Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat pagi Yang Berhormat semua. Sebelum kita mulakan dengan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, saya nak maklumkan bahawa esok, untuk Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada 12 November 2026, akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Jadi, Yang Berhormat bolehlah sediakan soalan-soalan sepatutnya.
Baik, saya mulakan dengan menjemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Soalan Tampin nombor satu, Selamat pulang Bossku.
1. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan pencapaian terkini terhadap Program Solar ATAP dan SuRIA Home, termasuk jumlah kediaman yang telah menyertainya serta langkah kementerian untuk memperluas akses kepada golongan B40 dan M40 melalui rebat, skim sewaan atau pembiayaan mudah tanpa kos permulaan yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Solar ATAP telah dimulakan pada 1 Januari 2026 dan dilaksanakan secara terbuka tanpa kuota khusus bagi membolehkan pengguna
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
domestik, komersial, industri serta kategori lain memasang sistem solar bagi kegunaan sendiri.
Sehingga 15 September 2026, sebanyak 24,291 permohonan Solar ATAP dengan kapasiti 391.85 megawatt telah diluluskan, berbanding pada 30 April 2026 di mana kapasiti yang diluluskan pada ketika itu hanya sekitar 135.92 megawatt. Ini bermakna, kelulusan kapasiti meningkat sebanyak hampir 190 peratus dalam tempoh 4.5 bulan. Bagi meningkatkan kemampuan pengguna domestik, kerajaan telah memperkenalkan SuRIA Home dengan peruntukan RM150 juta. Melalui program ini, pengguna yang layak boleh menerima rebat sebanyak RM600 bagi setiap satu kilowatt sehingga maksimum RM3,000 bagi pemasangan lima kilowatt.
Program ini menyasarkan antara 45,000 hingga 50,000 kediaman sehingga kuota 250 megawatt dipenuhi dan akan tamat pada 31 Disember 2026. Sehingga 15 September 2026, sebanyak 12,374 pengguna domestik yang telah menerima rebat yang berjumlah RM36.2 juta. Selain rebat langsung, pengguna juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemasangan solar melalui modal pembiayaan pasaran seperti solar leasing atau rent-to-own yang dapat mengurangkan keperluan modal awal. Modal sedemikian boleh membantu memperluaskan akses pada isi rumah yang mempunyai kekangan untuk membayar keseluruhan kos pemasangan secara tunai.
Bagi memastikan manfaat peralihan tenaga dapat diperluas kepada kumpulan B40 dan M40, PETRA akan terus menilai prestasi Solar ATAP dan SuRIA Home, struktur kos pemasangan dan juga pilihan pembiayaan yang bersesuaian.
Sebarang penambahbaikan akan mengambil kira keberkesanan bantuan, kemampuan fiskal kerajaan serta keperluan memastikan manfaat disalurkan secara telus kepada pengguna yang layak. PETRA juga akan terus bekerjasama dengan agensi yang berkaitan, pihak utiliti dan industri bagi memudah cara proses pemasangan serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap pilihan pembiayaan dan modal perniagaan solar yang tersedia. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tampin untuk soalan tambahan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang Amat Berhormat “Perdana Menteri”. Program SuRIA Home bakal berakhir pada 31 Disember 2026 atau apabila kuota kapasiti mencecah 250 megawatt. Tempoh pelaksanaan yang semakin hampir ke penghujung ini menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna yang sudah pun membuat pembayaran deposit pemasangan,
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
menandatangani perjanjian dan mendapat kelulusan tetapi pada masa yang sama, proses pemasangannya masih belum siap sepenuhnya.
Soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat, adakah PETRA berhasrat untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Program SuRIA Home selepas 31 Disember 2026 dan apakah jaminan PETRA kepada mereka yang telah pun mendapat kelulusan Solar ATAP tetapi proses pemasangannya masih belum selesai apabila program rebat berakhir? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita melihat kepada Dasar Tenaga Negara kita, kita melihat kepada tiga trilema iaitu keterjaminan bekalan, kemampuan daripada segi kos dan juga menjaga alam sekitar kita. Solar ini adalah salah satu perancangan kita untuk menghijaukan dari segi bekalan tenaga kita. Cuma, disebabkan solar ini sifatnya intermittent, maknanya bila ada matahari baru ada tenaga. Jadi, dapat last tiga ke empat jam pada siang hari. Jadi sebab itu kita juga memperkenalkan BESS (Battery Energy Storage System).
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dan untuk itu, program yang kita nak perkenalkan untuk Solar ATAP ini insya-Allah kita akan menilai dan melihat bagaimana kita dapat memperbaiki, kalau tidak untuk kita lanjutkan lagi pada tahun depan. Berhubung kait dengan SuRIA Home, kita masih ada berbaki RM90 juta. Jadi, memang kita akan sambungkan. Bagi mereka yang telah memohon dan diluluskan, mereka akan dapat meneruskan pemasangan solar mereka dengan syarat solar mesti disiapkan pemasangan sehingga Mac tahun depan dan mereka akan masih dapat rebat yang telah diputuskan oleh kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri, sebahagian pengguna yang memasang Program Solar ATAP ataupun solar home ini terdedah kepada pemasang-pemasang sistem yang tidak berdaftar dan boleh terdedah kepada manipulasi harga oleh pembekal ataupun pemasang. Mereka berhadapan dengan risiko pemasang menaikkan harga dan juga pemasang ini tidak berdaftar.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Jadi soalan saya, apakah mekanisme perlindungan terhadap pengguna yang disediakan oleh kerajaan terhadap pemasang yang tidak berdaftar? Adakah pihak
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
kerajaan akan menyediakan senarai-senarai pemasang yang diperakui harga rujukan ataupun saluran aduan jika ada aduan tentang pemasang yang me- manipulate, memanipulasi harga sistem solar tersebut? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Sememangnya pemasangan ini sepatutnya oleh pihak yang qualify, yang berdaftar. Dan untuk itu, kalau Yang Berhormat ada berdepan dengan masalah tersebut, bolehlah rujuk kepada kami untuk kita membuat siasatan.
Sesuatu— bagaimana kita nak menjamin bahawa pemasangan solar ini selamat dan sebagainya. Sebab itu amat penting untuk siapa-siapa nak memasang, kena rujuk kepada kementerian, rujuk kepada TNB ataupun Suruhanjaya Tenaga supaya mereka tidak akan terjebak kepada mereka yang manipulasi, sama ada dari segi kualiti mahupun dari segi harga dan sebagainya. Memang kita nak galakkan pemasangan ini mesti dibuat oleh mereka yang berdaftar sebab ciri-ciri keselamatan amat penting sekali bila solar ini dipasang, kedudukan rumah itu adalah selamat dari segi pematuhan, dari segi standard dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya— Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Soalan nombor 2.
2. Dato' Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) melalui penswastaan secara kerjasama awam swasta, serta bilakah dokumen Request for Proposal (RFP) akan dimuktamadkan dan dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dungun, Kementerian Kerja Raya prihatin terhadap keperluan pembangunan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 yang akan melengkapkan rangkaian Lebuhraya Pantai Timur sedia ada iaitu LPT1 dan LPT2. Pembangunan lebuh raya ini bertujuan menyediakan jaringan perhubungan yang lebih selesa dan efisien, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan antara tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sehubungan itu, kementerian telah melaksanakan kajian awalan bagi menilai kesesuaian pembangunan LPT 3 dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk aliran trafik, sosioekonomi, alam sekitar, teknikal dan kejuruteraan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jajaran yang paling sesuai dan berdaya maju dengan mengambil kira kepentingan pengguna serta impak terhadap kawasan yang terlibat.
Dari aspek teknikal dan kejuruteraan, pemilihan jajaran turut mengambil kira faktor keselamatan, kesesuaian tapak pembinaan, risiko bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, keadaan geologi dan kestabilan tanah. Pertimbangan ini penting bagi memastikan pembangunan lebuh raya dapat dilaksana dengan selamat, mampan dan meminimumkan risiko terhadap pengguna serta persekitaran.
Berdasarkan hasil kajian awal tersebut, jajaran cadangan LPT3 yang telah dikenal pasti adalah bermula dari Kampung Gemuroh, Terengganu dan berakhir di Tunjong, Kelantan, dengan anggaran panjang keseluruhan jajaran ialah 122 kilometer. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memutuskan supaya cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 dilaksana secara penswastaan dengan kaedah kerjasama awam-swasta dan cadangan ini bakal melibatkan kaedah bidaan bersaing atau request for proposal (RFP) dengan izin, yang mana kos pembangunan LPT3 ini ditanggung sepenuhnya oleh pembida yang berjaya.
Selaras dengan itu, Kementerian Kerja Raya telah pun mengemukakan Pernyataan Keperluan Projek atau Statement of Needs dengan izin SON, kepada Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, UKAS, JPM bagi tujuan penyediaan dokumen RFP serta seterusnya untuk cadangan ini diangkat kepada pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.
Status semasa cadangan projek LPT3 adalah masih di peringkat penyediaan dokumen RFP oleh pihak UKAS, JPM. Buat masa ini, fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan kelancaran penyiapan Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK) supaya dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penyiapan projek-projek ini amat penting bagi melengkapkan jaringan perhubungan yang strategik, memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya di Pantai Timur.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Dungun.
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Cuma, apakah kalau boleh dinyatakan terhadap Pelan Induk Kerjasama Awam–Swasta 2030 (PIKAS 2030) ada melibatkan pendekatan
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
pembiayaan hibrid iaitu 60 peratus peruntukan kerajaan dan 40 peratus daripada agensi pembiayaan seperti PLUS Berhad seumpama contoh berdasar kepada Projek Penyuraian Trafik Juru–Sungai Dua (PTJSD) di Pulau Pinang.
Jadi, apakah faktor atau kekangan yang menyebabkan kerajaan tidak menggunakan pendekatan yang sama iaitu pembiayaan hibrid bagi LPT3 sebagaimana yang dilaksanakan untuk PTJSD di Pulau Pinang? Pohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Pembiayaan hibrid ini adalah suatu perkara yang baru. Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan di sini bahawa Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 ini hendaklah dilihat bersekali dengan segala apa yang telah kerajaan umumkan dan laksanakan. Contohnya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK). Kos oleh kerajaan RM2.3 bilion. Yang ini 100 peratus kerajaan. Siap akhir 2027. LTU, lebuh raya di LTU CSR – Central Spine Road Kuala Krai–Simpang Pelangai, yang itu RM7.7 bilion pun tanpa tol, siap pertengahan 2028. Lebuh raya tanpa tol ni kita sedia maklumlah, KBKK, LTU ni semua adalah jasa “Bosku”.
Kemudian ECRL, 12 Disember start operasi, start operasi 12 Disember RM52.43 bilion. 12 hingga 16 kali sehari trip ECRL, ada ekspres, ada berhenti-henti dan saya kira kerajaan melihat keseluruhan infrastruktur yang ada itu dalam membuat keputusan, sama ada hibrid ataupun setakat ini yang kita buat kajian-kajian awalan tapi tahun 2020 Tan Sri, hingga 2022, kajian itu anggaran kosnya RM9.8 bilion, 122 kilometer LPT3 ini. Tapi apabila dah sampai 2026 ini, saya kira tentulah lebih daripada RM9.8 bilion dan setakat ini tidak ada cadangan hibrid itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah kelewatan memuktamadkan RFP serta ketiadaan garis masa pelaksanaan yang jelas bagi LPT3 mencerminkan kelemahan perancangan kementerian sedangkan projek ini telah lama dinantikan, bukan sahaja oleh rakyat Pantai Timur, malah pengguna daripada seluruh negara yang kerap ke Pantai Timur atas urusan keluarga, pekerjaan dan pelancongan.
Apakah jaminan bahawa model penswastaan ini tidak akan terus dijadikan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan projek strategik ini sekiranya model kerjasama awam–swasta bagi LPT3 gagal menarik minat pelabur atau tidak
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
mencapai daya maju kewangan, apakah pelan alternatif kementerian untuk memastikan projek ini tetap dilaksanakan? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Projek ini akan tetap dilaksanakan jika tak melibatkan pihak swasta, kalau kita ada duit Tan Sri. Kalau tak cukup duit, macam mana nak buat ya. Jadi kita perlu swasta juga. Jadi sebagaimana saya sebut tadi, KBKK RM2.3 bilion, LTU RM7.7 bilion, ECRL RM52.43 bilion.
Semuanya itu adalah jalan alternatif ke Pantai Timur. Kita telah melaksanakan LPT1 RM1.477 bilion, panjang 174.5 kilometer, LPT2 kita laksana RM4.37 bilion, 183.38 kilometer.
Untuk makluman bahawa LPT1, LPT2 ini tolnya murah kerana sebahagiannya dilaksana oleh kerajaan. LPT1 tolnya 12 sen sahaja per kilometer, untuk LPT2, 9.84 sen per kilometer.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jadi, LPT3 ini kita bersabar ya, 122 kilometer kita tunggu RFP. Siapakah syarikat-syarikat pembidanya? Dan anggaran kos itu tentulah lebih daripada RM10 bilion untuk 122 kilometer. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Chow Yu Hui, Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Tuan Speaker, soalan saya soalan 3.
3. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada LHDNM berhak menyekat perjalanan ke luar negara kerana tunggakan CP500, sejak bila amalan ini dilaksanakan, berapa orang disekat, asas perundangannya, serta sama ada sekatan berdasarkan anggaran cukai yang belum dimuktamadkan adalah sah dan munasabah.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Terima kasih kepada Yang Berhormat Raub.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia boleh melaksanakan sekatan perjalanan ke luar negara ke atas mana- mana individu yang disenaraihitam atau mempunyai tunggakan hutang dan cukai di bawah pelbagai agensi yang terlibat seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Insolvensi. Sekatan ini bertujuan mengesan penghutang atau pembayar cukai yang gagal menjelaskan tunggakan hutang dan cukai. Sungguhpun tindakan peringatan telah dilaksanakan dengan sewajarnya.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Di bawah LHDN, sekatan perjalanan ke luar negara boleh dikenakan ke atas individu yang tidak menjelaskan tunggakan cukai pendapatan atau cukai keuntungan harta tanah, selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 104, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan seksyen 22, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. LHDN bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menghalang individu atau pengarah syarikat yang culas membayar tunggakan tanggungan cukai daripada membuat perjalanan ke luar negara.
Namun begitu, kegagalan menjelaskan ansuran CP500 tidak menyebabkan pembayar cukai dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara memandangkan CP500 bukanlah suatu taksiran cukai muktamad. Liabiliti cukai sebenar hanya ditentukan setelah pembayar cukai mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan atau BNCP bagi tahun taksiran yang berkenaan. Berdasarkan BNCP yang dikemukakan, jumlah cukai sebenar akan dihitung semula dengan menolak bayaran ansuran CP500 yang telah dibuat. Sekiranya masih terdapat baki cukai yang kena dibayar dan pembayar cukai gagal menjelaskannya dalam tempoh yang ditetapkan, baki tersebut diklasifikasikan sebagai tunggakan cukai.
Bagi mengelakkan urusan ke luar negara terganggu disebabkan kesalahan tidak membayar tunggakan cukai kepada kerajaan, LHDN melalui pelbagai platform sentiasa menasihati pembayar cukai untuk terlebih dahulu menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan sebelum merancang sebarang perjalanan ke luar negara. Pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai melalui portal MyTax atau melalui laman web Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya terdapat sekatan yang dikuatkuasakan oleh lain-lain agensi.
Kerajaan ingin menegaskan bahawa tindakan mengenakan sekatan perjalanan ini bukan bertujuan untuk menafikan hak-hak mana-mana pihak untuk bergerak, namun ia dilaksanakan sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang percukaian terhadap individu atau pengarah syarikat yang mempunyai tunggakan cukai dan memastikan cukai yang terhutang kepada kerajaan dapat dikutip demi pembangunan negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Raub soalan tambahan.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Menteri. Memang ada aduan bahawa mereka yang tidak membayar anggaran cukai di bawah CP500 disekat perjalanan ke luar negara.
Persoalan saya adalah— apakah justifikasi kerajaan untuk menyekat kebebasan seorang rakyat ke luar negara semata-mata kerana tunggakan cukai
Tuan Chow Yu Hui - Raub
yang jumlah sebenarnya belum dimuktamadkan? Dan, adakah terdapat had minimum tunggakan ataupun seseorang yang hanya mempunyai tunggakan RM1,000 juga boleh dikenakan sekatan?
Adakah orang yang dikenakan sekatan perjalanan akan menerima notis yang benar-benar sampai kepada pengetahuan mereka? Dan sekiranya anggaran LHDN akhirnya terbukti tidak tepat, siapakah yang bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami pembayar cukai? Adakah Menteri bersedia mengkaji semula dasar ini supaya tindakan penguatkuasaan lebih adil? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti apa yang saya sebutkan tadi, CP500 tidak menyebabkan sekatan. Sekatan hanya berlaku selepas Borang Nyata Cukai Pendapatan dimuktamadkan. Dan kalau ada tunggakan, selepas— biasanya, lazimnya, selepas enam bulan tanpa cukai dipungut, baru sekatan dikenakan dan juga dalam keadaan di mana tanpa apa sahaja maklum balas kepada LHDN, baru sekatan dikenakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Masih lagi berkait dengan CP500. Saya ingin membangkitkan, adakah kerajaan ataupun Kementerian Kewangan dapat membezakan antara rakyat yang sengaja mengelak daripada membayar cukai dengan rakyat yang mempertikaikan anggaran cukai CP500 yang belum dimuktamadkan?
Justeru itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan ataupun Menteri Kewangan, apakah kerajaan bersedia menyemak semula prosedur yang sedia ada ini supaya hak negara mengutip cukai tidak dilaksanakan dengan mengorbankan prinsip keadilan, ketelusan dan hak rakyat untuk mendapatkan semakan yang sewajarnya? Saya mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih. Seperti saya sebutkan tadi, CP500 tidak menyebabkan sekatan. Sekatan hanya berlaku selepas enam bulan, selepas borang nyata— Borang Nyata Cukai Pendapatan telah dimuktamadkan dan tidak ada maklum balas di antara pembayar cukai dengan LHDN, selepas enam bulan baru sekatan dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Abdul Talib bin Abdullah, Rompin.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan pelan agihan peruntukan bagi pembangunan sukan akar umbi di kawasan luar bandar agar pembinaan fasiliti sukan komuniti tidak hanya tertumpu di kawasan pusat bandar utama sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan sukan akar umbi termasuk di kawasan luar bandar bagi memastikan masyarakat sentiasa mendapat akses kepada kemudahan dan program sukan yang bersesuaian tanpa hanya tertumpu di pusat bandar utama.
Pada tahun 2026, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menyediakan peruntukan pembangunan sukan sebanyak RM7.614 juta kepada negeri-negeri termasuk RM648,020 kepada negeri Pahang. Peruntukan ini menyokong pelaksanaan program melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah bagi memperluaskan peluang penyertaan masyarakat mengikut perancangan program di kawasan masing-masing.
Selain itu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi inisiatif merakyatkan sukan yang turut menyasarkan komuniti luar bandar. Inisiatif ini merangkumi antaranya Program Liga Sukan Tradisional, kelas seni bela diri, kelas renang dan Malaysia Active at Community bagi Malaysia Active at Community sebanyak RM1.145 juta disediakan untuk pelaksanaan di seramai 113 daerah dengan sasaran 70,000 penyertaan. Pelaksanaan program di peringkat daerah ini bertujuan membawa aktiviti sukan lebih dekat kepada masyarakat dan menggalakkan penggunaan kemudahan sukan sedia ada.
KBS turut menyediakan mekanisme sokongan kepada penganjuran aktiviti sukan di peringkat komuniti melalui Dana Sukan Komuniti ataupun DSK dan Geran Padanan Sukan (GPS). Inisiatif ini memberi peluang kepada persatuan dan pertubuhan untuk menganjurkan program serta aktiviti sukan yang melibatkan penyertaan masyarakat setempat, termasuklah di kawasan luar bandar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sukan adalah tertakluk di bawah Jadual Kesembilan, Senarai Bersama Senarai III, Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, tanggungjawab pembinaan, penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
sukan bukan hanya terletak di bawah KBS semata-mata, malah melibatkan peranan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan selaku pemilik atau pengendali fasiliti.
Bagi memastikan kemudahan sukan sedia ada terus dapat dimanfaatkan oleh masyarakat, aspek penyelenggaraan perlu diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap pemilikan dan pengendalian fasiliti berkenaan.
Penyelarasan antara KBS, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan penting bagi mengenal pasti keperluan penyelenggaraan serta mengelakkan kemudahan yang telah dibangunkan terbiar atau tidak dapat digunakan secara optimum. Bagi cadangan pembinaan fasiliti sukan baharu, permohonan untuk projek berskala besar yang melibatkan kos melebihi RM1 juta perlu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun MMKN dan disenaraikan dalam wish list negeri sebelum permohonan ini dikemukakan secara rasmi kepada KBS untuk pertimbangan selanjutnya.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Sementara itu, permohonan bagi projek berskala kecil yang melibatkan kos yang kurang daripada RM1 juta seperti kemudahan riadah hendaklah dikemukakan kepada KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Exco Belia dan Sukan Negeri atau Majlis Sukan Negeri berserta anggaran kos pembinaan dan keperluan berkaitan. Dan kelulusan peruntukan projek pembangunan adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Ekonomi dan pematuhan syarat yang ditetapkan.
Selain itu, setiap cadangan projek pembangunan perlu mematuhi garis panduan penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan permohonan projek pembangunan tahun 2026–2030 yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi, khususnya berkaitan status dan kesediaan tapak. Antaranya, tapak perlulah mempunyai status pemilikan yang jelas melalui pendaftaran atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Ya, pembangunan sukan akar umbi bukan sahaja memerlukan penyediaan fasiliti, malah perlu disokong dengan pelaksanaan program dan aktiviti sukan secara berterusan. Kerjasama antara KBS, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat akan terus diperkukuh bagi memastikan keperluan sukan masyarakat luar bandar turut diambil kira dalam perancangan pembangunan sukan termasuklah dari aspek penyediaan, penggunaan, penyelenggaraan dan— penyelenggaraan kemudahan sukan. Ya, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Rompin.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bakat sukan dan atlet muda di peringkat akar umbi sebenarnya berasal dari kawasan luar bandar. Namun, keadaan kemudahan sukan sedia ada, contohnya gelanggang sukan yang usang dan terbiar sudah tentu merencatkan inisiatif mengetengahkan bakat anak-anak muda ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Soalan saya, sejauh manakah hala tuju Pelan Strategik Sukan Negara mengintegrasikan program pencarian bakat di peringkat akar umbi dengan penyediaan fasiliti asas di luar bandar seperti Rompin contohnya, tidak tercicir daripada radar pembangunan sukan berprestasi tinggi? Dan berapa peratuskah peruntukan penyelenggaraan khas yang diperuntukkan segera bagi membaiki gelanggang sukan yang kini rosak dan terbiar, terutamanya di kawasan Rompin?
Terima kasih.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
[Bangun]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Kementerian Belia dan Sukan melalui Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan 2026–2030 memberikan penekanan kepada pembangunan sukan secara menyeluruh dan inklusif merangkumi pengukuhan pembangunan bakat dari peringkat akar umbi, peningkatan akses kepada kemudahan sukan serta penyediaan laluan pembangunan atlet yang lebih sistematik sehingga ke peringkat prestasi tinggi.
Dalam aspek pembangunan bakat, KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) melaksanakan program seperti Program Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat
(Talent Identification and Development), Program Bakat dan Program Pelapis bagi mengenal pasti serta membangunkan atlet berpotensi dan pelaksanaan program ini turut memerlukan sokongan kemudahan sukan asas yang bersesuaian agar bakat yang dikira pasti dapat dibimbing dan dikembangkan secara berterusan.
Dan bagi menyokong pembangunan sukan di peringkat komuniti, pada tahun 2026, KBS menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi Dana Sukan Komuniti dan RM30 juta bagi Geran Padanan Sukan, ya. Dan inisiatif ini menyokong pelaksanaan aktiviti sukan komuniti dan penganjuran kejohanan serta pertandingan
Tuan Mordi anak Bimol
sukan sebagai platform untuk meningkatkan penyertaan dan pembangunan prestasi atlet, termasuklah di kawasan luar bandar.
Bagi Daerah Rompin, kemudahan sedia ada seperti Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin dan Kompleks Sukan Rakan Muda Sukan Air Rompin boleh dimanfaatkan untuk memperluaskan program pencarian bakat, latihan dan penganjuran kejohanan sukan. Dan kerjasama dengan Majlis Sukan Pahang, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, pihak sekolah serta persatuan sukan juga penting bagi mengenal pasti bakat baharu berdasarkan potensi sukan setempat. Untuk makluman Yang Berhormat, esok ada bengkel kompetensi sukan rekreasi air akan diadakan di kompleks sukan tersebutlah. Jadi, mungkin Yang Berhormat boleh drop by ya.
Bagi soalan berkenaan dengan peruntukan penyelenggaraan khas, pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sukan adalah berdasarkan keperluan, tahap kerosakan dan keutamaan projek serta tertakluk kepada kedudukan peruntukan semasa kerajaan. Dalam hal ini, KBS tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan khas yang ditetapkan secara khusus mengikut kawasan Parlimen termasuk bagi kerja-kerja pembaikan gelanggang sukan di Rompin.
Walau bagaimanapun, bagi pembangunan dan penaiktarafan kemudahan sukan di kawasan Parlimen Rompin, KBS telah menyediakan peruntukan berjumlah RM13.325 juta melibatkan empat projek ya seperti menaik taraf Kompleks Sukan Rakan Muda Sukan Air Rompin, menaik taraf padang bola sepak Kampung Kolam, Rompin, naik taraf gelanggang sepak takraw di Kampung Air Batang dan naik taraf dewan serbaguna di Kompleks Majlis Sukan Negara Rompin ya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tan Sri Speaker. Setiap kali bila atlet ya, para atlet negara kita ini membawa pulang pingat, kita rasa bangga. Tapi saya selalu terfikir, berapa ramai lagi anak-anak OKU itu di luar sana yang mempunyai bakat dan potensi tapi tak pernah diberi peluang yang sama ya.
Jadi, lebih menyedihkan ada yang mahu bersukan tetapi kemudahan yang disediakan itu tidak boleh diakses untuk mereka— oleh mereka. Dan kita telah pun menyaksikan pencapaian yang cukup bagus bagi atlet para negara di persada antarabangsa khususnya kejayaan kontinjen Malaysia merangkul enam pingat
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
emas, lapan perak dan juga 13 gangsa pada Sukan Para Asia di Aichi–Nagoya baru- baru ini.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri, sejauh manakah penyediaan kemudahan sukan di luar bandar menetapkan syarat supaya infrastruktur turut tersebut dinaik taraf dengan ciri mesra OKU? Sebab saya rasa bakat tidak mengenal kekurangan fizikal tetapi kekurangan kemudahan boleh mematikan peluang seseorang untuk berjaya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberikan perhatian terhadap penyediaan kemudahan sukan yang inklusif dan mesra orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan semua lapisan masyarakat termasuklah atlet para mendapat akses kepada kemudahan sukan yang selamat dan bersesuaian. Dan bagi pelaksanaan projek pembinaan baharu dan menaik taraf kemudahan sukan di bawah kementerian, aspek kebolehcapaian dan kemudahan mesra OKU ini diambil kira pada peringkat perancangan dan reka bentuk projek berdasarkan piawaian yang berkuat kuasa ya.
Antara aspek yang diberikan perhatian termasuklah penyediaan laluan akses tanpa halangan, tanjakan kerusi roda, tandas mesra OKU, tempat letak kenderaan khas serta kemudahan sokongan yang bersesuaian mengikut skop dan keperluan projek. Penyediaan kemudahan ini turut mengambil kira kesesuaian penggunaan oleh golongan OKU di kawasan luar bandar juga.
Bagi kemudahan sukan sedia ada yang memerlukan kerja-kerja naik taraf, penambahbaikan ciri mesra OKU ini sedang dipertimbangkan dan sedang dilakukanlah. Untuk projek baharu, kita akan pastikan semua projek-projek ataupun fasiliti sukan ini mesra OKU dan kementerian akan terus memberikan perhatian terhadap aspek kebolehcapaian kemudahan sukan bagi menyokong penyertaan golongan OKU dalam aktiviti sukan di peringkat akar umbi, sekali gus menyediakan persekitaran yang lebih inklusif untuk pembangunan bakat sukan para negara.
Sekian, terima kasih Bukit Bendera.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Puan Wong Shu Qi, Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Komunikasi menyatakan status penguatkuasaan pengesahan umur media sosial sejak 1 Jun 2026 seperti berikut:
(a) bilangan akaun sedia ada disahkan dan akaun bawah 16 tahun disekat mengikut platform; dan
(b) tindakan terhadap platform yang belum melaksanakan pengesahan serta status peralihan enam bulan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tan Sri Speaker, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menguatkuasakan Kod Perlindungan Kanak-kanak (Child Protection Code, CPC) dengan izin, dan juga Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code, RMC) dengan izin pada 1 Jun 2026 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 iaitu Akta 866.
Kedua-dua kod ini menetapkan kewajipan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi (ASP) dan juga pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan (CASP) berlesen untuk melaksanakan langkah perlindungan kanak-kanak daripada risiko dan kandungan memudaratkan dalam talian termasuk melalui mekanisme pengesahan umur pengguna media sosial.
Susulan penguatkuasaan CPC, MCMC telah mengeluarkan arahan suruhanjaya di bawah seksyen 30 Akta 866 kepada penyedia perkhidmatan media sosial iaitu Meta, TikTok dan Google bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pengesahan umur. MCMC turut mengeluarkan notis di bawah seksyen 32 Akta 866 kepada platform berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan mekanisme tersebut termasuk bagi tujuan pemantauan dan penilaian tahap pemantauan.
Sepanjang tempoh pengalihan, MCMC akan meneruskan pemantauan dan juga libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pengesahan umur dilaksanakan secara berkesan. MCMC turut bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak dan persekitaran digital. Selain itu, MCMC juga meneliti perkembangan dan juga pendekatan yang dilaksanakan di negara-negara lain berhubung perlindungan kanak-kanak di dalam talian sebagai input kepada penambahbaikan kerangka perlindungan di Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Sebarang ketidakpatuhan terhadap pelaksanaan langkah pengesahan umur di bawah CPC boleh terjumlah kepada suatu ketidakpatuhan terhadap kewajipan di bawah seksyen 18 Akta 866. Dalam hal ini, sekiranya pemberi perkhidmatan berlesen gagal mematuhi kewajipan yang diperuntukkan tersebut, MCMC bolehlah mengambil tindakan pengawalseliaan yang sewajar sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta 866.
Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih. Jadi, tempoh untuk pelaksanaan berperingkat ini akan tamat pada awal Disember tahun ini. Jadi, saya ingin tahu, jika kementerian masih tidak terima sebarang angka akaun yang telah disahkan dan disekat— seperti jawapan hari ini, langsung tak ada angka-angka― jadi, bagaimana kementerian dapat memantau prestasi pelaksanaan di platform sana? Adakah kita ada piawaian lain untuk memantau, sama ada mereka laksanakan atau tidak langsung laksanakan? Dan apa tindakan akan diambil oleh kerajaan kalau mereka tidak melaksanakan sebarang tindakan mengikut notis yang telah dikeluarkan kepada mereka? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut.
Pertamanya, sekarang kita masih berada dalamlah transition period ataupun kita panggil tempoh peralihan. Kita jangka bahawa platform akan melaksanakan obligasi ini pada awal Januari tahun depan. Oleh sebab itu, semua data tentanglah berapa akaun yang mereka telah mengesahkan dan tutup akanlah dihantar kepada kita selepas tempoh peralihan. Itu pertama.
Kedua, pada 28— sebelum ataupun pada 28 Disember 2028, platform berlesen ini juga perlulah hantar satu online safety plan kepada MCMC iaitu satu obligasi ataupun kewajipan mereka di bawah Online Safety Plan Regulations di mana mereka juga perlulah hantar apa rancangan mereka untuk tambah baik tentanglah memastikan bahawa platform mereka adalah selamat untuk pengguna-pengguna mereka. Itu mereka perlu submit kepada MCMC, hantar kepada MCMC pada ataupun sebelum 28 Disember.
Dan sekiranya platform berlesen ini masih gagal untuk mematuhi kewajipan yang telah diletakkan terhadap mereka, jadi di bawahlah seksyen 30 Akta 866,
Puan Teo Nie Ching
mereka boleh, apabila disabitkan, bolehlah didenda tidak melebihi RM1 juta dan denda lanjutan juga boleh dikenakan sehingga RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepaslah sabitan. Dan juga, kita juga boleh mengeluarkan notis ketidakpatuhan di bawah seksyen 37 Akta 866 dan mengenakan penalti kewangan di bawah seksyen 39 Akta 866 yang amaunnya tidak boleh melebihi RM10 juta bagi ketidakpatuhan di bawah Bahagian III Akta 866 yang termasuk kewajipan di bawah seksyen 18 Akta 866.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan dengan ancaman akaun palsu, disinformasi dan juga ucapan kebencian, hate speech, dengan izin.
Saya mengikuti satu sesi meja bulat media berkaitan isu naratif pelarian ini.
Didapati lebih 59 peratus akaun dalam media sosial ini adalah berkaitan dengan kebencian dan melibatkan akaun palsu termasuklah laporan oleh AFP, di peringkat antarabangsa, mengesahkan poster palsu berkaitan dengan kononnya kumpulan pelarian ini menuntut Selayang dan disahkan itu adalah akaun palsu. Dan akhirnya, fitnah ini yang berulang-ulang menyebabkan ucapan kebencian dan juga prasangka di kalangan masyarakat.
Jadi, soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejauh manakah mekanisme pengesahan akaun dan kod pengurangan risiko digunakan untuk membanteras akaun palsu ini, disinformasi serta menyekat ucapan kebencian ataupun posting kebencian ini yang berleluasa dalam masyarakat sehingga menyebabkan berlaku ketidakharmonian di antara masyarakat dan kumpulan rentan ini termasuklah untuk kita mengekalkan kedaulatan negara kita?
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Sik. Soalan yang sangat bagus.
Tetapi, saya nak tegaskan di sini, pertamanya, untuk had umur 16 tahun yang kita kemukakan ataupun nak laksanakan sekarang, pertamanya, kami hanya melibatkan pengesahan umur. Jadi, dia tidak melibatkan pengesahan identiti akaun.
Jadi, apa data yang akan dikutip ataupun yang akan dihantar kepada platform hanya sebenarnya berkaitan dengan umur mereka untuk mengesahkan mereka memang adalah seorang yang berumur 16 ke atas. Ia tidak melibatkan pengesahan identiti.
Puan Teo Nie Ching
Oleh sebab itu, sorry to say, tetapi dia sebenarnya tidak akan membantu untuk kurangkan fake account. Ini pertama.
Kedua, walaupun kita ada satu Risk Mitigation Code di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, tetapi jenis ataupun hate speech tidak di-categorise sebagai salah satu jenis online harm di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian.
Kerana apabila Akta Keselamatan Dalam Talian diwujudkan, memang salah satu concern yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dia takut bahawa Akta Keselamatan Dalam Talian ini akan diguna pakai sebagai satu senjata oleh kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara. Oleh sebab itu, jenis-jenis online harm yang telah dikenal pasti di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian sebenarnya dia tidak termasuk hate speech, tetapi more on like, for example, scam, sepertilah isu dan financial fraud dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya rasa cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kita yang dikemukakan oleh fake account ini dia sebenarnya dia is very real. Jadi, saya rasa soalan ini sebenarnya sangat bagus, tetapi kecualilah sesebuah kerajaan ataupun mana-mana platform ready untuk nak implement pengesahan identiti, saya rasa fake account ini mungkin adalah satu cabaran yang kita perlu perbincangan yang lebih mendalam untuk fikir apa jenis tindakan yang boleh diambil terhadap fake account.
Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Jalan berlubang ditampal lagi sampai bila begini, Soalan nombor enam menanti.
6. Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sepanjang lima tahun terakhir untuk membaiki kerosakan berulang di jalan persekutuan, termasuk jalan yang sama ditampal berulang kali, serta apakah punca utama dan mekanisme kementerian bagi memastikan kerja penyelenggaraan berkala benar-benar menyelesaikan punca kerosakan, sekali gus mengelakkan pembaziran wang rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Berjalan-jalan sambil bersenam, Waktu pagi indahnya maya; Kepada soalan nombor enam, Dengarkan ini jawapannya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kementerian Kerja Raya menerusi JKR sentiasa menambah baik program penyelenggaraan Jalan Persekutuan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan dilaksana berdasar prosedur dan tahap kualiti yang ditetapkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Port Dickson, jumlah peruntukan yang dibelanja bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan persekutuan di Negeri Sembilan bagi tempoh lima tahun terakhir dari tahun 2021 hingga 2025 adalah berjumlah RM457 juta.
Untuk seluruh negara, berjumlah RM10.6 bilion― 2022, RM1.1 bilion; 2023, RM1.7 bilion; 2024, RM2.3 bilion; 2025, RM2.9 bilion; 2026, RM2.6 bilion. Jumlah RM10.6 bilion dalam tempoh lima tahun termasuk pelbagai skop kerja penyenggaraan rutin, berkala pavement, kerja-kerja berkaitan bagi memastikan jalan persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk pengguna.
Pelbagai faktor luaran, antaranya pertambahan beban trafik dan kenderaan berat, khususnya kenderaan yang melebihi muatan daripada had maksimum yang ditetapkan, menjadi antara punca yang menyumbang kepada kekerapan kerosakan jalan persekutuan. Selain daripada itu, tahap kualiti kerja turapan oleh pihak kontraktor syarikat utiliti yang dilakukan secara tidak sempurna turut memendekkan jangka hayat jalan yang berkenaan di mana kerja-kerja tampalan perlu dilakukan semula.
Struktur jalan persekutuan diselenggara dan dibaik pulih berdasar garis panduan yang berkuat kuasa seperti Arahan Teknik (Jalan), Spesifikasi Piawai Jalan dan Nota Teknik (Jalan) bagi tujuan menjaga kualiti penurapan jalan dan menampung jangka hayat jalan persekutuan yang lebih lama.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Mekanisme yang digunakan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan jalan ditentukan oleh faktor seperti tahap jenis kerosakan jalan, kadar isi padu kenderaan berat, hierarki jalan, kadar kemalangan dan kitaran hayat jalan.
Antara kaedah rawatan dalam penyenggaraan dan pembaikan jalan yang biasa digunakan adalah rawatan secara mill and pave serta overlay. Kaedah ini sesuai bagi lokasi jalan yang mengalami kerosakan functional. Bagi lokasi jalan yang berhadapan dengan kerosakan struktur, kaedah rawatan yang lebih besar adalah lebih disarankan seperti reconstruction atau partial reconstruction. Dalam hal ini, beberapa ujian di tapak perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memilih kaedah rawatan yang tepat dan sesuai dengan jenis kerosakan jalan yang tersebut. Auditan turut dilakukan terhadap loji pengeluaran asfalt yang
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
membekalkan bahan turapan diaudit bagi kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan jalan Persekutuan bagi memastikan pematuhan berkualiti.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Port Dickson.
Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Selain kerosakan jalan raya yang terus berulang, saya ingin menyentuh isu lampu jalan yang kerap mengalami kerosakan. Dari maklum balas JKR di lapangan, punca utamanya adalah kecurian kabel bawah tanah dan komponen elektrik, selain faktor cuaca dan usia serta kerosakan akibat kemalangan. Keadaan ini menyebabkan kerja pembaikan terpaksa dilakukan berulang kali dan meningkatkan kos penyelenggaraan itu.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya mengambil kira masalah kecurian kabel dan kerosakan lampu jalan yang berulang sehingga meningkatkan kos penyelenggaraan jalan. Adakah kementerian bercadang memperluaskan penggunaan jalan lampu LED solar, khususnya di kawasan berisiko tinggi? Dan adakah kajian perbandingan kos jangka panjang telah dibuat bagi memastikan teknologi ini bukan sahaja mengurangkan vandalisme dan penggunaan elektrik, malah menjimatkan wang rakyat serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson. Pada tahun 2027, tahun depan, penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat, kita peruntukkan RM48 juta, 2021 – RM34 juta, 2022 – RM11 juta, 2023 – RM47 juta, 2024 – RM102 juta dan 2025 – RM100 juta, penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat. Kita ucap terima kasih atas cadangan bahawa lampu jalan perlu ditambah dengan LED solar. Memang betul, di sepanjang lebuh raya pada tahun sudah, kita memasang 3,000 lampu solar baharu di tempat-tempat yang berkaitan, terutama di kawasan 11 blackspots di lebuh raya. Jadi, LED solar ini memang mengurangkan kos dan kita akan melaksanakan pada tahun-tahun akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Speaker. Kisah netizen terkini yang viral di negeri antah berantah atau Selangor. Kapal berlayar laju di atas jalan raja. Banjirlah itu, banjir atas jalan lah itu, Timbalan Menteri. Jadi, adakah kementerian bercadang memperkenalkan mekanisme defect liability period (DLP)
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
yang lebih ketat bagi kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan supaya kontraktor yang melaksanakan kerja tampalan atau penurapan yang rosak semula dalam tempoh tertentu diwajibkan membaikinya menggunakan kos sendiri? Dan berapakah jumlah penalti atau potongan bayaran yang telah dikenakan terhadap syarikat konsesi akibat kegagalan memenuhi piawaian kualiti sepanjang lima tahun?
Adakah kementerian mempunyai analisis life cycle cost bagi mengenal pasti lokasi jalan Persekutuan yang kos pembaikan berulangnya telah melebihi kos penurapan semula atau pembinaan semula struktur jalan? Baik buat jalan baharu.
Jadi, oleh kerana Kapar ini penyumbang KDNK yang besar kepada kerajaan, ROI nya besar jugalah Speaker, untuk pastikan jalan raya yang diguna oleh kenderaan yang berat ini dalam keadaan yang optimum. Terima kasih Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan ini bertindan-tindan dan bertindih-tindih sebab saya tak tahu nak jawab macam mana. Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya jawab apa yang saya nak jawab sahajalah, Tan Sri.
[Ketawa] Pertama, kerosakan jalan ini lebih muatan.
Kedua, saliran tidak baik, banjir dan sebagainya itu. Yang ketiga, cuaca dan juga suhu, panas–sejuk, panas–sejuk. Yang keempat, umur. Jalan ini ada umur, jangka hayat macam juga orang berumur dan yang kelima, kualiti turapan yang disebut oleh Kapar.
Kita telah membuat apa yang dipanggil sebagai performance condition assessment (PCA). Sebelum ini tak dibuat PCA ini. Jadi, kita dah buat penilaian keadaan turapan dan kita peruntukkan RM34 juta pada tahun lepas untuk menilai keadaan turapan di seluruh Jalan Persekutuan lebih kurang 20,000 kilometer. Dan daripada itu, kita tahu rosaknya sama ada kategori functional yang kita boleh repair sedikit. Yang kedua, sama ada kategori struktur yang perlu perubahan turapan yang lebih tepat bermula tahun ini.
Ini yang dibuat oleh Kementerian Kerja Raya, berbeza daripada sebelum- sebelum ini. Dan kita berharap dengan adanya PCA ini, (performance condition assessment) ini, turapan akan lebih tepat. Tak cukup duit, Tan Sri, tak cukup duit.
Peruntukan 2026 – RM2.6 bilion untuk segala penyelenggaraan jalan Persekutuan, termasuk Semenanjung, Sabah, Sarawak, 2027 – RM2.59 bilion. Kita perlukan RM5 – 6 bilion dapat, RM2.6 bilion. Oleh itu, duit tak cukup. Bila duit tak cukup, kena cari duitlah, Kementerian Kewangan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri Pengerusi, soalan saya nombor 7.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila.
7. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Komunikasi menyatakan tindakan bagi mengatasi ketercapaian liputan yang agak terbatas walaupun data di Jendela menyatakan bahawa sudah 100 peratus kadar ketercapaian seperti di Parit Amat, Sungai Kelat, Tanjung Tohor dan Sungai Muda.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Muar. Tan Sri Speaker, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum isu liputan Internet yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar di Parit Amat, Sungai Kelat, Tanjung Tohor dan juga Sungai Muda.
Untuk makluman, kadar liputan Internet di kawasan berpenduduk di Parlimen Muar telah mencapai 99.98 peratus di bawah Pelan Jaringan Digital Negara
(JENDELA). Walaupun kadar liputan dan juga ketercapaian perkhidmatan Internet adalah tinggi, pengalaman penggunaan dari aspek kualiti perkhidmatan boleh berbeza mengikut lokasi serta keadaan setempat. Hal ini kerana kualiti perkhidmatan Internet turut dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Antaranya, kesesakan kapasiti rangkaian, gangguan infrastruktur telekomunikasi serta keadaan geografi dan juga persekitaran setempat. Justeru, kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada perluasan liputan, malah turut memastikan kualiti dan juga kestabilan perkhidmatan Internet sentiasa ditambah baik.
Susulan aduan yang diterima daripada Pejabat Ahli Parlimen Muar pada November 2025, dua menara komunikasi jenis portable based transceiver station
(PBTS) telah siap dibina di Tanjong Tohor dan Sungai Kelat oleh CelcomDigi dan juga UMobile. Selain itu, sebuah menara komunikasi baharu oleh Maxis sedang dibina di Sri Menanti dan dijangka siap pada Disember 2026. Kesemua menara ini dijangka dapat meningkatkan liputan dan juga kualiti perkhidmatan di kawasan sekitar Tanjong Tohor, Sungai Muda, Sri Menanti dan juga Sungai Kelat.
Bagi Parit Amat pula, kerja penambahbaikan rangkaian telah dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan pada Disember 2025. Pada masa yang sama, tiga menara telekomunikasi baharu turut dirancang di bawah inisiatif JENDELA, masing- masing di Kampung Sungai Muda, Kampung Sungai Balang Kecil Darat dan juga Kampung Sungai Balang Darat. Pembinaan menara tersebut kini dalam peringkat
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
pelaksanaan dan dijangka siap serta mula beroperasi pada Disember 2026. Dari aspek pemantauan kualiti perkhidmatan, bagi tempoh 1 Januari hinggalah 1 Oktober tahun ini, MCMC melaksanakan audit di 34 lokasi di Parlimen Muar melibatkan enam pemberi perkhidmatan.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Daripada jumlah tersebut, 18 lokasi didapati mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS), manakala sebanyak 23 ketidakpatuhan dikenal pasti di 16 lokasi. Susulan itu, MCMC telah mengeluarkan lapan notis pematuhan di bawah subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kepada pemberi perkhidmatan yang terlibat.
Daripada 23 ketidakpatuhan yang dikenal pasti, sebanyak 18 telah diselesaikan melalui penambahbaikan rangkaian manakala bagi baki lima ketidakpatuhan, MCMC sedang dalam proses mengeluarkan arahan suruhanjaya yang mengehendaki pemberi perkhidmatan mengemukakan pelan tindakan penambahbaikan. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Sekian, jawapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau mengikut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada lebih ketidakpatuhan apabila audit dilakukan dari yang patuh. Saya tidak mahu menyalahkan kementerian ataupun MCMC Johor kerana ya lah setiap kali saya bangkitkan isu ini di Parlimen, memang pihak kementerian dan MCMC Johor akan turun ke lapangan bersama saya dengan team pusat khidmat untuk ambil tindakan susulan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri pun dah bangkitkan ada pemasangan menara baharu dan juga menara sementara untuk mengurangkan beban warga Muar.
Cuma apabila ketidakpatuhan ini kerap berlaku dan setiap kali pihak MCMC Johor kena turun buat audit, lepas itu dapat masalah yang sama berulang. Kalau isu itu berulang berkali-kali dan ini bukan salah kementerian MCMC, adakah apa-apa tindakan yang konkrit boleh diambil ke atas telco— telco yang jelas tidak patuh selepas audit dilakukan, khususnya apabila kesilapan ini berlaku berkali-kali? Ada pattern dan ada trend. Kalau sekali kita faham, tapi bila berkali-kali, jelas ada pattern yang akhirnya menjejaskan kebolehan warga Muar dapat Internet yang baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang ini di bawah kuasa MCMC untuk mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan sekiranya mereka berkali-kali gagal untuk mematuhi arahan suruhanjaya yang dikeluarkan oleh MCMC. Pada masa yang sama, kita mengakui bahawa memang ada kawasan yang liputan Internet itu tidak memuaskan. Satu berita bagus untuk yang Ahli Yang Berhormat Muar juga, di bawah sekarang JENDELA— kita telah melancarkan JENDELA 2.
Di bawah JENDELA 2, batch pertama sebenarnya juga ada dua lokasi yang telah dikenal pasti di bawah kawasan Parlimen Muar di mana kita harap bahawa selepas kontrak tersebut ditender, di-award, menara komunikasi baharu juga akan didirikan di kawasan tersebut, tetapi memang itu adalah di bawah bidang kuasa MCMC untuk ambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Oleh sebab itu, kami selalu mengalu-alukan aduan ataupun maklumat daripada pejabat Ahli Parlimen ataupun orang awam supaya kita boleh monitor liputan Internet di kawasan. Ini jawapan saya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan saya kepada Timbalan Menteri, soalan tambahan, adakah kementerian bersedia menerbitkan data liputan Internet yang lebih terperinci mengikut kampung atau daerah kepada Ahli Parlimen supaya Ahli Parlimen dapat mengenal pasti kawasan mana yang lemah liputan dan membantu mempercepatkan tindakan penyelesaian? Dan berapakah tempoh maksimum yang ditetapkan oleh MCMC kepada syarikat telco untuk menyelesaikan aduan liputan internet yang lemah dan apakah tindakan sekiranya masalah yang sama masih berulang bertahun-tahun?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya, MCMC telah beberapa kali sedia dossier untuk kawasan— dossier infrastruktur dan juga status liputan Internet untuk setiap kawasan Parlimen.
Dalam dossier ini, kami juga sediakan maklumat mengikuti DUN di dalam Parlimen tersebut. Sekiranya Ahli Yang Berhormat Batu Pahat belum dapat yang terkini punya, saya akan sediakan untuk Yang Berhormat dan sekiranya Ahli Yang Berhormat Batu Pahat perlu data tentang sesuatu kampung, mana satu jalan, taman perumahan dan saya rasa itu maklumat MCMC juga boleh sediakan.
Puan Teo Nie Ching
Kedua, tentang bagaimana berapa panjang tempoh masa yang diberikan kepada syarikat telco. Saya rasa itu bergantung kepada situasi sama ada tindakan itu boleh ditambah baik dengan segera ataupun memerlukan satu tempoh masa yang agak panjang. Seperti yang saya sebut tadi, memang apabila kita buat audit, kita mendapati bahawa ada ketidakpatuhan. Jadi, ada situasi di mana syarikat telco itu boleh buat kerja-kerja tambah baik secara serta-merta, tetapi juga ada situasi di mana kita akan minta mereka untuklah mengemukakan pelan tindakan penambahbaikan untuk isu-isu ataupun masalah-masalah yang memerlukan masa yang lebih panjang.
Pada masa yang sama, kita juga faham bahawa ada lokasi-lokasi, tempat- tempat di mana dia tak ada economic value. Oleh sebab itu, JENDELA diwujudkan di mana kita guna Dana USP untuk mendirikan menara telekomunikasi di sesuatu tempat. Selepas pembinaan menara telekomunikasi itu, kami juga akan— MCMC akan bayar untuk maintenance site tersebut untuk dua tahun dan selepas itu serah kepada syarikat telco dan mereka akan mengguna pakai teknologi MOCN untuk pastikan satu menara telekomunikasi, tetapi boleh diguna pakai oleh semua syarikat- syarikat telco untuk pastikan bahawa untuk kawasan-kawasan yang tiada commercial value untuk syarikat telco masuk dan mendirikan menara telekomunikasi, tetapi juga boleh ada liputan internet yang munasabah.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya difahamkan YB Igan tidak berada di dalam Dewan. Untuk itu, saya menjemput Dato’ Dr. Alias bin Razak, Kuala Nerus.
[Soalan No. 8 – YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) tidak hadir]
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Dr. Yang di- Pertua.
Selepas Johor, Negeri Sembilan, Kini Melaka dalam debaran; Soalan Kuala Nerus nombor sembilan, Mohon menteri beri jawapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
9. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan menyatakan indikator dan kriteria kejayaan program rintis MediAsas yang akan menentukan kesediaannya untuk dilaksanakan secara nasional pada Januari 2027 khususnya dalam membendung kos rawatan dan memastikan kemampuan perlindungan kepada pengguna.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Kerajaan komited untuk melancarkan MediAsas pada Januari 2027.
Pelan MediAsas ini adalah sebahagian daripada strategi reset bagi meningkatkan akses kepada perlindungan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan ataupun MHIT yang mampu milik dan mampan dalam jangka masa panjang di samping menjadi platform kepada pelaksanaan inisiatif lain bagi menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta.
Untuk makluman, program rintis MediAsas yang bermula pada penghujung Julai 2026 dilaksanakan secara terkawal di sekitar Lembah Klang bagi menilai kesediaan operasi ITO dan hospital swasta di samping penerimaan serta pemahaman pengguna terhadap pelan MediAsas. Program ini melibatkan pelbagai kumpulan pengguna termasuk agensi kerajaan, GLC, GLICs, PKS dan pekerja gig.
Maklum balas awam menunjukkan penerimaan yang menggalakkan, manakala sesi libat urus terus dilaksanakan bagi memahami keperluan dan kebimbangan pengguna.
Selaras dengan pengumuman Belanjawan 2027, subsidi premium MediAsas akan diberikan kepada pekerja PKS yang layak bagi menggalakkan perlindungan yang lebih meluas dalam kalangan tenaga kerja yang mempunyai perlindungan MHIT yang terhad atau tidak mempunyai perlindungan. Pelan MediAsas berada pada landasan untuk dilaksanakan di peringkat nasional pada akhir Januari 2027.
Dapatan daripada pelaksanaan rintis dan maklum balas pihak berkepentingan akan terus digunakan untuk memperhalusi reka bentuk pelaksanaannya dan maklum balas boleh diterima. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Program rintis yang dibuat di Lembah Klang saya difahamkan melibatkan 10 buah hospital sahaja. Oleh itu, berapakah hospital rangkaian yang telah dimuktamadkan untuk dilaksanakan Januari 2027 di negeri Terengganu dan juga di Pantai Timur? Sekiranya rakyat terpaksa ke hospital luar rangkaian, mereka dikenakan ko-insurans 20 peratus. Adakah kerajaan akan
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
mengecualikan penalti ini bagi negeri yang kekurangan hospital rangkaian khususnya mungkin nanti di Pantai Timur? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Kuala Nerus. Saya difahamkan empat network hospital yang paling besar berminat dan ada kemungkinan akan terlibat diri dalam skim MediAsas walaupun belum dimuktamadkan. Pihak Bank Negara Malaysia dan juga kerajaan harap sebanyak mungkin hospital-hospital akan terlibat diri dalam skim MediAsas. Terima kasih.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Tan Sri, soalan tadi. Saya ingat...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
[Tidak jelas]
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
[Tidak jelas] Yang 20, yang kena co-payment itu, 20 percent untuk yang di luar rangkaian. Macam mana tindakan kementerian?
Tuan Liew Chin Tong
Dia konsep MediAsas ialah dua bahagian. Satu ialah insurans, satu lain ialah berkenaan dengan apa ini— tiering ataupun klasifikasi hospital.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
Dia dalam kalau hospital yang mematuhi apa yang telah ditetapkan oleh MediAsas iaitu apa ini— iaitu melalui Disease Related Group
(DRG) untuk menentukan kadar fees di hospital, maka hospital ini dikira sebagai apa ini— “budak baguslah” “budak baik”. Dan bermakna apa ini— mereka yang menggunakan hospital tidak semestinya perlu membayar co-payment. Tetapi kalau hospital yang tidak mematuhi mungkin co-payment perlu dibayar. Tetapi semua ini dalam proses dikaji semula dan juga dalam proses program rintis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, kita baru balik saja daripada Bangkok melihat apa nama— melihat pelaksanaan insurans asas yang dilaksanakan di Thailand, ya.
100 peratus rakyat mereka mendapat perlindungan insurans ini. 70 peratus adalah saya kira hampir sama dengan MediAsas ini ya.
Jadi, kami pun ada tanya dengan mereka macam mana— apa yang sebut oleh Timbalan Menteri tadi maksudnya mereka yang bekerja kan? Di sana ada juga isu yang tidak tak bekerja. Jadi, bila kami bertanya itu, soalan mereka adalah ianya
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
ditanggung oleh pihak kerajaan ya, dari segi apa nama— insurans untuk mereka yang tidak bekerja ini. Jadi, soalan saya kepada Timbalan Menteri, dalam kedudukan kita di negara kita ini, bagaimana mereka yang tidak bekerja ini? Apakah kita ada peluang ataupun mereka ada peluang untuk dicarumkan?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Timbalan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Pulai. Kita ada sistem hospital kerajaan.
Kita juga ada sistem hospital swasta dan MediAsas buat setakat ini bukan National Health Insurance. Dia skim insurans secara sukarela, sukarelawan. Bermakna sesiapa yang membayar premium, dia dapat akses kepada hospital tetapi dalam kebelakangan lima, 10 tahun, kadar atau kos hospital swasta ada keadaan terlampau tinggi.
Maka MediAsas cuba intervene, cuba cari jalan supaya kos hospital boleh dikawal dan akses kepada rakyat teramai boleh melalui hospital kerajaan ataupun melalui hospital swasta— melalui dengan MediAsas yang kos premium di kawal. So, ini keadaan negara kita agak beza dengan negara Thailand dan kita cuba cari jalan yang paling sesuai untuk keadaan negara kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri.
Orang Melaka gemar merah, Sudah terang tak perlu disuluh; Wanita pemacu masa depan cerah, Soalan saya nombor 10.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Menteri.
10. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan dapatan utama penilaian Pelan Strategi Kebangsaan 2020-2025, tindakan susulan untuk menangani perkahwinan kanak-kanak serta pelaburan khusus kerajaan untuk memajukan pendidikan, perlindungan, kesejahteraan, dan penyertaan bermakna kanak-kanak perempuan, selaras tema Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa 2026 “End child marriage and invest in girls’ rights!”.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Melaka. Ya. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur 2020 hingga 2025 telah dibangunkan oleh kerajaan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
melalui hasil siri libat urus bersama kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan antarabangsa serta penyertaan kanak-kanak dengan sokongan teknikal UNICEF Malaysia.
Tujuan utama program di bawah pelan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta mengubah persepsi dan stigma yang dikaitkan dengan isu perkahwinan bawah umur dalam kalangan masyarakat. Kini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang bekerjasama dengan United Nations Children's Fund ataupun UNICEF Malaysia bagi melaksanakan kajian penilaian keberkesanan pelaksanaan pelan strategi kebangsaan tersebut.
Pada masa yang sama, KPWKM melalui Institut Sosial Malaysia juga, ISM turut sedang melaksanakan kajian perkahwinan bawah umur di Malaysia, faktor risiko, faktor pelindung dan strategi pencegahan. Kajian berkenaan direka bentuk untuk menilai pelaksanaan strategi oleh agensi yang terlibat, mengenal pasti faktor risiko dan faktor pelindung serta meneliti jurang pelaksanaan dan langkah pencegahan yang perlu diperkukuh. Hasilnya kelak akan digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang lebih berfokus dan berasaskan bukti. Kedua-dua kajian ini dijangka selesai awal tahun 2027.
Oleh itu, KPWKM berpandangan adalah lebih wajar untuk kerajaan mengemukakan dapatan muktamad setelah hasil kajian tersebut diperoleh dan diteliti lanjut. Setelah kedua-dua kajian dimuktamadkan, KPWKM akan menggunakan dapatan tersebut untuk mengenal pasti jurang pelaksanaan, menetapkan keutamaan tindakan susulan bersama agensi berkaitan dan meneliti keperluan sumber secara lebih khusus.
Dengan cara ini, usaha pencegahan perkahwinan kanak-kanak dapat disokong oleh tindakan yang memenuhi keperluan pendidikan, perlindungan, kesejahteraan dan penyertaan kanak-kanak perempuan selaras dengan tema Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa 2026 dengan izin, “End child marriage and invest in girls’ rights!”. Sementara kajian berkenaan dijalankan, usaha menangani perkahwinan kanak-kanak tetap diteruskan oleh KPWKM melalui Dasar Kanak- kanak Negara dan Pelan Tindakan 2026 hingga 2030.
Dari segi pelaburan khusus kerajaan dalam hak kanak-kanak perempuan, tumpuan kerajaan merangkumi akses dan pengekalan mereka dalam pendidikan, maklumat serta perkhidmatan kesihatan yang bersesuaian, perlindungan daripada
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
keganasan dan eksploitasi serta sokongan kepada keluarga yang menghadapi kesukaran sosioekonomi. Bidang-bidang ini penting untuk mengurangkan faktor yang boleh meningkatkan risiko perkahwinan kanak-kanak.
KPWKM juga akan mengambil kira pandangan dan pengalaman kanak- kanak perempuan dalam merancang serta menambah baik tindakan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih kepada Menteri. Tudung Menteri pun warna merahlah. Menteri suka merah.
Menteri, November 27 yang akan datang ini merupakan Hari Antarabangsa Penghapusan Perkahwinan Kanak-kanak. Jadi, kalau kita lihat statistik sedunia menunjukkan satu daripada lima perkahwinan melibatkan wanita yang bawah umur 18 tahun. Jadi ini satu, satu perkara yang agak membimbangkan kita.
Jadi, soalan saya ialah berapakah garis masa yang ada akan diambil supaya kita boleh finalise ya dengan izin, dapatan daripada Pelan Strategi Kebangsaan tersebut? Dan adakah selepas ini, kita akan merangkumi statistik-statistik ataupun kes-kes yang melibatkan perkahwinan adat ya, perkahwinan adat dan juga perkahwinan bagi mereka kanak-kanak pelarian dan juga kanak-kanak yang tiada warganegara. Bagaimana kita nak masukkan statistik-statistik tersebut dalam kajian kita supaya kita dapat menangani masalah ini? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri]
Terima kasih Yang Berhormat. Tanda Merah itu adalah tanda wanita berani dan E-VOW itu ada adalah pada 25 November ini, insya-Allah. Jadi, saya pergi ke statistik dulu. Statistik perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah umur 18 tahun iaitu dari sivil, syariah dan adat. Pada tahun 2019, kita ada 1,467 kes, tahun 2023, 923 kes, tahun 2024, 1,361 kes.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri]
Sumber data perkahwinan kanak-kanak ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri iaitu JAIN, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Majlis Adat Istiadat Sarawak.
Saya menyebutkan ini kerana mungkin Yang Berhormat dapat melihat, kita dapat melihat pada tahun 2024, dia nampak tinggi ya, kenaikannya tinggi.
Ini mengikut apa nama? Dapatan dari segi kajian, dikatakan bahawa oleh kerana Sarawak, bukan kerana saya daripada Sarawak, tetapi oleh kerana apa
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri]
nama— the findings dengan izin, menunjukkan Sarawak telah mempunyai data, mereka ada yang teratur. So, kita dapat melihat kenaikan itu.
Jadi, sebab itu kalau tadi ditanya juga mengenai bilalah kita nak siapkan.
Memang kita sudah target-kan pada awal 2027, kita nak siapkan supaya kita dapat teruskan program kita mengenai ini, mengenai kanak-kanak yang berkahwin ini dan kita juga bekerjasama dengan pihak UNICEF dan juga, kita juga patuh kepada CRC ya iaitu Convention on the Rights of the Child. Jadi, kita bekerjasama dengan beberapa lagi agensi-agensi ataupun pihak antarabangsa bagi membolehkan kita untuk meneruskan kajian ini supaya kita dapat menyusun atur apa yang telah kita lakukan sebab kita sudah ada pelan strategi kita dan kita nak pastikan kita dapat mematuhi apa yang telah dianjurkan oleh pihak antarabangsa juga dan juga Malaysia, pastikan kita akan dapat menangani semua ini, ya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya— terlebih dahulu saya ucap tahniah di atas pelbagai usaha kementerian dalam menangani isu ini.
Saya ingin tahu apakah pelan, hasil daripada Pelan Strategik Kebangsaan 2020 hingga 2025 yang sudah berakhir, yang merangkumi tujuh objektif dan 17 strategi dan 58 program. Berapakah peratus pencapaian yang benar-benar mencapai sasaran keberhasilan setakat ini dan apakah pelan tindakan kementerian bersama dengan kerajaan negeri untuk menyeragamkan had umur minimum perkahwinan supaya selaras?
Dan, saya ingin tahu apakah usaha kementerian? Sebab kita risau, bukan soal semata-mata berkahwin di bawah umur, tetapi isu sekarang adalah masalah pergaulan bebas yang menyebabkan remaja, kanak-kanak yang melahirkan bayi di bawah umur juga semakin meningkat. Jadi, sejauh mana usaha kementerian untuk menangani isu ini supaya remaja, anak-anak kita dapat dipelihara? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat, banyak soalan tadi ya. Jadi, kalau dikira di sini, KPWKM berpandangan bahawa usaha menetapkan umur minimum perkahwinan pada 18 tahun perlu diteruskan secara berperingkat dan melalui kerjasama rapat dengan kerajaan negeri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sehingga kini, Selangor dan Kedah telah meminda peruntukan berkaitan umur minimum perkahwinan orang Islam kepada 18 tahun. Bagi negeri lain termasuk Melaka, sebarang pindaan tertakluk pada pertimbangan dan proses perundangan negeri masing-masing. Hal ehwal Undang-undang Keluarga Islam juga berada di bawah bidang kuasa negeri.
Oleh itu, KPWKM mengadakan libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri, agensi berkaitan dan pemegang taruh untuk membincangkan penyelarasan had umur serta langkah perlindungan yang bersesuaian. Pandangan negeri perlu didengar supaya cadangan di bawah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Dalam libat urus tersebut, KPWKM akan mengetengahkan maklumat mengenai risiko perkahwinan bawah umur. Terdapat kesinambungan pendidikan, kesihatan, keselamatan dan peluang masa depan kanak-kanak. Dapatan kajian penilaian Pelan Strategi Kebangsaan 2020 hingga 2025 dan kajian faktor risiko serta faktor pelindung yang sedang dilaksanakan juga akan digunakan apabila dimuktamadkan.
Sementara usaha penyelarasan perundangan diteruskan, KPWKM bersama agensi berkaitan akan memperkukuhkan pencegahan melalui sokongan kepada keluarga, akses pendidikan, kesedaran masyarakat dan rujukan kepada perkhidmatan perlindungan. Matlamatnya ialah memastikan kepentingan terbaik setiap kanak-kanak diberi pertimbangan utama, termasuk apabila sesuatu permohonan perkahwinan bawah umur dibuat.
Ada lagi saya nak tambah tadi, tetapi boleh saya bagi bertulislah, pasal pelan tindakan, pasal dasar dan juga faktor-faktor yang menyebabkan perkahwinan bawah umur ini dan apa yang kita nak lakukan, tetapi saya dah jawab mengenai apa yang kita lakukan, bekerjasama dengan pihak negeri dan kita cuba nak selaraskan. Kalau boleh, kita nak selaras seluruh negara, tetapi oleh kerana hal perkahwinan ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi kita cubalah. Kita cuba melakukan yang terbaik untuk memastikan semua negeri akan bersama dengan Persekutuan dan kita bersetuju cara yang kita nak menyelesaikannya, ya. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Padang Terap nombor 11.
11. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Pendidikan menyatakan, mengikut negeri, bilangan dan peratus sekolah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak yang belum mencapai piawaian KPM bagi kelajuan dan kestabilan Internet, serta garis masa kesiapsiagaan pendidikan digital dan AI.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap.
Kementerian Pendidikan komited merapatkan jurang digital dengan melengkapkan semua institusi pendidikan dengan capaian Internet yang stabil dan juga berkeupayaan tinggi, secara khusus bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah Sabah dan Sarawak.
Sebanyak 4,182 buah sekolah telah menikmati capaian Internet melalui gentian optik ataupun fiber, berkelajuan antara 300 Mbps sehingga 800 Mbps atau 78 peratus daripada bilangan keseluruhan 5,362 buah sekolah di enam negeri yang disebut.
Manakala dalam enam negeri tersebut, terdapat 1,180 buah sekolah bersamaan dengan 22 peratus, masih belum lagi menikmati capaian Internet melalui fiber, tetapi telah dibekalkan dengan perkhidmatan Internet teknologi jalur lebar tanpa wayar ataupun broadband dan juga satelit.
Berikut adalah pecahan bilangan sekolah yang masih belum menikmati capaian Internet melalui gentian optik iaitu fiber:
(i) Sarawak, sebanyak 759 buah sekolah atau 52 peratus belum beralih kepada fiber, ekoran faktor keluasan geografi dan juga cabaran logistik kawasan pedalaman;
(ii) Sabah, sebanyak 177 buah sekolah atau 14 peratus;
(iii) Pahang, sebanyak 181 buah sekolah atau 24 peratus;
(iv) Kedah, sebanyak 14 buah sekolah atau dua peratus;
(v) Terengganu, sebanyak empat buah sekolah ataupun satu peratus; dan
(vi) Kelantan, sebanyak 45 buah sekolah ataupun lapan peratus yang belum menggunakan teknologi fiber.
Dalam menyediakan pendidikan digital dan juga AI – kecerdasan buatan, KPM melaksanakannya melalui perancangan strategik berfasa yang dijajarkan dengan kerangka jangka panjang iaitu Dasar Pendidikan Digital dan juga Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 sehingga 2035.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Dalam fasa jangka pendek, dari tahun 2026 sehingga 2027, KPM memberikan tumpuan kepada pembinaan asas ekosistem pembelajaran digital yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan ataupun AI. Langkah ini merangkumi pembangunan DELIMa 3.0, pelaksanaan rintis AI-Powered Classroom di 27 buah sekolah yang terpilih. Ini adalah antara usaha yang kita sebut di sini.
Seterusnya, bagi fasa jangka sederhana iaitu pada tahun 2028 sehingga 2030, di bawah Teras Strategik 4 RPM 2026-2035, AI-Powered Classroom akan diperluaskan secara berperingkat berdasarkan tahap ketersediaan institusi pendidikan masing-masing. Pelaksanaan tersebut merangkumi peluasan peranti, Internet stabil, liputan WiFi, pembelajaran efektif dan juga peningkatan kompetensi digital guru.
Pada masa yang sama, latihan serta bimbingan berterusan akan diperkukuh supaya guru bukan sahaja mampu menggunakan teknologi, malah dapat mengintegrasikan AI secara berkesan dalam pengajaran dan juga pembelajaran.
Bagi fasa jangka masa panjang pada tahun 2031 sehingga 2035, KPM akan melaksanakan secara menyeluruh dan optimum pembelajaran diperibadikan, berasaskan AI, DELIMa serta rangkaian LAN dan juga WAN.
Usaha ini disokong oleh pemantauan prestasi, rangkaian secara masa nyata dan pada masa yang sama, DELIMa 3.0 diperkukuhkan sebagai ekosistem pembelajaran pintar yang menyokong pembelajaran adaptif, pemantauan perkembangan murid dan juga, intervensi yang lebih bersasar. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Padang Terap, soalan tambahan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya berminat untuk— saya ingin sentuh tentang kesiapsiagaan kementerian terhadap pendidikan digital dan juga AI.
Kita digemparkan dengan satu berita di sekolah di Negeri Sembilan kalau tak silap saya. Dalam laporan mengatakan bahawa ada pelajar yang ubah gambar murid- murid perempuan menggunakan teknologi AI kepada gambar yang mengaibkanlah, gambar telanjang.
Jadi, ada juga pelajar yang— satu kes yang ubah gambar guru menggunakan teknologi AI daripada berpakaian kepada tidak berpakaian, sangat membimbangkan keselamatan dan juga kesan psikologi kepada pelajar dan guru.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Jadi, apakah pelan advokasi keselamatan siber khusus pihak kementerian untuk dilaksanakan bagi mendidik para pelajar tentang perkembangan teknologi AI supaya tidak di manipulasi dan kesedaran mereka terhadap akta-akta ataupun hukuman-hukuman yang ada dalam sistem pendidikan dan juga dalam negara kita.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Dalam perkara ini, pihak kementerian sedang dalam usaha dan telah pun memuktamadkan garis panduan literasi AI yang menunjukkan ataupun menetapkan kesemua peranan yang dimainkan oleh kesemua pihak termasuklah pihak sekolah, guru dan juga pihak murid dan pada masa yang sama juga, ibu bapa turut memainkan peranan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan satu cabaran apabila teknologi berkembang dengan begitu pesat, tetapi pada masa yang sama, kesemua pihak yang saya namakan tersebut akan melaksanakan peranan masing-masing khasnya dalam Panduan Literasi Kecerdasan Buatan (AI). KPM melalui SPI KPM Bilangan 2 Tahun 2026, yang mana kita ada menyatakan dalam garis panduan ini berkenaan dengan empat domain utama, Tadbir Urus AI, Pengajaran dan Pembelajaran, Pembelajaran Sepanjang Hayat serta Etika AI.
Dan kesemua empat domain ini adalah penting bagi kita memastikan bahawa teknologi AI ini digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk membantu anak-anak kita dalam pembelajaran dan tidak disalah gunakan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri tentang apa yang dijelaskan penggunaan kelajuan internet dan juga kegunaan AI di peringkat sekolah- sekolah ini. Walaupun tadi Yang Berhormat telah menjelaskan sedikit sebanyak di peringkat luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung.
Dan saya ingin bertanya, the target area walaupun telah pun disebut tadi dari segi tarikh Kurikulum 2027 dan ini kebimbangan saya khususnya di luar bandar, khususnya di Sabah ini Tan Sri. Jangan cerita Internet, jangan cerita air, sekolah- sekolah yang ada ini, we are backward di situ, jauh ketinggalan. Jangan cerita sekolah menengah, jangan cerita sekolah— even UiTM di Tawau pun, mahu dihapuskan, itu pun sijil sahaja.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Universiti Teknologi MARA pun Tan Sri Speaker nak ditutup. Pasal apa?
Untuk sijil sahaja— diploma. Nama “universiti”, tapi tak ada degree. Ini kebimbangan saya dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya bukan setakat yang rendah, bahkan juga yang tinggi.
Saya bertanya dengan, can we allocate the amount of money, dari segi kementerian ini kepada kawasan yang amat memerlukannya Tan Sri Speaker, di luar bandar ini. Fasal kalau tak di luar bandar anak-anak ini pergi bandar, bila pergi bandar, kita belajar— kediaman, di universiti hari ini RM800 juta untuk kediaman pelajar-pelajar di universiti yang ada. Where do we management? The mangement of education in this country must be very comprehensive, but the allocation the money, Internet–– kita tahu anak-anak kita— we must build them up now, we can’t wait, tapi akses to Internet, kegunaan hari ini...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, kita faham Yang Berhormat, tapi Yang Berhormat kena tanya soalan. Sila Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Semporna atas soalan yang dibangkitkan khas untuk Sabah.
Suka saya maklumkan di sini, apabila kita bincang berkenaan dengan pembangunan atau pun ketersediaan teknologi Internet berdasarkan broadband, fiber ataupun satelit yang saya sebut tadi, khas untuk Sabah saya boleh sebut di sini bahawa susulan daripada usaha daripada kerajaan untuk menaiktarafkan dan juga mengalihkan teknologi kita dari broadband dan satelit kepada fiber, saya boleh sebut di sini bahawa pada bulan Julai 2024, jumlah sekolah yang menggunakan broadband di Sabah adalah sebanyak 620, fiber 494, satelit 184.
Dan kini kita telah pun berjaya untuk meningkatkan penggunaan fiber Internet, teknologi fiber di Sabah kepada 1,124 buah sekolah. Iaitu ditingkatkan daripada lebih kurang 494 kepada 1,124. Dan usaha ini akan diteruskan untuk memastikan— kita menjamin satu kemudahan Internet yang berkelajuan tinggi dan juga bersesuaian dengan kemajuan teknologi hasil kemajuan AI.
Tadi ada sebut berkenaan dengan, bagaimana kita hendak pastikan peruntukan yang disalurkan itu boleh digunakan untuk bangunan daif dan juga pembangunan sekolah-sekolah di Sabah. Saya bagi contoh, sememangnya beberapa tahun ini Kerajaan MADANI memberikan fokus yang amat besar kepada Wilayah Sabah khasnya dalam pembangunan semula bangunan daif di sekolah Sabah.
Tuan Wong Kah Woh
Saya bagi contoh, tahun 2022, jumlah kos projek untuk bangunan daif RM189 juta merangkumi 13 buah projek. Kita beralih ke tahun 2025, RM2.3 bilion untuk Sabah sahaja, 52 projek. Tahun lepas— tahun ini 2026, RM548 juta, 26 projek dan tahun hadapan dalam belanjawan yang kita sedang bentangkan ini RM1.8 bilion untuk 38 projek.
Kelulusan projek itu ada dan cabaran kita dan tanggungjawab kita yang seterusnya adalah berkenaan dengan pelaksanaan. Dan kita akan memantau dari semasa ke semasa dan saya ingat daripada statistik dan data yang saya kemukakan itu, ia boleh menunjukkan usaha Kerajaan MADANI yang memberikan fokus kepada Wilayah Sabah. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Minta izin Tan Sri, sebenarnya soalan saya yang saya tanya tadi— boleh saya tanya Tan Sri?
Fasal dia tak jawab. Yang saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Ikut peraturan mesyuarat Yang Berhormat tidak boleh, tapi Yang Berhormat ada masa untuk bertanya semasa dalam Jawatankuasa nanti.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Fasal ini soalan— saya minta di mana yang diperlukan. Kawasan saya Pulau Bum Bum ini Tan Sri Speaker, lebih daripada 15 sekolah rendah, satu sekolah menegah. You’re talking about Internet, I don’t know the list that you mention about Sabah ini, priority must be given where it is needed-lah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri boleh jawab bertulis.
Tuan Wong Kah Woh
Okey Tan Sri, boleh. Jika Yang Berhormat Semporna ada sekolah-sekolah yang spesifik, hantar sahaja kepada pihak KPM, kita akan cuba bantu, tetapi apa yang saya mampu jawab dan saya jawab tadi adalah secara keseluruhan bagaimana kita memastikan peruntukan yang kita sampaikan itu adalah sampai ke sekolah-sekolah yang memerlukan.
Apa-apa isu berkenaan dengan pembangunan Internet, sekolah daif di kawasan Yang Berhormat, bolehlah kemukakan kepada KPM dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya difahamkan ada Peraturan Mesyuarat 12(1), silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun bawah 18(1).
Tuan Yang di-Pertua
Nanti kejap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Selepas Usul?
Tuan Yang di-Pertua
Menteri duduk kejap. Saya dengar 18(1) dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1) iaitu Usul berhubung dengan laporan polis yang dibuat oleh Parit dan juga Jelutong kepada Timbalan Perdana Menteri. Jadi, pihak kerajaan buat laporan polis kepada kerajaan. Ini adalah sesuatu yang janggal, tidak wajar berlaku, maka kita tak tahu, siapa yang salah.
Maka saya cadangkan supaya mereka dirujuk kepada 36(12).
Tuan Yang di-Pertua
18 berapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18 (1)(a)...
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, usul Yang Berhormat hendak ini apa dia?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak rujuk— sebab kerajaan report kepada kerajaan dan dalam Parlimen. Repot polis kepada kerajaan berhubung dengan projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat dan masukkan usul ke belum?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya akan masukkan selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua
Akan masuk?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan masuklah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita bincang selepas Yang Berhormat masukkan usul dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey yang saya dah masukkan pagi tadi adalah berhubung dengan tindakan AG melengahkan apa itu, apa, Dato’ Sri Najib untuk ditahan di rumah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu saya akan masuk, tapi Speaker belum jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Saya belum tengok lagi. Saya akan jawab, insya- Allah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih kepada rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 12 November 2026.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Baik Yang Berhormat. Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam terbuka untuk dibahas.
Saya menerima senarai yang panjang dan saya akan bacakan nama-nama ini. Bermula dengan YB Bentong diikuti dengan Kubang Kerian, Lubok Antu, Kuala Terengganu, Kudat, Gerik, Simpang Renggam, Jeli, Tebrau, Kuala Nerus, Seputeh, Arau, Kinabatangan, Mersing, Tuaran, Jerantut, Bakri, Tumpat, Hulu Langat, Sik, Balik Pulau, Kuala Langat, Kluang, Putrajaya dan Penampang.
Setiap Ahli Yang Berhormat diberikan lima minit. Untuk itu saya jemput pembahas pertama Yang Berhormat Bentong. Silakan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi sebelum saya mulakan ucapan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Pimpinan Kesatuan Mahasiswa Sabah. Selamat datang [Tepuk] Pesanan daripada MP Tawau.
Tuan Pengerusi, terima kasih di atas peluang membahaskan RUU Perbekalan 2027 peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Bentong mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM2.51 bilion bagi 2027.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
RM1.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM910 juta untuk pembangunan.
Jumlah ini meningkat sekitar lima peratus berbanding tahun ini.
Bentong bangun sebagai Wakil Rakyat Bentong— di Bentong kawasan hutan, sungai dan cerun di mana isu alam sekitar bukan sekadar dasar, tetapi soal keselamatan rakyat setiap hari. Pada 3 Ogos lalu, empat nyawa terkorban apabila sebatang pokok tumbang berhampiran Janda Baik. Kita juga belum lupa tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Kedua-duanya mengingatkan kita bahawa risiko alam sekitar mesti diurus sebelum ia menjadi musibah dan bukan tindakan diambil selepas ia meragut nyawa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Justeru, Bentong mengalu-alukan Butiran P.23 11800 – Kajian Geobencana Negara dengan peruntukan RM65 juta pada tahun 2027 di bawah projek bernilai RM329 juta. Bentong ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, adakah koridor Genting Sempah-Janda Baik dan laluan Kuala Lumpur-Bentong lama termasuk dalam skop kajian 2027?
Kedua, adakah peta risiko yang dihasilkan akan dikongsi dengan pihak berkuasa tempatan dan pengusaha tapak rekreasi supaya pemantauan pokok dan cerun dapat dilaksanakan secara tersusun.
Terakhir, radar cuaca bawah Butiran 16800 mendapat RM5.9 juta dan Bentong ingin bertanya kepada pihak JPS dan METMalaysia, kemukakan peta liputan radar, lokasi serta status operasi siren di seluruh Bentong dan juga mahu memastikan bahawa kawasan-kawasan seperti Janda Baik, Telemong, Bukit Tinggi, Benus dan sekitarnya.
Puan Pengerusi, seterusnya pada Jun, Jabatan Kesihatan Negeri menyiasat dakwaan pengunjung mengalami cirit-birit selepas mandi sungai di kawasan rekreasi Janda Baik. Pada Ogos pula kita menerima aduan pembangunan sisa haram di Bentong. Rakyat bertanya satu perkara. Adakah sungai kita selamat?
Butiran P.23 07200 – Pengawalseliaan Alam Sekitar mendapat RM92.8 juta.
Persoalan Bentong, berapa jumlah yang diperuntukkan untuk pemantauan kualiti air secara nyata di Pahang dan bagaimana butiran baharu B.23 060100 – Pemerkasaan Penguatkuasaan RM1.57 juta akan memperkukuhkan penguatkuasaan di peringkat daerah.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Hutan dan hidupan liar. Butiran P.23 17200 diberi RM103 juta dan 08600 sebanyak RM54.6 juta untuk pengurusan hutan secara berkala. Hutan adalah bidang kuasa negeri, tetapi dana Persekutuan boleh menjadi pengukur ketelusan. Apakah petunjuk yang akan digunakan untuk memastikan hutan simpan kekal di Pahang termasuklah kawasan Lentang diuruskan secara mampan.
Penduduk Kampung Chemomoi, Bentong kini hidup juga dalam kebimbangan akibat kehadiran gajah liar. Isu ini bukan terpencil. Menurut PERHILITAN, antara tahun 2020 hingga 2024, direkodkan sebanyak 4,919 insiden konflik manusia–gajah di seluruh negara dengan anggaran kerugian RM39.4 juta.
Terutamanya di Johor, Kelantan, Perak dan Pahang. Ini purata kira-kira RM7.9 juta setahun. Bandingkan dengan Butiran B.23 050600 – BKHT yang hanya RM1.8 juta untuk tahun 2027. Peningkatan 20 peratus dialu-alukan, tetapi jumlahnya kurang suku daripada purata kerugian tahunan itu.
Sebagai contoh, PERHILITAN Perak sahaja pada tahun 2024 menerima 422 aduan berkaitan gajah dan membayar bantuan sebanyak RM150,744. Jadi, Bentong ingin bertanya kepada kementerian, adakah PERHILITAN Pahang diperuntukkan sumber tambahan di bawah Butiran 030200 untuk memperkukuhkan Pasukan Tindak Cepat Gajah termasuk di Bentong.
Seterusnya, adakah kementerian mempermudah proses tuntutan BKHT dan mempercepatkan bayaran kepada petani? Apakah rancangan jangka panjang di bawah Butiran P.23 17200 untuk memulihara habitat dan koridor gajah supaya gajah tidak terus memasuki kampung.
Kisah Dara, Amoi dan Kelat menyentuh hati rakyat Malaysia. Bentong telah membangkitkannya pada sidang Jun lalu dan jawapan kementerian ialah kebajikan mereka akan dipantau dan di rekod secara rasmi, mencatat 10 ekor gajah dieksport sejak tahun 1977. Namun kerisauan rakyat belum reda. Perjanjian 25 tahun itu dimeterai pada tahun 2022, tetapi isi kandungannya tidak diketahui umum.
Soalan Bentong tertumpu pada ketelusan dan dasar ke hadapan di bawah Butiran 030200, apakah kementerian boleh mendedahkan secara terbuka terma perjanjian, ketelusan permit dan peruntukan perbelanjaan melibatkan PERHILITAN.
Itu sahaja daripada Bentong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan perbahasan pada Butiran 040300 – Jabatan Biokeselamatan. Jarang perkara ini dibangkitkan, saya ingin menyentuh tentang peruntukan yang telah pun diberi pada untuk mengurus jabatan ini pada tahun 2027 sebanyak RM3.81 juta. Hampir sama dengan tahun sebelumnya.
Dalam buku anggaran pula menyenaraikan 25 jawatan. Memandangkan jabatan ini mengawal selia aktiviti melibatkan organisma hidup yang diubahsuai atau LMO, saya minta kementerian menjelaskan sama ada bilangan jawatan yang diisi dan kepakaran sedia ada sepadan dengan beban tugas yang mereka terpaksa lakukan terutama bila perkembangan teknologi hari ini di mana pembeli boleh beli direct daripada negara luar.
Dan bagaimana mekanisme untuk mengawal kemasukan bahan-bahan yang daripada luar dapat dikawal selia oleh agensi supaya penyakit-penyakit yang dibawa melalui pemindahan teknologi yang ada ini tidak menjejaskan hasil negara kita.
Sebagai contoh negara kita berdepan dengan masalah penyakit pada pisang berpuluh-puluh tahun, sekarang pada getah dan seumpamanya. Saya bimbang kemasukan ini tanpa kawalan, melalui pos dan sebagainya, akan menjejaskan soal kawalan pemantauan oleh pihak biokeselamatan.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mengesan LMO memerlukan ujian yang sesuai termasuk ujian protein dan kaedah PCR. Menurut Jabatan Biokeselamatan, analisa sampel dilaksanakan oleh makmal agensi yang dilantik, antaranya Jabatan Kimia Malaysia, makmal Kementerian Kesihatan dan FRIM. Bermakna mereka terpaksa hantar bahan-bahan ini untuk dianalisa oleh jabatan lain.
Persoalan saya. Apakah pihak kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu jabatan analisa bahan LMO ini di peringkat Jabatan Biokeselamatan itu sendiri?
Supaya dia lebih cepat dan lebih mudah untuk mereka menyelesaikan masalah yang berbangkit. Persoalan besar juga ialah― sehingga kini, berapa lama tempoh penerimaan sampel hingga keputusan dikeluarkan? Dan saya ingin mendapat penjelasan daripada tahun 2025, 2026, berapa banyak sampel diperiksa dan tempoh masa yang saya bangkitkan tadi.
Sehubungan dengan itu, saya juga merujuk kepada projek Pasukan Teras Biokeselamatan. Jumlah anggaran projek ialah RM800,000. Dalam buku anggaran
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
merekodkan perbelanjaan sebenar sifar pada tahun 2025 dan anggaran sifar juga pada 2026. Peruntukan sebanyak RM230,200 bagi tahun 2027. Apakah skop projek ini dan mengapa sebelum ini tiada peruntukan diberikan pada dua tahun berturut- turut?
Puan Pengerusi, selain daripada kapasiti teknikal, biokeselamatan memerlukan penyelarasan undang-undang yang jelas. Akta Biokeselamatan 2007 mengawal selia LMO dan hasilnya, manakala pelebaran makanan untuk manusia turut tertakluk kepada Akta Makanan 1983. Saya fikir sampai masanya akta ini disemak semula kerana tempoh yang sangat lama dan perubahan-perubahan yang sedang berlaku pada waktu ini.
Kelulusan berkaitan LMO melibatkan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan, sementara permit import dikeluarkan oleh MAQIS. Setiap agensi mempunyai bidang tugas. Apabila berlaku pelanggaran, bagaimana kes-kes disiasat, dirujuk untuk pendakwaan dan dilaporkan? Saya mohon kalau perkara ini dapat dilaporkan kepada Dewan yang mulia supaya pengagihan bidang tugas dan pelaksanaan, terutama pendakwaan, dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Keperluan penyelarasan ini semakin ketara apabila barangan dibeli melalui platform dalam talian dan dihantar sebagai kiriman kecil. Bagaimana kiriman yang disyaki mengandungi LMO atau hasilnya dikenal pasti? Berapa kiriman telah diperiksa dan berapa pelanggaran dapat dikesan? Saya minta kementerian menerangkan tatacara kerjasama antara Jabatan Biokeselamatan, MAQIS, kastam, Agensi Kawalan Sempadan dan syarikat kurier.
Pada Ogos 2025, dalam jawapan kepada pertanyaan saya, kementerian menjangkakan pindaan Akta Biokeselamatan dibentangkan untuk bacaan pertama seawal pertengahan 2026. Apakah status pindaan itu sekarang? Saya minta garis masa ia dikemas kini termasuk penjelasan tentang cadangan pengisytiharan LMO di pintu masuk negara dan tanggungjawab penguatkuasaan antara agensi.
Saya juga ingin bangkitkan tentang isu Butiran 030200 – PERHILITAN berhubung dengan Bantuan Kerugian Harta Benda. Tadi dibangkitkan juga oleh Bentong. Persoalan saya ialah jumlah yang diperuntukkan itu sangat kecil.
Berbanding untuk panda sahaja, RM4 juta lebih, tapi untuk kerugian mangsa ini hanya RM1.8 juta sahaja. Saya fikir sampai masa kerajaan perlu tingkatkan.
Masa tak ada. Saya ingin bangkitkan dua perkara untuk akhir. Yang pertama, bilakah Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara dan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Perubahan Iklim Negara dibentangkan dalam Parlimen? Kalau ikut
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
janjinya, sepatutnya dibentang pada tahun ini. Saya ingin dapat penjelasan status tentang rang undang-undang ini. Bila akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia?
Dan yang akhir sekali, saya ingin bangkitkan ialah berhubung dengan Harimau Malaya di bawah 03020...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ringkaskan. Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Seminit, ya. Saya minta.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, gulung sekarang.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Okey. Berhubung dengan Rizab Harimau Diraja Sultan Abdullah, saya ingin dapat penjelasan terhadap apakah bantuan pihak Kerajaan Persekutuan terhadap Rizab Harimau Diraja Sultan Abdullah yang diperuntukkan sebanyak 134,183 hektar ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya bangun bawah point of order.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Point of order.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of Order 36(6). Bukan kepada orang lain, kepada diri saya, ya. Saya telah mengeluarkan kenyataan tadi iaitu laporan polis daripada Parit dan juga Jelutong. Saya salah. Sebenarnya ialah laporan SPRM yang dibuat oleh Kampar. Membetulkan. Saya bawa 36(6) kepada diri saya, bukan diri orang lain. Jadi, tak ada masalah.
[Ketawa]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Hari ini dalam sejarah ya Arau.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih, Puan Pengerusi. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Lubok Antu mohon untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Maksud B dan P.23 – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Puan Pengerusi, saya terus kepada butiran di bawah Jabatan Perhutanan Sarawak iaitu 09900 – Projek Kemajuan Perusahaan Hutan Sistem Maklumat Bersepadu Perhutanan Sarawak dengan anggaran sebanyak RM13.95 juta. Saya menyambut baik inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sistem maklumat bersepadu perhutanan ini memandangkan Sarawak, termasuk di sekitar Batang Ai dan pedalaman Lubok Antu, mempunyai kawasan hutan tropika yang luas serta kaya dengan khazanah biodiversiti yang perlu diuruskan secara mampan.
Saya percaya pelaksanaan sistem maklumat bersepadu perhutanan yang merangkumi sistem satelit dan juga sistem maklumat geografi (GIS) mampu memperkukuhkan pengurusan sumber hutan di Sarawak selain meningkatkan kecekapan pemantauan kawasan hutan khususnya dalam mengesan pencerobohan dan aktiviti pembalakan haram. Saya juga melihat projek ini mempunyai potensi besar untuk menyokong pembangunan ekonomi hijau Sarawak khususnya industri karbon hutan dan perdagangan kredit karbon yang kini semakin mendapat perhatian sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu.
Justeru itu, saya ingin bertanya, adakah sistem ini telah beroperasi sepenuhnya? Adakah ianya akan meliputi seluruh Sarawak? Dan sejauh manakah keberkesanan sistem ini dalam melaksanakan pemantauan sumber serta penguatkuasaan pematuhan undang-undang berkaitan perlindungan hutan secara lebih sistematik dan bersepadu?
Seterusnya, Puan Pengerusi, saya ingin membangkitkan mengenai Butiran 050500 – Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) yang diperuntukkan sebanyak RM59.5 juta untuk tahun 2027 berbanding RM39.5 juta pada tahun 2026. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan ini dan memandangkan supaya program rondaan dan perlindungan biodiversiti ini turut diperluaskan ke kawasan pedalaman Sarawak khususnya sekitar Batang Ai dan Lubok Antu yang merupakan sebahagian daripada Taman Hidupan Liar Lanjak Entimau.
Dalam melaksanakan program pemuliharaan hutan seperti ini, saya ingin menyarankan agar kementerian dapat melibatkan penyertaan penduduk dan komuniti rumah panjang yang mempunyai pengetahuan dalam selok belok hutan.
Saya percaya anak-anak muda dari rumah panjang di sekitar pedalaman Lubok Antu,
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Batang Ai boleh diberikan peluang untuk terlibat secara langsung dalam usaha untuk memulihara hutan dan biodiversiti di kawasan mereka.
Dalam hal ini, saya ingin mencadang kepada pihak kementerian untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mewujudkan renjer hutan di peringkat komuniti yang memberi elaun dan latihan yang mencukupi. Saya percaya inisiatif ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan usaha pemantauan dan pemuliharaan hutan, termasuk membanteras aktiviti pembalakan haram serta pencerobohan kawasan hutan, malah turut membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada penduduk setempat.
Akhir sekali, Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 050600 – Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) yang meningkat daripada RM1.5 juta kepada RM1.8 juta pada tahun 2027.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah skim BKHT ini boleh diperluaskan dan dipermudahkan supaya petani dan nelayan di luar bandar serta pedalaman Sarawak turut mempunyai akses kepada bantuan tersebut?
Kalau di Semenanjung Malaysia, kita sering mendengar berkenaan serangan gajah ke atas tanaman. Manakala di Sarawak pula, penduduk berhadapan dengan ancaman buaya. Selain mengancam nyawa, peningkatan populasi buaya juga membawa kerugian kepada para nelayan akibat pukat mereka sering rosak daripada haiwan tersebut. Selain itu, para petani juga sering berhadapan dengan ancaman monyet liar di kebun mereka.
Oleh itu, saya berharap agar kementerian dapat mempertimbangkan mekanisme pampasan yang lebih mudah, cepat dan bersesuaian dengan kerugian sebenar yang dialami penduduk.
Akhir kata, Puan Pengerusi, saya berharap agar setiap peruntukan yang disediakan bukan sahaja dapat memperkukuhkan perlindungan hutan dan biodiversiti, tetapi turut memberi manfaat ekonomi, membuka peluang pekerjaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat. Sekian. Saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang untuk saya turut berbahas sama.
Butiran 020300 – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Tuan Pengerusi, saya mulakan dengan unsur nadir bumi atau REE. Kerajaan telah melaksanakan moratorium eksport bahan mentah REE sejak 1 Januari 2024. Namun, kini terdapat kelonggaran eksport secara bersyarat bagi tujuan R&D.
Baru-baru ini, DTEC Mineral and Metal Technology dilaporkan mendapat kelulusan mengeksport sehingga 700 tan metrik rare earth carbonate daripada Perak ke Amerika Syarikat bagi tujuan yang dinyatakan untuk menguji teknologi pemisahan dan penapisan REE. Saya tidak menolak kerjasama luar. Kita memang memerlukan teknologi dan kepakaran, tetapi jangan sampai mineral kita dihantar ke luar negara, teknologinya dibangunkan di luar negara, sedangkan Malaysia hanya mendapat hasil daripada penjualan bahan mentah sahaja.
Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan tiga persoalan.
Pertama, berapakah jumlah permohonan eksport REE yang telah diterima dan diluluskan oleh kerajaan serta apakah kriteria kelulusan yang digunakan?
Yang kedua, apakah langkah konkrit NRES bersama MITI dan MOSTI untuk membangunkan teknologi pemisahan dan penapisan REE tempatan, termasuk penglibatan universiti, institusi penyelidikan dan tenaga pakar Malaysia?
Dan ketiga, berhubung komitmen pembangunan fasiliti pemprosesan REE di Malaysia. Di dalam tempoh tiga tahun, bagaimana kerajaan memastikan komitmen tersebut benar-benar dilaksanakan? Apakah tindakan sekiranya syarikat gagal memenuhi janji pelaburan dan pemindahan teknologi tersebut?
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Dasar Mineral Negara 3 atau
(DMN3) yang telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 17 Januari 2024. Sekarang kita sudah berada di penghujung tahun 2026 dan sedang membahaskan Belanjawan 2027. Jadi, apakah status terkini pelan ini? Pencapaian sepanjang 2026 dan berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan?
Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar (JAS). Setiap kali berlaku kebakaran dan tanah gambut di rantau ini, rakyat Malaysia turut menerima kesannya melalui pencemaran udara, risiko kesihatan dan kerugian ekonomi. Malaysia telah menyertai perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu merentas sempadan sejak tahun 2003.
Namun selepas 20 tahun, masalah jerebu masih berulang, malah makin teruk. Singapura bakal mempengerusikan ASEAN pada 2027, berhasrat
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
memperkukuhkan pelaksanaan AATHP, termasuk mempercepatkan penubuhan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di Indonesia.
Pusat ini memerlukan sekurang-kurangnya enam negara anggota meratifikasi perjanjian. Setakat 4 November 2026, hanya Vietnam dilaporkan telah melengkapkan ratifikasi. Lebih membimbangkan, AATHP tidak menyediakan mekanisme penguatkuasaan antara negara atau tuntutan ganti rugi. Tindakan undang-undang terhadap syarikat yang menyebabkan kebakaran bergantung kepada undang-undang negara tempat syarikat itu beroperasi.
Saya ingin bertanya yang pertama, apakah perancangan Malaysia untuk menyokong usaha memperkukuhkan AATHP dan mempercepatkan ratifikasi ACCTHPC?
Yang kedua, jika syarikat menyebabkan kebakaran berada di negara jiran, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh Malaysia? Bagaimana JAS mendapatkan bukti saintifik dan kerjasama dengan pihak berkuasa negara berkenaan?
Dan yang ketiga, bilakah cadangan diplomasi sains dan peluasan dana jerebu ASEAN akan diterjemahkan kepada tindakan, termasuk pemantauan titik panas dan pencegahan kebakaran?
Tuan Pengerusi, Malaysia juga perlu tegas di dalam penguatkuasaan di dalam negara kita, walaupun 95 peratus daripada asap itu datang daripada negara luar. Di dalam Mesyuarat JKP yang saya pengerusikan, kita mendapati hanya ada dua pendakwaan di mahkamah direkodkan daripada 3,093 tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan pembakaran terbuka.
Daripada ribuan tindakan, mengapa hanya dua kes yang dibawa ke mahkamah? Adakah kebanyakan kes hanya berakhir dengan kompaun dan tindakan pentadbiran? Adakah kelemahan di dalam mendapatkan bukti yang boleh diterima di mahkamah? Adakah JAS berdepan dengan masalah berhubung dengan pendakwaan?
Kementerian perlu menjelaskan jumlah pelaku yang dikenal pasti, kes yang membawa kepada hukuman dan langkah-langkah untuk menegakkan pendakwaan.
Kalau tidak, kita boleh hanya mendesak negara jiran bertindak, sedangkan keberkesanan penguatkuasaan kita turut juga menjadi perhatian oleh negara-negara yang lain. Saya rasa itu sahaja. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran P.23 11800 - Kajian Geobencana Negara, yang diberikan peruntukan sebanyak RM65 juta. Seperti mana yang kita tahu, kawasan Parlimen Kudat ini merupakan kawasan penampan bagi bencana yang melanda negeri Sabah kerana Parlimen Kudat terletak di utara dan sebahagian besarnya adalah terletak di pesisir pantai.
Di sini saya ingin mengemukakan beberapa cadangan agar Kementerian NRES dapat mengambil tindakan, terutama sekali dalam memberikan data dan juga amaran awal terhadap bencana-bencana yang berlaku di Kawasan Parlimen Kudat.
Misalnya kawasan Pitas, ia sangat terdedah kepada bencana banjir.
Tahun lepas, sejak berlaku dua kali banjir besar di kawasan Pitas dan menyebabkan ada satu jambatan di Kampung Pias itu putus, menyebabkan lebih 7,000 penduduk kampung terkesan daripada putusnya jambatan tersebut. Begitu juga dengan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk NRES supaya memberikan ataupun membina sistem pemantauan dan juga amaran awal bagi memberikan amaran kepada penduduk di kawasan yang terlibat.
Saya juga memohon supaya NRES mengintegrasikan data geobencana dalam perancangan pembangunan daerah dan juga pelan penggunaan tanah.
Butiran 11900 – Kajian Sumber Tanah Air Negara. Saya mohon supaya NRES dapat memberikan peruntukan yang cukup kepada kawasan Parlimen Kudat kerana Parlimen Kudat ini bukan semua, masih lagi banyak kawasan di Parlimen Kudat ini yang tidak mendapat sumber air bersih daripada sumber air terawat.
Jadi, mungkin ini salah satu peluang untuk kawasan-kawasan di luar bandar mendapatkan air bersih daripada sumber air bawah tanah, tetapi perlulah diberikan dana untuk mendapatkan kajian dan juga pemetaan agar kita dapat membina perigi- perigi tiub untuk memberikan bekalan air di kawasan ataupun kampung-kampung yang jauh daripada paip air.
Seterusnya, 12300 – Pemulihan Tanah Bekas Lombong dan Kuari. Untuk pengetahuan Puan Pengerusi, Parlimen Kudat ini adalah kaya dengan sumber galian, terutama sekali pasir silika. Dan sebahagian daripada pasir silika ini sedang
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
diusahakan sekarang, terutamanya di kawasan Sikuati dan juga di Pulau Balambangan.
Dan untuk pengetahuan, pihak NRES dan juga di Dewan yang mulia ini, sekiranya lombong-lombong silika ini diusahakan sepenuhnya, sebahagian daripada pulau-pulau, terutama sekali Pulau Balambangan di Kudat, sebahagian daripada pulau ini akan hilang.
Jadi, saya mohon supaya pihak NRES bekerjasama dengan pihak kementerian atau jabatan di peringkat Wilayah Sabah supaya menyediakan satu pelan induk bagi memberikan jaminan kepada penduduk tempatan supaya bila lombong-lombong ini telah habis diusahakan dan ketika diusahakan itu, tidak memberikan kesan yang negatif atau pun kesan yang berpanjangan kepada penduduk dan juga sumber pendapatan rezeki penduduk di kawasan saya.
Dan poin yang terakhir iaitu Butiran 07100 – PERHILITAN. Saya tahu PERHILITAN ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tetapi apa pun, saya telah mengemukakan masalah, terutama sekali masalah ancaman buaya di kawasan saya ini.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Untuk pengetahuan semua, semalam berlaku lagi satu insiden serangan buaya yang melibatkan seorang pelajar berumur 9 tahun, Allahyarham Helmy bin Jul Jahid daripada SK Semayan yang meninggal dunia disebabkan oleh serangan buaya ini.
Saya mohon supaya NRES bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk mendapatkan satu solusi bagi mengekang ataupun menjamin keselamatan penduduk dan seterusnya supaya terdapat keseimbangan di antara ekosistem dan juga kehidupan masyarakat harian di kawasan saya.
Ini sangat penting Puan Pengerusi, kerana melibatkan nyawa dan perkara ini sebenarnya telah saya bawa dalam beberapa venue yang lain termasuklah mesyuarat-mesyuarat di peringkat daerah, tetapi sehingga kini saya tidak nampak ada pihak yang serius dalam menangani masalah ancaman buaya di kawasan saya ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Puan Pengerusi, saya teruskan dengan isu hidupan liar dan peranan PERHILITAN. Kod projek B.23 030200 – PERHILITAN dengan peruntukan sebanyak RM143.58 juta dan kod projek bagi Pembangunan 23 07100 sebanyak RM65.62 juta. Saya mengambil maklum akan peruntukan PERHILITAN ini. Namun, saya ingin membangkitkan isu konflik manusia dengan hidupan liar khususnya di kawasan luar bandar dan terutama di tempat sayalah di Parlimen Gerik.
Di Parlimen Gerik, kami berdepan dengan isu gajah dan harimau belang di Pengkalan Hulu serta gangguan gajah terhadap kebun dan penempatan penduduk di DUN Temengor, Gerik. Persoalannya, adakah peruntukan Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar ataupun BKHT ini sebanyak RM1.8 juta mencukupi kerana saya cadangkan supaya peruntukan pampasan ini patut dinaikkan, ditingkatkan kerana jumlah kerugian yang dialami penduduk adalah berpuluh kali ganda daripada jumlah pampasan yang diberi.
Kemudian, saya juga cadangkan supaya PERHILITAN dan NGO serta komuniti tempatan diperkasakan dan diselaraskan dan penambahan Renjer Hutan juga diperlukan kerana penduduk seharusnya tidak patut menanggung sendiri kerugianlah akibat konflik hidupan liar ini.
Yang keduanya Puan Pengerusi, isu pemulihan hidupan liar, pembiakan dan pembangunan lestari. Berkaitan dengan hidupan liar juga, saya ingin menyentuh isu pemuliharaan hidupan liar negara khususnya berkait pelaksanaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 serta keberkesanan peruntukan yang disediakan oleh kementerian. Daripada jumlah peruntukan NRES tahun 2027 berjumlah RM2.509 bilion, jumlah Program Pengurusan Hutan dan Biodiversiti menerima RM261.25 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh manakah peruntukan ini mencukupi untuk memastikan spesies hidupan liar negara tidak terancam dan pupus?
Pertamanya, sektor ikan air tawar. Kita mempunyai spesies bernilai tinggi seperti ikan kelah, ikan tengas dan ikan temoleh yang menjadi semakin terancam di sesetengah habitat. Jadi, saya mencadangkan supaya kawasan hulu-hulu sungai dikenal pasti dan diperbanyakkan santuari ikan air tawar.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu membangunkan pusat pemulihan dan pembiakan ikan ini. Bukan sekadar untuk dilepaskan semula ke
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
sungai, tetapi juga membolehkan ternakan ini dijadikan jualan komersial melalui stok pembiakan dan kurungan yang sah dan terkawal bagi mengelakkan ancaman menjadi dicuri dan sebagainyalah. Jadi, kita boleh mewujudkan model tiga fungsi, pemuliharaan, penternakan komersial dan ekopelancongan.
Keduanya, begitu juga sektor haiwan yang berpotensi dibiakkan secara terkawal. Antaranya rusa, kijang, pelanduk, kancil dan landak antara spesies lain yang sesuai berdasarkan kajian saintifik. Mengapa kita tidak memperbanyakkan pusat pembiakan dan penyelidikan kerana sebahagian haiwan ini boleh dibiakkan untuk tujuan pemulihan populasi dan dilepaskan semula ke habitat asal. Bagi spesies dan hasil yang dibenarkan undang-undang pula, bolehlah diwujudkan industri komersial untuk dijual. Namun, secara terkawal.
Yang ketiganya, manakala berkenaan haiwan besar dan berisiko tinggi seperti gajah, harimau Malaya, seladang dan spesies terancam lain, kerajaan perlu menyediakan santuari seperti santuari gajah yang lengkap termasuk pusat rawatan, pembiakan, penyelidikan genetik dan pemulihan habitat. Kita tidak boleh hanya menunggu haiwan-haiwan ini semakin pupus sebelum kita mengambil tindakan.
Yang keempatnya adalah berkenaan dengan sumber makanan bagi haiwan dan hidupan liar dan habitat hidupan liar. Pemuliharaan haiwan mesti bergerak seiring dengan pemuliharaan hutan. Kita perlu memperbanyakkan tanaman buah- buahan hutan, kawasan sumber makanan semula jadi serta koridor pergerakan haiwan.
Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya NRES membangunkan Pelan Induk Pemuliharaan dan Pembiakan Hidupan Liar Negara yang menggabungkan pemuliharaan, pembenihan, penternakan terkawal, pelepasan semula dan ekopelancongan. Saya percaya pemuliharaan ini tidak seharusnya hanya menjadi tanggungjawab kerajaan, ia boleh menjadi satu industri ekonomi hijau yang akan melibatkan rakyat terutama penduduk tempatan, komuniti orang asli, NGO dan sektor swasta.
Matlamat kita bukan sahaja memastikan haiwan terus hidup di dalam hutan tetapi memastikan spesies ini dapat terus berkembang biak, habitatnya terpelihara dan generasi akan datang masih dapat menikmati khazanah biodiversiti negara.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 101000 — Yang Berhormat Puan Pengerusi, Malaysia mempunyai potensi yang begitu luas untuk menjadi hab pembangunan sistem yang lebih lestari. Maksudnya, sebagai contoh negara ASEAN, semua negara ASEAN ingin industrialize, dengan izin, urbanize dan juga digitalize. Itu adalah hasrat negara- negara ASEAN.
Maka, peranan Kementerian Kelestarian Alam khususnya adalah begitu penting untuk meletakkan Malaysia di peta dunia yang lebih menonjol peranan negara kita. Sebagai contoh, usaha kementerian untuk memastikan peranan kerajaan dalam membentuk regulatory framework ini adalah sesuatu yang jelas.
Maka, RUUPIN, Rang Undang-undang Perubahan Iklim Nasional ini tidaklah wajar ditangguhkan atau dilewatkan. Kerajaan perlu mencari usaha dan langkah-langkah untuk memastikan supaya Rang Undang-undang Perubahan Iklim ini dapat dibentangkan di Parlimen ini dan dilaksanakan seberapa yang segera.
Kerana potensi negara kita untuk ke hadapan dalam soal sustainability ini adalah begitu tinggi. Lebih-lebih lagi bagi menjayakan rancangan Johor-Singapore Special Economic Zone ini kerana dengan adanya pembangunan pusat-pusat data itu, ia memerlukan negara kita membangunkan satu program-program kelestarian, lebih-lebih lagi dalam usaha membangunkan tenaga boleh baharu ini adalah sesuatu yang cukup mendesak.
Jadi untuk itu, kerjasama yang saya maksudkan antara kerajaan, industri dan juga pihak akademik supaya dapat diperkukuhkan kerana ketiga-tiga peranan ini, kerajaan dengan pembangunan regulatory framework-nya yang jelas, pihak industrinya yang dapat menarik pelaburan, dapat menarik pembiayaan pembangunan kelestarian ini termasuk pihak akademia yang akan dapat menggabungkan, menghubungkan pelbagai disiplin yang ada dalam negara kita untuk menjayakan Malaysia ini sebagai negara yang lestari.
Jadi, untuk itu Puan Pengerusi, Butiran 03000 di mana hanya RM1.8 juta disediakan untuk bantuan— untuk bantuan kerugian harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar sebagai contoh. Ini saya difahamkan untuk empat tahun yang lalu, pemilik-pemilik harta benda dan juga tanaman ini, kerugiannya mencecah lebih RM40 juta, tetapi yang kita dapat tampung hanyalah bantuan dalam bentuk RM1.8 juta itu sebagai orang kata sumbangan kerajaan bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan, tetapi untuk jangka panjang, saya kira adakah kementerian
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
sudah melibatkan semua pakar-pakar sama ada yang melibatkan hidupan liar seperti gajah dan sebagainya yang kita biasa dengar.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Jadi, banyak pakar-pakar yang ada di luar sana yang boleh membantu negara kita. Jadi adakah kerajaan telah menarik ataupun penglibatan golongan-golongan pakar ini?
Keduanya, Butiran 020300 dan juga Butiran 11900. Sepertimana yang dibangkitkan oleh pembahas sebelum ini berkenaan dengan penerokaan sumber air bawah tanah ini. Saya kira kerajaan perlu lebih bersungguh-sungguh. Jadi, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan pembangunan sumber air bawah tanah ini seiring dengan pembangunan pusat-pusat data yang memerlukan bekalan air yang banyak dan untuk menarik lebih banyak pelaburan untuk air?
Akhirnya Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan hasrat kerajaan untuk membina Malaysia Biodiversity Centre. Saya ingin bertanya, apakah perkembangan perancangan tersebut dan bila ia akan bermula pembinaannya? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Puan Pengerusi. Jeli memulakan dengan B.030200 iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Sejak tahun 2009, sebanyak 18 Sistem Pagar Elektrik Gajah
(SPEG) yang meliputi 35.6 kilometer di lima negeri iaitu Pahang, Johor, Perak, Kelantan dan Terengganu dengan kos mencecah RM13.4 juta.
Saya mohon penjelasan, apakah pendekatan ini berkesan atau sejauh manakah keberkesanannya untuk menghindari gajah liar dari memasuki atau menceroboh kawasan kebun ataupun kawasan kediaman manusia? Sistem pagar elektrik ini memerlukan kos penyelenggaraan yang amat tinggi iaitu meliputi pemeriksaan bekalan elektrik, pemisahan laluan berpagar dan pemasangan ini tanpa mengambil kira koridor hidupan liar yang boleh mengganggu laluan semula jadi gajah. Juga ada kemungkinan ia boleh menyebabkan kecederaan kepada haiwan lain jika sistem ini tidak di selenggara dengan sempurna.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Justeru, Jeli ingin mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan penggunaan sistem penggera automatik iaitu trigger alarm yang dilengkapi dengan sensor pergerakan ataupun haba. Apabila gajah menghampiri kawasan kebun ataupun penempatan manusia ini, sistem ini dengan sendirinya akan mengaktifkan bunyi amaran ataupun akan menyalakan lampu yang berkelip-kelip yang secara automatik boleh menghalau haiwan tersebut tanpa sentuhan fizikal.
Yang kedua ialah B.05600, ini banyak disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT). Ada sedikit penambahan peruntukan pada tahun ini iaitu daripada RM1.5 juta kepada RM1.8 juta berbanding dengan tahun lepas. Jeli mohon penjelasan kementerian, untuk tahun 2026 sehingga kini, berapakah jumlah Ringgit Malaysia yang telah diluluskan dan sudah berapa ramaikah penerima bantuan ini untuk Parlimen Jeli sahaja?
Dan Jeli ingin mencadangkan dan memohon agar bantuan ini, RM1.8 juta ini dikaji semula sebabnya RM1.8 juta ini bagi sayalah, bagi Jeli dan rakan-rakan saya seperti mana Simpang Renggam tadi ia terlalu sedikit. Apatah lagi semasa kita nak memberi bantuan itu, ia hanya diberikan sebanyak 50 peratus daripada nilai taksiran oleh pihak kerajaan. Makna kerajaan akan membuat taksiran di atas kerugian, apabila katalah kerajaan mentaksirkan kerugian untuk kebun itu sebanyak RM10,000 misalnya, tapi kerajaan hanya bayar RM5,000 sahaja.
Jadi saya harap supaya kadar ini kita up-kan sikit, kita naikkan sikit ataupun saya cadangkan supaya— kenapa tidak sampai 100 peratus? Sebab RM1.8 juta ini pada saya cukup sedikit berbanding dengan kerugian yang dialami oleh pekebun- pekebun dengan mengambil kira usaha mereka, masa, kos, tenaga yang telah dikeluarkan oleh pekebun. Dan kemusnahan kebun ini sesungguhnya amat memilukanlah.
Tuan Pengerusi, amat memilukan dan kalau kita lihat mereka ini terlalu kecewa bila bangun pagi lihat kebun mereka ibarat ‘padang jarak padang tekukur’.
Jadi saya rasa dengan 50 peratus itu amat tidak memadai dan sebagai menunjukkan kerajaan yang prihatin kepada rakyat, kerajaan yang nak membela rakyat, seharusnya kadar ini dinaikkan sampai 100 peratus dan kadar tadi RM1.8 juta dinaikkan lagi sehingga RM10 juta saya rasa— barulah kita lihat sebagai betul-betul kerajaan ini membela nasib rakyat di kampung-kampung, pekebun-pekebun dan rakyat yang marhaen di bawah.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Dan akhir sekali, Jeli amat menyanjung tinggi usaha kerajaan memelihara kehidupan liar, tetapi pada masa yang sama jangan lupa mestilah seiring dengan tanggungjawab kerajaan untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 40100 – Jabatan Alam Sekitar. Pada 29 Oktober 2026, warga Tebrau telah dikejutkan dengan satu bau yang busuk dan berplastik. Saya telah mendapat banyak aduan daripada penduduk termasuk Taman Setia Indah, Taman Daya, Bandar Dato’ Onn dan kawasan sekitar. Saya telah difahami pihak JAS telah melawat beberapa kilang di sekitar kawasan industri dan komersial berdekatan tapi sehingga hari ini sudah hampir dua minggu kami masih tidak mendapat apa-apa penjelasan atau kenyataan daripada pihak JAS susulan daripada itu.
Kami ingin menanya, Tebrau ingin menanya, apakah punca pencemaran?
Adakah bau itu toksik? Siapa yang bertanggungjawab untuk pencemaran udara ini?
Dan adakah pihak yang salah telah ditangkap dan disaman? Bila soalan-soalan seperti ini tidak dijawab oleh pihak JAS, ini akan mengundang persepsi negatif rakyat terhadap penguatkuasaan JAS terhadap kecekapan mereka. Isu pencemaran bukan satu isu yang remeh. Saya harap Menteri boleh memberi penjelasan dalam Dewan yang mulia ini kepada warga Tebrau.
Butiran 20400 – Isu Tanah. Pada 4 Ogos 2026, Kerajaan Negeri Johor di bawah Barisan Nasional tidak sampai satu bulan selepas menang PRN Johor telah kurniakan dan menyempurnakan pendaftaran sebidang tanah di Kampung Baru Cina Pandan seluas 2,030 meter persegi atau bersamaan 21,857 kaki persegi dengan anggaran harga pasaran sebanyak RM1.75 juta kepada seorang individu yang baru berumur 38 tahun.
Puan Speaker, orang ini bukan orang biasa, Puan Speaker. Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO salah satu bahagian di Daerah Johor Bahru dan juga memegang jawatan Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Bila ditanya mengapa sebidang tanah di Kampung Baru boleh diserahkan kepada seorang penduduk luar dan ahli politik, wakil kerajaan negeri iaitu seorang EXCO daripada parti MCA telah tampil keluar dan cuba menjelaskan bahawa
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
sebenarnya ibu kepada individu itu telah pohon tanah tersebut pada ‘203’ dan permohonan telah lulus pada ‘204’, tetapi pada masa itu ibu tersebut tidak membayar premium 5A dalam masa yang ditetapkan. Maka pada tahun 2024, anaknya dengan surat kebenaran ibunya telah pohon semula dan permohonan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 2025.
Yang menjadi persoalan hari ini adalah EXCO tersebut ada kata ini merupakan amalan sekiranya tanah yang telah diluluskan dan walaupun 5A telah luput, tanah itu akan di reserve kepada pemohon atau warisnya dan atas dasar itu kerajaan sedia kurniakan tanah tersebut kepada individu tersebut sekarang.
Maka saya nak tanya kepada Menteri, adakah undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara khususnya Seksyen 81(2) membenarkan amalan tersebut?
Sebab saya nak bacakan 81(2) dengan izin, dalam English. “As soon as by any sums have become due in respect of any land by virtue of subsection (1), the Land Administrator shall, by notice in Form 5A, require the intended proprietor to pay them to him within the time specified in that behalf in that notice and if any such sum is not so paid within the specified time, the approval of the State Authority to the alienation shall thereupon lapse.” Maknanya, sekiranya tidak bayar akan luput, tidak ada sebut mana-mana dalam 81(2) yang kata tanah tersebut boleh dirizab atau di waris. Maka adakah amalan yang dikatakan oleh wakil Kerajaan Negeri Johor BN ini telah dipersetujui oleh Majlis Tanah Negara?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang lebih dahsyat Puan Pengerusi, biasa tanah yang dikurniakan adalah dalam status kediaman untuk bina rumah, tetapi tanah yang dikurniakan ini siap dengan status syarat dikurniakan untuk membina rumah kedai kekal, bukan kediaman, bukan pertanian, tetapi dikurniakan untuk komersial.
Tambahan yang lebih dicurigakan, setahu saya ada pihak yang pernah pohon tanah ini pada 2019, telah dimaklumkan oleh PDD Johor Bahru tanah ini telah diwartakan untuk kegunaan awam iaitu untuk pembinaan pasar. Malah tanah tersebut kini digunakan oleh KRT untuk menyantuni masyarakat.
Dan yang lebih lucunya, Ketua Masyarakat MCA dan JPKK sendiri di mana bangunan pejabat mereka juga didirikan di atas tanah tersebut. Nampaknya bukan sahaja PRN Melaka sahaja, MCA kena buli UMNO. Sekarang pejabat sendiri pun kena halau juga.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang selalu kita sebut dalam Dewan ini, mana ada sakau? Mana ada sakau? Inilah sakau, betul tak Hulu Langat? Bila tanah awam, dipindahkan kepada orang politik, inilah sakau. Kalau nak masuk politik, jangan ambil tanah orang. Kalau nak masuk politik, jangan ambil wang rakyat.
Saya nak quote Presiden Amerika Syarikat yang ke-33 Harry Truman, “Show me a man that get rich by being a politician and I will show you a crook.” Isu terakhir sahaja, sedikit sahaja 30 saat...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Isu monyet dan kera semakin serius.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya harap Menteri boleh tengok kan isu ini untuk memastikan kesejahteraan supaya monyet dan kera ini tidak ganggu rakyat terutamanya di kawasan Tebrau, di Sekolah Cahaya Baru, sampailah monyet, kera masuk bilik kelas lawan dengan guru-guru. Okey, dengan itu, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya pergi terus kepada B.23 Butiran 040100, pencemaran sumber air. Puan Pengerusi, peruntukan Jabatan Alam Sekitar meningkat 13.1 peratus kepada RM166.53 juta, tetapi bilangan perjawatan kekal, seramai 1,520.
Pada masa yang sama, Butiran 060100, dasar baru Pemerkasaan Penguatkuasaan hanya bernilai RM1.57 juta sahaja tanpa sebarang jawatan baharu.
Saya mohon penjelasan kementerian, adakah dasar baharu ini bertujuan melaksanakan pindaan Akta 127 yang disasarkan pada awal 2027 dan berapa bahagian kah yang disalurkan kepada JAS? Undang-undang yang lebih tegas tidak akan bermakna jika penguatkuasaan di lapangan tidak mencukupi.
Sasaran pematuhan industri terhadap Akta 127 hanya 78 peratus bagi tahun 2026 dan kekal 78 peratus bagi tahun 2027, sedangkan pencapaian 2025 hanyalah 75 peratus. Adakah ini bermakna kementerian berpuas hati dengan pencapaian 22 peratus industri masih tidak mematuhi Akta 127. Sedangkan, akibat daripada
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
ketidakpatuhan akta ini boleh menyebabkan kesan yang sangat teruk. Sebagai contoh, pencemaran Sungai Gong pada tahun 2020 sahaja telah memutuskan bekalan air kepada hampir 1.2 juta akaun pengguna.
Persoalan saya, berapakah stesen pemantauan kualiti air sungai yang akan ditambah pada tahun 2027 dan berapa banyakkah kes pencemaran sumber air yang berjaya didakwa bagi tahun 2026 hingga kini?
Seterusnya Puan Pengerusi, P.23 Butiran 11900 – Kajian Sumber Air Tanah Negara. Projek ini bernilai RM29.7 juta. Pada tahun 2025, hanya RM497,880 sahaja yang dibelanjakan, tetapi pada tahun 2027, peruntukan ini dinaikkan juga kepada RM10.74 juta iaitu tiga kali ganda berbanding tahun ini.
Persoalannya, negeri manakah yang akan dipetakan menggunakan peruntukan tambahan ini? Rekod daripada JMG – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menunjukkan laporan kajian air tanah telah disiapkan bagi Kelantan, Pahang dan Perak. Namun, tiada rekod awam bagi negeri Terengganu. Saya berharap Terengganu juga diberi keutamaan dalam peruntukan 2027.
Seterusnya, ini bukannya hanya isu data. Kajian UPM mendapati separuh sampel air tanah pantai Terengganu mengalami salinasi. Manakala kajian UMT tahun 2025 mendapati 9 daripada 20 telaga pantai berkelentangan tinggi. Tiap kali bekalan air tertanggu, rakyat di pesisir kembali bergantung kepada telaga.
Justeru, bilakah pemetaan air tanah Terengganu akan dilaksanakan?
Bagaimanakah hasil kajian ini diintegrasikan dengan perancangan bekalan air negeri bersama Lembaga Air Terengganu (LAUT) dan satu. Dan bilakah dasar pengurusan air bawah tanah peringkat nasional akan dimuktamadkan? Supaya kajian perlesenan oleh negeri dan perancangan bekalan air dapat di gerak secara bersepadu demi menjamin bekalan air yang berterusan kepada rakyat.
Seterusnya, B.23 Butiran 00117. Puan Pengerusi, projek bernilai RM9.95 juta ini tidak mencatatkan sebarang perbelanjaan pada tahun 2025. Namun, peruntukkannya dinaikkan juga kepada RM3 juta pada tahun 2027. Persoalannya, apakah jenis projek teknologi hijau yang akan dilaksanakan dan siapakah sasarannya? Adakah peruntukan ini akan sampai kepada pihak berkuasa tempatan, industri kecil dan sederhana serta komuniti untuk menerima pakai teknologi seperti rawatan air sisa, pengurusan sisa pepejal dan tenaga bersih.
Teknologi hijau hanya bermakna jika ia benar-benar mengurangkan pencemaran sungai dan udara yang dihadapi oleh rakyat. Maka, apakah sasaran pengurangan pencemaran yang ditetapkan bagi projek ini?
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Seterusnya, P.23 Butiran 07300 – Konservasi dan Pemulihan Alam Sekitar.
Pemulihan ekosistem bukan perbelanjaan, tetapi pelaburan dalam keselamatan air.
Biodiversiti dan daya tahan iklim negara. Namun, projek bernilai RM5.5 juta ini hanya menerima RM828,000 pada tahun 2027, lebih rendah daripada perbelanjaan sebenar tahun 2025. Apakah program pemuliharaan yang menerima peruntukan ini, di mana lokasi pelaksanaannya dan apakah indikator keberhasilannya?
Puan Pengerusi, peruntukan alam sekitar mesti diterjemahkan pada hasil yang nyata. Penguatkuasaan perlu mencegah pencemaran sebelum menjadi krisis.
Kajian sumber air perlu memandu perancangan jangka panjang, teknologi hijau perlu menghasilkan penyelesaian yang boleh digunakan oleh rakyat.
Konservasi perlu memastikan fungsi ekosistem terus terpelihara untuk generasi yang akan datang. Manakala jerebu pula ditangani pada puncanya bukan sekadar kesannya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Kos mencegah kerosakan alam sekitar hari ini jauh lebih rendah daripada kos memulihkannya esok. Dan kosnya itu akhirnya ditanggung oleh rakyat. Terima kasih Puan Pengerusi. Wabillahi taufiq wal-hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 030000 – Pengurusan Hutan dan Biodiversiti, 020200 – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), 020100 – Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan 040000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Saya nak bermula dengan tanya kementerian sama ada sebarang ekosistem telah dikenal pasti untuk dibaik pulih sebagai sumbangan Malaysia kepada Dekad Restorasi Ekosistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun UN Decade of Ecosystem Restoration daripada tahun 2021 hingga 2030. Jika ya, sila maklumkan saiz, jenis ekosistem dan tahap pencapaian setakat ini.
Inisiatif ini adalah di bawah program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNEP), tetapi berkait rapat dengan Konvensyen Kepelbagaian Biologi PBB ataupun UNCBD. Di mana usaha beberapa negara termasuk Negara
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
China telah diiktiraf dalam Persidangan Pihak-pihak ataupun COP-UNCBD yang baru sahaja berakhir di Armenia.
Puan Pengerusi, saya ingin tanya tentang Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Program Penghijauan Malaysia yang dilaksanakan daripada tahun 2021 hingga 2025 di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Saya difahamkan yang peruntukan pembangunan kerajaan telah pun diterima baik dan juga berjaya mencapai sasaran penanaman pokok ke-100 juta pada akhir tahun 2024.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya ingin tanya, sama ada kementerian mempunyai rancangan yang sama untuk meneruskan penanaman pokok secara besar-besaran?
Dan juga tadi Yang Berhormat Kuala Nerus berucap, sebenarnya saya juga difahamkan bahawa kementerian juga menggalakkan penanaman buluh kerana buluh adalah satu jenis pokok, forest tree species. Dan di Kuala Nerus ada satu pusat kajian yang ditubuhkan oleh mantan Ahli Parlimen dan mantan Menteri Perladangan dan Komoditi. Saya nak tanya sama ada apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian berkenaan ini?
Dan berkenaan dengan sun bear— beruang matahari. Sebenarnya ramai warga Malaysia kurang kenal tentang binatang ini— sama ada, apakah usaha kementerian untuk mempromosi pengenalan— berkenaan menyayangi sun bear kita?
Puan Pengerusi, saya nak tanya juga keputusan JKPTG ataupun PTP dari segi memberi milikan tanah atau penyewaan tanah kerajaan kepada pihak swasta kerana ini berlaku di kawasan saya di mana Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Desa yang tanah itu— yang sekolah itu terbiar tapi PTP atau JKPTG memberikan tanah itu kepada satu syarikat swasta urus niaga kereta. Cadangan ini langsung tidak ada libat urus dengan saya sebagai Ahli Parlimen dan juga pihak masyarakat setempat dan ia memang menjadi satu isu yang riuh-rendah di Taman Desa.
Saya difahamkan Kementerian Pendidikan sebenarnya telah pun menolak cadangan untuk menjadikan bangunan sekolah itu sebagai pickleball court, tapi JKPTG ataupun PTP masih teruskan pemberi milikan ini. Saya nak menegurlah pihak yang berkenaan supaya menghormatilah, tolong menghormati Wakil Rakyat setempat dan juga masyarakat setempat. Sebelum memberi milikan apa-apa tanah kerana isu yang sama juga berlaku di Kuala Kubu Bharu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Puan Pengerusi, poin yang terakhir ialah saya nak tanya— sekali lagi bangkitkan tentang pindaan Juruukur Tanah A1730 yang mana seksyen 13(3) dipinda sehingga menyekat pengamal bukan Juruukur Tanah Berlesen daripada menjalankan ukur geomatik selain ukur hak milik tanah. Yang istilah survey accurate technique digunakan dalam takrif undang-undang, tetapi sempadan teknikalnya tidak diperjelaskan dan di mana IGRSM tidak dirujuk sebelum pindaan akta ini dibentangkan di Parlimen.
Jawapan rasmi dari Parlimen menunjukkan sifar pendaftaran dalam tempoh peralihan enam bulan dan sifar pelan ukur geomatik didepositkan kepada JUPEM sehingga Disember 2025. Kini timbulnya isu kelayakan perolehan akibat perubahan kod MOF dan syarat tender yang boleh menjejaskan peluang perniagaan pengamal geospatial bukan juruukur tanah berlesen. Ini bukan sekadar isu teknikal ukur tanah.
Ini soal kepastian undang-undang, keadilan kepada profesion lain dan hak rakyat mencari rezeki.
Akhirnya, soalan saya ialah Yang Berhormat— kerana isu ini ditimbulkan oleh beberapa wakil rakyat dan dalam ucapan Kamar Khas, Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju mengaturkan perjumpaan di antara Lembaga Juruukur Tanah dengan Ahli Parlimen yang prihatin dengan pindaan undang-undang ini, tapi selepas perjanjian dibuat, sudah dua, tiga minggu masih tak ada perjumpaan. Saya nak tanya, bilakah yang perjumpaan dengan pihak Lembaga Juruukur Tanah ini akan diadakan bersama dengan Ahli Parlimen? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Puan Pengerusi.
Rakyat Malaysia, orang muda, orang Melaka. Apa khabar semua?
Saya ingin bercakap di bawah tajuk B.030000 – Pengurusan Hutan dan Biodiversiti. Yang Berhormat Puan Pengerusi, berdasarkan kepada jawapan dalam Parlimen bahawa terdapat 36,996.65 hektar hutan simpan kekal telah di ceroboh atau dibalak secara haram sepanjang 2001 sehingga 2021.
Jadi, persoalan saya sekarang ini perkataannya bukan dibalak haram sahaja, termasuk diteroka untuk tujuan pertanian dan pencurian-pencurian melalui perlombongan, pencurian nadir bumi. Jadi, dalam tempoh tersebut Yang Berhormat,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
5,208 telah pun ditangkap. Hanya 717 orang yang dibawa ke mahkamah dan 681 orang yang telah disabitkan kesalahan.
Yang Berhormat, kita ada Akta Perhutanan Negara 1984 pada tahun 2022 telah diluluskan iaitu denda sehingga RM5 juta, denda sehingga 20 tahun penjara.
Jadi, apakah rakyat Malaysia yang ada lagi yang berani meneroka tanah dengan denda yang begitu tinggi? Dengan penjara sehingga 20 tahun? Jadi, ini menghairankan. Bagaimana mereka terus meneroka tanah?
Jadi, sekarang ini persoalan saya ialah, apakah kerajaan yang mempunyai segala kemudahan satelit, dron dan lain-lain lagi tidak dapat mengesan perkara ini?
Setengah daripada pencerobohan hutan ini dibuat secara besar-besaran.
Sesetengahnya dilakukan oleh orang yang ada gelaran Tan Sri, Datuk Sri dan sebagainya, lain-lain gelaran. Mereka mencerobohi hutan.
Sesetengahnya sampai 10,000 ekar termasuk kawasan tanah orang asli diceroboh. Saya dapat maklumat ialah 10,000 ekar diceroboh. Benda ini bukan benda kecil. Benda besar dan diceroboh ini di depan mata. Yang diceroboh satu ekar, dua ekar itu mungkin kita tak dapat kesan. Ini diceroboh secara besar-besaran.
Yang menceroboh hutan ini termasuk Yang Berhormat, pengalaman saya, masa menyertai operasi di Cameron Highlands, diceroboh bukan oleh tauke penceroboh. Yang tauke ini bukan orang tempatan. Orang luar ya, tetapi pekerja dia ceroboh. Katalah 10 ekar, dia ambil dua ekar untuk dia, lapan ekar untuk tauke.
Jadi, semua menceroboh. Orang berlumba-lumba menceroboh hutan kerana kita tidak kawal dengan baik. Jadi, kita hanya bagi angka. Saya ingin bertanya, sehingga 2026 ini, berapakah kawasan yang telah dipulihkan?
Keduanya ialah saya ingin mendapat maklumat daripada 2021, sehingga sekarang, berapa lagi kawasan hutan yang telah diceroboh? Sebab benda ini dah jadi macam benda biasa. Kalau orang nak minta secara rasmi, susah kita dibuatnya.
Nak minta satu ekar, susah walaupun telah menduduki satu tempat sampai berpuluh tahun. Susah nak minta, tapi orang pergi ceroboh senang-senang sahaja. Dia pergi ke kawasan hutan, ceroboh dan dia dapat apa yang dia nak dapat.
Jadi, saya minta nak tanya kepada kementerian. Apakah teknologi terkini yang ada itu tak dapat mengesan dan sekarang ini, apakah usaha kerajaan untuk memulihkan semua kawasan hutan tersebut?
Akhir sekali, sebagai menghormati Puan Pengerusi yang akan menghentikan saya dengan cepat, iaitu di bawah 030200 – PERHILITAN. Jadi, tajuk ini kecil, tapi
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
sering dicakapkan iaitu apa yang terjadi kepada Dara, Amoi dan Kelat di Zoo Tennoji, Osaka.
Jadi, kita dapat maklumat bahawa mereka ini kebajikannya tidak dijaga dengan baik. Kita minta satu laporan bebas daripada veterinar berhubung dengan Dara, Amoi, dan Kelat (DAK). Kita dapati Kelat pula berat badannya dah turun dah dia sering menghadapi penyakit musth, M-U-S-T-H. Penyakit musth yang kerap berlaku kepada Kelat. Mungkin tak sesuai dengan cuaca dan sebagainya.
Pada 19 Julai, Yang Berhormat Pengerusi, SPRM telah menangkap empat individu dan juga seorang pegawai PERHILITAN kerana kes DAK dan didakwa bahawa transaksi bernilai RM53 juta. Jadi, saya ingin bertanya, apakah telah jadi kepada tangkapan tersebut dan apakah tindakan kerajaan diambil untuk membawa pulang DAK ke Malaysia?
Pada Oktober 2026, gesaan telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Dr William Keith Lindsay, pakar gajah dunia yang mencadangkan supaya Dara, Amoi, dan Kelat ini dibawa pulang ke Malaysia.
Jadi, saya minta supaya pihak kementerian mengambil makluman tentang apa yang saya sebutkan tadi dan saya cadangkan di sini juga kepada pihak kementerian supaya kawasan hutan bukan sahaja dipulih, tapi ditambah. Sebab apa? Hutan ini bukan sahaja warisan dan juga kepentingan kepada negara, tetapi dia kepentingan pelancongan negara amat bergantung kepada kawasan hutan.
Banyak orang datang ke Malaysia bukan nak tengok structure, dia nak tengok semula jadi hutan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya menyentuh Butiran B— Butiran 050000 – Program Khusus, Butiran 050600 – Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar. Pertama, saya ingin membangkitkan isu konflik manusia dengan hidupan liar yang semakin membimbangkan khususnya di kawasan luar bandar yang bersempadan dengan hutan simpan.
Di Parlimen Mersing sendiri konflik hidupan liar khususnya melibatkan gajah bukanlah perkara baharu. Penduduk di kawasan penempatan FELDA, kampung
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
tradisional dan kawasan pertanian yang bersempadan dengan hutan simpan sentiasa berhadapan dengan risiko kemusnahan tanaman serta kerugian yang menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Saya mengambil perhatian bahawa Belanjawan 2027 memperuntukkan RM1.8 juta bagi BKHT meningkat 20 peratus berbanding RM1.5 juta pada tahun 2026. Walaupun peningkatan ini dialu-alukan, persoalannya adakah jumlah tersebut benar-benar mencukupi untuk membantu mangsa konflik hidupan liar di seluruh negara.
Berdasarkan rekod pelaksanaan pada tahun 2024, sebanyak 246 pemohon menerima bantuan berjumlah kira-kira RM987,000, manakala pada tahun 2025 sebanyak 314 pemohon menerima bantuan berjumlah kira-kira RM1.49 juta. Ini menunjukkan peningkatan jumlah penerima dan perbelanjaan bantuan sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kecukupan peruntukan bagi tahun 2027.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai tiga perkara.
Pertama, berapakah jumlah keseluruhan permohonan BKHT yang diterima, diluluskan, ditolak dan masih tertunggak sepanjang tahun 2025 dan 2026 serta jumlah sebenar bantuan yang telah disalurkan khusus bagi Parlimen Mersing berapakah jumlah daripada permohonan bernilai RM300,000 yang telah diluluskan dan dibayar sehingga kini?
Kedua, adakah kementerian bersedia mengkaji semula kadar bantuan dan meningkatkan peruntukan BKHT berdasarkan nilai kerugian sebenar khususnya bagi daerah yang mencatatkan konflik hidupan liar yang tinggi seperti Mersing?
Ketiga, apakah mekanisme baharu yang dirancang untuk mempercepatkan proses permohonan, pengesahan kerugian dan pembayaran bantuan termasuk pelaksanaan sistem permohonan serta pemantauan status secara digital? Saya mencadangkan supaya tempoh pemprosesan dan penyaluran bantuan dipendekkan kepada sasaran 30 hari bagi permohonan lengkap tanpa menjejaskan ketelitian pengesahan dan integriti pengurusan kewangan. Pada masa yang sama, pemohon wajar diberikan kemudahan menyemak status permohonan secara dalam talian tanpa perlu berulang kali hadir ke Pejabat PERHILITAN.
Tuan Pengerusi, selain bantuan selepas kerugian berlaku, saya ingin menekankan bahawa langkah pencegahan juga perlu diberikan keutamaan.
Sehubungan itu, saya ingin mengetahui sejauh manakah keberkesanan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) yang dilaksanakan oleh PERHILITAN, khususnya di Johor.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Berapakah jumlah kawasan yang telah dilindungi? Berapakah peruntukan penyelenggaraan yang disediakan dan adakah berlaku pengurangan konflik selepas pemasangan sistem tersebut? Saya mencadangkan supaya sistem SPEG diperluas ke kawasan berisiko tinggi seperti di Mersing, khususnya penempatan FELDA dan kawasan pertanian yang bersempadan dengan hutan simpan berdasarkan penelitian teknikal PERHILITAN.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran P Butiran 17200 – Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan iaitu Projek Lintasan Hidupan Liar FT50 dan Pemeliharaan Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS). Saya ingin membangkitkan status pelaksanaan Projek Lintasan Hidupan Liar pertama di Johor di Jalan Persekutuan FT50 laluan Kahang–Mersing yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM66 juta.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai tiga perkara.
Pertama, berapakah peratus kemajuan fizikal dan kewangan projek ini setakat Oktober 2026? Adakah projek masih berada pada landasan untuk disiapkan menjelang Februari 2028 atau terdapat risiko kelewatan dan peningkatan kos?
Kedua, apakah langkah mitigasi sementara yang dilaksanakan sepanjang tempoh pembinaan bagi mengurangkan risiko kemalangan melibatkan hidupan liar khususnya pelaksanaan papan tanda amaran, kawalan kelajuan dan sistem pengesanan awal kehadiran haiwan.
Ketiga, sejauh manakah projek ini dapat memastikan kesinambungan Koridor Ekologi CFS 2 khususnya rangkaian hutan yang melibatkan Hutan Simpan Labis Timur, Hutan Simpan Mersing dan Hutan Simpan Lenggor. Adakah kementerian turut merancang pemasangan pagar panduan hidupan liar dan sistem pemantauan kamera bagi memastikan lintasan ini benar-benar digunakan oleh hidupan liar selepas projek ini disiapkan?
Tuan Pengerusi, kepentingan projek ini bukan sekadar melindungi hidupan liar, tetapi turut melibatkan keselamatan pengguna jalan raya. Justeru, saya mencadangkan supaya kementerian bersama Kerajaan Negeri Johor dan agensi melaksanakan pemetaan kawasan panas konflik serta kemalangan hidupan liar di seluruh daerah Mersing termasuk laluan FELDA Nitar, Jemaluang dan kawasan jalan raya yang bersempadan dengan hutan simpan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Pengerusi. Tuaran berbahas bagi Maksud Bekalan B.23 Butiran 040200 – Jabatan Metrologi Malaysia dan 040100 – Jabatan Alam Sekitar. Tuaran turut menyentuh Maksud Pembangunan P.23 berkaitan sumber air tanah dan pencegahan kebakaran hutan di Sabah.
Pada 28 Oktober yang lalu Yang Berhormat Menteri memaklumkan bahawa El Niño dijangka mencapai tahap sangat kuat antara November 2026 hingga Januari 2027. Hujan di Sabah pula berpotensi berkurangan sehingga 40 peratus antara Januari hingga Mac tahun hadapan. Amaran sudah ada. Sekarang apakah persediaan yang sudah dibuat sampai ke daerah dan kampung? Apakah amaran dikeluarkan, siapa mesti bertindak dan siapa memastikan tindakan itu benar-benar dibuat?
Yang Berhormat Menteri menyatakan cadangan Pelan Tindakan Kemarau akan dibawa ke Majlis Pengurusan Bencana Negara. Apakah statusnya sekarang?
Sementara pelan disiapkan Tuaran minta penjelasan tentang tindakan segera bersama NADMA, kementerian berkaitan dan kerajaan negeri.
Puan Pengerusi, di Sabah masalah bekalan air yang sedia ada pun belum selesai. Kalau hujan berkurangan berbulan-bulan, penduduk tentu lebih susah.
Jangan pula nanti El Niño dijadikan alasan bagi gangguan bekalan yang sudah lama berlaku. Tuaran minta kerajaan bentangkan persediaan sekiranya kemarau berlarutan tiga bulan. Nyatakan kawasan paling berisiko di Sabah termasuk Tuaran.
Sumber air gantian dan berapa bekalan itu bulan bertahan. Persediaan untuk kampung, sekolah dan klinik mesti jelas dari sekarang.
Di bawah Butiran 11900 – Kajian Sumber Air Tanah Negara, lokasi mana di Sabah sudah dikenal pasti sesuai. Selepas kajian apa tindakan bersama PETRA dan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan. Penduduk perlu tahu bila sumber itu boleh diguna.
Satu lagi ialah makanan. Bila air tidak cukup, tanaman dan ternakan boleh terjejas. Petani kehilangan pendapatan. Pengguna pula berdepan dengan kenaikan harga. Bagaimana NRES bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya petani dan penternak termasuk di Sabah mendapat panduan serta bantuan sebelum kerugian berlaku?
Cuaca panas juga mengancam warga emas, murid sekolah dan orang yang bekerja di luar. Tuaran minta langkah perlindungan bersama kementerian berkaitan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
dijelaskan. Penduduk pedalaman yang susah mendapat Internet juga mesti menerima amaran dan tahu apa yang perlu dibuat.
Bagi Butiran 10300, jelaskan peruntukan latihan pencegahan kebakaran hutan di Sabah serta sokongan lain untuk menyediakan pasukan lebih awal.
Bagaimana kawasan hutan dan tanah gambut berisiko dipantau dan apakah tindakan bersama negara jiran menghadapi jerebu rentas sempadan?
Puan Pengerusi, Tuaran minta tiga komitmen. Tarikh pelan kemarau mula dilaksanakan, peruntukan khusus bagi kesiapsiagaan dan penyesuaian terhadap perubahan iklim termasuk juga untuk Sabah serta tarikh laporan kesiapsiagaan setiap negeri dibentangkan kepada Parlimen.
Nyatakan agensi bertanggungjawab dan kekurangan yang masih perlu diselesaikan. Kita tidak boleh mengawal cuaca, tetapi kita boleh membuat persediaan lebih awal. Jangan tunggu sampai sungai surut, tanaman rosak dan rakyat jatuh sakit, baru kita bertindak. Kalau persediaan lambat dibuat, jangan salahkan alam semata-mata. Melindungi rakyat tetap tanggungjawab kerajaan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
[Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Majlis Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis dalam Jawatankuasa.
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Dipersilakan Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, tiga isu yang kita— saya bercadang untuk diangkat dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Pertama, Butiran B.23, 030200 dan 050600 – Konflik Manusia dan Hidupan Liar. Tuan Pengerusi, pada 22 Oktober yang lalu, kita telah membangkitkan isu di Kamar Khas berhubung dengan gangguan gajah liar di Kampung Gol, Ulu Tembeling. Alhamdulillah, kita telah mendapat respons daripada peringkat kementerian, daripada Timbalan Menteri berkenaan dengan tindakan jangka masa pendek dan panjang berkenaan dengan isu ini. Cumanya yang menjadi ironinya ialah selepas beberapa hari daripada pembentangan di Kamar Khas tersebut, penduduk Kampung Gol sekali lagi diganggu oleh gajah liar ini yang menyebabkan kerosakan harta dan juga tanaman mereka.
Jadi, sewaktu perbincangan dengan pihak kementerian di Kamar Khas itu, dalam jawapannya memberitahu tentang faktor geografi. Cuma bila kita bawa perkara ini kepada penduduk Kampung Gol termasuk kepimpinan— yang Tok Empat dan sebagainya, gangguan ini semakin serius setelah sekitar 10 tahun kebelakangan ini. Maknanya bukan daripada dulu, 10 tahun ini. Maka persoalannya, apakah sebenarnya yang telah berubah dalam tempoh 10 tahun ini? Mengapa gajah semakin kerap keluar daripada habitat asal dan memasuki kawasan penempatan? Apakah ada berlakunya gangguan terhadap habitat sebelum ini yang menyebabkan laluan mereka itu berubah? Jadi, Itu persoalan yang pertama.
Persoalan kedua Tuan Pengerusi ialah sewaktu kementerian menjawab dalam Kamar Khas itu, ada beberapa pelan jangka masa pendek, quick fix yang nak dilaksanakan. Di antaranya ialah pemakaian kolar satelit sebab dia ada dua kumpulan gajah dan kita boleh mengenal pasti laluan mereka. Cuma apabila berlaku
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
sekali lagi gangguan ini, saya memohon jaminan daripada pihak kementerian supaya dipercepatkan tindakan ini. Kemudiannya, operasi tangkap dan pindah juga perlu dipercepatkan. Dan yang terakhir, berkenaan dengan dron pengesan haba yang apakah wajar ditambah ataupun diperbanyakkan supaya dapat mengenal pasti isu ini?
Dan yang ketiga Tuan Pengerusi, saya memohon jaminan daripada peringkat kementerian untuk bantuan kerugian harta benda dan tanaman dapat dipercepatkan.
Sebab ikut daripada butiran ini, jumlah seluruh negara pada 2027 sebanyak RM1.8 juta sahaja. Sedangkan gangguan konflik di antara Malaysia dan hidupan liar ini telah banyak menghabiskan kerugian kepada rakyat di Jerantut khususnya. Kalau kita boleh fokus kepada isu Dara, Amoi dengan Kelat ini, DAK ini yang mungkin akan menyebabkan jutaan duit untuk kita kembalikan daripada Jepun ke Malaysia. Apakah boleh kita perbanyakkan lagi kewangan kepada penduduk khususnya di Jerantut di Kampung Gol ini yang menghadapi kerugian harta benda kerana perkara ini?
Kedua, Butiran B.23 030200 dan P.23 07100 – PERHILITAN. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, saya telah mengangkat isu ini pada 1 Disember 2025 dalam Kamar Khas. Untuk pengetahuan Pengerusi juga, kementerian di PERHILITAN di Jerantut hanya ada enam orang sahaja staf. Nak handle konflik hidupan liar bukan sekadar beruang matahari, bukan sekadar gajah liar termasuklah harimau dan sebagainya. Jadi, sewaktu kita bincang dengan mereka pada 1 Disember 2025, NRES memaklumkan bahawa permohonan tanah seluas dua ekar di Mukim Pulau Tawar telah dikemukakan sejak tahun 2022 dan masih menunggu penyelesaian urusan berkaitan.
Namun, sehingga kini 2026, PERHILITAN Jerantut masih lagi beroperasi di premis sewaan bangunan JKK Kampung Bukit Rang. Saya tidak mempertikaikan tentang premis tersebut, tetapi sebuah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan operasi menangkap dan memindahkan hidupan liar memerlukan premis kekal yang lebih bersesuaian termasuk kemudahan penyimpanan perangkap, peralatan operasi dan juga penempatan sementara hidupan liar secara selamat.
Saya difahamkan kawasan di belakang Galeri Mat Kilau pernah dikenal pasti sebagai tapak yang berpotensi. Namun, urusan mendapatkan tanah tersebut masih lagi belum dimuktamadkan.
Jadi, persoalannya, mengapa permohonan daripada 2022 masih lagi belum dapat diselesaikan? Apakah halangan sebenar dan bilakah kementerian
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
menjangkakan urusan tahanan ini dapat dimuktamadkan supaya perancangan pembinaan pejabat kekal boleh dimulakan?
Dan yang terakhir Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar. Ketegasan menangani jerebu rentas sempadan. Kita menghadapi konflik ini dan saya yakin semua Ahli Parlimen bersetuju yang kerajaan ataupun negara perlu bertindak tegas kepada negara jiran kita. Saya mencadangkan kepada pihak kementerian untuk dibawa isu ini dan dibincangkan dengan tuntas di peringkat jawatankuasa supaya kami juga boleh memberikan input kepada ahli jawatankuasa apakah yang boleh kita letakkan penataan supaya boleh diangkat dalam Persidangan ASEAN Tahun 2027 yang akan dikendalikan oleh Singapura.
Yang kita tahu, Singapura juga di antara negara yang terkesan kerana isu jerebu ini.
Jadi, kita dapat pendapat yang keseluruhan daripada Ahli Parlimen dan saya rasakan itu adalah penanda aras ataupun cara terbaik untuk kita pastikan yang kita boleh letakkan Malaysia di depan berbanding dengan isu politik kepartian. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Dipersilakan Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar. Dato’ Sri Pengerusi, Jerebu merupakan satu gejala yang telah menghantui dan mengacau ganggu kehidupan harian keseluruhan masyarakat Malaysia selama lebih dua bulan.
Jadi, di sini saya ingin membangkitkan dua perkara. Yang pertama, maklumat kualiti udara. Dato’ Seri, rakyat perlu membuat keputusan setiap hari sama ada anak boleh dibenarkan untuk bermain di luar, sesuaikah warga emas untuk berjalan, bersenam di taman, adakah perlu pekerja mengurangkan aktiviti di luar ataupun sesuatu acara sukan itu bolehkah diadakan?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Walaupun IPU, Indeks Pencemaran Udara dikemas kini setiap jam, sub indeks PM2.5 menggunakan nilai purata 24 jam. Oleh itu, perubahan pencemaran yang terkini, yang terbaru seperti selepas hujan dan mungkin berlakunya perubahan arah angin, mungkin belum dapat digambarkan sepenuhnya dalam bacaan tersebut.
Saya bagi contoh di Singapore, Kerajaan Singapore menerbitkan purata PM2.5 satu jam bersama dengan bantuan aktiviti luar. Maka, saya mencadangkan
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
kepada Jabatan Alam Sekitar supaya menyediakan bacaan yang sama melalui APIMS sebagai pelengkap kepada IPU dengan bantuan kesihatan yang diselaraskan bersama-sama dengan KKM. Maklumat ini boleh membantu rakyat untuk mengurangkan pendedahan kepada sebarang risiko pencemaran sementara kerajaan menangani punca pencemaran yang berlaku.
Kedua, saya meminta supaya Jabatan Alam Sekitar menyediakan satu stesen pemantauan kualiti udara automatik di Daerah Muar. Daerah Muar mempunyai kira-kira 324,000 penduduk berbanding dengan 169,000 penduduk di daerah Tangkak, tetapi di sekitar Johor Utara, hanya Tangkak mempunyai stesen pemantau kualiti udara. Bukan saya cemburu ke jealous, tetapi saya harap ya— Yang Berhormat Ledang ada. Saya harap kita dirikan satu di Daerah Muar supaya kita dapat menggambarkan keadaan sebenar indeks pencemaran di Bandar Muar.
Kita perlu faham bahawa bandar Muar terletak di muara Sungai Muar dan menghadap Selat Melaka, manakala Stesen Tangkak terletak lebih ke kawasan pedalaman. Apabila angin membawa asap kebakaran daripada Sumatera merentas Selat Melaka, keadaan udara di pesisir pantai sekitar Bandar Muar amat berbeza daripada bacaan di Tangkak pada masa yang sama. Jadi, Muar pernah mempunyai stesen bergerak kalau tak silap saya, sebelum tahun 2018. Semasa episod jerebu dari Riau pada Jun 2013, bacaan IPU di Muar pernah mencecah 746.
Maka, di sinilah menunjukkan betapa pentingnya sebuah stesen pemantau kualiti udara dibina di Daerah Muar sebab penduduk perlu tahu tahap pencemaran di tempat mereka. Sekolah juga memerlukan bacaan setempat untuk menentukan sama ada aktiviti luar perlu dihadkan atau boleh diteruskan. Sebab itu, sekali lagi saya meminta supaya Jabatan Alam Sekitar dengan seberapa segera yang boleh memilih satu tapak yang sesuai untuk dibina sebuah stesen pemantau kualiti udara supaya bacaan itu dapat mewakili bacaan sebenar di sekitar Bandar Muar.
Dato’ Sri Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 030100 – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Saya ingin bertanya, apakah tindakan kementerian bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri apabila kayu balak sudah dikeluarkan, tetapi penanaman semula yang diwajibkan masih belum dilaksanakan?
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3/2024 telah merekodkan bahawa setakat akhir 2023, daripada 3,524 hektar yang telah dibalak dalam satu projek ladang hutan di Kelantan, 3,246 hektar masih belum ditanam semula dengan pokok getah seperti yang disyaratkan. Audit juga menganggarkan denda kelewatan sebanyak RM6.87 juta. Pada masa semakan, denda itu masih belum dibayar.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bagi kes yang memenuhi syarat seksyen 24, Akta Perhutanan Negara, adakah kos pemulihan telah dituntut daripada pemegang lesen? Jika penanaman semula merupakan syarat kelulusan EIA, adakah Jabatan Alam Sekitar telah menyiasat ketidakpatuhan itu di bawah seksyen 34A(7), Akta Kualiti Alam Sekeliling?
Saya mencadangkan supaya bagi projek yang diwajibkan untuk menjalankan pemulihan, deposit yang mencukupi ditetapkan sebelum pembalakan bermula bagi memastikan bahawa— minta maaf Dato’ Sri. Deposit hanya dapat dipulangkan selepas pemeriksaan tapak bagi mengesahkan bahawa kerja-kerja pemulihan telah dilaksanakan dan sasaran kadar hidup anak pokok jika penanaman diwajibkan dan telah dicapai.
Adakah kementerian bersedia untuk menyemak sama ada undang-undang sekarang cukup jelas untuk memastikan tanggungjawab pemulihan dan tuntutan kos kekal selepas lesen balak tersebut tamat?
Dato’ Sri Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan tentang undang-undang jerebu rentas sempadan. Pada 2023, dalam jawapan Parlimen kepada soalan saya, kerajaan menyatakan bahawa cadangan penggubalan RUU pencemaran jerebu merentas sempadan tidak akan diteruskan kerana kesukaran untuk mendapatkan bukti serta persoalan bidang kuasa dan kedaulatan negara lain. Selepas menerima kritikan, kementerian telah menjelaskan bahawa pintu masih terbuka dan konsultasi akan diteruskan. Hampir tiga tahun telah berlalu, apakah hasilnya? Bilakah RUU ini akan dibentangkan?
Pada 28 Oktober yang lalu, Menteri sekali lagi telah menyebut bahawa...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Ya, ini sedikit lagi Dato’ Pengerusi. Menteri sekali lagi menyebut bahawa cabaran untuk mendapat bukti di luar negara dan menyatakan belum terdapat bukti kukuh yang mengesahkan bahawa syarikat perladangan berkaitan Malaysia menyebabkan kebakaran tersebut.
Jadi, apakah maklumat yang telah diminta daripada Indonesia dan syarikat berkaitan Malaysia? Siapakah yang menyemak lokasi konsesi, struktur pemilikan serta rekod pencegahan kebakaran? Kenyataan bukti belum mencukupi, mestilah disusuli dengan usaha untuk melengkapkan bukti.
Dato’ Sri Pengerusi, SUHAKAM telah menegaskan bahawa jerebu akan menjejaskan hak...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, lima second lagi, saya tutup.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Okey.
[Ketawa] Jadi...
Seorang Ahli
Terima kasih.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kerajaan tidak boleh membiarkan kelemahan alat perundangan menjadi perlindungan kepada kepentingan syarikat besar sedangkan rakyat terus menanggung kos pencemaran. Jadi, saya meminta supaya Menteri menetapkan garis masa penggubalan RUU ini serta menjelaskan kepada agensi peneraju dan peruntukan dan tempoh siasatan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 030000 iaitu Pengurusan Hutan dan Biodiversiti. Ekoran daripada pengisytiharan pada 16 Julai 2025, Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk mewartakan sebahagian daripada pulau di Delta Tumpat sebagai Hutan Simpan Kekal. Soalan saya, apakah pelan menyeluruh untuk perlindungan bagi ekosistem bakau, pesisir pantai dan biodiversiti kesemua pulau- pulau kecil di Tumpat termasuk kawasan yang belum berstatus HSK?
Butiran 020200 – JUPEM. Tumpat memohon untuk penangguhan pemakaian pindaan akta juruukur memandangkan banyak lagi isu-isu yang belum diselesaikan berkait dengan pemegang-pemegang taruh terutama berkait dengan pelesenan dan kerja-kerja geomatik. Apakah status tindakan terhadap petisyen 14 organisasi profesional dan bilangan pekerja yang terlibat dan firma yang terbabit dalam urusan- urusan geomatik sebelum ini? Adakah sekatan ini benar-benar meningkatkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan? Berapakah kes yang telah pun diadukan sebelum ini?
Merujuk kepada Butiran 02811, amalan terbaik. Kita melihat kepada negara- negara lain yang menggunakan kepakaran geomatik. Terdapat dua pendekatan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Pertama, pendekatan tanpa pelesenan khusus seperti negara di United Kingdom, Australia, Kanada dan New Zealand dan juga pendekatan pengawalseliaan, regulatory route iaitu sebagaimana di China.
Persoalannya, sekiranya Malaysia memilih untuk pendekatan pengawalseliaan, sewajarnya setiap disiplin geospatial dinilai berdasarkan kepakaran dan kepentingannya sendiri sambil mengekalkan ukur hak milik tanah sebagai bidang khusus Juruukur Tanah Berlesen.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Dalam hal ini, kita perlu merujuk kepada apa yang telah diamalkan oleh tempat-tempat lain dan kita lihat ianya memerlukan suatu perkara baharu iaitu Butiran 02811 — pengiktirafan dan peluang kerjaya profesional geomatik dan geospatial bukan hanya terhad kepada juruukur bertauliah.
Dalam keadaan ini, kita mesti mewujudkan mekanisme pengiktirafan, kompetensi, pendaftaran dan akreditasi profesional yang bersesuai dengan perundangan untuk ia dikuatkuasa. Graduan yang telah pun diluluskan daripada MQA perlu mempunyai masa depan geomatik negara terutama dalam kita menghadapi perubahan iklim. Sejauh manakah penguasaan perkara ini?
Dan saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bilamana akta itu ingin dibuat, hubungan di antara Akta 458 dan Akta A170, sejauh manakah kuasa kerajaan negeri dalam berkaitan tertakluk kepada Akta 458 sebagaimana dipinda melalui Akta A1730 khususnya berhubung takrif dan skop ukur geomatik? Apakah aktiviti yang masih boleh dilaksanakan oleh pengamal bukan JTB di negeri-negeri?
Yang kelima, berkaitan dengan penguat kuasa di antara negeri dan Persekutuan. Bagaimanakah pembahagian kuasa di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan terpakai kepada aktiviti geospatial bukan hak milik tanah dan apakah implikasi Perkara 75 serta kemungkinan penggunaan mekanisme di bawah Perkara 76A dan peruntukan-peruntukan yang lain?
Butiran 020300 dan Butiran 2000 – Pengurusan dan Pembangunan Mineral
(REE) dan 07301 – Dasar Perubahan Iklim. Apakah garis masa kementerian untuk memuktamadkan kerangka perundangan pengurusan REE dan pindaan kepada Akta Penggunaan Mineral 1994? Kita boleh mengkaji bagaimana di Australia, di mana negara Persekutuan memainkan peranan yang penting kepada kerajaan negeri dalam pengurusan mineral dan di Kanada pula melindungi kuasa wilayah melalui seksyen 92A dalam Perlembagaannya.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tumpat merujuk kepada MoU Critical Minerals yang ditandatangani di antara Malaysia dan Amerika Syarikat pada 26 Oktober 2025 semasa ASEAN Summit.
Melalui MoU tersebut, Malaysia berkomitmen untuk tidak mengekang ban ataupun kuota ke atas eksport REE kepada AS serta bekerjasama dengan syarikat Amerika Syarikat dalam penggunaan sektor REE. REE merupakan bahan strategik yang berkait rapat dengan rantaian bekalan pertahanan dan teknologi hijau.
Soalan Tumpat ialah apakah status pelaksanaan MoU tersebut setakat ini?
Adakah NRES sedia— sedang menyediakan atau mengemas kini rangka kerja perundangan termasuk model Australia yang telah pun saya sebut tadi untuk memastikan penggunaan REE digunakan secara mampan, melindungi alam sekitar dan juga maksimumkan nilai tambah dalam negara bukan sekadar menjadi pembekal bahan mentah. Bagaimanakah kerajaan mengimbangi kepentingan strategik antarabangsa dengan kedaulatan sumber mineral negara dan kebimbangan komuniti tempatan?
Di bawah Butiran 0701 – Pembangunan Dasar Perubahan Iklim. Apakah perkembangan terkini Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan apakah garis masa pelaksanaannya? Di Australia, mereka mempunyai sistem ACCU, Kanada ada sistem carbon credit.
Bagaimana pula kita? Bagaimanakah kita Malaysia akan menentukan pemberian carbon credit terhasil daripada hutan simpan, hutan bakau dan tanah gambut milik negeri? Kajian terbaik perlu dibuat dan kita melihat ini perkara yang perlu dilihat secara keseluruhan supaya negeri-negeri dapat menanggung kos pemulihan dan ia nya perlu dijamin oleh undang-undang supaya kedua-dua pihak mendapat keputusan win-win.
Perundangan perubahan iklim persekutuan dan negeri, apakah garis masa pembentangan RUU Perubahan Iklim Negara dan juga RUU Pihak Berkuasa Berhubung Perubahan Iklim Negara? Apakah Dana Iklim Kebangsaan akan menyediakan peruntukan khusus untuk adaptasi perubahan iklim seperti tebatan banjir, hakisan pantai dan perlindungan ekosistem bakau? Undang-undang mesti mempunyai mekanisme yang jelas khususnya berkaitan dengan hutan, tanah dan sumber asli. Apakah KPI dan hasil yang mesti dicapai pada akhir tahun 2026 dan juga status pelaksanaan harga karbon secara berfasa yang telah pun dikaji melalui sistem NREE, cukai karbon dan seterusnya emission trading scheme?
Yang terakhir, Butiran 12300 – iaitu Pemulihan Tanah Bekas Lombong dan Kuari. Apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan tanah yang dibeli oleh orang
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
ramai khususnya yang dibina di tanah lombong, bekas lombong di bawah projek- projek perumahan yang ingin dibeli dan adakah kerajaan akan membuat undang- undang mandatori agar kawasan berisiko bencana ini dilarang daripada pembinaan projek selagi ia nya tidak dinyahkan daripada pemetaan risiko bencana? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 030000 – iaitu Pengurusan Hutan dan Biodiversiti.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri NRES yang berada di Dewan hari ini. Kepentingan strategik Hutan Simpan Ulu Muda di Daerah Sik yang merupakan antara kawasan tadahan air terpenting di negara kita ini.
Gugusan Hutan Ulu Muda ini meliputi sekitar 160,000 hektar dengan kira-kira 51,000 hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air pada 2018 dan hutan ini telah menyumbang sumber air kepada lebih 4.2 juta rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis termasuklah yang menyumbang lebih 96 peratus keperluan sumber air untuk rakyat Kedah, 80 peratus untuk Pulau Pinang dan 70 peratus untuk Perlis.
Orang Pulau Pinang di sini, mereka menggunakan air daripada Daerah Sik.
YB Jelutong mana? Tak ada? Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kepentingan air di Ulu Muda ini, itu untuk domestik dan juga pengairan sawah padi di kawasan jelapang padi di MADA itu dan sudah pastilah ia memberi impak yang besar kepada jaminan keselamatan makanan negara.
Dan, Ulu Muda ini juga merupakan khazanah biodiversiti negara termasuklah mempunyai habitat gajah, tapir, seladang, harimau dan pelbagai spesies flora dan fauna dan pokok tualang madu lebah itu yang terbaik yang ada di Semenanjung ini.
Dan kajian FRIM yang telah membuat penilaian lebih sekitar RM25.72 juta setahun hasil daripada ekonomi dan nilai biodiversiti serta perkhidmatan ekosistem dia.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya dalam isu ini ialah berdasarkan jawapan rasmi NRES di Dewan Rakyat pada 19 November 2025, Kedah menerima hanya RM52.98 juta dana Ecological Fiscal Transfer (EFT) bagi
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
tempoh 2019 hingga 2025 iaitu bersamaan sekitar RM7.57 juta setahun, sangat kecil.
Sedangkan peruntukan EFT ini bagi seluruh negara untuk tahun 2027 diumumkan sebanyak RM270 juta.
Jadi, persoalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan dana khusus pemuliharaan hutan tadahan air strategik khususnya Ulu Muda ini dengan pembiayaan lebih besar, konsisten dan setimpal dengan manfaatnya kepada ketiga-tiga negeri tadi?
Kedua, apakah komitmen langsung NRES melalui Jabatan Perhutanan dan PERHILITAN untuk melindungi habitat gajah yang sangat banyak di situ dan begitu juga flora dan fauna termasuk juga bunga-bunga yang mungkin tidak ada di tempat lain termasuklah bagaimana komitmen ini untuk pemuliharaan kawasan hutan yang tersorok ini dan juga mencegah pencerobohan serta untuk memperkasakan ekonomi komoditi berasaskan sumber-sumber alam tadi?
Jadi, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri yang memelihara hutan khususnya Kerajaan Negeri Kedah ini yang menjaga kepentingan hutan ini untuk kepentingan jutaan rakyat ini tidak sepatutnya menanggung kos pemuliharaan secara bersendirian sedangkan manfaatnya dinikmati oleh seluruh negara.
Yang Berhormat Dato’ Tuan Pengerusi, saya terus kepada butiran kedua iaitu 11800 – Kajian Geobencana Negara. Dalam peruntukan Kajian Geobencana Negara, meningkat daripada RM18.36 juta dalam anggaran dipinda daripada 2026 iaitu kepada RM65 juta bagi tahun 2027 iaitu peningkatan yang agak ketara sekitar 254 peratus. Namun, sasaran pematuhan cerun kritikal bagi 2027 hanyalah 100 kawasan berbanding 263 kawasan yang menjadi pantau pada tahun 2025.
Jadi, persoalan saya mengapa peruntukan yang meningkat lebih tiga kali ganda, tetapi sasaran pemantauan jauh lebih rendah? Apakah jaminan bahawa peruntukan ini benar-benar memperkukuhkan pemetaan kawasan berisiko, sistem amaran awal dan perlindungan kepada penduduk khususnya masyarakat luar bandar termasuk di Daerah Sik ini yang juga terdedah kepada banjir dan tanah runtuh yang juga berlaku baru-baru ini di satu kampung di sana?
Jadi, saya memohon Menteri menjelaskan sasaran keberhasilan, liputan kawasan berisiko serta mekanisme penyampaian amaran yang berkesan kepada rakyat. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, itu saja untuk— mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Pengerusi. Saya ingin mengangkat dua persoalan utama iaitu pembangunan industri unsur nadir bumi, rare-earth elements (REE) serta keberkesanan usaha kerajaan dalam memelihara hutan dan biodiversiti negara. Pertama, hal REE ini, saya ingin menyentuh Butiran 020300 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang menerima peruntukan sebanyak RM88.052 juta.
Dalam konteks dunia hari ini, gelombang teknologi kecerdasan buatan, AI bubble telah melonjakkan nilai REE sebagai satu komoditi utama dalam kancah geopolitik moden. Kegunaannya amat kritikal dalam penghasilan cip pemprosesan berprestasi tinggi seperti Nvidia, magnet, bateri, komponen elektronik dan teknologi hijau. Tambah pula, rantaian bekalan ini sangat bergantung kepada titik halangan chokepoints strategik antarabangsa seperti penguasaan pembuatan cip semikonduktor termaju oleh syarikat seperti TSMC serta monopoli mesin litografi canggih oleh syarikat ASML di Eropah.
Malaysia sebenarnya mempunyai kedudukan strategik untuk menyertai rantaian bekalan semikonduktor dan mineral kritikal serantau. Justeru, kita tidak boleh sekadar menjadi pembekal bahan mentah murah, sebaliknya perlu membangunkan keupayaan pemprosesan hiliran iaitu downstream processing agar teknologi kepakaran dan nilai ekonomi tinggi turut dinikmati oleh negara dan tidak terus dikuasai oleh— dan terikat kepada syarikat asing.
Dalam hal ini, kerajaan telah memperkenalkan moratorium eksport bahan mentah REE bagi menggalakkan pembangunan industri. Perkembangan terbaru turut memperlihatkan kerajaan memberikan fleksibiliti eksport secara bersyarat melalui Garis Panduan Eksport Bersyarat Bahan mentah REE bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan, tertakluk kepada komitmen syarikat untuk bekerjasama membangunkan kemudahan pemprosesan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun selepas kelulusan eksport.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan, sejauh manakah fleksibiliti ni akan dipantau agar ia benar-benar menjadi pemangkin kepada pemilihan teknologi dan pelaburan domestik bukannya membuka ruang kepada pengeksportan sumber mentah tanpa limpahan ekonomi yang sewajarnya kepada negara. Seterusnya, sangatlah wajar untuk kita sama-sama merenung pembangunan industri REE dengan persoalan tentang kelestarian alam sekitar.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Kita tidak mahu mengejar pulangan ekonomi jangka pendek sehingga menggadaikan sumber air, kawasan hutan, tanah dan kesejahteraan komuniti setempat akibat aktiviti perlombongan yang longgar pemantauannya. Berpegang kepada peringatan peribahasa, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran.” Kita mestilah berhati-hati agar keghairahan mengejar kemajuan ekonomi tidak meninggalkan kerosakan alam. Kita mahu mengelakkan satu lagi kerugian besar yang akhirnya terpaksa dipikul oleh generasi masa hadapan.
Sehubungan itu, saya mohon juga penjelasan YB Menteri daripada peruntukan Pembangunan di bawah Butiran 11200, 11700 dan 12500. Berapakah jumlah khusus yang akan dimanfaatkan untuk pemetaan (mapping), pengesahan sumber dan pembangunan pendidikan REE? Adakah kementerian mempunyai sasaran khusus bagi mengenal pasti jumlah sumber REE negara? Apakah mekanisme penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam memastikan SOP bagi perlombongan REE bukan radioaktif dan penilaian kesan kepada alam sekitar iaitu EIA dipatuhi sepenuhnya?
Adakah kementerian bercadang menerbitkan laporan berkala yang memperincikan jumlah pengeluaran perkembangan pelaburan dan pematuhan alam sekitar bagi membolehkan rakyat menilai secara telus?
Seterusnya Pengerusi, saya ingin bawa kepada Butiran 030200 iaitu Jabatan PERHILITAN. Saya membangkitkan isu tiga ekor gajah milik Zoo Taiping iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang juga dikenali sebagai DAK yang telah dipindahkan kepada Zoo Tennoji, Osaka pada Mac 2026. Sejak pemindahan tersebut, pelbagai kebimbangan mengenai keadaan fizikal, psikologi dan persekitaran ketiga-tiga gajah ini. Antaranya ialah tingkah laku head swaying iaitu pergerakan secara berulang yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku stereotaip.
Walaupun tingkah laku tidak semestinya membuktikan tekanan atau pengabaian, ia memerlukan penilaian pakar untuk mengenal pasti punca sebenar.
Pada 16 Jun 2026, satu laporan penilaian oleh Pakar Pemuliharaan Gajah Antarabangsa, Dr. William Keith Lindsay telah diserahkan kepada NRES. Laporan tersebut berdasarkan penelitian terhadap 155 jam video tingkah laku DAK di Zoo Tennoji. Persoalannya, apakah tindakan susulan kementerian terhadap dapatan laporan tersebut?
Selain itu, pada September 2026, Majlis Perbandaran Taiping mengesahkan bahawa Kelat mengalami penurunan badan sekitar 100 kilogram daripada 2800 kilogram kepada 2700 kilogram. Walaupun MPT menyatakan keadaan kelat masih
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
terkawal, penurunan berat badan itu menimbulkan kerisauan dan persoalan mengenai pemantauan pemakanan, kesihatan, veterinar dan kesesuaian pengurusan sekitarnya. Jadi, saya ingin mengingatkan juga pada 29 April 2026, Menteri NRES sendiri telah menggesa supaya ketiga-tiga gajah ini dibawa pulang ke Malaysia dan minta Zoo Taiping mulakan rundingan dengan Zoo Tennoji.
Oleh itu, saya ingin mengemukakan tiga soalan. Pertama, apakah tindakan susulan NRES terhadap laporan penilaian pakar yang melibatkan 155 jam tersebut?
Adakah kementerian bersedia menghantar pakar veterinar dan pakar tingkah laku gajah bebas Zoo Tennoji bagi menjalankan pemeriksaan fizikal serta psikologi secara menyeluruh?
Kedua, apakah mekanisme pemantauan berkala yang diwajibkan terhadap Zoo Tennoji khususnya berkaitan berat badan, pemakanan, kesihatan veterinar, ruang pergerakan, interaksi sosial dan keadaan habitat DAK? Adakah laporan pemantauan itu turut dikemukakan kepada Kerajaan Malaysia untuk penelitian?
Yang terakhir, apakah perkembangan terkini rundingan pemulangan DAK ke Malaysia seperti yang pernah disarankan oleh Menteri NRES pada April lalu?
Sekiranya penilaian bebas mendapati kebajikan mereka terjejas, adakah kementerian akan memastikan proses pemulangan ini dilaksanakan? Apakah garis masa dan langkah konkrit yang telah ditetapkan? Sekian. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Silakan Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan.
Pertamanya, B.23 Butiran 040000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan iklim. Aktiviti/Program, Butiran 40100 – Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Isu perubahan isu pembakaran secara terbuka melibatkan longgokan sampah plastik dan juga e-waste yang besar masih lagi berlaku daripada masa ke semasa walaupun kemasukan import itu sudah ada larangannya dan ia juga termasuk di negeri Selangor dan juga di daerah Kuala Langat. Saya maklum bahawa ia nya memerlukan satu tindakan yang bersepadu sama ada di peringkat Pejabat
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Tanah dan Daerah, PBT, Jabatan Alam Sekitar, PDRM untuk menguatkuasakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara haram ini.
Pun begitu, saya kira keterlibatan daripada pegawai penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar sendiri masih menjadi pertikaian kerana setiap kali berlaku insiden- insiden kebakaran secara terbuka ini masih lagi ketidakhadiran pegawai penguat kuasa daripada Jabatan Alam Sekitar dan antara perkara yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan ketidakcukupan pegawai. Saya harapkan isu ini akan diambil berat kerana ia nya akhirnya akan menjadikan suatu perkara yang tidak ada kesudahannya.
Kemudian P.23 Butiran 07100 – PERHILITAN. Peruntukan meningkat daripada RM53.1 juta kepada RM65.6 juta pada tahun hadapan. Khususnya, saya nak menyebutkan berkaitan dengan isu monyet di kawasan-kawasan kampung dan juga kawasan desa. Data PERHILITAN merekodkan 66,825 aduan konflik manusia dan hidupan luar dalam tempoh empat tahun dengan anggaran kerugian sejumlah RM46.5 juta. Purata kira-kira lebih kurang RM11.6 juta setahun.
Peruntukan BKST 2027 sebanyak RM1.8 juta. Saya kira ini lebih terlalu rendah walaupun kita maklum bahawa peruntukan ini adalah bukan pampasan, tetapi pemberian secara one-off dan saya melihat bahawa isu monyet ini kalau di Kuala Langat memang tidak berkesudahan.
Saya— saya kira di Dewan Negeri Selangor juga banyak daerah-daerah juga mempertikaikan soal masalah monyet ini dan sebahagian juga disyaki menyebabkan menjadi punca kepada kebakaran rumah kerana mereka menggunakan pendawaian-pendawaian ini untuk bergerak dan mereka melompat-lompat di situ dan akhirnya menyebabkan hubungan, join di antara pendawaian dan rumah itu terganggu dan akhirnya menyebabkan kebakaran.
Cuma, saya nak bertanya juga pada pihak kerajaan, apakah sebenarnya program yang lebih efektif dalam mengurangkan populasi monyet ini? Walaupun mungkin banyak perangkap-perangkap yang disediakan walaupun tidak ada, biasanya ketidakcukupan itu menjadi satu masalah juga, tetapi saya kira perlu ada satu tindakan yang lebih baik terutamanya daripada PERHILITAN secara bersepadu.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Dan kemudian, saya juga nak membangkitkan berkaitan dengan soal populasi buaya yang pada penglihatan saya di Kuala Langat ini semakin banyak kerana banyak ada, ada aduan berkaitan dengan buaya yang dapat dikenal pasti di
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
saliran, sistem saliran termasuklah di longkang-longkang dan juga di tepi-tepi sungai daripada nelayan, dari— dan juga daripada persatuan-persatuan nelayan itu sendiri.
Dan saya ingat baru-baru ini, dia sampai naik ke, ke platform jeti ya dan saya dimaklumkan walaupun laporan telah dibuat, tetapi nak pasang signage kawasan merbahaya, buaya dan sebagainya seolah-olah tidak ada tindakan dan alasannya adalah disebabkan oleh faktor kewangan. Saya harapkan ini dapat diambil kira sebelum menjadi mangsa kepada masyarakat nelayan terutamanya kalau di Pulau Carey, nelayan-nelayan orang asli adalah jumlah yang agak ramai di situ.
Seterusnya, saya ingin a menyentuh berkaitan Butiran 07200 – Pengawalseliaan Alam Sekitar meningkat daripada RM77.5 juta kepada RM92.8 juta. Berkaitan dengan pembakaran— dengan e-waste ini ya. Saya ingat e-waste ini menjadi isu yang besar sebelum kita— larangan pada April 2026 dan masih lagi rampasan-rampasan berlaku oleh pegawai-pegawai penguat kuasa. Dan saya kira jumlah yang, yang dikompaun ataupun denda itu pun terlalu kecil ya. Kalau disebutkan bahawa 16,000 tan e-waste dirampas dan cuma 1.1 juta sahaja denda ataupun kompaun yang telah dikenakan.
Jadi, saya melihat bahawa e-waste secara pembakaran apa— pemprosesan secara haram ini, harus terus dibanteras walaupun ini cabaran yang cukup besar.
Dan saya juga nak bertanya apakah kesediaan di peringkat kerajaan berkaitan dengan e-waste yang sumbernya daripada panel solar yang kita disebutkan katakan satu— untuk menghasil satu megawatt sahaja pun memerlukan 300— 3,000 hingga 3,500 panel solar.
Dan kalau di Selangor ini ya di Lembah Bernam dan juga di Bestari Jaya.
untuk menghasilkan lebih daripada 600 watt bermakna hampir lebih daripada dua juta panel solar ini. Dan selepas 25 tahun, 30 tahun ia sudah tidak berfungsi lagi.
Adakah kita bersedia, bagaimana kita nak lupuskan e-waste daripada panel, panel solar ini? Yang saya kira ini adalah perkara yang sangat penting. Itu sebahagian, belum lagi di Kuala Langat ataupun di seluruh negara kita. Berapa banyak panel solar ini yang perlu dilupuskan dan kaedahnya seharusnya, satu kaedah memberikan manfaat dan tidak akan memangsakan kepada rakyat di negara kita. Itu saja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Butiran 17200 – Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan di bawah maksud Pembangunan 23. Peruntukan butiran ini meningkat kepada RM103.35 juta bagi tahun depan iaitu 16 kali ganda berbanding anggaran dipinda tahun ini sebanyak RM6.28 juta.
Namun pada masa yang sama, sasaran program tiga pengurusan hutan dan biodiversiti pula dikurangkan. Misalnya, sasaran keluasan kawasan hutan terosot yang direstorasi dan dipulihkan di Semenanjung Malaysia bagi tahun depan hanya adalah 65 hektar. Sasaran bagi tahun 2026 iaitu tahun ini ialah 120 hektar dengan anggaran dipinda RM6.28 juta. Manakala pencapaian sebenar pada tahun lepas iaitu tahun 2025 ialah 435 hektar dengan perbelanjaan sebenar hanya RM2.9 juta tahun lepas.
Jadi tahun depan, peruntukan meningkat 16 kali ganda, 100 juta lebih, tetapi sasaran dikurang kepada 65 hektar. Pada masa yang sama tahun lepas, sasaran iaitu KPI dicapai 435 hektar, peruntukan RM2.9 juta sahaja. Jadi, saya meminta penjelasan dari kementerian, apa program sebenarnya yang dilaksanakan?
Dan selain daripada itu, sasaran bilangan pelengkapan pendokumentasian spesies dan ekologi flora dan fauna daratan juga dikurangkan daripada 80 kepada 50. Justeru, saya minta kementerian menjelaskan mengapa peruntukan ditingkatkan 16 kali ganda sedangkan sasaran diturunkan. Masih dalam konteks konservasi biodiversiti.
Saya ingin menyentuh ecological fiscal transfer (EFT) yang diselaraskan oleh kementerian ini. Peruntukan EFT dinaikkan kepada RM270 juta bagi tahun depan.
Lampiran E, buku anggaran menunjukkan EFT yang dibayar kepada negeri meningkat 32 peratus daripada RM190 juta pada tahun 2024 kepada RM250 juta pada tahun 2025.
Namun, Johor menerima RM22.44 juta pada tahun 2025, berkurang RM2.2 juta berbanding RM24.65 juta pada tahun 2024. Johor dan Sarawak merupakan satu- satunya negeri yang menerima lebih sikit walaupun jumlah keseluruhan EFT meningkat. Saya mohon kementerian menjelaskan formula agihan EFT. Mengapa peruntukan bagi Johor berkurang? Dan sama ada pembayaran EFT disyaratkan kepada pematuhan pindaan Akta Perhutanan Negara 2022 khususnya bagi negeri yang menyahwarta Hutan Simpanan Kekal. Malah peruntukan EFT sebanyak
Puan Wong Shu Qi - Kluang
RM270 juta ini tidak dinyatakan sebagai butiran tersendiri dalam Buku Anggaran 2027.
Saya sudah flip through dah. Tak ada dalam buku anggaran ini. Ia hanya muncul dalam Lampiran E sebagai pemberian sebenar kepada negeri. Dulunya dia, dia dinyatakan walaupun bukan di bawah— anggaran di bawah NRES, tetapi terletak di bawah MOF, tetapi kali ini, buku anggaran tidak menyatakan di mana-mana butiran tentang EFT. Jadi, saya mohon kementerian menyatakan di bawah butiran mana peruntukan EFT ini diletakkan. Paling penting sekali, berapa EFT setiap negeri akan terima buat tahun 2027?
Butiran 08600 – Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (JPSM) di bawah maksud Pembangunan 23. Dalam maksud Butiran 17200 meningkat 16 kali ganda, peruntukan butiran 08600 bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pula dikurangkan daripada anggaran dipinda RM87.1 juta tahun ini kepada RM54.6 juta tahun depan. Apakah sebab pengurangan ini? Mohon kementerian memberi pencerahan.
Dan last, Butiran 030200 – PERHILITAN di bawah maksud bekalan 23 dan Butiran 07100 di bawah maksud Pembangunan 23. Peruntukan mengurus PERHILITAN meningkat daripada RM121.7 juta kepada RM143.6 juta. Manakala peruntukan pembangunannya meningkat daripada RM53.2 juta kepada RM65.6 juta.
Namun, KPI bagi pengukuhan Konservasi Harimau Malaya dan spesies hidupan liar terancam hanyalah bilangan operasi bersepadu yang dijalankan iaitu 12 kali operasi setiap tahun. Maknanya selagi operasi dijalankan, tidak kira berapa ekor Harimau Malaya dan hidupan liar terancam yang masih tinggal, KPI tetap tercapai.
Dengan peningkatan peruntukan ini, saya mencadangkan supaya KPI tersebut diubah kepada KPI berasaskan hasil dengan izin, outcome base. Contohnya bilangan populasi harimau, bilangan kes pemburuan haram dan bilangan jerat yang dimusnahkan. Barulah kita ada satu barometer yang lebih sesuai untuk apa itu— menilai outcome kita, peruntukan yang kita belanja. Kalau tidak, selagi ada operasi ada jalankan tetaplah KPI tercapai. Bagi saya, itu tidak cukup rasional. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 030000 – Pengurusan Hutan dan Biodiversiti, 030200 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), 07100 – PERHILITAN.
Tuan Pengerusi, pada 23 Oktober 2025, di Dewan ini saya telah bangkitkan isu berkaitan gangguan monyet, babi hutan dan juga musang di Putrajaya. Saya juga cadangkan supaya kerajaan wujudkan pelan pengurusan hidupan liar di kawasan bandar khususnya di Putrajaya.
Saya juga cadangkan supaya satu pasukan khas ditubuhkan melibatkan Perbadanan Putrajaya, PERHILITAN dan agensi berkaitan untuk membincangkan pelan jangka masa segera, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang bagi menyelesaikan konflik antara hidupan liar dan manusia di Putrajaya ini.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi soalan saya, apakah telah ada sebarang tindakan diambil dalam konteks cadangan yang saya sebutkan tadi? Kerana apa? Kerana saya lihat keadaannya masih sama, Tuan Pengerusi.
Sebagai Ahli Parlimen, penat juga bawa isu yang sama di Dewan ini berkali- kali. Kami ada lima minit sahaja, tetapi disebabkan isu ini berlarutan sekian lama.
Kalau saya nak rekodkan di sini, gangguan monyet di Presint 6, 11, 15 dan 17. Ini kerap saya terima. Gangguan babi hutan di Presint 7, 9, 11, 15, 17 dan 18, musang– 11 dan 14, tak termasuk lagi hidupan liar yang lain termasuk ular. Dah berkali-kali disebutkan di sini, keadaannya masih sama.
Tujuan saya bangkitkan di sini berkali-kali adalah untuk memudahkan pihak kerajaan. Kalau perkara ini dibendung lebih awal sebelum keadaan semakin meruncing, ia nya jauh lebih mudah kerana Putrajaya ini tak besar dan haiwan ini pun bukannya berasal daripada kawasan tersebut, tetapi daripada hutan-hutan di sekitarnya, tetapi jika tindakannya okey, kita akan ambil tindakan, kita akan buat, sampai ke sudah tak akan selesai. Isu monyet naik sampai ke berbelas-belas tingkat, masuk rumah penduduk. Nampak mudah, tetapi kalau dibiarkan, kawasan ini kawasan padat, keadaannya akan jadi jauh lebih teruk dan meruncing.
Yang kedua Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang ramai yang sahabat-sahabat dah sebut, berkaitan dengan tiga ekor gajah, Dara, Amoi dan Kelat, D-A-K ini. Ramai dah bercerita panjang lebar berkaitan dengan isu ini.
Yang Berhormat Menteri pun kata nak bincang dengan pihak zoo untuk melihat sama ada boleh dibawa balik. Pihak Exco Kerajaan Negeri Perak pun telah
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
berjumpa dengan Perdana Menteri. Pihak Majlis Perbandaran Taiping kata, pihaknya boleh buat audit di zoo tersebut dan kita lihat laporan pakar menjelaskan macam- macam keadaan.
Dan, saya nak ceritakan, apakah isu utama di sini? Isu utama berkaitan dengan tiga ekor gajah ini adalah isu trust. Let’s be very transparent. Apa sebenarnya dalam perjanjian tersebut? Kerana saya dimaklumkan bahawa perjanjian ini telah disampaikan kepada pihak jawatankuasa di Parlimen dan sedang diteliti. Kenapa ambil masa lama sangat untuk teliti?
Be transparent, tunjukkan apa yang ada dalam perjanjian tersebut dan tunjukkan apakah langkah yang diambil. Kalau tidak, perkara ini akan berterusan.
Dia tak produktif untuk kerajaan untuk menangani isu ini secara piecemeal. Sekejap orang bising, baru nak bercakap. Sekejap orang bising, baru nak bercakap.
Be transparent, tunjukkan apa yang dibuat dan tunjukkan apa langkah- langkah yang berikutnya yang akan diambil oleh kerajaan. Jadi, saya rasa ini dah berlarutan sekian lama, dah sampai kepada tahap Menteri, dah sampai ke tahap Perdana Menteri, dah dibawa masuk ke dalam Dewan ini, apa solution-nya. Itu soalan saya.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 08100 – Pusat Pembangunan Produk Herba dan Butiran 08510 – Pembangunan Penyelidikan Sumber, Pengurusan dan Hasil. Tuan Pengerusi, bumi Malaysia ini, hutan-hutan Malaysia ini, biodiversiti Malaysia ini dikurniakan dengan pelbagai jenis pokok, pelbagai jenis tumbuhan herba.
Kalau kita tengok dalam konteks tumbuhan atau pokok herba ini, dia ada dua kumpulan. Satu memang dah ada kajian saintifik, menunjukkan kesan baiknya kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia atau pengguna.
Yang kedua, yang secara turun-temurun, digunakan secara tradisional, tetapi masih belum ada kajian saintifik yang mendalam. Apa yang kita lihat sekarang ini adalah bagaimana negara-negara lain menggunakan hasil hutan kita ini untuk mengeluarkan produk-produk suplemen kesihatan dan dipasarkan ke seluruh dunia dan secara keseluruhannya, produk suplemen kesihatan ini di seluruh dunia bernilai puluhan bilion dolar. Jadi, apa tindakan kita dalam konteks ini?
Kita ada banyak hasil hutan, hasil herba yang berkualiti tinggi, tetapi kita sekadar sembang sepertimana kita sembang dulu-dulu. Oh, tongkat ali, rebus air dan sebagainya, sedangkan dunia mengambil produk-produk ini melalui satu proses yang lebih mendalam secara saintifiknya, mengeluarkan berbagai-bagai produk,
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
termasuk produk untuk kegunaan atlet-atlet sukan dan mendapat manfaat yang banyak daripada produk yang asalnya di bumi kita ini. Sebab itu, saya mohon pihak kementerian untuk melihat bagaimanakah nak membangunkan industri hiliran berkaitan dengan produk-produk herba hutan Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Dipersilakan Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Tuan Pengerusi, Sabah mencatatkan 62.53 peratus liputan hutan, diikuti dengan Sarawak dengan 61.52 peratus berbanding dengan 54.4 peratus liputan hutan negara. Ini menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai pemegang taruh utama dalam sebarang perkara perundangan, dasar dan inisiatif yang berkaitan dengan perhutanan, perubahan iklim, kelestarian alam dan pasaran karbon negara.
Liputan luas— liputan hutan yang luas di Sabah ini sudah pastinya akan membantu komitmen Malaysia ke atas Paris Agreement dan United Nations Sustainable Development Goals. Dasar Pasaran Karbon telah dilancarkan pada April tahun ini. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan sejak dasar ini dilancarkan.
Saya juga ingin bertanya status semasa Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara. Adakah pandangan serta pendirian kerajaan Sabah selaku pemegang taruh utama telah diambil kira dalam proses pembuatan undang-undang ini?
Walaupun tanah dan perhutanan merupakan Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi kerana Malaysia mempunyai komitmen antarabangsa, maka sudah sewajarnya kementerian melihat kerjasama yang lebih baik, termasuk menambah dana Ecological Fiscal Transfer kepada Sabah sebagai insentif mensubsidi liputan hutan negara.
Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 020300 – Jabatan Mineral dan Geosains telah diperuntukkan sebanyak RM88.051 juta. Saya merakamkan penghargaan kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di atas inisiatif pembinaan telaga tiub dan sistem penapisan di beberapa daerah di Sabah, terutama yang belum mempunyai bekalan air terawat.
Saya mengalu-alukan kerjasama berterusan JMG dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dalam menjayakan inisiatif Program Bekalan Air
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Luar Bandar Alternatif di Sabah. Saya berharap lebih banyak dana dapat disalurkan bagi membina telaga tiub dan sistem penapisan di Sabah, termasuklah di kawasan yang saya wakili iaitu Penampang dan Kadamaian yang mempunyai kampung- kampung di perbukitan, yang belum mempunyai bekalan air terawat dan sentiasa atau selalu berhadapan dengan masalah bekalan air setiap kali musim kemarau.
Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 11800 – Kajian Geobencana Negara
(JMG) diperuntukkan sebanyak RM65 juta. Saya ingin bertanya, apakah kajian yang akan dilaksanakan di bawah peruntukan ini untuk Sabah dan adakah dapatan kajian akan dikongsikan dengan Kerajaan Sabah supaya langkah-langkah pengurusan risiko bencana dapat diambil.
Di bawah Butiran 12300 – Pemulihan Tanah Bekas Lombong dan Kuari
(JMG) diperuntukkan sebanyak RM571,600. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah usaha proaktif kementerian untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sabah bagi memulihkan bekas lombong tembaga di Mamut, Ranau supaya dapat dibangunkan menjadi tempat yang produktif kepada ekonomi Sabah.
Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 10804 – Projek Heart of Borneo Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM411,000. Saya mengalu-alukan komitmen berterusan kementerian dalam melestarikan projek ini. Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan agar kementerian juga mengambil inisiatif baharu, sekali gus memperuntukkan dana tahunan bagi menyokong atau bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri bagi melestarikan kawasan hutan dan geopark yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa seperti Kinabalu UNESCO Global Geopark dan juga boleh dimasukkan Banjaran Crocker, Penampang, Keningau.
Tuan Pengerusi, Kerajaan Sabah akan melancarkan Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat yang bertemakan eco-friendly industrial park, community integration dan green technology yang bersempadan dengan Taman Marin Tun Mustapha. Manakala, di Taman Perindustrian POIC Lahad Datu juga bersempadan dengan kawasan perhutanan paya bakau yang besar, yang menjadi sebahagian daripada ekosistemnya. Saya ingin bertanya, apakah peranan dan sumbangan kementerian dalam usaha menjayakan pembangunan perindustrian yang dalam masa yang sama memerlukan pemeliharaan taman dan perhutanan di sekitarnya.
Tuan Pengerusi, saya berharap sekiranya tidak sempat dijawab semuanya dalam penggulungan memandangkan ramai yang telah berbahas, setidak-tidaknya dapat diberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Pembahas yang terakhir, dipersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2027, Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Tuan Pengerusi, pertama, Butiran 050600 – Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar. Persoalannya, apakah bentuk bantuan yang bakal disalurkan? Adakah ia dalam bentuk wang tunai, bahan binaan ataupun bayaran terus berdasarkan penilaian kerugian? Oleh itu, mohon kementerian memperincikan syarat kelayakan, had maksimum bantuan, kaedah penaksiran dan tempat kelulusan selepas permohonan lengkap diterima.
Seterusnya, adakah skim ini meliputi Wilayah Sabah? Sekiranya pelaksanaannya terbatas kepada bidang kuasa PERHILITAN di Semenanjung, apakah pula mekanisme bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah supaya penduduk di sana turut mendapat perlindungan yang setara? Bukan itu sahaja, saya turut meminta penjelasan sama ada kerugian ternakan turut diliputi dan bagaimana tuntutan masyarakat di kawasan pedalaman dapat dipermudahkan?
Tuan Pengerusi, kedua, Butiran 10803 – Program Pembangunan Mampan Sumber Hutan Sabah. Saya memohon pecahan terperinci mengikut lokasi, komponen dan penerima manfaat. Secara spesifiknya, berapakah bahagian yang akan dikhususkan untuk menyokong pemulihan koridor hidupan liar dan kawasan riparian di Kinabatangan?
Selain itu, perlu difahami bahawa koridor hutan yang terputus inilah yang menjadi punca utama meningkatnya pertembungan antara manusia dengan hidupan liar. Oleh yang demikian, usaha pemulihan hutan mesti disertai dengan rundingan yang inklusif bersama kerajaan negeri, pengusaha ladang dan masyarakat kampung.
Seterusnya, apakah sasaran keluasan pemulihan, kesinambungan koridor dan unjuran pengurangan insiden konflik yang disasarkan pada tahun 2027.
Tuan Pengerusi, ketiga, Butiran 07200 – Pengawalseliaan Alam Sekitar.
Apakah bentuk pengukuhan pemantauan pencemaran sungai yang telah dirancang khusus untuk Sabah? Berapakah jumlah pemeriksaan, kompaun, pendakwaan dan
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
arahan pemulihan berkaitan aktiviti perladangan di Kinabatangan bagi tahun 2022 hingga 2026?
Pada masa yang sama, mohon diperjelaskan garis pemisah tindakan di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS) dengan tindakan agensi negeri, termasuk Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah. Hal ini amat penting diselaraskan supaya aduan mengenai pencemaran, hakisan dan pencerobohan tebing sungai tidak terus berlarutan akibat pertindihan tanggungjawab dan juga birokrasi.
Tuan Pengerusi, keempat, Butiran 11800 – Kajian Geobencana Negara.
Daripada RM65 juta yang diperuntukkan, berapakah bahagian yang akan disalurkan untuk pemetaan bahaya geologi di Sabah khususnya di Kuamut dan juga di Kinabatangan? Apakah rancangan konkrit Jabatan Mineral dan Geosains untuk mengenal pasti sesar bumi, cerun berisiko dan kawasan yang memerlukan penilaian lanjut?
Dari sudut tadbir urus risiko, data primer yang dihasilkan oleh JMG ini perlu diintegrasikan secara rentas agensi bersama pihak berkuasa tempatan serta kontraktor pelaksana. Langkah ini amat kritikal memandangkan jajaran Fasa 1B Lebuh Raya Pan Borneo Sabah kini sedang rancak dibina merentasi kawasan Parlimen Kinabatangan. Integrasi data geobencana ini penting bagi memastikan aktiviti pemotongan cerun dan pengalihan tanah tidak mencetuskan risiko kegagalan cerun atau tanah runtuh berskala besar sekali gus menjamin keselamatan tempatan penduduk kampung di pedalaman.
Tuan Pengerusi, kelima, Butiran 07301 – Pembangunan Dasar-dasar Berkaitan Perubahan Iklim dan Obligasi Pelaporan di bawah UNFCCC.
Bagaimanakah peruntukan RM400,000 ini dapat menyokong penyelarasan dasar iklim antara peringkat Persekutuan dengan Wilayah Sabah? Saya meminta jaminan bahawa penggubalan perundangan dan mekanisme perdagangan karbon akan mengambil kira bidang kuasa negeri, hak tanah dan kepentingan masyarakat tempatan. Justeru, apakah saluran rundingan dan kaedah perkongsian manfaat yang dicadangkan oleh pihak kementerian?
Tuan Pengerusi, keenam dan terakhir, Butiran 08100 – Pusat Pembangunan Produk Herba. Kita melihat peruntukan ini meningkat dengan begitu ketara daripada RM450,000 kepada RM3.377 juta. Oleh itu, seiring dengan peningkatan dana ini, apakah komponen pembangunan yang dibiayai dan apakah hasil terukur yang dijanjikan termasuk produk yang dikomersialkan, usahawan yang dibimbing dan
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
peluang penyertaan bagi pengusaha di Sabah? Lebih penting lagi, sekiranya pengetahuan tradisional digunakan, apakah bentuk perlindungan dan perkongsian manfaat yang adil untuk komuniti asal Sabah?
Tuan Pengerusi, mengakhiri ucapan, Kinabatangan mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan.
Sebelum saya memanggil Menteri untuk menjawab, sebagai ingatan, Yang Berhormat Menteri boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini bagi memastikan masa itu diikuti.
Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan bolehlah diberi jawapan secara bertulis. Kepada Menteri yang telah memberi komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan, maka ia perlu diberikan dalam tempoh lima hari kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.
Dengan ini, dipersilakan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab. 30 minit.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Terima kasih di atas panduan yang telah diberikan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan kesemua 24 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan mengemukakan cadangan serta input-input yang berharga kepada kementerian ini dalam meluluskan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa pada petang ini.
Memandangkan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat agak banyak dan masa yang diberikan oleh Tuan Pengerusi adalah terhad, maka saya tidak akan menjawab isu-isu yang berkaitan dasar yang telah pun dijawab semasa sesi penggulungan peringkat dasar oleh Yang Berhormat Menteri. Saya juga akan memberikan keutamaan kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Yang Berhormat yang masih lagi berada di dalam Dewan pada petang ini. Tak semua ada ini, tapi saya akan― yang masih ada dalam Dewan petang ini.
Tuan Pengerusi, dengan izin, saya akan meneruskan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 di Peringkat Jawatankuasa bagi Maksud Bekalan dan Maksud Pembangunan 23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dengan memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan.
Ada beberapa isu yang menjadi trending di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertama, saya ingin sentuh berkenaan dengan isu konflik antara manusia dan hidupan liar dan ini mendapat perhatian oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya terlebih dahulu amat-amat menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap isu ini khususnya yang berkaitan dengan keselamatan penduduk, kerosakan harta benda serta kerugian tanaman akibat daripada konflik hidupan liar.
Ini adalah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, antaranya Yang Berhormat Bentong, Kubang Kerian, Lubok Antu, Gerik― Gerik ada― Simpang Renggam, Jeli, YB Mersing, Jerantut, Kuala Langat, Kinabatangan. Jadi, maksudnya ramailah. Walaupun ada yang tidak hadir, tetapi kita ambil kira kehadiran Ahli Yang Berhormat Justeru, saya ingin jelaskan sedikit berkenaan dengan inisiatif khususnya Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman ataupun BKHT. Kerajaan melalui PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Sarawak Forestry Corporation telah melaksanakan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar ini sejak tahun 2024 untuk kita meringankan beban rakyat yang mengalami kerugian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, BKHT merupakan bantuan kewangan secara one-off dan bukannya berbentuk pampasan. Tadi YB Gerik sebut ini pampasan. Dia bukan pampasan sebenarnya, tetapi dia sebenarnya adalah satu bantuan kewangan secara one-off yang bukan berbentuk pampasan atau ganti rugi.
Kita berikan kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan harta benda serta kemusnahan tanaman akibat daripada serangan hidupan liar tertakluk kepada permohonan dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Kumpulan sasar yang layak memohon bantuan ini terdiri daripada warganegara Malaysia daripada kalangan penduduk kampung, komuniti setempat,
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
pekebun kecil, petani, nelayan, nelayan darat dan penternak yang tidak menerima bantuan di bawah skim berkaitan di peringkat Persekutuan ataupun negeri.
Bagaimanakah mekanisme penilaian dan penentuan kadar bantuan? Dari aspek penentuan kadar bantuan, penilaian kerugian dilaksanakan oleh 11 agensi teknikal yang ditetapkan berdasarkan SOP BKHT yang sedang berkuasa. Dia ada kategori dia dan ada tahap kerugian yang dialami oleh pemohon.
Bagi kategori tanaman makanan, tanaman industri dan komoditi yang bernilai tinggi termasuk tanaman fertigasi, penilaian mengambil kira faktor seperti bilangan dan umur pokok yang terjejas, keluasan kawasan tanaman yang mengalami kerosakan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Jumlah bantuan yang diluluskan adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada dan pertimbangan jawatankuasa penilai BKHT. Bagi proses permohonan BKHT yang lengkap dan memenuhi syarat yang diterima, jangka masa penyelesaian permohonan adalah di antara 44 hingga 72 hari.
Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan membuat semakan semula SOP supaya proses kelulusan ini dapat dipercepatkan di masa hadapan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses SOP ini sebenarnya dikaji semula atau pun disemak setiap tahun. Jadi, apabila ada aduan, ada cadangan supaya ia dipercepatkan, maka saya kira ini boleh diambil kira oleh pihak jawatankuasa untuk tahun 2027 akan datang.
Perkara ini akan disemak semula pada Januari tahun 2027 supaya kita boleh percepatkan proses. Maksudnya, kalau sehingga 72 hari, mungkin boleh dicepatkan lagi untuk kita memberikan satu jaminan kepada mereka yang menanggung kerugian.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sikit saja.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Okey.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Kebetulan sudah masuk dalam bab pampasan ataupun perkara-perkara yang melibatkan konflik manusia dengan binatang liar ini. Saya telah sebutkan dalam ucapan saya tadi bahawa di kawasan saya baru berlaku satu insiden serangan buaya yang mengakibatkan kematian seorang budak berusia sembilan tahun semalam.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Jadi, adakah ini juga tergolong dalam kategori yang boleh dibantu melalui— apa nama, bantuan yang berada di bawah NRES atau pun mana-mana agensi kerajaan yang ada? Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Ya, terima kasih Kudat. Saya belum sampai situ lagi tapi saya akan ambil kira pandangan atau pun perkembangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kudat tadi, terutamanya kepada yang meninggal, kita ucap takziah, tapi kita juga akan buat semakanlah dengan pihak Sabah ya. Di Sabah untuk mendapatkan perkembangan yang lebih terkini dan juga lebih terperinci.
Dato’ Pengerusi, saya ingin sambung tadi tentang prestasi pelaksanaan dan penyaluran BKHT. Bagi tempoh 2024 hingga 2026, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM12.7 juta untuk pelaksanaan BKHT. Sehingga September 2026, seramai 740 pemohon telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan RM3.6 juta dengan perincian seperti berikut.
2024, 246 penerima, jumlah bantuan RM987,000.00. 2025, 314 penerima, jumlah bantuan RM1.497 juta. Sehingga September 2026, 180 penerima, jumlah bantuan RM1.2 juta. Secara khususnya bagi negeri Pahang, jumlah kerugian yang dilaporkan RM1.3 juta, manakala di negeri Perak sebanyak RM696,000.00.
Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah menyalurkan bantuan BKHT sebanyak RM197,000.00 kepada pemohon di Pahang dan RM100,000.00 di Perak.
Maknanya, yang dilaporkan kerugian kalau di Perak secara khusus untuk YB Gerik tadi memohon sebanyak RM696,000.00, tetapi yang diberi adalah sebanyak RM100,000.00 di Perak.
Sementara itu bagi negeri Kelantan, sejumlah RM416,000.00 bantuan BKHT telah disalurkan kepada pemohon yang layak bagi Daerah Jeli tahun ini, khususnya permohonan yang diterima sedang dalam proses pertimbangan kelulusan. Kalau ada bantuan, ada maklumat, nanti saya akan salurkan kepada Yang Berhormat.
Penyaluran bantuan BKHT dilaksanakan melalui kaedah EFT- electronic funds transfer kepada pemohon yang telah disahkan dan mendapat kelulusan jawatankuasa. Saya nak jelaskan sedikit. Apabila kita sebut tentang bantuan kerugian harta benda dan ternakan, bantuan ini adalah bantuan untuk meringankan beban. Sebenarnya yang lebih penting juga, yang tidak kurang pentingnya adalah untuk kita melihat kepada punca konflik. Dan itulah banyak perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Untuk kita menangani kerugian ini, sekiranya kita tidak menangani, kita tidak mengatasi punca, maka selagi itulah maka kerugian bantuan ini tidak mencukupi.
Dan itulah perkara yang telah dibangkitkan oleh banyak Ahli-ahli Yang Berhormat.
Maknanya, kalau kita tengok, pastikan memang bantuan ini telah meningkat pada setiap tahun, Dato’ Pengerusi. Setiap tahun meningkat.
Daripada dulu, RM1 juta, RM1.2 juta, sehingga yang akan datang ini untuk Bajet 2027 ialah RM1.8 juta. Jadi, memang ada peningkatan, tetapi adakah ia mencukupi? Sampai bila pun tidak akan mencukupi kalau kita tidak dapat menangani konflik ini dengan lebih tuntas ataupun dengan lebih— cara penyelesaian yang lebih baik.
Sebab itu - walaupun begitu, saya ambil cakna bahawa kita mesti ada kerjasama rapat di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Kerana antara punca konflik ini juga adalah kerana perubahan guna tanah di peringkat negeri yang mengakibatkan berlakunya pencerobohan dan konflik-konflik yang tidak kunjung akhir atau pun tidak kunjung habis.
Perkara ini memerlukan kerjasama rapat dan pemantauan rapat supaya penggunaan guna tanah dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan, sama ada oleh Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri. Ahli Yang Berhormat, pada masa yang sama, kita juga ada bantuan mangsa serangan hidupan liar. Yang ini kita sediakan insentif bagi meringankan beban mangsa yang mengalami kecederaan atau pun waris mangsa yang kehilangan nyawa akibat daripada serangan hidupan liar.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, melalui keputusan Jemaah Menteri pada 26 Mac 2025, pengurusan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas di bawah JKM, KPWKM telah dipindahkan kepada NRES dan dijenamakan semula sebagai Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar yang diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN.
Bagi tahun 2026, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300,000.00 bagi pelaksanaan BMH. Sehingga September 2026, seramai 145 penerima telah mendapat manfaat dengan jumlah bantuan sebanyak RM145,800.00, tertakluk kepada permohonan dan syarat kelayakan yang ditetapkan.
Benar, ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal untuk kita memberi segala jenis bantuan. Mudah saja ianya kerana kita untuk mengelakkan juga masalah disalah guna atau pun ada yang mengambil kesempatan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Jadi oleh sebab itu, syarat-syaratnya agak penting. Contohnya, itu tanah sendiri, itu adalah kebun sendiri, bukan kebun orang, bukan tanah orang. Ini perkara- perkara yang lazim dilakukan. Jadi, syarat-syarat ini adalah penting dilaksanakan oleh agensi-agensi teknikal buat pemantauan dan kemudian, melakukan proses untuk melihat pemberian itu disampaikan kepada mangsa.
Dato’ Pengerusi, pihak YB Gerik ada cadangkan supaya kerajaan memperkukuh usaha menangani konflik antara manusia dan hidupan liar melalui pembangunan pelan induk hidupan liar yang komprehensif.
Untuk makluman Yang Berhormat, Daerah Gerik merupakan sebahagian daripada landskap Hutan Belum Temenggor yang mempunyai kepentingan strategik dalam pemeliharaan biodiversiti negara. Khususnya sebagai habitat kepada pelbagai spesies hidupan liar seperti gajah, harimau belang, tapir dan juga beruang matahari.
Sehubungan itu, kerajaan melalui pelaksanaan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine 2022, terus memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan habitat serta kesinambungan koridor pergerakan hidupan liar.
Bagi kawasan Gerik dan Hulu Perak, ada tiga rangkaian ekologi utama yang telah dikenal pasti iaitu pertama, Hutan Simpan Temenggor, Hutan Simpan Aman Jaya, Hutan Simpan Belum. Yang kedua, Hutan Simpan Padang Chong, Hutan Simpan Sungai Kuak, Hutan Simpan Lapang Neniring. Dan yang ketiga, Hutan Simpan Belukar Semang, Hutan Simpan Kenderong dan Hutan Simpan Bintang Hijau.
Pelaksanaan inisiatif ini memberikan tumpuan kepada perlindungan kawasan hutan simpanan kekal, pemuliharaan kawasan hutan yang terosot serta penanaman spesies pokok hutan, khususnya pokok buah-buahan yang menjadi sumber makanan semula jadi hidupan liar. Usaha ini bertujuan meningkatkan kualiti habitat, mengekalkan kesinambungan koridor ekologi dan mengurangkan risiko konflik antara manusia dengan hidupan liar.
Dalam hubungan ini, penyelarasan turut dilaksanakan antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan PERHILITAN dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan akan terus memperkukuh pelaksanaan pelan induk tersebut melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memastikan kelestarian habitat dan memelihara biodiversiti, di samping mengurangkan konflik antara manusia dengan hidupan liar.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Jadi, inilah antara perkara-perkara yang kita nak kena lakukan dengan lebih mendalam, ambil langkah-langkah jangka masa panjang, jangka masa pertengahan dan jangka masa pendek.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Kalau misalnya contoh kita sebut tentang konflik monyet, kera dan sebagainya. Jangka masa pendek mungkin sediakan sangkar dan sebagainya, tetapi itu tidak memadai. Jadi, jangka masa pertengahan ialah untuk adanya usaha-usaha menjaga habitat.
Di samping juga untuk kita melihat dari segi apakah habitat ini sesuai dengan keadaan suasana, pemakanan, tempat makannya dan sebagainya dan akhirnya kajian-kajian itu dibuat untuk memberikan kita jangka masa panjang. Laluan utama untuk kita menyelesaikan masalah konflik antara manusia dan juga haiwan liar.
Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri. Okey. Saya ada nak rewind sikit berkenaan dengan BKHT tadi. BKHT tadi kalau ikutkan memang berlaku masalah apabila dikatakan tanah bukan hak milik, kemudian dia ada pula dah dapat bantuan daripada tempat lain, kemudian tak dapat. Macam-macamlah aduan yang saya terima, tapi saya nak tahu juga. Kalau tanah tu dipajak, ada perjanjian dan sebagainya, dia tak boleh ambil kira ke? Ke mesti geran juga, atas nama geran juga ke macam mana? Sebab kita kena ambil kelonggaran juga sebab zaman sekarang ini macam-macam kaedah kan. Ada pajakan tanah dan sebagainya.
Yang keduanya, berkenaan dengan hidupan liar tadi itu. Program-program kerajaan perlu ada wakil orang tempatan sebenarnya. Sebab orang tempatan ini boleh katakan tak tahu. Contohnya program besar-besar macam SPINE dan sebagainya tadi kan. Bila tiada wakil daripada penduduk tempatan sendiri, pilihlah siapa yang sepatutnya berada dalam Itu. Dia jadi maklumat tak sampai dan bagi penduduk macam tindakan tu lambat ataupun tak berkesan, macam itulah. Kerana isu gajah dan harimau ini sangat kerap. Dah masuk kawasan kampung. Benda ni sangat bahaya, bagi saya sangat bahaya. Jadi, minta pandangan Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri, tambahan [Tidak jelas] Sikit Menteri, boleh?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Tak bahas tadi, kan?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sekali isu...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Saya tak benarkan. Saya nak bagi yang bahas untuk jawab soalan-soalan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebab berkait dengan kera tadi tu.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Tak, tak. Saya tak benarkan. Minta maaf sebab saya nak bagi keadilan kepada mereka yang berbahas. Minta maaf, Hulu Terengganu ya. Baik.
Gerik. Soalan tadi, tambahan pencelahan tu. Ya lah, betul. Saya rasa dari segi BKHT kalau misalnya kita memberikan ruang itu, kita mempunyai masalah dari segi apakah kriteria utama yang digunakan. Dalam konteks ini, dia mestilah berbentuk dokumen ataupun perjanjian pemilik. Jadi oleh kerana itu, ianya berdasarkan kepada dokumen, bukan hanya ada pertukaran dan sebagainya, tetapi mesti berasaskan kepada bukti yang jelas.
Berkaitan dengan wakil tempatan, saya setuju. Bagi saya apa-apa program yang dilaksanakan oleh pihak kementerian mesti melibatkan wakil-wakil. Cuma, wakil ini kita kena tetapkanlah apakah dalam bentuk wakil daerah ataupun dalam bentuk wakil komuniti. Ini mesti ada satu perancangan yang dibuat supaya melibatkan ramai.
Apa pun dari segi contohnya kalau konflik di antara hidupan liar dan manusia, sebenarnya memang ada— sudah ada komuniti pelindung hidupan liar yang telah pun diwujudkan di Kluang iaitu sebagai projek perintis di Kluang. Dan saya telah juga jawab sebelum ini, kita boleh laksanakan ini di tempat-tempat yang lain termasuk di Gerik ataupun di tempat-tempat lain, ataupun di Putrajaya. Supaya mereka ini ada satu kata dualah untuk terlibat dan melihat sendiri perkembangan-perkembangan baru.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas jawapan panjang berkaitan dengan konflik haiwan dan manusia ini. Dan saya dengar penjelasan ini, kalau kita tengok isunya, kalau di kawasan-kawasan hutan simpan ni dia lebih kompleks.
Dengan gajah, dengan rimau, macam-macam, tapi dalam konteks bandar macam Putrajaya ini, ia nya nak kata habitatnya memang semak-semak samun di kawasan sekitar yang telah memang digazetkan untuk pembangunan, yang telah diadakan pembangunan. Jadi, haiwan-haiwan ini dia akan pusing ikut tempat itu jer. Very— tempat yang agak compact, agak kecil.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi, sebab itu saya sentiasa tekankan kerajaan perlu mengambil peluang untuk menyelesaikan isu ini lebih awal di tempat-tempat sebegini. Kalau monyet tu duduk situ, kut mana pun dia pusing situ saja. Kalau babi tu duduk situ, memang kawasan situ, semak sini, semak sini, tetapi isunya semakin hari semakin membiak, semakin banyak. Jadi, saya khuatir. Kalau duduk main tak apa, kami tangkap pakai sangkar dan sebagainya takkan selesai. Kalau kerajaan boleh sepertimana saya sebut, duduk, buat taskforce, tengok macam mana nak selesaikan, insya-Allah perkara ini boleh diselesaikan sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Itu satu, Yang Berhormat Menteri ya.
Yang kedua tadi, saya dengar sahabat-sahabat lain yang tinggal ataupun kawasan-kawasan yang ada hutan simpan dan sebagainya ini. Setakat mana kerajaan menggunakan pendekatan buffer zone untuk menyediakan makanan untuk haiwan-haiwan liar ini sebelum dia boleh masuk ke kawasan-kawasan tempat tinggal?
Maknanya buffer zone bekalan makanan ini mestinya— semestinya luas.
Dan saya tahu di Sabah telah dilaksanakan, ia nya berkesan. Jadi, di Semenanjung ini apakah pendekatan menyediakan buffer zone yang agak luas ini supaya akhirnya tidak sempat sampai ke kawasan penduduk? Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada soalan berkaitan. Boleh ke, ya? Saya nak minta pandangan dan juga mungkin penjelasan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Ya, sila Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Beberapa, tahun 20— boleh ya?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Saya banyak lagi isu ni, tetapi ringkas, ringkas.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, baik. Nak tahu perkembangan Projek Santuari Gajah yang diumumkan oleh NRES 2024 dulu di Hutan Simpan di Pedu dan juga Hutan Simpan di Gerik.
Jadi, apakah status projek santuari ini dan juga adakah juga dilihat ada keperluan untuk membina pusat konservasi gajah di sebelah utara? Sekarang ini hanya ada di Pahang. Kes pemindahan gajah ini sangat ketara termasuk daerah saya di Sik. Hampir setiap tahun perlu ada pemindahan. Dan bila datang pegawai- pegawai daripada Kuala Gandah di Pahang tu, kosnya sangat tinggi dan sebagainya.
Jadi, adakah juga perlu dilihat secara serius oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih, Sik. Terima kasih, Putrajaya tadi. Saya akan cuba jawab nanti secara bertulis juga, tapi secara umumnya, sebab kalau kita lihat dari segi konflik ini, dia benar ada perbezaan di antara konflik bandar dan luar bandar. Dan saya ada pengalaman sikit apabila saya melihat konflik ini di bandar iaitu di Pulau Pinang.
Saya melihat satu projek yang dilaksanakan oleh sebuah NGO, melaksanakan kajian saintifik selama enam bulan di kawasan Batu Feringghi dan Pulau Pinang. Dan mereka buat kajian itu bukan maknanya berdasarkan kepada akal semata-mata. Maknanya berdasarkan kepada pemerhatian berbulan-bulan. Habitat makan mereka, apa makanan mereka, di mana tempat tinggal mereka.
Maksudnya, untuk kita menangani perkara ini dengan lebih tuntas, sebenarnya kita kena faham habitat. Mana-mana pun. Sama ada gajah, harimau, kera, monyet, lebih-lebih lagi manusia. Jadi, bermakna kita perlu tahu. Dan di projek di Pulau Pinang ini, apa yang mereka laksanakan adalah rupanya ada pemisahan di antara tempat tinggal kera ini dengan tempat makan dia dan mereka terpaksa lalu jalan yang mengakibatkan banyaknya roadkill. Dan oleh kerana itu, mereka cari jalan lain. Dan malangnya, ada di kalangan rakyat kita yang bagi makan pula lagi kepada kera dan mengakibatkan diet mereka berubah dan mereka mula menceroboh kepada kawasan-kawasan rakyat sendiri.
Jadi, penyelesaian mudah, canopy bridge dilakukan beberapa tempat dan camera trap di pasang. Ia berlaku pergerakan kera dan sebagainya daripada tempat habitat mereka untuk dapatkan makanan. Roadkill selesai, pembiakan, pencerobohan makin kurang. Itu satu kaedah yang mungkin kita boleh laksanakan di peringkat bandar, di mana-mana yang kawasan-kawasan bandar yang lain, tetapi saya pun fikir bahawa kita perlu ada juga buffer zone yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi supaya banyak— dia sebenarnya daripada kawasan hutan simpan kita ini. Dia sebenarnya memang bersebelahan dengan kampung. Hutan simpan ini datang dulu, kampung datang kemudian.
Jadi, begitu juga di— saya tahu YB Jerantut bangkitkan sebelum ini kawasan Kampung Gol yang telah pun dibangkitkan semasa sesi Kamar Khas. Jadi, dia bersebelahan. Dia memang laluan gajah. Laluan binatang. Jadi, susah untuk kita nak mengelak daripada berlakunya konflik. Apa pun, saya nak ringkaskan bahawa sebenarnya dari segi bantuan ataupun konflik ini, dia agak penting untuk kita memahami bahawa ianya adalah perlunya satu coexistence-lah di antara dua pihak.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Santuari gajah, Yang Berhormat Sik tadi tak bangkitkan masa bahas tapi saya faham. Santuari gajah sebenarnya sudah ada di Johor. Johor Santuary. Elephant Sanctuary di Johor, tapi di Perak akan ada satu lagi, YB Gerik tahu. Boleh tanya YB Gerik, tapi insya-Allah ini juga akan membantu untuk kita laksanakan satu kaedah menangani konflik.
Baik, saya perlu pergi kepada tajuk-tajuk yang lain, Tuan Pengerusi. Ada enam minit. Saya nak sentuh pergi kepada yang banyak disentuh tadi berkenaan dengan RUUPIN. YB Simpang Renggam ada sini, ada beberapa soalan tadi berkenaan RUUPIN. Walaupun perkara ini dia terkait sebenarnya dengan dasar, tetapi elok diperjelaskan sekali lagi di sini berkenaan dengan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara dan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Perubahan Iklim Negara ataupun RUU Iklim.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Pada 15 Julai 2026, NRES telah bentangkan kepada memorandum kepada Jemaah Menteri berhubung cadangan rang undang-udang ini, kedua-duanya untuk mendapat persetujuan bagi membentangkannya di Parlimen.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jemaah Menteri setuju supaya NRES meneruskan sesi libat urus dan penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sehingga mencapai konsensus bersama sebelum kedua-dua RUU tersebut dibentangkan di Parlimen.
Susulan itu, NRES telah melaksanakan empat sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Sarawak antara Ogos hingga Oktober 2026. Manakala sesi libat urus lanjut termasuk bersama Kerajaan Negeri Sabah ya, YB Penampang tanya tadi akan diteruskan pada tahun 2027.
Jadi melihatkan bahawa kita masih lagi mempunyai cabaranlah untuk mendapatkan persetujuan, tetapi saya harap saya jangkakan setelah selesainya libat urus dengan cara yang baik bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah, kita boleh membentangkannya pada sesi ataupun sidang yang akan datang, insya- Allah.
Pendekatan ini penting Yang Berhormat sekalian, sebab kalau tanpa kerangka perundangan ini, kita tak dapat nak ada satu tatakelola cara kita nak menguruskan perubahan iklim di negara kita termasuklah ramai tadi Yang Berhormat sebut tentang Dasar Pasaran Karbon yang penting. Dasar Pasaran Karbon
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Kebangsaan ini telah pun diluluskan pada April tahun ini dan akan dilaksanakan pada tahun depan. Jadi perkara ini penting. Kalau kita tidak ada tatakelola ini, kita ada dasar memadai, tetapi tidak cukup kuat untuk kita kekalkan ataupun kita nak pastikan adanya pemetaan, pematuhan, adanya registry, cara pengukuran karbon yang lebih tepat dan lebih bernilai tinggi.
Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh YB Kuala Nerus dan juga Yang Berhormat Tumpat mengenai sejauh manakah keberkesanan projek-projek teknologi hijau pada masa kini. Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi tahun 2027 untuk Pembangunan Dokumen Teknikal dan Infrastruktur sokongan bagi pelaksanaan RUUPIN dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.
Pelaksanaan projek ini merangkumi pembangunan garis panduan (MRV), pemantauan, pelaporan dan pengesahan pelepasan gas rumah hijau bagi sektor ekonomi terjadual.
Pembangunan Dokumen Teknikal akan membantu pihak industri untuk meningkatkan persediaan dan keupayaan untuk mematuhi keperluan perundangan perubahan iklim khususnya yang berkaitan dengan pengurusan dan pelaporan pelepasan gas rumah hijau, pelaksanaan mekanisme pasaran karbon serta pematuhan kepada instrumen harga karbon.
Dan inisiatif ini secara tidak langsung berpotensi untuk memberi manfaat kepada PBT, IKS dan komuniti melalui peningkatan pengetahuan dan keupayaan teknikal, penerokaan peluang pelaksanaan teknologi rendah karbon, pembangunan projek karbon serta peluang ekonomi hijau. Sila Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah bila kita tengok di beberapa negeri ada yang advance mengenai perundangan teknologi hijau dan juga carbon credit, tapi ada negeri yang mungkin terkebelakang.
Jadi apakah penyelarasan yang akan dibuat oleh pihak kementerian bagi memastikan kesemua negeri ini bergerak serentak kerana kita tahu ini berada di bawah kuasa negeri dan juga kuasa pusat.
Jadi, kalau boleh dapat bergerak bersama kerana ini adalah masa depan yang penting untuk negara. Mohon pandangan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Setuju, maksudnya mesti ada penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Dalam konteks ini sebenarnya kita dah ada Dasar Perubahan Iklim Negara ataupun Majlis Perubahan Iklim Negara.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Di sinilah letaknya penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri kerana kita ada Dasar Perubahan Iklim, kita ada Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan insya-Allah kita akan ada Rang Undang-udang Perubahan Iklim. Maka penyelarasan itu boleh berlaku di peringkat Majlis.
Puan Pengerusi, masa dah singkat. Saya nak pergi satu perkara yang saya rasa sangat penting ialah berkenaan dengan tahap kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi fenomena El Nino. Perkara ini telah banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Timbalan Menteri, sebelum itu satu soalan jer, ringkas jer. Saya dapat, satu jer.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Okey.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Saya nak tanya ni berkenaan dengan mungkin ada kaitan juga dengan hidupan liar fasal gajahlah, tentang gajah. Saya dapat banyak aduan juga daripada sosial media. Pertanyaan kita nak tanya sebab ini hari tu Menteri ada bercadang untuk membawa pulang ketiga-tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat daripada Zoo Taiping yang dihantar ke Japan. Kita nak tahu juga apa statusnya?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Saya akan cuba jawab kalau ada masa nanti hujung, tapi saya nak bagi keutamaan kepada beberapa isu yang mendesak lagi ni yang berkaitan dengan kesiapsiagaan kerajaan, fenomena El Nino, jerebu, tadi banyak dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Banyak tadi dibangkitkan, betul, tetapi saya rasa ini juga banyak dibangkitkan. Jadi Tuan Pengerusi, saya ada masa...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Ringkaskan eh, boleh bagi tambahan lima minit?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dua minit.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Dua minit, baik terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Baik, untuk menghadapi fenomena El Nino yang semakin menggugat, NRES melalui METMalaysia terus memperkukuhkan Sistem Pemantauan dan Amaran Awal secara berterusan 24 jam sehari, 7 hari seminggu kita manfaatkan data meteorologi, imej satelit radar cuaca serta model ramalan cuaca dan iklim.
Jadi ada banyak langkah kesiapsiagaan yang dilaksanakan termasuk menyediakan ramalan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut melalui Fire Danger Rating System sehingga 7 hari ke hadapan menggunakan model Malaysia
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Community Multiscale Air Quality (MyCMAQ) dan kita juga melaksanakan operasi pembenihan awan dengan kerjasama NADMA, TUDM dan lain-lain.
Pengukuhan sistem amaran awal ini adalah early warning system. Kita ada 18 radar cuaca di seluruh negara. Kita juga akan meningkatkan keupayaan ramalan melalui sistem Radar Integrated Nowcasting System (RaINS) dan Numerical Weather Prediction. Penambahbaikan ini turut melibatkan penggunaan teknologi perkomputeran berprestasi tinggi, kecerdasan buatan dan analitik data raya.
Di bawah RMK13, kerajaan telah memperuntukkan RM56.48 juta untuk enam projek yang merangkumi pembangunan dan penaiktarafan radar cuaca, stesen pencerapan cuaca automatik, sistem ramalan cuaca numerical serta pemodenan infrastruktur ICT METMalaysia.
Sebagai akhirnya, sebagaimana yang saya sebut tadi kalau ada yang tidak sempat saya jawab, saya akan jawab secara bertulis Tuan Pengerusi.
Jadi saya ingin menutup dengan kata-kata yang berikut iaitu saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua pihak, semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas. Saya tahu saya juga dulu pun berbahas, tak puas hati bila tak dapat jawapan. Jangan risau insya-Allah semua telah dicatatkan dan kita akan berikan jawapan secara bertulis pada waktu yang telah ditetapkan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini Tuan Pengerusi untuk menekankan bahawa bumi dan segala khazanah ini adalah amanah yang dipertanggungjawab kepada kita untuk diurus dengan penuh hikmah dan tanggungjawab. Jadi sebagai khalifah di muka bumi, kita bukan saja bertanggungjawab menikmati nikmat pembangunan pada hari ini, tapi kita juga pikul amanah untuk pastikan generasi akan datang mewarisi alam sekitar yang sihat, sumber asli yang terpelihara dan sebuah negara yang lebih mampan serta berdaya tahan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,598,804,000 untuk Kepala B.23 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.23 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.23 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.23 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.64 dan Kepala Pembangunan P.64 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut; YB Raub, YB Arau, YB Putatan, YB Masjid Tanah, YB Kota Belud, YB Pengkalan Chepa, YB Pasir Gudang, YB Maran, YB Kepong, YB Penampang, YB Kepala Batas, YB Tuaran, YB Keningau, YB Kapar, YB Shah Alam, YB Batu, YB Sabak Bernam, YB Jelutong, YB Seputeh, YB Kangar dan YB Pulai.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiap pembahas diberi masa 5 minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih, Puan Pengerusi. Pertama, saya nak, ingin mengalu-alukan kehadiran Guru Besar, GPK, guru-guru dan murid-murid SJK(C) Hillside di bawah Parlimen Rasah ke Dewan Rakyat.
[Tepuk] Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 010100 dan 010200. Mulai 1 Januari 2026, pengecualian bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama hanya diberikan kepada graduan universiti awam daripada keluarga B40 dan juga M40. Saya ingin bertanya kepada graduan universiti swasta daripada keluarga B40 dan M40 dinafikan peluang yang sama? Adakah seorang anak B40 tiba-tiba menjadi kaya kerana dia belajar di universiti swasta?
Puan Pengerusi, saya sudah beberapa kali masalah ketidakadilan dalam sistem kemasukan universiti awam. Ada pelajar SPM dan STPM yang mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi gagal mendapat tempat di dalam bidang pilihan mereka kerana sistem kemasukan universiti yang kurang telus dan juga adil.
Akhirnya mereka terpaksa memilih universiti swasta. Sudahlah mereka tidak
Tuan Chow Yu Hui - Raub
mendapat peluang yang adil untuk memasuki universiti awam, sekarang mereka dihukum sekali lagi apabila tamat pengajian.
Jika kerajaan bimbang tentang perbezaan standard kepujian kelas pertama antara universiti awam dan swasta, kita ada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
MQA juga telah mengeluarkan dokumen mengenai prinsip penganugerahan kelas pertama pada 7 Julai 2026. Gunakan MQA untuk menyemak standard akademik.
Jangan terus menolak semua graduan dari universiti swasta. Saya mencadangkan supaya kerajaan menilai berdasarkan dua perkara iaitu pendapatan keluarga dan pencapaian akademik, bukannya jenis universiti.
Puan Pengerusi, isu yang kedua yang lebih mendesak ialah nasib pelajar yang telah memulakan pengajian sebelum 1 Januari 20206. Ketika mereka mula belajar dan mengambil pinjaman PTPTN, mereka diberitahu bahawa jika mendapat kepujian kelas pertama mereka boleh memohon untuk pengecualian bayaran balik, tetapi sekarang apabila mereka hampir tamat pengajian, kerajaan tiba-tiba mengubah syarat ini seperti mengubah peraturan permainan ketika permainan sedang berlangsung.
Adakah ini adil kepada mereka? Mereka tidak boleh kembali ke masa lalu untuk memilih universiti lain. Pada 3 November lalu, Menteri Kewangan yang kedua telah menyatakan bahawa isu peminjaman PTPTN terdahulu akan diteliti bersama Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya menghargai maklum balas tersebut, tetapi pelajar memerlukan keputusan yang jelas, bukan sekadar janji yang untuk mengkaji sahaja.
Puan Pengerusi, saya minta kerajaan membuat dua keputusan segera.
Pertama, kekalkan syarat asal bagi pelajar yang telah memulakan pengajian atau menandatangani perjanjian PTPTN sebelum 1 Januari 2026. Mereka mesti diberi peluang untuk memohon berdasarkan syarat lama.
Kedua, buka semula peluang kepada graduan universiti swasta daripada keluarga B40 dan M40 yang mendapat kepujian kelas pertama untuk memohon pengecualian PTPTN.
Puan Pengerusi, saya ingin membangkitkan satu isu yang melibatkan autonomi mahasiswa di universiti. Baru-baru ini sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya telah mendedahkan di media bahawa pertubuhan mahasiswa sekarang terpaksa melalui lima lapisan kelulusan hanya untuk menganjurkan sesuatu aktiviti.
Walaupun program tersebut diluluskan oleh Kesatuan Mahasiswa, mereka masih perlu mendapatkan pelbagai kelulusan pentadbiran, tandatangan penasihat serta
Tuan Chow Yu Hui - Raub
mengisi borang pengisytiharan dan borang penilaian risiko aktiviti yang menggunakan bukan Bahasa Melayu juga memerlukan permohonan yang berasingan. Pentadbiran universiti semakin birokratik. Nak anjur satu aktiviti pun mahasiswa terpaksa melalui berlapis-lapis kelulusan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Puan Pengerusi, kita bercakap tentang pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti iaitu AUKU, tetapi saya ingin bertanya, apakah maknanya kita memansuhkan AUKU sekiranya budaya menekan mahasiswa masih dikekalkan melalui pentadbiran di universiti? Adakah mahasiswa yang cukup matang untuk mengundi pada usia 18 tahun masih dianggap tidak matang untuk menganjurkan satu forum, satu aktiviti ataupun menjemput seseorang penceramah ataupun menguruskan kewangan persatuan sendiri. Ini bukan autonomi mahasiswa, ini birokrasi yang berselindung di sebalik nama pentadbiran.
Saya harap Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil tiga langkah.
Pertama, hapuskan lapisan kelulusan yang bertindih. Berikan kuasa kepada Kesatuan Mahasiswa untuk meluluskan aktiviti persatuan, memberi lebih ruang kepada mahasiswa dan bukan mengehadkan ruang mereka.
Kedua, berikan— tegaskan kebebasan kepada pertubuhan mahasiswa untuk menguruskan kewangan, mendapatkan tajaan dan membuka akaun bank sendiri dengan mekanisme dan SOP yang jelas.
Ketiga, hentikan segala sekatan pentadbiran yang tidak munasabah terhadap kebebasan bersuara, berpersatuan dan penganjuran aktiviti mahasiswa. Sekian, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Rakyat Malaysia, orang muda, orang Melaka, BN, PN.
Saya merujuk kepada B.64 Butiran 020100 – Jabatan Pendidikan Tinggi.
Yang Berhormat Menteri yang dikasihi, saya dah cakap tajuk ini di bawah dasar, tetapi hari ini saya nak cakap sedikit khusus kerana dia melibatkan kenyataan PMX dalam bajet iaitu graduan daripada gaji minima ialah RM2,000, graduan RM2,500, ini satu pengisytiharan yang dahsyat, tetapi pelaksanaannya tak nampak lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di antaranya orang yang membantu penyelidik Ahli Parlimen ini kebanyakannya ialah mereka yang telah graduate daripada universiti, tetapi mereka dok tunggu apa dia kerjanya, Yang Berhormat. Berdasarkan daripada statistik DOSM 2024, 165,000 graduan masih menganggur dan daripada jumlah tersebut 91,500 pemegang ijazah dan 74,400 pemegang diploma menganggur. Sekarang bila diumumkan gaji minima RM2,500 semua orang seronok, pada hari tersebut berlakulah tepukan tangan, meja di sebelah sana. Kami tak tepuk, tapi kami tahu bahawa ini hanya pengisytiharan, tetapi apakah dari segi realitinya mereka ini boleh laksanakan.
Jadi kita nak tanya pada Yang Berhormat Menteri, kerajaan sekarang ini ada MySTEP, ada PROTEGE. British pronunciation PROTEGE, American PROTEGE, tetapi benda yang sama. Sekarang ini MySTEP dengan PROTEGE berapa peluang pekerjaan yang telah diwujudkan? Saya telah cadangkan supaya diwujudkan Skim Siswazah Menganggur selama setahun ataupun dua tahun, selepas itu mereka diberi peluang untuk diserap ke pekerjaan tetap dan juga lain-lain lagi, tetapi persoalan sekarang ini termasuk di universiti, pensyarah-pensyarah pun bimbang studen mereka keluar nanti tak ada kerja.
Ibu bapa yang menghantar anak pinjam PTPTN mengharapkan sesuatu.
Zaman saya dahulu sebelum habis universiti kerja dah datang, tapi lama dahululah.
Masa tidak ramai orang bekerja jadi kami telah diberi tawaran, semasa nak ambil exam itu kita dapat kerja, tetapi sekarang ini sudah setahun menganggur, Yang Berhormat Puan Pengerusi, menganggur tidak ada pekerjaan.
Jadi saya minta supaya kerajaan hidupkan Skim Siswazah Menganggur dan kepada swasta yang ataupun pihak GLC, GLIC yang ambil studen ini untuk bekerja, kerajaan sekurang-kurangnya menampung separuh, RM1,000 kerajaan tampung, RM1,500 GLC, GLIC untuk bekerja termasuk MySTEP.
MySTEP ini gaji lebih tinggi daripada PROTEGE, tetapi kita yang paling penting mereka yang dapat kerja. Adalah sesuatu yang cukup malang di Malaysia ini, orang muda semua di seluruh Malaysia dan orang Melaka dekat sini, malang anak-anak kita tidak dapat bekerja dan mereka masih menganggur. Walaupun bajet telah diumumkan, tetapi masih menganggur sebab kita tak nampak sesuatu yang boleh diumumkan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Menteri, sekarang kita dah kawan Yang Berhormat, jadi saya minta Yang Berhormat tolong tengok benda ini bahawa sesuatu mesti diumumkan.
Kami kawan dengan mereka sekarang ini Puan Pengerusi, tak ada masalah, tak
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
lama boleh kawan dengan Puan Pengerusi pula, tak apa, no problem. Dengan Puan Pengerusi, orang lain tak mahu, okey. Jadi kita minta supaya kerajaan mencadangkan sesuatu untuk membolehkan mereka ini mendapat kerja, kalau tidak sesuatu yang cukup malang.
Kemudian yang keduanya, yang terakhir Puan Pengerusi, sebab saya ini orang yang menepati masa, satu minitlah landing sebagaimana biasa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di universiti sekarang ini, Yang Berhormat, mereka keluar universiti, saya tanya, “Kau keluar universiti ini kau pernah dengar ceramah agama dak?” “Tak ada.” Dia kata. “Kau pernah dipastikan pergi menunaikan solat fardu ataupun...?” “Tidak ada.” Mereka ini selepas umur 18 tahun, masuk universiti, mereka ini sudah bebas padahal pendidikan agama itu kurang. Jadi, pendidikan kerohanian ini penting.
Maka saya cadang, Yang Berhormat, supaya universiti, masjid dan juga surau ini menganjurkan sekurang-kurangnya tiap-tiap minggu program kerohanian.
Universiti Malaya tidak ada masjid Yang Berhormat Pengerusi. Masa saya belajar dulu, lama dulu― Yang Berhormat Pengerusi pun ibu bapa belum kahwin lagi ya, saya ingat. Dekat Universiti Malaya, dia ada satu masjid. Masjid itu sebelah pagar Universiti Malaya. Itu masjidnya itu dibina di atas dasar untuk orang Kampung Kerinchi datang solat bersama dengan studen universiti. Studen universiti tak ramai masa itu. Jadi, itu dibuat masjid itu. Masjid itu dah makin mengecil. Jadi, Universiti Malaya tidak ada masjid.
Buat satu masjid dekat Dewan Tunku Canselor ke atau pun di tengah-tengah untuk membolehkan supaya satu masjid― semua universiti ada masjid kecuali Universiti Malaya. Jadi, saya minta supaya benda ini diberi perhatian.
Dua― satu, siswazah menganggur. Yang kedua ialah program kerohanian untuk rakyat Malaysia...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan yang ketiga, Yang Berhormat, semua kita berdoa supaya BN-PN berjaya di Melaka. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak berkaitan. Terima kasih, Yang Berhormat Arau.
Saya jemput Yang Berhormat Putatan. Tak ada?
Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Puan Pengerusi. Masjid Tanah berbahas untuk Peringkat Jawatankuasa di KPT.
Jadi, kerajaan memperuntukkan jumlah yang cukup besar iaitu RM19.09 bilion untuk KPT bagi tahun 2027. Bagi butiran ini, kita melihat bahawa peningkatan yang telah pun berlaku besar, tapi persoalannya adakah selepas berbilion jumlah yang diperuntukkan untuk mahasiswa-mahasiswi kita, adakah mereka memperolehi pekerjaan yang setimpal, adakah mahasiswa daripada keluarga yang miskin dapat kita berikan mereka benar-benar mempunyai peluang dan adakah universiti kita cukup bebas untuk melahirkan pemikir-pemikir dan juga produk-produk yang berani mencabar kelemahan dasar kerajaan?
Puan Pengerusi, saya ingin merujuk terus kepada Butiran 050400 – Penyelenggaraan dan Pembaikan dan Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti di IPT. Kita ingin menyentuh berkenaan dengan krisis penginapan mahasiswa. Masih ramai lagi pelajar-pelajar IPT yang terpaksa mencari alternatif penginapan lain selepas mereka mendapat penempatan di kolej-kolej kediaman. Walaupun mereka telah pun mengumpul merit yang cukup tinggi, tetapi mereka masih lagi terpaksa mencari rumah sewa di luar.
Ini berlaku untuk IPT-IPT yang berada di kawasan bandar seperti UM, seperti UiTM Seremban, yang mana kasihan untuk pelajar-pelajar terutama sekali pelajar- pelajar di kalangan B40. Mereka terpaksa membayar sewa rumah, mereka terpaksa membayar api, air dan juga kos-kos lain yang berkaitan. Mereka terpaksa mempunyai kenderaan sendiri ataupun menyewa, menumpang kawan-kawan untuk mereka pergi ke kolej masing-masing.
Kalau kita lihat dalam Utusan Malaysia ada menyatakan bahawa― 26 Ogos, terdapat laporan mahasiswa universiti awam terpaksa menyewa di luar kampus akibat gagal mendapat penempatan kolej kediaman. Ada yang terpaksa menyewa dan juga belanja sebulan lebih daripada RM500 dan ini adalah sangat-sangat merisaukan dan juga sangat kasihan untuk pelajar-pelajar di kalangan keluarga B40.
Jadi, soalan Masjid Tanah kepada pihak KPT. Adakah pihak universiti ada menyediakan sistem ataupun portal ataupun terdapat sebarang usaha untuk mendapatkan senarai sewaan luar kampus berpusat seperti memaparkan rumah sewa yang mana mereka bekerjasama dengan pemilik-pemilik rumah sewa di luar yang selamat? Dan yang kedua, adakah mereka pihak universiti ada menyediakan
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
subsidi sewa ataupun elaun penempatan kecemasan untuk pelajar-pelajar B40 yang tidak mendapat kolej kediaman?
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan perkara yang sama juga sahabat-sahabat tadi telah sentuh berkenaan dengan AUKU. Kita tahu bahawa pindaan untuk AUKU ini akan dibuat pada Disember ini. Jadi, dalam penggulungan Yang Berhormat Menteri, Menteri ada menyatakan bahawa Disember 2026 antara perkara yang akan diteliti adalah berkenaan dengan autonomi universiti, kebebasan akademik, hak mahasiswa dan juga autonomi kewangan badan pelajar. Jadi, saya menyambut baik usaha ini.
Cuma, saya ingin mengingatkan bahawa autonomi universiti bukanlah sekadar membenarkan pelajar menganjurkan program ataupun menguruskan dana persatuan, tetapi autonomi sebenar adalah mesti meliputi kebebasan akademik, integriti pelantikan kepimpinan universiti dan kebebasan mengkritik dasar kerajaan tanpa takut dikenakan tekanan oleh pihak pentadbiran.
Kalau kita tengok pada sidang Dewan yang lepas, sewaktu saya membahaskan dan juga saya memberi teguran kepada sebuah universiti teknikal di Melaka, akhirnya saya dan beberapa orang sahabat telah pun dilarang daripada masuk ke dalam universiti tersebut kerana kami membangkitkan dan kami memperjuangkan nasib-nasib pensyarah-pensyarah yang telah pun diberikan tekanan. Dan apabila saya bertanyakan keadaan bagaimana hari ini, mereka masih lagi dalam keadaan yang sangat dalam tekanan.
Walaupun kita tahu pihak universiti mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan negara― adakah itu dijadikan sebagai tiket untuk kepimpinan tertinggi universiti merasakan kebal apabila mereka mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan negara? Dan ini pihak KPT harus lihat supaya politik dalam universiti ini tidak boleh menekan pelajar-pelajar ataupun pensyarah-pensyarah di dalam universiti. Saya benar-benar berharap supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberikan perhatian tentang perkara ini. Saya yakin dan percaya Yang Berhormat Menteri yang budiman, yang bijaksana faham apa yang saya katakan ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dan yang terakhir, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Parlimen Belia.
Adakah pemilihan Parlimen Belia ini ada mempunyai kaitan dengan pihak KPT?
Saya melihat bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Belia ini banyak menyentuh tentang soal pendidikan, dasar KPT dan sebagainya.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dan saya ingin bertanya, adakah KPT mempunyai mekanisme rasmi untuk meneliti manifesto serta cadangan dasar daripada Parlimen Belia, khususnya melibatkan KPT? Yang kedua, adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan satu mekanisme respons supaya setiap cadangan berkaitan KPT yang diluluskan oleh Parlimen Belia ini mendapat jawapan bertulis daripada KPT dalam tempoh yang ditetapkan? Dan adakah KPT bersedia melibatkan wakil Parlimen Belia dalam konsultasi pindaan AUKU dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035?
Dan akhir sekali, dalam portal rasmi Parlimen Belia, daripada 526 peserta Parlimen Belia sepanjang 2015-2024, hanya lima orang sahaja ahli yang berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan belum ada alumni menjadi Ahli Dewan Rakyat berdasarkan rekod yang dinyatakan dalam portal tersebut. Jadi, adakah Parlimen Belia ini benar-benar mempunyai laluan pembangunan kepimpinan jangka panjang ataupun hanya sekadar program latihan demokrasi menurut pihak KPT? Itu sahaja daripada Masjid Tanah. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya nak sentuh dua perkara dalam Kementerian Pendidikan Tinggi ini yang saya rasa cukup penting untuk kita melihat semula ke mana sebenarnya hala tuju pendidikan tinggi negara. Peruntukan RM19.09 bilion kepada KPT untuk 2027 jumlah yang sangat besar, tetapi bagi saya, persoalan bukan semata-mata berapa banyak kita belanjakan.
Yang paling penting, sejauh mana perbelanjaan itu benar-benar mengubah kehidupan mahasiswa, membantu pensyarah menghasilkan ilmu dan juga memberi ruang kepada universiti untuk berkembang. Sebab, akhirnya kita nak lahirkan bukan hanya graduan yang ada ijazah, tetapi generasi yang mampu memimpin masa depan negara.
Saya rujuk Butiran 020100 – Jabatan Pendidikan Tinggi, RM164 juta. Saya perhatikan dalam Buku Anggaran Perbelanjaan, kadar graduan universiti yang mendapat pekerjaan pada tahun konvensyen dilaporkan 69.4 peratus. Yang menariknya, angka 69.4 peratus ini sama selama empat tahun bermula daripada
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
2022 sehingga 2025. Saya nak tanya Menteri, adakah angka ini benar-benar realistik menggambarkan pencapaian setiap tahun ataupun ada kelemahan dalam pelaporan kepada KPT, kepada Yang Berhormat Menteri?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ada perkara yang lebih besar daripada angka ini iaitu kajian yang dirujuk kerajaan menunjukkan sekitar dua per tiga graduan baru yang menerima gaji permulaan di bawah RM2,000 sebanyak 27.9 peratus pula bekerja dalam pekerjaan separa mahir dan berkemahiran rendah. Jadi, jika kita dengar suara mahasiswa, mereka belajar tiga tahun, empat tahun, ibu bapa mereka berkorban, ada di kalangan mereka yang terpaksa bekerja sambilan, ikat perut, makan sekali skala. Akhirnya, bila keluar universiti, mereka tertanya-tanya dengan ijazah yang ada, bagaimana nak membina kehidupan?
Kita jangan hanya tanya berapa ramai graduan mendapat kerja, kita kena tanya berapa yang mereka dapat, berapa gaji mereka dan mereka— adakah pekerjaan itu setimpal dengan kelayakan?
Saya sebenarnya tertarik untuk mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, bagaiman di Jerman dilaksanakan sistem duales studium. Pengajian akademik digabungkan dengan latihan industri secara berstruktur. Pelajar mendapat pengalaman bekerja dan dalam banyak program, mereka menerima bayaran semasa pengajian lagi. Sambil bekerja, mereka— sambil belajar, mereka bekerja dan mereka dapat jana pendapatan di situ.
Jadi, kalau model ini dengan kerjasama industri benar-benar kita boleh laksanakan, ianya sangat memberi kebaikan kepada mahasiswa. Saya cadangkan KPT perkenalkan graduate job quality index. Jangan ukur kadar bekerja sahaja, ukur juga gaji median, kesepadanan pekerjaan dengan kelayakan dan perkembangan kerjaya graduan.
Saya nak Menteri jelaskan, apakah sasaran untuk kita pada tahun 2027, untuk meningkatkan kualiti pekerjaan dan gaji permulaan graduan?
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya nak sentuh Butiran 05011 - Penyelidikan Fundamental. Dalam buku Anggaran Peruntukan, asal butiran ini pada 2024 ialah belanjawannya RM428.9 juta, tetapi untuk 2027, tinggal RM57.5 juta sahaja. Penurunan sekitar 86.6 peratus.
Saya nak tahu, adakah dana ini dipindahkan kepada program lain atau memang pembiayaan penyelidikan asas kita semakin mengecil? Zaman kita bercakap tentang AI, semikonduktor, bioteknologi dan juga teknologi masa depan,
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
tetapi bagaimana kita nak jadi negara yang mencipta teknologi kalau penyelidikan asas tidak mendapat pembiayaan ataupun bajet yang stabil?
Saya juga nak bawa suara pensyarah dan penyelidik universiti hari ini.
Mereka bukan mengajar, mereka kena menyelia pelajar, memohon geran, menghasilkan penerbitan, memenuhi KPI dan mengurus bermacam-macam tuntutan pentadbiran. Jangan sampai pensyarah lebih banyak menghabiskan masa membuktikan bahawa mereka sedang membuat penyelidikan daripada melakukan penyelidikan itu sendiri.
Dan kita juga kena faham kedudukan pentadbir universiti. Mereka diminta meningkatkan kualiti pengajaran, memperkukuhkan penyelidikan, menjaga kebajikan mahasiswa dan menyelenggara keperluan kampus, tetapi dalam masa yang sama, mereka perlu mengurus peruntukan yang terhad dan pelbagai arahan kewangan.
Jadi, kita boleh tanya— boleh hanya menuntut prestasi yang tinggi tanpa memberikan sumber dan ruang pengurusan yang munasabah. Tuan Pengerusi, saya akhiri dengan satu perkara yang saya rasa lebih besar daripada dua butiran yang saya bangkitkan tadi iaitu kita selalu bercakap tentang pendidikan tinggi daripada sudut kementerian, dasar, peruntukan dan juga KPI, tetapi adakah kita benar-benar mendengar suara mahasiswa yang tinggal di kolej, kediaman pensyarah yang mengajar setiap hari, penyelidik yang berdepan dengan kekangan makmal dan pentadbir universiti yang bertungkus lumus memastikan institusi itu terus berfungsi.
Saya cadangkan begini KPT*...
[Dicelah]*
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Wujudkan mekanisme perundangan dasar yang tetap, melibatkan wakil mahasiswa, pensyarah penyelidik dan juga pentadbir universiti. Itu sahaja yang saya nak sebut, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi dan juga Butiran 020100 - Jabatan Pendidikan Tinggi, yang anggarannya pada tahun 2027 meningkat menjadi RM164,030,900.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Puan Pengerusi, di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi, terdapat 20 buah universiti awam bermula dari sebuah Universiti Malaya sehinggalah butiran yang terakhirnya 022100 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Dalam perbahasan saya ini, saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Menteri tentang universiti swasta yang banyak ditubuhkan di negara kita semacam cendawan tumbuh selepas hujan. Misalnya, di Iskandar Puteri, di kawasan Koridor Ekonomi Iskandar Malaysia di Johor Baharu, begitu banyak universiti swasta telah ditubuhkan.
Saya percaya di Kuala Lumpur, Cyberjaya, di Melaka dan di Putrajaya juga ada universiti-universiti swasta. Dalam hal ini Puan Pengerusi, saya merujuk Butiran 010200 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), yang ada berkaitan dengan universiti swasta ini. Soalan saya, Yang Berhormat Menteri, ada berapa banyak universiti swasta sekarang di Malaysia?
Kedua, berapa ramai pelajarnya?
Ketiga, dari negara mana asal pelajar-pelajar tersebut?
Soalan saya berikutnya, apakah punca kuasa undang-undang yang membenarkan universiti swasta di tubuhkan di Malaysia, di bawah akta apa? Tentu ada aktanya. Adakah keperluan akta tersebut dipinda atau disemak?
Seterusnya, saya ingin mengetahui, adakah Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai bidang kuasa mengawal universiti-universiti swasta tersebut?
Soalan saya, adakah universiti swasta tidak terikat dengan dasar pendidikan nasional? Saya ingin tahu Puan Speaker Pengerusi, apakah dasar atau polisi universiti swasta ini dari segi bahasa penghantar yang digunakan? Jenis-jenis kursus pengajian yang diadakan di universiti-universiti tersebut.
Ketiga, dari segi accreditation (tauliah). Kemudian, berkenaan kos yuran pengajian, siapa yang menentukan?
Begitu juga pemantauan pihak berkuasa untuk memastikan universiti swasta itu beroperasi sesuai dengan dasar dan aspirasi negara, bukan bertentangan.
Mungkin ingin diketahui juga tentang lesen beroperasi itu, siapa yang keluarkan?
Seterusnya Puan Pengerusi, universiti-universiti swasta itu bertanggungjawab kepada siapa? Pihak mana yang benar-benar berkuasa ke atas universiti swasta tersebut? Dan ingin juga diketahui, apakah manfaat negara kita dari segi ekonomi dan sosial dengan adanya universiti-universiti swasta tersebut?
Dan terakhirnya Puan Pengerusi, ingin mengetahui perkembangan universiti swasta di Malaysia. Adakah bergerak dengan maju ke depan dan memberi
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
sumbangan yang baik kepada negara kita dalam persada dunia pendidikan? Itu sahaja Puan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya merujuk kepada kepala Bekalan B.64 dan kepala Perbekalan P.64 - Kementerian Pendidikan Tinggi, menerima RM19.09 bilion bagi 2027.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
RM15.13 bilion untuk mengurus dan RM3.96 bilion untuk pembangunan.
Namun, peruntukan pembangunan hanya meningkat 1.1 peratus. Saya tidak mahu mengulangi pengumuman besar yang telah kita dengar. Saya mahu meneliti satu persoalan. Selepas wang diluluskan, apakah keputusan yang benar-benar membawa manfaat kepada mahasiswa dan rakyat? Saya bangkitkan beberapa isu daripada akses pendidikan hingga kualiti pekerjaan.
Puan Pengerusi, Kolej Komuniti Maran selepas jawapan tanah, mana pelan pembinaan. Saya merujuk kepada P.64 Butiran 04800 – Kolej Komuniti. Pada 27 Oktober, Menteri telah menjelaskan bahawa tapak Kampung Bak Bak Mukim Luit seluas 5.235 hektar milik Persekutuan dan tiada sewaan sah bagi pengurusan sawit.
Saya tidak mempunyai soalan pemilikan tanah, yang belum dijawab ialah tindakan selepas pengurusan itu. Persoalan saya, apakah tindakan penguatkuasaan dan tarikh penyerahan tapak bebas halangan untuk pembangunan?
Kedua, adakah kampus kekal Maran tersenarai dalam Rolling Plan 2027 di bawah Butiran 04800. Jika belum, apakah syarat kelulusan yang masih belum dipenuhi dan bila keputusan dibuat?
Seterusnya, selepas soal akses, kita lihat keadaan kemudahan di kampus yang sudah beroperasi. UITM Jengka, tender dikeluarkan, bila mahasiswa mendapat manfaat? Saya merujuk kepada kepala P.64 Butiran 02100 – UITM Jengka serta Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti yang meningkat daripada RM41.6 juta kepada RM91 juta dan juga mengumumkan RM800 juta bagi prasarana universiti.
Di UITM Jengka, tender naik taraf bangunan Akademi Blok J, Pakej 1(C) dijadualkan tutup esok, 12 November. Ini perkembangan baik, tetapi saya ingin tahu,
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
di bawah butiran manakah projek Blok J dibiayai? Berapakah nilai dan apakah jadual anugerah kontrak serta penyiapannya? Berapakah bahagian daripada RM800 juta untuk UITM cawangan Pahang mengikut kampus dan projek? ICT kampus, bajet disemak, hasilnya apa?
Saya merujuk kepada P.64 Butiran 05015 – Perancangan Strategik ICT dengan RM83.1 juta bagi 2027. Persoalan saya, pada 2024, peruntukan asal RM85.1 juta dipinda kepada RM1.9 juta.
Persoalan saya, projek manakah yang ditangguh, dibatal atau dibiayai semula melalui butiran lain susulan pindaan 2024? Bagi RM83.1 juta pada 2027, apakah sasaran terukur bagi kesinambungan sistem digital dan tarikh siap mengikut kampus. Daripada kumpulan perbelanjaan, saya beralih kepada kekuatan ilmu yang dihasilkan di universiti. Penyelidikan fundamental, dana menyusut. Apakah status baki geran?
Saya merujuk kepada Maksud P.64, Butiran 05011. Peruntukan bagi tahun 2007 menurun daripada RM117.6 juta kepada RM57.5 juta. Pada masa yang sama, Laporan Ketua Audit Negara 2026 membangkitkan baki geran penyelidikan sebanyak RM110.67 juta di lima universiti penyelidikan. Saya mengambil maklum bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan penggunaan semula baki pada 11 Februari 2026.
Saya ingin bertanya mengapakah peruntukan penyelidikan fundamental dikurangkan sebanyak 15.1 peratus pada 2027 dan berapakah projek penyelidikan yang dirancang awal dibatalkan, juga projek baharu serta projek sedia ada yang akan dibiayai?
Yang kedua, daripada baki geran RM110.67 juta yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara, berapakah yang telah diagihkan dan dibelanjakan semula setakat 31 Oktober 2026?
Yang Berhormat Pengerusi, pekerjaan graduan. Berapa gaji dan berapa lama bertahan? Saya merujuk kepada Maksud B.64, Butiran 020100 – Jabatan Pendidikan Tinggi. Saya ingin bertanya apakah asas penurunan sasaran pekerjaan graduan universiti awam daripada 86.4 kepada 80 peratus? Adakah perubahan ini disebabkan prestasi sebenar atau semakan kaedah pengukuran?
Kedua, berapakah gaji median graduan 2025 mengikut bidang pengajian dan apakah sasaran KPT bagi meningkatkan pendapatan serta pekerjaan antara kelayakan pada 2027? Berapa ramaikah pelajar-pelajar asing yang mengisi ruang-
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
ruang pekerjaan kosong di negara ini? Dan daripada negara mana daripada 51 negara-negara sumber yang menjadi sumber punca pekerjaan di negara kita?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Puan Pengerusi, saya tidak minta Menteri mengulangi dasar— sedikit sahaja. Saya minta keputusan jumlah dan tarikh boleh disemak pada tahun hadapan kerana kejayaan belanjawan bukan ketika wang diumumkan, tetapi ketika manfaat sampai kepada rakyat jelata terutamanya para pelajar.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Kepong.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Habis dah, last.
Padi menguning di tepi bendang, Air mengalir ke hujung desa; Jangan sekadar angka dipandang, Biar rakyat hidup sentosa. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Kementerian Pendidikan Tinggi menerima RM19.09 bilion bagi tahun depan, meningkat 2.6 peratus, tetapi peruntukan pembangunan naik hanya 1.1 peratus.
Rakyat berhak tuntut hasil yang meyakinkan daripada angka yang besar ini.
Pertama, negara China telah memansuhkan pengambilan bagi 12,200 penawaran Program Ijazah Sarjana Muda sepanjang tahun 2021 hingga tahun 2025.
Antara bidang yang disusun semula di beberapa universiti ialah penterjemahan, fotografi dan reka bentuk komunikasi visual. Malaysia pula telah menyemak 455 program. Berapa yang benar-benar dimansuhkan, digabungkan atau diperbaharui untuk menghadapi era AI? Dedahkan senarainya.
Bank Dunia menganggarkan 45 peratus pekerja Malaysia melakukan pekerjaan yang sebahagian besar tugasnya boleh diambil alih atau dibantu oleh AI.
Walaupun tidak semuanya akan kehilangan kerja, kerajaan mesti bertindak sekarang. Saya cadangkan skim latihan semula sebelum pekerja kehilangan
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
pekerjaan akibat AI. Jangan tunggu rakyat menganggur baru kerajaan sibuk mencari penyelesaian.
Kedua, graduan mempunyai kelayakan tinggi, tetapi ramai bekerja dalam jawatan yang tidak setaraf. DOSM melaporkan 35.2 peratus pekerja berpendidikan tinggi bekerja dalam pekerjaan separuh mahir atau rendah mahir pada suku kedua tahun ini. Saya minta kementerian mendedahkan kadar pekerjaan setelah kelayakan dan gaji sebenar graduan mengikut setiap program ijazah. Kementerian boleh rujuk amalan Australia. Keputusan pekerjaan graduan mesti menjadi asas memperbaiki kursus dan latihan industri. Jangan hanya membangga dengan jumlah graduan bekerja.
Ketiga, tunggakan PTPTN mencecah RM10.7 bilion melibatkan 1.16 juta peminjam setakat Ogos tahun ini. Saya mengalu-alukan penangguhan bayar balik kepada peminjam yang berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2027. Namun, penyelesaian jangka panjang masih diperlukan. Saya mencadangkan Malaysia mengkaji sistem Australia dan Britain iaitu bayaran balik pinjaman pendidikan berubah secara automatik mengikut pendapatan peminjam. Pendapatan rendah, bayaran rendah. Apabila pendapatan meningkat, bayaran turut meningkat.
Keempat Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental dipotong 46.6 peratus daripada RM107.65 juta dalam anggaran dipinda tahun ini kepada RM57.5 juta.
Butiran 05012 – Biasiswa dan Latihan Penyelidikan Universiti pula naik hanya RM1 juta kepada RM203 juta.
Kerajaan mengumumkan RM6 bilion bagi penyelidikan dan inovasi pada tahun depan. Saya mahu kementerian dedahkan berapa yang benar-benar sampai kepada universiti? Berapa dibiayai bersama oleh industri dan bagaimana hasilnya akan diukur? Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini membangkitkan RM110.67 juta baki geran penyelidikan di lima universiti. Berapa sudah digunakan semula dan apakah hasilnya? Buktikan bagaimana penyelidikan itu menghasilkan teknologi tempatan, menyelesaikan masalah rakyat dan membuka pekerjaan bergaji tinggi.
Kelima Butiran 05015 – Perancangan Strategik ICT menerima RM83.14 juta, tetapi sasaran ketersediaan perkhidmatan digital cuma 90 peratus. Tanpa data pencapaian dua tahun sebelumnya, apa asas sasaran ini? Saya minta Menteri menjawab semua persoalan ini dengan angka dan bukti. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
Yang dihormati Pengerusi di bawah Butiran 02100 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) diperuntukkan sebanyak RM347.795 juta dan di bawah Butiran 04200 – UMS diperuntukkan sebanyak RM150.592 juta. Saya sekali lagi ingin menyentuh mengenai dengan isu pegawai perubatan yang tidak melaporkan diri untuk bertugas di Sabah.
Pada pandangan saya, sebab utamanya bukan sahaja mengenai isu kemudahan, tetapi juga kepada keinginan untuk berkhidmat dekat dengan keluarga atau di negeri sendiri. Justeru saya ingin mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan Kerajaan Sabah bagi menetapkan satu dasar khusus bagi mengatasi isu ini.
Saya mencadangkan agar pengambilan kemasukan ke UMS bagi Fakulti Perubatan diberikan kepada pelajar-pelajar anak-anak tempatan Sabah diberikan biasiswa atau tajaan JPA seperti diumumkan dalam ucapan Belanjawan dan kemudiannya diambil untuk bertugas di Sabah. Saya juga berharap agar UMS bukan sahaja dapat melahirkan graduan yang marketable, tetapi juga membangunkan kursus-kursus baharu yang sesuai dengan keperluan industri di Sabah.
Pengerusi di bawah Butiran 021200 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) diperuntukkan sebanyak RM2.325 bilion. Saya ingin bertanya mengenai rancangan kementerian berkenaan dengan UiTM cawangan Tawau berikutan spekulasi yang sedang tular di Sabah berkenaan kemungkinan penutupan cawangan UiTM ini.
Apakah sebenarnya rancangan kementerian terkait dengan cawangan UiTM Tawau ini?
Pengerusi, sebagai graduan universiti ataupun sebagai Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), saya berbangga akan keanggotaan UTeM dalam Majlis TVET Negara yang menjadi satu pengiktirafan ke atas pengajian tinggi TVET negara. Sesuai dengan agenda nasional, kursus-kursus TVET juga disediakan oleh pelbagai institusi latihan TVET di seluruh negara sama ada di peringkat sijil kemahiran mahupun yang bertaraf diploma.
Saya mencadangkan agar kementerian meneliti cadangan sijil-sijil kemahiran TVET ini dikeluarkan bersama oleh universiti, bersama-sama dengan institusi latihan TVET tersebut. Contohnya UTeM atau UMS boleh bekerjasama dengan Montfort Youth Training Centre (MYTC) bagi mengeluarkan sijil kemahiran kepada para
Datuk Ewon Benedick - Penampang
graduannya ataupun MYTC boleh memilih rakan universiti termasuk universiti swasta yang ada dalam negara untuk mengeluarkan sijil kemahiran kepada graduan bimbingannya.
Sudah tentu ini melibatkan keperluan nilai tambah standard dan juga suntikan dana daripada kerajaan melalui Majlis TVET Negara atau Kementerian Sumber Manusia yang boleh menyokong kerjasama strategik institusi latihan TVET dengan universiti tersebut.
Pengerusi, di bawah Butiran 05012 – Biasiswa dan Latihan Penyelidikan Universiti diperuntukkan sebanyak RM203 juta untuk tahun 2027 berbanding RM202 juta pada tahun ini.
Saya ingin bertanya, berapakah jumlah pelajar keseluruhan atau penerima manfaat daripada seluruh negara yang menerima biasiswa di bawah butiran ini pada tahun lepas dan tahun ini? Serta daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah penerima daripada Sabah dan berapakah juga penerima dari kalangan pelajar Orang Asli Semenanjung?
Saya berharap biasiswa tersebut dapat dipanjangkan kepada anak-anak Sabah dan anak-anak masyarakat orang asli yang mengambil pengajian Bahasa Etnik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sabah
(UMS) sesuai dengan sokongan Malaysia ke atas United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples.
Dan saya juga berharap agar kementerian mempertimbangkan penubuhan Kerusi Pengajian Bahasa Etnik di UPSI sebagaimana manifestasi kepada sokongan tersebut dan kerajaan boleh menyumbang endowment fund kepada Kerusi tersebut.
Pengerusi, saya juga ingin bertanya, apakah problem statement yang ingin ditangani dalam undang-undang baharu menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diumumkan untuk dimansuhkan? Apakah ianya mencakupi perkara-perkara baharu atau kelak ianya undang-undang sedia ada, tetapi kepala RUUnya sahaja yang baharu?
Sebagai mantan anggota Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, saya ingin mencadangkan agar Majlis ini dapat diinstitusikan dan dimasukkan dalam rang undang-undang tersebut dan agar Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri boleh mempengerusikan persidangan Majlis ini yang juga harus dianggotai oleh Menteri-Menteri yang mempunyai portfolio berkaitan kepentingan mahasiswa. Pengerusi, sekian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.
Ibu bapa berkorban untuk menghantar anak-anak ke universiti, kerajaan pula wajar memastikan pengorbanan itu tidak berakhir dengan kesusahan dan ketidakpastian masa depan anak-anak.
Justeru, atas asas itu Kepala Batas bawakan lima perkara yang pertama Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti IPT. Kepala Batas mengambil perhatian terhadap inisiatif Vista Kampus yang melibatkan pelaburan KWAP sebanyak RM750 juta.
Namun, wajar ditegaskan bahawa pelaburan KWAP bukanlah geran pembangunan langsung kementerian. Persoalannya, adakah projek ini benar-benar menyelesaikan masalah kediaman mahasiswa atau sekadar menambah aset hartanah?
Jangan sampai kita membina kediaman mahasiswa yang cantik, tetapi mahasiswa miskin hanya mampu memandang daripada luar pagar. Kepala Batas, untuk tiga perkara dasar, pertama kadar sewa mampu bayar, keutamaan kepada mahasiswa berpendapatan rendah dan laporan terbuka tentang kapasiti serta kaedah pemulihan universiti. Kementerian juga wajar meletakkan penanda aras kemampuan sewa berdasarkan keadaan sosioekonomi mahasiswa kerana pendidikan tinggi tidak sepatutnya memaksa anak muda memilih antara membayar sewa ataupun membeli makanan.
Yang kedua, butiran yang sama Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti fokus kepada hak dan pendidikan mahasiswa OKU. Kepala Batas mengingatkan bahawa sebuah universiti tidak boleh dianggap cemerlang jika masih ada mahasiswa OKU yang menghadapi halangan untuk memasuki dewan kuliah, menggunakan tandas ataupun mendapatkan kediaman yang sesuai. Mahasiswa OKU tidak meminta simpati ataupun layanan istimewa, mereka hanya mahu peluang yang diberi sama rata untuk belajar, bergerak, tinggal di kolej kediaman dan tamat pengajian dengan cemerlang.
Mereka menuntut hak untuk belajar dengan selamat, selesa dan bermaruah.
Persoalannya, berapakah bahagian daripada peruntukan ini pada butiran ini digunakan untuk kemudahan mesra OKU?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Justeru, Kepala Batas mencadangkan audit accessibility secara berkala di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam, sebahagian peruntukan naik taraf fasiliti IPT perlu dikenal pasti secara jelas untuk menambahbaik akses fizikal dan juga teknologi bantuan pembelajaran.
Kementerian wajar melaporkan kemajuan pelaksanaan berdasarkan tahap pematuhan dan keperluan sebenar mahasiswa OKU. Jangan kita bercakap tentang universiti bertaraf dunia sedangkan masih ada anak rakyat yang tidak mampu memasuki bilik kuliah tanpa bantuan orang lain.
Seterusnya, Butiran 0400 – Pendidikan Latihan Teknologi dan Vokasional
(TVET). Kepala Batas menyambut baik perhatian terhadap pendidikan dan juga latihan teknikal serta vokasional. Namun persoalan yang penting ialah sejauh mana pelaburan ini diterjemah kepada pekerjaan berkualiti?
Anak muda memiliki Sijil Kemahiran Malaysia khususnya Tahap 1 hingga Tahap 3 tidak boleh terus dianggap sebagai tenaga kerja kelas kedua. Mereka mempunyai kemahiran, mereka mempunyai kebolehan, tetapi adakah pasaran pekerjaan memberikan pengiktirafan dan ganjaran yang setimpal. Dalam kajian pasaran buruh, keadaan ini berkait rapat dengan masalah skills mismatch ataupun ketidakpadanan antara kemahiran pekerjaan dengan keperluan pekerjaan.
Justeru, Kepala Batas mencadangkan supaya kementerian menerbitkan tiga indikator utama bagi graduan TVET— kadar pekerjaan dalam bidang, pendapatan permulaan dan perkembangan kerjaya selepas tamat pengajian. Kita tidak mahu sekadar meraikan graduan mendapat pekerjaan sedangkan gaji yang diterima masih tidak mampu menampung kehidupan.
Butiran 05015 – Perancangan Strategik ICT. Dalam pendidikan tinggi moden, komputer riba dan juga internet bukan lagi kemewahan. Kedua-duanya merupakan keperluan asas pembelajaran namun tidak semua mahasiswa mempunyai kemampuan yang sama. Ada mahasiswa yang memiliki peranti lengkap dan capaian internet pantas namun ada pula yang terpaksa berkongsi komputer dengan adik- beradik. Malah bergantung pada telefon bimbit untuk menyiapkan tugasan.
Bagaimana kita mahu masyarakat tentang kesaksamaan pendidikan jika kemudahan asas pembelajaran pun masih tidak seimbang? Justeru, Kepala Batas mencadangkan bantuan peranti dan capai internet secara bersasar kepada mahasiswa yang berpendapatan rendah khususnya pelajar luar bandar dan pembelajaran jarak jauh. Kementerian wajar mengukur keberkesanan bantuan ini berdasarkan penyertaan dan pencapaian pembelajaran, bukan sekadar jumlah
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
peranti yang diagihkan. Usah biarkan jurang digital akhirnya menjadi jurang masa depan.
Yang terakhir, Butiran 03000 – Hospital Pengajar. Isu ini amat dekat dengan ibu bapa, bagaimana ibu ayah yang bertahun-tahun membiayai pengajian anak dalam bidang kesihatan kosnya bukan murah. Anaknya belajar bersungguh- sungguh, jalani latihan, lulus peperiksaan dan akhirnya memperoleh kelayakan profesional.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Tetapi selepas tamat pengajian, persoalan baharu muncul. Bilakah peluang penempatan akan tiba? Ke manakah hala tuju kerjayanya? Kepala Batas ingin tegaskan bahawa pengeluaran graduan kesihatan mesti dirancang berdasarkan keperluan sebenar sistem kesihatan negara. Peruntukan khas bidang pengajian dinyatakan perlu dinilai dari sudut mutu latihan klinikal dan pembangunan tenaga profesional, bukan disamakan dengan peruntukan pengambilan pekerja.
Kepala Batas mohon Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan membangunkan unjuran dalam bidang kesihatan bersama bagi tempoh lima hingga 10 tahun. Akhirnya...
Bunga melati di tepi kota, Harum mewangi di waktu pagi; Anak Melaka berilmu bercita, Gelombang biru terus berbakti. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuaran bahaskan Maksud Bekalan B.64, Maksud Pembangunan P.64 Kementerian Pendidikan Tinggi dengan tumpuan pada peluang anak Sabah belajar serta keperluan tenaga profesional di Sabah.
Apabila anak mendapat tawaran universiti seluruh keluarga di kampung turut gembira. Tetapi ibu bapa kemudian menghitung cukup kah wang untuk menghantarnya? Kita mahu memastikan anak itu dapat mendaftar, menamatkan pengajian dan membina kehidupan yang lebih baik.
Yang pertama yang Tuaran ingin bahaskan ialah Butiran 020100 – Jabatan Pendidikan Tinggi. Tuaran mencadangkan pelajar miskin dikenal pasti sebaik sahaja
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
tawaran dikeluarkan supaya bantuan awal diterima sebelum pendaftaran. Benarkan mereka mendaftar sementara pembiayaan diselesaikan. Mohon supaya hubungi pelajar-pelajar ini yang tidak mendaftar untuk mengetahui masalah dan bantuan yang diperlukan daripada mereka.
Bantuan sara hidup mesti dibayar mengikut jadual yang pasti. Bagi FLYsiswa, perjalanan anak pedalaman Sabah bermula daripada kampung, bukan terus ke lapangan terbang. Selaras ini perlu diambil kira ya, selaraskan bantuan dengan takwim pengajian dan usahakan tambang pelajar yang berpatutan bersama pihak berkaitan.
Kedua ialah Butiran Bekalan 021000 dan Butiran Pembangunan 04200 – Universiti Malaysia Sabah. Tuaran minta penubuhan Fakulti Undang-undang UMS dipercepatkan. Kebenaran kerajaan telah diumumkan pada November 2025 diikuti pengumuman kajian pasaran UMS pada Jun 2026. Sebab itu minta Yang Berhormat Menteri nyatakan status pelaksanaan dan peruntukan persediaan dan sasaran pengambilan pertama.
Fakulti ini perlu menawarkan pendidikan undang-undang yang kukuh dengan pengkhususan dalam Perlembagaan Persekutuan, hal-hal yang berkaitan dengan pembentukan negara kita Malaysia, undang-undang tanah Sabah dan undang- undang adat di Sabah berikutan dengan sekarang Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah telah pun diluluskan dan dikuatkuasakan.
Jadi, pastikan tenaga akademik, akreditasi serta pengiktirafan profesional disediakan supaya laluan kerja graduan jelas. Wujudkan juga kerjasama dan institut latihan mahkamah negeri untuk memperkukuhkan latihan pegawai mahkamah negeri. Kita mahu kepakaran universiti membantu masyarakat memahami hak dan mendapatkan penyelesaian pada masalah mereka.
Yang ketiga, masih di bawah peruntukan UMS. Tuaran juga ingin menyokong cadangan Yang Berhormat Penampang sebentar tadi tentang penambahan tempat pengajian perubatan untuk anak-anak Sabah yang memenuhi syarat. Bagi menangani kekurangan doktor serta kesukaran menarik dan mengekalkan pegawai perubatan dari luar Sabah. Kita perlu melatih lebih ramai anak tempatan, jadi ini pelaburan jangka panjang untuk perkhidmatan kesihatan di Sabah.
Minta juga Yang Berhormat Menteri nyatakan bilangan dan peratus pelajar anak Sabah dalam program perubatan UMS yang ada sekarang, sasaran pertambahan serta sesi pengambilan pelaksanaannya. Pertambahan tempat mesti disertai pensyarah, penyelia klinikal dan kemudahan latihan mencukupi supaya mutu
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
pendidikan terpelihara. Sediakan juga biasiswa bersasar untuk anak Sabah yang layak, seterusnya daripada keluarga yang kurang mampu dan daripada pedalaman.
Kementerian perlu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Kerajaan Sabah seperti yang dicadangkan juga oleh Yang Berhormat Penampang sebentar tadi untuk menyediakan laluan latihan dan penempatan di Sabah.
Pertimbangan ikatan perkhidmatan bagi penerima biasiswa supaya pelaburan ini membantu memenuhi keperluan Sabah.
Yang keempat ialah kemudahan asas di UMS. Daripada kira-kira RM150.6 juta peruntukan pembangunan bagi tahun 2027, nyatakan pecahan projek serta jadual pelaksanaan. Jelaskan status bekalan air dan baki kerja yang diperlukan sebab masih lagi hal-hal berkenaan dengan bekalan air menghantui pelajar-pelajar dan juga warga di UMS. Penginapan pula hendaklah mengutamakan pelajar miskin serta pedalaman supaya keluarga tidak terbeban dengan sewa dan pengangkutan tambahan.
Puan Pengerusi, Sabah memerlukan anak-anak terdidik yang boleh membina masa depan keluarga dan menyumbang kepada negeri. Bantulah mereka masuk universiti, sediakan pendidikan berkualiti dan bukalah jalan mereka berkhidmat.
Inilah yang kita mahu selesaikan untuk rakyat Sabah. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Pengerusi, saya memulakan perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 pada Kementerian Pendidikan Tinggi peringkat Jawatankuasa untuk tahun 2027 bagi Maksud Kepala B. dan P.64 yang berjumlah seluruhnya RM19,085,572,100. Peruntukan belanjawan kepada KPT menunjukkan trend peningkatan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan dari tahun 2023 hingga 2027.
RM11.7 bilion 2023 naik kepada RM15.129 bilion, 2027. Saya merujuk kepada B.64 Butiran 050400 – Penyelenggaraan Kampus dikatakan keutamaan tetapi dananya susut RM70.7 juta. Persoalan kepada Menteri. Dewan meluluskan peruntukan mengurus KPT 2026 sebanyak RM14.68 bilion. Berapakah jumlah yang disekat bagi KPT melalui arahan Kementerian Kewangan bertarikh 29 April 2026?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dan berapakah nilai kerja penyelenggaraan tertunggak di institusi KPT kerana itulah, yang telah dikurangkan itu dan disekat itu?
Saya juga merujuk kepada Butiran Projek 00400 – Pendidikan Politeknik, P.64 RM385,990,500 kemudian kolej komuniti, juga 0501 – Biasiswa dan Latihan Penyelidikan Universiti, RM203 juta.
Tuan Pengerusi, banyak sebenarnya saya nak sentuh tetapi oleh kerana masa tak cukup, saya terpaksalah berfokus kepada yang sangat ini di hati saya. Jadi, tentang politeknik dan kolej komuniti itu tadi. Berapa buah kah politeknik dan berapa buah kah TVET yang ada di Kapar? Kerana apa? Saya membangkitkan satu perkara yang amat penting pada masa depan pendidikan tinggi negara khususnya perspektif kawasan Parlimen Kapar iaitu sejauh manakah sistem pendidikan tinggi TVET benar-benar menyediakan, melahirkan modal insan yang diperlukan oleh ekonomi negara?
Di Kapar ini Pengerusi, ada umur 15 hingga 30 tahun, bukan 25 tahun, 24 tahun, seramai 46,000 lebih kurang. Jadi, mungkin 10 persen daripada itu layak untuk mengikuti latihan vokasional, masuk politeknik dan sebagainya. Jadi, saya mohon kepada kementerian, ada ke tak? Apa garis masanya supaya di Kapar ini ada TVET, ada selain daripada GIATMARA yang satu-satunya yang ada di Kapar ini, yang begitu kecil.
Sebab kita— Kapar mempunyai kelebihan ekonomi yang tidak boleh dipandang ringan. Kita mempunyai kawasan perindustrian termasuk Kapar Bestari, K International Industrial Park, selain kedudukan strategik berhampiran Pelabuhan Klang, Northport dan Westport. Jadi, kawasan ini memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan electrical, automasi industri, robotik dan mekatronik, CNC Machining dan industrial maintenance, logistik, pengurusan gudang dan rantaian bekalan penyelenggaraan kenderaan berat dan peralatan pelabuhan, teknologi maklumat, keselamatan siber dan sistem industri.
Soalan kepada kementerian. Apa gunanya kita menarik pelaburan berbilion Ringgit ke kawasan Kapar ini sekiranya peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan akhirnya terlepas diisi oleh tenaga kerja dari luar kerana anak-anak tempatan tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan? Kita tidak mahu pembangunan industri hanya membawa keuntungan kepada pelabur termasuk yang asing tetapi anak tempatan sekadar menjadi penonton.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, saya minta kementerian tolong jawabkan. Tolong bersetuju. Saya minta bersetuju mengkaji penubuhan sebuah kolej komuniti atau kampus satelit TVET di Kapar. Saya mencadang tiga pendekatan. Industry-led TVET melibatkan majikan dan pengusaha industri dalam menentukan kokurikulum dan kemahiran yang diperlukan.
Apprenticeship yang berbayar – pelajar menjalani latihan industri sebenar dengan elaun dan laluan penempatan. Saya minta sikit lagi Pengerusi. Micro-credential – sediakan kursus pendek untuk belia lepasan SPM, belia menganggur dan mereka yang tercicir daripada pendidikan formal.
Kementerian juga perlu memastikan bidang latihan tidak ketinggalan daripada perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan, automasi, tenaga boleh baharu dan pensijilan industri.
Akhirnya Pengerusi, kementerian— kita mahu perubahan paradigma dalam penilaian kejayaan institusi pendidikan. So, kita mahu kementerian mesti mengukur berapa peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan? Berapa ramai mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan? Berapakah median gaji permulaan graduan TVET? Berapa ramai anak tempatan berjaya ditempatkan di industri sekitar Kapar ini? Jadi, jangan pandang sahaja yang besar-besar tapi sebenarnya yang lokal itu mestilah memerlukan tumpuan kerajaan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Akhir sekali, pembangunan industri...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
...mesti seiring dengan pembangunan manusia dan kelestarian. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Pengerusi, bagi maksud Bekalan B.64 Butiran 021200 – Universiti Teknologi MARA
(UiTM), berjumlah RM2.326 bilion dan bagi maksud Pembangunan P.64 01900 – Universiti Teknologi MARA (UiTM), berjumlah RM979 juta. Saya fokuskan perbahasan saya kepada UiTM pada petang ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
UiTM pernah memiliki INTEKMA Resort dan Convention Centre bertaraf tiga bintang di Seksyen 7, Shah Alam. Mula beroperasi sekitar tahun 1989, setelah memberi manfaat selama hampir 30 tahun untuk penganjuran pelbagai acara, kursus dan seminar dan majlis, event perkahwinan dan pelbagai lagi. INTEKMA Resort menamatkan sepenuhnya operasi hospitaliti pada 31 Mac 2019.
Pada 2023 – Februari 2023, Timbalan Naib Canselor HEP memaklumkan cadangan untuk mengubah INTEKMA Resort menjadi kolej kediaman yang mampu memuatkan di antara 500 hingga 1,000 orang mahasiswa. Sebenarnya Yang Berhormat Pengerusi, selain daripada menempatkan kediaman, INTEKMA ini juga ada ruang event space, ada banquet hall memuatkan 500 orang dan juga marquee tent hall yang boleh memuatkan 1,000 orang. Maknanya, kalau dari segi penjanaan kewangan, memang sangat-sangat berpotensi besar.
Soalan saya, apakah perancangan UiTM terhadap premis ini? Adakah ia akan dibaik pulih atau dibangunkan semula? Kalau ada, apakah garis masa pelaksanaannya? Saya khuatir jika dibiarkan terlalu lama, bangunan ini akan menjadi terlalu usang. Melibatkan kos yang tinggi pula untuk dibaik pulih. Yang saya lebih bimbang ialah sekiranya ia dipindah milik kepada pihak lain yang mana pembangunannya tidak memberi kepentingan langsung kepada institusi pendidikan bumiputera ini. UiTM adalah institusi Melayu yang banyak memberi peluang pendidikan tinggi yang memandaikan ramai anak-anak Melayu dan bumiputera.
Malangnya, UiTM juga tidak terkecuali dari terpalit dengan kes yang menjatuhkan maruah orang Melayu.
Baru-baru ini dilaporkan pengurusan tertinggi UiTM Holdings didakwa dengan kes pecah amanah projek pelaburan solar di Gambang. Kes ini masih dalam perbicaraan tetapi saya sangat berharap ia nya menjadi pengajaran tentang kerangka mengangkat Melayu yang bermaruah.
Bagi saya, Melayu bermaruah ialah Melayu yang berilmu, berkemahiran, mempunyai aset, berdikari dalam ekonomi dan menjunjung amanah. Kita mahu orang Melayu yang maju, mampu bersaing tanpa menafikan hak kaum lain. Kita mahu dasar pemerkasaan yang berkesan, bukan sekadar retorik politik. Kita mahu institusi Melayu dipertahan melalui tadbir urus yang baik, bukan dibiarkan melemah akibat salah urus dan penyelewengan.
Tuan Pengerusi, bagi maksud Pembangunan P.64 Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental. Peruntukan dikurangkan daripada RM107 juta kepada RM57 juta iaitu hampir separuh daripada peruntukan tahun sebelumnya. Anggaran
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Perbelanjaan Persekutuan 2027 menggariskan prestasi outcome program bagi pendidikan tinggi. Aktiviti ke-12 menyatakan fungsi UiTM bertujuan memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.
Penyelidikan fundamental merupakan asas kepada pembangunan ilmu, inovasi dan keupayaan intelektual negara. Ia bukan sekadar penyelidikan yang memberikan pulangan komersial dalam tempoh yang singkat tetapi turut membuka ruang kepada penemuan baharu yang boleh menjadi asas kepada teknologi dan penyelesaian masalah pada masa hadapan.
Dalam persaingan ekonomi global, negara yang mahu membangun industri berteknologi tinggi tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada teknologi luar.
Kita perlu penyelidik tempatan, makmal yang kukuh dan ekosistem penyelidikan yang mampu menghasilkan pengetahuan serta teknologi yang tinggi.
Lalu, apakah justifikasi kementerian mengurangkan peruntukan penyelidikan fundamental ini sebanyak 46.6 peratus? Berapa banyakkah geran penyelidikan dan projek yang dijangka terkesan akibat daripada pengurangan ini, khususnya untuk UiTM? Adakah terdapat sumber pembiayaan alternatif yang memastikan penyelidikan asas di universiti awam tidak terjejas?
Saya mencadangkan kementerian menjelaskan pelan pembiayaan penyelidikan fundamental untuk tempoh lima tahun akan datang supaya penyelidik mempunyai kepastian dan tidak perlu bergantung kepada peruntukan tahunan yang tidak menentu. Akhirnya Puan Pengerusi, kita tidak boleh bercita-cita menjadi negara berteknologi tinggi jika pelaburan terhadap penghasilan ilmu dan penyelidikan asas semakin mengecil. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, selamat petang. Tuan Pengerusi, saya ingin meneliti Butiran 050400 – Penyelenggaraan dan Pembaikan.
Terlebih dahulu, saya ingin menyentuh peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi tahun 2027 yang diumumkan berjumlah kira-kira RM19.09 bilion berbanding RM18.6 bilion pada tahun sebelumnya. Saya mengalu-alukan
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
peningkatan peruntukan ini kerana pendidikan tinggi merupakan pelaburan strategik negara.
Namun, dalam menilai belanjawan sebuah kementerian, kita tidak seharusnya hanya melihat angka peruntukan yang besar tetapi perlu meneliti sejauh mana peruntukan tersebut diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada mahasiswa, universiti dan pembangunan modal insan negara.
Oleh itu, saya juga mempunyai pengalaman belajar. Kalau penginapan tempat tinggal mahasiswa itu tidak sempurna, maka pembelajarannya pun akan terjejas. Waktu itu ada yang menyewa di rumah setinggan dan sebagainya, menyewa di flat Kampung Kerinchi dan terpaksa membuat assignment melalui typewriter, menimbulkan suasana yang bising. Kadang-kadang bergaduh dengan jiran sebelah- sebelah.
Oleh itu, saya sangat setuju sekiranya kerajaan ingin menyediakan keperluan penginapan kepada pelajar-pelajar kita di universiti supaya mereka boleh belajar dengan maksimum di situ dengan rakan-rakan se-mahasiswa dengan mereka.
Sehubungan dengan itu, saya ingin menarik perhatian, peruntukan RM800 juta bagi menaik taraf prasarana IPT perlu dipastikan sampai kepada keperluan sebenar di lapangan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kedua, isu penginapan mahasiswa melalui Projek Vista Kampus dan Residensi Siswa di Universiti Malaya. Saya menyambut baik usaha menyediakan lebih banyak penginapan mahasiswa. Namun, pengumuman pelaburan sebanyak RM750 juta melalui KWAP bagi Kampus Vista— Vista Kampus menimbulkan persoalan tentang kos sebenar pembinaan, kapasiti, penginapan, struktur pajakan dan kadar sewaan yang bakal dikenakan.
Kita mesti memastikan model pembiayaan komersial tidak akhirnya memindahkan beban kepada mahasiswa khususnya yang datang daripada keluarga B40, Tuan Pengerusi. Saya ingin membandingkan Projek Vista Kampus dengan yang melibatkan RM750 juta oleh KWAP dengan enam universiti awam yang setakat ini belum ditentukan universiti mana pun. Belum ada statistik, universiti mana yang perlu, berapa katil ya, untuk dibina tetapi peruntukan RM750 juta sudah ada daripada KWAP.
Dan juga Projek Residensi Siswa Universiti Malaya. Residensi Siswa Universiti Malaya memperkenalkan empat kategori penginapan iaitu standard untuk 10 penghuni, standard premium untuk enam penghuni, apartmen untuk tiga
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
penghuni, studio untuk seorang penghuni. Jadi, kalau tengok model daripada Residensi Siswa Universiti Malaya ini, hanya satu kategori sahaja iaitu standard untuk 10 orang, ini sesuai untuk B40. Sementara yang standard premium untuk enam penghuni, ini mungkin sesuai untuk M40. Dan apartmen untuk tiga penghuni, T20 dan studio yang seorang-seorang tu, anak orang kaya.
Jadi, kalau inilah yang kita gunakan modelnya, maka masalah penghuni, pelajar-pelajar daripada B40 itu tak selesai. Dan adakah yang menghuni studio ini adalah terdiri daripada mereka-mereka mahasiswa yang sudah berkahwin ke, dah bekerja ke, jadi dia mampu bayarkan, itu perlu diperjelaskan juga. Kawan-kawan pun daripada Ahli Parlimen pun ada yang menyewa studio saja. Maknanya taraf pelajar ini dah macam Ahli Parlimen pula dah.
Kemudian, saya ingin menyorotlah ya. Saya ingin menyentuh penglibatan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam Projek Vista Kampus yang diumumkan melibatkan pelaburan yang disebutkan tadi, ya. Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa KWAP ini sebelum ini telah berhadapan dengan kontroversi pelaburan dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery sebanyak RM163.7 juta. Syarikat tersebut didapati melakukan kesalahan lah dan diambilkan tindakan oleh pihak berkuasa Indonesia dan sekali lagi kita gunakan wang daripada KWAP...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Baik, Pengerusi. Untuk membina Kampus Vista. Jadi, saya bimbang sebab kita pun tak ada buat kajian lagi enam universiti itu keperluannya macam mana tapi duit kita dah ambil, dah tetapkan 750.
Dan mengapa ya, kita peruntukkan sebanyak 19.09 bilion untuk pengajian tinggi tetapi kenapa ambil duit lagi KWAP. Itu yang saya hairan tu. Kenapa tak ambil aje duit daripada peruntukan yang dibagi sebanyak 19.09 bilion itu?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sama-sama Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya bangun untuk turut bahas dan saya merujuk kepada butiran yang
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
diberikan Butiran 02000 iaitu Pendidikan. Ya, Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi.
Saya ingin membangkitkan perkara berkenaan dengan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Saya difahamkan bahawa pelajar-pelajar yang melalui sistem UPU hanya membayar RM1,260 untuk satu semester berbanding dengan pelajar- pelajar yang melalui saluran terbuka yang membayar lebih kurang RM10,000 untuk satu semester.
Saya ingin mohon penjelasan daripada Menteri, kenapa perkara ini berlaku dan jurang bayaran untuk semester itu sangat berbeza berbanding dengan UPU hanya membayar RM1,260 untuk satu semester berbanding dengan saluran terbuka di Universiti Malaya yang hanya membayar— yang membayar jumlah yang jauh lebih tinggi.
Dan saya juga lihat Puan Pengerusi, kalau kita melihat kepada buku yang telah dibekalkan, dalam semua— saya baca umpamanya Puan Pengerusi. Universiti Kebangsaan Malaysia, memajukan ilmu pengetahuan pembelajaran melalui penyelidikan dan pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia, memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan. Universiti Malaya pun sama juga. Universiti Teknologi, memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.
Tak ada satu pun daripada universiti ini memberi penekanan kepada amanah, integriti, membanteras rasuah, menjaga amanah dalam perkhidmatan yang akan mereka masuki dalam mana-mana perkhidmatan sama ada awam ataupun perkhidmatan swasta. Saya di sini ingin mengguna kesimpulan seorang siswazah bernama Ummi Umairah seorang mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya.
Baru-baru ini, beliau telah menerima pelbagai kritikan kerana telah membuat satu kenyataan yang kritikal dalam satu forum terbuka mengenai tindakan menderma wang bagi membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya meminta supaya beliau dijadikan seorang tokoh siswazah negara.
Saya mengambil kesempatan ini kerana kita lihat bahawa graduan-graduan kita, siswazah perlu diberi— siswi dan siswazah perlu diberi keutamaan. Mereka perlu diberi keutamaan untuk menjadi seorang graduan yang mempunyai integriti supaya kita membanteras perkara-perkara salah laku, salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dan sebagainya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk tanya kepada Menteri. Adakah Menteri sanggup untuk mengesahkan bahawa Ummi Umairah ini akan dijadikan seorang tokoh siswa negara kerana pendiriannya yang begitu berani dalam satu forum baru-baru ini, di mana beliau menyatakan dengan tegasnya bahawa tindakan memberi sumbangan 50 juta untuk membayar denda kepada seorang bekas Perdana Menteri itu merupakan satu tindakan yang beliau rasa kurang bijak dilakukan.
Dan saya nak tanya di sini juga. Apakah kita nak merombak, menggubal kembali semua universiti-universiti ini supaya teras pendidikan di semua universiti- universiti ini memberi tumpuan kepada integriti, amanah, supaya bersih, supaya tidak mereka termakan dengan rasuah. Saya melihat bahawa sejak kebelakangan ini hanya tumpuan diberikan kepada kelayakan akademik sahaja dan tidak diberikan kepada nilai-nilai murni seperti integriti, amanah dan juga pembanterasan rasuah di kalangan semua pelajar-pelajar.
Jadi, saya nak tanya kepada Menteri. Komitmen kerajaan untuk memastikan bahawa tiap-tiap graduan yang mendapat ijazah daripada semua universiti tempatan memastikan bahawa mereka apabila menerima ijazah, mereka akan menjadi seorang pekerja di sama ada dalam swasta ataupun dalam perkhidmatan awam yang akan melaksanakan tugas mereka dengan bersih, cekap dan amanah. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 010200 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Butiran 020100 – Jabatan Pendidikan Tinggi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Puan Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu berkenaan 34 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian melalui program kerjasama Stamford College Melaka dengan Lincoln University College (LUC) di mana pelajar-pelajar tersebut masih belum terima sijil akademik mereka sejak tahun 2022 sehingga sekarang.
Daripada jumlah tersebut, 23 orang pelajar merupakan penerima pembiayaan PTPTN. Kelewatan ini telah menjejaskan peluang mereka untuk mendapatkan
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan ataupun menyambung pengajian serta membayar balik pinjaman PTPTN.
Berdasarkan daripada maklumat yang saya terima, program Bachelor Honors in Business Administration Stamford College Melaka telah mendapatkan kelulusan MQA di bawah nombor MQA/PA/15621 dan kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah nombor N/0414/6/0012, manakala program Bachelor of Science Honors in Hospitality Management telah mengemukakan permohonan kepada MQA pada 20 Januari 2021.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya difahamkan pihak Stamford College Melaka dan pelajar-pelajarnya pernah meminta bantuan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi tetapi rayuan mereka tidak ditangani sehingga hari ini. Saya pernah tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan masalah yang dihadapi oleh para pelajar ini dan saya memohon jasa baik kementerian bercampur tangan untuk mencari penyelesaian kepada 34 orang pelajar tersebut untuk memperolehi ijazah mereka demi masa depan mereka.
Puan Pengerusi, berdasarkan data rasmi sistem pengumpulan data Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), setakat 31 Disember 2025, terdapat seramai 159,138 orang pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Angka ini mewakili 12.6 peratus daripada keseluruhan 1,264,541 enrolmen pelajar di negara ini. Daripada angka ini, terdapat seramai 56,565 orang pelajar antarabangsa ataupun 8.9 peratus jumlah pelajar di universiti awam, manakala 102,573 orang pelajar antarabangsa menuntut di universiti dan kolej swasta iaitu 16.3 peratus daripada 629,835 jumlah keseluruhan pelajar di sektor swasta.
Saya ingin bangkitkan dua isu berkenaan pengajian pelajar asing di Malaysia.
Satu ialah kita haruslah merasa bangga semakin ramai pelajar negara asing belajar di universiti dan kolej di Malaysia. Tetapi, kementerian juga harus meneliti masalah dan standard akademik pelajar-pelajar asing ini. Saya difahamkan sesetengah pelajar asing ini tidak faham bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dan mereka terus direkrut masuk ke universiti awam kita.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sesetengah mereka sebenarnya memang tidak faham kuliah dalam universiti dan pencapaian akademik mereka memang tidak memuaskan. Soalan saya ialah― apakah universiti awam kita berkompromi dari segi standard akademik dan terus menawarkan ijazah kepada golongan pelajar asing yang bayar yuran tapi substandard ini?
Kedua, saya pernah dengar rintihan daripada pengusaha institut pengajian tinggi swasta di mana mereka rasa sangat susah untuk berkomunikasi dengan pegawai KPT yang menguruskan permohonan penubuhan kolej dan penawaran kursus. Walaupun piagam pelanggan KPT ialah memberi respons terhadap apa-apa bentuk permohonan dalam tempoh 45 hari, tetapi dalam realiti, pengusaha kolej swasta selalu terpaksa menunggu beberapa tahun untuk mendapat respons berkenaan permohonan mereka daripada pegawai KPT. Selalunya bila pengusaha universiti atau kolej swasta menyusuli permohonan mereka, mereka sama ada diberitahu bahawa fail permohonan mereka hilang ataupun pegawai di bahagian tersebut telah dipindah ke bahagian lain.
Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memperkasakan bahagian institut pengajian swasta dan mengadakan saluran rayuan bagi pemohon institut pengajian swasta ataupun pelajar asing yang ingin membuat aduan tentang masalah mereka.
Puan Pengerusi, dalam buku Belanjawan 2027 ini, saya tidak dapat cari butiran peruntukan kepada bahagian urusan institut pengajian swasta. Apakah ini menunjukkan tiada bahagian ini dalam KPT?
Yang akhirnya, Tuan Pengerusi, saya mengalu-alukan pendirian kerajaan yang ingin memberi lebih kebebasan kepada pelajar universiti untuk mengadakan program mereka dan malah akan mansuhkan AUKU pada akhirnya. Di sini saya ingin cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya hal ehwal pelajar (HEP) universiti awam memberi lebih kebebasan kepada pelajar universiti sekarang untuk mengadakan aktiviti dan malah membuka akaun bank untuk persatuan mereka.
Kami selalu terima e-mel daripada persatuan-persatuan pelajar universiti awam yang minta kami memberi derma kepada mereka untuk menganjurkan aktiviti.
Selalunya akaun bank yang diberi oleh mereka sama adalah nama di atas nama pelajar ataupun mereka pinjam satu persatuan tempatan sebagai satu badan untuk memohon mengemukakan permohonan kewangan daripada wakil rakyat.
Saya rasa ini adalah satu keadaan yang tidak sihat. Mereka kata, HEP kalau wang kita ataupun peruntukan Ahli Parlimen kita ini dimasukkan ke dalam akaun
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
bank HEP universiti awam, sangat susah bagi mereka untuk mengeluarkan dana daripada pihak HEP universiti awam. Jadi, saya rasa ini adalah perkara yang saya rasa kerajaan boleh mengambil langkah untuk membetulkannya sebelum Dewan ini meminda AUKU.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang. Jadi, Kangar mengambil peluang untuk membahas peringkat jawatankuasa untuk KPT.
Saya pergi kepada Butiran 05015 – Perancangan Strategik ICT. Jadi, anggaran perbelanjaan persekutuan adalah RM81.3 juta tahun 2026 kepada RM83.1 juta pada tahun 2027. Berlaku sedikit peningkatan. Kita sedang berada dalam era revolusi industri 4.0, kecerdasan buatan, pendigitalan dan ekonomi berasaskan data.
Dan universiti bukan lagi sebagai tempat menyampaikan ilmu secara konvensional tetapi mesti menjadi pusat pembangunan teknologi dan inovasi digital.
Namun begitu, dengan situasi terkini di mana berlaku serangan siber di seluruh dunia, universiti pun turut terdedah kepada serangan. Jadi, sejauh manakah KPT memastikan semua IPT mempunyai sistem keselamatan siber yang kukuh? Ini kerana universiti menyimpan pelbagai maklumat sensitif termasuk maklumat peribadi mahasiswa, rekod akademik, penyelidikan, kewangan dan sebagainya.
Seterusnya berkaitan dengan AI. Adakah peruntukan ini digunakan untuk membangunkan infrastruktur AI, pengkomputeran awam, pusat data dan sistem pembelajaran pintar? Dan bagaimanakah KPT memastikan universiti awam di seluruh negara mempunyai akses yang adil kepada teknologi AI, bukan hanya di universiti penyelidikan utama?
Saya juga ingin menarik perhatian YB Menteri agar UniMAP ataupun Universiti Malaysia Perlis turut mendapat kemudahan digital, makmal pintar, peralatan simulasi dan infrastruktur rangkaian yang setanding dengan universiti- universiti awam yang lain.
Saya pergi kepada Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti di IPT. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan kepada RM91 juta tahun 2027. Namun, kita masih mendengar aduan mengenai kolej kediaman yang uzur, tandas yang tidak
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
diselenggara dengan baik. Jadi, adakah KPT mempunyai audit menyeluruh terhadap keadaan bangunan, sistem pendawaian elektrik, sistem paip dan kemudahan asas yang lain?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Berapa banyak kolej kediaman yang telah dikategorikan sebagai kritikal dan memerlukan pembaikan segera? Saya sentuh berkaitan dengan Perlis. Adakah kolej kediaman UniMAP di Wang Ulu, Bintong, Perlis turut termasuk dalam butiran-butiran ini?
Tuan Pengerusi, saya pergi kepada keboleh pasaran graduan. Lebih satu per tiga pekerja berpendidikan tinggi di negara ini terperangkap dalam pekerjaan di bawah tahap kelayakan mereka. Ini selalulah - sering dibincangkan tadi dan cuma kalau kita lihat balik, ikut data, DOSM berlaku penurunan— berlaku pengangguran graduan menurun daripada 3.4 peratus kepada 3.2 peratus pada tahun 2024.
Namun hakikat sebenar, 1.6 juta graduan mengalami guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran mereka. Mereka terdiri daripada graduan yang bekerja separa mahir atau berkemahiran rendah. Saya nak tanya YB Menteri, apakah tindakan proaktif kerajaan? Saya rasa Menteri pun dah macam-macam dah buat, pihak universiti pun macam-macam dah buat tapi masalah belum lagi selesai. Kita tak tahu masalah ini akan selesai sampai bila? Mungkin 10 tahun akan datang masalah ini akan terus berlarutan.
Dan apakah tindakan proaktif kerajaan? Adakah dengan menambahkan peluang pekerjaan - ini pihak kerajaan atau menambahkan kemahiran graduan dalam pelbagai bidang. Jadi, mahasiswa ini akan dapat pelbagai kemahiran dan mungkin dalam apa – kemahiran atau pun soft skill, dia akan dapat memperbaiki diri dia untuk berada di luar sana.
Tuan Pengerusi, saya pergi yang terakhirlah. Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental. Ini tak disebutkan lagi. Pada pandangan saya, inilah antara peruntukan yang paling strategik dalam pembangunan pendidikan tinggi negara.
Penyelidikan fundamental bukan sekadar menghasilkan tesis, jurnal atau penglibatan akademik. Ia merupakan asas kepada penemuan ilmu baharu, pembangunan teknologi, penyelesaian masalah masyarakat, penciptaan inovasi yang boleh memberikan pulangan ekonomi kepada negara.
Namun, saya agak keliru apabila peruntukan untuk butiran ini dikurangkan kepada RM57.5 juta pada tahun 2027 berbanding RM107.6 juta pada tahun 2026
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
iaitu pengurangan hampir 47 peratus. Jadi, saya mohon YB Menteri untuk membuat penjelasan.
Dan seterusnya, saya ingin menyentuh dana penyelidikan kepada pensyarah dan penyelidik muda. Kita mempunyai ramai pensyarah penyelidik muda. Sekarang ini pensyarah-pensyarah pun muda-muda. Bukan setakat muda, malah mereka mempunyai idea-idea yang baik dan kepakaran, malah mereka berjiwa besar.
Adakah jaminan KPT bahawa pengurangan peruntukan ini tidak akan menjejaskan penyelidik muda dan pensyarah universiti? Adakah kementerian mempunyai skim atau dana khas untuk penyelidik muda, termasuk penyelidik yang baru memulakan kerjaya akademik? Saya rasa setakat itu saja untuk hari ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam MADANI.
Terima kasih Pengerusi, telah memberikan ruang kepada Pulai untuk membahaskan peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
Pertamanya, Pulai ingin merujuk kepada Butiran 30900 – Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS). Dalam lawatan Jawatankuasa Pilihan Kesihatan Parlimen Malaysia, kita berbincang dengan pihak KKM di Sabah, melihat tentang masalah kekurangan doktor yang berada di negeri Sabah. Dan salah satu daripada cadangan kami dalam perbincangan itu adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi doktor yang berasal daripada Sabah, juga daripada Sarawak.
Jadi, dengan lebih ramai lagi graduan perubatan ini yang lahir daripada negeri ini, mereka akan dilihat akan lebih setia kepada melaksanakan aktiviti di negeri tersebut. Jadi, soalan saya kepada Menteri. Apakah usaha-usaha untuk meningkatkan lagi graduan perubatan di Sabah dan Sarawak ini dalam kerangka meningkatkan bajet dan sebagainyalah?
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memastikan bahawa graduan perubatan ini mencukupi untuk keperluannya di Sabah dan juga negeri Sarawak?
Seterusnya, Pulai ingin merujuk Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti di Institusi Pendidikan Tinggi. Peningkatan ini merupakan satu perkembangan positif. Namun,
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
saya ingin melihat peruntukan ini bukan sekadar sebagai perbelanjaan untuk membaik pulih bangunan tetapi sebagai satu pelaburan terhadap keupayaan dan daya saing institusi pendidikan negeri— tinggi negara.
Kita perlu mengakui bahawa infrastruktur universiti mempunyai kaitan langsung dengan kualiti pendidikan dan penyelidikan. Kemudahan makmal yang tidak mencukupi akan mengehadkan keupayaan penyelidikan. Fasiliti pembelajaran yang tidak lagi sesuai akan menjejaskan keberkesanan pengajaran, manakala bangunan dan kemudahan yang tidak diselenggara dengan baik boleh meningkatkan kos operasi universiti dalam jangka masa panjang.
Dalam konteks ini, persoalannya bukan sekadar berapa banyak peruntukan yang ditambah tetapi apakah keutamaan pembangunan yang ingin dicapai melalui tambahan RM49.4 juta ini? Pulai ingin membangkitkan tiga perkara kepada kementerian.
Pertamanya, apakah pendekatan kementerian dalam menentukan keutamaan projek naik taraf fasiliti? Adakah kementerian memberikan keutamaan kepada infrastruktur penyelidikan makmal berteknologi tinggi, kemudahan pengajaran dan pembaikan bangunan sedia ada?
Pulai berpandangan, pengagihan perlu dibuat berdasarkan keperluan strategik dan tahap kesiapsiagaan infrastruktur setiap universiti. Keduanya, adakah kementerian mempunyai penilaian menyeluruh terhadap jurang infrastruktur di antara universiti awam? Kita perlu memastikan universiti yang sedang membangun, bidang penyelidikan strategik tidak ketinggalan hanya kerana kekangan fasiliti.
Pada masa yang sama, universiti yang mempunyai bangunan dan kemudahan lama perlu diberikan perhatian supaya tidak terus menanggung kos penyelenggaraan yang semakin meningkat.
Yang ketiganya, apakah sasaran kementerian terhadap hasil pelaburan ini?
Berapa banyak fasiliti yang akan dinaik taraf? Berapa banyak makmal penyelidikan yang akan dipertingkatkan dan sejauh manakah projek ini dapat meningkatkan kapasiti serta produktiviti institusi pendidikan tinggi?
Pulai mencadangkan supaya kementerian menyediakan pelan pembangunan dan naik taraf infrastruktur IPT secara berfasa berdasarkan audit kepada fasiliti keperluan bidang pengajian dan keutamaan pendidikan negara.
Pelaksanaan projek juga perlu disertakan dengan indikator keberhasilan yang jelas supaya tiap peningkatan peruntukan dapat diukur berdasarkan kepada impak institusi.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Kita tidak mahu pembangunan universiti hanya tertumpu pada pencapaian akademik dan kedudukan dalam ranking antarabangsa, sedangkan infrastruktur yang menjadi asas kepada kecemerlangan tersebut tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.
Yang kedua, Pulai ingin merujuk kepada 05012 – Biasiswa dan Latihan Penyelidikan Universiti. Dalam keadaan kos peningkatan pengajian, kos penyelidikan dan kos sara hidup yang semakin meningkat, peningkatan yang sangat kecil ini akan menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan sedia ada mencukupi untuk menampung keperluan pelajar pasca siswazah dan penyelidikan muda.
Kita tidak boleh mengharapkan universiti melahirkan lebih ramai penyelidik bertaraf dunia jika pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat sarjana dan PhD berdepan dengan kesukaran mendapatkan biasiswa serta pembiayaan penyelidikan.
Berapakah jumlah penerima biasiswa dan pelajar penyelidikan yang dijangka mendapat manfaat daripada peruntukan RM203 juta ini? Apakah kementerian bercadang meningkatkan jumlah biasiswa dalam bidang strategik negara?
Bagaimana kementerian memastikan kadar elaun bantuan penyelidikan kekal relevan dengan peningkatan kos sara hidup?
Pulai mencadangkan kementerian menyediakan pelan pembiayaan jangka panjang untuk pelajar pasca siswazah, khususnya dalam bidang penyelidikan strategik serta memperluaskan peluang pembiayaan kepada bakat daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Terima kasih Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Menteri untuk menjawab, 30 minit. Yang Berhormat Menteri boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan ini, Yang Berhormat Menteri boleh menjawab secara bertulis.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 melibatkan pelbagai perkara di bawah kementerian ini.
Ini menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian untuk melihat agar Kementerian Pendidikan Tinggi terus mara ke hadapan dengan pelbagai program-program bagi menambahkan lagi kualiti pendidikan tinggi negara.
Saya ingin terus menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan kalau sekiranya tidak ada kesempatan untuk saya menjawab keseluruhannya, maka jawapan- jawapan yang berbentuk fakta akan disusuli dengan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.
Ada beberapa isu utama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian untuk mengetahui tentang perkara berkaitan dengan kebajikan pelajar, tentang kedudukan AUKU, tentang pengecualian bayaran, tentang dana penyelidikan dan juga IPT di Sabah, tadbir urus universiti swasta, program kerjasama yang secara khusus yang dirujuk tadi dan kebolehpasaran graduan.
Secara ringkasnya izinkan saya dalam kesempatan yang terbatas ini untuk menjawab beberapa perkara penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian. Antara yang menangkap perhatian saya ialah perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan ancaman sekuriti oleh Kangar tadi, siber sekuriti yang berkaitan dengannya yang menjadi tajuk utama, tajuk besar ketika ini yang melibatkan semua agensi dan kementerian. Makanya di peringkat kementerian kita juga telah mengambil pendekatan-pendekatan yang tuntas bersama dengan pihak NACSA khususnya dan juga Majlis Keselamatan Negara bagi kita menghadapi masalah ini secara bersama.
Baik, bagi berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat juga tentang kebajikan pelajar, ini termasuklah soal asrama tempat penginapan dan juga tentang kedudukan pelajar-pelajar, pimpinan pelajar yang menyampaikan dan khusus disebutkan oleh Jelutong tadi atas nama seorang pelajar yang berkenaan.
Dan saya ingin sebutkan di sini bahawa dari segi kebajikan pelajar secara keseluruhannya, kita sentiasa memberi perhatian dan ini melibatkan juga dari segi pemberian biasiswa kepada mahasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak dengan bantuan pelajar-pelajar yang— termasuk juga kita jangan lupa, kita membicarakan tentang soal pendidikan tinggi, ia juga termasuk di dalamnya politeknik dan kolej komuniti.
Maka, kita mengambil pendekatan terhadap penyelesaian kepada semua pelajar-pelajar yang berada di ketiga-tiga institusi penting ini. Makanya, kita telah
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
melaksanakan program-program seperti bantuan biasiswa dan juga bantuan kewangan pelajar kepada kolej komuniti dan termasuk juga kepada bantuan kewangan asasi dan Dermasiswa B40 kepada mereka yang mengikuti kursus-kursus TVET, High TVET.
Dan untuk pengetahuan Dewan sekalian iaitu pada data KPT, pada tahun ini saja bagi tempoh sehingga 15 Oktober 2026 untuk tahun ini, seramai 26,934 pelajar B40 telah menerima tajaan daripada KPT dan untuk bantuan awal pendidikan tinggi pula melalui termasuk juga kita usahakan melalui Yayasan Perkasa Siswa, kita terus membantu mereka dan sehingga kini sebanyak RM439,000 disalurkan kepada mereka yang sangat memerlukan sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi.
Ada di kalangan pelajar-pelajar yang susah yang kita pergi cari mereka untuk mereka masuk ke institusi-institusi yang berkenaan. Ini termasuklah di Sabah, di Sarawak dan juga di Semenanjung. Dan kita ada program yang kita panggil sebagai program sulung iaitu bagi dalam satu keluarga yang ada anak pertama masuk ke universiti, kita berikan tuisyen secara percuma kepada mereka, maksudnya mereka tidak perlu membayar tuisyen fi dan ini merentasi semua, bukan hanya satu kaum saja tapi untuk semua sekali yang terlibat.
Bagi— untuk seperti yang kita sedia maklum, untuk peruntukan untuk menaik taraf dan baik pulih asrama dan tempat penginapan yang saya lihat tadi ramai di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat juga turut membangkitkan isu ini. Kita menggunakan beberapa pendekatan atau model bagaimana kita nak menyegerakan salah satu daripadanya dengan peruntukan baik pulih yang disediakan sepertimana yang tertera dalam peruntukan untuk tahun 2027 ini.
Tapi dalam masa yang sama, kita juga menggunakan pendekatan sepertimana yang telah dibahaskan tadi oleh Sabak Bernam, Sabak Bernam tadi— Tanjong Karang tak silap saya, ada membangkitkan isu yang berkaitan dengan...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sabak Bernam.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sabak Bernam, Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Sabak Bernam, saya tengok Sabak Bernam itu tadi. Dan membangkitkan isu dari segi bantuan ataupun daripada KWAP yang menggunakan, satu lagi model sebenarnya ia bukan satu-satunya model yang kita gunakan, ada pelbagai model yang digunakan termasuk juga daripada melalui private initiative atau melalui PPP atau PFI yang sering kali kita
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
gunakan. Dan juga di peringkat universiti juga, ada universiti yang mempunyai kemampuan kewangannya dapat menyegerakan pembinaan itu.
Jadi sudah banyak tempat yang disediakan dan kita untuk dalam tempoh RMK13 ini, ada lima buah kolej kediaman baharu di universiti awam yang telah pun melalui kaedah PPP dapat dengan kapasiti penginapan sehingga 21,000 pelajar kesemuanya. Kita akan teruskan nanti dengan projek-projek seperti ini kerana ini antara merupakan keperluan yang mustahak kepada pelajar-pelajar kita.
Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, ada isu-isu lain yang dibangkitkan, termasuk AUKU sebagai contoh. Seperti yang kita sedia maklum, kita telah bahaskan AUKU ini untuk pembentangan pada kali ini, kita akan mengubah beberapa peruntukan bagi kita membuat persiapan yang lebih komprehensif bagi mengubah AUKU yang sedia ada. Makanya, untuk kali ini kita telah pun memberi penekanan kepada perkara-perkara yang masih lagi menjadi halangan kepada pelajar-pelajar dalam mereka membuat program-program.
Tapi saya nak sebutkan— saya nak ingin menjawab, seperti yang dibangkitkan oleh Raub tadi, beberapa perkara yang berkaitan dengan Raub, dengan kebebasan telah pun diberikan kita tahu. Sebagai contoh yang dibangkitkan juga oleh Seputeh untuk mereka membuka akaun, mereka tidak perlu lagi menggunakan akaun-akaun persatuan itu, persatuan lain. Now, they can— dengan izin, they can open their own account dengan izin dan mereka boleh dan maksudnya siapa saja yang hendak memberikan bantuan ataupun sumbangan, boleh terus kepada akaun mereka.
Jadi, kita mungkin ada di kalangan mereka, mungkin ambil masa sedikit untuk mereka membuka akaun itu. Dan tapi pada dasarnya, sudah tidak ada lagi halangan bagi mana-mana persatuan, khususnya persatuan mahasiswa untuk membuka akaun mereka sendiri.
Jadi, mulai sekarang mereka boleh lakukan dan begitu juga dari segi kekangan-kekangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Raub tadi sepertimana telah pun mungkin Yang Berhormat tidak hadir ketika mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hadir di FIIM dan keesokan harinya kita telah pun membuat keputusan bahawa tidak ada lagi halangan. Semua perkara-perkara tatatertib dan sebagainya telah pun ditarik balik dan ini termasuk juga di dalam Akta AUKU yang akan kita laksanakan nanti. Jadi, ini perkara yang berkaitan dengan AUKU secara ringkaslah saya jawab di sini ya.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Kemudian, isu yang berkaitan Jelutong soal— perkara satu soalan yang menarik dibangkitkan oleh beliau iaitu tentang soal nilai di dalam sistem pendidikan tinggi kita dan kita dalam konteks pendidikan Kementerian Pendidikan, itulah penekanan yang kita berikan dalam dasar pendidikan kita yang baharu iaitu 2026– 2035 dengan menekankan aspek humanity-centric dengan izin, iaitu aspek-aspek kemanusiaan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membicarakan juga soal tentang “Menggapai Langit, Mengakar ke Bumi”. Mengakar ke bumi itulah yang berteraskan kepada soal-soal moral, soal-soal nilai.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Cuma ketika mana kita nak lihat dalam soal itu, dalam konteks kita pun kita juga perlu mendidik sama-sama diri kita. Dan bila kita rujuk pada satu-satu kes yang kita anggap popular, sewajarnya kita turut sama memainkan peranan untuk mendidik masyarakat kita, anak-anak pelajar kita dan sebagainya untuk mereka sentiasa berada dalam keadaan yang berfakta, yang beradab dan juga bertanggungjawab kerana kita ingin melahirkan manusia yang baik dengan nilai-nilai yang baik ini.
Sebab itulah kita sentiasa membuka ruang ini kepada pelajar-pelajar kita untuk sentiasa bersama dengan kita. Seperti yang disebutkan, nama yang disebutkan tadi sebenarnya itu adalah program yang diaturkan oleh pihak IPT sendiri, oleh kementerian sendiri.
Saya berada di situ dan saya yang bertanggungjawab menganjurkan program untuk membina kepimpinan di kalangan mahasiswa mahasiswi kita. Berikan ruang mereka untuk menyampaikan pandangan mereka, hujah-hujah mereka yang baik tetapi mestilah berdasarkan juga pada masa yang sama proses pendidikan dalam konteks kepimpinan itu perlu dilakukan juga dalam konteks yang ada faktanya, yang ada tanggungjawabnya dan dalam masa yang sama dengan ada sistem adabnya.
Jadi, kita harap kita akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin pelajar yang bukan hanya seorang yang dirujuk tadi tetapi lebih ramai dengan berdasarkan kepada tiga kriteria yang saya sebutkan tadi.
Seterusnya yang berkaitan dengan soal dana penyelidikan. Ini merupakan— saya sedar bahawa dari segi peruntukan yang ada kepada penyelidikan fundamental itu berkurangan pada kali ini. Apa sebabnya, untuk pengetahuan Yang Berhormat- Yang Berhormat sekalian, ia adalah disebabkan oleh ada beberapa peruntukan yang sebelum ini telah pun diberikan masih lagi berjalan lebih daripada RM200 juta kesemuanya yang memerlukan penerusan program-program yang diaturkan itu.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tapi dalam masa yang sama, saya ingin sebutkan juga di sini bahawa kita akan meneruskan usaha-usaha untuk menambahkan lagi jumlah itu. Sebab itulah apa yang dilakukan oleh pihak kementerian, kita diminta untuk sama-sama melaksanakan projek-projek seperti ini, penyelidikan seperti ini dengan kementerian- kementerian yang ada kaitan dengannya.
Sebagai contoh, kementerian MOSTI. Dan pandangan-pandangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi juga berkaitan dengan seperti mana penyelidikan ini dapat kita komersialkan. Saya ingin umumkan, dan telah pun saya umumkan dalam Dewan ini, kita telah pun memulakan apa yang kita panggil URIS iaitu university research dengan industry dan kita gabungkan kedua-dua pihak industri yang berada di luar dan universiti untuk mereka lihat sama-sama aspek- aspek penyelidikan yang boleh menghasilkan nilai-nilai komersial yang telah pun diadakan baru-baru ini dihadiri oleh beberapa ribu penyelidik dan juga daripada pemain-pemain industri yang ada dalam negara kita dan juga daripada peringkat antarabangsa.
Dalam soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat juga berkaitan dengan soal makmal-makmal perlu diperbaiki dan sebagainya dengan penyediaan makmal- makmal yang baru. Saya faham dan itu juga sangat diperlukan kerana apa yang kita sebutkan dalam dunia penyelidikan, ia kena ada dengan izin horizion scanning dengan kita melihat ke hadapan apa bidang-bidang baru yang perlu kita bangunkan.
Dan dalam konteks inilah juga ia berkaitan dengan apa yang dibangkitkan juga oleh Kepong tadi, berkaitan dengan bidang-bidang yang muncul yang memerlukan tumpuan daripada pihak kita untuk kita pastikan supaya universiti dapat terus berkembang dengan program-program baru yang ditawarkan oleh mereka.
Kemudian, dia juga— ada di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian bangkitkan isu yang berkaitan dengan Sabah. Terima kasih juga kerana bangkitkan isu berkaitan dengan keperluan Sabah dan Sarawak khususnya dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang undang-undang dan bidang perubatan dan itu yang kita berikan keutamaan.
Sebagai contoh, mungkin Yang Berhormat Penampang tahu sebelum ini, kita bincang dalam Kabinet keperluan untuk kita tambahkan lagi dalam bidang undang- undang dan kita berikan keutamaan, keistimewaan istimewa sebenarnya untuk membenarkan UMS untuk mengadakan program undang-undang dan termasuk juga di Universiti Malaysia Sarawak kerana bidang itu ada bidang-bidang yang terkhusus
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
kepada keperluan Undang-undang Tempatan sebagai contoh Undang-undang Adat dan lain-lain lagi.
Jadi, perkara itu telah pun bermula untuk pengetahuan Yang Berhormat, bukan lagi baru merancang. Saya telah pun menyemak baru-baru ini program ini telah pun dibangunkan. Mungkin kalau tak silap saya, mungkin pengambilan kali ini ataupun yang akan datang akan bermula.
Kemudian, yang lainnya berkaitan dengan soal program-program perubatan.
Yang itu pun kita berikan keutamaan. Majoriti sebenarnya adalah pelajar-pelajar daripada Sabah dan Sarawak. Kalau dalam konteks UMS, lebih banyak daripada Sabah. Begitu juga kalau di UNIMAS, lebih banyak daripada pelajar-pelajar Sarawak.
Jadi, kita berikan keutamaan ini supaya kita dapat melahirkan lebih ramai para pegawai-pegawai perubatan atau doktor-doktor yang asalnya daripada sana dan dapat berkhidmat balik di negeri masing-masing.
Yang lain termasuk juga soal yang dibangkitkan berkaitan dengan UiTM dan termasuk juga INTEKMA. Itu langkah-langkah yang telah pun kita lakukan dan insya- Allah kita tidak akan biarkan. INTEKMA akan berpindah milik kepada orang lain dan kita akan bangunkan dengan lebih kreatif lagi. Selain daripada itu, isu yang dibangkitkan juga berkaitan dengan UiTM di Tawau. Itu sebenarnya merupakan satu pelan rasionalisasi tetapi tidak menutup sebenarnya.
Sebab kita melihat, untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian, program di Tawau itu hanya mempunyai pelajar kalau tak silap saya sehingga 30 September ini, hanya 254 orang yang belajar hanya di peringkat pra diploma. Sedangkan kita ada sebuah UiTM yang boleh menawarkan program diploma dan ijazah tetapi di sini hanya ada 254 orang pelajar yang hanya melanjutkan pelajaran di peringkat pra diploma sebelum masuk ke peringkat diploma. Lantaran itulah langkah-langkah yang lebih konstruktif kita syorkan bagaimana kita nak meneruskan tapi dalam masa yang sama bagaimana kita dapat jadikan di kawasan yang berkenaan sebagai contoh sebagai education hub. Mungkin ada institusi-institusi lain yang ada dapat membantu sebagai feeder kepada institusi yang sedia ada. Jadi, saya harap saya jelaskan dalam Dewan ini berkaitan isu yang dibangkitkan. Saya tahu isu di Sabah, isu yang berkaitan dengan UiTM di Sabah ini menjadi antara isu yang agak panas di negeri Sabah ketika ini.
Jadi, saya harap dengan penjelasan ini dapat mengendurkan sedikit temperature di situ. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Yang lain, Yang Berhormat, saya tentang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang very specific. Terima kasih kerana membangkitkan satu soalan dengan begitu baik sekali, satu, satu, satu, satu dia tanya. Dan saya juga akan menyediakan secara terperinci kepada Yang Berhormat. Mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan.
Tetapi dari segi aktanya memang akta berkaitan dengan IPTS itu ia tertakluk kepada akta yang dipanggil Akta 555, tiga kali 5. Dan sehingga setakat ini kita ada 300 yang terkini. Kita telah mengurangkan sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat kerana waktu saya masuk saya dapati terlalu banyak.
Jadi, kita minta lihat balik kedudukan universiti-universiti swasta ini dan sehingga setakat ini kita dapat mengurangkan kerana bagi yang sudah tidak lagi berfungsi, kita tutup. Kita arahkan kepada mereka untuk menutup institusi itu dan sehingga setakat ini kita ada 359 kesemuanya yang meliputi ada 65 buah universiti.
Dan yang lain itu bertaraf kolej ataupun kolej universiti. Dan dia ada 11 buah kampus cawangan luar negeri, 39 buah kolej universiti dan 244 buah kolej yang berdaftar di bawah Akta 555 ini. Dan dari segi keseluruhan pelajar di 65 IPTS yang bertaraf universiti ini dengan bilangan pelajar tempatan, kita ada 348,496 orang manakala pelajar antarabangsa 75,721 orang dan ini sehingga 30 September ini.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bagi, saya ingat saya menjawab secara ringkas, yang lain saya akan berikan balik maklumat-maklumat ini kepada Yang Berhormat. Dan yang lain berkaitan dengan INTEKMA, saya telah menjawab serba ringkas tadi. Berkaitan dengan soal pengecualian bayaran balik juga telah pun kita akan rujuk balik kepada pihak— ini merupakan perkara keputusan dasar untuk pengetahuan Yang Berhormat. Kita boleh syorkan kepada pihak kerajaan berkaitan dengan bayaran balik PTPTN kepada pelajar-pelajar yang cemerlang daripada IPTS yang disebutkan ini.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Jadi Yang Berhormat boleh menulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Berkaitan dengan Kapar.
Saya faham Kapar, oleh kerana soalan Kapar itu adalah spesifik, yang mana kita— saya akan minta daripada pihak kementerian dan ada yang Kapar bangkitkan tadi yang tidak berada dalam bahagian KPT umpamanya yang TVET. Program-program TVET bergantung kepada TVET apa yang dirujuk, yang ini boleh kita rujuk kepada Majlis TVET Negara.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Industrial training itu kira setujulah kan?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya, setuju.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Maksudnya itu adalah, itu sebenarnya...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kena banyak sedikitlah.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Itu adalah sebenarnya sebahagian daripada proses kerana mereka perlu menjalani proses industrial training dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang engineering dan bidang yang berkaitan dengan teknikal.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tapi Menteri, kenapa Menteri kata TVET tidak berada di dalam— bawah bahagian sebab ada bawah bajet ini?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tak, maksud saya dia di bawah, dia Majlis TVET Negara. Kalau YB lihat balik dalam Majlis TVET Negara dan juga kalau dalam konteks di peringkat pengajian tinggi, kita memberi tumpuan kepada TVET Tinggi, High-TVET dipanggil. High-TVET itu ada di politeknik dan juga di MTUN yang berkenaan, Malaysian Technical University Network.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Itu di antara yang saya minta tadi, politeknik.
Kira setujulah, Menteri ya.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tak ada masalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat, yang dok bercakap blue wave tadi kan. Yang berkaitan dengan YB Seputeh. YB Seputeh yang ni Stanford, saya pun ada maklumat ini saya ingat nanti kita— saya sediakan kepada Yang Berhormat, tak perlu saya deliberate further sebab saya ada jawapan ini. Saya minta nanti team daripada kementerian untuk menyediakan jawapan ini untuk rujukan Yang Berhormat.
Kebolehpasaran graduan, untuk pengetahuan, berdasarkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan kita, kita ada sistem kita panggil SKPG iaitu KPT.
Bilangan graduan baharu warga Malaysia yang bekerja pada tahun 2025 ialah 217,768, ini bersamaan dengan 92.3 peratus manakala yang belum bekerja adalah seramai 18,279 graduan, 7.74 percent, dengan izin. Tadi ada Arau bangkitkan keprihatinan beliau tetapi ini adalah jumlah yang ada kepada sistem SKPG kita. Jadi, kalau Arau ada figure yang lain mungkin dia boleh compare dengan kita.
Jadi, saya ingat Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, yang lain-lain itu kita akan jelaskan secara detail lah nanti. Untuk di peringkat kementerian ini saya mengucapkan terima kasih sekali lagi atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Menteri, isu PTPTN? Tadi saya ada bangkit isu PTPTN oleh pelajar IPTS.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya ada jawab tadi, mungkin Yang Berhormat tak dengar tadi kut. Saya kata— kan saya jawab tadi ia berkaitan dengan dasar. Yang Berhormat boleh mengemukakan terus kepada pihak kerajaan lagi. I mentioned tadi, mungkin you missed my point tadi.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Tapi memang satu isu yang seriuslah. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Boleh syorkan, saya ingat bukan pertama kali kita bincang dalam Dewan ini. Dahulu kita bincangkan juga tentang kedudukan mereka yang mendapat first class, dahulu ada. Lepas itu kerajaan telah membuat keputusan disebabkan oleh pertama, kekangan kewangan.
Yang keduanya, dari segi penyelarasan sistem ataupun kedudukan pembahagian dari segi bagaimana kita membuat penilaian kepada first class dan sebagainya. Yang itu pun saya ingat boleh disyorkan balik kepada pihak kerajaan dan kalau sekiranya mereka juga berada dalam kategori B40 sebagai contoh yang dikemukakan.
Bagi kita, saya tidak pernah mengatakan tidak maka Yang Berhormat boleh mengemukakan sebagai as a policy paper kepada pihak kerajaan kemudiannya. Jadi saya ucapkan terima kasih sekali lagi atas semua perbahasan-perbahasan yang dikemukakan dan juga pandangan-pandangan dan juga syor-syor yang dikemukakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM15,129,293,500 untuk Kepala B.64 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.64 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan yang disebut di bawah Kepala P.64 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.64 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 12 November 2026.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.18 petang]