Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, hari ini kita masih lagi bernafas, diberi ruang untuk hidup. Untuk sesi pada hari ini, kita mula dengan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Singgah ke Bentong membeli halia, Hendak dibawa ke Kuala Kubu; Terima kasih Tuan Yang di-Pertua; Soalan Bentong nombor satu.*
1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapa jumlah peruntukan dan status terkini bagi kelulusan serta pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) atau bantuan perumahan bagi golongan B40 dan keluarga muda di Parlimen Bentong.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca doa]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI kekal komited untuk memperluaskan akses kepada kediaman yang selamat, selesa dan mampu
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
dimiliki (shelter for all) khususnya golongan berpendapatan rendah, B40 dan keluarga muda.
Selaras dengan komitmen ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad terus memperkukuhkan pelaksanaan inisiatif Bantuan Perumahan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membantu golongan sasar memiliki kediaman rumah yang lebih kondusif dan mampu dimiliki.
Program RMR ini Tuan Yang di-Pertua, disediakan khas bagi memenuhi keperluan rakyat yang berpendapatan rendah, B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah yang tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang. Pemohon yang layak bolehlah membina rumah di atas tanah sendiri atau tanah milik keluarga yang telah pun diberi kebenaran berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.
Sukacita dikongsikan kepada Ahli Dewan yang mulia, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, SPNB telah berjaya membina sebanyak 2,774 unit rumah mesra rakyat di negeri Pahang dengan peruntukan berjumlah RM213.14 juta.
Pencapaian ini merangkumi 10.56 peratus daripada keseluruhan 26,260 unit rumah mesra rakyat yang telah pun dilaksanakan di seluruh negara, sekali gus meletakkan Pahang pada kedudukan kelima tertinggi dari segi jumlah pelaksanaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 131 unit rumah telah pun dibina, khususnya di Parlimen Bentong.
Walau bagaimanapun, seramai 769 pemohon masih berada dalam senarai menunggu di negeri Pahang dan angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Dalam Belanjawan 2026, Tuan Yang di-Pertua, SPNB telah pun diperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk pelaksanaan RMR dan ini adalah antara yang tertinggi sepanjang pelaksanaan RMR.
Daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM44.6 juta disediakan bagi pelaksanaan 650 unit rumah mesra rakyat di negeri Pahang dan sehingga kini, 550 permohonan telah pun diluluskan dan 547 unit telah siap dibina manakala tiga unit lagi masih dalam pembinaan. Baki 100 pemohon masih di peringkat akhir proses saringan kelulusan dengan kerja pembinaan dijangka bermula pada 2 November 2026.
Untuk kawasan Bentong, sejumlah 25 pemohon telah pun diluluskan pembinaan untuk tahun 2026 dan daripada jumlah tersebut, 24 unit rumah mesra
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
rakyat telah pun siap dan diserahkan kunci. Manakala satu unit lagi sedang dalam proses peringkat akhir pembinaan. Ahli Yang Berhormat, dalam salah satu fokus Dasar Perumahan Negara 2026–2035 menyatakan untuk memperluaskan akses pemilikan rumah kepada golongan yang sukar mendapatkan pembiayaan perbankan sekali gus memperkukuhkan peranan komuniti. Dalam konteks ini, RMR sebenarnya kita lihat berpotensi tinggi sebagai instrumen bantuan perumahan yang bersasar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, juga— golongan B40 dan keluarga muda juga disediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang dilaksanakan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dan skim ini bertujuan membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memberi rumah dan dia mendapat pembiayaan perumahan melalui jaminan kerajaan sehingga RM500,000.
Dan sehingga 31 Ogos 2026, seramai 63,276 penerima SJKP berumur 30 tahun ke bawah telah pun diberikan kelulusan bersamaan 50.9 peratus, Tuan Yang di-Pertua. Kita juga ada skim Step-Up Financing untuk pembiayaan yang lebih fleksibel, di mana pendapatan rendah pada awalnya kemudian meningkat dan pembiayaan perumahan juga mengikut kepada peningkatan pendapatan peminjam perumahan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang sangat baik dan padat tersebut. Melihat kepada perkembangan rumah mesra rakyat di Bentong ini, nampaknya amat baik. Namun semestinya Bentong mengharapkan ada penambahan kuota untuk di kawasan Bentong bagi tahun 2027 dan memandangkan ada senarai pemohon yang akan bertambah dari masa ke semasa. Itu yang pertama.
Dan yang kedua iaitu di Bentong, kita ada masalah di mana isu projek PR1MA di Lebu di bawah Parlimen Bentong yang mempunyai pelbagai masalah berkaitan dengan selepasnya siap. Projek itu adalah projek sakit kemudian siap. Kemudian ada pelbagai isu yang berbangkit apabila setelah siapnya rumah tersebut seperti kebocoran, kerosakan dan sebagainya. Dan semestinya ia adalah rumah pertama yang diingini oleh pembeli-pembeli dan akhirnya rumah tersebut menjadi mimpi buruk kepada mereka.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Jadi, soalan saya, apakah ada jawatankuasa khas untuk— bagi mekanisme kolaborasi antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang sedang—
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
bagi menggerakkan atau menyelesaikan isu-isu masalah seperti kes PR1MA di Lebu, Bentong ini?
Dan yang terakhir adalah, adakah Projek Perumahan Mesra Rakyat ini dan sebagainya ini, kosnya itu termasuk dalam pembinaan utiliti dan sebagainya?
Kerana kita kerap didatangi oleh pemohon-pemohon, pembeli-pembeli apabila rumah telah siap, mereka didatangi pula masalah tiada utiliti seperti air, elektrik, longkang, saliran longkang dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan yang berkaitan dengan PR1MA Lebu Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Projek PR1MA Lebu ini adalah merupakan sebuah projek di bawah seliaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang hasil kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang lah. Jadi, dia bukan PR1MA yang di bawah KPKT.
Cuma, berdasarkan maklumat yang kita ada daripada peringkat Pahang bahawa penyerahan kunci rumah Rakyat 1Malaysia ini di peringkat fasa 1 telah pun berlangsung pada 7 Oktober, di mana kunci kediaman telah pun diserahkan secara simbolik oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sendiri.
Tetapi, walau bagaimanapun, kita memahami ada beberapa kekangan juga Tuan Yang di-Pertua dan ini sedang diurus selia. Ditanyakan tadi sama ada jawatankuasa wujud? Ada jawatankuasa pemantauan di peringkat Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dan di peringkat kita di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pun sentiasa bekerjasama kerana kita juga sebahagian daripada jawatankuasa tersebut.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
[Bangun]
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Ada pun yang ditanya tentang RMR di peringkat Bentong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, senarai menunggu ataupun pralayak, mereka mohon dan sudah layak ada 25. Dan kalau kita tengok tadi, peruntukan untuk negeri Pahang ada dalam RM44 juta dan boleh membina dalam 660— 680 unit rumah mesra rakyat pada tahun 2027. Saya kira untuk Bentong sudah disebut oleh Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.
Tentulah tidak ada masalah untuk kita memberikan perhatian. Yang paling penting, mereka layak. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Yang Berhormat Maran, silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato’ Sri, sebenarnya dasar pembinaan rumah mesra rakyat ini kalau kita lihat boleh membina hubungan dan talian persaudaraan yang rapat antara keluarga. Kerana, ibu bapa ataupun saudara-saudara boleh mengizinkan orang lain untuk membina rumah di tanah mereka.
Saya ingin bertanya, dulu kalau tak silap saya ada dasar di mana satu tapak tanah boleh dibina lebih daripada satu buah rumah mesra rakyat. Dan saya juga terdengar ada negeri yang telah membatalkan dasar ini. Saya ingin tahu, apakah dasar ini masih berterusan ataupun ada negeri yang mengehadkan pembinaan ini?
Dan juga kalau ya, negeri mana dan apakah tindakan kementerian?
Dan saya juga hendak tahu, adakah projek rumah mesra rakyat ini melibatkan kawasan orang asli? Dan kalau ada, berapa ramai orang asli yang telah terlibat dalam projek perumahan? Kerana dalam fahaman saya, Rumah Mesra Rakyat tidak terhad kepada mana-mana kaum di negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri, untuk menjawab.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana jawapan saya asal tadi, memang rumah mesra rakyat adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Yang paling penting dia ada memiliki tanah sendiri Ahli Yang Berhormat dan dia berpendapatan rendah RM5,000 ke bawah dan tidak ada rumah ataupun rumah sudah usang.
Yang tadi ditanyakan sama ada kita benar mereka— dibina secara berkelompoklah saya kira. Ada satu contoh yang telah pun dibuat iaitu di Parlimen Jelebu dalam 70 unit rumah tak silap saya, telah pun berjalan.
Tetapi, sepertimana juga yang ditanyakan Bentong, kita di peringkat Rumah Mesra Rakyat Tuan Yang di-Pertua, kita hanya bina rumah. Manakala fasiliti yang lain, infrastruktur yang lain adalah di bawah tanggungjawab sama ada kerajaan negeri yang kalau bekerjasama dengan kita ataupun pihak yang mendapatkan rumah mesra rakyat tadilah.
Adapun yang ke depan ini Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, SPNB sedang meneliti inisiatif kolaborasi strategik bersama satunya, agensi kerajaan. Keduanya, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga pihak swasta. Ini adalah untuk kita bertujuan meningkatkan kapasiti pelaksanaan
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
RMR kerana memang permohonan RMR ini tinggi. Tetapi, siling peruntukan yang boleh diperuntukkan oleh kerajaan adalah RM500 juta setahun.
Tetapi, apa pun Tuan Yang di-Pertua, RM500 juta setahun ini adalah yang paling tinggi sepanjang ia dilaksanakan, bermula daripada Rancangan Malaysia Kelapan. Kerana sebelum ini RM300 hingga RM400 juta sahaja Tuan Yang di- Pertua. Bermula tahun 2024, peruntukannya telah pun meningkat ke RM500 juta.
Dan hasil daripada kerjasama kolaborasi nanti, kita mengharapkan supaya kita boleh mempercepatkan penyediaan rumah mesra rakyat ini dan mengurangkan senarai menunggu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Masyarakat orang asli tadi Yang Berhormat.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Of course, masyarakat orang asli adalah warganegara Malaysia. Jadi, di mana sahaja sebenarnya, kalau ada...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ada, saya tanya ada tak ada? Kalau ada, beritahu ada berapa.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Ada.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Berapa ada?
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Kita akan berikan maklumat secara— itu sangat detil Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, okey. Terima kasih Dato’ Sri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Kita boleh bagilah, tetapi tak kira kaum, tak kira mereka berada di mana, mereka adalah rakyat Malaysia dan memenuhi syarat mereka dibenarkan untuk memohon dan sekiranya mereka layak, mereka akan dibantu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut Majlis ke soalan yang kedua.
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.
Pohon kurma tegak berdiri; Burung Merpati terbang berdua, Badal haji tanda bakti; Soalan Kuala Krai nombor 2. Terima kasih.
2. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah mekanisme kerajaan untuk membuat semakan awal terhadap identiti pengiklan, status syarikat, lesen, akaun penerima bayaran serta kesahihan dakwaan pelaksanaan badal haji sebelum iklan tersebut terus dipromosikan kepada orang ramai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Dari Putrajaya ke Kuala Krai; Singgah sebentar membeli roti, Isu badal haji jangan di abai; Amanah dijaga sepenuh hati. Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, sebagai mukadimah suka untuk saya jelaskan bahawa Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menetapkan dasar La Hajja Bila Tasrih yang bermaksud tiada haji tanpa permit dengan menetapkan peraturan yang ketat bagi pelaksanaan ibadah haji, termasuk keperluan memiliki visa dan permit haji yang sah.
Selaras dengan ketetapan tersebut, Lembaga Tabung Haji telah melancarkan kempen “Tiada Visa, Tiada Haji” termasuk bagi individu yang ingin melaksanakan badal haji bagi pihak orang lain. Ketetapan ini perlu diberikan perhatian serius kerana pelaksanaan badal haji bukan sahaja tertakluk kepada syarat dan peraturan Kerajaan Arab Saudi, malah melibatkan kos yang tinggi.
Justeru, penawaran perkhidmatan badal haji pada harga yang terlalu rendah menimbulkan persoalan mengenai kesahihan dan kebolehlaksanaan perkhidmatan tersebut sekali gus meningkatkan risiko masyarakat menjadi mangsa penipuan.
Berhubung dengan mekanisme semakan awal seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, kerajaan melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
(JAWHAR) sedang melaksanakan kajian untuk mewujudkan garis panduan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan badal haji termasuk meneliti aspek kebolehlaksanaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat mahupun individu sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Hasil kajian ini, satu garis panduan akan dibentangkan kepada MKI sebelum dijadikan rujukan kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, JAWHAR dan Tabung Haji juga akan terus mempergiatkan penerangan, kesedaran dan hebahan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
melalui tazkirah di masjid dan surau, kempen di media sosial dan siri jelajah ke seluruh Malaysia.
Di kesempatan ini, masyarakat dinasihatkan supaya menyemak latar belakang penyedia perkhidmatan, kesahihan tawaran dan maklumat penerima bayaran sebelum membuat sebarang transaksi. Sebarang aduan berhubung penawaran perkhidmatan yang mengelirukan atau berunsur penipuan, boleh dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan mengikut peruntukan undang- undang yang berkuat kuasa.
Kerajaan memandang serius sebarang bentuk penipuan yang mempergunakan urusan ibadah untuk mengaut keuntungan. Justeru, usaha memperkukuh garis panduan, meningkatkan kesedaran masyarakat serta kerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, akan terus diberikan perhatian bagi melindungi kepentingan umat Islam dan mengelakkan masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan perkhidmatan badal haji. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Krai, soalan.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam suasana semasa dan dengan peraturan ketat Arab Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, La Hajja Bila Tasrih. Boleh dikatakan mustahil orang yang tiada tasrih atau permit haji untuk masuk ke Arafah. Tasrih pula terhad dan dengan bayaran yang ditetapkan tidak sepadan dengan harga badal haji yang ditawarkan di Malaysia.
Saya ingin menegaskan bahawa isu penipuan badal haji tidak boleh ditangani hanya selepas menerima aduan.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kerajaan perlu punyai mekanisme pencegahan melalui SOP rentas kementerian yang melibatkan pelbagai agensi, pelbagai kementerian termasuk pemantauan iklan di billboard ataupun di media sosial serta pengesahan identiti pengiklan, status syarikat dan kesahihan pelaksanaan ibadah tersebut, atas alasan mempercayai individu atau pelaksana di Arab Saudi, pengurus dan ejen di Malaysia akhirnya berlepas tangan apabila wang rakyat lesap. Jika seseorang itu sendiri tidak mempunyai kelayakan kuota atau tasreh untuk menunaikan haji, bagaimana mungkin boleh diyakini bahawa mereka mampu melaksanakan ibadah haji bagi pihak lain.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Soalan saya, sebelum daripada keluarnya Yang Berhormat sebut tadi SOP atau garis panduan, adakah pihak kerajaan bersedia mengambil pendirian tegas dengan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa sebarang tawaran badal haji yang tidak dapat dibuktikan kesahihan pelaksanaannya merupakan satu bentuk penipuan ataupun scammer yang perlu dibanteras serta mewujudkan SOP penguatkuasaan rentas kementerian tanpa menunggu aduan daripada mangsa. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Sebenarnya saya bersetuju ya dengan apa yang disebutkan oleh Kuala Krai tadi.
Bagaimana mungkin boleh ada pihak-pihak yang menawarkan perkhidmatan badal haji sedangkan untuk mendapatkan permit haji sahaja dengan anggaran kos 10,000 riyal. Bagaimana mereka boleh menjalankan perkhidmatan ini di bawah kos tersebut.
Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai dan untuk makluman semua, sudah ada atau sudah wujud penyelarasan rentas kementerian bersama JPM, MOTAC termasuk dengan PDRM juga untuk kita sama-sama membanteras isu scammer badal haji ini.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Puan Marhamah binti Rosli
Dan suka juga untuk saya menyatakan di sini bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk istilahnya memastikan ya mereka yang menjalankan aktiviti-aktiviti ini tidak berleluasa melalui kempen-kempen yang sedang dijalankan dan saya ingin meminta semua masyarakat ya, untuk mengambil satu kesedaran bahawa badal haji ini bukan sewenang-wenangnya boleh ditawarkan.
(i) pihak yang menawarkan perlu sudah melaksanakan haji wajib terlebih dahulu; dan
(ii) badal haji ini hanya boleh untuk satu individu dan satu penama sahaja.
Jadi, tolong berhati-hati kepada pihak di luar sana agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana tawaran yang diiklankan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Badal haji ini satu ibadah yang sangat baik, atas niat yang baik daripada mana-mana ahli keluarga untuk ibu atau bapa mereka. Tetapi benda ini mudah diseleweng
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
kerana bila dah bayar, pergi ke Mekah, siapa-siapa pun boleh buat dan siapa-siapa pun juga boleh menipu di sana tidak ada kawalan dan sebagainya.
Jadi, soalan saya mengapa tidak Tabung Haji sendiri yang menawarkan perkhidmatan badal haji? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya jawab tadi ya, kerajaan sedang memperhalusi perkara ini dan saya mohon untuk memberikan ruang kepada kerajaan untuk mengemas kini agar kita boleh menyediakan panduan-panduan khusus untuk perkhidmatan badal haji. Dan seperti yang YB sebutkan tadi, kenapa tidak Tabung Haji sendiri yang menawarkan badal haji. Saya ingin menegaskan ya, sekiranya Tabung Haji sendiri tidak menawarkan perkhidmatan badal haji, bagaimana mungkin pihak-pihak lain di luar sana boleh menawarkan perkhidmatan yang tidak ditawarkan oleh Tabung Haji sendiri.
Jadi, saya mohon sekali lagi berhati-hati dan pihak kerajaan sedang mengambil serius tentang perkara ini. Kajian sedang dijalankan, insya-Allah garis panduan akan dibentangkan kepada MKI. Doakan kajian ini berjalan dengan lancar insya-Allah dan saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan sentiasa memandang serius ya tentang isu badal haji ini. Sebab itu JAWHAR sedang melakukan tugas dan tanggungjawab mereka untuk memastikan garis panduan yang disiapkan ini akan memberikan sesuatu yang dapat membantu kerajaan dan pihak masyarakat agar ibadah badal haji ini dapat kita laksanakan dengan sebaiknya, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Apa yang diangkat oleh Yang Berhormat Kulai itu relevan. Saya fikir adalah bersesuaian pihak kementerian memikirkan. Baik, Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 3 .
3. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jaminan kerajaan bahawa pemansuhan AUKU tidak akan mewujudkan kelompangan perundangan atau ketidakpastian dalam pentadbiran universiti dan apakah prinsip utama yang akan menjadi asas kepada One Higher Education Act yang baharu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon agar soalan nombor tiga hari ini dapat dijawab secara bersekali dengan dua pertanyaan yang lain kerana ia menyentuh perkara yang sama berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] AUKU. Pertanyaan- pertanyaan tersebut adalah nombor 22 daripada Yang Berhormat Tampin pada hari Rabu 16 November dan nombor 39 daripada Yang Berhormat Indera Mahkota pada hari Isnin 30 November. Perkara melibatkan Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) 1971 ini juga telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi semasa sesi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Lulus.
Tuan Adam Adli Abd Halim
...Waktu Pertanyaan Menteri pada 8 Oktober 2026 dan sesi penggulungan pada peringkat dasar 27 Oktober 2026. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Diluluskan.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Baik. AUKU 1971 merupakan antara kerangka perundangan utama yang telah membentuk landskap pendidikan tinggi negara sejak lima dekad yang lalu. AUKU bukan sahaja mengandungi peruntukan berkaitan dengan mahasiswa tetapi turut menjadi asas perundangan penting bagi penubuhan dan tadbir urus universiti awam.
AUKU mengandungi sebanyak 44 seksyen di bawahnya, 32 seksyen berkaitan dengan tadbir urus iaitu termasuklah tanggungjawab Menteri, Ketua Pengarah, penubuhan dan perlembagaan universiti. Manakala tujuh seksyen atau 16 peratus daripadanya berkaitan dengan mahasiswa, aktiviti persatuan, tanggungan dan peruntukan tatatertib. Manakala satu seksyen berkaitan dengan staf, empat seksyen berkait dengan hal-hal yang lain.
Oleh itu, pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti perlu dilaksanakan secara terancang dan berfasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang kelompongan perundangan yang juga boleh menjejaskan kesinambungan tadbir urus dan pengoperasian universiti awam.
Sejak pembangunan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035, keperluan untuk memperbaharui kerangka perundangan pendidikan tinggi telah pun diberikan perhatian khusus. Ini termasuk cadangan pembangunan Akta Satu
Tuan Adam Adli Abd Halim
Pendidikan Tinggi ataupun dengan izin, One Higher Education Act yang dimasukkan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia.
Pada 15 Ogos yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan hasrat kerajaan untuk memansuhkan AUKU. Pengumuman ini memberi hala tuju yang jelas untuk meneruskan pembaharuan pendidikan tinggi khususnya dalam memperluas kebebasan mahasiswa dan juga urus tadbir universiti.
Dan susulan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Ogos 2026 telah menetapkan bahawa pemansuhan AUKU perlu dilaksanakan secara tersusun dan menyeluruh.
Ini kerana AUKU turut menjadi asas perundangan bagi penubuhan pentadbiran dan tadbir urus universiti awam. Kita perlu memastikan kesinambungan pengoperasian universiti awam sepanjang proses peralihan ini.
Seterusnya, dalam Forum Ilmuwan MADANI Siri 13 pada 26 Ogos 2026 yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut memberikan penegasan bahawa langkah yang boleh memperluas kebebasan mahasiswa perlu dilaksanakan segera tanpa menunggu keseluruhan proses penggubalan akta baharu ini selesai. Dan dalam hal ini sementara proses penggubalan kerangka perundangan baharu tersebut sedang berjalan, kementerian telah mengambil langkah segera berkuat kuasa 27 Ogos 206 seperti berikut:
(i) penghentian prosiding tatatertib iaitu semua prosiding tatatertib berkaitan dengan kebebasan bersuara, pernyataan, pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman di semua universiti awam dihentikan serta- merta;
(ii) pindaan bersasar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti di mana penelitian terhadap pindaan peruntukan berkaitan dengan pelajar khususnya seksyen 15 hingga seksyen 16B dengan tujuan memperluaskan ruang kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Langkah awal ini adalah komitmen kerajaan dalam memperluaskan kebebasan mahasiswa dengan segera selari dengan usaha pembaharuan menyeluruh landskap pendidikan tinggi negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Bera untuk soalan tambahan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapannya. Ramai yang menganggap AUKU ini hanya untuk
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
pelajar, untuk mahasiswa. Dan itulah isu utamanya iaitu akta yang ada seolah-olah menyekat kebebasan pelajar. Jika berlaku kesalahan, boleh diambil tindakan tatatertib dan sebagainya seperti Yang Berhormat tahu perkara ini.
Jadi, soalan saya apakah jaminan kerajaan bahawa pemansuhan AUKU bukan sekadar memberikan kebebasan secara teori tetapi benar-benar menjamin hak mahasiswa untuk bersuara, mengkritik dasar kerajaan dan menyatakan perbezaan pandangan politik tanpa rasa takut dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Soalan kedua, sejauh manakah akta baharu ini akan memberikan autonomi sebenar kepada universiti khususnya dalam pelantikan Naib Cancelor dan Lembaga Pengarah universiti, pengurusan kewangan, serta keputusan akademik? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Yang Berhormat Bera. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita telah sebutkan awal tadi, pemansuhan AUKU ini tidak seharusnya dilihat secara terasing. Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperbaharui untuk kita laksanakan reformasi yang menyeluruh terhadap kerangka perundangan pendidikan tinggi negara sendiri.
Dan dalam hubungan ini, kita memang sedang meneliti antara lainnya, bagaimana untuk kita menyelaraskan tujuh akta utama yang berkait dengan pendidikan tinggi negara ini. Bagaimana untuk kita semak, selaras dan harmonikan dalam pembangunan kerangka perundangan baharu.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Dan secara umumnya, kita juga pastikan bahawa ada jaminan daripada kerajaan, kerangka baharu ini adalah memang bertujuan untuk mengukuhkan autonomi universiti, kebebasan akademik serta hak mahasiswa dan perkara ini adalah pertimbangan yang mustahak. Ini pertimbangan utama dalam pemansuhan AUKU. Kita pastikan bahawa dalam tempoh kita membangunkan akta baharu ini, kita menjalankan proses konsultasi yang meliputi semua sektor pemegang taruh daripada mahasiswa, ahli akademik dan juga pakar- pakar perundangan.
Ini bagi tujuan untuk kita membangunkan sebuah akta yang boleh dilihat sebagai tanda dan juga komitmen tekad reformasi terhadap akta pendidikan tinggi
Tuan Adam Adli Abd Halim
yang baharu, tidak hanya menggantikan AUKU dengan satu lagi akta yang akhirnya mengekang kebebasan mahasiswa universiti dan juga ahli-ahli akademik kita di universiti. Kita mengambil kira semua kritikan, pandangan dan juga tentu sekali buah fikiran yang telah pun dilontarkan, dan proses konsultasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan kita turut akan melibatkan Ahli-ahli Parlimen serta semua yang lain yang bakal terlibat nanti, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jerlun, okey. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan, telah merangka suatu perundangan baharu, iaitu One Higher Education Act ataupun OHEA, dan telah pun diluluskan di peringkat Kabinet.
Dan persoalan yang ingin saya bangkitkan, dalam usaha untuk memansuhkan AUKU ini dan memperkenalkan OHEA, saya ingin bertanya, dari sudut autonomi universiti, sejauh manakah universiti bebas membuat keputusan sendiri tanpa terikat dengan keputusan Menteri?
Dari sudut akademik, bagaimanakah OHEA boleh melindungi pensyarah daripada tekanan pentadbiran, sama ada melibatkan kenaikan pangkat, atau sebagainya? Dan kuasa Menteri yang boleh membuat sebarang keputusan dan keputusan Menteri itu sudah tentulah muktamad. Dan di akhirnya, dari segi check and balance, ataupun semak dan imbang, siapakah yang memantau? Apabila wujudnya OHEA ini, siapakah yang memantau dan mengawal kuasa pengurusan universiti itu sendiri? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Satu perkara yang boleh kita kemukakan di bawah kerangka One Higher Education Act ini, institusi memang kita akan berikan satu bentuk pemerkasaan autonomi termasuk dari sudut operasi itu sendiri, di mana kakitangan dan soal pengurusan kakitangan, penawaran kursus dan program serta jalinan kolaborasi strategik oleh universiti ini akan diberikan satu mekanisme yang baharu yang diharap boleh memenuhi standard kebebasan akademik yang kita ingin capai. Dan kedua, kita juga bagi tujuan kebebasan akademik, One Higher Education Act ini khususnya akan menyediakan satu status khusus yang melindungi kebebasan ahli akademik agar peranan mereka melangkaui sekadar hubungan asas majikan dan pekerja.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Pada hari ini, sebabnya akta seperti Akta 605 turut dimasukkan sebagai salah satu daripada tujuh akta yang sedang dikaji dan boleh dirangkum di bawah One Higher Education Act, dan kita teliti di mana permasalahannya. Adakah kita boleh wujudkan sebarang majlis ataupun sebarang panel bebas yang boleh meneliti dari sudut pelantikan, keputusan dan juga review terhadap operasi serta perjalanan universiti itu sendiri. Dari sudut autonomi universiti, perjalanan akademik, penawaran kursus, dan sebagainya.
Ini antara perkara yang turut kita akan perjelaskan dalam masa akan datang, sesi-sesi taklimat berkait dengan One Higher Education Act ini, insya-Allah. Kita sedang meneliti dan kita yakin bahawa pandangan-pandangan ini akan membentuk sebuah akta baharu yang bakal meninggalkan satu legasi yang lebih baik buat sektor pendidikan tinggi negara kita selepas ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Menteri. Majlis ke soalan yang keempat, dipersilakan Yang Berhormat Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana penganjuran MAHA 2026 berjaya membuka peluang pasaran baharu kepada usahawan agromakanan tempatan serta inisiatif susulan kementerian bagi membantu produk usahawan yang berpotensi menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 dari 28 Ogos sehingga 6 September dengan tema, “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” telah mencatat beberapa kejayaan. Antaranya ialah pemeteraian 97 memorandum persefahaman
(MoU) bernilai RM10.35 bilion, iaitu melepasi sasaran RM8 bilion yang membuka peluang potensi pasaran baharu kepada seluruh sektor pertanian negara.
Salah satu segmen yang memberi peluang kepada usahawan dalam menembusi pasaran baharu ialah penganjuran segmen MAHA Go Global yang
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
menghimpunkan 40 pembeli antarabangsa dari 16 negara, iaitu New Zealand, Rusia, United Kingdom, Perancis, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mongolia, Uzbekistan, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Korea Selatan, Belanda, Jepun, Thailand, Kemboja dan China serta 20 pembeli tempatan.
Antara kejayaan MAHA Go Global ialah nilai padanan perniagaan (business matching) semasa MAHA Trade Days yang berlangsung dari 1 sehingga 3 September 2026 dengan nilai padanan berjumlah RM714.4 juta antara pembeli dari luar dan— dalam dan luar negara dengan pengeluar dan pembekal tempatan.
KPKM juga melalui kerjasama bersama agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyediakan platform pemasaran, promosi, dan padanan perniagaan bagi memperluas akses pasaran serta peluang perniagaan kepada usahawan. Sepanjang MAHA 2026, sebanyak tujuh memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai melibatkan FAMA, syarikat tempatan serta rakan strategik dengan nilai keseluruhan RM15.56 juta. Di antara syarikat yang terlibat adalah seperti yang berikut, seperti yang KS Dessert (M) Sdn. Bhd. dengan Guangzhou Bi'An Technology Co. Ltd. Berhad; dan KS Dessert (M) Sdn. Bhd.
dengan Henan Chamber of Commerce; Tastiway Sdn. Bhd. dengan SS Halal Co.
Ltd. dan sebagainya.
Hasil dan impak daripada penganjuran MAHA 2026 juga membolehkan usahawan agromakanan tempatan mengembangkan potensi mereka dengan pendedahan kepada teknologi baharu serta akses kepada latihan, pembiayaan, dan inisiatif KPKM yang tersedia. Contohnya, akses pembiayaan melalui Program Agropreneur NextGen (PAN) yang menyediakan geran Start-up sehingga RM30,000 dan geran Scale-Up sehingga RM50,000. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan jawapan yang panjang lebar. Saya ingin menyentuh mengenai pengkomersialan hasil inovasi agromakanan yang dipamerkan dalam MAHA 2026.
Soalan tambahan saya, sejauh manakah kementerian mempunyai mekanisme susulan untuk memastikan inovasi tersebut benar-benar berjaya dikomersialkan dan menembusi pasaran domestik serta antarabangsa, bukan sekadar berakhir dengan produk pameran? Khususnya Yang Berhormat Menteri, apakah pendekatan bersepadu kementerian untuk membantu usahawan kecil
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
mengatasi kekangan pematuhan piawaian, persijilan dan syarat akses pasaran termasuk keperluan halal, keselamatan makanan, pembiayaan serta kapasiti pengeluaran komersial?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dan apakah kementerian menetapkan sasaran yang boleh diukur mengenai bilangan inovasi MAHA 2026 yang berjaya memasuki pasaran dalam tempoh setahun selepas penganjurannya? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, terima kasih. Untuk menjawab soalan untuk macam mana kita memperkukuhkan pengkomersialan produk agromakanan tempatan susulan sempena MAHA 2026 ini. Sebagai mekanisme susulan, FAMA memanfaatkan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas khususnya yang butiran pembangunan pasaran dan padanan produk mikro IAT bagi meningkatkan kebolehpasaran produk melalui penambahbaikan kualiti, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan. Bagi tahun 2027, projek ini menyasarkan pembangunan keupayaan 100 usahawan industri kecil dan sederhana
(IKS), penyertaan dalam dua pameran perdagangan serta pengukuhan jenama bagi memperluaskan pasaran produk agromakanan tempatan.
Untuk pasaran antarabangsa, FAMA selalu melaksanakan Projek Pemerkasaan Eksport dan Keusahawanan Global atau ringkasannya GLOBEX. Ini untuk membangunkan keupayaan keusahawanan serta pembekalan produk yang berorientasikan eksport. Pada tahun 2027, projek ini kita menyasarkan dua simulasi dan percubaan eksport, empat misi perdagangan, pembangunan enam produk pensijilan eksport, lapan sesi pitching dan kursus bimbingan serta pembangunan empat ejen pemasaran luar negara melalui kerjasama syarikat pengurusan eksport.
So, inilah di antara langkah-langkah yang kita telah mengambil untuk menolong usahawan-usahawan kita untuk menembusi pasaran di antarabangsa.
Sebagai contoh, kita akan mengetuai rombongan FAMA in pergi menyertai dalam acara ataupun Program Asia Fruit Logistica di Hong Kong, misi pasaran Afrika ke Ghana dan misi pasaran China di Beijing dan seterusnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dari segi konteks hala tuju kementerian dalam memperkasakan
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
agenda keterjaminan makanan domestik menerusi pemantapan rantaian bekalan usahawan tani tempatan secara digital yang berasaskan pencapaian pasaran MAHA 2026.
Dan soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimanakah kementerian menyelaras peranan agensi seperti FAMA dalam kita menyediakan ruang pemasaran fizikal yang mapan seperti Agro Bazaar ataupun pasar tani kekal bagi usahawan di luar bandar yang berpotensi besar tetapi masih belum lagi mempunyai keupayaan bersaing di pasaran digital? Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, untuk usahawan tani di kawasan luar bandar.
FAMA ia ada pejabat di setiap daerah. So, yang pertama itu saya ingin menyeru kepada usahawan-usahawan tani tersebut untuk menyertai dalam program bimbingan usahawan di bawah FAMA.
Dan dari sana kita akan membekalkan peluang untuk akses pasaran. Okey, seperti contohnya di pasar tani yang anjuran FAMA dan juga anjuran Program Jualan Agro MADANI. Ini di antara peluang yang kita berikan kepada usahawan luar bandar untuk pasaran tempatan.
Kalau untuk pasaran di antarabangsa, usahawan tersebut dia kena meningkatkan kualiti produk mereka dan juga meningkatkan daya saing mereka.
Apabila pada masa yang sesuai kita mendapati bahawa pelabelan dan juga ini packaging untuk produk-produk mereka sangat memuaskan, kita akan membawa mereka ke pasaran luar antarabangsa seperti contoh akan menyertai agro feast Singapore. Ini di antara pendekatan kita untuk memanfaatkan kepada usahawan- usahawan tani kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih, Dato’ Dr.
Speaker, soalan Sri Gading nombor 5.
5. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Perdana Menteri menyatakan apakah 25 peratus syor Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji yang belum dilaksanakan oleh Tabung Haji dan berapakah tempoh sasaran serta pelan tindakan bagi memastikan kesemua baki syor tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum itu, saya memohon izin untuk memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini terdapat dua buah buku mengenai wakil rakyat dan Parlimen dan rukun negara tulisan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk tatapan Yang Berhormat sekalian. Semoga bermanfaat.
[Sambil menunjukkan dua naskhah buku] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi pencerahan dan penjelasan yang sebaiknya memandangkan terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pendang soalan bertarikh 4 November, Yang Berhormat Kubang Pasu 30 November dan Yang Berhormat Pulai 3 Disember bertanyakan soalan yang sama berkaitan status dan pelaksanaan syor RCI. Saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk soalan-soalan ini dijawab bersekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Lulus.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, RCI berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga tahun 2020 telah mengemukakan 25 syor penambahbaikan yang merangkumi aspek tadbir urus, pengurusan kewangan dan pelaburan, pengurusan risiko, pelaporan serta pengukuhan kerangka institusi Tabung Haji. Daripada jumlah tersebut, 17 syor yang berada di bawah tanggungjawab pelaksanaan oleh Tabung Haji, manakala lapan syor lagi melibatkan tanggungjawab pelaksanaan pihak lain termasuk Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.
Tabung Haji telah mula melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan melalui pelan pemulihan sejak tahun 2018 lagi. Hasil daripada inisiatif ini, pelbagai kesan positif yang telah dapat dicapai terutamanya dari sudut tadbir urus yang lebih kemas, berintegriti, pengurusan kewangan yang mampan, pembinaan rizab yang lebih kukuh, kawalan kos haji yang stabil, penyampaian perkhidmatan urusan haji yang cemerlang.
Setakat ini, Tabung Haji telah melaksanakan 76 peratus syor RCI iaitu 13 daripada syor di bawah tanggungjawabnya. Syor yang telah dilaksanakan
Dr. Zulkifli bin Hasan
merangkumi penambahbaikan dalam aspek tadbir urus, pelaporan kewangan, pengurusan pelaburan dan risiko serta proses membuat keputusan.
Antara tindakan yang telah diambil berdasarkan syor RCI adalah mengguna pakai sepenuhnya piawaian perakaunan selaras dengan pengesyoran RCI dan pengumuman kadar agihan keuntungan berdasarkan penyata kewangan diaudit sejak tahun 2022.
Seterusnya, berkaitan pemberian bonus tinggi, audit forensik dan penguatkuasaan. RCI telah mengesyorkan pemberhentian amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan. Ingin dijelaskan di sini, Tabung Haji telah mengambil tindakan dengan mengamalkan keseluruhan institusi dan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) Tabung Haji dan anggotanya. Perkara ini juga tertakluk kepada kelulusan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama dan juga Menteri Kewangan.
Berkaitan pengesyoran RCI dari aspek pengurusan haji terutamanya dari aspek kelayakan haji dan tempoh masa menunggu giliran haji. Baru-baru ini Tabung Haji telah melancarkan Pelan Persediaan Haji Seruan Istito’ah untuk membantu umat Islam membuat persediaan menunaikan haji secara lebih awal, sistematik dan terancang. Dengan inisiatif ini, Tabung Haji menjangkakan tempoh menunggu giliran haji akan dapat disingkatkan kepada satu jangka waktu yang lebih munasabah berbanding kaedah sebelum ini yang memakan masa sekitar 150 tahun kepada 70 tahun. Saya ambil sedikit masa untuk satu perenggan lagi.
Baki empat syor yang masih dalam tindakan Tabung Haji melibatkan perkara berkaitan pindaan Akta Tabung Haji termasuk peraturan-peraturan berkaitan seperti tatatertib dan lain-lain serta skop kawal selia Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti yang juga berhubung kait dengan pindaan kepada Akta Tabung Haji.
Dan alhamdulillah, kerajaan dan Tabung Haji akan terus memantau kemajuan pelaksanaan setiap syor ini bagi memastikan pembaharuan yang dilaksanakan benar-benar dapat memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti, pengurusan risiko dan kemampanan kewangan Tabung Haji. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Dato’ Speaker dan juga kepada Menteri yang telah memberikan penjelasan yang panjang.
Alhamdulillah, daripada 11 Ogos permulaan RCI ini dibahaskan di dalam Parlimen.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dan pada hari ini 4 November, kita telah dapat mendengar daripada 17 yang di bawah syor RCI yang sepatutnya diusahakan ataupun diambil tanggungjawab oleh TH. Manakala 48 lagi adalah daripada pihak lain. Tahniah kepada TH yang telah berjaya daripada 17 itu, dapat laksanakan 13 daripadanya.
Persoalan daripada Sri Gading. Daripada baki 24 peratus syor yang masih lagi dalam keadaan belum dapat dilaksanakan, adakah dia melibatkan kewangan pendeposit di mana ia nya selalunya diperbahaskan? Dan juga apa yang telah disebut tadi tentang perkara tindakan tatatertib yang belum dilaksanakan, adakah ia nya satu halangan yang besar menyebabkan tindakan itu tak dapat dilaksanakan?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tersebut berkenaan dengan pendeposit dan juga berkenaan dengan pindaan Akta Tabung Haji. Jadi, ada beberapa perkara yang masih lagi di peringkat kajian dan juga perbincangan untuk memperkemaskan lagi usaha pindaan Akta Tabung Haji.
Dimaklumkan di sini bahawa Tabung Haji sudah pun menubuhkan task force, jawatankuasa khas yang disertai oleh Bank Negara Malaysia, Gabenor dan juga Timbalan, Securities Commission, the Chairman, Pengerusi dan juga Timbalan, termasuk juga Pengerusi Tabung Haji dan juga CEO Tabung Haji. Setakat ini sudah beberapa kali perbincangan dilaksanakan. Jadi selain itu, kita juga ada jawatankuasa teknikal. Jawatankuasa teknikal ini yang dianggotai oleh management level ataupun pihak pengurusan daripada Bank Negara Malaysia, daripada Tabung Haji dan juga daripada Securities Commission. Ingin saya kongsikan di sini bahawa alhamdulillah setelah kita laksanakan pelaksanaan syor-syor yang berdasarkan kepada RCI— saya ingin kongsikan di sini berkenaan dengan deposit dan sebagainya. Alhamdulillah sejak pelaksanaan tersebut, kedudukan kewangan Tabung Haji terus kukuh. Alhamdulillah. Pada 2018, aset Tabung Haji hanya RM76.8 bilion, tetapi pada akhir tahun 2025, kenaikan yang sangat-sangat cantik, iaitu mencapai RM98.58 bilion.
Selain daripada itu, pulangan kepada pendeposit, alhamdulillah, pada 2018 hanya 1.25 peratus sahaja, tetapi dividen pada tahun 2025, kadar yang tertinggi dalam tempoh lapan tahun iaitu 3.5 peratus. Alhamdulillah, kita akan terus laksanakan syor RCI ini dan kita akan terus mempertahankan, insya-Allah, institusi Tabung Haji yang kita sayangi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Padang...
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh tentang pindaan Akta Tabung Haji 1995. Soalan saya ialah apakah timeline ataupun perancangan kerajaan untuk membentangkan akta ini— pindaan akta ini, terutamanya tentang seksyen 24 yang mana apakah jaminan kerajaan untuk memastikan seksyen 24 ini dikukuhkan melalui jaminan terhadap pendeposit Tabung Haji?
Adakah jaminan perlindungan utama, jaminan kerajaan ini terhadap had simpanan asal ataupun kalau simpanan itu melebihi had, adakah jaminan perlindungan terhadap wang yang didepositkan termasuk dalam pindaan Akta 1995 ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya dengan pindaan Akta Tabung Haji.
Sekarang ini seperti yang saya maklumkan sebentar tadi, kita sudah ada jawatankuasa khas, task force, dan juga jawatankuasa teknikal. Alhamdulillah, perbincangan jawatankuasa khas itu sudah tiga kali, dan juga jawatankuasa teknikal itu lima kali. Insya-Allah kita akan finalize-kan dengan izin secepat mungkin dan insya-Allah pada tahun hadapan, kita akan usahakan sebaiknya untuk pindaan Akta Tabung Haji ini.
Akta Tabung Haji ini akan dipinda mengambil kira keseluruhan transformasi yang kita lakukan berdasarkan kepada syor-syor RCI dan ini melibatkan kriteria dan kepakaran Lembaga, larangan ahli politik aktif, proses pelantikan serta penamatan yang bebas, jawatankuasa berkanun, kaedah hibah, dana haji dan kedudukan Akta 240 juga difikirkan dan dikaji. Oleh itu, termasuk seksyen 24.
Ini bermakna pindaan yang akan dilakukan ini mengambil kira pandangan daripada stakeholders dan juga mengambil kira bagaimanakah untuk memastikan bahawa segala kelompongan dan kelemahan sebelum ini yang telah dikenal pasti oleh syor RCI akan kita tampung dengan pindaan. Doakan moga-moga ia nya dapat dilaksanakan dan ia nya akan memperkukuhkan lagi institusi Tabung Haji. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen, Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 6.
6. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pertahanan menyatakan pendirian kerajaan dalam menghadapi peningkatan ketegangan serta eskalasi ketenteraan di rantau Asia Pasifik khususnya langkah yang akan dijalankan dalam memastikan keselamatan negara dan kestabilan ASEAN dapat dijaga.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Menteri Pertahanan untuk menjawab.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang atas soalannya yang saya percaya sangat relevan dan sangat baik kerana sememangnya sangat penting untuk kita semua mengambil tahu dan memahami dengan jelas apakah situasi dan perkembangan semasa yang sedang berlaku di rantau Asia Pasifik khususnya di Laut China Selatan.
Secara asasnya, kerajaan berpendirian untuk tidak mencampuri dasar pertahanan dan keselamatan negara lain, serta menghormati hak setiap negara berdaulat untuk menentukan dasar pertahanannya. Namun begitu, ini sama sekali tidak bermakna yang kita tidak memberi perhatian serius dan membuat persediaan yang sewajarnya. Apatah lagi usaha mengekalkan kestabilan dan keselamatan di Laut China Selatan terutamanya merupakan sesuatu yang rumit dan semakin kompleks.
Bagi negara kita, langkah-langkah yang kita ambil dilakukan di sekurang- kurangnya tiga peringkat iaitu unilateral, bilateral, dan multilateral. Bagi langkah yang bersifat unilateral iaitu persediaan di peringkat Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Kita memperkukuhkan kesiagaan angkatan tentera kita melalui empat pendekatan utama.
Pertama, pemodenan aset dan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia secara berterusan.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Kedua, memantapkan latihan dan pembangunan kapasiti anggota ATM agar sentiasa bersedia dan berupaya berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran semasa.
Ketiga, memperaga dan memperkukuh kehadiran negara, dengan izin show of presence, yang dibuat melalui rondaan dan pemantauan berterusan di semua perairan negara sama ada menerusi operasi tunggal Tentera Laut Diraja Malaysia dan operasi bersepadu TLDM bersama Tentera Udara Diraja Malaysia serta operasi lain bersekali dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Keempat, membangunkan daya tahan dan daya rintang masyarakat atau dengan izin Yang di-Pertua, the people's resilience and resistance.
Keempat-empat pendekatan ini secara bersama membentuk keupayaan negara mencegah ancaman secara credible dan berwibawa atau dengan izin credible deterrence. Walau bagaimanapun, kita sangat sedar bahawa tidak ada negara yang boleh bersendirian dalam berhadapan dengan cabaran di rantau Asia Pasifik, terutamanya di Laut China Selatan. Maka, kerjasama dan diplomasi pertahanan di peringkat rantau ASEAN dan pentas global sangat penting, khususnya sebagai langkah menguruskan cabaran di Laut China Selatan.
Sebelum itu adalah penting untuk kita memahami bahawa cabaran di Laut China Selatan hadir sekurang-kurangnya dalam dua bentuk:
(i) pertikaian tuntutan bertindih antara negara anggota ASEAN seperti Malaysia dan Vietnam; serta Malaysia dan Filipina; dan tuntutan bertindih China, negara China ke atas perairan sesetengah negara ASEAN termasuklah Malaysia; dan
(ii) keinginan dan persaingan kuasa-kuasa besar untuk hadir dan mendominasi perairan rantau ini dan peningkatan kehadiran terutamanya kedua-dua kuasa besar, Amerika dan China menambah risiko salah tafsir yang boleh merebak menjadi konflik lebih besar.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Bagi berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, antara langkah yang kita tumpukan termasuklah pertama, mempelbagai dan mengukuh diplomasi pertahanan melalui kerjasama bilateral dengan negara-negara sahabat yang diyakini dan dipercayai seperti Jepun, Thailand, Australia, Germany dan banyak negara lain.
Fokus kerjasama ini adalah perkongsian maklumat, pemindahan kepakaran,
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
pembangunan kapasiti serta pelaksanaan exercise dan operasi berjadual bagi meningkatkan Maritime Domain Awareness. Kedua, mengukuhkan kerjasama dan diplomasi pertahanan secara multilateral. Ini termasuklah melalui platform ASEAN Defence Minister’s Meeting
(ADMM) yang melibatkan semua Menteri Pertahanan ASEAN ADMM–Plus yang melibatkan negara ASEAN dan lapan negara lain seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, New Zealand dan Rusia. Dan Five Power Defence Arrangements
(APDA) dengan izin, yang melibatkan lima negara termasuklah negara kita, UK, Singapura, Australia dan juga New Zealand.
Melalui platform ini yang menyediakan forum diplomasi dan dialog untuk memelihara kestabilan dan keselamatan rantau ini, Malaysia sentiasa menegaskan pendirian kita bahawa keamanan dan kestabilan Asia Pasifik hanya dapat dipelihara melalui ASEAN yang aman, stabil dan bersatu. Maknanya adanya solidariti serantau, maknanya ASEAN tidak boleh berpecah kalau ingin menangani semua cabaran ini.
Malaysia berpendirian bahawa untuk Asia Tenggara kekal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali kita mesti mengambil pendekatan yang neutral ataupun centrality ASEAN tetapi tegas dan berimbang. Mana-mana negara yang ingin berurusan dengan ASEAN perlu menghormati prinsip dan komitmen yang terkandung dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan pada masa yang sama, semua negara itu juga mesti menghormati undang-undang antarabangsa terutamanya United Nations Convention on the Law of the Sea
(UNCLOS).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Menteri. Yang Berhormat Selayang, soalan tambahan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang lengkap dan komprehensif. Soalan tambahan saya, memandangkan peningkatan perbelanjaan dan aktiviti ketenteraan negara-negara rantau Asia Timur pada tahun 2025 mengikut laporan Stockholm International Peace Research Institute, khususnya China meningkatkan perbelanjaan sebanyak 7.4 peratus kepada USD336 bilion, Jepun menaikkan 9.7 peratus USD62.2 bilion, Taiwan menaikkan 14 peratus kepada USD18.2 bilion, manakala Korea Selatan membelanjakan sebanyak USD47.8 bilion.
Perkembangan ini berpotensi meningkatkan ketegangan geopolitik dan risiko tercetusnya konflik ketenteraan di rantau tersebut. Apakah penilaian kerajaan terhadap implikasi keselamatan, ekonomi dan perdagangan sekiranya konflik
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
ketenteraan tercetus di rantau Asia Timur atau Laut China Selatan, khususnya terhadap keselamatan dan kebebasan perairan maritim di Selat Melaka memandangkan kepentingannya sebagai salah satu laluan perdagangan dan perkapalan strategik dunia?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya percaya sebahagian daripada persoalan itu telah pun saya jawab.
Memang kita tak nafikan negara-negara di rantau ini ataupun yang tidak berjauhan daripada kita telah pun mengusahakan peningkatan perbelanjaan pertahanan mereka dan tentunya dalam keadaan peningkatan itu tetapi sebelum itu saya telah nyatakan bahawa kita menghormati tindakan setiap negara dan kita tidak mencampuri soal-soal begitu. Kita tidak boleh halang bagi mana-mana negara jika mereka ingin meningkatkan perbelanjaan untuk pertahanan negara mereka.
Tetapi seperti kita sedia maklum, apa yang kita khuatir ialah kemungkinannya berlaku salah faham yang boleh menyebabkan perselisihan dan juga pertembungan antara negara yang akan tidak dapat dinafikan menjejaskan kita dan juga rantau kita.
Dan bila itu berlaku, memang tak boleh nak elak, semuanya akan terjejas. Itu kita tak nafikan, ia nya memang akan terjejas.
Soalnya ialah bagi kita dalam memerhatikan kepada perkembangan itu, kita juga mengambil tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang sesuai dan dalam kemampuan kita. Memang ada negara yang mengesyorkan kepada kita supaya naikkan perbelanjaan pertahanan kepada lima peratus daripada GNP.
Tujuannya ialah supaya negara kuasa besar itu mahukan bila ada pertembungan, konflik, peperangan kita ke depan tetapi kita ingin nyatakan bahawa kita bukan boneka mana-mana kuasa besar. Kita bebas, kita berkecuali, kita belanja dan salurkan peruntukan itu mengikut kemampuan kita. Apatah lagi doktrin pertahanan kita ialah untuk mempertahankan negara, bukan untuk menyerang negara.
Jadi, kalau kita lihat sebahagian negara itu mungkin dia beli peluru berpandu jaraknya 2,000 kilometer, 3,000 kilometer kita tidak perlukan itu kerana kita bukan nak serang negara lain. Kita hanya untuk mempertahan. Doktrin pertahanan kita ialah untuk mempertahankan negara kita dan kita juga lakukan melalui credible deterrent dan sebagainya. Jadi, berasaskan kepada itu, saya tak nafikan banyak negara sekeliling kita meningkatkan peruntukan pertahanannya bagi maksud mereka
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
tertentu tetapi bagi kita, kita ambil segala tindakan untuk pastikan negara kita terus berdaulat, negara kita terus bebas, negara kita terus stabil dengan pendekatan- pendekatan jawapan yang saya telah buat di peringkat awal sebentar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Jika tidak ada sebelah sini, saya persilakan Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih, Dato' Speaker. Terima kasih ruang yang diberikan. Perkara ini cukup penting dari segi keselamatan negara kita, khususnya di Laut China Selatan. Seperti apa yang dijelaskan bahawa memang jelasnya Dato' Speaker, bukan hanya di Ukraine, bukan hanya di Timur Tengah, nak dominan kuasa-kuasa yang ada sama ada US, sama ada China dan berbagai-bagai yang ada itu akan lahir mahu ataupun tidak.
Tetapi persoalan yang saya nak bangkitkan, bukan peruntukan tambahan— kalau peruntukan tambahan dapat, alhamdulillah tetapi prasarana yang sedia ada tidak tahu betul atau tidak fasal saya bimbang di utara Kudat, Balabac di sana sudah ada kegiatan pihak Amerika dan juga Filipina memperkukuhkan, memperkuatkan kehadiran mereka di situ. Kebimbangan saya bahawa di utara itu tidak ada kemudahan. Yang ada pun kalau di Banggi cuma satu platun sahaja.
Dahulu kita ada Ops Pasir, di pulau ini satu platun, ini satu platun tidak cukup cuma 10 orang sahaja. Dan kuasa ini Dato' Speaker, membimbangkan saya. Bila berlaku sesuatu serangan seperti apa yang berlaku di Tanduo, seperti apa berlaku di daerah saya bahawa helikopter dari Labuan mengambil dua jam, sejam bawa peralatan— kita tidak ada kemudahan dari Labuan, jaraknya jauh.
Dan saya difahamkan betul kah tidak bahawa ada peningkatan di Kem Paradise, Kudat di Kota Belud tetapi jarak Kota Belud dengan utara ini jauh.
Mengapa tidak kita siapkan satu keadaan dari Kota Belud, you increase the number of tentera yang ada. Di situ 1,000 kah, satu batalion kah, apakah, takkan kita tak letakkan di kawasan Kudat. Di situ pun ada pelaburan China, di situ pun kita nampak kepentingan kedua-dua negara, South China Sea dengan US dengan Philippines.
Kebimbangan saya kalau berlaku sesuatu Dato' Speaker, kesiapsiagaan kita tidak ada di situ. Saya berani katakan jangan cerita di Kudat, jangan cerita di Sandakan, jangan cerita di kawasan saya, itu pun saya sudah suarakan dengan Menteri Dalam Negeri. Perlu adanya drone, kita tidak boleh bergantung dengan hanya kapal tentera yang ada, speedboat yang ada fasal kos meningkat. Tetapi kalau
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
ada drone, kita boleh bukan hanya memantau keselamatan dan juga smuggling yang ada.
Bukan hanya smuggle manusia yang ada Dato' Speaker, bahkan juga barangan-barangan yang kita tidak tahu. Dadah kah, apakah. Dengan ada drone itu kita boleh membantu keselamatan tetapi enforcement Dato' Speaker, saya minta kepada Menteri Pertahanan pertingkatkan di utara di Kudat, di Kota Marudu di situ.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Saya bimbang sangat. Keadaan kita di situ tidak mencukupi, cuma ada beberapa platun sahaja.
Jadi, saya cadangkan, kalau dapat, helikopter di Sandakan dua buah.
Tambah sedikit di Sandakan. Menteri ini senyum. Pasal saya tahu, I do my homework. Untuk memastikan supaya di mana kawasan yang perlu tidak boleh bergantung dengan Labuan. Jaraknya jauh. Helikopter itu digunakan ya. Jadi, kalau dapat, tambah sedikit. Kalau ada di Sandakan, dekat dengan Lahad Datu, Tawau membolehkan kita― Dato’ Speaker, saya sudah cadangkan dahulu pun air base di Tawau. Sudah ada 400 ekar pun. Pasal di situ kita ada negara jiran kita― Indonesia dan Filipina untuk membolehkan kuasa-kuasa dan kemudahan yang ada di Perak kah, di mana kah, Lumut kah, gunakanlah supaya spread out. Kalau tidak ada peruntukan, aset yang ada gunakan di mana ada ancaman. Jangan hanya bila datang, lepas itu kita fly over dengan jet fighter yang― Terima kasih, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih, Yang Berhormat Semporna. Dia tak menyoal. Dia beri cadangan. Saya terima baik semua cadangannya.
Dan saya ingin nyatakan komitmen bagi pihak Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia. Pertamanya, kita akan terus menjaga dan memastikan keselamatan negeri Sabah kerana ia adalah sebahagian daripada negara kita. Dan kedua, kita memang akan meningkatkan kekuatan, kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia untuk negeri Sabah.
Dalam menjawab secara spesifik mengenai kehadiran tentera Amerika dan juga di Balabac dan sebagainya. Pertama, saya hendak jelas supaya kita tak keliru, hak mana-mana negara untuk mengukuhkan pertahanan negara itu masing-masing.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Apa pun kita buat untuk Sabah bukan kerana kita hendak hadapi. Itu dia punya hal.
Tetapi, kita memantau. Atas sebab itulah kita berpendapat, memang betul, kita mesti meningkatkan angkatan tentera kita kehadirannya dan kekuatannya di negeri Sabah.
Kita sedang sekarang ini meletakkan air defense radar, kita sekarang sedang meningkatkan lagi coastal radar, kita akan tambah jumlah anggota-anggota.
Sekarang ini ada 9,000 lebih di Sabah dengan kita menyediakan kem-kem yang baru, upgrade kem-kem yang sedia ada. Kita akan menempatkan― macam Labuan, itu adalah pangkalan udara yang ada― memang akan apabila FA-50 kita sepenuhnya kita terima, 18 buah, sebahagiannya akan diatur dan diletakkan di situ.
Begitu juga kapal LMS. Apabila kita terima serahannya mulai tahun depan, tiga buah campur dengan yang kita sedia ada, antaranya juga akan diletakkan di Sabah. Sabah ataupun Sarawak akan turut sentiasa menerima apa sahaja pertambahan yang kita ada.
Pendek kata, pada akhirnya, ratio tentera di Semenanjung dengan di Sabah, Sarawak adalah pada kadar 50:50. Sekarang kita ada 130,000 anggota-anggota angkatan tentera. Pada akhirnya, ratio 50:50. Sekarang ini 80:20 tetapi itu semua akan ditingkatkan. Dan, insya-Allah, apabila kita buat perolehan, semuanya akan diambil kira untuk kita melengkapkan di Sabah dan terutamanya di Sarawak kerana sumber ekonomi kita banyak ada di Laut China Selatan.
Jadi, terima kasih atas semua cadangan Yang Berhormat daripada Semporna dan terima kasih kerana tak ada soalan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Tuan Yang di- Pertua, soalan daripada pembangkang, Yang di-Pertua. Yang di-Pertua, Lumut.
Lumut daripada pihak pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, tadi saya sudah minta, tak ada orang.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Saya tengok Semporna bangun dulu awal. Saya kemudian, terlewat sikit. Izinkan saya, Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bila kereta api sudah terlepas, kena tunggu round lagi satu.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Kita boleh tunggu next train.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Next train, besoklah. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih, Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2026 dan 2027 untuk meningkatkan produktiviti nelayan kecil pesisir pantai khususnya melalui bantuan enjin sangkut, sampan gentian kaca (fibre) dan peralatan penangkapan ikan serta bilangan nelayan yang disasarkan menerima manfaat
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terus memperkukuh sokongan kepada nelayan kecil pesisir pantai melalui penyediaan bantuan peralatan yang bersesuaian bagi meningkatkan keupayaan operasi, produktiviti dan pendapatan termasuk panduan enjin sangkut, sampan gentian kaca atau, dengan izin, fibre, dan peralatan penangkapan ikan seterusnya mempertingkat kesejahteraan komuniti nelayan secara berterusan.
DOF menyediakan panduan peralatan kepada nelayan kecil pesisir pantai melalui Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan Perikanan
(SPeKS) merangkumi peralatan penangkapan ikan, enjin sangkut dan sampan berdasarkan keperluan serta kelayakan pemohon dan tertakluk kepada peruntukan yang tersedia.
Bagi tahun 2026, sebanyak RM214,108 telah disalurkan kepada 187 orang nelayan pantai di seluruh negara. Bagi tahun 2027, peruntukan dianggarkan sebanyak RM200,000 dengan sasaran 170 orang nelayan pantai menerima manfaat tertakluk kepada kelulusan peruntukan dan mekanisme pelaksanaan. Bantuan ini turut disokong dengan khidmat nasihat teknikal, kursus, latihan dan bimbingan pengembangan bagi memastikan peralatan dimanfaatkan secara berkesan.
Sementara itu, LKIM melaksanakan Program Peningkatan Pendapatan— Insentif atau Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point) sejak tahun 2023
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
bagi membantu meningkatkan pendapatan nelayan B40 dan memperkukuh taraf serta kualiti hidup komuniti nelayan. Bantuan diberikan secara in kind dengan nilai maksimum RM15,000 seorang meliputi peralatan seperti enjin, sampan, pukat, jaring dan tong penyimpanan ikan.
Bagi tahun 2026 dan 2027, sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program ini di seluruh negara dengan sasaran seramai 200 orang penerima bantuan. Pada tahun 2026, sebanyak RM450,000 diperuntukkan kepada negeri Perak dengan seramai 99 orang nelayan telah menerima bantuan di bawah program ini.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih, Menteri. Kalau lihat kepada numbers yang diberikan tadi, amat tidak mencukupi. Di kawasan Bukit Gantang sahaja ada 4,000 orang nelayan yang berdaftar dengan dua persatuan dan ada lagi sekali ganda, iaitu 4,000, yang tidak boleh mendaftar. Jumlah itu amat besar dan, malangnya, mereka terus susah dan gagal mendapatkan pendapatan kerana kekurangan enjin bot dan sebagainya.
Saya mohon pertimbangan daripada kementerian menambahkan peruntukan tersebut dan juga mengenal pasti bagaimana mekanismenya untuk memastikan mereka terus mendapat pendapatan yang lebih. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Datuk Chan Foong Hin
Untuk kawasan di Bukit Gantang, memang ada dua PNK― PNK Sungai Tinggi dan PNK Matang. Untuk 2026, kita telah membiayai RM46,919 untuk PNK Sungai Tinggi― ini nilai bantuan― dan RM33,000 untuk PNK Matang yang memberikan manfaat kepada 17 nelayan.
Memang saya mengakui ini di antara bilangan nelayan yang kita dapat untuk memberikan bantuan dan memang kita mengambil pendekatan, yang pertamanya― pendekatan yang pertama, kita kena pemilihan penerima berdasarkan keperluan dan potensi untuk meningkatkan produktiviti. So, LKIM kena memastikan bantuan diberikan kepada nelayan yang betul-betul memerlukan, khususnya untuk nelayan kecil yang mempunyai kebergantungan tinggi terhadap aktiviti penangkapan ikan sebagai sumber pendapatan utama. So, kita akan membuatkan penilaian mengambil
Datuk Chan Foong Hin
kira keadaan aset sedia ada, kawasan operasi, jenis peralatan yang digunakan serta potensi peningkatan hasil tangkapan melalui bantuan yang diberikan.
Yang keduanya, kita selalu adakan pemantauan. Pemantauan untuk keberkesanan bantuan tersebut berdasarkan prestasi sebelum dan selepas penerimaan bantuan. Kita ada beberapa indikator yang utama. Di antaranya, perbandingan pendapatan nelayan sebelum dan selepas menerima bantuan, dan perubahan kuantiti dan nilai hasil tangkapan, dan juga pengurangan kos operasi penangkapan ikan, dan juga kekerapan aktiviti turun ke laut dan produktiviti setiap trip, dan tahap penggunaan dan keberkesanan aset yang dibekalkan. Proses ini adalah on going dan selalu berterusan.
So, untuk yang nelayan-nelayan di kawasan Parlimen Bukit Gantang ini, LKIM dan juga DOF, kita selalu sedia untuk memberikan bantuan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya, apakah Yang Berhormat Menteri sedar tentang nasib nelayan-nelayan kecil di kawasan yang terjejas dengan projek-projek mega besar yang melibatkan penambakan laut seperti di Pulau Pinang, Melaka, Muar di Johor, Gelang Patah di Johor iaitu berdekatan Forest City, berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan berdekatan dengan Pusat Janakuasa Elektrik Tanjung Bin dan satu lagi penambakan yang besar di laut Pengerang berkenaan Projek Terminal Laut Dalam dan Rapid PETRONAS. Nasib mereka sangat buruk, terjejas, apakah Menteri boleh bantu mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab soalan Pasir Gudang.
Datuk Chan Foong Hin
Ya, terima kasih kepada YB Pasir Gudang dan YB Pasir Gudang pun pernah membangkit isu yang lebih kurang sama dekat Kamar Khas. Memang selalu adanya ni clash di antara— okey, ini permintaan untuk projek yang berimpak besar berbanding dengan kehidupan dan juga pendapatan nelayan di pesisir pantai ini.
Dan biasanya kita akan— ini melibatkan agensi yang merentasi kementerian dan sebarang projek yang berimpak besar ini harus diadakan social impact assessment dan juga ini EIA, environmental impact assessment. Dan pihak KPKM
Datuk Chan Foong Hin
cuma sebahagian daripada stakeholders yang akan menyertai dalam skala yang rundingan atau consultancy atau engagement dengan nelayan-nelayan yang tersebut.
Cuma saya memberikan satu apa nama ni, satu berita yang baik okey yang di mana yang diumumkan di Belanjawan 2027 yang baru-baru ini, kerajaan kita bersetuju untuk meningkatkan jumlah pemegang Lesen Sampan Khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan RM30 juta.
Ini maksud dia kita nak target, kita nak membantu meningkatkan jumlah nelayan pesisir pantai ini dari 17,000 ke 20,000 dengan tambahan 3,000 nelayan yang berkelayakan dengan bantuan dan peruntukan 30 juta untuk membantu mereka. So, kerajaan tiada hasrat untuk memusnahkan pendapatan untuk golongan nelayan pesisir pantai dan kita sentiasa sedia membantu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Majlis ke soalan yang lapan, ke nombor lapan. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar, Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan Kinabatangan nombor 8.
8. Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar [Kinabatangan] minta Menteri Ekonomi menyatakan intervensi struktur dan petunjuk prestasi yang ditetapkan bagi merapatkan jurang pertumbuhan antara kelompok pendapatan dan memastikan pertumbuhan KDNK diterjemahkan kepada peningkatan gaji benar, kuasa beli dan
mobiliti pendapatan pekerja berpendapatan rendah serta sederhana. Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Sri Dr. Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peningkatan gaji benar, kuasa beli dan mobiliti pendapatan rakyat, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.
KDNK 2025 berkembang pada kadar 5.2 peratus melebihi sasaran, manakala KDNK suku kedua 2026 berkembang pada kadar enam peratus. Kadar pengangguran kekal pada dua— pada kadar 2.9 peratus Ogos 2026, inflasi terkawal
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
pada 1.8, September 2026 dan di bawah RMK13, intervensi struktur dilaksanakan meliputi dan merentasi empat aspek.
Yang pertama, gaji benar, dengan izin real wages. Gaji progresif dengan peruntukan 200 juta telah disertai oleh 4,025 majikan melibatkan 51,363 pekerja dan gaji median pekerja peringkat permulaan meningkat daripada RM1,900 kepada RM2,200. Gaji minimum turut dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 bermula Jun 2027.
Pada peringkat agregat Dato' Sri Yang di-Pertua, setelah mengambil kira inflasi, median gaji dan upah benar bulanan meningkat 3.9 peratus daripada RM2,103 kepada RM2,184 pada harga malar 2010. Manakala di Sabah Ahli Yang Berhormat, median gaji dan upah benar bulanan meningkat daripada RM1,828 kepada RM2,006.
Yang kedua, kuasa beli. Bagi jangka pendek, Belanjawan 2027 memperuntukkan RM16 bilion bagi STR dan SARA serta subsidi bersasar seperti BUDI95. Harga barangan distabilkan pula melalui program penyeragaman harga barangan di Sabah. Bagi jangka panjang, kerajaan meningkat kesediaan perumahan mampu milik, keterjaminan makanan, pengangkutan awam serta memperkukuhkan ekonomi desa dan infrastruktur asas termasuk di negeri Sabah.
Ketiga, mobiliti pendapatan. RMK13 menekankan anjakan kepada lima bidang dengan izin, high-growth, high-value bagi mewujudkan pekerjaan berkualiti dan gaji lebih baik. Bagi isi rumah pendapatan rendah, IPR menyediakan bantuan secara bersasar, in-kind, latihan yang menjana pendapatan tambahan sekitar RM2,000. Di Kinabatangan Yang Berhormat, peserta IPR-INTAN yang terlibat dengan aktiviti penanaman cili fertigasi dan menjana pendapatan bulanan purata sehingga RM8,000.
Keempat, jurang antara kelompok pendapatan. Mengikut HIES 2024 oleh DOSM, pendapatan menengah isi rumah B40 dan M40 masing-masing bertumbuh 5.2 peratus dan 5.6 peratus. Dengan apa yang kita lakukan ini, kita yakin, pencapaian sasaran ini bersama PAKW, Indeks Kos Sara Hidup akan dipantau secara berkala termasuk Kajian Separuh Penggal RMK13. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kinabatangan, soalan tambahan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Menteri, Yang Berhormat Menteri. Bagi kawasan seperti di Kinabatangan ini, kekurangan jalan, bekalan air bersih dan juga elektrik, dia memainkan peranan yang
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
mengehadkan peluang untuk meningkatkan pendapatan bagi masyarakat- masyarakat di sana.
Justeru itu, saya mohon bertanya adakah kementerian bersedia menetapkan satu sasaran peningkatan pendapatan yang khusus bagi kawasan dan juga penduduk-penduduk di luar bandar sebab Sabah terutama berserta penyelarasan projek berstruktur dan peluang pekerjaan yang mempunyai tempoh pelaksanaan yang jelas. Saya mohon Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dalam kita menentukan sesuatu projek untuk dilaksanakan di sesuatu tempat, ia melalui proses-proses yang begitu tersusun. Yang pertamanya, kita membuat keputusan berdasarkan indikator sosioekonomi sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi. Kita juga melihat kadar kemiskinan, kemiskinan pelbagai dimensi, infrastruktur dan yang paling penting adalah kedudukan kewangan semasa.
Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat, adakah kita meletakkan sasaran, ya betul kita mempunyai suatu nisbah yang kita sebut nisbah KDNK per kapita wilayah yang kita merujuk kepada Wilayah Tengah. Dan kita melihat apa peningkatan daripada wilayah Sabah untuk kita merujuk kepada Wilayah Tengah, sekiranya ada kekurangan, itu sebabnya kita membuat projek penilaian. Walaupun kerajaan negeri meletakkan sasaran tertentu tetapi sesi libat urus bersama kementerian-kementerian dan agensi-agensi di peringkat akar umbi juga dapat memberikan kesan.
Satu lagi Dato' Sri Yang di-Pertua, Indeks Komposit Pembangunan Malaysia juga memberi penumpuan kepada pembangunan daerah tersebut kerana kita ada lima komponen dan kita ada 73 indikator untuk kita melihat bagaimana untuk kita laksanakan di Kinabatangan dan seluruh daerah 156 daerah di seluruh Malaysia.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tumpat. Maaf, Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
saya, adakah kementerian akan menetapkan sasaran tahunan mengikut sektor yang akan menghubungkan pertumbuhan produktiviti dengan pertumbuhan gaji sebenar dan menyediakan insentif kepada syarikat yang membuktikan peningkatan sebenar dalam gaji dan kemajuan kerjaya pekerja. Itu yang pertama.
Yang kedua, Allah SWT berfirman, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Supaya harta tidak hanya beredar di kalangan orang-orang yang kaya sahaja antara kamu”. Berdasarkan kepada ayat ini, adakah kerajaan akan membina dan memperkenalkan indeks kesejahteraan dan kemandirian ekonomi rakyat berteraskan Maqasid Syariah sebagai mekanisme untuk mengukur kesejahteraan dan keadilan agihan ekonomi negara kerana hari ni dah ada lima indikator tadi.
Tapi ni kalau yang kita cadangkan kalau boleh ditengok daripada sudut Maqasid Syariah kerana dalam Maqasid Syariah ini menetapkan tentang kifayah iaitu peratus isi rumah yang mencapai kecukupan, Al-Adl jurang pendapatan, At-Tamaluk pemilikan rumah dan aset produktif rakyat, Istiqlal Iktisadi keupayaan menjana pendapatan tanpa bantuan berterusan dan yang terakhir rakyat dan pekerja itu mampu untuk Hifz al-Mal, perlindungan harta simpanan dan keselamatan ekonomi keluarga.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, adakah perkara ini akan dikaji oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tumpat. Ada tiga persoalan yang mungkin saya boleh bagi penerangan kepada Yang Berhormat. Yang pertamanya, adakah insentif syarikat apabila dia menaikkan gaji?
Ya betul, sepertimana yang saya jawab dalam jawapan asal tadi. Di bawah Dasar Gaji Progresif, memang kita ada bagi insentif kepada syarikat untuk dia melihat bukan hanya kepada insentif tetapi kita mahu the productivity itu berlandaskan peningkatan kapasiti yang kita sediakan dalam ADI – Akademi Dalam Industri. Itu yang pertama.
Yang kedua, Yang Berhormat sebutkan keadilan supaya keuntungan itu hanya bukan tertumpu kepada satu pihak, ia mesti diselerakkan kepada rakyat.
Betul, kita setuju. Di bawah Ekonomi MADANI, kita meletakkan 40 peratus supaya CE – compensations employee itu dapat diselerakkan. Sekarang kita berada pada kadar 33.9 peratus.
Yang Berhormat, yang ketiganya Yang Berhormat bangkitkan tentang indikator, bagaimana kita nak lakukan sesuatu tindakan ini dan sudah pasti yang saya sebutkan tadi IKPM dan kita ada PADU, kita ada HIES. IKPM ini kita semak tiga
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
tahun sekali tetapi HIES ini untuk kita mengukur bagaimana keadaan masyarakat di lapangan itu atau di akar umbi itu berdasarkan dua kali dalam satu RMK. Dan insya- Allah, kajian separuh penggal ini nanti kita akan melihat bagaimana langkah untuk kita tambah baik sepertimana cadangan Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 5 November 2026.”
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekarang kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan oleh Majlis.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan giliran bagi tiga kementerian di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 iaitu Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perladangan dan Komoditi. Mengambil kira terdapat tiga kementerian terlibat, jumlah pembahas pada hari ini dihadkan dan setiap pembahas diberi tempoh masa lima minit untuk berbahas. Pastikan Yang Berhormat menyebut secara spesifik butiran kementerian yang ingin Yang Berhormat bangkitkan semasa perbahasan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kementerian Perpaduan Negara. Kepala Bekalan B.14 dan Kepala Pembangunan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut; Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Pengerusi. Jadi saya ingin bangkitkan tiga perkara iaitu persoalan saya mudah.
Sejauh manakah peruntukan ini benar-benar membina rasa hormat dan kepercayaan antara rakyat Malaysia?
Jadi pertama, Butiran 030500 – Program Keharmonian dalam Kepelbagaian.
Jadi, peruntukan dikurangkan daripada RM50 juta kepada RM46 juta. Jadi, saya mohon Menteri jelaskan program manakah yang terjejas dan mengapa pengurangan sebanyak RM4 juta telah dilakukan?
Jadi, hari ini, satu hantaran di media sosial mampu mengapi-apikan prasangka dalam beberapa minit. Namun, membina semula kepercayaan antara komuniti boleh mengambil masa bertahun-tahun. Daripada RM46 juta tersebut, berapa banyak diperuntukkan bagi dialog antara agama, mediasi komuniti dan juga usaha menangani prasangka? Jangan sekadar bentangkan bilangan program ataupun peserta.
Saya mahu tahu, berapa banyak konflik berjaya diselesaikan dan apakah hubungan antara komuniti benar-benar bertambah baik? Adakah kementerian mempunyai mechanism tindakan awal apabila berlakunya ketegangan setempat?
Dan berapa lama masa diambil untuk mempertemukan pihak yang bertelagah? Jadi saya juga mahu data intervensi mengikut pecahan setiap negeri.
Dan juga kedua, Butiran 030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan serta Butiran 030600 dan 030700. Peruntukan makanan kekal RM30.20 juta manakala geran per kapita kekal di RM4.45 juta. Jadi, dalam keadaan kos makanan meningkat, berapakah bantuan untuk seorang murid untuk satu hari? Dan bilakah kadar ini terakhir disemak? Adakah jumlah itu cukup untuk menyediakan makanan yang benar-benar berkhasiat? Jadi saya mahu jawapan berdasarkan kos sebenar, bukan sekadar andaian bahawa kadar bantuan lama masih memadai untuk semua.
Saya juga memohon perincian RM3.5 juta bagi Program Tabika dan Taska Perpaduan. Berapa banyak digunakan untuk memperbaiki kemudahan, melatih pendidik dan juga memastikan kanak-kanak berkeperluan khas tidak tercicir? Tabika Perpaduan bukan sekadar tempat belajar membaca ataupun mengira, di sinilah anak-anak mengenali rakan yang berbeza bahasa, budaya dan juga agama. Apa yang mereka pelajari tentang hormat hari ini akan menentukan bagaimana mereka melayan satu sama lain apabila dewasa nanti.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Dan juga yang ketiga, Butiran 00100 memperuntukkan RM24 juta untuk pembaikan naik taraf dan ubah suai kementerian. Tetapi Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan menerima jumlah sebanyak RM3.17 juta. Manakala Butiran 17300 iaitu Pusat Rukun Tetangga dan RM4.485 juta. Jadi, saya tidak menolak keperluan untuk menaik taraf kemudahan kementerian tetapi apakah projek ini di bawah RM24 juta ini di mana lokasinya?
Dan siapakah yang mendapat manfaat? Dengan peruntukan lebih kecil bagi pusat komuniti, jadi berapa banyak pusat yang dapat dibina ataupun dinaik taraf?
Dan adakah Pulau Pinang termasuk Parlimen Bukit Bendera dalam perancangan?
Jadi, saya mohon senarai projek, kos dan juga tarikh siap dibentangkan. Jadi pusat komuniti menghubungkan warga emas, belia dan keluarga.
Jadi Puan Pengerusi, perpaduan ini bukan bermaksud semua orang mesti bersetuju. Perpaduan adalah kemampuan kita berbeza pendapat tanpa menghina, berbeza agama tanpa merasa syak wasangka ataupun curiga dan juga berbeza bangsa tanpa menafikan hak sesiapa. Jadi perpaduan tidak boleh diukur dengan berapa ramai yang berdiri bersama di hadapan kamera. Ukurannya adalah bagaimana kita melayan satu sama lain apabila kamera sudah tak ada. Adakah kita menghormati kepercayaan orang lain? Adakah kita mengambil berat apabila jiran memerlukan bantuan? Adakah setiap komuniti mendapat layanan yang adil?
Jadi sebagai Ahli Parlimen Bukti Bendera, saya bertanggungjawab memastikan prinsip ini diterjemahkan dalam cara kita berkhidmat menguruskan peruntukan dan juga mendengar masalah penduduk. Jadi setiap rakyat berhak mendapat pembelaan tanpa perlu terlebih dahulu dilihat melalui lensa kaum dan agama. Jadi, tiada rakyat yang sepatutnya berasa seperti orang luar di tanah air sendiri. Dan itulah pegangan saya dalam berkhidmat untuk mewakili Parlimen Bukit Bendera. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih kepada Puan Pengerusi kerana memberi ruang kepada Kapar untuk membahaskan RUU Perbekalan 2027 yang mencadangkan peruntukan keseluruhan sebanyak
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
RM858,794,400 juta kepada Kementerian Perpaduan Negara, iaitu peningkatan 11.8 peratus berbanding [Batuk] RM767,990 juta tahun ini.
Merujuk Kepala B.14 Mengurus RM793,394 juta merupakan 92.34 peratus dan keseluruhan peruntukan dan Kepala P.14 – Pembangunan hanya RM65,755 juta yang merupakan 7.66 peratus. Saya merujukkan Butiran 010000200 – Perpaduan Negara, khususnya perpaduan negara dan integrasi nasional juga 020400 – Perpustakaan Negara, 030400 – Perpustakaan Desa, Program Keharmonian Dalam Kepelbagaian, Program Tabika dan Taska Perpaduan, Geran Rukun Tetangga dan juga P.14 yang bermaksud Pusat Rukun Tetangga dan Pusat Aktiviti Perpaduan.
Pengerusi, kita mahu bukan sekadar angka yang kita sebutkan tadi tapi impaknya dirasai hingga ke akar umbi khususnya di kawasan Parlimen Kapar.
Tuan Pengerusi, KRT dan Tabika Perpaduan adalah benteng terdepan dalam memupuk semangat muhibah sejak kecil. Soalan saya, berapakah pertambahan tabika perpaduan baharu di seluruh negara bagi tahun ini dan berapa angka khusus untuk Kapar 2027? Berapakah jumlah kawasan Rukun Tetangga yang benar-benar aktif di Kapar dan berapakah jumlah peruntukan yang diagihkan khusus untuk program pemerkasaan KRT di peringkat akar umbi?
Adakah kementerian turun padang secara bersekala untuk melatih memudah cara serta menyalurkan dana dan ilmu pengurusan agar KRT lebih cekap dan berkesan, mewujudkan kejiranan yang kondusif, selamat dan sejahtera iaitu perpaduan di antara kaum di akar umbi. Rakyat Kapar mahu tahu, bilakah jadual turun padang KPN ke Kapar?
Isu pusat sumber manusia atau perpustakaan awam dan relevansi semasa.
Tuan Pengerusi, Kapar merupakan gambaran little Malaysia. Mengikut data DOSM 2025, kami mempunyai 330,600 orang penduduk di mana hampir 200,000 adalah pelajar dan remaja. 20,000 warga emas, 60,000 warga bukan Melayu. Jadi, Kapar ini pesat melaju dengan zon industri, lebuh raya WCE dan laluan ECRL semuanya ada tapi Kapar tak ada satu pun perpustakaan awam.
Jadi, kita mahu pihak kementerian buat lah sesuatu yang ditunggukan oleh pihak Kapar. Suka untuk saya tegaskan juga perpustakaan tidak boleh lagi dilihat jumud atau out of date atau out of place. Kita tidak mahu fenomena terkapai-kapai di awangan kerana sibuk menggapai gagasan besar di langit, menggapai langit ya sedangkan kaki kita belum pun landing mendakap di bumi. Jangan nak kata mengakar, landing pun belum.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, saya mencadangkan anjakan paradigma mentransformasikan perpustakaan bukan sekadar tempat pinjam baca buku tapi menjadikan pusat graviti komuniti yang boleh digunakan oleh KRT dan semua yang saya sebutkan tadi komuniti setempat yang sepatutnya boleh memanfaatkan dan memupukkan perpaduan di antara kaum di peringkat bawah.
Saya juga nak sebut di sini Pengerusi, perpustakaan perlu di transformasi menjadi pusat sumber resources komuniti yang mesra, fully aircond, berkarpet, dilengkap sudut healing ya quote on quote, book terapi serta ruang engagement supaya ia nya menjadi daya tarikan mengatasi magnet negatif seperti port dadah, masalah gengsterisme dan pusat hiburan yang melalaikan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Inilah yang sepatutnya menjadikan pusat atau center yang mengumpulkan komuniti-komuniti setempat ini supaya...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
...Mereka ini bertambah maju, bertambah ilmu, bertambah kemahiran dan futuristic.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, saya okey landing Pengerusi. Jadi, saya mencadangkan kalau negara Malaysia ini besar sangat yang saya kata tadi perpustakaan dijadikan satu pusat sumber yang aktif, proaktif, lagi-lagi nak aging nation ini, saya cadang buatlah di Kapar ataupun boleh lah di Kanowit sekali ya sebelum dia luaskan kepada 220 kawasan Parlimen lain.
Akhir sekali, Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tempat yang baik untuk menyuburkan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
kepelbagaian bahasa, budaya, agama serta mengakari prinsip Rukun Negara ke bumi adalah melalui pusat sumber ilmu yang bernyawa dan hiduplah dan inklusif.
Jadi, BNM mesti spark the interest serta menawan hati dan minda rakyat dan inilah di antara perkara yang boleh menjadi mungkin pemangkin untuk perpaduan di antara kaum seluruh negara ini.
Jadi, saya mohon jawapan bertulis dan komitmen jelas daripada YB Menteri.
Kalau tak cukup data dan sebagainya. Jadi, saya mengharapkan insya-Allah
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
kementerian melihatkan bukan sahaja yang disebutkan dan saya setuju dengan Bukit Bendera. Ada yang sepatutnya ditambahkan kenapa dikurangkan?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya nak tahu penjelasan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran B.030800 – Geran Rukun Tetangga. Saya menghargai keputusan kerajaan meningkatkan geran tahunan rukun tetangga daripada 6,000 kepada 10,000. Namun berdasarkan laporan media pada Oktober 2026, kira-kira 500 kawasan rukun tetangga masih tidak aktif, termasuk 117 di Selangor dan 100 di Johor.
Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri, apakah sasaran kementerian untuk mengaktifkan semula semua KRT yang tidak aktif ini sepanjang tahun 2027? Dan bagaimana kementerian memantau bagi memastikan geran RM10,000 menghasilkan aktiviti yang berkualiti selaras dengan matlamat untuk perpaduan nasional?
Butiran B.030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan.
Laporan RTM pada Julai 2025, seramai 2,427 murid Tabika Perpaduan dan 72 kanak-kanak Taska Perpaduan dikenal pasti mengalami masalah bantut setakat Mac 2025.
Saya berpandangan isu ini wajar diberi perhatian serius. Soalan saya ialah apakah perkembangan terkini bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah bantut bagi tahun 2026? Dan adakah Belanjawan 2027 menyediakan peruntukan khusus bagi memperkukuh pemakanan serta perkembangan kanak-kanak di Tabika dan Taska Perpaduan agar permasalahan tersebut dapat diatasi?
Butiran B.020300 – Jabatan Muzium Malaysia. Saya ingin menarik perhatian kementerian terhadap nasib tapak warisan dan arkeologi yang berdepan ancaman kerosakan serta pengabaian. Laporan Bernama pada Jun 2026 mendedahkan bahawa tapak arkeologi Lembah Bujang di Kedah berdepan tekanan pembangunan dan perubahan guna tanah yang menyukarkan usaha advokasi serta pemuliharaan khazanah sejarah.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Justeru, saya ingin bertanya apakah langkah kementerian bersama Jabatan Muzium Negara untuk memastikan kawasan arkeologi bersejarah ini terus dilindungi sebagai bukti peradaban negara?
Pada pertengahan Julai 2026, media melaporkan berkenaan kubu Mat Kilau yang terbiar di Kampung Pasir Raja. Laporan ini telah membawa perhatian Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Timur dan turun ke lokasi dan tapak tersebut kini dipertimbangkan untuk diwartakan sebagai tapak warisan.
Jadi, soalan saya berapakah jumlah tapak bersejarah di seluruh negara yang dikenal pasti terbiar mengalami kerosakan atau belum diwartakan dan apakah pelan tindakan kementerian? Bagaimanakah kementerian menyelaraskan tanggungjawab bersama Jabatan Warisan Negara, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya kerja pemuliharaan dapat dilaksanakan secara berterusan.
Puan Pengerusi, B.020000 – Perpaduan Negara, Peningkatan Skor Indeks Perpaduan Nasional daripada 0.629 pada tahun 2022 kepada 0.701 kepada tahun 2025.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Walau bagaimanapun, kajian yang sama masih mengenal pasti cabaran berkaitan etnik, media, politik, agama, dan kelas sosial. Persoalannya, adakah peningkatan skor nasional benar-benar menggambarkan tahap perpaduan di semua negeri dan komuniti? Saya ingin mencadangkan supaya kementerian menerbitkan laporan keberhasilan program perpaduan yang lebih terperinci termasuk data mengikut negeri, kumpulan umur dan kategori komuniti. Saya juga ingin mengetahui bagaimana dapatan IPNAS digunakan dalam penggubalan blueprint pembinaan negara bangsa yang diumumkan oleh kementerian.
Jadi, perpaduan bukanlah sekadar angka dalam indeks. Perpaduan mesti dapat dirasai melalui kepercayaan, interaksi, dan rasa saling menghormati dalam kehidupan seharian. Contohnya, kita boleh lihat di negeri— beberapa negeri, contohnya di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah. Ada mereka hidup dalam penuh harmoni dan masing-masing kaum boleh bercakap dalam dialek negeri masing- masing.
Butiran B.020100. Isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja atau 3R semakin mudah diperbesar melalui media sosial. Menurut laporan BERNAMA pada Februari 2026, sebanyak 1,493 kandungan berkaitan 3R telah diturunkan bagi tempoh Januari 2025 hingga Januari 2026. Angka ini membangkitkan persoalan tentang tahap ketegangan sosial dalam ruang digital.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah mekanisme pengesanan awal yang dilaksanakan bagi mengelakkan provokasi 3R berkembang menjadi konflik masyarakat? Dan adakah kementerian mempunyai indikator bagi mengukur keberkesanan program pendidikan perpaduan dan literasi digital khususnya dalam kalangan generasi muda? Kita tidak boleh hanya bertindak selepas sesuatu kenyataan menjadi tular. Pencegahan mesti bermula sebelum api perkauman merebak.
Saya mencadangkan agar kementerian mempergiat kempen penghayatan Rukun Negara dengan pendekatan yang lebih kreatif dan dekat dengan masyarakat.
Kementerian boleh melibatkan ikon-ikon negara seperti atlet sukan, artis serta pempengaruh media sosial sebagai duta Rukun Negara melalui video-video pendek, kempen digital, dan program komuniti.
Saya menyeru Kementerian Perpaduan Negara memperkukuh etika komunikasi antara kaum khususnya dalam kalangan pemimpin politik kerana pemimpin sepatutnya menjadi jambatan perpaduan, bukan mencetuskan prasangka dan perpecahan. Sedikit...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kulim–Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk turut serta dalam membahaskan maksud bekalan B.14 dan Maksud Pembangunan P.14 bagi Kementerian Perpaduan Negara. Bukan agenda mana-mana pihak, ia nya adalah asas menentukan sama ada negara ini kekal aman dan sejahtera.
Tuan Pengerusi, Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Di bawah Maksud Pembangunan projek Pusat Aktiviti Perpaduan, Butiran 17200 hanya diperuntukkan RM3.17 juta berbanding anggaran dipinda RM9.29 juta bagi tahun 2026. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang projek-projek yang terjejas akibat pengurangan ini dan sejauh manakah Parlimen Kulim–Bandar Baharu turut terkesan dalam pengurangan ini.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Pengerusi, izinkan saya balik kepada kerangka keberhasilan kementerian. Dokumen anggaran menetapkan sasaran skor Indeks Ketegangan Masyarakat sebanyak 15.00 bagi tahun 2027 berbanding 11.00 bagi tahun 2026.
Oleh itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan tiga perkara. Pertama, apakah sebenarnya yang diukur oleh skor 1— 15.00 ini, dan adakah skor yang lebih tinggi menandakan ketegangan yang lebih tinggi atau sebaliknya? Kedua, apakah data atau unjuran yang menyebabkan sasaran tahunan 2027 dinaikkan sebanyak empat mata? Ketiga, bilakah dapatan kajian indeks ini akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini?
Persoalannya yang sama timbul tentang Indeks Perpaduan Nasional.
Pencapaian sebenar tahun 2025 ialah 0.70. Namun, sasaran bagi tahun 2026 dan 2027 turut dikekalkan pada 0.70. Kementerian sendiri mengklasifikasikan skor antara 0.50 hingga 0.74 sebagai tahap sederhana. Manakala, tahap tinggi bermula pada 0.75. Ini bermakna walaupun peruntukan kementerian meningkat kepada RM858.79 juta, sasarannya hanyalah untuk kekalkan di tahap sederhana bagi dua tahun lagi.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan dua perkara. Pertama, mengapakah sasaran tahun 2027 tidak dinaikkan walaupun paras 0.70 telah dicapai pada tahun 2025? Kedua, pada tahun manakah kementerian menyasarkan Indeks Perpaduan Nasional mencapai tahap tinggi iaitu 0.75? Dan program manakah di bawah B.14 yang dijangka menyumbang secara langsung kepada pencapaian itu?
Butiran 030500 – Program Keharmonian dalam Kepelbagaian. Tuan Pengerusi, cabaran perpaduan hari ini banyak berlaku di alam maya. Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa sebanyak 1,493 kandungan berkaitan agama, raja, dan kaum atau 3R telah diturunkan bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Januari 2026 hasil daripada 2,486 aduan.
Bagi tahun 2025 pula, 202 kes melibatkan kandungan 3R disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tetapi hanya 13 kes dibawa ke mahkamah. Saya sedar bahawa penguatkuasaan terletak di bawah agensi lain.
Namun, pada Oktober lalu kementerian memutuskan untuk tidak meneruskan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Negara dan sebaliknya memperkukuhkan JPNIN, Rukun Tetangga dan Mediator Komuniti.
Jika itulah pendekatan, mengapakah Program Keharmonian dalam Kepelbagaian di bawah Butiran 030500 dikurangkan daripada RM50 juta kepada RM46 juta sahaja? Saya mohon kementerian menjelaskan peruntukan impak yang digunakan bagi menilai program ini. Bukan sekadar bilangan program yang
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
dianjurkan serta mekanisme penyelarasan kementerian dengan MCMC dan PDRM apabila sesuatu isu 3R mula tular di media sosial.
Butiran 030300 – Makanan Tambahan Tabika Perpaduan. Saya beralih kepada tabika dan taska Perpaduan. Pada tahun awal sesi 2026, terdapat 33,307 murid di 1,781 Tabika Perpaduan, dan 998 kanak-kanak di 41 Taska Perpaduan.
Inilah asas perpaduan yang paling awal dalam kehidupan seorang anak Malaysia.
Namun, bantuan makanan tambahan Tabika Perpaduan di bawah butiran 030300 kekal pada RM4.45 juta. Dengan kos makanan dan operasi yang terus meningkat, adakah kadar bantuan makanan bagi setiap murid akan dikaji semula? Butiran...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Sikit lagi. Satu butiran lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Eh.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Butiran 03...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Eh, Yang Berhormat Kulim–Bandar Baharu. Sorry.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Satu butiran lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Terima kasih kerana memberikan peluang Batu Pahat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.
Batu Pahat ingin menyentuh tiga jabatan penting di bawah kementerian, iaitu Arkib Negara Malaysia, kod 020200; Jabatan Muzium Malaysia, butiran 020300; dan Tadika/Taska Perpaduan, butiran 030600.
Mengenai Arkib Negara, Puan Pengerusi, Batu Pahat merujuk kepada peruntukan di bawah butiran 30000 iaitu aset. Berdasarkan angka anggaran perbelanjaan, peruntukan aset meningkat daripada RM3.23 juta pada tahun lepas kepada RM3.86 juta pada tahun hadapan, iaitu sebanyak RM630,000, iaitu kira-kira 19.5 peratus. Batu Pahat menyambut kenaikan ini dan ingin bertanya kepada pihak kementerian.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Apakah peningkatan peruntukan ini akan digunakan untuk memperkasakan sistem pendigitalan Arkib Negara? Kita mempunyai begitu banyak dokumen sejarah, gambar lama, manuskrip, rekod pentadbiran, dan bahan warisan yang amat bernilai.
Jadi, Batu Pahat juga ingin bertanya, berapakah peratus koleksi Arkib Negara yang telah berjaya didigitalkan sehingga hari ini dan apakah sasaran kementerian pada tahun 2027?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Satu lagi yang ingin Batu Pahat bangkitkan iaitu berkaitan manuskrip, dokumen dan bahan sejarah negara yang masih berada di luar negara? Kita mengetahui bahawa terdapat pelbagai dokumen sejarah berkaitan Tanah Melayu dan Malaysia yang tersimpan di institusi luar negara termasuk di United Kingdom dan Belanda.
Persoalannya, Batu Pahat–– adakah kerajaan mempunyai perancangan dan peruntukan khusus untuk mengenal pasti serta mendapatkan kembali bahan-bahan sejarah yang berkenaan? Sekiranya bahan asal tidak dibawa pulang kerana kekangan perundangan atau pemilikan, sekurang-kurangnya kita boleh mendapatkan salinan digital berkualiti tinggi untuk disimpan dan untuk dipamerkan di Malaysia. Batu Pahat ingin tahu sama ada kementerian mempunyai kerjasama dengan institusi arkib dan muzium luar negara bagi tujuan ini.
Puan Pengerusi, seterusnya ini kepada Jabatan Muzium Malaysia. Batu Pahat ingin mencadangkan supaya muzium-muzium di negara ini diberi nafas baru melalui teknologi moden. Hari ini kita sudah berada di era kecerdasan buatan atau AI, teknologi tiga dimensi atau virtual atau VR. Batu Pahat ingin bertanya adakah kementerian mempunyai perancangan untuk gunakan teknologi VR atau pun augmented reality atau AR bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman sejarah negara.
Sebagai contoh, pengunjung boleh menyaksikan gambaran suasana zaman kesultanan Melaka, kehidupan masyarakat dahulu atau peristiwa penting melalui teknologi realiti maya. Bagi artifak yang terlalu sensitif atau rapuh untuk dipamerkan secara fizikal, kita boleh menggunakan teknologi imbasan tiga dimensi supaya pengunjung dapat melihatnya secara dekat tanpa merosakkan bahan asal.
Oleh itu Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan sama ada terdapat peruntukan khusus bagi teknologi ini dalam Belanjawan 2027. Batu Pahat juga ingin menyentuh soal promosi dan pemasaran muzium. Kadangkala kita mempunyai muzium yang sangat menarik tetapi masyarakat tidak mengetahui apa yang terdapat
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
di dalamnya. Batu Pahat ingin mencadangkan supaya Jabatan Muzium Malaysia memperluaskan kerjasama dengan pencipta kandungan digital, pempengaruh atau influencer, universiti awam dan swasta serta institusi pendidikan.
Sebagai contoh kementerian boleh melanjutkan forum atau program jom ke muzium, pertandingan menghasilkan video sejarah pendek di TikTok, Instagram atau YouTube serta program lawatan pendidikan bersama pelajar IPT. Kita tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar promosi ini. Dengan pengenalan kreatif dan kerjasama strategik muzium boleh mendapat perhatian yang lebih luas.
Batu Pahat ingin bertanya berapakah jumlah pengunjung muzium di seluruh negara bagi tahun 2025 dan 2026? Apakah sasaran peningkatan pengunjung pada tahun hadapan, 2027?
Seterusnya Batu Pahat ingin menyentuh tentang tadika dan perpaduan.
Butiran 030600, kita sedia maklum bahawa tadika dan taska perpaduan memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak di samping memupuk semangat perpaduan sejak kecil.
Oleh itu Batu Pahat ingin mendapat penjelasan berapakah jumlah keseluruhan premis tadika dan taska perpaduan yang sedang beroperasi dan berapa banyak daripadanya memerlukan kerja-kerja maintenance atau penyelenggaraan atau pembaikan atau naik taraf.
Kedua, adakah kementerian menyediakan peruntukan khusus bagi menggantikan perabot lama atau rosak seperti meja, kerusi, almari serta peralatan pembelajaran yang sudah tidak sesuai digunakan.
Batu Pahat ingin mengetahui berapakah jumlah premis yang akan menerima kemudahan baru atau dinaiktaraf sepanjang 2027? Akhir sekali adakah kementerian menyediakan latihan kepada guru dan pemilik tabika atau Taska Perpaduan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pengurusan kelas. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Alhamdulillah bajet 2027 kali ini menyaksikan peningkatan peruntukan buat tahun kelima berturut-turut. Perbelanjaan kali ini mencecah
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
RM85,879,400 juta dengan peruntukan mengurus sebanyak RM793,039,400 dan peruntukan pembangunan RM6,575,565 juta.
Peruntukan kementerian meningkat tetapi sejauh manakah peningkatan perbelanjaan itu diterjemahkan kepada perpaduan sosial, pengurangan ketegangan kaum dan pengukuhan integrasi nasional. Ini kerana peningkatan keseluruhan peruntukan bukan disebabkan penambahan perbelanjaan pembangunan sebaliknya perbelanjaan mengurus meningkat sebanyak RM142.56 juta atau kira-kira 21.9, manakala pembangunan dipotong RM51.76 juta atau 44 peratus.
Saya menggesa kerajaan menjelaskan kenaikan 14 persen peruntukan dalam Butiran 010000 – Pengurusan muka surat 207. Dari RM24.4 juta tahun ini kepada RM39.25 juta tahun depan sedangkan bilangan perjawatan kekal sama iaitu 266.
Seterusnya Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi muka surat 207. Perpaduan negara dan integrasi nasional menyaksikan peningkatan RM24.48 juta bersamaan kira-kira 12.2 persen. Dua komponen terbesar yang mengalami pertambahan ialah perkhidmatan dan bekalan RM10.66 juta dan pemberian dan kenaan bayaran tetap memerlukan tambahan RM10.66 juta untuk perkhidmatan dan bekalan. Siapakah penerima tambahan RM9.25 juta di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap.
Saya ingin menyentuh tentang Arkib Negara dalam Butiran 020200 – ANM muka surat 207. Saya ingin membangkitkan persoalan mengenai hala tuju dan keberkesanan Jabatan Arkib Negara yang dilihat masih terlalu tertumpu kepada pengurusan rekod kerajaan sedangkan tanggungjawab jauh lebih besar daripada itu.
Saya difahamkan lebih kurang 80 persen tumpuan jabatan ini adalah kepada rekod kerajaan, bukannya menjadi penjaga memori dan warisan negara. Saya juga melihat data-data manusia yang melawat arkib-arkib negara di Malaysia ini, tidak sampai pun satu juta tapi kalau di Singapura itu 19.8 juta termasuk perpustakaan dan lain-lain. Di Australia, jumlah yang melawat lebih daripada 20 juta. Ini rasa saya amat sekali tidak memuaskan hati.
Saya juga merujuk kepada Butiran 030800 – Geran Rukun Tetangga muka surat 208. Merupakan butiran baharu yang paling besar dalam keseluruhan program khusus. Berapa jumlah KRT aktif yang layak menerima geran? Bagaimana RM78.33 juta itu diagihkan mengikut negeri dan kawasan? Bagaimanakah kementerian mengelakkan aktiviti KRT menjadi program dalaman kelompok atau komuniti tertentu sahaja? Bagaimanakah kita boleh memastikan program dibuat oleh KRT ini tidak
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
bersifat politik dan tidak membabitkan atlet-atlet, sorry, ahli-ahli politik di peringkat akar umbi yang mungkin menggunakan dana itu untuk tujuan lain.
Butiran 040100 – Perolehan Aset dan Program Perpaduan muka surat 209 tidak wujud pada 2026. Persoalan yang saya mahu kemukakan ialah adakah, apakah aset yang akan diperolehi?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Langkawi, tanya sikit boleh Langkawi?
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Apakah program perpaduan one-off yang dirancang.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Mengapa perbelanjaan ini dikatakan, dikategorikan sebagai one-off dan bukannya sebahagian daripada program sedia ada.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Langkawi, sign CSA.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Pi tanya di Melaka.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat nanti boleh bahas.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Saya ingin menegur kementerian ini dalam soal perpaduan nasional, angka menunjukkan jurang antara prestasi indeks dan realiti sosial.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak sporting la Langkawi ni.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Peningkatan skor indeks perpaduan nasional tidak semestinya bermakna masalah perkauman dan polarisasi telah selesai. Malah, malah data yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri menunjukkan bahawa isu etnik masih menjadi cabaran terbesar perpaduan nasional.
Macam mana nak ada perpaduan nasional, kami yang menandatangani CSA dipanggil ‘dajal’ dan ini amat sedih sekalilah saya. Malah saya balik semalam anak- anak saya bertanya; “Dajal ini berat ni Daddy” kata dia. Saya kata wallahualam lah, saya pun sedang mengkajilah apa maksud dajal itu. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Puan Pengerusi, saya terus ke Butiran 030500 – Program Keharmonian dalam Kepelbagaian yang diperuntukkan sebanyak RM46 juta di bawah Belanjawan 2027.
Saya ingin memohon penjelasan mengenai apakah pengisian program keharmonian dalam kepelbagaian ini dan sejauh manakah ia dapat menyemai semangat perpaduan antara etnik Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Puan Pengerusi, kita harus akui polemik perkauman masih wujud dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Adakah undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan seksyen 505 Kanun Keseksaan masih relevan dan berkesan dalam menangani isu perkauman di Malaysia untuk jangka masa panjang.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita beralih daripada tindak balas berbentuk punitif dalam menangani isu-isu perkauman yang timbul. Puan Pengerusi, kita tidak mahu penyelesaian konflik perkauman hanya berakhir dengan tindakan penguatkuasaan atau hukuman semata-mata. Sebaliknya usaha untuk memupuk keharmonian di negara ini perlu memberi penekanan kepada pemulihan hubungan antara kaum berteraskan prinsip saling menghormati, toleransi dan semangat perpaduan nasional.
Kita perlu lebih memfokus kepada feel good factor yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia. Puan Pengerusi, saya mempunyai harapan tinggi bahawa walaupun berbilang kaum dan agama kita tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia. Kita dapat lihat baru-baru ini, frasa ‘Maka kami’ yang merupakan sebahagian daripada ikrar Rukun Negara tular di media sosial bagi meraikan beberapa pencapaian Malaysia seperti menjadi tuan rumah perlumbaan F1 dan memenangi emas dalam acara Sukan Asia.
Selain itu, tahun ini ranking pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua setaraf dengan Singapura di mana ia nya boleh digunakan untuk rakyat Malaysia mengakses 175 buah negara. Banyak pencapaian-pencapaian yang kita boleh banggakan sebagai rakyat Malaysia hari ini.
Oleh itu saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat menubuhkan suatu jawatankuasa ataupun unit khusus yang ditugaskan untuk meleraikan insiden perkauman. Tetapi juga mendamaikan semula pihak-pihak yang
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
terkesan melalui pendekatan mediasi, dialog terbuka, rundingan secara berhemah serta program silang budaya yang melibatkan pemimpin masyarakat, wakil agama dan pertubuhan bukan kerajaan.
Pendekatan ini penting bagi membuka ruang kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan memperbetulkan salah faham, memulihkan kepercayaan serta mencari titik persamaan demi mengelakkan konflik yang sama daripada berulang. Saya percaya agensi dan badan di bawah kementerian seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), perpustakaan desa, tabika, taska perpaduan boleh menjadi penggerak utama kepada usaha ini.
Butiran 030800 iaitu diperuntukkan sebanyak RM78.3 juta mungkin sebahagian daripada geran ini dapat dikhususkan untuk pelaksanaan program- program bertemakan perpaduan dan keharmonian di antara kaum disesebuah KRT seperti program dan aktiviti kesukarelawan yang melibatkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai agama, kaum dan latar belakang.
Usaha ini penting bagi memastikan KRT bukan sahaja berperanan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan kawasan kejiranan tetapi turut menjadi wadah untuk merapatkan hubungan, menghapuskan prasangka serta memupuk persefahaman dan sikap saling menghormati dalam kalangan komuniti.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Batang Lupar, tanya sikit Batang Lupar. Tadi kalau kita dengar Langkawi sebut tadi ini program-program KRT dia kata, maksudnya tak benarkan orang politik untuk hadir dalam program itu macam mana pula? Kita ini contohnya kita ini ADUN, kita ini sebagai Ahli Parlimen, kita ini sebagai ahli majlis kita ini orang politik.
Kalau kita tak dibenarkan untuk hadir Program KRT macam mana? Jadi minta sikit pandangan daripada Batang Lupar. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Puan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 030400 – Perpustakaan Desa yang diperuntukkan RM57.8 juta. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perpustakaan Desa Kampung Maludam di kawasan saya telah menjadi perpustakaan desa contoh yang pernah menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah Perpustakaan Awam Ketua Menteri Sarawak dan Anugerah Perpustakaan Desa Pusat Komuniti 2022–2024.
Antara keunikan Perpustakaan Desa Kampung Maludam ini adalah mereka menyediakan kelas membaca untuk golongan dewasa. Oleh itu Puan Pengerusi, saya melihat perpustakaan desa berpotensi memainkan peranan yang besar dalam sesebuah kawasan perkampungan. Dan saya percaya fungsi dan peranan
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
perpustakaan desa boleh diperkasa dan diperluaskan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sebagai contoh.
Untuk ucapan daripada sahabat saya Hulu Langat masukkan ke dalam ucapan saya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 020400 – Perpustakaan Negara Malaysia. Butiran 030400 – Perpustakaan Desa dan Butiran 50000 – Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Maksud Pembangunan.
Kalau kita meneliti perbelanjaan sebenar dari tahun ke tahun, Perpustakaan Negara diperuntukkan RM19.2 juta bagi pembangunan dalam belanjawan tahun lepas 2025. Peruntukan itu kemudian dipinda kepada RM12.4 juta. Namun buku anggaran untuk tahun depan menunjukkan perbelanjaan sebenar pada 2025 ialah sifar. Maknanya langsung tidak ada perbelanjaan. Jadi, saya hendak tahu apakah faktor yang menyebabkan peruntukan yang diminta dan diluluskan oleh Parlimen ini langsung tidak dibelanjakan pada tahun lalu.
Perpustakaan bukan kemudahan awam yang kerap diberi tumpuan. Kita melihat perpustakaan sebagai kemudahan good to have dengan izin bukan wajib ada di setiap bandar. Apakah pandangan kerajaan terhadap perpustakaan sebenarnya. Adakah kita benar-benar berhasrat membangunkan perpustakaan.
Kalau kita melihat keseluruhan perpustakaan dalam negara kita, hanya Perpustakaan Negara, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, lima buah perpustakaan komuniti dan sekitar 500 perpustakaan desa yang berada di bawah pentadbiran Kementerian Perpaduan.
Sebanyak 581 buah perpustakaan desa lagi serta perpustakaan negeri dan daerah lain ditadbir oleh kerajaan negeri atau PBT masing-masing. Sekiranya PBT mampu, perpustakaan setempat dapat dinaik taraf. Sekiranya tak mampu itulah nasib penduduk setempat. Ya, mungkin tidak ramai antara kita yang melawat perpustakaan setiap minggu tetapi ada golongan yang memerlukan perpustakaan.
Misalnya calon SPM dan STPM di bandar sekunder, mereka memerlukan tempat untuk mengulang kaji, sekolah tutup pada hujung minggu dan rumah sendiri kemungkinan besar tidak sesuai kerana terlalu banyak gangguan. Mahu belajar bersama rakan-rakan pula mereka terpaksa berbelanja di Mcdonald’s ataupun kafe-
Puan Wong Shu Qi - Kluang
kafe yang mahal. Mereka bukan tidak mahu ke perpustakaan awam kita, tetapi bagaimanakah kita hendak mendapatkan akses apabila banyak perpustakaan awam kita hanya dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja.
Saya faham permintaan ini mungkin tidak wujud di setiap daerah. Tetapi perpustakaan di kawasan saya penuh apabila waktu operasinya dilanjutkan pada hari Sabtu dan Ahad sebagai Program Pecutan SPM dan STPM. Anak muda kita bukan sahaja memenuhi perpustakaan, malah mereka memberi pandangan kepada saya lagi tentang apa lagi yang perlu ditambah baik. Perpustakaan di kawasan saya sebenarnya di bawah pentadbiran PBT. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan yang sanggup bertugas lebih masa demi anak muda kita sepanjang tiga bulan ini.
Kemudahan awam kita bukan tiada. Kita ada tetapi kita masih sekadar check the box dengan izin tanpa memikirkan bagaimana perkhidmatan dan kemudahan sedia ada ini dapat diakses dengan mudah oleh rakyat setempat. Dengan adanya peruntukan pembangunan RM6.85 juta bagi Perpustakaan Negara Malaysia tahun depan daripada jumlah anggaran harga projek RM162.6 juta, saya minta pihak kementerian menjelaskan apakah projek yang akan dilaksanakan dan apakah rancangan untuk meningkatkan kadar penggunaan perpustakaan di seluruh negara.
Seterusnya selain Program Jom Baca Bersama 10 minit yang diadakan setiap tahun, apakah usaha lain untuk memupuk budaya membaca sepanjang hayat.
Saya menyemak laman sesawang dan juga akaun media sosial Perpustakaan Negara, program ini telah diadakan bertahun-bertahun. Dan pada pemerhatian saya, formatnya tidak banyak berubah, kekal sama.
Pada masa yang sama, anak muda kini mempromosikan budaya membaca di TikTok dan Instagram mereka membaca dalam LRT dan MRT lalu berkongsi apa yang mereka baca di media sosial. Ini dikenali sebagai BookTok ataupun Bookstagram. Di Korea Selatan pula Gen Z kini lebih cenderung membaca buku fizikal di tempat awam. Trend ini dikenali sebagai Text Hip dengan izin mereka menubuhkan kelab membaca sendiri, berkumpul di kafe atau taman awam.
Secawan kopi senaskhah buku dengan membaca sahaja malah Kerajaan Bandar Raya Seoul melancarkan kelab membaca awam Hipdoc Club pada tahun lalu. Dan ke semua 10,000 tempat penuh dalam masa kurang dua jam. Trend ini juga mula muncul di Malaysia.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gulung.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya, saya akan satu perenggan lagi, minta maaf. Sekiranya Perpustakaan Negara benar-benar berhasrat menggalakkan budaya membaca kita patut mendekati kumpulan seperti ini. Jadi menganjurkan program bersama mereka dan aktif di media sosial mengikut trend terkini reading is the passional tetapi perpustakaan kita belum catchup lagi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya bawakan tiga butiran yang utama yang saling berkait di antara satu sama lain.
Butiran yang pertama, 020200 – Arkib Negara Malaysia. Kepala Batas membawa perhatian Dewan kepada satu perkara yang mungkin kelihatan kecil dalam perbahasan belanjawan tapi sebenarnya mempunyai nilai yang besar dalam pembinaan identiti, jati diri serta kedaulatan sejarah negara serta pemeliharaan khazanah secara warisan bangsa.
Kepala Batas mohon pencerahan daripada sidang yang lepas berkenaan dengan perancangan pihak kementerian untuk mendapatkan balik artifak-artifak warisan negara di luar negara sebagaimana yang turut dibahaskan oleh Batu Pahat.
Kepala Batas menyambut baik usaha pelaksanaan melalui resolusi Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional dan memorandum pelaksanaan, pendidikan dan pembelian sumber sejarah dalam dan luar negara bagi tempoh lima tahun 2025 hingga 2029 oleh kementerian.
Namun, Kepala Batas ingin tahu berapakah jumlah sebenar artifak, manuskrip dan dokumen sejarah Malaysia telah dikenal pasti setakat ini masih berada di luar negara. Siapakah tokoh dan juga negarawan yang terlibat dalam inisiatif ini secara langsung dan tidak langsung sama ada daripada dalam ataupun luar negara?
Kepala Batas berpandangan bahawa kita memerlukan satu inventori nasional, pasukan khas, representasi warisan dan pelan tindakan yang mempunyai sasaran, peruntukan, garis masa yang jelas. Jangan sampai nanti anak cucu kita
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
terpaksa pergi ke muzium luar negara asing untuk mengenali sejarah dan khazanah milik tanah air kita.
Perkara yang kedua, Butiran 020300 – Jabatan Muzium Negara. Kepala Batas fokuskan kepada Jabatan Arkeologi Guar Kepah di mana Guar Kepah berada di kawasan Parlimen Kepala Batas, salah satu tapak arkeologi biasa, namun mempunyai khazanah bersejarah yang menyimpan bukti kehidupan manusia sejak 5,000 tahun yang dikenali sebagai Penang Woman. Penemuan rangka ini serta usaha membawa pulang bahan rangka daripada Guar Kepah daripada Belanda merupakan sebahagian daripada sejarah penting negara yang perlu dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi akan datang.
Justeru, Kepala Batas menyambut baik pembangunan galeri ini.
Namun, kita perlu bertanya, sejauh manakah kewujudan dan nilai sejarah Guar Kepah diketahui oleh masyarakat umum. Justeru, Kepala Batas mohon pencerahan berkenaan dengan perkara ini walaupun Galeri Arkeologi Guar Kepah di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, namun, saya perlukan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan.
Yang pertama, berapakah jumlah pengunjung Galeri Arkeologi Guar Kepah sejak dibuka pada tahun Januari 2026? Apakah strategi promosi nasional yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan galeri ini dikenali oleh rakyat Malaysia serta pelancong luar negara? Adakah Kementerian Perpaduan Negara bersedia bekerjasama secara strategik dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
(MOTAC), Tourism Malaysia dan juga NCER untuk membangunkan Guar Kepah sebagai destinasi pelancongan warisan, pendidikan dan penyelidikan arkeologi?
Kita tidak mahu sebuah galeri dibina dan dirasmikan sahaja. Tetapi kewujudan serta nilai sejarah tidak disebar luas secara meluas kepada rakyat.
Justeru, Kepala Batas mencadangkan supaya promosi Pusat Arkeologi Guar Kepah ini diperluas melalui kerjasama antara kementerian dan juga agensi berkaitan.
Lawatan pendidikan Guar Kepah juga wajar diperluaskan kepada sekolah- sekolah seluruh negara. Kita mahu anak-anak datang bukan sekadar melihat bahan arkeologi dipamerkan, tetapi memahami kehidupan masyarakat prasejarah, perkembangan budaya dan juga sejarah peradaban manusia di rantau ini.
Dalam masa yang sama, Kepala Batas melihat pembangunan Guar Kepah ini perlu diberikan perhatian, memberi manfaat kepada ekonomi kepada masyarakat setempat melalui penglibatan pengusaha kecil, peniaga, penggiat pelancongan dan penghasilan produk warisan tempatan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang ketiga, Butiran 020400 – Perpustakaan Negara Malaysia, dokumentasi warisan tempatan. Kepala Batas turut membangkitkan kepentingan mendokumentasikan nama asal tempat-tempat, tokoh-tokoh herba dan tokoh-tokoh sejarah negara. Kita mempunyai daerah, kampung, pekan, sungai, kawasan penempatan yang mempunyai sejarah serta asal-usul nama tersendiri.
Namun, berapa banyak sejarah dan juga asal-usul nama tempat ini telah direkodkan ataupun didokumentasikan secara sistematik. Misalnya, Taiping nama asalnya adalah Klian Pauh, satu jalan di Negeri Sembilan, Jalan Dr. Chen Man Hin yang nama dulunya adalah Jalan Temiang. Begitu juga George Town, dulu ia nya dinamakan sebagai Tanjung Penaga. Kenapa tiada pemeliharaan dilakukan?
Perkara warisan ini dipertahankan oleh satu akta agar sejarah dan warisan dapat dipelihara untuk generasi pada masa depan dan boleh dikembalikan.
Nampak kecil, tapi besar kesannya. Jangan sampai generasi akan datang hanya mengenali nama sesuatu tempat ataupun tidak lagi mengetahui sejarahnya, makna dan kisah di sebalik nama tersebut. Kepala Batas ingin tahu, adakah terdapat program-program khusus mendokumentasikan asal-usul nama-nama tempat ini, nama kampung, nama tokoh di seluruh negara?
Kepala Batas berpandangan perlu ada kerjasama antara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Arkib Negara, pihak berkuasa tempatan, serta institusi pengajian tinggi untuk membangunkan pangkalan data yang lebih menyeluruh.
Khususnya, Kepala Batas, sejarah nama kampung, kawasan pertanian, sungai dan penempatan tradisional ini perlu dikumpulkan melalui penyelidikan serta rakaman sejarah lisan masyarakat.
Selain itu, Kepala Batas ingin menarik perhatian terhadap tokoh-tokoh herba atau pengamal perubatan tradisional yang memiliki pengetahuan turun-temurun mengikut tumbuh-tumbuhan, akar kayu serta warisan-warisan perubatan. Apakah usaha khusus kementerian untuk mengumpul, merekodkan serta memelihara sejarah tokoh herba ini, pengamal perubatan tradisional serta tokoh-tokoh sejarah yang telah memerikan sumbangan kepada negara?
Kepala Batas mencadangkan supaya kementerian wujudkan program dokumentasi warisan tempatan yang merangkumi sejarah nama tempat, tokoh sejarah, tokoh herba, manuskrip lama, gambar bersejarah dan rakaman secara lisan masyarakat disatukan.
Akhirnya, Puan Pengerusi, sejarah bukan sekadar cerita masa lalu, tetapi ia adalah asas untuk generasi pada hari ini memahami siapa kita, dari mana asal usul
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
kita dan apakah warisan yang perlu kita pertahankan. Justeru, bangsa yang melupakan sejarahnya berisiko kehilangan jati diri dan arah masa depannya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Peruntukan untuk 2027 adalah sebanyak RM225 juta. Terima kasih kepada Kementerian Perpaduan Negara atas usaha memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun begitu, usaha-usaha lebih keras perlu dibuat bagi memastikan program- program yang dilaksanakan mencapai sasaran yang tepat.
Baru-baru ini, kementerian telah menganjurkan Liga Sukan UNITI 2026 peringkat zon yang melibatkan beberapa zon di seluruh Malaysia. Saya mengalu- alukan usaha ini dan sukan ini sebenarnya mampu menarik ramai penyertaan di peringkat komuniti memandangkan jumlah hadiah yang tinggi.
Namun begitu, pada pandangan saya, Liga Sukan UNITI gagal mencapai sasaran penyertaan dan objektif. Penyertaan untuk zon utara melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Hanya 22 pasukan futsal berbanding sasaran biasa yang boleh mencapai 32 pasukan dan untuk pasukan bola jaring, hanya lapan pasukan sahaja yang bertanding melibatkan zon utara.
Jadi, saya cadangkan pada tahun-tahun hadapan, Liga Sukan UNITI ini perlu diperkemaskan dari segi penganjuran. Saya faham, kementerian bukan pakar dalam menganjurkan sukan. Kementerian mengadakan sukan ini pun dah dikira sudah cukup baik. Cuma, Kementerian Perpaduan boleh berkolaborasi dengan persatuan- persatuan sukan tempatan bagi menarik lebih ramai penyertaan. Dengan ini, objektif perpaduan akan dapat dicapai dengan lebih mudah.
Saya juga mencadangkan agar Liga Sukan UNITI ini diperkembangkan di peringkat komuniti. Saya juga tertarik dengan peruntukan RM100,000 kepada SMK Putra di Kangar sebagai Sekolah Angkat MADANI baru-baru ini. Melalui peruntukan tersebut, pelbagai projek penyelenggaraan dan baik pulih sekolah berjaya dilaksanakan dan program berbentuk modal insan juga telah dijalankan.
Dan, saya berharap usaha-usaha ini akan dibuat secara berterusan ke sekolah-sekolah yang lain pula pada Bajet 2027 dan bajet-bajet yang seterusnya. Ini
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
kerana sekolah adalah tempat yang paling strategik untuk memupuk perpaduan di kalangan murid-murid kerana di sekolah terdapat murid-murid yang berbilang kaum.
Tuan Pengerusi, Butiran 030800 – Geran Rukun Tetangga. Belanjawan 2027 turut memberikan perhatian kepada peningkatan Geran Rukun Tetangga, daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun bagi setiap KRT yang aktif. Ia adalah langkah yang baik. Namun begitu, saya ingin bertanya, apakah kriteria untuk menentukan sesebuah KRT layak menerima geran RM10,000? Adakah kementerian akan menyediakan garis panduan perbelanjaan yang lebih fleksibel supaya KRT boleh menggunakan dana mengikut keperluan setempat?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tuan Pengerusi, Butiran 020200 – Arkib Negara. Perbelanjaan RM64 juta.
Jadi, Arkib Negara memainkan peranan dalam memelihara khazanah, sejarah, dokumen rasmi kerajaan, rekod-rekod pentadbiran dan warisan negara. Arkib Negara juga merupakan institusi yang menjaga memori negara, bukti sejarah, kedaulatan dan identiti bangsa.
Soalan saya. Berapakah jumlah keseluruhan dokumen dan rekod sejarah negara yang telah berjaya didigitalkan sehingga tahun 2026? Apakah perancangan kementerian untuk menjamin rekod digital tidak hilang akibat serangan siber atau kegagalan sistem?
Seterusnya, berkaitan dengan Perlis. Tak tinggal Perlis. Berapakah jumlah manuskrip, dokumen dan gambar sejarah berkaitan dengan Perlis yang berada dalam simpanan Arkib Negara? Adakah kementerian bersedia menjalankan projek dokumentasi sejarah negeri Perlis termasuk pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, warisan masyarakat setempat serta hubungan sejarah Perlis, Kedah dan Siam dalam Bajet 2026?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Ya, terima kasih...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
...Tuan Pengerusi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Belanjawan 2027 Malaysia MADANI peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara. Walaupun kita lihat keseluruhan peruntukan tak besar tetapi kementerian ini sangat mustahak.
Saya akan sebut secara spesifik dua perkara sahaja di bawah kementerian ini iaitu, yang pertama, di bawah Butiran 030800 – Geran Rukun Tetangga. Saya nampak sebanyak RM78 juta diperuntukkan. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, ini KRT di kawasan kita masing-masing.
Saya nak tanya, macam mana agihan dia? Sama ada siling dia, pada yang dulu, RM6,000, ataupun ada saya dengar RM10,000? Dan kategori dia. Kita tahu mana yang aktif dapat lebih. Itu biasalah. Siapa yang aktif, rajin buat program di kawasan komuniti, terutamanya program-program yang bersesuaian dengan usaha kita memupuk perpaduan.
Berkenaan dengan ini, saya minta Timbalan Menteri nanti jawab, tolong berikan berapakah KRT kita yang dalam kategori A, B dan sebagainya. Setiap kategori itu, berapa geran dia? Sebab, selama ini pun memang kategori yang berbeza itu, geran dia berbeza.
Berkenaan dengan Rukun Tetangga ini, saya nak tanya. Saya nampak masih ada Rukun Tetangga yang didominasi oleh kaum tertentu sahaja padahal di kawasan itu adalah kawasan masyarakat majmuk. Saya berikan satu contoh. Katakan taman itu, kawasan itu, katakan ada lima, enam taman perumahan, satu KRT. Kalau 99 percent orang Melayu, tak apalah kalau semuanya Melayu. Itu okey. Tapi, kalau kawasan itu mungkin dalam 50 percent Melayu, 30 percent Cina, 20 percent India, kawasan majmuk, saya nampak masih ada KRT yang didominasi oleh kaum tertentu sahaja. Jadi, apakah ada usaha yang serius daripada KPN untuk betulkan keadaan ini?
Saya nak sebut kepada— saya percaya Timbalan Menteri akan menjawab nanti. Yang ikut pecahan kaum ini, ini adalah legasi lama daripada rejim dahulu, daripada parti yang berasaskan kaum. Itu dulu. Saya nak sebut ini. Okey? Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri faham apa yang saya sebut, dan kita nak betulkan keadaan ini. Kalau kawasan itu masyarakat majmuk, tak kira siapa jadi pengerusi, tak semestinya kaum yang sama itu dia jadi setiausaha, bendahari dan sebagainya.
Tidak. Biar ada usaha daripada Malaysia MADANI. Itu yang kita harapkan. Jadi, mohon ada penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara kedua dan terakhir yang saya nak sebutkan di bawah Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Sama macam tahun sebelumnya ― RM111.6 juta.
Satu jumlah yang sangat besar. Saya nak tanya, berapa ramai kakitangan kontrak?
Saya percaya kakitangan kontrak ini banyak pada Tabika Perpaduan― guru ataupun pembantu. Jadi, kenapa kekal kontrak? Sebab, saya secara terus teranglah saya kata, be fair to everybody. Guru-guru tadika ini, gaji dia nak kata besar, tidak.
Tetapi, kalau kita biarkan mereka asyik kontrak sahaja, saya rasa tiada jaminan untuk perjawatan mereka. Kalau Yang Amat Berhormat PMX berjaya menoktahkan doktor kontrak yang kita warisi daripada rejim yang lama dalam belanjawan kali ini, apakah ada usaha daripada KPN sendiri untuk menoktahkan terutamanya guru dan pembantu untuk Tabika Perpaduan?
Sebab, Tabika Perpaduan ini kita berterusan. Dia bukan buat, kata orang, tahun ini ada, tahun depan ada, oh, dua, tiga tahun lagi kita akan tutup. Tidak. Saya tak nampak ada Tabika Perpaduan yang ditutup. Malahan permintaan untuk tambahkan Tabika Perpaduan itu ada dan semakin banyak permintaan.
Jadi, keperluan untuk mereka ini memang ada. Perlu ada usaha untuk serapkan mereka dengan perjawatan tetap. Saya rasa ini adil untuk mereka dan bersesuaian dengan fungsi mereka dalam komuniti kita untuk menawarkan persekolahan prasekolah yang percuma daripada kerajaan untuk masyarakat sekitar, tak kira B40 atau M40.
Jadi, dua sahaja perkara ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Perpaduan Negara, 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan 030500 – Program Keharmonian dalam Kepelbagaian.
Perkara pertama ialah tentang perpaduan negara. Saya ambil maklum KPN bertindak sebagai pengantara (mediator) untuk masyarakat majmuk dan memberikan penerangan melalui Jawatankuasa Harmoni. Saya juga mengambil maklum bahawa KPN hanya mempunyai kuasa pentadbiran dan pengurusan di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 dan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mendakwa mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi atau isu perkauman.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Isu perpaduan semakin panas kebelakangan ini. Media sosial dipenuhi pelbagai kenyataan provokatif, sindiran perkauman dan sentimen agama yang sensitif. Dalam dunia media sosial yang pantas, api kecil boleh merebak menjadi kebakaran besar dalam masa yang singkat. Jika membiarkan sehingga rakyat saling bertikam lidah di ruang maya, pemulihan akan jadi sukar.
Yang Berhormat Menteri Perpaduan telah memberi amaran keras supaya semua pihak menghentikan sebarang penyebaran kebencian. Beliau telah meminta polis (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang mencetuskan rasa tidak harmoni dalam negara.
Walau bagaimanapun, saya meminta Menteri untuk mengambil tindakan yang lebih proaktif dan berkesan untuk menangani isu kesepaduan masyarakat dan jangan tunggu atau membiarkan keadaan menjadi tegang sebelum tindakan tegas diambil. Rakyat mahu tindakan yang lebih menyeluruh, konsisten dan substantif. Ini termasuk dialog antara kaum dan memperbanyakkan program komuniti di peringkat akar umbi untuk memastikan isu sensitif ditangani secara cepat sebelum menjadi bahan provokasi dan ketegangan mula muncul.
Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak sukakan politik kebencian dan juga benci perbuatan segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan isu 3R. Kita hanya mahu hidup aman dan berharmoni.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Perkara kedua adalah pencapaian identiti nasional. Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021 sehingga 2030 merupakan instrumen pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional serta membentuk identiti nasional dalam kalangan rakyat Malaysia.
Saya ada tiga soalan kepada kementerian. Soalan satu, apakah pencapaian konkrit Kementerian Perpaduan Negara dalam membentuk identiti nasional di bawah Pelan Tindakan Perpaduan Negara? Sejauh manakah, pencapaian tersebut diukur berdasarkan perubahan sikap persepsi dan interaksi sosial rakyat dan bukan semata-mata berdasarkan bilangan program yang dilaksanakan?
Soalan dua, politik kaum dan agama. Apakah strategi kementerian untuk menangani peningkatan politik berasaskan kaum dan agama yang boleh menjejaskan pembentukan identiti nasional serta hubungan antara kaum dan agama?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Soalan yang ketiga, apakah inisiatif khusus kementerian untuk memperkukuh identiti nasional dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira kepelbagaian etnik, agama, budaya dan sejarah pembentukan Malaysia?
Kesimpulan, kejayaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara tidak seharus diukur berdasarkan berapa banyak program perpaduan telah dianjurkan. Tetapi, berdasarkan sejauh mana rakyat Malaysia benar-benar menerima antara satu sama lain, saling menghormati dan mempunyai rasa kebersamaan sebagai satu bangsa Malaysia.
Matlamat akhirnya ialah membina sebuah negara yang bersatu dalam kepelbagaian di mana setiap rakyat berasa bahawa Malaysia adalah negara mereka dan mereka mempunyai tempat serta masa depan yang sama dalam negara ini.
Sekian, terima kasih saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Selayang. Pembahas terakhir Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam harapan, salam rahmah. Terima kasih, diucapkan kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas kebenaran ke atas saya untuk bersama-sama membahaskan soal berkaitan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.
Kod B.14 Butiran 020000 – Jalur Gemilang. Saya nak minta Yang Berhormat Pengerusi, kalau boleh kerajaan di bawah Kementerian Perpaduan ini sebab tahun depan ini, Timbalan Menteri pun ada, saya nak sebutkan begini. Sebab negara kita tahun depan ini kita akan menyambut sambutan 70 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Ini Kota Belud, negara kita tahun depan ini sambutan 70 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Saya nak cadangkan kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Perpaduan ini supaya tahun depan kita mewajibkan kepada seluruh rakyat dan juga masyarakat yang terdapat di dalam negara kita ini. Tak kiralah rumah baik, pejabat baik, sekolah baik, kedai-kedai pun baik, maksudnya wajib untuk kita kibarkan jalur gemilang sebagai tanda kasih, cinta, sayang kita terhadap negara kita Malaysia yang kita cintai ini.
Sebab kalau saya dengar tadi Selayang bercakap tadi, Selayang berbahas tadi. Ini negara kita Selayang. Ini tanah tumpah darah kita. Tak kiralah kita dibesarkan
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
di mana maksudnya inilah tanah tumpah darah kita. Kalau berlaku peperangan, kalau berlaku pergaduhan. Maksudnya kita tak mempunyai negara kedua atau negara ketiga. Sebab itu, wajib untuk kita kasih sayang dan juga cinta akan negara kita Malaysia ini.
Kemudiannya yang keduanya soal berkaitan dengan lima prinsip Rukun Negara. Dalam siri perbahasan saya tahun-tahun yang lalu saya ada menyebutkan kalau boleh lima prinsip Rukun Negara ini— Timbalan Menteri! Timbalan Menteri Perpaduan, tengok sini!
[Ketawa] Kalau boleh lima prinsip Rukun Negara ini, saya nak minta dibingkaikan, di-frame-kan dan lima prinsip Rukun Negara ini kita gantung di rumah-rumah kita. Kita gantung di pejabat-pejabat kita. Kita gantung di kedai-kedai kita.
Sebab kita kena ingat, lima prinsip Rukun Negara ini diwujudkan, digagaskan pada 1970 selepas peristiwa berdarah 13 Mei tahun 1969, yang menjadi tinta sejarah hitam soal berkaitan perpaduan dalam negara kita. Sungai Siput, yang pertamanya Kepercayaan Kepada Tuhan. Sebab itu ini Sungai Siput sepatutnya lima prinsip Rukun Negara ini kena dibahaskan. Kerana ditaklimatkan. Kena dicerakinkan, kena dimusyawarahkan, kena dimusyawarahkan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput setuju, setuju. Sokong, sokong.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha? Sokong? Ha. sebab itu kita tengok sekarang ini kita nampak bila dia tak percaya tentang wujudnya Tuhan, sebab itu dia mentekedarah. Dia curi, dia rompak. dia sakau, dia songlap, dia sapu duit rakyat yang terdapat di dalam negara kita. Kalau dia percaya wujudnya Allah.
Kalau dia percaya adanya tuhan, dia tak berani Selayang, nak curi, nak songlap, nak mentekedarah, nak sakau duit rakyat yang terdapat di dalam negara kita Malaysia, yang kita cintai ini.
Semalam pula kita dengar pula ada satu kalimah baharu yang disebutkan oleh salah seorang Ahli Parlimen yang terdapat di dalam negara kita ini. Dia kata apa? Yang sain CSA ini dia kata dajal. Dajal ini penipu besar, pendusta, pembohong.
Dia kata kepada Yang Berhormat Putrajaya ini. Putrajaya! Dia kata, “Dajal ini, dajal”. Dajal dalam filem-filem Hindustan selalu sebut “dajjal”. Silakan Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Memang saja, memang saja saya jolok Putrajaya ini.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Hulu Langat. Itu kena betul itu. Dajal ini berat tuduhannya. Apa yang perlu kita ingat, saya teliti perkara ini secara mendalam. CSA ini zaman sebelum ini pun dah dibuat. Saya mohon kerajaan siarkan, kerajaan tunjukkan CSA ini apa ada dalam itu. Apa— cuba baca betul-betul.
Kita ini dalam keadaan berpolitik, dalam keadaan dunia berperang, perang Iran, perang Ukraine, perang dagang.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Maka dalam keadaan ini, kita merasakan tempoh nak pilihan raya pun tak sampai setahun lagi. Sekurang-kurangnya demi ekonomi negara, demi rakyat, kita tandatangani CSA. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Putrajaya. Kejap, kejap.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sabar, sabar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kejap, kejap Ipoh Timor.
Kejap, kejap. Saya nak bagi habis bagi laju ini. Kejap. Dan dia nak kena ingat Putrajaya, CSA dia dulu, zaman dia 33 bulan dulu jadi kerajaan. Masa itu kerajaan, Putrajaya pun masa itu ada dalam kerajaan itu. Entah tebuk atap kah ataupun ‘Langkah Sheraton’ kah, langkah setan pada masa itu? Silakan Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sahabat saya yang saya hormati, saudara Hulu Langat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang disebutkan oleh Putrajaya tadi berat, dajal. Saya sebagai seorang bukan Islam tetapi minat dan kaji istilah-istilah tertentu— kerana Ahli Parlimen ini kita— kerja kita adalah mempelajari bahasa. Dan penggunaan satu istilah yang begitu berat sampai nak menggelar seorang itu dajal kerana semata-mata 13 orang itu sain CSA, adakah orang yang mengeluarkan kenyataan dan istilah itu, adakah dia wajar atau tak wajar? Itu tak penting dah.
Adakah dia waras?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Adakah wujudnya bukti ketidakwarasan minda dan akal sehingga kalau memang dah tak waras, baik dia berhenti aje lah.
Setuju atau tak?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Masukkan dalam ucapan saya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Langat, masa sudah tamat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sikit aje lagi, sikit lagi. Yang keduanya, yang keduanya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kesetiaan kepada raja dan juga negara. Sekejap, sekejap lagi. Saya nak habis dah ini, nak landing dah ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Nak landing dah ini, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa yang berlaku di Negeri Sembilan, kita nampak kesetiaan kepada raja dan juga negara. Langkawi, Ini setia kepada raja dan juga negara ini. Apa yang berlaku dekat Negeri Sembilan ini kita nampak, nak menjatuh, nak menyingkir, nak memecat raja ini. Hari ini angkat sumpah depan raja ini, angkat sumpah depan raja ini, esok dia nak menjatuhkan raja ini. Saya menyokong. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sekarang, sebelum saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Saya nak maklumkan bahawa Yang Berhormat boleh menjawab isu-isu yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini dan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan beri jawapan bertulis. Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Hanya Hulu Langat, Batu Pahat, Rasah, Selayang, Kluang, yang lain semua tak ada. Oh, Langkawi ada.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Baik, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
20 minit.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Baik.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Salam perpaduan Malaysia MADANI, Ditujukan khusus pembahas budiman; Berbeza pendapat lumrah demokrasi, Demi perpaduan kepentingan rakyat diutamakan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara. Melalui Belanjawan 2027, Kementerian Perpaduan Negara telah diluluskan peruntukan sebanyak 858,794,400. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 793,039,400 untuk perbelanjaan mengurus dan sebanyak 65,755,000 untuk perbelanjaan pembangunan. Secara keseluruhan, peruntukan tahun 2027 meningkat sebanyak 90 juta atau 11.82 peratus berbanding peruntukan tahun 2026.
Pecahan peruntukan mengurus 2027 mengikut Kementerian Perpaduan Negara dan jabatan di bawahnya adalah seperti berikut. Kementerian Perpaduan Negara 88,755,000, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional antaranya yang tertinggi ialah 453,760,000, Arkib Negara Malaysia – 66.5 juta, Jabatan Muzium Malaysia – 56.4 juta, Perpustakaan Negara Malaysia sebanyak 127.5 juta.
Belanjawan 2027 turut menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan bagi pelbagai inisiatif dan pembangunan KPN yang memberi tumpuan kepada pengukuhan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Antara fokus utama peruntukan tersebut adalah seperti berikut, 78.3 juta bagi meningkatkan Geran Rukun Tetangga daripada 6,000 kepada RM10,000 setahun bagi KRT aktif termasuk pembiayaan peralatan dan kelengkapan Skim Rondaan Sukarela ataupun SRS.
Yang kedua adalah 48 juta bagi pelaksanaan Program Kembara Negara Bangsa yang merangkumi pelbagai program kemasyarakatan, interaksi silang budaya serta inisiatif pembinaan negara bangsa.
Yang ketiga, 45 juta bagi projek perpindahan dan pembangunan semula Muzium Tekstil Negara di PNB Perdana, dilengkapi sistem kawalan persekitaran dan keselamatan khususnya bagi memastikan pemeliharaan serta perlindungan 594 koleksi tekstil negara.
Yang seterusnya adalah 45.1 juta bagi inisiatif pembaikan dan menaik taraf premis-premis perpaduan, muzium, memorial, galeri dan pustaka arkib termasuk pelaksanaan projek pemulihan Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Negara Malaysia.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Seterusnya, dua juta bagi memperkasa inisiatif pendigitalan khazanah negara melalui pendigitalan bahan audio visual sumber arkib Malaysia serta pendigitalan tiga dimensi (3D) objek dan artifak Arkib Negara Malaysia.
Seterusnya, dua juta bagi pelaksanaan inisiatif pendigitalan premis perpaduan melalui perluas rangkaian MyGov Net ke Tabika Perpaduan, Taska Perpaduan dan Perpustakaan Desa bagi memperkukuhkan infrastruktur digital. Dan akhir, 3.5 juta bagi memperkasa program tabika dan Taska Perpaduan melalui pembekalan papan pintar dan starter kit kanak-kanak bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih aktif.
Bagi tahun 2027, Kementerian Perpaduan Negara akan memberi tumpuan kepada agenda pembinaan negara bangsa sebagai agenda utama dalam memperkukuh perpaduan nasional selaras dengan mandat Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Negara bangsa merujuk kepada pembentukan sebuah negara yang berkongsi identiti nasional, nilai dan aspirasi kebangsaan berteraskan semangat patriotisme serta penerimaan terhadap kepelbagaian sebagai kekuatan bersama.
Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat yang— saya akan menjawab dan juga saya mengambil saranan Puan Pengerusi, saya akan menjawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan. Yang tiada dalam Dewan, saya akan memberi secara bertulis kepada semua Ahli Yang Berhormat.
So, Kapar tiada dalam Dewan. Seterusnya kita ke— maaf, Bukit Bendera ada? Bukit Bendera tak ada. Kapar tiada. Okey, baik. YB Kuantan? Baik, YB Kuantan ada.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ada, ada.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Baik, terima kasih. YB Kuantan, tentang pengaktifan KRT yang kurang aktif, apakah langkah-langkah yang pihak kementerian yang sedang lakukan. Sehingga kini, sebanyak 8,670 KRT yang telah ditubuhkan di seluruh negara dan bergerak aktif melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian dalam komuniti setempat. Namun daripada jumlah tersebut, kira-kira lima peratus KRT adalah tidak aktif.
Justeru, langkah-langkah yang bagi membantu mengaktifkan semula adalah seperti berikut ya. Kita akan membuat pemprofilan KRT yang kurang aktif, lihat potensi untuk diaktifkan. Kebanyakannya adalah, bisanya adalah pengerusi yang memegang jawatan begitu lama, mungkin dia tertinggalkan dan tidak diwariskan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
kepada pemimpin-pemimpin baru. Kami sedang juga meneliti kerana baru-baru saja kita tamat Mesyuarat Agung bagi semua KRT di seluruh negara beberapa bulan ini.
Dan kerja-kerja untuk memulih atau mengaktifkan semula itu sedang berjalan di bawah Jabatan Perpaduan Negara.
Yang keduanya, melaksanakan program intervensi dan pemulihan KRT dan memperkukuh dan memperbaharui kepimpinan ya, kepimpinan KRT menggunakan pendekatan bimbingan KRT aktif, mentor-mentee kepada KRT yang kurang aktif.
Dan KRT yang kurang aktif— maaf ya. Ada jawapan tertinggal sikit.
Dan seterusnya adalah berkenaan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan Muzium Lembah Bujang, langkah kementerian untuk kita perbaiki. Dan pemeliharaan, pemuliharaan dan pewartaan monumen dan tapak persejarahan negara adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Warisan Negara yang menguatkuasakan aktif. Ha, sekejap ya.
Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia mengambil langkah proaktif dalam memelihara sejarah ketamadunan di Lembah Bujang melalui penubuhan Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Kementerian di bawah Jabatan Muzium Malaysia sentiasa bersedia menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan kerajaan negeri untuk melindungi tapak-tapak sejarah. Bagi maklumat ini, perlu dirujuk kepada Jabatan Warisan Negara di bawah MOTAC, bukan sebab kerana MOTAC tidak lagi di bawah— Jabatan Warisan ini tidak lagi di bawah Kementerian Perpaduan.
Seterusnya adalah pengesanan awal bagi mengelakkan isu-isu 3R yang seperti dilontarkan oleh Kuantan. Bagi mencegah isu sensitif berkaitan agama, kaum dan institusi Raja yang mencetus ketegangan, yang kita melihat setiap hari, mendengar isu-isu ini. Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan yang dalam Dewan ini yang mulia, Ahli-ahli Yang Berhormat, isu perpaduan ini sentiasa tidak boleh dikaitkan dengan isu 3R.
Dia kadang-kadang ia adalah isu-isu jurang ekonomi antara kaum dan intra kaum juga yang juga mewujudkan isu-isu ketegangan masyarakat dan juga isu-isu peluang pekerjaan, isu-isu pendidikan. Inilah sebenarnya punca di mana dasar-dasar inilah yang juga mewujudkan ketegangan dan ketidakharmonian dalam masyarakat yang juga akhirnya menjadi isu perkauman. Malah, kita sedang mengambil langkah- langkah yang sewajarnya, memantau dan bekerjasama dengan semua agensi-
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
agensi terlibat untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menggugatkan keharmonian negara.
Saya juga mengesan awal intervensi bersasar, penyelarasan rentas agensi dan pendidikan perpaduan. Pertama, pemantauan isu sensitif ini juga, kita mempunyai Sistem Rangkaian Aduan Komuniti ataupun dikenali sebagai RAKAN di bawah Kementerian Perpaduan. Saya juga mintalah semua Ahli-ahli Parlimen, Ahli- ahli Yang Berhormat untuk download ataupun daftar dalam aplikasi RAKAN ini untuk melihat apakah fungsinya dan boleh menyebarkan kepada pengundi-pengundi masing-masing di kawasan.
Keduanya, penyelarasan tindakan melalui Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) yang melibatkan 12 kementerian dan agensi bagi memastikan isu berpotensi mencetuskan ketegangan ditangani dengan segera.
Ketiganya, menggerakkan jaringan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Mediator Komuniti untuk mengesan konflik lebih awal serta membantu penyelesaian pertikaian secara rasmi.
Keempat, memperkukuhkan pendidikan dan juga kesedaran perpaduan melalui Inisiatif Harmoni MADANI, menggalakkan dan memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat.
Dan soalan seterusnya adalah bagaimana IPNas digunakan untuk pembangunan blueprint negara bangsa. Indeks Perpaduan Nasional telah menunjukkan bahawa beberapa negeri menunjukkan prestasi yang begitu baik.
Contohnya Sarawak, Melaka dan juga Pahang antara negeri yang tertinggi yang— tiga negeri yang menunjukkan bahawa budaya masyarakat ya, isu-isu perpaduan itu tidak begitu banyak.
Kalau kita melihat dan kita kaji semula, ada juga faktor-faktor masyarakat itu sendiri memainkan peranan penting dan juga ahli-ahli politik juga memainkan peranan yang penting untuk menyeleraikan masalah-masalah ini daripada kita menambah api atau membesarkan isu-isu itu daripada dalam isu-isu konteks perpaduan.
Seterusnya saya juga tengok Kulim...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Ya.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Sedikit, berkaitan dengan bantuan makanan Tabika Perpaduan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ada saya bangkitkan tadi berkaitan dengan masalah bantut yang dihadapi oleh kanak-kanak di Taska Perpaduan dan juga di Tadika Perpaduan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Jawapannya ada.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ada ya, terima kasih.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Kerana kebanyakan soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini terlingkup kepada Jabatan Perpaduan, KRT, Tabika Perpaduan juga melibatkan arkib dan juga perpustakaan.
So, maka jawapan ini saya akan compile dan akan menjawab beberapa Ahli Parlimen yang masih dalam Dewan ini.
Baik, seterusnya berkenaan dengan IPNas. Kita melihat dapatan IPNas tahun 2025 merumuskan seperti berikut. Tadbir urus institusi sosial perlu dilaksanakan dengan saksama, kepelbagaian identiti, etnik perlu dihormati dengan adil dan terima sebagai kekuatan Malaysia, rasa cinta terhadap negara, bangga sebagai rakyat Malaysia dan kesetiaan terhadap simbol kebangsaan adalah asas kepada keharmonian dan semangat kenegaraan.
Inilah laporan IPNas ini kita sedang juga perkasakan lagi untuk tahun ke hadapan untuk mendapat lebih komprehensif untuk boleh kita menilai isu-isunya bagaimana kita nak lagi memperhebatkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ada?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Kalau tiada, saya akan beri secara bertulis.
Baik, Batu Pahat. Batu Pahat, ada? Baik, terima kasih. Batu Pahat, tanya berkenaan dengan Arkib dan Sistem Pendigitalan Arkib Negara Bahan Warisan memberi fokus kepada pendigitalan. Arkib Negara dalam RMK13 plan ketiga akan menjalankan pendigitalan bahan objek. Jumlah peruntukan RM12.7 juta dan bahan audio visual juga diperuntukkan sebanyak RM10.7 juta.
Maksudnya memang memberi tumpuan kerana dia akan ambil masa yang panjang kerana dokumen-dokumen yang ada dalam arkib ini ada yang lebih lama dan perlukan masa untuk lebih detail untuk kita move daripada analog ataupun daripada fizikal kepada proses-proses pendigitalan.
Jumlah bahan arkib yang telah didigitalkan sebanyak 11.5 juta imej iaitu sekitar lapan peratus daripada jumlah keseluruhan bahan arkib. Yang Berhormat
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
maksudnya akan ambil masa yang panjang untuk proses ini dan arkib memberi komitmen dan kita teruskan lagi usaha-usaha untuk pendigitalan ini.
Seterusnya, berkenaan dengan arkib memberi fokus kepada usaha mendapatkan bahan sejarah dari luar negara. Contohnya, kerjasama dengan Turkiye, Memorandum of Understanding between the Director of State Archives of the Presidency of Republic of Turkey and the Ministry of National Unity and Cooperation in Field of Archives telah ditandatangani pada 26 Ogos 2025 sehingga kini.
Dan, juga pendigitalan muzium yang dibangkitkan oleh Batu Pahat juga, program pendigitalan muzium melalui teknologi baharu muncul seperti AI, AR dan teknologi immersive kini memberi nafas baharu kepada institusi warisan negara.
Mungkin ramai Ahli-ahli Yang Berhormat akan tanya tentang muzium ataupun perpustakaan. So, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat juga buat lawatanlah ke muzium dan perpustakaan negara untuk melihat secara sendiri betapa telah di- upgrade dengan lebih canggih at the moment right now.
Dan, juga promosi muzium melalui kerjasama dengan IPTA dan IPTS juga dipergiatkan dan kerjasama dengan USM, UiTM juga dipergiatkan lagi untuk program-program outreach ataupun program bermalam di muzium bersama belia dan sebagainya telah juga dipergiatkan untuk pergiatkan muzium di negara kita.
Seterusnya, saya juga sentuh sedikit tentang— sehingga 31 Oktober 2026, jumlah pengunjung ke muzium-muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia sebanyak 2.1 juta. Sasaran pelawat bagi tahun 2027 adalah sebanyak 2.6 juta pelawat yang akan kita harapkan mereka akan melawat.
Unjuran bajet kerja-kerja penyelenggaraan tadika dan premis berkaitan dengan Tabika Perpaduan. Jumlah Tabika Perpaduan di negara kita mempunyai 1,781 buah Tabika Perpaduan dan taska sebanyak 40 taska— 41, maaf. Peruntukan penyelenggaraan di bawah RP2 berjumlah RM5 juta telah diperuntukkan.
Baik, seterusnya untuk menjawab Yang Berhormat Langkawi, ada? Ya, ada.
Baik. Peningkatan sebanyak RM14.7 juta di bawah Butiran 010100 untuk perkara berikut sebenarnya dinaikkan. Kenaikan emolumen kakitangan, pembelian aset, kenaikan belanja pengurusan seperti utiliti dan kenaikan nilai kontrak perkhidmatan dan bekalan, pelaksanaan program dan aktiviti perpaduan, pembinaan negara bangsa.
Seterusnya adalah jumlah KRT yang aktif layak menerima geran. Kalau kita melihat tahun 2026, sebanyak 8,333 KRT layak menerima geran sebenarnya
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
daripada 8,000 yang jumlah sepenuhnya. KPM juga melaksanakan program yang menyasarkan pelbagai kaum dan latar belakang yang tidak tertumpu hanya kepada KRT sahaja.
Seterusnya, jumlah pelawat ke Arkib Malaysia juga dibangkitkan oleh Langkawi tadi. Jumlah pelawat ke arkib pada tahun 2025 hingga hari ini adalah sebanyak 817,286 pelawat. Manakala bagi tahun 2026 sehingga September 2026 adalah 713,560 pelawat yang telah melawat. Ini adalah angka yang jumlah begitu besar kerana ramai yang pergi melawat arkib ini adalah sebahagian daripada pelajar- pelajar dan juga researcher, researcher juga mengambil peluang dalam ini.
Dan seterusnya adalah berkenaan YB Batang Lupar, ada? Baik, terima kasih YB. Pengisian program keharmonian yang dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan. Jadi, apakah program yang dilakukan? Saya ingin kongsikan, pengisian program ini adalah berlandaskan tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti ekspresi kasih dan paparan perasaan persahabatan serta persaudaraan erat akan diperkukuhkan semangat kekeluargaan.
Sambutan ini akan dapat mempelbagaikan program yang mampu memupuk keharmonian masyarakat melalui detik-detik perpaduan atau moment of unity.
Seterusnya, adalah cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas yang dibangkitkan oleh Batang Lupar. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan unit khas di bawah peringkat KPN. Sebenarnya kita sudah mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) yang dipengerusikan oleh KSU KPN dan dianggotai oleh 12 kementerian ataupun agensi. Kekerapan mesyuarat minimum empat kali setahun atau mengikut keperluan. Keahlian JPIP ini adalah Jabatan Perpaduan Nasional, MKN, SEARCCT, PDRM, SKMM, JAKIM, KPM, IKM, KBS, Kementerian Komunikasi, KPKT, ahli akademik dan juga NGO agama MCCBCHST pun terlibat juga dalam ini kerana kita telah mempunyai jawatankuasa ini. Mungkin kita boleh lagi perhebatkan juga ya, kalau ada isu-isu Yang Berhormat boleh juga dibangkitkan.
Di peringkat Jabatan Perpaduan, kita juga mempunyai Jawatankuasa Steering Committee Isu Perpaduan. Ketua Pengarah JPNIN juga selaku Pengerusi.
Keahlian terdiri daripada MKN, PDRM, JAPEN, SKMM. Kekerapan sama juga empat kali akan mengadakan mesyuarat. Kekerapan itu amat tinggi dan juga bila-bila masa mempunyai isu juga akan kita memberi tumpuan untuk mengadakan mesyuarat.
Dan seterusnya adalah telah sedia ada Unit Perkhidmatan Mediasi Komuniti
(UPMK) untuk menguruskan, mengurus tadbir perkara-perkara berkaitan mediasi
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
komuniti dan mediator komuniti dan Unit Pengurusan Konflik (UPK) berkenaan isu- isu perpaduan juga diwujudkan. Peringkat negeri dan daerah, setiap negeri mempunyai unit dan pegawai penyelarasan berkenaan pengurusan perpaduan.
Baik, terima kasih. Yang seterusnya, YB Kluang berada di sini. Faktor yang menyebabkan soalannya dibangkitkan untuk minta diluluskan tidak belanja pada tahun 2025, PNM. Untuk Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2025, Perpustakaan Negara telah diluluskan empat projek pembangunan merangkumi dua projek baharu dan dua projek sambungan dengan peruntukan akhir berjumlah RM5.5 juta di bawah Butiran Pembangunan 50000.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5.5 juta telah dibelanjakan iaitu hampir 100 peratus daripada peruntukan akhir dengan baki hanya RM181.80 rasanya. Ini menunjukkan bahawa peruntukan pembangunan PNM bagi tahun berkenaan telah dibelanjakan hampir sepenuhnya dan kesemua projek dilaporkan berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Dan seterusnya pada tahun 2027, PNM diluluskan dua projek sambungan dan satu projek baharu di bawah belanja pembangunan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak satu pembinaan perpustakaan baharu akan dibina di Negeri Sembilan dengan anggaran kos berjumlah RM94.7 juta.
Butiran 50000 – PNM telah tercatat dan mungkin saya boleh berikan secara bertulis, sebab ini lebih detailed kepada Kluang berkenaan dengan jumlah kos-kos yang kita belanja keseluruhan dan juga peruntukan bagi tahun 2027. Dan seterusnya, saya akan beri jawapan bertulis kerana ini panjang kerana lebih detail kepada Kluang supaya boleh baca.
Baik, seterusnya, Kepala Batas ada? Ada, baik. Arkib Negara, jumlah artifak dan koleksi manuskrip sebenar milik negara sehingga kini ya. Arkib Negara Malaysia telah mengenal pasti di British Library, koleksi digital British Library Newspaper yang mempunyai sebanyak 553,000 imej dan keduanya National Archives of UK dan Gale Cengage, koleksi digital Colonial Office. Kita mempunyai sebanyak 1.9 juta imej yang telah di— dalam koleksi.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Pengesanan dan penyelidikan koleksi bahan sejarah Malaysia di luar negara dilaksanakan dari semasa ke semasa seperti di USA, Perancis, Turki, Mesir, Norway dan lain-lain negara kerana ia melibatkan kos yang amat besar untuk membawa dan juga collect semua dokumen-dokumen arkib ini.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Seterusnya adalah Galeri Arkeologi Guar Kepah di Seberang Perai telah dibuat pada 26 Januari 2026 selepas usaha membawa balik rangka manusia yang tersimpan di Collection Center Netherlands (CCN) dilaksanakan oleh Kerajaan Pulau Pinang di Jabatan Warisan Negara. Galeri ini adalah di bawah pengurusan Unit Arkeologi Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara tidak menyediakan apa- apa peruntukan kewangan daripada kementerian— program dan lain secara langsung. KPM bagaimanapun, memberi bantuan kewangan kepada muzium- muzium negeri di bawah Program Bantuan Kewangan Persekutuan kepada Lembaga Muzium Negeri di bawah Butiran OS42000.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Baik, Yang Berhormat, bagi saya satu minit lagi. Saya nak habiskan. Yang lain itu mungkin saya akan memberi jawapan bertulis
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Yang Berhormat, saya berdiri lama Yang Berhormat, boleh? Sikit sahaja.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Saya mendapat maklumat bahawa Arkib Negara ini banyak menumpukan kepada pengurusan rekod kerajaan melebihi— lebih kurang 80 peratus daripada menjadi penjaga memori yang sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi. Apakah ada kebetulan dari accusation ini dengan izin? Terima kasih.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi.
Saya ingin menjawab. Kalau kita melihat baru-baru ini Arkib Negara telah juga membuat kenyataan untuk sebarkan maklumat supaya kita boleh buatkan lagi banyak koleksi daripada orang awam. Kerja-kerja ini sedang dilakukan. Memang kita akui— sebelum ini memang dokumen-dokumen itu memang berasal daripada kerajaan tetapi individual ataupun daripada komuniti ataupun NGO dan masyarakat ataupun etnik tertentu, collection, collection agama atau etnik dan bangsa itu tidak ada banyak.
Tetapi, kementerian juga dan arkib sedang mengambil langkah-langkah untuk membuat koleksi. Saya secara peribadi ada buat lawatan ke arkib dan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah dan beliau juga menyarankan lagi ramai kita buat koleksi. Saya mintalah Ahli-ahli Parlimen yang terlibat juga sampaikan kepada komuniti masing-masing. Kalau ada collection— collection tempatan berkenaan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
dengan adat, budaya dan agama itu, bolehlah kita sampaikan kepada Arkib Negara untuk kita membuat dokumentasi untuk masa depan kita.
Oleh Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Baik, saya akan akhiri dan jawapan yang saya tidak dapat jawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kami akan beri secara bertulis. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM793,039,400 untuk Kepala B.14 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.14 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalah bahawa apa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.14 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis bersidang dalam Majlis Mesyuarat] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.14 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Kita mulakan sesi petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa. Bentara, turunkan cokmar.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke kementerian yang berikutnya, ke Kementerian Ekonomi. Jadi, sebelum itu ya, ingin saya maklumkan, Ahli-ahli Yang Berhormat, mengambil kira terdapat dua kementerian lagi akan dibahaskan di peringkat Jawatankuasa pada sebelah petang ini, jadi kita mempunyai kekangan masa. Jadi, kebebasan untuk saya memberi lebih waktu itu agak terkekang. Jadi, dengan demikian, Yang Berhormat-Yang Berhormat prihatin semasa pembahasan, saya akan bagi warning bab masa ini kerana kita kekurangan waktu ya.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kepala Bekalan Kementerian Ekonomi, Kepala Bekalan B.15 dan Kepala Pembangunan P.15 di bawah Kementerian Ekonomi terbuka untuk dibahaskan. Pembahas-pembahas di sini ada seramai 18 orang dan beberapa orang terpaksa diketepikan berkaitan isu kekangan masa.
Mereka yang akan berbahas dimulakan oleh Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Betong.
Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Sandakan untuk mula.
Masa ditetapkan kepada semua lima minit.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi.
Saya ingin membahaskan Maksud Bekalan dan Pembangunan 15, iaitu Kementerian Ekonomi yang memperuntukkan RM2.76 bilion bagi tahun 2027 dari kaca mata rakyat Sandakan.
Jadi, Dato’ Sri Pengerusi, Sabah menerima peruntukan Persekutuan yang tertinggi iaitu RM18.7 bilion. Namun apabila kita meneliti butiran B/P.15, gambaran untuk Sabah jauh lebih kecil.
Pertamanya ialah SEDIA dibekukan. Jadi, adakah Sabah ketinggalan? Di bawah Butiran 030500, peruntukan untuk Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) kekal dalam RM17.2 juta sama seperti tahun 2026.
Sebagai perbandingan, IRDA di bawah Butiran 030100 menerima RM42.2 juta dan NCIA di bawah Butiran 030200 menerima RM43.5 juta.
Sabah ialah wilayah koridor yang terluas dan yang paling miskin tetapi SEDIA menerima kurang daripada separuh peruntukan Iskandar. Tambahan pula, Iskandar Malaysia mempunyai butiran pembangunan tersendiri di bawah butiran 00107 sebanyak RM61.8 juta sedangkan SDC tidak mempunyai butiran khusus seumpamanya. Jadi, saya mohon Menteri menjelaskan sebab ketidakseimbangan ini.
Kedua merupakan— adalah pecahan pembangunan koridor. Butiran 00113 – Pembangunan Koridor diperuntukkan RM779.7 juta tetapi tidak dipecahkan mengikut wilayah. Jadi, saya mohon Menteri menyatakan, berapakah bahagian untuk SDC dan berapakah untuk Pantai Timur Sabah termasuk Sandakan, Beluran dan Kinabatangan. Dua daerah jiran Sandakan ini termasuk antara daerah dengan kadar kemiskinan tegar tertinggi di negara ini. Penduduknya bergantung kepada Sandakan untuk rawatan, pendidikan dan pekerjaan.
Seterusnya adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Sabah di bawah Butiran 70112. Perbadanan Kemajuan Negeri Sabah hanya menerima RM4.5 juta.
Bandingkan dengan Kedah di bawah Butiran 70102 sebanyak 52.5 juta dan Pahang di bawah Butiran 70106 sebanyak RM34.3 juta. Jika kita serius merapatkan jurang pembangunan, angka ini perlu disemak semula.
Keempat adalah Sandakan sebagai pintu BIMP–EAGA. Butiran 00109 memperuntukkan RM7.27 juta untuk kerjasama serantau IMT–GT, BIMP–EAGA dan JDS. Sandakan terletak di barisan hadapan BIMP–EAGA dengan pelabuhan dan juga kedekatan geografi dengan Filipina Selatan. Saya mohon kementerian
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
menyatakan projek BIMP–EAGA yang dirancang untuk Sandakan khususnya dalam perdagangan barter, pelabuhan, perikanan dan juga pelancongan eko.
Kelima adalah berkenaan dengan kemiskinan bandar dan data. Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Butiran 020200 menerima RM302.1 juta. Saya mohon sebahagian daripadanya digunakan untuk memetakan kemiskinan bandar di Sandakan termasuk ribuan keluarga di rumah atas air yang berisiko tinggi kebakaran.
Komuniti ini sering tercicir daripada statistik projek perumahan seperti PPR Fasa 2 Taman Harmoni, sebanyak 500 unit masih belum diluluskan sejak kira-kira tahun 2022. Saya mohon projek ini diberikan keutamaan di bawah Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi yang bernilai RM630.5 juta.
Jadi, seterusnya adalah Butiran 00110 – Dana Pembangunan Infrastruktur mempunyai kos projek RM5 bilion tetapi peruntukan tahun 2027 hanya RM5 juta dan perbelanjaan sebenarnya 2025 hanya RM225,000. Kadar perbelanjaan pembangunan kementerian pada 2025 pula ialah 88.53 peratus. Pada masa yang sama, sasaran peluang pekerjaan di semua koridor jatuh daripada 150,100 kepada 43,000 walaupun sasaran pelaburan dinaikkan kepada RM94 bilion.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Jadi saya mohon penjelasan dan saya juga mencadangkan laporan perbelanjaan pembangunan mengikut negeri dan juga kawasan Parlimen diterbitkan setiap suku satu tahun.
Jadi Dato’ Sri Pengerusi, semangat MA63 bukan sekadar angka peruntukan yang besar tetapi ia tentang memastikan setiap butiran belanjawan benar-benar sampai ke rakyat Sabah termasuk rakyat Sandakan. Jadi, saya menyokong usaha kerajaan dengan harapan pertanyaan ini dijawab dalam penggulungan nanti. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. B dan P.15 Kementerian Ekonomi. Kementerian Ekonomi yang menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.764 bilion dengan RM645.4 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM2.118 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Dato' Pengerusi, persoalan utama bukan sekadar berapa banyak peruntukan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan tetapi sejauh manakah setiap Ringgit yang dibelanjakan mampu memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
Pembangunan ekonomi tidak seharusnya hanya diukur melalui pertumbuhan KDNK, jumlah pelaburan atau bilangan projek yang dilaksanakan, sebaliknya pembangunan mesti diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan berkualiti, pengurangan kemiskinan dan peningkatan taraf hidup rakyat.
Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi, keberkesanan perbelanjaan pembangunan dan KPI kesejahteraan rakyat. Di bawah Program Perancangan Ekonomi, Temerloh ingin mendapatkan penjelasan apakah KPI utama Kementerian Ekonomi bagi mengukur keberhasilan peruntukan pembangunan sebanyak RM2.118 bilion ini. Persoalannya, apakah sasaran pengurangan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2027 hasil daripada pelaksanaan projek pembangunan kementerian?
Apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan projek yang mengalami kelewatan atau gagal mencapai sasaran diberikan tindakan pembetulan? Adakah kementerian menyediakan laporan penilaian impak sosial bagi mengukur manfaat sebenar projek kepada penduduk setempat? Saya berpandangan bahawa kejayaan pembangunan mesti dinilai berdasarkan outcome dan impak bukan sekadar output dan jumlah wang yang telah dibelanjakan.
Dato' Pengerusi, Temerloh ingin membangkitkan persoalan mengenai prestasi lima koridor ekonomi negara. Berdasarkan angka prestasi yang dibentangkan, sasaran pelaburan komited menurun daripada RM75.12 bilion pada tahun 2022 kepada RM51 bilion pada tahun 2023. Namun dalam tempoh yang sama sasaran peluang pekerjaan meningkat daripada 53,300 kepada 74,000 pekerjaan.
Persoalannya, apakah asas pengiraan kementerian sehingga sasaran pekerjaan boleh meningkat hampir 39 peratus walaupun sasaran pelaburan menurun?
Sejauh manakah pelaburan yang dibawa masuk oleh koridor ekonomi memberikan limpahan kepada perusahaan kecil dan sederhana, meningkatkan pendapatan penduduk tempatan serta membuka peluang kepada anak muda untuk bekerja di kawasan sendiri? Apakah indikator sosioekonomi return of investment yang digunakan bagi mengukur pulangan setiap Ringgit wang rakyat yang dibelanjakan untuk lima koridor ekonomi ini?
Dato' Pengerusi, Butiran 030000, kita masih melihat jurang pembangunan antara negeri yang mempunyai pertumbuhan ekonomi pesat dengan negeri yang
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
kurang membangun. Jurang ini bukan sekadar perbezaan angka KDNK tetapi turut melibatkan akses kepada infrastruktur, peluang pekerjaan, kemudahan asas dan pendapatan isi rumah. Temerloh ingin membawa perhatian kementerian kepada negeri Pahang, khususnya kawasan luar bandar seperti Temerloh, Lanchang dan Kuala Semantan.
Apakah strategi khusus kementerian untuk memastikan kawasan seperti ini tidak terpinggir daripada arus pelaburan dan pembangunan ekonomi negara?
Adakah kementerian mempunyai mekanisme pengagihan peruntukan pembangunan berdasarkan tahap kemiskinan, kekurangan infrastruktur, potensi ekonomi tempatan dan keperluan sebenar penduduk?
Temerloh mencadangkan supaya pembangunan ekonomi wilayah tidak hanya tertumpu kepada kawasan yang telah maju atau mempunyai nilai pelaburan yang tinggi. Sebaliknya kawasan yang mempunyai jurang pembangunan dan kadar kemiskinan yang lebih tinggi perlu diberikan perhatian khusus supaya pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih seimbang.
Butiran 00108 – Pembangunan Ekonomi. Dato' Pengerusi, persoalan yang paling besar dalam pembangunan ekonomi sama ada pertumbuhan ekonomi negara benar-benar meningkatkan pendapatan rakyat. Kita melihat kerajaan menyediakan bantuan seperti STR dan SARA bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Namun bantuan tunai dan bantuan barangan asas bukanlah penyelesaian jangka panjang sekiranya pendapatan rakyat masih rendah, produktiviti tidak meningkat dan peluang pekerjaan berkualiti masih terhad.
Akhirnya sebagai kesimpulan, saya ingin menyentuh beberapa perkara. Lima persoalan utama yang perlu diberikan perhatian. Pertama, fokusnya adalah keberhasilan pembangunan. Persoalannya berapakah sasaran pengurangan kemiskinan, hasil RM2.118 bilion peruntukan pembangunan? Pulangan pelaburan.
Berapakah pulangan sosioekonomi setiap RM ringgit yang dibelanjakan untuk lima koridor ekonomi? Dari segi pekerjaan berapa peratus peluang pekerjaan baharu merupakan pekerjaan tetap dan bergaji tinggi untuk rakyat tempatan? Jurang wilayah apakah sasaran khusus...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat saya bagi Yang Berhormat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Mengurangkan jurang pendapatan antara negeri maju dan kurang membangun menjelang akhir RMK13?
Kesejahteraan rakyat— bagaimana peruntukan pembangunan meningkatkan
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
pendapatan dan mengurangkan kebergantungan rakyat kepada STR dan SARA.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih, Dato' Sri Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada Kinabatangan untuk membahaskan perbahasan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi. Pertama saya merujuk kepada Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi khususnya mengenai keadilan agihan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Kinabatangan mempunyai kegiatan perladangan sawit dan pelancongan hidupan liar yang berpotensi besar. Namun penduduk masih berhadapan masalah jalan raya, bekalan air bersih dan kestabilan elektrik. Ketiga-tiga kemudahan ini menjadi asas kepada peningkatan pendapatan, perkembangan perniagaan dan kemasukan pelaburan.
Namun demikian, jalan yang rosak meningkatkan kos membawa hasil, bekalan air yang tidak menentu mengganggu kehidupan dan perniagaan, gangguan elektrik pula menjejaskan penyimpanan makanan, pemprosesan hasil dan operasi pengusaha kecil.
Kekurangan ini membataskan usaha penduduk meningkatkan taraf hidup walaupun kawasan mereka mempunyai sumber ekonomi. Justeru itu saya meminta agar pihak kementerian menjelaskan bagaimana pengagihan pembangunan mengambil kira kawasan-kawasan, taburan penempatan, kekurangan kemudahan dan kos pembinaan di Sabah. Apakah mekanisme memastikan kawasan yang ketinggalan diberi keutamaan berdasarkan keperluan sebenar?
Selain itu saya turut memohon semakan menyeluruh terhadap status kelulusan penyaluran peruntukan dan kemajuan fizikal projek pembangunan di Kinabatangan. Bagi projek tertangguh nyatakan puncanya, agensi bertanggungjawab dan tempoh penyelesaian. Kementerian perlu menyelaras perancangan jalan, air dan elektrik supaya kemudahan ini menyokong kawasan pertumbuhan ekonomi yang sama.
Tuan Pengerusi, kedua saya merujuk kepada Butiran 00113 – Pembangunan Koridor, berhubung pembangunan industri hiliran dan penyertaan perusahaan
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
tempatan. Persoalan utama saya ialah sejauh mana kekayaan sumber Kinabatangan menghasilkan manfaat kepada penduduknya? Kegiatan perladangan dan pelancongan perlu membuka ruang kepada masyarakat setempat, menyertai aktiviti yang memberikan pulangan yang lebih tinggi.
Sehubungan itu, apakah pelan kementerian untuk membangunkan industri hiliran sawit, pemprosesan hasil tempatan dan rantaian bekalan pelancongan di Kinabatangan? Saya mencadangkan pemetaan peluang perniagaan bagi perusahaan dan koperasi tempatan termasuk pembekalan makanan, penyelenggaraan, pengangkutan serta perkhidmatan pelancongan.
Bagi merealisasikan hasrat ini, kerjasama dengan syarikat besar perlu membuka akses kepada kontrak, bimbingan teknikal dan pemindahan teknologi.
Perusahaan tempatan memerlukan sokongan untuk memenuhi piawaian pembekalan, meningkatkan kapasiti pengeluaran dan membina hubungan perniagaan berterusan.
Malah kemudahan pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan hasil hendaklah pula dibangunkan berdasarkan keperluan pengusaha serta permintaan pasaran. Saya meminta kementerian memperincikan sasaran penyertaan perusahaan tempatan dan nilai perolehan yang dapat dikekalkan dalam ekonomi Kinabatangan.
Ketiga, saya merujuk kepada Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan pelaburan Sabah (SEDIA) khususnya peluang pekerjaan berkemahiran untuk anak muda di Sabah. Kita harus sedar bahawa pembangunan sektor perladangan, industri hiliran dan pelancongan perlu membuka laluan kerjaya kepada penduduk tempatan dalam bidang teknikal, penyeliaan serta pengurusan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Anak muda perlu memperoleh kemahiran yang membolehkan mereka meningkatkan pendapatan dan membina masa depan di kawasan sendiri.
Persoalannya, apakah langkah kementerian bersama pihak berkuasa pembangunan ekonomi dan pelaburan Sabah sedia untuk mengenal pasti keperluan tenaga kerja industri dan menyediakan anak muda Kinabatangan bagi mengisi jawatan tersebut.
Sebagai langkah intervensi, saya mencadangkan latihan dilaksanakan melalui kerjasama terus dengan majikan bersandarkan kekosongan sebenar dan komitmen penempatan pekerjaan. Kekangan pengangkutan serta penginapan peserta pedalaman juga perlu ditangani supaya peluang ini dapat dimanfaatkan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Justeru saya memohon kementerian menetapkan sasaran pengambilan pekerjaan tempatan, tahap gaji permulaan dan pengekalan pekerjaan sebagai ukuran keberhasilan pelaburan di Sabah.
Tuan Pengerusi, keempat saya merujuk kepada Butiran 00110 – Dana Pembangunan Infrastruktur, khususnya penyediaan infrastruktur pemangkin ekonomi. Saya meminta penjelasan mengenai fungsi dana ini, syarat pembiayaan dan projek Sabah yang dipertimbangkan. Bolehkah dana ini membantu menyediakan kemudahan sokongan bagi membuka kegiatan ekonomi di pedalaman termasuk akses ke pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil.
Saya turut memohon penjelasan tentang peranan kementerian dalam penyelarasan pembiayaan serta pemantauan projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar. Kecekapan logistik memberi kesan kepada kos barangan dan daya saing perusahaan Sabah. Apakah langkah memastikan pembangunan pelabuhan serta kemudahan sokongan memenuhi keperluan pertumbuhan industri negeri?
Kelima, saya merujuk kepada Butiran 00700 – Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Apakah projek dan manfaat yang dirancang untuk Sabah melalui butiran ini? Saya mencadangkan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Kementerian meneliti penyelesaian tenaga yang bersesuaian bagi menyokong pemprosesan hasil, penyimpanan makanan dan perusahaan kecil di kawasan pedalaman.
Perancangan bersama pihak berkuasa serta penyelia tenaga di Sabah perlu mengambil kira kebolehpercayaan bekalan, kemampuan pengguna dan kos penyelenggaraan.
Pelaksanaan juga perlu membangun kemahiran tempatan supaya kemudahan dapat dikendalikan secara berterusan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Sandakan di atas keprihatinan yang diberikan kepada masyarakat di Kinabatangan juga. Mengakhiri ucapan, Kinabatangan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya merujuk kepada Maksud Bekalan B.15 Kementerian Ekonomi, Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi dengan peruntukan RM86.2 juta bagi tahun 2027 yang merangkumi fungsi pemerkasaan agenda bumiputera. Saya ingin membangkitkan isu perubahan Dasar Pemilikan Ekuiti Bumiputera bagi syarikat swasta yang beli hartanah milik GLC dan GLIC bernilai melebihi RM20 juta.
Kerajaan umumkan pada November 2025 bahawa syarat ekuiti bumiputera ini naik daripada 30 peratus ke 50 peratus. Walau bagaimanapun melalui jawapan bertulis Menteri Ekonomi, 20 Oktober 2026, kerajaan mengesahkan syarat minimum ini dikekalkan 30 peratus dan cadangan 50 peratus tidak diteruskan. Soalan saya, apa asas kajian ekonomi ketika kerajaan mencadangkan peningkatan kepada 50 peratus? Apa dapatan baharu yang menyebabkan cadangan tersebut tidak diteruskan?
Saya minta Menteri jelaskan berapa banyak transaksi hartanah GLC dan GLIC bernilai melebihi RM20 juta yang tertakluk kepada dasar ini, jumlah nilai transaksi serta anggaran peluang pemilikan ekuiti bumiputera yang terlibat? Yang paling penting, apakah yang menyebabkan kerajaan tiba-tiba merubah polisi?
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Maksud Bekalan B.15 Kementerian Ekonomi sekali lagi, perancangan ekonomi dengan maksud yang sama iaitu Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera melalui TERAJU. Dalam belanjawan ini, kerajaan mengumumkan pembiayaan sehingga RM1 bilion melalui TERAJU selain Dana Ciptawan bernilai RM250 juta oleh Khazanah dan juga TERAJU. Dan semalam dilaporkan bahawa TERAJU telah meluluskan pembiayaan RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor bagi tahun 1 Disember 2024 hingga 16 Oktober 2026.
Persoalan saya Pengerusi, saya mahu Menteri jelaskan, berapakah jumlah pembiayaan TERAJU yang diluluskan untuk Kelantan, Terengganu, Kedah dah Perlis dalam tempoh yang sama? Berapa peratus permohonan diluluskan bagi setiap negeri? Saya mahu Menteri jelaskan sama ada kerajaan mempunyai sasaran agihan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
pembiayaan TERAJU mengikut negeri atau sekadar menunggu permohonan daripada syarikat yang sudah mempunyai keupayaan kewangan dan akses industri.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Maksud Bekalan yang sama, 020100.
Dalam jawapan bertulis Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat pada 2 Mac 2026, soalan nombor 36, kerajaan menyatakan bahawa sebanyak 90 peratus senarai projek keutamaan atau wishlist negeri telah diluluskan.
Saya minta Menteri menjelaskan asas pengiraan angka tersebut. Apakah 90 peratus ini berdasarkan bilangan projek atau nilai keseluruhan permohonan? Adakah ia merangkumi semua cadangan asal kerajaan negeri atau hanya projek yang melalui tapisan awal? Berapakah kadar kelulusan sebenar bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis secara berasingan?
Saya ingin mengucapkan terima kasih khusus kepada Menteri Ekonomi di atas kelulusan sebanyak tujuh projek kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui PKINK yang juga termasuk juga di kawasan saya. Dan ini saya kira satu inisiatif yang cukup baik daripada Kementerian Ekonomi untuk membangunkan, mengurangkan kesenjangan ekonomi di antara negeri-negeri yang ada ini.
Dan yang paling penting ialah Menteri orang muda, Timbalan Menteri pun orang muda, kita tidak bergantung kepada tradisi yang diamalkan seperti mana CSA yang ditandatangani. Kita melakukan keadilan kerana ini merupakan amanah daripada rakyat kerana kita tahu bahawa dalam isu CSA ini sebab itu saya nak betulkan tadi Tuan Pengerusi. Apa disebut oleh Hulu Langat yang menyatakan bahawa ada pandangan yang menyatakan merujuk kepada salah seorang Ahli Parlimen dalam Dewan ini yang menyatakan bahawa yang menandatangani perjanjian CSA itu adalah dajal.
Sebenarnya itu bukan ungkapan yang disebut oleh, yang dirujuk oleh Yang Berhormat daripada Hulu Langat, bukan itu maksud sebenar. Maksud sebenar ialah pendekatan yang diambil oleh CSA itu iaitu mensyaratkan supaya adanya sokongan, kena sokong dulu baru nak bagi peruntukan. Inilah yang disebut sebagai pendekatan yang disebut perkataan yang diungkapkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum daripada kita berehat sebentar tadi. Sebab itulah ini yang kita tidak mahu berlaku dalam negara kita.
Saya mahu dan saya tahu bahawa Yang Berhormat Menteri merupakan orang muda dan kita bawa budaya baru iaitu amalan ekonomi yang adil dalam negara kita ini yang tidak mendiskriminasikan mana-mana pihak. Adapun berkenaan dengan CSA yang ditandatangani yang disebut ini sudah tentulah merupakan satu
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
amalan yang tidak baik, yang berlaku dalam negara kita seolah-olah memberikan syarat kena tandatangan CSA, sokong dahulu, barulah nak bagi peruntukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sedangkan duit ini merupakan duit rakyat, amanah daripada rakyat. Apabila kita melakukan perkara seperti ini, kita seolah-olah telah pun mengamalkan ataupun mengambil pendekatan yang disebut dalam tulisan yang dirujuk tadi merupakan satu perkara yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Boleh Langkawi, boleh setuju dengan saya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tidak benarkan, duduk. Tutup.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Langkawi tengok lewat saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut dipersilakan Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Port Dickson ingin membahaskan peruntukan Kementerian Ekonomi dengan menumpukan kepada tiga perkara utama iaitu Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor, Hala Tuju Perancangan Pembangunan Nasional serta Agihan Projek Pembangunan kepada Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson.
Pertama, Butiran 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor. Dato’ Pengerusi, dalam Belanjawan 2027 peruntukan bagi Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor dikekalkan sebanyak RM191 juta sama seperti tahun 2026. Namun berdasarkan pecahan peruntukan jumlah ini disalurkan kepada lima agensi wilayah iaitu IRDA, NCIA, ECERDC, RECODA dan SEDIA. Persoalannya, di manakah kedudukan wilayah koridor tengah dalam perancangan pembangunan ekonomi negara?
Untuk makluman Dewan, wilayah tengah Malaysia yang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka merupakan antara koridor ekonomi paling penting, dinamik serta tunjang utama perindustrian negara. Malah pada November 2025, MIDA dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Wilayah Tengah 2025 dan Central Region Programme 2025 bertemakan Inovasi Industri Menghubungkan Pasaran. Ini
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
menunjukkan kepentingan wilayah tengah dalam Agenda Pelaburan dan Pembangunan Industri Negara.
Namun persoalannya, mengapa pengiktirafan terhadap kepentingan ekonomi wilayah tengah ini belum diterjemahkan melalui satu kerangka pembangunan koridor yang lebih khusus di bawah peruntukan Kementerian Ekonomi? Port Dickson ingin mendapatkan penjelasan sama ada kementerian mempunyai perancangan khusus untuk membangunkan koridor ekonomi tengah yang merangkumi Negeri Sembilan termasuk Port Dickson memandangkan kawasan ini mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, logistik, industri, perkhidmatan dan ekonomi maritim.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Kami tidak mahu pembangunan ekonomi wilayah hanya tertumpu kepada koridor yang mempunyai agensi khusus sedangkan kawasan lain yang turut mempunyai potensi ekonomi terpaksa bergantung kepada program pembangunan umum. Oleh itu, apakah justifikasi kementerian tidak menyediakan peruntukan khusus bagi pembangunan ekonomi Wilayah Koridor Tengah? Adakah kementerian bersedia mempertimbangkan satu kerangka pembangunan bersepadu yang menghubungkan potensi Negeri Sembilan dengan pertumbuhan ekonomi Lembah Klang dan Wilayah Selatan?
Kedua, Butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional. Peruntukan mengurus bagi Butiran 020000 meningkat daripada RM358.13 juta pada tahun 2026 kepada RM388.34 juta pada tahun 2027. Daripada jumlah tersebut, Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi menerima peruntukan RM86.2 juta, manakala Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia menerima RM320.14 juta.
Port Dickson ingin mengetahui, bagaimana peruntukan ini diterjemahkan kepada perancangan pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada setiap negeri khususnya negeri yang masih memerlukan pelaburan infrastruktur dan pemangkin pertumbuhan ekonomi baru? Bagi Negeri Sembilan, apakah projek pembangunan strategik yang dikenal pasti untuk diperkukuh daya saing negeri ini?
Khususnya di Port Dickson, apakah kementerian mempunyai perancangan bersepadu untuk merancakkan sektor pelancongan, memperkukuhkan kemudahan sokongan industri dan logistik serta mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan lebih tinggi kepada penduduk tempatan?
Port Dickson ingin menegaskan bahawa perancangan pembangunan nasional tidak seharusnya dinilai berdasarkan jumlah peruntukan dan bilangan projek semata-mata, sebaliknya kejayaan perlu diukur melalui peningkatan
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
pendapatan rakyat, kemasukan pelaburan berkualiti dan usaha merapatkan jurang pembangunan antara negeri.
Ketiga, maksud pembangunan P.15, agihan peruntukan pembangunan. Dato' Pengerusi, jumlah anggaran perbelanjaan pembangunan, Kementerian Ekonomi pada tahun 2027 ialah RM2.119 bilion secara langsung, selain RM40 juta untuk bentuk pinjaman. Namun bagi Butiran 70105 – Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS), peruntukan pembangunan yang dicadangkan hanyalah RM2.4 juta, sedangkan jumlah anggaran harga projek yang direkodkan ialah RM10.23 juta.
Port Dickson ingin mendapatkan penjelasan tentang projek-projek yang dilaksanakan menggunakan peruntukan RM2.4 juta tersebut. Status pelaksanaan projek sedia ada serta hasil ekonomi yang dijangka dicapai. Adakah jumlah ini mencakupi— mencukupi dan memperkukuhkan peranan PKNNS sebagai pemangkin pembangunan ekonomi Negeri Sembilan, khusus dalam menarik pelaburan membangunkan kawasan industri dan memperluaskan peluang perniagaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana?
Selain itu, Port Dickson juga memohon kementerian menjelaskan sama ada terdapat projek pembangunan lain di bawah Butiran 00108 – Program Pembangunan, Butiran 00113 – Pembangunan Koridor dan Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi yang meningkat di antara 10 peratus hingga 25 peratus berbanding 2026 yang boleh dimanfaatkan oleh Negeri Sembilan amnya dan Port Dickson khususnya.
Sekiranya ada, apakah projek yang telah dikenal pasti? Berapakah nilai peruntukan dan bilakah pelaksanaannya? Port Dickson turut ingin membangkitkan sasaran prestasi pembangunan ekonomi wilayah koridor, sasaran pelaburan yang direalisasikan meningkat daripada RM91 bilion kepada pada tahun 2026 kepada RM94 bilion pada tahun 2027. Namun sasaran peluang pekerjaan pula menurun dengan ketara...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
...daripada 150,100 kepada 43,000 pekerjaan. Sekian, terima kasih Dato' Pengerusi. PD mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Dato' Sri Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada Padang Rengas untuk membahaskan peruntukan Kementerian Ekonomi bagi tahun 2027. Saya ingin membangkitkan lima perkara utama yang mempunyai kaitan langsung dengan pembangunan ekonomi rakyat, khususnya di kawasan Parlimen Padang Rengas dan negeri Perak.
Pertama, Butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional. Dato' Pengerusi, peruntukan bagi program ini meningkat daripada RM368.2 juta kepada RM405.8 juta iaitu peningkatan RM37.6 juta atau 10.21 peratus. Persoalannya, sejauh manakah peningkatan ini memberi manfaat kepada kawasan luar bandar seperti Padang Rengas?
Saya mencadangkan supaya RMK13 memberi keutamaan kepada pembangunan pertanian moden, kemudahan pemasaran hasil pertanian dan bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Jangan sampai pembangunan ekonomi hanya tertumpu di bandar besar, sedangkan kawasan luar bandar terus ketinggalan.
Kedua, Butiran 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah. Dato' Pengerusi, peruntukan program-program ini meningkat kepada RM164.42 juta. Saya ingin bertanya, apakah bentuk limpahan ekonomi yang bakal dinikmati oleh penduduk daerah Kuala Kangsar terutama Parlimen Padang Rengas hasil pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah.
Saya mencadangkan supaya kerajaan memperluas peluang pelaburan, industri pemprosesan hasil pertanian dan peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan. Pelaburan yang besar tidak bermakna sekiranya rakyat tempatan hanya menjadi penonton kepada pembangunan tersebut.
Ketiga, Butiran P.15, Perbelanjaan Pembangunan. Dato' Pengerusi, peruntukan pembangunan Kementerian Ekonomi berjumlah RM2.1125 bilion bagi tahun 2027. Saya ingin menegaskan bahawa kejayaan peruntukan ini tidak boleh diukur berdasarkan jumlah wang yang dibelanjakan semata-mata. Kementerian perlu memastikan setiap projek memberikan hasil yang boleh diukur, khususnya peningkatan pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi luar bandar. Saya juga meminta supaya projek pembangunan di Perak diberikan perhatian sewajarnya dalam pelaksanaan RMK13.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Keempat, Butiran PADU, pangkalan data utama. Dato' Pengerusi, peruntukan sebanyak RM45.5 juta disediakan untuk pengukuhan PADU. Saya ingin mendapatkan jaminan kementerian bahawa sistem ini benar-benar membantu golongan sasar termasuk petani kecil, pekebun, peniaga kecil dan keluarga berpendapatan rendah terutamanya di Padang Rengas. Jangan sampai kelemahan pengemaskinian data atau masalah capaian digital menyebabkan rakyat yang layak tercicir daripada bantuan kerajaan.
Kelima, pemantauan prestasi dan pelaburan. Dato' Pengerusi, dokumen kementerian menyasarkan RM45 bilion pelaburan direalisasikan melalui lima koridor wilayah serta 35,000 peluang pekerjaan baharu. Soalan saya, berapakah peluang pekerjaan yang akan dinikmati oleh rakyat negeri Perak, khususnya golongan belia?
Saya mencadangkan supaya kementerian menyediakan laporan pencapaian pelaburan dan peluang pekerjaan mengikut negeri serta daerah agar keberkesanan peruntukan dapat dipantau secara telus.
Dato' Pengerusi, sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi negara tidak seharusnya diukur melalui angka KDNK semata- mata. Kita mesti melihat kehidupan sebenar rakyat, adakah pendapatan petani meningkat, adakah peniaga kecil semakin maju dan adakah anak muda mendapat pekerjaan yang baik? Sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas, saya mahu pembangunan ekonomi turut dirasai oleh masyarakat luar bandar, bukan hanya tertumpu di pusat bandar dan kawasan industri utama.
Saya mendesak Kementerian Ekonomi supaya memastikan RMK13 dilaksanakan secara lebih seimbang, inklusif dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Jangan hanya membangunkan ekonomi negara di atas kertas tetapi bangunkan ekonomi rakyat di lapangan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Dipersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Dato' Pengerusi, saya terus ke perbahasan di bawah Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi. Dengan peruntukan RM86.20 juta bagi tahun 2027, saya ingin membangkitkan isu pembangunan ekonomi sempadan Sarawak–Indonesia. Apakah dasar strategik kementerian untuk memanfaatkan pasaran ekonomi Borneo meliputi Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan?
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Bagi merealisasikan potensi ini, kita memerlukan penyelarasan infrastruktur jalan penghubung, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan logistik perdagangan supaya aktiviti ekonomi rentas sempadan dapat berkembang dengan lebih tersusun.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Selain itu, di bawah Butiran 00109 – Program Kerjasama Serantau IMT–GT dan BIMP–EAGA dan JDS dengan peruntukan RM7.27 juta, apakah inisiatif khusus yang dirancang untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Sarawak dengan Kalimantan?
Seterusnya, Butiran 030400 – RECODA serta Butiran 030500 – SEDIA.
Memandangkan hampir 80 peratus KDNK negara tertumpu di Semenanjung Malaysia, apakah hala tuju kerajaan untuk membesarkan kek ekonomi negara dan meningkatkan sumbangan Sabah dan Sarawak secara lebih seimbang melalui pembangunan Borneo sebagai Borneo economic powerhouse?
Saya berpandangan RMK13 perlu menetapkan sasaran peningkatan syer KDNK Borneo disokong pembangunan sektor strategik pelaburan dan infrastruktur bersepadu. Matlamatnya bukan mengurangkan pertumbuhan Semenanjung, tetapi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Borneo agar jurang wilayah dapat dirapatkan secara mampan.
Seterusnya, Butiran 00107 – Pembangunan Iskandar Malaysia yang menerima RM61.80 juta, manakala Butiran 00113 – Pembangunan Koridor menyediakan RM779.70 juta bagi tahun 2027. Saya ingin mendapatkan penjelasan, berapakah jumlah atau peratusan daripada peruntukan pembangunan koridor ini yang disalurkan khusus kepada Sabah dan Sarawak?
Adakah kementerian bercadang menyediakan peruntukan yang lebih seimbang bagi menyokong pembangunan infrastruktur SCORE dan kawasan di bawah RECODA di Sarawak? Selain itu, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk mempercepatkan pembangunan koridor ekonomi di Sabah, Sarawak melalui penyediaan infrastruktur strategik yang mampu menarik pelaburan berskala besar, memperkukuh jaringan industri dan mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi baharu di luar Semenanjung Malaysia?
Seterusnya, di bawah Butiran 00108 – Program Pembangunan dengan peruntukan RM222.595 juta. Apakah program utama yang dirancang bagi tahun 2027 untuk merangsang ekonomi setempat, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar?
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Selain itu, di bawah Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi sebanyak RM603.50 juta, apakah projek utama yang dirancang di bawah butiran ini dan berapakah peruntukan khusus untuk Sarawak termasuk kawasan luar bandar seperti Parlimen Batang Sadong? Saya berharap kawasan luar bandar turut diberikan perhatian, terutama dalam membantu usahawan kecil dan memperkukuh ekonomi komuniti.
Akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu pembatalan Projek Kompleks Dewan Warisan Budaya Batang Sadong atas arahan Kementerian Ekonomi yang dimaklumkan pada Julai 2026. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui surat, pembatalan ini dikaitkan dengan tamatnya tempoh sah laku kelulusan selama dua tahun walaupun proses tender telah dilaksanakan pada Disember 2025. Namun, tiada tender yang memenuhi syarat dan tender semula perlu dilakukan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah pembatalan selepas proses tender ini merupakan prosedur yang standard atau turut disebabkan kekangan peruntukan pembangunan? Saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan semula projek ini supaya dapat diteruskan demi menyediakan kemudahan masyarakat serta memelihara warisan budaya Batang Sadong.
Penutup, Dato’ Pengerusi. Akhir sekali, Malaysia perlu mempelbagaikan pusat pertumbuhan ekonominya seperti yang dilaksanakan oleh negara-negara lain termasuk Vietnam. Borneo wajar dibangunkan sebagai economic powerhouse baharu negara bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, memperkukuh daya tahan ekonomi dan memastikan pembangunan yang lebih seimbang.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Dipersilakan, Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Saya terus ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Ekonomi berhubung peningkatan peruntukan P.15 di bawah Butiran 00108 – Program Pembangunan yang meningkat agak ketara iaitu sebanyak RM46.745 juta.
Persoalan saya, apakah sebenarnya bentuk pembangunan yang dimaksudkan melalui program ini? Adakah peruntukan ini digunakan untuk
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
membiayai projek pembangunan fizikal, menyediakan infrastruktur ekonomi, kajian kebolehlaksanaan projek, program peningkatan produktiviti industri ataupun bantuan pembangunan kepada sektor swasta ataupun usahawan? Apakah faktor utama menyebabkan meningkatnya sebanyak 26 peratus? Adakah peningkatan ini disebabkan pertambahan bilangan projek? Impak kepada pertumbuhan ekonomi.
Apakah pulangan ekonomi yang disasarkan kepada peruntukan ini?
Saya ingin membangkitkan satu lagi perkara di bawah peruntukan pembangunan Kementerian Ekonomi iaitu Butiran 00113 – Pembangunan Koridor yang memperuntukkan sebanyak RM779 juta untuk tahun 2027.
Pada pandangan saya, peruntukan ini amat penting kerana pembangunan koridor ekonomi merupakan salah satu instrumen utama kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan di antara wilayah iaitu menarik pelaburan, memperkukuhkan aktiviti industri dan mewujudkan peluang pekerjaan. Apakah bentuk pembangunan yang dibiayai melalui butiran ini? Saya ingin Menteri menjelaskan sama ada peruntukan ini juga disalurkan kepada agensi-agensi pembangunan koridor ekonomi negara, termasuklah kepada Northern Corridor Economic Region (NCER), dengan izin, meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Dalam butiran ini, saya juga ingin mencadangkan sudah tiba masanya Kementerian Ekonomi untuk mengkaji kesesuaian pembinaan lebuh raya baru yang boleh merancakkan dan mengembangkan ekonomi dengan menyambungkan West Coast Expressway (WCE) ke utara daripada Changkat Jering ke negeri Perak terus ke Sungai Petani di negeri Kedah melalui Selama Perak, Selama Kedah, Parlimen Kulim–Bandar Baharu, Parlimen Padang Serai, Parlimen Sungai Petani dan seterusnya ke Parlimen Merbok.
Pembinaan lebuh raya baru ini sudah pasti akan dapat melimpahkan pembangunan pesat di beberapa projek strategik seperti Kulim Hi-Tech Park, pembangunan industri di kawasan Kulim dan potensi pembangunan Kedah Aerotropolis serta Kulim International Airport pada masa akan datang ke kawasan- kawasan pedalaman tersebut.
Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan satu perkara yang mempunyai kepentingan secara langsung kepada pembangunan ekonomi negeri Kedah iaitu peruntukan pembangunan di bawah Butiran 70102 – Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang meningkat kepada RM52.5 juta bagi tahun 2027.
Peningkatan sebanyak RM32 juta atau 156.1 peratus ini merupakan pertambahan yang besar berbanding anggaran yang dipinda pada tahun 2026 dan
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
saya ucapkan terima kasih kepada Menteri. Apa yang lebih menarik, jumlah anggaran harga keseluruhan projek di bawah butiran ini ialah RM150 juta, tetapi manakala perbelanjaan sebenar pada tahun 2025 hanya RM10 juta.
Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah apakah projek pembangunan yang menyebabkan kerajaan meningkatkan peruntukan kepada PKNK daripada RM20.5 juta kepada RM52.5 juta dalam tempoh setahun? Apakah jaminan Kementerian Ekonomi bahawa peruntukan ini kepada PKNK pada tahun 2027 akan menghasilkan projek pembangunan yang benar-benar produktif dan bukannya sekadar menambah nilai aset tanpa memberikan pulangan ekonomi serta peluang pekerjaan yang nyata kepada rakyat negeri Kedah?
Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan satu lagi butiran penting iaitu peruntukan Kementerian Ekonomi iaitu Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi yang diperuntukkan sebanyak RM603 juta pada tahun 2027.
Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang justifikasi peruntukan RM600 juta ini.
Berapakah jumlah peruntukan untuk projek baharu dan berapakah yang merupakan projek sambungan?
Apakah peruntukan ini disalurkan secara terus kepada kementerian dan agensi pelaksana, badan berkanun, kerajaan negeri ataupun pihak swasta? Saya juga ingin mengetahui, apakah mekanisme pemilihan projek dan bagaimanakah Kementerian Ekonomi memastikan projek yang diluluskan benar-benar mempunyai nilai tambah pada ekonomi negara?
Akhir sekali, saya ingin meminta Menteri Ekonomi memberikan satu komitmen dengan jelas kepada Dewan iaitu apakah mekanisme pemantauan yang akan diwujudkan bagi memastikan setiap ringgit daripada RM2.764 bilion peruntukan Kementerian Ekonomi bagi tahun 2027 menghasilkan pulangan ekonomi yang nyata, meningkatkan pendapatan rakyat, mengurangkan jurang pembangunan wilayah dan memperkukuhkan daya saing negara?
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Dipersilakan, Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Bercakap dalam dialek Sabah]* Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 6 daripada sekolah
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
dari kawasan Parlimen Beruas, Sekolah Menengah Nan Hwa, Sitiawan, Sekolah Menengah Methodist (ACS), Sitiawan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar.
Tuan Pengerusi, pertama saya ingin merujuk kepada butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi khususnya usaha meningkatkan pendapatan keluarga miskin di Sabah. Berdasarkan data statistik kemiskinan di Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2024, Sabah secara rasminya kekal membelenggu kelompok miskin tegar tertinggi dalam negara pada kadar 0.7 peratus.
Malah, unjuran kemiskinan mutlak keseluruhan Sabah masih berada paras yang tinggi iaitu 17.7 peratus mengikut data MySubNasional Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2024. Manakala, kawasan pedalaman luar bandar seperti Tenom mencecah sekitar 12.1 peratus untuk tempoh yang sama.
Di Tenom, pendekatan intervensi di bawah inisiatif pendapatan rakyat khususnya Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN berasaskan pertanian perlu mengambil kira realiti kos input pertanian dan jarak logistik ke pasaran utama.
Program yang menawarkan peralatan atau tapak pertanian tidak boleh bersifat one- off. Sebaliknya, wajib disertai latihan pengurusan, modal operasi pusingan dan jaminan rantaian pembeli hasil. Kekurangan sokongan rantaian ini amat memberi kesan kerana peserta mungkin mampu memulakan kegiatan ekonomi pada fasa awal. Namun, berdepan jalan buntu apabila bantuan tamat di tengah-tengah peningkatan kos pengeluaran.
Persoalan saya di sini ialah, apakah kaedah kementerian menilai pendapatan bersih peserta selepas ditolak unjuran kos benih, baja dan pengangkutan yang tinggi dari kawasan pedalaman? Rentetan daripada itu, beberapa keluarga peserta di Tenom yang disahkan berjaya melepasi pendapatan garis kemiskinan secara kekal dan apakah tindakan pemulihan terhadap projek yang belum mencapai sasaran?
Oleh yang demikian, saya mencadangkan pemantauan dan bimbingan dilanjutkan kepada tempoh sekurang-kurang dua tahun bagi memastikan kelestarian ekonomi isi rumah. Manakala, model projek yang belum mencapai keberhasilan perlu dinilai semula halangan strukturnya sebelum sebarang perluasan skala dipertimbangkan.
Tuan Pengerusi, kedua butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia berhubung ketepatan data bagi perancangan bantuan dan pembangunan wilayah.
Umum mengetahui bahawa kementerian memayungi pangkalan data utama.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Namun, pengintegrasian data bersama sistem eKasih dan program kerajaan negeri perlulah lebih dinamik bagi mengelakkan keciciran bantuan.
Di kawasan luar bandar seperti Tenom, dinamika ekonomi isi rumah sangat rapuh, di mana perubahan status pendapatan boleh berlaku dalam sekelip masa akibat kejatuhan harga komoditi getah, komoditi kopi, penyakit atau kerosakan tanaman akibat faktor rantaian iklim.
Namun demikian, kekurangan utama kami adalah jurang ketersambungan digital, di mana sebahagian besar penduduk luar bandar, pedalaman Sabah menghadapi masalah kepada capaian Internet untuk mengemas kini maklumat secara real time. Justeru, apakah mekanisme pengesahan lapangan secara manual dan pembetulan makluman yang disediakan oleh DOSM bersama pentadbiran daerah bagi mengatasi isu keciciran ini.
Dalam masa yang sama, kementerian perlu menggunakan profil data PADU untuk menyediakan pemetaan keperluan mengikut lokaliti, supaya program pembasmian kemiskinan disesuaikan dengan ekosistem mikro daerah, bukannya menggunakan satu pendekatan seragam untuk semua tempat.
Tuan Pengerusi ketiga, butiran 70112 – Perbadanan Kemajuan Negeri Sabah khususnya peranan agensi seperti SEDCO, pelaksanaan projek sosioekonomi melalui cadangan pembangunan pekan Melalap di bawah subsidiari SEDCO iaitu Perkasa Realty dan Sedcovest. Pembangunan pekan Melalap perlu dilihat sebagai usaha untuk mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi yang dapat menghimpunkan kegiatan perniagaan, perkhidmatan dan pemasaran hasil penduduk sekitar. Pekan yang dirancang dengan baik akan memudahkan urusan harian dan rakyat serta membuka peluang kepada peniaga kecil, petani dan usahawan tempatan.
Oleh itu, Tenom mencadangkan agar pembangunan ini merangkumi ruang niaga yang mampu disewa, pasar hasil pertanian, pusat pengumpulan produk tempatan dan kemudahan awam yang bersesuaian. Perancangannya perlu mengambil kira, akses jalan, bekalan air, elektrik dan saliran supaya premis yang dibina dapat digunakan sepenuhnya. Justeru itu, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian akan mempertimbangkan pembangunan pekan Melalap sebagai projek sosioekonomi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. 30 saat.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Okey, terima kasih. Saya memohon kementerian menyelaras penelitian cadangan ini bersama agensi berkaitan termasuk aspek kesesuaian tapak, keperluan penduduk dan pelaksanaan secara berperingkat.
Tuan Pengerusi, butiran 030500 – Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah. Antara agenda kritikal Kementerian Ekonomi dalam RMK13 yang wajib diberi tumpuan ialah Kajian Pelan Induk Lembah Makanan Di Pedalaman Sabah terbitan sedia pada Julai 2025. Lembahan makanan ini membuka ekosistem pekerjaan moden daripada pengurusan rantaian bekalan (operator), agroteknologi pintar...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat saya tutup mic.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Okey. Nak landing dah. Agroteknologi pintar berpaksikan IoT hinggalah penyelidikan bioteknologi hiliran. Ini peluang keemasan membebaskan daerah termiskin daripada belenggu kemiskinan tegar.
Tuan Pengerusi, mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Maaf Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya terpaksa kekangkan masa. Jadi, prihatinlah perkara itu. Authority 37(2), peraturan. Dipersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan. Tiga poin sahaja. Yang pertama butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional. Peruntukan bagi butiran ini meningkat daripada RM368.2 juta kepada RM405.8 juta iaitu tambahan hampir RM37.6 juta. Antara tumpuannya ialah pengurusan data melalui Jabatan Perangkaan Malaysia dan juga sistem PADU.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan. Setelah sekian lama PADU ini diperkenalkan, sejauh mana sistem ini benar-benar membantu rakyat yang memerlukan? Sebab kita tengok sebelum ini ada yang keluar pekeliling dan sebagainya untuk diisi. Bagaimana dia boleh membantu rakyat yang memerlukan sekarang ini? Kerajaan menetapkan sasaran 85 peratus pendaftaran atau
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
pengemaskinian PADU. Tapi kita tidak mahu kejayaan PADU ini hanya diukur melalui jumlah pendaftaran.
Rakyat bukan hendak mahu berapa banyak data yang dikumpulkan, rakyat hendak tahu sama ada bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang layak.
Justeru, saya minta kerajaan menyatakan jumlah sebenar perbelanjaan PADU setakat ini, berapa ramai penerima bantuan yang dikenal pasti melalui sistem tersebut dan berapa ramai rakyat yang masih tercicir.
Dato’ Sri Pengerusi, butiran yang kedua butiran 030100 sehingga 030500 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor. Saya melihat satu perkara yang agak membimbangkan. Sasaran peluang pekerjaan di lima koridor ekonomi bagi tahun 2026 adalah sebanyak 150,100 pekerjaan, tapi bagi tahun 2027, sasarannya turun kepada hanya 43,000 pekerjaan sahaja. Ini penurunan lebih daripada 71 peratus.
Yang peliknya, sasaran pelaburan direalisasikan pula meningkat daripada RM91 bilion kepada RM94 bilion. Maknanya, pelaburan disasarkan meningkatkan tapi pekerjaan yang hendak diwujudkan jauh berkurangan.
Saya faham bahawa pelaburan berteknologi tinggi ini tidak semestinya menghasilkan pekerjaan dalam jumlah yang besar. Tapi persoalannya, adakah pelaburan ini benar-benar memberi manfaat kepada pekerja tempatan ataupun sekadar menghasilkan angka pelaburan yang cantik dalam laporan kerajaan. Lebih membimbangkan, satu lagi laporan analisis menyatakan sasaran 35,000 pekerjaan berpendapatan tinggi dan RM45 bilion pelaburan swasta direalisasikan. Saya minta kerajaan menjelaskan perbezaan angka ini termasuk definisi dan juga skop masing- masing.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Jangan sampai rakyat mendengar angka pelaburan berbilion Ringgit tapi peluang pekerjaan berkualiti masih tidak mencukupi.
Yang terakhir Dato’ Sri Pengerusi, Butiran P.15, Pembangunan Koridor dan Pembangunan, sorry, Program Pembangunan Ekonomi. Bagi tahun 2027, sebanyak RM779.7 juta diperuntukkan untuk pembangunan koridor manakala hampir RM603 juta bagi program atau projek pembangunan ekonomi.
Jumlah ini besar tapi saya ingin bertanya, apakah ukuran sebenar kejayaan projek-projek ini? Berapa banyak projek yang telah siap? Berapa banyak pula yang lewat? Berapa banyak pula yang mengalami penambahan kos? Dan yang lebih penting, berapa ramai rakyat tempatan yang benar-benar mendapat manfaat daripada projek-projek ini?
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Kita tidak mahu kementerian hanya melaporkan peratus perbelanjaan yang tinggi sedangkan kesan pembangunan kepada pendapatan rakyat masih belum jelas. Saya mencadangkan supaya kementerian membentangkan laporan prestasi projek secara berkala kepada Parlimen termasuk lokasi kemajuan fizikal, kos sebenar dan manfaat ekonomi kepada penduduk setempat.
Dato’ Sri Pengerusi, kesimpulannya, kita bukan mempertikaikan...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Permatang Pauh, boleh mencelah sebab ada masa. Boleh?
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bagi saya habis sikit je lepas tu saya bagi na. Kesimpulannya, kita bukan mempertikaikan keperluan pembangunan tetapi apabila kerajaan meminta peruntukan berbilion ringgit, kerajaan juga mesti menjelaskan hasil daripada setiap ringgit yang dibelanjakan. Sila Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Permatang Pauh.
Berkenaan dengan agihan ekonomi antara negeri, Kedah mendapat RM52.5 juta, Kelantan dapat RM17.5 juta, Terengganu RM17.8 juta. Selangor hanya RM5.77 juta, Pulau Pinang takdak langsung. Jadi kita ni dua negeri, Permatang Pauh, saya Shah Alam menyumbang kepada KDNK yang besar kepada Persekutuan, kepada negara tapi agihan kepada negeri ini nampak macam terlalu sikit berbanding dengan negeri lain.
Kita nak mintalah kalau boleh masukkan supaya Menteri dapat berikan penjelasan apakah kriteria pengagihan sumbangan kepada negeri ini. Terima kasih Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik, mohon dimasukkan dan dijelaskan oleh Menteri. Jadi Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Permatang Pauh. Dipersilakan Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan B.15, Aktiviti 020100 – Perancangan Ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM86.2 juta serta Maksud Pembangunan P.15 Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi yang diperuntukkan sebanyak RM603.5 juta bagi tahun 2027.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Berdasarkan butiran-butiran ini, saya ingin membangkitkan isu pengagihan peruntukan pembangunan sosioekonomi negara khususnya keperluan memastikan masyarakat bukan bumiputera yang memerlukan turut mendapat peluang pembangunan ekonomi yang sewajarnya.
Dato’ Sri Pengerusi, saya mengalu-alukan komitmen kerajaan dalam memperkasakan ekonomi bumiputera. Antaranya Belanjawan 2027 menyediakan pembiayaan sehingga RM1 bilion melalui TERAJU. RM500 juta melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) serta Dana Ciptawan RM250 juta bagi menyokong pertumbuhan syarikat bumiputera.
Selain itu, nilai perolehan kerajaan yang dikhususkan kepada kontraktor bumiputera G1 hingga G4 turut ditingkatkan kepada RM7.5 bilion. Kesemua inisiatif ini menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai pelbagai mekanisme untuk membantu pembangunan ekonomi sesuatu kumpulan sasaran.
Daripada pembiayaan perniagaan sehinggalah kepada peluang perolehan dan pembangunan syarikat. Namun persoalan saya ialah mengapa pendekatan pembangunan ekonomi yang sama tidak boleh diperluaskan melalui program tambahan khusus untuk membantu masyarakat bukan bumiputera yang masih berada dalam kemiskinan.
Saya ingin menegaskan bahawa cadangan ini bukan bertujuan untuk mengurangkan atau mengambil hak mana-mana pihak. Usaha memperkasakan bumiputera boleh dan harus diteruskan. Pada masa yang sama, kerajaan perlu memastikan bahawa golongan bukan bumiputera yang berpendapatan rendah tidak tercicir daripada peluang pembangunan ekonomi negara.
Kemiskinan tidak mengenal kaum. Dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera, masih terdapat keluarga B40, peniaga kecil, pekerja bergaji rendah, belia yang sukar mendapatkan pekerjaan serta keluarga miskin bandar yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Dato’ Pengerusi, sehubungan itu saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan peruntukan tambahan bersamaan 10 peratus daripada jumlah peruntukan agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera sebagai dana khusus untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat bukan bumiputera yang memerlukan.
Saya tegaskan sekali lagi, ini merupakan peruntukan tambahan, bukannya pemotongan daripada peruntukan bumiputera yang sedia ada. Cadangan ini boleh dilaksanakan dengan mencontohi beberapa model program yang telah diwujudkan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya ingin mencadangkan supaya bantuan ini diberikan berdasarkan kriteria yang jelas dan telus termasuk pendapatan isu rumah, tahap kemiskinan, kemampuan kewangan serta keperluan sebenar penerima.
Kita tidak mahu peruntukan sekadar diumumkan tanpa mengetahui keberkesanannya. Kerajaan perlu mengukur berapa ramai penerima berjaya meningkatkan pendapatan, mengembangkan perniagaan, memperoleh pekerjaan yang lebih baik atau keluar daripada kemiskinan.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri Ekonomi mengenai tiga perkara. Pertama, berapakah jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan sosioekonomi bumiputera bagi tahun 2027. Merangkumi program di bawah kementerian, agensi dan institusi berkaitan.
Kedua, adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan dana tambahan bersamaan 10 peratus daripada jumlah tersebut untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat bukan bumiputera yang memerlukan tanpa menjejaskan peruntukan asal bumiputera.
Ketiga, adakah Kementerian Ekonomi bersedia menyelaras satu mekanisme pembangunan ekonomi khusus yang mencontohi pendekatan TERAJU, PUNB dan Program Pembangunan Kontraktor dengan sasaran serta petunjuk prestasi yang jelas. Matlamat cadangan saya, landing Dato’. Matlamat cadangan saya bukan untuk mempertandingkan kepentingan antara kaum tetapi untuk memastikan pembangunan ekonomi negara benar-benar merangkumi semua rakyat yang memerlukan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua. Peruntukan perbelanjaan Kementerian Ekonomi mengurus RM645 juta, pembangunan RM2.19 bilion jumlah RM2.76 bilion berbanding dengan 2026, RM2.67 bilion.
Visi Kementerian Ekonomi amat jelas iaitu peneraju strategik pembangunan sosioekonomi negara yang progresif, terangkum dan mampan demi kesejahteraan rakyat. Saya tertarik dengan prestasi outcome kementerian yang meletakkan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
peningkatan Pendapatan Negara Kasar per kapita dan peratus peningkatan Indeks Kesejahteraan Rakyat sebagai petunjuk prestasi utama.
Umpamanya 2027, RM64,223 untuk per kapita income per GDP dan kesejahteraan, peratus peningkatan Indeks Kesejahteraan 1. Saya pun tak faham satu dan 0.5 macam mana, mungkin Menteri boleh menjelaskan.
Kubang Pasu minta penjelasan daripada Menteri, apakah komponen atau ciri-ciri yang diguna pakai untuk menentukan peratus Indeks Kesejahteraan ini.
Berhubung dengan KDNK per kapita, ia hanyalah petunjuk dari segi purata pendapatan penduduk yang merangkumi T20, ada yang T10, M40, B40. Ada rakyat yang pendapatannya berjuta ringgit, berbilion Ringgit dan ada rakyat terdapat juga rakyat yang pendapatan mereka tidak tetap, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Yang pasti ialah majoriti rakyat menghadapi masalah kos sara hidup yang kian meningkat.
Kubang Pasu berharap agar Malaysia tidak akan berhadapan dengan protes rakyat sepertimana yang berlaku di Perancis dan Jerman disebabkan kos sara hidup.
Apa yang berlaku sekarang ini ialah semua angka-angka seperti pertumbuhan KDNK, pelaburan berbilion-bilion, inflasi rendah, pengangguran yang rendah tidak dapat diterjemahkan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Seterusnya saya ingin beralih kepada B.15, Butiran 0300 iaitu Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dengan anggaran perbelanjaan di bawah Butiran 40000 – RM160 juta, NCIA umpamanya Koridor Utara memperolehi RM43.5 juta. Jadi, jumlah anggaran perbelanjaan 2027 bagi koridor wilayah ialah RM941 juta atau pun 34 peratus daripada peruntukan Kementerian Ekonomi yang jumlah begitu besar.
Di bawah Butiran P.150113 – Pembangunan Koridor memperuntukkan RM780 juta berbanding RM690 juta pada tahun 2026. Petunjuk prestasi utama berasaskan outcome pembangunan sosioekonomi wilayah koridor yang inklusif dan mampan ialah jumlah pelaburan pertamanya yang direalisasikan, iaitu pada tahun 2027 sasaran RM94 bilion, 2026 RM91 bilion.
Peluang pekerjaan yang dijana yang peliknya pelaburan 2027 RM 94 bilion tinggi tapi peluang pekerjaan 43,000. Yang 2026 RM91 bilion tapi peluang pekerjaan 150,000. Itu memerlukan penjelasan. Bila melihat kepada petunjuk prestasi utama terhadap pencapaian agensi pembangunan koridor yang timbul dalam pemikiran
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
saya ialah apakah kor business peranan teras sebenar pihak berkuasa koridor wilayah ini?
Saya tidak berharap berhasrat untuk mengkritik tapi hanya untuk memberikan sedikit pandangan. Apa yang saya sentuh ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dalam portfolio pelaburan industri selama 10 tahun. Saya berdiplomasi dengan MIDA dan yang NCIA secara langsung. Kor business MIDA adalah pelaburan dan industri.
Kebanyakan pelaburan yang perolehi oleh Kedah adalah melalui MIDA. MIDA mempunyai tenaga kerja yang kompeten dan pejabat-pejabat di luar negara khususnya menarik untuk menarik pelaburan ke Malaysia. MIDA juga terlibat dalam mengklasifikasikan jenis industri high tech… [Tidak jelas] MIDA juga terlibat dalam pemberian insentif tertentu kepada pelabur-pelabur yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sebagai Exco kerajaan negeri, yang terlibat secara aktif dengan NCER dalam puluh tahun juga. Jadi, saya faham mengenai NCIA iaitu Badan Statutori Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah Akta 687, dengan objektif untuk pembangunan syor ekonomi dan tenaga kerja untuk NCER – Northern Corridor Economic Region. Pada pandangan saya pihak berkuasa pelaksanaan koridor termasuk NCIA harus memainkan peranan teras dalam membangun sosioekonomi rakyat yang lebih menyeluruh dan bukannya pelaburan cara...
[Tidak jelas] Namun, saya bersetuju supaya NCIA terlibat untuk membantu kerajaan negeri dalam pembangunan kawasan industri seperti mana yang dibuat di Kedah.
Kedah Rubber City is my...
[Tidak jelas] projek. Jadi, terlibat secara langsung dengan projek ini termasuk mendapatkan RM310 juta daripada Rancang Malaysia Kesebelas pada tahun 2017.
Dan juga Chuping Valley di negeri Perlis. Dalam perbahasan ini Kubang Pasu ingin bertanya kepada Menteri apakah kejayaan pencapaian Kedah Rubber City? Saya dimaklumkan bahawa sebuah kilang tayar daripada negara China melabur sebanyak RM2 bilion untuk membinanya dan juga apakah pencapaian yang telah dicapai di Chuping Valley?
Harapan Kubang Pasu adalah agar pihak kerajaan khususnya Kementerian Ekonomi mengkaji semula peranan teras pihak yang berkuasa pembangunan koridor supaya redundancy dengan izin. dalam aktiviti pelaburan dapat dielakkan. Minta Menteri memberikan penjelasan apakah pencapaian oleh lima koridor dalam
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
meningkatkan pendapatan rakyat, sosioekonomi dan peningkatan usahawan penduduk luar bandar?
Saya setuju dengan Permatang Pauh iaitu Kementerian Ekonomi patut melaporkan kepada Parlimen secara berskala. Pencapaian projek-projek di bawah lima koridor ini. Saya rasa itulah sahaja ucapan saya. Sekian.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Ekonomi kerana dia tunggu sini dari awal sehingga akhir untuk dengar perbahasan. Terima kasih, syabas Menteri. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Selayang. Yang Berhormat Selayang? Jika tidak ada saya ke Yang Berhormat berikutnya Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi.
Saya membahas 0100000, 020000, 030000, 70102 – PKNK. Saya ingin menyentuh mengenai pembangunan ekonomi wilayah koridor yang tidak menerima pertambahan peruntukan mengurus, peruntukan bagi lima agensi koridor kekal RM161 juta seperti 2026.
Namun, sasaran pelaburan direalisasikan meningkat daripada RM91 bilion kepada RM94 bilion. Kemudian peruntukan khusus bagi pembangunan kemudahan pelancongan hanya RM1.2 juta. Sebagai wakil rakyat mewakili Langkawi sudah tentu angka ini boleh dipersoalkan, mengambil kira bahawa kami sangat bergantung kepada sektor pelancongan.
Terdapat dua petunjuk prestasi utama di peringkat kementerian. Saya ingin menyentuh aspek pendapatan negara kasar per kapita dan peningkatan indeks kesejahteraan rakyat Malaysia muka 212. Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan daripada RM60,728 sasaran tahun ini kepada RM64,223 pada tahun depan.
Angka pertumbuhan nasional sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa kesejahteraan rakyat di semua kawasan turut meningkat. Jadi, saya ingin bertanya Menteri mengenai industri-industri yang dijangka menjadi bullish pada tahun depan. Dan industri-industri yang berdepan kemalapan dan mendapat ekonomi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Ini kerana penting untuk kita melihat dan membedah angka mengikut industri.
Para pekerja yang berada dalam industri bullish berkemungkinan tidak akan berdepan dengan ekonomi tempatan yang mencabar. Sebaliknya, untuk industri yang sedang malap. Berapa ramai kah pekerja yang dijangka berdepan kehilangan pekerjaan dan apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan safety net agar kehidupan mereka tidak terlalu terjejas.
Saya juga mahu merujuk kepada program dua perancangan pembangunan nasional yang mana peratus pencapaian outcome nasional rancangan Malaysia hanyalah 73.25 peratus pada tahun 2025. Saya minta penjelasan tentang projek yang gagal mencapai sasaran dan langkah pembetulan yang dirancang.
Selain itu kita juga dimaklumkan bahawa terdapat penurunan sasaran peluang pekerjaan koridor turun 71.4 peratus kepada 43,000 pada 2027 berbanding dengan 150,100 yang disasarkan tahun ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai jurang yang besar dalam isu ini. Adakah kita menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan pada tahun hadapan?
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020100 yang saya sebutkan tadi di bawah Perancangan Pembangunan Nasional sebanyak RM86 juta diperuntukkan untuk perancangan ekonomi. Saya ingin mendapatkan makluman mengenai apakah program atau dasar yang akan dijalankan di bawah butiran ini?
Saya bertanya demikian kerana Langkawi mempunyai struktur ekonomi yang agak berbeza berbanding daerah-daerah lain di Kedah. Ekonominya sangat bergantung kepada industri pelancongan termasuk sektor perhotelan, pengangkutan, makanan, minuman, perdagangan serta perusahaan kecil dan sederhana.
Kebergantungan ini menyebabkan ekonomi Langkawi terdedah kepada perubahan jumlah ketibaan pelancong, keadaan ekonomi global, kos perjalanan dan kuasa beli pengguna. Kita tidak menafikan bahawa industri pelancongan Langkawi menunjukkan pemulihan berdasarkan statistik LADA, jumlah ketibaan pelawat meningkat daripada RM2.9 juta pada 2024 kepada RM3.21 juta pada 2025.
Namun, peningkatan jumlah ketibaan ini tidak bermakna bahawa pendapatan penduduk dan pengusaha tempatan turut meningkat pada kadar yang sama.
Persoalannya adakah perancangan ekonomi jangka sederhana dan panjang kerajaan pusat untuk Langkawi?
Adakah kita hanya mahu bergantung kepada jumlah ketibaan pelancong semata-mata? Di sinilah pentingnya usaha mempelbagaikan diversification ekonomi
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
di Langkawi. Kita tidak boleh membiarkan ekonomi sebuah pulau yang mempunyai kedudukan strategik sumber alam dan potensi maritim yang besar untuk terus bergantung hampir sepenuhnya kepada pelancongan.
Kerajaan perlu melihat potensi untuk membangunkan industri seperti ekonomi maritim, logistik, perdagangan, industri makanan dan produk tempatan, perusahaan kecil dan sederhana serta ekonomi digital. Ini semua boleh membawa kepada penciptaan pekerjaan bermutu tinggi dan high value jobs kepada anak-anak kita. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi Majlis.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah? Oh, ada.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diperuntukkan sebanyak RM302.14 juta bagi tahun 2027. Malaysia sedang mengalami perubahan demografi yang semakin ketara, peningkatan populasi warga emas, penghijrahan golongan muda ke bandar serta perubahan struktur tenaga kerja akan memberikan kesan langsung kepada pembangunan ekonomi negara.
Persoalan pertama saya kepada Menteri, sejauh manakah data demografi dan sosioekonomi yang dikumpulkan oleh DOSM diintegrasikan secara langsung ke dalam perancangan Kementerian Ekonomi, khususnya dalam menentukan projek pembangunan, peluang pekerjaan, dan keperluan infrastruktur mengikut negeri serta daerah?
Kita tidak mahu data sekadar menjadi bahan dalam penerbitan tahunan, sebaliknya data tersebut perlu penjadi asas kepada keputusan pembangunan yang benar-benar memenuhi keperluan rakyat pada masa kini.
Seterusnya, saya ingin menyentuh hala tuju pembangunan ekonomi negeri Perak. Perak sememangnya mempunyai asas ekonomi dalam sektor pembuatan, pertanian, perkhidmatan, dan pelancongan. Kini dengan penekanan terhadap pelaburan bernilai tinggi dan transformasi industri di bawah RMK13, kita perlu melihat bagaimana pendekatan pembangunan ekonomi Perak dapat diperkukuh.
Menurut MIDA, Perak mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM15.8 bilion pada tahun 2025. Namun persoalannya, bukan sekadar berapa
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
banyak pelaburan yang masuk, tetapi di mana pelaburan tersebut ditumpu dan sejauh manakah manfaatnya sampai kepada rakyat.
Saya merujuk kepada Butiran 70108 – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dengan peruntukan RM18 juta bagi tahun 2027. Persoalan kedua saya kepada Menteri, apakah perubahan utama dalam strategi pembangunan ekonomi Perak sebelum dan selepas pembentukan Kerajaan MADANI? Berapakah jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dan direalisasikan setakat ini?
Daerah manakah yang menerima pelaburan tertinggi? Serta sektor manakah yang menjadi tumpuan utama?
Tuan Pengerusi, menurut DOSM, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Perak mencatatkan RM91.5 bilion pada tahun 2025 dengan peruntukan pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus. Angka ini memberikan gambaran tentang perkembangan ekonomi negara. Namun, persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah pertumbuhan tersebut dapat dikekalkan dan dipertingkatkan?
Apakah sasaran KDNK Negeri Perak menjelang tahun 2030 dan sektor ekonomi manakah yang dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan bagi tempoh lima tahun akan datang?
Pada masa yang sama, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai kadar pengangguran belia dan kemiskinan terkini di negeri Perak. Apakah langkah khusus kementerian bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan isi rumah, pengurangan kemiskinan dan peluang pekerjaan berkualiti?
Selain itu, apakah terdapat projek pembangunan berimpak tinggi baharu yang dirancang untuk Perak dalam tempoh lima hingga sepuluh akan datang? Kita mahu memastikan pembangunan tidak hanya tertumpu kepada pusat perindustrian utama sebaliknya turut memberi limpahan kepada daerah seperti Batu Gajah melalui peluang pekerjaan perusahaan tempatan dan peningkatan pendapatan rakyat.
Tuan Pengerusi, satu lagi sektor yang mempunyai potensi besar ialah pelancongan. Perak memiliki kelebihan tersendiri melalui warisan sejarah, keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian destinasi seperti Ipoh, Lenggong, Kuala Kangsar, Pulau Pangkor, dan termasuk Batu Gajah.
Namun, kejayaan pelancongan tidak boleh diukur melalui jumlah kedatangan pelawat semata-mata. Pelancong yang datang perlu membawa nilai ekonomi, bukan sekadar menambahkan jumlah pelawat. Kita mahu mereka tinggal lebih lama,
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
berbelanja di premis tempatan dan membuka peluang pendapatan kepada masyarakat setempat.
Persoalan ketiga saya, apakah strategi pembangunan ekonomi yang dirancang oleh kementerian bersama Kerajaan Negeri Perak untuk meningkatkan perbelanjaan pelawat, memperkukuhkan pendapatan pengusaha tempatan serta menambahkan hasil negeri daripada aktiviti pelancongan? Saya berharap sektor pelancongan dapat dimanfaatkan sebagai pemacu ekonomi yang turut menghubungkan pembangunan bandar dengan kawasan luar bandar.
Tuan Pengerusi, Perak mempunyai semua asas yang diperlukan untuk terus berkembang sebagai sebuah negeri yang berdaya saing. Apa yang penting ialah perancangan berpandukan data, pengagihan pelaburan yang lebih seimbang serta pembangunan sektor bernilai tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat.
Kita mahu Perak bukan sekadar negeri yang menerima pelaburan, tetapi negeri yang mampu menjana kemakmuran tetapi juga dapat menyediakan pekerjaan berkualiti dan meningkatkan taraf hidup rakyat secara berterusan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Saya terus kepada Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah atau SEDIA, RM17.2 juta. Apakah sebabnya SEDIA diperuntukkan jumlah yang paling kecil berbanding dengan koridor yang lain seperti Iskandar (IRDA), RM42.2 juta; NCIA, RM43.5 juta.
Mengenai Butiran 00113, RM779.7 juta untuk pembangunan ekonomi, berapakah peruntukan untuk koridor SEDIA di Sabah dan berapa peratusannya?
Butiran 00108, RM222.595 juta untuk program pembangunan, berapakah peruntukan untuk koridor SEDIA di Sabah dan berapakah peratusan daripadanya?
Dengan izin, Dato’ Speaker, Keningau memohon sebahagian peruntukan program pembangunan dibelanjakan membiayai penaiktarafan Projek Tukat Sinurambi di Tambunan seperti yang telah saya bangkitkan seminggu yang lalu.
Projek Tukat Sinurambi ini akan membina ikon ekopelancongan serta memberi peluang pekerjaan dan keusahawanan sambil meningkatkan ekonomi luar bandar.
Mohon dipertimbangkan.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Mengenai Butiran 70112, RM4.5 juta untuk program pembangunan. Kenapa peruntukan ini amat kecil berbanding dengan, misalnya PKN Kedah, RM52.5 juta; PKN Pahang, RM34.3 juta? Tambah lagi Sabah dan Sarawak masih lagi dianggap sebagai satu unit, berbanding dengan Malaya dikira sebagai 11 unit. Ini bererti kita masih lagi berasaskan perkiraan yang lalu dan perlu di-reset-lah.
Mengenai Butiran 93500 muka surat 219, RM603.5 juta untuk program atau projek pembangunan ekonomi. Apakah program yang dirancang untuk Sabah?
Berapakah peruntukan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan berapa peratusannya? Keningau ingin mencadangkan, kerajaan harus melaksanakan dengan cepat pembinaan infrastruktur asas untuk menjadi tunggak dan pemangkin pelonjakan ekonomi Sabah.
Antaranya, landasan kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, lapangan terbang antarabangsa baharu di Kota Kinabalu, Landasan Kereta Api Sepanggar ke Keningau dengan terowong menembusi Banjaran Crocker, monorel di Kota Kinabalu, landasan kereta api sambungan Beaufort ke Bintulu, infrastruktur connectivity Internet laju, peningkatan taraf jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada KDNK per kapita untuk ke Malaysia. Saya merasa sedih melihat ekonomi Sabah yang bukan hanya termiskin, termundur, paling sakit, dan sebagainya, di mana kalau dibandingkan dengan KDNK per kapita Malaysia, ia hanyalah separuh, iaitu RM31,000 berbanding dengan RM60,000 purata nasional.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
[Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya bertanya diri saya sendiri kenapa ini berlaku. Sedangkan sebelah pengeluar minyak mentah dan minyak sawit terbesar di Malaysia dan penyumbang keenam terbesar ekonomi negara. Kedua-duanya menyumbangkan 35.9 peratus kepada KDNK Sabah dan minyak mentah L&J dan minyak sawit menyumbang 40 peratus. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
...Kedua-duanya sektor pelancongan Sabah mungkin terpinggir dan jauh ketinggalan. Dan ini disebabkan kedua-dua sektor yang saya sebutkan tadi itu dimonopolikan oleh PETRONAS dan syarikat gergasi minyak antarabangsa. Dan syarikat-syarikat
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
ladang kelapa sawit termasuk FGV dan FELDA kebanyakannya dari Malaya dan spin-off jarang mengalir balik ke akar umbi. Ini perlu diubah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Masa sudah tamat. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin membahaskan butiran di bawah Maksud B15 dan Maksud P15 Kementerian Ekonomi yang menerima peruntukan RM2.764 bilion untuk tahun 2027 khususnya berkaitan dengan kemiskinan, kesejahteraan rakyat, peluang pekerjaan dan ketidakseimbangan pembangunan wilayah.
Kementerian menetapkan sasaran pendapatan negara kasar per kapita sebanyak RM64,223 pada tahun 2027. Namun, sasaran peningkatan indeks kesejahteraan rakyat Malaysia hanya satu peratus.
Persoalannya, mengapa pertumbuhan pendapatan negara tidak diterjemahkan kepada sasaran peningkatan kesejahteraan rakyat yang lebih tinggi.
Apakah indikator khusus untuk mengukur pendapatan boleh guna kuasa beli dan pengurangan jurang pendapatan isi rumah khususnya golongan B40 dan masyarakat luar bandar?
Saya ingin penjelasan juga, apakah sasaran untuk pengurangan kadar kemiskinan rakyat mengikut daerah dan apakah pelan pembangunan ekonomi yang bersasar mengikut daerah-daerah dan apakah usaha untuk mengurangkan jurang pendapatan antara wilayah yang masih ketara.
Puan Pengerusi, menyentuh Butiran 020200 bawah Jabatan Perangkaan Malaysia yang mendapat peruntukan RM302.14 juta yang mana meningkat sebanyak 12.32 peratus. Apakah-apakah komitmen kementerian untuk menyediakan data kemiskinan mutlak, kemiskinan relatif dan kemiskinan multidimensi sehingga ke peringkat daerah? Adakah kerajaan bersedia memperkenalkan pengukuran kos hidup mengikut daerah supaya isi rumah miskin bandar, luar bandar, ibu tunggal, warga emas tidak tercicir daripada dasar bantuan kerajaan?
Begitu juga menyentuh Butiran 030300 – ECERDC yang mendapat peruntukan RM39.5 juta. Apakah pencapaian sebenar setakat ini untuk mengurangi kadar kemiskinan yang meningkat terutama bagi isi rumah di Pantai Timur,
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
khususnya di Kelantan. Dan berapa ramai peserta program dan pembangunan ekonomi yang telah berjaya dan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.
Dan saya ingin tahu juga ialah pencapaian Projek Taman Industri Halal Pasir Mas yang terletak dalam Parlimen Rantau Panjang. Jadi, setakat ini apakah program yang telah dirancang khusus yang telah mencapai kejayaan dan apakah usaha untuk memastikan supaya pembangunan ekonomi sempadan sebab Rantau Panjang adalah kawasan sempadan yang sangat relevan dengan pembangunan ekonomi sempadan.
Apakah usaha Kementerian Ekonomi untuk meningkatkan supaya dapat memajukan lagi keadaan ekonomi sempadan yang setakat ini pekan ini hampir mati terutama cabaran apabila banyak pelancong-pelancong datang terus ke Thailand menyebabkan Rantau Panjang semakin tidak mendapat perhatian.
Begitu juga 00113 – Pembangunan Koridor yang mana mendapat peruntukan RM779.7 juta. Saya ingin penjelasan. Daripada peruntukan yang disediakan, apakah sebenarnya— mengapa sasaran kita lihat hari ini pelaburan, sasaran peluang pekerjaan koridor ekonomi menurun iaitu daripada 150,000 pada tahun 2026 hanya 43,000 pada tahun 2027. Penurunan sebanyak 71.35 peratus. Jadi, lebih membimbangkan. Jadi sasaran pelaburan direalisasikan meningkat pada RM91 bilion kepada RM94 bilion, sedangkan sasaran kepada pekerjaan merosot 70 peratus. Jadi, saya ingin tahu kenapa berlaku demikian.
Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 00109 dan 00113 iaitu Projek Jambatan Kedua Rantau Panjang–Sungai Golok. Yang mana saya membangkitkan isu ini untuk mendapat penjelasan tentang keadaan semasa pembinaan tersebut dan perjanjian pembinaan yang telah ditandatangani dengan negara Thai. Dan persoalannya apakah peratus kemajuan fizikal setakat ini dan berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan dan apakah perancangan bersepadu untuk memastikan supaya ia dapat merancakkan ekonomi sempadan terutama pendapatan penduduk tempatan.
Begitu juga termasuk cadangan untuk sambungan ECRL ke Rantau Panjang.
Saya ingin tahu apakah unjuran peluang pekerjaan usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi supaya dengan projek-projek yang dibina ini mendapat limpahan pelaburan, peningkatan pendapatan penduduk, begitu juga dengan supaya mendapat hasil yang boleh memanfaat kepada penduduk tempatan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera dan terima kasih Puan Pengerusi. Bagi Maksud B.15 – Kementerian Ekonomi, Betong ingin mendapatkan penjelasan mengenai satu perkara sahaja.
Puan Pengerusi, Betong terus kepada kod Butiran 020100 iaitu Perancangan Ekonomi. Kita tahu Kementerian Ekonomi memainkan peranan utama dalam menyaring, menilai dan juga menentukan siling peruntukan bagi meluluskan semua projek pembangunan di Malaysia. Oleh itu, Betong ingin membangkitkan isu penurunan kuasa kelulusan Notice of Change (NOC) bagi projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak.
Puan Pengerusi, Betong merujuk kepada isu kelewatan pelaksanaan projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak khususnya projek-projek yang masih menunggu kelulusan Notice of Change (NOC) di bawah inisiatif bayaran pendahuluan ataupun advanced payment yang berjumlah RM1 bilion yang disediakan oleh kerajaan Sarawak pada tahun 2018.
Jadi untuk makluman, daripada 140 buah sekolah yang disenaraikan di bawah inisiatif ini, sebanyak 85 projek telah siap, 14 sedang dalam pembinaan, 20 masih dalam peringkat perancangan, manakala yang saya bangkitkan ialah 17 projek masih tertangguh kerana menunggu kelulusan NOC.
Jadi, apa yang menjadi persoalan ialah sebahagian kelewatan projek ini bukan semata-mata disebabkan oleh masalah teknikal ataupun pelaksanaan ditapak tetapi turut berpunca daripada proses pentadbiran dan kelulusan NOC yang perlu dirujuk semula kepada Kementerian Ekonomi di peringkat Persekutuan.
Jadi, Betong berpandangan bahawa keadaan ini perlu diteliti secara serius, kita perlu bertanya apakah kewajaran sesuatu permohonan perubahan skop atau pelarasan kos projek yang masih berada dalam had siling pembiayaan RM1 bilion perlu melalui proses kelulusan berulang di peringkat ibu pejabat dan Kementerian Ekonomi.
Lebih membimbangkan terdapat permohonan NOC yang mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk diselesaikan sedangkan yang terkesan ialah sekolah-sekolah daif di Sarawak, guru-guru, anak-anak kita yang masih terpaksa belajar dalam persekitaran serta kemudahan yang tidak sepatutnya mereka hadapi pada hari ini.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Puan Pengerusi, Betong ingin menegaskan bahawa kerajaan Sarawak telah pun menyediakan sumber pembiayaan melalui pinjaman RM1 bilion bagi memastikan usaha membangunkan semula sekolah-sekolah daif ini dapat dilaksanakan. Justeru, sekiranya terdapat keperluan untuk membuat pelarasan kos, perubahan skop atau penyesuaian teknikal, mengapa proses tersebut masih perlu melalui rantaian kelulusan yang begitu panjang di peringkat Persekutuan.
Betong tidak mempertikaikan keperluan Kementerian Ekonomi untuk memastikan disiplin kewangan, pemantauan dan tadbir urus projek pembangunan.
Namun, mekanisme kawalan tersebut tidak seharusnya menjadi punca kelewatan sehingga menjejaskan matlamat asas suatu projek.
Oleh itu, Betong mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan penurunan kuasa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif Negeri Sarawak di bawah peruntukan RM1 bilion yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak untuk menimbang serta meluluskan permohonan NOC bagi projek-projek berkenaan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Penurunan kuasa ini boleh dilaksanakan dengan syarat bahawa setiap kelulusan masih tertakluk kepada had siling keseluruhan RM1 bilion tidak melibatkan pertambahan komitmen kewangan Kerajaan Persekutuan serta mematuhi segala garis panduan dan mekanisme pelaporan yang dipersetujui bersama. Sehubungan dengan itu Puan Pengerusi, Betong ingin mendapatkan penjelasan dan komitmen daripada Kementerian Ekonomi.
Pertamanya, adakah kementerian bersedia memberikan kuasa kepada jawatankuasa di peringkat Sarawak untuk mempertimbangkan dan meluluskan permohonan NOC bagi 17 projek berkenaan tanpa perlu merujuk setiap permohonan kepada Kementerian Ekonomi di peringkat Persekutuan?
Yang kedua, sekiranya penurunan kuasa sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan, adakah kementerian bersedia mewujudkan mekanisme kelulusan khas ataupun fast-track approval dengan tempoh pemprosesan yang jelas.
Contohnya dalam 30 hari bekerja.
Ketiga, bolehkah kementerian memberi jaminan bahawa tiada lagi permohonan NOC bagi projek-projek ini akan dibiarkan tertangguh bertahun-tahun akibat proses birokrasi yang berulang.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Puan Pengerusi, kita tidak mahu berlaku keadaan di mana peruntukan sudah sedia, projek sudah dirancang, keperluan rakyat sudah dikenal pasti, tetapi pelaksanaan masih tersekat kerana urusan kelulusan yang terlalu berpusat. Jangan sampai hasrat kerajaan Sarawak untuk menyelesaikan masalah sekolah daif terhalang oleh kerenah birokrasi pentadbiran Persekutuan.
Apa yang kita perlukan, bukanlah pengurangan akauntabiliti tapi penyelarasan kuasa dan tanggungjawab yang lebih praktikal, cekap dan mengambil kira realiti pelaksanaan projek di Sarawak. Betong berharap Kementerian Ekonomi dapat memberikan komitmen yang jelas dan bukan sekadar mengambil maklum cadangan ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab. Masa 25 minit.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada 17 orang Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa yang terkait dengan Kementerian Ekonomi, yang mana kita ambil maklum segala pandangan, cadangan, peringatan dan juga perkara-perkara yang dibangkitkan.
Cuma, saya mengambil peluang tadi meneliti semua perbahasan. Saya boleh bahagikan kepada beberapa perkara yang dibangkitkan. Yang pertama, ada perkara yang dibangkitkan itu adalah perkara yang berkaitan dengan dasar. Jadi, untuk isu- isu yang berkaitan dengan dasar, saya rasa ruang itu telah pun ada ketika kita menjawab di peringkat dasar.
Perkara yang kedua, sememangnya terkait rapat dengan butiran yang diketengahkan dalam buku belanjawan dan yang ketiga, mungkin ada beberapa perkara spesifik yang dibangkitkan. Sekiranya ada ruang, saya cuba memberi pandangan ataupun jawapan yang seboleh mungkin tetapi sekiranya tidak, perkara itu akan ada ruang-ruang lain yang kita boleh berbahas ataupun berhujah di dalam Dewan ini.
Untuk tahun 2027 di peringkat Kementerian Ekonomi, kita diperuntukkan sebanyak RM645.424 juta bagi tujuan perbelanjaan mengurus, manakala sebanyak RM2.12 bilion bagi tujuan perbelanjaan pembangunan. Untuk peruntukan
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
pembangunan ataupun DE ini, ia melibatkan sebanyak 131 projek iaitu merangkumi 41 projek baharu dan juga 90 projek sambungan. Jumlah DE ini secara statistiknya berlaku peningkatan sebanyak 11.9 peratus berbanding dengan tahun 2026.
Kalau kita lihat dari segi bagaimana pecahan ini diagihkan, sebagai contoh, untuk kita melaksanakan perbelanjaan pembangunan, sememangnya keutamaan itu kalau di bawah Kementerian Ekonomi, ia nya sebab banyak disalurkan untuk pembangunan wilayah dan juga koridor ekonomi. Yang kedua, banyaknya adalah untuk pengukuhan sektor strategik. Yang ketiga adalah untuk kita meningkatkan keupayaan ekonomi negeri serta juga usaha memastikan manfaat pembangunan itu sampai kepada rakyat.
Dari sudut yang lain pula, kalau kita analisis terhadap agihan yang berlaku di kementerian ini, Kementerian Ekonomi memberi perhatian khusus kepada juga pendekatan people-centric yang mana daripada RM2.12 bilion itu, sebanyak RM813.8 juta ataupun 38.4 peratus daripada keseluruhan DE ini adalah yang terkait dengan rakyat secara langsung, yang mana tumpuannya merangkumi untuk infrastruktur komuniti, peluang peningkatan pendapatan, pembangunan modal insan, keusahawanan dan juga bagaimana untuk juga kita lihat soal peluang perniagaan, mobiliti ekonomi kepada rakyat dan sebagainya.
Saya tertarik dengan beberapa pandangan Ahli Yang Berhormat bila berbicara soal bagaimana untuk kita merapatkan jurang terutamanya untuk kawasan wilayah ataupun negeri yang kurang membangun. Kalau sebelum ini di peringkat dasar, jawapan saya lebih menyeluruh mengenai perbelanjaan pembangunan keseluruhannya, tetapi kalau kita lihat perbelanjaan DE di peringkat Kementerian Ekonomi, sebanyak RM805.2 juta ataupun kira-kira 67.8 peratus daripada peruntukan DE ini, kita peruntukkan kepada enam negeri kurang membangun yang mana hasratnya adalah untuk kita luaskan lagi peluang ekonomi dan merangsang pertumbuhan yang lebih seimbang.
Seterusnya, kalau kita terus ke tujuan yang selanjutnya kalau saya boleh jawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson. Saya cuba sentuh sedikit bahagian perbelanjaan pengurusan sebelum berpindah ke perbelanjaan pembangunan.
Yang Berhormat Port Dickson ada membangkitkan secara spesifik mengenai peningkatan dalam Butiran 020200 untuk Jabatan Statistik ataupun DOSM. Untuk makluman Yang Berhormat, kenaikan peruntukan untuk DOSM bagi tahun 2027
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
adalah terutamanya disebabkan oleh peningkatan kos operasi dan juga keperluan pelaksanaan aktiviti statistik yang lebih besar berbanding dengan tahun ini.
Antaranya sebagai contoh— yalah bila kita tahu untuk Jabatan Statistik ini juga, mereka bergantung juga kepada proses mengumpulkan data ataupun maklumat. Yang ini dijalankan melalui sampel, melalui survey, survey yang perlu dilakukan yang kalau the on top of my head dengan izin Puan Pengerusi, kita ada beberapa survey utama yang kita akan jalankan. Yang mana untuk tahun 2026, sebagai contoh walaupun survey itu telah dimulakan, Banci Ekonomi untuk tahun 2026.
Tahun hadapan adalah tahun di mana kita akan analisakan dapatan untuk Banci Ekonomi. Kemudian ada juga Household Income Survey, yang mana jangkaannya juga akan bermula pada tahun hadapan. Jadi, memang sememangnya perbelanjaan peningkatan itu adalah untuk menyokong keperluan operasi DOSM.
Pada masa yang sama Puan Pengerusi, mereka juga ada keperluan untuk pembelian dan juga pembaharuan perisian. Sepertimana yang kita tahu, DOSM ini terkait juga dengan perisian yang perlu up-to-date dan juga pembaharuan lesen- lesen yang juga ada berlaku peningkatan kosnya.
Saya berpindah ke perkara yang banyak dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terkait dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan. Kalau kita lihat dari sudut angka tadi, saya dah nyatakan untuk di peringkat Kementerian Ekonomi, perbelanjaan pembangunan sebanyak RM2.12 bilion. Ada peningkatan sebanyak 11.9 peratus.
Kalau saya boleh kongsikan beberapa butiran sebelum saya menjawab spesifik dengan persoalan yang dibangkitkan tadi. Sebagai contoh, Butiran 00010 berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Mampan. Di sini sebenarnya ada beberapa program atau projek yang kita telah senaraikan yang akan menjadi tumpuan pada tahun hadapan. Sebagai contoh, bila disebut soal matlamat pembangunan mampan, antaranya adalah usaha untuk kita tingkatkan pembangunan kapasiti, komunikasi, pendidikan dan juga kesedaran awam mengenai SDG.
Kemudian, ada juga program memperkasakan pelaksanaan SDG, pembangunan rangka kerja CCUS dan juga pemerkasaan Ekonomi Biru, yang turut saya nyatakan tadi National Household Indicators Survey, yang itu adalah perbelanjaan pembangunan di bawah butiran ini.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Seterusnya, kalau kita tumpukan kepada Butiran 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan, yang ini terdapat lima perkara baharu yang kita akan perkenalkan pada tahun 2027. Antaranya sebagai contoh, kajian-kajian yang akan dijalankan oleh DOSM yang terkait juga dengan pemerkasaan peranan mereka adalah untuk inisiatif analitik data raya bagi analisis partial, mobiliti dan sosioekonomi. Kemudian, Malaysia Happiness Survey. Time-use Survey 2027 dan juga rebasing tenaga buruh dan juga guna tenaga dengan siling keseluruhan berjumlah RM5.97 juta.
Seterusnya, saya berpindah kepada perkara yang banyak dibahaskan iaitu terkait dengan pembangunan koridor. Bagi butiran pembangunan koridor terdapat 41 projek iaitu lima baharu dan juga 36 sambungan yang mana ini dilaksanakan di bawah wilayah-wilayah koridor antaranya NCIA, ECERDC, RECODA, SEDIA yang mana NCIA 18 projek tetapi dia punya jumlahnya RM193.6 juta. ECERDC, 13 projek RM214.8 juta. RECODA, enam projek RM201 juta. SEDIA, empat projek RM170.4 juta.
YB Sandakan sebentar tadi ada bangkitkan mengenai peruntukan kepada SEDIA dan Sabah termasuk dengan YB-YB daripada Sabah sebentar tadi yang mana untuk pembangunan tahun 2027 sebanyak RM174.85 juta disediakan berbanding dengan RM87.1 juta untuk tahun 2026. Peningkatan agihan ini adalah sebanyak 100.7 peratus. SEDIA disediakan peruntukan tahun 2027 sebanyak RM170 ini berbanding dengan RM228.5 juta, berbanding dengan tahun 2026 yang mana kenapa dilihat berlaku pengurangan sebanyak RM58 juta ataupun 25.4 peratus ini adalah kerana terdapat beberapa projek yang telah siap dilaksanakan bagi tahun 2026.
Manakala, untuk peruntukan SEDCO mencatatkan peningkatan untuk tahun 2027 iaitu sebanyak RM4.5 juta berbanding dengan RM1 juta. Jadi, ini ada perkara baharu yang kita sedang perhalusi untuk pelaksanaan tahun hadapan.
Yang Berhormat Temerloh telah membangkitkan mengenai ROI lima pihak berkuasa koridor ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hubungan antara nilai pelaburan dengan jumlah pekerjaan di wilayah koridor ini sebenarnya bergantung kepada jenis projek.
Sebab, walaupun bila kita nyatakan sebagai contoh, mungkin nilaian dari segi amaun jumlah pelaburan itu dilihat mungkin sama tetapi projek yang bersifat agak insentif terhadap penggunaan buruh lazimnya memang dilihat akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan. Tetapi, projek yang berintensif teknologi pula lazimnya ia
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
akan menggunakan automasi yang memerlukan lebih sedikit jumlah pekerja tetapi keperluannya adalah terhadap pekerja yang berkemahiran tinggi ataupun juga separa kemahiran.
YB Batang Sadong telah membangkitkan mengenai peruntukan yang diagihkan kepada Sabah dan Sarawak di bawah butiran koridor. Kementerian mengukur pencapaian pelaburan berdasarkan perbelanjaan modal sebenar dan juga pencapaian pekerjaan berdasarkan bilangan jawatan baharu yang diisi. Pelaburan sosial pula memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui latihan kemahiran, penyediaan ruangan niaga dan juga penambahbaikan kemudahan asas.
Seterusnya, YB Kinabatangan membangkitkan mengenai peranan agensi SEDIA yang mana untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SEDIA akan memberi tumpuan juga kepada pembangunan industri hiliran sawit dan juga ekopelancongan bagi membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk setempat dengan latihan kemahiran yang menepati keperluan industri. Insya-Allah di Sepangar Bay, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk tahun 2027 untuk membesarkan pelabuhan kontena dan juga RM9.85 juta untuk menaik taraf jalan menghubung untuk ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu. Itu untuk siling tahun hadapan.
Manakala, perkara yang dibangkitkan mengenai gaji dan penginapan pekerja itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.
Yang Berhormat Port Dickson juga membangkitkan perkara mengenai peruntukan Koridor Tengah. Saya tahu Yang Berhormat Port Dickson memang antara yang memperjuangkan keperluan wilayah di kawasan tengah ini. Tetapi, tidak lah bila tidak wujud agensi koridor itu kita meminggirkan Wilayah Tengah.
Sebaliknya, ia kekal sebagai nadi ekonomi utama negara dan dari segi suntikan perbelanjaan pembangunan yang sangat signifikan sebenarnya diturunkan melalui kementerian-kementerian yang mana termasuk juga agensi pusat, PKEN dan sebagainya.
Jadi, kalau sebagai contoh kalau dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, walaupun tidak dinyatakan secara khusus koridor yang ada, kita menggariskan pembangunan kluster ekonomi yang merangkumi Greater Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Manakala, perancangan khusus bagi Port Dickson termasuk pembangunan pelancongan pesisir diperincikan dalam Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045. Jadi, peruntukan yang disediakan untuk ini pun
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
sebenarnya agak signifikan. Cuma, kalau butirannya nanti saya boleh kongsikan dengan Yang Berhormat.
Untuk YB Merbok telah membangkitkan mengenai pecahan peruntukan NCIA yang mana peruntukan di bawah butiran ini adalah untuk pembangunan koridor merangkumi pelaksanaan projek di bawah NCIA, ECERDC, SEDIA dan RECODA dengan peruntukan RM779.7 juta yang melibatkan 41 projek. Yang mana daripada sini, NCIA sebanyak RM194.75 juta diperuntukkan untuk 20 projek iaitu empat projek baharu dan 16 projek sambungan.
Yang Berhormat Kubang Pasu, sahabat saya. Kalau isu ekonomi dia sering bangkit untuk bertanya dan berbahas yang mana mengenai pencapaian KRC.
Setakat ini, setakat September 2026, KRC telah berjaya menarik lima pelabur yang komited dengan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM3.344 bilion. Di samping itu, terdapat lagi kita sedang menilai ada tiga pelabur yang berpotensi dalam proses perbincangan yang mana anggaran nilai pelaburan sebanyak RM450 juta.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan sikit Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Sila.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
YB Pengerusi, Kedah Rubber City ini dia mula dibawa kepada cadangan 2013 and it takes a long time but the first time kita dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan RM320 juta untuk acquire the land and structure. I was involved from A-to-Z lah tetapi masa itu tidak ada pelaburan sebab kita belum siap dengan tenaga elektrik. Jadi, bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah kita ucap banyak terima kasih pada Kerajaan Persekutuan sebab tanpa Kerajaan Persekutuan, Kedah Rubber City tidak dapat dibangunkan.
Jadi, terima kasih banyak-banyak.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih pada Kubang Pasu. Dia bangkit untuk ucap terima kasih. Jadi, sama-sama. Jadi, untuk seterusnya ada perkara yang dibangkit mengenai Butiran 01100 mengenai Program Penyediaan/ Peningkatan Kemudahan Pelancongan.
Sebenarnya ini adalah butiran yang kita baru wujudkan untuk spesifik kepada dua projek baharu di bawah NCIA. Jadi, sebenarnya perkara-perkara pelancongan yang besar sepertimana Yang Berhormat Langkawi cuba bertanya tadi, itu sebenarnya boleh ditujukan kepada MOTAC.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Cuma, untuk di sini yang kita senaraikannya adalah untuk tujuan dua yang spesifik berkaitan dengan Bagan Datuk International Fishery Industrial Park yang mana ada jaringan yang kita cuba tambah baik dari segi jalan perhubungan serta juga untuk kita naik taraf kemudahan pelancongan di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.
Seterusnya, kalau saya boleh berpindah kepada satu perkara yang banyak juga dibangkitkan, Yang Berhormat Shah Alam ada mencelah tadi juga ucapan daripada Permatang Pauh iaitu berkenaan dengan bagaimana perbelanjaan yang kita salurkan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, di sini, dengan masa yang tinggal, saya cuba tumpukan kepada topik ini yang mana sebanyak RM236.6 juta diperuntukkan kepada 13 PKN bagi melaksanakan 38 projek. Dan tahun ini― untuk tahun 2027, semua PKN dapat.
Kalau tidak, macam tahun 2026, Selangor pun sebenarnya tidak menerima peruntukan ini sebab, yalah, kita melihat juga dari segi keupayaan dan juga keperluan untuk saluran.
Cuma, kalau ada beberapa perkara― YB Merbok ada bangkitkan mengenai butiran yang...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Pengerusi, boleh saya? Fasal Shah Alam tadi ini. Tahun lepas, kita Selangor tak dapat, tahun ini dah dapat sikit tetapi dia jauhlah berbeza dengan negeri Kedah, Kelantan dan juga Terengganu. Cuma, kita nak tahu, dia penyaluran projek itu dalam bentuk yang bagaimana? Projek-projek yang diperuntukkan.
Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Shah Alam.
Saya akan cuba pergi kepada beberapa negeri yang dibangkitkan dengan spesifik tadi. Kalau nak go through semua negeri mungkin tak sempat. Dan, insya-Allah, akan sampai ke Selangor.
YB Merbok, untuk Butiran 70102, khusus kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Yang untuk Kedah ini, kita bagi untuk melaksanakan lima projek fizikal iaitu ada tiga projek baharu dan juga dua projek sambungan yang mana peruntukan tahun 2027 berjumlah RM52.5 juta. Projek baharu melibatkan― sebab, kadang- kadang bila kita salurkan, Puan Pengerusi, kita salurkan melalui PKN, dia tak nampak peranan Federal.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Cuma, di sini, saya nyatakan di dalam Dewan, sebagai contoh, untuk negeri Kedah, projek baharu ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf Medan Selera Ukir Mall di Alor Setar. Kemudian, pembinaan premis usahawan di Kawasan Perindustrian Gurun. Dan yang ketiga, menaik taraf Medan Selera Keluncor di Kuala Kedah.
Manakala projek sambungan merangkumi pembangunan infrastruktur asas Zon Industri Fasa 5 di Kulim Hi-Tech Park iaitu sebanyak RM47 juta dan juga menaik taraf bangunan Serba kepada 15 unit ruang niaga.
Seterusnya, kalau dari segi untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan, yang ini untuk PKINK― Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Kita bagi untuk tujuh projek fizikal― lima projek baharu dan dua sambungan― yang mana peruntukan tahun 2027 berjumlah RM57.5 juta. Projek sambungan yang akan diteruskan pada tahun 2027 melibatkan pengambilan tanah kawasan industri di Cherang Tuli, Pasir Puteh― yang ini kita biayai melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM40 juta dan juga penaiktarafan Bazar Siti Aisyah di Kota Bharu sebanyak RM10 juta.
Manakala lima projek baharu yang kita luluskan untuk tahun 2027 ini melibatkan projek menaik taraf Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu; pembinaan medan selera di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh; Medan Usahawan Kota Meranti, Pasir Mas; dan juga lapan unit kilang IKS dan medan selera di Kemumin, Kota Bharu serta 12 unit rumah kedai bertingkat di Badang, Kota Bharu.
Untuk Negeri Sembilan― sebab Yang Berhormat Port Dickson ada bangkitkan juga yang ini. Iaitu untuk peruntukan PKNNS sejumlah RM2.4 juta ini, ini adalah keperluan unjuran yang untuk kita bayar tahun 2027 iaitu membina lapan unit kilang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Chembong, Daerah Rembau. Yang mana kalau tengok jangkaan projek ini akan siap 2029. Jadi, peruntukan itu secara kos projek adalah RM10.2 juta.
Untuk negeri Pahang― Timbalan Menteri ada di sini. Saya kena sebut untuk Timbalan Menteri, walaupun dia tak bangkitkan tadi. Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang akan ada enam projek fizikal iaitu empat projek baharu dan dua projek sambungan dengan peruntukan tahun 2027 berjumlah RM34.3 juta, iaitu yang sambungan adalah penyediaan tapak industri fasa satu di Kawasan Perindustrian Gebeng Fasa 4 dan juga pembinaan premis usahawan IKS di Kawasan Perindustrian Gebeng Fasa 2.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Manakala yang empat perkara baharu adalah menyediakan tapak industri seluas 66 ekar di Gebeng Fasa 3, pembinaan pusat pertumbuhan desa di Sungai Soi, Anjung Rehat Padang Tengku di Kuala Lipis dan juga premis usahawan IKS di Kompleks Makanan Halal Gambang.
Padang Rengas ada bangkit bertanya pasal Perak. Untuk negeri Perak, ada dua projek fizikal dengan jumlah RM18 juta iaitu projek pembangunan Silver Valley Technology Park (SVTP) Fasa 1 dan 2 di Kinta, iaitu projek sambungan, dan juga projek pembinaan jalan masuk utama ke SVTP melalui Jalan A1 Jelapang–Chemor.
Agak spesifiklah untuk Perak.
Manakala untuk Selangor, untuk makluman Yang Berhormat Shah Alam, kita mempertimbangkan satu program pembangunan iaitu untuk Program Pembangunan Ekonomi Usahawan Bumiputera Mikro, Kecil dan Sederhana dengan peruntukan sebanyak RM5.77 juta. Yang ini pun kita teliti kerana memang dah ada aktiviti keusahawanan yang bermodul yang telah dibina di negeri Selangor. Jadi, yang ini kita ambil peluang untuk kita wujudkan ataupun menyalurkan peruntukan kepada PKNS.
Seterusnya, kalau di― ada juga pertanyaan dari― untuk negeri-negeri yang lain ini, saya rasa dia dah terjawab tadi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Yang Berhormat Menteri, Langkawi.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Langkawi, sila.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya membangkitkan beberapa soalan juga berhubung dengan peruntukan kepada Langkawi sama ada melalui pemberian kepada PKNK negeri dan juga direct daripada anggaran belanjawan.
Saya rasa cemburu bila tengok, cari Langkawi, tak ada langsung disebut berapa yang nak dibagi. Sedangkan peruntukan Penang, dia very specific. Dana pelaburan strategik semikonduktor dan pembuatan termaju, RM100 juta ditulis itu melalui Khazanah dan InvestPenang. Pembangunan semula tapak penjaja Hill Trace, Georgetown termasuk dalam hampir RM700 juta bagi projek kecil kawasan PBT. They spell out bila untuk Penang, tapi Langkawi tak disebut langsung.
Yang Berhormat, apakah bantuan dari segi Kementerian Ekonomi untuk Langkawi? Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Mungkin soalan terakhir sebelum saya menamatkan penggulungan ini.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Seperti mana yang saya terangkan sebelum Langkawi masuk balik ini, iaitu untuk dari segi pelancongan sememangnya berada di bawah Kementerian Pelancongan. Butiran Yang Berhormat sebut tadi berkaitan dengan infrastruktur pelancongan itu tertumpu kepada dua projek yang Puan Pengerusi juga ambil maklum sebentar tadi.
Cuma, sebagai contoh yang saya nyatakan, sememangnya pembangunan wilayah itu kita bersifat juga tumpuan dalam usaha kita meningkatkan keupayaan ekonomi. Malah, seperti mana Yang Berhormat bahaskan, dalam buku belanjawan pun dinyatakan lima koridor ini mempunyai peranan tersendiri. Tertubuhnya koridor ini pun berbeza ikut tahun ketika itu. Dan ketika ini, sebagai contoh yang saya nyatakan tadi juga, selain daripada koridor, kita salurkan melalui juga PKNK.
Cuma, sudah pasti kalau ditanya lebih lanjut bagaimana untuk kita terus membantu negeri Kedah, pandangan saya sememangnya untuk kemudahan asas terutamanya terkait dengan bekalan air itu harus dibagikan penumpuan, walaupun perkara itu telah pun ada di butiran di peringkat agensi. Malah, peringkat negeri juga yang sepatutnya melaksanakan program berkenaan. Contohnya, LRA Pelubang. Ini adalah yang sepatutnya tak boleh lagi kita sangkut dan sebagainya.
Itu antara yang saya letakkan peranan― dan kalau untuk Langkawi, yang terkait sedikitlah. Sebab, untuk butiran bawah Kementerian Ekonomi ini, dia spesifik.
Contoh yang mungkin saya boleh relate dengan Langkawi ini adalah terminal baharu Kuala Kedah yang ketika ini di peringkat progress-nya yang kita jangkakan wajar siap pada tahun 2027. Jadi, perkara itu memang diberikan penumpuan untuk kita terus membantu negeri seperti negeri Kedah ini.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
YB Menteri, Batang Sadong.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Bolehkah, Puan Speaker?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Sikit saja, YB Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Saya ikut daripada Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Sikit.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Yang persoalan tadi saya akan jawab secara bertulis untuk Batang Sadong sebab soalan...
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Mengenai projek batal YB Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Nanti saya secara bertulis.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, terima kasih banyak Puan Pengerusi. Jadi, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian daripada untuk peringkat jawatankuasa ini. Jadi, mohon menyokonglah nanti. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM640,424,000 untuk Kepala B.15 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.15 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.15 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.15 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.20 dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut; YB Seputeh, YB Tangga Batu, YB Tampin, YB Kuala Krau, YB Puncak Borneo, YB Dungun, YB Balik Pulau, YB Saratok, YB Bakri, YB Pasir Salak, YB Kalabakan, YB Padang Terap, YB Betong, YB Tuaran, YB Kuala Krai dan YB Beruas. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya nak rujuk kepada Bekalan 20, Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
(MPOB). Industri sawit merupakan antara tonggak penting ekonomi negara. Saya menyambut baik kerajaan meningkatkan peruntukan pembangunan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) daripada RM46.49 juta pada tahun ini kepada RM104.63 juta pada tahun 2027.
Saya ingin tanya, macam manakah MPOB menggunakan dana kerajaan ini pada tahun yang akan datang dan apakah projek pembangunan yang akan dilaksanakan untuk industri sawit?
Sehubungan dengan itu, saya ingin minta jawapan bertulis daripada kementerian berkenaan dengan jumlah anggaran projek di bawah MPOB yang bernilai RM1,551,378,610 dalam muka surat 227, Buku Anggaran Perbelanjaan 2027. Apakah projek-projek MPOB di bawah jumlah anggaran ini?
Saya berpandangan peningkatan peruntukan MPOB haruslah berusaha menjalankan penyelidikan tentang sawit di samping menghulurkan bantuan kepada pekebun kecil yang masih berhadapan cabaran peningkatan kos baja, kekurangan tenaga kerja, pokok sawit tua, produktiviti rendah dan kos penanaman semula.
Puan Pengerusi, saya difahamkan MOF telah memperuntukkan dana untuk membangunkan pelengkapan adunan biodiesel bila harga diesel di negara kita melonjak naik disebabkan oleh krisis Selat Hormuz. Apakah perkembangan pembangunan pelengkapan tempoh adunan biodiesel tersebut khususnya di Semenanjung dan Sabah? Apakah persediaan kerajaan untuk mencapai aspirasi penggunaan sustainable aviation fuel (SAF) sebanyak satu peratus pada tahun 2027 dan sasaran adunan biodiesel B30 menjelang tahun 2030?
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin tanya kementerian mengenai beberapa perkara berkaitan dengan industri di bawah; Pertama, penanaman semula dan produktiviti. Belanjawan 2027 menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan hibrid penanaman semula dan RM200 juta melalui pinjaman mudah. Apakah kementerian telah menetapkan sasaran penanaman semula sawit tua, meningkatkan hasil sawit dan pendapatan pekebun kecil? Bagaimanakah keberkesanan peruntukan ini akan diukur dalam tempoh tiga hingga lima tahun?
Kedua, mekanisasi, automasi dan kecerdasan buatan. Banyak inovasi tempatan telah dibangunkan, tetapi penggunaannya di ladang masih kelihatan kurang khususnya di ladang pekebun kecil. Apakah insentif dan galakan yang akan diberi oleh kementerian dan MPOB untuk menggalakkan penggunaan automasi di ladang khususnya dari segi penuaian dan pengangkutan hasil demi peningkatan produktiviti pekerja dan pengurangan kebergantungan kepada tenaga buruh?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ketiga, pembangunan modal insan. Sektor perladangan memerlukan lebih ramai tenaga mahir tempatan khususnya golongan muda dan wanita dalam bidang teknikal, kejuruteraan, bioteknologi dan teknologi digital. Saya mencadangkan kementerian mewujudkan mekanisme libat urus yang lebih tersusun dengan pemain industri, pekebun kecil, penyelidik institusi TVET dan universiti untuk mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan tenaga kerja mahir tempatan menjelang tahun 2030 serta menggubal dasar yang lebih sempurna yang memanfaatkan semua pihak dalam industri sawit.
Akhirnya, saya ingin tanya apakah status terkini penanaman 1,000,000 pokok di negeri Sabah oleh industri sawit di bawah Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia ataupun Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation
(MPOGCF). Apakah pokok-pokok itu, yang sasaran 1,000,000 telah pun siap ditanam atau macam mana? Apakah program yang telah diadakan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tangga Batu ingin menyentuh kepada Kepala P.20 Pembangunan.
Pertama, Lembaga Koko Malaysia. Kita dapati bahawa peruntukan kepada Lembaga Koko meningkat sebanyak RM13.30 juta ataupun 58 peratus. Cuma, kalau kita lihat industri ini hasil eksport RM17 bilion, tetapi majoriti daripada koko yang kita proses sebenarnya kita import sebanyak 500,000 tan setahun sedangkan pengeluaran tempatan baru sekitar 200 tan hingga 280 tan sahaja.
Jadi, Tangga Batu ingin tahu apakah perancangan strategik daripada KPK, pelan terperinci tindakan untuk meningkatkan pengeluaran koko tempatan terhadap pembangunan industri koko Malaysia supaya dapat meningkatkan pendapatan terutamanya penduduk di luar bandar?
Yang kedua, tentang Lembaga Getah Malaysia. Kalau kita melihat daripada bajet, daripada RM30 juta diperuntukkan pada tahun 2026, dia menurun kepada RM21 juta untuk 2027, sedangkan kita bercakap tentang inisiatif-inisiatif untuk kita mempertingkatkan lagi hasil getah negara.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Seperti yang kita tahu bahawa jumlah pengeluaran getah negara berkurangan. Kalau 2020 sebanyak 514,000 metrik tan, dia berkurang pada 2025 sebanyak 336,000 metrik tan iaitu susut hampir satu per tiga. Jadi, industri getah asli berada pada tahap sunset. Pekebun kecil, owner tua-tua, kebun getah terbiar, pokok tua. Walaupun ada klon yang berhasil tinggi seperti Siri 2000, Siri 3000, namun keluhan pekebun kecil ialah pokok kurang hasil dan pertumbuhan yang tidak bagus.
Khidmat nasihat dan pembajaan. Saya lihat di beberapa negeri, pertumbuhan tidak uniform. Saya sendiri lihat pokok tidak di-thinning out, tidak dinafikan juga ada kawasan-kawasan yang bagus dalam uniform size dan growth. Tangga Batu ingin bertanya, apakah terdapat khidmat nasihat agronomi, kemudian bagaimana pengambilan biji getah yang dibeli daripada orang kampung untuk dijadikan pokok penanti? Apakah berkualiti dan dipastikan dari segi genuinity-nya sebelum dibeli dari orang kampung untuk dijadikan pokok penanti.
Yang kedua, tentang Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET).
Projek TARGET ialah inisiatif khusus kerajaan yang dilaksanakan melalui Lembaga Getah Malaysia. Sejauh manakah projek TARGET negara dan sekarang Kerajaan Malaysia menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah lateks baharu pada tahun hadapan bagi memperkukuh pengeluaran lateks tempatan?
Sejauh manakah pencapaiannya bagi mengurangkan kebergantungan kepada tujuh bilion import getah? Setiap program yang dirancang dan perbelanjaan yang dikeluarkan sepatutnya mesti dapat diukur dengan penambahan hasil dan pendapatan pekebun kecil.
Tangga Batu ingin tahu perkembangan Projek Rintis Gas Stimulan berjumlah RM10 juta yang diumumkan oleh Yang Berhormat Tambun dalam Bajet 2024. Sejauh manakah ia telah digunakan kepada pekebun kecil dan meningkatkan hasil getah?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Dan yang terakhir Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk tujuan konservasi. Dana ini diberitahu diambil daripada cukai eksais. Apakah ini cukai eksais baru yang akan dikenakan kepada industri sawit atau bagaimana?
Sepengetahuan saya di dalam cukai eksais yang dikenakan sebanyak RM16 per tan CPO ini sudah ada allocation RM1 disalurkan kepada Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia iaitu MPOGCF yang dimulai sejak dari Januari 2020 lagi. Dengan jumlah eksport CPO mencapai 16 juta tan setahun, ini bukanlah perkara
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
baru sebenarnya dan bukanlah perkara baru dan bukan inisiatif baru tetapi ia nya sekadar recycle initiative sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbelanjaan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Puan Pengerusi, Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan nilai peruntukan berjumlah RM105 juta bagi tahun 2027. Berkaitan peruntukan dan bantuan kerajaan kepada pekebun kecil sawit yang menyediakan setiap tahun RM100 juta bagi pembiayaan tanam semula secara hibrid serta RM200 juta bagi skim pembiayaan mudah.
Saya mengakui bahawa peruntukan ini sedikit sebanyak dapat membantu pekebun kecil. Namun, mengapa kerajaan masih memilih pendekatan pembiayaan daripada― dan hutang sedangkan golongan pekebun kecil memerlukan bantuan berbentuk geran sepenuhnya bagi membolehkan mereka melaksanakan penanaman semula sawit tanpa dibebani komitmen kewangan baru. Saya amat berharap supaya kerajaan mengambil― mengembalikan skim bantuan tanam semula sawit secara geran penuh khususnya kepada pekebun kecil persendirian yang benar-benar memerlukan dan memenuhi syarat kelayakan.
Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa bantuan secara geran penuh kepada pekebun kecil sawit bukanlah suatu perkara yang asing kerana sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional boleh melaksanakannya. Melangkah ke hadapan dalam usaha untuk memastikan bantuan secara geran penuh tidak disalahgunakan, pembiayaan boleh dibuat secara berperingkat berdasarkan kemajuan kerja penanaman semula dengan pengesahan pegawai MPOB dan mekanisme pemantauan yang telus. Menerusi keadaan ini, kerajaan dapat memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar dapat mencapai matlamatnya iaitu untuk membantu pekebun kecil menanam semula sawit.
Puan Pengerusi, di bawah butiran yang sama berkaitan hala tuju pembangunan industri biobahan api iaitu untuk meningkatkan kadar adunan biodiesel berasaskan sawit ke dalam diesel domestik serta pembangunan industri
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
biobahan api generasi kedua melalui penghasilan sustainable aviation fuel (SAF).
Usaha ini merupakan peluang besar negara untuk mengubah kedudukan industri sawit negara ke arah penghasilan produk tenaga alternatif yang bernilai tinggi.
Namun, jangan sampai kita mempunyai dasar yang baik tetapi pelaksanaannya tidak cukup agresif untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri biobahan api serantau. Saya ingin mengetahui adakah kerajaan mempunyai pelan tindakan yang jelas berserta sasaran dan garis masa yang boleh diukur untuk menjadikan industri biodiesel dan SAF ini sebagai sektor pertumbuhan ekonomi baharu negara.
Apabila kerajaan meningkatkan kadar adunan biodiesel, permintaan domestik terhadap minyak sawit untuk tujuan penghasilan bahan api juga dijangka meningkat. Persoalannya, sejauh manakah peningkatan permintaan ini akan diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil? Kita tidak mahu manfaat daripada perkembangan pasaran biodiesel hanya dinikmati oleh syarikat pemprosesan, pengilang dan pemain industri hiliran yang besar. Pekebun kecil yang berada di peringkat paling awal rantaian bekalan sawit juga mesti dapat manfaatnya.
Seterusnya, apabila kita bercakap tentang industri baharu seperti SAF yang berteknologi tinggi, lazimnya pelaburan akan dikuasai oleh syarikat besar yang mempunyai kemampuan modal dan teknologi. Namun, bagaimanakah pekebun kecil dan pengusaha tempatan boleh dilibatkan dalam rantaian nilai ini? Saya mencadangkan supaya model ekonomi yang menghubungkan pekebun kecil, koperasi, pengusaha kilang sawit dan pengeluaran SAF mesti diwujudkan supaya pekebun kecil dapat menjana pendapatan tambahan.
Puan Pengerusi, Butiran 030300. Saya mengalu-alukan pengumuman kadar, kenaikan kadar IPG daripada RM3 kepada RM3.30 sekilogram yang memberi manfaat kepada lebih 300,000 pekebun kecil getah. Namun demikian, kenaikan IPG sebanyak 30 sen sekilogram ini perlu dilihat dalam konteks kos sara hidup, peningkatan harga baja, racun, kos buruh, pengangkutan dan kos penyelenggaraan kebun yang semakin meningkat. Persoalannya, adakah kenaikan IPG kepada RM3.30 sekilogram ini benar-benar mampu menjamin pendapatan yang munasabah kepada pekebun kecil?
Saya mengakui bahawa IPG yang dilaksanakan sejak tahun 2015 merupakan instrumen perlindungan pendapatan yang penting buat pekebun kecil apabila harga getah berada di bawah paras harga pengaktifan yang ditetapkan. Tetapi, mengapakah kerajaan masih mengekalkan pendekatan yang hanya mengaktifkan
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
bantuan apabila harga getah jatuh di bawah paras tertentu sedangkan pekebun kecil terpaksa menanggung kos pengeluaran yang meningkat setiap tahun. Saya mencadangkan supaya paras harga pengaktifan IPG disemak secara berkala, bukan hanya berdasarkan perkembangan pasaran komoditi dunia tetapi berdasarkan perubahan kos pengeluaran di peringkat pekebun kecil.
Merujuk kepada sasaran yang diumumkan sebelum ini iaitu kerajaan menyasarkan harga minimum getah mencecah RM5 sekilogram menjelang penghujung tahun 2027, Pengerusi RISDA kena ambil tahu ini. Saya ingin mengetahui apakah mekanisme sebenar yang akan digunakan untuk mencapai harga minimum RM5 sekilogram ini? Adakah ia merupakan harga lantai yang dijamin kepada pekebun kecil atau sekadar sasaran harga pasaran yang bergantung kepada permintaan dan penawaran antarabangsa? Dan apakah peranan Lembaga Getah Malaysia dalam memastikan sasaran ini benar-benar tercapai?
Puan Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga perkara ini yang dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mulakan dengan Bekalan B.20 Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi, khususnya petunjuk prestasi utama bagi hasil pengeluaran buah tandan segar kelapa sawit. Kementerian merekodkan pencapaian sebenar hasil buah tandan segar (BTS) pada tahun 2025 sebanyak 17.77 tan sehektar. Namun, sasaran bagi tahun 2026 diturunkan kepada 17 tan sehektar manakala 2027 hanya ditetapkan 17.30 tan sehektar.
Persoalannya, mengapa sasaran produktiviti bagi tahun 2027 masih belum kembali mengatasi pencapaian sebenar tahun 2025? Saya memahami bahawa peningkatan produktiviti bukan perkara yang boleh dicapai dalam tempoh singkat, khusus apabila sebahagian kawasan tanaman melibatkan pokok sawit yang sudah tua dan kurang produktiviti.
Namun, isu ini perlu dilihat bersama perkembangan pasaran semasa. Dari pautan The Star pada September 2026, stok minyak sawit Malaysia meningkat kepada 3.51 juta tan iaitu kenaikan sebanyak 24.54 peratus berbanding sebelumnya.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Malah pada 2 November yakni semalam, eh kelmarin, BERNAMA melaporkan kebimbangan terhadap paras inventori yang tinggi turut memberi tekanan kepada niaga hadapan minyak sawit mentah ataupun CPO.
Justeru, saya ingin bertanya, apakah strategi untuk mengimbangi usaha meningkatkan produktiviti ladang dengan keperluan mengurus lebihan bekalan dan memperluaskan permintaan pasaran? Kita tidak mahu produktiviti meningkat tetapi pasaran tidak mampu menyerap pengeluaran sehingga akhirnya harga di peringkat pekebun kecil mula tertekan.
Isu penanaman semula pokok sawit tua, saya mengambil maklum pengumuman kerajaan mengenai RM200 juta pembiayaan mudah melalui program pembiayaan tanam pokok sawit. Namun, apakah sasaran keluasan penanaman semula bagi tahun 2027? Dan berapakah jumlah pekebun kecil yang dijangka menerima manfaat?
Saya beralih pada P.20, Agensi di bawah Kementerian. Saya melihat terdapat beberapa perubahan yang ketara dalam agihan peruntukan 2027. Sebagai contoh, peruntukan pembangunan kepada MPOB meningkat daripada RM46.49 juta pada tahun 2026 kepada RM104.63 juta pada tahun 2027 iaitu peningkatan kira-kira RM58.14 juta iaitu lebih 125 peratus. Namun, peruntukan pembangunan Lembaga Getah Malaysia dikurangkan daripada RM30 juta kepada RM21 juta.
Saya ingin mendapat penjelasan, apakah projek khusus yang menyebabkan peningkatan besar peruntukan pembangunan MPOB ini? Apakah hasil dan petunjuk prestasi yang mahu dicapai melalui tambahan peruntukan tersebut? Dan masa yang sama mengapa peruntukan pembangunan LGM dikurangkan sebanyak RM9 juta sedangkan industri getah masih memerlukan pelaburan dalam penyelidikan, peningkatan produktiviti dan pembangunan pekebun kecil?
Akhir sekali, saya ingin merujuk kepada Butiran 030300. Saya menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menaikkan paras harga pengaktifan IPG daripada RM3 kepada RM3.30 yang akan memberi manfaat kepada 300,000 pada tahun 2026.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Persoalannya apakah asas unjuran kewangan kerajaan untuk mengekalkan peruntukan yang sama, sedangkan paras harga pengaktifan telah dinaikkan. Adakah kerajaan menjangkakan harga getah akan lebih stabil pada tahun 2027 menyebabkan IPD tidak perlu diaktifkan sekerap sebelumnya.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Saya sedia maklum berkenaan dengan kenyataan Lembaga Getah Malaysia memaklumkan bahawa IPG tidak diaktifkan bagi Oktober 2026 kerana harga purata getah sekerap di peringkat ladang berada pada RM4.55 sekilogram, di Semenanjung RM4.20 dan RM3 di Sabah, di Sarawak melebihi paras pengaktifan semula.
Namun, harga komoditi sangat dipengaruhi oleh keadaan pasaran antarabangsa. Kita tidak boleh menganggap harga yang stabil pada satu-satu bulan akan terus kekal sepanjang tahun. Oleh itu, saya ingin tahu apakah andaian harga getah yang digunakan kerajaan dengan menyediakan unjuran peruntukan IPG ini.
Berapa bulan kerajaan menjangkakan IPG perlu diaktifkan sepanjang tahun tersebut.
Sekiranya berlaku kejatuhan harga secara mendadak dan IPG perlu diaktifkan untuk tempoh yang lebih panjang adakah kerajaan bersedia menyediakan peruntukan tambahan supaya kebajikan pekebun kecil tidak terjejas. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi khususnya berkaitan dengan Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia, Butiran 030300 – Insentif kepada Pekebun Kecil, Butiran 030500 – Memenangi Kempen Minyak Sawit, Butiran 02300 – Lembaga Koko Malaysia dan Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia.
Pertama, berkaitan keputusan kerajaan mendormankan operasi LGMPC saya ingin meminta penjelasan Menteri apakah justifikasi sebenar keputusan ini dan apakah ia dibuat berdasarkan kajian kebolehsanaan, audit kewangan dan analisis kos faedah yang menyeluruh. Berapakah kos operasi tahunan LGMPC sebelum ini, jumlah kerugian ataupun liabiliti yang ditanggung dan berapakah penjimatan sebenar yang dijangka diperolehi? Yang lebih penting siapakah yang kini mengambil alih tanggungjawab pengurusan hartanah ladang dan juga aset milik LGM?
Saya membangkitkan perkara ini kerana terdapat kebimbangan terhadap keadaan beberapa hartanah LGM termasuk di Jalan Ampang Kuala Lumpur yang kelihatan kurang diselenggara dan semakin usang. Adakah LGM telah melaksanakan audit fizikal terhadap semua asetnya dan berapakah nilai keseluruhan terbiar ataupun tidak produktif.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya ingin menegaskan bahawa aset kerajaan bukan sekadar untuk disimpan tetapi mesti diurus secara profesional supaya mampu menjana pulangan ekonomi kepada negara. Saya mencadangkan supaya LGM melaksanakan audit aset secara menyeluruh, membangunkan sistem inventori digital dan menetapkan KPI khususnya bagi meningkatkan hasil sewaan, mengurangkan kos penyelenggaraan dan serta mengoptimumkan penggunaan hartanah. Saya juga ingin mengetahui nasib kakitangan LGM PC yang terjejas. Berapa ramai kah yang diserap ke LGM. Berapa ramai ditempatkan semula dan berapa ramai kehilangan pekerjaan? Kepakaran mereka tidak seharusnya disia-siakan.
Yang kedua, berkaitan dengan insentif pengeluaran getah. Berapakah jumlah peruntukan dan bilangan penerima bagi tahun 2026 di seluruh negara mengikut negeri. Adakah kadar insentif semasa masih mencukupi kadar kira peningkatan kos pengeluaran dan kos sara hidup? Saya mencadangkan supaya mekanisme IPC dikaji semula agar pembayaran lebih cepat, mudah, responsif terhadap turun naik harga getah khususnya bagi pekebun kecil di kawasan pedalaman. Saya juga ingin mengetahui jumlah pekebun kecil getah terkini dan berapakah yang masih aktif mengeluarkan getah?
Ketiga, berkaitan kempen anti minyak sawit. Apakah strategi kementerian untuk mempertahankan pasaran minyak sawit Malaysia khususnya di Kesatuan Eropah? Saya mencadangkan supaya Malaysia memperkukuhkan diplomasi komoditi berasaskan data saintifik, pensijilan MSPO dan bukti amalan kelestarian.
Kita bukan sahaja perlu menjawab kritikan tetapi membina keyakinan pasaran antarabangsa dan apakah mekanisme strategi kempen dan siapakah yang terlibat dan berapakah kos kempen sebenar yang dibelanjakan.
Keempat, berkaitan dengan pembangunan industri koko dan lada. Sarawak mempunyai potensi besar dalam kedua-dua komoditi ini dan apakah perancangan LKM dan MPB untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil, menyediakan benih berkualiti, kemudahan pemprosesan serta memperluaskan pemasaran produk hiliran. Saya mencadangkan supaya kementerian memperkukuhkan kerjasama dengan Koperasi Pertanian khususnya bagi membolehkan pekebun kecil menggabungkan hasil berkongsi kemudahan pemprosesan dan meningkatkan kuasa tawar-menawar mereka.
Saya juga khuatir penuaan pengusaha tanaman lada dan koko dalam negara dan kekurangan minat generasi muda dalam sektor lada dan koko. Jadi adakah kerajaan bercadang menggalakkan syarikat komersial membangunkan sektor ini
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
secara sederhana, besar-besaran dengan memberi geran padanan? Saya mencadangkan skim geran padanan kepada sektor swasta. Contohnya syarikat yang melabur RM5 juta untuk membangunkan ladang koko komersial boleh dipertimbangkan menerima geran padanan RM5 juta tertakluk kepada kajian, daya maju, pelaksanaan peringkat dan KPI pengeluaran yang ketat dan koperasi pekebun kecil juga boleh dilibatkan.
Puan Pengerusi. Saya landing. Ukuran kejayaan sebuah kementerian bukan sekadar beberapa banyak perbelanjaan berjaya dijimatkan tetapi berapa banyak nilai ekonomi berjaya diwujudkan daripada setiap ringgit wang rakyat. Saya berharap kementerian memberi jawapan berdasarkan angka, hasil audit dan tindakan konkrit bukan sekadar penjelasan umum. Matlamat kita jelas aset kerajaan mesti produktif, institusi mesti cekap dan pekebun kecil mesti menikmati nikmat peningkatan pendapatan serta taraf hidup yang baik.
Dengan itu sekian terima kasih. Tuhan memberkati.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Puan Pengerusi membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Butiran 030600 – Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia. Saya ingin membangkitkan masalah kekurangan tenaga kerja yang semakin mendesak dalam industri kelapa sawit negara khususnya bagi aktiviti penuaian. Dalam penggulungan pada 29 Oktober lalu, Menteri Perladangan dan Komoditi sendiri mengesahkan bahawa industri sawit masih mengalami kekurangan kira-kira 30,000 pekerja. Oleh itu, bagaimanakah cara kementerian ingin untuk mengatasi masalah yang sedia ada kerana ia akan melibatkan kerugian hasil negara di antara RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun sekiranya kekurangan tenaga kerja ini tidak ditangani sebaiknya.
Oleh itu, saya juga ingin untuk mengetahui strategi menarik tenaga kerja tempatan kepada industri sawit. Kementerian telah memperkenalkan skuad agrikomoditi dan melaksanakan latihan kemahiran melalui IMPAC serta MPOB.
Namun, sejauh mana inisiatif ini berjaya menarik anak muda untuk memilih industri sawit sebagai kerjaya tetap bukan sekadar menyertai program pendedahan atau latihan. Justeru apakah strategi khusus kerajaan untuk menarik tenaga kerja
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
tempatan menggantikan kebergantungan kepada pekerja asing secara berperingkat?
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Adakah kementerian mempunyai sasaran pengambilan belia, kerjasama penempatan pekerjaan dengan syarikat perladangan serta insentif gaji dan laluan kerja yang lebih menarik? Berapa ramai belia yang telah berjaya ditempatkan dalam industri sawit melalui program sedia ada dan apakah sasaran bagi tahun 2027?
Seterusnya berkait dengan Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Saya ingin membangkitkan cabaran industri perkayuan negara susulan konflik geopolitik, gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos logistik serta tekanan pasaran eksport. Berdasarkan penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada Oktober lalu, eksport perabot Malaysia ke Amerika Syarikat bagi Januari hingga September 2026, merosot 19.2 peratus, daripada RM4.67 bilion kepada RM3.77 bilion berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap daya saing pengilang perabot, kilang papan dan perusahaan mikro kecil dan sederhana atau PMKS yang bergantung kepada pasaran luar negara. Persoalannya, apakah strategi khusus kementerian— Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk membantu pengusaha industri kayu menghadapi peningkatan kos pengeluaran serta kelembapan permintaan eksport?
Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk memperluas pasaran eksport baru, memudahkan akses bahan mentah dan import, input pengeluaran yang diperlukan serta memperkukuh bantuan kepada PMKS bagi mengekalkan operasi dan daya saing? Saya juga ingin mengetahui, apakah sasaran pertumbuhan eksport produk kayu bagi menghadapi tahun 2027 dari strategi kementerian untuk merealisasikan.
Akhirnya Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Saya ingin untuk bangkitkan berkaitan dengan jurang kapasiti khidmat pengembangan dan produktiviti pekebun kecil sawit. Saya ingin membangkitkan soal berkait dengan perkara yang melibatkan khidmat nasihat teknikal dan agronomi kepada pekebun sawit persendirian iaitu soal yang berkait dengan pegawai pengembangan tunas yang bertanggungjawab memberikan khidmat pengembangan kepada kira-kira 1,276 pekebun kecil.
Adakah nisbah ini benar-benar telah mencukupi dan apakah sasaran pihak kementerian untuk memastikan ia nya dapat diberikan khidmat sepadan dengan
Dato’ Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
lantikan-lantikan baru sekiranya ada kepada Pegawai pengembangan TUNAS bagi memastikan industri sawit ini kepada pekebun-pekebun kecil dapat mereka memberikan perkhidmatan yang sebaiknya? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Pengerusi. Saya ingin menyentuh kepentingan industri agrikomoditi, khususnya industri minyak sawit yang merupakan sektor strategik dalam menjana ekonomi negara. Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan industri ini bukan sahaja menyumbang kepada perdagangan serta eksport negara, malah menjadi sumber pendapatan kepada kira-kira 450,000 pekebun kecil bebas yang mengusahakan kawasan tanam seluas 1.5 juta hektar.
Namun begitu, industri sawit negara kini berhadapan dengan cabaran yang semakin complex termasuk tuntutan kelestarian antarabangsa, kos pematuhan persijilan, keperluan kebolehkesanan rantaian bekalan serta pelaksanaan peraturan alam sekitar seperti EUDR. Dalam masa yang sama, kempen antiminyak sawit dan persepsi negatif di pasaran antarabangsa turut memberikan tekanan kepada industri.
Justeru, saya ingin membangkitkan tiga perkara utama di bawah peruntukan Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Pertama, berkaitan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Butiran 030400 – Persijilan Pensijilan Minyak Sawit Mampan, kerajaan memperuntukkan RM35 juta bagi tahun 2026 dan jumlah yang sama bagi tahun 2027. Berdasarkan petunjuk prestasi utama kementerian bagi outcome satu iaitu pembangunan industri agrokomoditi yang mampan, pencapaian pensijilan MSPO di peringkat ladang dan pekebun kecil pada tahun 2025 adalah sebanyak 83 peratus.
Walau bagaimanapun, sasaran bagi tahun 2026, ia ditetapkan pada 80 peratus, sebelum meningkat kepada 85 peratus pada tahun 2027.
Persoalannya, mengapakah sasaran 2026 ditetapkan lebih rendah berbanding pencapaian sebenar tahun 2025? Apakah faktor menyebabkan kementerian meletakkan sasaran sedemikian dan apakah strategi untuk memastikan sasaran 85 peratus pada tahun 2027 dapat dicapai? Dalam masa yang sama, saya ingin menarik perhatian bahawa sasaran persijilan meningkat kepada 85 peratus pada tahun 2027, tetapi peruntukan masih dikekalkan pada RM35 juta.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Kita perlu memastikan pelaksanaan MSPO tidak menjadi beban kepada pekebun kecil, khususnya mereka yang mempunyai keluasan tanah yang kecil serta berhadapan dengan kekangan kewangan dan pengetahuan teknikal untuk memenuhi keperluan pensijilan. Sehubungan itu, saya mohon penjelasan YB Menteri, apakah pecahan khusus peruntukan RM35 juta di bawah Butiran 030400 khususnya bagi tujuan pensijilan, audit, pematuhan dan bantuan teknikal kepada pekebun kecil persendirian?
Apakah langkah penambahbaikan yang dilaksanakan bagi membantu pekebun kecil memenuhi keperluan pensijilan MSPO tanpa menanggung kos pematuhan yang membebankan? Adakah kementerian bercadang meningkatkan peruntukan atau memperluas bantuan kewangan, latihan, khidmat nasihat teknikal dan kemudahan audit secara berkumpulan kepada pekebun kecil.
Kedua, berkaitan cabaran pelaksanaan European Union Deforestation Regulation (EUDR). Kita sedia maklum bahawa pematuhan terhadap EUDR amat penting bagi memastikan minyak sawit Malaysia terus mendapat akses ke pasaran Kesatuan Eropah. Kegagalan memenuhi keperluan ini berpotensi menjejaskan eksport dan daya saing industri sawit negara. Namun, timbul persoalan apabila Malaysia diberikan klasifikasi risiko standard ataupun standard risk sedangkan negara ini telah melaksanakan pelbagai usaha kelestarian termasuk melalui pensijilan MSPO.
Pada masa yang sama, terdapat dakwaan bahawa negara lain yang mempunyai rekod pengurusan hutang yang lebih lemah diberikan klasifikasi risiko rendah ataupun low risk. Saya berpandangan bahawa pelaksanaan peraturan antarabangsa perlu mengambil kira perbezaan tahap pembangunan, kaedah pengurusan hutan dan keupayaan setiap negara. Negara membangun juga perlu diberikan ruang untuk menggunakan sumber semula jadi secara terkawal dan mampan bagi menyokong pembangunan ekonomi.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian, apakah tindakan diplomatik dan rundingan yang telah diambil bagi menangani klasifikasi risiko Malaysia di bawah EUDR. Apakah usaha kementerian untuk mendapatkan penilaian yang lebih adil dan telus dengan mengambil kira rekod kelestarian Malaysia? Apakah bentuk bantuan yang disediakan kepada pekebun kecil dari segi kebolehkesanan, fleksibiliti, dokumentasi dan pematuhan EUDR? Bagaimanakah kementerian memastikan pekebun kecil tidak kehilangan akses kepada pasaran eksport serta [Tidak jelas] ketidakupayaan memenuhi keperluan pematuhan tersebut?
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Ketiga, berkaitan usaha Menangani Kempen Anti Minyak Sawit di bawah maksud Butiran 030500 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tahun 2026/2027. Saya ingin mengingatkan isu seruan memboikot produk minyak sawit susulan [Tidak jelas] jerebu rentas sempadan.
Pihak MPOB telah menjelaskan bahawa boikot produk sawit bukan pendekatan yang tepat atau berkesan untuk menangani pencemaran udara. Hal ini kerana tindakan boikot tanpa membezakan pihak yang benar-benar bertanggungjawab boleh memberi kesan kepada pihak yang terlibat, khususnya pekebun.
Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian, apakah strategi komunikasi kementerian dalam menangani seruan boikot, khususnya melalui media sosial dan kenyataan individu berpengaruh. Adakah kementerian mempunyai mekanisme untuk memberikan penjelasan segera apabila timbul dakwaan negatif terhadap industri sawit negara? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Salam sejahtera dan terima kasih Timbalan Yang di-Pertua di atas kesempatan mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi ini.
Merujuk bersama Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Butiran 030500 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Semua butiran yang disebut di atas berjumlah RM154.629 juta sememangnya saling berhubung kait. Oleh yang demikian, disertakan sekali di dalam isu yang diketengahkan ini.
Baru-baru ini, diutarakan oleh DOPPA ― Sarawak Dayak Oil Palm Planters Association― dengan ahli seramai 58,000 di Sarawak menyuarakan kebimbangan mengenai kekangan yang dihadapi oleh pekebun kecil sawit di tanah NCR, tanah adat, peraturan EUDR dan peningkatan kos operasi.
EU memperkenalkan EUDR iaitu European Union Deforestation Regulation, peraturan yang mensyaratkan komoditi seperti sawit memenuhi keperluan bebas penyahhutanan. Masalahnya, Timbalan Yang di-Pertua, kebanyakan tanah adat NCR belum mempunyai dokumentasi pemilikan yang lengkap, belum mempunyai
Datuk Ali anak Biju - Saratok
geran rasmi seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak, tidak ada pemetaan JPS dan tidak ada rekod kebolehlaksanaan hasil sawit. Oleh sebab itu, adalah dicadangkan pensijilan MSPO diintegrasikan dengan proses pematuhan EUDR supaya hasil sawit pekebun kecil tanpa geran rasmi tanah dapat dipasarkan di EU.
Adalah dialu-alukan seruan Kapit menggesa Kerajaan Sarawak mengeluarkan geran tanah NCR bagi melindungi kira-kira 58,000 pekebun kecil sawit dengan usaha hampir 292,000 hektar. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian di peringkat Persekutuan bagi menyelesaikan masalah pasaran sawit pekebun kecil tanpa membiarkan Sarawak sahaja mengatasi masalah ini bersendirian? Kementerian perlu sediakan peruntukan yang cukup untuk membuat geran rasmi tanah adat NCR.
Program penanaman sawit pekebun kecil inilah yang telah banyak berjaya membasmi kemiskinan. Kebun secara kecilan ini juga telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar, mengurangkan penghijrahan luar bandar ke bandar, menaikkan taraf hidup dan pada masa yang sama meneruskan kehidupan di tanah adat NCR mereka.
Pekebun kecil sawit adalah mata pencarian, telah mengangkatkan sosioekonomi sangat ramai penduduk di Saratok. Kementerian mesti melipatgandakan usaha untuk mengangkat taraf hidup pekebun kecil. Kesannya adalah sangat negatif kalau pekebun kecil di Saratok dan di Sarawak tidak dapat menjual hasil tanaman sawit. Kementerian kena pastikan mereka tidak tersisih dari pasaran antarabangsa akibat masalah dokumentasi dan pensijilan yang sebenarnya bukan isu mereka.
Selain daripada itu, kerajaan atau kementerian diseru menangani masalah- masalah yang berikut. Yang pertama, meluluskan subsidi diesel bersasar khasnya kepada pekebun kecil sawit. Kedua, menyediakan bantuan kewangan dan teknikal terutamanya untuk tanaman semula. Ketiga, memudahkan pekebun kecil mengambil pekerja asing yang bekerja di kebun sawit mereka. Keempat, membaik pulih jalan ladang pekebun sawit ini. Kelima, memastikan pekebun kecil mendapat bantuan seragam BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM400 sebulan.
Harga buah tandan segar yang berbeza di pusat pengumpulan dan ini juga merupakan satu masalah kerana ketelusan yang boleh diutarakan juga. Ketujuh, kos baja dan racun yang meningkat. Yang kelapan, yang paling penting adalah menjemput wakil DOPPA berdialog dengan EUDR di masa hadapan. Jangan pinggirkan mereka.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Dengan ini, saya ingin mengakhiri ucapan dengan menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Saratok. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Puan Pengerusi. Butiran B.20 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
Saya ingin menekankan satu keutamaan bagi industri perabot terutamanya yang menjadi tunggak ekonomi di sekitar Bakri dan Daerah Muar merupakan satu isu yang begitu penting, di mana bagi industri ini, antara bahan mentah yang sangat penting adalah bahan kayu. Maka, saya nak menarik perhatian pihak kementerian bahawa harga bahan mentah memberikan kesan kepada kemampuan kilang-kilang perabot yang menerima tempahan dan terus berdaya saing, terutamanya di pasaran antarabangsa.
Dulu, pengusaha-pengusaha perabot ini mereka mudah mendapat bahan- bahan mentah terutamanya kayu getah daripada pembekal tempatan. Tetapi, hari ini, mereka memerlukan usaha yang lebih berkali ganda kalau berbanding dengan 20 tahun lalu untuk mendapatkan kayu dalam jumlah, saiz dan mutu yang diperlukan sambil memastikan bahawa bekalan akan tiba tepat pada masanya.
Saya banyak menerima aduan daripada pengusaha-pengusaha perabot di sekitar Daerah Muar ini bahawa mereka semakin sukar untuk mendapatkan bekalan kayu getah tempatan. Menurut anggaran pengusaha, lebih daripada 70 peratus daripada bekalan kayu getah kini terpaksa diimport dari Thailand.
Saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan supaya kita memperincikan data-data ini mengenai jumlah bekalan kayu getah tempatan dan jumlah import.
Pecahan import hendaklah menunjukkan jumlah yang diimport dari setiap negara asal termasuklah negara Thailand.
Apabila kilang-kilang perabot ini semakin bergantung pada bahan mentah yang diimport, maka kos bahan mentah turut terdedah kepada kos-kos tambahan yang lain― sebagai contoh, kos pengangkutan dan juga turun naiknya kadar pertukaran mata wang. Jika Ringgit melemah berbanding dengan mata wang yang digunakan untuk membayar pembekal, maka kos bahan mentah dalam Ringgit akan meningkat walaupun harga asalnya masih kekal.
Bagi pengusaha yang sudah menetapkan harga jualan untuk suatu tempahan, maka kenaikan ini akan terus memberikan tekanan margin keuntungan
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
mereka. Bekalan tempatan yang lebih stabil akan memberikan pengusaha lebih banyak ruang untuk merancang pembelian, mengawal kos dan memenuhi kehendak tempahan mereka.
Puan Pengerusi, perancangan ladang hutan perlulah mengambil kira jenis kayu yang diperlukan oleh kilang-kilang dan pasaran, jumlah yang boleh dibekalkan dan bilakah kayu itu boleh dituai. Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara 2026– 2030 telah menetapkan bahawa sasaran penanaman semula pokok-pokok getah seluas 33,900 hektar di Semenanjung. Kerajaan perlu menjelaskan, sejauh manakah sasaran ini telah dilaksanakan serta berapa banyakkah daripada kayu yang dihasilkan akan dibekalkan kepada industri perabot?
Dalam jangka pendek, MTIB perlulah menyelaras dengan RISDA dan kilang- kilang papan supaya kayu daripada pokok getah tua yang ditebang untuk penanaman semula dapat dikumpulkan, diproses dan dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha perabot. Dalam jangka panjang, penanaman dan penuaian di ladang hutan perlulah dijadualkan secara berperingkat supaya bekalan daripada tanaman yang matang dapat dirancang dari tahun ke tahun.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Di bawah P.20, Butiran 11200...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Anggaran Peruntungan Pembangunan MTIB bagi tahun 2027 adalah RM25 juta. Saya ingin menekankan bahawa jaminan bekalan kayu bagi pusingan seterusnya bergantung sangat kepada penanaman semula selepas tebangan. Syarat pembiayaan Program Pembangunan Ladang Hutan 2.0 yang diterbitkan oleh MTIB sudah memperuntukkan deposit jaminan sebanyak 5 peratus daripada jumlah pembiayaan.
Maka, melalui MTIB dan Forest Plantation Development Sendirian Berhad perlulah menggunakan mekanisme ini untuk memastikan bahawa penerima pembiayaan menunaikan tanggungjawab penanaman semula bagi kawasan ladang hutan yang dibiayai. Perjanjian pembiayaan perlulah menetapkan bahawa penanaman semula mesti disiapkan dalam tempoh setahun selepas tebangan selesai, meliputi kawasan sekurang-kurangnya seluas kawasan yang ditebang.
Kewajipan ini perlu kekal berkuat kuasa selepas penuaian dan jaminan pelaksanaan hanya dipulangkan selepas keluasan tanaman serta kadar hidup anak pokok disahkan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Jika penerima pembiayaan gagal memenuhi syarat itu tanpa alasan yang munasabah, maka perjanjian perlu memperuntukkan tindakan yang tegas terhadap wang jaminan serta tuntutan kos penanaman semula. Saya juga mahu kementerian menilai, sama ada bayaran tambahan akibat pelanggaran perjanjian boleh ditetapkan sehingga dua kali ganda nilai kayu yang telah ditebang.
Tujuannya adalah supaya sesiapa yang menangguhkan penanaman semula selepas kayu dijual tidak menjadi satu pilihan yang lebih murah daripada mereka menunaikan kewajipan tersebut. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Puan Pengerusi. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmanirahim.
[Membaca doa dalam bahasa Arab]* Puan Pengerusi, Pasir Salak ingin membangkitkan beberapa perkara di bawah maksud bekalan dan pembangunan P.20 khususnya produktiviti getah, pembangunan lateks, variety baru kelapa sawit, jalan ladang serta perlindungan kawasan pertanian daripada banjir.
Pertama, getah kebun tidak bertoreh dan insentif pekebun kecil. Puan Pengerusi, di bawah Butiran 030300, kerajaan memperuntukkan RM171 juta bagi insentif pengeluaran getah iaitu IPG pada tahun 2027. Hari ini masih banyak kebun getah matang yang tidak ditoreh walaupun harga getah sudah berada pada paras yang lebih memuaskan. Pasir Salak ingin bertanya, berapa hektar kebun getah matang yang dikenal pasti tidak bertoreh pada masa ini? Dan berapa hektar telah berjaya diaktifkan semula sepanjang tahun 2026?
IPG membantu pekebun kecil apabila harga jatuh di bawah paras pengaktifan tetapi apabila harga meningkat, masalah kekurangan penoreh, kos membersihkan kebun dan modal permulaan tetap tidak selesai. Justeru, apakah kerajaan bersedia memperkenalkan insentif khas pengaktifan semula kebun getah termasuk bantuan peralatan menoreh dan skim padanan antara pemilik kebun dengan penoreh aktif?
Pasir Salak juga ingin tahu, apakah strategi kementerian bersama RISDA untuk menarik golongan muda kembali menceburi aktiviti penorehan getah?
Kedua, peralihan daripada getah skrap kepada lateks. Kerajaan telah memperkenalkan IPG Plus atau Insentif Pengeluaran Lateks Plus atau IPL Plus untuk menggalakkan penghasilan lateks. Ia mempunyai nilai ekonomi yang lebih
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
tinggi. Namun pekebun kecil tidak akan beralih kepada lateks jika tiada pusat pengumpulan, kemudahan pengawetan dan pembeli yang konsisten.
Berapakah pekebun kecil yang telah beralih kepada pengeluaran lateks sepanjang tahun 2026? Berapakah peningkatan pendapatan sebenar mereka berbanding penjualan getah skrap? Pasir Salak ingin tahu, apakah perancangan memperluaskan pusat pengumpulan lateks khususnya di negeri Perak?
Dalam P.20, peruntukan pembangunan Lembaga Getah Malaysia menurun daripada RM30 juta pada tahun 2026 kepada RM21 juta pada tahun 2027. Adakah pengurangan ini akan menjejaskan perluasan program lateks dan peningkatan produktiviti pekebun kecil?
Yang ketiga, kelapa sawit, variety baru dan produktiviti. Puan Pengerusi, peruntukan pembangunan MPOB meningkat daripada RM46.49 juta kepada RM104.63 juta bagi tahun 2027. Namun, sasaran pengeluaran buah tandan segar bagi 2027 hanyalah 17.30 tan sehektar, lebih rendah daripada pencapaian sebenar 17.77 tan sehektar pada 2025. Mengapa pasaran produktiviti sawit lebih rendah sedangkan peruntukan pembangunan MPOB meningkat dengan ketara?
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, yang keempat permohonan bantuan jalan ladang sawit dipermudah. Kementerian melalui MPOB mempunyai Program Jalan Ladang Pekebun Kecil. Namun di Pasir Salak, terdapat jalan ladang sedia ada yang telah rosak tetapi sukar untuk mendapat bantuan apabila jajarannya melalui tanah bergeran milik individu walaupun digunakan bersama untuk mengangkut hasil sawit.
Pasir Salak memohon supaya syarat bantuan dipermudahkan. Bagi jalan ladang yang telah lama digunakan, benarkan kerja membaik pulih dengan batu kasyran atau crusher run berdasarkan persetujuan bertulis pemilik tanah tanpa perlu melalui proses yang terlalu rumit. Apakah halangan dasar sebenar untuk melaksanakan kerja tersebut? Dan berapakah peruntukan khusus Program Jalan Ladang Pekebun Kecil bagi 2027?
Yang kelima, akhir sekali ban pencegah air pasang dan kunci air di Pasir Salak. Puan Pengerusi, Pasir Salak sekali lagi mohon perhatian terhadap pembinaan ban pencegah air pasang di Kampung Lubuk Keli, Sungai Rebana dan Sarang Tiong dan Kampung Matang Guntung yang berulang kali mengalami banjir pada masa
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
hujan, masa musim hujan. Terima kasih Puan Pengerusi, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya terus Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan peruntukan RM104,629,000 bagi tahun 2027 berhubung pembangunan industri sawit dan kesejahteraan pekebun kecil, khususnya di Sabah. Saya ingin membangkitkan persoalan jurang harga buah tandan segar antara Sabah dan Semenanjung.
Bagi pekebun kecil, ukuran kejayaan industri ialah pendapatan bersih yang dibawa pulang selepas ditolak kos pengangkutan, upah menuai dan juga perbelanjaan kebun. Justeru, apakah mekanisme kementerian untuk memastikan kadar perahan minyak yang lebih baik, benar-benar diterjemahkan kepada harga belian yang setimpal? Pekebun mesti dapat memahami bagaimana harga akhir ditentukan.
Selain daripada itu, formula penetapan harga BTS di Sabah ada mengenakan caj lebih kurang RM40 per tan minyak sawit mentah dan RM40 tan isi rong sawit.
Sekitar 30, 25 tahun yang lalu, pemotongan ini diperkenalkan kerana loji penapisan ataupun refinery hanya ada di Semenanjung. Tapi pada masa kini, loji penapisan sawit sudah banyak beroperasi di Sabah.
Justeru, alasan caj pengangkutan ataupun logistik tersebut sudah tidak lagi terpakai. Potongan lebih kurang RM40 per tan ini adalah antara punca utama harga BTS di Sabah jauh lebih rendah berbanding Semenanjung, sekali gus menjejaskan pendapatan pekebun sawit tempatan.
Untuk isu kos logistik pula, kos logistik biasanya ditanggung oleh pekebun sendiri. Pembeli hanya membeli buah tandan segar mengikut harga pasaran apabila buah tandan segar tersebut sudah sampai di pusat timbang, contohnya pekebun tidak mempunyai lori, pekebun akan minta tolong daripada pembeli untuk menyediakan lori dan kos logistik itu akan dipotong daripada hasil jualan kebun tersebut. Oleh itu, Kalabakan menggesa Kementerian Perdagangan dan Komoditi dan MPOB menyemak semula struktur kos penetapan harga BTS di Sabah.
Kedua, masih di butiran yang sama 11101, saya ingin membangkitkan pelaksanaan bantuan tanam semula. Saya menyambut baik pembayaran hibrid
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
RM100 juta serta Program Pembiayaan Tanam Semula Sawit berjumlah RM200 juta yang telah dijelaskan oleh kementerian. Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai jumlah penerima, keluasan tanaman dan juga agihan pembiayaan yang disasarkan untuk Sabah.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bagi Program Pembiayaan Tanam Semula Sawit, penangguhan bayaran balik selama empat tahun merupakan bantuan yang sangat bermakna. Namun penangguhan hutang sahaja belum menyelesaikan keperluan belanja keluarga ketika kebun belum mengeluarkan hasil. Oleh itu, apakah kementerian bersedia menyediakan sokongan pendapatan sementara yang bersasar atau memperluas integrasi tanaman sepanjang tempoh tersebut. Pekebun perlu kemampuan untuk menyara keluarga sambil menjaga tanaman baharu sehingga berhasil.
Di samping itu kekangan utama yang menyebabkan ramai pekebun kecil di Sabah terutamanya tercicir daripada menerima bantuan tanam semula mahupun pensijilan MSPO kerana syarat pemilikan dokumen tanah yang terlalu ketat di Sabah.
Ada kebun diusahakan di atas tanah adat NCR atau masih di peringkat permohonan tanah (PT) yang memakan masa bertahun untuk kelulusan geran.
Tuan Pengerusi, ketiga saya merujuk Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi yang berhubung keberkesanan dasar dan juga pemantauan rantaian perdagangan sawit. Saya memohon kementerian memperkukuh pemeriksaan terhadap paparan harga belian, kaedah penggredan dan ketepatan timbangan di kilang serta pusat pengumpulan. Kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup perlu disertai tindakan susulan terhadap aduan pekebun. Berapakah pemeriksaan yang telah dijalankan di Sabah? Apakah bentuk ketidakpatuhan yang ditemukan dan apakah tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan?
Saya turut mencadangkan saluran aduan yang membolehkan pekebun mengemukakan slip timbang dan penyata pembelian dengan tempoh penyelesaian yang jelas. Apakah pendekatan khusus untuk membantu pekebun kecil menghadapi kekurangan tenaga kerja? Saya mencadangkan penggunaan jentera secara perkongsian oleh koperasi ataupun kelompok pekebun yang disertai latihan pengendalian dan kemudahan penyelenggaraan yang sesuai dengan keluasan kebun dan keadaan muka bumi setempat.
Tuan Pengerusi, keempat Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dengan peruntukan RM35 juta. Saya memohon jaminan bahawa
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
pekebun kecil menerima bantuan teknikal dan juga bimbingan dokumentasi yang mencukupi. Apakah manfaat pensijilan yang dapat diukur melalui akses pembeli ataupun harga yang lebih baik? Pensijilan perlu untuk membantu meningkatkan daya saing dan pendapatan mereka. Tuan Pengerusi, Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia. LGM pada Februari 2026 menyasarkan pemulihan 4,137 hektar ladang getah terbiar untuk tahun 2026 dan 2,750 hektar pada tahun 2027 melalui Program Konsolidasi Getah Matang Terbiar. RM20 juta diperuntukkan untuk tahun 2026.
Keseluruhan kawasan tanaman getah tidak diusahakan ialah sebanyak 205,209 hektar seluruh negara. Jadi, kegagalan kita dalam memanfaatkan kawasan getah yang tidak diusahakan ini menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada import getah sebanyak RM7.6 bilion setahun yang sepatutnya negara kita yang ada keluasan 1.1 juta hektar boleh menghasilkan 1.2 juta hektar getah tan metrik tetapi kini kita hanya menghasilkan 380,000 hektar tan getah.
Ini adalah isu besar dalam sektor komoditi getah negara. Soalan saya, berapakah keberhasilan daripada sasaran kementerian pada tahun 2026 dan berapakah jumlah peruntukan untuk mengusahakan semula tanaman getah terbiar pada tahun 2027? Saya juga ingin bertanya kepada kementerian tentang 14 syarikat pengurusan estet yang diluluskan untuk program konsolidasi ladang getah terbiar dengan 7,576 hektar getah yang terlibat? Hanya lapan syarikat sahaja yang sedang melaksanakan kerja pemulihan ladang tersebut yang melibatkan 3,719 hektar.
Daripada jumlah itu berapakah jumlah hektar tanah yang berjaya dipulihkan? Dan apakah status bagi enam lagi syarikat pengurusan estet yang diluluskan?
Saya juga ingin mengetahui hasil daripada penubuhan Jawatankuasa Pemandu Ladang Getah Terbiar yang dianggotai oleh RISDA, FELDA, FELCRA dan LGM? Susulan daripada Jawatankuasa Pemandu yang diwujudkan ini saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian agar mewujudkan Pelan Pemulihan Kebun Getah Terbiar Nasional dengan sasaran tahunan yang lebih jelas, peruntukan yang
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
lebih besar, mekanisme perkongsian hasil dan laporan prestasi yang terbuka kepada semua.
Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi. Saya ingin membangkitkan tentang satu projek strategik negara untuk melonjakkan industri getah negara iaitu projek Kedah Rubber City di Padang Terap. Kedah Rubber City ini adalah di bawah Kementerian Ekonomi, agensi pelaksananya ialah NCIA dan sekarang ini ada lima pelabur yang telah masuk ke Kedah Rubber City dengan kilang yang pertama dibina RM2.6 bilion Prinx Tire Malaysia.
Saya ingin relate, saya ingin hubungkan projek Kedah Rubber City ini dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2021–2030 di bawah Kementerian KPK. KRC telah disenaraikan secara jelas sebagai program flagship yang keempat bagi pembangunan sektor getah negara. Ini bermakna KRC bukan sekadar projek pembangunan kawasan industri di Kedah, KRC merupakan satu projek nasional yang memerlukan komitmen dasar nasional, khususnya daripada Kementerian KPK.
Persoalan saya, sejauh manakah komitmen dasar ini telah diterjemahkan kepada perancangan dan peruntukan sebenar KPK dalam Belanjawan 2027?
Saya ingin mengetahui tentang keseluruhan peruntukan— daripada keseluruhan peruntukan bajet kementerian, apakah program secara spesifik peruntukan khusus yang dirancang untuk menyokong pembangunan ekosistem industri getah di Kedah Rubber City? Adakah perancangan kementerian melalui LGM dan RISDA untuk menghubungkan bekalan getah tempatan dengan keperluan industri pembuatan tayar dan produk getah bernilai tinggi di Kedah Rubber city?
Dan yang terakhir, Butiran 030300 iaitu Insentif Pengeluaran Getah yang ramai daripada kalangan pembahas Ahli Parlimen menyebut tentang Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang merupakan satu bentuk instrumen perlindungan harga kepada pekebun-pekebun kecil, yang mana kita tengok peruntukan RM171 juta dalam Belanjawan 2027 masih sama dengan 2026 kerana dalam keadaan sekarang ini harga getah di ladang tinggi, RM4.54 sekilogram. Maka pengaktifan IPG ini tidak berlaku.
Jadi persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah dengan bajet yang statik dan tidak terusik kerana IPG ini tidak diaktifkan, bolehkah dibuat penilaian untuk pindah peruntukan yang sesuai dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 dengan kelulusan Perbendaharaan supaya bajet tersebut dapat dimanfaatkan untuk peningkatan produktiviti getah. Sebagai contoh, bajet tersebut boleh dikembangkan dengan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
cadangan— mengembangkan cadangan teknologi baharu iaitu puncture tapping ataupun torehan tebuk yang telah diuji keberkesanan di Sarawak.
Teknologi torehan tebuk ini membolehkan susu getah dihasilkan walaupun pada musim hujan, musim tengkujuh, di mana teknologi ini telah melalui proses kajian selama 15 tahun. Pokok getah tua juga boleh menghasilkan getah melalui teknologi ini. Jadi, cadangan saya daripada IPG ini bajet yang statik kerana ketidakaktifan IPG diubah suai mengikut peruntukan yang ada untuk kita meningkatkan produktiviti getah, terutamanya dalam teknologi penghasilan getah yang baharu. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera dan terima kasih Tan Sri Pengerusi. Betong ingin menyentuh hanya tiga perkara utama di bawah Maksud B.20 dan P.20 khususnya Butiran 020000 dan Butiran 030300 yang saya akan baca bersekali yang terkait dengan pelaksanaan BUDI Agri-Komoditi, Insentif Pengeluaran Getah dan juga Program Jalan Ladang Pekebun Kecil.
Betong amat menghargai peruntukan sebanyak RM818.02 juta kepada kementerian ini bagi tahun 2027 namun Tan Sri Yang di-Pertua, apa yang lebih penting ialah cabaran kita untuk memastikan setiap peruntukan ini dan bantuan benar-benar sampai kepada pekebun kecil kita yang memerlukannya.
Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung dengan pelaksanaan BUDI Agri-Komoditi, Betong menyambut baik perluasan bantuan RM400 sebulan kepada pekebun kecil yang layak di seluruh negara mulai daripada 22 Jun 2026. Namun berdasarkan jawapan kementerian kepada soalan lisan saya, daripada 95,883 pekebun kecil di Sarawak yang dikenal pasti layak hanya 35,676 telah mendapat kelulusan setakat 8 September 2026 iaitu sekitar 37.2 peratus. Lebih membimbangkan pekebun kecil lada hanya 10,655 daripada 38,053 orang telah diluluskan bersamaan kira-kira 28 peratus.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Angka ini Tuan Pengerusi menunjukkan masih terdapat jurang yang agak besar antara pekebun yang dikenal pasti layak dengan mereka yang telah mendapat manfaat. Justeru, apakah sasaran kementerian untuk meningkatkan kadar kelulusan bantuan ini sepanjang 2027, khususnya bagi pekebun lada.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Berapakah jumlah pemohon yang telah diluluskan dan masih belum menerima bayaran di kawasan Parlimen Betong mengikut kategori tanaman. Dan Betong juga mencadangkan supaya pendaftaran secara berkelompok diperluaskan melalui kerjasama agensi pertanian negeri, pejabat daerah, persatuan pekebun dan juga ketua-ketua masyarakat agar tiada pekebun yang layak tercicir hanya kerana kekangan daripada proses permohonan.
Tan Sri Pengerusi, kedua berkenaan IPG yang banyak disebut oleh rakan- rakan yang lain. Betong juga menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan paras sehingga pengaktifan sehingga RM3.30 sekilogram. Ini merupakan langkah yang amat positif untuk kita melindungi pendapatan pekebun kecil apabila harga pasaran merosot.
Bagaimanapun peruntukan IPG untuk tahun 2027 masih dikekalkan pada RM171 juta. Justeru, Betong ingin mendapatkan penjelasan sama ada peruntukan ini mencukupi sekiranya kenaikan paras pengaktifan tersebut menyebabkan lebih ramai pekebun kecil layak menerima insentif, khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Selain itu, apakah langkah kementerian untuk kita memudahkan tuntutan IPG ini bagi pekebun kecil di luar sana yang berhadapan macam masalah permit, resit jualan dan juga permohonan digital. Dan Betong juga memohon supaya data penerima dan jumlah pembayaran IPG dapat diperincikan mengikut negeri, daerah termasuk juga kawasan Parlimen Betong.
Jadi, pada pandangan Betong, perlindungan sahaja tidak mencukupi sekiranya kos buruh, pengangkutan dan penyelenggaraan kebun terus meningkat.
Keberkesanan IPG juga perlu kita nilai berdasarkan keupayaannya memastikan segala aktiviti penorehan dan kekal berdaya maju dalam memberikan pendapatan yang munasabah.
Tan Sri Pengerusi, yang terakhir sekali ketiga ialah mengenai Program Jalan Ladang Pekebun Kecil. Betong juga amat menyambut baik keputusan kerajaan menggandakan peruntukan baik pulih jalan ladang daripada RM50 juta kepada RM100 juta untuk tahun 2027. Bagi pekebun kecil di Sarawak, jalan ladang ini bukan sekadar laluan kita untuk pergi ke kebun tetapi juga ia nya sebagai satu kemudahan ekonomi yang menentukan kos pengangkutan, kelancaran bawa hasil dan juga pendapatan mereka.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Jadi, kementerian memaklumkan sebanyak 50 projek jalan ladang sepanjang 116 kilometer bernilai lebih RM15.72 juta telah diluluskan di Sarawak bagi tempoh 2023 hingga September 2026 dengan manfaat kepada 886 pekebun kecil.
Jadi, Betong menghargai usaha ini namun dengan peningkatan peruntukan nasional kepada RM100 juta, Sarawak wajar juga diberikan pertimbangan sewajarnya berdasarkan peluasan kawasan pertanian, keadaan geografi dan kos pelaksanaan yang lebih tinggi.
Jadi, Betong ingin bertanya, berapakah peruntukan yang dirancang untuk Sarawak untuk 2027 dan bagi Parlimen Betong, apakah status permohonan jalan- jalan ladang di kawasan Betong bagi tempoh 2024 hingga 2026 termasuk projek yang telah diluluskan dan masih menunggu kelulusan?
Betong ingin juga mendapatkan penjelasan mengenai mekanisme permohonan jalan ladang yang melibatkan tanah-tanah NCR. Dalam hal ini, kementerian juga perlu memperkukuhkan penyelarasan dengan Kerajaan Sarawak terutamanya land survey, Jabatan Tanah dan Survei supaya isu dokumentasi dan kelulusan tanah tidak terus menjadi penghalang kepada pelaksanaan projek.
Sebagai penutup Tan Sri Pengerusi, Betong ingin menegaskan bahawa kejayaan pembangunan sektor agri-komoditi tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah peruntukan semata-mata tetapi berdasarkan manfaat sebenar yang diterima oleh pekebun kecil.
Jadi, BUDI Agri-Komoditi mesti juga mudah diakses, IPG mesti berkesan, melindungi pendapatan dan jalan ladang mesti dibangunkan mengikut keperluan sebenar di lapangan. Jadi, Betong berharap kementerian berikan perhatian serius kepada keperluan pekebun kecil di Sarawak supaya mereka tidak tercicir daripada manfaat Belanjawan 2027. Dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tuaran membawa dua perkara utama iaitu pembangunan industri hiliran komoditi dan bantuan tanaman semula sawit. Tuaran juga mahu memohon perhatian pada jalan yang menjadi laluan penduduk beberapa buah kampung di Tuaran.
Tuaran ingin mulakan bagi Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi.
Saya ingin bertanya apakah langkah kementerian untuk membantu Sabah
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
meningkatkan industri hiliran berasaskan biojisim dan minyak kelapa sawit mentah ataupun CPO. Kita mahu bahan ini diproses di Sabah untuk menjadi produk bernilai tinggi, membuka perniagaan dan menyediakan pekerjaan untuk anak-anak kita.
Tuaran juga ingin bertanya apakah sokongan untuk menarik pelabur mendapatkan teknologi dan membuka pasaran? Tuaran juga minta kementerian kerjasama dengan Kerajaan Sabah, MITI dan juga pihak POIC Lahad Datu supaya usaha ini dapat digerakkan bersama. Khusus untuk POIC Lahad Datu, Tuaran ingin bertanya, apakah langkah untuk memajukan cellulose daripada kelapa sawit bagi penghasilan gentian, fabrik dan tekstil serta bahan pemaju seperti nanocellulose?
Kita mahu potensi diusahakan menjadi sumber kekayaan sebuah negara dengan Sabah turut menjadi pusat pengeluarannya.
Tan Sri Pengerusi, nanocellulose adalah satu penghasilan yang baru. Ada anak tempatan yang sudah mendapat pun intellectual property nya dan sangat berpotensi untuk mengeluarkan bahan-bahan new material, advance material. Tuaran juga ingin tahu, sama ada kementerian khususnya MPOB boleh membantu membiayai projek perintis dan menemukan mereka dengan pelabur dan pembeli untuk produk yang berteknologi tinggi ini ya. Sebab nanocellulose ini dengan industri hilirannya menggunakan, memerlukan kos yang tinggi untuk penghasilannya dan memerlukan banyak bantuan.
Tan Sri Pengerusi, Tuaran beralih pada Maksud Pembangunan P.20 Butiran 11101 – Lembaga Sawit Malaysia khususnya bantuan tanaman sawit semula. Dalam Belanjawan 2027, ada mengemukakan pembiayaan hibrid sampai RM100 juta untuk membantu 4,500 pekebun kecil. Separuh pembiayaan perlu dibayar balik ya.
Jadi, tanya di sini ialah berapakah bahagian daripada peruntukan ini akan dilaksanakan di Sabah dan berapakah pekebun kecil yang akan mendapat bantuan ini di Sabah? Untuk makluman di Sabah, antara cabaran utama pekebun kecil ialah dalam soal urusan tanah ya. Ada yang mengusahakan hak tanah adat ataupun NCR dan ada pula yang belum bergeran ataupun masih menunggu kontraktor tapi tanah itu sudah milik mereka melalui NCR.
Tuaran ingin meminta supaya mereka itu diberi peluang mendapatkan bantuan melalui pengesahan yang sesuai bersama Jabatan Tanah dan Ukur supaya mereka juga dapat bersama-sama tidak tercicir daripada bantuan kerajaan.
Satu lagi kebimbangan ialah pendapatan sementara menunggu pokok baharu berbuah apabila diadakan penanaman semula kelapa sawit ya. Jadi, bagi keluarga yang bergantung pada satu kebun, bila pokok ditebang hasil pun terhenti
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
ya, jadi mereka perlu bantuan pada ketika itu. Tuaran ingin bertanya, sama ada bantuan seperti ini diberikan?
Akhir sekali bagi maksud pembangunan P.20 Butiran 00526 – Program Pembangunan Menaik Taraf dan Penyelenggaraan Jalan. Tuaran mohon pertimbangan untuk menaik taraf Jalan Nesogumeron. Jalan ini merentas ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat di kawasan Parlimen Tuaran dan dia jalan ini adalah menjadi akses utama ke beberapa buah kampung.
Jalan ini tidak diselenggarakan sehingga penduduk susah mahu melaluinya ya. Jadi, urusan ladang juga turut terganggu. Tuaran minta kementerian turut melihat keadaannya dan bincang dengan pihak syarikat serta agensi berkaitan, pertimbangan peruntukan yang sesuai dan tentukan tanggungjawab penyelenggaraan dapat di baiki ya. Jadi, penduduk bergantung kepada jalan ini setiap hari termasuklah pelajar-pelajar.
Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, Tuaran minta jawapan Menteri tentang langkah membantu industri hiliran Sabah. Mohon bantuan kepada pekebun kecil termasuk yang berhadapan urusan tanah dan [Tidak jelas] Jalan Nesogumeron.
Nyatakan bila tindakan boleh dimulakan supaya ada jawapan yang dapat kita bawa pulang kepada rakyat. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya, saya jemput Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada Kuala Krai untuk turut menyampaikan hasrat rakyat dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Kuala Krai ingin merujuk kepada butiran-butiran berikut di bawah B dan P.20 iaitu B.030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Kementerian menyasarkan peningkatan pensijilan MSPO bagi ladang dan pekebun kecil kepada 85 peratus pada tahun 2027. Saya menyokong usaha meningkatkan kemampanan dan daya saing industri sawit negara. Namun persoalannya, bagaimana sasaran ini hendak dicapai tanpa membebankan pekebun kecil?
Pekebun kecil bersendirian— pekebun kecil persendirian tidak mempunyai pegawai pematuhan, tenaga pengurusan atau kemampuan kewangan seperti syarikat perladangan besar. Ada yang menghadapi masalah dokumentasi tanah, kos
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
audit, latihan dan keperluan pematuhan. Saya ingin bertanya, apakah intervensi khusus kementerian bagi memastikan pekebun kecil mampu memenuhi keperluan pensijilan ini? Adakah bantuan kewangan bagi kos audit, dokumentasi dan latihan akan diperluas? Adakah pegawai pembimbing MPOB akan dipertingkatkan di kawasan luar bandar? MSPO mesti menjadi instrumen meningkatkan pendapatan pekebun kecil, bukan satu lagi beban birokrasi.
Tan Sri Pengerusi, butiran yang sama saya juga ingin mempersoalkan sasaran pensijilan MSPO bagi kilang sawit yang dikekalkan pada 80 peratus sedangkan pencapaian sebenar pada tahun 2025 telah mencapai 95.91 peratus.
Mengapa sasaran ini tidak ditingkatkan? Adakah kementerian menjangkakan berlakunya penurunan pematuhan atau adakah sasaran tersebut ditetapkan terlalu konservatif sehingga tidak mencerminkan kemampuan sebenar industri?
Jika pencapaian sudah mencapai 95.91 peratus, mengapa tidak ditetapkan sasaran yang lebih progresif dengan mengambil kira kelayakan dan pematuhan sebenar? Saya ingin mencadangkan supaya sasaran pensijilan kilang sawit disemak semula berdasarkan pencapaian sebenar di samping memastikan pemantauan berterusan.
Tan Sri Pengerusi, P.00526 – Program Pembangunan, Menaik Taraf dan Penyelenggaraan. Kita boleh menyediakan benih yang terbaik dan baja yang mencukupi tetapi jika jalan rosak dan tidak boleh dilalui lori pengangkut, segala usaha tersebut akan menjadi sia-sia. Buah sawit yang matang tidak boleh menunggu sehingga jalan dibaiki. Kelewatan mengangkut hasil akan menjejaskan kualiti dan pendapatan pekebun kecil.
Saya ingin bertanya, apakah perancangan kementerian untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur khususnya jalan pertanian dan jalan ladang sawit?
Bagaimanakah peruntukan pembaikan jalan akan diagihkan dan adakah pekebun kecil persendirian turut diberikan keutamaan? Saya mencadangkan supaya satu pangkalan data jalan ladang yang kritikal diwujudkan bagi memastikan pembaikan dibuat berdasarkan keperluan sebenar.
Tan Sri Pengerusi, P.11001 – Lembaga Getah Malaysia. Ada penurunan daripada RM30 juta kepada RM21 juta. Saya ingin bangkitkan berkaitan pengurangan peruntukan Pembangunan Lembaga Getah Malaysia daripada RM30 juta kepada RM21 juta pada tahun 2027. Ini merupakan pengurangan sebanyak RM9 juta bersamaan 30 peratus.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya ingin bertanya, apakah rasional pengurangan ini? Adakah masalah pekebun kecil getah telah selesai? Adakah pengeluaran getah meningkat secara konsisten? Adakah masalah kekurangan tenaga penoreh dan peningkatan kos input telah dapat diatasi? Hakikatnya, industri getah masih berhadapan dengan kemerosotan pengeluaran, ketidaktentuan harga dan kekurangan tenaga penoreh.
Bagi pekebun kecil di Sungai Pas dan Bechah Salak dan kawasan luar bandar berikut di Kelantan, pekebun getah merupakan sumber pendapatan utama.
Mereka tidak mempunyai modal besar untuk beralih kepada industri lain. Maka, apakah asas kementerian mengurangkan peruntukan permohonan LGM ketika industri masih berhadapan dengan pelbagai cabaran? Saya mencadangkan agar peruntukan ini diteliti semula dengan memberikan tumpuan kepada penyelidikan, peningkatan produktiviti, teknologi penorehan, pemulihan kebun dan pembangunan pasaran hiliran.
Tan Sri Pengerusi, melalui butiran sama, saya ingin menarik perhatian kementerian kepada permohonan Majlis Daerah Dabong melalui RP1 RMK13. Untuk membangun sebuah pusat penyelidikan getah di Sungai Sam yang lengkap dan tersusun bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk dan menyokong sektor agropelancongan. Saya ingin bertanya, sejauh manakah cadangan ini mendapat perhatian pihak kementerian?
Tan Sri Pengerusi, P.11101 – MPOB. Industri perladangan dan komoditi bukan sekadar penyumbang kepada eksport negara tetapi merupakan nadi kehidupan ribuan pekebun kecil seperti di Dabong, di Manek Urai, di Kuala Krai dan seluruh pelosok tanah air. Kita menyaksikan semakin ramai pekebun kecil khususnya di Kelantan beralih daripada tanaman getah kepada kelapa sawit.
Peralihan ini bukan sekadar mengikut trend pasaran tetapi merupakan usaha mereka mencari sumber pendapatan yang lebih berdaya maju walaupun memerlukan modal yang besar.
Dengan pertambahan peruntukan sekitar RM58 juta pada tahun 2027, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah bantuan tanam semula sawit akan diberikan sebagaimana sebelumnya? Adakah kementerian bersedia menyediakan bantuan yang lebih menyeluruh khususnya kepada pekebun kecil yang baru bermula dan yang beralih kepada getah kepada sawit? Saya mencadangkan supaya bantuan ini merangkumi kerja-kerja tanah, anak benih, input pertanian dan sokongan kewangan sementara menunggu beberapa tahun sebelum tanaman menghasilkan pendapatan.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tan Sri Pengerusi, saya ingin mengakhiri dengan ungkapan, jangan hanya suburkan komoditi di bumi tetapi suburkan juga kehidupan mereka yang mengusahakannya. Jangan hanya menghitung keuntungan industri tetapi hitunglah sekali keringat dan pengorbanan pekebun kecil. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana membenarkan saya membahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya ingin membangkitkan dua perkara. Perkara pertama ialah Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi. Saya meminta Menteri untuk memberitahu kita semua di sini, berapakah peratusan pekerja asing dalam sektor perladangan?
Dari anggaran saya ialah adalah lebih kurang 80 peratus. Saya mohon kepada kementerian supaya memastikan polisi kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing kepada 10 peratus menjelang tahun 2030 tidak terpakai kepada sektor perladangan kerana kini rakyat tempatan tidak berminat dalam sektor ini. Sektor ini sudah sangat terjejas masa kini kerana tidak mencukupi pekerja. Dianggarkan dalam sektor sawit sahaja kerugian boleh sampai RM20 bilion setahun. Kalau pengusaha boleh mendapat wang yang terlepas ini, saya yakin majikan boleh membayar gaji yang lebih tinggi seperti yang kerajaan harapkan.
Saya juga berharap kementerian dapat menolong menyelesaikan kesusahan untuk mendapat pekerja asing secara sah dan difahamkan minggu hari Jumaat minggu lepas, Menteri Yang Berhormat Bagan Datuk telah mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing.
Saya sudah cadangkan supaya ia dipermudahkan dan boleh— kalau boleh Kementerian Perladangan dan Komoditi memberitahu kementerian KESUMA tentang peluang untuk menggaji pekerja asing. Katakan 20 ekar tanah sawit untuk seorang pekerja dan kalau getah 10 ekar seorang. Dan tidak perlu macam sekarang, perlu ada dua temu duga di Putrajaya secara fizikal dan juga lain-lain rintangan yang perlu dilalui— melalui— mesti memohon melalui tiga kementerian.
Saya cadangkan ia dipermudahkan dengan temu duga melalui talian dengan satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Sumber Manusia. Dan— kerana ini sangat penting, kita hendak menggaji pekerja asing yang sah bukan seperti yang
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
sekarang ini kerana kesusahan memohon secara sah, lambakan seperti yang diakui oleh Menteri Dalam Negeri, sekarang ada jutaan PATI di Malaysia.
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Kerajaan menggalakkan pengusaha- pengusaha perladangan menanam pokok getah (timber latex clone) sebagai balak untuk masa depan. Selepas tahun 2030, pokok-pokok hutan semula jadi tidak boleh ditebang lagi. Tanpa penoreh getah yang mencukupi sekarang dan pelaburan yang banyak yang dilaburkan oleh pengusaha-pengusaha perladangan telah mengalami banyak kerugian.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Pengusaha-pengusaha ini mengharapkan keuntungan daripada jualan batang-batang pokok sebagai balak di masa depan. Malangnya, kerugian yang dialami semasa pokok-pokok ini masih kecil hanya boleh dibawa ke hadapan dan diambil kira sampai 10 tahun. Pokok-pokok batang, pokok-pokok getah kurang daripada 10 tahun ini masih kecik dan tidak sesuai ditebang untuk dijual sebagai balak. Dan kita tahu pokok kecil ini tidak ada harga.
Saya memohon kepada kementerian untuk mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk mengecualikan industri ini dari peraturan ini. Dan kita beralih kepada keadaan sebelum tahun 2018, di mana semua kerugian yang dialami boleh diambil kira apabila batang pokok getah ini dijual. Dan di sini kita tidak minta insentif, bukan minta pertolongan kerajaan. Hanya minta kerugian yang dialami diambil kira sebelum kerajaan mengenakan cukai apabila batang-batang pokok getah ini dijual. Sekian, terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Beruas ialah pembahas yang terakhir. Sekarang saya jemput Menteri Perladangan dan Komoditi menjawab semua persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan tadi. Dan Menteri mempunyai 25 minit. Silakan, Menteri.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih banyak, Tan Sri Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada 16 orang Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan segala persoalan dan pandangan berkaitan Kementerian Perladangan dan Komoditi di bawah anggaran B.20 dan anggaran P.20 dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa ini. Insya-Allah, saya akan memberikan
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
pencerahan terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengikut kawasan masing-masing.
Yang pertama, Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, soalan telah diajukan oleh Yang Berhormat daripada Seputeh mengenai— tapi dia minta jawapan bertulis pada kementerian mengenai jumlah anggaran harga projek. Kita akan beri maklumat bertulis tapi untuk makluman Yang Berhormat, daripada RM1.55 bilion projek MPOB yang telah diluluskan bagi tahun 2027, peruntukan yang diluluskan bagi program Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit Persendirian adalah berjumlah RM1.73 bilion bagi tempoh Rolling Plan Ke-2 sehingga Rolling Plan Ke-5, Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Seterusnya, bagi menyokong sasaran peningkatan adunan kepada B30 menjelang tahun 2030, kerajaan telah meluluskan peruntukan di bawah Rolling Plan Pertama untuk menaik taraf fasiliti pengadunan di empat depot petroleum strategik iaitu di Sandakan, Tawau, Sepanggar, di Sabah serta Bintulu di Sarawak.
Seterusnya, bagi Rolling Plan Ke-2, Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan telah luluskan peruntukan naik taraf kemudahan pengadunan di dua lagi depot pengadunan iaitu di Lembah Klang dan pelaksanaan peningkatan adunan biodiesel B30 ini dibuat secara berperingkat mengambil kira keupayaan infra, daya maju ekonomi serta bebanan implikasi kewangan kepada kerajaan.
Dan soalan Yang Berhormat Seputeh juga ada bertanya mengenai pembangunan industri SAF ataupun sustainable aviation fuel. Malaysia untuk makluman Yang Berhormat, telah memasuki fasa pengeluaran komersial SAF melalui operasi Loji EcoCeres di Johor. Semenjak Oktober 2025, kapasiti dia, kapasiti berlesen sebanyak 420,000 tan metrik setahun.
Sementara itu, loji biopenapisan PETRONAS di Pengerang dijangka akan beroperasi pada separuh kedua 2028. Kapasitinya pula 650,000 tan metrik setahun dan kedua-dua projek ini dijangka menyediakan kapasiti melebihi 1 juta tan metrik setahun menjelang 2028. Jadinya, secara tak langsung ia nya akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pengeluaran SAF serantau.
KPK melaksanakan beberapa— telah melaksanakan beberapa sesi libat urus dengan pemegang taruh dan merancang pelaksanaan mandat adunan SAF sebanyak satu persen di penerbangan antarabangsa yang berlepas daripada KLIA, iaitu bermula Januari 2027. Tapi libat urus ini akan diadakan dan sedang diadakan tapi mengambil kira perkembangan geopolitik semasa yang memberi kesan kepada pasaran tenaga global khususnya peningkatan harga jet fuel akibat konflik
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
peperangan. Kerajaan mengambil maklum cabaran yang sedang dihadapi oleh industri penerbangan dari segi peningkatan kos operasi dan tekanan kewangan.
Seterusnya, Yang Berhormat Seputeh, Seputeh sudah. Yang Berhormat daripada Tangga Batu minta peruntukan RM15 juta bagi pemuliharaan alam sekitar daripada kutipan SES industri minyak sawit. Kita dah umumkan secara rasmi oleh Kerajaan Persekutuan di bawah belanjawan. Kementerian memang sentiasa komited dalam memastikan pemuliharaan alam sekitar diberi perhatian dalam industri sawit. Dan antara program yang di...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang Berhormat, sikit je.
Boleh?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Belum jawab lagi, Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Saya bukan minta belanjawan tu sebab diumumkan 15 kan dikatakan daripada SES. Jadi, pertanyaan saya apakah kita nak kutip SES baru ataupun yang dah RM16 tu kan sepatutnya dah memang ada dalam tu. Jadi, bagi saya kalau keadaan memang ada dalam tu, [Tidak jelas] tu bukan suatu projek baru, projek yang telah dibuat bermula 1 Januari 2020, itu maksud saya. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat. Dia nya ambil daripada SES yang sedia ada. Antara— saya nak kongsikan juga, Yang Berhormat antara program yang dilaksanakan di bawah MPOGCF, kita fokuskan kepada empat bidang utama iaitu penanaman perhutanan semula, pemuliharaan habitat, pemuliharaan hidupan liar dan habitat spesies terancam, penyelidikan biodiversiti. Maknanya, itu yang dilaksanakan oleh foundation ataupun Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation ini.
Dan selaras dengan dasar agrikomoditi negara untuk meningkatkan hasil biji koko kering pula, Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Koko Malaysia sedang— memang sangat komited untuk meningkatkan keluasan kawasan tanaman koko negara kepada 10,000 hektar menjelang tahun 2030. Dan untuk makluman Yang Berhormat, sehingga September 2026, pencapaian tanaman baru telah lebih daripada 400 hektar daripada sasaran seluas 1,000 hektar untuk tahun 2026 menjadikan jumlah keseluruhan kawasan bertanam koko ini sebanyak 6,939 hektar.
Yang— lepas tu Yang Berhormat juga minta KPK menjelaskan secara terperinci pelan tindakan untuk meningkatkan pengeluaran koko. Antara usaha yang dilaksanakan adalah program pemulihan kebun koko yang melibatkan kawasan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
tanaman seluas 2,126 hektar. Pekebun kecilnya pula seramai 3,295 dan yang tanam koko tu diberi bantuan, diberi insentif input pertanian untuk membantu mereka meningkatkan produktiviti tanaman sedia ada dan memperkasakan sektor koko negara menerusi R&D berimpak tinggi. Kita fokus kepada kawalan serangga perosak berasaskan sains, inovasi, baja khusus, penggunaan sisa koko sebagai baja organik.
Ini semua bagi meningkatkan hasil biji koko tempatan.
Dan dalam waktu yang sama kita juga menggalakkan penggunaan teknologi pintar yang mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual seperti saya nak bagi contoh seperti projek pengembangan sistem fertigasi IOT dan inovasi pemeraman untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti koko di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Untuk makluman Yang Berhormat juga, kerajaan di bawah projek rintis yang dilaksanakan melalui sebuah syarikat swasta. Ini adalah kerjasama dengan FELDA dan mula dilaksanakan pada Oktober 2026 di FELDA Teloi Timur dan Laka Temin, Kedah, FELDA Chuping 01 dan 02 di Perlis, dan sehingga Oktober 2026, projek rintis ini, untuk makluman Yang Berhormat, dah capai 44 peratus pelaksanaan dan insya- Allah, dijangka selesai menjelang hujung tahun 2026.
Seterusnya, kepada Yang Berhormat daripada Tampin. Kementerian, Yang Berhormat, mengambil maklum mengenai cadangan Yang Berhormat agar skim bantuan tanam semula sawit itu, geran penuh diperkenalkan semula. Sebenarnya, memang sentiasa kita membuat perbincangan lanjut mengenai perkara ini bersama dengan MOF dan saya kira MOF juga meneliti cadangan ini sebab pertimbangan berhubung pelaksanaan skim bantuan secara geran penuh ini, sebenarnya tertakluk kepada kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan, khususnya dalam menampung implikasi kos tambahan yang terlibat.
Dan seterusnya, Yang Berhormat Tampin ada mencadangkan supaya model ekonomi yang menggabungkan pekebun kecil, koperasi, pengusaha kilang sawit dan pengeluar SAF. Pengeluar— yang SAF tadi, saya pun dah terangkan. Tetapi, saya nak mengatakan bahawa perancangan untuk membangunkan industri biodiesel dan bahan api penerbangan lestari ini adalah satu sektor pertumbuhan ekonomi baharu negara.
Memang ada ditetapkan di dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara melalui inisiatif di bawah sektor bioenergi dan mobiliti hijau dan saya nak maklumkan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
bahawa antara sasaran utamanya pula adalah meningkatkan kadar adunan biodiesel bagi sektor pengangkutan sehingga B30 tetapi menjelang 2030.
Kemudian yang kedua pula, industri SAF memperkenalkan mandat awal adunan SAF sebanyak satu percent dan yang ketiga pula, kapasiti biopenapisan iaitu target dia adalah meningkatkan kapasiti biopenapisan negara sehingga 3.5 bilion liter menjelang tahun 2050. Kementerian bersetuju bahawa pembangunan industri biodiesel dan SAF sebenarnya membuka peluang penyertaan yang lebih inklusif kepada pekebun kecil, kepada koperasi, kepada pengusaha tempatan.
Walau bagaimanapun, loji pengeluaran SAF dekat negara ini menggunakan minyak masak terpakai dan minyak sisa pemprosesan kilang sawit. Sebenarnya untuk makluman Tan Sri Pengerusi, kementerian memang sentiasa melaksanakan kempen kesedaran dan pengumpulan minyak sawit— eh, minyak masak terpakai dalam kalangan masyarakat, dalam usaha untuk meningkatkan bekalan bahan mentah untuk pengeluaran bio bahan-bahan api ini.
Seterusnya, Yang Berhormat Tampin juga ada menyatakan, ada komenlah sikit mengenai kenaikan IPG kepada RM3.30 sekilo. Saya kira, Yang Berhormat juga maklum, di dalam maklumat Yang Berhormat bahawa pendapatan sebenar pekebun kecil dipengaruhi. Sebenarnya, dipengaruhi oleh jumlah pengeluaran. Jumlah pengeluaran itu pula kekerapan penorehan dan keluasan ladang.
Sehubungan dengan itu, IPG dikekalkan sebagai mekanisme jaminan pendapatan yang berasaskan kepada PHP yang telah ditetapkan dan pekebun kecil akan menerima manfaat IPG, terutamanya apabila harga menurun di bawah PHP.
Dan, untuk makluman Yang Berhormat juga, matlamat utama IPG ini adalah untuk menjamin dan menstabilkan pendapatan pekebun kecil dan buat masa ini, pada masa ini, saya nak maklumkan kita dah tujuh kali meningkatkan harga IPG ini semenjak tahun 2015. Sasaran harga minimum getah RM5 sekilo merupakan sasaran yang telah diumumkan oleh KKDW melalui RISDA.
Walau bagaimanapun, kita percaya sasaran ini merupakan sebahagian— memang merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan kita mengalu-alukan apa yang dilaksanakan oleh RISDA.
Seterusnya, YB Kuala Krau.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita nak meningkatkan harga getah untuk negara kita, ya. So, Tampin nak tahu, apakah ada usaha kementerian untuk mengenakan fees atau sebarang kenaan seperti ses kepada getah import, yang Tampin rasa, sepatutnyalah dikenakan
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
sebagai kawalan dan seharusnya, KPK menggalak industri tempatan buy national rubber first. Dahulukan penggunaan getah tempatan supaya harga getah tempatan boleh berada pada tahap bermaruah. Bukanlah nak sampai RM5 tapi harga bermaruahlah untuk pekebun kecil.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Kita memang mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat tersebut, tapi untuk makluman Yang Berhormat, perbincangan bersama dengan MOF itu sentiasa dilaksanakan.
Saya katakan tadi, akhirnya ia bergantung kepada kemampuan kewangan pihak kerajaan mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, ia nya di dalam pengetahuan kami dan memang daripada semasa ke semasa, kita melaksanakan libat urus bersama dengan industri dan juga bersama dengan kementerian yang berkaitan juga.
Seterusnya, kepada Yang Berhormat Kuala Krau pula. Kuala Krau ada minta untuk menyatakan strategi untuk mengimbangi usaha meningkatkan produktiviti ladang dengan keperluan-keperluan mengurus lebihan bekalan dan memperluas permintaan pasaran.
Strategi untuk mengimbangi usaha meningkatkan produktiviti ladang dengan keperluan mengurus lebihan bekalan dan memperluas permintaan pasaran ini antara lainnya adalah kementerian melalui MPOB memang menggalakkan pembangunan dan commercialization dengan izin, produk berasaskan sawit seperti oleokimia, produk farmaseutikal dan usaha ini bertujuan untuk mempelbagaikan kegunaan sawit.
Dalam waktu yang sama, kerjasama dengan negara rakan dagang termasuk melalui perjanjian FTA dimanfaatkan untuk memperkukuh pasaran eksport sedia ada dan membuka peluang pasaran baharu dan tumpuan kepada pasaran dan juga produk premium di mana kementerian memberi tumpuan kepada pasaran yang mementingkan produk sawit berkualiti tinggi termasuk minyak sawit yang memenuhi keperluan khusus pembeli seperti kandungan 3-MCPD dan GE yang rendah, pasaran seperti Jepun serta pembeli yang menetapkan specification dengan izin, kualiti tinggi termasuk syarikat makanan antarabangsa dan dalam waktu yang sama, kita juga perlu untuk memperluaskan penggunaan di dalam negara.
Berdasarkan Belanjawan 2027 yang diumumkan untuk program penanaman semula sawit, saya ingin memaklumkan bahawa kita menjangkakan seramai 1,500 orang pekebun kecil persendirian dengan keluasan 5,900 hektar akan menerima manfaat daripada program TSPKS 2.0.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Manakala seramai 740 orang pekebun kecil sawit persendirian dengan keluasan sawit 11,110 hektar dijangka akan mendapat manfaat daripada program PTSS. Program PTSS itu adalah program tanam semula sawit, manakala TSPKS pula adalah tanam semula pekebun kecil sawit.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
KPK ingin memaklumkan bahawa peruntukan projek pembangunan sektor komoditi ini adalah berdasarkan kepada keperluan aliran tunai. Untuk pelaksanaan setiap projek pembangunan mengikut tahun dan projek, peluasan penggunaan biodiesel ada RM31.34 juta, peruntukan program pembangunan LGM pula RM21 juta.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Sekali lagi mengenai LPGM...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kuala Krau sikit. Tentang bantuan tanam semula itu yang mengikut peruntukan disebut tadi. Bagaimana kriteria pemilihan mereka yang layak untuk mendapatkan peruntukan yang diumumkan? Terima kasih.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu sikit. Boleh, Yang Berhormat Menteri? Baik. Sebab, kita lihat allocation pembangunan untuk LGM ini sebenarnya berkurang banyak ini. Tapi, kita bercakap soal nak meningkatkan hasil getah sebagainya. Boleh komen tak? Terima kasih.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
YB Menteri, masa berbaki ini, saya minta pencelahan sikit. Saya ada berbahas mengenai LGMPC. Jadi, saya juga ada menyebut mengenai Lembaga Koko dan Lada. So, saya minta dijawablah. Kalau tidak, secara bertulis pun boleh.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Lepas ini nanti saya jawab Puncak Borneo punya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Tapi, saya akan buat secara ringkasan.
Dan yang lain-lain semua saya akan berikan kepada kesemuanyalah jawapan bertulis. Sama ada saya dah baca ataupun belum, tapi saya akan serahkan jawapan bertulis juga kepada semua pembahas, Tan Sri. Bolehkan, Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, boleh.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Seterusnya― tadi pemilihan.
Pemilihan itu adalah berdasarkan kepada— sebab yang mengaturnya adalah bank.
Untuk makluman, Bank Agrobank adalah salah satu bank yang menawarkan facility berkenaan.
Walau bagaimanapun, ada program yang terbaru― yang itu pula ada tambahan satu lagi bank iaitu Bank Rakyat yang bersetuju untuk membantu. Dan dia berdasarkan kepada permohonan kepada bank berkenaan. Tapi, apa yang akan dilaksanakan oleh KPK adalah KPK akan membantu untuk memudahcarakan permohonan tersebut. Sebab, kita memang sasarkan sebanyak― kita sasarkan empat percent penanaman tanam semula sawit ini dan sekarang ini three point something. Kita nak supaya sasaran untuk tanam semula sawit ini dapat kita capai, Yang Berhormat.
Mengenai Puncak Borneo pula tadi, projek pembangunan― justifikasi mendormankan LGMPC. Ini sebab prestasi sejak 2018 dan juga perubahan model perniagaan jangka masa panjang bagi penjanaan pendapatan pada peringkat LGM.
Kajian mengenai prestasi LGMPC ini telah dibuat pada tahun 2020 melalui beberapa jawatankuasa pada peringkat Lembaga LGM. Kos operasi tahunan LGMPC dianggarkan RM30 hingga RM40 juta.
Berdasarkan kos operasi, didapati bahawa model perniagaan semasa LGMPC ini tidak berdaya maju dan pengurusan hartanah komersial telah dilantik oleh LGM untuk mengambil alih pengurusan hartanah, manakala pengurusan ladang pula diambil oleh LGM dan aset LGMPC telah dipindahkan ke LGM. LGM telah melaksanakan audit fizikal bermula Januari hingga Julai 2026 sebelum proses dorman dijalankan.
Pada masa ini, LGM telah membangunkan sistem pemantauan inventori aset bagi memastikan penjanaan pendapatan kepada LGM. Semua kakitangan LGMPC telah ditawarkan dan menerima skim mandatory separation scheme tanpa ada serapan ke LGM, Yang Berhormat. Ini yang disediakan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang Berhormat Menteri, Padang Terap. Padang Terap. Depan, depan. Ini yang tinggi ni.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Oh, okey.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Saya minta dengan masa berbaki seminit lagi, Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sentuh isu yang paling penting dalam sektor getah iaitu isu tanah getah terbiar yang menjadi isu yang sangat
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
serius. Dan sentuh juga tentang Kedah Rubber City. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Puncak Borneo, yang lain saya bagi secara bertulis boleh?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Satu saja yang penting, YB Menteri, kalau saya boleh minta beberapa saat.
Saya mencadangkan supaya Lembaga Koko dan Lembaga Lada, kalau boleh, kita melihat kepada pelaburan syarikat swasta di mana mereka boleh diberi geran padanan. Sebab, sekarang ini memang banyak generasi muda dan juga penuaan pekebun-pekebun kecil kita dan produktiviti sudah agak berkurangan.
Jadi, daripada pengalaman dan pengamatan saya, memang perlu ada syarikat swasta yang harus memperjuangkan penanaman lada dan koko ini supaya dia boleh menjadi satu produktiviti yang lebih meningkat dan, melalui pekebun kecil ini, mereka boleh membeli saham syarikat swasta ini melalui koperasi dan ini boleh membuat kesinambungan yang lebih baik. Saya harap kementerian dapat pertimbangkan.
Tuan Pengerusi
Baik. Menteri, Menteri perlukan masa lagi?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya nak jawab Padang Terap saja boleh tak?
Tuan Pengerusi
Agak-agak berapa masa lagi diperlukan?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Dalam lima minit saja pun boleh.
Sebab, yang lain saya akan bagi secara bertulis.
Tuan Pengerusi
Berapa minit, Menteri? Berapa minit Menteri hendak?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Lima minit boleh?
Tuan Pengerusi
Saya bagi enam minit.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Okey. Terima kasih. Okey, saya sambut baik cadangan daripada Yang Berhormat. Saya akan bincang dengan pegawai-pegawai saya. Jadinya, insya-Allah. Tapi, untuk makluman Yang Berhormat, bawah pepper, dia ada bimbing dua buah koperasi untuk melaksanakan aktiviti jual beli dan potensi dia memang besar. Kita akan halusi cadangan tersebut, Yang Berhormat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Ada jawapan untuk Bakri ke?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Ada. Semua pun ada ini.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Semua ada. Baiknya Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Cumanya, saya nak jawab pasal Padang Terap dulu, boleh tak?
Okey, untuk makluman Padang Terap, fasal― Padang Terap tanya banyak ini. Data Bancian Pekebun Kecil RISDA ada tunjukkan 205,209 hektar kawasan tanaman getah matang. Dan program konsolidasi itu merangkumi bantuan bagi pemulihan kebun getah terbiar termasuk kerja-kerja pembersihan semak dan penyediaan kawasan kebun. Setakat Oktober 2026, sebanyak 3,647 hektar kawasan kebun matang telah dikenal pasti untuk pelaksanaan program ini, manakala kerja- kerja pemulihan bagi 78 hektar dah selesai dipulihkan dan kini dalam proses pengesahan oleh LGM sebelum aktiviti penorehan dimulakan. Pelaksanaan program ini akan diteruskan secara berperingkat dengan sasaran pemulihan seluas 3,000 hektar untuk tahun 2026.
Dan untuk makluman Yang Berhormat, ada 14 syarikat EMC yang terlibat yang telah membuat permohonan mengenai program konsolidasi ini. Syarikat yang pertama yang telah diluluskan pada 18 Mac iaitu Rakan Teguh Sdn Bhd dan Tan Lan Agri Ventures Sdn Bhd. Dan yang paling latest, syarikat yang ke-14 adalah― baru saja diluluskan, 24 September baru-baru ini.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Mengenai Rubber City pula, saya ingin memaklumkan bahawa Rubber City ini adalah di bawah penyelarasan NCIA dan juga di bawah Kementerian Ekonomi.
Tujuan dia memperkukuh rantaian nilai getah. Tadi Yang Berhormat Kubang Pasu pun ada menanyakan soalan kepada Menteri Ekonomi. Dan untuk makluman Yang Berhormat salah satu ekosistem sokongan yang dirancang di KRC adalah Program Transformasi Pengurusan Perusahaan Getah Negara atau TARGET.
Dua Pusat Latihan dan Inkubator Getah Krip yang mengeluarkan getah krip sedang dibina di Mukim Padang Terap Kiri dan di Mukim Tekai. Kapasiti pengeluaran getah krip daripada kedua-dua pusat ini adalah 260 tan sebulan. Kedua-dua pusat ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2026 yang melibatkan 1,000 pekebun kecil yang berpeluang memperoleh manfaat melalui harga belian yang lebih baik.
Mengenai ada soalan mengenai foreign labor yang telah ditanya oleh Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa KPK dah syorkan 100 syarikat yang melibatkan 14,377 kuota pekerja asing sebab ada beberapa Ahli Parlimen yang bangkitkan isu ini kepada Kementerian Sumber
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Manusia. Manakala daripada jumlah syor yang telah dihantar oleh KPK, 14 syarikat telah mendapat kelulusan setakat Jumaat tempoh hari.
Dan daripada jumlah 14 syarikat ini melibatkan 4,942 pekerja yang mendapat kelulusan tapi dalam waktu yang sama, kita memang di bawah KPK apa yang kita laksanakan adalah pemerkasaan tenaga kerja tempatan, Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi dengan mempergiatkan program TVET seperti kursus operasi mekanisasi ladang, harvesting specialist, machine specialist dan tetapi permohonan yang lain akan diproses, akan di lulus. Saya mendapat maklumat akan diproses, akan diluluskan mengikut kadar yang akan ditentukan oleh KESUMA. Itu untuk makluman mengenai foreign labor pula.
Bagi Yang Berhormat daripada Balik Pulau pula, saya nak— Yang Berhormat Balik Pulau bertanya mengenai keluasan yang dipersijilkan MSPO. Sebenarnya seramai 181,318 pekebun kecil persendirian melibatkan keluasan tanaman sawit sebanyak 706,647.06 hektar telah mendapat kelulusan MSPO. Dan ini— dan kementerian melalui MPOB memang menyediakan khidmat bimbingan, latihan dan nasihat teknikal secara percuma.
Tapi kementerian dan wakil daripada EU sentiasa— sebab baru-baru ini, ada wakil daripada EU datang, berjumpa dan kita mengadakan perbincangan mengenai apa-apa juga perkara berkaitan industri dan komoditi terutamanya sawit. Dan untuk makluman Dewan juga, kami telah dipelawa untuk pergi contohnya ke Switzerland dengan membawa the small holders di sini dan stakeholders untuk berkongsi, berbincang terutamanya mengenai deforestation dan child labor yang tidak ada di Malaysia dan tidak apa yang diamalkan oleh kita di Malaysia ini adalah good agricultural practice oleh pekebun kecil dan juga pematuhan kepada EUDR.
Itu jawapan secara lisan tapi jawapan secara bertulis saya akan berikan kepada setiap seorang yang telah berbahas. Tapi saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang bersama memberikan cadangan dan komen terhadap Kementerian Perladangan dan Komoditi. Terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih Menteri. Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM485,686,300 untuk Kepala B.20 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.20 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.20 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.20 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [****Majlis Mesyuarat bersidang semula****] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Walaupun jawapannya agak slow. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 5 November 2026.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.47 petang]