Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum kita memulakan Pertanyaan-pertanyaan Menteri, saya telah mendapat beberapa kompelin daripada Yang Berhormat. Jadi, sementara Menteri-menteri dan KSU-KSU pun ada di sini, saya nak pesan kepada KSU khususnya. Sebaik sahaja Menteri memberikan komitmen untuk menjawab soalan- soalan secara bertulis, tolong, dalam masa lima hari, tolong tulis sebab Menteri pun banyak pegawai-pegawai. Jadi, kalaupun jawapan-jawapan itu sedang dalam pertimbangan, dalam kajian, jawab dulu dalam kajian. Untuk meletakkan penungguan ini satu penyeksaan juga kadang-kadang.
Beberapa Ahli Yang Berhormat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tak payah, itu–– lima hari, masih lima hari.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Tak apa, saya bagi lima hari. Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Datuk Jonathan bin Yasin, Ranau. Silakan.
1. Datuk Jonathan bin Yasin [Ranau]: Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan saya ialah minta kepada Perdana Menteri menyatakan Projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan MPP telah dibayar 88 peratus atau bersamaan dgn nilai RM8.3 bilion walaupun kemajuan kerja hanya 13 peratus telah dilaksanakan. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mendapatkan semula wang yang telah dibayar sedangkan kerja belum disiapkan. Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, sebelum menjawab soalan Ranau, saya mohon izin untuk pertama, membaca kenyataan rasmi kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum akan tindakan beberapa negara seperti Kesatuan Eropah, Kanada dan Jepun yang mengeluarkan arahan dan nasihat kepada warganegara mereka supaya mempunyai stok barang makanan selama 3 sehingga 10 hari. Ini disebabkan oleh keadaan antarabangsa tidak menentu, terutama berikutan serangan siber yang menyeluruh dan menggemparkan dan melanda seluruh infrastruktur digital Eropah dan dunia Barat termasuk sistem pentadbiran.
Di Belgium, serangan siber memaksa Kementerian Kewangan menutup sepenuhnya portal cukai nasionalnya. Di Denmark, penggodam menceroboh daftar penduduk pusat dan menjejaskan rekod ID nasional hampir 9 juta orang. Di Amerika Syarikat, sistem pemfailan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan terhenti selama 41 jam tepat sebelum pengundian Dewan Senat yang baru. Di Jepun, pencerobohan siber menembusi rangkaian kerajaan dan mendedahkan rekod peribadi lebih daripada 100,000 anggota polis menyebabkan pelaksanaan tugas polis di beberapa daerah terjejas.
Ini hanya sebahagian daripada rencana. Kita masih memantau apakah perkembangan lain yang juga melibatkan persoalan, ketegangan, konflik Asia Barat, perkembangan Yaman dan Lautan Merah, ancaman keselamatan yang berlaku di Eropah yang menggambarkan bahawa krisis di luar negara boleh turut menjejaskan keselamatan rakyat, kestabilan ekonomi dan kepentingan negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, semalam kita adakan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara bagi meneliti implikasinya.
(i) serangan hibrid digital dan siber;
(ii) apakah benar ancaman serangan ke atas beberapa negara Teluk, khususnya Iran akan menjejas kepada penggunaan nuklear?
(iii) apakah perkembangan politik Eropah itu akan menjejaskan sistem pentadbiran yang akan memberi kesan kepada kita?
Jadi, yang penting dalam perjumpaan semalam adalah membincangkan mekanisme yang sedia ada, penyelarasan yang lebih rapi di antara kementerian dan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
agensi dan pasukan keselamatan dan memastikan negara bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Petang ini, Ketua Setiausaha Negara akan mempengerusikan mesyuarat dengan semua jabatan yang berkenaan dan Gabenor Bank Negara akan mengadakan sidang khas dengan semua institusi kewangan dalam negara. Ini juga kita belajar dari pengalaman dan pendekatan kesiapsiagaan Kesatuan Eropah (EU Preparedness Union Strategy) untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman yang melibatkan seluruh jentera kerajaan dan swasta dan masyarakat umumnya.
Tentunya kita dalam mesyuarat dan persiapan semalam menekankan beberapa langkah.
Pertama, memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kedua, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi pelbagai bentuk ancaman dalam dan luar negara. Saya sudah bayangkan dalam sidang Parlimen ini bahawa― ini juga termasuk beberapa badan risikan luar negara, termasuk Israel, beroperasi di negara-negara jiran dan perkampungan Israel di Phuket dan di selatan Thailand yang kemudian dilihat oleh badan-badan risikan kita sebagai potensi ancaman kepada negara.
Ketiga, memperkukuh perlindungan terhadap infrastruktur dan sektor strategik negara, termasuk tenaga, pengangkutan, kewangan, bekalan makanan.
Keempat, kesiapsiagaan rakyat dan masyarakat. Kita mendedahkan kepada masyarakat. Sebab itu, dinasihatkan oleh MKN semalam, supaya saya keluarkan kenyataan hari ini mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat umumnya bahawa jangan kita fikir ancaman ini ancaman yang jauh dari kita, kerana apa yang berlaku di Eropah dan di Amerika serta Jepun itu memang menggemparkan negara masing-masing.
Kelima, memperkukuh keupayaan agensi dan penggunaan teknologi kerana di antara serangan ini termasuklah serangan siber.
Tan Sri Yang di-Pertua, jadi saya ingin menegaskan bahawa bagi pihak kerajaan, saban hari semua agensi, Menteri dan kementerian meminta terus menjalankan tanggungjawab memastikan penyelarasan berkesan dan badan-badan di bawah pengawasan mereka itu siap siaga, terutama pasukan keselamatan, kerana dalam pertemuan itu, saya juga mendapat jaminan daripada Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara. Mudah-mudahan Allah memelihara dan menyelamatkan negara Malaysia tercinta.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Speaker, lanjutan daripada itu, boleh kita tanya sedikit tambahan soalan? Kita hargai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dan itu merupakan langkah kebertanggungjawaban yang perlu diambil oleh kerajaan. Tetapi, setakat ini, maklumat daripada risikan yang ada pada kerajaan, adakah Malaysia menjadi sasaran dan setakat mana extend sasaran itu terhadap serangan-serangan ini kepada negara kita?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Setakat ini, sepertimana yang saya singgung, walaupun tidak semua maklumat itu boleh didedahkan, tetapi Malaysia tentunya di antara yang dianggap menjadi sasaran. Ada dua perkara. Pertama, kerana kekuatan kita dalam soal digital dan data center di antara yang terkuat. Kalau dalam angka terakhir, umpamanya, kekuatan kita itu boleh menyaingi Eropah. Dan kedua, kerana pendirian kita yang agak tegas dalam beberapa isu yang dianggap kontroversial oleh setengah negara, terutamanya Eropah dan Amerika, terutama soal Palestin dan Gaza.
Tetapi, saya ingat oleh kerana Beluran bangkitkan, saya akan― kalau dipersetujui oleh Ahli-ahli Parlimen, saya boleh minta Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara untuk memberikan taklimat khas tertutup kepada semua Ahli Parlimen dalam tempoh satu dua hari ini, kalau dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Saya percaya perkara ini sangat penting kerana daripada maklumat yang diperolehi petang semalam dan juga pagi tadi daripada Menteri Dalam Negeri juga, hal ini jangan kita pandang ringan. Jadi, saya mohon kerjasama semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memberikan ruang kepada MKN dalam tempoh satu dua hari untuk mendengar sendiri perkembangan mutakhir.
Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Ranau. Ini terkait dengan Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans–Sabah Gas Pipeline yang diluluskan pada tahun 2016 oleh pentadbiran ketika itu melalui Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd. Nilai keseluruhan kontrak kedua-dua projek― RM9.4 bilion yang diluluskan tanpa tender mengikut rundingan terus Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Kewangan dan China Petroleum Pipeline Bureau pada 1 November 2016.
Projek ini melibatkan satu pakej dari saluran paip petroleum 600 kilometer
(Melaka–Port Dickson, Negeri Sembilan ke Jitra, Kedah) dengan nilai kontrak RM5.35 bilion dan Trans–Sabah Gas Pipeline melalui saluran-saluran paip gas sepanjang 680 kilometer menghubungkan terminal gas Kimanis–Sandakan–Tawau dengan nilai kontrak RM4.06 bilion. Kedua-duanya melibatkan pembiayaan oleh
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Export–Import Bank of China (China EximBank) iaitu 85 peratus daripada nilai projek dan dengan sovereign guarantee ataupun jaminan kerajaan.
Isu pokok yang berlaku ialah kontraktor― pembayaran wajib diluluskan mengikut jadual masa dan bukan kemajuan projek. Maknanya, kalau harus dibayar pada bulan Disember, walaupun projek belum berjalan, itu dibayar. Saya kurang mengerti kaedahnya tetapi itulah keadaannya menyebabkan bayaran diluluskan.
Pada tahun 2018, RM8.3 bilion ataupun 88 peratus daripada nilai kontrak telah dibayar kepada kontraktor sedangkan kemajuan kerja yang dilaporkan bagi kedua- dua projek itu hanya 13 peratus. Yang ini, bagi saya, salah laku tatakelola yang serius.
Ini juga menyebabkan akhirnya pada tahun 2018, kerajaan ketika itu tidak ada pilihan tetapi membatalkan projek. Tetapi, bayaran obligasi ikut undang-undang dan jaminan terpaksa diteruskan yang berjumlah bayaran balik pinjaman kepada China EximBank berjumlah RM8 bilion.
Saya harus akui bahawa mantan-mantan Perdana Menteri telah usahakan.
Bawah Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Ismail Yaakob telah menghubungi pihak negara China untuk memulakan rundingan tetapi tidak berhasil.
Saya kemukakan semula pada tahun 2024. Ada pengakuan oleh Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang pada tahun 2025 dan, alhamdulillah, pada 30 Oktober 2026, pemeteraian perjanjian antara SSER dengan China EximBank bagi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion. Jadi, RM5 bilion daripada lapan. RM1.1 bilion lebih, dua, itu memang sudah dijalankan kerja. RM1 bilion itu memang hilang awang- awangan.
Jadi, apa projeknya? Projek RM5 bilion itu ialah membiayai skim bekalan air seluruh Perak, terutama utara Perak dan Pulau Pinang.
Kalau kita tak teruskan ke perjanjian tersebut, kerugian keseluruhannya adalah RM8 bilion. Walaupun perjanjian itu dilakukan, ada juga sedikit kerugian terutama kerana projek itu sebahagian kecil telah dijalankan 18, 12, 20 peratus.
Perjanjian penyaluran semula pinjaman dimeterai mengurangkan kerugian negara kepada RM3 bilion termasuk satu setengah bilion yang telah diusahakan.
Jadi, kita dapat balik sekitar RM5 bilion dari projek Perak dan bekalan air ke Pulau Pinang.
Apa projek ini bermakna? Skim Bekalan Air Perak Utara, Pulau Pinang, penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah, menaik taraf di sepanjang Sungai Kurau dan terusan besar serta pembinaan loji rawatan air di
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kamunting dan Bogak kerana Perak merasakan perlu. Treated water sahaja dieksport ke Pulau Pinang. Raw water kekal milik Perak. Projek ini menyasarkan kapasiti bekalan air sebanyak 700 juta liter sehari untuk Perak, termasuk Kawasan Perindustrian Kerian, 300 juta sehari untuk Pulau Pinang, 500 juta liter sehari air mentah untuk pengairan pertanian.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Apa syarat dia? Selain daripada diusahakan oleh syarikat China, kerja-kerja pembinaan projek akan dilaksanakan melalui proses tender terbuka dan syarat kita kontraktor tempatan. Itu dipersetujui oleh negara China. Sebab itu saya telah merakamkan penghargaan atas kerjasama negara China dan Exim Bank negeri China, China Exim Bank, kerana walaupun perjanjian itu tidak memihak kepada kita, tapi telah menerima rayuan kita dan kita dapat pulangan RM5 bilion daripada kerugian besar.
Tetapi yang penting kerana tentunya soalan dari Sabah merasakan apa faedahnya kepada Sabah. Oleh kerana projek ini melibatkan Sabah, tentunya negara China enggan meneruskan projek sementara ini di negeri Sabah. Kerajaan Persekutuan mengambil kira hal ini. Sebab itulah kita telah memutuskan supaya projek di Sabah itu diteruskan dengan beberapa langkah lain yang memberikan dana yang secukupnya bagi memenuhi keperluan negeri Sabah keseluruhannya.
Ini termasuk bekalan elektrik, pipeline yang saya akan sebut kemudian jikalau perlu, tetapi mencecah juga hampir RM5 bilion keseluruhannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Ranau, soalan tambahan.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memberikan penjelasan panjang lebar. Ada dua perkara, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Pertama ialah ketika isu TSGP dan MPP ini menjadi hangat suatu ketika dulu, siasatan SPRM telah pun dibuat, segala fail-fail telah diangkut dan sebagainya. Kita minta tahu, sama ada apakah status sebenarnya yang berlaku dalam isu ini, sama ada terdapat kes salah laku, salah guna kuasa, sama ada terlibat isu rasuah, sakau dan sebagainya, bagi memberikan penjelasan kepada rakyat, khususnya kepada rakyat Sabah juga.
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah kita minta supaya jika sekiranya ada dana yang dikembalikan untuk TSGP itu, dapat kiranya digunakan untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah bagi membina itu Southern Link untuk menggantikan TSGP kerana ini sangat kami perlukan di Sabah untuk membaiki—
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
supaya ada bekalan elektrik yang mencukupi, khususnya di kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.
Bila di Tawau dan Sandakan ini baik, kami di kawasan pedalaman pun baik kerana tidak terganggu daripada grid utama elektrik di negeri Sabah. Terima kasih, Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Ranau. Saya ambil perhatian.
Tadi saya telah singgung hal ini. Jadi, saya ingin membacakan apa yang dilakukan.
Betul, dana itu asalnya untuk Sabah, tetapi oleh kerana kegagalan, dan betul, memang salah laku yang besar kerana perjanjian melibatkan RM9 bilion tak ada tender dan tidak ada ketelusan dan syarat perjanjian itu yang sangat aneh. Projek boleh dijalankan, mesti dibayar walaupun tidak ada progress, kemajuan projek tahap- tahapnya.
Kes ini kes, betul, kes 2016, diangkat semula 2018, tapi maklumat-maklumat itu melibatkan dua negara. Itu dari segi laporan siasatan, termasuk SPRM, menghadapi beberapa kesukaran. Tapi kes itu tidak ditutup, ya. Cuma melibatkan pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan saya tidak anggap perkara ini ringan. Cuma bila saya dapat laporan tentang siasatan, dia memang tetap memang ada elemen sakau. Tak boleh nafi walaupun sekarang ini ada apa orang kata, bimbang dengan istilah demikian. Tetapi bila siasatan melibatkan dua negara, dia melibatkan juga maklumat yang tak boleh kita dapati setakat ini. Mudah-mudahan kita dapat teruskan.
Jadi, balik pada soal belanja untuk Sabah, saya jelaskan ya. Pertama, projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri atau BESS Lahad Datu, itu RM644 juta yang dimulakan sejak Jun 2025.
Kedua, pembiayaan RM765 juta projek Talian Penghantaran Southern Link.
Itu yang telah diluluskan di belanjawan tahun lalu. Itu penghantaran elektrik antara Pantai Barat dan Timur Sabah.
Ketiga, projek Hidroelektrik Ulu Padas bernilai RM4 bilion. Yang ini sedang dilaksanakan dengan kapasiti penjanaan 187.5 megawatt dan harapnya kalau kemajuan itu tidak terganggu, sasaran operasi 2030. Projek ini dibiayai pemaju sebagai projek penjana tenaga bebas dengan penyertaan Sabah Energy Corporation.
Jadi, dengan cara yang demikian, kita jamin insya-Allah bekalan elektrik yang stabil dan kemudahan asas yang baik untuk negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Beluran.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ya Semporna, tolong off dulu, lepas itu Semporna.
Lepas Beluran, Semporna.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Memang banyak yang dimaklumkan dan diumum projek-projek yang dilaksanakan di negeri Sabah. Tetapi sebahagian besar contoh yang paling ketara adalah dana yang begitu besar dibagi untuk pembinaan jalan Pan Borneo, tetapi akhirnya percentage pencapaian pelaksanaan amat mengecewakan. Di mana kegagalan dan kelemahan yang berlaku, sama ada kerajaan telah mengenal pasti perkara ini dan menambah baik kelemahan, bahagian-bahagian kelemahan yang perlu ditambah baik. Tidak ada manfaat bagi Sabah jika pengumuman berbilion Ringgit, namun jalan raya masih dalam keadaan yang daif, bekalan elektrik di Tawau minggu lalu masih berhadapan dengan masalah gangguan yang begitu mengecewakan dan pelaksanaan projek-projek yang lain.
Jadi maknanya, ada bahagian, ada field area yang perlu ditambah baik oleh kerajaan, selain daripada menguntukkan peruntukan yang besar, tetapi akhirnya rakyat Sabah masih kecewa dengan pelaksanaan secara keseluruhan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, saya setuju dengan gesaan Beluran. Kita umumkan projek, kita mula laksanakan, tapi banyak yang terbengkalai atau lewat. Sebab itu kita tetapkan beberapa kaedah. Kadang-kadang syarat yang dikenakan oleh Sabah dulunya, mesti syarikat tempatan, mesti ke syarikat daerah yang berkenaan. Jadi terpulang, kalau projek itu projek agak besar, sukar.
Jadi, sebab itu kita telah berbincang semula dengan kerajaan negeri, khususnya Ketua Menteri untuk memberikan kelonggaran supaya siapkan projek ini dengan cara telus, tender yang terbuka dan pilih syarikat-syarikat yang cukup berwibawa. Kalau yang dia punya subkontrak yang kecil-kecil itu, memang kita serahkanlah supaya syarat-syarat tempatan.
Contoh terbaik adalah dengan Pan Borneo Sarawak. Kerana Sarawak itu dia mematuhi peraturan dan siap ikut jadual. Malah kita tambah sekarang satu lingkaran yang tidak dalam rancangan sebelumnya kerana prestasi itu baik. Projek dijalankan dalam keadaan yang sama. Jadi, setuju.
Jadi, apakah langkah yang diambil sekarang? Untuk projek-projek baru yang sejak terutama satu, dua tahun yang lalu, kita letakkan syaratnya jauh lebih ketat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, saya minta kerjasama rakan-rakan dari Sabah, jangan gunakan mengapa tidak syarikat ini, mengapa tidak syarikat daripada daerah ini, kenapa tidak syarikat negeri.
Jadi, ini yang menyukarkan kita.
Jadi, saya telah bawa perkara ini sendiri kepada Kerajaan Sabah, menyatakan projek-projek besar terutama lebuh raya, jalan raya, hal-hal macam seperti ini, projek-projek yang saya bacakan tadi, ini kita syaratkan sangat ketat. Mesti patuhi syarat-syarat nasional dan tidak tolak ansur dari campur tangan lain. Jadi, ini menyebabkan prosesnya itu macam Penyimpanan Tenaga Bateri itu, dia lebih ikut jadual.
Jadi, saya setuju mesti ada langkah-langkah baru dan untuk jalan-jalan yang terjejas sekarang ini, beberapa minggu yang lalu sebelum belanjawan, saya telah minta supaya JKR Sabah dan Persekutuan melihat semula beberapa langkah yang tidak termasuk dalam projek tapi yang patut disegerakan untuk mengurangkan tekanan kepada rakyat, terutama kawasan pedalaman.
Tuan Yang di-Pertua
Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat menjelaskan dan juga usaha yang sedang dilakukan. Persoalan yang saya bangkitkan berhubung kait dengan rule of law, enforcement of law yang ada ini. Kerana saya dapati, setelah mendengar penjelasan, dah bayar 88 peratus, pelaksanaan cuma berapa peratus saja. Dan ini membabitkan bukan hanya syarikat dari China tapi membabitkan juga pihak-pihak, pegawai-pegawai daripada negara Malaysia yang ada.
Persoalan dia, enforcement of law dan juga rule of law. Saya dapati Yang Amat Berhormat, di Sabah ini banyak kejadian, bukan hanya seperti disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi. Pan Borneo dah belanja, tak siap lagi separuh, khususnya di kawasan Sipitang, Kimanis. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya ada sini, dia tahu.
[Ketawa] Saya tahu, saya jalan, saya nampak dengan mata saya.
Tindakan, what actions can be taken, satu bab.
Dan satu lagi dari segi non-performing loans (SDB) Sabah Development Bank yang ada hampir lima bilion, dah 20 tahun, 10 tahun, better than along. Pinjam duit 20 juta, keluar duit 10 juta. Non-performing loans, what actions are we going to take? Ini yang kadang-kadang membimbangkan saya selaku seorang anak Sabah, rakyat Malaysia. Kita sayang masa depan anak-anak kita, but what actions to be taken?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Seakan-akan saya dapati bahawa Sabah ini mempunyai gas pengeluar yang ter- second, the biggest selepas Sarawak.
Minyak, Sabah nombor satu, Sarawak nombor dua. Gas, kita nombor dua, Sarawak nombor satu. Saya terima dengan baik supaya pipeline itu ada tapi bila ada penyelewengan, saya suarakan. Saya tidak ada kuasa untuk membatalkan, yang membatalkannya, mantan Perdana Menteri 21 Ogos 2018. Saya ada suarakan ya, untuk bagaimana supaya kita mempunyai gas yang begitu kekayaan, takkan tak boleh ada pipeline.
Tapi bila ada penyelewengan, what enforcement, apa undang-undang yang perlu kita ambil yang terhadap pihak-pihak, bukan hanya terhadap Pan Borneo, bukan hanya terhadap...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
...yang sekarang begitu SDB Bank yang ada. Dan Menteri Kewangan, saya harap sungguh seperti...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
...Auditor General, tolong mengambil tindakan. Dan saya berharap sungguh supaya yang disebut tadi oleh Yang Amat Berhormat, tentang projek air di Perak, projek air di Pulau Pinang. Di Sabah ini dah daripada bulan enam lagi Tan Sri Speaker, tak ada air ya. Dan kita jangan cerita di kampung, di rumah saya di bandar Kota Kinabalu pun bermusim kadang-kadang. Bukan hanya bekalan elektrik, bahkan juga air.
Jadi, saya minta kerjasama daripada Yang Amat Berhormat, supaya bukan hanya setakat enforcement of law, rule of law yang ada tapi dari segi pelaksanaan keutamaan-keutamaan. Yang mana syarikat, saya setuju Yang Amat Berhormat, mana syarikat yang mampu melaksanakannya, let them be there ya. Tapi kita tidak mahu pula bila syarikat itu kita bagi kepada kontraktor, dia subkontrak-subkontrak.
They don’t have the machineries, they don’t have the manpower yang ada ini. Terima kasih banyak Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Semporna. Ya, gesaan umpamanya keadaan pelaksanaan harus telus, teratur, ikut peraturan dan hukum, saya setuju. Kalau tidak ada pelanggaran begini, tidak mungkin kita catat kerugian sebesar ini. Tapi kita juga hadapi masalah. Tiap kali kita ambil tindakan terhadap
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
penyakau ini, itu reaksinya daripada banyak pihak seolah kita dendam. Dendam apa ini? Sekarang ini, kita kena bayar, terpaksa runding.
So, bayangkan saya terpaksa runding dengan Presiden dan Premier. Dalam keadaan kita akui kesilapan kita, bukan kita runding kata kita ini hak kita, tidak. Kita dah di— mengalami kerugian, ada kelemahan besar dalam tatakelola. Jadi, kita hanya minta kerjasama mereka kerana saya kata, akibat tindakan, kesalahan tadbir urus beberapa orang, menyebabkan negara menanggung kerugian berbilion Ringgit.
Jadi, nasib baiklah hubungan kita dengan negara China itu baik. Jadi, dia boleh bagi pertimbangan khas, bukan sebagai precedent dan dia tak sebut ini kaitnya dengan Projek Sabah Pipeline. Dia hanya mengatakan ini projek baru untuk Perak dan bekalan air Pulau Pinang. Tetapi puncanya, apa? Puncanya, kecelaruan ini.
Jadi, kita kena akui, kena baiki. Sebab itu saya tekankan, negara ini mesti diselamatkan, tak boleh. Mana di sini lima bilion, situ tiga bilion, sini lapan bilion, bocor begitu saja.
Kalau lihat balik, saya— tentunya saya terpaksa teliti balik projek itu.
Sebenarnya, kajiannya memang tidak ada masalah. Daripada awal, dia tidak dianggap satu projek yang baik tetapi ditekan untuk memastikan faedah dan keuntungan bagi beberapa pihak. Itu satu. Ya, sebab itu pengalaman ini harus mengajar kita.
Kemudian, Pan Borneo. Pan Borneo ini bergerak seiring di antara Sabah dan Sarawak. Prestasi Sarawak sangat baik. Ini Menteri JKR pun ada, KKR pun ada.
Tetapi pelaksanaannya di Sabah, ada masalah-masalah lain. Memang ada juga isu- isu cerun dan sebagainya dan kawasan dan— tetapi soal pemilihan kontraktor itu, betul.
Jadi, apa yang digesakan oleh Semporna, saya setuju. Dan sebab itu dalam peraturan sekarang, yang tidak mudahlah, sebab itu Kementerian Kewangan mengambil jalan yang agak tegas dan keras, tidak tolak ansur dari segi peraturan ini.
Jadi, mudah-mudahan selepas ini, hal-hal yang digesa, kita akan baiki. Tapi tentang bekalan air, percayalah. Sejak sebulan yang lalu kita telah bangkitkan soal jalan berlubang dan bekalan air, bukan sahaja di Sabah tapi juga di tempat-tempat lain yang mendesak. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya menjemput...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, Speaker satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
...Dato’... Dah habis dah, tiga.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tertarik dengan keselamatan tadi itu, bukan ini. Yang serangan hibrid yang dikatakan oleh Perdana Menteri tadi.
[Dicelah] Cuma persoalan saya...
Tuan Yang di-Pertua
Tak, tak, tak.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...apakah pesanan Perdana Menteri kepada rakyat untuk menghadapi suasana yang tidak menentu macam yang Eropah kena menyediakan makanan tiga hingga empat hari. Apakah...
Tuan Yang di-Pertua
Dah lepas dah isu itu. Kita dah...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, ini serius, betul. Terima kasih.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Tertinggal bas.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau. Silakan.
2. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Terima kasih Speaker. Finally, dapat tanya soalan kepada PMX. Arau minta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan memperketat kawalan keselamatan serta menangani kelemahan koordinasi antara agensi penguatkuasaan susulan kebelakangan ini berlakunya peningkatan kes penyeludupan dadah dan barangan terlarang melalui pintu sempadan negara, khususnya KLIA dan Lapangan Terbang Subang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Arau. Kerajaan tentunya pandang ini sebagai satu masalah keselamatan negara dan serius. Bila ada mana-mana kawasan sempadan yang bolos, ada diketahui ada pelanggaran peraturan, penyeludupan terutamanya dan penyeludupan tidak terhenti. Apakah penyeludupan dadah, barangan larangan atau senjata api.
Sebab itu agensi baru telah juga diperkenalkan dan Menteri Dalam Negeri telah menjelaskan tentang Pelan Tindakan dan Mitigasi Keselamatan dan ini bermula di KLIA dan pintu masuk. Isunya juga melibatkan kementerian-kementerian lain. Dia termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kastam, maknanya bawah Kementerian Kewangan, NRES dan beberapa yang lain ya.
Tetapi tindakan sudah diambil sejak tahun lalu, perancangan kerjasama KDN dan MOT memperkenalkan beberapa ikhtiar atau inisiatif baru dengan tiga fasa. Tapi saya nak jelaskan kepada Yang Berhormat Arau bahawa sejak bulan Januari sehingga Oktober 2026 ya, itu sudah ada 93 tangkapan yang melibatkan isu
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
percubaan penyeludupan dadah, 2.56 kilogram dan berjumlah RM202.7 juta.
Maknanya, tindakan sudah diambil. Tentang penguatkuasaan AKPS iaitu ini hanya dadah. Tapi untuk AKPS, sudah 44 kes rampasan dan berjumlah RM11.22 juta.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kemudian, sejak pelan tindakan Ogos sehingga Oktober, 41 kes rampasan yang direkodkan RM42.38 juta. Ini saya nak jelaskan bahawa operasi ini berterusan dan mesti ditingkatkan. Operasi khas pemeriksaan sekarang ini sudah 100 peratus.
Dulu, kalau periksa badan, itu diprotes. Sekarang ini digunakan K9 (anjing) untuk kes-kes dadah. Oleh itu, pemeriksaan diteruskan termasuk yang ke Indonesia, London, Paris, Singapura, Kolkata, Tiruchirappalli, Delhi, Hong Kong, Doha, Auckland.
Ini melaksanakan kepada 3,637 penerbangan termasuk 19,721 kru penerbangan, 438,000 pat down kepada penumpang dan pemeriksaan sebanyak 599.7 ribu bagasi. Dalam siasatan itu, memang ada larangan-larangan yang telah dikenal pasti. Jadi, sebab itu saya bacakan tadi, langkah-langkah yang diambil, yang diselaraskan termasuk oleh MAHB dan Kementerian Pengangkutan.
Apa langkah yang berikut yang telah pun diperkenalkan umpamanya tak cukup dengan kelengkapan yang ada, diperkenalkan CCTV Analytics AI, Unit K9 PDRM dan JKDM di kawasan pengasingan bagasi. Kemudian National Immigration Command Centre serta masa nyata merentas agensi penguatkuasaan. Jadi, yang juga diperlukan ialah pemodenan aset infrastruktur keselamatan.
Jadi, setakat ini kita terus ambil tindakan dan tindakan-tindakan ini tidak hanya terbatas kepada pelabuhan ataupun lapangan terbang, kerana kadang- kadang puncanya di lain. Sebab itu semalam, saya ucap tahniah kerana Jabatan Siasatan Jenayah PDRM berjaya menangkap 282 warga tempatan dan warga asing dalam beberapa kelompok-kelompok kumpulan yang terkenal sebagai— kalau istilah lama disebut kongsi gelap termasuk Winbox, Alibaba dan lain-lain. Ini satu ketegasan yang harus kita banggakan kerana bukan sahaja bicara, tetapi terus bertindak.
Kegiatan dua hari, dua malam oleh JPJ itu berjaya menangkap jumlah yang besar dan mematahkan beberapa kumpulan-kumpulan yang berkeliaran. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Yang Berhormat telah menyebut tentang kejayaan AKPS. Jadi dalam keadaan sekarang, kita dapati bahawa terdapat pegawai imigresen dan juga kastam yang tak masuk AKPS sehingga menjadikan dua entiti di airport. Imigresen pun ada, AKPS
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
pun ada. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk pinjamkan mereka ini?
Sebab mereka tak nak masuk sebab sayang kepada perkhidmatan mereka dan uniform mereka. Jadi, adakah kita nak cadang supaya mereka dipinjamkan oleh AKPS?
Yang keduanya, yang menjaga body check, dengan izin ialah ISAC iaitu airport security di bawah MAHB, di bawah Kementerian Pengangkutan. Jadi— dan mereka dibantu oleh polis bantuan termasuklah apa yang berlaku. Apakah Yang Berhormat— Saya ingin bertanya, apakah kerajaan bercadang untuk menyerahkan ISAC ini kepada AKPS? Supaya total security itu dibagi kepada AKPS.
Yang Berhormat telah menyebut tentang kejayaan AKPS menangkap pelbagainya dan usaha untuk membanteras sindiket dadah, kartel dan sebagainya.
Apakah— Kenapakah kerajaan menukar Dato' Seri Shuhaily? Orang yang dianggap terbaik di Malaysia buat masa kini. Menteri telah umumkan dia akan dipindahkan balik ke polis, kenapa? Sebab dalam kes video itu, kita lihat yang report itu polis.
Tetapi AKPS, dia buat report kepada polis berkenaan, tapi report AKPS tidak diambil kira, report polis itu diambil kira. Kita nak tahu, bagaimana video keselamatan ini boleh terbocor?
Jadi, saya minta supaya kerajaan menjelaskan kenapa kita mesti tukar Dato' Seri Shuhaily balik kepada polis, padahal polis telah menyediakan seseorang yang cukup baik pada masa kini. Dan saya tahu, PMX ini suka orang yang bagus, orang yang kerja kuat, orang yang ada integriti, orang yang hebatlah. Jadi, saya rasa Menteri Dalam Negeri agak telah ke depan sikit mengumumkan dia balik ke tempat asal. Tapi saya depan PMX, depan Menteri, saya minta supaya Dato' Seri Shuhaily diteruskan berkhidmat di AKPS, supaya AKPS yang sekarang ini sudah terkenal.
Supaya dia naik— Bukan dia naik kerana dia naik macam itu, sebab Dato' Seri Shuhaily di situ. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Speaker, dengan izin.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Arau. Pertamanya, memang benar AKPS itu baru ditubuhkan semasa Menteri Dalam Negeri yang ada sekarang dan mengangkat nama yang disebutkan Suhaily itu adalah cadangan kita, kerana beliau itu sebelum ini dalam pentadbiran yang lalu telah dibuang dan diturunkan. Kita yang pulihkan dia kerana prestasi dia. Itu biar akan rekod dengan betul.
[Tepuk] Saya ingat lagi, saya bawa dia dari Pulau Pinang ke KL, kemudian angkat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Cuma sekarang ini dalam kes— Dan tindakan-tindakan itu betul, sebahagiannya AKPS. Tapi sebahagiannya macam yang saya sebut tadi, narkotik itu Bahagian Narkotik, bukan AKPS. Dan juga yang merampas bahan-bahan dadah itu Bahagian Narkotik. Dan yang disebut tadi tentang tindakan yang saya cerita tangkap kongsi gelap tadi, Windbox, Alibaba ini adalah Jabatan Siasatan Jenayah di bawah Datuk Kumar. Jadi, ini sebab itu kita kata diharus, diselaraskan tindakan-tindakan mereka bersama AKPS kalau di sempadan.
Baik. Tindakan terhadap Dato’ Suhaily ini berdasarkan laporan polis. Jadi, siasatan dilakukan. Kita kena ingat, betapa baik pun mana-mana pegawai, dia mesti ikut peraturan. Kalau ada dakwaan atau tuduhan, seseorang itu didera, dia mengikut proses. Arau tahu, 98 Ketua Polis Negara dipenjara kerana memukul seseorang.
Seorang Ahli
Betul.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tepuk]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Apakah dia tidak ada jasa? Dia ada jasa.
Seorang Ahli
Betul.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, kita ada dua perkara. Kerja mesti profesional tapi kalau ada tindakan yang melanggar undang-undang, itu kena ikut proses. Kalau tanya saya dari segi peribadi, saya dah simpati peribadi saya. Tetapi proses itu bila kalau ada dakwaan, sama ada dakwaan itu daripada orang ramai atau polis bagaimana, itu soal siasatan. Janganlah minta saya atau Menteri Dalam Negeri campur sampai ke situ.
Cuma sekarang ini kalau didapati oleh pihak pendakwa Peguam Negara, bahawa ada kes untuk didakwa, didakwa. Bila didakwa, proses ikut peraturan negara. Itu harus ada. Seorang didakwa, kalau penjawat awam, itu terus diberi— dipindahkan ataupun dilepaskan daripada jawatan. Ada lah proses-proses dia yang Menteri Dalam Negeri lebih maklum. Tapi janganlah pula kita dianggapkan ini sebagai satu isu kontroversi atau politik, tak ada.
Kalau tanya saya, saya kenal dan saya simpati dan saya tahu prestasi. Saya tidak boleh katakan oleh kerana Speaker ini orang baik, maka Speaker boleh tampar pegawai. Kalau Speaker tampar, saya tidak boleh jamin Speaker boleh diselamatkan mengikut proses hukum. Soal marah itu boleh lagi.
Jadi, ini saya nak tegaskan di sini sebab ada cuba dikelirukan apakah— Tan Sri Yang di-Pertua, kita tahu pegawai-pegawai yang prestasinya baik tetapi kita juga ingatkan bahawa proses hukum itu harus diikuti. Dan kalau ada apa-apa laporan polis daripada siapa pun, mesti disiasat. Dan yang memutuskan untuk mendakwa atau tidak adalah Jabatan Peguam Negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, soalan saya. Peningkatan kes penyeludupan dadah ini, adakah ia berkaitan dengan pengedar-pengedar dan penyeludup dadah ni, dia dah tak takut lagi dengan undang-undang dadah di Malaysia, khususnya Akta Dadah Berbahaya iaitu seksyen 39B yang dulu membawa hukuman mati, telah dihapuskan hukuman mati itu dengan penjara seumur hidup.
Adakah ini antara alasan mereka begitu berani menyeludup dadah dengan kuantiti yang begitu banyak? Kalau hujah ini benar, saya rasa Ahli-ahli Parlimen juga bersalah, turut bersalah kerana kita turut terlibat dalam mengubah, meminda, menghapuskan hukuman mati itu. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pasir Gudang. Sebelum itu saya dimaklum oleh Menteri Dalam Negeri tentang hal ini. Nak tunjuk Arau tadi ya, tentang keseriusan kita memperkukuh agensi AKPS ini, belanjawan tahun lalu itu RM20 juta.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Belanjawan tahun ini kita tingkatkan kepada RM490 juta, okey.
[Tepuk] Perjawatan itu tentu tidak boleh kita paksa. Perjawatan itu hanya ikut proses JPA akan membuat tawaran dan sudah pun dilakukan tawaran kepada pegawai kastam, imigresen, kesihatan, MAQIS, polis, yang bersedia berkhidmat. Sebahagian besar telah terima, ada juga yang tidak mahu terima tapi sedia ada.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Berbalik kepada soalan Pasir Gudang. Boleh lupa Pasir Gudang ini. Apakah kerana kita kurang hukuman gantung, putuskan meniadakan hukuman gantung menyebabkan penambahan. Belum dapat dipastikan Pasir Gudang kerana sebenarnya sempadan kita itu agak bolos. Laut dan darat dan sekarang ini udara. Sebab itu kita perkukuhkan agensi sempadan AKPS sebab kita tahu penyeludupan itu besar. Kalau kita tengok masalah dadah ini kalau di kampung- kampung, daripada puluh tahun sekarang terus menerus.
Tindakan, saya setuju, tindakan mesti lebih tegas, lebih keras. Tetapi dia melibatkan ratus ribu sekarang ini ditangkap, di antara penagih, di antara pengedar, di antara juga cokong-cokong besar yang terlibat. Jadi, kalau ditanya saya, apakah
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
soal undang-undang? Saya fikir undang-undang cukup ketat tapi penguatkuasaan itu harus perlu lebih kuat.
Sebab itu saya sebut tadi tentang tindakan JSJ ini, Jabatan Siasatan Jenayah ini, saya membanggakan kerana di antara tumpuan mereka ini adalah termasuk pengedaran dadah dan juga mungkin judi online. Ini yang melibatkan beberapa kumpulan-kumpulan yang kumpulan-kumpulan haram termasuk saya sebut tadi Winbox, Alibaba dan lain-lain. Ini di antara langkah supaya menunjukkan seriusnya kita bertindak tanpa memilih bulu dan kalau tidak begitu tegas dan keras, dia akan menjejaskan kehidupan terutama anak-anak muda yang terjebak dengan masalah dadah.
Saya terbuka kalau ada Ahli Yang Berhormat nak beri cadangan apa yang lain yang boleh kita perbaiki kerana ini bukan masalah ringan. Bahagian Narkotik Polis telah melaporkan ia bertindak sebaik mungkin sepertimana saya sebut tadi, penangkapan-penangkapan tapi masih belum dapat meredakan masalah dadah di negara kita.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput...
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kubang Pasu nak tanya Perdana Menteri, lama tak tanya.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, Hulu Terengganu bangun dulu. Saya bagi Hulu Terengganu.
[Ketawa]
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tak ada chance.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Cuma Hulu Terengganu, Hulu Terengganu...
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Nak tanya kaedah-kaedah.
Tuan Yang di-Pertua
Kubang Pasu, saya bagi Hulu Terengganu. Cuma hari ini Hulu Terengganu akan tanya soalan dengan lemah lembut dan jelaskan perkataan itu ya.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Speaker. Minta maaf Kubang Pasu. Saya tertarik dengan penerangan oleh Perdana Menteri tadi iaitu
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
berkaitan dengan penyediaan peralatan yang canggih di pintu masuk. Cuma pesan saya itu bukan sahaja penentu kerana peranan manusia penting untuk pastikan apa yang [Tidak jelas] sebut. Cuma Yang di-Pertua, soalan yang saya nak kaitkan tadi dengan serangan hibrid siber itu, apakah pesanan dan amanat Perdana Menteri kepada rakyat untuk menghadapi keadaan tersebut? Itu yang pertama.
Yang kedua berkenaan dengan AKPS. Kita agak kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Dato' Shuhaily. Di bawah satu bumbung, polis dan AKPS. Jadi, saya rasa adalah tidak wajar perkara tersebut dibawa ke mahkamah. Adalah lebih baik Menteri yang menyelesaikan hal tersebut untuk mengatakan bahawa kita berada dalam satu bumbung yang harmoni. Itu sepatutnya berlaku kerana denda yang dikenakan pun saya nampak cuma RM2,000 sahaja, dengan berita yang begitu sensasi merosakkan imej tersebut.
Cuma semalam, dua tiga hari lepas saya dengar bahawa Dato' Shuhaily dipindahkan ke PDRM tapi semalam difahamkan mempengerusikan mesyuarat AKPS. Jadi, kenapa itu berlaku? Itu. Kemudian Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Banyak soalan. Banyak itu, soalan itu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, cuma nak mengatakan satu lagi, Menteri sepatutnya berperanan sebagai ayah dalam isu pengharaman PN.
Sepatutnya Menteri tak perlu merayu, biar ROS merayu.
Tuan Yang di-Pertua
Ini apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Perdana Menteri lah.
Tuan Yang di-Pertua
Ini keluar soalan, tajuk lain.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, berkait dengan Menteri.
Okey, baik terima kasih Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
PN, PN, boleh, bolehlah tu.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang di-Pertua, Hulu Terengganu. Saya tenung betul-betul nak faham apa maksud dia [Ketawa] dan dia ada dua perkara yang saya boleh sebut. Pertama, apakah pandangan atau nasihat kita kepada rakyat.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sesetengah negara dia pilih untuk mendiamkan dan tidak menimbulkan panik. Ada beberapa kota termasuk negara ASEAN di mana penduduk-penduduk bandar gelisah dan mula menghimpunkan atau membeli barang-barang makanan terutamanya. Jadi, kita rasa lebih baik kita
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
hebahkan, dedahkan di Dewan Rakyat ini supaya rakyat tahu. Jangan panik, semua jabatan dan agensi bergerak setiap hari sekarang dari semalam, hari ini untuk memastikan bekalan ubat, makanan, semua cukup. Dan yang pentingnya cybersecurity dan soal digital, soal teknologi kita juga dipantau.
Semalam dalam mesyuarat NACSA pun ada, yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara. Yang itu, insya-Allah. Apakah pesanan kepada rakyat, maknanya jalan tapi harus waspada. Kalau ada apa-apa maklumat ataupun pencerobohan ataupun gangguan dari segi digital dan teknologi ini harus dimaklumkan segera. Tapi saya fikir kalau kita panik, itu akan melemahkan kekuatan kita.
Sesetengah negara mengadakan beberapa pertemuan darurat sekarang ya tapi semalam kita dalam perbincangan sampai ke situ cuma dimaklumkan. Kalau— semalam keputusannya kalau mendesak saya akan panggil Mesyuarat Jemaah Menteri segera, tak tunggu hari Jumaat. Tapi keadaan ini kita pantau saban hari sekarang ini.
Tentang AKPS ini, sekali saya tegaskan. Bila ada tindakan berdasarkan pelanggaran peraturan atau hukum, itu tidak bermakna memadamkan semua kebaikan dia. Ini kita dah lalui dulu. Ketua Polis Negara itu rekodnya tak tercemar tapi bila tindakannya itu melampaui hukum, maka terpaksa tindakan diambil. Begitu juga, masa itu Ketua Polis Negara. Jadi, kita harus— janganlah kita ada double standard dalam hal ini.
Saya setuju AKPS, kalau boleh saya share, saya ada di antara bersama MDN tentunya, yang minta beliau itu bertugas mulanya di Jabatan Siasatan Jenayah dan kemudian ke AKPS. Jadi, tidak ada sebab kita ada prasangka terhadap dia. Tetapi bila ada laporan, apa pun tafsirannya, harus tindakan diambil atau untuk menuding jari kepada Menteri Dalam Negeri. Itu tidak adil kerana Menteri Dalam Negeri itu menjalankan, terpaksa menjalankan tugas dia. Malah ada yang sekarang mengkritik beliau kerana mengambil, lambat mengambil tindakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, saya rasa lebih bagi ruang kepada dia untuk bincang dengan baik. Kalau tanya saya, apakah boleh kita runding, kalau boleh. Tapi orang yang melaporkan dan mendakwa yang diri dia mangsa pun kita kena beri perhatian. Jadi, saya ingat biarlah keadaan ini kita ikut jalur hukum, dia punya Menteri guna kebijaksanaan dia untuk mengambil tindakan sesuai dengan kaedah dan peraturan dan hukum yang sedia ada. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Jarang berlaku...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti kejap.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kubang Pasu nak tanya cara lemah lembut je.
Tuan Yang di-Pertua
Kubang Pasu, sebenar, sebentar. Jarang berlaku, tapi oleh kerana permintaan Kubang Pasu, Perdana Menteri pun jawab elok hari ini, silakan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Alhamdulillah. Saya pun agak tengok muka Tan Sri Speaker macam nampak macam nak bagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan, silakan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Ketawa] Tan Sri Speaker, terima kasih.
Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri. Scanner kita di semua lapangan terbang, dia dibina untuk mengesan bahan letupan, senjata, logam berbahaya dan sebagainya, bukan untuk mengesan dadah. Adakah kerajaan bercadang untuk mencari kaedah lain? Mesti ada kaedah lain supaya dadah yang begitu sophisticated sekarang ini dapat dikesan. Itu saja, Tan Sri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Kubang Pasu. Memang benar, sebab kemudahan yang disediakan itu kemudahan berdasarkan teknologi lama dan penyeludupan ini caranya lebih canggih dan kadang tak dapat dikesan daripada siasatan badan. Itu memang betul. Sebab itu sekarang ini disediakan kemudahan yang dipanggil analytics baharu untuk dapat mengesan dadah selain daripada K9.
Kadang-kadang anjing ini jadi masalah juga di kalangan sebahagian penumpang.
Ini kemudahan baharu yang telah diperoleh, tetapi baru di KLIA. Sekarang bila mereka tahu KLIA, maka dia pergi ke Pulau Pinang, ke Alor Setar, ke Kota Bharu, terutamanya yang ada penerbangan ke luar negara. Kota Bharu sekarang ada, Pulau Pinang ada, Ipoh. Jadi, kita kena sediakan kemudahan teknologi yang analytics ini yang lebih canggih untuk— ini tepat yang disebut oleh Yang Berhormat kerana penjenayah ini pun dia menggunakan satu peralatan, kemudahan yang canggih, tak dapat dikesan. Saya lihat umpamanya, satu laporan di mana dadah itu, tetapi bila
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
dia— tidak dikesan dengan peralatan dan cover yang ada. Tetapi, dengan peralatan yang analytics yang baharu, mudah-mudahan insya-Allah dapat dikurangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker, untuk tujuan rekod ya, Ketua Polis dulu telah mencederakan seseorang sehingga dia dihukum. Tapi yang ini dia bukan cedera, dia gempak saja.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu beza ya. Jadi, tapi Allah tolong, orang yang dicederakan telah menang pilihan raya. Sekarang jadi PMX.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Alhamdulillah, terima kasih. Terima kasih Arau. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dan kita mulakan dengan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Soalan Pekan, soalan nombor 1.
1. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah dan nilai projek yang dikategorikan sebagai “projek sakit” termasuk punca utama kelewatan dan tindakan yang dikenakan terhadap kontraktor yang terlibat. Apakah implikasi kelewatan tersebut terhadap peningkatan kos kerajaan, keselamatan, keselesaan dan akses rakyat kepada kemudahan serta perkhidmatan awam.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Pekan yang bertanya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek yang dikategorikan sebagai berstatus “sakit” bermaksud sesuatu projek yang telah
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
mengalami kelewatan melebihi 60 hari atau 20 peratus ya. Ia mengikut mana yang terdahululah, berbanding jadual yang ditetapkan dalam kontrak.
Projek yang berstatus ini akan dipantau secara serius oleh pengawal ataupun pegawai penguasa (SO) ya, dan kementerian, supaya kontraktor dapat kembali berupaya melaksanakan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya prestasi kontraktor masih kekal tidak berubah, malah makin merosot, maka tindakan penamatan kontraktor akan dilaksanakan demi menjaga kepentingan kerajaan serta projek harus disiapkan untuk manfaat rakyat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, sehingga 31 Oktober 2026, sebanyak 880 projek sedang berada dalam peringkat pembinaan dengan 38 projek atau 4.32 peratus dikategorikan sebagai projek sakit dengan kos projek semasa bernilai RM2.080 bilion. Secara keseluruhannya, trend projek sakit bagi tahun 2026 menunjukkan penurunan berbanding kadar tertinggi yang direkodkan pada bulan Julai 2026 iaitu sebanyak 6.51 peratus melibatkan 55 projek.
Kadar tersebut, saya tegaskan, kadar tersebut telah berjaya dikurangkan kepada 3.77 peratus atau 33 projek pada September 2026 sebelum meningkat sedikit kepada 4.32 peratus atau 38 projek pada bulan Oktober ini ya, 2026.
Sehubungan itu, JKR Malaysia akan terus mempergiat pemantauan dan pelaksanaan langkah intervensi terhadap projek yang mengalami kelewatan termasuk penyediaan pelan pemulihan, pemantauan kemajuan fizikal secara berkala serta penyelarasan penyelesaian isu pelaksanaan bersama projek yang berkaitan.
Berdasarkan analisis terhadap punca kelewatan, sebanyak 77 peratus daripada punca kelewatan dikenal pasti adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan pihak kontraktor khususnya dari aspek perancangan dan penyelarasan kerja di tapak yang kurang berkesan, pengurusan tenaga kerja yang tidak mencukupi serta kelemahan dalam pengurusan jentera dan bekalan bahan binaan.
Manakala baki 23 peratus pula adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain yang mempengaruhi pelaksanaan projek. Antaranya kelewatan kerja pengalihan utiliti, isu pengambilan balik tanah, akses ke tapak binaan yang terhad, kekangan bekalan bahan binaan, kenaikan harga diesel serta isu-isu teknikal lain yang berkaitan dengan pelaksanaan projek.
Bagi 38 projek yang dikategorikan sebagai projek sakit, JKR melaksanakan pemantauan rapi dan tindakan intervensi secara berterusan termasuk merujuk projek berkenaan ke Jawatankuasa Project Solving Governance (PSG) ya, bagi mengenal
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
pasti isu serta menetapkan langkah pemulihan yang bersesuaian. Kementerian Kerja Raya telah mengambil pelbagai langkah proaktif dan berterusan bagi menangani isu kelewatan pelaksanaan projek termasuklah memperketat pemantauan kemajuan kerja, melaksanakan intervensi awal serta memperkukuh mekanisme penyelesaian masalah melalui Jawatankuasa PSG.
Tujuan Jawatankuasa PSG yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya adalah untuk memastikan segala obligasi dan tanggungjawab di pihak kerajaan dipenuhi sewajarnya sebelum projek diangkat ke Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP) ya, iaitu termasuk penyelesaian isu extension of time (EOT), arahan perubahan kerja, dan lain-lain obligasi kerajaan yang boleh disebabkan oleh kelewatan pengambilan balik tanah, kelewatan pengalihan utiliti, tunggakan bayaran kemajuan interim yang tertakluk kepada syarat dan peruntukan kontrak.
Memalui mekanisme PSG, penilaian menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan obligasi kerajaan telah dipenuhi serta menilai keupayaan kontraktor untuk meneruskan dan menyiapkan projek. Sekiranya obligasi kerajaan telah dipenuhi, namun kontraktor masih gagal menunjukkan keupayaan untuk memulihkan prestasi projek, projek berkenaan akan dirujuk kepada Jawatankuasa CCP bagi mempertimbangkan tindakan penamatan atas sebab kontraktor telah tidak berdaya maju untuk menyiapkan projek.
Sebagai bukti keseriusan kementerian dan kerajaan dalam menangani isu projek sakit, daripada 38 projek yang dikategorikan sebagai projek sakit sehingga Oktober 2026 ini, sebanyak enam projek telah dirujukkan kepada CCP dan kini dalam tindakan penamatan kontrak. Dan tindakan tegas ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap kegagalan kontraktor melaksanakan tanggungjawab kontrak, khususnya apabila segala obligasi di pihak kerajaan telah dipenuhi dan usaha pemulihan projek tidak menunjukkan keberkesanan.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya dan JKR akan terus memperkukuh pemantauan dan tindakan intervensi bagi memastikan projek pembangunan dapat disiapkan dengan teratur dengan memenuhi skop, kos dan kualiti yang telah ditetapkan, di samping melindungi kepentingan kerajaan serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Kadang-kadang berlaku di mana kerosakan jalan berulang. Perkara ini mengakibatkan kerugian juga kepada kerajaan. Oleh itu, Pekan ingin bertanya di samping projek sakit itu istilahnya juga kadang jalan pun turut sakit. Jadi, apakah mekanisme pemantauan audit kualiti dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan bahawa setiap peruntukan yang dibelanjakan benar-benar menghasilkan jalan yang selamat, berkualiti dan selesa untuk rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, kita— betul, apabila sesuatu projek itu telah siap dilaksanakan termasuklah jadi apa kata masa untuk penyelenggaraan projek. Lebih-lebih lagi projek jalan.
Jadi, apa jaminan kita untuk projek itu betul-betul boleh dinikmati oleh rakyat.
Jadi, saya cerita tentang penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang merangkumi skop penyelenggaraan iaitu maintenance iaitu penyelenggaraan rutin dan penyelenggaraan berkala.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, bagi penyelenggaraan rutin ia merangkumi kerja- kerja penyelenggaraan seperti penampalan potholes, longkang, bahu jalan dan pemotongan rumput. Penyelenggaraan rutin ini dilaksanakan berdasarkan pusingan kerja yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia oleh syarikat konsesi yang dilantik. Jadi, begitu juga di negeri-negeri di Sarawak dan juga Sabah ya, ada syarikat konsesi untuk maintenance atau penyelenggaraan.
Jadi, banyak lagi maklumat tentang ini Tuan Yang di-Pertua, maka kerana masa tidak mengizinkan saya akan beri penjelasan lanjut secara bertulis kepada Yang Berhormat Rompin, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Pekan— sorry, Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. KKR melalui JKR telah mempunyai sistem pemantauan projek seperti SKALA 1.0, 2.0 serta mengumumkan penerapan mekanisme amaran awal dan kewaspadaan bagi mengenal pasti projek bermasalah sebelum menjadi projek sakit.
Persoalannya, apakah kekangan KKR dalam memastikan pengesanan awal melalui sistem pemantauan sedia ada disusuli tindakan pemulihan yang berkesan dan adakah tempoh wajib ditetapkan untuk pegawai bertanggungjawab mengambil tindakan selepas risiko kelewatan di kenal pasti? Jangan sampai kontraktor berulang
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
kali gagal menyiapkan projek terus diberikan peluang mendapat tender baharu sedangkan rakyat terpaksa menanggung kesengsaraan akibat kelewatan.
Mereka seolah-olah kebal daripada tindakan tetapi rakyat pula menjadi mangsa kepada kegagalan mereka. Dan, boleh tak Yang Berhormat Menteri nyatakan berapakah jumlah projek sakit di Kelantan, di mana dan apakah tindakan yang telah diambil adakah projek penggantian Jambatan Sungai Durian termasuk dalam projek sakit? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya, saya jawab yang dari itu— projek Sungai Durian itu saya dah dua kali pergi ke sana itu. Jadi, Yang Berhormat, jadi betullah— ia betul-betul sakit tenat. Jadi, baru-baru ini dua hari lepas kami telah buat permukiman, retreat kementerian— itu amalan kami lah sejak beberapa tahun ini apabila selesai bajet diluluskan di dalam Dewan, kami berkumpul— saya, timbalan saya Menteri, KSU, timbalan-timbalan KSU, ketua pengarah, timbalan pengarah JKR, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan juga Ketua Eksekutif CIDB dan pegawai-pegawai atasan di peringkat pengarah kanan, pengarah ini, kami berkumpul— baru dua hari, baru balik kelmarin untuk kita memperbincangkan, brainstorming session bagaimana melangkah dalam tahun 2027 ini berdasarkan bajet yang diberikan dan bagaimana kita buat penambahbaikan termasuklah bagaimana kita menangani masalah projek-projek sakit ini.
Memang betul, Sungai Durian itu banyak janji, saya sendiri dijanjikan oleh kontraktor semasa saya turun pada awal tahun. Jadi, sampai hari ini bahan itu belum sampai ke lokasi pula juga.
[Ketawa] Jadi, sangat tenat.
Jadi, langkah-langkah yang lain. Memang kita ada tatakelola, SOP (standard operating procedure) Yang Berhormat— sepatutnya bagaimana. Walau bagaimanapun, kita kena pertimbangkan juga ada discretion sikitlah, banyak juga, lebih-lebih di Kelantan, kerana kita faham bukan segala-galanya masalah kelemahan kontraktor sebab telah saya sebut tadi di peringkat awal jawapan.
Jadi, perikemanusiaan kita, kita nak sebenarnya projek itu siap walaupun lewat. EOT adalah atas sebab-sebab— lebih-lebih lagi kalau dia layak menuntut EOT itu. Kita tak nak tergesa-gesa, kita bagi peluang tapi betul kesannya nanti projek itu lewat dinikmati oleh rakyat.
Jadi, untuk menjawab projek sakit 38 yang sebut, bukan sekadar di Kelantan Yang Berhormat, saya ada senarai dekat ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang sedikit?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
38 projek sakit di seluruh negara, saya sebut ini. Di Johor ada empat, di Kedah ada satu, di Kelantan ada lapan, di Melaka satu, di Negeri Sembilan dua, di Pahang empat, di Sabah enam, di Sarawak lima, Selangor tiga, Terengganu tiga, di Wilayah Persekutuan Putrajaya satu. 38 projek sakit tersenarai Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Komunikasi menyatakan:
(a) apakah rasional dan relevannya klasifikasi PG18 tahun ke atas tidak lagi ditapis dalam industri perfileman Malaysia selepas ini; dan
(b) apakah hala tuju FINAS dalam perubahan dasar ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia iaitu FINAS berperanan membangunkan industri perfileman negara. Manakala, urusan penapisan filem terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF) yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan juga Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) 2024.
Pendekatan membenarkan filem kategori 18 ditayangkan tanpa pemotongan babak tertentu merupakan anjakan kaedah kawalan daripada pemotongan babak kepada klasifikasi berdasarkan kesesuaian umur penonton tertakluk kepada garis panduan yang berkuat kuasa.
Di bawah pendekatan ini, filem yang memenuhi syarat boleh ditayangkan tanpa pemotongan babak tertentu tetapi dengan klasifikasi umur yang ketat. GPPF telah memperincikan kategori klasifikasi mengikut kesesuaian umur penonton dengan tiga tujuan utama.
(i) membolehkan orang dewasa membuat pilihan yang bijak bagi filem yang hendak ditonton;
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
(ii) mendidik dan juga melindungi remaja dan juga kanak-kanak daripada terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan boleh menjejaskan tingkah laku mereka; dan
(iii) meletakkan tanggungjawab kepada ibu bapa dalam mengawal dan membimbing anak-anak memilih kandungan yang sesuai.
Perlu ditegaskan bahawa filem kategori 18 hanya boleh ditonton oleh individu berumur 18 tahun dan ke atas. Pada masa yang sama, klasifikasi umur bukanlah lesen atau kebenaran untuk menayangkan sebarang kandungan tanpa batasan. LPF KDN tetap menilai filem berdasarkan empat aspek keutamaan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosial budaya serta ketertiban dan ketatasusilaan.
Kandungan yang melanggar garis panduan penapisan termasuk yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat tetap tertakluk kepada tindakan sewajarnya.
Kerajaan menyokong pembangunan industri perfileman tempatan yang kreatif, berkualiti dan berdaya saing. Di samping, memastikan kepentingan penonton, nilai masyarakat, serta pematuhan terhadap undang-undang terus terpelihara.
Sehubungan dengan itu, FINAS dan LPF, KDN akan terus bekerjasama dengan pemain industri. Manakala, sistem klasifikasi filem akan diteliti dari semasa ke semasa agar kekal relevan dengan perkembangan industri dan landskap kandungan semasa. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Terima kasih, Timbalan Menteri di atas jawapan yang komprehensif dan jelas sebentar tadi. Jadi, di sini ada persoalan tambahan daripada saya. Tadi, berdasarkan apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri berkenaan dengan empat nilai aspek tersebut, keselamatan, keagamaan, sosial budaya dan ketatasusilaan.
Jadi, soalan saya adakah terdapat kajian ataupun kerjasama daripada pihak agensi ataupun kementerian sendiri khususnya dalam menangani ataupun melihat kepada aspek agama, maksudnya rujukan ataupun kerjasama dengan pihak-pihak agensi keagamaan seperti contoh Hindu Sangam ke, Buddha ke atau khususnya JAKIM dalam menilai aspek-aspek sensitiviti agama dan juga perkara-perkara yang boleh menjejaskan. Sebab kita lihat pada hari ini banyak tayangan-tayangan yang membawa kepada normalisasi LGBT dan sebagainya.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat ataslah soalan tambahan tersebut.
Pertamanya seperti yang saya jelaskan tadi, penapisan filem adalah dibuat oleh LPF dan saya percaya apabila LPF buat sesuatu penapisan, mereka juga akanlah dapat nasihat daripada JAKIM dan sebagainya.
Dan kenapa saya rasa perubahan dasar ini adalah sebenarnya positif, progresif dan juga sebaiknya, baik untuklah industri kita adalah saya— saya nak bagi satu filem sebagai contoh. Sebagailah Tiger Stripes yang diarahkan olehlah Amanda Nell Eu. Dia sebenarnya satu filem Malaysia pertama dalam sejarah yang dapat anugerah Hadiah Utama dalamlah Festival Filem Cannes pada tahun 2023.
Filem ini juga dapat anugerah kat beberapa negara sepertilah Switzerland, Filipina, Kanada, Sepanyol, US dan sebagainya. Dan akhirnya filem ini juga dipilih untuklah mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Oscar ke-96 tetapi apabila filem ini ditayangkan di pawagam Malaysia, pada masa itu ada beberapa pemotongan scenes. Oleh sebab itu sebenarnya pengarah rasa agak kecewa dan beliau mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa filem versi yang ditayangkan kat Malaysia, bukanlah filem yang beliau hasilkan.
Sebab tu saya rasa, perubahan dasar olehlah LPF ini saya harap boleh dapat sokongan daripada semua kerana sangat pelik kalau sebuah filem bolehlah mewakili Malaysia di persada antarabangsa, tetapi penonton-penonton Malaysia tak dapat tengok filem yang lengkap dalam pawagam kita sendiri.
Jadi, saya percaya bahawa LPF akanlah melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan bahawa filem yang ditayangkan di pawagam Malaysia ia tidak akan mencetuskan apa-apa kontroversi dan juga akan menjaga harmoni masyarakat tetapi biarlah kita juga sama-sama menghormati karya yang dihasilkan olehlah industri tempatan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya menyambut langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa pemuda pemudi kita tidak didedahkan kepada mana-mana pengaruh negatif. Kita lihat bahawa dalam media sosial, Facebook terutamanya terdapat komen-komen jelik yang dikeluarkan di antara satu sama lain. Yang di- Pertua, saya bangun kerana saban hari ini telah menjadi lebih teruk dan itu persoalan pertama.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagaimana kementerian ingin mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kita mempromosikan konsep perpaduan, kesatuan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa terutamanya di kalangan belia beliawanis kita? Adakah kerajaan ingin mengambil langkah seperti di Australia? Pendedahan kepada media sosial itu dilarang kepada yang di bawah umur 16 ataupun 14 tahun. Itu soalan pertama saya.
Dan adakah kementerian juga bercadang untuk mempromosikan lebih lagi produksi ataupun gambar-gambar perfileman dalam negara yang mempromosikan sikap kesatuan, perpaduan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Kerana keadaan ini kita lihat— Dan juga sikap menghormati pemimpin kita— isu politik. Kerana kita lihat bahawa ada komen-komen yang berbaur hasutan, yang keji dilemparkan terhadap pemimpin-pemimpin kita, ramainya daripada pemuda-pemudi kita. Apa sahaja perkara yang kita lihat dalam media sosial, dilemparkan. Jadi bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa keadaan ini terkawal pada masa yang akan datang?
Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jelutong. Ada banyak bahagian dalam soalannya. Saya akan cuba jawab secepat mungkin.
Pertama, sama ada Malaysia akan mencontohi Australia untuklah mengehadkan ataupun letakkan satu had umur untuklah buka ataupun register, mendaftar akaun media sosial. Sebenarnya memang ini merupakan polisi Malaysia dan ini telah berkuat kuasa sejaklah 1 hari bulan Jun tahun ini dan sekarang pihak kita masihlah dalam grace period untuk lah platform media sosial ini untuk comply untuklah mematuhi dan juga lah tapiskan akaun-akaun yang telah daftar di bawah platform mereka masing-masing.
Bagi Malaysia, untuk lah platform yang mempunyai lapan juta pengguna, pengguna yang melebihi lapan juta, semua perlulah adalah licensee atau perlu dapat licence daripada MCMC. Jadi, ini merupakan salah satu tanggungjawab kewajipan yang kami letak kat mereka ini termasuk Facebook, Meta yang ibu syarikat Meta di bawahnya adalah Facebook dan Instagram dan juga TikTok dan juga YouTube. Isu kedua, sama ada kita ada bagilah dana untuk lah mempromo ataupun menggalakkan pengarah-pengarah ataupun karyawan-karyawan kita untuk menghasilkan kandungan yang bolehlah memupuk semangat perpaduan.
Puan Teo Nie Ching
Jawapannya ialah yes. Di bawah FINAS, kita ada Dana Kandungan Kreatif dan di bawahnya ada satu kategori yang kita panggil dana filem cereka ataupun kita panggil filem cereka yang di bawahnya adalah Dana CITRA.
Di bawah Dana CITRA, kita memang menggalak pengarah ataupun produser untuklah apply. mereka boleh buat permohonan kepada FINAS untuk lah dapat dana untuk menghasilkan filem ataupun dokumentari ataupun short film yang tidak melebihi 20 minit. Mereka boleh dapat dana daripada FINAS.
Salah satu elemen yang kita letakkan untuk lah Dana CITRA ini adalah kita nak mereka menghasilkan kandungan yang boleh promote, yang boleh menggalak semangat perpaduan, bagaimana kita boleh menghargai kepelbagaian masyarakat ini dan sebagainya. Jadi, saya di sini juga harap bahawa sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ada kawan-kawan dalam industri filem ini, silalah marilah kita sama-sama menggalak mereka untuk apply untuk dapat Dana CITRA ini. Sekian jawapan saya.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Kewangan menyatakan mekanisme akauntabiliti kerajaan terhadap anak syarikat dan agensi kerajaan yang mengalami kerugian akibat kelemahan tadbir urus, tatakelola atau keputusan pelaburan yang tidak mencapai sasaran serta sejauh mana ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi boleh dipertanggungjawabkan terhadap kerugian tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat.
Kerajaan sentiasa menekankan prinsip akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan Badan Berkanun Persekutuan ataupun BBP dan syarikat milik kerajaan bagi memastikan pengurusan dana awam dilaksanakan secara berhemah, cekap dan bertanggungjawab.
Bagi memastikan tadbir urus yang baik dalam kalangan BBP dan syarikat MKD, Surat Pekeliling Am SPA Bilangan 5 Tahun 2024, Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan dan Garis Panduan Tadbir Urus dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) 2024 telah diwujudkan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
SPA Bilangan 5/2024 memberi panduan dalam pelaksanaan peraturan dan prosedur berkaitan dengan pengurusan dan tatakelola BBP. Garis Panduan MKD 2024 pula menekankan peranan dan tanggungjawab fidusiari ahli lembaga pengarah dalam memastikan syarikat MKD melaksanakan mandat yang ditetapkan melalui penyediaan pelan perniagaan dan pelan pengurusan risiko. Selain itu, ahli lembaga pengarah bertanggungjawab memantau prestasi syarikat bagi memastikan pencapaian sasaran serta pematuhan terhadap peraturan dan prinsip tadbir urus korporat yang baik.
Dalam usaha memperkukuh akauntabiliti dan tadbir urus entiti milik kerajaan, Kementerian Kewangan sedang menggubal Rang Undang-undang Entiti Milik Kerajaan ataupun State-Owned Enterprises Act (SOE) bagi mewujudkan satu kerangka perundangan yang menyeluruh dan seragam dalam aspek pengurusan kewangan, kawal selia dan pengawasan terhadap entiti milik kerajaan. Cadangan RUU ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuh pengurusan kewangan serta memastikan akauntabiliti pihak yang bertanggungjawab ke atas entiti milik kerajaan termasuk ahli lembaga pengarah.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Lembaga pengarah termasuk kakitangan awam yang mewakili kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab fidusiari selaras dengan akta tubuh masing- masing serta tertakluk kepada tatakelola yang mengikat Lembaga Pengarah badan berkanun berkaitan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tindakan surcaj telah diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan yang merupakan suatu kaedah bagi kerajaan mengutip balik segala kehilangan atau kerugian di pihak kerajaan yang disebabkan oleh pegawai. Bagi badan berkanun, ia diperuntukkan di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) Tahun 2000 ataupun Akta 605 yang membolehkan tindakan tatatertib dan pemulihan kewangan terhadap pegawai termasuk Ketua pengarah yang bertanggungjawab atas kehilangan wang atau aset akibat kecuaian dan ketidakpatuhan prosedur.
Bagi entiti kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016, Akta 777 seksyen 213, Akta 777 memperuntukkan bahawa seseorang pengarah hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan suci hati demi kepentingan syarikat serta
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
menjalankan tugas dengan telitian, kemahiran dan usaha yang munasabah.
Sekiranya, Pengarah melanggar kewajipan fidusiari ini mereka boleh disaman secara sivil oleh syarikat atau pemegang saham termasuk kerajaan bagi tujuan pemulihan kerugian. Sekiranya kerugian melibatkan unsur rasuah, salah guna kuasa dan penipuan, SPRM atau polis boleh mengambil tindakan di bawah Akta SPRM 2009 atau Kanun Keseksaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat, soalan tambahan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato’ Dr.
Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri ialah kita sering mendengar mengenai anak syarikat kerajaan yang mengalami kerugian tetapi masih menerima lagi suntikan modal atau bantuan kewangan daripada kerajaan.
Bolehkah Menteri nyatakan berapakah jumlah suntikan modal kerajaan kepada syarikat yang telah mengalami kerugian dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dan adakah kerajaan mempunyai dasar untuk menutup, menyusun semula atau melupuskan syarikat yang terus mengalami kerugian tanpa menunjukkan prospek pemulihan yang munasabah?
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat.
Untuk jumlah itu saya akan bagi jawapan secara bertulis dan kerajaan memang tidak menggalak syarikat baharu ditubuhkan dan sejak 2024, undang-undang juga telah digubal bahawa Jabatan Audit atau Ketua Audit boleh membuat pengauditan terhadap semua syarikat subsidiari di bawah syarikat-syarikat kerajaan dan ini memang satu perkembangan yang baik. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri sebut berkaitan dengan satu RUU baharu tentang entiti milik kerajaan. Jadi, jika kita lihat antara problem ataupun masalah utama yang dihadapi oleh entiti milik kerajaan ini adalah pelaburan menggunakan duit orang lain. This is the biggest problem.
Sindrom menggunakan duit orang lain yang unlimited. Kalau duit sendiri ini fikir banyak kali tetapi sebab duit orang lain maknanya boleh pakai untuk macam- macam kegunaan. Jadi, sebab itu dalam konteks perakaunan sebagai contoh. Kita
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
ada agensi teori. Prinsipal dan ejen. Yang jadi prinsipal dekat sini adalah rakyat. Duit rakyat. Yang jadi ejen ini, pengurusan badan berkanun atau entiti milik kerajaan tadi.
Dalam RUU ini, saya nak tanya Menteri apakah yang akan diletakan dalam RUU ini?
Kerana apa, apa yang berlaku pada hari ini kita kena bezakan. Satu, ini penyelewengan, kerugian yang dihadapi oleh syarikat kerajaan atau oleh rakyat ini kerana penyelewengan. Itu satu.
Yang kedua ini, kerugian kerana ketidakcekapan dan ketidakcekapan ini boleh dipertahankan sebagai, “Oh, ini kita tak analisa itu dan ini.” Jadi, jika kita lihat dalam konteks ini apa yang berlaku kalau ada keuntungan, maka hasilnya akan dapat banyak pada pihak pengurusan. Ada bonus dan sebagainya. Tetapi, kalau berlaku kerugian, punishment itu quite limited. Terutamanya dalam konteks ketidakcekapan. Jadi, soalan saya dalam RUU yang hendak dibentangkan nanti, apakah pendekatan yang akan digunakan untuk menangani isu ini? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya terima baik cadangan Yang Berhormat Putrajaya untuk memberikan perbezaan dan juga penekanan supaya dua-dua faktor ini diambil kira dalam rang undang-undang ini dan rang undang-undang ini akan dilibat urus dengan jawatankuasa yang, Jawatankuasa Kewangan dan Ekonomi. Kerajaan dan Kementerian Kewangan bersedia untuk mendengar. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua. Satu soalan lagi? Tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, saya hanya benarkan dua sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat, berikut diteruskan kepada soalan keempat. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
LPT3 mohon diluluskan; ERCL hingga ke Tumpat; Harap Menteri beri jawapan; Soalan Kuala Nerus nombor empat.
4. Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan unjuran keperluan fleksibiliti sistem elektrik negara selaras dengan sasaran peningkatan Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang 2035 dan 2050 serta peranan Sistem Penstoran Tenaga (BESS) dan sumber fleksibiliti lain bagi memastikan kestabilan dan kebolehpercayaan grid.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk terus mempercepatkan pembangunan kapasiti penjanaan daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) selaras dengan sasaran meningkatkan kapasiti terpasang TBB kepada 35 peratus menjelang tahun 2030. 40 peratus menjelang tahun 2035 dan seterusnya, 70 peratus menjelang tahun 2050. Sehingga 1 September 2026, kapasiti terpasang TBB di Malaysia telah hampir mencapai 32 peratus, dengan kapasiti sekitar 14,000 megawatt.
Bagi menyokong pencapaian sasaran tersebut, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan termasuk Program Solar Berskala Besar, Large Scale Solar (LSS), Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), solar atap, mekanisme tarif galakan serta pembangunan sistem penyimpanan tenaga bateri, Battery Energy Storage System (BESS).
Inisiatif ini dilengkapi dengan perancangan pembangunan sistem elektrik secara menyeluruh bagi memastikan peningkatan TBB dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan kestabilan, kepercayaan dan keselamatan bekalan elektrik negara.
Antara tujuan utama kerajaan memperkenalkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri ataupun BESS adalah bagi memberi sokongan kepada sistem grid Semenanjung Malaysia dan seterusnya membenarkan kemasukan tenaga solar yang lebih tinggi. Pelaksanaan projek rintis yang dibangunkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Santong, Terengganu berkapasiti 100 megawatt dan 400 megawatt per jam telah mula beroperasi pada April 2026. Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) telah melaksanakan bidaan terbuka bagi Sistem Penyimpanan Tenaga (MYBESS) dengan kapasiti 400 megawatt, discas 1,600 megawatt per jam bagi penggunaan BESS di peringkat utiliti.
Keputusan pemilihan tender telah pun diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada bulan Disember 2025 yang lalu. Selain itu, kerajaan turut melancarkan LSS6
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
pada 16 Julai 2026 dengan penawaran kapasiti solar sebanyak 2,650 megawatt dengan integrasi BESS berkapasiti 1,250 megawatt.
Bagi memastikan infrastruktur pembekalan elektrik di Semenanjung terus diperkukuhkan, kerajaan melalui ST dan TNB sedang melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah kerangka Incentive Based Regulation (IBR) di bawah tempoh kawal selia keempat RP4 bagi tempoh 2025 hingga 2027. Kerajaan meluluskan RM43 bilion perbelanjaan modal Capex untuk TNB bagi memodenkan, memperkukuhkan dan meningkatkan kapasiti infrastruktur grid nasional.
Dalam konteks tersebut, antara projek utama yang dilaksanakan adalah pembangunan Sistem Penghantaran Nasional Grid Backbone 500 Kilowatt (kV) sepanjang kira-kira 500 kilometer oleh TNB yang disasarkan siap sepenuhnya menjelang 2030. Menghubungkan jajaran Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan hingga ke Johor.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Projek berskala besar ini memainkan peranan kritikal dan mempertingkat kapasiti penghantaran serta membolehkan integrasi TBB ke dalam sistem perbekalan elektrik Semenanjung secara meluas.
Seiring dengan mengukuhkan infrastruktur fizikal tersebut, inisiatif Grid Pintar
(Smart Grid) terus diperkasa melalui penerapan teknologi digital, automasi dan aplikasi kecerdasan buatan (AI). Pendekatan moden ini berfungsi mengoptimumkan kecekapan dan fleksibiliti operasi grid, memperkemas pengurusan sisi permintaan serta meningkatkan ketetapan ramalan beban elektrik.
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Nerus, soalan tambahan. Silakan.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang agak komprehensif.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada TNB kerana telah memilih Terengganu menjadi tempat Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berskala utiliti yang pertama di Malaysia yang telah disambungkan kepada grid nasional. Terima kasih, TNB.
Namun, memandangkan pembangunan Battery Energy Storage System
(BESS) ini dan penaiktarafan grid memerlukan pelaburan yang begitu besar, disebut oleh Timbalan Menteri sebentar tadi, bolehkah kerajaan menyatakan jumlah
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
keseluruhan peruntukan dan pelaburan yang diperlukan sehingga 2035, kapasiti penstoran tenaga yang disasarkan serta mekanisme pembiayaan yang digunakan?
Seterusnya, adakah kementerian telah menilai implikasi kos pembangunan tersebut terhadap tarif elektrik pengguna domestik? Apakah manfaat yang boleh diukur oleh rakyat khususnya dari segi kestabilan bekalan serta pengurangan kos elektrik domestik dalam jangka panjang?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Apakah kesan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa dari segi implikasi terhadap tarif domestik, umpamanya.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dari segi pembangunan sistem penyimpanan tenaga melibatkan kos pelaburan dan operasi. Namun demikian, sistem ini juga dapat membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga solar dan dapat mengurangkan keperluan bagi pengguna, sumber perjalanan yang lebih mahal ketika permintaan yang puncak.
Oleh itu, sebarang implikasi terhadap tarif, kita menilai secara menyeluruh dengan mengambil kira keseimbangan antara kos pembangunan dan penjimatan operasi serta kemampuan pengguna itu sendiri.
Dari segi kestabilan bekalan, sistem ini dapat memberi impak yang sangat besar kepada kita serta memberi tindak balas yang begitu pantas apabila berlaku perubahan bekalan atau permintaan sekali gus dapat menstabilkan grid dan mengurangkan risiko gangguan dari segi kepada pengguna dan manfaatnya turut dapat dinikmati oleh pengguna di kawasan sekitar melalui pengukuhan sistem grid setempat ini.
Satu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus sebentar tadi dari segi kos. Dari segi kos, sebenarnya saya tidak ada angka di sini dan saya masukkan dalam jawapan saya ini kos Yang Berhormat nyatakan sebentar tadi dan, insya-Allah, saya akan masukkan dalam jawapan secara bertulis kos yang diminta oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Memandangkan Sarawak kini memimpin agenda peralihan tenaga negara dengan sasaran agresif yang melonjakkan kapasiti tenaga boleh baharu sehingga 15 megawatt menjelang 2035 di mana grid tempatannya sudah pun didominasi lebih 70 peratus oleh tenaga hidro bersih. Tadi juga disebutkan mengenai CRESS dan PETRA juga telah melancarkan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) ini dan saya ingin bertanya, sejauh manakah sistem kawal selia grid nasional ini diselaraskan untuk kita mengintegrasikan model pasaran tenaga Sarawak yang lebih matang ke dalam sistem CRESS ini?
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Betong.
Persoalan yang dibangkitkan oleh Betong sebentar tadi sebenarnya― terlebih dahulu, saya ucap tahniah. Sebenarnya di Sarawak sememangnya telah menjangkaui begitu jauh sekali dari segi tenaga baharu. Dari segi CRESS yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, kita sebenarnya meletakkan satu mekanisme supaya CRESS ini dapat dari segi― Corporate Renewable Energy Supply Scheme
(CRESS) ini adalah merupakan satu perkara yang sangat dibanggakan dan kita sentiasa bekerja rapat sebenarnya dengan Sarawak sendiri. Ini saya rasa Yang Berhormat maklum.
Tenaga yang berada di Sarawak ini memang jauh ke depan. Ini boleh kita akui. Sebagaimana sasaran yang diberikan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, untuk mencapai mencecah 15 gigawatt ini sebenarnya agak besar dan sasaran kita― yalah, Sarawak pun agak negeri yang begitu besar dan sedangkan di Semenanjung sahaja penggunaan kita sekitar 21 perpuluhan― saya tak berapa ingat perpuluhan berapa― gigawatt. Maknanya, Sarawak telah hampir mencapai sasaran kita sebenarnya di Semenanjung ini. Tahniah kepada Sarawak.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kelima. Dengan ini, dipersilakan Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir, Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih.
Dua tiga kucing berlari; Soalan nombor 5 sedang menanti.
5. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Pendidikan menyatakan status pembinaan asrama baharu SMK Libaran, keperluan bilik darjah, guru dan kemudahan asas menjelang sesi 2027 serta keputusan terkini cadangan SMK Gum- Gum 2 termasuk peruntukan, status tapak, jadual pembinaan, justifikasi kelewatan setiap komponen atau alasan rasmi sekiranya masih belum diluluskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Libaran atas soalan kepada KPM.
Kementerian Pendidikan komited untuk memastikan projek pembangunan pendidikan dilaksanakan secara terancang dan mengikut tata kelola prosedur yang ditetapkan. Dalam melaksanakan sesuatu projek, perhatian bukan sahaja perlu diberikan kepada isu kelulusan malah segala urusan seperti tanah, kelulusan teknikal, penyelarasan antara agensi serta kepentingan masyarakat setempat turut juga diuruskan dengan baik bagi memastikan kelancaran pelaksanaan.
Bagi projek pembinaan asrama baharu di SMK Libaran, projek ini telah diluluskan di bawah RP1 RMK12 tahun 2021 dengan kos RM18.525 juta. Skop projek melibatkan pembinaan asrama yang dapat menampung 100 orang murid lelaki dan 100 murid perempuan, dewan makan, rumah warden dan juga kemudahan sokongan asrama yang berkaitan.
Selepas projek diluluskan di bawah RP1 RMK12, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengemukakan permohonan kebenaran masuk tapak kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah pada 22 Februari 2021 bagi membolehkan projek dilaksanakan. Walau bagaimanapun, pada bulan Ogos 2021, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mendapati wujud pertindihan antara tapak yang dipohon oleh KPM dan tapak yang turut dipohon oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Susulan perkara tersebut, beberapa siri perbincangan diadakan antara KPM, KKM, Majlis Perbandaran Sandakan dan juga Jabatan Tanah dan Ukur bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Hasil penyelarasan, kebenaran masuk tapak akhirnya dikeluarkan kepada KPM dan JPN Sabah pada bulan Mac 2023.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Susulan daripada itu, kita telah pun melakukan dua urusan perolehan secara tender bagi melantik kontraktor untuk melaksanakan projek tersebut. Namun demikian, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kedua-dua proses tender tersebut gagal dimuktamadkan.
Selepas itu, pada bulan September 2025, satu lagi mesyuarat telah pun dipanggil yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk mesyuarat penyelarasan isu pertindihan tapak antara KPM dan KKM dan mesyuarat itu membuat keputusan bahawa pembangunan Klinik Kesihatan Sungai Manila akan dilaksanakan di tapak tersebut dan keputusan tersebut turut membuka laluan kepada penyediaan satu tapak baharu yang dikenal pasti oleh Kerajaan Sabah.
Kerajaan Sabah telah mencadangkan satu tapak baharu seluas 6.5 ekar bagi tujuan pembangunan asrama SMK Libaran. Setelah isu tapak selesai, KPM akan mengemukakan semula permohonan kelulusan projek ini dalam rolling plan yang akan datang.
Bagi pembinaan sekolah baharu SMK Gum-Gum 2, Sandakan, projek ini telah diluluskan di bawah rolling plan 1 RMK11 yang mengandungi 18 bilik darjah serta kemudahan sekolah yang lain.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Pada peringkat awal pelaksanaan, projek ini berdepanan dengan cabaran apabila berlaku bantahan daripada masyarakat setempat terhadap tapak asal yang dicadangkan. Susulan daripada itu, proses pemindahan ke tapak baharu perlu dilaksanakan melibatkan beberapa urusan teknikal sebelum projek dapat diteruskan.
Sekarang, isu tapak telah pun berjaya diselesaikan.
JKR Sabah selaku agensi pelaksana telah melantik kontraktor bagi melaksanakan projek tersebut dan nilai kontrak yang di-award-kan adalah berjumlah RM61.923 juta. Projek ini telah pun dimulakan pada 30 Jun 2025 iaitu telah pun masuk tapak dan dijadual siap pada 31 Julai 2028.
Sehingga hari ini, kemajuan fizikal di tapak adalah sebanyak 5.67 peratus berbanding dengan sasaran jadual dalam kontrak sebanyak 12.26 peratus. Dengan kata lain, ada satu kelewatan sebanyak 6.59 peratus ataupun 51 hari. Dan dalam perkara ini, KPM dan JPN akan terus memainkan peranan untuk memantau pelaksanaan projek ini dari masa ke semasa supaya ia boleh disiapkan mengikut perancangan yang ditetapkan seperti dalam kontrak. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Libaran, silakan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Timbalan Yang Berhormat Menteri. Saya sungguh merasa kecewa dengan apa yang telah berlaku terutama sekali jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Bukan kekecewaan ini kepada saya tetapi kepada rakyat Libaran itu sendiri kerana memandangkan sekolah ini, projek ini juga telah sepatutnya dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas RP1 tetapi sehingga Rancangan Ketiga Belas RP1 ini tidak dapat dikendalikan.
Kita tahu persoalan dan permasalahan yang timbul sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri tetapi sesuatu peruntukan yang telah diperuntukkan sepatutnya jangan disalurkan ataupun diperuntukkan pada tahun itu sekiranya belum ada selesai permasalahan yang timbul, terutama sekali dalam soal tanah, soal segala apa sekalipun sebab kita kena bersedia. Apabila ini berlaku dalam RP1 RMK12 dan sekarang RMK13 RP1, kos itu akan meningkat dan perbelanjaan juga akan bertambah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan ataupun komen daripada Yang Berhormat Libaran. Dan apa yang saya nak sebut di sini adalah apabila kita mendapati ada pertindihan tanah untuk SMK Libaran, sudah tentu Kementerian Pendidikan ataupun Jabatan Pendidikan Negeri Sabah perlu mengambil tindakan untuk memastikan bahawa isu tapak itu selesai terlebih dahulu.
Dan itu sebab kenapa ada mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sendiri yang untuk mencari supaya jalan keluar bagi kita semua.
Kita mengambil maklum cadangan dan juga komen daripada Yang Berhormat Libaran dan saya boleh nyatakan bagi pihak Kementerian Pendidikan di sini bahawa selepas Kerajaan MADANI mengambil alih, kita telah pun memastikan perjalanan projek-projek berjalan dengan lancar. Nombor satu, untuk sekolah-sekolah baharu selalunya pendekatan Kerajaan MADANI pada hari ini adalah untuk kita selesaikan isu tapak terlebih dahulu. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Libaran itu betul.
Apabila kita tertangguh untuk lima, 10 tahun, kosnya berubah dan kita perlu untuk memasukkan dalam rolling plan yang baharu.
Tuan Wong Kah Woh
Apabila kita mengambil satu pendekatan selesaikan isu perolehan tanah dahulu. Dan setiap tahun untuk makluman Ahli Yang Berhormat Libaran, apabila kita sekarang bina sekolah baharu untuk negeri-negeri yang melibatkan perolehan tanah, kita akan masukkan bajet ataupun anggaran perbelanjaan dalam rolling plan, nombor satu untuk perolehan tanah pada tahun itu.
Dan nombor dua, apabila perolehan tanah berjaya dilaksanakan, maka pada tahun seterusnya, kita akan buat ataupun mengemukakan permohonan untuk pembinaan sekolah baharu. Ini telah pun kita perbaiki dari segi prosedur supaya kesemua isu yang kita hadapi pada masa lampau itu bukan kata kita 100 peratus selesai tetapi kita cuba sedaya-upaya untuk memastikan projek itu berjalan dengan lancar. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah saya ingin bertanya, sejauh manakah kementerian telah melaksanakan pemetaan keperluan bilik darjah, guru dan kemudahan asas sekolah di seluruh negara bagi menghadapi perubahan dasar pendidikan 2027, khususnya kemasukan Tahun 1 berumur enam tahun secara sukarela?
Dan adakah kementerian bersedia membentang unjuran pertambahan murid dan keperluan infrastruktur mengikut negeri supaya peruntukan pembangunan sekolah dapat dilaksanakan secara lebih terancang dan bukannya hanya setelah berlaku kesesakan? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah. Sememangnya dalam Dewan yang mulia ini, tiga minggu yang lepas saya sendiri telah pun menjawab berkenaan dengan jumlah pelajar yang masuk ke Tahun 1 untuk kohort enam tahun iaitu seramai lebih kurang 73,000 orang.
Dan dalam pada itu, untuk kita membuat persediaan dari segi fasiliti, sememangnya pemetaan berdasarkan kepada sasaran dan juga actual enrolment itu dengan izin, ada dibuat dan itu sebab kenapa dalam masa setengah tahun ini, KPM sedang giat untuk melaksanakan beberapa pendekatan untuk memastikan kita mempunyai bilik darjah yang mencukupi.
Tuan Wong Kah Woh
Nombor satu, pembinaan secara IBS ada yang sudah siap, ada yang belum siap tetapi sedang dilaksanakan. Kita akan pastikan supaya ia sempat siap untuk kegunaan pada sesi persekolahan pada bulan Januari.
Nombor dua, kita buat tukar fungsi bilik-bilik yang sedia ada melalui inisiatif ubah suai naik taraf. Katakan ada bilik-bilik kosong yang sebelum ini tidak digunakan, maka kita buat ubah suai naik taraf dan kita tukar fungsi untuk menjadikan ia sebagai bilik darjah bagi menampung keperluan. Dan kesemua pendekatan ini dengan statistik, saya telah pun bentangkan dalam Dewan ini. Mungkin selepas ini saya boleh bagi berapa jumlah bilik darjah dan berapa jumlah yang telah pun kita tukar fungsi bagi tujuan untuk persediaan sesi persekolahan pada tahun hadapan untuk kohort enam tahun dan juga tujuh tahun. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang ke-6. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah, Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato’ Sri Dr.
Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.
6. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan status keberkesanan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, liputan perlindungan sosial bagi pekerja sektor tidak formal (gig ekonomi) serta langkah bagi merapatkan jurang kecekapan tenaga kerja tempatan mendepani arus teknologi kecerdasan buatan (AI).
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) telah menunjukkan keberkesanan yang positif. Sehingga 23 September 2026, seramai 51,363 pekerja daripada 4,025 majikan telah menerima manfaat dengan peruntukan insentif kerajaan sebanyak RM99.51 juta. DGP berjaya meningkatkan median gaji pekerja peringkat permulaan sebanyak 16 peratus daripada RM1,900 kepada RM2,200 dengan peningkatan sebanyak RM300.
Manakala, bagi pekerja bukan peringkat permulaan pula, median gaji meningkat daripada RM2,199.15 kepada RM2,438 iaitu peningkatan sebanyak RM238.85 atau 11 peratus. Bagi perlindungan sosial pekerja sektor tidak formal, kerajaan telah menguatkuasakan Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] bermula 1 April 2026. Melalui akta ini, pekerja gig diwajibkan mencarum di bawah Skim LINDUNG
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
KENDIRI di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan tanggungjawab caruman turut dipikul oleh penyedia platform. Setakat 18 September 2026, seramai 1.28 juta pekerja gig telah berdaftar dan dilindungi di bawah skim ini.
Bagi mendepani arus teknologi kecerdasan buatan (AI) dan merapatkan jurang kecekapan tenaga kerja tempatan, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah mengharmonikan beberapa inisiatif strategik merentasi jabatan dan agensi.
Pertama, pemetaan dan platform kemahiran TalentCorp. Berdasarkan kajian impak AI dan digital platform myMAHIR.my telah dibangunkan sebagai pusat rujukan komprehensif pasaran kerja.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Ini disokong oleh pelaksanaan MyMahir SkillsLab yang menawarkan modul khusus AI untuk melahirkan bakat bersedia masa hadapan (future ready). Kedua, pembiayaan dan latihan berimpak tinggi. Geran latihan sebanyak RM100 juta juga disediakan melalui Skim Pembiayaan Program TVET Berimpak Tinggi 2025, membiayai tujuh bidang pertumbuhan dan nilai tinggi (high growth, high value), termasuk AI. Majikan juga digalakkan memanfaatkan levi HRD Corp untuk program peningkatan kemahiran, upskilling dan reskilling.
Dan ketiga, penyelarasan standard dan latihan industri, pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) diselaraskan dengan keperluan ekonomi digital. Selain itu, Program Akademi Dalam Industri (ADI) berkonsepkan place and train dan train and place dilaksanakan untuk mengurangkan ketidaksepadanan kemahiran, dibantu dengan kursus jangka pendek teknikal oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato' Dr.
Yang di-Pertua. Tahniah kepada kementerian kerana kepekaan kepada mereka yang terlibat dengan AI ini. Tetapi on the ground Yang Berhormat, kita rasa bimbang.
Khususnya di Langkawi sendiri, fenomena broken ladder atau pun tangga patah ni, tangga kerjaya yang terputus ini akibat AI telah mula dirasai oleh anak-anak muda di sana.
Kalau kita lihat, pemasaran hotel dan resort bagi permulaan kerjaan diambil alih oleh AI. Pengurusan media sosial juga, automasi mengurus kandungan dan pertanyaan pelanggan diambil alih oleh AI. Agensi pelancongan AI, membantu tempahan dan pakej pelancongan yang dulu dibuat oleh anak-anak muda ini.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Pemandu pelancong, contohnya. AI menyediakan bantuan, panduan dan maklumat destinasi. Ini pekerjaan-pekerjaan yang awal yang sepatutnya di-train kepada anak- anak kita yang mulai memasuki bidang pelancongan.
Soalan saya Yang Berhormat, bagaimanakah kementerian memastikan mereka tidak kehilangan pekerjaan awal ini dan mampu beralih kepada peranan pelancongan bernilai tinggi seperti pengurusan hospitaliti berasaskan AI dan pelancongan ataupun pintar atau smart tourism? Dan kedua, apakah kerajaan membuat kajian dalam masa lima, 10 tahun ni, berapa banyak pekerjaan yang akan hilang, bakal introduksi teknologi AI ini? Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Kementerian sedar betapa pentingnya untuk kita melakukan satu tindakan, bukan sahaja tindakan pada masa kini tetapi juga tindakan pada masa hadapan berkenaan dengan prospek dan juga implikasi kecerdasan buatan (AI).
Di sini suka saya memberikan beberapa pengisian yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk kita mendepani cabaran berkenaan dengan kecerdasan buatan (AI). Pertama, kita telah mewujudkan program reskilling dan upskilling yang dilaksanakan dengan jabatan dan agensi di bawah KESUMA.
Dengan jelas, apa yang kita lahirkan iaitu pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam bidang berimpak tinggi seperti yang saya sebutkan tadi. Automasi industri, robotik, data analytic yang berkait rapat dengan sektor pelancongan dan juga hospitaliti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi, siber keselamatan, semikonduktor dan tenaga hijau.
Dengan pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) ini, tujuannya dengan jelas untuk kita pastikan sistem pensijilan kemahiran negara kekal relevan serta menyokong keperluan peningkatan kemahiran pekerja tempatan dengan Ekonomi Digital dan Industri 4.0.
Sehingga kini, lebih 120 NOSS berkaitan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) telah dibangunkan dan disediakan di 1,615 pusat bertauliah di seluruh negara. Yang Berhormat Langkawi pula ada juga bertanyakan jikalau kita ada lakukan kajian.
Bukan setakat kajian yang kita lakukan tetapi juga kajian impak dengan spesifik berkenaan dengan kecerdasan buatan (AI), digital dan ekonomi hijau terhadap tenaga kerja Malaysia yang telah dilakukan dan disediakan oleh TalentCorp.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Cuma Tuan Yang di-Pertua, masa mencemburui kita di dalam Dewan ini.
Saya akan memberikan satu jawapan yang komprehensif kepada Yang Berhormat Langkawi untuk kita bersama-sama melihat apakah sebenarnya yang telah dilakukan dan disediakan oleh pihak kementerian itu sendiri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Saya nak merujuk kepada gaji progresif ini. Dan kita dimaklumkan bahawa Utusan Malaysia sekarang ni hadapi masalah krisis pengurusan dan kewangan. Hampir 100 hingga 200 orang pekerja mungkin akan kehilangan pekerjaan. Dengan itu, mungkin ya lah, mereka ada masalah tentang komitmen, anak-anak, ada perbelanjaan- perbelanjaan keluarga dan sebagainya. So, apakah cadangan kerajaan dan Utusan ni adalah satu badan yang penting semasa era kemerdekaan dahulu. So, apakah cadangan kerajaan untuk mengatasi masalah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Suka saya di sini memberikan satu kes yang berkaitan dengan Dasar Gaji Progresif untuk kita bersama-sama di dalam Dewan ini memahami apa yang sebenarnya intervensi dilakukan oleh pihak kerajaan dalam sudut Dasar Gaji Progresif.
Ada sebuah syarikat di negeri Selangor. Saya hanya ambil sebagai contoh.
Syarikat ini ialah Auto Prima Technology Training Sendirian Berhad, sektor industri pendidikan. Jumlah pekerja yang menerima manfaat DGP— 54 orang, jumlah insentif yang telah dibayar sebanyak RM187,200. Daripada keseluruhan pekerja yang menerima manfaat DGP, seramai enam orang pekerja yang menjawat jawatan guru dalam kategori entry level menerima kenaikan gaji pokok berdasarkan kadar insentif sebanyak RM200.
Sementara itu, pekerja-pekerja lain menerima kenaikan gaji pokok berdasarkan kadar insentif sebanyak RM300. Pelaksanaan ini menunjukkan dengan jelas bahawa majikan telah memaksimumkan penggunaan insentif kewangan yang disediakan oleh kerajaan dengan melaksanakan kenaikan gaji pokok berdasarkan jumlah insentif yang dibayar oleh majikan. Ini salah satu contoh syarikat yang telah melibatkan diri di dalam program dan Dasar Gaji Progresif.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Selain itu, Yang Berhormat Kulai ada membangkitkan berkenaan dengan kemungkinan ada sebuah syarikat yang akan melakukan pembuangan para staf atau para pekerja. Di pihak kementerian, kita ada beberapa siri ataupun beberapa langkah yang akan diambil jikalau perkara itu benar-benar berlaku.
Pertama, kita akan memohon dan juga meminta syarikat tersebut untuk melakukan permohonan bantuan dan juga semakan kelayakan SIP. SIP ini ialah permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan. Dalam tempoh 60 hari dan tarikh kehilangan pekerjaan itu dan paling penting ada dokumen sebagai sokongan dijadikan bukti. Kelayakan tertakluk kepada syarat caruman dan kehilangan pekerjaan yang ditetapkan.
Saya sudah sediakan sebenarnya enam langkah-langkah yang kita akan ambil dan saya akan berkongsi dengan Yang Berhormat Pulai untuk kita sama-sama menghadam, apakah fungsi yang akan dimainkan oleh pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Komunikasi menyatakan sejauh mana SKMM mempunyai teknologi dan kepakaran untuk mengesan trafik perjudian dalam talian serta mengenal pasti dan menyekat pelayan atau platform perjudian, termasuk melalui kerjasama dengan PDRM bagi tindakan penguatkuasaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Komunikasi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk juga menjawab pertanyaan YB Lubok Antu bersekali dengan pertanyaan dari YB Sri Gading yang bertarikh 2 Disember 2026 kerana kedua-duanya menyentuh isu perjudian dalam talian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Lulus, silakan.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Speaker. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian serius terhadap kegiatan perjudian dalam talian melalui pendekatan penguatkuasaan bersepadu dan melibatkan kementerian dan juga agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.
Dalam hal ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan agensi penguatkuasaan utama di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1959 [Akta 289] manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan tindakan kawal selia berkaitan penyalahgunaan platform dan juga rangkaian komunikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866].
Dari aspek keupayaan teknikal, MCMC bekerja sama rapat dengan PDRM dalam memberikan bantuan siasatan, pembekalan maklumat, analisis forensik digital serta mengenal pasti kandungan dan laman sesawang yang terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian. MCMC turut menyelaras tindakan penurunan kandungan dan sekatan laman sesawang melalui pemberi perkhidmatan, berdasarkan hasil pemantauan serta permohonan rasmi agensi penguatkuasaan berkaitan.
Bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2026, MCMC telah— 738,372 permohonan penurunan kandungan yang berunsur perjudian dalam talian dengan 724,879 kandungan iaitu 98 peratus berjaya diturunkan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,603 laman sesawang perjudian turut disekat.
Untuk menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 537 laman sesawang perjudian dalam talian telah pun disekat melibatkan 27 laman. Pada Januari tiada sekatan yang dibuat pada bulan Februari, 279 laman, pada Mac 20 laman pada April 69 laman pada Mei 138 laman, pada Jun dan juga 40 laman pada Julai.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 253,424 kandungan berunsur perjudian dalam talian turut berjaya diturunkan melalui kerjasama MCMC dengan pemberi perkhidmatan. Dari segi penguatkuasaan, MCMC turut menyertai operasi bersepadu yang diterajui oleh PDRM, antaranya JOL dan juga Op Soga Kesebelas pada tahun 2026 bagi membanteras kegiatan perjudian dan pertaruhan dalam talian termasuk yang berkaitan dengan Piala Dunia FIFA 2026.
Selain itu, kerjasama MCMC, PDRM dan pemberi perkhidmatan turut diperkukuh melalui Op Pancing dan Op Delusi bagi mengekang penyalahgunaan peralatan Fake Based Transceiver Station (Fake BTS) dengan izin yang digunakan
Puan Teo Nie Ching
untuk menyebarkan SMS secara bersekala termasuk mesej dan pautan yang boleh membawa pengguna kepada platform atau pun aktiviti menyalahi undang-undang.
Bagi menangani kemunculan semula kandungan dan juga laman sesawang perjudian, MCMC meneruskan pemantauan serta tindakan penurunan dan sekatan melalui kerjasama dengan agensi penguatkuasaan dan pemberi perkhidmatan.
Keberkesanan tindakan ini dapat dilihat melalui jumlah kandungan yang berjaya diturunkan, laman sesawang yang disekat serta hasil operasi penguatkuasaan bersepadu. Sekian jawapan saya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Lubok Antu, soalan tambahan.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan.
Beberapa negara telah mengambil pelbagai langkah penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian, termasuk melalui kawalan institusi kewangan berdekatan akses digital dan kerjasama rentas sempadan. Kita ambil contoh Singapura sebagai contoh.
Jadi, soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan mekanisme yang lebih tegas melalui kerjasama antara SKMM, Bank Negara Malaysia, institusi perbankan dan agensi penguatkuasaan bagi mengenal pasti serta menyekat akaun bank dan transaksi kewangan yang mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian dalam talian?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang ini adalah cadangan yang sangat bagus dan juga sedang diteliti.
Seperti yang saya sebut tadi, MCMC fungsi yang dimainkan oleh MCMC adalah pemantauan aktiviti dalam talian dan juga apabila kita mendapati ada apa- apa kandungan yang berkaitan dengan perjudian dalam talian, kami akan kemukakan permohonan kepada platform untuk diturunkan.
Untuk— memang ada kerjasama antara MCMC, PDRM, Bank Negara Malaysia dan sektor perbankan bukan sahaja untuk isu perjudian dalam talian tetapi juga berkenaan dengan scam dan sebagainya. Jadi, ini memang merupakan satu cadangan yang sangat-sangat bagus dan sedang diteliti untuk pastikan bahawa kita bolehlah monitor dan ambil tindakan yang lebih keras terhadap aktiviti perjudian dalam talian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker.
Usahawan kecil pun susah nak makan bukan sahaja B40, Soalan Kapar nombor 8.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat, sebentar. Saya pusing sini tadi nak bagi soalan sebelah sini, tidak ada ke siapa nak bertanya yang nombor 7?
Saya ingatkan Yang Berhormat Kapar nak bertanya kepada Menteri Komunikasi. Jadi, sebentar Menteri. Sebelah kiri jika tidak saya akan bagi ruang kepada kerajaan. Tiada? Jika tiada, sebelah kerajaan tambahan satu, siapa yang nak bertanya soalan nombor 7.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bertanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas segala langkah-langkah yang diambil untuk mengekang aktiviti perjudian melalui talian.
Pada masa yang sama, saya juga ingin tanya, apakah koordinasi yang dilakukan melalui kementerian Yang Berhormat dan juga Polis Diraja Malaysia untuk membanteras aktiviti perjudian ini, termasuk merampas wang yang dikesan telah pun diambil daripada mana-mana organisasi ataupun individu yang mendapatkan wang perjudian sekiranya wang itu dapat berjaya dikesan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah apa-apa jawatankuasa yang ditubuhkan di antara kementerian Yang Berhormat dan Polis Diraja Malaysia untuk memastikan tindakan-tindakan ini diambil bagi tujuan kerajaan juga memperolehi dana daripada aktiviti-aktiviti perjudian seperti ini sekiranya penguatkuasaan diambil. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jelutong ataslah soalan tersebut. Memang MCMC sebenarnya bekerjasama denganlah PDRM dan terlibatlah dalam beberapa operasi yang dilaksanakan oleh PDRM seperti Ops Dadu ataupun kita panggil Ops JOL – judi dalam talian. Tetapi, saya tidak ada authority untuk kongsikan jumlah yang dirampas dan juga tangkapan yang dibuat kerana itu adalah di bawah bidang kuasa PDRM.
Jadi, sekiranya Ahli Yang Berhormat memang minat nak tahu berapa orang telah ditangkap, jumlah yang telah dirampas, saya rasa Yang Berhormat bolehlah kemukakan soalan kepada KDN kerana ini adalah di bawah bidang kuasa PDRM.
Bagi MCMC, kita tidak terlibat dalam tindakan untuk rampas wang tunai ke ataupun cash ke ataupun tangkapan itu semuanya adalah dilaksanakan oleh PDRM. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Majlis ke soalan yang kelapan. Dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Dr.
Hajah Halimah Ali, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker.
Usahawan kecil susah nak makan, Bukan sahaja B40, soalan Kapar nombor 8.
8. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana kerajaan memastikan bahawa pertumbuhan ekonomi ini tidak hanya tercatat sebagai angka makro tetapi benar-benar diterjemahkan kepada kos sara hidup yang lebih terkawal dan pendapatan isi rumah yang meningkat khususnya bagi golongan B40 dan PMKS.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kewangan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak pasca pandemik COVID- 19 pada tahun 2023, ekonomi Malaysia telah mencatat pertumbuhan ekonomi daripada 3.6 peratus pada tahun 2023 kepada lima peratus pada tahun 2025 dan seterusnya catat 5.7 peratus bagi separuh tahun 2026.
Prestasi ekonomi berturut-turut yang memberangsangkan ini dicapai melalui pendekatan strategi yang dirangka di bawah kerangka Ekonomi MADANI untuk memacu pembaharuan tatakelola dalam kerajaan dan menaikkan siling bagi merancakkan penjanaan ekonomi yang lebih berdaya saing.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Hasil ekonomi yang dijana ini telah dipulangkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk inisiatif untuk menaikkan lantai bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan tema Belanjawan 2027 iaitu “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Oktober.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam meneliti aspek kebajikan rakyat, kerajaan telah menilai cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi oleh negara. Antara cabaran semasa yang paling ketara adalah cabaran ketidaktentuan geopolitik dunia dan peralihan ekonomi yang lebih inklusif yang di dukung oleh negara-negara maju.
Lebih eksklusif, maaf. Peralihan ekonomi yang lebih eksklusif.
Cabaran ini mampu memberi kesan rantaian bekalan dan rantaian nilai kepada ekonomi negara yang boleh memberi kesan kepada kos perniagaan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan kos sara hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan golongan mudah terjejas.
Antara inisiatif utama awalan yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI adalah program BUDI MADANI untuk menyasarkan semula subsidi bahan api, diesel dan petrol RON95 bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan bahan api tersebut.
Program ini telah diperluaskan kepada inisiatif BUDI95, di mana harga bahan api RON95 telah dikawal pada harga RM1.99 seliter bagi 300 liter untuk setiap penerima yang layak.
Langkah ini bertujuan meringankan perbelanjaan bahan api penerima yang layak dan mengurangkan ketirisan subsidi. Usaha ini juga telah membantu mengawal harga barangan dan memastikan kelangsungan bekalan makanan yang cukup untuk rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan.
Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif lain melalui Belanjawan 2027 bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas serta PMKS diberi bantuan sewajarnya untuk menangani cabaran kos sara hidup. Antaranya adalah meningkatkan pemberian bantuan SARA ataupun SARA dan STR – Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH kepada RM16 bilion, memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima.
Kerajaan juga akan memberi bantuan SARA tambahan hingga RM250 secara bulanan khusus untuk golongan miskin tegar atau miskin yang berdaftar dengan sistem eKasih. Meningkatkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada RM200 bagi setiap murid. Meningkatkan pelepasan cukai individu kepada RM12,000 daripada RM9,000, meningkatkan gaji minimum kepada RM2,000
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
sebulan yang akan memanfaatkan lebih empat juta pekerja, menaikkan aras gaji pekerja GLIC dan GLC kepada RM3,400 sebulan yang akan memanfaatkan lebih 230,000 pekerja GLIC dan GLC.
Memperuntukkan dana sebanyak RM2.62 bilion, khusus untuk bantuan subsidi dan insentif pesawah bagi memelihara kebajikan mereka dan memperkukuh keterjaminan makanan negara. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan penerimaan manfaat pesawah daripada RM3,790 kepada RM4,300 bagi satu ekar satu musim.
Juga menyediakan jaminan pembayaran melalui SJPP – Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan dan CGC – Credit Guarantee Corporation sehingga RM30 bilion dengan had jaminan dinaikkan sehingga RM50 juta bagi syarikat yang layak dan pelbagai inisiatif.
Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana serta perniagaan tempatan melalui gabungan bantuan bersasar. Langkah mengurangkan kos sara hidup, usaha meningkatkan pendapatan dan sokongan kepada aktiviti ekonomi.
Secara keseluruhannya Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 mengambil pendekatan bersepadu dengan menggabungkan bantuan bersasar dan langkah menangani kos sara hidup bersama usaha meningkatkan pendapatan serta memperkukuh PMKS. Kerajaan akan terus menambah baik pelaksanaan dasar bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara lebih meluas oleh rakyat khususnya golongan B40 dan PMKS di samping mengekalkan pengurusan kewangan awam yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kapar, soalan tambahan anda.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Timbalan Menteri.
Saya kagum dengan angka-angka yang telah disebut oleh Timbalan Menteri.
Tapi, bila saya berjumpa dengan rakyat saya, B40 dan PMKS di Kapar ini, mereka banyak juga mengadu. So, soalan saya, mungkin mustahil 100 peratus B40 mendapat semua yang disebutkan oleh Timbalan Menteri. Mungkin PMKS bukan 100 peratus yang mendapat.
Soalan saya, berapa peratuskah B40, berapa peratuskah PMKS yang telah dikenal pasti oleh kerajaan yang mendapat manfaat daripada segala inisiatif yang telah diumumkan oleh Timbalan Menteri tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
Angka-angka ini menunjukkan bahawa kita ada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Kenapa ini penting?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Bangun]
Tuan Liew Chin Tong
Kerana kek perlu dikembangkan. Apabila kita hendak agihkan, kita perlukan kek yang lebih besar, baru kita boleh mengagihkan daripada kek yang lebih besar. So, itu kenapa apabila kita sebut ada, memang ada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, itu bukan sahaja angka tetapi ideanya ialah kita agih daripada kek yang lebih besar.
Tuan Liew Chin Tong
Tetapi memang kerajaan mengakui bahawa ada ramai yang tercicir dalam— dan juga pertumbuhan ekonomi tidak semestinya terjemah kepada kebajikan dan kebaikan dan kemakmuran untuk semua orang. Ia perlu masa dan ia perlu banyak channel untuk menterjemahkan pertumbuhan ekonomi melalui pekerjaan, melalui gaji, melalui aktiviti ekonomi untuk PMKS.
So, ini memang diusahakan dan memang kerajaan mengakui ada ramai yang memerlukan bantuan dan seperti apa yang disebutkan tadi, SARA dan STR sahaja memanfaatkan sembilan juta rakyat Malaysia. Di antara semua rakyat Malaysia, sembilan juta rakyat dapat manfaat daripada SARA dan STR dan peningkatan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 memanfaatkan secara terus kepada 4 juta rakyat Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan yang berikut adalah soalan yang terakhir.
Bagi mengakhiri jawapan lisan, dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Soalan tambahan.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Tak dapat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri, apa sebenarnya manfaat yang diterima oleh pekerja-pekerja informal yang ramainya B40? Jumlah mereka ni berjuta orang di
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Malaysia ini. Apa manfaat yang mereka terima selama bertahun-tahun ini walaupun angka pertumbuhan ekonomi negara meningkat dari tahun ke tahun? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri untuk menjawab.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Memang ramai rakyat dalam keadaan ataupun sektor informal. Tujuan pertama ialah untuk merangkumi seramai mungkin ke dalam sektor formal.
Sebanyak mungkin kalau kita dapat merangkumi lebih ramai rakyat Malaysia dalam sektor formal, maka mereka tidak tercicir dan berada dalam keadaan informal.
Kedua, ramai yang tidak berada dalam sektor formal sekarangnya berada dalam sektor gig dan telah ada pelbagai perundangan dan juga pendekatan dan langkah-langkah untuk membantu menjaminkan keterjaminan ataupun keselamatan ekonomi di kalangan pekerja gig. Dan itu telah diusahakan.
Memang lebih banyak usaha perlu dilaksanakan supaya kita memastikan sektor formal tu memberi gaji yang lebih tinggi kepada rakyat dan rakyat tidak perlu bekerja di Singapura, dia boleh dapat gaji yang berpatutan dan bermaruah di sini.
Dan apabila sektor formal memberi gaji yang berpatutan dan lebih bermaruah, maka lebih ramai yang berada dalam sektor informal dia akan terlibatdirikan atau melibatkan diri dalam sektor formal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar Negeri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 4 November 2026.”
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Lipis, Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekarang kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan oleh Majlis.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.10 hingga B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahaskan.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, terdapat seramai 27 orang Yang Berhormat yang akan berbahas. Senarainya adalah seperti berikut. Tirai dibuka oleh Yang Berhormat Tebrau, diikuti Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kuala Langat dan diakhiri oleh Yang Berhormat Libaran.
Masa yang telah ditetapkan oleh Majlis adalah lima minit. Walau bagaimanapun, tertakluk atas budi bicara Pengerusi yang menjalankan Majlis. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
berbahas, saya ingin mengingatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mematuhi Peraturan Mesyuarat 66(2), iaitu perbahasan hendaklah dihadkan kepada dasar khidmat yang hendak diperuntukkan wang itu, dan tidak boleh mengenai butir- butir perbelanjaan, tetapi boleh menyebut butir-butir hasil ataupun kumpulan wang- kumpulan wang yang dalam tanggungjawab perkhidmatan itu.
Oleh itu, Ahli Yang Berhormat, semasa berbahas peringkat Jawatankuasa ini perlulah menyebut secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin bangkitkan. Dengan ini, sebagai pembuka tirai perbahasan, saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Speaker, Dato’ Speaker. Standing order.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Standing order berapa? Yang mana satu, Yang Berhormat?
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
**“****Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain.” Saya bangun untuk mengatakan bahawa pada 2 November, jam 2.50 p.m. dalam Dewan ini, Yang Berhormat Jelutong telah mengeluarkan perkataan “sabotaj” terhadap Bagan Datuk.
Satu tindakan— satu tuduhan atau sangkaan jahat dan fitnah kerana beliau mengatakan bahawa Bagan Datuk sabotaj Kerajaan MADANI. Perlu ditarik balik oleh Yang Berhormat Jelutong kerana kita Barisan Nasional tidak ada pernah merancang untuk mengatakan bahawa sabotaj dan apa lagi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Persangkaan ini adalah sangkaan dan fitnah kepada kerajaan pada hari ini.
Sedangkan beliau dalam rumah kita ini ada tikam menikam, tetapi perkara demikian tidak perlu diutarakan di dalam Dewan ini. Kementerian Kewangan sudah mendedahkan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Kementerian KKDW sudah membentang tinggal kita menunggu jawapannya sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Yang Berhormat Jelutong, mohon ditarik balik.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Ya, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Mengikut peraturan 37(1), bila peraturan dibangkitkan dalam Dewan adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi ataupun...
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Saya mohon petua dari Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya tengah nak bagi petualah ni. Sambil itu, memberi telahan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat lain agar senang di masa akan datang. Kita faham kerana apa yang berada di sini adalah sebagai panduan.
Yang Berhormat Libaran, baik. Yang Berhormat Libaran telah bentangkan apa yang Yang Berhormat nyatakan dalam peruntukan 36(6) Peraturan-peraturan Majlis. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh membuat keputusan terus kerana perkara itu telah berlaku pada 2 November yang lalu. Jadi, kerangka yang sesuai jika Yang Berhormat ingin pursue dengan izin, usul ini adalah dengan memajukan satu usul terus kepada Majlis, Ketua Majlis— kepada Majlis, kepada Speaker kita untuk dipertimbangkan dan dibuat keputusan ya.
Saya tidak boleh. Kalau perlu saya buat sekarang, saya terpaksa adjourn dan terpaksa lihat evident keterangan-keterangan apa yang telah Yang Berhormat nyatakan itu. Faham Yang Berhormat?
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Faham Speaker. Saya akan susul dengan surat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Okey, Yang Berhormat kita balik kepada Aturan Majlis Mesyuarat di Peringkat Jawatankuasa. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih, Datuk Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 20500. Bajet kali ini adalah satu bajet yang pragmatik dan di bentang dengan satu matlamat yang jelas iaitu, satu, kita nak menaikkan pendapatan bersih rakyat dengan menaikkan gaji minimum, gaji permulaan graduan dan dengan pemotongan cukai peribadi. Pada masa yang sama, kerajaan juga berusaha untuk mengawal kos inflasi dengan instrumen yang paling efektif yang digunakan oleh kerajaan tentulah adalah pembayaran terus, tunai dan juga subsidi untuk bahan-bahan penting.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Diumumkan juga oleh Yang Amat Berhormat Tambun, kerajaan tahun ini dijangka— tahun depan dijangka akan membelanjakan RM80 bilion saja dalam subsidi. Ini merupakan satu angka yang sangat besar, Dato’ Pengerusi. Dan kalau kita tengok subsidi di bawah Kementerian Kewangan saja, dia telah naik daripada RM29.8 bilion pada tahun 2026 kepada RM53 bilion untuk tahun depan. Lonjakan lebih daripada RM23 bilion.
Maka saya mohon kementerian untuk senaraikan semua butir-butir subsidi yang diberi. Contohnya, BUDI95 bagi berapa, SARA bagi berapa. Dan kalau boleh, bukan sahaja terhad kepada bawah Kementerian Kewangan saja, malah senaraikan kesemua subsidi dan bayaran terus yang diberi oleh Kerajaan MADANI. Jangan bagi pihak lain ambil kredit pula, nanti lembu punya susu, sapi dapat nama. Siarkanlah dalam TV, dalam TikTok, dalam socmed. Kita kena hebahkan supaya rakyat faham dan tahu.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menanya kepada kementerian, sekiranya harga minyak antarabangsa dia terus naik sampailah ke sekitar USD120 setong, berapakah tambahan bajet subsidi untuk program BUDI95?
Bersamaan dengan itu juga, kerajaan kena juga menyemak semula subsidi yang kurang berkesan. Kalau boleh jimat, lagi bagus.
Saya bagi contoh, subsidi gula yang hampir membelanjakan RM500 juta setahun kerajaan. Pemberian subsidi ini bercanggah dengan dasar kerajaan untuk gaya hidup yang lagi sihat dan ia menghampakan usaha Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah penyakit NCD yang kian naik dan memaksa kerajaan membelanjakan berbilion-bilion Ringgit dalam rawatan untuk penyakit-penyakit ini.
Saya rasa adalah lebih baik subsidi ini disemak atau dibatalkan dan penjimatan tersebut bolehlah kita salurkan kepada KKM untuk membantu cover sikit kos rawatan berkaitan.
Dato' Pengerusi, dalam isu pembayaran SARA juga, saya rasa sistem yang sedia ada ini sebenarnya adalah adil dan merupakan satu penghargaan kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Bagi mereka yang susah, bagi mereka yang kerja, bagi juga mereka yang bayar cukai dengan taat dan setia, semua lapisan mereka layak dapat. Tapi saya hanya harap kerajaan boleh lebih telus dan berikan statistik yang lebih terperinci dengan pecahan mengikut golongan mana B40, M40, T20 yang sebenarnya dapat SARA, mungkin dia layak tapi dia tak guna. Bolehlah kita terbitkan statistik-statistik ini.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Butiran seterusnya, Butiran 20200 – Isu Cukai. Saya juga ingin menanya kementerian, apakah status pemulangan cukai kepada pembayar cukai yang masih tertunggak atau dengan izin, tax refund? Dilaporkan setakat 30 September tahun ini, RM17.15 bilion telah dibayar balik kepada pembayar cukai yang terkesan.
Maka soalannya, apakah jumlah yang masih tertunggak dan bila akan dibayar kepada mereka? Saya percaya, wang yang dibayar kepada mereka, kebanyakannya terdiri daripada PKS, tentu boleh menambah kecairan tunai dalam pasaran tempatan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon perincian daripada Menteri, berapa jangkaan penambahan penghutang perbendaharaan dengan implementasi fasa baru e-invois untuk entiti perniagaan yang mempunyai jualan lebih RM7 juta.
Akhir sekali, saya harap kerajaan boleh pertimbangkanlah pelaksanaan segera cukai karbon. Dato’ Pengerusi, isu perubahan iklim ini, kita kena pandang serius. Penangguhan ini akan menghantar satu isyarat yang salah kepada dunia luar termasuk pelabur-pelabur yang mesra alam sekitar.
Dan tentunya, kelambatan pelaksanaan cukai ini bukan saja menyebabkan kerajaan kurang pungutan cukai tapi lebih parahnya, ia menghampakan juga usaha kerajaan untuk menepati usaha dan sasaran NETR 2050, iaitu net zero carbon menjelang tahun 2050. Maka saya harap kerajaan janganlah kita tangguh lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi? Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih Dato’ Pengerusi, Tebrau menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan sekarang Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Dato’ Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberikan laluan kepada Bachok untuk membahaskan peruntukan Kementerian Kewangan, kementerian terpenting dalam urusan fiskal dan kewangan negara.
Saya mulakan dengan peningkatan ketara dalam— di bawah Maksud Bekalan B.11 Perbendaharaan, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai.
Peruntukan ini meningkat daripada RM29.7 bilion bagi tahun 2026 kepada RM53 bilion bagi tahun 2027 iaitu pertambahan RM23 bilion atau sekitar 78.5 peratus.
Peningkatan sebesar ini memerlukan penjelasan terperinci. Berapakah bahagiannya
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
untuk subsidi bahan api? Berapakah untuk bantuan tunai dan berapakah untuk komponen lain?
Tuan Pengerusi, gangguan bekalan berkaitan Selat Hormuz telah meningkatkan tekanan terhadap harga minyak mentah global. Di Malaysia, harga RON95 bersubsidi dikekalkan pada RM1.99 seliter. Namun, kerajaan perlu menanggung jurang harga yang semakin melebar sekali gus meningkatkan kos subsidi bagi setiap liter. Keadaan ini memperlihatkan dilema fiskal yang serius dalam menentukan keutamaan perbelanjaan kerajaan.
Soalan Bachok kepada MOF, setakat pelaksanaan BUDI95, berapakah nilai ketirisan yang telah dikenal pasti? Apakah kelemahan utama yang dikesan sepanjang pelaksanaan BUDI95 ini dan apakah sasaran pengurangan ketirisan bagi tahun 2027? Kerana angka yang biasa disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun RM15 bilion penjimatan.
Seterusnya, Dato' Pengerusi, Maksud Bekalan B.10, Butiran 030000 – Strategi Pelaburan. Bachok ingin menyentuh kedudukan Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB). Khususnya, kemampuan Syarikat Tujuan Khas, SPV ini dalam memenuhi obligasinya kepada Lembaga Tabung Haji. Dibangkitkan oleh kekanda saya Bagan Serai dan juga Pengkalan Chepa semalam.
Dilaporkan bahawa MOF akan memperuntukkan RM1 bilion kepada UJSB pada tahun 2027 bagi penebusan awal sukuk dan memperkukuh aliran tunai Tabung Haji. Sukuk siri 1 telah matang pada 29 Mei 2026 yang lepas dengan nilai penebusan sekitar RM12.5 bilion. Dari jumlah itu, RM11.5 bilion dibiayai semula melalui penerbitan sukuk siri ketiga sehingga Mei 2036.
Manakala bakinya diselesaikan melalui pemindahan aset dan juga hartanah.
Persoalan Bachok, adakah pemulihan aset UJSB sedang menghasilkan aliran tunai yang mencukupi untuk melunaskan obligasinya kepada Tabung Haji atau kerajaan masih perlu menyediakan suntikan dana dan melanjutkan tempoh pembayaran?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Kedua, apakah pelan pembayaran bagi sukuk yang akan matang pada tahun 2029 dan 2036? Berapakah yang dijangka yang dapat dibiayai melalui pendapatan serta pelupusan aset UJSB dan berapakah yang masih memerlukan sokongan kerajaan? Kerana isu ini banyak dijawab oleh Menteri Agama tapi kelangsungan Tabung Haji ini banyak bergantung kepada keupayaan UJSB untuk menunaikan obligasinya.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bottom line di sini Dato’ Yang di-Pertua— Tuan Pengerusi adalah mandat UJSB untuk memulihkan aset Tabung Haji dan mandat Tabung Haji adalah untuk mempermudahkan urusan bakal-bakal haji. Pertamanya, tambang haji yang lebih rendah, tempoh menunggu yang lebih singkat dan pastinya pengurusan haji yang lebih cekap.
Terakhir Dato’ Tuan Pengerusi, Butiran 202300 – Belanjawan Negara. Sejak bertahun-tahun kebanyakan analisis belanjawan tertumpu kepada perbandingan tahun ke tahun (year-on-year-basis) dengan izin. Pada pandangan Bachok, analisis trend jangka panjang juga penting untuk memahami kedudukan fiskal negara dan kesannya terhadap ekonomi. Ada perkara-perkara itu kita dapat tengok trend yang mendatang yang berisiko untuk mencetuskan sebarang krisis ekonomi dalam tempoh-tempoh yang di depan ini. Dalam meneliti Belanjawan 2027, beberapa trend perlu diberikan perhatian oleh MOF:
(i) pertumbuhan hasil kerajaan berbanding pertumbuhan ekonomi. Adakah kedua-duanya berkembang secara seimbang?;
(ii) peningkatan pinjaman berbanding hasil kerajaan. Kita lihat peningkatan pinjaman baharu ini lebih tinggi kadar pertumbuhannya dengan hasil kerajaan. Apakah implikasi terhadap keupayaan membayar balik hutang dan kemampanan fiskal negara?;
(iii) sedia maklum belanja mengurus kerajaan, emolumen, bayaran khidmat hutang, subsidi terus meningkat dan hampir 100 peratus, 99 peratus kadar OE dan juga hasil;
(iv) perkara yang paling ketara Dato’ Pengerusi ialah pengurangan besar dalam belanja pembangunan yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Semua ini menuntut kepada penjelasan di pihak Yang Berhormat Menteri selaras dengan mandat dan fungsi Kementerian Kewangan dalam menguruskan kewangan awam dengan cekap, telus, berintegriti dan berkesan demi mencapai matlamat pembangunan negara. Sekian daripada Bachok, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Dato’ Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan.
Ada empat perkara yang saya nak sebutkan. Perkara pertama di bawah Butiran 020500 di bawah tajuk Subsidi dan Bantuan Tunai. Kita nampak kali ini, dalam belanjawan kali ini ada lonjakan iaitu RM53 bilion. Ia sebenarnya mengambil satu bahagian yang besar di bawah peruntukan untuk MOF berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Kalau saya imbas kembali, tahun 2024 – RM35 bilion, 2025 – RM35 bilion, tahun lepas – RM29 bilion. Kita faham kenapa ada lonjakan ini disebabkan harga minyak mentah dunia yang melonjak naik dan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat sentiasa terkawal dan rakyat tidak dibebani dengan harga kos bahan api yang tinggi.
Daripada RM53 bilion ini, saya difahamkan RM16 bilion untuk STR dan SARA iaitu pertambahan RM1 bilion daripada tahun sebelumnya. Satu approach yang sangat baik. Yang keduanya, selebihnya dalam RM37 bilion saya anggarkan untuk program di bawah BUDI95 dan juga untuk subsidi diesel iaitu RON95 dan Diesel.
Memang kita hargai.
Cuma saya nak tanya kerajaan dengan lonjakan yang sangat mendadak untuk OE— subsidi ini OE, apakah ia boleh membawa kesan yang negatif kurang baik kepada fiskal negara. Sebab kalau DE itu sangat dialu-alukan. DE itu yang akan memberikan impak jangka panjang. Jadi, saya mohon pihak kementerian kalau boleh memberikan sedikit imbasan ini sebab kita kena seimbangkan keperluan semasa, keadaan semasa rakyat dan kita kena pastikan kedudukan fiskal kewangan negara sentiasa dalam keadaan baik.
Dan berkenaan dengan tajuk ini iaitu di bawah SARA. Saya nak tanya kepada kerajaan setakat ini 15 kategori dibenarkan barangan keperluan. Ada tak ada apa- apa perkembangan terkini untuk menambahkan lagi bilangan barang keperluan kepada 15 jenis. Saya sangat menyambut baik pengumuman daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan belanjawan yang mengatakan bahawa pasar tani terlibat. Sesuatu yang sangat baik. Jadi, ada tak kategori 15 jenis itu? Mohon penjelasan kerajaan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara kedua di bawah perkara 050200 – Pengurusan Wang Tidak Dituntut.
Ia adalah di bawah Jabatan Akauntan Negara. Saya nampak ada pengurangan belanjawan daripada RM13.2 juta sebelumnya kepada RM9.9 juta dengan perjawatan 71 orang kekal. Saya nak tanya kenapa kurang. Saya secara terus terang saya memberikan kredit kepada jabatan dan juga bahagian ini sebab saya nampak sepanjang tahun lepas ada satu aktiviti yang sangat progresif, sangat proaktif daripada MOF, daripada Menteri, Timbalan Menteri, daripada jabatan ini yang buka kaunter di seluruh negara untuk membantu rakyat yang ada wang yang tidak dituntut yang mungkin dah lupa dah berpuluh tahun, tuntut.
Jadi, saya rasa kenapa ada pengurangan. Patutnya lebih. Kita nak galakkan lebih banyak kaunter bergerak di seluruh negara untuk bantu rakyat dapat balik hak wang mereka sendiri. Jadi, mohon penjelasan daripada kerajaan.
Perkara ketiga di bawah perkara 90000 dan 91000 iaitu berkaitan dengan Pejabat, Rumah, Kelengkapan Operasi untuk kastam. Nampak ada lonjakan yang tinggi. Kalau dulu puluh juta sekarang ini ratus juta. Di mana, ada tak pembinaan pejabat baharu kah, sebagainya. Saya percaya ada keperluan, kalau tidak kerajaan takkan tiba-tiba bagi banyak. Cuma saya nak tahu, di mana dan lokasi dia untuk makluman semua.
Dan perkara terakhir saya nak sebutkan Dato' Sri Pengerusi adalah di bawah perkara 060300 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kekal RM2 bilion.
Memang sejak bertahun-tahun lamanya kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk urusan operasi dan sebagainya. Sebab LHDN lah yang akan kutip cukai untuk negara. Cuma saya nak tanya, kenapa kekal pada RM2 bilion — RM2 bilion, bukan RM2 juta. RM2 bilion. Adakah ia cukup, memadai ataupun macam mana struktur dia? Ada tak MOF sendiri memantau macam mana RM2 bilion ini digunakan.
Dan saya nak tanya juga pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. Ada benda baharu selepas 16 tahun ini. Ini yang pertama. Yang kedua, pengurangan kadar cukai untuk golongan pertengahan M40 yang kurang satu peratus. Dua perkara ini, adakah ia akan menambahkan kerja ataupun tanggungjawab, bebanan kerja daripada pegawai-pegawai kakitangan LHDN? Jadi, mohon penjelasan daripada kerajaan sebab ini sesuatu yang baharu, yang mungkin baharu untuk mereka dan perlu melaksanakan sesuatu yang berbeza.
Sebab saya rasa macam ini, LHDN ini kita kena pastikan dia sentiasa dalam keadaan keperluan mereka dijaga sebab inilah agensi— dia bukan belanjakan duit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Inilah agensi antara agensi— walaupun kastam pun kutip duit untuk kerajaan. Inilah antara agensi yang banyak mengutip bayaran untuk kerajaan untuk digunakan oleh semua kementerian dan agensi yang lain. Jadi, kita kena pastikan keseluruhan bilangan staf, pegawainya mencukupi, mempunyai rangkaian yang bersesuaian. Tapi semuanya kena pastikan teratur, bukan kita nak desak pembayar cukai. Tapi ada keperluan untuk pastikan kebajikan mereka dijaga.
Jadi, itu sahaja empat perkara yang saya ketengahkan. Terima kasih kepada Dato' Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya akan memanggil pembahas yang berikut dan pembahas ini adalah pembahas sebelum kita berehat untuk solat dan berehat.
Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato' Pengerusi.
Saya mohon untuk sebab Dato' Pengerusi ada kuasa untuk sampai 15 minit. Okey, terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bagus. Saya tengok Yang Berhormat sekarang dah pandai dah bab ini, bagus.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dulu pun pandai. Cuma tak sebut aja.
[Ketawa] Minta maaf, melawak sikit. Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya tukar karakter dah, Dato' Pengerusi. Terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya. Saya nak merujuk kepada Bekalan B.10 Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan.
Isu pengambilalihan aset Tabung Haji oleh Urusharta Jemaah Sdn. Bhd.
(UJSB) bukan lagi sekadar persoalan transaksi korporat tetapi telah menjadi persoalan besar tentang bagaimana kerajaan menguruskan dana dan tanggungan kewangan negara.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pada tahun 2018, UJSB mengambil alih aset Tabung Haji yang bernilai 9.7 bilion pada harga 19.9 bilion. Ini bermakna harga pengambilalihan tersebut melebihi nilai aset berkenaan sebanyak 10.2 bilion. Lebih membimbangkan, kerugian terkumpul UJSB telah mencecah RM13.2 bilion pada akhir tahun 2025, walaupun syarikat tersebut turut mencatatkan keuntungan operasi. Dalam Belanjawan 2027,
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
kerajaan memperuntukkan satu bilion bagi tujuan penebusan awal sukuk UJSB.
Persoalannya, sampai bila tanggungan kewangan ini perlu diteruskan?
Saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri Kewangan ataupun JPM, Jabatan Perdana Menteri yang mana apa yang berlaku sekarang ini, Menteri Kewangan kita dahulu pernah menjadi Menteri Kewangan terbaik Asia. Jadi, kita hendak ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat ini supaya tidak mensabotaj Perdana Menteri kita yang sekarang menjadi Perdana Menteri sebab Perdana Menteri kita adalah Perdana Menteri yang terbaik, Menteri Kewangan yang terbaik, tiba-tiba berlaku banyak salah laku dalam kerajaan akibat daripada ahli lembaga pengarah atau pengerusi-pengerusi yang tidak kompeten dilantik untuk membuat satu pelaburan.
Contohnya eFishery, yang mana ahli lembaga pengarah telah membuat satu keputusan yang sangat memalukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pernah menjadi Menteri Kewangan terbaik. Apabila lembaga pengarah melabur dalam satu syarikat yang kita lihat tidak ada kompeten, tidak ada track record di Indonesia menyebabkan kehilangan wang orang pencen termasuk Yang Amat Berhormat, termasuk saya, termasuk Yang Berhormat sekali.
[Ketawa] Duit ini hilang begitu saja kerana ahli lembaga pengarah yang tidak kompeten.
Jadi, saya nak mencadangkan kepada kerajaan supaya ahli lembaga pengarah ini disiasat, fund manager ini disiasat. Kenapa kamu melabur syarikat yang tidak ada rekod, tidak ada syarikat yang baru ditubuhkan. Ini satu masalah yang persoalan. Dan yang terkini, saya dapati SPRM tutup kes isu eFishery ini, satu keadaan yang sangat malang kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen iaitu duit rakyat ini.
Jadi, saya harap kerajaan perlu menjawab kenapa kalau tutup siasatan ke atas SPRM terhadap Kumpulan Wang Amanah Pencen ini yang melabur dalam eFishery ini. Siapakah ahli lembaga pengarah yang tidak kompeten dilantik di sini?
Adakah mereka ini orang politik yang ada kepentingan ataupun ada hidden agenda menyebabkan mereka melabur dalam syarikat yang tidak ada kepentingan? Jadi, ini harus diberi perhatian oleh kerajaan.
Yang keduanya, kita lihat— lagi satu, saya nak mencadangkan supaya Kementerian Kewangan membentangkan jadual penebusan sukuk UJSB secara menyeluruh termasuk kedudukan liabiliti prestasi pemulihan aset dan unjuran tanggungan fiskal kerajaan. Jangan sampai keputusan kewangan yang dibuat pada masa lalu terus menjadi beban kepada pembayar cukai pada masa hadapan dan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
dipanggil bailout akan digunakan duit rakyat untuk nak bailout balik syarikat-syarikat yang rugi ini.
Tuan Pengerusi, Dato’ Pengerusi, saya beralih kepada B.10, Butiran 060300 iaitu fi agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dalam keadaan kerajaan sentiasa menekankan kepentingan pematuhan cukai, saya ingin membangkitkan satu persoalan tentang keadilan kepada pembayar cukai. Berdasarkan jawapan yang diberikan di Dewan ini, pampasan akibat kelewatan bayaran balik lebihan cukai telah meningkat daripada 23.6 juta pada tahun 2025 kepada 109 juta dalam tempoh sembilan bulan pada tahun pertama 2026 sahaja.
Peningkatan ini amat membimbangkan dan dalam masa yang sama, Lembaga Hasil Dalam Negeri menerima peruntukan fi agensi sebanyak dua bilion.
Ini tak kena lah, dia dapat banyak, dia bayar sikit. Dia kena bayar terus duit yang lebihan yang fi sepatutnya dibayar.
Rakyat diwajibkan membayar cukai mengikut tempoh ditetapkan, jika lewat mereka berdepan penalti. Apabila kerajaan lewat memulangkan lebihan cukai yang merupakan hak rakyat, pampasan kelewatan itu akhirnya dibayar menggunakan wang awam. Dato’ Pengerusi, duit awam ini duit kitalah. Kita duk bayar cukai ini, pi bayar duit yang lebihan. Sepatutnya yang dapat dua bilion itu bayar terus kepada mereka yang berhak.
Saya ingin bertanya kepada Menteri, berapakah jumlah sebenar tunggakan bayaran balik cukai yang masih belum diselesaikan setakat 30 September 2026?
Apakah punca utama peningkatan pampasan kelewatan sehingga melebihi 100 juta?
Dan bilakah kerajaan menetapkan sasaran untuk menyelesaikan sepenuhnya tunggakan bagi tahun taksiran 2025 dan sebelumnya?
Saya mencadangkan supaya kerajaan bila kita kritik, kita kena ada solution.
Bila kita jadi kerajaan esok pun macam itu lah. Jadi, janganlah bila kita kritik, marah pula. Kita bagi solution dia. Dengar itu baik-baik Jelutong, jangan duk kritik benda- benda yang tak ada asas. Ini kita kritik— saya setuju benda-benda yang melibatkan undang-undang negara, hak rakyat ini dibangkitkan. Saya mencadangkan supaya kerajaan menetapkan tempoh maksimum pemprosesan bayaran balik cukai di samping mewajibkan laporan prestasi penyelesaian tunggakan diterbit secara berkala.
Dato’ Pengerusi, saya minta satu minit lagi untuk itu, pun ini ada satu tajuk yang agak penting juga iaitu berkenaan dengan Butiran 110100 yang merujuk kepada Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan. Sekarang ini kita ini
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
dah peringkat nak menjadi penyakit dah. Saya pun dah mula dekat dengan penyakit, tapi tak ada lagilah.
Jadi, kita kena bangkit benda ini supaya protect semua rakyat yang akan menjadi ageing ini, akan melibatkan ageing ataupun proses penuaan ini termasuk Jelutong juga. Kita akan tua betul Jelutong, satu hari. Jadi, kita akan mendepani dengan sakit apa semua, jadi kita kena buat satu peraturan daripada sekarang supaya protection untuk mereka yang akan ada proses ageing ini. Wajib yang ini.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC sebelum ini telah membangkitkan isu kenaikan premium insurans perubatan yang melonjak antara 40 hingga 70 peratus sekali gus. Kenaikan ini memberi tekanan besar kepada pemegang-pemegang polisi khususnya warga emas dan golongan berpendapatan sederhana yang semakin sukar mengekalkan perlindungan perubatan mereka.
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan MediAsas yang dijadualkan dilancarkan pada akhir Januari 2027. Namun, fasa awal pelaksanaannya masih terhad kepada agensi kerajaan, GLC dan juga GLIC. Ha, melibatkan syarikat pelaburan kerajaan lagi.
Jadi, kena berhati-hati lah selepas ini kerajaan nak lantik lembaga pengarah ini, pengerusi ini kena cari orang yang kompeten, yang tahu dalam bidang itu. Jangan bagilah mereka asalkan mereka orang politik menyokong kita, kita lantik. Inilah akan kita hadapi masalah-masalah yang sedang kita hadapi kerana mereka tak kompeten, tak boleh nak enhancement the knowledge yang mereka ada untuk kebaikan, untuk prestasi yang lebih baik pada masa hadapan untuk rakyat negara ini.
Jadi soalannya, apakah jaminan bahawa rakyat tidak akan kehilangan perlindungan insurans dalam tempoh peralihan tersebut? Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kerajaan bersedia melanjutkan interim sehingga MediAsas benar-benar dapat diakses secara meluas oleh rakyat?
Selain itu, apakah perkembangan pindaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 sebagaimana disyorkan PAC khususnya bagi memperkukuhkan kawal selia caj hospital swasta? Kita tidak boleh menyelesaikan masalah kenaikan premium insurans semata-mata, tanpa menangani faktor peningkatan kos rawatan yang menjadi punca kepada masalah tersebut.
Saya mencadangkan supaya kerajaan memperkukuhkan kawal selia kos rawatan hospital swasta, mempercepatkan perluasan MediAsas dan memastikan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
langkah perlindungan sementara terus tersedia kepada pemegang polisi yang terjejas.
Dan akhir sekali, saya mohon penjelasan tuntas daripada setiap persoalan yang saya bangkitkan, bukan sekadar jawapan menilai dan mengkaji. Entah sampai bila nak selesai duk kaji, kaji, kaji, kaji, tak ada satu solution, penyelesaian yang tuntas untuk kebaikan rakyat. Ketiga-tiga isu ini membawa satu persoalan yang besar tentang pengurusan kewangan negara. Rakyat tidak sepatutnya tidak terus menjadi pihak yang menanggung akibat kelemahan dalam pengurusan kewangan negara dan pentadbiran pihak kerajaan pada masa ini.
Jadi Dato’ Pengerusi, saya mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk saya bangkitkan demi kepentingan rakyat. Dan selamat berjumpa dalam Pilihan Raya Melaka dan mungkin Pilihan Raya Umum. Wabillahi taufik walhidaya, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis sekarang bersidang sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis bersidang dalam Majlis Mesyuarat] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli- ahli Yang Berhormat, Majlis ditangguh sehingga jam 2.30 untuk urusan, solat dan juga berehat. Dengan ini, silakan.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.10 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 990000 – Komitmen Kewangan.
Saya ingin bangkitkan tanggungjawab Perbendaharaan mengawal komitmen kewangan kementerian khususnya program JLB di bawah KKDW. Saya menghargai penjelasan Menteri Kewangan II dalam penggulungan peringkat dasar. Namun, penjelasan tersebut menimbulkan persoalan serius yang memerlukan jawapan khusus dan juga dokumen sokongan.
Soalannya mudah. Bagaimanakah kerajaan memastikan kementerian tidak membuat komitmen yang akhirnya memerlukan peruntukan program lain dikurangkan, kontraktor menunggu bayaran dan projek baharu ditangguhkan?
Puan Pengerusi, semasa penggulungan sesi dasar KKDW, saya telah bertanya kepada Menteri KKDW di mana apabila NOC dibuat, dari manakah peruntukan itu datang dan bagaimana kementerian boleh pastikan tak ada projek dikorbankan. Dan jawapannya ialah tidak ada satu projek pun dikorbankan.
Tetapi, MOF pada Khamis lalu menjelaskan bahawa penambahan peruntukan JLB bermakna pengurangan peruntukan untuk program lain dan senarai- senarai telah disenaraikan. MOF telah jawab pada tahun 2023 antara program yang telah dikurangkan atau dikorbankan peruntukan melibatkan KEMAS, JAKOA, MARA, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, RISDA dan beberapa agensi pembangunan wilayah.
Dan bukan sahaja itu, Setiausaha Akhbar Menteri KKDW, Fadzmel, telah keluarkan kenyataan Jumaat lepas dan telah dilaporkan oleh Sinar Harian dengan tajuk, “Dekat mana Zahid cakap bohong?” Dan menariknya, di dalam kenyataan tersebut, dia telah buktikan bahawa bos dia sendiri ataupun Menteri sendiri— Bagan Datuk― telah membuat satu kenyataan yang mengelirukan Dewan.
Saya baca di sini. “KKDW terpaksa menggunakan peruntukan dalaman sedia ada untuk membayar tunggakan tersebut.” Bermakna, menggunakan NOC. “Apabila peruntukan itu dialihkan, kementerian terpaksa mengorbankan pelaksanaan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
program dan projek penting lain yang memberikan manfaat kepada rakyat. Menurut beliau, antara yang terjejas termasuk peruntukan RM200 juta bagi pembinaan dan baik pulih rumah golongan miskin termasuk masyarakat Orang Asli, selain bantuan kepada usahawan kecil B40, nelayan dan petani.” Jadi, jelas kalau NOC itu dibuat, peruntukan lain memang telah dikorbankan.
Dan ini satu kenyataan yang tidak betul daripada Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order. Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tak bagi. Nanti Arau ada masa, dia boleh jawab sendiri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order. Point of order.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order. Perkataan ‘bohong’ kepada Timbalan Perdana Menteri perlu ditarik balik. Ini sesama kerajaan.
Perkataan ‘bohong’ tak boleh. Perkataan ‘munafik’ pun...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu kenyataan memang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya baca kenyataan. Arau, saya baca kenyataan daripada akhbar. Saya baca kenyataan― “Dekat mana Zahid cakap bohong?”. Itu sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Walaupun kenyataan daripada akhbar tapi...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini daripada akhbar. Ini bukan tajuk saya.
Arau, jangan kacaulah. Masa sudah habis. Saya nak teruskan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi, 36(6)...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini tajuk daripada akhbar. Ini bukan dakwaan saya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau duduk dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi ini sangkaan jahat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau, duduk dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh duduk tapi sangkaan jahat. Perkataan ‘bohong’ tak boleh pakai.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar baca tajuk dari kenyataan dari surat khabar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, ini kenyataan dari Sinar Harian.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baiklah. Saya akan baca kenyataan daripada surat khabar dari luar. Saya akan baca di sini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini dari Sinar Harian.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi perkataan itu unparliamentary, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat kata benarkan ‘bohong’, kejap lagi ‘bohong’ akan berleluasa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini soalan daripada akhbar― “Dekat mana Zahid cakap bohong?”. Itu sahaja. Takkan itu tak faham, Arau? Ini tajuk daripada akhbar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau saya nak baca daripada kenyataan akhbar, saya boleh baca macam-macam kenyataan akhbar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini soalan. Jadi, saya nak tunjukkan memang itu satu percanggahan. Saya nak teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenyataan akhbar masuk di Parlimen, kita kena berwaspada dengan perkataan ‘bohong’, ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Puan Yang di-Pertua, surat khabar tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan di dalam Parlimen.
[Tepuk]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, saya nak teruskan. Jadi, saya nak minta MOF supaya bentangkan pecahan mengikut tahun, berapakah yang dipindahkan daripada setiap program, apakah alasan pindahan, dan apakah kesan terhadap pelaksanaannya. Adakah rumah keluarga miskin ditangguhkan untuk bina jalan? Adakah projek air atau elektrik dikurangkan untuk bina jalan?
Jika semuanya datang daripada penjimatan sebenar tanpa menjejaskan rakyat, sila buktikan melalui rekod. Rakyat berhak tahu siapa yang menanggung akibat apabila keperluan JLB melebih perancangan asal.
Puan Pengerusi, MOF menyatakan walaupun peruntukan JLB pada tahun 2025 dipinda kepada RM2.27 bilion, tunggakan masih berbaki RM1.05 bilion. Maka, apabila KKDW berkata pembayaran tidak melebihi peruntukan dipinda, itu belum menjawab keseluruhan masalah. Bayaran yang sudah dibuat tidak menunjukkan semua bayaran masih terhutang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, saya minta Menteri jelaskan, berapakah tuntutan yang telah disahkan sudah sampai tempoh bayaran tetapi masih belum bayar setakat tarikh terkini?
Berapakah yang berpunca daripada kontrak lama dan berapakah daripada kontrak yang dianugerahkan sejak 2023? Projek lama tak semestinya bermaksud tunggakan lama. Kita mesti tahu bila bayaran sebenarnya menjadi wajib.
Dan soalan seterusnya ialah tentang kelulusan dan tanggungjawab. Saya faham kontrak pelbagai tahun boleh mempunyai nilai keseluruhan yang melebihi peruntukan setahun. Tetapi, kementerian tetap perlu mengunjurkan bayaran setiap tahun dan menyusun pelaksanaan mengikut kemampuan pembayaran.
MOF menyatakan kelulusan NOC mesti diperoleh sebelum perbelanjaan atau komitmen baharu dibuat. Jadi, adakah MOF telah menyemak rekod untuk mengesahkan bahawa semua komitmen berkaitan mendapat kelulusan yang diperlukan pada waktunya? Saya minta jawapan tentang pematuhan sebenar. Jika semuanya teratur, nyatakan hasil semakan. Jika terdapat pelanggaran tatacara kewangan, apakah tindakan yang akan diambil kepada kementerian KKDW?
Puan Pengerusi, MOF juga mengesahkan tambahan RM500 juta berasingan daripada NOC dalaman RM491 juta sehingga peruntukan JLB tahun ini 2026 mencapai kira-kira RM3.1 bilion. Namun, jumlah itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi komitmen. Berapakah lagi kekurangan yang dijangka sampai akhir tahun ini? Adakah peruntukan tahun hadapan telah sebahagiannya diperlukan untuk membayar tunggakan tahun ini? Jika masalah ini dibawa ke tahun berikutnya tanpa pembetulan, bila kitaran ini akan berakhir?
Saya juga minta penjelasan muktamad mengenai projek Sabah dan Sarawak. MOF mengatakan tiada pembatalan projek, hanya penangguhan pengeluaran SST baharu untuk mengawal komitmen. Adakah terdapat kontrak atau SST yang sudah dikeluarkan kemudian dibatalkan? Jika ada, siapa yang mengarahkannya? Mohon senarai arahan berkaitan supaya rakyat tidak menerima penjelasan bercanggah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Akhirnya, apakah syarat pembetulan yang dikenakan terhadap KKDW sebelum komitmen baharu dikenakan?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Adakah MOF mensyaratkan unjuran aliran tunai yang lengkap, pelan penyelesaian tunggakan dan pemantauan berkala?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya sokong tindakan MOF membantu kontraktor menerima bayaran tetapi bantuan tambahan mesti disertai tanggungjawab. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Sesungguhnya dalam kehidupan ini warna penting. Warna merah tidak semestinya menggambarkan PH. Warna hijau...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Warna hijau adalah warna yang cukup indah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Butiran mana. Butiran mana. Warna.
Butiran mana.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pengerusi memakai baju warna hijau.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kampar, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. 050200 – Pengurusan Wang Tak Dituntut. Touch ‘n Go tiap-tiap tahun dia ada tempoh, tempoh expired dengan izin, dan tamat tempoh. Tetapi dia ada wang berbaki. Wang berbaki itu boleh dituntut tapi akan mengambil masa begitu lama.
Wang yang tak dituntut ini kalau dikumpulkan kalau 500,000 kali dengan RM10 dah RM5 juta Yang Berhormat. Ke mana perginya wang ini? Kita nak tanya Touch ‘n Go. Jadi sekarang Touch ‘n Go namanya betul. Bila touch and go, habis.
Tapi sebenarnya kena touch and stay supaya bayar balik duit kita.
Kemudian tajuk besar hari ini ialah B.10 030000 – Strategi Pelaburan. Yang Berhormat Menteri di kalangan Menteri MADANI ini saya tanya soalan tak jawab.
Kalau jawab pun jawab yang lain. Saya minta maaf PMX tadi ada tiga soalan yang saya tanya, tidak berjawab. Saya akan bertanya supaya minta kerajaan menjawab secara bertulis.
Menteri Kewangan juga saya tanya tidak menjawab. Hari ini saya timbul pula di bawah Kementerian Kewangan iaitu berhubung dengan Zetrix. Kita tahu bahawa kenyataan akhbar di luar tak boleh dijadikan asas untuk di Parlimen ini. Tak boleh tetapi kenyataan bekas Timbalan Menteri kena ambil kira sebab dia bekas Timbalan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menteri dan tidak ada mana-mana pihak untuk menjawab Timbalan Menteri tersebut.
Namanya Rafizi. Dia cakap macam-macam. Dia dedahkan macam-macam. Tidak ada orang yang menjawab. Tak menjawab bererti dia ada kebenarannya. Contohnya tentang syarikat Zetrix yang mana tuan empunya ada 30 percent TS Wong, Wong Thean Soon.
Kita tahu bahawa Zetrix ini harganya 75.5 sen sekarang jatuh merudum pada bulan April sebanyak tinggal lima sen. Jadi bererti atas kertas pelabur-pelabur untuk tiga pelaburan yang besar. KWSP 67,000, KWAP 390,000 dan UJSB 211,000.
Sahamnya telah jatuh dengan teruknya dan syarikat Zetrix ini sekarang ini mempunyai kontrak yang cukup besar. Bagaimana kontrak ini jatuh? Dan kita tahu bahawa KWSP ini sebenarnya dia dah beli saham lebih banyak daripada 2015 tetapi dia jual saham itu kemungkinan dia ada keuntungan.
Menteri Kewangan masa itu dia CEO KWSP. Dia kena jawab. Apakah dia dapat keuntungan? Kalau dia dapat keuntungan, kenapa KWAP dan UJSB ini membiarkan saham mereka melalut begitu dengan begitu teruk. Malah KWAP hilang lagi RM163 juta yang dilaburkan kepada eFishery dan kita tak tahu apa jadi pada duit ini. Bila saya tanya itu SPRM kata belum dapat kesan kes jenayah. Jadi kalau kita nak cakap sakau, inilah sakau yang terbesar.
Beli saham mahal dalam keadaan saham tengah melambung. Masa itu Zetrix telah melambung 75.5 sen di pasaran, maka penasihat-penasihat pelaburan tadi dia mudah terpesona. Macam saya mudah terpesona juga. Tapi terpesona dengan angka. Bila tengok harga pasaran bagi sesuatu saham itu naik, dia pun berebut-beli.
Orang tak buat kerja ini. Orang tak beli tengah naik. Dia beli tengah naik. Masa Zetrix tengah naik, maka berebut-berebutlah mereka beli, KWAP, KWSP dan UJSB.
UJSB ini rugi. Sepatutnya dia kena uruskan. Tetapi dia telah bagi beli RM211 juta. Sekarang rugi. Yang penting ini ialah penasihat-penasihat pelaburan ini dia ambil pemikiran mana. Yang Berhormat tahu, pemain saham. Bila saham itu harga 75 sen, kalau mereka ini beli KWSP dan KWAP dia beli pasaran itu murah. 75 sen dia beli bererti saham akan naik. Kenapa dia beli saham, kalau saham naik kenapa saham bila dia habis beli, saham jatuh. Sepatutnya saham naik lagi banyak beli, lagi banyak naik. Tetapi sekarang ini banyak beli, saham jatuh dan jatuh dengan mendadak.
Jadi saya minta Menteri menjawab, siapakah penasihat-penasihat pelaburan ini yang mana Menteri kenal sebab ini adalah bekas orang-orang KWSP dan siapakah penasihat KWAP. Yang Berhormat KWAP telah di bawah T.14 Pencen,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
kerajaan bagi RM44 bilion. Kenapa menyibuk ambil duit ini untuk melabur? Sebab kalau mereka tak melabur pun, duit sudah ada. Kerajaan telah peruntukkan RM44 bilion. Jadi kenapa mesti melabur. Kenapa mesti menyibuk melihat pasaran saham bagus dengan itu kita beli?
Kita kena ingat. Banyak orang-orang di belakang pasaran bagus ini ialah satu permainan pasaran yang kita tak boleh percaya bulat-bulat. Kalau mereka ini sudah ada pengalaman, mengapa mereka boleh terlibat pembelian saham kepada Zetrix yang sekarang ini jatuh dengan teruk dan saya ingat Menteri Kewangan kena jawab.
Ini bukan sembarangan dan kita nak jawab. Kita nak dia jawab ke manakah perginya pemikir-pemikir ini sehingga mereka rugi teruk dalam pasaran.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita minta supaya semua pihak melihat ini satu benda yang serius. UJSB tengah rugi pergi melabur, rugi lagi. KWAP dah rugi RM163 juta. Pergi melabur RM390 juta, rugi lagi. KWSP nak minta dividen supaya dia masuk dalam akaun tiga, tak dapat. Pergi melabur, rugi. Jadi rugi inilah kemungkinan ada sakau yang telah disebutkan.
Saya juga nak menyebut Yang Berhormat di dalam Parlimen ini sebab Yang Berhormat membenarkan perkataan ‘bohong’ ambil daripada surat khabar, Kampar berbohong, menuduh Timbalan Perdana Menteri bohong, saya menuduh dia bohong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bohong adalah perkataan yang cukup Parliamentary sekarang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar rakyat Malaysia orang muda? Tap tap screen guys.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya ingin membangkitkan dua perkara penting di dalam kementerian iaitu Butiran 060500 – Mesin Pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Butiran 050220 – Pengurusan Wang Tak Dituntut.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puan Pengerusi, mesin pengimbas kargo dan bagasi merupakan aset strategik negara dalam membanteras penyeludupan dadah, senjata api, rokok tidak bercukai serta barangan larangan. Namun persoalannya saya ialah sejauh manakah keberkesanan aset-aset ini dari segi teknologi penyelenggaraan dan integriti pengoperasian. Saya ingin meminta kementerian menjelaskan berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan bagi pembelian dan penyewaan mesin pengimbas kargo serta bagasi sejak lima tahun kebelakangan ini.
Kedua, berapakah jumlah mesin yang masih beroperasi dengan baik, yang rosak dan yang sedang dibaiki dan yang telah dilupuskan? Berapakah kos penyelenggaraan tahunan serta tempoh purata mesin tidak dapat beroperasi akibat kerosakan?
Saya mencadangkan supaya kerajaan mempercepatkan penaiktarafan mesin pengimbas kepada teknologi terkini seperti AI-assisted imaging ataupun multiview scanning dan teknologi pengesahan bahan yang lebih tepat. Namun, teknologi sahaja tidak mencukupi. Pengoperasian mesin ini mesti dilaksanakan oleh pegawai yang terlatih, berintegriti dan bebas daripada sebarang campur tangan ataupun kompromi.
Kita juga perlu memperkukuhkan kerjasama operasi di antara JKDM, PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Agensi Kawalan Sempadan bagi membanteras rangkaian penyeludupan dari peringkat pintu masuk hingga ke rangkaian pengedaran. Kita boleh mengambil pengajaran daripada Singapura yang mempunyai penguatkuasaan dadah yang tegas dan sistem kawalan sempadan yang tersusun.
Manakala Denmark pula mempunyai tempat pertama dalam TRACIT Illicit Trade Index 2025 dengan skor 76 peratus menunjukkan kepentingan tadbir urus penguatkuasaan peraturan dan kawalan perdagangan yang berkesan. Kita tidak semestinya meniru undang-undang mereka tetapi kita mengadaptasi amalan terbaik yang sesuai dengan negara kita.
Saya juga mengambil maklum bahawa kenyataan di Parlimen pada 2 November 2026 dimaklumkan terdapat 184 unit mesin pengimbas kargo dan bagasi di pintu masuk utama yang terlibat dalam proses pemindahan aset dan fungsi pemeriksaan kepada AKPS dengan 132 unit dilengkapi dengan teknologi AI.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Ini bermakna, kita perlu memastikan proses peralihan bertanggungjawab tidak menjejaskan kesinambungan operasi dan akauntabiliti aset. Puan Pengerusi,
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
saya ingin menyentuh isu wang tak dituntut ataupun WTD yang melibatkan hak kewangan rakyat dan amanah kerajaan berdasarkan kenyataan Akauntan Negara pada 7 Mac 2026. Jumlah WTD telah melebihi RM13 bilion setakat 31 Januari 2026.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira RM7 bilion masih berada dalam Akaun Amanah. Manakala, selebihnya telah diselaraskan ke akaun hasil disatukan kerana tidak dituntut dalam tempoh 10 tahun. Walau bagaimanapun, pewaris ataupun pemilik yang sah masih boleh membuat tuntutan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai empat perkara.
Perkara pertama, berapakah jumlah keseluruhan WTD mengikut kategori milikan.
Dan jika rekod membenarkan, pecahan mengikut kaum seperti Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Dan apakah punca utama wang ini tidak dituntut? Adakah disebabkan pemilik meninggal dunia, waris tidak dapat dikenal pasti, pertukaran alamat ataupun tidak aktif ataupun kelemahan penyampaian maklumat. Dan seterusnya, apakah usaha proaktif JANM untuk mengesan pemilik dan waris melalui kerjasama dengan JPN, institusi kewangan, agensi berkaitan, tertakluk dengan undang-undang dan perlindungan data.
Bagi wang yang tiada waris ataupun pemilik tidak dapat dikenal pasti, apakah mekanisme pengurusan penggunaan dan pertanggungjawapan wang tersebut oleh kerajaan? Maka dengan ini, akhirnya saya mencadangkan supaya JANM memperluaskan penggunaan data secara sah untuk membantu mengesan pemilik dan pewaris, mempergiatkan perkhidmatan kaunter bergerak ke kawasan luar bandar serta memperkenalkan kempen kesedaran yang dilaksanakan secara besar- besaran dan bersasar.
Wang ini bukan sekadar angka dalam akaun kerajaan, ia merupakan hak kewangan rakyat yang perlu dilindungi dan dipulangkan kepada pemilik yang sah.
Tuan Pengerusi, kedua-dua perkara ini sebenarnya menyentuh soal kecekapan pengurusan aset negara, integriti institusi dan perlindungan kepentingan rakyat.
Bagi mesin pengimbas, kita perlu memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan menghasilkan keupayaan penguatkuasaan yang sebenar. Bagi wang yang tak dituntut pula, kerajaan perlu memastikan setiap ringgit yang menjadi hak rakyat tidak terbiar tanpa usaha wajar untuk mengembalikannya kepada pemilik atau pewaris.
Saya berharap kementerian dapat memberi jawapan berdasarkan data terperinci, bukan sekadar angka agregat, supaya Parlimen dapat menilai
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
keberkesanan perbelanjaan dan pelaksanaan dasar kerajaan demi kemakmuran negara kita. Dengan itu, sekian terima kasih. Tuhan berkati.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya akan menyentuh beberapa butiran. Yang pertamanya, Butiran 020800 – Pencegahan Penggubahan Wang Haram. Jenayah kewangan kini semakin canggih dan mengancam integriti pasaran modal serta keyakinan pelabur terhadap ekosistem perbankan negara.
Ini ditambah lagi dengan dakwaan kewujudan sindiket penggubahan wang haram berskala besar dan dakwaan penglibatan mafia korporat yang memanipulasi pengambilalihan syarikat serta pasaran saham tempatan. Soalan saya, apakah tindakan tegas Kementerian Kewangan bersama Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam membongkar rangkaian mafia korporat ini?
Yang keduanya, sejauhmanakah peruntukan RM8 juta ini mencukupi untuk memperkukuhkan fasiliti dan pengoperasian forensik digital dan siasatan transaksi rentas sempadan? Rompin ingin menyarankan dalam kes-kes berskala besar ini agar ditubuhkan satu pasukan petugas khas pelbagai agensi khusus yang melapor terus kepada Parlimen bagi menyiasat salah laku korporat berprofil tinggi secara telus dan terbuka.
Butiran yang kedua, 060300 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN). Peruntukan besar RM2 bilion ini mesit mencerminkan sistem kutipan cukai yang adil, munasabah dan tidak mencekik aliran tunai peniaga tempatan. Isu khusus Puan Pengerusi, beban anggaran cukai CP204. Kaedah taksiran anggaran cukai semasa terlalu rigid dan tidak mencerminkan realiti pasaran perniagaan.
Mekanisme ini seolah-olah mengganggap perniagaan mempunyai pendapatan tetap seperti orang makan gaji. Hakikatnya, pengusaha PMKS berdepan kitaran hasil yang tidak menentu. Sebagai contoh, syarikat yang meraih kontrak RM10 juta pada tahun lepas, mungkin hanya memperolehi nilai projek RM500,000 pada tahun ini.
Namun, LHDN tetap mengunci anggaran cukai berdasarkan lonjakan keuntungan luar biasa tahun sebelumnya, sekali gus ia nya melumpuhkan modal pusingan (cash flow) perniagaan. Soalan saya, apakah kementerian dan LHDN
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
bersedia menyemak semula formula taksiran anggaran cukai CP204 agar lebih anjal dan berasaskan unjuran hasil semasa dan bukan lagi unjuran lampau yang lapuk?
Kedua, adakah kerajaan turut bercadang untuk melonggarkan sekatan dan penalti ke atas pindaan anggaran cukai bagi menyelamatkan PMKS daripada masalah kecairan tunai yang meruncing? Saya ingin mencadangkan agar diwujudkan mekanisme penyesuaian cukai dinamik secara automatik (real time tax adjustment) berasaskan invois sebenar perniagaan tanpa perlu menunggu proses rayuan birokrasi yang panjang dan berisiko dikenakan penalti.
Seterusnya, Butiran 990200 – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) - Pengambilalihan Litar F1. Perbelanjaan sekitar RM46 juta ini melibatkan aset strategik negara dan rancangan penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.
Apa yang saya khuatirkan, penganjuran semula Formula 1 (F1) ini akan menjadi beban kewangan kepada negara berbanding pulangan ekonomi sebenar yang menjadi alasan utama asbab negara kita menarik diri dari menganjurkan F1 selepas tahun 2017.
Soalan saya, adakah Kementerian Kewangan telah menjalankan kajian kebolehsanaan dan due diligence, dengan izin, menyeluruh mengenai kos penganjuran berbanding pulangan pelancongan? Yang kedua, apakah status sebenar rundingan pembidaan, adakah F1 ini benar-benar bakal kembali ke Litar Sepang atau sebaliknya?
Saya ingin mencadangkan agar jika pembidaan diteruskan, pastikan kos yuran penganjuran ditanggung sepenuhnya melalui konsortium swasta dan penajaan antarabangsa tanpa menggunakan suntikan dana langsung pembayar cukai. Saya ingin mencadangkan, agar diwujudkan mekanisme penyesuaian cukai dinamik secara automatik (real time tax adjustment) berdasarkan invois sebenar perniagaan tanpa sedia menunggu proses birokrasi yang panjang dan berisiko dikenakan penalti. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Pengerusi, B10 020300 – Belanjawan Negara.
Saban tahun Dewan ini meluluskan belanjawan maksud demi maksud, butiran demi butiran, rakyat di kampung menunggu bahawa jalan mereka akan kena binalah, tender sudah kena sign dan ada yang telah pun menerima surat setuju terima.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Satu soalan mudah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, apabila Parlimen sudah meluluskan sesuatu projek, siapakah yang berhak menangguhkannya? Siapakah yang berhak membatalkannya? Di bawah kuasa apa?
Tuan Pengerusi, seminggu, dua ini saya sebenarnya menahan diri daripada memberikan sebarang komen ataupun kenyataan berkenaan projek yang dibatalkan di Sabah dan Sarawak.
Kerana apa? Kerana saya sejenis yang ingin mendengar penjelasan daripada semua pihak. Yang satu bilang batal, yang satu bilang lagi tangguh. Khamis lalu Menteri Kewangan merujuk AP10, AP54 serta Pekeliling Perbendaharaan PB12.
Ini peruntukan yang menerangkan tanggungjawab Pegawai Pengawal. Diterangkan juga bahawa KKDW telah membuat komitmen dan berbelanja lebih daripada peruntukan asal sejak tahun 2023.
Saya ulang, sejak tahun 2023. Mengapa sekarang baru mahu cakapkah?
Sudah tiga tahun bah. Kamu bergaduh, kami yang jadi mangsa.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Apa fungsi kawalan perbendaharaan yang menurut buku anggaran ini sendiri bertanggungjawab mengawal peruntukan setiap kementerian? Mengapa tiada tindakan terhadap pegawai yang membiarkan isu ini berlarutan? Di MOF, di KKDW.
Mana tindakan kamu?
Isu ini bukan satu isu yang kecil Tuan Pengerusi. Disebabkan NOC yang diluluskan bagi tahun 2023 sampai 2025, peruntukan bekalan elektrik dan bekalan air luar bandar Sabah yang dibentangkan dalam Belanjawan dalam Dewan ini berjumlah RM1.13 bilion tetapi dalam tahun berjalan ia dikurangkan 58 peratus, menjadikan hanya RM478 juta. Mana saya dapat angka ini? Dari Laporan Penyata Kewangan Persekutuan yang telah diaudit.
Saya mahu tahu, berapakah dari projek RMK11 ataupun RMK12 yang masih lagi perlu dibayar oleh KKDW bagi tahun 2023 hingga 2026? Itu pertama. Kedua, untuk projek baru, berapakah sebenarnya yang diperuntukkan untuk KKDW? Bagi tahun 2023 sampai 2026, berapa yang diperuntukkan? Berapa sebenarnya yang dibelanja?
Saya juga mahu tahu senarai projek yang SST dia telah dibatalkan selepas dikeluarkan dan projek yang SST tu ditangguhkan mengikut negeri, kawasan Parlimen, nilai kontrak dan juga status tender. Dan soalan terakhir untuk ini, MOF kata tangguh. Tangguh ni sampai bila? Saya mahu tahu.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Pengerusi, Khamis lalu juga YB Menteri telah menyatakan pecahan sebenar jumlah RM18.7 bilion untuk Sabah, Mengurus RM8.9 bilion, Pembangunan RM7 bilion dan pemberian kepada Kerajaan Sabah RM2.8 bilion. Peruntukan Pembangunan untuk Sabah tahun depan ialah RM7 bilion berbanding RM6.9 bilion tahun ini. Kenaikan hanya 1.4 peratus lebih perlahan daripada kenaikan tiga peratus tahun ini.
Tetapi yang lebih membimbangkan Tuan Pengerusi adalah butiran pembangunan yang benar-benar tertulis nama Sabah dalam buku anggaran semakin mengecil. Pada tahun 2023, jumlahnya RM2.08 bilion. Tahun 2026, tinggal RM1.85 bilion. Tahun depan turun lagi kepada RM1.75 bilion. Maknanya daripada RM7 bilion yang diumumkan, hanya satu per empat yang rakyat Sabah boleh semak projek demi projek.
Sebab itulah Tuan Pengerusi, sejak tahun 2023 lagi saya sudah cakap, saya sudah menuntut supaya peruntukan pembangunan Sabah dinyatakan secara khusus dalam buku anggaran. Bukan kerana kami mintak untuk dilayan lebih-lebih, dilayan istimewa tetapi kerana Sabah sudah terlalu jauh ketinggalan. Jadi kalau kita masih menggunakan kaedah yang lama, jurang ini saya rasa tidak pernah akan tutup.
Terakhir dalam bab ini di bawah Butiran B.10 040400, saya minta satu senarai penuh projek persekutuan di Sabah yang ditangguh, dikurangkan skop atau dibatalkan pada tahun 2026, merentas semua kementerian. Saya minta jawapan bertulis.
Tuan Pengerusi, izinkan saya menutup perbahasan ini dengan satu permohonan dan satu cadangan. Permohonan ini saya tujukan melalui Tuan Pengerusi dan dengan penuh hormat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan kepada semua Ketua-ketua Setiausaha selaku Pegawai Pengawal.
Tuan-tuan dan puan-puan ialah penjaga terakhir wang rakyat yang telah diluluskan dalam Dewan yang mulia ini. Menteri datang dan pergi. Kerajaan boleh bertukar, tetapi tandatangan tuan-tuan kekal dalam buku rekod. Arahan Perbendaharaan meletakkan tanggungjawab itu di bahu tuan-tuan. Maka sebelum sesuatu keputusan dibuat sama ada memotong ka, menangguh ka, ataupun meminda peruntukan, nilailah kesan dia secara keseluruhan. Bukan sekadar kesan kepada imbangan akaun ataupun KPI, tetapi kesan juga kepada rakyat, kesan kepada kami di Sabah yang masih jauh ketinggalan.
Dan kepada kerajaan, satu cadangan. Saya mintak betul, kali ini bentangkan satu penyata Sabah dan Sarawak sebagai buku anggaran setiap tahun. Penyata ini
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
akan memuatkan tiga perkara. Pertama, hasil bersih persekutuan yang diperolehi di Sabah dan di Sarawak. Kedua, senarai projek pembangunan mengikut butiran dan ketiga, status pelaksanaan projek tahun sebelumnya iaitu mana yang siap, mana yang di tangguh dan mana yang dibatalkan. Inilah semangat Perjanjian Malaysia 1963 dalam bentuk yang boleh diukur. Bukan janji dalam bentuk ucapan, tetapi angka dalam dokumen yang boleh disemak.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran B.10 dan B.12 khususnya pengurusan pelaburan syarikat kerajaan serta institusi yang menguruskan wang rakyat.
Hari ni saya mahu bertanya apakah kerugian UJSB berpunca daripada keputusan komersial yang tidak tepat atau terdapat pihak tertentu yang mendapat manfaat daripada keputusan tersebut? UJSB kita sedia maklum disebutkan oleh rakan-rakan kerugiannya RM13.2 bilion yang terkumpul pada tahun 2025.
Puan Pengerusi, saya merujuk Butiran B.10 Butiran 030100. Pada 2018, aset Tabung Haji bernilai RM9.7 bilion dipindahkan kepada Urusharta Jamaah pada nilai transaksi RM19.9 bilion. Semua Ahli Dewan dah hafal angka-angka ini tapi jawapan daripada Menteri setakat ini belum ada lagi. Tetapi sekarang akhirnya rugi RM13.2 bilion. Syarikat yang ditubuhkan untuk memulihkan tetapi makin teruk. Bukan memulih, bahkan kerugian yang makin melebar melebihi daripada kerugian asal yang akibat transaksi dahulu.
Dahulu kita dibangkitkan defisit Tabung Haji sekitar RM4.1 bilion. Maka dengan mudah dilemparkan tuduhan dan dilemparkan tohmahan ‘sakau’ dengan begitu mudah dalam pentas-pentas politik. Walaupun angka defisit dan kerugian terkumpul mempunyai maksud perakaunan berbeza, ukuran pertanggungjawaban mesti konsisten. Kalau RM4.1 bilion dijadikan alasan menuduh orang sakau, apa ukuran yang digunakan kepada RM13.2 bilion yang rugi UJSB pada hari ini? Saya mahu Menteri menjelaskan nilai aset yang berjaya dipulihkan, kerugian sebenar yang direalisasikan dan tanggungan yang masih belum diselesaikan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Butiran B.10 Butiran 030100. Siapa yang menentukan keputusan pelaburan UJSB? Tuan Pengerusi, saya mahu Menteri meneliti keputusan pelaburan UJSB dan pelupusan aset UJSB. Adakah keputusan tersebut benar-benar dibuat berdasarkan kepentingan komersial UJSB dan Tabung Haji atau terdapat pengaruh pihak yang berkepentingan yang perlu disiasat? Persoalan ini semakin penting apabila timbul dakwaan mengenai rangkaian mafia korporat. Saya mahu kerajaan membuka rekod penilaian, kelulusan lembaga pengarah dan transaksi pelupusan aset yang menimbulkan persoalan.
Tuan Pengerusi, inilah persoalan utama saya iaitu berkaitan dengan Datasonic dan juga NexG. Siapa yang membeli saham yang dijual pada harga yang dilaporkan oleh pengerusi dalam keadaan rugi itu? UJSB pernah memiliki 124 juta saham Datasonic dan kini dipanggil dengan nama NexG. Tukar nama tapi bendanya sama. Bersamaan 9.2 peratus pegangan. Saham tersebut dilupuskan secara berperingkat sehingga April 2025.
Dalam wawancara The Edge pada September 2026, Pengerusi UJSB Datuk Mohd Shukri Hussin mengaku pelupusan itu dibuat dalam keadaan rugi. Beliau menjelaskan saham dijual melalui pasaran terbuka kerana ketidaktentuan pembaharuan kontrak kerajaan. Yang dijual pasaran terbuka tiga hingga empat peratus. Baki lima peratus lagi dijual kepada seorang individu yang namanya belum didedahkan sampai sekarang tetapi Pengerusi UJSB menafikan ia nya adalah Farhash Wafa Salvador. Dia nafikan. Kalau begitu, siapa individu itu? Berapa saham dia beli? Pada harga berapa dan siapa yang meluluskan transaksi tersebut?
Puan Pengerusi, UJSB melepaskan pegangannya dalam Datasonic Technologist, anak syarikat NexG yang pada— telah memperoleh kontrak kerajaan berkaitan pasport dan MyKad bernilai sekitar RM2.46 bilion sehingga 2032. Dapat kontrak, sebelum dapat kontrak yang begitu besar, saham dijual dan dilepaskan sehingga lagi UJSB bukan lagi pemegang saham utama dalam NexG, tiba-tiba dijual dalam keadaan rugi, kemudian syarikat tersebut dapat kontrak RM2.46 bilion. Sangat mencurigakan. Mengapa UJSB menjual saham dalam keadaan rugi sebelum kumpulan syarikat itu memperoleh kontrak berbilion Ringgit kerajaan?
Saya mahu tiga angka. Pertama, kos asal saham tersebut, berapa hasil jualan, berapa kerugian sebenar yang direalisasikan? Persoalan ini mesti menjadi lebih penting apabila kita meneliti laporan media antarabangsa. Ini bukan cerita kedai kopi di negara kita sahaja. 21 November 2025, Channel New Asia atau CNA dari Singapura melaporkan pertikaian penguasaan NexG yang melibatkan nama Tan Sri
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ishak Ismail, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador. CNA melaporkan berdasarkan sumbernya, pengambilalihan pegangan 25 peratus oleh Ishak serta hubungan pemilikan korporat melibatkan Farhash, MMAG Holdings dan juga NexG.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Pada 12 Mac 2026, CNA sekali lagi melaporkan dakwaan campur tangan politik dalam pertikaian penguasaan NexG, Farhash kemudian melalui peguamnya menafikan perkara tersebut. Lebih menarik Tuan Yang di-Pertua, pada Ogos 2026 turut dilaporkan cadangan kerajaan menilai kemungkinan mengambil alih Datasonic Technologies yang diberi kontrak berbilion tadi, kerajaan pula nak belikan dengan harga RM7.5 bilion tetapi akhirnya tak jadi bila kita dah buat bising.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, saya nak landing. Kita mempunyai satu rangkaian peristiwa yang memerlukan penjelasan. UJSB menjual saham pada kerugian, kontrak berbilion Ringgit diperoleh, pertikaian penguasaan syarikat mendapat perhatian antarabangsa. Kemudian, timbul cadangan pembelian pengambilalihan RM7.5 bilion. Persoalan saya ialah tiga perkara, Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, saya pohon kepada kerajaan supaya buat audit forensik.
Kedua, bentangkan kos asal pegangan semasa dan kerugian direalisasikan.
Yang ketiga, siasat secara bebas dakwaan konflik kepentingan dalam urus niaga korporat yang melibatkan kepentingan institusi awam. Rakyat berhak untuk bertanya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030000 – Strategi Pelaburan. Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan dan Butiran 030200 – Pengurusan Strategik Badan Berkanun.
Saya mengalu-alukan cadangan untuk mengubal akta badan berkanun dan entiti kawalan tadbir urus kewangan serta Rang Undang-undang Entiti Milik Kerajaan. Langkah-langkah ini akan memperkukuhkan tadbir urus korporat dan pengawasan terhadap state-owned enterprise atau dipanggil SOE. Saya setuju dengan matlamat RUU ini dan memang masa telah sampai untuk mencegah skandal
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
kewangan dan salah urus seperti yang berlaku dalam kes 1MDB, FELDA, Tabung Haji dan sebagainya.
RUU ini akan memastikan pengawasan terhadap anak-anak syarikat dan SOE. Soalan fundamental yang saya hendak tanya. Selain kedua-dua perundangan yang dicadangkan ini, saya meminta Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan meneliti persoalan asas.
Patutkah kerajaan menjalankan perniagaan melalui perusahaan komersial milik kerajaan atau patutkah kerajaan berperanan sepenuhnya sebagai pegawai pengawal selia dan pemudah cara manakala sektor swasta menjalankan kegiatan perniagaan. Kerajaan sebagai pengawal selia ibarat pengadil dalam perlawanan bola sepak. Tugas pengadil adalah untuk menguatkuasakan peraturan dan memastikan permainan berlangsung dengan adil. Bukan menjadi pemain dan turut serta dalam perlawanan.
Perniagaan diwujud untuk menjana keuntungan dan memaksimumkan kecekapan. Kerajaan pula menyediakan kemudahan dan perkhidmatan awam untuk rakyat. Peranan utama kerajaan adalah untuk mentadbir pengawal selia dan memudahkan urusan pasaran dan melalui dasar-dasar yang telus. Bukan cenderung untuk bertindak secara langsung selaku pemain perniagaan komersial yang aktif.
Kecuali perkhidmatan dan infrastruktur asas yang tidak diceburi oleh perusahaan swasta, kerajaan tidak sepatutnya menjalankan perniagaan. Efek ialah market distortion dan crowding out private enterprise.
Apabila kerajaan mengendali perusahaan komersial, keadaan ini boleh memesongkan pasaran, menyingkir pelaburan swasta, menjejaskan persaingan dan mendorong kerajaan memberikan bantuan kewangan bagi menyelamatkan syarikat.
Dengan izin, *we have seen in the history of SOE in Malaysia, the resulting market distortion, crowding out of private enterprise and the never ending government bailout.
And when politician and government appointees sit on commercial board, political consideration and political expediency prevail over commercial consideration.* Oleh demikian, konsep perlu dikaji semula. Konsep sektor strategik yang digunakan untuk mewajarkan atau men-justify pelaburan kerajaan dalam perusahaan swasta perlu diteliti semula dengan kriteria yang lebih ketat. Bukan semua perniagaan boleh dikategori sebagai industri strategik. Pengalaman dan sejarah telah kita melihat dengan izinnya, the previous administration practice of
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
selecting certain individuals and picking winners oftentimes turning out to be losers.
Requiring government bailout.
Oleh yang demikian, memandangkan sejarah dan pengalaman sebelum ini, kerajaan harus mengkaji semula konsep penglibatan kerajaan dalam perniagaan dan untuk pelaburan dalam sektor strategik, adanya negara-negara yang lain juga yang mengadakan tadbir urus SOE dan saya meminta kerajaan melihat dan mengambil kira tentang best practices yang telah dilakukan oleh negara-negara lain di dalam pengurusan SOE dalam sektor strategik.
Akhirnya, saya bersetuju dan sokong kerajaan mengkaji semula dan memperketatkan penglibatan kerajaan serta mengekalkan kawal selia untuk memastikan keputusan korporat diurus oleh ahli profesional tanpa pengaruh politik demi melindungi integriti pasaran. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Puan Pengerusi. Baju Puan Pengerusi hijau putih, cantiklah.
[Ketawa] Tiga poin Puan Pengerusi. Tiga perkara. Yang pertama, Butiran 10, 020100 – Fiskal dan Ekonomi. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tentang Buy Now, Pay Later (BNPL) bukan BN-PH, BNPL. Statistik yang ada sekarang ini ada RM66.6 bilion baki hutang sampai Jun 2026. Apa usaha kerajaan untuk melindungi pemohon ataupun peminjam ini terutamanya daripada dalam kalangan yang berpendapatan rendah dan dalam kalangan belia bawah 30 tahun.
Statistik yang sempat saya buat carian tadi, 70 peratus orang yang berpendapatan rendah ini ada akaun BNPL – Buy Now, Pay Later dan 37.9 ataupun 38 peratus, belia 30 tahun ke bawah ini dah berhutang. Menggunakan kaedah Buy Now, Pay Later dan adakah pihak kementerian memastikan penyedia platform BNPL ini menyemak terlebih dahulu keseluruhan komitmen hutang pemohon tersebut?
Kalau kita nak buat loan dengan bank, bank akan check semua sekali dalam CCRIS, baru dia tahu orang itu mampu bayar ataupun tak mampu bayar. Adakah BNPL ini juga buat benda yang sama? Kalau belum, kita minta supaya mereka juga buat perkara yang sama. Ada sembilan poin juta akaun BNPL yang aktif. Berapa ramai yang ada akaun lebih daripada satu? Dia berhutang dengan syarikat itu, dia
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
berhutang dengan syarikat ini. Kalau dia berhutang dengan banyak syarikat, tanpa dianalisis risiko dia itu akan menyebabkan akhirnya dia terbeban dengan hutang.
Dan saya juga ingin bertanya pihak kerajaan, apa yang mereka beli untuk hutang ini? Kalau lah rakyat kita beli barang keperluan harian menggunakan kaedah Buy Now, Pay Later ini, ini satu indikator yang tak sihat. Maknanya, rakyat kita ini susah. Berhutang untuk beli barang keperluan harian dan ini sepatutnya kerajaan kena lakukan sesuatu untuk bendung perkara ini berlaku.
Poin yang kedua Puan Pengerusi ialah juga mengenai kawalan kredit. Saya ingin bertanya tentang prosedur dalam Bank Negara yang melibatkan kita semua sebagai ahli politik iaitu ada satu prosedur kategori nama dia Politically Exposed Person (PEP). Saya sendiri mengalami PEP ini dan saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat pun ada pengalaman itu.
Kita ini masuk senarai PEP, okey sebab kita duduk dalam medan. Tetapi isunya ialah anak-anak kita, isteri kita, suami, isteri, adik-beradik, mak ayah, mak mertua, pak mertua. Anak saya nak buka akaun bank, bank tak layan. Saya rasa anak-anak YB yang lain pun mungkin mengalami perkara yang sama. Jelutong pun sama juga. Setara Jelutong pun depa tak layan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
YB, just satu minit sahaja. Memang kita terpaksa menunggu penapisan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memang, dan masa diberikan dua, tiga minggu. Anak-anak sekalipun memang macam itu juga.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Saya setuju, YB Jelutong. Terima kasih. Kali pertama Jelutong setuju dengan saya ini.
Isunya ialah kenapa dirumitkan sampai begitu sekali susah. Anak-anak kita ini tak buat dosa apa, tak buat salah. Mereka buka akaun bank untuk nak terima bantuan persekolahan, bantuan zakat, macam-macam. Jadi, tapi bank-bank dia tak layan dan dia tak bagi respons kepada kita macam kita ini penjenayah.
Layan orang yang sakau sebagai penjenayah sudahlah, jangan layan orang yang tak sakau ini. Kita semua bukan penjenayah. Seolah-olah kita masuk dalam bidang politik ini macam kita nak buat jenayah. Bukan. Bila bank susahkan kita buat kredit, kita nak buat loan, akhir sekali ada ahli politik yang pakai duit cash. Bila pakai duit cash, dia tangkap pula, AMLA apa semua. Jadi, kita ini nak banteras jenayah ke nak galakkan orang buat jenayah? Ini kena kaji baliklah perkara-perkara ini. Jangan
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
menyusahkan kita. Panjang lagi nak cakap, tapi itulah. Kasihan dekat anak-anak.
Kita tak apalah, kita tanggung risiko itu, tapi anak-anak ini, mereka tak bersalah dan bank tak layan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Alor Setar, jawapan yang diberikan disebabkan oleh kes 1MDB.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Itu yang saya kata itu. Siasat, tangkap orang yang salah sudahlah, jangan hukum orang yang tak bersalah sebelum dia jatuh hukuman orang bersalah. Baik, terima kasih.
Last sekali, poin akhir, Puan Pengerusi, ialah Kepala B.10, Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC). Saya nak tanya juga, ada berkaitan dengan jawapan PM dalam Pertanyaan Menteri, hari Selasa, 27 Oktober tentang menggunakan GLIC untuk mempercepatkan projek-projek pembangunan rakyat.
Saya nak tarik perhatian juga, Yang Amat Berhormat Tambun ada sebut nak digunakan konsep wakaf dalam pelaksanaan projek pembangunan rakyat.
Soalannya, adakah konsep itu telah dilaksanakan? Adakah GLIC bersama dengan syarikat pihak-pihak badan pengendali wakaf termasuk kalau Hindu ada wakaf Hindu Endowments apa semua itu, adakah benda itu diharmonikan bersama dan bagaimana pengurusan risiko?
Tadi banyak Ahli Parlimen berbahas tentang pengurusan risiko syarikat berkaitan— pelaburan berkaitan kerajaan, eFishery kena scam dan sebagainya.
Benda itu perlu diberi perhatian serius. Saya tak mahu nanti jadi kita terlepas kena
tipu, takut jadi macam pantun ini Puan Pengerusi
Pi Pekan Rabu, makan pek nga; Sana kena tipu, sini ternganga. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih. Terima, kasih Puan Pengerusi.
Saya ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan syarikat insurans yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Saya merujuk kepada Bekalan B.10 di bawah Program 3: Strategi Pelaburan khususnya aktiviti. Butiran 030300 – Fungsi Penyeliaan Sektor Perkhidmatan Kewangan dan saya ingin membangkitkan isu
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
pengurusan insurans kesihatan yang memberi kesan langsung kepada pesakit, doktor, dan hospital swasta.
Isu pertama adalah isu doktor. Doktor dikeluarkan daripada kemudahan cashless. Cashless ini adalah apabila pihak insurans membayar bil bagi pihak pesakit. Saya dimaklumkan terdapat doktor pakar yang dikeluarkan daripada kemudahan cashless oleh syarikat insurans sehingga ada kes di mana pesakit yang sedang menjalani pembedahan terpaksa diberhentikan kerana doktor yang bertugas tidak mempunyai kemudahan cashless sehingga doktor dari hospital lain terpaksa dipanggil.
Persoalannya, apakah kriteria sebenar yang digunakan oleh syarikat insurans untuk mengeluarkan seseorang doktor pakar daripada panel cashless?
Isunya adalah bermakna syarikat insurans mempunyai kuasa penuh menentukan doktor yang akan mengubati pesakit.
Apakah tindakan ini dibuat berdasarkan prestasi klinikal, isu etika dan profesional, kelemahan dokumentasi atau semata-mata pertimbangan komersial?
Jika atas alasan komersial, apakah jaminan bahawa doktor tidak dipilih atau diketepikan sewenang-wenangnya oleh syarikat insurans tanpa penilaian yang telus dan adil?
Menurut Persatuan Perubatan Malaysia, dianggarkan sekitar 190 doktor pakar di seluruh negara telah kehilangan kemudahan cashless. Jumlah ini amat membimbangkan kerana akhirnya pesakit turut terjejas dari segi akses dan kelangsungan rawatan.
Oleh itu, saya ingin meminta pihak Bank Negara Malaysia menjelaskan sama ada terdapat garis panduan khusus yang membolehkan syarikat insurans memberikan alasan bertulis, bukti, dan hak rayuan sebelum seseorang doktor dikeluarkan daripada panel cashless. Selain daripada itu, di manakah hak pesakit yang membayar premium insurans setiap bulan? Kerana apabila mereka jatuh sakit, pihak insurans telah mengatur pilihan doktor dalam senarai mereka tanpa mengikut prinsip yang ditekankan oleh Majlis Perubatan Malaysia ataupun MMC, iaitu melindungi hak memilih doktor oleh pesakit. Adakah prinsip ini dipatuhi oleh syarikat insurans dan apakah tindakan Bank Negara Malaysia setakat ini?
Puan Pengerusi, saya difahamkan syarikat insurans seperti AIA dan Prudential telah melaksanakan audit retrospektif terhadap tuntutan yang telah diluluskan. Saya tidak menafikan hak syarikat insurans untuk menjalankan audit.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Namun, proses ini perlu dikawal selia bagi mengelakkan penyalahgunaan khususnya melibatkan akses kepada rekod perubatan pesakit yang bersifat sulit dan sensitif.
Malah, terdapat hospital yang telah diminta membayar semula tuntutan dan memberikan diskaun bagi mengelakkan tindakan depanelment sementara doktor pakar turut kehilangan kemudahan cashless. Adakah Bank Negara Malaysia mengetahui dan memantau amalan ini?
Kini, teknologi perubatan semakin maju termasuk pembedahan robotik.
Namun, sistem kod perubatan, borang, proses kelulusan awal dan kadar bayaran insurans masih belum bergerak seiring dengan perkembangan ini. Jika sistem sendiri tidak menyediakan pilihan yang tepat, adakah wajar doktor dipersalahkan hanya kerana terdapat kekeliruan dalam pengisian borang? Saya mohon sedikit lagi.
Jangan sampai teknologi semakin maju, tetapi sistem masih ketinggalan sehingga doktor dan pesakit terpaksa menanggung akibatnya. Saya ingin membuat beberapa cadangan, penambahbaikan.
Yang pertama, saya mencadangkan dua langkah utama. Pertama, Bank Negara Malaysia bersama Kementerian Kesihatan menetapkan protokol dan kerangka jelas bagi sekatan panel, surat jaminan, dan rawatan berterusan.
Cadangan kedua, badan profesional dan industri insurans perlu menyemak kod diagnosis serta prosedur perubatan secara berkala seiring dengan kemajuan teknologi.
Puan Pengerusi, sekian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bera. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Pengerusi memberikan ruang kepada saya untuk berucap, mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan. Saya ingin merujuk secara khusus kepada satu sahaja tajuk saya perbahasan pada hari ini, iaitu berkenaan dengan Butiran 020500 – Subsidi bahan api.
Saya terus kepada subsidi bahan api. Inisiatif potongan ataupun pengurangan cukai, cadangan kereta hibrid, dan juga PHEV. Mengikut unjuran perbelanjaan dan beban kewangan negara, jumlah peruntukan subsidi bahan api bagi tahun 2027 dijangka kekal amat besar, iaitu sekitar RM25 bilion hingga RM30
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
bilion bagi subsidi bahan api sahaja. Dan bagi tahun 2027 ini, dengan STR dan sebagainya, mencecah RM53 bilion. Beban subsidi yang tinggi ini menuntut kita untuk berfikir secara kreatif dan praktikal.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Kerajaan hari ini dilihat terlalu memberi tumpuan dan dorongan melampau kepada kenderaan elektrik sepenuhnya battery electric vehicle (BEV). Namun, realitinya majoriti rakyat marhaen dan golongan pertengahan M40 masih belum bersedia untuk membuat peralihan terus kepada BEV disebabkan faktor harga dan juga infrastruktur. Oleh itu, saya mendesak Kementerian Kewangan di bawah butiran 02500 ini agar menyediakan inisiatif potongan cukai khas dan insentif fiskal kepada syarikat-syarikat pembuat serta pemasang kereta OEM tempatan yang mengeluarkan kenderaan jenis hibrid dan juga plug-in hybrid (PHEV).
Teknologi kenderaan hibrid dan PHEV hari ini sudah semakin canggih, cekap tenaga dan amat menjimatkan penggunaan bahan api. Kelebihan teknologinya ialah ia mengurangkan kebergantungan kepada petrol dan diesel secara drastik yang secara langsung akan mengurangkan jumlah beban subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan.
Pengguna tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada stesen pengecas elektrik menjadikannya penyelesaian paling realistik ketika ini dan praktikal untuk keadaan geografi serta sosioekonomi negara kita buat masa ini. Saya bercakap ini, Tuan Pengerusi sebab saya adalah pengguna Proton e.MAS PHEV yang sangat menjimatkan dan tidak sukar untuk kita mengecas di stesen-stesen pengecas.
Keduanya, Tuan Pengerusi. Bantuan kewangan daripada subsidi yang besar ini kepada bantuan kewangan dan kemudahan kepada operator pengecas elektrik
(EV charger operator). Tuan Pengerusi, poin saya yang kedua ini jika kerajaan betul- betul berhasrat untuk menjayakan agenda hijau dan peralihan kenderaan elektrik
(EV), masalah utama yang mendepani rakyat hari ini ialah wajib diselesaikan terlebih dahulu masalah range anxiety ataupun fobia kehabisan bateri.
Rakyat bimbang untuk membeli kereta elektrik bukan semata-mata kerana harganya tetapi kerana kekerapan dan bilangan stesen pengecas awam di luar sana yang masih amat berkurangan terutamanya di kawasan luar bandar, di Lebuhraya Pantai Timur, di Lebuhraya Timur–Barat, di Sabah dan di Sarawak.
Sehubungan dengan itu, di bawah butiran ini saya menyarankan agar Kementerian Kewangan menyediakan lebih banyak kemudahan bantuan kewangan, geran padanan (matching grant) dan pinjaman mudah (soft loan) kepada operator-
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
operator tempatan yang memasang serta menguruskan infrastruktur pengecas elektrik (charge point operators). Langkah ini penting kerana kos modal CapEx untuk memasang stesen pengecas pantas (DC fast charger) dan menaik taraf pencawang elektrik adalah sangat mahal.
Tanpa bantuan kewangan dan insentif langsung daripada kerajaan kepada operator ini, pembinaan fasiliti pengecasan akan sentiasa perlahan dan tertumpu di kawasan bandar-bandar besar sahaja. Apabila kemudahan pengecas elektrik ini dibina secara meluas, sekata dan mudah diakses di seluruh pelosok negara, fobia rakyat untuk memiliki EV dapat dihakiskan. Kesannya, kadar penggunaan kenderaan cekap tenaga akan melonjak dan seterusnya objektif kerajaan untuk pengurangan subsidi bahan api jangka panjang dapat dicapai.
Pengurusan perbelanjaan subsidi bawah butiran 02500 ini dialihkan dan dilaburkan semula untuk pelaburannya secara strategik. Bukan sahaja untuk mengurangkan beban fiskal negara tetapi untuk menstruktur semula ekosistem pengangkutan negara ke arah yang lebih lestari dan memihak kepada poket rakyat.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera dan terima kasih, Yang di-Pertua. Betong ingin membangkitkan dua perkara utama iaitu pembiayaan Skim Pinjaman Rumah Panjang Sarawak dan pelaksanaan projek pembangunan persekutuan pemberian khas Sarawak di bawah Perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan.
Puan Pengerusi, pertama mengenai Skim Pinjaman Rumah Panjang di bawah butiran 022400 maksud B.11 yang memperuntukkan RM20 juta bagi tahun 2027. Betong amat menghargai komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam kita membantu masyarakat rumah panjang melalui skim pinjaman tanpa faedah yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC).
Namun, rumah panjang yang telah berusia puluhan tahun semakin memerlukan pembaikan dan pembinaan semula. Jadi, dalam keadaan sekarang kita tengok kos bahan binaan, pengangkutan dan tenaga kerja yang semakin meningkat,
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
soalannya ialah sama ada peruntukan sebanyak RM20 juta setahun ini masih mencukupi untuk menampung keperluan semasa.
Jadi, Betong ingin mendapatkan penjelasan daripada RM20 juta yang telah diperuntukkan bagi tahun 2026, berapakah jumlah yang telah disalurkan kepada HDC Sarawak dan adakah keseluruhannya telah dilepaskan. Dan Betong berharap kementerian dapat mempertimbangkan dan untuk menilai semula kecukupan peruntukan ini agar bantuan benar-benar sampai kepada penduduk yang memerlukan, bukan sekadar kekal sebagai peruntukan di atas kertas.
Puan Pengerusi, yang kedua ialah maksud B.10 kod 020300 iaitu Belanjawan Negara mengenai kecekapan pelaksanaan projek-projek pembangunan persekutuan di Sarawak. Betong menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan Sarawak kepada RM16.2 juta— RM16.2 bilion bagi tahun 2027 berbanding RM15.1 bilion pada tahun sebelumnya.
Kita juga menghargai penurunan kuasa kepada JKR dan JPS Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 sejak 2023 termasuk kuasa membuat keputusan perolehan bagi projek tertentu sehingga RM50 juta.
Jadi, Betong ingin bertanya sejauh manakah penurunan kuasa ini benar- benar mempercepatkan pelaksanaan projek? Dan justeru, Betong juga ingin mengetahui bagi projek yang lewat, apakah punca utama kelewatan projek-projek tersebut. Adakah disebabkan oleh masalah teknikal, penyediaan tapak ataupun kekangan peruntukan atau prosedur kewangan?
Puan Pengerusi, seterusnya dalam butiran yang sama mengenai Pemberian Khas Sarawak di bawah Perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan. Betong merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kenaikan kadar interim pemberian dari RM600 juta kepada RM1.5 bilion. Namun, kadar interim ini belum merupakan penyelesaian muktamad. Jadi, Betong mengambil maklum bahawa rundingan mengenai formula tetap masih diteruskan oleh Kerajaan Sarawak yang telah mengemukakan cadangannya kepada Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, Betong ingin mendapatkan penjelasan apakah perkara utama yang masih belum dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Adakah Kerajaan Persekutuan telah memberikan maklum balas terhadap formula yang dicadangkan oleh Sarawak dan bilakah rundingan ini dijangka dimuktamadkan?
Sementara kita menunggu persetujuan formula tetap, Betong juga ingin mendapatkan pengesahan sama ada kadar interim ini akan diteruskan serta bilakah
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
pembayarannya akan dibuat untuk tahun hadapan. Jadi, Betong berharap rundingan ini dapat diselesaikan secara adil dan melalui persetujuan bersama.
Jadi, dalam butiran sama mengenai pelaksanaan Arahan Perbendaharaan
(AP182) khususnya dari segi kaedah penyaluran peruntukkan pembangunan Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak. Betong mencadangkan agar apa jua jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek dan program pembangunan di Sarawak dipertimbangkan untuk disalurkan melalui Tabung Amanah Negeri (State Trust Fund) tertakluk kepada mekanisme kewangan dan peraturan yang berkuat kuasa.
Cadangan ini bukan bertujuan untuk kita mengetepikan tatacara kewangan Persekutuan tapi untuk kita memudahkan penyelesaian, mempercepatkan pelaksanaan dan mengurangkan kerenah birokrasi yang boleh melambatkan sesuatu projek. Sebagai contoh, dulu pelaksanaan projek Jiwa Murni yang menggunakan kaedah penyaluran peruntukan melalui Tabung Amanah Negeri telah menunjukkan bahawa pendekatan ini boleh membantu melancarkan pelaksanaan projek di lapangan.
Jadi Puan Pengerusi, saya berpandangan bawah pendekatan ini wajar diperluaskan kepada projek-projek lain termasuk pembaikan jalan luar bandar, jambatan dan sebagainya. Kita tidak mahu peruntukan sudah diluluskan tetapi pelaksanaannya mengambil masa yang terlalu lama disebabkan proses penyaluran dana dan penyelarasan antara kementerian, jabatan serta agensi pelaksana.
Oleh itu, Betong minta Kementerian Kewangan supaya mempertimbangkan satu mekanisme penyaluran yang lebih fleksibel melalui State Trust Fund dengan pemantauan, pelaporan, kemajuan dan akauntabiliti kewangan yang jelas. Jadi, saya harap Kementerian Kewangan tidak sekadar mengambil maklum tetapi memberikan komitmen untuk perkara ini.
Sebagai penutup, Betong ingin menegaskan bahawa kejayaan sesebuah belanjawan bukan hanya diukur berdasarkan jumlah peruntukan yang diumumkan tapi sejauh mana peruntukan tersebut dapat disalurkan dan diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang Berhormat Pengerusi. Pertama saya nak mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar dan guru Sekolah Menengah Agama Al-Falah bersama kita dalam Dewan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Pengerusi, dalam meneliti anggaran perbelanjaan Kementerian Kewangan bagi tahun 2027, saya ingin membangkitkan persoalan tentang kecekapan pengurusan wang dan aset kerajaan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi, izinkan saya perbahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan.
Setiap Ringgit yang dibelanjakan perlu memberikan manfaat kepada rakyat, pada masa yang sama, setiap Ringgit yang menjadi hak rakyat mesti dapat kembalikan pada pemiliknya. Saya ingin menyentuh beberapa perkara.
Yang pertama ialah isu wang tak dituntut hak kewangan rakyat. Saya merujuk kepada Butiran 050200 – Pengurusan Wang Tidak Dituntut ialah wang yang terkumpul saja tidak memadai untuk mengukur keberkesanan pengurusan. Wang yang tidak dituntut merupakan wang yang beku dan tidak membawa apa-apa faedah pada pemilik.
Saya ingin bertanya berapakah nilai wang tak dituntut yang masih belum dituntut sehingga September 2026. Berapakah kadar tuntutan berjaya dan tempoh purata pembayaran serta apakah langkah proaktif kerajaan untuk mengesan pemilik yang berhak? Adakah kerajaan mempunyai mekanisme pemadanan data untuk mengenal pasti pemilik atau waris yang layak, khususnya warga emas dan waris pemilik yang telah meninggal dunia.
Sistem IT yang ada sekarang termasuk di bank-bank dan tidak menggunakan sistem buku, memberi kesan yang cukup banyak kepada pemilik-pemilik wang di bank yang tidak boleh dikesan apabila pemilik-pemilik wang itu meninggal dunia.
Jadi, saya kira kerajaan perlu mengambil perhatian serius tentang perkara ini.
Perkara yang kedua Pengerusi ialah Pengurusan Aset Awam. Butiran 030400 – Pengurusan Aset Awam. Apakah yang dimaksudkan dengan wang awam dan aset awam kerajaan? Minta kerajaan memperincikan jenis dan di mana kedudukannya.
Bukan sahaja di Kementerian Kewangan tetapi juga di kementerian-kementerian lain atau di lain-lain tempat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Butiran 00500 – Baik Pulih Pejabat dan Kuarters. Kerajaan mengumumkan RM2.3 bilion bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters termasuk untuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba. Kerajaan turut mengumumkan peningkatan peranan, bahagian pengurusan hartanah kepada jabatan hartanah negara. Daripada peruntukan ini, berapakah jumlah yang dikhususkan untuk memulihkan kuarters kosong dan apakah sasaran bilangan unit yang dapat diduduki semula?
Berapakah jumlah kuarters kerajaan yang kosong kerana kerosakan dan adakah analisis kos membaik pulih berbanding pembinaan baharu telah dilaksanakan? Dan di manakah sebenarnya lokasi kuarters-kuarters kerajaan ini berada dan juga di negeri-negeri mana?
Adakah kerajaan mempunyai sasaran tahunan untuk mengurangkan jumlah kuarters kosong, rumah-rumah kerajaan, kakitangan kerajaan kosong termasuk melalui penempatan semula penjawat awam atau penggunaan alternatif? Adakah terdapat tanah-tanah kerajaan tapak kuarters ini yang telah dilupuskan? Berapa jumlah dan ke mana tanah ini dilupuskan.
Sewaan bangunan, berapakah jumlah perbelanjaan tahunan Kerajaan Persekutuan bagi menyewa bangunan dan ruang pejabat sepanjang 2024 hingga 2026? Serta apakah langkah Kementerian Kewangan mengurangkan kos sewaan melalui penggunaan bangunan kerajaan yang masih kosong sedangkan kita cuba menyewa bangunan-bangunan lain.
Yang berikutnya adalah tanah rizab Melayu. Adakah kaedah di bawah 040600 – Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Apakah kaedah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta terkini dalam menentukan nilai pampasan tanah rizab Melayu yang diambil bagi pihak Persekutuan dan bagaimana kerajaan memastikan pemilik mendapat penilaian yang adil serta mempunyai saluran mencabar keputusan tersebut?
Berapakah jumlah pengambilan tanah rizab Melayu bagi projek Kerajaan Persekutuan sepanjang 2021 hingga 2026, nilai pampasan yang dibayar mengikut negeri serta bilangan kes bantahan terhadap penilaian pampasan oleh pihak pemilik tanah? Adakah kerajaan menjalankan kajian empirikal untuk mengenal pasti perbezaan nilai pasaran tanah rizab Melayu dengan tanah bukan rizab yang setara?
Perolehan kerajaan bagi dalam Belanjawan 2027, kerajaan mengumumkan bahawa maklumat projek termasuk kontraktor dan pemilik kontrak akan didedahkan susulan pelaksanaan Akta Perolehan Kerajaan mulai 2027. Bagaimanakah Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan memastikan pelaksanaan Akta Perolehan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kerajaan mulai 2027 mendedahkan bukan sahaja nilai kontrak asal, tetapi juga tambahan kos lanjutan masa dan prestasi pelaksanaan projek kepada umum, termasuk sebab-sebab kegagalan yang menyebabkan projek-projek lambat dilaksanakan?
Adakah kerajaan akan menerbitkan maklumat variasi kontrak dan kos akhir projek supaya Parlimen dapat menilai perbezaan antara harga yang diluluskan dengan perbelanjaan sebenar?
Yang akhir Pengerusi, berapakah jumlah pegawai lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam di bawah Persekutuan mengikut kementerian dan tempoh perkhidmatan khusus yang telah berkhidmat melebihi lima, 10 dan 15 tahun serta bilangan diserapkan perjawatan tetap? Minta kerajaan nyatakan dasar semasa pelantikan pegawai kontrak yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun, termasuk syarat kelayakan, jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak serta perancangan kerajaan menjamin kesinambungan perkhidmatan mereka?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya mencadangkan supaya kalau kontrak ini dah lama berkhidmat, saya mencadangkan dan mereka diperlukan, letakkan mereka, serapkan mereka ke jawatan tetap...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Dalam mana-mana kementerian di bawah kerajaan. Terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Pengerusi. Tuaran berbahas bagi Maksud Tanggungan 12 Perbendaharaan, Butiran 010600 – Pemberian Khas Tahunan Sabah. Tuaran menghargai peningkatan bayaran Menteri daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion. Cuma, rakyat mahu tahu bagaimana jumlah ini dikira? Adakah sudah mengikut formula hak 40 peratus atau masih bayaran sementara menunggu pengiraan sebenar dipersetujui?
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025 menyentuh kegagalan menaikkan kewajipan Perlembagaan bagi tempoh 1974 hingga 2021. Walaupun ada rayuan dan penangguhan pelaksanaan, kerja
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
penyediaan data dan pengiraan patut diteruskan. Rakyat Sabah sudah lama menunggu. Had ini berasaskan Perkara 112C dibaca bersama seksyen 2(1) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan.
Jadi, semakan di bawah Perkara 112D masih berpandukan kerangka tersebut. Sekarang di mana sebenarnya— di mana sebenarnya perkara yang perlu dipersetujui. Adakah pada tarif hasil bersih, data kutipan asas tahun 1963 atau cara pengiraannya? Jadi, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan di mana masalahnya dan bila boleh diselesaikan.
Kalau bayaran interim ini ialah pemberian gantian, apakah asas undang- undangnya, persetujuan kedua-dua kerajaan dan perintah yang berkuat kuasa?
Berikan jaminan bertulis bahawa penerimaannya, pembayaran interim tidak menggugurkan hak Sabah, termasuk tuntutan terdahulu. Jelaskan juga bagaimana bayaran ini diambil kira dalam penyelesaian nanti.
RM1.5 bilion diumumkan akan membayar sebelum akhir tahun 2026.
Daripada jumlah itu RM600 juta sudah diterima melalui warta pemberian khas Sabah 2025. Jadi, melalui instrumen apakah baki RM900 juta itu akan disalurkan? Sebab tanpa instrumen, tidak boleh membuat pembayaran.
Puan Pengerusi, jumlah RM18.7 bilion untuk Sabah dalam Bajet 2027 memang nampak besar tetapi apabila diperincikan hanya RM7 bilion adalah untuk pembangunan, RM8.9 bilion untuk mengurus termasuk emolumen kakitangan Persekutuan di Sabah dan RM2.8 bilion pemberian khas. Dalam hal pemberian khas ini, Tuaran ingin tahu termasuk apa. Apakah dalam RM2.8 bilion ini termasuk RM1.5 bilion yang dikatakan pemberian khas tadi yang sepatutnya dibayar pada tahun ini?
Dan kalau itulah kalau dibayar tahun ini kenapa dimasukkan dalam Bajet Tahun 2027?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Di sinilah kita perlu jelas ya Puan Pengerusi. Perbelanjaan Persekutuan di Sabah tidak semuanya diserahkan kepada Kerajaan Sabah. Membayar gaji guru, membayar petugas kesihatan, membayar gaji anggota keselamatan ialah tanggungjawab Persekutuan kepada rakyat, termasuk yang di Sabah.
Jadi perbelanjaan itu bukan dengan sendirinya bayaran hak 40 peratus.
Justeru, persoalan Tuaran Puan Pengerusi ialah mengapa kerajaan hanya mengumumkan perbelanjaan pengurusan untuk Sabah dan Sarawak? Malah hanya untuk Sabah, tetapi tidak pula diumumkan perbelanjaan pengurusan untuk
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Semenanjung Malaysia. Rakyat Sabah dan Sarawak wajar mengetahui perbelanjaan pengurusan yang diperuntukkan di Semenanjung Malaysia.
Kerajaan begitu bersungguh-sungguh menyebut jumlah untuk Sabah tetapi apabila menyebut Semenanjung, angkanya dipecahkan kepada wilayah utara, wilayah selatan, wilayah timur dan wilayah tengah. Bukankah semua ini Semenanjung? Dalam Belanjawan 2025, jumlah pembangunan empat wilayah itu ialah RM44.5 bilion berbanding hanya RM6.7 bilion untuk Sabah dan RM5.9 bilion untuk Sarawak.
Kalau angka Sabah sahaja ditonjolkan tanpa perbandingan lengkap, bunyinya seolah-olah kami sudah bagi begitu banyak kamu Sabah. Apa lagi kamu mahu? Puan Pengerusi, Sabah mahu haknya ditunaikan. Itu saja kami mahu. Rakyat mahu air sampai ke rumah, anak-anak belajar di sekolah yang selamat dan pesakit mendapat rawatan. Menunaikan tanggungjawab Persekutuan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan hak Sabah.
Sebab itu bagi Belanjawan 2027, bentangkanlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan asas yang sama. Asingkan peruntukan nasional atau merentas wilayah supaya rakyat nampak gambaran yang lengkap.
Tuaran menggesa supaya hak 40 peratus dilaksanakan mulai tahun 2027 dan saya mohon jawapan sebab dalam peringkat dasar tadi tak dijawab, tak disebut pun. Tanpa mengetepikan tuntutan terdahulu untuk kita bentangkan pengiraan yang belum disemak. Tetapkan jadual pembayaran dan sediakan peruntukan yang mencukupi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya nak pergi straight to the point mengenai perbelanjaan Kementerian Kewangan ini di peringkat jawatankuasa. Berbanding dengan 2026, peningkatan OE campur DE, operating expenditure dan development expenditure meningkat sebanyak RM24.5 bilion ataupun 52 peratus.
Dia terbahagi kepada tiga, B.10 Perbendaharaan, B.11 Khidmat Am Perbendaharaan dan B.11 Kumpulan Wang Terkanun dan Pembangunan P.10 dan P.70. Saya perhatikan bahawa terdapat peningkatan bagi perbelanjaan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
perbendaharaan iaitu, 97.25 peratus, RM97.25 juta, bilion berbanding dengan 2026.
Aset meningkat RM56 bilion, pemberian kenaan tetap RM2 juta, perbelanjaan lainnya RM3.342, bukan bilion ya RM56 juta. Perkhidmatan dan bekalan RM41.4 juta, emolumen turun RM5.8 bilion.
Saya minta penjelasan tentang perkara-perkara butiran-butiran berikut.
Butiran 10000 – Emolumen turun sebanyak 5.86 peratus. Jarang sekali emolumen turun. Kenapa ia berlaku dan saya minta berikan penjelasan? Butiran 3000 – Aset meningkat RM56.6 juta. Aset apa yang diperolehi oleh kementerian? Butiran 20000 – Perkhidmatan Bekalan meningkat RM14.414 juta. Bagi Butiran 01000 – Pengurusan.
Kenapa perbelanjaan emolumen meningkat daripada RM54.7 juta pada 2026 kepada RM61.96 juta sedangkan bilangan jawatan sama, tidak meningkat iaitu 691 orang. Butiran 02000 – Strategik Strategi Fiskal Perbelanjaan emolumen menurun RM17.76 juta sedangkan bilangan jawatan kekal RM14,095. Begitu juga dengan Kastam Diraja Malaysia 02500 – sungguhpun kekal 13,696 orang bilangan perjawatan tapi menurun kos perbelanjaannya. Ini perkara yang perlu diberikan pencerahan.
Seterusnya Perbendaharaan Malaysia Sabah, perbelanjaan RM5.95 juta, Perbendaharaan Sarawak RM4.73 juta. Penjelasan kenapa hanya di Sabah dan Sarawak tetapi tidak di negeri-negeri Semenanjung. Butiran 060200 – Emolumen Kakitangan Kontrak meningkat RM3.97 juta. Adakah bilangan kakitangan kontrak ini meningkat?
Seterusnya, projek P.10 iaitu pembangunan, projek pembangunan Langkawi yang bernilai RM21.7 juta. Minta nyatakan projek pembangunan yang akan dilaksanakan di sana. Mengenai Pulau Langkawi, ada perkara yang saya nak ingin sentuh iaitu kekerapan perjalanan feri daripada Kuala Kedah, Kuala Perlis yang berkurangan ke Langkawi yang berkurangan. Ia adalah masalah air yang cetek, pelayaran hanya dapat dilakukan bila air pasang. Dari maklumat yang Kubang Pasu dapat diperolehi, kekerapan pelayaran dari Kuala Kedah, Kuala Perlis ke Langkawi dan sebaliknya hanya empat kali sehari.
Hal ini sudah tentu menjejaskan industri pelancongan di Langkawi. Ia banyak bergantung kepada penerbangan dari Subang, KLIA ke Langkawi. Tak ramai penumpang yang mampu dibawa berbanding dengan feri. Dulu Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Laut di bawah Kementerian Pengangkutan membelanjakan dalam RM50 juta satu tahun untuk mengorek atau membuang selut
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
di Kuala Kedah, di Kuala Perlis. Namun, kaedah ini tidak lestari kerana perlu dilakukan setiap tiga bulan atau empat kali setahun. Kaedah ini salah satu kaedah yang tidak begitu, begitu, begitu memberi kesan yang baik.
Saya ingin mencadangkan kaedah yang saya fikir lebih lestari jika jeti kedua- dua tempat ini dipanjangkan ke lokasi laut yang lebih dalam supaya dapat dilalui oleh feri sepanjang masa dan sekali gus dapat meningkatkan kekerapan perjalanan feri.
Saya berharap pihak Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan dapat meneliti, mengkaji kaedah ini sebaik-baiknya. Dalam perkhidmatan Perbendaharaan, saya dapati terdapat apa ni sebut bayaran perkhidmatan ikhtisas komisen, perkhidmatan pendidikan khas sebanyak RM300 juta iaitu Butiran 010100. Saya minta apakah dimaksudkan dengan precedent khas ini.
Dan seterusnya, pembiayaan FELCRA, funding gap FELCRA Berhad RM50 juta. Minta penjelasan tentang funding ini. Dan seterusnya ialah Kulim Hi-Tech Park
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
.... (ETPC) sebanyak 021800 sebanyak RM100 juta. Yang ni saya nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan peruntukan sedemikian kepada Kulim Hi-Tech Park di Kulim, Kedah. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya masuk kepada perbahasan saya iaitu P.10, Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal sejumlah RM2.5 bilion dan B.11, Butiran 021000 – Subsidi, Faedah, Imbuhan Tabung Pinjaman sejumlah RM2. Bilion.
Entiti yang saya ingin sebut dalam perbahasan saya adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan isunya adalah berkenaan polisi pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi ijazah sarjana muda, kepujian kelas pertama yang kini berkuat kuasa sejak 1 hari bulan Januari 2026.
Walaupun PTPTN adalah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, tetapi dana yang digunakan untuk membiayai pengecualian bayaran balik pinjaman itu datang daripada Kementerian Kewangan. Oleh kerana Kementerian Kewangan menyekat dan mengurangkan dana untuk pengecualian bayar balik pinjaman
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
menjelang 1 Januari 2026, PTPTN terpaksa membatalkan polisi pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pelajar-pelajar dari IPTS, institusi pengajian tinggi swasta yang memperoleh ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama bermula 1 hari bulan Januari 2026.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Bagi saya, polisi menawarkan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pelajar yang memperoleh kepujian kelas pertama dalam ijazah sarjana muda ini memang merupakan satu polisi yang baik. Ia adalah satu ganjaran atau reward kepada pelajar cemerlang yang belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kepujian kelas pertama. Ia bukan senang untuk pelajar-pelajar memperoleh kepujian kelas pertama juga.
Adalah tidak wajar untuk kerajaan membatalkan polisi tersebut untuk pelajar- pelajar daripada IPTS, lebih-lebih lagi untuk pelajar yang bermula meminjam pada tahun 2025 atau sebelumnya. Mereka mempunyai satu legitimate expectation bahawa kalau mereka belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh kepujian kelas pertama, mereka akan menikmati keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN mereka. Tetapi, tiba-tiba dengan satu pengumuman daripada kerajaan, hak legitimate expectation mereka itu telah dirampas atau dilucut daripada mereka. Saya rasa ini memang amatlah tidak adil untuk mereka.
MOF memberi alasan ketidakcukupan wang untuk meneruskan polisi ini.
Bagi saya, alasan ini tidak dapat diterima. Bolehkah kerajaan berikan statistik kepada kami, berapa orang pelajar daripada IPTA dan IPTS yang memperoleh kepujian kelas pertama? Dan berapakah anggaran yang perlu dibiayai untuk meliputi mereka yang lepasan IPTS? Dan setiap tahun, apakah anggaran yang diperlukan untuk membiayai anggaran itu?
Kalau kita bandingkan amaun ini dengan tunggakan yang tidak dibayar balik, ia memang merupakan sebahagian kecil daripadanya. Sementara kerajaan sudi memberi kelonggaran kepada defaulter yang tidak sudi membayar balik hutang walaupun diwajibkan. Kerajaan sekarang melucutkan hak pelajar-pelajar cemerlang yang belajar bersungguh-sungguh memperoleh kepujian kelas pertama. Janganlah kerajaan itu punish the talent.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan agar memulihkan polisi memberi pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi semua pelajar yang memperoleh kepujian kelas pertama untuk ijazah sarjana muda tak kira sama ada daripada IPTA atau IPTS. Janganlah kerajaan diskriminasikan terhadap mereka yang belajar di IPTS.
Sekian, terima kasih, Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Stampin. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, selamat petang.
Tuan Pengerusi
Waalaikumussalam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tuan Pengerusi, Butiran 050700 – Khidmat Perunding. Saya ingin menyentuh mengenai peruntukan kepada All-Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals ataupun APPGM- SDG, sebuah institusi pembangunan komuniti yang menggabungkan kerjasama rentas parti, NGO, ahli akademik dan masyarakat setempat.
Agensi ini adalah sangat rapat dengan kami, terutama Ahli Parlimen pembangkang, kerana melalui peruntukan yang disalurkan kepada APPGM-SDG ini, kami boleh membuat program-program terus kepada rakyat dan bekerjasama dengan pihak pejabat-pejabat kerajaan termasuk sekolah dan sebagainya.
Untuk rekod, dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi APPGM-SDG, ditambah pula RM10 juta untuk Projek Kebun Komuniti pada tahun 2026. Jumlah yang diumumkan pula ialah RM15 juta iaitu pada tahun 2025. Iaitu, pengurangan sebanyak RM5 juta ataupun 25 peratus berbanding tahun sebelumnya. Persoalannya, apakah justifikasi pengurangan ini sedangkan cabaran masyarakat di peringkat akar umbi semakin memerlukan perhatian dan penyelesaian?
Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kepada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027 khususnya di bawah Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Butiran 050700 – Khidmat Perunding. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada terdapat peruntukan di bawah butiran ini yang boleh menyokong khidmat kepakaran, penyelidikan dan pelaksanaan program
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
pembangunan komuniti seperti APPGM-SDG ini yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020.
Saya tegaskan, saya tidak membuat andaian bahawa peruntukan APPGM- SDG sememangnya berada di bawah butiran tersebut kerana saya lihat dalam buku yang dibekalkan ini tidak ada. Semasa saya meneliti, mendengar pembentangan perbelanjaan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun tidak disebut APPGM–SDG ini.
Jadi, saya ingin mengemukakan tiga persoalan, Tuan Pengerusi. Berapakah jumlah sebenar peruntukan APPGM-SDG bagi tahun 2027? Adakah kerajaan meneruskan peruntukan tersebut? Selepas RM20 juta pada tahun 2025 dan ditambah RM10 juta untuk Kebun Komuniti pada tahun tersebut, seperti yang saya sebutkan tadi, dan RM15 juta lagi pada tahun 2026, tiba-tiba tahun 2027 tidak disebut. Dan apa akan jadi dengan kakitangan APPGM–SDG yang begitu komprehensif membuat kerja selama ini? Adakah Butiran 050700 – Khidmat Perunding turut merangkumi sebarang perbelanjaan berkaitan kepakaran dan pelaksanaan inisiatif APPGM–SDG?
Tuan Pengerusi, pembangunan komuniti tidak sepatutnya dibatasi oleh perbezaan politik. Kemiskinan tidak mengenal parti, masalah rakyat tidak mengenal kerajaan atau pembangkang. APPGM–SDG membuktikan bahawa wakil rakyat daripada pelbagai parti boleh duduk semeja mengenal pasti masalah rakyat dan mencari penyelesaian bersama. Jangan sampai perbezaan politik menyebabkan rakyat kehilangan manfaat pembangunan. Pembangunan mampan bukan sekadar memenuhi angka dalam dokumen belanjawan, tetapi memastikan manfaat benar- benar sampai kepada rakyat.
Terima kasih. Siapa hendak mencelah, silakan.
[Ketawa] Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya tadi risau takut Yang Berhormat cakap Jawa pula.
[Ketawa] Baik, Yang Berhormat. Majlis ke pembahas yang berikutnya. Dipersilakan Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan B.15, aktiviti 020100 – Perancangan Ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM86.2 juta serta Maksud Pembangunan P.15, Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi yang diperuntukkan sebanyak RM603.5 juta bagi tahun 2027.
Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf. Saya salah tadi itu. Ekonomi pula. Saya minta maaf, Dato’ Pengerusi. Saya salah nota yang saya bawa tadi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa]
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya pohon tambah masa sedikit.
Saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan B.10, aktiviti 020200 – Cukai, yang diperuntukkan sebanyak RM19.92 juta bagi tahun 2027 serta aktiviti 060300 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Dalam membincangkan pentadbiran dan kutipan cukai negara, saya ingin membangkitkan satu persoalan penting iaitu keseimbangan antara kuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN dengan hak pembayar cukai untuk mendapatkan keadilan.
Dato’ Pengerusi, di bawah seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, cukai yang ditaksir perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. Walaupun pembayar cukai telah mengemukakan rayuan terhadap taksiran tersebut, prinsip ini dikenal sebagai ‘bayar dahulu, cabar kemudian’ atau ‘pay first, dispute later’.
Saya memahami bahawa kerajaan memerlukan mekanisme kutipan cukai yang berkesan untuk memastikan hasil negara tidak terjejas. Namun, persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah adakah pelaksanaan prinsip ini telah mencapai keseimbangan yang sewajarnya antara kepentingan hasil negara dengan hak pembayar cukai?
Pelaksanaan seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 melalui prinsip ‘bayar dahulu, cabar kemudian’ boleh meletakkan pembayar cukai dalam keadaan seolah-olah mereka telah dihukum sebelum pertikaian terhadap taksiran diputuskan secara muktamad.
Dalam keadaan rakyat dan peniaga sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, tekanan kewangan serta cabaran kelangsungan perniagaan, pendekatan sebegini hanya menambahkan minyak ke dalam api. Lebih membimbangkan pelaksanaan yang dilihat terlalu keras ini boleh menyebabkan kerajaan dipersepsikan sebagai bersifat drakonian seolah-olah kuasa kutipan hasil lebih diutamakan daripada hak rakyat mendapatkan keadilan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Lebih membimbangkan kegagalan membayar cukai dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan kenaikan cukai dikenakan walaupun rayuan masih berjalan. Malah jika persepsi ketidakseimbangan kuasa ini terus dibiarkan tanpa penjelasan dan pembaharuan yang meyakinkan, tidak mustahil sebahagian masyarakat akan mengaitkan dengan naratif dan dakwaan mengenai kewujudan mafia korporat.
Walaupun dakwaan tersebut tidak semestinya mempunyai asas dalam pentadbiran percukaian, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak seharusnya membiarkan undang-undang yang bertujuan melindungi hasil negara akhirnya menjadi punca rakyat hilang keyakinan terhadap keadilan sistem percukaian kita.
Dato’ Pengerusi, saya masih merujuk kepada Maksud B.10 Aktiviti 020200 – Cukai serta Aktiviti 060300 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Isu ini turut melibatkan seksyen 106 akta yang sama yang membolehkan kerajaan mendapatkan kembali cukai tertunggak melalui prosiding sivil. Dalam prosiding sivil tersebut, mahkamah tidak meneliti semula merit taksiran cukai dengan cara yang sama seperti prosiding rayuan cukai. Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan bahawa mekanisme ini tidak menghapuskan hak pembayar cukai untuk mencabar taksiran melalui saluran rayuan yang disediakan oleh undang-undang.
Namun begitu, saya ingin menekankan bahawa kewujudan hak rayuan di sisi undang-undang tidak semestinya bermakna setiap pembayar cukai mempunyai kemampuan kewangan yang sama untuk mempertahankan hak tersebut. Seorang pembayar cukai mungkin akhirnya berjaya dalam rayuannya tetapi apakah kesannya jika perniagaannya telah terjejas teruk sementara menunggu keputusan?
Justeru, saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, adakah kerajaan bersedia mengkaji mekanisme penangguhan pembayaran atau tindakan penguatkuasaan bagi kes pertikaian cukai tertentu tertakluk kepada syarat yang ketat dan jaminan yang bersesuaian? Langkah ini boleh dipertimbangkan khususnya apabila terdapat pertikaian yang mempunyai asas munasabah serta risiko kemudaratan kewangan yang serius kepada pembayar cukai.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya di bawah Maksud Bekalan B.10 Aktiviti 020200 – Cukai yang diperuntukkan sebanyak RM19.92 juta bagi tahun 2027. Saya ingin menyentuh aspek penyampaian notis taksiran kepada pembayar cukai. Saya juga ingin membangkitkan isu seksyen 145 Akta Cukai Pendapatan 1967 berkaitan penyampaian notis taksiran. Peruntukan ini membenarkan penyampaian notis melalui pos biasa atau pos berdaftar tertakluk kepada syarat undang-undang yang
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
berkenaan. Persoalannya, bagaimana kerajaan memastikan pembayar cukai benar- benar mempunyai peluang untuk munasabah untuk mengetuai kewujudan sesuatu notis dan mengambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan?
Adakah perlindungan yang tersedia apabila berlaku pertikaian antara penerima notis khususnya jika tindakan kutipan atau prosiding mahkamah telah dimulakan? Saya ingin mencadangkan supaya kementerian meneliti penambahbaikan mekanisme pemberitahuan termasuk penggunaan saluran digital yang boleh disahkan, rekod penyampaian yang lebih jelas serta prosedur semakan apabila penerimaan notis yang dipertikaikan.
Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan B.10 Aktiviti 020100 – Fiskal dan Ekonomi yang diperuntukkan sebanyak RM15.01 juta bagi tahun 2027. Saya ingin membangkitkan kebimbangan pengusaha perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) terhadap pelaksanaan caruman mandatori KWSP sebanyak dua peratus bagi pekerja asing yang menambahkan kos penggajian dan tekanan kewangan kepada majikan, khususnya mereka yang mempunyai kontrak pekerjaan sedia ada.
Walaupun saya memahami kepentingan perlindungan sosial pekerja, pematuhan majikan terhadap dasar kerajaan tidak semestinya bermaksud mereka bersetuju atau mampu menanggung beban tambahan tersebut. Justeru, saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, adakah kerajaan telah menjalankan kajian impak kewangan terhadap PMKS?
Dan adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan pelaksanaan secara berperingkat khususnya bagi pekerja asing sedia ada serta menyediakan insentif atau pelepasan bersesuaian bagi membantu majikan tempatan? Kita perlu memastikan dasar yang bertujuan melindungi pekerja tidak sengaja menjejaskan kelangsungan perniagaan kecil yang turut menyumbang kepada ekonomi negara.
Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak mempertikaikan kepentingan sistem percukaian negara. Namun, penalti berlebihan memberikan gambaran kezaliman dan kawalan, bukannya pentadbiran berkesan. Kerajaan mesti mengimbangi ketegasan kutipan cukai dengan ihsan, keadilan serta perlindungan hak pembayar cukai. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya terus kepada muka surat 61 Butiran 010000 – Pemberian dan Serahan kepada Negeri-negeri, RM9.6 bilion. Berapakah dari RM9.6 bilion ini termasuk di dalam jumlah RM18.7 bilion yang diperuntukkan untuk Sabah dan berapa dalam jumlah RM16.2 bilion untuk Sarawak?
Butiran 010600 – Pemberian Khas Tahunan Sabah, RM1.5 bilion, 2027. Saya ingin bertanya adakah ini telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Kerajaan Sabah untuk 2027 ataupun untuk lima tahun? Mengikut data dari kerajaan negeri, hasil yang diperolehi oleh Persekutuan dari Sabah tidak kurang daripada RM50 bilion setahun selepas ditolak hasil Sabah tahun 63. Maka itu 40 peratus bernilai RM20 bilion setahun untuk dikembalikan dan dipersetujui dengan Persekutuan menerima 60 peratus daripada hasil itu. Sepatutnya inilah yang perlu dibayar dan dimasukkan di dalam Belanjawan 63 ini.
Hasil 40 peratus ini adalah nyawa Sabah dan kalau ini gagal dilaksanakan, asas Malaysia pun bererti tidak dapat dilaksanakan, gagal dilaksanakan. Ini boleh membatalkan perjanjian. Dan ada juga bekas-bekas Menteri yang meminta supaya MA63 ini dibatalkan. Ini dialu-alukan kalau dari Sabah dan Sarawaklah.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Selain hasil 40 peratus, ada juga hasil-hasil lain berperlembagaan — di dalam Perlembagaan - dua hasil iaitu dalam Jadual 10, duti import dan eksais barangan petroleum dan juga duti eksport minyak mentah mengganti royalti sehingga 10 peratus nilai ad valorem di Bahagian V, Jadual Kesepuluh. 10 peratus dan tidak pernah dibayar dari selama 63 tahun dan harus dimasukkan di dalam belanjawan.
Saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 050000 – Pencen Pesara Baharu dan Ganjaran RM44 juta. Daripada RM44 juta ini, berapakah yang dibayar berkaitan dengan pesara dari Sabah? Muka surat 170, Butiran 030500 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), RM48 juta dan Butiran 00114 – Projek Pembangunan Langkawi, RM21.7 juta.
Memandangkan isu keselamatan Sabah, khasnya Pulau Banggi, yang terdekat dengan pangkalan udara dan laut tentera Amerika Syarikat di Pulau Belabak. Adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu Lembaga Pembangunan Pulau Banggi seperti mana yang di Langkawi, untuk meningkatkan keselamatan dan juga memberangsangkan pembangunan ekonomi di pulau dan sebelah utara Kudat?
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat, sebanyak RM200 juta. Keningau mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tiga projek baru untuk Sabah yang berimpak tinggi. Satu, landasan.
Kedua, untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kedua, laluan kereta api dari Pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu ke Keningau melalui terowong baru menembusi Banjaran Crocker dengan pelaburan darat di Keningau dan kawasan perindustrian pedalaman yang sambungan laluan kereta api dari Beaufort ke Bintulu Sarawak. Ketiga, laluan monorel baru Putatan–Kota Kinabalu–UMS– Kompleks Pentadbiran Persekutuan.
Oleh kerana kerajaan telah bersetuju membina dan membiayai laluan MRT Pulau Pinang dengan anggaran RM16 bilion dan laluan MRT Johor Bahru dengan anggaran RM10 bilion. Kenapa tidak mempertimbangkan laluan monorel di Kota Kinabalu yang hanya menelan belanja di antara RM2.5 bilion sehingga RM5 bilion iaitu kurang daripada 20 peratus daripada apa yang diperuntukkan untuk MRT di Pulau Pinang?
Tuan Speaker, saya mohon supaya cadangan-cadangan ini dipertimbangkan. Terima kasih. Keningau menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Sepanjang tempoh perbahasan ini, saya dengar ramai Ahli-ahli Parlimen yang menyentuh tentang Butiran ini.
Masing-masing ingin mendapatkan perincian, apakah sebenarnya yang diletakkan di bawah Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai ini? Kerana jumlah peruntukan untuk tahun 2026 adalah sebanyak RM29.76 bilion dan untuk 2027, peruntukannya sebanyak RM53.03 bilion iaitu peningkatan sebanyak lebih RM23 bilion ataupun lebih 78 peratus.
Jadi, kalau ikut apa yang disebutkan oleh Menteri Kewangan dalam kenyataan media pada 1 Julai 2026, jangkaan tanggungan subsidi produk petroleum atau bahan api untuk tahun 2026 adalah RM40 bilion. Kalau betul RM40 bilion dah bahan api dan ada lagi SARA sebanyak RM15 bilion, maka dah tentu lebih daripada RM50 bilion tadi. Jadi, untuk 2026 ini, ramai tertanya-tanya apakah perinciannya?
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi, cadangan saya untuk tahun-tahun yang akan datang, apakah boleh Kementerian Kewangan untuk item-item besar ini, perincikan. Dalam RM53 bilion ini, apakah item-itemnya? Jadi, kita di Dewan ini bila berbahas, lebih mudah. Kita boleh lebih fokus pada perkara-perkara yang kita nak tanya secara lebih mendalam. Kalau tidak ini, masing-masing menggagau RM53 bilion ini untuk tujuan apa? Saya mohon diberi perhatian perkara tersebut.
Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya tentang SARA one-off ini ataupun SARA MADANI. Daripada 13 juta rakyat Malaysia yang layak terima RM100 ini, soalan saya, berapa ramai kah yang tidak menggunakan RM100 ini dan berapakah penjimatan pada kerajaan setiap tahun bagi perkara ini? Seterusnya, di bawah Butiran yang sama. Saya mohon— sepertimana saya sebut tadi, saya mohon perincian untuk setiap item di bawah Butiran ini. Apakah yang dirangkumkan di bawah RM53 bilion tadi?
Tuan Pengerusi, kalau kita lihat perkara berkaitan dengan bantuan dan subsidi ini, kita tengok bahawa dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dinyatakan bahawa selain daripada RM16 bilion untuk SARA dan juga untuk STR, bantuan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah RM3 bilion, bantuan kebajikan.
16 campur tiga, dah hampir RM20 bilion. Namun begitu, ini kita tak tengok lagi bantuan-bantuan lain, subsidi-subsidi lain yang diberikan oleh kementerian- kementerian lain.
Namun begitu, persoalan yang paling penting, adakah bantuan ini sampai kepada kumpulan sasarnya? Ini perkara yang kita perlu perincikan. Saya sentiasa bangkitkan perkara ini di Dewan ini. Kata kan bantuan yang diberikan kepada mereka— bantuan STR dan SARA kepada mereka yang berpendapatan sehingga RM5,000. Dapat lah SARA, dapat lah STR tetapi katakan lah seseorang itu dengan keluarga tinggal di Kuala Lumpur.
Pendapatan RM8,000 dah tak termasuk dalam julat pendapatan untuk menerima bantuan tersebut. Anak lima. Jadi, RM5,000 tinggal di luar bandar dengan RM8,000 anak lima berada di luar bandar, tekanan kewangannya adalah jauh lebih teruk kalau hendak dibandingkan.
Jadi, sebab itu dalam tempoh perbahasan di Dewan ini saya sentiasa bangkitkan, untuk menyelesaikan perkara ini, kerajaan perlu wujudkan satu agensi tunggal. Nak kena ada satu agensi khusus untuk melihat kepada bantuan-bantuan kerajaan ini. Jadi, agensi ini perlu ada pegawai-pegawai kes (case officers) yang membolehkan mereka meneliti setiap permohonan, melihat keluarga itu secara
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
keseluruhannya. Bukan sahaja gaji, berapa ramai anak, anak bersekolah, anak di universiti, tinggal di mana. Ambil semua perkara ini, rangkumkan, tengok case by case untuk melihat apakah bantuan yang boleh diberikan.
Saya sentiasa sebut antara model yang boleh dimulakan sebagai asas untuk kita lihat adalah Central Link di Australia. Bagaimana mereka mengakses setiap ketua keluarga itu secara keseluruhannya. Kita tak perlu buat agensi baru, Tuan Pengerusi. Kita boleh gunakan agensi yang sedia ada. Sebagai contoh, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kita gunakan pegawai-pegawai sedia ada.
Kita tahu sekarang ini zaman AI. Banyak kerja-kerja yang sebelum ini dibuat secara manual dah boleh dibuat menggunakan teknologi. Maka, banyak ruang untuk kita menggerakkan kakitangan awam ini untuk memastikan mereka dapat bersama di bawah satu agensi tunggal ini dan daripada sini insya-Allah, kita dapat pastikan mereka yang berhak mendapat bantuan, akan mendapat bantuan.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 030000 – Strategi Pelaburan. Saya ingin menyentuh strategi pelaburan oleh syarikat berkaitan kerajaan, sama ada anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) ataupun GLC-GLC yang lain. Jika kita lihat syarikat-syarikat kerajaan ini, secara umumnya mempunyai kemampuan, keupayaan dari sudut modal, dari sudut pengalaman dan juga dari sudut track record.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Namun apa yang berlaku pada hari ini, syarikat-syarikat GLC ini turut bersaing dalam pasaran terutamanya dalam perolehan kerajaan. Kalau syarikat GLC masuk bersaing dengan syarikat-syarikat kecil dalam perolehan kerajaan maka apakah ruang yang ada untuk syarikat-syarikat ini kalau dibandingkan dengan trek rekod dan kemampuan kewangan oleh syarikat-syarikat GLC ini.
Oleh itu, saya mohon kerajaan melihat semula supaya dalam masa yang akan datang hadkan penglibatan GLC ini dalam tender-tender dan perolehan kerajaan. Ini akan mewujudkan satu suasana yang seimbang dalam kalangan syarikat-syarikat kecil kerana mereka bersaing dalam satu padang yang agak rata.
Seterusnya saya ingin cadangkan supaya syarikat-syarikat GLC ini melihat kepada pelaburan secara lebih spesifik. Kalau pada hari ini kerajaan menggunakan GLC untuk melabur dalam projek-projek melibatkan rakyat, kenapa tidak fokuskan GLC ini di atas kemampuan mereka kepada projek-projek strategik, inovasi-inovasi baru yang bakal memberi kesan besar dan impak besar kepada negara pada masa yang akan datang.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Seterusnya, saya ingin mencadangkan juga agar GLC ini ― adakah kerajaan menggalakkan GLC ini melaksanakan reverse investment pelaburan-pelaburan di luar negara dalam sektor-sektor masa hadapan dan juga dalam sektor-sektor yang melibatkan keterjaminan makanan negara.
Jadi kalau begitu kita lihat sebagai contoh dalam konteks keterjaminan makanan seharusnya GLC ini perlu berani keluar negara mencari ruang-ruang untuk melabur dalam sektor pertanian bukan sahaja dapat teknologi tetapi juga mereka dapat membantu memastikan bahawa bekalan untuk Malaysia, bekalan makanan yang diperlukan untuk Malaysia dapat dijamin pada masa-masa yang akan datang.
Ini bukan perkara baru, kita lihat bagaimana negara China sebagai contoh mengambil ruang untuk melabur dalam ladang-ladang ternakan di luar negara beratus-ratus ribu hektar mereka laburkan untuk menjamin bahawa pada suatu masa bekalan makanan untuk negara dan rakyat mereka adalah berada dalam keadaan yang selamat.
Oleh itu saya cadangkan, sekali lagi supaya kerajaan melihat semula penglibatan GLC khususnya dalam konteks persaingan untuk mendapatkan perolehan kerajaan dan juga penglibatan GLC dalam reverse investment khususnya dalam projek-projek industri masa hadapan dan juga projek-projek ataupun pelaburan berkaitan dengan keterjaminan makanan.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, B.10 060500 – Mesin Pengimbas JKDM.
Daripada RM32.4 juta tahun 2026 meningkat kepada RM62.24 juta untuk tahun 2027. Bagus ada peningkatan dalam konteks mesin pengimbas ini. Cuma kerisauan saya, jika kita lihat dalam konteks isu penyeludupan keluar dan masuk dadah ke Malaysia. Jika kita lihat jawapan Yang Berhormat Menteri KDN minggu lepas bahawa 80 peratus dadah yang dibawa keluar dari Malaysia ini adalah dari negara asing.
Maknanya 80 peratus masuk ke Malaysia. Ini merupakan sejumlah yang amat-amat besar. Yang dikeluarkan dalam Malaysia pula dan dibawa keluar dan dipasarkan dalam negara adalah 20 peratus. Jadi dalam konteks sini, teknologi khususnya mesin pengimbas ini perlu dilihat secara menyeluruh. Kalau tidak nanti AKPS ada alatannya, JKDM ada alatannya, yang ini ada alatannya di mana kesudahannya.
Sebab itu, saya mohon Kementerian Kewangan saya cadangkan lihat perkara berkaitan teknologi di jalan keluar masuk negara khususnya di lapangan terbang ini secara menyeluruh. Bukan hanya melihat mengikut agensi bagi membolehkan kita dapat satu teknologi yang terbaik untuk menghalang
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
penyeludupan khususnya yang banyak berlaku pada hari ini penyeludupan keluar dan masuk dadah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumsalam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh dua butiran perbelanjaan di bawah Kementerian Kewangan yang memerlukan penjelasan khususnya berkaitan pengurusan komitmen kewangan kerajaan, manfaat subsidi dan sumbangan tunai kepada rakyat serta kemampuan fiskal negara.
Pertama bagi maksud Pembangunan Perbendaharaan P.10 Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Di bawah butiran ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.566 bilion. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada peruntukan ini turut merangkumi pembayaran kupon atau keuntungan tahunan sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) kepada Tabung Haji sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
Perkara ini penting kerana pembayaran keuntungan secara tahunan mempunyai kepentingan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji. Walaupun kita semua dah tahu bahawa Tabung Haji ini sudah pun dipulihkan dengan kewujudan UJSB ini, kedudukannya pun sudah lebih baik, aset melebihi daripada liabiliti, sudah boleh bayar dividen. Tetapi menyediakan aliran tunai yang konsisten, memperkukuhkan dana serta membantu Tabung Haji memenuhi tanggungjawab kepada para pendeposit termasuk juga untuk mewujudkan reserve yang mencukupi bagi Tabung Haji.
Pada masa yang sama, pembayaran secara berkala akan dapat mengelakkan pengumpulan tanggungan kewangan yang lebih besar pada masa hadapan. Oleh itu saya ingin bertanya, apakah peruntukan P.10 09000 ini merangkumi pembayaran kupon tahunan sukuk UJSB kepada Tabung Haji. Sekali lagi saya ulang, berapakah jumlah komitmen pembayaran keuntungan tahunan tersebut dan apakah jadual pembayarannya. Maknanya untuk tahun 2027, daripada peruntukan ini berapakah yang akan dibayar kepada Tabung Haji.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Apakah jaminan kerajaan bahawa pembayaran ini bukan sekadar pada tahun 2027 sahaja maksudnya dia akan terus dilakukan saban tahun sehinggalah selesai komitmen sukuk kepada Tabung Haji itu. Dan yang terlebih pentingnya yang membimbangkan saya ialah kemampuan UJSB ya untuk membantu mengurangkan beban kerajaan untuk memenuhi jaminan sukuk itu.
Maka setakat ini, sejauh manakah UJSB berjaya mengurus dan memulihkan aset-aset sakit? Dulu Tabung Haji ini aset sakit terlalu banyak sebab tapi telah dipulihkan, dimasukkan kepada UJSB, UJSB bertanggungjawab untuk memulihkannya supaya boleh mengurangkan beban yang ditanggung oleh kerajaan.
Yang kedua, bagi maksud bekalan B.11 Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Saya melihat terdapat peningkatan yang ketara dalam peruntukan subsidi dan bantuan tunai daripada RM29.76 bilion kepada RM53.03 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM23.27 bilion atau kira-kira 78 peratus. Sebelum ini pun telah disebut oleh rakan baru kita dari Putrajaya. Saya sangat memahami keperluan kerajaan ini untuk terus melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup.
Namun, peningkatan sebesar ini memerlukan penjelasan yang lebih terperinci juga disebutkan oleh ramai daripada kalangan kita. Apakah komponen utama yang menyumbang kepada peningkatan tersebut? Adakah ia disebabkan oleh peluasan STR dan SARA ataupun peningkatan kos subsidi bahan api melalui BUDI MADANI yang mungkin kita akan jangkakan akan berlaku pada tahun depan sebagaimana berlaku pada tahun ini.
Oleh itu, saya ingin meminta kementerian memberikan pecahan yang jelas terperinci pertambahan bantuan baharu yang akan memberikan manfaat langsung kepada rakyat dan peningkatan kos subsidi sedia ada akibat daripada perubahan harga pasaran ataupun faktor-faktor ekonomi yang lain. Ini penting supaya kita dapat menilai sama ada peningkatan peruntukan tersebut benar-benar mencerminkan pertambahan manfaat langsung kepada rakyat atau untuk menampung kenaikan kos-kos subsidi dan seumpamanya.
Dato’ Pengerusi, persoalan yang lebih besar yang ingin saya bangkitkan ialah bagaimana kerajaan mengimbangi kemampuan fiskal negara dengan komitmen untuk terus menjaga kebajikan rakyat. Kita mahu subsidi dan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Namun pada masa yang sama, kerajaan perlu memastikan komitmen ini tidak menjadi bebanan kewangan yang semakin membesar, membengkak kepada generasi yang akan datang. Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan kementerian tentang tiga perkara:
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
(i) bagaimana kerajaan memastikan penyasaran subsidi benar- benar tepat dan berkesan?;
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
(ii) apakah ukuran keberkesanan STR, SARA dan subsidi dalam meningkatkan kuasa beli serta mengurangkan beban kos sara hidup?; dan
(iii) bagaimanakah kerajaan memastikan peningkatan komitmen subsidi tidak menjejaskan sasaran pengurangan defisit fiskal negara?
Akhirnya Dato’ Pengerusi, defisit fiskal bukan bermaksud kerajaan perlu mengurangkan bantuan kepada rakyat sebaliknya, kerajaan perlu memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberikan manfaat yang optimum. Kita mahu kerajaan bukan sahaja membantu rakyat hari ini tetapi juga mempunyai kemampuan kewangan untuk terus melindungi rakyat pada masa hadapan kerana ukuran sebenar fiskal bukan sekadar berapa banyak wang yang kita belanjakan tetapi sejauh mana kerajaan mampu memenuhi tanggungjawab kepada rakyat secara berterusan tanpa membebankan generasi akan datang.
Saya percaya Dato’ Pengerusi, Kerajaan MADANI mampu melakukannya apatah lagi jika diberi peluang sepenggal lagi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Silakan Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya meneliti muka surat 159 hingga 181, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2027. Peruntukan perbelanjaan ini berbilion tetapi sasaran rendah dan Skim Amanah Tunai dengan izin, Cash Trust masih berleluasa. Ada beberapa angka besar yang memerlukan penjelasan daripada Kementerian Kewangan.
Pertama, Peruntukan Perkhidmatan Am Perbendaharaan meningkat daripada RM38.24 bilion pada tahun ini kepada RM61.48 bilion pada tahun depan.
Kenaikan hampir 61 peratus. Peruntukan subsidi dan bantuan tunai sahaja meningkat daripada RM29.76 bilion kepada RM53.03 bilion. Saya menyokong bantuan kepada rakyat tetapi kementerian mesti menjelaskan siapa penerimanya, berapa jumlah bantuan dan bagaimana ketirisan dicegah?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kedua, anggaran asal pembangunan perbendaharaan bagi tahun ini ialah RM2.2 bilion selepas dipinda jumlahnya melonjak kepada RM5.8 bilion, peningkatan hampir 164 peratus. Mengapa perubahan sebesar ini berlaku dan untuk projek apa?
Ketiga, kerajaan memperuntukkan RM2.57 bilion pada tahun depan di bawah pelbagai suntikan modal. Syarikat manakah yang menerima wang ini, berapa banyak dan untuk tujuan apa? Peruntukan perkhidmatan penyelidikan khas pula kekal RM300 juta. Apakah perkhidmatan ini, siapa penerima bayaran dan apa hasilnya?
Keempat, peruntukan penyelenggaraan cerun jalan raya negeri jatuh daripada RM60 juta kepada hanya RM100. Adakah wang tersebut dipindahkan ke program lain atau kerja penyelenggaraan dihentikan? Kementerian mesti memberi penjelasan.
Kelima, kutipan bayaran balik pinjaman mencapai 100 peratus pada tahun lalu tetapi sasaran tahun depan cuma 72 peratus. Kepuasan pelanggan pula mencapai 97.43 peratus pada tahun lalu, namun sasaran tahun depan hanya 90 peratus. Mengapa kementerian tidak menetapkan sasaran yang lebih tinggi?
Dato’ Yang di-Pertua, lebih membimbangkan Skim Amanah Tunai atau Cash Trust, dengan izin yang mempunyai ciri-ciri skim Ponzi sudah bertahun-tahun beroperasi di Malaysia. Pada 21 Februari 2023, saya sudah menamakan beberapa syarikat yang terlibat di Dewan ini. Apakah tindakan yang diambil sejak amaran saya hampir empat tahun lalu? Mengapa masalah ini masih berlarutan?
Suruhanjaya Sekuriti memperkenalkan nota amaran baru pada 22 Mei tahun ini. Namun kuasanya tidak meliputi semua bentuk pelaburan amanah tunai.
Kementerian Kewangan sendiri pernah mengakui terdapat kelemahan dalam undang-undang sedia ada. Siapa sebenarnya bertanggungjawab memastikan semua Skim Amanah Tunai, Cash Trust dipantau dan rakyat tidak ditipu?
Saya mendesak kerajaan memperketat pengawasan, mempercepat siasatan, mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang dan membantu mangsa mendapatkan kembali wang mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumsalam.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada B.10 – Perbendaharaan, Butiran 010100 – Pengurusan Am. Butiran 020000 – Strategi Fiskal. Fiskal dan Ekonomi, Cukai dan Belanjawan Negara.
Polisi penyaluran hasil cukai ke sektor kesihatan. Semasa pengenalan Duti Eksais ke atas cecair nikotin pada kadar 40 sen per mililiter dalam Belanjawan 2023, Kementerian Kewangan telah berjanji untuk memperuntukkan semula separuh daripada hasil kutipan Duti Eksais kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Peruntukan ini disasarkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam termasuk usaha menangani beban rawatan penyakit kronik dan kempen pencegahan produk merokok.
Bagi melaksanakan polisi ini, Mesyuarat Lembaga Racun ke-97 pada 29 Mac 2023, Menteri Kesihatan ketika itu memutuskan untuk mengeluarkan cecair dan gel nikotin daripada rokok elektronik ataupun vape daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952. Perintah pengecualian tersebut telah diwartakan oleh Menteri Kewangan pada 31 Mac 2023 atas faktor ekonomi kutipan Duti Eksais.
Susulan daripada keputusan itu, hasil kutipan keseluruhan Duti Eksais bagi cecair atau gel bernikotin vape dari tahun 2023 sehingga pertengahan 2026 yang direkodkan oleh kerajaan adalah sebanyak RM354.51 juta, lebih kurang dalam RM100 juta setiap tahun begitu.
Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan bahawa jumlah kutipan, hasil kutipan cukai ini jauh lebih rendah daripada─ dan tidak mampu menampung beban kos rawatan kesihatan akibat implikasi produk tersebut.
Beban kos rawatan untuk penyakit berkaitan vape serta penyakit tidak berjangkit, NCD adalah sangat tinggi berbanding hasil yang diperolehi.
Saya bagi contoh seperti yang saya katakan tadi kutipan daripada tahun 2023 hingga 2026, RM354.51 juta dan kos rawatan penyakit berkaitan vape sejumlah RM369 juta setahun. Kalau kita nak rawat, kita kutip hanya RM100 juta begitu dan rawatan untuk setahun adalah RM369 juta setahun.
Sebenarnya pada Jun 2023, semakan kehakiman difailkan oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of the Children (VoC). Mereka
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
mempertikaikan rasional keputusan dan kecukupan perundingan dengan Lembaga Racun.
Dan mahkamah [Tidak jelas] Hakim Dato Aliza Sulaiman memutuskan bahawa tindakan bekas Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin cecair daripada senarai racun adalah didorong oleh faktor ekonomi berbanding aspek kesihatan awam dan mahkamah mendapati keputusan itu dibuat melalui majoriti Mesyuarat Lembaga Racun sebelumnya tidak bersetuju dengan pengecualian tersebut.
Pada 22 Mei 2026, keputusan hakim mahkamah tinggi memutuskan bahawa tindakan Kementerian Kesihatan mengecualikan cecair dan nikotin daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952 pada tahun 2023 adalah tidak rasional dan dibuat tanpa perundingan dengan sewajarnya dengan Lembaga Racun.
Tindakan kerajaan menarik balik pada– Menteri Kesihatan bersama dengan pihak kerajaan pada awalnya memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Namun pada 18 Ogos 2026, Jabatan Peguam Negara secara rasmi memfailkan notis untuk menarik balik dan menamatkan keseluruhan rayuan di mahkamah tersebut.
Kementerian Kewangan mengambil pendirian untuk mengekalkan kutipan Duti Eksais dan cukai ke atas produk vape mengandungi cecair dan gel nikotin sehingga kesemua proses perundingan dan dasar diselaraskan sepenuhnya walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah pengecualian cecair dan gel nikotin daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952 sebagai tidak sah.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
MOF menegaskan bahawa sebarang ketetapan mutlak mengenai dasar percukaian ini perlu diteliti selaras dengan perkembangan mahkamah dan penguatkuasaan akta baharu.
Mengejutkan. Semalam kita dapat maklumat bahawa Menteri Kesihatan telah mendapat sokongan daripada Lembaga Racun pada semalam untuk mengecualikan cecair nikotin daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952. Walaupun sebelum ini terdapat perbincangan dan cadangan awal mengenai kemungkinan larangan vapes secara berperingkat, kelulusan terkini bagi mengecualikan cecair nikotin menunjukkan kementerian memilih untuk menyelia dan melesenkan industri ini di bawah Akta 852 berbanding dengan larangan menyeluruh secara mendadak.
Saya ingin memohon penjelasan, apakah kaedah ataupun mekanisme penyaluran peruntukan seperti mana yang dirancang dalam polisi 50 peratus cukai akan diperuntukkan kepada KKM bagi tujuan merawat penyakit dan sejauh manakah
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
kuasa Menteri dalam mewartakan perintah pengecualian ini dan boleh dicabar di mahkamah? Susulan keputusan mahkamah tinggi, apakah status kutipan duti eksais daripada awal kutipan sehingga keputusan terbaru Lembaga Racun baru-baru ini?
Adakah kutipan excise duty itu akan dipulangkan?
Ekoran laporan KKM bahawa kos merawat adalah lebih besar daripada hasil kutipan cukai, adakah MOF akan mencadangkan kepada KKM untuk mengharamkan vapes di dalam negara kita? Adakah keputusan Lembaga Racun terkini adalah bagi membetulkan tata kelola yang salah sebelum ini dan mewajarkan kutipan duti eksais selama ini? Adakah keputusan terkini boleh dicabar oleh pihak pembayar duti eksais sebelum ini daripada peringkat awal? Dan adakah langkah seterusnya kerajaan dalam mengharamkan vapes di negara kita?
Saya mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah-langkah yang tertentu dan melihat bebanan kesihatan akibat daripada vapes ini dan seterusnya mengharamkannya kerana mudarat yang lebih besar berlaku di kalangan anak-anak muda kita terutamanya. Dan saya mengharapkan bahawa nikotin ini akan dilihat dengan serius dan masukkan dalam Akta Racun dan ia nya dikawal di bawah Akta Racun.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Pembahas yang terakhir. Dipersilakan Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, ada dalam Dewan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara penting di bawah peruntukan Kementerian Kewangan yang pada pandangan saya memerlukan penjelasan dan penelitian yang lebih mendalam.
Saya teruskan kepada perbahasan saya dengan merujuk Kepala B.10, Butiran 020000 – Strategi Fiskal. Kos sara hidup. Bantuan kerajaan mesti meningkat pendapatan boleh guna rakyat. Isu kos sara hidup masih menjadi kebimbangan untuk rakyat. Kita boleh mengumumkan kadar inflasi yang terkawal, namun tidak semestinya bermakna harga barang sudah kembali murah atau kemampuan rakyat telah meningkat.
Saya mengambil maklum bahawa kerajaan memperuntukkan lebih RM80 bilion bagi subsidi, bantuan dan insentif pada tahun 2027, termasuk RM40 bilion bagi
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
subsidi bahan api. Kerajaan perlu menilai sama ada jumlah bantuan yang diberikan benar-benar sepadan dengan peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi isi rumah yang tidak tergolong dalam kategori miskin tetapi masih berdepan dengan tekanan kewangan.
Persoalan saya, bolehkah Menteri mengatakan jumlah sebenar subsidi BUDI95 dan Sumbangan Asas RAHMAH bernilai RM100 yang dinikmati oleh kelompok isi rumah berpendapatan tinggi? Jika golongan berpendapatan tinggi turut menerima subsidi pada kadar sama, mengapa kerajaan tidak menilai mekanisme berasaskan pendapatan agar subsidi BUDI95 dan bantuan SARA untuk semua diutamakan kepada golongan yang benar-benar memerlukan? Hal ini kerana matlamat penyasaran subsidi adalah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, khususnya B40 dan M40.
Dasar percukaian dan juga perbankan rakyat dan perniagaan secara berlebihan. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Butiran 020200 – Cukai, saya ingin menyentuh mengenai dasar percukaian negara khususnya pelaksanaan dan peluasan skop cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).
Penilaian dasar percukaian bukan sahaja perlu melihat peningkatan kutipan hasil tetapi juga keberkesanan pelaksanaan. Persoalan saya, sekiranya SST merupakan sistem percukaian yang sesuai dan berkesan, mengapa sekarang kerajaan perlu mengambil elemen daripada GST untuk mengatasi kelemahan sistem sedia ada, khususnya masalah cukai berlapis?
Adakah keputusan kementerian untuk mengekalkan sistem cukai SST berdasarkan kajian perbandingan yang menyeluruh dari segi hasil kutipan, kos pematuhan, ketelusan harga dan keberkesanan kepada pengguna? Atau adakah lebih tertumpu pada mengekalkan sistem sedia ada sambil memperbaiki kelemahan secara berperingkat?
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Butiran 020300 – Belanjawan Negara, saya ingin menyentuh mengenai kesaksamaan agihan peruntukan Persekutuan kepada Sabah. Saya mengambil maklum bahawa Belanjawan 2027 memperuntukkan RM18.7 bilion kepada Sabah, meningkat daripada RM17.6 bilion pada tahun 2026. Perbelanjaan pengurusan lebih tinggi daripada perbelanjaan pembangunan. Namun, peruntukan ini perlu mengambil kira keperluan pembangunan Sabah yang masih besar, khususnya bekalan air, elektrik, jalan raya, sekolah, kesihatan dan infrastruktur luar bandar.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Persoalan saya, adakah kerajaan mengambil kira keluasan geografi, taburan penduduk, kadar kemiskinan, kos logistik serta jurang infrastruktur dalam menentukan peruntukan kepada Sabah? Pembangunan Sabah tidak boleh bergantung kepada peruntukan tahunan semata, sebaliknya memerlukan mekanisme jangka panjang untuk merapatkan jurang wilayah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan yang sama, saya ingin membangkitkan isu berkenaan ketelusan dan akauntabiliti pada perbelanjaan awam.
Merujuk kepada Butiran 050000 – Perkhidmatan Perakaunan, saya mencadangkan Kementerian Kewangan melalui KSP mengadakan taklimat khas kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai ekosistem kewangan negara serta tatacara pengurusan dan perbelanjaan kerajaan.
Saya berpandangan bahawa setiap Ahli Parlimen perlu diberikan pemahaman lebih menyeluruh tentang bagaimana cara keseluruhan proses kewangan kerajaan berfungsi. Meliputi keseluruhan proses kewangan kerajaan daripada penyediaan belanjawan dan ketelusan peruntukan sehingga penyaluran dana, perolehan, pembayaran, audit dan pelaporan perbelanjaan, seperti apa yang dinyatakan oleh YB Kampar.
Persoalan saya, adakah Kementerian Kewangan bersedia menyediakan jadual perbelanjaan bagi setiap projek kementerian yang merangkumi anggaran belanjawan, peruntukan diluluskan dan perbelanjaan sebenar? Hal ini kerana pembentangan angka dalam dokumen berbeza tanpa penjelasan mencukupi boleh menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kementerian Kewangan dapat memberikan perhatian kepada persoalan-persoalan yang telah saya bangkitkan, khususnya memastikan dasar percukaian yang tidak membebankan rakyat, subsidi bersasar dilaksanakan secara adil dan peruntukan pembangunan benar-benar sampai kepada kawasan yang memerlukan.
Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Maka, dengan itu, tamatlah pembahas-pembahas. Tibalah masa untuk Menteri menjawab. Silakan, Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Dato’ Sri Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI.
Dato’ Sri Pengerusi, saya merakamkan penghargaan kepada semua 27 orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan. Pandangan dan teguran yang dikemukakan membantu kita meneliti bagaimana setiap peruntukan diurus dan dilaksanakan untuk manfaat rakyat.
Pada peringkat dasar, saya telah menghuraikan hala tuju fiskal dan keutamaan Belanjawan 2027. Hari ini, izinkan saya memberi penjelasan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan berhubung butiran dan peruntukan yang disediakan di bawah vot Kementerian Kewangan.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Secara keseluruhannya, peruntukan Bekalan Mengurus 2027 bagi Maksud B.10, B.11, B.12 meningkat kepada RM68.16 bilion berbanding peruntukan dipinda tahun ini berjumlah RM61.5 bilion. Peningkatan ini menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk meringankan kos sara hidup dan menjamin kesejahteraan hidup rakyat.
Pertama kalau kita melihatnya, peruntukan subsidi bahan api dikekalkan bagi terus melindung rakyat sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau, Bachok, Rasah, Putrajaya dan Shah Alam. Sebahagian besar peruntukan subsidi adalah untuk subsidi bahan api iaitu hampir RM40 bilion yang mengekalkan komitmen kita seperti tahun ini. Menjelang tahun hadapan, masih belum ada kepastian bahawa konflik di Asia Barat akan mereda dan harga minyak kembali stabil. Kerajaan perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan berusaha sehabis-habis daya memastikan rakyat terus dilindungi.
Melalui BUDI MADANI, rakyat terus menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter pada harga RM1.99 berbanding harga sebenar RM4.42 seliter. Manakala diesel bersubsidi sehingga 400 liter pada harga RM2.10 berbanding harga sebenar RM5.27 seliter. Seperti sedia maklum, terdapat cadangan daripada pakar ekonomi termasuk IMF dan pakar tempatan supaya harga bahan api dan elektrik mengikut harga pasaran bagi semua rakyat dengan bantuan tunai hanya diberikan kepada golongan miskin. Kerajaan MADANI tidak bersetuju dengan pendekatan ini.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kita komited meneruskan penyelarasan subsidi supaya rakyat terus dilindungi daripada kenaikan harga global sementara ketirisan akibat penyeludupan dan manfaat subsidi dinikmati bukan warganegara dibendung. Maka komitmen hampir RM40 bilion ini adalah perlu untuk melindungi rakyat. Alhamdulillah kita telah melaksanakan penyelarasan subsidi sejak dua tahun lalu yang memberi kita ruang untuk bertahan daripada krisis tenaga ini.
Kedua, peruntukan bantuan rakyat di bawah STR dan SARA turut ditingkatkan dan tertinggi dalam sejarah. Perkara ini berkaitan STR dan SARA dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah, Shah Alam, Putrajaya dan Tebrau.
Peruntukan STR dan SARA ditingkatkan kepada RM16 bilion, bantuan SARA 2027 dinaikkan sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun berbanding RM100 sebulan atau RM1,200 setahun pada tahun 2026.
Penerima eKasih pula menerima SARA sehingga RM250 sebulan atau RM3,000 setahun. Bagi rakyat yang bukan penerima STR iaitu hampir 13 juta orang termasuk golongan M40, SARA MADANI RM100 akan dikreditkan sebanyak dua kali tahun hadapan.
Untuk makluman semua, setakat 31 Oktober, jumlah STR dan SARA yang telah disalurkan kepada penerima yang layak mencecah RM12 bilion. Hampir sembilan juta penerima telah menggunakan SARA dengan nilai transaksi RM6.15 bilion iaitu 99.7 peratus penggunaan. Manakala, SARA untuk semua pula telah digunakan oleh 20.6 juta penerima atau 92 peratus pengguna dengan had transaksi melebihi RM1.95 bilion.
SARA kini meliputi 15 kategori barangan dan 140,000 produk. Ini termasuk beras, roti, telur, minyak masak, barangan kebersihan diri, keperluan bayi, keperluan sekolah dan makanan sejuk beku. Mulai 2027, capaian SARA turut diperluaskan kepada barangan basah dan segar iaitu di 216 pasar tani dan Tamu FAMA. SARA juga boleh digunakan di Jualan RAHMAH MADANI membolehkan penerima membeli barangan asas lebih murah.
Setakat ini rakan niaga SARA telah mencapai lebih 15,000 premis berbanding 700 sahaja pada 2024 iaitu kenaikan lebih 21 kali ganda. Kerajaan MADANI berusaha meningkatkan capaian SARA dengan sasaran sekurang-kurangnya tujuh kilometer di kawasan berpenduduk. Setakat ini, hampir 7,000 premis merupakan kedai runcit kecil dan koperasi.
Capaian SARA terus diperluaskan melalui kerjasama dengan SKM, TEKUN, AIM dan ANGKASA. Melalui peningkatan rakan niaga SARA, ia bukan sahaja
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
membantu rakyat mendapatkan barangan asas malah turut menyokong kelangsungan usahawan PMKS dengan meningkatkan hasil jualan di kedai runcit mereka.
Usaha ketiga iaitu peruntukan untuk pesakit kurang berkemampuan mendapat rawatan juga dipertingkatkan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh topik itu?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Okey. Saya sementara Menteri masuk ke topik lain tadi berkaitan dengan Subsidi dan juga Bantuan Tunai – 020500. Jadi Menteri kata tadi untuk subsidi bahan api RM40 bilion dan kalau kita tengok untuk SARA 2026 ini RM15 bilion. Jadi 40 campur 15, RM55 bilion. Cuma saya tengok dalam Anggaran Perbelanjaan ini baru RM29.76 bilion.
Jadi, saya nak dapat sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri dekat mana item keseluruhan berkaitan dengan subsidi bahan api dan SARA tadi?
Sebab tak cukup kat situ. Kat situ baru ada RM29.76 bilion. Jadi, kalau boleh jelaskan. Sekurang-kurangnya kami tahu dekat mana item ini diletakkan memandangkan tahun ini dia jadi RM53 bilion. Jadi kalau ikut Yang Berhormat Menteri tadi, RM40 bilion untuk bahan api campur RM16 bilion untuk SARA dan STR, jadi RM56 bilion lebih kuranglah, ada short RM3 bilion. Jadi, untuk tahun ini banyak sangat perbezaannya. Saya mohon penjelasan kat mana item ini?
Yang kedua ini berkaitan dengan SARA one-off. Saya nak dapat penjelasan sedikit, tadi Menteri dah sebut tapi tak berapa jelas. Berapa ramai yang sebenarnya tak ambil SARA one-off ini dan berapa banyak penjimatan pada kerajaan? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Putrajaya. Yang tadi untuk 2026 yang dipinda susulan kenaikan harga bahan api. Sebanyak RM53 bilion disediakan di bawah Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai merangkumi termasuklah RM16 bilion untuk STR dan SARA serta lebihannya adalah subsidi bahan api. Bahagi tahun 2027 dalam belanjawan, sekitar RM40 bilion disediakan untuk bahan api iaitu lebih kurang apa yang kita sediakan untuk tahun ini. Ini bergantung kepada harga global yang sebenar.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kalau begitu Yang Berhormat Menteri, maknanya dalam tahun ini dalam RM20 bilion lebihlah kalau anggaran RM40 bilion tapi untuk tahun ini sehingga ke hari ini, kalau RM29 bilion tadi tolak untuk SARA dan
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
STR RM15 bilion, maknanya sekitar RM20 bilion lebih untuk subsidi bahan api.
Adakah itu keadaannya? Maknanya jauh lebih rendah daripada anggaran.
Sebab kenyataan media dalam bulan Julai kata untuk tahun ini anggarannya RM40 bilion tapi dalam ini jumlahnya jauh lebih rendah. Jadi adakah ia memang jauh lebih rendah daripada anggaran asal?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sebenarnya Putrajaya, untuk tahun 2026 dalam Belanjawan 2026, peruntukan untuk bahan api ialah RM15 bilion ya. Kenaikan tahun ini ialah penambahan lagi RM25 bilion, lebih kurang RM40 bilion. Untuk tahun depan, anggaran kita ialah untuk RM40 bilion untuk bahan api.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Menteri, sebelah sini.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sorry.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mohon satu perincian. Tadi Menteri kata RM40 bilion untuk subsidi bahan api. Saya nak tahu ia berdasarkan kepada harga minyak USD setong berapa? Dan sekiranya ia naik, adakah kita ada kemampuan? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita tengok dalam belanjawan, kita menganggarkan harga setong Brent adalah USD85 setong. Tapi harga yang kita nampak sekarang lebih tinggi daripada itu kerana ada kadang-kadang bulan ini ia rendah daripada 85, kadang-kadang ia tinggi. So average-nya lebih kurang 85 lah. Itu yang kita gunakan untuk peruntukan. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya sambung.
Usaha ketiga ialah peruntukan untuk pesakit kurang berkemampuan mendapatkan rawatan juga ditingkatkan. Yang Berhormat Pendang menyentuh tentang Butiran B.12, 110100 – Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan MADANI telah meningkatkan peruntukan tabung ini daripada RM40 juta kepada RM60 juta tahun hadapan untuk manfaat sehingga 5,000 pesakit. Bagi keluarga kurang berkemampuan, kos peralatan atau rawatan pesakit boleh menjadi tanggungan yang berat. Oleh itu, peningkatan dana tabung ini dapat membantu rakyat membiayai sebahagian ataupun keseluruhan kos rawatan, ubat atau peralatan perubatan.
Terkait dengan hal yang sama, kerajaan juga melalui PeKa B40 di bawah Kementerian Kesihatan menawarkan saringan kesihatan percuma bantuan alat
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
perubatan dan insentif rawatan kanser dengan peruntukan RM80 juta. Skim mySalam terus diteruskan tahun hadapan.
Yang Berhormat Bera dan Pendang ada membangkitkan mengenai insurans dan takaful. Berhubungan inisiatif MediAsas, ia akan dilancarkan pada akhir Januari 2027 sebagai pilihan insurans dan takaful perubatan mampu milik untuk rakyat.
MediAsas menggunakan kaedah pembayaran berasaskan diagnosis bagi mengawal kos perubatan. Ahli KWSP di bawah 55 tahun dibenarkan membayar premium MediAsas melalui Akaun Sejahtera.
Bagi menggalakkan majikan mencarum untuk pekerja, kerajaan juga akan mensubsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja untuk PKS yang mempunyai kurang daripada 75 pekerja, terhad kepada 50 pekerja setiap syarikat.
Usaha ketiga, Kerajaan MADANI melindungi murid-murid susah untuk meneruskan mengikut pembelajaran. Kekangan kewangan sebenarnya tidak seharusnya menghalang murid-murid daripada menimba ilmu di sekolah. Ini selari dengan Butiran B12, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin yang diperuntukkan RM180 juta. Di bawah Belanjawan 2026, kerajaan bersetuju untuk memperluaskan Bantuan Awal Persekolahan yang selama ini dihadkan dan diberikan kepada murid miskin sehingga Tingkatan 3 kepada Tingkatan 5.
Atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pada Jun tahun ni, bantuan untuk membantu murid miskin ini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6. Dalam semangat yang sama, Bantuan Awal Persekolahan yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan akan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid. Seramai 5.3 juta murid layak menerima bantuan ini dengan peruntukan RM1 bilion.
Kesemua penambahbaikan ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga menyediakan keperluan persekolahan supaya anak-anak dapat terus belajar tanpa dibelenggu kekangan kewangan.
Usaha kelima, penangguhan bayaran balik PTPTN untuk melindungi graduan bergaji rendah yang memulakan alam pekerjaan. Selaras dengan Butiran B.11, 021000, subsidi faedah imbuhan tabung pinjaman, antara inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, termasuk penangguhan bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan dan bayaran minimum RM50 sebulan bagi pendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000. Ini akan meringankan beban mereka yang baru memula kerja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Berhubungan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Stampin.
Kerajaan sentiasa memastikan dana PTPTN mencukupi untuk terus membiayai anak-anak kita melanjutkan pembelajaran. Di bawah Belanjawan 2027 juga, kerajaan menggalakkan peminjam membuat bayaran balik melalui insentif berikut.
Peminjam yang mempunyai rekod bayaran balik yang teratur dan tidak tertunggak, akan diberikan diskaun 10 peratus. Kerajaan juga menggalakkan majikan membantu membuat bayaran balik pinjaman pekerja mereka dengan memberi potongan cukai bagi tempoh 1 Januari 2027 sehingga 31 Disember 2028.
Berhubungan saranan Yang Berhormat untuk memperkenalkan semula pengecualian bagi mereka yang mendapat kelas pertama di IPTS. Kerajaan dan PTPTN akan mengkaji perkara ini bagi mengambil kira falsafah bantuan secara bersasar bagi memastikan dana PTPTN dalam beroperasi secara mampan demi generasi graduan yang akan datang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Yang Berhormat sebut nama Bera tadi tapi tidak menjawab apa yang saya bangkitkan iaitu tentang pembayaran oleh insurans, bil pesakit yang mempunyai insurans tadi. Jadi, banyak kes— terdapat kes yang mereka— syarikat insurans tidak mahu membayar kepada doktor pakar yang dipilih oleh pesakit kerana syarikat insurans itu mempunyai list doktor mereka sendiri.
Sedangkan apabila kita beli insurans, kita dimaklumkan bahawa semua bil hospital akan ditanggung oleh syarikat insurans tanpa pengecualian.
Tapi bila perkara ni berlaku di hospital, syarikat insurans yang menentukan doktor mana yang nak treat pesakit tadi dan pesakit tak ada hak untuk memilih doktor yang mereka mahu. Jadi, mesti patuh kepada senarai yang dikeluarkan oleh syarikat insurans tersebut, syarikat AIA dan juga Prudential. Saya dah sebut tadi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Bera.
Seperti Yang Berhormat Bera sedia maklum, pengawasan industri insurans adalah di bawah Bank Negara Malaysia. Dan ini adalah satu inisiatif, di mana Bank Negara akan melihat tatacara yang dibuat oleh pengendali-pengendali insurans. Isu yang dibangkitkan Bera akan dibincang dengan Bank Negara.
Tapi yang penting juga, apa yang kita nak melihat juga ialah memastikan yang semua pemain dalam industri mematuhi peraturan yang baik, yang tidak akan meningkatkan kos inflasi perubatan. Kerana kalau kos inflasi perubatan menaik dan semua orang kena bayar dengan lebihlah. Jadi, ini yang antara pendekatan yang
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
memastikan juga siapa yang dibenarkan menggunakan cashless dan juga mereka yang betul-betul mematuhi peraturan jugalah. Tapi saya akan terus berbincang dengan Bank Negara.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Minta penjelasan, Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tadi Yang Berhormat Menteri Kewangan telah kata berkenaan itu PTPTN. Yang saya sebut tadi adalah berkenaan mereka yang telah bermula meminjam dalam tahun 2025 atau sebelumnya. Surat perjanjian adalah sebut bahawa kalau mereka skor first-class honors, mereka akan dikecualikan untuk bayar balik.
Tetapi sekarang apa yang telah di polisi baru kerajaan adalah bahawa mereka - walaupun mereka memperoleh first-class honors, mereka harus membayar balik. Walaupun tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut dengan kaedah yang berbeza-beza tetapi prinsipnya adalah— dalam surat perjanjian adalah termaktub bahawa mereka berhak dikecualikan untuk membayar balik sekiranya mereka memperolehi kepujian kelas pertama.
Tetapi sekarang, apa yang dilaksanakan atau dilakukan oleh kerajaan adalah a breach of the contract. Oleh itu, saya seru kepada kerajaan, sekurang-kurangnya untuk setakat ini, mereka yang sudah pinjam sebelum pengumuman atau pengumuman polisi baru itu, mereka— kalau mereka memperolehi first-class honors degree, mereka dikecualikan membayar balik pinjaman PTPTN mereka.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Stampin.
Seperti saya katakan tadi, ada dua benda ya. Satu, kita akan melihat cadangan yang dibuatkan oleh Stampin untuk melihat keadilan yang sepatutnya. Yang keduanya, kita harus mengingat juga yang dari segi dasar PTPTN. Jadi, kita akan semaknya secara berterusan kerana matlamat kita dalam PTPTN juga untuk memastikan bantuan tu adalah secara bersasar. Yang ni untuk ke depan dan hanya diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukanlah. Jadi, sebahagian daripada pengecualian, kita akan melihat dengan dasar tu juga. Jadi, tapi point yang dibuat oleh Stampin, saya akan ambil kepada KPT. Terima kasih.
Saya juga ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok, Klang dan Pendang berhubungan bayaran balik cukai. Kerajaan komited untuk menangani tunggakan bayaran balik lebihan cukai pendapatan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi tahun 2026, sehingga 31 Oktober kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai sejumlah kepada lebih RM20.271 bilion yang melibatkan 3.65 juta pembayar cukai. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.84 bilion telah dibayar balik kepada 3.4 juta pembayar cukai individu. Manakala, RM13.036 bilion telah dibayar balik kepada 206,234 pembayar cukai syarikat termasuk PMKS.
Dalam melaksanakan pembayaran balik, kerajaan mengutamakan bayaran balik lebihan cukai kepada individu dan juga syarikat PMKS. Selaras dengan pendekatan ini, bilangan pembayar cukai dengan lebihan cukai telah dikurangkan hampir separuh daripada satu juta pada tahun lalu, Disember kepada sekitar 550,000 pembayar cukai pada 30 Oktober 2026. Kerajaan juga komited bagi memastikan tunggakan bayaran balik dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan segera sebagai usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai dan memastikan hak pembayar cukai dilindungi selaras dengan Agenda Reformasi Fiskal Kerajaan MADANI.
Pembangunan negeri mesti membawa kemajuan kepada setiap negeri dan manfaat kepada rakyat di seluruh setiap daerah. Belanjawan 2027 memastikan bahawa peruntukan kepada semua negeri meningkat dengan projek keutamaan kerajaan negeri dipenuhi. Komitmen ini diterjemahkan melalui penambahbaikan pemberian utama kepada negeri sejak 2023. Pemberian tahap dinaikkan kepada RM400 juta setahun. Manakala, MARRIS meningkat daripada RM5.2 bilion pada tahun 2023 kepada RM5.6 bilion tahun 2026. Pemberian EFT juga meningkat daripada RM150 juta pada 2023 kepada RM270 juta dalam Belanjawan 2027.
Ertinya, negeri-negeri mempunyai sumber yang lebih kukuh untuk memperbaiki perkhidmatan kepada rakyat, menyelenggara jalan dan memelihara khazanah alam yang menjadi aset bersama negara. Beberapa Yang Berhormat menyebut secara spesifik mengenai pemberian persekutuan kepada negeri-negeri.
Sungguhpun ia adalah di bawah maksud tanggungan yang tidak perlu dibahaskan, izinkan saya memberi penerangan ringkas.
Yang Berhormat Betong, Tuaran dan Keningau membangkitkan mengenai peruntukan Sabah dan Sarawak. Sabah menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM18.7 bilion merangkumi peruntukan OE RM8.9 bilion, DE RM7 bilion dan pemberian persekutuan RM2.8 bilion. Bagi Sarawak, sebanyak RM16.2 bilion merangkumi OE RM7.1 bilion, DE RM6.2 bilion dan pemberian Persekutuan RM2.96 bilion. Peruntukan kepada Sabah dan Sarawak masing-masing meningkat sebanyak 6.2 peratus dan 7.7 peratus berbanding tahun 2026.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Peruntukan mengurus yang dinyatakan adalah bagi tujuan pengoperasian agensi persekutuan di Sabah dan Sarawak. Manakala, peruntukan pembangunan yang dinyatakan disalurkan kepada kementerian-kementerian Persekutuan bagi melaksanakan program pembangunan di Sabah dan Sarawak. Antaranya Lebuhraya Pan Borneo, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan penghubung desa, jalan-jalan luar bandar dan kemudahan ameniti sosial.
Kerajaan MADANI menghormati prinsip pemberian khas selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Rundingan sememangnya sedang berjalan untuk memuktamadkan kaedah pengiraan yang adil dan mampan. Sementara itu, Kerajaan MADANI komited dan telah meningkatkan pemberian khas secara interim untuk Sabah daripada RM26.7 juta pada tahun 2021 kepada RM1.5 bilion iaitu meningkat lebih 50 kali ganda. Manakala Sarawak turut ditingkatkan secara interim juga daripada RM16 juta tahun 2022 kepada RM1.5 bilion iaitu peningkatan lebih 90 kali ganda. Kedua-dua pemberian khas tahunan Sarawak dan Sabah masing-masing jelas dinyatakan dalam butiran T.12: 010500 dan 010600.
Terdapat juga Yang Berhormat antaranya Kampar dan Kota Belud membangkitkan...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pertanyaan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis ni dulu. Mengenai projek jalan luar bandar oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Walaupun saya telah menerangkan perkara ini secara panjang dan lebar dalam penggulungan secara dasar, izinkan saya memperincikan beberapa perkara yang diungkitkan sekali.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh kita bincang yang pemberian khas itu dulu?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya habiskan ini lepas tu saya pergi balik kat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tapi yang...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bagi habis dulu, saya bagi balik Tuaran. Saya akan bagi ruang kepada Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, baik.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan MADANI tidak pernah mengabaikan kepentingan projek jalan luar bandar. Perbelanjaan sebenar dan peruntukan sepanjang pentadbiran MADANI adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding lima tahun sebelumnya iaitu RM11 bilion berbanding RM3.72 bilion.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Perbelanjaan tahun ini mencecah sehingga RM3 bilion iaitu melebihi perbelanjaan luar bandar untuk lima tahun antara 2017 hingga 2021. Oleh itu, dakwaan bahawa projek atau surat setuju terima (SST) jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak dibatalkan adalah tidak benar.
Hakikatnya, ia adalah pengurusan KKDW dan MOF yang telah mengambil langkah untuk menangguhkan tender dan penganugerahan SST baru. Tiada SST yang dikeluarkan dan kemudiannya projek itu dibatalkan. Semua projek dalam senarai yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi kekal untuk dilaksanakan. Hanya dalam usaha menangani terlebih komitmen dan menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor. Penjadual pelaksanaan projek harus dirancang semula, dikawal dan diurus sebaiknya mengikut kemampuan peruntukan.
Pada masa yang sama, peningkatan ketara peruntukan setiap tahun di bawah Kerajaan MADANI juga telah jelas dilihat. Kita boleh lihat bagi peruntukan projek jalan luar bandar bagi Sabah dan Sarawak ini meningkat setiap tahun dan tidak pernah disekat oleh MOF. Pada tahun 2022 ialah RM642 juta. Hampir RM1 bilion untuk 2023 dan 2024, lebih RM1.2 bilion 2025 dan lebih pada RM1.4 bilion untuk 2026.
Peningkatan komitmen projek yang sedang dalam pelaksanaan telah menyebabkan keperluan perbelanjaan JLB melampaui peruntukan asal yang diluluskan oleh Parlimen sehingga memerlukan tambahan melalui penyusunan semula peruntukan atau NOC dan untuk tahun 2026, peruntukan tambahan.
Keperluan jalan luar bandar perlu diimbangi dengan projek pembangunan lain...
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Menteri, Tenggara sikit, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang diluluskan oleh Parlimen. Setiap tambahan kepada JLB sama ada melalui proses NOC dalaman KKDW ataupun SKB daripada penjimatan kementerian lain melibatkan penyusunan semula keutamaan dan ruang pembiayaan yang tersedia. Umpamanya, RM81 bilion diperuntukkan pembangunan untuk tahun ini telah diagihkan kepada program dan projek di semua kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab merancang perolehan, jadual pelaksanaan dan keperluan bayaran berdasarkan peruntukan yang diluluskan.
Sebarang tambahan mesti mengambil kira keperluan pembangunan negara secara keseluruhan. Setiap kementerian perlu memastikan komitmen kontrak dan jadual
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
pembayaran selaras dengan peruntukan yang diluluskan. Tanggungjawab merancang serta mengawal perbelanjaan ditegaskan dalam AP10...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Saya tambah 15 minit.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya, Dato’ Sri Pengerusi. AP10, AP54 dan Pekeliling Perbendaharaan (PB1.2). Disiplin kewangan inilah yang memastikan projek dapat disiapkan, kontrak dapat dibayar dan keutamaan pembangunan lain terus dilaksanakan. Inilah pertanggungjawaban setiap kementerian kepada Parlimen dan rakyat dalam mengurus wang awam. Sila, Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua soalan. Yang pertama tentang pemberian khas itu tadi yang RM1.5 bilion. Saya telah bertanya, yang RM600 juta itu ada dia punya instrumen sudah diwartakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Jadi, ada lebih lagi RM900 juta, apakah instrumen nanti untuk membayar keseluruhannya? Adakah nanti ada pewartaan yang hendak dibentangkan di Parlimen pada tahun ini atau macam mana? itu satu persoalan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang kedua berkenaan dengan pembatalan projek itu. Saya telah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam dan dia ada menjawab dan sebagainya dan ini penjelasannya dia rujuk kepada penyelesaian Yang Berhormat Menteri Kewangan II juga. Persoalan di sini yang— nya ialah, yang mengumumkan pembatalan ialah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, itu persoalannya, satu.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Saya juga sendiri ada nampak surat tentang pembatalan itu. Jadi, di kawasan saya ada beberapa projek yang dibatalkan. Penjelasan Yang Berhormat tadi tidak mampu untuk menjelaskan selagi pembatalan itu tidak ditarik balik. Itu persoalannya.
Jadi, setakat dijelaskan secara lisan begini, tidak memadai. Pentadbiran harus di-follow terus sehingga mengatakan bahawa projek ini masih on, tender masih on dan sebagainya.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Biar saya jawab Tan Sri Yang di-Pertua.
Untuk soalan yang pertama tadi. Untuk memuktamadkan pembayaran pemberian khas atau [Tidak jelas] kita akan ikut proses yang kita sedia ada. Bermakna, insya-
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Allah sebelum hujung tahun ini, gazet akan keluar untuk pembayaran RM1.5 bilion.
Jadi, RM600 juta dah dibayar. Yang bakinya akan dibayar sejurus gazet itu dikeluarkan. Jaminan daripada Kerajaan MADANI ialah kita akan keluarkan gazet yang akan membenarkan pembayaran itu dibuat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey. Jadi, kalau dah gazet Yang Berhormat, pertanyaan saya ialah gazet itu tidak menidakkan hak 40 peratus. Jangan dengan adanya gazet itu mengatakan bahawa hak 40 peratus hilang seperti apa yang telah dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Mantan Menteri dahulu.
Kita tidak mahu yang itu menidakkan hak 40 peratus itu Yang Berhormat.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti apa yang pernah di bincangkan di dalam Dewan ini juga, kita kata, kita tidak menidakkan 40 peratus yang dalam Perlembagaan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Tenggara Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Untuk soalan kedua, soalan kedua berkisar kerana apa yang kita telah buat beberapa kali penerangan. Fakta yang pertama ialah tidak ada pembatalan SST yang dikeluarkan. Dan kita juga menerangkan yang apa-apa projek yang telah dimasukkan dalam projek yang diluluskan akan dibuat. Hanya yang perbezaan ialah projek itu ditangguhkan kalau tidak ada cukup peruntukan bertahun-tahun. Kita pun mahu memastikan apa yang Parlimen lulus, kita ikut apa cara yang Parlimen lulus. Projek itu tidak dibatalkan.
Yang hanya mungkin ada perbezaan, ada beberapa tender yang mungkin berjalan yang belum keluar SST mungkin tender itu tidak dikeluarkan. Terima kasih.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Yang berhormat tangguh berapa tahun itu yang berhormat? Sepuluh tahun, lima belas tahun, berapa tahun di tangguh projek-projek tersebut?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti yang semua sedia maklum, mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen, setiap kementerian akan mengurus bergantung kepada kelulusan siling yang diberikan. Insya-Allah kita tengok dalam belanjawan untuk 2027, peruntukan berjalan luar bandar lebih kurang RM3 bilion.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Yang Berhormat, Tenggara sedikit saja?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Guna ruang yang betullah.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Yang Berhormat, Tenggara sedikit saja, Tenggara sikit sahaja. Okey, berkaitan dengan tiada pembatalan ni, berkaitan dengan penangguhan juga. Berdasarkan garis panduan RMK13 2026, 6.1.16, selaras dengan Pekeliling Kementerian Ekonomi Bilangan 1 tahun 2004 berkaitan penambahbaikan pelaksanaan perhubungan nilai dinyatakan di sini, tempoh sah laku atau validity program atau projek ditetapkan dua tahun dari tarikh kelurusan projek melibatkan semua projek.
Sehubungan itu, semua projek, program yang tidak dapat dilaksanakan proses perolehan dalam tempoh sah laku berkenaan di cadang dibatalkan. Jadi penjimatan kos program, projek yang dibatalkan tidak boleh digunakan oleh kementerian atau jabatan bagi menampung peningkatan kos program projek lain melalui NOC.
Jadi saya nak bertanya kepada pihak kementerian, pada Menteri lah, sekiranya ada penangguhan tu, kalau lebih daripada dua tahun, maksudnya dah jadi batal tu. Jadi itu kalau boleh diklarifikasikan, terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti yang saya katakan tadi kan, untuk memastikan pengurusan wang awam telus dan di jalan dengan baik, kementerian harus mengawal perbelanjaan dalam kementerian. Kalau ada kekurangan bajet yang ada, dia boleh buat cara NOC atau minta peruntukan tambahan, seperti apa yang kita buat tahun ini.
Jadi untuk projek yang belum kita dapat diluluskan, kerana tak cukup ni, kita tunggulah sampai peruntukannya cukup untuk membenarkan projek tu berjalan. Tapi secara dasarnya, bila projek tu telah masuk dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, Ketiga Belas, secara dasarnya dia dah luluskan. Cuma kena ada cukup peruntukan untuk dibelanjakan. Terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey Menteri, saya hendak minta penjelasan lagi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya rasa saya dah jawab banyak kali ni.
Saya nak beredar kepada topik yang lain.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sikit lagi, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi Menteri sudah...
Tuan Pengerusi
Saya ingat last.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi Menteri sudah sahkan bahawa tahun ni memang peruntukan tak cukup walaupun telah tambah RM500 juta dan juga NOC RM491 juta sehingga peruntukan disemak sehingga RM3.1 bilion.
Tadi Menteri kata jumlah ni masih tidak mencukupi untuk memenuhi komitmen. Itu bermakna sudah ada komitmen terlebih dahulu yang telah dibuat sebelum peruntukan ataupun peruntukan tambahan diluluskan. Jadi, adakah ini memenuhi tatacara kewangan ataupun ini satu pelanggaran? Dan apakah tindakan yang boleh diambil? Kalau kita guna pakai alasan COVID, kalau satu tahun saya boleh faham 2023. Ini bukan empat tahun berturut-turut, 2023, 2024, 2025, 2026.
Mungkin tahun depan 2027 lagi nak pakai alasan COVID.
Dan soalan lagi, berapa lagi kekurangan dijangka sehingga akhir tahun ini?
Adakah peruntukan tahun depan akan digunakan untuk membayar tunggakan tahun ini? Jadi kita tak mahu cerita ini sentiasa berulang kali. Kita nak habiskan cerita, habiskan tunggakan tahun depan, kita siapkan semua projek baru.
Tuan Pengerusi
Baik, Menteri lepas ini move on.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya, Tan Sri Pengerusi. Seperti semua mungkin maklum, untuk pengurusan dalam kementerian, kementerian harus mengikut siling yang ada. Bila dia dah habis siling, dia boleh tengok dari segi NOC ataupun sekatan yang kita boleh buat. Kalau dia boleh bincang dengan MOF.
Buat masa sekarang kita KKDW sedang bekerjasama dengan MOF untuk melihat macam mana hendak mengurangkan tunggakan yang ada dan kalau ada ruang untuk NOC-NOC lain yang untuk menjelaskan perbelanjaan, tetapi kita tidak akan mengambil peruntukan tahun depan. Kerana, Parlimen belum meluluskan peruntukan untuk tahun depan. Saya tak boleh ambil ke depan. Jadi, dia harus daripada apa yang ada dalam siling dalam kementerian.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bermakna tahun ini tunggakan akan habis dibayar? Adakah itu apa yang dijelaskan? Akan cari dari punca lain untuk bayar semua tunggakan tahun ini? Jadi, tahun ini kita akan jelaskan semua?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kita akan bekerjasama dengan KKDW untuk melihat macam mana dengan cara ke depan yang lebih baik. Insya-Allah kalau boleh, kita akan cuba menguruskan dengan terbaik. Saya nak juga cover beberapa isu yang lain.
Yang pertama, wang tak dituntut. Yang Berhormat Puncak Borneo, Rasah, Maran, Arau telah menyentuh wang tak dituntut. Sehingga 31 September 2006,
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
jumlah baki wang tak dituntut adalah sebanyak RM14 bilion. Antara faktor utama wang tak dituntut termasuklah kekurangan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan orang ramai mengenai kewujudan wang tak dituntut serta hak untuk membuat tuntutan.
Kedua, kegagalan mengesan pemilik Wang Tak Dituntut berikutan maklumat perubahan seperti alamat dan nombor telefon yang mungkin tidak tepat atau tidak dikemas kini.
Ketiga, kekurangan maklumat mengenai kewujudan Wang Tak Dituntut khususnya apabila pemilik tidak menyedari terdapat wang yang masih terhutang kepada mereka oleh entiti atau syarikat.
Keempat, pemilik yang telah meninggal dunia dan waris atau pentadbir harta pusaka tidak mengetahui wujudnya wang tak dituntut dan kekangan dokumentasi khususnya daripada kalangan waris atau wakil yang perlu mengemukakan dokumen yang membuktikan hak.
Dan keenam, pemilik belum mengambil tindakan wang tuntutan, walaupun telah mengetahui wujudnya Wang Tak Dituntut atas praktik peribadi atau kekangan masa. Kerajaan telah menggerakkan beberapa langkah untuk mempermudahkan proses bayaran balik kepada pemilik asal termasuklah masyarakat luar bandar.
Melalui portal eGUMIS, Jabatan Akaun Negara Malaysia memudahkan orang awam menyemak dan membuat tuntutan wang tak dituntut secara talian.
Sistem ini meningkatkan keberkesanan pengurusan Wang Tak Dituntut serta memastikan Wang Tak Dituntut yang menjadi hak individu atau organisasi dapat dikembalikan kepada pemilik yang sah dan dengan cara lebih cepat, mudah dan tanpa sebarang caj. Portal eGUMIS juga telah mengintegrasikan dengan MyGOV Malaysia pada 22 Januari tahun ini. Untuk memudahkan orang awam mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ada beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Urusharta Jamaah Sdn Bhd.
Saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok, Pengkalan Chepa, Arau, Shah Alam dan Pendang mengenai Butiran P.10 030000 – Strategi Pelaburan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).
Pertama, kerugian telah berlaku sebelum usaha penyelamatan dilaksanakan.
Seperti saya telah jelaskan secara terperinci semasa penggulungan RCI Tabung Haji pada Ogos lalu, Tabung Haji perlu diselamatkan kerana telah mengalami kerugian besar akibat kegagalan pelaburan terdahulu. TH telah berada dalam defisit selama
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
empat tahun berturut-turut, dari 2014 ke 2017 dan penubuhan UJSB adalah untuk memulihkan dan melindungi simpanan pendeposit.
Pada 2018, UJSB mengambil alih aset TH bernilai pasaran RM9.7 bilion pada harga RM19.9 bilion, iaitu perbezaan RM10.2 bilion untuk menolong mengambil alih kerugian yang ada dalam Tabung Haji. Ini menjadikan Tabung Haji solvent dan ada kemampuan ke depan.
Kedua, kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Tabung Haji pada masa itu perlu dibezakan daripada kerugian yang dialami, contohnya, di KWAP dan daripada eFishery. Jelas daripada dapatan RCI, sekurang-kurang tujuh pelaburan TH pada masa itu membuat pelaburan dengan terma yang diragui seperti Al-Rawda, apabila bayaran RM1.5 bilion dibuat bergantung hanya dengan nota janji peribadi tanpa cagaran. Di samping itu, pelaburan seperti Putrajaya Perdana dibuat tanpa penilaian.
Sebaliknya, kerugian yang dialami oleh KWAP, oleh eFishery adalah ekoran penipuan yang dibuat oleh pihak eFishery yang turut memperdaya banyak pelabur antarabangsa yang lain.
Ketiga, pelaburan kerugian UJSB berbangkit daripada kos sukuk. Di bawah sukuk UJSB, ia melibatkan kadar keuntungan untuk TH yang tidak dibayar secara tunai setiap tahun. Ia dikumpul untuk dibayar apabila sukuk matang. Sebab itulah jumlah yang perlu dibayar UJSB meningkat dari tahun ke tahun walaupun tiada pinjaman tambahan diambil setiap tahun. Pada akhir 2025, kos sukuk yang ditanggung oleh UJSB kepada TH secara terkumpul berjumlah RM5.8 bilion. Kos ini merupakan faktor utama kerugian terkumpul UJSB yang meningkat kepada RM13.2 bilion.
Pada masa yang sama, UJSB turut mengurangkan obligasi kepada TH melalui penebusan awal sukuk siri 1 sebanyak RM630 juta sehingga 2024. Aset bernilai RM965 juta turut diserahkan kepada Tabung Haji, iaitu tanah TRX bernilai RM270 juta dan UJ Estates bernilai RM695 juta.
Keempat, sejak pengambilan aset TH, pengurusan UJSB telah menunjukkan hasil memulihkan nilai aset dan prestasi perniagaan. Usaha memulihkan aset yang diambil alih menunjukkan kemajuan. Umpamanya, pertama, portfolio lima Hotel Raia yang telah meningkatkan kadar penghunian daripada 22 peratus kepada 64 peratus pada 2025 dengan keuntungan bersih sebanyak RM13 juta pada 2025 berbanding kerugian RM4.5 juta pada tahun 2020.
Kedua, syarikat perladangan UJ Estates telah dipulihkan prestasinya daripada kerugian RM0.67 juta pada 2020 kepada keuntungan bersih RM40.6 juta
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
pada tahun 2025. Nilai bersih ekuiti tersenarai juga telah meningkat RM2 bilion daripada RM7.4 bilion diambil alih berbanding pada hujung tahun 2025 yang bernilai RM9.4 bilion.
Dan kelima, yang paling penting, kepentingan pendeposit telah dipulihkan dan dilindungi. Hasil penyelamatan ini perlu dilihat daripada kedudukan Tabung Haji dan pendepositnya. Simpanan pendeposit meningkat kepada RM75.4 bilion pada 2018 kepada RM93.4 bilion pada 2025.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dalam masa yang sama, aset Tabung Haji meningkat daripada RM76.8 bilion kepada RM98.6 bilion manakala agihan keuntungan tahun 2025 telah mencapai 3.5 peratus.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kos penyelamatan ini ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai. Setiap Ringgit yang digunakan untuk memenuhi komitmen tersebut mengurangkan ruang bagi keperluan lain. Ini termasuklah pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan bekalan air.
Sebab itulah kita harus memastikan kelemahan pelaburan dan tatakelola yang membawa penyelamatan sebesar skandal 1MDB, Tabung Haji dan FELDA tidak berulang lagi. Kerana itulah antara usaha Kerajaan MADANI adalah untuk memperkenalkan Rang Undang-undang Entiti Milik Kerajaan ataupun SOE Act.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri, sedikit pencelahan. Tadi penjelasan Menteri berkaitan dengan pertanyaan saya bagaimana kerugian sewaktu perpindahan aset dulu RM9 bilion kerana dibayar dengan harga premium, itu kita faham.
Tetapi, Yang Berhormat Menteri, masalahnya UJSB ditubuhkan betul-betul untuk memulihkan aset selepas― bukan selepas setahun, dah lepas tujuh tahun, kerugian itu makin melebar kepada RM13.2 bilion. Satu.
Yang keduanya, transaksi-transaksi yang disebut oleh kawan-kawan tadi, bagaimana pelaburan-pelaburan, keputusan-keputusan penjualan saham-saham.
Sebagai contoh, saya juga sebut berkaitan dengan Datasonic ataupun NexG.
Sebelum daripada kerajaan bagi anugerah projek kepada NexG bernilai RM2.456 bilion, tiba-tiba UJSB jual semua saham-saham dia dalam keadaan yang sangat mencurigakan. Tiga hingga empat peratus dijual dalam keadaan pasaran terbuka,
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
lima peratus lagi dijual kepada seorang individu yang sampai sekarang dirahsiakan namanya. Yang disebut-sebut― walaupun tuannya menafikan. Jadi, inilah antara transaksi yang mencurigakan. Dan Pengerusi UJSB sendiri bagi tahu penjualan saham itu dalam keadaan rugi. Jadi, inilah punca kenapa kerugian terkumpul sampai RM13.2 bilion. Dua.
Yang ketiga, Yang Berhormat, begitu juga keputusan pelaburan-pelaburan dalam Zetrix AI, bagaimana UJSB rugi sampai RM140 bilion lebih kerana Zetrix juga berkaitan dengan isu yang dikatakan berkisar kepada mafia korporat. Bukan sahaja dalam negara kita dibicarakan perkara ini. Sampai Channel NewsAsia di Singapura pun bercakap tentang perkara ini.
Kalau tak betul semua kaitan-kaitan dengan individu ini, saya cadang kepada kerajaan saman akhbar-akhbar ini, yang channel, channel ini, yang berbicara tentang di belakang semua kerugian ini, yang rakyat akhirnya terpaksa tanggung ialah kerana adanya dakwaan mafia korporat itu.
Mohon jelaskan, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Seperti saya terangkan tadi, kalau kita tengok dari segi accounting, kerugian yang ada pada UJSB ialah untuk mengakru daripada sukuk yang dikeluarkan. Hibah pada sukuk itu terpaksa diakru. Jadi, jumlah accrual yang kita kena buat ialah RM800 juta setahun.
Tapi, kalau kita tengok dari segi performance yang dibuat oleh UJSB, saya dah bagi contoh dengan menggunakan tanah TRX, UJ Estates, Hotel Raia dan juga daripada pemilikan, pembelian dan penjualan saham di mana mereka mendapat keuntungan RM2 bilion.
Jadi, isu yang dibangkitkan itu taklah dibangkit ya. Saya ambil maklum, ada beberapa isu yang mungkin ada kena melihat lagi. Kita akan melihat ya dari segi pengurusan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat boleh menjawab bertulis, Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Satu lagi, Yang Berhormat. Last, last.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Menteri, floor ini floor Menteri. Kalau Menteri nak bagi boleh, tak bagi pun tak apa.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tak. Saya dah jawab banyak dah.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Last.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sebenarnya kita dah buat RCI Tabung Haji...
Tuan Pengerusi
Pengkalan Chepa, Menteri dah tak bagi.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Soalan saya dah tiga kali tanya, baru sekali ini jawab. Ini yang berkaitan dengan...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya dah menjawab banyak kali dalam RCI Tabung Haji. Terima kasih. Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Menteri, terpulang ya. Menteri nak bagi tak? Tak bagi? Tak bagi dah. Minta Maaf.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Butiran sama Menteri. Sedikit saya sentuh tadi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya pun dah tengok dah. Itu dah merah itu.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Last, last poin Menteri, kalau boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri dah tak bagi. Ikut peraturan. Silakan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sebenarnya perbahasan ini menunjukkan tanggungjawab kerajaan— Kementerian Kewangan untuk merangkumi pengurusan bantuan harian rakyat, hubungan kewangan dengan negeri dan obligasi negara untuk tempoh yang panjang. Setiap suatu memerlukan peruntukan yang mencukupi serta pelaksanaan yang boleh dipertanggungjawabkan.
Belanjawan 2027 memperkukuhkan...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tan Sri Speaker...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Bantuan keluarga, meningkatkan...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
...Tan Sri Speaker, ini perkara lain. Boleh kot. Menteri boleh jawab ke? Tak boleh?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Meningkatkan sumber [Tidak jelas] dan membuat peluang pendapatan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Nak tanya fasal Langkawi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Pada masa yang sama, kerajaan perlu memenuhi tanggungjawab yang diwarisi dan mengawal risiko baru. Usaha pembaharuan fiskal mesti membolehkan lebih banyak sumber negara digunakan untuk keperluan rakyat secara berterusan.
Saya menghargai penelitian Yang Berhormat dan terima kasih atas penglibatan Yang Berhormat dalam perbahasan. Cadangan yang bernas akan diteliti dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Dengan penjelasan tersebut...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Saya mohon supaya maksud bekalan....
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Yang lain boleh bertulis tak?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Pembangunan Kementerian Kewangan yang berkenaan diluluskan. Bagi persoalan-persoalan Yang Berhormat berkaitan Kementerian Kewangan yang tak sempat saya sentuh dalam penggulungan ini, ia akan dijawab secara bertulis. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Menteri. Ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.10 hingga B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan— saya minta maaf ya.
Masalah iaitu wang sejumlah RM68,159,895,600 untuk Kepala B.10 hingga B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.10, B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.10 dan P.70 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 dan P.70 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Kepala B.13, Kepala Pembangunan P.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Saya mempunyai senarai yang agak panjang di sini. Saya bacakan. Yang Berhormat yang akan berbahas ialah Libaran, Machang, Seputeh, Sik, Selayang, Kangar, Jelutong, Tumpat, Batu Gajah, Bukit Bendera, Putrajaya dan Balik Pulau.
Masing-masing diberikan lima minit. Saya jemput Libaran, silakan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara penting di bawah peruntukan Kementerian Luar ‘Negara’ yang pada pandangan saya memerlukan penjelasan dan penelitian yang lebih mendalam. Saya terus kepada perbahasan saya dengan merujuk Kepala B.13 Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan.
Tan Sri Yang di-Pertua, sejak 2023 Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan atau bertindak sebagai hab utama serantau. Mengenai ancaman keganasan dan ekstremis berfokus kepada soft approach melalui kerjasama strategik dengan negara luar. Namun begitu, sejauh manakah pendekatan soft approach ini yang masih lagi sesuai dan mampu memperkukuh peranan negara di peringkat serantau dalam pencegahan keganasan secara holistik?
Pada tahun 2027, peruntukan kepada pusat serantau ini meningkat kepada RM9.7 juta berbanding RM8.4 juta pada tahun 2026. Apabila ini kata prestasi utama KPI serta penilaian return on investment (ROI) dari segi pencapaian dasar luar dan keselamatan negara hasil daripada perbelanjaan program-program pusat serantau ini, kerajaan perlu menilai sama ada peningkatan program-program mencegah ancaman ini benar-benar berkesan, terutamanya dengan ledakan ancaman sistem siber terhadap Malaysia dan Malaysia terlibat di meeting forum antarabangsa seperti United Nations Open-ended Working Group. Justeru, melalui diplomasi siber, kita perlu memastikan ruang digital tidak menjadi medan kompleks kuasa besar. Kebergantungan tinggi kita dalam teknologi AI, platform media sosial mendedahkan Malaysia kepada kolonisasi digital dan manipulasi politik luar. Soalan saya, sejauh mana dasar luar kita menekan aspek
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
pendekatan teknologi? Hal ini bagi mengelakkan negara terperangkap dalam perang teknologi global, mengambil kira persaingan Asia–China.
Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada Butiran 050500 – Program Seranta Diplomasi Awam dan Penerangan. Saya ingin menyentuh sedikit berkaitan Program Seranta, Diplomasi Awam dan Penerangan yang merupakan salah satu inisiatif strategi kementerian. Menyebar luas pemahaman mengenai dasar luar negara, membudayakan pendekatan diplomasi yang inklusif serta merapatkan hubungan antara kementerian dengan media dan masyarakat umum.
Saya mengambil maklum bahawa Belanjawan 2027, kementerian berkaitan program ini menurunkan daripada RM2.7 juta kepada RM1.7 juta. Dalam konteks keselamatan dan pembangunan wilayah Borneo Sabah, program diplomasi awam amat penting. Hal ini bertujuan untuk menangkis naratif atau tuntutan luar yang tidak berasas ke atas Sabah dengan menyebarkan fakta perundangan dan sejarah yang sahih kepada rakyat.
Bahkan program seranta juga dapat menyalurkan maklumat yang tepat mengenai tahap keselamatan di Zon Keselamatan Sabah Timur kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi asing. Persoalan saya, adakah dengan kepesatan penggunaan teknologi pada ketika ini mengurangkan human touch serta bagaimanakah program diplomasi awam melibatkan pemimpin komuniti tempatan, belia dan NGO di Sabah agar mereka memahami peranan masing-masing.
Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada Butiran 0400 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Saya ingin menyentuh dasar diplomasi hubungan dua hala yang memberikan impak ekonomi dan keselamatan sempadan kepada negara.
Namun, memerlukan diplomasi dua hala serantau yang berterusan dengan negara jiran, terutamanya Indonesia dan Philippines. Ambil contoh pertumbuhan pesat ibu kota Nusantara yang bakal meningkatkan pergerakan manusia dan barangan di sempadan Sabah–Kalimantan.
Persoalan saya, bagaimanakah kementerian menyelaras kerjasama diplomasi sempadan bersama pihak Indonesia? Penyelarasan oleh pihak kementerian dan sektor lain yang berpotensi termasuk pelancongan, pasaran produk, PKS Sabah diperluas ke wilayah ibu kota Nusantara ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu 130 individu di bawah NCCIA, saya turut ingin membangkitkan isu penahanan 130 rakyat Malaysia di Pakistan susulan operasi Agensi Siasatan Jenayah Siber Kebangsaan terhadap sebuah pusat panggilan yang disyaki terlibat dalam penipuan siber. Meskipun ada didapati bersalah melanggar
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
undang-undang negara berkenaan, mereka tetap rakyat Malaysia yang berhak mendapat perlindungan dan bantuan konsulat kerajaan.
Persoalannya, apakah langkah Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Malaysia di Pakistan bagi memastikan kesemua individu tersebut mendapat akses konsulat, bantuan guaman dan layanan yang adil sepanjang proses siasatan serta pembicaraan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Adakah kementerian akan memastikan identiti dan penglibatan setiap individu dikenal pasti, termasuk kemungkinan mereka menjadi mangsa penipuan pekerjaan atau pemerdagangan orang yang dipaksa terlibat dalam kegiatan tersebut? Kita tidak meminta mereka dikecualikan daripada undang-undang tetapi kerajaan mesti memastikan hak dengan kebajikan rakyat Malaysia terus terpelihara, di mana mereka berada, termasuk lebih kurang 63 rakyat Sabah dan 55 orang rakyat daripada Sarawak dan selebihnya daripada Tanah Melayu.
Tuan Pengerusi
Baik, masa Yang Berhormat.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Sama-sama. Baik, saya jemput Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Pengerusi. Saya menyentuh Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala iaitu, dengan izin, core business Wisma Putra itu sendiri.
Pengerusi dan semua Ahli Dewan, kita sering lihat Wisma Putra ini sebagai kementerian protokol. Bukan kementerian keselamatan dan kedaulatan. Sebab itu kita bila kita lihat peruntukan yang diberikan saban tahun, kenaikan sangat-sangat sedikit. Sedangkan semua diplomat kita adalah pertahanan barisan hadapan kedaulatan negara yang membantu tentera dan polis kita dari segi menjaga kedaulatan negara kita. Tapi malangnya, dari segi peruntukan yang diberikan setiap tahun, templatnya tetap sama.
Saya rasa perlu diubah pendekatan ini kerana kalau kita lihat, sejarah membuktikan Malaysia berjaya mempertahankan kedaulatan dan sempadan negara kita bukan dengan berperang. Bukan dengan cara kita menggunakan tentera kita secara agresif tetapi menggunakan diplomasi. Kita menang tuntutan di Sipadan dan Ligitan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Kita kalah di Batu Puteh pun sebab kecuaian dan keculasan kita dalam mempersediakan dokumen diplomasi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi, ada banyak perkara yang saya rasa perlu ditambah baik oleh kerajaan dari segi meluluskan belanjawan untuk Kementerian Luar Negeri.
Saya ingin menyentuh perkara selanjutnya berhubung dengan Butiran 020600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa dan 040100 – Bahagian Asia.
Tahun depan, Malaysia dan Jepun akan menyambut ulang tahun ke-70 bilateral kita dengan Jepun.
Tapi nampak gayanya saya tak nampak dalam belanjawan ini, apakah ada peruntukan khas bagaimana Malaysia ingin memaknai, mengisi hubungan dua hala ini? Kerana kita tahu sepanjang 22 tahun dan seterusnya, bermula dengan zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir pada tahun 80-an, antara teras utama dasar luar kita ketika itu adalah Dasar Pandang ke Timur. Jepun merupakan rakan strategik kita di samping Korea dan sebagainya untuk menjayakan misi membangunkan Malaysia.
Jadi, untuk menyambut 70 tahun Malaysia–Jepun pada tahun hadapan, perlulah ada satu program yang sewajarnya yang adil untuk mengiktiraf kedudukan kita dan Jepun sudah pun sampai ke satu tahap yang berbeza. Kalau dahulu, kita belajar daripada Jepun.
Pada hari ini, saya rasa Malaysia tak perlu rendah diri. Kita juga boleh mengajar Jepun dan mereka menunggu tawaran daripada kita. Akhirnya, jangan kita nampak Menteri Pertahanan pergi Jepun, dia bagi bantuan ketenteraan. Okeylah, saya tak kata itu tak bagus. Cuma kita pun boleh tawarkan benda yang sama. Cuma apakah dasar diplomasi kita? Yakni kita tawar kepada Jepun.
Saya bagi contohlah. Apa kita tawarkan kepada Jepun? Kita berazam menjadi hab ekonomi halal dan kewangan Islam. Jepun pun nak belajar tentang ini.
Jadi, mungkin Wisma Putra boleh menjadi fasilitator awal untuk kita membuka ruang diplomasi ekonomi dan halal ini.
Kedua, saya lihat minggu lepas, Perdana Menteri Bangladesh tiba ke Jepun dan menandatangani memorandum persefahaman dengan Kerajaan Jepun untuk membekalkan tenaga kerja 100,000 orang pakar-pakar ataupun profesional untuk menampung. Kita tahu Jepun berdepan dengan kekurangan demografi yang begitu ketara dan saya rasa ini satu peluang yang kita terlepas. Walaupun Yang Amat Berhormat Tambun telah pergi Jepun beberapa kali tapi tak banyak peluang-peluang yang kita dapat raih sepertimana Bangladesh lakukan. Sedangkan kita dan Jepun memiliki hubungan yang lebih baik daripada apa yang Bangladesh pernah hadapi dengan Jepun.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi, peluang pekerjaan yang baik untuk anak Malaysia untuk di luar negara, di negara Jepun khususnya, dah terlepas daripada kita kalau kita tidak ada satu jenis diplomasi yang saya katakan tadi. Jadi, saya harap Wisma Putra jelaskan kepada kami. Apakah perancangan spesifik untuk menyambut 70 tahun ini?
Kedua, saya ingin menyentuh tentang— ini mungkin sedikit sensitif tapi perlu disebut dalam Dewan yang mulia ini. Berkenaan dengan semacam ada satu gerakan tersusun di luar negara, khususnya yang mendanai warganegara kita untuk membawa, meniupkan sentimen perpisahan Borneo dan Semenanjung yang mencabar kedaulatan naratif Malaysia. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, ada tangan- tangan asing yang mahu melihat perkara ini dibakar supaya perpisahan antara Borneo dan Semenanjung itu berlaku dan mereka hanya berani lakukan perkara ini di luar negara.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya Wisma Putra diberikan peruntukan dan kelebihan untuk deklasifikasi arkib-arkib bagaimana Malaysia ini dibentuk ketika Perang Dingin dahulu. Kalau Singapura boleh dedahkan Albatross File yang menceritakan tentang bagaimana Singapura kononnya dibuang daripada Malaysia, sudah tiba Malaysia juga mempertahankan naratif kita. Kenapa akhirnya kita menubuhkan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, bukan Singapura?
Jadi, ini perkara-perkara yang saya rasa Wisma Putra ada tanggungjawab moral dan strategic diplomacy untuk kita meluruskan fakta di peringkat antarabangsa dalam kita berdepan dengan ancaman Perang Dingin Kedua. Perang dingin yang menuntut kepada perang China–Amerika, teknologi dan sebagainya. Saya yakin antara pentas konflik yang akan berlangsung kalau Taiwan meletup tak lama lagi adalah di rantau kita.
Jadi, saya harap Wisma Putra diberi kelebihan belanjawan untuk mempersiapkan fakta dan propaganda positif untuk mempertahankan keutuhan Malaysia sebagai sebuah Federation. Jadi Pengerusi, saya banyak nak cakap sebenarnya tapi masa tak banyak, mungkin saya bolehlah sambung nanti. Terima kasih atas ruang yang diberikan.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya ingin rujuk kepada maksud Bekalan 13 Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tan Sri Pengerusi, saya bangun untuk membangkitkan mengenai hala tuju diplomasi ekonomi negara kita iaitu penglibatan Malaysia dalam blok BRICS dan status hubungan strategik kita dengan Republik Rakyat China. Negara China akan mengambil alih kepengerusian BRICS pada tahun 2027 dan bakal menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak BRICS ke-19.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia kini telah rasmi diterima sebagai salah satu daripada 13 negara rakan kongsi atau partner country BRICS.
Mengikut data kerajaan, perdagangan Malaysia dengan negara-negara BRICS menyumbang sebanyak 27.7 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan global kita bagi tahun 2025 dengan nilai perdagangan yang mencecah RM846.5 bilion.
Ini bukan satu angka yang kecil. Justeru, adalah amat penting bagi Malaysia untuk menggunakan peluang kepengerusian China ini untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam proses BRICS demi kepentingan pelbagai sektor di negara kita.
Di sini saya ingin mengemukakan soalan kepada kementerian. Apakah pihak kementerian telah merangka agenda dan perancangan konkrit Malaysia dalam persidangan BRICS bagi tahun hadapan? Kementerian manakah yang sebenarnya mengetuai penyelarasan silang antara MITI, MOSTI, Bank Negara dan agensi- agensi kerajaan yang lain? Kita perlukan penyelarasan ini supaya kita boleh membentangkan satu agenda Malaysia yang bersatu padu dalam kerjasama antarabangsa ini.
Tan Sri Pengerusi, sebagai mantan Menteri industri utama, saya ingin menyeru kerajaan menggunakan platform BRICS 2027 untuk meneroka pasaran baharu bagi komoditi strategik kita, terutamanya minyak sawit, ke negara-negara anggota BRICS yang lain.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini merupakan langkah serampang dua mata yang amat penting untuk kita menangani sekatan perdagangan berat sebelah, khususnya diskriminasi terhadap minyak sawit kita daripada blok Barat.
Tan Sri Pengerusi, menyentuh mengenai hubungan dua hala dengan China, rekod rasmi menunjukkan bahawa pada 16 April 2025 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Xi Jinping telah menyaksikan pertukaran serta menandatangani 31 memorandum persefahaman (MoU), nota kerjasama dan dokumen strategik. Perjanjian berskala besar ini merangkumi sektor kritikal termasuk
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
kecerdasan buatan ataupun AI, ekonomi digital, pengecualian visa, perkhidmatan perdagangan, teknologi hijau serta pengangkutan rel.
Persoalan saya kepada kementerian ialah apakah kerajaan mempunyai satu unit khas yang memantau dan mengadakan tindakan susulan secara berkala terhadap kesemua 31 MoU yang ditangani antara Malaysia dengan China. Rakyat mahu tahu, berapa MoU yang ditandatangani ini benar-benar telah membuahkan hasil dan berapa banyak pula yang langsung gagal dan sekadar menjadikan gajah putih di atas kertas. Bolehkah kementerian membentangkan satu laporan status yang komprehensif kepada Parlimen mengenai perkembangan MoU dengan negara China ini. Jangan kita sekadar gah menandatangani perjanjian tapi pelaksanaannya lebur begitu sahaja.
Akhir kata Tan Sri Pengerusi, saya ingin tanya— Pertama, apakah kerajaan telah merangka satu strategi ekonomi yang bersepadu dan holistik dengan China?
Kedua, badan manakah yang bertanggungjawab menyelaraskan strategi perhubungan makro antara Malaysia dengan China?
Apakah kita mempunyai satu jawatankuasa induk yang menyelaras usaha- usaha di bawah MITI, MOSTI, Kementerian Kewangan, Bank Negara dan agensi- agensi berkaitan yang lain. Penyelarasan ini amat penting supaya Malaysia dapat membentangkan pendirian yang konsisten dan mengeluarkan satu suara yang sama dalam memelihara kepentingan strategik negara dalam hubungan Malaysia dengan China. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik seterusnya saya jemput Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berbahagia Tan Sri Tuan Pengerusi. Bagi tahun 2027 kita dibentangkan Kementerian Luar Negeri diperuntukkan RM1.212 bilion meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Persoalan besar yang ingin saya timbulkan di sini ialah adakah peruntukan ini benar-benar menghasilkan diplomasi yang berkesan atau kita masih mengukur kejayaan berdasarkan jumlah mesyuarat, jumlah lawatan ataupun kenyataan bersama semata-mata.
Saya membangkitkan pertamanya berkaitan Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan yang diperuntukkan RM1.262 juta. Dan saya membangkitkan juga dua tragedi kemanusiaan yang terus berlaku pada ketika ini di hadapan mata kita yang terus mencabar naluri antarabangsa, mencabar naluri
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
kemanusiaan iaitulah konflik di Gaza, Palestin dan juga di wilayah-wilayah di Myanmar ya.
Di Gaza, penderitaan rakyat-rakyat Palestin memperlihatkan jurang antara prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dengan keberkesanan penguatkuasaannya dan Malaysia telah pun menyatakan sokongan terhadap keadilan untuk Palestin tetapi pendirian perlu diterjemahkan kepada tindakan yang terukur.
Tan Sri Tuan Pengerusi, saya memfokuskan juga dalam masa ringkas ini bagaimana masyarakat antarabangsa mesti bertindak lebih tegas dan konsisten konflik di Myanmar, ketika mana konflik ini telah berlarutan puluhan tahun pembunuhan orang awam, kekejaman terhadap pelbagai etnik.
Hampir puluhan etnik yang menyebabkan berlakunya civil war ataupun perang di dalam negara mereka dan pelanggaran hak asasi manusia yang sangat dahsyat sehinggakan dilaporkan oleh United Nations Special Reporter pada 29 Oktober yang lalu. Berlaku keadaan humanitarian catastrophe di wilayah-wilayah di Myanmar, khususnya di Rakhine State, di Shan State dan di beberapa wilayah yang lain. Dan saya sendiri pernah berada di sana ketika konflik parah 2017 dan melihat, menyaksikan bagaimana orang awam ini dibunuh dan dihalau daripada kampung halaman mereka.
Dan kita juga melihat bahawa sejarah membuktikan bahawa tindakan antarabangsa perlu― pernah membantu menghentikan konflik di Bosnia 1992–1995 melalui tekanan diplomatik dan tekanan masyarakat antarabangsa, tindakan NATO dan Perjanjian Damai Dayton 1955. Begitu juga di Kosovo 1999, tindakan NATO yang disusuli penempatan yang disebut Kosovo Force, pasukan keselamatan antarabangsa di Kosovo yang diketuai oleh NATO serta pentadbiran sementara PBB melalui resolusi ketika itu 1244.
Walaupun tindakan antarabangsa tersebut mempunyai kelemahan dan kontroversi, pengajaran yang jelas pembunuhan orang awam tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa tindakan berkesan. Dan di sini saya ingin memberikan persoalan kepada Yang Berhormat Menteri bagaimana pendirian dan tugasan Kementerian Luar Negeri, khususnya dalam langkah tegas Malaysia bersama agensi-agensi antarabangsa PBB, ASEAN, OIC bagi mendesak penghentian serangan terhadap orang awam, khususnya di Myanmar itu. Kalau kita bercakap soal pelarian di tanah air kita, ia tidak akan selesai selagi kita tidak menghentikan pembunuhan dan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
genosid yang sedang berlaku di Myanmar itu sendiri kerana itu lah punca kepada kebanjiran pelarian-pelarian di Malaysia.
Yang kedua Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi, saya membangkitkan bagaimana Malaysia memperkukuhkan usaha keberkesanan antarabangsa melalui undang-undang di ICJ ICC dan mekanisme siasatan PBB terhadap dakwaan genosid serta jenayah terhadap kemanusiaan yang sekarang ini sedang didakwanya, sedang dibicarakan di ICC itu termasuklah Presiden Junta Myanmar itu sendiri dan ini perlu diberi perhatian oleh KLN bagaimana peranan kita bersama dalam penegakan keadilan di ICC dan ICJ.
Dan yang ketiga, apakah pengajaran kita yang saya sebut tadi di Bosnia dan di Kosovo itu yang boleh diterjemahkan kepada tindakan antarabangsa yang lebih berkesan bagi melindungi seluruh rakyat, khususnya di Myanmar itu dan selaras dengan PBB itu. Dan kita tidak mahu berulang lagi Tragedi Srebrenica di Bosnia ketika itu berlaku yang terus berlaku juga di Myanmar yang kesannya juga sampailah ke negara kita dan Malaysia mesti menjadi yang tegas dalam pertahankan nyawa, keadilan dan maruah kemanusiaan.
Yang terakhir, Butiran yang saya ringkas saya sebut ialah berkaitan Hal Ehwal Maritim 030200 iaitu peruntukan ini yang nampaknya berkurangan. Hanya tinggal RM675,000 yang pada ketika ini Yang Berhormat Menteri ketika Malaysia masih berdepan dengan pertindihan tuntutan maritim dan cabaran Laut China Selatan.
Jadi, persoalan saya apakah justifikasi pengurangan peruntukan ini? Adakah ia akan menjejaskan kapasiti rundingan serta kepakaran undang-undang laut serta apakah kemajuan rundingan Code of Conduct Laut China Selatan dan jaminan hak Malaysia di bawah UNCLOS 1982 dan bagaimanakah garis masa rundingan persempadanan maritim ini dengan negara-negara jiran kita?
Dan saya nak tutup bahawa kita perlu tegaskan kedaulatan negara tidak boleh dipertahankan dengan hanya ketegasan retorik semata-mata tetapi memerlukan kekuatan diplomasi, kepakaran undang-undang dan keteguhan dasar.
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik terima kasih. Saya jemput seterusnya Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia, Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN–Malaysia.
Perdana Menteri menegaskan bahawa setelah 20 hingga 30 tahun kecaman antarabangsa gagal membawa perubahan dasar di Myanmar. Malaysia kini memilih pendekatan diplomasi dengan pihak berkuasa Myanmar. Kementerian Luar Negeri juga telah menegaskan bahawa rundingan langsung dan kunjungan pemimpin Myanmar ke Putrajaya adalah atas dasar menyelesaikan krisis praktikal dan bukan sebagai pengiktirafan rasmi terhadap Kerajaan Junta tentera.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Oleh yang demikian, saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana pendekatan baru dengan mengambil langkah pragmatik dua hala ini dapat diselaraskan atau dengan izin, reconcile dengan komitmen bersama ASEAN untuk mendesak Myanmar mematuhi Konsensus Lima Perkara (5PC) bagi memulihkan kestabilan politik jangka panjang.
Perkara kedua ialah selain rundingan dengan pihak berkuasa Myanmar, adakah Malaysia juga akan mengadakan libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan termasuk National Unity Government, People's Defence Force dan kumpulan bersenjata etnik bagi menyokong pendamaian yang diterajui oleh ASEAN.
Perkara ketiga, apakah pendapat negara-negara ASEAN terhadap pendekatan baru Malaysia untuk mengadakan libat urus secara tidak rasmi dengan Myanmar dan penilaian mereka tentang perkembangan semasa dengan usaha untuk memulihkan keamanan di negara berkenaan dan langkah-langkah seterusnya.
Perkara keempat, adakah jaminan oleh pihak berkuasa Myanmar terhadap keselamatan pelarian yang telah dipulangkan balik ke Myanmar ditunaikan. Apakah perkembangan semasa ini? Dan sama ada program menghantar pulang lebih kurang 5,000 hingga 10,000 warga Myanmar akan diteruskan?
Perkara yang kelima, Butiran 04000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Saya ambil maklum, pendaftaran melalui sistem e-Konsular kekal sebagai pilihan sukarela. Tetapi amat digalakkan oleh kerajaan bagi membolehkan pengesahan kedudukan rakyat Malaysia ketika kecemasan. Apakah langkah- langkah yang dicadangkan untuk menggalakkan rakyat untuk menyedar untuk mendaftar melalui sistem e-Konsular memandangkan pengalaman di keadaan dan
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
apa yang telah terjadi di Nepal, di mana mengadakan kesukaran untuk mengesan berpuluh-puluhan rakyat selepas bencana telah berlaku.
Ini adalah ucapan saya, saya ucapkan terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menekankan bahawa Kementerian Luar Negeri merupakan kementerian yang amat penting dalam menguruskan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. Jadi, tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara, melindungi rakyat Malaysia di luar negara, membuka peluang ekonomi antarabangsa serta memastikan suara Malaysia didengari dalam isu keamanan dan keadilan sejagat.
Berdasarkan Belanjawan 2027, TRN diperuntukkan kira-kira RM986 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM225 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Saya pergi kepada Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Perhubungan dan Pertubuhan Antarabangsa. Jadi, isu perlindungan rakyat Malaysia di luar negara mestilah diberi perhatian yang serius. Kita sering berhadapan dengan pelbagai risiko penipuan perbelanjaan, pemerdagangan manusia, penahanan di luar negara dan juga isu berkaitan dengan bencana alam.
Isu di Kemboja, terutamanya di KK Garden, iaitu berkaitan pemerdagangan manusia dan penipuan pekerjaan tidak boleh dipandangan enteng oleh kementerian.
Anak-anak muda Malaysia begitu mudah ditipu dan juga begitu mudah dibawa ke Kemboja untuk sindiket penipuan. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah yang telah diambil atau yang boleh diambil oleh kementerian untuk menangani isu-isu ini?
Apakah bentuk kerjasama yang dijalankan oleh kementerian bersama dengan Kerajaan Kemboja dan NGO, terutamanya Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Malaysia (MHO) dalam menjalankan usaha-usaha menyelamat rakyat Malaysia yang terlibat dengan scammer?
Berapakah jumlah kes bantuan konsular yang dikendalikan oleh kementerian sepanjang 2025–2026 berkaitan isu ini di Kemboja? Saya mencadangkan agar Wisma Putra bersama dengan KDN mewujudkan sistem amaran konsular bersepadu bagi membolehkan rakyat menerima maklumat keselamatan amaran tentang tawaran pekerjaan yang mencurigakan. Ini kerana kes-kes pemerdagangan manusia yang melibatkan rakyat Malaysia tidak pernah turun.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tuan Pengerusi, seterusnya isu berkaitan dengan bencana alam di Nepal khususnya dan juga di negara-negara lain. Umum mengetahui bahawa bencana alam tidak mengenal tempat. Dalam keadaan kecemasan kita perlu bersedia, rakyat bukan sekadar memerlukan kenyataan media. Mereka memerlukan bantuan yang pantas, saluran komunikasi yang berfungsi.
Jadi, adakah kementerian meningkatkan peranan kedutaan atau konsulat dalam menangani isu ini. Apakah petunjuk utama untuk menilai keberkesanan setiap pejabat perwakilan Malaysia di luar negara? Apakah prosedur dan sumber kewangan yang tersedia untuk membantu mangsa.
Saya pergi kepada Butiran 02600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa. Ia menyentuh peranan Malaysia dalam kerjasama dengan negara Selatan-Selatan. Persoalan utama, apakah pulangan strategik kepada Malaysia daripada peruntukan kerjasama dan pembangunan antarabangsa ini. Dan sejauh manakah bantuan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat kepada kepentingan negara serta rakyat Malaysia.
Bolehkah kementerian menyenaraikan negara penerima bantuan pembangunan Malaysia pada tahun 2025–2026? Jadi, dengan pengalaman Malaysia di dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, TVET, industri dan lain-lain.
Sejauh manakah kerjasama dengan negara Selatan-Selatan saling menguntungkan kedua belah pihak.
Adakah kementerian mempunyai sasaran untuk menjadikan bantuan teknikal Malaysia sebagai platform membuka pasaran eksport dan peluang perniagaan kepada syarikat tempatan. Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) iaitu merupakan kerjasama teknikal Malaysia yang menawarkan latihan dan perkongsian kepakaran kepada negara yang sedang membangun.
Soalan saya, berapakah jumlah peserta antarabangsa yang telah mengikuti MTCP pada tahun 2025–2026 dan berapa ramai daripada mereka berasal daripada negara ASEAN, Afrika dan juga Asia Selatan. Dan berapakah target penyertaan peserta antarabangsa untuk tahun 2027?
Tuan Pengerusi, yang terakhir berkaitan dengan bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Palestin. Palestin ini selalu disebutkan oleh selalu oleh Sik.
Berapakah jumlah keseluruhan bantuan kemanusiaan dan pembangunan yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia kepada Palestin pada tahun 2025-2026 berbanding sumbangan melalui NGO dan badan kemanusiaan.
Itu sahaja daripada Kangar. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 04000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala dan juga 020500 – Politik Pelbagai Hala.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Butiran 020600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas segala bantuan yang telah dihulurkan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkesan dan masih lagi hilang di Nepal. Pada masa sekarang, saya juga ingin menyatakan bahawa satu kumpulan sukarelawan, satu-satunya kumpulan sukarelawan yang telah pergi ke Nepal untuk membantu adalah The United Sikhs.
Dan mereka saya percaya masih lagi berada di sana untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan juga membawa kembali mangsa-mangsa yang terkesan. Apakah sumbangan kerajaan untuk membantu mereka dalam dari segi menampung perbelanjaan dan sebagainya. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan. Kerana saya difahamkan bahawa mereka telah membelanjakan wang sendiri untuk pergi ke Nepal untuk menghulurkan bantuan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama, saya juga ingin tanya― saya sedar bahawa perdagangan dua hala di antara India dan Malaysia, mengikut rekod, mencecah jumlah sebanyak RM79.93 bilion, atau dalam US Dolar, USD18.55 bilion untuk tahun 2025. Dan India juga merupakan salah satu negara yang telah mengasaskan pertubuhan BRICS.
Dalam konteks ini, saya lihat pada hari ini pengumuman daripada Menteri Dalam Negeri bahawa Malaysia tidak akan hantar pulang Zakir Naik ke India. Saya ingin tanya, kenapa? Beliau adalah seorang yang mencetuskan pelbagai kontroversi.
Untuk rekod, beliau telah memberi satu ucapan di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos 2019 dengan mempersoalkan kesetiaan warganegara Malaysia yang berbangsa India dan Cina dan perkara ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan warganegara Malaysia yang berbangsa India dan Cina dan laporan polis telah dibuat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya ingin tanya, kenapa kerajaan memutuskan tidak menghantar balik Zakir Naik? Dan beliau, saya difahamkan, tinggal dalam satu pangsapuri mewah di Putrajaya. Siapakah yang menanggung kos penginapan beliau? Saya juga difahamkan bahawa apabila beliau sentiasa pergi ke luar untuk apa-apa majlis, ada juga pengawal-pengawal peribadi disediakan. Siapa yang menanggung kos pengawal-pengawal peribadi beliau? So, adakah kerajaan menanggung kos? So, saya ingin penjelasan daripada...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tak bagi peluang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong, boleh bagi sikit mencelah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini masa saya. Saya tidak mahu diganggu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sik, saya tak bagi peluang. Saya tidak mahu diganggu. Ini peringkat jawatankuasa. Alright. Saya tidak mahu bermain politik, Puan Pengerusi. Perkara ini adalah isu penting...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong yang main politik.
Tuduhan itu, dia tidak boleh jawab di sini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak mahu diganggu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sik, tolong jangan ganggu saya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Zakir Naik di luar, dia tak boleh jawab tuduhan kepada dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak mahu diganggu, Sik.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Sik, sila duduk. Jangan ganggu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan main politik di sini ya. So, saya mohon penjelasan daripada kerajaan dan saya mahu tahu kenapa beliau tidak dihantar balik ke India.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama, saya juga ingin tanya, kenapa kerajaan tidak mengambil langkah-langkah untuk membawa kembali Sirul Azhar Umar daripada Australia yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya? Kerana kita mahu menyelesaikan misteri pembunuhan Altantuya. Kita masih lagi mempunyai persefahaman dengan Australia. Cuma, Australia mahukan satu aku janji daripada Malaysia bahawa kita tidak akan melaksanakan hukuman mati ke atas beliau.
Saya ingin tanya. Misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seorang wanita Mangolia yang ditembak mati dan diletupkan jasadnya, masih lagi kita tertanya- tanya, adakah mana-mana pihak atau bekas Perdana Menteri dahulu terlibat dalam kes ini. Jadi, saya mohon penjelasan. Kenapa Sirul Azhar Umar tidak dibawa kembali ke negara kita?
Yang di-Pertua, saya juga ingin tanya di sini dan memohon supaya kerajaan memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh waris-waris 55 keluarga yang hilang di Nepal. Saya merayu agar kementerian mewujudkan satu jawatankuasa supaya isu-isu pengeluaran sijil kematian dan dokumen-dokumen lain kepada waris-waris mengenai individu-individu yang masih lagi hilang ataupun telah pun diisytiharkan meninggal dunia di Nepal ini dapat dilaksanakan dan diselesaikan dengan cepat.
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030100.
Peruntukan KLN berjumlah RM1.21 bilion perlu menghasilkan pulangan strategik kepada negara. Jadi, kita mahu tahu apakah mekanisme return on diplomacy (ROD) yang digunakan oleh KLN untuk mengukur keberhasilan setiap misi diplomatik daripada segi peningkatan eksport, pelaburan asing, peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan akses pasaran baharu.
Kita juga tahu bahawa Malaysia merupakan anggota OIC dan lima negara di Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Turkmenistan merupakan anggota OIC. Malah Malaysia juga mempunyai kedudukan strategik sebagai anggota ASEAN dan kita pernah menjadi Pengerusi. Adakah kerajaan
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
bercadang untuk mengambil inisiatif menerajui satu platform kerjasama di antara Asia Tengah, ASEAN dan OIC?
Malaysia mesti memainkan peranan penting sebagai perintis dan penghubung strategik antara negara-negara ini, kerana kita tahu bahawa terdapat asas diplomatik yang kukuh di mana negara telah pun membuat satu program di bawah program The New Axis of Growth pada 30 Jun 2022 dengan mewujudkan Central Asia–ASEAN–OIC. Jika ini dapat dibuat dengan menggunakan institusi OIC sedia ada seperti IRCICA, SESRIC, Islamic Development Bank, COMCEC dan juga Islamic Organization for Food Security, jadi ini dapat digunakan dengan secara bersama.
Saya merujuk kepada Butiran 020400. Apakah inisiatif khusus Malaysia untuk memperkukuhkan OIC supaya resolusi berkaitan Palestin, Gaza, Al-Quds dan negara-negara Islam yang diserang diterjemahkan kepada tindakan politik, tindakan guaman dan undang-undang kemanusiaan dan pembinaan semula negara-negara ini? Kita perlu mempelopori satu kerangka tindakan bersama OIC yang menetapkan negara peneraju, garis masa, pembahagian tanggungjawab dan pelaporan kemajuan supaya komitmen negara Islam tidak terhenti pada kenyataan bersama sahaja.
Merujuk kepada Butiran 020300. Memandangkan Kementerian Luar Negeri pernah mempunyai Department of Research, Treaties and International Law, manakala Jabatan Peguam Negara mempunyai International Affairs Division sejak tahun 2003, apakah tahap penyelarasan, kapasiti kepakaran dan keberkesanan kedua-dua di institusi ini dalam mempertahankan kepentingan Malaysia melalui litigasi dan diplomasi perhubungan antarabangsa?
Adakah kerajaan bercadang untuk memperkukuhkan satu pusat kepakaran strategik undang-undang antarabangsa yang menggabungkan penyelidikan, litigasi, perundingan, perjanjian dan pembangunan kepakaran tempatan bagi memastikan Malaysia menjadi pemain utama dalam pembentukan undang-undang antarabangsa, bukan hanya menjadi negara yang menerima ataupun dipengaruhi pembentukannya?
Merujuk kepada Butiran 040100. Diplomasi ekonomi negara-negara Islam.
Apakah hala tuju, pelan tindakan strategik dan mekanisme KLN bersama MITI, MATRADE, MIDA dan juga JAKIM dalam memaksimakan peranan Malaysia sebagai hab perdagangan, pelaburan, filem dan animasi karikatur Islamik, pelancongan dan industri halal bagi negara-negara Islam dan negara bukan Islam? Dalam masa
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
sekarang, berapakah kekuatan pegawai-pegawai daripada MITI, MATRADE, MOTAC, MIDA, FINAS dan JAKIM ini di kedutaan dan berapakah bilangan keperluan mereka di peringkat antarabangsa?
Mengapa Malaysia kita belum mempunyai lagi satu platform kerjasama ekonomi yang menghubungkan modal negara Teluk, kepakaran teknologi Malaysia, sumber pertanian Afrika serta Asia Tengah? Apakah inisiatif Malaysia untuk mendepani ketidaktentuan iklim ekonomi Timur Tengah? Malaysia boleh berfungsi mendapatkan pelaburan dan teknologi, termasuklah pusat AI negara-negara Islam ataupun negara-negara Teluk dan pembekal baja berasaskan petroleum bagi menjamin kedaulatan makanan? Apakah sasaran khusus untuk meningkatkan perdagangan sesama Islam, pemindahan teknologi dan pelaburan rentas sempadan?
Tumpat juga ingin bertanya, adakah Malaysia bersedia untuk mempelopori kerjasama keselamatan makanan negara-negara Islam melalui perkongsian teknologi pertanian, benih, pengairan, perikanan, proses makanan, baja dan benih dari sudut halal? Bagaimana Malaysia boleh berkongsi kepakaran pertanian ini untuk membuka pasaran baharu dan pasaran eksport kepada pengusaha-pengusaha tempatan?
Merujuk kepada Butiran 030400. MTCP dan IDFR. Kita melihat dalam bajet menunjukkan bahawa MTCP menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM20 juta. Adakah kerajaan bercadang memperluaskan MTCP ini sebagai platform pembangunan kemajuan Islam khususnya kepada dalam bidang tadbir urus, diplomasi, pendidikan, teknologi kesihatan, kewangan dan kepesatan makanan?
Bolehkah IDFR dan MTCP membangunkan rangkaian alumni diplomatik negara Islam serta program OIC Future Leaders Fellowship bagi melahirkan generasi pemimpin yang mempunyai hubungan strategik dengan Malaysia?
Saya juga ingin bertanya di bawah 040200, 040300 dan juga 040400.
Berapakah program pertukaran pemimpin muda dan Ahli Parlimen daripada sektor ini ke benua-benua mereka ataupun daripada mereka yang dilibatkan dalam program di atas dalam tempoh 10 tahun? Kerana kita melihat sekarang ini hanya melibatkan pihak pegawai kerajaan dan juga pihak eksekutif.
Di bawah 060100 untuk pengurusan aset diplomatik, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, apakah justifikasi pelaburan sebanyak RM185 juta ini bagi aset diplomatik luar negara ini dan berapakah sasaran penjimatan sewa serta pulangan jangka panjang daripada pembelian dan pembinaan bangunan kedutaan?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Adakah KLN mempunyai pelan mengoptimumkan tanah milik Kerajaan Malaysia di luar negara termasuk pembangunan kompleks diplomatik bersama atau rumah Malaysia?
Dan yang terakhir, di bawah 040600, di bawah keselamatan dan juga maritim dan...
[Tidak jelas] Saya ingin bertanya pihak Menteri, apakah strategi diplomasi Malaysia untuk memperkukuhkan kerjasama negara Islam dan ASEAN dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa dan juga menghadapi tekanan daripada kuasa besar?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya perlindungan rakyat Malaysia di luar negara tidak bergantung kepada peruntukan ad hoc. Adakah Malaysia akan mempunyai satu dana khas kecemasan konsulat dan repatriasi yang khusus bagi membiayai pemindahan rakyat Malaysia ketika perang, bencana, konflik dan juga krisis geopolitik, memandangkan situasi dalam dunia sekarang ini tidak berapa stabil? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Puan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada Batu Gajah untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri. Saya ingin menyentuh dua perkara yang memerlukan perhatian kementerian iaitu pendirian Malaysia dalam menangani krisis pelarian Rohingya dan hala tuju hubungan dua hala Malaysia dengan Tamil Nadu, India.
Pertama, isu pelarian Rohingya dan pertemuan UNHCR di Malaysia, di bawah Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala, khususnya aktiviti berkaitan dengan hak asasi manusia dan hal ehwal kemanusiaan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang pendekatan diplomatik Malaysia dalam menangani isu pelarian yang semakin berpanjangan.
Dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2027, Menteri Luar Negeri menyatakan bahawa Malaysia akan mengkaji semula peranan UNHCR susulan kadar penempatan semula pelarian ke negara ketiga yang masih rendah. Menurut Yang Berhormat Menteri, hanya sekitar 5,000 pelarian berjaya ditempatkan ke
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
negara ketiga dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu dan jumlah tersebut turut melibatkan etnik lain, bukan hanya masyarakat Rohingya.
Saya berpandangan bahawa isu ini perlu ditangani secara seimbang.
Malaysia sememangnya mempunyai hak untuk menentukan dasar imigresen dan keselamatan negara. Pada masa yang sama, kita juga perlu memastikan prinsip kemanusiaan dan perlindungan terhadap individu yang benar-benar memerlukan bantuan terus dihormati.
Pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh kerajaan merupakan langkah penting ke arah mengambil alih pengurusan dana dan pengesahan status pelarian. Berdasarkan jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri bagi Pertanyaan Lisan daripada saya pada 27 Oktober 2026, proses ini melibatkan pendaftaran biometrik, semakan keselamatan dan penentuan status oleh pihak berkuasa kerajaan.
Namun begitu, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada Kementerian Luar Negeri. Pertama, apakah pendirian dan perancangan diplomatik Malaysia dalam menyemak semula peranan UNHCR, khususnya dari segi pembahagian tanggungjawab antara kerajaan dan agensi tersebut?
Kedua, apakah langkah kementerian untuk meningkatkan tekanan diplomatik melalui ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, khususnya bagi menggalakkan lebih banyak negara ketiga menerima pelarian melalui penempatan semula?
Dan yang ketiga, apakah usaha diplomatik Malaysia untuk memastikan sebarang penyelesaian terhadap krisis Rohingya mengambil kira prinsip kepulangan secara sukarela, selamat dan bermaruah serta tidak mendedahkan pelarian kepada risiko penganiayaan atau ancaman keselamatan?
Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk meningkatkan dialog dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh. Namun, usaha ini perlu disertai tekanan dan kerjasama antarabangsa yang konsisten. Krisis ini tidak boleh terus menjadi beban kepada Malaysia dan negara-negara jiran tanpa penyelesaian jangka panjang.
Tuan Pengerusi, seterusnya, hubungan dua hala Malaysia dengan Tamil Nadu, India di bawah Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Saya ingin menyentuh isu hubungan Malaysia dengan Tamil Nadu, khususnya berhubung dengan cadangan pertemuan antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Honourable C. Joseph Vijay.
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan perkara ini kerana pembatalan persinggahan Perdana Menteri ke Chennai sebelum ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi negatif, termasuk dakwaan bahawa pihak Tamil Nadu tidak menyambut baik usaha Malaysia untuk mengadakan pertemuan tersebut. Perkara ini telah disebar luas dengan niat jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melalui social media, mencemarkan imej Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Namun, penjelasan Perdana Menteri pada 14 September 2026 telah memperjelaskan keadaan sebenar. Perdana Menteri menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar. Kedua-dua pihak sebenarnya telah berusaha menyelaraskan jadual masing-masing tetapi kekangan masa dan komitmen terdahulu menyebabkan pertemuan ini tidak dapat dilaksanakan ketika lawatan berkenaan.
Saya berpandangan bahawa perkara ini penting untuk diperjelaskan kerana hubungan antara Malaysia dengan Tamil Nadu tidak seharusnya dinilai berdasarkan satu pertemuan yang tidak menjadi kenyataan. Kita tidak mahu isu penjadualan biasa dan urusan diplomatik disalah tafsir sehingga menjejaskan persepsi masyarakat, khususnya masyarakat India di Malaysia yang mempunyai hubungan sejarah, budaya dan kekeluargaan yang rapat dengan Tamil Nadu. Malah, Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa pertemuan dua hala tersebut masih dalam perancangan dan boleh diadakan, sama ada di Putrajaya ataupun Chennai.
Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada kementerian. Pertama, apakah perkembangan terkini usaha mengatur semula pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dengan Ketua Menteri Tamil Nadu iaitu Honorable C. Joseph Vijay?
Kedua, apakah langkah diplomatik dan komunikasi awam yang diambil oleh kementerian bagi memastikan persepsi negatif berhubung pembatalan lawatan ke Chennai tidak menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan Tamil Nadu?
Ketiga, bagaimanakah kementerian boleh memanfaatkan hubungan ini untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, teknologi dan hubungan antara rakyat?
Saya berharap kementerian dapat memastikan isu ini ditangani secara proaktif. Hubungan Malaysia dengan Tamil Nadu mempunyai nilai strategik yang besar, bukan sahaja dari sudut ekonomi dan diplomasi, tetapi juga dalam memperkukuhkan hubungan antara masyarakat kedua-dua pihak.
Akhir sekali, saya ingin mengetahui, bilakah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, di New Delhi akan dilantik oleh Wisma Putra?
Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Pengerusi, sebagai penutup, diplomasi Malaysia perlu bergerak melangkaui kenyataan dan pertemuan rasmi. Dalam isu pelarian, kita perlu mempertahankan kepentingan negara tanpa mengabaikan tanggungjawab kemanusiaan. Dalam hubungan dua hala pula, kita perlu memastikan setiap hubungan yang dibina menghasilkan manfaat yang nyata kepada negara dan rakyat.
Saya berharap Kementerian Luar Negeri dapat memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Puan Pengerusi. Perang Amerika–Iran, Rusia–Ukraine, kekacauan Timur Tengah, pertikaian Laut China Selatan dan dengan segala macam konflik yang sedang berlaku di seluruh dunia kini. Maka persoalannya, adakah Malaysia sudah bersedia untuk mempersiapkan pertahanan negara, dan adakah pertahanan— adakah mempertahankan negara cukup dengan sekadar diplomasi atau kuasa lunak?
Saya bangkitkan tiga perkara. Kedaulatan maritim, perlindungan rakyat Malaysia ketika krisis di luar negara dan ukuran prestasi ketua perwakilan. Diplomasi dinilai bukan hanya melalui hubungan kerajaan, tetapi ketika rakyat memerlukan pertolongan.
Jadi pertama, Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Peruntukan keseluruhan berkurang daripada RM2.86 juta kepada RM2.23 juta. Jadi, Objek Am 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan pula turun lebih 50 peratus kepada 675 — RM675,000.
Jadi, apakah rasional pengurangan ini dan adakah kerja teknikal rundingan sempadan atau penyelidikan undang-undang laut terjejas? Bagaimanakah Wisma Putra memastikan Malaysia mempunyai kapasiti diplomatik mencukupi untuk mempertahankan hak berdaulat kita di Laut China Selatan berdasarkan UNCLOS?
Saya mohon sasaran kerja 2027 secara bertulis tanpa menjejaskan kerahsiaan rundingan.
Jadi yang kedua, Butiran 040600 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri, menerima RM586.37 juta, manakala Objek Am 20000 meningkat kepada RM245.75 juta. Jadi, apakah peningkatan ini membawa tindak balas konsular yang lebih pantas?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Selepas banjir dan tanah runtuh Nepal pada Ogos, Menteri memaklumkan bahawa pada 22 Oktober bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi.
Jadi, saya menghargai usaha SMART dan juga Kedutaan Malaysia. Jadi, apakah perkembangan setiap kes dan berapa kerap keluarga menerima maklumat disahkan?
Di Taiwan pula, dua rakyat Malaysia cedera akibat Taufan Champi pada Oktober dan telah dibantu perwakilan kita. Jadi, bagaimanakah Wisma Putra memastikan rakyat Malaysia yang berada di kawasan bencana dapat dikenal pasti dan dihubungi, termasuk mereka yang tidak berdaftar dengan e-Konsular? Adakah setiap perwakilan mempunyai protokol kecemasan yang seragam, termasuk sistem amaran awal dan juga penyelarasan pemindahan jika diperlukan, dan adakah kedutaan mempunyai talian kecemasan sepanjang masa, pegawai penghubung dan tempoh tindak balas yang ditetapkan?
Di sini saya nak bangkitkan kes Muhammad Hawari Hashim, anak Pulau Pinang yang hilang di Mount Everest sejak tahun 2023. Keluarganya masih berdepan kesukaran mendapatkan pengisytiharan kematian bagi menyelesaikan urusan insurans dan juga perundangan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Dan pada 22 Oktober, Menteri memaklumkan usaha mendapatkan Ordinan Khas Nepal bagi memendekkan tempoh pengisytiharan kematian mangsa bencana daripada 12 tahun ke 45 hari. Jadi, adakah mechanism itu terhad kepada bencana Ogos 2026 sahaja? Jika ya, apakah laluan khusus untuk kehilangan terdahulu seperti Hawari? Jadi, undang-undang Nepal turut menyediakan proses mahkamah untuk mempertimbangkan bukti kehilangan. Sudahkah keluarga dibantu mengakseskannya dan apakah halangan sebenarnya yang berbaki? Saya menghormati undang-undang Nepal tetapi mengapakah keluarga Malaysia harus terus menanggung ketidakpastian? Sedangkan terdapat saluran kehakiman dan juga usaha mewujudkan pengecualian kepada tempoh menunggu biasa ya, 12 tahun.
Jadi, apakah Wisma Putra telah memohon penyelesaian khusus melalui rundingan dua hala, termasuklah menyediakan bantuan guaman tempatan? Dan siapakah pegawai bertanggungjawab? Dan apakah langkah seterusnya? Dan bilakah keluarga akan mendapat jawapan bertulis? Apabila rakyat kita terjejas di luar negara, Malaysia mesti memperjuangkan hak mereka secara aktif, bukan sekadar menyampaikan keputusan pihak berkuasa asing.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi Puan Pengerusi, yang ketiga. Butiran 050700 – Petunjuk Prestasi Utama Ketua-ketua Perwakilan (HOMKPI) dan juga Objek Am – 20000 meningkat daripada RM10 juta kepada RM11 juta. Jadi, adakah KPI ketua perwakilan mengukur masa tindak balas kecemasan, kes tertunggak, bantuan kepada waris dan penyelesaian dokumen? Dan berapa kes konsular berlarutan melebihi setahun? Saya mohon laporan prestasi berasaskan hasil, sambil menjaga privasi keluarga.
Puan Pengerusi, diplomasi bukan hanya berjabat tangan di hadapan kamera.
Ia diuji apabila seorang ibu menunggu khabar anaknya ataupun keluarga tidak dapat meneruskan kehidupan kerana status insan tersayang masih tergantung. Kedutaan mesti menjadi tempat rakyat mendapat pembelaan, bukan sekadar tempat mereka bertanya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rangkumkan perbahasan ini di bawah butiran berikut. 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala, khususnya 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa, 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN–Malaysia. Dan seterusnya, di bawah Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala, khususnya di bawah Butiran 040500 – CLMVO.
Tuan Pengerusi, pertama sekali berkaitan dengan penghantaran balik pendatang asing tanpa izin. Dalam penggulungan oleh Menteri Dalam Negeri di peringkat perbahasan Jawatankuasa— di peringkat Dasar tempoh hari, saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Apakah tidak ada cara untuk kita mempercepatkan penghantaran balik pendatang asing tanpa izin yang berada dalam depot tahanan Imigresen dan juga yang baru ditangkap? Mengapa kita tidak segerakan penghantaran balik? Buat operasi besar-besaran, termasuklah semua agensi, termasuklah tentera, tangkap mereka, hantar mereka balik. Mengapa tidak boleh dibuat secara besar-besaran?
Dalam jawapan Menteri, dijelaskan bahawa penghantaran balik adalah bergantung pada berapa lama negara asal PATI tersebut dapat memproses dokumen perjalanan PATI-PATI yang ditahan. Maknanya, ia bergantung pada negara asal pendatang asing tanpa izin itu, berapa lama dia nak proses dokumen-dokumen
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
perjalanan. Beliau juga menjelaskan bahawa ini adalah antara kekangan yang dihadapi oleh kerajaan. Sekarang ini kepimpinan negara sentiasa menyatakan bahawa kita mempunyai satu pendekatan diplomasi yang cukup dihormati di dunia.
Maka soalan saya, di bawah hubungan diplomasi dan kerjasama ini, apakah kerajaan tidak boleh duduk berbincang dengan kerajaan negara asal pendatang asing tanpa izin ini supaya sebuah pasukan khas dapat ditubuhkan bagi mempercepatkan pemprosesan dokumen perjalanan dan seterusnya, mempercepatkan penghantaran balik pendatang asing-pendatang asing tanpa izin tadi.
Jadi, kalau kerajaan boleh usahakan supaya pendatang asing tanpa izin yang ditangkap ini selesai dengan pihak kerajaan negara mereka, dokumen itu cepat, kita akan dapat lihat bahawa proses ini dapat dilaksanakan dengan lebih laju dan kita akan dapat lihat bahawa jumlah pendatang asing tanpa izin di negara ini akan jauh lebih rendah.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkaitan dengan pelarian, khususnya pelarian Myanmar, termasuklah Rohingya. Dalam Hansard Parlimen, dalam jawapan di Dewan Negara oleh Timbalan Menteri dinyatakan bahawa - bertarikh 23 Julai 2026 dinyatakan bahawa, “dan juga kita telah pun melalui keputusan Kabinet, kita telah pun mengarahkan agar pihak UNHCR untuk menghentikan sebarang pendaftaran pelarian ketika ini, di mana kita sedang dalam proses untuk menyusun semula Program DPP yang kita perkenalkan”, dokumen pendaftaran pelarian (DPP). Ini jawapan Timbalan Menteri dalam Dewan Negara tempoh hari.
Kemudian, apabila saya bangkitkan perkara ini, saya mendapat jawapan dari Timbalan Perdana Menteri melalui MKN. Apabila kita kata kerajaan sebut bahawa supaya UNHCR hentikan pendaftaran, jawapan yang diberikan bahawa UNHCR masih melaksanakan pendaftaran, kerana apa? Ini jawapan saya petik daripada pihak MKN. “Walau bagaimanapun, pihak pejabat UNHCR memaklumkan bahawa peningkatan jumlah pelarian dan pemohon suaka pada masa kini adalah disebabkan oleh jumlah permohonan yang tertunggak atau belum diselesaikan”. Ini jawapan MKN. Siapa yang berkuasa di negara ini sekarang ini?
Kabinet buat keputusan, UNHCR mesti hentikan pendaftaran sebarang pelarian baharu. Mengapa dalam jawapan MKN ini pula dinyatakan bahawa UNHCR kata ini pendaftaran lama. Kalau keputusan kerajaan hentikan, maka hentikan.
UNHCR mesti hentikan dan kerajaan perlu pastikan UNHCR menghentikan
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
pendaftaran sebarang pelarian baru. Ini adalah hak negara kita sebagai sebuah negara berdaulat. Dan ini tular di dalam media sosial berkaitan dengan kad-kad pendaftaran UNHCR. Kerajaan perlu semak perkara ini. Kad pendaftaran baru ini bertarikh 29 Oktober 2026. Kerajaan buat keputusan untuk UNHCR hentikan pendaftaran 29 Oktober. Kalau benar apa yang dinyatakan ini, keluar kad baru. Apa ini?
Jadi, saya mohon Kementerian Luar, kita perlu ambil tindakan tegas terhadap UNHCR. Sebelum ini Menteri KDN kata, UNHCR buka pendaftaran atas talian. Jadi, orang pelarian luar negara daftar atas talian, datang ke Malaysia, tunggu depan pejabat UNHCR setiap minggu. Ini apa Menteri KDN sebut. Saya masuk website UNHCR tadi, nak cuba lihat sama ada telah ditutup pendaftaran untuk Malaysia. Jadi, saya masuk setakat masukkan detail, maklumat dan sebagainya, masih boleh masuk.
Jadi, saya mohon kerajaan ambil tindakan tegas, stop this once and for all dulu. Kita clear-kan apa yang ada dalam negara ini sebelum kita benarkan mana- mana pelarian baru masuk ke tanah air ini. Kita jangan tunggu rakyat turun ke jalanan, jangan bagi rakyat rasa cakap banyak kali pun, UNHCR ikut kepala dia.
Apakah kita nak rakyat turun ke jalanan untuk menentang UNHCR mengambil tanggungjawab terhadap pelarian yang ada dalam negara supaya dihantar ke negara ketiga atau hantar balik kepada negara asal dan untuk UNHCR hentikan. Jadi, kepada UNHCR, stop this once and for all. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya mulakan perbahasan saya dengan menyebutkan Butiran 040600 iaitu Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Saya dapati bahawa jumlah yang diperuntukkan telah kurang daripada RM590 juta kepada RM586 juta. Saya ingin bertanya kenapa ada pengurangan dari bajet untuk 2027?
Kita juga ingin bertanya tentang adakah ini juga melibatkan pelantikan duta baru, duta besar kita ke Switzerland yang telah pun tidak dilantik sejak 2021? Dah lima tahun kita tidak ada duta di Switzerland. Dan ini serba sedikit menjejas kita punya pengaruh kepada referendum rakyat Switzerland yang menolak kelapa sawit kita di sana mengenai rainforest destruction dan forced labor, dua isu itu.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Jikalau ada duta di sana, duta kita mesti berperanan sebagai sales person, head of mission, menjaga kepentingan Malaysia secara rasmi dan wakil sah, wakil sah untuk berunding bagi pihak Kerajaan Malaysia. Duta ni tinggi dia punya kedudukan dia. Sebab tu kita panggil His Excellency ataupun Her Excellency. Jadi, saya harap supaya disegerakan pelantikan duta besar Malaysia ke Switzerland.
Saya beralih kepada 040100 – Bahagian Asia ya di mana kawan-kawan saya juga bercakap mengenai kejadian tragedi banjir di Rasuwa iaitu Nepal. Hari ini Puan Pengerusi, genap 70 hari, genap 70 hari kejadian tersebut ya dan KLN sebelum ini telah pun memberi kenyataan bahawa Kerajaan Nepal telah pun mengubah ordinan kematian iaitu daripada 12 tahun kepada 45 hari untuk specifically kejadian banjir di Nepal.
Jadi kalau ni saya nak tanya, adakah 45 hari tu bermula daripada 23 Ogos ataupun 45 hari tu bermula daripada berhentinya secara rasmi SAR di Nepal? Jadi, saya berharap sangat sebab supaya apa tu ramai rakan-rakan bercakap mengenai sijil anggapan kematian ni supaya disegerakan, supaya mereka yang menunggu berita ini dapat segera untuk memproses dari segi kewangan, dari segi bank, insurans dan sebagainya. Saya berharap supaya ini dapat disegerakan oleh pihak KLN.
Satu lagi saya nak sebut mengenai dengan travel advisory di mana rakan Selayang saya sebut tadi mengenai e-Konsular. e-Konsular ni ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu pasal e-Konsular yang pergi ke luar negara. Jadi bila mereka― kejadian di Nepal tu, ada tiga atau empat orang yang pergi secara DIY. Sekarang pun ramai orang, it's a trend now, FIT atau free independent traveler, dia tidak ada mendaftar dengan e-Konsular.
Jadi adakah e-Konsular ini disebarluaskan kepada semua rakyat Malaysia yang ingin pergi ke luar negara ya supaya mereka dapat ditemui. Macam kejadian Nepal tu mula-mulanya Kerajaan Nepal tidak mahu mengiktiraf tiga orang yang datang sendiri ke Nepal. Setelah kita pujuk malawakil kita di Nepal memujuk Kerajaan Nepal, barulah mereka menerima nama-nama tersebut. Kalau tidak, mereka tidak ada dalam missing list Malaysia.
Okey, jadi saya terus ke butiran selanjutnya. Saya baru tulis ya iaitu 050100 – Bertugas Ke Luar Negara. Saya ingin bertanya berkenaan dengan cultural attache.
Apakah dasar luar Malaysia dalam kedudukan diplomasi budaya ya sebab diplomasi budaya ni tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Dan kita sebagai negara yang
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
mempunyai warisan seni, warisan budaya, filem, muzik dan sebagainya tidak dapat mengembangkan budaya kita, tidak dapat menyahut apa tu, menyambut, memberi apa tu budaya kita kepada peringkat antarabangsa.
Jadi sebenarnya budaya ini boleh di-monitise-kan untuk mempromosikan budaya kita ya. Seperti Turki, China dan Perancis misalnya mereka mempunyai cultural attache di Malaysia. Jadi kenapa kita tidak mengadakan cultural attache?
Kita ada imigresen attache kita defence attache, kita ada educating attache tapi kita tidak mempunyai cultural attache di negara-negara luar ataupun di dalam kedutaan kita. Saya ada banyak lagi. Saya sebagai Pengerusi International Relation patut bagi lima minit lebih lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Masa sudah tamat.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Sila duduk ah.
Baik, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit.
Timbalan Menteri Luar NegerI - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih kepada semua YB-YB 12 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat jawatankuasa sebentar tadi dan juga menyentuh beberapa isu dan perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri.
Dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Libaran, Machang, Seputeh, Sik, Selayang, Kangar, Jelutong, Tumpat, Batu Gajah, Bukit Bendera, Putrajaya dan yang baru tadi, sebentar tadi adalah Yang Berhormat Balik Pulau. Berkenaan isu-isu yang dibangkitkan, saya akan cuba untuk menjawab satu persatu. Walaupun demikian, saya telah pun mengumpul isu-isu yang telah dibangkitkan.
Isu yang pertama yang ingin saya sentuhkan berkenaan tentang isu yang dibangkitkan tentang bencana banjir yang berlaku di Nepal. Yang Berhormat Bukit Bendera, Balik Pulau, Selayang dan juga beberapa Yang Berhormat yang lain telah membangkitkan. Jelutong juga membangkitkan tentang isu.
Timbalan Menteri Luar NegerI - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Kerajaan Malaysia sentiasa prihatin untuk memastikan kerjasama dan juga kebajikan rakyat Malaysia terjamin di luar negara. Untuk perkembangan semasa setakat ini rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi di Nepal ekoran daripada banjir besar tersebut masih kekal 54 orang dan juga genap 70 hari kerajaan memantau perkembangan terkini secara tersusun.
Dan juga untuk perkembangan semasa, satu ordinan telah pun digubal, Tuan Yang Terutama Ram Chandra Paudel, Presiden Nepal telah pun meluluskan suatu ordinan baru mengenai pengisytiharan kematian dan anggapan kematian kepada mangsa bencana yang masih tidak dapat dihubungi di mana ordinan tersebut menguatkuasakan tempoh seseorang dianggap telah mati iaitu daripada 12 tahun sebelum ini kepada 45 hari dari tarikh bencana 26 Ogos. Oleh itu, tempoh 45 hari tersebut jatuh pada 9 Oktober yang lalu. Bermaksud kita sekarang tengah berunding dengan Kerajaan Nepal untuk mengenal pasti senarai-senarai mangsa-mangsa yang hilang untuk diisytiharkan berdasarkan ordinan yang telah disebutkan.
Selain daripada itu, isu yang kerap disebut oleh Yang Berhormat adalah berkenaan tentang isu-isu berkaitan tentang konsular dan juga e-Konsular. Kita sentiasa mengharapkan agar rakyat Malaysia sentiasa berdaftar apabila keluar ke negara dan juga kita mempunyai satu aplikasi khusus berkenaan tentang e-Konsular.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang masyarakat ataupun rakyat Malaysia tidak begitu gemar ataupun tidak mempunyai pemahaman kepentingan berkenaan tentang e-Konsular ini. Walaupun demikian, perkhidmatan konsular adalah merupakan perkhidmatan yang paling penting ketika ini apabila rakyat Malaysia berdepan dengan permasalahan.
Walaupun demikian, pihak konsular di Wisma Putra akan sentiasa memberikan komitmen dan juga terdapat pelbagai kaedah ketika ini sedang dirangka untuk mempergiatkan pendaftaran rakyat Malaysia menggunakan aplikasi e- Konsular dan juga beberapa perkara-perkara yang berbangkit adalah berkenaan adakah kerajaan mempunyai satu peruntukan khusus bagi membantu rakyat-rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah-masalah di luar negara.
Terdapat beberapa faktor-faktor yang diambil berkenaan tentang perkhidmatan e-Konsular di luar negara. Sebagai contoh yang saya ambil yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar sebentar tadi adalah berkenaan tentang apakah status rakyat Malaysia berjumlah 130 orang yang telah pun ditahan di Pakistan yang dikaitkan dengan kes cyber scam yang melibatkan ramai rakyat-rakyat Malaysia yang ditangkap oleh penguat kuasa daripada Pakistan.
Timbalan Menteri Luar NegerI - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga berdasarkan maklumat dan juga perkhidmatan konsular yang ditawarkan, kebiasaannya wakil kita di setiap negara akan menghantarkan pegawai untuk memastikan rakyat-rakyat Malaysia yang telah berdepan dengan masalah ataupun yang telah ditangkap mempunyai kebajikan yang terjamin di mana setakat ini 130 individu yang ditangkap ketika ini telah pun dikenal pasti mempunyai tahap kesihatan yang baik, telah pun diberikan makanan dan juga minuman dan juga kita telah pun menawarkan cadangan-cadangan bentuk guaman yang boleh diambil.
Walaupun demikian, Kerajaan Malaysia dan juga pihak kementerian mempunyai satu pendirian di mana kes-kes yang melibatkan perundangan ataupun kes-kes yang rakyat Malaysia melakukan kesalahan, kita tidak akan memberikan tanggungan berkenaan tentang membiayai segala kos yang dihadapi oleh individu ataupun kumpulan yang datang daripada rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Luar NegerI - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun demikian, bagi kes yang kedua adalah kita boleh membantu rakyat-rakyat Malaysia yang disahkan tertipu dan juga rakyat-rakyat Malaysia yang mungkin terperangkap dalam satu kes. Di situ kita akan menggunakan peruntukan wang yang telah pun diperuntukkan dalam satu Kumpulan Wang Amanah Rakyat, di mana kita akan membiayai kos-kos.
Sebagai contoh, isu berkaitan tentang online job scam, di mana rakyat kita terperangkap di sebuah negara dan juga diugut dan juga kita telah pun berjaya melakukan penyelamatan dan juga kos penerbangan ditampung oleh pihak kerajaan.
Walaupun demikian, sekiranya individu tersebut sah melakukan kesalahan dan juga cubaan untuk mengelirukan penguatkuasaan di negara tersebut dan juga di pihak Malaysia, kita tidak akan membiayai kos-kos tersebut.
Dan juga, selain daripada itu, saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Machang, walaupun Yang Berhormat Machang dah tiada. Saya bersetuju berkenaan tentang pandangan kebanyakan Ahli-ahli Parlimen bahawa Kementerian Luar Negeri ini seharusnya diberikan peruntukan yang lebih baik supaya kita dapat membelanjakan peruntukan ini lebih efisien kerana kita ingin mempelbagaikan kaedah-kaedah diplomasi. Memang benar, kadang-kadang Wisma Putra ini digambarkan sebagai sebuah kementerian yang penuh dan juga cekap dalam bidang protokol. Dan juga, angka-angka mesyuarat diambil kira sebagai KPI kami.
Walaupun demikian, di bawah Kerangka Ekonomi Malaysia MADANI, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin melihat bahawa diplomasi ataupun wakil-
Timbalan Menteri Luar NegerI - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
wakil kita di luar negara haruslah mempunyai kemahiran ataupun mempunyai diplomasi ekonomi. Dan juga, saya tertarik kepada Yang Berhormat Balik Pulau sebentar tadi yang menyatakan kita masih lagi kekurangan di dalam bidang diplomasi kebudayaan.
Maka, dengan itu, kita mempunyai satu agensi di bawah IDFR di mana kita akan melatih wakil-wakil ataupun diplomatic score kita, dengan izin, yang akan menjalankan misi ke luar negara untuk dilatih dan juga diberikan pendedahan yang lebih komprehensif berkenaan tentang diplomasi ekonomi untuk kita mempelbagaikan kaedah-kaedah menjana pulangan kepada kerajaan.
Sebagai contoh, setiap diplomat kita perlulah mahir untuk memastikan berita ataupun cerita-cerita berkenaan tentang dasar dan polisi berkenaan tentang kelapa sawit dapat difahami terutama sekali di negara-negara Eropah dan juga untuk menarik minat pelabur-pelabur ataupun negara-negara asing untuk membeli produk minyak sawit ini.
Selain daripada itu juga, kita akan bekerjasama merentas kementerian untuk memastikan diplomat-diplomat kita yang dilatih di bawah IDFR ini mempunyai pengetahuan. Sebagai contoh, diplomasi halal, di mana diplomasi halal ini mempunyai potensi yang sangat tinggi dan juga mendapat permintaan yang tinggi daripada negara-negara yang mengeluarkan industri makanan dan juga ingin mempelajari kaedah certification of halal, dengan izin, melalui Malaysia.
Dan juga, IDFR ini bukan sahaja melatih diplomat-diplomat di negara kita...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Kita juga mengadakan― ya. Terima kasih.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya ingin tahu apakah hala tuju dan juga sasaran sekiranya kita mempunyai pegawai-pegawai ataupun diplomat yang mempunyai kepakaran mengenai halal.
Kerana industri halal ini, Malaysia memang lead di seluruh dunia. Jadi, adakah KLN mempunyai suatu target bersama dengan pihak MITI dan sebagainya, dan juga JAKIM, dalam memastikan kita ada sasaran khusus bagi setiap negara untuk menjadi peneraju dalam bidang halal ini?
Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Sememangnya kita mempunyai satu hala tuju yang jelas berkenaan tentang untuk meletakkan Malaysia, memposisikan Malaysia sebagai sebuah hab negara halal dan juga memang terdapat banyak negara-negara melihat Malaysia adalah sebagai satu model yang baik.
Walaupun demikian, kita mempunyai satu kerjasama yang lebih komprehensif di antara agensi dan juga kementerian untuk memastikan segala perundingan dan juga tawaran ataupun diplomasi ekonomi yang kita uar-uarkan kepada negara-negara luar mempunyai tindakan yang pantas daripada agensi- agensi tersebut, terutama sekali daripada JAKIM, daripada MITI ataupun daripada Kementerian Komoditi untuk melihat bahawa potensi halal ini adalah potensi yang boleh menjanakan pendapatan yang sangat besar kepada Malaysia.
Dan juga, selain daripada itu, kita mempunyai satu program di bawah kementerian iaitu yang dikenali sebagai MTCP iaitu Malaysian Technical Cooperation Programme dan saya merasakan kita akan cuba untuk mempertimbangkan kursus- kursus ataupun modul-modul berkenaan tentang halal diplomasi dan juga diplomasi kebudayaan serta diplomasi ekonomi ini dirangkumkan di bawah program MTCP.
Berkenaan tentang pertanyaan Yang Berhormat Tumpat adakah kita akan melatih ataupun menjemput Ahli-ahli Parlimen ataupun ahli-ahli politik daripada luar negara, sememangnya MTCP pernah melahirkan individu-individu yang kita latih menjadi pemimpin-pemimpin di negara mereka tersendiri.
Dan juga, kita tidak mempunyai program yang spesifik berkenaan tentang melatih Ahli-ahli Parlimen, tetapi kita akan cuba untuk memperbaiki dan juga mengumpul alumni-alumni di mana kita sekarang telah pun mempunyai hampir 40,000 alumni sejak diperkenalkan pada tahun 1980. Ini juga memberikan manfaat yang sangat-sangat besar terutama sekali dengan negara-negara yang sedang membangun dan mereka melihat polisi yang dikerangkakan oleh Malaysia adalah merupakan polisi yang boleh mereka bawa balik kepada negara mereka.
Selain daripada itu juga, berkenaan tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang berkenaan tentang perhubungan 70 tahun, tujuh dekad bersama dengan Jepun, kita mengambil pandangan tersebut dan juga kita sedang mempertimbangkan apakah bentuk-bentuk program yang telah pun diperuntukkan berdasarkan belanjawan sedia ada.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan selain daripada itu juga, berkenaan tentang isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Seputeh.
Yang Berhormat, silakan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Boleh, Yang Berhormat Menteri? Saya mohon― Machang tak ada dalam Dewan. Saya duk tunggu hingga ke hujung ini untuk mendapat jawapan kepada dua soalan penting. Pertama berkaitan dengan UNHCR dan yang kedua berkaitan dengan tindakan kerajaan bagi memastikan dokumen penghantaran balik pendatang asing tanpa izin ini dapat dipercepatkan.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Seputeh dulu.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Saya jawab dulu soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh.
Baju pun cantik ya, warna pink.
Berkenaan tentang apa yang dibangkitkan ya. Sejak daripada 1 Januari, Malaysia telah pun menjadi rakan di dalam BRICS dan juga kita cukup selesa dalam kedudukan― dan juga kita tahu bahawa rakan-rakan di dalam BRICS ini mampu untuk memberikan pulangan ekonomi yang sangat-sangat baik dan juga strategik.
Terutama sekali dalam teknologi-teknologi seperti artificial intelligence, digital ekonomi dan juga peralihan tenaga adalah merupakan sektor yang kita mempunyai potensi yang sangat besar bekerjasama dengan China, Rusia, India dan juga negara-negara yang lain.
Walaupun demikian, berkenaan tentang isu hala tuju berkenaan tentang hubungan ekonomi, diplomasi ekonomi bersama rakan kita negara China, kita sememangnya mempunyai satu pelan jangka panjang berkenaan tentang hubungan istimewa kita bersama negara China dan juga kita mempunyai manfaat-manfaat yang tersendiri. Walaupun demikian, kita juga mempunyai pendirian-pendirian khusus berkenaan tentang melindungi sumber ekonomi kita agar tidak dieksploitasi sewenang-wenangnya di antara hubungan dua negara ini.
Dan selain daripada itu juga, kita akan lebih untuk meneroka bidang-bidang seperti oleokimia, biofuel dan juga hiliran sawit bersama China kerana mereka mempunyai teknologi dan juga kita mempunyai raw material untuk kita perdagangkan.
Walaupun demikian, berbangkit kepada isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Putrajaya berkenaan tentang isu refugees ataupun pendatang asing, itu adalah merupakan dua isu yang berlainan yang diuruskan oleh pihak Wisma Putra
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
ataupun Kementerian Luar Negeri. Di mana, kami di Kementerian Luar Negeri melihat dalam sektor pengurusan suaka dan juga pengurusan pendatang suaka- suaka politik yang datang dan juga pelarian-pelarian di mana negara-negara yang berdepan dengan perang dan juga isu-isu dalaman.
Berkenaan tentang isu yang berlaku khususnya dengan UNHCR, sememangnya dasar kita mengarahkan supaya UNHCR ini memberhentikan segala pendaftaran-pendaftaran. Walaupun demikian, kita mengakui monitoring berkenaan tentang proses yang dilakukan oleh pihak UNHCR ini mungkin masih lagi belum diperketatkan kerana kita sedang to finalize, dengan izin, berkenaan tentang penggunaan DPP, kad untuk mendaftar 4
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sebelum, sebelum itu sahaja, saya kena habiskan.
Sebelum Putrajaya, mungkin boleh jawab sekali ya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Putrajaya. Soalan Putrajaya itu bagus, berkenaan dengan pendatang tanpa izin, saya sokong, semuanya dihantar balik.
Tetapi apa yang begitu istimewa sangat dengan Zakir Naik? Sebab beliau juga datang ke negara ini sebagai seorang pendatang tanpa izin. Kenapa beliau diberikan status sebagai penduduk tetap? What is so special about Zakir Naik?
Beliau juga seorang yang memohon suaka. Perlu dihantar balik, terutamanya bila boleh mengucar-ngacirkan negara kita, itu soalan saya, tolong jawab. Kalau semua pendatang tanpa izin dihantar balik, kenapa kita beri status Penduduk Tetap kepada Zakir Naik? Itu persoalan saya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan tadi. Itu yang saya katakan tadi, yang buat keputusan ni Kabinet. Kabinet telah buat keputusan, Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri sebut dalam Dewan Negara pada 23 Julai, ini dah bulan Oktober.
Jadi kalau UNHCR boleh bertindak sesuka hati dan jawapan MKN kepada saya ini menyatakan bahawa walau bagaimanapun UNHCR memaklumkan mereka kena itu dan ini, di mana maruah kita sebagai kerajaan. We have to stop this. Kita perlu hantar signal yang jelas. Apa yang menyusahkan kita pada waktu ini, adalah tindakan beberapa pihak terdahulu yang bagi— terlalu menggalakkan pelarian
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
masuk. Kemudian UNHCR pula memberikan kad kepada mereka, tak tahu betul atau tidak mereka pelarian dan tidak menghantar ke negara ketiga.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kita start dengan 225,000 pelarian. Jadi, kalau UNHCR pada waktu ini boleh— kita kata oh kita tak dapat ambil tindakan, di mana maruah kita sebagai sebuah negara? Dan ini keputusan Kabinet. Jadi saya mohon kerajaan ambil tindakan tegas, stop this once and for all. Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey Yang Berhormat Putrajaya. Apa yang kita sedang lakukan juga, kita turut mendesak pihak UNHCR untuk melakukan penempatan ke negara ketiga dengan lebih pantas. Walaupun dalam keadaan geopolitik yang tidak menentu ketika ini di mana banyak negara-negara tidak pun membuka lagi negara-negara untuk menempatkan pelarian-pelarian tersebut.
Dasar tetap kita akan perkukuhkan. Bagaimana untuk kita memastikan pemberhentian pendaftaran di peringkat UNHCR ini adalah mesti melalui proses- proses yang tertentu, di mana terdapat lagi lambakan yang belum diproses ketika ini dan juga kita sedang mengharmonikan penggunaan DPP di mana penggunaan DPP telah pun membuktikan bahawa kita mampu untuk mendaftar sendiri pelarian- pelarian tersebut.
Walaupun demikian, kita masih lagi berdepan dengan sumber manusia untuk memastikan bahawa pendaftaran ini dapat dilaksanakan dalam skala yang besar di mana dalam tempoh Januari sehingga sekarang, kita hanya mampu untuk mendaftar lebih kurang 147 dengan penggunaan sumber manusia yang sangat-sangat minimum. Inilah isu-isu yang sedang kita perhaluskan.
Dan juga saya berpandangan bahawa pihak UNHCR ini tidak dapat terus kita tolak serta-merta. Walaupun itu kita menyatakan pendirian kita untuk mereka memberhentikan pendaftaran, dalam masa yang sama juga, kita perlu memperhaluskan apakah balance ataupun baki dengan izin, pelarian-pelarian yang masih lagi di dalam senarai UNHCR supaya kita tidak mahu terdapat kesilapan ataupun penyalahgunaan pendaftaran oleh peringkat UNHCR sehinggakan menimbulkan isu-isu yang lebih besar di antara Malaysia dan juga badan tersebut.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri sikit lagi. Terima kasih banyak bagi ruang pada saya. Pertama sekali kita kena ingat, bila kerajaan dah buat keputusan bagi tahu UNHCR, UNHCR buat tidak tahu sahaja, apa kesannya? Kesannya adalah pada sindiket-sindiket di luar sana. Sindiket kata kerajaan buat apa pun don't worry. Sebelum kerajaan bertegas dengan UNHCR,
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
hantarkan seramai mungkin. Dan kita pada waktu ini kata dia hendak clear-kan apa yang ada. Apa hak mereka nak clear-kan? Ini hak kita stop this dan kita hendak buat pendaftaran baharu ikut DPP kalau nak buat. Ini signal yang berbahaya.
Di luar sana saya jamin pada kerajaan kalau kita tak tegas hal ini, sindiket tengok di luar sana, mereka akan menghantar seramai mungkin ke sini kerana mereka tahu sebelum tutup, hantarlah seramai mungkin, UNHCR akan daftarkan.
Please stop this, terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey, terima kasih. Saya ambil berat apa yang dilontarkan oleh yang berhormat Putrajaya berkenaan tentang isu pelarian ini dan juga Kerajaan Malaysia mempunyai satu mekanisme yang terbaik bagi memastikan isu-isu berkenaan tentang pelarian ini dapat kita kawal dan juga dapat kita pastikan rakyat tidak terasa tertekan berkenaan tentang isu pelarian, masa saya...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Masa sudah cukup. Saya hanya hendak minta laporan bertulis berkenaan 31 MoU yang ditandatangani di antara Malaysia dengan China pada tahun lepas.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey. Saya ambil maklum berkenaan tentang permintaan Yang Berhormat Seputeh. Data-data tersebut akan saya berikan secara bertulis berkenaan tentang keberkesanan dan juga MoU-MoU yang kita tandatangan ini dan juga sebelum itu Yang Berhormat, saya ingin mengambil sedikit masa Yang Berhormat kerana isu-isu ini telah pun dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Parlimen. Dan juga saya merasakan ini merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian oleh Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan.
Seperti apa yang berlaku, penahanan 130 warganegara Malaysia di Pakistan.
Ini bukan hanya berlaku di Pakistan sahaja. Ini berlaku di banyak tempat di pelbagai negara. Dan juga kita mempunyai banyak tahanan-tahanan rakyat Malaysia hampir lebih 3,000 terutama sekali yang menjadi keldai dadah dan juga yang tertangkap melakukan online job scam ini.
Dan juga untuk makluman Yang Berhormat, bagi penahanan individu seramai 130 orang ini, negeri yang mencatatkan ramai rakyat Malaysia yang tertangkap adalah Sabah seramai 63 orang, Sarawak 55 orang, Johor lima, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan juga Kelantan mencatatkan angka satu-satu mencukup jumlah 130 ini. Saya merasakan satu keperluan, kementerian dan juga kami memerlukan peruntukan yang lebih sedikit bagi melakukan program-program
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
serantau dan juga awareness program di mana Sabah dan Sarawak mencatat angka yang tinggi.
Dan juga berkenaan tentang penurunan jumlah peruntukan, khususnya peruntukan-peruntukan yang melibatkan maritim yang dibangkitkan oleh Bukit Bendera sebentar tadi. Peruntukan tersebut turun bukan disebabkan tiada aktiviti- aktiviti. Di mana kita telah pun hampir mencapai— telah pun dapat mengurangkan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan tentang maritim bersama kepengerusian kita bersama China dan juga ASEAN dan China. Jumlah tersebut pada tahun hadapan akan berkurang, bermaksud kita hampir mencapai dan juga telah pun merangka draf disebabkan peruntukan tersebut telah diturunkan.
Dan juga program-program serantau dan penerangan telah pun diletak banyak di dalam butiran home KPI di mana kita memastikan malawakil-malawakil kita di luar negara untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penerangan dan juga diplomasi-diplomasi seperti ekonomi serta kebudayaan dan yang lain-lain supaya kita dapat memastikan kerangka diplomasi Malaysia MADANI Ini difahami dan juga kita dapat meneruskan fungsi kita sebagai sebuah negara yang vibrant untuk menerima pelaburan.
Dan juga akhir sekali, saya memohon maaf untuk jawapan-jawapan yang tidak dapat dijawab dan sekiranya jawapan-jawapan tersebut diperlukan, saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan persoalan di peringkat jawatankuasa. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri.
Masalah iaitu wang sejumlah RM986,272,700 untuk Kepala B.13, Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.13 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.13 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Hari Rabu, 4 November 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.29 malam]