Nov052026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Minyak tercemar dijual beli, Rakyat terus menanggung rugi; Minta jawapan YB Menteri, Soalan MQT nombor satu saya bagi.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan:

(a) apakah keputusan analisis Jabatan Kimia terhadap sampel RON95 di lima negeri serta depoh; dan

(b) apakah tindakan segera kerajaan memulihkan keyakinan pengguna serta pihak mana yang akan menyediakan pampasan kepada pengguna yang mengalami kerosakan kenderaan?

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambil tindakan segera ke atas aduan berhubung dakwaan bahan api petrol RON95 mengandungi bahan asing yang telah menyebabkan kerosakan kepada enjin

draft • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

kenderaan pengguna di beberapa negeri. Aduan telah diterima oleh KPDN bermula 3 Oktober 2026.

Susulan daripada itu, Pegawai Penguatkuasa KPDN telah bertindak menjalankan siasatan di stesen-stesen minyak berkenaan dan mengambil sampel bahan api untuk dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia. Sehingga 31 Oktober 2026, pemeriksaan melibatkan lapan jenama stesen minyak di lapan buah negeri dan tiga depoh syarikat minyak. Sebanyak 262 sampel petrol RON95 telah diambil merangkumi 259 sampel di stesen minyak dan tiga sampel di depoh syarikat minyak.

Kesemua sampel berkenaan telah dihantar secara berperingkat kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis bagi mengesan sebarang unsur kehadiran air dan bahan asing yang lain.

Mengambil kira analisis bagi keseluruhan bendasing akan mengambil masa, tumpuan segera diberikan kepada analisis bagi parameter pengesanan air. Laporan awal, dengan izin, preliminary report bertarikh 29 Oktober 2026, melibatkan 43 sampel telah diterima daripada Jabatan Kimia. Menurut laporan awal tersebut, keputusan analisis bagi kesemua 43 sampel menunjukkan kandungan air dalam sampel petrol adalah kurang daripada 0.05 peratus, yang bermaksud kandungan air adalah di bawah had pengesanan minimum nilai yang dapat dilaporkan. Baki sampel yang lain masih dalam proses analisis dan laporan penuh akan dikeluarkan selepas semua sampel selesai dianalisis oleh Jabatan Kimia.

Pada masa yang sama, KPDN turut mengadakan sesi libat urus dengan syarikat minyak Petron dan Chevron, pemilik jenama Caltex, pada 9 dan 21 Oktober 2026 bagi mengenal pasti punca isu pencemaran kualiti bahan api tersebut. Selain daripada tindakan di pihak KPDN melalui Jabatan Kimia, kedua-dua syarikat minyak berkenaan telah mengambil tindakan menghantar sampel petrol RON95 bagi stesen- stesen yang terlibat dalam aduan ke makmal masing-masing, termasuk di luar negara, untuk tujuan pengujian.

Dalam pada siasatan masih berlangsung, kedua-dua syarikat minyak juga telah mula melaksanakan tindakan susulan yang melibatkan aduan kerosakan kenderaan yang sahih. Pihak Caltex dan Petron telah merangka program pemulihan pelanggan melalui program bantuan yang melibatkan pembayaran secara ihsan (good will basis) berpandukan kriteria yang telah ditetapkan tanpa sebarang pengakuan terhadap kesalahan atau liabiliti di peringkat ini. Pembayaran tersebut akan diberikan kepada pelanggan yang telah mengemukakan aduan lengkap berserta dokumen sokongan yang sah.

draft • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sungguhpun isu-isu berbangkit hanya melibatkan stesen-stesen minyak tertentu, KPDN mengambil perhatian serius dan akan memastikan siasatan terperinci dilaksanakan melibatkan keseluruhan rantaian bekalan berkenaan. Setiap aduan akan disusul dengan siasatan segera dan jika terdapat sebarang kesalahan, tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krai.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan.

Dalam keadaan rakyat agak resahlah dan hilang keyakinan terhadap kualiti bahan api yang dibeli, adakah kerajaan bersedia untuk mendedahkan secara telus ― walaupun telah disebut Petron dan Caltex tadi ― nama-nama syarikat ataupun nama-nama stesen minyak yang terlibat? Supaya rakyat tidak terus menjadi mangsa dalam ketidaktentuan ini. Dan kenapakah berlaku di beberapa negeri dan negeri lain tidak berlaku?

Soalan yang kedua. Lebih membimbangkan, adakah insiden pencemaran RON95 ini mempunyai persamaan dengan kejadian yang berlaku di Indonesia, khususnya dari sudut punca pencemaran, kelemahan kawalan kualiti dan kegagalan pemantauan rantaian bekalan? Jika benar terdapat persamaan, apakah jaminan kerajaan bahawa perkara yang sama tidak akan berulang di Malaysia? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya kecuaian ini terbukti telah menyebabkan kerosakan kenderaan serta kerugian kepada rakyat? Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Banyak soalan itu. Saya cuba jawab, ya.

Pertama, engagement, libat urus yang dilaksanakan oleh KPDN melibatkan kesemua syarikat-syarikat minyak yang membuat pembekalan. Berdasarkan aduan yang dikemukakan kepada KPDN, kita melihat isu aduan dan juga kerosakan yang didakwa oleh pemilik kenderaan, tumpuannya melibatkan bekalan kepada dua...

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...Bekalan stesen-stesen minyak yang diperolehi melalui dua syarikat minyak iaitu Caltex dan juga Petron.

draft • 10:00 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dan kita akan pastikan siasatan lebih terperinci dibuat. Dan kita juga mengalu-alukan di mana kedua-dua syarikat telah mengambil pendekatan yang saya sebutkan tadi. Mereka, walaupun siasatan masih berlangsung, mereka masih dan telah memulakan proses pembayaran secara goodwill basis terhadap kerosakan- kerosakan pengguna.

Dan apa yang kita lihat satu kejadian ini berlaku, kita tidak menganggap ia sebagai isu terpencil sungguhpun hanya berlaku di stesen minyak tertentu dan kita melihat perkara ini sungguhpun hanya di negeri tertentu khususnya di Kedah dan juga Pulau Pinang, tetapi kita menganggap bahawa perkhidmatan bekalan komoditi bahan api ini amat penting yang disebutkan sebagai keyakinan pengguna dan sebagainya.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Atas sebab itu, kita akan memastikan siasatan bukan hanya di peringkat stesen minyak, tetapi juga bekalan syarikat-syarikat minyak ini dan juga depot. Dan mengambil kira kejadian yang berlaku, kita melihat ia ada tempoh tertentu. Jadi, kita menganggap ia bukanlah walaupun siasatan dan dapatan ini belum conclusive, tetapi kita melihat ia bukan isu yang melibatkan keseluruhan rantaian bekalan itu. Hanya untuk bekalan pada tempoh masa tertentu dan apa puncanya?

Setakat ini dari segi pengesanan air itu, dalam sampel yang telah diperoleh daripada Jabatan Kimia, nampak tidak. Jadi, kita melihat further dengan izin, further investigation, melihat kepada benda asing yang lain dan juga formula bekalan pada tempoh tertentu.

Namun Yang Berhormat, saya bersetuju Yang Berhormat sebab isu ini jarang berlaku. Pernah berlaku satu ketika dahulu yang berpunca daripada kebocoran tangki dahulu. Walaupun jarang berlaku, tetapi kita melihat ada keperluan — sungguhpun produk-produk bahan api ini piawaiannya ada standard Jabatan Standard Malaysia, tetapi begitu juga terkait dengan DOSH, dengan Jabatan Alam Sekitar. Namun, ada keperluan kita melihat supaya penyelarasan dan piawaian yang lebih menyeluruh termasuk dari segi kuantiti, kualiti dan sebagainya itu diperkukuhkan.

Dan untuk pengetahuan, kita sedang membuat benchmarking dengan izin, dengan beberapa negara tertentu untuk — seperti Singapura, UK, Australia untuk

draft • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

memastikan kita ada standard piawaian yang dari segi pengesanan kualiti, kuantiti dan juga dari segi pemantauan di keseluruhan rantaian bekalan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Puan Speaker.

Soalan saya kepada Menteri. Yang kita lihat, kalau kata tadi berkaitan dengan kebocoran yang pernah berlaku. Kalau katakan beberapa tempat yang terlibat dan beberapa negeri disebutkan tadi, Kedah dan Pulau Pinang bermakna benda itu bukan secara natural ataupun tangki itu yang bocor. Maknanya di situ ada perkara yang lain.

Apa yang berlaku ini sepertimana juga Menteri sebut tadi, ia bukan perkara kes terpencil. Maknanya ini sudah jadi satu benda yang agak meragukan, membimbangkan rakyat apabila ini berlaku. Sedangkan dua-dua...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan. Ya, terus kepada soalan.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Ya. Baik. Keuntungan kepada syarikat ini, syarikat besar.

Jadi, soalan daripada Sri Gading, apakah pihak industri sendiri leka dan alpa dengan isu piawaian ini?

Yang kedua, apakah amalan terbaik — best practice yang dilakukan oleh negara maju dalam memastikan integriti bekalan bahan api ini dapat berhadapan dengan isu seperti ini iaitu piawaian yang terbaik untuk kita lakukan. Sebagai contoh, Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Yang saya sebutkan tentang kebocoran tangki tersebut bukan kes sekarang ini. Isu yang berlaku masa ini kita masih melaksanakan siasatan berdasarkan kita mulakan dengan sampel. Sampel yang diambil daripada stesen-stesen minyak. Kebocoran tangki itu adalah kes yang pernah berlaku.

Namun, kita tidak menganggap ia sebagai satu kes yang terpencil dan KPDN selain daripada siasatan diteruskan, itu sebabnya kita mengadakan libat urus dengan semua syarikat-syarikat minyak untuk memastikan mereka mengambil pertanggungjawaban dengan membuat pembayaran, sungguhpun tidak ada lagi perakuan kesalahan ataupun liabiliti, tetapi mereka, alhamdulillah telah mula membuat pembayaran secara goodwill basis kepada pemilik-pemilik kenderaan yang kenderaan mereka disahkan mengalami kerosakan tersebut.

draft • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dan kita melihat ini dan kita akan pantau. Ada juga aduan daripada stesen minyak tertentu yang sehingga kini masih terpaksa ditutup dan kita akan telusuri semua ini di peringkat untuk memastikan:

(i) kita dapat mengetahui apa punca sebenar kepada kejadian yang berlaku pada masa ini.

(ii) hak pengguna. Khususnya kenderaan-kenderaan yang mengalami kerosakan; dan

(iii) begitu juga kepada stesen-stesen minyak yang juga mengalami kerugian.

Jadi, kita akan pastikan keseluruhan proses ini dapat kita lengkapkan. Dan sebagaimana yang saya sebut tadi, saya amat bersetuju dan memang KPDN sedang dalam proses. Sebab kita melihat satu, kita adalah badan kawal selia dari segi pelesenan CSA dan juga PDA. Dari segi standard piawaian itu pula, produk-produk petroleum itu berada di bawah Jabatan Standard Malaysia, MS118 bagi petrol, MS123 bagi diesel dan begitu juga perakuan di peringkat Jabatan Alam Sekitar, DOSH dan juga Jabatan Kimia yang boleh membuat pengesanan sampel-sampel.

Jadi, penyelarasan perlu dibuat pertama. Namun, kita melihat perlu ada kerangka yang lebih menyeluruh. Itu sebab saya sebutkan tadi, kita membuat benchmarking kepada beberapa negara seperti UK, Australia, begitu juga yang melibatkan aspek contohnya ujian makmal akreditasi, penguatkuasaan trading standard, program pemantauan bahan api, laporan pengguna dan telus. Dan saya melihat sekiranya masih ada pengguna-pengguna pemilik kenderaan ini yang tidak berpuas hati, dengan jumlah pembayaran yang diberikan oleh syarikat-syarikat minyak ini, mereka ada platform seterusnya.

Buat aduan kepada KPDN, boleh mengambil tindakan sivil dan pada masa yang sama boleh merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Platform itu ada. Namun, pada peringkat ini kita monitor setiap perkembangan yang berlaku dan saya alu-alukan cadangan keperluan untuk pematuhan dan perwujudan standard yang lebih menyeluruh dan komprehensif tersebut. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.

draft • 10:10 AM

2. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong]: Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan nombor 2. Betong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah strategi jangka panjang KPKT terhadap tapak pelupusan terbuka yang kritikal di PBT di luar-luar bandar dan pelan mitigasi bagi

draft • 10:10 AM

daerah tanpa loji waste to energy ataupun WTE untuk kita membendung isu lambakan sisa harian di tapak yang hampir tepu. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Menteri KPKT untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Malaysia bersih, rakyat sejahtera. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Ahli Parlimen Betong.

Soalan beliau ini jelas membawa denyut nadi rakyat luar bandar Sarawak yang mahukan persekitaran bersih dan sihat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Seiring dengan prinsip kebertanggungjawaban dan kelestarian yang menjadi teras Malaysia MADANI, Kerajaan Persekutuan kini melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa komited memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal negara secara holistik dan mampan dengan menitikberatkan keseimbangan antara keperluan pembangunan, pemeliharaan alam sekitar serta kesejahteraan rakyat.

Untuk makluman Yang Berhormat, loji teknologi sisa kepada tenaga, waste to energy. Dia memerlukan sisa ambang ataupun tipping load minimum sekitar 600 hingga 1,000 tan sehari agar dia berdaya maju dari segi kewangan dan juga teknikal. Jumlah sisa harian di seluruh Bahagian Betong, namun pada masa kini adalah pada skala kecil— puluhan tan sehari sahaja. Ia menjadikan pembinaan loji WTE di situ kurang praktikal dan tidak ekonomik. Justeru, sentuhan Kerajaan MADANI bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk Bentong adalah solusi yang praktikal dan berpijak di atas bumi yang nyata melalui tiga langkah mitigasi segera.

draft • 10:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Pertama, penutupan selamat (safe closure) dan pengurusan sisa interim.

Iaitu kita menyediakan kepakaran teknikal serta dana pembangunan untuk menutup sel yang telah tepu secara selamat meliputi penutupan tanah dan kawalan air larut resap serta mendalamkan sel interim bagi mengelakkan limpahan sisa.

Kedua, stesen pemindahan sisa (transfer station). Mewujudkan hab pemadatan sisa sebelum dihantar terus ke tapak pelupusan sanitari serantau yang berdekatan.

draft • 10:20 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Langkah ketiga, pengkomposan komuniti. Mempergiatkan kitar semula dan pengkomposan di punca kerana sisa organik merangkumi lebih 45 peratus sisa harian luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, bagi membuktikan komitmen berterusan terhadap luar bandar, seperti contoh, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyalurkan peruntukan mengurus tahunan berjumlah RM1.1 juta sejak tahun 2023. Peruntukan mengurus ini bagi menampung kos operasi rumah sampah, lori pengangkutan dan caj pelupusan, contohnya di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah seperti KESEDAR di Kelantan, KEJORA di Johor, KETENGAH di Terengganu dan KEDA di Kedah.

Saya maklum bahawa Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai kerangka undang-undang sendiri iaitu Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan dan masih lagi belum mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ataupun Akta 672. Namun, prinsip Kerajaan MADANI amat tegas. Sempadan perundangan sesekali tidak menjadi halangan untuk Kerajaan Persekutuan membantu negeri Sarawak melalui jawatankuasa bersama antara KPKT serta Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan, Kerajaan Tempatan Sarawak. Pintu bantuan kepakaran teknikal dan permohonan peruntukan pembangunan sentiasa terbuka luas untuk Majlis Daerah Betong.

Bagi perancangan jangka panjang seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat, menjelang 2040, KPKT menyasarkan pengurangan kebergantungan kepada tapak pelupusan menerusi pembinaan 18 loji WTE yang disokong oleh 16 stesen pemindahan dan 10 tapak pelupusan sanitari, di samping peningkatan kadar kitar semula kebangsaan untuk mencapai lebih 40 peratus berbanding 37.9 peratus yang telah dicapai pada masa ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT tidak pernah membiarkan PBT luar bandar terbeban sendirian dengan tapak pelupusan yang uzur atau hampir tepu.

Justeru, saya menjemput Yang Berhormat Betong duduk bersama saya dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara supaya kita boleh teliti keperluan tapak di Betong bagi pertimbangan permohonan di bawah Rancangan Malaysia akan datang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas pelawaan untuk kita terus berbincang mengenai isu sampah ini.

draft • 10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tuan Yang di-Pertua, pengurusan sisa pepejal di kawasan luar bandar memang memerlukan kos operasi yang jauh berbeza berbanding kawasan bandar.

Jadi, soalan saya, adakah kementerian bersedia memperkenalkan satu formula peruntukan khas berasaskan keluasan kawasan pentadbiran, jumlah penempatan dan jarak pengangkutan sisa dan kemampuan fiskal PBT, khususnya PBT C dan D ini Yang Berhormat Menteri, supaya agihan peruntukan tidak hanya berdasarkan jumlah penduduk ataupun prestasi kutipan hasil? Dan sejauh manakah kementerian bersedia memperkenalkan satu model pembiayaan inovatif untuk kita khususnya untuk pengurusan sisa luar bandar supaya jurang infrastruktur sisa luar bandar dengan bandar ini tidak terus melebar? Mohon penjelasan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang budiman.

Di mana, untuk makluman Dewan ini, Kerajaan MADANI sentiasa prihatin. Menerusi Belanjawan MADANI 2027, kita berasa amat bersyukur KPKT telah pun diberikan peruntukan RM700 juta untuk meningkatkan pelbagai prasarana kemudahan awam berskala kecil di semua 156 kawasan PBT termasuk Majlis Daerah Betong.

Maka, seiring dengan peruntukan ini, di mana Majlis Daerah Betong adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan supaya peruntukan BP1 dapat disalurkan secara berkesan dan untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat setempat. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:20 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih Speaker untuk soalan tambahan dua.

Yang Berhormat Menteri, saya ada terbaca satu laporan Metro iaitu 24 September 2026, iaitu “Kartel sampah haram kaut untung.” Mereka menjadikan tempat-tempat terpencil dan juga tanah terbiar sebagai pusat sampah haram, di mana dikesan lebih kurang 3,723 kawasan yang digunakan untuk membuang sampah haram terutamanya kontraktor untuk mengelakkan membuang ke tempat- tempat yang dia kena bayar ke apa. Jadi, apakah tindakan kementerian untuk mengatasi isu kartel ini?

Dan juga, saya nak bertanya, jika kita lihat di negara luar, kadang-kadang sampah ini dia tak menganggap menjadi satu sumber kewangan kepada mereka pula. Satu peratus sahaja mereka buang ke tapak pelupusan, tapi 99 peratus mereka kitar semula untuk menjadikan sumber. Apakah kita ke arah ke situ? Ataupun macam mana untuk kementerian merancang?

draft • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim, sahabat saya. Walaupun soalan asal di Betong ke Kulim, jaraknya jauh, tetapi soalan Yang Berhormat tetap dekat di hati.

Tuan Yang di-Pertua, di mana untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan sisa pepejal merupakan satu agenda utama untuk kita pastikan negara kita sentiasa bersih supaya rakyat sejahtera. Oleh kerana itu, untuk makluman Yang Berhormat, tahun lepas sahaja, SWCorp telah pun berjaya menutup 3,600 tapak pelupusan sampah haram. Bagi saya, ini bukan sahaja haram, tapi haram jadah, kerana adalah sangat penting kita nak pastikan persekitaran alam sekitar negara kita dibela, dipertahankan.

Untuk makluman semua, sekiranya mereka didapati terlibat dalam kegiatan aktiviti sindiket tapak sampah haram, di mana di bawah Akta 672, mereka adalah, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara lima tahun, denda RM100,000, jika tidak silap saya.

Oleh kerana itu, tahun lepas, SWCorp telah diperkasakan dengan perolehan aset lebih 100 motosikal yang boleh kita terus serbu ke kawasan tapak pelupusan haram. Dalam tempoh tiga tahun ini, kita telah berjaya menutup lebih 6,000 tapak pelupusan sampah haram. Oleh kerana itu, tahun ini kita akan terus memantau. Itu― tangan yang mengotor perlu menjadi tangan yang membersih.

Kita juga laksanakan Perintah Khidmat Masyarakat. Setakat pagi ini, lebih 17,000 kompaun telah pun dikeluarkan. Lebih 2,000 orang telah pun diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalankan juga hukuman khidmat masyarakat.

Marilah Yang Berhormat, bersama dengan kementerian, kita sama-sama pastikan Malaysia sentiasa bersih supaya kesejahteraan dinikmati oleh semua.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah strategi dan langkah proaktif yang sedang dilaksanakan oleh kementerian bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama industri business events (MICE) di peringkat antarabangsa serta impak ekonomi yang disasarkan melalui industri ini dalam menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026-2027. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Menteri MOTAC untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timor.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama industri acara MICE di peringkat antarabangsa. Antara strategi utama yang dilaksanakan adalah memperluas kerjasama dengan persatuan profesional dan pemain industri di samping mempergiat promosi di peringkat antarabangsa.

draft • 10:20 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Bagi menyokong usaha ini, MyCEB menyediakan insentif kewangan melalui kempen MyTriple untuk menarik lebih banyak penganjur acara MICE ke Malaysia. Di samping itu, melalui inisiatif BE Malaysia CocoRobo Plus, promosi diperluas ke pasaran utama seperti ASEAN, China, India, Eropah, Amerika Utama, manakala Asia Tenggara dan Afrika merupakan pasaran baharu. MyCEB juga melaksanakan [Tidak jelas] Kempen untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing pemain industri tempatan.

Selain itu, MyCEB terus melaksanakan kempen Fuel Up iaitu kerjasama strategik dengan sektor swasta bagi menarik lebih banyak komisen, pameran dan mesyuarat korporat bertaraf antarabangsa ke Malaysia.

Untuk makluman Yang di-Pertua, melalui kempen ini bagi tahun— April hingga Disember 2026, MyCEB berusaha menarik acara antarabangsa yang terjejas akibat krisis Krobo politik di Asia Barat untuk dipindah ke Malaysia dan telah berjaya menarik masuk empat acara MICE ke Malaysia dan juga dianjurkan ke Malaysia dengan anggaran impak ekonomi sebanyak RM58.27 juta.

Dari segi pencapaian, untuk tahun 2026, sehingga Oktober 2026, sebanyak 464 acara MICE berjaya dianjurkan, melibatkan lebih 800 delegasi dan menjana anggaran impak ekonomi sebanyak RM5.11 bilion.

Bagi tahun 2027, sebanyak 44 acara MICE telah dikenal pasti untuk dianjurkan di Malaysia dengan anggaran penyertaan seramai 69,509 delegasi serta sasaran impak ekonomi sebanyak RM1.03 bilion.

Daripada jumlah tersebut, lapan acara MICE berjaya dipindah ke Malaysia.

Susulan krisis Krobo di Asia Barat dijangka menjana impak ekonomi sebanyak RM84.87 juta. Keupayaan Malaysia juga mendapat pengiktirafan apabila MICE menerima anugerah Best Meetings Destination (Asia) and Best Conventions

draft • 10:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Destination (Asia) at the M&C Asia Stella Awards 2026 pada 18 Ogos 2026 yang lalu.

Pakej lawatan selepas acara terus dipromosikan bagi menggalakkan delegasi MICE tinggal lebih lama dan belajar lebih banyak. Pasal kita sudah masuk ini MICE, jadi MICE Tourism. Itulah lepas itu kita di promosi, minta dia orang tinggal lama, kita boleh perkembangkan ekonomi, termasuklah vendor tempatan, pengangkutan, restoran, hotel dan destinasi pelancongan. Inilah menjadikan segmen MICE antara penggerak penting kepada ekonomi negara dan kejayaan kempen Visit Malaysia 2026 ke 2027. Sekian.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ipoh Timor.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah atas angka-angka dan pencapaian yang agak memberangsangkan. Cuma, saya ada soalan yang lebih spesifik.

Sudah tentu apabila kerajaan ingin membangunkan atau lebih membangunkan, memberangsangkan industri MICE ini, sudah tentu kita perlukan insentif. Insentif sama ada melalui MyCEB yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Batu Gajah atau melalui atau leverage dengan Ahli-ahli Parlimen ini.

Adakah pihak kementerian menyediakan sebarang insentif untuk membantu memberangsangkan industri ini? Dan sama ada dalam bajet ini dan juga dalam bajet yang sedia ada, apakah dan sama ada wujudnya peningkatan peruntukan bagi untuk memberi lebih insentif kepada pemain-pemain dan penggiat-penggiat industri untuk lagi memberangsangkan industri MICE ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Puan Yang di-Pertua, bagi menyokong pertumbuhan segmen acara MICE, RM10 juta diperuntukkan kepada MICE sebagai insentif untuk menarik acara MICE dan sukan antarabangsa berimpak tinggi, khususnya dalam segmen premium. MOTAC ingin juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan atas keputusan melanjutkan insentif cukai bagi penganjuran acara MICE antarabangsa untuk tempoh 2028 hingga 2030 seperti yang di maklum dalam Belanjawan 2027.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Melalui insentif ini, kerajaan memberikan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas jumlah pendapatan bersih kepada penganjur acara MICE antarabangsa yang layak. Insentif yang

draft • 10:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

sebelum ini terpakai bagi tahun taksiran 2026 hingga 2027, kini dilanjutkan tahun taksiran 2030. Kita ada beberapa langkah di bawah, saya terus sebut sahaja.

Sekurang-kurangnya 1,500 peserta luar negara setahun bagi lawatan insentif atau sekurang-kurangnya 2,000 peserta luar negara setahun bagi persidangan atau sekurang-kurangnya 3,000 peserta luar negara setahun bagi pameran perdagangan.

Inilah tadi yang disebutkan untuk insentif-insentif yang ada.

MOTAC percaya insentif galakan cukai ini akan menggalakkan penggiat industri tempatan menganjurkan acara perniagaan ataupun MICE antarabangsa di Malaysia. Sekian.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Langkawi.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan khusus saya kepada Langkawi.

Kita mempunyai dua convention centre yang bertaraf antarabangsa:

Langkawi International Convention Centre (LICC) dan juga Mahsuri International Exhibition Centre. Pertanyaan saya, apakah pelan tindakan MyCEB dalam memasarkan kemudahan MICE bertaraf dunia ini ke Pulau Lagenda ini, khususnya kepada persidangan-persidangan antarabangsa yang bertemakan ekopelancongan?

Soalan saya yang kedua, yang pendek. Apakah MOTAC berkerjasama dengan MOT untuk charter flight ke Langkawi? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi soalkan macam — kemungkinan kita berdasarkan — kita tidak mempromosikan Langkawi, tapi untuk maklumat Yang Berhormat Langkawi, bila kita MICE pergi promosikan, memang kita tabur kepada antarabangsa, mana-mana convention centre kita ada di seluruh negara, tetapi akhir sekali, dia orang buat pilihan mana tempat dia orang mahu dianjurkan.

Kita sedaya upaya, kita akan do the best, try the best, dengan izin, kita akan promosi Langkawi. Kita pun tahu juga di Langkawi, kita sekarang berbuat tambahan pelancong-pelancong ke Langkawi.

Tadi macam soalan nombor dua, kita kata kita punya charter flight, charter flight dari [Tidak jelas] Sekarang pun sudah masuk. Bukan tahun ini sahaja, tahun lepas pun, dua tahun sudah kita bawa masuk.

So, sama juga kita akan cuba promosikan mana kita boleh untuk ekonomi berkembang di seluruh negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Speaker, Masjid Tanah...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Speaker. Tak dapat saya bertanya Menteri Pelancongan. Speaker, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila duduk.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Verdon bin Bahanda, Kudat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 1.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Menteri MOTAC untuk menjawab. Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

1. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah statistik ketibaan pelancong antarabangsa bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 mengikut negeri dan wilayah di Malaysia serta apakah negeri yang mencatatkan peningkatan ketibaan berbanding tempoh sebelumnya.

draft • 10:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Sorry, sorry.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak jumpa jawapan itu.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Ada. Sorry, sorry. Ini mahu cakap Menteri Agama ada isu. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Kudat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Minta maaf, silap sikit.

Tuan Yang di-Pertua, hasil usaha berterusan kementerian bersama agensi- agensinya, seramai 32.3 juta pelawat antarabangsa telah berkunjung ke Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2026. Jumlah ini meningkat sebanyak 2.4 peratus berbanding 31.5 juta pelawat bagi tempoh yang sama pada tahun 2025.

Pencapaian ini menunjukkan prestasi ketibaan pelawat antarabangsa kekal positif

draft • 10:40 AM

Dato Sri Tiong King Sing

walaupun berdepan cabaran global politik di Asia Barat yang terus menjejaskan laluan penerbangan antarabangsa.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, data ketibaan pelawat antarabangsa yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia adalah berdasarkan pintu masuk negara dan bukannya negeri yang dilawati. Memandangkan terdapat banyak pintu masuk di seluruh negara, butiran lanjut mengenai jumlah ketibaan mengikut pintu masuk akan dimasukkan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kudat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian MOTAC yang berjaya menarik begitu ramai pelancong daripada luar negara ataupun pelancong antarabangsa untuk datang ke negara kita.

Sebagai Wakil Rakyat yang mewakili kawasan luar bandar― dan Parlimen Kudat ini merupakan salah satu Parlimen yang mempunyai tarikan-tarikan yang cantik. Bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah usaha pihak kementerian dalam menarik lebih ramai pelancong antarabangsa untuk melawat kawasan-kawasan luar bandar yang kurang dikenali seperti kawasan Parlimen Kudat ini?

Saya mohon juga kepada Yang Berhormat Menteri supaya kalau dapat melihat sendiri dengan melawat sendiri kawasan-kawasan pelancongan di kawasan saya dalam tahun hadapan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih, Yang Berhormat Kudat.

Memanglah dulu saya pun di Sabah juga, selalu saya pergi Kudat. Saya difahamkan, Kudat sekarang pun banyak bangun. Walau bagaimanapun, saya minta Yang Berhormat, kalau boleh, sehari kita buat satu perjumpaan bersama-sama— kita jumpa Menteri Pelancongan di Sabah, kita berbincang dan juga kita meminta Sabah kalau boleh mempertumbuhkan banyak pakej-pakej destinasi ataupun pakej untuk tourism kita untuk menarik tourist daripada antarabangsa ke Kudat. Kita akan cuba daya upaya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

draft • 10:40 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, statistik ketibaan pelancong antarabangsa tidak semestinya mencerminkan agihan pelancong dan limpahan ekonomi kepada semua negeri-negeri.

draft • 10:40 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Apakah strategi bantuan kewangan, subsidi pemasaran dan kuota dana bagi promosi yang adil kepada pengusaha-pengusaha luar bandar tadi?

Dan apakah mekanisme kementerian untuk menyelaraskan dengan kerajaan negeri, PBT dan kementerian berkaitan, bagi memastikan kemudahan asas seperti tandas awam, papan tanda pelancongan, pengangkutan awam dan tempat letak kenderaan bersih dan capaian internet di destinasi pelancongan itu untuk seluruh negara berada pada tahap yang memuaskan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat soalkan isu itu di luar kawasan itu semua, tandas itu semua, internet itu semua, saya minta maaf, itu bukan di bawah kementerian kita. Kita akan cuba daya upaya. Mana kita boleh bantu, kita bantu. Kemungkinan kita boleh berbincang sama KPKT punya Menteri, berbincang macam mana dinaik taraf itu tandas, itu semua. Memang kita berminat untuk infrastruktur-infrastruktur dinaik taraf.

Walau bagaimanapun, kita MOTAC akan cuba daya upaya. Mana kita boleh bantu, kita bantu. Nanti kita bersama-sama juga. Saya selalu beritahu kita nak perkembangkan ini pelancongan, destinasi itu semua, kita mahu bekerjasama sama kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 2, Yang Berhormat Kepala Batas tiada dalam Dewan.

[****Soalan No. 2** – YB. Dr. Siti Mastura binti Muhammad (Kepala Batas) tidak hadir]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 3, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tak ada dalam Dewan.

[****Soalan No. 3** – YB. Menteri Kesihatan dan YB. Timbalan Menteri Kesihatan tiada di dalam Dewan]

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Tasek Gelugor.

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Saya rasa, Yang di-Pertua...

draft • 10:40 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Puan Yang di- Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

...Apabila Menteri atau Timbalan Menteri masuk, boleh saya...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak pernah berlaku ini.

draft • 10:40 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tapi kita kena rekodkan bahawa, ada Menteri, Timbalan Menteri tidak hadir dalam Dewan pada hari ini untuk jawab soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Macam mana Kerajaan MADANI ini? Menteri dengan Timbalan Menteri tak ada ini Yang Berhormat Speaker. Tak menghormati Dewan. Kawan-kawan yang dah bersedia untuk bertanya soalan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, biar Yang Berhormat Tasek Gelugor untuk tanya soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Orang lain pun nak tanya.

draft • 10:40 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kesian Wangsa Maju.

draft • 10:40 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Takkan tak ada juga, kut?

draft • 10:40 AM

4. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, apakah mekanisme Kerajaan Persekutuan dalam memastikan penduduk Seberang Perai Utara terutamanya Tasek Gelugor dan Kepala Batas mendapat manfaat daripada pembangunan Taman Teknologi @ Bertam, terutama dari segi peluang pekerjaan, latihan, kontrak kepada PKS tempatan dan peningkatan pendapatan isi rumah.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ini nampaknya macam sangat serius Yang Berhormat. Okey, ini saya tak boleh nak cakap sebab kawan kita.

draft • 10:40 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang di-Pertua, saya nak ulas-ulas sikit soalan saya.

Hari ini Timbalan Menteri lewat; Soalan saya nombor empat.

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Timbalan Menteri baru masuk.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih saudara saya, kawan saya daripada Tasek Gelugor. Saya serius nak jawab soalan you. Itu sebab saya bincang panjang macam mana saya nak jawab, okey?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada jawapan.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua. Negeri Pulau Pinang kekal antara destinasi pelaburan strategik utama negara terutamanya dalam sektor E&E termasuk semikonduktor, peralatan perubatan serta industri berteknologi tinggi.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang― sekejap ya. Saya letak ini...

[Membuka rehal di atas meja] Bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM20.2 bilion merangkumi sektor utama, sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan. Pelaburan ini dijangka akan mewujudkan sebanyak 20,216 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.

Dalam konteks ini, pembangunan taman teknologi di Bertam di Seberang Perai Utara berperanan penting bagi pemangkin pertumbuhan perindustrian dan sosioekonomi setempat. Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan agensinya, iaitu MIDA, komited memastikan impak pelaburan diterjemahkan secara langsung kepada manfaat ekonomi setempat.

Bagi memastikan penduduk Tasek Gelugor, Kepala Batas dan kawasan sekitar Seberang Perai Utara meraih manfaat secara inklusif, kerajaan telah melaksanakan pendekatan yang memberi fokus kepada aspek-aspek berikut.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Nombor satu, perwujudan peluang pekerjaan berkualiti kepada penduduk setempat. MITI dan MIDA memberi penekanan agar syarikat pelabur mengutamakan pengambilan tenaga pekerja setempat khususnya dalam bidang berkemahiran tinggi dan separa mahir seperti kejuruteraan, automasi, operasi teknikal serta pengurusan operasi.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Kerjasama strategik digembleng bersama jabatan atau agensi Persekutuan seperti PERKESO melalui MYFutureJobs dan agensi negeri bagi menganjur program pemadanan kerjaya, khususnya job matching untuk penduduk setempat.

Pembangunan bakat dan kemahiran serta latihan industri juga dititikberatkan.

Kerajaan turut memberi perhatian kepada usaha memperkukuhkan kesediaan tenaga kerja tempatan supaya memenuhi keperluan industri yang beroperasi di Taman Teknologi di Bertam.

Justeru itu, kolaborasi berterusan dilaksanakan antara syarikat industri di Taman Teknologi@Bertam dengan institusi pendidikan, latihan teknikal dan vokasional. Ada sembilan. Ada sembilan institusi latihan dan khususnya antara sembilan itu, empat adalah institusi TVET di kawasan SPU dan program latihan bersasar juga dilaksanakan merangkumi peningkatan kemahiran (upskilling), latihan semula (reskilling) dan program perantisan mengikut spesifikasi teknologi syarikat bagi menjamin kebolehpasaran anak tempatan. Memperkukuh penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam rantaian bekalan industri itu juga dititikberatkan.

Inisiatif seperti pembangunan vendor, pemadanan perniagaan (business matching) juga digerakkan bagi membolehkan PKS tempatan di Tasek Gelugor dan Kepala Batas diserap ke dalam ekosistem perolehan syarikat multinasional. Peluang perolehan atau kontrak antaranya...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Ya, boleh.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Jadi kontrak dan juga perolehan setempat terutamanya dari segi makanan, supply chain ya dan juga non-supply chain seperti makanan, sekuriti dan juga renovation, kontrak-kontrak kecil juga kita tetapkan— kita juga promote untuk kawasan setempat. It makes business sense untuk mereka cari orang

draft • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin

tempatan daripada cari yang luar. Jadi, Tasek Gelugor tempat ini, Taman Teknologi sangat berimpak tinggi kepada kawasan YB. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tasek Gelugor.

draft • 10:50 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan itu. Saja tadi nakal-nakal sikit kawan lama, Yang di-Pertua.

Saya ucap terima kasih kepada jawapan yang diberikan dan saya rasa kita perlu faham bahawa pembangunan Taman Teknologi di Bertam itu perlulah memberikan impak yang positif kepada kesemua orang yang duduk di sekelilingnya, bukan memberi keuntungan jutaan ringgit kepada developer sahaja.

Jadi, saya minta sedikit penjelasan Menteri, adakah mungkin untuk kita set- kan, tentukan KPI yang tertentu penglibatan penduduk setempat dari segi peluang pekerjaan, berapa peluang pekerjaan yang dikhususkan yang berpendapatan tinggi untuk penduduk setempat?

Dan seterusnya mengenai penglibatan PKS tadi juga, bolehkah kita publish kepada umum setiap tahun pencapaian sebenar yang memasti— untuk kita tahu betul-betul berapa PKS tempatan yang dapat manfaat daripada pembangunan tersebut?

Dan akhirnya, infrastruktur juga perlu diperbaiki di kawasan itu sebab jalannya, ya lah, awal-awal itu luas, hujung itu kecil. Jadi, apa perancangan kerajaan untuk memperbaiki infrastruktur jalan, pengangkutan awam dan sebagainya?

draft • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih soalan tambahan daripada rakan saya Tasek Gelugor. Sebenarnya dalam apabila sesuatu syarikat dia nak masuk ke— masuk melabur di sesuatu tempat, mereka akan minta manufacturing license. Okey.

Dan mereka— yang lebih penting adalah, selalunya mereka akan minta supaya dapat insentif. Apabila insentif itu kita akan beri mereka— apabila mereka minta insentif, mereka kena isi NIA Scorecard, New Incentive Framework yang kita telah laksanakan supaya, mereka akan kata apakah localisation yang mereka buat, berapa pekerja berpendapatan tinggi yang mereka ciptakan, all kinds of syarat- syarat.

Jadi melalui itu, kita akan tahu apakah mereka buat dan kalau mereka tidak buat, kita akan tarik balik insentif mereka. Jadi, inilah cara kita untuk mendorong mereka untuk ambil pekerja tempatan dan juga vendor-vendor tempatan. Dan kita telah syaratkan 80 peratus pekerja adalah pekerja tempatan. 20, hanya 20 peratus adalah dari segi 3D job yang mereka boleh dapat daripada— untuk pekerja asing.

draft • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Dan untuk kawasan Tasek Gelugor, sebenarnya di negeri Pulau Pinang ini, kita sangat bertuah, kita dua-dua daripada Pulau Pinang. Sangat bertuah kerana banyak industri yang masuk kerana kompetitif kita, ekosistem kita, negeri ditadbir dengan baik, negara ditadbir dengan baik, maka banyak— ramai syarikat masuk dan sebenarnya tidak mencukupi pekerjaan— pekerja tidak mencukupi.

Dan selalunya orang daripada Kedah datang, daripada sampai Kelantan pun datang ke Pulau Pinang untuk kerja. Jadi, ini bukan jadi masalah untuk pekerja kita mendapatkan pekerja yang berkualiti ya di SPU kah, di Bayan Baru, tapi yang penting adalah, dari segi pekerja yang berkemahiran. Yang inilah industri minta dan ini disebabkan itu, kita mempunyai institusi TVET. Empat institusi TVET di SPU, bukan main-main. Banyak.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dan ringkaskan jawapan.

draft • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Dan institusi latihan lain, ada sembilan, total. Jadi, adalah saya rasa kita cukup baik dari segi attractiveness di Pulau Pinang dan di Tasek Gelugor dan ini adalah masa— benda yang sangat positif untuk kita semua.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:50 AM

5. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, kemajuan sistem early detection radar, UAV dan satelit, peratusan liputan pengawasan 24 jam serta blind spots sedia ada, bilangan sindiket penyeludupan dilumpuhkan sepenuhnya dan jurang keupayaan aset APMM yang masih kritikal ketika ini.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, sahabat saya ‘Pontian’.

KDN, Yang Berhormat melalui Agensi Maritim Malaysia sedang memperkukuhkan keupayaan pengawasan Maritim Malaysia daripada pendekatan detect and respond kepada sistem yang lebih bersepadu berasaskan pengesanan awal, mengenal pasti sasaran dan tindak balas pantas (early detection identification and rapid response). Usaha ini Yang Berhormat dilaksana melalui peluasan sistem radar, penggunaan UAV, pemodenan aset serta peningkatan integrasi maklumat operasi.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Mengenai kemajuan sistem pengesanan awal melalui radar, UAV dan satelit, pada ketika ini APMM mengoperasikan 15 RSS di bawah Sistem Pengawasan Laut

(SWASLA) iaitu 12 RSS di sepanjang Selat Melaka dan tiga RSS di Pantai Barat Sabah.

Bagi memperluaskan liputan pengawasan, kerajaan juga telah meluluskan SWASLA Sabah Fasa II melibatkan Pulau Malawali dan Sandakan di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas pada tahun 2026 dengan proses tender dijangka bermula pada penghujung tahun ini.

Bagi perolehan SWASLA di Sarawak, peruntukan telah diluluskan di bawah Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2024 dan cadangan pelaksanaan kajian SWASLA di Sarawak tersebut sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Ekonomi. Kerajaan turut meluluskan kajian pembangunan SWASLA Pantai Timur Semenanjung Malaysia di bawah RP4, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Proses kajian tender akan dilaksana dalam masa terdekat, Yang Berhormat.

Untuk keupayaan pengawasan udara pula sedang dipertingkatkan melalui perolehan dua kapal MPMS yang dilengkapi AUA. Yang Berhormat, bagi penggunaan satelit, APMM pada masa ini masih belum mempunyai satellite system khusus untuk pengawasan maritim secara berterusan. Jadi, penggunaan teknologi berasaskan satelit ketika ini lebih tertumpu pada sokongan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Berkaitan liputan 24 jam, ada empat perkara yang ditanya oleh Yang Berhormat Pontian. Kesemua 15 RSS APMM beroperasi 24 jam sehari, Yang Berhormat. Tujuh hari seminggu dalam kawasan liputan masing-masing. Ini bermakna kawasan yang berada dalam lingkungan sistem tersebut akan dipantau secara berterusan.

Walau bagaimanapun keadaan ini tidak bermaksud keseluruhan perairan telah mempunyai liputan radar 100 peratus, Yang Berhormat. Bagi kawasan berkenaan, APMM melaksanakan rondaan berkala, penggunaan kapal [Tidak jelas] Yang Berhormat.

Berkaitan dengan bilangan sindiket penyeludupan yang telah dilumpuhkan, bagi tempoh 2020 hingga Ogos tahun ini, APMM telah merekodkan 834 kes penyeludupan dengan nilai keseluruhan tangkapan berjumlah RM257.55 juta.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, keberkesanan penguatkuasaan tidak dinilai berasaskan jumlah tangkapan semata-mata kerana pendekatan kerajaan adalah untuk memutuskan keseluruhan rantaian termasuk pengesanan, pemintasan, rampasan, siasatan, dakwaan, perkongsian risikan serta tangkapan terhadap rangkaian logistik dan pihak yang menyokong aktiviti tersebut.

Justeru, 534 kes dengan nilai tangkapan yang saya sebutkan tadi juga merupakan antara petunjuk keberhasilan penguatkuasaan APMM. Manakala usaha untuk melumpuhkan sedikit kita laksanakan secara bersepadu.

Mengenai jurang keupayaan aset APMM yang masih kritikal, antara jurang utama Yang Berhormat saya tak boleh sebut detail Yang Berhormat. Ini juga berkaitan dengan soal keselamatan Yang Berhormat yang mana boleh saya sebut ialah antara jurang utama yang masih perlu ditangani ialah liputan sistem pengawasan yang belum menyeluruh, keperluan tambahan UAV, aset udara untuk pemantauan berterusan dan kapal berkeupayaan jarak jauh, aset pintasan kelajuan serta sistem C4ISR.

Apa pun, kerajaan sedang menangani jurang tersebut secara berfasa melalui perluasan SWASLA, perolehan aset strategik serta program pemodenan kapal, bot operasi APMM. Secara keseluruhan, usaha kerajaan untuk membangunkan rantaian pengawasan maritim lebih bersepadu daripada pengesanan awal, mengenal pasti sasaran, perkongsian maklumat sehinggalah kepada tindakan pantas, sekali gus jurang, mengurangkan jurang liputan dan mempercepatkan tindak balas serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan secara keseluruhan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Simpang Renggam.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih di atas jawapan yang begitu komprehensif dan begitu baik sekali tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di bawah kementerian Yang Berhormat, lebih- lebih lagi bila menceritakan tentang keupayaan pengawasan, peralatan dan juga penggunaan teknologi.

Cuma sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, Yang Berhormat saya dah beralih daripada Pontian pergi ke Simpang Renggam. Jadi Yang Berhormat jangan lupa tu, saya bukan kat Pontian.

Yang Berhormat, soalan tambahan saya ialah sebaik mana pun peralatan yang kita ada, usaha-usaha Yang Berhormat sebutkan tadi tentang penggunaan teknologi, cuma yang selalu berlaku di bawah ialah bila berlaku pembolosan. Kita

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

pergi ke selatan tanah air sikit. Adakah pintu-pintu masuk kita di selatan tanah air merupakan kawasan pembolosan, pembolosan yang paling tinggi dalam negara?

Kerana pusat-pusat tahanan selalunya berlaku persoalan yang berbangkit, pihak APMM yang menangkap tapi pihak KDN tidak ada tempat untuk menyimpan mereka sebelum di hantar pulang. Begitu juga APMM.

Jadi, dalam pengurusan mereka yang bolos masuk ke negara kita ni, sebelum kita meneruskan lagi apa nama penggunaan teknologi dan juga keupayaan peralatan ni, jadi apakah usaha-usaha kementerian untuk memastikan proses pengusiran, proses untuk menguruskan mereka yang bolos masuk ke negara kita ni, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh sahabat saya Simpang Renggam, tak — salah sebut? Masih duk ingat Pontian Yang Berhormat. Marah Ahmad Maslan pada saya.

Untuk makluman, berkaitan dengan pusat tahanan, setakat ini APMM dia tidak mempunyai pusat tahanan, tetapi APMM mempunyai lokap tahanan untuk menempatkan orang yang disyaki dalam proses reman untuk tujuan siasatan saja.

Selepas hukuman dijatuhkan, OYDS ni akan diserah kepada penjara dan Imigresen untuk ditempatkan di pusat tahanan. Apa pun, kerajaan khususnya KDN ia bertindak juga secara kolaborasi dengan pelbagai agensi di bawah KDN. Untuk memastikan keselamatan perairan negara kekal terpelihara Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Mas.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri.

Soalan tambahan saya. Saya rujuk Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3, 2025 yang mendedahkan bahawa APMM membelanjakan RM229.93 juta untuk penyelenggaraan kapal berusia lebih 30 tahun dan RM78 juta bagi bot berusia 11 hingga 20 tahun. Dan KM Langkawi berusia 37 tahun, melibatkan penyelenggaraan RM28.40 juta sedangkan rekod audit menunjukkan kapal tersebut tidak beroperasi sejak 16 Januari 2023 dan hanya disiapkan pada Jun. Jadi ini teguran Audit.

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa peratus kah pencerobohan yang berjaya dikesan tapi gagal dipintas kerana kekurangan kapal atau bot APMM yang siap sedia, siap siaga?

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dan tentang SWASLA tadi saya merujuk kepada jawapan Parlimen di mana 11 dasar SWASLA telah beroperasi di Pantai Barat Semenanjung dan Pantai Barat Sabah. RM10 juta diluluskan untuk SWASLA Pantai Timur. Soalan saya, untuk Pantai Timur ni, adakah sudah beroperasi? Kalau belum, bila dijangka ia beroperasi?

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, agak terkeluar sedikit soalan tadi berkaitan Laporan Audit sebagainya. Saya hanya boleh bagi secara bertulis supaya jawapan saya tidak tersalah dan mengelirukan Dewan.

Untuk makluman, saya sebutkan tadi bahawa mengenai SWASLA. Untuk di Sabah, Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung misalnya pelaksanaan SWASLA baru di Sabah, Sarawak dan Pantai Timur serta penggunaan ini dijangka saya sebut akan dapat mengurangkan liputan tersebut secara berperingkat.

Jadi saya tidak ada data terkini yang dibangkitkan tadi. Saya akan bagi secara bertulis Yang Berhormat. Apa pun, saya nak maklum bahawa APMM sentiasa kita meningkatkan apa juga keupayaan kitalah untuk memastikan perairan kita kekal terkawal. Dan hari ini saya bagi jaminan bahawa kita berkeupayaan untuk memastikan perairan kita. Malah APMM sentiasa berkolaborasi bukan hanya bertindak secara bersendirian, kita juga melaksanakan pelbagai operasi gerak kerja bersama agensi-agensi lain di negara ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.

draft • 11:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Soalan Batang Sadong nombor 6.

draft • 11:00 AM

6. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam menyatakan, memandangkan El Nino dijangka terus menguat dan dijangka berlarutan sehingga pertengahan tahun 2027, apakah langkah kesiapsiagaan Kerajaan bagi memastikan episod jerebu yang lebih serius dapat dicegah dan ditangani lebih awal.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong atas soalan.

Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon izin untuk menjawab soalan nombor 6 daripada Yang Berhormat Batang Sadong bersekali

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

dengan soalan nombor 19 dari Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan soalan nombor 32 daripada Yang Berhormat Bera mengenai isu yang sama iaitu isu jerebu.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia untuk kita memanjatkan rasa syukur alhamdulillah kerana keadaan udara di Malaysia telah bertambah baik.

[Tepuk] [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepada mu.

Terima kasih juga pada semua pihak yang terlibat, yang telah sama-sama menggembleng usaha dan tenaga termasuk berdoa, solat hajat dan sebagainya oleh seluruh rakyat Malaysia dalam kita menghadapi isu jerebu.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memandang serius fenomena El-Nino yang dijangka berterusan sehingga awal tahun 2027 kerana keadaan cuaca lebih panas dan kering berpotensi untuk meningkatkan kejadian kebakaran hutan, tanah gambut dan pembakaran terbuka, sekali gus meningkatkan risiko jerebu termasuk jerebu rentas sempadan.

Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kita saksikan pada waktu ini, Malaysia telah memasuki fasa Monsun Timur Laut bermula 27 Oktober hingga Mac 2027. Perubahan arah tiupan angin dan peningkatan taburan hujan berpotensi untuk mengurangkan risiko jerebu merentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera dan Kalimantan.

Namun kerajaan kekal berwaspada terhadap risiko kebakaran domestik khususnya apabila taburan hujan dijangka berkurangan menjelang penghujung monsun. Dalam menghadapi risiko ini, pendirian kerajaan ialah jelas. Kita tidak boleh menunggu sehingga jerebu berlaku untuk bertindak.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Keutamaan mesti diberikan kepada pencegahan, pengesanan awal, tindakan pantas dan perlindungan kesihatan rakyat, selain pengukuhan kerjasama ASEAN melalui AATHP ataupun ASEAN Agreement Transboundary Haze Pollution.

Kerajaan memberi tumpuan kepada lima pendekatan utama.

Pertama, memperkukuh pencegahan kebakaran di peringkat domestik. Ini kawasan-kawasan tanah gambut, hutan, kawasan pertanian yang berisiko tinggi.

Yang Kedua ialah kita meningkatkan keupayaan pengesanan dan amaran awal melalui agensi-agensi seperti JAS, MET Malaysia, kita akan terus perkukuhkan

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

penyelarasan data titik panas, imej satelit, ramalan cuaca, arah angin dan bacaan IPU.

Ketiga ialah memperkukuh penguatkuasaan dan akauntabiliti. Kita ada di bawah seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) akan terus dikuatkuasakan.

Yang keempat, mempertingkat kesiapsiagaan operasi antara agensi iaitu kerjasama daripada NRES, JAS, MET Malaysia, NADMA, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perhutanan serta juga kerajaan negeri amat penting untuk kita pastikan aset, tenaga kerja, sumber air dan keupayaan pemadaman dapat digerakkan dengan segera.

Dan yang kelima, kita melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan akan terus perkukuh penyampaian maklumat kualiti udara, amaran kesihatan, khususnya kepada golongan rentan, sekolah, hospital dan komuniti yang terdedah kepada pencemaran udara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa tanggungjawab menangani jerebu tidak boleh diletakkan kepada satu kementerian ataupun satu negara sahaja. Ia memerlukan pendekatan seluruh kerajaan, kerjasama serantau, tetapi pada masa yang sama, setiap negara mesti melaksanakan tanggungjawab pencegahan dan penguatkuasaan dalam wilayah masing-masing. Prinsip kita mudah iaitu cegah kebakaran sebelum berlaku, padam kebakaran sebelum merebak, lindung rakyat sebelum mereka terdedah kepada kesannya. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Sadong.

draft • 11:10 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih, Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Memandangkan AATHP ataupun Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan telah berusia lebih daripada dua dekad, tetapi kejadian jerebu masih berulang. Sejauh manakah keberkesanan perjanjian ini, adakah kerajaan bercadang supaya perjanjian ini disemak semula dan mekanisme penguatkuasaan yang lebih tegas bagi memastikan tindakan diambil terhadap pihak yang menjadi punca kebakaran.

Dan seterusnya adakah kerajaan bercadang mengambil tindakan undang- undang ataupun ganti rugi, tuntutan ganti rugi terhadap negara ataupun syarikat yang dikenal pasti bertanggungjawab menyebabkan jerebu rentas sempadan ini memandangkan kesannya terhadap kesihatan rakyat dan juga memberi kesan kepada ekonomi negara? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong atas soalan tambahan tersebut.

Berkenaan dengan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP). Kerajaan berpandangan bahawa perjanjian ini kekal relevan sebagai kerangka kerjasama serantau untuk kita menangani pencemaran jerebu rentas sempadan khususnya melalui pemantauan, perkongsian maklumat, amaran awal, pencegahan dan penyelarasan tindakan semua negara anggota ASEAN.

Walau bagaimanapun, sepertimana tadi disebutkan oleh Yang Berhormat perjanjian ini dia ada juga kekangannya. Maksudnya ia tidak memperuntukkan mekanisme penguatkuasaan antara negara ataupun ada tuntutan ganti rugi.

Mekanisme itu pun tidak diperuntukkan di bawah perjanjian ini. Perjanjian ini dia berteraskan kepada prinsip kerjasama, konsensus, penghormatan terhadap kedaulatan negara dengan tanggungjawab penguatkuasaan terhadap pihak yang menyebabkan kebakaran tertakluk kepada bidang kuasa serta undang-undang domestik negara berkenaan.

Sebab itu sebarang cadangan untuk kita perkenalkan mekanisme penguatkuasaan ataupun tuntutan ganti rugi, dia memerlukan penelitian yang menyeluruh daripada aspek perundangan, bidang kuasa, hubungan diplomatik serta juga yang tidak kurang pentingnya ialah pembuktian saintifik. So, sebab itu di peringkat Malaysia, kita percaya memang kita kena perkukuhkan keberkesanan AATHP ini melalui Second ASEAN Haze-Free Roadmap 2023–2030. Kemudian juga ASEAN Peatland Management Strategy 2023–2030. Itu adalah kerangka strategik untuk kita tingkatkan pencegahan, pengurusan kebakaran dan kerjasama serantau. Sudah tentu ada cabarannya, betul, maknanya sejauh mana komitmen ini nanti diterjemahkan kepada tindakan betul-betul pencegahan dan penguatkuasaan. Saya rasa itulah, kerana itu keutamaan kerajaan ini adalah kita kena ada kaedah-kaedah ke arah itu antaranya ialah kita ada dua cadangan yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat TWG dan MSC di Bali pada Julai yang lalu iaitu mekanisme diplomasi sains dan juga dana jerebu mampan.

Perkara ini juga akan diteliti oleh sekretariat ASEAN untuk dibincangkan dalam mesyuarat berkaitan di Vietnam pada bulan Disember ini. Insya-Allah, dengan Malaysia menjadi Pengerusi dan tuan rumah Mesyuarat TWG dan MSC yang ke-28 nanti pada tahun 2027, kita akan terus mainkan peranan proaktif untuk perkukuh kerjasama, komitmen dan kebertanggungjawaban bersama negara-negara anggota ASEAN. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Timbalan Speaker. Kepada rakan hindu, Deepavali Nal Valthukal. Tanah gambut di Malaysia dianggarkan sekitar 2.6 juta hektar iaitu 6.46 peratus keluasan daratan Malaysia dan apabila paras air menurun tanah gambut mudah terbakar, sukar dipadamkan dan menjadi penyumbang utama jerebu domestik.

Jadi soalan saya, tanah dan hutan di bawah bidang kuasa negeri manakala pencemaran udara di bawah Persekutuan, maka keberkesanan tindakan bergantung kepada penyelarasan kedua-dua peringkat. Jadi bagaimana kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam pemantauan pembasahan semula (rewetting) dan pengurusan paras air di kawasan tanah gambut.

Yang keduanya, jerebu ni mengandungi zarah halus PM2.5 yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dan jantung, kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung dan sebagainya bahkan strok. Jadi, kalau kita lihat tadi ukuran apa yang seperti yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi, Singapura telah mengambilkan tindakan yang proaktif maka...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya sokong tadi apa yang disebutkan. Jadi apakah tindakan yang kita mungkin bekerjasama dengan Singapura ini, melihatkan bagaimana tindakan mereka ini kita boleh learn from apalah ya, don’t start from scratch. Learn from kita punya jiran pun dan setakat mana kita melihatkan mungkin jangka masa yang akan transboundary ini akan dijayakan oleh Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan dua soalan yang dibawakan ataupun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Pertama, tanah gambut; dan yang kedua, dengan Singapura, contoh Singapura. Berkenaan dengan tanah gambut ini, benar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, saya suka dengar tadi bahawa ada pemikiran untuk melihat bagaimana kita ambil tindakan ke atas kebakaran tanah gambut kerana kebakaran tanah gambut ini dia mendalam dan ada bara dan sebagainya.

Sebab itu antara langkah khusus untuk kita lakukan, kita berdasarkan kepada Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) juga prosedur tetap operasi pelaksanaan program mencegah kebakaran tanah gambut. Jadi kedua-dua

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

pelan ini ataupun dipanggil sebagai dasar ini menjadi panduan untuk kita ambil tindakan sekiranya ada pembakaran terbuka yang berlaku di tanah gambut.

Selain daripada itu, kebakaran ini dia memerlukan juga kaedah-kaedah baharu untuk kita melakukan pemadaman. Sebab itu sudah ada tadi yang disebut oleh Yang Berhormat benar, di mana kita membanjirkan kawasan-kawasan tanah gambut ini di bawah supaya bara itu dapat dipadamkan. Sudah ada penyelidikan yang telah dibuat oleh pihak universiti berkenaan dengan perkara ini malah ada dibincangkan di peringkat jawatankuasa antara kementerian untuk kita menggunakan ataupun mencuba meneroka pembakaran ataupun kaedah pemadaman ini pada masa depan.

Berkenaan dengan Singapura, contoh Singapura tadi, saya percaya kita mempunyai pendirian yang berbeza sedikit. Malaysia dari segi kaedah, kita bersama- sama dengan negara-negara ASEAN ini kita masih lagi menekankan diplomasi, kuasa diplomasi. Dan untuk Singapura pun pada pandangan pihak kita, kita melihat bahawa tindakan mereka itu sebenarnya juga mengakibatkan ada juga sedikit terjejas dari segi hubungan di antara dua negara, di antara Indonesia dan Singapura.

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Jadi, oleh sebab itu penegasan kita, komitmen kita ialah kepada penyediaan Malaysia ke arah diplomasi, pengukuhan apa-apa perjanjian di antara ASEAN yang sudah pun sedia ada tapi perlu dilaksanakan dengan secara teratur dan dengan lebih aktif lagi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

7. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah bersepadu kerajaan bagi menangani sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan golongan muda, graduan universiti dengan menawarkan imbuhan lumayan bagi menarik mereka terlibat menjadi keldai dadah serta modus operandi terbaru yang menyalahgunakan platform e-dagang dan pasaran dalam talian bagi tujuan penjualan dadah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Kota Bharu. Sebelum itu saya mewakili Tampin mengalu-alukan kehadiran pelawat dari

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Tampin.

[Tepuk] 40 orang hadir, diketuai oleh Sarjan Mejar Mohamad bin Abdul Rahman. Selamat datang.

Tuan Yang di-Pertua, taktik sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan golongan muda termasuk pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi adalah melalui tawaran pekerjaan bergaji lumayan, pakej percutian, tiket penerbangan dan penginapan serta imbuhan kewangan Yang Berhormat.

Berdasarkan rekod PDRM, seramai 213 rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara kerana disyaki menjadi keldai dadah bagi tempoh 2024 hingga September 2026. Perkembangan ini menunjukkan bahawa sindiket semakin mengeksploitasi golongan muda melalui tawaran yang kelihatan menarik tapi sebenarnya mempunyai risiko perundangan dan keselamatan yang sangat serius Yang Berhormat.

Dalam masa yang sama, sindiket turut memanfaatkan media sosial, platform e-dagang, komunikasi-komunikasi untuk mempromosikan, mendapatkan pelanggan serta menjalankan urusan dan jual beli dadah.

Antara modus operandi yang dikenal pasti termasuk penggunaan akaun palsu Yang Berhormat, kumpulan tertutup, komunikasi sementara, pembayaran tanpa tunai dan e-dompet serta penghantaran melalui khidmat kurier termasuk kaedah COD dan drop location. Perkembangan ini memerlukan pendekatan yang, penguatkuasaan yang lebih dinamik berasaskan teknologi.

KDN melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM kita laksanakan risikan siber, penguatkuasaan secara berterusan termasuk melalui keupayaan pengetahuan dan siasatan siber 24/7 dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Penyelia platform e-dagang, platform digital dan syarikat kurier.

Tumpuan kita berikan kepada pengesanan aktiviti pengedaran dalam talian, pengesanan pasti rangkaian sindiket serta mengambil tindakan terhadap akaun dan kandungan yang berkaitan tertakluk kepada peruntukan undang-undang. Bilangan akaun yang disekat pada tahun 2025 – 47, 2026 – 49.

Pada masa yang sama Yang Berhormat, penguatkuasaan tidak hanya tertumpu pada pengedar di peringkat bawah tapi turut memberi fokus kepada usaha melumpuh keseluruhan rantaian, keupayaan kewangan sindiket, kerjasama dengan institusi kewangan, penyedia platform dan [Tidak jelas] diperkukuh bagi mengesan transaksi mencurigakan, menyekat penyaluran pembayaran dan penghantaran serta melaksanakan pendekatan follow the money. Yang Berhormat, tindakan menyita dan menuntut hak hasil serta aset yang berkaitan dengan aktiviti pengedaran dadah turut dilaksanakan di bawah Akta Dadah

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Berbahaya, Pelucutan Harta 1988 serta bagi menjejaskan sumber kewangan dan keupayaan operasi sindiket.

Yang Berhormat dari segi perundangan, tindakan siasatan dan penguatkuasaan dilaksana secara menyeluruh di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya, Langkah-langkah Pencegahan Khas dan Akta Penagih Dadah.

KDN juga sedang meneliti Yang Berhormat keperluan untuk meminda Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi menyenaraikan New Psychoactive Substance ini (NPS) yang dikenal pasti supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksana lebih berkesan terhadap kemunculan dadah sintetik baharu.

Satu lagi bagi aspek pencegahan Yang Berhormat, kerajaan memberi tumpuan khusus kepada golongan muda melalui pendekatan pendidikan dan kesedaran mobilisasi komuniti dan sebagainya. Kita laksanakan banyak program melalui Program Perhubungan Sekolah. Apa pun kerajaan akan terus memperkukuhkan pendekatan penguatkuasaan berasaskan risikan, pengetahuan, ruang digital, pemutusan rantaian dan sebagainya. Ini penting untuk memastikan golongan muda tidak turut terjebak dengan masalah ini, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Bharu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ada dua soalan untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Yang pertamanya, nampaknya kerajaan mengakui masalah penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan pelajar-pelajar sekolah, golongan remaja untuk menjadi keldai dadah. Ini satu masalah yang realiti dalam masyarakat kita sekarang ini.

Soalan saya yang pertama, saya nak bertanya ialah apakah langkah diambil oleh kerajaan apabila akhir-akhir ini timbul berita-berita yang amat kita rasakan betul wujudnya sindiket-sindiket yang bukan sahaja melibatkan pengedaran dadah, aktiviti haram rasuah, sindiket jenayah scam dan sebagainya. Ada wujud kumpulan- kumpulan.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan misalnya kita dengar kumpulan Ali Baba 265 dan juga wind box yang baru-baru ini disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau dulu (GISBH) Global Ikhwan tak sampai beberapa hari telah ditangkap pemimpin-pemimpin mereka. Kononnya ada jenayah terancang tapi Alibaba ini tak dengar lagi tangkapan dibuat. Ini apa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang keduanya, adakah kerajaan bercadang memandangkan masalah dadah ini masalah yang besar kepada negara kita. Musuh nombor satu. Adakah kerajaan bercadang untuk mencadangkan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi mengkaji apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan menyelesaikan masalah ini?

Dan ahli-ahlinya mungkin di kalangan bekas-bekas hakim, bekas-bekas pegawai tertinggi polis dan juga tentera dan juga pemimpin masyarakat untuk menyelesaikan masalah dadah yang ada ini, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Kota Bharu, dadah kekal menjadi musuh nombor satu kita dan tindakan mesti kita lakukan secara bersama di samping undang-undang yang ada.

Apa pun cadangan Yang Berhormat mengenai suruhanjaya itu kita ambil maklum. Saya tidak boleh menjawabnya di sini. Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita lihat kita memang juga banyak usaha yang dibuat. Kalau kita nilai misalnya rampasan daripada yang dibuat di Puncak Alam dua susulan rampasan bernilai RM24 bilion di Puncak Alam. Ini menunjukkan keupayaan dan kemampuan kementerian walaupun kita tahu banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita lakukan.

Dan untuk itu, kita memang melakukan pelbagai usaha. Saya boleh sebut misalnya yang dibuat oleh PDRM misalnya, kita lakukan usaha untuk meningkatkan jaringan risikan antarabangsa, menjejakan pembekal bahan misalnya. Kita juga ada operasi pembersihan, pemantauan permit berisiko tinggi yang kita buat.

Banyak keperluan perkongsian data dan pengesanan aset muatan simpanan dan kerjasama dengan pelbagailah termasuk agensi-agensi antarabangsa sebagainya, mengukuhkan kawalan pintu sempadan negara sebagainya. Maknanya usaha-usaha berterusan memang kita lakukan dan memang benarlah bahawa dadah ini memang bukan satu ancaman dan tindakan secara bersama harus dilakukan, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang.

draft • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Speaker. Yang Berhormat Menteri, soalan saya adakah kerajaan bersetuju dengan cadangan supaya kerajaan melantik mana-mana universiti yang ada kepakaran di Malaysia membuat kajian saintifik untuk mengesahkan atau menafikan tanggapan bahawa pemansuhan hukuman mati mandatori di bawah seksyen 39B Akta Dadah

draft • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Berbahaya 1952 menjadi punca utama atau pemangkin kepada peningkatan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di Malaysia? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, memang kementerian kita memang banyak membuat kajian-kajian dengan pelbagai pihak dan universiti.

Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi kita ambil maklum dan apa pun yang kita lakukan kita mesti menjurus kepada usaha untuk memastikan isu dadah ini dapat kita tangani dengan sebaik mungkin.

Saya tak boleh menjawab secara spesifik, ini melibatkan fungsi dan dasar.

Apa pun pandangan Yang Berhormat kita ambil maklum untuk diteliti sebaiknya, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Matbali bin Musah, Sipitang.

draft • 11:30 AM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:30 AM

8. Datuk Matbali bin Musah [Sipitang] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan naik taraf Jalan Meligan–Long Pasia sepanjang 42 km.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Projek Menaik Taraf Jalan Meligan–Long Pasia, Sipitang, Sabah sepanjang 42 kilometer telah dipohon di bawah RP1 RMK13 2026. Walau bagaimanapun, Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Bamban–Mendulong–Meligan, Sipitang, Sabah yang telah diluluskan sebelum ini perlu diberi keutamaan.

Walau bagaimanapun, projek tersebut masih dalam proses tender kali ketiga di Jabatan Kerja Raya Sabah. Pelaksanaan projek secara berfasa ini penting bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan rangkaian jalan raya menuju ke Long Pasia. Sehubungan itu, cadangan menaik taraf Jalan Meligan–Long Pasia boleh dipertimbangkan semula dalam rolling plan berikutnya, tertakluk kepada pelaksanaan projek fasa terdahulu, keutamaan negeri Sabah dan kelulusan Kementerian Ekonomi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sipitang.

draft • 11:30 AM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain Jalan Meligan–Long Pasia, Jalan Kampung Bamban–Mendulong–Meligan ini, Jalan Mantulut 1 dan juga Mantulut 2 juga amat penting kepada penduduk pedalaman Sipitang.

Memandangkan penangguhan pengeluaran SST telah dimaklumkan pada tanggal 27 Oktober 2026, apakah komitmen dan juga perakuan kementerian untuk terus memberi keutamaan kepada kedua-dua projek naik taraf jalan luar bandar berkenaan supaya dia tidak terus tertangguh? Kerana rakyat terus masih menunggu jalan berkenaan disiapkan. Dan juga, rakyat Malaysia— mereka adalah rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan dan memerlukan kemudahan dan jalan asas berkenaan. Terima kasih.

[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih atas soalan tambahan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sipitang atas soalan tambahan yang mencerminkan keprihatinan tinggi beliau terhadap infrastruktur perhubungan penduduk pedalaman, khususnya di kawasan Parlimen Sipitang.

Untuk makluman Yang Berhormat, KKDW bersama agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya Sabah sememangnya amat komited untuk melaksanakan kedua-dua projek berkenaan dan memastikan kebajikan dan kemudahan asas penduduk setempat sentiasa terpelihara. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini melalui jawapan lisan dan juga bertulis, status terkini bagi kedua-dua projek tersebut sebenarnya telah ditender. Malah, pihak JKR Sabah pun telah melaksanakan proses tender semula sebelum arahan penangguhan pengeluaran surat setuju terima dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab, KKDW akur dengan arahan penangguhan tersebut. Langkah ini terpaksa diambil bagi membendung isu kekangan peruntukan di bawah Program Jalan Luar Bandar yang telah dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga kini. Walau bagaimanapun, KKDW ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa kami akan tidak mengabaikan keperluan Parlimen Sipitang. Insya-Allah, jika keadaan kewangan mengizinkan,

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

dengan kelulusan dan serta kebenaran daripada pihak MOF kelak, semua projek yang telah diluluskan di Parlimen Sipitang akan diteruskan.

Ini termasuk komitmen kami untuk merealisasikan projek-projek penting lain di kawasan Yang Berhormat seperti projek membina Jalan Pelakat–Sapok, Sipitang, Sabah dan projek membina Jambatan Sungai Menggalung, kilometer 3.5 Jalan Sipitang–Tenom, Kampung Lubang Buaya–Kampung Samin, Sipitang, Sabah dalam proses pelaksanaan. Pihak kementerian akan sentiasa memantau rapat kedudukan kewangan program ini dan akan memberi keutamaan sebaik sahaja ruang peruntukan kembali stabil. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan seterusnya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Silakan.

draft • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon soalan daripada Sipitang, terbang ke Kulim-Bandar Baharu. Saya ingat boleh dijawab, walaupun soalan asalnya di Sipitang.

Yang Berhormat Menteri, saya nak menarik satu perhatian iaitu jalan yang telah diberikan ataupun diluluskan ataupun peruntukannya daripada KKDW iaitu pada tahun 2022 di Parlimen Kulim-Bandar Baharu iaitu Jalan Kampung Ayer Puteh, Junjong ke Kampung Badlishah, di mana jangka siap hanya dua tahun, sekarang ini dah jadi empat tahun. Daripada duduk wad biasa, dia jadi CCU...

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Soalan, apa masalah Yang Berhormat. Terus kepada soalan.

draft • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

...kemudian ke ICU, sekarang ini dah jadi projek sakit. Saya takut projek ini dimatikan. Jadi, apakah status jalan di kawasan saya? Saya mohon jawapan.

Dan juga yang kedua, apakah kaedah kementerian untuk mengelakkan pertindihan antara peruntukan daripada KKDW, juga peruntukan daripada ICU, peruntukan daripada MARRIS? Di kawasan luar bandar, kadang-kadang bertindih.

Satu jalan, banyak sangat agensi yang hendak— apa ini, untuk membuat jalan itu.

Jadi, apakah kaedah terbaik untuk kita atasi masalah ini? Baik, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Kulim-Bandar Baharu atas soalan tambahan. Yang berkaitan dengan soalan Sipitang tadi, soalannya

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

sama. Kita akan beri prioriti semua projek-projek yang tertangguh jika kita mendapat apa orang kata, endorsement daripada kementerian MOF.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, bagi jalan— membina, menyiap jalan Kampung Badlishah–Ayer Puteh, Kulim, Kedah. Projek sekarang, statusnya ikut jadual. Sehingga 20 Oktober 2026, yang mana 10— ikut jadual 10.65 peratus, jadual sebenar adalah 11 peratus. Maksudnya, statusnya mengikut jadual yang telah kita tetapkan. Isu utama projek ini agak lambat sikit Yang Berhormat, adalah proses pengambilan tanah yang dalam proses akhir untuk diselesaikan. Insya-Allah, tak lama lagi isu tanah ini kita dapat selesaikan sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan jalan ini dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Berkaitan dengan pertindihan projek-projek di bawah KKDW, ICU dan sebagainya. Sebenarnya Yang Berhormat, jalan ini banyak jenis jalan. Kalau Yang Berhormat maksudkan tadi lebih merujuk kepada jalan perhubungan desa. Kalau jalan luar bandar itu dia tak clash pun dengan kementerian lain sebab hanya Kementerian Luar Bandar sahaja yang buat jalan luar bandar.

Tetapi jalan perhubungan desa untuk makluman Yang Berhormat, KKDW hanya melaksanakan jalan pembangunan desa ini one-off. Setelah jalan ini disiapkan, ia diserahkan kepada kerajaan negeri ataupun agensi-agensi berkaitan, khususnya JKR untuk tujuan pemantauan. Kalau jalan itu rosak, memerlukan penambahbaikan dan sebagainya, itulah peruntukan MARRIS.

Kalau diluluskan di bawah ataupun didaftarkan di bawah MARRIS, peruntukan penyelenggaraannya dilaksanakan menggunakan peruntukan MARRIS.

Dan KKDW tidak akan melaksanakan penaiktarafan jalan-jalan berkenaan memandangkan ia telah didaftarkan di bawah MARRIS. Biasanya tidak ada pertindihan Yang Berhormat, sebab garis panduan pelaksanaan jalan-jalan ini agak jelas kepada KKDW dan juga agensi-agensi yang lain. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang kita beralih ke soalan seterusnya, soalan Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah. Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.

draft • 11:30 AM

9. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sasaran peningkatan kekerapan jadual perjalanan feri kenderaan RORO harian di antara Kuala Kedah ke Langkawi bagi mengurang tempoh menunggu kenderaan logistik serta memulihkan rantaian ekonomi sektor

draft • 11:30 AM

pelancongan. Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan feri kenderaan roll-on roll-off ataupun RORO antara Kedah, Kuala Kedah dan Langkawi beroperasi secara selamat, cekap dan mampan bagi menyokong kelancaran pergerakan kenderaan logistik, aktiviti ekonomi serta pembangunan sektor pelancongan di Pulau Langkawi.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Sebelum berlaku krisis di Asia Barat, perkhidmatan RORO beroperasi sekitar lima trip sehari pada hari biasa dan enam hari hingga 10 hari sehari dari Khamis hingga Ahad serta pada waktu puncak.

Walau bagaimanapun, peningkatan kos operasi khususnya bahan bakar telah menyebabkan pengusaha mengurangkan sementara kekerapan perjalanan kepada empat trip sehari bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan.

Dalam hubungan ini juga, kerajaan turut memberi perhatian terhadap pemberian subsidi diesel bagi sektor feri kepada pengusaha yang beroperasi di Pulau Langkawi sebagai langkah membantu mengurangkan tekanan kos operasi.

Pada masa yang sama, pelaksanaan surcaj bahan bakar merupakan antara mekanisme bagi menangani peningkatan kos bahan api tertakluk kepada pertimbangan dan ketetapan pihak berkuasa berkaitan dengan mengambil kira kepentingan pengguna serta kemampanan operasi pengusaha.

Bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan perkhidmatan RORO dalam jangka masa panjang, kementerian menyasarkan penambahan kekerapan sebanyak dua trip sehari bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi mulai suku keempat tahun 2027. Seiring dengan jangkaan penyiapan sepenuhnya projek meroboh, membina dan menaik taraf terminal penumpang, kargo dan RORO Kuala Kedah. Penyiapan projek ini dijangka dapat meningkatkan keupayaan pengendalian terminal, melancarkan pergerakan keluar masuk kenderaan, serta menyokong pengoperasian perkhidmatan RORO yang lebih teratur dan efisien.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Pada masa yang sama, kementerian menyasarkan supaya kekerapan perjalanan RORO dapat dipulihkan secara berperingkat kepada tahap sebelum krisis, tertakluk kepada permintaan kemampuan pengusaha, ketersediaan kapal, keadaan pasang surut serta aspek keselamatan pelayaran. Usaha ini turut disokong melalui pemantauan operasi oleh Jabatan Laut Malaysia, keperluan pengerukan alur pelayaran serta pembangunan semula kemudahan terminal berkenaan.

Kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan pengusaha perkhidmatan RORO dan agensi berkaitan bagi memastikan peningkatan kekerapan perjalanan dapat dilaksanakan secara berkesan. Langkah ini diharap dapat mengurangkan tempoh menunggu kenderaan logistik, meningkatkan kelancaran rantaian bekalan serta merancakkan aktiviti ekonomi dan sektor pelancongan di Pulau Langkawi, insya-Allah, tanpa menjejaskan keselamatan dan kemampanan perkhidmatan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, sila.

draft • 11:40 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai tahap persaingan dalam perkhidmatan feri RORO ke Langkawi. Pada Januari 2022, Suruhanjaya Persaingan Malaysia telah mengenakan penalti sekitar RM2.2 juta terhadap pengendali RORO yang terlibat dalam kartel penetapan tambang bagi laluan Kuala Perlis–Langkawi.

Persoalan saya, adakah kementerian telah menilai semula struktur pasaran dan mekanisme pelesenan perkhidmatan RORO bagi memastikan wujud persaingan yang sihat serta mengelakkan kebergantungan kepada pengendali tertentu?

Khususnya, apakah langkah MOT melalui Jabatan Laut dan agensi berkaitan untuk memudahkan kemasukan pengendali baharu termasuk bagi laluan Kuala Kedah– Langkawi tanpa mengkompromikan keselamatan pelayaran? Dan, adakah kementerian menilai semula kesan struktur persaingan ini terhadap kadar tambang, kos logistik serta harga barangan di Langkawi? Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi tentang ada tiga perkara.

New player, player baharu. Keduanya, berkaitan dengan apa nama tadi— ada tigalah

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

tadi. Rasanya apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu tentang new player dan perubahan struktur ini ia nya perlu dikajilah, Yang Berhormat, sudah pasti.

Tapi walau bagaimanapun, kita ambil— saya ambillah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tersebut untuk benda ini, perkara ini dikaji, melihat kemungkinan dengan untuk menambah player dan bagaimana kesannya dengan harga dan sebagainya, boleh diambil kira. Terima kasih atas apa yang disuarakan dan insya-Allah saya akan bawa perkara ini kepada Jabatan Laut untuk dilihat perkara ini.

Kemungkinan apatah lagi apabila Kuala Kedah nanti siaplah, terminal baharu apa semuanya, sudah pastinya kapasiti makin bertambah dan sebagainya, insya- Allah. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Okey, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya ingin menjemput Batu Pahat. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, apakah ada pelan kontingensi kementerian sekiranya perkhidmatan feri RORO ini terganggu akibat cuaca buruk, kerosakan kapal atau kesesakan luar biasa pada musim puncak? Dan adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkukuhkan laluan lain daripada Kuala Perlis atau terminal lain supaya pergerakan barangan atau kenderaan ke Langkawi tidak terjejas? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan, Menteri menjawab.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih, YB. Sudah pastinya selain daripada Kuala Kedah ini, kita ada dua. Satu ialah di Perlis, Kuala Perlis dan juga Kuala Kedah ini. Jadi, berkaitan dengan kerosakan apa semua ini, saya yakin tidak adalah kapal kita akan rosak semualah, sekali guslah. Sama juga macam kapal terbanglah, kadang-kadang yang satu rosak adalah dia punya kontingensi dan sebagainya. Sudah pastinya para pengusaha ini memang adalah, saya yakin mereka mempunyai spare feri ataupun melihat rescheduling dan sebagainya sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya.

Namun, berkaitan dengan cuaca buruk ini rasanya faktor keselamatan itu menjadi utamalah. Tak hairan juga kalau cuaca begitu buruk, mungkin perjalanan pun tak boleh dibuat demi untuk kelestarian penumpang. Jadi, saya yakin para pengusaha ini akan melihat perkara ini sekiranya berlaku kerosakan dan apa-apa faktor-faktor yang boleh menjejaskanlah.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Saya yakin supaya tidak ada terputus perhubungan antara pulau dengan mainland-lah. Saya yakin, insya-Allah, yakin pasti pengusaha akan — dan juga bekerjasama dengan Jabatan Laut terutama sekali kalau sekiranya betul-betul berlakulah, sudah pastinya kita akan — let’s say logistik ini akan diambil kiralah demi untuk dari segi keselamatan dan sebagainya. Kalau apa-apa disebabkan cuaca, disebabkan kerosakan, dah tak boleh bergerak, mungkin kerajaan sudah pasti akan memikir cara lain untuk memastikan tiada hubungan — keputusan perhubungan antara mainland dengan pulau. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang kita beralih ke soalan seterusnya. Dipersilakan Dato’ Haji Adnan bin Abu Hassan, Kuala Pilah. Silakan.

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan Kuala Pilah di nombor 10.

draft • 11:40 AM

10. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan keberkesanan peruntukan Belanjawan 2026 dalam meningkatkan kapasiti dan menskalakan perusahaan mikro kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berdasarkan sasaran dan pencapaian setakat 2026.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Pilah. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usahawan mikro dikategorikan sebagai perniagaan yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau mempunyai kurang daripada lima orang pekerja. Berdasarkan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2025, terdapat sebanyak 1,800,076 perusahaan mikro yang mewakili 77.4 peratus daripada keseluruhan PMKS di negara ini.

Bagi tahun 2026 iaitu sehingga September tahun ini, KUSKOP melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional dan Bank Rakyat telah merekodkan sebanyak 272,927 pembiayaan kepada usahawan mikro dengan nilai keseluruhan berjumlah RM3.14 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 37,913 pembiayaan baharu bernilai RM448.93 juta telah disalurkan melalui AIM dan TEKUN Nasional.

Manakala 233,164 pembiayaan berulang bernilai RM2.63 bilion turut direkodkan.

Dari sudut keberkesanan, jumlah pembiayaan berulang yang tinggi mencerminkan keupayaan usahawan mikro untuk mengekalkan kelangsungan

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

perniagaan serta mendapatkan modal tambahan bagi mengembangkan operasi.

Pembiayaan ini memberikan petunjuk positif terhadap daya tahan perniagaan dan keupayaan usahawan untuk terus mengakses pembiayaan secara berperingkat.

Selain itu, KUSKOP turut memantau prestasi pembayaran balik melalui kadar pembiayaan tidak berbayar, non-performing loan ataupun non-performing financing, dengan izin, sebagai salah satu indikator keberkesanan pembiayaan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Dalam hubungan ini, kadar NPL Tekun Nasional telah menurun daripada 12.66 peratus pada tahun 2023 kepada 6.60 peratus sehingga September tahun ini.

Manakala kadar NPF Bank Rakyat turut berkurang, daripada 15 peratus kepada 11.0 peratus bagi tempoh yang sama.

AIM pula mencatatkan kadar pembiayaan tidak berbayar sifar 0.00 peratus pada tahun 2025. Perkembangan ini menunjukkan penambahbaikan prestasi pembayaran balik pembiayaan, sekali gus menyokong kemampanan Program Pembiayaan Mikro yang dilaksanakan. Dari aspek peningkatan skala perniagaan pada tahun 2026 ini, seramai 2,248 usahawan mikro di bawah AIM telah direkodkan meningkat kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana. Pencapaian ini menunjukkan bahawa pembiayaan mikro turut berperanan sebagai untuk membantu usahawan meningkatkan kapasiti dan beralih kepada kategori perniagaan yang lebih tinggi.

Selain pembiayaan, KUSKOP melalui Institut Keusahawanan Negara Berhad

(INSKEN) turut menyediakan program latihan, bimbingan dan konsultasi bagi meningkatkan kapasiti serta keupayaan perniagaan usahawan mikro. Bagi tahun 2026 iaitu sehingga September tahun ini, seramai 2,765 usahawan mikro telah menyertai program-program berkenaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 168 usahawan telah berjaya meningkatkan status perniagaan daripada mikro kepada kecil melalui program bimbingan di bawah INSKEN. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Dato’ Haji Adnan bin Abu Hassan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang cukup baik. Soalan ataupun jawapan Yang Berhormat sebentar tadi secara general-nya menyatakan tentang bantuan yang selama ini, bantuan usahawan mikro yang diberikan kepada mereka-mereka yang berkenaan dalam negara kita.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Saya ingin lebih spesifik, setakat ini berapakah dana yang telah disalurkan di bawah usahawan bantuan usahawan mikro ini kepada usahawan-usahawan dalam kawasan saya di Kuala Pilah? Dan seterusnya, apakah formula di bawah KUSKOP contohnya untuk pelaksanaan program penarafan dalam membantu meningkatkan daya saing dan akses pasaran PMKS tempatan? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah.

Untuk maklumat, TEKUN Nasional umpamanya pada tahun ini, mereka telah memberikan dana pembiayaan kepada Parlimen Yang Berhormat ya, tahun ini sahaja RM5,315,000, RM5.3 juta. Tetapi kalau kita lihat pada kadar tiga tahun ke belakang 2023 hingga 2026 Yang Berhormat, sebanyak RM26.9 juta untuk TEKUN sahaja, untuk TEKUN sahaja.

Untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, untuk tempoh 2026 sahaja, sebanyak RM17.8 juta telah pun disalurkan untuk Parlimen Yang Berhormat sahaja. Kalau kita lihat daripada tiga tahun ke belakang 2023 hingga tahun 2026, sebanyak — oh banyak, 2023 – RM29 juta, 2024 – RM27 juta, 2025 – RM29.2 juta. Tapi 2026 sehingga September sahaja, RM17.8 juta. Jadi, maknanya begitu signifikan ya jumlah dana yang telah kita salurkan untuk kawasan Yang Berhormat.

Tapi sukacita saya maklumkan juga Puan Speaker, soalan tambahan daripada Yang Berhormat tadi menanyakan soal tentang program. Kalau ada formula di bawah KUSKOP, memang ada. Kita ada formula bagaimana kita nak menilai tahap daya saing dan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ini. Kita nak pastikan bahawa mereka ini benar-benar menguasai prestasi perniagaan yang baik, kewangan yang baik dari segi modal insan, pekerjanya, kemudian pemasaran bagaimana dia buat, kemudian pengurusan operasi juga.

Di bawah KUSKOP, di bawah SME Corp Malaysia khususnya, kita ada satu program yang dinamakan sebagai SME Competitiveness Rating for Enhancement atau dengan ringkasnya SCORE. Apa tujuan SCORE ini? Tujuan SCORE ini kita buat adalah untuk menilai tahap daya saing dan juga keupayaan PMKS yang saya sebutkan tadi. Apabila mana-mana usahawan berdaftar mengikuti program di bawah SCORE ini, dia banyak dia punya kelebihan Yang Berhormat. Antaranya dia akan dapat kenal pasti tentang sejauh mana strength yang ada, kekuatan yang ada, kelemahan yang ada pada usahawan itu kita akan detect. Apabila kita detect, kita

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

kesan, makna kita ada kita punya team di bawah SME Corp Malaysia ini akan buat intervensi-intervensi tertentu. Kita bantu to improve the business.

Antaranya juga kalau kita buat— menyertai program SCORE ini, mereka dapat apa Yang Berhormat Speaker? Kita akan beri mereka penarafan daripada satu bintang kepada lima bintang. Apabila mereka dapat penarafan Yang Berhormat Kuala Pilah, ada dapat dua bintang, tiga bintang sehingga ke lima bintang, apa dia dapat?

Dia akan dapat meyakinkan dia punya rakan perniagaan yang lain itu, how to penetrate market yang lebih besar bila ada penarafan yang dibuat oleh SME Corp untuk para usahawan kita. Jadi, itu antara kebaikan yang kita buat. Setakat September tahun 2026, berapa banyak yang telah kita buat penarafan. Kita bagi mereka bintang sebanyak 20,193 usahawan yang kita berikan di bawah SME Corp.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Puan Speaker.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan seterusnya dipersilakan Kuala Langat. Silakan ya.

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Puan Speaker. Tadi kita dengar disebutkan bahawa jumlah yang begitu besar usahawan daripada terdiri daripada usahawan mikro ini dan ia nya juga yang menerima antara yang terendah daripada peruntukan yang disediakanlah.

Cuma tadi disebutkan juga bahawa ada kaedah-kaedah tertentu untuk menentukan bagaimana agihan ini dibuat dan mereka-mereka yang berpotensi.

Cuma saya nak dapat mungkin maklumat, mungkin secara perbandingan usahawan- usahawan daripada sudut kaumnya, sama ada India, Cina, bumiputera, Melayu dan apakah mungkin faktor-faktor lain walaupun kita faham bahawa sudut kewangan itu bukan satu-satunya faktor tetapi kemampuan untuk mengurus itu juga adalah satu faktor.

Dan bagaimana mungkin pelabur di peringkat KUSKOP ini melihat bahawa pelabur-pelabur daripada luar, asing ini juga diletakkan untuk turut membantu usahawan-usahawan kita di peringkat PMKS ini dan secara khususnya kepada usahawan mikro supaya mereka ini juga meningkat, diskalakan lebih tinggi dan mampu untuk bersaing. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Kalau kita lihat dari segi pecahan kaum yang telah ditanyakan tadi itu, memang kita ada menyediakan beberapa skim program pembiayaan usahawan.

Contohnya di bawah TEKUN Yang Berhormat, kita ada— ya untuk memang kebanyakan adalah untuk golongan bumiputera pastinya.

Kita juga sediakan dana pembiayaan untuk Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India umpamanya, di bawah TEKUN. Berapa kita sediakan? RM100 juta Yang Berhormat. Kita juga ada program di bawah MUDRA umpamanya, pembiayaan untuk kaum India. Juga kita sediakan secara keseluruhannya ini sebanyak RM153 juta, banyak.

Tapi ini maknanya kita akan bantu semua usahawan, bukan hanya golongan bumiputera tapi juga kaum-kaum yang lain juga ya. Cuma soalan tambahan yang kedua itu saya setuju bahawa kena ada apa namanya strategic partner ataupun strategik rakan-rakan perniagaan yang berpotensi untuk kita kolaborasi. Kita memang sentiasa menggalakkan kepada usahawan kita untuk mencari rakan perniagaan mereka yang bersesuaian dan kita bantu di bawah SME Corp, kita ada banyak program ini.

Bagaimana nak buat padanan-padanan perniagaan Yang Berhormat.

Bagaimana kita nak buat mereka ini sebagai satu usahawan yang ada rakan perniagaan, di luar negara sekalipun kita bantu, dalam negara sekalipun kita bantu.

Maknanya mereka banyak peluang-peluang bimbingan yang kita sediakan di bawah SME Corp.

Jadi, kepada anda semua yang ingin mendapatkan maklumat ini, layarilah kita punya portal Hebatkan Perniagaan Malaysia. Kita— sana banyak kita punya maklumat-maklumat kita berikan kepada semua para usahawan kita. Bagaimana hendak mencari program-program yang bersesuaian untuk menembusi pasar- pasaran dengan rakan-rakan para pelabur yang lain. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baiklah Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon...

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya belum panggil Yang Berhormat Menteri untuk buat usul. Okey, usul Peraturan Mesyuarat 12(1), jika ada, silakan Menteri.

draft • 11:50 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 11 November 2026.” Terima kasih.

draft • 12:01 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:01 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:01 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekarang kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:01 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan

draft • 12:01 PM

Jawatankuasa] Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini nampaknya ramai pembahas yang akan berbahas bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan dijangka akan bersidang sehingga malam.

Setiap pembahas diberikan tempoh masa lima minit untuk berbahas dan mohon Yang Berhormat mematuhinya, mematuhi masa. Pastikan Yang Berhormat menyebut secara spesifik butiran kementerian yang ingin Yang Berhormat bangkitkan semasa perbahasan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:01 PM
Kepala B.21 [Jadual] – Kepala P.21 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terbuka untuk di bahas.

Di hadapan saya sekarang ada senarai nama. Ada seramai 26 orang yang akan berbahas, ya. Yang pertama, Yang Berhormat Sri Gading, YB Pasir Puteh, YB Rasah, YB Tasek Gelugor, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat

draft • 12:01 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Kuala Kedah, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Labuan dan yang terakhir sekali Yang Berhormat Pulai.

Okey, dipersilakan Yang Berhormat— ada sedikit pertukaran. Saya ingin menjemput YB Rasah untuk menjadi pembahas yang pertama.

draft • 12:01 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Pengerusi saya mohon bagi laluan kepada— Sri Gading tak ada? Okey, okey saya ambil.

draft • 12:01 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Teruskan, lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:01 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terkejut, tengah cari point tu. Tapi tak apa saya. Pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menjadi pembahas pertama peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan saya menghargai peluang ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Pertanian. Ada beberapa perkara yang saya nak bangkitkan Yang Berhormat.

Yang pertamanya, berkaitan dengan MARDI – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kalau di bawah Maksud Bekalan, di bawah Perkara ataupun Butiran 021100, sebanyak 247 juta diperuntukkan. Lepas itu, di bawah pembangunan, di bawah Butiran 4001, 44 juta diperuntukkan. Ada kenaikan daripada 37.5 juta sebelumnya. Saya menyambut baik penambahan ini.

Bagi saya, ia adalah keperluan untuk kita memberikan fokus kepada penyelidikan dan lebih mustahak daripada penyelidikan ataupun R&D adalah berkenaan dengan kebolehpasaran ataupun pengkomersialan hasil produk R&D kita. Jadi, saya nak tanya, dengan adanya pertambahan ini yang kita alu-alukan.

Saya masih ingat tahun lepas apabila peruntukan pembangunan untuk MARDI dikurangkan, saya push, jadi adalah wajar untuk saya puji kali ini.

Cuma saya nak tanya, dari segi R&D apakah hala tuju ataupun produk pertanian yang menjadi keutamaan kepada MARDI pada tahun 2027? Sebab kita kena letakkan sasaran pada produk yang betul, baru ada pulangan yang sepatutnya

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

dan lebih mustahak dari itu seperti mana yang saya sebut pengkomersialan. Jadi, mohon kerajaan boleh menjawab nanti.

Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan benda yang paling mustahak dalam pertanian, makanan ruji rakyat Malaysia, nasi.

Penanaman padi sentiasa menjadi perkara pokok yang menjadi apa, perbahasan setiap tahun. Pertama, saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan, ada berlaku Kadar Sara Diri (SSR) beras putih tempatan yang meningkat. Ini saya nak betulkan fakta. Ramai kata asyik jatuh, tahun-tahun sebelum ini memang jatuh tapi tahun 2025 meningkat sedikit, 54.3 peratus berbanding dengan 52.9 peratus pada tahun 2024.

Tahniah kepada Menteri, Timbalan Menteri, keseluruhan KPKM yang mengusahakan ini. Tetapi saya nak sebutkan, ucapan tahniah itu tahniah juga tapi usaha yang berterusan perlu diteruskan dan digandakan. Tak cukup dengan SSR yang meningkat ini, dia kena tinggi lagi. Tapi saya harap, saya harap kita ke arah landasan hala tuju yang betul. Kali ini peruntukan yang sangat besar.

Saya nampak di bawah tajuk Pembangunan Industri Padi, ada enam butiran.

Saya mohon bacakan satu-satu butiran itu. Butiran 10012, 20003, 20011, 40006, 40007 dan 94000.

Nampak ada pertambahan yang sangat besar. Daripada jumlah 168 juta sebelum ini, tahun sebelumnya kepada 309 juta, kenaikan berganda terutamanya di MADA dan KADA. Saya menyambut baik, ada keperluan, saya yakin. Saya nak tanya, apa yang akan dilakukan khususnya di MADA dan KADA dalam usaha kita untuk meningkatkan lagi SSR Beras Putih Tempatan?

draft • 12:04 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Rasah.

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sebab kita tak boleh bergantung pada — kejap-kejap.

Kita tak boleh bergantung berterusan untuk import. Walaupun kita mungkin mampu dari segi kewangan. Hulu Terengganu, minta duduk dulu, ini sahabat saya ini. Saya minta duduk dulu.

Okey. Saya mohon kerajaan, kita kena ada mentaliti bahawa SSR beras putih tempatan kena meningkat, bukan soal kita ada duit nak beli atau pun tidak.

Saya berikan satu contoh, negara Vietnam adalah negara yang berjaya, yang boleh menjadi contoh kepada kita. Dulunya Vietnam SSR dia jauh lebih rendah dari kita tapi untuk masa yang terdekat dalam masa 15, 20 tahun ini...

draft • 12:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat, gulung Yang Berhormat.

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, ya. Pengerusi JK minta satu minit tambahan Yang Berhormat.

draft • 12:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Tak cukup masa, gulung.

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey. Cuma saya minta apakah yang kerajaan akan lakukan untuk ini? Dan perkara terakhir, landing ini, Pengerusi.

draft • 12:04 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas sahaja Rasah.

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Berkenaan dengan DVS, saya nak tanya kepada kerajaan...

draft • 12:04 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Rasah, ringkas sahaja...

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kejap, kejap.

draft • 12:04 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Berkenaan SSR.

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ini minta duduk, minta duduk.

draft • 12:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila duduk Yang Berhormat...

draft • 12:04 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak— bukan [Tidak jelas] .

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Di bawah Butiran 30007...

draft • 12:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Hulu Terengganu.

draft • 12:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...Untuk DVS, saya nampak ada pertambahan peruntukan yang sangat besar daripada 60 juta kepada 110 juta, saya menyambut baik. Cuma saya nak tanya, apakah pulangan dan SSR? Sebab kita tahu SSR daging kita masih rendah.

Jadi, macam mana kita nak meningkatkan dan apakah unjuran kerajaan untuk tahun 2026 dan 2027? Sebab ini mustahak untuk pastikan keterjaminan makanan di Malaysia sentiasa diangkat pada tahap tinggi. Terima kasih kepada Pengerusi.

draft • 12:04 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, boleh, boleh satu Rasah?

draft • 12:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:04 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak boleh?

draft • 12:04 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa dia dah tamat Yang Berhormat. Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 12:04 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Maaf, saya lambat kerana ada mesyuarat sebentar tadi.

Perbahasan Belanjawan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Jumlah peruntukan pada 2026, RM6.869 bilion dan pada tahun 2027, dijangkakan kenaikan sebanyak 0.7 peratus kepada RM6.919 bilion. Di mana, yang pertama sekali subsidi padi RM2.62 bilion daripada perlindungan pendapatan kepada peningkatan produktiviti.

Sri Gading menyambut baik komitmen kerajaan mengekalkan peruntukan subsidi padi dan insentif pesawah sebanyak RM2.62 bilion pada tahun akan datang, 2027. Langkah ini membuktikan kesinambungan sokongan Kerajaan MADANI kepada pesawah khususnya dalam menghadapi peningkatan kos input pertanian dan ketidaktentuan harga pasaran. Namun, Sri Gading berpandangan bahawa peruntukan yang besar ini turut membuka ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan reformasi yang lebih menyeluruh dalam industri padi negara.

Persoalannya, sejauh mana subsidi yang diberikan selama ini berjaya meningkatkan produktiviti sehektar dan pendapatan bersih pesawah berbanding sekadar menampung peningkatan kos pengeluaran? Sri Gading ingin bertanya kepada Menteri, adakah kementerian bersedia memperkenalkan insentif produktiviti pesawah, iaitu insentif tambahan berdasarkan peningkatan hasil, kecekapan penggunaan input dan pengurangan kehilangan selepas tuaian tanpa menjejaskan perlindungan asas pesawah kecil?

Pendekatan ini membolehkan kerajaan mengekalkan jaringan keselamatan pendapatan sambil menggalakkan peningkatan produktiviti secara berperingkat. Kita mahu subsidi kerajaan bukan sekadar membantu pesawah meneruskan penanaman tetapi membolehkan mereka menikmati pendapatan yang semakin tinggi dan juga pada setiap tuaian.

Perkara kedua, Infrastruktur Pengairan. B.21, 040500. Anggaran 2026, RM70 juta tetapi pada anggaran tahun hadapan, 2027, turun kepada RM50 juta iaitu penurunan sebanyak 28.6 peratus. Sri Gading menghargai usaha kerajaan meneruskan pembangunan dan pemodenan sistem pengairan pertanian khususnya bagi meningkatkan produktiviti kawasan jelapang padi negara.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Dalam masa yang sama, Sri Gading ingin mendapatkan penjelasan mengenai pengurangan peruntukan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran daripada RM70 juta kepada RM50 juta. Sri Gading percaya pengurangan ini perlu dilihat bersama peruntukan pembangunan dan penyelenggaraan melalui agensi berkaitan supaya kita mendapat gambaran keseluruhan yang tepat.

Persoalannya, adakah pengurangan tersebut mencerminkan peningkatan kecekapan penyelenggaraan, penyusunan semula pembiayaan atau perubahan keutamaan kerja? Sri Gading mencadangkan KPKM memperkenalkan pelan penyelenggaraan pengairan berasaskan risiko yang mengenal pasti kawasan kritikal berdasarkan usia infrastruktur, kekerapan kerosakan dan potensi kehilangan hasil padi.

Malah, kementerian boleh mempertimbangkan penggunaan sensor dan sistem pemantauan digital bagi mengesan kerosakan sebelum gangguan bekalan air berlaku. Kita menyokong pembinaan infrastruktur pertanian baharu tetapi pada masa yang sama, mahu memastikan setiap infrastruktur yang telah dibina terus berfungsi dengan optimum untuk manfaat kepada pesawah.

Dan yang akhir, industri ternakan. Mengurangkan kos pengeluaran bukan sekadar menambah bilangan ternakan. P.21 – Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar.

Anggaran 2026, RM105.27 juta dan pada tahun anggaran 2027, RM162.71 juta.

Kenaikan 54.6 peratus. Sri Gading menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan ternakan dan perkhidmatan veterinar kepada RM162.71 juta pada tahun hadapan.

Langkah ini penting untuk memperkukuh pengeluaran protein tempatan serta meningkatkan daya tahan industri ternakan terhadap gangguan bekalan antarabangsa. Namun, Sri Gading berpandangan bahawa pembangunan industri ternakan perlu memberikan penekanan yang lebih besar kepada pengurusan, pengurangan kos pengeluaran, kos — khususnya kos makanan ternakan, pengurusan penyakit dan kecekapan pembiakan. Persoalannya, apakah strategi kementerian...

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

...Untuk memastikan peningkatan kapasiti ternakan turut menghasilkan kos pengeluaran yang lebih kompetitif dan harga makanan yang berpatutan kepada pengguna? Sri Gading mencadangkan pembangunan cluster ternakan bersepadu yang menghubungkan

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

pengeluaran makanan ternakan tempatan, pusat pembiakan, perkhidmatan veterinar dan kemudahan pemprosesan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

Silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh 020200 berkenaan dengan pengairan dan saliran. Kita semua memahami bahawa padi di Malaysia adalah sejenis tanaman yang memerlukan air yang banyak. Jadi, bagi saya, saya merasakan peruntukan RM12.656 juta ini tidak mencukupi kalau nak diselenggarakan saliran-saliran di seluruh negara.

Jadi, di sini saya ingin bertanya pihak kerajaan, berapa jumlah peruntukan yang diperuntukkan bagi saliran di negeri Terengganu dan khususnya di kawasan Pasir Puteh, Kelantan? Di Pasir Puteh secara spesifik, saya ingin bertanya pihak kementerian, adakah pihak kementerian tidak pernah buat satu kajian bagaimana air daripada negeri lain? Ya, saya maksud daripada Terengganu yang air buangannya dibuang ke laut. Apa salahnya kalau ditetapkan oleh pihak kementerian untuk diguna pakai secara bersama dan secara percuma di Pasir Puteh, Kelantan. Seterusnya, di Butiran 020000.

draft • 12:15 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pasir Puteh, ringkas Pasir Puteh. Berkaitan dengan perairan tadi, bersetuju tak Pasir Puteh bahawa selain memfokus kepada padi bendang, kerajaan fokus juga pada padi bukit atau padi huma untuk mengatasi masalah air tadi? Apa pandangan Pasir Puteh? Terima kasih.

draft • 12:15 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya, masukkan dalam ucapan saya. 020300 – Jabatan Pertanian (DOA). Soalan yang saya nak kemukakan, apa strategi yang baru? Saya tidak nak strategi yang lama. Strategi yang baru yang telah dibuat di bawah Kementerian Pertanian melalui DOA ini untuk memastikan bekalan makanan asasi negara mencukupi. Dan berapa jumlah hasil yang dipungut sekarang ini? Berapa jumlah tanaman baru? Yakni kalau padi, varieti yang baru. Kalau sayur, sayur yang baru. Kalau tanaman yang lain, yang baru yang telah direka ataupun dicipta oleh DOA dalam tempoh ini.

draft • 12:15 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Seterusnya, 020000 – Bekalan Makanan Negara. Peruntukan yang diperuntukkan RM1.513140 million. Soalan saya, adakah jumlah ini untuk hasil negara, hasil yang akan dikeluarkan dalam negara ataupun dia masuk sekali dengan bekalan import daripada luar negara? Dan saya ingin bertanya, ke mana perginya SMART SBB? Yang telah berjaya mencatatkan angka yang tinggi sebelum daripada ini, kenaikan SSR makanan, bekalan makanan negara yang begitu pantas, yang begitu— Bagi saya, tidak ada lagi dalam sejarah penanaman padi di Malaysia ini yang boleh mengatasi SMART SBB. Sekarang ini kita tengok semacam “hidup segan, mati tak mahu”.

Seterusnya, di Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi. Saya ingin sebut, sejauh mana peranan kerajaan yang dimainkan secara bersungguh untuk memulihkan kawasan sawah padi terutamanya sawah padi yang berada di peringkat petani-petani kecil. Kerana sawah padi ini kalau tidak dipulihkan tanah, maka hasilnya antara dua tan, paling-paling hebat pun tiga tan. Sedangkan kalau tanah dipulihkan, dia boleh meningkat sehingga kepada belasan tan.

draft • 12:15 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang kedua, perubahan yang mesti dimainkan oleh pihak kerajaan. Yang pertama, racun. Yang kedua, baja. Yang ketiga, benih. Ini tiga perkara yang sangat penting dalam industri padi, hatta dalam industri tanaman-tanaman yang lain. Kalau kerajaan memberi fokus tiga perkara ini, insya-Allah, SSR negara kita ini akan melonjak baik, tidak sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Dan, yang terakhirnya yang saya ingin singgung ialah di Butiran 40001 ialah itulah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya kerjasama dengan para pemain pertanian, sama ada di peringkat universiti ataupun syarikat-syarikat swasta yang saya lihat kajian yang mereka buat berkenaan dengan pertanian ini sangat ke hadapan, terutama sekali aspek penanaman padi negara.

Kalau kita lihat di India, sebagai contoh. India, padi dia ditanam di atas tanah yang tidak mempunyai air yang banyak.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tapi dia mengeluarkan hasil yang banyak. Sekarang ini kita duk bercakap penduduk mesti kena simpan makanan. Kalau semua penduduk nak cari bekalan makanan simpanan selama dua minggu, pasti beras ini tak akan mencukupi.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jadi, saya cadangkan supaya buat satu kajian, MARDI terutamanya...

[Dicelah]

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Okey. Tamatkan Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

...untuk menggunakan benih padi yang terbaik. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada— tadi ramai yang bercakap mengenai padi, saya nak sebut yang lain sikit. Puncak Borneo suka topik ini. 90200 – Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan, dibaca bersekali dengan 22300 – Kawasan Penternakan Babi. Apa yang saya nak bangkitkan ini Tuan Pengerusi, adalah sebagai lanjutan daripada apa yang saya pernah timbulkan dalam perbahasan peringkat dasar sebelum ini.

Pengerusi, saya tetap berpegang dengan pendirian bahawa sudah sampai masanya kerajaan mengambil satu ketetapan yang tegas dalam isu pencemaran air dan pencemaran bau akibat daripada dari penternakan babi di Kampung Selamat di Pulau Pinang. Kita bercakap mengenai satu kawasan penternakan babi yang meliputi kira-kira 72 hektar atau hampir 178 ekar.

Pada satu ketika dulu, pernah terdapat kira-kira 77 kandang dengan populasi kira-kira 135,000 ekor babi. Sekarang ini dah kurang sikit. Yang jelas, ini bukan operasi penternakan kecil-kecilan, ini sudah jadi industri penternakan berskala besar yang memerlukan perancangan tanah, penjagaan alam sekitar dan penjagaan kepentingan penduduk secara tersusun.

Paling penting adalah ladang ini dah beroperasi lebih daripada 50 tahun dan penduduk di sana memaklumkan kepada saya, mereka dah menghadapi pencemaran air dan pencemaran bau ini lebih daripada 40 tahun. 40 tahun, bukan 40 hari, bukan 40 bulan tapi 40 tahun masalah ini berterusan. Dan 40 tahun langgar undang-undang, dah 40 tahun mencemarkan bau dan mencemarkan air tapi ada lagi yang nak melindungi mereka supaya mereka boleh terus beroperasi, melanggar undang-undang.

draft • 12:21 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Kenapa kita beria-ria nak melindungi sekelompok kecil yang melanggar undang-undang ini? Adakah terdapat sesiapa, mana-mana pemimpin, mana-mana individu yang dapat manfaat dari segi politik ataupun kewangan daripada meneruskan isu sebegini? Ini isu pelanggaran undang-undang yang melahirkan rasa tidak selesa kepada ribuan penduduk di Tasek Gelugor.

Tapi ada pula di kalangan kita, sebahagiannya malangnya, yang nak melindungi mereka yang melanggar undang-undang. Saya juga nak tegur sikitlah, Tuan Pengerusi. Sama ada orang politik kah, syarikat swasta kah atau pengamal media sekali pun. Bila timbul isu ladang babi ini, ada sahaja pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba jadikan ini sebagai isu perkauman. Kononnya nak menindas orang Cina. Saya nak tegaskan, jangan jadikan ini sebagai isu perkauman.

Sebab ini adalah isu pematuhan undang-undang negara dan juga enakmen kerajaan negeri.

[Tepuk] Selama ini, isu ladang babi di Kampung Selamat ini tidak dapat selesaikan.

Sebab setiap kali ada orang nak bangun bercakap mengenai isu ini, dituduh racist- lah, dituduh ekstremis agamalah, dituduh perkaumanlah. Ini isu pencemaran air, ini isu pencemaran bau, ini isu pelanggaran undang-undang negara, ini isu pelanggaran enakmen negeri. Bukan isu perkauman, bukan isu Cina lawan Melayu tapi Cina pun sebenarnya saya yakin, tidak suka kepada pencemaran.

Pengerusi, saya merayu sangat, supaya kerajaan mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia, orang tempatan, warga Tasek Gelugor. Kami ini, termasuk saya, buka pintu rumah, bau dah benda itu. Saya duduk dekat Bertam, agak jauh juga daripada ladang itu sebenarnya tapi tiap-tiap hari berhadapan dengan isu yang sama, bab pencemaran bau. Bukan— saya nak minta supaya kita dahulukan orang tempatan ini. Bukan jadi macam salah seorang rakan kita, Ahli Yang Berhormat daripada Raub mewakili DAP, yang mendahulukan orang Singapura nak makan apa, lebih daripada kepentingan orang tempatan kita.

[Tepuk] Sejak bila DAP jadi Parti Singapura? DAP patut mewakili rakyat Malaysia.

Saya kecewa juga dengan jawapan daripada Menteri. Apabila saya timbulkan dalam perbahasan peringkat dasar, jawapannya dua perenggan, itu pun dia bagi secara bertulis. Jawapannya standard, “punca pencemaran perlu dikenal pasti secara menyeluruh...”, ini saya petik ini, “...berdasarkan bukti dan hasil pemeriksaan di lapangan dan pemantauan, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara bersepadu”.

draft • 12:21 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini jawapan tak serius, Menteri ini asalnya daripada Tasek Gelugor. Takkanlah Menteri nak jawab macam ni sahaja? Dah 40 tahun masalah, nak pantau, nak kenal pasti apa lagi? Kalau kita bercakap mengenai pemeriksaan. Kami di Tasek Gelugor, kita buat pemeriksaan secara independent, malahan baru minggu lepas, 28 Oktober.

Baru seminggu lepas, kita buat test independent sampling, kita hantar ke makmal dan hasilnya*...

[Dicelah]*

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat Yang Berhormat, gulung.

draft • 12:21 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya. Dan hasilnya masih lagi mendapati bahawa pencemaran berterusan di kawasan itu. Sebab itu saya nak tegaskan, ladang di Kampung Selamat yang dah 40 tahun langgar undang- undang dan menyebabkan pencemaran air dan bau perlu ditutup dengan segera.

Dan saya nak sebut juga, sebab masa tinggal 10 saat saja ini. Sebenarnya ini bukan perkara baru, kita jangan juga zalimi penternak-penternak babi yang ada.

Kita pastikan berlaku transisi yang baik. Sebelum ini, kita pernah buat Tuan Pengerusi, pekebun tembakau. Kita latih mereka, kita bantu mereka untuk beralih ke industri baru. Nelayan pantai, yang mana kawasan nelayannya itu, kawasan perairan itu terjejas oleh penambakan laut, juga kita latih untuk masuk ke industri baru.

Malahan di Pulau Pinang sendiri, kerajaan negeri pernah mengarahkan penutupan beberapa ladang. Dulu di Batu Maong...

[Dicelah]

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa dah tamat Yang Berhormat.

draft • 12:21 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

...ada 52 ladang.

Sikit sahaja. Di Gertak Sanggul ada 11 ladang, di Pantai Aceh ada 26 ladang, semuanya ada 89 ladang. Semuanya boleh diarahkan untuk ditutup, tidak dikatakan perkauman pun? Tapi ini perlu dibuat. Dan saya— sebagai penutupnya, sebab dah habis dah ini...

draft • 12:21 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tasek Gelugor, kalau ladang tersebut dipindahkan ke Raub, dekat YB Parlimen Raub?

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Hulu Terengganu, masa YB dah tamat.

draft • 12:21 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya. Jadi, itu boleh dijawab oleh Menteri. Jadi, saya tutup, Tuan Pengerusi. Saya nak tegaskan bahawa kita mesti menjaga kedaulatan undang-undang negara kita. Jika sudah 40 tahun pencemaran air dan bau berlaku, tutup sahaja jawapannya.

draft • 12:21 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Bulan depan kita ada pesta Pulau Pinang diadakan di Kubang Menerong.

Saya nak jemput Tuan Pengerusi. Jom kita pergi makan, saya belanja makan nasi kandar. Biar ditengok di situ. Bau nasi kandar itu sepatutnya sedap tapi saya nak tengok Tuan Pengerusi, lalu makan kah tidak. Sebab bau itu datang daripada kandang sana lebih kuat daripada bau dari kedai itu.

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Yang Berhormat, masa dah tamat.

draft • 12:21 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jadi, itulah dia realiti tuan-tuan dan puan-puan... Tuan-tuan dan puan-puan pula dah.

[Ketawa] Tuan Pengerusi, saya minta Kerajaan Persekutuan ambil tindakan yang tegas sebab kelihatannya Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP terus menerus gagal untuk menyelesaikan masalah ini.

[Tepuk]

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tanjung Piai, silakan.

draft • 12:21 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya ingin merujuk Butiran 030300 bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Pada musim puncak tahun ini, ada laporan mengatakan durian kampung di peringkat kebun dijual sekitar RM1 sekilo. Pengguna mendapat harga murah tetapi adakah pekebun masih mampu menampung kos?

FAMA sudah melaksanakan intervensi belian buah-buahan bermusim. Saya minta pencapaian terkini. Berapa ramai pekebun durian dibantu, berapa lebihan hasil diserap dan apakah kesannya kepada harga di kebun? Saya cadangkan akses pekebun kecil kepada pusat pengumpulan, kemudahan sejuk beku dan pemprosesan dipermudahkan.

Padankan mereka dengan pembelian sebelum musim puncak serta bantu memenuhi syarat eksport. Pembukaan pasaran mesti memberi manfaat kepada pekebun kecil. Berapa ramai berjaya mendapat pembelian tetap? Apakah sasaran untuk membantu lebih ramai pekebun kecil menjual hasil sepanjang tahun melalui produk segar dan pemprosesan?

Puan Pengerusi, saya ingin rujuk Butiran 40005 iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

draft • 12:28 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Parlimen Tanjung Piai memerlukan dana besar bagi baik pulih jeti nelayan. Berdasarkan permohonan Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan, 12 jeti memerlukan perhatian. Antaranya Jeti Pangkalan Perpat memerlukan tangga, panjang tambatan serta penghadang di kiri dan kanan laluan jeti. Jeti Pengkalan Chokoh memerlukan tangga, panjang tambatan dan perbaikan struktur bawah jeti.

Seterusnya, Jeti Pengkalan laut Penghulu Serkat, Jeti Kukup, Jeti Permas Besar, Jeti Belungkor, Jeti Sungai Karang, Jeti Sungai Punai, Jeti nelayan Sungai Boh, Jeti Nelayan Chengkeh, Jeti Sungai Pinang dan juga Jeti Pengkalan Sungai Durian. Kesemuanya perlu dapat bantuan yang sewajarnya.

Nelayan menggunakan kemudahan ini setiap pagi untuk turun naik bot, membawa peralatan dan memunggah hasil tangkapan. Kerosakan ini melibatkan keselamatan dan pendapatan mereka. Saya minta LKIM menjalankan pemeriksaan teknikal bersama persatuan. Berapa peruntukan boleh disediakan pada tahun 2027, jeti mana diberi keutamaan dan bila kerja bermula?

Jika pembaikan perlu dibuat secara berfasa, dahulukan struktur yang berbahaya, pastikan tangga penghadang dan tempat tambatan disediakan mengikut keperluan setiap lokasi, dengan penyelenggaraan berskala selepas itu. Jangan tunggu kemalangan berlaku, baru pembaikan dipercepatkan.

Puan Pengerusi, saya ingin rujuk kepada Butiran 040400 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Kapal nelayan laut dalam C2 tidak menikmati subsidi diesel sedia ada. Kos minyak, upah, ais dan penyelenggaraan tetap ditanggung walaupun hasil tangkapan rendah. Januari lalu, kerajaan menyatakan pemulihan subsidi C2 sedang dipertimbangkan. Setakat ini, apakah hasil pertimbangan tersebut? Bila industri boleh mendapat keputusan?

Saya minta kementerian menilai tiga pilihan bersama industri. Satu, harga rujukan diesel seperti cadangan RM3 seliter tertakluk kepada hak penggunaan. Dua, bantuan berperingkat berdasarkan hasil tangkapan dan kos operasi. Ketiga, bantuan tetap bagi perjalanan yang disahkan.

Bandingkan pilihan ini berdasarkan kos fiskal, manfaat dan risiko ketirisan.

Semak silang rekod perjalanan, pendaratan ikan serta penggunaan diesel supaya bantuan sampai kepada pengusaha yang layak.

Apabila pengusaha tidak mampu turun ke laut, bekalan ikan tempatan berisiko terjejas. Jadi, apakah bantuan sasar yang...

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat, Yang Berhormat. Rumuskan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

...Boleh dilaksanakan dan bila? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat. Seterusnya, kita beralih ke Yang Berhormat Kubang Kerian. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada tiga butiran yang akan saya sentuh iaitu Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi. Kedua, 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi dan 040300 – Subsidi Padi.

Isu yang pertama yang saya ingin bangkitkan kalau berdasarkan ucapan Belanjawan 2027 menyatakan kerja naik taraf pengairan di 15 blok sawah MADA berjalan mengikut jadual sementara projek Pemulihan Empangan Pedu dijangka siap pada penghujung 2027. Tahniah, alhamdulillah kita harapkan dapat dicapai apa yang telah dijadualkan.

Namun, kenyataan daripada MADA pada 13 Oktober 2026, MADA melaporkan simpanan gabungan tiga empangan pada tahap 40.13 peratus sahaja.

Tak sampai separuh empangan yang dapat menampung bekalan air. Pedu, 40.82 peratus; Muda, 25.92 peratus; dan Ahning, 45.38 peratus. Hujan di tadahan Pedu pada Januari hingga Mei berkurangan hampir 30 peratus berbanding purata dan lima siri pembenihan awan telah dilaksanakan sejak Februari.

MADA turut mengoperasi 117 pam guna semula untuk memanfaatkan air dalam sistem saliran dan sungai. Dengan cabaran fenomena El Nino yang berlaku, kita sangat bimbang empangan yang kita bina sebenarnya gagal mendapat untuk mendapatkan peningkatan hasil air bagi dihantar kepada pesawah-pesawah kita.

Fasa pertama diumumkan pada Disember 2024 bernilai RM761.23 juta meliputi 15 blok pengairan dan pemulihan empangan. Kerajaan mengunjurkan purata hasil padi di kawasan projek meningkat daripada lima tan kepada 5.6 tan sehektar. Dengan pertambahan sekitar lebih kurang 46,000 tan padi. Saya mohon Menteri membentangkan imbangan bekalan dan permintaan air mengikut musim.

draft • 12:33 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kita bina empangan, tapi sumber air tak ada. Jadi, empangan yang kita bina ini gagal untuk kita manfaatkan kalau sekiranya tidak disusun dengan baik. Saya ingin mendapatkan data tentang termasuk simulasi kemarau, had pelepasan empangan dan keutamaan apabila bekalan perlu dicatu. Nyatakan juga, kemajuan setiap blok, kadar kehilangan air, hasil padi sehektar yang benar-benar rekodkan setakat 2026 dan sasaran daripada 2027.

Jika air tidak mencukupi, apakah jadual tanaman alternatif dan bantuan yang melindungi pendapatan-pendapatan pesawah? Jadi, kebolehpercayaan bekalan air serta pendapatan bersih pesawah sebagai ukuran kejayaan projek, bukan hanya peratus siap kerja sahaja.

Untuk makluman semua, kita hanya menggunakan tiga peratus air bawah tanah buat masa ini. Bahkan bekalan air bawah tanah kita sangat-sangat banyak.

Oleh kerana itu, satu kajian perlu diteliti bagi meningkatkan sumber air bagi kegunaan petani-petani, pesawah-pesawah kita.

Butiran 040300 tentang subsidi hasil. Dalam Belanjawan 2027 memperuntukkan RM2.62 bilion bagi subsidi padi dan insentif pesawah. Sama seperti anggaran 2026 dalam buku Anggaran Perbelanjaan. Pakej bantuan dianggarkan sekitar RM4,300 bagi setiap hektar, merangkumi antara lain, benih, baja, racun, pembajakan dan sokongan harga.

Insentif penuaian pula dinaikkan daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim, manakala insentif pembajakan RM300 dikekalkan cuma diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Bantuan ini penting dan kita mengalu-alukan untuk mengurangkan tekanan kepada para pesawah kita.

Namun, angka nasional menunjukkan cabaran yang belum selesai. Menurut DOSM, kadar sara diri beras 2025 ialah 54.3 peratus berbanding sasaran dasar 75 peratus pada tahun itu. Kita boleh tengok berapa jauhnya. Sasaran 75 peratus...

draft • 12:33 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat, Yang Berhormat. Sila landing ya.

draft • 12:33 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

...Tapi yang dapat dicapai hanya 54 peratus. Lebih membimbangkan buku Anggaran Perbelanjaan 2027 meletakkan sasaran kadar sara diri beras hanya 54.0 peratus sedangkan sasaran 2026 dalam buku yang sama ialah 59.9 peratus. Manakala sasaran purata hasil padi negara 2027, 3.70 tan sehektar berbanding sasaran 3.79 tan sehektar.

Mengapakah kementerian meletakkan sasaran yang begini rendah?

Maknanya sasaran itu sendiri telah mencerminkan kegagalan perancangan pihak

draft • 12:33 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

kerajaan. Sasaran 54 peratus pada tahun 2027, menuju sasaran sepatutnya 80 peratus pada tahun 2030. Saya ingin soalkan apakah mekanisme yang dibuat oleh pihak kementerian bagi memastikan sasaran 80 peratus menjelang 2030 dapat dicapai?

Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi.

draft • 12:33 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Seterusnya kita beralih ke Yang Berhormat Puncak Borneo. Silakan Yang Berhormat.

draft • 12:33 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh tiga perkara utama di bawah kementerian ini, iaitu keberkesanan subsidi padi, keupayaan pemasaran hasil pertanian oleh FAMA serta hala tuju pembangunan industri tanaman, ternakan dan perikanan.

Pertama, berhubung subsidi padi dan keterjaminan makanan negara, saya mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM2.62 bilion bagi subsidi padi dan insentif pesawah. Namun, persoalannya, saya ingin tahu sejauh manakah peruntukan yang begitu besar ini berjaya meningkatkan produktiviti pesawah dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import.

Untuk memberi gambaran mengenai besarnya pelaburan ini, RM2.62 bilion bersamaan dengan kira-kira 770,000 tan metrik beras, sekiranya dinilai pada harga RM34 bagi sekampit 10 kilo. Ini hanyalah perbandingan nilai dan bukan cadangan supaya kita menggunakan duit tersebut untuk membeli beras.

Jadi, Dato’ Sri Pengerusi, berdasarkan angka pengeluaran 2025, Malaysia menghasilkan kira-kira 1.434 juta tan metrik beras sedangkan import mencapai saya kira 1.355 juta tan metrik.

draft • 12:38 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ini menunjukkan bahawa pengeluaran domestik kita masih belum mencukupi.

Justeru, saya ingin meminta kementerian menjelaskan apakah peningkatan sebenar pengeluaran beras hasil daripada pelaburan subsidi RM2.62 bilion ini? Berapakah tahap sara diri untuk self-sufficiency level beras negara dan apakah sasaran yang ingin dicapai menjelang 2030? Saya juga ingin mencadangkan supaya satu reformasi melalui model subsidi hibrid iaitu menggabungkan bantuan asas kepada pesawah dengan insentif tambahan berdasarkan hasil pengeluaran sebenar. Saya

draft • 12:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

tidak mencadang subsidi sedia ada dimansuhkan tetapi pesawah tetap memerlukan bantuan awal untuk benih, baja, racun dan kos operasi.

Namun, sebahagian insentif wajar diberi berdasarkan jumlah hasil, tuaian yang sah, produktiviti sehektar dan kualiti pengeluaran. Konsepnya begitu mudah.

Produce more, earn more, reward productivity not just participation, dengan izin. Ini adalah konsep dangling carrot iaitu memberi ganjaran kepada pesawah yang berjaya meningkatkan produktiviti dengan mengambil kira faktor cuaca, pengairan, banjir dan keadaan di luar kawalan mereka. Pada masa yang sama, kementerian perlu memperluaskan mekanisme automasi, benih berkualiti, teknologi pertanian moden termasuk pembangunan potensi kawasan pertanian di Sabah dan Sarawak, termasuk kawasan luar bandar seperti Puncak Borneo. Saya juga mencadangkan koperasi pertanian diperkasakan supaya pekebun kecil dapat berkongsi menggunakan jentera, membeli input secara pukal dan memasarkan hasil secara bersama.

Yang kedua, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai FAMA, masih memerlukan suntikan dana kerajaan secara berterusan setelah sekian lama beroperasi. Saya tidak mempertikai kepentingan FAMA, namun sebuah agensi pemasaran pertanian sepatutnya mempunyai model operasi yang mampan supaya menjana pendapatan sendiri. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah produk pertanian yang telah berjaya dipasarkan oleh FAMA sehingga menembusi pasaran eksport? Berapakah pendapatan tahunan FAMA daripada aktiviti perniagaan dan pemasaran? Dan berapakah kadar pendapatan sendiri berbanding bantuan kerajaan yang diterima. Saya mahu melihat FAMA bukan sahaja menjadi agensi yang membelanjakan peruntukan tetapi menjadi pemangkin yang membuka pasaran, meningkatkan nilai tambah dan memastikan petani memperoleh pendapatan yang lebih baik.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 12:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, saya gulung. Saya dapati juga peruntukan bagi Butiran Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan.

Didapati daripada RM5 juta menurun kepada RM3.7 juta pada tahun 2027 iaitu pengurangan sebanyak RM1.3 juta ataupun 26 peratus. Apakah rasional pengurangan ini sedangkan kerajaan sendiri menekan kepentingan keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import? Pada pandangan saya, sektor ini memerlukan pengukuhan melalui bantuan input berkualiti, teknologi

draft • 12:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

moden, bangunan rantaian bekalan, pusat pengumpulan hasil serta melibatkan golongan belia dalam sektor agromakanan.

Dengan itu, akhir sekali saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan reformasi berasaskan prestasi pengukuhan FAMA serta meningkatkan pelaburan dalam pembangunan agromakanan termasuk di Sabah dan Sarawak. Food is not just security but also essential component for social justice for all of us. Dengan itu, saya dengan ini juga ingin memberi penekanan supaya Kementerian Pertanian kita terus melakukan perkara yang positif untuk industri pertanian dan keterjaminan makanan negara kita. Sekian, terima kasih. Tuhan memberkati.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Sekarang kita beralih ke Yang Berhormat Rompin.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 01920 – IADA Rompin, Pengairan dan Saliran.

Jumlah anggaran perbelanjaan pembangunan tahun 2027 secara langsung adalah sebanyak RM8,010,000. Berdasarkan sasaran prestasi KPKM, kerajaan menyasarkan kadar sara diri atau SSR beras negara pada paras 54.0 peratus menjelang 2027 dengan sasaran purata hasil pengeluaran padi sekitar 3.70 tan metrik sehektar.

Namun di lapangan, bagaimana angka ini mampu dicapai sekiranya lapangan padi di luar zon tradisi seperti daerah Rompin terus bergelut dengan masalah prasarana asas yang tidak pernah selesai. Kawasan air dalam Rompin merangkumi ribuan hektar sawah yang diusahakan oleh pesawah-pesawah di kawasan seperti jelapang padi Paya Setajam, jelapang padi Paya Sepayang, Kampung Tebu Hitam. Realiti yang menyedihkan ialah sistem pengairan dan saliran di Rompin terutamanya pengairan Paya Setajam dan masih dihimpit masalah struktur usang. Saliran primer dan sekunder tidak dapat mengalirkan air ke sawah padi dengan konsisten. Pesawah mengepam air sendiri ke petak sawah di mana saliran utama dan sekunder tidak berfungsi dengan baik.

Bila tiba musim tengkujuh atau hujan lebat, sawah ditenggelami banjir, bertakung kerana air saliran parit buang lambat surut, mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit. Sebaliknya, bila tiba cuaca panas, air sungai tidak dapat dipam

draft • 12:44 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

secara optimum dan gagal dialirkan ke petak-petak sawah di bahagian hujung akibat tiadanya parit tertier yang sempurna. Isu bekalan air yang tidak telus ini merosakkan kalendar penanaman, membiakkan rumpai dan perosak dan seterusnya membataskan hasil tuaian pesawah Rompin jauh di bawah potensi sebenar.

Peruntukan RM8.01 juta pada tahun 2027 tidak boleh sekadar menjadi catatan rutin tetapi mesti memberi pulangan terus kepada hasil tuai pesawah.

Justeru, Rompin ingin membuat dua soalan khusus kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, merujuk kepada peruntukan RM8.01 juta bagi tahun 2027 di bawah Butiran 01920, berapakah pecahan khusus peruntukan ini bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan parit tertier konkrit serta penggantian pintu kawalan air yang kritikal di Rompin? Apakah garis masa pelaksanaannya agar ia sempat disiapkan sebelum musim tengkujuh melanda? Kedua, apakah penilaian kementerian terhadap keupayaan stesen rumah pam sedia ada di bawah IADA Rompin dan adakah kementerian bercadang memasang teknologi pam pintar automatik serta telemetri penderia paras air bagi mengawal kestabilan air sawah secara masa nyata di Rompin?

Sebagai penambahbaikan proaktif demi mengangkat hasil pengeluaran agromakanan negara, Rompin ingin mencadangkan KPM segera meluluskan pelan khas pemodenan dan pemuliharaan saliran tertier bersepadu IADA Rompin. Pelan ini perlu menaik taraf sistem perparitan tanah kepada parit bersimen secara menyeluruh, membina ban penahanan limpahan air sungai yang lebih kukuh serta melengkapkan setiap blok dengan pam sandaran bergerak. Langkah ini akan memastikan kalendar dua kali penanaman setahun di Rompin berjalan lancar, hasil pengeluaran padi meningkat melebihi 4.5 tan metrik sehektar dan seterusnya mengangkat taraf pendapatan pesawah kita ke paras yang lebih bermaruah.

Yang Berhormat Pengerusi, baru-baru ini pesawah Paya Setajam dan Paya Sepayang mengalami musibah dengan hasil tuaian teruk. Kebiasaan hasil tuaian musim-musim lepas di dua tempat ini, purata lima hingga sembilan tan per hektar.

Tetapi musim ini, hampir 60 peratus pesawah tidak dapat menuai hasilnya. Jika dituai, sewa bayaran mesin tuai padi (harvester) lebih tinggi dari hasil tuaian. Ini disebabkan serangan kulat padi serta rumput air seperti keladi agas yang tumbuh diibaratkan padang rumput air. Pihak pesawah memohon Jabatan Pertanian Pahang, Bahagian Bioksekuriti Tumbuhan untuk mengisytiharkan sebagai wabak tanaman bagi pesawah padi yang terjejas. Ini akan memudahkan pihak pesawah untuk menguruskan insurans serta pampasan. Justeru itu, saya memohon pihak

draft • 12:44 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

kementerian untuk turun ke Kampung Paya Setajam dan Paya Sepayang untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh pesawah-pesawah tersebut. Dan apakah bentuk bantuan segera yang boleh diberikan kepada pesawah ini bagi meringankan beban mereka.

Seterusnya, saya pergi ke Butiran 10012 – Bahagian Pembangunan Industri Padi. Di bawah Belanjawan Mengurus...

draft • 12:44 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Rumuskan Yang Berhormat, masa hampir tamat.

draft • 12:44 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Maksud 21 Butiran 040300, kerajaan memperuntukkan RM2.62 bilion bagi subsidi padi dan insentif pesawah untuk tahun 2027. Kitaran penanaman padi yang berjaya bermula dengan benih padi yang sah, bersih dan berkualiti tinggi. Dahulu pusat belian benih beroperasi di Terengganu, namun fasiliti tersebut telah ditutup. Sejak penutupan itu, seluruh kawasan Pantai Timur daripada Kelantan, Terengganu sehinggalah ke Pahang khususnya daerah Rompin terbiar tanpa pusat belian bekalan benih setempat. Ketiadaan pusat ini mengakibatkan pesawah terpaksa memesan benih dan kilang pemprosesan di Kedah, Perlis dan Perak. Kesannya, pesawah terpaksa menanggung kos logistik yang amat tinggi. Lebih parah, pesawah kerap menerima bekalan benih lewat daripada jadual tabur benih yang ditetapkan oleh jadual penanaman.

draft • 12:44 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila landing, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Justeru itu, saya memohon Bahagian Pembangunan Industri Padi dengan kerjasama MARDI dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) segera menubuhkan pusat pengedaran belian benih padi sah Pantai Timur yang berpangkalan di daerah Rompin.

Kedudukan Rompin adalah gerbang pertemuan strategik antara Pahang Selatan, Johor Timur dan laluan terus ke Terengganu. Penubuhan hab benih Rompin bukan sahaja menjamin stok penimbal benih sah sentiasa mencukupi dan selamat malah membolehkan para pesawah di Pantai Timur memperoleh benih bersubsidi dengan harga kawalan tepat pada waktunya serta memusnahkan rantai manipulasi pihak ketiga. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Seterusnya, ingin mempersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

Silakan Yang Berhormat, lima minit.

draft • 12:50 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Pengerusi. Saya ingin menyuarakan persoalan khusus berkaitan unjuran keterjaminan makanan nasional, dasar varieti benih serta potensi penyelidikan pertanian. Pertama, krisis sekatan di Selatan Bab al-Mandab dan Selat Hormuz jelas menjejaskan laluan perkapalan luar logistik makanan dunia.

Malah, beberapa negara maju seperti UK dan Sweden turut menyarankan rakyat dan pihak industri membuat persediaan stok akibat gangguan ini serta berwaspada terhadap panic buying dan YAB Tambun selaku Perdana Menteri juga sedar akan ancaman ini di mana beliau telah pun mengutarakannya di Dewan yang mulia ini sebagai jaminan bahawa pihak kerajaan sedia mengambil langkah proaktif untuk memastikan keterjaminan makanan negara terkawal.

Sehubungan dengan itu, saya mohon penjelasan Bahagian Sekuriti Makanan di bawah projek Pembangunan Butiran 10003 telah diperuntukkan sebanyak RM4.05 juta bagi tahun 2027 bersama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Butiran 10001 yang menerima RM2.1 juta. Mohon YB Menteri memperincikan sejauh manakah peruntukan ini benar-benar memperkasakan kerangka pelan kontingensi dan mitigasi segera dalam mendepani external shock dengan izin, ke atas makanan import negara.

Dalam masa yang sama, berkenaan Butiran 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah sebanyak RM2.62 bilion serta Butiran 10710 bagi Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging yang peruntukkan sebanyak RM6 juta, Balik Pulau ingin membangkitkan kebimbangan akan unjuran Kadar Sara Diri (SSR) beras yang kekal di bawah paras 60 peratus dan Nisbah Kebergantungan Import (IDR) bagi daging lembu yang masih pada tahap yang amat tinggi iaitu 82.6 peratus manakala daging kambing dan biri pula mencecah 90.7 peratus. Secara realistiknya import beras dan daging masih diperlukan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga pasaran kekal berpatutan.

Namun begitu, kebergantungan yang tinggi dalam pengeluaran domestik yang perlahan akan terus mendedahkan negara kepada ancaman bekalan makanan.

Oleh itu, saya ingin bertanya bagaimanakah kerajaan memastikan rizab strategik

draft • 12:50 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

barangan asas yang disokong oleh peruntukan-peruntukan ini benar-benar berupaya menampung keperluan asas rakyat serta membendung gejala panic buying sekiranya rantaian bekalan import terputus bagi tempoh yang panjang pada tahun 2027? Sejauh manakah peruntukan yang setakat ini mampu meningkatkan kapasiti serta produktiviti penternakan dan pengeluaran hasil tempatan secara mampan?

Kedua, berhubung Butiran 020300 – Jabatan Pertanian Malaysia yang menguatkuasakan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (PNPV) timbul kerisauan mengenai cadangan kerajaan meminda Akta 634 bagi menyertai Konvensyen UPOV 91 susulan komitmen di bawah CPTPP dan perjanjian perdagangan bebas dengan rakan-rakan negara lain. Amalan menyimpan, berkongsi dan menjual benih tempatan merupakan warisan turun temurun para petani kecil kita yang majoritinya berpendapatan rendah.

Namun, cadangan pindaan berasaskan piawaian UPOV 1991 khususnya perkara 14 dan 15 amat membimbangkan kerana ia berpotensi menyekat hak tradisi ini. Langkah ini merisikokan kedaulatan makanan negara kepada monopoli syarikat gergasi multinasional sambil melenyapkan varieti tempatan menerusi amalan biopiracy. Kita tidak mahu melihat nasib petani kecil kita berkesudahan seperti di Amerika. Petani dijerat hutang keliling pinggang, ditekan kenaikan harga benih melampau dan diancam tindakan mahkamah sehinggalah muflis atas dasar pelanggaran hak cipta benih paten hanya kerana menanam benih peninggalan nenek moyang mereka sendiri.

Sehubungan itu, saya mohon penjelasan apakah jaminan rasmi kerajaan bahawa pindaan Akta PNPV berasaskan UPOV 1991 tidak akan menghakis amalan penjagaan benih petani tempatan kita? Adakah kementerian telah melaksanakan penilaian impak menyeluruh ke atas kedaulatan benih biodiversiti tempatan serta risiko lonjakan kos benih sebagaimana yang pernah berlaku di negara jiran seperti Filipina? Adakah kementerian komited untuk mengadakan sesi libat urus yang telus dan inklusif bersama pihak petani, penyelidik awam dan masyarakat sivil sebelum sebarang draf pindaan dimuktamadkan?

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sila landing, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ketiga, Butiran 02110 memperuntukkan sebanyak RM247 juta bagi peruntukan mengurus Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) manakala di bawah peruntukan Pembangunan, Butiran Projek 40001 MARDI menerima sebanyak

draft • 12:50 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

RM44.4 juta, meningkat berbanding RM37.5 juta pada 2026. Memandangkan fungsi MARDI merangkumi penyelidikan dan tanaman dan makanan, persoalan utama adalah sejauh manakah peruntukan ini manfaatkan untuk mendepani kesan perubahan iklim yang menjejaskan hasil komoditi negara?

Jabatan Pertanian Malaysia menyatakan bahawa kekurangan air berpanjangan akibat cuaca ekstrem kini mengancam kesihatan pokok dan kualiti buah termasuklah kebun-kebun durian di Balik Pulau. Jadi, saya ingin mohon YB memperincikan berapakah jumlah khusus daripada peruntukan pembangunan MARDI akan disalurkan kepada R&D berkaitan pembangunan varieti tanaman dan buah-buahan dengan lebih tahan, berdaya terhadap perubahan iklim.

Apakah sasaran kementerian dalam mengkomersialkan varieti baru agar hasil penyelidikan tidak terhenti di peringkat makmal dan bagaimanakah kementerian akan menyepadukan hasil penyelidikan MARDI dengan khidmat perkembangan pertanian sebagai teknologi dan solusi iklim ini benar-benar sampai kepada pekebun kecil. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Seterusnya, Yang Berhormat Bagan Serai. Silakan Yang Berhormat. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Butiran 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Peruntukan subsidi untuk padi dan insentif sawah ini 2026 dan 2027 sama saja iaitu sebanyak RM2.62 bilion. Persoalan saya adakah boleh meningkat pendapatan bersih kepada pesawah memandangkan kos input amat tinggi seperti mana meningkatnya kos baja, racun, upah buruh, jentera, diesel operasi menuai.

Jadi, ini persoalan berkenaan dengan subsidi padi dan insentif pesawah.

Maka persoalan saya juga ialah sejauh manakah penilaian kita berkenaan dengan kejayaan untuk meningkatkan peningkatan pesawah padi terutamanya daripada insentif yang diberi, subsidi yang diberi macam manakah peningkatan itu ataupun ukuran kejayaan ini dapat kita ukur.

Yang kedua ialah Butiran 2020100 – Pembangunan Industri Padi. Makanan asasi kita ialah beras dan juga makanan ruji. Persoalan saya ialah 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, adakah masih ada pesawah yang akan mengerjakan buat bendang ini?

draft • 12:57 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Ini persoalan dia. Kerana banci pertanian 2024 melalui DOSM, 461,866 orang pesawah individu, 45.6 peratus ialah yang berumur 60 tahun. Hanya 33,213 orang sahaja yang berumur antara 15 hingga 20 tahun. Ertinya mewakili 3.3 peratus. Ini yang membimbangkan kita. Adakah apabila ini berlaku menyebabkan kita tidak ada lagi orang yang nak mengerjakan bendang ataupun sawah? Akhirnya kita terpaksa bergantung harap dengan negara luar.

Sekarang ini pun sudah teruk. Cuba bayangkan kalau 10 tahun, 20 tahun nanti tidak ada lagi orang yang mengusahakan padi ini kerana industri padi merupakan komponen penting dalam keselamatan makanan kita. Kerana mengikut Nilai Import Agromakanan 2025 sebanyak RM92.7 bilion yang kita import.

draft • 12:57 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Walaupun rekod SSR beras kita pada tahun 2025 hanyalah 54.3 peratus, masih tidak cukup walaupun sasaran kita pada tahun 2030 ialah sebanyak 80 peratus. Persoalan saya ialah, adakah 80 peratus ini masih lagi relevan, ataupun sudah turun sasaran kita? Jika ya, untuk 80 peratus, apakah perancangan drastik untuk kita buat? Jika tidak, apakah sebabnya dan adakah terdapat di sana sasaran- sasaran baharu untuk tempoh tersebut?

Tuan Pengerusi, apakah pecahan terperinci daripada RM2.62 bilion mengikut komponen subsidi dan insentif yang diberikan? Kerana, produktiviti kita perlu diberikan tumpuan kerana kenaikan dan penurunan ini berlaku. Pada tahun 2025, produktiviti untuk satu tan, hitung panjangnya 3.73 tan.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Masa hampir tamat, Yang Berhormat. Sila rumuskan, ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

2026, 3.79 tan. 2027, 3.70 tan. Ertinya ialah berlakunya sedikit penurunan dan perlu kepada tindakan yang membolehkan ia nya dapat dikekalkan dengan baik.

Akhir sekali ialah isu kelewatan bekalan baja tambahan di kawasan MADA yang menyebabkan beribu-ribu dari kalangan pesawah-pesawah dan juga melibatkan beribu hektar sawah di sana. Sepatutnya, perkara ini tidak berlaku.

Dahlah kita tengok pesawah ini susah, macam-macam dengan malapetaka, bencana dan sebagainya.

Tiba-tiba pula, ini perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku untuk kita melakukan satu perkara yang amat zalim kepada pesawah sehinggakan siasatan SPRM pun telah terlibat, dan persoalan saya ialah apakah jaminan daripada

draft • 1:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

kementerian supaya perkara ini tidak berulang lagi? Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan

draft • 1:00 PM

Mesyuarat] Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 2:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan terima kasih Puan Pengerusi.

Bagi Maksud B dan P.21 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Betong ingin menyentuh Butiran 22300 berkaitan dengan Kawasan Penternakan Babi, dibaca bersama Butiran 30007 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

(DVS) dan Butiran 30009 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak. Betong juga akan menarik fokus khusus kepada Sarawak.

Betong ingin membangkitkan empat perkara utama. Yang pertama ialah pemodenan industri penternakan. Kedua, potensi Sarawak sebagai pusat

draft • 2:32 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

pengeluaran utama negara. Ketiga, perlindungan kepada penternak tempatan serta keempat, kecukupan peruntukan bagi melaksanakan dasar dan program berkaitan.

Pertamanya, pemodenan industri ternakan dan kelestarian alam sekitar.

Puan Pengerusi, kita perlu mengakui bahawa industri penternakan babi masih lagi mempunyai peranan dalam menyumbang kepada bekalan makanan, ekonomi dan peluang pekerjaan.

Namun, kaedah penternakan secara konvensional dan terbuka yang tidak mempunyai sistem pengurusan sisa serta kawalan alam sekitar yang sempurna telah menimbulkan pelbagai masalah, termasuk pencemaran sungai, bau, sisa kumbahan dan konflik dengan masyarakat setempat.

Justeru, Betong berpandangan sudah tiba masanya kerajaan menetapkan hala tuju baru industri ini dengan beralih sepenuhnya kepada sistem ternakan moden yang lebih tersusun, berpusat dan mesra alam.

Jadi, Betong ingin mencadangkan agar kerajaan menetapkan supaya tidak ada lagi pembukaan ataupun perluasan ladang secara konvensional dan terbuka.

Ladang sedia ada perlu diberikan tempoh peralihan yang munasabah untuk kita memenuhi standard moden dan operasi yang gagal mematuhi syarat selepas tempoh tersebut tidak lagi dibenarkan beroperasi.

Jadi, aspek sensitiviti agama, budaya juga mesti diberi perhatian dalam pengurusan ladang, pengangkutan ternakan, pemunggahan dan pelupusan sisa.

Bermakna, industri ini perlu menghormati hak serta kehidupan masyarakat setempat.

Maka dalam hubungan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai peruntukan di bawah Butiran 22300 iaitu Kawasan Penternakan Babi.

Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2027 untuk pembangunan dan penyediaan kawasan penternakan babi yang lebih moden dan berpusat?

Daripada jumlah tersebut, berapakah yang diperuntukkan khusus untuk pembangunan infrastruktur asas, sistem rawatan kumbahan, pengurusan sisa, kawalan bau dan kemudahan biosekuriti? Adakah peruntukan itu turut menyediakan insentif ataupun bantuan kewangan kepada penternak sedia ada untuk menaik taraf ladang mereka kepada sistem yang lebih moden?

Kedua, Puan Pengerusi ialah mengenai Sarawak sebagai pusat pengeluaran utama daging babi di negara kita. Kita perlu melihat realiti bahawa beberapa kawasan di Semenanjung ini memang berhadapan dengan kekangan tanah, kepadatan penduduk serta sensitiviti agama dan budaya. Dan dalam keadaan ini, wajar kita melihat potensi Sarawak sebagai salah satu pusat pengeluaran utama

draft • 2:32 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

negara. Jadi, saya ingin mencadangkan kementerian memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam pembangunan zon penternakan moden yang berpusat.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Menteri. Adakah KPKM mempunyai perancangan dan peruntukan khusus di bawah Butiran 22300 - Kawasan Penternakan Babi, untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak membangunkan zon penternakan moden?

Yang ketiga, lambakan daging import dan perlindungan kepada penternak.

Kita melihat pengeluaran domestik telah menurun daripada 135,000 tan pada 2024 kepada 115,000 tan 2025. Kadar sara diri pun telah menurun 94 peratus pada 2021 kepada 67 peratus 2024. Jadi justeru, saya mencadangkan DVS bersama MAQIS memperketatkan kawalan kemasukan daging import, khususnya dari segi standard kesihatan veterinar.

Di dalam hal ini, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai peruntukan Butiran 30007 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan khusus untuk aktiviti penguatkuasaan veterinar, pemeriksaan import, ujian diagnostik, pemantauan penyakit haiwan dan pengukuhan sistem kebolehlaksanaan produk ternakan? Apakah peruntukan tersebut mencukupi untuk kita meningkatkan kapasiti makmal, kemudahan pemeriksaan di pintu masuk negara, tenaga kerja dan sebagainya?

Yang keempat, pengukuhan peranan DVS Sarawak dalam menjayakan rantaian bekalan antara negeri. Sarawak mempunyai asas industri yang boleh dikembangkan. Kumpulan pengeluar di Sarawak juga dilaporkan menyumbang kira- kira 15 peratus daripada pengeluaran negara. Dan di samping itu, Sarawak juga menyasarkan pengeluaran bernilai RM1.5 bilion menjelang 2030.

Semenjak 2017, fasiliti pig farming areas di Sarawak telah mengeksport 350,000 ekor ke Singapura bernilai RM312 juta dengan bekalan 250 ekor seminggu dan telah menetapi piawaian agensi penguat kuasa Singapura.

Jadi, saya ingin merakamkan pengiktirafan kepada DVS Putrajaya, DVS Sarawak serta agensi penguat kuasa berkaitan atas ketegasan dan penyelarasan kawal selia yang membolehkan penghantaran 550 ekor babi hidup melalui 10 consignment dari Sarawak ke Selangor menjelang Ogos hingga Oktober 2026 dilaksanakan tanpa sebarang insiden kebocoran biosekuriti. Kejayaan ini disokong oleh protokol kebolehkesanan dan biosekuriti yang dilaksanakan pada tahap tertinggi melalui empat instrumen utama.

draft • 2:32 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Pengenalan dan pengesanan setiap ekor...

draft • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 2:32 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Ujian – Saya gulung ya. Ujian diagnostik, penggunaan lori dan audit pengedaran sampai ke terus kepada pengedar dan pembeli.

Dan sebagai penutup Puan Pengerusi, saya berharap Menteri dapat menjelaskan pecahan peruntukan bagi ketiga-tiga butiran ini mengikut program dan sasaran pelaksanaan tahun hadapan. Jadi, saya berharap kementerian mempertimbangkan satu perubahan pendekatan yang saya gariskan tadi. Dan dalam masa sama, kawalan import perlu diperkukuh supaya penternak tempatan kita mendapat ruang untuk berkembang, pengguna terus mendapat bekalan yang mencukupi dan industri ini dapat dibangunkan secara mampan tanpa kita mengabaikan sensitiviti agama, budaya serta alam sekitar. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 2:32 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin membangkitkan beberapa perkara di bawah Maksud Bekalan B.21 dan Maksud Pembangunan P.21, khususnya berkaitan penyelidikan varieti padi, pemuliharaan sumber perikanan dan kesiapsiagaan menghadapi perubahan iklim.

Di bawah B.21 Butiran 021100 - Oftalmologi, MARDI menerima anggaran peruntukan sebanyak RM247.8 juta bagi tahun 2027, meningkat daripada RM240.09 juta pada tahun sebelumnya. Saya menghargai peranan MARDI dalam pembangunan varieti padi baharu. Antaranya, MR333 Menora yang diisytiharkan pada Ogos 2025 dengan potensi hasil yang dilaporkan sehingga 9.96 tan sehektar.

Namun persoalannya, bukan sekadar kejayaan menghasilkan varieti baharu tetapi berapa cepat hasil penyelidikan tersebut sampai kepada pesawah?

draft • 2:39 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Saya menerima maklum balas bahawa MR333 MENORA mungkin hanya tersedia secara meluas pada tahun 2027. Apakah tempoh sebenar daripada pengisytiharan varieti sehingga pengeluaran benih padi sah secara komersial?

Apakah kekangan utama yang menyebabkan tempoh tersebut panjang?

Saya meminta kementerian menilai kemungkinan mempercepatkan proses pengujian dan penggandaan benih secara selari tanpa menjejaskan piawaian saintifik Saya juga ingin mengetahui berapakah daripada peruntukan MARDI dikhususkan untuk penyelidikan varieti padi dan apakah indikator keberhasilannya?

Saya merujuk, Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada P.21, Butiran 40001 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) iaitu kerjasama penyelidikan dan permohonan Kerajaan Negeri Kedah. Saya berpandangan pembangunan varieti baharu padi perlu melibatkan kerjasama lebih terbuka antara MARDI, universiti, institusi penyelidikan dan kerajaan negeri.

Dalam hubungan ini, Kerajaan Kedah dilaporkan telah memohon kelonggaran untuk membangunkan dan mengeluarkan benih padi sendiri. Apakah status rasmi permohonan tersebut?

Adakah ia melibatkan isu pengiktirafan varieti, kebenaran pengeluaran benih padi sah, pensijilan atau kelayakan menerima subsidi?

Saya meminta kementerian memberikan keputusan dan garis masa yang jelas supaya usaha penyelidikan di peringkat negeri dapat menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

Tuan Pengerusi, saya merujuk juga kepada P.21, Butiran 30004 – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Dengan anggaran pembangunan RM115.90 juta bagi tahun 2027, meningkat sekitar 14.2 peratus berbanding anggaran dipinda 2026.

Saya telah beberapa kali membangkitkan isu tukun tiruan, unjam dan perumahan ikan di perairan Kuala Kedah termasuk dalam Kamar Khas. Dalam jawapan kerajaan sebelum ini, disebut tapak tukun atau unjam di Kuala Sala, Kuala Tebengau, Kuala Kuah dan Kuala Kangkong yang dibangunkan sejak beberapa dekad lalu. Kerajaan juga menyatakan bahawa pertambahan tukun boleh dipertimbangkan berdasarkan kajian kesesuaian tapak.

Apakah tindakan susulan Jabatan Perikanan terhadap cadangan tersebut?

Adakah kajian berkenaan tapak lama telah dijalankan dan adakah peruntukan tahun 2027 disediakan untuk pemulihan habitat serta penambahan tukun di kawasan berkenaan?

draft • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Saya juga meminta kementerian menjelaskan status terkini stok ikan pesisir keberkesanan kawalan pencerobohan Zon A dan bagaimana program tukun dinilai dari segi pemulihan sumber ikan, bukan sekadar bilangan struktur yang dilaburkan.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Pelan Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan 2024-2030. Apakah pencapaian pelan ini setakat 2026?

Khususnya menghadapi perubahan taburan ikan, cuaca ekstrem dan ancaman terhadap pendapatan nelayan. Apakah kementerian mempunyai data kehilangan hari turun ke laut dan kerugian pendapatan nelayan akibat perubahan cuaca?

Saya juga meminta penjelasan bagaimana penilaian stok ikan, pemulihan habitat dan perlindungan nelayan diselaraskan dengan strategi adaptasi perubahan iklim negara.

Tuan Pengerusi, di bawah P.21 Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Peruntukan Pembangunan LKIM meningkat daripada RM51.03 juta kepada RM96.95 juta iaitu peningkatan hampir 90 peratus.

Saya ingin mengetahui berapakah daripada peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf jeti, pelantar, pendaratan ikan dan kemudahan rantaian sejuk supaya lebih berdaya tahan terhadap banjir pesisir, ribut dan kenaikan aras laut khususnya bagi Parlimen Kuala Kedah. Apakah projek yang dirancang dan akan diusahakan oleh LKIM dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah dan terakhir, Tuan Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih.

Amboi.

draft • 2:40 PM

Seorang Ahli

Sila duduk.

draft • 2:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020400 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Puan Pengerusi, saya menerima banyak aduan daripada pengusaha- pengusaha kecil dalam sektor ternakan unggas mengenai syarat untuk naik taraf reban terbuka kepada reban tertutup. Masalah utama mereka adalah modal. Jabatan Perkhidmatan Veterinar pernah menganggarkan kos pembinaan reban ayam tertutup antara RM55 hingga RM80 bagi seekor ayam mengikut kapasiti reban. Bagi reban berkapasiti 10,000 ekor, kos pembinaan, sahaja dianggar di antara RM550,000 sehingga RM800,000. Jika penternak gagal mendapat pembiayaan

draft • 2:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

sebelum tempoh peralihan tamat, mereka mungkin terpaksa menutup ladang mereka.

Puan Pengerusi, reban tertutup dikatakan memudahkan pengurusan sisa dan membantu mengurangkan bau. Itu memang tidak dinafikan. Bagaimanapun, reban tertutup tidak bermakna segala masalah pencemaran akan selesai terutamanya apabila kebanyakan masalah berlaku apabila sesebuah reban itu dikendalikan tanpa mengikut garis panduan ditetapkan. Makna, ia masalah yang timbul bukan terhad kepada reban tertutup ataupun reban terbuka. Sebenarnya adalah sikap pengendali, sikap pengusaha. Maka, saya rasa kita perlu lihat dari segi itu, tetapi bukan memaksa semua pengusaha untuk naik taraf daripada depan terbuka kepada depan tertutup.

Bagi reban ayam terbuka sebenarnya, pembiakan lalat boleh dikawal dengan menjaga kebersihan reban, memastikan alas lantai kekal kering dan mengurus najis dengan betul. Sebenarnya, garis panduan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyarankan bahawa alas lantai di senggara sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu dan bekas minuman diperiksa supaya tidak bocor. Formulasi makanan juga memainkan peranan yang penting.

Maka, kajian terhadap ayam penelur mendapati bahawa kandungan natrium yang berlebihan dalam makanan boleh menyebabkan ayam minum lebih banyak dan najisnya menjadi lebih basah. Sebab itu, latihan kepada penternak perlu merangkumi pemilihan makanan yang sesuai, cara mengesan kebocoran bekas minuman dan cara mengendalikan najis sebelum lalat sempat membiak.

Puan Pengerusi, sekiranya ramai penternak kecil terpaksa berhenti serentak dan pengeluaran mereka diambil alih oleh beberapa kumpulan yang besar, persaingan di pasaran maksudnya telah berkurang. Apabila pilihan pembekal dan pembeli semakin terhad, risiko harga ayam akan naik. Jika pengeluar tempatan pula gagal menggantikan pengeluaran yang hilang, maka kerajaan mungkin perlu menambahkan daging-daging yang perlu diimport untuk memenuhi permintaan domestik.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2025, bekalan yang tersedia untuk penggunaan bersamaan dengan 54.4 kilogram daging ayam dan kira- kira 357 biji telur ayam bagi satu orang. Kedua-duanya adalah sumber protein yang penting bagi rakyat Malaysia. Sebab itu, kesan dasar untuk menutup reban terbuka ini adalah besar terhadap pengeluaran tempatan dan persaingan juga harga di pasaran juga perlu dinilai bersama.

draft • 2:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, saya meminta pihak kementerian supaya yang pertama, bekerjasama dengan KPKT kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan peralihan secara berperingkat dan memberikan pengecualian kepada ladang bersaiz kecil. Kalau boleh, kita letakkan di mana bersaiz kurang daripada 100,000 ekor unggas itu boleh dikecualikan daripada dinaiktarafkan kepada reban tertutup. Ini adalah membolehkan, untuk membolehkan modal-modal kecil masuk ke pasaran supaya pengusaha-pengusaha tempatan boleh bermula daripada modal kecil untuk kita memastikan bahawa pembekalan sumber protein untuk kegunaan pasaran domestik sentiasa pada satu kadar yang terjamin.

draft • 2:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sekiranya tidak, dia akan menyebabkan tertutupnya pengusaha-pengusaha kecil dan kita akan menerima impak yang besar seperti apa yang berlaku semasa zaman COVID dahulu.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya harap dengan itu sahaja dan saya harap cadangan-cadangan ini perlu diambil kira oleh kementerian. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Saya merujuk kepada peruntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebanyak RM6.92 bilion bagi tahun 2027, meningkat RM50.31 juta berbanding tahun sebelumnya. Dalam perbahasan ini, saya cuma nak tumpu kepada dua tajuk iaitu telur dan ayam.

Yang pertama, telur. Saya ingin membangkitkan isu harga telur ayam selepas kerajaan menamatkan sepenuhnya subsidi pada 1 Ogos 2025. Sebelum itu, kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion bagi subsidi telur dari tahun 2022 sehingga Disember 2024. Kerajaan berikan alasan bahawa bekalan telah stabil dan pasaran mampu beroperasi tanpa subsidi. Ya, peringkat awal begitu, tapi berdasarkan analisis data PriceCatcher KPDN, pada minggu 7 September 2026, purata harga telur Gred A mencecah RM15.70 sepapan, Gred B RM15.28 sepapan dan Gred C RM14.70 sepapan.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini merupakan paras purata mingguan tertinggi dalam siri pemantauan yang dianalisis sejak Januari 2022. Malah, data indeks harga pengguna DOSM turut menunjukkan harga telur meningkat 5.7 peratus pada September 2026 berbanding Ogos 2026.

Tuan Pengerusi, yang lebih menarik, berdasarkan laporan DOSM, kos pengeluaran telur sebenarnya menurun daripada RM0.38 sebiji pada suku ketiga 2024 kepada RM0.35 pada suku ketiga 2025 iaitu penurunan hampir lapan peratus.

Walaupun data ini kos pengeluaran tidak merujuk tempoh yang sama, tetapi ia tetap menimbulkan persoalan penting. Kenapa bila kos pengeluaran telur menurun, tapi harga telur semakin menaik. Itu isunya.

Saya mahu Menteri jelaskan apakah faktor sebenar yang menyebabkan kenaikan harga ini, sama ada disebabkan peningkatan kos terkini, gangguan bekalan, kos pengedaran atau struktur pasaran yang kurang kompetitif? Mujurlah dalam September akhir-akhir ini, dia dah mula turun balik. Kalau tidak, pengguna akan terus menanggung harga telur yang tinggi. Saya cadang supaya kerajaan perkenalkan mekanisme penstabilan harga telur tanpa perlu kembali kepada subsidi pukal seperti dahulu.

KPKN bersama KPDN boleh wujudkan sistem amaran awal berdasarkan harga ladang, harga borong, harga runcit dan kos makanan tempatan. Bila harga kenaikan luar biasa, kerajaan boleh mengaktifkan intervensi bersasar seperti bantuan logistik sementara di kawasan yang terjejas, memperluas jualan terus kepada pengeluar dan pengguna dan ia dapat membantu pengguna daripada memikul harga yang tinggi.

Tajuk yang kedua, isu ayam. Saya merujuk kepada peruntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah maksud Bekalan B.21 berjumlah RM6.92 bilion bagi tahun 2027, meningkat RM50.31 juta berbanding tahun sebelumnya. Dalam konteks ini Puan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada isu kemerosotan kadar sara diri atau SSR yang sepatutnya menjadi antara penunjuk utama keberkesanan dasar keterjaminan makanan.

Mengikut perangkaan rasmi, kadar sara diri daging ayam atau untuk kita mudah faham ialah bekalan ayam ini— adakah sama dengan keperluan domestik?

Kita biasanya 100 peratus secara konsisten, dari 2016 sehingga 2020. Mengikut data DOSM yang baru, kadarnya pada 2021; 100.2 peratus, 2022 turun sikit 93.5 peratus, 2023 lagi turun 90.2 peratus, 2024 naik sikit dan sekarang kita berada pada 91.8 peratus. Ertinya, bekalan ayam kita ini tidak cukup untuk keperluan domestik. Kita

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

tubuhkan Kementerian Keterjaminan Makanan, tapi bekalan ayam semakin tak terjamin. Jadi, ini isunya.

Jadi, kita pernah mencapai keperluan domestik secara elektif mencukupi untuk memenuhi keperluan negara, tapi kadar sara diri ayam semakin turun, turun daripada 100 peratus. Ini tahap yang paling rendah. Data-data ini kita boleh baca sebenarnya. Cuma, saya cadangkan supaya kerajaan memperuntukkan beberapa peruntukan. Antaranya saya cadangkan mungkin kita boleh peruntukkan kepada peniaga-peniaga, kepada industri ayam ini, beberapa insentif yang boleh dipergunakan ataupun digunakan oleh penternak-penternak ini secara bersasar.

Saya cadangkan RM600 juta, RM240 juta boleh disediakan sebagai geran padanan untuk naik taraf, RM150 juta untuk pembiayaan mudah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan RM190 juta lagi untuk menyediakan pembangunan makanan ternakan alternatif tempatan, bagi memastikan bekalan ayam ini cukup dan SSR ini dapat ditingkatkan. Kenapa RM600 juta? Itu sebagai angka awalan sahaja dan insya-Allah saya harap dapat perhatian daripada Kementerian Keterjaminan Makanan. Semalam Menteri datang ke kawasan saya di Pasir Mas, harap lain kali dapat bagi tahu sahaja sebagai Ahli Parlimen untuk saya sambut kedatangan Menteri. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 2:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Sebelum itu Puan Pengerusi, saya mewakili Jempol mengalu-alukan kehadiran rombongan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Parlimen Jempol ke Dewan Rakyat.

[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa.

Saya terus ke Butiran 40003 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan nilai peruntukan berjumlah RM75 juta bagi tahun 2027. Saya ingin memulakan topik ini dengan satu persoalan besar kepada kementerian. Mengapakah kementerian perlu mengubah komposisi Ahli Jemaah Pengarah PPN dan PPKI yang meluaskan ruang pelantikan kepada Menteri sedangkan institusi Pertubuhan Peladang hendaklah berteraskan suara, hak dan kepentingan para anggota peladang sendiri.

draft • 2:55 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Berdasarkan Peraturan 35, Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang

(Pindaan) 2020, komposisi AGP sebelum pindaan 2025, anggota yang dipilih seramai 11 orang dan untuk PPN 11 orang dan lantikan Menteri dua orang. Namun, melalui Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2025 yang berkuat kuasa pada 14 Mac 2025, komposisi tersebut telah diubah kepada PPK dipilih anggota lima orang sahaja, lantikan Menteri dua orang, jumlah baru tujuh.

Di PPN pula sama, anggota dipilih lima, lantikan Menteri dua dan jumlahnya tujuh sedangkan salah satu perkembangan penting melalui pindaan 2020 sebelum ini adalah untuk mengembalikan kuasa pemilihan wakil Peladang Muda dan Peladang Nita di peringkat PPK dan PPN, tetapi apa yang berlaku pada hari ini tidak seperti mana yang diharapkan seolah-olah lantikan daripada Menteri itu lebih mustahak berbanding Peladang Muda dan Peladang Nita yang terdiri daripada anggota-anggota Peladang sendiri.

Oleh itu, mengapakah struktur ini perlu diubah yang mana meningkatkan pengaruh relatif lantikan Menteri dalam organisasi PPK dan PPN yang sepatutnya dikendalikan oleh wakil anggota Peladang. Saya menggesa supaya komposisi AGP ini dikaji semula dengan serta-merta. Kementerian sepatutnya mendengar keluhan dan mengambil kira bantahan yang telah dibuat oleh para anggota Peladang.

Hal ini kerana apabila Menteri diberikan kuasa melantik dua individu ke setiap PPK dan PPN, perkara ini sudah tentunya memberi ruang untuk Menteri menempatkan individu berdasarkan hubungan politik bukannya kepakaran dan pengalaman. Begitu juga dengan isu had umur, di mana arahan terbaru adalah hanya 18 hingga 70 tahun ke bawah sahaja yang boleh menawarkan diri. Perkara ini perlu dikaji semula dengan difikirkan kembali. Menteri Pertanian kita pun umur dah 72 tahun. Memang benar sesuatu pindaan boleh dibuat mengikut kuasa undang- undang, tetapi persoalan yang lebih besar iaitu sama ada pindaan tersebut benar- benar memenuhi semangat penubuhan Pertubuhan Peladang ataupun kepentingan kepartian parti politik.

Saya ingin mengingatkan kementerian bahawa Pertubuhan Peladang bukan milik Menteri, bukan milik LPP, bukan milik mana-mana parti politik. Pertubuhan Peladang adalah institusi yang dibina untuk kepentingan para anggota peladang.

Seterusnya Puan Pengerusi, isu yang kedua. Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging dengan nilai peruntukan berjumlah RM6 juta. Kita selalu mendengar mengenai usaha kementerian untuk meningkatkan pengeluaran

draft • 2:55 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

daging lembu domestik, mengurangkan kebergantungan kepada import dan mengukuhkan keterjaminan bekalan protein negara.

Namun, sejauh manakah kementerian benar-benar memahami masalah yang sedang dihadapi oleh penternak lembu tempatan? Hari ini, penternak bukan sahaja berdepan dengan pelbagai peningkatan kos penternakan, tetapi turut berdepan dengan tiga masalah utama yang memerlukan perhatian.

Pertama, kekurangan kakitangan dan pegawai veterinar yang menyebabkan perkhidmatan kesihatan haiwan serta sokongan teknikal kepada penternak tidak dapat diberikan secara optimum. Saya ingin mengetahui, adakah terdapat perancangan untuk menambah kakitangan veterinar khususnya di Tampin menerusi Belanjawan kali ini? Apakah nisbah pegawai veterinar yang sedang berkhidmat pada masa ini berbanding jumlah populasi ternakan lembu yang perlu dipantau?

Keduanya, kegiatan penyeludupan lembu yang menjejaskan persaingan pasaran, harga jualan dan pendapatan penternakan tempatan.

draft • 2:55 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sungguhpun pelbagai intervensi telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menangani penyeludupan lembu, namun masalah ini masih terus berleluasa Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Justeru itu, sejauh manakah kerjasama kementerian bersama agensi penguat kuasa yang berautoriti untuk menoktahkan isu penyeludupan lembu ini?

Berapakah jumlah tangkapan dan pendakwaan yang telah dibuat terhadap penyeludupan serta pihak yang terlibat dalam rangkaian pengedaran?

Dan yang ketiga, kadar sewaan tanah lot penternakan di bawah pengawasan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang tinggi sehingga membebankan penternak khususnya pengusaha kecil dan sederhana.

Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana tanah merupakan keperluan asas bagi penternakan lembu khususnya bagi penternak yang menjalankan sistem ternakan secara intensif dan separa intensif. Tanah ternakan yang disediakan kerajaan sepatutnya menjadi instrumen untuk membantu industri penternakan berkembang, bukannya menjadi satu lagi beban kos yang menyukarkan penternakan.

Akhir sekali, saya mencadangkan agar kementerian memberikan kadar sewaan subsidi bagi penternak yang menyertai program peningkatan pengeluaran daging lembu tempatan supaya dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran

draft • 3:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

dan pada masa yang sama, mengelakkan peningkatan bekalan daging domestik.

Sekian sahaja daripada saya setakat ini.

Semoga perkara yang dibangkitkan sebentar tadi...

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Mendapat perhatian dan perhatian masa.

draft • 3:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

...Mendapat perhatian [Tidak jelas] Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 3:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk turut membahaskan Maksud Bekalan B.21 dan Maksud Pembangunan P.21 bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Tuan Pengerusi, peruntukan keseluruhan kementerian ini bagi tahun 2027 ialah RM6.92 bilion iaitu RM4.85 bilion bagi perbelanjaan pengurusan dan RM2.07 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Jumlah ini hanya bertambah kira-kira RM50 juta berbanding tahun 2026. Lebih membimbangkan, sasaran sumbangan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar diturunkan daripada pencapaian sebenar 3.3 peratus pada tahun 2025 kepada 3.0 peratus pada tahun 2027. Saya menghargai usaha kementerian, tetapi angka-angka ini menuntut penjelasan tuntas bagi sesetengah perkara. Oleh itu, saya ingin membangkitkan beberapa perkara menyentuh nadi rakyat khususnya di negeri Kedah.

Butiran 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Perkara pertama ialah pendapatan pesawah di bawah Butiran 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah.

Peruntukan bagi tahun 2027 ialah RM2.62 bilion. Jumlah ini sama dengan tahun 2026 tanpa kenaikan walaupun RM1. Kerajaan menyatakan bahawa pesawah menikmati manfaat kira-kira RM4,300 bagi setiap hektar. Namun, angka yang sama telah pun diumumkan belanjawan 2026.

Saya mengalu-alukan kenaikan insentif penuaian padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim. Persoalannya, jika insentif penuaian digandakan sedangkan jumlah peruntukan kekal, komponen manakah yang akan dikurangkan?

draft • 3:01 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya mohon Yang Berhormat Menteri memperincikan pecahan RM2.62 bilion ini mengikut skim iaitu subsidi harga padi, subsidi baja, subsidi benih, insentif pembajakan dan insentif penuaian.

Tuan Pengerusi, peruntukan bagi kekal, tetapi kos pesawah tidak pernah kekal. Pada Mei 2026, hampir 90 peratus pesawah di Kedah termasuk di kawasan MADA dilaporkan belum memulakan penanaman musim satu 2026 kerana kos operasinya meningkat dan kebimbangan terhadap bekalan air. Dalam masa yang sama, harga lantai bekalan padi masih kekal pada RM1,500 setiap metrik sejak Februari 2025 dan kerajaan memilih untuk mengekalkannya buat masa ini.

Oleh itu, saya ingin bertanya tiga perkara: pertama, bilakah kajian kementerian terhadap struktur inisiatif beras negara akan siap dan adakah ia akan mengesyorkan mekanisme harga lantai yang selaras dengan bekalan mengikut kos Input?

Kedua, apakah status cadangan kad Armada diesel bersubsidi bagi pengusaha jentera padi yang dilaporkan sedang dipertimbangkan sejak April 2026?

Ketiga, apakah jaminan kementerian bahawa baja subsidi akan sampai kepada pesawah tepat pada masanya memandangkan kelewatan bekalan baja urea pada musim lalu dilaporkan menjejaskan hasil.

Tuan Pengerusi, keadaan ini menggambarkan dalam kerangka keberhasilan kementerian sendiri. Sasaran Kadar Sara Diri berasaskan tahun 2027 hanya 54 peratus, turun daripada sasaran 59.9 peratus bagi tahun 2026, sedangkan pencapaian sebenar pada tahun 2025 ialah 53.04 peratus. Sasaran purata hasil padi juga diturunkan daripada 3.79 kepada 3.70 tan metrik se tan.

Apakah sebab kedua-dua sasaran ini diturunkan dan adakah sasaran Dasar Agromakanan Negara 2021 hingga 2030 masih boleh dicapai?

Bagi Butiran 40007 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Seterusnya, di bawah Maksud Pembangunan P.21, Butiran 40007 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima RM207.3 juta bagi tahun 2027 berbanding anggaran dipinda kepada RM3.75 juta pada tahun 2026. Saya mengalu- alukan kenaikan lebih lima kali ganda ini kerana Kedah ialah jelapang padi negara.

Namun, peruntukan sebesar ini menuntut pelaksanaan yang berdisiplin.

Saya mohon kementerian membentangkan senarai projek di bawah butiran ini berserta jadual pelaksanaannya termasuk keluasan dan bilangan pesawah yang terlibat dalam projek tanaman padi lima musim dalam dua tahun di kawasan MADA.

draft • 3:01 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan. Tuan Pengerusi, perkara seterusnya ialah stok penimbal beras negara. Pada 11 April 2026, Yang Berhormat Menteri...

draft • 3:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

draft • 3:01 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

...Menyatakan bahawa kerajaan telah meluluskan penambahan stok penimbal beras dengan peruntukan tambahan melebihi RM100 juta. Namun demikian, jawapan kementerian di Dewan Negara pada 4 Ogos 2026 stok penimbal masih kekal pada paras 200,000 tan metrik.

Paras ini sama seperti yang dilaporkan pada Februari 2026 sebelum peruntukan tambahan itu diluluskan.

draft • 3:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih.

draft • 3:01 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih.

draft • 3:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

draft • 3:01 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi. Sabar ya, Kulim-Bandar Baharu. Terima kasih.

Saya bangkit untuk membahaskan Perkara B.21 di bawah Kepala 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah yang memperuntukkan sebanyak RM2.62 RM2 bilion.

Saya dalam kesuntukan masa, saya hanya bahaskan perkara ini sahaja. Kita maklum bahawanya harga lantai belian padi telah pun mencapai RM1,500 se tan di bawah pentadbiran ini dan peruntukan subsidi dan insentif pesawah telah pun merangkumi 50 percent daripada jumlah perbelanjaan mengurus bagi KPKM bagi Belanjawan Tahun 2027.

Namun pada pandangan saya, kalau dasar dikekalkan dengan pelaksanaan sebelum-sebelum ini, agak mustahil untuk menyelesaikan permasalahan pokok dalam sektor ini. Dan, selagi kita kekalkan mekanisme harga kawalan beras putih tempatan pada paras RM2.60 sekilogram serta cara penyaluran subsidi dengan cara yang konvensional yang lama, agaklah mustahil bagi saya untuk kita nak capai tahap SSL sebanyak 80 peratus sepertimana yang kita jangkakan menjelang tahun 2023 tanpa reformasi dalam kedua-dua perkara ini secara besar-besaran.

draft • 3:07 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Oleh itu, berdasarkan kepada input oleh NGO pesawah, saya membawa dua cadangan reformasi utama dalam perkara ini. Yang pertama adalah reformasi harga beras putih tempatan.

Puan Pengerusi, mekanisme harga kawalan tetap beras putih tempatan pada kadar RM2.60 sekilogram telah pun ditetapkan sejak tahun 2008 sehingga sekarang.

Ketika itu, lantai belian padi hanya sekitar RM750 se tan sahaja.

Namun, harga hari ini kita lihat harga input dia telah pun banyak berubah.

Harga input baja, racun, buruh, diesel, jentera dan perkhidmatan-perkhidmatan pertanian telah pun meningkat dengan cukup mendadak. Wujud tidak seimbangan yang ketara apabila harga lantai padi diselaraskan, tetapi harga siling PBT terus diperkukuhkan.

Maka, saya ingin mencadangkan kepada kementerian untuk melihat kepada mekanisme harga beras putih tempatan diapungkan secara berkawal berpandukan kepada kos sebenar dan keadaan pasaran semasa. Pengapungan ini bukan bermaksud kerajaan melepaskan kawalan dan biarkan harga beras naik tanpa had, sebaliknya kerajaan boleh menetapkan formula harga yang munasabah serta mekanisme semakan berkala sambil melindungi golongan berpendapatan rendah melalui bantuan bersasar.

Langkah ini bukan sahaja memanfaatkan pesawah, tetapi turut pengilang dari sudut selalunya ada isunya pertikaian pemotongan, pemutuan dan sebagainya. Ia boleh mengurangkan kebergantungan kepada subsidi pukal serta mewujudkan industri padi yang mampan untuk jangka panjang. Kedua, cadangan dalam perkara ini juga adalah perkenalkan pendekatan e-Sawah untuk penyaluran subsidi.

draft • 3:07 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Puan Pengerusi, isu utama dalam agihan bantuan dan subsidi sentiasa berlegar di sekitar kawasan-kawasan bendang dan segala isu ketirisan, kelewatan, tiada pilihan dan soal ketelusan itu sentiasa menjadi pertikaian.

Maka, saya rasa kerajaan wajib untuk membangunkan satu sistem digital e- sawah yang boleh menghubungkan pesawah berdaftar terus dengan vendor-vendor input pertanian yang kompetitif. Bukan hanya beri kuasa kepada syarikat monopoli.

Buka kepada persaingan yang sihat yang mereka boleh saing dari sudut harga dan juga kualiti bagi perkhidmatan-perkhidmatan ataupun barang-barang yang saya sebutkan tadi.

Melalui e-sawah, pesawah akan menerima kredit ataupun kupon digital berdasarkan kepada keluasan tanah dan kelayakan. Mereka boleh pergi ke mana-

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

mana vendor berdaftar, memilih input yang diluluskan, membuat transaksi menggunakan sistem digital ini dan ini adalah mirip konsep sistem MyKasih, SARA yang kita amalkan untuk rakyat biasa.

Dengan cara ini, kerajaan akhirnya boleh mempunyai satu pangkalan data yang tepat dan realtime. Siapakah pesawahnya? Siapakah — berapakah hektar tanah yang diusahakan? Berapa kos pengeluaran sebenarnya?

Dan peruntukan berbilion ini mestilah dipastikan benar-benar dinikmati oleh mereka yang turun ke bendang, tetapi bukan setakat hanya menyenangkan pihak di sepanjang rantaian perbekalan sahaja.

Dan dalam masa yang tinggal, saya ada dua lagi isu yang ingin saya sampaikan. Ini adalah tuntutan daripada pesawah, Yang Berhormat. Sebelum saya nak akhiri, saya akan bawa dua lagi permintaan. Yang pertamanya adalah tentang kuota diesel bersubsidi ataupun fleet card. Kerajaan boleh pertimbangkan untuk menetapkan kuota bersubsidi khususnya mengikut keluasan sawah dan musim tanaman menggunakan fleet card yang boleh dijejak. Mekanisme harga diesel untuk sektor padi wajar distabilkan seperti sektor-sektor pertanian lain seperti sektor perikanan agar pengusaha jentera pesawah tidak terbeban dengan kenaikan kos input yang mendadak setiap musim dan satu lagi adalah allowance tunggu tuai. Mohon allowance ini— sebelum ini pernah beri secara one-off iaitu RM600 semusim yang pernah beri sebelum ini. Kalau boleh dipertimbangkan untuk menjadikan bantuan tetap setiap musim bagi pesawah yang layak.

Akhirnya...

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih Tuan Pengerusi. [Dewan ketawa] Thank you.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Gerik.

draft • 3:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya teruskan kepada subsidi baja dan racun kepada pesawah. Dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027 di bawah Kementerian Pertanian dan

draft • 3:12 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Keterjaminan Makanan, maksud Bekalan B.21 program kursus kod Butiran 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.6 bilion.

Saya menghargai peruntukan ini kerana ia melibatkan bantuan kepada pesawah termasuk subsidi benih, baja, racun, upah membajak dan sokongan harga padi. Kerajaan juga mengumumkan insentif RM50 kepada— kenaikan RM50 kepada RM100 sehektar semusim bagi insentif penuaian padi, mengekalkan insentif pembajakan sebanyak 300 hektar dan menyediakan RM20 juta untuk pembekalan baja foliar bagi memulihkan dan menyuburkan lebih 10,000 hektar tanah.

Namun, saya ingin meminta penjelasan Menteri, daripada 2.6 bilion tersebut, berapakah jumlah khusus untuk subsidi baja dan berapakah jumlah untuk subsidi racun? Mengapa pecahan peruntukan ini tidak diperincikan dengan lebih jelas supaya kita dapat menilai keberkesanan setiap program subsidi?

Yang keduanya, kebergantungan kepada import baja dan racun. Tuan Pengerusi, isu yang lebih besar ialah kebergantungan negara kepada bekalan input pertanian dari luar negara. Berdasarkan data perdagangan antarabangsa, Malaysia mengimport baja di bawah kod HS31 bernilai kira-kira RM5.7 bilion pada tahun 2025 manakala import racun serangga, racun kulat, racun rumpai dan bahan berkaitan di bawah kod HS3808 pula bernilai RM1 bilion berdasarkan data tahun 2024. Ini merupakan nilai import yang sangat besar.

Persoalannya, berapakah jumlah ini digunakan khusus untuk sektor agromakanan seperti tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan? Kerana pada akhirnya, kos pengeluaran akan meningkat dan kerajaan terpaksa menyediakan lebih banyak subsidi untuk membantu petani.

Yang ketiganya, mengapa tidak diperluaskan pertanian organik dan kawalan perosak biologi? Saya ingin mencadangkan satu anjakan dalam pendekatan pembangunan pertanian negara. Mengapa kementerian tidak lebih agresif menggalakkan penggunaan baja organik, bio-baja dan kawalan perosak secara biologi? Kita tidak semestinya perlu bergantung kepada baja kimia dan racun sintetik semata-mata.

Sebagai contoh, di Jepun terdapat kaedah Aigamo rice farming ataupun melepaskan itik ke dalam sawah padi untuk membantu memakan serangga perosak, siput dan rumpai tertentu. Najis itik juga menyumbang bahan organik kepada tanah.

Saya juga ingin mengetengahkan satu contoh lain seperti yang ditunjukkan dalam — iaitu penggunaan anak burung puyuh dan unggas kecil di kawasan

draft • 3:12 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

tanaman untuk membantu memakan serangga dan perosak tertentu. Mengapa tidak kita menjalankan kajian dan projek perintis bagi menilai kaedah-kaedah seperti ini mengikut kesesuaian dan jenis perosak?

Selain penggunaan haiwan, terdapat juga teknologi lain yang dikembangkan seperti baja kompos dari sisa tanaman, najis ternakan yang diproses, vermikompos menggunakan cacing tanah serta biochar daripada serkam padi dan sisa pertanian.

Terdapat juga bio-baja yang menggunakan mikroorganisma bermanfaat, biopestisid seperti minyak Neem, bakteria Bacillus atau Trichoderma untuk mengawal perosak serta penyakit tanaman tertentu dan penggunaan Kumbang Kura-kura bagi sebagai pemangsa afid bagi tanaman-tanaman bunga dan habitat kepada serangga- serangga pemangsa semula jadi.

Lebih menarik, MARDI sebenarnya telah membangunkan pelbagai teknologi seperti teknologi BIORiCHAR iaitu bio-organik berasaskan biochar dan Trichoderma iaitu biopestisid untuk mengawal penyakit anthracnose pada tanaman cili. Ini bermakna kita bukan bermula daripada kosong kita sudah mempunyai kepakaran dan ianya haruslah dikembangkan bersama dengan universiti tempatan.

Keempat cadangan tindakan kerajaan, saya mencadangkan kementerian mengambil lima langkah iaitu:

(i) memperkenalkan insentif khas kepada petani yang menggunakan baja organik dan biopestisid;

(ii) memperluas projek perintis pertanian organik melalui MARDI, Jabatan Pertanian dan universiti tempatan;

(iii) memberikan geran kepada usahawan tempatan untuk menghasilkan baja organik dan racun biologi kepada sisa pertanian;

(iv) menjalankan demonstrasi ladang yang membuktikan keberkesanan kaedah kawalan perosak biologi; dan

(v) menetapkan sasaran lima tahun mengurangkan kebergantungan negara kepada import, segala input pertanian tanpa menjejaskan hasil dan pendapatan petani.

Dan akhir sekalian Puan Yang di-Pertua, sedikit isu berkenaan dengan padang ragut dan nasib penternak kecil negara khususnya susulan pelaksanaan Zero Cattle Programme oleh syarikat perladangan yang menyebabkan peternak kehilangan akses kepada kawasan ragutan yang selama ini menjadi sumber makanan ternakan mereka.

draft • 3:12 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Untuk makluman, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mentransformasikan semua padang-padang ragut dalam negara untuk menjadi padang ragut moden bersepadu yang bukan sahaja menyediakan kawasan ternakan, tetapi turut menggabungkan pemprosesan produk, jualan hasil tindakan dan agrepelancongan. Kita boleh ambil contoh UK Farm di Johor dan Farm Fresh di UPM. Sekian, terima kasih.

draft • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Saya ingin menyentuh Puan Pengerusi., saya akan menyentuh kepala Bekalan, B.21 dan kepala Pembangunan, P.21. Puan Pengerusi, bagi tahun 2027, kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.62 bilion di bawah subsidi padi dan insentif pesawah. Namun berdasarkan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, kadar sara diri beras negara telah merosot daripada 62.6 peratus pada tahun 2023 kepada 59 peratus pada 2024 sebelum jatuh kepada 53.04 peratus pada tahun 2025.

Untuk makluman Puan Pengerusi, setakat tiga tahun kebelakangan ini, pesawah petani yang mengerjakan ladang padi ini tidak mendapat keuntungan kerana kos penyelenggaraan, kos proses padi amat tinggi. Perolehan hasil daripada apa ini— perolehan padi ataupun harvesting padi ini menyebabkan mereka masih lagi rugi. Jadi, saya harap kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan food security ini ataupun makanan keselamatan negara. Lebih mengejutkan, sasaran kerajaan bagi tahun 2027 sendiri, hanya ditetapkan pada kadar 54 peratus.

Pendang ingin bertanya, bagaimana peruntukan subsidi yang begitu besar masih gagal diterjemahkan kepada peningkatan pengeluaran beras negara? Subsidi besar, tapi peningkatan pengeluaran beras negara menurun. Ini satu persoalan yang harus kita fikir. Apa yang sedang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang buat, sedang fikir di mana MARDI, di mana pusat penyelidikan, di mana pusat untuk kita meningkatkan perolehan food security negara ini? Okey.

Oleh sebab itu, berapakah sebenarnya kos subsidi yang dibelanjakan kerajaan bagi setiap tan beras tempatan yang dihasilkan dan bagaimana angka ini berubah sepanjang tahun 2023 hingga 2025? Saya pernah mendengar ungkapan daripada pemimpin, kita import beras, jadi kita tak perlu habis duit banyak.

draft • 3:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita importlah, kita ada duit. Kita ada duit banyak. Jadi kalau masa lah kita dah ada pengalaman masa COVID-19 dulu, kita ada duit nak beli, tapi orang tak nak jual sebab dia nak simpan untuk dia punya food security juga, untuk rakyat dia, nak buat apa duit banyak masa tu kalau orang tak mahu jual?

Jadi kita kena fikir, bagaimana kita nak menyelamatkan untuk menjimatkan dan juga apa ini kita buat saving untuk padi, untuk rakyat negara kita bila menghadapi satu keadaan yang kita rasa keperluan yang daruratlah bila berlaku COVID-19. Itu benda yang di luar jangkaan.

Oleh sebab itu Puan Pengerusi, saya ingin membawa realiti sebenar suara pesawah yang barangkali tidak tergambar dalam laporan dan angka kementerian.

Ada pesawah yang sudah tiga tahun berturut-turut tidak dapat dia menikmati hasil tuaian yang mampu menampung kos pengeluaran. Bukan sekadar tidak mendapat keuntungan bahkan modal yang dikeluarkan pun hangus begitu saja. Saya sebut tadi itu.

Mereka mengeluarkan wang untuk membajak, membeli input pertanian, mengurus tanaman, membayar upah jentera, membeli benih, baja, racun. Namun apabila tiba musim menuai, ada yang mendapati tidak mendapat hasil mencukupi untuk menampung modal, malah ada yang mengalami kerugian sepenuhnya. Kita bimbang mereka rasa bosan, mereka rasa desperate untuk melakukan kerja-kerja sawah ini kerana tidak mendapat pulangan yang setimpalnya.

Ini perkara yang harus kita lihat. Bukan kerana mereka mempunyai modal yang banyak, tetapi kerana itulah pekerjaan dan sumber kehidupan yang mereka ada. Paling menyedihkan pesawah yang sama tetap turun ke bendang dan menanam padi lagi pada musim berikutnya. Mereka masih lagi tak kecewa. Kalau mereka sampai peringkat mereka dah kecewa esok, depa tinggal macam itu je, kita juga akan mengalami kerugian.

Apakah kementerian yang mempunyai data jumlah pesawah yang mengalami kerugian bagi beberapa musim berturut-turut? Adakah kerajaan, adakah kerajaan bersedia memperkenalkan mekanisme pemulihan modal atau bantuan pemulihan pengeluaran kepada pesawah yang mengalami kegagalan, kegagalan tuaian berulang?

Saya nak menyebut perkara yang kedua iaitu Butiran 020900 – MADA dan kegagalan pembekalan baja padi. Puan Pengerusi, Pendang merujuk kepada

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

peruntukan RM132 juta kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda atau MADA bagi tahun 2027.

Dalam isu pembekalan Baja Padi 3, hampir 80 peratus pesawah MADA dilaporkan terjejas akibat kelewatan pembekalan baja walaupun Menteri jawab kami dah selesai tapi eloklah lepas tiga bulan, padi pun dah besar dah. Tak perlu baja lagi dah. Itu yang menyebabkan perolehan akan kurang.

Jadi oleh sebab itu, baja yang Pendang ingin mendapat penjelasan, berapakah jumlah sebenar kerugian hasil padi yang dialami pesawah MADA akibat pembekalan, kelewatan pembekalan tersebut?...

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dak, sikit lagi, sikit lagi bagi saya.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bagilah, tolak ansur sikit Puan Pengerusi. Apa ini sampai saya nak...

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak gulung pun. Tak dan nak gulung lagi.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepong.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mana boleh macam itu. Ini benda penting ni, food security.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Yang Berhormat Kepong.

draft • 3:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sorry. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

RM6.92 bilion untuk pertanian, tetapi sasaran makin rendah. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendapat hampir RM6.92 bilion bagi tahun depan. Namun dokumen belanjawan sendiri mendedahkan sasaran yang semakin rendah. Rakyat tidak boleh terus menerima angka besar tanpa hasil yang jelas.

Pada muka surat 230, sasaran kadar sara diri beras turun daripada 59.9 peratus bagi tahun ini kepada 54 peratus bagi tahun depan. Muka surat 231 pula meletakkan sasaran hasil padi 3.7 tan sehektar, lebih rendah daripada pencapaian

draft • 3:23 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

sebenar 30.73 tan pada tahun lalu. Ini perbandingan sasaran, bukannya bukti pencapaian tahun ini merosot, tetapi mengapa kementerian begitu cepat merendahkan cita-cita.

Butiran 040300 – Mengekalkan Subsidi dan Insentif Pesawah sebanyak RM2.62 bilion. Namun Butiran 040500 – Memotong Penyelenggaraan Pengairan daripada RM70 juta kepada RM50 juta.

Saya akui Butiran 12800 – bagi Pemodenan Pengairan meningkat, tetapi bagaimana dengan saliran lama yang tersumbat? Saya mahu senarai sawah terjejas, jadual pembaikan dan sasaran hasil setiap kawasan, bukan sekadar perasmian projek. Lebih penting, kementerian mesti menjaga bekalan makanan semua rakyat.

Butiran 22300 - bagi Kawasan Penternakan Babi dipotong daripada RM1 juta kepada RM500,000. Bilangan ladang berdaftar turun daripada 435 pada tahun 2024 kepada 338 kepada tahun 2025. Manakala kadar sara diri daging babi hanya 64.4 peratus menurut DOSM.

Saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan berunding dengan negeri yang bersetuju untuk mengenal pasti dan mewartakan kawasan strategik di tengah Semenanjung bagi penternakan babi moden. Tetapkan kapasiti berdasarkan permintaan sebenar, kandang tertutup, rawatan sisa kawalan bau, pencegahan penyakit dan kajian alam sekitar. Mulakan dengan projek perintis, libatkan penduduk sebelum kelulusan. Jangan biarkan sensitiviti politik menjadi alasan mengabaikan bekalan makanan bukan Islam.

Makanan import juga tidak boleh dipandang ringan. Menteri Kesihatan melaporkan 197 sampel buah dan sayur import melebihi had sisa racun perosak sepanjang tahun 2022 hingga pertengahan tahun ini.

Pada Ogos, SPRM menyita 10 kontena ayam sejuk beku dalam siasatan import haram dengan empat penjawat awam turut ditahan. Saya minta status terkini siasatan tersebut dan apakah tindakan terhadap empat penjawat awam itu?

Butiran 020600 menunjukkan peruntukan mengurus MAQIS turun daripada RM37.77 juta kepada RM35.25 juta. Butiran 30010 pula memperuntukkan RM15.11 juta bagi pembangunan dengan AKPS turut menjalankan pemeriksaan sempadan.

Kementerian mesti menjelaskan pembahagian tugas, tenaga kerja, bilangan ujian dan tindakan terhadap pengimport yang berulang kali melanggar undang-undang.

draft • 3:23 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Butiran 94000 – Projek Pemacu Pertanian pula mencatat anggaran kos keseluruhan RM1.94 bilion, tetapi peruntukan tahun depan cuma RM1 juta. Nyatakan skop, lokasi, jadual dan hasilnya?

Akhir sekali, semak konsesi import beras BERNAS. Buang permit yang tidak perlu termasuk AP, tetapi kekalkan kawalan keselamatan. Satukan permohonan secara digital dan terbitkan laporan suku tahunan tentang kegagalan ujian tindakan penguatkuasaan serta pencapaian pengeluaran tempatan. Jangan asyik bercakap soal keterjaminan makanan sedangkan sasaran menurun, pengairan dipotong dan bekalan untuk sebahagian rakyat dipandang sepi. Sekian, terima kasih.

draft • 3:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft • 3:23 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud Pembangunan 21, Butiran 10001 – Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.

Puan Pengerusi, sejak bulan lepas, negara-negara di Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan beberapa negara lain telah menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan asas sekurang-kurangnya untuk tiga hari sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

Ini termasuk berdepan cuaca ekstrem, gangguan bekalan elektrik dan krisis global yang boleh menjejaskan kehidupan harian. Pada masa yang sama, Bank Dunia memberi amaran harga makanan dijangka meningkat kira-kira 7 peratus pada tahun 2027 selepas melonjak sekitar 10 peratus tahun ini, berbanding dengan tahun 2025.

Gangguan penghantaran bijirin, tanaman terjejas akibat cuaca buruk serta peningkatan kos bahan api dan baja antara faktor mendorong kenaikan itu. Kedua- dua perkembangan ini membawa mesej yang jelas kepada kita bahawa krisis bekalan makanan bukan lagi ancaman jarak jauh. Sebaliknya, risiko perlu diberi perhatian serius setiap negara termasuk Malaysia.

Sejak Kerajaan MADANI dibentuk, nama kementerian telah menjadi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

draft • 3:28 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Penambahan perkataan, “Keterjaminan Makanan” ini menunjukkan Kerajaan MADANI mengambil berat tentang isu menjamin semua rakyat Malaysia mendapat makanan yang cukup. Memandangkan negara kita telah mula dilandai banjir kilat

draft • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

setiap hari dan kita juga akan menghadapi Super El-Nino daripada Mac hingga Julai pada tahun hadapan, kerajaan haruslah membuat perancangan yang terperinci untuk memastikan bila dunia berhadapan dengan krisis pengeluaran makanan, kebuluran dan kekurangan makanan, ia tidak akan berlaku di negara kita.

Dalam masa ucapan yang singkat ini, saya ingin merujuk kepada beberapa pandangan daripada satu artikel yang bertajuk, “Why is food still too expensive in Malaysia compared with country such as Singapore, Taiwan dan China?” Yang ditulis oleh Puan Fong Wai Fong, Direktor of Megatrends Asia. Artikel ini sebut sebab utama Negeri China dapat mengeluarkan dan mengagihkan banyak produk makanan dengan harga yang kompetitif ialah kerana Kerajaan China melihat pembekalan makanan yang cukup untuk rakyat dia adalah tanggungjawab yang paling penting. Malah, Datuk bandar di semua kawasan perbandaran diberi tanggungjawab untuk membekal makanan yang murah dan berkualiti kepada warga kotanya melalui projek basket. Justeru, Kerajaan China melabur secara meluas dalam mekanisasi pertanian, perairan, kualiti benih yang dipertingkatkan, logistik, pasar borong besar dan pengagihan digital. Di negara kita, sektor pertanian selalu diusahakan oleh pekebun kecil yang menghadapi kekurangan mesin yang boleh dikongsikan.

Teknologi dan pemasaran yang teratur.

Keadaan ini menyebabkan kos penanaman meningkat sehingga hasil penanaman mereka tidak dapat bersaing dengan produk pertanian yang diimport dari negara jiran dan malah dari negara China. Kementerian dicadangkan mengorganisasikan kluster pengeluaran membolehkan pekebun kecil berkongsi jentera pengairan, perkhidmatan teknikal, pembelian dan pemasaran tanpa perlu menyerahkan hak milik tanah.

Selain itu, kerajaan juga boleh membantu pekebun kecil dengan melantik syarikat pakar yang mempunyai pasukan pengendali untuk menerbangkan dron untuk menyembur racun perosak dan juga baja. Petani hanya perlu membayar yuran bagi penyemburan ladang mereka tanpa perlu melabur untuk membeli dron dan melakukan kerja-kerja ini.

Kerajaan haruslah membantu pekebun kecil untuk meningkatkan produktiviti mereka dengan mengalihkan lebih banyak sumber ke arah bidang benih, pembiakbakaan dengan pengairan tempat mekanisasi dan penggunaan teknologi melalui pasukan profesional...

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Akhirnya, saya menyeru kerajaan menubuhkan satu pasukan khas agar Majlis Keterjaminan Makanan Negara yang mengandungi pemain industri pertanian, penyelidik, pakar ekonomi, pakar pertanian dan juga wakil kerajaan-kerajaan negeri untuk mengeluarkan perancangan mengukuhkan sektor pertanian dan bidang pengeluaran makanan di negara kita dengan objektif membekalkan makanan yang cukup untuk semua warga Malaysia.

Keselamatan makanan food security tidak haruslah ditanggung secara silo oleh kementerian, tetapi ini adalah tanggungjawab yang haruslah dipikul oleh semua pihak. Sekian terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. Saya dengar di sepanjang perbahasan di Dewan ini sejak hari pertama saya berada di Dewan ini, kita banyak bercakap tentang sektor penanaman padi. Ramai yang bercakap— hari ini pun ramai bercakap, tapi kalau kita tengok ianya melalui satu pusingan yang sama, sama jer isunya dan pesawah hingga hari ini masih menghadapi kesukaran.

Mereka pendapatan mereka masih rendah, mereka menghadapi tekanan kewangan yang besar. Ada yang meminjam merata-rata dan sebab itu hari ini saya ingin membawa sahabat Ahli-ahli Parlimen dan juga kerajaan untuk melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas.

Berkaitan dengan butiran ini, pada tahun ini diperuntukkan RM2,620 juta untuk subsidi padi dan insentif pesawah. Dan saya ingin menggunakan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Perangkaan 2025 Agromakanan dan data terakhir yang ada dalam ini adalah untuk tahun 2025.

Maka, saya gunakan 2025 sebagai perbincangan pada hari ini. Jika kita lihat pada tahun 2025, subsidi padi dan insentif pesawah adalah RM2,601 juta dan nilai pengeluaran padi pada tahun 2025 adalah RM3,155 juta. Maknanya, nilai subsidi jika dibandingkan nilai pengeluaran padi adalah 82.44 peratus.

Maknanya, subsidi yang kerajaan bagi ini nilainya hampir sama dengan nilai pengeluaran padi. Tengok tahun 2024, nilai insentif subsidi yang kerajaan berikan adalah RM2,465 juta dan nilai pengeluaran padi adalah RM2,664 juta. Maknanya

draft • 3:44 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

nilai subsidi yang kerajaan berikan pada tahun 2024 adalah 92.5 peratus dengan kalau banding dengan nilai padi.

Ini seolah-olah kerajaan memberikan subsidi kepada keseluruhan nilai padi tapi siapa yang dapat subsidi ini sebenarnya? Ini saya nak tekankan pada kerajaan kartel mana yang dapat subsidi ini? Pesawah susah, benih kena tambah harga lagi, harga subsidi lain, benih subsidi lain. Nak kena tambah lagi. Jadi, siapa sebenarnya yang mendapat nilai subsidi ini?

Jika kita lihat pada tahun 2023, nilai subsidi RM990 juta, nilai pengeluaran adalah RM2,531 juta ataupun 39.12 peratus daripada nilai pengeluaran. Itu nilai subsidi tahun 2023 dan nilai pada tahun itu 2022 adalah RM9,60 juta berbanding nilai pengeluaran RM2,600 juta iaitu 36.95 peratus. Jadi, dah hampir 100 peratus nilai pengeluaran padi ini disubsidi.

Saya nak tanya sekali lagi jelaskan daripada kerajaan saya mohon apakah nilai se tan padi yang digunakan untuk sebagai benchmark untuk nilai pengeluaran padi di dalam data ini? Apakah nilai sebenar yang digunakan?

Seterusnya itu baru subsidi Tuan Yang di-Pertua, di dalam buku ini saya lihat secara keseluruhan dalam Buku Anggaran Belanjawan ini berapakah belanjawan untuk sektor industri padi secara langsung, ini secara langsung ada perbelanjaan secara tidak langsung.

Saya sebut pembangunan industri padi RM75 juta, pengaliran dan saliran pertanian ini kita assume sebahagian besar untuk padi RM12.66 juta, MADA RM132 juta, KADA RM80 juta, penyelenggaraan infrastruktur pengaliran dan saliran pertanian RM50 juta, pembangunan industri padi RM309 juta, pembangunan infrastruktur pertanian RM371 juta. Jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan secara langsung pada industri padi adalah RM1,29.66 juta.

Ini merupakan satu jumlah yang besar, ini peruntukan langsung. Jadi, kalau kita bandingkan tadi, kerajaan bagi subsidi RM2,601 juta untuk mengeluarkan nilai padi RM3,155 juta bagi tahun 2025 dan membelanjakan perbelanjaan langsung lain lebih RM1 bilion, tetapi pengeluarannya masih sama. Apa sebenarnya berlaku dalam sektor ini?

Jadi, saya mohon pada kerajaan untuk meminta kita di Dewan ini saya mohon pihak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan juga Jabatan Audit Negara dan Jabatan Kuasa Parlimen yang berkaitan duduk untuk melihat sektor padi ini secara keseluruhan. Kita tak boleh terus berbelanja berbilion-bilion ringgit setahun tanpa melihat sebarang hasil.

draft • 3:44 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dah puluhan tahun isu ini berlarutan masih lagi sama. Kalau kita buat benda yang sama, mengharapkan keputusan yang berbeza tentunya ia nya tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat. Jadi, saya mohon pada kerajaan duduk, tengok betul-betul, keluarlah daripada kepompong lama. Kita perlu pastikan keterjaminan makanan ruji negara ini untuk rakyat dan kita perlu pastikan pesawah mendapat yang terbaik bukan kartel-kartel di luar sana. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 3:44 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus kepada perbahasan merujuk Kepala B.21 Butiran 02300 – Jabatan Pertanian.

draft • 3:39 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Tuan Yang di-Pertua, sektor pertanian di Sabah sedang diperkasa menerusi Pelan Strategik Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar. RAER juga menyasarkan penglibatan 100,000 individu atau isi rumah luar bandar Sabah yang dijangka dapat menjana RM2 hingga RM3 bilion nilai ekonomi menjelang tahun 2030. Namun demikian, lebih 70 peratus pegangan pertanian individu di Sabah berumur 46 tahun hingga 59 tahun iaitu 34.5 percent dan 36.4 percent di kalangan 60 tahun ke atas.

Hal ini tentulah memberikan impak kepada perancangan pembangunan pertanian kerana kurangnya penyertaan golongan muda. Di dorong oleh penggunaan drone pertanian, sistem pengairan pintar (Pertiga C) serta pertanian persekitaran terkawal, hidroponik, akuaponik, saya percaya bahawa peningkatan penggunaan teknologi ini akan lebih menarik penyertaan golongan belia untuk menerokai sektor pertanian ini.

Juga sinergi rapat antara dasar peringkat Persekutuan dan pelaksanaan di peringkat negeri perlu lebih diperkemas. Kita melihat potensi yang ada, namun dasar yang ada sekarang perlu lebih diperhalusi dan melibatkan keperluan setempat agar ia dapat direalisasikan. Bagaimanakah penyelarasan dasar agromakanan negara Persekutuan dan pelan hala tuju negeri bagi memastikan pengagihan insentif seperti baja, benih, jentera dan agropreneur muda lebih teratur.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Butiran 030300 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Libaran kaya dengan sumber perikanan dan hasil pertanian tempatan seperti pisang, buah-buahan tropika dan juga sayur-sayuran. Namun sayangnya, kita menghadapi kekangan jangka hayat

draft • 3:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

produk dengan peningkatan kos logistik kepada pasaran luar. Saya ingin mencadangkan FAMA membangunkan hab pembungkusan dan rantaian sejuk di Libaran. Ia sekali gus membolehkan hasil nelayan kecil dan pertanian tempatan dipertingkatkan dan dibungkus secara vakum sejuk beku sebelum dipasarkan.

Isu pemasaran terus produk daripada petani dan nelayan kepada pengguna mesti terbatas di kawasan luar Bandar Libaran. Saya harap FAMA memperluaskan kemudahan pengangkutan khas seperti lori, bot pengumpul bagi memudahkan usahawan dan petani tempatan memasarkan hasil pertanian dan juga perikanan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Butiran 30005 – Jabatan Perikanan Sabah.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Jabatan Perikanan telah merangka pelan khusus untuk mentransformasikan nelayan tradisional di Libaran kepada pengusaha akuakultur moden. Skim Peralihan Nelayan merangkumi latihan teknikal dan sistem akuakultur intensif seperti recollecting agriculture system. RAS merupakan teknologi ternakan hidupan air secara tertutup, di mana air ternakan dirawat dan digunakan semula secara berterusan.

Persoalan saya, sejauh manakah keberhasilan skim peralihan ini dan kerjasama penerimaan nelayan setempat dalam proses peralihan baharu ini? Saya mencadangkan Jabatan Perikanan mewujudkan zon kluster akuakultur Libaran sebagai kawasan khas ternakan sangkar pesisir pantai bagi memperkukuhkan ekonomi biru tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, pada kesimpulan ini, usaha memodenkan sektor pertanian dan perikanan di Sabah, khususnya kawasan luar bandar dan pesisir seperti Libaran bukan lagi sekadar isu pembangunan ekonomi tempatan. Namun, merupakan asas kepada keterjaminan makanan negara. Saya berharap kementerian dapat memberikan perhatian kepada persoalan-persoalan yang saya bangkitkan.

Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 3:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Pengerusi kerana memberikan ruang kepada Pulai untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Pertamanya, Pulai ingin merujuk kepada Butiran 40007 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Pulai ingin memberikan perhatian kepada peningkatan peruntukan

draft • 3:44 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ini daripada RM37 juta kepada RM207 juta.

Ini merupakan pertambahan sebanyak RM169 juta ataupun peningkatan 451 peratus. Pulai mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah memberikan perhatian yang besar kepada sektor penanam padi dan keterjaminan makanan negara. Namun, apabila peruntukan meningkat lebih lima kali ganda, persoalannya bukan lagi sama ada kerajaan mempunyai wang untuk membangunkan MADA, tetapi sama ada MADA mempunyai keupayaan untuk menguruskan wang tersebut secara cekap dan menghasilkan perubahan kepada kehidupan pesawah.

Pertamanya, dari segi infrastruktur pengairan. Pada Mac 2025, Pengerusi MADA menyatakan bahawa sebanyak 172 blok sistem pengairan diperlukan untuk menyokong 100,641 hektar sawah padi di Kedah dan juga Perlis.

Daripada jumlah tersebut, masih terdapat 100 blok yang diperlukan. Lebih membimbangkan jika pembangunan diteruskan menggunakan kaedah lama mengikut Rancangan Malaysia, baki 100 blok tersebut mungkin mengambil masa lebih 50 tahun untuk disiapkan. Pulai ingin bertanya kepada Menteri, dengan peruntukan terbaharu RM207 juta ini, berapa blok pengairan yang dapat disiapkan?

Apakah sasaran kementerian untuk menyelesaikan keseluruhan keperluan infrastruktur ini?

Yang keduanya, dari segi keupayaan pengurusan MADA. Laporan Audit 2022 mendedahkan bahawa bagi tempoh 2019 hingga 2022, daripada 524 projek penyelenggaraan yang dirancang oleh MADA, hanya 300 projek yang dilaksanakan.

Peruntukan dipohon adalah RM6.46 juta, tetapi hanya RM4.29 juta diterima dan RM37 juta dibelanjakan.

Ini menunjukkan terdapat persoalan mengenai keupayaan perancangan dan pelaksanaan projek yang perlu diberikan perhatian. Apakah MADA telah mempunyai tenaga jurutera, pegawai teknikal, kontraktor dan sistem pemantauan yang mencukupi untuk menguruskan peningkat peruntukan lebih daripada 400 peratus.

Yang ketiganya, dari segi produktiviti dan pendapatan pesawah. Kita tidak mahu melihat peruntukan meningkat setiap tahun, tetapi hasil padi sehektar masih rendah dan pendapatan pesawah tidak berubah. Pulai ingin melihat kementerian menetapkan KPI yang jelas, termasuk peningkatan hasil padi sehektar, pengurusan kos pengeluaran, pengurangan kerosakan tanaman akibat banjir serta peningkatan pendapatan bersih pesawah.

draft • 3:44 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang keempatnya, dari segi mekanisme dan teknologi pertanian. Laporan Audit menunjukkan keperluan jentera pertanian yang tinggi berbanding dengan keluasan sawah MADA. Apakah peruntukan baharu ini akan digunakan untuk meningkatkan penggunaan jentera moden, sistem pemantauan air automasi dan juga teknologi yang lebih tepat. RM207 juta bukan sekadar angka dalam belanjawan.

Ia merupakan amanah rakyat dan harapan kepada pesawah. Pulai ingin melihat perubahan sebenar di sawah, bukan sekadar laporan bahawa peruntukan telah dibelanjakan.

Yang keduanya, Butiran 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Pulai menyambut baik peningkatan peruntukan pemodenan sistem pengairan padi daripada RM84.5 juta pada tahun 2027. Dalam menghadapi perubahan iklim kemarau dan peningkatan permintaan terhadap sumber air, pelaburan dalam sistem pengairan yang cekap merupakan langkah penting bagi memastikan pengeluaran makanan negara kekal stabil. Namun, pemodenan infrastruktur perlu terus turut disertai pembaharuan dalam pengurusan air pertanian.

Pulai ingin bertanya kepada Menteri, apakah kementerian bercadang menetapkan indikator kecekapan penggunaan air bagi setiap tan padi yang dihasilkan di kawasan jelapang utama? Pulai mencadangkan pelaksanaan sistem pengurusan air pertanian pintar yang menggabungkan data cuaca, kelembapan tanah, paras air dan jadual penanaman untuk mengoptimumkan penggunaan air.

Kementerian juga perlu mempertimbangkan sasaran pengurangan kehilangan air daripada salah satu indikator keberhasilan pelaburan pengairan. Kita bukan sahaja mahu meningkatkan pengeluaran makanan negara, tetapi memastikan pengeluaran tersebut lebih cekap, mampan dan berdaya tahan menghadapi perubahan iklim.

Akhirnya adalah berkenaan dengan Lembaga Nanas, di mana peruntukan ini dah diturunkan daripada RM42 juta kepada RM37 juta lebih kurang begitu, tetapi dari segi keperluan nenas ini sangat diperlukan. Contohnya di negara China, mereka memerlukan nenas-nenas yang segar ini. Maknanya, dari segi market itu sangat baik.

draft • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Potensi sangat baik, tetapi kenapa peruntukan ini diturunkan? Apakah tidak ada usaha untuk memperbaiki keadaan supaya kita punya produktiviti lebih baik lagi? Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 3:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi, B.21, 040300. Rakyat saya di Kota Belud kebanyakannya pesawah, penternak dan nelayan. Maka, penting untuk saya mewakili mereka dalam mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Pertama, saya ingin sentuh mengenai insentif pembajakan RM300 sehektar semusim dikekalkan dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Cuma, adakah kementerian sedar bahawa kalau di Kota Belud, kos membajak satu ekar, petani kena bayar jentera peladang RM420 per ekar.

Saya berharap insentif RM300 daripada Kerajaan Pusat ini berlainan daripada insentif kerajaan negeri yang bagi RM200 per ekar, bukan menggantikan.

Sebab kalau tidak, kesian petani semakin susah.

Saya buka buku anggaran butiran subsidi padi dan insentif pesawah kekal RM2.62 bilion. Jumlah yang sama seperti tahun ini, tidak ada tambahan. Itu yang agak pelik kepada saya kerana jika insentif dinaikkan dan jika Sabah dan Sarawak kini dimasukkan, dari mana datangnya wang itu? Butiran mana yang akan dikurangkan? Saya juga mohon YB Menteri menyatakan, bilakah pesawah IADA Kota Belud boleh mula menerima insentif pembajakan ini? Bagaimana kaedah tuntutan dan berapakah jumlah peruntukan untuk Sabah?

Kedua, berkenaan baja. Harga urea dunia dilaporkan naik hampir 89 peratus tahun ini dan kalau pesawah MADA mengadu berkenaan baja subsidi lewat sampai, bagaimana pula kami di Sabah yang kawasannya lebih terpencil dan kos logistik lebih tinggi?

Tuan Pengerusi, ironinya kilang baja urea terbesar negara terletak di Sabah sendiri iaitu di Kompleks PETRONAS di Sipitang yang mampu mengeluarkan 1.2 juta tan urea setahun. Malah, Kerajaan Sabah melalui SMJ Energy memiliki 25 peratus ekuiti dalam syarikat yang mengendalikan kilang ini sejak tahun 2023.

PETRONAS Chemicals juga telah menyatakan komitmen untuk mengutamakan permintaan domestik berbanding eksport. Maka, saya cadangkan agar KPKM memulakan rundingan tiga pihak bersama PETRONAS dan juga Kerajaan Sabah sebagai pemegang saham bagi satu perjanjian bekalan domestik jangka panjang yang mana sebahagian pengeluaran Sipitang diutamakan untuk skim

draft • 3:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

baja subsidi dan petani Sabah pada harga kontrak yang stabil serta dihantar terus ke depot IADA dan Jabatan Pertanian di Sabah.

Tuan Pengerusi, ketiga, mengenai sasaran sara diri beras. Buku anggaran menunjukkan sasaran bagi tahun 2027 hanya 54 peratus. Tahun ini, sasarannya 59.9 peratus. Sasaran purata hasil padi juga diturunkan kepada 3.7 tan sehektar. Ketika dunia mengutamakan keterjaminan makanan, kita pula menurunkan sasaran sendiri.

Saya mohon ini diperjelaskan.

Tuan Pengerusi, B.21, Butiran 040500, P.21, peruntukan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian dikurangkan daripada RM70 juta kepada RM50 juta. IADA Kota Belud, pengairan dan saliran yang mana projek bernilai RM135.5 juta menerima RM21.07 juta pada tahun depan iaitu penurunan 7.6 peratus. Pada masa yang sama, MADA naik lebih lima kali ganda, kadar naik 166 peratus. Saya tidak ada masalah dengan kenaikan ini, cuma saya ingin tahu justifikasi.

Masalah minyak berlaku setiap kali kerajaan tutup akaun pada bulan Januari hingga Mac. Jadi, sawah padi yang bergantung dengan water pump yang guna bekalan minyak di Selakan terjejas. Ini belum masuk lagi masalah minyak diesel yang habis antara bulan April hingga Disember, yang lambat mendapat bekalan minyak dari jabatan yang berkaitan. Contoh macam JPS, macam JKR. Oleh itu, target untuk kita tanam padi dua kali setahun susah untuk capai. Ada kawasan yang dapat tanam dua kali setahun dan ada yang tanam satu kali sahaja setahun atas sebab masalah water supply dari JPS yang tidak sistematik dan konsisten. Saya harap kerajaan dapat beri perhatian ini kepada Kota Belud sebagai jelapang padi Sabah.

Tuan Pengerusi, saya pergi pula kepada pertanian, P.21, Butiran 30002, 30005 dan 30008. Saya juga ingin tahu perbezaan projek bagi Jabatan Pertanian Sabah dan juga Jabatan Pertanian Sarawak yang masing-masing menerima RM24.2 juta dan juga RM34.95 juta. Berapakah projek baharu dan sambungan? Apakah mekanisme atau asas agihan peruntukan projek di antara ketiga-tiga wilayah dalam Malaysia?

B.21, 040400 dan P.21, 40005. Seterusnya, isu nelayan. Kerajaan telah mengumumkan pemegang Lesen Sampan Khas dinaikkan kepada 20,000 orang, tetapi saya lihat butiran subsidi dan insentif nelayan ini tidak berubah iaitu masih juga berjumlah RM178 juta juga untuk tahun hadapan. Saya mohon penjelasan. Saya juga ingin tahu, berapakah jumlah nelayan di Sabah khususnya pesisir Kota Belud dan juga Pulau Mantanani yang akan terlibat?

draft • 3:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Menyentuh mengenai LKIM, daripada jumlah RM96.9 juta yang diperuntukkan tahun hadapan, berapakah jumlah projek bagi pembinaan jeti, kompleks dan kemudahan nelayan di Sabah dan Kota Belud secara khusus? Kalau tidak sempat semua, saya mohon jawapan bertulis. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.

draft • 3:50 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemuanya 25 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebentar tadi.

Memang segala pandangan, syor dan keprihatinan yang diutarakan mencerminkan komitmen bersama kita dalam memastikan sektor pertanian negara terus diperkukuh, berdaya tahan dan berkembang secara mampan. Saya nak memuji kualiti ucapan dari YB Putrajaya, yang tadi itu memang sesuatu yang sangat- sangat hebat kerana beliau telah merumuskan yang segala masalah kenapa besarnya kita invest, kita melabur dalam industri padi, tetapi hasil dia masih 54 peratus, 55 peratus, 56 peratus SSR dia. Dan beliau, ini satu ucapan yang sangat- sangat berkualiti dan saya rasa lepas ini kita dapat bekerjasama untuk menangani isu ini.

draft • 3:56 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 3:56 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, dan melalui Belanjawan 2027, KPKM telah menerima peruntukan berjumlah RM6.92 bilion yang merangkumi RM4.85 bilion bagi belanja mengurus (OE) serta RM2.07 bilion bagi belanja pembangunan (DE). Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 0.7 peratus atau RM50.31 juta daripada peruntukan tahun 2026 yang berjumlah RM6.87 bilion, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan kerajaan terhadap kepentingan strategik sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

YB Puan Pengerusi, saya tidak akan mengikut susunan untuk menjawab Ahli- ahli Parlimen, tetapi saya akan mengambil pendekatan untuk masuk kepada skop

draft • 3:56 PM

Datuk Chan Foong Hin

atau topik atau kluster topik yang bersamaan. So, topik yang pertama saya nak memberikan penekanan adalah pengukuhan industri padi dan pengairan pertanian.

Untuk makluman Dewan, Kadar Sara Diri (SSR) untuk pengeluaran beras nasional pada tahun 2025 ialah 54.3 peratus. Namun, saya minta kesemua YB-YB dekat sini, kalau kita pecahkan yang SSR ini mengikut wilayah. SSR untuk Semenanjung adalah 61.6 peratus. Manakala di Sabah dan Sarawak, dianggarkan lebih kurang 20 lebih peratus. So maksud dia, kalau kita nak menaikkan SSR untuk keseluruhan negara kita ini, langkah yang drastik yang harus diambil adalah dari segi Sabah dan Sarawak supaya dia dapat mencapai target 80 peratus yang kita nak mencapai.

Dan untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB Bagan Serai yang tadi itu, beras negara pada tahun 2025 mencatatkan peningkatan kepada 54.3 peratus berbanding 52.9 peratus tahun 2024. Dan kerajaan memang kita nak menetapkan SSR pada tahun 2023 pada tahap 80 peratus. Memang kita tidak menafikan sasaran ini masih jauh dan disebabkan oleh pelbagai faktor. Di antaranya serangan penyakit, perubahan iklim serta pengurangan kawasan tanaman padi dan lain-lain.

Untuk menjawab soalan yang tadi itu, kenapa kementerian kita meletakkan sasaran yang lebih rendah untuk tahun depan kerana kita kena memahami banyak cabaran yang akan kita hadapi bersama-sama pada tahun depan iaitu yang pertamanya, kesan El Nino. Dan itulah sebabnya kadangkala kita tak boleh lihat berapa jumlah yang kita nak melabur untuk industri padi dan beras ini bersamaan dengan berapa hasil yang pengeluaran dia kerana beras dan padi merupakan makanan ruji.

draft • 3:56 PM

Datuk Chan Foong Hin

So, kita no choice , kita tiada pilihan. Kita kena memastikan yang mencukupi tanpa mengira ini modal dan sebagainya. Cuma yang pentingnya, kita juga untuk sangat memastikan apa yang kita nak capai itu adalah secara efektif dan secara sustainable. Kita nak meningkatkan SSR beras negara ke arah sasaran 80 peratus menjelang tahun 2030, kita akan terus melaksanakan melalui pelbagai inisiatif strategik termasuk penggunaan teknologi moden, perawatan kesuburan dana, pemerkasaan infrastruktur pengairan dan saliran, penggunaan benih padi yang berkualiti serta rintang penyakit, pelaksanaan Program Penanaman Padi Lima Musim dalam tempoh dua tahun dan peluasan pelaksanaan SMART SBB- SMART Sawah Berskala Besar.

draft • 4:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

[Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 4:00 PM

Jawatankuasa] Datuk Chan Foong Hin

Ya, Tuan Pengerusi, saya meneruskan. Bagi mencapai SSR yang disasarkan, kerajaan menggalakkan penyertaan dan kerjasama kerajaan negeri, tak kira dia kerajaan negeri dari mana, untuk meningkatkan kawasan tanaman padi menerusi penerokaan kawasan baru serta pengurusan penanaman padi secara berskala besar seperti yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dan juga Selangor.

Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengenal pasti kira-kira 14,000 hektar kawasan berpotensi untuk pembangunan tanaman padi serta menyediakan peruntukan sendiri sebanyak RM1 bilion bagi pembangunan industri ini dan manakala Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melaksanakan Program Peningkatan Hasil Padi dengan terlibat secara langsung dalam melaksanakan Projek Sawah Secara Berskala Besar bagi meningkatkan hasil dan membantu meningkatkan pendapatan pesawah.

Untuk makluman YB Pasir Puteh, Program SMART SBB yang diperkenalkan pada tahun 2021 ini telah berkembang daripada dua syarikat projek rintis kepada 25 syarikat peneraju dan program ini tidak pernah terhenti dan masih dilaksanakan sehingga kini dengan melibatkan 23,441 pesawah di 45 lokasi dengan keluasan 53,700 hektar.

Dari segi prestasi pelaksanaan, purata hasil yang dicatatkan adalah sekitar 4.5 tan metrik sehektar setakat Ogos 2026. Dan, kementerian akan terus untuk memperkukuhkan dan memperkasakan Program SMART SBB sebagai pendekatan meningkatkan produktiviti padi dan pendapatan pesawah melalui penerusan sawah secara sistematik. Dan, kerajaan terus komited untuk membantu pesawah dengan meneruskan pemberian subsidi dan insentif.

Pada tahun 2026, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2.62 bilion untuk subsidi dan bantuan kepada pesawah dengan peningkatan — sebenarnya di atas sikit peningkatan. Peningkatan sebanyak 0.73 peratus berbanding tahun yang sebelumnya. Subsidi ini diberikan dalam bentuk subsidi input dan juga subsidi output dan diteruskan dengan nilai yang sama iaitu RM2.62 bilion pada tahun 2027.

Subsidi input merangkumi komponen pembekalan input seperti berikut, baja sebatian, baja urea di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), baja

draft • 4:00 PM

Jawatankuasa] Datuk Chan Foong Hin

NPK tambahan, racun makhluk perosak dan kapur diberikan di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).

Untuk pengusaha padi bukit dan huma, input pertanian diberikan adalah baja sebatian padi bukit, baja urea cecair dan racun rumpai diberikan di bawah Skim Baja dan Racun Padi Bumiputera (SPRPP) serta Insentif Benih Padi Sah (IBPS).

Yang kedua, subsidi output, pula merangkumi pemberian insentif di bawah Skim Subsidi Harga Padi (SSHP). Dan lain-lain juga insentif meliputi dana pembiayaan perlindungan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi (STTP), Insentif Penuaian Padi (IPP) yang baru dan penyelarasan harga beras putih import di Sabah dan Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Kerajaan komited untuk memastikan bahawa semua subsidi dan bantuan ini diberikan kepada pesawah mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan membuat pemantauan prestasi ke atas agensi pelaksana di lapangan. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambah baik mekanisme penyaluran subsidi supaya sentiasa telus dan cekap dalam penyaluran bagi memastikan pesawah menerima manfaat daripada subsidi dan insentif yang disediakan.

Pada masa ini, penuaian padi di kawasan MADA telah mencapai 93.3 peratus dan anggaran awal pencapaian hasil musim satu 2026 adalah pada 4.89 tan per hektar berbanding 4.69 tan per hektar pada musim satu 2025. Sehingga kini, masih belum ada angka rasmi berhubung kerugian yang dimaksudkan.

Namun demikian, KPKM melalui MADA masih dalam peringkat perbincangan lanjut bagi menilai kerugian. Langkah intervensi yang bersesuaian akan ditentukan dan dilaksanakan apabila penilaian selesai serta semua aspek berkaitan diambil kira.

Sekarang saya masuk ke — okey.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sebelum tukar topik, saya dah agak dah Timbalan Menteri nak tukar topik tadi. Jadi, saya boleh tanya sikit soalan berkaitan dengan padi ini.

Pertama sekali Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan tadi bagaimana trendnya kalau kita lihat subsidi padi dan insentif pesawah ini berbanding nilai pengeluaran? Kalau tahun 2022, dia sekadar sekitar 36 peratus, 37 peratus, subsidy over nilai pengeluaran, tapi kalau tahun 2024, dia dah 92 peratus, tahun 2025, 82 peratus. Jadi maknanya, nilai pengeluaran padi ini kalau nak kira memang heavily subsidized by the government, tetapi di luar sana kesannya tak begitu. Pesawah masih susah. Subsidi benih, pesawah masih kena bayar lagi.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jadi, saya mohon kerajaan— ini jumlah satu perbelanjaan yang besar, RM2,600 juta Tuan Pengerusi. Jadi, kerajaan perlu meneliti perkara ini secara mendalam. Betul kita ada duit, tetapi kita kena pastikan bahawa impaknya adalah optimum. Jika kita pergi berterusan dengan subsidi begini, pesawah masih susah, bekalan padi masih tak cukup, ke mana kita nak bawa?

Sebab itu saya mohon kementerian duduk sekejap. Panggil semua pihak yang terlibat, lihat luar daripada pendekatan biasa, apa sebenarnya masalah? Kalau kita berterusan begini, kita dok spend subsidi sahaja RM2 bilion setahun, yang lain- lain ini sekurang-kurangnya RM1 bilion direct untuk industri padi dan kita SSR kita masih rendah, kita tak ke mana. Jadi, saya mohon ambil ruang ini, lihat peluang ini dan pastikan supaya kita kaji secara mendalam, kita selesaikan isu ini.

Seterusnya, saya mohon bahawa nilai padi ini, dah ini penting ya.

Berdasarkan perangkaan ini, saya nak tahu nilai padi untuk tahun 2025 khususnya, nilai pengeluaran padi RM3,155 juta ini berdasarkan harga berapa? Ini akan membantu kita untuk melihat secara keseluruhan ratio ataupun kadar yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 4:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk menjawab YB Putrajaya, saya berpandangan bahawa yang salah satu isu di antara industri padi ini, kemungkinan dia tidak lari daripada cadangan yang diutarakan oleh YB Gopeng, di mana sama ada kita beralih dari subsidi berdasarkan input kepada subsidi yang berteraskan output , yang itu yang pertama.

Dan kedua, isu yang amat sensitif iaitu sama ada kita nak mengkaji semula, membenarkan pengapungan harga padi di pasaran, harga beras di pasaran domestik kerana berapa yang nilai hasil yang dikira itu, kemungkinan dia berdasarkan hasil RM2.60 yang dijual, yang ditetapkan sejak tahun 2008.

Dan kalau kita nak melihat isu ini, dia mungkin akan mencetus kebimbangan pengguna kerana rakyat jelata yang biasa nak memastikan ada tersedianya ini beras yang dengan harga yang berpatutan pada RM2.60. Ia mungkin akan menghadapi the competing of the interest for the same topic. So, itulah saya setuju, kita harus melihat balik kepada isu untuk industri padi dan sawah ini kerana dia telah melebihi apa yang pendekatan yang sekian lama ini kita nak — sama ada kita nak teruskan dalam cara yang sama atau kita nak berubah?

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sedikit, Timbalan Menteri. Sebelum kita lihat nak ubah dan sebagainya, kita nak kena faham siapa yang mendapat manfaat daripada subsidi ini. Itu perkara paling asas.

Adakah manfaat ini betul-betul sampai kepada pesawah yang mana kita kawal harga untuk pengguna, tapi pesawah dapat manfaat, tapi apa yang berlaku kat bawah sana ini, pesawah banyak kompelin bahawa mereka tidak mendapat manfaat. Itu saya kata tadi. Kita nak kena tengok kembali jumlah perbelanjaan subsidi ini sama ada betul-betul sampai kepada sasaran dan memberi impak yang sebenarnya.

Terima kasih Menteri— satu lagi harga ya. Tadi Menteri kata harga itu agak- agak, tak boleh. Saya nak harga sebenar yang digunakan dalam perangkaan.

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Cuma saya setujulah apa yang dikatakan oleh YB Timbalan Menteri tadi. Dan, balik kepada soal yang dibangkitkan oleh Putrajaya.

Sebenarnya pokok dia adalah ketelusan, ketelusan untuk menetapkan cara penyaluran subsidi insentif. Satu lagi, ketelusan dalam melihat kepada setiap level of harga-harga dia.

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

So, memang dia tak ada satu ketelusan dekat situ. Maka tambah lagi dengan, akan mekanisme harga kawalan kat situ, memang dia tak ada margin yang besar.

Sampai sekarang dia ada isu pertikaian, pemutuan dan sebagainya sebab dia punya margin tak besar dan itu sebab selalunya ada pertikaian antara pengilang dan juga pesawah. Itu sebab saya bagi cadangan untuk kita berbincang sama ada boleh kita betul-betul melihat kepada mengapungkan harga dengan dasar-dasar terkawal secara berperingkat.

draft • 4:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, terima kasih kepada yang input daripada YB Putrajaya dan juga YB Gopeng. Saya mengesyorkan kemungkinan Jawatankuasa Pilihan Khas yang diketuai oleh YB Rasah boleh mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menerokai kajian ke atau sebarang cadangan ke untuk industri ini.

Tuan Pengerusi, sekarang saya nak masuk ke topik yang lain iaitu keutamaan kerajaan untuk kesiapsiagaan bekalan dan ketahanan sektor. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh YB Balik Pulau dan juga YB Seputeh, kerajaan sedang dan telah melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mendepani krisis geopolitik seperti berikut.

draft • 4:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

Pertama, memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sementara bagi baja pertanian seperti rock phosphate dan magnesium sulfate bermula 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2027 bagi mengurangkan tekanan harga dari segi baja.

Kedua, memperuntukkan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman tahun 2026 dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 satu hektar yang memanfaatkan hampir 200,000 pesawah padi. Kerajaan turut memperkenalkan insentif penuaian sebanyak RM50 untuk satu hektar satu musim pada tahun 2025 dan akan dinaikkan ke RM100 untuk tahun depan bagi meringankan beban kenaikan kos input.

Ketiga, meningkatkan kadar bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel individu daripada RM300 kepada RM400 satu bulan mulai bulan April 2026.

Inisiatif ini merupakan kali kedua bantuan tersebut telah dinaikkan susulan krisis ini.

Keempat, merangka perundangan khusus seperti Akta Keterjaminan Makanan Negara untuk memastikan jaminan bekalan makanan berterusan, kestabilan harga, pengurangan kebergantungan import serta akses kepada makanan yang sihat dan berkhasiat.

Dalam menghadapi fenomena perubahan iklim, KPKM sentiasa bersiap siaga melaksanakan langkah persediaan dan mitigasi termasuk memantau paras air empangan secara harian, menyelaraskan pelepasan air secara berhemah serta melaksanakan operasi pembenihan awan secara berfokus sekiranya kritikal. KPKM turut bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi menyalurkan ramalan cuaca dan amaran awal gelombang haba, selain menyediakan kemudahan pengairan alternatif seperti pam bergerak dan telaga tiub di kawasan yang terjejas.

Bagi sektor tanaman, KPKM menggalakkan varieti padi tahan kemarau seperti MR380, MR381 dan MR382, kaedah tabur kering serta struktur pelindung hujan bagi sayur-sayuran.

Dalam aspek kebajikan, bantuan disalurkan melalui PPSPA, TBTP, Tabung Bantuan Bencana Pertanian serta perlindungan Skim Takaful Tanaman Padi dengan pampasan sehingga RM3,000 satu hektar bagi mengurangkan risiko kerugian petani dan penternak serta memelihara kestabilan bekalan makanan negara.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB Kubang Kerian walaupun beliau tiada, cuma ini yang penting, sehingga 5 November 2026, jumlah takungan air di tiga empangan utama di bawah pemantauan MADA iaitu Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning adalah sebanyak 740.08 juta meter padu

draft • 4:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

bersamaan 599,984 ekar kaki iaitu 49.06 peratus daripada kapasiti takungan maksimum berbanding 40.13 peratus bersamaan 490,789 juta meter padu pada tarikh 14 Oktober yang lalu. So, ini maksud dia takungan air di empangan di MADA ini semakin meningkat dari 40 peratus naik ke 49 peratus, hampir separuhlah.

Mengikut pecahan empangan, kedudukan takungan semasa adalah seperti berikut. Empangan Pedu pada 48.92 peratus, Empangan Muda pada 50 peratus, Empangan Ahning pada 49.08 peratus. Sebagai perbandingan, peratus takungan bagi ketiga-tiga empangan pada tarikh yang sama tahun 2025 adalah sebanyak 57.12 peratus. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 8.06 peratus berbanding tahun yang sebelumnya.

Walau bagaimanapun, kerajaan melalui MADA sentiasa mengambil langkah yang proaktif bagi meningkatkan potensi penerimaan hujan dan memperkukuh sumber bekalan air di kawasan MADA, di antaranya melalui pelaksanaan operasi pembenihan awan dengan kerjasama agensi berkaitan.

Sepanjang tahun ini, sebanyak enam kali operasi pembenihan awan telah dilaksanakan. Pelaksanaan OPA- operasi pembenihan awan ini merupakan di antara usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan potensi taburan air taburan hujan di kawasan tadahan empangan, seterusnya menyokong peningkatan sumber air bagi kegunaan domestik, industri dan pengairan pertanian.

Sehubungan itu, MADA akan terus melaksanakan pemantauan secara berterusan terhadap paras takungan empangan, taburan hujan dan perubahan sumber air termasuk melalui penggunaan Sistem Telemetri MADA bagi memastikan pengurusan dan pengagihan sumber air dapat dilaksanakan secara cekap dan optimum. Pada masa yang sama, pengoperasian pam guna semula, pemaksimuman penggunaan air hujan serta penyelenggaraan struktur kawalan air turut dilaksanakan bagi mengoptimumkan sumber air yang sedia ada.

Projek ini melibatkan pembangunan dan penyelenggaraan sistem pengairan tersiar di 15 blok pengairan. Sehingga 26 Oktober 2026, kemajuan fizikal projek bagi 12 blok di bawah Fasa 1 telah mencapai 25.81 peratus berbanding sasaran 25.19 peratus iaitu mendahului jadual pelaksanaan sebanyak 0.62 mata peratusan. Bagi Fasa 2, pelaksanaannya masih dalam peringkat persediaan berkaitan proses pengambilan tanah. Dijangka projek ini siap sepenuhnya pada tahun 2030, kerja penyelenggaraan akan diteruskan sehingga tahun 2035.

Selain pembangunan 15 blok sistem pengairan tersier dan pemulihan menyeluruh Empangan Pedu, kerajaan turut memberi penekanan kepada aspek

draft • 4:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

imbangan air melalui pelaksanaan projek Skim Pemindahan Air Jeniang (SPAJ) atau Jeniang Transfer. Projek ini merupakan infrastruktur strategik jangka panjang yang bertujuan membawa sumber air tambahan dari luar sistem pengairan MADA, khususnya lebihan air dari Sungai Muda dan Empangan Beris untuk disalurkan masuk ke dalam sistem pengairan MADA bagi kegunaan pertanian khususnya di kawasan selatan MADA.

Sekarang masuk ke skop yang lain, perlindungan sosioekonomi pengeluar dan kesejahteraan rakyat. Bagi tahun 2026, FAMA telah mengaturkan pembelian buah-buahan bermusim termasuk durian melalui Pusat Operasi FAMA sebanyak 1,000 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM7 juta. Sehingga Ogos 2026, sebanyak 657 tan metrik durian telah dibeli secara langsung oleh FAMA dengan nilai RM3.4 juta termasuk 400 tan metrik durian kampung manakala pembelian tidak langsung melalui usahawan pemasar FAMA telah mencapai 1,550.73 tan metrik.

Bagi menangani peningkatan bekalan durian semasa musim puncak, FAMA melaksanakan tiga strategi utama iaitu memperluaskan saluran pemasaran melalui 90 lokasi jualan buah-buahan bermusim di seluruh negara sebagai saluran jualan terus dari ladang. Di samping mewujudkan 60 Pusat Belian Sementara (PBS) yang dikendalikan oleh FAMA dan usahawan bimbingan.

Sehingga 12 Julai tahun ini melalui PBS- Pusat Belian Sementara yang telah diwujudkan oleh pihak FAMA, ia telah memberi manfaat kepada 580 orang petani dengan merekodkan belian 2,060.87 tan metrik dengan nilai dianggarkan sebanyak RM10.30 juta dan menggerakkan 42 Pusat Operasi FAMA bagi melaksanakan intervensi khidmat pemasaran untuk membantu petani yang berdepan cabaran memasarkan hasil pengeluaran mereka dan memanfaatkan kapasiti 14 Pusat Pemprosesan Buah-buahan Segar FAMA bagi menyerap lebihan bekalan melalui aktiviti pemprosesan kepada produk separa siap seperti pes durian. Dalam tempoh pengeluaran ni, sebanyak 38.4 tan metrik buah-buahan telah diproses melalui kemudahan tersebut.

Sejajar dengan peningkatan pengeluaran durian negara, FAMA telah mengenal pasti beberapa langkah strategik bagi memperkukuhkan rantaian pemasaran durian negara, antaranya memperluaskan pasaran eksport ke negara berpotensi seperti Kanada, United Kingdom, New Zealand, Jepun dan Maldives bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran utama.

draft • 4:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

FAMA turut menjalinkan kerjasama dengan 13 export management company melibatkan 10 negara sebagai penghubung strategik untuk mendapatkan pembeli berpotensi di luar negara melalui Program Padanan Perniagaan, misi perdagangan dan promosi antarabangsa.

Untuk tahun 2027, di bawah Projek Pembangunan Pasaran Agromakanan

(PPAN), sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk membantu petani melalui belian terus dan projek rantaian pembekalan dan pengedaran agromakanan rantai meliputi penyediaan sokongan logistik, penyediaan pusat pengumpulan dan pemprosesan buah-buahan sebanyak RM3 juta.

Selain itu, di bawah Projek Pemerkasaan Eksport dan Keusahawanan Global

(GLOBEX), sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk perluasan pasaran eksport termasuk untuk durian dan produk berasaskan durian.

YB Tuan Pengerusi, untuk MARDI tahun depan mereka dah mendapat kenaikan ini peruntukan. bagi tahun 2027, kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM44.4 juta di bawah Butiran Projek 40001 menerusi Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi membiayai lapan projek sedia ada dan tiga projek baharu.

Tiga projek baharu tersebut melibatkan inisiatif pertanian regeneratif yang RM1 juta, pembangunan teknologi benih jagung bijian tempatan dengan RM1 juta serta kajian blueprint industri benih agromakanan negara RM0.5 juta. Kelulusan ini mencatatkan peningkatan sebanyak RM4.9 juta atau 12.41 peratus berbanding RM39.5 juta pada tahun 2026. Ini membuktikan komitmen jitu kerajaan terhadap pemerkasaan teknologi dan inovasi pertanian tempatan.

Kementerian melalui MARDI memberi jaminan bahawa dana ini akan dimanfaatkan secara optimum dan berhemah bagi memastikan setiap projek memberi impak signifikan kepada agenda keterjaminan makanan negara, daya saing sektor agromakanan serta peningkatan sosioekonomi golongan sasar. Untuk fokus yang diberikan oleh MARDI ini, saya akan menjawab secara bertulis kepada YB Rasah.

draft • 4:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah ada sini, boleh jawab. Boleh jawab secara lisan.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Tinggal tiga minit. So, yang secara butiran itu saya akan hantar melalui jawapan bertulis kerana masih panjang, masih banyak topik belum cover.

draft • 4:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo banyak mengutarakan mengenai insentif penanaman padi dan juga insentif untuk pesawah. FAMA tadi yang saya bangkitkan mengenai FAMA dan juga mengenai beberapa yang berkaitan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Jadi boleh jawab yang saya utarakan khasnya pendapatan FAMA sebab saya masih keliru kenapa FAMA masih memerlukan peruntukan daripada kerajaan.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey secara ringkasnya untuk menjawab YB Puncak Borneo, FAMA operasi dia bukan profit-oriented. So, segala jualan yang mereka buat ni, Jualan Agro MADANI yang kesemuanya dianjurkan oleh FAMA, berminggu-minggu ini bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Segala usaha untuk fasilitasi pemasaran ke luar negara itu pun bukan *profit-oriented.

So*, FAMA dia haruslah dapatkan dana yang seterusnya dari kerajaan. Kalau tidak, FAMA tak boleh gerak, petani, usahawan tani kita pun tak boleh bergerak. So, itulah yang jawapan dia.

draft • 4:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat...

draft • 4:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

...Timbalan Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Seputeh.

draft • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh? Saya tanya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya ada bangkitkan, kerajaan haruslah menubuhkan satu Majlis yang melibatkan banyak sektor dan juga semua pemimpin kerajaan-kerajaan negeri kerana selalunya kita lihat tanah adalah di bawah kerajaan negeri dan kebun- kebun sayur-sayuran dirosakkan oleh pihak kerajaan negeri. Kalau setiap kerajaan negeri diberikan sasaran untuk keluarkan makanan dan crop yang tertentu, jadi saya rasa kalau ada satu coordination ini adalah lebih baik bagi kita untuk menjamin food security.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tampin.

draft • 4:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu ini isu rakyat di bawahlah. Mengenai Ahli Jemaah Pengarah PPK dan PPN tadi. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri lepas jawab ini saya tak benar dah, saya akan teruskan atur cara selanjutnya. Silakan.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Untuk menjawab secara ringkas kepada YB Seputeh. Sebenarnya, kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Peringkat Kabinet, Jawatankuasa Keterjaminan Makanan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada Jawatankuasa Teknikal yang— sorry. Jawatankuasa Eksekutif, okey yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II dan Jawatankuasa Teknikal. So, ada tiga peringkat di mana kita akan mengumpulkan, merentasi agensi dan juga kementerian dan juga kadangkala kita akan menjemput pakar-pakar pertanian datang buat presentation. So, ini kita ada satu mekanisme yang tersebut.

Untuk menguruskan perhubungan di antara Kerajaan Persekutuan sama kerajaan negeri, setiap tahun kita ada dua kali sesi perjumpaan Menteri Pertanian bersama dengan EXCO-EXCO Pertanian Negeri. Setiap tahun ada dua kali. Untuk pemahaman yang betul, Malaysia ini satu negara yang federalisme. So, kerajaan negeri yang akan membentang apa yang mereka nak buat, apa yang jenis — ini tanaman, tangkapan ikan kah, apakah jenis projek penternakan mereka nak buat.

Lepas itu, kita menapis, kita berbincang dan lepas itu adakan ini penyaluran tanah melalui Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN), RM300 juta setiap tahun melalui kementerian kita dan salurkan kepada agensi atau jabatan atau kepada kerajaan negeri. So, ini yang bentuk mekanisme yang sekarang. Untuk menjawab soalan Tampin ini, jawapan bertulis ini panjang ini, saya susah mahu baca ini. Okey.

Memandangkan masa tidak mengizinkan dan masih banyak isu, saya memilih — Tuan Pengerusi boleh saya memilih satu topik yang terakhirlah, okey.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Kerana memandangkan saya tak pernah menjawab isu untuk DVS, untuk Jabatan Perkhidmatan Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri...

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Habis isu itu, habis ya.

draft • 4:20 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, terima kasih. Untuk menjawab soalan yang dari YB Pasir Mas, walaupun beliau — dia tak ada, cuma saya rasa ini sesuatu isu yang penting. Beliau meminta untuk menjelaskan faktor sebenar kenapa kos pengeluaran menurun, tapi harga telur naik.

Kos pengeluaran telur di peringkat ladang tidak semestinya menyebabkan penurunan harga telur di pasaran kerana harga runcit turut dipengaruhi oleh faktor lain sepanjang rantaian bekalan dan pemasaran. Di antaranya kos pengeluaran di peringkat ladang, kos pengedaran dan logistik, kos operasi dan faktor-faktor lain seperti faktor penawaran dan permintaan.

Kos pengeluaran telur sebenarnya masih dipengaruhi oleh peningkatan kos bahan mentah dan input ternakan khususnya makanan ternakan yang sebahagian besarnya bergantung kepada bahan import. Sehubungan itu, perbezaan di antara kos pengeluaran dengan harga jualan runcit perlu dinilai secara menyeluruh berdasarkan keseluruhan rantaian nilai industri telur dan bukan hanya berdasarkan perubahan kos pengeluaran di peringkat ladang.

So, dan untuk soalan-soalan yang lain, saya akan menjawab secara bertulis terutamanya untuk YB Kota Belud. Okey saya akan memberikan satu senarai untuk projek-projek yang kita akan buat dekat Sabah yang khususnya untuk Kota Belud dan kalau masa izin mungkin tahun ini saya akan melawat ke Kota Belud. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, bagi jawapan tersebut dalam tempoh lima hari ya.

Baik Yang Berhormat-Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM4,846,113,900 untuk Kepala B.21 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.21 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.21 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 4:20 PM
Kepala B.22 [Jadual] – Kepala P.22 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikut, Majlis ke Jawatankuasa kementerian yang berikutnya iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Kepala Bekalan B.22 dan Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah terbuka untuk dibahaskan.

Yang Berhormat-Yang Berhormat, di sini kita ada beberapa isu.

Pembahasnya begitu ramai, hampir 40 lebih. Kalau ikut masa yang kita ada, kita akan habis amat lewat. Dengan itu, Majlis dengan budi bicara telah memotong sejumlah Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat dibenarkan untuk berbahas.

Walau bagaimanapun, sejumlah 29 orang Yang Berhormat telah dipilih untuk berbahas di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di peringkat Jawatankuasa ini.

Mereka adalah seperti disenaraikan ini. Pertama, Yang Berhormat Tuaran diikuti Yang Berhormat Kota Belud, diikuti Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Kuala Langat dan diakhiri oleh Yang Berhormat Libaran.

Yang Berhormat-Yang Berhormat, seperti sedia maklum, kekangan masa, anda semua dibenarkan lima minit dan atas budi bicara Pengerusi. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran untuk memulakan perbahasan.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuaran berbahas mengenai Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, Program Jambatan, Bekalan Air dan Bekalan Elektrik Luar Bandar serta Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.

Tuaran mahu peruntukan ini menyelesaikan keperluan rakyat Sabah khususnya di Tuaran. Yang pertama, jalan dan jambatan. Mengikut angka yang

draft • 4:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuaran terima, masih ada 3,491 kilometer jalan JKR Sabah yang perlu dinaik taraf melalui Program Jalan Luar Bandar. Pada anggaran RM4 juta sekilometer, keperluannya hampir RM14 bilion.

Tuaran minta Yang Berhormat Menteri mengesahkan angka ini. Bila semuanya akan selesai dinaik taraf? Berapa kilometer disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan pembiayaan berapa setiap tahun? Untuk tahun 2027, berapa peruntukan untuk Sabah? Berapa kilometer akan mula dinaik taraf dan berapa akan siap? Terkait dengan ini, Tuaran juga ingin bertanya, bilakah projek pembinaan jambatan baharu Tamparuli akan dimulakan?

Kementerian Kewangan sudah menjelaskan isu pembatalan dan penangguhan projek-projek jalan luar bandar di Sabah. Sekarang Tuaran minta KKDW menyatakan keadaan sebenar. Apakah pandangan sebenar daripada KKDW? Adakah dibatalkan atau diteruskan? Kalau diteruskan, bila?

Projek mana masih berjalan, mana tertangguh dan bilang akan disambung?

Adakah peruntukan Butiran 02300 membolehkan projek Sabah yang terjejas diteruskan pada 2027? Tuaran meminta senarai bertulis semua projek JALB, BALB, BELB dan jambatan luar bandar di kawasan Parlimen Tuaran berserta kemajuan dan serta peruntukan 2027, tarikh siap dan tindakan bagi setiap projek yang lewat.

Saya ambil contoh Tuan Pengerusi, Jalan Mantob Genepis. Mengikut maklumat Tuaran, projek sepatutnya siap pada bulan Mac tahun ini tetapi kerja di tapak berjalan perlahan dan jentera pun sedikit. Saya sendiri telah melawat tapak dan tidak banyak pergerakan kerja. Dan saya telah jalankan libat urus di tapak itu untuk memastikan dia dapat bekerja dengan lebih rancak lagi.

Persoalan di sini ialah bagaimana kontraktor ini dipilih? Adakah kemampuan kewangan telah diambil kira? Kenapa pula begitu sikit pekerja dan jentera yang digunakan begitu sedikit? Dan apakah dia mendapat projek yang banyak sehinggakan dia terbeban untuk menjalankan — melaksanakan projek ini? Dan apakah tindakan pihak kementerian sekarang? Sebab tidak boleh diberi extension of time, extension of time ya, sampai bila-bila.

Dalam pemberian kontrak kementerian pula, adakah kemungkinan ada kartel dalam pemberian projek ini sehinggakan satu syarikat mendapat banyak kerja-kerja kontrak? Adakah syarikat berkaitan menerima terlalu banyak projek sehingga tidak mampu menyiapkannya?

Sebab orang kampung memang susah jalan raya apabila dah hujan, memang sukar dilalui akibat daripada penaiktarafan ini sedangkan kerja berjalan dengan

draft • 4:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

begitu lambat ya. Apatah lagi jalan raya ini digunakan oleh anak-anak ke sekolah yang berdekatan.

Yang kedua ialah bekalan air dan elektrik. Empat projek BALB Tuaran ialah sistem retikulasi tahun 2018 dan tahun 2019 di bahagian kota kemudian melibatkan Tuaran. Ada Apo Kiulu di Bukit Giling sehingga Ulu Bakut serta Penimbawan dan sekitarnya. Jadi, persoalan di sini ialah bilakah semua ini akan selesai?

Di Tuaran ini dia punya rizab margin kalau bekalan air — 13 percent dan memang ada catuan dan sebagainya. Sebab itu penduduk sangat-sangat tertekan dan menanti-nanti bilakah kesemua projek yang telah ini siap dan bilakah dia akan serahkan kepada Jabatan Air yang dibuat?

Bagi projek di satu kampung bernama Kampung Penimbawan, memang sangat kasihan sebab rumah banyak, 250 buah rumah dan setiap kali tidak kira perayaan dan sebagainya, hari raya dan sebagainya, bersusun dia punya plastik.

Tidak — bekalan-bekalan air masih lagi daripada graviti dan sebagainya. Dan pelbagai inisiatif kita telah buat tetapi yang menyelesaikan masalah ialah projek air terawat daripada bekalan air luar bandar.

Saya ingin tahu, sama ada loji yang dirancangkan, loji 4,016 juta kapasiti loji daripada empat juta liter sehari yang telah dirancangkan daripada Sungai Topokon dinaikkan kepada 16 juta liter sehari.

Perkara ini saya sudah sebut dahulu sebab di tempat yang berdekatan di kawasan Tenghilan, Topokon memang kekurangan kapasiti dari segi pengeluaran air.

Adakah ini supaya semua masalah Penimbawan selesai, Tenghilan selesai, Topokon selesai dan sebagainya?

Jadi, bagi Projek Kapa–Sinalapak. Projek ini telah ditarik balik kerana bantahan penduduk daripada Kampung Bundu Paka di Sungai Kadamaian yang membantah pelaksanaan projek ini. Jadi, bila dia dibatalkan, persoalan di sini adakah pihak kementerian membolehkan supaya projek ini dilaksanakan di kawasan Parlimen Tuaran dan mengambil sumber air di kawasan Parlimen Tuaran sahaja?

Sebab projek ini melibatkan lebih kurang RM100 juta dan dia perlu sangat disegerakan sebab dia adalah untuk membekalkan 10 buah sekolah melibatkan 20 buah kampung dan kita sudah menunggu sekian lama. Bila kemarau, satu minggu kemarau, memang kita terpaksa menghantar air ke kampung-kampung ini, termasuk sekolah-sekolah ini dan memang sangat — penduduk sangat tertekan ya.

Kemudian — akhir sekali, bagi Butiran 03200 dengan peruntukan RM438 juta. Tuaran ingin tahu, berapakah yang telah diperuntukkan untuk Sabah dan

draft • 4:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

khusus adakah projek yang melibatkan di Tuaran? Mohon supaya dinyatakan pecahan. Ini adalah melibatkan perumahan-perumahan untuk rakyat termiskin.

Jadi, adakah ini sebab di kawasan sekarang ini kerajaan Sabah juga ada perumahan SMJ dan Kerajaan Persekutuan ada dia punya PPRT dan sebagainya?

Tetapi hari ini kita perlukan penyelarasan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan khususnya daripada Kementerian Luar Bandar Persekutuan.

draft • 4:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Pengerusi, tentu sekali rakyat ternanti-nanti untuk mendapatkan jalan yang selamat seperti yang saya nyatakan tadi dan memerlukan air yang sangat kritikal ketika ini. Dan begitu juga...

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

...Ya, saya mengakhiri sudah. Dan juga bekalan elektrik dan apa yang kita perlu ialah sasaran dan juga tarik penyelesaian yang jelas ya dan pastikan supaya tidak ada kelewatan, tidak ada lagi extension of time ya.

Jadi, selesaikan semua ini untuk rakyat. Saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahirahmanirahim. Tuan Pengerusi, B.22 Butiran 020500 sehingga 020900 dan P.22 Butiran 03700 sehingga 04200 KKDW membiayai lima Lembaga Kemajuan Wilayah di Semenanjung, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA dan PERDA.

Jumlahnya bagi tahun 2027 mengurus dan pembangunan ialah RM408 juta. PERDA sahaja naik 22.5 peratus, Sabah merupakan wilayah dengan kadar kemiskinan mutlak tertinggi di negara ini iaitu, 17.7 peratus, tiga kali ganda purata nasional.

Miskin tegar di Sabah sahaja 1.2 peratus atau 0.7 peratus iaitu, tujuh hingga lapan kali ganda purata nasional. Jika kita rujuk data DOSM 2024 daripada 10 daerah pentadbiran di seluruh negara, sembilan daripada — mengikut insiden kemiskinan mutlak, sembilan daripada sepuluh yang tertinggi ada di Sabah.

Saya mahu cakap ini, betapa miskin pun di Sabah, tidak ada pun satu Lembaga Kemajuan Wilayah Persekutuan di Sabah. Di bawah KKDW ada Lembaga

draft • 4:41 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Industri Getah Sabah dan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah tetapi hanya tertumpu kepada getah dan tanah sahaja. Bukan pembangunan wilayah secara bersepadu. Di Sarawak pula, ada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Saya mahu tanya, adakah kementerian ada kemahuan untuk meletakan badan ataupun peruntukan khusus bagi pembangunan wilayah luar bandar Sabah, terutamanya di sebelah utara yang merangkumi Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Kudat kerana ini adalah kawasan-kawasan di mana kita kenal pasti kemiskinan tertinggi, ekonomi dia bergantung kepada padi, perikanan, pekebun kecil dan jurang pembangunan sangat besar.

Tuan Pengerusi, P.22 02300, saya tidak mahu panjangkan lagi isu mengenai projek KKDW yang dibatal dan ditangguhkan, saya mahu senarai sahaja dan saya mahu jawapan yang bertulis di sini Tuan Pengerusi untuk menjimatkan masa sebelumnya saya ada long list of pertanyaan saya, tapi saya rasa soalan itu nanti saya bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadi, habis dia punya jawapan pun nanti pun bertulis juga.

So, saya terus kepada, saya mahu tahu jalan-jalan yang saya sebut lima, enam kali sudah dalam Dewan, Tanjung Batu yang balik-balik viral, Jalan Kampung Song-Song, Siasai Jaya, Siasai Kumpang, Sembirai-Sinorop, Dumpiring-Kebidahan, Podos, Pinolobu, Mengkulat, Jalan Pinasang Puhus, Tuguson, Lasau Tintapon, apa tindakan kementerian? Because ini kan, bila saya perhati balik kan, ada di antara jalan-jalan yang saya sebut daripada penggal yang lepas lagi.

Tuan Pengerusi, P.22 01703, tahun ini RM196.4 juta, tahun depan RM44.8 juta. Kurang 77 peratus iaitu bekalan elektrik luar bandar. Saya mohon diperjelaskan kerana kalaulah pengurangan ini disebabkan bekalan elektrik Sabah ini sudah hampir selesai, banyak rumah sudah dapat elektrik, saya tak tahulah apa orang Sabah rasa. Daripada jumlah peruntukan untuk tahun hadapan, berapakah nilai projek baharu dan projek sambungan.

Tuan Pengerusi, P.22 02003 Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Bekalan Air Luar Bandar Sabah diperuntukkan RM145 juta untuk tahun 2027. Soalan saya, kena kasi nanti lagi kah ah? Sebab, kalau kita tengok rekod, tahun 2025 Tuan Pengerusi, bayangkan peruntukan asal RM100 juta. Sekali kena belanja hanyalah RM53.5 juta, wang diumumkan tetapi tidak sampai ke bawah. Saya mahu tahu, apa bah masalah dia sebenar dia? Kontraktor kah? Tanah kah? Kenapa dana ini tidak dapat disalurkan? Saya minta kalau boleh kementerian tolong dulu fokus kepada Kampung Song-Song Merega dan juga Kampung Suang Punggor.

draft • 4:41 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi, B.22 Butiran 051600, P.22 Butiran 02200, 02401, 00400 – KEMAS dan jambatan. Tuan Pengerusi, di Sabah ada kebanyakan jambatan gantung. Sebenarnya bukan untuk tarikan pelancong, tetapi ini adalah jalan anak- anak pergi sekolah, jalan dia orang pergi pekan sebab dia orang mahu limpas itu sungai.

Di Kota Belud, saya minta tolong sangat kementerian KKDW, tolonglah, Jambatan Tanjung Pasir Labuan Sembirai, saya kalau saya boleh, saya tunjuk gambar Tuan Pengerusi [Sambil menunjukkan beberapa keping gambar] Ini kan, tiada cerita sudah ini. Bukan lagi mahu kena kasih bagus, kena buat baharu.

Dan yang terbaru ini — terbaru juga adalah jambatan, ini bukan jambatan gantung tetapi jambatan biasa, Jambatan Kota Peladuk, Payas Payas. Saya mahu cakap satu kali lagi dalam Dewan ini, dulu saya pernah cakap sudah. Tolong bah kita buat audit keselamatan ke atas semua jambatan dan jambatan gantung dan kita kasih bentangkan senarai keutamaan pembaikan secara terbuka. Ini jangan bah kita ada itu satu tabiat kasih viral dulu, orang jatuh dulu, orang mati dulu, baru kita mahu kasi bagus. Itu satu perkara yang tidak bagus. Ini bukan modus operandi kerajaan.

Saya bukan sebut KKDW sahaja tetapi ini merentas semua kementerian.

Tuan Pengerusi, saya — sebelum saya mengakhiri saya punya perbahasan.

Saya ingin buat satu cadanganlah. Saya buat satu cadangan dan saya rasa mungkin juga saya harap kawan-kawan saya bersetuju dengan saya bahawa contoh macam hari ini, kita kena akui bahawa ada kementerian-kementerian yang memang banyak peminat dia Tuan Pengerusi.

KPKM banyak peminat, KKDW banyak peminat, jadi, janganlah kalau boleh, janganlah kita terlampau ikut urutan B.21, B.22. Mana banyak peminat punya kementerian, kita gabung dengan kementerian yang barangkali kurang orang bahas kan, kena lagi pada hari ini, hari Khamis, saya dapat merasai bah itu rasa yang kena potong yang maksud saya, bukan kita menyalahkan Tuan Pengerusi dan sebagainya, tapi saya rasa kita kena buat— jangan kita terlampau rigid ke arah ini.

Saya mencadangkan supaya ke depan kan, biar peringkat jawatankuasa ini, kita bagi ruang mana-mana kementerian yang memang kita tahu popular, banyak peminat, kita gabung sekali dengan kementerian yang kurang peminat dia. Kita tidak mahu orang lain kecik hati lah Tan Sri Speaker — Tuan Speaker. Sekian, terima kasih.

draft • 4:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Belud, saya setuju. Insya-Allah ya, perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak Speaker. Baik. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Julau.

draft • 4:41 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai dulu kan? Bukan Kuala Krai dulu Yang Berhormat?

draft • 4:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh, Kuala Krai.

Maaf. Sorry.

draft • 4:41 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan aspirasi rakyat Kuala Krai dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dato’ Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran P.04000 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil ataupun RISDA. Berdasarkan Banci RISDA 2023, terdapat sebanyak 205,209 hektar kebun getah yang tidak diusahakan atau terbiar. Ini ialah tanah yang kehilangan produktiviti, keluarga yang kehilangan sumber pendapatan dan potensi ekonomi desa yang dibiarkan mati tanpa pembelaan sewajarnya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan peruntukan pembangunan RISDA bagi tahun 2027 hanya RM229 juta sedangkan perbelanjaan sebenar tahunan sejak 2022 berada dalam lingkungan RM290 juta sehingga RM346 juta. Ini bermakna, peruntukan pembangunan RISDA pada tahun 2027 lebih rendah daripada keperluan perbelanjaan yang telah dibuktikan pada tahun-tahun sebelumnya.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah rasional kerajaan mengecilkan ruang pembangunan RISDA ketika masalah kebun getah terbiar semakin membesar.

Adakah kerajaan benar-benar mahu memulihkan industri getah atau sekadar mahu mengekalkan RISDA sebagai agensi yang mengurus masalah tanpa diberikan kekuatan kewangan untuk menyelesaikannya?

Lebih membimbangkan, RISDA telah berjaya menanam semula sebanyak 59,500 hektar bagi tahun 2021 sehingga 2025. Tetapi sasaran tanam semula pada RMK13 hanya 50,000 hektar sahaja. Apakah logiknya sasaran pembangunan diturunkan ketika masalah yang hendak diselesaikan masih jauh? Program pemulihan getah terbiar pula menyasarkan 10,000 hektar setahun.

Jika kita mengambil angka 205,209 hektar sebagai asas, secara matematik mudah memerlukan lebih 20 tahun untuk memulihkan keseluruhan kawasan

draft • 4:47 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

tersebut. Begitu pun dengan andaian tiada lagi kebun baharu yang menjadi terbiar.

Saya mencadangkan supaya kerajaan berusaha mengembalikan sasaran tanam semula sekurang-kurangnya kepada paras RMK12. Memperkenalkan insentif tunai khusus bagi kebun terbiar dan menyediakan pelan pemulihan mengikut daerah serta negeri. Jangan hanya umumkan beberapa hektar yang— jangan umumkan berapa hektar yang berjaya dipulihkan, umumkan juga berapa hektar yang masih terbiar.

Dato’ Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran B.051500 – Bantuan Musim Tengkujuh.

draft • 4:47 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang kehilangan pendapatan ketika musim hujan. Namun, kadar bantuan RM800 masih kekal sejak tahun 2022, sedangkan kos sara hidup rakyat tidak lagi kekal seperti tahun 2022.

Soalan Kuala Krai, adakah kerajaan bersedia menaikkan kadar BMT bagi musim tengkujuh 2027 daripada RM800 kepada kadar yang lebih munasabah berdasarkan keperluan semasa? Mengapakah peruntukan BMT kekal sebanyak RM264.9 juta setahun sejak 2024 sehingga 2027, sedangkan kos sara hidup terus meningkat?

Dato’ Sri Pengerusi, merujuk kepada P.02001 – Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung. Ini merupakan isu yang sangat penting, khususnya bagi masyarakat luar bandar di Kelantan dan juga di Kuala Krai. Air bersih ialah hak asas rakyat dan kewajipan kerajaan.

Namun, saya amat bimbang apabila Menteri Kewangan II mengesahkan bahawa peruntukan bekalan air bersih luar bandar antara yang telah dikurangkan melalui mekanisme notice of change (NOC) pada tahun 2023 untuk menampung program jalan luar bandar. Apakah rasional memindahkan peruntukan bekalan air bersih untuk menampung program lain, sedangkan bekalan air merupakan keperluan asas yang tidak boleh ditangguhkan?

Saya tidak menafikan kepentingan jalan luar bandar. Jalan raya juga penting untuk menghubungkan masyarakat, membuka peluang ekonomi dan memudahkan akses kepada perkhidmatan awam. Persoalannya ialah mengapa peruntukan untuk kedua-dua keperluan asas ini tidak dirancang secara mencukupi sejak awal?

Kerajaan perlu menerbitkan senarai projek bekalan air luar bandar yang tertangguh mengikut negeri setiap suku tahun, termasuk nilai peruntukan, tahap kemajuan fizikal, punca kelewatan dan tarikh jangkaan siap.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dato’ Sri Pengerusi, P.02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Saya ingin menyentuh juga projek yang bermasalah iaitu Projek Jambatan Pasir Era menghubungkan dengan Pasir Kelang di Kuala Krai bernilai RM40 juta yang telah bermula pembinaannya sejak tahun 2021 dan Projek Jalan Kuala Sungai dari Simpang Ladang Serasa ke Kampung Lulut, di Gua Musang bernilai RM40 juta sepanjang 14.5 kilometer yang telah bermula sejak tahun 2024.

Dalam jawapan KKDW yang diberikan kepada saya berkaitan Jambatan Pasir Kelang, bahawa mengikut jadual kemajuan fizikal sebenar, sehingga 24 September 2026, adalah 55.49 peratus berbanding jadual 57.52 peratus dan telah diberikan lanjutan masa ataupun EOT sebelum ini sebanyak tiga kali berikutan isu kerja tambahan.

Saya amat mendesak dan mengharapkan agar YB Timbalan Menteri turun meneliti sendiri, adakah kemajuan sebenar sama dengan laporan yang diberikan?

Dalam masa yang sama, saya memohon agar YB Menteri, YB Timbalan Menteri dapat menyemak secara serius dan mengambil tindakan segera bagi memastikan kedua-dua projek ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan secepat mungkin.

Saya ingin menegaskan bahawa rakyat, termasuk di Kuala Krai dan Gua Musang, tidak seharusnya terus dibiarkan menanggung derita akibat kelewatan projek yang tidak berkesudahan.

Dato’ Sri Pengerusi, akhir sekali. Dalam isu pertikaian peruntukan Program Jalan Luar Bandar (JALB), antara KKDW dan MOF, dengan masing-masing memberi jawapan yang saling bercanggah. Akhirnya, kontraktor menjadi mangsa pertikaian antara kementerian, sedangkan rakyat di luar bandar terus menunggu jalan yang dijanjikan. Pada hemat saya, hujah KKDW lebih meyakinkan dari sudut angka dan kelulusan peruntukan selepas pindaan.

Namun, KKDW tetap perlu menjelaskan kelemahan perancangan aliran tunai dan komitmen projek. MOF pula tidak boleh sekadar menyalahkan KKDW, tanpa mengambil tanggungjawab terhadap penyelarasan peruntukan macam ada kerajaan dalam kerajaan pula. Tidak hairanlah jika kami pembangkang yang dijanjikan dengan peruntukan sama rata, tidak ditunaikan kerana sesama kerajaan sendiri saling berantakan. Tunggu masa sahaja nak runtuh, bukan kami penyebabnya. Jika runtuh, nanti jangan pula kami dilabel sebagai khawarij. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Dipersilakan Yang Berhormat Julau.

draft • 4:50 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari pihak kementerian, sama ada peruntukan ini turut merangkumi kawasan Parlimen Julau, khususnya kampung- kampung dan rumah panjang yang masih belum mempunyai kemudahan lampu jalan yang mencukupi.

Isu ini bukan perkara baru yang saya bangkitkan. Saya telah beberapa kali membawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini, termasuk semasa perbahasan belanjawan pada 19 Oktober yang lalu serta dalam ucapan saya pada Oktober 2025 dan November 2024. Malah, ketiadaan lampu jalan boleh mengancam keselamatan dan nyawa penduduk.

Pada tahun 2021, terdapat satu tragedi seorang remaja yang maut dilanggar kenderaan ketika mencari capaian Internet di tepi jalan di Julau yang gelap.

Seharusnya menjadi peringatan bahawa lampu jalan bukan sekadar kemudahan infrastruktur tetapi sesuatu keperluan asas demi keselamatan rakyat.

Sehubungan itu, saya ingin mengetahui sama ada terdapat peruntukan khusus bagi pemasangan lampu jalan kampung yang baru, termasuk penggunaan lampu jalan solar, khususnya di kawasan luar bandar seperti Parlimen Julau.

Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 01702 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak. Persoalan saya adalah, adakah kawasan Parlimen Julau akan menerima sebarang peruntukan atau projek baru di bawah butiran ini? Kita sedia maklum bahawa masih terdapat kawasan pedalaman dan rumah panjang yang belum menikmati bekalan elektrik yang stabil. Malah, ada penduduk yang masih bergantung pada generator atau sumber tenaga alternatif untuk keperluan harian.

Oleh itu, saya memohon pihak kementerian menyatakan dengan jelas, senarai projek bekalan elektrik yang telah diluluskan atau dirancang bagi kawasan Julau, termasuk lokasi projek, jumlah peruntukan serta jangka masa pelaksanaannya.

Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 02002 – Bekalan Air Luar Bandar Sarawak.

Saya mendapati bahawa peruntukan bagi bekalan air luar bandar Sarawak telah menurun kepada RM128.9 juta. Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, sama ada peruntukan bagi meneruskan projek bekalan air luar bandar di kawasan

draft • 4:53 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Parlimen Julau, khususnya di Daerah Pakan telah diambil kira dalam peruntukan tahun 2027?

Berdasarkan jawapan bertulis kementerian di Dewan Rakyat pada 29 Jun 2026, projek bekalan air bagi kawasan Lemunjan, Wak dan Pedanum telah dikenal pasti dengan anggaran kos sebanyak RM94.1 juta. Ketika itu, masih berada di peringkat reka bentuk terperinci oleh perundingan dan dijangka memberi manfaat kepada sebanyak 816 pintu rumah.

Justeru itu, saya ingin mendapatkan status terkini projek tersebut. Adakah reka bentuk telah dimuktamadkan dan bilakah proses tender akan dimulakan serta kerja-kerja pembinaan dijangka bermula? Dengan penurunan peruntukan keseluruhan bagi bekalan air luar bandar Sarawak, ini menimbulkan persoalan, sama ada projek-projek yang telah dirancang sebelum ini akan terjejas atau mengalami kelewatan pelaksanaannya?

Tuan Pengerusi, saya ingin menegaskan bahawa bagi kawasan pedalaman seperti Julau dan Pakan, bekalan elektrik, air bersih dan lampu jalan bukanlah kemewahan. Semuanya merupakan keperluan asas yang memberi kesan langsung kepada keselamatan, kesihatan, pendidikan dan kehidupan harian rakyat. Oleh itu, saya memohon pihak kementerian memberikan penjelasan yang terperinci mengenai peruntukan khusus untuk Parlimen Julau, status projek sedia ada serta perancangan pelaksanaan bagi tahun 2027. Dengan ini Tuan Pengerusi, saya akhiri ucapan saya dengan serangkap dua pantun.

*Pergi ke Julau di pagi hari, Singgah sebentar di tepi Pakan; Air dan elektrik keperluan diberi, Lampu jalan membawa keselamatan.

Dari Julau menuju Pakan, Merentas bukit bersama teman; Air bersih, elektrik dan pencahayaan, Itulah harapan rakyat pedalaman.* Sekian, terima kasih.

draft • 4:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Dipersilakan Yang Berhormat Baling.

draft • 4:53 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:58 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 4:58 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Tuan Pengerusi, saya mulakan dengan Butiran 04100. Pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan di Baling.

Baling masih berdepan dengan cabaran kemiskinan yang serius. Berdasarkan statistik tahun 2024, kadar kemiskinan mutlak di Baling berada di paras 14.7 peratus dengan pendapatan isi rumah hanya RM3,367 sebulan.

Dalam Belanjawan 2027, peruntukan pembangunan KEDA meningkat daripada RM23.33 juta kepada RM34.58 juta. Baling ingin menegaskan bahawa pembangunan luar bandar bukan sekadar membina infrastruktur tetapi membuka peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.

draft • 4:58 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Saya ingin bertanya kepada Menteri, berapakah peruntukan khusus KEDA untuk pembangunan ekonomi di Baling pada tahun 2027 dan apakah sasaran kementerian untuk menurunkan kadar kemiskinan di daerah ini secara berkesan dan terukur?

Butiran 02001. Masalah bekalan air bersih di pedalaman. Masalah bekalan air bersih menjadi keperluan mendesak di beberapa penempatan pedalaman Baling, khususnya di Ulu Bakai dan kawasan yang sekitar dengannya. Baling mengambil perhatian terhadap perancangan projek Bekalan Air Luar Bandar Alternatif di kawasan Bukit Hijau untuk manfaat penduduk Ulu Bakai termasuk di KEDA Ulu Bakai.

Pada tahun 2027, kementerian menyediakan RM135 juta untuk bekalan air luar bandar Semenanjung dan RM15 juta bagi bekalan air alternatif. Persoalannya, apakah status sebenar pelaksanaan projek bekalan air di Ulu Bakai? Berapakah isi rumah yang akan mendapat manfaat dan bilakah projek tersebut dijangka dapat membekalkan air bersih serta berterusan kepada penduduk? Jumlah rakyat yang tinggal berhampiran kawasan tadahan air sendiri terus menghadapi kesukaran mendapat bekalan itu untuk keperluan harian.

Butiran 02200, 02300, Butiran 02400, pembangunan jalan dan jambatan luar bandar. Baling merupakan kawasan yang luas dengan banyak perkampungan yang masih memerlukan jaringan jalan raya dan jambatan yang lebih baik serta selamat.

Kementerian memperuntukkan RM2.266 bilion bagi jalan-jalan luar bandar, RM314 juta bagi jalan perhubungan desa dan RM110 juta untuk jambatan luar bandar.

draft • 5:00 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Baling ingin menarik perhatian kementerian kepada Jambatan Kampung Teluk Rambong yang sebelum ini dijadualkan siap pada penghujung 2026. Baling ingin mendapat penjelasan Menteri, apakah status terkini projek jambatan tersebut dan berapakah projek jalan kampung serta jambatan di Parlimen Baling yang telah diluluskan tahun 2027 termasuk jadual pelaksanaannya. Baling memohon supaya laluan yang rosak sering terjejas akibat banjir menjadi penghubung utama penduduk diberikan keutamaan.

Butiran 03200 keberkesanan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Kementerian menetapkan sasaran pencapaian bantuan perumahan PPRS sebanyak 90 peratus bagi tahun 2027. Namun, masih terdapat keluarga luar bandar yang terpaksa tinggal di rumah uzur dan tidak selamat sedangkan permohonan bantuan mereka belum mendapat penyelesaian.

Bagi rakyat miskin, mereka tidak melihat peratusan pencapaian semata- mata. Mereka ingin tahu bilakah rumah mereka dapat dibina dan dapat dipulihkan.

Baling ingin bertanya kepada Menteri, berapakah jumlah permohonan PPRS yang masih tertunggak di seluruh negara dan apakah mekanisme kementerian untuk mempercepatkan kelulusan serta pembinaan rumah, khususnya bagi golongan miskin, warga emas dan mangsa-mangsa bencana. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Dipersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 5:00 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Pengerusi. Beaufort ingin menyentuh Maksud Pembangunan 22 melalui Butiran 01702 – Bekalan Elektrik Luar Bandar, 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung, 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah, 02200 – Jambatan Luar Bandar, 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, 02400 – Jalan Perhubungan Desa dan 02401 – Ameniti Sosial.

Beaufort menyokong usaha KKDW memperkukuh pembangunan luar bandar. Namun, bagi Sabah, pembangunan perlu mengambil kira keluasan geografi, kampung-kampung terpencil, kos pembinaan yang tinggi serta keadaan muka bumi yang sering terjejas akibat banjir. Saya ingin membangkitkan masalah jalan Kampung Batu 60 yang sering dinaiki banjir sehingga memutuskan hubungan penduduk dan menjejaskan perjalanan murid ke Sekolah Kebangsaan Batu 60.

draft • 5:04 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Keadaan ini bukan sekadar isu jalan rosak tetapi melibatkan keselamatan penduduk, akses pendidikan dan juga pergerakan ketika kecemasan.

Saya memohon agar kementerian mempertimbangkan peruntukan bagi menaikkan aras jalan, memperbaiki sistem aliran dan melaksanakan langkah mitigasi banjir yang lebih berkesan. Saya juga memohon agar jalan gravel Kampung Kukuro–Layong sepanjang kira-kira 1.5 kilometer dinaik taraf kepada jalan premix atau konkrit bagi menjamin laluan yang lebih selamat dan juga selesa.

Selain itu, pembinaan jalan dan Jambatan Binunuk–Halogilat sepanjang kira- kira 20 kilometer bagi menghubungkan kampung-kampung terpencil dengan Pekan Beaufort dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Projek ini penting untuk memudahkan akses pendidikan, kesihatan dan pemasaran hasil pertanian penduduk.

Dato' Sri Pengerusi, masalah gangguan bekalan air di Beaufort dan juga Kuala Penyu masih membebankan rakyat termasuk penduduk yang terpaksa membeli air ketika bekalan terputus. Saya memohon agar projek Bekalan Air Luar Bandar Kuala Penyu dipercepatkan, di samping memastikan kerja menaik taraf Muka Sauk Loji Rawatan Air Beaufort 2 dan menggantikan generator Beaufort 1 disiapkan mengikut jadual. Saya juga meminta KKDW memperkukuh penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Sabah supaya projek bekalan air tidak tertangguh akibat isu pelaksanaan dan bidang kuasa.

Dato' Sri Pengerusi, saya ingin membangkitkan keperluan Kampung Purun Layang-layang Pasir, Kuala Penyu yang masih belum menikmati bekalan elektrik.

Saya memohon agar projek penyambungan bekalan elektrik di kampung ini diberikan keutamaan kerana elektrik merupakan keperluan asas bagi pendidikan, keselamatan, kesihatan dan kegiatan ekonomi penduduk.

Saya juga memohon pemasangan lampu jalan diberikan perhatian kepada Kampung Pansong, Melabau, Pilajau, Klias Kecil, Miang, Kota Klias, Laba, Kekuro, Layong dan juga banyak lagi kampung yang tidak disebutkan di sini kerana pencahayaan yang mencukupi amat penting bagi keselamatan penduduk, khususnya di kawasan kampung yang jauh dari jalan utama. Saya berharap kementerian turut mempertimbangkan penggunaan lampu solar bagi kawasan terpencil serta memastikan peruntukan penyelenggaraan disediakan.

Dato' Sri Pengerusi, saya juga memohon agar Dewan Serbaguna Kampung Rancangan Klias yang sangat uzur diberikan peruntukan untuk dinaik taraf, manakala pembinaan Dewan Serbaguna di Kampung Klias Kecil dipertimbangkan

draft • 5:04 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

bagi memenuhi keperluan aktiviti masyarakat. Saya juga memohon agar peruntukan bantuan rumah― permohonan bantuan rumah PPRS dan baik pulih rumah yang telah saya kemukakan dapat diberikan perhatian dan kelulusan yang sewajarnya.

Dato' Sri Pengerusi, Beaufort ingin menegaskan bahawa permohonan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak memerlukan komitmen kewangan yang jelas, mencukupi dan juga berterusan. Saya merakamkan sokongan kepada komitmen Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW dalam memperjuangkan pembangunan desa. Namun, saya mendesak Kementerian Kewangan supaya memastikan keperluan peruntukan KKDW dipenuhi agar projek-projek yang telah dirancang dan diluluskan tidak terus tertangguh akibat kekangan kewangan.

Tuan Pengerusi, saya― kita melihat pengumuman bahawa RM1,000 kepada pemandu teksi dan kereta sewa di Melaka. Namun persoalannya, apakah asas kelulusan dan sumber peruntukannya sedangkan Belanjawan 2027 masih belum diluluskan oleh Parlimen. Janganlah begitu pantas mencari peruntukan untuk mengumumkan bantuan ketika pilihan raya semakin hampir tetapi terlalu lambat menyediakan peruntukan bagi memenuhi keperluan asas rakyat luar bandar. Jangan sampai rakyat melihat bahawa peruntukan untuk tujuan yang mempunyai nilai politik boleh dipercepatkan, sedangkan peruntukan untuk bekalan air, jalan raya dan juga jambatan di pedalaman Sabah terus terganggu.

draft • 5:04 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’ Sri Pengerusi, rakyat luar bandar juga mempunyai hak untuk menikmati pembangunan. Mereka bukan hanya perlu diingati ketika pilihan raya, tetapi mesti diberikan perhatian sepanjang masa. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Dipersilakan Yang Berhormat Parit.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Merujuk kepada Butiran 02300 – Jalan Luar Bandar, 02400 – Jalan Perhubungan Desa, 051500 – Bantuan Musim Tengkujuh. Muka surat 258 dan 261.

Dato’ Pengerusi, pada 25 November 2025, banjir serius melanda Kampung Parit Enam, Layang-Layang Kiri seramai 195 penduduk dipindahkan ke PPS SK Layang-Layang Kiri. Begitu juga berlaku banjir di Kampung Simpang Tiga di Kubang

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Ikan, Batu 30 pada bulan November. Hari ini kita sudah berada di bulan November.

Sekali lagi dan penduduk masih tertanya-tanya, adakah banjir yang sama akan berulang lagi pada tahun ini?

Sistem perparitan, saliran dan pembetungan kampung memerlukan penilaian dan naik taraf dan kajian kolam takungan perlu dibuat. Di kawasan Rimba Raja, Parit 14 dan Sungai Senin pula, JPS Perak Tengah telah pun mengenal pasti cadangan kerja infrastruktur berkaitan banjir dengan lawatan teknikal pada Mac 2021 iaitu lebih lima tahun yang lalu.

Soalan saya, adakah laporan penilaian punca banjir 25 November yang lalu telah disiapkan bagi Parlimen Parit telah disiapkan dan adakah kementerian bersedia menyelaras bersama JPS, PBT dan agensi berkaitan satu pelan penyelesaian jangka pendek dan panjang sebelum musim tengkujuh kali ini memuncak?

Kedua, soalan saya, di bawah projek manakah kerja menaik taraf saliran utama parit kampung dan pembetungan di parit akan dilaksanakan dan adakah kajian kolam takungan akan diteruskan?

Soalan saya yang ketiga, apakah status cadangan kerja JPS Perak di Rimba Raja, Parit 14 dan Sungai Senin sejak lawatan teknikal Mac 2021. Adakah peruntukan telah diluluskan dan adakah kerja pemulihan yang dibuat berkesan?

Soalan keempat, bagaimanakah bantuan tengkujuh sebanyak RM264.91 juta diagihkan? Adakah mangsa banjir di Parit termasuk dan mengapakah jumlahnya tidak dinaikkan?

Dato’ Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 030300 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), 050700 – Peningkatan Tara Hidup Orang Asli, 050800 – Penyelenggaraan/Pembaikan Sistem Rawatan JAKOA, 011 – (JAKOA) Pembangunan, 050400 dan 01707 – Lampu Jalan Kampung, 02401 – Ameniti Sosial.

Tuan Pengerusi, saya membawa suara masyarakat orang asli di kawasan saya, Kampung Suak Padi, Kampung Sungai Perah, Kampung Tumbuh Hangat dan Kampung Gedung Batu.

Peruntukan JAKOA meningkat 13.1 peratus kepada RM95.0 juta.

Peningkatan taraf hidup Orang Asli naik peruntukannya 7.5 peratus kepada RM154 juta dan penyelenggaraan sistem air JAKOA hampir berganda daripada RM10 juta kepada RM19.76 juta. Projek pembangunan JAKOA bernilai RM1.46 bilion dengan RM173 juta berlaku pada tahun 2027. Namun, kenapa di lapangan, isu-isu asas masih lagi belum selesai?

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Soalan saya, berapakah jumlah peruntukan JAKOA yang dirancang bagi Parlimen Parit pada 2027, dan boleh dinyatakan mengikut kampung dan jenis projek? Ada empat kampung sahaja Dato’ Pengerusi. Suak Padi, Sungai Perah, Tumbu Hangat dan Gedung Batu. Berkaitan dengan jalan, penduduk memohon turapan jalan baharu di kampung orang asli. Bilakah ia dilaksanakan dan di bawah projek manakah? Yang ketiga, berkaitan dengan air di kampung-kampung orang asli ini. Bekalan air sering terputus. Adakah orang asli di Parit termasuk dalam peruntukan RM19.76 juta untuk sistem rawatan air dan apakah penyelesaian kekal bagi masalah ini?

Dato’ Pengerusi, soalan saya yang keempat. Berkaitan dengan lampu, ketiadaan lampu terutama di pondok bas laluan utama yang digunakan penduduk berulang-alik bekerja pada waktu malam menimbulkan risiko. Adakah kampung orang asli dimasukkan dalam pemasangan lampu jalan di bawah projek ini? 01707 ini. Berkaitan dengan pondok bas, penduduk Kampung Gedung Batu memohon penambahan pondok bas berserta tempat letak motosikal. Adakah ini boleh dipertimbangkan di bawah ameniti sosial atau melalui JAKOA? Berkaitan dengan rumah, ramai penduduk masih tidak mempunyai rumah. Jadi, berapa unit kah rumah orang asli yang akan dibina atau dibaiki di Parit pada 2027?

Berkaitan dengan tanah di kampung-kampung orang asli ini, kawasan tanah yang telah diwartakan sebelum ini tidak lagi mencukupi bagi menampung pertumbuhan penduduk di keempat-empat kampung ini. Penduduk menuntut pelan jangka panjang penempatan, pewartaan tanah baharu, kepastian nama penduduk di atas geran dan pembukaan tanah baharu kepada generasi muda orang asli yang menetap di kampung-kampung ini. Dato’ Pengerusi, memandangkan masa sudah tamat, saya ucapkan terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kampar.

draft • 5:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan juga selamat bekerja bertugas kepada Bagan Datuk kerana baru sampai ke Turkiye untuk lawatan kerja.

Jadi, saya harap lawatan kerja ini boleh membuahkan hasil, bukan sahaja bagi KKDW dan juga seluruh warga Malaysia.

draft • 5:16 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya terus masuk kepada Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar.

Projek JLB kita tahu untuk keempat-empat tahun ini, perbelanjaan ataupun komitmen telah melebihi peruntukan asal dan Bagan Datuk cuba untuk mengelirukan, katakan, “Oh, ini masih kurang daripada peruntukan yang telah disemak.” Tapi apa yang dipertikaikan hari ini adalah perbelanjaan ataupun komitmen telah melebihi peruntukan asal yang telah diluluskan oleh Parlimen. Dan kita tahu untuk tiga tahun, RM2.1 bilion. Dan baru-baru ini, MKII telah kata untuk tahun 2026, tambah lagi RM1 bilion, RM500 juta daripada NOC, RM490 juta lebih dan juga RM500 juta daripada kementerian lain. Ini bermakna untuk empat tahun telah terlebih belanja RM3.1 bilion.

Dan juga saya nak program khusus. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Sebab hari itu, Bagan Datuk kata, tidak ada apa-apa projek atau projek yang dikorbankan di bawah JLB kalau buat internal transfer. Tetapi kita tahu daripada MKII dan setiausaha akhbar dia sendiri telah tegaskan bahawa memang ada program yang telah dikorbankan.

Jadi, saya nak minta untuk jumlah RM2.1 bilion tiga tahun ini, tambah juga 2026, jumlah RM2.6 bilion daripada NOC transfer. Apakah program-program yang telah dikurangkan? Dan adakah kesemua RM2.6 bilion— kalau Bagan Datuk kata tak ada program dikorbankan, adakah kesemua RM2.6 bilion ini semua datang daripada penjimatan? Kalau tak boleh tunjukkan penjimatan, kalau ada skop yang telah dikurangkan ataupun program dikorbankan, maka apa yang Bagan Datuk kata itu tak boleh terdiri— Okey. Jadi, Bagan Datuk bagi dua alasan. Satu, dia kata, “Ini daripada projek tertunggak.” Dulu masa COVID. Kedua, dia kata projek-projek ini semua diluluskan oleh Kementerian Ekonomi. Kita tahu memang lulus tapi kesemua projek diluluskan bukan bermakna kita ada peruntukan tanpa had untuk setiap tahun. Kalau kita tengok Butiran 02300 – JLB. Jumlah projek, harga projek, RM33 bilion. Adakah itu bermakna kesemua RM33 bilion ini telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi? Tapi adakah itu bermakna tahun depan saya boleh belanja RM33 bilion? Bukan. Tahun depan peruntukan hanya RM2.7 bilion. Kita harus belanja di bawah RM2.7 bilion.

Jadi, saya nak dapat satu komitmen daripada KKDW sebab hari itu MKII sudah kata tahun ini tunggakan dia akan selesaikan. Jadi, bolehkah KKDW pastikan tahun depan kita tak melebihi peruntukan RM2.7 bilion, RM2.27 bilion yang kita luluskan dalam Parlimen? Kalau tidak, ia jadi tak bermakna. Apa yang kita luluskan dia belanja sesuka hati. RM3 bilion, RM4 bilion, RM5 bilion. Wang tak cukup,

draft • 5:16 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

salahkan MOF. Itu bukan tanggungjawab MOF. MOF telah luluskan peruntukan RM2.27 bilion. KKDW haruslah buat perancangan, buat aliran wang tunai. Takkan satu kementerian tak ada seorang akauntan? Check, satu projek bila duit sampai, bila kena bayar. Itu kena buat aliran wang tunai.

Jadi, saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi.

draft • 5:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 5:16 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dan juga kalau Bagan Datuk nak pakai alasan kononnya ini semua daripada projek tertunggak, sila senaraikan untuk empat tahun ini berapakah jumlah tertunggak untuk setiap tahun dan berapakah projek yang baharu yang diluluskan di bawah kementerian semasa dia jadi Menteri? Kita akan tahu, adakah jumlah ini semua daripada projek tertunggak ataupun projek yang baharu. Dan kalau...

draft • 5:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kampar, sikit aje kut.

draft • 5:16 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya tak cukup masa.

draft • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sikit sahaja, sikit sahaja Kampar.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nanti you ada masa, bahas.

draft • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Nak menyokong Kampar ini. Nak menyokong Kampar.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak boleh, saya tak ada masa. Dan, kalau kita kira keempat-empat tahun ini, bajetnya JLB terlebih 25 peratus.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau ini kaedah yang kita pertahankan, ini saya bangkit ini bukan kerana dia daripada Menteri UMNO. Tak kiralah. Kalau ini daripada Menteri DAP, PKR, AMANAH, UMNO ke MCA, MCA tak ada Menteri. Tak kiralah okey, siapa-siapa pun. Kalau kita pertahankan kaedah ini, setiap kementerian lebih belanja 25 peratus, apa akan berlaku?

Kita ada 30 kementerian. Bajet kita satu tahun RM400 lebih bilion. Kalau kita terlebih belanja 25 peratus dan kita minta wang dengan Perbendaharaan, bermakna setiap tahun kita akan lebih belanja RM100 bilion.

Adakah kita boleh menampung lima tahun lebih belanja setengah trilion, RM500 bilion? Ini satu angka yang cukup besar. Jadi, saya harap kita boleh ada satu fiskal, disiplin fiskal. Kalau kita luluskan bajet, kalau bukan ada alasan-alasan yang kukuh, jangan kita terlebih daripada bajet ini.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dan akhirnya, saya nak minta sebab kes ini sudah berlarutan panjang. Saya minta supaya PAC boleh tengok kepada kes ini.

draft • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Ha, Kampar.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sebab, adakah kementerian telah berbelanja lebih daripada peruntukan asal dan adakah ini dibenarkan di bawah tatacara kewangan dan apakah tindakan yang akan diambil? Kerana, ini bukan satu tahun. Sudah empat tahun dan kita harap perkara ini tak akan berulang lagi.

draft • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kampar, saya Ahli PAC Kampar.

Sikit sahaja.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey.

draft • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya nak menyokong Kampar ini. Tadi, Kampar beritahu biar PAC siasat. Saya setuju dengan Kampar. Saya selaku ahli jawatankuasa, harap bawa polemik yang tak berkesudahan ini kepada PAC untuk menilai, mengkaji dan selidik segala kecelaruan ini.

Perkara ini sudah berlarutan sangat panjang dan tidak boleh dibiarkan berpanjangan, dan rakyat di luar sana juga telah jemu menjadi— dan jadi semakin keliru. Saya perhati isu ini, jadi ibarat sudah sebati dengan Kampar. Terima kasih, Dato’ Seri Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, saya faham. Saya masukkan ucapan ke dalam— ucapan Tampin ke dalam ucapan saya. Memang rakyat semua keliru.

Bukan sahaja Dewan Keliru, satu Malaysia Keliru.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya harap selepas Bagan Datuk balik dari Turkiye, boleh masa pertama datang ke Dewan untuk jelaskan isu ini sebab kita nak isu ini jelas dan kita harap satu Malaysia boleh faham dan saya nak bagi tahu rakan-rakan di Sabah, Sarawak. Hal ini bukan oleh kerana MOF. MOF telah jalankan tugas mereka, telah bagi kesemua peruntukan di bawah KKDW dan apa yang berlaku adalah KKDW tidak buat perancangan yang baik.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat lagi.

draft • 5:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Selepas peruntukan ini dihabiskan, sampai Sabah, Sarawak, duit tak cukup. Okey. Jadi, saya habis di sini. Saya harap KKDW boleh bagi senarai penuh komitmen-komitmen dan juga tunggakan-tunggakan dan juga projek-projek yang telah dikorbankan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat. Kita ke pembahas yang berikutnya. Dipersilakan, Yang Berhormat Jerai.

draft • 5:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 5:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar.

Sebentar, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya― Yang Berhormat-Yang Berhormat yang di dalam Dewan, saya menerima banyak permohonan untuk berbahas. Tambahan ada empat, lima sahaja.

[Ketawa] Jadi, saya edarkan kepada pihak Pejabat Speaker sama ada meluluskan atau tidak, ya. Saya faham, memang kementerian ini amat menarik dan popular, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum. Tetapi, jika Pejabat Speaker luluskan, insya-Allah saya sokong. Baik, teruskan.

draft • 5:22 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Okey, saya teruskan. Terima kasih Dato’ Pengerusi. 030100 – Pembangunan Desa, 8 juta — RM8,900,000. Bantuan rumah golongan bersasar di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera. Berapakah jumlah rumah golongan bersasar telah dilaksanakan bagi tahun 2026 dan sasaran pada tahun 2027?

Saya juga mohon agar pemilihan rumah yang bersasar telah dibina— berapakah telah dibina dalam Parlimen Jerai? Agihan peruntukan tersebut juga bagi projek usahawan. Saya mohon Menteri jelaskan, apakah program yang telah dijalankan dan berapakah jumlah usahawan contoh, yang telah dibina dengan program yang digariskan?

00602 – Maktab Rendah Sains MARA, dengan perbelanjaan sebanyak RM87,995,000. Dengan perbelanjaan tersebut, adakah MRSM akan menambah sekolah di luar bandar dan dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah di Parlimen Jerai, saya mohon pembinaan baharu MRSM di Parlimen yang saya wakili.

00620 – Program Penajaan Pendidikan MARA. Saya ingin tahu dengan peruntukan sebanyak RM2,127,200,000, kenaikan sedikit berbanding peruntukan 2026. Adakah penajaan pelajar ke Timur Tengah khususnya ke Jordan diteruskan dan saya ingin tahu pada tahun 2026 hingga 2027 yang disasarkan, berapakah bilangan penghantaran pelajar ke luar negara?

Seterusnya, Butiran 01707. Peruntukan sebanyak RM15 juta, Pemasangan Baru Lampu Jalan. Baru-baru ini, di Kampung Ulu Sedaka dalam DUN Sungai Limau,

draft • 5:22 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Parlimen saya, berlaku kemalangan di Simpang Empat, boleh dikatakan setiap bulan, yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka. Antara faktornya, lampu jalan masih belum dipasang di jalan menghala ke Kampung Selengkoh. Saya amat mengharapkan dengan peruntukan yang ada, pihak kementerian dapat memberi keutamaan permohonan saya.

Seterusnya, Butiran 02401 – Ameniti Sosial, RM68 juta. Di antara peranan kemudahan ameniti sosial ialah memberi kemudahan dan kesejahteraan masyarakat luar bandar. Oleh yang demikian, dalam tajuk Kemudahan Rekreasi dan Sukan, di Kampung Sungai Lintang, Jalan Teroi, Yan, Kedah telah dibina dengan berbumbung, futsal dan telah digunakan sebaik-baiknya oleh komuniti setempat.

Sedikit masalahnya ialah apabila hujan lebat, gelanggang futsal tersebut terpaksa ditutup kerana digenangi air. Saya mohon agar pihak kementerian dapat memberi sedikit peruntukan untuk menaik taraf agar dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Seterusnya, 04100 – KEDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah).

Antaranya, membina rumah bagi golongan sasar. Saya ingin tahu, bagi tahun 2026, berapakah telah dibina dan bagi tahun 2027, berapakah sasaran pembinaan rumah bagi golongan tersebut? Peruntukan yang disediakan 34— RM34 juta. Jadi, saya rasa cukuplah sekadar itu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan, Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 5:22 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Segulai Sejalai. Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi.

Saya terus ke butiran pertama iaitu 051600, berkenaan dengan Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS. Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan mengenai— mengapakah untuk tahun 2027 ini, peruntukan di bawah butiran ini adalah sifar berbanding RM12 juta pada tahun 2026.

Adakah ini bermakna tiada peruntukan khusus untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bangunan KEMAS pada tahun hadapan? Ataupun adakah peruntukan tujuan ini akan disalurkan melalui butiran atau program lain?

Mohon penjelasan pihak kementerian.

draft • 5:26 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Dato’ Pengerusi, perkara ini amat penting memandangkan masih terdapat bangunan dan Tabika KEMAS di kawasan luar bandar yang berada dalam keadaan usang, kurang selesa dan memerlukan pembaikan demi menjamin keselamatan anak-anak dan tenaga pengajar.

Malah, masih terdapat Tabika KEMAS yang terpaksa beroperasi dengan menumpang di balai raya, surau, masjid mahupun premis yang disewa. Saya difahamkan bahawa pada tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi tujuan menaik taraf dan membaik pulih bangunan serta premis KEMAS di seluruh negara.

Justeru, saya ingin mendapatkan perincian mengenai jumlah bangunan KEMAS yang telah dinaik taraf di Sarawak, khususnya di Parlimen Batang Lupar serta perancangan kementerian untuk menangani keperluan pembaikan yang masih tertunggak.

Saya berharap agar kementerian terus memberi keutamaan kepada keperluan untuk menaik taraf bangunan KEMAS yang uzur dan berisiko, khususnya di kawasan pedalaman supaya anak-anak luar bandar turut menikmati kemudahan pendidikan awal yang selamat, selesa dan kondusif.

Saya sebutkan beberapa buah bangunan KEMAS yang hendak dibaik pulih, yang saya dapati senarai ini daripada Pejabat KEMAS di kawasan Batang Lupar.

Tiga buah kelas kemahiran iaitu PLK Kampung Tengah Beladin, PKK Kampung Tengah Beladin dan PKK Kampung Pusa.

Tabika KEMAS Kampung Tebeluk, Tabika KEMAS Kampung Baru Sebuyau, Tabika KEMAS Kampung Hulu Sebuyau, Tabika KEMAS Kampung Seberang Sebuyau, Tabika KEMAS Kampung Entangor, Tabika KEMAS Kampung Belimbing Besi, Tabika KEMAS Kampung Sampat Sebangan, Tabika KEMAS Kampung Hulu Maludam, Tabika KEMAS Kampung Stumbin, Tabika KEMAS Kampung Beladin A dan E, Tabika KEMAS Kampung Tengah Pusa dan Hulu Pusa, Tabika KEMAS Kampung Kalok A dan Tabika KEMAS Kampung Tambak A. Saya mengharapkan senarai-senarai ini diambil perhatian oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah bangunan yang daif dan uzur di kawasan Parlimen Batang Lupar.

Seterusnya Dato’ Sri Pengerusi, Butiran 01707, berkenaan dengan Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung yang diperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk tahun hadapan.

draft • 5:26 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya ingin memohon agar kementerian memperluas pemasangan lampu jalan, khususnya lampu solar di kampung-kampung sekitar Batang Lupar yang masih kekurangan kemudahan pencahayaan awam. Kemudahan lampu jalan bukan sekadar untuk menerangi kawasan kampung tetapi merupakan aspek penting dalam menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan khususnya penduduk- penduduk kampung yang perlu bergerak untuk urusan mereka pada waktu malam.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya berpandangan bahawa penggunaan lampu solar juga wajar diperluas sebagai penyelesaian yang lebih praktikal di kawasan luar bandar yang mempunyai kekangan sambungan bekalan elektrik. Justeru, saya ingin mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan peruntukan khusus bagi pemasangan lampu solar di kawasan kampung yang terpencil di Parlimen saya, di samping memastikan penyelenggaraan dan penggantian bateri dilaksanakan secara berkala supaya kemudahan tersebut dapat berfungsi untuk jangka masa panjang.

Akhir sekali Puan Pengerusi, 00611 iaitu Program GIATMARA yang diperuntukkan sebanyak RM19.2 juta. Saya ingin bertanya, apakah status terkini projek pembinaan bangunan baharu GIATMARA di kawasan Batang Lupar? Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai garis masa pelaksanaan serta jangkaan tarikh GIATMARA Batang Lupar dapat disiapkan dan mula beroperasi.

Ini kerana saya difahamkan terdapat kelewatan dari jadual asal untuk projek pembinaan bangunan baharu GIATMARA Batang Lupar. Dan buat masa ini, pengoperasian GIATMARA Batang Lupar dipindahkan sementara ke GIATMARA Batang Sadong sementara menunggu bangunan baharu siap. Saya dimaklumkan juga pengambilan pelatih untuk Januari 2027 ditangguhkan atas sebab ini. Oleh itu, saya mohon penjelasan mengenai bilakah pembinaan GIATMARA Batang Lupar ini dapat disiapkan.

Tuan Pengerusi, akhir kata, saya berharap agar ketiga-tiga perkara yang dibangkitkan ini diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang tidak seharusnya hanya diukur melalui jumlah projek dan peruntukan yang diumumkan, tetapi melalui sejauh manakah kemudahan asas pendidikan dan peluang ekonomi benar-benar dapat dinikmati oleh masyarakat di peringkat akar umbi. Terima kasih, Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

draft • 5:30 PM

Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 02300 berkait dengan projek jalan-jalan luar bandar. Pada 26 Oktober, Menteri KKDW mengumumkan terdapat projek yang dibatalkan termasuk yang telah dikeluarkan surat setuju terima atau SST. Namun, Menteri Kewangan II pada 29 Oktober menjelaskan bahawa arahan MOF hanya melibatkan penangguhan pengeluaran SST baharu.

Justeru, apakah status sebenar projek yang terlibat sama ada dibatalkan, ditangguhkan atau akan diteruskan? Persoalan ini saya bangkitkan kerana ia juga berkait dengan isu yang berlaku di Parlimen Dungun.

Saya difahamkan terdapat dua projek jalan di bawah kementerian yang telah mendapat kelulusan kos, tetapi pelaksanaannya tertangguh iaitu Jalan Kampung Tok Kah ke Kampung Bukit Murai dan Jalan Kampung Bukit Merah ke Kampung Pasir Lawang. Mohon kementerian mengesahkan status kedua-dua projek ini.

Seterusnya, merujuk kepada Butiran 030400 – Majlis Amanah Rakyat, khususnya Butiran 00620 – Program Penajaan Pendidikan MARA dengan peruntukan sebanyak RM2.127 bilion bagi tahun 2027.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada keseluruhan peruntukan tersebut, berapakah jumlah bagi membiayai komitmen penajaan sedia ada, penajaan pelajar baharu dan kos pentadbiran program? Bagaimanakah peruntukan penajaan diagihkan mengikut bidang pengajian, tahap pendapatan isi rumah, negeri asal pelajar serta institusi pengajian dalam dan luar negara?

Merujuk kepada Butiran 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) khususnya Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak yang diperuntukkan sebanyak RM81.89 juta bagi tahun 2027.

Persoalan saya, berapakah bilangan Tabika dan Taska KEMAS yang akan dibina atau dinaik taraf melalui peruntukan tersebut serta apakah pecahan projek mengikut negeri? Adakah lokasi pemilihan dibuat berdasarkan jurang akses pendidikan awal, kepadatan penduduk, keadaan bangunan sedia ada serta keperluan keluarga berpendapatan rendah? Saya juga ingin mengetahui, berapa banyak premis yang uzur atau memerlukan pembaikan akan diberikan keutamaan pada 2027 dan apakah garis masa serta jadual pelaksanaannya?

draft • 5:32 PM

Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Berkaitan dengan Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya ingin membangkitkan persoalan berhubung keberkesanan peluasan TABIKA Tunas Istimewa iaitu KEMAS bagi kanak-kanak berkeperluan khas khususnya di kawasan luar bandar. Ini termasuklah penyediaan pendidik terlatih, kemudahan bersesuaian dan keutamaan penempatan di kawasan luar bandar yang masih mempunyai kekurangan akses.

Yang terakhir ialah Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa.

Persoalan saya, berapakah jumlah usahawan luar bandar yang berjaya dilahirkan melalui program ini? Kedua apakah mekanisme pemantauan selepas daripada kejayaan usahawan-usahawan luar bandar yang dilahirkan untuk memastikan mereka dalam keadaan sentiasa dapat untuk menjadikan bahawa usaha mereka menjadi usahawan yang dilahirkan itu akan terus berkekalan? Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 5:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.

draft • 5:32 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Pengerusi, beri ruang kepada Tenggara bahas.

Saya terus saja kepada Butiran 020500 Yang Berhormat Timbalan Menteri, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), naik ke RM41.2 juta. Cuma Tenggara nak mencadangkan untuk satu perbelanjaan di bawah KEJORA ini adalah baik pulih, naik taraf Stadium Bandar Tenggara, kelolaan KEJORA ini yang saya dah cakap dua, tiga kali juga untuk dijadikan kompleks pembangunan bakat KEJORA yang akan memberi impak positif, manfaat kepada komuniti industri di Taman Perindustrian Bandar Tenggara dan juga sekolah-sekolah di dalam situ untuk mengadakan aktiviti sukan.

Baru-baru ini pun saya ada menganjurkan Johor Motocross Master dengan pihak KEJORA dan mendapat sambutan yang baik dan perbincangan saya dengan pihak KEJORA, Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memajukan memang tempat ini sebagai pusat pembangunan bakat dan itulah dia untuk baik pulih dan naik taraf stadium berkenaan dan sekitarnya untuk di-upgrade sebagai sumber untuk daya tarikan sport tourism yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat di Tenggara.

draft • 5:37 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Keduanya adalah Butiran 030600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti, RM2.6 juta, turun kepada RM0. Yang ini memang memberi seram kepada saya Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab tahun lepas Tenggara dapat kelulusan RM4 juta bagi lima tahun dari 2026 sampai 2030 untuk pelaksanaan prospek projek bersepadu pembangunan ekonomi kampung ini.

Tetapi bila kita tengok butiran di 030600 ini kosong, jadi yang tu yang kita seram tu sebab baru-baru ini pun saya difahamkan peruntukan dah ada RM1 juta kemudian diambil balik. Yang melibatkan— yang projek ini akan beri manfaat kepada sembilan buah kampung sepanjang jajaran Sungai Johor bermula daripada Kampung Rantau Panjang sampailah ke Kampung Semangar dan sekitarnya termasuk Temenin, Temenin Baru, Lukut dan Batu Empat.

Jadi, usaha KKDW melalui prospek ini untuk bangunkan aquatourism di negara ini amat terpuji. Cuma kita bimbanglah kerana tiada butirannya, kosong Ringgit. Jadi, saya mintalah untuk dipertelitikan supaya boleh tetap juga dilaksanakan pada tahun 2027.

draft • 5:37 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Cuma saya terfikir, adakah ini yang dimaksudkan dengan beberapa projek tertentu terpaksa diambil peruntukannya untuk cover JALB wallahualam, saya tak tahu. Tetapi sekiranya tertangguhnya itu lama lebih daripada dua tahun, menurut pekeliling ataupun garis panduan penyediaan RMK13 ini saya sebut semasa MKII bahas, 6.1.16, projek tangguh dua tahun akan jatuh kepada batal.

Kemudian, peruntukan yang ada tersisih itu tidak boleh pun dipindahkan ke program lain melainkan akan dipindahkan ke MOF. Jadi, yang ini kita kena pastikanlah supaya Tenggara tidak terlepas. Kita dah seronok dah dapat prospek Yang Berhormat Timbalan Menteri tapi bila peruntukannya kosong itu, kita jadi seram.

Tuan Pengerusi, seterusnya adalah Butiran 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung dan ini Tenggara nak sampaikanlah.

Maksudnya masih ada lagi keperluan jalan kampung di tempat saya terutamanya di Gugusan Batu 4 yang saya sebut tadi Temenin, Temenin Baru, Lukut, Bukit Lintang dan juga beberapa di Gugusan Sungai Telur, Kampung Sungai Teluk Baru, Sri Jaya yang memang masih lagi memerlukan lampu.

Dan saya difahamkan kementerian kini giat melaksanakan lonjakan teknologi, projek rintis pemasangan lampu LED ini berjalan. Jadi, saya harap boleh juga sampai dan disegerakan untuk kawasan di Tenggara. Dan seterusnya adalah

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

berkaitan dengan taraf hidup Orang Asli naik ke RM154.4 juta ini. Saya cuma nak menegaskan bahawa masih ada keperluan di salah satu daripada tiga kampung orang asli di Tenggara iaitu Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kempas Menang dah okey, Pasir Intan pun dah okey. Yang diperlukan adalah terutamanya pembaikpulihan jalan dan juga lampulah dan seperkaranya lagi adalah berkaitan dengan orang asli.

Harapan Tenggara akan ada lebih banyak lagi projek pembangunan ekonomi yang boleh berasaskan geografi yang boleh beri impak kepada masyarakat, pembangunan ekonomi dan pembangunan kapasiti kemahiran generasi anak orang asli ini mestilah ditekankan. Supaya boleh menyokong aktiviti ekonomi tradisi mereka mahupun terlibat dalam TVET yang berkaitan dengan automotif, AI dan teknologi industri.

Dan seterusnya adalah berkaitan dengan jalan luar bandar. Tenggara dah diluluskan RM50 juta, saya dah bawa ke Kamar Khas pun, kita perlukan RM120 juta lagi. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri, mudah-mudahan pada tahun 2027 ada pelaksanaan.

Dan berbaki setengah minit ini, saya nak responslah kepada sahabat saya, Kampar tak ada dekat sini. Saya simpati dengan beliau. Nampak stres.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Saya?

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu respons kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

No. Ia berkaitan dengan perkara yang saya nak cakapkan ini.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab nanti.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Tidak, saya nak bagi tahu juga dekat sini sebab saya sentuh dalam penggulungan.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini peringkat Jawatankuasa.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Okey.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Baik. Jadi, akhirnya— Baik.

Baik. Akhirnya yang tadi itu berkaitan dengan jalan. Cuma, saya nak sentuh juga bahawa bukan KKDW sahaja yang hendaklah disediakan belanjawan berkaitan

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

dengan kewangan ini, kementerian lain juga perlu disediakan perkara yang diminta oleh Kampar tadi itulah. Dan dia menyebut tadi tentang bekerja seperti sesuka hati meluluskan sebenarnya perkara ini adalah proses biasa.

Sebab itulah semasa dengan MK, Menteri Kewangan II, saya sebut, semua senarai projek-projek ini bukan sahaja KKDW tetapi kementerian-kementerian lain juga perlulah disediakan dan diedarkan kepada semua 218 Ahli Parlimen dan yang termustahak adalah taklimat daripada MOF dan Kementerian Ekonomi kepada Ahli Parlimen tentang kaedah-kaedah kewangan kerajaan. Itu sahaja. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

draft • 5:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar sebanyak RM2.266 bilion.

Dilaporkan terdapat tunggakan sebanyak RM259.5 juta melibatkan 112 projek setakat September 2026. Kementerian Kewangan juga telah mengarahkan penangguhan pengeluaran surat setuju terima baharu sementara tunggakan ini diselesaikan.

Jadi, soalan daripada peringkat Jerantut ialah berapakah jumlah projek yang terjejas akibat arahan daripada penangguhan surat setuju terima ini mengikut negeri dan bilakah arahan itu akan ditarik balik serta apakah kesannya kepada projek-projek di Jerantut?

Dan apakah mekanisme kawalan kewangan baharu bagi memastikan komitmen projek tidak lagi mengatasi kemampuan peruntukan tahunan? Ini bukan sekadar di KKDW, juga kepada semua kementerian lain seperti yang dimaklumkan oleh Tenggara sebentar tadi.

Tuan Pengerusi, untuk perkara kedua, Butiran 040000 – Pembangunan RISDA. Berdasarkan Banci RISDA 2023, terdapat kira-kira 205,209 hektar kebun tanah yang tidak diusahakan atau terbiar. Jadi, soalan daripada peringkat Jerantut ialah berapakah sasaran keluasan kebun terbiar yang akan dipulihkan pada tahun 2027 khususnya di kawasan Jerantut? Dan pada tahun berapakah kementerian menyasarkan masalah ini dapat diselesaikan?

Keduanya, bagi model anchor buyer. Berapakah jumlah pekebun kecil yang telah menyertainya dan apakah peningkatan pendapatan bersih mereka selepas menyertai program ini? Dan yang terakhir, isu keciciran maklumat bagi kebajikan

draft • 5:43 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

pekebun kecil dan juga bantuan musim tengkujuh berikutan bentuk geografi Jerantut yang luas dan banyak kawasan pedalaman.

Jadi soalannya, apakah keberkesanan melalui inisiatif Outreach De Tour Pedalaman terhadap perkara ini? Dan apakah jaminan kerajaan bahawasanya bantuan RM400 ini dapat disalurkan tepat pada waktunya kepada penerima yang layak?

Perkara ketiga Puan Pengerusi, di bawah Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Sepertimana yang dimaklumi, pemasangan lampu solar adalah cara alternatif untuk menyelesaikan masalah ini dan sepertimana juga sering kali saban tahun saya bangkitkan, Jerantut adalah kawasan Parlimen yang second terluas, yang kedua terluas di Semenanjung Malaysia dan kawasannya terlampau banyak kawasan pedalaman.

Jadi, persoalan saya ialah berapa banyak lagi lampu solar ini akan dipasang di Jerantut dan kita harapkan ia dapat dipasang di tempat-tempat hotspot ataupun black spot Yang untuk pengetahuan Puan Pengerusi, banyak kemalangan yang berlaku kepada rakyat Jerantut yang pulang ke rumah, berlanggar dengan binatang liar kerana gelap jalan. Jadi, saya harap perkara ini dapat difokuskan oleh peringkat kementerian.

Kemudiannya, perkara keempat, Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat khususnya Program Perumahan Rakyat Sejahtera. Sasaran bagi PPRS bagi 2027 ditetapkan sebanyak 95 peratus, namun masih banyak keluarga miskin khususnya di Jerantut yang tinggal di rumah yang uzur dan tidak selamat. Jadi, soalannya ialah berapa banyakkah jumlah permohonan PPRS yang masih tertunggak dan berapakah peruntukan khusus bagi pembinaan serta baik pulih rumah di bawah program ini khususnya di peringkat Jerantut?

Akhirnya, Puan Pengerusi, Butiran 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat

(KEMAS) serta Butiran 051000 – Emolumen Kakitangan KEMAS Lantikan Tetap.

Kita menyambut baik usaha memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak melalui pendekatan pra tahfiz, kelas pintar dan pendidikan yang mengambil kira keperluan kanak-kanak autisme.

Berdasarkan jawapan kerajaan yang dirujuk dalam bahan perbahasan, terdapat 10,253 kakitangan kontrak dan 8,496 kakitangan berstatus jawatan sementara kontrak tetap menjadikan keseluruhannya 18,749 kakitangan KEMAS bukan berjawatan tetap yang juga ramai di kalangan rakyat Jerantut bekerja di bawah KEMAS.

draft • 5:43 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jadi, soalan saya ialah berapakah jumlah guru KEMAS yang telah menerima latihan khusus bagi melaksanakan syllabus baharu termasuk pendidikan inklusif dan pengendalian kanak-kanak autisme?

Yang kedua, kementerian sebelum ini dilaporkan menyatakan hasrat menjadikan jawatan utama KEMAS sebagai perjawatan tetap. Jadi, apakah status sebenar cadangan tersebut telah dikemukakan kepada JPA ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam?

Dan akhirnya, adakah kerajaan bersedia menetapkan jadual penyelesaian isu perjawatan KEMAS secara berperingkat mulai 2027 dan bilakah keputusan muktamad JPA dijangka diperoleh? Sekian, terima kasih.

draft • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 5:43 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Bentong. Izinkan Bentong mulakan dengan Butiran P.22, 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar.

Bentong ingin mendapatkan penjelasan sama ada peruntukan RM2.27 bilion ini mencukupi untuk 2027 tanpa memerlukan tambahan pada pertengahan tahun.

Puan Pengerusi, Bentong sering lihat sebagai kawasan yang dekat dengan Kuala Lumpur. Namun hakikatnya, kampung-kampung kami seperti di Simpang Pelangai, Karak, Sabai, Chamang, Bilut, Ketari dan Janda Baik masih bergantung pada jalan yang sempit dan jambatan yang telah lama usianya.

Daripada 16 kampung orang asli di Bentong, 13 telah menggunakan jalan premix, satu jalan konkrit, manakala dua lagi masih menggunakan jalan merah iaitu di Sungai Poh dan Batu 19 dan apabila ECRL siap kelak, Bentong menjangkakan jalan-jalan kampung ini akan menanggung beban yang lagi besar dan dalam kategori yang sama, Butiran P.22, 02400 – Jalan Perhubungan Desa.

Bentong ingin mendapatkan penjelasan mengenai kriteria pemilihan projek dan sama ada kawasan separuh bandar seperti Bentong turut diberikan pertimbangan yang sama adil dan juga Bentong ingin mengetahui sama ada terdapat projek di Bentong pada tahun 2027.

draft • 5:48 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bagi Kepala P.22, Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Peruntukannya ialah RM15 juta untuk seluruh negara, sedikit rendah

draft • 5:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

berbanding RM15.45 juta sebelum ini. Dalam masa yang sama, Butiran22, 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung meningkat kepada RM135 juta daripada RM131.2 juta. Ini menunjukkan banyak peruntukan digunakan untuk lampu sedia ada berbanding pemasangan baru.

Justeru, Bentong ingin mengetahui berapakah sasaran pemasangan baharu bagi 2027 dan sama ada Bentong turut tersenarai kerana ini amat penting bagi Bentong untuk mendapatkan lampu-lampu baharu di jalan-jalan kampung bagi menghidupkan pada malam hari, cahaya yang terang dan juga keselamatan penduduk kampung. Bentong ingin juga mencadangkan agar penggunaan lampu solar LED dapat diperluaskan.

Bentong menyambut baik Butiran P.22, 00400 – Pendidikan Awal Kanak- kanak KEMAS yang meningkat hampir dua kali ganda kepada RM81.9 juta daripada RM42.8 juta. Pembukaan lebih 130 kelas TABIKA Tunas Istimewa amat dialu-alukan dan Bentong berharap kawasan kami juga dapat disenaraikan.

Walau bagaimanapun, Bentong mendapati Butiran B.22, 051600 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS berubah daripada RM12 juta kepada sifar dan ini menjadi tanda tanya bagaimana kalau keperluan tabika, tadika dan sebagainya ataupun bangunan KEMAS pada tahun hadapan yang memerlukan dibaiki, diselenggara dan sebagainya. Jika ada kerja-kerja ini dipindahkan ke butiran yang lain, Bentong mohon penjelasan, berapakah jumlah yang telah disediakan.

Mengenai masyarakat orang asli, Bentong merujuk kepada Butiran P.22, 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kepala B.22, Butiran 050700 – Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli dan Butiran 050800 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Sistem Rawatan Air JAKOA. Alhamdulillah, 13 kampung orang asli di Bentong telah menerima bekalan elektrik TNB. Namun, masih ada tiga kampung iaitu Sungai Penjuring, Sungai Poh dan Batu 19 yang menggunakan genset atau solar dan juga Bentong percaya bekalan air dan elektrik ini adalah keperluan asas yang wajar dinikmati oleh semua.

Justeru, Bentong ingin mengetahui sama ada ketiga-tiga kampung ini termasuk dalam projek pembangunan dan apakah garis masa pelaksanaannya.

Bentong juga ingin memohon pertimbangan kementerian untuk membina dewan tertutup di kampung orang asli Hulu Pareh serta menaik taraf balai raya di Sungai Bot dan Sungai Lebak. Selain itu, Bentong turut menerima banyak permohonan baik pulih rumah orang asli. Bentong ingin mengetahui berapakah kuota yang diperuntukkan bagi negeri Pahang dan Daerah Bentong.

draft • 5:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Akhir sekali Puan Pengerusi, P.22, Butiran 02600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti, Butiran 02402 – Pengupayaan Komuniti dan Infodesa dan B.22, Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa. Bentong mengalu-alukan peningkatan bagi ketiga-tiga butiran ini walaupun jumlahnya masih kecil berbanding Kepala B.22, Butiran 030400 bagi MARA yang menerima lebih kurang RM1.71 bilion. Bentong ingin mengetahui berapakah usahawan di Bentong yang telah menerima manfaat pada tahun 2026 dan apakah sasaran bagi tahun 2027.

Bagi P.22, Butiran 95000 – Program Pembangunan TVET. Bentong menyambut baik peningkatan kepada RM32 juta daripada RM8.1 juta. Bentong ingin mengetahui berapakah peratusan belia luar bandar khususnya dari Bentong yang mendapat tempat dalam program ini? Sekiranya ada success story, dengan izin, Bentong amat berbesar hati jika dapat dikongsikan bersama statistik keboleh pasaran pekerjaan bagi belia yang menyertai inisiatif ini. Sekian sahaja daripada diri Bentong. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk Butiran 00611 – Program GIATMARA yang memperuntukkan RM19.2 juta untuk 2027. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin menyuarakan khusus kebimbangan mengenai masa depan GIATMARA Sik, Daerah Sik, daerah saya, sebuah institusi latihan kemahiran yang telah berkhidmat kepada anak-anak muda di Sik, kepada masyarakat di Sik sejak tahun 1992, 34 tahun yang lalu.

Saya mohon kepastian dan penjelasan yang mengatakan bahawa pihak PBT pemilik kepada bangunan GIATMARA sekarang ini yang telah menyewa bangunan itu kepada GIATMARA bahawa sewaan itu tidak dapat dilanjutkan selepas 31 Oktober 2027, makna lebih kurang setahun lagi. Ini bermakna, GIATMARA Sik berhadapan risiko kehilangan premis operasinya dan sedangkan belum ada kepastian mengenai penempatan baharu untuk GIATMARA Sik. GIATMARA Sik ini pada asasnya menawarkan tiga kursus utama iaitu teknologi motosikal, elektrik dan jahitan.

draft • 5:53 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Namun, kursus motosikal telah dihentikan sejak tahun 2022 dan kini hanya tinggal dua kursus. Saya juga memohon adakah benar bahawa telah pun diperuntukkan sekitar RM4 juta di bawah RMK12 bagi pembangunan premis GIATMARA Sik, tetapi peruntukan tersebut dilaporkan ditarik balik tanpa bangunan baharu untuk direalisasikan? Saya mohon penjelasan berkaitan perkara ini.

GIATMARA ini satu pusat latihan TVET yang memberi kemahiran kepada anak-anak muda di daerah Sik ini yang mungkin mereka tidak mempunyai pencapaian akademik yang tinggi termasuk mereka yang tidak mungkin memenuhi syarat program tertentu di IKM ataupun di Kolej KEDA di sana.

Jika GIATMARA Sik ini kehilangan operasinya, saya risau golongan- golongan anak muda kita ini tidak ada tempat untuk mereka melanjutkan pelajaran di dalam bidang TVET ini.

Saya mohon yang pertama Yang Berhormat Menteri, apakah jaminan GIATMARA Sik ini tidak akan ditutup selepas tamat sewaan pada Oktober 2027?

Yang kedua, apakah kedudukan sebenar peruntukan RM4 juta pada RMK12 dan adakah projek premis akan diteruskan di bawah RMK13 ini?

Ketiga, bersedia kah pihak kementerian menyediakan premis kekal dan menilai semula keperluan kursus teknologi yang dilatih sebelum in?

Kita mungkin berbangga memperkasakan TVET negara, tetapi pusat kemahiran yang telah berbakti lebih tiga dekad kepada anak desa ini jangan dibiarkan tanpa ada hala tuju yang lebih kukuh.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya terus pada butiran kedua, Butiran 0311 iaitu FELCRA. Saya merujuk berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 yang membangkitkan kelemahan tadbir urus dalam pemerolehan empat ladang sawit di Sabah dan di Kelantan yang bernilai RM241.76 juta termasuk persoalan Penilaian Pelaburan dan Pematuhan Keputusan Lembaga Pengarah. Laporan PAC juga yang telah dibentangkan di Dewan ini turut membangkitkan tentang kelemahan proses perolehan, penilaian harga, unjuran hasil ladang dan pematuhan kontrak.

Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon untuk suatu jawapan yang tuntas bagaimana FELCRA ini perlu diletakkan kembali di landasan yang jelas, asas penubuhannya, objektif penubuhannya untuk meningkatkan pendapatan kepada penduduk-penduduk di desa termasuk di Daerah Sik saya sendiri. Saya ada dua FELCRA. FELCRA Pulau Belantik, FELCRA Batu Besar yang ramai di kalangan orang-orang kampung ini bergantung penuh dengan hasil tanaman getah di ladang-

draft • 5:53 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

ladang FELCRA ini. Jadi, sudah pastilah ia sangat penting supaya hala tuju FELCRA itu dapat dikembalikan dan tidak tersasar daripada matlamat asas penubuhan FELCRA ini yang sangat penting kepada penduduk-penduduk desa.

Tuan Pengerusi, jadi saya nak merumuskan bahawa untuk Yang Berhormat Menteri memberikan satu jawapan bahawa bagaimana strategik untuk peningkatan produktiviti ladang serta ketelusan agihan serta bagaimana proses penanaman semula getah ataupun ada yang maknanya sawit itu serta kebajikan peserta dan generasi kedua. Ada yang dilaporkan banyak FELCRA ini yang telah pun memberi kontrak-kontrak kepada syarikat-syarikat tertentu untuk melaksanakan aktiviti penorehan getah itu dan tidak memberi peluang pekerjaan itu kepada penduduk tempatan.

Ada mereka syarikat-syarikat yang dilantik ini telah pun melantik ataupun menggajikan pekerja-pekerja asing daripada luar padahal penduduk tempatan juga bersedia untuk menguruskan FELCRA-FELCRA di kampung ini.

draft • 5:53 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.

draft • 5:53 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Puan Pengerusi. Jempol terus merujuk kepada Butiran 011100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Bina rumah baharu dan baik pulih rumah. Sejak tahun 2013 sehingga 2026, di Parlimen Jempol telah diluluskan 58 buah rumah bina baharu dan 88 buah baik pulih di perkampungan orang asli yang telah dilaksanakan di bawah KKDW dan juga JAKOA.

Namun begitu, sehingga kini permintaan untuk bina baharu dan baik pulih rumah sehingga Oktober 2026 berjumlah 20 buah projek perumahan rakyat sejahtera dan 25 buah rumah bagi kerja baik pulih di 12 kampung orang asli di Parlimen Jempol.

draft • 5:59 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Puan Pengerusi, pada tahun ini JAKOA Jempol hanya diluluskan enam buah rumah baik pulih dan tiada bina baru. Jadi, Jempol memohon pada tahun 2027 dan juga yang bertanya, berapakah jumlah bina baru rumah di 12 perkampungan orang asli di Parlimen Jempol? Sehubungan dengan itu, Jempol memohon pihak kementerian untuk menambah kuota bagi membina baru rumah dan membaik pulih

draft • 6:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

rumah di perkampungan kawasan orang asli berdasarkan keluasan dan jumlah penduduk sesebuah kampung.

Contohnya, Jempol berpandangan kampung yang besar, kita bina baru. Kita ada kuota tiga buah rumah, baik pulih lima buah dan bagi yang kecil, bina baru satu atau dua buah rumah dan juga tiga buah rumah untuk baik pulih. Memandangkan jumlah permohonan yang banyak di seluruh negara, Jempol mohon pihak kementerian menambah peruntukan khas untuk projek bina baharu dan baik pulih rumah. Jempol mohon agar cadangan dan permohonan ini dapat diluluskan oleh pihak kementerian.

Seterusnya, pemasangan lampu solar masih lagi di perkampungan orang asli. Di Jempol, terdapat 12 kampung masyarakat orang asli. Daripada tahun ini, JAKOA Jempol mendapat penambahan satu unit lampu solar bagi setiap kampung, bermakna dapat 12 unit lampu solarlah. Jadi, memandangkan di kawasan yang gelap dan terpencil, perlu dipasang lampu — dipasang lampu jalan untuk meningkatkan tahap keselamatan. Sehubungan dengan itu, Jempol memohon pemasangan lampu solar bukan sahaja di Jempol, malahan juga di seluruh negara yang menawarkan kelebihan penjimatan elektrik, kos penyelenggaraan yang rendah, mesra alam dan sesuai beroperasi secara bebas di kawasan terpencil.

Seterusnya, Jempol merujuk kepada Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Puan Pengerusi, peruntukan naik taraf premis dan alat permainan luar KEMAS iaitu khusus kepada bangunan tabika, taska, pusat kemahiran komuniti serta peralatan permainan luar. Jempol memohon peruntukan menaik taraf bangunan tabika, taska, pusat kemahiran komuniti serta menyediakan peralatan permainan luar. Permohonan dibuat sering kali kerana bangunan yang sedia ada agak daif dan usang dan juga oleh faktor keselamatan para pelajar, guru dan kakitangan. Sekali gus, dengan naik taraf penambahbaikan ini akan menyediakan perkhidmatan yang kondusif kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Jempol memohon agar pihak kementerian yang menaik taraf premis yang usang, seperti contoh di Jempol iaitu di Kompleks Pusat Sumber FELDA Palong 9 yang kini digunakan sebagai pusat kemahiran komuniti KEMAS. Jadi, saya melihat Pusat Komuniti FELDA Palong 9 ini mendapat perhatian daripada pihak kementerian kerana agak uzur. Dah uzur dan agak tidak selamatlah kepada pelajar-pelajar dan guru.

Seterusnya Puan Pengerusi, Jempol mencadangkan agar kerja naik taraf ini berdasarkan kos keperluan sebenar dan tidak tertakluk kepada bajet yang telah

draft • 6:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

ditetapkan. Bermakna, kalau bangunan tabika KEMAS, tadika ataupun taska dan juga PKK ini, kalau bajetnya RM200,000, diluluskan RM200,000. Kalau dibagi, diluluskan peruntukan RM50,000. Selepas itu, taska ataupun tabika berkenaan menunggu-nunggu, saya dimaklumkan hampir lima atau enam tahun untuk diberi peruntukan semula. Jadi, tempoh yang agak masa itu menyebabkan sepatutnya peruntukan RM200,000 dibagi RM50,000 dan akhirnya, kerosakan akan berterusan.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

draft • 6:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Akhir...

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 6:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus ke Butiran P.22, B.22, Butiran 051600 iaitu Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS yang didapati langsung tidak diberikan sebarang peruntukan bagi tahun 2027.

Persoalannya, adakah kerajaan menganggap bangunan-bangunan KEMAS di seluruh negara berada dalam keadaan sempurna sehingga tidak lagi memerlukan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan? Apabila tiada peruntukan penyelenggaraan, siapakah yang akan menanggung pembaikan bangunan tersebut? Dan yang lebih penting, siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya kerosakan yang tidak dibaiki, akhirnya mengancam keselamatan kanak-kanak, guru dan masyarakat yang menggunakannya?

Puan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains MARA iaitu peruntukan sebanyak RM87 juta kepada MRSM. Saya mengalu-alukan peruntukan ini kerana MRSM merupakan antara institusi pendidikan yang mempunyai peranan besar dalam melahirkan modal insan yang berpendidikan tinggi, khususnya dalam bidang STEM. Kejayaan sebenar MRSM perlu dinilai berdasarkan keupayaannya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis, kemahiran teknologi, daya inovasi, kepimpinan dan kemampuan bersaing di peringkat antarabangsa.

Puan Pengerusi, kita sedang memasuki era ekonomi digital yang memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam bidang AI, robotik, automasi, sains data,

draft • 6:04 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

keselamatan siber dan teknologi semikonduktor. MRSM sepatutnya menjadi antara institusi pendidikan yang menerajui perubahan ini. Namun, kita juga perlu memastikan pengguna AI bukan sekadar menjadi alat untuk menyiapkan tugasan atau mencari tugasan dengan lebih mudah. Sebaliknya, pelajar perlu dididik untuk memahami bagaimana teknologi tersebut berfungsi membangunkan, menyelesaikan masalah dan menggunakan AI secara beretika dan bertanggungjawab. Tambahan pula, dengan ledakan teknologi AI sekarang ini, Merbok mencadangkan agar pelajar- pelajar MRSM dibenarkan menggunakan peranti-peranti teknologi seperti telefon pintar, iPad dan lain-lain media yang akan membantu mereka dalam proses pembelajaran dengan kawalan pihak pentadbir sekolah.

Pihak pengurusan MRSM hendaklah membuat satu garis panduan yang seragam kepada semua 57 MRSM di seluruh negara, bukan sesetengahnya boleh guna dan sesetengahnya tidak boleh guna. Mungkin MARA boleh bermula dengan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti SPM, IGCSE dan peperiksaan lain sebelum ia diperluaskan kepada pelajar-pelajar tingkatan lain.

Puan Pengerusi, seterusnya iaitu isu berkenaan Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung, yang merupakan antara komponen penting dalam usaha kerajaan memastikan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, mendapat akses kepada bekalan air bersih dan terawat secara berterusan.

Berhubungan dengan itu, Merbok ingin mendapatkan penjelasan sekali lagi kepada kementerian berkenaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Tupah, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman secara reka dan bina. Tarikh tutup tender ialah pada 14 Oktober 2025 iaitu lebih setahun yang lalu. Projek ini telah lama dinantikan oleh penduduk di kawasan Merbok, Tanjung Dawai dan kampung- kampung sekitarnya. Untuk rekod, projek ini telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Berdasarkan jawapan kementerian terhadap soalan saya di Dewan Rakyat pada 12 Jun 2023, projek ini melibatkan menaikkan taraf Loji Air Tupah, pembinaan tangki dan jajaran paip, kerja-kerja berkaitan bagi memperkukuhkan sistem bekalan air. Projek ini bakal memberikan manfaat langsung kepada lebih 450 buah rumah atau kira-kira 3,000 penduduk berdasarkan skop asal projek tersebut.

Persoalannya, selepas beberapa tahun berlalu, apakah sebenarnya status projek ini? Adakah kontraktor telah dilantik selepas setahun tender ditutup? Jangan sampai setiap kali hujan turun, penduduk di Tanjung Dawai dan sekitarnya terpaksa

draft • 6:04 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

bimbang sama ada air di rumah mereka masih boleh digunakan atau bekalan akan terputus sekali lagi.

Puan Pengerusi, saya ingin meminta kerajaan memberikan satu komitmen yang jelas, kementerian khususnya. Bilakah penduduk Merbok ini boleh menikmati hasil Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Tupah yang telah sekian lama dijanjikan?

Yang terakhir, saya ingin membangkitkan Butiran 95000 iaitu Program Pembangunan TVET, yang memperlihatkan peningkatan peruntukan yang cukup besar daripada RM8 juta kepada RM32 juta. Ada beberapa soalan yang saya ingin tanya. Apakah pecahan terperinci peruntukan RM32 juta di bawah butiran ini pada tahun 2027 dan berapakah peruntukan khusus yang disediakan bagi KKDW TVET Premium Career Agreement?

Berapakah sasaran jumlah pelatih yang akan mengikuti latihan TVET? Dan yang terakhir ialah berapakah peratus graduan TVET di bawah KKDW yang berjaya memperoleh pekerjaan mengikut bidang masing-masing dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan serta berapakah purata gaji permulaan mereka? Sekian, terima kasih.

draft • 6:04 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Baram.

draft • 6:04 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Puan Speaker dan saya nak mulakan dengan mengatakan bahawa kita di Sabah dan Sarawak amat terima kasih kepada TPM, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sebab— satu, kita kata kita di-confuse-kan. Namun dengan itu, saya ingin meminta daripada kementerian berkenaan, KKLW supaya menyenaraikan semua projek yang kononnya di— dibatalkan tetapi sebenarnya ditangguhkan.

draft • 6:09 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Saya minta semua senarai ini dikemukakan khususnya di Sarawak dan juga di Baram.

Yang kedua, saya nak cadangkan kepada pihak kementerian supaya pihak kementerian mengadakan satu libat urus dengan semua YB dengan termasuk dengan agensi-agensi kerajaan supaya satu pelan strategik yang diadakan yang boleh dibentuk dan diedarkan kepada kita semua dan ini akan menjadi kita punya panduan untuk kita membangunkan kawasan-kawasan luar bandar di mana air, api, jalan ini menjadi masalah utama kita.

draft • 6:10 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Saya rasa kita dah banyak cakap, lebih-lebih lagi sayalah di kawasan pedalaman selalu cakap berkenaan dengan air, api, jalan raya ini dan ini yang menjadi masalah supaya setiap tahun, peruntukan yang diberi untuk jalan kampung yang JPD ataupun jalan luar bandar, bekalan air dan juga api disalurkan kepada agensi-agensi tertentu dan juga untuk kebaikan rakyat di kawasan-kawasan ini. Ini saya percaya walaupun kita tahu bahawa peruntukan kita memang terhad, tetapi ini akan menunjukkan kepada rakyat di luar sana bahawa memang kerajaan yang kita ada adalah sangat prihatin berkenaan dengan kita di kawasan luar bandar.

Yang seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 02300. Ini berkenaan dengan jalan luar bandar di apa ini — di Malaysia di mana 2.26 ataupun hampir RM3 bilion diperuntukkan untuk jalan luar bandar dan saya minta di kawasan Baram sama ada jalan yang kita kata sebut-sebutkan selama ini, kita kata lulus, yakni jalan dari Lapok, Pekan Lapok ke pekan — ke Long Jegan dan juga Jalan Belasoi ini. Saya percaya pihak kementerian khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia maklum berkenaan dengan kedudukan ini dan memang dah lama kita tunggu dan saya minta supaya jalan, dua jalan ini diutamakan, khususnya dalam tahun yang akan datang ini.

Seterusnya ialah berkenaan dengan bekalan elektrik, Butiran 01702 ini berkenaan dengan di kawasan Bario kita ada memang solar hibrid, tetapi dalam di — apabila solar hibrid ini dilaksanakan di Bario pada masa itu, kita — bukan semua bilik yang diperuntukkan dengan servis ini. Namun pada hari ini, saya percaya ada dalam lingkungan 100 lebih bilik yang baharu dibina yang masih lagi ketagihkan bekalan elektrik ini. Saya mohon supaya pihak kementerian dapat membekalkan ataupun sambungkan perkhidmatan elektrik ini kepada bilik-bilik yang belum ada peruntukan ataupun yang belum dibekalkan dengan electricity ini.

Yang terakhir ialah berkenaan dengan KEMAS. KEMAS saya percaya, saya memohon daripada pihak kementerian berapa jumlah KEMAS yang dia ada di Baram dan juga bangunan-bangunan yang mereka gunakan pada hari ini dan apakah akan dibuat? Sebab kita tahu bahawa di kawasan pedalaman, pendidikan merupakan kita kata adalah the change — the game changer for the community in the rural area, dengan izin. Saya mohon supaya peruntukan yang ada disalurkan juga kepada — untuk memperbaiki sekolah-sekolah KEMAS yang ada di seluruh Baram. Sekian.

Dengan itu, saya ucapkan terima kasih Puan Speaker.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 6:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Puan pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2027 Malaysia MADANI untuk Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah. Sebelum saya memulakan perbahasan, memandangkan ini adalah perbahasan terakhir saya sebelum Hari Deepavali, saya ambil kesempatan ini mengucapkan, Iniya Deepavali Nal Valthukkal kepada semua masyarakat India di Malaysia khususnya penduduk Rasah.

Ini kita kena menghormati ini Malaysia MADANI dan semoga Deepavali kali ini membawa sinar harapan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua di kalangan kita. Dan satu berita baik daripada kerajaan hari ini adalah pada besok dan lusa, 6 dan 7 hari bulan, bayaran tol 50 percent untuk semua pengguna jalan raya.

Ini antara inisiatif Kerajaan Malaysia MADANI untuk semua rakyat Malaysia.

Tuan Pengerusi, perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah saya mengucapkan tahniah kepada kementerian ini berturut-turut, tiga tahun berturut-turut mendapat peruntukan yang tinggi. Kalau kita tengok kali ini sekali lagi mendapat peruntukan pembangunan yang kedua tertinggi, RM7.8 bilion iaitu hampir sembilan peratus daripada keseluruhan RM85 bilion peruntukan pembangunan. Dia kedua, selepas Kementerian Kerja Raya dan jauh lebih tinggi daripada KPM dari segi peruntukan pembangunan. Jadi, saya berharap dengan adanya peruntukan yang besar ini dia boleh membantu khasnya di kawasan luar bandar agar pembangunan yang lebih sama rata di semua tempat seluruh negara.

Seterusnya, untuk Butiran 050600 — Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Saya nampak peruntukan sama RM247.7 juta diperuntukkan. Adakah ini — persoalan saya adakah ini bermakna jumlah JPKK kita akan kekal sama? Tak ada pertambahan, tak kira di mana-mana tempat. Sebab saya rasa ada permintaan daripada banyak tempat untuk mewujudkan JPKK yang baharu.

Jadi, mohon kepastian ini dan apakah pertimbangan kerajaan, terutamanya KKDW dalam meluluskan JPKK yang baharu sekiranya ada permintaan.

Perkara seterusnya Butiran 00400 — Pendidikan Awal Anak-anak. Saya percaya ini berkaitan dengan TABIKA KEMAS di bawah tajuk ini. Betul. Kita memperkasakan pendidikan pra-persekolahan. Kalau pada Belanjawan 2025 hanya RM16.8 juta. 2026, 42.8 juta. Kali ini RM81.8 juta. Satu lonjakan yang saya rasa kita harapkan, kita alu-alukan.

draft • 6:14 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dan persoalan saya ada tak — ada berapa banyak TABIKA KEMAS yang baharu akan diwujudkan? Saya percaya ada. Selain daripada tambah baik penyelenggaraan untuk TABIKA KEMAS yang sedia ada. Jadi, mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menggulung nanti. Termasuk ada tak tadika KEMAS baharu di bawah Parlimen Rasah sebab Parlimen Rasah antara yang mempunyai pertambahan penduduk yang agak ramai juga.

Dan seterusnya Butiran 02300 di bawah tajuk Jalan-jalan Luar Bandar. Sekali lagi RM2.26 bilion diperuntukkan, hampir sama macam tahun lepas. Tiga tahun berturut-turut lebih RM2 bilion. Kalau sebelum itu, RM1 bilion lebih. Memang peruntukan ini besar. Tetapi masih kedengaran di sana sini, banyak jalan kampung di luar bandar menghadapi kerosakan dan gagal diselenggarakan on time. Maksudnya bila ada kerosakan mungkin lambat untuk turap semula dan sebagainya.

Jadi saya nak tanya macam mana agihan KKDW mengagihkannya sama ada diserahkan kepada agensi mana, pejabat daerah di setiap daerah untuk uruskan kah ataupun ada mekanisme yang bagaimana? Sebab rakyat nak tahu bagaimana ia diagihkan, bagaimana kita boleh mengoptimumkan lebih RM2 bilion peruntukan ini supaya kerosakan jalan itu, kita jangan pandang remeh, kita jangan anggap lubang jalan itu benda kecil dan sebagainya.

Sebab itu saya, kenapa saya nak bangkitkan dalam Dewan Rakyat ini, lubang yang kecil itu dia boleh memudaratkan, boleh menyebabkan nyawa penduduk kita dalam keadaan yang berisiko. Jadi, ia benda yang tak boleh dipandang remeh dan perlu diberikan perhatian.

Perkara terakhir Puan Pengerusi yang saya nak sebutkan adalah Butiran 02001 — Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung. Tahun ini RM135 juta, tahun lepas RM134 juta lebih kurang sama. Saya nak sebut satu saja. Di kawasan Kampung Kering di bawah Parlimen Rasah dan kawasan-kawasan di sekitar Kampung Kering sering, sering kali menghadapi masalah gangguan air. Jadi, piping dia dan sebagainya. Boleh tak — saya pernah sebut tahun lepas dan tahun sebelumnya dalam Dewan yang mulia ini, boleh tak saya mohon budi bicara daripada KKDW masukan Kampung Kering di bawah Parlimen Rasah sebagai antara tempat yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini? Itu saja Puan Pengerusi.

draft • 6:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Butiran 03100, Laporan Ketua Audit Negara telah membangkitkan serta ketidakteraturan dalam empat perolehan estet FELCRA bernilai RM241.67 juta. PAC turut membangkitkan persoalan pembelian estet menggunakan dana dalam tambahan usaha wajar pihak luar.

Persoalan saya adakah empat perolehan estet tersebut telah dirujuk kepada Kementerian Kewangan sebelum perjanjian dimeterai? Apakah status terkini?

Jangan senyum gitu Pengerusi.

[Ketawa] Apakah status terkini siasatan terhadap urus niaga ini dan bilakah hasil siasatan serta tindakan susulan akan dibentangkan di Dewan ini? Mengapa peruntukan pembangunan FELCRA termasuk pinjaman menurun daripada RM600.8 juta pada 2025 kepada RM241.3 juta pada 2027 sedangkan masih terdapat keperluan pembangunan infrastruktur peserta?

Butiran 01100. Walaupun peruntukan mengurus JAKOA meningkat kepada RM95.1 juta pada 2027, peningkatan peruntukan semata-mata tidak bermakna sekiranya masih terdapat penempatan yang belum menikmati bekalan elektrik.

Sebagai contoh Bukit Belacan dalam Kampung Orang Asli Pian dan Kampung Pasu yang sering mengalami masalah yang sama walaupun telah disebut beberapa kali.

Begitu juga dengan kemudahan yang lain. Kubang Pasu ingin bertanya berapakah jumlah kampung dan Pos Orang Asli di seluruh negara yang masih belum dapat bekalan elektrik 24 jam?

Saya juga ingin membangkitkan tentang Akta 134 yang membabitkan orang asli yang terpelihara kebajikan mengikut senarai Persekutuan tetapi kerajaan meletakkan tanah adat mereka di bawah kuasa negeri. Persoalan, atas peruntukan manakah pindaan Akta 134 boleh mengikat kerajaan negeri? Pampasan kini terhad kepada pokok buah-buahan dan getah. Adakah pindaan 134 akan memberi pampasan nilai tanah serta pemilik berdaftar di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Jadi, saya mendapat tahu bahawa Akta 134 telah berada pada kertas Kabinet tetapi belum sampai ke Majlis Raja-raja. Persoalan saya, bilakah RUU Pindaan Akta 134 ini akan di bentang?

Butiran 03200. Belanjawan 2027 memperuntukkan sebanyak RM438 juta berbanding RM4361.13 juta pada tahun 2026. Timbul persoalan apabila KKDW sebelum ini memaklumkan bahawa komitmen dan tunggakan projek jalan luar bandar telah memberi kesan kepada peruntukan bagi beberapa program lain termasuk bantuan pembinaan dan baik pulih rumah golongan miskin, termasuk

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

orang-orang asli. Persoalan saya, berapakah jumlah sebenar peruntukan di bawah Butiran 03200 ini yang dikhususkan untuk PPRS bagi tahun 2027 dan apakah dia termasuk dalam Parlimen Kuala Krau? Berapa jumlah permohonan PPRS yang masih belum diluluskan atau belum dilaksanakan? Apakah ada juga projek ini yang membabitkan projek-projek dalam Parlimen Kuala Krau?

Yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 02100. Saya ingin mendapat penjelasan apakah punca UiTM Tawau yang telah beroperasi hampir 30 tahun, dengar-dengarnya berdepan dengan cadangan penutupan. Mohon penjelasan daripada kementerian. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya bangun. Walaupun saya daripada Pulau Pinang tetapi saya telah membangkitkan perkara ini beberapa kali.

Sebelum itu saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Iniya Deepavali Nalvaazhthukkal kepada semua yang beragama Hindu dan juga kepada masyarakat yang bukan beragama Hindu, marilah kita bersama-sama dalam semangat Malaysia MADANI menyambut hari kebesaran Deepavali ini sebagai satu keluarga.

Tempoh hari saya ingin merujuk kepada Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Terutamanya di Sabah dan Sarawak. Saya pernah pergi ke Sabah dan Sarawak terutama semasa berkempen dan saya lihat bahawa banyak lagi kemudahan yang boleh dinaiktarafkan terutamanya jalan-jalan luar bandar. Sebab itu saya bangun. Saya tidak disuruh oleh siapa-siapa. Tak ada dalang-dalang yang meminta saya tanya soalan ini.

Sebagai Ahli Parlimen yang prihatin, saya bangun untuk tanya soalan kerana kenyataan yang dibuat oleh Menteri, Yang Berhormat Bagan Datuk. Saya baca apa yang telah dinyatakan yang tercatit dalam Hansard, “Terdapat projek-projek tahun 2026 yang telah diarahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian untuk dibatalkan sedangkan peruntukannya telah ada tetapi tidak ada penyaluran dana.” Ini saya sebut betul-betul.

Jadi, yang jadi mangsa ialah Sabah dan Sarawak, begitu juga masyarakat kampung lain di Semenanjung. Saya melihat dalam Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar

draft • 6:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bandar, peruntukan pada tahun 2027 telah ditambah sebanyak RM2.266 bilion. Jadi, berbanding dengan RM2.1 bilion pada tahun 2026, persoalan saya di manakah bukti bahawa projek ini telah dibatalkan?

Kelmarin saya lihat Timbalan Perdana Menteri I yang juga merupakan Menteri kementerian ini, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Yang Berhormat Bagan Datuk dalam satu temu bual telah mengatakan bahawa ada surat yang di mana projek ini telah dibatalkan dan beliau sanggup menunjukkan surat ini bahawa Kerajaan MADANI yang selalu prihatin kepada Sabah dan Sarawak membatalkan projek-projek jalan luar bandar pada tahun 2027.

Jadi, saya ingin tanya. Saya tahu Yang Berhormat Bagan Datuk ini merupakan murid kepada guru, penyokong tegar Yang Berhormat Tambun. Sebab itu saya nak tanya kenapa kenyataan ini dikeluarkan di Dewan yang mulia ini sehingga menimbulkan kemarahan di khalayak semua Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak? So, saya tanya sebagai backbencher yang mempertahankan Kerajaan MADANI.

Saya tahu, Yang Amat Berhormat Tambun selalu prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh kawasan-kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak. Kenapa Yang Berhormat Bagan Datuk membuat kenyataan yang begitu melulu? Kenyataan semberono di Dewan yang mulia ini apabila Timbalan Menteri Kewangan telah mengesahkan dan saya baca. Ini adalah Hansard. Kenyataan penggulungan Timbalan Menteri Kewangan, “Bagi menampung komitmen yang dibuat, Kementerian Kewangan bersetuju meningkatkan peruntukan jalan luar bandar kepada lebih RM2 bilion dalam Belanjawan 2027”.

Sebab itu saya tanya sekali lagi Dewan yang mulia ini. YB Libaran ada. Beliau nak rujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya ingin tanya, adakah ini percubaan Yang Berhormat Bagan Datuk untuk menjatuhkan Kerajaan MADANI?

Adakah percubaan beliau untuk sabotaj kerajaan kita? Ini pertanyaan saya yang ikhlas. So, saya ingin...

draft • 6:23 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Jelutong.

draft • 6:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan, jangan Libaran jangan ganggu. Saya ingin tanya soalan ini.

draft • 6:23 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Jelutong sebentar. Perkara ini dirujuk kepada PAC.

draft • 6:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya Puan Pengerusi, saya memberi butiran-butiran.

draft • 6:23 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Jelutong.

draft • 6:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak membuat serangan peribadi. Saya memberi butiran-butiran. Ini saya mengambil kenyataan- kenyataan Timbalan Menteri Kewangan dan juga kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan Datuk.

[Sambil menunjukkan Hansard] Libaran, tolong check your facts. I will take you all. So, saya bagi tahu sekarang. Saya ingin tanya Jelutong ini tak akan lari daripada cabaran. Jelutong adalah Ahli Parlimen DAP yang mempertahankan Kerajaan MADANI. Kalau kita ingin berkawan, kita perlu ikhlas, jangan main sorok-sorok dan tikam di belakang.

So, saya mohon penjelasan Timbalan Menteri beri penjelasan di mana surat itu. Mana surat yang memberhentikan projek ini bagi Sabah dan Sarawak? Saya mohon penjelasan. Jangan main-main di sini. Terima kasih.

draft • 6:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

draft • 6:23 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan saya untuk membahaskan Belanjawan 2027 Kementerian Desa dan Wilayah. Saya akan membahaskan beberapa perkara.

Yang pertama, KKDW peruntukan RM12.68 bilion bagi 2027 namun peruntukan pembangunan hanya meningkat 0.6 peratus sahaja. Pada masa yang sama, Kementerian Kewangan telah mengakui bahawa peruntukan jalan luar bandar 2026, walaupun ditambah hampir RM1 bilion masih tidak mencukupi untuk memenuhi semua komitmen kontrak.

Persoalan saya, berapakah daripada RM7.8 bilion peruntukan pembangunan 2027 yang diperlukan untuk membiayai komitmen projek sedia ada dan berapakah baki yang tersedia untuk projek baru? Saya juga meminta Menteri menyatakan bilangan projek yang terpaksa dijadualkan semula akibat kekangan peruntukan di Pahang, juga berserta di Maran berserta nilai dan tarikh pelaksanaan baharunya?

Jalan luar bandar saya merujuk kepada Maksud P.22 Butiran 02300, Program Jalan Luar Bandar. Pada 29 Oktober 2026 Menteri Kewangan II memaklumkan peruntukan JLB meningkat pada RM3.1 bilion bagi 2026 termasuk tambahan RM500 juta pengagihan semula RM491 juta.

draft • 6:28 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya ingin bertanya berapakah baki tunggakan sebenar setakat 31 Oktober 2026 mengikut negeri terutama bagi negeri Pahang dan kawasan di Maran dan bilakah semua bayaran akan dilunaskan? Yang kedua, berapakah nilai komitmen JLB yang perlu dibayar pada tahun 2027 dan berapa projek baharu yang ditangguhkan pengeluaran surat setuju terimanya terutamanya bagi negeri Pahang dan di Maran khasnya?

Bekalan air luar bandar KP1 100 peratus tetapi projek masih tertangguh.

Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung. Peruntukan Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung 2027 ialah RM135 juta. Dalam penggulungan pada 29 Oktober 2026, Menteri Kewangan II mengesahkan bahawa peruntukan bekalan air luar bandar antara dikurangkan bagi menampung Projek Jalan Luar Bandar.

Soalan saya, berapakah jumlah peruntukan bekalan air luar bandar yang telah dikurangkan melalui NOC sepanjang 2023 hingga 2026 dengan pecahan mengikut tahun, negeri dan butiran projek dan apakah projek dan peruntukan untuk Maran? Berapakah projek bekalan air luar bandar yang tertangguh setakat Oktober 2026 dan berapa daripadanya terjejas akibat pengurangan peruntukan? Dan apakah jadual penyelesaian mengikut negeri dan berapakah pula projek yang melibatkan di kawasan Parlimen Maran?

Tabika KEMAS daif, keselamatan kanak-kanak, Yang Berhormat Pengerusi.

Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Jawapan Parlimen pada 10 Februari 2026 mengesahkan bahawa sebanyak 557 premis Tabika KEMAS dikenal pasti daif dan uzur sehingga setakat Disember 2025.

Saya ingin bertanya, daripada 557 premis tersebut berapa yang telah dibaik pulih dan berapa yang masih memerlukan tindakan segera terutama dalam Parlimen Maran? Berapakah peruntukan sebenar 2027 bagi kerja baik pulih termasuk laluan melalui butiran lain dan bilakah semua premis berisiko tinggi akan disiapkan dan berapakah jumlah premis di Pahang terutama di dalam kawasan Maran?

FELCRA, Butiran 03100 – FELCRA. Laporan PAC mendapati perolehan empat ladang sawit FELCRA dibuat tanpa penilaian usaha wajar pihak luar sebagaimana diputuskan oleh Lembaga Pengarah. Saya mengambil maklum FELCRA telah memperketat prosedur perolehan. Saya ingin bertanya apakah status pelaksanaan sembilan syor PAC dan adakah laporan pemantauan telah disediakan.

Berapakah pulangan sebenar empat ladang tersebut dan berapakah jumlah ladang

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

FELCRA di seluruh negara dan saya di faham telah ada kilang FELCRA yang telah dijual dan kepada siapa kilang-kilang ini dijual?

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] JAKOA, Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli. Pindaan Akta Orang Asli 1954 sebelum ini disasarkan untuk dibentangkan pada 2026. Namun, tarikh pembentangan yang muktamad masih belum ditentukan. Saya minta perkara ini diberikan perhatian kerana di akhir-akhir ini masyarakat orang asli sering diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu bukan sahaja dalam membangunkan masyarakat itu tapi dalam masa yang sama diambil tanah-tanah milik mereka untuk dijadikan projek-projek khas.

Dan saya ingin bertanya, bilakah pindaan Akta Orang Asli ini akan dibentangkan dan berapakah kampung orang asli yang masih belum diwartakan dan berapa jadual penyelesaian mengikut negeri serta berapakah jumlah perkampungan orang asli yang belum diwartakan terutamanya di negeri Pahang dan di kawasan Parlimen Maran. Dato’ Sri — Tan Sri Pengerusi, saya mohon Menteri memberikan jawapan dengan angka pecahan negeri dan jadual penyelesaian jelas.

Padi menguning di tepi bendang, Air mengalir di hujung desa; Jangan sekadar angka dipandang, Biar rakyat hidup sentosa. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Kuala Pilah.

draft • 6:30 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Kuala Pilah terus merujuk kepada peruntukan di bawah Maksud Pembangunan 22, mencerminkan usaha berterusan kerajaan terutamanya KKDW untuk meningkatkan kemudahan asas memperkukuh ekonomi desa dan memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Kuala Pilah menyambut baik peruntukan sebanyak RM2.266 bilion bagi jalan-jalan luar bandar pada tahun 2027 yang amat penting dalam meningkatkan

draft • 6:34 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

kesalinghubungan serta membuka peluang ekonomi kepada penduduk desa. Kuala Pilah berharap kementerian terus memberi perhatian kepada keperluan penyelesaian komitmen projek sedia ada. Di samping memastikan projek baharu dapat dirancang dan dilaksanakan mengikut keutamaan serta kemampuan kewangan kerajaan.

Dalam hal ini Kuala Pilah ingin memohon perhatian Menteri terhadap dua cadangan projek jalan di kawasan Kuala Pilah. Kuala Pilah ingin memohon pertimbangan kementerian terhadap cadangan projek di bawah Program Jalan Perhubungan Desa, HIP iaitu yang pertamanya ialah Jalan Kuala Pilah 1 melibatkan B3 hingga B4 dan keduanya Jalan Bandar Kuala Pilah 2 yang melibatkan B5 hingga B6.

Kuala Pilah berharap kedua-dua cadangan ini dapat perhatian dalam perancangan pembangunan kementerian. Apakah status terkini penilaian kedua-dua cadangan projek ini dan apakah langkah yang boleh diambil bagi membolehkan projek tersebut dipertimbangkan untuk pelaksanaan? Kuala Pilah ingin menyentuh projek jalan perhubungan jalan negeri JN139 ke jalan negeri 124 yang menghubungkan kawasan Kampung Guntur ke Langkap, Kuala Pilah di bawah RMK12 Rolling Plan Keempat.

Projek ini amat penting kepada penduduk setempat termasuk masyarakat orang asli yang bergantung kepada kemudahan jalan tersebut untuk urusan harian, pendidikan dan ekonomi. Apakah perkembangan terkini pelaksanaan projek ini dan apakah langkah kementerian bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan?

Merujuk Butiran 030400 – MARA. Kuala Pilah ingin merakamkan penghargaan kepada pihak kementerian terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri KKDW dan MARA atas perhatian yang diberikan terhadap cadangan pembinaan semula Bangunan MARA Kuala Pilah. Kuala Pilah dimaklumkan secara lisan bahawa cadangan ini telah mendapat kelulusan dan berharap agar kelulusan tersebut dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Kuala Pilah ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian mengenai status terkini pembinaan semula Bangunan MARA Kuala Pilah ini termasuk perkembangan proses pelaksanaan selepas cadangan ini dimaklumkan telah mendapat kelulusan secara lisan serta bilakah projek ini dijangka dapat dimulakan?

draft • 6:34 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Seterusnya Kuala Pilah merujuk kepada Butiran 01100 iaitu JAKOA. Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Kuala Pilah menghargai komitmen kementerian dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat orang asli melalui penyediaan kemudahan asas dan pembangunan sosioekonomi. Penyediaan jalan, bekalan air, elektrik, kemudahan pendidikan dan kesihatan perlu dilihat dan ditambah baik sebagai suatu pakej pembangunan yang saling melengkapi. Oleh itu, Kuala Pilah berharap kementerian dapat memastikan setiap program pembangunan yang melibatkan orang asli, akses masyarakat orang asli ini kepada kemudahan asas dan peluang ekonomi tanpa ada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan.

Yang Berhormat Pengerusi, Tan Sri Pengerusi, kita lihat setakat ini apabila kita berbahas dalam tahap jawatankuasa ini, begitu banyak sekali sebenarnya pembahas Ahli-ahli Parlimen ingin turut sama berbahas dan bagi membahaskan isu- isu yang melibatkan KKDW ini. Setakat ini sudah lebih 40 orang pembahas dan ia menunjukkan Yang Berhormat Pengerusi, Tan Sri Pengerusi, sebenarnya kementerian ini mendapat tumpuan semua Ahli Parlimen dan semua yang dibangkitkan tadi melibatkan kepentingan-kepentingan luar bandar dalam setiap kawasan mereka. Jadi, ia nya over subscribe, over subscribe. Kalau kita buka lagi tadi saya rasa akan lebih ramai lagi Ahli Parlimen yang akan berbahas dan ia menunjukkan sebenarnya kementerian ini wajar diberikan peruntukan tambahan yang lebih jitu lagi bagi memastikan...

draft • 6:34 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Setuju.

[Tepuk]

draft • 6:34 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat Pengerusi, semua yang dituntut tadi oleh Ahli Parlimen, semua diminta tadi dapat di address sekurang-kurangnya Yang Berhormat Pengerusi, dalam konteks untuk membela luar bandar di dalam kawasan mereka. Jadi isunya, kita melihat rakan- rakan tadi memberi pandangan tentang isu peruntukan yang berlebih. Menggunakan peruntukan yang berlebih dalam kementerian.

Saya rasa Yang Berhormat Pengerusi, Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyarankan di sini. Kuala Pilah ingin menyarankan agar isu ini ia nya dibawa oleh PAC. Kita lihat PAC merupakan suatu Jawatankuasa Khas Kira-kira Wang Negara yang terhasil daripada laporan LKAN, Laporan Ketua Audit Negara tetapi dalam pada masa yang sama aturan peraturan mesyuarat, aturan 77(d) dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen ini, Dewan Rakyat ini, standing order ini membenarkan memberi punca kuasa kepada PAC untuk initiate, dengan izin, prosiding-prosiding memeriksa

draft • 6:34 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

apa-apa jua difikirkan oleh jawatankuasa ini, perkara-perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa PAC ini.

Dan oleh kerana itu, di atas kuasa yang ada itu Kuala Pilah mencadangkan bagi memberikan mungkin penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada isu perkara yang dibawa oleh Jelutong sebentar tadi, isu surat SST, isu penangguhan projek, pembatalan projek, dapat ia nya dijawab di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara kita.

draft • 6:34 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Setuju.

draft • 6:34 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat Pengerusi, Kuala Pilah akhirnya, mengakhiri ucapan dengan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua kaum Hindu yang ada di negara kita ini. Deepavali Valthukkal. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Padang Besar.

draft • 6:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah khususnya dari sudut pembangunan ekonomi komuniti desa dan kawasan sempadan.

Bagi tahun 2027, peruntukan KKDW melalui Kepala Bekalan B.22 dan Kepala Pembangunan P.22 berjumlah RM12.68 bilion. Saya menghargai peningkatan peruntukan ini. Namun persoalan utama ialah sejauh mana setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar meningkatkan pendapatan rakyat memperkukuhkan ekonomi desa dan menyelesaikan masalah asas masyarakat.

Izinkan saya menyentuh beberapa perkara. Pertama adalah peruntukan bagi Butiran 010000 – Pengurusan adalah sebanyak RM11.3 juta. Saya ingin bertanya, apakah indikator prestasi utama yang digunakan oleh kementerian untuk mengukur keberkesanan pengurusan KKDW? Adakah penilaian hanya berdasarkan kadar perbelanjaan dan bilangan program yang dilaksanakan atau turut mengambil kira peningkatan pendapatan isi rumah, pertumbuhan perusahaan desa dan pengurangan jurang pembangunan antara wilayah.

draft • 6:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya mencadangkan supaya kementerian memperkukuhkan pendekatan pengurusan berasaskan hasil dengan setiap program mempunyai sasaran yang jelas dan boleh diukur. Rakyat tidak seharusnya hanya mengetahui berapa banyak program yang telah dilaksanakan tetapi perlu dapat melihat berapa ramai yang berjaya meningkatkan pendapatan, mengembangkan perniagaan atau keluar daripada kemiskinan.

Bagi Butiran 030000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar peruntukan meningkat kepada RM2.08 bilion. Saya ingin menekankan bahawa pembangunan ekonomi luar bandar perlu bergerak daripada pendekatan bantuan bersifat sementara kepada pembinaan ekosistem ekonomi yang lebih berdaya tahan. Bagi kawasan Padang Besar dan Perlis, kedudukan berhampiran sempadan Malaysia– Thailand merupakan satu kelebihan yang belum dimanfaatkan secara optimum.

Aktiviti perdagangan, logistik pelancongan, industri halal, pertanian dan perkhidmatan yang mempunyai potensi untuk mewujudkan peluang pendapatan kepada masyarakat setempat. Hubungan bilateral antara dua negara boleh digerakkan secara tuntas. Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk membangunkan model ekonomi desa yang mengambil kira kelebihan geografi dan sosioekonomi setiap kawasan? Boleh kah kementerian melaksanakan projek rintis pembangunan ekonomi komuniti sempadan di Perlis dengan kerjasama daripada kerajaan negeri, universiti, koperasi, NGO dan pemimpin masyarakat setempat?

Saya juga ingin mengetahui bagaimana kementerian memastikan bantuan kepada usahawan desa tidak sekadar menghasilkan pertambahan penerimaan bantuan tapi benar-benar meningkatkan jualan pendapatan dan peluang pekerjaan.

Saya ingin menyentuh Butiran 03100 – FELCRA khususnya isu tadbir urus dan prestasi kewangan. Untuk makluman, di Padang Besar ada FELCRA Lubuk Sireh yang dekat dengan sempadan dan destinasi pelancongan Wang Kelian.

Merujuk laporan berkaitan pemerolehan empat ladang FELCRA bernilai RM241.76 juta telah menimbulkan persoalan tentang proses usaha wajar, penilaian risiko dan tahap pengawasan kementerian.

Persoalan ini penting kerana FELCRA mengurus kepentingan peserta dan aset yang sepatutnya memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar. Apakah tindakan susulan kementerian terhadap teguran audit dan dapatan PAC berhubung pemerolehan tersebut. Adakah kementerian akan memastikan setiap pemerolehan strategik pada masa akan hadapan mempunyai penilaian yang bebas, usaha wajar kewangan serta pelaporan risiko yang lebih telus?

draft • 6:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung penurunan peruntukan pembangunan FELCRA. Bagaimana kementerian memastikan pengurangan peruntukan ini tidak menjejaskan penyelenggaraan ladang, produktiviti peserta dan keupayaan FELCRA menjana pulangan yang lebih mampan?

Bagi Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai pelaksanaan projek bekalan air luar bandar khususnya apabila terdapat peruntukan yang disemak atau dikurangkan bagi membiayai keperluan pembangunan yang lain.

Kementerian melaporkan pencapaian akses bekalan air bersih yang tinggi.

Namun angka akses tidak semestinya menggambarkan kesinambungan bekalan, tekanan air atau kualiti perkhidmatan yang diterima oleh penduduk. Apabila mekanisme kementerian untuk membezakan antara kawasan yang telah mempunyai sambungan bekalan air dengan kawasan yang benar-benar menikmati bekalan stabil yang berterusan. Bagi projek yang mengalami kelewatan atau perubahan peruntukan, adakah kementerian akan menyediakan senarai projek mengikut lokasi, status pelaksanaan dan jangkaan tarikh siap supaya wakil rakyat atau serta penduduk dapat memantau kemajuan dengan lebih berkesan.

Akhir sekali saya ingin membangkitkan keperluan jalan alternatif Wang Kelian di Perlis. Sebagaimana yang saya bangkitkan dalam Kamar Khas sebelum ini, jalan ni bukan sekadar kemudahan tambahan, ia patut jadi jalan utama bagi alternatif kepada jalan sedia ada mempunyai risiko keselamatan selain menyokong pergerakan penduduk, peniaga kecil dan pelancong ke kawasan Wang Kelian.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah status terkini perancangan dan pelaksanaan jalan alternatif ini? Apakah, adakah kajian teknikal jajaran keperluan pengambilan tanah dan anggaran kos yang telah dimuktamadkan? Untuk laluan sedia ada, dulu saya pernah ada mohon untuk kementerian agar dicat semula garisan putih atau glow in the dark dengan izin kerana laluan sedia ada sentiasa berkabus tebal apabila, terutama apabila hujan tetapi ditangguhkan mungkin sebab bekalan, berlaku tanah runtuh pada waktu itu.

Saya juga mohon kementerian menjelaskan sama ada projek ini boleh dipertimbangkan dalam perancangan pembangunan seterusnya memandangkan kepentingan kepada keselamatan dan pengguna jalan raya serta pembangunan ekonomi kawasan sempadan.

Kesimpulannya Tan Sri, pembangunan luar bandar perlu dilihat sebagai pelaburan strategik negara. Masyarakat desa bukan sekadar penerima bantuan

draft • 6:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

tetapi merupakan penggerak ekonomi, pengeluar makanan, usahawan dan rakan penting dalam pembangunan negara.

Saya berharap, KKDW dapat memperkukuhkan pendekatan yang lebih bersasar, telus berasaskan hasil supaya setiap peruntukan benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Shah Alam.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.22, Butiran 020000 – program Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas berjumlah RM243 juta dan Maksud Pembangunan P.22, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar berjumlah RM2.27 bilion.

Inisiatif pembangunan infrastruktur bagi kawasan kampung dalam bandar perlu untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengecilkan jurang dengan kawasan sekeliling. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tentang skop penyelenggaraan dan kriteria pemilihan projek pembangunan di bawah peruntukan-peruntukan ini.

Mungkin Tan Sri Speaker tertanya-tanya Shah Alam ni ada kampung kah?

Ada Tan Sri. Ada tiga kampung dalam Parlimen Shah Alam, di tengah-tengah ibu negeri Selangor ini iaitu Kampung Kebun Bunga, Kampung Padang Jawa dan Kampung Kuantan. Ni Kampung Kuantan, Klang tapi dalam Parlimen Shah Alam.

Tan Sri Pengerusi, kampung-kampung ini merupakan antara penempatan tradisi yang kini dikelilingi pembangunan pesat dalam bandar Shah Alam yang merangkumi kediaman, pusat komersial, kilang dan juga hab logistik. Namun, pembangunan bandar perlu berjalan seiring dengan peningkatan kemudahan asas penduduk kampung kerana mereka ini adalah merupakan warga yang membentuk dan membekalkan keperluan tenaga sumber manusia yang diperlukan.

Di antara kemudahan dan pembangunan infrastruktur yang perlu diberikan perhatian sudah tentunya berkenaan dengan pembangunan jalan, penyelenggaraan, sistem perparitan yang baik dan tersusun, lampu jalan serta kemudahan awam dan komuniti. Masalahnya Tan Sri Yang di-Pertua, ada sebahagian jalan dan juga lorong kampung ini tidak termasuk dalam senarai layak mendapat peruntukan MARRIS

draft • 6:46 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

untuk penyelenggaraan jalan, tidak juga mendapat perhatian PBT untuk menaik taraf sistem perparitan kerana status kegunaan tanah pertanian dan juga kampung tradisi.

Malah ada kalanya jalan yang dapat peruntukan dan elok diturap pula tidak dapat bertahan lama kerana sistem longkang dan perparitan yang tidak sesuai untuk mengalirkan air ketika berlaku hujan yang terlalu lebat. Ini menyebabkan air bertakung, berlopak dan menyebabkan jalan cepat rosak, yang akhirnya menyulitkan penduduk di kawasan tersebut.

Persoalan saya, adakah kampung tradisi seperti Kampung Padang Jawa dan dua lagi kampung yang saya sebutkan ini berada dalam kawasan pertadbiran PBT, masih layak menerima manfaat peruntukan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah?

Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan isu risiko banjir berulang yang dihadapi penduduk kampung di kawasan tersebut, khususnya berkaitan limpahan Sungai Damansara dan juga Sungai Klang.

draft • 6:46 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Alhamdulillah, kemudahan kolam takungan dan juga rumah pam yang telah siap dibina di Kampung Kebun Bunga dan juga Kampung Padang Jawa sangat banyak membantu bagi mengelakkan berlakunya insiden banjir. Lalu, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan MADANI, kerajaan negeri dan juga agensi yang berkenaan yang telah menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, ada sedikit lagi isu yang menghantui penduduk menjelang musim tengkujuh.

Terdapat saliran dan parit kecil di kampung ini yang berhubung terus dengan Sungai Damansara dan juga Sungai Klang. Kejadian air pasang besar menyebabkan backflow melalui saliran ini. Pertembungan air pasang besar dan hujan lebat boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat. Saya faham mungkin ini termasuk di bawah skop JPS ataupun PETRA. Tetapi dari segi keseluruhannya, dia bukan sahaja melibatkan pintu air ataupun floodgate yang boleh mengurangkan risiko berlakunya banjir, tetapi ianya juga melibatkan sistem perparitan di kawasan kediaman tersebut yang saya kira adalah merupakan satu pembangunan yang seharusnya dilaksanakan secara bersepadu dan dipantau, diselia ataupun dikawal di bawah Kementerian Pembangunan Kemajuan Desa dan juga Wilayah.

Daripada dua isu yang saya bangkitkan ini Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan tiga persoalan utama kepada kementerian. Yang pertama, apakah dasar dan kriteria kelayakan bagi membolehkan kampung tradisi yang berada dalam

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

kawasan bandar ini ataupun pentadbiran PBT menerima peruntukan pembangunan di bawah KKDW?

Yang keduanya, adakah kementerian bersedia untuk mempertimbangkan peruntukan yang bersasar bagi menaik taraf infrastruktur asas di Kampung Padang Jawa, Kampung Kebun Bunga dan juga Kampung Kuantan tersebut?

Dan yang ketiganya, bolehkah KKDW mengadakan penyelarasan bersama kerajaan negeri, pihak PBT dan agensi berkaitan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan kampung-kampung tradisi ini secara keseluruhannya? Mungkin dalam keadaan kalau di Kuala Lumpur ini, kita ada Kampung Bharu, dia ada Perbadanan Kemajuan Kampung Bharu yang melihat kemajuan kampung ini secara keseluruhannya.

Tetapi kampung-kampung yang berada di dalam kawasan bandar seperti di Shah Alam ini, dia kadang-kadang ada bahagiannya itu dia no-man’s-land. Masing- masing tolak. PBT tolak kepada KKDW, KKDW tolak kepada JPS dan sebagainya.

Jadi, perlu ada satu penyelarasan dan saya berharap mungkin oleh kerana statusnya adalah merupakan status kampung, KKDW boleh memainkan peranan sebagai penyelaras kepada kemajuan kampung-kampung tersebut.

Akhir kalam Tan Sri Speaker, sementara kampung-kampung ini menunggu program pembangunan semula yang mungkin mengambil masa yang lama, penduduk terus berhadapan dengan kekurangan kemudahan serta ketinggalan daripada arus pembangunan di dalam Bandar Shah Alam.

Saya ingin menegaskan bahawa pembangunan desa tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kawasan pedalaman ataupun penempatan yang jauh daripada bandar. Kampung tradisi yang kini berada di tengah-tengah pembangunan bandar juga berhak menikmati kemudahan asas, infrastruktur yang berkualiti dan persekitaran yang selamat. Terima kasih Tan Sri Speaker. Deepavali Nal Valthukkal.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Ya, sama-sama kita. Seterusnya, saya jemput Langkawi.

draft • 6:50 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya faham, saya pembahas yang ke-26. Tentu sekali tidak ada jawapan sebentar lagi dan saya amat menghargai jawapan bertulis Yang Berhormat Tan Sri.

Butiran 04100, berhubung dengan KEDA. Soalan saya, berapakah peruntukan KEDA yang dibelanjakan di Langkawi? Apakah pihak — apakah projek pembangunan KEDA yang sedang dilaksanakan? Adakah Pulau Tuba dan kawasan kampung Langkawi termasuk dalam kawasan intervensi pembangunan

draft • 6:53 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

kementerian? Berapakah jumlah penerima bantuan keusahawanan dan peningkatan di Langkawi?

Butiran 00608, berapakah jumlah usahawan wanita luar bandar di Langkawi yang mendapat bantuan MARA atau program keusahawanan desa? Dan apakah kementerian bersedia mewujudkan program khas pembangunan ekonomi wanita Langkawi? Berapakah jumlah usahawan mikro dan PMKS di Langkawi yang menerima pembiayaan, latihan, bantuan peralatan dan sokongan pemasaran melalui MARA?

Butiran 95000 – Program Pembangunan TVET. Adakah KKDW melalui MARA dan institusi TVET bersedia memperkenalkan program latihan kemahiran khusus untuk anak muda Langkawi berdasarkan keperluan industri pelancongan, perkhidmatan, perikanan dan ekonomi digital?

Butiran 03200, berapakah jumlah keluarga miskin dan miskin tegar di Langkawi yang dikenal pasti layak menerima bantuan membina rumah baru atau membaiki pulih rumah melalui Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan berapakah sasaran penerima bagi 2027?

Butiran 02001 – Bekalan Air Luar, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, Butiran 02401 – Ameniti Sosial. Jalan kampung yang rosak, sempit di Pulau Tuba perlu dilihat. Jalan penghubung kawasan pertanian dan perkampungan Tuba, laluan penduduk ke sekolah, klinik dan pusat ekonomi Tuba, saliran dan pembaikan jalan yang sering mengalami kerosakan. Ada sedikit cadangan supaya menaikkan taraf kemudahan asas kampung, menaik taraf jalan kampung dan laluan penghubung, kemudahan jeti dan infrastruktur komuniti melalui penyelarasan agensi berkaitan, bekalan air bersih dan elektrik yang lebih stabil, pembangunan ekonomi komuniti berasaskan pelancongan dan hasil laut.

Butiran 00611 – Program GIATMARA. Isu semasa GIATMARA Langkawi merupakan institusi barisan hadapan yang sangat penting dan melatih anak-anak muda tempatan di pulau ini dengan kemahiran teknikal khususnya dalam bidang automatif, elektrik, hospitaliti dan penyelenggaraan bot atau marin yang amat diperlukan oleh industri pelancongan tempatan.

Namun, pemodenan fasiliti dan peralatan latihan di GIATMARA Langkawi perlu dipertingkatkan Yang Berhormat Tan Sri. Daripada RM19.2 juta peruntukan Progam GIATMARA bagi tahun 2027, berapakah peruntukan dikhususkan untuk menaikkan taraf bengkel latihan, prasarana dan modul kursus di GIATMARA Langkawi?

draft • 6:53 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Butiran 051600 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS.

Tidak ada peruntukan, kosong daripada 2026, RM12 juta. Jadi pertanyaan saya, bagaimanakah program mengemas kini bangunan-bangunan khususnya di Pulau Tuba? Aircond pun tidak ada, kipas pun tidak ada, Yang Berhormat Tan Sri.

Saya juga — Butiran 030400, MRSM. Saya ucapkan tahniah kepada Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf kerana melakukan pemeriksaan mengejut di MRSM dan selepas menerima aduan pada 2024. Tapi saya ingin tahu, apakah status sebenar kerja-kerja pembaikan di MRSM Langkawi? Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dan adakah semua masalah yang dikenal pasti pada November 2024 telah pun diselesaikan?

Bangunan MARA, saya pernah bangkitkan di dalam Dewan ini. MARA mempunyai sebuah bangunan, Plaza Langkawi yang kini menjadi bangunan usang, tempat anak-anak mengambil dadah dan di tengah-tengah Pekan Kuah. Tidak ada dulu, apabila saya bertanya, mereka menjawab bahawa tender sedang — sedang dalam proses tender untuk pembaikan dan akan di-convert menjadi pusat institution. Tapi sehingga sekarang, tinggal banner saja Tan Sri Pengerusi. Terima kasih Tan Sri Pengerusi, saya juga nak berpantun.

Lepas berbahas pergi makan, Makan diminum di kedai Ali; Saya ingin beri ucapan, Ucapan Happy Deepavali.

draft • 6:53 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih YB. Seterusnya saya jemput Sipitang.

draft • 6:53 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam Malaysia MADANI.

Terlebih dahulu Sipitang ingin merakamkan penghargaan setulusnya kepada Dato’ Yang di-Pertua di atas ruang dan peluang untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau ringkasnya KKDW.

Sipitang bangkit di sini bukan buat ke sekian kalinya untuk memberikan pandangan, membawa suara dan harapan serta menyampaikan rintihan rakyat khususnya masyarakat luar bandar di negeri Sabah terutamanya di kawasan pedalaman Sipitang.

Sebahagian besar isu ini bukanlah perkara baharu. Sipitang telah membangkitkannya berulang kali dalam siri perbahasan di Dewan yang mulia ini

draft • 6:59 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

sejak hampir empat tahun yang lalu termasuk dalam perbahasan Belanjawan 2027 baru-baru ini.

draft • 6:59 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Kita tidak jemu-jemu mengulanginya, bukan kerana ketandusan isu tetapi kerana masalah yang sama masih belum menemukan jalan penyelesaian, sedangkan harapan rakyat tinggi menggunung sejak dahulu sampai sekarang.

Tan Sri Yang di-Pertua, dari lubuk hati yang paling dalam, Sipitang merayu kepada pihak kementerian agar dapat kiranya memberikan perhatian yang benar- benar serius terhadap tiga keperluan asas masyarakat luar bandar di Sipitang iaitu jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Kita memohon agar perkara ini dilihat dengan hati yang terbuka, jiwa yang besar dan rasa tanggungjawab yang mendalam dengan mengambil kira hakikat bahawa negara kita ini sudah lebih enam dekad mengecapi kemerdekaan.

Dalam soal bekalan air bersih, Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Sipitang mengingatkan kementerian tentang Projek Bekalan Air Luar Bandar

(BALB), khususnya projek rawatan air di Kampung Usuk, Sungai Lukutan dan Pepolor Sungai Tiga di Sipitang. Projek-projek ini pernah saya bangkitkan dalam siri perbahasan sebelum ini iaitu pada 4 November 2024. Namun sehingga kini, penduduk masih menantikan penyelesaian yang sewajarnya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan angka yang pernah Sipitang kemukakan, seramai 7,319 penduduk melibatkan 1,219 buah rumah di 21 buah kampung di Sipitang masih belum menikmati bekalan air bersih yang sempurna.

Jawapan secara bertulis daripada kementerian bertarikh 6 November 2024 menyatakan projek ini dalam peringkat pelantikan perunding utama (lead consultant).

Iklan perunding LC telah dikeluarkan pada 7 Jun 2024 dan ditutup pada 4 Julai 2024.

Persoalannya, sampai bilakah mereka harus terus menadah harapan?

Sedangkan air bersih ialah keperluan asas untuk sebuah kehidupan yang sejahtera.

Ada keluarga yang terpaksa bergantung kepada sumber air graviti, ada yang mengharapkan hujan, ada yang perlu berusaha mendapatkan air dari sumber yang jauh.

Maka, Sipitang ingin meminta kementerian menjelaskan, apakah status terkini projek-projek BALB yang telah saya sebutkan tadi? Berapakah peruntukan yang telah disediakan? Apakah halangan pelaksanaannya dan bilakah penduduk boleh menikmati bekalan air bersih secara berterusan?

draft • 7:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Beralih kepada isu bekalan elektrik luar bandar, Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah. Kita pernah membangkitkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) menggunakan sistem solar hibrid atau ringkasnya SSH yang melibatkan tujuh kampung iaitu Long Pasia, Long Mio, Ulu Bole, Iburu, Mengayam, Mendulong dan Meligan dengan anggaran 2,875 pengguna. Agensi pelaksana ialah Bahagian Teknikal KKDW, manakala kontraktor NNM13 Sdn. Bhd. yang beralamat di Shah Alam. Projek ini dilaporkan terbengkalai sejak tahun 2019 dengan sembilan kali lanjutan masa atau EOT. Sekali gus, menyebabkan penduduk terpaksa bergantung kepada lampu solar dan generator set sebagai sumber tenaga alternatif.

Khabarnya, kontraktor asal sudah ditamatkan. Namun, kita perlukan kepastian daripada kementerian mengenai hala tuju dan status projek ini. Apakah punca kelewatan? Dan bagaimanakah keadaan aset sedia ada? Serta apakah langkah pemulihan yang akan dilaksanakan? Kita menuntut kementerian menyiasat punca ketirisan projek ini yang sudah tujuh tahun terbengkalai. Kerana sejak dahulu, setiap kali isu ini diangkat, jawapan lisan dan bertulis yang diterima langsung tiada menyatakan langkah yang tuntas dan tegas.

Tan Sri Yang di-Pertua, Sipitang juga ingin membangkitkan isu pada Butiran 051600 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS. Tabika KEMAS Kampung Luagan Sanginan, Beaufort, Sabah sehingga kini masih belum mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa bergantung dan menumpang di bangunan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Luagan Sanginan, Sipitang.

Sehubungan dengan itu, Sipitang ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan sebuah bangunan Tabika KEMAS yang baharu supaya kanak-kanak di kawasan tersebut dapat menikmati suasana pembelajaran yang lebih selamat?

Dalam kesempatan ini, Sipitang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah atas jawapan serta penjelasan yang telah diberikan terhadap soalan saya pada sesi pagi tadi, khususnya berhubung isu pembinaan jalan raya luar bandar di daerah Sipitang. Sesungguhnya setiap jawapan yang diberikan bukan sekadar memenuhi tuntutan sebuah pertanyaan tetapi membawa bersama harapan dan penantian sekian lama rakyat di kawasan luar bandar. Perincian yang dikemukakan berkaitan projek menaik taraf Jalan Kampung Bamban, Mendulong, Meligan serta Jalan Mentulud 1 dan Mentulud 2 amatlah kita hargai.

draft • 7:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Jawapan yang diberikan pada pagi tadi sekurang-kurangnya telah membuka sedikit ruang kelegaan kepada warga Sipitang yang sekian lama menantikan khabar dan nasib jalan-jalan kampung berkenaan. Namun, harapan yang disemai haruslah disusuli dengan tindakan, perancangan dan pelaksanaan yang berterusan.

Sekali lagi Sipitang merakamkan penghargaan kepada pihak KKDW atas perhatian dan maklum balas yang diberikan. Mudah-mudahan jalan yang kita perjuangkan ini benar-benar menjadi kenyataan. Dan bagi warga Sipitang, mereka tidak meminta jalan yang bertakhtakan kemewahan tetapi cukuplah sebuah jalan yang selamat, sempurna dan boleh dilalui dengan penuh keselesaan. Terima kasih di atas perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri yang begitu prihatin. Kebetulan juga, Yang Berhormat Menteri juga daripada Borneo dan faham bagaimana situasi keadaan kita di kawasan pedalaman ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup, Sipitang ingin memetik bidalan Melayu yang menyebut, “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Ini bermakna, setiap kemajuan memerlukan usaha, komitmen dan kesungguhan. Begitu juga dalam soal pembangunan luar bandar, usaha itu perlu disertai dengan keadilan dalam pengagihan sumber dan kesaksamaan dalam pelaksanaan.

Janganlah kerana kampung itu jauh di pedalaman, maka peluangnya jauh dari perhatian. Janganlah kerana penduduknya sedikit, maka perhatian juga sedikit.

Rakyatnya nun jauh di hujung jalan, walaupun kampung kami ada namanya Lubang Buaya dan Kampung Meraba di Sipitang, ianya juga adalah rakyat Malaysia dan mereka juga berhak dan mereka juga tidak boleh berkurang soal bagaimana mereka perlukan prasarana yang sedemikian. Walau sejauh mana pun mereka tinggal di hujung kampung, mereka juga adalah rakyat Malaysia yang harus bersama-sama dalam keadaan yang selesa.

Terima kasih lagi sekali. Sipitang mahu kementerian bukan sahaja memberikan jawapan secara — tentang status projek tetapi juga menyatakan garis pelaksanaan, jumlah peruntukan dan sasaran penyelesaian. Kita mahu projek yang sama terus berulang dalam senarai perbahasan tahun demi tahun tetapi jangan pula tanpa sebarang perubahan. Terima kasih kerana berikan ruang dan kesempatan untuk menyampaikan perbahasan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Kuala Langat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada perkara yang saya ingin sentuh.

Pertamanya, hal ehwal masyarakat orang asli di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). B.22, Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pengupayaan Ekonomi. Butiran 050700 – Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli. P.22, Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Rang Undang-undang Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] pindaan. Mac 2025, kerajaan menjangkakan pembentangan RUU pindaan Akta 134 selewat-lewatnya pertengahan 2026. Persoalannya, apabila saya berjumpa dengan masyarakat orang asli dalam beberapa program, mereka akan bertanya, *“Bila lagi RUU Akta 134

(pindaan) akan dibentangkan?”* Saya melihat pindaan ini amat penting bila melihat isu berkaitan dengan tanah dan hal ehwal yang lain orang-orang asli ini. Apakah langkah penambahbaikan yang dirancang bagi pembangunan orang asli, termasuk di Kuala Langat?

Saya melihat bahawa pendidikan ini adalah satu perkara yang sangat penting bagi kemajuan dan juga peningkatan sosioekonomi orang-orang asli ini. Saya tidak menafikan perkembangan yang lain, termasuk infra dan lain-lain, pendidikan orang asli masih jauh lagi tertinggal dan keciciran masih tinggi lagi, begitu juga dengan ketidakhadiran.

Sebagai contoh di Kuala Langat, kita ada lebih kurang dalam 4,413 Orang Asli daripada 1,960 ketua isi rumah. Dan kita lihat keciciran selepas Tahun 6 ini menghampiri kepada 30 peratus daripada anak-anak orang asli. Begitu juga ketidakhadiran menghampiri 20 hingga 30 peratus ketidakhadiran ke sekolah.

Saya tidak nafikan ada juga yang berjaya, sebab daripada Sekolah Menengah Pulau Carey yang dihadiri oleh orang asli dan beberapa orang Melayu dan juga masyarakat India, ada yang dapat 9A, straight A. Dan mereka ini mengambil mata pelajaran sains tulen yang tidak ada kelas sains tulen pun. Mereka hanya belajar daripada guru yang mengajar Matematik biasa saja, yang saya kira ini boleh dipertingkatkan, terutamanya melibatkan orang asli juga. Sebab itu saya merasakan bahawa pendidikan ini harus diberikan penekanan.

Saya mencadangkan supaya ditambahkan usaha untuk menambahkan lagi guru-guru daripada kalangan orang asli. Terutamanya di peringkat sekolah rendah dan juga prasekolah kerana mereka ini sangat rapat dengan kaum mereka. Jadi,

draft • 7:07 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

apabila kita dapat rangsangkan pendidikan itu, dapat hadir ke sekolah dengan baik selepas peringkat menengah, saya ingat ini akan memberikan impak yang sangat baik, sangat besar.

draft • 7:07 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Begitu juga berkaitan dengan asrama orang-orang asli. Saya melihat ada kejayaan-kejayaan sebelum-sebelum ini apabila ada asrama di Teluk Bunut untuk sekolah menengah ini. Dan, saya kira ini antara perkara yang harus difikirkan apabila juga saya sentuh dalam perbahasan yang lepas untuk menaikkan taraf sekolah K9 kepada K11. Begitu juga kelas-kelas tambahan komuniti ini harus dipertingkatkan dan begitu juga dengan Penglibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta ataupun PIBKS di peringkat pendidikan supaya ia akan memberikan impak yang lebih baik.

Kemudiannya soal sosioekonomi. Sebahagian orang asli di kawasan Kuala Langat ini termasuklah Pulau Carey, Kelanang dan juga Batu Laut adalah nelayan dan mereka ini sangat terkesan dengan aktiviti penyedutan pasir laut dan juga naik taraf Pantai Morib yang hari ini dikenali sebagai Pantai Dato’ Harun Idris dan pendapatan mereka menyusut daripada RM4,000 kepada RM1,000 sebulan.

Dan, apabila ada cabaran yang lebih besar, pembangunan Pulau Carey nanti dengan pendalaman pantai itu akan memberi impak yang cukup besar. Soalnya, apakah mungkin perancangan untuk menaikkan lagi ekonomi kepada masyarakat orang asli yang saya tak nafikan sebahagian mereka ini juga mengusahakan ladang- ladang kelapa sawit tetapi ada satu bentuk yang lain yang mungkin, mungkin pembangunan daripada sudut TVET apabila berlaku pembangunan Pulau Carey dan industri di Pulau Carey itu sendiri, mereka boleh terlibat sama dalam bentuk pendapatan ekonomi kepada mereka, bukan hanya sekadar melihat pembangunan yang ada?

Kemudian, saya menyentuh soal Jabatan Kemajuan Masyarakat ataupun KEMAS, B.22 Butiran 051600 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS yang pada tahun hadapan ditiadakan daripada RM12 juta. Saya tak pasti sama ada ini menyentuh soal penyelenggaraan bangunan-bangunan KEMAS ataupun termasuk juga tadika-tadika KEMAS.

Saya lihat di Kuala Langat, ada status-status tapak-tapak KEMAS ini yang berada di tanah persendirian, tanah kerajaan dan juga tanah PBT. Apakah usaha di peringkat kementerian untuk mewartakan tapak-tapak ini ataupun membangunkan di kawasan-kawasan yang lebih selesa? Dan juga struktur-struktur bangunan kayu

draft • 7:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

yang sepatutnya dia mendapat yang lebih baiklah, bangunan-bangunan yang lebih selesa kepada anak-anak kita ini.

Kemudian, Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Meningkat daripada RM28.8 juta kepada RM81.9 juta. Saya nak bertanyakan apakah justifikasi kenaikan ini? Kalau antaranya adalah jangkaan pertambahan pelajar berusia lima, enam tahun apabila dasar pendidikan Tahun 1 pada usia enam tahun pada 2027, kenapa tiada peningkatan peruntukan Butiran 050900 – Bantuan Makanan Tambahan KEMAS iaitu kekal RM140 juta?

Kemudian, saya berkaitan dengan P.22 Butiran 01707 – Pemasangan Lampu Jalan Kampung. Saya mengharapkan ini akan beralih kepada sistem lampu solar yang saya ingat memberikan impak yang sangat baik, mengelakkan daripada kecurian yang terpaksa ditanggung — kecurian pendawaian yang terpaksa ditanggung pada hari ini.

Kemudian, saya ingin menyentuh berkaitan dengan P.22 Butiran 02300 – Jalan Luar Bandar, yang saya ingat jumlah yang banyak juga diperbahaskan oleh sahabat-sahabat. Cuma saya lihat daripada pemerhatian saya banyak jalan-jalan yang melalui jalan — yang dibangunkan melalui jalan-jalan hak milik yang mempunyai kebenaran right of way menghubungkan antara jalan utama ini.

Tetapi saya tak nafikan, itu ada keperluan tetapi saya melihat jalan-jalan kampung kebanyakan yang saya kira selepas dibangun oleh kementerian ini akan diserahkan untuk didaftarkan MARRIS dan ada peruntukannya. Saya tak pasti apa sebabnya jalan-jalan ini kadang-kadang lebih dibiarkan — seolah-olah dibiarkan begitu teruk sekali, tidak ada pembangunan walaupun mungkin sama ada belum didaftarkan atau apa-apa tetapi saya ingat mungkin peruntukan ini juga boleh dipertimbangkan.

Saya melihat antaranya kalau saya nak sebutkan sebagai contoh di Sijangkang, Jalan Lorong Bahagia, Lorong Berjaya. Ini antara yang saya lihat — saya bangkit di peringkat Dewan juga — Dewan Undangan Negeri Selangor, nampak tidak ada apa-apa perubahan. Jadi, mungkin ini antara boleh yang dipertimbangkan.

Untuk akhirnya Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 11000 – PKPS.

Peruntukan tahun 2026, tahun ini RM8.1 juta, tahun hadapan RM24.4 juta dengan tambahan RM100,000 pinjaman. Saya nak tahu, apakah aktiviti atau program yang dibenarkan untuk penggunaan ini kepada PKPS negeri Selangor kerana sama ada adakah diuntukkan untuk tujuan pertanian, taman kekal pengeluar makanan ataupun mungkin boleh aktiviti-aktiviti lain termasuklah kalau di Selangor kita ada Jualan

draft • 7:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ihsan Rahmah? Sebab itu pun Jualan Ihsan Rahmah ini daripada peruntukan PKPS.

Adakah itu antara aktiviti-aktiviti yang boleh dibenarkan? Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Libaran.

draft • 7:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada B.22 Butiran 030000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar.

Pembangunan ekonomi desa perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pemberian bantuan kewangan atau geran kepada usahawan.

Kawasan luar bandar mempunyai potensi ekonomi pelbagai berdasarkan sumber tempatan meliputi sektor pertanian, perikanan, pelancongan, desa, perusahaan makanan serta industri hiliran.

Namun, potensi ini perlu disokong dengan kemudahan pemprosesan penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran yang mencukupi. Persoalan saya, apakah langkah KKDW untuk memastikan pengusaha desa tidak hanya terlibat dalam pengeluaran bahan mentah tetapi turut menguasai aktiviti pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran produk.

Tan Sri Pengerusi, saya juga memohon kepada apakah mekanisme KKDW untuk menghubungkan produk usahawan desa dengan rangkaian pasaran pasar raya, hotel, syarikat pemprosesan makanan dan pemasaran eksport? Matlamat kita adalah untuk memastikan ekonomi dasar desa bukan sekadar bertahan tetapi berkembang menjadi sebahagian daripada rantaian ekonomi negara.

Merujuk kepada Butiran 040000 – Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan. Satu lagi aspek yang perlu diberikan perhatian ialah pembangunan modal insan, khususnya golongan belia di kawasan luar bandar. Namun, persoalan yang sejauh manakah belia luar bandar diberikan akses yang sama kepada latihan kemahiran dan peluang pekerjaan berkualiti? Mereka juga perlu mempunyai peluang untuk membina kerjaya dan menjana pendapatan di kawasan sendiri.

Dalam hal ini, institusi latihan kemahiran di bawah ekosistem KKDW perlu terus diperkasa melalui kerjasama dengan pihak industri. Kursus yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan pasaran kerja semasa, khususnya dalam bidang teknologi digital, pertanian moden, pemprosesan makanan dan tenaga boleh baharu.

Persoalan saya, apakah mekanisme terperinci kementerian untuk memastikan

draft • 7:05 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

kursus yang ditawarkan benar-benar memenuhi permintaan industri kawasan luar bandar?

Tan Sri Pengerusi, merujuk kepada Butiran 04300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Saya ingin menarik perhatian kementerian kepada keadaan infrastruktur pendidikan awal kanak-kanak di kawasan luar bandar, khususnya kemudahan TABIKA KEMAS di Parlimen Libaran yang daif. Berdasarkan rekod pada tahun 2026, sebanyak 10 buah tadika dilaporkan mengalami kerosakan melibatkan lantai, dinding, tandas, siling dan kemudahan asas yang lain. Apakah status terkini pelaksanaan tambahan baik TABIKA ini serta apakah mekanisme digunakan KEMAS untuk menentukan keutamaan pembaikan TABIKA yang mengalami kerosakan khususnya di luar bandar?

Sehubungan itu, saya berharap KKDW melalui KEMAS mengutamakan kerja memperbaiki dan menaik taraf premis, khususnya bagi kawasan ataupun kerosakan struktur, sistem elektrik, bekalan air serta kemudahan keselamatan kanak-kanak.

Masalah pemilikan tanah dan status bangunan seharusnya terus menangguhkan keperluan pendidikan awal kanak-kanak. Persoalan saya, apakah mekanisme kementerian untuk menyelesaikan isu penyelenggaraan dan premis yang beroperasi di tanah ataupun bangunan milik pihak lain?

Saya sarankan agar pihak KKDW mempertimbangkan pembinaan baharu, penyewaan premis ataupun kerjasama dengan kerajaan negeri dan PBT bagi menyelesaikan lokasi alternatif bagi premis yang tidak lagi ekonomik untuk dibaik pulih. Projek yang telah diumumkan perlu dilaksanakan, projek yang ditangguhkan perlu diberikan penyelesaian dan projek yang dibatalkan perlu dinilai semula berdasarkan keperluan sebenar penduduk.

draft • 7:05 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya juga bersetuju seperti apa Yang Berhormat Kampar katakan dan juga Kuala Pilah katakan, biarlah isu ini kita rujuk kepada PAC. Dan biarlah perkara ini ditangguhkan dan kelebihan yang lebih dibangkitkan oleh Ahli Parlimen lebih baik daripada dibawa kepada Jawatankuasa Peraturan 77.1 dan 77.5 untuk mengelakkan kekeliruan rakyat mendapat jawapan yang betul-betul benar untuk mengelak berbagai tuduhan terhadap Bagan Datuk dan juga biarlah syor penambahbaikan mengenai isu ini daripada PAC. Sekian, terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Saya menerima permohonan daripada dua orang Ahli Yang Berhormat untuk berucap dan saya faham kementerian ini memang dekat dengan kita semua. Jadi, saya nak tanya Tenom dengan Hulu Langat ada di sini?

Kalau begitu, saya berikan Tenom dulu.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha?

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tenom dulu.

[Ketawa]

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tenom, silakan.

draft • 7:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi...

draft • 7:21 PM

Tuan Pengerusi

Masih lima minit Tenom ya.

draft • 7:21 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

...Di atas peluang yang diberikan kepada saya dalam berbahas peringkat Jawatankuasa KKDW. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa kawasan Parlimen Tenom mempunyai Stesen Janakuasa Hidro Pangi yang boleh mendapatkan 66 megawatt sejam ataupun 1,500 megawatt sehari kepada bekalan tenaga elektrik di kawasan-kawasan di Sabah.

Namun, di kawasan Parlimen Tenom masih ada lagi kampung-kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik. Antaranya ialah Kampung Biah Sapong, Kampung Bunut Sapong, Kampung Sungai Empat Sapong, Kampung Marau Sapong, Kampung Ponontomon Bukit, Kampung Lintubong, Kampung Teritip, Kampung Mangkalias, Kampung Pangi dan Kampung Rayoh.

Saya mohon supaya kementerian dapat mengambil tindakan ke atas perkara ini. Dan saya difahamkan juga ada pihak konsultan telah melawat kampung- kampung ini beberapa tahun lepas, namun masih belum lagi ada tindakan daripada pihak kementerian.

Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa.

Saya mohon pihak kementerian memberikan tumpuan kepada usaha untuk menaik taraf dan menyelenggara jalan-jalan desa di Kemabong, Tenom serta Melalap memandangkan kebanyakan jalan desa mengalami kerosakan dan tidak sesuai digunakan kerana dikhuatiri akan memudaratkan penduduk kampung.

Jalan-jalan ini penting kerana ini adalah jalan perjalanan anak-anak ke sekolah, akses rawatan kesihatan dan pengangkutan hasil pertanian. Dalam masa

draft • 7:21 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

yang sama juga, saya mohon perhatian kementerian terhadap keperluan jalan pertanian bagi pekebun-pekebun kecil di Daerah Tenom dan Kemabong. Akses ke kebun yang baik penting untuk memudahkan pengangkutan hasil, mengurangkan kos logistik dan meningkatkan pendapatan mereka.

Justeru itu, Tenom memohon kementerian menyelaras keperluan supaya laluan yang memerlukan pembinaan atau dinaik taraf dapat dikenal pasti dan dipertimbangkan melalui saluran peruntukan yang bersesuaian.

Tuan Pengerusi, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Saya ingin bertanya kepada kementerian, status jalan raya Kemabong-Rundum yang masih lagi belum siap dan bilakah ia dapat disiapkan?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, Butiran 02003. Memandangkan terdapat beberapa buah jambatan gantung di kawasan Kemabong, Tenom dan Melalap yang memerlukan usaha baik pulih dan bina baru khususnya Jambatan Gantung Sungai Rayoh, Jambatan Gantung Sungai Mayang dan juga Jambatan Gantung Kasing. Kesukaran akses penduduk perlu diberikan perhatian melalui penilaian keadaan jambatan tersebut dan penentuan keperluan pembaikan atau pembinaan semula.

Bagi penduduk yang bergantung pada jambatan gantung, kemudahan ini menentukan kelancaran urusan harian dan akses ketika kecemasan. Saya mohon kementerian memperincikan status permohonan, anggaran kos dan pelan tindakan bagi jambatan-jambatan tersebut.

Tenom turut mencadangkan supaya pengurusan pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan jambatan gantung diletakkan di sebuah jabatan yang khusus yang berasingan daripada pengurusan jalan desa atau jalan gravel. Peruntukan tersendiri juga perlu disediakan supaya keperluan jambatan gantung mempunyai saluran pembiayaan yang jelas dan penyelenggaraan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 02004 – Bekalan Air Alternatif.

Berdasarkan maklumat yang diterima, ada beberapa kawasan di Sabah yang masih lagi bergantung 70 peratus — ia masih bergantung kepada sumber air hujan bagi kegunaan harian. Bayangkan kalau kemarau dan juga jika mempunyai bencana, bagaimana penduduk ini untuk mendapatkan sumber air kerana kebergantungan mereka adalah air hujan sahaja? Oleh itu, saya mohon pihak kementerian supaya mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Pembangunan Luar

draft • 7:21 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Bandar (KPLB) Sabah, memandangkan saya difahamkan pihak KPLB telah mengadakan siri lawatan ke daerah-daerah seluruh negeri Sabah pada tahun ini.

Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Butiran 051300 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS. Tenom ingin membangkitkan isu kebajikan Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela. Mereka membantu penyediaan makanan, kebersihan dan keselamatan kanak-kanak.

Tanggungjawab ini memerlukan komitmen yang wajar diberikan pengiktirafan melalui semakan elaun secara berkala ataupun cadangan untuk memasukkan mereka dalam skim perjawatan tetap bagi membolehkan mereka menikmati skim gaji minimum seperti yang diumumkan dalam sesi Belanjawan 2027.

Tenom juga memohon kementerian mempertimbangkan penambahbaikan elaun serta skim perlindungan sosial dan jaminan persaraan yang bersesuaian dengan status lantikan mereka. Kebajikan petugas perlu bergerak seiring dengan usaha meningkatkan mutu pendidikan awal supaya perkhidmatan kepada anak-anak luar bandar terus terjamin.

Dari aspek peralatan dan kelengkapan tabika dan taska KEMAS pula, Tenom mohon agar penilaian menyeluruh terhadap premis di Tenom khususnya keadaan bumbung tandas, pendawaian, bekalan air dan kelengkapan pembelajaran bagi memastikan anak-anak di Tenom mendapat hak terhadap pendidikan dan kondusif dan inklusif.

Tuan Pengerusi, saya mohon agar kementerian mengambil perhatian isu yang saya bangkitkan. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia. Akhir kata, Tenom mohon menyokong. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 7:21 PM

Tuan Pengerusi

Baik, yang terakhir saya jemput Hulu Langat.

draft • 7:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pergi ke kedai bersama Mak Wa, Ayah Mak Wa membawa bas; Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Membenarkan saya untuk berbahas.

draft • 7:27 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Wah.

[Tepuk]

draft • 7:27 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam

draft • 7:27 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

perpaduan, salam Rahmah. Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker kalau nak kata cokmar di bawah, cokmar di atas tapi ini cokmar di bawah Tan Sri Pengerusi.

draft • 7:27 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan, teruskan ucapan, masa.

draft • 7:27 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Tan Sri, dah buka puasa ataupun belum? Ha, sebab saya tahu Tan Sri berpuasa pada hari ini. Selamat berbuka puasa Tan Sri. Kemudian yang keduanya, nak ucapkan syabas dan tahniah kepada kita punya Tan Sri Pengerusi sebab baru-baru ini dilantik sebagai Felo di INTAN. Ha, jadi syabas dan tahniah kita ucapkan kepada kita punya Tan Sri Pengerusi.

Kodnya P.22, 01100 - Jabatan Kemajuan Orang Asli. Di dalam Parlimen Hulu Langat ini, kita ada lebih kurang dalam 52 kampung. 52 kampung ini termasuklah kampung tradisi, Shah Alam. Kampung Baru Cina dan juga Kampung Orang Asli.

Terdapat enam kampung Pasir Gudang, enam Kampung Orang Asli dalam Parlimen Hulu Langat ini yang tidak diwartakan lagi sebagai Kampung Orang Asli.

Jadi, saya nak minta sangat-sangatlah kepada kita punya Timbalan Menteri KKDW kita kalau boleh enam kampung ini saya akan senaraikan untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri KKDW. Kampung yang pertama, Kampung Sungai Lalang Baru. Yang ini dalam Dewan Undangan Negeri Semenyih dalam Parlimen Hulu Langatlah. Kemudian yang keduanya, Kampung Sungai Gabai.

Sungai Gabai ini dia terkenal dengan air terjunnya, di Sungai Gabai ini, Langkawi. Kalau Langkawi itu memang terkenallah kawasan lautnya, ada gunungnya. Di Hulu Langat pun kita ada gunung, Gunung Nuang. Kita juga ada air terjun iaitu di Sungai Gabai. Kemudian, di Sungai Gabai. Kemudian yang ketiganya, Kampung Genting Peras.

Yang keempatnya, Kampung Donglai Baru. Yang kelimanya Kampung Kacau Luar. Kampung Kacau nama dia. Kampung Kacau Luar dan yang keenamnya Kampung Kacau Dalam. Itu yang pertama Tan Sri Pengerusi.

draft • 7:27 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kemudian yang keduanya, kodnya P.22, 02401, pengurusan sampah kampung. Dulu-dulu dekat kampung ini, kita punya sampah kita bakar belakang rumah. Kita tanam belakang rumah tapi anak dah buat rumah dekat belakang rumah.

Kita beralih pula sebelah kanan, jiran pula dah buat rumah. Beralih sebelah kiri, jiran pun dah buat rumah. Jadi, tempat nak buang sampah ini tak ada di kampung- kampung ini.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jadi, kita mintalah kepada pihak kementerian ini kalau boleh, apa sistem yang kita nak gunakan? Yang saya nampaknya, kesudahannya di kampung-kampung ini nanti, Langkawi, Batu Pahat, yang saya nampak Batu Pahat, dah lama tak sebut nama Batu Pahat ini. Jadi, kita sebutlah petang ini kan. Ha, yang saya nampak kaedah yang sesuainya di kampung-kampung ini, dia macam kita buat sistem kita ambil sampah di taman-taman perumahan. Satu minggu itu, lori datang mungkin dua kali ataupun tiga kali. Sebab di kampung-kampung, dia tak boleh percuma lagi dah.

Walaupun kita di peringkat Kerajaan Negeri Selangor ini kita menyediakan RORO tapi kadang-kadang Tan Sri Pengerusi, kadang-kadang yang datang buang tu kadang-kadang yang menanggung durian sebab dekat Langat ini terkenal dengan durian, Tan Sri. Ha, dekat Hulu Langat ini. Yang meniaga lemang, kan? Dia buang sampah dekat situ. Betullah dia buang sampah dekat situ sebab dia tak buang sampah dalam sungai, kan? Dia tak buang sampah di tepi-tepi jalan, dia buang dalam RORO itu.

Cuma, yang meniaga ini sepatutnya dia kena engage lah dengan pihak berkuasa supaya sampah itu sebab dia meniaga, dia ada keuntungan. Sepatutnya sampah itu diambil oleh kontraktor-kontraktor sampah ini. Sebab itu saya mengharapkan agar pihak KKDW dapat melihat apakah sistem yang terbaik. Cuma cadangan daripada saya tadi itu, macam kita buat sistem pengambilan sampahlah yang kita buat di taman-taman perumahan.

Kemudian yang seterusnya, di kawasan-kawasan kampung ini Tan Sri Pengerusi, ini lot-lot lidi ini. Ha, yang ada-ada tanah ini, dia pecah lot-lot lidi ini. Lot Lidi ini dia tak ada kelulusan, satu. Kemudian yang keduanya, dia tak pecah sempadan. Bila yang mengusahakan lot-lot lidi ini nak pinjam bank pun tak boleh, nak jual nanti pun bermasalah, infrastruktur pun tak ada, nama dalam geran pun tak ada. Memang jadi masalah ini. Sebab itu saya nak nasihatkan kepada orang ramailah yang nak beli lot-lot ini supaya tengok betul-betul. Kita tak nak mereka ini tertipu. Ini juga menjadi satu masalah di kampung-kampung ini. Sebab bila banyak sangat orang mengusahakan, maksudnya projek lot-lot lidi ini Tan Sri Pengerusi sebab lot-lot lidi ini dia jual murah, Tan Sri Pengerusi.

Kemudian yang seterusnya, projek tambak tanah ini. Ada orang kampung ini Tan Sri, dia memang betullah kan, dia dapat tanah pusaka daripada datuk dia, daripada nenek dia, ayah dia, emak dia. Kadang-kadang berekar-ekar tanah dia dapat. Tanah ini tak rata, kadang-kadang tanah ini curam kadang-kadang. Jadi, itulah yang kadang-kadang ada kompeni-kompeni yang datang ini, dia ada projek di sana

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

sini ataupun projek di Kuala Lumpur kah, di Putrajaya kah atau di mana-mana kah, dia nak tambak tanah itu.

Di peringkat awalnya memang dia ada tambak tanah, kan? Di peringkat awalnya.

[Merujuk kepada pegawai bertugas] Engkau pegawai, nak sebut nama engkau, tak tahu pula aku nama kau siapa, kan? Di peringkat awalnya memang, dia kata nak tambak dengan tanah. Tanahlah, batullah Tan Sri. Kemudian bila dah tengah-tengah tu, dia masuk pula sampah-sampah pukal, sampah-sampah domestik. Sampah-sampah busuk ini. Itu yang jadi masalahnya itu, Tan Sri. Ha, sebab dia tak buang sampah-sampah domestik ini di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Contohnya macam saya ini, Majlis Perbandaran Kajang. Ini jadi masalah.

Memang kita tahulah sebab tanah yang dia ada itu, tanah itu tanah curam. Mungkin dia nak buat projek perumahan ataupun dia nak buat rumah ataupun dia nak mengusahakan bidang pertanian, penternakan. Jadi, itu dia nak ratakan tanah dia itu. Memang saya pun bersetuju tapi ya lah, kena patuhi syaratlah. Kena maklumkan dengan pihak berkuasa sebab soal berkaitan dengan lori keluar masuk, keselamatan, kebersihan dan sebagainya. Cuma yang jadi masalahnya bila buang sampah domestik, pencemaran bau dan juga pencemaran air.

Itu yang merunsing dan juga membimbangkan kita khususnya saya sendirilah sebagai wakil rakyat dalam Parlimen Hulu Langat. Jadi, kepada teman-teman kita pada 8 hari bulan ini, khususnya macam Jelutong dan juga kawan-kawan yang lain itu yang akan menyambut sambutan Hari Deepavali pada 8 November ini nanti.

Selamat menyambut Hari Deepavali. Deepavali valthukkal. Betul itu Jelutong?

[Tepuk] Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Hulu Langat ialah pembahas terakhir. Sebelum saya menjemput Menteri untuk menjawab persoalan-persoalan telah dibangkitkan, saya ingin membuat sedikit pengumuman dan teguran.

Yang pertamanya, apa yang berlaku pagi tadi telah viral sekarang ini. Jadi, sebab itu saya nak menasihatkan anggota pentadbiran. Jangan datang ngam-ngam untuk menjawab soalan. Sebab kadang-kadang kita ada Yang Berhormat-Yang Berhormat bertanya soalan tetapi disebabkan oleh sesuatu sebab tak dapat dielakkan, dia tidak hadir. Jadi, sudah tentu Speaker akan skip seperti yang berlaku pagi tadi.

Jadi, Menteri ataupun Timbalan Menteri pula ada dekat luar. Dia pun tak tahu dia ikut nama dia lambat lagi. Jadi, bila nombor dia naik, dia pun tak ada. Bila dia tak

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

ada, Speaker akan skip juga. Jadi, ini memberikan satu gambaran yang tak cantik.

Sebab itu saya nak menasihatkan anggota-anggota pentadbiran datang awal untuk berada walaupun nombor anda mungkin lewat lagi. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya juga nak maklumkan pegawai-pegawai khususnya KSU lah, tolong nasihatkan pegawai-pegawai Menteri supaya check dengan urus setia Dewan kerana kadang-kadang last minute nama-nama itu bertukar ataupun nombor soalan itu bertukar disebabkan oleh permintaan Menteri dan sebagainya. Dan kita terpaksa juga melayan kerana sebab-sebab tak dapat dielakkan. Jadi, untuk itu, saya nak mintalah supaya — oleh kerana sekarang ini kita telah pun menjadi autonomi, kita telah pun berada di atas kaki kita sendiri. Jadi, haruslah kita memperbaiki keadaan perjalanan Dewan kita.

Baik, untuk itu saya nak jemput Menteri untuk menjawab semua persoalan- persoalan yang telah dibangkitkan dan saya beri 30 minit dari sekarang. Silakan Menteri.

draft • 5:30 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang kita hormati.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Izinkan saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan MADANI Kelima “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”. Menyusuri lensa pembangunan desa, Belanjawan 2027 merupakan manifestasi ke atas komitmen jitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam memacu transformasi ekonomi desa ke arah ekosistem industri bernilai tinggi.

Di samping itu, penekanan bersasar terus ditumpukan terhadap usaha untuk memperkukuhkan agenda kebajikan sosial termasuk komuniti orang asli, memangkin pembangunan modal insan serta memperkasakan kesinambungan prasarana fizikal dan utiliti asas. Iltizam luar bandar sejahtera memperlihatkan kebersamaan kerajaan

draft • 7:37 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

untuk merapatkan jurang pembangunan agar seluruh warga desa dapat menikmati kemakmuran negara secara saksama.

Justeru, menerusi Belanjawan 2027, KKDW telah diamanahkan dengan anggaran dana peruntukan berjumlah RM12.68 bilion. Pecahan perbelanjaan daripada jumlah tersebut dalam RM4.85 bilion bagi mengurus dan RM7.83 bilion untuk pembangunan. Secara perbandingan dengan Belanjawan 2026 yang berjumlah RM12.4 bilion, Belanjawan 2027 bagi KKDW meningkat sebanyak 2.27 peratus.

Dato’ Pengerusi, Saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada 31 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas, mengajukan pelbagai pertanyaan, cadangan, pandangan kepada KKDW dalam sesi perbahasan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia pada hari ini.

Sesungguhnya penglibatan ramai pembahas menunjukkan bahawa pembangunan kawasan luar bandar masih menjadi agenda dan signifikan dalam pembangunan negara.

draft • 7:37 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Dato’ Pengerusi, saya akan menjawab berdasarkan persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ataupun pembahas-pembahas yang telah pun berbahas tadi. Yang pertama, YB Tuaran yang mana YB Tuaran telah mengemukakan ataupun membangkitkan isu bekalan air luar bandar. Bertanya status projek BALB di kawasan Parlimen Tuaran, yang mana projek bekalan air luar bandar, sistem retikulasi tahun 2018-2019 negeri Sabah, bahagian Kota Kinabalu.

Statusnya adalah dalam pembinaan iaitu mengikut jadual, 31.08 peratus berbanding 33.45 peratus dan ia dijangka siap pada 28 April 2027.

Manakala, projek bekalan air luar bandar kawasan Upper Kiulu dan sekitar Tuaran, Sabah. Status Jabatan Air Sabah, dalam tindakan pengeluaran SST kepada kontraktor. Manakala, projek bekalan air luar bandar di Bukit Giling dan Kampung Ulu Bakut, Tuaran, Sabah. Statusnya dalam pembinaan, yang mana mengikut jadual, 9.73 peratus berbanding 8.5 peratus dan dijangka siap pada 12 Julai 2027.

Manakala, bekalan air luar bandar Kampung Penimbawan dan sekitar Tuaran, Sabah. Jabatan Air Sabah dalam tindakan memuktamadkan dokumen tender, jangkaan tender adalah pada tahun 2027.

Peruntukan bagi projek bekalan air luar bandar disediakan berdasarkan unjuran kemajuan projek. Berdasarkan kajian perunding terhadap unjuran keperluan permintaan air bagi tempoh 30 tahun, kapasiti loji rawatan air yang mengambil air

draft • 7:40 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

dari Sungai Topokon di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Penimbawan dan sekitarnya Tuaran, Sabah adalah sebanyak tiga juta liter. Jabatan Air Sabah sedang mempertimbangkan tapak baharu bagi muka sauk dan loji rawatan air sebagai alternatif terhadap cadangan tapak asal muka sauk dan loji rawatan air projek bekalan air luar bandar di Kampung Kapar dan Kampung Sinalapak dan sekitarnya Tamparuli, Sabah yang mendapat bantahan keras penduduk sehingga projek tersebut terpaksa dibatalkan. Cadangan projek baharu akan dikemukakan oleh Jabatan Air Sabah selepas lokasi tersebut dimuktamadkan.

Seterusnya, YB Tuaran juga mengemukakan tentang peruntukan jalan luar bandar. Peruntukan yang disediakan untuk program jalan luar bandar di bawah Belanjawan 2027 adalah berjumlah RM1.155 bilion yang melibatkan 103 projek.

Sebanyak 62 projek JLB Sabah yang berada dalam peringkat pembinaan dan akan diteruskan pada tahun 2027. Manakala, sebanyak 20 projek yang berada di peringkat pra pelaksanaan ditangguhkan, selaras dengan arahan Kementerian Kewangan pada 10 September 2026 supaya pengeluaran surat setuju terima projek JLB ditangguhkan serta-merta sebagai langkah kawalan perbelanjaan jangka pendek bagi menyelesaikan tunggakan bayaran projek.

draft • 7:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Menteri.

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Kemajuan fizikal Projek Jalan Mantop- Gonepis-Tebobon, Sabah fasa dua sehingga Oktober 2026 adalah mengikut jadual iaitu 33.62 peratus berbanding jadual 24.37 peratus. Projek ini bermula Mac 2024 dan dijangka siap pada Disember 2026. Projek ini diberi pelanjutan masa oleh JKR Sabah sebanyak 273 hari disebabkan proses pengambilan tanah dan mengambil alih utiliti yang belum selesai. Projek menaik taraf Jambatan Sungai Tuaran, Kilometer 1, Jalan Lama Tamparuli–Tuaran, Sabah telah diluluskan pada tahun 2026 dengan kos RM30 juta. Skop projek adalah membina jambatan sepanjang 150 meter. Projek ini telah ditender oleh JKR Sabah pada 16 Oktober 2026 dan dijangka tutup pada 30 November 2026 Projek ini dijangka SST pada suku tahun pertama 2027.

draft • 7:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Menteri, saya minta penjelasan.

Terima kasih kerana mengesahkan projek itu ditangguhkan. Boleh tak saya dapat satu kepastian, tak ada apa-apa projek yang dibatalkan, hanya ditangguhkan kerana SST.

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Untuk makluman Yang Berhormat, projek yang — KKDW telah pun mengambil keputusan untuk mengakur dengan keputusan MOF untuk menangguhkan semua SST yang telah, yang bakal dikeluar, yang akan

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

dikeluar, termasuk program ataupun projek-projek yang sedia untuk ditender.

Memandangkan...

draft • 7:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat, soalan saya.

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Memandangkan - untuk makluman Yang Berhormat, keputusan MOF ini tidak ada garis masa. Tidak ada garis masa. SST hanya valid untuk dua, tiga bulan sahaja. Maksudnya, dalam tempoh enam bulan, kalaulah kita tidak mendapat endorsement lanjut daripada MOF, kementerian, sudah pasti ya, sudah pasti projek berkenaan terpaksa di — tendernya dibatalkan dan kita mulakan dengan proses baharu. Dan mengikut - orang kata, alasan daripada MOF, maksudnya sebab penangguhan SST itu, kita kena dulu stabilkan kewangan.

Maksudnya, peruntukan kita dan kita menjangkakan perkara ini akan terjadi dalam dua, tiga tahun kalau tidak diambil tindakan segera. Jadi, sekiranya kita mengambil - orang kata, satu lagi garis panduan yang digunakan dalam RMK13. Penyediaan projek yang tidak dapat ditender dalam tempoh atau tidak dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, potensi projek itu dibatal adalah tinggi. Terima kasih.

draft • 7:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih atas penjelasan Timbalan Menteri. Tapi alasan daripada Menteri Kewangan ialah peruntukan telah habis dibelanja. Jadi, kalau peruntukan telah habis dibelanja, macam mana boleh keluar SST baharu? Jadi, kita kena tunggu sampai tahun depan, ada peruntukan baharu, kita boleh teruskan. Jadi, saya rasa itu bukan satu projek yang dibatalkan. Itu hanya ditangguhkan sehingga peruntukan baharu dapat pada tahun 2027. Terima kasih.

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

YB Tuaran, YB Tuaran mesti faham dengan...

draft • 7:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya YB Kampar, saya YB Kampar.

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Sorry, saya tadi jawab Tuaran.

[Ketawa] Perlu faham dengan konsep pelaksanaan projek di bawah RMK. Bila melibatkan projek jalan luar bandar, bukan dapat peruntukan tahun ini, kita belanja tahun ini.

Tak. Projek luar bandar ini dia akan merangkumi tiga step. Satu, perancangan. Dua, pelaksanaan dan satu lagi. fasa siap dia, tempoh — yang mana memakan masa dalam lingkungan dua ke tiga, empat tahun dan boleh menjadi lima, enam, 10 tahun.

draft • 7:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Kalau ada isu-isu lain, kalau ada isu-isu lain tentang tapak, tentang bantahan dan sebagainya. Rasa saya, Dato’ Yang di- Pertua, saya tak nak panjang banyak jawapan ini. Dan rasa saya, saya bersetuju dengan cadangan daripada Tampin dan juga - apa nama, itu. Supaya perkara ini

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

dibincangkan ataupun diberi kepada PAC untuk mendapat lebih penjelasan. Sebab kalau saya jawab panjang lebar ini, dari suatu soalan, akan datang satu soalan lagi dan saya tak akan jawab yang lain. Itu jadi isunya.

Jadi, saya berharap Dato’ Yang di-Pertua, kalau bagi ruang untuk saya menjawab lebih ramai pembahas hari ini, maksudnya Yang Berhormat. Rasa saya gangguan jangan bagi sangatlah, yang itu. Jadi seterusnya, Tuaran juga menyentuh tentang projek bekalan elektrik luar bandar iaitu Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon 3 (Tambunan, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran, Membakut, Kuala Penyu dan Beaufort) Negeri Tahun 2022.

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Jadi, status dia masih di peringkat pra-pelaksanaan dan dalam proses perolehan. Peruntukan 2027 adalah RM6 juta. Okey.

Seterusnya, YB Kota Belud. YB Kota Belud juga banyak membawa isu yang pertama berkaitan Projek Jalan Luar Bandar iaitu terdapat lima Projek Jalan Luar Bandar di Parlimen Kota Belud, Sabah yang diluluskan di bawah RMK12 dengan kos keseluruhan RM348.65 juta. Tiga projek daripadanya sedang dalam pembinaan, manakala dua projek dalam peringkat pra-pelaksanaan. Kelima-lima projek ini disambung pelaksanaannya dalam RMK13. Peruntukan dari tahun 2023 hingga 2026 bagi Projek Jalan Luar Bandar adalah seperti berikut.

Untuk negeri Sabah 2023, RM779,382,367. 2024, RM767,600,306. 2025, RM924,749,911. Manakala 2026, RM1,315,025,960 sehingga Oktober 2026.

Untuk makluman Yang Berhormat, membina Jalan Mangkulan–Pinolobuh, Bukit Kota Belud, Sabah telah diluluskan dengan kos sebanyak RM99 juta dan dalam peringkat penentuan reka bentuk konsep. Walau bagaimanapun, seperti tadi, pengeluaran Surat Setuju Terima bagi projek ini ditangguhkan berkuat kuasa serta- merta sebagai langkah kawalan perbelanjaan dalam jangka masa pendek susulan arahan Kementerian Kewangan.

Bagi jalan-jalan yang disebut oleh Yang Berhormat, jalan-jalan yang tidak tersenarai dalam permohonan Kerajaan Negeri Sabah kepada KKDW dalam rolling plan sebelum ini. Justeru itu, Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan jalan-jalan tersebut kepada Unit Perancang Negeri Sabah untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri sebelum diangkat kepada kementerian dan seterusnya Kementerian Ekonomi untuk kelulusan di bawah rolling seterusnya.

Seterusnya, Kota Belud juga menimbulkan tentang jambatan luar bandar.

Jadi, kementerian mengambil maklum mengenai permohonan bina baharu Jambatan

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tanjung Pasir Labuan, Sembirai dan Jambatan Kota Peladok, Payas-Payas tersebut dan akan menjalankan siasatan bagi melihat keperluan teknikal dan anggaran peruntukan yang diperlukan.

Penurunan berkaitan dengan bekalan elektrik luar bandar Sabah, penurunan berkaitan dengan penurunan bajet, penurunan bajet BELB Sabah di bawah kod 01703 bukanlah disebabkan oleh capaian elektrik yang telah lengkap tetapi disebabkan pada tahun 2027, hanya tiga projek sedang dalam pelaksanaan yang memerlukan peruntukan bagi menampung bayaran kemajuan kerja.

Sementara projek-projek lain masih di peringkat fasa pra-pelaksanaan yang tidak memerlukan peruntukan kewangan yang besar pada peringkat ini. Projek baharu yang diluluskan under RP2 adalah sebanyak dua projek dengan siling 2027 berjumlah RM1 juta dan projek sambungan sebanyak 20 projek dengan nilai siling tahunan 2027 sebanyak RM43.8 juta.

Seterusnya, YB Kuala Krai. Kuala Krai ya. YB Kuala Krai...

draft • 7:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, saya cadangkan kalau yang tak ada Dewan ini, kita tak perlu jawab kot mungkin masa yang agak singkat.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Macam mana Dato’ Pengerusi?

draft • 7:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Minta maaf Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Macam mana Dato’ Pengerusi?

draft • 7:50 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

draft • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Apa dia?

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ini cadangan daripada Sik, YB yang tak ada di dalam Dewan. Jawab secara bertulis.

draft • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya rasa petua itu dah dua, tiga kali dimaklum oleh Speaker.

Jadi...

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya akur Dato’.

draft • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi, saya memberi kebebasan Menteri untuk memilih sama ada menjawab. Tapi nasihat saya, yang tak ada dalam ini, tak payahlah.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Yang tak ada lah. Okey, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Kita, YB Kuala Krai tak ada, kita jawab secara bertulis. Seterusnya YB Beaufort. YB Beaufort. Beaufort ada? Okey.

YB Beaufort bertanya tentang jalan dan jambatan bagi penduduk kawasan Halogilat, Beaufort, Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, Sabah Fasa 2 yang melibatkan kawasan Halogilat telah siap dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2019. Projek ini telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai jalan negeri dan diselenggara di bawah peruntukan MARRIS.

Untuk tempoh 2019 hingga 2026, sebanyak lima projek pembangunan jalan luar bandar di kawasan Parlimen Beaufort telah siap dilaksanakan sepenuhnya dengan kos keseluruhan sebanyak RM123 juta. Senarai projek adalah seperti berikut:

(i) naik taraf Jalan Siantan-Kota Kelias, Beaufort, Sabah;

(ii) Jalan Kampung Menumpang ke Kampung Tinambak, Sabah;

(iii) Projek Jalan Kampung Kemansian, Jalan Pesisir Pantai Kampung Menumpang, Kiambor, Kuala Penyu, Sabah;

(iv) naik taraf Jalan Selagon 1, Beaufort, Sabah; dan

(v) Jalan Sangkabok, Tanjung Aru, Sabah.

Permohonan projek-projek pembangunan termasuk Projek Jalan Luar Bandar di bawah kementerian ini dimohon melalui JENDELA Rolling Plan bagi setiap tahun. Yang Berhormat boleh mengemukakan jika ada cadangan baharu Yang Berhormat, boleh dikemukakan kepada Unit Perancang Negeri Sabah terlebih dahulu.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri. Sebenarnya permohonan yang saya sebut tadi itu adalah permohonan baharu. Bukan termasuk yang sudah siap itu.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Itu yang baru dihantar dua tahun yang lepas.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Terima kasih kepada YB Beaufort.

Kita akan semak semula. Cuma, kalaulah permohonan itu dah dihantar dua tahun, tiga tahun yang lepas. Maksudnya, dia bukan keutamaan kerajaan negeri. Namun begitu, sebagai Yang Berhormat, kita ini seorang yang prihatin, orang yang

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

komitmen. Jangan kecewa. teruskan perjuangan untuk memohon projek-projek berkenaan dan jadikan ia prioriti kerajaan negeri berkenaan.

[Tepuk] Seterusnya, YB Dungun. YB Dungun tak ada juga kan?

draft • 7:50 PM

Beberapa Ahli

Tak ada.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, okey tak ada. Kita skip. Kita jawab bertulis Dato’ Pengerusi. Seterusnya, YB Tenggara.

draft • 7:50 PM

Beberapa Ahli

Ada.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

YB Tenggara, dia membangkitkan isu yang pernah ditegaskan sebelum inilah projek jalan baharu yang menghubungkan Kampung Lukut ke Petri Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, projek pembinaan jalan yang menghubungkan Kampung Rantau Panjang ke persimpangan Bandar Petri Jaya, mukim Ulu Sungai Johor, daerah Kota Tinggi, Johor telah diluluskan pada tahun 2024 di bawah Rolling Plan 4 RMK12 dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM50 juta.

Walau bagaimanapun, projek ini telah dikenal pasti mengalami kenaikan kos.

Kenaikan kos. Susulan penyediaan reka bentuk konsep dan Jabatan Kerja Raya Malaysia. Kenaikan kos seperti Yang Berhormat sedia maklum, tidak dapat ditampung dengan siling yang ada pada KKDW dan seterusnya diputuskan agar projek ini dimohon semula dengan kos baharu lebih RM100 juta, Yang Berhormat, lebih RM100 juta kepada UPEN Negeri Johor dan kita akan bawa kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan baru.

Sebab kenaikan kos dia melebihi 100 peratus dan untuk buat NOC ataupun peningkatan kos projek ini, kita perlu lihat siling projek overall KKDW. Kalau dapat tampung, baru kita dapat pertimbangkan.

draft • 7:50 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seterusnya, Tenggara mengemukakan isu tunggakan bayaran JALB yang melibatkan komitmen projek yang telah diluluskan dan dilaksanakan sejak tahun- tahun terdahulu. Seperti Yang Berhormat tahu, tunggakan berlaku apabila kemajuan pelaksanaan dan tuntutan bayaran kontraktor tidak selari dengan peruntukan tahunan yang disediakan.

Projek JALB dilaksanakan mengikut tatacara kerajaan dengan kelulusan projek dan kos oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, manakala pelaksanaan teknikal serta urusan perolehan dilaksanakan oleh JKR. Oleh itu, dakwaan pembayaran kepada pihak tertentu tanpa asas perlu disokong dengan bukti dan dinilai berdasarkan rekod kelulusan perolehan dan pembayaran projek.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Jadi, bagi memenuhi keperluan komitmen bayaran kepada kontraktor, KKDW melaksanakan penyelarasan peruntukan melalui NOC daripada program-program yang mempunyai unjuran perbelanjaan lebih rendah. Penyelarasan ini melibatkan peruntukan tahunan, bukannya pengurangan kos dan juga skop projek. Pendekatan ini selaras dengan syor MOF melalui surat bertarikh 3 September 2025 dan penjelasan Menteri Kewangan II semasa penggulungan Belanjawan 2027 dan 29 Oktober 2026.

Kesimpulannya, Dato’ Pengerusi, penyelarasan NOC bukan bermaksud KKDW mengorbankan program pembangunan lain seperti BALB dan BELB.

Sebaliknya, ia merupakan langkah untuk mengoptimumkan penggunaan peruntukan yang tidak dapat dibelanjakan daripada coding berkenaan bagi memenuhi komitmen projek – bayaran projek JALB tanpa mengurangkan kos dan skop projek lain yang telah diluluskan.

Okey. Seterusnya, Tenggara juga menyentuh tentang kos operasi penyelenggaraan lampu jalan kampung. Peruntukan sebanyak RM135 juta bagi kos operasi dan penyelenggaraan kampung adalah untuk menampung bayaran bil operasi dan penyelenggaraan bagi lampu jalan yang telah dipasang di seluruh Malaysia. Pada masa ini, kementerian menanggung kos operasi dan penyelenggaraan bagi sebanyak 542,089 unit lampu jalan kampung yang dipasang secara berperingkat-peringkat sejak tahun 2022.

Bagi Parlimen Tenggara, sebanyak 430 unit lampu telah dipasang sejak Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung diperkenalkan pada tahun 2022.

Walau bagaimanapun, peruntukan ini khusus untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan lampu sedia ada dan bukan peruntukan khusus bagi pemasangan lampu-lampu baru.

Seterusnya, Jempol. Tenggara ada dua, tiga perkara. Saya bagi peluang YB lain jugalah ya. Ada dua lagi.

draft • 8:00 PM

Beberapa Ahli

Ya, betul, betul.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ada dua, dua lagi. Saya jawab bertulis ya, okey.

Seterusnya Jempol. Jempol mengutarakan tentang peruntukan naik taraf premis dan alat permainan luar KEMAS. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan naik taraf premis dan peralatan permainan luar KEMAS ni sentiasa— adalah untuk keperluan menaik taraf dan membaiki, membaik pulih tabika, taska

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

serta pusat kemahiran komuniti termasuk penyediaan peralatan permainan luar yang selamat dan kondusif.

Sehubungan itu, cadangan menaik taraf lagi premis Pusat Kemahiran Komuniti KEMAS di Kompleks Pusat Sumber Felda Palong 9 akan diberi pertimbangan berdasarkan penilaian teknikal, tahap kerosakan, keutamaan keselamatan serta anggaran kos sebenar tertakluk kepada kelulusan dan kemampuan peruntukan semasa dalam RP2 RMK-13.

Berkaitan dengan peruntukan kerja ukur perimeter tapak tanah premis KEMAS, kementerian mengambil maklum isu status tanah premis KEMAS yang menumpang di atas tanah kerajaan negeri atau milik agensi lain termasuk di Felda Serting Hilir Kompleks.

Sehubungan itu, KEMAS akan meneliti keperluan kerja ukur perimeter dan penyelesaian status tanah melalui kerjasama kerajaan negeri serta pemilik tanah yang berkaitan. Langkah ini penting bagi membolehkan perancangan pembinaan baharu, naik taraf dan baik pulih premis KEMAS dilaksanakan secara lebih teratur, tertakluk kepada keperluan pihak berkuasa tempatan.

Dan seterusnya berkaitan dengan bina baru, baik pulih rumah JAKOA yang diutarakan oleh YB Jempol. Sebanyak RM416.2 juta telah diperuntukkan bagi PPRS untuk tahun 2027 yang akan melibatkan 12,457 unit bina baharu dan baik pulih. Bagi Negeri Sembilan, sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan bagi 46 bina baharu dan 176 baik pulih.

KKDW mengambil maklum permohonan YB dan akan mempertimbangkan permohonan tersebut berdasarkan kelayakan penerima, senarai keutamaan dan ketersediaan peruntukan. Jadi, penetapan kuota adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan bagi negeri-negeri yang kita agihkan peruntukan.

Okey, seterusnya YB Parit ada tak?

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

Tak de.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ha, tak de.

draft • 8:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

YB.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ha?

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

Tak de, tak de.

draft • 8:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

YB, tadi selepas Tenggara sepatutnya Jerantut, Bentong dengan Sik. Then you pindah kepada Jempol. Tahulah hak you sebagai Menteri. Tapi come on lah, kami tunggu lama ni.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

[Ketawa] Saya minta maaf YB.

Sebenarnya saya tak...

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

Sebab Jempol satu parti.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya tak susun ikut pembahas tadi. Saya susun ikut apa yang berdasarkan yang tu. Saya mohon maaf YB ya.

Okey, YB Parit ya berkaitan lampu jalan kampung juga di kampung...[Dewan riuh]. Parit tak da? Okey, Parit tak ada tak apa. Okey, YB Jerai. Jerai pun tak ada?

Okey, Jerai pun tak ada. Okey.

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

YB Batang Lupar, pun tak ada? Okey.

draft • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong ada.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Oh, tunggu jap. YB Bentong. YB Bentong.

Bukan Jelutong, YB Bentong.

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

Tak de.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, tak ada. Okey. Kita jawab bertulis.

Kita akan jawab perkara-perkara ini yang apa yang...

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seterusnya YB ‘Julai’...

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya bersedia tunggu sini sampai Yang Berhormat habis.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, okey.

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi, terserah kepada budi bicara.

draft • 8:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri...

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, saya akur arahan YB Pengerusi.

Kalau saya diberi masa tambahan, saya akan ikut. Tetapi kalau nak suruh terus, saya teruskan.

draft • 8:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya serah, saya serahkan...

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

10 minit.

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya serahkan atas budi bicara Menteri.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey.

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya bersedia tunggu sini sampai mana Yang Berhormat Menteri nak jawab.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Lima minitlah YB ya. Boleh ya?

Yang lain saya akan jawab bertulis. Insya-Allah kita akan jawab. KKDW tidak pernah mengecewakan.

[Tepuk] Tidak pernah mengecewakan. Kita akan jawab secara bertulis kepada YB-YB yang tak sempat.

YB ‘Julai’ pun — Julau pun tak ada. YB Kuala Krau pun tak ada kan? Eh, Kuala Krau ada.

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Setiausaha, lima minit.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

YB Kuala Krau juga menyentuh tentang Program Perumahan Rakyat Sejahtera iaitu berkaitan dengan jumlah peruntukan untuk Orang Asli. Jumlah peruntukan PPRS 2027 seperti yang saya maklumkan tadi, RM416.2 juta.

Bagi PPRS Negeri Pahang, sebanyak RM23.8 juta diperuntukkan bagi 82 unit bina baharu dan 775 unit baik pulih. Peruntukan awal PPRS bagi tahun 2026 adalah sebanyak 413. Walau bagaimanapun — ini untuk 2026 lah Yang Berhormat ya sebab dia tanya tentang peruntukan 2026 dan 2027. Walau bagaimanapun, sebanyak RM200 juta dikurangkan bagi menampung — bagi yang telah di NOC kepada jalan luar bandar.

Untuk makluman YB semua, sebenarnya peruntukan sebanyak RM200 juta ini memang kita tak nak mengecewakan permohonan sebab permohonan untuk PPRS ini memang banyak, memang banyak.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Namun, kita terdapat isu-isu pelaksanaan sebenarnya. Nama bertindih, lulus tak ada tapak, and then, banyak cerita waris dan sebagainya. Sebab itu, ada projek- projek yang terpaksa tertangguh, yang perlu kita siasat semula yang mana sebab itu sejumlah RM200 juta kita terpaksa, orang kata agak — tidak boleh dibelanjalah.

That’s mean, kita boleh NOC kepada jalan luar bandar. Sebab itu, saya maklumkan tadi, kita tak mengorbankan, maksudnya kepentingan satu-satu projek berkenaan. Seterusnya, YB Bentong pun tak ada. YB Baling tak ada kan? Baling pun tak ada, kan?

draft • 8:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Baling pun tak ada.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Baling pun tak ada. YB Baram. Baram pun tak ada. YB Rasah pun tak ada.

draft • 8:10 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Puncak Borneo.

draft • 8:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sekijang, Sekijang.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

YB Jerantut, ya. YB Jerantut.

draft • 8:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Ada.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ini last-lah YB ya. Ada lagi ini. YB Jerantut.

Okey. YB Jerantut pun juga mengemukakan isu berkaitan dengan pemasangan LJK jenis solar LED ya, di kawasan Jerantut, memandangkan Jerantut merupakan kawasan kedua terbesar di negeri Pahang. Bagi pemasangan lampu jalan kampung solar...

draft • 8:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Malaysia, Malaysia.

Semenanjung Malaysia.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Di Malaysia ya, di Parlimen Jerantut sebanyak 30 unit sedang dan dalam pemasangan bagi tahun 2026. Pemasangan tahun 2027 pula sedang dalam penelitian lanjut pihak kementerian. Untuk makluman, sebenarnya lampu jalan kampung solar di Pahang telah diluluskan sebanyak RM500 yang diagihkan mengikut Parlimen-parlimenlah. So, Jerantut ada 30 sebenarnya.

Seterusnya, YB Jerantut juga bertanya tentang jumlah rumah PPRS yang tertunggak. Berdasarkan peruntukan PPRS 2026 sebanyak RM213.13 juta, KKDW telah meluluskan 1,204 unit bina baharu dan 4,866 unit baik pulih di seluruh negara.

Bagi Parlimen Jerantut, yang untuk bina baharu tak ada tetapi 55 unit baik pulih telah diluluskan bagi tahun 2026. Jadi bagi tahun 2027, sebanyak RM416.2 juta telah diperuntukkan bagi PPRS yang dijangka melibatkan 12,457 penerima manfaat di seluruh negara dan belum dimuktamadkan lagi mengikut negeri, ya.

Okey, ada lagi masa. Seterusnya [Dicelah] Okey, seterusnya YB Maran.

draft • 8:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Oh, Maran.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

YB Maran bertanya tentang peruntukan pembangunan 2027 untuk membiayai komitmen projek sedia ada dan berapa baki yang tersedia untuk projek baharu. Yang ini merujuk kepada peruntukan keseluruhan RM7.83 bilion.

Untuk makluman Yang Berhormat, daripada peruntukan pembangunan RM7.83 bilion, sebanyak 182 projek baharu telah diperakukan oleh Kementerian Ekonomi dengan siling berjumlah RM424.2 juta dengan kos keseluruhan berjumlah

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

RM RM2.67 bilion. Manakala, baki berjumlah RM7.4 bilion adalah bagi membiayai 1,453 projek sambungan dengan kos sebanyak RM87.4 bilion.

Dato’ Yang di-Pertua, eh, Dato’ Pengerusi, masa dah habis. Saya akur. Saya akan jawab secara bertulis.

draft • 8:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Satu lagi, minta Sik punya. Ada tak Sik punya? Minta.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Sik ada tapi bawah sedikitlah.

draft • 8:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bolehlah.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tetapi, saya jawab bertulislah, Yang Berhormat ya. Okey.

draft • 8:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya nak dengar di sini ini, nak dengar dalam Dewan ini. Orang Sik nak dengar.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Akhir kata, izinkan saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas pandangan, teguran dan cadangan yang bernilai kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Segala saranan yang dikemukakan diteliti dengan penuh tanggungjawab oleh pihak kementerian demi memastikan setiap sen peruntukan dimanfaatkan dapat menterjemahkan agenda pembangunan desa secara holistik yang mengimbangi kemajuan fizikal dan pembangunan modal insan secara syumul. Pihak kementerian komited untuk memastikan ekosistem luar bandar diperkasakan secara menyeluruh, merangkumi infrastruktur mampan, pemantapan ekonomi lokal serta pengisian nilai dan sahsiah komuniti agar sebuah landskap desa yang madani, sejahtera dan berdaya saing dapat dizahirkan.

Dato’ Pengerusi, akhir sekali saya juga dan juga bagi pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya di seluruh negara.

[Tepuk] Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya pun ambil peluang ini jugalah, ya. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat kerana membangkitkan enam kampung yang hendak diwartakan itu.

draft • 8:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih banyak-banyak kerana prihatin kepada masyarakat orang asli. Keduanya, untuk makluman Hulu Langat, gambar kita ambil berdua tadi, saya dah viral-kan.

draft • 8:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Dato’ Sri.

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, semoga selepas PRU-16, kita dua-dua ada di dalam Dewan ini, insya- Allah.

draft • 8:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Amin Ya Rabbal Alamin.

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Pengerusi, saya cemburu. Lain macam layanan hari ini.

draft • 8:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Macam nak cover, ya? Macam nak cover yang semalam?

[Ketawa]

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Masalahnya ialah wang sejumlah RM4,850,160,200 untuk Kepala B.22 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian dari Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.22 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Masalah kedua pula bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.22 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.22 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, perayaan Deepavali akan disambut pada hari Ahad, 8 November 2026.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua Yang Berhormat, pada warga Parlimen Malaysia dan semua pihak yang menyambutnya. Deepavali Nal Valthukkal. Sila ambil maklum, Dewan tidak bersidang pada hari Isnin dan Selasa depan. Dengan sedemikian, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi.

Oh, maaf. Sebelum itu, terlampau laju sangat.

[Ketawa] Majlis bermesyuarat seperti biasa. Yang — Bentara untuk tindakan cokmar.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tersasul juga jadi Speaker ini.

draft • 8:10 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Dengan sedemikian, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 11 November 2026.

[Mengetuk tukul]

draft • 8:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.19 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026