat juga terdedah kepada cara dan pendekatan ni.
Ada yang bangkitkan, tapi saya dulu pernah menyebut pendekatan GST itu efficient and transparent...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Betul, tapi saya juga qualify. Saya kata kerajaan itu pada tahun 1990-an akan melaksanakan bila threshold pendapatan rakyat itu meningkat. Sekarang, rakyat dapat RM1,500, RM1,700, RM2,000 dan kita kena kenakan GST terbeban dia. Bila pendapatan rakyat keseluruhannya meningkat
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
RM4,000 minimum dan kita kena GST, itu munasabah. Percukaian itu general— menyeluruh, tapi tidak membebankan kalangan berpendapatan rendah.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Pertamanya saya ingin kepastian bahawa GST ni crowd funding seperti yang di-claim oleh Yang Berhormat sana tadi. Yang itu dia perlu perjelaskan lebih lanjut di luar sana lah. Menteri Kewangan pun senyum because it’s different matter, perkara yang berbeza crowd funding dengan tax collection...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun, kita tak boleh melihat GST, SST itu pada kuantum collection nya. You are saying that there is no different antara GST because the government are collecting or more or less the same amount, tetapi dari segi kesannya terhadap rakyat, SST dengan GST ada cadangan di sana bahawa nak dihibridkan sistem percukaian yang baru dan antara elemen yang akan di- incorporate dalam sistem percukaian hibrid itu adalah kesan cascading itu— cukai berganda.
Itu merupakan elemen yang besar dan penting di dalam GST yang tidak ada di dalam SST, yang menyebabkan rakyat di bawah sana akan terkesan jika sistem ini diteruskan dan elemen GST itu tidak di-incorporate dalam per sistem yang hibrid yang dicadangkan oleh kerajaan.
Maknanya, kerajaan melihat sistem percukaian GST elemennya seperti kesan cascading, cukai berganda itu antara elemen yang penting yang perlu dimasukkan. Jadi, incorporate...
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dalam sistem percukaian itu.
Tuan Yang di-Pertua
[Tidak jelas]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dan itu merupakan sistem GST, elemen GST yang penting, yang tidak ada di dalam SST.
Jadi, Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan melihat itu atau ketegasan kerajaan untuk kekal dalam SST ini kerana pendirian politik kerajaan dan pemimpin- pemimpin kerajaan terdahulu yang tidak boleh ditolak ansur dan bukan sebabkan
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
oleh sistem, tax dan juga jumlah cukai, pungutan cukai yang akan diperoleh oleh kerajaan. It’s more political reason than the concept dan teori dan alasannya, masih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Beluran. Yang pertama dalam soal ekonomi ini kita tengok fakta dulu. Alasan untuk memperkenalkan GST ialah kerana kononnya hujah bahawa pendapatan jauh lebih tinggi. Itu alasan paling kuat mengapa harus tukar. Saya bawa hujah 2018, 2026, dia tidak benar dari segi pelaksanaan GST pada ketika itu dengan SST sekarang. So, yang itu, hujah itu meleset.
Yang keduanya mengatakan bahawa, ada cukai berganda. Sebab itu dalam dialog belanjawan, ada peniaga-peniaga bangkitkan. Jadi, saya kata kalau dalam kes spesifik di mana ada elemen cukai yang berganda, itu kita boleh pinda. Saya bukan dogmatik dalam ekonomi. Sistemnya masih SST, tetapi sedikit satu, dua penyesuaian supaya perbaiki sistem itu. Baik.
Baik, mengapa kita tak mahu? Saya berkeras tak mahu GST. Bukan soal politik, apa nak politiknya kalau menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat. Saya bimbang satu. Boleh tak Beluran jamin dalam sistem GST yang diperkenalkan di semua negara di dunia bahawa kesan pada rakyat itu terlebih, tidak lebih negatif, tak boleh.
Sebab prinsipal dia apa? GST itu cukai kepada semua. SST itu cukai kepada peniaga. Saya memilih untuk cukai kepada peniaga, Beluran memilih untuk cukai kepada semua, itu sistem dia.
Jadi, kalau nak pilih itu saya ingat bagi hujah dan saya terbuka, Beluran sahabat saya, untuk memberikan hujah. Ini bukan, bagi saya bukan kepentingan politik. Bagi saya ini satu pertimbangan ekonomi mikro yang penting yang dibahaskan banyak negara, bukan kita di sini sahaja.
Dari segi rasional saya setuju. Kalau keadaan ekonomi— katalah pendapatan minimum kita RM4,000 dan kita boleh kaji sebab walaupun cukai di bawah, tapi dia tidak dianggap terlalu membebankan kerana kita boleh jamin hasil lebih baik, tetapi Tan Sri Yang di-Pertua, pendapatan rakyat kita itu masih di peringkat rendah lagi ya.
Gaji minimum pun kita nak letakkan RM2,000, itu pun sukar, ditentang oleh banyak peniaga-peniaga ya. Kita naik tiga kali sejak MADANI untuk naikkan gaji minimum.
Kerana saya tekankan sekali lagi, sistem percukaian itu janganlah membebankan. Ini baik Aminul Khaldun, baik Syah Waliyullah Al-Dihlawi, semua
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
bicarakan sebaik mungkin, cari kaedah percukaian yang tidak membebankan rakyat bawahan. Sebab itu saya menolak rancangan memperkenalkan GST sekarang...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, Tan Sri, sikit minta.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun.
Saya nak berkongsi lagi. Saya setujulah dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam dari segi teori makro yang kita fahami berkenaan dengan SST. SST ini kita caj, kita caj daripada awal kepada peniaga.
Betul, saya sangat bersetuju dengan sangat, pandangan Yang Amat Berhormat Tambun kerana prihatin kepada rakyat. Sebab daripada kita cukai di peringkat awalan kepada peniaga dan sampai dekat peniaga di bawah, sampai kepada pengguna kita tak tahu berapa harga yang boleh. Mungkin, ini mungkin Yang Amat Berhormat Tambun mungkin akan berlaku black economy di situ iaitu pembinaan kartel yang kita tak tahu sampai kepada pengguna itu berapa harga yang sebenar? Sebab kita caj, kita kutip cukai daripada awal.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, maka soalannya?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, yang keduanya GST ini kita sudah tahu dia menyeluruh, daripada awal sampai kepada pengguna. Jadi, kita tahu dah harga di bawah ini berapa banyak. Jadi, black market kurang, tidak boleh digunakan oleh mereka-mereka ini untuk nak eksploitasi, manipulate the price, end of the— until end user. This one yang saya nak bagi tahu, yang saya nak kongsi dengan Yang Berhormat Tambun dari segi perbandingan antara SST dan GST.
Tuan Yang di-Pertua
Nak kongsi ke atau nak— ada soalan tak, ke nak kongsi saja?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalannya bagi saya, saya tak naklah nak bagi soalan sehingga saya macam nak...
Tuan Yang di-Pertua
No, no. Yang Berhormat bangun nak tanya soalan ke nak berkongsi?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Nak tanya soalan, nak tanya soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, soalannya apa dia?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalannya saya rasalah kita kaji balik di antara SST dengan GST ini. Dua-dua ini saya tak berapa setuju, saya suka lebih pada cukai secara Islam ini yang lebih adil kepada semua, tapi walau macam
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
mana pun, sekarang kita mengalami, kita sedang melaksanakan sistem liberalisme ini. Jadi, kita bandingkan antara SST dengan GST ini, GST saya rasa lebih mengawal daripada black economy yang akan berlaku di antara, di peringkat produk sampailah end user.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, terima kasih Pendang. Betul, dari satu sudut bahawa bila kita cukai di pangkal, dalam sistem GST, SST ini, ada kemungkinan peniaga-peniaga itu ambil kesempatan dan naikkan harga.
Sebab itu dalam sistem sekarang ini, harga itu ditetapkan. Jadi, maknanya mengawal kerana kalau dibiarkan pasaran semata-mata, dia jadi salah guna. Sebab itu dalam memperkenalkan GST itu ditetapkan kaedah dan dihebahkan. Jadi, kenaikan harga berikutnya itu dipantau.
Soalnya yang kedua. Ya betul, dalam sistem ekonomi saya setuju dengan Pendang. It’s not a perfect system ya, tapi soalnya kedua, kalau GST— oleh kerana masalah kita pemantauan dan penguatkuasaan itu lemah maka kita bebankan di peringkat bawah, itu masalah dia. Bila kita terangkan, kita kata GST itu maka automatik semua. Petani, Pendang, walaupun direct kita kata gula tak kena, beras tak kena, tetapi yang lain semua pun kena.
Jadi, bagi saya ini juga satu permasalahan conscience juga. Saya masalah conscience. Banyak ahli-ahli ekonomi itu, peniaga-peniaga besar dalam dialog- dialog belanjawan, dia menekankan suruh laksanakan SST. Menarik Yang Berhormat. Yang banyak menekankan SST ini tauke-tauke besar. Ini kalau tengok dalam perbincangan, semua tauke dan peniaga besar nak SST...
Tuan Yang di-Pertua
GST.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Nak GST, sorry. Nak GST. Mesti ada alasan.
Bagi dia mudah bagi dia. Jadi, supaya cukai itu dialihkan tak payah kena kat dia kena di bawah, di peringkat.
Itu saya punya masalah besarlah, tapi kalau Yang Berhormat nak kemukakan pandangan ataupun kertas pertahankan GST, kita boleh baca dan teliti, tapi setakat ini dalam dialog belanjawan Tan Sri, memang perkara ini dibahaskan dan saya tengok wakil-wakil peniaga, peniaga besar-besar semua cadang perkenalkan GST.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dan saya ambil masa terangkan, saya kata sistem percukaian peringkat ini janganlah bebankan rakyat. Dengan kos sara hidup, masalah-masalah. Itu sebabnya saya rayu supaya mereka faham mengapa GST tak boleh diperkenalkan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita— saya jemput yang kedua.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, satu lagi Speaker.
Boleh? Tak boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh dah. Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah untuk soalan kedua. Silakan.
2. Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi]: Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Langkawi minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kerajaan dapat mengesahkan laporan berita bertajuk, “Taiwan Sahkan Gantung Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia” susulan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China, serta apakah implikasi keputusan tersebut terhadap hubungan perdagangan dua hala dan aliran pelaburan sedia ada antara Malaysia dan Taiwan. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Langkawi. Jauh pergi ke Taiwan tu. Baik.
Dasar Satu China. Itu dasar Malaysia sejak 1974 bila Almarhum Tun Abdul Razak umumkan One China Policy. Ini tak ada bercanggah di situ. Cuma, kenyataan tegas kita itu mengundang sedikit keresahan. Apakah kesannya dari sudut dasar?
Saya kata dasar kita tidak berganjak. Dasar Malaysia sejak 1974 dan kerajaan sekarang akui One China Policy. Period. Sebab itu tidak ada kedutaan. Kalau adapun, hanya pejabat perdagangan. Tidak ada pejabat rasmi. Sampai sekarang.
Baik. Apakah adakan rundingan? Dia tidak ada. Istilah rundingan tidak ada.
Yang ada itu Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi. Itu betul. Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi yang ditangguhkan hari tu dan sekarang kita telah merujuk kepada mereka minta mesyuarat itu diteruskan. Mesyuarat Economic Cooperation Committee, bukan yang disebut tadi rundingan. Tidak ada. Dia ada Trade Working Committee, Investment Working Committee. Persefahaman kita dengan negara China ialah kerjasama penting kerana perdagangan dengan Taiwan itu tinggi.
Apakah terjejas? Setakat ini, tidak. Kita masih terus menerima pelabur dan hingga ke tahun ini, import dan eksport melonjak sangat tinggi. Saya tidak mahu yang sebelumnya, tapi saya nak sebut untuk tahun ini termasuk bulan-bulan setelah sedikit
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
sebanyak pergolakan kenyataan. Saya nak sebut, ya. Untuk Januari-September 2026, berapa eksport kita ke Taiwan? Itu RM116.58 bilion. Berapa import?
RM137.67. Maknanya, eksport kita itu meningkat 88 peratus. Import, 24.2 peratus.
Jadi, jumlah perdagangan tu besar. Berapa? RM254.21 bilion.
Jadi, bagaimana— apa sikap kita tentang Taiwan? Itu rakan dagang yang penting. Hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan dan pelaburan, baik. Dan kita ingin kekalkan hubungan perdagangan ekonomi baik, tetapi kita tidak boleh melanggar isu Dasar Satu China, pengiktirafan kita kepada satu negara China yang berpusat di Beijing. Projek-projek pun tinggi termasuk di Kedah. Di Kedah umpamanya, pelaburan Taiwan itu dah mencecah hampir RM1 bilion— RM813.2 juta.
Jadi, bagi saya keadaan semasa pelaburan dan operasi syarikat-syarikat Taiwan, sehingga kini bila kita semak dengan MITI semalam, masih tidak ada permasalahan. Ada pelaburan baru, ada rundingan diteruskan, tetapi kita juga tetapkan perbedaan hubungan dagangan, hubungan kerjasama dan kerjasama yang baik dengan Taiwan dan kita melayani rombongan-rombongan perdagangan, pelaburan, tetapi tidak mengiktiraf negara itu sebagai negara China. Itu hanya sebahagian daripada satu One China Policy. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Langkawi. Soalan tambahan.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Tan Sri.
Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saya pun kelebet juga sedikit penulisan-penulisan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat di Taiwan dan juga di Malaysia. Di Malaysia ini, Lim Kai-min, Presiden Kehormat Taiwan Chamber of Commerce in Malaysia, based in Malaysia dan reporter Taipei News, Norman Goh dan Thompson Chau yang bertajuk, “Taiwan suspends investment talks with Malaysia, confirmed by MOFA, Ministry of Foreign Affairs following comments by Prime Minister of Malaysia.” Kalau kita baca ni, Yang Amat Berhormat, nampak hebatlah. Hangat betul ni.
Hangat betul sehingga ada yang mencadangkan supaya dipindahkan apa yang disebut oleh Menteri MITI minggu lepas bahawa ini akan menjadi hab teknologi semikonduktor yang bermutu tinggi di Malaysia ni. Maka, dicadangkan supaya dibawa ke Vietnam, Singapore dan juga ke Thailand. Jadi, makna kata hebat sekali Yang Amat Berhormat, kenyataan Yang Amat Berhormat ini bukan sahaja Malaysia yang pening ni, seluruh dunia sambut ni. Kalau kita tengok CNA, cuma saya duk tengok CNN jer— tak dak mungkin pasai banyak Trump punya kes di sana.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Soalan saya Yang Berhormat. Saya ingin juga mendapat penjelasan. Ialah, ini Yang Berhormat Perdana Menteri dia nak kata ikut suka dia lah, tapi saya nak tanya jugalah sama ada kerajaan mempunyai garis panduan atau mekanisme penilaian impak ekonomi sebelum sesuatu kenyataan luar dibuat khususnya apabila kenyataan tersebut berpotensi memberi kesan kepada hubungan perdagangan, pelaburan dan keyakinan pelabur asing. Dan bagaimana kerajaan memastikan pendirian diplomatik Malaysia tidak menjejaskan ekonomi Malaysia dan juga, bolehkah Malaysia mempertahankan Dasar Satu China tanpa mengorbankan kepentingan pelaburan negara? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sebelum Perdana Menteri menjawab, saya nak betulkan perkataan “kelebet.” Maksud kelebet tu ialah menelaah. Itu, kut orang yang tak faham, nah. Dok kelebet-kelebet tu makna menelaah. Sila, Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Bolehlah kita perkenalkan istilah. Kita boleh perkenal istilah baru. Ya lah, saya pun lama tak dengar “kelebet.”
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ya, ada, ada, ada.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya hormat pandangan Langkawi.
Kebimbangan ini sebab apa pun, kepentingan ekonomi dan pelaburan kita utama.
Sebab tu dalam jawapan saya, saya mengatakan One China Policy lama. Cuma, saya menegaskan semula.
Baik. Bila ditanya oleh media, saya rasa Al-Jazeera tak salah saya, punya pandangan. Saya kata, kita tak berganjak. The One China Policy since 1974. Jadi, kata dia apa masalah China dengan Taiwan? Saya kata, itu masalah negara dia.
Jadi, kita kena bezakan itu. Tentulah kenyataan-kenyataan itu tidak menyenangkan sesetengah pihak di Taiwan.
Cuma, saya nak tegaskan, bagi kita hubungan dagang pelaburan itu tidak terjejas. Malah, kita mengalu-alukan pelaburan dari Taiwan dan kita mempermudahkan dalam proses pelaburan terutama dalam bidang semikonduktor, AI, chips itu— pelaburan daripada Taiwan itu penting seperti saya sebut tadi.
Peningkatannya itu 88 peratus eksport kita. Itu di antara eksport tertinggi bukan dari segi jumlah, dari segi kenaikan dalam satu tahun kerana fokus negara termasuk MITI adalah dalam bidang E&E dan juga semikonduktor dan ialah, related AI dan sebagainya.
Jadi, saya setakat ini kita akan ambil apa sahaja langkah yang perlu untuk menentukan hubungan dagang dan pelaburan dengan Taiwan itu kekal baik tanpa
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
mengorbankan prinsip kita tentang kebebasan dan kemerdekaan negara, pendirian yang telah kita tegaskan sejak 1974. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya pernah bekerja di kilang ASE semikonduktor yang merupakan pelabur terbesar daripada Taiwan dan ASE juga baru-baru ini mengambil alih sebahagian daripada facilities analogue device. Selama ini perhubungan perdagangan dengan Taiwan adalah baik dan dapat diteruskan walaupun kita mempunyai dasar One China— bukan sesuatu yang baru.
Namun, persoalan saya ialah, kenapa kita perlu rock the boat? Kenapa dengan kenyataan yang tegas daripada kita dan menimbulkan kebimbangan terhadap hubungan ekonomi yang telah lama dibina?
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah manfaat diplomatik tambahan yang diperolehi Malaysia apabila pendirian mengenai Taiwan ditegaskan dengan bahasa sedemikian? Dan apakah implikasi terhadap perdagangan, pelaburan dan pekerjaan rakyat? Adakah telah dinilai terlebih dahulu dan apakah langkah segera kerajaan untuk memastikan keyakinan pelabur Taiwan serta kepentingan ekonomi negara terus terpelihara?
Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyatakan, peningkatan 88 peratus eksport kita ke Taiwan. Bagaimana pula jikalau Taiwan tarik handbrake?
Bagaimana prestasi perdagangan kita secara keseluruhan pada tahun ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Balik Pulau. Kita sebagai negara merdeka dan berdaulat, kadang-kadang pendirian kita yang bebas itu tidak semestinya menyenangkan semua negara. Pendirian kita keras terhadap pencerobohan jenayah Zionis Israel ke atas Palestin dan Gaza, tidak menyenangkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan kita masih berdagang dan menerima pelaburan dari Amerika Syarikat. Itu tertinggi. Yang pertama tertinggi, tetapi oleh kerana kita bimbang dengan perdagangan dengan Amerika Syarikat, tak mungkin kita akan berdiam dalam soal Palestin dan Gaza.
Sama juga tentang beberapa dasar lain. Umpamanya, Myanmar. Walaupun hubungan kita mula baik untuk membolehkan pelarian itu dibawa pulang
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
sebahagiannya atau sebahagian kecil baru, tetapi pendirian kita tentang apa-apa jenayah yang dilakukan atas masyarakat termasuk di Rakhine itu tidak berubah.
Begitu juga sekarang dalam soal One China Policy. Kita ada One China Policy, kita jaga hubungan supaya jangan terjejas pelaburan. Dan saya jawab tadi, belum ada petanda-petanda terjejasnya, adalah kenyataan-kenyataan politik biasa.
Sebab itu kita memilih untuk tidak menjawab, memadai itu.
Soalnya, mengapa kita jawab dengan tegas? Kita jawab tegas kerana dia dasar kita sejak 1974. Nada saya lebih, tentu sedikit lebih tegas, tetapi bagi saya tidak lari daripada garis Dasar Luar Negara kita yang termeterai sejak dulu. Dan buktinya saya sebut tadi, peningkatan 88 peratus itu sampai bulan September.
Bukan― makna saya telah kenyataan itu, sampai sekarang.
Semalam, semalam, di laporan MITI, semua rundingan-rundingan dan pelaburan baharu itu belum ada petanda mereka berundur atau ditegah untuk melabur di Malaysia. Malah kita bangga, alhamdulillah kerana pada tahun 2025 ini— dulu kita sebut tentang RM2 trilion, tetapi jumlah perdagangan negara buat pertama kalinya naik kepada RM3.062 trilion berbanding— meningkat 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sudah tentu ini juga termasuk jumlah pelaburan dan eksport yang tinggi ke Taiwan.
Jadi, saya menjelaskan ya, sebab itu dalam rundingan peringkat jawatankuasa yang non-diplomatic relations, itu masih kita teruskan, kita tidak ada gusar. Dan bila mereka bawa kenyataan mesyuarat jawatankuasa ini mahu ditangguhkan, Kementerian Luar mengambil langkah termasuk MITI untuk menyatakan rundingan-rundingan peringkat tidak rasmi itu harus diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya amat tertarik dengan cara Yang Amat Berhormat Tambun menjelaskan tentang isu ini, tetapi dia mengelak daripada apa yang ingin dipersoalkan di sini.
Pertamanya, bila kawan kita sebelah sana kata, why must you rock the boat?
Itu soalannya.
[Tepuk] Jadi, Yang Berhormat cuba perbetulkan. Saya ingin minta, kalau boleh Yang Amat Berhormat Tambun perbetulkan isu ini. Isunya hangat, banyak laporan media. Anwar sokong China guna ketenteraan, isu Taiwan. Itu yang sebenarnya, menyebabkan Taipei melenting. Ini yang dikatakan rock the boat tadi, tetapi semua ya lah, menyokong kerajaan, nak tanya pun susah.
Jadi, biar saya tanya dengan terus terang. Saya pun setuju bahawa Malaysia ini mempunyai persepsi bahawa kita adalah negara yang mempunyai foreign policy
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
yang berkecuali. Alhamdulillah, saya sokong. Yang Amat Berhormat kata ini One China Policy daripada dulu. Betullah daripada dulu— yang kau pergi buat rock the boat pasal apa? Ini soalannya.
Jadi sekarang, Yang Amat Berhormat kata kita eksport banyak dah tambah, tapi saya nak maklumkan, bulan November ini the effect kepada itu adalah Bursa Saham menyusut sehingga hampir 10 peratus— sembilan ke 10 peratus. Kerana isu E&E ini, jiran-jiran kita, Vietnam, Thailand, dia dengar, nampak macam ini, “Hi Taiwan, come. We give you a few incentive.” Bukankah Taiwan ini pelabur keempat terbesar dalam negara?
Jadi, kalau ini akan menyebabkan masalah ekonomi negara, saya minta kalau boleh— tadi Yang Amat Berhormat kata, tak ada rundingan dengan Taiwan.
Jadi, jangan risau. Saya pun fikir eh, jangan buat macam itu. Kita adakan rundingan balik semula.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, minta soalan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi soalannya, apakah tidak kita mengambil satu pendekatan baharu untuk kita selamatkan ini? Dan kita pasti Yang Amat Berhormat ini hebat dari segi diplomasi, jadi orang tengah apa semua itu, bagus. Jadilah balik semula supaya kita damaikan isu ini.
Soalannya, apakah ada pendekatan yang baru untuk kita selamatkan isu ini supaya tidak menjadi satu isu yang besar yang akan bermasalah dalam negara kita?
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Nampak lebih banyak simpati kepada Taiwan pula dah. Saya pun kurang faham. Rock the boat ini apa? So, saudara dah dengar betul-betul temu ramah saya. Apakah saya kata saya setuju patut China menyerang Taiwan, saya kata tak. Saya kata, we support One China Policy. Yang kedua kita kata, we believe there should be an amicable resolution through peaceful efforts. Now the next question, what if China decides to invade that purely domestic policy? We do not interfere. Fahamkanlah sikit bahasa itu, dengar sekali lagi. Baik.
[Tepuk] Yang keduanya, rock the boat ini ya, apa? Jadi, kita pun hyper sensitive. Oh, sekarang saudara— Yang Berhormat Larut tak ikuti perkembangan diplomatik ini.
You, bila sudah sebut rundingan, ini maknanya dia pengiktirafan. Sebab itu kita kata mesyuarat jawatankuasa, bukan rundingan. Istilah itu penting. It’s not state
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
negotiations, ini jawatankuasa. Dan ini dah berlaku sejak tahun 1974. Nak ubah sebab apa? Sebab dia melabur? Dia melabur di negara kita, kita sambut.
Soal pasaran saham, itu seluruh. All E&E and AI dan related data centers temporary dalam sebulan memang jatuh, tapi kita tidak separah banyak negara- negara lain. Dan saya yakin ia bukan satu yang pantas kerana ini juga yang telah— terakhir NVIDIA dalam beberapa hari yang lalu, itu semua terkesan, tapi sampai tak boleh buat kenyataan, maknanya tegas tentang pendirian kita terhadap China, itu saya tak faham.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Rock the boat. Rock the boat itu istilah siapa? Istilah kita menganggap apakah― kalau boleh guna istilah biasa, saya tidak ada masalah itu. Tetapi, cuba dengar betul-betul temu ramah dengan Al Jazeera itu. Memang yang temu ramah itu India, dia provoke supaya kita nampak berlaga dengan China. Saya tidak mahu.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dua soalan yang dibangkitkan. Satu, dia minta saya kecam Pakistan sebagai terrorist state. Saya enggan, saya kata no, itu domestik polisi dia dan saya tidak dapat apa-apa bukti penglibatan Pakistan.
Yang kedua, fasal China. Jadi, pendirian kita, Tan Sri Yang di-Pertua, adalah untuk mempertahankan One China Policy dan di samping itu, menegaskan tentang hubungan dengan Taiwan diteruskan dari sudut perdagangan dan pelaburan. Sebab itu kita sebut committee, working committee untuk menyelaraskan isu pelaburan dan ekonomi dan tidak rundingan antara dua negara.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tak boleh dah ke, Tuan Speaker?
Tuan Yang di-Pertua
...Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Speaker, tak boleh dah?
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita mulakan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, ini 36(12), Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36(12).
Tuan Yang di-Pertua
36?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Isunya apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Isunya, saya terima surat daripada Speaker. Surat daripada Speaker berkaitan membawa— kebetulan Tambun ada di sini― merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan― 36(12)― berkaitan dengan kata-kata...
Tuan Yang di-Pertua
No, no. Yang Berhormat, Yang Berhormat nak tanya apa dekat saya ini?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Nak tanya, adakah Speaker dah terima jawapan?
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah terima. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebab...
Tuan Yang di-Pertua
Sedang dalam kajian.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dak. Sekarang ini tarikh diberi sehingga 5 November. 5 November lepas. Surat ini diberi kepada Perdana Menteri untuk jawab sehingga 5 November. Hari ini dah 12 November.
Tuan Yang di-Pertua
Yalah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
So, saya tak dapat lagi jawapan. Sama ada jawapan itu dah ada ataupun belum? Itu persoalan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, soalan kepada saya?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ha.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan Pulai nombor 1.
1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah syarat-syarat khusus yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 dan agensi manakah yang bertanggungjawab memantau pematuhan syarat tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan, Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Pulai.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dituduh dan disabitkan di atas kesalahan di bawah Akta SPRM, Kanun Keseksaan dan juga AMLA dan telah melalui tiga proses mahkamah― mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Hukumannya adalah 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.
Pada 21 Januari 2024, Datuk Seri Najib telah mengemukakan petisyen pengampunan. Pada ketika itu, Lembaga Pengampunan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang sebelum ini membuat keputusan bahawa Datuk Seri Najib diperintahkan untuk dibebaskan pada 23 Ogos 2028 dan membayar denda RM50 juta. Daripada 210 kurang kepada 50. Kegagalan membayar denda, hukuman penjara ditambah satu tahun. Itu keputusan dia.
Pada 18 September, Datuk Seri Najib kemudiannya, setelah mengemukakan petisyen pengampunan, telah mendapat satu lagi Perintah Pengampunan Bersyarat yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang sekarang.
Baik. Usai Lembaga Pengampunan bermesyuarat, maka satu Perintah Pengampunan Bersyarat telah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri iaitu Jabatan Penjara untuk dilaksanakan. Dia ada dua bahagian. Yang pertama, memaklumkan keputusan Lembaga Pengampunan iaitu diletakkan di bawah tahanan rumah tertakluk dengan pembayaran RM50 juta dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. Berbeza yang pertama― bebas― yang ini dia letak tahanan rumah.
Baik. Itu bahagian pertama surat daripada Lembaga Pengampunan.
Yang kedua, didatangkan syarat-syarat kepada Perintah Pengampunan Bersyarat. So, Lembaga Pengampunan sendiri kepilkan syarat-syarat. Syarat-syarat itu ada empat petak. Yang pertama, sekatan tempat tinggal dan pergaulan. Yang kedua, kawalan pergerakan dan lawatan. Yang ketiga, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi. Yang keempat, kena hadir program pemulihan dan intervensi. Jadi, itu bahagian pertama yang datang bersama dengan surat daripada Lembaga Pengampunan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kemudian, penjara juga dibenarkan untuk mengadakan syarat-syarat yang bertujuan untuk menyediakan kawalan dan seliaan, juga arahan dan tatacara. Dan yang ini semua telah dibacakan kepada Datuk Seri Najib pada dua hari lepas sebelum dikeluarkan daripada penjara dan dihantar ke Jalan Langgak Duta. Baik.
Di dalam keputusan Lembaga Pengampunan itu, berkenaan dengan tempat tinggal, disebut dengan jelas tempat tinggal itu adalah nombor 11 di Jalan Langgak Duta. Dia sebut terang. Okey. Kementerian Dalam Negeri menggunakan kuasa Menteri Dalam Negeri, seksyen 3 Akta Penjara, cuma mewartakan premis itu. Baik.
Kemudian, di situ juga disebut bahawa tak dibenarkan untuk berpindah ke rumah lain, bangunan lain atau premis lain. Tak dibenarkan keluar daripada alamat itu melainkan dengan izin bertulis. Kalau nak pergi sembahyang Jumaat, misalnya, kita akan bawa ya. Tak dibenarkan tinggal bersama seseorang yang lain— ha, ini dalam syarat Lembaga Pengampunan ya. Tak dibenarkan tinggal bersama seorang yang lain selain daripada ahli keluarga kamu terdiri isteri-isteri― plural― anak, anak- anak, menantu, cucu kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu. Lembaga Pengampunan sebut siapa yang dibenarkan tinggal, itu orang boleh tinggal. Selain daripada itu, kena ada kebenaran bertulis. Tidak dibenarkan menerima tetamu melainkan dengan izin bertulis. Jadi, itu bahagian pertama.
Yang kedua, saya sebut tadi, sekatan dari segi kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan tempat tinggal. Sekatan penggunaan telefon. Tak dibenarkan menggunakan telefon dan alat telekomunikasi selain daripada yang didaftarkan oleh Jabatan Penjara untuk tujuan mengesahkan bila berada di rumah, dihubungi oleh pihak Penjara, beliau berada di kediaman.
Dan tidak boleh juga dibenarkan— tidak boleh juga menyebabkan atau mendedahkan diri dalam mana-mana liputan media ataupun platform media sosial.
Tak boleh. Okey? Tak boleh buat sebarang kenyataan atau ulasan dalam mana- mana liputan media. Tak boleh libatkan diri dalam majlis keramaian, jauh sekali daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik.
Jadi, hal-hal ini berupa sekatan yang telah pun syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan. Di sana juga ada kewajipan untuk melalui program pemulihan. Jadi, tiga itu.
Jadi, saya nak sebut di sini bahawa ketika Kementerian Dalam Negeri membina syarat-syarat ini, kita kena pandang ke jauh lah. Syarat ini bukan hanya dibuat atau diadakan khusus untuk sekarang ini Datuk Seri Najib tetapi juga sebagai persiapan hari muka kalau ada kes yang seumpamanya. Kita sebut begitu.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, sebagai menjawab soalan rakan saya dari Pulai, demikian syarat-syarat yang saya sebut. Saya ulang. Yang pertama, syarat-syarat itu telah pun didatangkan bersama lampiran keputusan Lembaga Pengampunan yang memberi pengampunan bersyarat tahanan rumah. Yang kedua, Komisioner Jeneral Penjara membina syarat- syarat bagi tujuan kawalan dan seliaan, arahan dan tatacara sepertimana yang ada kuasa mengikut Akta Penjara.
Yang ketiga, syarat-syarat ini juga adalah melalui permintaan Datuk Seri Najib. Yang itu, saya belum buat keputusan. Ada permintaan syarat tambahan.
Misalnya, Lembaga Pengampunan kata rumah ialah rumah nombor 11 Jalan Langgak Golf, tapi Dato’ Seri Najib memohon secara bertulis, apakah boleh kita buat keputusan membenarkan satu rumah lagi.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi kita buat masa sekarang kita terikat dengan keputusan Lembaga Pengampunan, rumah itu hanya satu rumah. Jadi permintaan untuk Dato’ Sri Najib supaya kita masukkan dalam syarat tambahan yang itu kita tak dapat penuhi hasrat itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih kepada jawapan daripada Menteri. Daripada apa yang disebut oleh Menteri tadi, peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan itu, ia seolah-olah memberi satu gambaran dalam masyarakat ini seperti adanya hukuman ataupun peraturan dua darjat ini. Ia menggambarkan mungkin rakyat di penjara tetapi pemimpin, bekas pemimpin masuk di dalam tahanan rumah.
So, ini mungkin akan memberi satu gambaran yang tidak baik kepada masyarakat di luar ini, khususnya rakyat kita. Bagaimana benda ini boleh ditangani dan saya juga nak tanya dari segi kos tambahan yang mungkin berlaku di situ ya bila tinggal di rumah mungkin ada kos maintenance dan sebagainya seperti itu.
Apakah kos ini, siapakah yang akan menanggung kos tambahan ini dan berapa jangkaan kos ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Apakah ini hukuman dua darjat. Maknanya kalau orang atas, begini cara layanannya, kalau rakyat biasa begini. Saya nak sebut, negara kita negara hukum, kita ada tiga petak. Petak pertama kalau seorang yang sudah pun dituduh, disabit kesalahan dan melalui semua proses pengadilan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kemudian membawa kepada hukuman dikekalkan dan dia jalani hukuman itu. Apa undang-undang kata? Orang itu berhak untuk mengangkat atau memohon pengampunan. Itu hak semua orang, orang kaya, orang miskin, orang kecil, orang besar, itu undang-undang sebut begitu.
Baik.
Petak yang kedua adalah, kalau dah sampai kepada pengampunan, kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan itu Yang di-Pertuan Agong. Di negeri-negeri pun dia ada juga Lembaga Pengampunan Negeri.
Jadi, di situlah jika petisyen pengampunan diangkat, menjadi kewajipan atau tanggungjawab petak yang kedua dari sudut undang-undang. Sama ada dapat tak dapat, KDN tak ada autoriti untuk memberikannya. Tak ada, kita tak ada.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Petak ketiga itu petak KDN. Iaitu jika ada keputusan untuk dilaksanakan, barulah KDN khususnya melalui Jabatan Penjara melaksanakan. Dan itu mesti mengikut tertib dan lunas undang-undang. Itu saya nak sebut.
Jadi, sama ada ia nya di mata rakyat— persepsi kita tak boleh nak elak tapi peluang untuk menjelaskan dalam Parlimen ini saya nak sebut bahawa hak memohon ada pada semua. Hak untuk mendapat pertimbangan juga ada.
Kesamarataan dari segi undang-undang itu hak dia, tiga. Sama ada dapat atau tidak itu masuk dalam petak Lembaga Pengampunan tapi kalau sudah dapat, menjadi tanggungjawab kami untuk pastikan arahan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara itu mempunyai asas undang-undang dan prosedur yang jelas. Itu pendirian yang kami nak ambil dari sudut dua darjat.
Tapi kos— Dato’ Sri Najib adalah bekas Perdana Menteri, itu satu jaket. Satu jaket lagi Dato’ Sri Najib dalam istilah penjara kami panggil prospek yang sedang menjalani hukuman. Baik, kalau hak sebagai bekas Perdana Menteri, Perlembagaan Persekutuan ada di situ, kita juga ada, saya ingat apa— panggil keputusan dan pekeliling Jemaah Menteri.
Kita juga ada Akta Saraan Parlimen. Dia govern atau dia regulate semua hak- hak dia. Buat masa sekarang, oleh kerana soalan ini impromptu Tan Sri, yang saya
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
difahamkan adalah dari sudut pencen sahaja dihentikan tapi dari segi kemudahan lain, Dato’ Sri Najib masih lagi boleh menikmati.
Dan sekarang kalau dia balik ke kediaman dia, maksudnya kemudahan- kemudahan lain buat masa sekarang melainkan kalau ada keputusan yang sebaliknya, saya— itu lebih tepat di bawah Jabatan Perdana Menteri, BHEUU lebih tepat tapi buat masa sekarang saya boleh sahkan bahawa bayaran pencen itu dihentikan, kemudahan lain mengikut Perlembagaan Persekutuan, mengikut pekeliling Jemaah Menteri dan mengikut Akta Saraan Parlimen masih lagi dapat.
Jadi di rumah, kita ada pegawai penjara tiga syif, tiga orang satu syif. Kita juga ada polis mengawasi secara omnipresence dan cara statik. Yang itu kita cuma atur tugas sajalah. Kalau dulu dia bertugas di Kajang, sekarang dia bertugas di situ.
Jadi, tak ada kos tambahan. Jadi, adapun kehidupan di rumah saya tak ada, saya tak boleh nak ulas dulu buat masa ini, baru dua tiga hari. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya Menteri.
Pertamanya, saya nak bersetuju dengan pandangan Menteri bahawa istilah dua darjat yang dilontarkan oleh Pulai itu is very uncalled for. Itu seolah-olahnya mencabar dan juga mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Yang keduanya, persoalan saya ini direct kepada question. Kenapa tidak adanya keselarasan tindakan pelaksanaan tahanan rumah kepada Dato’ Sri Najib?
Antara jabatan-jabatan kerajaan KDN, alhamdulillah Yang Berhormat telah mewartakan rumah Langgak Duta itu sebagai tahanan yang sah.
Yang keduanya, pihak mahkamah telah menerima denda RM50 juta itu pada 6 hari bulan 11, tetapi pihak Peguam Negara yang mempertikaikan keselarasan atau pun kejelasan, tidak adanya ambiguiti. Katanya ada ambiguiti dalam satu dokumen daripada mahkamah, discharge note. Sedangkan daripada pengalaman semua orang lah yang ada dalam kerajaan atau pun dalam amalan guaman ini, Peguam Negara dengan mahkamah ini adalah satu jabatan yang interrelated. Persoalan saya, kenapa Jabatan Peguam Negara mengambil empat hari untuk menyelesaikan masalah ini? Pembayaran 6 hari bulan 11 dibuat keputusan melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 10 hari bulan. Perlembagaan jelas mengatakan bahawa Perkara 5, seseorang itu tidak boleh dilucutkan haknya kecuali
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
mengikut undang-undang. Empat hari itu adalah cukup penting walaupun tidak begitu lama.
Jadi persoalan saya, adakah pihak kerajaan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri bersetuju sekiranya suatu proses pembebasan atau pun pertukaran tempat pemenjaraan itu dibuat perlu dikaji supaya insiden yang seumpama ini tidak berlaku di masa-masa yang akan datang.
Sekarang ini tidak ada satu precedent, yes tetapi ini sudah ada satu kes.
Adakah kementerian ingin mengambil tindakan untuk perkara yang seumpama ini?
Bukan saja bekas Perdana Menteri, seorang penganggur ataupun seorang orang kampung pun mungkin menghadapi keadaan yang sama. Adakah perkara ini hendak dilakukan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Pada pagi Jumaat Tan Sri, 6 hari bulan, Dato’ Sri Najib membuat pembayaran RM50 juta kepada Jabatan Akauntan Negara, kemudian pihak mahkamah kena mengeluarkan notification atau Order of Discharge kepada kita.
Order of Discharge, discharge forthwith maknanya lepas serta-merta ya.
Penjara ini dia faham lepas ini dia tak ada autoriti lagilah, penjara tak ada autoriti.
Release lain, discharge lain. Jadi kalau discharge, kalau saya berada pada kedudukan Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Penjara saya pun kata “eh, discharge”.
Maksud discharge ini adalah lepas, penjara tak ada say lagi, tak ada kuasa lagi. Release lain, kita bebas untuk tahanan rumah ke untuk pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib parol. Jadi kerana kekeliruan itu saya bagi tahu dengan Ketua Komisioner Jeneral Penjara siapakah penasihat undang-undang kerajaan?
Itulah Peguam Negara.
Itu prosesnya untuk kami, kami pelaksana, kami bukan pentafsir undang- undang. Dan ternyata setelah dibawa ke mahkamah, apa dia keputusan Hakim Mahkamah Tinggi. Membatalkan discharge order 6 hari bulan. Kalau ia nya sempurna, tak ada cacat dan sebagainya, kenapa batal? Jadi mahkamah kemudian mengeluarkan satu order baru iaitu Perintah Pembebasan Bersyarat. Jelas. Dia tak ada discharge forthwith dan segala macam, tak ada.
Jadi, hakikat bahawa discharge order itu dibatalkan. Ada dua keputusan mahkamah tinggi hari itu. Batalkan kemudian keluarkan order baru, itu. Jadi pada
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
saya keputusan Peguam Negara pada moment itu kerana ada kekaburan dari segi kefahaman ya. Dan itu sangat diperlukan di pihak kita.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebab itu Tan Sri Yang di-Pertua, bahagian kita ini saya tak mahu campur dalam wilayah tanggungjawab orang lainlah ya. Pada kami adalah pelaksana satu hukuman yang telah diputus Lembaga. Apakah kita mempertikai keputusan Lembaga Pengampunan? Jawapannya tidak. Apakah kita mengambil hak Datuk Seri Najib yang telah pun mendapat pengampunan? Tidak juga.
Kita sekarang tumpu kepada pelaksanaan, tapi pelaksanaannya itu saya tolak kalau dianggap kedudukan kita jelas. Kita tak akan ambil mudah soal kebimbangan, kemarahan rakyat terhadap isu ni. Kita tak mahu ambil mudah, kita tak boleh underestimate. Sebab itu kalau— tapi kalau andai katakan bahawa kerana kita mengambil masa untuk mendapatkan kejelasan, kita dianggap sebagai ingkar, derhaka, melengah. Tak boleh ya. Kita pun tak boleh buat satu keputusan.
Kita anggap begini, kesetiaan kepada institusi raja tidaklah membawa makna bahawa kita boleh mengabaikan persoalan undang-undang. Pada masa yang sama, mempertahankan kedaulatan undang-undang tidak bermakna kita mempertikai institusi raja. Dia mesti seiring. Kedua-duanya mesti jalan seiring dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi Raja Berperlembagaan. Saya ingat itu semangat, spirit yang patut kita faham. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tan Sri, boleh saya tanya soalan? Soalan...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tan Sri, soalan...
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta maaf kepada...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Soalan ini perkara penting.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ini isu yang sangat penting Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Okeylah, saya bagi Bukit Gelugor dan juga saya bagi dekat Muar untuk – tetapi, pendek, short and sharp.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Thank you. Terima kasih Tan Sri. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu ini yang cukup penting. Memandangkan isu penahanan rumah ini bukannya satu perkara yang diperuntukkan secara jelas dalam undang-undang, adakah ia nya akan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
digazetkan, akan dijadikan umum, supaya sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran syarat-syarat tersebut oleh Dato’ Seri Najib seperti mengadakan ceramah melalui Zoom, mengadakan mesyuarat melalui Zoom dan permintaan-permintaan beliau, adakah semua ini akan dijadikan umum supaya ia nya boleh dicabar sekiranya dilanggari? Dan sekiranya dilanggari, adakah penahanan rumah ini boleh ditarik balik ataupun revoke di mana Dato’ Seri Najib itu akan diperlukan kembali ke Penjara Kajang? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Standby Yang Berhormat Menteri. Ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman rakan saya, dalam syarat-syarat yang kita masukkan ini, dia menyebut, “Jika berlaku pelanggaran, maka pihak yang melanggar syarat itu akan segera dikembalikan ke Penjara Kajang atau mana-mana penjara yang ditentukan oleh Commissioner General.” Itu jelas dalam syarat dan yang itu perinciannya itu kita spell out dalam arahan dan tatacara. Jadi, kita sudah menjangkakan perkara-perkara seperti itu. Prinsipnya adalah syarat-syarat diberikan “Langgar segera.” Ia nya— apa diistilah tadi, dengan izin, revoke, pembatalan dan dikembalikan ke penjara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Muar. Short, sharp.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri.
Ada banyak laporan polis yang tak henti-henti. Hari ini ke atas mantan Ahli Parlimen Damansara, dengan izin, Tony Pua. Tetapi, untuk kita menyelesaikan siapa betul, siapa salah kerana ada tuduhan, contoh daripada salah seorang Menteri Besar seperti tidak bersetuju adalah mengingkari perintah Duli Yang Maha Mulia. Tapi pada masa yang sama, dia kata, “Oh, ini adalah permohonan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.” Kerana ini melibatkan laporan polis daripada banyak pihak, adakah Yang Berhormat Menteri akan turut mencadangkan dalam Jemaah Menteri untuk menyahklasifikasikan Laporan Lembaga Pengampunan supaya isu ini dapat diselesaikan dan dirungkaikan sepenuhnya? Kerana saya rasa tak adil juga bagi kerajaan to take the moral burden and weighing di atas keputusan ini berseorangan diri walhal mungkin ada keputusan prinsip yang telah pun dilakukan. Terima kasih Tan Sri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih sahabat saya Muar. Saya kecil hati sikit, dia kenduri tak panggil saya. Ingat rapat dah, lupa, barangkali dia terlepas. Tiga tempat pula itu buat, sekali pun tak kena panggil.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Satu idea yang baiklah. Muar tanya, apakah boleh saya membawa ideanya ke Jemaah Menteri untuk kita declassify, bukan laporanlah, minitlah, Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan supaya dia memberikan keadilan atau memberikan perspektif yang lebih tepat terhadap satu proses di mana Lembaga Pengampunan itu berlaku.
Saya fikir itu dalam jurisdiction dan tanggungjawab Peguam Negara, tapi saya tak ada keberatan. Esok Mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan— Menteri Pendidikan Tinggi ada, kawan-kawan, rakannya ada. Saya akan bawa. Saya akan memberanikan diri membawa bahawa ini syor daripada Parlimen, daripada Muar.
Syornya spesifik, apakah kerajaan bersedia untuk menimbangkan, untuk declassify minit. Itu saya fikir satu syor yang diangkat. Ini Dewan demokrasi di mana kita boleh memberikan pandangan.
Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua pun sampai empat soalan bagi dekat saya. Berat jugalah. Jadi, saya nak sebut beginilah. Gandhi, dia pernah sebut, “The world has enough for everyone's need, but not everyone's greed.” Dia kata, rasuah ini dia berpunca daripada ketamakan yang tidak mengenal batas.
Rasuah ni sifat mazmumah. Confirm orang yang buat rasuah ini tak dapat pahala.
Tolong orang hat terbabit rasuah pun sebenarnya tak dapat pahala sebenarnya.
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tan Sri. Tan Sri, 36(6) Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Saya teruskan dengan menjemput Datuk...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
36(6). Minta maaf sebab tadi...
Tuan Yang di-Pertua
Pasal kenduri ke apa?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Pembukaan 15 saat.
36(6). Saya kena jawab. Minta maaf. Saya dah jemput, ada nombor telefon dan mesej dekat sini. Terima kasih Tan Sri.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya pun kecil hati juga. Baik, seterusnya saya jemput Datuk Ahmad Amzad bin Mohamad, Kuala Terengganu. Silakan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2. Terima kasih.
2. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Ekonomi menyatakan perkembangan terkini pelaksanaan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) khususnya perancangan kapasiti penyimpanan, kemajuan infrastruktur dan pelan pembangunan kawasan Kerteh, Terengganu sebagai salah satu hab CCUS negara menjelang 2030.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Susulan Penguatkuasaan Akta Pemerangkapan Penggunaan dan juga Penyimpanan Karbon 2025 ataupun dikenali sebagai Akta 870 pada 1 Oktober 2025, kerajaan telah pun menubuhkan Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUUS) Malaysia. Agensi ini peranannya adalah untuk menggalakkan, membangun serta atau melaksanakan apa-apa dasar dan inisiatif berkaitan CCUS. Agensi CCUS juga turut bertanggungjawab untuk mentadbir, mengawal selia serta memastikan keberkesanan pelaksanaan Akta 870 dan segala perundangan subsidiari di bawahnya termasuk menerusi mekanisme pengeluaran permit dan juga lesen.
Jadi, untuk rekod sehingga September 2026, agensi ini telah mengeluarkan dua permit penilaian luar pesisir kepada syarikat pemohon di bawah PETRONAS untuk melaksanakan penilaian bagi menentukan kesesuaian tapak penyimpanan karbon dioksida. Kedua-dua permit penilaian yang dikeluarkan adalah memfokus kepada tapak geologi di kawasan luar pesisir Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.
Jadi, PETRONAS telah melaksanakan penilaian awal bagi pembangunan hab, pemerangkapan dan penyimpanan karbon ataupun CCS di Kerteh, Terengganu.
Penilaian awal mendapati Lapangan Lawit yang terletak di luar pesisir perairan Terengganu mempunyai potensi sebagai tapak penyimpanan CO2 yang strategik. Walau bagaimanapun, ketika ini tapak itu ataupun lapangan tersebut masih berkeupayaan untuk pengeluaran gas yang dijangka melangkaui tahun 2035.
Perancangan pembangunan infrastruktur hab CCS di Kerteh termasuk kapasiti penyimpanan karbon akan dirancang dan dilaksanakan secara berfasa oleh PETRONAS mengikut ketersediaan teknikal dan komersial.
Perkara yang kedua Tan Sri Yang di-Pertua, bagi fasa awal pembangunan hab CCS ini, tumpuan itu kita akan berikan terlebih dahulu untuk pembangunan hab CCS di Kuantan. Dalam hubungan ini, industri di Terengganu turut berpotensi untuk terlibat dalam rantaian nilai CCUS dan meraih manfaat daripada pembangunan hak tersebut.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Ketika ini, kerajaan juga sedang giat melaksanakan projek rintis aktiviti pemerangkapan CO2 dalam industri besi dan keluli di Kemaman, Terengganu yang mana inisiatif ini untuk tujuannya untuk kita menyediakan satu kos asas ataupun baseline yang boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh industri untuk melihat potensi teknologi CCUS sebagai salah satu langkah mitigasi pelepasan karbon.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Kerajaan juga melihat projek ini sebagai pemangkin kepada penglibatan yang lebih luas oleh industri-industri berat bagi inisiatif penyahkarbonan dalam aktiviti ekonomi. Jadi, sebahagian daripada usaha ini, Kementerian Ekonomi akan meluncurkan Malaysia CCUS Roadmap 2050 dengan tajuknya, “Towards Green Economy” dalam masa terdekat, jangkaannya hujung bulan ini yang mana insya- Allah dokumen itu kita akan gariskan hala tuju pembangunan industri CCUS di Malaysia secara berfasa sehingga tahun 2050. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih, Menteri. Tan Sri Yang di-Pertua, pada Julai 2024, Menteri Ekonomi menganggarkan pembangunan fasiliti CCUS yang lengkap akan melibatkan pelaburan sehingga RM20 bilion. Itu kenyataan. Jadi, Kerajaan Negeri Terengganu juga telah, pernah menyuarakan hasrat supaya GLC negeri diberi peluang untuk menjadi rakan kerjasama bersama dengan PETRONAS di dalam pembangunan industri ini.
Jadi, saya minta Menteri menyatakan sejauh manakah sokongan Kerajaan Persekutuan kepada PETRONAS, termasuk penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menjayakan pembangunan Northern Hub (CCS) di Kerteh ini termasuk peranan setiap pihak serta ruang penyertaan yang tersedia kepada GLC negeri.
Apakah bentuk mekanisme kerjasama yang disediakan bagi memastikan syarikat tempatan dan tenaga kerja di negeri Terengganu turut mendapat manfaat melalui peluang pelaburan, pekerjaan berkemahiran tinggi dan kontrak dalam pembangunan projek ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Kuala Terengganu. Jadi, sepertimana yang saya nyatakan, memang insya-Allah hujung bulan ini kita akan lancarkan roadmap untuk
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
ke arah 2050. Tapi pada masa yang sama, kita juga sedang mengerakkan satu kajian khusus untuk meneliti kluster CCUS di Pantai Timur. Yang mana seperti yang dinyatakan tadi, bila kita bercakap soal CCUS ini, ia nya bukan hanya kepada lapangan untuk sebagai storage tetapi juga elemen nilaian yang kita dapat wujudkan seperti pemerangkapan karbon dan juga penggunaan karbon tersebut.
Maka, dalam untuk kita menjayakan inisiatif ini, jangkaannya kajian ini kita akan cuba selesaikan menjelang suku keempat tahun 2027, dan proses ini kita akan libatkan juga sesi bersama dengan kerajaan negeri untuk mendapat pandangan dan juga bagaimana perancangan pembangunan ini kita dapat rangka secara strategik.
Tapi sudah pasti ia bukan semata-mata untuk kita mengenal nilaian bagaimana peluang itu dapat diwujudkan tetapi juga sekiranya ada persetujuan untuk pemain- pemain tertentu yang kita boleh ketengahkan. Terima kasih Kuala Terengganu, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berhubung dengan tadbir urus hasil karbon dan penyelarasan perundangan. Soalan saya, apakah mekanisme penyelarasan dasar dan tadbir urus hasil antara Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak susulan penguatkuasaan Akta 870 ini yang hanya terpakai di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan memandangkan Sarawak pun mempunyai kerangka perundangan sendiri.
Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan memastikan tiada pertindihan cukai levi karbon atau ketidaktentuan pelaburan bagi syarikat asing yang mengimport karbon dioksida untuk disimpan di perairan Sarawak serta bagaimana formula agihan hasil ekonomi daripada perdagangan kredit karbon antarabangsa ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Betong. Dari segi pemakaian CCUS, Akta CCUS tadi benar, ia nya terguna pakai untuk di Semenanjung Malaysia yang mana dari segi proses untuk memastikan keterlarasan itu perlu ada. Memang dari segi perbincangan itu, kita boleh diadakan dari semasa ke semasa dalam menilai dari segi potensi yang ada. Pada masa yang sama, elemen yang penting untuk menjayakan agenda CCUS untuk negara ini sudah pasti melibatkan volume ataupun dengan izin, maksudnya cukup dari segi volume-nya itu untuk dari segi pelaburan
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
untuk dibuat. Dan perkara ini memerlukan sebagai contoh persefahaman dengan negara-negara luar dari segi ekosistem untuk mengumpulkan karbon berkenaan.
Maka sebab itu, dari segi hubung kait usaha untuk import itu memang terletak di bawah kerangka pentadbiran nasional tetapi pada masa yang sama apabila kita melihat juga potensi yang terdapat di Sarawak termasuk juga ruang untuk storan ataupun storage ada di sana, maka keterlarasan perkara ini perlu kita perhalusi dengan baik supaya sebarang hubungan yang kita yang kita jalinkan termasuk sebagai contoh dengan negara-negara seperti Jepun, Korea ataupun Singapura ini mengambil kira kepentingan supaya tidak berlaku pertindihan sepertimana Yang Berhormat nyatakan tadi.
Jadi, bagi saya memang kita kena wujud satu perbincangan dan juga ruang yang sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang pertindihan ataupun kerugian kepada peringkat negara. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Tan Kok Wai, Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3 .
3. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan susulan pelaksanaan Kenyataan Bersama selepas Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China 2025 serta bila sidang kemuncak kedua dijadualkan untuk diadakan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Cheras atas pertanyaan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, krisis di Asia Barat memberikan tekanan terhadap keselamatan tenaga dan rantaian bekalan tenaga global, menuntut supaya negara mempelbagaikan sumber tenaga bagi menjaminkan kestabilan bekalan.
Dalam hal ini, ASEAN–GCC–China boleh memainkan peranan dan memperkukuhkan kerjasama bagi melindungi dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan tenaga serantau. Atas inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun lepas, kita telah menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China pada bulan Mei 2025 di Kuala Lumpur buat julung kalinya.
Hasilnya telah diterjemahkan melalui satu kenyataan bersama bertujuan mewujudkan kolaborasi dan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan,
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
tenaga, teknologi, keterhubungan dan pertumbuhan inklusif dan mampan yang memberikan manfaat kepada semua.
Kerjasama ini turut menekankan komitmen ke arah mewujudkan sistem ekonomi dan perdagangan global yang lebih berdaya tahan dan lebih terbuka berlandaskan peraturan perdagangan sedia ada. Dengan gabungan KDNK sekitar USD25 trilion dan jumlah penduduk seramai 2.16 bilion, ASEAN, GCC dan China berpotensi membentuk sebuah gabungan ekonomi yang besar dan berpengaruh.
Pada masa yang sama, kerjasama praktikal yang lain boleh diteruskan di bawah mekanisme sedia ada ASEAN iaitu ASEAN–China dan ASEAN–GCC ataupun di bawah inisiatif yang diterajui oleh China atau GCC tersendiri setelah mendapat persetujuan semua pihak.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN–GCC ini merupakan penganjuran bersifat one-off dengan izin, sepertimana yang telah dipersetujui sebulat suara oleh ASEAN. Namun begitu, Malaysia kekal terbuka dan fleksibel bagaimana jalinan kerjasama ini boleh diteruskan, digerakkan dan bersedia untuk memainkan peranan aktif dan membina bagi menyokong usaha ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih. Soalan saya ialah adakah kerajaan melihat potensi Sidang Kementerian ASEAN–GCC–China ini untuk mencipta sejarah dengan berkembang menjadi sebuah sidang kemuncak Asia sekiranya penyertaannya diperluaskan kepada negara-negara lain di Asia termasuk Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tengah.
Apakah langkah diplomatik yang boleh diambil oleh Malaysia untuk merintis usaha ini bagi memperkukuh kerjasama ekonomi, keamanan, dan kemakmuran bersama di seluruh Benua Asia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Cheras.
Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi, sifat ASEAN, GCC dan China ini adalah bersifat one-off dan juga kita berharap agar negara-negara dan juga Kepengerusian ASEAN yang lain akan juga mengambil langkah yang sama seperti Kepengerusian Malaysia untuk menganjurkan dan juga untuk memperkukuhkan inisiatif ASEAN– GCC–China ini. Walaupun demikian, kita mengharapkan agar apa yang kita harapkan melalui ASEAN–GCC–China ini adalah untuk memperkukuhkan dan juga
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
menerokai potensi ekonomi yang sangat besar yang boleh diperolehi oleh negara ASEAN khususnya.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun demikian, perbincangan dan juga mesyuarat-mesyuarat yang akan datang masih lagi kita belum menemui titik persamaan untuk menganjurkan sekali lagi ASEAN–GCC–China ini. Walaupun demikian, atas kapasiti Malaysia sebagai salah seorang— salah satu anggota ASEAN, kita akan memperkukuhkan hubungan ini melalui hubungan yang sedia ada seperti ASEAN–GCC dan juga ASEAN–China yang sedang berlangsung ketika ini.
Daripada sudut-sudut yang lain, kita juga akan cuba untuk memperkukuhkan hubungan melalui platform ASEAN–GCC–China ini dengan negara-negara seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Cheras. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Yang di-Pertua.
Memandangkan pertama, Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China 2025 telah membuka ruang kerjasama ekonomi yang amat besar antara tiga blok ekonomi ini dan juga kedua, halal dan kewangan Islam adalah bidang kekuatan Malaysia dan negara GCC serta China pula ada 20 juta rakyat Muslim. Lebih kurang sama dengan rakyat Muslim di Malaysia. Menurut HDC, BERNAMA, China merupakan destinasi eksport halal terbesar Malaysia 2025, RM9 bilion.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Soalan saya, bolehkah Menteri menyatakan apakah langkah konkrit kerajaan untuk memastikan syarikat-syarikat Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana dan industri halal ini mendapat akses pasaran yang lebih luas di China dan Negara-negara Teluk? Secara khusus, adakah kerajaan bercadang mewujudkan ASEAN–GCC–China Business Council sebagai platform rasmi yang menghubungkan pemain industri, dewan perniagaan dan pelabur ketiga-tiga rantau serta menyediakan mekanisme business matching dan memudah cara perdagangan? Terima kasih Tan Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Seperti yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat, Kepengerusian Malaysia dipuji atas penganjuran ASEAN–GCC–China ini. Walaupun demikian, kita menerima pakai deklarasi yang diguna pakai untuk ASEAN–GCC–China ini adalah untuk memperkukuhkan ekonomi dan juga menerokai potensi. Seperti apa yang dimaklumkan sebentar tadi berkenaan tentang industri halal dan juga negara China merupakan destinasi halal. Di dalam konteks Kementerian Luar Negeri, sememangnya kita telah pun meletakkan diplomasi halal merupakan salah satu talking points ataupun nota bagi diplomat-diplomat kita untuk mempromosikan halal sebagai diplomasi ekonomi kita.
Walaupun demikian, untuk memperkukuhkan ASEAN–GCC–China ini dengan memperbentukkan satu council dengan izin, itu masih lagi di dalam peringkat perbincangan dan sekiranya berlaku Mesyuarat ASEAN–GCC–China pada masa- masa yang akan datang, kita akan mencadangkan perkara ini kepada kementerian yang berkenaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat sebelah kiri, sekarang kanan. Baik, ke nombor 5 ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Soalan nombor 4.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Nombor 4. Baik Yang Berhormat, silakan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Pergi ke bendang memakai jerami, Singgah sebentar di Simpang Empat; Jawapan Menteri saya menanti, Soalan saya nombor empat.
4. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah kementerian bercadang memberikan kelonggaran kepada BERNAS untuk melanjutkan tempoh masa pembelian padi selepas waktu pejabat ketika musim menuai, berapakah tempoh lanjutan yang diberikan dan apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan kelonggaran tersebut tidak menjejaskan kepentingan dan pendapatan pesawah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa prihatin terhadap kelangsungan rantaian bekalan padi
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
negara, khususnya kebajikan para pesawah semasa musim penuaian memasuki waktu kemuncak.
Oleh itu, berlanjutan waktu operasi pembelian padi merupakan satu langkah fleksibel yang amat kritikal bagi membantu pesawah menuai hasil padi dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan sekali gus menjual padi dalam keadaan yang baik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelanjutan waktu pembelian padi sehingga jam tujuh petang telah pun dilaksanakan oleh pihak Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Pelanjutan waktu yang dibuat secara berjadual adalah khusus bagi memenuhi keperluan pembelian padi semasa musim menuai di samping memastikan proses penerimaan dan pemunggahan padi dapat dijalankan dengan teratur yang seterusnya mengelakkan kemerosotan kualiti padi.
Bagi memastikan pelanjutan waktu operasi ini sentiasa mematuhi arahan dan prosedur yang berkuat kuasa, KPKM melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melaksanakan mekanisme pemantauan seperti yang berikut:
(i) pemeriksaan secara berkala serta mengejut ke atas semua kilang dan pusat belian padi sepanjang tempoh musim tuaian;
(ii) penentuan secara sah alat pengukur kelembapan (moisture meter) dan alat penimbang di kilang sebagaimana termaktub dalam Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71];
(iii) pemantauan ke atas potongan minimum automatik atau potongan berat pukal ke atas lori yang masuk lewat dan setiap sampel padi diuji secara telus mengikut standard Piawaian Spesifikasi dan Penggredan Padi (MS 84:2017); dan
(iv) penggunaan mekanisme pelaburan harian melalui agensi seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) berhubung penyelarasan jadual pergerakan jentera penuai dengan kapasiti penerimaan dan pengering (dryer) pihak kilang.
Melanjutkan waktu operasi pembelian padi sehingga jam 7 petang adalah khusus untuk mempermudahkan urusan pesawah semasa musim penuaian. Justeru itu, KPKM akan terus memperkukuh pemantauan di lapangan demi memastikan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
kebajikan pesawah terpelihara dan memastikan ekosistem industri padi dan beras negara sentiasa kekal aktif dan berdaya saing. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat.
Sebentar Yang Berhormat Jerlun, ralat. Kalau ikut peraturan, saya kena sebut dan panggil nama Yang Berhormat. Jadi, kesilapan teknikal oleh saya. Dengan ini, saya ulang balik. Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Ghani bin Ahmad, Yang Berhormat Jerlun, soalan tambahan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan.
Yang Berhormat Menteri menyebut tadi bahawa BERNAS diberi kelonggaran untuk melanjutkan tempoh sehingga tujuh petang. Tetapi kita mendapati bahawa ramai para pesawah menjual padi mereka ke kilang swasta kerana kilang swasta ini bukan setakat sehingga tujuh petang tetapi dilanjutkan sehingga malam dan ini memberi kelebihan kepada pesawah yang baru selesai mengambil padi ketika waktu malam.
Selain itu, terdapat sesetengah kilang swasta yang menawarkan harga melebihi harga lantai kerajaan. Ini juga satu perkara yang berbangkit daripada soalan ini. Contohnya tahun 2024, ada kilang swasta yang membeli RM1,800 per tan metrik sedangkan harga lantai kerajaan waktu itu ialah RM1,300 per tan metrik berbanding BERNAS yang terikat dengan harga lantai kerajaan. Jika dirujuk seksyen 4, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras mempunyai kuasa untuk menetapkan atau meluluskan syarat berkaitan waktu operasi Pusat Pembelian Padi BERNAS khususnya ketika musim menuai.
Soalan tambahan saya, adakah BERNAS perlu mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada Kawalselia Padi dan Beras sekiranya ingin melanjutkan waktu operasi pusat pembelian padi pada musim menuai daripada tujuh petang kepada suatu tempoh masa sehingga waktu malam. Jika dibenarkan, apakah prosesnya dan apakah syarat yang ditetapkan oleh KPB itu?
Yang kedua, adakah kementerian mempunyai data perbandingan harga antara kilang swasta dengan BERNAS dari segi waktu operasi dan tempoh pembayaran pembelian padi antara BERNAS dengan kilang swasta bagi memastikan pesawah mendapat pilihan dan pulangan yang terbaik, lebih-lebih lagi mereka memberi— menjual padi kepada BERNAS? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, terima kasih kepada YB Jerlun. Sebenarnya, sebarang pelanjutan waktu operasi melebihi jam tujuh malam memang memerlukan kelulusan Kawalselia Padi dan Beras (KPP) Negeri melalui permohonan rasmi secara bertulis. Dan biasanya kelulusan hanya diberikan sehingga jam lapan malam.
Kawalan ini bertujuan mengelakkan penuaian padi pada waktu malam kerana kelembapan yang tinggi dan pembentukan embun boleh menjejaskan kualiti padi serta meningkatkan kadar pemotongan mutu dan sekali gus mengurangkan pendapatan pesawah.
Datuk Chan Foong Hin
Dan tiada kelonggaran khas diberikan kepada mana-mana pengusaha termasuk seperti BERNAS, tak kira dia swasta atau BERNAS. Kesemuanya memang tertakluk kepada— kalau nak, mereka nak menjalankan pembelian padi selepas pukul 7 malam, mereka kena mendapatkan kelulusan dari KPB negeri. So, untuk pengusaha swasta boleh melanjutkan paling lewat sampai pukul 8 malam dan juga kepada pihak BERNAS.
Dan untuk soalan yang kedua, yang mengenai perbandingan harga dengan ujian yang tersebut itu, yang pertama saya ingin nak menyatakan harga lantai itu adalah harga yang paling minimum yang ditetapkan. Dia bukan harga yang maksimum, dia berlainan konsep dengan harga siling.
So, kalau sesiapa yang sanggup menawar yang lebih daripada harga yang minimum itu atau harga lantai itu, sebenarnya dia tidak melanggar mana-mana peraturan tetapi yang untuk macam mana untuk perbandingan di antara harga beras, BERNAS dan juga harga pengilang-pengilang swasta, saya tiada maklumat yang, yang pada masa ini dan yang lepas itu, saya mungkin saya dapat memberikan yang lebih lengkap kepada YB Jerlun. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Tuan Speaker, masih berkaitan dengan BERNAS yang menjadi pengimport tunggal untuk beras terutama kepada keperluan Sabah dan saya percaya di Sarawak juga. Kontraknya saya fikir, habis pada 2031. Apakah kementerian akan meminta pandangan, pendirian kerajaan Sabah misalnya sama ada untuk melanjutkan kontrak itu ataupun untuk menamatkan
Datuk Ewon Benedick - Penampang
kontrak itu ataupun membuka kontrak baharu kepada syarikat yang lain apabila sampai masanya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, terima kasih kepada YB Penampang. Untuk makluman, sekarang masih ada baki empat tahun. Okey. Sebelum tamatnya konsesi kerajaan dengan pihak BERNAS pada 10 Januari 2031 dan pihak kementerian bersedia untuk melaksanakan sebarang kajian untuk meneliti semula secara komprehensif berhubung keperluan untuk menyambung semula konsesi ini ataupun sebaliknya.
Dan KPKM memang bersikap terbuka dan kalau perlukan yang rundingan atau engagement yang seterusnya dengan kerajaan Sabah dan juga Kerajaan Sarawak, memang dialu-alukan kerana memandangkan isu ini satu isu yang penting.
Yang melibatkan ini ketetapan dasar dan juga pada masa yang sama, kita juga nak memastikan selalu bekalan mencukupi di Sabah dan Sarawak juga kerana Sabah dan Sarawak amat bergantung kepada padi import sekarang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan kelima. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Beaufort tidak dapat hadir atas tugas-tugas tertentu. Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Awang bin Hashim, Yang Berhormat Pendang.
[****Soalan No. 5** – YB. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching (Beaufort) tidak hadir]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, saya nak minta laluan sikit untuk mengumumkan selamat datang ke Parlimen Malaysia delegasi daripada Asian Women Parliamentarian Caucus and Delegasi Konrad-Adenauer-Stiftung.
[Dewan tepuk]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, s*oalan saya.
Puas sudah tanam padi, Nenas juga subur ditanam; Kalau hidup tidak ada hati, setelah cuba beberapa kali, Akhirnya soalan saya naik nombor 6.*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab. Baik...
[Tidak jelas]
6. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan kerajaan memperkukuh sistem pengairan dan saliran di kawasan MADA khususnya menghadapi ketidaktentuan hujan dan paras empangan rendah termasuk penggunaan pemantauan masa nyata, pemulihan infrastruktur uzur serta sumber air alternatif bagi menjamin jadual penanaman.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Dan sebelum saya menjawab, saya juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran team Parlimen P.171 Sepanggar ke Dewan yang mulia ini.
[Dewan tepuk]
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
So, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, okey, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sentiasa memberi perhatian terhadap usaha untuk memperkukuh pengurusan sistem pengairan dan saliran di kawasan Muda, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan taburan hujan serta keadaan paras takungan empangan yang lebih rendah berbanding tahun yang sebelumnya.
Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh MADA adalah seperti berikut. Pertama, memperkukuh pemantauan sumber air secara berterusan melalui sistem telemetri MADA bagi memantau paras takungan empangan, taburan hujan dan perubahan sumber air sebagai asas kepada perancangan serta pelaksanaan pengurusan air.
Kedua, mengoptimumkan kecekapan sistem pengairan melalui pengoperasian 117 pam guna semula, pemaksimuman penggunaan air hujan, kawalan air— kawalan aliran air yang tidak terkawal serta penyelenggaraan struktur kawalan air bagi memastikan pengagihan sumber air dilaksanakan dengan lebih cekap.
Ketiga, mengurus dan memantau pelepasan air empangan secara berhemah dengan mengambil kira keperluan semasa termasuk keperluan domestik, industri dan pengukuhan tebing saluran.
Keempat, melaksanakan penyesuaian jadual dan amalan penanaman padi berdasarkan ketersediaan sumber air termasuk penggunaan varieti padi yang tahan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
kemarau serta amalan pengurusan tanah dan air yang lebih cekap bagi mengurangkan risiko terhadap pengeluaran padi.
Kelima, pelaksanaan operasi pembenihan awan (OPA) sebagai salah satu usaha meningkatkan potensi penerimaan hujan di kawasan sasaran. Sebanyak enam siri operasi telah dilaksanakan sepanjang tahun 2026.
Keenam, melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran, pembangunan sumber air baharu dan pemulihan, pengurusan isu saliran utama dan pemulihan menyeluruh Empangan Pedu melibatkan penyediaan peruntukan sebanyak RM208.319 juta pada tahun 2027 yang telah diluluskan.
Dan ketujuh, sokongan ini terus diperkemaskan menerusi pelaksanaan projek pembangunan dan penyelenggaraan 15 blok tersier dan Skim Pemindahan Air Jeniang yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030 menerusi kerjasama awam swasta.
Dan kelapan, memperkukuh kerjasama di antara agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia
(METMalaysia) dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) bagi meningkatkan pemantauan cuaca dan sumber air serta menyelaras tindakan mitigasi dan kesiapsiagaan menghadapi risiko kemarau. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, silakan Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Masih lagi kait dengan soalan yang pertama berkenaan dengan soalan cuaca tadi. Jadi, dalam konteks ini, Pendang ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri berhubung keberkesanan projek naik taraf sistem pengairan MADA, khususnya projek pengairan tersier yang sedang dilaksanakan?
Berdasarkan jawapan kerajaan, kemajuan fizikal Projek Pengairan Tersier Fasa 1 bagi 12 blok baru mencapai hampir 26 peratus setakat 26 Oktober 2026.
Saya beri sekali dengan fakta. Di kawasan Pulai, Tokai iaitu dalam Parlimen Pendang terdapat isu projek pengairan tersier yang masih belum siap sepenuhnya dengan aduan kejadian banjir yang menjejaskan penduduk setempat.
Baru-baru ini berlaku banjir. Saya turun, saya jumpa dengan— dibentangkan Pelan Pembinaan Tersier Fasa 3 dan 4. Fasa 4 dan 5. Fasa 3 telah ditamatkan kontrak. Jadi, saya lihat tidak ada exit clause ataupun exit way air untuk keluar pergi ke sungai menyebabkan berlaku banjir masuk ke rumah-rumah orang. Saya turun
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
sendiri dan pelan pun saya tengok. Saya panggil seorang engineer untuk apa ini— interpret dekat saya, terang dekat saya berkenaan dengan pelan yang berlaku. Jadi, saya dapati.
Jadi oleh sebab itu, Pendang ingin bertanya adakah kementerian telah menjalankan penilaian terhadap kesan kerja-kerja pembinaan yang belum selesai terhadap sistem saliran dan risiko banjir di kawasan berkenaan dan juga pelan yang dirancangkan itu adakah viable? Still masih lagi boleh diguna pakai? Kerana kita tengok tak ada exit way for the— to release the water to the river. Yang ini perkara yang harus kita lihat menyebabkan berlaku banjir masuk dalam rumah orang. Adakah tindakan segera kerajaan untuk pastikan projek ini disiapkan mengikut jadual di samping menyediakan sistem saliran sementara yang berkesan supaya penduduk tidak terus terdedah kepada risiko banjir? Jadi, itu soalan saya. Jangan sampai orang kampung marah kepada kerajaan. Saya, saya akan turun. Insya-Allah. Sila mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, Menteri Pertanian. Okey. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih.
Datuk Chan Foong Hin
Ya. Terima kasih. Yang untuk soalan yang pertama itu adalah sama ada kemajuan fizikal projek ini mematuhi dengan waktu, dengan jadual dia kan? So, sehingga 26 Oktober, seperti yang telah dikatakan, kemajuan fizikal projek bagi 12 blok di bawah Fasa 1, okey. Ini telah mencapai 25.81 peratus berbanding dengan sasaran 25.19 peratus. So, maksud dia, dia memang dia ikut jadual.
Datuk Chan Foong Hin
So, dia ada isu dan kita mendapati sehingga ini, dia mendahului jadual pelaksanaan sebanyak 0.62 mata peratusan. So, untuk optimistik kata memang dijangka projek ini boleh siap sepenuhnya pada tahun 2030. So, yang isu untuk kelewatan projek ini, pihak KPKM berpandang bahawa ia tidak wujud. Dan, untuk isu yang berkaitan dengan banjir itu kan, saya akan minta pegawai-pegawai di MADA turun padang bersama-sama dengan YB untuk sama-sama kita memantau dan untuk mendapatkan feedback yang sebenarnya on the ground. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak minta jawapan bertulis, boleh tak? Sebab fakta-fakta yang ada situ dengan tarikh-
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
tarikh itu, jadi saya boleh ingat dan saya akan turun pergi semak lagi sekali. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Menteri, permohonan Yang Berhormat Pendang itu secara bertulis pun. Silakan.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Dengan ini, dipersilakan sebelah kanan. Jika tidak ada, saya akan bagi lagi sebelah kiri. Jika tiada, sebelah kiri. Silakan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang di-Pertua.
Sebab apa, dia orang tak boleh nak tanya sebab kita bangkitkan soalan yang fakta.
Saya nak bagi tahu Menteri Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan. Untuk maklumat segera, soalan saya kalau boleh buat satu saliran exit way daripada kampung yang menyebabkan projek ini berjalan yang tidak ada saliran release water ke sungai. Jadi, kalau kerajaan boleh dengan segera membuat satu pindaan kepada pelan asal yang tak ada. Pelan itu sendiri tak ada. Air keluar ke sungai itu tak ada.
Saya tengok sendiri sebab dia ada fasa tiga, fasa empat, fasa lima dalam blok itu.
Fasa tiga ini dibatalkan kontraktornya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Kerana tidak boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Menjalankan projeknya dan dibatalkan. Tinggal fasa empat dan fasa lima.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Fasal empat inilah yang tidak ada exit way. Saya harap, saya minta soalan saya supaya tindakan segera daripada kerajaan untuk membina saliran keluar dalam projek fasa empat dan fasa lima yang ada di blok yang saya sebutkan tadi. Saya ingat dengan tindakan segera, kalau boleh. Soalan saya, boleh berlaku tindakan segera? Sebab ini melibatkan dia akan tiap-tiap tahun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Akan berlaku banjir. Kalau kita tak buat saliran keluar ini, air akan terus bertakung dan akan masuk ke rumah setiap tahun bila berlaku musim tengkujuh ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, terpulang kepada Yang Berhormat kerana soalan dua itu dan ini pun sama.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, saya rasa jawapan pun berulang juga dan kita akan ambil tindakan susulan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Chan Foong Hin
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Dato’ Seri, soalan saya nombor 7.
7. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah status dan kedudukan terkini projek-projek ekonomi di bawah IPR seperti INTAN, INSAN dan IKHSAN dalam membantu menambah pendapatan rakyat sama ada berjaya dan diperluaskan atau sebaliknya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Hulu Langat atas persoalan yang dibangkitkan.
Sepertimana yang kita tahu, dalam mempergiatkan usaha untuk kita membasmi kemiskinan, kerajaan melalui Kementerian Ekonomi telah menggerakkan program yang dipanggil Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang merupakan pelengkap kepada program-program sedia ada untuk kita membasmikan kemiskinan.
Yang mana di bawah IPR ini, kerajaan menyediakan ekosistem yang lengkap, di mana bantuan secara in-kind serta latihan kewangan dan kemahiran diberikan kepada peserta bagi kita menyokong dan juga menggerakkan mereka untuk menjalankan aktiviti ekonomi untuk mereka menjana pendapatan tambahan secara mampan yang mana kita meletakkan sasaran supaya pendapatan tambahan sebanyak RM2,000 sebulan.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi untuk rekod, sehingga 31 Ogos 2026, sejumlah 6,781 isi rumah miskin tegar, miskin dan juga B40 telah dilibatkan sebagai peserta di bawah program IPR di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, di bawah Inisiatif Usahawan Tani ataupun IPR–INTAN, seramai 2,034 orang peserta telah dilibatkan dalam projek pertanian berdaya maju dan antara projek yang diusahakan adalah tanaman nanas MD2, tanaman cili fertigasi, tanaman jagung serta terung. Di bawah pelaksanaan program ini, seramai 1,322 orang ataupun 65 peratus peserta telah mencapai ataupun berjaya mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.
Untuk Inisiatif Usahawan Makanan ataupun IPR–INSAN, sejumlah 1,228 peserta di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program ini yang mana seramai 929 ataupun 76 peratus peserta telah memperoleh hasil jualan kumulatif melebihi RM2,000 sepanjang pelaksanaan program.
Terdapat juga cerita-cerita ataupun hasil yang membanggakan. Sebagai contoh yang mana seorang peserta kalau di UiTM Machang dan juga ada di Hospital Sungai Buloh, masing-masing berjaya meraih purata hasil jualan melebihi RM13,000 sebulan.
Di bawah satu lagi inisiatif iaitu Inisiatif Operator Perkhidmatan ataupun IPR– IKHSAN, sejumlah 890 peserta di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ini di mana peserta program telah menerima bayaran sela gaji bulanan bagi menaikkan pendapatan mereka kepada RM2,000 sebulan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Dato’ Seri.
Soalan tambahan saya, apakah halangan atau kendala yang membantutkan perkembangan projek-projek IPR untuk disertai oleh ramai peserta bagi menambah pendapatan mereka? Dan apakah pihak kementerian bersedia untuk menerima idea- idea baru termasuk bekerjasama dengan pihak swasta dalam mengembangkan lagi peluang menambahkan lagi pendapatan rakyat. Terima kasih Dato’ Seri, terima kasih Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan tersebut.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Hulu Langat.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Mengenai cabaran yang kita hadapi, sudah pasti dalam menggerakkan program ini, yang pertama, kalau kita lihat bahawa ia memerlukan kesungguhan daripada semua pihak. Sebagai contoh, dalam menjayakan ikhtiar ini, kita memerlukan komitmen daripada peserta. Jika sebagai contoh mereka menyertai IPR–INTAN yang melibatkan pertanian, komitmen untuk bukan sekadar menuai hasil tetapi untuk memastikan komitmennya daripada awal sebagai bercucuk tanam ini bukan sesuatu perkara yang mudah, memerlukan disiplin, memerlukan teknikal dan juga sebagainya untuk mereka berjaya.
Manakala sebagai contoh untuk IPR–INSAN yang melibatkan vending machine dengan izin, ini memerlukan sebagai contoh mereka perlu top-up makanan itu pada waktu-waktu tertentu yang memberi pulangan terbaik. Sebagai contoh, jika mesin itu diletakkan di institusi pengajian tinggi, mungkin demand ataupun permintaan tertinggi itu berlaku di sebelah malam apabila para mahasiswa berada di kampus ataupun di ruang penginapan.
Maka komitmen itu untuk mengambil peluang untuk memastikan bekalan yang perniagaan mereka hasilkan itu, makanan dan sebagainya itu perlu diletakkan mengikut waktu yang paling bersesuaian untuk mereka berjaya. Tapi cabaran- cabaran lain kita perlu atasi secara bersama. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Menteri.
Pertamanya, saya ingin melihat semula berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan sekejap tadi sebagai jawapan. IPR yang ada di dalamnya INTAN, INSAN dan juga IKHSAN, ini adalah satu program yang sangat baik. Namun, saya ingin bertanya berapa jumlah peruntukan asal yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dibandingkan dengan perbelanjaan sebenar yang digunakan oleh petani? Dan, adakah angka ataupun jumlah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri keuntungan RM2,000 sebulan, adakah dia ini keuntungan tak dikira kewangan daripada kerajaan yang diberi kepada rakyat?
Sebagai contoh, perbelanjaan untuk pertanian, takut kerajaan bagi RM10,000 sebagai contoh. Jadi, bila kira untung, tak kira yang modal atau pun macam mana.
Kemudian, berapa jumlah peserta yang keluar daripada kelompong kemiskinan, keluar daripada B40.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Dan berapa peserta yang gagal? Berapa nilai pulangan berbanding kos pelaksanaan dan berapakah jumlah peratusan penurunan kadar import negara apabila diperkenalkan kerana kita mahu program melahirkan usahawan yang berjaya, bukan berapa ramai peserta yang mengikut program kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Pasir Puteh.
Bagi menjawab pertanyaan berkenaan, sasaran program ini adalah untuk kita membasmi kemiskinan yang mana peruntukan itu bila dilaburkan bukan dalam bentuk bantuan semata-mata tetapi juga untuk membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.
Perkara kedua, proses itu juga membolehkan mereka meningkatkan keupayaan sama ada daripada segi kemahirannya, sama ada memahami proses perniagaannya dan juga memastikan juga hasil yang dihasilkan itu dapat dimanfaatkan kepada masyarakat sama ada di pasaran, sama ada menyelesaikan isu-isu setempat, soal makanan ataupun kalau pertanian tadi, dalam memastikan hasil itu dapat dipasarkan melalui saluran yang sebaik mungkin.
Satu perbezaan yang saya boleh bagi contoh Dato’ Yang di-Pertua, program pembasmian kemiskinan sebelum ini— kita ada program yang kita panggil Basmi Miskin Tegar (BMT) yang mana konsepnya sebelum ini, peruntukan diletakkan dan peserta yang layak itu diberikan apa hasrat mereka.
Contohnya mereka nak hasilkan sesuatu mungkin menjahit ketika itu, kemudian diberikan mesin dan itu adalah sokongan sebelum ini yang dipanggil program BMT, sebelumnya ada IPR ini. Ketika program itu sebagai contoh, jumlah mereka yang berjaya mendapat pendapatan RM2,000 sebagai sasaran kita hanya sekitar 20 peratus daripada program yang kita hasilkan ketika itu.
Manakala untuk program IPR sepertimana yang saya telah nyatakan tadi, contohnya kalau untuk IPR berbentuk INTAN, pertanian tadi, mereka yang berjaya mendapat pendapatan sebulan sekurang-kurangnya RM2,000 adalah sebanyak 65 peratus daripada jumlah seluruh peserta yang sertai. Kenapa ada yang tidak berjaya? Mungkin peserta itu tidak mampu ataupun drop out lah. Dia tidak stay
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
sampai penghujungnya kerana program ini kita melibatkan the whole ecosystem iaitu syarikat ataupun tenaga untuk menggerakkan tanaman berkenaan.
Yang kedua, kita juga mencari jalan untuk ada off-taker ataupun mereka yang membeli hasil pertanian mereka.
Jadi, untuk jumlah perbelanjaan sebagai contoh, kalau Yang Berhormat ikut belanjawan tempoh hari, butirannya memang ada untuk program membasmi kemiskinan ini. Jumlah setiap tahun yang kita letakkan adalah RM100 juta. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kerajaan bercadang mewajibkan kajian permintaan dan kemampuan sebenar rakyat sebelum sesuatu projek perumahan diluluskan serta tindakan yang akan diambil bagi menangani peningkatan 8.6 peratus jumlah kediaman siap yang masih belum terjual berbanding tahun 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus diberikan keutamaan, khususnya berkaitan keperluan asas tempat tinggal.
Berdasarkan komitmen ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandang serius isu lambakan rumah siap dibina tetapi masih tidak terjual ataupun unsold completed khususnya dalam memastikan pembangunan perumahan negara benar-benar memenuhi keperluan dan kemampuan rakyat.
Berdasarkan laporan rasmi Pusat Maklumat Harta Tanah Negara ataupun National Property Information Centre (NAPIC), sebanyak 30,471 unit kediaman siap dibina tidak terjual telah direkodkan pada tahun 2025 dengan nilai keseluruhan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
adalah RM17.73 bilion. Jumlah ini meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada 33,094 unit bernilai RM17.8 bilion pada suku kedua tahun 2026.
Peningkatan ini memanglah mencerminkan cabaran ketidakpadanan antara penawaran dengan permintaan sebenar perumahan, khususnya dari aspek harga rumah berbanding kemampuan pendapatan isi rumah dan kesesuaian lokasi pembangunan serta jenis dan spesifikasi kediaman yang ditawarkan.
Berhubung dengan cadangan Ahli Yang Berhormat, sama ada mewajibkan kajian permintaan dan kemampuan rakyat sebelum sesuatu projek itu, perumahan itu diluluskan, kementerian ini berpandangan bahawa keperluan analisis pasaran perumahan sememangnya penting. Namun, pelaksanaannya perlu mengambil kira implikasi kos, kecekapan proses kelulusan serta daya maju pembangunan perumahan.
Pengenaan syarat kajian tambahan secara menyeluruh kepada semua pemaju berpotensi meningkatkan kos pematuhan, khususnya kepada pemaju- pemaju kecil dan sederhana yang akhirnya nanti akan memberi kesan kepada harga jualan rumah.
Sehubungan dengan itu, melalui Dasar Perumahan Negara 2026–2035, kementerian memberikan penekanan kepada perancangan pembangunan perumahan yang lebih bersasar dan berpandukan data. Pendekatan ini akan diperkukuhkan melalui inisiatif pembangunan repositori data perumahan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang bertujuan mengintegrasikan maklumat penawaran, permintaan, kemampuan, pendapatan, harga rumah dan stok kediaman tidak terjual mengikut lokaliti.
Inisiatif ini dijangka dapat menyediakan analisa asas, analisa permintaan dan kemampuan perumahan secara berpusat untuk menyokong pertimbangan perancangan pembangunan sama ada sama ada oleh kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan tanpa kita perlu mewajibkan setiap pemaju menyediakan kajian berasingan yang boleh menambah kos pembangunan.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kementerian akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga pihak industri bagi menggalakkan pembangunan perumahan yang lebih seimbang dengan keperluan pasaran serta meningkatkan akses pembiayaan pemilikan rumah kepada golongan yang benar-benar layak.
Matlamat kerajaan bukan sekadar mengurangkan jumlah rumah yang tidak terjual tetapi pada masa yang sama adalah untuk kita memastikan setiap
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
pembangunan perumahan dirancang berdasarkan permintaan sebenar dan ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki dan dibangunkan di lokasi yang bersesuaian dengan keperluan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih YB Menteri di atas penjelasan tadi.
Sepertimana yang YB Menteri menyatakan tadi, untuk suku kedua sahaja 33,000 unit tidak terjual. Jadi, walaupun disediakan pinjaman dan sebagainyalah, kaedah pinjaman yang mudah dan sebagainya.
Soalan saya, apakah perancangan kementerian dalam memperluaskan skim sewa untuk dimiliki sebagai pelengkap kepada kemudahan pembiayaan tersebut khususnya melibatkan unit siap tidak terjual milik pemaju swasta? Swasta yang paling banyak yang berlaku kes seperti ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada soalan tambahan Ahli Yang Berhormat daripada Hulu Selangor. Selaras dengan hala tuju Dasar Perumahan Negara 2026–2035 dan juga Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Ahli Yang Berhormat, memang kerajaan sekarang sedang memberi penekanan kepada peluasan model pemilikan alternatif sepertimana sewa untuk dimiliki (rent-to-own) di samping yang kita ada Skim Jaminan Kredit Perumahan dan juga step-up financing.
Kita yakin bahawa dengan pendekatan ini, tujuannya adalah untuk menyediakan laluan pemilikan yang lebih fleksibel dan berperingkat kepada golongan-golongan yang belum layak memperoleh mungkin pembiayaan perumahan secara konvensional.
Dan dalam konteks ini juga kediaman siap tidak terjual milik pemaju-pemaju swasta, kementerian, Ahli Yang Berhormat, sentiasa terbuka untuk kita sama-sama menerokai potensi kerjasama strategik dengan pemaju perumahan termasuk juga institusi kewangan kerana ini adalah penting untuk kedua-dua pemain industri ini supaya kita boleh bersinergi memberikan yang terbaik dan memperluaskan lagi pelaksanaan model RTO, tertakluk juga kepada kesesuaian harga, lokasi permintaan serta juga daya maju pelaksanaan itu sendiri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Pendekatan ini Ahli Yang Berhormat, kita percaya boleh dapat mengoptimumkan stok kediaman yang sedia ada, di samping pada masa yang sama membuka peluang kepada kebanyakan lagi kumpulan sasar tanpa mewujudkan komitmen kewangan yang mungkin membebankan.
Secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, kita di peringkat kementerian sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk sama-sama memberikan yang terbaik kepada rakyat kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato’ Dr.
Timbalan Speaker.
Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, apakah ada bentuk kerjasama atau platform penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT dan juga pihak industri untuk memperkukuhkan lagi untuk tangani isu lambakan rumah yang tidak terjual ini untuk memastikan pembangunan perumahan pada masa depan lebih seimbang? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya sebutkan tadi, bahawa isu lambakan rumah tidak terjual ini memerlukan pendekatan bersepadu dan tanggungjawab bersama semua pihak sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri atau juga pihak berkuasa tempatan, juga pihak industri, memandangkan kelulusan perancangan sama ada perancangan ataupun juga pembangunan perumahan ini adalah diletakkan di bawah pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan.
Adapun yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang platform, memang Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya, Ahli Yang Berhormat, merupakan platform strategik untuk semua pihak berbincang memperkukuhkan penyelarasan dasar, hala tuju dan juga pelaksanaan agenda perumahan negara, termasuklah isu-isu yang kita sebutkan tadi, ketidakpadanan antara penawaran dan juga permintaan perumahan.
Kerjasama ini akan turut diperkukuhkan, sepertimana yang saya sebutkan juga tadi, melalui perkongsian data dan maklumat pasaran perumahan, sama ada daripada agensi-agensi Persekutuan, agensi negeri dan juga pihak berkuasa
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
tempatan, termasuk juga pihak industri. Khususnya menerusi inisiatif yang saya sebutkan sebagai data repository, data perumahan bersepadu yang kita sedang bangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, insya-Allah.
Mudah-mudahan, kita doa bersama-sama, atas usaha ini, kita akan boleh mengurangkan isu-isu lambakan dan, pada masa yang sama, membantu seluruh rakyat kita melihat peluang-peluang perumahan yang mereka mungkin boleh capai di peringkat masing-masing. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat.
Soalan berikut adalah soalan yang terakhir bagi sesi jawab lisan. Dengan ini, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Soalan Batu nombor 9.
9. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah penduduk Parlimen Batu yang dikenal pasti tinggal di kawasan berisiko banjir, kapasiti sebenar pusat pemindahan sementara (PPS) yang tersedia serta perancangan kerajaan menyediakan penempatan sementara jangka sederhana bagi keluarga yang kediaman mereka tidak selamat diduduki selepas banjir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Batu, daripada 14 lokasi hotspot banjir kilat di Kuala Lumpur terkini bagi tahun 2026, tiada terdapat lokasi yang melibatkan Parlimen Batu.
Mengikut rekod terdahulu, dalam lima tahun kebelakangan ini, terdapat dua lokasi yang pernah terlibat dengan banjir kilat iaitu di Kampung Chubadak asal dan Kampung Seri Delima di Parlimen Batu dengan melibatkan jumlah penduduk seramai 1,250 orang.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui jabatan dan agensi berkaitan sentiasa memantau keadaan di lokasi-lokasi berisiko, khususnya semasa hujan lebat, serta mengambil tindakan yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko dan impak banjir kepada penduduk setempat.
Pihak DBKL dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyelaraskan pusat pemindahan sementara (PPS), dengan izin, sebagai pelan tindakan jangka masa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui
pendek dan jangka masa sederhana yang secara keseluruhannya melibatkan 36 lokasi dengan kapasiti 3,550 orang, iaitu 28 buah sekolah yang boleh menampung 2,800 orang, satu buah dewan serba guna yang mampu menampung 100 orang, dua buah pusat komuniti yang menampung 100 orang, empat buah dewan komuniti yang menampung 450 orang dan satu buah kompleks sukan yang mampu menampung 100 orang.
Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta melaksanakan kajian, penyelenggaraan dan tindakan penyelesaian bagi mengatasi isu banjir melibatkan kedua-dua lokasi berkenaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Batu. Soalan tambahan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan satu mekanisme pembiayaan khas bagi kawasan berisiko banjir dengan pendekatan melabur dalam pencegahan dan mitigasi banjir secara jangka panjang berbanding terus menanggung kos bantuan kecemasan dan pemulihan setiap kali banjir berlaku?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Datuk Lo Su Fui
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Batu, buat masa ini, mekanisme yang diguna pakai adalah berdasarkan kawasan berisiko banjir di Kuala Lumpur yang ditentukan berdasarkan pemantauan rekod dan data insiden kejadian banjir di Kuala Lumpur. Daripada data dan rekod ini, kajian teknikal dilakukan dan seterusnya DBKL akan menetapkan tindakan-tindakan yang sesuai di lokasi-lokasi yang berkeperluan untuk dilaksanakan tindakan mitigasi banjir secara jangka panjang.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Datuk Ewon Benedick - Penampang
[Bangun]
Datuk Lo Su Fui
Mengikut rekod DBKL, bagi Parlimen Batu, terdapat satu projek mempertingkatkan sistem saliran dan membina rumah pam di Taman Union, Sentul, Kuala Lumpur, dengan kos RM3 juta.
Selain itu, terdapat juga dua projek mitigasi yang sedang dalam pelaksanaan iaitu satu di Menara PJD, Jalan Sentul Manis, dan satu lagi di sekitar Jalan Tekukur, Taman Million, dengan kos yang melibatkan RM4 juta dan RM9 juta. Secara
Datuk Lo Su Fui
keseluruhannya, sekitar RM16 juta diperuntukkan di bawah Parlimen Batu bagi mitigasi banjir secara jangka panjang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Banjir yang berlaku di Kuala Lumpur adalah banjir kilat, tetapi kerosakan dan kerugian yang terpaksa dialami sama sahaja dengan banjir termenung, atau banjir lama, apabila melibatkan kereta, harta benda dan rumah yang ditenggelami air.
Soalan saya. Apakah pelan dan langkah segera dan jangka panjang yang telah dirancang oleh kementerian ataupun DBKL bagi memastikan banjir kilat di Kuala Lumpur dapat diatasi dengan sebaiknya, terutama dengan pelbagai projek pembangunan yang sentiasa berkembang? Adakah kerajaan bersedia mendedahkan status risiko banjir bagi setiap projek perumahan kepada pembeli?
Dan sifat banjir kilat di bandar berlaku dalam tempoh yang sangat singkat sehingga penduduk tidak sempat menyelamatkan kenderaan mahupun dokumen penting, apatah lagi berpindah ke PPS sebelum air naik mendadak. Sejauh manakah tahap integrasi sistem amaran awal ataupun early warning system antara METMalaysia, JPS dan DBKL di kawasan berisiko tinggi benar-benar berfungsi? Dan mengapa mesej amaran sering diterima penduduk hanya selepas kawasan kediaman mereka sudah pun ditenggelami air? Terima kasih, Dato’ Sri Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Lo Su Fui
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Membangkitkan satu soalan yang sangat bermakna.
Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi salah satu punca masalah yang mengakibatkan banjir yang sukar diatasi di sekitar Bandar Kuala Lumpur.
Pertama, yang setelah disiarkan daripada Yang Berhormat Menteri, YB Hannah Yeoh, di kalangan Parlimen atau di sidang media bahawa: pertama, cabaran kita yang terbesar ialah terdapat 28 kolam takungan air banjir, keseluruhannya 737 ekar dan kapasiti takungan sebanyak 13.1 juta meter padu. Malangnya, ada sebahagian pemberimilikan tanah tersebut melibatkan anggaran 70 peratus daripada
Datuk Lo Su Fui
keluasan kawasan bandar air dan telah menyebabkan keluasan kawasan takungan berkurangan berbanding keluasan asal 33.5 hektar― 70 peratus kehilangan.
Namun DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan bertekad untuk mengatasi masalah ini dan kita bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk mencari tapak kesesuaian tanah sebagai penggantian kolam takungan air. Ini pertama.
Kedua, Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL telah membekukan segala permohonan pembangunan di atas atau di sekeliling kolam takungan air. Ini kedua.
Juga, kita mengadakan cadangan untuk menjadikan DBKL satu sponge city.
Untuk berkaitan dengan soal amaran lebih awal berkaitan banjir, kita sekarang sudah meningkat ini fungsi AI command centre di sekitar DBKL dan kita berjaya meningkatkan amaran daripada dulu mungkin lima minit sahaja, sekarang kita sudah meningkat selama satu jam sebelum banjir melanda kepada sekitar kawasan DBKL.
Terima kasih atas soalan yang dibangkitkan daripada Yang Berhormat dan kita akan sentiasa untuk meningkatkan prestasi DBKL khususnya untuk mengatasi masalah banjir di kawasan KL. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebelum saya teruskan ke sesi yang berikut, saban hari kita melalui sesi jawapan lisan. Ada tak terlintas di dalam pemikiran Yang Berhormat, apa maksud isi pertanyaan di bawah Peraturan 23(1)(a) sehingga (s) itu dan isi ucapan― Peraturan 36? Jadi, Yang Berhormat, Yang Berhormat bila mencelah dalam perkara Peraturan 37(1) itu, pertimbangkanlah dua itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa isi-isi pertanyaan kita bertanya, manakala apakah isi ucapan? Ini ada kaitan. Interpretasi mungkin yang bersidang sini yang mempengerusikan akan menentukan.
Baik. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Dalam Negeri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 16 November 2026.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Menteri, ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti mana yang telah dibentangkan oleh Menteri tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-pertua (Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terbuka untuk dibahas sekarang.
Yang Berhormat, saya dalam tangan saya ini ada terdapat 16 orang yang akan berbahas. Mereka adalah sebagaimana saya akan sebut ini. Dimulakan oleh Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Dungun dan akhirnya Yang Berhormat Kluang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi Peraturan 66(2) iaitu perbahasan di Peringkat Jawatankuasa ini hendaklah dihadkan kepada dasar perkhidmatan yang hendak diuntukkan wang itu dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan, tetapi boleh menyebut butir-butir hasil atau kumpulan wang-kumpulan wang yang dalam tanggungjawab perkhidmat itu. Oleh itu, Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
di peringkat Jawatankuasa ini perlu menyebut secara spesifik Butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin bangkitkan.
Dengan ini, dipersilakan Yang Berhormat Rasah untuk membuka tirai perbahasan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato' Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Perkara pertama, butiran pertama yang saya nak sebutkan adalah di bawah Butiran 040300 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Sawit (COSS). Setiap tahun, ini topik yang memang saya akan bangkitkan.
Topik ini kali ini kita menyaksikan ada RM1 bilion diperuntukkan yang lebih kurang bersamaan dengan 45 peratus daripada keseluruhan belanjawan untuk kementerian ini. Tambah sedikit berbanding dengan RM930 juta pada tahun sebelumnya. Memang ada keperluan Skim Penstabilan Harga Minyak Paket, minyak masak paket ini diteruskan sebab kalau tidak mana rakyat nak beli minyak masak subsidi dengan harga RM2.50 satu liter. Cuma berkenaan dengan perkara ini ada dua perkara yang saya nak sebutkan di bawah butiran ini yang saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Pertamanya, sejak eCOSS iaitu dengan scan barcode dan sebagainya dilaksanakan, ia satu inisiatif yang sangat baik daripada kementerian ini di bawah Kerajaan Malaysia MADANI sebab ia boleh membantu kita mengurangkan kebocoran. Warga asing tak boleh beli. Sebelum ini banyak timbul keadaan di mana warga asing yang dapat beli, rakyat tempatan tak dapat beli sebab bekalan tak cukup. Sekarang ini keadaan itu dah kira diminimumkan. Isu bekalan di pasaran runcit nampak agak stabil walaupun masih kedengaran satu dua tempat, tapi memang ada sesuatu yang tambah baik yang sangat ketara.
Cuma saya nak tanya, sejak eCOSS ini dilaksanakan, apakah kerajaan masih akan kekalkan kuota 60,000 tan metrik setiap bulan ataupun ada cadangan ataupun perancangan daripada kementerian untuk ubah buat pindaan. Sebab sebelum ini pun pernah ada kajian daripada kementerian untuk kurangkan kah ataupun tambah dan sebagainya. Mohon penjelasan.
Perkara kedua di bawah butiran yang sama 040300 adalah harga ataupun subsidi yang ditanggung RM1 bilion ini banyak bergantung kepada harga minyak
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
sawit mentah dunia, CPO kita. Ketika ini CPO kita dalam RM4,400 lebih kurang, RM4,400 setiap tan. Jadi saya nak tanya kerajaan buat unjuran RM1 bilion ini berasaskan harga CPO apa? Adakah ini ataupun mungkin kurang lagi ataupun lebih tinggi?
Dan yang berkenaan dengan perkara ini, boleh tak kerajaan ambil pendekatan kurangkan subsidi dari kerajaan, dana kerajaan dengan bukan memaksa ataupun berbincang dengan syarikat yang mana harga CPO dunia naik, dia akan dapat keuntungan lebih supaya menyumbang sebahagian certain percentage dalam membantu kerajaan mengurangkan subsidi ini.
Perkara kedua yang saya nak bangkitkan Dato’ Sri Pengerusi adalah di bawah Butiran 040700 di bawah tajuk Inisiatif Payung Rahmah. Saya nak sebutkan secara terbuka bahawa Program Jualan RAHMAH MADANI merupakan antara program yang sangat mendapat sambutan dan membolehkan Kerajaan Malaysia MADANI mendapat sokongan di merata tempat.
Program ini kita tahu kalau sebelum itu mungkin sebulan sekali di setiap DUN dan sebagainya. Kini ada DUN yang mana dalam setiap bulan sehingga tiga atau empat kali. Jadi inisiatif ini adalah sesuatu yang wajar dan wajib kita teruskan untuk membantu rakyat di mana rakyat dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang jauh lebih murah.
Pengurangan sehingga 30 percent daripada harga pasaran biasa, sesuatu yang sangat baik dan saya harap dengan adanya pertambahan peruntukan daripada RM300 juta kepada RM400 juta, ia dapat memperbanyakkan lagi di semua tempat di seluruh negara. Jadi siapa-siapa kalau sebut tempat mana tak ada itu, itu palsu, itu tak betul. Itu satu pembohongan. Semua tempat ada. Dia tak kira tempat itu diwakili oleh Wakil Rakyat dari parti mana. Cuma saya nak tanya berkenaan dengan perkara ini. Ada tak cadangan daripada kerajaan untuk memperbanyakkan lagi peniaga yang terbabit? Sebab peniaga pun dapat untung. Kita tak nak ulang-ulang peniaga yang sama.
Jadi saya nak tanya, apakah ada perancangan dari kerajaan untuk memperbanyakkan peniaga yang dapat? Sebab biar keuntungan itu dinikmati, diperolehi manfaat kepada semua peniaga.
Perkara seterusnya adalah di bawah Butiran 010900 di bawah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri (PPDN) di mana kali ini RM260 juta diperuntukkan dengan bilangan jawatan 2,823 orang. Saya nak bincangkan perkara ini bersama
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
dengan Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak yang saya nampak kekal RM29 juta. Saya nak tanya, ada tak cadangan untuk tambah kakitangan?
Pihak Jawatankuasa Pilihan Parlimen pernah ke Sabah pada September.
Kami mengadakan sesi libat urus dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Sabah dan dikatakan Sabah antara yang kekurangan sebab kita tahu kawasan dia luas, kekurangan kakitangan. Sejumlah lebih kurang 250 orang kakitangan kena cover semua tempat di Sabah dengan lapan ataupun sembilan pejabat. Jadi ada tak cadangan untuk tambah kakitangan? Jadi mohon penjelasan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dan perkara terakhir saya ambil 30 saat Dato’ Sri Pengerusi. Di bawah perkara Butiran 00601 – Pembangunan. Di bawah PPP/PFI RM40 juta, tahun-tahun sebelum ini tak ada projek. Jadi ini projek usaha sama antara kerajaan dengan swasta.
Saya hendak tanya, apakah projek yang terlibat? Dan pihak mana kontraktor ataupun pihak swasta yang terlibat, dan impaknya apa? Sebab ini jarang ada berlaku pada bajet-bajet sebelumnya.
Itu sahaja perbahasan daripada saya Dato’ Sri Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai kan Yang Berhormat?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Untuk mengalukan pelawat daripada Jempol.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Pengerusi.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi. Maka di sini dengan sukacitanya ya saya mengalu- alukan kehadiran rombongan pelajar-pelajar dan guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol ke Dewan Rakyat.
[Tepuk] Terima kasih kerana datang ke Parlimen Malaysia. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke pembahas yang berikutnya. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya menyuarakan nurani rakyat Kuala Krai dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Dato’ Sri Pengerusi, saya merujuk kepada B.040300 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ataupun COSS. Isu ini berkaitan dengan pengurusan subsidi minyak masak paket satu kilogram melalui Program COSS.
Minyak masak bukan barang mewah. Ia merupakan keperluan asas yang digunakan hampir setiap keluarga khususnya golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan telah membayar subsidi minyak masak sebanyak RM1.69 bilion pada tahun 2023 dan meningkat kepada RM1.95 bilion pada tahun 2024. Manakala bagi tahun 2027, peruntukan yang dinyatakan sebanyak RM1 bilion.
Saya ingin bertanya, apakah ukuran kejayaan kementerian dalam mengurus subsidi sebesar ini? Sebanyak 367 kes berkaitan isu ini direkodkan bagi tahun 2020 sehingga 2025 dengan nilai rampasan berjumlah RM19.52 juta. Angka ini bukan kecil. Ia menggambarkan bahawa penyelewengan subsidi minyak masak bukan isu terpencil yang berlaku sekali sekala. Ia merupakan masalah yang perlu ditangani melalui sistem kawalan yang lebih menyeluruh.
Dato’ Sri Pengerusi, saya mengambil maklum langkah kementerian memperkenalkan sistem eCOSS dan penggunaan teknologi digital bagi memperkukuh pemantauan pengedaran minyak masak bersubsidi. Pelaksanaan rintis aplikasi mudah alih eCOSS pada Mei 2025 serta perancangan integrasi dengan MyKad merupakan usaha yang wajar diberi perhatian.
Adakah sistem ini dapat merekodkan jumlah pengeluaran, jumlah pengedaran, lokasi pemborong, kuantiti yang dibeli oleh peruncit dan jumlah yang akhirnya dijual kepada pengguna? Saya juga ingin bertanya tentang pelaksanaan integrasi MyKad. Bagaimanakah kementerian mahu memastikan golongan yang tidak mempunyai akses mudah kepada teknologi seperti warga emas, penduduk luar bandar dan mereka yang tinggal di kawasan pendalaman tidak terpinggir daripada mendapatkan minyak masak bersubsidi?
Dato’ Sri Pengerusi, saya merujuk kepada B.040700 – Inisiatif Payung RAHMAH. Isu kedua yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan Program Payung RAHMAH khususnya Jualan RAHMAH. Saya tidak menafikan bahawa
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
program ini mempunyai nilai yang baik. Dalam keadaan harga barang yang meningkat, program jualan murah boleh membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan B40 dan keluarga yang berhadapan dengan tekanan perbelanjaan.
Peruntukan Payung RAHMAH pada tahun 2025 kemudian dilaporkan meningkat melalui pertambahan peruntukan sehingga RM600 juta. Bagi tahun 2026 juga RM67 juta manakala anggaran tahun 2027 dalam dokumen kementerian ialah RM400 juta. Pada masa sama, terdapat pengumuman peruntukan RM750 juta bagi Jualan Rahmah dan Jualan Agro dalam Pembentangan Belanjawan.
Di sini timbul persoalan yang perlu dijelaskan oleh kementerian, adakah RM400 juta itu peruntukan khusus KPDN manakala RM750 juta merangkumi peruntukan kementerian dan agensi lain? Adakah RM600 juta bagi tahun 2025 merupakan peruntukan asal bersama dengan peruntukan tambahan atau terdapat komponen lain yang turut dimasukkan? Apakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan? Bukan sekadar jumlah yang diumumkan.
Dokumen kementerian menyatakan sebanyak 25,708 siri jualan telah dilaksanakan pada tahun 2025 dengan sasaran 30,000 siri bagi tahun 2026, tetapi saya ingin bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan “kejayaan 25,708 siri jualan”?
Jika program jualan murah dibuka tanpa mekanisme pemantauan yang munasabah, bagaimana kementerian memastikan manfaatnya tidak turut dinikmati secara berlebihan oleh golongan berpendapatan tinggi, pihak yang tidak layak ataupun pembeli yang membeli dalam kuantiti besar untuk tujuan perniagaan semula.
Saya tidak mengatakan golongan berpendapatan tinggi tidak boleh membeli barang keperluan kepada harga yang murah. Namun, apabila kerajaan menggunakan wang pembayar cukai untuk menampung sebahagian kos program, keutamaan mestilah diberikan kepada golongan yang paling memerlukan. Pada masa yang sama, dalam keghairahan kementerian menganjurkan Jualan Rahmah, jangan pula terlupa bahawa di sebalik kedai-kedai runcit kecil di kampung terdapat rakyat biasa yang sedang berjuang mencari sesuap rezeki.
Mereka juga sebahagian daripada ekosistem ekonomi negara. Bukannya pesaing yang boleh dikorbankan atas nama kebajikan. Mereka berniaga dengan keuntungan yang kecil malah ada yang sekadar cukup untuk menyara keluarga.
Apabila Jualan Rahmah dianjurkan terlalu kerap khususnya di kawasan yang sama,
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
peniaga kecil terpaksa berhadapan persaingan harga yang sukar ditandingi kerana mereka tidak menikmati kelebihan subsidi, segala pembelian dan sokongan logistik seperti program kerajaan.
Janganlah sampai program yang bertujuan membantu rakyat membeli barang murah akhirnya menekan rakyat lain yang mencari rezeki melalui perniagaan kecil. Pengguna mendapat manfaat kita setuju, tetapi secara tidak langsung menjadi ancaman kepada periuk nasi peniaga kecil.
Saya ingin bertanya, adakah kementerian pernah menjalankan kajian impak secara menyeluruh terhadap kesan kekerapan Jualan RAHMAH kepada prestasi jualan, pendapatan dan kelangsungan kedai runcit kecil khususnya di kawasan luar bandar? Berapa banyak perniagaan kecil yang terjejas atau terpaksa gulung tikar akibat persaingan ini.
Lebih penting, apakah langkah perlindungan dan mekanisme libat urus yang disediakan supaya Jualan Rahmah tidak mematikan peniaga kecil sebaliknya turut melibatkan mereka sebagai rakan niaga dan sebahagian daripada penyelesaian?
Sebagai yang terakhir Dato’ Sri Pengerusi ialah berkaitan dengan B.020400 – Penguatkuasaan. Saya mengambil maklum pelaksanaan Ops Tiris 4.0 mulai Mac 2026 serta usaha kementerian memperketat kawalan terhadap penyalahgunaan bekalan diesel. Sebanyak RM1.73 juta liter diesel telah dirampas di Sabah bagi tempoh 2024 sehingga 2026. Selain itu, sebanyak 223 kad fleet dilaporkan telah disekat sejak tahun 2023.
Angka ini menunjukkan bahawa kementerian telah mengambil tindakan terhadap kegiatan yang disyaki melibatkan penyelewengan bekalan diesel. Namun persoalan yang lebih besar ialah berapakah nilai sebenar subsidi yang berjaya diselamatkan melalui tindakan tersebut? Kita perlu membezakan antara nilai rampasan dengan nilai ketirisan yang berjaya dicegah.
Rampasan ialah tindakan selepas sesuatu kesalahan dikesan. Pencegahan pula bermaksud kerajaan berjaya menutup ruang yang membolehkan penyelewengan berlaku. Saya ingin tahu, berapakah anggaran jumlah diesel bersubsidi yang telah diselewengkan setiap tahun? Berapakah anggaran kerugian kewangan kerajaan akibat kegiatan penyeludupan dan penyalahgunaan diesel?
Daripada 223 kad fleet yang disekat, berapa banyak yang telah disahkan melakukan pelanggaran dan berapa banyak yang masih boleh— yang masih dalam proses siasatan? Apakah kriteria yang digunakan untuk meningkat kad fleet
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
tersebut? Adakah pemilik diberi notis, peluang untuk memberi penjelasan dan saluran rayuan yang telus?
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Tuan Pengerusi, terima kasih atas ruang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027, peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Tuan Pengerusi, pertama Butiran 040600 – Program Pengedaran Barang Perlu.
Peruntukan RM250 juta bagi tahun 2027 mesti menjamin bekalan sampai secara konsisten kepada rakyat khususnya penduduk di pedalaman dan kawasan pulau di Parlimen Kalabakan seperti Pulau Sebatik. Justeru, saya memohon kementerian memperincikan jumlah peruntukan, zon pengedaran, pusat jualan dan bilangan penduduk yang menerima manfaat di Kalabakan?
Adakah liputan semasa mencukupi dan bilakah penilaian terakhir terhadap keperluan kawasan yang belum dilaksanakan? Semakan dalam mengambil kira jarak perjalanan, jumlah penduduk dan kekerapan gangguan bekalan. Kontrak pengangkutan pula perlu menetapkan jadual penghantaran dan tindakan terhadap kegagalan pembekal.
Tuan Pengerusi, kedua Butiran 040800 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Peruntukan RM67 juta juga perlu diberikan penjelasan tentang keberkesanan program dalam merapatkan jurang harga.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Oleh itu saya memohon pecahan peruntukan Sabah, jenis barangan yang terlibat dan kaedah yang diukur untuk penjimatan pengguna. Bagi Parlimen Kalabakan, kementerian wajar membentangkan perbandingan harga barangan terpilih di antara pusat bekalan, pekan dan juga kampung yang menerima manfaat.
Penilaian perlu menunjukkan sejauh mana bantuan kerajaan mengurangkan harga terakhir yang akan dibayar oleh rakyat.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Tuan Pengerusi, ketiga Butiran 040700 – Inisiatif Payung RAHMAH. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan daripada RM300 juta kepada RM400 juta, penambahan yang signifikan. Dan dalam perluasan inisiatif ini, saya memohon perhatian khusus terhadap capaian Jualan RAHMAH MADANI terutamanya di kawasan luar bandar.
Untuk Parlimen Kalabakan, saya mohon dilaksanakan jualan bergerak yang melalui penggiliran lokasi secara berkala di antara kawasan yang berdekatan dengan bandar ataupun pekan, kampung pedalaman dan juga kawasan pulau yang bersesuaian. Jadual hendaklah diumumkan lebih awal supaya penduduk dapat merasai manfaat terutamanya penduduk kebanyakan.
Tuan Pengerusi, keempat Butiran 040300 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Peningkatan peruntukan daripada RM930 juta kepada RM1 bilion mesti diterjemahkan kepada jaminan bekalan minyak masak bersubsidi kepada pengguna yang layak. Sehubungan itu, saya memohon penjelasan mengenai kuota, jumlah penghantaran dan juga aduan kekurangan bekalan, terutamanya di Parlimen Kalabakan. Pengesanan daripada pembungkus kepada pemborong dan peruncit hendaklah diperkukuh bagi mengenal pasti ketidakpadanan antara rekod penghantaran dengan stok sebenar.
Sekiranya mekanisme digital digunakan, sediakan kaedah alternatif ketika capaian internet terganggu. Jangan sampai kelemahan talian menjadi tembok yang menghalang rakyat mendapatkan subsidi terutamanya penduduk di luar bandar.
Peruncit kecil juga perlu diberikan panduan dan sokongan supaya pelaksanaan dapat berjalan dengan lancar.
Tuan Pengerusi, kelima Butiran 020700 – Kawal Selia Petroleum. Peruntukan RM3,991,800 perlu menyokong kawal selia bekalan petrol dan diesel yang memenuhi keperluan pengguna. Saya memohon penilaian kecukupan, kemudahan pembekalan bahan api bagi penduduk dan kegiatan ekonomi setempat. Sekiranya terdapat kawasan yang kurang mendapat akses, pertimbangkan pembangunan stesen minyak atau portable container system (PCS) mengikut kesesuaian dan keperluan sebenar. Sebagai contoh, mungkin perlu satu PCS dibuat di Pulau Sebatik.
Keenam Tuan Pengerusi, Butiran 040900 – Program Pemantauan Harga.
Peruntukan RM41 juta perlu menghasilkan gambaran harga yang mencerminkan beban sebenar rakyat Sabah. Saya mencadangkan liputan pemantauan diperincikan mengikut daerah dan lokaliti termasuk di kawasan pedalaman dan juga kepulauan.
Purata negeri sahaja boleh menyembunyikan jurang harga antara komuniti.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Dapatan pemantauan mesti mencetuskan tindakan mengikut puncanya sama ada pemeriksaan pencatutan, semakan liputan pengedaran ataupun pembaikan jadual penghantaran. Terbitan dapatan berkala supaya perubahan harga dan keberkesanan intervensi dapat dinilai. Data yang dikumpulkan mesti menjadi asas keputusan yang akhirnya yang mengurangkan beban pengguna.
Tuan Pengerusi, mengakhiri ucapan Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang dikasihi. Yang pertama ialah B.25 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri dan tajuk 2020400 – Penguatkuasaan.
Yang Berhormat, kegiatan yang pertama ialah saya ingin mengeluarkan kenyataan iaitu berhubung dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud; *“Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah yang mengalir, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati terjatuh dari tempat tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih sebelum habis nyawanya dan yang disembelih atas nama berhala dan diharamkan juga kamu mengundi nasib dengan batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan berdosa.”* Ini adalah ayat Quran yang saya tidak ulas panjang cuma nak hubung kait dengan apa yang kita dengar, ragui yang berlaku berhubung dengan tangkapan ayam sebanyak 6,555 kilogram bernilai RM85,000 yang melibatkan 12 warga asing.
Yang Berhormat hari ini saya baik, saya tak cakap tinggi-tinggi, perlahan-lahan saja supaya rakyat faham.
Yang pertama sekali ialah berhubung dengan kenyataan kerajaan inflasi sekarang rendah. Inflasi rendah ini rakyat bukan nak dengar sangat, rakyat nak dengar harga barang naik ataupun tidak. Yang Berhormat, ini kedudukan harga barang sekarang di Malaysia. Ayam standard naik 20 sen tak banyaklah.
Kenapa ayam tak naik harga, saya pun hairanlah 20 sen saja kan. Mungkin di antaranya sebab kita jumpa yang tak disembelih tadi ya. Daging lembu naik RM1, ikan kembung naik RM1.30, ikan selayang naik RM0.90, udang putih naik RM2,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
sotong biasa naik RM2, tapi yang paling penting rakyat nak dengar apa dia? Gred telur, gred A naik 90 sen sehingga RM1.90. Gred B naik 50 sen sehingga RM1.50.
Gred C 30 sen sehingga RM1.10. Inflasi rendah sepatutnya harga barang rendah.
Sebab apa, kalau inflasi tinggi harga barang tinggi.
Jadi sekarang ini dah rendah, kenapa barang naik harga? Yang ini rakyat nak tahu, rakyat Malaysia nak tahu, orang Melaka nak tahu ya, tertinggi sikit. Orang Melaka nak tahu bahawa kenapa inflasi rendah, barang naik.
Kemudian yang keduanya, berhubung dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya tengah dok sedang merancang untuk bawa di bawah 36(12) mengelirukan Dewan. Di antaranya ialah GST tidak akan— SST tidak akan membebankan rakyat. Kalau GST membebankan rakyat, kena 6 peratus untuk semua rakyat, tapi SST tak bebankan rakyat. Dia beban cuma tauke-tauke saja.
Saya nak beritahu Yang Berhormat, tapi Yang Berhormat mungkin jarang masuk ke sana iaitu kantin Tamu, kantin Parlimen, kantin Tamu— teh tarik semua harganya ialah RM24.50, SST Yang Berhormat RM1.40. Ini SST rakyat Malaysia. Ini SST, SST dikenakan. Kalau kita kata GST dikenakan untuk semua rakyat, SST saya bukan rakyat. Ni saya tadi yang ni bukan saya bayar, ini Ketua Pembangkang bayar.
Jadi, Ketua Pembangkang pun rakyat, Tan Sri pun rakyat. Jadi semua rakyat, tapi semua orang akan kena SST 6 percent.
Jadi, kalau kita kata SST itu bagus, tak membebankan rakyat. Saya nak beritahu Yang Berhormatlah, saya minta supaya ada penerangan Menteri untuk kita bahaskan tajuk ini.
Dalam dunia ini ada 193 negara Yang Berhormat, yang laksanakan GST 176, yang tak laksanakan GST hanya 20, termasuklah negara itu ialah Macau, Myanmar, siapa ni, Libya, Sudan. Ini negara-negara yang tak laksanakan GST. Adakah kita yang ikut SST, tak laksanakan GST itu kita hebat?
Dan dalam jawapan Menteri kepada saya yang saya buat soalan bertulis, dia kata kita akan membuat rundingan dengan negara-negara— ha buat rundingan dengan negara-negara inilah— Macau, Sudan, Libya, siapa ni, Hong Kong baguslah okey. Jadi, perkataan “membuat rundingan” itu menimbulkan masalah kepada saya.
Jadi Yang Berhormat dan akhir sekali, sebab masa hampir habis iaitu berhubung dengan ayam ini. Saya nak tanya Yang Berhormat ialah ayam ini kita tahu bahawa kilang ini memproses 40,000 ekor ayam satu hari. Dan kita baru tangkap, yang kita tangkap hari tu ialah 6,555 kilogram, 40,000 ekor sehari. Dan kita nak
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
tanya, apakah tindakan yang telah diambil? Kenapa tidak diumumkan nama? Sebab kita bimbang selama ni kita dok makan di Lembah Klang ni makan ayam kan, makan ayam, Yang Berhormat Menteri makan, Tan Sri makan.
Ah keluar dah? Okey. Makan, tiba-tiba hari ini diberitahu bahawa satu kilang yang memproses ayam 40,000 ekor satu hari telah ditangkap kerana yang sembelih itu warganegara asing. Saya tak tahu agama apa, warganegara asing.
Sebab apa saya sebut ayat Quran tadi dan mereka ini telah memproses ayam begitu lama. Kenapa kita diam? Yang Berhormat sahabat saya kenapa tak beritahu, siapa ini dan adakah tindakan telah diambil untuk menghalang mereka daripada beroperasi? Dan saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, sepanjang sehingga kini 2021, 2022 berapa banyak tempat-tempat proses ayam yang telah diberi sijil halal dan berapa banyak yang telah kita lawati ya? Sebab benda ni penting. Sebab kalau tidak, rakyat teraniaya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan akhir sekali seperti yang saya sebutkan tadi ialah, saya minta supaya penerangan Menteri dibuat khas untuk SST dan GST, termasuk hubungan kita dengan Taiwan tadi sebab beberapa ucapan tadi mengelirukan.
Cuma satu saya akan buat usul walaupun usul ni agak berat untuk merujuk Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan 36(12), tapi saya terpaksa buat dengan hati yang berat. Kerana apa? Kerana telah mengelirukan Dewan. Kalau Menteri nak, sahabat saya nak, saya boleh bagi ini ataupun Yang Berhormat boleh pi makan dekat kantin. Dia akan tekan perkataan SST. Jadi, SST tak bebankan rakyat, tapi dikenakan cukai kepada rakyat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke pembahas yang berikut. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera dan terima kasih Dato' Sri Pengerusi.
Betong terus ke Butiran B040700, iaitu Inisiatif Payung RAHMAH. Dato' Sri Pengerusi, kita menyokong hasrat murni kerajaan untuk meningkatkan peruntukan dan agenda RAHMAH ini demi membantu rakyat yang terhimpit. Ianya merupakan salah satu program intervensi utama di bawah KPDN untuk menangani kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi golongan B40 dan miskin tegar.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato' Sri Pengerusi, memandangkan peruntukan keseluruhan Program Jualan Rahmah MADANI meningkat dengan ketara, saya mohon Menteri menyatakan berapakah pecahan dana khusus yang telah diperuntukkan untuk Kawasan Parlimen Betong.
Dan mengenai isu ketirisan bekalan dan pemantauan penguatkuasaan, bagaimanakah sebahagian daripada peruntukan pengurusan ini disalurkan untuk kita memperkasakan anggota penguat kuasa khususnya bagi kawasan Betong yang belum ada lagi Pejabat KPDN. Dan susulan dengan itu, adakah kementerian ada perancangan untuk menubuhkan Pejabat KPDN di Bahagian Betong?
Seterusnya, apakah jaminan kementerian bahawa barangan bersubsidi di bawah Jualan RAHMAH tidak tiris atau dibeli secara borong oleh pihak industri ataupun peniaga besar, sebaliknya benar-benar sampai kepada golongan sasaran iaitu B40 dan miskin tegar?
Dari segi impak sosioekonomi dan data penerima manfaat serta berdasarkan unjuran transaksi nasional yang meningkat. Saya, soalan saya, berapakah jumlah anggaran isi rumah di— khususnya Parlimen Betong yang telah menerima manfaat langsung daripada Program Payung RAHMAH sepanjang tahun 2026 ini?
Dato' Sri Pengerusi, walau bagaimanapun intervensi harga tidak boleh dibiarkan sehingga menjejaskan kelangsungan ekonomi, peruncit kita dan peniaga kecil tempatan kita di luar bandar. Dan apabila Jualan Rahmah MADANI ni menawarkan diskaun sehingga 30 peratus, kedai runcit mikro di kawasan luar bandar seperti kawasan saya di Betong kehilangan pelanggan dalam sekelip mata kerana tidak mempunyai kelebihan skala ekonomi.
Jadi, keadaan diburukkan lagi dengan sekatan premis Skim SARA yang mencetuskan migrasi pelanggan secara drastik kepada pasar raya yang besar. Jadi soalan saya, apakah mekanisme pemantauan KPDN bagi kita memastikan Program Jualan RAHMAH bergerak tidak diadakan terlalu hampir radius kedai runcit kampung sehingga membunuh perniagaan sedia ada.
Sebagai langkah konstruktif, saya ingin mengemukakan syor iaitu pertamanya transformasi model B-to-B daripada kerajaan menjadi menjual terus kepada pengguna B-to-C. Saya syorkan kementerian mewujudkan hab bekalan borong RAHMAH. Benarkanlah kedai runcit ni membeli stok barangan asas pada harga subsidi borong supaya mereka boleh menjual semula pada harga RAHMAH di kampung-kampung.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Keduanya, liberalisasi agen SARA, pemudah dan berikan kelulusan automatik kepada kedai runcit luar bandar untuk menjadi rakan niaga SARA tanpa bebanan birokrasi sistem POS yang mahal agar aliran tunai bantuan kembali merancakkan ekonomi komuniti setempat.
Dato' Sri Pengerusi, seterusnya saya ke Butiran B.040300 iaitu Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ataupun COSS. Dato' Sri Pengerusi, skim ini adalah bukti keprihatinan kerajaan juga untuk kita meringankan kos sara hidup.
Namun, isu ketirisan dana fiskal dan penyalah— penyeludupan rentas sempadan masih menjadi barah yang memakan hasil subsidi rakyat kita.
Jadi, terutamanya berhubung isu lambakan kuota dan kegagalan rantaian bekalan. Kuota siling semasa dikekalkan pada 60,000 metrik tan sebulan sedangkan keperluan domestik sebenar isi rumah tempatan hanyalah dalam sekitar 20,000 hingga 30,000 metrik tan sahaja. Soalannya, ke mana perginya baki perbezaan ini?
Data operasi di lapangan Dato' Sri Pengerusi membuktikan ia bocor keluar. Sebagai contoh melalui Op Tiris 4.0 di sempadan Kelantan dengan Thailand sahaja KPDN merekodkan 104 kes penyelewengan minyak masak paket dengan rampasan mencecah lebih 72,800 kilogram.
Di bandar besar pula, KPDN membongkar taktik memotong paket minyak bersubsidi satu kilo ini untuk dicampur dengan minyak masak terpakai demi mereka mengaut keuntungan pasaran gelap sebab mereka boleh menjual sehingga RM3 lebih satu kilogram.
Jadi soalan saya, sampai bilakah negara mahu menanggung kerugian fiskal berpuluh juta ini akibat ketirisan rantaian bekalan? Apakah tindakan tegas dan audit forensik digital ke atas syarikat pembungkus yang didapati bersekongkol membekalkan minyak subsidi kepada sindiket-sindiket penyeludupan ini.
Keduanya, aplikasi pelaksanaan sistem digital. Kita menyokong penuh integrasi ekosistem eCOSS dan Mobile eCOSS bersama myDigital ID bagi kita menyekat pembelian warga asing. Namun soalan saya, sejauh manakah penguatkuasaan digital ni mampu memintas transit-transit haram minyak masak di kawasan-kawasan sempadan sebelum ia dibawa menyeberang sungai.
Jadi Dato' Sri Pengerusi, melihat kepada kekangan penguat kuasa fizikal dan kecanggihan sindiket, sudah tiba masanya KPDN menilai semula butiran ini B040300 ini dan adakah kementerian bersedia untuk melakukan perubahan berani dengan mengalihkan subsidi pukal barang ini kepada bantuan tunai terus seperti SARA yang disalurkan terus kepada akaun warganegara yang layak.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Kaedah ini saya lihat jauh lebih kalis penyeludupan dan menutup ruang, terus ruang manipulasi di sempadan. Dan sebagai penutup, Betong berharap segala peruntukan yang telah disediakan dapat digunakan sebaik-baiknya dengan berkesan supaya lebih ramai penduduk kita yang memperoleh barangan keperluan pada harga yang berpatutan tanpa membebankan peniaga-peniaga kecil setempat. Sekian, terima kasih Dato' Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Dato' Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran B.020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Pertama, kecukupan peruntukan dan skala siasatan. Berdasarkan anggaran perbelanjaan 2027 untuk dirujuk, peruntukan pengurusan MyCC meningkat daripada RM12,216,500 pada tahun 2026 kepada RM14 juta pada tahun 2027 iaitu pertambahan RM1,783,500 atau 14.6 peratus.
Saya menyambut baik peningkatan ini. Namun persoalannya, adakah peruntukan tersebut benar-benar mencukupi untuk menampung tanggungjawab penguatkuasaan MyCC yang semakin kompleks. Justeru, saya mohon Menteri menjelaskan daripada peruntukan RM14 juta tersebut, berapakah yang benar-benar disalurkan kepada aktiviti penyiasatan dan penguatkuasaan berbanding perbelanjaan pentadbiran dan operasi? Apakah sumber kewangan lain yang tersedia kepada MyCC dan adakah kerajaan bercadang memperkukuh pembiayaannya berdasarkan keperluan penyiasatan sebenar?
Selain itu, di bawah P.25, Butiran 01400 terdapat peruntukan pembangunan RM1 juta bagi projek implementasi Undang-undang Persaingan daripada kos keseluruhan projek RM5 juta. Apakah petunjuk prestasi utama atau KPI yang ditetapkan bagi projek ini? Dan apakah hasil yang boleh diukur menjelang akhir tahun 2027?
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Dato' Sri Pengerusi, kedua kapasiti penyiasatan dan kos guaman. Siasatan kartel hari ini bukan lagi sekadar meneliti dokumen tender. Ia melibatkan analisis data berskala besar, komunikasi digital, struktur pemilikan syarikat, transaksi kewangan dan pembuktian hubungan antara pembida.
Justeru, MyCC memerlukan keupayaan penyiasatan yang jauh lebih khusus.
Saya ingin bertanya, berapakah jumlah sebenar pegawai penyiasat, pakar ekonomi persaingan, penganalisis data dan pegawai forensik digital yang sedang berkhidmat di MyCC? Adakah peningkatan peruntukan sebanyak 14.6 peratus ini akan digunakan untuk menambah tenaga pakar dan memperkukuh teknologi penyiasatan atau sekadar menampung kos operasi tahunan?
Seterusnya saya ingin menyentuh aspek kos guaman. Berapakah jumlah perbelanjaan guaman MyCC bagi tempoh 2023 hingga 2026 dengan pecahan kos prosiding di Tribunal Rayuan Persaingan, mahkamah dan khidmat firma guaman luar?
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Berapa banyak kes yang dikendalikan oleh pegawai undang-undang dalaman dan berapa banyak yang memerlukan pelantikan peguam luar?
Saya membangkitkan perkara ini kerana kejayaan penguatkuasaan bukan hanya bergantung kepada keupayaan mengeluarkan keputusan, tetapi juga keupayaan mempertahankan keputusan tersebut apabila dicabar di sisi undang- undang.
Dato’ Sri Pengerusi, ketiga, keberkesanan penguatkuasaan dan kutipan penalti. Saya ingin menegaskan bahawa kejayaan MyCC tidak sepatutnya diukur semata-mata berdasarkan jumlah syarikat yang disiasat atau nilai peneliti yang diumumkan. Kita perlu melihat berapa banyak keputusan penguatkuasaan yang benar-benar kekal selepas melalui proses rayuan dan semakan kehakiman?
Di bawah Akta Persaingan 2010, MyCC mempunyai kuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelanggaran Undang-undang Persaingan. Namun, setiap keputusan perlu disokong bukti yang kukuh, analisis ekonomi yang tepat dan pematuhan prosedur yang teliti.
Saya mencadangkan supaya MyCC memperkukuhkan kaedah pengumpulan bukti digital, analisis ekonomi dan pengurusan kes bagi mengurangkan risiko keputusan diketepikan akibat kelemahan pembuktian atau prosedur.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Sehubungan itu saya memohon Menteri mengemukakan secara bertulis statistik penguatkuasaan bagi tempoh 2023 hingga 2026, merangkumi jumlah keputusan cadangan dan keputusan akhir jumlah penalti yang dikenakan, keputusan yang dikekalkan atau diubah selepas rayuan dan semakan kehakiman serta jumlah penalti yang benar-benar berjaya dikutip.
Jangan kita menyamakan jumlah penalti yang diumumkan dengan hasil kutipan sebenar. Saya juga ingin mengetahui sama ada MyCC mempunyai mekanisme pemantauan terhadap syarikat yang telah dikenakan tindakan bagi memastikan amalan anti persaingan yang sama tidak berulang.
Dato’ Sri Pengerusi. Keempat, membanteras kartel perolehan dan melindungi PMKS. Satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian ialah kesan kartel terhadap integriti perolehan kerajaan. Saya ingin bertanya, apakah bentuk kerjasama sistematik antara MyCC, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Agensi Perolehan Kerajaan untuk mengesan petunjuk awal pakatan tender?
Adakah kerajaan bercadang memperkenalkan sistem pengesanan risiko kartel berasaskan analisis data perolehan, termasuk mengenal pasti pembida yang berkongsi alamat, pemilikan, pola harga atau dokumen tender yang mempunyai persamaan luar biasa.
Pada masa yang sama, saya ingin menekankan bahawa penguatkuasaan persaingan mesti turut memberi manfaat kepada PMKS khususnya peniaga kecil di kawasan luar bandar. Di Mersing, Endau dan kawasan FELDA, peniaga kecil sering berhadapan cabaran mendapatkan bekalan pada harga kompetitif serta kekangan pilihan pembekal dan pengedar.
Saya ingin bertanya, adakah MyCC menjalankan kajian pasaran bagi mengenal pasti kemungkinan amalan anti-persaingan dalam rantaian pengedaran dan pembekalan barangan ke kawasan luar bandar?
Ini penting kerana kita bukan sahaja mahu pembanteras kartel dalam perolehan kerajaan, tetapi juga memastikan peniaga kecil dan pengguna tidak terperangkap dalam struktur pasaran yang menyekat persaingan. Sekian. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Bentara.
[Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguh untuk solat dan rehat.
Mesyuarat ditangguh dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.
Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
mempengerusikan Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih, Puan Pengerusi. Tuaran berbahas di bawah Maksud Bekalan B.25, Butiran 030100 – Kepenggunaan dan Persaingan. Tuaran menghargai usaha kerajaan menangani kos sara hidup melalui bantuan kepada rakyat, jualan barangan pada harga berpatutan dan penguatkuasaan terhadap pencatutan. Usaha ini perlu diteruskan kerana banyak keluarga masih bergelut dengan perbelanjaan harian.
Pada masa yang sama, rakyat perlu dibantu menambah pendapatan. Kalau pendapatan tidak meningkat, mereka tetap sukar menampung keperluan-keperluan keluarga. Sebab itu, usaha menangani kos sara hidup mesti turut menggerakkan ekonomi akar umbi. Industri kecantikan mempunyai potensi besar dalam usaha ini, khususnya untuk wanita dan belia. Dengan kemahiran yang betul, mereka boleh
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
memulakan perniagaan, membina pelanggan tetap dan akhirnya menggaji pekerja.
Peluang ini perlu diperluas hingga ke daerah kecil di Sabah dan Sarawak.
Untuk berkembang, pengusaha memerlukan peraturan yang jelas. Pengguna pula mahu yakin bahawa perkhidmatan yang diterima selamat dan pengamalnya berkemahiran. Inilah sebabnya Tuaran memperjuangkan kawal selia kendiri bagi sektor perkhidmatan estetik bukan perubatan dengan penguasaan kerajaan.
Pada pandangan Tuaran, Association of International Certified Aestheticians atau AICA ialah calon terbaik untuk menerajui usaha ini. AICA mempunyai rekod penglibatan bersama IPEC Bureau, dengan pembangunan pensijilan pengamal.
Asas ini boleh diperkukuh melalui pengiktirafan kerajaan dengan mandat yang jelas untuk meningkatkan standard industri dan melindungi pengguna. Perkara ini sudah Tuaran bangkitkan di Dewan Rakyat pada tahun 2022. Pengamal memerlukan hala tuju yang pasti. Tuaran meminta kementerian menetapkan laluan rasmi pengiktirafan AICA dengan syarat dan tempoh pelaksanaan yang jelas.
Puan Pengerusi, AICA boleh menyelaras standard amalan, daftar pengamal, latihan berterusan serta disiplin ahli. Kerajaan pula terus menjalankan penguatkuasaan. Pengiktirafan perlu disertai pemantauan dan laporan prestasi yang terbuka. Pertama, KPDN bersama Kementerian Kesihatan perlu memperjelas sempadan perkhidmatan bukan perubatan. Pengamal mesti tahu perkhidmatan yang dibenarkan dan prosedur di luar bidang mereka. Pensijilan kemahiran tidak boleh dianggap sebagai kebenaran menjalankan amalan perubatan.
Yang kedua, sediakan daftar pengamal yang mudah disemak. Nyatakan kelayakan disahkan, skop kemahiran dan status pensijilan. Bagi pengamal asing, kelayakan pematuhan syarat bekerja perlu disemak bersama agensi berkenaan.
Ketiga, pastikan aduan pengguna diselesaikan secara adil. Harga, risiko dan syarat bayaran balik mesti dijelaskan terlebih dahulu. Libatkan wakil pengguna dalam pengawasan, sediakan rayuan yang bebas dan rujuk pelanggaran undang-undang kepada pihak berkuasa.
Pelaksanaannya juga mesti membantu pengusaha kecil. Pastikan yuran munasabah dan latihan mampu milik. Libatkan AICA bersama penyelia latihan dan agensi kerajaan dalam bimbingan perniagaan serta penilaian kemahiran pengamal berpengalaman termasuk di luar bandar.
Tuaran minta kementerian menetapkan syarat pengiktirafan dan membuat keputusan terhadap permohonan AICA dalam tempoh tiga bulan. Jika ada apa-apa keperluan yang perlu dipenuhi, nyatakan langkah pembetulan dan tempohnya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Umumkan jadual pelaksanaan secara berfasa dengan sokongan untuk daftar pengamal dan pendidikan pengguna. Adakah Menteri bersedia mengiktiraf AICA melalui laluan ini? Pengamal memerlukan kepastian untuk mengembangkan perniagaan dan pengguna memerlukan perlindungan yang boleh dipercayai. Dengan aturan yang jelas industri ini boleh membuka lebih banyak peluang rezeki dan membantu keluarga menghadapi kos sara hidup. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi, memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Maksud B.25 dan Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Yang mana kejayaan sebenar kita bukan semata-mata kita boleh ukur dengan Program Jualan RAHMAH ataupun jumlah premis ataupun jumlah subsidi yang dibelanjakan.
Tetapi kejayaan sebenar adalah berdasarkan kemampuan rakyat yang mampu membeli makanan, mendapatkan barangan keperluan dan menampung kehidupan keluarga tanpa terus terhimpit. Jadi, rakyat meminta kerajaan agar jualan murah sepanjang masa. Rakyat menuntut supaya satu sistem ekonomi yang memastikan harga barang berpatutan sepanjang masa.
Inilah yang kita inginkan. Jadi, saya ingin menyentuh Butiran 040300 – Penstabilan Harga Minyak Masak. Yang mana peruntukan meningkat daripada RM930 juta kepada RM1 bilion di mana tambahan sebanyak RM70 juta. Jadi, saya ingin tahu apakah usaha untuk mengatasi isu penyelewengan, pembelian yang tidak mengikut kelayakan termasuk juga penyeludupan yang terus menimbul persoalan terhadap keberkesanan pengagihan.
Jadi, berapakah nilai sebenar ketirisan subsidi minyak masak yang berjaya dikenal pasti sepanjang tahun 2025 dan 2026. Dan berapa jumlah yang telah berjaya diselamatkan melalui tindakan penguatkuasaan sebab kita dapati bagaimana kes 367 kes penyelewengan direkodkan bagi tahun antara tahun 2020 hingga 2025 yang melibatkan rampasan melebihi RM19.52 juta. Jadi, saya ingin penjelasan dan statistik terkini.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang kedua, saya ingin menyentuh Butiran 040700 – Inisiatif Payung RAHMAH yang mendapat peruntukan iaitu RM400 juta dengan peningkatan 33.3 peratus. Saya tidak menolak manfaat Jualan RAHMAH kepada rakyat tetapi program jualan murah sementara bukan penyelesaian struktur kepada masalah kos sara hidup yang semakin menekan.
Jadi, kita lihat daripada dokumen analisis KPDN di mana 25,708 siri Jualan RAHMAH dilaksanakan pada tahun 2025. Daripada jumlah tersebut sebenarnya, berapakah penjimatan yang dinikmati oleh setiap isi rumah miskin? Adakah kerajaan mempunyai kajian membuktikan program ini berjaya mengurangkan beban bulanan kepada rakyat? Dan kita— rakyat memerlukan harga barang yang mampu dibeli setiap hari, bukan hanya ketika program jualan murah. Jadi, saya ingin penjelasan sejauh mana program ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah peningkatan kos hidup.
Yang seterusnya iaitu berkaitan dengan kedai peruncit kampung yang untuk mendapat akses Jualan RAHMAH.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Setakat ini berapakah jumlah kedai runcit yang terlibat dan bagaimanakah usaha untuk memastikan supaya kedai-kedai kecil runcit ini tidak terhimpit kesan daripada Jualan RAHMAH ini.
Dan saya ingin menyentuh Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Di mana saya ingin tahu sejauh mana usaha yang dibuat untuk menangani masalah pencatutan, manipulasi harga, penipuan timbangan termasuk juga pelanggaran undang-undang perdagangan, termasuk juga penyeludupan di sempadan.
Setakat ini kita dapat makluman bahawa jawatan penguat kuasa hanya sekitar 363 orang. Jadi, setakat ini adakah kerajaan akan menambah bilangan penguat kuasa dan apakah usaha pencapaian setakat ini yang telah dicapai hasil daripada penguatkuasaan yang telah dibuat? Dan sejauh mana kerajaan memberi perhatian terhadap manipulasi-manipulasi harga di peringkat pemborong dan pengedar? Bukan sekadar mengambil tindakan terhadap peniaga kecil di pasar dan kedai runcit sahaja.
Jangan sampai peniaga kecil menjadi sasaran, sedangkan mereka pihak yang menguasai rantaian bekalan terlepas daripada penelitian. Yang seterusnya ialah berkaitan dengan Butiran 040600, berkaitan dengan pengedaran barang perlu dan penyeragaman harga.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, saya ingin tahu mengapa program penyeragaman masih belum diperluaskan secara menyeluruh kepada seluruh kawasan pedalaman, sama ada di Semenanjung termasuk juga kawasan sempadan dan termasuk juga kawasan- kawasan orang asli yang banyak mengadu tentang kos penyeragaman yang belum stabil. Malah harga masih lagi tinggi terutama di kawasan pedalaman.
Jadi, termasuklah juga di kawasan sempadan. Dan yang paling menghairankan ialah barang-barangan subsidi ini banyak, ada yang banyak didapati di negara jiran. Apabila kita pergi ke negara Thailand banyak barang tepung, minyak ini berada dalam pasaran di kedai-kedai di Thailand sedangkan di sempadan, betapa susah kami rakyat untuk mendapatkan bekalan.
Jadi, sejauh mana pemantauan dibuat dengan kerjasama kerajaan negara jiran untuk memastikan supaya barang-barang bersubsidi ini tidak dapat diseludup untuk memberi manfaat kepada rakyat luar negeri, bukan luar negara bukan kepada rakyat tempatan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih kepada Puan Pengerusi. B.25 020400 – Penguatkuasaan. Isu penyembelihan ayam yang diragui status halal. Kerana soal makanan ini ialah membabitkan perkara yang sensitif kerana orang Islam ini dia jahat macam mana pun dia memang apabila dia nak makan dia cari bekalan yang halal.
Tiba-tiba kita dikejutkan dengan Op Taring Chiller yang berlaku pada 30 hari bulan 10 tahun 2026 di mana gudang penyembelihan ayam di Kampung Sri Aman, Hilir Puchong yang telah pun diserbu mendapati 6.5 tan ayam yang dirampas yang bernilai RM85,400 barang yang dirampas dan 12 pekerja asing yang ditangkap.
Dimaklumkan 40,000 ayam ini ialah ayam bangkai kerana yang disembelihnya itu ialah dia menggunakan secara water bath stunning yakni dia bagi ayam itu mati dulu atau pun pengsan dulu tapi sepatutnya menggunakan dengan kaedah yang kecil sahaja voltan dia tetapi yang mereka gunanya 60 hingga 130 voltan. Ertinya tahap untuk menjadi bangkai ayam itu melebihi daripada apa yang sepatutnya yang hanyalah digunakan pada 10 voltan saja.
Puan Pengerusi yang saya hormati, difahamkan 40,000 ekor ayam ini yang diedar di pasar raya, di Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Bangi, Cheras dan juga Putra
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Perdana. Ertinya berapa ramai dah yang sudah kita dapat lihat beli bangkai atau pun makanan ayam tadi ialah ayam yang tidak halal.
Persoalannya ialah apabila laporan media menyebut premis ini sudah pun beroperasi selama 20 tahun. Kenapa begitu lama berlakunya premis ini. Mungkin orang kata dulu zaman YB jadi kerajaan pun benda ini tak didedahkan. Kalau dedahkan kita akan ambil apa-apa tindakan yang perlu kita ambil.
Ini bukan soal politik kami duk sebelah sini, apa sekarang di sebelah sana, tapi ialah ini ialah berkenaan dengan soal pemakanan halal atau pun pemakanan yang kita makan hari ini ialah membabitkan soal haram. Ini ialah isu yang kalau kita berlakunya perkara ini berterusan sudah tentu akan berlakunya trust deficit, dengan izin. Tidak berlakunya keyakinan yang tidak pasti lagi apabila orang kita bimbang keyakinan terhadap tahap halal makanan di negara kita ini akan terjejas.
Perlu diingatkan di sini apabila bincang bab halal, kebanyakan orang hanya menumpukan kepada JAKIM, kepada Jabatan Agama Islam atau pun pihak agama negeri saja sedangkan bila bincang bab berkenaan dengan halal ini JAKIM ialah pihak berkuasa agama negeri hanyalah memberikan soal status halal. KPDN pula bertanggungjawab penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011.
JAKIM tidak ada enforcement. Yang ada enforcement-nya ialah di peringkat kementerian KPDN sebab itu ada kolaborasi dia. Yang ketiganya pihak berkuasa kerajaan tempatan yang mana mereka ini mesti memastikan premis-premis yang menjalankan operasi sepertimana sembelih 40,000 sehari ini sudah tentulah kilangnya besar, tempatnya besar. Ini bukan dia buat di dalam gua Kahfi atau pun buat di tempat-tempat sembunyi. Macam mana perkara ini tidak dapat kita ketahui dengan lebih awal lagi?
Jadi, kita tidak mahu tindakan yang berlaku dalam isu ini ialah isu yang reaktif.
Apabila berlaku serbuan barang dirampas, buat PC kemudian kakitangan pekerja pula ditangkap. Kita pun tak tahu tauke dia siapa dia. Kita tak tahu siapakah pemilik dia. Yang menjadi mangsanya ialah hat yang duk sembelih. Dan syarikat-syarikat yang lakukan ini pun kita pun tidak tahu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Persoalan saya ialah saya nak tanya Menteri, kebetulan Menteri ada hari ini. Terima kasih Menteri kerana datang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Dan kebetulannya pula saya nak tanya, apakah masih kilang ini atau pun premis ini masih menjalankan operasi dia walaupun isu pendedahan yang amat dahsyat yang dibuat oleh media.
Terima kasih kepada Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih Puan Pengerusi atas kebenaran yang diberikan kepada saya untuk membahaskan peringkat jawatankuasa bagi maksud B dan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Butiran 020700 – Kawal Selia Petroleum. Puan Pengerusi, saya memahami bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi bagi bahan api petrol dan diesel merupakan sebahagian daripada usaha kementerian dan kerajaan untuk memastikan perbelanjaan negara diurus secara lebih cekap, mengurangkan ketirisan serta memastikan subsidi benar-benar dinikmati oleh golongan yang layak.
Walau bagaimanapun, saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian untuk meneliti semula mekanisme pelaksanaan BUDI MADANI dengan mengambil kira keadaan geografi, tahap pembangunan infrastruktur serta kebergantungan masyarakat terhadap bahan api khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Ini kerana Puan Pengerusi terdapat kawasan perkampungan dan rumah panjang yang terletak jauh daripada stesen-stesen minyak yang mempunyai kemudahan terminal pengesahan MyKad untuk melayakkan penduduk mendapatkan bahan api dengan bantuan BUDI MADANI. Penduduk di kawasan-kawasan yang terpencil ini terpaksa bergantung kepada penjualan petrol dan diesel dalam botol di kedai-kedai runcit kampung di tepi-tepi jalan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Ini bukan bermakna mereka sengaja melanggar undang-undang menjual atau membeli petrol dan diesel secara haram, realitinya orang-orang kampung tidak mempunyai pilihan lain. Oleh itu kita perlu melihat kepada cara ataupun penyelesaian
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
yang terbaik untuk menghalalkan penjualan diesel dan petrol di kedai-kedai runcit untuk kawasan-kawasan yang dikenal pasti terletak jauh daripada stesen minyak.
Saya ingin mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan satu mekanisme subsidi bahan api yang lebih fleksibel dan bersesuaian dengan realiti kawasan luar bandar di Sarawak termasuk memperluas kemudahan bekalan api bersubsidi melalui pengusaha yang berlesen, pusat pengedaran komuniti atau kaedah lain yang tertakluk kepada kawalan dan pemantauan sewajarnya.
Sebagai contoh, kementerian boleh mempertimbangkan untuk mengeluarkan permit jualan diesel dan petrol kepada kedai-kedai runcit terpilih di kawasan terpencil.
Pada masa yang sama, kita bekalkan kedai-kedai ini dengan terminal pengesahan MyKad untuk pelanggan yang layak menerima BUDI MADANI bagi mengelakkan sebarang ketirisan.
Oleh itu, saya menyeru supaya kementerian dapat melihat kepada kaedah penyaluran subsidi petrol dan diesel yang lebih inklusif, mudah diakses serta benar- benar mengambil kira keperluan masyarakat luar bandar di Sarawak.
Butiran 040700 iaitu Inisiatif Payung RAHMAH, khasnya berkenaan dengan PJRM ataupun Program Jualan RAHMAH MADANI. Saya ingin bertanya dalam tempoh tiga tahun ini, berapakah jumlah Program Jualan RAHMAH MADANI yang telah dilaksanakan di sekitar Parlimen Batang Lupar dan sejauh manakah ia dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup penduduk?
Untuk tahun 2027, saya ingin mencadangkan supaya Program Jualan RAHMAH MADANI terus diperluas ke kawasan luar bandar dan penempatan terpencil secara lebih konsisten, terancang dan menyeluruh termasuk melalui pelaksanaan jualan bergerak yang dapat mendekati komuniti di kampung-kampung dan di rumah panjang.
Puan Pengerusi, pada masa yang sama, Mesyuarat Majlis Sosial Negara tahun lalu mendedahkan seramai 5.6 juta kanak-kanak di Malaysia berdepan masalah kekurangan nutrisi selain masalah stunted growth dengan izin, dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun meningkat daripada 17.7 peratus pada 2015 kepada 21.2 peratus pada tahun 2022.
Oleh itu, saya berharap agar melalui PJMR ini, penduduk khususnya keluarga yang mempunyai anak kecil di kawasan luar bandar dapat mengakses barangan makanan yang bernutrisi seperti susu, bijirin, sumber protein, vitamin dan mineral pada harga yang berpatutan. Ini penting bagi memastikan anak-anak di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar tidak terus dibelenggu masalah malnutrition.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya turut mencadangkan agar kementerian memperkukuh kerjasama dengan pengusaha kedai runcit tempatan, koperasi serta usahawan luar bandar dalam melaksanakan Program Jualan RAHMAH MADANI. Pendekatan ini bukan sahaja dapat memperluas jaringan pengedaran barangan keperluan asas malah turut membuka peluang ekonomi kepada peniaga kecil di kawasan setempat.
Sebagai kesimpulannya Puan Pengerusi, saya berharap agar pelaksanaan subsidi bahan api dan Program Jualan RAHMAH MADANI dapat terus diperkasa dengan mengambil kira cabaran geografi, kos logistik serta keperluan sebenar masyarakat di luar bandar. Matlamat kita bukan sekadar memastikan subsidi dan bantuan disediakan tetapi memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak termasuk di Parlimen Batang Lupar.
Sekian, terima kasih Puan Pengerusi, Batang Lupar mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kulim-Bandar Baharu bangun untuk membahaskan Maksud B.25 dan P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Butiran 010900 – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri. Pertama, Butiran 010900 – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri yang memperuntukkan 260.9 juta dengan 2,823 perjawatan. Pejabat negeri dan cawangan inilah yang menguatkuasakan Akta Timbang dan Sukat 1972 di lapangan.
Pada 20 Ogos 2025, dalam operasi bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia, sebuah alat timbang kenderaan di premis pembelian buah sawit di Sungai Petani disita kerana tidak menepati piawaian. Pada Mac 2024 pula, alat timbang di sebuah kilang sawit di Padang Terap disita kerana tidak ditentusahkan dan melebihi had ralat yang dibenarkan. Di peringkat nasional KPDN merekodkan 12,519 kes di bawah akta ini dan dari tahun 2020 sehingga September 2024.
Namun, cuba kita fikirkan dari sudut pandang pekebun kecil dan menghantar buah sawit lori naik ke atas, penimbang angka keluar di skrin dan dia pulang dengan resit. Dia tidak mempunyai cara untuk menyemak perisian penimbang itu. Dalam satu kes di Kuala Selangor,pada tahun 2021, penimbang dimanipulasikan hingga berat
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
berkurangan lima peratus iaitu sehingga 250 gram bagi setiap muatan. Lima peratus itu ialah potongan secara senyap terhadap pendapatan orang kampung.
Perkara yang sama berlaku pasir— di pasar. Di Perlis sahaja, 67 peniaga dikompaun pada tahun 2025 kerana menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan. Suri rumah yang membayar harga sekilo ikan berhak menerima pulang sekilo ikan. Masalahnya, penguatkuasaan ini bersifat sekali sekala dan hanya diketahui melalui laporan media.
Maka, saya mohon penjelasan, berapakah alat timbang kenderaan di pusat pembelian sawit dan getah di Kedah khususnya di kawasan saya yang diperiksa pada tahun 2025 dan 2026 dan berapakah yang gagal?
Berapakah jumlah kes di seluruh negara pada tahun 2025 dan berapa juga didakwa di mahkamah? Bukan sekadar dikompaun, kerja penentusahan dan diserahkan kepada syarikat yang dilantik. Apakah piawaian prestasi yang dikenakan terhadap syarikat tersebut dan siapakah yang akan mengaudit mereka.
Bagi Butiran 030100 – Kepenggunaan dan Persaingan dan Butiran 030300 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Tuan Pengerusi, kedua-dua Butiran 030100 – Penggunaan dan Persaingan serta Butiran 030300 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, saya menghargai pelancaran ez-TTPM pada tahun 2025. Dengan bayaran RM5, pengguna boleh memfailkan tuntutan sehingga RM50,000 melalui telefon bimbit. Dan Januari hingga 14 November 2025, tribunal menerima 9,200 tiga tuntutan bernilai RM77.2 juta dan 6,881 daripadanya diselesaikan.
Ada tiga perkara yang merisaukan saya. Pertama, peruntukan tribunal naik sedikit kepada tiga juta tetapi Butiran 030100 yang menggerakkan dasar dan pendidikan pengguna dipotong daripada RM10.3 juta kepada RM9.1 juta iaitu hampir 12 peratus.
Kedua, menang di tribunal belum tentu dibayar. Ingkar award ialah kesalahan di bawah seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan denda hingga RM10,000 atau penjara dua tahun. Akan tetapi dalam satu kes di Labuan, peniaga yang mengingkari award 11,560 hanya didenda RM1,800 sahaja. Jika denda lebih murah daripada award, apakah hanya mendorong peniaga untuk patuh?
Ketiga, soalan— soalnya, capaian pejabat tribunal di Kedah yang disenaraikan hanyalah di Alor Setar. Seorang pekerja di Kulim atau pekebun di Serdang terpaksa mengorbankan gaji sehari untuk hadir. Oleh itu, berapakah award yang dikeluarkan di seluruh negara dan Kedah pada tahun 2025 hingga 2026.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian tentang status pelaksanaan dan perkembangan terkini Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu setakat 10 November 2026, SARA bulanan adalah 8.6 juta penerima iaitu 99.7 peratus pengguna telah menggunakan dengan nilai lebih kurang RM6.6 bilion.
Persoalannya, pada 31 Julai 2026 senarai 1,628 kedai koperasi yang didaftarkan tetapi hanya 160 ataupun 10 peratus daripada 1,623 koperasi hanya didaftarkan sebagai rakan niaga SARA. Jadi, apakah pihak kementerian berusaha untuk memperlibatkan, memperbanyakkan lagi penglibatan koperasi dalam penglibatan SARA. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi. Tiga butiran sahaja petang ini, Tuan Pengerusi.
Yang pertama, 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri. Saya juga ingin membangkitkan isu berkaitan dengan ayam yang diragui status halalnya di Lembah Klang yang viral baru-baru ini, seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Bagan Serai.
Saya cuma ingin bertanya kepada Menteri, sejauh mana KPDN telah mengesan keseluruhan rangkaian pengedaran ayam tersebut termasuk restoran, pasar raya dan pemborong yang menerima bekalan berkenaan? Berapa banyak premis yang telah diperiksa dan apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi memastikan ayam yang tidak memenuhi syarat halal tersebut tidak terus dipasarkan sebagai halal kepada pengguna Islam?
Apa yang lebih membimbangkan, bagaimana kegiatan yang didakwa telah lama beroperasi ini boleh terlepas daripada pemantauan pihak berkuasa? Saya mohon pihak Menteri menjelaskan, apakah kelemahan yang telah dikenal pasti dalam sistem pemantauan KPDN dan apakah langkah segera untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang semula di masa akan datang?
Poin yang kedua, Butiran 040700 – Inisiatif Payung RAHMAH. Peruntukan program ini meningkat daripada RM300 juta kepada RM400 juta bagi tahun 2027.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Saya sama sekali tidak mempertikaikan usaha untuk membantu rakyat membeli barangan murah. Tapi, persoalannya, Yang Berhormat Menteri, secara jujurlah, adakah Program Jualan RAHMAH yang dilaksanakan ini benar-benar mampu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara berpanjangan? Ini bukan jangka pendek, untuk jangka panjang.
Kerajaan sering mengumumkan jumlah program dilaksanakan, tetapi rakyat bukan mahu tahu berapa banyak program yang dianjurkan. Rakyat mahu harga barang yang mampu mereka bayar setiap hari. Saya juga bimbang program jualan subsidi ini boleh menjejaskan juga peniaga-peniaga kecil dan kedai runcit di kampung sekiranya tidak diuruskan atau dilaksanakan dengan baik. Mereka juga rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup untuk meneruskan perniagaan.
Jadi, saya ingin bertanya, adakah kerajaan mempunyai kajian yang menunjukkan jumlah penjimatan sebenar yang dinikmati oleh rakyat melalui program ini? Dan kalau bolehlah, saya juga nak cadangkan supaya kedai runcit kecil dan koperasi kampung dilibatkan secara langsung dalam pelaksanaan Jualan Rahmah ini.
Yang terakhir, Puan Pengerusi, Butiran 030300 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu sebentar tadi, saya juga ingin membangkitkan isu penguatkuasaan keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna. Kita tahu keputusan tuntutan tribunal ini mempunyai kuasa undang-undang. Malah, kegagalan mematuhi keputusan selepas 14 hari merupakan satu kesalahan. Tapi, persoalannya, sejauh manakah keputusan ini benar-benar dikuatkuasakan?
Bayangkan, rakyat sudah buat aduan, menghadiri perbicaraan dan akhirnya menang kes, tapi apabila syarikat enggan membayar pampasan, rakyat masih terpaksa bersusah payah mendapatkan hak mereka. Apa gunanya pengguna menang di tribunal tapi pampasan masih gagal diperolehi?
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah keputusan tribunal yang masih belum dipatuhi dan berapakah nilai pampasan yang masih tertunggak? Saya juga ingin mendapatkan maklumat, berapa banyak tindakan yang telah diambil kepada syarikat ataupun pihak yang ingkar dengan keputusan tribunal ini?
Jadi, terima kasih, Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Pertama sekali, gambaran keseluruhan belanjawan KPDN 2026, RM2.156 bilion dan telah dinaikkan sebanyak RM210 juta dengan peningkatan lebih kurang 9.7 peratus.
Pertama sekali, Inisiatif Payung RAHMAH, peningkatan RM100 juta.
Bagaimana keberhasilan program diukur? B.25, 040700, halaman 306, di mana belanjawan pada 2026, peruntukan RM300 juta; pada 2027, peningkatan RM100 juta iaitu RM400 juta. Jumlah 33.3 peratus peningkatan di mana Inisiatif Payung RAHMAH ini mencatatkan peningkatan peruntukan sebanyak RM100 juta iaitu antara peningkatan yang sangat ketara dalam perbelanjaan khusus KPDN.
Peningkatan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat berhadapan dengan tekanan kos sara hidup. Namun, persoalan yang perlu diberi perhatian bukan sekadar berapa banyak wang yang diperuntukkan, tetapi sejauh mana tambahan peruntukan ini benar-benar diterjemahkan kepada penjimatan dalam perbelanjaan harian rakyat.
Dalam keadaan harga makanan, barangan keperluan harian dan kos perkhidmatan masih menjadi beban kepada sebahagian besar isi rumah, KPDN perlu membuktikan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan melalui program ini menghasilkan penjimatan yang boleh dirasai oleh rakyat.
Pertama, persoalan mengenai kumpulan sasaran dan capaian program dalam peningkatan peruntukan daripada RM300 juta kepada RM400 juta.
Kementerian perlu menjelaskan berapakah jumlah isi rumah yang akan mendapat manfaat secara langsung pada tahun 2027.
Kedua, persoalan mengenai penglibatan peniaga kecil dan perusahaan tempatan. Program bantuan kos sara hidup tidak sepatutnya hanya memberi manfaat kepada pengguna, tetapi pada masa yang sama perlu membuka ruang kepada peniaga kecil, penjaja, koperasi dan perusahaan tempatan untuk turut terlibat. Kementerian perlu menjelaskan berapa ramai peniaga kecil yang terlibat dalam pelaksanaan Payung RAHMAH dan apakah bentuk sokongan yang diberikan kepada mereka untuk menyertai program ini.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Perkara yang kedua, Skim Penstabilan Harga Minyak (COSS), RM1 bilion.
Berapa banyak subsidi benar-benar sampai kepada rakyat? B.25, 040300, halaman 305. Belanjawan pada 2026, RM930 juta. Pada tahun 2027 menjadi RM1 bilion.
Peningkatan RM70 juta. Kerajaan meningkatkan peruntukan COSS kepada RM1 bilion, namun isu yang perlu diberikan perhatian bukan sekadar jumlah subsidi yang disediakan, tetapi keberkesanan keseluruhan rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi.
Laporan PAC pada Julai 2026 telah membangkitkan beberapa isu pengurusan subsidi minyak masak ini termasuk keperluan menyemak rantaian bekalan, kuota dan kadar subsidi kepada syarikat pembungkus. PAC turut mencadangkan semakan terhadap kuota dan kadar subsidi RM600 bagi setiap tan metrik.
Persoalannya, apakah pembaharuan yang akan dilaksanakan kementerian supaya peningkatan RM70 juta ini tidak sekadar menambah perbelanjaan subsidi tetapi benar-benar dapat mengurangkan ketirisan? Sri Gading ingin meminta kementerian menjelaskan, berapakah jumlah ketirisan subsidi minyak masak yang berjaya dikurangkan melalui eCOSS? Kedua, apakah sasaran pengurangan ketirisan bagi tahun 2027? Ketiga, apakah kementerian akan menyemak semula mekanisme kuota dan pemilihan syarikat pembungkus?
Perkara ketiga, penguatkuasaan. Peruntukan meningkat, tetapi adakah kapasiti penguatkuasaan seiring dengan keluasan pasaran? B.25, 020400, halaman 304. Peruntukan tahun 2026, RM43.98 juta. 2027, RM46.9 juta. Peningkatan RM2.92 juta.
KPDN mempunyai tanggungjawab mengawal selia pelbagai aktiviti perdagangan termasuk pematuhan harga, penyelewengan barang kawalan, aktiviti pencatutan dan penjualan barangan tidak mengikut peraturan. Namun, penguatkuasaan pada hari ini tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada pemeriksaan secara fizikal di premis perniagaan. Perdagangan dalam talian, transaksi digital dan perubahan rantai pengedaran memerlukan pendekatan penguatkuasaan yang lebih berasaskan data.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Tinggal sikit lagi. Saya ingin meminta kementerian menjelaskan, berapakah nisbah pegawai penguat kuasa berbanding jumlah premis perniagaan yang perlu dipantau? Kedua, apakah sasaran pemeriksaan dan penyiasatan bagi tahun 2027?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ketiga, sejauh manakah penggunaan teknologi dan analisa data membantu mengesan manipulasi harga serta penyelewengan barang kawalan? Yang akhirnya, apakah kadar kes yang berjaya diselesaikan sehingga tindakan undang-undang?
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020200 – Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan. 020400 – Penguatkuasaan.
030100 – Kepenggunaan dan Persaingan. 00212 – Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan. 00800 – Kajian-kajian Perdagangan dan Kepenggunaan.
Tuan Pengerusi, dalam perbahasan tadi kita dengar ramai Ahli-ahli Parlimen membangkitkan isu berkaitan dengan ayam bangkai atau ayam yang disembelih tanpa mengikut tatacara yang betul, tanpa mengikut hukum syarak menyebabkan ayam bangkai ini dijual di pasaran sebagai ayam halal.
Sebenarnya krisis ayam bangkai ini menunjukkan satu kelompangan besar dalam rantaian bekalan ayam yang selama ini ramai pengguna Islam menganggap dan mengandaikan bahawa ayam yang dibekalkan dalam pasaran adalah ayam halal. Kelompangan ini menyebabkan pelbagai pihak termasuk kementerian dan agensi seolah-olah melepaskan tangan dan mengelak daripada mengambil tanggungjawab.
Sebagai contoh, bagi isu ayam bangkai di Puchong, ayam lemas di kawasan Pudu dan ayam dimakan tikus di kawasan Pudu. Sehingga ke hari ini, masih belum ada pengumuman atau kenyataan daripada mana-mana kementerian dan agensi berkaitan dengan siapakah sebenarnya pengusaha atau syarikat yang mengusahakan tempat memproses ayam ini dan ke mana ayam-ayam ini dibekalkan? Sampai ke hari ini tak selesai. Alasan masih dalam siasatan. Berapa lama nak siasat ataupun adakah pihak yang berkaitan menunggu supaya rakyat senyap, tak sebut dah tentang ayam bangkai ini, maka didiamkan sahaja?
Saya rasa perkara ini perlu dilihat dan diteliti kerana sehingga ke hari ini kita tak tahu siapa. Jadi, bila pengguna beli ayam di mana-mana tempat, secara umumnya dia tak tahu dekat mana ayam ini diproses dan sama ada, ada sijil halalkah tidak atau disembelih oleh penyembelih yang bertauliah. Ini tidak adil kepada
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
pengguna Muslim khususnya kerana mereka melihat ayam yang ada di pasaran ini seolah-olah ayam yang halal. Apa yang menyedihkan saya, kerajaan tak mengambil serius perkara ini dan tak mengambil ruang kelompangan ini untuk membetulkan keadaan. Sebab itu saya di sini ingin melihat, membawa kerajaan untuk melihat isu ini.
Kalau kita lihat, dia ada dua perkara. Satu adalah sama ada pemprosesan tempat memproses ini mempunyai sijil halal JAKIM atau SPHM yang dikeluarkan JAKIM. Yang kedua, kalau tak ada sijil halal sebab kita tak wajibkan, dia kena ada— penyembelih ini kena ada tauliah yang menyembelih yang diberikan oleh pihak berkuasa agama negeri. Jadi, dalam konteks ini ada tiga kategori. Satu, pusat pemprosesan yang ada sijil halal. Yang kedua, pusat pemprosesan yang tak ada sijil halal tetapi penyembelihnya ada tauliah. Yang ketiga, pusat pemprosesan yang beroperasi secara haram.
Jadi, sebab itu saya ingin cadangkan khususnya kepada KPDN ini amat khusus. Saya cadangkan supaya kerajaan wajibkan penggunaan label yang menunjukkan sama ada ayam tersebut dibekalkan oleh pusat pemprosesan yang ada sijil halal atau ayam tersebut dibekalkan oleh pusat pemprosesan yang penyembelihnya mempunyai tauliah halal. Jadi, di setiap tempat tak kiralah pasar malam, pasar tani, pasar raya, kena ada dua-dua label ini diletakkan sebelah- menyebelah. Ini ada sijil SPHM, ini tak ada. Ini sijil penyembelihan dan kalau tak ada, kosong, maknanya pengguna tahu bahawa ayam itu disembelih di pusat tanpa sijil halal dan juga tidak mendapat tauliah.
Oleh itu, saya cadangkan supaya kerajaan melihat perkara ini dalam konteks Akta Perihal Dagangan. Yang Berhormat Menteri, saya baca 29(1)— seksyen 29(1) Akta Perihal Dagangan di bawah Perintah Cap Bermaklumat dan Perakuan.
Dinyatakan bahawa jika ternyata pada Menteri adalah perlu atau suai manfaat demi kepentingan orang yang kepadanya apa-apa barang atau apa-apa perkhidmatan berhubung dengan barang-barang itu dibekalkan, bahawa barang-barang itu sepatutnya disertai dengan apa-apa maklumat.
Maknanya, Menteri ada kuasa. Minta semua di pasar raya, pasar tani semua ada dua label. Satu, sama ada ayam ini diproses di tempat yang ada sijil halal. Yang kedua, sama ada ayam ini diproses oleh di tempat yang ada penyembelih halal.
Kalau kita buat begini, kedai-kedai pasar raya dan semua pihak akan lebih hati-hati untuk memastikan bahawa bekalan ayam yang diambil ini, kalaupun tidak ada sijil halal, sekurang-kurangnya ada tauliah penyembelih halal. Dalam konteks
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
penguatkuasaan juga lebih mudah kerana pihak jawatankuasa, pihak berkuasa agama negeri boleh tengok. Dia kata ada tauliah dan dia boleh turun tengok.
Apa yang berlaku di Puchong, yang menyembelih ini warga asing. Kalau ikut syaratnya, tidak boleh. Syarat untuk mendapat tauliah ini warga tempatan ataupun penduduk tetap. Tapi, apabila saya tanya pihak Jabatan Agama, dia kata dalam keadaan tertentu dibenarkan. Dalam keadaan macam mana? Jangan bagi too much discretion kepada pusat penyembelihan ini.
Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri KPDN untuk melihat perkara ini secara lebih mendalam, mengambil kira cadangan ini dan apa yang paling penting, penglibatan KPDN dalam setiap operasi. Saya rasa di Puchong itu KPDN pun tak terlibat. Jadi, mengapa seolah-olah tidak ada penyelarasan? Sewaktu Menteri Agama menggulung hari itu, saya dah bangkitkan supaya kerajaan selaraskan perkara berkaitan dengan halal ini di peringkat negeri, di peringkat Pusat, barulah tindakan boleh diambil dan kita dapat pastikan bahawa ayam yang dibekalkan ini adalah ayam yang halal. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 040700 – Inisiatif Payung RAHMAH yang meningkat daripada RM300 juta pada 2026 kepada RM400 juta pada 2027.
Belanjawan 2027 turut menyasarkan 30,000 penganjuran Jualan RAHMAH MADANI di seluruh negara. Namun, persoalan utamanya bukan sekadar jumlah program atau transaksi yang direkodkan tetapi sejauh mana program tersebut benar- benar mengurangkan perbelanjaan isi rumah secara berterusan. Ini adalah program jangka pendek.
Soalan yang saya ingin tanyakan, apakah program-program yang dirancang dalam mengatasi tekanan kos sara hidup dalam perancangan strategik jangka sederhana dan jangka panjang? Kerana itu akan melibatkan isu yang sangat utama dan penting berkait dengan isu makanan dan juga minuman.
Jadi, soal yang seterusnya yang saya ingin bangkitkan ialah berkait dengan Butiran 030100 – Kepenggunaan dan Persaingan serta Butiran 030300.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Dungun, boleh sikit? Saya nak sikit tadi berkaitan Jualan RAHMAH. Boleh saya mencelah sikit ya?
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Tuan Speaker.
Sebelum itu saya nak mengalukan kedatangan pelajar-pelajar Sekolah Agama Ad- Dini, Lembaga Zakat Negeri Kedah daripada Belantek, Sik.
[Tepuk] Yang Berhormat Dungun, mungkin Yang Berhormat Dungun juga kita hendak minta penjelasan daripada kementerian, bagaimana kos sara hidup di kalangan penduduk luar bandar termasuk mungkin di Dungun, di Sik ini masih lagi kekal tinggi walaupun ada penganjuran Jualan RAHMAH dan sebagainya kerana kita lihat dia tidak konsisten dari segi rantaian bekalan itu sehingga menyebabkan ada kedai- kedai runcit ini dia menaikkan harga yang tinggi disebabkan dia mengatakan kos pengangkutan itu tinggi untuk sampai ke kawasan-kawasan luar bandar ini. Jadi, bagaimana mungkin dilihat oleh pihak kementerian? Terima kasih Dungun.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Sik, masukkan dalam ucapan saya.
Butiran yang seterusnya yang telah saya sebutkan ialah berkait dengan Butiran Kepenggunaan dan Persaingan – 030100 dan juga Butiran Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia – 030300. Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkembangan pelaksanaan Lemon Law bagi melindungi pengguna yang membeli kenderaan tetapi berdepan kerosakan berulang atau kecacatan serius. Dalam penggulungan pada 28 Oktober lalu, Menteri menjelaskan bahawa cadangan awal yang hanya melibatkan kenderaan baharu sedang diteliti semula untuk mempertimbangkan peluasan perlindungan kepada kenderaan terpakai.
Persoalannya, bilakah pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 berkaitan Lemon Law akan dibentangkan di Parlimen?
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Adakah perlindungan tersebut akan merangkumi hak pengguna mendapatkan pembaikan, penggantian kenderaan atau bayaran balik apabila kerosakan berulang gagal diselesaikan. Dan sementara pindaan belum dilaksanakan, apakah langkah KPDN untuk mempercepat penyelesaian aduan pengguna yang terpaksa menanggung ansuran pinjaman bagi kenderaan yang tidak dapat digunakan dengan sempurna?
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 020200 – Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan. Saya ingin membangkitkan isu kenaikan fi dan komisen platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok Shop yang semakin membebankan peniaga tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
sederhana atau PMKS. Dalam penggulungan pada 28 Oktober lalu, Menteri KPDN sendiri mengakui kebimbangan peniaga terhadap kenaikan pelbagai caj platform serta keperluan memperkukuh kawal selia. Soalannya, bilakah tarikh sebenar RUU E-Dagang akan dibentangkan?
Yang akhir ialah berkait dengan Butiran 040300 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) dengan peruntukan RM1 bilion bagi 2027. Pada 20 Oktober lalu, KPDN Selangor membongkar kegiatan sindiket yang disyaki menyeleweng minyak masak paket bersubsidi untuk dicampurkan dengan minyak masak terpakai. Ini ialah satu isu yang sangat menyakitkan pengguna.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Kerana sepatutnya dalam berkait dengan jualan ini ialah willing seller, willing buyer atau dalam kaedah Islamnya al-Bay' 'an Taradin, mestilah jual beli itu berdasarkan persetujuan penjual dan pembeli. Soalnya ialah bagaimana bahagian penguatkuasaan KPDN benar- benar akan digeruni dan ditakuti apabila melibatkan perkara yang sepertinya pengguna dapat— pengguna dapat harga yang tidak sebenar dengan harga yang sepatutnya. Jadi, saya harap...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Masa sudah tamat.
Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih, terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk terus kepada Butiran 040300 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak di bawah Maksud Bekalan. Semasa menggulung perbahasan peringkat dasar pada 28 Oktober lalu, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa kuota subsidi minyak masak di bawah butiran ini telah dikurangkan daripada 60,000 tan metrik kepada 55,000 tan metrik sebulan bagi tahun depan.
Namun begitu, peruntukan bagi butiran ini ditingkatkan daripada RM930 juta kepada RM1 bilion bagi tahun depan. Dengan pengurangan 5,000 tan sebulan, kita sepatutnya menjimatkan 60,000 tan setahun untuk tahun depan iaitu bersamaan
Puan Wong Shu Qi - Kluang
dengan kuota sebulan tahun ini. Walau bagaimanapun, peruntukan pula ditingkatkan sebanyak RM70 juta. Jadi, mohon kementerian memberi pencerahan.
Yang Berhormat Menteri juga menyebut bahawa subsidi minyak masak paket hampir mencecah RM1.9 bilion setahun. Sedangkan butiran ini hanya RM1 bilion.
Dari manakah bakinya? Selain itu, dalam prosiding PAC pada 15 Oktober 2025, Ketua Setiausaha KPDN sendiri mengesahkan bahawa terdapat keputusan Jemaah Menteri untuk mengurangkan kuota daripada 60,000 kepada 45,000 tan metrik sebulan secara berperingkat.
Malah PAC dalam laporan tersebut mengesyorkan bahawa kuota dikurangkan selaras dengan keperluan domestik sebenar. Yang menurut dapatan PAC, hanya sekitar 19,000 hingga 30,000 tan metrik sebulan. Itu adalah permintaan keperluan domestik sebenar.
Mohon kementerian menyatakan garis masa untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri iaitu 45,000 tan metrik. Sama ada kementerian akan mengkaji semula kuota berdasarkan keperluan sebenar seperti yang disyorkan PAC khasnya yang disebutkan dalam prosiding PAC. PAC juga mendapati subsidi kepada syarikat pembungkus semula sebanyak RM600 setan atau 60 sen setiap paket, terlalu tinggi berbanding kos pemprosesan sebenar sekitar RM120 hingga RM130 setan dan mengesyorkan kadar ini disemak semula. Adakah syor ini akan dilaksanakan dan berapakah jumlah bayaran RM600 setan ini daripada peruntukan Butiran 040300?
Seterusnya, aplikasi mudah alih eCOSS telah dirintis dan diwajibkan di Johor sejak 1 Mei 2025. Saya ingin tahu sama ada projek rintis ini mencapai KPI yang ditetapkan dan paling penting sekali, apa KPI yang ditetapkan apabila eCOSS dilancarkan di negeri Johor. Justeru, saya minta kementerian menjelaskan secara terperinci, berapakah tan metrik minyak masak bersubsidi yang dijual di negeri Johor sebelum dan selepas aplikasi eCOSS dilaksanakan?
Berapakah purata pembelian setiap pengguna setiap bulan sejak aplikasi ini dilaksanakan di Johor? Berapakah bilangan pengguna dalam rekod eCOSS yang didapati membeli minyak masak bersubsidi melebihi purata bulanan? Soalan ini terperinci tetapi penting kerana subsidi minyak masak ini sepatutnya sampai kepada isi rumah yang memerlukan.
Hakikatnya, sebahagian besar minyak masak bersubsidi turut digunakan untuk tujuan perniagaan. Data eCOSS dari Johor boleh menunjukkan sejauh mana
Puan Wong Shu Qi - Kluang
berlakunya perkara ini supaya kerajaan dapat merangka penyasaran yang lebih adil tanpa membebankan peniaga kecil secara mendadak.
Butiran 040700 – Inisiatif Payung RAHMAH di bawah Maksud Bekalan. Pada 27 September lalu, Yang Berhormat Menteri menyatakan peruntukan Agenda Payung RAHMAH meningkat kepada RM600 juta tahun ini. Namun, buku anggaran menunjukkan Butiran 040700 hanya diperuntukkan RM300 juta bagi tahun 2026.
Dari manakah baki RM300 juta itu disalurkan? Mengapakah peruntukan tahun 2027 hanya RM400 juta iaitu lebih rendah daripada RM600 juta yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum Belanjawan 2027 dibentangkan? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 4040700 – Inisiatif Payung RAHMAH. Puan Pengerusi, Jualan Rahmah MADANI merupakan satu inisiatif dengan niat yang baik iaitu untuk membantu rakyat melalui pembelian barangan keperluan asas harian pada harga yang lebih rendah, jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Tetapi harga rendah ini bukan datang daripada langit, bukan macam seperti hujan turun. Dia datang dengan adanya subsidi daripada kerajaan. Pada tahun hadapan, dijangkakan atau dianggarkan RM400 juta.
Maksudnya, setiap sen yang dikurangkan itu ataupun setiap sen yang lebih rendah itu adalah subsidi daripada pembayar-pembayar cukai yang lain.
Pada masa yang sama, program ini apabila dia diperluaskan, dia memberi impak yang begitu besar kepada peniaga-peniaga kecil, terutamanya kepada peniaga-peniaga runcitan di kampung-kampung dan di komuniti. Perkara ini sering kali dibawa ke dalam Dewan yang mulia ini tetapi sehingga pada hari ini, saya nampak belum ada penyelesaian yang berkesan untuk membantu mengurangkan impak yang terkena kepada kedai-kedai runcitan di komuniti dan di kampung.
Maka, saya ingin sekali lagi membawa isu ini untuk perhatian Yang Berhormat Menteri. Pada bulan Jun yang lalu, isu yang sama telah dibawa. Pada masa itu, Menteri sendiri telah mengakui bahawa kebimbangan itu adalah nyata dan sah dan menjelaskan bahawa kedai runcit serta koperasi boleh memohon menjadi rakan strategik.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tapi, isu dia berapa kedai runcit di dalam kampung, di dalam komuniti boleh memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan? Tetapi pada masa yang sama, masa berlalu dan semakin banyak program-program Jualan RAHMAH ini diadakan. Impak dia masih lagi dirasai oleh kedai-kedai runcitan, terutamanya di kampung dan di komuniti. Jadi, saya harap kita jangan menunggu lagi dan sampailah masa untuk kita memberikan satu penyelesaian lebih baik supaya situasi menang- menang dapat dicapai.
Sebab kita perlu faham Yang Berhormat Menteri, apabila pelanggan membeli barangan keperluan mereka untuk satu tempoh masa yang panjang biasanya seminggu ataupun dua minggu bergantung pada berapa kerap program Jualan RAHMAH ini diadakan. Maka, ia nya bermaksud kedai di sekeliling tapak promosi ataupun di kawasan diadakan Jualan RAHMAH itu mereka akan hilang perniagaan mereka untuk tempoh dua minggu atau seminggu itu. Dan itu bukan itu sahaja, padahal apabila telah habis stok ataupun harian― barangan yang dibeli daripada program RAHMAH ini, pembeli atau pelanggan akan membeli pada semasa program atau Jualan RAHMAH yang berikutnya.
Apa yang menambahkan impak ini adalah kadangkala di negeri-negeri tertentu kerajaan negeri mempunyai inisiatif yang serupa. Sebagai contoh di Johor ya. Selain daripada Jualan RAHMAH oleh KPDN, kini Kerajaan Negeri Johor telah membiayai ataupun memperkenalkan satu program dinamakan program Jualan Kasih Johor yang menawarkan harga yang lebih kurang sama rendah dengan Jualan RAHMAH ini.
Maknanya, selain daripada Jualan RAHMAH ini, di Johor ada Jualan Kasih dan kedua-dua program ini telah menghimpit ruang kedai-kedai runcitan kecil ini.
Jadi, saya bercadang kepada kementerian supaya sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peniaga yang mengambil bahagian dalam setiap program jualan ramai ini perlulah terdiri daripada peniaga-peniaga kecil setempat, penjaja pasar dan koperasi.
Sekarang ini KPDN telah menetapkan minimum 40 SKU untuk memastikan pengguna mempunyai pilihan. Jadi, untuk kedai-kedai runcit kecil ini mereka tidak dapat memenuhi. Maka, saya cadangkan supaya mungkin di dalam satu bentuk pesta atau bentuk karnival, di mana kumpulkan setiap satu ataupun peniaga-peniaga kecil yang berniaga, yang berminat dan setiap peniaga-peniaga kecil ini mereka
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
menyumbangkan sebahagian daripada kehendak itu, tetapi bukan oleh satu kedai untuk memenuhi kesemua kehendak itu.
Jadi, dengan inilah mungkin― okey, ada ruang untuk kedai-kedai runcit tradisional. Sebab kita perlu faham kedai-kedai runcit tradisional ini...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Mereka merupakan tonggak ekonomi di masyarakat setempat. Jadi, hilangnya kalau mereka ini tak ada ruang untuk terus berniaga maknanya ada kerja-kerja yang akan hilang dan keluarga-keluarga ini mereka hilang punca pencarian itu akan menjadi satu masalah sosial.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Jadi, saya harap perkara ini diambil berat oleh pihak kementerian dan mencari satu penyelesaian yang menang-menang untuk semua pihak. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, masa 25 minit.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Puan yang di-Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas penyertaan daripada 17 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat untuk membahaskan Belanjawan KPDN di peringkat Jawatankuasa. Dan di bawah Bajet 2027, sebagaimana yang kita maklumkan bahawa KPDN telah menerima sebanyak RM2.366 bilion peruntukan yang merangkumi RM2.293 bilion perbelanjaan mengurus dan hanya RM73 juta pula perbelanjaan pembangunan.
Baiklah, saya mulakan jawapan ini dengan perkara-perkara yang mendapat perhatian banyak Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas sebentar tadi.
Pertamanya adalah berkaitan dengan program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang telah dibangkitkan oleh YB Rasah, Kuala Krai, Kalabakan, Betong, Rantau Panjang, Sri Gading, Dungun dan juga Kluang.
Saya ingin maklumkan sedikit latar belakang Yang Berhormat bahawa program COSS ini telah dipindahkan ke KPDN pada tahun 2016. Bila dipindahkan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
itu, peruntukan asal ataupun kuota asal adalah 85,000 tan dikurangkan kepada 60 dan dalam keputusan Jemaah Menteri tersebut memang disebutkan sebagaimana yang dibincangkan dalam PAC dan YB Kluang bangkitkan tadi bahawa perlu dikurangkan daripada 60 kepada 45,000 tan. Tidak disebut sasaran itu bila dalam keputusan tersebut dan hakikatnya setelah hampir 10 tahun memang tidak dikurangkan, memang tidak ada pengurangan berlaku.
Dan satu ketika bilamana saya mengambil amanah sebagai Menteri KPDN, di atas kertas jumlah kuota itu sudah meningkat kepada 66,000 metrik tan sebenarnya. Dan hasil daripada keputusan Jemaah Menteri bahawa perlu dilakukan audit terhadap program ini dan kita telah melaksanakan audit dalaman. Dan pada masa yang sama, Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara juga melakukan audit mereka yang kemudiannya telah dibentangkan di Parlimen, dibahaskan dan PAC juga telah mengambil tindakan-tindakan susulan sekarang bersandarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara.
Baiklah. Kita tahu penyeludupan berlaku, ketirisan berlaku terhadap program ini yang peruntukannya untuk makluman sejak beberapa tahun yang lepas walaupun peruntukan― menjawab YB Kluang tadi dalam bajet dua tahun yang lepas RM900 juta naik ke RM930, tahun depan tahun depan sebanyak RM1 bilion. Namun, hakikatnya peruntukan dengan harga CPO yang jauh melambung tinggi telah pun mencecah dalam beberapa tahun ini RM1.7 hingga RM1.9 bilion. Itu implikasi kewangan yang ditanggung oleh kerajaan sambil di luar sana masih banyak berbicara tentang ketirisan.
Maka, kita mulakan langkah pada tahun 2023 laksanakan audit peringkat KPDN dan kerajaan minta supaya Ketua Audit Negara masuk dan laporan pun telah dikeluarkan. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Ada yang menyebut tanggungjawab kita perlu kurangkan. Betul, itu mandat Kabinet. Tetapi, bilamana kalau kita kurangkan sebegitu sahaja dengan tidak menyelesaikan isu ketirisan dan penyeludupan maka akan berlaku contohnya tuduhan bahawa kerajaan menarik salah satu lagi subsidi.
Atas sebab itu, kita minta kebenaran, kita mulakan usaha dengan mewujudkan mekanisme untuk apa yang disebut leakages risk management, mekanisme pengurangan risiko ketirisan. Itu sebab kita perkenalkan mulanya eCOSS pada Mei 2023. eCOSS sebagaimana yang saya sebutkan, ia merupakan satu sistem untuk kita memantau daripada peringkat repackers, pemborong hinggalah kepada peruncit, tetapi masih tiada yang lengkap. Kita tahu berapa
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
jumlahnya, berapa kuotanya sampai ke peringkat peruncit. Namun, siapa beli kita belum mendapat data dan kita tidak ada data tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Itu sebabnya sebagaimana yang sering saya jawab bahawa sampai ke kedai runcit, ada yang masukkan dalam stor, sama ada dijual secara pukal kepada pihak tertentu ataupun apa YB Putrajaya ada bangkitkan sebelum ini minyak belah dikoyakkan, dimasukkan dalam botol dan dijual dalam botol. Dan ada juga yang dijual, dicampur, dijual pada harga yang lebih tinggi minyak terpakai tersebut yang lebih murah daripada harga paket kita.
Hatta sebab itu, setelah kita melaksanakan sistem eCOSS Mei 2023, kita perkenalkan pula aplikasi mobile eCOSS di mana setiap pembelian, rakyat perlu scan dengan izin, QR code yang ada supaya kita dapat tahu siapa membeli, berapa kuota di kedai runcit tersebut kita tahu berapa penjualan dan siapa yang membeli.
Namun, ada sedikit isu-isu berbangkit menyusahkan rakyat dan sebagainya.
Namun ke depan untuk mengurangkan kuota, untuk kita mensasarkan lagi program ini, kita memerlukan kepada data supaya kerajaan dapat membuat keputusan melalui keputusan yang bersandarkan kepada data. Itu sebab eCOSS cukup penting, aplikasi mobile eCOSS cukup penting supaya kita boleh membuat data pemantauan. Masih lagi berlaku ketirisan. Saya tidak nafikan.
Namun kalau dibandingkan dahulu, ada pengurangan dan penguatkuasaan, kita tingkatkan. Dan kalau boleh saya sebut sini, Puan Yang di-Pertua, seperkara lagi. Antara yang kita lakukan kita wajibkan sebab ada isu kata tidak dapat bekalan, kita wajibkan semua hampir 30,000 program jualan RAHMAH kita mesti ada bekalan minyak masak paket. Saya tetapkan bahawa satu siri PJRM mesti ada 1,000 paket dan laporan yang kita dapat pula sekarang, ada PJRM tertentu yang minyak masak paketnya tidak habis terjual.
Jadi, maksudnya bekalan ada. Kita ada senarai mana-mana kedai runcit sekarang berbanding dulu. Kerajaan juga telah membuat perubahan. Kita intervene. Kalau dulu, re-packers menentukan di mana kedai runcit dan pemborong untuk mereka supply, dengan izin, bekalan tersebut. Sekarang kita benarkan 50 peratus re-packers tentukan bersandarkan kontrak sedia ada mereka tetapi 50 peratus lagi, KPDN negeri dan daerah akan tentukan di mana dijual minyak masak paket tersebut.
Jadi, ini usaha yang kita laksanakan. Dan dari segi pengurangan saya ingin sebutkan di sini Puan Yang di-Pertua, memang mandat mengurangkan daripada 60 kepada 45 dan sekarang kita telah berjayakan mengurangkan kuota tersebut kepada
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
55,000. Walaupun sebelum ini, 10 tahun tidak dibuat tetapi dalam tempoh dua tahun ini, kita telah kurangkan kepada 55 dan kita sasarkan kita boleh kurangkan lagi kepada 50,000.
Tetapi kita tidak menarik subsidi. Apa yang kita buat dengan penjimatan tersebut? Apa yang kita buat, sebagaimana yang saya umumkan semalam bahawa ada keperluan untuk kita menggunakan penjimatan tersebut untuk membuat intervensi pula kepada minyak kemasan botol. Harga CPO semakin meningkat.
Maka, kita laksanakan program mekanisme kawalan harga untuk minyak kemasan botol yang sekarang ini industri terbeban dengan tekanan kos sehingga ada satu syarikat pengilang yang telah menghentikan pengeluaran minyak kemasan botol.
Jadi, Kabinet telah bersetuju. Kita kurangkan kuota minyak masak paket yang sekarang kita telah capai pun 55,000 tan tersebut. Kita akan terus kurangkan secara berperingkat. Namun, kita memohon pada Kabinet Jemaah Menteri dan telah diluluskan Jumaat yang lepas supaya kita boleh guna penjimatan tersebut untuk intervene apabila minyak— harga CPO itu tinggi. Macam sekarang ini, kalau Oktober harganya 40— 4,400 setiap tan yang sebenarnya harga untuk minyak kemasan botol lima kilogram itu boleh mencecah RM34.
Tetapi dengan mekanisme yang kita laksanakan, kita dapat kekalkan harga siling kepada RM30.90. Menjawab Yang Berhormat Kluang tadi. Memang betul, setiap tahun strategi MOF adalah dia tidak beri penuh, beri 900 dengan harapan bahawa kita boleh buat penjimatan tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini. Dan setiap tahun memang sebenarnya pada sidang yang pertama setiap tahun, saya perlu menjawab di Parlimen perbelanjaan tambahan untuk menampung sebagaimana tahun-tahun sebelum ini perbelanjaannya walaupun diperuntukkan 900 juta tetapi mencecah hingga ke apa nama— angka 1.9 bilion.
Jadi untuk ke depan, Puan Yang di-Pertua untuk ke depan, memang ada keperluan. PAC pun ada menyebut melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi PAC, Masjid Tanah bahawa KPDN perlu untuk melaksanakan pengurangan tersebut dan kita akan laksanakan mandat tersebut.
Namun pada masa yang sama, kita akan melihat kepada data eCOSS tersebut supaya kita boleh juga membuat keputusan pengurangan dan penyasaran dengan lebih efektif daripada kita terus membuat pengurangan atau penyasaran tanpa kepada data. Jadi, itu yang berkaitan dengan program eCOSS. Ada juga cadangan bahawa mengapa tidak ya, mengapa tidak kelayakan untuk minyak masak paket ini hanya kepada penerima-penerima SARA?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Cadangan yang baik. Namun pada peringkat ini Puan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan bahawa reform, dengan izin, yang dilaksanakan oleh kerajaan, perlu dilaksanakan secara berperingkat. Reform besar yang melibatkan pengguna subsidi bahan api, diesel, petrol. Itu sebab kita berpendirian bahawa kita laksana secara berperingkat. Stabil dahulu. Penyasaran yang cukup besar melibatkan diesel, petrol, baru kita melihat kepada subsidi penggunaan yang lain.
Baik cadangan untuk SARA tetapi pastinya kita berdepan dengan rungutan daripada peniaga-peniaga kecil kita. Peniaga-peniaga di pasar malam kita.
Sekiranya kita hadkan bahawa mereka tidak lagi boleh terus kuatkuasakan, tidak boleh menggunakan minyak masak paket.
Jadi pada peringkat ini, kita melihat, kita laksana secara berperingkat, kita stabilkan dulu dengan penggunaan eCOSS ini dan ke depan bagaimana kita dapat memperkemas dan memperkukuhkan lagi program ini. Di Johor, memang saya berterima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Johor sebenarnya. Bukan mudah untuk kita melaksanakan sistem eCOSS ini. Namun apabila satu ketika mereka berhadapan dengan isu besar yang terkait dengan apa nama— supply minyak paket ini, kerajaan negeri tampil.
Bila kita terangkan perancangan kita, kerajaan negeri kata, *“Kita mahu buat”.
They come on board,* dengan izin, untuk bersama-sama dan Johor merupakan negeri pertama yang kita rintis belum sepenuhnya tetapi lebih meluas. Dan alhamdulillah setakat ini, mahu penuh keperluan semua orang, memang tidak. Tetapi dari segi bekalan itu dan berapa banyak kedai runcit dan premis peruncitan yang terlibat, ada datanya di Johor. Saya akan serahkan kepada Yang Berhormat Kluang tentang data eCOSS dan juga mobile eCOSS di negeri Johor ya.
Yang kedua, isu yang juga banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kita adalah berkaitan dengan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) ya yang merupakan salah satu program intervensi kerajaan dalam kita menangani isu yang terkait dengan kos sara hidup.
Puan Yang di-Pertua, program jualan murah yang dilaksanakan oleh kerajaan ini sudah lama ya. Pentadbiran-pentadbiran lepas juga ada Program- program Jualan RAHMAH dan kadang-kadang secara ad hoc. Namun apa dia transformasi yang kita buat dalam pada hari ini adalah melalui Program Jualan RAHMAH MADANI. Apa dia yang elemen kepada transformasi kepada Program Jualan RAHMAH kerajaan ini?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Pertama, kali pertama ya dalam tahun 2024, belanjawan dengan butiran dan aktiviti khusus diletakkan dalam Belanjawan Persekutuan kepada KPDN untuk melaksanakan, ada peruntukan khas, untuk melaksanakan Program Jualan RAHMAH MADANI di bawah inisiatif Payung RAHMAH. Jadi, mudah.
Kalau tahun sebelumnya, bila kita rintis program ini, dia diletakkan bajet itu di MOF dan we have to— dengan izin, we have to apply. Tetapi bermula tahun 2024, ada butiran aktiviti khusus yang membolehkan KPDN membuat perancangan.
Jadi, apa yang ingin saya sebutkan transformasi pertama adalah program jualan murah kerajaan yang sebelum ini bergerak secara ad hoc, telah diinstitusikan sebagai salah satu inisiatif sara hidup di bawah pentadbiran kerajaan pada hari ini.
Yang kedua, dengan bajet dan belanjawan yang diperuntukkan, diletakkan terus di bawah KPDN, kita dapat membuat sasaran KPI dari segi penganjuran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Itu sebabnya kita berani untuk meletakkan sasaran bahawa kita laksanakan di setiap Dewan Undangan Negeri dan zon— 40 zon di wilayah dan 600 Dewan Undangan Negeri di seluruh negara sekurang-kurangnya tiga kali sebulan. Jadi, ini KPI transformasi yang kedua.
Yang ketiga, penglibatan rakan strategik peruncitan yang banyak juga dibangkitkan tentang nasib, rungutan daripada peruncit-peruncit kedai— pengusaha- pengusaha kedai runcit kita yang ada di akar umbi. Memang, sebagaimana YB Bakri sebut tadi memang kita akui. Namun, apa yang kita lakukan untuk maklumat— makluman Yang Berhormat, kalau dulu ada cadangan supaya daripada kita membuat Program Jualan RAHMAH ini, kenapa tidak kerajaan ada program peruncitan sendiri.
Itu sebab, salah satu sebab bahawa kita menolak cadangan tersebut kerana pernah dibuat sebelum ini dengan KR1M, tetapi kita merasakan bahawa lebih baik kita buat program PJRM ini sebagai program intervensi. Kerana apa? Kerana kita boleh melibatkan juga manfaat itu selain daripada rakyat, manfaat itu juga boleh disertai oleh pengusaha-pengusaha peruncitan kita.
Dan untuk makluman, data sehingga 31 Oktober 2026 ini, sebanyak 3,132 sehingga kini, premis peruncitan dan juga vendor yang terlibat untuk menggerakkan Program Jualan RAHMAH MADANI. Cukup? Memang tidak cukup.
Namun, saya ingin sebutkan di sini, Puan Yang di-Pertua. Pertama, dalam kita membuat penilaian antara kriteria kepada peruncitan ini, antaranya adalah apa dia? Antaranya adalah SKU mereka yang mencukupi. Yang kedua adalah harga
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
yang mereka tawarkan juga adalah berwajaran dan pada kadar yang bila kita tambah dengan subsidi kerajaan, harga akhir yang boleh ditawarkan kepada rakyat itu jauh lebih rendah. Jadi, itu antara kriteria yang kita nilai.
Dan saya tahu ada yang menyebut tentang isu. Cuma, kita akan rundingkan, Puan Yang di-Pertua, termasuklah dengan KUSKOP, kerana yang penting bagi kita semua pun akui bahawa rakyat bergelumang dengan isu kos sara hidup, harga barang yang naik. Maka, apa tindakan kita? Antaranya melalui intervensi ini. Rakyat kita boleh— mereka yang mahu ingin mencari alternatif untuk mendapat barang yang murah berbanding harga pasaran setempat, mereka ada tempat. Jadi, kita perlu perimbangkan. Namun, KPDN perlu bertindak juga untuk mengambil, melihat kepada aspek apa hak dan juga manfaat oleh sejumlah besar rakyat kita yang memerlukan tersebut.
Dan kalau disebut bukan hanya PJRM, sebenarnya kalau kita hanya melihat kepada PJRM, kedai-kedai runcit ini berhadapan juga dengan saingan chain store yang lain contohnya. Tidak ada PJRM pun, kalau tidak ada transformasi di peringkat kedai runcit sendiri, mereka berhadapan dengan kedai-kedai runcit rangkaian ini yang menawarkan— yang juga ada di seluruh pelosok kampung juga. Jadi, ini yang kita lakukan.
Namun, usaha kita bukan hanya KPDN melalui Program Jualan RAHMAH tetapi juga di peringkat MOF melalui Program SARA contohnya, pun kita cuba untuk melibatkan kedai-kedai runcit ini untuk turut serta mendapat manfaat sebagai rakan strategik kepada penganjuran PJRM dan juga SARA.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Yang keempat, akses yang lebih meluas.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, saya tengok jam lima minit lagi. Kalau boleh jawab pasal soalan pasal ayam tu. Ayam bangkai, ayam halal ini kalau boleh sentuh sikit, especially cadangan untuk pelabelan tersebut. Terima kasih Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Yang keempat, akses.
Dari segi PJRM akses ini kita buat dalam premis, luar premis dan juga PJRM bergerak. Dan yang keempat tahun lepas kita perkenalkan takwim PJRM. Yang Berhormat Betong tadi minta saya akan serahkan statistik tersebut tetapi sekarang kita memberi akses lebih awal, boleh disemak. Kalau dulu pengumuman tertentu tetapi sekarang at least dengan izin, one month in advance. Ada di takwim di DUN
Datuk Armizan bin Mohd Ali
itu, di zon itu, di wilayah di mana Program Jualan RAHMAH yang boleh rakyat tengok, semak.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, Tuan Yang di-Pertua, lima minit lagi. Yang Berhormat Putrajaya, Arau ada beberapa tadi menyebut tentang isu halal ya. Isu halal Yang Berhormat Putrajaya, Bagan Serai dan juga Arau membangkitkan terkait dengan isu halal.
Pertama, saya amat setuju kita tidak boleh mengambil dengan izin, business as usual.
Benda ini cukup penting yang melibatkan isu halal, makanan yang dijual kepada rakyat kita. Saya sebenarnya amat menyokong apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Putrajaya tadi. Kita kena lebih proaktif.
Cuma saya ingin sebutkan sebagaimana yang YB Bagan Serai sebutkan tadi, ia melibatkan pelbagai agensi. Dari segi pentauliahan, pihak berkuasa agama negeri.
Dari segi kebenaran membuka premis untuk perniagaan tersebut, pusat penyembelihan itu, PBT. Dan di KPDN pula menguatkuasakan di bawah Akta Perihal Dagangan yang disebutkan oleh YB Putrajaya tadi. Jadi, kita melihat kepada perihal dagangan yang mengelirukan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Namun, saya setuju kepada Yang Berhormat cadangan YB Putrajaya, kebimbangan yang disuarakan oleh YB Bagan Serai, saya melihat perlu penyelarasan ini. Bilamana sesuatu premis telah diberikan tauliah untuk menjadi pusat penyembelihan, siasatan berkala, pemantauan berkala perlu dilakukan tanpa menunggu isu, barulah kita responsif kepada isu-isu yang berbangkit.
Begitu juga cadangan yang amat baik yang dicadangkan oleh YB Putrajaya supaya penjualan itu, penjualan itu dari segi sijil halalnya ataupun orang tahu pentauliahan halal itu daripada mana, pusat penyembelihan mana. Ini juga saya akan— walaupun ini melibatkan sebenarnya pihak berkuasa negeri, namun di peringkat KPDN, kita akan usulkan bersama pihak berkuasa negeri dan PBT. Begitu juga Kementerian Kesihatan, untuk kita melihat bagaimana kita boleh melaksanakan.
Kita boleh Yang Berhormat Putrajaya. KPDN boleh dan kita sedia membuat satu peraturan di bawah Akta Perihal Dagangan untuk melihat kepada perkara yang disebut, dicadangkan oleh YB Putrajaya tadi supaya setiap premis yang menjual ayam ini di peringkat peruncitan, pengguna boleh tahu di mana pusat
Datuk Armizan bin Mohd Ali
penyembelihannya dan sijil halalnya, pihak mana yang perakukan. Saya berkongsi kebimbangan yang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang perkara ini.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Jadi saya rasa pertama sekali Yang Berhormat Menteri sebut tadi isu penyelarasan.
Itu melibatkan kementerian, melibatkan negeri dan sebagainya. Itu perlu dibawa ke Kabinet, Jemaah Menteri dengan segera. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Berkaitan dengan Akta Perihal Dagangan 29(1) tadi, saya rasa ini yang KPDN boleh buat segera. Ini kementerian Yang Berhormat boleh buat segera bahawa semua bekalan ayam di pasaran ini perlu dilabelkan. Kalau ada sijil halal, at least, sekurang-kurangnya orang tahu bahawa pusat pemprosesannya ada sijil halal, di mana. Dan kalau tidak ada sijil halal tetapi disembelih oleh penyembelih bertauliah, orang tahu.
Jadi kalau boleh buat begini Yang Berhormat Menteri, saya rasa pembekal- pembekal ini pun akan lebih cermat dan juga pasar raya dan sebagainya akan lebih teliti nak tahu bekalan daripada mana. Jadi, sekurang-kurangnya kita usahakan ke arah melindungi pengguna-pengguna Islam ini. Terima kasih.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kulim sikit.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kulim sikit.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ya YB.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih YB Menteri. Baik. Mengikut laporan Yayasan MyKasih— Mesyuarat, tengok laporan- laporan MyKasih di mana penglibatan koperasi untuk dalam SARA ini terlalu sedikit Yang Berhormat Menteri. Kut Yang Berhormat Menteri boleh bincang macam mana supaya dapat membantu penglibatan ini— yang mana saya tengok kalau ikut itu, Speedmart lah, Mydin lah yang menguasai benda-benda ini. Jadi, nampaknya macam pecahan perbelanjaan itu terlalu banyak kepada Speedmart dan juga MyKasih.
Dan juga ke mana perginya satu persen yang diambil oleh Yayasan MyKasih? Dan apakah dia membantu balik kepada rakyat kita? Baik, terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk berlaku adil, saya fikir perkara itu perlu dijawab oleh MOF kerana program SARA ini di bawah MOF. Namun, kita akan melihat juga perkara ini.
Seterusnya Puan Yang di-Pertua, YB Tuaran ada membangkitkan isu tentang perkhidmatan estetik dan bukan perubatan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Saya ingin memberi dengan izin, acknowledgement di sini bahawa sememangnya Yang Berhormat Tuaran amat komited dan telah lama membangkitkan isu ini dan kita melihat sememangnya usul dan cadangan yang dikemukakan itu ada keperluan dan Yang Berhormat Tuaran maklum sedikit isu berbangkit di antara KPDN dan juga Kementerian Kesihatan. Dalam hal ini dan bukan setakat berkaitan dengan dasar tapi Yang Berhormat Tuaran juga menyebut sampai ke tahap sekarang pensijilan dari segi protection pengguna dan sebagainya.
Dan komitmen saya kepada Yang Berhormat Tuaran adalah saya akan berusaha dengan segera untuk kita mendapatkan keputusan dasar daripada Jemaah Menteri dan menyelesaikan isu berbangkit bersama dengan Kementerian Kesihatan supaya ini juga sebenarnya selain disebut sebagai sumber pendapatan, sara hidup kepada peniaga-peniaga kita yang terlibat dalam perkhidmatan estetik ini tetapi sebenarnya ia merupakan salah satu lagi aktiviti ekonomi yang juga memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jadi Yang Berhormat Tuaran, saya mohon maaf. Insya-Allah, kita akan segerakan untuk mendapatkan keputusan dasar.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Puan Yang di-Pertua, boleh?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bolehlah. Okey, akhir sekali Yang Berhormat Yang di-Pertua, yang lain saya akan jawab secara bertulis. Banyak juga yang membangkitkan bahawa antara langkah yang dilakukan oleh kerajaan pada kali ini berkaitan sara hidup ini terkait dengan dalam bentuk intervensi dan bukan jangka panjang.
Namun, saya ambil kesempatan ini memaklumkan memang kerajaan walaupun dari segi data inflasi sebenarnya semakin mereda kecuali tahun ini bila mana berlaku konflik Asia Barat sebelum pentadbiran kita sehingga tiga lebih percent inflasi merendah hingga ke tahap 1.4, sekarang ada naik disebabkan perkara di luar bidang kawalan kita. Namun, kerajaan tidak pernah berpuas hati. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dalam ucapan belanjawan pun meletakkan lunas pertama terkait dengan usaha untuk menangani kos sara hidup.
Dan, kita baru bentangkan NCLAP iaitu Pelan Tindakan Sara Hidup Negara yang sasarannya ada dua, bukan hanya melihat kepada aspek menstabilkan harga barang dan perkhidmatan tetapi adalah untuk melihat kepada aspek meningkatkan
Datuk Armizan bin Mohd Ali
pendapatan sara hidup rakyat. Dan kerajaan telah buktikan contohnya pelarasan gaji penjawat awam, contohnya kenaikan gaji minimum dan sebagainya. Ini adalah mandat dan juga komitmen di peringkat kerajaan supaya kita dapat menggerakkan usaha untuk meningkatkan sara hidup rakyat itu. Jadi, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada 17 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat. Minta maaf, saya tidak dapat sempat untuk menjawab satu-satu. Kita akan jawab.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalah iaitu wang sejumlah RM2,292,882,400 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.25 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.25 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.62 dan Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
*Bismillahirrahmanirrahim.
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim.* Yang Berhormat— Yang Berhormat Lanang telah membuka tirai senarai pembahas bagi Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut.
Senarai adalah— pembuka tirai Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Tumpat, Yang
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Selayang dan Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Kalabakan. Dipersilakan Yang Berhormat Kampar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Pengerusi, nama Seputeh muncul dua kali.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau sedemikian Yang Berhormat Seputeh, yang mula itu. Baik, dengan sedemikian Yang Berhormat Seputeh nombor 19. Kesilapan dari segi teknikal ni. Baik, Yang Berhormat Kampar, silakan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen.
Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan isu satu kemalangan maut yang melibatkan sebuah lori Jabatan Imigresen di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2026. Kemalangan ini meragut nyawa tiga orang daripada sebuah keluarga. Seorang bapa berusia 53 tahun dan dua anak perempuan yang berusia 25 dan 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Isteri mangsa, Puan Norhayati Razali yang lebih dikenali sebagai Kak Yati merupakan satu-satunya ahli keluarga yang terselamat. Beliau mengalami kecederaan di kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki. Kak Yati ialah penduduk Mambang Di Awan, kawasan Parlimen Kampar.
Berdasarkan siasatan awal polis, lori Jabatan Imigresen itu sedang menuju ke Chow Kit untuk mengambil tahanan selepas satu operasi. Lori tersebut dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat berwarna merah dengan lampu beacon dan siren yang diaktifkan. Lori itu kemudian bertembung dengan sebuah Proton Saga, hilang kawalan dan merempuh Kak Yati bersama suami serta dua anak perempuan mereka.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Pengerusi, selepas kejadian ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman sendiri menegaskan bahawa penggunaan lampu beacon atau siren bukan lesen untuk melanggar lampu isyarat merah atau mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya lain. Kenyataan rasmi JPJ pula menjelaskan bahawa hak keutamaan di bawah Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 diberikan kepada kategori kenderaan tertentu seperti ambulans, bomba, polis, kastam, penjara dan JPJ. Hak itu juga tertakluk kepada syarat bahawa kenderaan berkenaan tidak dipandu secara berbahaya, cuai atau tidak bertimbang rasa.
Persoalan saya pertama, kepada Kementerian Dalam Negeri ialah apakah sebenarnya SOP Jabatan Imigresen bagi penggunaan lampu beacon dan siren?
Adakah pemandu lori imigresen telah diberikan latihan bahawa penggunaan lampu beacon dan siren tidak memberi hak automatik untuk memasuki persimpangan ketika lampu isyarat berwarna merah? Adakah SOP Jabatan Imigresen mewajibkan pemandu memperlahankan atau memberhentikan kenderaan terlebih dahulu dan pastikan persimpangan benar-benar selamat untuk meneruskan perjalanan?
Kedua, apakah perkembangan siasatan dalaman Jabatan Imigresen terhadap pemandu dan pegawai yang bertanggungjawab terhadap operasi tersebut?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Polis sebelum ini memaklumkan bahawa kes ini disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya. Saya minta kementerian menjelaskan status siasatan polis, status perkhidmatan pemandu berkenaan dan sama ada tindakan pentadbiran ataupun tatatertib telah diambil sementara siasatan diselesaikan?
Kementerian juga perlu mendedahkan sama ada lori tersebut mempunyai kamera papan pemuka, rekod GPS dan data kelajuan. Jika ada, adakah semua rekod ini telah diserahkan kepada polis?
Ketiga, apakah tanggungjawab Jabatan Imigresen terhadap Kak Yati? Beliau kehilangan suami dan dua orang anak dalam satu malam. Beliau sendiri mengalami kecederaan serius, menghadapi kesukaran bergerak dan memerlukan rawatan serta penjagaan berterusan. Saya telah sampaikan bantuan tunai RM2,000 serta membeli sebuah katil hospital dan kerusi roda bernilai RM1,800 untuk kegunaan beliau di rumah.
[Tepuk] Namun, bantuan daripada wakil rakyat dan masyarakat tak boleh gantikan tanggungjawab kementerian jika siasatan mendapati kecuaian berlaku ketika sebuah kenderaan rasmi sedang menjalankan tugas.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Adakah Kementerian Dalam Negeri ataupun Jabatan Imigresen telah menghubungi Kak Yati secara rasmi? Adakah kementerian telah tawarkan bantuan bagi kos perubatan, pemulihan, peralatan penjagaan, kehilangan pendapatan dan keperluan hidupnya? Adakah kerajaan akan bagi pampasan yang adil kepada Kak Yati dan waris tiga mangsa yang meninggal dunia? Atau mereka perlu memulakan tindakan undang-undang sendiri untuk dapat pembelaan?
Keempat, apakah langkah pencegahan yang akan dilaksanakan selepas tragedi ini? Kita tak mahu perkara ini berulang lagi. Saya cadangkan semua pemandu kenderaan penguatkuasaan KDN diwajibkan menjalani latihan khas mengenai pemanduan kecemasan. Semua kenderaan juga perlu dilengkapi kamera papan pemuka, sistem GPS dan rekod kelajuan yang tidak boleh dipadamkan oleh mana-mana pihak.
Skop penggunaan lampu beacon dan siren mesti diselaraskan untuk semua agensi di bawah KDN. Kementerian perlu jelaskan dengan tegas bahawa lampu amaran memberi amaran kepada pengguna jalan raya tetapi tidak bagi kekebalan daripada undang-undang atau hak untuk membahayakan orang awam.
Tuan Pengerusi, tiga nyawa telah terkorban. Seorang ibu telah kehilangan suami dan dua anak perempuannya. Beliau kini perlu menjalani kehidupan dengan kecederaan fizikal dan kesan emosi daripada tragedi tersebut. Saya minta Menteri Dalam Negeri bagi satu jawapan khusus dalam penggulungan mengenai status siasatan, SOP Jabatan Imigresen, tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dan bentuk bantuan serta pampasan yang akan diberikan kepada Kak Yati.
Kementerian mesti pastikan kejadian ini tidak berulang dan mangsa tidak dibiarkan menanggung akibatnya seorang diri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Majlis ada tambahan pembahas. Yang Berhormat Langkawi memohon untuk berbahas. Yang Berhormat Langkawi, nombor 29 ya? Last sekali. Baik, ya.
Baik, berikut. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Sri Dr.
Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut mengambil
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
bahagian dalam perbahasan peruntukan Kementerian Dalam Negeri bagi Kepala Bekalan B.62, Kepala Pembangunan P.62, Belanjawan 2027.
Dato’ Sri Pengerusi, menyentuh butiran 020100 – Kepolisan. Peruntukan kepolisan meningkat kepada RM10.83 bilion pada tahun 2027. Namun, persoalannya, sejauh manakah peningkatan peruntukan ini diterjemahkan kepada keberkesanan membanteras jenayah yang semakin kompleks, khususnya penipuan dalam talian?
Dokumen menunjukkan kerugian akibat scam meningkat daripada RM1.57 bilion pada tahun 2024 kepada RM2.97 bilion pada 2025. Lebih membimbangkan, dalam tempoh lima bulan pertama 2026 sahaja, sebanyak 29,434 kes direkodkan dengan kerugian sebanyak RM822.7 juta. Sejak penubuhan National Scam Response Centre pada tahun 2022 sehingga 2025, hanya RM7.3 juta wang mangsa berjaya dipulangkan.
Saya ingin bertanya kepada Menteri. Apakah sasaran pemulihan wang mangsa yang telah ditetapkan kepada PDRM bagi tahun 2027? Mengapa akaun yang menjadi destinasi terakhir transaksi dan dipercayai menerima wang hasil penipuan tidak turut dikenakan tindakan segera sedangkan tindakan lebih tertumpu pada akaun perantara atau akaun pertama milik keldai akaun? Apakah terdapat kelemahan dalam proses pengesanan aliran wang, perkongsian maklumat antara bank dan pihak PDRM dan mekanisme pembekuan akaun?
Saya mencadangkan supaya tanggungjawab institusi kewangan diperkukuhkan dan kadar pemulihan wang mangsa dijadikan KPI utama PDRM.
Bukan sekadar jumlah tangkapan atau tuduhan. PDRM perlu diperkasakan dengan penambahan peranti pengesan siber yang lebih canggih kerana peralatan sedia ada ini amat terhad untuk menampung dan menyelesaikan lambakan kes scammer dalam talian. Kes banyak, alat terhad.
Dalam masa yang saya, saya juga ingin menyentuh pengumuman Belanjawan 2027 berkenaan konsep diyat, yang pernah diutarakan yang pernah diutarakan oleh YB Kuala Krai sebelum ini. Saya menyambut baik usaha memperkenalkan pendekatan ini khususnya bagi kesalahan bagi melibatkan pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian.
Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan bersedia memperluaskan skop diyat ini kepada kategori kesalahan yang lebih bersesuaian dengan prinsip syariah, bukan hanya tumpu pada kesalahan pemanduan. Kita mahu
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
pendekatan keadilan bukan sahaja menghukum pesalah tetapi turut mengambil kira hak mangsa dan keluarga yang kehilangan insan tersayang.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, mewakili Perlis, saya ingin mengingatkan bahawa Perlis merupakan negeri hadapan negara. Keselamatan sempada darat dan maritim tidak boleh dianggap sebagai isu penguatkuasaan semata-mata tetapi juga isu kedaulatan negara.
Saya ingin membangkitkan keperluan mempercepatkan pembinaan jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Perlis. Saya difahamkan, projek Jeti Batu Putih menghadapi kekangan faktor geografi, khususnya keadaan pasang surut air yang menyukarkan pelaksanaan projek asal. Susulan ini amat wajar kementerian mempertimbangkan cadangan baharu berbentuk water post, dengan izin perlu diberi perhatian.
Saya ingin bertanya bilakah cadangan ini boleh dimuktamadkan. Jangan hanya kekangan teknikal menyebabkan keperluan operasi keselamatan maritim di Perlis terus tertangguh. Kita boleh melihat pendekatan penempatan pelabuhan armada tentera laut Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 amat kukuh dan merupakan tulang belakang kepada keselamatan serta kemakmuran empayar maritim tersebut.
Prinsip yang sama perlu diberi perhatian kepada Perlis yang merupakan laluan utama sempadan maritim iaitu kehadiran aset keselamatan di lokasi strategik sebagai langkah pencegahan dan perlindungan kedaulatan. Selain itu, saya ingin tegaskan keperluan pemasangan floating boom sebagai benteng keselamatan sempadan maritim Kuala Perlis–Satun, agar dipercepatkan bagi membantu mengawal pergerakan bot dan aktiviti rentas sempadan yang mencurigakan.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, keselamatan sempadan tidak boleh bergantung pada kawalan fizikal semata-mata. Kita memerlukan kerjasama dua hala yang lebih kerap, tersusun dan bersifat menang-menang. Sebagai contoh, apabila pihak Thailand meminta Malaysia mempermudahkan urusan kemasukan pekerja industri makanan dan restoran, termasuk pekerja tomyam, kita juga perlu membawa tuntutan timbal balik yang munasabah. Antaranya ialah mempermudahkan urusan pelajar pondok, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja dan peniaga Malaysia yang berulang-alik di wilayah selatan Thai.
Saya juga pernah menyuarakan kepada His Excellency, Mr. Phipat, Timbalan Perdana Menteri Thailand, mengenai cadangan penggunaan single form yang menyelaraskan urusan imigresen, kastam dan agensi berkaitan bagi memudahkan
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
akses rentas sempadan. Saya ingin bertanya kepada Menteri KDN, bersediakah menerajui mekanisme perbincangan bilateral secara berkala dengan pihak berkuasa Thailand bagi menyelesaikan isu-isu ini secara menyeluruh.
Dato’ Sri Dr. Pengerusi, merujuk kepada Butiran 37000 – Pengkomputeran
(Imigresen). Peruntukan pembangunan bagi pengkomputeran imigresen berjumlah RM274 juta pada tahun 2027 dengan sasaran pengoperasian Sistem Imigresen Bersepadu Nasional sebanyak 100 peratus. Soalan saya, saya mendapatkan kepastian Menteri, apakah komponen NIISe yang benar-benar akan beroperasi pada 2027 dan apakah jaminan sistem ini tidak mengalami masalah keselamatan siber seperti yang berlaku kepada MyIMMs.
Sekian akhir kata, akhirnya keselamatan negara tidak boleh diukur berdasarkan jumlah peruntukan, jumlah anggota dan jumlah tangkapan semata- mata. Ia mesti diukur berdasarkan keupayaan kita melindungi rakyat, mempertahankan sempadan dan memulihkan wang mangsa jenayah dan memastikan sistem penguatkuasaan berfungsi dengan lebih cepat dan berintegriti.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput? Jika tidak ada, saya terus kepada pembahas yang berikutnya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Saya pergi kepada Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis. IPD Tumpat merupakan IPD yang sangat usang dan sepatutnya diberi keutamaan kerana ia membabitkan kawasan sempadan di mana keperluan ruang kerja, bilik siasatan, pertahanan dan sistem keselamatan perlu dinilai. Pada tahun 2025 hingga bulan November, didapati terdapat 679 operasi telah pun dibuat di Tumpat. Jadi, ini memerlukan satu pejabat yang lebih baik kerana intensiti operasi ini sangat banyak.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, saya memerlukan soalan jawapan daripada kementerian. Adakah KDN akan menjalankan penilaian teknikal terhadap keadaan bangunan IDP Tumpat?
Adakah projek pembinaan semula atau naik taraf IPD ini telah dimasukkan dalam
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
senarai keutamaan pembangunan 2027 dan saya merayu kerana ini melibatkan keselamatan sempadan?
Butiran 91000 – Maritim. Pemerkasaan Maritim di Pengkalan Kubor sebagai pintu masuk keselamatan perlu diberi perhatian kerana hari ini kita lihat banyak kes- kes menyebabkan penyeludupan berlaku di kawasan sempadan ini yang memerlukan kerjasama maritim. Pada 2024, terdapat lebih kurang 510,000 batang rokok putih telah pun dapat dirampas di perairan ini. Oleh kerana itu, saya kira perlulah kita memperkukuhkan pos operasi maritim di Pengkalan Kubor.
Soalan saya kepada Menteri, adakah KDN ataupun Maritim Malaysia mempunyai perancangan untuk membesarkan pangkalan operasi tetap di Pengkalan Kubor sehingga memiliki bot peronda berkelajuan tinggi yang mencukupi dan bot air cetek dan radar pesisir, kamera pengawasan dan dron? Berapakah keperluan dan kewujudan anggota penguat kuasa khusus untuk kawasan pulau kerana terdapat 12 pulau di Tumpat? Berapakah jumlah bot peronda yang ditugaskan untuk perairan ini?
Berapakah jumlah operasi tangkapan dan rampasan di perairan Tumpat bagi tahun 2023 hingga 2026?
Butiran 08500, perumahan polis. Perumahan PDRM tak cukup di Tumpat sudah IPD pun usang. Perumahan pun usang di mana polis-polis terpaksa menyewa di taman-taman yang terlibat dalam banjir. Ini menyebabkan masalah mengganggu operasi ketika banjir berlaku dan mengganggu kesiapsiagaan anggota. NADMA melaporkan pada tahun 2004 terdapat sembilan balai di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir. Oleh itu, saya ingin tanya kepada pihak kementerian.
Berapakah jumlah kuarters PDRM yang masih boleh diduduki— di Tumpat yang boleh diduduki?
Kedua, apakah perancangan dan kementerian khususnya untuk mewujudkan kuarters khusus yang mencukupi bagi anggota yang bertugas di sempadan?
Berapakah jumlah anggota yang terpaksa menyewa rumah sendiri, termasuk di lokasi banjir dan peruntukan pembaikan ataupun pembiayaan kuarters dalam Bajet 2027 di Tumpat ini?
Butiran 050900 – AKPS. Sekarang ini popular pemerdagangan orang dan perwujudan migran di pulau-pulau berhampiran sempadan Kelantan di mana kawasan pulau kecil dan sungai banyak mempunyai pintu masuk untuk keluar masuk bagi pihak yang [Tidak jelas] kesalahan ini. Penggunaan bot kecil dan pangkalan tidak diwartakan dan kita sukar untuk mengesan kerana sindiket menggunakan penduduk tempatan sebagai orang tengah. Kita dapati pada tahun 2025, terdapat
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
lebih kurang 679 kes operasi yang telah pun meningkat di kawasan ini. Jadi, kita tengok juga ini melibatkan tekong-tekong darat yang telah pun disabitkan di bawah Akta Imigresen.
Soalan saya, adakah AKPS mempunyai KPI khusus untuk memastikan anggota-anggota AKPS termasuk PDRM tidak terdedah kepada penyalahgunaan kuasa, pelan tindakan pemetaan risiko khusus bagi pulau-pulau kecil khususnya di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan berapakah jumlah operasi serta tangkapan berkaitan migran dan pemerdagangan orang di kawasan tersebut?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tumpat, sikit sahaja. AKPS.
Ringkas sahaja.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Berkenaan AKPS ini, isu Ketua Pengarah AKPS itu. Apabila isu tersebut diuar-uarkan ataupun di-viral-kan, yang timbul isu di-viral-kan, bukan isu contraband yang ditangkap oleh Datuk Shuhaily.
Apa pandangan Tumpat? Terima kasih.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Isu melibatkan AKPS ini bukan hanya melibatkan di kawasan airport tapi juga di seluruh sempadan. Jadi, kita memerlukan pegawai yang benar-benar boleh membantu tugasan ini kerana kita tidak hanya melihat pada kes yang viral kerana yang berlaku harian pun dah banyak.
Jadi, ini memerlukan satu tindakan cepat oleh pihak kerajaan dalam memastikan siapa yang perlu menguasai AKPS kerana ini perkara yang tak boleh kita lambat- lambatkan kerana kebanjiran migran ini sangatlah mengganggu rakyat kita seluruhnya. Terima kasih kepada Hulu Terengganu.
Saya pergi kepada Butiran 050600 iaitu di mana perkahwinan berlaku di antara warganegara Malaysia dan warga asing. Tumpat mencadangkan agar pihak KDN membuka pusat sehenti khas bagi mempercepatkan pengesahan dokumen perkahwinan dan saluran rasmi semakan dokumen dengan pihak berkuasa Thailand antara rakyat Malaysia dan Thailand supaya pasangan dan anak-anak ini tidak berdepan dengan masalah dokumentasi, imigresen serta akses kepada perkhidmatan kerajaan. Kerajaan boleh mengesan sebenarnya berapakah yang berkahwin kerana mereka ini mendapatkan pas sempadan dan juga pasport. Jadi, ini boleh dapat kita selesaikan sekiranya kita mempunyai pusat sehenti khas.
Terakhir, berkenaan dengan 010200 – Dasar PDRM. Adakah pihak PDRM mempunyai ujian psikometrik wajib untuk semua kategori pegawai dan anggota
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
ketika kenaikan pangkat dan pelan tindakan untuk memperkasakan khidmat kaunseling dan intervensi awal dalaman PDRM?
Berapakah jumlah anggota yang telah menjalani penilaian psikologi dalam tempoh 2023 hingga 2026? Adakah pihak PDRM juga mempunyai laluan khas bagi kerjaya pakar teknikal khususnya specialist untuk cyber security kerana kita percaya bahawa pihak mereka seperti ini tidak boleh ditukar dengan keadaan yang terlalu kerap kerana membabitkan latihan-latihan yang memerlukan kompetensi yang lebih tinggi. Jadi, adakah pihak PDRM akan mempunyai dasar khusus mengekalkan pegawai pakar siber supaya kenaikan pangkat tidak [Tidak jelas] mereka ini terkeluar daripada bidang kepakaran?
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Silakan Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Salam sejahtera. Salam Segulai Sejalai. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang untuk Lubok Antu turut serta menyertai perbahasan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Maksud B.62 dan P.62 Kementerian Dalam Negeri yang diperuntukkan sebanyak RM21.98 bilion.
Pertama sekali berkenaan soal-soal keselamatan di kawasan sempadan Sarawak dan Kalimantan. Saya ingin membangkit beberapa Butiran iaitu 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan dengan jumlah RM488.5 juta dan Butiran 17000 – Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan jumlah RM90 juta.
Dato’ Pengerusi, baru-baru ini saya telah menerima jawapan bertulis daripada kementerian yang memaklumkan bahawa buat masa ini ICQS Lubok Antu tidak tersenarai dalam perancangan pembinaan jalan keselamatan sempadan dan sebarang cadangan penyediaan kemudahan fizikal atau infrastruktur tambahan adalah tertakluk kepada keutamaan risiko keselamatan tempatan dan kelulusan peruntukan di bawah RMK13.
Dato’ Pengerusi, sebelum ini saya pernah menyuarakan berkenaan keperluan untuk menyediakan jalan-jalan keselamatan di sekitar sempadan Sarawak–Kalimantan termasuk di Lubok Antu. Pembinaan jalan keselamatan amat penting kerana kedudukan Empangan Hidroelektrik Batang Ai yang merupakan aset- aset bekalan tenaga boleh diperbaharui negara sebenarnya terletak lebih kurang 10
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
kilometer daripada sempadan Sarawak–Kalimantan. Manakala, jaraknya ke ICQS Lubok Antu adalah kira-kira 23 kilometer melalui jalan yang sedia ada.
Selain penjanaan tenaga hidroelektrik, Empangan Batang Ai juga turut menempatkan projek ladang solar terapung berkapasiti 50 megawatt yang kini sedang beroperasi sekali gus memperkukuhkan peranan kawasan ini sebagai salah satu pusat penjanaan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.
Dalam konteks ini, kita juga perlu melihat aspirasi Sarawak untuk menjadi battery of ASEAN iaitu sebuah hab tenaga boleh diperbaharui serantau yang membekalkan tenaga elektrik kepada negara-negara jiran melalui rangkaian Borneo Power Grid dan Asia Power Grid. Justeru pembangunan perlindungan infrastruktur tenaga seperti Empangan Hidroelektrik Batang Ai amat penting kerana ia bukan sahaja merupakan aset strategik negara malah mempunyai kaitan dengan aspirasi Sarawak dalam menyumbang kepada keselamatan bekalan tenaga di rantau ASEAN.
Selain itu, kita perlu memahami bahawa realitinya sempadan negara bukan hanya terdiri daripada pintu masuk rasmi seperti kompleks imigresen dan ICQS.
Terdapat juga laluan tradisional, jalan ladang, laluan sungai dan jalan tidak rasmi yang digunakan oleh masyarakat setempat sejak sekian lama. Oleh itu, pembinaan jalan keselamatan sempadan di ICQS Lubok Antu adalah kritikal bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan ini, khasnya dalam membendung jenayah rentas sempadan dan melindungi aset negara seperti Empangan Hidroelektrik Batang Ai daripada sebarang potensi ancaman dari luar.
Saya juga difahamkan bahawa pada masa ini, kawalan keselamatan di sepanjang jajaran sempadan Lubok Antu— sepanjang sempadan Lubok Antu– Kalimantan yang meliputi kira-kira 121 kilometer dilaksanakan oleh PGA melalui satu kawalan— pos kawalan dengan kekuatan seramai 31 anggota. Oleh itu, kementerian perlu memastikan anggota keselamatan mempunyai akses yang mencukupi kepada peralatan dan kenderaan yang sesuai dengan keadaan geografi bagi membolehkan mereka melaksanakan rondaan, pemantauan dan tindakan secara efisien sekiranya berlaku sebarang insiden keselamatan.
Justeru, saya meminta kementerian supaya dapat mempertimbangkan semula perancangan pembangunan jalan keselamatan sempadan di sekitar ICQS Lubok Antu untuk disegerakan. Saya juga mencadangkan supaya satu kajian teknikal dan penilaian risiko khusus dilaksanakan di kawasan tersebut dengan penglibatan PDRM, PGA, Jabatan Imigresen, AKPS dan agensi-agensi yang lain.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Dato’ Pengerusi akhir sekali, saya ingin membangkitkan Butiran 020100 – Kepolisan. Untuk makluman Dato’ Pengerusi, buat sementara ini gred jawatan untuk Ketua Polis Daerah di beberapa buah daerah di Sarawak masih lagi berpangkat Deputy Superintendent berdasarkan model wajaran Ketua Polis Daerah.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Saya melihat bahawa terdapat keperluan untuk menyelaraskan gred jawatan Ketua Polis Daerah di Sarawak bagi memastikan kesesuaian antara gred jawatan dengan skop tanggungjawab, kompleksiti tugas, keluasan kawasan pentadbiran, jumlah penduduk, tahap keselamatan serta keperluan operasi di daerah masing- masing.
Dalam hal ini, untuk makluman Dato’ Pengerusi, saya telah difahamkan bahawa Sarawak merupakan satu-satunya kontinjen di Malaysia yang masih mengekalkan jawatan Ketua Polis Daerah pada pangkat DSP di beberapa buah daerah berbanding kontinjen lain yang telah melaksanakan penambahbaikan dari segi struktur perjawatan Ketua Polis Daerah. Keadaan ini perlu diberikan perhatian memandangkan terdapat daerah di Sarawak yang mempunyai kawasan pentadbiran yang luas, penempatan penduduk yang berselerak, keadaan geografi yang mencabar serta berhadapan dengan isu keselamatan sempadan antarabangsa.
Justeru, saya mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri bersama- sama PDRM dapat melaksanakan kajian semula terhadap penggredan jawatan Ketua Polis Daerah di Sarawak agar lebih seimbang, munasabah dan mencerminkan beban tugas serta tanggungjawab sebenar yang dipikul oleh pegawai berkenaan.
Akhir kata, Dato’ Pengerusi, saya ingin menegaskan bahawa keselamatan sempadan Sarawak–Kalimantan bukan sekadar isu keselamatan negeri Sarawak tetapi ia merupakan isu kedaulatan dan keselamatan negara. Saya berharap segala teguran dan cadangan yang dibangkitkan ini diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian.
Sekian. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Apa Yang Berhormat Lubok Antu bercakap itu betul.
Ada setengah OCPD, DSP saja, walhal kawasan seluas-luasnya.
Baik. Berikutnya, saya persilakan Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi. Saya terus ke Butiran 91000 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah Kepala P.62 – Kementerian Dalam Negeri.
Pertama sekali, saya ingin menegaskan bahawa APMM merupakan barisan hadapan negara dalam mempertahankan kedaulatan perairan Malaysia. Peranan APMM bukan sekadar menguatkuasakan undang-undang di laut tetapi turut melibatkan keselamatan perairan, pembanterasan penyeludupan, pencerobohan nelayan asing, pemerdagangan manusia dan operasi mencari serta menyelamat.
Berikut adalah beberapa aspek yang saya ingin bangkitkan.
Aspek pertama, persoalan kecukupan peruntukan pembangunan. Kerajaan memperuntukkan RM868,351,000 bagi APMM pada tahun 2027 berbanding anggaran yang dipinda RM887,255,000 pada tahun 2026. Mengapakah peruntukan pembangunan APMM dikurangkan sedangkan cabaran keselamatan maritim negara semakin kompleks? Adakah pengurangan ini akan memberi kesan kepada perolehan kapal, aset udara, sistem radar dan keupayaan pengawasan maritim? Saya mahu kementerian menjelaskan projek pembangunan yang akan diberikan keutamaan pada tahun 2027.
Aspek kedua adalah mengenai kesiagaan kapal dan aset operasi. Kita tidak boleh mempunyai kapal peronda yang banyak di atas kertas tetapi sebahagiannya tidak dapat beroperasi kerana masalah penyelenggaraan, kerosakan teknikal atau kekurangan alat ganti.
Saya ingin mendapatkan penjelasan, berapakah jumlah kapal APMM yang benar-benar berada dalam keadaan siap-siaga? Berapakah kapal yang sedang menjalani penyelenggaraan atau pembaikan? Apakah status sebenar projek pembinaan dua kapal peronda pesisir pantai (OPV) yang pernah mengalami kelewatan? Berapakah penambahan kos bagi menyiapkan dua kapal OPV tersebut dalam kontrak baru? Kerajaan perlu memastikan peruntukan pembangunan diterjemahkan kepada keupayaan operasi sebenar.
Aspek ketiga mengenai pengawasan kawasan maritim Sabah dan Sarawak.
Kawasan perairan Sabah dan Sarawak berhadapan dengan pelbagai ancaman rentas sempadan termasuk pencerobohan nelayan asing, penyeludupan dan kegiatan jenayah maritim.
Adakah peruntukan 2027 mencukupi untuk memperkukuhkan penempatan aset APMM di kawasan berisiko tinggi? Saya juga ingin mengetahui, sejauh
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
manakah integrasi sistem radar, dron pengawasan dan Maritime Domain Awareness, dengan izin, dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal sebarang pencerobohan?
Dalam aspek keempat, mengenai kebajikan dan keselamatan anggota APMM. Kita tidak boleh hanya bercakap tentang pembelian kapal dan teknologi tetapi mengabaikan anggota yang mengendalikan aset tersebut. Apakah perancangan kementerian untuk meningkatkan kemudahan jeti pangkalan operasi, kuarters, peralatan keselamatan dan kebajikan anggota yang bertugas di laut?
Aspek kelima adalah keberkesanan perbelanjaan pembangunan. Jumlah anggaran harga projek APMM yang dinyatakan dalam Belanjawan 2027 ialah RM8.11 bilion. Saya mahu kementerian menyatakan berapakah projek yang telah disiapkan, berapa yang masih dalam pelaksanaan dan berapa yang mengalami kelewatan.
Jangan sampai setiap tahun kerajaan memperuntukkan ratusan juta Ringgit tetapi hasilnya tidak dapat diterjemahkan kepada peningkatan kesiagaan aset dan keselamatan perairan negara. Kita mahu kerajaan menjadikan Belanjawan 2027 sebagai tahun memperkukuhkan keupayaan sebenar APMM, bukan sekadar menambah senarai projek pembangunan.
Akhirnya, ukuran kejayaan APMM bukan berapa bilion ringgit dibelanjakan tetapi sejauh mana perairan Malaysia benar-benar selamat dan berdaulat.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Lumut. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuaran ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Victor Sanjos di atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baru dan juga kepada Datuk Abdul Fuad Malik yang telah dilantik sebagai Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang baru.
Tuan Pengerusi, Tuaran merujuk Maksud Bekalan B.62 dan Pembangunan P.62 Kementerian Dalam Negeri. Saya membawa tiga perkara utama iaitu penyelesaian hal PTI, urusan dokumen rakyat di seluruh Sabah dan ancaman dadah terhadap keluarga kita.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang pertama, Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Pada Jun 2024, KDN menjawab pertanyaan Tuaran bahawa pendataan digital warga asing sedang dilaksanakan di Sabah. Sekarang kita mahu tahu hasilnya dan tindakan selepas itu.
Tuaran minta KDN bersama Kerajaan Sabah membentangkan status pelaksanaan syor [Tidak jelas] mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Nyatakan apa yang sudah selesai, apa yang masih tertangguh dan sebabnya.
Sertakan tindakan tahun 2027, agensi yang bertanggungjawab, peruntukan dan tarikh pelaksanaan. Selepas status disahkan, mesti jelas tindakan yang akan diambil terhadap setiap kategori kes mengikut undang-undang.
Pada masa yang sama, kemasukan pendatang tanpa izin mesti dicegah.
Rakyat Sabah sudah lama menunggu. Mohon menteri tetapkan bila laporan dan jadual tindakan ini akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Yang kedua, Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Dalam kita mengurus warga asing, jangan sampai kes dokumen rakyat yang layak terus tertangguh. Usaha menyelesaikannya mesti meliputi seluruh Sabah termasuk kampung pedalaman dan pulau. Kes pendaftaran kelahiran, kad pengenalan dan penentuan taraf perlu diteliti mengikut bukti serta kelayakan masing-masing.
Tuaran cadangkan JPN, melalui MEKAR, turun mengikut jadual, semak dokumen sebelum lawatan dan tetapkan pegawai yang boleh rujuk bagi setiap kes.
Tuaran mencadangkan dalam tempoh yang sekurang-kurang tiga bulan selepas semakan, pemohon diberikan keputusan ataupun penjelasan tentang dokumen yang masih diperlukan, sebab kelewatan dan bila tindakan seterusnya akan dibuat.
Jangan keluarga terus berulang-alik tanpa tahu kedudukan permohonan. Mohon Menteri nyatakan jadual pelaksanaan dan sasaran kes yang akan diputuskan mengikut daerah pada tahun 2027.
Yang ketiga, Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah bersama Butiran 020100 – Kepolisan. Laporan Borneo Post pada 5 November menyebut lebih 14,000 tangkapan berkaitan dadah di Sabah sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.
Rampasan dalam kes besar pula bernilai lebih RM287 juta. Kita menghargai usaha polis, PDRM, tetapi angka yang sebesar ini sangat membimbangkan keluarga.
Mohon Menteri jelaskan pecahan tangkapan mengikut jenis kesalahan serta jumlah pengguna dadah yang dikenalasti di Sabah termasuk Tuaran, berapa sudah mendapat rawatan dan berapa lagi yang belum.
Tuaran mencadangkan tindakan bersama PDRM dan AADK mengikut daerah dengan peruntukan berdasarkan keperluan sebenar. Putuskan rangkaian pengedar
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
dan mudahkan keluarga mendapatkan bantuan. Mereka yang menjalani pemulihan perlu terus dibimbing serta dihubungkan dengan latihan dan pekerjaan melalui agensi yang berkaitan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Di bawah P.62 Butiran 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan. Mohon Menteri nyatakan projek dan kemudahan yang diperuntukkan untuk Sabah. Ibu bapa mesti tahu ke mana hendak minta pertolongan dan perkhidmatan rawatan mesti mampu menerima mereka yang memerlukannya.
Tuan Pengerusi, Tuaran minta tiga kepastian tindakan [Tidak jelas] yang berjadual, kes dokumen rakyat yang diselesaikan dan bantuan dadah yang sampai kepada keluarga. Mohon Menteri nyatakan apakah yang akan dilaksanakan pada tahun 2027, bila bermula dan siapa yang bertanggungjawab.
Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua — Pengerusi. Terus kepada B.62 dan P.62 maksud Kementerian Dalam Negeri. Saya terus pergi kod Butiran 030000 maksud bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, yang mana pengurusan pendaftaran imigresen, kawalan sempadan dan pintu masuk diperuntukkan sebanyak RM2.13 bilion.
Manakala, perkara 030400 iaitu Kawalan dan Perlindungan Sempadan, peruntukan sebanyak RM488 juta.
Malaysia mempunyai 123 pintu masuk, lebih kurang 4,000 kilometer panjang sempadan darat dan laut dan 600,000 kilometer persegi kawasan maritim. Semua usaha yang dijalankan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia ini adalah untuk membanteras kegiatan penyeludupan yang merugikan kepada hasil negara, membanteras kemasukan pendatang tanpa izin, membendung ketirisan hasil negara melalui penguatkuasaan yang lebih berkesan dan bersepadu.
Soalannya ya, kerajaan perlu memperolehi aset-aset tertentu dan penggunaan teknologi yang terkini dan kerajaan perlu melabur kepada teknologi terkini seperti AI, dron, radar, teknologi pengesanan moden. Pekan ingin bertanya, adakah kerajaan akan terus menggunakan dan mendapatkan khidmat kepakaran daripada penyelidik-penyelidik universiti tempatan untuk bekerjasama secara
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
strategik untuk membentuk suatu kawalan yang terbaik dari segi AI ataupun dron dan sebagainya ya?
Keduanya ialah mengenai perjawatan iaitu perjawatan sebanyak 8,403 diisi sebanyak 6,824 untuk mewujudkan keadaan yang lebih selesa dari segi pekerjaan dan tugas dapat diamanahkan kepada semua penjawat-penjawat ini. Adakah kerajaan akan memastikan bahawa keanggotaan ini akan ditambah?
Seterusnya ialah dari segi kelemahan integriti di pintu masuk mengakibatkan isu counter-setting, flying passport, integriti di kalangan pegawai dan kakitangan mestilah diselesaikan. Adakah kerajaan akan terus menjalankan latihan-latihan yang lebih formal dan kerap untuk menyelesaikan masalah-masalah ini?
Keduanya ialah Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran Imigresen, Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk iaitu sebanyak RM2.2 bilion. Merujuk kepada perkara 030200 –Hal Ehwal Imigresen sebanyak RM1.1 bilion ini. Masalah pendatang asing tanpa izin, overstay tanpa pas dokumen perjalanan yang sah, memiliki penggunaan dokumen palsu, melanggar syarat pas dan kemasukan menerusi laluan tikus adalah merupakan perkara-perkara yang perlu diatasi segera.
Soalannya, adakah kerajaan berhasrat untuk menjalankan pendaftaran melalui online basis bagi menyelesaikan masalah-masalah ini. Selain daripada itu, adakah kerajaan akan terus menggunakan sepenuh keringat yang ada untuk kita memastikan bahawa pelarian-pelarian ini khususnya yang melibatkan pelarian- pelarian seperti yang menggunakan kad UNHCR dapat kita atasi dengan cara yang lebih berdiplomasi dan yang lebih menguntungkan negara ini.
Seterusnya, adakah untuk mengetatkan dan mengemaskan kawalan kemasukan pelawat Pas Lawatan Sosial ini dapat diatasi dengan secepat mungkin agar masalah-masalah lama dapat kita atasi segera?
Keduanya ialah Butiran 020000 iaitu Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang melibatkan peruntukan sebanyak RM11.8 juta dan Perkara 020400 iaitu Penguatkuasaan Maritim melibatkan peruntukan sebanyak RM743 juta dan Butiran 91000 APMM yang melibatkan peruntukan RM868 juta.
Semua isu ini adalah untuk mengatasi masalah dari segi isu-isu pencerobohan perairan negara, kemasukan migran melalui jalan laut, penyeludupan barangan, pencerobohan rakyat asing, mengancam sumber ekonomi protein negara.
Memang dialu-alukan bahawa pemodenan aset perlu ada. Perolehan empat helikopter difahamkan AW189 Kapal APMS, Kapal Peronda Luar Persisiran adalah suatu yang terbaik untuk kerajaan lengkapkan APMM. Di samping itu, persoalannya,
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
adakah sindiket jenayah rentas sempadan ini merupakan satu jenayah yang memerlukan kerjasama erat antara negara-negara sempadan dan akan terus digembleng tenaga untuk sama-sama mengatasi masalah di negara-negara tersebut? Apakah pelan kontigensi jika sekiranya wujud konflik dengan negara lain jika ada tuntutan bertindih?
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya panggil Yang Berhormat Pendang. Untuk maklumat Yang Berhormat Seputeh, lepas Pendang, Yang Berhormat eh. Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh kepala Perbekalan B.62, Pembangunan P.62 yang berjumlah RM21.98 bilion bagi tahun 2027. Saya ingin membangkitkan tiga isu utama kalau sempat ada masa, bagi saya memberi pandangan kepada Kementerian Dalam Negeri ini.
Pertamanya saya nak merujuk kepada Butiran 020100, tanggungjawab polis terhadap jenayah scam yang berleluasa ini. Pada tahun 2024, rakyat Malaysia mengalami kerugian akibat penipuan dalam talian sebanyak RM1.57 bilion dan pada tahun 2025 pula, angka ini melonjak hampir sekali ganda kepada RM2.97 bilion. Jadi, hampir RM3 bilion scam telah berlaku dalam masa dua tahun ini. Ini tak termasuk lagi 2026.
Jadi, setakat ini, yang berjaya dipulangkan di bawah Pusat Respons Scam Kebangsaan atau NSRC ini hanya daripada yang ditubuhkan, NSRC daripada 2022 hingga 2025 ini, hanya RM7.3 juta wang mangsa dibandingkan dengan RM3 bilion.
RM3 bilion ini besar Dato’ Pengerusi. Kalau dibandingkan peruntukan kepada negeri- negeri dunia ketiga iaitu Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan. RM3 bilion ini.
Jadi, bila kita melihat keadaan ini, kita mahu berdasarkan angka yang saya laporkan ini Dato’ Pengerusi, bagaimana apabila wang mereka dilarikan, berapa ramai yang benar-benar mendapatkannya kembali? Justeru itu, saya menuntut penjelasan Menteri.
Pertama, berapakah sasaran khusus KDN bagi tahun 2027 untuk meningkatkan jumlah wang mangsa scam yang berjaya dibekukan, dirampas dan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
dipulangkan? Kedua, bilakah Akta Jenayah Siber dijangka berkuat kuasa pada awal 2027 akan benar-benar dikuatkuasakan?
Saya rasa benda ini dah berlaku daripada 2022 lagi, jadi, saya harap boleh serta mertalah kita kuatkuasakan. Kalau tidak, lagi ramai mangsa rakyat Malaysia akan ditipu oleh scam ini. Scam ini ada rangkaian antarabangsa. Kita harap pihak police intelligence yang melibatkan international ini akan bergerak sehingga ke peringkat Interpol dengan kemahiran-kemahiran tertentu yang ada kepada cadangan — saya akan cadang pasukan polis yang hanya terlibat dalam digital siber sahaja iaitu siber sekuriti.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang penting sekarang ini Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 37000 – Pengkomputeran (Imigresen) yang kerajaan telah belanja berbilion ringgit namun keselamatan data masih terdedah. Pada 28 Mei 2026, kegagalan sistem MyIMMs telah menyebabkan operasi eGate dan kaunter imigresen lumpuh selama lebih empat jam.
Lebih mengejutkan pada Oktober 2026, pegawai imigresen ditahan SPRM bagi siasatan penggodaman sistem yang dikaitkan dengan kelulusan 1,309 pas lawatan kerja sementara. Ini bukan sekadar masalah komputer rosak atau sistem tergendala. Ini melibatkan keselamatan negara ataupun keselamatan pintu masuk negara. Dalam masa yang sama, Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang bernilai RM1.73 bilion berdasarkan dokumen anggaran masih menimbulkan persoalan besar.
Anggaran Perbelanjaan 2027 menetapkan sasaran pengoperasian NIISe Go- Live sebanyak 100 peratus pada 2027 sedangkan kerajaan sebelum ini menyatakan sistem tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 2028. Mana satu sebenarnya yang betul Dato’ Sri Pengerusi? Jadi, kita minta penjelasan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.
Oleh itu, saya minta Menteri menjelaskan soalan-soalan ini. Pertama, apakah NIISe yang benar-benar akan beroperasi pada 2027 dan apakah masih tertangguh sehingga 2028? Kedua, apakah jaminan bahawa kelemahan keselamatan integriti yang data berlaku dalam MyIMMs ini tidak akan berulang dalam NIISe?
Saya cadangkan supaya KDN membentangkan laporan kemajuan NIISe setiap suku tahun kepada Parlimen termasuk status keselamatan sistem, pencapaian pelaksanaan dan perbelanjaan projek kerana ini melibatkan keselamatan negara.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Pengerusi, yang akhir sekali Butiran 56000 – Bangunan-bangunan Penjara. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu perkara yang cukup mengejutkan dalam Anggaran Perbelanjaan 2027. Saya ulang, kerajaan menetapkan sasaran kadar kesesakan penjara sebanyak 115 peratus. Saya ulang 115 peratus sedangkan Jun 2026, jumlah penghuni penjara telah melebihi kapasiti sebanyak 8,720 orang berbanding kapasiti keseluruhan 75,051 orang.
Bagi tahun 2027, peruntukan pembangunan bangunan penjara meningkat kepada RM113.2 juta. Maka, saya ingin bertanya apakah — berapakah kapasiti penempatan banduan baharu yang akan wujud melalui peruntukan tersebut? Kedua, bilakah kerajaan akan menetapkan sasaran kesesakan penjara kepada 100 peratus atau lebih rendah dengan pelan pelaksanaan yang jelas?
Saya mencadangkan supaya KDN menetapkan sasaran pengurangan kesesakan secara berperingkat, memperluas program pemulihan dan parol yang bersesuaian serta mempercepatkan pembangunan kapasiti penjara. Dato’ Sri Pengerusi, tiga isu ini membawa satu persoalan yang sama, apakah ukuran sebenar keberkesanan perbelanjaan Kementerian Dalam Negeri?
Justeru itu, saya menuntut supaya setiap peruntukan ini diluluskan disertai sasaran keberhasilan yang jelas boleh diukur dan boleh dipertanggungjawabkan kepada Dewan setiap suku pada tahun 2027 perbelanjaan yang ada pada 2026 ini.
Jadi, saya harap saya dapat penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri. Sekian, Dato’ Pengerusi. Terima kasih banyak-banyak.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 030300 – Pendaftaran Pertubuhan, Butiran 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Butiran 030100 – Pendaftaran Negara.
Dato’ Pengerusi, peruntukan diberi bagi segmen kawalan dan perlindungan sempadan telah meningkat daripada RM37,136,000,900 pada tahun 2026 kepada RM488,509,900 pada tahun 2027. Peningkatan sebanyak RM41,373,000. Dalam lawatan PAC ke sempadan Malaysia dan Thailand di bahagian Kelantan untuk menyiasat penyeludupan minyak masak bersubsidi dan barangan bersubsidi lain yang dijual di Golok di Selatan Thailand pada tahun lepas. Kami berpeluang melihat
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sungai Golok yang kecil dan cetek memang mudah dilalui oleh penduduk di sebelah Thailand dan Malaysia.
Keadaan geografi ini memang memudahkan penyeludupan barangan bersubsidi dari Malaysia ke Thailand. Pihak polis dan anggota AKPS juga memberi tahu kami betapa perlunya sempadan di seberang Malaysia diletakkan pagar dan juga CCTV. Justeru, saya menyokong pertambahan bajet kepada AKPS khususnya untuk pemagaran sempadan di antara Semenanjung Malaysia dengan Thailand sebagai usaha membasmi kan penyeludupan barang dan mencegah warga asing untuk masuk ke Malaysia tanpa kelulusan. Saya ingin meminta KDN memberi pecahan item bagi peruntukan bajet RM488,509,900 ini kepada Dewan yang mulia ini.
Dato’ Pengerusi, saya juga ingin minta tentang garis masa pelaksanaan RUU
(Pindaan) Perlembagaan 2025 dan permohonan naturalisasi Perkara 19 bagi anak dewasa yang di lahir di luar negara.
Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan RUU (Pindaan) Perlembagaan 2025 yang bersejarah dalam bulan Disember 2024. RUU ini kemudian telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 7 Mac 2025 dan diwartakan pada 20 Mac 2025. Namun, sehingga hari ini keluarga-keluarga yang terlibat masih menanti-nantikan tarikh penguatkuasaan RUU tersebut.
Ketiadaan tarikh rasmi pelaksanaan telah menimbulkan kebimbangan yang amat besar di kalangan ibu warganegara Malaysia yang berada di luar negara khususnya bagi ibu-ibu yang telah memasuki trimester ketiga kehamilan. Mereka kini perlu buat keputusan sama ada balik ke Malaysia untuk melahirkan anak ataupun tidak kerana mereka ingin memastikan anak mereka memperolehi kewarganegaraan Malaysia.
Saya pernah membangkitkan isu ini dalam ucapan dasar Bajet 2027 tetapi saya tidak terima apa-apa jawapan daripada KDN sehingga hari ini. Saya berharap Menteri KDN boleh memberi jawapan kepada saya dan semua ibu Malaysia yang kini bermastautin di luar negara.
Dato’ Pengerusi, saya ingin bangkitkan isu berkenaan dengan pendaftaran pertubuhan (ROS) yang lambat memberi kelulusan kepada permohonan pendaftaran persatuan. Saya terima aduan daripada penduduk-penduduk di KL — di Kuala Lumpur bahawa memang susah bagi mereka untuk memohon pendaftaran persatuan kerana permohonan mereka di ROS Kuala Lumpur sama ada di tangguh berbulan-bulan ataupun ditolak tanpa sebab.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Mereka selalu terpaksa membuat rayuan demi rayuan kepada ROS tetapi masih tidak diterima maklum balas daripada ROS. Saya pernah bangkitkan masalah ini kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN tetapi keadaan masihnya sama.
Dalam laman web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, ROS telah menetapkan lima hari untuk memproses permohonan pendaftaran pertubuhan yang lengkap tetapi piagam pelanggan ROS ini memang tidak dipatuhi.
Saya bercadang KDN meneliti masalah pendaftaran pertubuhan yang dihadapi oleh orang ramai dan menubuhkan bahagian rayuan bagi orang ramai bagi menyampaikan masalah mereka.
Dato’ Pengerusi, secara ringkas saya ingin minta kerajaan mengumumkan macam mana kita sebagai wakil rakyat boleh membantu pelarian-pelarian yang sah, yang masuk ke negara kita dengan sah untuk bekerja dan juga saya ingin minta Menteri dan pegawai KDN untuk memberi taklimat berkenaan dasar dan masalah tentang isu pelarian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini supaya kita faham dan boleh membantu KDN dalam isu pelarian.
Isu yang terakhir ialah Dato’ Pengerusi, isu berkenaan dengan syarat tahanan rumah untuk Dato’ Sri Najib yang mana yang jawapan daripada Menteri pada pagi ini ialah ahli keluarga kamu terdiri isteri-isteri, anak-anak, menantu cucu boleh tinggal bersama di rumah. Jadi, apakah semua ahli keluarga beliau haruslah berdaftar dengan pihak penjara supaya mereka boleh duduk sama di rumah oleh — ataupun hanya mereka yang keluar masuk kerana kita tahu semua kita ini ada ramai relative, ramai sanak saudara.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, adakah mereka juga boleh dapat kebenaran daripada Jabatan Penjara untuk duduk bersama dengan Dato’ Sri Najib? Selain itu, saya juga ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana daripada Hansard pagi ini yang saya quote, “sekatan dari segi kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan tempat tinggal, sekatan penggunaan telefon tidak dibenarkan menggunakan telefon dan alat telekomunikasi selain daripada yang didaftarkan oleh Jabatan Penjara untuk tujuan mengesahkan bila berada di rumah dihubungi oleh pihak penjara bila berada di kediaman”. Jawapan ini kalau kita baca macam ini, saya pun kurang faham apa yang cuba disebut oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi. Jadi soalan saya ialah adakah alat telekomunikasi dibenarkan digunakan oleh Dato’ Sri Najib bagi mengesahkan beliau ada di rumah? Jadi adakah ini bermaksud pegawai penjara tidak akan berada di lokasi rumah tahanan beliau ini sepanjang masa? Saya berharap Yang Berhormat
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Timbalan Menteri boleh clarify, boleh memberi penjelasan kepada kami tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri pada pagi tadi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Dipersilakan Yang Berhormat Keningau. Jika tidak ada, saya ke Yang Berhormat berikutnya, Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Assalamualaikum Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Butiran yang saya ingin rujuk adalah Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Saya ingin mengetengahkan aspek penambahbaikan ke atas program pemulihan ke atas penagih dadah.
Daripada angka yang dilaporkan dalam statistik jenayah oleh DOSM, didapati ada peningkatan kadar berulang berbanding jumlah client yang menjadi program pemulihan antara tahun 2023 sehingga 2025. Peratusan tersebut adalah sekitar 34 peratus pada 2023, 38 peratus pada 2024 dan 42 peratus pada 2025.
Dalam Dokumen Anggaran Perbelanjaan KDN pula, sasaran peratusan kadar kesesakan penjara adalah 115 peratus untuk 2026 dan juga 2027 iaitu sudah jauh melampaui kapasiti sebenar penjara. Memandangkan sebahagian besar penghuni penjara terdiri daripada pesalah berkaitan dadah, apakah penambahbaikan muktamad terhadap Program Reintegrasi Penghuni di bawah Butiran 051100 khususnya buat pesalah dadah.
Di samping itu, Butiran 040200 – Kepenjaraan dan Koreksional menunjukkan peningkatan ketara bajet untuk aset iaitu sekitar 60 peratus. Adakah bajet yang bertambah ini turut merangkumi inisiatif signifikan untuk menjadikan pemulihan penagih dadah adalah lebih efektif bagi mengurangkan kadar berulang yang meningkat saban tahun?
Keduanya, saya merujuk kepada 020100 – Kepolisan khususnya berkaitan promosi mencegah jenayah dan juga mengesan penjenayah. Kebelakangan ini banyak dibangkitkan tentang masalah percambahan rumah anutan tanpa izin dalam negara. Masalah ini sebenarnya sudah membarah tetapi baru kini menjadi hangat kerana rakyat mula sedar bahawa isu ini bukan isu picisan. Sebaliknya ia juga melibatkan pelbagai isu lain seperti pemilikan tanah dan juga keharmonian kaum.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kita menyangka masalah rumah anutan tanpa izin ini terhenti setakat itu saja tetapi rupanya ia terpalit juga dengan jenayah dadah. Saya merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 Oktober baru-baru ini yang menyebut sebuah kuil haram di Klang diserbu polis apabila dikesan menyimpan dadah jenis Heroin.
Bagaimanakah rakyat Malaysia mahu diharapkan terus bertoleransi dengan rumah-rumah anutan tersebut tanpa izin jika toleransi mereka disalahgunakan ke tahap ini. Oleh yang demikian, PDRM dan juga agensi lain di bawah KDN diharapkan terus proaktif membanteras sindiket-sindiket jenayah yang berselindung di sebalik rumah anutan haram apa-apa agama sekalipun.
Saya juga ingin membangkitkan satu insiden yang menimbulkan persepsi awam tentang layanan dwistandard pihak berkuasa dalam isu rumah anutan tanpa izin ini. Apabila aktivis Tamim Dahari ditahan pada Oktober baru-baru ini atas tuduhan membinasa atau merosakkan tempat sembahan, pegawai polis memaklumkan bahawa siasatan dibuat selepas menerima laporan daripada penyelia atau pengerusi kuil.
Persoalannya, kenapakah penyelia kuil tersebut tidak ditangkap walaupun mengakui mengendalikan kuil tanpa izin? Kesalahannya itu boleh dikatakan menceroboh, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun ataupun denda RM500,000 di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara jauh lebih tinggi daripada kesalahan yang Tamim Dahari dituduh. Kalau betul nak kuatkuasakan undang- undang secara adil, sepatutnya kedua-dua pihak patut ditahan dan disiasat. Layanan tidak adil sebeginilah yang menjejaskan keharmonian kaum dan juga menambah defisit kepercayaan rakyat kepada pihak berkuasa dan kerajaan.
Oleh yang demikian, minta pihak kerajaan menjelaskan perancangan atau jumlah peruntukan khusus kerajaan dalam menangani percambahan rumah anutan tanpa izin ini.
Yang akhir, saya rujuk 030200 – Hal Ehwal Imigresen khususnya berkenaan dengan sindiket UNHCR. Kelemahan pangkalan data bersepadu sering menjadi punca berleluasanya sindiket pemalsuan kad pelarian yang kerap dibongkar oleh pihak PDRM dan juga Jabatan Imigresen.
Di bawah butir ini, didapati belanja mengurus untuk aset mengalami peningkatan mendadak iaitu daripada RM13 juta ke RM31 juta. Daripada jumlah bajet ini, berapa banyakkah yang akan diperuntukkan untuk menangani kelemahan pangkalan data bersepadu dan membangunkan mechanism perprofilan biometrik pelarian di Malaysia?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Di samping itu, apakah langkah proaktif kerajaan dalam membanteras sindiket tempatan dan warga asing yang memperniagakan kad UNHCR yang palsu di pasaran gelap dan juga mencabar kedaulatan undang-undang negara?
Selain pelarian, isu pendatang tanpa izin juga semakin menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat termasuk di kawasan luar bandar. Saya memetik pandangan seorang pakar daripada UPNM, Dr. Noraini Zulkifli yang berkata bahawa masalah PATI ini bukan lagi hanya isu Imigresen, sebaliknya turut mengancam keselamatan nasional. Penduduk PATI di Malaysia telah berevolusi merangkumi sindiket jenayah terancang, pemalsuan dokumen, pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh. Daripada rakyat kebanyakan sehingga pakar pun, ramai yang sudah bersuara tentang lambakan PATI dalam negara tetapi apakah perancangan yang tuntas daripada kerajaan menangani keluhan ini?
Adakah kerajaan bersedia untuk mengadakan operasi besar-besaran menangkap dan juga mengambil tindakan keras terhadap PATI dan warga tempatan yang bersubahat dengan mereka? Antara pintu-pintu masuk kegiatan penyeludupan PATI ini adalah di Wilayah Pantai Timur termasuk Terengganu di mana pada tahun ini saja Jabatan Imigresen Terengganu telah menahan seramai 1,257 orang PATI.
Begitu juga dengan Kelantan yang perairannya juga menjadi sasaran PATI untuk menerobos masuk ke dalam negara. Jadi angka tangkapan PATI yang ramai bukanlah untuk dibanggakan tetapi sebaliknya menyedarkan bahawa sempadan kita masih bocor.
Oleh yang demikian, di bawah Butiran 020400 – Penguatkuasaan Maritim dan juga 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan. Apakah bentuk reformasi integriti yang dirancang terhadap agensi-agensi penguatkuasaan seperti APMM dan juga AKPS bagi membanteras aktiviti pegawai yang dikatakan mengambil rasuah dan juga menjadi tali barut yang melindungi kemasukan PATI?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh, Pengerusi, satu isu lagi saya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya rasa saya dah bagi lebih dah tu. Tutupkan perkara ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Satu, penting juga ni. Isu penting ni. Sikit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Habiskan tu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey. Butiran 050600 – MyKad, passport, dia— kalau ikut di sini, RM2.4 bilion kontrak jatuh ke tangan satu
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
syarikat. Jadi, kontrak kad merah ni, kad mentah ni, dia MyKAD ni dia bernilai RM732,700. Diberi kepada syarikat yang sama yang memegang kontrak passport RM1.73 bilion. Jadi, kerajaan—s aya minta kerajaan lah menyatakan kontrak diluluskan, Kementerian Kewangan— no. Kerajaan menyatakan bahawa kontrak telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan berasaskan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.4 iaitu pekeliling yang mengawal syarat rundingan terus.
Persoalan saya, kerajaan merujuk kepada PK 2.4 yang mengawal syarat rundingan terus bagi kontrak MyKAD RM732.7 juta, syarat manakah yang dipenuhi sama ada keselamatan negara ataupun kepakaran khusus? Jadi, saya cadangkan macam ni lah. Dedahkan laporan penilaian kontrak MyKAD dan passport ni dan buka tender secara terbuka...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, cukup.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dan bagi [Tidak jelas] kontrak yang seterusnya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut dipersilakan Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Dr. Pengerusi. Saya hanya bangkitkan satu sahaja butiran, yang mana ia melibatkan kawasan Ampang iaitu Butiran 08500 – Perumahan (PDRM) pada tahun 2027. Dalam butiran ini hanya dimaklumkan RM7.5 juta. Jadi, sebenarnya latar belakang sedikit tentang perkara yang ingin saya bangkitkan ini.
Ianya adalah berkaitan dengan satu projek kuarters kakitangan polis di Taman Bukit Indah, Ampang yang atau lebih tepatnya di Lot 19223, Seksyen 2, Mukim Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak. Dimaklumkan projek ini akan dibangunkan untuk 200 unit kuarters, 27 tingkat pangsapuri, dewan serbaguna, dua unit kuarters pegawai dan kos dia mencecah RM200 juta yang akan dimajukan oleh PBLB— PBLT Sdn. Bhd. iaitu satu syarikat, kalau tempat lain semua kuarters kerajaan ini dibina oleh JKR tetapi untuk KDN selalunya yang membinanya adalah PBLT Sdn. Bhd.
Apa yang ingin saya bangkitkan di sini, perkara ini sebenarnya saya tidak pernah, saya selaku anak polis juga. Saya tidak pernah merasakan bahawa isu
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
kebajikan polis ini perlu diabaikan tetapi ini adalah isu di antara keseimbangan antara bagaimana kebajikan kakitangan ini perlu dibuat dan juga bagaimana kawasan perumahan yang selama ini tidak ada kacau ganggu ataupun tidak ada projek lain tetapi diubah zoning-nya hingga membuat kuarters.
Apa sebenarnya latar belakang tapak ini? Tapak ini adalah asalnya adalah di dalam rancangan tebatan adalah zoning institusi dan kekal sehingga sekarang dalam rancangan tebatan MPAJ 2035. Asalnya mula-mula dulu nak buat sekolah. Sekolah rendah tetapi ditukar kepada balai polis. Dan kekal sebagai institusi. Dimaklumkan KDN telah pun buat perumahan —telah buat satu permohonan sebahagian daripada lot itu untuk buat pertukaran ataupun untuk mendapatkan— sebenarnya zoning asal kepada KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia yang saya asik berebut tentang nak buat sekolah ni tapi rupanya telah pun diberikan kepada KDN iaitu pada 10 November 2025, tahun lepas lah.
Jadi, RT ini tapi diambil dari RT-nya kekal sebagai institusi. Jadi, tiada langsung dibuat pendengaran awam ke dan sebagainya, tetapi saya dapati sebenarnya semasa permohonan itu untuk dibuat balai polis. Okey lagi daripada sekolah kepada balai polis. Tetapi yang penting kat sini, Dato’ Pengerusi, kita tidak ada langsung, we no in the know. Yang hanya ada perjumpaan adalah dengan mereka yang ataupun Kebun Komuniti Bukit Indah yang mengambil tempat sedikit yang dapat kebenaran daripada MPAJ untuk menggunakan plot itu.
Jadi, bantahan mula dah masuk. Ha, ini isu dia. 14 Jun bantah masuk oleh penduduk, lepas tu ada sekali lagi pada 18 Jun. Saya juga telah pun mempengerusikan pendengaran awam dan sebagainya. Tetapi akhirnya, kita dapati 15 ataupun 13 Ogos 2026 diberikan kebenaran untuk melaksanakan projek ini.
Pendengaran banyak ni, ataupun bantahan banyak ni. Beribu. Bukan situ je. Untuk keadaan sekitar pun membantah.
Jadi, apa persoalannya? Persoalannya, isu di sini adalah isu ketelusan, transparency. Kita tahu lah projek ini daripada pihak tempat atas tetapi apakah kaedah yang perlu diguna pakai untuk memastikan perkara-perkara ini boleh dibuat dengan baik.
Berapakah sebenarnya, soalan saya, berapakah bilangan tapak alternatif milik Kerajaan Persekutuan atau agensi kerajaan yang telah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum menyatakan bahawa tempat itu, Taman Bukit Indah itu adalah tempat yang paling sesuai membuat kuarters? Tak pernah ada rumah bertingkat di
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
situ, tiba-tiba ada tetapi masalahnya, TIA, SIA, mereka tak dapat kemudahan sekolah tetapi telah pun ditukar sebagai kuarters polis.
Apa perkaranya? Persoalannya, jawapannya, KDN— bagaimanakah KDN memastikan proses bantahan dan maklum balas penduduk diberikan pertimbangan substantif dan telus dan yang penting jawapan kepada bantahan tersebut perlulah dibuat secara tuntas.
Dan yang satu lagi yang paling saya risaukan, Pengerusi, saya kata tadi saya anak polis. Bapa saya komando lagi, kan. Jadi, saya nak tanyalah, ya. Kalaulah peruntukan ini diluluskan— minta sedikit masa lagi, Pengerusi supaya saya landing dengan baik. Dimaklumkan bahawa RM200 juta ataupun hampir RM200 juta untuk projek ini. Saya tak tahu sebab saya tengok dalam butiran tak ada, ya. Jadi, sebenarnya dari mana peruntukan ini nanti nak dibagikan? Yang keduanya, apakah rasional PBLT Sdn. Bhd. diwujudkan sebagai pemaju kepada semua projek-projek dan apa punca kuasanya?
Dan seterusnya, saya nak mengatakan di sini. Kalau kita bercakap tentang kebajikan kakitangan, apakah ada satu dasar yang ataupun hala tuju yang baru, kita jangan buat projek-projek kuarters sahaja. Sebab di dalam Kamar Khas saya bertanya, saya dapati bahawa ada 3,111 unit yang tidak diisi. Banyak tu. Ini nak buat lagi 200 unit.
Jadi, saya cadangkan supaya perkara ini diteliti. Kalaulah kita boleh buat RM200 juta ni, Pengerusi kepada 200 orang ataupun 200 keluarga, kos dia RM750,000 satu unit rumah. Mewah tu, alhamdulillah. Baik kita buat rumah terus dan tak ada fikir tentang penyelenggaraan kepada kakitangan. Jadi, kita punya kakitangan nanti boleh bekerja sebab berhampiran tak ada langsung balai polis.
Saya faham kuarters perlu kalau ada balai polis bersekali dengan kuarters. Tapi ini berasingan, hanya perumahan.
Jadi, persoalan keempatnya adalah kenapa zoning institusi yang patutnya balai polis ditukar kepada kuarters kakitangan polis yang tiada balai di dalamnya?
So, itu sahaja daripada apa yang saya nak bangkitkan. Oleh itu, persoalan yang saya ingat landing kat sini. Saya mohon projek ini dibatalkan ataupun ditangguhkan sehinggalah perkara-perkara yang saya bangkit ini dijawab dengan tuntas. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam RAHMAH. Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi. Terima kasih.
Kod P.62, 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai. Daerah Hulu Langat ni, tadi Ampang bahas. Ampang ni satu parlimen dalam Daerah Hulu Langat.
Saya nak sebutkan dalam Daerah Hulu Langat ni, penduduk dia 1.6 juta orang. Saya ingat saya dah dua, tiga kali sebut benda ni. 1.6 juta orang ni bersamaan dengan rakyat di Negeri Pahang. Negeri Dato’ Pengerusi lah, Dato’ Sri Pengerusi.
Daerah Hulu Langat ni, Dato’ Sri Pengerusi. 1.6 juta rakyat yang tinggal dalam Daerah Hulu Langat ni.
Dalam Daerah Hulu Langat ni, kami ada dua IPD iaitu IPD Kajang dan juga IPD Ampang Jaya. Rakyat sama dengan rakyat di Negeri Pahang ni. Di Negeri Pahang ada 11 IPD, Shah Alam. Ada 11 di Pahang sedangkan dalam Daerah Hulu Langat ni cuma ada dua sahaja. Penduduk sama, rakyat sama.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi, saya nak minta — Timbalan Menteri pun ada. Kalau boleh untuk daerah Hulu Langat ini kena tambah lagi satu IPD sebab rakyat sebab penduduk yang tinggal di daerah Hulu Langat ini memang jumlahnya memang sangat ramailah. Ini antara benda yang saya rasa saya ingat Ampang pun bersetuju dengan pandangan daripada saya ini supaya tambah.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Minta laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Di dalam daerah Hulu Langat.
Saya persilakan Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab dia anak komando, saya tak berani dengan anak komando ini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Hulu Langat.
Saya sokong sebab itu saya kata jangan diubah balai ataupun IPD patut ada atau pun balai polislah. Jangan diubah menjadi kuarters sebab kami kekurangan sebenarnya.
Sekarang ini IPD di Ampang ini ataupun di Hulu Langat ini kami ini Dato’ Pengerusi, duduk di dalam kilang sementara nak pindah. Itu yang saya harap sangat diberi perhatian. Terima kasih Hulu Langat bagi laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cuma Dato’ Sri Pengerusi saya dengar pula IPD Kajang ini dengarnya nak dipindahkan sebab kedudukan dia sekarang ini betul-betul dekat tengah bandar Kajang itu dah tak sesuai. Maksudnya saya nak ucapkan terima kasihlah kepada pihak KDN sebab memikirkan persoalan untuk memindahkan IPD Kajang ini.
Sebab dia dah tak sesuai dah lagi dah Dato’ Sri. Kalau Dato’ Sri biasa makan sate dekat bandar Kajang itu kan memang Dato’ Sri pun tahu lah di mana kedudukan IPD Kajang, itu yang pertama.
Kemudian yang keduanya, PGA Briged Tengah. Kalau Dato’ Sri pun biasa ikut jalan Cheras nak pergi ke Kajang itu, sebelum kita bayar tol dekat Batu 9 itu PGA itu sebelah kiri je pun. Itu PGA itu dibina pada tahun 1981. Usia dia sekarang ini dah mencecah 46 tahun. Baru-baru ini saya pergi ziarah satu rumah kita punya anggota dekat situ memang diberitahu dengan saya.
Para pegawai itu pun minta saya supaya dapat dibawa dalam persidangan Parlimen ini persoalan untuk kita upgrade. Maksudnya kuarters anggota-anggota polis kita dekat PGA dekat Briged Tengah yang terdapat di dalam Parlimen Hulu Langat ini. Memang dah teruk dah Dato’ Sri Pengerusi. Teruk, bumbung pecah- pecah. Siling, lif, pendawaian, paip, sistem kumbahannya memang dah teruk, 46 tahun.
Kalau orang 46 tahun itu memang boleh pasang satu lagi tapi angan-angan ada Dato’ Sri cuma tak berapa nak berani. Jadi, inilah antara benda yang memang kita minta supaya pihak KDN kalau boleh tolong tengok.
Kemudian, tadi baru saya berurusan dengan dia punya pegawai, nama dia ASP Fakhrurazi. Saya ingat dia tengok lah perbahasan saya ini. Nama dah kena jolok. Kalau boleh malam ini dapatlah, martabak pun jadilah. Dia minta dekat Briged Tengah ini— tadi sebut Shah Alam, ini sebut Batu Pahat pula, jiran, naik lagi nama engkau Batu Pahat.
Dia minta supaya dekat Briged Tengah ini kuarters untuk pegawai pangkat rendah ada. Tapi untuk pegawai peringkat tinggi ini ille. Ille tak ada. Dia minta supaya tolong dibawa untuk kerajaan bina kuarters untuk kediaman para-para pegawai kanan.
Kemudian yang seterusnya Dato’ Sri Pengerusi, isu di Balai Polis Pekan Batu 18 Hulu Langat. Kawasan ini kerap banjirlah. Memang saya pun biasa turun dekat situ, memang saya tahulah isu di Balai Polis Pekan Batu 18 Hulu Langat ini, kuarters itu pun memang sering ditenggelami air banjir.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi, memang kita nak mintalah, mungkin KDN pun boleh bantu nanti.
Mungkin sebab dia punya kuarters ini kuarters lama Dato’ Sri. Dia kuarters jenis rumah yang macam rumah yang di tanah ini kan, mungkin boleh dibina kuarters bertingkat.
Kemudian yang terakhirnya Dato’ Sri Pengerusi ada permintaan daripada kita punya Ketua Pengarah RELA kita. Dia minta soal berkaitan dengan uniform ini.
Uniform RELA ini dia kata. Dia kata anggota RELA ini yang bertugas ini sepatutnya dibekalkan dengan dua set uniform tapi dia kata sekarang ini anggota RELA yang bertugas ini cuma dapat satu set je. Bayangkan ini musim-musim nak pilihan raya ini kan. Hari ini hari Khamis, besok hari Jumaat, hari Sabtu ini kan. Hari Sabtu ini mengundi dekat negeri Melaka ini kan. Ya lah RELA ini pun bertugas jaga jalan raya, jaga majlis-majlis, kenduri kahwin dan macam-macam program lah yang kita buat ini kan.
Bayangkan kalau tiga hari direct dia bertugas, pakai pakaian yang sama je Dato’ Sri. Kita pun tak lalu kita nak dekat, kan? Maksudnya ya lah, pakaian itu je, ada satu set je kan, ada satu set. Dia pakai pula daripada pagi sampai ke malam. Jadi, memang kita minta lah pihak KDN kalau boleh tolong tengok soal berkaitan dengan uniform RELA ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Sri Pengerusi.
[Tepuk] Terima kasih, bye-bye. I love you.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Ampang. Saya setuju, 34 tahun saya berkhidmat.
Bukan sahaja di Briged itu, di Briged Utara itu pun kena betulkan balik. Saya kerap ke sana tengok bangunan yang bertingkat, 10 tingkat berblok-blok itu masya-Allah. Saya fikir KDN kena fikirlah dan Ampang itu, Kajang itu, ini pendapat saya.
Saya mantan pegawai kanan polis ya, yang berkhidmat dalam CID, dalam banyak cawangan. Kena at least empat IPD itu, 1.6 juta penduduk.
[Tepuk] Fikir-fikir lah KDN ya. Insya-Allah lah.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Dato’ Speaker, menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, kita anak polis. Saya pun anak polis juga. Biasa duduk kuarters ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dato’ Sri, saya — jiran saya polis.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa] Baiklah. Saya sokong apa Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Hulu Langat cakap tadi bab kebajikan. Kita hendak soalkan bab integriti dan sebagainya tapi kebajikan mereka bagaimana? Expect — kalau gaji tak boleh naik pun, kebajikan perumahan ini paling mustahak. Bila keluar kerja itu selesa tinggalkan anak bini dan sebagainya ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dato’ Sri Pengerusi boleh sikit tak Dato’ Sri Pengerusi. Saya terlupa tadi itu sebab bila ada bahas tadi itu kan saya amat rasa sedih dan juga dukacita bila kita tengok laporan ada pegawai polis kita yang menjaga soal berkaitan dengan ketenteraman keselamatan negara ini yang cedera, tangannya putus.
Tadi, saya jumpa dengan Ketua Polis Selangor, dia beritahu alhamdulillah tangan anggota polis kita itu berjaya disambung semula. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan perubatan. Sabar, takziah kita ucap kepada anggota polis dan juga keluarganya. Inilah hebatnya anggota polis, pasukan keselamatan yang terdapat di negara kita ini yang sanggup mengorbankan nyawa, darah, demi Malaysia yang tercinta. Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada anggota pasukan keselamatan kita. Terima kasih Dato’ Sri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Jadi, sebelum saya memulakan dengan perbahasan saya pun nak ucapkan takziah kepada anggota polis yang telah terputus tangannya akibat ditetak oleh warga asing semalam. Dan itulah orang kata kehidupan seharian anggota polis.
Meletakkan nyawa mereka dalam ancaman untuk memelihara keselamatan rakyat.
Memang boleh katakan berat mata kita membaca berita macam itu ya. Jauh lebih berat kesakitan yang beliau tanggung dan juga kebimbangan keluarganya.
Dan di sini kita mendoakan agar beliau diberi kesembuhan dan yang paling penting kekuatan untuk melalui proses pemulihan. Dan saya harap kebajikan beliau dijaga dan juga pengorbanan beliau terus dihargai dan dengan itu saya pun nak ucapkan tahniah juga kepada pihak HKL yang telah berjaya menyambung tangan anggota polis tersebut dan ini membuktikan betapa kualitinya anggota perubatan di negara Malaysia kita.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi Dato’ Pengerusi, merujuk kepada Butiran 050000 sub butiran 051500 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis. Jadi, Allahyarham Noorizwan Zulkefly meninggal dunia selepas berada dalam tahanan polis. Menurut peguam keluarganya bedah siasat merekodkan 21 kecederaan termasuklah pendarahan pada otak dan usus serta bengkak teruk di kepala.
Dan pihak polis menyatakan kecederaan itu bukan akibat perbuatan sendiri.
Faham tetapi siapakah yang bersamanya sepanjang tahanan? Jadi, kita cuba bayangkan keluarga menerima jenazah orang tersayang kemudian diberitahu tentang kecederaan sebegini. Mereka berhak mendapat penjelasan.
Dan peruntukan IPCC turun daripada RM9.77 juta kepada RM7.60 juta, sekitar 22 peratus. Jadi, apakah komponen yang dikurangkan? Dan adakah pengurangan ini menjejaskan tenaga siasat, pemeriksaan lokap dan juga keupayaan untuk mendapatkan bukti? Jadi, keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tahanan berhak mendapat jaminan bahawa pengawasan bebas mampu menuntut kebenaran.
Seterusnya Butiran 040000 – Pencegahan Rawatan dan Pemulihan sub butiran 0401000 – Pembanterasan Dadah, yang diperuntukkan RM495.67 juta. Jadi, di Nilai tular rakaman pelajar berusia 17 tahun yang kelihatan khayal dan sukar mengawal pergerakannya selepas disyaki menghisap dadah vape, mengandungi dadah di sekolah.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, cuba bayangkan ibu bapanya melihat rakaman, anak dihantar ke sekolah untuk belajar, bukan untuk mengambil dadah. Jadi, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi untuk 2022 menganggarkan sekitar 60,000 remaja bersekolah berumur 13 tahun hingga 17 tahun menggunakan dadah. Jadi, tiga daripada empat yang pernah menggunakan dadah bermula sebelum usia 14 tahun.
Sebelum 14 tahun, Puan Pengerusi.
Anak baru menyesuaikan diri dengan sekolah menengah, ada yang sudah mula mengenali dadah. Jadi dalam kes Nilai, polis mendedahkan pembelian dibuat dalam talian, dihantar ke rumah. Kemudian, sampai kepada pelajar melalui rakannya. Dua remaja ditahan. Jadi, siapakah pembekal mereka dan sejauh manakah rangkaian itu dijejaki?
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Di sini Bukit Bendera meminta angka terkini ya pelajar yang dikesan positif ditahan kerana memiliki dadah dan juga disiasat kerana membekalkan dadah dengan pecahan umur serta tindakan susulan. Buku pembekalnya, putus — minta maaf. Buru pembekalnya, putuskan rangkaian pengedarannya dan juga heret dalangnya ke muka pengadilan sebelum lebih ramai lagi anak-anak kita menjadi mangsa.
Jadi akhirnya, Bukit Bendera merujuk kepada Butiran 020000, sub butiran 020100 mengenai Kepolisan serta Butiran 050000 sub butiran 050900 – Membanteras Pemerdagangan Orang. Jadi, sindiket menjerat rakyat melalui pelaburan palsu dan juga tawaran pekerjaan. Ada yang kehilangan simpanan bertahun-tahun. Ada pula yang pergi mencari rezeki di luar negara, kemudian terperangkap dan terpaksa menipu orang lain.
Jadi, menurut jawapan KDN di Parlimen, bagi tempoh 2021 hinggalah ke 31 Disember 2025, sebanyak 719 rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa sindiket tawaran kerja di luar negara. Jadi, seramai 597 diselamatkan tetapi ada 122 masih terkandas ketika itu. Jadi, berapa orang masih lagi belum dibawa pulang sekarang?
Dan bagi mangsa penipuan kewangan, selepas panggilan 997, berapa minit diperlukan untuk menyekat akaun prima dan juga berapa banyak wang benar-benar dipulangkan?
Jadi, bagi keluarga yang anaknya terperangkap di luar negara, siapakah pegawai penyelaras yang boleh mereka hubung dan apakah tindakan segera selepas laporan diterima? Jadi, bagaimana pula mangsa yang dipaksa melakukan penipuan dikenal pasti dan juga diberikan perlindungan? Jadi, apakah bantuan guaman, rawatan trauma dan juga sokongan selepas pulang yang disediakan?
Jadi, keluarga yang menunggu anak pulang tu mesti tahu siapa sedang bertindak. Burulah orang yang bertanggungjawab. Jadi, jejakilah aliran wangnya dan bawa dalang ke muka pengadilan. Kita tak boleh biarkan ya harapan mencari rezeki menjadi perangkap yang merampas kebebasan anak-anak kita.
Jadi Puan Pengerusi, apabila ahli keluarga ditahan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Baik, saya nak landing. Jadi, apabila ahli keluarga ditahan, kita mahu dia selamat dalam jagaan negara. Jadi apabila anak tersilap langkah, kita juga mahu bantuan sampai sebelum
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
terlambat dan itulah harapan rakyat. Dan sebab itulah Bukit Bendera mendesak ya supaya kita dapat mendengar jawapan yang jelas dan juga tindakan yang boleh ditagih.
Kita memikul amanah untuk memastikan keluarga mendapat keadilan dan anak-anak masih mempunyai peluang untuk pulih. Jadi, janganlah sampai mereka hilang kepercayaan bahawa negara Malaysia ini akan melindungi mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Tenom ingin bertanya, adakah pihak KDN telah mengemukakan permohonan di bawah RMK13 iaitu pembinaan Balai Polis Kemabong. Dan sementara menunggu pelaksanaan projek tersebut, bolehkah PDRM menyediakan kaunter penerimaan laporan polis secara berkala di Kemabong supaya penduduk dapat membuat laporan tanpa perlu ke pekan Tenom?
Butiran 020100 – Kepolisan. Berhubung kapasiti prinsip digital PDRM di Sabah, untuk makluman, sebanyak 165,501 kertas siasatan penipuan dalam talian telah dibuka bagi tempoh 2023 hingga Mei 2026. Daripada jumlah tersebut, hanya 60,955 kes atau sekitar 36.8 peratus berjaya diselesaikan, manakala 24,681 kes di bawa ke mahkamah iaitu bersamaan 14.9 peratus daripada keseluruhan kertas siasatan. Sementara bagi tempoh Januari 2025 hingga Mei 2026, sebanyak 95,638 kes direkodkan dengan jumlah kerugian mencecah RM3.8 bilion, malah penipuan e-dagang turut mencatatkan lonjakan ketara sebanyak 83 peratus iaitu daripada 7,667 kes pada tahun 2024 kepada 13,979 kes pada tahun 2025.
Di Sabah pula khususnya di Kota Kinabalu, sebanyak 290 kertas siasatan jenayah komersial telah dibuka antara Januari hingga 15 Mac 2026 dengan kerugian berjumlah RM14.624 juta. Daripada angka tersebut, 214 kes melibatkan penipuan dalam talian dengan kerugian RM11.12 juta. Angka ini jelas membuktikan trend jenayah siber semakin meningkat dan tidak hanya terhad di kawasan bandar sahaja, malah turut menular ke kawasan pedalaman. Justeru itu, sejauh manakah kesiapsiagaan siasatan dan kapasiti forensik digital di Sabah mampu menampung lonjakan kes ini agar ia nya dapat diselesaikan dengan efisien.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Kedua, di bawah butiran yang sama berhubung perlindungan keselamatan dan jaminan kebajikan anggota barisan hadapan. Insiden serangan pada 11 November 2026 di Desa Aman Puri sehingga menyebabkan seorang Lans Koperal berusia 26 tahun putus pergelangan tangan kanan jelas memperlihatkan tahap risiko penugasan yang dihadapi anggota kita. Saya mendoakan kesembuhan segera buat beliau serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas keselamatan dan kesihatan yang terlibat.
Berikutan insiden tersebut, sejauh manakah anggota MPV, URB dan balai- balai luar bandar termasuk di Tenom dibekalkan dengan jaket kalis tikaman, perisai badan serta peralatan kurang membawa maut seperti taser atau semburan lada mengikut kesesuaian operasi? Selain itu, adakah prosedur operasi standard bantuan kecemasan yang melibatkan individu mengamuk atau bersenjata tajam akan dikaji semula termasuk memperkukuh latihan taktikal jarak dekat serta penyelarasan bersama pihak bomba dan petugas kesihatan?
Semakan SOP tersebut hendaklah memberikan panduan penggunaan kekerasan yang jelas, sah dan berkadar dengan ancaman termasuk penggunaan senjata api. Pada masa yang sama, anggota juga memerlukan akses bantuan guaman serta penilaian yang adil apabila tindakan mereka semasa bertugas disiasat.
Dari sudut kebajikan pula, berapakah purata tempoh kelulusan dan pembayaran ex-gratia bencana kerja serta bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara mengikut kelayakan? Apakah langkah kementerian untuk mengatasi kelewatan dokumentasi atau penilaian Lembaga Perubatan yang boleh membebankan keluarga mangsa?
Bagi anggota yang mengalami ketidakupayaan kekal akibat bertugas, apakah dasar penyesuaian tugas pemulihan sokongan, sokongan psikologi serta pertimbangan kemajuan kerjaya yang disediakan? Adakah kementerian juga bersedia menilai perlindungan takaful atau insurans kelompok yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan bagi anggota operasi agensi KDN?
Ketiga...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Sila gulung.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Ketiga, saya merujuk Butiran Pembangunan 24000 – Alat Bantuan Teknik (PDRM) dan Butiran Pembangunan 25000 – Sistem Teknologi Maklumat (PDRM) yang masing-masing diperuntukkan sebanyak RM263 juta dan RM265 juta. Adakah skop peruntukan ini merangkumi
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
perolehan peralatan latihan dan teknologi kecerdasan buatan bagi memperkasa forensik digital di Sabah? Itu saja daripada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Pengerusi. Sebelum saya mulakan sebagaimana yang lainlah, saya mengucapkan takziah kepada keluarga — kepada Lans Koperal Thierry Rodger Fendy dan keluarganya di atas kejadian yang baru berlaku. Mudah-mudahan dia tabah. Dan yang kedua yang kita perlu ambil perhatian ialah selain daripada jenayah yang sedia ada dalam negara kita ini juga kemungkinan kesan daripada kedatangan dan kemasukan warga asing yang tidak terkawal yang menyebabkan pertambahan kadar jenayah.
P.62, keberkesanan peruntukan pembangunan PDRM dan pengukuhan AKPS. Pengukuhan pembangunan PDRM meningkat daripada RM998.45 juta pada tahun 2026 kepada RM1.667 bilion pada tahun 2027, iaitu peningkatan 67 peratus.
Namun, perbelanjaan sebenar pembangunan PDRM pada tahun 2025 hanya RM993.97 juta.
Jadi, saya ingin bertanya apakah tahap kemajuan projek pembangunan PDRM yang sedang berjalan dan berapakah jumlah projek yang masih tertangguh?
Apakah hasil konkrit pelaburan RM265 juta bagi sistem teknologi maklumat khususnya bagi memperkukuh keupayaan membanteras jenayah siber dan penipuan dalam talian?
Butiran 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan. Peruntukan mengurus meningkat mendadak daripada RM37.14 juta 2026 kepada RM488.51 juta. Daripada jumlah tersebut emolumen mewakili RM418.1 juta, perkhidmatan dan bekalan RM66 juta, aset RM3.5 juta. Lebih membimbangkan, peruntukan pembangunan di bawah P.65 Butiran 92000 – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia hanya RM1.81 juta.
Persoalannya, adakah pengukuhan IKBS ini lebih tertumpu pada pertambahan kos pengurusan dan anggota berbanding keupayaan aset serta operasi penguatkuasaan sempadan? Apakah sasaran konkrit AKPS bagi tahun 2027 dalam membanteras penyeludupan, pencerobohan dan kemasukan pendatang tanpa izin?
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Ketiga, status Galeri Polis Kuala Krau. Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis. Saya juga ingin mendapat penjelasan berhubung perancangan menjadikan bekas Balai Polis Kuala Krau sebagai galeri atau Muzium Polis Pahang sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Bangunan ini mempunyai nilai sejarah tersendiri termasuk kaitannya dengan peristiwa ‘Subuh Berdarah’. Kali pertama balai ini diserang pada 1948 oleh komunis mengakibatkan isteri kepada anggota polis Mohamad Yusof iaitu Mahani Konel yang sarat mengandung kehilangan nyawa supaya mempertahankan balai dari diserang komunis. Kali kedua diserang hendap oleh pengganas komunis pada subuh 11 September 1949. Serangan ini dikenang sebagai peristiwa ‘Subuh Berdarah’ yang mengorbankan seorang anggota polis dikenali Allahyarham Hamzah terkorban dan dia juga adalah orang yang sedang menunggu hari pernikahan. Selepas itu terjadilah 1950 berlakunya serangan di Balai Polis Kepong di Johor.
Jadi berdasarkan kisah ini, saya ingin mendapat kepastian...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
...Pertama, apakah status terkini projek galeri polis di Kuala Krau? Sila Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Adakah Kuala Krau bercakap fasal komunis tadi tu, ada kalangan pihak kerajaan mengatakan bahawa komunis juga satu golongan yang berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apa pandangan Kuala Krau?
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Satu pandangan yang agak menyeleweng daripada fakta yang sebenar. Fakta yang perlu dibuktikan dengan data dan juga apa itu— perkara yang berlaku ini. Namun saya nak sebut di sini, apakah status terkini projek Galeri Polis Kuala Krau? Bolehkah peruntukan pembangunan dan pembaikan fasiliti ini turut dipertimbangkan bagi kerja pemuliharaan bangunan lama Balai Polis Kuala Krau dan bilakah ia dijangka dimulakan dan dibuka kepada orang awam? Kerana dengan projek ini akan memberikan satu lagi apa orang panggil— sejarah yang perlu dikenang tentang keganasan komunis sebelum kemerdekaan dan selepas pada itu.
Yang terakhir Tuan Pengerusi, penipuan dalam talian, Butiran 020100.
Kerugian akibat scam meningkat daripada RM1.57 bilion kepada RM2.97 bilion. Sikit, Pengerusi, Pengerusi, sikit, habiskan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Habiskan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Saya ingin bertanya kepada Menteri. Mengapa jumlah pemulihan wang mangsa masih terlalu kecil berbanding jumlah kerugian yang direkodkan? Berapa sasaran pemulihan wang mangsa yang ditetapkan kepada PDRM dan NSRC pada tahun 2027? Dan terakhir, adakah kementerian bersedia menjadikan kadar pemulihan wang mangsa sebagai KPI utama penguat kuasa, bukan sekadar jumlah tangkapan dan sistem siasatan?
Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Butiran 030000, saya ingin menyentuh perkara yang amat penting dalam Kementerian Dalam Negeri iaitu integriti anggota penguat kuasa dan keberkesanan mekanisme pemantauan dalaman.
Dalam Belanjawan 2027, KDN menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM21.983 bilion. Dari jumlah itu sebanyak RM11.794 bilion diperuntukkan di bawah Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Manakala Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran, Imigresen, Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk menerima RM2.129 bilion.
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada tiga perkara.
Pertama integriti dan pengawasan anggota penguat kuasa. Di bawah Butiran 051500 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) memperuntukkan peruntukan tahunan 2027 adalah RM7.599 juta berbanding RM9.769 juta pada tahun 2026. Ini bermakna pengurangan kira-kira RM2.17 juta atau 22.2 peratus.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah justifikasi pengurangan ini— adakah pengurangan tersebut akan menjejaskan keupayaan IPCC menjalankan siasatan, menerima aduan dan memantau tatakelakuan anggota polis?
Saya tegaskan, IPCC perlu mempunyai keupayaan dan kebebasan yang mencukupi.
Rakyat tidak mahu aduan salah laku hanya berakhir dengan siasatan dalaman dan tidak diketahui hasilnya.
Kedua, integriti pintu masuk dan sempadan negara. Di bawah Butiran 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM488.51 juta. Peruntukan ini penting dalam memperkukuhkan Agensi Kawalan dan
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Perlindungan Sempadan Malaysia atau AKPS. Saya tidak boleh memandang ringan dakwaan rasuah, kebocoran maklumat operasi, penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan wujudnya hubungan sulit antara anggota penguat kuasa dengan sindiket penyeludupan.
Pada Disember 2025, dilaporkan 19 pegawai AKPS di KLIA dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran prosedur kerja berkaitan kawalan pasport dan keselamatan sempadan. Ini menunjukkan isu integriti bukan sekadar persepsi tetapi memerlukan pemantauan yang berterusan.
Saya ingin bertanya berapakah jumlah anggota AKPS yang telah disiasat dan dikenakan tindakan tatatertib sepanjang 2025 dan 2026. Berapa ramai yang dikenakan tindakan berat termasuk penurunan pangkat atau dibuang kerja? Dan apakah mekanisme bagi memastikan anggota yang terlibat dalam sindiket penyeludupan ini tidak sekadar dipindahkan lokasi?
Ketiga, penyalahgunaan kuasa. Yang Berhormat Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan isu yang tak kurang pentingnya iaitu tindakan pegawai atasan terhadap anggota bawahan. Saya difahamkan terdapat satu kes melibatkan pegawai yang mengambil tindakan untuk mendisiplinkan anggota bawahnya tetapi kaedah yang digunakan didakwa melanggar undang-undang hingga pegawai tersebut sendiri dikenakan tindakan.
Ini perkara yang benar. Kita perlu melihatnya secara adil dan menyeluruh.
Saya tidak mempertahankan pegawai yang menyalah guna kuasa tetapi kita juga boleh tidak boleh membiarkan pegawai yang menjalankan tanggungjawab pengawasan dihukum tanpa menilai konteks, niat, bukti dan tatacara yang diambil.
Persoalannya, di manakah garis pemisah antara tindakan disiplin yang sah dan penyalahgunaan kuasa? Yang Berhormat Pengerusi sebenarnya soal integriti ini perlu ada pada semua orang, bukan saja AKPK dan sebagainya.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Malah, pengawal keselamatan di hospital pun perlu ada integriti. Sebab itulah mereka ini mempunyai integriti yang tinggi. Dan kalau kita pergi melawat pesakit di luar masa melawat, mereka tak benarkan. Tinggi integriti mereka. Tetapi, kita tidak bolehlah mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada AKPK, mereka patut diletakkan di sempadan, kerana lain padang, lain belalang dan di lain tempat, lain masalahnya.
Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin berpantun di petang yang mulia ini.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Deepavali makan muruku, Capati kari kambing kegemaranku; Rakyat menjunjung Titah Tuanku, Selamat pulang Datuk Seri Bosku. Dan saya ingin bertanya, adakah kerajaan menimbang untuk mengadakan beating retreat ceremony di sempadan-sempadan tertentu untuk menarik perhatian orang ramai untuk melihat bagaimana kedua-dua negara bekerjasama dalam memperkukuhkan sempadan masing-masing? Macam di India dan Pakistan, setiap waktu pertukaran bertugas, dia mengadakan beating retreat ceremony dan menarik pelancong dan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sama-sama, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih, Pengerusi.
Butiran 020200 – Kesukarelawan. Jumlah anggota RELA yang ada adalah melebihi tiga juta, yang aktif ialah 151,759 orang. Pada masa ini, hanya terdapat empat pusat latihan dengan kapasiti seperti berikut:
(i) Akademi Latihan Malaysia – 168;
(ii) Pusat Latihan Wilayah Utara – 302;
(iii) Pusat Latihan Wilayah Timur – 390; dan
(iv) Pusat Latihan Sabah – 400.
Jumlah anggota RELA yang besar memerlukan kemudahan latihan yang mencukupi bagi meningkatkan kompetensi mereka. Oleh itu, soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk membina lebih banyak pusat latihan khususnya di Lembah Klang?
Perkara kedua ialah Butiran 020300 – Eastern Sabah Security Command.
Dalam keadaan di mana wujudnya tuntutan bertindih oleh negara-negara di rantau Laut China Selatan, pencerobohan kapal asing dan potensi tercetusnya konflik antarabangsa, perlindungan kedaulatan perairan Sabah dan Sarawak menjadi semakin penting. Oleh itu, ESSCOM memainkan peranan penting dan perlu terus memperkukuh kawalan serta keselamatan perairan negara.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk mengkaji sama ada aset sedia ada mencukupi, merancang penggantian aset yang usang serta meningkatkan keupayaan ESSCOM?
Perkara ketiga, Butiran 020400 – Penguatkuasaan Maritim, Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran, Imigresen, Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk, Butiran 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan. Penguat kuasa terhadap penyeludupan dadah di pintu masuk negara melibatkan AKPS, PDRM, Kastam dan agensi-agensi berkaitan berdasarkan peranan, perundangan serta mandat masing- masing.
Saya dimaklum bahawa setiap agensi menggunakan mesin yang berbeza.
Walau bagaimanapun, mesin pengimbas keselamatan sedia ada di lapangan terbang Malaysia tidak direka khusus untuk mengesan dadah. Mesin tersebut lebih tertumpu kepada pengesanan bahan letupan, senjata api dan objek logam berbahaya. Mesin pengimbas serta sistem bagasi sedia ada juga tidak mampu mengesan bahan terlarang, seperti dadah, secara automatik.
Soalan saya, apakah status rancangan untuk menaik taraf sistem pengimbas bagasi dan badan berkesan serta menggunakan Unit Anjing Pengesan K9 di pintu masuk utama seperti KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Kota Kinabalu?
Butiran 040200. Terdapat, di Malaysia, enam penjara yang dibina sebelum perang dan kini telah usang. Penjara Pulau Pinang, 130 tahun. Penjara Taiping, 149 tahun. Penjara Seremban, 142 tahun. Pusat Pemulihan Batu Gajah, 121 tahun.
Pusat Koreksional Muar, 95 tahun. Penjara Pengkalan Chepa, 73 tahun.
Saya dimaklum bahawa sistem baldi, bucket system masih digunakan di penjara-penjara tersebut. Penjara-penjara lama ini tidak dapat dibaik pulih kerana struktur bangunan yang uzur. Jabatan Penjara Malaysia telah mencadangkan supaya penjara-penjara berkenaan diganti melalui Rancangan Malaysia. Soalan saya, apakah status rancangan pembinaan penjara baharu bagi menggantikan penjara-penjara lama tersebut?
Sebagai penutup, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bahawa kejayaan belanjawan bukan sekadar jumlah peruntukan tetapi sejauh mana setiap amanah diterjemahkan kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat. Saya berharap dan yakin KDN akan terus memastikan setiap peruntukan dilaksanakan dengan cekap, telus dan berkesan demi rakyat yang lebih sejahtera, selamat dan makmur.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, izinkan saya bermula dengan merakam― saya amat sedih dengan kejadian anggota polis putus pergelangan tangan akibat ditetak ketika bertugas di Desa Aman Puri di Selangor. Semoga pembedahan menyambung tangannya berjaya dan beliau segera sembuh. Sebagai tanda sokongan, saya akan menyumbang RM5,000 wang peribadi kepada beliau.
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, pertama, Butiran 040200 – Kepenjaraan dan Koreksional mendapat RM1.241 bilion. Namun, muka surat 509 masih menetapkan sasaran kesesakan penjara 115 peratus bagi tahun depan. Mengapa kerajaan menerima sasaran setinggi itu? Perbicaraan tahanan reman harus dipercepatkan.
Saya juga meminta kementerian mempertimbangkan tahanan rumah bagi banduan yang disabitkan kesalahan ringan tanpa kekerasan dan berisiko rendah.
Syaratnya mesti ketat termasuk penilaian risiko, perlindungan mangsa dan pemantauan elektronik. Kemudahan ini tidak boleh hanya dinikmati oleh orang VVIP.
RUU Tahanan Rumah yang sedang dirangka hanya meliputi tahanan reman.
Mengapa banduan yang telah disabitkan tidak turut dipertimbangkan?
Menteri hari ini kata kawalan tahanan rumah Najib tidak menambah kos walaupun tiga pegawai penjara ditetapkan setiap syif dan polis turut dikerahkan.
Mereka asalnya bertugas di Penjara Kajang. Siapa menggantikan mereka? Berapa kos perjalanan, elaun dan petugasan polis? Apakah kesannya terhadap kawalan penjara biasa?
Saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Dewan Rakyat yang mulia ini, saya meminta Menteri mengatur bagi Ahli-ahli Jawatankuasa itu satu lawatan pemeriksaan rasmi ke kediaman Najib yang kini diwartakan sebagai penjara mengikut prosedur dan kawalan keselamatan yang ditetapkan. Kami mahu memeriksa sendiri pelaksanaan kawalan dan pemantauan peraturan. Jika semuanya teratur, tiada alasan takut pemeriksaan daripada Parlimen.
Kedua, Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen turun daripada RM1.233 bilion kepada RM1.109 bilion sedangkan 10,394 jawatan kekal. Tetapi, Butiran 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan melonjak daripada RM37.14 juta kepada
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
RM488.51 juta dengan 8,403 jawatan juga kekal. Adakah peruntukan dan tanggungjawab dipindahkan antara agensi? Bentangkan pecahan gaji jawatan sebenar dan tugas.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ketiga, Butiran 37000 – Pengkomputeran (Imigresen) menerima RM274 juta.
Muka surat 508, menetapkan sasaran NIISe Go-Live 100 peratus pada tahun depan, tetapi jawapan KDN pada Julai tahun ini menyebut peluasan ke seluruh negara hingga Oktober tahun 2028. Adakah 100 peratus termasuk siap dibangunkan atau beroperasi di semua pintu masuk? Umumkan jadual lokasi, ujian keselamatan data dan audit bebas?
Dalam isu pas khas pula, ejen didakwa mengenakan sehingga RM1,500 sedangkan fi rasmi cuma RM20. Apakah hasil siasatan terhadap dakwaan penglibatan pegawai dalam kelulusan pas tersebut? Mengapa keputusan belum diumumkan?
Akhirnya, 465 kematian direkodkan di depot imigresen sepanjang tahun 2021 hingga tahun 2025 termasuk 12 orang kanak-kanak. Angka ini amat mengejutkan dan memalukan. Saya tuntut pemeriksaan kesihatan semasa kemasukan, siasatan bebas bagi setiap kematian dan laporan awam secara berkala. Setiap kematian wajib dijawab, bukan sekadar direkodkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin membangkitkan secara khusus berkaitan pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang amat penting dalam usaha kerajaan membangunkan sistem pengurusan pelarian yang tersusun, selamat dan berintegriti. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan tiga persoalan utama.
Yang pertama, iaitu berkaitan dengan sumber manusia. Berapakah jumlah pegawai dan anggota yang diperuntukkan khusus untuk pelaksanaan DPP ini?
Adakah kapasiti sumber manusia, kepakaran pengesahan identiti dan infrastruktur
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
pendaftaran biometrik benar-benar mencukupi untuk melaksanakan program ini di seluruh negara?
Kedua, berkaitan dengan peruntukan kewangan. Berapakah jumlah sebenar bajet khusus yang telah diluluskan, dibelanjakan dan masih diperlukan bagi pelaksanaan DPP ini? Adakah peruntukan tersebut merangkumi pembangunan sistem, operasi pendaftaran, keselamatan data dan latihan anggota?
Yang ketiga, berkaitan dengan pencapaian terkini. Apakah status sebenar pelaksanaan DPP bermula pada Januari 2026 hingga November 2026? Berapa ramai pelarian yang telah didaftarkan dan disahkan identiti mereka? Apakah sasaran serta garis masa pelaksanaan sepenuhnya? Dan apakah halangan utama yang masih belum diselesaikan? Saya menegaskan bahawa DPP tidak boleh sekadar menjadi pengumuman dasar tanpa kesiapsiagaan sumber manusia, pembiayaan mencukupi dan petunjuk prestasi yang boleh diukur.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, seterusnya kepada Butiran 030400 iaitu Kawalan dan Perlindungan Sempadan yang diperuntukkan RM488.51 juta. Yang Berhormat Menteri, berkaitan AKPS ini yang menerima jumlah itu termasuk dalam soal pembangunan dan juga pengurusan. Namun, dilihat peruntukan untuk pembangunan hanya sekitar RM1.81 juta sahaja.
Saya mempersoalkan sama ada jurang peruntukan ini mampu menyokong keperluan pengawasan sempadan moden khususnya ketika negara berdepan dengan ancaman penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, barangan bersubsidi, minyak masak kita dan kemasukan tanpa dokumen. Sempadan kita yang sangat luas, lebih daripada 600 kilometer, Malaysia–Thailand itu khususnya termasuk di Kedah, di Bukit Kayu Hitam, di Padang Besar dan di daerah saya, Daerah Sik juga memerlukan kawalan yang lebih bersepadu dan berkesan.
Saya meminta Menteri menyatakan berapa banyak laluan haram yang telah dikenal pasti dan ditutup sepanjang 2026 ini dan jumlah tangkapan sindiket serta nilai rampasan penyeludupan. Apakah keberkesanan penggunaan dron, sensor pintar, radar dan perkongsian risikan antara AKPS, PDRM, ATM serta agensi-agensi yang lain? Yang lebih kritikal, apakah mekanisme mengesan dan membanteras persubahatan anggota penguat kuasa dengan sindiket penyeludupan termasuk tindakan tatatertib dan pendakwaan yang telah diambil? Kedaulatan negara tidak boleh dipertaruhkan akibat kelemahan pengawasan, ketirisan peruntukan atau kegagalan integriti penguatkuasaan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang terakhir Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Butiran 37000 – Pengkomputeran (Imigresen). Saya ingin membangkitkan berkaitan dengan peruntukan pengkomputeran imigresen meningkat 68.86 peratus kepada RM274 juta bagi tahun 2027. Saya membangkitkan berkaitan dengan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional atau NISSe sepatutnya menjadi benteng digital keselamatan negara termasuk pengesahan identiti, pengesanan individu berisiko dan pemantauan pergerakan rentas sempadan.
Saya mohon Menteri menjelaskan status sebenar pelaksanaan NIISe ini, jumlah perbelanjaan terkumpul, tahap kesiapsiagaan sistem dan jaminan pengoperasian sepenuhnya menjelang akhir tahun 2027. Apakah mekanisme audit bebas bagi memastikan keselamatan data biometrik, integriti perolehan dan keupayaan integrasi dengan sistem penguatkuasaan yang sedia ada?
Saya juga ingin mengetahui, sejauh mana NIISe ini mampu menyokong pengesahan identiti pekerja asing dan pengesanan individu yang menggunakan identiti atau dokumen palsu. Dan saya mengharapkan jangan sampai ratusan juta Ringgit dibelanjakan untuk sistem digital, tetapi kelemahan pelaksanaan dan keselamatan data akhirnya mengundang ancaman baharu kepada negara.
Yang Berhormat Pengerusi, sebagai penutupnya, saya menegaskan keselamatan negara tidak boleh diukur semata-mata berdasarkan besarnya peruntukan, tapi mesti dinilai melalui keberkesanan dasar, kesiapsiagaan anggota, ketegasan penguatkuasaan dan keutuhan integriti institusi ini. Yang Berhormat Pengerusi, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Dalam Negeri. Ada empat perkara yang saya nak kemukakan pada petang ini.
Yang pertama, di bawah Butiran 050600, bawah tajuk Kad dan Dokumen Pengenalan. Sejumlah RM130 juta diperuntukkan sepertimana dalam Belanjawan 2026 dan Belanjawan 2025. Persoalan saya di sini, baru-baru ini pada tahun ini kerajaan telah memperkenalkan MyKad baharu. Saya nak tanya, dengan adanya MyKad baru, apakah kita tak jangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan tukar
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
daripada MyKad lama kepada MyKad baru yang mempunyai 53 ciri-ciri keselamatan? Jadi, kalau kita unjurkan lebih ramai akan tukar ke MyKad baru, kenapa peruntukan dia kekal sama?
Dan berkenaan dengan perkara yang sama juga, kos untuk satu MyKad baharu ini berapa belanja dia, kos dia setiap satu? Dan setakat ini, berapa ramai rakyat Malaysia telah tukar, mohon tukar dan memperolehi MyKad baru? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti.
Perkara kedua di bawah Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis
(PDRM). Saya nampak peruntukan dia berkurangan daripada RM75 juta tahun sebelumnya kepada hanya RM52 juta. Nampak pengurangan yang saya rasa perkara ini patut dipertimbangkan semula, dikaji semula sebab ada banyak keperluan untuk sama ada membina balai polis baharu ataupun menaik taraf balai polis yang sedia ada.
Kebetulan, petang tadi dalam soalan Kamar Khas, soalan saya berkenaan dengan permohonan balai polis baru yang juga dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dan dalamnya ada satu daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan, Balai Polis Bandar Enstek yang dalam pertimbangan.
Jadi, saya mohon kalau boleh, daripada peruntukan ini termasuklah Balai Polis Bandar Enstek, kawasan baharu yang memerlukan perkhidmatan kepolisan.
Perkara seterusnya, di bawah Butiran 01000 – Ibu Pejabat KDN. Kalau tadi saya nampak balai polis peruntukan dia kurang, tapi untuk ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri, peruntukan dia melonjak. Kalau belanjawan sebelum ini RM28 juta, kali ini RM464 juta. Saya nak tanya, kenapa?
Saya bukan mempertikaikan, bukan mempersoalkan, tetapi saya rasa wajar kita tanya soalan kepada KDN, kenapa ibu pejabat KDN tiba-tiba memerlukan peruntukan pembangunan yang begitu besar jumlahnya? Apakah ada isu keselamatan? Ada laporan-laporan perisikan yang menunjukkan ibu pejabat KDN itu perlu dinaik taraf dengan ya lah, segala kelengkapan yang paling canggih dan moden untuk kita menangani segala ancaman. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara terakhir di bawah Butiran 020100 – Kepolisan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, lebih RM10 bilion diperuntukkan dengan perjawatan 142,234 orang.
Saya nak tanya kepada kerajaan, apakah kesemua jawatan ini telah diisi ataupun hanya sebahagian? Mohon data. Saya rasa kita hadapi satu masalah di mana
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
banyak kes terutama kes yang menjadi perhatian. Kalau kes yang menjadi perhatian pun lambat dalam siasatan, lambat dimaklumkan keputusan, apatah lagi kes yang biasa-biasa.
Saya berikan dua kes di sini yang mana menarik perhatian. Yang pertamanya, melibatkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Ismail Lasim. Beliau membuat laporan polis pada 8 September tahun ini berkenaan dengan beliau mengatakan bahawa beliau dipaksa untuk menandatangani dokumen proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz. Ini sesuatu yang sangat mustahak. Apa yang jadi adalah jawapan yang saya dapat dalam Dewan ini yang bertarikh pada 21 Oktober dimaklumkan bahawa 29 September telah dihantar laporan kepada AGC. Lepas itu AGC pula keluar satu kenyataan yang bertarikh 3 November katakan bahawa AGC telah pulangkan kertas siasatan kepada polis.
Jadi, hari ini 12 November, apakah status terkini? Sebab kita nak tahu, rakyat Negeri Sembilan nak tahu, apakah status terkini? Kes ini melibatkan kepentingan awam, melibatkan orang besar, Menteri Besar. Kalau betul beliau dipaksa, siapa paksa? Kita nak ambil tindakan terhadap yang paksa. Tapi kalau beliau tak dipaksa, apa tindakan kita?
Satu lagi laporan polis— 30 saat Yang Berhormat Pengerusi, adalah berkenaan dengan kes pelajar-pelajar sekolah menengah di Daerah Seremban di mana ada gambar AI. Dia bukan gambar yang diambil betul, gambar AI yang menjadi isu dan menimbulkan kebimbangan. Jadi, setakat mana?
Saya dimaklumkan pihak polis telah menghantar kertas siasatan kepada AGC pada 23 Oktober dan saya difahamkan juga AGC telah memberi arahan tertentu. Jadi, apakah arahan tersebut? Sebab kita tak mahu ada kelengahan dan ada pihak-pihak tertentu menguar-uarkan isu yang sepatutnya kita boleh selesaikan dengan cara yang lebih baik untuk keharmonian dan ketenangan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM ketika ini.
Jadi, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh memberikan sedikit pencerahan berkenaan dengan dua isu ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Kepolisan, 020300 – ESSCOM, 020400 – Penguatkuasaan Maritim, 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan, 040100 – Pembanterasan Dadah, 030200 – Hal Ehwal Imigresen, 08800 – Pembangunan ESSCOM, 91000 – APMM, 92000 – AKPS, 17000 – Pasukan Gerakan Am.
Tuan Pengerusi, saya mengambil butiran tersebut secara rangkuman dan pertama sekali, saya ingin menyentuh tentang jenayah dalam kalangan warga asing.
Kita lihat kes yang berlaku malam semalam apabila seorang anggota polis dipenggal pergelangan tangannya sehingga putus. Alhamdulillah, saya dimaklumkan tadi pergelangan tangan itu dapat disambung semula.
Namun, saya ingin menyentuh sedikit tentang betapa keadaan kita berkaitan dengan warga asing. Kita nak kena faham bahawa keperluan pekerja warga asing ada keperluan. Itu jelas ya, terutamanya yang mempunyai kepakaran tinggi. Yang kita perlu lihat sekarang ini adalah kebanjiran warga asing ini yang masuk melalui pelbagai kaedah.
Pertama, yang pendatang asing tanpa izin. Itu satu. Yang kedua, kumpulan pelarian. Yang ketiga, yang masuk melalui pas sosial. Dia masuk sekejap dan ini yang kita lihat kadang-kadang kita terlalu mudah membuka sempadan kita, khususnya dalam konteks pas sosial. Jenayah dalam kalangan warga asing ini bukan baru.
Kalau kami di Putrajaya ini banyak kes pecah rumah yang melibatkan rumah- rumah di Putrajaya ini dikuasai atau dilakukan oleh kumpulan warga asing. Saya dimaklumkan ada yang masuk melalui pas-pas sosial. Jadi, sebab itu kerajaan— saya mohon supaya melihat perkara ini secara lebih mendalam. Ada yang kata jenayah dalam kalangan PATI ataupun dalam kalangan pelarian ini berlaku dalam kalangan mereka sahaja. Tetapi hakikatnya apa yang berlaku malam tadi seharusnya membuka mata kita. Inilah cabaran yang perlu dilalui oleh anggota polis dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Berkaitan dengan perkara tersebut juga, saya ingin tahu, apakah SOP, terdapat penambahbaikan dalam konteks SOP dan peralatan untuk anggota- anggota dalam melaksanakan tugas mereka? Malam tadi saya tengok video yang tular anggota memegang rifle tetapi pada waktu itu apabila penjenayah ini datang dengan pedang, anggota ini mengambil langkah ke belakang. Dalam konteks itu, kita ramai yang tanya-tanya kenapa tak tembak?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi, sebab ini perkara-perkara begini, kadang-kadang kalau polis tembak awal, nanti orang kata polis mengambil tindakan terlalu awal. Kalau lambat, inilah jadinya. Jadi, sebab itu saya rasa perlu dilihat berkaitan dengan keselamatan anggota ini kerana dia boleh jadi apa-apa sahaja pada bila-bila masa sahaja. Itu yang pertama.
Yang kedua, saya ingin menyentuh tentang sempadan negara sepertimana saya sebut tadi. Banyak berita, saya kumpulkan berita-berita berkaitan dengan kemasukan pendatang asing tanpa izin dan pelarian melalui sempadan negara, khususnya melalui Thailand masuk ke negara kita. Kita tahu bahawa ceritanya mereka bayar belas-belas ribu Ringgit untuk masuk. Jadi, tentu ada pengkhianat yang membantu proses ini. Bukan mudah nak masuk tetapi kenapakah perkara ini berlarutan?
Sebab itu saya kata kerajaan kena hantar signal jelas. Kalau kerajaan duk main ding dong ding dong berkaitan dengan tindakan terhadap pendatang asing tanpa izin ini dan pelarian ini, maka lebih ramai masuk dia sanggup bayar. Kerana apa? Mereka masuk ke sini ada orang akan bawa, ada orang akan bagi laluan. Jadi, saya mohon kementerian melihat perkara ini secara lebih mendalam.
Seterusnya, akhir sekali Tuan Pengerusi, berkaitan dengan 040100 – Pembanterasan Dadah, 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan dan 020100 – Kepolisan. Saya ingin menyentuh tentang dadah sintetik. Hari ini keadaannya semakin kritikal. Anak-anak muda kita mengambil vape dan dalam vape itu ada dadah, dan kita boleh tengok video yang khayal merata-rata. Perkara ini dah berlarutan sekian lama, bukan perkara baru dan dadah ini kalau tak diambil tindakan, penggunaannya akan merebak dengan begitu cepat sebab orang tak perasan duduk dalam vape ini tak ada bau, boleh ambil di mana-mana sahaja.
Saya nak sentuh berita yang di sini ditulis berita ini pada 13 Jun 2026, kelewatan kemas kini jadual racun jejas siasatan kes dadah sintetik. Okey, ini bulan Jun 2026. Kemudian, Menteri KDN juga pada 7 November 2026 menyebut bahawa— ini Menteri KDN yang sebut berkaitan perkara ini. Menurut Saifuddin Nasution, terdapat bahan yang berpotensi mengandungi komponen racun tetapi belum disenaraikan sebagai racun, sekali gus menimbulkan cabaran kepada polis untuk melengkapkan siasatan dan membawa kes ke peringkat pendakwaan.
Jadi, saya nak tanya kerajaan, apa status berkaitan dengan kemas kini jadual racun ini? Dah berlarutan sekian lama. Mengapakah Jemaah Menteri tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menangani perkara ini? Kalau dibiarkan, lebih
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
ramai anak-anak kita terlibat dengan dadah sintetik. Pada waktu itu dah terlalu sukar untuk kita tangani. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terus kepada Butiran 030400 – Kawalan dan Perlindungan Sempadan. Peruntukan meningkat daripada RM37.14 juta kepada RM488.51 juta pada tahun hadapan. Justeru, apakah pertambahan keupayaan operasi untuk Parlimen Kalabakan? Dan saya meminta pecahan penempatan anggota Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia serta pembahagian tanggungjawab dengan agensi lain.
Puan Pengerusi, kedua, Butiran 020300 – Eastern Sabah Security Command, Butiran 051000 – Penugasan ESSZONE dan Butiran Pembangunan 08800 – Pembangunan ESSCOM. Peruntukan masing-masing ialah RM37.79 juta, RM33.94 juta dan RM50.9 juta. Oleh itu, saya ingin bertanya, apakah projek yang akan disiapkan pada tahun 2027?
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bagi memastikan kelancaran operasi, saya mencadangkan audit komunikasi dan bekalan elektrik pos pedalaman disusuli dengan penyediaan radio Internet bersesuaian serta sistem solar atau hibrid. Hal ini demikian kerana komunikasi stabil amat diperlukan untuk menyalurkan risikan dan mendapatkan bantuan kecemasan.
Puan Pengerusi. Ketiga, Butiran 020100 – Kepolisan, Butiran Pembangunan 11000 – Ibu Pejabat Polis dan Butiran Pembangunan – 12000 Balai-balai dan Pondok Polis. IPD Tawau mempunyai 630 anggota di bawah enam balai, tidak termasuk PGA, trafik dan polis marin. Namun begitu, adakah penugasan ini mencukupi berdasarkan keluasan kawasan dan masa tindak balas? Seterusnya, Apakah kemajuan fizikal, tarikh siap dan rancangan pengisian anggota serta kelengkapan IPD untuk Kalabakan. Pada masa sama, saya memohon penyelesaian dokumentasi dan penilaian keselamatan Balai Polis Wallace Bay bagi pertimbangan penggunaan semula.
Puan Pengerusi. Keempat, Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Dengan peruntukan RM1.11 bilion kemasukan tanpa izin, tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan penyalahgunaan pas lawatan untuk berniaga memerlukan tindakan tegas
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
terhadap pelaku, sindiket, majikan dan pihak yang melindungi kegiatan tersebut.
Oleh itu, berapakah tangkapan, pengusiran dan kes berulang di Daerah Kalabakan dan Tawau? Tambahan pula, apakah halangan penghantaran pulang selepas proses perundangan dan juga pengesahan identiti diselesaikan?
Selanjutnya, saya minta penjelasan penyelarasan melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing bagi pemantauan pemegang pas IMM13 dan komuniti tanpa dokumen, khususnya dalam mencegah pemalsuan, penjualan dokumen dan penyalahgunaan identiti ya, untuk makluman.
Puan Pengerusi. Kelima, Butiran 030100 – Pendaftaran Negara dengan peruntukan RM494.69 juta. Berdasarkan jawapan kementerian pada 16 Julai lepas, 2026 yang merekodkan 3,640 permohonan kewarganegaraan Sabah yang masih dalam pertimbangan bagi tahun 2025 hingga 31 Mei 2026. Justeru, berapakah baki terkini khususnya di Daerah Kalabakan dan Tawau, berapa banyak permohonan lengkap melepasi penanda aras pemprosesan setahun?
Selain itu, sebanyak 2,659 permohonan pendaftaran lewat kelahiran turut diluluskan berdasarkan jawapan yang sama. Maka, apakah kesan penurunan kuasa, keputusan kepada JPN negeri terhadap tempoh menunggu. Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan pihak JPN melatih ketua kampung kah, pengerusi JKK, Ketua Anak Negeri, wakil Ketua Anak Negeri sebagai penghubung bagi semakan awal kelengkapan dokumen sebelum Program Menyemai Kasih Rakyat ataupun MEKAR dilaksanakan.
Namun demikian, pengesahan rasmi tetap kekal mengikut undang-undang dan bidang kuasa pegawai berkenaan. Oleh yang demikian, kekurangan dokumen perlu dikenal pasti lebih awal supaya penduduk tidak menanggung kos perjalanan berulang manakala jadual lawatan dan senarai dokumen hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 040000 – Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan. Saya terus kepada soalan kerana saya tahu saya pembahas penghabisan, tidak akan dijawab oleh Menteri dan saya minta secara bertulis. Saya minta pecahan dana bagi program rawatan dan pemulihan penagih, pemulihan dalam komuniti serta program
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
pencegahan di sekolah dan kawasan berisiko tinggi. Berapa banyak sindiket dadah berjaya ditumpaskan serta berapakah nilai rampasan dadah dan aset sindiket?
Berapa ramai pengedar besar ditangkap berbanding penagih kecil? Berapa banyak operasi menyasarkan kawasan panas, pusat hiburan, rumah kongsi, kawasan perumahan dan sempadan.
Kawalan bahan kimia dan kelewatan tindakan. Saya persoalkan agensi mana yang mengawal kemasukan dan pengedaran bahan kimia precursor ataupun bahan kimia asas kerana ia dilihat terlalu mudah diperolehi untuk memasak dadah sintetik.
Bekalan kimia ini bukan 100 percent dari luar negara tetapi turut diperolehi dari dalam negara yang sepatutnya sudah diketahui puncanya oleh JSJN PDRM.
Dan tadi sahabat saya daripada Putrajaya mempersoalkan Akta Racun 92 bila nak diaktifkan? Code of Practice for Trade and Industry Edisi 2024 senaraikan 51 bahan racun. Inilah precursor-nya yang dikatakan susah nak dapat di Malaysia tapi banyak— 51 terdapat di Malaysia. Kes makmal, Kulim tegur kelewatan pihak JSJN yang mengambil masa lebih dua tahun hanya untuk mengesahkan premis pemprosesan dadah di Kulim sehingga membiarkan bertan-tan dadah dihasilkan dalam tempoh tersebut. Adakah Malaysia mempunyai sistem pengesanan awal atau early warning system bagi mengesan precursor ini. Saya rasa tak ada.
Dulu lebih kurang lima, enam tahun lepas, satu ditangkap, empat penagih dadah ada di luar. Sekarang ini, UNODC menyatakan di Malaysia, satu ditangkap, lapan yang ada di luar. Dulu saya melihat PEMADAM begitu aktif sekali dengan AADK, PDRM berganding bahu tapi tak tahu hilang, PEMADAM sudah hilang, terpadam. Jadi, saya nak bertanya juga, apakah PEMADAM ini dipersiapkan untuk nak ditutup dan terdapat 16 PEMADAM di negeri termasuk Putrajaya. Putrajaya ada PEMADAM, 181 PEMADAM daerah tapi sekarang kita tak dengar dah PEMADAM aktif. Dulu PEMADAM cukup aktif. Dan apakah tidak ada peruntukan kepada PEMADAM ini?
Saya bersembang dengan kawan saya dalam PEMADAM tadi. Gaji kakitangan pun tak berbayar. Jadi, macam mana PEMADAM nak bergerak? Dulu kita bayar setiausaha-setiausaha di setiap PEMADAM, RM100 sekurang-kurangnya sebagai elaun mereka bergerak. Dan di negeri-negeri kita mempunyai Menteri Besar selaku Pengerusi PEMADAM Negeri, exco sebagai salah seorang pembesar PEMADAM. Kemudian pegawai-pegawai daerah. Sekarang dah senyap. Pegawai daerah pun saya di Langkawi tidak pernah bercakap soal PEMADAM ini. Hanya AADK sahaja yang memberi maklumat. Jadi, saya nak tanya kepada Yang
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Berhormat Menteri, PEMADAM ini diwujudkan di dalam Dewan yang mulia ini.
Apakah fungsi PEMADAM pada ketika ini?
Jadi Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, soalan yang saya nak bangkitkan juga ialah berhubung dengan isu pertahanan maritim, permohonan aset dron oleh Langkawi. Berapa kali dah saya bangkitkan soal ini kerana kita sangat-sangat memerlukan. Jadi, saya nak bertanya, apakah dalam perbelanjaan kali ini Langkawi akan mendapat dron yang akan diserahkan kepada sekurang-kurangnya APMM ataupun PDRM? Adakah permohonan untuk dron kegunaan PDRM ini akan diberikan pada tahun 2027 ini?
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Butiran 04200 – Kepenjaraan dan Koreksional. Saya nak bertanya jugalah, adakah kerajaan menganggap keadaan penjara melebihi kapasiti 115 peratus sebagai perkara yang boleh diterima sehingga dijadikan sasaran prestasi dua tahun berturut-turut. Banyak lagi soalan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab. Masa 30 minit.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan 2027. Secara keseluruhannya, KDN telah diperuntukkan RM21.98 bilion untuk tahun 2027 iaitu kenaikan sebanyak RM799.76 juta atau 3.78 peratus berbanding Belanjawan 2026 sebanyak RM21.18 bilion.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Daripada jumlah peruntukan diberikan, peruntukan mengurus adalah sebanyak RM18.02 bilion bersamaan 3.86 peratus. Peruntukan DE pembangunan adalah sebanyak RM3.96 bilion atau 3.42 peratus. PDRM memperolehi peruntukan terbesar iaitu RM12.49 bilion atau 60.83 peratus daripada keseluruhan peruntukan KDN bagi tahun ini.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Belanjawan ini sejajar dengan peranan KDN untuk mempastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara termasuk memperkukuhkan keselamatan sempadan dan pintu masuk antarabangsa negara, menangani jenayah siber dan seksual serta memelihara kebajikan anggota penguat kuasa KDN selaras dengan visi Malaysia MADANI yang matlamatnya agar semua rakyat Malaysia hidup bermaruah meliputi hak asasi dan kualiti hidup terjamin.
Peningkatan keseluruhan peruntukan KDN sebanyak RM799.76 juta ini menggambarkan peranan KDN sebagai pemangkin kerangka ekonomi kerajaan dalam konteks memperkukuh perpaduan dan keselamatan negara. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada 24 Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh pelbagai perkara mengenai Kementerian Dalam Negeri. Saya cuba menjawab satu persatu.
Jika saya tidak dapat menjawabnya, saya akan beri secara bertulis. Saya mulakan dahulu dengan Langkawi.
Saya sebenarnya mewarisi PEMADAM dengan hutang lebih daripada RM5 juta. Jadi, bukan senang nak menyelesaikannya. Yang Berhormat Langkawi tahu siapa yang menjadi pengerusi sebelum itu. Yang lain saya akan jawab nanti.
Pertama, Padang Besar. Padang Besar bangkitkan isu keberkesanan peruntukan PDRM dalam membanteras penipuan dalam talian, pengesanan aliran wang dan pembekuan akaun penipuan, menambah peralatan pengesan jenayah siber, perluasan pelaksanaan konsep diyat, pembangunan pangkalan operasi maritim di Perlis, pemasangan benteng keselamatan sempadan maritim.
Walaupun dia bangkitkan, tapi perkara-perkara ini juga dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. PDRM Yang Berhormat memainkan peranan utama dalam aspek siasatan dan penguatkuasaan, manakala institusi kewangan mengambil tindakan berkaitan sekatan transaksi dan akaun mengikut bidang kuasa masing-masing. PDRM turut memperkukuh siasatan kewangan bagi mengesan dan memutuskan aliran hasil jenayah melalui kerjasama agensi-agensi strategik dalam National Scam Response Center. Pada tahun 2027, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah mensasarkan KPI pemulangan mangsa penipuan dalam talian sebanyak 30 peratus daripada jumlah kes Yang Berhormat. KDN memang sangat serius dalam penglibatan individu yang membenarkan akaun bank atau instrumen pembayaran mereka diguna oleh sindiket jenayah. Perbuatan ini bukan saja memudahkan pemindahan wang hasil jenayah malah menyukarkan usaha pihak berkuasa, mengesan aliran kewangan dan mengenal pasti dalang sindiket itu sendiri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sehubungan itu, pindaan kepada Kanun Keseksaan [Akta 574] melalui peruntukan seksyen 424A sehingga 424D telah memperuntukkan kesalahan khusus berkaitan penggunaan, pemilikan, penguasaan, transaksi instrumen, pembayaran atau akaun bagi tujuan yang menyalahi undang-undang. Selain itu, seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] turut menyediakan kuasa berkaitan tindakan menyita atau membeku wang dalam akaun yang disyaki mempunyai kaitan dengan kesalahan.
PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sentiasa memperkukuh keupayaan siasatan kes penipuan siber ini khusus melalui penggunaan teknologi dan analisis forensik digital bagi memenuhi keperluan dan perkembangan semasa.
Yang Berhormat bangkitkan berkaitan dengan Pos Batu Putih, Perlis. Di bawah APMM, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM70 juta di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ketiga Belas Tahun 2025. Bagi pembinaan pos berkenaan, pembinaan jeti di kawasan tersebut akan diganti dengan skop pembinaan water post bagi penempatan aset dan akan dihalusi bersama Kementerian Ekonomi.
Ini berkaitan dengan polis marin. Polis marin secara konsisten Yang Berhormat, kita menjalankan operasi rutin bersasar dan bersasar di kawasan- kawasan perairan di sempadan negara, termasuk sempadan Malaysia–Thailand bagi memantau mencegah aktiviti penyeludupan migran atau barang kawalan serta pencerobohan perairan. Operasi ini ia melibatkan rondaan antaranya di perairan Kuala Perlis–Satun, pemeriksaan bot kapal serta risikan oleh Unit Risikan Marin dan perkongsian maklumat risikan daripada elemen PDRM.
Pasukan polis marin kita menjalankan rondaan pemantauan 24 jam melalui operasi rutin Yang Berhormat, berkala dan terancang di kawasan-kawasan hotspot aktiviti penyeludupan migran dan barang kawalan serta pencerobohan. Mengenai cadangan penggunaan penghadang terapung floating bomb di kawasan berisiko tinggi di perairan Kuala Perlis–Satun ini, hasil semakan dan penelitian yang telah dibuat mendapati bahawa cadangan tersebut kurang bersesuaian serta sukar dilaksana atas faktor keselamatan perairan, dinamik arus pasang surut, gangguan kepada mata pencarian nelayan, implikasi negatif terhadap ekosistem marin, keperluan kos penyelenggaraan yang tinggi serta peningkatan risiko bahaya kepada lalu lintas pelayaran...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri. Sikit. Kalau boleh Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon jawab pada Ahli Parlimen yang
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
ada dalam Dewan. Padang Besar tak ada, panjang dah itu jawapan itu. Jadi, kami duk tunggu. At least, kita bolehlah...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
...Bukan. Sekejap, ada juga perkara-perkara berkaitan ini ditanya oleh yang lain. Saya rangkum sekali.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sebagai alternatif cadangan penempatan tong terapung ini di kawasan titik panas sebagai ...pangkalan hadapan bagi aset pelbagai agensi penguat kuasa. Langkah ini bukan sahaja mengukur elemen pemecutan fizikal pihak berkuasa, malah menyiapkan peralatan pengawasan seperti kamera pemantau haba, infrared dan sebagainya.
Yang Berhormat, saya beralih kepada— banyak yang bertanya tadi berkaitan dengan juga sasaran pemulihan wang mangsa penipuan dalam talian, scam ini.
Berkaitan dengan undang-undang penguat kuasa pasukan jenayah siber, ini berkaitan dengan sistem imigresen bersepadu nasional, berkaitan dengan soal keselamatan integriti sistem imigresen, ada dibangkitkan tadi, penambahbaikan kapasiti penjara dan pengurangan kesesakan dalam penjara sasaran pengurangan kesesakan penjara, ini ramai dibangkitkan, termasuklah pengukuhan keberkesanan perbelanjaan KDN sendiri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026, sebanyak RM10.16 juta telah disita, manakala RM7.33 juta berjaya dipulangkan melibatkan 1,396 orang mangsa. Jumlah yang dipulangkan tersebut bersamaan kira- kira 72 peratus daripada jumlah sitaan yang di rekod bagi tempoh berkenaan. Secara kumulatif, bagi tempoh 12 Oktober 2022 hingga Oktober 2026, NSRC telah merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM35.67 juta, manakala sejumlah RM14.66 juta telah dipulangkan kepada mangsa penipuan.
Dari aspek perundangan Yang Berhormat, dibangkitkan tadi banyak— ramai.
Kerangka sedia ada terus kita perkukuhkan melalui pindaan Kanun Keseksaan [Akta 574] melibatkan seksyen 424A, 424B, 424C(1), 424C(2) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] melalui seksyen 116D, Akta Komunikasi Multimedia 1998 [Akta 1988] dan kerajaan turut memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] dan Rang Undang-undang Jenayah Siber bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563] yang berkuasa pada tahun 2027 nanti.
Ramai bangkitkan tadi tentang isu ini. Kerjasama antarabangsa di peringkat antarabangsa Yang Berhormat, kerajaan terus perkukuhkan kerjasama melalui ASEANAPOL, INTERPOL, FBI dan juga ASEAN Cybercrime Cooperation Programs
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
(ACCP) termasuk perkongsian risikan, pertukaran maklumat berkaitan suspek, aliran kewangan, pengesanan aset serta penyelarasan siasatan melalui sistem secara rasmi police to police.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kerjasama ini turut menyokong usaha untuk mendapatkan elektronik dan menjejaki hasil jenayah rentas sempadan ini. Ini sangat kompleks Yang Berhormat, selaras dengan kerangka kerjasama antarabangsa, termasuk konvensyen di Budapest dan konvensyen di United Nations mengenai jenayah siber.
Sebagai langkah jangka panjangnya, pembangunan NIISe ini yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2028, dijangka kita dapat meningkatkan kapasiti sistem imigresen negara dan mengurangkan risiko gangguan operasi yang berpunca daripada kekangan sistem sedia ada yang telah begitu usang. Jadi, kita harap projek ini akan dapat menyelesai dan membantu untuk mengurangkan perkara-perkara yang berlaku pada hari ini.
Yang Berhormat, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan juga, berkaitan dengan kes PLKS yang tidak sah. JIM telah mengambil tindakan seperti berikut. Satu ialah melaksanakan sekatan dalam sistem terhadap 1,561 PLKS yang dikenal pasti terlibat dalam kes pemalsuan pas. Jadi, sekiranya permohonan lanjutan PLKS dikemukakan, majikan dan pekerja asing yang berkenaan akan melalui proses semakan dan siasatan terlebih dahulu. Sekiranya terdapat bukti penyalahgunaan kuota atau penglibatan dalam urusan yang tidak sah, tindakan termasuk penyenaraian hitam akan dikenakan mengikut peruntukan dan dasar penguat kuasa.
Memperketatkan kawalan capaian penggunaan bagi sistem MyIMMs ini, ciri- ciri keselamatan baharu telah diaktifkan, di mana sebarang pewujudan dan perubahan pada ID pengguna akan mencetuskan sistem amaran dan notifikasi secara masa nyata terus kepada pihak pengurusan atasan dan pentadbiran sistem.
Langkah pencegahan awal ini sebenarnya Yang Berhormat, memastikan tiada lagi ruang untuk mana-mana pihak memanipulasi atau mewujudkan ID tanpa kebenaran. Untuk jangka panjangnya, Jabatan Imigresen Malaysia, kita sedang mengambil tindakan memohon peruntukan di bawah Rolling Plan 3, RMK13 untuk lengkapkan sistem dengan perisian pencegahan pencerobohan dan kompetensi forensik siber. Pelaburan kritikal ini bagi pastikan tahap keselamatan siber kita lebih responsif pada masa akan datang.
Yang Berhormat, berkaitan dengan— bangkit ramai tadi juga pasal berkaitan dengan AKPS. Saya nak maklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri bersama
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
AKPS sedang menangani kekurangan anggota melalui perisian jawatan secara berfasa, mengoptimumkan penugasan-penugasan, kerjasama dengan agensi teras serta penggunaan teknologi dan peningkatan kemahiran anggota.
Dalam masa yang sama, kementerian bersama AKPS juga sedang memperhalusi dan memperkemas keperluan perjawatan di setiap pintu masuk berdasarkan fungsi dengan pembentukan model perjawatan yang inklusif sebelum dikemukakan ke agensi pusat untuk dipertimbang. Pengisian perjawatan dirancang secara berfasa. Ia tertakluk kepada kelulusan pengukuhan perjawatan baharu, proses pengambilan dan penempatan anggota. Langkah berterusan ini kita harap dan dijangka dapat mengurangkan jurang kekuatan anggota serta peringkat penyelarasan dengan keperluan operasi AKPS sendiri.
Yang Berhormat, dibangkitkan juga tadi berkaitan dengan— oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat Pekan saya dah jawab tadi Yang Berhormat.
Dibangkitkan juga berkaitan dengan Jabatan Imigresen. Ada berkaitan dengan Jabatan Imigresen. Saya nak sebut bahawa...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Timbalan Menteri, sebelum beralih, boleh minta laluan sikit? Tentang AKPS tadi itu. Sebelum tadi, sebelum Pekan punya tadi. Boleh? Sebab tadi saya ada sentuh kejayaan AKPN tidak hanya sekadar tertakluk kepada jumlah tapi aset-aset penguatkuasaan itu perlu dilihat juga, terutamanya dalam kecanggihan teknologi semasa. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baik, sat lagi saya akan jawab. Ada, ada jawapannya Yang Berhormat. Baik. Ini berkaitan dengan penjara.
Ada bangkit tentang penambahan kapasiti penjara dan pengurangan kesesakan dan sasaran pengurangan kesesakan penjara.
Yang Berhormat, kerajaan melalui KDN dan Jabatan Penjara Malaysia telah mengenal pasti, kita dah kenal pasti enam projek pembangunan di bawah Butiran 5600 ini, Bangunan-bangunan (Penjara) yang dijangka menyediakan kapasiti penempatan tambahan sehingga 3,600 orang. Projek tersebut melibatkan penjara pusat di Kota Bharu – 300 orang. Penjara Lahad Datu – 1,000, Kompleks Latihan Tenun Pahang Diraja di Penjara Penor, Penjara Sibu, Pusat Reintegrasi Penghuni Bagan Datuk dan Penjara Kluster Dadah Sungai Buloh.
Daripada jumlah tersebut Penjara Lahad Datu dan— telah siap dibina manakala projek-projek lain akan menyambung— menyumbang kepada penambahan kapasiti secara berperingkat setelah siap dan mula operasi. Jumlah keseluruhan ini tertakluk kepada pengesahan kapasiti bersih Penjara Sibu.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bagi pengurangan kesesakan penjara, kerajaan turut melaksanakan beberapa pendekatan, antaranya ialah mengoptimumkan penggunaan kapasiti penjara sedia ada melalui pengurusan dan pengagihan pendapatan banduan. Kita perluaskan program pemulihan dan reintegrasi melalui PRP serta memperkukuhkan program pemulihan berasas komuniti bagi banduan yang layak, tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan syarat-syarat yang berkuat kuasa.
Secara keseluruhan, usaha menangani kesesakan penjara di laksana melalui dua pendekatan utama iaitu penambahan kapasiti fizikal penjara dan pengurangan kebergantungan kepada penempatan dalam institusi melalui program pemulihan dan reintegrasi banduan.
Yang Berhormat Kapar? Okey. Yang Berhormat sebut tadi pasal berkaitan dengan imigresen dan beberapa perkara yang lain. Yang Berhormat, penggunaan beacon light, betul ya? Blue and red bagi Jabatan Imigresen Malaysia adalah takluk di bawah Jadual Keenam, item keempat, special warning lamp and similar device. Kaedah-kaedah Kenderaan Motor, ini (Pembinaan dan Penggunaan) (Pindaan) 2024, Yang Berhormat.
Manakala SOP membawa tahanan imigresen adalah tertakluk di— dengan Prosedur Standard Iringkawal Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bilangan 5 Tahun 2017. Kita ada peraturan khusus Yang Berhormat.
Jadi, berhubung dengan hasil siasatan PDRM, kes berkenaan telah disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hasil ujian saringan alkohol dan dadah terhadap pemandu JIM didapati negatif. Siasatan PDRM seterusnya telah membawa kepada pendakwaan terhadap pemandu berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu atas lima pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu tiga pertuduhan di bawah seksyen 41(1) kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Satu pertuduhan di bawah seksyen 43(1) kerana memandu tanpa kecermatan dan perhatian yang sewajarnya sehingga menyebabkan kecederaan parah serta satu pertuduhan berkaitan kegagalan mematuhi lampu isyarat merah.
Jadi, pemandu berkenaan telah mengaku tidak bersalah terhadap kesemua lima pertuduhan itu Yang Berhormat, dibenarkan ikat jamin dengan sebanyak RM60,000. Mahkamah menetapkan 27 Oktober 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes. Oleh yang demikian, isu berkenaan pada masa ini masih dalam proses perundangan, tertakluk kepada keputusan mahkamah.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kita tak boleh ulas apa yang akan berlaku nanti.
Dari aspek tindakan tatatertib Yang Berhormat, JIM melalui— JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyediakan kertas pertimbangan dan syor ketua jabatan di bawah Peraturan 28(3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan dokumen berkenaan telah pun dikemukakan kepada Bahagian Integriti Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Jadi, tindakan tatatertib akan dilaksana sebaik sahaja laporan lengkap hasil siasatan PDRM kita terima, berdasarkan fakta dan dapatan siasatan selaras dengan peraturan tatatertib yang berkuasa. Pada masa sama Yang Berhormat, pemandu berkenaan telah ditahan kerja serta-merta sehingga kes mahkamah selesai.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Menteri, berkenaan AKPS. Saya cuma nak sedikit penjelasan berkenaan dengan Datuk Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain.
Tuan Pengerusi
Menteri, patah balik ke? AKPS pula ni.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ini tak dibangkitkan tadi Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sikit, sikit, sikit je Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tak dibangkitkan tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon peluang, peluang. Sikit, Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Dia Yang Berhormat. Kita dah lepas dah ni AKPS.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
[Tidak jelas] Tajuk lain Yang Berhormat. Saya tajuk lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, ya. Saya ingin menyatakan bahawa daripada backbencher, bahawa saya mengenali Datuk Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain. Seorang yang tegas, seorang yang...
Tuan Pengerusi
Ya, tapi Yang Berhormat, saya minta maaf. Dah— Menteri dah lalui dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Cuma satu, saya mohon peluang Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Perkara baru.
Tuan Pengerusi
Terpulang Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon peluang Yang di-Pertua. Cumanya kita bersimpati dengan beliau. Saya bersimpati dengan beliau kerana saya mengenali beliau ketika beliau bertugas di Pulau Pinang.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jelutong tak bahas Tuan Pengerusi, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri Pengerusi, Tan Sri Pengerusi. Jelutong tak bahas.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong, saya minta maaf.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jelutong tak bahas. Tak perlu dia bertanya lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, Yang di-Pertua, saya mohon peluang.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang lain-lain belum dijawab lagi. Banyak lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon peluang, tidak diganggu oleh Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak bahas. Dia tak bahas masalahnya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cuma, cuma saya nak tanya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak perlu dibenarkan. Ini masalah ni.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cuma saya nak tanya...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, bukan saya tak bagi peluang tapi ini perkara baru. Bagi keadilan kepada rakan-rakan lain nak jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, saya cuma nak tanya, kenapa pegawai-pegawai seperti beliau...
Tuan Pengerusi
No, no, no.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan pegawai seperti Ayob Khan, tertinggal daripada PDRM? Kerana mereka ini sepatutnya kekal dengan PDRM.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong tak payah sibuklah. Itu urusan lain. Tak payahlah nak ambil perhatian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa masalahnya?
Cuma saya nak tanya, kenapa mereka tidak kekal dengan PDRM? Mungkin kita boleh mengekalkan Datuk Seri Mohd Zain Shuhaily dengan PDRM.
Tuan Pengerusi
Baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mungkin ada hikmahnya.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cuma persoalan di luar sana, pegawai-pegawai yang tegas seperti mereka, kenapa mereka di keluar, tertinggal dari PDRM?
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Bila masa Jelutong nak dengar Speaker ni? Tak patuh undang-undang, Speaker...
Tuan Pengerusi
Baik. Saya nak, saya nak...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker, Jelutong kena hormatlah kawan-kawan yang bahas, duk tunggu ramai ni. Tunggu sampai ke petang. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, bagi peringkat...
Tuan Pengerusi
Okey, baik.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Speaker pun tak benarkan tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak ada masalah. Kita mohon penjelasan Speaker kerana di luar sana, di luar sana, ada persepsi seolah- olah bahawa pembangkang membela Datuk Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain.
Tuan Pengerusi
Jelutong, Jelutong.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong janganlah merapu, Jelutong.
Tuan Pengerusi
Okey, okey, okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Besut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang kurang ajar, Besut?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Besut, Besut, Besut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya mintak Besut tarik balik perkataan “kurang ajar”.
Tuan Pengerusi
Besut, Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Tidak jelas] Bercakap pun biar?
Tuan Pengerusi
Besut, maghrib. Suruh duduk, duduk. Semua duduk. Ini— duduk Jelutong. Duduk.
[Dicelah] Duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sikap bekas majistret, oh...
Tuan Pengerusi
Duduk, duduk Jelutong.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hakim— apa benda masalah ni dengan lawyer bengong ni.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bekas hakim. Malulah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kamu lagi malulah. Tak berbahas pun nak bertanya soalan, buat apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa salahnya tanya penjelasan?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kamu tak berbahas apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa salah tanya penjelasan?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kamu tak berbahas apa.
Bagilah orang bahas, tunggu jawapan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau Timbalan Speaker...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cakap...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker beri peluang, Timbalan Menteri peluang, apa yang Besut sibuk sangat?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, saya sebut tadi dah. Ini di peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ha, apa yang Besut sibuk sangat? You are not the Speaker.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Masalah saya menunggu jawapan tak ada lagi, kamu dah kacau ganggu buat apa. Bodoh betul.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, ini peringkat Jawatankuasa. Detail, ikut butiran. Patut jangan tanya. Saya nak teruskan Yang Berhormat kerana apa pun undang-undang dan peraturan mesti kita hormati.
Itu sahaja.
Baik, saya sambung sedikit fasal Kapar tadi, tak selesai. Dalam masa yang sama Yang Berhormat— kalau tidak tergantung jawapan saya. Pihak pengurusan Jabatan Imigresen, kita telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman pada 20 Ogos lalu bagi meneliti kejadian tersebut khusus dari aspek pematuhan prosedur operasi standard mengendali kenderaan serta faktor-faktor berkaitan. Jadi, berdasarkan penelitian jawatankuasa tersebut, berapa syor penambahbaikan telah pun kita kemukakan bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama ini berulang.
Antaranya saya boleh sebut satu, banyak. Kalau saya nak sebut, saya boleh kongsi. Kita wajibkan pemasangan kamera papan pemuka hadapan dan belakang serta sistem penjejak GPS kepada kenderaan jabatan. Ini satu. Mewajibkan pemandu lantikan jabatan dan pegawai diberi kebenaran memandu mengikut kursus pemanduan defensif secara berkala. Banyak lagi isu-isu yang kita buat. Apa pun, ia menunjukkan bahawa tindakan telah pun kita ambil dan kita akan beri keadilan kepada semua pihak. Yang Berhormat...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, tentang bantuan dan pampasan kepada mangsa.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baik, yang itu saya akan bagi secara bertulis Yang Berhormat jawapan berkenaan.
Saya hendak pergi ke yang lain. Saya ada banyak ini Yang Berhormat.
[Ketawa] Saya tak mungkin boleh selesai.
Besut, Yang Berhormat Besut. Ini dibangkitkan berkaitan dengan program pemulihan reintegrasi pesalah dadah, berkaitan dengan penguatkuasaan rumah ibadat tanpa kebenaran, kesaksamaan penguatkuasaan undang-undang rumah ibadat. Saya jawab satu dua Yang Berhormat kerana saya nak bagi peluang kepada lain untuk saya jawab, Yang Berhormat.
Ini memandangkan penagih dadah merupakan penyakit otak kronik yang berulang. Individu mungkin kembali kepada tabiat lama walaupun sudah melalui
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
rawatan, Yang Berhormat. Justeru, proses kepulihan adalah proses sepanjang hayat dan memerlukan sokongan pelbagai pihak.
Bagi Januari hingga September 2026 Yang Berhormat, seramai 5,268 prospek penjara telah menerima perkhidmatan mobilisasi rawatan pemulihan tanpa sempadan, AADK. KDN melalui Jabatan Penjara Malaysia, kita perkukuhkan pendekatan pemulihan pesalah dadah melalui tiga strategi utama.
Satu, penempatan khusus pemulihan dalam komuniti dan pengurangan kebergantungan kepada pemenjaraan. Jadi pertama Yang Berhormat, kita menyediakan penempatan khusus pesalah dadah melalui Pusat Koreksional Chenderiang di Perak yang kapasitinya 600 orang dan mula operasi 7 April tahun lalu. Jabatan Penjara juga sedang mengenal pasti lokasi bagi pembangunan kluster dadah di Penjara Sungai Buloh, berkapasiti 1,000 orang serta meneroka cadangan penyewaan enam premis PKKD di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 3,400 orang. Jadi, penempatan ini memberi tumpuan khusus kepada pesalah dadah berulang, khususnya di bawah seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kedua Yang Berhormat, kita perkukuhkan pemulihan reintegrasi dalam komuniti melalui Program Perintah Kehadiran Wajib, parol, pelepasan banduan tanpa lesen, pelepasan berlesen penghuni, rumah perantaraan. Jadi sehingga 2026, seramai 8,690 orang menjalani PKW, 64,306 melalui proses parol, 90,997 orang menerima PBSL, 804 menerima PBL, 22,450 orang ditempatkan di rumah perantaraan. Jadi, pendekatan ini sebenarnya membantu pemulihan dan penyesuaian semula banduan dalam masyarakat di samping kita mengurangkan tekanan terhadap kapasiti penjara, Yang Berhormat.
Jadi ketiga, kita optimumkan pengurusan populasi tahanan melalui program- program PG dengan kerjasama mahkamah, JBG, BBG dan sebagainya. Untuk makluman, bagi Januari hingga Oktober tahun ini, seramai 11,638 banduan reman yang dipersetujui membuat perakuan bersalah. Seramai 11,250 orang, 90.6 peratus telah diselesaikan melalui proses jatuh hukum atau DNAA.
Jadi secara keseluruhannya, KDN akan terus perkukuhkan kapasiti penempatan khusus keberkesanan pemulihan dan peluang reintegrasi komuniti bagi mengurangkan pengulangan kesalahan serta menangani kesesakan penjara.
Yang Berhormat, banyak soalan tanya tadi. Jadi, saya bagi bertulis Yang Berhormat ya.
Saya nak jawab pada Putrajaya. Ini Putrajaya punya soalan. Yang Berhormat sebut dan tanya berkaitan penglibatan warga asing dalam jenayah dan kawalan
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
kemasukan ke negara ini. Juga tentang penambahbaikan SOP, peralatan keselamatan anggota PDRM, berkaitan penguatkuasaan sempadan, pembanterasan sindiket penyeludupan PATI, juga mengemas kini jadual racun dibangkitkan tadi. Yang Berhormat, untuk makluman...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Dadah sintetik, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, kalau tak ada masa, jawab yang dadah sintetik tu pun tak apa. Yang racun tadi tu. Itu saya rasa kritikal. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baik. Untuk makluman Yang Berhormat, saya ambil dulu yang–– sekejap Yang Berhormat. Untuk berkaitan dengan–– Tan Sri Speaker, saya jawab keseluruhanlah yang, lagi senang sikit.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap warga asing yang memasuki dan berada di Malaysia hendaklah mematuhi syarat serta tujuan pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.
Serta selaras dengan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Dalam hal ini Yang Berhormat, pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepada warga asing adalah bagi tujuan lawatan sosial sahaja atau pelancongan dan tidak membenarkan pemegangnya bekerja dan menjalankan aktiviti pekerjaan di Malaysia tanpa kebenaran yang sewajarnya.
Jadi, mana-mana warga asing yang didapati menyalah guna pas berkenaan atau bekerja atau menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan syarat pas, boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen. Jadi, KDN tegaskan bahawa warga asing dilarang sama sekali untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan, perdagangan komersial atau bekerja di Malaysia tanpa memiliki pas dan permit kerja yang sah.
Jadi, bagi kita menangani isu ini, masalah penggunaan pas di kalangan warga asing, KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah dan sedang melaksanakan pelbagai penguatkuasaan. Antaranya, kita laksanakan operasi sebagaimana biasa yang kita buat. Kalau kita lihat sehingga Oktober 2026 sahaja, sebanyak 11,808 operasi telah dilaksanakan. Daripada jumlah tersebut Yang Berhormat, 155,498 orang telah diperiksa, 70,195 PATI telah ditangkap dan banyak lagilah perkara-perkara yang kita laksanakan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh saya minta berkaitan dengan pas tadi. Apa yang berlaku sekarang ini, mereka dah dapat masuk. Jadi, bila dapat masuk ini, kita operasi nak tangkap dan sebagainya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kalau tengok di negara-negara lain, mereka ketatkan proses untuk memberi pas kemasukan itu, diketatkan, syarat-syarat diketatkan. Jadi, tak ada lah mudah sangat khususnya dalam konteks pelajar asing sebagai contoh. Memang kita bagi tetapi tak semua datang belajar. Kita tahu perkara ini.
Sebab itu saya rasa proses untuk memberi pas ini perlu dilihat lebih teliti, diketatkan. Jadi, tak ada lah yang masuk kononnya nak jadi pelancong, masuk buat jenayah. Jadi, perkara ini saya rasa kita ini banyak reaktif bila dah masuk ke dalam ini nak tangkap. Kalau boleh kita ketatkan proses itu, walaupun ada trade-off dia dari sudut pelancongan dan sebagainya, tapi kadang-kadang dia tak worth it. Kita nak dapat pelancong lebih ramai tetapi yang masuk ini adalah mereka-mereka yang masuk untuk tujuan lain. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Memang kita sangat ketat dalam pengeluaran pas ini dan peraturan-peraturan yang ada sentiasa kita tambah baik kerana kepentingan negara sangat kita berikan keutamaan terutama sekali soal-soal yang berkaitan dengan keselamatan. Sebab itu apa juga yang kita lakukan sentiasa ditambah baik dan dilakukan secara berhati-hati. Mana-mana pihak, termasuklah pegawai kita pun yang melakukan kesalahan, tindakan-tindakan akan diambil berasaskan kepada undang-undang sedia ada.
Yang Berhormat, saya ingat yang lainnya saya akan bagi secara bertulis Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, perlukan masa...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
...Termasuk soalan berkaitan dengan...
Tuan Pengerusi
Agak-agak berapa minit lagi?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
...Perkara yang dibangkitkan tadi.
Tuan Pengerusi
Saya nak bagi masa dengan Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya ingat saya bagi bertulislah, banyak sangat Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Ya, ya. Tapi Yang Berhormat perlukan berapa banyak masa lagi?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Satu, dua minit untuk menggulung sahaja.
Tuan Pengerusi
Saya bagi lima minit.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Okey.
Tuan Pengerusi
Boleh?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baik. Ahli Yang Berhormat, kita sangat menyedari bahawa pelbagai isu yang di dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam soal-soal berkaitan dengan keselamatan negara, soal sempadan dan sebagainya. Dan dalam keadaan ini, KDN sentiasa terus menambah baik apa juga termasuk semakan segi undang-undang melengkapkan dan meningkatkan keupayaan pegawai kita dari segi latihan dan sebagainya.
Sebab itu kita sangat mengharapkan sokongan daripada semua pihak kerana isu jenayah, isu-isu yang dibangkitkan tadi tidak boleh ditangani secara undang- undang sahaja, tetapi mesti melibatkan semua pihak secara keseluruhannya. Jadi Yang Berhormat, sebagai kesimpulannya...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sikit pasal dadah sintetik tadi. Dadah sintetik, benda dia dah berlarutan lama ini. Kalau kita biarkan, saya khuatir Akta Racun tak selesai lagi kes dadah sintetik ini, anak-anak kita khayal-khayal habis dekat sekolah, piu piu dadah macam-macam. Jadi, apakah langkah kerajaan yang sedang diambil, bagaimana nak percepatkan proses ini?
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baik, kita sedar bahawa isu dadah –– hari ini kita tak lagi bercakap soal dadah-dadah tradisional, ganja dan sebagainya. Kita hari ini bercakap soal dadah-dadah sintetik yang begitu mudah diperolehi. Ada kaedah pengedarnya melalui online dan sebagainya. Menyedari tentang cabaran ini, memang Kementerian Dalam Negeri khususnya melalui AADK dan juga agensi-agensi lain sangat serius tentang isu dan perkara ini.
Hari ini kalau kita lihat Yang Berhormat, di kebanyakan tempat ada beberapa trend yang dilihat dan membimbangkan kita. Pertama, kalau kita lihat dari segi siapa yang terlibat dalam isu ini? Adakah mereka yang terlibat ialah di kalangan mereka yang berumur bawah 39 hingga 15 tahun? Dan sudah pun menular ke peringkat yang lebih rendah daripada itu. Maknanya, sasaran dadah sintetik kepada kumpulan yang sebenarnya sangat produktif, satu.
Kemudian, kita juga bimbang kerana didapati kumpulan yang terlibat dalam dadah jenis ini juga di kalangan mereka-mereka yang mempunyai pendidikan. Kita tak ada data terperinci di sini, tetapi kalau kita lihat ada di kalangan mereka yang mempunyai ijazah, PhD pun terlibat dalam isu ini. Maknanya, kumpulan sasar ialah
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
golongan muda dan golongan pelajar. Barangkali inilah kaedah yang mereka lakukan untuk membolehkan pasaran mereka lebih panjang sebegitu.
Melihat kepada cabaran inilah, maka KDN sangat serius dalam soal ini.
Sebab itu kita bertindak dalam menyemak tentang berkaitan dengan undang- undang, tapi pendekatan yang kita buat juga ialah kita lakukan tindakan-tindakan dari segi penguatkuasaan dan sebagainya. Dan, saya nak sebut bahawa berkaitan dengan Akta Racun tadi Yang Berhormat, Akta Racun ini sebenarnya dia tidak― Akta Racun 1952, ini terletak di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan Malaysia, bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Jadi, sebarang pindaan atau perkara-perkara yang dibangkitkan ini ialah tertakluk kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa pun kita sangat serius tentang isu ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat, Tan Sri Pengerusi, saya minta Menteri jawab sikit pasal berkaitan dengan DPP itu agak penting untuk memberi penegasan, pelaksanaan DPP ini yang saya yakin rakyat sedang melihat perkembangan dia. Pohon Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Menteri, kalau saya boleh tambah sikit.
Ya, saya sedar perkara tersebut di bawah Kementerian Kesihatan tetapi magnitud kesan ini yang tahu ini adalah KDN. Kesan ini di bawah ini yang tahu ini KDN. Jadi, saya rasa nak kena bawa ke Kabinet, bincangkan segera. Kalau asyik kata tak selesai, tak selesai, benda ini akan berlarutan berapa lama lagi? So, kalau ada isu, katakan. Jadi, kita nak tahu apa isunya. Sebagai penggubal undang-undang, kita pun nak tahu apa cabaran dalam konteks Akta Racun ini?
Jadi, kalau boleh kerajaan lihat perkara ini secara lebih mendalam. Betul, bawah KKM tetapi isu ini yang tahu data dan sebagainya, yang banyak maklumat adalah di bawah KDN. Jadi, nak kena duduk bincang betul-betul, apakah masalah yang sangkut di Akta Racun ini? Jadi, kita sebagai penggubal undang-undang ini, sekurang-kurangnya tahu apakah pendekatan yang kita boleh ambil. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya dah sebut tadi bahawa melihat kepada cabaran dadah sintetik ini yang saya sebutkan tadi, maka kita menyemak semua pasal undang-undang dan sebagainya. Memang betul walaupun ia terletak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, kita akan tentu untuk berbincang dan sebagainya bagi melihat isu-isu yang dibangkitkan ini kerana jenayah ini mesti ditangani sebab dadah kekal menjadi musuh nombor satu kita.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tan Sri, saya respons satu sahaja, yang akhir, berkaitan dengan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Berkaitan dengan Datuk Seri Najib.
Saya ada tanya soalan ini.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya satu sahaja nak respons.
Tuan Pengerusi
Sik dulu ya.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat Sik tadi bangkit berkaitan dengan DPP.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dokumen pendaftaran pelarian.
Dato’ Seri Najib itu, Yang Berhormat Seputeh boleh apply untuk pergi berkunjung, insya-Allah.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Untuk makluman Yang Berhormat Sik, Jabatan Imigresen Malaysia telah memohon sebanyak 144 perjawatan bagi urusan pengoperasian DPP ini. Jadi, kerajaan telah meluluskan sebanyak 108 perjawatan baharu yang berkuat kuasa pada 30 Julai 2026 bagi melaksanakan fungsi tambahan iaitu pengurusan pendaftaran pelarian serta kawalan pusat pengasingan khas pelarian.
Jadi, ini data yang saya boleh maklumkan sehingga hari inilah. Cuma, Yang Berhormat bangkitkan itu, secara detilnya kalau perlukan data-data, saya akan sampaikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tan Sri Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh pelbagai isu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Seminitlah, Timbalan Menteri.
Boleh?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tan Sri. Tan Sri Pengerusi, boleh tak nak cadangkan, Tan Sri Pengerusi...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bidang kuasa...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Berkenaan dengan tahanan rumah Dato’ Seri Najib. Seminit. Saya hanya nak Yang Berhormat Timbalan Menteri clarify kerana...
Tuan Pengerusi
Saya dah bagi lima minit tadi dan soalan itu juga telah pun dijawab oleh Menteri pagi tadi. Jadi, adakah berkaitan dan perlukan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tan Sri Speaker, itu yang saya tidak faham. Saya baca Hansard sahajalah. Kerana Yang Berhormat Menteri pagi ini dia kata tidak dibenarkan menggunakan telefon dan alat komunikasi selain dari yang didaftarkan oleh Jabatan Penjara dengan tujuan mengesahkan bila berada di rumah, dihubungi oleh pihak penjara bila berada di kediaman. Maksudnya, yang tahanan rumah ini tak ada pegawai penjara dekat sanalah, kan? So, pegawai penjara tiap- tiap hari panggil Dato’ Seri Najib, “You ada di rumah ke?” Adakah macam ini?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, Hansard...
Tuan Pengerusi
Ada.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
...Yang Berhormat Menteri menjawab, nanti saya akan bagi spesial kepada Seputeh untuk bacanya.
Tuan Pengerusi
Ya, ya. Insya-Allah. Sebab, saya yang preside pagi tadi.
Jadi, saya tahu itu. Silakan, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Jadi, saya rakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri semasa mengambil bahagian ini tadi. Semua pandangan, cadangan, teguran berkaitan dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam di bawah tanggungjawab KDN selaras dengan hala tuju belanjawan ini.
Kita harap sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memastikan penguatkuasaan, kawalan keselamatan, kebajikan, ketenteraman awam, kawalan sempadan pintu masuk, kebajikan anggota, penerapan teknologi moden dapat benar-benar kita lakukan.
Saya bagi pihak KDN sentiasa terbuka untuk menerima apa juga pandangan.
Kalau tidak dapat memberikan pandangan dalam sesi ini boleh menyampaikan pandangan dengan secara bertulis dan sebagainya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Jadi, terima kasih. Bagi pihak KDN, saya ucapkan terima kasih.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Speaker...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tan Sri Pengerusi, boleh nak bagi petua sikit?
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tan Sri Speaker...
Tuan Pengerusi
Dah tutup dah pun.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Saja bagi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta— Tan Sri, Tan Sri Pengerusi, boleh tak? Sebab, 24 orang bahas ini, Tan Sri, saya tengok, maksudnya kami tunggu— kita tunggu sampai— memang wajib kita tunggulah sebab kita nak luluskan bajet, belanjawan untuk kementerian KDN ini. Cuma, saya pernah bercakap dulu, boleh tak kalau nak kata 24 orang bahas ini, bagilah satu jawapan secara lisan kepada kami ini, maksudnya.
Maksudnya, ada 24, peruntukkanlah satu. Jadi, kami yang tunggu ini, paling tidak pun, kita tunggu ini kira happy-lah, Tan Sri. Happy kita dapat satu jawapan lisan daripada pihak kementerian. Ini berlegar-legar― Putrajaya. Berlegar-legar― Besut.
Bukanlah marah Putrajaya. Tak marah. Tetapi, maksudnya, sekurang-kurangnya kami yang tunggu ini pun kita ada bendalah. Kita balik ke kawasan kan, ha kita boleh mainkan video ini. “Ha, aku dah bercakap dekat Parlimen dah.” “Ha, ini Timbalan Menteri dah jawab dah.” Kan? Ini asyik-asyik jawapan bertulis. Asyik-asyik jawapan bertulis, asyik-asyik jawapan bertulis sampai Abang Jamil tut...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Satu, Speaker. Minta maaf banyak. Minta maaf banyak. Kalau boleh, waktu jawapan Menteri itu tidak ditetapkan pada kadar tertentu tetapi mengikut berapa banyak persoalan yang ditimbulkan oleh pembahas. Jadi, mungkin ada 40 minit, 45 minit supaya macam disebut oleh Langat tadi lah, walaupun dia cakap kuat sangat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Yang Berhormat, perjalanan Dewan ini berpandukan kepada Peraturan Mesyuarat. Jadi, maknanya apabila Menteri menjawab, terpulanglah kepada Menteri sama ada dia nak pergi tajuk ke tajuk ke ataupun mengikut orang yang bertanya ke, ataupun dia nak rangkumkan semua. Itu kebijaksanaan Menterilah. Jadi, saya sebagai Speaker tak boleh nak dictate. Sebab itu saya nasihatkan, Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak berucap, jangan bawa benda-benda yang baru. Sebab, dia sendiri tak ada masa untuk prepare. Jadi, saya anggap ini menjadi ingatan.
Yang kedua, saya nak sarankan. Dah berkali-kali saya sebut benda ini. Bila Menteri atau Timbalan Menteri berjanji untuk jawab dalam masa lima hari bertulis― tolong. Sebab, kawan-kawan juga sedang menunggu. Orang kampung dia juga
Tuan Pengerusi
tunggu jawapan. Jadi, kalau wakil rakyat tak boleh jawab...
[Tepuk] Orang Kedah kata dia nampak lekehlah. Tunggu sampai pukul 7.30, jawapan tak ada. Jawapan bertulis pun tak ada. Jadi, untuk itu, Besut, insya-Allah, jumpa Menteri, dapatkan jawapan bertulis dengan segera.
Baik. Yang Berhormat, masalahnya iaitu wang sejumlah RM18,019,701,600 untuk Kepala B.62 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.62 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, masalahnya bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.62 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.62 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya ingin maklumkan bahawa terdapat pertukaran giliran kementerian di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 17 November 2026 akan bertukar giliran dengan Kementerian Kesihatan pada 18 November 2026. Ini bermaksud giliran Kementerian Kesihatan adalah pada 17 November 2026, manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 18 November 2026.
Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Isnin, 16 November 2026. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat memandu kembali ke kawasan masing-masing dengan selamatnya.
Selamat berehat. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.19 malam]