Nov022026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT, pagi ini kita masih lagi bernafas dan hidup. Kita mulakan majlis kita pada pagi ini dengan urusan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Tan Hong Pin, Yang Berhormat Bakri. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Datang ke Parlimen memakai sepatu, Soalan saya soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memindah keluar industri pembuatan yang kurang berorientasikan teknologi tinggi:

(a) apakah kriteria untuk menentukan industri yang terlibat serta jangka masa pelaksanaannya; dan

(b) apakah langkah kerajaan untuk memastikan ekosistem dan daya tahan rantaian bekalan negara tidak dilemahkan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

draft • 10:00 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Soalan pertama Yang Berhormat ialah rancangan pemindahan keluar industri pembuatan kurang berteknologi tinggi, kriteria jangka masa pelaksanaan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan melalui MITI tidak akan memindahkan ataupun melakukan pengeluaran industri pembuatan yang kurang berteknologi tinggi secara menyeluruh sebagai pendekatan yang sesuai. Bagi pendapat kita bahawa MITI sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha transformasi dan penaiktarafan industri sedia ada secara progresif melalui penerapan teknologi, automasi dan juga pendigitalan selaras dengan visi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 ataupun NIMP.

Antara ciri-ciri aktiviti pembuatan yang menjadi sasaran transformasi ini dikenal pasti melalui ciri-ciri berikut. Ada tiga ciri.

Pertama, mana-mana syarikat yang kebergantungan yang tinggi terhadap tenaga buruh kasar dan proses manual.

Yang kedua, tahap produktiviti serta nilai tambah yang rendah dan model operasi berintensifkan buruh kemahiran rendah.

Bagi menyokong syarikat-syarikat yang sebegini, MITI atau kerajaan melalui transformasi struktur industri secara progresif dan terancang akan menyediakan pelbagai bentuk sokongan seperti geran, dana serta insentif cukai untuk menggalakkan penerapan teknologi pintar dan automasi dalam proses manufacturing activity yang dilakukan oleh syarikat-syarikat yang terlibat dalam tiga kategori ini.

Kerajaan juga telah menetapkan kriteria dan syarat-syarat pelesenan seperti berikut. In the future, any license yang nak minta— kita akan pastikan pelaburan yang datang itu dia mesti bercirikan bukan kepada kebergantungan kepada kehendak foreign workers ataupun buruh kasar.

Yang kedua, soalan Yang Berhormat, langkah kerajaan memastikan ekosistem sama ada langkah kerajaan untuk memastikan bila kita proses benda ini dan kita nak supaya rantaian-rantaian bekalan itu tidak dilemahkan.

Di antara perkara yang kita buat ialah bagi memastikan proses transformasi industri tidak menjejaskan ekosistem sedia ada, maka kerajaan melaksanakan pelbagai insentif strategik di bawah kerangka NIMP 2030 di bawah khususnya dalam misi keempat, iaitu untuk safeguard economy security dan inclusivity.

Bermakna, apa sahaja pemodenan yang berlaku dalam manufacturing sector ini kita akan pastikan bahawa kita punya SME, kita punya bumiputera interest akan terlaksana dengan bantuan daripada kerajaan menyediakan macam-macam

draft • 10:00 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

peruntukan, geran dan sebagainya dan teknologi advancement untuk mereka menjalankan perniagaan mereka. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Bakri, soalan selanjutnya.

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif tadi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan ini timbul sebab ramai pengilang-pengilang memberi maklum balas kepada saya, yang mana mereka dah cukup automasi.

Tahap automasi boleh dikatakan dah sampai satu tahap yang mana mereka terpaksa mengambil buruh kasar ataupun kebanyakan masanya untuk mengambil buruh asing.

Apabila mereka membuat rayuan, apabila mereka membuat lobi, apa tu— jawapan yang selalu diberikan kepada mereka adalah, mengapa tidak sekiranya kau nak apa tu, buruh yang lebih murah mengapa tidak— tak pergi Indonesia, tak pergi Vietnam?

Bagi saya ini adalah satu signal yang sangat merbahaya di mana kita nak kilang, nak pengusaha di negara kita untuk pindah keluar ke negara lain. Jadi, inilah soalan saya, di mana adakah kita apa tu— zoom in kepada industri-industri yang berbeza, di mana kita melihat tahap automasi mereka sekiranya betul mereka dah cuba sedaya upaya dah pergi dan maksimum tetapi masih lagi ada keperluan untuk mengambil buruh kasar, adakah MITI bersedia untuk menetapkan ataupun memberi kelonggaran dasar untuk mengambil terutamanya buruh asing berdasarkan industri dan keperluan perusahaan yang berlainan?

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya harap perkara ini diambil kira dan saya harap jawapan yang positif daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak bawa kepada pengetahuan Yang Berhormat ya. Kebanyakan daripada syarikat- syarikat yang operasi Malaysia yang begitu lama dalam negara kita ini, dia dah terbawa-bawa kebergantungan kepada foreign workers. Ini adalah masalah yang sangat kritikal untuk kita uruskan supaya kebergantungan foreign workers ini semestinya berkisah kepada hanya untuk 3D job iaitu dangerous, difficult and dirty. Kalau kita dah mula menukar kuota 20 peratus

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

kepada foreign workers, 80 peratus kepada local workers tetapi sekarang ini dia terbalik. 80 industri yang memerlukan foreign workers, 20 saja local. Jadi, kita analisa benda ini. Sekarang ini, negara telah mempunyai 2.6 juta foreign workers. Kalau dah ada 2.6 juta, kalau kita ikut kita punya RMK13, memang kita sepatutnya akan menurunkan foreign workers ini tetapi kita tak turun sebab kita berdepan dengan banyak masalah syarikat-syarikat yang telah beroperasi 10, 20 tahun dalam negara, masih lagi nak foreign workers. Sedangkan kita ada 400 ribu kita punya TVET yang telah kita keluarkan ini, yang kita nak supaya mereka ini dapat melakukan kerja ini.

Malangnya, sebahagian daripada syarikat-syarikat ini, nak bayar pelajar- pelajar TVET ini dengan harga foreign workers. Bila kita naikkan kita punya minimum salary RM1,700, tak sampai juga. Kerana apa? Kerana dia beri kepada gaji untuk orang yang ada TVET ini atau pelajar-pelajar yang ada TVET ini sama gaji dengan foreign workers. Lepas itu, letak pula duduk dalam kawasan penempatan foreign workers tapi mereka ini nak kena pergi bayar sewa di luar daripada kawasan penempatan.

Jadi, banyak isu ini sebenarnya berlegar daripada dasar dan polisi kita, selalu kita terlampau fleksibel. Sebab itu saya beritahu bahawa kita dah ada dah 2.6 juta foreign workers. Anyone who come and try to ask for a new license to do something similar atau benda yang sama kepada syarikat-syarikat yang beroperasi dalam negara kita ini, kita cakap, “tak boleh”. Kalau dia nak foreign worker, nanti foreign worker ini keep increasing. Jadi, macam mana kita manage dengan kita punya pelajar-pelajar yang dulu kita tak pernah concentrate on TVET ini? Sekarang TVET ini telah mencecah lebih daripada 400 ribu.

Jadi sebab itu, mana-mana industri yang datang kepada MITI atau MIDA kita akan beri dia penerangan. Kalau nak pakai foreign workers boleh, tetapi dengan syarat dia adalah hanya untuk 3D job. Yang lain ini kena bayar. Sebab ada orang nak argue dengan saya Tuan Yang di-Pertua, mengatakan bahawa kalau kita tengok banyak rakyat kita ini malas, tak mahu dapat kerja. Actually, tak betul. Tiap-tiap pagi 100 ribu orang cross kepada Singapura untuk take up job and some of them are diploma, degree, master pun ada.

Problem dia, bila— kenapa dia ambil kerja itu walaupun dia buat kerja itu lebih kurang kerja yang masa kita nak buat dalam kilang-kilang kita. Yang ada air-condition pun ada. Tetapi pasal dia ada economic value. Macam kita, kita offer harga gaji kepada mereka ini tidak ada economic value kepada mereka, maka dia tidak akan

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

ambil. Macam foreign worker, dia kumpul 10 orang duduk satu bilik, kita macam mana? Takkan ada punya, tak mungkin dia akan terima.

Jadi, apa yang saya tengok, sebenarnya kita punya pekerja ini, semua local ini, bukan tak rajin. Kalau tidak, tak ada lah sampai ramai orang ambil Grab sebab dia ada economic value. Sebab itu, dia ambil. Kalau pekerjaan yang tidak ada memberi economic value kepada mereka, dia tidak akan ambil.

Sebab itu saya tekankan bahawa dalam NIMP 2030, 2023 September kita launch ini, apa kita cakap situ? Monthly salary level dia, medium dia RM4,500. Of course lah dia kena bergerak pelan-pelanlah. Dia bukan terus RM4,500. Sekarang ini kalau kita naik RM2,000 ini kepada syarikat-syarikat yang naik RM2,000 ini, dia punya keuntungan beratus juta ada. Tapi bila nak bayar kepada local workers, dia tak— dia masih nak start dekat RM1,700.

Ini sebab saya beritahu bahawa it’s not going to be easy to resolve this. Tapi kalau kita tak menyelesaikan dasar dan polisi ini, yang 2.6 juta ini tak masuk yang illegal banyak kat luar-luar ini, jadi saya nak beritahu dia akan merosakkan negara pada masa akan datang. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri MITI. NIMP 2030 ataupun Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 adalah dasar kepada industri pembuatan dan sektor-sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pembuatan untuk tujuh tahun, 2023 sehingga 2030.

Ia bermakna apa-apa perkara yang berkait industri pembuatan perlulah berpandukan kepada NIMP 2030 iaitu selama tujuh tahun strategi perangkaan rangka kerja untuk mentransformasi industri pembuatan negara kepada bernilai tinggi dan berasaskan kepada inovasi. Antara sasarannya ialah KDNK pembuatan pada 2030 ialah RM587.5 bilion dengan Compound Annual Growth Rate (CAGR), 96.5 percent.

3.3 juta peluang pekerjaan, gaji median naik daripada RM1,976 kepada RM4,510. Aplikasi digital, automasi ini semua merangkumi termasuk semua industri yang disebutkan dalam NIMP. Aerospace, E&E, mineral, automatik, perkhidmatan yang berkaitan kelapa sawit produknya— dan produknya, digital ICT, produk getah, commodity-based, produk petroleum petrochemical, metal dan sebagainya.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalannya Dato’ Sri Yang di-Pertua, pertama, minta Menteri menyatakan pencapaian NIMP 2030 setakat ini, khususnya parameters yang disasarkan, sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK 2024, 2025 dan separuh tahun 2026?

Sasaran pada 2027 ialah RM587.5 bilion disebutkan tadi. Peluang pekerjaan yang diwujudkan pada 2024 dan 2025 sasaran ialah 3.3 juta, peningkatan 700 ribu berbanding dengan 2023. Gaji median daripada RM1,976 kepada RM4,510, berapa yang kita capai sekarang ini?

Dan juga, akhirnya ini penting, bagaimana dengan penglibatan bumiputera dalam sektor perbuatan, terutamanya yang berteknologi tinggi seperti semikonduktor? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri MITI.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat.

Pertama, NIMP ini bila kita rasmi, kita lancarkan pada September 2023 sampai ke 2030 ini, kita menyasarkan 587.5 bilion di mana kita sekarang ini lebih kurang dalam 399 bilion. Kemudian, dari segi employment, yang kita sasarkan 3.3 million employment. Dia sekarang ini ada 2.8 million. Monthly salary yang kita sasarkan ialah RM4,510. Sekarang ini, kita berada daripada— di tangga— di tahap 2,775.

Kemudian, kita punya target annual GDP growth, average about 6.5 percent. Jadi, semua statistik yang Yang Berhormat minta ini khususnya kepada sektor-sektor Yang Berhormat sebut macam E&E, chemical, advanced material, aerospace, healthcare, ini semua ini akan di-capture oleh DOSM. Jadi, kita telah mengadakan perjumpaan dengan DOSM untuk memastikan bahawa bila kita melaporkan statistik-statistik ini, dia kena bersesuaian dengan strategi yang kita buat. Kalau tidak ada satu kementerian punya tukar strategi untuk capture a new sektor yang kita buat, saya buat penekanan ini tetapi di pihak DOSM, dia mungkin tak capture ataupun mungkin dia capture tetapi dia tidak begitu detail. Jadi, apa yang kita perlu buat ialah kita bekerjasama dengan DOSM untuk maklumkan kepada DOSM kenapa kita perlukan information— information yang baharu ini? Supaya kita boleh merancang dari segi strategi untuk kita pastikan bahawa sekuriti dan economic activity yang berada dalam negara kita terutama dalam SME dan bumiputera ini dapat di-capture. At this, at this moment collection of data berbeza dengan MITI dan MIDA.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Sebab itu kita perlukan DOSM ini untuk dapatkan lebih detail kita punya data ini dan jadi kita boleh olah bagaimana kita nak supaya apabila pelabur masuk dalam negara kita ini, dia masuk dengan konsep yang dia kena bawa co-exist dengan aktiviti ekonomi kita dan juga compliment dengan aktiviti kita dalam negara. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan 2. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Pokok Sena menjalankan tugas Parlimen di luar negara dan kita pindahkan soalan ke soalan yang 3. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Silakan Yang Berhormat.

[****Soalan No. 2** – YB. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) tidak hadir]

draft • 10:10 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya saya, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 3.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Kesihatan untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

3. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah bilangan pesakit obesiti dan diabetes telah menerima rawatan GLP–1 RA di bawah inisiatif Bajet 2026 serta jumlah dana yang telah pun disalurkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan di bawah inisiatif tersebut setakat sekarang. Adakah inisiatif kerajaan untuk menyediakan rawatan tersebut melalui Bajet 2026 berkesan untuk mengurangkan kes-kes obesiti dan diabetes.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Kesihatan untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Speaker. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera semuanya, salam Malaysia MADANI.

Dato’ Sri Speaker, Yang di-Pertua, obesiti bukan hanya sekadar masalah berat badan berlebihan ataupun penampilan fizikal kita. Obesiti hari ini merupakan masalah kesihatan awam yang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit, terutamanya penyakit tidak berjangkit, termasuk diabetes ataupun kencing manis

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

tipe 2, tekanan darah ataupun hypertension dan juga penyakit kardiovaskular serta juga penyakit, beberapa jenis kanser.

Dianggarkan 7.63 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti dan obesiti ini mudahnya adalah apabila diukur indeks yang dikatakan jisim tubuh badan, weight ataupun berat badan dibahagi dengan ketinggian kita. Seorang yang 70 kilogram berat badannya dan 1.7 meter ketinggiannya mempunyai BMI sebanyak 24.5 yang merupakan— Dan dikatakan, ditakrifkan sebagai obese, berat badan yang berlebihan itu adalah apabila BMI kita mencecah 30 dan ke atas.

Dato’ Sri Timbalan Speaker, hendak saya sebutkan juga— oleh itu, pencegahan dan pengurusan obesiti melalui amalan gaya hidup sihat, tingkah laku dan juga merupakan komponen penting dalam mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit di negara kita ini.

Dan obesiti bukan sekadar faktor risiko tetapi merupakan penyakit kronik yang hari ini menentukan rawatan dan pengurusan berterusan berdasarkan panduan amalan klinikal ataupun clinical practice guideline, pengurusan obesiti KKM individu dengan indeks jisim yang saya sebutkan tadi lebih 30 adalah satu yang sangat mustahak untuk mengelakkan mempunyai penyakit atau risiko kepada penyakit yang telah saya sebutkan, diabetes, hypertension dan juga yang lain.

Rawatan GLP yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, GLP–1

(glucagon-like peptide–1) ini yang merupakan satu yang mutakhir ini menjadi popular bukan sahaja di sudut keberkesanannya, digunakan bagi merawat pesakit diabetes jenis 2 dan yang mempunyai obesiti, tertakluk kepada individu klinikal. Jadi, rawatan diabetes ini Dato’ Sri, adalah sebenarnya very individualize theraphy mengikut kedudukan dan keadaan health status dan sebagainya seorang pesakit dan disebutkan begitu is actually individualize, disesuaikan mengikut keadaan kesihatan, tahap obesiti dan juga comobilities dan kalau ia mempunyai penyakit-penyakit yang lain.

Penggunaan GLP–1 perlu didasarkan ataupun berdasarkan kepada penilaian seorang clinicians dan juga perkara-perkara yang terkait dengan menentukan indikasi keperluan GLP. Kerana ini merupakan diabetes yang punya— khususnya adalah berat badan, obesiti yang berlebihan. Diabetes yang biasa, the first line of treatment is always the oral hypoglycemic metformin dan sebagainya tetapi yang ini adalah kalau ada komplikasi berat badan yang perlu diberikan GLP ataupun beberapa contoh yang saya boleh sebutkan kemudian.

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato’ Sri Yang di-Pertua, buat masa ini ditanya tentang peruntukan. Tiada peruntukan khusus di bawah Belanjawan 2026 untuk rawatan menggunakan ubat GLP–1 ini atau GLP–1 receptor agonists ini, seumpama ozempic dan sebagainya, tirzepatide dan sebagainya, mounjaro dan sebagainya. Ini adalah kerana kita tidak ada belanjawan khusus tentang rawatan menggunakan GLP–1 ini. Walau bagaimanapun, sebelum ini pesakit yang memerlukan rawatan ini mendapat rawatan ini mengikut permohonan dan perlu dibuat permohonan kepada kelulusan unit ubat kelulusan— khusus namanya, UKK kita, menggunakan peruntukan sedia ada dalam KKM.

Dan untuk rekod, sebanyak 240 permohonan rawatan telah diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2026 melibatkan kos keseluruhan RM2.56 juta, Dato’ Sri Timbalan Pengerusi. Dan KKM komited untuk memastikan pesakit obesiti dan diabetes mendapat pengurusan yang rapi, berterusan melalui pendekatan rawatan yang sebenarnya kita tidak hanya melihat kepada therapeutic intervention tetapi integrated care, Dato’ Sri Timbalan Pengerusi.

Pendekatan ini merangkumi perubatan gaya hidup, pemakanan sihat, aktiviti fizikal, rawatan ubat-ubatan, termasuk pembedahan bariatric juga kalau diindikasi ataupun diperlukan bagi pesakit yang memerlukannya. Jadi, usaha dilaksanakan melalui program yang disebutkan sebagai MIMO, M.I.M.O, dengan izin, multidisciplinary integrated management of obesity di 33 klinik kesihatan dan juga sokongan pakar di 13 hospital kami, hospital KKM, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Begitu dahulu jawapan saya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Yang Berhormat Bukit Gelugor, silakan soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang detil tersebut. Soalan saya berikutnya, memandangkan lebih daripada setengah daripada warganegara Malaysia adalah mengalami masalah obesiti iaitu lebih kurang 54.4 peratus ataupun hampir one out of three kanak-kanak berumur antara lima dan 19 mempunyai masalah tersebut.

Dan juga memandangkan rawatan ini yang telah pun saya sebut GLP–1 RA, seperti ozempic dan sebagainya tidak dilindungi, not covered by insurance. Adakah kerajaan bercadang untuk memastikan rawatan tersebut adalah menjadi readily available, dengan izin, kepada masyarakat umum dan satu rawatan standard untuk obesiti.

draft • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Keduanya Yang Berhormat Menteri, berkenaan isu yang berkaitan dengan Ministry of Health. Adakah yang baru saja dilaporkan di Malaysiakini hari ini— adakah Kementerian Kesihatan menyokong cadangan Hartal Doktor Kontrak dan juga Yayasan ABIMedik untuk mengkaji semula gaji dan imbuhan untuk doktor- doktor kanan (senior doctors) untuk mengisi sebanyak 750 jawatan di Sabah dan Sarawak? Dan sekiranya ya, apakah cadangan Kementerian Kesihatan berkenaan isu ini? Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, silakan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya, Bukit Gelugor yang meneruskan soalannya tadi. Jawapan saya mungkin responsnya begini dulu.

Sepertimana yang telah saya tegaskan, rawatan obesiti tidak bergantung hanya kepada penggunaan ubat-ubatan, it is not only therapeutic intervension semata-mata, dengan izin. Seperti GLP–1 yang telah kita sebutkan lebih awal tadi.

Sebaliknya, kita memerlukan pendekatan apa yang telah saya sebutkan, pendekatan komprehensif dan juga individualize, perlu atau tidak, tergantung kepada keputusan clinicians yang menganalisa total health status pesakit tersebut.

Yang kita maksudkan juga adalah kita mengambil pendekatan yang diisytiharkan sebagai rawatan bukan ubat-ubatan, non-therapeutic, non- pharmacological intervention seperti perubahan gaya hidup yang sangat penting.

Kita tidak lihat obesiti ini hanya boleh dirawat dengan ubat-ubatan semata-mata dan terapi penggantian juga, meal replacement therapy ini di— healthy dieting yang perlu disebutkan dan perlu dimasukkan dalam regime of modification, life, modification, dengan izin, juga rawatan yang telah saya sebutkan bariatric dan sebagainya.

Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua, adapun dari sudut peruntukan.

Sebenarnya kami telah juga membuat permohonan – akan juga sebab kita tidak dapat peruntukan itu, kita akan terus mengemukakan permohonan-permohonan peruntukan, khususnya untuk GLP–1 yang saya sedar adalah sangat mustahak.

Kerana dia menggalas ataupun dia merangkumi tiga aspek mengikut clinical trials dan meta-analysis, kajian-kajian terkini— yang pertamanya, adressing type 2 diabetes mellitus ataupun kencing manis tipe 2. Keduanya, dari segi apa yang dikatakan sebagai mengurangkan risiko major cardiovascular events like serangan jantung dan juga strok. So, its proven GLP–1 ini dari evidence-based.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dan juga ketiga adalah mengurangkan apa yang dikatakan sebagai progression of CKD, chronic kidney diseases ya yang juga dibantu oleh ubat-ubatan semaglutide dan dalam kumpulan GLP–1 ini.

Adapun soalan kedua itu sedikit lari. Apa pun kita pastinya this has been always my preoccupation. Saya telah memerhatikan perkara-perkara yang terkait dengan hal yang terkait tentang kebajikan kakitangan kami. Dan saya rasa untuk permohonan ataupun cadangan yang dibuat oleh Bukit Gelugor itu kita sedia mempertimbangkan, Dato' Sri Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Langat, silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Speaker.

Saya kira GLP–1 receptor agonists ini bukan sahaja untuk obesiti tetapi juga hasratnya untuk mengurangkan diabetes yang akhirnya NCD di negara kita ini akan berkurang, terutamanya kepada kumpulan-kumpulan rentan yang tidak mampu kerana kosnya terlalu tinggi sehingga RM3,000 hingga RM4,000 sebulan untuk rawatan tersebut.

Cuma, saya ingat pendekatan kerajaan mengenakan, meningkatkan duti eksais minuman bergula kepada 90 sen itu dan saya ingat dengan kutipan lebih daripada RM70 juta pada tahun 2025 itu yang mana dahulunya dikatakan akan ada manfaat kepada perkhidmatan kesihatan. Jadi, saya nak tahu berapa banyak mungkin walaupun wang itu adalah masuk dalam Wang yang Disatukan tetapi berapa banyak yang digunakan untuk tujuan ini? Dan saya nak juga tahu kejayaan kempen-kempen berkaitan dengan pemakanan inim Termasuklah War on Sugar dan juga kempen untuk mengurangkan obesiti ini.

Dan saya ingat penggunaan Mounjaro pada hari ini ya ramai yang mungkin berpendapatan tinggi mereka sebahagian besarnya digunakan untuk tujuan obesiti semata-mata. Tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah, tadi disebutkan 240 yang telah diluluskan memakan kos yang RM2.5 juta itu satu yang terlalu tinggi, apakah seterusnya selepas ini? Dia bukan satu program yang mungkin bersifat pada tahun ini yang semasa tetapi bersifat berterusan, perancangan kerajaan untuk program-program obesiti dan juga diabetis. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Kuala Langat ya. Soalan yang dibangkitkan sebagai soalan tambahan itu sebenarnya akan ditanyakan oleh Bandar Kuching, soalan nombor 6 yang saya akan jawab dengan

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

lebih menyeluruh dan sempurna daripada soalan― daripada apa yang boleh saya sebutkan dalam waktu ini yang ada kekangan waktu ini. Tetapi untuk ke depan nanti Dato' Sri Yang di-Pertua adalah mustahak ya GLP–1 perlu kita berikan peruntukan yang lebih dan kita telah pohon tetapi tidak dapat kita menggunakan peruntukan UKK. Tetapi untuk ke depan, kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan GLP–1.

Bahkan untuk pengetahuan Kuala Langat ya, satu lagi jenis perubatan atau ubat-ubatan adalah SGLT2 yang juga adalah sama penting. Kalau yang tidak terkait dengan obesiti, kalaulah komorbiditinya itu adalah jantung dan juga CKD, kegagalan buah pinggang then yang sikit lebih murah daripada GLP–1 RAs ataupun receptor agonists itu ada pada ubat-ubatan kelas apa yang dikatakan sebagai SGLT2 inhibitors.

Jadi, kita akan mengambil kesemua ini dalam pertimbangan untuk apa yang sebaiknya sebab kita melihat cabaran NCDs ini Dato' Sri Speaker adalah cabaran yang paling utama saya depani, kementerian depani because saya telah sebutkan bahawa kesannya bukan hanya dari sudut morbiditi, mortaliti, pada akhirnya adalah produktiviti negara kerana kita— kalau saya sebutkan sedikit, 96,000 mortaliti negara ini Dato' Sri Yang di-Pertua, adalah akibat daripada NCDs ya yang terkait dengan IHD, ischemic heart diseases, cardiovascular diseases ataupun accident bagi strok dan juga cancer dan juga our lung ataupun yang terkait dengan paru-paru.

Jadi, kesemua ini meletakkan saya untuk memberikan pertimbangan yang lebih keras dan tegas untuk mendapatkan peruntukan-peruntukan yang lebih khusus, dedicated fund untuk GLP–1 dan juga yang lain, Dato' Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Kuala Langat.

draft • 10:30 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta tambah satu sikit?

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, memandangkan perjalanan dalam Dewan begitu lancar dan saya ada sedikit masa memandangkan Yang Berhormat, soalan 2 itu Yang Berhormat Pokok Sena tidak hadir ya, saya akan gunakan kuasa saya di bawah Peraturan 24(3), 43, 99A, 99 dan 100 untuk menambah seorang lagi tetapi Yang Berhormat Menteri kena jawablah ya. Baik.

Walau bagaimana saya lihat tadi sebelum Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat Sekijang ada bangun kan. Jadi, menghormati sebagai Ketua Backbenchers, saya mempersilakan Yang Berhormat Sekijang untuk bertanya soalan ini.

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Saya kembali kepada soalan GLP ini tadi, kalau kita lihat keberkesanan GLP ataupun produk-produk yang berkaitan dengan pengawalan berat badan ini mendapat― sangat menggalakkanlah di luar sana. Dan kalau kita lihat dia dikongsikan juga oleh mereka yang menggunakan produk ini ataupun juga influencer di dalam platform atas talian, khususnya TikTok. Jadi, tetapi ada satu perkara yang kita bimbang Yang Berhormat Menteri ialah produk-produk ini kadang-kadang dijual secara online tanpa kawalan.

Jadi, setakat ini Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah adakah tangkapan dilakukan terhadap mereka yang menjual produk-produk KKM, khususnya yang dalam kawalan ini dan berapakah jumlah yang ditangkap itu? Dan soalan kedua ialah apakah langkah yang lebih tegas atau strategi yang boleh kementerian mainkan dalam berperanan untuk mengawal fenomena penjualan atas talian tanpa kawalan ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sangat baik ya soalan tambahan daripada Ketua Backbencher yang saya kira adalah sangat penting dan sangat peka dan prihatin tentang hal penggunaan GLP–1 receptor agonist ini yang mutakhir menjadi satu yang sangat popular. Dan dengan itu juga ya, ia telah juga mendapat pelbagai cara dan penjualan-penjualan yang dilakukan online yang dari sudut safety and efficacy dari sudut keselamatan dan keberkesanannya itu perlu kami khususnya di penguatkuasaan program farmasi kami ya telah pun berusaha keras untuk memastikan perkara ini tidak di-abuse dan disalahgunakan ya ataupun kalau boleh saya― kalau hal yang terkait ya.

KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melaksanakan pemantauan seperti biasa dan penguatkuasaan secara berterusan melalui pengesanan dan juga saringan iklan, penurunan iklan daripada platform e-Dagang, siasatan aduan serta serbuan terhadap penjualan-penjualan ubat yang tidak berdaftar dan khususnya dalam konteks Ozempic, Mounjaro dan sebagainya ini adalah sangat mustahak ya.

Dan kita memang sudah ada program TOBaTS kita atau “TOLAK UBAT TIDAK SAH” dan kalau saya boleh sebutkan bagi tempoh 2025 sehingga September 2026, sebanyak 12 serbuan berkaitan retatrutide ya. Yang ini merupakan satu yang belum lagi dalam― telah dilaksanakan secara rampasan, 697 unit yang melibatkan

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

RM341,000 ya. Retatrutide. Retatrutide adalah satu yang saya kira belum lagi dalam formulary kami ya.

Dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga mengesan penjualan ubat Ozempic, our semaglutide yang saya sebutkan lebih awal secara tidak sah ya. Bagi tempoh 2025 hingga September 2026, sebanyak tujuh serbuan berkaitan produk ini telah dilaksanakan, Dato' Sri Timbalan Yang di-Pertua dengan rampasan berjumlah 62 unit melibatkan RM64,170.

Kita akan terus memantau secara lebih keras ya akan penyalahgunaan e- Dagang, e-platform ini Dato' Sri sebab pada akhirnya yang kita mahu jaga adalah safety and efficacy, keselamatan dan nyawa rakyat kita. So, terima kasih Sekijang atas soalan tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang keempat. Dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

draft • 10:30 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh mana kemampuan semasa pengimbas berteknologi tinggi berasaskan AI di terminal kargo sedia ada dalam mengesan penyeludupan barangan berbahaya (DG) dan apakah langkah proaktif yang akan dilaksanakan bagi memastikan keputusan sistem AI tidak menjadi satu-satunya asas pelepasan sesuatu kargo.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pengangkutan untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan pelaksanaan fungsi kawalan di pintu masuk negara di bawah Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 [Akta 860] , Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang memindahkan aset dan fungsi pemeriksaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) secara berperingkat mula 1 Oktober 2025.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Proses ini melibatkan 184 unit mesin pengimbas kargo dan bagasi di pintu- pintu masuk utama dengan 132 unit dilengkapi teknologi berasaskan kecerdasan buatan (artificial intelligence).

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Penggunaan pengimbas berteknologi tinggi termasuk teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam pemeriksaan kargo berpotensi meningkatkan keupayaan pengesanan melalui analisis imej dan pengenalpastian objek yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Walau bagaimanapun, keberkesanan sesuatu sistem bergantung kepada jenis teknologi, konfigurasi sistem, pangkalan data, algoritma, tahap ketepatan pengesanan serta keupayaan dan kompetensi pemeriksa keselamatan yang mengendalikan sistem tersebut.

Dari perspektif keselamatan penerbangan awam, penggunaan teknologi pengimbasan adalah tertakluk kepada kehendak kawal selia pihak berkuasa keselamatan penerbangan awam. Di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019, peralatan keselamatan yang digunakan bagi tujuan pemeriksaan hendaklah mendapat kebenaran pihak berkuasa keselamatan di bawah Peraturan 13, manakala kargo dan mel yang hendak dibawa melalui pengangkutan udara hendaklah menjalani proses pemeriksaan oleh pemeriksa keselamatan yang diperakui selaras dengan Peraturan 18.

Manakala di pelabuhan pula, sebarang fungsi pemeriksaan dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan AKPS. Jabatan Kastam telah menyediakan prosedur pengendalian standard operating procedure pengurusan mesin pengimbas JKDM sebagai panduan kepada pegawai kastam yang mengendalikan mesin pengimbas mengenai cara-cara pengoperasian mesin seperti langkah-langkah keselamatan pengoperasian sistem, penyelenggaraan mesin, peralatan sokongan dan tatacara laporan supaya tugas dapat dijalankan dengan cekap dan sistematik.

Sehubungan itu, teknologi AI hendaklah dilihat sebagai satu alat sokongan kepada proses pemeriksaan keselamatan dan bukan sebagai satu-satunya asas bagi keputusan pelepasan suatu kargo. Keputusan pemeriksaan hendaklah dibuat berdasarkan keseluruhan proses kawalan keselamatan yang ditetapkan termasuk penilaian imej oleh pemeriksa keselamatan, penggunaan kaedah pemeriksaan yang diluluskan, tindakan pemeriksaan lanjut apabila diperlukan serta pematuhan kepada program keselamatan yang diluluskan.

Seterusnya, barangan berbahaya (dangerous goods) merangkumi pelbagai kelas bahan seperti bahan letupan, gas cecair mudah terbakar, bahan toksik dan menghakis serta bahan lain yang boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan kesihatan, harta benda atau alam sekitar. Dalam hubungan ini, aspek keselamatan penerbangan turut perlu dilihat bersama keperluan pengangkutan dangerous goods

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

yang ditetapkan di bawah kerangka kawal selia pengangkutan barangan berbahaya melalui udara.

Langkah kawal selia bagi menangani risiko dangerous goods juga merangkumi pencegahan penghantaran dangerous goods yang tidak diisytiharkan atau diisytiharkan secara tidak tepat. Pihak berkuasa keselamatan penerbangan awam telah mengeluarkan panduan berkaitan, dengan izin, undeclared or misdeclared dangerous goods in cargo serta langkah pengukuhan keselamatan rantaian bekalan. Di samping itu pula, kargo berbahaya adalah sebagaimana yang diklasifikasikan di bawah International Maritime Dangerous Goods (IMDG) Code.

Pihak Berkuasa Pelabuhan Persekutuan (PBPP) melalui undang-undang kecil telah memandatkan pengeksport, pengimport dan box operator cargo transshipment membuat pengikraran kargo berbahaya kepada PBPP sebelum pengendalian kenderaan di pelabuhan. Bagi memastikan keputusan pemeriksaan tidak bergantung kepada teknologi AI semata-mata, pendekatan yang sewajarnya adalah melalui gabungan teknologi, pemeriksaan manusia dan kawalan keselamatan berlapis termasuk:

(i) memastikan pemeriksa keselamatan yang mengendalikan proses pemeriksaan mempunyai kompetensi dan pensijilan yang ditetapkan;

(ii) melaksanakan pemeriksaan lanjut terhadap imej atau kargo yang menghasilkan amaran imej meragukan atau keadaan yang memerlukan pengesahan;

(iii) memastikan kargo yang telah menjalani pemeriksaan dilindungi daripada gangguan tanpa kebenaran; dan

(iv) melaksanakan kawalan mutu pemantauan prestasi peralatan serta penilaian risiko secara berterusan bagi memastikan keberkesanan keseluruhan sistem keselamatan kargo.

Dalam konteks ini, AI boleh membantu meningkatkan keupayaan pemeriksa dalam mengenal pasti anomali atau objek yang memerlukan perhatian lanjut. Namun, keputusan pemeriksaan dan tindakan susulan hendaklah kekal tertakluk kepada prosedur keselamatan yang diluluskan oleh pengesahan oleh personel yang berkelayakan.

Kerajaan akan terus menilai kesesuaian dan keberkesanan teknologi pemeriksaan yang digunakan berdasarkan perkembangan teknologi, tahap

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

ancaman, penilaian risiko serta keperluan keselamatan rantaian bekalan semasa.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Terima kasih, Yang Berhormat. Susulan syor penambahbaikan tadbir urus oleh SPRM kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam pada Julai 2026, apakah langkah penguatkuasaan dan mekanisme audit bebas yang akan dilaksanakan bagi memastikan pengendali terminal kargo serta pegawai yang terlibat tidak menyalahgunakan kuasa melepasikan keputusan pengimbasan atau berkompromi dengan sindiket penyeludupan?

Apakah langkah kerajaan untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan barangan dangerous goods sepanjang keseluruhan rantaian bekalan bermula daripada pengilang, pengeksport, ejen penghantaran, pengendali terminal sehinggalah kepada syarikat penerbangan termasuk memperketat penalti terhadap pihak yang membuat pengisytiharan palsu atau menyembunyikan maklumat barangan berbahaya bagi mengelakkan kejadian hanya ditangani selepas kargo tiba di pintu masuk negara? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi, berkaitan dengan apa yang dicadangkan oleh SPRM tersebut, memang betul SPRM ada mencadangkan iaitu berkaitan dengan penggunaan AI. Saya ada maklumat di sini.

Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM mengemukakan beberapa syor penambahbaikan. Antara syor utama yang dikemukakan oleh mereka ialah penggunaan mesin pengimbas AI ini tadi oleh semua pengendali terminal kargo yang mengendalikan dangerous goods. BPT juga mencadangkan agar Unit DG diperkasa melalui penambahan pegawai serta penaiktarafan sistem sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan.

Jadi, di sini, Yang Berhormat, saya sendiri pun telah pun ada membuat lawatan melihat sendiri di kargo MAS dan juga di Pelabuhan Klang. Jadi, apa yang kita melihat, sistem untuk eksport dan import untuk di airport kita memang ada mesin pengimbas dan ciri-ciri AI sudah dimasukkan. Tetapi, terus terang, AI itu masih dalam peringkat pembelajaran.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Sebab, memang betul, saya sendiri melihat apabila dia keluar AI, barang yang dipaparkan dalam imej boleh kata item itu dia tak boleh kenal lagi. Masih lagi collecting data. Semua dia simpan sana― terus teranglah ya― “Ini bom”, “Ini bom”, “Ini bom”. Padahal bukan. Jadi, ertinya di sini, data dia belum cekap. Jadi, saya telah pun melihat bahawa mereka on the ground telah sekarang ini mengumpulkan data to feed in into the AI untuk supaya pengesanan AI ini, seperti disarankan oleh SPRM ini, lebih berkesan lagi membantu pegawai kita melaksanakan tugas.

Namun, saya juga melihat― saya ada perbincangan dengan mereka di lapangan bahawa apa salahnya kalau kita, macam negara lain yang sudah awal mempunyai data maklumat AI yang baik, why not di bawah apa-apa perjanjian mungkin di bawah Kastam, AKPS dan sebagainya dengan negara-negara lain, why not kita share data itu. Kita tak payah nak isi AI itu daripada awal lah. Biar we share the data tentang apa yang knowledge AI yang sudah ada yang dimasukkan maklumat-maklumat dalam AI tersebut. Jadi, ini lebih boleh mempercepatkan proses tersebut.

Namun, memang betul, selain daripada AI, kompetensi pegawai ini memang ditingkatkan. Jadi, kalau di bahagian lapangan terbang pula ya, kita tahu macam kes hari itu yang pilot bawa terlepas dadah itu. Jadi, memang di pihak MAHB sendiri memang sekarang ini sebagai langkah quick win, enam syor telah pun diberikan keutamaan memperkukuh keselamatan sedia ada. Contoh― ini di airport-lah ya.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Itu tadi yang SPRM, AI ya. Saringan berasaskan risiko, mempertingkat pemeriksaan terhadap penerbangan, penumpang, kru, bagasi. Sekarang ini semua kena check.

Keduanya, e-Vetting dan kawalan akses. Meneliti dan memperkukuh prosedur tapisan keselamatan terhadap kru penerbangan sekarang ini. Kakitangan syarikat, petugas operasi dan pengendalian darat, pekerja pengendali lapangan terbang, vendor, kontraktor serta individu lain yang memerlukan akses ke kawasan, semuanya sekarang ini di-check.

Saringan dadah terhadap personel penerbangan, memperkukuh pelaksanaan saringan prapengambilan berkala dan rawak terhadap juruterbang, kru kabin serta kakitangan berkaitan. Jadi, saya boleh bagikan maklumat ini dengan YB secara bertulis. Panjanglah kalau saya nak baca, this are order— ada 17 syor telah pun dibuat untuk menambah baik ya.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Dan juga mungkin di sini saya melihat, saya mengambil kesempatan ini apabila dari hasil pengamatan saya sendiri mana-mana agensi yang bertanggungjawab mungkin kita perlu to upgrade our mesin-mesin pengimbas di pelabuhan dan sebagainya. Mungkin kepada yang lebih lagi, apa nama? Lebih, ya lah sekarang teknologi berubah begitu cepat sekali dan we have to spent a little bit untuk upgrade supaya apa yang kita check, yang terlepas di sini di Australia boleh tangkap contohnya. Jadi mereka, kenapa sana boleh tangkap tetapi ya lah, kolaborasi information itu memang ada.

Sini tak nampak mungkin di sana nampak atas kolaborasi. Well, they have that machine. Jadi, ertinya apa salah kalau kita juga, mungkin ini Kementerian Kewangan kah apa, macam mana, upgrade our machine juga sebab ada mesin- mesin yang sekarang ini yang dia panggil boleh membezakan antara dadah dan tepung susu pun ada, yang dia panggil diffraction tapi harga itu ialah— tetapi rasanya yang dibeli itu is worth than daripada kita dilihat sebagai bocorlah, you know. Jadi, itulah jawapan saya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Dato’ Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan di atas jawapan yang baik tadi. Lanjutan daripada soalan ataupun jawapan Yang Berhormat tersebut, Kuala Pilah ingin bertanya terutamanya dalam aspek upgrading mesin-mesin pengimbas sepertimana Yang Berhormat nyatakan tadi.

Jadi soalan saya, adakah kementerian memastikan sistem pengimbas AI di terminal kargo ini sentiasa dikemas kini serta menjalani ujian keupayaan secara berkala supaya sistem tersebut mampu mengesan kaedah penyeludupan yang sekarang ini kita lihat lebih canggih memandangkan taktik penyeludupan semakin berubah dan sukar dikesan.

Dan sejauh manakah, mungkin reinforcement, mungkin jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi tadi. Sejauh manakah penglibatan pegawai pemeriksa masih dikekalkan dalam proses pemeriksaan kargo, khususnya bagi penghantaran yang dikenal pasti berisiko tinggi dan adakah kementerian mempunyai prosedur khusus sekiranya keputusan pengimbas AI bercanggah dengan penilaian pegawai bertugas? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih, Kuala Pilah. Yang sebenarnya sebagaimana yang saya katakan tadi, Yang di-Pertua, bahawa daripada pengamatan bahawa mesin yang di syor daripada SPRM itu untuk memasukkan AI ini, memang dia orang, saya perhatikan di sana memang dalam peringkat permulaan.

Masih dalam collecting data dan untuk supaya AI ini lebih cekap lagi supaya dapat mengenali. Terutama sekali sekarang ini macam di airport, semua yang keluar daripada Malaysia masuk kapal terbang, semua kena scan, mesti, wajib.

Jadi bila masuk negara sahaja MAG dan Pos Malaysia untuk import pun check juga tapi ada 4 buah itu dia tak payah check untuk import. Jadi dari segi mesin ini tadi, itulah daripada apa yang juga feedback, mesin ini rasanya terutama sekali untuk melihat macam dadah dan sebagainya, memang ada sekarang ini mesin yang boleh jauh lebih detail lagi, boleh membezakan. Saya contohlah, antara tepung susu dengan dadah. Dia go to the level of molecular, dia punya diffraction dia boleh check semua pengimbasan dia. Jadi, rasanya that is something rasanya perlu kita buat.

Kita kena upgrade sistem kita itu, pengamatan sayalah.

Jadi, keduanya, begitu juga yang di airport tadi ada saya lihat bahawa mereka masih dalam stage mengumpulkan maklumat. Ada yang satu itu baru dalam 15,000 data baru masuk untuk AI itu, memang dah dibuat sesuatu sekarang ini dan ada yang satu mesin itu dalam 8,000 data sedang pun di collect untuk memperkemaskan AI tersebut. Namun memang betul campur tangan kita sebagai personel di situ, pengalaman, kompetensi itu memang mainkan peranan YB, memang.

Walaupun sepertimana yang kita lihat, kadang-kadang apa yang— contohlah, yang saya lihat itu di mana mereka bila masuk itu kadang-kadang dia tak boleh perhatikan kena menimbulkan anomali, menimbulkan keraguan maka mereka ada kawasan untuk dibongkar, dilihat semua one-by-one. Namun mesin ini sampai diberitahu kepada saya bahawa contohlah ya, di negara Australia sampai ke tahap mesin dia orang ada tiga layer, sampai to the level boleh tengok mesin itu sampai 360 degrees. Jadi untuk lebih tepat lagi untuk melihat content— content dalam kargo tersebut yang diragui ini. Jadi, rasanya di sini memang kedua-duanya perlu AI membantu sebagai pengimbas permulaan dan ini pun perlu di-upgrade. Selepas itu lagi, kompetensi ini memang dengan pengalaman mereka especially orang lama-

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

lama lagilah berpengalaman melihat, mengenali perkara-perkara yang, apa yang di dalam kargo ataupun dalam beg-beg kabin kita. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima, dipersilakan Yang Berhormat Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Yang Berhormat Betong.

draft • 10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Soalan Betong nombor 5.

draft • 10:50 AM

5. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan keberkesanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

(JKKSK) Sarawak mempercepat verifikasi kes anak tanpa dokumen (2024–2026) serta jumlah permohonan disyorkan yang kini telah mendapat kelulusan muktamad kementerian.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab soalan tersebut.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Betong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan peringkat negeri Sarawak merupakan satu mekanisme kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak yang ditubuh bagi meneliti, membuat verifikasi dan memudah cara permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan muktamad dan pertimbangan permohonan kewarganegaraan ini kekal di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, pendekatan kerjasama ini di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ini bertujuan untuk memastikan pengurusan permohonan yang lebih eksklusif, lebih adil serta membantu mempercepatkan verifikasi kes serta sebagai langkah mengurangkan isu kewarganegaraan di kalangan kanak-kanak di Sarawak.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tempoh 2024 hingga September 2026 Yang Berhormat, sebanyak 722 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A di bawah Perlembagaan Persekutuan telah diterima di Sarawak.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 306 kes telah mendapat keputusan muktamad kementerian iaitu 225 kes telah diluluskan manakala 18 kes telah ditolak. Manakala

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

sebanyak 416 permohonan masih dalam proses dan kes-kes berkenaan akan dibawa untuk pertimbangan dan keputusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan peringkat negeri Sarawak pada tahun ini, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Betong, soalan tambahan anda.

draft • 10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan itu tadi. Dato' Yang di-Pertua, isu kanak-kanak tanpa dokumen dan anak yang tidak sah taraf yang masih menunggu keputusan permohonan kewarganegaraan ini bukan sekadar isu dokumentasi tetapi turut melibatkan hak asasi, kebajikan dan masa depan mereka.

Jadi, dalam tempoh menunggu keputusan di bawah Perkara 15A ini adalah penting supaya anak-anak ini tidak tercicir daripada akses pendidikan, kesihatan dan juga perlindungan sosial. Jadi, soalan tambahan saya, apakah penyelarasan dasar interim yang dibuat antara KDN bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan untuk menjamin hak akses kanak-kanak tanpa dokumen ini kepada pendidikan formal dan fasiliti kesihatan awam tanpa dikenakan caj warga asing sementara kita menunggu kelulusan di bawah yang muktamad di bawah Perkara 15A ini.

draft • 10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dan apakah bentuk sokongan sekiranya ada dari segi kebajikan ataupun perlindungan sosial yang disediakan oleh kerajaan bagi anak-anak jagaan ataupun foster care tadi dan anak yang tidak sah taraf yang status kewarganegaraannya masih dalam proses tergantung? Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara kita bertanggungjawab mengurus permohonan kewarganegaraan berdasarkan peruntukan undang-undang semasa yang sedang berkuat kuasa Yang Berhormat.

Akses kepada pendidikan formal dan perkhidmatan kesihatan awam adalah tertakluk kepada dasar, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh kementerian dan agensi berkenaan.

draft • 11:00 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Maknanya bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi, sehubungan dengan itu Yang Berhormat, sebarang kemudahan akses kepada pendidikan dan juga perkhidmatan kesihatan, termasuklah perkara berkaitan dengan caj rawatan, ini sebenarnya hendaklah kita rujuk kepada kementerian berkenaan kerana ia merupakan bidang kuasa kementerian atau jabatan berkenaan.

Begitu juga bagi aspek kebajikan dan perlindungan sosial kanak-kanak.

Kanak-kanak yang memerlukan perlindungan ini sebenarnya Yang Berhormat boleh merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menilai dan tindakan lanjut berdasarkan keperluan dan juga kelayakan masing-masing tanpa menjejaskan proses penentuan status kewarganegaraan mereka.

Apa pun kerajaan akan terus pastikan supaya urusan kewarganegaraan ini dilaksana secara teratur, teliti selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada dan mengambil kira kepentingan kebajikan kanak-kanak yang terlibat.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 11:00 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

Saya Sabtu lepas baru melawat Dar Al-Islah Islamic School di Perlis yang menjadi tempat perlindungan anak-anak stateless ni dan di situ ramai yang— dah ada yang berpendidikan tinggi, dah bekerja sebagai guru mengajar di situ dan juga ada yang dah hafal sehingga 11 juzuk dan ada banyak yang profesional.

Soalan saya, memandangkan keberkesanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sarawak yang telah mempercepatkan verifikasi kes anak-anak stateless tadi, adakah KDN bercadang mewujudkan mekanisme khas yang sama di negeri Perlis dengan kerjasama JPN, imigresen, JKM dan NGO seperti Dar Al-Islah Islamic School tadi bagi mempercepatkan status kewarganegaraan anak-anak stateless, termasuk mereka yang telah mendapat pendidikan tinggi dan menghafal Al-Quran sehingga 11 juzuk serta menetapkan sasaran tempoh penyelesaian agar kes mereka tidak terpinggir dan berpeluang menyumbang kepada negara? Sekian, assalamualaikum warahmatullahi.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Dr. Speaker, sahabat saya Padang Besar. Anugerah kewarganegaraan ini Yang Berhormat, ini anugerah tertinggi kerajaan dan hanya akan diberi kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, permohonan kewarganegaraan ini adalah di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedia berkuat kuasa.

Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri dan Premier Sarawak, dia telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan peringkat negeri Sarawak atas permintaan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai satu mekanisme kerjasama untuk mempercepatkan proses dan verifikasi permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A sahaja, di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri.

Memandangkan permohonan kewarganegaraan untuk kategori ini agak tinggi, khususnya di Sarawak Yang Berhormat, pendekatan ini ia tidak melibatkan sebarang kerjasama dengan lain-lain agensi ataupun NGO. Kita sangat teliti perkara ini, tak melantik mana-mana NGO ataupun pertubuhan individu untuk menguruskan proses kewarganegaraan. Sangat teliti Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, jika Yang Berhormat ada isu dan perkara-perkara yang dibangkitkan tadi, kita boleh membantu dan kemukakan kepada kementerian, kepada saya umpamanya insya-Allah, kita akan cari jalan, permudahkan dan jika ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, insya-Allah ia tidak akan ada masalah.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang berikutnya.

Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Yang Berhormat Bandar Kuching. Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Kurangkan gula, kurangkan garam; Soalan saya nombor 6.

draft • 11:00 AM

6. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah kementerian untuk memastikan pendekatan menangani penyakit tidak berjangkit merangkumi bukan sahaja langkah fiskal dan kawal selia tetapi juga literasi pemakanan, aktiviti fizikal, keterjangkauan makanan sihat, reformasi produk dan perubahan tingkah laku pengguna.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua, sahabat saya Bandar Kuching. Ya, saya sangat— Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekali lagi salam MADANI. Saya sangat selesa dengan penumpuan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini dan juga di luar ruang awam yang mutakhir ini menjurus kepada hal yang terkait dengan pandemik penyakit-penyakit tidak berjangkit ataupun penyakit-penyakit kronik, tiga empat serangkai ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menjawab soalan ni terus dengan menerangkan betapa dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, satu daripada enam kita dewasa mengalami kencing manis type 2, satu dalam tiga kita darah tinggi, satu dalam tiga tinggi kolesterol dan satu dalam dua, sama ada berat badan berlebihan yang telah saya sebutkan dalam soalan ketiga tadi ataupun obes ya.

Dengan suasana dan dengan senario kesihatan yang seperti itu di seluruh negara ni Dato’ Sri Yang di-Pertua, apa yang mustahak untuk saya sebutkan beberapa pendekatan kami bagi menangani kos langsung sejumlah RM14.4 bilion indirect cost di hospital-hospital kami, fasiliti kami dan the loss of productivity negara dengan pekerja tak datang bekerja (absenteeism), datang tapi tak boleh bekerja dan yang ketiga adalah mati secara pramatang ataupun dikatakan premature death, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua.

Lalu dasar pertama yang kami telah lakukan it is a multi-pronged approach, serampang beberapa mata Dato’ Sri Yang di-Pertua. Pertama adalah dasar fiskal kawal selia ya. Kerajaan telah melaksanakan cukai eksais ke atas minuman bergula bermula dari penggal pertama sekali lagi saya telah memulakan ini dalam Julai 2019 kadar 40 sen seliter yang dinaikkan kepada 50 sen pada 2024 yang kita terus naikkan kepada 90 sen pada 2025 ya. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan pengambilan gula serta menggalakkan reformulasi produk supaya industri mereformasi produk-produk mereka dan juga KKM sedang membangunkan satu lagi

draft • 11:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

sistem pelabelan yang disebutkan sebagai Nutri-Grade Malaysia yang membantu pengguna membuat pilihan minuman dan makanan yang lebih sihat.

Kedua adalah pendidikan dan perubahan tingkah laku. KKM memperkukuhkan literasi ataupun kecelikan pemakanan melalui media massa, platform digital dan juga aktiviti-aktiviti komuniti antara lainnya seperti KiBaR, satu inisiatif baru KiBaR (kira, bakar dan rekod) kalori sepertimana yang telah saya sebutkan di mana kalori yang tidak dibakar menjadi disimpan akhirnya sebagai lemak dan yang ini yang menjadi masalah berat badan dan juga obesiti yang telah saya sebutkan dalam soalan lebih awal tadi, turut meningkatkan kesedaran tentang pengambilan kalori dan keseimbangan tenaga Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Kerjasama dengan industri. KKM berkerjasama dengan industri untuk memperluaskan pilihan makanan yang lebih sihat melalui beberapa program Dato’ Sri. Antara lainnya program hidangan lebih sihat (healthy dining), program yang disebutkan sebagai HDP. Restoran digalakkan menawarkan menu rendah kalori, gula dikurangkan dan juga garam.

Sehingga Oktober 2026, sebanyak 21 syarikat Dato’ Sri dan restoran yang melibatkan 390 menu telah menerima pengiktirafan. Kita ada juga program namanya Mai Kurang Gula, Kurang Garam dan Kurang Kalori turut kita galakkan dari segi penyediaan hidangan lebih sihat, berkerjasama dengan industri. Ini pun satu yang kita libatkan industri untuk berkerjasama bagi mengurangkan garam dan gula.

Saya boleh sebutkan beberapa company besar yang telah terlibat sama dengan kami yang menyedia–– yang membuat penyediaan jutaan resipi yang–– maaf, jutaan hidangan yang mereka bat setahun tetapi telah kita libat urus dengan mereka dan mereka bersedia untuk mengurangkan garam dan gula dan sebagainya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, lalu yang lain aktiviti fizikal, saringan dan pengukuhan perundangan. KKM menggalakkan aktiviti fizikal melalui pendidikan kesihatan dan juga program-program komuniti di samping memperkukuh saringan, pengesanan awal dan juga pengurusan NCD supaya individu berisiko mendapat intervensi yang wajar dan awal ya.

Selain itu, KKM turut memperkukuh dasar pemakanan melalui pendekatan perundangan, termasuklah pembangunan akta pemakanan Malaysia bagi menyokong persekitaran pemakanan yang lebih sihat.

draft • 11:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kesimpulannya Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua, menangani NCD memerlukan kerjasama seluruh kerajaan dan saya mulakan dengan Ahli-ahli Yang

draft • 11:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Berhormat dalam Dewan ini dan juga wakil-wakil rakyat yang lain untuk bukan sahaja menuntut pembangunan fasiliti-fasiliti, hospital dan sebagainya di kawasan masing- masing tetapi melibat urus rakyat mereka supaya mereka diberikan kecelikan, diberikan literasi khususnya dalam program kami ANMS (Agenda Nasional Malaysia Sihat). Pertama, itulah dasar literasi, dasar kecelikan kesihatan kebangsaan. Itu kita mula dengan itu.

Tahu dan kemudiannya bertindak tetapi masalahnya tahu tetapi tidak bertindak, ini satu lagi yang kita terpaksa tangani dengan pendekatan kami, BI ataupun behavioral insight alat terakhir untuk merubah modifikasi rakyat dan manusia supaya lebih cenderung kepada hidup sihat dan healthy living dan juga penuaan yang sihat, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Akhirnya, kesimpulan menangani NCD memerlukan kerjasama seluruh kerajaan, industri komuniti dan rakyat. Keutamaan kita bukan sekadar untuk merawat penyakit tetapi mengelakkan rakyat akhirnya perlu datang mencari rawatan penyakit.

Jom kita beralih daripada penjagaan ataupun rawatan penyakit kepada penjagaan kesihatan which sebenar-sebenarnya adalah the real healthcare, Dato’ Sri Yang di- Pertua. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila Yang Berhormat Kuching untuk soalan tambahan anda.

draft • 11:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih Menteri atas jawapan yang komprehensif tersebut.

Saya memang menyokong semua langkah-langkah dan juga program literasi tersebut tetapi isunya bukan literasi atau kesedaran. Isu adalah tabiat. Saya rasa rakyat semua tahu gula dan semua itu memang tidak baik untuk kesihatan.

Jadi, soalan saya sebenarnya kita juga kena kawal tabiat yang tidak baik untuk kesihatan. Jadi, soalan saya. Pada Disember 2025, sebenarnya Menteri telah sendiri katakan bahawa larangan vape bukan soal jika tetapi bila dan MJM akan dibentangkan pada awal 2026 dengan sasaran pelaksanaan pada pertengahan 2026.

Jadi, saya nak tanya, apakah perkembangan langkah tersebut? Adakah MJM telah dibentangkan dan bilakah tarikh sebenar pelaksanaannya? Sebab ini langkah yang saya sangat sokong.

Kedua, adakah kementerian bersedia mendesak agar sebahagian hasil cukai kesihatan termasuk cukai tembakau di-ring-fence untuk kesihatan awal dan

draft • 11:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

pencegahan NCD dan juga adakah label lampu isyarat atau gred A hingga D akan diwajibkan pada makanan dan minuman berbungkus? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Bandar Kuching yang sangat peka. Beliau sendiri adalah seorang doktor. Jadi, adalah mustahak ya untuk kita tahu bahawa akhirnya ia bukan hanya berkisar soalan pengetahuan ataupun kecelikan atau literasi ia mesti beralih kepada modifikasi tingkah laku, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Ini menjadi cabaran besar kepada saya dan kita telah mengambil pendekatan behavioral insight namanya dengan pendekatan apa yang diistilahkan sebagai menyinggul, memujuk atau dalam bahasa Inggeris nya the nudging strategy untuk rakyat apabila membuat pilihan, membuat pilihan yang paling cenderung kepada kesihatan.

Tetapi ia juga terlibat kepada persoalan availability, accessibility dan affordability. Dia mesti ada bahannya itu di situ, minuman, makanannya. Dia mesti satu yang bersifat mampu dibeli dan juga pada waktu kekangan-kekangan itu hal-hal itu ataupun bahan-bahan itu sedia ada. Itu cabaran daripada perspektif must be the whole-of-government. Bukan sahaja KKM untuk membuat persediaan perkara- perkara tersebut, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Bandar Kuching, kita sedia— mungkin Bandar Kuching sedia maklumi dari sudut yang ditindik daripada cukai rokok itu tidak ada tetapi yang jelas kami dapat peruntukan adalah pada tahun 2025, KKM mendapat apa yang dikatakan sebagai menerima peruntukan sebanyak RM25 juta daripada kutipan eksais duti minuman bergula, the sugar sweetened tax itu, Dato’ Sri Yang di-Pertua yang kita perkenalkan.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Maka, kita mendapat RM25 juta yang mana RM21 juta adalah pada pembelian ataupun untuk peruntukan SGLT2 Inhibitors yang saya sebutkan dalam soalan yang pagi tadi di mana ia adalah satu pendekatan therapeutics khususnya bagi mereka yang berada type two diabetes yang juga berdepan dengan cabaran kardiovaskular, serangan jantung dan juga CKD (chronic kidney diseases) yang lebih dapat ditangani dengan SGLT2 Inhibitors.

Itu satu yang kita mendapat RM21 juta dan juga dalam hal advokasi perang ke atas gula, war on sugar kita mendapat RM4 juta. Jumlahnya adalah RM25 juta.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sementara itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, bagi tahun 2026 KKM telah menerima peruntukan sebanyak RM18 juta daripada kutipan eksais minuman bergula bagi tujuan— Maaf. Itu telah ya kita sebutkan dan itu telah saya sebutkan ya. Maaf. Bukan. Ia adalah RM18 juta. There’s a repeat of this. Tetapi saya ingat mustahak untuk kita dapatkan. Kita ada mendapat kembali dalam RM25 juta yang kita belanjakan untuk kedua-dua diabetes terapi SGLT2 dan juga usaha kita untuk memerangi gula, war on sugar itu.

Adapun dari sudut yang disebutkan sebagai lampu isyarat tadi ataupun our traffic light procedures ataupun measures atas Nutri-Grade yang akan kita perkenalkan. Inisiatif sistem penggredan gula atau Nutri-Grade, dengan izin sedang dalam proses pewartaan bagi pindaan Peraturan-peraturan Makanan 1985, akta itu.

Untuk makluman, serantau awam. Maaf, maaf. Untuk saya sebutkan untuk makluman semua, apa yang telah kita lakukan, kita telah juga membuat pelabelan penggredan kandungan gula— Ya. Kita juga mengambil tindakan ini serantau, Dato’ Sri Yang di-Pertua dalam perdagangan notifikasi kepada pertubuhan perdagangan dunia yang telah tamat pada 3 Ogos 2026. Manakala kita melihat kembali untuk meneruskan cadangan tersebut.

Draf peraturan yang telah diumumkan kini sedang melalui semakan dan kita akan di pihak tertinggi pengurusan PKKM sebelum dikemukakan kepada PUU kami dan juga akhirnya kepada AGC sebelum November 2026. Itu adalah tindakan bersifat serantau, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, isu ini melibatkan semua kita dalam Dewan ini, 222 orang tanpa kecuali.

Jadi, ia sangat besar dan seperti yang disebutkan oleh Menteri tadi, ia juga melibatkan produktiviti. Kalau warga emas 60 tahun ke atas ramai yang termasuk di dalam golongan yang berisiko tinggi ini tetapi sekarang ini masalahnya makin muda ada yang kena strok, ada yang sakit jantung dan sebagainya. Ada yang kena dialisis.

Jadi, soalan saya. Adakah KKM mempunyai roadmap yang komprehensif, benar-benar komprehensif untuk memulihkan sindrom ‘sweet tooth’ of the Malaysian masses? Atau nak retraining of the taste buds. Kalau orang Melayu panggil apa kot, melatih semula tekak kot ya. Rakyat Malaysia masses yang— Saya setuju apa yang disebutkan oleh Menteri tadi tetapi kita yang masalah sekarang is the will power of the people, will power of the leaders, will powers of all the community leaders dan

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

juga ia melibatkan Menteri sendiri suka whole-of-nation, whole-of-society semua kementerian, termasuklah daripada awalnya Kementerian Wanita— wanita mengandung, ibu yang mengandung dia tahu apa yang baik untuk dia dan yang akan diperturunnya kepada baby, bayi dia dan juga anak, taska, tadika, sekolah, IPT.

Contohnya, Menteri ya. Kita punya budaya. I’m talking about the sweet tooth syndrome Malaysian apa, style. Cekodok itu dah sedap. Kenapa nak cicah sos?

Keropok itu dah sedap. Kenapa nak guna sos lagi, nak cicah sos lagi? Benda macam itu dia memerlukan perhatian bukan sahaja peringkat di atas tetapi memerlukan kementerian KPKT, pendidikan, NGO-NGO, influencers semua orang termasuklah students, bakal-bakal ibu, bakal-bakal bapa. So, adakah roadmap with your smart goals, your timeline yang serius, KPI 2030 berapakah gula, consumption gula yang akan kurang oleh rakyat Malaysia? Garam oleh rakyat Malaysia dan sebagainya.

Sebab yang tadi adalah taktikal, the budaya sendiri itu. Sweet tooth syndrome. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kapar yang selalu membangkitkan isu-isu yang terkait dengan kesihatan juga. Saya kira setelah saya tegaskan daripada setiap kali saya menjawab persoalan yang terkait dengan NCDs ataupun penyakit pandemik kerana penyakit tidak berjangkit ini yang pastinya bermula daripada beberapa faktor-faktor risiko yang telah saya sebutkan.

Tapi pagi ini, Kapar membawa pendekatan sweeth tooth pula. Jadi, sweeth tooth ini kalau boleh saya berikan sikit komentar saya adalah pada akhirnya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, ia terkait dengan apa yang dikatakan sebagai tabiat rakyat kita yang itulah, yang menyebabkan satu dalam enam orang dewasa diabetes dan dia tidak hanya begitu, juga satu dalam tiga mengalami tekanan darah tinggi ataupun hypertension. Kedua-dua ini membawa serious implikasi kepada serangan jantung dan juga cardiovascular accident atau stroke, serangan ahmar dan sebagainya. Itu tidak termasuk hal yang lain telah saya sebutkan. Maka, sebenarnya kita ada satu comprehensive roadmap yang menggarap persoalan pandemik ini. Setiap satu bukan sahaja dari sudut yang saya sebutkan tadi dari sudut regulatori fiskalnya, dia bukan sahaja dari sudut tabiatnya, bukan sahaja dari sudut pharmacological

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

intervention-nya sepertimana yang saya telah sebutkan tentang GLP–1 pagi tadi, tetapi juga SGLT2 inhibitors yang telah baru saya sebutkan dalam soalan ini.

Tetapi, yang paling mustahak, Dato’ Sri Yang di-Pertua, adalah pendekatan BI yang saya telah kerap menyebutkan. Ini mungkin Kapar perlu menyelami dengan lebih— behavioural insights ini adalah sebenarnya bukan datang daripada pakar- pakar perubatan, ia adalah behavioural datang daripada tiga pemenang Nobel laureates yang memenangi Nobel laureates (economics) daripada apa yang dikatakan sebagai the behavioural insights— daripada behavioral economics sebenarnya. Inilah dia saya selalu sebutkan sebagai alat terakhir manusia untuk melakukan perubahan tingkah laku.

It is the last, dengan izin, the last human tools, Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk kita lakukan perubahan tingkah laku manusia khasnya terkait dengan penjagaan kesihatan diri, yang mana choice ataupun pilihan itu lazimnya dia tahu, sepertimana yang Bandar Kuching sebutkan. Tahu sahaja tak cukup, Dato’ Sri Yang di-Pertua— adalah bagaimana kita sebagai sebuah kerajaan mengizinkan rakyat membuat pilihan yang terbaik dan itu dibuat kerana mereka punya keupayaan (affordability), punya pilihannya (choice), accessibility dan apa yang dikatakan sebagai dalam masa tekanan-tekanan hidup itu, perkara itu ada.

Jadi, behavioural insights ini dipergunakan dengan pendekatan the nudging strategy. Nudging strategy inilah yang mungkin Kapar perlu juga dalami supaya— kami telah menggunakan nudging strategy ini dalam semua kempen kami. Dulu hanya sekadar perang— perang gula, perang garam, perang smoke, asap dan juga perang sedentaries, perang stigma. Ada lima 5S yang kita perang.

Tetapi, hari ini kita telah kembali untuk memerhatikan untuk keberkesanannya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, dia memerlukan satu pendekatan yang disebut sebagai behavioural insights (BI) yang mengambil pendekatan nudging, dalam bahasa mudahnya, dalam bahasa Melayunya dikata menyinggul. Saya pun jarang-jarang dengar istilah itu. Memujuk dan mendapatkan rakyat untuk bersama dengan kami, kempen-kempen yang kita lakukan.

Pada akhirnya, untuk menangani pandemik penyakit-penyakit tidak berjangkit ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang merupakan cabaran lebih besar daripada penyakit berjangkit. Seperti saya sebutkan kerapnya 37,000 tewas, maut dalam dua tahun, virus SARS-CoV-2 dalam penyakit COVID-19, tetapi setiap tahun makin ramai, Ahli- ahli Yang Berhormat tidak sedar, kita terkorban sebanyak 96,000 rakyat mati akibat NCDs di negara kita ini. On the DOSM— data DOSM yang menyebutkan bahawa

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

kurang lebih daripada 190,000 yang meninggal setiap tahun, 70 peratus daripada itu adalah perubatan, daripada perubatan, kes-kes perubatan itu, 70 percent of the perubatan case adalah akibat daripada penyakit tidak berjangkit, Dato’ Sri Yang di- Pertua.

Terima kasih atas peluang ini.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Tangga Batu nombor 7.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab. Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

7. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan:

(a) strategi RISDA menangani kemerosotan pengeluaran getah negara meliputi peningkatan produktiviti pekebun kecil, penanaman semula getah tua, kebun tidak bertoreh, kekurangan penoreh dan penyakit; dan

(b) sasaran produktiviti getah pekebun kecil menjelang 2030.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui RISDA menangani kemerosotan pengeluaran getah negara secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti, penanaman semula getah tua, pengaktifan kebun tidak bertoreh, menangani kekurangan penoreh serta kawalan penyakit tanaman.

Bagi meningkatkan produktiviti, RISDA telah melaksanakan program Pengeluaran Hasil Getah Matang (PHGM) melalui penyediaan input seperti baja, peralatan menoreh, barang rangsangan lateks dan penyelenggaraan. Usaha ini diperkukuhkan lagi melalui FASGET, pemasaran getah bergerak, pemasaran berkelompok serta pendekatan pembeli getah utama bagi memudahkan pemasaran dan membantu pekebun kecil memperoleh harga getah yang kompetitif.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Seterusnya, RISDA akan melaksanakan program pengeluaran getah MADANI sebagai strategi berasaskan pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil. Bagi penanaman semula pula, RISDA melaksanakan program tanam semula getah bagi menggantikan pokok getah tua dan tidak lagi ekonomik dengan tanaman berkualiti serta klon penghasilan tinggi.

Langkah ini bertujuan memastikan kesinambungan kawasan tanaman getah di samping meningkatkan potensi produktiviti dan pengeluaran pekebun kecil.

Pada masa yang sama, kebun terbiar dan tidak bertoreh yang masih berpotensi dipulihkan melalui Program Pemulihan Kebun Getah Terbiar supaya dapat diusahakan semula dan kembali menyumbang kepada pengeluaran getah negara.

Bagi menangani kekurangan penoreh, RISDA memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran dan kecekapan penorehan serta menggalakkan penglibatan tenaga kerja dalam aktiviti penorehan bagi memastikan lebih banyak kawasan getah matang dapat diaktifkan dan ditoreh secara berterusan. Dalam aspek penyakit pula, RISDA menyediakan bantuan rawatan penyakit getah bagi menangani antara penyakit luruhan daun dan penyakit akar putih di samping khidmat nasihat dan bimbingan teknikal kepada pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua, menjelang 2030, RISDA menyasarkan produktiviti getah pekebun kecil mencapai 1,500 kilogram sehektar setahun bagi menyumbang kepada aspirasi pengeluaran getah negara sebanyak 1 juta tan metrik setahun.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kita beruntung pada pagi ini. Kita ada Pengerusi RISDA di dalam ini.

Yang Berhormat Tenggara kalau nak komen, satu minit.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua bagi laluan. Sebenarnya ada lagi beberapa perkara yang kita tengah usahakan, ikhtiarkan. Semuanya untuk kesejahteraan pekebun kecil seluruh negaralah seramai lebih kurang 518,000 orang pekebun kecil. Jadi, insya-Allah, kita akan terus berusaha untuk kebaikan pekebun kecil kita termasuk juga ramainya dalam kalangan masyarakat orang asli. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tangga Batu, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih kepada Pengerusi RISDA.

Baik, saya setuju je semua apa yang diberikan penjelasan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tapi, permasalahan pokok kita adalah kalau kita lihat statistik daripada 2021 kepada 2025, kita punya hasil pengeluaran getah kita daripada 514,000 tan, dia merosot kepada 336,000 tan pada tahun 2025, iaitu sebanyak 34 peratus ataupun satu pertiga. Jadi, sepatutnya apa yang dilakukan, Yang Berhormat Menteri, sepatutnya kita punya produksi getah meningkat, tapi tak meningkat.

Jadi, bagi saya penanaman semula sahaja belum menjamin peningkatan pengeluaran sekiranya masalah kekurangan tenaga penoreh dan kebun tidak ditoreh masih berterusan. Apakah sasaran keluasan kebun tidak ditoreh yang akan diaktifkan semula dalam tempoh 12 bulan dan berapakah peningkatan pendapatan bersih bulanan kepada pekebun kecil yang disasarkan? Kita mahu kejayaan diukur berdasarkan hasil getah dan pendapatan pekebun kecil, bukan sekadar jumlah peruntukan dibelanjakan atau hektar yang ditanam semula. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan jawab.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman semua, memang betul. Kadar penurunan pengeluaran getah tahunan kita menurun sehingga 3,200 metrik tan dalam setahun.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Namun begitu untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan kita di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan juga Kementerian komoditi sentiasa mencari usaha bagaimana kita nak meningkatkan produktiviti. Maksudnya meningkatkan kembali getah ini sebagai komoditi utama dalam negara kita.

Sebab itu seperti yang saya jawab tadi banyak pendekatan yang kita guna Yang Berhormat, salah satu penanaman semula tanaman getah yang kita tingkatkan ya. Kalau untuk tahun ini untuk RMK12 hari itu kita target 20,000 hektar tetapi kita dapat dalam lingkungan 14,000 hektar.

draft • 11:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Untuk RMK13, kita menyasarkan 50,000 hektar untuk penanaman baru getah. Kita target dalam lingkungan 50,000 hektar lagi ya, yang kita menjangkakan kita target every year dalam lingkungan 10,000 hektar.

Namun, selain daripada itu kita juga memulihkan kebun-kebun yang tidak bertoreh, yang mana keluasannya agak tinggi Yang Berhormat, 119,851.44 yang melibatkan 82,488 peserta yang mana banyak program dan aktiviti khasnya dalam tindakan RISDA iaitu pengeluaran getah matang.

Maksudnya kita memberi pendedahan, mengenal pasti kebun-kebun yang tak ditoreh ya, tak ditoreh dan kita memberi pendekatan win-win situation yang mana RISDA menggunakan RISDA Plantation bekerjasama dengan pekebun-pekebun kecil untuk menoreh kebun-kebun getah yang terbiar. Setakat ini kita telah pun berjaya membangunkan lebih 1,000 hektar. Kita dapat memulihkan kebun-kebun terbiar ini untuk makluman Yang Berhormat.

Dengan pendekatan win-win situation yang mana kalau betul-betul pekebun kecil tu tidak mahu menoreh, RISDA Plantation akan mengambil alih yang mana kita akan membagi pulangan ataupun pendapatan itu bersama dengan pekebun- pekebun kecil. Dan pilihan kedua, kita pulihkan kita serahkan balik kepada pekebun kecil dengan menggunakan kaedah pengeluaran getah matang. Bantuan-bantuan seperti input-input pertanian ni, baja dan sebagainya telah kita gunakan.

Di samping itu juga, dalam usaha kita meningkatkan pengeluaran ini, kita juga menangani isu-isu pekebun-pekebun kecil terutamanya dari sudut harga dengan memperkenalkan anchor buyer tadi, RISDA sebagai pembayar utama. Dan dalam masa yang sama kita membantu dari sudut pemasaran getah-getah pekebun kecil dengan memperkenalkan pemasaran secara bergerak yang mana RISDA Plantation akan pergi ke kebun-kebun untuk collect semua hasil-hasil getah yang dikeluarkan pekebun kecil. Ini sebenarnya sebagai satu galakan, satu motivasi...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

...Untuk meningkatkannya. Dan yang latest ini Yang Berhormat untuk meningkatkan produktiviti, kita juga selain daripada klon, kita juga memperkenalkan sistem torehan baru yang menggunakan teknologi iaitu tapping ya, di batang getah berkenaan. Dan daripada pilot project kita, pilot project kita di Sungai Awap ya, telah membuktikan sistem penorehan itu telah meningkatkan pengeluaran kualiti dan hasil getah secara keseluruhan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, menyentuh mengenai program Fasiliti Pemasaran Getah (FASGET). Inisiatif penyediaan depoh pengumpulan skrap dan lateks ini dilihat sebagai satu langkah intervensi strategik daripada pihak RISDA.

Bagaimanakah mekanisme operasi-operasi depoh-depoh pengumpulan ini secara praktikalnya mampu mengubah dinamik pemasaran di peringkat akar umbi?

Dan sejauh manakah ia benar-benar berkesan dalam memperkukuhkan kedudukan tawar-menawar dan juga manipulasi orang tengah, pekebun kecil kita apabila berhadapan dengan ketidaktentuan harga komoditi pada hari ini? Insya-Allah Timbalan Menteri RISDA Plantantion akan mainkan peranan yang penting untuk membantu pekebun-pekebun kecil, penoreh getah ini. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Tampin atas soalan tambahan tadi. Tuan Yang di-Pertua, salah satu cabaran structure yang sering menjejaskan margin keuntungan pekebun kecil adalah penjualan hasil yang dilakukan secara individu dan kuantiti yang kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kelebihan dalam menentukan harga. Oleh sebab itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui RISDA, RISDA Plantation telah melaksanakan program Fasiliti Pemasaran Getah ataupun singkatannya FASGET.

Di bawah inisiatif ini, RISDA menyediakan depoh pengumpulan skrap dan lateks yang bertindak sebagai pusat sehenti bagi mengumpul keseluruhan hasil keluaran pekebun kecil di suatu kawasan berpusat. Secara mekanismenya hasil yang dikumpulkan itu tidak lagi dijual secara bersendirian sebaliknya akan dipasarkan secara pukal kepada pihak pembeli. Secara praktikalnya pelaksanaan jualan secara pukal melalui kemudahan depoh ini memberi tiga serampang dan impak positif.

(i) pemusatan hasil membolehkan skala ekonomi yang lebih besar dicapai;

(ii) berjaya mengurangkan kos pengangkutan secara mendadak; dan

(iii) pendekatan ini terbukti meningkatkan kecekapan pengurusan logistik dari peringkat ladang hingga ke peringkat pasaran.

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Puan Yang di-Pertua, “Saya mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 3 November 2026.”

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:36 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Saya mohon menyokong.

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:36 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:36 AM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan dan kemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.

draft • 11:36 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Puan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM261,379,298,500 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2027 bagi Maksud-maksud Bekalan B.1 hingga B.15, B.20 sehingga B.28, B.30 sehingga B.31, B.33, B.40, B.42 sehingga B.43, B.45 sehingga B.48, B.50, B.60, B.62 sehingga B.64 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih dari RM85 bilion yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2027 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13 sehingga P.15, P.20 sehingga P.28, P.30 sehingga P.31, P.33, P.42 sehingga P.43, P.45 sehingga P.48, P.50, P.60, P.62 sehingga P.64 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Lampiran A dan Lampiran B, Kertas Perintah 21 tahun 2026 dijadikan Anggaran Perbelanjaan.

draft • 11:38 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Puan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2027 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2027 telah pun dibentangkan. Di samping itu, penjelasan lanjut

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberi dalam Kertas Perintah 21 Tahun 2026 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026.

Dan oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Puan Pengerusi, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM
Kepala Bekalan B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] – Kepala P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2027] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jabatan Perdana Menteri, Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini bermulanya giliran bagi kementerian di Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 iaitu selama 14 hari iaitu sehingga Khamis, 26 November 2026 yang mana 28 kementerian akan melalui Peringkat Jawatankuasa ini.

Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi Peraturan Masyarakat 66(12) iaitu perbahasan hendaklah dihadkan kepada dasar perkhidmatan yang hendak diuntukkan wang itu dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan tetapi boleh menyebutkan butir-butir hasil atau kumpulan wang- kumpulan wang yang dalam bertanggungjawab perkhidmatan itu.

Oleh itu, Ahli Yang Berhormat semasa berbahas Peringkat Jawatankuasa ini perlu menyebut secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat yang ingin bangkitkan. Sepertimana semua sedia maklum, Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas semasa Belanjawan 2027 Peringkat Dasar selama lapan hari. Oleh itu, saya menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk tidak membangkitkan semula isu-isu yang telah dibangkitkan semasa Belanjawan 2027 Peringkat Dasar di Peringkat Jawatankuasa ini dan fokuskan perbahasan spesifik kepada butiran kementerian yang berkaitan Belanjawan 2027.

Dengan mengambil kira masa Peringkat Jawatankuasa selama 14 hari dengan melibatkan 28 kementerian, saya ingin memberikan sebanyak boleh Ahli Yang Berhormat terlibat dalam perbahasan. Maka, setiap pembahas diberikan masa selama lima minit. Saya memohon agar pembahas dapat membahas dalam tempoh masa lima minit kerana seramai 42 pembahas dan empat Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menggulung pada petang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut: YB Bangi, YB Kota Bharu, YB Beaufort, YB Beluran, YB Sri Aman, YB Besut, YB Rasah, YB Masjid Tanah, YB Jempol, YB Muar, YB Pasir Gudang, YB Pengkalan Chepa, YB Puncak Borneo, YB Parit, YB Tuaran, YB Rantau Panjang, YB Seputeh, YB Temerloh, YB Kalabakan, YB Machang, YB Selayang, YB Arau, YB Betong, YB Bagan Serai, YB Kluang, YB Jerlun, YB Keningau, YB Hulu Selangor, YB Penampang, YB Tumpat, YB Batu Gajah, YB Pendang, YB Shah Alam, YB Bakri, YB Kuala Krai, YB Sri Gading, YB Beruas, YB Parit Buntar, YB Batu, YB Sungai Siput, YB Putrajaya dan YB Hulu Langat. Saya menjemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua— Maaf, Puan Pengerusi. Saya mulakan dengan merujuk 050400 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Saya ingin membawa perhatian pihak kerajaan pada satu isu yang pada saya amat membimbangkan iaitu cercaan dan makian yang dilemparkan buat Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan kita di media sosial. Saya tengok Puan Pengerusi, macam-macam yang dilemparkan kepada Mufti kita. Ada yang kata seperti mempersoalkan lantikan beliau dan baru-baru ini adalah lantikan beliau sebagai Ahli Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Saya baca dalam “medsos” Puan Pengerusi, antaranya komen, “Lebai gaji buta, wow! Untung diam-diam, mufti negeri lain tak ada kah? Lagi berkokok derah lepas ini habuan dah masuk mulut”. Macam-macam lagi Puan Pengerusi. Apakah langkah kerajaan untuk menangani penghinaan terhadap Mufti Wilayah Persekutuan ini?

Dan memang kita akui Mufti memang bukan sempurna, bukan maksum tetapi— dan kita juga boleh berbeza pandangan tetapi sekarang ini saya lihat dah tahap penghinaan, Puan Pengerusi dan saya tak boleh terima apa yang saya baca di media sosial ini. Jadi, saya berharap pihak kerajaan lakukan sesuatu dan saya nak tahu, apakah yang pihak kerajaan akan lakukan untuk menangani isu ini?

Seterusnya saya menuju kepada kod 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian atau pihak kerajaan, bila Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 atau Akta 878 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun lepas, bila ia nya akan berkuat kuasa? Seperti kita tahu, akta ini akan menambah baik peruntukan undang-undang dalam Akta Bantuan Guaman 1971 dan juga memperkenalkan peruntukan baru berkaitan

draft • 11:44 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

dengan apa yang disebut sebagai pembelaan awam iaitu perwakilan guaman dalam kes-kes jenayah.

Di samping itu, akta ini juga akan meluaskan lagi skop bantuan guaman yang boleh diberikan untuk meliputi kes-kes penguatkuasaan, award tribunal, tuntutan pengguna Malaysia dan juga kes-kes semakan kehakiman dan rayuan melibatkan industrial relations, dengan izin dan juga perburuhan.

Jadi Yang di-Pertua — Maaf, Puan Pengerusi, saya sudah berkali-kali dalam Dewan ini membangkitkan mengenai akses kepada keadilan atau access to justice, dengan izin dan penggubalan Akta 878 ini telah membuktikan bahawa Kerajaan MADANI ini sebenarnya meletakkan access to justice ini, dengan izin sebagai satu prinsip yang cukup suci dan perlu dimaknai. Oleh itu, saya ingin mendapat tahu daripada pihak kerajaan, apakah garis masa untuk menguatkuasakan akta ini? Dan juga, berapakah yang diperuntukkan untuk pelaksanaan akta tersebut?

Puan Pengerusi, oleh disebabkan Akta 878 ini masih belum berkuat kuasa, maka Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan masih memainkan peranan dan kita tahu di bawah Kerajaan MADANI ini peruntukan untuk YBGK kian meningkat setiap tahun. Contohnya, pada tahun 2023 sebanyak RM12.4 juta telah disalurkan kepada YBGK.

Tahun 2024 pula, kita melihat saluran sebanyak RM21.5 juta yang antaranya adalah untuk membantu melangsaikan hutang-hutang atau tunggakan lama YBGK ini. Manakala untuk 2025 pula, peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM15 juta. Saya ingin tahu, berapakah jumlah yang diperuntukkan dan disalurkan untuk YBGK bagi tahun 2026 ini dan berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk tahun 2027?

Satu lagi perkara Puan Pengerusi yang ingin saya bangkitkan ialah masih mengenai YBGK ini. Saya ada lihat satu pekeliling ataupun satu e-mel kepada peguam YBGK untuk merujuk satu surat bertarikh 15 Mei 2026 yang dikatakan daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri mengenai sekatan peruntukan bagi Perbelanjaan Mengurus (OE) Tahun 2026.

Dan lanjutan daripada surat ini Puan Pengerusi, dikatakan bahawa ini telah mengakibatkan jumlah peguam-peguam YBGK yang disediakan untuk kes-kes yang memerlukan bantuan guaman ini telah berkurangan dan menurut pekeliling tersebut ia nya akan bermula pada bulan ini.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai perkara ini. Adakah benar bahawa terdapat apa-apa pengurangan peruntukan untuk YBGK?

draft • 11:44 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dan sekiranya ada, apakah sebab pengurangan ataupun sekatan tersebut dikenakan? Perkara ini harus dijelaskan Puan Pengerusi kepada umum kerana pada saya, apa-apa pengurangan dana untuk YBGK akhirnya akan memberi kesan kepada golongan rentan yang memerlukan bantuan guaman. Itu saja Puan Pengerusi. Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.

draft • 11:44 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 11:44 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus, tak ada pembukaan.

Butiran 040200 – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP). Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan, khususnya Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi mengenai jumlah perjawatan yang nampaknya tidak berubah daripada tahun 2026 dan 2027 iaitu 5,539 perjawatan sahaja di bawah Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan ini. Saya ingin membangkitkan satu perkara yang menjadi suatu perkara yang amat dilihat serius oleh masyarakat iaitu kekurangan anggota mahkamah, khususnya yang melibatkan perjawatan jurubahasa ataupun interpreter.

Saya ingin merujuk kepada satu kes yang telah berlaku di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, di mana seorang daripada keturunan orang asli kaum Seletar telah dituduh melakukan satu pembunuhan ataupun satu murder di bawah seksyen 302, Kanun Keseksaan, di mana kesalahan ini telah dilakukan pada tahun 2017, pada 21 November 2017.

Tetapi disebabkan oleh masalah-masalah yang berlaku di dalam mahkamah, termasuk ketiadaan jurubahasa orang asli kaum Seletar, menyebabkan tertuduh ini yang jika saya boleh sebut namanya, Jambi anak Cangtanam telah direman selama hampir sembilan tahun dalam penjara di Johor Bahru.

Sehinggalah apabila peguamnya akhirnya membuat satu representasi kepada Peguam Negara. Akhirnya, Peguam Negara bersetuju reduce the charge daripada 302 kepada 304, beliau telah mengaku bersalah kerana tak tahan berada dalam penjara, maka dia terus dibebaskan.

Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri, khususnya saya nak rujuk kepada satu rujukan kenyataan daripada Ketua Hakim Negara.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Sekarang ini, Yang Amat Arif Ketua

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Hakim Negara menyatakan bahawa reman lebih dua tahun sebelum bicara, tidak adil. It is tidak adil kepada orang tertuduh. Katanya, saya quote, “adalah tidak adil jika seorang tertuduh perlu menunggu lebih dua tahun dalam tahanan reman sebelum kesnya dibicarakan”.

Mahkamah tinggi biasanya memberikan perhatian yang jelas kepada perkara ini tetapi urusan yang melibatkan antara jurubahasa mahkamah, itu adalah satu perkara yang cukup penting. Jadi, kita nak dengar daripada pihak kerajaan mengenai perkara ini.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ini laporan beliau telah dibebaskan. Tajuknya, “Surat dari penjara bawa sinar: Jambi bebas selepas hampir sembilan tahun ditahan reman dalam penjara.” Yang Berhormat Puan Pengerusi, perkara kedua yang saya ingin menyebut ialah di bawah Jabatan Peguam Negara iaitu Butiran 10000 dan juga ekoran sehinggalah 40000. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan, khususnya Menteri Undang-undang berhubung dengan penglibatan ataupun keterlibatan jabatan-jabatan di dalam program-program yang dianjurkan oleh kerajaan yang lebih berbentuk politics.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Salah satunya ialah Projek Kampung Angkat MADANI. Kampung Angkat MADANI— okey, kalau sekiranya ia satu projek yang baik, kita terima.

Tetapi kenapa melibatkan jabatan-jabatan yang tidak ada kaitan langsung dengan pembangunan luar bandar, pembangunan infrastruktur? Jabatan Peguam Negara dilibatkan di dalam kampung angkat yang melibatkan pembinaan jalan-jalan raya, jeti-jeti nelayan, padang bola sepak dan sebagainya. Saya nak sebutkan di sini, adakah kerajaan sedar bahawa bebanan yang dipikul oleh pegawai-pegawai di Jabatan Peguam Negara adalah di peringkat yang kritikal dikatakan, pada aspek operasinya.

Tanggungjawab penggubalan undang-undang, volum kes yang terlalu tinggi menyebabkan pegawai-pegawai AGC ini mengendalikan ribuan kes-kes sivil yang melibatkan kerajaan. Itu tak melibatkan kes jenayah lagi. Apakah dasar kerajaan hari ini melibatkan jabatan-jabatan kerajaan dalam bidang yang di luar daripada skop jurisdiction atau bidang tugas mereka? Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Beaufort ingin menyentuh berkenaan maksud Pembangunan 6, khususnya di bawah Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar, 02000 – Menaik Taraf Jalan dan Jambatan, 04801 – Membina dan Menaik Taraf Masjid/Surau dan Institusi Latihan Islam, 93000 – Projek-projek Kecil serta 93500 – Projek Khas. Bagi Beaufort, peruntukan pembangunan ini amat penting kerana ia berkait secara langsung dengan keperluan asas rakyat, khususnya masyarakat luar bandar di Sabah yang masih memerlukan perhatian dari segi kemudahan infrastruktur dan prasarana awam.

Puan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap beberapa permohonan pembangunan yang telah dikemukakan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri pada 27 Ogos 2025. Namun sehingga kini, masih menunggu kelulusan.

Antara permohonan tersebut ialah pertama penyelenggaraan parit di Kampung Sitompok di Kuala Penyu.

Yang kedua, kerja-kerja pembersihan dan pengorekan tanah serta saluran banjir di Kampung Mempakul dan Kampung Kilugus, Menumbok.

Ketiga, penyelenggaraan jalan gravel ke tanah perkuburan Kampung Purak Ogis, Batu Tiga dan Kampung Gilingan Batu Empat, Bundu, Kuala Penyu.

Dan keempat, menaik taraf jalan gravel kepada jalan konkrit di Kampung Kiambu dan Kampung Kiapuk, Kuala Penyu.

Kelima, pembinaan baharu Surau Kampung Bukit Nuri dan Kampung Melikai, Menumbok.

Keenam, Pembinaan bangunan KAFA di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan Kampung Berangkok, Kuala Penyu.

Saya difahamkan permohonan-permohonan ini telah mendapat ulasan serta sokongan pelaksanaan dari pejabat daerah berdasarkan keperluan mendesak masyarakat setempat. Malah, bagi pembinaan masjid, surau dan bangunan KAFA, penduduk kampung telah pun mewakafkan tanah bagi tujuan pembangunan tersebut. Ini bermakna, isu penyediaan tapak telah diselesaikan dan projek-projek ini sepatutnya boleh diberikan pertimbangan sewajarnya. Saya juga telah merujuk permohonan ini kepada ICU Negeri Sabah dan ICU Putrajaya. Namun sehingga kini, ia masih menunggu kelulusan Pejabat Perdana Menteri.

draft • 11:55 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Puan Pengerusi, dalam perkara ini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai mekanisme dan kriteria penilaian yang digunakan oleh ICU dalam mempertimbangkan serta meluluskan permohonan projek di bawah butiran-butiran permohonan ini. Apakah keutamaan diberikan berdasarkan tahap keperluan rakyat, jumlah penduduk yang mendapat manfaat, tahap kesegeraan projek, sokongan pejabat daerah ataupun kesediaan tapak dan aspek teknikal?

Saya berpandangan bahawa projek-projek melibatkan risiko banjir, akses jalan penduduk kampung serta kemudahan pendidikan agama dan rumah ibadat perlu diberikan pertimbangan berdasarkan impak langsung kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, saya ingin meminta Jabatan Perdana Menteri menyatakan secara terperinci. Yang pertama, berapakah jumlah projek dan nilai keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan kepada kawasan P.177 Beaufort bagi setiap tahun bermula tahun 2022 sehingga 2026 di bawah Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar, 02000 – Menaik Taraf Jalan dan Jambatan, 04801 – Membina dan Menaik Taraf Masjid/Surau dan Institusi Latihan Islam, 93000 – Projek-projek Kecil dan 93500 – Projek Khas?

Kedua, berapakah jumlah permohonan yang telah diterima, diluluskan, ditolak dan masih dalam pertimbangan bagi tempoh tersebut mengikut setiap butiran pembangunan? Yang ketiga, apakah faktor utama yang menyebabkan sesuatu permohonan yang telah mendapat sokongan pejabat daerah, masih belum mendapat kelulusan ICU dan apakah tempoh masa lazim yang diperlukan untuk sesuatu permohonan diputuskan? Saya ingin tegaskan bahawa permohonan pembangunan ini bukan sekadar memenuhi kehendak Ahli Parlimen tetapi merupakan keperluan sebenar rakyat di peringkat kampung.

Puan Pengerusi, pembangunan luar bandar bukan sekadar membina jalan, parit atau bangunan tetapi memastikan rakyat mendapat akses yang lebih baik, keselamatan yang terjamin serta kemudahan pendidikan dan keagamaan yang sempurna.

Justeru, saya berharap Pejabat Perdana Menteri dapat memberikan penjelasan yang telus berhubung rekod kelulusan peruntukan kepada Beaufort serta mempercepatkan pertimbangan terhadap permohonan yang masih tertangguh.

Jangan sampai kampung yang benar-benar memerlukan pembangunan terus

draft • 11:55 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

menunggu, sedangkan keperluan asas rakyat sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan. Sekian, Beaufort mohon menyokong.

draft • 11:55 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian untuk membahas B.1, 010000 – Parlimen Malaysia dan B.6, 01000 – Jabatan Perdana Menteri. Kita tahu bahawa tahun depan merupakan tahun penting bagi Parlimen Malaysia.

Tahun depan ini akan bermula satu era baharu keindependenan Parlimen daripada eksekutif, dengan terlaksananya Akta Perkhidmatan Parlimen. Tetapi kalau kita lihat bajet yang diuntukkan bagi Parlimen tahun depan, dia tidak diterjemahkan kepentingan Parlimen dan keindependenan Parlimen bermula daripada tahun depan dalam bajet yang dilakarkan oleh eksekutif, Menteri Kewangan untuk tahun depan.

Kita tidak nampak perubahan yang drastik dari segi jumlah kewangan yang diperuntukkan. Tahun lalu RM183 million, tahun depan ini RM196 million, lebih kurang peningkatan RM13 million, seven percent in percentage. Begitu juga kita tidak melihat sebarang peningkatan dalam jumlah kakitangan, 360 tahun ini dan juga diunjurkan tidak ada peningkatan dari segi kakitangan bagi Parlimen Malaysia. Ini tidak menunjukkan MPP itu. Tidak menunjukkan Akta Perkhidmatan Parlimen dalam bajet yang diolah oleh kerajaan.

Saya ingin tahu, apakah ini unjuran yang nak diperlihatkan oleh kerajaan melalui bajet ini, tetapi tidak meletakkan— kalau kita lihat balasan jawapan daripada Menteri yang menjaga Parlimen dalam penggulungan peringkat dasar, dia meletakkan Parlimen sebagai satu badan yang penting. Akan ada tambahan kakitangan, akan ada drafting committee. Akan ada jawatankuasa-jawatankuasa yang akan mengolah, menyemak dasar dan juga undang-undang yang dibentangkan oleh Parlimen— oleh kerajaan melalui Parlimen ini. Jadi, itu menunjukkan satu kedudukan yang amat tinggi dan penting, tetapi tidak diterjemahkan melalui bajet yang dilakar ini. Jadi, saya ingin penjelasan daripada kerajaan.

Keduanya, Jabatan Perdana Menteri, kita sempat sejak empat tahun yang lalu, kita bercakap tentang peruntukan yang adil. Peruntukan yang adil daripada kerajaan untuk semua Ahli Parlimen, sama ada Parlimen penyokong kerajaan

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

ataupun yang berada di sebelah pembangkang ini. Tetapi, kita melihat juga ia nya tidak diolah secara baik. Kita mendesak agar ada satu undang-undang untuk dikemukakan di Parlimen dan memperuntukkan peruntukan bagi semua Ahli Parlimen tanpa berdasarkan kepada budi bicara Perdana Menteri.

Dan apa yang kita lihat semalam, dua, tiga hari yang lalu diadakan CSA melibatkan beberapa orang Ahli Parlimen yang sudah duduk sebelah sana dan yang sebelum ini berada di blok kita orang mengadakan CSA. Apakah itu pendekatan yang dibuat oleh kerajaan bagi menangani keadilan bagi semua Ahli Parlimen? Kalau kita tengok CSA merupakan confidence and supply, ia nya dibuat bagi kerajaan-kerajaan yang tidak cukup majoriti, kerajaan minoriti ataupun kerajaan yang tidak cukup majoritinya untuk menggubal undang-undang yang memerlukan dua pertiga.

Jadi, ia nya berlaku pada Kerajaan Bera dulu kerana ketika itu memang betul tidak cukup majoriti. Tetapi kalau kita lihat kerajaan sekarang ini, dia sudah bukan saja majoriti yang cukup, tetapi mempunyai dua pertiga majoriti. Apakah CSA itu menunjukkan bahawa kerajaan sebelah sana ini tidak stabil dan memerlukan tambahan sokongan daripada pihak sini ataupun dilihat, ia nya dilihat— tanggapan di luar sana Yang Berhormat Pengerusi, seolah-olah kerajaan masih menggunakan peruntukan ini sebagai senjata politik bagi meraih tambahan sokongan...

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Beluran.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Which is they are— defeat the purpose of kita hendakkan satu keadilan dari segi undang-undang. Jadi, bererti siapa jua yang jadi kerajaan, jadi Perdana Menteri, akan tertakluk kepada satu undang- undang yang perlu diikuti, meletakkan keadilan kepada peruntukan bagi semua Ahli Parlimen. Tapi, CSA tidak menjawab kepada dua persoalan sedemikian. Ya.

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas sahaja Beluran.

Terima kasih Pengerusi. CSA ini Confidence and Supply Agreement ataupun Cinta Sayang Anwar? Mana satu yang betul? Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, memang seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat Pengerusi bahawa kerajaan tidak boleh menggunakan kuasa dan pengaruh dan kekuatan majoritinya untuk menggunakan peruntukan sebagai senjata politik, which is dia tidak boleh berlaku. Kalau itu berlaku, bererti perlu dihentikan. Dan kita harap kerajaan akan datang akan mengolah dan kerajaan ini harus memulakan satu undang-undang bagi keadilan bagi semua.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi, ya lah, saya pun terharu, parti saya yang menggantung keahlian saya begitu terdesak sekarang ini untuk menandatangani CSA. Saya rasa ia nya bukan kerana inginkan peruntukan daripada Kerajaan MADANI, tetapi lebih kepada ingin turut serta secara legal, sopan dengan Kerajaan MADANI kerana mereka sudah tidak seiring dengan kami yang berada di sini. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Pengerusi. Perbahasan Sri Aman di peringkat jawatankuasa kali ini agak ringkas Puan Pengerusi iaitu saya ingin menyentuh satu butiran sahaja iaitu Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di bawah kepala Pengurusan Keselamatan.

Di bawah butiran ini Puan Pengerusi, Sri Aman melihat ada sejumlah RM236,502,300 iaitu kurang lebih RM236.5 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2027. Ini menampakkan peningkatan kira-kira RM15 juta berbanding peruntukan bagi tahun 2026 yang beranggaran RM221.3 juta.

Sehubungan itu, Sri Aman memohon agar kementerian atau kerajaan memberikan perhatian serius terhadap keperluan peruntukan bagi menaik taraf kenderaan operasi dan fasiliti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ataupun APM di seluruh Malaysia terutama sekali di Daerah Sri Aman demi memastikan kesiapsiagaan mereka menghadapi kecemasan dan bencana sentiasa berada pada tahap optimum.

Pada masa ini, van ambulans APM di Sri Aman yang diterima pada tahun 2009 telah berusia 17 tahun dan kerap digunakan untuk bantuan inter-agency iaitu bertindak sebagai kenderaan sokongan kepada pihak bomba atau pihak hospital sekiranya atau apabila berlaku kes kemalangan yang melibatkan mangsa melebihi seorang.

Jadi, saya ingin bertanya ataupun soalan saya, apakah dasar dan garis panduan kerajaan berhubung jangka hayat penggunaan serta had umur maksimum ambulans kerajaan sebelum diwajibkan untuk diganti atau dilupuskan? Ini kerana satu-satunya ambulans APM Sri Aman yang sedia ada telah berusia 17 tahun seperti yang saya katakan tadi. Memandangkan ambulans adalah jentera atau transport yang digunakan semasa kecemasan, amat penting untuk ia nya berkeadaan tip-top dan roadworthy, dengan izin.

draft • 12:06 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Selain itu, APM Sri Aman juga mempunyai sebuah kereta Hilux and digunakan secara meluas bagi operasi menyelamat termasuk kes orang hilang di sungai dan sebagainya, termasuk juga penundaan bot dan persediaan menghadapi banjir. Keadaan ini memerlukan penilaian menyeluruh bagi memastikan kenderaan sentiasa selamat, berfungsi dan mampu memenuhi keperluan operasi, khususnya di kawasan pedalaman.

Oleh yang demikian dan memandangkan kawasan Sri Aman ini agak luas Puan Pengerusi dan landskapnya yang berbukit-bukau dan beralun, Sri Aman mencadangkan agar ditambahkan lagi sebuah lagi kenderaan seperti Hilux untuk APM Sri Aman bagi memudahkan lagi operasi menyelamat dan penundaan bot dan sebagainya.

Selain itu, Sri Aman juga melihat ada keperluan untuk menambahbaik fasiliti Pusat Kawalan Operasi Daerah ataupun PKOD APM Sri Aman dengan menyediakan ruang khusus bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana termasuk kemudahan anggota bertugas, pengurusan maklumat dan penyelarasan operasi sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Oleh itu, Sri Aman memohon kementerian memperuntukkan dana untuk fasiliti ini diadakan ataupun dibina bagi memudah serta melancarkan kawalan operasi. Justeru itu, Sri Aman sekali lagi memohon keprihatinan kementerian dan agensi berkaitan untuk mempertimbangkan peruntukan sewajarnya kepada perkara- perkara spesifik yang telah Sri Aman bangkitkan itu tadi. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi. Terima kasih.

draft • 12:06 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030100 – Pendakwaan, iaitu menentukan supaya penjenayah dihukum di sisi undang-undang.

Di bawah Bekalan B.8, prestasi untuk pengendalian berkesan kes untuk tahun 2025 diklasifikasikan sebagai telah mencapai 100 peratus. Namun, laporan Economic Freedom of The World 2026 oleh Fraser Institute mendapati sistem perundangan dan hak milik Malaysia mencapai skor paling lemah berbanding kategori lain iaitu hanya 5.94 peratus. Antara komponen yang diukur dalam kategori

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

ini adalah kebebasan perundangan daripada pengaruh politik anggota kerajaan, orang awam atau syarikat.

Melihat skor yang rendah ini, adakah ia sedikit sebanyak dipengaruhi dakwaan kewujudan mafia korporat yang sedang membelenggu kerajaan kita?

Dakwaan tersebut menyatakan ada pegawai SPRM yang bersubahat untuk menjaga kepentingan individu tertentu dengan mengugut, menahan dan kadangkala mengesyorkan pertuduhan terhadap eksekutif syarikat tertentu agar mafia korporat boleh mengambil alih syarikat mereka.

Setakat ini, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa siasatan dipengerusikan oleh Peguam Negara. Walau bagaimanapun, SPRM sendiri dilibatkan sebagai penyiasat yang mungkin berisiko menimbulkan isu konflik kepentingan dan ketelusan siasatan. Tambahan pula apabila bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri terpalit dengan skandal pemilikan saham melebihi had dibenarkan untuk penjawat awam.

Oleh yang demikian, dengan peningkatan bajet untuk tahun 2027, apakah perancangan konkrit kerajaan untuk membaiki kelemahan sistem perundangan yang dibangkitkan dalam laporan Fraser Institute tersebut?

Di samping itu, apakah perkembangan siasatan terhadap pelbagai dakwaan membabitkan Farhash Wafa Salvador yang setakat ini hanya dilepaskan daripada tuduhan salah laku penerokaan mineral di Sabah? Bagaimanakah pula dengan dakwaan-dakwaan lain seperti penglibatan dalam insider trading melibatkan syarikat HeiTech Padu dan juga Zetrix?

Begitu juga persoalan tentang bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dahulu kononnya mahu ditangkap tapi kini seperti telah dibersihkan, manakala laporan siasatan terhadapnya diperam daripada rakyat.

Akhir sekali, saya turut meminta penjelasan tentang konsistensi dan juga kewibawaan agensi dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi khususnya perbandingan ketara antara kes banglo yang melibatkan Bagan yang saling tak tumpah dengan kes MB Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo. Jadi, kedua-duanya berpaksikan pertuduhan yang seiras. Bezanya adalah seorang didapati bersalah dan dipenjara. Untuk seorang lagi, AGC telah menarik balik pertuduhan sepenuhnya dan mahkamah telah memberikan pelepasan penuh.

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Besut.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bukan sahaja rakyat, malah SPRM pun ketika itu terkejut mengapa AGC berbuat demikian sehingga mencetuskan persepsi dwistandard.

draft • 12:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Besut, boleh celah sikit? Besut, apa pandangan Besut. Saya follow cerita ini dan ada saksi yang menyebut bahawa beliau memberi rasuah dalam bentuk beg hitam yang ada dalamnya wang juta-juta. Jadi, kalaulah kes ini terus dibuang ataupun tak diteruskan, apakah tuduhan daripada saksi itu boleh dikenakan tindakan undang-undang? Jadi, saya mohon komen Besut untuk bertanya kepada kerajaan.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, masukkan dalam ucapan saya dan kerajaan minta menjawab.

Oleh yang demikian, apakah mekanisme yang lebih ketat yang akan diimplementasikan oleh AGC bagi memastikan keputusan penarikan balik pertuduhan pada masa depan dibuat secara telus dan juga berasaskan garis panduan yang lebih objektif?

Seterusnya, Butiran 010200 – Pengurusan Dewan di bawah Bekalan B.1 – Parlimen Malaysia, berfungsi memastikan persidangan Parlimen berjalan lancar dan teratur. Kelancaran dan keteraturan persidangan memerlukan kerjasama semua pihak untuk mematuhi peraturan dan prinsip ini terpakai juga kepada Speaker atau Pengerusi kerana bangku yang diduduki itu bukanlah takhta untuk berbuat sesuka hati.

Jadi, atas sebab inilah, sesiapa yang mempengerusikan Dewan tidak boleh overrule, dengan izin, ketetapan yang dibuat Pengerusi terdahulu melainkan ada usul.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkara ini termaktub dalam Peraturan 43 yang menetapkan keputusan Pengerusi adalah muktamad dan tidak boleh diminta untuk ditimbang semula dan tidak boleh diulang kaji kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri.

Jadi, saya bagi contoh. Dalam kes Yang Berhormat Kota Bharu...

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat!

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Pada 19...

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya habiskan. Nak bagi contoh. Dalam 19 Oktober yang lalu, Timbalan Speaker yang bersidang sebagai

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Speaker telah pun menetapkan agar Jelutong membuat usul dan tidak mengarahkan Kota Bharu menarik balik perkataannya.

Persoalannya, bagaimanakah Speaker pada 21 Oktober tiba-tiba boleh mengarahkan Kota Bharu menarik balik? Pada ketika itu, Speaker malah berkata, “Keputusan adalah muktamad”. Tetapi, bagaimana pula dengan keputusan Speaker? Itu yang saya hairan pada hari kejadian itu. Adakah tidak cukup muktamad mengikut Peraturan 43? Bukankah Speaker juga telah tidak mengikuti Peraturan 36(3) iaitu menimbangkan perkara yang telah diputuskan tanpa usul untuk membatalkannya?

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, selain itu, Speaker pada 21 juga― boleh saya terangkan semua?

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu terang. Sila duduk.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Berkata bahawa usul bersendiri oleh Jelutong akan dibawa ke jawatankuasa. Sedangkan Peraturan 36(4), dia tak sebut pun. Dia sebut 36...

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hanya 36(1) pada masa itu disebut.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya terlibat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum saya memulakan perbahasan saya, ingin saya mengalu-alukan kehadiran guru besar, GBK, guru-guru dan murid-murid daripada SJK(C) Kelpin, Parlimen Rasah ke Parlimen ini yang datang dengan rombongan dua bas.

[Tepuk] Kali pertama sekolah ini datang ke Parlimen. Selamat datang, orang Rasah.

Puan Pengerusi, perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkaitan dengan Parlimen. Kita di Parlimen, kita bahaskan Belanjawan 2027, kita mula

draft • 12:17 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

dengan Parlimen. Terutamanya dengan adanya Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah digazetkan dan berkuat kuasa ketika ini.

Cuma, persoalan saya...

draft • 12:17 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Butiran?

draft • 12:17 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Butiran? Eh, butiran― Maksud Bekalan 1.

Keseluruhan. Maksud Bekalan 1, keseluruhan untuk Parlimen. Jumlah bajet untuk Parlimen RM184 juta pada tahun sebelumnya, sebelum dilaksanakan ataupun dikuatkuasakan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Sekarang ini, selepas dikuatkuasakan, dia naik sedikit, tak sampai 10 percent kepada RM197 juta.

Saya secara terbuka, Pengerusi, saya rasa Pengerusi akan setuju dengan saya. Tan Sri Speaker akan setuju dengan saya, penambahan yang setakat beberapa peratusan ini tidak mencukupi untuk mencerminkan bagaimana reformasi institusi mengangkat Parlimen kembali kepada kedudukan yang sewajarnya di bawah doktrin pengasingan kuasa.

Jadi, saya mohon kepada kerajaan supaya kaji semula, mempertingkatkan keperluan. Sebab, saya nampak perjawatan dia pun sama― 368 orang sahaja. Ada keperluan untuk meningkatkan. Kalau tidak, tak guna kita ada akta baru yang, yalah, nak berikan kuasa kepada Tan Sri Speaker dan sebagainya tetapi bajet tidak mencukupi. Itu perkara pertama.

Perkara kedua, Yang Berhormat Pengerusi, berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara, Maksud Bekalan 8, di bawah Butiran 010100 – Pejabat Peguam Negara. Keseluruhan ada 2,001 perjawatan. Kekal sama. Peruntukan yang diberikan di bawah 010000 – Pengurusan, RM166 juta kepada RM170 juta. Penambahan yang memang dijangkakan. Saya nak tanya AGC, Pejabat Peguam Negara, cukup ke orang nak buat kerja? Sebab, banyak kelengahan kes.

Ini sesiapa yang ada membantu rakyat untuk kes-kes tertentu tahu. Sering kali kedengaran kelewatan daripada AGC sendiri. Saya berikan satu contoh.

draft • 12:17 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Contoh ini sangat relevan untuk Negeri Sembilan dan rakyat Negeri Sembilan sehingga hari ini masih menanti-nantikan keputusan daripada AGC. Kes apa? Kes yang mana Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Dato' Haji Ismail bin Haji Lasim buat laporan polis pada 8 September yang mengatakan bahawa beliau dipaksa untuk menandatangani proklamasi menurunkan takhta Duli Yang Maha mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, beliau dipaksa. Menteri Besar kata macam itu. Beliau buat laporan polis 8 September, 29 September polis telah

draft • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

menyiapkan laporan hasil siasatan dihantar ke pejabat AGC, sehingga hari ini apa jawapannya?

Saya tak tahu setakat hari ini tetapi setakat 21 Oktober soalan lisan saya, dalam Dewan yang mulia ini dimaklumkan bahawa polis, pihak PDRM sedang menunggu keputusan serta arahan lanjut daripada pihak AGC berkenaan dengan kertas siasatan tersebut.

Jadi kalau 29 September, polis sudah hantar kepada AGC, saya tak salahkan polis, polis sudah buat kerja. Sebab kita hendak tahu betul tak Menteri Besar dipaksa? Kalau betul dipaksa, siapa yang paksa? Ambil tindakan yang sewajarnya ikut undang-undang tetapi sebaliknya kalau beliau tidak dipaksa, apa tindakan?

Sebab ia isu integriti, ia isu Menteri Besar di Negeri Sembilan. Saya sebagai Ahli Parlimen dari Negeri Sembilan, sangat concern, sangat ambil berat sebab rakyat Negeri Sembilan hendak tanya, apa terjadi dengan keadaan semasa.

Perkara seterusnya, yang terakhir Pengerusi, berkenaan dengan di bawah JPM Butiran 06900 – Pembinaan Pejabat dan Perumahan SPRM. Tahun-tahun sebelum ini kalau kita lihat tahun 2026 hanya RM7.7 juta, kali ini RM87 juta. Saya setuju kalau ada keperluan untuk meningkatkan facility ataupun pejabat SPRM.

Saya hendak tanya butiran dia, kat mana RM87 juta ini digunakan? Berkenaan dengan SPRM, di bawah Maksud Bekalan 9, kalau bajet sebelum ini hanya RM398 juta, sebelum ini RM398 juta kali ini RM410 juta, peningkatan dia sangat sedikit dengan bilangan jawatan kekal pada 3,654 jawatan.

Saya hendak tanya, kalau inilah cara dia, dengan bilangan jawatan dalam SPRM kekal sama, bagaimana usaha kerajaan untuk melawan, membanteras ketirisan, penyelewengan rasuah yang selama ini kita warisi. Jadi, hendak tanya kerajaan. Saya sebenarnya mengharapkan SPRM mendapat bajet yang lebih. Itu saja. Saya nampak ada tambahan sedikit, masa. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 12:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Puan Pengerusi. Masjid Tanah ingin terus pergi kepada Butiran P.6 iaitu 030100, 030500, 09000 dan 09910, 00101 MKN. Jadi, saya ingin menyentuh tentang soal kesiapsiagaan negara berhadapan dengan bencana dan juga peranan yang

draft • 12:22 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

dimainkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan saya mengambil maklum bahawa pengumuman peruntukan RM267 juta kepada NADMA serta RM200 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Namun persoalannya di sini, adakah jumlah ini sebenarnya benar-benar cukup untuk menghadapi bencana berskala besar yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan lebih membimbangkan lagi berdasarkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, perbelanjaan mengurus NADMA adalah sekitar RM43 juta, manakala perbelanjaan pembangunan hanyalah sebanyak RM16.44 juta berbanding dengan RM22 juta sebelumnya, tahun sebelumnya.

Jadi, saya ingin meminta penjelasan kerajaan tentang tiga perkara, yang pertama, apakah sebenarnya pecahan sebenar peruntukan R260 juta kepada NADMA? Adakah ia nya sebenarnya termasuk angka perbelanjaan yang dinyatakan atau merupakan peruntukan melalui mekanisme berasingan.

Kedua, Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara dikekalkan sebanyak RM200 juta. Berapakah baki sebenar dana ini yang masih lagi tersedia, sekiranya negara kita ini berlakunya bencana besar yang melibatkan beberapa negeri secara serentak adakah dana ini mencukupi dan boleh dikeluarkan dengan segera.

Ketiga, apakah tahap kesiapsiagaan NADMA dari segi aset menyelamat bot, pusat pemindahan, sistem amaran awal serta latihan pasukan penyelamat di peringkat daerah dan juga komuniti dan Puan Pengerusi, kita tidak boleh sahaja bersedia apabila bencana itu sudah berlaku tetapi kita juga mestilah mempunyai pelan yang baik sebelum bencana melanda. Saya mendesak supaya kerajaan...

draft • 12:22 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Masjid Tanah, mohon laluan.

draft • 12:22 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yes Gerik, cepat sikit.

draft • 12:22 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Okey, satu minit je. Puan Pengerusi, apabila kita menyebut tentang NADMA dan Majlis Keselamatan Negara, ada satu perkara yang kita perlu ambil perhatian. Sebenarnya baru-baru ini amaran daripada Presiden Rusia Vladimir, Putin mengenai kemungkinan berlakunya peperangan antara Rusia dan Eropah dan macam-macam lagi ketengan dalam dunia ini.

Apa yang lebih membimbangkan negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan US sedang menggalakkan rakyat Malaysia untuk melakukan preparedness ataupun prepper ataupun sediakan BOB dan sebagainya.

Jadi, untuk negara kita, apakah kita tak ada satu polisi yang sedemikian rupa?

draft • 12:22 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Kadang-kadang saya fikir kerajaan perlu ada satu pelan kesiapsiagaan nasional dan bagitau untuk rakyat kita, apa yang perlu di-prepare dalam masa 72 jam, kemudian perlindungan yang selamat di mana dan sebagainya. Jadi, saya ingat beri perhatian.

draft • 12:22 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya masukkan ucapan Gerik itu dalam ucapan saya dan sebab itu kita mendesak supaya kerajaan dapat memperkukuhkan kecemasan negara, mempercepatkan mekanisme pelepasan peruntukan dan bagi pastikan supaya setiap tempat itu ada keupayaan yang mencukupi untuk berhadapan dengan situasi demikian. Sebab itu kita pun tak hendak ada rakyat yang panik apabila berhadapan dengan situasi berlaku.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Butiran B.9 iaitu SPRM berkaitan dengan isu mafia korporat. Tadi sahabat saya Yang Berhormat Besut juga telah menyentuh, laporan Bloomberg juga telah menyatakan tentang soal ini dan saya ingin juga, ingin menarik perhatian kepada kerajaan ini, yang mana kerajaan masih lagi belum memberikan penjelasan secara menyeluruh melalui satu siasatan bebas yang hasilnya kita semua boleh teliti dan juga kita boleh ketahui. Saya ingat hari itu Yang Berhormat Pasir Gudang telah pun mencadangkan untuk diwujudkan RCI Siasatan Diraja Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu mafia korporat ini.

Jadi sebab itu, saya ingin mohon kepada Yang Berhormat Menteri apakah status tindakan susulan terhadap perkara ini dan adakah kerajaan bersedia untuk meminda Akta SPRM 2009 yang mana banyak perkara yang perlu diperlihatkan bagi memperkukuhkan kebebasan pelantikan, penyiasatan salah laku dan pengawasan Parlimen. Sahabat kita di sini Yang Berhormat Rasah, telah pun mohon untuk ditambahkan bajet kepada SPRM tetapi kalau perkara yang kita patut ketahui, yang rakyat berhak ketahui tapi tak didedahkan kepada umum bagaimana kita hendak allow benda itu untuk berlaku?

Sebab hari ini, ya Perdana Menteri Tambun selalu cakap sakau, sakau, sakau tapi kalau dalam setiap acara kerajaan dalam setiap program disebut begitu tetapi kalau tidak diterjemahkan kepada kesediaan pihak penguat kuasa seperti SPRM untuk memastikan perkara ini dapat diketahui dengan jelas, pendakwaan dan juga penyiasatan dengan lebih baik jadi bagaimana kita hendak mengangkat kepercayaan rakyat kepada pihak SPRM. Itu sahaja, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah, saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft • 12:22 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya mulakan ucapan saya dengan Butiran 010100 – Pejabat Peguam Negara. Muar ingin mengulas isu mafia korporat. Muar mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minggu lepas yang menjanjikan siasatan yang telus dan bebas dan dikepalai oleh Peguam Negara untuk memastikan bahawa tidak ada pihak yang terlepas walaupun mereka berada di kedudukan yang tertinggi.

Cuma Muar tidak lupa juga dalam lapan bulan yang lepas, bulan Februari, janji yang sama telah diutarakan.

Pada masa tersebut, ada pendedahan berkenaan skandal saham yang akhirnya diluaskan kepada isu mafia korporat. Itu pada bulan dua, tetapi sampai ke hari ini Puan Pengerusi, isu sama belum lagi didedahkan pada umum hasil siasatan, walhal kalau kita baca dengan teliti pada bulan dua, badan siasatan yang sama dikepalai oleh Peguam Negara tetapi diumumkan pada minggu lepas, badan siasatan lagi sekali dikepalai oleh Peguam Negara.

Persoalan daripada Muar mudah, pertama sekali apa perbezaan dan scope of reference or terms of reference badan siasatan yang diwujudkan pada bulan dua dengan badan siasatan yang diwujudkan lagi sekali pada bulan 10. Persoalan yang kedua, apa hasil siasatan badan siasatan awal pada bulan dua. Ini penting supaya kita faham dan supaya tindakan lanjut melalui penggubalan dasar dapat dilakukan.

Muar is not interested berkenaan soal balas dendam. Kita ingin tahu, bagaimana kesilapan yang lepas tidak akan berulang lagi walaupun ke atas musuh politik terteruk kita melalui penggubalan dasar tetapi penggubalan dasar itu hanya boleh dilakukan jikalau kita tahu apa keputusan badan siasatan tersebut.

draft • 12:28 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Muar juga ingin bangkitkan juga tidak cukup hanya kita lihat soal siasatan mafia korporat. Realitinya dalam politik Malaysia, something which is often not taught but acknowledge adalah berkenaan soal kewujudan mafia politik iaitu di mana daripada satu kerajaan ke kerajaan yang datang tidak kira siapa pun jadi Perdana Menteri, akhirnya politik ugut-mengugut ini akan diteruskan.

Apabila tidak ada sokongan, ada pihak yang akan diugut dan pihak yang diugut ini akan alih sokongannya. Ini bukan trend politik baru. Ia sudah berjalan berpuluhan tahun. Tukar kerajaan, fail yang sudah lama diperam, dihidupkan semula walaupun kes itu 10, 20 tahun yang lepas untuk pastikan sokongan politik itu kukuh.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tetapi Muar tidak hanya ingin berucap on the air. Kita lihat kenyataan Majlis Peguam Negara yang baru dikeluarkan. Dengan izin, “Reforms of the Malaysian Anti- Corruption Commission is Long Overdue”. Izinkan saya baca. “Damning findings were made by the court of appeal and the Federal Court in Syed Saddiq case. Both the COA and Federal Court noted that certain witnesses were subjected to improper pressure during investigations by MACC to tailor the evidence to suit to the prosecution’s case”. Saya nak bangkitkan ini bukan kerana soal dendam, kerana sampai ke hari ini apabila sudah terbukti di dalam mahkamah melalui lima hakim tertinggi negara di peringkat rayuan dan Persekutuan. Salah satu kes contohnya di mana salah seorang saksi wanita dipaksa untuk berdiri satu kaki, dicampak telefonnya, diherdik ya dan sampai ke hari ini tidak ada hasil siasatan. Walhal witness itu sendiri kata bukti itu senang kerana ada rakaman video. Saya tahu kerana mana-mana orang yang telah disiasat di bawa ke bawah MACC itu akan ada rakaman video tapi rakaman video itu seperti hilang dengan begitu sahaja.

Persoalan saya, kalau tidak ada siasatan yang telus, kerisauan saya tukar satu kerajaan, tukar Perdana Menteri, mafia korporat dan politik ini akan berterusan dan budaya politik ugut-mengugut ini akan diteruskan tidak kira siapa pun yang memimpin negara. Sebab itu Muar berharap bahawa siasatan yang telus dapat dilakukan dengan niat yang jelas bukan untuk kita balas dendam tapi supaya ada reforms yang betul-betul ikhlas supaya musuh paling teruk kita pun tidak akan melalui proses persenjataan MACC dan Pejabat Peguam Negara.

Isu kedua yang Muar ingin bangkitkan adalah Butiran 010000 iaitu Parlimen.

Muar ingin bangkitkan tentang perjanjian Confidence and Supply Agreement. Muar menyokong perkara ini bukan kerana ini perkara baharu, daripada dulu. Daripada pentadbiran PN ke BN di bawah Datuk Seri Ismail Sabri ke pentadbiran Pakatan Harapan, Muar telah menyokong perjanjian ini kerana ia memastikan bahawa peruntukan yang adil dan saksama diberikan.

Tapi yang lebih penting adalah supaya isu reforms diketengahkan, supaya pemusatan kuasa di tangan seorang Perdana Menteri itu dapat dikurangkan. Tadi Muar bicarakan soal mafia korporat dan mafia politik. Ia boleh dilaksanakan apabila Peguam Negara iaitu pendakwa raya ada kuasa mutlak dan dilantik oleh Perdana Menteri. Tetapi melalui perjanjian ini, pemisahan AG dan PP supaya Perdana Menteri dan Kabinet tidak ada lagi kuasa untuk melantik Peguam Negara, khususnya pendakwa raya. Ini akan mengurangkan kemungkinan kes politik rasuah digugurkan

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

kerana mereka kawan politik ataupun persenjataan AG ataupun MACC ke atas musuh politik. Ini reforms yang sangat penting.

Saya pernah melaluinya dan Muar dengan itu akan terus menyokongnya supaya tidak kira siapa pun kawan atau lawan akan diadili dengan fakta dan data di mahkamah, bukan dengan kuasa Perdana Menteri. Sebab itu Muar berharap supaya perkara ini tidak terhenti dalam perjanjian— 15 saat.

Dalam perjanjian CSA tetapi selepas ini dapat diinstitusikan melalui aktanya tersendiri iaitu Akta Peruntukan Parlimen yang adil sebelum penggal Parlimen ini tamat kerana kalau tidak, kitaran politik balas dendam ini akan diteruskan. Bukan setakat dengan isu peruntukan Parlimen tetapi di mana AGC, MACC digunakan ke atas lawan dan digunakan untuk menyelamatkan kawan. Ini bukan budaya politik yang baik untuk Malaysia. Kita memerlukan Malaysia yang baharu. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Puan Pengerusi, saya mohon membahaskan Butiran B.9 berkenaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang anggaran perbelanjaan mengurusnya ialah sebanyak RM409,747,600.

Secara spesifik, saya merujuk Butiran 020000 – Operasi SPRM, 020100 – Siasatan SPRM, 020200 – Perisikan SPRM, 020300 – Forensik Teknologi SPRM dan satu lagi 020400 – Operasi Khas SPRM. Semua butiran ini Puan Pengerusi dinyatakan di muka surat 155 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027.

Puan Pengerusi, sebuah media antarabangsa mengenai ekonomi dan kewangan bernama Bloomberg telah menyiarkan laporan penyiasatannya dan dokumentari video pada 11 Februari 2026. Laporan itu mendakwa wujudnya rantaian atau rangkaian tidak sah (illegal) yang disebut corporate mafia yang mensasarkan pengambilalihan syarikat korporat dan kaedah pemerasan, extortion dengan izin, didakwa telah digunakan melalui penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai penguat kuasa.

Laporan Bloomberg tersebut menamakan secara jelas tokoh-tokoh tertentu dan agensi tertentu. Antaranya, pertama Ketua Pesuruhjaya SPRM waktu itu atas dakwaannya pemimpin-pemimpin korporat dikaitkan dengan pemilikan saham dalam

draft • 12:34 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

syarikat-syarikat tersenarai. Dan disebut wujudnya potensi kepentingan yang bertentangan, dengan izin conflict of interest. Puan Pengerusi, media Bloomberg ini juga melaporkan penglibatan pegawai- pegawai SPRM di beberapa label agensi tersebut di mana mangsa-mangsa yang menjadi sasaran dan korporat-korporat yang jadi sasaran mendakwa pegawai- pegawai SPRM melakukan serbuan, membekukan bank akaun syarikat dan siasatan yang panjang di Ibu Pejabat SPRM.

Puan Pengerusi, kita akan meluluskan belanja hampir setengah bilion untuk SPRM, jadi izinkan saya meneruskan tentang belanjawan ini.

Taktik tersebut untuk tekan pemilik saham sehingga menyerahkan ekuiti mereka dengan harga yang rendah untuk selesaikan siasatan. Laporan Bloomberg tersebut juga menyenaraikan beberapa nama. Antaranya individu-individu korporat yang berkait rapat dengan rangkaian mafia korporat itu. Termasuk juga tokoh korporat yang begitu rapat dengan pucuk pimpinan negara.

Puan Pengerusi, saya sedia maklum kerajaan telah memulakan siasatan.

Kementerian Dalam Negeri khususnya telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti sama ada laporan Bloomberg itu benar atau palsu, fitnah atau fakta untuk membolehkan kerajaan untuk berlaku adil mungkin boleh mengambil tindakan criminal defamation iaitu kesalahan jenayah fitnah.

Puan Pengerusi, di Parlimen pada Oktober yang lalu, beberapa hari yang lalu.

Menteri Kementerian Dalam Negeri telah memberitahu Parlimen kita ini bahawa lebih RM400 juta dalam bentuk aset telah dibekukan di bawah anti-money laundering untuk siasatan berkaitan apa yang dipanggil corporate mafia.

draft • 12:34 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Bagi saya, pengakuan yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri di Parlimen ini adalah mengesahkan wujudnya gejala mafia korporat ini, by admission. Menteri mengaku wujudnya mafia korporat ini.

Akhirnya Puan Pengerusi, jadi saya menyeru kepada kerajaan, kepada Kabinet dan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menubuhkanlah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seperti RCI telah ditubuhkan untuk Tabung Haji untuk siasatan penyelewengan begitu berjaya. Maka, RCI yang sama kita tubuhkan untuk siasat gejala mafia korporat ini.

[Tepuk] Ada tiga sebab, Puan Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat. Duduk.

draft • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah tamat.

draft • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, saya menghormati...

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya menghormati. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk kepada Jabatan Perdana Menteri, maksud Bekalan B.6 – Program Kemajuan Islam. Saya mulakan dengan firman [Membaca sepotong ayat Al-Quran], Allah mewajibkan haji kepada siapa yang mempunyai kemampuan. Sebelum itu, saya nak sokong penubuhan RCI bagi melaksanakan siasatan terhadap kes mafia korporat ini. Kita mesti noktahkan [Tepuk] supaya ia nya tidak terus menjadi barah dalam negara kita yang boleh menjahanamkan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyebut tentang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, yang disebut sebagai istito’ah dalam menunaikan haji. Apabila tiba- tiba kerajaan menaikkan threshold untuk melayakkan mendapat nombor giliran menunaikan haji itu kepada minimum depositnya RM15,000 dan digunakan sandaran bahawa ini adalah alasan istito’ah. Saya rasa kerajaan dan pentadbiran kerajaan ini agak keliru dan Perdana Menteri mesti kena campur tangan dalam soal ini. Keliru bagaimana? Istito’ah disyaratkan kemampuan kewangannya, kemampuan kesihatan, keselamatan, nafkah tanggungan bagi orang yang nak pergi haji, nak terbang pergi haji. Dah nak sampai masa menunaikan haji, bukan nak dapat nombor giliran haji. Ini kerajaan yang keliru, saya rasa.

Nak dapat nombor giliran haji, tak perlu kepada istito’ah. Bagi sahaja nombor giliran kerana gilirannya mungkin 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun akan datang. Bahkan, dulu-dulu ada sampai 100 tahun lebih. Jadi, kalau dinilai istito’ah hari ini kena ada minimum deposit RM15,000, bila nak pergi haji? 30 tahun lagi. Saya rasa kerajaan telah pun keliru dalam pelaksanaan soal istito’ah ini.

Kalau RM15,000 ialah syarat pentadbiran, sebut syarat pentadbiran dan boleh dipertimbangkan tetapi bila disebut istito’ah, dibacakan ayat kononnya RM15,000 itu syarat istito’ah untuk menunaikan haji 30 tahun lagi, hari ini dah kena

draft • 12:41 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

ada istito’ah, saya rasa kerajaan keliru. Saya nampak kita bukan naik kapal terbang nak pergi Mekah esok, kita baru nak dapat nombor giliran. Tak perlu ada syarat istito’ah. Bagi sahaja nombor giliran itu dan saya minta supaya kerajaan semak semula.

Saya juga nak menyentuh tentang bagaimana sukuk yang telah matang daripada UJSB kepada Tabung Haji pada 29 Mei tahun 2026. Kerajaan telah tak bayar, roll over pula 10 tahun. Bagi balik dua aset, nilai RM1 bilion, RM11.5 bilion di- roll over 10 tahun, menyebabkan telah diberi amaran dalam RCI Tabung Haji bahawa perkara ini akan meletakkan Tabung Haji dalam krisis kewangan terbesar dan menyebabkan krisis kewangan kepada kerajaan itu sendiri. Jadi, adakah dinaikkan deposit awal kepada orang nak dapat nombor pergi haji ini kerana kegagalan kerajaan dalam menunaikan obligasi sukuk kepada Tabung Haji? Jadi, saya minta.

Dan satu perkara yang disebut oleh Pengerusi Tabung Haji sendiri. Pengerusi Tabung Haji dilaporkan mengakui pengeluaran bersih simpanan sekitar RM1 bilion hingga RM1.2 bilion setahun. Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai not threatening but not healthy dan inilah yang disebut sebagai silent bleeding kepada Tabung Haji.

Jadi, dengan semua perkara ini, saya rasa tidak adil kalau sekiranya kerajaan menaikkan threshold kepada RM15,000 hanya kerana nak dapat nombor giliran haji, 40 tahun, 50 tahun akan datang kerana kegagalan kerajaan untuk mengukuhkan cashflow ataupun kecairan kepada Tabung Haji yang akhirnya, rakyat terpaksa membayar deposit sampai RM15,000 hanya kerana nak dapat nombor giliran.

Yang sekarang ini, cukup dengan RM1,300, rakyat dah boleh dapat giliran haji mungkin 40-50 tahun akan datang. Kalau digunakan ini sebagai alasan untuk memudahkan, Tuan Yang di-Pertua, dalam kaedah fiqah disebut bahawa [Berucap dalam Bahasa Arab], tindakan kerajaan terhadap rakyat ini mesti berdasarkan kepada maslahah.

Cuba bayangkan, orang Melayu Islam, orang Islam biasanya dia dua suami isteri. Ada anak lapan orang dan dia menabung RM1,300 setiap orang untuk mendapatkan nombor haji. Kalau dulu, dah RM13,000 untuk 10 orang. Sekarang, kena RM150,000 untuk 10 orang, kalau dia famili yang besar. Jadi, ini sangat beban.

Dia ada benda yang nak dibuat dengan duit tersebut. Pendidikan anaknya, nak urus business-nya dan sebagainya.

Jadi, saya rasa ini sangat tidak patutlah. Kerajaan perlu semak semula supaya tidak dinaikkan threshold untuk mendapat nombor giliran haji kepada

draft • 12:41 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

RM15,000 dikekalkan ataupun dinaikkan sedikit. Jangan jadikan rakyat mangsa kerana kegagalan kerajaan yang gagal menunaikan obligasi sukuk, UJSB itu menyebabkan rakyat terpaksa menggunakan dananya, wangnya untuk mengukuhkan kecairan Tabung Haji. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 12:41 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan peruntukan dan pelaksanaan projek di bawah Butiran 020100, Butiran 71000, 93000 dan 93600, yang saya percaya perlu diberikan perhatian serius demi memastikan setiap peruntukan kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat.

Pertama, Butiran 020100 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun dikenali sebagai ICU. Saya ingin mencadangkan supaya penambahan kakitangan dan kapasiti pelaksanaan ICU dipertimbangkan, khususnya di peringkat daerah, kawasan luar bandar yang sering berhadapan dengan masalah kelewatan pelaksanaan projek. Manakala, peruntukan telah diluluskan tetapi proses penyelarasan, pemantauan dan tindakan susulan mengambil masa yang begitu lama.

Persoalannya, apakah gunanya sesuatu projek diluluskan sekiranya rakyat terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk menikmati kemudahan tersebut? Oleh itu, saya berharap ICU bukan sahaja diberi tanggungjawab menyelaras tetapi juga untuk diperkasakan dengan sumber manusia yang mencukupi supaya pemantauan dan juga penyelesaian masalah di lapangan dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Kedua, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak kementerian tentang apakah bentuk program yang dilaksanakan di bawah peruntukan ini. Adakah ia merangkumi bantuan ekonomi keluarga miskin, peningkatan pendapatan, bantuan perniagaan kecil, pertanian, keusahawanan atau program penaiktarafan taraf hidup?

Bagaimanakah mekanisme pemilihan, penerima dan pelaksanaannya? Yang lebih penting, berapakah jumlah program dan penerima manfaat yang telah dilaksanakan khususnya di Parlimen P198, Puncak Borneo? Saya berharap bahawa program pembasmian kemiskinan tidak seharusnya tertumpu kepada pemberian

draft • 12:46 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

bantuan sementara tetapi mempunyai pendekatan mampan yang membolehkan rakyat menjana pendapatan dan keluar daripada kitaran kemiskinan.

Ketiga, Butiran 93000 dan 93600 – Projek-projek Kecil dan Projek Mesra Rakyat. Saya ingin mencadangkan supaya siling peruntukan bagi setiap projek mesra rakyat dinaikkan daripada RM200,000 kepada sekurang-kurangnya RM500,000. Saya ingin berkongsi satu pengalaman sebenar di kawasan Puncak Borneo.

Pada tahun 2024, saya telah mengumumkan projek pembinaan jambatan kecil di Kampung Sumur Benok, Lorong 6 dengan anggaran siling RM80,000 pada awalnya.

draft • 12:46 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Pihak SGO mengamanahkan DID untuk melaksanakan projek tersebut.

Namun, akibat kelewatan pelaksanaan, projek berkenaan kemudian diserahkan kepada JKR. Malangnya, apabila pelaksanaan bertukar agensi, perubahan spesifikasi dan kenaikan harga bahan binaan menyebabkan kos projek meningkat kepada lebih RM300,000. Ini menunjukkan bawah kelewatan dan perubahan dalam proses pelaksanaan bukan sahaja menjejaskan rakyat malah boleh meningkatkan kerajaan dengan cukup ketara.

Projek Mesra Rakyat perlu dinaikkan siling RM200 kepada RM500 dan wujudkan mekanisme pelaksanaan lebih pantas melalui penglibatan wakil rakyat serta pemantauan agensi teknikal. Isu jambatan Kampung Benuk Sumur menjadi contoh konkrit bahawa kelewatan mekanisme dan pelaksanaan boleh menyebabkan kos meningkat hampir empat kali ganda. Ini menjadikan cadangan penambahbaikan bukan sekadar permintaan tambahan peruntukan tetapi satu usaha meningkatkan kecekapan dan juga nilai wang kerajaan.

Justeru, saya ingin mencadangkan satu pendekatan yang lebih pragmatik bagi projek-projek kecil di bawah RM500,000. Wakil rakyat diberikan kuasa untuk mencadang atau melantik secara terus kontraktor tempatan yang berkelayakan tertakluk kepada garis panduan perolehan dan kelulusan kewangan kerajaan. Setiap projek hendaklah disertakan dengan bill of quantities, spesifikasi kerja, jadual pelaksanaan dan syarat prestasi yang jelas.

Pemantauan teknikal serta kawalan kualiti pula terus dilaksanakan oleh agensi berkaitan seperti ICU, DID, dan juga JKR. Ini bukan bermaksud kita mahu mengetepikan prosedur ataupun akauntabiliti kerajaan. Sebaliknya kita mahu

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

mempercepatkan pelaksanaan tanpa mengabaikan ketelusan dan integriti dan kualiti kerja demi kesejahteraan rakyat.

Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa peruntukan pembangunan bukan sekadar angka dalam buku belanjawan. Ia adalah janji kepada rakyat. Rakyat tidak mahu hanya mendengar projek diluluskan. Maka, mereka juga mahu melihat jambatan dibina, jalan disiapkan, kemudahan diperbaiki dan kehidupan mereka berubah. Saya berharap cadangan-cadangan saya ini dapat dipertimbangkan dengan serius demi memastikan setiap Ringgit wang rakyat diberikan impak pembangunan yang maksimum demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan kita tunaikan waad nasional yang kita laung-laungkan. Dengan itu, sekian, terima kasih.

Tuhan memberkati.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Parit.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari. Terima kasih Puan Pengerusi.

Merujuk kepada butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Sebelum itu saya nak mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPKK kepada anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan ini pada jam 2.30 petang ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin menimbulkan kebajikan guru KAFA ini. Mereka mendidik anak-anak kita dalam asas agama tetapi sejak dahulu tidak dibayar gaji.

Yang hanya dibayar ialah elaun sekitar RM1,000, iaitu bersih RM958.05 sebulan.

Lantikan juga adalah berstatus lantikan bertempoh. Jumlah ini tidak sepadan dengan keadaan ekonomi semasa lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar besar yang kos sara hidupnya tinggi. Sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan penubuhan skim gaji bagi mereka.

Dalam buku anggaran ini, saya tidak menemui butiran khusus bagi elaun guru KAFA. Peruntukan JAKIM di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap ialah RM958.82 juta. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia mengkaji dan mewujudkan skim gaji bagi guru KAFA? Dan jika ia, apakah jenis— apakah garis masa serta pihak yang akan menanggung kosnya? Sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun negeri.

Yang kedua, di manakah elaun guru KAFA diperuntukkan dalam anggaran 2027 dan berapakah jumlahnya? Ketiga, berapakah bilangan guru KAFA seluruh negara dan

draft • 12:53 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

berapakah anggaran kos tahunan sekiranya elaun dinaikkan atau skim gaji diwujudkan?

Dan saya mengharapkan pihak JAKIM supaya dapat menyeragamkan.

Dengan saya ini ada senarai 14 buah negeri di negara kita ini di mana guru-guru KAFA-nya semuanya berlainan dia punya kadarnya. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Jadi, mohon JAKIM selaraskan perkara ini dan tentukan semua negeri ada kelas KAFA dan ada skim gaji untuk mereka.

Ketiga, berapakah bilangan— keempat, soalan saya, apakah status Program Rintis KAFA Perdana yang dikatakan dilaksanakan sebelum ini? Apakah statusnya?

Merujuk kepada perkara 04801 – Membina dan Menaik Taraf Masjid/Surau dan Institusi Latihan Islam. Peruntukan di dalam muka surat 124, peruntukan 2027, sebanyak RM60.58 juta, meningkat 67.3 peratus daripada RM36.21 juta pada tahun 2026. Saya mengalu-alukan peningkatan ini.

Namun, saya ingin membawa satu contoh nyata di peringkat akar umbi di mana masjid yang sedang didirikan iaitu Masjid Al-Ghufraniah di Kampung Titi Gantung, Parit, kawasan parlimen saya yang boleh menampung 800 jemaah, dijangka siap pada 27 November 2027. Projek ini kini memasuki fasa genting kerana masih memerlukan dana sekitar RM5.8 juta daripada kos keseluruhan RM8 juta, iaitu 73 peratus kos yang belum terjamin.

Penduduk setempat sedang berusaha mengumpul dana tetapi tanpa bantuan kerajaan pusat, impian mereka untuk memiliki masjid yang selesa dan mencukupi bagi keperluan jemaah pada masa hadapan boleh tergendala. Untuk makluman, peruntukan daripada kerajaan pusat masih lagi langsung tidak ada walaupun satu sen.

Jadi, saya mengharapkan tindakan segera dari pihak kerajaan. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan peruntukan di bawah 04801 bagi membantu kekurangan, menampung kekurangan RM5.8 juta bagi masjid ini supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada 27 November 2027?

Kedua, apakah kriteria kelayakan dan prosedur permohonan bagi masjid yang sedang dalam pembinaan dan berapakah masjid serta surau yang akan menerima manfaat daripada peruntukan RM60.58 juta ini?

Ketiga soalan saya, adakah peruntukan ini boleh digunakan bagi projek yang dibina secara berperingkat dan telah dibiaya sebahagiannya oleh sumbangan orang ramai dan bagaimanakah permohonan sedemikian dinilai?

draft • 12:53 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Merujuk kepada perkara 050100 – Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam jadual P.6. Pembinaan Sekolah Agama rakyat meningkat tujuh kali ganda daripada RM3.6 juta kepada RM25 juta. Namun, perbelanjaan sebenar yang berlaku pada tahun 2025 hanyalah dicatatkan RM687,535 daripada jumlah sepatutnya RM121.76 juta. Mohon penjelasan yang berkaitan dengan perkara ini. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 12:53 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Pengerusi. Tuaran menumpukan perbahasan kepada pengukuhan institusi, penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan hak Sabah.

Bagi maksud B.1 – Parlimen Malaysia. Apakah pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen disertai pengukuhan perkhidmatan perundangan dan penyelidikan untuk Ahli Dewan? Autonomi Parlimen mesti meningkatkan keupayaan kita meneliti, meminda dan mencadangkan undang-undang. Tuaran mencadangkan khidmat penggubalan bagi membantu Ahli Dewan menyediakan rang undang- undang persendirian dan usul pindaan.

Setiap rang undang-undang juga perlu disertai penilaian pematuhan perlembagaan termasuk implikasinya terhadap hak Sabah dan Sarawak. Tetapkan juga tempoh kementerian menjawab soalan, menjawab syor Jawatankuasa Pilihan Khas dan bentangkan kemajuan pelaksanaannya. Syor jawatankuasa tidak boleh berakhir sebagai laporan semata-mata. Apakah sumber manusia, peruntukan dan juga jadual pelaksanaan bagi pengukuhan ini?

Bagi Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 040300 – Urusan Kajian Semula Persempadanan. Tuaran ingin tahu apakah susulan mesyuarat MA63 pada 11 September 2026 mengenai nisbah kerusi parlimen Sabah dan Sarawak?

Tuaran minta hala tuju yang jelas sebagai tuntutan satu pertiga kerusi. Ini menyentuh kekuatan suara Sabah dan Sarawak dalam membuat keputusan di Parlimen serta melindungi kepentingan kedua-dua negeri dalam Persekutuan.

Apakah nisbah yang dicadangkan, bagaimanakah pembahagian kerusinymdan apakah pindaan perlembagaan diperlukan? Bezakan proses penambahan jumlah kerusi dengan proses mengkaji semula sempadan kawasan pilihan raya. Bentangkan urutan tindakan, agensi peneraju, dan garis masa termasuk

draft • 12:58 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

rundingan dalam kerajaan negeri serta penyertaan rakyat dan bilakah cadangan konkrit akan dibawa ke Dewan ini.

draft • 12:58 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Bagi Maksud B.5 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Butiran 030300 – Urus Setia Cawangan Sabah. Tuaran ingin tanya bilakah kekurangan kira-kira 245 pegawai perubatan di Sabah akan ditangani bersama Kementerian Kesihatan?

Puan Pengerusi, kita diberitahu bahawa terdapat keperluan kritikal doktor- doktor di Hospital Ranau, Hospital Keningau, Hospital Sipitang, Hospital Beaufort termasuk juga Hospital Tuaran yang memerlukan sekurang-kurangnya 10 lagi doktor tambahan. Jelaskan — kita minta penjelasan, apakah penyelarasan dengan JPA mengenai elaun wilayah dan perumahan untuk memastikan agar ini bukan menjadi alasan kepada doktor-doktor yang akan ditempatkan di Sabah.

Seterusnya bagi Maksud B.6, Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta Pejabat Persekutuan. Di Sabah baru-baru ini ada 13 projek jalan luar bandar bernilai RM1.716 bilion dilaporkan dibatalkan proses tendernya. Namun, menteri menyatakan— Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri menyatakan projek hanya ditangguhkan dan tidak dibatalkan. Sebaliknya, Menteri Kemajuan Wilayah— Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan dia dibatalkan.

Namun, Menteri menyatakan projek ini hanya ditangguhkan. Jadi, apakah status sebenar dan bilakah projek ini diteruskan? Apakah tindakan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk menyelaraskan penyelesaian bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Kewangan dalam perkara ini?

Bentangkan senarai projek itu di Dewan yang mulia ini, status pembiayaannya, tarikh tender mula dan tarikh kerja bermula. Penangguhan tanpa tarikh baharu terus membebankan rakyat. Mengenai hak 40 peratus Sabah, Tuaran meminta pelan pelaksanaan menurut Perkara 112C, Perkara 112D dan Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan.

Pendirian Tuaran jelas. Pemberian interim bukan pengganti hak 40 peratus Sabah. Apakah kemajuan penyelarasan base dengan Kementerian Kewangan dan juga Kerajaan Sabah? Bilakah formula pengiraan, data hasil yang dipersetujui dan jadual pembayaran akan dibentangkan? Jelaskan juga mekanisme pengesahan data serta penyelesaian tuntutan bagi tempoh 1974 hingga 2021.

Tuaran minta jaminan bahawa penerimaan bayaran interim tidak menjejaskan hak Sabah terhadap pengiraan sebenar dan tuntutan bagi tempoh

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

tersebut. Nyatakan perkara yang telah dipersetujui, perkara yang masih dipertikaikan dan tarikh penyelesaiannya. Pengiktirafan hak mesti diterjemahkan kepada pembayaran bukan rundingan tanpa penghujung.

Bagi Maksud B.8 – Jabatan Peguam Negara, Butiran 020100 – Gubalan.

Tuaran minta supaya diwujudkan tatacara rundingan awal dengan Peguam Besar Sabah dan Sarawak bagi rang undang-undang yang menyentuh hak negeri, senarai negeri dan senarai bersama. Rekodkan rundingan dan pastikan segala keperluan persetujuan negeri di bawah Perlembagaan supaya dia dipatuhi sebelum dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis bersidang semula sebagai majlis Mesyuarat.

[Majlis bersidang dalam Mesyuarat] [Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng mempengerusikan

draft • 1:00 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] [Majlis dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Kita sambung perbahasan dengan saya menjemput Rantau Panjang. Lima minit.

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri, sebelum itu Standing Order 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifat sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa”.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

36 berapa, Yang Berhormat?

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12) ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya, apa ceritanya?

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey. Pada 26 Oktober, saya ambil masa sikit untuk jelaskan sebab pada 26 Oktober, semasa penggulungan KKDW, saya telah tanya secara spesifik dan ia telah direkodkan dalam Hansard. Saya baca di sini. Pada masa itu, saya tanya kepada Menteri KKDW. Ini daripada Hansard. “Oleh kerana tadi, Bagan Datuk kata, dia pakai notice of change salurkan wang daripada projek lain. Saya nak minta penjelasan, dari manakah bajet ini datang dan projek manakah yang dikorbankan?” Jadi, itu soalan saya. Soalan spesifik, kalau pakai notice of change projek manakah yang dikorbankan?

Dan, pada masa itu, Menteri telah jawab saya, sesuatu projek itu diluluskan apabila perbelanjaan Belanjawan diumumkan. Jika tidak ada dalam senarai, memang tidak ada dilaksanakan dan tidak ada satu projek pun dikorbankan. Tidak ada. Tidak ada. Dan apa yang berlaku baru-baru ini, saya bersimpati dengan rakan- rakan Sarawak dan Sabah.

Jadi, di sini jelas. Soalan saya yang spesifik kepada Menteri. Menteri telah jelaskan bahawa di bawah notice of change, tak ada apa-apa projek dikorbankan.

Tetapi, pada Khamis lalu, apabila MKII telah gulung, dan di sini saya baca daripada teks ucapan daripada Menteri Kewangan, di sini Menteri Kewangan telah jelaskan “*Tatacara pengurusan kewangan membolehkan pengagihan semula dibuat melalui NOC iaitu Notice of Change bagi memenuhi keperluan projek.

Namun, penambahan untuk JLB bermakna pengurangan untuk program lain.

Contohnya pada 2023, pengurangan peruntukan melibatkan antaranya KEMAS, JAKOA, MARA, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, KETENGAH, RISDA, KESEDAR, PERDA dan KEJORA*”.

Jadi, jelas daripada jawapan MKII di sini, memang ada projek-projek yang telah dikorbankan untuk naikkan peruntukan JLB dan paling menarik...

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Paling menarik, pada 30 Oktober, di sini ada satu kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha KKDW. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Fadzmel Fadzil dengan tajuk di Sinar Harian, “Dekat mana Zahid cakap bohong?” dan di bawah, ada satu perenggan.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat tak boleh bawa petikan daripada akhbar ke dalam Dewan dan oleh kerana...

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini daripada Setiausaha Akhbar KKDW.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya, tetapi you picked up from newspaper itu. Jadi, cadangan saya ataupun— apa nama ini— saranan saya Yang Berhormat, oleh kerana kejadian itu dah berlaku 20 berapa hari bulan? 26?

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Khamis lalu.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Ha, jadi...

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri, to be fair, pada masa itu saya telah berdiri untuk minta pakai standing order tetapi Tan Sri tak benarkan. Jadi, saya bawa hari ini.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya lah, you mean sebut...

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Hari itu, saya memang nak pakai Standing Order.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya, bila kita bangun, kita tak dapat, jadi sebab itulah...

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tetapi, hari itu saya pakai standing order. Saya spesifik, saya bukan nak celah.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Oleh kerana ia nya berlaku pada last week, saya mencadangkan YB masukkan usul supaya saya dapat kaji balik apa yang berlaku.

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri, sebab ini satu pelanggaran daripada dua Menteri. Timbalan Perdana Menteri dan juga MKII.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Betul tetapi apa yang YB harapkan dari saya sekarang?

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya mungkin boleh minta Menteri datang untuk buat penjelasan.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Tak boleh.

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sebab, ini satu contradiction yang ketara.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Dia dah lepas. Yang YB boleh buat, masukkan usul sama ada YB nak rasa— nak rujuk Menteri, siapa yang betul, siapa yang salah ke dalam usul tersebut. Boleh? Kalau tidak, tak boleh panggil Menteri buat penerangan. Tak boleh, tak ada. Kita pun tak ada dalam standing order begitu, Yang Berhormat.

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, okey.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey, please. Thank you. Silakan Rantau Panjang.

draft • 2:30 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri. Tan Sri. Isu yang...

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Sekejap, sebentar Rantau Panjang. Ada usul apakah tadi?

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri, atas peraturan yang sama, lanjutan daripada petua yang telah diberikan oleh Tan Sri tadi, saya rujuk kepada 36(6) iaitu “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa” ataupun 36(12), mengelirukan Dewan.

Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan Datuk yang merupakan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengatakan bahawa peruntukan ke Sabah dan Sarawak telah menjadi dikorbankan ataupun ungkapan kenyataan yang dikeluarkan, “Jadi yang jadi mangsa ialah Sabah dan Sarawak. Begitu juga, masyarakat kampung lain di Semenanjung”. Memberi gambaran seolah-olah seorang Timbalan Perdana Menteri I Kerajaan MADANI tidak prihatin tentang masalah dan pelbagai perkara yang melibatkan infrastruktur Sabah dan Sarawak, dan juga masyarakat kampung di Semenanjung. Disebabkan ini telah berlaku polemik di luar sana dan masyarakat Sabah dan Sarawak, saya lihat daripada reaksi ramai daripada Ahli-ahli Parlimen marah dengan Kerajaan MADANI.

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tetapi, Menteri— Timbalan Menteri Kementerian Kewangan telah memberi penerangan bahawa tidak ada apa-apa potongan dibuat. Tidak ada apa-apa dana yang telah ditarik balik daripada peruntukan tersebut dan saya, kalau rakyat— saya sendiri confuse.

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Rakyat di luar sana lebih confused. Adakah Yang Berhormat Bagan Datuk ini cuba sabotaj Kerajaan MADANI? Itu soalan saya.

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

No, okey. Bila YB bangun, tentunya YB minta remedi.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, betul.

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Jadi, sekarang saya nak bagi remedinya. Remedinya ialah YB terpaksa masukkan usul dan kalau merasakan bahawa arguement YB itu boleh menjurus kepada Bagan Datuk dihadapkan ke Jawatankuasa, sila masukkan usul.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, ya. Sebab, Yang di-Pertua, Yang di-Pertua, saya— Yang di-Pertua, ini bukan kenyataan yang dibuat di luar semasa berkempen. “Oh, kita jangan alergik dengan warna hijau”.

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Saya faham, YB. Baik, saya faham.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini adalah di Dewan Rakyat.

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Saya faham. Itulah remedinya yang kita ada. Unfortunately, itu sahajalah remedi yang ada dalam standing order ini.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Yang di- Pertua, kami...

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Jadi, pertimbangkan sama ada Yang Berhormat nak masukkan usul ataupun minta— ya, sekarang dah berlalu dah. Mesti kena masuk usul lah dan lain-lain.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan, Yang di-Pertua, saya mohon Yang di-Pertua untuk mengambil perhatian bahawa kita sebagai backbencher yang mempertahankan kerajaan ini, terlalu terkesan.

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Saya faham.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan kita bila keluar ke sana, orang biasa tanya dengan kita, bagaimana boleh berlaku perkara ini di dalam Dewan?

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Ya. Sebab itu, kita ada peraturan mesyuarat.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Yang di- Pertua. Isu kedua...

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Dan kita...

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu kedua, Yang di- Pertua adalah berkenaan dengan usul saya untuk merujuk Yang Berhormat Kota Bharu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana penggunaan perkataan “munafik” dalam Dewan yang mulia ini.

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Ya, ya. Dah atas— saya ada terima YB punya usul dan saya sedang kaji. Insya-Allah, saya akan maklumkan pada YB kemudian.

draft • 2:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Yang di- Pertua.

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ha, 36(6).

draft • 2:36 PM

Tuan Pengerusi

Ya, 36(6).

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semasa membuat— apa yang dibuat oleh Jelutong, dia sebut perkataan “cuba sabotaj”. “Cuba sabotaj” itu sangkaan jahat kepada Timbalan Perdana Menteri.

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, perkataan “cuba sabotaj” tu saya ingat kena tarik balik. “Timbalan Perdana Menteri cuba sabotaj”. Jadi, perkataan tu kena tarik balik, tak boleh sebut.

Ini Timbalan Perdana Menteri. Ini Timbalan Perdana Menteri negara. Mana boleh kita buat sangkaan jahat macam tu.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Tan Sri Speaker, saya pun bersetuju juga.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini sama-sama kerajaan. Apa jadi kepada kerajaan sekarang, bila ada Ahli Parlimennya selain daripada menyentuh teguran yang hebat kepada Timbalan Perdana Menteri, hari ni sebut perkataan “cuba sabotaj”.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Ya. Mana ada sabotaj. Kalau sabotaj, sudah lama tarik sokongan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Padahal rujukan kepada Kota Bharu, dia [Tidak jelas] munafik. Tanda-tanda munafik.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Jadi, sampai hari ini kerajaan masih berdiri kukuh, steady. Mana ada sabotaj.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi 36(6), saya mintak supaya perkataan “cuba sabotaj” ditarik balik kepada Timbalan Perdana Menteri.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini perkataan yang berat, yang menimbulkan pokok persoalan keselamatan. “Sabotaj” ni ialah perkataan yang melibatkan keselamatan. “Cuba sabotaj” ni dia cuba sabotaj kepada keselamatan negara.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Ya, kita cuba, bukan sabotaj. Cuba, cuba.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri, Tan Sri.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, nombor dua...

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Cuba, cuba pun, sangkaan jahat, Tan Sri.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri, saya...

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Ya, cubaan membunuh, cubaan merompak.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri, sudah terang lagi bersuluh, memang Bagan Datuk bersekongkol dengan sebelah sana untuk cuba sabotaj Kerajaan MADANI.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey, okey, okey. Saya...

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Ini sangkaan jahat!

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey, duduk semua.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sangkaan paling jahat!

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Paling jahat?

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Saya tahu ini politik. Sit down, tolong.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Ya, Tan Sri tapi takkan ini boleh dibenarkan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang kedua, yang kedua 37(1).

Tan Sri jadi mempengerusikan Mesyuarat pada hari itu, saya telah diganggu oleh Hulu Langat dan juga lain-lain orang, semua kata, “Arau duduk. Arau duduk”. Ini melanggar 37(1). Mana boleh nak mintak Arau duduk apa semua. Kena mintak kebenaran Speaker. “Arau duduk. Arau duduk” sehingga saya terganggu. Cukup terganggu. Sampai saya balik saya teringat perkataan...

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey. Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, lain kali jangan mintak kepada Arau, mintak kepada saya, okey.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mintak Speaker suruh Arau duduk. Ini adalah kurang adab namanya. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Tan Sri Speaker, saya minta tarik baliklah sangkaan ‘cuba sabotaj’ itu.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Sila duduk.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Saya minta tarik baliklah, Tan Sri Speaker.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Teruskan Rantau Panjang. Rantau Panjang lagi lima minit.

draft • 2:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

*Allahuakbar.

[Ketawa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyentuh beberapa isu di peringkat jawatankuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Yang pertama iaitu yang berkaitan dengan penguatkuasaan nafkah anak di bawah Butiran 040300 di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Sebanyak 4,886 kes ingkar nafkah anak direkodkan dalam tempoh 2020 hingga 2024. Namun,

draft • 2:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Unit Pengesanan Bahagian Sokongan Keluarga hanya melaksanakan 358 carian majikan dan alamat penghutang antara tahun 2022 hingga Oktober 2025.

Saya ingin penjelasan, berapakah setakat ini yang telah berjaya dikuatkuasakan melalui perintah potongan gaji dan hiwalah? Berapakah jumlah nafkah interim yang telah disalurkan sepanjang tahun 2023 hingga 2025 serta bilangan penerimanya? Dan berapakah jawatan pegawai pengesan DSK yang telah diluluskan bagi tahun 2027?

Seterusnya, Butiran 020100 iaitu Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Sejak tahun 2024, sebanyak RM934 juta geran SejaTi MADANI diluluskan lebih kepada – lebih daripada 10,000 projek komuniti. Bagaimanapun, separuh daripada projek yang beroperasi mencatat pendapatan kurang RM2,000 sebulan, manakala jumlah projek yang telah gagal atau berhenti beroperasi belum didedahkan.

Saya ingin tahu, berapakah jumlah Projek SejaTi MADANI yang telah berhenti beroperasi? Setakat 30 September 2026, berapakah jumlah geran yang diluluskan melalui kawasan-kawasan Parlimen bagi tempoh 2024 hingga 2026?

Adakah kerajaan akan melaksanakan audit keberhasilan terhadap semua projek- projek tersebut bagi memastikan dana yang disalurkan benar-benar meningkat pendapatan komuniti?

Yang seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 060200 – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), di mana kerajaan telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan Ombudsman Malaysia sejak tahun 2023. Namun sehingga kini, penubuhannya masih belum dimuktamadkan. Dalam masa yang sama, sebanyak 62 daripada 75 syor tindakan tatatertib SIAP tidak dilaksanakan oleh agensi yang berkaitan.

Soalan saya, bilakah rang undang-undang ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat? Siapakah yang akan mengendalikan rayuan di bawah undang-undang kebebasan maklumat sekiranya Ombudsman belum lagi ditubuhkan? Dan adakah ia akan diberi kuasa untuk memastikan agensi melaksana syor tindakan tatatertib dalam tempoh yang ditetapkan?

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 050100 iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di mana didapati 36,500 guru KAFA masih menerima elaun RM1,100 sebulan dan tidak dinaikkan sejak tahun 2023. Selain itu, 383 penyelia KAFA masih berstatus kontrak walaupun telah berkhidmat sejak tahun 2009 lagi.

Jadi, kita tengok dalam Belanjawan 2027, peruntukan pertambahan RM500 juta bagi hal ehwal Islam telah diluluskan— telah dicadangkan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, berapakah daripada pertambahan peruntukan RM500 juta tersebut disediakan bagi menaikkan elaun guru KAFA? Adakah kadar baru— elaun baru akan dicadangkan oleh JAKIM kepada Kementerian Kewangan? Dan bilakah keputusan mengenai pelantikan tetap dan naik taraf jawatan penyelia KAFA akan dibuat?

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 010500 – Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP), di mana perjanjian petroleum Kelantan tahun 1975 memperuntukkan pembayaran tunai lima peratus.

Namun, Kerajaan Persekutuan menggunakan tafsiran had tiga batu nautika berdasarkan Akta Laut Wilayah 2012. Kelantan dan Terengganu menerima wang ihsan, manakala Sabah dan Sarawak masing-masing diperuntukkan pemberian khas RM1.5 bilion bagi tahun 2027.

Jadi, saya ingin penjelasan, adakah persetujuan Sidang DUN Kelantan dan Terengganu diperolehi sebelum Akta Laut Wilayah 2012 diluluskan, khususnya berkaitan dengan kehendak Perkara 2(b) Perlembagaan Persekutuan? Dan bagaimana sekiranya sidang DUN menolak Akta Laut ini sebagaimana yang telah ditolak dalam Sidang DUN Kelantan? Apakah asas perundangan bagi menggunakan had tiga batu nautika terhadap Perjanjian Petroleum 1975? Adakah kerajaan bersedia mendapatkan pandangan Mahkamah Persekutuan melalui mekanisme yang diperuntukkan di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan?

Dan akhir sekali iaitu berkaitan dengan Butiran 00101 iaitu Majlis Keselamatan Negara, di mana Laporan Audit Negara mendapati sebanyak RM28 juta dibelanjakan bagi Projek MyID tanpa kelulusan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal. Dalam Belanjawan 2027, MKN memohon peruntukan sebanyak RM746.5 juta tanpa senarai projek terperinci dalam dokumen anggaran.

Jadi, apakah tindakan yang telah diambil terhadap penemuan audit berhubung dengan perbelanjaan RM28 juta tersebut? Apakah senarai projek dan nilai setiap projek di bawah peruntukan RM746.5 juta bagi tahun 2027? Apakah asas perundingan yang membolehkan MyDigital ID menjadi syarat mendapatkan perkhidmatan kerajaan? Apakah kemudahan alternatif bagi warga emas, OKU serta rakyat yang menghadapi kekangan digital?

Dan akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua – Pengerusi, Butiran 00125 – PPP/PFI, di mana obligasi pajakan PPP telah mencecah RM97.7 bilion setakat Jun 2026 dan dikelaskan sebagai liabiliti lain, bukan hutang Kerajaan Persekutuan. Pada masa yang sama, kadar caj ketersediaan dan penyelenggaraan Projek Kota MADANI belum dimuktamadkan berdasarkan maklumat yang dirujuk.

draft • 2:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin penjelasan, adakah kerajaan bercadang menetapkan had statutori terhadap obligasi PPP ataupun PFI bagi mengawal risiko fiskal jangka panjang?

Apakah senarai projek atau bayaran pajakan di bawah peruntukan RM832 juta bagi Butiran 00125 bagi tahun 2027? Dan berapa jumlah keseluruhan caj ketersediaan dan penyelenggaraan yang akan ditanggung oleh kerajaan sepanjang tempoh pajakan Projek Kota MADANI?

Jadi, saya mengharapkan kerajaan memastikan komitmen kewangan jangka panjang didedahkan dengan telus dan kita mengharapkan supaya peruntukan yang di sedia ini disertai dengan pengurusan yang telus, pemantauan yang berkesan dan keberhasilan yang dapat dinikmati oleh rakyat. Terima kasih Tan Sri.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Seputeh.

draft • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Saya bermula dengan petikan Maksud Bekalan 110000 – Emolumen. Ini adalah berkenaan dengan Parlimen.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita sebagai Ahli Berhormat di Parlimen ini haruslah berasa bangga kerana banyak pembaharuan telah dilaksanakan di Parlimen kita dalam tiga tahun yang lepas. Hubungan di antara Ahli Parlimen dan NGO tempatan dan NGO antarabangsa juga telah pun ditambahbaikkan melalui pelbagai aktiviti APPGM dan prosiding di bawah Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen (PAC).

Syabas kepada Tan Sri Speaker dan Setiausaha Dewan Rakyat dan pihak pengurusan Dewan Negara juga. Kami merasa amat gembira untuk melihat Akta Perkhidmatan Parlimen telah pun diwartakan dan dilaksanakan dalam bulan Oktober tahun ini.

Saya ingin mencadangkan MOF akan memberi lebih peruntukan kepada pihak Parlimen untuk meneruskan pelbagai reformasi yang telah dilaksanakan di Parlimen sekarang. Adalah jelas Parlimen perlu mempunyai lebih pegawai yang berpengalaman dalam pelbagai bidang. Saya sebagai Naib Pengerusi PAC ingin memohon pihak kerajaan dan juga pentadbiran Parlimen untuk menstabilkan Sekretariat PAC dengan melantik lebih pegawai yang berkaliber untuk membantu urusan Sekretariat PAC sekarang.

Saya juga bercadang Parlimen menubuhkan unit penggubalan undang- undang untuk membantu Ahli Parlimen dan agensi kerajaan yang ingin membawa

draft • 2:49 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

rang undang-undang baharu untuk dibentangkan untuk dibahaskan di Parlimen sebagai langkah untuk mengurangkan beban penggubalan dan pindaan undang- undang di bawah Jabatan Peguam Negara (AGC).

draft • 2:49 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tan Sri Pengerusi. Saya juga nak rujuk kepada Bekalan 6, Butiran 070000 – Pengurusan Wilayah Persekutuan dan Butiran 070200 – DBKL. Saya menyokong usaha DBKL untuk mengkaji semula zon guna tanah di bawah Pelan Tempatan KL 2040. Saya berharap usaha mengkaji semula PTKL 2040 tidak akan berlaku seperti apa yang berlaku lepas di mana banyak cadangan perubahan yang berasas yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan penduduk dalam pendengaran PTKL 2040 ditolak oleh DBKL atas alasan bahawa ia adalah bercanggah dengan Pelan Struktur Tempatan KL 2040.

Kalau DBKL masih pegang pendirian ini, maka apa-apa cadangan baharu daripada wakil rakyat dan penduduk pun tidak akan dimasukkan dalam kajian semula kali ini. Jadi yang usaha untuk adakan kajian semula PTKL 2040 pun akan menjadi sia-sia sahaja.

Sehubungan dengan itu, saya ingin tanya berkenaan zon guna tanah di tapak cadangan pembinaan 17,000 unit Rumah MADANI Bukit Jalil yang di bawah tanah keluasan 65 ekar. Di bawah PTKL 2040 sekarang, tapak tersebut dibahagikan kepada dua zon iaitu di Lot 37230 yang mempunyai nisbah plot satu pertiga dan satu zon lagi di Lot 103732 hingga Lot 103812 yang mempunyai nisbah plot satu perlima.

Tetapi cadangan pembinaan 17,000 unit rumah di kedua-dua zon tanah tersebut akan mengubah plot nisbah ke satu pertujuh puluh satu. Sekiranya cadangan projek ini diteruskan, ia akan menjadikan kesesakan di Bukit Jalil menjadi lebih serius.

Saya ingin merayu kepada DBKL supaya menurunkan nisbah plot di tapak cadangan Bandar MADANI Bukit Jalil dan menolak sebarang tekanan untuk bulldoze pembinaan 17,000 unit rumah di Projek Bandar MADANI Bukit Jalil tersebut.

Memandangkan terdapat 15,000 unit rumah baharu di Bukit Jalil dan 6,000 unit baharu di bahagian Selangor telah mendapat Kebenaran Merancang dan dalam pembinaan. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri di JPM yang mengawasi Wilayah Persekutuan dan juga Datuk Bandar KL memperjuangkan pembinaan satu stesen MRT di tapak cadangan Bandar MADANI Bukit Jalil sebagai langkah untuk meredakan kesesakan trafik yang semakin serius di Bukit Jalil, Bandar Kinrara dan Puncak Jalil.

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tan Sri Yang di-Pertua, satu minit lagi. Saya nak rujuk kepada maksud bekalan Tanggungan 6, 010000 – Urusan Pilihan Raya. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan bersetuju memperuntukkan sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi Parlimen kepada Wilayah Borneo. Saya ingin cadangkan yang SPR juga haruslah mencadangkan persempadanan sempurna di Lembah Klang kerana di banyak kerusi parlimen khususnya di Selangor telah mengalami peningkatan mendadak penduduk dan juga pengundi.

Yang mana di kawasan Parlimen seperti Damansara, Klang, Kapar, Bangi dan lain, jumlah penduduk dan pengundi di kawasan-kawasan parlimen tersebut adalah dua kali ganda atau tiga kali ganda berbanding dengan kawasan parlimen yang lain. Ini adalah amat tidak adil kepada pengundi dan juga penduduk di kawasan- kawasan Parlimen tersebut.

Tibalah masanya di mana SPR perlu menjalankan kajian persempadanan semula di kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai pengundi yang terlampau ramai. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Temerloh.

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. B.6 Jabatan Perdana Menteri iaitu berkaitan pemeliharaan akidah dan integriti halal oleh JAKIM, usaha pencegahan rasuah oleh SPRM serta pengukuhan fungsi Jabatan Audit Negara.

050100 – JAKIM. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan persoalan mengenai tanggungjawab JAKIM dalam menangani isu akidah yang semakin mencabar termasuk penyebaran ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam seperti ajaran New Age Movement dan tindakan individu seperti Aliff Daniel dan Sophia Mohd Noor yang jelas melakukan perbuatan yang bercanggah dengan akidah Islam dan bebas pula menyebarkan dalam media sosial.

Persoalannya, apakah tindakan JAKIM dalam memantau dan menangani penyebaran fahaman yang boleh mengelirukan umat Islam, khususnya melalui media sosial? Mengapakah JAKIM tidak terus bertindak terhadap isu-isu yang mengelirukan ini? Adakah JAKIM mempunyai mekanisme pemantauan yang berkesan bersama pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan tindakan dapat diambil sebelum fahaman tersebut semakin meluas?

draft • 2:56 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya juga ingin menyentuh isu yang sangat dekat dengan kehidupan umat Islam iaitu integriti halal dan penyembelihan ayam. Baru-baru ini, pada 30 Oktober 2026, pihak berkuasa menyerbu sebuah premis di Puchong. Menerusi renjatan elektrik lebih daripada 6.5 tan ayam mentah bernilai kira-kira RM85,400 dirampas kerana disyaki diproses tanpa mematuhi syarat penyembelihan Islam.

Siasatan awal mendapati kaedah water bath stunning dipercayai menyebabkan ayam mati sebelum disembelih. Premis tersebut juga disyaki beroperasi tanpa sijil halal yang sah sedangkan operasinya bukan setahun dua.

Siapakah pemilik syarikat ini? Mengapakah tidak ada tindakan sebelum ini? Ini bukan sekadar isu penguatkuasaan atau kebersihan makanan tetapi menyentuh hak umat Islam untuk mendapatkan makanan yang benar-benar halal dan menepati syarak.

Saya ingin mengemukakan persoalan.

Pertama, apakah tindakan JAKIM terhadap premis yang didapati melakukan penyembelihan ayam tidak mengikut syarak termasuk pembatalan atau penggantungan sijil halal sekiranya berlaku perlanggaran? Bagaimanakah JAKIM memastikan ayam yang telah diedarkan ke restoran, pasar raya di sekitar termasuk ke kedai-kedai makan dan sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dapat dikesan serta ditarik balik jika terbukti tidak halal? Adakah kerajaan bercadang mengetatkan pemantauan rumah sembelihan dengan mewajibkan kehadiran Penyelia Halal dan pemeriksaan mengejut secara berkala?

Saya tegaskan logo halal bukan sekadar simbol komersial tetapi amanah agama dan jaminan kepada pengguna Muslim.

Tuan Pengerusi, saya ingin beralih kepada isu rasuah iaitu yang merupakan antara ancaman terbesar kepada kewangan negara. Rasuah seolah-olah menjadi budaya dalam pengurusan pentadbiran. Rasuah bukan sahaja menyebabkan kehilangan wang rakyat, malah menghakis kepercayaan terhadap institusi kerajaan.

Sebagai contoh, pada Julai 2025, SPRM menyiasat kes rasuah berkaitan projek pembinaan pusat data bernilai RM180 juta.

Dalam operasi tersebut kira-kira RM7.5 juta wang tunai dilapor disita dengan siasatan awal mengesyaki bayaran rasuah bagi mendapatkan enam tender projek.

Kes ini memperlihatkan bagaimana rasuah dalam perolehan boleh menyebabkan kos projek meningkat dan persaingan kontraktor menjadi tidak adil.

draft • 2:56 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Butiran 020000. Berapa peratuskah turunnya kes-kes rasuah hasil tindakan SPRM bagi memperkukuh operasi penyiasatan dan pencegahan rasuah? Apakah KPI kerajaan dalam mengukur keberkesanan SPRM? Adakah berdasarkan jumlah tangkapan, pendakwaan semata-mata atau turut mengukur jumlah wang rakyat yang berjaya diselamatkan?

Seterusnya, yang terakhir, Jabatan Audit Negara. Satu lagi. Iaitu, Tuan Pengerusi, Butiran 020200. Jabatan Audit Negara sebagai institusi penting dalam memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan secara berhemah. Laporan audit saban tahun menunjukkan bahawa berlaku isu kelemahan pengurusan, ketirisan, ketidakpatuhan prosedur dan kelemahan kawalan dalaman perlu diberi perhatian secara serius.

Persoalannya, apakah makna laporan audit sekiranya teguran yang sama terus berulang? Adakah kerajaan mempunyai mekanisme pemantauan khusus untuk memastikan setiap teguran audit diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan?

Berapa banyak syor audit yang masih belum dilaksanakan oleh kementerian dan agensi kerajaan? Adakah kerajaan bercadang mewujudkan sistem pemantauan digital yang membolehkan status tindakan susulan audit dipantau secara terbuka?

Saya mencadangkan agar setiap kementerian diwajibkan mengemukakan laporan tindakan susulan audit secara berkala kepada Parlimen. Audit tidak sepatutnya berakhir dengan penemuan kelemahan semata-mata, tetapi mesti membawa kepada pembetulan, pemulihan wang rakyat dan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Akhirnya, Tuan Pengerusi, ketiga-tiga institusi ini memainkan peranan yang sangat penting dalam membina negara berintegriti. JAKIM menjaga kesucian akidah dan halal umat Islam, SPRM menjaga negara daripada ancaman rasuah, Jabatan Audit Negara memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan amanah. Saya ingin menegaskan Belanjawan 2027 tidak boleh hanya dinilai berdasarkan jumlah peruntukan tetapi berdasarkan keberkesanan pelaksanaan, ketelusan dan hasil yang benar-benar dirasai rakyat.

Saya berharap Menteri dapat memberikan jawapan yang jelas terhadap persoalan yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput seterusnya, Jempol.

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan juga selamat petang. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

Jempol fokus kepada Butiran 16300 – Projek Sistem Bekalan Air Felda.

Masalah paip air pecah di kawasan FELDA di Parlimen Jempol. Gangguan bekalan air sering berlaku di 28 skim FELDA dalam Parlimen Jempol kerana masalah paip yang telah usang dan berusia kira-kira 40 tahun. Jadi, Jempol telah pun beberapa kali menyentuh tentang paip usang dan juga gangguan bekalan air di Parlimen Jempol kerana masalah paip pecah. Antara kawasan kritikal ialah paip retikulasi Gugusan FELDA Serting Hilir 1 hingga 7, Gugusan FELDA Raja Alias 1 hingga 4, Gugusan FELDA Palong 4, 5 dan 6 dan juga di FELDA Bukit Rokan Barat.

Tan Sri Pengerusi, Jempol ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan penggantian paip usang di 28 skim FELDA dalam Parlimen Jempol khususnya di kawasan kritikal yang telah saya sentuh sebentar tadi?

Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, Jempol merujuk Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA, iaitu berhubung dengan Skim Pinjaman Pembaikan Rumah Peneroka FELDA. Sebelum ini, FELDA telah menawarkan pinjaman sebanyak RM40,000 untuk pembaikan rumah peneroka di bawah Skim Pinjaman Pembaikan Rumah Peneroka.

Ramai peneroka yang memohon skim ini masih menunggu giliran kelulusan dalam tempoh yang agak lama dan tiada maklum balas daripada pihak FELDA. Ini yang menimbulkan keraguan di kalangan peneroka FELDA yang telah pun memohon dan menunggu agak lama. Sehubungan dengan itu, Jempol ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Skim Pinjaman Pembaikan Rumah FELDA ini masih diteruskan?

Tan Sri Pengerusi, Butiran 16500 iaitu masih di bawah Program Kelestarian FELDA. Iaitu berhubung dengan penebusan modal syer ataupun saham Koperasi Permodalan Malaysia Berhad. Jempol ingin menyuarakan kebimbangan para peneroka berhubung isu kelewatan atau penangguhan pembayaran tebusan syer anggota Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad ataupun KPF yang melibatkan nilai jutaan Ringgit.

draft • 3:02 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini terhadap tunggakan pembayaran penebusan modal syer Koperasi Permodalan Felda Berhad yang menjejaskan puluhan ribu pemegang saham khususnya peneroka yang semakin uzur dan memerlukan wang simpanan mereka untuk perubatan, pendidikan anak serta anak cucu serta membaiki rumah yang usang?

Sedangkan simpanan tersebut dikumpulkan hasil titik peluh mereka puluhan tahun di tanah rancangan FELDA.

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:02 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Kalabakan.

draft • 3:02 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan, khususnya 040100 – Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) berhubung pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya. Dalam hal ini, pengasingan ini perlu menjamin nasihat undang-undang kepada kerajaan dan keputusan pendakwaan dilaksanakan melalui tanggungjawab yang jelas.

Persoalannya, apakah perlindungan institusi yang akan memastikan pendakwa raya dapat bertindak secara bebas termasuk apabila sesuatu kes melibatkan pihak berkepentingan dalam kerajaan?

Oleh yang demikian, saya memohon kerajaan menjelaskan mekanisme pelantikan, jaminan tempoh perkhidmatan dan tatacara penamatan jawatan yang dicadangkan. Kebebasan ini mesti disertai akauntabiliti melalui laporan prestasi pentadbiran kepada Parlimen tanpa membuka ruang campur tangan terhadap keputusan kes individu.

Kedua, masih di bawah Butiran 040100 – BHEUU. Menyentuh pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri. Lanjutan daripada itu, cadangan maksimum 10 tahun secara agregat memerlukan kaedah pengiraan yang jelas khususnya apabila seseorang memegang jawatan dalam tempoh berasingan. Saya memohon kerajaan menjelaskan pemakaian terhadap perkhidmatan terdahulu serta aturan peralihan supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan pertikaian tafsiran.

Justeru, pembaharuan ini perlu disertai pengawasan Parlimen yang berkesan, ketelusan keputusan kerajaan dan proses pelantikan institusi yang

draft • 3:07 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

berwibawa. Saya memohon jadual penyelesaian perkara berbangkit supaya cadangan ini mempunyai hala tuju pelaksanaan yang nyata.

Tuan Pengerusi, ketiga, di bawah Butiran 040100 – BHEUU dari sudut penyelarasan pembaharuan undang-undang. Saya membangkitkan fasa pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869] yang kini telah dikuatkuasakan secara rasmi sejak 1 Oktober 2026. Berdasarkan rekod Parlimen sebelum ini menunjukkan bahawa ruang bagi Ahli Parlimen untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian sering kali menghadapi kekangan dari sudut keutamaan Aturan Urusan Mesyuarat serta batasan kepakaran teknikal bagi merangka sesuatu perundangan secara mandiri.

Sehubungan dengan itu, saya memohon penjelasan kerajaan berhubung perancangan jangka masa panjang di bawah struktur autonomi baharu ini bagi mewujudkan Bahagian Penggubalan Undang-undang ataupun Parliamentary Draftsman Parlimen yang tersendiri.

draft • 3:07 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Pihak kerajaan perlu menjelaskan bagaimana Unit Gubalan ini akan menyediakan saluran sokongan profesional yang saksama kepada semua Ahli Parlimen, sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang untuk merangka usul persendirian dengan lebih efektif sekali gus memangkin proses penggubalan undang-undang yang lebih inklusif.

Keempat, Butiran 080000 – Program Khusus, khususnya 080300 – Jawatankuasa Pasukan Petugas BHEUU. Melihat kepada perkembangan semasa, peruntukan meningkat daripada RM9 juta kepada RM19 juta iaitu melebihi dua kali ganda. Pertambahan ini menuntut penjelasan tentang pertambahan tanggungjawab dan hasil yang akan dicapai. Apakah masalah pelaksanaan yang memerlukan pasukan khas dan mengapakah fungsi sedia ada belum mencukupi?

Jadi bagi menangani isu ini saya mencadangkan setiap pasukan ditetapkan mandat tempoh penugasan dan hasil kerja yang khusus. Laporan perlu menyatakan cadangan yang diterima, tindakan pelaksanaan dan perkara tertangguh.

Pembiayaan pasukan khas mesti menghasilkan penyelesaian dengan pembahagian tugas yang jelas bagi mengelakkan pertindihan bersama BHEUU.

Kelima, Butiran 050000 – Kemajuan Islam, khususnya 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM berhubung kebajikan guru KAFA. Kita harus mengakui guru KAFA membimbing asas akidah, ibadah dan akhlak anak-anak. Jika kita mahu memperkukuh syiar Islam kebajikan mereka mesti menjadi sebahagian

draft • 3:10 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

keutamaan pembiayaan pendidikan Islam. Tanggungjawab mendidik memerlukan masa persediaan, kemahiran dan komitmen yang wajar dihargai melalui pendapatan yang munasabah.

Oleh itu saya mendesak kerajaan meneliti kecukupan elaun berbanding beban tugas sebenar, masa bekerja dan kos sara hidup. Kerajaan perlu membentangkan kadar semasa, perbezaan bayaran antara negeri dan pelan peningkatan pendapatan dengan tanggungjawab pembiayaan yang jelas. Semakan ini hendaklah turut meliputi ketepatan pembayaran, perlindungan sosial dan latihan profesional.

Saya juga memohon kajian struktur perkhidmatan guru KAFA seperti peningkatan kelayakan, pengalaman dan tanggungjawab mempunyai laluan penghargaan yang jelas. Usaha memartabatkan pendidikan Islam perlu diterjemahkan kepada jaminan kebajikan pendidiknya dengan pelaksanaan berperingkat yang mampu dibiayai secara mampan.

Keenam, akhir Tuan Pengerusi. Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan 040400 – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Maksud Pembangunan P.6, Butiran 11800 – Pembangunan Mahkamah Syariah.

Secara realitinya kelewatan urusan nafkah, penceraian dan penjagaan anak boleh memanjangkan kesulitan keluarga. Saya memohon sasaran penyelesaian kes, langkah mengurangkan tunggakan dan penilaian kecukupan pegawai serta kemudahan mahkamah.

Bagi menyokong aspek ini, pendigitalan mesti memudahkan pendaftaran, semakan status dan penjadualan, dengan perlindungan data serta bantuan pengguna. Tuan Pengerusi, mengakhiri ucapan, Kalabakan mohon menyokong.

Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Machang.

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Pengerusi. Kepala Butiran 030000 dan 00101 di bawah MKN. Dilihat di sini dari segi perbelanjaan pembangunan Majlis Keselamatan Negara ada lonjakan yang begitu besar, daripada RM68 juta sehingga kepada yang akan kita luluskan ini RM746 juta. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah yang dimaksudkan dengan pertambahan pembangunan, perbelanjaan pembangunan untuk MKN ini?

draft • 3:13 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya mendapat khabar daripada rakan-rakan daripada AKPS, MKN dan AKPS dahulu di bawah kepimpinan Dato’ Seri Shuhaily sedang mengusahakan satu command centre, pemantauan keselamatan sempadan yang menyeluruh yang mengguna pakai big data dan segala macam teknologi AI dengan izin, untuk memastikan sempadan negara tidak bocor. Kerana kita lihat baru-baru ini isu kebocoran sempadan negara kita lolos dengan kemasukan dadah dan juga barang seludupan yang haram sama ada contraband dengan izin ataupun perkara-perkara yang melibatkan makanan halal yang haram pun dibawa masuk.

Jadi ternyata ada kelemahan yang jelas di situ di pintu masuk sempadan negara kerana nama Malaysia ini semakin buruk bila kita bercakap tentang keselamatan sempadan. Dan saya nampak antara cara nak menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengguna pakai teknologi. Jadi, kalau mana MKN mendapat peruntukan untuk membantu AKPS dan apa saja agensi kerajaan yang menjaga sempadan, dengan menaik taraf teknologi dan juga infra untuk memantau kemasukan-kemasukan anasir-anasir ini ataupun yang keluar.

Sampai sekarang kita tak tahu macam mana juruterbang kita boleh lolos daripada pintu sempadan negara ke Indonesia bawa dadah. Mana teknologi yang kerajaan telah laburkan yang boleh menunjukkan bukti tersebut tapi bukti gambar CCTV Dato’ Seri Shuhaily menegur sapa pegawai polis boleh pula bocor. Jadi, saya rasa ini ada kelemahan sistem dan saya rasa MKN perlu dilibatkan.

Yang kedua, Pengerusi, Butiran 020000 – Operasi SPRM. Dalam sejarah Tembok Besar China, mungkin saudara Ipoh Timor boleh bantu sayalah ya.

Walaupun hebat dan gah Tembok Besar China tu tapi bocor juga kadang-kadang dengan rasuah. Jadi, saya rasa kebocoran, kelolosan di sempadan pintu negara kita ni ada unsur-unsur rasuah yang cukup besar tapi nampak gayanya saya tak nampak sebarang bentuk pendakwaan yang serius melibatkan kelemahan-kelemahan manusiawi ini.

Jadi saya harap apa sahaja belanjawan yang diberikan kepada SPRM ini dari segi operasinya perlulah menunjukkan hasil tangkapan yang benar-benar memberi kesan kepada jenayah rasuah melibatkan sempadan negara. Sebab apa Pengerusi, kalau tidak ada sebarang bentuk pendakwaan dan siasatan yang begitu rapi, macam mana kita nak buat unsur-unsur penegahan, deterrent kepada mereka yang terlibat saban tahun dengan kegiatan keji ini. Jadi saya harap kerajaan boleh pertimbangkan cadangan kami ini.

draft • 3:13 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang terakhir Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 010100 di bawah Pejabat Peguam Negara. Saya mengambil maklum apa yang telah dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari, jaminan dan janji, waad Yang Amat Berhormat Tambun bahawasanya Peguam Negara ketuai Pasukan Khas Mafia Korporat. Jadi ini satu perkara yang bagi saya serius walaupun DAP mencadangkan perlu ada RCI ke atas skandal ini.

Tapi tak apalah, kita bagi diskaun kepada Yang Amat Berhormat Tambun, waad beliau supaya benda ini benar-benar dapat dilaksanakan. Tapi saya tengok dari segi perbelanjaan butiran ini sangat kecil, tiada pertambahan keanggotaan di Pejabat Peguam Negara. Jadi saya mencadangkan kepada Kerajaan MADANI pada hari ini memandangkan Dato’ Seri Shuhaily sudah dipindahkan daripada AKPS ke KDN.

Dan memandangkan [Tidak jelas] berdepan dengan pertuduhan di mahkamah, saya mencadangkan untuk menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan.

Lantik beliau sebagai salah seorang pasukan petugas khas antara agensi ini kerana apa, kerana beliau berpengalaman luas dalam AKPS, dalam multi-agency coordination dengan izin dan sebagai bekas Ketua JSJ saya yakin Dato’ Seri Shuhaily mampu mengesan jejak-jejak kroni-kroni skandal korporat mafia ini.

[Tepuk]

draft • 3:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hidup Shuhaily.

draft • 3:13 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jangan kita buang orang-orang yang baik sebegini dan letakkan di dalam peti sejuk di KDN.

Saya bagi amaran kepada Yang Berhormat Senator Menteri Dalam Negeri, jangan aniaya pegawai-pegawai kerajaan yang cemerlang dalam melawan rasuah. Sebab itu yang di janji oleh Tambun, sakau, sakau, sakau, sakau tapi bila bab tindakan tak selari dengan apa yang dijanjikan.

Jadi, saya minta Pengerusi, cadangan kami ini diterima oleh Kerajaan MADANI kerana kita sama-sama nak melawan rasuah demi Malaysia yang lebih baik. Terima kasih.

draft • 3:13 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Selayang.

draft • 3:13 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tan Sri Pengerusi memberikan saya peluang untuk membahas di peringkat Jawatankuasa Perbekalan 2027. Perkara pertama ialah Butiran 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan status

draft • 3:19 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan bangunan mahkamah serta usaha menambahbaikkan sistem penyampaian pentadbiran kehakiman di negara ini.

draft • 3:19 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terdapat bangunan mahkamah yang telah dibina sebelum kemerdekaan dan kini tidak lagi dapat memenuhi keperluan sistem kehakiman. Apakah status pembinaan bangunan mahkamah baharu bagi menggantikan bangunan-bangunan mahkamah yang usang tersebut? Selain terdapat keperluan untuk membina lebih banyak bilik mahkamah, khususnya bagi mahkamah rendah di kawasan yang lebih mudah diakses oleh orang awam terutamanya mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam.

Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan kemudahan fizikal dan sistem teknologi mahkamah disediakan secukupnya bagi membolehkan mahkamah berfungsi dengan cekap dan berkesan selaras dengan piawaian yang ditetapkan serta mengurangkan tunggakan backlog of cases?

Perkara yang kedua ialah Butiran 040100 – Bahagian Hal Ehwal Undang- undang. Saya telah terlibat dalam pelbagai cadangan reformasi yang telah digerakkan oleh Yang Berhormat Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengerang bersama BHEUU sejak awal Penggal Parlimen Kelima Belas ini. Malangnya, ada segelintir yang terdapat tanggapan yang kurang tepat bahawa usaha reformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI adalah terlalu sikit atau langsung tidak berlaku.

Oleh yang demikian, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri memberikan satu senarai tentang reformasi yang telah berjaya digubal dan dilaksanakan dan rang undang-undang yang sedang dibentang dan diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen serta reformasi yang masih dalam peringkat cadangan dan memberikan senarai ini di-post-kan dalam website supaya orang ramai dapat mengesannya.

Senarai ini penting bagi memberikan maklumat yang jelas kepada orang ramai mengenai usaha-usaha reformasi yang telah dilaksanakan dan yang sedang dalam proses pelaksanaan atau dicadangkan. Antaranya reformasi hukuman mati, Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak, pindaan Akta SUHAKAM, reformasi bantuan guaman, reformasi Undang-undang Kebankrapan dan Dasar Peluang Kedua (Second Chance), Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya, had tempoh jawatan Perdana Menteri, Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI) yang dikaji oleh jawatankuasa juga

draft • 3:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

cadangan untuk mengadakan Malayan Law Reform Commission dan juga Rang Undang-undang Pembiayaan Politik.

Perkara yang ketiga ialah Butiran 040900 – Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Apakah status cadangan untuk mengkaji dan menyemak semula proses pelantikan hakim di negara ini? Pada bulan Julai tahun ini, terdapat beberapa pihak yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap sistem pelantikan kehakiman sehingga Majlis Peguam telah mengadakan satu Walk for Judicial Independence. Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan reformasi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Reformasi yang dicadangkan hendaklah berasas dengan bukti (evidence-based) dengan best practices yang telah diadakan di negara-negara yang lain.

Walau bagaimanapun, proses kajian dan reformasi juga perlu mengambil kira serta membuat mengambil kira amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Ini adalah penting bagi memastikan proses pelantikan hakim dilaksanakan dengan tahap ketulusan, akauntabiliti dan kredibiliti yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kebebasan dan integriti institusi kehakiman. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya saya jemput Arau.

draft • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar Tan Sri Pengerusi? Sebab Tan Sri nampak macam keletihan ya.

draft • 3:24 PM

Tuan Pengerusi

Yes.

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tadi Beluran bangun fasal Parlimen Yang Berhormat, B.010100 – Parlimen. Ini Ahli Jawatankuasa Pentadbir Parlimen bangun, kenapa lambat sangat dan dia bagi penekanan dalam Parlimen sekarang dah tertutup, jabatan tertutup diminta bagi perhatian bukan fasal keadilan, bagi keadilan. Bagi keadilan kepada kami. Yang Berhormat akan dilihat sebagai Speaker yang terbaik di dunia ini. Buat masa sekarang ini, belum nampak apa-apa lagi sebab Yang Berhormat belum buat apa-apa mesyuarat lagi. Kalau boleh, ambil tindakan segera sebab kami semua dengan izin, excited.

Yang keduanya ialah fasal B.01000 – JPA. DOSM 2024 telah melaporkan terdapat 165,000 graduan tidak bekerja. Jadi kita telah cadangkan supaya MySTEP dan juga PROTEGE itu diperbesarkan. Saya ingin tanya, berapakah graduan yang

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

telah diambil bekerja dengan MySTEP dan juga PROTEGE? Sebab kerajaan telah menetapkan bahawa mereka ni mendapat gaji awalan RM2,500. Mereka menunggu- nunggu. Mana dia gaji RM2,500? Mana dia peluang pekerjaan?

Yang keduanya, mereka mendapat biasiswa daripada JPA, tak boleh bekerja di luar kecuali kena serve JPA dua tahun. Dua tahun tapi kerja tak bagi. Ke mana mereka ini nak pergi? Ini persoalan-persoalan yang JPA kena jawab.

Kemudian, JPA telah melaporkan bahawa kita bimbang mengenai sakit mental kepada 55,169 kes yang mempunyai penyakit mental. Kita minta selesaikan.

Mesti diadakan lebih banyak ceramah-ceramah ilmu, ceramah agama dan sebagainya. Sebab mereka ini manusia yang akhirnya kita boleh perbaiki. Sebab kes yang disebutkan ini adalah kes yang berisiko tinggi.

Kemudian yang berikutnya saya ingin bertanya kepada Menteri Wilayah berhubung dengan perumahan PPR. PPR C86, 07000 – Wilayah Persekutuan. Saya ingin bertanya, berapakah tender penyelenggaraan yang dikategorikan sebagai tender terhad, terbuka dan tertutup? Saya juga ingin menimbulkan persoalan, apakah syarikat-syarikat yang menerima tender tersebut adalah syarikat yang baru ditubuhkan? Ini ialah di antara apa yang telah dicakapkan di luar sana.

Yang keempatnya adalah berhubung dengan penasihat undang-undang dan juga Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Penasihat undang-undang saya setuju. Sekarang ni AG kita setuju sebab dia mohon peruntukan untuk tambah, peruntukan kepada penasihat undang-undang. Jadi, saya minta AG sekarang ini menjadi penasihat kepada negara bukan penasihat kepada kerajaan. Kalau penasihat kepada kerajaan, tindakannya berlainan seperti yang dipertikaikan sekarang. Seperti juga kes-kes yang pernah berlaku. Enam tahun dibicara, 38 saksi dipanggil. Tiba-tiba ditarik balik iaitu kes terowong dasar laut.

Kemudian berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri. Saya ingat Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak juga kena ambil perhatian bahawa benda itu sebenarnya berlaku dan penerangan yang dibagikan di Parlimen hari itu tidak boleh dibagi penerangan kepada kami. Bagi penerangan dalam Kabinet. Biar Kabinet keluarkan kenyataan. Benda ini benda serius.

Yang Berhormat, yang telah ditimbulkan oleh Timbalan Perdana Menteri bukan main-main. Dia mengambil risiko untuk menyatakan pendiriannya dan pendiriannya ialah harus dijawab oleh Kabinet. Bukan dijawab oleh sebarang orang di sini dengan cuba nak ambil tindakan untuk merujuknya kepada 36(12). Ini ialah perbuatan yang tidak wajar berlaku.

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak pernah kerajaan dalam Malaysia yang ditubuhkan dari 1957 sampai sekarang ambil tindakan kepada Timbalan Perdana Menteri, merujukkannya kepada 36(12). Tak pernah Speaker. Jangan benarkan. Kalau tidak, Pengerusi akan dilihat sebagai orang yang membenarkan sesuatu yang boleh mengharukan Kerajaan MADANI yang kononnya popular sekarang.

Tabung Haji, saya setuju dengan kawan-kawan bahawa 1,500 ke 15,000...

draft • 3:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, isu peraturan.

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Saya tidak setuju. Balik kepada 1,500. Orang kampung nak cari makan pun susah. KWSP nak cari makan pun susah.

draft • 3:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, isu peraturan.

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tiba-tiba...

draft • 3:24 PM

Tuan Pengerusi

Peraturan berapa tu?

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tiba-tiba— Akhir sekali ialah berhubung dengan...

draft • 3:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(12).

draft • 3:24 PM

Tuan Pengerusi

Okey. Apa isunya?

draft • 3:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mengelirukan Dewan.

Kenyataan Yang Berhormat Arau mengatakan bahawa kes terowong itu telah ditarik balik adalah tidak benar. Kes terowong tidak ditarik balik, sedang dibicarakan di mahkamah.

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 3:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi saya— Ini kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab. Saya minta Yang Berhormat Arau tarik balik.

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya akan siasat dulu sebab ini saya buat kenyataan...

draft • 3:24 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak payah siasatlah, Jelutong peguam...

draft • 3:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan siasat...

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya akan siasat dulu!

draft • 3:24 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia peguam.

draft • 3:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya akan siasat dulu!

draft • 3:24 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia peguam, tak payah siasatlah.

draft • 3:24 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tarik balik! Kalau nak tipu terang-terang.

Tarik balik!

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini kenyataan...

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jelutong peguam. Dia peguam.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya dah siasat dulu!

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia peguam dalam kes ini. Tak payah nak tipu! Nak tipu Parlimen buat apa!

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya akan siasat dulu!

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tarik balik! Tak payah siasat, Jelutong peguam untuk kes ini. Kes masih dibicara. Fakta-fakta sudah jelas.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, very good. Kalau masih dibicara, maka kenyataan saya tak menjadi— Kenyataan saya menjadi kalau kes tak dibicara.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya minta Tan Sri Speaker bagi petua.

Kes ini— ini fakta sudah salah.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei, bagi saya cakap. Bagi saya cakap!

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, nak tipu jangan pakai kes inilah.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Awaklah kaki penipu.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tipulah, ini terang-terang tipu.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagi saya bercakap, Tan Sri.

Kalau sekiranya saya bercakap tadi kes itu sedang bicara, maka termatilah ucapan saya. Tapi kalau itu ditarik balik, terjadilah ucapan saya. Itulah kenyataan saya.

Habis. Akhir sekali ialah SPRM...

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, kalau nak bohong, lagi mahu-mahu pusing-pusing. Tengoklah ini perangai, ini perangai. Kalau sudah salah, tarik balik.

Itu sahaja, itu yang kita minta.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kamu reti tak? Kamu faham tak saya cakap?

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kes ini memang sedang dibicara, tak ada tarik balik.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kamu dengar saya cakap ya.

Supaya kamu jangan jadi tak cerdik ya. Kalau sekiranya kes ini masih berjalan, maka

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

kenyataan saya tadi ditarik balik. Tapi kalau kes ini tak berjalan, kenyataan saya berjalan. Itu bahasanya. Ini cara cakap orang terhormat di Parlimen. Ucapan yang berkualiti. Seperti orang Perlis dulu kata ucapan orang tak berkualiti, hari ini ucapan saya berkualiti.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali, seminit Tan Sri Speaker...

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya masih lagi belum dapat respons.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Iaitu berhubung dengan kes Zetrix. Zetrix ya.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, baik. Arau, Arau. Sekejap. Saya nak buat keputusan sekejap ya. Jelutong, duduk.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, beginilah Arau. Arau pun berumur, saya pun berumur.

Kita pun lama dalam ini, dalam Dewan. Oleh demikian, kalau sekiranya ada orang Ahli Berhormat membangkitkan bahawa perbicaraan sedang berlaku, apa yang Arau patut sebut, “okey, kalau sekiranya perbicaraan itu sedang berlaku, saya tarik balik.” Habis cerita. “Kalau sekiranya tidak berlaku, saya teruskan”. Habis. Itu sahaja. Tak payah jerit-jerit sebab semua orang tahu.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Jadi, Yang Berhormat Tuan Pengerusi...

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Sebut itu sahaja. Sebut ayat itu sahaja.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Prosedur saya ikut. Saya ikut kenyataan Tuan Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya, itu sahaja. Simple.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sudah sebut, cukup.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Tak payah jerit, tak payah angkat suara.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia menjerit saya.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Tak usah tunjuk tangan.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, baiklah.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Saya pun tahu siapa menjerit tadi. Dua-dua orang.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ikut pandangan Tan Sri, saya tak menjerit dah. Tapi puak-puak itu perangai tak ubah.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Ha, inilah masalah dia. Saya nak suruh rakyat— nak saya hukum kah? Tak ingat payah kot.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak payah, tak payah.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Tak payah.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sambung. Akhir sekali, seminit saya yang telah dirugikan tadi fasal kes SPRM. Ini Zetrix, semua orang dah tahu. KWSP melabur RM390 juta. KWAP RM390 juta. UJSB RM559 juta. Kerugian yang dijangkakan lebih daripada RM560 juta. Hal ini kena siasat, bagaimana saham Zetrix boleh jatuh daripada 8— 85 sen turun sehingga 6 sen. Ini, ini pelabur, penasihat-penasihat, pelabur-pelabur, Menteri yang ada otak geliga. Takkan tak boleh tengok benda ini. Kita membiarkan saham jatuh sehingga kita rugi RM560 juta.

Yang terlibat kerugian ini pula ialah KWSP, KWAP, kemudian Urus Jamaah Sendirian Berhad.

Ini adalah satu yang bentuk sakau. Rafizi kata sakau. Saya ulang sekali, inilah sakau yang perlu dilihat oleh pihak kerajaan. Kenapa berlaku kepada Zetrix demikian rupa. KWAP pula lagi satu ditipu RM165 juta lebih. Kita minta disiasat, kertas putih ataupun apa saja. Disiasat bahawa ini adalah sakau yang tak nampak. Kalau sakau yang telah disebutkan tadi mengambil harta awam ataupun mengambil untuk diri mereka. Hat yang ini harta awam tetapi mereka telah— tidak menguruskan dengan baik sehingga boleh rugi dengan begitu teruk.

Kalau Tan Sri jadi penasihat pun, Tan Sri takkan biarkan ini berlaku. Kita orang kampung pun takkan biar ini berlaku.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey, masa.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia boleh biar turun sampai 6 sen dalam jangka masa yang terdekat. Jadi, SPRM saya minta ambil tindakan sebab SPRM juga ialah SPRM untuk negara, bukan untuk kerajaan sekarang. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Betong.

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan terima kasih Tan Sri Pengerusi. Betong ingin menyentuh hanya empat perkara.

Pertamanya saya terus kepada Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) dan Pejabat Persekutuan yang menerima peruntukan RM25.9 juta bagi tahun 2027 berbanding RM18.83 juta pada tahun 2026. Betong menyambut baik peningkatan ini. Namun, peruntukan yang lebih besar mesti diterjemahkan

draft • 3:34 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

kepada penyelesaian isu yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat kita di Sarawak.

Dalam hal ini, Betong ingin membangkitkan isu penyukatan tanah hak adat bumiputera ataupun NCR. Tanah NCR ini bukan sekadar aset ekonomi tetapi juga merupakan warisan turun temurun, sumber pendapatan dan juga asas kehidupan masyarakat bumiputera, khususnya kami kaum Dayak penduduk rumah panjang di luar bandar Sarawak. Jadi, Betong mengambil perhatian terhadap kenyataan bahawa RM15 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah RMK13 untuk tujuan penyukatan NCR tapi hanya RM2 juta telah disalurkan pada 2026, sedangkan Kerajaan Sarawak sendiri telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi memperkukuh program ini.

Sehubungan dengan itu, Betong ingin mendapatkan penjelasan:

(i) bilakah bagi peruntukan RM15 juta tersebut akan disalurkan dan berapakah jumlah yang dijadualkan pada tahun 2027?;

(ii) adakah Kerajaan Persekutuan bersedia menambah peruntukan berdasarkan keperluan sebenar dan kapasiti pelaksanaan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak?; dan

(iii) apakah langkah khusus untuk mempercepatkan pengukuran lot individu dan pengeluaran surat hak milik di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak?

Betong ingin menegaskan bahawa kejayaan program NCR bukan sekadar diukur melalui keluasan tanah yang telah diukur tetapi melalui berapa ramai rakyat yang akhirnya memperoleh kepastian dan pengiktirafan hak milik tanah mereka.

Tan Sri Pengerusi, kedua berkaitan perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Betong mengambil maklum bahawa daripada 29 perkara yang telah dipantau setakat Oktober 2026, sebanyak 16 perkara telah diselesaikan sepenuhnya, tiga diselesaikan secara interim atau sebahagian, manakala 10 lagi masih dalam rundingan. Oleh itu, Betong ingin mengetahui bagaimana peningkatan peruntukan BHESS tahun 2027 akan digunakan untuk memastikan setiap keputusan MA63 benar-benar dilaksanakan oleh kementerian dan agensi Persekutuan yang berkaitan.

Betong mencadangkan supaya setiap perkara yang dipersetujui mempunyai agensi peneraju, garis masa pelaksanaan dan petunjuk prestasi yang jelas dan apakah mekanisme pemantauan BHESS bagi memastikan keputusan yang telah

draft • 3:34 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

dipersetujui terus tidak tertangguh akibat kekangan pentadbiran, perundangan atau kewangan.

Tan Sri Yang di-Pertua, ketiga, Betong merujuk kepada Butiran 020100 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) yang menerima peruntukan sebanyak RM737.35 juta bagi tahun 2027. Betong menghargai peranan ICU dalam memantau pelaksanaan projek pembangunan negara. Namun, persoalan utama ialah bagaimana kita dapat memastikan projek Persekutuan di Sarawak dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat. Sarawak mempunyai cabaran tersendiri dari segi keluasan wilayah, bentuk muka bumi, kos pengangkutan bahan binaan dan penempatan penduduk yang berselerak.

Oleh itu, pendekatan pelaksanaan projek tidak boleh terlalu terikat dengan proses birokrasi yang panjang khususnya apabila agensi teknikal kerajaan Sarawak mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk melaksanakannya. Jadi, Betong ingin mendapatkan penjelasan mengenai tiga perkara:

(i) sejauh manakah kuasa pelaksanaan projek Persekutuan yang telah diturunkan pada agensi teknikal kerajaan Sarawak khususnya bagi projek melebih RM50 juta?;

(ii) adakah Kerajaan Persekutuan bersedia mengkaji semula had nilai projek yang boleh dilaksanakan oleh agensi negeri berdasarkan keupayaan teknikal dan rekod prestasi masing- masing?; dan

(iii) apakah langkah ICU untuk mempercepatkan kelulusan perubahan skop, peningkatan kos dan urusan teknikal supaya projek tidak terus tertangguh sehingga menjejaskan penyampaian kemudahan asas kepada rakyat.

Jadi, Tan Sri Pengerusi yang akhir sekali di bawah kod Butiran B.030500 dan P.09910 – NADMA. Betong ingin membangkitkan isu kerosakan jalan raya akibat banjir di Sarawak yang melibatkan jalan negeri dan Jalan Persekutuan. Untuk tahun 2026, Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM350 juta menggunakan dana sendiri bagi menambah baik pulih jalan yang rosak akibat banjir. Namun, apa yang amat dikesalkan ialah tidak ada satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu menampung kos pembaikan tersebut.

Soalannya, mengapakah Sarawak perlu menanggung beban ini bersendirian? Jika Kerajaan Persekutuan boleh menyediakan peruntukan pembaikan jalan akibat banjir di Semenanjung, mengapa bantuan yang setara tidak

draft • 3:34 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

diberikan kepada Sarawak? Jadi, Betong ingin tegaskan, Sarawak bukan meminta layanan istimewa, kita hanya menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam pengagihan peruntukan Persekutuan.

draft • 3:34 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Sehubungan dengan itu, Betong mendesak kerajaan melalui NADMA supaya meluluskan peruntukan khas bagi membaik pulih jalan raya negeri dan Persekutuan yang rosak akibat banjir di Sarawak.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup, Betong berharap peningkatan peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri bagi tahun 2027 bukan sekadar meningkatkan angka perbelanjaan, tetapi turut mempercepatkan penyelesaian isu- isu yang telah lama dibangkitkan oleh rakyat di Sarawak. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Bagan Serai.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

Saya nak bangkitkan Butiran 010000 – Pengurusan ya, iaitu mengenai satu syarikat Cyber Village Sdn. Bhd. yang mendapat kontrak daripada Tabung Haji untuk selenggarakan THiJARI yang bernilai sebanyak RM4.53 juta. Platform ini ialah platform talian rasmi untuk Lembaga Tabung Haji yang diberikan kontraknya pada 31 Disember 2019.

Cyber Village ini ialah merupakan anak syarikat Silverlake Ltd., syarikat teknologi kewangan yang berpangkalan di Singapore dan ia diasaskan oleh Tony Pua, iaitu bekas Ahli Parlimen DAP pada tahun 1997. Walaupun menurut rekod, saudara Tony Pua ini telah pun melepaskan jawatan keseluruhannya dengan menjualkan keseluruhannya pada tahun 2007.

Saya, waktu saya menjadi— diamanahkan menjadi Menteri dulu, saya pernah memanggil CEO pada 24 Ogos tahun 2022 untuk bertanya, kerana kebetulan saya baru dapat maklumat, bertanya berkenaan dengan hal yang berhubung kait dengan Cyber Village ini kerana ia adalah merupakan syarikat yang menguruskan THiJARI yang boleh akses maklumat dari kalangan pendeposit ataupun orang yang menyimpan Tabung Haji dari kalangan orang Islam seramai lebih daripada sembilan juta.

Jadi, saya nak tahu dan dia telah memberi maklumat. Saya minta supaya ditamatkan segera kontrak ini kepada Cyber Village dan digantikan dengan syarikat

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

yang lain. Dia memberi maklumat kepada saya, kita tak boleh— kita nak tamatkan dengan segera kerana ia memerlukan masa. Okey, saya bagi masa. Kalau ikut maklumatnya, pada tahun 2023 ditamatkan.

Persoalan saya ialah saya nak tanya status Cyber Village ini dengan THiJARI. Kalau ada, kenapa ada? Kalau tak ada, okey. Adakah sedangkan peliknya waktu itu Tabung Haji dia ada syarikat, company Theta Edge yang juga mengendalikan soal berkenaan dengan IT ini sendiri.

Yang keduanya berkenaan dengan pengelola jemaah haji, yang saya dimaklumkan, saya mendapat surat ini kerana perlu melantik audit berdaftar dengan Audit Oversight Board bagi tahun kewangan 2026. Mereka telah menentukan sebanyak 39 firma audit yang mesti diambil oleh PJH, iaitu pengelola jemaah haji.

Maksud pengelola jemaah haji ini ialah mereka yang mengendalikan haji secara sah kerana macam kita nak fahamkan macam konsortium haji, Tabung Haji yang akan menguruskan haji kalau orang nak pergi dengan mereka.

Sekarang mereka telah dipaksa, dipaksalah— sebelum ini tak pernah pun membuat peraturan begini, untuk mengambil audit firm yang telah pun— telah diletakkan sini. Saya mendapat maklumat sebelum ini tidak timbul pun berkenaan dengan isu yang membabitkan soal audit ini. Kita harapkan supaya perkara-perkara yang tak sepatutnya menyusahkan PJH ini dibuangkan.

Butiran 050100 – JAKIM, iaitu pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda. Kita bercakap soal muda, Tan Sri pun orang dah dewasa macam saya juga. Kita seumur, dah masuk warga emas. Kita katakan tadi pemikiran kita ialah kita nak meletakkan supaya bahawa generasi akan datang ini ialah generasi yang terdiri daripada kalangan orang yang kukuh dari segi akidahnya, mantap dari segi akhlaknya, luas dari segi ilmunya, kritis dari segi pemikirannya, mempunyai keupayaan untuk memimpin negara bagi mengganti kita semua yang berada di dalam Dewan ini.

Tetapi realiti, anak muda pada hari ini kita faham mereka mengalami krisis identiti. Jurang antara kelayakan pendidikan dan juga bidang kerja yang mereka ceburi dan dengan hambatan kos sara hidup yang istilah yang mereka gunakan hari ini, “hidup mesti keras beb”. Ha, maknanya keras, maknanya perlu kepada kekuatan untuk bekerja. Maka, dengan sebab itu pemikiran mereka agak berbeza dengan kita.

Benar kata Saidina Umar al-Khattab. Saidina Umar kata apa, [Bercakap dalam bahasa Arab] “Ajar anak kamu sesuai dengan zaman mereka”. Maka, sudah tentulah pendekatan yang ada kepada mereka hari ini berbeza dengan pendekatan

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

yang ayah kita dulu, mak kita dulu, cikgu kita dulu, guru-guru kita mendidik kita dahulu, berbeza dengan apa yang ada pada hari ini.

Oleh itu, saya mengharapkan supaya pihak JAKIM dengan ruang-ruang yang ada untuk kita memastikan penguasaan ruang digital dengan kandungan-kandungan kreatif dan interaktif serta berautoriti. Maksud dia ialah biarlah kandungan- kandungan kita tadi yang kreatif dan juga interaktif, yang pentingnya autoriti. Maksud autoriti ini ialah yang sah dari segi keagamaannya kerana hari ini mereka merujuk dari segi ChatGPT sebagainya, AI.

Kadang-kadang maklumat yang sampai kepada mereka itu tidak betul dan menjadi pegangan kepada mereka. Kita bimbang, takut ia nya salah kerana kaedah tak kisah. Kita boleh menggunakan kaedah macam-macam. Macam ulama menyebut, dia kata, [Berucap dalam bahasa Arab] Kita teguh pada prinsip, tetapi kita anjal dari segi pendekatan.

Kita manfaatkan AI yang ada pada hari ini, cuma pengisian-pengisian itu ialah atas diri kita kerana walaupun AI ini ada keburukan, ada kebaikan, itu adalah merupakan hikmah. Macam kata-kata disebut— [Berucap dalam bahasa Arab] Hikmah ini wisdom dia sebenarnya hilang daripada orang-orang Islam, di mana sahaja kamu dapat, kamu perolehi, maka kamu ambillah.

Walaupun AI ini macam-macam kita katakan, orang berbincang dan sebagainya, tapi kita terpaksa untuk kita melalui proses itu dan janganlah pula apabila kita jumud ataupun statik, kita menolak tentang AI, kemunculan revolusi yang AI pada hari ini menyebabkan kita tidak boleh bergerak ke depan. Yang penting, pengisian yang mesti kita letakkan di tempat yang betul untuk mengarusperdanakan supaya pemikiran belia pada hari ini dapat dibawa ke arah kesejahteraan dan keselamatan. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Kluang.

draft • 3:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Saya ingin membangkitkan lima isu pada hari ini.

Butiran 93500 – Projek Khas di bawah Maksud Pembangunan Jabatan Perdana Menteri. Butiran ini sering dilabel sebagai slush fund, dengan izin, bagi Perdana Menteri. Menurut rekod yang saya dapat akses, butiran ini diperuntukkan sejumlah RM1.89 bilion dalam Belanjawan 2013. Perbelanjaan sebenar adalah RM915.5 juta bagi tahun 2013. Paling tinggi dalam 14 tahun ini. Pada tahun 2015,

draft • 3:48 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

RM1.61 bilion, kedua tertinggi. Siapa ketiga tinggi, iaitu tahun 2021 dan 2022, RM1 bilion semasa negara kita berdepan dengan cabaran COVID-19.

Kalau kita meneliti buku anggaran setiap tahun, peruntukan asal butiran ini tidak pernah kurang daripada RM100 juta setiap tahun. Namun begitu, ada satu reformasi yang saya alu-alukan untuk tahun depan, iaitu butiran ini akhirnya dikurangkan daripada RM214.9 juta tahun ini kepada RM76 juta bagi tahun depan saja.

draft • 3:48 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Malah, bagi tahun 2024 dan 25, peruntukan butiran ini dipinda kepada sifar dan tiada perbelanjaan sebenar. Ini menunjukkan Kerajaan MADANI sedang mengurangkan perbelanjaan dalam kawasan kelabu, dengan izin, grey area, iaitu perbelanjaan yang memberi kuasa budi bicara terlalu besar kepada Perdana Menteri. Ini satu usaha yang sangat baik dan tiada kerajaan yang pernah lakukan tetapi Kerajaan MADANI lakukan reformasi ini.

Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara di bawah maksud pembangunan Jabatan Perdana Menteri. Butiran ini diberikan peruntukan yang besar tahun depan.

Daripada RM68.3 juta tahun ini kepada RM746.5 juta. Hampir 11 kali ganda. Jumlah anggaran harga projek pula RM7— RM7 bilion. Sila beri pencerahan projek atau program apa yang akan dilaksanakan.

Butiran 030500 dan butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA). Selepas episod jerebu bulan lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa NADMA perlu di perkasa sebagai nadi penyelarasan merentas agensi.

Namun, peruntukan mengurus NADMA turun sedikit kepada RM42.3 juta.

Manakala, peruntukan pembangunannya turun daripada RM21.2 juta kepada RM16.4 juta. Bagaimanakah NADMA hendak diperkasa jika peruntukkannya dikurangkan? Selain itu, bagaimana Kerajaan Persekutuan melalui MKN dan NADMA memastikan garis panduan nasional dipatuhi secara seragam oleh semua negeri?

Dalam episod jerebu bulan lalu, ambang penutupan sekolah KPM sendiri berubah. Daripada IPU melebihi 200 turun kepada 150 satu ketika. Selepas kekeliruan beberapa hari, pulang ke ambang penutupan sekolah asal pula. Dalam tempoh yang sama, negeri-negeri membuat keputusan berbeza dan di sesetengah tempat, sekolah ditutup hampir dua minggu walaupun jerebu tu sebenarnya di bawah ambang penutupan yang ditetapkan oleh NADMA, MKN, Kerajaan Pusat.

draft • 3:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Pada awalnya, ramai ibu bapa menyokong penutupan sekolah tersebut.

Tetapi apabila penutupan berlarutan selepas 72 jam, tiga hari, semakin ramai ibu bapa bimbang tentang pembelajaran anak-anak mereka. Emosi ini kita semua faham. Justeru, saya ingin tahu bagaimanakah kerajaan pusat memastikan satu garis panduan yang jelas di patuhi oleh semua negeri, bukanlah sebahagian negeri sahaja. Janganlah satu negara dua SOP. Kerajaan bertanggungjawab tidak akan mentadbir negara kita mengikut emosi sebahagian masyarakat kita. Akhirnya, rakyat keliru, penjawat awam yang menjalankan tugas pula yang terhimpit.

Butiran 15000 – Pengubahsuaian dan Menaik Taraf Parlimen Malaysia di bawah maksud pembangunan. Akta Perkhidmatan 2025 telah berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu. Parlimen telah mempunyai maksud bekalan sendiri tetapi peruntukan pembangunannya masih sifar. Kenapa butiran ini dengan jumlah kos projek RM443.5 juta masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri? Bilakah ia akan dipindah ke bawah Parlimen sendiri? Adakah dalam Belanjawan 2028?

Dan butiran terakhir, 070200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ialah ibu kota negara kita dan tanggapan pertama bagi pengunjung luar.

Saya tidak hairan ramai pelancong kagum dengan pembangunan bandar kita yang moden. Namun, gaya hidup tradisi tetap terpelihara. Namun begitu, masih ada ruang untuk ditambah baik iaitu walkability, dengan izin. Saya mengalu-alukan pengumuman rangkaian laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer dalam belanjawan tahun depan.

Boleh saya tahu, berapakah peruntukannya, di bawah butiran mana dan bilakah ia dijangka siap. Berapa kilometer laluan pejalan kaki berbumbung telah dibina sejak 2023? Dan adakah DBKL akan menetapkan sasaran jangka panjang supaya ibu kota kita menjadi bandar yang lebih mesra pejalan kaki dan pengguna pengangkutan awam, bukan lagi car-centric. Ini sahaja, dengan izin saya mohon sokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya saya jemput Jerlun.

draft • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, saya merujuk B.6 Bekalan 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Kadar elaun APM iaitu petugas sukarelawan ditambah RM9 sejam daripada RM8 sebelum ini. Penyelia

draft • 3:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

ditambah RM10.80 sejam daripada RM9.80 sebelum ini. Peruntukan keseluruhan berjumlah RM339 juta melibatkan hampir 50,000 orang sukarelawan.

Namun begitu, seseorang anggota biasa mungkin menjalankan tugas menyelamat yang lebih berat dan berisiko berbanding penyelia yang menjalankan tugas pentadbiran. Dalam keadaan tertentu, anggota bawahan berhadapan risiko keselamatan yang lebih tinggi di lapangan. Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini ialah:

(i) adakah kerajaan— adakah wajar perbezaan elaun ditentukan berdasarkan pangkat sedangkan tahap risiko dan beban kerja tidak semestinya antara sukarelawan dan juga penyelia;

(ii) adakah kerajaan bersedia memperkenalkan elaun khas operasi berisiko tinggi kepada anggota APM, RELA, bomba bantuan dan sukarelawan polis.

Selanjutnya, 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kerajaan juga menaikkan kadar bantuan pembaikan rumah mangsa bencana daripada RM5,000 kepada RM10,000. Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini ialah:

(i) adakah kenaikan bantuan kepada RM90,000 itu merupakan kadar maksimum atau kerajaan boleh mempertimbangkan bantuan tambahan bagi rumah yang mengalami kerosakan serius;

(ii) apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan mangsa yang tidak berpindah ke PPS tidak tercicir daripada menerima bantuan. Sebelum ini syarat dikenakan, sesiapa yang pindah ke PPS sahaja yang layak mendapat bantuan daripada kerajaan.

Berkaitan penyaluran bantuan. Saya dapati penyaluran bantuan berlaku kelewatan sedangkan mangsa memerlukan bantuan segera selepas bencana akhir.

Proses pengesanan kerosakan, penilaian dan kelulusan yang terlalu panjang juga membebankan kepada mangsa. Oleh itu, saya mencadangkan kepada kerajaan.

(i) mewujudkan kadar bantuan mengikut tahap kerosakan iaitu kerosakan ringan, sederhana dan serius supaya bantuan lebih bersasar;

draft • 3:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

(ii) memperkenalkan mekanisme bantuan tambahan bagi rumah yang mengalami kerosakan besar dan tidak mencukupi dengan had bantuan yang ditetapkan iaitu RM10,000;

(iii) mempercepatkan proses pembayaran dengan meletakkan tempoh maksimum penilaian dan kelulusan bantuan.

040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Berkaitan JKSM, masalah yang selalu diperdebatkan ialah;

(i) tunggakan kes dan tempoh penyelesaian kes yang panjang khususnya harta sepencarian dan tuntutan-tuntutan selepas kematian;

(ii) kekurangan hakim dan pegawai syariah di sesetengah negeri;

(iii) ketidakseragaman prosedur dan amalan mahkamah syariah antara negeri-negeri; dan

(iv) masalah penyelarasan pelaksanaan perintah mahkamah khususnya berkaitan dengan perintah nafkah dan hak penjagaan anak.

Kadang-kadang pihak-pihak yang mendapat perintah ini terpaksa menunggu beberapa proses seperti proses pelaksanaan perintah, proses tunjuk sebab, proses komital ke penjara. Ini sudah tentu mengambil masa yang panjang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Yang keempat, masalah kemudahan infrastruktur dan sistem digital yang belum lagi menyeluruh di sesetengah mahkamah syariah di Malaysia.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada kerajaan.

(i) menetapkan KPI tempoh penyelesaian kes mengikut kategori kes;

(ii) menambah hakim dan pegawai syariah berdasarkan beban kes setiap negeri;

(iii) memperluaskan pendigitalan dan sistem pemantauan status kes;

(iv) memperkasakan mekanisme penguatkuasaan perintah nafkah agar dilihat berkesan; dan

draft • 3:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

(v) menyeragamkan prosedur dan arahan amalan mahkamah syariah yang sentiasa berubah-ubah mengikut tahun.

draft • 3:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

040700 – Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM). Berkaitan JPSM ini, masalah juga berbangkit:

(i) Kekurangan Pegawai Pendakwa Syarie berbanding jumlah kes yang perlu dikendalikan;

(ii) Beban tugas pendakwaan, penyediaan dokumen, penyelidikan undang-undang dan rayuan semakin kompleks dan bertambah;

(iii) Keperluan latihan profesional bagi meningkatkan kemahiran pendakwa syarie perlu ditingkatkan;

(iv) Ketidakseragaman undang-undang dan prosedur jenayah syariah antara negeri; dan

(v) Kekurangan kewangan turut menjejaskan penyelidikan undang-undang dan pembangunan kompetensi pegawai.

050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Peruntukan 2026 berjumlah RM1.170 bilion, manakala tahun 2027 berjumlah RM1.268 bilion berlaku kenaikan sebanyak RM97.69 juta. Berkaitan dengan JAKIM ini, masalah yang berbangkit yang selalu diperdebatkan ialah pertindihan fungsi dan program-program yang dianjurkan oleh JAKIM dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Kedua, isu penyelarasan undang-undang Islam atau undang-undang Mahkamah Syariah dan pentadbiran Islam antara negeri sering berlaku kelewatan dan proses penggubalan mengambil masa yang panjang.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang ketiga, penyebaran— sedikit ya. Penyebaran fahaman yang bercanggah dengan kefahaman Islam melalui media sosial. Contohnya seorang lelaki Muslim bernama Alif Daniel, umur 21 tahun bersama ibu kandungnya didakwa menyertai pelbagai aktiviti ritual keagamaan dengan menjunjung berhala di atas kepala, mencucuk lidah dan pipi semasa Thaipusam di Batu Caves. Keempat, meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan guru agama serta pendakwah, contohnya penglibatan pelajar Muslim di Pulau Pinang yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kuil Hindu pada 15 Oktober 2026 di Georgetown, Pulau Pinang.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Oleh itu, saya pohon kepada kerajaan agar memberi suatu penjelasan yang ringkas, penjelasan yang tuntas tentang kedua-dua isu yang saya bangkitkan ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun, saya jemput Yang Berhormat Keningau.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Puan Speaker. Tahniah dan syabas kepada usaha melaksanakan reformasi Parlimen. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap Parlimen dapat melaksanakan empat perkara. Pertama mengambil tindakan untuk mendidik seluruh warga Malaysia...

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Butiran yang mana?

draft • 4:02 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya, sebentar.

Penubuhan Malaysia dan juga isu-isu yang berkaitan...

[Tidak jelas] 20 perkara, IGC Perlembagaan dan sebagainya. Yang kedua, melindungi...

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, perlu sebutkan Butiran.

draft • 4:02 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya, dia akan sampai ke situ. Juga supaya Parlimen melantik seorang intern untuk setiap YB yang tiada jawatan. Parlimen juga perlu melindungi pengundi supaya pada masa ini umpamanya warga Malaysia boleh mengundi di seluruh dunia secara pos, tetapi pengundi di Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung tidak dapat mengundi pos dan ini perlu juga diambil kira.

Tuan Speaker, Keningau ingin menyentuh tentang isu berkaitan dengan Butiran 040300 muka surat 94, RM9.851 juta untuk urusan kajian semula persempadanan. Berapakah penambahan kerusi Ahli Parlimen untuk Sabah Sarawak dalam kajian tersebut untuk memastikan Sabah mencapai nisbah 35 peratus?

Puan Speaker, mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Keningau ingin tanya berapa peratus penjawat awam dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dari Sabah dan Sarawak selepas dasar selaras dengan Dasar Borneonisasi mengikut tahap jawatan seperti terkandung dalam Perlembagaan, Laporan IGC. Berapa

draft • 4:02 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

peratusan rizab untuk perancangan pelantikan baru dari Sabah dan Sarawak pada tahun 2027. Muka surat 104 aktiviti 2, Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak Perdana Menteri pada tahun 2023 telah memberi jaminan untuk melaksanakan semua isu berkaitan dengan MA63, tetapi tanpa perunding lagi tanpa jawatankuasa, tetapi sudah hampir lima tahun masih lagi runding-runding, masih ada jawatankuasa.

Jadi, apakah perancangan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak pada tahun 2027 untuk melaksanakan MA63, khasnya yang berkaitan dengan pemberian khas hasil 40 peratus hak kewangan yang lain seperti dalam terkandung dalam Bahagian V, Jadual Kesepuluh?

35 peratus kerusi Parlimen, hak milik minyak dan gas yang keluar dari bumi Sabah dan isu berkaitan dengan Akta Laut dan Akta Pelantar Benua. Saya juga ingin tanya sama ada Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak ini akan bergilir-gilirkan perayaan Hari Malaysia Sabah Sarawak Semenanjung dan sebagainya, bukan di antara Sabah dan Sarawak sahaja.

Puan Speaker, muka surat 124 Butiran 00101 RM746 juta untuk Majlis Keselamatan Negara. Berapakah jumlah dibelanjakan untuk keselamatan Sabah?

Adakah sebahagian jumlah tersebut melibatkan peningkatan aset dan anggota keselamatan akibat peningkatan tahap keselamatan Amerika membuat markas Tentera Udara dan Tentera Laut di Pulau Balabak, di Philippines? Juga Butiran 0500 berkenaan dengan Labuan yang diperuntukkan RM14.8 juta. Apakah program akan dilaksanakan untuk meningkatkan lagi ekonomi Labuan memandangkan ekonomi Labuan telah merosot. Apakah Pulau Labuan akan dikembalikan statusnya sebagai Pulau Bebas Cukai?

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:02 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Pulau Pangkor di anugerahkan sebagai Pulau Bebas Cukai, sedangkan status Labuan dilucutkan.

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

draft • 4:02 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Untuk mengakhiri sekali, muka surat 125, Butiran 16500 RM1.5 bilion peruntukan Program Kelestarian FELDA. Apakah projek-projek yang tersenarai di dalam peruntukan tersebut?

Mengenai tanah Sabah yang berjumlah lebih daripada 300 ribu ekar yang dianugerahkan kepada FELDA untuk membantu peneroka Sabah, berapakah rakyat Sabah yang mendapat manfaat daripada ini? Berapa ekar tanah yang dianugerahkan kepada FELDA di Sahabat di Lahad Datu dan di Tawau telah

draft • 4:02 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

dipindah milik dari FELDA kepada FGV? Apakah perancangan FELDA untuk mengembalikan tanah yang dianugerahkan itu selepas tamat tempoh pajakan anugerah tersebut?

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 4:02 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Okey, terima kasih Puan Speaker.

draft • 4:02 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang untuk berbahas dalam Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Puan Pengerusi, saya terus kepada kod B.6 Butiran 050100 berkenaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kos anggaran perbelanjaan adalah lebih kurang RM1.3 bilion. Saya ingin menyentuh berkaitan keperluan penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan institusi pendidikan Islam yang turut merangkumi sekolah agama negeri dan sekolah menengah agama negeri. Dalam konteks Hulu Selangor, sejauh manakah JAKIM bersama pihak berkuasa agama negeri telah menilai keadaan keseluruhan sekolah agama? Dan apakah perancangan pembaikan serta naik taraf yang boleh dilaksanakan melalui Belanjawan 2027 ini?

Sebagai contoh, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru dan Sekolah Menengah Agama Sungai Serisik yang mana merupakan sekolah yang telah beroperasi lebih 40 tahun. Saya memahami bahawa pengurusan sekolah agama ini turut melibatkan Kementerian Pendidikan dan juga kerajaan negeri.

Namun, saya mohon penyelarasan serta perkongsian sumber antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan dapat dilaksanakan supaya keperluan yang mendesak di sekolah ini seperti isu pendawaian elektrik, keadaan bangunan yang usang dan masalah bekalan air dapat ditangani dengan lebih berkesan. Saya mohon agar kementerian dapat meneliti semula perkara ini dan mohon maklum balas.

Puan Pengerusi, masih dalam kod yang sama. Saya ingin membangkitkan berkaitan kebajikan penggali kubur yang mungkin ramai di kalangan kita tidak perasan akan perkara ini. Mereka melaksanakan kerja yang berat, berpanas, berhujan dan ada kalanya tanpa mengira waktu bagi memastikan urusan

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

pengebumian dapat disempurnakan. Bukan ramai yang sanggup melakukan kerja ini dan belum tentu mudah untuk kita mencari pengganti.

Dalam Belanjawan 2027 kali ini, saya mohon Menteri Hal Ehwal Agama dapat membawa perkara ini ke peringkat Kerajaan Persekutuan bagi memperuntukkan bantuan khas kepada penggali kubur yang berdaftar dan aktif berkhidmat di kariah masing-masing, sama ada dalam bentuk one-off dan sebagainya. Saya mohon cadangan ini dipertimbangkan supaya kebajikan penggali kubur terus terpelihara.

Puan Pengerusi, seterusnya masih dalam kod dan butiran yang sama. Saya ingin menyentuh berkaitan permohonan rayuan haji. Saya mengambil maklum bahawa rayuan mahram dan pengiring yang memenuhi syarat boleh dikenakan bayaran mengikut kadar jemaah yang diiringi, namun pemohon yang berjaya melalui rayuan akan dikenakan kos penuh RM33,300 mengikut nilaian T20.

Bagaimana pula dengan sebuah keluarga B40? Saya berikan contoh, terdiri daripada suami dan isteri dan bersama anak OKU yang telah menabung sehingga cukup jumlah RM45,000, yang mana RM15,000 seorang mengikut kadar B40 yang telah ditetapkan. Mereka berhasrat untuk membuat rayuan haji bersama.

Namun, sekiranya mengikut kepada ketetapan Tabung Haji, sudah pasti ia jauh melebihi daripada kemampuan mereka. Mereka juga berhak untuk memohon rayuan, namun kos penuh rayuan menjadi halangan sedangkan usia mereka semakin meningkat dan mereka berharap dapat menunaikan haji bersama.

Justeru, saya mohon kementerian dapat menilai semula kaedah penetapan bayaran rayuan haji dan mempertimbangkan agar pemohon B40 yang berjaya dibenarkan membayar mengikut kadar kelayakan mereka dengan mengambil kira kemampuan kewangan serta tanggungan keluarga seperti dalam kes yang saya nyatakan.

Puan Pengerusi, yang terakhir. Di bawah kod yang sama juga, saya ingin membicarakan berkaitan Bantuan Pelajar Pengajian Islam ke Timur Tengah. Di Selangor, penajaan ijazah pertama ke Timur Tengah telah ditamatkan mulai tahun 2025. Antaranya disebabkan oleh kebimbangan terhadap pengaruh yang boleh menjejaskan pemikiran dan jati diri mereka. Saya memahami keperluan menjaga akidah dan jati diri pelajar, namun kebimbangan ini wajar ditangani melalui bimbingan dan pemantauan yang lebih baik. Jangan kerana ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’ sehingga pelajar yang benar-benar mahu menuntut ilmu turut terjejas peluangnya.

Justeru, sikit lagi Puan Pengerusi. Saya mohon pihak kementerian di peringkat Persekutuan mengambil inisiatif untuk membantu pelajar pengajian Islam

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

ke Timur Tengah yang tidak mempunyai penaja dan tidak termasuk dalam Skim Pembiayaan Huffaz JAKIM, melalui derma siswa atau bantuan sara hidup supaya pelajar yang layak dan bersungguh-sungguh mahu belajar dapat meneruskan pengajian sehingga tamat.

Mohon perkara ini dapat dipertimbangkan oleh JPM. Saya mengharapkan agar perbahasan ini sampai ke Jabatan Agama Islam Selangor untuk diperhalusi semula. Besar ganjarannya di sisi Allah bagi membantu anak-anak menimba ilmu.

Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Penampang.

draft • 4:10 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Yang dihormati Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai belanjawan Jabatan Perdana Menteri bagi Maksud Bekalan dan Pembangunan, terutama berkaitan dengan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) dan juga Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Di bawah Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak

(BHESS) dan Pejabat Persekutuan. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk memurnikan fungsi bahagian ini bagi memantau program-program khusus di Sabah seperti Program Khas Ekonomi Bumiputera ataupun Program Khas Anak Negeri dan juga Mahkamah Anak Negeri di Labuan selain daripada menguruskan isu-isu Perjanjian Malaysia 1963? Ini termasuklah pelaksanaan Program Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah ataupun ringkasnya PANTAS yang telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Kesepuluh sehingga kini.

Sepanjang pelaksanaan RMK10 hingga RMK12, sejumlah RM202.453 juta telah diperuntukkan untuk program ini. Walau bagaimanapun, hanya RM10 juta sahaja siling diperuntukkan untuk RMK13, termasuk RM1 juta yang telah disalurkan bagi tahun 2026.

Saya menggesa Kerajaan Persekutuan agar mengekalkan jumlah peruntukan pelaksanaan PANTAS bagi RMK13 iaitu daripada 2026 hingga 2030 sepertimana peruntukan bagi RMK12 yang lepas iaitu sekurang-kurangnya tidak kurang daripada RM76 juta atau tidak kurang daripada RM15 juta satu tahun sebagai antara program utama agenda ekonomi bumiputera di Sabah. Saya turut mencadangkan agar BHESS dipertanggungjawabkan untuk memantau Program Khas Anak Negeri Sabah ini di peringkat Persekutuan.

draft • 4:15 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Puan Pengerusi, pentadbiran Mahkamah Anak Negeri di Labuan kini di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Saya menggesa agar etos, semangat, jiwa dan fungsi Mahkamah Anak Negeri Labuan masih berasaskan kepada Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah, termasuklah perjawatan seperti Ketua Anak Negeri yang harus mencakupi lantikan bagi masyarakat anak negeri yang beragama Islam dan satu lagi lantikan bagi masyarakat anak negeri yang bukan beragama Islam seperti tradisi yang berlaku di Sabah selama ini.

Puan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh mengenai Belanjawan Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah kod Butiran Program 00500 – Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran JPA dengan peruntukan sebanyak RM1.07 bilion bagi tahun 2027. Saya menghargai pengumuman Belanjawan 2027 yang menggandakan tawaran tajaan JPA kepada anak kelahiran Sabah dan Sarawak, di mana seramai 4,200 anak Sabah dan Sarawak mendapat peluang melanjutkan pengajian ke menara gading setiap tahun.

Kerajaan Sabah juga menyediakan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dengan peruntukan satu tahun kini mencecah RM155 juta. Saya mencadangkan agar penyelarasan yang lebih baik di antara JPA Persekutuan dan JPA Sabah supaya tidak hanya pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat biasiswa dan tajaan tetapi juga pelajar-pelajar yang mendapat keputusan sederhana tetapi datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Puan Pengerusi, Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara memperuntukkan RM746 juta lebih tahun hadapan iaitu peningkatan yang amat besar berbanding anggaran dipinda tahun 2026 iaitu hanya RM68.3 juta. Apakah perincian projek atau perolehan aset yang mahu dilaksanakan di bawah peruntukan ini? Atau adakah peningkatan peruntukan ini disebabkan adanya PRU-16 yang mungkin diadakan tahun hadapan? Apakah program atau projek yang akan dilaksanakan di Sabah di bawah butiran peruntukan ini?

Puan Pengerusi, Butiran 030200 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memperuntukkan RM2.736 juta kepada urus setia cawangan Sabah bagi menguruskan hal ehwal pengambilan dan perkhidmatan bagi calon dan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah.

draft • 4:15 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Saya ingin mendapatkan pengesahan, berapakah jumlah dan peratusan pengambilan di kalangan anak-anak tempatan Sabah berbanding dengan keseluruhan perjawatan awam di Persekutuan di Sabah. Saya juga menggesa agar

draft • 4:20 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Dasar Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan sepertimana Perjanjian Malaysia 1963 dapat ditingkatkan secara berterusan bukan hanya dari segi pengambilan tetapi juga pelantikan ketua-ketua jabatan Persekutuan di Sabah di kalangan anak-anak tempatan Sabah.

Puan Pengerusi, Butiran 040300 – Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya memperuntukkan RM9.951 juta. Sekali lagi saya mengulangi gesaan agar persempadanan semula ini dibuat supaya dapat mengembalikan semangat asal penubuhan negara ini berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963, yang mana antara syarat besar penyertaan Sabah dan Sarawak adalah constitutional safeguard. Justeru, persempadanan baharu ini harus memberikan tidak kurang satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak.

Puan Pengerusi, Butiran 040200 – Pilihan Raya Umum Ke-16 memperuntukkan RM1.077 bilion. Saya sekali lagi mengulangi gesaan agar satu mekanisme dapat dibangunkan untuk warga pengundi Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung dan Sarawak dapat mengundi tanpa perlu balik ke Sabah.

Begitu juga dengan warga pengundi Sarawak dan Semenanjung yang berada di Sabah dan sebaliknya.

Kalau warga pengundi Malaysia di luar negara boleh mengundi tanpa perlu balik semula ke tanah air, sepatutnya ada mekanisme untuk membolehkan pengundi dalam negara dapat mengundi tanpa perlu balik ke negeri asal terutama bagi jarak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Penampang. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Saya merujuk kepada B.1 Parlimen Malaysia Butiran 10100, 100 Pentadbiran dan 010200 bagi Pengurusan Dewan. Saya ingin bertanya, berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada Parlimen Malaysia, khususnya untuk meningkatkan kualiti bangunan IT dan digital perkhidmatan Parlimen setelah Akta Parlimen diwartakan.

Sebagai contohnya, kita dibekalkan dengan komputer, walau bagaimanapun kita tidak dibekalkan dengan peralatan ke arah penggunaan secara online yang telah

draft • 4:22 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

pun diguna pakai di Parlimen-Parlimen lain yang menggunakan kad mereka. Jadi, saya mencadangkan agar perkara ini dapat dibuat.

Yang kedua, berapakah bajet yang diberikan untuk kursus asas secara mandatori bagi menambah baik khidmat induk penyelidikan Parlimen, termasuk menambah dari segi sistem sokongan, khususnya kepada kumpulan penyelidik yang membantu Ahli-ahli Parlimen di sebanyak 222 kawasan Parlimen kerana kalau hanya berlaku perubahan kepada penyelidik Parlimen di Parlimen tanpa melibatkan penyelidik Ahli-ahli Parlimen, ia tidak akan mendatangkan kesan yang besar.

Yang seterusnya, saya mencadangkan supaya diberikan satu bajet khas oleh Parlimen untuk tindakan follow-up dan follow through bagi perbahasan Ahli-ahli Parlimen bagi setiap kali pilihan raya. Sebagai contohnya untuk PRU14, 13, 15, 16 ini perlu ada satu sistem sokongan yang akan membolehkan Ahli Parlimen yang baharu menyambung perbahasan dan tugas-tugas yang telah dibuat oleh Ahli Parlimen sebelumnya.

Kerana kita memahami bahawa akan berlaku pertukaran Ahli Parlimen mungkin daripada parti yang berbeza. Jadi, ini menimbulkan satu arkib perbahasan yang dikumpulkan oleh Parlimen secara teratur supaya ia nya sah digunakan oleh Parlimen untuk kerja-kerja dan tak payah kita mengulang perkara yang sama.

Yang seterusnya kita mencadangkan supaya geran penyelidikan dikeluarkan bagi mengeluarkan insentif prima facie kepada Parlimen secara praktikal diberikan kepada universiti-universiti untuk membantu Parlimen agar fungsi Parlimen dapat dioptimumkan.

Saya balik kepada 060100 – BPA, pengurusan sumber manusia, berapakah kes yang dilaporkan kepada PPA? Berapakah jumlah guru, polis dan kakitangan kesihatan yang telah dikenakan tindakan dan berapakah bajet yang telah diberi oleh kerajaan bagi ujian psikososial dan psikometrik bagi mengesan kesihatan mental penjawat awam? Berapakah kes yang diselesaikan dan berapakah jenis kes yang dikenal pasti?

Seterusnya berkaitan dengan pembangunan industri global 06100.

Berapakah jumlah pakar halal dalam industri yang ada dalam negara kini dan berapakah peruntukan yang dibuat untuk melahirkan pakar-pakar ke arah 2030 kerana kita percaya keperluan untuk kepakaran ini bukan hanya diperlukan Malaysia tetapi juga untuk rantau ASEAN dan global? Dan hari ini, saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah jumlah penguat kuasa halal yang ada di bawah JAKIM kerana kita dapati banyak kes yang dilaporkan melibatkan perlanggaran

draft • 4:22 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

perkara-perkara halal ini dan ini merupakan sesuatu perkara yang sangat memalukan.

Seterusnya merujuk kepada Butiran 020200 di bawah Pembangunan Modal Insan di bawah B.7. Berapakah bajet dan kajian yang dibuat untuk market-kan AI digital kepada penjawat awam yang memasuki usia 40 ke atas hingga 60? Kerana kita percaya bahawa generasi ini memerlukan lonjakan berbeza untuk penguasaan dunia siber dalam pentadbiran awam.

Di bawah Jabatan Peguam Negara di bawah B.8 020000 – Perundangan, khususnya di bawah 020100 – Gubalan dan Penyemakan Undang-undang, saya ingin bertanya adakah jumlah bajet yang dibekalkan ini mencukupi memandangkan kita lihat banyak RUU yang sangat penting, RUU untuk kawalan scam, RUU untuk kawalan di maritim, RUU untuk ombudsman, Akta Kesihatan Mental yang perlu dipinda, akta pengurusan bencana.

Ini sangat perlu kepada undang-undang yang lebih cepat tetapi hari ini jumlah yang diberikan saya rasa tidak mencukupi untuk pihak jabatan undang-undang ataupun gubalan untuk menyelesaikan RUU ini. Kita lihat sebagai contohnya di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar yang masih digunakan pakai di negara kita ini Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 mengenakan jumlah kompaun RM50,000, sedangkan negara jiran sebelah kita mengenakan denda jutaan Ringgit kerana melepaskan heavy fuel oil kerana dalam perkara ini perlu kepada kita untuk mendapatkan undang-undang yang segera. Sekiranya unit ini akan dipindahkan ke Parlimen, berapakah bajet yang akan diberikan kepada Parlimen selaku pusat penggubalan undang-undang?

Di bawah B.9 SPRM Butiran 020300 – Forensik Teknologi. Apakah bajet dan kerugian yang dicatat oleh kerajaan kerana terpaksa melatih pegawai baharu terutama melibatkan forensik keselamatan, siber sekuriti dan juga mafia korporat kerana kes-kes yang berlaku hari ini di bawah SPRM sangatlah terperinci, licik dan memerlukan pelbagai kepakaran yang kian rumit. Dan hari ini kita difahamkan pegawai-pegawai yang telah pun terlatih biasanya mereka akan ditukarkan ke jabatan lain setelah beberapa tahun dan ini akan menyebabkan berlaku pengurangan ataupun pengulangan kitaran yang sama kepada latihan pegawai terbabit.

Seterusnya berkenaan dengan B.2 Pengurusan Majlis Raja-raja Butiran 010100 – Perkara Awam dan juga Majlis Raja-raja, Mesyuarat Diraja dan juga Akademi Kenegaraan Malaysia, 00119. Saya ingin mencadangkan bahawa negara

draft • 4:22 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kita ini merupakan negara yang dipanggil sebagai negara demokrasi berperlembagaan dan kita juga mempunyai monarki. Jadi dalam hal ini kita memerlukan satu pusat dan badan khas yang perlu menjadi pusat rujukan dan mediasi serta informasi dan sejarah bagi semua kes-kes melibatkan krisis dan kemelut di kalangan Istana-istana di dalam negara kita.

Kita sebagai rakyat umum terkesan dengan natijah akibat berlaku kemelut- kemelut seperti ini dan kita memerlukan pengurusan Majlis Raja-raja dan juga Mesyuarat Raja-raja yang lebih teratur dan terkawal supaya kita boleh menjaga kedaulatan negara kita dalam keadaan kita mempunyai Raja Berperlembagaan.

Yang terakhir di bawah B.4 – Butiran 010300 – Akademi Pilihan Raya. Saya ingin bertanya, adakah Akademi Pilihan raya kita ini mempunyai modul yang khusus untuk manipulasi digital semasa berlaku dalam pilihan raya kerana kita tahu bahawa mereka banyak membuat program-program pendidikan kepada pengundi-pengundi.

Jadi, adakah ini akan menyebabkan berlaku perubahan dari segi kitaran dan juga keadaan semasa. Kerana hari ini desakan ataupun pendedahan kepada AI dan juga kepada perkara yang media sosial ini sangat-sangat boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Saya juga ingin bertanya adakah kerajaan di bawah APR ini mempunyai kerjasama dengan universiti-universiti tempatan? Dan yang terkini berkenaan dengan NADMA – 030500, kita tak tahu kenapakah..

[Tidak jelas] dalam dunia tetapi dah dapat 34 negara yang sedang meminta rakyat mereka bersedia atas apa jua alasan untuk kecemasan. Jadi, dalam keadaan negara kita, adakah NADMA akan mengkaji dan mempunyai bajet untuk mengkaji keperluan untuk potongan kepada LHDN, khusus kepada kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir?

Kerana pendapatan rakyat-rakyat di kawasan seperti ini, mereka terjejas dengan bencana yang sering berlaku tetapi mereka juga tetap kena membayar cukai yang tidak berkurangan daripada tempat-tempat lain selain daripada mereka mungkin mendapat sedikit subsidi daripada kerajaan ketika mereka ini mendapat bencana.

draft • 4:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:22 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, ini perlu kajian dan ini memerlukan kajian daripada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft • 4:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 4:22 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang kepada Batu Gajah untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri. Saya merujuk kepada Butiran 040100 – Bahagian Hal Ehwal Undang- undang.

Terlebih dahulu saya ingin menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem perundangan negara melalui pelaksanaan agenda reformasi institusi yang lebih progresif, telus dan berteraskan kepentingan rakyat.

Khususnya saya mengalu-alukan usaha kerajaan dalam meneliti cadangan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang-undang Malaysia sebagai satu langkah untuk memastikan kerangka perundangan negara sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.

Dalam semangat pembaharuan ini, saya ingin membangkitkan keperluan untuk mengkaji semula seksyen 7 Akta Undang-undang Sivil 1956 [Akta 67] yang memperuntukkan pampasan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat kecuaian dan perbuatan salah pihak lain.

draft • 4:29 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Pengerusi, apabila seseorang meninggal dunia akibat kecuaian, kesannya bukan sekadar kehilangan satu nyawa. Ada keluarga yang kehilangan seorang bapa, seorang ibu, seorang pasangan malah mungkin satu-satunya individu yang menjadi tempat mereka bergantung harap. Persoalannya, sejauh manakah undang-undang kita pada hari ini memberikan pengiktirafan yang sewajarnya terhadap kehilangan tersebut?

Pada tahun 2019, kadar pampasan kedukaan telah dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM30,000. Pindaan tersebut merupakan satu langkah positif dalam memperkukuh perlindungan kepada keluarga mangsa. Namun, hampir tujuh tahun telah berlalu sejak pindaan tersebut telah dilaksanakan, kos sara hidup semakin meningkat dan keadaan sosioekonomi masyarakat turut berubah.

Perlu difahami bahawa pampasan kedukaan sebanyak RM30,000 merupakan satu jumlah keseluruhan yang perlu dikongsi antara waris yang layak, bukannya diberikan secara berasingan kepada setiap individu. Pampasan ini juga berbeza daripada tuntutan kehilangan tanggungan dan kerugian lain yang dibenarkan undang-undang.

draft • 4:30 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan peningkatan kadar pampasan kedukaan daripada RM30,000 kepada satu jumlah yang tidak kurang daripada RM100,000. Cadangan ini bukan bertujuan untuk meletakkan harga terhadap nyawa seseorang, kerana kehilangan nyawa tidak mungkin dapat digantikan dengan wang Ringgit, sebaliknya ia merupakan satu bentuk pengiktirafan yang lebih munasabah terhadap kehilangan dan kesedihan yang dialami oleh keluarga mangsa.

Tambahan pula, seksyen 7(3)(d) akta ini telah menyediakan mekanisme yang menyemak kadar pampasan kedukaan melalui perintah yang diwartakan. Justeru, mekanisme sedia ada ini wajar dipertimbangkan bagi membolehkan semakan kadar dilaksanakan secara teratur.

Tuan Pengerusi, satu lagi perkara yang memerlukan perhatian ialah had umur 60 tahun dalam pengiraan kehilangan pendapatan bagi tuntutan kehilangan tanggungan. Melalui pindaan pada tahun 2019, had umur tersebut telah ditingkatkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Saya mengiktiraf langkah ini sebagai satu penambahbaikan yang mengambil kira perubahan kepada masyarakat.

Namun, adakah had umur 60 tahun masih mencerminkan realiti pekerjaan pada hari ini? Bayangkan seorang bapa berusia 65 tahun yang masih bekerja, menjalankan perniagaan kecil dan menyara keluarganya. Sekiranya beliau meninggal dunia akibat kecuaian pihak lain, kehilangan pendapatan selepas kematian tidak dapat diambil kira dalam pengiraan kehilangan tanggungan kerana sekatan umur tersebut. Umur seseorang mungkin telah melepasi 60 tahun tetapi tanggungjawab menyara keluarga tidak semestinya tamat pada usia 60 tahun.

Justeru, saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kemungkinan memberikan ruang budi bicara yang munasabah kepada mahkamah untuk mempertimbangkan bukti pendapatan sebenar, keadaan pekerjaan serta tahap kebergantungan keluarga. Pendekatan ini membolehkan pampasan dinilai berdasarkan fakta dan bukti setiap kes tanpa mengabaikan prinsip kepastian undang-undang.

Tuan Pengerusi, sehubungan itu, saya ingin mengemukakan dua persoalan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi). Pertama, adakah kerajaan bercadang menggunakan mekanisme perundangan sedia ada untuk mempertimbangkan peningkatan kadar pampasan kedukaan daripada RM30,000 kepada RM100,000 memandangkan semakan terakhir dibuat pada tahun 2019?

draft • 4:30 PM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula had umur 60 tahun dalam pengiraan kehilangan pendapatan supaya pampasan dapat dinilai berdasarkan keadaan pekerjaan dan kebergantungan kewangan sebenar sesebuah keluarga?

Saya percaya, kedua-dua cadangan ini dapat melengkapi agenda reformasi undang-undang Kerajaan MADANI yang berteraskan kepada prinsip keadilan, ihsan dan kesejahteraan rakyat.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, saya turut merujuk kepada Butiran 020100 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Saya menghargai komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan penyelarasan dan pelaksanaan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan penambahan peruntukan pembangunan khususnya bagi projek-projek berskala kecil dan projek mesra rakyat untuk Ahli Parlimen di samping memastikan pelaksanaannya lebih cekap, menyeluruh dan memenuhi keperluan masyarakat di peringkat akar umbi.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Puan Pengerusi.

Berkenaan dengan― hari ini saya nak menyentuh isu yang melibatkan SPRM iaitu peruntukan sebanyak RM409.7 juta, iaitu meningkat tiga peratus daripada tahun 2025 yang lalu. Dan juga Jabatan Audit Negara, yang mana peruntukan diberikan kepada Jabatan Audit Negara RM224.6 juta, meningkat 3.8 peratus.

draft • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebut butiran.

draft • 4:34 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, apa dia?

draft • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebut butiran dahulu.

draft • 4:34 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, butiran nak sebut ini. Tak apa, sabaq. Saya akan sebut butiran.

Jadi, Kepala Bekalan― saya tak sebut butiran. Kepala Bekalan B.9 iaitu 010600. Pada Februari 2026 yang lalu, timbul dakwaan pemilikan saham oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dikatakan melebihi had dibenarkan kepada penjawat awam. Jawatankuasa khas siasatan ditubuhkan pada 13 Februari 2026 dan

draft • 4:34 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

prosiding tatatertib diumumkan pada Mac 2026. Namun, keputusan terperinci siasatan tersebut masih tidak didedahkan kepada umum.

Jadi, kami masih menunggu apa dia jawapan ataupun hasil daripada siasatan yang dibuat oleh jawatankuasa khas. Kenapa dilantik AG sebagai jawatankuasa khas? Kenapa tidak serah kepada SPRM ataupun kepada polis? AG akan menentukan sama ada siasatan itu ada pendakwaan untuk dibuat atau tidak. Jadi, kita perlu penjelasan daripada pihak kerajaan.

Dalam masa yang sama, kerajaan mengarahkan Peguam Negara mengetuai pasukan khas bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat dengan laporan dijanjikan untuk didedahkan dalam tempoh tiga bulan. Kita tahu, diuar-uarkan dalam media, RM9.5 juta daripada satu kementerian yang mana telah dikatakan diambil oleh seseorang daripada ejen mafia korporat ini juga.

Jadi, kita nak tengok kenapa AG ini diminta untuk ini disiasat. Sepatutnya SPRM kita ada, melibatkan rasuah ini. Jadi, ini persoalan yang harus kita fikirkan dan kerajaan harus menjawab. Apakah keputusan sebenar prosiding tatatertib terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM? Mengapakah dapatan siasatan tersebut tidak didedahkan? Sedangkan kerajaan berjanji mendedahkan laporan siasatan mafia korporat. Kerajaan berjanji.

Selain itu, di bawah seksyen 5 Akta SPRM 2009― Puan Yang di-Pertua, saya sebut dengan akta semua ini. Saya tak cakap tanpa fakta. Ketua Pesuruhjaya masih dilantik atas nasihat Perdana Menteri. Not make sense. Tak ada different. Kalau Perdana Menteri yang melantikkan, tentulah orang yang dilantik ini dia ada kecenderungan kepada mereka yang melantik dia.

Jadi, harus difikirkan ataupun kalau perlu, rang undang-undang perlu digubal, diubah untuk siapa yang perlu melantik supaya tidak timbul bias atau kecenderungan atau tendency. Saya ingat yang ini Jelutong pun setuju dengan saya walaupun kami bermusuh. Tak gitu?

Jadi, Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya beralih kepada Bekalan B.3 – Jabatan Audit Negara. Bagi tahun 2027― Butiran 00101. Nanti kata saya tak sebut pula butiran. Iaitu Majlis Keselamatan Negara. Bagi tahun 2027, Jabatan Audit Negara telah diperuntukkan sebanyak RM224.6 juta.

Saya menarik perhatian Dewan mengenai projek MyDigital ID. Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 2026 mendedahkan bahawa sebanyak RM28 juta telah dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa pemandu, jawatankuasa teknikal projek termasuk pembayaran gaji pegawai menggunakan dana pembangunan. Pada masa

draft • 4:34 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

yang sama, Puan Yang di-Pertua, anggaran harga projek di bawah MKN telah meningkat hampir enam kali ganda berbanding anggaran 2025 sehingga mencecah RM7.1 bilion.

Jadi, Puan Pengerusi, saya pun ada satu lagi. Bagi saya sikit saja. Saya nak habiskan. Masa pun nak habis. Bagi tahun 2027...

draft • 4:34 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pendang, bagi sikit. Boleh sikit, Pendang ya?

draft • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tak bagi masa tambahan.

draft • 4:34 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bolehkah, Pendang? Sikit saja, Pendang.

draft • 4:34 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya bagi.

draft • 4:34 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Minta tolong Yang Berhormat Menteri menjelaskan bidang kuasa mahkamah syariah dalam Butiran 11800 itu berkaitan dengan penyelesaian perundangan menyeluruh yang ketika ini berlaku pertindanan di antara kuasa Persekutuan dengan negeri berkaitan hal ehwal jenayah syariah sepertimana kes Iki Putra 2021 dan Nik Elin 2024. Mohon Menteri menjelaskan hal ini dalam...

[Tidak jelas] Terima kasih.

draft • 4:34 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Sik. Masuk dalam ucapan saya. Itu satu isu yang besar, isu awam yang besar.

Saya nak menyentuh berkenaan dengan MyDigital ID antara MKN dengan MIMOS telah tamat pada 31 Disember 2025 sedangkan pelaksanaan projek ini terus diperluaskan termasuk penggunaan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk wajib bagi aplikasi MyJPJ mulai Mei 2026.

draft • 4:34 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tiga persoalan yang saya akan bangkitkan. Pertama berkenaan dengan audit RM28 juta, perbelanjaan tanpa kelulusan. Siapakah pegawai yang telah dipertanggungjawabkan? Apakah tindakan surcaj, tatatertib atau rujukan kepada SPRM telah dibuat?

Kedua, selepas perjanjian MKN dengan MIMOS tamat pada 31 Disember 2025, adakah perjanjian tambahan secara bertulis telah dimeteraikan? Jika ada, berapakah nilai kontrak baharu, tempoh kuat kuasa?

draft • 4:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ketiga, apakah senarai projek yang akan dibiayai melalui peruntukan RM746.5 juta kepada MKN pada tahun 2027 dan apakah justifikasi peningkatan anggaran harga projek sehingga RM7.01 bilion?

Puan Pengerusi, satu lagi saya nak sentuh berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Mufti iaitu B.6, Kepala B.6 yang mana saya tengok sekarang ini isu khawarij dimain-mainkan. Sekiranya khawarij ini, kami duduk sebelah sini dikatakan kami khawarij. Nanti kalau sebelah sana pula duduk sebelah sini adakah khawarij? Itu persoalan yang kita bangkitkan.

Jadi yang kedua, khawarij ini sesuai bukan di negara kita. Sesuai di negara yang tidak ada pilihan raya seperti mana Arab Saudi. Jadi itulah khawarij. Siapa menentang menjatuhkan Raja Arab Saudi adalah khawarij. Kita tidak.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, apabila berlaku pembubaran Parlimen lepas ini tak ada kerajaan, masa itu sapa khawarij?

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, saya minta Jabatan Mufti buat fatwa, ciri-ciri mufti dan siapa yang dikatakan khawarij ini, bagi penjelasan.

Sebab kita tak nak isu ini memecahbelahkan, memainkan peranan untuk ke pihak— kepentingan pihak-pihak tertentu. Undi, kalau berlaku undi. Undi ini adakah haram?

Kalau khawarij haram. Jadi, kita minta Jabatan Mufti tolong jelaskan dalam Kepala B.6 ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih Puan Yang di- Pertua. Puan Pengerusi, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Puan Pengerusi, saya ingin memulakan perbahasan dengan merujuk kepada anggaran perbelanjaan mengurus B.6, Butiran 070700 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan Perbelanjaan Pembangunan P.6, Butiran 09100 – Program Pembangunan Semula Kampong Bharu.

Berdasarkan dokumen anggaran, jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2027 adalah sebanyak RM5.83 juta manakala perbelanjaan

draft • 4:41 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

pembangunan bagi tahun 2027 kerajaan memperuntukkan hanya RM850 ribu sahaja.

Saya ingin mengetahui komponen pembangunan yang akan dibiayai. Adakah ia melibatkan perancangan pelaksanaan pelan induk, pembangunan infrastruktur, pembangunan semula kawasan atau apakah komponen lain yang diperuntukkan sebegitu rupa?

Puan Pengerusi, Kampong Bharu bukan sekadar kawasan penempatan, ia mempunyai nilai sejarah, warisan dan identiti masyarakat Melayu yang cukup signifikan di tengah-tengah ibu kota.

Isu pembangunan semula di kawasan ini telah dibincangkan sejak sekian lama. Saya masih ingat lagi ketika Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pada tahun 2018 sehingga 2020, beberapa inisiatif telah diperkenalkan termasuk pelan pembangunan semula Kampong Bharu. Pada masa itu Menteri Wilayah Persekutuannya adalah Ahli Parlimen Shah Alam tapi bukan sayalah, Puan Pengerusi, yang sebelumnya.

Antara pendekatan yang diketengahkan ketika itu ialah penilaian harga tanah berdasarkan nilai semasa Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi menjaga kepentingan milik tanah, pemilik tanah asal. Persoalannya, di manakah kedudukan kita pada hari ini? Apakah perkembangan sebenar pelaksanaan perancangan tersebut atau adakah lagi perancangan baharu dengan model yang baharu?

Saya ingin mengemukakan tiga persoalan dasar kepada jabatan ini. Pertama, apakah pelan pembangunan menyeluruh yang sedang dilaksanakan? Apakah status terkini Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040? Apakah pelan ini masih menjadi dokumen rujukan utama jabatan dalam meluluskan sebarang pembangunan di Kampong Bharu?

Kita tidak boleh membangunkan Kampong Bharu hanya berdasarkan projek demi projek tanpa merujuk kepada satu perancangan induk yang jelas, yang telah pun diwartakan. Kedua, apakah model pembangunan yang mahu digunakan?

Adakah jabatan bercadang menggunakan model usaha sama antara pemilik tanah dengan pemaju, konsortium pembangunan, pembangunan berfasa ataupun model yang lain? Apa yang penting pemilik tanah asal mesti diberikan kedudukan sebagai rakan pembangunan dan bukan sekadar penerima pampasan.

Mereka perlu mempunyai peluang untuk terus memiliki aset, menikmati penilaian nilai tanah dan mendapat manfaat ekonomi daripada pembangunan semula kawasan yang diwarisi turun-temurun. Pembangunan tidak seharusnya

draft • 4:41 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

menyebabkan penduduk asal tersisih daripada tanah dan kawasan yang mempunyai nilai sejarah kepada mereka.

Yang ketiga, apakah garis masa pelaksanaannya? Kita tidak mahu isu ini terus berada pada peringkat kajian, perbincangan dan rundingan tanpa sasaran masa yang jelas. Saya mencadangkan jabatan menyediakan satu roadmap yang lengkap dengan sasaran tahunan, KPI dan agensi yang bertanggungjawab supaya kemajuan pelaksanaannya boleh dipantau oleh Parlimen.

Puan Pengerusi, kebimbangan saya yang paling besar ialah masa terus berlalu sedangkan kawasan di sekitar Kampong Bharu semakin pesat membangun.

Pembangunan komersial dan bangunan pencakar langit terus berkembang. Nilai hartanah terus meningkat tetapi Kampong Bharu berisiko semakin ketinggalan dan jurang pembangunannya dengan kawasan sekitar semakin melebar.

Kita akan ada pembangunan Bandar Malaysia, pembangunan Bandar MADANI. Semuanya itu bagus, baik untuk masyarakat kota tetapi apakah nasib bagi penduduk dan pemilik tanah di Kampong Bharu. Lebih membimbangkan, sekiranya kelulusan pembangunan diberikan secara berasingan atau pun piecemeal development tanpa berpandukan kepada pelan induk yang telah disediakan.

Kita mungkin berjaya membangunkan beberapa lot tanah dengan bangunan baharu. Tapi bagaimana dengan kesan keseluruhan terhadap sistem jalan raya, trafik, pengangkutan awam, perparitan utiliti dan kemudahan. Jadi, jangan sampai pembangunan satu lot tanah menimbulkan masalah kepada keseluruhan kawasan kerana tiadanya penyelarasan dan perancangan yang bersepadu.

Puan Pengerusi, kita tidak mahu Kampong Bharu menjadi sebuah pulau pembangunan yang dikelilingi oleh pencakar langit. Kita mahu Kampong Bharu turut menjadi sebahagian daripada kemajuan Kuala Lumpur. Namun kemajuan itu mestilah memelihara identiti dan warisan kawasan serta memastikan pemilik tanah dan penduduk asal turut menikmati hasil pembangunannya.

Jangan sampai kita berjaya membangunkan tanah Kampong Bharu tetapi gagal memastikan orang asal Kampong Bharu dan keluarga mereka menikmati manfaat daripada pembangunan dan seterusnya mendiami kawasan tersebut.

Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 4:41 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Pengerusi. Bekalan 7 Jabatan Perkhidmatan Awam. Butiran 030300 bersekali dengan Butiran 030100 dan 030200. Berkaitan dengan perjawatan dan kemajuan kerjaya di bawah butiran- butiran ini. Puan Pengerusi, dasar saraan perlu mengambil kira kepakaran, tuntutan tugas dan bentuk lantikan khususnya untuk mengekalkan petugas kesihatan serta menarik bakat baru terutamanya daripada kalangan tenaga profesional daripada sektor swasta.

Berdasarkan jawapan bertulis KKM pada Ogos 2025, seramai 705 pegawai perubatan dan 1,394 jururawat yang berkhidmat lebih daripada lima tahun telah meletak jawatan antara tahun 2022 hingga 2024. Pengalaman mengendalikan kes rumit dan membimbing anggota perlulah, perlu mengambil masa untuk dibina.

Oleh itu, pengambilan baru perlu disertai dengan usaha untuk mengekalkan petugas-petugas yang berpengalaman. Puan Pengerusi, teori Job Demands- Resources menjelaskan bahawa sokongan dan sumber kerja membantu pekerja menghadapi tuntutan tugas. Maka, dasar pengenalan perlu merangkumi ganjaran, kemajuan kerjaya dan keadaan kerja.

Saya menyambut baik terhadap komitmen untuk menawarkan jawatan tetap kepada lebih 9,000 doktor kontrak pada tahun 2027. Namun, jaminan pekerjaan sahaja belum cukup untuk respons keseluruhan cabaran untuk mengekalkan bakat- bakat ini.

draft • 4:47 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pada tahun 2024, kira-kira 65 peratus daripada 386 pegawai perubatan tetap yang meletak jawatan telah beralih ke sektor swasta dalam negara kita. Sementara itu, kajian pada tahun 2022 terhadap 316 pakar perubatan tetap KKM mendapati bahawa 8.6 peratus responden tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkat.

Kedua-dua dapatan ini telah menunjukkan bahawa kita perlu menilai semula daya saing pakej perkhidmatan dan prospek kerjaya sektor perkhidmatan awam di negara kita. Saya menggesa kerajaan untuk mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dengan menetapkan garis masa yang jelas.

Pengurusan pelantikan, kenaikan pangkat dan penempatan perlulah mengambil kira keperluan khusus profesion kesihatan.

Pada masa yang sama, mekanisme penyelarasan dengan JPA dan Kementerian Kewangan perlu diperjelaskan supaya kemajuan kerjaya disokong oleh perjawatan dan ganjaran yang setimpal.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bagi peralihan daripada kontrak kepada tetap, penetapan gaji, kekananan iaitu seniority dan tempoh kelayakan kenaikan pangkat perlulah jelas. Pengalaman kontrak yang relevan wajarlah dinilai berdasarkan kesetaraan tugas, kompetensi dan prestasi dengan syarat yang dimaklumkan secara bertulis.

Puan Pengerusi, saya ingin berkongsi satu kisah benar. Dalam satu kes pelantikan PTTK Menteri, seorang calon telah menunggu hampir setahun untuk urusan pelantikannya diselesaikan. Gaji dahulunya di sektor swasta melebihi RM16,000 sebulan. Manakala, julat gaji bagi jawatan PTTK Menteri yang diberitahu ditawarkan adalah antara RM11,000 hingga RM13,000. Maknanya ada berlaku penurunan gaji di situ.

Walaupun Menteri bersetuju dan kelulusan khas Perdana Menteri diberikan untuk memberikan gaji RM13,000 tapi calon ini akhirnya ditawarkan hanya RM11,000 atas alasan tidak layak untuk menerima gaji.

Saya melihat ini satu kelemahan dalam sistem penetapan gaji dalam perkhidmatan awam. Kita perlu faham bahawa jawatan lantikan politik secara kontrak ini sepatutnya dipertimbangkan mengikut pertimbangan yang berbeza dengan perkhidmatan awam yang lain kerananya lantikannya bukan lantikan tetap dan pada bila-bila masa sahaja calon itu akan hilang kerja, sama ada Menteri bertukar jawatan ataupun Parlimen di bubar.

Maka saya harap satu reformasi terhadap sistem perkhidmatan awam supaya kita lebih fleksibel dan dapat menarik bakat daripada pelbagai sektor untuk memberikan perkhidmatan, pandangan dan input yang lebih menyeluruh dan tuntas demi kebaikan dan kepentingan semua pihak.

Puan Pengerusi, perbincangan kita pada hari ini perlu tumpu kepada hakikat bahawa gaji dan imbuhan dalam sektor awam tidak seharusnya ditetapkan secara kaku dan seragam semata-mata berdasarkan gred jawatan. Sebaliknya, penetapan gaji perlulah mengambil kira sifat perkhidmatan dalam setiap bidang serta persaingan dan cabaran untuk mengekalkan tenaga mahir, termasuklah persaingan gaji bagi pekerjaan setara dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Sekali pun kita tidak mampu menawarkan gaji atau imbuhan yang setanding, sekurang-kurangnya jurang tersebut perlulah dirapatkan. Kita tidak mahu membiarkan jurang itu kekal begitu besar sehingga gaji di tempat lain mencecah tiga, empat malah melebihi lima kali ganda berbanding dengan apa yang ditawarkan dalam sektor awam.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jurang yang besar ini jelas menjadi cabaran besar untuk mengekalkan bakat. Jadi, sistem penggajian yang terlalu kaku ini merupakan antara punca keadaan kita yang hadapi hari ini. Jadi, saya harap reformasi perlu dijalankan. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada Kuala Krai untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri pada tengah hari ini.

Kuala Krai merujuk kepada Butiran B.050000 – Kemajuan Islam. Ibadah haji merupakan impian dan kemuncak perjalanan spiritual bagi setiap umat Islam. Ada yang menabung puluhan tahun, ada yang menunggu dalam usia senja dan ada yang mengharapkan agar sempat menjadi tetapi Allah sebelum dijemput pulang ke rahmat-Nya.

Justeru, pengurusan haji tidak boleh dilihat semata-mata sebagai urusan logistik, penerbangan dan penginapan. Ia merupakan urusan kebajikan emosi dan persediaan kehidupan bakal jemaah.

Saya ingin merujuk kepada isu simpanan RM15,000 yang telah ditetapkan atas dasar ia sebagai gambaran istito'ah. Apabila setiap pendeposit telah mencukupi jumlah tersebut. Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri dengan perubahan ini tahun menunggu daripada 150 tahun akan dapat dikurangkan kepada 70 tahun.

Persoalan yang saya bangkitkan ialah bagaimana dengan nasib pendeposit yang telah lama berdaftar dan giliran mereka telah ditetapkan 10 akan datang atau kurang? Jadi, bagaimana dengan giliran mereka selepas daripada pelaksanaan ini?

Dalam pencelahan saya, sewaktu Yang Berhormat Kubang Kerian berbahas peringkat dasar baru-baru ini bahawa apakah halangan bakal jemaah haji diberikan makluman sekurang-kurang setahun ataupun dua tahun, lebih awal, sebelum tarikh jadual anggaran mereka berjaya melakukan haji.

Saya yakin dengan pendekatan ini, istito’ah yang diperlukan akan dapat dipenuhi dengan sebaiknya. Makluman awal ini bukan sekadar memberikan peluang

draft • 4:55 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

kepada seorang itu menyediakan ruang yang mencukupi tetapi juga keperluan kesihatan, kursus persediaan dan segala urusan dokumentasi. Tidaklah wajar mereka hanya mendapat kepastian dalam tempoh yang terlalu singkat sehingga persiapan menjadi kelam kabut. Akhirnya mereka menarik diri dan digambarkan mereka tiada istito’ah. Dalam masa yang sama, saya juga ingin tahu, berapakah tempoh yang akan ditunggu oleh pendeposit yang telah mencukupi jumlah RM15,000. Duit mereka telah dipegang oleh Tabung Haji tetapi mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama.

Yang Berhormat Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran B.050100 — JAKIM. Dalam isu KAFA, sebelum itu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPKK kepada semua anak-anak yang telah bermula tengah hari ini. Semoga semuanya dilapangkan dada, dipermudahkan urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya ingin mencadangkan satu perkara yang mungkin kelihatan kecil tetapi kesannya besar kepada pelajar iaitu berkaitan dengan penjadualan waktu peperiksaan. Saya mencadangkan agar peperiksaan UPKK dilaksanakan pada sebelah pagi. Kita perlu melihat realiti pelajar mereka masih kanak-kanak, keupayaan tumpuan mereka terbatas. Ada yang terpaksa menghadiri kelas pada waktu pagi, kemudian akhirnya menduduki peperiksaan dalam keadaan keletihan.

Apakah kita mahu mengukur kemampuan sebenar mereka atau sekadar menguji sejauh mana mereka mampu bertahan dalam keletihan?

Saya ingin meminta kepada pihak kerajaan meneliti cadangan ini bersama KPM dan pengurusan KAFA agar jadual peperiksaan lebih mesra pelajar. Hanya empat jam atau hanya empat hari sahaja setahun mengambil kira tahap perkembangan mereka serta mengurangkan tekanan fizikal dan mental. Pendidikan yang baik bukan sekadar menuntut anak-anak belajar bersungguh-sungguh tetapi juga menuntut sistem yang memahami keperluan dan kemampuan mereka.

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah butiran yang sama, saya ingin tahu berapa kalikah program keagamaan seperti Majlis Ilmu MADANI, Seminar Hadis yang telah dilaksanakan sehingga tahun 2026 yang melibatkan tokoh-tokoh luar negara dan berapakah kos perbelanjaannya?

Yang Berhormat Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran P.11100 – Pengurusan Kuarters. Dalam pemerhatian saya, banyak kuarters kerajaan yang amat daif, bahkan ada yang ditinggalkan kerana rosak, termasuk kuarters guru dan

draft • 4:55 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

kuarters guna sama. Persoalannya, apakah usaha pihak kerajaan untuk sentiasa memastikan kuarters-kuarters ini terjaga, bukannya setelah rosak teruk barulah nak baiki atau tidak lagi dapat baik pulih dan dibiarkan berhantu.

Yang Berhormat Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran P.11300 – Bangunan Guna Sama Persekutuan Sarawak. Saya faham butiran ini berkaitan dengan Sarawak. Cuma, saya ingin menarik perhatian kerajaan kepada bangunan guna sama Persekutuan di Kuala Krai yang telah dibina pada tahun 80-an. Walaupun terdapat jabatan yang telah berpindah kerana memiliki bangunan sendiri. Di bangunan ini masih terdapat lagi jabatan yang beroperasi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun JKM dan Jabatan Pendaftaran Negara ataupun JPN.

Dengan keperluan semasa, bangunan ini tidak mampu menampung keperluan jabatan-jabatan khususnya JKM. Di sebelah bangunan ini terdapat sebidang tanah yang boleh dimanfaatkan juga milik kerajaan.

draft • 4:55 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi, saya mencadangkan pihak kerajaan dapat membina sebuah bangunan guna sama Persekutuan yang baharu bagi menampung keperluan jabatan-jabatan di Kuala Krai.

Yang terakhir Pengerusi— boleh yang terakhir? Iaitulah Butiran P.930000 – Projek-projek Kecil, Butiran 93500 – Projek Khas dan Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat. Inilah perkara yang saya anggap paling besar dari sudut prinsip, maruah institusi Parlimen dan juga reformasi kerajaan. Saya ingin bertanya, mengapa Ahli Parlimen pembangkang perlu menandatangani suatu perjanjian CSA sebagai syarat untuk mendapatkan peruntukan?

Walaupun dinafikan oleh Perdana Menteri, tetapi hakikatnya selepas perjanjian CSA, Ahli-ahli Parlimen terlibat akan mendapat peruntukan daripada kerajaan. Bukankah peruntukan Ahli Parlimen merupakan satu mekanisme bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing dapat dilaksanakan?

Apakah CSA ini satu mekanisme untuk memastikan ketelusan peruntukan atau sebenarnya satu instrumen untuk mengikat kesejahteraan politik? Adakah kerajaan mahu memastikan wang rakyat sampai kepada rakyat atau mahu memastikan wakil rakyat pembangkang terlebih dahulu menunjukkan kepatuhan kepada kerajaan? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi.

Di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, B.6 dan P.6 – Kemajuan Islam, dengan peruntukan RM1.5 bilion mesti membawa perubahan kepada rakyat. Kod B.6 Butiran 050000, peruntukan pada tahun 2026 sebanyak RM1.383 bilion, manakala peruntukan pada tahun 2027 sebanyak RM1.5 bilion, peningkatan RM117.07 juta. Peningkatan ini menunjukkan kepada peruntukan Kemajuan Islam kepada hampir RM1.5 bilion tahun 2027. Peningkatan ini menyediakan ruang untuk memperkukuh pentadbiran dan pembangunan hal ehwal Islam.

Namun berdasarkan buku anggaran, dua KPI utama program Kemajuan Islam menetapkan sasaran pencapaian 100 peratus, termasuk perkhidmatan berteraskan maqasid syariah. Persoalannya, adakah indikator tersebut cukup untuk menggambarkan kesan perbelanjaan terhadap kesejahteraan rakyat?

Daripada tambahan RM117 juta ini, berapakah yang diperuntukkan secara langsung kepada pembangunan masyarakat, pendidikan Islam, pengukuhan institusi keluarga dan pembangunan anak muda berbanding kos pentadbiran? Kerajaan wajar mengukur keberhasilan pembangunan Islam yang juga mengukur impak program terhadap kehidupan rakyat, termasuk aspek pendidikan, kesejahteraan keluarga dan pembangunan ekonomi umat Islam.

Perkara yang kedua, masjid dan surau. Pembangunan fizikal perlu seiring pembangunan belia. Kod P.6 Butiran 04801, anggaran pindaan 2026, RM36.21 juta.

Peruntukan 2027, RM60.58 juta. Peningkatan sebanyak 67.3, di mana peningkatan peruntukan pembinaan dan penaiktarafan masjid, surau serta institusi latihan Islam sebanyak 67.3 peratus menyediakan peluang untuk memperkukuh kemudahan keagamaan masyarakat Islam khususnya.

Walau bagaimanapun, pembangunan masjid secara fizikal tanpa disertai usaha pengimarahan yang berterusan, bukankah masjid sekadar— masjid bukan sekadar tempat ibadah tetapi juga berpotensi sebagai pusat pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti.

Berapakah jumlah masjid dan surau yang akan menerima manfaat daripada RM60.58 juta ini? Apakah kriteria pemilihan projek? Dan adakah agihan dibuat berdasarkan keperluan sebenar masyarakat tanpa mengira perbezaan pentadbiran politik negeri? Kerajaan boleh mempertimbangkan kerangka masjid mesra belia

draft • 5:01 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

melalui kerjasama kerajaan berkuasa negeri, dengan program kepimpinan, kaunseling, bimbingan kerja dan literasi digital menggunakan peruntukan pengimarahan yang bersesuaian.

Perkara ketiga, Mahkamah Syariah. Kod P.6 Butiran 11800, anggaran 2026, RM4.287 juta. Peruntukan 2027, RM25 juta. Peningkatan 483.2 peratus. Peningkatan peruntukan pembangunan mahkamah syariah kepada RM25 juta menunjukkan pertambahan ketara dalam perancangan pembangunan institusi kehakiman syariah.

Namun, pembangunan infrastruktur perlu disertai dengan peningkatan kecekapan pengurusan kes. Bagi masyarakat yang berdepan pertikaian nafkah, perceraian dan penjagaan anak, tempoh penyelesaian kes merupakan antara ukuran penting keberkesanan sistem kehakiman.

Apakah projek yang akan dilaksanakan melalui peruntukan RM25 juta ini?

Berapakah yang melibatkan pembinaan baharu, penaiktarafan dan kemudahan sokongan? Adakah kerajaan mempunyai sasaran untuk mengurangkan tempoh penyelesaian kes kekeluargaan syariah? Kerajaan boleh memperuntukkan sistem pengurusan kes digital, memperkenalkan sasaran masa penyelesaian mengikut kategori kes dan meningkatkan penyelarasan dengan institusi kehakiman syariah negeri.

Perkara yang keempat, Pembinaan Sekolah Agama, P.6 Butiran 04802, anggaran pindaan 2026, RM3.6 juta. Tahun 2027, RM25 juta. Peningkatan peruntukan pembinaan sekolah agama daripada RM3.6 juta kepada RM25 juta menyediakan ruang untuk memperkukuh infrastruktur pendidikan Islam, ia nya sangat baik. Namun, pembinaan sekolah agama perlu berjalan seiring dengan peningkatan kualiti pendidikan, kemudahan digital dan pembangunan tenaga pengajar. Perkembangan teknologi kecerdasan buatan juga menuntut institusi pendidikan agama menyesuaikan pendekatan pengajaran.

Berapakah sekolah agama yang akan dibina atau menerima manfaat melalui peruntukan ini? Adakah perancangan pembangunan mengambil kira kemudahan komputer, akses Internet dan keperluan pembelajaran digital? Kerajaan boleh menyelaraskan pembangunan pendidikan Islam yang menggabungkan penguasaan al-Quran, akhlak, pemikiran kritis dan literasi AI dengan kerjasama pihak berkuasa pendidikan agama berkaitan.

Yang terakhir, industri halal. P.6 Butiran 06100, pindaan 2026 sebanyak RM200,000. Pada 2027 sebanyak RM2.84 juta peruntukan. Peningkatan peruntukan pembangunan industri halal kepada RM2.84 juta bermakna ruang untuk

draft • 5:01 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

memperkukuhkan pembangunan sektor halal yang sangat baik. Namun, kejayaan pembangunan industri halal tidak seharusnya diukur melalui bilangan pensijilan semata-mata. Keupayaan pengeluaran, akses pasaran, pertumbuhan perniagaan dan peluang pekerjaan perlu juga diberikan perhatian.

Berapakah jumlah usahawan mikro, kecil dan sederhana yang disasarkan menerima manfaat daripada peruntukan ini? Apakah sasaran kerajaan dari segi peningkatan jualan, produktiviti dan akses pasaran? Kerajaan boleh mempertimbangkan program sokongan bersepadu bagi membantu usahawan tempatan mendapatkan pensijilan, meningkatkan kualiti produk, mengakses pembiayaan dan menembusi pasaran eksport ke luar negara. Sekian, terima kasih.

Terima kasih.

draft • 5:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

draft • 5:01 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada butiran B.1 iaitu mengurus Parlimen. Kami sangat gembira dipulihkan autonomi Parlimen dengan diluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah berkuat kuasa pada 1 Oktober 2026. Memandangkan Parlimen sudah menjadi satu badan bebas, ia mesti ada dengan izin check and balance atau tatakelola dalaman sendiri supaya tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekarang lebih kepada tatakelola Ahli-ahli Parlimen semasa Persidangan Dewan. Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua hampir mutlak dalam peraturan- peraturan sedia ada. Sebagai menghormati prinsip kedaulatan undang-undang, saya syorkan undang-undang dan peraturan digubal untuk mengehadkan kuasa Yang di- Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua. Peraturan-peraturan ini mestilah menjadi panduan kepada Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua semasa melaksanakan tugasan dan kuasa-kuasa mereka.

draft • 5:08 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya mencadangkan peraturan-peraturan berikut untuk dibuat. Nombor satu, keputusan muktamad Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua hanyalah merujuk kepada keputusan sesuatu isu. Ia bukan satu kuasa untuk menjadikan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua sebagai seorang diktator dalam Dewan yang mulia ini.

draft • 5:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Peraturan kedua, keputusan yang Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di- Pertua boleh dirujuk kepada sebuah jawatankuasa yang ahlinya terdiri daripada ahli- ahli pihak kerajaan dan ahli-ahli pihak pembangkang. Cara sekarang membawa usul untuk mengetepikan keputusan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua melalui satu usul Dewan merupakan sesuatu yang membebankan dan mengambil masa semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.

Dalam hal ini, saya ingin memuji Tambun kerana apabila menjadi Perdana Menteri, beliau membawa satu usul dalam Dewan ini untuk menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti untuk beliau menjadi Perdana Menteri. Ini tidak berlaku beberapa tahun yang lepas di mana bagi saya ia merupakan satu salah guna kuasa Yang di-Pertua, di mana Yang di-Pertua pada masa itu tidak membenarkan satu usul yang ingin menunjukkan Perdana Menteri pada masa itu tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan ini. Beliau tidak membenarkan usul tersebut untuk timbul, untuk satu keputusan dibuat oleh Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.

Ketiga, saya syorkan satu kod etika diwujudkan untuk Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua seperti yang kita ada untuk hakim-hakim mahkamah kita.

Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua mesti diingatkan kedudukan mereka sebagai seorang pengadil atau umpire semasa mempengerusikan mesyuarat Dewan, mereka mesti menghormati institusi Parlimen dan tidak boleh bertindak menghina Ahli-ahli Parlimen atau menganggap atau menganggap Ahli-ahli Parlimen sebagai budak-budak yang perlu dipersekolahkan.

Perkara kedua yang ingin saya bawa iaitu Bekalan 8, berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara. Sebagai penasihat dan peguam kepada kerajaan, jabatan ini haruslah menegakkan kedaulatan undang-undang dan menolong menggubal undang-undang yang adil dan saksama. Baru-baru ini, saya mendapati dua gejala yang tidak sihat dan berharap undang-undang sedemikian tidak dibawa ke Parlimen, dan yang telah diluluskan, pindaan dibuat dengan segera.

Gejala pertama, memberikan kuasa mutlak kepada Menteri untuk menggantungkan pemakaian sebahagian atau keseluruhan akta ke atas seseorang dalam sesuatu keadaan istimewa. Ini berlaku dengan peruntukan seksyen 41(1) Akta Pembangunan Sukan 1997. Ini boleh membawa kepada salah guna kuasa. Cara yang betul ialah memberikan kuasa kepada Menteri untuk menggubal peraturan- peraturan atau undang-undang kecil yang terpakai dalam sesuatu keadaan. Bagi setengah minit, Puan Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Gejala yang kedua, memberikan imuniti atau kekebalan kepada pegawai- pegawai kerajaan dan kerajaan daripada tindakan mahkamah yang dibawa oleh rakyat. Di bawah seksyen 5 Government Proceedings Act 1956, tindakan mahkamah boleh dibawa terhadap pegawai kerajaan dan kerajaan atas tindakan salah, kecuaian dan kegagalan yang dilakukan oleh pegawai dalam menjalankan tugas.

Tetapi sekarang, terdapat satu trend yang di mana undang-undang diperkenalkan untuk menghalang orang awam daripada hak ini. Ini telah berlaku di bawah Akta Perikanan (Pindaan) 2025, di mana di bawah seksyen baharu, seksyen 51A, nelayan atau tuan punya vessel tidak boleh menuntut kos dan pampasan untuk apa-apa kerugian yang dialami oleh mereka di mahkamah terhadap penyitaan vessel atau lain-lain barang yang disita oleh pegawai kerajaan. Dan di bawah seksyen 56B, tidak boleh dibawa apa-apa tindakan mahkamah terhadap mana-mana pegawai jika dia bertindak secara good faith atau tiada niat jahat.

Dalam kes-kes kecuaian antara rakyat biasa, tuntutan dibenarkan sungguhpun tiada niat jahat, asal ada kecuaian. Kalau ada niat jahat, ia sudah menjadi satu kesalahan jenayah. Jadi, haruslah tindakan untuk pelepasan terhadap pegawai kerajaan atau kerajaan dibenarkan seperti kes-kes sivil yang lain. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran B.7 030000 – Pengurusan Sumber Manusia dengan butiran- butiran berikut, 030100 – Perjawatan dan Organisasi, dan 030200 – Perkhidmatan.

Sebagaimana kita maklum, pekerja-pekerja perkhidmatan awam seperti kerani, pembantu tadbir, operasi dan pegawai-pegawai rendah yang lain dan sebagainya adalah penjawat awam yang sangat penting dalam sektor pentadbiran di semua jabatan kerajaan, sama ada peringkat Persekutuan, dan juga Menteri, dan juga negeri.

Tanpa mereka, sudah pasti pentadbiran sesebuah jabatan kerajaan tidak terurus. Jumlah keseluruhan lebih kurang 300,000 dari 1.6 juta penjawat awam. Gred perkhidmatan mereka adalah Gred 1, Gred 2, Gred 3 dan Gred 4. Saya ingin menyuarakan harapan Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan

draft • 5:15 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kerani dan Bersekutu Kerajaan, atau ringkasnya AUEGCAS, yang ingin tahu, bilakah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan dan pekeliling rasmi berkaitan penambahbaikan skim pembantu tadbir yakni pengkeranian, operasi dan kewangan khususnya laluan kenaikan gred daripada Gred 1 kepada Gred 5 sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 9 Mac 2026 dengan sasaran pelaksanaan mulai 1 Januari 2027.

Adakah kerajaan akan memastikan syarat kelayakan, kaedah pelaksanaan, pengiktirafan, pengalaman perkhidmatan dan kelayakan akademik serta keperluan khusus atau penilaian ditetapkan secara munasabah, adil dan tidak terlalu ketat?

Khususnya bagi memberi peluang kepada pegawai yang telah lama berkhidmat dan berpengalaman luas untuk menikmati penambahbaikan laluan kerjaya ini.

Pengumuman oleh Yang Amat Berhormat tersebut melegakan semua penjawat awam dalam kelompok ini kerana pelaksanaan penambahbaikan ini benar- benar membawa manfaat kepada kumpulan pembantu tadbir yang terlibat dengan syarat yang bersesuaian, tidak membebankan serta tidak menafikan peluang pegawai yang telah lama menabur bakti kepada perkhidmatan awam. Sehubungan itu, bilakah pekeliling dan garis panduan berkenaan dijangka dikeluarkan bagi membolehkan semua pegawai yang terlibat membuat persediaan awal sebelum tarikh pelaksanaan yang disasarkan?

Tuan Pengerusi, butiran seterusnya yang ingin saya sentuh ialah Butiran 030400 – Pencen. Pencen wajib penjawat awam, 60 tahun. Namun, ada pencen pilihan kepada penjawat awam sama ada 56 tahun atau 58 tahun. Pencen wajib 60 tahun dilaksanakan tak silap saya sejak tahun 2012. Adakah kerajaan berhasrat mengkaji semula pencen wajib 60 tahun kepada 56 atau 58 tahun? Kerana ada beberapa alasan yang saya fikir rasional, turunkan pencen wajib 60 kepada 56 atau 58 tahun.

Pertama, memberi peluang pekerjaan anak muda. Kadar pengangguran siswazah semakin tinggi. 1.6 juta penjawat awam, 80 peratus jawatan teratas disekat oleh senior 56 hingga 60 tahun. Kalau kita kekalkan 60, 30,000 graduan tak dapat peluang pekerjaan. Apabila diturunkan kepada 56 atau 58 tahun, kekosongan jawatan yang berjumlah lebih kurang 40,000 jawatan setahun terbuka lebih awal dan mereka ada peluang pekerjaan.

Yang kedua, produktiviti dan kesihatan. Dari data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 62 peratus penjawat awam yang berumur 50 tahun ke atas ada

draft • 5:15 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

penyakit kencing manis dan darah tinggi. MC naik 40 peratus selepas umur 56. Gred pelaksana seperti Pembantu Am Rendah, Pemandu N11, Operator Loji dan sebagainya, kerja fizikal berat tak larat untuk angkat fail, pandu jarak jauh, dan sebagainya.

Kos perubatan penjawat awam 55 hingga 60 tahun, RM4,000 setahun berbanding RM1,800 untuk yang berumur 35 tahun. Begitulah antara beberapa rasional. Antaranya lagi, teknologi AI dan kemahiran digital. Kajian JPA 2024 menunjukkan 58 peratus kakitangan 56 tahun ke atas lemah digital, perlu kursus ulang. Generasi muda mahir AI, boleh jimat masa, proses SPA 12 bulan jadi tiga bulan.

draft • 5:15 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ada kaunter jabatan kerajaan masih lagi menggunakan manual, tulisan tangan pada hal mereka yang ada kelulusan Diploma, dua minit siap untuk buat e- filing. Akhir sekali saya ingin merujuk butiran— mana kertasnya. Hilang kertas saya [Sambil mencari kertas] Maaf pengerusi, saya kena sabotaj ni. Masa sudah tamat.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah habis.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih. Nanti ada peluang saya akan buat untuk pencelahan.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 5:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 040100 – Bahagian Hal Ehwal Undang- undang. Saya ingin bangkitkan lima perkara:

(i) apakah status terkini kajian dan cadangan pindaan terhadap seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001, bilakah rang undang- undang berkaitan dijangka dibentangkan di Parlimen?;

(ii) apakah status terkini penggubalan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran awam, bilakah rang undang-undang ini dijangka dibentangkan di Parlimen?;

(iii) saya juga ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai cadangan penggubalan Rang Undang-undang Ombudsman Malaysia bagi mewujudkan sebuah institusi yang bebas dan

draft • 5:21 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

berkesan untuk menangani aduan berhubung salah tadbir dalam perkhidmatan awam. Sejauh manakah proses penggubalan rang undang-undang ini telah dilaksanakan dan bilakah ia dijangka dibentangkan di Parlimen?;

(iv) apakah status terkini cadangan penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang (Law Reform Commission) sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menjalankan kajian dan mengesyorkan pembaharuan undang-undang secara sistematik. Saya ingin mengetahui perkembangan penyediaan kerangka perundangan bagi penubuhannya sebagai jangka masa pelaksanaan yang dirancang oleh kerajaan; dan terakhir

(v) saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung kedudukan kewangan terkini Lembaga Kelayakan Profesion Undang- undang (LPQB). Berapakah jumlah keseluruhan baki wang dalam akaun-akaun lembaga pada masa ini termasuk simpanan tetap, sekiranya ada. Apakah pula status terkini pengauditan akaun dan penyata kewangan lembaga termasuk tahun-tahun kewangan yang telah diaudit sebarang tunggakan audit serta bilakah laporan audit berkenaan dijangka dimuktamadkan?

Dalam hubungan ini, saya juga ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang telah atau sedang diambil bagi memastikan pengurusan kewangan LPQB dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berakauntabiliti selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. Sekian, terima kasih.

draft • 5:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 5:21 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran B.6 010300 – Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Butiran P.6 11100 – Pengurusan Kuarters Kerajaan atau rumah rasmi.

Puan Pengerusi, saya ingin membangkitkan masalah bekalan air berkarat dan kotor yang sedang dihadapi oleh penduduk Putrajaya khususnya yang menetap di kuarters kerajaan di Putrajaya. Banyak aduan yang saya terima tentang hal ini.

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Habis seragam sekolah anak-anak dari colour putih dah jadi kuning, sudah bertompok-tompok. Ada isu keradangan kulit dalam kalangan penghuni. Isu ini sudah berlarutan sekian lama dan saya telah bangkitkan perkara ini berkali-kali sehinggakan saya telah tulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara untuk melihat perkara ini.

Sehingga sekarang, hingga ke hari ini belum ada satu pendekatan menyeluruh oleh kerajaan. Ini pusat pentadbiran kerajaan. Bila kita bercakap tentang bekalan asas air, kita harusnya pastikan bahawa bekalan asas ini dapat disalurkan dengan baik kepada penduduk Putrajaya.

Jadi soalan saya, bilakah kerajaan akan menyalurkan peruntukan khusus untuk menyelesaikan isu air berkarat dan isu air kotor di Putrajaya secara menyeluruh dan apakah garis masa kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini? Saya telah panggil pihak-pihak yang berkaitan, bincang namun tidak ada satu pendekatan yang begitu bersungguh-sungguh. Jadi, saya mohon kepada pihak kerajaan lihat perkara ini sebelum ianya lebih meruncing.

Yang kedua Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Butiran yang sama 010300 – Bahagian Pengurusan Hartanah. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Hartanah kerana telah dinaiktaraf, akan dinaiktaraf menjadi Jabatan Hartanah Negara. Kuarters kerajaan merupakan satu komponen yang paling-paling penting di Putrajaya.

Oleh itu sebagai Ahli Parlimen saya banyak menerima aduan daripada pelbagai pihak khususnya penghuni-penghuni kuarters. Saya mohon kepada pihak BPH agar dapat meneruskan kerjasama bersama dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya bagi memastikan aduan-aduan ini dapat diselesaikan dengan segera kerana banyak aduan yang kami terima, kami sampai kepada pihak BPH, kami ingin pastikan setiap aduan ini diambil serius dan dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Saya ingin menyentuh keadaan kuarters yang tidak dibaiki. Ada kuarters- kuarters apabila kita turun ke lapangan, kita lihat kuarters ini sudah kosong lama, sudah lama sangat kosong tidak dibaiki. Sedangkan yang sedang menunggu senarai menunggu untuk masuk ke kuarters ini ribuan jumlahnya.

Jadi persoalan yang ingin tanya di sini adalah mengapakah kerajaan tidak mengambil tindakan menyeluruh hendak selesaikan kuarters-kuarters yang kosong ini. Mungkin tak ada peruntukan, tetapi pada 2027 pastikan peruntukan yang mencukupi dapat disediakan untuk memastikan kuarters-kuarters terbiar ini dibaik

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

pulih segera. Keadaannya masih baik, tetapi dibiarkan begitu kerosakan semakin teruk, vandalism berlaku, maka satu tindakan yang menyeluruh perlu diambil.

Soalan saya juga berkaitan perkara ini, saya ingin tanya berapa ramaikah yang berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan kuarters di Putrajaya?

Senarai terkini. Berapa banyak kuarters kerajaan yang masih kosong mengikut kategori, berapa lamakah tempoh kekosongan yang paling panjang dan paling singkat dan apakah penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk mempercepatkan pengisian kuarters-kuarters ini?

Seterusnya Tuan Pengerusi berkaitan dengan MyStep. Butiran 030100 – Perjawatan dan Organisasi dan Butiran 030300 – Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam. Program MyStep mula dilaksanakan pada Januari 2021 oleh Pagoh ketika itu, dan sehingga kini MyStep terus memainkan peranan penting dalam jabatan kerajaan khususnya dalam melaksanakan tugas sokongan.

Bagi tahun 2026, kadar upah bulanan mereka ditetapkan pada kadar RM1,700 sehingga RM2,300 sahaja termasuk caruman KWSP dan PERKESO.

Mengambil kira gaji minimum RM2,000 akan mula dilaksanakan pada Jun 2027, saya cadangkan upah bulanan bagi Personel MySTEP dapat dinaikkan kepada julat antara sekurang-kurangnya RM2,000 sehingga RM2,600 bermula 1 Januari 2027.

Saya juga mohon pertimbangan khusus kepada Personel MySTEP dan pegawai lantikan kontrak (contract of service) dalam proses pengambilan penjawat awam ke jawatan tetap melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Saya mencadangkan memandangkan Personel MySTEP ini dan COS ini sudah berpengalaman berada dalam kerajaan, maka kerajaan memberi satu weightage satu markah ataupun satu pendekatan wajaran yang bersesuaian untuk mereka ini apabila mereka bersaing untuk mendapat jawatan tetap kerajaan. Jadi, sekurang-kurangnya pengalaman ini dapat digunakan.

Seterusnya Butiran 030300 – Gaji dan Elaun sekali lagi, sekali lagi di sini saya mohon bangkitkan agar kerajaan menaikkan kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup

(BISH) atau COLA imbuhan tetap perumahan ITP dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) selaras dengan pendekatan kos sara hidup khususnya bagi penjawat awam dalam kumpulan pelaksana. Semakan kadar ini penting memandangkan kadar sewa rumah telah meningkat dari tahun ke tahun tetapi kadar elaun mereka masih tetap sama.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang gaji dan elaun juga berkaitan dengan kemudahan bayaran balik tempat letak kereta untuk penjawat

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

awam sebanyak RM90 sebulan. Secara umumnya, dalam Pekeliling kata penjawat awam boleh mohon bayaran balik RM90 sebulan untuk tempat letak kereta tetapi aduan yang kami terima sebenarnya dia tidak berlaku sama di semua kementerian.

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Ada di kementerian yang dapat bayaran penuh RM90, ada yang dapat bayaran separuh, ada yang tak bagi langsung kerana tidak ada peruntukan. Jadi, di sini saya mohon supaya kerajaan melihat selaraskan bayaran RM90 sebulan ini untuk semua kakitangan awam yang layak bagi memastikan semua mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Dan poin yang terakhir, Pengerusi yang...

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Last point, ya.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

No, no. Sit down.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Thank you. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam RAHMAH. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi kerana membenarkan kepada saya untuk bersama-sama membahaskan bagi peringkat jawatankuasa. Saya adalah merupakan pembahas yang terakhir untuk pada hari ini.

Butiran P.04 — ish, tak nampak pula. 802. Pembinaan baharu, tambahan bilik darjah, sekolah KAFA dan sekolah rendah agama. Saya tahu dalam urusan berkaitan dengan agama Islam ni, di peringkat negeri-negeri ni, dia duduknya di bawah kuasa kerajaan negeri lah. Kalau macam saya Hulu Langat ni, dia duduk di bawah Kerajaan Negeri Selangor lah. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan khususnya Pengerusi. Ha, maksudnya Pengerusi pun dah bertukar ganti. Daripada kita punya

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pengerusi seorang srikandi kepada seorang Pengerusi kita kepada seorang srikanda.

Saya nak sebutkan, daerah Hulu Langat ni, rakyat yang sekarang ni yang menginap ataupun yang tinggal, warga, penduduk, masyarakat— Baram, yang tinggal di daerah Hulu Langat ni berapa jumlahnya? Jumlahnya sekarang ini sudah mencecah hampir 1.6 juta orang. 1.6 juta orang ni Baram, sudah menyamai dengan rakyat di Negira Pahang. Daerah Hulu Langat tu. Sama dengan rakyat di Negeri Pahang. Dan KDNK Negeri Selangor ni, KDNK Negeri Selangor ni, berapa jumlah KDNK Negeri Selangor? Maksudnya sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada KDNK negara ni. Berjumlah 26.5 peratus.

Maksudnya Yang Berhormat Baram, kalau dalam duit Yang Berhormat Baram tu, dalam poket tu ada RM100, RM26.50 tu datangnya daripada Negeri Selangor. Sebab itu saya nak minta pihak kerajaan supaya tengok sikit daerah Hulu Langat ni. Tengok sikit peruntukan untuk Negeri Selangor ni. Tak ada masalah nak bagi peruntukan besar di Kelantan, bagilah. Nak bagi peruntukan besar di Terengganu, bagilah. Nak bagi peruntukan besar di Sabah dan juga Sarawak, bagilah.

Tetapi saya nak sebutkan tadi, di Daerah Hulu Langat ni 1.6 juta rakyat yang tinggal di Hulu Langat bersamaan dengan rakyat yang tinggal di Negeri Pahang tu.

Maksudnya kalau negeri tu ditadbir oleh seorang Menteri Besar, 10 orang exco, pengarah-pengarah itu, pengarah ini, berbagai-bagai pengarah tetapi kami di Daerah Hulu Langat ni ada empat orang Ahli Parlimen dan juga ada sembilan orang Ahli Undangan Negeri.

Saya nak sebutkan di dalam Parlimen Hulu Langat ni, Menteri Agama pun ada. Sekolah agama tak cukup. Ha. Di Bandar Bukit Mahkota, di Bandar Seri Putra, di Bandar Sunway Semenyih, di pekan Semenyih itu sendiri. Kemudian, di Taman Pelangi Semenyih, di Rinching Tengah. Kemudian, di Pekan Batu 14, Hulu Langat, di Pekan Batu 9, Hulu Langat. Sebab penduduknya sudah mencecah 1.6 juta orang.

Sekolah rendah agama tak cukup. Maksudnya KAFA pun tak cukup.

Begitu juga soal berkaitan dengan pembinaan masjid. Ini kita nak minta juga bantuan daripada Kerajaan Persekutuan sebab ada beberapa masjid yang kita nak bina di dalam Parlimen Hulu Langat, contohnya di Kampung Jawa, Pekan Batu 18, Hulu Langat. Dan juga pembinaan masjid di Kampung Sungai Serai dalam Parlimen Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kemudian, saya beralih kepada Butiran P.06100 – Pembangunan Industri Halal. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kejadian, operasi di Puchong yang mana tangkapan telah dibuat. Ada satu kilang yang memproses ayam yang tak ada sijil halal. Satu hari ni, dia proses ayam, dia punya berat— berat ayam ni mencecah hampir 6,555 kilogram ayam yang diproses.

Kemudian, diedarkan ke seluruh kedai-kedai yang terdapat di Lembah Klang ini. Cuma, kita nak tahu apakah tindakan khususnya daripada pihak JAKIM, pihak kementerian bagi mengatasi persoalan berkaitan dengan ayam yang disembelih ni tak ada sijil halal? Dan kita dimaklumkan juga, maksudnya ayam ni tidak disembelih tapi dia guna renjatan elektrik, kemudian direndam ayam ni dalam air, maksudnya.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Hulu Langat.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Mati— hah?

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh sikit? Fasal ayam ni, ayam.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, bila sebut Hulu Langat, Bangi pun mencelahlah. Okey, Bangi. Silakan, Bangi.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey. Terima kasih, Hulu Langat. Saya pun setujulah dengan apa yang disarankan oleh Hulu Langat. Sebab kita tengok kalau laporan ni, ayam ni dikatakan dibekalkan ke tempat seperti Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Puchong, Cheras dan juga Bangi.

Jadi, kita pun nak tahu dari segi keterbukaan, kena bagi tahu juga kepada kita di mana kedai-kedai yang mendapat bekalan daripada ayam yang tidak disembelih menggunakan kaedah halal ni. Sebab kita nak tahu sebab ada banyak aduan kekhuatiran daripada penduduk. Jadi, saya harap dapat masukkan dalam perbahasan Hulu Langat. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Bangi. Menteri, tolong tengok sikit, Menteri. Sebab ini soal kita kan. Mencekik, mencekik ni. Soal berkaitan kita makan sebab makan ni pun kita nak makan benda yang? Benda yang halal.

Kemudian saya beralih kepada P.6 Butiran 02000 – Menaik Taraf Jalan dan juga Jambatan. Di Semenyih ni, ha, ni kita nak cerita di Hulu Langat ni. Di Hulu Langat ni cuma laut je yang tak ada. Kubur yang paling besar pun terdapat di Hulu Langat ni. Baru-baru ini, Putrajaya, Hulu Langat ni kita serahkan tanah hampir 200 ekar kepada Jabatan Wilayah Persekutuan. Ada 200 ekar tanah di Semenyih tu, dalam Parlimen Hulu Langat tu, nak dijadikan kubur, Penampang. Maksudnya, orang

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

yang meninggal lepas ni di Kuala Lumpur ni, akan dikebumikan di Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat ni.

Cuma, saya dimaklumkan oleh penduduk, proses pengambilan tanah tu— sebab dalam ikut perjanjian dia tu, Jabatan Wilayah Persekutuan ni dia kena buat jalan, yang jalan tu dia boleh akses terus kepada SILK Highway. Saya dimaklumkan oleh penduduk, sehingga hari ini belum berlaku lagi pembayaran pampasan kepada penduduk yang mana tanah-tanah mereka di ambil untuk dibuat jalan. Jadi, saya nak minta kepada pihak Kementerian Wilayah ni tolong jawab.

Kemudian, seterusnya Pengerusi. Saya beralih kepada P.4 Butiran 040200 – PRU Ke-16. Ini ada permintaan yang minta supaya kita punya anggota-anggota kita, tentera ke, polis ke, bomba, ke, anggota-anggota kita badan beruniform ni, kalau boleh dalam pilihan raya umum yang akan datang ni maksudnya, mereka ni sebab boleh undi pos.

Saya ingat dah tak ada masalah lah kalau dikata mereka ni boleh mengundi di tempat lahir mereka ataupun mereka ini boleh mengundi berdasarkan di mana alamat IC, ataupun di mana mereka daftar IC mereka tu. Sebab sekarang ni kita tengok askar ni dia mengundi dekat mana tempat dia bertugas. Kalau dekat situ ada 6,000, 7,000, maksudnya dia mengundi dekat situ. Sepatutnya dah bolehlah dalam keadaan negara kita bertambah aman, bertambah makmur ini, sepatutnya — mana pula lagi satu tadi tu.

draft • 5:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Masa dah habis.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Belum. Awak pula nak cakap masa dah habis ni. Kemudian, seterusnya Pengerusi. Soal berkaitan dengan SUHAKAM. Ini ada permintaan tadi daripada teman dan juga sahabat saya di luar tu tadi. Dia minta supaya peruntukan untuk SUHAKAM ni. Dia kata tahun ni SUHAKAM dapat RM15 juta. Dia kata tak cukup, dia cakap. Kalau boleh dia nak minta supaya peruntukan untuk SUHAKAM tu dinaikkan. Saya tanya dia tadi berapa juta nak, saya kata. Ha, cara tanya tu macam bakal Menteri Kewangan. Angan-angan tak salah, Penampang. Angan-angan tak salah. Cita-cita tak salah.

Saya tanya dia berapa juta nak? Dia kata, andai kata Perdana Menteri boleh bagi, sekitar RM18 juta, RM19 juta ataupun RM20 juta dia kata, tak ada masalah dia kata. Sebab tahun ni RM15 juta, dia nak supaya peruntukan itu dinaikkan.

Cuma yang terakhirnya Pengerusi. Ha, Pengerusi. Pengerusi ni teman saya ni. Segak kita nampak Pengerusi ni. Ha, Pengerusi. Yang terakhirnya Pengerusi,

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

saya nak menyebutkan kepada Kementerian Agama ni. Sebab sekarang ni kita tengok orang sebutlah macam-macam amalan fitnah ni. Sebut— baru-baru ni sebut berkaitan dengan munafik, Islam terancam, Melayu terancamlah. Hina sahabat Nabi lah.

Kemudian, soal— sebut soal berkaitan dengan liwat lah dan sebagainya.

Liwat ni, bila kita nak tuduh orang liwat ni, dia kena mendatangkan empat orang saksi. Dan saksi tu pun dia kena tengok. Ha, Bukit Bendera, dia kena tengok seolah- olah batang celak tu masuk dalam botol celak tu.

[Ketawa] Ha, yang ini. Kalau tak boleh mendatangkan empat orang saksi ni, sebab itu saya nak minta yang tuduh orang liwat ni, supaya dia baca balik buku Tok Guru Marang tu soal berkaitan dengan— apa tadi Tampin? Tampin sebut apa tadi?

draft • 5:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Qazaf.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, qazaf tu. Wa, Tampin ni pun boleh tahan juga ya. Empat [Tidak jelas] juga Tampin ni. Kemudian, soal berkaitan tuduh orang munafik ni. Kan, main-main tuduh ni. Sepatutnya JAKIM, sepatutnya IKIM, sepatutnya YADIM ni kena main peranan. Macam sebut ni Islam terancam, Melayu terancam, Raja-raja terancam ni kan.

draft • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sepatutnya JAKIM, sepatutnya IKIM, sepatutnya YADIM ini kena main peranan. Macam sebut sekarang Islam terancam, Melayu terancam, Raja-Raja terancam— sepatutnya kena main peranan. Kena turun ke bawah ini bagi taklimat, bagi perundangan, bagi penjelasan— adakan ceramah, adakan forum sepatutnya, supaya biar masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita ini mengetahui. Ini hina sahabat Nabi ini. Bahasa mudahnya, sebut sahabat Nabi ini macam playboy.

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hulu Langat, Hulu Langat. Saya nak tanya sedikit Hulu Langat. Pandangan sedikit berkenaan dengan...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jelutong, ya?

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, boleh? Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Happy Deepavali.

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Deepavali vartikul.

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey. Berkenaan dengan penggunaan istilah munafik ini ataupun dalam bahasa Inggeris, hypocrite.

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita lihat bahawa perkara itu dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu dan saya lihat konteks ucapannya dihalakan kepada Yang Amat Berhormat Parlimen, sedangkan dalam lawatan-lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Kota Bharu, Yang Berhormat Kota Bharu sendiri telah berada di situ untuk bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang turun untuk melihat kemajuan- kemajuan yang telah dilaksanakan— di masjid dan banyak lagi kemudahan infrastruktur di Kota Bharu.

Jadi, patutkah Yang Berhormat Kota Bharu menghalakan kenyataan munafik itu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Kenapa datang ke Parlimen bersikap begitu, walhal bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat ke Kota Bharu menunjukkan keprihatinannya terhadap masyarakat di Kota Bharu walaupun kerajaan itu adalah Kerajaan PAS, Yang Berhormat Kota Bharu berada di situ.

So, saya nak tanya pandangan Yang Berhormat, patutkah Yang Berhormat Kota Bharu, sebagai seorang peguam, menyatakan perkara tersebut di Dewan yang mulia ini?

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan dia bersetuju dengan bajet ini. Datuk Bentara kah, Datuk Panglima, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan ini, dia bersetuju dengan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini. Menteri Besar Kelantan setuju, Bakri.

Soal berkaitan dengan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini...

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hulu Langat, Hulu Langat, Hulu Langat...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, saya tak bagi.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ha ini...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tak bagi, saya tak bagi kalau nak minta, saya tak bagi, saya tak bagi. Kemudian Jelutong, kalau kita tengok baru-baru ini semasa lawatan...

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkataan yang disebut oleh Jelutong salah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 37(1b) itu jelas. Jadi Yang Berhormat duduk ya. Yang Berhormat Hulu Langat, satu minit, gulung dan tamatkan.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih teman dan sahabat ku.

Kita tengok Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun baru-baru ini pergi ke Kelantan. ECRL, Penampang— sambung. Sambung ke Rantau Panjang. Saya yang tinggal di Hulu Langat ini pun cemburu, cemburu. Kemudian lebuh raya daripada Kuala Krai ke Kota Bharu dipercepatkan. Sekali lagi Hulu Langat cemburu, cemburu, Penampang.

Stesen bas, stesen bas ini dah berbelas tahun Besut, berbelas tahun. Saya seru, saya seru— tak suruh berdiri.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bagilah, bagilah jalan pada Besut.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak suruh berdiri. Duduk, duduk.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bagilah jalan.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak suruh berdiri— 200...

[Pembesar suara dimatikan] .

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

[Ketawa] Yang Berhormat, peraturan 35(1) itu jelas, 37(1b) itu jelas.

Walaupun panggil terikat dengan peraturan Yang Berhormat. Yang Berhormat, gulung, tutup, habis.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak habis lagi seminit tadi.

Seminit. Sedikit lagi, kan. Sedikit sahaja lagi.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan, peraturan.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

RM250 juta, RM250 juta peruntukan untuk hentian...

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya ingin— peraturan.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat, peraturan.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masalah sekarang ini...

draft • 5:40 PM

Beberapa Ahli

Mic, mic, mic.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa yang Jelutong rujuk ini saya tak tahu. Mengikut yang saya ada, perkataan yang digunakan tadi... [Dewan riuh]

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat lain, diam. Jadi, Yang Berhormat Besut..

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sangkaan jahat kepada..

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Besut bila bangkit mengangkatkan peraturan, bila dalam 36(6) itu jelas bahagian mana yang..

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang dikatakan, yang Kota Bharu sebut perkataan “munafik” menuju kepada PM. Jadi saya tak nampak perkataan mana yang menuju kepada PM, tak ada langsung dalam kita punya— yang disebut adalah, hadis ini menyebut, siapa yang selalu berjanji, tapi sering kali mengingkari janji itu adalah salah satu tanda beliau adalah orang yang boleh dianggap munafik atau hipokrit.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Satu sikap yang amat keji dalam ajaran Islam. Itu sahaja perkataan yang disebut. Tidak ada pun menuju kepada siapa-siapa.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, saya kata ini sangkaan jahat kepada inilah perkataan yang digunakan.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkataan yang digunakan. Mana ada “PM” disebut? Langsung tak ada. Itu maksud saya. Itu sahaja.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat telah bangkitkan isu perkataan tersebut. Jadi daripada perspektif saya dan keputusan saya, saya lihat ia adalah sekilas perkataan dalam menyampaikan hujah. Jadi saya overruled apa yang, Yang Berhormat bercakap itu.

Yang Berhormat Hulu Langat, tamatkan tidak, saya tutup— sekian. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nanti dulu, Speaker. Sedikit sahaja lagi. RM250 juta untuk hentian bas di Kota Bharu.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kemudian, peruntukan untuk Kerajaan Negeri Kelantan pun naik sehingga RM2 bilion.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya ingat Besut ini layak untuk bertanding Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia— PAS.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Pengerusi.

Sekian, Wabillahitaufik wal-hidayah. Wsssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Ketawa]

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, saya tadi biarkan sebab saya tengok dia punya nada elok sahaja, tiba- tiba penghujungnya, landing-nya kurang sihat sedikit lah.

draft • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi...

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bukan Pengerusi, sebab diganggu oleh teman kita daripada Besut itu.

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah, sudah.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau tidak, saya memang elok sahaja. Memang best.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Cukup, cukup.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Memang elok— akhlak, adab, memang elok Pengerusi. Insya-Allah.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih, Pengerusi. Kita teman, tapi mesra. Mesra, tapi teman.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Ketawa] Kadang petang-petang ini mengantuk— kena ada juga. Jadi Yang Berhormat cukuplah ya. Harap penggal depan tidak adalah macam ini.

[Ketawa]

draft • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pengerusi, jangan macam itu.

Tak elok. Marah orang Hulu Langat nanti, Pengerusi— 36(6) ini Pengerusi. Ini sangkaan mencurigakan.

draft • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya minta Pengerusi jangan macam itu...

draft • 5:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Memang tak ada dah pun.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Pengerusi ya. Marah orang Hulu Langat nanti itu, Pengerusi ya. Jangan— siang pandang-pandang, Pengerusi.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, kadang-kadang itu kena melawak juga. Kalau saya ini, kalau ikut hakikatnya, boleh straight macam tunggul kayu, tapi petang-petang ini saya pertimbangkan.

Tadi elok cantik sahaja selepas saya ambil alih daripada Yang Berhormat Lanang, elok ini okey harap berjalan lancarlah, tapi dah landing tadi kurang sihat sedikitlah. Okey, cukup.

Baik Yang Berhormat-Yang Berhormat, maka tamatlah Yang Berhormat membahaskan bab Jawatankuasa.

Jadi sebelum saya memanggilkan Menteri-Menteri untuk menjawab, mereka yang kementerian-kementerian yang akan menjawab adalah seperti berikut ya.

Ambil maklum Menteri-Menteri.

Akan dimulakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri 15 minit; Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan 15 minit; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama – 20 minit; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi – 20 minit; 4 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak – 20 minit.

Dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Wilayah Persekutuan] untuk membuka tirai. Silakan.

draft • 5:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Penggulungan saya akan menyentuh anggaran perbelanjaan 2027 bagi maksud Butiran B6 dan P6 - Jabatan Perdana Menteri bagi kluster pengurusan Wilayah Persekutuan yang mengandungi jabatan agensi seperti Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.

Manakala anggaran perbelanjaan 2027 bagi maksud B.6 dan P.6 - Jabatan Perdana Menteri bagi kluster kemajuan Islam akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

draft • 5:48 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang dan Reformasi Institusi) akan menjawab perbahasan berkaitan anggaran perbelanjaan 2027 bagi maksud B.1 – Parlimen Malaysia, B.3 – Jabatan Audit Negara, B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya, B.6 dan P.6 – Jabatan Perdana Menteri di bawah kluster Pengurusan Kehakiman dan Perundangan dan kluster Pengurusan Integriti, B.8 – Jabatan Peguam Negara dan B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

draft • 5:48 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Akhir sekali, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) akan menjawab perbahasan Anggaran Perbelanjaan 2027 bagi Maksud Bekalan B.5 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, lain-lain kluster di bawah B.6 dan P.6. B.7 dan P.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam serta B.40 – Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Penggulungan saya akan menyentuh Anggaran Perbelanjaan B.6 dan P.6 – Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun Butiran B.6 dan P.6 dibahagikan kepada 7 program dan saya hanya akan menjawab di bawah 2 program iaitu— pertama, Program 1 – Pengurusan; dan kedua, Program 7 – Pengurusan Wilayah.

Tuan Pengerusi, Belanjawan Kerajaan MADANI 2027 memperuntukkan komitmen fizikal yang munasabah kepada Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan atas peruntukan RM772.4 juta kepada Wilayah Persekutuan. Peruntukan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 9 peratus berbanding belanjawan tahun ini dan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan serta kesejahteraan Wilayah Persekutuan terus diberi perhatian.

Daripada semua Ahli Parlimen yang membahaskan butiran, hanya satu merupakan Ahli Parlimen Kuala Lumpur iaitu Yang Berhormat Seputeh.

Dasar keterbukaan yang kita amalkan terus menunjukkan hasil. Saya melihatnya sebagai perkembangan positif hasil usaha membuka akses maklumat lebih awal melalui pembentangan Belanjawan DBKL, penubuhan lima jawatankuasa pemantauan yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen, akses kepada portal OSC serta penerbitan maklumat pewartaan kawasan lapang secara dalam talian.

Pada masa yang sama, DBKL melaksanakan 16 inisiatif reformasi tata kelola termasuk memperkukuhkan semak dan imbang, pusingan kerja pegawai di bahagian berisiko serta memudahkan pembaharuan lesen perniagaan sehingga tiga tahun.

draft • 5:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Penguatkuasaan juga terus diperkukuh supaya peraturan dilaksanakan secara tegas, adil dan tanpa pilih kasih. Semua ini bukan bermaksud kita mahu kurang teguran sebaliknya mahu lebih banyak perkara dapat disemak dan diselesaikan lebih awal. Bagi saya, rakyat berhak tahu bagaimana keputusan dibuat dan bagaimana wang awam dibelanjakan.

Saya terus kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh.

Saya faham kebimbangan terhadap perkara ini dan saya sendiri bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur telah berjumpa dengan Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara serta persatuan-persatuan penduduk di sana. Datuk Bandar telah menyatakan bahawa apa-apa yang tidak selari dengan PTKL akan diadakan libat urus bersama penduduk. Syarat-syarat yang ditetapkan akan turut diambil kira. Ini merupakan masa yang sesuai untuk kita buktikan bahawa kerajaan bertindak telus.

Sebanyak lima Kebenaran Merancang telah diberikan iaitu pertama, DO layout keseluruhan. Kedua, DO MADANI hub untuk dewan, medan selera dan stesen bas. Ketiga, DO Residensi MADANI bawah RM200,000 iaitu untuk 4,218 unit dan keempat, DO Sekolah MADANI – prasekolah, sekolah rendah, menengah dan pendidikan khas.

Minta maaf ya, empat Kebenaran Merancang. Syarat juga telah dikenakan seperti berikut. Pertama, pembinaan dan naik taraf infrastruktur terlebih dahulu disiapkan atau dibangunkan serentak; dan kedua, kerja tanah hanya dibenarkan dilaksanakan secara berfasa mengikut plot-plot pembangunan, tidak dibenarkan kerja tanah dibuat secara besar-besaran.

Dalam pembangunan ini, DBKL bertindak sebagai pihak berkuasa yang meluluskan. DBKL akan memastikan semua pembangunan mengikut PTKL 2040, termasuk kepadatan penduduk. Cadangan pembangunan Bandar MADANI Bukit Jalil dengan kepadatan keseluruhan dengan anggaran 1,048 orang seekar adalah selaras dengan Garis Panduan Perumahan Mampu Milik dan PTKL 2040.

Saya juga mengambil maklum isu berkaitan lalu lintas yang dijana ekoran pembangunan ini. Saya sendiri telah berjumpa dengan Prasarana untuk meneroka lebih banyak cara akses kepada Bukit Jalil. Sebagai kesinambungan, Datuk Bandar juga akan berbincang dengan Prasarana untuk meneliti lebih banyak kemungkinan dalam perkara ini.

Memandangkan Bukit Jalil merupakan hab acara ataupun venue dengan izin, untuk pelbagai acara dan konsert, ia akan menyumbang kepada kesesakan kawasan berkenaan. Sehubungan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan akan berjumpa dengan

draft • 5:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kementerian Digital yang dipimpin oleh Yang Berhormat Gobind Singh untuk melihat peluang memulakan pelaksanaan smart city solution. Bukit Jalil tidak boleh dilihat sebagai kawasan yang sama dengan kawasan lain. Oleh yang demikian, Datuk Bandar sedang menyediakan Kajian Pelan Kawalan Mikro Bukit Jalil. Datuk Bandar telah melantik perunding bagi menyediakan laporan tersebut dengan mengambil kira isu-isu yang dibangkitkan. Kajian ini sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada suku pertama 2027.

Untuk MRT3, saya telah bincang dengan Datuk Zarif tadi dan Datuk Zarif sedang mencari jalan untuk tengok bagaimana kita boleh sambung pelan untuk wujudkan hab bas transit di situ. Dan semua usaha ini akan dipimpin oleh Datuk Bandar untuk melihat bagaimana kita boleh bantu untuk menyelesaikan masalah trafik di sana.

Yang Berhormat Seputeh.

draft • 5:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini bermaksud yang Bandar MADANI Bukit Jalil itu sebenarnya empat DO telah pun diberikan kepada pemaju PR1MA? Jadi macam mana dengan cadangan untuk membina 17,000 unit rumah di tapak itu yang mana kita lihat ini adalah perkara yang tidak mungkin dilakukan.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Seperti yang saya telah nyatakan bahawa syarat yang telah dikenakan adalah berfasa. Bermaksud setakat ini, DO untuk 4,218 unit sahaja telah dikeluarkan dan Datuk Bandar sedang memantau untuk pastikan infrastruktur yang boleh jalan seiring dengan pembangunan ini dilaksanakan dahulu sebelum lebih banyak lagi Kebenaran Merancang diberikan untuk fasa-fasa seterusnya.

Syarat yang telah mereka kenakan: satu, pembinaan dan naik taraf infrastruktur mesti disiapkan ataupun dibangunkan serentak; yang keduanya, kerja tanah hanya dibenarkan dilaksanakan secara berfasa mengikut plot-plot pembangunan, tidak dibenarkan kerja tanah dibuat secara besar-besaran.

Dan rancangan trafik yang akan siap pada bulan Februari 2027 ini sangat penting kerana DBKL akan audit dan pastikan traffic plan itu bukan sahaja atas kertas, tetapi betul-betul di tapak itu. Kita tahu memang ada kesesakan. Seperti yang saya nyatakan, kita sedang nak bekerjasama dengan Kementerian Digital untuk lihat smart city initiative kerana situ setiap hujung minggu sekarang, bila ada konsert, Bukit Jalil memang sesak habis, berjam-jam sebelum waktu konsert sudah sesak. I acknowledge the problem Yang Berhormat Seputeh.

draft • 5:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya ialah, kalau sekarang DBKL mengadakan kajian tentang kawalan pembangunan Bukit Jalil dan yang laporan itu sepatutnya dibentangkan pada tahun depan. Jadi sepatutnya DBKL tidak harus mengeluarkan empat DO kepada pihak pemaju kerana ini saya rasa kalau sudah keluarkan DO untuk 4,000 unit rumah kenapa kita nak buat kajian lagi? Apa-apa kajian itu juga tidak akan diterima oleh DBKL dan kerajaan.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sebelum jawab saya, ada lima minit lagi. Saya just nak dapat confirmation untuk soalan kuarters kerajaan— memandangkan ia di bawah penyelenggaraan diuruskan oleh PPJ, adakah Yang Berhormat Menteri akan jawab atau Menteri lain yang akan jawab?

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kita akan bagi secara bertulis. Yang Berhormat akan dapat secara bertulis— jawapan.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tak.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya ada.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jawab dalam Dewanlah saya prefer. Dok jawab Seputeh, saya tunggu dari tadi lagi untuk mendapat jawapan berkaitan dengan kuarters kerajaan. Ini isu penting. Dua ini, isu air yang saya bangkitkan tadi, isu penyelenggaraan.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Yang Berhormat, semua isu adalah isu penting— semua.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tak.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya sedang tunggu.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, ada dua orang jer Ahli Parlimen dari wilayah yang tanya.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Kalau dah jawab Seputeh, bagilah ruang jawab untuk Putrajaya. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Yang Berhormat Putrajaya kena tunggu giliran kerana saya ada Yang Berhormat Arau, Kluang, Shah Alam dan Keningau.

Semuanya telah membangkitkan isu yang sama— dalam queue.

Yang Berhormat Putrajaya adalah Ahli Parlimen yang kedua baharu habis, jadi jawapan sedang disediakan. Dan kalau saya tak sempat, saya akan bagi secara bertulis hari ini juga, okey.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Yang keduanya adalah untuk Yang Berhormat Seputeh, saya nak jawab dulu ya. Semua permohonan Kebenaran Merancang sekarang akses portal OSC diberi kepada Ahli Parlimen, Ahli Parlimen telah berikan maklum balas. Kita telah jalankan libat urus, saya telah berjumpa dengan Ahli Parlimen Seputeh, ADUN Kinrara dan telah mendengar semua pandangan. Dan apa-apa yang selaras dengan PTKL rancangan tempatan, DBKL akan keluarkan Kebenaran Merancang tertakluk kepada syarat-syarat.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Apa-apa yang tidak selaras, libat urus akan dijalankan seperti ini— libat urus dijalankan dan seperti yang kita tahu masalah trafik itu kita, I acknowledge there is a traffic problem. Itu sebab yang diberikan KM hanya satu untuk 4,000 unit. Yang lain itu, akan datang berfasa dan syarat telah dikenakan iaitu infrastruktur kena siapkan dahulu sebelum KM-KM lain diberikan, okey.

Ini tidak bermaksud semua kebenaran merancang di Seputeh tidak akan diluluskan tanpa rancangan trafik. Apa-apa yang selaras dengan syarat-syarat akan dikenakan. Dan, ada independent traffic consultant yang DBKL ambil untuk verify laporan yang dihantar oleh pemaju sekarang ini, okey.

draft • 6:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Apakah sebenarnya, apakah laporan social impact assessment yang dilantik oleh pemaju yang mana ada beberapa libat urus dengan masyarakat setempat? So, my point is, kalau DBKL sekarang telah ada lantik konsultan untuk buat kajian di Bukit Jalil dan sebenarnya DBKL tidak harus bagi DO kepada PR1MA untuk membina 4,000 unit rumah.

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey, yang ini telah banyak kali dibincangkan. Saya telah jawab apa yang saya boleh. Saya nak pergi kepada Yang Berhormat Kluang.

Yang Berhormat Kluang telah menyebut tentang culvert walkway dengan izin, dan ini adalah satu item yang cukup popular selepas Perdana Menteri mengumumkan dalam Belanjawan 2027. Jumlah pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung dari tahun 2023 sehingga kini melibatkan 29 lokasi dengan jarak keseluruhan sepanjang 4.35 kilometer.

Buat masa ini, tiada laluan pejalan kaki sedang dalam pembinaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan bagi tahun depan akan bermula seawal Januari 2027.

Di bawah peruntukan mengurus DBKL, sejumlah 22 kilometer laluan pejalan kaki akan dibina di Kawasan Parlimen, Kuala Lumpur dengan pembahagian dua

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

kilometer setiap Kawasan Parlimen dengan peruntukan sebanyak RM55 juta dan dijangka siap pada sukuan ketiga tahun depan.

Laluan pejalan kaki ini akan menghubungkan kawasan kediaman, kemudahan awam, pusat komersial, perhentian bas, pusat kesihatan dan pusat keagamaan. DBKL juga akan membina tambahan 20 kilometer laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan pusat bandar bagi menghubungkan kemudahan sistem pengangkutan awam ke destinasi seperti pusat komersial, kompleks pejabat, kemudahan taman seperti di Taman Botani dan Taman Tasik Titiwangsa.

Untuk Keningau. Keningau menyebut tentang Perbadanan Labuan, apakah program yang akan dilaksanakan. Bagi tahun depan, sebanyak RM14.8 juta telah diperuntukkan di bawah RMK13 bagi Butiran 05000 – Perbadanan Labuan untuk pelaksanaan empat projek sambungan seperti pembinaan Waterfront Labuan, Fasa Satu RM11 juta, Kajian Pelaksanaan Ekonomik Kitaran di Wilayah Persekutuan Labuan RM1.5 juta, pembinaan cell sanitary landfill RM1.8 juta dan menaik taraf Anjung Budaya Perbadanan Labuan dan pencahayaan tapak Pesta Pantai Layang- layangan, RM500 ribu.

Pelaksanaan projek-projek ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur, meningkatkan daya tarikan pelancongan, memperbaiki persekitaran bandar serta mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk setempat. Itu untuk Labuan.

Untuk Arau. Arau membangkitkan fasal tender. Pada tahun 2026, sebanyak 54 kontrak melibatkan 202 kontraktor bagi kerja-kerja awam, mekanikal dan elektrik di Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) telah dilaksanakan. Ini semua dilaksanakan sepenuhnya melalui kaedah tender terbuka dan sebut harga tanpa melibatkan tender terhad ataupun tender tertutup. Bagi tahun depan, sebanyak 28 kontrak kerja pembangunan di PA dan PPR dirancang untuk dilantik secara tender terbuka.

Untuk Shah Alam, keseluruhan bajet untuk program pembangunan semula Kampung Baru adalah berjumlah RM850 ribu bagi tahun 2027. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah diperuntukkan sejumlah RM550 ribu sebagai penyaluran terakhir bagi projek membina dan menyiapkan dataran, kemudahan tempat letak kereta dan kemudahan berkaitan di rizab padang dan pusat rekreasi Kampung Pindah, Kampung Baru Kuala Lumpur.

Projek ini dijadualkan siap digunakan sepenuhnya pada tahun depan bagi manfaat penduduk setempat serta pengunjung Kampung Baru. Sementara itu, baki

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

peruntukan RM300 ribu bagi program pembangunan semula Kampung Baru adalah untuk projek binaan pasar Raja Bot di bawah pelaksanaan DBKL. Untuk Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru 2040, saya bagi secara bertulis.

Untuk Putrajaya, tunggu sekejap ya. Putrajaya— kerajaan mengambil maklum dan memandang serius aduan penduduk serta penghuni kuarters kerajaan di Putrajaya berhubung masalah bekalan air yang berkarat, keruh dan berkeladak sehingga menjejaskan keselesaan penduduk di sana. Isu ini memerlukan perhatian segera memandangkan bekalan air bersih merupakan keperluan asas yang berkait secara langsung dengan kesihatan awam, sanitasi dan kualiti hidup penduduk.

Kerajaan berpandangan bahawa isu ini seharusnya ditangani melalui tindakan pembaikan secara ad hoc semata-mata, sebaliknya perlu diselesaikan secara menyeluruh. Pendekatan menyeluruh bagi menangani masalah bekalan air berkarat termasuk dengan aktiviti pemeriksaan dan pengesahan punca masalah dengan melaksanakan pemeriksaan secara bersepadu melibatkan Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan agensi berkaitan.

Kerajaan akan meneliti keperluan peruntukan berdasarkan hasil pemeriksaan teknikal dan anggaran kos sebenar. Kerja pembaikan segera akan diberikan keutamaan melalui peruntukan penyelenggaraan yang tersedia. Manakala, kerja penggantian infrastruktur berskala besar akan dikemukakan untuk pertimbangan peruntukan tambahan ataupun peruntukan pembangunan mengikut tatacara kewangan yang berkuat kuasa.

draft • 6:00 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri perkara ini sebenarnya saya dah bangkit lama, dah panggil agensi yang berkaitan. Dan hari ini saya ingin bawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri sendiri supaya berikan keutamaan kepada isu ini. Dah terlalu lama. Jawapan ini dah berkali-kali saya jumpa agensi, saya jumpa kementerian— itulah jawapannya.

Jadi, di Dewan ini saya mohon direkodkan Yang Berhormat Menteri supaya diberikan keutamaan kepada isu ini, dah terlalu lama berlanjutan. Terima kasih Menteri.

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Baik, saya sendiri akan meneliti perkara ini untuk Putrajaya, okey.

Tadi untuk Arau, saya sebut 202 kontrak. Saya salah. Sebenarnya, nombor sebenar adalah 232.

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya nak akhiri dengan Hulu Langat Yang Berhormat. Untuk Yang Berhormat Hulu Langat— kerajaan dalam tindakan memastikan semua klausa perjanjian dipenuhi terlebih dahulu sebelum proses pengambilan tanah dibuat. Ini bagi memastikan kepentingan penduduk setempat dilindungi dan seterusnya projek dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kadar nilaian tanah akan ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan penentuan oleh pentadbir tanah semasa perbicaraan.

Selain itu, semua pandangan pemilik tanah akan dinilai dan mana-mana pemilik yang tidak berpuas hati mempunyai hak untuk mengemukakan bantahan di mahkamah.

Sehubungan itu, bayaran pampasan kepada pemilik tanah belum dapat dilakukan memandangkan proses pengambilan tanah masih belum dilaksanakan.

Jawapan BPH, saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Putrajaya.

Okey, dengan itu saya akhiri ucapan dengan ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian perbahasan. Terima kasih, Tuan Speaker.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sebagai nota— Yang Berhormat Menteri boleh menjawab isu-isu yang mereka Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan. Manakala, Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan, diberi jawapan secara bertulis. Jawapan bertulis hendaklah diberi dalam tempoh 5 hari. Ambil maklum sedemikian.

Baik Majlis— maaf, Jawatankuasa ke kementerian kedua. Dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjawab.

draft • 6:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan memetik Firman Allah SWT Surah Al-Isra ayat 36 yang bermaksud, “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati. Semua anggota itu akan ditanya di akhirat tentang apa yang dilakukannya.”

draft • 6:09 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT, dengan izinnya saya dapat berdiri di Dewan yang mulia ini bagi menyampai ucapan penggulungan RUU Perbekalan, Peringkat Jawatankuasa.

Ucapan terima kasih dan penghargaan saya ditujukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas secara aktif, pelbagai teguran, persoalan dan cadangan membina telah pun diutarakan khususnya menyentuh agenda pemerkasaan institusi hal ehwal Islam, tadbir urus, agensi berkaitan serta kebajikan seluruh umat Islam.

draft • 6:09 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Kerajaan amat menghargai keprihatinan ini. Semua cadangan akan diteliti secara mendalam bagi memastikan peruntukan yang diamanahkan dimanfaatkan secara telus, berintegriti dan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara. Dalam hal ini, saya akan menggulung berdasarkan perbahasan yang menyentuh tentang Anggaran Perbelanjaan 2027, Anggaran Perbelanjaan 2027 bagi maksud Butiran B.6 dan P.6 sahaja. Justeru, izinkan saya Tuan Pengerusi untuk memberikan pencerahan.

Yang Berhormat Parit, Rantau Panjang, Kalabakan memberikan persoalan berkenaan dengan KAFA. Izinkan saya untuk memberikan penjelasan dan pencerahan bagaimana Kerajaan MADANI memberikan keprihatinan terhadap KAFA malahan lebih daripada sebelum-sebelum ini.

Kerajaan melalui JAKIM sentiasa komited menambah baik kebajikan dan kedudukan perkhidmatan kira-kira 36,500 orang Guru KAFA di seluruh negara. Pada masa ini, Guru KAFA berkhidmat secara lantikan bertempoh dan menerima elaun bulanan, bukannya melalui skim perkhidmatan tetap sektor awam. Baik. Kadar elaun telah dinaikkan daripada 1990 sebanyak RM168 dan pada tahun 1990— dan kepada RM1,100 sebulan mulai tahun 2023. Ini bermakna, Kerajaan MADANI telah menaikkan elaun Guru KAFA RM100 pada tahun 2023.

Pada tahun 2025, Kerajaan MADANI tidak menaikkan elaun Guru KAFA, tetapi menambah perjawatan Guru KAFA kepada 1,500 guru. Ini bermakna daripada 35,000 menjadi 36,500.

Pada 2027, Belanjawan 2027, yang pertama, kerajaan akan menaikkan elaun Guru KAFA yang mengajar murid-murid berkeperluan khas yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Begitu juga untuk Belanjawan 2027, kerajaan telah bersetuju dan JAKIM telah merangka program rintis KAFA Perdana bagi menilai

draft • 6:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

kebolehlaksanaan model perkhidmatan dan struktur imbuhan yang lebih baik. Ini kita sedang laksanakan.

JAKIM sedang meneliti penambahbaikan status perkhidmatan guru KAFA bersama dengan JPA dan juga Kementerian Kewangan kerana ada aspek-aspek yang pelbagai untuk diberikan perhatian seperti skim perkhidmatan, kaedah lantikan, struktur imbuhan dan juga implikasi kewangan. Inilah yang kita akan laksanakan pada tahun hadapan dan insya-Allah kita lihat bagaimana sekiranya pelaksanaan ini sangat baik, kita boleh memberikan insya-Allah pertimbangan berdasarkan kepada seluruh faktor-faktor termasuklah implikasi kewangan.

Kemudian, soalan berkenaan dengan penyeragaman kadar elaun Guru KAFA di 14 negeri. Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM menyediakan elaun Guru KAFA sebanyak RM1,100 sebulan termasuk KWSP dan PERKESO. Walau bagaimanapun, jumlah imbuhan yang diterima berbeza antara negeri berikutan pemberian elaun tambahan atau insentif oleh pihak berkuasa agama negeri yang bertindak sebagai agensi pelaksana KAFA, antaranya, mengambil kira pertambahan peranan tugas dan tempoh jam perkhidmatan. Perbezaan ini bukan disebabkan ketidakseragaman kadar elaun JAKIM, sebaliknya melibatkan tambahan imbuhan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Saya mengambil peluang Tuan Pengerusi, untuk berkongsikan serba sedikit tentang pembayaran elaun mengikut negeri-negeri. Bagi Wilayah Persekutuan, selama lima hari Guru-guru KAFA mengajar, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menambah RM1,000. Ini bermakna di Wilayah Persekutuan Guru KAFA menerima RM2,100.

Di Johor, lima hari, kerajaan negeri menambah RM662, menjumlahkan RM1,762. Pulau Pinang, yang selalu ditohmah dan sebagainya, lima hari, kerajaan negeri telah pun ataupun Pulau Pinang telah menambah iaitu sebanyak RM1,700 kepada Guru KAFA dan RM1,800 kepada Ketua Guru. Melaka, 5 hari, RM1,700, RM1,820 kepada Ketua Guru. Di Selangor, 5 hari, di mana Guru KAFA menerima RM1,600, untuk Ketua Guru RM1,750 dan Penolong Kanan RM1,680. Ada banyak lagi yang kita boleh sebut.

Namun, ada beberapa negeri yang langsung tidak menambah elaun tersebut.

Jadi, kita melihat bahawa sekiranya ada tambahan daripada negeri, ianya akan dapat meningkatkan lagi elaun Guru KAFA sepertimana negeri-negeri yang telah saya sebut sebentar tadi. Alhamdulillah, insya-Allah doakan moga-moga KAFA Rintis

draft • 6:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Perdana yang kita mulakan tahun hadapan akan menatijahkan insya-Allah satu keputusan yang baik.

Berkenaan dengan Penyelia KAFA, ada soalan tadi berkenaan dengan penyelia KAFA. Penyelia KAFA merupakan penjawat awam yang dilantik oleh SPA secara Contract of Service Gred S1 ataupun S1 di bawah skim Pembantu Hal Ehwal Islam dan bukan merupakan lantikan tetap berpencen. Ya, lantikan ini bermula sejak tahun 2007. Sehingga hari ini, kita ada 383 Penyelia KAFA di seluruh negara dan Penyelia KAFA ini menikmati kenaikan gaji RM100 setahun.

Bagi jangka pendek, kerajaan sentiasa prihatin terhadap aspek kebajikan dan pergerakan gaji tahunan Penyelia KAFA sebagaimana dinikmati oleh penjawat awam lain termasuk kelayakan menerima bantuan khas kewangan sekiranya diumumkan.

Manakala bagi perancangan jangka panjang, kerajaan kini sedang memperhalusi cadangan penambahbaikan struktur perjawatan yang merangkumi peningkatan gred daripada S1 kepada S5. Harap dapat memberikan pencerahan dalam isu KAFA.

draft • 6:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, sedikit pencelahan.

Okey bila disebut Guru KAFA tadi, saya tersentuh. Dia ada dua komponen di situ iaitu Contract of Service dengan Contract for Service, dia ada bit difference. Sebab ada kontrak yang tidak ada pencarum, tidak ada KWSP dan sebagainya dan juga mereka ini tidak ada protection dalam dari segi social welfare untuk staf.

Jadi nak kena pastikan juga tadi Guru KAFA ini Contract of Service atau Contract for Service? Sebab Contract of Service dengan Contract for Service dia totally different. Dia tak ada— satu Contract of Service ni tidak ada protection kepada pekerja-pekerja seperti insurans dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, sikit jer Yang Berhormat. Boleh saya tahu ada dalam jawapan Yang Berhormat berkaitan dengan isu saya bangkit, jadual waktu peperiksaan daripada petang dijadikan waktu pagi? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Berkenaan dengan perkara tersebut, saya ingin maklumkan kepada semua Guru KAFA kita mempunyai perlindungan— PERKESO dan juga KWSP.

[Tepuk] Baik.

Berkenaan dengan perkara peperiksaan tersebut, kita akan mengambil perhatian kerana sepertimana yang kita lihat bahawa di seluruh negara, banyak premis KAFA ini ada yang menumpang di sekolah-sekolah kementerian, ada juga yang di bawah kerajaan negeri dan ini memerlukan penelitian agar ia nya tidak

draft • 6:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

mengganggu perkara dan juga peperiksaan, tapi kita mengambil maklum dengan keterbatasan tersebut dan akan mengambil perhatian. Terima kasih.

Seterusnya, berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh YB Rantau Panjang berkenaan dengan penyembelihan ataupun isu halal. Tindakan ke atas premis penyembelihan ayam tidak patuh syariah dan juga tindakan pemantauan yang dijalankan. Baik.

JAKIM memandang serius isu ini kerana melibatkan pematuhan hukum syarak, kebersihan serta keyakinan masyarakat terhadap status halal bekalan ayam di pasaran. Berdasarkan pemeriksaan awal, premis berkenaan disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam segar tanpa permit serta kelulusan pihak berkuasa tempatan dan bukan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Maka, segala rekod operasi dan jualan oleh premis ini adalah tidak berada dalam rekod pemantauan pensijilan halal JAKIM dan juga Jabatan Agama Islam Negeri.

Di Malaysia, kuasa pensijilan halal ini diperuntukkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 melalui Perintah Perihal Dagangan 2011 (Perakuan dan Penandaan Halal). Pada masa ini, Skim Rumah Sembelihan telah diperkenalkan bagi membolehkan para pengusaha memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta memastikan operasi penyembelihan dan pengendalian haiwan sembelihan memenuhi hukum syarak dan keperluan Sijil Halal.

JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri melaksanakan kawalan melalui pensijilan halal, pengauditan serta pemantauan terhadap premis penyembelihan yang memegang SPHM. Penilaian merangkumi sumber haiwan, kelayakan penyembelih dan penyelia halal, kaedah pelalian, proses penyembelihan, kebersihan, pengendalian produk serta sistem pengurusan halal.

draft • 6:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Memandangkan pensijilan halal Malaysia bersifat sukarela, kawal selia semua premis penyembelihan memerlukan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, KKM, KPDN dan agensi penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing. JAKIM terus memperkukuh pemeriksaan bersepadu, perkongsian maklumat dan siasatan terhadap aduan bagi melindungi kepentingan pengguna serta integriti bekalan halal ayam halal.

Bagi produk atau premis yang disyaki menggunakan logo atau pernyataan halal yang mengelirukan, JAKIM bekerjasama dengan KPDN serta agensi berkaitan untuk menjalankan semakan dan siasatan. Manakala bagi keperluan menempatkan

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

penyelia-penyelia halal di rumah sembelih, hal tersebut merupakan syarat keperluan bagi mana-mana rumah sembelihan yang ingin memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Dimaklumkan bahawa, sudah ada beberapa kes yang kita telah mengambil tindakan. Di antaranya adalah kes kita mengenakan kompaun RM40,000 kepada tiga syarikat kerana tidak mengikuti undang-undang yang dipertetapkan.

Saya teruskan Tuan Pengerusi.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, boleh sekejap sikit fasal— sikit.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, kejap. Putrajaya, sekejap, sekejap. Menteri, Menteri jangan Rantau Panjang saja. Hulu Langat pun sebut tadi tu soalan berkaitan halal. Tadi tak sebut nama Hulu Langat tu. Sebut balik nama Hulu Langat.

draft • 6:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi pun sebut, Bangi pun sebut.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bangi pun sebut. Bila sebut soal guru jer tadi, guru Tambun pun masuk. Hentikan guru.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, saya dengar jawapan Menteri tadi secara menyeluruh dan jika kita lihat satu perkara yang kita boleh belajar daripada jawapan tadi. Maknanya, perkara berkaitan dengan halal ni pada waktu ni tidak ada penyelarasan. Kalau kita lihat JAKIM hanya melihat kepada mereka yang dah ada Sijil Halal. Maknanya JAKIM akan pantau kumpulan ini.

Sijil Penyembelihan pula setahu saya dikeluarkan oleh pihak negeri, Jawatankuasa Agama Negeri. Bila timbul isu besar seperti mana ayam bangkai ini, kita lihat bahawa seolah-olah tidak ada pihak yang mengambil tanggungjawab sebenar. Bila kita tanya, apakah nama kilang ini, siapakah pengusahanya? Tidak ada pihak yang menjawab. Mengapa tak didedahkan? Ke mana dibekalkan? Tidak ada pihak yang bertanggungjawab.

Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk bawa kepada kerajaan, supaya ini satu pengajaran penting. Isu halal ni pengajaran penting Tuan Pengerusi.

Kami di luar negara nak makan ni cek satu-satu halal atau tidak. Sijil dan sebagainya.

Bila balik Malaysia kita merasakan bahawa peniaga-peniaga kita ni berniaga dengan baik, ikhlas. Kalau kata halal sembelih tu halallah, tapi apa yang berlaku pada hari ini menunjukkan di bawah sana mungkin lagi banyak kes-kes sebegini yang saya tak tahu. Jadi ini merupakan titik tolak saya rasa Yang Berhormat Menteri bawa kepada kerajaan lihat bagaimana nak selaraskan isu berkaitan halal ni. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri, saya masih dengan ayam halal tu. Sebab isu ni sekarang kat bawah memang menyebabkan satu polemik yang cukup besar dan orang semua tengah panik— 40,000 bangkai setiap hari, tapi kita tak tahu pergi ke mana. Cuma cakap pergi ke beberapa tempat, tapi tak tahu dibekalkan ke mana.

Jadi saya tak tahu, adakah pihak kementerian ada memikirkan untuk mendedahkan ayam-ayam bangkai ini dihantar ke mana sebab ni seperti Hulu Langat cakap, ini berkenaan dengan apa yang kita makan kan. Jadi satu jawapan yang pada saya lebih meyakinkan harus datang daripada pihak kerajaan dalam hal ini. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Dengan ni saya sebut YB Rantau Panjang, Hulu Langat, Bangi, Putrajaya. Baik.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Barulah A.

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Baik, berkenaan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, berkenaan dengan satu agensi yang menyelaraskan.

Ingin dimaklumkan bahawa sememangnya kita mempunyai penyelarasan daripada semua agensi-agensi. Maknanya apa-apa operasi pun dijalankan secara bersama.

Namun begitu, ada beberapa kekangan undang-undang kerana halal ini sudah pasti adanya kuasa negeri dan juga bagaimanakah kuasa di bawah KPDN dan sebagainya.

Ini memang diberikan perhatian oleh semua agensi-agensi ke arah bagaimana untuk kita memperkemaskan ini. Saya akan bawakan persoalan ini.

Begitu juga dengan soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bangi ya. Yang ini masih di peringkat siasatan dan ini di bawah Selangor dan kita menghormati bidang kuasa di bawah Jabatan Agama Islam Selangor untuk melihat perkara ini dan JAKIM bersedia untuk membantu bersama-sama juga dengan PDRM, termasuk pihak KPDN, PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Inilah yang cuba kita laksanakan.

Baik, saya mengambil masa selama beberapa minit ini untuk menyentuh isu dibangkitkan oleh YB Pengkalan Chepa kita, ada? Dan juga YB-YB yang lain berkenaan dengan isu yang ‘hangat di pasaran’ iaitu menaikkan kadar simpanan minimum RM15,000 untuk mendapatkan nombor giliran haji.

Saya telah pun menjawab soalan ini sebelum ini. Namun begitu, saya berikan penambahan lagi beberapa jawapan yang bagi meyakinkan bahawa sebenarnya tindakan ataupun keputusan yang telah dibuat dengan mengambil kira kajian dan

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

juga mengambil kira pandangan-pandangan daripada pihak berkepentingan yang menyeluruh, bukan hanya dibuat oleh Menteri.

Jadi saya ingin beritahu yang pertama, konsep istito’ah itu. Apabila ditanya tentang konsep istito’ah saya rasa Yang Berhormat lebih memahami. Konsep istito’ah RM15,000 ini juga telah pun dipersetujui oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah Lembaga Tabung Haji dan juga dipersetujui oleh Muzakarah Haji Kebangsaan. Maknanya dari sudut itu sudah pun mendapat kelulusan daripada pihak-pihak yang berkuasa agama.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

[Bangun]

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Baik, kemudian kita telah melaksanakan libat urus.

Libat urus telah pun dilaksanakan di seluruh negara. Malahan kita ada juga kajian iaitu di atas talian soalan survey dan semua ini juga mendapat sokongan dan juga perhatian daripada pendeposit-pendeposit.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Ini bermakna, keputusan yang dibuat itu mengambil kira libat urus dan juga pandangan-pandangan daripada pihak yang berkepentingan.

Kemudian, kuota haji Malaysia terhad kepada 31,600 jemaah setahun.

Sedangkan pendaftaran haji telah melebihi 4 juta orang. Sekiranya masih kekal, tempoh ini menghampiri 150 tahun. Tidak realistik lagi. Jadi kita mesti ada satu sistem yang realistik. Maka dengan ini, syarat pendaftaran minimum RM15,000 ini boleh membantu merasionalisasikan senarai menunggu. Dan maka dengan itu senarai menunggu itu akan realistik, tidak lagi 150 tahun.

Selain daripada itu,....

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri....

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Ada juga ya...

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, saya boleh mencelah? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya dan semua rakan-rakan di sini mewakili suara rakyat tidak pernah mempertikaikan soal istito’ah. Benda tu jelas disebut dalam Quran. Masalah sekarang, kerajaan keliru dalam soal pelaksanaan istito’ah. Istito’ah untuk pergi haji satu benda lain. Istito’ah untuk mendapat giliran haji, mengapa dinilai 50 tahun, 30 tahun sebelum? Sedangkan kalau nak pergi haji, banyak lagi apa nama ni istito’ah yang lain dinilai dekat-dekat nak pergi haji.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jadi kalau diteruskan deposit RM15,000 sebagai deposit minimum untuk melayakkan mendapat nombor giliran haji, saya rasa istito’ah itu kerajaan keliru.

Dalam bab nak terbang pergi haji tak ada masalah. Tapi kalau diletakkan syarat yang orang tu bila dapat ada RM15,000 deposit, dia dapat peluang pergi haji 50 tahun lagi tak boleh diusik duit dia, ini membebankan kepada rakyat. Sedangkan saya nak cadang, nak mudahkan Yang Berhormat begini. Kerajaan boleh laksanakan setahun sebelum dapat panggilan haji mesti deposit kena ada RM15,000. Tapi kalau 50 tahun, 30 tahun sebelum saya rasa ini beban kepada rakyat.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Sikit, sikit.

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Saya rasa dah berapa kali Yang Berhormat bertanya. Saya rasa saya nak teruskan.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dak, dak saya nak cakap.

Saya ada sikit kekeliruan sikit ni. Kebetulan Yang Berhormat ada.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau mengikut peraturan floor Menteri. Kalau Menteri benarkan, okey. Kalau tidak, Yang Berhormat duduklah.

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya bagi satu minit jer.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Boleh ya. Okey, dak terima kasih apa Pengerusi. Ni berkenaan dengan di luar sana seolah-olah macam kami ni menentang soal istito’ah. Yang kita tak bersetujunya ialah RM15,000 tu nak daftar, bukan soal giliran istito’ah. Tu nak kena faham antara daftar dengan istito’ah. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Baik. Saya merasakan bahawa sebelum ini Yang Berhormat memahami istito’ah, tetapi sekarang ni saya pun keliru, Yang Berhormat seakan semula tidak memahami istito’ah. Barangkali sekiranya berada di sini mungkin boleh memahami.

[Tepuk]

draft • 6:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Simpanan minimum ini RM15,000 bukan kita buat secara tiba-tiba, tetapi melalui kajian yang dijalankan dan ianya telah membuktikan bagaimana sebelum ini apabila kita mensyaratkan RM15,000 untuk ditawarkan haji, kita dapat mengurangkan daripada 50 peratus kepada 80 peratus yang menerima tawaran haji. Ini bermakna, kajian telah dijalankan. Dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, simpanan minimum RM15,000 ini apabila diletakkan selama 30 tahun 40 tahun, ianya akan membesar kerana ia akan menerima dividen.

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Maka dengan itu, secara automatik apabila adanya peningkatan kos, maka tidak pernah tambah lagi. Maknanya, ia akan berkembang seperti yang lain-lain dan ini menunjukkan bahawa syarat ini penting kerana kos haji juga akan terus meningkat. Dan saya ingin mengajak kepada semua bahawa syarat ini akan menggalakkan budaya menabung secara konsisten dan seterusnya, memberikan keutamaan kepada mereka yang berusaha sejak awal untuk berada— insya-Allah giliran akan, insya-Allah akan sampai kepada [Tepuk]

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat.

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

...Yang Berhormat Tuan Pengerusi, boleh saya teruskan?

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya rasa Yang Berhormat— mencelah. Soalnya sekarang, orang tak mampu untuk mendapat nombor giliran. Kena ada RM15,000.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat, sebentar.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Selepas 40 tahun, 50 tahun. Ini tak betul cara berfikir macam ini.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ada banyak lagi mekanisme [Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya bercakap, 42 itu. Okey, Yang Berhormat Menteri, saya hanya akan benarkan Yang Berhormat Pengkalan Chepa satu penjelasan, lepas itu gulung, tutup.

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya minta satu lagi. Soalan saya tak jawab.

draft • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mahkamah Syariah tak jawab lagi.

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ ‘Yang di-Pertua’...

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, yang lain itu saya sudah baca tadi— jawapan bertulis.

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ ‘Yang di-Pertua’, Dato’ Pengerusi. Masalah Khawarij tadi ini tak dijawab, tak disentuh. Saya bangkitkan dalam perbahasan. Ini sudah habis. Dia kena settle benda ini, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Pengerusi.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis Jawatankuasa telah menetapkan 20 minit, saya langgar hendak bagi ruang. Jadi dengan ini, saya terpaksa draw the line. Saya benarkan Yang Berhormat Pengkalan Chepa untuk mendapatkan penjelasan. Yang lain Menteri, secara bertulis. Itu keputusan saya.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Speaker. Yang Berhormat, macam ini. Kalau kita letakkan RM15,000 syarat untuk mendapat nombor giliran. Berapa lama? 50 tahun lagi. Betul Yang Berhormat kata tadi menjimatkan tempoh menunggu itu, tetapi Yang Berhormat telah mengabaikan orang-orang yang tak mampu untuk simpan consistently RM15,000. RM15,000 tadi dia boleh guna untuk pendidikan anak dia, dia buat business.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Bila dekat hendak pergi haji, dia boleh jual aset, tetapi kalau dinafikan lebih awal, bila dia sudah kumpul RM15,000, usianya sudah mungkin 50 tahun baru dapat nombor giliran, tambah 50 tahun ataupun 60 tahun, jadi 110 tahun umur dia baru dapat pergi haji. Inilah yang saya rasa membebankan kepada rakyat yang kerajaan kena consider.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini— tak munasabah. Kalau dinaikkan RM1,300 kepada RM4,000, RM5,000 munasabah lagi. Ini kepada RM15,000 dan saya rasa bukan tujuan ini sebenarnya. Saya dapat tahu, cuma saya tak boleh dedahkan di sini. Ini isu cash flow yang melibatkan Tabung Haji.

draft • 6:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dedahkanlah, dedah.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sebab kerajaan tak bayar sukuk kepada...

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia ini gila kot.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tak tebus sukuk UJSB pada bulan Mei 2026 yang lalu.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey, penjelasan itu sudah clear. Menteri jawab, lepas itu, gulung. Sila.

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri ‘Yang di-Pertua’...

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Baik, izinkan saya memberikan penjelasan sebentar tadi.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Itu arahan yang diberikan oleh....

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Saya hendak minta, sebab soalan saya tak terjawab. Saya bangkit dalam perbahasan tadi berkenaan dengan...

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Betul, tetapi Speaker...

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang ini penting supaya kita clear benda ini, berkenaan dengan Khawarij ni, itu yang saya minta itu. Biar rakyat tahu semua.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Menteri jawab, lepas itu, gulung. Sebab Timbalan Speaker sudah buat keputusan tadi.

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Izinkan saya memberikan penjelasan lagi tentang istito'ah. Istito'ah ini bukan hanya tentang kemampuan kewangan, ianya keselamatan, kesihatan, termasuk kuota. Jadi, ianya mesti mengambil dari aspek secara keseluruhan. Dan ingin kita tekankan di sini, seruan istito'ah ini bukan untuk golongan kaya, tetapi untuk golongan yang berusaha mencapai istito'ah dalam kewajipan haji.

[Tepuk] Dan mengakhiri penggulungan ini...

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lebih faham.

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya ingin mengakhiri penggulungan ini...

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya rasa Yang Berhormat Menteri keliru ini.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa.

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Arau, sila Menteri.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tanya pasal UJSB.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya Menteri, jawab bertulis lepas ini.

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab depan Perdana Menteri ini seronok sikit, sebab lama tak jumpa.

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Mengakhiri penggulungan ini, saya petik salah satu kaedah fiqh yang penting dalam siasah syariah [Bercakap dalam bahasa Arab] “Polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada masalah terhadap rakyat.” Pemimpin bukanlah pemilik keistimewaan, sebaliknya pemegang amanah yang wajib mendahulukan kebajikan rakyat.

[Tepuk] Amanah bukan sekadar untuk

draft • 6:30 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

dipegang, tetapi untuk ditunaikan. Kuasa bukan untuk dibanggakan, tetapi untuk dipertanggungjawab. Saya mohon menyokong.

[Tepuk]

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kena campur tangan, tak boleh dibiarkan. Marah rakyat di bawah, confirm kalah di Melaka.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), silakan.

draft • 6:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tan Sri.

draft • 6:35 PM

Tuan Pengerusi

20 minit ya.

draft • 6:35 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Undang-undang menjadi pedoman, Keadilan ditegak sepanjang zaman; Belanjawan 2027 membawa harapan; Memperkukuh reformasi dan ketelusan.

[Tepuk] Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai Perbahasan Belanjawan 2027 di Peringkat Jawatankuasa pada hari ini dan berbahas mengenai butiran-butiran berikut iaitu B.1 – Parlimen Malaysia, B.3 – Jabatan Audit Negara, B.4 - Suruhanjaya Pilihan Raya, B.6 – Jabatan Perdana Menteri (Pengurusan Kehakiman dan Perundangan), B.8 – Jabatan Peguam Negara dan B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Saya telah mendengar dan mengambil perhatian terhadap segala persoalan, pandangan serta cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan sebentar tadi. Saya amat menghargai penyertaan dan komitmen Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membahaskan perkara-perkara ini yang mencerminkan peranan penting institusi Parlimen sebagai wadah untuk menyuarakan kepentingan rakyat serta melaksanakan fungsi semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif.

Sehubungan itu, izinkan saya untuk memberi penjelasan terhadap beberapa persoalan utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan sebentar tadi.

draft • 6:35 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Bangi telah membangkitkan beberapa isu mengenai Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026.

Tan Sri Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tarikh permulaan kuat kuasa Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 masih belum ditetapkan. Pada masa ini, beberapa urusan persediaan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Akta 878 sedang diselaraskan, termasuk urusan jawatannya yang sedang dalam proses pemuktamadan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berhubung garis masa pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta 878, kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan segala persediaan yang diperlukan dapat disempurnakan sebelum akta ini dikuatkuasakan.

Kerajaan mensasarkan supaya pelaksanaan dapat direalisasikan dalam masa terdekat, termasuk kepada penyelesaian urusan berkaitan mengenai peruntukan kewangan bagi pelaksanaan Perkhidmatan Pembelaan Awam di bawah Akta 878.

Pembiayaan yang disalurkan melalui peruntukan yang disediakan kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

draft • 6:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Pembelaan Awam dan Bantuan Guaman.

Saya berterima kasih di atas penjelasan yang diberikan. Saya tidak berkesempatan untuk bangun untuk bahas, tetapi satu soalan yang baik ditanya oleh Yang Berhormat Bangi berkenaan dengan pembelaan awam dan bantuan guaman.

Atas subjek itu, untuk pengetahuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini, hari ini seorang yang bernama Wan Eskandar Wan Julihi telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu di atas kesalahan mencuri barang-barang runcit, termasuklah susu bayi dan beliau telah dikenakan hukuman 6 bulan penjara oleh Majistret.

Soalan saya, kenapa tidak ada siapa-siapa bangun untuk membela beliau?

Bila perkara ini akan berhenti? Itu soalan pertama.

Ini menjadi isu kerana kita lihat sekarang penyakau-penyakau yang ada dalam penjara yang telah mencuri berbilion ringgit dibenarkan untuk balik ke rumah menghabiskan masa penjara. People have stolen billions, dengan izin, are allowed to go to and be under house arrest.

draft • 6:35 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, yang ini isu baru ke telah pun dibincangkan?

draft • 6:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Telah dibangunkan atas subjek yang sama, pembelaan.

draft • 6:35 PM

Tuan Pengerusi

Tak boleh. Yang Berhormat, minta maaf Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma saya tanya.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Ini bukan waktu berbahas Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Ini untuk mendapat penjelasan daripada Menteri.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

So straight to the point, straight to the point.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Penjelasan.

Bagaimana kita ingin memastikan bahawa tidak ada undang-undang di antara dua darjat. Kenapa orang yang mencuri...

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Barang keperluan rumah dihukum sehingga 6 bulan penjara.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik Menteri, silakan.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, nombor satu kes ini adalah satu keputusan mahkamah hari ini dan saya faham mengenai fakta berkaitan kes tersebut.

Tan Sri Pengerusi, kita perlu faham bahawa dalam kes ini dia ada disabit sebelum ini, dipenjarakan. Maka sebenarnya Yang Berhormat, Majistret tidak ada kuasa di seksyen 294 Criminal Procedure Court untuk memberi— over, itu kita perlu faham.

Yang Berhormat, dan pada masa menjatuhkan hukum, dia diwakili oleh seorang peguam dari Bantuan Guaman. Maka dia ada peluang pada masa ini untuk merayu kepada Mahkamah Tinggi. Dan oleh kerana Yang Berhormat selalu adalah seorang yang kenal di Dewan ini sebagai hero, mungkin Yang Berhormat boleh memberi servis itu kepada pihak yang berkenaan dan saya juga boleh tolong Yang Berhormat mengenai kes ini.

Saya tahu Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ada banyak kes sedemikian. Ini adalah satu perkara yang di mana terikat, Majistret-Majistret— Section Court Judges dan juga Hakim-hakim Mahkamah Tinggi terikat dengan undang-undang yang sedia ada. Yang Berhormat mungkin boleh continue the heroic proses in the court.

draft • 6:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, tentang YBGK tadi.

draft • 6:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Untuk makluman, had pendapatan bagi klien untuk mendapat perkhidmatan di bawah YBGK ini sebelum ini RM36,000. Kemudian tahun ini dinaikkan sehingga RM50,000, tetapi ada rungutan di kalangan klien yang berpendapatan B40, M40, pendapatan had yang dibenarkan RM50,000 itu pun masih lagi gentinglah bagi mereka. Jadi adakah kerajaan ada budi bicara untuk memberi pelepasan walaupun had maksimum itu RM50,000. Katalah mungkin RM55,000 mungkin RM60,000 ada tak had itu?

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, Yang Berhormat faham dia ada— dalam perkara sedemikian. Walaupun sedemikian, budi bicara ada dengan Biro Bantuan. Dia boleh mengambil kes-kes dan memberi sedikit ruang kepada perkara-perkara tersebut. Saya ingin habiskan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi, dengan izin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bangi, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta kepada YBGK bagi tahun 2026. Manakala bagi tahun 2027, peruntukan sebanyak RM17 juta telah disediakan bagi menyokong keseimbangan perkhidmatan bantuan guaman dan pelaksanaan inisiatif berkaitan.

Bagi tahun 2026, YBGK telah menerima keseluruhan peruntukan berjumlah RM16.8 juta yang telah diluluskan oleh kerajaan. Itu jawapan.

draft • 6:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya.

draft • 6:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Maknanya, tadi yang disebut RM16.5 juta dan semua ini memang telah disalurkan kepada YBGK. Sebab seperti yang saya bangkitkan itu, ada pekeliling kepada peguam-peguam YBGK mengatakan bahawa ada sekatan dan sebagainya dan sebab itu ada pengurangan dari segi peguam yang bertugas dan sebagainya. Jadi kalau ikut jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, sepatutnya tidak ada masalah dari segi dana ataupun penyaluran peruntukan yang mencukupi kepada pihak YBGK. Betul ya?

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, Yang Berhormat perlu faham bahawa Kerajaan MADANI ini tidak ada apa-apa sekatan mengenai wang yang diperlukan disalurkan kepada YBGK, tetapi dia ada tahap-tahap yang tertentu, there are special issues. Dia perlu mengikut fakta-fakta atau kriteria-kriteria yang tertentu untuk mendapat manfaat, tetapi saya ingin memberi penjelasan bahawa permintaan RM16.8 juta telah pun disalurkan.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Selayang telah membangkitkan mengenai reformasi undang-undang dan institusi di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI dan keperluan untuk senarai dihebah-hebahkan. Selayang ada?

draft • 6:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ada.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ada, minta maaf.

Tan Sri Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak awal tahun 2023 hingga tahun 2026 Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai pembaharuan, perundangan dan institusi yang merentasi pelbagai bidang, antaranya:

(i) pemansuhan hukuman mati mandatori melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023;

(ii) pindaan Kanun Keseksaan bagi menangani kesalahan buli termasuk buli siber;

(iii) penggubalan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025;

(iv) pindaan kepada Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 bagi memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak;

(v) penggubalan Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026;

(vi) pindaan kepada Akta Pemegang Amanah 1949;

(vii) penggubalan Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026;

(viii) penggubalan Akta Antibuli 2026;

(ix) pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 berkenaan Reformasi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang; dan

(x) pengembalian autonomi pentadbiran Parlimen melalui Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.

Secara keseluruhannya, usaha reformasi perundangan dan institusi yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI sejak tahun 2026 merangkumi pelbagai bidang termasuk undang-undang jenayah, undang-undang komersial, perlindungan golongan rentan, akses kepada keadilan serta pengukuhan institusi demokrasi negara. Ini membuktikan bahawa agenda pembaharuan kerajaan tidak tertumpu pada satu bidang atau kepentingan tertentu. Sebaliknya dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan demi kepentingan rakyat dan negara.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Bagi memastikan kemajuan setiap inisiatif ini dapat dipantau secara telus, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) telah membangunkan sistem Peta Reformasi Institusi (PetaRI) sebagai satu mekanisme pemantauan atau dengan izin, tracker yang merekodkan perkembangan pelaksanaan agenda reformasi sejak tahun 2023. Sistem ini boleh diakses melalui petari.bheuu.gov.my.

PetaRI bukan sekadar bertujuan menyenaraikan pencapaian BHEUU sahaja, tetapi juga berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bagi membolehkan kemajuan setiap reformasi diteliti serta dinilai oleh semua pihak.

Sehubungan itu, penerbitan buku PetaRI kini sedang dimuktamadkan dan dijangka akan dibuat menjelang akhir tahun 2026. Saya mengalu-alukan penelitian serta pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap agenda ini kerana matlamat akhir bukan sekadar memenuhi janji sesuatu pentadbiran, tetapi memperkukuh sistem kenegaraan Malaysia.

Yang Berhormat Kalabakan, ada? Saya mungkin boleh bagi secara bertulis.

Yang Berhormat Sungai Siput, ada? Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan mengenai status pindaan kepada seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001.

Tan Sri Pengerusi, subseksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] memperuntukkan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan terhadap seseorang yang merupakan kanak-kanak semasa kesalahan dilakukan. Sebaliknya di bawah subseksyen 97(2) Akta 611, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya individu tersebut ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong atau Yang Dipertuan Negeri mengikut undang-undang yang berkenaan tanpa menetapkan tempoh maksimum tahanan yang khusus.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kerajaan MADANI komited untuk menambah baik kerangka perundangan ini khususnya susulan pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat pada tahun 2023 bagi memastikan pendekatan penghukuman yang lebih jelas berkadar dan mengambil kira prinsip keadilan kepada kanak-kanak serta kepentingan keselamatan awam.

Sehubungan itu Jawatankuasa Khas Kajian dan pindaan seksyen 97 Akta 611 telah ditubuhkan bagi meneliti cadangan menambah baik terhadap peruntukan tersebut dengan mengambil kira prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak, pemulihan dan rehabilitasi serta amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Hasil kajian tersebut

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

telah membawa kepada persetujuan Jemaah Menteri pada 30 September 2026 terhadap empat penetapan dasar bagi pindaan seksyen 97 Akta 611.

Cadangan dasar berkenaan kemudiannya telah dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 14 Oktober 2026 untuk pertimbangan dan penelitian. Segala langkah seterusnya kerajaan sedang menyelaras draf undang-undang Akta Kanak-kanak

(Pindaan) 2026 untuk dikemukakan kepada Jemah Menteri bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan sebelum proses perundangan selanjutnya diteruskan.

Yang Berhormat Sungai Siput juga membangkitkan mengenai LPQB– Legal Profession Qualifying Board termasuk beberapa jumlah keseluruhan dalam akaun lembaga pada masa ini termasuk simpanan tetap sekiranya ada. Tan Sri ‘Yang di- Pertua’, setakat 21 September 2026, kedudukan kewangan lembaga ialah sebanyak RM59,117,771,099 yang merangkumi termasuk simpanan tetap.

Status terkini penyata kewangan lembaga bagi 18 tahun telah disiapkan pada 10 Jun 2026. Masa yang diambil untuk menyediakan penyata kewangan 18 tahun tersebut ialah 18 bulan. Jabatan Audit Negara telah selesai mengaudit penyata kewangan bagi tahun 2008-2027 pada 28 September 2026.

Jabatan Audit Negara sedang mengaudit penyata kewangan bagi tahun 2018 ke 2025 dan dijangka selesai pada Disember 2026. Lembaga akan mematuhi standard pengukuhan yang ditetapkan oleh lembaga juga akan mengambil kira pemerhatian Ketua Audit Negara yang telah diperoleh pada 24 Julai 2026 untuk menambah baik tadbir urus lembaga.

Yang Berhormat Rantau Panjang— tidak ada. Saya akan bagi jawapan secara bertulis.

draft • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tan Sri Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Rasah.

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Seputeh..

draft • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah, Rasah. Rasah ada sebut AGC.

Berkenaan dengan laporan polis yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. AGC sudah terima laporan daripada pihak PDRM sejak 29 September lebih satu bulan, apa jawapan AGC? Adakah AGC cukup orang buat kerja ataupun ada apa-apa masalah? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, ini mengenai SPRM?

draft • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

AGC, AGC.

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Laporan polis, saya tak dengar boleh..

draft • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, Tan Sri Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ketika perbahasan saya ada bangkitkan ketika perbahasan saya.

Saya ada bangkitkan isu berkenaan dengan laporan polis yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lassim pada 8 September bahawa beliau dipaksa untuk menandatangani dokumen tertentu dan jawapan bertulis daripada Dewan ini bertarikh 21 Oktober menyatakan dengan jelas bahawa pihak PDRM telah menghantar laporan siasatan kepada Pejabat Peguam Negara pada 29 September.

So, ini dah lebih satu bulan. Apa tindakan? Apakah feedback ataupun keputusan daripada Pejabat Peguam Negara? Saya bangkitkan dalam perbahasan sebab sama ada AGC menghadapi masalah kekurangan kakitangan ataupun macam mana nak tanya pandangan daripada kerajaan. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Menteri itu ikut flow kah ataupun Yang Berhormat ada berucap ya, ada berucap?

draft • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, Tan Sri memang saya sebut dengan jelas ketika itu.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Mungkin Yang Berhormat belum sampai di situ lagikah ataupun tak ada jawapan kah?

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sebenarnya saya ada perkara ada jawapan mengenai SPRM...

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mengenai perkara yang dibangkit, saya minta maaf tak ada jawapan dengan saya. Saya kalau Tan Sri Yang di-Pertua bersetuju bahawa saya boleh beri secara bertulis dengan seberapa segera, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, dengan izin boleh saya jawab perkara...

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, jawab yang ada dulu lepas itu comeback untuk selesaikan masalah itu.

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Last one, last one. Mengenai Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan mengenai penubuhan Unit Penggubalan Undang-undang di Parlimen untuk membantu Ahli Parlimen. Pada pandangan saya

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

cadangan ini adalah cadangan progresif dan selaras dengan matlamat memperkukuh kebebasan serta autonomi institusi Parlimen.

Perkara ini kita selalu bangkit semasa di sebagai pembangkang. Perkara ini wajar diberikan perhatian dalam kerangka pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 tertakluk kepada penelitian Majlis Perkhidmatan Parlimen serta keperluan perjawatan dan perundangan yang berkaitan.

Penubuhan unit sedemikian akan membolehkan Parlimen membangunkan kepakaran, penggubalan undang-undang sendiri khususnya bagi membantu Ahli-ahli Parlimen menyediakan dengan izin, Private Member’s Bill dan cadangan pindaan undang-undang tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kepakaran penggubalan di bawah cadangan eksekutif.

Perkara ini penting bagi memastikan Ahli-ahli Parlimen mempunyai akses kepada khidmat nasihat dan bantuan penggubalan undang-undang yang bebas profesional dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan eksekutif. Ia juga dapat mengekalkan potensi konflik kepentingan apabila Ahli-ahli Parlimen memerlukan bantuan penggubalan bagi cadangan perundangan yang mungkin berbeza daripada pendirian kerajaan.

Autonomi Parlimen bukan sekadar kebebasan pentadbiran daripada cabang eksekutif, tetapi turut merangkumi kebebasan institusi untuk menjalankan fungsi perundangan dan pengawasan secara berkesan dengan sokongan kepakaran serta sumbernya sendiri. Ini adalah antara matlamat utama reformasi institusi yang ingin kita capai.

Bukan sekadar meminda undang-undang untuk mengiktiraf kebebasan Parlimen, tetapi membina sebuah institusi yang benar-benar berkeupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab secara bebas, profesional dan berkesan tanpa bergantung kepada mana-mana individu atau cabang kuasa yang lain.

Tan Sri Yang di-Pertua, dengan itu saya menghabiskan semua jawapan dan perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan belum dijawab akan diberi jawapan secara bertulis dengan seberapa segera yang boleh termasuk Yang Berhormat.

draft • 6:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun] .

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Termasuk Beruas.

draft • 6:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tentang yang Parlimen, harap dapat jawapan bertulis.

draft • 6:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yes, yes, sure. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Seterusnya saya bergerak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Silakan, 20 minit dari sekarang.

draft • 6:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

Tan Sri Pengerusi terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 di Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan di bawah Jabatan Perdana Menteri melibatkan pelbagai jabatan, suruhanjaya dan agensi yang mempunyai fungsi serta tanggungjawab khusus dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Persekutuan berjalan dengan cekap, berkesan dan berintegriti.

Dalam penggulungan ini saya akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensinya yang bertumpu kepada Butiran B6 dan P6.

Saya akan mulakan dengan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Tan Sri Pengerusi, Ahli Yang Berhormat Tuaran, Betong, Penampang, Keningau turut membangkitkan beberapa isu berhubung perkara-perkara yang telah dibincangkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

draft • 5:58 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Berhubung pembayaran pemberian khas kepada negeri Sabah, ia nya diselaraskan oleh Kementerian Kewangan melalui Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas Bersama Kerajaan Negeri Sabah. Jawatankuasa khas ini telah mengadakan dua kali mesyuarat bagi membincangkan pemuktamadan pembayaran tersebut.

Jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah serta dianggotai oleh wakil Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kewangan Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Negara. Hasil perbincangan serta keputusan jawatankuasa ini seterusnya akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa

draft • 7:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

(MTPMA63) untuk memaklumkan dan tindakan selanjutnya.

Selain itu, peruntukan tahun 2027 juga akan menyokong usaha memperkukuh pemantauan melalui dashboard status pelaksanaan perkara di bawah MA63 yang telah diluncurkan pada 28 Januari 2026 dan diintegrasikan melalui portal rasmi BHESS Jabatan Perdana Menteri. Dashboard ini berfungsi sebagai platform pemantauan bersepadu yang membolehkan penyelarasan pelaksanaan dibuat secara sistematik serta menyediakan maklumat terkini secara real time kepada pihak berkepentingan.

Justeru, kerajaan akan terus mengoptimumkan peruntukan BHESS tahun 2027 bagi memperkukuh penyelarasan, pemantauan dan tindakan susulan antara semua pihak berkaitan, demi memastikan pelaksanaan dan keputusan MA63 dapat disegerakan mengikut bidang kuasa dan proses yang ditetapkan.

Ada juga beberapa perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan MA63 ini.

Pertamanya, Yang Berhormat Penampang ada di sini, ya? Penampang. Yang mencadangkan agar penyelarasan lebih baik antara JPA Persekutuan dan Sabah agar lebih banyak pelajar cemerlang mendapat tajaan dan pemberian biasiswa juga diberi keutamaan. Untuk makluman, mesyuarat jawatankuasa kerja berkenaan perkhidmatan awam negeri Sabah dan Sarawak di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) menjadi platform untuk menyelaras serta membincangkan pelbagai isu berkaitan isu penajaan pelajar dari Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman, melalui Belanjawan 2027, kerajaan telah bersetuju untuk menggandakan kuota penawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada anak kelahiran Sabah dan juga Sarawak dengan kenaikan sebanyak dua kali ganda kepada masing-masing 2,100 pelajar kelahiran Sabah dan Sarawak, menjadikan keseluruhan 4,200 penerima. Ini adalah untuk memberi peluang yang lebih luas kepada anak-anak daripada kedua-dua negeri ini untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Dan isu yang telah dibangkitkan oleh YB Yang Berhormat Keningau dan juga Penampang sekali lagi. Membangkitkan berkenaan status bilangan penjawat awam berasal dari Sabah dan Sarawak yang perlu selaras dengan hasrat Dasar Borneonisasi. Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, berdasar sistem HRMIS sehingga 12 Oktober 2026, peratus jawatan persekutuan, khususnya jawatan pengurusan dan

draft • 7:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

profesional yang diisi oleh anak tempatan di Sabah serta Sarawak adalah seperti berikut— Sabah, 71.88 peratus dan Sarawak, 87.10 peratus.

Kerajaan Persekutuan melalui JPA sentiasa menyokong Dasar Borneonisasi dengan memberi keutamaan kepada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak untuk berkhidmat di negeri kelahiran masing-masing. Bagi memastikan Dasar Borneonisasi dilaksanakan lebih menyeluruh, JPA telah mengadakan sesi libat urus bersama pengurus sumber manusia, kementerian, jabatan bagi menerangkan mengenai prosedur pelaksanaan penempatan pegawai perkhidmatan bukan guna sama yang perlu mengutamakan pegawai negeri Sabah dan juga Sarawak.

Dan akhirnya daripada Yang Berhormat Tuaran. Bagaimanakah pemberian Elaun Wilayah kepada pegawai perubatan supaya tidak menjadi halangan untuk berkhidmat di Sabah? Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat di wilayah selain wilayah asal mereka sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mahupun Wilayah Persekutuan Labuan. Kerajaan menyedari bahawa penempatan pegawai merentasi wilayah melibatkan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup, perbelanjaan perumahan, kos perjalanan pulang ke wilayah asal, perpindahan serta penyesuaian terhadap persekitaran dan budaya setempat.

Sehubungan itu, kerajaan menyediakan beberapa bentuk elaun, insentif dan kemudahan khas bagi membantu meringankan beban kewangan pegawai serta memastikan urusan penempatan dan kebajikan keluarga mereka diberi perhatian sewajarnya. Antara elaun dan kemudahan yang disediakan adalah seperti yang berikut.

Yang pertama, Bayaran Imbuhan Wilayah. Ini adalah untuk menampung sebahagian kos sara hidup pegawai perkhidmatan yang bertukar wilayah. Yang kedua, Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah. Menampung sebahagian kos perumahan bagi pegawai yang bertukar wilayah. Ketiga, Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah. Dibayar kepada pegawai yang diarahkan bertukar wilayah.

Bagi pegawai perkhidmatan awam yang ditempatkan di kawasan pedalaman yang diiktiraf oleh kerajaan negeri atau jawatankuasa induk, bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan di tiga kementerian iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri turut diberi elaun seperti yang berikut; Yang pertama, Bayaran Insentif Pedalaman. Ini melibatkan semua kementerian. Bertujuan menggalakkan pegawai untuk berkhidmat di kawasan pedalaman yang diiktiraf oleh kerajaan negeri atau bayaran intensif

draft • 7:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

mengikut lokasi dan tahap kesusahan. Ini terhad kepada Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri. Bertujuan menggalakkan pegawai untuk berkhidmat di kawasan pedalaman berdasarkan penentuan lokasi dan tahap kesusahan.

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Tuaran bangun, ya Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Oh, okey. Silakan, Yang Berhormat Tuaran.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih. Kalau apa Yang Berhormat jelaskan tentang Elaun Wilayah dan Perumahan sebentar tadi, semua telah diambil kira, apakah lagi faktor-faktor kenapa 245 pegawai perubatan yang sudah pun dikenal pasti dan sudah diberi surat-surat penempatan tetapi tidak juga datang ke Sabah yang menyebabkan krisis di sebahagian banyak hospital- hospital di Sabah sekarang kekurangan pegawai perubatan. Apakah lagi faktor dan apakah langkah-langkah yang kerajaan akan ambil, khususnya pihak JPA untuk memastikan agar doktor-doktor yang telah dikenal pasti ini, yang telah pun diberi surat penempatan, akan akhirnya datang ke Sabah? Apa lagi faktor—apa lagi langkah kerajaan akan buat?

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Sila, Menteri.

draft • 7:00 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih, soalan tambahan Yang Berhormat Tuaran. Saya fikir ini isu yang melibatkan antaranya juga kakitangan awam yang relatif masih muda. Saya fikir perubahan sebab kalau dulu kita tidak mempersoalkan di mana pun kita dihantar, kita akan pergi. Itu— tapi sekarang ini cabarannya untuk memastikan supaya terutama doktor yang termuda ini pergi ke Sabah. Dan sini sebenarnya di bawah isu Kementerian Kesihatan lah. Cuma bagi saya, saya juga berbincang dengan— ini antara cadanganlah, Tan Sri Pengerusi.

Antara yang saya fikir yang kita boleh adakan ialah kita kena pastikan bahawa yang intact kepada pelajar-pelajar perubatan di UMS terutamanya, kita pastikan biarlah daripada anak-anak Sabah. Sebab kita akan dapat— kalau anak-anak Sabah ini layak terutama yang keputusan baik ini, ini akan memastikan mereka kekal dan mereka akan berkhidmat di negeri Sabah. Dan kalaupun ada mungkin anak-anak daripada negeri lain, kita mungkin boleh syaratkan supaya mereka perlu berkhidmat di Sabah. Saya fikir itu antara yang cadangan-cadangan yang telah dilontarkan untuk— tapi ini sebenarnya adalah di bawah bidang Kementerian Kesihatan.

Mungkin ada akan dijawab semasa penggulungan oleh Menteri Kesihatan nanti.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, kita berbahas tentang peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tentang insentif-

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

insentif dan sebagainya. Jadi, sebentar tadi dijawab tetapi tiada jawapan melainkan faktor lain kan. Dalam peringkat dasar, saya telah mencadangkan, Tuaran ada mencadangkan atau bertanya sebenarnya kenapa kerajaan tidak mewujudkan, menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk menangani perkara ini?

Sebab kita ada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan sebagainya.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dan di Sabah sahaja, kakitangan kesihatan menghampiri 29,000 di Sabah sahaja. Dan ini satu bilangan yang sangat besar tapi...

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi, ini sebab tidak dijawab. Di peringkat dasar tidak dijawab.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Tidak dijawab tapi Menteri Kesihatan telah pun kemukakan bahawa satu suruhanjaya akan dibentuk.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya tanya tadi, ini perkhidmatan awam. Dah dibentuk ini daripada perkhidmatan awam, bagaimana pula— apa ni jawapannya. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey.

draft • 7:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Berhubung kait dengan isu ini, tadi dalam perbahasan, saya juga mencadangkan supaya satu sistem penggajian yang lebih fleksibel. Bukan seperti sekarang, kita strictly— kita mengikut gred jawatan secara ketat. Sebab kita perlu bezakan di mana gred untuk sektor lain, untuk sektor pentadbiran dengan sektor kesihatan ni, dia ada beban kerja yang berlainan dan menghadapi cabaran sama ada dalam domestik ataupun luar negara yang berbeza.

Mana-mana penggajian untuk doktor-doktor untuk jururawat-jururawat ni, dia perlu diambil kira daripada faktor lain. Bukan hanya bergantung kepada apakah gred sesuatu jawatan itu. Jadi, adakah pihak JPA selain daripada penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ni tapi membenarkan kelonggaran dari segi penetapan gaji untuk anggota-anggota sektor kesihatan ini? Jadi, saya harap dapat respons yang positif daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Menteri boleh jawab ataupun ini isu Kementerian Kesihatan.

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya saya fikir yang ini adalah perkara dasar.

Ini kita— okey. Okey. Ini sebenarnya— yang ini adalah di bawah— satunya, di

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

bawah bidang Kementerian Kesihatan. Kita akan panjangkan kepada Kementerian Kesihatan. Tapi bagi pihak JPA yang melibatkan perkara dasar, ini mungkin boleh bawa ataupun jawapan bertulis. Nanti kita akan hantarkan kepada YB yang berkenaan.

Tapi untuk JPA seperti yang saya sebut tadi, untuk kita pastikan bahawa ramai daripada doktor-doktor daripada Sabah dan Sarawak ini berkhidmat di negeri kelahiran masing-masing, saya fikir yang— biasiswa yang telah disediakan, ini juga boleh kita tumpukan kepada bidang-bidang yang berkaitan, terutama kedoktoran.

Okey, itu yang berkaitan dengan MA63. Dan saya teruskan dengan masa yang berbaki ini dengan isu-isu yang melibatkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU, JPM.

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, saya minta kalau boleh jawab juga berkaitan dengan penjawat awam yang saya tanya tadi.

Beberapa soalan berkaitan dengan JPA, di bawah bidang kuasa JPA. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya, ada soalan daripadanya tapi mungkin boleh jawab secara bertulis. Saya nak bergerak kepada ICU sebab masa agak tidak mengizinkan. Okey Tan Sri Pengerusi, izinkan saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Beaufort, Puncak Borneo, Tuaran, Betong, Beluran, berhubung dengan peruntukan dan pelaksanaan projek-projek serta program-program pembangunan Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU JPM.

Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, bagi tahun 2027, ICU JPM telah diluluskan peruntukan pembangunan DE berjumlah RM927.010 juta bagi pelaksanaan 33 projek di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kelulusan ini melibatkan 31 projek sambungan dan dua projek baharu bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM742 juta disediakan. Bagi pelaksanaan projek mesra rakyat sebanyak RM444 juta, projek infrastruktur kecil mengikut kawasan Parlimen sebanyak RM222 juta serta projek khas sebanyak RM76 juta. Dari aspek pelaksanaan, peruntukan bagi projek-projek kecil, projek khas dan projek mesra rakyat merupakan penambah serta pelengkap kepada peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun bagi memenuhi keperluan rakyat di peringkat setempat.

Pelaksanaannya merangkumi pembinaan, pembaikan dan naik taraf infrastruktur asas serta kemudahan awam seperti jalan, jambatan, perparitan, dewan

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

dan kemudahan komuniti, tertakluk kepada tujuan serta garis panduan setiap peruntukan. Penyelaras— sementara itu, cadangan untuk meningkatkan siling peruntukan projek, ada disebut daripada Puncak Borneo adalah merupakan perkara dasar yang memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan.

Penyelarasan projek oleh ICU JPM adalah mengambil kira keperluan di kawasan Parlimen yang berkenaan, penentuan projek ditentukan bersama-sama Ahli Parlimen di setiap kawasan Parlimen berkaitan. ICU JPM juga bekerjasama secara bersepadu dengan agensi teknikal dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam penyelarasan pelaksanaan projek penentuan skop dan juga kos.

draft • 7:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, boleh saya celah? Minta penjelasan sikit.

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya, pencelahan.

draft • 7:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya utarakan tadi semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa kerana sekarang ini memang siling RM200 itu dengan harga barang naik, kos sumber manusia juga meningkat dan juga kos logistik juga meningkat. Jadi, sebenarnya banyak projek yang telah ditunda, yang tidak dilaksanakan pada tahun 2024, kosnya telah meningkat dengan mendadak.

Jadi, kalau boleh, sebab— now, dengan izin, we are stuck in between sebab saya ada satu projek yang sebelum ini diluluskan RM80,000. Tapi selepas ditukar kepada agensi pelaksanaan yang lain, kosnya meningkat kepada RM300,000. Jadi, kalau kita tidak laksanakan perkara ini dan ia memberi optik kepada Kerajaan MADANI tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Jadi, saya mohon pertimbangan daripada pihak kementerian dan juga MOF untuk melihat perkara ini dengan pantas dan tuntas supaya kita dapat menyelesaikan masalah rakyat. Ini bukan kita tidak ada masalah. Masalah ini wujud. Dan saya percaya banyak juga Parlimen-Parlimen yang lain yang mempunyai masalah yang sama. Dan apabila kita tanya kenapa dia tidak dilaksanakan dengan cepat, kita tidak— YB, kita kekurangan jurutera, kita kekurangan kakitangan.

Jadi, saya mohonlah perkara ini is very real, Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya mohonlah pertimbangan supaya rakan-rakan kita semua ini dapat disejahterakan rakyat mereka dan juga dapat mengangkat martabat Kerajaan MADANI. Jadi, saya minta betul-betul mohon dan merayu perkara ini dipertimbangkan.

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya fikir kita ambil point-point yang telah disebut tadi untuk kita bincang dari peringkat dasar dengan Kementerian Kewangan terutamanya.

Okey Tan Sri Pengerusi, kerajaan juga memperkukuh pemantauan projek melalui Arahan Nombor 1, Tahun 2023 iaitu mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara. Pemantauan dilaksanakan secara berlapis melalui Mesyuarat Majlis atau jawatankuasa tindakan pembangunan di peringkat Persekutuan, kementerian, negeri dan daerah atau bahagian. Mekanisme ini membolehkan kemajuan projek dipantau secara berkala, isu dikenal pasti lebih awal dan tindakan intervensi diambil dengan segera, termasuk melalui lawatan tapak serta libat urus bersama pihak yang berkaitan.

Berhubung dengan pemerkasaan kapasiti ICU JPM. Sejak tahun 2023, ICU JPM telah membangunkan sistem MyProjek sebagai sistem maklumat pengurusan projek pembangunan Kerajaan Malaysia. Dan dalam hal ini, semua Ahli Parlimen turut mempunyai ruang untuk memainkan peranan dalam pemantauan pembangunan di kawasan masing-masing. Saya fikir Tan Sri Pengerusi, memang banyak lagi ni tapi...

draft • 7:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, izinkan saya.

Saya bangkitkan Butiran 7100 mengenai penyelarasan program pembasmian kemiskinan. Kalau tidak ada masa, secara bertulis pun boleh sebab saya ingin tahu apakah program-program yang dilaksanakan dan bagaimana rakyat dapat memohon, supaya diperjelaskan kepada pihak. Kalau boleh semua kepada Ahli Parlimen juga. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini Tan Sri Pengerusi, saya ada berbahas tentang projek yang - projek di Sabah yang RM1.7 bilion tu, jalan luar bandar yang dikatakan - dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dibatalkan. Tapi Yang Berhormat sendiri mengatakan bahawa ditangguh. Jadi, mana satu yang betul.? Itu belum dijawab. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Tuaran. Seperti yang saya maklumkan Tan Sri Pengerusi, banyak lagi isu-isu yang lain yang telah diutarakan dan yang itu akan kita jawab secara bertulis.

draft • 7:10 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dan untuk isu secara spesifik ya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran sebab saya telah mengeluarkan kenyataanlah tentang sama ada batal atau tangguh, saya fikir isu itu telah dijawab oleh Menteri Kewangan II secara jelas pada penggulungan peringkat dasar sebelum ini. Jadi, saya...

draft • 7:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, juga berkenaan perkara itu, boleh saya celah sedikit sebab saya mendengar dengan teliti apa yang dijawab oleh Menteri Kewangan II. Beliau mengatakan projek itu memang tidak dibatalkan tetapi saya difahamkan oleh kontraktor di kawasan saya, mereka menerima surat pembatalan dan kita keliru. Jadi, saya mohon. Saya mohon kita dalam kerajaan, kita duduk berbincang sama-sama dengan Menteri Kabinet, bincang dalam— dalaman. Tak payah kita bawa keluar. Sebab dia macam kita bergaduh sesama sendiri.

Jadi, yang ini cakap lain, yang ini cakap lain. Jadi, kita sebagai Ahli Parlimen pun confused. Ada kontraktor yang datang jumpa kita dia kata, eh projek ini dah dibatalkan. Jadi, we do not know which one is telling the truth now. Jadi, kalau Ahli Parlimen confused, rakyat di luar pun confused juga. Jadi— tapi mengikut pengamatan saya, kalau kementerian diberi peruntukan, sebagai contoh.

Kalau peruntukan pembangunan RM1 bilion sebagai contoh. Dan kalau mereka membelanjakan RM200,000 dan if the performance of the ministry is very good, they actually implement more contractor deliver beyond the schedule and plan, of course dia akan berbelanja lebih. But that is a good thing. But the ceiling that have been given by Kementerian Kewangan terlalu sedikit.

Of course, bukan sahaja kementerian ini akan mempunyai masalah.

Kementerian PETRA, kementerian yang lain juga akan menghadapi masalah kalau MOF melaksanakan polisi sedemikian. Because if the contractor performed well, definitely they will burst the budget that you’ve given the ceiling. Jadi, saya mohon perkara ini kita bincang dalaman lah. Sebab optiknya di luar is not good. Sorry, dengan izin Tan Sri.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Menteri. Ada masa lagi. Kalau tak ada, please landing.

draft • 7:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya fikir cukuplah isu ini. I think...

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pendek saja, Menteri.

draft • 7:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Perkara yang sama akan dibangkitkan.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, pendek saja.

draft • 7:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey. Satu minit.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya. Saya sebenarnya ingin bertanya apa peranan kementerian Berhormat dalam hal ini. Sebab yang menjawab Kementerian Kewangan. Jadi, peranan kementerian Yang Berhormat apa dalam hal ini? Adakah Yang Berhormat akan memperjuangkan supaya yang dibatalkan itu benar-benar akan dilaksanakan dan tidak dibatalkan dan boleh dilaksanakan seperti yang dijadualkan? Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya masih kekal dengan kenyataan saya bahawa projek-projek ini tidak dibatalkan. Projek-projek ini hanya ditangguhkan. Dan ini telah dijelaskan secara terperinci oleh Menteri Kewangan II. Saya hanya menjawab sebab melibatkan disebut— sebab disebut dalam Dewan ini, Tan Sri Pengerusi. Apabila disebut dalam Dewan yang mulia ini, rakyat di luar sana bertanya, media tanya. Jadi, saya kena respons berdasarkan fakta yang ada.

Dan alhamdulillah, telah diterangkan secara jelas oleh Menteri Kewangan II untuk kita kefahaman bersama. Dan saya setuju perkara-perkara begini sepatutnya dibincang secara dalaman dalam Kabinet dan tidak sepatutnya dibangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini yang menyebabkan rakyat keliru di luar sana.

Jadi, sebagai kesimpulan, kerajaan komited memastikan setiap peruntukan yang diluluskan di bawah Jabatan Perdana Menteri dimanfaatkan secara optimum bagi memperkukuh sistem pentadbiran negara, meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan. Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada keperluan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan dan keperluan kedua-dua negeri serta memastikan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuh.

Bagi isu-isu lain yang dibangkitkan tidak sempat digulung, saya akan kemukakan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan dengan itu, saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam memastikan peruntukan tahun 2027 dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri-negeri dan juga negara keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Yang Berhormat. Masalah iaitu wang sejumlah RM8,798,331,500 untuk Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9; dan B.40; Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan dalam Kepala P.6 dan P.7 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 dan P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 3 November 2026.

draft • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.26 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026