Oct292026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kita bernafas pada hari ini.

Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita mula sesi kita pada hari ini dengan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Sivakumar Varatharaju Naidu, Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 10:00 AM

1. Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, langkah kementerian menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan awal isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum serta menyebarkan mesej perpaduan melalui platform digital, khususnya kepada generasi muda.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence (AI) ialah teknologi yang membolehkan sistem komputer menganalisis data mengenal pasti corak ataupun paten dan memahami bahasa melalui kaedah seperti pembelajaran mesin dan analisis sentimen.

Kerajaan mengambil whole-government-approach melalui kerjasama strategik rentas kementerian dan agensi dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini bagi mengesan dan menangani lebih awal isu-isu yang

draft • 10:00 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

berpotensi menjejaskan keharmonian kaum. Pendekatan ini merangkumi pemantauan, penyaringan dan pengesanan kandungan sensitif berkaitan raja, agama dan kaum ataupun 3R bagi membolehkan tindakan pencegahan diambil sebelum isu tersebut menular dan mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Kementerian Komunikasi melalui SKMM sentiasa memanfaatkan teknologi AI dalam menganalisis sentimen dan pemantauan trend di media sosial termasuk platform yang popular dalam kalangan golongan muda seperti TikTok, X, Threads dan Instagram. Selain itu, teknologi AI juga dimanfaatkan untuk mengesan kandungan manipulasi digital termasuk deepfake dalam bentuk video, bentuk audio dan imej yang berpotensi menyebarkan maklumat palsu atau mencetuskan perselisihan antara kaum. SKMM turut melaksanakan beberapa inisiatif.

Satunya adalah sistem AI dinamakan AIFA iaitu Artificial Intelligence Fact- check Assistant. Ini digunakan untuk membantu masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang meragukan sebelum disebarkan.

Kedua, SKMM mempunyai portal seperti portal SEBENARNYA.MY, kini menyediakan platform semakan fakta bagi membendung penyebaran berita palsu, maklumat mengelirukan serta memanipulasi sentimen masyarakat.

Ketiga, SKMM juga mempunyai kempen, Kempen Internet Selamat untuk meningkatkan kesedaran pelajar, belia, ibu bapa dan komuniti mengenai keselamatan dalam talian, juga etika komunikasi serta penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 8,540 kandungan 3R telah diturunkan sejak 2022 hingga 2000 tahun ini oleh SKMM dengan kerjasama pengendali platform media sosial. Bagi kita di Kementerian Perpaduan Negara, kita sering mengukuhkan penggunaan teknologi digital melalui Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat ataupun PRISMA. Pusat ini menempatkan teknologi digital melalui integrasi dengan Rangkaian Aduan Komuniti Awam ataupun RAKAN.

Kita juga gunakan Dashboard Analitik Perpaduan dan juga platform eSepakat bagi membantu menyaring dan mengenal pasti kenyataan berbaur perkauman, ucapan kebencian serta isu perkauman di kawasan kejiranan. Keupayaan ini membolehkan pengesanan dan penilaian isu dilaksanakan dengan lebih pantas termasuk melalui pemantauan secara real time. Dari segi penguat kuasa, tindakan terhadap penyalahgunaan AI untuk menyebarkan kandungan dalam talian yang menyalahi undang-undang boleh

draft • 10:00 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

dipertimbangkan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

draft • 10:00 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Seterusnya, berhubung dengan usaha kerajaan dalam penyebarluasan mesej perpaduan menggunakan platform digital. Kementerian Perpaduan Negara sentiasa mempergiatkan pelaksanaan kempen perpaduan secara dalam talian bagi menyemai nilai-nilai keharmonian, saling menghormati dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh KPN, kementerian termasuklah Kempen Membina Negara Bangsa, Kempen Malaysia-ku Merdeka, Kempen Bercakap Baik-baik dan Kempen Kita Bersama.

Kementerian turut menggunakan influencer media seperti [Tidak jelas] Papa Ayie, YB TikTok dan sebagainya dalam menyebarluaskan mesej perpaduan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Batu Gajah soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Dr. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah, apakah langkah mediasi yang diambil susulan mengenal pasti isu perpaduan melalui platform media mahupun laporan oleh komuniti? Mohon satu jawapan yang lebih terperinci Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat.

Kementerian Perpaduan Negara memang ada platform mediasi susulan mengenal pasti pelbagai isu dan laporan. Kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengambil pendekatan mediasi sebagai langkah penyelesaian secara aman menangani pertikaian yang berlaku dalam komuniti.

Langkah mediasi ini melibatkan meneliti terhadap isu yang dibangkitkan dan mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat dan mediator komuniti yang terlatih boleh membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah itu.

Untuk tujuan ini kementerian mempunyai seramai 617 orang mediator terdiri daripada pegawai jabatan 221 orang, ahli Rukun Tetangga 388 orang, NGO agama ada lapan orang. Dan, setakat ini kita telah menubuhkan 11 pusat mediasi di seluruh negara dan 13 lagi dalam perancangan. Dan, baru-baru ini kita pun telah

draft • 10:10 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

melancarkan satu pusat mediasi di kediaman awam Seri Kota kawasan Bandar Tun Razak.

Bagi tempoh 2023 hingga 2026, sebanyak 5,028 kes mediasi telah berjaya dikendalikan oleh mediator community di bawah Kementerian Perpaduan dan pelbagai isu yang sering tampil adalah kes kejiranan, seperti pergaduhan, macam- macam kes, kes kucing, kes alam sekitar yang kita dapat selesaikan menggunakan mediators. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 10:10 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan yang baik dalam soalan ini.

Soalan saya dalam isu perpaduan kaum dalam negara kita ini, bagi saya ia adalah satu benda yang asas, kalau berlaku pertelingkahan kaum, etnik, habis politik kita, ekonomi kita, sosial kita ia akan berkecai.

Oleh kerana ia menjadi satu faktor yang besar, saya ingin mengemukakan soalan, apakah agenda-agenda yang besar yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan yang akan dilaksanakan oleh kementerian? Yang pertama di peringkat nasional, yang kedua di peringkat negeri-negeri yang ada dalam negara ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Puteh.

Soalan Yang Berhormat adalah menyentuh kepada apa yang kita telah lakukan selama ini untuk isu-isu perpaduan dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat, mungkin semua sedar bahawa di bawah Kementerian Perpaduan Negara ini kita memang mempunyai dasar dan sebagai untuk kita menjurus kepada langkah-langkah dan strategi dalam kita menangani isu- isu perpaduan ini.

Dari awal pun, kita telah menggunakan perkataan perpaduan dalam kepelbagaian di mana kita recognize ataupun memahami bahawa di negara kita ini kita mempunyai pelbagai agama, ethnicity dan kaum yang kita perlu selamatkan untuk bersama-sama dalam berkhidmat untuk sama-sama dalam menjuruskan kepada perpaduan dan keharmonian negara kita.

draft • 10:10 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Pelbagai langkah yang telah kita adakan— lepas perpaduan dalam kepelbagaian kita pindah kepada keharmonian dalam kepelbagaian dan di bawah semua ini kita sedang mempunyai Majlis Penasihat Perpaduan, kita mempunyai Jawatankuasa Harmoni di mana ini melibatkan Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Agama.

Dan, baru-baru ini kita telah diberi mandat untuk satu hala tuju yang panjang iaitu membina pembinaan negara bangsa. Itu adalah hala tuju kita pun from today. Sebab itu termasuk dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan kita pun telah diberi mandat untuk menjurus kepada pembinaan negara bangsa.

Ini bukan barang baharu, telah pun disebut-sebut dari awal lagi ketika merdeka tetapi jarang disebut dan sekarang ini kita telah merancang untuk memperluaskan perkataan negara bangsa ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan berikutnya, dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Yang Berhormat Merbok. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok]: Terima kasih Yang di-Pertua.

Merbok minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah perancangan Kementerian Pendidikan untuk mengintegrasikan literasi kecerdasan buatan (AI) dalam silibus sekolah melalui Panduan Literasi AI termasuk latihan guru, penyediaan kemudahan digital dan pembangunan bakat muda bagi memastikan murid bersedia menghadapi cabaran teknologi serta keperluan pekerjaan masa hadapan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pendidikan untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua, hari ini anak-anak kita boleh menggunakan kecerdasan buatan atau AI untuk mencari maklumat, menyelesaikan soalan matematik, malah menyiapkan karangan. Teknologi ini memberi dan membuka banyak peluang. Namun, kita juga perlu bertanya adakah anak-anak benar-benar memahami apa yang mereka pelajari atau hanya menerima jawapan yang disediakan.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengingatkan bahawa AI mempunyai kepintaran, tetapi tidak memiliki nilai dan sifat kemanusiaan. Sebab itulah, beliau mengangkat ungkapan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’. Saya fikir pesanan itu mesti diterjemahkan dalam sistem pendidikan kita.

AI mungkin boleh membantu seorang murid menyiapkan tugasan, tetapi apabila murid itu hilang keyakinan menghadapi masalah di rumah atau memerlukan seseorang untuk mendengar guru dan ibu bapa yang mengenali dan membimbingnya. Keprihatinan dan kasih sayang dan pertimbangan manusia tidak boleh diserahkan kepada mesin.

Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Merbok, KPM sedang menggerakkan usaha melalui kurikulum, latihan guru, kemudahan digital dan pembangunan bakat murid, tapi suka saya ingatkan Yang Berhormat bahawa AI sama sekali tidak boleh mengambil alih tugas hakiki guru.

Dalam kurikulum, panduan literasi AI KPM telah berkuat kuasa sejak 8 Mei 2026. Panduan ini menekankan penggunaan AI secara kritis, selamat dan beretika.

Dan, panduan ini juga Tuan Yang di-Pertua telah menekankan bahawa tanggungjawab termasuk ibu bapa, pentadbir, guru, malah anak-anak dan komuniti bagi memastikan bahawa AI ini dipastikan dari segi penggunaannya digunakan dengan selamat.

Melalui Kurikulum Persekolahan 2027, asas AI akan diperkenalkan dalam mata pelajaran Teknologi Digital di sekolah rendah dan diperkukuh melalui mata pelajaran berkaitan di sekolah menengah. Anak-anak mesti belajar menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan menggunakan pertimbangan yang sewajarnya.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan bahawa bagi memastikan integrasi AI dalam pendidikan dilaksanakan secara teratur selain daripada yang saya telah jelaskan berkaitan panduan literasi kecerdasan. Kemudian diikuti dengan Rancangan Pendidikan Malaysia, kurikulum baharu dan sebagainya, itu yang memastikan bahawa anak-anak diberikan juga pendedahan awal tentang AI ini, tetapi mesti dipandu dan diberikan pedoman dalam konteks bahawa menggunakan AI itu dengan selamat dan juga beretika.

Guru juga kita tidak boleh dibiarkan menghadapi perubahan ini tanpa persediaan Tuan Yang di-Pertua. Jadi sebab itu, guru ketika ini kita sudah pun selesai dalam konteks memastikan bahawa latihan diberikan kepada mereka telah melibatkan 329,440 guru, manakala murid telah mencecah 1.5 juta.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi, pendedahan ini penting kerana anak-anak diberikan pendedahan melalui STEM, pengaturcaraan, robotik dan juga inovasi digital. Jadi, kita juga melihat bahawa mereka bukan hanya mahu kita lihat menggunakan ciptaan orang lain, tetapi berani menghasilkan sesuatu ilmu yang mereka miliki.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh membiarkan anak-anak ketinggalan dalam dunia AI, tapi kita juga tidak mahu kemajuan teknologi menjadikan mereka semakin bergantung pada Internet dan kurang berfikir. Teknologi akan terus berubah, namun tanggungjawab pendidikan tidak berubah. Kita mesti memastikan anak-anak tahu berfikir, berpegang pada nilai manusiawi, dan mempunyai rasa peduli terhadap orang lain. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat Merbok.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan berapakah jumlah dan peratusan guru yang telah menerima latihan literasi AI setakat 2026? Serta apakah sasaran kementerian untuk memastikan semua guru mempunyai kompetensi minimum AI sebelum menggunakan AI diperluaskan ke semua sekolah?

Seterusnya ialah, bagaimanakah dengan nasib murid-murid yang masih tercicir dan masih belum mengejar pelaksanaan kokurikulum yang sedia ada? Hatta ada yang masih belum menguasai 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Di manakah mereka akan berada?

Persoalan seterusnya ialah berkaitan dengan ekosistem kondusif yang menyokong projek AI di sekolah itu sendiri, iaitu penyediaan seperti kelengkapan komputer atau gajet untuk mencapai spesifikasi minimum serta rangkaian Internet yang stabil. Sekian.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa soalan Yang Berhormat ini sangat penting memandangkan dalam persiapan kita memastikan bahawa tiada anak-anak kita yang terpinggir dan tertinggal, pastilah persiapan guru itu harus diberikan tumpuan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Sebagaimana yang saya sebut tadi, ketika ini melalui pelbagai medium, guru-guru kita ini didedahkan dengan AI, baik guru-guru STEM kita walaupun— dan juga guru-guru dalam bidang ataupun opsyen yang lain.

Setakat ini, 329,414 orang guru telah pun menerima latihan, sama ada secara spesifiknya di bawah domain masing-masing ataupun secara keseluruhannya.

Jadi, pendedahan kepada latihan AI ini akan dilaksanakan secara berterusan, Yang Berhormat, sehinggalah selesai kepada semua guru. Jadi, insya-Allah sedikit masa lagi semua guru ini akan selesai dan kita juga mendapat sokongan penuh daripada pelbagai platform untuk memastikan bahawa guru-guru kita ini benar-benar dilatih, tetapi suka untuk saya ingatkan Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat bahawa latihan platform kita ini mesti dipastikan bahawa ia adalah yang dikawal. Jadi, sebab itu platform yang kita gunakan adalah DELIMa 3.0 yang digunakan sepenuhnya oleh para guru dan juga para pelajar kita untuk memastikan ia adalah platform yang dikawal dan dari segi etika itu dapat kita pastikan.

Yang Berhormat, berkaitan soalan tentang intervensi anak-anak yang tertinggal ketika ini, saya percaya yang Yang Berhormat dan Dato’ speaker bahawa soalan ini telah pun banyak KPM jawab beberapa kali di dalam Dewan ini, tapi izinkan saya untuk menegaskan bahawa intervensi itu kita laksanakan secara berterusan.

Sebab itu antara perkara penting yang kita berikan tumpuan adalah memastikan bahawa intervensi ini bermula daripada awal lagi oleh para guru di dalam kelas, kemudian diikuti oleh matriks pembelajaran, dan diikuti dengan program- program yang telah pun disokong termasuk Program Anak Kita yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan bersama dengan Kementerian Pendidikan. Jadi, saya percaya Yang Berhormat bahawa intervensi ini memang berlangsung secara keseluruhan.

Soalan yang terakhir, saya tak dapat Yang Berhormat. Apa tadi?

draft • 10:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Berkenaan dengan— untuk menyokong AI di sekolah, tidak dinafikan iaitu tentang komputer, kelengkapan komputer dan mencapai Internet yang stabil. Ya.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ada kita melihat bahawa setiap tahun bahawa dalam aspek menyiapkan dari segi prasarana terkait dengan digital ini, antara tumpuan kita pada tahun ini adalah untuk memastikan beberapa pendekatan penting selain daripada mendedahkan anak-anak kepada teknologi dan digital ini, persiapan itu sangat penting.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi, persiapan connectivity, dengan izin Dato’ Speaker, persiapan kelas, ketika ini kita sudah pun mempunyai 27 kelas rintis AI-Powered Classroom, dengan izin Dato’ Speaker. Kita juga melihat bahawa bagi anak-anak yang berada di luar pedalaman ataupun di luar bandar yang barangkali berhadapan dengan sedikit cabaran terkait dengan digital ini, maka kita telah perkenalkan dan membangunkan satu aspek pembelajaran offline yang membolehkan guru-guru ini dilatih menggunakan sepenuhnya tanpa— dengan gangguan daripada isu yang terkait dengan Internet ini.

Jadi, persiapan kita itu Yang Berhormat untuk memastikan bahawa jurang itu dapat kita rapatkan dan untuk memastikan bahawa anak-anak kita ini terus diberikan perhatian khususnya selaras dengan apa yang kita hasratkan berdasarkan Dasar Pendidikan Digital dan juga melihat bahawa guru-guru ini bersedia untuk melatih anak-anak kita dalam semua keadaan sekalipun. Jadi, bukan sahaja cabaran- cabaran internet itu, cabaran prasarana juga, tapi usaha itu kita teruskan untuk memastikan bahawa tiada anak-anak kita yang ketinggalan. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 10:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Sebelum itu, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Sekolah Parlimen Selangor.

draft • 10:20 AM

[Dewan tepuk]

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas usaha dan juga inisiatif KPM.

Saya akui bahawa tugas kementerian ini semakin berat, lebih-lebih lagi apabila perkembangan teknologi itu membawa cabaran baharu kepada murid sekolah dan juga warga sekolah. Jadi, Profesor Geoffrey Hinton, antara seorang pelopor AI dan juga digelar sebagai dengan izin, “Godfather AI”, dengan izin, pernah berkata, "There is a kind of AI that we have now being misused by bad people." Jadi, kita dah lihat sendiri ya apa yang telah dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah di Seremban. Gambar wajah pelajar, seorang perempuan, disunting menggunakan AI sehingga menyerupai gambar lucah. Jadi, bayangkan seorang pelajar perempuan yang terpaksa masuk ke dalam kelas tertanya-tanya siapa sudah melihat gambar palsu dirinya dan juga bagaimana seorang murid boleh sampai menganggap maruah rakannya tu boleh dijadikan bahan dipermainkan.

Jadi, soalan tambahan saya adalah apakah langkah khusus KPM untuk mencegah kemerosotan nilai murni dalam kalangan murid yang berliterasi AI? Dan

draft • 10:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

juga bagaimanakah pendidikan etika dan juga penghormatan terhadap maruah orang lain diterapkan dalam penggunaan AI di sekolah? Dan apakah sokongan yang disediakan kepada guru untuk mencegah perbuatan ini sebelum ada lagi murid yang menjadi mangsa? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, saya fikir persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi sangat penting dan sangat kritikal untuk kita lihat bahawa setiap teknologi yang hadir, mesti hadir, pasti akan hadir dengan cabaran dan juga kerosakan-kerosakan yang sebenarnya kita harus persiapkan anak-anak kita.

Jadi, sebagai sebuah kementerian yang pastinya mahu juga melihat anak- anak kita bukan sahaja didedahkan dengan teknologi, tetapi juga bagaimana kita mengambil sikap dan menyikapi bahawa terdapat juga banyak cabaran dalam aspek akhlak dan sahsiah yang pastinya akan mengganggu-gugat dalam aspek seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Jadi, kita memandang serius, Yang Berhormat. Anak-anak, dengar ini ya. Kita memandang serius soal yang terkait dengan manipulasi imej murid sehingga menghasilkan kandungan berunsur lucah ataupun mengaibkan ini. Sebab itu Dato’ speaker, dalam jawapan saya tadi, saya sudah tegaskan bahawa di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Panduan Literasi AI KPM itu sangat penting kerana ia menggabungkan dan menggabungjalinkan usaha semua pihak; pentadbir, guru, ibu bapa, komuniti, dan para pelajar itu sendiri bahawa anak-anak kita juga mesti bertanggungjawab apabila menggunakan AI ini. Itu yang mesti kita latih juga.

Sebab itu, kita melihat bahawa dalam pembentukan soal nilai ini seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat ini sangat penting. Kawalan itu berada dalam platform KPM sendiri, Dato’ Speaker. Sebab itu kita menggunakan platform DELIMa 3.0 ini untuk memastikan ia benar-benar dikawal.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi sebab itu, bila di luar sekolah itu kita memerlukan sokongan ibu bapa, perhatian komuniti untuk memastikan anak-anak ini menggunakan ia dengan penuh tanggungjawab. Jadi, selain daripada pencegahan pendidikan dan advokasi, kita juga melihat bahawa sokongan psikososial kepada mangsa ini mesti diberikan secara optimum.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi, anak-anak yang terkesan dengan gambar-gambar lucah dan mengaibkan ini mesti diberikan sokongan, begitu juga dengan tindakan oleh pihak berkuasa. Jadi, sebab itu kita mesti bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran ini Dato’ Speaker dengan semua keperluan-keperluan yang diperlukan bukan sahaja di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi juga sokongan dari luar untuk memastikan gejala ini dapat kita atasi. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri Pendidikan. Majlis ke soalan yang ke-3. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau]: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Tebrau minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah kedudukan undang-undang terkini dalam isu berkenaan hak pihak pengurusan untuk mengehadkan akses kemasukan bagi mereka yang ingkar pembayaran yuran penyelenggaraan bagi hartanah strata dan kawasan gated and guarded. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

draft • 10:30 AM

Menteri Pendidikan - Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Dato’ Speaker, saya menggantikan. Jadi, sebarang soalan selepas ini saya berikan secara bertulis. Saya jawab dulu soalan yang diberikan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya tidak tahu ada pindaan.

[Tidak jelas]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Saya minta maaf Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar. Saya bercakap. Peraturan 42 itu menyatakan saya bercakap, Menteri ke, Yang Berhormat— dengar. Baik.

Saya tidak mengetahui ada perubahan Kabinet dan sebagainya. Dan, adakah Yang Berhormat Menteri Pendidikan mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Dato’ Speaker, saya mewakili, mohon kebenaran. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya luluskan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab bagi pihak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI amat cakna dan sentiasa memandang serius isu tadbir urus skim pembangunan strata, khususnya menyentuh pertikaian antara kuasa pengurusan yang menyekat akses pemungkir dengan hak asasi pemilik terhadap petak kediaman mereka.

Dari sudut prinsip perundangan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], pemilikan petak strata membawa tanggungjawab bersama. Di bawah seksyen 12, 25 dan 52 [Akta 757], setiap pemilik petak wajib membayar caj penyelenggaraan dan caruman kumpulan wang penjelas. Keengganan membayar caj bukan sahaja menjejaskan keselamatan, perkhidmatan fasiliti dan kebajikan komuniti, malah membebankan pemilik lain yang membayar secara berdisiplin.

Bagi menangani isu bayaran ini, perenggan enam Bahagian II Jadual Ketiga Peraturan-peraturan Pengurusan Strata 2015 membenarkan badan pengurusan strata, termasuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan

(MC) selepas tamat tempoh 14 hari daripada penerimaan notis tunggakan, mengambil tindakan pentadbiran ke atas pembeli, pemilik petak, penghuni yang gagal menjelaskan bayaran atau dipanggil sebagai pemungkir. Ini termasuk menyahaktifkan peranti akses elektronik menghendaki pemungkir menandatangani buku daftar pelawat serta menggantung penggunaan fasiliti bersama.

Walau bagaimanapun, tindakan sekatan tersebut bukanlah satu lesen mutlak untuk menghalang sepenuhnya pemilik daripada memasuki unit hak miliknya sendiri.

Tafsiran ini berteraskan menerusi keputusan mahkamah rayuan pada 26 Oktober 2026 dalam kes SL Lands Sdn. Bhd. dan Fong Wei Cing menentang JMB Sentral Bazar Nilai. Mahkamah memutuskan bahawa meskipun pihak pengurusan berhak mengenakan sekatan statutori, sekatan tersebut tidak boleh melangkaui batas sehingga melucutkan hak pemilik untuk mengakses dan menikmati unit miliknya.

Sehubungan itu, pihak pengurusan wajib menyediakan kadar akses alternatif yang selamat dan munasabah. Sebagai contoh, jika kad akses lif dinyahaktifkan, pemilik masih boleh memasuki skim melalui kawalan keselamatan di pondok pengawal dengan mendaftar di buku log serta dibenarkan menggunakan lif asas atau tangga perkhidmatan untuk ke unitnya.

Pengurusan boleh menggantung petak parkir kereta di dalam harta bersama, namun kenderaan masih dibenarkan masuk sementara bagi tujuan menurunkan penumpang atau barangan sebelum diletakkan di ruang luar.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua, KPKT ingin mengingatkan pihak pengurusan bahawa tindakan sekata fizikal hanyalah langkah pengurusan disiplin, bukan satu-satunya jalan keluar. Akta 757 telah menyediakan mekanisme penguatkuasaan yang tuntas dan sah di sisi undang-undang. Pertama, saluran pantas tribunal, pengurusan strata; dan kedua, pelaksanaan waran penahanan harta alih.

Jadi, memastikan industri strata kekal mampan dan harmoni, peranan KPKT diterjemahkan melalui tiga fokus utama. Pengeluaran panduan standard dan advokasi, penggalakkan skim ansuran bersasar, kajian semula dan reformasi Akta 757.

Pendekatan Kerajaan MADANI adalah berpaksikan keadilan dan ihsan. Kita melindungi hak pemilik untuk mendiami kediaman mereka. Namun, pada masa yang sama, kita tidak akan berkompromi terhadap tanggungjawab undang-undang demi kelestarian komuniti strata secara keseluruhan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tebrau, soalan tambahan, silakan.

draft • 10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Menteri, sering kali, bila kita pergi kawasan terutamanya di kawasan-kawasan flat, kita akan dapat banyak rintihan dan aduan daripada pemilik-pemilik yang kata, pihak badan pengurusan tidak buat ini, tidak buat itu.

Dan, bila kita bincang dengan pihak MC pula, mereka kata, kita tak boleh buat sebab tak ada dana. Sebab tak cukup collection, tapi pada masa yang sama yang tetap disiplin dan mengikuti obligasi mereka yang bayar itu, tiap-tiap bulan dia bayar, tetapi mereka tidak mendapat perkhidmatan yang mereka sebenarnya patut layak.

Maka ini mewujudkan satu situasi yang cukup tidak adil untuk mereka yang berdisiplin dan ada obligasi mereka dan mereka ikut.

Maka, apakah sebenarnya, tindakan yang boleh dibuat atau mekanisme yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan yang ingkar, yang tidak bayar itu, kita boleh ada cara untuk memaksa mereka ke ataupun pujuk mereka untuk bayar— mekanisme yang lagi ketat supaya kita tidak punish atau hukum mereka yang bayar tiap-tiap bulan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Dato’ Speaker. Soalan yang dibangkitkan itu saya percaya sangat penting dan juga membawa banyak perkara yang perlu

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

dilihat dari segala aspek. Jadi, saya mohon untuk menjawab secara bertulis, Dato’ Speaker.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Saya luluskan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tebrau, Menteri telah memohon bagi pihak Menteri Perumahan dan Kajian Tempatan untuk dijawab soal Yang Berhormat itu secara bertulis dan pihak Pengerusi Majlis meluluskan.

draft • 10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya, sebenarnya kalau boleh jawab, baguslah, tapi what to do. Faham.

[Ketawa]

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, dipersilakan Yang Berhormat Maran untuk soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nak bertanya— sebenarnya Timbalan Menteri ada dalam ini. Saya yakin kalau soalan-soalan dijawab oleh Tebrau tadi, saya pasti Timbalan Menteri boleh jawab.

Kerana mereka— dia ada. Saya pernah jadi Timbalan Menteri ketika itu.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Minta maaf Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sebentar. Biar saya jelaskan.

Waktu Pertanyaan Menteri-Menteri, hanya Menteri sahaja dibenarkan.

Timbalan Menteri pun tidak dibenar menjawab. Itu telah ditetapkan.

Walaupun Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan berada di dalam Dewan, aturan ini telah ditetapkan. Jadi, Yang Berhormat Maran, itu penjelasan bagi pihak Majlis dan silakan jawab pertanyaan— sila beri pertanyaan untuk Menteri menjawab. Jika Menteri Pendidikan tidak boleh menjawab, jawapan bertulis lah saya benarkan. Silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Ya. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Saya nak tanya Menteri Pendidikan, wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya tak pasti jawapan boleh beri atau tidak.

Susulan keputusan mahkamah rayuan yang melarang JMB – Badan Pengurusan Bersama ini— penduduk dengan pengurusan, menghalang pemilik memasuki unit hartanah akibat tunggakan, adakah kerajaan bercadang untuk menyemak mekanisme penguatkuasaan Akta 757 supaya kutipan tunggakan dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa menjejaskan pemilik?

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dan saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri juga, berapa jumlah JMB dan MC? JMB mungkin Yang Berhormat pasti, tak pasti, saya tak tahulah. Itu Badan Pengurusan Bersama dan juga Pengurusan Bersama, Management Corporation.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon untuk mewakili KPKT sekali lagi untuk menjawab soalan tersebut secara bertulis Dato' Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Maran telah sedia maklum dan mendengar jawapan wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalau ikut saya tadi, saya terus ketepikan, tetapi kepentingan rakyat. Jadi, nampak apa yang berlaku di dalam Dewan ini. Yang Berhormat, rakyat akan menilaikan.

[Tepuk] Baik. Dengan sedemikian Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Setiausaha.

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sesi bagi jawab lisan, saya mulakan sesi ini dengan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Yang Berhormat Julau.

draft • 10:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Dato' Sri Yang di- Pertua...

Dari Julau membawa suara, Demi rakyat dan masa depan;

draft • 10:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

AI mencorak kemajuan negara, Pastikan pedalaman tidak ketinggalan. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

1. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, jumlah teknologi yang telah dibangunkan oleh MIMOS serta jumlah perbelanjaan R&D sejak penubuhannya, termasuk bilangan teknologi yang telah berjaya dikomersialkan dan digunakan oleh sektor awam dan swasta.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato' Sri Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Julau atas soalan yang baik dan tepat pada masanya. Soalan ini memberi peluang kepada kementerian untuk menerangkan kepada Dewan yang mulia ini nilai sebenar pelaburan negara dalam MIMOS.

Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1985, MIMOS menjadi tulang belakang keupayaan teknologi negara. MIMOS lah yang membawa rangkaian Internet perdana pertama negara iaitu JARING pada tahun 1992 dan telah mereka bentuk mikro pemprosesan Pesona pada tahun 1997.

Hari ini, teknologi MIMOS digunakan dalam sistem kerajaan, dalam pemeriksaan kualiti di kilang dan dalam industri sawit negara. Peranan MIMOS berbeza daripada syarikat swasta. MIMOS membangunkan teknologi strategik yang negara perlukan, tetapi masih terlalu awal atau terlalu berisiko untuk dibiayai oleh pasaran. Ini termasuk keselamatan siber, semikonduktor, kecerdasan buatan dan kini teknologi kuantum.

Dalam dunia yang semakin tidak menentu, keupayaan inilah yang menentukan, sama ada Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri atau terus bergantung kepada teknologi pihak lain. Kementerian juga sedar bahawa rakyat mahu melihat hasil, sebab itu MIMOS kini beralih kepada model berpandukan keperluan pasaran.

Setakat ini, 17 pakej teknologi telah dilesenkan, 29 versi pakej teknologi sedia untuk dipindahkan kepada industri dan MIMOS sedang membawa teknologi Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Bagi kementerian, kejayaan MIMOS tidak diukur dengan bilangan paten semata-mata, tetapi dengan sejauh mana teknologinya digunakan oleh rakyat dan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

industri. Dengan itu, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat secara terperinci.

Dato' Sri Dr. Yang di-Pertua, bagi tempoh 1996 hingga 2025, jumlah peruntukan penyelidikan dan pembangunan R&D yang diterima ialah RM3.614 bilion. Angka ini merujuk kepada tempoh selepas pengkorporatan yang tidak termasuk peruntukan bagi tempoh 1985 dan 1995. Berdasarkan rekod pencapaian yang dilaporkan sehingga kini, sebanyak 43 teknologi yang dibangunkan oleh MIMOS telah berjaya dikomersialkan— mencerminkan usaha berterusan MIMOS dalam memastikan hasil penyelidikan dapat dimanfaatkan oleh industri dan pasaran.

Teknologi dan penyelesaian yang dibangunkan MIMOS turut menyokong pelbagai aplikasi dalam sektor awam dan swasta melalui pelaksanaan projek kerjasama strategik, pemindahan teknologi serta pelesenan kepada rakan industri.

Dalam sektor awam pula, antara contoh penerima gunaan teknologi analitik data raya MIMOS ialah pembangunan unified Teleprimary Care and Oral Health Clinical Information System, dengan izin, yang masih beroperasi di 133 klinik kesihatan dan klinik pergigian di seluruh Malaysia.

Contoh kedua ialah pembangunan Malaysia Health Data Warehouse

(MyHDW) bersama Sistem Maklumat Rawatan Perubatan (SMRP) dan Patient Registry Information System (PRIS).

Dalam sektor swasta pula, pengkomersialan teknologi MIMOS dilaksanakan melalui pelesenan kepada syarikat tempatan merentas beberapa sektor utama, antaranya ialah pertanian pintar melalui pelesenan INSPECTRA kepada Roda Technologies serta Mi-SWIS kepada BLFD Sdn. Bhd., pembuatan pintar melalui pelesenan MyITS pula indoor tracking system berasaskan teknologi jalur ultra lebar- ultra-wideband (UWB) kepada TechSoft dan Bandar Pintar melalui pelesenan MyEs bagi pengurusan dan peningkatan kecekapan tenaga sistem penyejukan.

MOSTI akan terus memperkukuh pemantauan hasil R&D MIMOS dengan memberi perhatian kepada penerima penggunaan teknologi, hasil pengkomersialan dan manfaat kepada pengguna. Penekanan ini bertujuan memastikan pelaburan kerajaan menghasilkan keupayaan teknologi tempatan serta impak kepada sektor awam dan industri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila Yang Berhormat Julau, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Okey, soalan tambahan saya, apakah hala tuju dan perancangan strategik kerajaan bagi memperkukuh

draft • 10:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

peranan MIMOS sebagai institusi penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional dalam tempoh lima tahun akan datang, khususnya dalam bidang teknologi bernilai tinggi merangkumi semikonduktor dan AI?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Julau. Terima kasih Dato' Sri Dr. Yang di-Pertua.

Kerajaan melalui MOSTI, komited untuk memperkukuhkan peranan MIMOS sebagai institusi penyelidikan dan pembangunan R&D gunaan negara, khususnya dalam bidang teknologi bernilai tinggi, termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan

(AI) dan teknologi kuantum.

Pendekatan ini sejajar dengan keutamaan pembangunan nasional di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas atau RMK13, 2026–2030. Dalam menentukan arah pembangunan teknologi strategik negara, MOSTI melalui Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) melaksanakan kajian jangkaan teknologi STI foresight bagi mengenal pasti trend, peluang dan keutamaan teknologi masa hadapan. Kajian ini menjadi rujukan utama MIMOS dalam merancang aktiviti R&D gunaan dalam perancangan teknologi negara.

Di samping itu, MIMOS juga sentiasa melibatkan industri bagi memastikan keutamaan yang dikenal pasti mencerminkan keperluan sebenar pasaran serta mempunyai potensi penerima gunaan yang jelas. MOSTI turut memberi tumpuan untuk pembiayaan R&D strategik MIMOS dalam bidang teknologi melalui peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.

Antara program yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Dua, RMK13 ialah pembangunan program kuantum dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Program ini bertujuan memperkukuh keupayaan R&D MIMOS membangunkan kepakaran tempatan serta meningkatkan kesiapsiagaan negara untuk meneroka dan menguasai teknologi kuantum sebagai salah satu teknologi strategik masa hadapan.

Dalam bidang semikonduktor pula, MIMOS akan terus memainkan peranan strategik dalam menyokong pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), termasuk pembangunan keupayaan reka bentuk litar bersepadu (IC), teknologi pembungkusan termaju (advanced packaging), pembangunan prototaip, pengujian dan pengesanan teknologi. Kerjasama melalui Pusat Teknologi Inovasi Industri (ITIC) dan Konsortium Penyelidikan Semikonduktor turut menyokong pembangunan

draft • 10:40 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

bersama industri serta peningkatan penglibatan syarikat tempatan dalam aktiviti bernilai tinggi sepanjang rantaian nilai semikonduktor.

Dalam bidang AI, MIMOS akan memperkukuh penyelidikan gunaan dan pembangunan teknologi tempatan yang selamat, dipercayai serta memenuhi keperluan industri dan sektor awam. Sebagai contoh, penyelidikan pengesanan deepfake di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas memberi tumpuan kepada pembangunan kaedah berasaskan AI untuk mengesan tanda manipulasi kandungan multimedia. Usaha ini menyokong keselamatan digital dan kepercayaan terhadap kandungan, selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi negara AI menjelang 2030.

Secara keseluruhannya, MOSTI akan terus memperkukuh peranan MIMOS sebagai pusat R&D gunaan negara. Bukan sahaja dalam pembangunan teknologi, malah sebagai pemangkin pembangunan dan pengkomersialan teknologi strategik tempatan yang dapat meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kedaulatan teknologi serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menjelang tahun 2030. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 10:50 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih pada Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Berikutan daripada penemuan Laporan Ketua Audit Negara 2026 berhubung dengan pengurusan Projek MyDigital ID di MIMOS yang mendedahkan perbelanjaan sebanyak RM28.13 juta yang dibuat tanpa kelulusan Jawatankuasa ditetapkan, soalan saya, apakah tindakan tatatertib, surcaj atau pemulihan kewangan yang telah diambil terhadap pihak terbabit?

Apakah kerangka atau mekanisme kawalan kewangan yang akan dibuat oleh MOSTI bagi memastikan tidak berulang lagi isu-isu tersebut dan apakah langkah konkrit agar penyelidikan MIMOS betul-betul dimanfaatkan oleh SME? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Sri Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Padang Besar atas soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Sebenarnya setakat sekarang memang pun kerajaan telah mengambil beberapa tindakan dan kerajaan dari semasa ke semasa akan menambah baik urus tadbir bagi menjawab penggunaan teknologi MIMOS untuk SME.

Walau bagaimanapun Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, MyDigital ID ini bukan di bawah kementerian kami, cuma sebagai satu agensi yang diletakkan di bawah MOSTI. Ia adalah di bawah bidang tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Jadi, saya secara spesifik, saya tidak boleh memberi jawapan pada soalan yang tadi. Walau bagaimanapun, saya akan cuba lihat andainya maklumat yang boleh saya sampaikan saya akan buat secara bertulis. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Majlis ke soalan yang ke-2. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Dr.

Ronald Kiandee, Yang Berhormat Beluran.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

draft • 10:50 AM

2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, matlamat penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS, nilai tambah berbanding kerjasama dua hala dan perjanjian perdagangan sedia ada dengan negara anggotanya serta pasaran dan sektor yang diberi keutamaan untuk memperluas perdagangan Malaysia melalui kerangka BRICS.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beluran atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS adalah berasaskan dasar luar negara yang berkecuali, pragmatik dan berprinsip.

Matlamat utama penyertaan kita mencakupi tiga perkara penting iaitu:

(i) mempelbagaikan rakan strategik ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional semata-mata;

(ii) memperjuangkan agenda Global South dengan izin, bagi memastikan suara negara-negara membangun lebih diterima dalam tatakelola ekonomi dan kewangan antarabangsa; dan

(iii) menyokong reformasi institusi pelbagai hala supaya lebih saksama, inklusif dan mencerminkan realiti geopolitik semasa.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, kerjasama melalui kerangka BRICS memberikan nilai tambah yang signifikan dan saling melengkapi mekanisme kerjasama dua hala dan perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada.

BRICS antara lain memperluaskan kepelbagaian destinasi eksport dan menjadi platform penting untuk menembusi pasaran yang belum mempunyai FTA dengan Malaysia seperti Brazil, Rusia, Afrika Selatan, Ethiopia, Iran dan Mesir, menggalakkan penggunaan mata wang tempatan seperti pengukuhan Ringgit, renminbi dan sistem pembayaran rentas sempadan yang lebih cekap sekali gus mengurangkan kos transaksi dan risiko turun naik kadar pertukaran mata wang asing perantara iaitu USD.

Menyediakan platform, menghimpunkan pasaran utama untuk menangani isu-isu praktikal perdagangan secara serentak termasuk fasiliti perdagangan, kesalinghubungan logistik, pendigitalan perdagangan dan daya tahan rantaian bekalan dan membuka ruang penarikan pelaburan berkualiti tinggi dan pemindahan teknologi dalam sektor strategik seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2025, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara-negara anggota BRICS mencecah RM846.5 bilion meningkat 3.4 peratus berbanding RM818.04 bilion pada tahun 2024 dan merangkumi 27.7 peratus daripada keseluruhan perdagangan global negara.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara-negara anggota BRICS mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus kepada RM481.02 bilion berbanding RM400.73 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2026. Daripada jumlah tersebut, nilai eksport meningkat sebanyak 17.4 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM154.57 bilion pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, nilai import turut meningkat sebanyak 21.7 peratus kepada RM299.62 bilion berbanding RM246.15 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2025. China, Indonesia dan India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dalam BRICS yang menyumbang kira-kira 90 peratus daripada jumlah perdagangan.

Melalui kerangka BRICS, Malaysia memberikan keutamaan, peluasan pasaran dan sektor strategik yang sejajar dengan Aspirasi Ekonomi MADANI termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR). Langkah ini memasukkan— memfokuskan kepada usaha meningkatkan eksport barang elektrik semikonduktor dan minyak sawit, di samping

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

menarik pelaburan teknologi baharu seperti teknologi hijau dan keselamatan siber bagi memperkukuhkan ekosistem inovasi tempatan.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan ketahanan rantaian bekalan makanan dan tenaga menerusi kerjasama sektor pertanian dan projek peralihan tenaga boleh baharu. Usaha ini digandingkan dengan langkah memperluaskan pasaran sektor perkhidmatan bernilai tambah seperti pelancongan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan mempromosikan kepakaran Malaysia dalam bidang kewangan Islam ke negara-negara BRICS. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat Beluran.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Negara anggota BRICS tidak mempunyai pendirian yang sehaluan dari segi isu-isu geopolitik semasa. Adakah penyertaan Malaysia ini Malaysia akan membuat penyelarasan dan pengimbangan terhadap dasar luar negara supaya tidak melemahkan kepusatan dasar ASEAN Malaysia, terutama dalam menangani isu-isu di rantau ini atau pun di Laut China Selatan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Seperti sedia maklum Yang Berhormat Beluran, penyertaan Malaysia sebagai rakan BRICS adalah untuk menerokai peluang-peluang baharu di dalam sektor ekonomi. Dalam sektor geopolitik pula, Malaysia sentiasa berpendirian sebagai middle country ataupun negara yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Walaupun demikian, kita menyedari terdapat beberapa isu-isu geopolitik yang perlu kita tangani dan disebabkan itulah pada persidangan BRICS yang lepas di New Delhi, kita telah pun memberikan pendirian yang melalui Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyatakan berkenaan menyentuh isu-isu yang berkaitan tentang Palestin dan perkara-perkara yang lain.

Berkenaan tentang keputusan dan juga perbezaan pandangan antara negara-negara BRICS, kita akan menangani isu-isu ini sebaik mungkin. Sebagai contoh isu-isu yang berlarutan di Laut China Selatan, kita mempunyai kaedah dan juga mekanisme yang tersendiri melalui kaedah bilateral yang kita telah jalankan.

draft • 10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dan juga selain daripada itu, penyertaan Malaysia sebagai rakan BRICS juga adalah untuk menerokai bidang-bidang strategik seperti semikonduktor dan juga AI yang mempunyai potensi dan pulangan besar kepada ekonomi. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, bolehkah menjelaskan pendirian Malaysia iaitu berkenaan kerjasama ekonomi. Malaysia telah menyertai APEC, kerjasama ASIA ekonomi yang di dalamnya ada kuasa besar Amerika. Dalam masa yang sama, Malaysia ingin menjadi rakan BRICS yang ada kuasa besar Rusia dan China. Jadi, adakah kepentingan yang berbeza antara dua pertubuhan ekonomi global ini terhadap kerjasama yang Malaysia ingin capai? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam konteks penyertaan Malaysia ke dalam BRICS ini sebenarnya memberikan manfaat yang nyata kepada negara dan perbezaan melalui platform APEC ataupun BRICS dan juga perbezaan antara dua— perbezaan kepada negara-negara besar ini adalah kita bukan sahaja untuk kekal di dalam satu platform tradisi ataupun bentuk ekonomi yang tradisi, tetapi kita sedang berusaha untuk mempelbagaikan kaedah-kaedah ekonomi yang selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang diperkenalkan.

draft • 10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Selain daripada itu juga, dari sudut ketegangan geopolitik, perbezaan kepentingan antara negara dan juga sekatan-sekatan perdagangan ini sedang kita uruskan sebaik mungkin dan disebabkan itu jugalah keputusan untuk kita memohon untuk menyertai BRICS ini adalah merupakan langkah strategik.

Walaupun kita ketika ini berdepan dengan moratorium penyertaan ke dalam BRICS, tetapi penyertaan Malaysia sebagai rakan strategik ini telah pun memberikan impak melalui perjumpaan Yang Amat Berhormat bersama dengan pemimpin- pemimpin besar di setiap negara di dalam anggota BRICS ini. Malaysia juga dilihat sebagai sebuah negara yang dapat menghubungkan kepada ASEAN dengan lebih baik. Kita menyediakan platform kerangka ekonomi yang stabil, kerangka ekonomi yang lebih progresif dan ini memberikan kepercayaan kepada negara-negara luar.

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dalam masa yang sama, dalam konteks APEC pula, kita sememangnya telah pun memberikan sumbangan di dalam penyertaan yang mendapat pujian daripada negara-negara luar.

Selain daripada itu juga, saya ingin tekankan bahawa penyertaan― bagi Malaysia, kejayaan BRICS ini bukanlah diukur melalui siapa yang menyertai tetapi adalah untuk kita melihat manfaat yang penting yang kita boleh perolehi daripada penyertaan BRICS ini dan juga APEC. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang ke-3. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 11:00 AM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Pergi ke pekan membawa raga; Soalan Kalabakan nombor tiga.

draft • 11:00 AM

3. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, langkah kerajaan menangani ketidakseimbangan harga buah tandan segar (BTS) di Sabah yang dibeli pada kadar lebih rendah berbanding Semenanjung walaupun kadar perahan minyak (OER) Sabah berada sekitar 22 hingga 25 peratus termasuk mekanisme pemantauan bagi memastikan pekebun kecil menerima harga yang lebih adil dan telus.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perladangan Komoditi untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sentiasa prihatin dan komited dalam menangani isu perbezaan harga tandan buah segar di Sabah berbanding di Semenanjung Malaysia.

Perbezaan harga belian antara Sabah dan Semenanjung masih wujud walaupun kadar perahan minyak, oil extraction rate (OER) di Sabah secara puratanya adalah tinggi sekitar 22 peratus hingga 25 peratus.

Perbezaan ini dipengaruhi oleh dua faktor utama di luar kawalan langsung penetapan harga pasaran iaitu pertama, pengenalan cukai jualan negeri (SST).

Kerajaan Negeri Sabah mengenakan SST sebanyak 7.5 peratus ke atas harga minyak sawit mentah (CPO), manakala tiada cukai seumpamanya dikenakan di Semenanjung.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Dan kedua, kos logistik dan pengangkutan. Cara pengangkutan dari ladang ke kilang di Sabah adalah lebih jauh berbanding di Semenanjung. Ini mengakibatkan kos logistik di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Kerajaan komited menangani isu ini melalui pemantauan dan penguatkuasaan berterusan. Antara inisiatif dilaksanakan merangkumi, pertama, formula harga rujukan tandan buah segar MPOB. MPOB mengeluarkan penanda aras harga harian berasaskan formula rasmi pada kadar perahan satu peratus OER di pintu kilang menerusi aplikasi mudah alih dan portal rasmi MPOB sebagai panduan dan pilihan rujukan industri bagi menyelaraskan penetapan harga yang adil mengikut kualiti dan kadar OER sebenar.

Kedua, penguatkuasaan memaparkan harga belian harian. Di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, MPOB mewajibkan peniaga buah dealer dan pengilang memaparkan harga belian harian berasaskan satu peratus OER secara jelas di premis masing-masing bagi meningkatkan ketelusan yang mengelakkan sebarang manipulasi harga di peringkat pekebun kecil.

Ketiga, sistem timbangan terkawal. MPOB bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan semua alat timbang di kilang dan pusat belian disahkan mengikut Akta Timbangan dan Sukat 1972. Sekian, terima kasih, Dato’ Sri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kalabakan, silakan. Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih atas jawapan daripada Menteri berkenaan perbezaan harga di antara Sabah dan juga Semenanjung.

Cuma, Saya ingin bertanya berkenaan isu kekurangan tenaga buruh terutamanya di industri kelapa sawit ini yang sudah pastinya boleh menjejaskan kos dan juga tempoh pelaksanaan tanaman kelapa sawit. So, kita akan bertanya, sejauh mana masalah kekurangan buruh di ladang kelapa sawit ini boleh menjejaskan kos dan pelaksanaan tanaman semula sawit serta berkenaan pelan kementerian untuk memastikan kelestarian dalam industri kelapa sawit ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat, prihatin hal ini. Banyak terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Kekurangan tenaga buruh ketara dalam aktiviti penuaian, pemungutan tandan buah segar (TBS) serta penjagaan dan penyelenggaraan ladang. Cabaran utama penanaman semula ialah kekangan kewangan khususnya dalam kalangan pekebun kecil yang perlu menanggung kos penanaman semula dianggarkan RM14,000 hingga RM16,000 sehektar.

Selain kehilangan pendapatan sepanjang tempoh tanaman belum menghasilkan, kekangan ini boleh mendorong penangguhan penanaman semula dengan mengekalkan pokok tua yang kurang produktif sekali gus menjejaskan produktiviti industri dalam jangka panjang.

Bagi menangani cabaran tersebut, menerusi Belanjawan 2027, kerajaan menyediakan pembiayaan hibrid sebanyak RM100 juta yang disasarkan membantu kira-kira 4,500 pekebun kecil serta memperkenalkan Program Pembiayaan Tanaman Semula Sawit (PTSS) berjumlah RM200 juta bagi membiayai penanaman semula untuk keluasan sehingga 40.46 hektar.

PTSS turut menawarkan penangguhan bayaran balik selama empat tahun dengan kadar faedah empat peratus ditanggung pekebun kecil dan baki kadar faedah ditanggung oleh kerajaan. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan pekebun kecil, mempercepat pelaksanaan penanaman semula dan memastikan kelestarian produktiviti industri sawit negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya balik kepada pokok persoalan ini iaitu tentang harga tandan buah segar di Sabah lebih murah daripada Semenanjung. Kalau saya lihat daripada perisian, apps InfoSawit MPOB dengan harga sekarang, memang ternyata perbezaan harga di Sabah lebih murah, lebih rendah daripada Semenanjung sekitar RM5— RM5 setiap satu peratus OER. Kita tidak nafikan disebabkan cukai jualan negeri atau SST Sabah sebanyak 7.5 peratus dan Sarawak lima peratus.

Cuma, memandangkan Sabah mempunyai kuasa percukaian sendiri, adakah KPK bersedia membincangkan dengan Kerajaan Negeri Sabah supaya kadar cukai ini dapat dikaji semula atau disemak agar pekebun-pekebun kecil sawit turut dapat menikmati manfaat daripada harga sawit yang kini berada pada paras yang baik?

Seperti windfall levy, bagaimana KPK mengecualikan pekebun kecil yang mempunyai keluasan 40.6 hektar ke bawah. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan ada masalah sedikit.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian tidak mempunyai kuasa terhadap cukai jualan negeri Sabah memandangkan ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Majlis ke soalan ke-4. Dengan ini, dipersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker.

PRN Melaka sudah dekat; Semua parti berebut tempat; Hubungan PN dan BN semakin erat; Soalan saya nombor empat.

draft • 11:00 AM

4. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Digital menyatakan:

(a) status penggubalan RUU Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) dan bilakah jangkaan ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat; dan

(b) perlindungan undang-undang sedia ada kepada rakyat yang menjadi mangsa penipuan, pemalsuan identiti, manipulasi kandungan atau penyalahgunaan AI.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, sebelum kita teruskan izin saya memohon kebenaran untuk mengalu-alukan kehadiran beberapa pelajar. Kalau boleh diizinkan?

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan ya.

draft • 11:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya mengalu- alukan kehadiran pelajar daripada SMK Bau dan juga SMK Lundu serta Pegawai- pegawai Pendidikan Daerah Bau dan Lundu daripada Sarawak Tuan Yang di-Pertua yang hadir.

draft • 11:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

[Tepuk] Terima kasih. Tuan Speaker, bagi soalan nombor 4 saya juga pohon panduan untuk jawab bersama dengan satu soalan lain yang juga berkisar kepada perkara yang sama, iaitu soalan daripada Tuan Syahredzan bin Johan yang juga berbunyi berkaitan dengan kecerdasan buatan. Saya pohon izin.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Diluluskan.

draft • 11:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan berkisar kepada Rang Undang-undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan AI yang dijangkakan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada awal tahun 2027.

Proses ini dilaksanakan secara inklusif dan berasaskan penilaian risiko. So, kita mengambil pendekatan melihat kepada risiko (the risk-based approach). Kemudian sesi konsultasi awam dan libat urus telah pun dijalankan. Ia nya melibatkan kementerian, agensi-agensi kerajaan, pemain industri— ini sangat penting untuk mendapat pandangan daripada semua serta juga ahli akademik, badan profesional, organisasi, masyarakat sivil serta orang awam.

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 317 maklum balas daripada 218 entiti telah pun diterima dan sedang diteliti bagi memuktamadkan kerangka rang undang- undang ini. Bagi menjawab pertanyaan mengenai skop RUU ini, secara prinsipnya Tuan Yang di-Pertua, kerangka yang sedang dibangunkan akan merangkumi aspek pengurusan risiko AI, aspek akauntabiliti pihak yang terlibat dalam pembangunan dan juga penggunaan AI serta mekanisme pelaporan dan pengurusan insiden. Ini adalah empat bahagian yang penting.

Pertama, kita lihat kepada mereka yang akan membangun apa yang kita sebut sebagai penyelesaian-penyelesaian yang menggunakan AI. Kemudian ia nya ke tahap atau proses penggunaan penyelesaian-penyelesaian tersebut ataupun perkhidmatan tersebut dan bagaimana kita dapat mengawal. Jadi, kita lihat kepada aspek-aspek pelaporan dan juga bagaimana kita— kalau ada laporan dapat menguruskan insiden-insiden yang dilaporkan itu.

Pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan prinsip tanggungjawab perlu ditentukan berdasarkan peranan, tahap kawalan dan tahap risiko yang berkaitan dengan sesuatu sistem AI sepanjang kitar hayatnya. So kita menggunakan end to end yang memang ramai yang terlibat dalam proses kita membangunkan aplikasi AI sehingga ia nya digunakan. Kemudian, soal berkenaan dengan bila berlaku masalah, bagaimana kita dapat meneliti apakah sebenar masalah tersebut.

draft • 11:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, laporan diterima, kita ada agensi yang akan melihat kepada aspek itu.

Kemudian bagaimana kita dapat menangani masalah yang berbangkit akibat daripada laporan insiden tersebut.

Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, rang undang-udang ini jangka menyediakan asas perundangan bagi memastikan pihak yang membangunkan, menyediakan atau menggunakan sistem AI mempunyai tanggungjawab yang bersesuaian untuk kenal pasti, menilai dan juga mengurus risiko. Ini termasuk keperluan untuk mengambil langkah pencegahan dan mitigasi yang bersesuaian serta memastikan tindakan pembetulan dapat dilaksanakan sekiranya berlaku insiden. Kegagalan sistem atau kemudaratan yang berkaitan dengan penggunaan AI.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, pendekatan itu juga melihat kepada selepas kita mendapat laporan-laporan yang membawa kepada perhatian kita berlaku masalah sekian-sekian. Kita nak juga melihat bagaimana kita boleh mengambil tindakan untuk mencegah ia nya daripada terus berlaku. Jadi, ini adalah sebahagian daripada proses yang dilihat dan dirangkumi di dalam rang undang-udang yang akan dibentangkan kemudian.

Sementara menunggu RUU ini dimuktamadkan, kerajaan terus melindungi rakyat melalui penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada. Yang Berhormat, kita ada beberapa undang-undang dan saya bagi senarai. Isu penipuan dan deepfake yang dibangkitkan Yang Berhormat ditangani di bawah Kanun Keseksaan Akta 574 dengan sokongan daripada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan ataupun singkat NSRC Tuan Yang di-Pertua dan RUU atau Rang Undang-undang Jenayah Siber 2026. Manakala aspek manipulasi kandungan serta maklumat palsu dikawal melalui Akta Komunikasi dan Multimedia Tahun 1998 [Akta 588] dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866].

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, data peribadi dikawal selia dan dibawa melalui Akta Perlindungan Data Peribadi yang baru kita pinda tahun yang lalu, yang mengenakan pematuhan dan penalti yang lebih ketat. Manakala pertahanan siber iaitu aspek siber terus diperkukuh dan ini Tuan Yang di-Pertua melalui Akta Keselamatan Siber Tahun 2024 [Akta 854].

Dan ini untuk memastikan bahawa infrastruktur maklumat kritikal negara ataupun NCII Yang Berhormat, kekal selamat daripada ancaman. Maka di situ kita lihat bagaimana kita dah pastikan bahawa entiti-entiti tersebut mewujudkan kerangka

draft • 11:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

sistem siber yang kukuh sebelum berlaku sesuatu masalah dan ini diselenggarakan oleh NACSA melalui peruntukan di bawah Akta Keselamatan Siber.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menerusi Kementerian Digital kekal komited untuk memperkukuhkan ketahanan digital negara menerusi penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada dan kita harap melalui pengenalan RUU Tadbir Urus AI dan ini bagi tujuan kita melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman teknologi baru. Dalam masa yang sama, kita menggalakkan teknologi tersebut digunakan untuk kebaikan semua pihak negara kita. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada sahabat saya lah. Dulu dia hebat dalam bidang undang-undang dan sekarang bercakap tentang bab digital.

Hari ini kita memang bab AI ni kebaikan itu ada tapi keburukan pun ada juga, cuma penggunaan kita sahaja. Jadi sebab itu ya lah, apakah langkah-langkah yang adanya kerjasama antara Bank Negara dan juga dengan industri perbankan untuk menangani soal penipuan kewangan yang dahsyat yang dia menggunakan AI ini dengan wajah palsu termasuk pengesahan identiti mereka seolah-olah itu real sebagainya.

Dan yang keduanya ialah kita mengharapkan supaya soal pembahagian tanggungan kerugian apabila melibatkan mangsa ini tadi, perlu diambil kira juga di dalam kita menggubalkan undang-undang ini. Seterusnya ialah adakah kerajaan bercadang untuk menubuh satu task force bagi membendung penyalahgunaan AI, terutama di dalam pilihan raya negeri ataupun pilihan raya umum nanti.

Saya bimbang juga rakan saya nanti pun gambar dia akan berkepit dengan amoi ka, dengan perempuan mana ka, balik sudah bergaduh. Kita sudah berkempen balik letih-letih, balik bergaduh pula dengan bini pasai apa, dia tengok semua suami dia tu dengan macam-macam. Ini berlaku sekarang. Sekarang saya pun dah dapat gambar macam-macam. Gambar macam-macam. Jadi, sebab itu kita nak minta apakah task force ini walaupun benda ini kita anggap sebagai joke sheet benda yang boleh kita cakap lawak, gurau tetapi benda yang serius. Kadang-kadang boleh meruntuhkan rumah tangga kita juga dan juga hubungan antara parti kita nanti.

Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.

draft • 11:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Bagan Serai.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada sistem perundangan dulu, Tuan Yang di-Pertua memang tahu kerana terlibat secara langsung. Kita ada keadaan di mana berlaku satu masalah, mungkin jenayah ataupun tidak. Tapi kita perlukan ada badan yang dapat siasat, ada badan yang dapat menentukan fakta dan bagaimana ia nya berlaku dan apa tindakan yang perlu diambil secara susulan. Ini berlaku secara fizikal dan kita telah pun berpuluhan tahun mewujudkan sistem yang membolehkan proses ini dilaksanakan, proses undang-undang dan sebagainya.

Dan dalam proses itu Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun mendirikan agensi- agensi yang diperlukan. Kalau ia nya melibatkan bahan kimia, kita ada Jabatan Kimia. Kalau ia melibatkan aspek-aspek kepakaran dan sebagainya, kita lihat kepada badan yang berkepakaran. Sekarang kita lihat kepada semua itu berlaku tapi melalui platform. Jadi, aspek yang kita kena tentukan adalah bagaimana kita dapat pastikan bahawa kita ada kawalan, bagaimana sesuatu platform digital itu dilaksanakan dan diuruskan.

Kemudian kalau kita lihat kepada teknologi baru Tuan Yang di-Pertua, sekarang dengan AI, platform digital itu bergerak dengan pantas. Ia nya mempunyai minda yang sendiri dan sebagainya.

draft • 11:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, ini memerlukan kepakaran, ini memerlukan kerjasama di antara semua kementerian kerana AI itu merentas semua kementerian, semua sektor. Jadi, yang kita kena lihat bagaimana kita dapat bawa perbualan atau perbincangan itu semua kepada satu kementerian atau satu badan yang menentukan hala tuju untuk kita memastikan bahawa kita faham apakah sebenarnya kesan AI ataupun teknologi baru terhadap cara yang kita menangani masalah-masalah dulu, seperti saya sebut tadi dan bagaimana kita boleh membangunkan struktur yang membolehkan negara kita menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Saya setuju, Yang Berhormat. Kalau kita lihat kepada apa yang kita sebut ancaman, risiko AI dan sebagainya, ia nya jauh lebih berat daripada apa yang kita telah pun fikirkan sebelum daripada ini. Jadi, kita perlu melihat kepada aspek itu. Itu sebab Yang Berhormat, menjawab kepada soalan Yang

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Berhormat, kerjasama di antara agensi-agensi itu semua perlu ada. Tapi dalam masa yang sama, agensi-agensi itu juga perlu melihat kepada bagaimana teknologi mempunyai kesan kepada apa yang mereka laksanakan dan bagaimana ia nya mengubah langkah mereka untuk memastikan bahawa keadaan sentiasa terkawal dengan teknologi baru ini.

Itu sebab Yang Berhormat, kita mendirikan AI Malaysia. AI Malaysia adalah tempat di mana kita membawa bersama semua pakar untuk memberikan nasihat kepada kerajaan berkenaan dengan apakah sebenarnya struktur yang sedia ada.

Bagaimana ia nya perlu dinaik taraf untuk ia nya selari dengan keperluan masa iaitu melihat kepada kesan teknologi baru dan juga AI dan sebagainya. Itu sebab saya cukup setuju. Bila kita bincang berkenaan dengan hal ini, ia nya perlu dibincang merentasi semua agensi kerajaan, semua kementerian dan sebagainya dan itu tugas Kementerian Digital.

Yang Berhormat, kalau kita lihat kepada RUU yang dibangkitkan dan saya ucapkan terima kasih. Ini soalan yang cukup baik. Kertas sudah disiapkan, Tuan Yang di-Pertua. Akan dikemukakan kepada Kabinet sebentar lagi tapi ia nya menghuraikan dengan cukup jelas struktur yang terlibat. Kita ada majlis yang akan menasihatkan. Kemudian, kita ada pihak-pihak yang akan memberikan cadangan berasaskan kepada nasihat itu, bagaimana kerajaan boleh membentuk struktur ataupun kerangka perundangan yang diperlukan bagi kita menangani setiap masalah yang dikemukakan.

Kemudian, kita juga perlu melihat kepada agensi-agensi yang fasih dalam bahasa teknologi baru ini dan juga dengan AI dan sebagainya. Kalau ke mahkamah, Tuan Yang di-Pertua. Kita sebagai rakyat ataupun pengamal undang-undang biasa, kita tidak fasih. Jadi, di situ kita kena ada pakar-pakar yang dapat datang ke mahkamah dan memberikan bantuan kepada hakim ataupun pendakwa raya ataupun peguam bela untuk memastikan bahawa aspek-aspek teknologi itu betul kita faham dan masalah itu dapat kita selesaikan. Jadi, ia nya work in progress. Bukan senang Yang Berhormat, kita mendirikan kementerian, kita lihat kepada agensi- agensi dalam masa yang singkat but we are trying our best. Kita harap apabila rang undang-undang ini dibentangkan kelak, kita dapat melihat satu struktur yang cukup jelas. AI kita faham, siapa yang terlibat dalam seluruh proses itu, yang membangunkannya, yang menggunakannya, yang menyebabkan masalah dan sebagainya. Bagaimana kita dapat ambil tindakan, siapa yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan di tempat-tempat atau masa-

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

masa tertentu dan sebagainya. Semua ini dirangkumi dalam rang undang-undang ini. Dan saya harap bahawa ia nya dapat menyelesaikan masalah yang kita lihat hari ini.

Berkaitan dengan soalan pilihan raya. Saya setuju. Itu menjadi satu bahan perbualan di seluruh dunia pada masa ini. Tapi kita lihat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mereka juga melihat kepada sebenarnya apakah pendekatan yang harus diambil. Kita boleh menyediakan kerangka. Kita juga boleh menyediakan sistem- sistem platform yang selamat dan sebagainya. Tapi aspek polisi dan sebagainya, kita akan duduk dan bincang dengan mereka. Dan sama ada atau tidak task force didirikan, saya boleh bawa cadangan itu, saya tidak ada masalah.

Kalau saya— kalau lebih pandangan yang bernas diberikan, kita ambil tindakan, itu okey. Tapi saya akan bawa cadangan tersebut. Dan kalau ada task force, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat supaya daripada pihak sana juga kita mengalu-alukan semua pandangan untuk kita pastikan bahawa akhirnya apa yang kita bentangkan di Parlimen akan menyelesaikan masalah secara keseluruhan untuk kebaikan negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya ingin chip in.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Boleh.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau kita lihat, ya. Bila kita bawa seseorang itu menghadap mahkamah, kita solely akan berdepan dengan pakar dan keterangan. Mungkin lihat juga the Evidence Act, Akta Keterangan itu.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Betul.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Supaya jadi relevant.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Betul.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dan akta ibu sendiri, semua memudahkan pendakwaan dan bagaimana keterangan- keterangan itu dapat membantu, disokong oleh akta keterangan. This is my personal view.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Saya cukup setuju, Tuan Yang di-Pertua. Dan saya ucapkan terima kasih. Ini daripada pengalaman sendiri, Tuan Yang di-Pertua.

Sebab itu saya sebut tadi, undang-undang yang dulu tu perlu kita perkukuhkan lagi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yes.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Akta Keterangan misalnya.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yes.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Akta Kanun Acara Jenayah misalnya dan sebagainya.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yes.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Itu dalam proses sekarang dan saya harap bahawa ia nya dapat kita kemukakan dalam masa terdekat. Terima kasih untuk pandangan tersebut, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Untuk soalan tambahan, saya persilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 11:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Jelutong untuk tanya soalan tambahan. Kita dengar dengan teliti penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu-isu melibatkan kementerian Yang Berhormat dan isu-isu digital.

Soalan saya, menjelang pembentangan Rang Undang-undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI), apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan MADANI bagi memastikan Malaysia bersedia menangani risiko baharu yang timbul daripada model AI termaju ataupun dalam penterjemahannya bahasa Inggeris, frontier AI models dan pelbagai jenis sistem AI yang lain. Mohon Menteri kalau boleh memberi ulasan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, sahabat saya daripada Jelutong. Soalan yang cukup baik kerana kita lihat kita ke arah di mana kemungkinan besar banyak daripada apa yang kita laksanakan itu akan bersandarkan kepada sistem-sistem yang dibina dan frontier models yang disebutkan tadi. Jadi, soal bagaimana kita nak pastikan keselamatan itu harus menjadi satu perkara yang kita halusi.

Ia nya datang balik sekali lagi kepada pakar-pakar yang kita ada di AI Malaysia dan mereka melihat kepada aspek itu dan bagaimana kita dapat pastikan bahawa kita sentiasa faham berkenaan dengan apakah modul-modul yang baru yang akan dikeluarkan dan bagaimana ia nya akan mempunyai kesan kepada sistem atau struktur yang sedia ada.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, saya terima bahawa bergerak ke depan kita sudah pasti akan melihat teknologi ini berubah dengan lebih cepat. Jadi, itu sebab we have to be prepared. We have to make sure, kita perlu pastikan bahawa negara kita mempunyai kepakaran untuk melihat ke arah depan. Itu satu.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan bahawa kita bukan hanya melihat dari sudut negara kita sendiri. Kita juga lihat kepada rantau, negara-negara ASEAN misalnya. Kita ada juga perbincangan berkenaan dengan apakah sebenarnya tingkah laku yang perlu diambil oleh ASEAN secara satu blok untuk memastikan bawah kita apabila menghadapi masalah ini, bila kita bincang berkenaan dengan piawaian, bila kita bincang berkaitan dengan perundangan ataupun apa yang disebut sebagai regulations, dengan izin.

Kita kena pastikan bahawa kita ada perbincangan untuk memastikan bahawa ia nya semua dapat berjalan secara interoperable dan juga serentak dengan negara- negara lain. Kerana kita tidak mahu keadaan di mana setiap negara mempunyai pendekatannya sendiri yang akhirnya membawa kepada keadaan di mana perundangan yang ada itu tidak boleh diguna pakai atau it’s not consistence dengan semua negara bergerak ke depan.

So, secara pokoknya saya setuju itu satu perkara yang cukup penting. Kita sedar teknologi baru akan wujud. Frontier models ini bergerak dengan cepat. Ada perlu untuk kita pastikan kita faham, ada perlu untuk kita pastikan bahawa struktur yang kita bina itu ialah sentiasa boleh bergerak dengan pantas juga untuk memastikan ia nya bersedia untuk cabaran-cabaran baru.

Dan ini adalah sebab kita menubuhkan AI Malaysia dan secara kebesaran ini ialah strategi di sebalik undang-undang yang sedia dan juga RUU yang saya sebut, Tadbir Urus AI yang akan dibentangkan kemudian. Terima kasih, Yang Berhormat daripada Jelutong. Terima kasih, Tuan Speaker.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima. Dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi, Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Sedap sangat buah delima, Soalan Sri Aman nombor 5.

draft • 11:20 AM

5. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Luar Negeri menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang ditahan atau didakwa atas kesalahan berkaitan dadah di luar negara dalam tempoh lima tahun terakhir, negara dengan kes tertinggi serta keberkesanan teknologi pengimbasan di lapangan terbang dalam mengesan dadah dan tahap keselamatan semasa.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Aman atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sedang mengambil berat dan memantau kes-kes konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di luar negara termasuk rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara.

Setakat bulan September 2026, seramai 3,322 orang rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan, di mana 1,588 daripadanya melibatkan kes berkaitan dadah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Jumlah warganegara Malaysia yang ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah semakin meningkat dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dengan lima negara yang mencatatkan kes tertinggi adalah Indonesia, iaitu sebanyak 381, China 380 orang, Singapura 310 orang, Thailand 102 orang dan Jepun 72 orang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan juga kita mempunyai data-data yang komprehensif berkenaan tentang jumlah tahanan mengikut tahun iaitu pada tahun 2024 seramai 1,181 orang rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan dadah. Manakala tahun 2025, 1,303 yang ditahan atas kesalahan dadah dan juga berlaku peningkatan sebanyak 285 orang pada tahun 2026 yang menjadikan jumlah tahanan sebanyak 1,588.

Bagi kes-kes tahanan seumpama ini, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara akan membantu dalam memastikan hak dan kebajikan semua tahanan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terjaga.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini sedar mengenai isu keberkesanan tahap keselamatan semasa di pintu masuk dan keluar negara terutamanya isu keberkesanan teknologi pengimbasan di lapangan terbang antarabangsa Malaysia.

Ia susulan daripada beberapa kes yang dilaporkan di media antarabangsa mengenai penahanan warganegara Malaysia yang terlibat dengan kesalahan membawa masuk dadah ke negara asing melalui pelbagai modus operandi seperti beg bagasi dan kasut yang telah diubahsuai.

Kementerian Luar Negeri percaya bahawa langkah-langkah sewajarnya telah diambil oleh Kementerian Dalam Negeri melalui agensi-agensi penguatkuasaan seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama kementerian dan agensi dalam negara yang berkaitan bagi memastikan kes-kes seumpama ini tidak berulang dan menjadi perhatian media antarabangsa yang akan menjejaskan imej negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang saya rasa agak komprehensif dan agak tuntas. Namun saya ingin mengajukan satu lagi soalan tambahan iaitu adakah atau pun apakah inisiatif diplomatik dan kerjasama yang dilaksanakan oleh KLN termasuk melalui ASEAN dan negara-negara rakan strategik untuk membendung sindiket rentas sempadan dan yang memperdayakan rakyat Malaysia melalui tawaran pekerjaan palsu atau upah membawa bagasi yang mengandungi dadah. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Sememangnya Yang di-Pertua, isu berkenaan tentang keldai dadah ini adalah merupakan satu isu yang sangat serius dan juga untuk makluman Dewan, saya cukup percaya mungkin di antara 222 Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan ini mempunyai masyarakat pengundi dan juga rakyat yang terlibat dan tertipu melalui keldai dadah ini juga.

Dan juga sememangnya terdapat usaha yang telah dijalankan bukan hanya setakat Wisma Putra tetapi pelbagai agensi-agensi yang terdapat di bawah kerajaan, terutama sekali agensi-agensi penguatkuasaan. Dan saya cukup yakin agensi seperti AADK juga mengadakan libat urus bersama dengan rakan-rakan serantau ASEAN.

draft • 11:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tetapi melalui Wisma Putra juga pula Yang Berhormat Sri Aman, kita lebih memfokuskan kepada perkhidmatan setelah menerima laporan atau pun tangkapan daripada rakyat Malaysia yang tertangkap di sempadan atau pun negara-negara asing, kita menyediakan perkhidmatan konsular tersebut, di mana terdapat kriteria- kriteria dan juga langkah-langkah yang diambil untuk menyelamat rakyat Malaysia dan juga memaklumkan kepada keluarga yang terlibat.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Selain daripada itu juga, sememangnya platform berkenaan tentang perbincangan bagaimana sempadan dadah yang merentasi sempadan ini adalah merupakan satu isu yang sangat kompleks kerana melibatkan banyak penguatkuasaan yang perlu dilakukan. Dan berbagai kes-kes yang kita perolehi.

Untuk makluman Dewan, sebenarnya kita mempunyai rakyat-rakyat Malaysia di 50 buah negara. Dan 40 buah negara tersebut adalah merupakan negara yang telah pun menangkap rakyat Malaysia yang terlibat dengan masalah dadah atau pun membawa masuk dadah. Dan juga proses pembawaan dadah ke negara-negara tersebut semakin maju dan semakin apa itu orang cakap, semakin meningkat, menambah baik dari sudut proses penyeludupan tersebut. Sebab itulah kita sering mendengar berita-berita di mana tangkapan-tangkapan yang berlaku di dalam negara.

Walaupun demikian, terdapat juga beberapa perkara yang dilakukan oleh negara-negara jiran atau pun negara-negara yang mempunyai angka-angka data statistik yang tinggi, di mana kita sedang berbincang kerana kita dianggap sebagai negara yang banyak tercatat data yang tinggi, maka penguatkuasaan di negara- negara tersebut semakin meningkat. Dan di situlah kita berusaha untuk menjernihkan keadaan dan juga bahawa penguatkuasaan yang dilakukan di Malaysia ini adalah merupakan penguatkuasaan yang terbaik dan juga masih banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Melalui sudut multilateral yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Sri Aman, kita akan menggunakan platform ASEAN ini untuk memperkukuhkan perbincangan- perbincangan melalui nota-nota yang dapat kita bentangkan di persidangan multilateral pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih Sri Aman.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Speaker. Reputasi negara kita sangat tercalar kerana isu dadah— penyeludupan dadah ini daripada Malaysia

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

melalui Malaysia dan sebagainya. Kita tahu memandangkan Malaysia Airports Holding Berhad telah menjalinkan kerjasama strategik dengan GIP atau Global Infrastructure Partners yang pernah mencetuskan kontroversi dan kebimbangan rakyat berhubung dengan isu Palestin.

Apakah langkah kerajaan untuk memastikan teknologi pengimbasan dan keselamatan lapangan terbang kita benar-benar berkesan mengesan penyeludupan dadah ini di samping menjamin keselamatan data sensitif dan kepentingan negara?

Maknanya kena ada sinergi lah dengan Kementerian Pengangkutan sebab ini melalui udara kan.

Malaysia memeterai Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan dengan Pakistan pada 21 Ogos 2026 baru-baru ini. Soalan saya, dengan negara manakah kerajaan sedang berunding triti yang sama untuk perancangan masa depan, lebih- lebih lagi bila dia tadi beribu-ribu yang disebutkan oleh Menteri tadi ya. 1,181 Malaysians dikait dengan dadah itu tadi.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

So, kementerian menyatakan banduan yang disabitkan perlu menghabiskan hukuman sebelum dihantar pulang dan ada yang dihukum mati. Sedangkan Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 membolehkan mereka menjalani baki hukuman di Malaysia. So, bagaimana dia punya status sekarang ini, triti antarabangsa?

draft • 11:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat berkenaan tentang isu yang dibangkitkan. Walaupun demikian, sememangnya kita mengakui bahawa terdapat tangkapan dan juga data pun menunjukkan hampir 1,500 tangkapan rakyat Malaysia di 40 buah negara di luar dan ini adalah menunjukkan berlakunya ketirisan atau pun kepincangan pintu masuk dan juga pintu keluar di sempadan awal kita, terutama sekali di lapangan terbang.

Walaupun demikian, tercatat pelbagai kaedah-kaedah seperti yang saya nyatakan bahawa penyeludupan dan juga penghantaran dadah ini semakin kompleks di mana bukan hanya setakat lapangan terbang tetapi terdapat juga isu- isu berkaitan tentang pelabuhan dan juga pelbagai pintu-pintu masuk atau pun jalan- jalan tikus yang melepasi sempadan kita.

Berkenaan tentang proses pengimbasan yang berteknologi tinggi ini pula, sememangnya itu adalah di luar kawalan Wisma Putra tetapi saya cukup yakin bahawa pihak KDN atau pun Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan

draft • 11:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

komprehensif berkenaan tentang isu pengimbasan dan juga agensi-agensi yang diberikan kuasa atau pun penguatkuasaan terutama sekali Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan.

Berkenaan tentang isu perundangan dan juga triti yang telah ditandatangani kita sememangnya mempunyai satu libat urus melalui our — melalui duta-duta atau pun diplomatic corps kita dengan izin berkenaan tentang perbincangan pemindahan pesalah-pesalah yang mendapatkan tindakan perundangan sebagai contoh negara seperti Thailand, negara seperti Indonesia, di mana mereka juga mempunyai pesalah-pesalah yang berlaku di dalam negara kita dan juga kita mempunyai pesalah-pesalah, terutama sekali yang melibatkan dadah.

draft • 11:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Langkah-langkah ini akan kita perhaluskan dan juga kita di dalam satu proses perbincangan. Walaupun demikian, Yang Berhormat saya ingin mengambil kesempatan ini adalah untuk mengingatkan kepada masyarakat luar dan juga di dalam Dewan untuk kita menguar-uarkan agar rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati dan juga kita memohon agar rakyat Malaysia yang keluar dan juga membuat perjalanan ke luar negara ini untuk berdaftar dengan sistem e-Konsular kita supaya untuk mudah kita membantu dan juga menyelamat dan juga memberikan nilai tambah kepada perjalanan-perjalanan mereka.

Selain daripada itu juga, isu-isu berkenaan tentang keldai dadah ini adalah merupakan satu isu yang sangat-sangat berbahaya dan juga melibatkan banyak jaringan-jaringan jenayah di seluruh dunia. Maka saya memperingatkan terutama sekali golongan-golongan yang mudah terperangkap dan juga mempunyai desakan untuk mendapatkan kewangan untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti keldai dadah ini.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.

draft • 11:40 AM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, soalan Pekan nombor 5, maaf. Soalan Pekan nombor 6.

draft • 11:40 AM

6. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan statistik pulangan ekonomi hasil penganjuran MAHA dan sejauh manakah penganjurannya memberikan manfaat yang menyeluruh kepada sektor berskala kecil khususnya petani, penternak, nelayan dan usahawan agromakanan tempatan, termasuk dari aspek peningkatan pendapatan, akses pasaran dan peluang perniagaan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa komited untuk memastikan manfaat dan peluang perniagaan yang terhasil daripada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia

(MAHA) 2026 menyumbang kepada sektor berskala kecil khususnya petani, penternak, nelayan dan usahawan agromakanan tempatan.

Program Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia

(MAHA) 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos sehingga 6 September 2026 mencatatkan nilai jualan sebanyak RM73.08 juta berbanding sasaran jualan sebanyak RM58 juta. Antara kejayaan lain ialah nilai padanan perniagaan, business matching semasa MAHA trade days yang berlangsung dari 1 sehingga 3 September 2026 dengan nilai padanan berjumlah RM714.4 juta antara pembeli dari dalam dan luar negara dengan pengeluar dan pembekal tempatan.

Outcome dan impact daripada penganjuran MAHA 2026 bukan bersifat sementara, tetapi dalam jangka masa panjang dapat menjadi satu platform pendedahan kepada sektor berskala kecil khususnya petani, penternak, nelayan dan usahawan agromakanan tempatan yang ingin mengembangkan potensi mereka dengan pendedahan kepada teknologi baharu serta akses kepada latihan, pembiayaan dan inisiatif KPKM yang tersedia. Contohnya, akses pembiayaan daripada AgroBank dan Program Agropreneur NextGen (PAN) yang menyediakan geran start-up sehingga RM30,000 dan geran skill-up sehingga RM50,000.

Di peringkat pengeluaran dan padanan pasaran, pendekatan ini diperkukuh melalui Projek Rantaian Pembekalan dan Pengedaran Agromakanan (RANTAI).

Antara mekanisme padanan pembekalan yang dilaksanakan ialah Program Pengembangan Rangkaian Pemasaran Hasil Pertanian (Agrimatch) bagi memadankan pengeluaran hasil pertanian dengan permintaan pasaran serta menghubungkan pengeluar dengan pemasar secara lebih terancang.

Sehingga 31 Ogos 2026, Agrimatch melibatkan 130 peserta dengan jumlah pemasaran hasil sebanyak 1,268 tan metrik yang bernilai RM1.54 juta. Pendekatan ini membantu memastikan hasil pertanian mempunyai akses pasaran yang lebih terancang dan berterusan.

Di peringkat peruncitan dan pengguna, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyediakan saluran pemasaran terus melalui rangkaian outlet seperti pasar tani, pasar tani kekal, AgroBazaar Rakyat, AgroBazaar Kedai Rakyat, K-Shop, kedai buah-buahan segar dan Karavan Tani. Sehingga 31 Ogos

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

2026, FAMA merekodkan sebanyak 1,484 outlet pemasaran di seluruh negara.

Manakala nilai jualan keseluruhan bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Ogos 2026 berjumlah RM1.533 bilion.

KPKM akan terus menyokong sektor bersekala kecil di bawah Pelan Tindakan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 melalui agensi seperti FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang akan menyediakan latihan bimbingan, promosi produk serta program galakan pasaran yang memfokuskan pengembangan pasaran pengusaha kecil, khususnya dari kalangan B40 dan ke bawah, supaya golongan ini dapat menjana pendapatan yang stabil, berdiri sendiri dan menjadi model kepada golongan sasar yang lain.

Sekian terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pekan.

draft • 11:40 AM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih di atas penjelasan Timbalan Menteri tersebut. Pekan ingin mengetahui sejauh manakah MAHA berjaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengunjung, khususnya bagi golongan muda mengenai teknologi pertanian moden, peluang kerjaya dalam sektor agromakanan serta kepentingan keterjaminan makanan negara. Dan apakah hasil penilaian yang membuktikan keberkesanan program tersebut, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, yang bukti untuk membuktikan bahawa ramai golongan belia tertarik itu adalah melalui beberapa program yang memang kita nak fokus kepada menarik perhatian golongan pertanian muda untuk adaptasi teknologi moden seperti yang dipaparkan oleh LPP, Lembaga Pertubuhan Peladang okey, di mana mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir juga menghadiri di reruai dekat LPP tersebut untuk tengok sendiri rekaan dan ciptaan mesin-mesin pertanian yang dicipta oleh usahawan tempatan.

Ini salah satu contoh yang di mana kita nak menerapkan unsur teknologi moden dan menunjukkan ini kepada golongan belia supaya golongan belia tertarik untuk masuk dan menceburi dalam bidang pertanian. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih— pokok— Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan pantun sebelum soalan.

Pokok pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh rasa jauh di hatiku, Tak dapat soalan lisan, dapat soalan tambahan. Kejayaan kita baru-baru ini kita tengok penganjuran...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan, terus kepada soalan.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey terus kepada soalan. Baru- baru ini Menteri Pertanian telah menguar-uarkan dengan penuh bangga kejayaan MAHA. Jadi, kita hendak tahu kesan daripada perjanjian— daripada program MAHA ini MoU dan juga nilai potensi, jumlah pengunjung yang panjang. Apa kesan dapat kepada petani, nelayan dan juga agensi yang berkaitan dengan kementerian ini?

Jadi, berapa peratuskah daripada keseluruhan nilai transaksi dan pelaburan yang diumumkan melalui MAHA telah benar-benar direalisasikan? Dan berapa peratuskah daripadanya dinikmati secara langsung oleh pengusaha kecil? Adakah kementerian bersedia membentangkan laporan penilaian impak ekonomi, penilaian impak ekonomi MAHA secara terbuka, termasuk kos penganjuran, pengulangan sebenar serta peningkatan pendapatan peserta supaya kejayaan MAHA dinilai berdasarkan manfaat kepada rakyat dan bukannya angka promosi semata-mata.

Sekian terima kasih, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih, soalan ini sebenarnya dia berpusing- pusing dengan soalan yang induk itu. Iaitu secara direct, secara terusan apa yang kita dapat nilai jualan sebanyak RM73.8 juta. Itu transaksi yang berlaku sepanjang masa berlakunya MAHA. So, itu yang telah dijawab yang tadi itu. Itu lain berbanding dengan nilai-nilai MoU yang telah ditandatangani sepanjang yang MAHA ini. Kalau soalan yang YB ini dia merujuk kepada bagaimana berapa nilai MoU yang RM10.35 bilion ini akan diterjemahkan, saya berikan contoh. Ini seperti contoh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Ada satu MoU bersama dengan China Guizhou Phosphate Chemical Group Co. Ltd. dan juga Jiangsu Chemical Design Institute yang berjumlah RM1.5 bilion.

Ini untuk pembangunan kilang-kilang baja yang dipunyai oleh NAFAS. Ini merupakan satu contoh bagaimana melalui yang petani kecil ini melalui NAFAS dan NAFAS melabur dalam sektor pembajaan.

So, ini sesuatu yang menunjukkan macam mana MoU ini boleh mengaitkan dengan kebaikan yang boleh peroleh oleh petani. Dan kalau untuk yang soalan- soalan selanjutnya, saya— mungkin saya mengesyorkan YB boleh cari YB Rasah untuk memasukkan ini tajuk macam mana hendak menilai, okey ini pulangan daripada MAHA ini melalui Jawatankuasa Pilihan Khas. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Dr. Haji Alias bin Razak, Kuala Nerus.

draft • 11:40 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Puan Speaker.

*Tak lama lagi musim tengkujuh, MP Pembangkang tiada peruntukan; Soalan Kuala Nerus nombor tujuh, Harap Menteri tolong jawabkan.

[Tepuk]*

draft • 11:40 AM

7. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan indikator dan pencapaian utama fasa jangka pendek 2025-2026 Blueprint Ekonomi Kitaran Sisa Pepejal 2025-2035 serta trajektori sasaran yang digunakan bagi memastikan pelaksanaannya kekal di landasan sehingga 2035.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kementerian ini memanglah kita komited untuk memperkukuhkan agenda kemampanan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat, dan kelestarian alam sekitar.

Komitmen ini diterjemahkan melalui usaha mentransformasi pengurusan sisa pepejal negara daripada pendekatan ekonomi linear kepada yang berasaskan kepada konsep guna dan buang kepada ekonomi kitaran yang mengutamakan kecekapan penggunaan sumber, pengurangan penjanaan sisa, penggunaan semula dan kitar semula dan pemerolehan semula sumber yang masih mempunyai nilai-nilai ekonomi.

Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah pun melancarkan Blueprint Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal di Malaysia 2025–2035 sebagai hala tuju strategik kita mempercepatkan peralihan negara kepada pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan. Blueprint ini menggariskan lima tonggak strategik dan 20 inisiatif ekonomi kitaran merangkumi aspek tadbir urus dan perundangan, garis panduan dan prosedur, pendigitalan dan teknologi, infrastruktur dan fasiliti serta penciptaan pasaran.

Bagi jangka masa pendek sepertimana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat tentang pencapaian utama, pertama Yang Berhormat, pertama adalah pengukuhan tadbir urus dan jua perundangan di mana kita telah pun menubuhkan Majlis Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal Negara ataupun National Circular Economy Council (NCEC) yang telah pun bersidang sebanyak empat kali dan juga merupakan

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

sebagai platform penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan blueprint ini. Dan selain daripada itu, kita juga melaksanakan kajian kebolehlaksanaan rang undang- undang ekonomi kitaran bagi sisa pepejal yang telah pun― dan pada masa kini juga dalam proses penelitian bagi memperhalusi cadangan penggubalan perundangan- perundangan yang berkaitan.

Kedua, pelaksanaan peluasan tanggungjawab pengeluar (extended producer responsibility – EPR) di mana kita membangunkan kerangka polisi EPR bagi sisa pembungkusan meliputi plastik, logam, kertas, kaca, dan juga kotak minuman dengan sasaran pelaksanaan mandatori akan berlangsung pada tahun 2030 tertakluk kepada kesiapsiagaan industri dan infrastruktur sokongan.

Pada waktu ini, Tuan Yang di-Pertua, kita masih memberikan mereka secara sukarela, belum secara mandatori. Dan KPKT juta telah turut membangunkan sistem pangkalan data MyEPR yang dijangka akan mula beroperasi pada Disember 2027 untuk kita memperkukuhkan lagi pelaporan dan juga pemantauan data pembungkusan.

Ketiga, pemerkasaan infrastruktur kitar semula di mana pada ketika ini sehingga Ogos 2026, sebanyak 6,256 fasiliti pengitaran semula telah pun direkodkan di seluruh negeri yang menerima pakai Akta 672. Dan KPKT turut memperkasakan inisiatif penyediaan― fasiliti penyediaan kitar semula yang dibuat, Yang di-Pertua, di pusat-pusat membeli belah dengan secara berfasa.

Yang keempatnya, pembudayaan amalan kitar semula di mana kita telah pun melancarkan kempen kitar semula pada tahun 2026 dengan bertemakan “Daripada Sisa kepada Sumber”, iaitu pada 24 Jun 2026 dan pada masa yang sama, kita perluaskan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) melalui pelbagai inisiatif di bawah SWCorp.

Yang kelimanya, penambahbaikan mekanisme pengukuran, di mana kita meneliti pendekatan analisis aliran bahan bagi memperkukuhkan mekanisme pengumpulan dan pengesahan data serta meningkatkan lagi ketepatan pengukuran aliran bahan kitar semula. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, KPKT juga telah menggariskan sasaran pengalihan sisa pepejal daripada tapak pelupusan secara berperingkat iaitu pada tahun 2025 42 peratus; menjelang 2030, 48 peratus; dan menjelang 2035 adalah 53 peratus. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus.

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Puan Speaker dan terima kasih Timbalan Menteri yang telah menjawab begitu komprehensif.

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Cumanya, dalam Blueprint Ekonomi Kitaran Sisa Pepejal 2025–2035, kementerian menyasarkan pelaksanaan extended producer responsibility (EPR) secara mandatori menjelang 2030. Namun, pelaksanaannya semestinya memerlukan kesiapsiagaan infrastruktur pengumpulan, pengasingan dan pemprosesan sisa yang mencukupi.

Dalam Belanjawan 2027, peruntukan pembangunan bagi pengurusan sisa pepejal adalah sekitar RM317.6 juta sahaja. Justeru, berapakah peruntukan khusus yang disediakan bagi pembangunan infrastruktur EPR — infrastruktur sokongan EPR dan adakah kerajaan merancang insentif fiskal atau geran padanan bagi menggalakkan pelaburan industri sebelum pelaksanaan mandatori pada 2030?

Juga, pelaksanaan EPR juga merupakan antara instrumen utama dalam Blueprint Ekonomi Kitaran Sisa Pepejal 2025–2035. Namun, masih terdapat negeri termasuk Terengganu yang belum menerima pakai Akta 672 sedangkan pelaksanaan...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Dua baris saja lagi— sedangkan pelaksanaan EPR turut berkait dengan peruntukan di bawah akta tersebut. Justeru, bagaimana kementerian memastikan pelaksanaan EPR dapat diperluaskan secara menyeluruh di negeri-negeri yang belum menerima pakai Akta 672 khususnya dalam aspek penguatkuasaan, pembiayaan dan penyelarasan pengurusan sisa antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bangun

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, memanglah kementerian ini komited untuk kita memastikan pelaksanaan peluasan tanggungjawab pengeluar ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara, termasuklah negeri-negeri yang masih belum mengguna pakai Akta 672.

Dan sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi kita sedang membangunkan, kita telah pun membangunkan dan sentiasa menambah baik kerangka polisi EPR bagi sisa pembungkusan sebagai asas pelaksanaan EPR secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan mandatori pada tahun 2030. Dan perlu diingat, tadi ada disebutkan berapa peruntukan.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan EPR ini adalah berasaskan kepada prinsip tanggungjawab pengeluar. Oleh itu, daripada aspek pembiayaan, iaitu pihak pengeluar bertanggungjawab membiayai aktiviti pengumpulan dan pemerolehan semula sisa produk pascapenggunaan sepertimana sisa pembungkusan melalui mekanisme EPR tanpa memindahkan beban kewangan itu kepada sama ada pihak berkuasa tempatan ataupun pihak kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

Daripada aspek penyelarasan, Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui Majlis Ekonomi Kitaran akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri, dengan pihak berkuasa tempatan dan juga pihak pemain industri untuk kita menyelaraskan aspek-aspek dasar, infrastruktur, mekanisme pengumpulan, pelaporan data serta pemantauan pelaksanaan EPR mengikut kesesuaian dan bidang kuasa negeri masing-masing. Dan juga dalam merangka penyediaan rang undang-undang kitar semula tadi maknanya kita tidak saja bergantung kepada Akta 672. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Shah Alam.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kita memang mengalu-alukan kempen kitar semula yang dilaksanakan oleh kementerian baru-baru ini. Namun, saya ingin bertanya sejauh manakah pihak pengurusan pusat membeli belah ini mampu untuk menterjemahkan peranan mereka secara efektif bersama dengan kesedaran daripada orang ramai? Kerana kalau kita lihat di negara-negara maju walaupun mereka ada program ataupun inisiatif seperti Cash for Trash di Jerman, Ireland, Turkiye, Pay-As-You-Throw di Korea Selatan, mereka hanya boleh meningkatkan kadar kitar semula itu ke tahap 90 peratus apabila ia nya dikuatkuasakan.

Jadi, saya ingin bertanya, adakah kerajaan membiarkan kebijaksanaan ataupun kreativiti di peringkat pusat membeli belah ini sebagai rakan strategik ataupun ada langkah-langkah seterusnya sehingga kita juga boleh meningkatkan kepada kadar 90 peratus dengan kaedah penguatkuasaan undang-undang? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pemerkasaan infrastruktur kitar semula, sepertimana yang saya sebutkan tadi, sehingga Ogos 2026 kita dah ada 6,256 fasiliti pengitaran semula. Adapun yang kita bekerjasama dengan pihak pusat beli-belah ini Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana kita melihat pusat beli-belah ini boleh saja berperanan sebagai hab kitar semula komuniti sebab masyarakat pergi ke situ.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Sebab itu, kita juga mengadakan kempen kitar semula yang saya sebutkan tadi untuk supaya, Tuan Yang di-Pertua, penyediaan fasiliti dapat bergerak bersama dengan kerajaan, pusat beli-belah dan pada masa yang sama, kesedaran daripada para pengguna semua, jadi kita boleh menjadikan budaya kitar semula ini menjadi satu budaya kehidupan rakyat Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Port Dickson.

draft • 11:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih, Puan Speaker. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:50 AM

8. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan keluasan tanah pertanian dan sawah yang telah ditukarguna kepada pembangunan sepanjang lima tahun terakhir, termasuk tanah yang masih berstatus pertanian tetapi tidak lagi diusahakan, serta langkah kerajaan melindungi kawasan sawah strategik daripada terus berkurangan bagi menjamin bekalan beras dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius isu penyusutan keluasan tanah pertanian dan sawah negara kerana perkara ini merupakan di antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pengeluaran pertanian termasuk padi dan beras.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Dalam tempoh lima tahun, iaitu dari 2021 sehingga tahun 2025 seluas 3,598 hektar phase paddy di kawasan jelapang padi telah ditukar guna bagi tujuan pembangunan. Penukargunaan ini melibatkan pelbagai tujuan antaranya pembangunan kawasan perumahan, pembinaan projek laluan rel, projek komersial dan pembangunan kemudahan awam lain seperti sekolah, inap desa dan aktiviti ekonomi.

Bagi melindungi kawasan tanah sawah daripada terus berkurangan, pengezonan kawasan pertanian telah dilaksanakan di peringkat negeri termasuk kawasan jelapang padi. Walau bagaimanapun langkah ini masih belum mencukupi untuk mengawal penyusutan tanah sawah secara menyeluruh khususnya apabila melibatkan tanah milik persendirian yang tertakluk kepada proses dan pertimbangan penukar gunaan tanah di peringkat negeri.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Sehubungan dengan itu, pewartaan kawasan tanah sawah sebagai kawasan yang dilindungi merupakan di antara langkah penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan keluasan kawasan penanaman padi dapat dikekalkan. Usaha ini penting untuk melindungi kawasan pengeluaran padi negara, meningkatkan kemampanan sektor agromakanan dan seterusnya memperkukuh keterjaminan makanan negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Port Dickson.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Kita sedia maklum bahawa minat golongan muda yang kurang dan pulangan yang rendah menjadi punca tanah tidak lagi diusahakan. Kita perlu melihat isu ini secara kolektif agar tanah pertanian tidak terus terbiar akibat pulangan yang rendah.

Puan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Apakah tanaman bernilai tinggi yang dikenal pasti melalui kajian-kajian yang dibuat di institusi pertanian negara yang berpotensi memberikan pulangan lumayan di kawasan yang terhad, sekali gus dapat menarik minat petani muda dan pesawah untuk mengusahakannya dan apakah insentif dan bantuan modal yang disediakan kementerian untuk menggalakkan petani muda serta pesawah untuk mula mengusahakan tanaman tersebut bagi mengoptimumkan tanah sawah yang tidak diusahakan dan tanah pertanian yang terbiar? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih kepada soalan yang ditanya oleh Port Dickson. Di antara tanaman yang bernilai tinggi yang telah dikenal pasti dapat memberikan pulangan lumayan serta menarik minat golongan belia dan golongan muda untuk mengusahakannya adalah seperti contoh-contoh yang tersebut.

(i) tanaman herba dan rempah ratus seperti halia, kunyit hitam, misai kucing dan roselle;

(ii) sayuran premium seperti tomato dan timun jepun;

(iii) tanaman buah-buahan premium seperti melon; dan

(iv) tanaman cendawan.

Ini di antara contoh-contoh tanaman. Tanaman ini berpotensi diusahakan secara intensif dengan menggunakan teknologi moden seperti fertigasi, hidroponik dan pertanian persekitaran terkawal (controlled environment agriculture) serta mengoptimumkan penggunaan ruang meningkatkan produktiviti dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

draft • 12:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk bantuan modal yang selalu kita sebut ada program Agropreneur NextGen (PAN) yang kita memberikan RM30,000 sebagai start-up dan kalau scale- up RM50,000 grant in- kind diberikan kepada golongan muda. Pada masa yang sama kita juga menyediakan kemudahan pembiayaan bagi menyokong pembangunan usahawan melalui program Agrotvet yang menawarkan pembiayaan di antara RM1,000 sehingga RM5,000 pada kadar keuntungan 4.75 peratus setahun dengan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun tanpa cagaran. Program ini oleh Agrobank ini menyasarkan graduan TVET yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun. Sekian terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 12:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri kerajaan sebelum ini telah mengumumkan rancangan pembukaan kawasan tanaman padi baru berskala besar khususnya di Sabah, di Sarawak dan Johor bagi tujuan untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan.

Soalan saya, berapakah keluasan sebenar yang telah siap dibangunkan, mula ditanam dan berjaya menghasilkan tuaian sehingga kini? Berbalik soalan utama saya yang kedua, satu perkara lagi tentang isu perlindungan kawasan tanah sawah yang dikekalkan untuk bekalan beras negara seperti soalan utama. Sebagai contoh pengorbanan negeri Kedah dalam mengekalkan 119,000 hektar kawasan sawah padi dan 160,000 kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda wajar diberi balasan melibatkan insentif kewangan daripada Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Kedah juga terus memperjuang permohonan untuk mendapatkan insentif fiskal...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 12:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sebanyak RM200 juta setahun daripada Kerajaan Pusat sebagai pampasan menjaga kawasan sawah daripada ditukarkan kepada kawasan pembangunan ataupun perindustrian. Soalan saya, adakah kerajaan menerusi Belanjawan 2027 bercadang untuk memperkenalkan insentif khas kepada pemilik tanah di kalangan para pesawah dan Kerajaan Negeri Kedah itu sendiri yang terus mengekalkan kawasan sawah produktif, khususnya di kawasan jelapang padi strategik sebagai pampasan terhadap peluang pembangunan yang terpaksa dilepaskan. Sekian terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey terima kasih. Untuk menjawab soalan yang panjang ini saya cuma memberikan contoh. Untuk keluasan tanah sasaran baru.

Saya ambil contoh untuk di Sarawak 14,000 hektar telah dikenal pasti. Ini yang telah

draft • 12:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

diumumkan pada awal Oktober tahun ini. Tujuan atau sasaran untuk yang di Sarawak ini dia nak mencapai 60 peratus sasaran tahap sara diri menjelang 2030 untuk mencapai 60 peratus. Maksud dia yang 14,000 hektar yang dikenal pasti yang baru ini sasaran dia adalah mencapai 60 peratus SSR untuk Sarawak. Ini salah satu contoh untuk penerokaan tanah yang baru untuk penanaman sawah.

Untuk isu pampasan yang selalu dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen dari sebelah Kedah ini, saya menyarankan bahawa sekarang Kerajaan Pusat melalui KPKM kita ada satu program— nama dia Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN). Setiap tahun sejak Kerajaan MADANI ditubuhkan, setiap tahun ada RM300 juta khasnya untuk program ini dan atas prinsip dan semangat Persekutuan, kerjasama dengan kerajaan negeri.

Kalau Kerajaan Negeri Kedah nak perlukan sebarang pampasan kah atau nak memberikan keutamaan kepada sebarang program yang tertentu yang mengenai dengan sawah padi ini boleh dicadangkan melalui mekanisme PPAN.

PPAN ini akan dibuka mulai bulan depan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.

draft • 12:00 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft • 12:00 PM

9. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah khidmat bimbingan agama dan kaunseling sukarela yang disediakan kepada mahasiswa berkaitan isu LGBT.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan nombor 9 hari ini bersekali dengan pertanyaan nombor 10 oleh Yang Berhormat Pasir Salak pada 18 November hari Rabu kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan isu LGBT di institusi pendidikan tinggi.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 12:00 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Jadi, KPT kita sentiasa ambil berat tentang kesejahteraan emosi, psikologi dan juga pembangunan sahsiah secara holistik dalam kalangan mahasiswa di IPT seluruh negara. Jadi, dalam mendepani pelbagai cabaran sosial dan juga psikologi masa kini termasuk isu-isu berkaitan dengan LGBT, KPT melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, universiti awam dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menyediakan mekanisme sokongan

draft • 12:00 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

berterusan secara profesional, sukarela dan berhemah menerusi pertama perkhidmatan kaunseling profesional.

Di IPT sendiri, mereka menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling secara suka rela, sulit dan juga berasaskan keperluan pelajar yang memerlukan sokongan berkaitan dengan isu yang dihadapi oleh mereka. Di universiti awam perkhidmatan ini disediakan melalui pusat kaunseling di— bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang dikendalikan oleh pegawai psikologi dan kaunselor yang berdaftar.

Pendekatan profesional dan tanpa prejudis ini digunakan untuk kita bantu mahasiswa menguruskan kesejahteraan mental serta emosi mereka dengan lebih baik.

Kedua, adalah khidmat bimbingan agama dan juga kerohanian ini bagi mahasiswa yang beragama Islam, bimbingan kerohanian sentiasa disediakan menerusi Pusat Islam di universiti.

draft • 12:00 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Pegawai hal ehwal Islam sedia menawarkan khidmat nasihat, usrah dan juga bimbingan fardu ain kepada mahasiswa yang tampil secara sukarela. Selain itu, panduan dan nasihat yang berkaitan dengan fahaman agama, nilai dan akhlak juga turut kita sediakan dengan pendekatan yang berteraskan nilai kasih sayang, rahmah dan nasihat yang berhikmah serta bimbingan yang berlandaskan pada syariat.

Ketiga, program kerohanian, pembangunan sahsiah dan juga psikososial.

Program kerohanian dan pembangunan sahsiah, serta program psikologi dan kesejahteraan mental sebenarnya memberi pengukuhan nilai, kefahaman terhadap kepercayaan, pembangunan kendiri, pengurusan emosi, kemahiran daya tindak dan juga kesejahteraan psikososial secara keseluruhan untuk mahasiswa kita.

Kerjasama strategik dalam sektor contohnya, pendidikan kesihatan dan advokasi sosial. KPT, kita turut merangka gerak kerja advokasi dan bimbingan melalui kerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan.

Fokus utamanya adalah untuk kita berikan kesedaran berkait dengan kesihatan, pendidikan reproduktif dan mempromosikan gaya hidup sihat bagi mengelakkan mahasiswa terjebak dengan tingkah laku yang ada risiko.

Antara inisiatif yang kita laksanakan termasuklah kerjasama bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Yayasan AIDS Malaysia, Country Coordinating Mechanism Malaysia bagi melalui program kesedaran secara

draft • 12:10 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

berterusan untuk kita beri penerangan yang tepat mengenai risiko kesihatan berkaitan dengan tingkah laku yang berisiko serta juga pencegahan penyakit berjangkit.

Begitu juga, kita ada kerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui pelaksanaan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosio-pekerti bagi membimbing mahasiswa mengenai kesedaran identiti, pengurusan emosi, batas pergaulan yang sihat dan juga pengukuhan jati diri. Pelaksanaan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja

(PROSTAR) di IPT yang turut diperkasakan di kampus untuk kita latih mahasiswa untuk menjadi pembimbing rakan sebaya mereka dalam menyebarkan mesej gaya hidup sihat, memberikan sokongan moral, serta meningkatkan kesedaran tentang risiko kesihatan berkait dengan tingkah laku-tingkah laku yang berisiko.

Secara keseluruhannya, KPT kita sentiasa bersedia untuk menyantuni para pelajar yang memerlukan bimbingan melalui pelbagai pendekatan yang bersesuaian tanpa prejudis untuk kita pastikan mahasiswa kita kekal berdaya saing dalam persekitaran kampus yang kondusif, selamat untuk semua dan juga sejahtera.

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baling.

draft • 12:10 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, selain pendekatan bimbingan dan kaunseling, penguatkuasaan disiplin universiti perlu dipertegas terhadap salah laku seksual, kelakuan tidak senonoh serta pelanggaran etika berpakaian, termasuk lelaki yang berpakaian menyerupai perempuan, sekiranya melanggar peraturan kampus.

Apakah tindakan tegas KPT terhadap mahasiswa dan kakitangan universiti yang terbukti menganjurkan atau mempromosikan atau menyebarkan aktiviti berkaitan LGBT yang melanggar peraturan universiti dan apakah bentuk hukuman dan tatatertib yang boleh dikenakan kepada mereka?

draft • 12:10 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Yang Berhormat, setiap universiti dia ada statut masing-masing yang menggariskan bentuk hukuman terhadap sebarang kesalahan di bawah peraturan universiti.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Cuma, kita harus balik kepada pokok persoalan yang juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat iaitu bagaimana kita membimbing individu, rather than kita melihatnya sebagai satu perkara yang harus semata-mata dihukum.

draft • 12:10 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Kita ada banyak kes, di mana berlaku bila kita cuba untuk bantu, pendekatan yang lebih berhikmah, kerisauan dalam kalangan mahasiswa itu sendiri, soal identiti mereka didedahkan dan sebagainya. Jadi, itu mengganggu proses— dan juga proses kita menyantuni dan juga membantu mereka.

Kedua, di Malaysia, kita sentiasa tertakluk kepada undang-undang, termasuk pelajar-pelajar universiti, turut ada undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan juga undang-undang kesalahan jenayah syariah negeri. Jadi, semuanya tertakluk kepada undang-undang tersebut. Universiti atau mana-mana pihak sentiasa akan bertindak berlandaskan kepada undang-undang tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya pada Timbalan Menteri. Berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kementerian bagi memperkukuhkan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kerohanian di IPT? Serta adakah bilangan kaunselor yang sedia ada ini mencukupi berbanding jumlah mahasiswa?

Soalan saya yang kedua. Adakah kementerian bercadang untuk memperkukuhkan kerjasama dengan JAKIM, jabatan agama negeri dan pakar psikologi bagi membangunkan modul bimbingan semula yang berasaskan ilmu?

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk di universiti awam, kalau mengikut data yang kita ada untuk bilangan pegawai psikologi di universiti awam, mengikut portfolio mereka, setakat ini di (HEPA) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni iaitu ada seramai 183 orang. Untuk di bawah pendaftar, 30 orang; pusat kerjaya, 11 orang dan hospital pengajar serta fakulti seramai 25 orang.

Keseluruhan sekarang ini kita ada 249 orang. Kita memang sentiasa bekerjasama dengan semua pihak. Tidak terhad kepada hanya jabatan atau agensi berkait dengan hal ehwal agama. Tapi juga seperti yang kita sebut tadi, berkait dengan juga agensi-agensi yang menjaga sektor kesihatan, undang-undang dan juga kita tidak tolak kerjasama yang berkait dengan contohnya, NGO-NGO yang bekerjasama di luar sana. Tapi dari semasa ke semasa, kita sentiasa adakan program-program yang bertujuan untuk mendidik, membimbing dan membantu melenturkan mahasiswa kita di universiti.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam satu tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Dasar dan diputuskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul mengenai Anggaran Pembangunan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 2 November 2026.”

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:16 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Saya mohon menyokong.

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:16 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, saya ada— untuk makluman Dewan. Terima kasih Speaker. Saya membawa satu usul iaitu merujuk Tambun ataupun Perdana Menteri untuk di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) berkaitan dengan jawapan Perdana Menteri pada 20 Oktober 2026 yang lalu.

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, usul-usul itu perlu dihantar ke pejabat Tan Sri Speaker.

draft • 12:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya dah hantar...

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dan bukan dibawa di Dewan.

draft • 12:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...iaitu berkaitan dengan mafia korporat...

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 12:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...yang mengatakan Menteri dah bawa perkara itu kepada mahkamah.

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat boleh hantar ke pejabat Tan Sri Speaker.

draft • 12:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya dah hantar. Jadi, minta satu pertimbangan yang sewajarnya kerana perkara ini agak penting.

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tan Sri Speaker akan buat keputusan.

draft • 12:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Speaker.

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 12:16 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [28 Oktober 2026]

draft • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi menjawab.

draft • 12:16 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada tujuh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Kalabakan atas pandangan serta cadangan yang telah dikemukakan berkaitan sektor agrikomoditi sepanjang perbahasan Belanjawan 2027.

Belanjawan 2027 yang bertemakan, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” mencerminkan hasrat kerajaan dalam memacu kemajuan negara, di samping memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh rakyat. Bagi sektor agrikomoditi, usaha ini perlu mengambil kira keperluan pekebun kecil dan daya saing industri.

draft • 12:19 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Antara perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuklah pendapatan dan kebajikan pekebun kecil, program pembangunan jalan ladang dan tanam semula sawit serta peningkatan produktiviti dan daya saing industri sawit dan getah. Bagi tahun 2027, Kementerian Perladangan dan Komoditi diperuntukkan sebanyak RM818.03 juta. Daripada jumlah tersebut, RM485.69 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM332.34 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi penjelasan lanjut terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan.

Ahli Yang Berhormat daripada Seputeh...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey. Okey, kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat daripada Seputeh yang mempromosikan manfaat minyak sawit merah serta amalan baik penanam sawit Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2027. Ini adalah cadangan daripada Yang Berhormat daripada Seputeh.

Bagi tujuan ini, KPK sebenarnya Yang Berhormat telah memulakan kerjasama dengan MOTAC, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

agensi berkaitan sejak mula-mula dulu tahun 2024 dan melalui MPOC ataupun Majlis Minyak Sawit Malaysia. Sebenarnya KPK telah melaksanakan 10 program pendidikan berterusan berkaitan pelancongan yang melibatkan 400 pemandu pelancong di Johor, Pahang, Selangor dan Sabah dan program ini akan diperluaskan tahun depan yang akan melibatkan negeri Sarawak.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pemandu pelancong mengenai amalan pengurusan ladang sawit mampan, pensijilan MSPO, pemeliharaan biodiversiti serta manfaat dan kepelbagaian kegunaan minyak sawit.

Pemandu pelancong seterusnya dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelancong sekali gus membantu menangani persepsi negatif terhadap industri sawit Malaysia.

Pada waktu yang sama, kementerian sebenarnya sedang membangunkan pakej lawatan pendidikan dan juga agropelancongan yang mengetengahkan ladang, pekebun kecil, peniaga tandan buah segar, kilang dan kemudahan pemprosesan yang mempunyai pensijilan MSPO sebab Yang Berhormat Seputeh ada mencadangkan mengambil kira Tahun Melawat Malaysia dan kita— untuk makluman Yang Berhormat juga, baru-baru ini KPK ada anjurkan satu program yang dinamakan A Malaysian Cocoa Affair bersempena Hari Koko Antarabangsa dan program ini sebenarnya mendapat sambutan yang sangat baik. Kehadiran pengunjung 70,000 orang termasuk pelancong daripada luar negara.

Dan selain daripada itu, penggunaan logo MSPO pada produk berasaskan sawit termasuk minyak sawit merah, kita sedang cuba untuk memperluaskan bagi meningkatkan kesedaran pengguna dan pelancong tentang produk yang dihasilkan secara mampan. Usaha ini bukan sahaja dapat membentuk persepsi positif pelancong antarabangsa terhadap industri sawit negara melalui pengalaman secara langsung, malah berpotensi membuka peluang pendapatan sampingan kepada pekebun kecil dan komuniti setempat melalui aktiviti agropelancongan.

Seterusnya, Yang Berhormat, YB...

draft • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya nak tanya Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ya.

draft • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kepada Yang Berhormat. Saya— syabas ya kepada kementerian kerana membawa komoditi negara kita ini kepada pelancong. Mungkin kementerian boleh mempertimbangkan adakan promosi di KLIA dan juga di— dan ada kerjasama dengan pihak pemandu pelancong, Tour Guide Association. Saya rasa boleh engage industri dengan Persatuan Pemandu

draft • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Pelancong, memberi maklumat kepada mereka dan mengajar mereka macam mana mempromosi minyak sawit merah, koko dan juga khususnya juga lada Sarawak yang mana ini world-class— lada. Tak lupa juga kita ada ginger, halia dari Bentong.

Saya rasa semua ini sekali boleh— kita haruslah mendidik pemandu pelancong kita supaya ini dimasukkan dalam kursus latihan mereka.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh di atas cadangan tersebut. Seperti yang saya maklumkan tadi, kita memang ada satu program bersama dengan Persatuan Pelancongan Malaysia ini, tetapi kita ambil maklum mengenai cadangan Yang Berhormat mengenai program-program yang mungkin boleh kita laksanakan bersama dengan persatuan-persatuan yang lain bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan industri sawit itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.

Lepas itu Yang Berhormat juga ada mencadangkan penangguhan sementara Duti Eksport Minyak Sawit Mentah. Yang ini kementerian ambil maklum mengenai cadangan ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPK sebenarnya telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan industry player ataupun pemain industri sawit. Dan sesi tersebut dilaksanakan 20 Oktober baru-baru ini. Sesi tersebut kita libatkan wakil daripada kementerian dan agensi termasuk MOF, persatuan industri, syarikat- syarikat perladangan dan pengendali logistik bagi mendapatkan pandangan industri berhubung cadangan pengecualian duti eksport CPO ini.

Perkara berkaitan penetapan pengecualian atau penangguhan ini sebenarnya bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, tetapi kita mengambil inisiatif untuk membuat engagement bersama dengan industri untuk mendapat maklum balas daripada industri, tetapi kita bukan buat engagement begitu sahaja.

Kita panggil juga wakil daripada Kementerian Kewangan untuk bersama- sama sebab kita percaya pertimbangan mengenai cadangan penangguhan duti eksport CPO ini sebenarnya tertakluk pada penelitian dan akhirnya keputusan itu adalah di tangan MOF serta dasar kerajaan yang sedia ada.

Sudah semestinya kementerian akan terus bekerjasama dengan MOF apabila diperlukan input dan analisa ekonomi bagi menyokong pertimbangan dasar kerajaan. Yang input itu akan disiapkan oleh kementerian tetapi kita memang sentiasa mengambil kira kepentingan keseluruhan rantaian industri sawit negara dan kita tidak pernah tinggal kepentingan pekebun kecil juga Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Lepas itu, saya nak terus kepada YB Tangga Batu. KPK merakamkan penghargaan kepada YB Tangga Batu di atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap pembangunan sektor sawit negara. Ini mengenai peruntukan kepada KPK ataupun Kementerian Perladangan dan Komoditi.

KPK diperuntukkan seperti yang saya katakan tadi, peruntukan sebanyak RM818.03 juta di bawah Belanjawan 2027, tetapi untuk makluman Yang Berhormat juga sebanyak RM470 juta sebenarnya telah diumumkan diperuntukkan untuk lima— bagi lima inisiatif utama yang memberi tumpuan kepada sektor termasuk sektor agrikomoditi. Ini termasuklah RM100 juta bagi Skim Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0, RM200 juta bagi Program Tanam Semula Sawit (PTSS).

Pada kami di KPK, peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meneruskan sokongan kepada pembangunan sektor agrikomoditi termasuk usaha untuk memperbaharui kebun sawit tua dan meningkatkan produktiviti pekebun kecil...

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Menteri, boleh saya tambah sedikit, boleh, saya?

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Sedikit sahaja. Saya habiskan ayat...

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Okey, okey, okey.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya akan bagi laluan pada Yang Berhormat.

Dan pelaksanaan inisiatif ini sebenarnya penting bagi memastikan industri sawit negara kekal berdaya saing dan mampu menyokong pendapatan pekebun kecil dalam jangka masa yang panjang. Silakan Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Speaker. Baik, kenapa saya concerned sangat tentang Program Penanaman Semula?

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kita tidak nafikan MOF memperuntukkan RM100 juta geran padanan, kemudian― berapa? RM300 juta pinjaman ya. Pinjaman yang boleh dibayar selepas empat tahun. Apa yang menjadi masalah kita, kalau kita melihat dari segi kita punya average FFB yield kita, sekarang ini kita macam di sekitar 17 tan. Sedangkan kalau kita lihat bahawa di sektor-sektor swasta, mereka boleh mencapai sampai 20 tan lebih. Jadi, bila national average itu baru 17 tan, maknanya apa? Makna, ada satu segmen yang menyebabkan yield kita rendah, so average kita 17.

Kita harus ingat bahawa, daripada 5.7 juta hektar ladang sawit ini, kita ada lebih kurang satu juta lebih itu adalah pekebun kecil. Jadi, yang saya selalu

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

pertikaikan bukan KPK ya, tapi allocation daripada MOF kepada KPK itu saya rasa lambat sangat. Sebab, kita bercakap soal new breeding planting material, kita dah ada. Kita bercakap soal teknologi untuk meningkatkan― semua kita ada, tapi dari segi implementasinya, kita rasa agak lambat disebabkan oleh― kita fahamlah pekebun kecil yang persendirian ini. Kalau pekebun kecil organize, tak apa. FELDA, FELCRA, mereka mempunyai kewangan. Masalah pekebun kecil ini, bila harga CPO tinggi, mereka tak nak― pokok tinggi pun tak nak tanam semula. Jadi, bila harga CPO rendah, kos penanaman semula tinggi.

Jadi, maksud saya, saya dah cakap banyak kalilah dan mungkin saya tidak tuju kepada KPK, tapi bila dia jadi Hansard Parlimen, supaya MOF ini, beri perhatianlah. Sebab itu, saya kata, ambil banyak daripada sawit, tapi bagi sikit. Kita bangga sawit menyumbang RM112 bilionlah kepada KDNK, tapi peruntukan yang diberikan, saya rasa, menyebabkan program memacu, meningkatkan produktiviti itu menjadi perlahan. Itu hujah sayalah. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan Yang Berhormat tunjukkan. Kita ambil maklum mengenai apa Yang Berhormat hujahkan dan juga cadangan Yang Berhormat mengenai perkara tersebut.

YB Tangga Batu— sebenarnya, Yang Berhormat Speaker, tujuh orang saja yang bertanya soalan, tapi banyak soalan dia terutamanya daripada Yang Berhormat daripada Tangga Batu.

Jadinya, Yang Berhormat daripada Tangga Batu juga memohon penjelasan mengenai perbezaan antara nilai eksport produk sawit dengan kutipan cukai dan levi yang diterima oleh kerajaan. Seperti yang kita sedia maklum, industri sawit ini, Yang Berhormat juga maklum, Yang Berhormat juga nyatakan tadi, dia kekal antara penyumbang penting kepada perdagangan negara.

Nilai eksport pada tahun 2025 sebanyak RM112.43 bilion. Kutipan daripada industri sawit termasuk melibatkan beberapa instrumen seperti levi keuntungan luar biasa, cukai jualan negeri Sabah dan Sarawak, duti eksport serta ses Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Setiap instrumen itu sebenarnya tertakluk kepada mekanisme pelaksanaan dan penggunaan hasil yang berbeza.

Saya nak maklumkan dalam Dewan ini yang hasil kutipan WPL dan duti eksport, itu bidang kuasa Kementerian Kewangan. Manakala cukai jualan negeri Sabah dan Sarawak bidang kuasa kerajaan negeri, tapi ses MPOB itu di bawah MPOB. Ses itu digunakan untuk menyokong fungsi dan program pembangunan

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

industri termasuk R&D, pembangunan teknologi, promosi pasaran antarabangsa, penguatkuasaan serta khidmat pengembangan kepada pekebun kecil, tapi semua ini adalah tertakluk pada peruntukan dan kelulusan kewangan, tapi kita nak maklumkan di sini bahawa kementerian komited menyokong usaha penanaman semula― walaupun ada cabaran-cabaran tertentu penanaman semula― dan peningkatan produktiviti industri sawit melalui pembiayaan yang bersasar.

Kami di KPK memang menghargai cadangan Yang Berhormat Tangga Batu tentang tambahan pembiayaan penanaman semula dan kita akan teliti perkara ini bersama MOF berdasarkan keperluan industri, keberkesanan skim sedia ada dan kemampuan fiskal daripada pihak kerajaan.

Mengenai sasaran kadar perahan oil sebanyak 19.7 peratus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu, pencapaian OER negara pada tahun 2025 adalah 19.74 peratus, iaitu lebih 0.04 percent daripada sasaran tahun 2025 yang ditetapkan. Pencapaian ini menunjukkan prestasi kadar perahan minyak yang lebih baik dalam industri sawit.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui MPOB akan terus menggalakkan amalan penuaian yang baik, pengutipan buah lerai secara menyeluruh, pengendalian dan penghantaran tandan buah segar yang cekap serta penambahbaikan proses pemprosesan di kilang bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi OER industri sawit negara.

Perkara yang hampir sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kalabakan...

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

Tak ada.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh bagi jawapan bertulis. Tak ada dalam Dewan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ya. Saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat daripada Kalabakan.

Yang Berhormat Tangga Batu juga ada mencadangkan supaya bantuan penanaman semula diberikan dalam bentuk geran penuh. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menyediakan mekanisme sokongan melalui Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dan Program Tanam Semula Sawit (PTSS).

Di bawah TSPKS 2.0, bantuan disediakan melalui kaedah pembiayaan hibrid yang merangkumi 50 peratus geran dan 50 peratus pembiayaan tertakluk kepada syarat skim. Skim ini menyasarkan pekebun kecil yang memenuhi had keluasan pekebun yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 6.5 hektar di Semenanjung dan

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

sehingga 10 hektar di Sabah dan Sarawak. Bagi pekebun kecil yang mempunyai keluasan kebun melebihi had TSPKS 2.0, pembiayaan tanam semula sawit turut disediakan dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

Kedua-dua mekanisme ini menyediakan saluran bantuan yang mengambil kira keperluan pekebun kecil dengan skala pegangan yang berbeza bagi menggalakkan pembaharuan kebun tua dan mengekalkan produktiviti jangka panjang.

Yang Berhormat juga ada meminta KPK mengemukakan data mengenai keluasan yang berpotensi untuk ditanam semula dengan bilangan pekebun kecil yang layak mengikut negeri. Maklumat dia agak detail dan padat. Saya akan serahkan maklumat tersebut secara bertulis kepada Yang Berhormat daripada Tangga Batu.

Namun, saya ingin maklumkan di sini, berdasarkan rekod MPOB, terdapat anggaran 41,334 pekebun kecil yang melibatkan keluasan 105,172.67 hektar bagi skop tanam semula pekebun kecil sawit, manakala bagi Pembiayaan Tanam Semula Sawit (PTSS), anggaran melibatkan 826 pekebun kecil dengan keluasan 21,850.04 hektar.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Menteri, boleh? Sikit saja.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ya.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh ya?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Boleh.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik. Setuju tak dengan saya― sebab, daripada saya dah hantar jawapan bertulis kepada MOF tanya, berapa banyak collection yang diambil daripada windfall levy daripada 2024, 2025, jawapan dia sekitar, saya ingat, RM3.5 atau RM3.6 bilion yang diambil daripada industri tapi tidak dipulangkan satu sen pun kepada industri sawit.

Dan jawapannya, mereka kata, mereka menggunakan collection ini untuk membiayai subsidi minyak masak, tapi bagi saya, dengan MOF collect RM3.6 bilion daripada industri, tapi dia bagi kepada kementerian RM800 juta, saya rasa macam tak masuk akallah, kan? Jadi, maksud saya, kalau makna dia— sebab saya yakin― sebab, dia jadi Hansard. MOF kena dengar. Sebab, kebimbangan saya hari ini― sebab, kita nak buka ladang baru tak boleh.

Apa yang perlu kita lakukan adalah meningkatkan produktiviti melalui teknologi dan sebagainya, tetapi kalau allocation diberikan, bagi saya, melambatkan proses penanaman semula yang menyebabkan hasil kita itu terencat. Kita bimbang,

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

takut kita hilang competitiveness sebab kita tahu bahawa negara-negara seperti Colombia dan sebagainya, mereka dah mula tanam sawit. Kita tidak mahu nasib yang menimpa industri getah menimpa industri sawit sebab kita hilang competitiveness. Sedangkan permintaan dunia bertambah, penduduk dunia akan bertambah dan industri sawit adalah industri makanan.

Jadi, setuju tak dengan cadangan saya, supaya direkodkan— MOF kena dengarlah ni. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya bagi pihak KPK sudah semestinya menghargai cadangan daripada Yang Berhormat daripada Tangka Batu.

Dan pihak kami memang sentiasa membuat engagement, libat urus dan mengemukakan hasil daripada libat urus bersama dengan industri itu, dengan MOF, Yang Berhormat. Jadinya, kita— cadangan yang cukup baik dan fokus kita pun memang untuk meningkatkan produktiviti negara seperti kita mempunyai limitasi di mana kita tidak boleh membuka kebun baharu dan sebagainya, tapi saya akan minta pegawai untuk membuat perbincangan lebih lanjut lagi dengan kementerian mengenai cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat tadi.

Yang Berhormat Tangga Batu turut menyuarakan isu kekurangan tenaga kerja dalam industri sawit.

Untuk makluman Dewan, ini antara cabaran utama dalam industri perladangan khususnya dalam bidang sawit, kekurangan tenaga kerja, terutamanya bagi operasi penuaian dan pengumpulan buah tandan segar.

KPK bekerjasama dengan KESUMA, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan bagi menyelaras keperluan sebenar industri dan membantu mempercepatkan urusan permohonan pengambilan dan penggantian pekerja asing tertakluk kepada dasar dan prosedur semasa kerajaan, tapi untuk jangka masa panjang, KPK juga memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kebergantungan industri kepada pekerja asing melalui peningkatan penggunaan mekanisasi, automasi dan teknologi, di samping memperkukuh latihan serta penyediaan tenaga kerja tempatan melalui program TVET ataupun Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional sektor agrikomoditi.

Dan usaha ini selaras dengan sasaran di bawah RMK13, yang mana sasarannya adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing secara berperingkat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Menteri, boleh saya mencelah sikit? Sikit saja. Berkenaan dengan...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tetapi YB, ada bahas ke tak?

draft • 12:40 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Sikit, saya nak sentuh sikit walaupun tak bahas ya.

Berkenaan dengan buruh asing, di mana para European Union dan juga pengimport daripada negara-negara yang daripada Eropah mengatakan bahawa, kita ada mengambil buruh daripada Bangladesh. Di mana buruh Bangladesh ini di ILO, mengatakan bahawa kita tidak boleh ambil buruh-buruh daripada Bangladesh disebabkan oleh human trafficking dan sebagainya. Adakah pihak kementerian melihat tentang perkara ini untuk mengambil buruh daripada negara lain daripada Bangladesh untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang kelapa sawit?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Yang Berhormat, sebenarnya tempoh hari ada juga perbincangan yang kita laksanakan bersama dengan delegasi Switzerland. Itu antara yang dibincangkan mengenai tenaga buruh.

Akhirnya, matlamat akhir kita nak kurangkan foreign worker di dalam industri agrikomoditi ini, tapi dia mungkin akan ambil masa dan sekarang ini kebergantungan kepada foreign worker ataupun pekerja asing itu sudah semestinya ada. Dan setiap industri ini menggunakan ratio dan— yang ditetapkan oleh pegawai-pegawai di kementerian saya, dia mengesyorkan ada berapa jumlah yang sesuai untuk setiap permohonan yang diberikan oleh syarikat tersebut. Akhirnya— keputusan akhir adalah KESUMA dan KDN yang akan menentukan jumlah yang sesuai.

Mengenai daripada mana foreign worker itu datang, itu memang saya rasalah di bawah kementerian KESUMA, dia ada beberapa negara yang sesuai, yang boleh dipertimbangkan untuk diambil foreign worker berkenaan, tapi kita akan sentiasa memantau untuk pastikan bahawa tidak akan terjadi kekurangan worker di perladangan, di sektor perladangan ini Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, boleh saya tanya hal yang sama?

Beruas, Beruas.

Yang Berhormat Menteri, dua hari yang lepas saya memberitahu Menteri Dalam Negeri, sebab utama lambakan berjuta-juta PATI, Pekerja Asing Tanpa Izin di negara kita adalah akibat daripada begitu susahnya untuk mendapat kelulusan kuota menggaji pekerja asing ini. Jadi sampai berbulan-bulan, satu tahun pun tak dapat kelulusan.

draft • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi dengan hakikat yang sekarang ada, pada hemat saya, sekurang- kurangnya 80 sampai 90 pekerja di ladang perladangan ini dan komoditi ini adalah pekerja asing. Jadi, bolehkah kementerian mempersingkatkan, bagi cadangan mempersingkatkan proses ini, terutamanya proses pertama pengiklanan kekosongan jawatan di portal MYFutureJobs di mana majikan wajib mengiklankan kekosongan jawatan terlebih dahulu di portal MYFutureJobs selama tempoh ditetapkan bagi mengutamakan pengisian jawatan dari warganegara tempatan.

Jadi bagi saya, ini satu proses yang menyebabkan masa tambahan.

Hakikatnya, sangat kurang rakyat Malaysia, apa bangsa pun yang sudi kerja di perladangan. Sehingga satu hari, mungkin ada rungutan orang Malaysia nak kerja di perladangan, dah dapat kerja, mungkin kita tambahkan proses ini. Kalau boleh sekarang ini kita jangan gunakan teori ini dalam proses, tetapi hakikatnya memang ada keperluan. Bolehkah proses ini dikeluarkan daripada proses permohonan supaya ia lebih cepat, dan cepat?

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Menteri, sikit. Baik. Saya tambah sikit saja nak sokong Menteri. Baik, kenapa saya bangkitkan isu ini?

Sebenarnya kalau kita lihat data MPOB, dia punya yield per hektar per bulan itu, memang the first half daripada kita punya ini— memang yield kita rendah. Sebab itu saya lihat MPOB meletakkan sasaran dalam bajet ini, 17 tan sahaja untuk 2026. Tapi bila saya lihat second half dia sebenarnya, kita menuju ke arah peak season. Dan walaupun MPOB menyasarkan 17 tan, tapi pengiraan saya kita boleh dapat sekitar 17.8 atau mendekati 18 tan.

Jadi maksud dia, kita sekarang ini crop kita mengarah ke peak season dan sebab itu saya bangkitkan isu ini. Sebab kita tidak mahu disebabkan faktor kekurangan tenaga harvester ini menyebabkan kita tak boleh pergi kepada 17.8 tan.

Jadi saya minta supaya Menteri dapat koordinasi dengan KDN dan juga KESUMA supaya proses ini dipercepatkanlah supaya— bukan apa, supaya yang tak ruginya negara, sebenarnya. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Kalau tak salah saya semalam Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun ada mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan. Antara yang dibincangkan juga mengenai perkara Yang Berhormat semua nyatakan, tapi saya ada maklumat dekat sini, dalam industri perladangan, saya nak kongsikan Yang Berhormat Speaker, khususnya sektor sawit. Masih kurang tenaga kerja itu anggaran kekurangan tenaga

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

kerja itu 30,000 orang. Dalam jangka pendek, memang kita cuba berdasarkan— Ini berdasarkan pada keperluan sebenar industri.

Saya nak kongsikan pada tahun 2026, pada tahun— this year lah sehingga 21 Oktober, sebanyak 12,437 kuota yang melibatkan 83 syarikat telah diperakui untuk kelulusan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 942 kuota melibatkan sembilan syarikat yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia dan kelulusan permohonan ini berdasarkan pertimbangan bagi penggantian pekerja asing yang pulang ke negara asal ataupun yang melarikan diri daripada majikan Tapi berkaitan dengan pekerja ini, kita biarkan kementerian KESUMA lah untuk menjawab dengan lebih lanjut, tapi untuk Balik Pulau tadi, saya menyatakan negara sumber— ada 15 negara sumber yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing dan lima yang utama adalah Indonesia, India, Myanmar, Bangladesh dengan Thailand. Dan kita ambil maklum juga apa Yang Berhormat daripada Balik Pulau nyatakan tadi.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey, seterusnya saya sambung kepada jawapan kepada perbahasan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Tangga Batu. YB Tangga Batu juga ada bertanya mengenai khidmat nasihat agronomi kepada pekebun kecil. Sektor sawit MPOB ada pegawai tunas yang menyediakan khidmat pengembangan kepada pekebun kecil.

Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini seramai 196 Pegawai Pengembangan Tunas, dia bertanggungjawab menyantuni 250,148 pekebun kecil persendirian dan kawasan yang terlibat pula adalah 899,090.69 hektar. Yang itu sawit.

Koko pula ada 46 ejen pengembangan bagi menyantuni 5,835 pekebun kecil dan tugas mereka antara lain ini menyediakan khidmat nasihat teknikal, latihan, pemantauan kepada pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Bagi sektor lada pula, kita ada 43 orang pegawai lapangan yang menjalankan fungsi pengembangan dan memberikan khidmat nasihat kepada 39,600 orang pekebun lada di seluruh Malaysia. Yang Berhormat nak tanya siap-siap kah ataupun saya habiskan dulu jawapan?

[Ketawa]

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, saya bagi pandangan sikitlah kenapa saya bangkitkan isu ini. Sebab kita di Parlimen ini supaya perbahasan kita ini bersifat konstruktif. Jadi, saya bagi pandangan.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kenapa saya bangkitkan isu ini sebab kalau kita kata tadi kita ada berapa ratus, 200 tunas dengan 800,000 hektar, bagi saya kita memang jauh kekurangan.

Sebab soalan saya tanya, cukup atau tidak? Jadi, kalau tak cukup perlu ditambah.

Duit tak ada, MOF kena ambil action-lah. Itu maksud saya.

Jadi, dia bagi sayalah, mungkin saya salah. Bagi saya, tunas ini adalah extension officer, pegawai pengembangan, tapi di atas tunas kita mesti ada agronomies yang akan buat soil test, fertiliser recommendation, PAD dan sebagainya.

MPOB punya agronomi yang cukup atau tidak? Itu saya tanya dan saya rasa benda ini perlu juga dalam sektor getah, koko dan sebagainya supaya apa, supaya pekebun kecil ini dapat khidmat nasihat yang betul melalui agronomi dan pegawai tunas ini menjadi bridging, dia akan menjadi jambatan ini untuk membawa setiap khidmat nasihat itu supaya dilaksanakan oleh pekebun kecil. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Satu cadangan yang bernas. Nanti petang ini ada Kementerian Kewangan, mungkin Yang Berhormat boleh bantu juga, boleh bangkitkan dalam Kementerian Kewangan. Betul tak, Speaker?

Sebab yang ini sebenarnya di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, Yang Berhormat, tapi saya nak teruskan jawapan, tapi kita ambil maklum cadangan Yang Berhormat dan satu cadangan yang sangat bernas sebab kepakaran itu ada di pihak Yang Berhormat daripada Tangga Batu, orang yang well-versed dengan sektor perladangan ini, tapi saya nak sambung...

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri.

Puncak Borneo, saya ada bahas mengenai koko dan lada. Boleh saya minta penjelasan sikit?

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Koko dengan lada belum lagi itu, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Mengenai sempadan- sempadan Entikong, sekejap. Terima kasih YB Menteri.

Saya ada berbahas dan mengutarakan untuk sempadan di negeri Sarawak khasnya Tebedu-Entikong supaya dapat diperhebatkan daripada segi keselamatan dan juga scanning untuk produk-produk daripada luar negara yang masuk ke dalam negara kita supaya pihak kastam dapat memperkukuhkan perkara ini.

Sebab saya juga menerima maklumat dan saya minta supaya kementerian membuat penyiasatan di mana banyak daripada biji-biji koko dan lada masuk daripada negara jiran khasnya daripada Indonesia dan juga Vietnam dan

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

dijenamakan sebagai lada Sarawak. Dan ini sedikit sebanyak menguris kualiti dan juga jenama lada Sarawak itu sendiri kerana kualiti daripada luar negara itu tidak menyamai kualiti yang ada di Sarawak. Jadi, saya memohon supaya kementerian dapat membuat penyiasatan.

Dan yang kedua, saya juga ingin sentuh sedikit mengenai tenaga kerja khasnya dalam sektor sawit, tapi sebelum itu, saya nak ucap tahniahlah kepada Menteri dan juga Kementerian Komoditi kerana MSPO telah diiktiraf oleh pihak EUDR dan ini merupakan satu yang kita perjuangkan sejak daripada zaman saya dulu di kementerian dan syukurlah zaman Menteri dia dapat diiktiraf, tetapi satu perkara yang saya amat setuju dengan rakan kita tadi yang memberi pandangan, di mana kekurangan tenaga buruh dalam sektor perladangan ini memang benar. Sebab walaupun kita menggunakan banyak mekanisasi seperti mesin cantas, mesin penuai dan sebagainya, tetapi we are dealing with human beings.

Sebagai contoh, kalau manusia ini dia menggunakan secara manual, dia dapat target dia tiga tan satu hari untuk memakan masa lapan jam, dia dapat tiga tan, tetapi untuk menggunakan mesin cantas, dia hanya bekerja dua jam dan mendapat lapan tan. Apabila dia sudah mencapai target tersebut, dia akan berhenti.

Dia tidak akan tuai banyak lagi sebab dia dah sampai target dia.

Jadi, walaupun kita menggunakan mekanisasi, tetapi kita tidak boleh mengubah tatacara dan perwatakan setiap pekerja itu. Apabila, walaupun dia guna mechanised equipment, tetapi when they reach the target, they stop. Itu masalahnya, Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat daripada Puncak Borneo. Kita maklum mengenai adanya kes di mana orang menggunakan Sarawak premium pepper, dia menggunakan itu, tapi sebenarnya bukan daripada Sarawak dan pihak penguat kuasa pun telah menjalankan tugas masing-masing dan satu nota pun telah saya berikan juga ke dalam Mesyuarat Kabinet mengenai masalah berkenaan, tapi kita ambil maklum apa Yang Berhormat nyatakan tadi mengenai labour, ini dan sebagainya.

Saya nak teruskanlah sebab kalau tak nanti tak habis saya nak menjawab.

Ini sektor getah. Sektor getah LGM yang bertanggungjawab, tapi dia bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pembangunan serta kawal selia industri getah negara. Dan pelaksanaan program LGM di lapangan melibatkan pekebun kecil adalah terhad kepada skop R&D termasuk program rintis bagi membangunkan model yang boleh disyorkan untuk diperluas oleh agensi pelaksana,

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

tapi untuk makluman Dewan juga, KPK ambil satu pendekatan untuk meningkatkan pendedahan dan kesedaran belia dalam sektor agrikomoditi melalui Program Skuad Agrikomoditi yang telah kita lancarkan 7 Mei.

Inisiatif ini menjadi platform pembangunan kepimpinan, kesukarelawan dan advokasi belia, di samping memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi, inovasi, amalan kelestarian dalam sektor agrikomoditi. Setakat ini ada seramai 1,000 sukarelawan Skuad Agrikomoditi dan kenapa kita buat Program Skuad Agrikomoditi ini? Sebab kita harapkan pendekatan ini diharap dapat meningkatkan kefahaman belia bahawa sektor agrikomoditi menawarkan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran khusus, penggunaan teknologi dan mempunyai prospek pembangunan kerjaya yang terjamin.

Mengenai cadangan— mengenai pembangunan program Palm Kernel Expeller sebagai bahan makanan ternakan. Kementerian juga melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan nilai tambah industri sawit serta memperluas penggunaan sumber tempatan dalam rantaian bekalan makanan ternakan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PKE merupakan antara hasil sampingan pemprosesan sawit yang mempunyai potensi untuk dimanfaatkan dalam formulasi makanan ternakan bergantung kepada keperluan pemakanan dan jenis ternakan.

KPK melalui MPOB memang sentiasa mempergiat R&D, formulasi makanan ternakan serta pemindahan teknologi bagi mengoptimakan penggunaan PKE mengikut keperluan spesies ternakan. MPOB telah membangunkan formulasi makanan lembu pedaging berasaskan PKE yang telah diambil dan dikomersialkan oleh beberapa syarikat dan selain itu KPK dan MPOB juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan...

draft • 12:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Dalam menyediakan input bagi Dasar Keterjaminan Makanan Negara khususnya berkaitan cadangan hala tuju untuk menggalakkan penggunaan PKE sebagai bahan makanan ternakan di Malaysia...

draft • 12:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Padang Terap sikit. Padang Terap. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua.

Tadi, saya tengok tentang getah sikitlah. Berkaitan dengan getah ini, dalam Belanjawan 2027, Perdana Menteri mengumumkan bahawa bantuan agrikomiditi–

draft • 1:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

BUDI Agrikomoditi. Saya nak bawa sikit suara pekebun kecil ini, kerana dalam bantuan BUDI Agrikomoditi ini meletakkan syarat tanah yang diusahakan itu hendaklah 0.5 hektar sehingga 4.5 hektar.

Jadi, isunya ialah tanah di bawah 0.5 hektar ini tak layak untuk mendapat bantuan BUDI Agri-Komoditi RM400, sedangkan bantuan itu bertujuan untuk membantu pekebun kecil. Pekebun kecil yang bawah 0.5 hektar ini tak layak dapat.

Jadi, saya mohon kepada pihak kementerian, supaya mempertimbangkan semula syarat 0.5 hektar tanah.

[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang kedua, minta Yang Berhormat Menteri, kalau boleh, ada explain sikit tentang status terkini pembangunan pusat penyelidikan LGM RM600 juta.

Dan, yang terakhir, soalan saya ialah, adakah bantuan musim tengkujuh untuk penoreh getah RM800 itu akan diteruskan? Setakat info yang saya dapat, RM200 bulan 11, RM200 bulan 12 dan adakah disambung baki RM400 untuk melengkapkan RM800? Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Program Agrikomoditi itu, baru-baru ini terdapat— untuk memohon dia memang seperti Yang Berhormat nyatakan tadi dan sebenarnya Yang Berhormat, kami juga menerima dan mendengar suara daripada pekebun-pekebun kecil dan kita pun telah mengadakan beberapa kali libat urus dan permohonan supaya dipertimbangkan semula kepada MOF agar memberi ruang kepada betul-betul pekebun kecil mendapat bantuan agrikomoditi tersebut.

Mengenai isu kedua Yang Berhormat nyatakan tadi, saya rasa itu isu baru yang tidak dibawa dalam perbahasan, tapi saya akan jawab secara bertulis mengenai isu Yang Berhormat nyatakan tadi, eh? Okey, saya nak teruskan jawapan.

Ini peranan biochar dan penyingkiran karbon dioksida dalam memperkasa industri sawit. Kerajaan melihat biojisim seperti tandan kosong dan tempurung sawit adalah sumber berharga yang boleh dioptimumkan melalui pendekatan ekonomi kitaran melalui aplikasi teknologi pirolisis dan gasification carbon biogenic yang diserap oleh pekebun kecil dapat distabilkan dalam bentuk biochar untuk tempoh yang panjang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, the industry player atau pemain industri tempatan telah memulakan usaha penghasilan biochar daripada sisa sawit

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

pada skala komersial dan terdapat permain yang telah berjaya menjana serta mendaftarkan kredit CDR di peringkat global dan potensi pasaran CDR juga memberi ruang kepada pekebun kecil untuk menjana pendapatan tambahan melalui pemanfaatan sisa biojisim ladang mereka.

Dalam hal ini, ekosistem pasaran karbon domestik sedang diperkemaskan agar selari dengan piawaian pensijilan CDR antarabangsa.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Menteri, boleh saya tambah sikit, Menteri?

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Boleh. Boleh.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Menteri, boleh? Saya nak sokong Menteri ini.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Boleh. Boleh.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Nak sokong industri. Baik, saya...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tangga Batu punya pasal, tak ada hal.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya bercakap soal CDR ini— carbon dioxide removal ini sebenarnya daripada waktu Datuk Seri Johari tadi, Menteri Komoditi dan ini peluang keemasan yang dalam industri, kerana proses CDR ini sebenarnya dia punya harga setiap satu tan certificate dia, lebih kurang dalam USD100 hingga USD150. Sedangkan karbon kredit daripada REDD dan sebagainya sekitar USD8 hingga USD10. Jadi, saya rasa ini satu peluang keemasan dan dia akan bantu kita menuju ke arah zero carbon emission by 2050.

Baik, semua saya dalam kita seminar baru ini yang anjurkan oleh MPOCC, memang isu ini timbul. So, bila ditanya oleh— sebab dia adalah international seminar, bila ditanya kepada panelist dekat atas pentas, mereka jawab apa? We need the law maker, kan? Jadi, kita lah Ahli Parlimen, law maker. Jadi, bagi saya, isu tentang PKE, PKM dan juga CDR ini, saya rasa kita perlu bawa satu rang undang-undang ke Parlimen untuk diluluskan dan akhirnya baru diimplementasi.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat, pendekkan pencelahan Yang Berhormat. Masa sudah tamat.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kalau tidak, sekadar kita berbahas, dia akan jadi sekadar academic discussion. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri, masa dah tamat. Tolong gulung ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey. Cuma saya nak jawab tadi daripada Yang Berhormat Padang Terap tadi, mengenai status pembangunan LGM Sungai Buloh. Lantikan perunding telah dilaksanakan dan dijangka beroperasi 2030, Yang Berhormat.

Lepas itu, bantuan BMT itu semuanya di bawah RISDA, sebab dia memang ada menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh bagi membantu pekebun kecil dan penoreh yang terjejas sepanjang tempoh berkenaan.

Dan, memandangkan masa pun dah selesai. Kita ambil maklum cadangan- cadangan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi, tapi saya nak mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada— ini ada maklumat tambahan mengenai karbon kredit, nanti saya bagi secara bertulislah kepada Yang Berhormat.

Mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan Yang Berhormat Dato’ Speaker kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan macam-macam pandangan, cadangan, teguran, boleh— walaupun pada kementerian yang lain pun melalui, tak apa lah, dan kita boleh panjangkan. Sepanjang perbahasan Belanjawan 2027, KPK memang terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar, program, inisiatif yang apa juga dalam perancangan untuk memperkukuhkan daya saing sektor agrikomoditi negara, kita juga fokus mengenai peningkatan produktiviti.

Dan yang paling penting kita nak pastikan kebajikan dan kesejahteraan pekebun kecil terus diberi perhatian. Jadi, perkara yang diutarakan, yang di luar bidang kuasa KPK, kementerian akan laksanakan koordinasi dengan kementerian dengan kementerian yang berkaitan, Yang Berhormat tadi ada dimaklumkan dengan kewangan, dengan KESUMA, dengan KDN dan kementerian-kementerian lain, semua yang berkaitan dengan perkara tersebut, kita harapkan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Terima kasih banyak Yang Berhormat.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Terima kasih kepada Menteri Perladangan dan Komoditi. Mana-mana soalan yang tak sempat dijawab, buat secara bertulislah Yang Berhormat ah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya, ingin menjemput Kementerian Komunikasi. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:00 PM

Menteri Komunikasi - Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin bagi pihak Kementerian Komunikasi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar yang telah melibatkan bagi Kementerian Komunikas— 25 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan 26 isu di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi, seperti berikut— Pertama, ekonomi kreatif; kedua, keselamatan dalam talian; dan ketiga, infrastruktur digital serta liputan Internet.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil maklum dan menghormati kebimbangan Yang Berhormat Jasin, walaupun beliau tidak ada, tapi saya ingin sentuh beberapa perkara yang telah dibangkitkan. Beliau telah bertanyakan mengenai pengurangan duti hiburan bagi persembahan artis antarabangsa dan filem luar negara, dikhuatiri menggalakkan budaya hedonisme dan menjejas pembentukan sahsiah generasi muda.

Izinkan saya jelaskan kedudukan dasar kerajaan agar tak jadi salah faham.

Kerajaan MADANI sentiasa mengutamakan pembangun yang seimbang antara kemajuan ekonomi, pengembangan industri kreatif dan pembinaan sahsiah dan nilai kerohanian masyarakat. Dalam hubungan ini, kerajaan turut giat menganjurkan pelbagai program keilmuan dan keagamaan.

Antaranya Majlis Ilmu MADANI, Forum Ilmuwan Malaysia MADANI, Program Malaysia Bermunajat dan juga program-program yang dihadiri dan pimpin sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri termasuklah yang terbaru dengan Ustaz Somad di Seri Perdana.

Ini membuktikan bahawa apa yang kita usahakan dalam industri kreatif tidak terpisah daripada usaha untuk mengukuhkan nilai-nilai agama dan akhlak, dia bukan satu yang bertentangan, tapi sebenarnya boleh bergerak seiring.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah pengurangan duti hiburan tidak bermakna pelonggaran kawalan terhadap penganjuran persembahan artis antarabangsa. Pengecualian penuh duti hiburan adalah bagi tiket tayangan filem dan persembahan teater tempatan. Jadi, dia mungkin teringat bahawa ini melibatkan konsert antarabangsa, tidak. Dia adalah untuk konsert tempatan dan filem-filem tempatan.

draft • 1:07 PM

Menteri Komunikasi - Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Setiap permohonan bagi persembahan artis luar negara memang pada waktu ini tertakluk kepada penelitian Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara ataupun Jawatankuasa PUSPAL menerusi syarat dan garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk aspek keselamatan, ketenteraman awam serta nilai dan sensitiviti dalam masyarakat Malaysia. Agensi-agensi keselamatan yang terlibat termasuk pihak KDN, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan agensi-agensi yang berkaitan dengan seni dan budaya dan pihak berkuasa tempatan. Pihak JAKIM juga merupakan anggota Jawatankuasa PUSPAL bagi memberikan pandangan dari aspek agama dan sensitiviti masyarakat Islam.

Begitu juga dalam industri perfileman, kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) terus menggalakkan pembangunan industri filem tempatan. Namun, usaha ini tidak mengetepikan aspek kawal selia kandungan kerana filem yang ditayangkan kepada umum masih tertakluk kepada penapisan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bawah KDN selaras dengan Akta Penapisan Filem 2002 atau Akta 620. Penapisan ini bertujuan memastikan kandungan filem yang ditayangkan mengambil kira aspek-aspek keselamatan, ketenteraman awam, moral serta nilai dan sensitiviti masyarakat.

Justeru, saya tegaskan bahawa usaha kerajaan merancakkan industri kreatif bukanlah satu bentuk galakan tapi disebut sebagai budaya hedonisme atau mengetepikan nilai jati diri masyarakat. Sebaliknya, pembangunan ekonomi kreatif dilaksanakan secara seimbang dan bertanggungjawab melalui kawal selia yang berkesan dan penghasilan kandungan yang berkualiti dengan mengambil kira kepentingan ekonomi, pemeliharaan nilai budaya dan pembentukan sahsiah masyarakat, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

Saya juga ingin tegaskan bahawa ekonomi kreatif tidak terhad kepada hiburan atau acara tertentu, namun merangkumi aspek-aspek seperti filem, muzik, seni persembahan, animasi, permainan digital, penerbitan sastera, fesyen seperti baju yang saya pakai ini, ini adalah dia ada daripada salah satu syarikat animasi tempatan, namanya Animasia— wakil mereka ada di sini yang duduk di hujung itu [Sambil menunjuk ke arah pelawat] di atas itu dan dia adalah satu filem animasi tempatan sekarang yang boleh ditonton dalam Netflix, namanya Kisah Bawah Tanah. Jadi, memang industri kreatif kita sangat berpotensi dan banyak yang kita

draft • 1:10 PM

Menteri Komunikasi - Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

boleh lakukan untuk menggalakkan penghasilan eksport dan ini juga akan memperkayakan ekonomi dan rakyat kita.

Dato' Yang di-Pertua, berdasarkan Akaun Satelit Budaya dan Kreatif 2024 oleh pihak DOSM, industri budaya dan kreatif menyumbang sebanyak RM130.7 bilion atau 6.8 peratus kepada KDNK negara pada tahun 2024. Industri kreatif turut menyediakan peluang pekerjaan dan menyokong guna tenaga seramai 763,100 orang dan merekodkan eksport produk kreatif bernilai RM63 bilion. Ekonomi kreatif bukan sektor sampingan yang boleh dipandang ringan. Di sebalik setiap penerbitan filem, persembahan muzik, produksi kandungan atau acara berskala besar, ada rantaian tenaga kerja, perusahaan dan perkhidmatan yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Justeru, insentif kepada industri perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas termasuk menarik pelaburan, merancakkan aktiviti perniagaan, memberi peluang pekerjaan dan memperkukuh penyertaan penggiat dan penyedia perkhidmatan tempatan. Saya bagi contoh dalam konteks penganjuran konsert, manfaat ekonomi bukan hanya dinikmati oleh penganjur dan artis malah melimpah kepada pekerja teknikal, syarikat produksi, penyedia peralatan serta sektor penginapan, pengangkutan dan perniagaan setempat. Orang yang jual makanan di luar stadium, burger, yang jual air, yang jual bunga— ini semua adalah sebahagian daripada ekonomi yang turut dijana akibat daripada keberadaan konsert, event, acara-acara sukan dan sebagainya dan ini sudah pasti mengembangkan ekonomi negara kita.

Dalam memperkukuh ekonomi kreatif sebagai pemacu ekonomi negara, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi terus memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan tempatan, penghasilan harta intelek, pengembangan pasaran serta peningkatan daya saing penggiat ekonomi kreatif Malaysia. Melalui Dana Kandungan Kreatif, sebanyak 1,677 projek kandungan kreatif tempatan telah disokong sepanjang tempoh RMK12, sekali gus mewujudkan 32,795 peluang pekerjaan.

Keupayaan industri filem tempatan terbukti melalui pencapaian kutipan pawagam. Berdasarkan data FINAS setakat 8 Oktober 2026, terdapat 17 filem di bawah Skim Wajib Tayang yang telah mencatat jumlah kutipan RM129.86 juta.

Antara filem yang menikmati ataupun telah mencatatkan kutipan tertinggi termasuklah Tarung: Unforgiven – RM23.59 juta, Chelot – RM19.12 juta, Polong – RM15.05 juta, Libang Libu – RM14.16 juta dan Malaikat Malam – RM12.23 juta.

draft • 1:10 PM

Menteri Komunikasi - Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Filem tempatan turut berupaya mengetengahkan nilai budaya dan jati diri Malaysia sambil meraih sambutan penonton. Antaranya Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan RM89.06 juta, manakala Sheriff: Narko Integriti meraih RM59.5 juta. Pencapaian ini melihat potensi ekonomi kreatif menjana pendapatan dan memartabat warisan serta identiti negara. Pada masa yang sama, Kementerian Komunikasi melalui FINAS turut menarik produksi antarabangsa bagi merancakkan pelaburan dan ekonomi tempatan. Dari Januari hingga Julai 2026, sebanyak 175 produksi antarabangsa telah memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran menerusi inisiatif Malaysia Filming Destination and Production Hub, termasuk Lord of The Flies, Mr. VIP dan Thunderbolts.

Kerjasama dengan Hasbro Entertainment, penerbit Transformers dan Benny J Nordic penerbit Survivor turut membuka ruang kepada pekerjaan berkemahiran tinggi, pemindahan pengetahuan dan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai ekonomi kreatif global. Selain itu Insentif Penerbitan Filem di Malaysia atau Film in Malaysia Incentive (FIMI) berjaya menarik anggaran RM2.75 bilion pelaburan asing bagi tempoh 2013 hingga 2025 serta mewujudkan kira-kira 31,050 peluang pekerjaan.

Dalam bidang pasca produksi, Malaysia turut mengukuhkan kedudukannya melalui FINAS Digital Mix Stage Studio yang dilengkapi teknologi audio Dolby Atmos dan diiktiraf oleh Dolby. Menurut FINAS fasiliti ini mempunyai sistem Dolby Atmos yang terkini di Asia Tenggara yang membolehkan penghasilan reka bentuk bunyi bertaraf antarabangsa. Pencapaian ini memperkukuh keupayaan Malaysia dalam perkhidmatan pasca produksi, pembangunan tenaga mahir tempatan dan berusaha menjadikan negara sebagai hab produksi serta pasca produksi serantau.

Dato' Yang di-Pertua, kejayaan industri animasi tempatan turut terserlah melalui Papa Zola The Movie yang mencatat kutipan RM63.84 juta di Malaysia dan lebih RM69 juta di Asia Tenggara setakat Februari 2026. Filem ini ditayangkan di beberapa negara serantau sebelum memasuki pasaran antarabangsa. Pencapaian seperti Mechamato Movie dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal turut membuktikan keupayaan dan potensi animasi Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.

Dato' Yang di-Pertua, selain pembangunan kandungan, kerajaan melalui MyCreative Ventures menyediakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman dan pelaburan ekuiti serta platform akses pasaran menerusi Program Kembara Riuh untuk membantu usahawan kreatif memasarkan dan menguji penerimaan produk

draft • 1:10 PM

Menteri Komunikasi - Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

mereka. Sokongan ini membolehkan perusahaan mengembangkan kehadiran pasaran beralih ke premis fizikal apabila bersedia dan meneruskan meneroka peluang eksport.

Sebagai contoh jenama kasut dan fesyen lelaki tempatan Zeve, Z-E-V-E yang menerima pembiayaan MyCreative Ventures telah mencatat hasil sebanyak RM10 juta pada tahun 2025 dengan jualan bulanan meningkat daripada RM30,000 sebulan kepada RM1.1 juta serta pertambahan tenaga kerja daripada seorang pekerja kepada 52 orang.

Bagi memperkukuh ekonomi kreatif sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah bersetuju dan telah menubuhkan Majlis Ekonomi Jingga sebagai platform penyelarasan strategik antara kementerian, agensi dan pemain industri. Usaha ini akan terus diperkukuh melalui pembangunan bakat, sokongan terhadap penghasilan dan pengkomersialan karya tempatan serta perluasan akses kepada pasaran antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan sumbangan ekonomi kreatif kepada ekonomi negara.

Dato' Yang di-Pertua, seterusnya ialah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam. Tadi ada. Mungkin dia pergi...

draft • 1:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Tak ada dalam Dewan.

draft • 1:20 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ada?

draft • 1:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Tak ada.

draft • 1:20 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tadi ada, tapi saya sentuh.

Dia menyentuh mekanisme royalti atau imbuhan berulang daripada tayangan semula. Ini satu isu yang ada dibangkitkan oleh ramai pemain industri, pelakon. Jadi, saya ingin ambil kesempatan untuk beri sedikit penerangan, penjelasan menjawab isu ini. Saya amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat Sabak Bernam berhubung perlindungan hak ekonomi pelakon, khususnya pembayaran royalti atau imbuhan berulang atau disebut residual royalty daripada tayangan semula dan penggunaan komersial karya.

Walaupun Akta FINAS tidak memperuntukkan mekanisme khusus yang mewajibkan pembayaran tersebut, FINAS telah menyediakan templat kontrak standard antara penerbit dengan pelakon bagi urusan permohonan Surat Perakuan Penggambaran atau SPP untuk memperjelas terma perkhidmatan serta hak dan tanggungjawab pihak terlibat.

draft • 1:20 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sehubungan itu, FINAS akan meneliti kebolehlaksanaan mekanisme bayaran residual atau imbuhan berulang melalui sesi libat urus, termasuk dengan pihak Gabungan Persatuan-persatuan Dalam Industri Filem (GAFEMA) dan juga pihak- pihak berkepentingan seperti pengendali platform penstriman digital dengan mengambil kira aspek perundangan, amalan kontrak serta implikasi terhadap kelangsungan industri.

Dato’ Yang di-Pertua, saya beralih kepada topik keselamatan dalam talian dan ini ada dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, termasuk Kubang Kerian yang menyentuh mengenai penyebaran kandungan memudaratkan termasuk bahan lucah dan permainan dalam talian; Permatang Pauh mengenai peranan ibu bapa dalam menangani buli siber; Alor Setar mengenai penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan melalui deepfake serta keselamatan permainan dalam talian; dan Batang Lupar dan Bandar Kuching mengenai judi dalam talian.

Kerajaan sentiasa peka dan memandang serius ancaman keselamatan dalam talian yang semakin kompleks, khususnya risiko terhadap kanak-kanak remaja dan golongan rentan. Sehubungan itu, kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem keselamatan digital negara melalui pendekatan menyeluruh yang merangkumi pengukuhan perundangan, kawal selia platform digital, tindakan penguatkuasaan serta pendidikan dan kesedaran masyarakat bagi memastikan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Bagi memperkukuh perlindungan pengguna, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksana tindakan kawal selia dan penguatkuasaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang telah berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Penguatkuasaan Akta 866 ataupun Akta Keselamatan Dalam Talian merupakan langkah penting dalam memperkukuh akauntabiliti pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kandungan memudaratkan dalam talian termasuk bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, kandungan lucah dan kandungan sumbang.

Usaha ini diperkukuh melalui penguatkuasaan Kod Pengurangan Risiko atau Risk Mitigation Code mulai 1 Jun 2026 yang mewajibkan pemberi perkhidmatan yang berlesen melaksanakan langkah mitigasi risiko melalui reka bentuk, pengendalian dan sistem perkhidmatan mereka. Ini termasuk pelabelan dan penandaan kandungan yang dijana atau di manipulasi menggunakan AI seperti deepfake, manipulasi imej dan suara.

draft • 1:20 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya tidak pasti Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya ada pernah melihat baru- baru ini dalam FYP saya, dalam aplikasi TikTok, ada nampak satu imej seolah-olah seorang penjaja sedang duduk di tepi jalan, di bahu jalan dan barang-barang berselerakan seolah-olah ada satu tindakan penguatkuasaan yang berlaku. Namun bila diteliti, dihasilkan imej menggunakan AI, antara cara yang paling mudah untuk tahu adalah cuba kira dia ada jari berapa.

draft • 1:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Jari?

draft • 1:20 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jari, jari. Jadi dilihat kenapa tangan kiri dia ada enam jari ya? Jadi, kita akan tahu secara mudah itulah deepfake.

Bukan deepfake, itu adalah AI-generated content. Malangnya, bukan semua platform yang telah melaksanakan usaha pelabelan. Jadi, saya harap kita sebagai pengguna juga sentiasa berhati-hati. Kita tanyakan soalan itu kepada diri kita, dengan izin, “Does this look like AI?”, kerana sekarang ini terlalu banyak dan terlalu mudah untuk kita hasilkan kandungan berbentuk AI.

Dato’ Yang di-Pertua, Kubang Kerian ada bertanya mengenai ataupun kebimbangan yang dibangkitkan Kubang Kerian. Pihak MCMC terus melaksanakan pemantauan dan tindakan terhadap penyebaran kandungan lucah serta bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. Bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 30 September 2026, sebanyak 14,706 kandungan yang bersifat lucah dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak atau child sexual abuse material (CSAM) telah diturunkan. Manakala 5,170 laman sesawang berunsur lucah telah disekat oleh pemberi perkhidmatan berikutan permohonan MCMC.

Bagi memperkukuh pencegahan, kerajaan turut memberi penekanan kepada pendidikan dan kesedaran masyarakat. Menjawab perkara yang dibangkitkan Permatang Pauh, sama ada peruntukan RM58.7 juta bagi Kempen Internet Selamat dalam Belanjawan 2027 merangkumi peruntukan khusus untuk memperkasa ibu bapa melalui pendidikan keibubapaan sebagai langkah pencegahan buli siber, saya ingin memaklumkan bahawa Kempen Internet Selamat bukan hanya tertumpu kepada pelajar dan kanak-kanak, malah merangkumi program pendidikan dan advokasi buat ibu bapa, penjaga, guru dan komuniti.

Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan termasuk konvensyen ibu bapa dan guru serta Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di seluruh negara. Dalam program ini, usaha untuk memberi kesedaran tentang pengaktifan fungsi kawalan ibu bapa ataupun parental control dalam peranti dan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian yang berkaitan turut dilaksana.

draft • 1:20 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Pendekatan ini memastikan tanggungjawab melindungi kanak-kanak dari ancaman dalam talian tidak hanya terletak ke atas ibu bapa, namun dilaksanakan secara bersama oleh keluarga, institusi pendidikan, komuniti, agensi kerajaan, dan pemberi perkhidmatan. Berdasarkan rekod aduan MCMC, sebanyak 5,341 aduan berkaitan buli dan gangguan dalam talian telah direkodkan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 15 Oktober 2026.

Dato’ Yang di-Pertua, fungsi parental control ini sebenarnya memang ada tersedia dalam setiap peranti kita tapi ramai di kalangan kita terutama ibu bapa tidak tahu kita boleh mengehadkan dan meletakkan beberapa parameter. Contoh, sekiranya skrin itu terlalu dekat dengan anak, boleh disekat akses sementara waktu sehingga skrin itu lebih jauh. Atau sekiranya mereka terlibat dalam menggunakan satu aplikasi berjam-jam, apa yang disebut sebagai doomscrolling.

Jadi, saya dan beberapa rakan sejawat dari negara jiran sedang meneliti dan sedang melakukan perbincangan dengan platform-platform untuk meletakkan secara default yang bila kita install aplikasi seperti YouTube sebagai contoh dan anak-anak menonton YouTube Shorts, maka dihadkan tontonan ke satu jam. Selepas itu, dia akan cool-off untuk sementara waktu. Dan nanti kita harap semua platform yang ada auto play pun boleh meletakkan secara default, had masa penggunaan supaya— terutama anak-anak boleh take a break, dengan izin. Tapi dalam aplikasi tersebut boleh ditentukan nak tengok satu jam ke, dua jam ke, 15 minit ke, ada fungsi-fungsi ini dalam aplikasi. Ini akan dibangunkan oleh setiap aplikasi dan ini yang kita perjuangkan— saya dan rakan-rakan sejawat dari rantau Asia Tenggara.

Alor Setar ada bertanya mengenai salah guna AI dan deepfake termasuk penyebaran imej-imej yang telah dipalsukan melibatkan pelajar perempuan di Seremban. Kes tersebut masih dalam siasatan pihak PDRM. Dan MCMC bekerjasama rapat dengan PDRM dan platform Meta bagi membantu siasatan serta tindakan lanjut.

Dato’ Yang di-Pertua, mengenai kebimbangan beberapa Ahli Parlimen tentang keselamatan permainan dalam talian termasuk platform seperti Roblox, MCMC bersama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau CMCF sedang menjalankan kajian terhadap perkembangan, risiko dan langkah perlindungan yang bersesuaian, khususnya melibatkan keselamatan kanak-kanak, interaksi antara pengguna, kandungan permainan serta langkah perlindungan yang dilaksana oleh pemberi perkhidmatan.

draft • 1:20 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

MCMC turut meneliti pendekatan dan amalan di peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti langkah perlindungan yang bersesuaian dan berkesan. Pada masa yang sama, CMCF sedang melaksanakan rundingan awam bagi membangunkan sub-code permainan atau dengan izin gaming sub-code dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengendali gedung aplikasi, pembangun permainan tempatan dan antarabangsa, pakar keselamatan dalam talian, industri e- sukan, pengamal undang-undang serta penyelidik.

draft • 1:20 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Hasil kajian dan rundingan ini akan menjadi asas pertimbangan terhadap keperluan langkah kawal selia selanjutnya yang berasaskan bukti dan tahap risiko demi memastikan keselamatan pengguna khususnya kanak-kanak terus terpelihara.

Yang Berhormat Batang Lupar dan Bandar Kuching ada membangkitkan isu judi dalam talian, dan ingin saya maklumkan bahawa kerajaan melaksanakan secara bersepadu mengikut bidang kuasa agensi masing-masing. PDRM bertanggungjawab terhadap siasatan dan penguatkuasaan kesalahan perjudian manakala MCMC memberi sokongan teknikal termasuk tindakan berkaitan sekatan laman sesawang atau aplikasi serta penurunan kandungan.

Bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 15 September 2026, sebanyak 828,438 kandungan berkaitan judi dalam talian telah berjaya diturunkan, manakala 7,411 lama sesawang perjudian telah disekat oleh pemberi perkhidmatan berikutan permohonan MCMC. Tindakan penguatkuasaan turut diperkukuh melalui operasi bersepadu PDRM termasuk Op JOL dan Op Soga XI pada tahun 2026 untuk membanteras kegiatan perjudian dan pertaruhan dalam talian.

Melalui Op Soga 11, tindakan penguatkuasaan turut memberi tumpuan kepada kegiatan judi dan pertaruhan dalam talian berkaitan perlawanan bola sepak sempena Piala Dunia FIFA 2026. MCMC turut memperkukuhkan kerjasama operasi bersama PDRM dan pemberi perkhidmatan melalui OP Pancing dan OP Delusi pada tahun 2026, khususnya dalam mengekang penyebaran SMS secara berskala menggunakan peralatan fake-based transverse station atau pun fake BTS yang mengandungi pelbagai bentuk kandungan dan pautan bagi memancing pengguna.

Usaha mengekang penyebaran mesej dan pautan melalui rangkaian komunikasi ini turut menyokong tindakan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan saluran komunikasi sebagai medium penyebaran kandungan, promosi dan tarikan kepada pengguna untuk mengakses platform yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang dalam talian.

draft • 1:30 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Selain itu, berdasarkan kod pengurangan risiko yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2026 di bawah Akta 866, pemberi perkhidmatan berlesen mempunyai obligasi untuk memastikan sistem algoritma perkhidmatannya, termasuk sistem saranan atau recommendation system mengurangkan risiko daripada terdedah kepada kandungan memudaratkan termasuk penipuan dalam talian ataupun scam. Di bawah kod tersebut, pemberi perkhidmatan berlesen perlu memastikan pihak yang menggunakan perkhidmatan iklan berbayar disahkan berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti sijil perbadanan syarikat daripada SSM atau dokumen pengenalan diri bagi individu kerana Dato’ Yang di-Pertua, kita dapati ada sejumlah posting scam yang digunakan, dibayar sebagai iklan tapi orang di sebalik itu adalah fake akaun.

Jadi, kita akan letakkan satu dari segi kawal selia untuk memastikan platform- platform mengesahkan orang yang membuat iklan di Malaysia melalui platform- platform mereka membeli iklan ya dan buat posting dan sebagainya adalah sah individu tersebut.

Di samping itu Jawatankuasa Kerja Menangani Jenayah Penipuan Dalam Talian yang ditubuhkan pada 17 Julai 2026, menjadi platform penyelarasan tindakan rentas kementerian dan agensi melibatkan 55 inisiatif di bawah lima teras utama iaitu siasatan, operasi, teknologi, perundangan dan pencegahan.

Antara inisiatif yang dilaksana adalah pengukuhan risikan, perkongsian data, penyelarasan operasi, mitigasi rangkaian kandungan dalam talian, akauntabiliti platform, pencegahan serta intervensi awal. Kerajaan akan terus memperkukuh keselamatan dalam talian melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkesan, peningkatan akauntabiliti platform digital serta kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan industri dan masyarakat.

Keutamaan kerajaan adalah untuk melindungi pengguna khususnya kanak- kanak golongan rentan daripada ancaman digital, di samping memastikan perkembangan teknologi dan ekosistem digital negara berlangsung secara selamat, bertanggungjawab dan mampan.

Yang Berhormat Masjid Tanah dan Bandar Kuching menyatakan kebimbangan mengenai kesan persaingan platform e-dagang antarabangsa terhadap peniaga tempatan. Kerajaan melalui MCMC sedang meneliti pendekatan kawal selia di bawah Akta 588 bagi menangani penyalahgunaan platform e-dagang termasuk penjualan barangan terlarang dan penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang.

draft • 1:30 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Usaha ini turut mengambil kira keperluan memastikan kehadiran tempatan atau local presence khususnya bagi platform asing, pematuhan terhadap undang- undang yang berkuat kuasa, termasuk standard, kelulusan dan pensijilan daripada pihak berkuasa serta kesan kepada sektor kurier tempatan dan daya saing perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Pada masa yang sama, KPDN sedang membangunkan Rang Undang- undang E-Dagang yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun 2027. Rang undang-undang ini bertujuan memperkukuh kawal selia keseluruhan ekosistem e- dagang merangkumi tatakelakuan platform, persaingan, perlindungan pengguna serta transaksi elektronik.

Dalam hal ini, MCMC boleh melaksanakan Kerangka Kawal Selia terhadap platform e-dagang berdasarkan perkara-perkara dalam bidang kuasa Akta 588, termasuk memastikan perkhidmatan e-dagang yang dikawal selia memainkan peranan di bawah seksyen 263 [Akta 588] untuk mencegah perkhidmatannya daripada diguna bagi aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Melalui pendekatan ini, pihak berkuasa lain seperti PDRM, Jabatan Kastam, Bank Negara, JAKIM boleh memohon kerjasama MCMC bagi menghalang perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan dalam talian di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam negara kita.

Aspek lain di luar skop kawal selia Akta 588 termasuk perdagangan, perlindungan pengguna, percukaian, pendaftaran syarikat dan produk terlarang, tertakluk kepada bidang kuasa kementerian serta agensi berkaitan. Penyelarasan akan terus diperkukuh bagi memastikan ekosistem e-dagang dikawal selia secara menyeluruh, bersepadu, adil dan saksama.

Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama strategik rentas kementerian dan agensi melalui pendekatan Whole of Government. Pada 7 Oktober yang lalu MCMC bersama-sama kementerian dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan telah mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform e-dagang bagi membincangkan tanggungjawab platform dalam menangani kandungan yang menyalahi undang-undang serta penyalahgunaan platform untuk memasarkan dan menjual produk terlarang.

Insya-Allah sempena Hari Kurier Negara pada 31 Oktober ini, kita akan membuat beberapa pengumuman yang kita harap dapat memberi satu petanda, satu signal kepada ekosistem bahawa pihak kerajaan tidak akan berpeluk tubuh menerima pandangan daripada pelbagai pihak dan akan usaha untuk mengenakan

draft • 1:30 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

kawal selia yang lebih adil untuk memastikan semua pihak yang berkepentingan diseimbangkan kepentingan mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju dan Padang Rengas membangkitkan mengenai pelaksanaan sistem amaran awal atau early warning system, termasuk penggunaan teknologi Cell Broadcast System (CBS), keperluan peruntukan serta jadual pelaksanaannya.

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan MCMC sedang melaksanakan sistem amaran awal menggunakan teknologi CBS bagi membolehkan mesej amaran disampaikan dengan pantas dan bersasar kepada peranti mudah alih yang serasi di kawasan terjejas. Sistem ini akan melengkapi sistem amaran sedia ada melalui SMS.

Bagi pembangunan sistem ini, sebanyak RM210 juta telah diperuntuk di bawah Belanjawan 2026. Tiada peruntukan tambahan diperlukan di bawah Belanjawan 2027 kerana peruntukan sedia ada mencukupi untuk menampung keperluan pelaksanaan projek.

Sistem EWS dijadual beroperasi sepenuhnya pada penghujung 20— maaf, pada penghujung November 2026, diikuti dengan pelaksanaan ujian amaran di peringkat nasional pada awal Disember 2026. Pelaksanaan sistem ini diharap dapat memperkukuh penyampaian amaran bencana secara lebih pantas dan bersasar, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan rakyat menghadapi situasi kecemasan.

Dato’ Yang di-Pertua, Larut dan Machang telah membangkitkan isu pembangunan Infrastruktur Awan AI Berdaulat Negara – Sovereign AI Cloud, khususnya berkaitan kedaulatan dan perlindungan data sensitif negara, risiko akses di bawah bidang kuasa asing, penilaian keselamatan pembekal teknologi serta mekanisme pengawasan pelaksanaan projek.

Kerajaan memandang serius kepentingan kedaulatan digital negara, khususnya dalam memastikan data strategik, maklumat sensitif dan yang terperingkat bagi pihak kerajaan sentiasa dilindungi daripada risiko akses yang tak dibenarkan serta kekal tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang Malaysia.

draft • 1:30 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sehubungan itu, pada Ogos 2025, Jemaah Menteri telah memberikan mandat kepada MCMC dan Majlis Keselamatan Negara untuk membangunkan rangka kerja awan AI berdaulat negara. Inisiatif ini bertujuan memastikan data strategik negara kekal di bawah kawalan Malaysia daripada aspek perundangan, operasi dan teknikal. Bagi memastikan matlamat ini dicapai, kerajaan memberi

draft • 1:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

penekanan kepada beberapa mekanisme kawalan utama, termasuk pematuhan keperluan residensi data (data residency), kawalan pemindahan data rentas sempadan, kawalan akses ketat terhadap pemberi perkhidmatan serta pengurusan kunci penyulitan (encryption key) oleh kerajaan dalam negara.

Penggunaan data rakyat dan sektor awam bagi tujuan latihan model kecerdasan buatan tanpa kebenaran bertulis kerajaan turut dilarang di bawah rangka kerja ini. Berhubung kebimbangan mengenai risiko pembekal teknologi, kerajaan tidak akan bergantung semata-mata pada pemilihan teknologi. Sebaliknya, turut menilai aspek keselamatan, kesesuaian teknikal dan operasi serta risiko kebergantungan kepada mana-mana pemberi perkhidmatan. Infrastruktur ini dirangka berasaskan prinsip neutrality dari segi teknologi, saling kendali atau interoperability dan selamat.

Penyelesaian yang dipertimbang hendaklah menyokong ekosistem berbilang pemberi perkhidmatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu pemberi perkhidmatan sahaja serta hendaklah menyokong daya tahan, kebolehskalaan ataupun scalability, kemudahalihan atau flexibility, beban kerja serta kawalan operasi berdaulat. Dari aspek pengawasan dan pengurangan risiko, sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan kementerian dan agensi berkaitan telah ditubuhkan bagi memperinci tadbir urus keselamatan siber dan kedaulatan data.

Kerajaan juga melaksanakan penilaian terhadap pengelasan data serta risiko pembekal perkakasan dan perisian sebelum sesuatu data ditempatkan dalam infrastruktur ini. Pengurusan risiko akan diteruskan sepanjang kitar hayat penyelesaian, termasuk langkah mitigasi, pemantauan dan semakan berkala. Pada masa ini, pembangunan infrastruktur awan AI berdaulat negara masih melalui proses penilaian dan perolehan bagi menentukan penyelesaian yang bersesuaian.

Oleh itu, spesifikasi akhir dan pemberi perkhidmatan bagi membangunkan infrastruktur ini masih belum dimuktamadkan. Pendekatan ini penting bagi memastikan penyelesaian yang dipilih memenuhi keperluan keselamatan, kedaulatan data dan kesinambungan operasi negara.

Yang Berhormat Ayer Hitam, Batu Pahat dan Balik Pulau ada menyentuh mengenai peruntukan RM1 bilion dalam Pelaksanaan Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), khususnya sama ada pengumuman tersebut merujuk kepada peruntukan yang sama, sumber pembiayaannya serta status pelaksanaan dan penggunaan dana berkenaan.

draft • 1:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi pelaksanaan inisiatif PERSADA yang diumum sempena amanat Perdana Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 2026 dan dalam Belanjawan 2027 adalah peruntukan yang sama, bukannya dua peruntukan yang berbeza. Pembiayaan RM1 bilion ini disediakan melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) memandangkan pelaksanaan fizikal Projek PERSADA masih belum bermula, tiada perbelanjaan atau pengeluaran dana direkodkan setakat ini.

PERSADA bukan hanya tertumpu kepada pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) tetapi turut merangkumi usaha memperkukuh ketersambungan bermakna dan pendigitalan facility kesihatan awam. Inisiatif ini dilaksana melalui kerjasama strategik antara MCMC dan KKM menerusi pendekatan whole-of- government, merangkumi dua teras utama iaitu ketersambungan kesihatan dan ketersambungan rakyat.

Inisiatif ini melibatkan semua 150 hospital awam, 2,488 klinik kesihatan awam dan 1,099 pusat sebaran maklumat nasional (NADI) di seluruh negara. Dalam pelaksanaan ini, MCMC berperanan sebagai pemudahcara ekosistem dalam memperkukuh ketersambungan infrastruktur komunikasi dan teknologi, manakala KKM menerajui keperluan perkhidmatan serta transformasi kesihatan digital, termasuk pelaksanaan EMR ke arah aspirasi satu individu, satu rekod kesihatan.

Pelaksanaan PERSADA diharap dapat memperkukuh ketersambungan antara fasiliti kesihatan, membolehkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, mudah diakses dan saksama. Ketersambungan yang diperkasa melalui PERSADA turut dijangka membolehkan urusan rawatan yang lebih lancar, mengurangkan masa menunggu serta memudahkan perkongsian maklumat kesihatan, merentas fasiliti, sekali gus mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil maklum mengenai isu-isu liputan, capaian dan kualiti perkhidmatan Internet yang dibangkitkan oleh Kinabatangan, Beaufort, Libaran, Putatan, Puncak Borneo, Lawas, Julau, Gerik, Jerai dan Jelebu. Khususnya keperluan memperluas liputan serta meningkatkan kestabilan dan kualiti perkhidmatan komunikasi di kawasan luar bandar. Antara Ahli- ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi, ada yang ada di sini? Tak ada?

draft • 1:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ada.

draft • 1:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ada, baik. Kinabatangan dan...

draft • 1:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo ada.

draft • 1:40 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Puncak Borneo, Libaran baik. Jadi, pertama sekali, saya ingin maklumkan kepada Dewan bahawa pihak MCMC telah mengadakan sesi libat urus dengan wakil Yang Berhormat Kinabatangan pada 26 Oktober dengan Masjid Tanah, Puncak Borneo pada 13 Oktober, dengan Libaran pada 18 September, Julau pada 8 Oktober, Beaufort pada 14 Oktober, Putatan pada 13 Oktober. Jadi, ada engagement yang telah dilakukan.

Ada beberapa perkara yang mungkin khusus kepada kawasan masing-masing dan saya akan cuba dalam minit-minit yang berbaki untuk...

draft • 1:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, sebelum menjurus teruskan jawapan, izinkan saya meminta sedikit pencelahan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya telah membangkitkan permasalahan mengenai kualiti rangkaian, khasnya untuk quality of service dan quality of experience. Di mana daripada pengamatan saya dan aduan-aduan yang saya terima, kualiti perkhidmatan talian telco memang amat teruk di kawasan saya.

Jadi, saya memohon menara-menara baru yang telah saya kongsikan dengan pihak MCMC dan saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya mempertimbangkan pembinaan menara-menara baru. Dan selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya ada peningkatan kapasiti dan kestabilan menara sedia ada kerana ada kawasan yang mempunyai isyarat Internet yang tetap perlahan. Dan puncanya mungkin kesesakan dan gangguan-gangguan lain dan juga disebabkan oleh blackout electricity dan sebagainya.

Selain daripada itu, saya juga memohon supaya pihak kementerian dan MCMC kenal pasti kawasan titik buta ataupun dead zone, termasuk yang di kampung, di lembah, di kawasan berbukit dan sebagainya. Sebab kalau boleh, kita gunakan juga kajian teknikal untuk menyelesaikan masalah ini. Dan saya juga sarankan supaya pihak kementerian, khasnya MCMC dan juga kepada pihak telco untuk mengadakan audit liputan sebenar di setiap kampung. Sebab kadang-kadang line ini daripada meja mereka, daripada data center mereka ataupun daripada control center mereka, dia nampak bagus. Tetapi bila kita di lapangan, dia memang berbeza.

Sebagai contoh, saya membuat aduan mengenai perkhidmatan DigiCelcom.

Saya begitu setia dengan DigiCelcom. Dari mula saya beli handphone, saya guna Digi dan Celcom sebab saya ada dua line. Tetapi kebelakangan ini, line ini cukup teruk, sehinggakan saya give up. Saya terpaksa port line saya ke Maxis.

draft • 1:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, saya minta YB Menteri untuk melihat perkara ini sebab saya dah buat banyak aduan. Dia kata, *“YB, no problem in your area, we have checked our system.

The line is ok, the throughput is ok, the upload/download is ok”.* Tetapi di lapangan Yang Berhormat Menteri, dia sangat teruk. Ini yang berlaku. Saya sebagai seorang yang berlatarbelakang IT, jadi saya faham. Kadang-kadang what we see is not what we get. Terima kasih.

draft • 1:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya bersetuju dengan Puncak Borneo, apa yang beliau katakan tetapi saya tidak berlatarkan IT. Justeru itu, saya lebih banyak perkara yang— persoalan-persoalan, terutama sekali yang di luar bandar.

draft • 1:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya dimaklum bahawa pembentangan bajet baru-baru ini, Belanjawan 2027 menerusi projek JENDELA sejumlah pelaburan RM5 bilion bertujuan untuk memperkukuh jaringan Internet seluruh negara. Namun, apa yang menjadi persoalan saya mungkin terutama sekali di negeri Sabah, khususnya di Libaran dan Kinabatangan kerana disebabkan tower yang didirikan sama ada di atas bukit ataupun di atas gunung tetapi yang di lurah ini tidak menggapai capaian Internet yang cukup baik.

Namun, apa yang menjadi halangan terutama sekali kepada pengguna- pengguna yang terutama di sekolah-sekolah, perkara ini berlaku ketirisan akibat jaringan ini. Persoalan saya, apakah jaminan kementerian bahawa pelaburan sebesar ini benar-benar menyelesaikan masalah Internet perlahan dan putus, putus, putus di luar bandar, khususnya di Sabah dan bukan hanya sekadar menambah angka liputan ataupun jaringan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:50 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri, sikit ini. Menteri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas tindakan pantas daripada kementerian untuk melakukan sesi libat urus terus kepada Parlimen-parlimen. Namun, di Kinabatangan ini selain daripada masalah yang dibangkitkan oleh Menteri, terdapat juga line telefon memang sudah ada tapi kalau mati current, mati elektrik, dia pun mati juga. Tidak tahu bila mahu hidup. Kita panggil- panggil tidak dapat hidup.

[Ketawa] Okey, Menteri. Terima kasih.

draft • 1:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Menteri, izin. Terima kasih, Menteri. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian dan MCMC kerana telah dapat menurunkan ratusan ribu kandungan seperti yang Menteri katakan tadi. Tapi saya difahamkan bahawa pihak MCMC ini hanya terdapat 56

draft • 1:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

orang personel yang ditugaskan khas untuk menurunkan kandungan-kandungan seperti judi online, dark web dan sebagainya.

Persoalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah personel-personel ini supaya aktiviti untuk kita menurunkan domain-domain yang terkait dengan judi, dark web dan sebagainya ini akan dapat dilaksanakan dengan secara tuntas. Dan saya nak bertanya juga kepada kementerian, adakah kementerian berniat untuk melihat cara-cara baru yang digunakan oleh negara luar untuk mengatasi keadaan judi online, dark web dan sebagainya. Terima kasih, Menteri.

draft • 1:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih.

draft • 1:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Menteri, masa amat mencemburui kita. Jadi saya rasa, Yang Berhormat Menteri jawab secara ringkas.

draft • 1:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ringkas.

draft • 1:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Dan selain itu boleh dijawab secara bertulis dan lepas itu gulung.

draft • 1:50 PM

Dato’Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, ringkas ya. Untuk Batang Lupar, memang kita akan teliti penggunaan Agentic AI bagi tujuan membuat pelaporan kerana pihak platform dokumentasi yang agak lebar, panjang, panjang lebar. Jadi, kita akan cuba untuk ringkaskan.

Untuk Kinabatangan, mati current, matilah semua line komunikasi. Ada beberapa perkara yang kita sedang teliti. Tapi untuk menjawab Libaran tentang— current bukan bawah saya tapi kita akan cuba teliti di kawasan Kinabatangan mana yang kerap berlaku, kita akan cuba untuk...

draft • 1:50 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Menteri, maksud dia apabila elektrik mati, line telefon turut mati juga.

draft • 1:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sebab menara pakai elektrik. Itu isunya.

draft • 1:50 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Mungkin ada mekanisme daripada kementerian. Terima kasih.

draft • 1:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, kita sedang teliti secara keseluruhan beberapa ikhtiar tapi kita perlu lakukan perbincangan dengan Energy Commission, Suruhanjaya Tenaga dalam bab itu. Untuk Libaran, tentang JENDELA 2 berbeza dengan JENDELA 1. Hampir 70 peratus daripada semua usaha kesalinghubungan yang akan dilaksana tidak akan melibatkan pembinaan menara yang kosnya tinggi tapi kita akan fokus kepada small cell ataupun monopole ataupun

draft • 1:50 PM

Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

30 metre tower dan beberapa teknologi yang juga memanfaatkan satelit yang membolehkan akses Internet itu diberikan, terutama kepada kawasan-kawasan yang lebih terpencil.

Kita ada satu inisiatif namanya “Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet”. Ini melibatkan kerjasama dengan terutama PBT. Kita sedang usaha untuk melaksanakan kerana kita dapati bukan hanya kawasan berpenduduk yang perlu kita sediakan Internet tapi juga laluan-laluan utama kerana kita perlu berganjak daripada coverage of populated area kepada coverage of economic area. Kerana tempat- tempat yang ada aktiviti ekonomi ini wajar disediakan, dipastikan kalau di situ ada api untuk laluan jalan, maka perlu ada Internet di situ juga.

Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Untuk Puncak Borneo, nanti saya akan call CEO CelcomDigi, minta dia untuk uruskan masalah ini. Baik, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 1:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Komunikasi. Sekarang kita beralih ke Kementerian Sumber Manusia. Jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 1:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan kerana telah membentangkan Belanjawan 2027 yang bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” dengan peruntukan sebanyak RM1.938372900— RM1,938,372,900 pada Kementerian Sumber Manusia

(KESUMA). Ini sekali gus membakar semangat warga KESUMA bagi terus mendukung martabat pekerja di negara ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 46 orang Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2027 di peringkat dasar minggu lalu. Jawapan penggulungan saya pada hari ini akan bertumpu perkara-perkara berikut, Puan Yang di-Pertua.

(i) gaji minimum dan kerangka gaji baru;

(ii) perlindungan dan kebajikan pekerja gig;

(iii) pembangunan modal insan;

draft • 1:55 PM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

(iv) pemerkasaan komuniti india;

(v) perlindungan keselamatan sosial; dan

(vi) pengurusan dan penggajian pekerja asing.

Untuk isu yang nombor satu, Puan Yang di-Pertua, bagi gaji minimum dan kerangka gaji baru, izinkan saya memberikan maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan oleh 27 orang Ahli Yang Berhormat berkaitan gaji minimum dan kerangka gaji baru secara keseluruhan iaitu Yang Berhormat Sekijang, Temerloh, Permatang Pauh, Hulu Selangor, Larut, Pasir Mas, Kinabatangan, Kepong, Parit, Tumpat, Masjid Tanah, Tebrau, Kuantan, Selayang, Arau, Betong, Sungai Besar, Shah Alam, Julau, Kota Melaka, Pagoh, Padang Rengas, Kangar, Pekan, Kulim- Bandar Baharu, Machang, Bakri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, kajian semula Perintah Gaji Minimum dilaksanakan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Proses kajian ini melibatkan penilaian indikator ekonomi semasa dan mengambil kiraan indikator asas seperti pendapatan garis kemiskinan (PGK) dan penengah gaji serta indikator penyelaras seperti produktiviti buruh, kadar pengangguran dan indeks harga pengguna (IHP).

[Tidak jelas] ...ini, empirikal kajian turut disokong oleh dapatan borang kaji selidik melibatkan 1,967 majikan dan 3,197 pekerja.

Pengumpulan data premier ini diperkukuhkan lagi menerusi pandangan oleh 1,407 wakil majikan, persatuan majikan dan 1,189 wakil pekerja, kesatuan sekerja melalui 21 sesi libat urus (SLU) di seluruh negara serta temu bual mendalam (in- depth interview) bersama satu, pakar gaji daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa

(ILO), Kerajaan Sarawak, JTK Sarawak, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia

(MEF) dan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC).

Berlandaskan kepada kajian tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peningkatan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan bermula Jun 2027 yang akan memanfaatkan lebih 4 juta orang pekerja. Namun, saya ingin tegaskan bahawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta akan dikecualikan.

draft • 1:55 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri. Minta laluan boleh? Saya ingin bertanya, adakah kementerian begitu cakna apabila peningkatan gaji ini dilakukan, kos barangan juga turut akan naik dan peningkatan gaji ini adalah untuk empat juta pekerja sahaja. Bagaimana dengan

draft • 1:55 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

nasib 14 juta baki pekerja yang lain yang tidak dinaikkan gaji mereka? Jadi, mohon penjelasan Menteri.

draft • 1:55 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih, sahabat saya daripada Kinabatangan. Sebenarnya kalau kita lihat gaji permulaan ini, dia naik hanya bagi empat juta. Tetapi, yang baki, kita juga naikkan kepada RM2,500 minima dia berdasarkan MASCO 1 hingga MASCO 8. Sebelum ini, kalau kita ambil bandingan, seorang pengurus kewangan mungkin akan dapat gaji RM2,200, RM2,300, tetapi sekarang dia berdasarkan bukan sahaja gaji permulaan mereka tetapi berdasarkan kemahiran mereka.

Contoh, kalau mereka mempunyai diploma, gaji mereka mungkin RM2,800 ataupun RM2,900. Kalau mereka mempunyai ijazah, gaji mereka mungkin naik kepada RM4,000. Jadi, kita berdasarkan MASCO 1 hingga MASCO 8 untuk menaikkan gaji kesemua-semuanya sekali dan memastikan bahawa mereka mendapat gaji yang betul-betul mengikut kemahiran mereka.

Selain daripada itu― memang soalan yang ditanya, saya akan jawabkan kemudian berkaitan dengan PMKS-PMKS. Ada PMKS-PMKS yang mereka tidak dapat naikkan gaji pekerja mereka tersebut sebab mereka di bawah RM50 juta hasil jualan. Saya akan jawab kemudian, Yang Berhormat.

Pembaharuan paling signifikan yang diumumkan, seperti yang saya katakan tadi, dalam Belanjawan MADANI 2027 adalah kerangka gaji pokok permulaan RM2,500 bagi graduan dan pekerjaan separuh mahir, termasuk pendekatan dan kaedah pelaksanaannya oleh KESUMA untuk memastikan upah lebih setimpal dengan kelayakan dan kemahiran pekerja.

Bagi memastikan pelaksanaannya dibuat secara teratur dan mempunyai asas yang jelas kepada majikan serta pekerja, KESUMA telah memuat naik Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia, Malaysian Standard Classification of Occupations (MASCO) serta boleh diakses melalui portal e-MASCO dan akan dikemaskinikan secara berkala mengikut perubahan dan keperluan industri. Garis panduan ini akan menyediakan rujukan gaji pokok permulaan yang lebih komprehensif mengikut jenis pekerjaan dan tahap kelayakan.

Untuk memastikan graduan menerima yang setimpal, KESUMA mencadangkan agar garis panduan penanda aras gaji bagi MASCO 1 hingga MASCO 3 melibatkan graduan lepasan ijazah, diploma, diploma lanjutan, Kemahiran

draft • 2:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Tahap 5, Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dilaksanakan terlebih dahulu.

Bagi pekerjaan separuh mahir pula, KESUMA akan menyelaraskan pendekatan ini dengan garis panduan gaji pokok permulaan bagi MASCO 4 hingga MASCO 8 termasuk kumpulan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2.

Perintah gaji minimum dan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berasaskan MASCO disarankan untuk dijadikan sebagai aras lantai penetapan gaji dan bukannya siling gaji. Dalam hal ini, pihak majikan akan digalakkan untuk menyusun semula tangga gaji organisasi secara teratur agar pengalaman, kelayakan dan sumbangan pekerja sedia ada terus dihargai secara adil.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan kaedah memantau dan pematuhan pelaksanaan gaji minima oleh pihak majikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KESUMA melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan atas majikan berkaitan pematuhan kepada kadar gaji minimum. Bagi memastikan penguatkuasaan gaji minimum dilaksanakan terhadap syarikat dan berpendapatan tahunan melebihi RM50 juta, JTK akan membuat semakan silang maklumat yang diperolehi oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui penyata kewangan beraudit tahunan syarikat.

Antara kaedah penguatkuasaan yang dijalankan adalah yang berikut:

pemeriksaan berkanun, pemeriksaan secara fizikal dilaksanakan oleh pegawai- pegawai jabatan ke atas premis majikan; operasi khas jabatan yang menggerakkan pegawai untuk menjalankan operasi secara bersasar dan juga mengejut ke atas majikan yang dikenal pasti sektor-sektor yang berisiko tinggi dan sebagainya.

Siasatan juga berasaskan aduan siasatan yang dijalankan atas setiap aduan yang diterima termasuk menerusi aplikasi digital seperti e-Aduan. Juga, pengendalian kes buruh, tuntutan yang boleh didengar oleh mahkamah buruh adalah berkaitan gaji dan faedah-faedah kewangan yang lain yang layak diperoleh di bawah undang-undang ataupun kontrak perkhidmatan.

Kerajaan juga komited membantu meningkatkan pendapatan pekerja dengan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) dan Productivity-Linked Wage System

(PLWS) iaitu pelengkap kepada pelaksanaan perintah gaji minimum (PGM) yang sedia ada. Pekerja dan majikan digalakkan untuk berunding melalui rundingan kolektif bagi menetapkan gaji yang lebih tinggi berdasarkan peningkatan kemahiran, kelayakan dan produktiviti yang akan memberi peningkatan pendapatan yang lebih bermakna.

draft • 2:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Selain itu, KESUMA juga sedang memperincikan kaedah bagi pemantauan pembayaran gaji mereka melalui model e-Wages. Kaedah ini akan memudahkan dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang perburuhan semasa, gaji boleh dibayar melalui kaedah pembayaran yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955, bayaran gaji dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955, gaji dibayar sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan serta kadar gaji, elaun, insentif dan bonus.

Selain daripada itu, isu gaji pekerja tidak dibayar, lambat dan tidak mengikut kadar sebenar dan di bawah kadar gaji minima dapat dikurangkan. Kesemua ini akan dilakukan atas kaedah pelaksanaan e-Wages yang dicadangkan untuk merangkumi semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara. Cara yang akan digunakan adalah bayaran melalui akaun bank, bayaran melalui tunai dan cek, bayaran melalui instrumen pembayaran seperti e-wallet yang dikendalikan di bawah PERKESO.

Juga untuk menjawab sedikit berkaitan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, adalah kenaikan gaji ini, dia kita mengambil kira beberapa isu. Contohnya, kadar inflasi, yang seperti yang dikatakan, produktiviti buruh dan juga kadar pengangguran. Indikator-indikator ini kita sudah berasaskan, kita sudah ada sesi libat urus bersama majikan, juga dengan pekerja, juga kita telah mengambil indikator asas iaitu garis kemiskinan yang telah diberikan.

Juga, kita ada sesi bual yang secara mendalam dengan pelbagai autoriti- autoriti khususnya Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan juga syarikat-syarikat yang swasta juga. Jadi, mereka telah memberikan pendapat mereka dan kita akan menaikkan gaji di dalam masa mengikut tahap dan bukannya serta merta.

Bagi isu yang kedua, Puan Yang di-Pertua, adalah berkaitan soalan yang dibangkitkan oleh YB Sekijang, Parit, Merbok dan YB Tenggara bertanyakan mengenai perlindungan kebajikan pekerja gig. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KESUMA menegaskan bahawa ketelusan penetapan kadar pendapatan minimum, pemotongan komisen serta ketidaktentuan pendapatan pekerja gig sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam menjamin ekosistem pasaran buruh yang adil dan saksama.

Di bawah seksyen 47(1) Akta 872, Majlis Perundingan Gig diberikan kuasa untuk menasihati dan mengemukakan syor kepada kerajaan berhubung penetapan formula pengiraan kadar pendapatan minimum serta standard minimum mengikut sektor dan wilayah. Di subseksyen 47(2), Majlis diberikan kuasa untuk berunding

draft • 2:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

dengan pemegang taruh, mengumpul data, menjalankan analisis dan melaksanakan penyelidikan di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Bagi memastikan pendapatan minimum dan standard minimum yang akan disyorkan mengambil kira kaedah yang lebih telus agar pekerja memahami bagaimana kadar bayaran diluluskan, termasuk potongan dan komisen oleh pengendali platform, kerajaan telah jalankan kajian menyeluruh bersama pekerja gig, penyedia platform, agensi kerajaan dan pemegang taruh yang berkaitan termasuk ahli akademik. Tindakan yang telah diambil merangkumi 13 siri sesi libat urus (SLU), 14 sesi perbincangan kumpulan berfokus, focus group discussion (FGD), 37 temu bual mendalam, kaji selidik terhadap 1,962 pekerja gig platform, penelitian ke atas 487,805 data transaksi individu serta penandaarasan ke atas 42 buah negara.

draft • 2:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dapatan ini akan diterjemahkan ke dalam formula kadar pendapatan minimum yang mengambil kira pelarasan pendapatan seperti inflasi, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), gaji pertengahan, gaji minimum dan pendapatan isi rumah serta kos operasi seperti insurans kereta, insurans motor, cukai jalan, kos penyelenggaraan dan lain-lain.

Kesimpulannya, berdasarkan indikator kajian yang dijalankan ini kaedah pengiraan pendapatan dan standard minimum pekerja gig akan dapat dimuktamadkan secara telus, saksama dan bermaruah menjelang tahun 2027.

Bagi aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP), perlindungan pekerja gig diperuntukkan secara khusus di bawah Bahagian IX, Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872]. Di bawah seksyen 103, Akta 872 menetapkan kewajipan entiti kontrak untuk menjalankan pentaksiran risiko dan melaksanakan langkah kawalan yang bersesuaian, memastikan peralatan serta kemudahan yang disediakan selamat, memberikan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang mencukupi.

Menyediakan tatacara kecemasan serta melaporkan kemalangan atau penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Manakala seksyen 104, menetapkan kewajipan pekerja gig untuk mematuhi langkah keselamatan arahan dan tatacara kecemasan yang berkaitan. KESUMA melalui JKKP juga membangunkan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi pelaksanaan Bahagian IX, Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] tahun 2026 yang dijangka diterbitkan pada November 2026.

Garis panduan ini merangkumi kaedah pengenalan pasti tahap bahaya pentaksiran risiko, pelaksanaan langkah kawalan serta penyediaan senarai semak

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

dan contoh pentaksiran risiko mengikut kategori perkhidmatan gig termasuk e- panggilan, aktiviti perfileman, pemberi jagaan dan estetik. Pelaksanaan perlindungan ini turut disokong oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 [Akta 514] tertakluk kepada skop pemakaian dan keadaan yang berkenaan. Pendekatan ini bertujuan memastikan pekerja gig terus terpelihara serta mewujudkan ekosistem pekerjaan gig yang lebih adil, telus, selamat dan mampan.

Puan Yang di-Pertua...

draft • 2:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, boleh tak Temerloh. Temerloh ada bertanya berkaitan dengan gaji minimum RM2,000. Tadi saya dengar tadi, tapi terus dah masuk tentang pekerja gig.

Jadi, saya hendak bertanya, bagaimana agaknya kementerian dapat menggunakan mekanisme tindakan yang automatik dalam pemeriksaan susulan terhadap majikan yang tidak mematuhi membayar gaji minimum ini, itu yang pertama.

Dan saya mendengar tadi tentang e-Wages yang disebutkan akan dilaksanakan, tetapi adakah juga kementerian menyediakan bantuan untuk dilaksanakan khususnya bagi pihak PKS itu sendiri untuk memudahkan urusan pentadbiran, terima kasih.

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Sebenarnya yang gaji minimum, kawalan dia saya dah jawab. Kita ada tiga cara yang kita akan kawal. Satu adalah menggunakan JTK. JTK akan turun, mereka akan buat pemeriksaan berkala secara tersasar, itu adalah satu.

Kedua, kita mempunyai sistem aduan di mana mereka boleh buat aduan sekiranya mana-mana syarat yang telah ditetapkan di dalam kontrak ataupun di dalam proses mereka untuk pembayaran gaji mereka oleh majikan.

Ketiga, juga kita akan adakan sistem pelaporan. Sistem pelaporan tersebut bukan sahaja bergantung pada apa yang kita akan dapat juga daripada SSM.

Audited akaun tahunan mereka dan akhir sekali adalah berkaitan sistem e-Wages.

Sistem e-Wages ini ia membolehkan kita ada dashboard. Dashboard itu boleh menentukan secara individu di mana mereka berada, di mana mereka bekerja, berapa pendapatan mereka, semuanya akan terkandung di dalam dashboard tersebut.

Ini adalah di dalam planning stage sahaja. Kita belum lancarkan, kelulusan sudah diberikan, tetapi di dalam masih lagi rancangan, tetapi...

draft • 2:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Adakah PKS dapat bantuan untuk melaksanakannya, sebab PKS perlu kos.

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Yang PKS saya hendak jawab sekarang. Bagi PMKS pula, kita tidak bagi PMKS yang hasil jualan mereka di bawah RM50 juta dikenakan gaji minimum. Jadi, tidak menjadi masalah. Di bawah RM50 juta, mereka dibagikan pengecualian. Hanya untuk RM50 juta ke atas. Jadi, itu tidak menjadi satu masalah buat masa ini.

draft • 2:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, Menteri, Pulai Menteri.

Berkenaan dengan pekerja gig tadi, kita biasa naik e-Hailing ini, mereka selalu mengadu dengan kita— maknanya pendapatan mereka tak mencukupi dan kesukaran kerana inflasi, kos sara hidup. Cuba dapat Menteri jelaskan, bila masa rasanya boleh masalah mereka itu dapat kita bela, itu.

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat daripada Pulai. Sebenarnya, soalan itu saya akan jawab di isu keempat.

Jadi, sorry, kelima, tapi just untuk penjelasan yang ringkas [Tidak jelas] Kita ada bagi mereka dana bantuan. Contohnya kerjasama di antara KESUMA dengan GRAB, Kementerian Kewangan telah mewujudkan satu rangka di mana RM160 juta tambahan akan diberikan kepada e-Hailing dan p-Hailing rider. RM160 juta, separuh akan ditanggung oleh kerajaan, separuh akan ditanggung oleh syarikat platform sendiri.

Buat masa ini, kita ambil sebagai pilot adalah Grab. Jadi, bantuan ini akan menyediakan mereka satu peluang di mana kadar gaji yang mereka dapat per hour rate itu akan tingkat, dia akan tingkat. Bukan dari segi per hour rate, daripada [Tidak jelas] Dia juga. Jadi, memang kita akan menampung kos-kos tersebut. Juga, kita ada sediakan banyak. Kita tak nak e-Hailing, p-Hailing itu last stop center, dia boleh jadi first stop, tetapi lepas itu kita hendak mereka masuk ke dalam TVET.

Juga dalam penjelasan saya di dalam isu ketiga ini, saya akan terangkan bagaimana kita telah melaksanakan TVET dan apa usaha kementerian mengambil keluar e-Hailing dengan p-Hailing rider ini untuk masukkan ke dalam TVET.

Yang Berhormat Sekijang.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Yang Berhormat Menteri, terima kasih YB Menteri, YB Speaker.

draft • 2:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Jadi sebenarnya saya mengucapkan tahniahlah sebab PERKESO, maaf. Maksudnya kementerian telah

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

pun memikirkan sehingga ke peringkat yang agak jauh itu. Cumanya, rentetan daripada soalan Pulai tadi, dia bukan sahaja berkenaan dengan gaji minimum Yang Berhormat Menteri, tetapi juga contohnya lagi satu ialah padanan PERKESO.

Bagus, maknanya sekarang ini kita buat pilot projek bersama dengan Grab, tetapi kebanyakan mereka ini sebenarnya bekerja atas platform yang pelbagai.

Kadang-kadang bukan satu sahaja. Kadang-kadang dia berdaftar itu dengan Grab, dengan Shopee dan macam-macam lagi. Jadi, macam mana agaknya kementerian hendak selaraskan nanti bila dasar ini dilaksanakan. Terima kasih.

draft • 2:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya juga. Tumpat. Okey, terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada tanya tentang Dasar Pelan Kerjaya Negara, sebab kita dengar tadi tentang gaji minimum. Jadi, pelaksanaannya di bawah— terserahlah e-hailing ke apa benda yang mereka masuk ini, gaji mereka mungkin mencapai RM2,000.

Persoalannya ialah bilamana mereka yang terlibat dalam kemalangan, mereka tidak akan mendapat bayaran pencen kerana mereka tak memenuhi syarat minimum untuk menerima pencen berdasarkan kepada gaji dan caruman mereka kepada PERKESO.

draft • 2:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

draft • 2:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, akhirnya kita lihat ramai yang terlibat dalam kemalangan, mereka ini akhirnya tidak dapat apa-apa walaupun telah pun bayar PERKESO. Jadi, saya harapkan pihak kerajaan boleh mempertimbangkan sepatutnya as long as mereka bayar sahaja PERKESO, sepatutnya mereka diberikan perlindungan pencen tadi kerana kebanyakan yang berlaku ini kadang-kadang kes bukan hanya melibatkan kematian, tapi juga kecederaan ataupun dia punya kecacatan kekal yang memerlukan bantuan dan kadang-kadang anak muda yang terlibat ini, anak mereka masih lagi kecil.

draft • 2:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, ini memerlukan satu pertimbangan baru kerajaan dan dasar yang saya minta kerajaan bentangkan itu adalah perkara yang sangat mesti kita buat supaya boleh membela nasib anak muda kita sebagai pekerja dalam negara. Terima kasih.

draft • 2:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Yang Berhormat Menteri, Bukit Bendera.

draft • 2:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Menteri, Ampang pun ada nak tanya sikit tambahan.

draft • 2:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Saya nak tanya soalan ya mengenai, sebab nak sentuh sikit mengenai Grab e-hailing ya. Memang saya faham kita memberi perhatian dan juga kepada nasib ya pemandu Grab dan juga e-hailing. Memang― perkara itu memang kita perlu bantu. Yang itu kita tidak boleh nafikan, tetapi pada masa yang sama, bagaimanakah dengan pemandu- pemandu teksi? Mereka pun sedang bergelut nak mencari makan.

Dulu mereka bergantung dengan penumpang teksi, tetapi sekarang ini mereka terpaksa bersaing dengan pelbagai platform e-hailing. Jadi, apakah sebenarnya perancangan kerajaan untuk membantu mereka? Kita jangan lupa, jangan lupa pemandu teksi ini pun ada keluarga yang nak sara dan ada bil yang perlu dibayar. Jadi, mereka juga berhak mendapat perhatian dan pembelaan daripada kerajaan. Terima kasih.

draft • 2:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Minta mohon pencelahan sikit.

Saya tadi dengar― ini bukan berkaitan tentang e-hailing saja Yang di-Pertua. Kita dengar tadi PMKS yang tidak diwajibkan untuk dikenakan kenaikan gaji minimum itu adalah yang di bawah, business dia RM50 juta ke bawah kan. Boleh tak Menteri bagi satu data yang spesifik berapa sebenarnya jumlah PMKS yang di bawah RM50 juta ini. Itu pertama.

Yang keduanya, kalau kita lihat apakah ini bukankah satu diskriminasi kepada pekerja-pekerja yang bekerja di bawah PMKS yang tidak mencapai jumlah penjualan dia ataupun pendapatan dia RM50 juta ke bawah? Dan katalah PMKS ini ada 70 percent daripada yang ada di pasaran ini adalah di bawah RM50 juta, jadi pekerja- pekerja ini tidak dapat pembelaan gaji minimum ini.

Jadi, saya harap minta sangat kerajaan fikirkan apakah mekanisme yang lain kerana saya nampak isu gaji minimum yang di-propose ataupun dibangkitkan untuk belanjawan tahun depan ini lebih berpihak kepada majikan ya, yang mempunyai pendapatan yang sekian-sekian, tetapi pembelaan kepada keseluruhan pekerja- pekerja di Malaysia ini di bawah PMKS juga akan kita lihat sebagai diskriminasikan kepada hak mereka mendapat pendapatan minimum. Itu terpulang kepada majikan nak bagi atau tidak. Mohon Menteri menjawab.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan platform, mereka ada pelbagai platform. Ada lebih daripada 14 platform yang disediakan. Banyak daripada rider dia bertukar-tukar platform, tetapi itu tidak menjadi masalah. Sebab apa? Walaupun mereka kerja di bawah satu platform atau 14

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

platform, caruman mereka memang satu saja. Dia tak boleh carum dua. Itu nombor satu.

Nombor dua, sekiranya mereka mempunyai apa-apa bantuan yang disediakan itu, dia boleh ambil daripada satu platform saja, dia tidak boleh gantung kepada platform-platform yang lain. Sekiranya mereka berada di bawah Grab, dia dapat. Sekiranya dia ada bawah Shopee ataupun Lalamove ataupun Bolt yang bantuan diberikan kepada mereka, mereka layak untuk yang satu saja itu.

So, terpulang kepada mereka, tetapi bantuan yang kita berikan adalah sama rata. Banyak yang kita dapat kompelin ataupun aduan, memang dia cakap, “Kita platform yang kecil, ada yang platform besar, kenapa kita pun kena bagi bantuan yang sama?” Itu yang kita selaraskan. Jadi, tak ada siapa yang akan dapat lebih, tak ada siapa yang akan dapat kurang. It's streamline. Itu nombor satu.

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Saya bagi contoh ya YB Menteri. Katalah seorang pekerja e-hailing itu ataupun pekerja gig itu, dia caruman dia kepada KWSP okey kita faham, maknanya dia seoranglah, tetapi kalau platform itu banyak, mana satu yang dipilih sebagai majikan yang untuk menyumbang kepada contohnya caruman PERKESO for example lah. Terima kasih.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Contoh mereka mempunyai right tersebut, potongan PERKESO itu, caruman mereka itu berdasarkan kepada right, dia bukan berdasarkan kepada platform. Jadi, kalau dia dapat right, right ini dia dapat keuntungan macam ini, potongan dia macam itu diambil kira. Dia tak ikut platform- platform yang disediakan. Terima kasih Yang Berhormat.

Kedua adalah yang berkaitan dengan PERKESO. YB Sekijang, saya dah jawab tadi yang berkaitan dengan PERKESO juga. Teksi, isu teksi. Memang isu ini sekarang satu isu yang kita hadapi sebab pemandu teksi dia punya jobs kekurangan, pekerjaan mereka kekurangan sebab banyak diambil oleh Grab dan sebagainya, tetapi di bawah MOT, banyak bantuan. Baru-baru ini pun bantuan banyak yang diumumkan untuk pemandu teksi.

Juga saya ingin tafsirkan di sini, banyak peluang yang lain juga disediakan.

Latihan di bawah HRD Corp untuk menaik taraf masuk ke dalam bidang yang lain, masuk ke dalam bidang TVET yang baru. Latihan sedang diberikan, program- program baru pun telah dan sedang dilaksanakan untuk memberikan mereka satu ruang and saluran untuk mereka masuk ke dalam sekiranya diperlukan, tetapi as kita lihat Grab rider pun, pemandu e-hailing, p-hailing pun ramai.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Jadi yang tekan, dia ada right dia, dia dapat. Kita boleh bantu, kita bagi bantuan mereka, kita bagi saluran untuk mereka ke bahagian kemahiran yang lain, pekerjaan yang lebih berpendapatan tinggi yang kita sediakan, tetapi contoh kalau kita nak bagikan satu kepastian, semua Grab rider, e-hailing rider ataupun taxi driver untuk mendapatkan manfaat yang samanya, kita tidak boleh laksanakan begitu.

Untuk menjawab Yang Berhormat Ampang, sebenarnya berpihak kepada majikan itu sangat tak betul. Patut Yang Berhormat Ampang duduk di dalam satu mesyuarat bersama saya dengan majikan-majikan. Tak ada majikan langsung yang gembira. Semua majikan marah sebab kenaikan gaji ini. Yang empat juta lebih rakyat, empat juta, daripada 17.34 juta pekerja di Malaysia ini, kenaikan gaji ini manfaat secara terus adalah kepada empat juta rakyat, four million. If we take that into context it’s about 30 over percent, Tuan Yang di-Pertua. Angka dia besar. Dia bukan kecil, dia bukan tiga peratus, dia 30 peratus. Itu nombor satu.

Kedua, bagi PMKS yang bawah hasil jualan RM50 juta kita kena bagi mereka masa untuk sesuaikan diri, adaptasi. Sebab apa? Kalau terus kita pergi cekik mereka, perniagaan mereka akan come to a standstill, it will come to a halt. Kita bukan akan melaksanakan hanya untuk RM50 juta ke atas, untuk RM50 juta ke bawah pun kita akan laksanakan, tetapi berfasa dan juga memastikan bahawa perniagaan mereka tidak terjejas. Sebab bagi syarikat yang besar ini kenaikan gaji RM300 seorang itu tidak menjadi satu masalah. Dia tidak jadi faktor, syarikat yang ada jualan lebih daripada RM50 juta, RM100 juta, tetapi bawah RM50 juta itu dia menjadi satu beban yang berat bagi mereka mengambil.

Jadi, seperti yang saya katakan tadi di dalam penggulungan saya, banyak, banyak sekali daripada semua data yang kita ambil, kita ambil daripada sesi libat urus yang kendalikan. Beribu, dia bukan berpuluh, dia bukan beratus, beribu. It's not a decision taken in haste; it is not a decision we decided to take overnight. Kita ada majikan, kita ada pekerja, kita ada the International Labour Organization pun terlibat di dalam perbincangan kita sebelum kita mengambil satu keputusan. So, I think berdasarkan formula juga yang digunakan everything is taken based on carefully conducted study and data.

draft • 2:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Menteri, terima kasihlah. Saya dapat sekarang ini gambaran tentang apa yang berlaku, tetapi kalau kita lihat, katalah yang bawah RM50 juta ini majikan-majikan yang ada yang pendapatan begitu dan ada pekerja-pekerjanya nak laksanakan kan, disebabkan kemungkinan jika tak ada, orang akan lari, pekerja akan cari peluang lain yang lebih baik.

draft • 2:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jadi katalah dia nak laksanakan, saya mencadangkan supaya kerajaan fikirkan satu mekanisme mungkin insentif tambahan kepada mereka yang masuk awal di dalam kategori ini untuk diberikan satu insentif kepada majikan-majikan yang begitu prihatin tentang masalah kebajikan dan dalam masa yang sama tidak lari untuk mengambil pekerja tempatan. Yang membimbangkan saya nanti, pekerja asing yang banyak bekerja di bawah PMKS yang sebegini. Sebab tidak ada undang- undang menyekat mereka boleh bekerja. Itu yang saya bimbang itu Yang di-Pertua.

Terima kasih.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Okey. Kita masuk kepada bahagian pekerja asing memang ada satu topik jelas, tetapi saya jawab secara ringkas sekarang. Itu adalah salah satu sebab di mana ada ramai yang katakan bagi pekerja asing jangan bagi gaji yang sama, bagi gaji kepada mereka gaji yang kurang. Kalau kita berbuat demikian, majikan akan cuba cari jalan untuk mengambil pekerja asing.

Itu pasal bagi yang lebih RM50 juta perniagaan dan hasil jualan mereka, dia sama RM2,000. Itu ada satu.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Kedua, bagi mereka yang bawah lingkungan RM50 juta, sekiranya mereka nak masuk awal kepada yang tahap RM50 juta ke atas itu bukan dia nak masuk awal ke tak nak masuk awal. Kita ada contohnya e-Wages yang kita nak laksanakan. Kita juga ada contohnya tahunan, setiap tahun audited account yang JTK akan membuat pemeriksaan. Sekiranya mereka telah mencapai RM50 juta ke atas itu, mereka wajib membayar RM2,000. Itu bukan lagi bagi mereka pilihan. Itu adalah berdasarkan gaji minimum yang kita selesaikan bawah garis panduan dia.

Puan Yang di-Pertua, bagi saya masuk kepada isu ketiga.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Silakan.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Pembangunan modal insan dan TVET.

Yang Berhormat Padang Besar, Ipoh Timor, Temerloh, Pokok Sena, Tuaran, Tumpat, Parit, Simpang Renggam, Kepala Batas, Betong, Bukit Bendera, Padang Rengas dan Pendang telah menyentuh mengenai isu mengenai keperluan memperkukuh latihan kemahiran serta latihan teknikal vokasional TVET.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Antara pengumuman utama yang memberi impak besar kepada agenda KESUMA ialah kerajaan menyediakan RM8 bilion bagi TVET merentasi 12 kementerian yang turut merangkumi agensi di bawah KESUMA seperti Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memanfaatkan RM3 bilion dana levi bagi menyokong RM3 juta peluang latihan serta memperuntukkan lebih RM40 juta untuk melatih 8,000 rakyat Malaysia dalam sektor penjagaan warga emas.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh pembangunan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing serta meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan warga emas selaras dengan unjuran Malaysia menuju status negara menua menjelang 2023.

Ini juga selaras dengan misi KESUMA, di mana peluang pertama disediakan dan diberikan kepada warga tempatan rakyat Malaysia dahulu barulah kita boleh pertimbangkan pekerja asing...

draft • 2:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Selain itu, RM500 juta disediakan.

draft • 2:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya sambut— memang sangat-sangat sambut baik apa yang telah diumumkan oleh kerajaan termasuk induknya RM8 bilion, tetapi apa kepada pengkhususan bidang penjagaan warga emas.

Ini merupakan— memang satu corak, satu trend global khususnya untuk serantau Asia di mana memang fertility rate kita turun. The agedness of our country is going in one direction di mana kita perlu lebih ramai profesion profesional penjaga dalam negara kita dan latihan bagi mereka yang nak memasuki bidang atau memasuki industri, the silver industry ini yang memang mungkin pada ketika ini belum lagi, tetapi dalam setahun dua lagi sekiranya latihan di kalangan rakyat ini dibuat secara terancang dan mantap.

Memang ramai akan mendapat manfaat daripada menjadi sebahagian daripada tenaga pekerja penjagaan ini. Maka saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri yang juga merupakan sebahagian daripada Majlis TVET Negara untuk kita sama-sama usahakan satu program di mana kita menetapkan satu projek perintis untuk satu kursus yang telah dijalankan di negeri Perak.

Untuk empat, lima tahun yang lepas ini berdasarkan teknologi penjagaan Kaigo yang sedang diuruskan atau telah dikendalikan oleh sebuah persatuan

draft • 2:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

bernama MASOC CARE yang telah saya sama-sama usahakan di peringkat negeri Perak. Dan untuk kursus ini, atau model pengajaran ini untuk disebar luas untuk dilaksanakan di seluruh negara.

Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Dan sekiranya boleh, saya ingin menyumbang ke arah agenda kerajaan dan juga Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih sahabat saya daripada Ipoh Timor. Saya setuju 100 peratus. Memang setuju 100 peratus. Saya juga minta bantuan daripada sahabat saya daripada Ipoh Timor sebab bagi caregiver ini memang saya ada faham bahawa ada dua bukan satu. Ada dua program rintis yang telah dijalankan. Kedua-dua pun di Perak bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak tak silap saya yang telah berjaya.

Dan memang buat masa ini, di dalam perbincangan-perbincangan saya dengan HRD Corp pun selalu dibangkit berkaitan dengan dua program yang telah dijalankan berkaitan dengan caregivers tersebut di Perak. Dan memang kita ingin melaksanakan beberapa siri bermula di Perak untuk dapat lebih tahu berkaitan dengan cara-cara dan format dan juga apa yang langkah-langkah kita patut ikut bila kita mengambil peluang pelatihan ini untuk diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut.

draft • 2:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jawatankuasa Pengantarabangsaan dan Kerjasama Strategik Majlis TVET Negara di sini memberi komitmen untuk kerjasama sepenuhnya dengan KESUMA.

[Tepuk]

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Selain daripada itu, RM500 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk pembiayaan latihan kemahiran pelatih di institusi latihan kemahiran awam dan swasta yang berdaftar dengannya.

Kerajaan juga memperkukuh kebajikan pekerja gig melalui pakej pembiayaan bersama kerajaan dan Grab bernilai RM160 juta seperti yang saya maklum tadi untuk kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing. Pakej ini meliputi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ini merupakan langkah penting untuk memastikan pekerja gig bukan sahaja memperoleh pendapatan yang lebih baik malah mempunyai perlindungan sosial yang lebih kukuh. Bagi memperluas peluang pekerjaan berkualiti, Program Bakat MADANI melalui TalentCorp Malaysia Berhad disasarkan untuk menyediakan

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

sebanyak 30,000 peluang pekerjaan baharu pada tahun 2025 termasuk melalui kerjasama dengan sektor swasta.

Kerajaan melalui KESUMA terus memperkukuh TVET sebagai salah satu pendekatan untuk memperluas peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan. Tumpuan diberikan kepada latihan yang fleksibel memenuhi keperluan semasa majikan serta membuka laluan kepada pekerja dan pencari kerja untuk memasuki bidang pekerjaan.

Selain daripada itu, Akademi Dalam Industri iaitu latihan berasaskan tempat kerja, Work-Based Learning membolehkan peserta memperoleh kemahiran praktikal secara langsung di premis pekerjaan. Kerajaan juga memperluas sesi libat urus dengan majikan, badan peneraju industri dan alumni institusi TVET bagi mempromosikan peluang pekerjaan dalam bidang pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi, high-growth dan high-value (HGHV) yang diberikan penekanan di bawah RMK13 khususnya dalam industri semikonduktor, elektronik dan AI.

Untuk berterusan, ini menunjukkan satu Hasil Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG) kadar kebolehpasaran graduan JTM telah mencapai 98 peratus. Jadi, kalau kita lihat ramai yang katakan di luar ada banyak yang belajar TVET dan keluar tidak mendapat kerja. Itu adalah tidak betul.

Sebab apa? Di bawah ADTEC JTM, 33 institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia tambahan tiga institusi satelit, kita mempunyai 98 peratusan kebolehpasaran. 98 percent job guarantee bila mereka habis dan juga 85.5 peratus kepuasan majikan. So, itu adalah berkaitan dengan TVET.

Yang seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, adalah isu pemerkasaan komuniti India. Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Sungai Siput telah menyentuh mengenai keberkesanan peruntukan yang disalurkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penambahan peruntukan MITRA kepada RM150 juta melalui Belanjawan 2027 akan memberi penekanan kepada usaha latihan kemahiran dan peluang pekerjaan bagi belia India dalam bidang berkemahiran tinggi.

Selain itu, sebanyak RM150 juta juga disediakan melalui pembiayaan TEKUN Nasional dan Amanat Ikhtiar Malaysia bagi membantu usahawan kecil masyarakat India mengembangkan perniagaan mereka.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dalam aspek pendidikan, RM50 juta diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah jenis kebangsaan Tamil, SJK(T), khususnya sekolah yang berdepan masalah prasarana yang daif demi menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif.

Di samping itu, bagi terus memperkasakan pendidikan komuniti India, MITRA telah melaksanakan pelbagai program intervensi pendidikan merangkumi peringkat prasekolah hingga ke pengajian tinggi dengan peruntukan melebihi RM36.2 juta yang memanfaatkan 24,000...

draft • 2:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, Puncak Borneo.

Saya ada bahas dan utarakan mengenai peruntukan MITRA, di mana saya mencadangkan supaya sekurang-kurangnya RM20 juta diperuntukkan untuk menaja anak-anak orang India yang mempunyai pendidikan yang cemerlang untuk menceburi kursus-kursus high-value courses ataupun kursus bidang tinggi yang boleh mengangkat martabat mereka kerana saya percaya bahawa banyak daripada mereka yang tidak mampu.

Jadi, saya mendengar tadi RM50 juta untuk pembangunan fizikal sekolah tapi ini untuk fizikal. Dia tidak menjurus kepada human capital. Jadi, saya mohon kepada YB Menteri kalau boleh kongsikan kepada kita, berapakah hasil daripada peruntukan MITRA itu? Berapa yang telah berjaya dalam perniagaan? Berapa yang berjaya dalam pendidikan dan sebagainya supaya kita boleh melihat untuk kemajuan masyarakat India. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya sebenarnya nak bagi breakdown, berapa banyak yang telah berjaya dan apa inisiatif mereka.

draft • 2:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Bertulis pun boleh, Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Okey, saya bagi secara bertulis, tapi secara ringkas bagi pengetahuan semua Ahli Yang Berhormat. MITRA sekarang, kita menjalankan program-program dan pilot— pilot daripada prasekolah. Daripada tadika sampai warga emas. Kita jaga semua. Termasuk OKU, untuk kesihatan, untuk pembelajaran, untuk perniagaan.

Saya bagi contoh, Program Bantuan Geran Uyarvu MADANI. 1,400 usahawan, dia akan ada hand-holding exercise untuk membangunkan perniagaan mereka, baru kita akan bagi secara berfasa. RM32 juta kita telah sediakan. Program

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Celik MADANI, ini prasekolah, preschool, RM9.5 juta agak-agak. Program Bantuan Khas Siswa MADANI, RM10 juta. Dia manfaat kepada 5,000 siswa.

Program memperkasa kecemerlangan bahasa Tamil, RM900,000, 9,000 pelajar. Program smartboard, untuk sekolah-sekolah SJK(T), 358 buah sekolah, RM5.3 juta. Program Peranti MADANI, RM13.25 juta, 5,000 mahasiswa. Kita bagi mereka bantuan untuk mereka membayar yuran semester mereka seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo, tetapi ini level yang pertengahan.

Untuk level yang lebih tinggi, contohnya untuk mereka masuk ke universiti dan lain, di dalam perbincangan, tetapi dana yang kita ada, perlulah untuk semua lapisan. Itu yang kita mempunyai kadang-kadang kekangan sedikit. Juga adalah program tuisyen, RM2.6 juta, manfaat dia kepada 2,300 murid. Program Thunai MADANI, RM7 juta disediakan, 4,800 pemanfaat. Program MADANI Rakyat, RM7.5 juta disediakan khas untuk 50 Ahli Parlimen di daerah yang paling mempunyai kepadatan komuniti India. The 38 districts.

Ini adalah untuk secara tersasar. Ahli Parlimen sahaja tahu. Contohnya di Puncak Borneo, kita tak tahu mana yang betul-betul terdesak, yang mempunyai bantuan. Contohnya di tempat perkampungan. Hanya Yang Berhormat tahu. Jadi, kita salurkan untuk bantuan disenaraikan di sana. Of course, Puncak Borneo tak ada.

India kurang di sana. Dia tidak termasuk dalam 38 daerah yang saya katakan tadi.

Selain daripada itu, program pencegahan jenayah, RM250,000. Manfaat dia kurang, 700 peserta. Subsidi bantuan dialisis. Ini kita untuk 1,300 pesakit dialisis, kita sediakan RM6.5 juta. Program Harmoni MADANI. Ini adalah program baru yang kami laksanakan. Juga untuk membantu gurdwara, gereja, RM5 juta kita sediakan.

Jadi, ini adalah untuk yang RM100 juta sahaja. Tidak termasuk RM50 juta yang khas yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 2:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, boleh mencelah? Sebab saya tertarik dengan apa yang ditawarkan dalam MITRA. Jadi, saya berada di Temerloh, saya melihat bahawa tidak ada sebarang perubahan untuk orang-orang India, khususnya di Mentakab. Mereka hidup dalam keadaan susah.

Saya boleh tunjukkan kawasan perumahan mereka yang sangat daif. Saya menjemput Menteri untuk melihat sendiri. Saya mengharapkan bantuan ini.

Begitu juga berkaitan dengan sekolah Tamil yang saya sudah suarakan sesi yang lepas. Masih tidak berubah. Kedudukannya jauh daripada penempatan orang- orang India iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Mentakab.

draft • 2:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Jadi, saya harap perkara ini ambil perhatian dan saya suka sekiranya perkara ini, apa yang— bajet daripada kerajaan itu sampai kepada sasaran yang sebenar. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya boleh bagi jaminan bahawa memang di Mentakab pun, bukan Temerloh, di Mentakab pun bantuan ada. Saya akan bekalkan data kepada Yang Berhormat Temerloh. Itu nombor satu.

Nombor dua, banyak yang kita dapat faham daripada MITRA ini. Kita salah faham kacang-kadang, contohnya kalau sekolah jenis kebangsaan Tamil, dia kena di bawah MITRA. Tak ada. Itu sebenarnya di bawah Kementerian Pendidikan.

Penempatan khususnya.

MITRA tidak boleh buat keputusan untuk meminda sekolah tersebut atau berikan mereka satu rumah yang lebih bagus, tetapi saya dengar apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Temerloh dan saya akan panjangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk mereka mengambil tindakan yang selanjutnya, tetapi untuk bantuan, saya bagi jaminan, Yang Berhormat. Kalau tak ada pun, boleh bagi senarai nama terus kepada saya. Saya akan bantu. Itu tidak menjadi masalah. Kita tak pilih siapa yang kita nak bantu. Oh, oh.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Tak bahas, tapi saya bagilah laluan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, ini jawapan yang cukup baik. Orang India ini adalah pengundi setia saya. Dia tak akan sokong parti lain. Dia akan sokong saya. Dia sokong saya, tapi keadaan hidup mereka tidak berubah. Cara bantuan itu disalurkan, saya tak tahu macam mana, tapi kami sudah pasti tidak dirunding terus. Jadi, saya minta— Yang Berhormat cakap tadi, bagus. Bahawa kami ini Wakil Rakyat yang mengenali mereka. Saya cukup sedih, saya tak dapat bantu mereka.

Dulu, sebagai Ahli Parlimen yang mendapat peruntukan, mereka menjadi orang keutamaan saya. Sekarang saya tak boleh buat apa sebab saya betul-betul lumpuh dibuat oleh PMX. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk merujuk kepada Wakil-Wakil Rakyat, terutamanya bila melibatkan orang India sebab saya rasa mereka mesti dibela.

Mereka rakyat Malaysia. Mereka mesti hidup sama rata dengan orang lain.

Jangan sama rata dan sama rasa, mulut sahaja, tetapi pelaksanaannya tidak.

draft • 2:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Sungai Siput. Last.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, satu soalan.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Sorry? Oh, Sungai Siput. Okey.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sungai Siput. Last.

draft • 2:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ya, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Memandangkan kekangan masa, Yang Berhormat Menteri tidak sempatlah untuk jawab satu persoalan yang berkaitan dengan kementerian Yang Berhormat iaitu berkenaan dengan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet yang lama sudah tertangguh di Ladang LP Sungai Siput. Jadi, saya mohonlah Yang Berhormat Menteri boleh memberikan jawapan bertulis nanti. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Saya bagi jawapan yang bertulis, Yang Berhormat Sungai Siput. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Arau, Arau ada satu sekolah jenis Tamil ke di Arau, di Perlis?

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dari segi ekonomi, kita ada macam-macam program orang India.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Tak, tadi Yang Berhormat katakan PMX tak bantu kawasan seperti tempat...

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, tak tahu dia bantu ke tidak, sebab tak maklum.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Tak, saya bagi tahu sekarang ini...

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi Yang Berhormat kata hendak ambil maklum, Yang Berhormat lebih baik daripada PMX.

[Ketawa]

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dato’ Yang di-Pertua, saya minta tarik balik. Nanti saya hilang kerja ini.

[Ketawa] Okey, saya sambung— last topik kalau diizinkan oleh Dato’ Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan perlindungan sosial.

Saya sudah sentuh soalan-soalan daripada Sekijang, Permatang Pauh, Muar, Pokok Sena, Bukit Bendera, YB Pulai dan Jelebu, tapi ada pengurusan dan penggajian pekerja asing yang tadi saya tak sentuh langsung. Jadi, baik saya bagi

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

peluang untuk yang ini dibahaskan secara ringkas, Dato’ Yang di-Pertua. YB Jerantut, YB Parit, YB Masjid Tanah, YB Tangga Batu, YB Beruas.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat, saya ingin menegaskan, KESUMA sentiasa komited dan memastikan keutamaan diberikan sepenuh-penuhnya kepada rakyat tempatan dulu dalam aspek pekerjaan di Malaysia.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Itu besar. Itu adalah salah satu sebab sekiranya perlu pekerja asing mesti mendahului portal MyFutureJobs dulu untuk diuar-uarkan dan diberikan peluang kepada pekerja tempatan dulu, warga Malaysia. KESUMA juga memastikan hak pekerja dilindung dan undang-undang perburuhan dipatuhi tanpa mengira kewarganegaraan. Ini selaras dengan obligasi kerajaan di bawah konvensyen antarabangsa seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, sebarang cadangan untuk membezakan kadar gaji minimum antara pekerja tempatan dan pekerja asing berdasarkan kewarganegaraan perlu diteliti secara menyeluruh, khususnya dari aspek implikasi perundangan domestik dan konvensyen antarabangsa khususnya Konvensyen 100 ILO, Dato' Yang di-Pertua.

Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk perbezaan tersebut khususnya gaji minimum perlu diteliti secara menyeluruh dan khususnya dari aspek implikasi dan eksploitasi merupakan satu risiko yang kami telah mendapat teguran sebelum ini oleh International Labour Organisation, dengan izin Dato' Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing tercapai selaras dengan ketetapan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Pada masa yang sama, pelaksanaan dasar ini perlu mempertimbangkan faktor ketersediaan majikan untuk beralih daripada buruh manual kepada sistem automasi serta kesanggupan tenaga kerja tempatan untuk menyertai sektor 3D – dirty, dangerous and difficult dengan izin, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, lima minit, gulung.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dah nak habis dah Yang Berhormat.

Penggajian pekerja asing setakat ini dihadkan kepada enam sektor utama dan sinonim dengan kriteria 3D serta dikawal ketat melalui syarat pengiklanan kekosongan MyFutureJobs dan penempatan kuota siling nasional. Pekerja asing

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

yang hanya dibenarkan diambil sekiranya terbukti tiada pekerja tempatan yang berminat untuk mengisi kekosongan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 Kementerian Sumber Manusia.

Kementerian mengambil perhatian dan akan mengambil tindakan susulan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan bagi menambah baik perkhidmatan di bawah bidang kuasa kementerian. Sebagai penutup KESUMA...

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dato' Yang di-Pertua...

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sikit sahaja.

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh saya dapat penjelasan?

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya dah bagi arahan last tadi. Sungai Siput, saya tidak benarkan.

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Isu baru ini yang...

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya dah buat keputusan.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia buat keputusan dah. Saya yang dulu...

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tadi ada lima minit.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya dulu.

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Belum lima minit.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, masa pun dah habis. Saya bagi 15 minit ekstra. Jadi Yang Berhormat, arahan saya...

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dato' Yang di-Pertua, ini satu isu— saya mohon kalau tadi Sungai Siput tanya mengenai...

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan lawan Speaker.

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Isu yang akhir sekali tadi...

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Nak saya cakap bahasa apa, Yang Berhormat Beruas? Yang Berhormat tak faham saya cakap Melayu? Duduk Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dato' Sri Yang di-Pertua...

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita di Parlimen, saya nak dapat jawapan.

Ini isu yang saya bangkitkan dengan KDN, dengan KESUMA [Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat nak duduk atau tidak? Yang Berhormat nak duduk atau tidak? Saya dah bagi arahan.

draft • 2:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

I want to put on record bantahan saya dengan cara Parlimen ini diuruskan kerana saya tak dapat jawapan, takkan..

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat, saya dah bagi arahan daripada tadi. Sungai Siput last. Saya dah bagi Menteri 15 minit ekstra. Jadi Yang Berhormat pun duduk ya. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak saya nak cakap fasal korporat mafia sahaja. Okey tak apa.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tutup Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Nasib baik Speaker tak bagi. Kalau tak, saya jawab juga.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Sudah.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat kawan baik saya. Clear kan nama.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini orang tak bagus. Yang Berhormat bagus.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Saya boleh kalau Yang Berhormat cakap kat luar. Itu saya tak mahu dia. Dia itu tak ada kerja punya orang.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri. Please. Cukup. Tutup.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Sebagai penutup, KESUMA sentiasa komited dan memastikan setiap perancangan dan peruntukan dalam Belanjawan 2027 dapat dilaksanakan secara cekap, telus dan berimpak tinggi demi kesejahteraan 17.34 juta warga kerja yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi negara. Dengan itu Dato' Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.

Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke kementerian seterusnya. Dengan ini dipersilakan Menteri di Kementerian Ekonomi untuk menjawab.

draft • 2:50 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada kesemua 52 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas perkara-perkara dasar yang menyentuh secara khusus bidang dan juga tanggungjawab Kementerian Ekonomi. Justeru, saya cuba susun penggulungan saya kepada tiga perkara utama iaitu pertama adalah kerangka yang besar iaitu Belanjawan 2027 serta hala tuju RMK13. Kedua adalah soal keseimbangan pembangunan dan yang ketiga soal kesejahteraan rakyat.

Jadi Dato' Yang di-Pertua, sepertimana yang kita ketahui bahawa Belanjawan 2027 ini merupakan belanjawan yang kelima untuk kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan juga belanjawan yang kedua di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026–2030. Ia dirangka sejajar dengan hala tuju RMK13 iaitu yang berteraskan dengan tiga tonggak Ekonomi MADANI iaitu pertama menaikkan siling pertumbuhan ekonomi. Kedua, menaikkan lantai kesejahteraan rakyat dan yang ketiga adalah memacu pembaharuan tatakelola negara.

Sehubungan dengan itu, seperti yang kita dah ketahui Belanjawan 2027 menggariskan 10 bidang tumpuan yang selaras dengan sasaran dan juga strategi RMK13. Antaranya isu-isu pokoknya adalah keadilan sosial, menangani kos sara hidup, memperkukuh perlindungan sosial, memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta juga pembangunan komuniti.

draft • 2:55 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, untuk kita terus melihat kepada pokoknya kita tahu juga temanya, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” yang mana tujuannya untuk kita memperkukuh asas ekonomi negara serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat di semua peringkat. Jadi untuk perkara pokok adalah soal pertumbuhan dan juga cabaran ekonomi global.

Yang Berhormat Larut, Pokok Sena, Pagoh, Kubang Pasu dan Tenggara telah menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi negara. Seperti mana yang kita tahu unjuran pertumbuhan ekonomi negara berkait rapat dengan pelaksanaan keutamaan dan juga strategi yang diperkenalkan dalam tempoh RMK13 serta juga prospek dan juga cabaran ekonomi global yang sedang berlaku di luar sana.

Untuk rekod, ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang baik ataupun kukuh sebanyak 5.7 peratus bagi tempoh enam bulan pertama 2026 walaupun sebenarnya kita masih berdepan dengan persekitaran global yang mencabar termasuk peperangan gangguan kepada rantaian bekalan, dari segi kos tenaga dan sebagainya memang ada kesan yang sangat ketara kepada ekonomi global, tapi alhamdulillah, Malaysia masih mencatatkan pertumbuhan yang baik untuk tempoh enam bulan yang pertama. Kalau kita lihat dari segi prestasi yang baik ini banyaknya didorong oleh asas ekonomi domestik yang berdaya tahan, perbelanjaan sektor swasta yang masih kekal stabil serta kedudukan pasaran buruh yang kekal menggalakkan.

Selain itu, kalau kita juga teliti indikator yang lain sebagai contoh inflasi kekal pada tahap sederhana iaitu rekod untuk September 2026 pada paras 1.8 peratus.

Secara keseluruhan, kita mengunjurkan untuk tahun 2026, ekonomi Malaysia akan berkembang antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus. Manakala, untuk tahun 2027, unjurannya berada pada julat antara 4.2 peratus hingga 5.2 peratus.

draft • 2:55 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, unjuran ini untuk kita memberi gambaran dengan lebih jelas bahawa asas ekonomi makro negara kekal kukuh serta keupayaan aktiviti domestik ini untuk terus berdaya tahan dan juga untuk segmen-segmen ini menyesuaikan diri dengan ketidaktentuan persekitaran ekonomi global.

Walau bagaimanapun, sementara kita bercakap dalam soal angka makro, kita juga kena akui bahawa bagaimana pertumbuhan ekonomi ini perlu disusuli dengan peningkatan pendapatan rakyat yang setimpal.

Sebagai contoh, satu indikator yang menjadi perkara yang kita baca dengan rapat adalah bahagian pampasan pekerja kepada KDNK, ataupun CE, yang mana

draft • 3:00 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

untuk tahun 2026 diunjurkan pada kadar sebanyak 34 peratus, manakala kalau kita tengok unjuran pada tahun 2027 sekitar 34.2 peratus, adalah kenaikan dalam 0.2 peratus, tetapi kalau kita melihat hasrat dan juga objektif yang diletakkan dalam sasaran RMK13, kita sasarkan 40 peratus. Maksudnya, memang penekanan kepada agenda untuk kita tingkatkan pendapatan pekerja, untuk merapatkan jurang antara produktiviti dengan upah serta nak memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi itu dinikmati secara lebih inklusif.

Kerajaan, dari sudut ini, memberi tumpuan juga keutamaan untuk usaha kita memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing industri tempatan untuk kita sentiasa bersedia dalam keadaan untuk menghadapi cabaran ketidaktentuan global, seperti yang dinyatakan tadi, krisis geopolitik di Asia Barat serta juga persaingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pembangunan industri strategik berimpak tinggi seperti yang kita gariskan dalam ruang semikonduktor akan terus diperkukuh melalui pelaksanaan inisiatif Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan juga Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Tumpuan akan diberikan kepada aktiviti bernilai tambah tinggi, pembangunan teknologi serta penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global. Pada masa yang sama, sokongan kepada PMKS akan dipertingkatkan bagi membantu perusahaan menghadapi tekanan ekonomi, meningkatkan produktiviti dan meneroka peluang pasaran baharu...

draft • 3:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Speaker, minta laluan Menteri. Boleh, boleh kejap?

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Baru nak mula, tapi sila.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tambah sikit. Takut Menteri lajak pi tang lain pula.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ya, boleh, boleh. Sila.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sikit saja.

Menteri sebut tadi fasal unjuran 2027 KDNK 4.2 sampai 5.2. Dia punya jurang itu, dia punya perbezaan daripada 4.2 the lower one, and then highest one 5.2. Saya pernah baca satu artikel berhubung dengan kedudukan semikonduktor dari segi permintaan tahun 2027 di― unjuranlah. Dia akan slow down. Slower than the year 2026. Dan kita tahu semikonduktor adalah salah satu produk kita yang memberikan sumbangan yang besar kepada KDNK ekonomi negara. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Kalau saya boleh bagi respons sedikit.

Sudah pasti, dari satu sudut, negara sebenarnya mendapat manfaat bila berlaku ledakan dalam kategori artificial intelligence di peringkat dunia. Ini termasuk juga daripada sudut semikonduktor. Untuk negara kita, sudah pasti kelebihan kita sebagai salah satu pembuatan semikonduktor yang agak baik di peringkat dunia dalam value chain ini sedikit sebanyak mendapat limpahan berkenaan.

Pada masa yang sama, sementara risiko itu kita kena akui ada tetapi negara mengelak daripada tercebur kepada soal spekulasi. Jadi, kerangka kekuatan asas dalam sudut berkenaan itu kita bina dengan hasil yang sebenar. Jadi, sebab itu, dalam kita menguruskan dengan berlakunya ledakan dari segi penggunaan teknologi dan sebagainya, perkara itu perlu bergerak seiring dengan pertumbuhan- pertumbuhan yang lain.

Jadi, sebab itu, risiko-risiko ini termasuk yang dibaca sama ada oleh Bank Negara, Kementerian Kewangan, malah Kementerian Ekonomi itu mengambil pertimbangan supaya kita tidak boleh tertinggal bila berlakunya ledakan berkenaan, tapi risiko itu kita kena uruskan dengan sebaik mungkin. Itu kerangka yang ada.

Maka, sebab itu, julat pertumbuhan yang kita nyatakan untuk tahun 2027 itu adalah sedemikian rupa. Kita tahu juga bahawa pertumbuhan itu adalah berdasarkan asas yang terbina tahun ini. Maka, sebab itu, walaupun pertumbuhan yang dinyatakan― sebagai contoh, untuk enam bulan pertama, pada kadar yang sangat memberangsangkan dalam 5.7 peratus, tetapi bila kita lihat secara keseluruhan untuk tahun 2026, kita bersifat lebih sederhana antara 4.8 hingga 5.3 peratus untuk refleks dengan keadaan cabaran yang berlaku di luar sana.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya, kalau dari satu sudut lagi, sementara saya dah bercakap soal makro dari sudut pertumbuhan dan juga indikator-indikator yang lain, kita juga sentiasa melihat pada usaha untuk memperkukuh sektor perniagaan yang mana juga kita bagi juga untuk kita beri perhatian kepada kesejahteraan rakyat.

Contohnya, penambahbaikan dari segi penyasaran subsidi dan juga bantuan sosial, termasuk melalui Program Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan juga Sumbangan Asas RAHMAH (SARA).

Untuk dalam Belanjawan 2027, sebanyak RM16 bilion telah diperuntukkan untuk kita pastikan beban kos sara hidup rakyat dapat diringankan. Usaha ini juga disusuli dengan pelbagai peluasan program seperti Jualan RAHMAH MADANI dan juga Jualan Agro MADANI serta untuk kita melihat juga bagaimana hasil daripada

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

kerajaan ini disusuli dengan perbelanjaan awam yang lebih cekap, berkesan dan juga manfaatnya dapat dirasai.

Seterusnya, Dato’ Yang di-Pertua, dalam kita memastikan perjalanan ekonomi negara ini ada matlamat dari segi hala tuju jangka sederhana dan panjang supaya kita juga ada kita punya fokus dan juga kekal dengan jelas, usaha-usaha ini sebenarnya memang kita giatkan melalui pelaksanaan strategi bawah RMK13. Jadi, sebab itu, peralihan kita ke arah ekonomi berasaskan penciptaan nilai, kita akan terus percepatkan melalui intervensi dasar yang bersesuaian dengan cabaran dan juga peluang ekonomi semasa seperti yang saya jawab kepada Ahli Parlimen Kubang Pasu sebentar tadi.

Pada masa yang sama, agenda untuk pertumbuhan inklusif ini kita akan terus perkukuh untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dan juga peluang ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Maka, sebab itu bila kita bercakap― YB Larut ada cuba bertanya ataupun melihat keupayaan kerajaan untuk menjana pertumbuhan yang mana konsepnya untuk kita terus memperbesarkan kek pertumbuhan ekonomi.

Pasir Gudang, sila.

draft • 3:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, terima kasih, YB Menteri. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Semasa membahas belanjawan di peringkat dasar, saya ada menyentuh juga soal ekonomi iaitu agihan tentang belanjawan bagi Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Menteri, saya melihat belanjawan kita ini daripada tahun- tahun terdahulu sampailah sekarang ini, secara jujurnya, saya lihat agak Semenanjung centric. Kita utamakan negeri-negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang, tetapi tidak begitu fokus tentang nak membangunkan, memajukan Sabah dan Sarawak dari segi ekonomi. Jadi, apa agaknya kementerian YB untuk akan datang ini memberikan pendekatan yang lebih meyakinkan? Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Kalau perkara itu, saya akan lebih ulas panjang untuk perkara kedua nanti soal keseimbangan pembangunan termasuk juga antara wilayah dan sebagainya.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma untuk konteks, saya nak jelaskan lagi dari sudut ekonomi yang makro ini. Saya akan move dulu sebelum saya sentuh Sabah, Sarawak tadi. Iaitu, menjawab kepada pertanyaan YB Larut adalah soal bagaimana kita nak

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

membesarkan k-ekonomi. Sebab kalau kita lihat, kadang-kadang kita hanya berbincang soal bagaimana agihan dibuat.

Maka sebab itu untuk memperbesarkan, meluaskan lagi ruang yang kita ada, kita memang kena lihat dalam soal kerencaman ekonomi ataupun yang dipanggil dengan izin, economy complexity. Yang mana sebab itu, kita konsisten, nak tak nak pembinaan dalam soal membesarkan lagi peluang kita ini, kita mengangkat beberapa perkara yang untuk menghasilkan nilaian produk yang lebih tinggi.

Contohnya, bila kita bawa motif ataupun usaha ke arah Made by Malaysia.

Selain itu, kalau kita tengok untuk kita memacu pertumbuhan ekonomi juga, kita lihat pelonjakan industri bernilai tinggi HGHV. Jadi, di bawah ini sebagai contoh, bila kita bercakap HGHV yang sering disentuh itu adalah bersifat AI, semikonduktor, tetapi juga sebenarnya juga tertumpu sebagai contoh peralihan kepada tenaga yang lebih bersih, ruang ekonomi dari sudut pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan juga ekonomi digital serta inovasi. Dan juga yang mana kita akan ketengahkan dengan lebih ke hadapan selain daripada ekonomi hijau tadi, ekonomi biru.

Maka sebab itu, macam segmen untuk kita menjana peluang yang lebih luas untuk negara. Contohnya, sebagai contoh ekonomi biru. Ruang itu ada kelebihan potensinya seperti di negeri Sabah. Malah perkara ini diangkat antara keutamaan di peringkat kerajaan negeri. Maka sebab itu dari sudut untuk kita meneroka perkara- perkara yang bernilai tinggi itu, ia bukanlah bersifat lokaliti Semenanjung, Sabah, Sarawak, tetapi juga pembinaan dari sudut bagaimana kekuatan negeri itu dapat digarapkan untuk memacu pertumbuhan yang bernilai tinggi ini.

Maka sebab itu, kalau kita lihat usaha ini penting untuk kita terus menarik pelaburan yang berkualiti dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkemahiran dan juga berpendapatan tinggi. Maka sebab itu, untuk usaha kita membesarkan lagi k-ekonomi yang ada, sudah pasti ia nya juga perlu diteliti dari segi kadar pertumbuhan produktiviti.

Maka sebab itu daya saing negara yang kita kena beri penumpuan juga adalah untuk Malaysia terus meningkatkan ataupun membuat lonjakan melalui inovasi dari segi penyelidikan dan pembangunan ataupun yang dipanggil R&D CI yang mana pembinaan bakat tempatan itu perlu juga sejajar dengan pemerkasaan PMKS. Itu sudut yang luas.

Perkara yang seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya move sedikit ke pasaran buruh dan guna tenaga, sementara KESUMA telah menjawab dari soal pelaksanaan

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

dan sebagainya. Cuma dari segi pelaporannya bahawa daya tahan kita dari segi kadar penyertaan tenaga buruh meningkat kepada 71 peratus untuk Oktober 2026...

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik mohon sikit penjelasan.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

...Berbanding 70.9 peratus pada Julai 2026. Sila.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya YB Menteri, terima kasih Tuan Speaker. Tadi YB Menteri menyebut dalam unjuran ekonomi dan pembahagian k- ekonomi itu tidak hanya berdasarkan lokaliti. Jadi saya nampak saya tidak bersetuju dengan satu kaedah itu kerana kita lihat— saya nampak masih ada lagi kekurangan ataupun kegagalan dasar sedia ini untuk merapatkan jurang kemiskinan di kawasan luar bandar. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang soal Sabah dan Sarawak. Di luar bandar kita, di Semenanjung juga termasuk di daerah saya di Sik.

Sekarang ini kita lihat khususnya kemiskinan tegar terus melebar jurangnya di antara luar bandar ini dan juga di bandar ini.

Saya ambil contohlah ya. Dalam Laporan SubNasional DOSM ini, di daerah saya sebenarnya 8.7 peratus kadar kemiskinan berbanding dengan nasional 5.8 peratus. Jadi, mungkin kementerian perlu melihat dalam strategi intervensi untuk belanjawan ini supaya tidak lagi program-program ekonomi kita ini, pendapatan program seperti IPR ini tidak lagi bersifat one size fit all yang maknanya kita menggunakan satu saiz yang sama ataupun hanya sekadar touch and go yang tidak distrukturkan mengikut lokaliti.

Dan akhirnya rantaian ekonomi di desa itu tidak dapat juga berkembang dan walaupun mungkin di satu-satu daerah itu membangun begitu cepat, tetapi ia tidak ada kesinambungan ataupun pelarasan kepada pembahagian k-ekonomi tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Yang Berhormat. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya juga menyentuh tentang keseimbangan perkembangan ekonomi mengikut daerah ini tadi. Sebab kalau kita tengok contohnya di Segamat, YB Menteri, daerah Segamat ya yang di mana Sekijang adalah sebahagian daripada Daerah Segamat. Sebenarnya Daerah Segamat ini telah masuk dalam daerah ECER ataupun apa tu dipanggil East Region– ECER. Apa maksud dia tadi? Ekonomi sebelah timur ya, tetapi sejak tahun 2014, tetapi kita nampak aktiviti ekonomi di

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

sebelah Segamat atau utara Johor itu tidak begitu berkembang Yang Berhormat Menteri.

Dan Segamat ini telah juga dimasukkan sebagai tumpuan bagi kawasan pertanian ataupun agro valley. Dan tentunya kita di sebelah utara kalau kita bandingkan dari sebelah Johor Selatan yang semalam telah juga dijawab oleh Yang Berhormat Menteri MITI, iaitu di mana kita lihat perkembangan JS–SEZ itu sehingga ke Pasir Gudang dan up ke Pengerang dan sangat-sangat meluas liputannya, tetapi Johor Utara yang melibatkan Daerah Segamat, kita tidak melihat perkembangan yang begitu menggalakkan. YB Menteri, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Sik dengan Sekijang. Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran rombongan para guru dan murid-murid daripada Parlimen Batu, Sekolah Kebangsaan Selayang daripada Ahli Parlimen Batu.

[Tepuk] Okey, yang dijelaskan tadi adalah di peringkat kerangka besar bagaimana untuk kita mengembangkan k-ekonomi, tetapi sebab itu sekarang ini perbincangan dah menjurus ke arah agihan bagaimana kita menguruskan supaya pembangunan itu dapat dirapatkan dalam soal jurang antara desa dan juga bandar. Dan juga dari segi bagaimana juga aktiviti ekonomi tertentu dapat diwujudkan supaya kita bukan bercakap hanya soal memberi bantuan, tetapi juga menjana pendapatan. Jadi saya cuba masuk bab inilah sebab Sik dah advance Pasir Gudang dan juga Sekijang.

Jadi untuk peruntukan pembangunan ataupun yang dipanggil DE. Di bawah RMK-13, kita telah memperuntukkan sebanyak RM430 bilion. Itu adalah apa yang kita commit untuk tempoh lima tahun yang mana untuk tahun 2026, sebanyak RM81 bilion telah diperuntukkan. RM2 bilion adalah untuk peruntukan luar jangka. Tahun 2027, peruntukannya adalah sebanyak RM83 bilion berlaku peningkatan lebih kurang 2.5 peratus berbanding dengan tahun 2026, iaitu naik RM2 bilion.

Jadi secara asasnya, DE ini memang kita guna untuk tujuan pembangunan termasuk juga pembiayaan projek fizikal dan juga bukan fizikal yang mana tujuannya adalah untuk tingkatkan kesejahteraan rakyat, perkukuhkan penyediaan infrastruktur serta yang penting untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Jadi daripada jumlah berkenaan, peruntukan DE asas untuk tahun 2027 adalah sebanyak RM57.75 bilion yang mana dari segi perinciannya bilangan projek sambungan akan ada 7,335 projek sambungan dan juga projek-projek baru juga akan kita perkenalkan.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma menjawab soal keseimbangan dari segi pembangunan ini, kita memang perlu lihat ke arah pertumbuhan yang lebih terangkum, yang mana kena seimbang dan juga mampan. Dan tumpuannya dalam RMK13 itu untuk merapatkan jurang atau kita kurangkan jurang pembangunan antara wilayah serta memperkasakan ekonomi desa. Perkara ini kita juga kena lihat daripada sudut keseluruhan iaitu supaya setiap rakyat itu ada peluang yang saksama dari segi aspek pendidikan, kesihatan, perumahan dan juga untuk mencipta kekayaan.

Maka sebab itu, inisiatif yang kita bercakap dalam soal penyediaan pembangunan dan perkara ini, agihan itu berlaku dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, bila kita bercakap soal peruntukan untuk RP2 ini. Sebenarnya, Belanjawan 2027 menunjukkan bahawa setiap negeri— 13 negeri, termasuk juga Wilayah Persekutuan, berlaku peningkatan berbanding dengan tahun 2026.

Jadi, bila kita ada peningkatan RM2 bilion tadi, kita agihkan supaya semua negeri mendapat peningkatan itu. Contohnya, di Terengganu ada peningkatan sebanyak 2.16 peratus, Perlis 3.03 peratus, semua ada dia punya peningkatan.

Manakala, kalau kita lihat dari segi aspek yang dibangkitkan juga, bagaimana supaya pembangunan setempat itu kita teliti.

Sekijang bangkitkan tadi soal bagaimana di kawasan wilayah utara Johor dalam keadaan penumpuan pembangunan ataupun dari segi pelaburan itu tertumpu kepada Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura. Walau bagaimanapun, kita menumpukan kepada J-S SEZ dengan ada tumpuan kepada 11 utama dan sebagainya, dari segi manfaat untuk kita memastikan kemudahan infrastruktur itu juga, limpahan itu di luar kerangka kawasan berkenaan. Contohnya, bila pelebaran Lebuh Raya PLUS antara Senai ke Simpang Renggam kepada empat kepada enam lorong, itu sebenarnya perlu dilihat daripada dua sudut.

Satu, sudah pasti dari segi untuk merancakkan lagi perkembangan JS–SEZ, tetapi yang kedua juga, ianya untuk membolehkan sebagai contoh, pihak industri mempertimbangkan pelaburan itu di luar kawasan berkenaan. Kerana bila ada jaringan hubungan jalan sebagai contoh yang lebih baik, pertimbangan pelaburan itu boleh mengambil kira sebagai contoh, mungkin yang disebut ada penumpuan ekonomi itu boleh dibuat di kawasan Muar, di Sekijang, di Segamat, mengambil kira akses yang berlaku itu berada dengan lebih baik.

Malah, dari segi peruntukan pembinaan yang mana kita bersetuju untuk kali ini iaitu projek infrastruktur jalan raya bernilai RM477 juta yang menghubungkan

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jalan Kota Tinggi-Mersing kerana perkara ini sering ditanyakan juga, bagaimana di Johor ataupun di Pantai Timur Johor dapat turut menikmati perkembangan ini. Maka sebab itu, sementara mungkin permulaan pencetus itu berlaku di JS–SEZ, tetapi limpahan itu hasratnya adalah untuk dinikmati juga di kawasan-kawasan yang lain.

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Menteri, izinkan mencelah, Kuala Pilah. Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi tentang pembangunan ekonomi desa dan juga limpahan ekonomi. Dan saya amat bersetuju dan ingin merekodkan di sini, satu pendekatan Kementerian Ekonomi (KE ) ini yang saya rasa harus ditambah baik dan diberikan peruntukan yang lebih.

Sebagai contohnya, bantuan selama ini yang diberi, disalurkan oleh kementerian Yang Berhormat kepada perbadanan-perbadanan kemajuan negeri.

Projek-projek ataupun kos-kos yang terlibat tidaklah besar sangat, tetapi impaknya cukup besar seperti kawasan atau daerah seperti Kuala Pilah ini. Dan kita lihat kadang-kadang seperti Yang Berhormat nyatakan tadi ada area atau kawasan ini yang tertinggal.

Mereka ini mungkin tidak termasuk di dalam— mungkin dalam zon ekonomi, zon ataupun koridor ekonomi, tetapi hakikatnya, mereka ini harus dibantu untuk triggered, dengan izin, seperti mana Yang Berhormat cakap tadi. Dan saya harap mungkin perancangan selepas ini, Kementerian Ekonomi dapat seboleh mungkin menambah peruntukan-peruntukan yang mungkin sedikit kecil secara perbandingannya, tetapi bagi Kuala Pilah, kawasan pedalaman ini, kawasan luar bandar ini, bagi kami yang mendapat saluran peruntukan ini daripada Perbadanan Kemajuan Negeri, amat menghargainya. Jadi, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pendekatan Kementerian Ekonomi selama ini. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Menteri, sedikit Menteri.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri. Menteri hendak respons Kuala Pilah atau saya terus? Bachok. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya dengar tajuk DE asas tadi, RMK13 punya Rolling Plan yang kedua.

Menteri sebut tadi sekitar RM57.7 bilion. DE asas Rolling Plan untuk 2027.

Saya semak laporan berita, tarikh yang sama tahun lepas, 29 Oktober 2025 ketika (MKII) Menteri Kewangan II menggulung bagi pihak Kementerian Ekonomi, tarikh yang sama. Kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan (DE) asas RM20 bilion kepada enam negeri yang kurang membangun bagi tahun 2026, meningkat lima peratus daripada 2025. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut Kedah, Kelantan, Terengganu meningkat dua ke tiga peratus.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Jadi, soalan saya untuk DE asas pada 2027 ini, sama yang dibangkitkan oleh Pasir Gudang tadi, adakah formula 50 peratus DE asas ini masih terpakai kepada enam negeri kurang membangun sebagaimana yang digunakan dalam RMK12? Jika boleh dinyatakan jumlahnya. Kerana MKII tahun lepas sebut RM20 bilion untuk enam negeri kurang membangun. Jika ada angkanya, boleh dikongsikan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

YB Menteri, boleh saya sambung sedikit sahaja, YB Menteri? Baik. Terima kasih dan saya bersyukurlah sebab ada peruntukan sejumlah RM477 juta yang akan menghubungkan antara Kota Tinggi dan Mersing, tetapi mungkin Menteri Ekonomi kena juga boleh consider jalan keterhubungan antara Segamat Inland Port yang sebenarnya boleh dan ada potensi untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di Daerah Segamat ke jalan yang menghubungkan Kota Tinggi–Mersing ini. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon Menteri untuk menjawab saya nanti kerana perkara ini saya sudah bangkitkan kali kedua dan tentang takrif bumiputera dan Melayu yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan. Saya takut nanti tak cukup masa, tidak dijawab pula. Harap kali ini saya mendapat jawapan. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada semua yang bertanya dan mengemukakan pandangan. Jadi, cuma sebab ada soalan yang agak straight forward daripada Bachok tadi. Jumlah peruntukan DE asas untuk enam negeri kurang membangun.

Untuk rekod, tahun 2026 adalah sebanyak RM20.89 bilion. Untuk tahun depan 2027 sebanyak RM21.26 bilion. Jadi, ada berlaku peningkatan. Cuma dari sudut— sebab ya lah, bila kita berbicara soal pembangunan wilayah dan ini menyusuli juga daripada Kuala Pilah untuk bagaimana— jadi, saya terima kasih kerana memahami bahawa peruntukan juga disalurkan melalui perbadanan negeri masing-masing supaya ianya dapat terus menjana kemajuan walaupun negeri tersebut mungkin tidak berada di wilayah-wilayah yang dinyatakan.

Jadi, sebagai— lagi dari segi soal pembangunan. Contohnya, untuk— sebab baru-baru ini dikatakan SG4 dan sebagainya. Sebagai contoh, untuk melihat daripada peruntukan pembangunan Persekutuan untuk tahun 2025 sebagai contoh, kepada negeri kumpulan SG4 ini adalah berjumlah RM7.7 bilion. Ini adalah daripada peruntukan pembangunan Persekutuan. Dan juga kalau dibandingkan dengan

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri masing- masing adalah sekitar RM1.13 bilion.

Cuma, di sini saya hendak tunjukkan bahawa kita memang komited untuk terus membantu. Malah, dari segi nisbah itu adalah sebanyak 6.8 kali ganda berbanding apa yang diketengahkan di peringkat negeri. Sebab bagi kita, komitmen itu kita kena lakukan. Sebab kalau lihat daripada sudut antara projek-projek yang kita jana, sebagai contoh bila kita rancang untuk terus menggalakkan kawasan seperti negeri Kedah, Projek Skim Pemindahan Air Jeniang, kosnya RM922.11 juta.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Bila tadi bercakap soal projek pembangunan Rubber City di kawasan Ladang Ketapang, Padang Terap. Selalu Padang Terap kalau ada dia bawa isu Kedah Rubber City ini kosnya RM613.83 juta dana. Malah, bila kita bercakap untuk memberi sokongan termasuk melalui perbadanan negeri, sebagai contoh kita membangunkan usaha, ada penglibatan negeri dan sebagainya.

Contohnya, Kulim Hi-Tech Park. Daripada komitmen Kerajaan Persekutuan sama ada dalam bentuk pinjaman ataupun geran, kita salurkan sebanyak RM1.11 bilion. Sebab untuk memastikan bahawa kesinambungan pembangunan itu juga bukan hanya tertumpu di Lembah Klang.

Pada masa yang sama juga daripada sudut di negeri Kelantan, antara projek utama yang sedang kita lakukan adalah contohnya Central Spine Road dengan izin, yang mana kos keseluruhan dalam sekitar RM3.23 bilion. Untuk Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 2 ini pun ada RM1.64 bilion dan untuk di Terengganu sebagai contoh adalah kita membina juga jalan baharu daripada Kuala Terengganu Bypass ke jalan di persimpangan Kampung Kubang Tangga, Kuala Terengganu dengan kos RM114.7 juta.

Manakala untuk negeri Perlis, contoh projek pembangunan Lembah Chuping, kos keseluruhannya yang kita telah belanjakan sebanyak RM722.97 juta untuk menaik taraf FT007 dari Kampung Batu 2 ke Beseri dan juga kos-kos yang lain jugalah.

Jadi sebab itu bila kita melihat ke arah agihan peruntukan itu, ianya tidak tertumpu hanya di kawasan bandar semata-mata. Pada masa yang sama, sudah pasti ruang ini adalah untuk kita terus merapatkan jurang antara kemudahan, keperluan dan juga bagaimana untuk kita menjana aktiviti ekonomi, termasuk juga di kawasan luar bandar.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dato' Yang di-Pertua, sekiranya saya boleh teruskan kepada perkara yang ketiga...

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

YB Menteri, sedikit sahaja.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sila Bachok.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih sahabat saya Menteri. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Tadi saya kira Kementerian Ekonomi perlu nilai semulalah kita punya formula agihan sebab kalau peruntukan yang diberikan kepada enam negeri membangun hanya RM21 bilion tahun depan, jumlahnya dah menyusut jadi 37 peratus nisbah berbanding 50 peratus yang sepatutnya diberikan dan kepada SG4 hanya RM7.7 bilion berbanding dengan Penang satu negeri sahaja.

Saya petik kenyataan Ketua Menteri dalam BERNAMA baru-baru ini, Ketua Menteri sebut sebanyak 280 projek pembangunan Persekutuan di Pulau Pinang dengan kos keseluruhan RM33.2 bilion diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua 2027.

Jadi, formula agihan itu ketara tidak seimbang dan asasnya ialah negeri- negeri yang kurang membangun ini perlu diberikan lebih perhatian. Yang Berhormat Menteri pun respons tentang penganjuran forum ekonomi SG4 baru-baru ini tentang unjuran sasaran KDNK dan perlu ditingkatkan keupayaan infrastruktur di SG4. Jadi, SG4 campur dua lagi Sabah Sarawak ini, peruntukan di asas paling kurang 50 peratus perlu dikekalkan dalam Rolling Plan tahun-tahun yang akan mendatang.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada YB Bachok. Terima kasih juga kepada Dato' Yang di-Pertua. Cuma ya lah saya tak pasti Bachok ya lah dia buat perbandingan yang berbeza antara siling dan juga kos yang mana kalau sebagai contoh, kalau kita lihat perkara yang telah kita perakukan untuk kos projek yang dinyatakan tadi sebagai contoh yang mana Pulau Pinang disebut tadi RM33 bilion untuk kos tahun 2027.

Dan tapi kalau untuk sebagai contoh perbandingan untuk Kelantan, bilangan projek untuk tahun 2027, jumlah keseluruhan Kelantan, 509 projek dan kosnya adalah RM31.21 bilion, itu kos projeknya.

Jadi sebenarnya kalau ikut nisbah perbandingan yang lain pun ada ruang yang Kelantan dapat lebih kerana perbandingan mungkin dari segi populasinya dan sebagainya.

[Tepuk] Jadi, sebab itu saya terpaksa juga sebut senarai-senarai projek tadi.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sebagai contoh bila kita berbanding dengan negeri-negeri yang mungkin lebih membangun, bila kita bagi peruntukan untuk mereka, infrastruktur sama juga di negeri-negeri yang kurang membangun, tetapi bila mereka membuka wilayah ataupun kawasan perindustrian yang baharu, kosnya itu ditanggung oleh peringkat negeri, tapi bila kita sebagai contoh, kita buka kawasan wilayah ataupun perindustrian sama ada Tok Bali ataupun sebagai contoh untuk Kulim Hi-Tech Park, sebenarnya Kerajaan Persekutuan terpaksa keluarkan peruntukan termasuk untuk pengurusan pembelian tanah. Sebab kita melihat bahawa ada keperluan untuk merapatkan jurang pembangunan itu.

Maka sebab itu telahan yang mengatakan seolah-olah Kerajaan Persekutuan cuba menganaktirikan, mengetepikan pembangunan ini bagi saya tidak ada asas sama sekali, yang tidak— seolah-olah mengetepikan peranan kita semua.

[Tepuk] Ini negara kita, negara Malaysia yang mana kalau kita tengok tadi saya sebut soal nisbah pembangunan. Empat negeri tadi bila diletakkan perbelanjaan pembangunan dengan peruntukan pembangunan daripada Persekutuan untuk empat negeri berkenaan, 6.8 kali ganda lebih banyak berbanding apa yang negeri letakkan.

Jadi sebab itu dalam kita berbahas untuk merancakkan pembangunan ekonomi masing-masing, Kerajaan Persekutuan tidak melihat bahawa perlu dipinggirkan mana-mana negeri. Jadi sebab itu saya mengharapkan yang di sebelah sana bila mengeluarkan kenyataan itu bersifat dengan lebih adil, malah juga melihat bahawa unjuran yang dinyatakan nak mencapai pertumbuhan itu sekali pun hakikatnya ketika ini banyak lagi perkara-perkara lain yang kita perlu santuni.

Maka sebab itu Dato' Yang di-Pertua, saya dah menjawablah macam mana sebenarnya kos untuk negeri Kelantan itu sendiri pun lebih kurang sama dengan Pulau Pinang kalau dari segi apa yang kita rancangkan untuk bilangan projek dan juga kos projek.

Seterusnya Dato' Yang di-Pertua, kalau saya boleh move ataupun saya berpindah kepada perkara yang ketiga. Sekurang-kurangnya saya kena sentuh sedikit jugalah soal kesejahteraan rakyat iaitu dibangkitkan dalam perkara yang kita bincangkan soal pendapatan itu saya dah nyatakan dengan sedikit sebanyak di awal tadi, tetapi kalau kita lihat dalam soal inflasi, contohnya untuk inflasi makanan dan minuman untuk September 2026, kadarnya pada 1.8 peratus, tetapi kalau kita teliti dengan mendalam, makanan di rumah iaitu yang dimasak di rumah, dia punya inflasi 1.2 peratus, tetapi kalau makanan di luar kita tak nafikan bahawa kenaikannya adalah 2.6 peratus.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma kalau kita lihat daripada sudut Indeks Keterjaminan Makanan Malaysia yang mana diterbitkan paling latest Julai 2026 untuk bacaan tahun 2024, skor keseluruhannya melonjak kepada 61.5 daripada 54.5 untuk tahun 2023. Manakala, indeks kebolehcapaian mencatatkan 79.9 yang mana skor inflasi makanan pada paras 84.1 dan gaji median 81.9. Maksudnya data menunjukkan bahawa makanan di atas meja rakyat pada hari ini lebih terjamin.

Yang kedua, untuk peruntukan Jualan RAHMAH meningkat daripada RM200 juta kepada RM700 juta dengan sasaran 30,000 penganjuran. Jualan Agro MADANI diperluas kepada 5,000 program pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah.

Manakala bantuan SARA kini boleh digunakan untuk barangan basah dan segar di 216 lokasi Pasar Tani FAMA.

Dan juga peruntukan sebanyak RM2.62 bilion kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, yang ini MADA ini memang khusus untuk Kedah RM2.62 bilion untuk kita tingkatkan lagi pengeluaran padi di samping meningkatkan pendapatan golongan pesawah.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kedua, Dato’ Yang di-Pertua, dari sudut wang dalam poket. Pendapatan isi rumah median meningkat kepada RM7,000...

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri. Hulu Terengganu.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sila.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, saya bagi tambah 10 minit dan lima minit injury time. 15 minit, tamatkan. Silakan.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Saya tertarik dengan apa yang dikatakan kadar inflasi kita bawah dua peratus, kemudian inflasi makanan dan sebagainya yang disebut. Cuma, dikatakan ekonomi meningkat, inflasi maintain ataupun tidak membebankan, tapi apa yang nak saya tanya ialah hal tersebut tidak dirasai, Yang di-Pertua, di kalangan masyarakat. Kerana, hari ini rata-rata bila kita tanya, masing- masing mengeluh dengan apa yang berlaku. Ramai peniaga-peniaga pun mengeluh dengan kenaikan harga minyak, dengan tarif elektrik dan sebagainya. Jadi, angka tersebut tidak menggambarkan suasana sebenarnya di dalam masyarakat. Apa pandangan Menteri? Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Hulu Terengganu.

Sudah pasti anekdot itu pelbagai. Dalam keadaan apa yang dilaporkan ini adalah data ataupun statistik yang dibaca dengan keseluruhan. Sudah pasti mungkin perbezaan antara kawasan, wilayah dan sebagainya itu akan menyebabkan hasil puratanya, inilah yang kita laporkan. Maka, sebab itu kalau Yang Berhormat Hulu Terengganu masuk daripada awal saya punya penggulungan, dia akan faham.

Awal tadi saya dah terangkan bagaimana dari segi kita soal makro pertumbuhan ekonomi itu, kita cuba juga garapkan sementara pertumbuhan yang baik itu kita gunakan beberapa kaedah untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Jadi, saya rasa tak perlu ulanglah kut, Dato’ Yang di-Pertua, yang saya dah jelaskan tadi.

Sekurang-kurang, Bachok dia masuk dari awal, jadi saya tahu dia ada mengikuti dengan jelas.

Cuma, untuk berkaitan dengan pendapatan tadi, untuk Hulu Terengganu.

Sebagai contoh, pendapatan isi rumah median meningkat kepada RM7,017 iaitu naik 5.1 peratus setahun daripada RM6,338 untuk tahun 2022. Gaji median pekerja formal pula naik kepada RM3,167 dengan pertumbuhan empat peratus yang mengatasi inflasi. Manakala kemiskinan mutlak turun kepada 5.1 peratus daripada 6.2 peratus dan kemiskinan tegar hanya 0.09 peratus dan pengangguran kekal terkawal pada kadar 2.9 peratus dengan 16.87 juta rakyat bekerja.

Jadi, perkara-perkara ini adalah dapatan yang kita laporkan yang mana― saya tidaklah untuk kita sebuah negara mendabik dada― bahawa banyak lagi perkara lain yang perlu kita usahakan untuk meningkatkan keupayaan termasuk yang telah dibicarakan dengan panjang lebar untuk kementerian sebelum saya menggulung tadi soal gaji minimum.

Seterusnya, perkara ketiga...

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri. Boleh ambil sikit?

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ya.

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya ingin mengetahui, apakah indikator yang dilaksanakan oleh kementerian untuk mengukur kesejahteraan rakyat yang sebenarnya? Saya mendengar tadi berkaitan dengan SARA yang kita lihat meningkat RM16 bilion. Jadi, kita sedar bahawa SARA adalah bantuan jangka pendek dan dia adalah perbelanjaan dalam negara kita. Adakah dia menunjukkan perkembangan dalam ekonomi? Dia hanya perbelanjaan meningkat

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

kerana dapat duit, tapi dari segi produktiviti, KDNK, saya yakin dia tidak akan meningkatkan. Okey, saya nak komen daripada Menteri.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih...

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, sikit lagi, Menteri.

Tambahan.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ya. Sila, Hulu Terengganu.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas saja, Yang di-Pertua.

Setuju tak Menteri bahawa rakyat tak nak dengar angka-angka yang lunak, yang bagus-bagus, janji― angka tak bagus pun tak apa, janji rakyat tidak terkesan dan rakyat hidup dengan sejahtera dan tak susah. Apa pandangan Menteri? Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Temerloh dan juga Hulu Terengganu. Itulah saya memang saya cuba sebaik mungkin menerangkan bahawa bila kita menguruskan ekonomi ini, kita kena melihat daripada pelbagai sudut. Jadi, bila kita bercakap soal kesejahteraan rakyat, awal tadi kita dah berbicara soal infrastruktur, kemudahan, bagaimana social mobility itu perlu berlaku.

Dan yang kedua yang kita berbincang panjang juga tadi, soal pendapatan.

Dan yang ketiga juga, saya sentuh tadi, soal perbelanjaan, soal bagaimana inflasi itu masih berada pada paras yang terkawallah dalam sekitar 1.8 peratus sedangkan ledakan ataupun peningkatan inflasi yang ketara sedang berlaku di kebanyakan negara lain akibat tekanan harga tenaga ataupun harga minyak di peringkat dunia.

Jadi, sebab itu, bila dinyatakan juga Temerloh bertanya bagaimana pula kerajaan masih juga― sebab, kita melihat bahawa untuk kita terus membantu meningkatkan keupayaan perbelanjaan itu, maka bantuan-bantuan itu disasarkan kepada golongan berkenaan. Adakah perkara itu menyelesaikan semua masalah ekonomi? Tidak. Sebab, penyelesaian ekonomi yang sebenar adalah melalui produktiviti yang mana produktiviti itu akan meningkatkan lagi keupayaan individu berkenaan untuk mendapat pulangan ataupun gaji yang lebih baik, tetapi perkara- perkara ini bila kita melihat kepada soal struktur, bagaimana bila kita bercakap soal gaji minimum, kita tahu juga sebarang usaha ke arah mengubah struktur sedia ada daripada RM1,700 kepada RM2,000, sebagai contoh, akan ada beberapa perkara lain dari sudut ekonomi yang kita kena uruskan.

Maka, sebab itu, yang terbaik kita kena ubah struktur ekonomi negara ini yang masih tersepit dengan kadar gaji yang, bagi saya, masih belum setimpal kepada pekerja kita, tapi nak mengubah perkara berkenaan, ianya perlu dilakukan dengan

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

beberapa kaedah supaya ianya perubahan yang jitu yang meningkatkan produktiviti dan juga keupayaan warga tenaga kerja kita.

Dan yang ketiga, soal kesejahteraan yang mungkin saya akan kupas sedikit.

Sebagai contoh, satu lagi perkara― YB KPKT pun ada di sini. Satu lagi contoh yang kita nilai adalah soal bumbung di atas kepala. Ini ayat yang digunakan oleh YB Larut.

Dia kata kena ada bumbung di atas kepala. Yang mana, kalau kita lihat dari segi kadar pemilikan rumah kebangsaan adalah sekitar 78 peratus dan juga 76.3 peratus bagi isi rumah berpendapatan rendah. Ini satu angka yang ada, tetapi bukan bermaksud kita dah boleh berpuas hati.

Walaupun kadar itu untuk peringkat nasional 78 peratus, untuk isi rumah berpendapatan rendah 76.3 peratus, kita perlu ada intervensi untuk terus mencari jalan bagaimana nak pastikan bahawa ruang pemilikan rumah itu masih ada.

Jadi, sebab itu, sebagai contoh, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ini kita tingkatkan kepada RM20 bilion bagi 80,000 pembeli rumah pertama. Manakala pengecualian penuh duti setem rumah pertama sehingga RM500,000 dilanjutkan hingga tahun 2030 yang mana pengecualian sebanyak 50 peratus bagi baki sehingga RM750,000. Dan juga peruntukan yang sudah pasti KPKT dah menjawab sebelum ini, soal Residensi Rakyat, Rumah Mesra Rakyat, Rumah MADANI dan sebagainya ini.

Maka, sebab itu, dalam kita menguruskan kesejahteraan rakyat sekali pun, kita perlu melihat daripada pelbagai dimensi.

Dan kalau saya boleh landing, Dato’ Yang di-Pertua...

draft • 3:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan sikit, Menteri. Boleh? Sikit saja. Saya lihat apa yang kita sebut ini banyak contradiction. Kita kata inflasi rendah 1.8 peratus, pendapatan isi rumah median RM7,000 lebih dan sebagainya, GDP bagus, semua bagus, tapi kemudian kita bagi banyak bantuan SARA dan sebagainya, kita naikkan pada RM16 bilion dan total kita punya subsidi sehingga pergi sampai RM80 bilion tahun 2027. Dia contradict. Kalau kata semua ini bagus, kenapa kita kena bagi banyak bantuan? Dan on the ground, kalau kita tanya, businessman semua kata the business is not good in the country right now. So, boleh tidak Menteri Ekonomi jelaskan sikit supaya mungkin rakyat boleh dengar.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Kubang Pasu. Dari segi― saya melihat daripada satu sudut. Sebab, kalau kita lihat, sudah

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pasti dari segi inflasi kepada pengguna yang dilaporkan sebentar tadi, 1.8 peratus, semua itu berlaku.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kemudian Kubang Pasu bawa konteks yang lain iaitu di kalangan peniaga.

Yang ini sebenarnya kita juga kena akui bahawa peniaga menghadapi tekanan dari segi kos input disebabkan oleh, bila berlaku gangguan bekalan tenaga di peringkat global. Maka, perkara itu ada kesannya kepada peringkat perniagaan, tetapi pada masa yang sama harga yang ditawarkan kepada pengguna itu masih pada kadar yang dinyatakan tadi.

Jadi, sebab itu dalam─ mengapa pula kos pass through tidak berlaku sebagai contoh─ sudah pasti mereka juga untuk memastikan pelanggan itu masih terus menikmati produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan. Jadi, jawapan itu yang menjawab kepada dimensi yang berbeza yang Kubang Pasu ketengahkan ini.

Dato' Yang di-Pertua, kalau saya boleh gulung untuk persoalan yang seterusnya adalah saya ada beberapa...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya dah bagi 15 minit...

[Tidak jelas] Hanya saya minta Yang Berhormat gulung dan jawab soalan Yang Berhormat Beruas tadi. Jadi, saya dengar tadi tak jawab lagi. Kemudian gulung.

draft • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Dato' Sri Timbalan Yang di- Pertua.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Macam itulah Yang Berhormat Beruas. Tanya awal-awal, jangan tanya hujung- hujung. Dah nak macam ini tanya, aih susahlah. Okey Yang Berhormat Menteri.

gulung dan jawab [Tidak jelas]

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Untuk― sebab kalau Beruas pun saya sebenarnya bercadang untuk menjawab secara bertulis sebab dia soalan yang memang beliau bertanya sekali lagilah yang mana sebelum ini telah diberikan penjelasan dalam Dewan, tetapi beliau merasakan belum cukup umph. Jadi, sebab itu saya rasa...

draft • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya nak buat pembetulan. Masa itu tidak diberikan jawapan penuh dikatakan akan memberikan jawapan, tetapi tidak diberikan masa itu.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ya. Kali ini saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada Beruas sebab memang saya dah standby tadi.

Cuma, saya merasakan isu-isu itu spesifik kepada apa yang Beruas bangkitkan.

draft • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, terima kasih Menteri.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, di peringkat Kementerian Ekonomi saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam proses perbahasan dan insya-Allah segala pandangan dan juga isu-isu yang diketengahkan tambahan daripada apa yang telah dibahaskan dalam sesi perbahasan peringkat dasar, kita akan angkat dengan sebaik mungkinlah. Jadi, terima kasih Dato' Sri Dr.

Yang di-Pertua atas murah rezekinya bagi tambahan 17 minit. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat, saya very flexible. Saya bagi, tetapi janganlah overboard lah sangat kan. Perasan tak saya tiap kali kalau saya pengerusikan bagi 15 minit pun saya akan lajak, akan lajak kalau tidak ada kekangan masa. Jadi, dalam masa jangka yang sebenarnya, saya mintalah Yang Berhormat pun bertimbang rasa juga dengan pengendalian dalam Dewan ini ya. We sometime got to chase, dengan izin, we got to chase the time as stated under the agenda lah. Baik.

Kita terus ke kementerian berikutnya. Saya dengan ini mempersilakan Menteri Kementerian Belia dan Sukan.

draft • 3:50 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih Dato' Sri Dr. Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Sebelum saya memulakan penggulungan pada hari ini, suka untuk saya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada seluruh kontinjen dan juga atlet Malaysia yang telah berjuang di Sukan Asia 2026 di Aichi Nagoya pada tahun ini.

[Tepuk] Di Dewan yang mulia ini saya ingin rakamkan penghargaan dan tahniah atas pencapaian yang cukup membanggakan iaitu Sukan Asia— sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa dan Sukan Para Asia iaitu enam pingat emas, lapan perak dan 13 gangsa. Dan kedua-duanya mencapai sasaran yang telah pun ditetapkan.

[Tepuk]

draft • 3:53 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang membawakan tema, “Menggapai di Langit Mengakar di Bumi” yang mana mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan khususnya pembangunan sukan negara dan juga pemerkasaan belia masa depan negara Malaysia.

Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada 19 Ahli Yang Berhormat yang telah membawa isu— secara keseluruhannya sebanyak 20 isu telah pun diketengahkan oleh Ahli Yang Berhormat termasuk juga YB Maran, YB Kuala Langat, YB Kuala Pilah, YB Kangar, YB Masjid Tanah, YB Beaufort, YB Indera Mahkota, YB Sungai Besar, YB Kuala Kangsar, YB Kuala Krau, YB Jasin, YB Sipitang, YB Padang Besar, YB Libaran, YB Kepala Batas, YB Simpang Renggam, YB Tenggara, YB Betong dan YB Parit Buntar.

Dan ada empat kluster utama, iaitu yang pertama berkaitan dengan sukan, satu isu berkaitan belia, tujuh isu berkaitan dengan fasiliti ataupun kemudahan sukan, dan lapan isu berkaitan dengan TVET.

Tuan Yang di-Pertua, pertama YB Maran telah membangkitkan isu obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia dan ini adalah amat bersesuaian dengan apa yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan telah pun meluncurkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035, pada Hari Belia Negara yang lepas yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun yang mana pelan tindakan pembangunan ini setiap apa yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini mestilah merentasi kementerian-kementerian yang lain.

Dan untuk menangani obesiti ini juga kita memerlukan pendekatan secara menyeluruh bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya kita memastikan bahawa apa juga yang dilaksanakan oleh KBS ini dapat juga menurunkan kadar penyakit dalam negara kita. Dan bagi membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menganjurkan pelbagai program termasuk juga Hari Belia Negara, Hari Sukan Negara walaupun pada tahun ini agak sedikit terganggu dengan masalah jerebu, namun tetap dilaksanakan di peringkat negeri dan sebagainya.

Malaysia Active at Community dan KBS Biggest Loser, yang mana KBS Biggest Loser ini telah pun melibatkan seramai 4,175 peserta, manakala Malaysia Active telah melibatkan lebih daripada 30,000 penyertaan di seluruh negara. Inisiatif ini juga telah pun diperluaskan, tidak hanya di Kementerian Belia dan Sukan, tetapi

draft • 3:53 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

juga di kementerian-kementerian yang lain, jabatan-jabatan, agensi dan sebagainya.

Dan mungkin selepas ini, kita bawa program ini di Parlimen Malaysia supaya Ahli- ahli Parlimen kita juga dapat mengurangkan berat badan dan juga dapat mengurangkan obesiti dalam kalangan kita.

Dan dari aspek pendidikan dan kesedaran mengenai gaya hidup sihat, Kementerian Belia dan Sukan telah pun melaksanakan seminar kecergasan eksekutif bagi meningkatkan pengetahuan tentang kecergasan dan pemakanan sihat. Dan kita juga melihat ada peningkatan dari tahun ke tahun berkenaan dengan penglibatan orang ramai terhadap seminar ini dan juga usaha ini turut disokong dengan adanya Indeks Budaya Sukan Malaysia tahun ke tahun ada peningkatan Indeks Budaya Sukan Malaysia.

Walaupun indeks tersebut masih lagi dalam golongan pertengahan ataupun belum mencapai tahap yang sangat memuaskan tetapi dengan adanya kerjasama yang baik antara semua, kita yakin bahawa kita mampu untuk melaksanakan program-program seperti ini untuk memastikan masyarakat kita bukan sahaja kekal aktif, kekal sihat dan yang paling penting budaya sukan dalam masyarakat kita dalam dipupuk.

Tuan Yang di-Pertua, YB Kuala Langat telah pun membangkitkan isu kebajikan atlet para selepas bersara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Sukan Negara― KBS melalui Majlis Sukan Negara kita sentiasa ingin memastikan bahawa atlet-atlet kita ini mereka ini bukan robot, mereka adalah manusia. Dan manusia adalah sewajarnya dilayan sebagai seorang manusia. Jadi, kita memastikan kebajikan mereka terjaga tidak hanya semasa mereka menjadi atlet tetapi juga selepas mereka bersara daripada atlet.

Sebab itu kita telah pun melaksanakan ataupun mengadakan yang namanya MACE, Malaysia Athlete Career and Education Secretariat dan juga My Athlete Center khusus untuk atlet-atlet kita tidak hanya athlete able, tetapi juga atlet para.

Dan kita telah pun mengadakan kerjasama antara GLC, syarikat swasta, korporat dan sebagainya untuk memastikan bahawa atlet-atlet ini selepas sahaja dia telah pun menghabiskan masa, tenaga dan juga kadang-kadang terganggu masa belajarnya mereka ini ada ruang kerjaya dan tahu bagaimana untuk meneruskan kerjaya mereka di masa-masa yang akan datang.

Dan antara inisiatif yang dilaksanakan ialah program MACE Partners, Dual Career Athlete juga sedang dilaksanakan untuk membantu atlet mengimbangi antara komitmen sukan dengan pendidikan dan pembangunan kemahiran bagi

draft • 3:53 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

mempersiapkan atlet menghadapi alam pekerjaan dan peralihan kerjaya selepas persaraan sebagai atlet.

Dan yang paling penting juga selain daripada kita memberikan ruang dan peluang kerjaya, atlet juga perlu mengetahui bagaimana cara mereka untuk menguruskan kewangan. Sebab itu, kita memastikan bahawa literasi kewangan dalam kalangan atlet ini perlu diperkukuhkan dan juga kita memohon supaya semua persatuan-persatuan sukan untuk menggalakkan atlet mereka untuk menyertai program ini.

draft • 3:53 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Sebagai contoh, Program MoveForward melalui inisiatif Financial 101 dengan kerjasama Allianz Malaysia dan juga dalam masa yang sama, KBS dan MSN telah pun memperluas pelaksanaan program ini kepada PSK ataupun Persatuan Sukan Kebangsaan. Itu berkenaan dengan literasi kewangan.

Seterusnya, berkaitan dengan aspek perlindungan atlet negara. KBS melalui MSN juga telah pun menyediakan Skim Kebajikan Atlet Kebangsaan yang merangkumi bantuan insurans, kemalangan, khairat kematian, rawatan penyakit dan sebagainya. Dan juga atlet program podium juga menerima caruman bulanan KWSP dan PEKESO, atlet program pelapis dilindungi dengan skim pelindungan keselamatan sosial pekerjaan sendiri dan kemudahan kebajikan ini turut merangkumi atlet para bagi memastikan akses yang sama rata dan juga perlindungan untuk semua atlet dalam negara Malaysia.

Dan sebagai tanda penghargaan jerih payah atlet kita yang telah bertungkus- lumus memastikan nama negara terus harum di persada dunia, kita juga melalui MSN telah pun menyediakan Skim Hadiah Kemenangan Sukan atau SHAKAM, Skim Insentif Sukan Olimpik dan Skim Imbuhan Tetap Olimpik. Yang mana SHAKAM ini adalah kepada penerimanya, adalah mereka yang membawa pulang pingat daripada temasya sukan utama, termasuk juga Sukan Olimpik dan juga Sukan Paralimpik, Sukan Asia, Para Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan sebagainya. Dan SITO ini juga pula adalah merupakan mereka yang memenangi pingat di Sukan Olimpik sejak daripada mereka memenangi pingat tersebut.

Jadi, RM5,000 sebulan untuk atlet yang memenangi pingat emas, kemudian RM3,000 sebulan bagi pemenang pingat perak dan RM2,000 sebulan bagi pemenang pingat gangsa untuk Sukan Olimpik. Seterusnya, SISO merupakan satu skim insentif yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada atlet apabila atlet tersebut sudah melayakkan diri mereka ke Sukan Olimpik. Ini adalah tujuannya untuk

draft • 4:00 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

memberikan sokongan secara bersepadu kepada atlet tersebut sehinggalah atlet tersebut menuju ke Sukan Olimpik dengan pembayaran selama tempoh maksimumnya 12 bulan iaitu sebanyak RM2,000 sebulan.

Selain itu Ahli Yang Berhormat, melalui Yayasan Kebajikan Atlet juga, skim bantuan khas turut diadakan. Dan setiap kali ada atlet yang mengalami masalah, baik masalah kehidupan, kewangan dan sebagainya, skuad YAKEB atau Skuad YAKEB Prihatin di bawah Yayasan Kebajikan Atlet akan terus untuk turun dan memastikan bahawa atlet-atlet ini terjamin kebajikannya. Dan kalau kita lihat dari segi pelaksanaan, rekod yayasan kebajikan ini setiap tahun akan meningkat. Tahun 2024, sebanyak 1,094 rekod bantuan yang telah pun disalurkan. Meningkat pada tahun seterusnya 1,478, 2025 dan setakat September 2026, ada juga peningkatan iaitu 1,223 rekod dengan penyaluran kira-kira RM928,000 setakat September 2026.

Maka, kerajaan juga begitu cakna dengan kebajikan atlet, ada peningkatan dari tahun ini dengan tahun hadapan iaitu pada tahun ini, YAKEB menerima RM1 juta daripada kerajaan. Untuk tahun hadapan, kita ada satu Program Yayasan Kebajikan Atlet 360, yang mana ada peningkatan sehingga RM2.5 juta untuk memastikan semua atlet yang telah bersara ini mendapat kebajikan yang setimpal dengan apa juga yang telah mereka berikan untuk negara.

Seterusnya, kita juga sentiasa...

draft • 4:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Menteri.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

...Memastikan kesejahteraan— Ya Kuala Langat, sila.

draft • 4:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Menteri, terima kasih Speaker. Cuma saya melihat— antara yang saya lihat atlet-atlet kita, termasuklah yang para ini, mereka sebenarnya juga mampu untuk berdikari. Dan yang paling dekat kerjaya kepada mereka ini selepas mereka tidak lagi menjadi atlet kepada negara, adalah bidang sukan yang mereka terlibat itu sendiri.

Dan saya yakin tadi kalau ada latihan dan sebagainya untuk tujuan mereka bekerja selepas itu tapi yang dekat dengan mereka ini— contohnya, mereka terlibat dalam sukan renang. Sudah tentu aktiviti renang yang telah mereka terlibat itu, mereka boleh terlibat dalam bidang latihan. Jadi pelatih, sebagai contoh. Jadi pelatih ataupun mungkin daripada sudut psikologi dan sebagainya, mungkin usaha itu lebih baik untuk meletakkan mereka ini selain juga keperluan-keperluan yang lain, termasuklah perumahan dan sebagainya supaya mereka lebih dekat, lebih mudah pengangkutan dan sebagainya. Terima kasih

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 4:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Menteri, saya masuk sikit, boleh?

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Boleh, sila.

draft • 4:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih YB Menteri. Berkaitan dengan kebajikan atlet. Baru-baru ini ada saya bincang sedikit tentang kebajikan atlet dan sedikit menyentuh tentang YAKEB. Dan saya mendapat banyak rungutan- rungutan daripada bekas-bekas atlet yang merasakan diri mereka terpinggir atas ada isulah di YAKEB itu, ada isu di YAKEB. Jadi, saya mohon Menteri prihatinlah berkaitan dengan isu di YAKEB itu. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Langat, saya sangat bersetuju sebenarnya bahawa kalau kita lihat atlet-atlet para ini, mereka mempunyai kepakaran yang tersendiri. Mereka memahami atlet para itu sendiri dan mereka memahami bagaimana cara untuk menjadi atlet yang baik, sebab atlet para dan atlet able adalah dua perkara yang agak berbeza.

Sebab itu, kita lihat banyak— ramai jurulatih-jurulatih atlet para ini juga datangnya daripada bekas atlet dan juga— mereka juga merupakan atlet suatu ketika dahulu. Dan mereka juga mengalami kecacatan fizikal dan sebagainya, yang mana kita angkat mereka sebagai jurulatih. Jadi, kita akan perluaskan lagi berkaitan dengan perkara tersebut supaya ia dapat lebih diperkukuhkan.

Untuk Yang Berhormat Kangar, jika ada sebarang aduan dan sebagainya, perkara tersebut boleh diadukan secara rasmi, tetapi apa yang kita lihat adalah memastikan bahawa segala bantuan itu dapat disampaikan secara telus, secara menyeluruh dan kalau kita lihat dari angka, dari tahun ke tahun memang ada peningkatan. Namun begitu, jika ada sebarang perkara yang tidak betul untuk dibangkitkan, bagi saya, Dewan ini bukanlah tempat yang sepatutnya kita melontarkan aduan jika ada sesuatu perkara yang serius ataupun bukti-bukti dan sebagainya, mungkin perkara tersebut boleh disalurkan di tempat yang sepatutnya.

Seterusnya, berkenaan dengan— selain daripada fizikal, kita juga perlu memastikan bahawa atlet ini mempunyai kesiapan secara psikologi dan kesihatan mental. Yang mana ini adalah sebagai satu komponen penting dalam pembangunan atlet secara menyeluruh. Sebab itu Kementerian Belia dan Sukan menerusi Institut Sukan Negara memainkan satu peranan yang amat penting untuk persiapan mental atlet.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan baru-baru ini juga, kita telah membuat satu perubahan di dalam Institut Sukan Negara untuk terus memperkukuhkan ISN ini dengan adanya Protokol Intervensi Pantas 4 Langkah di arena yang merangkumi penilaian mental, latihan simulasi tekanan, intervensi secara langsung di arena serta pemfokusan semula dan penilaian selepas pertandingan.

Dan baru-baru ini juga kita meluncurkan Performance Psychology and Wellness Center yang ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Psikoterapi Malaysia (MPA), Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia dan Lembaga Kaunselor Malaysia yang terdiri daripada 16 orang pakar bagi kepakaran pelbagai disiplin. Dan kita juga menghimpunkan profesor-profesor, doktor-doktor dan sebagainya untuk kita membentuk satu lembaga perubatan sukan dan sains sukan ISN. Dan ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memelihara kebajikan atlet melalui pengukuhan standard perkhidmatan perubatan dan sains sukan.

Jadi, jadi kalau ada Ahli Yang Berhormat berpeluang untuk melihat sendiri ataupun membuat lawatan ke ISN, kita boleh lihat bahawa ini adalah satu perubahan yang cukup besar dan kita nak memastikan bahawa kita ada satu world standard untuk atlet-atlet kita.

Seterusnya, YB Kuala Pilah membangkitkan keperluan memperkukuh sokongan kepada atlet muda sukan memanah berkuda yang telah mencatat pencapaian di peringkat antarabangsa.

Pertamanya, saya ingin merakamkan tahniah kepada skuad memanah berkuda Malaysia dari Ladang Alam Warisan Kuala Pilah atas kejayaan muncul sebagai juara keseluruhan di Australia baru-baru ini. Dan pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan mencerminkan potensi atlet negara untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Malaysia di antarabangsa.

Untuk aspek pembangunan sukan di peringkat akar umbi, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan, kita sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif sukan massa ataupun sukan untuk semua, selaras dengan Dasar Sukan Negara 2009. Dan sementara itu, dari aspek pembangunan Yang Berhormat, kita perlu faham bahawa kita inginkan satu sistem yang berfokus.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Sebab itu sukan berprestasi tinggi, MSN memberi tumpuan kepada 20 jenis sukan teras prestasi tinggi yang telah pun ditetapkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan dan selain daripada sukan-sukan yang bernaung di bawah Majlis Olimpik Malaysia. Jadi tumpuan ini bertujuan untuk

draft • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

memastikan bahawa pelaksanaan program pembangunan sukan ini dapat dilaksanakan secara lebih terancang dan juga lebih teratur.

Jadi walau bagaimanapun program-program sukan yang tak termasuk dalam sukan teras tersebut masih boleh berunding dan juga memohon dana melalui KBS dan selain daripada bantuan di bawah program Majlis Sukan Negara, pada sukan yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan boleh memohon melalui Geran Padanan Sukan dan juga Dana Sukan Komuniti. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2025 dan 2026, KBS telah menyalurkan sokongan kewangan berjumlah RM179,000 melalui Geran Padanan Sukan dan Dana Sukan Komuniti bagi melaksanakan lima program memanah berkuda.

Selain daripada itu, KBS juga melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah pun menyalurkan sebanyak RM60,000 bagi pelaksanaan program kemahiran latihan asas sukan memanah berkuda yang melibatkan dua siri program di Negeri Sembilan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, YB Kangar ada. Berhubung kesinambungan program pembangunan bola sepak negara. YB Kangar merupakan antara Ahli Parlimen yang paling konsisten untuk membawa isu ini pada setiap perbahasan beliau. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KBS melalui Majlis Sukan Negara, kita telah pun bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam melaksanakan NFDP sejak tahun 2014 yang mana ini kita bertujuannya adalah untuk mendapatkan lebih banyak lagi atau mencungkil lebih banyak lagi bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi.

Dan kita juga bekerjasama dengan pihak sekolah, Majlis Sukan Negeri, persatuan, akademi swasta, kelab dan sebagainya. Dan pada masa sekarang Ahli Yang Berhormat, seramai 199 pemain sedang menjalani latihan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dengan bimbingan 28 orang jurulatih yang mana AMD ini sudah pasti menjadi peranan penting untuk kita membentuk atlet yang mampu untuk menjadi atlet yang hebat di masa yang akan datang.

Dan 16 pemain AMD telah pun mewakili Skuad Kebangsaan Bawah 16 Tahun dalam Kejohanan ASEAN B-17 2026 dan berjaya mara ke pentas akhir. Dan ini menunjukkan bahawa pembangunan pemain ini, ia memerlukan satu proses yang panjang dan ia perlu bermula sejak dari awal lagi. Dan sekarang ini kita mempunyai pelan untuk ke arah tersebut.

Dan kita juga memerlukan kerjasama yang erat antara semua pihak termasuk juga Kementerian Belia dan Sukan, MSN, FAM, Persatuan Bola Sepak Negeri, Majlis

draft • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Sukan Negeri, kelab swasta dan sebagainya supaya kita memastikan ekosistem itu dapat berjalan dengan baik dan lancar. Dan kita juga sentiasa menyediakan sokongan melalui Geran Padanan Sukan dan juga Dana Sukan Komuniti untuk memastikan usaha ini terus subur dan juga terus diperhebatkan di masa-masa yang akan datang.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih YB Menteri. Pandai ejek saya ya. Okey untuk NFDP, saya minta sangat-sangat. Saya macam Ketereh jugalah, apa pejuang apa tentera, saya pejuang sukan. Saya minta sangat-sangat untuk YB Menteri supaya berbincang dengan Kementerian Kewangan ataupun YAB Perdana Menteri berkaitannya dengan kita nak angkat balik.

Sebab tadi apa yang YB Menteri sebut, kita hanya ada 100 lebih je pemain di AMD kan, tapi kita nak ini seluruh Malaysia, kita nak seluruh Malaysia. Sebab yang nak masuk ke Gambang ini adalah daripada akar umbi. Bila di peringkat sekolah kita tak boleh buat, bermakna di peringkat di AMD agak sukar. Nak melatih pemain ini agak sukar sebab benda-benda yang basic, benda-benda asas tidak dapat dilatih di peringkat akar umbi. Apabila jurulatih dapat melatih di peringkat akar umbi, maka pemain-pemain ini yang akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, maka memudahkan para jurulatih.

Saya tahu jurulatih akan pening lepas ini, sekarang ini okey, sekarang ini team kita masih kuat bawah 15 kuat di Azerbaijan, tapi untuk 10 tahun, 20 tahun akan datang kita akan hadapi masalah. Jadi saya minta sangat-sangat supaya YB Menteri kena support NFDP kerana kalau tidak di support, tidak diangkat, maka zaman kerajaan sekarang NFDP telah dilumpuhkan. Sebab sebelum ini NFDP ataupun pelan pembangunan sukan berjalan dengan lancar, Tunas Cemerlang, SBTS berjalan dengan lancar.

Dan saya harap, harap-harap sangat supaya YB Menteri gunalah apa-apa kebolehan, kekuatan untuk mengangkat program ini. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kangar dia faham betul kerana dia juga merupakan antara individu yang membawa pelajar-pelajar sekolah dulu untuk melatih dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya bersetuju berkaitan dengan perkara tersebut sebab itu kita ada kerjasama yang erat dengan persatuan-persatuan sukan, kelab, dengan sekolah, dengan dan sebagainya untuk kita memastikan kita ke arah itu.

draft • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Namun begitu sekarang ini, proses pemerkasaan tersebut sedang berjalan dan kita akan tambah baik jika ada keperluan di masa-masa yang akan datang dan kita akan melihat perkara tersebut dengan begitu teliti sekali. Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya, saya ingin menjawab isu berkaitan dengan belia. Yang Berhormat Masjid Tanah membangkitkan isu berkaitan pembangunan usahawan belia, khususnya cabaran kos operasi dan keperluan meningkatkan daya saing dalam persekitaran e-commerce atau pun e-dagang. Kementerian Belia dan Sukan, kita memberikan tumpuan kepada usaha memperkasa keupayaan belia melalui latihan pembangunan kemahiran dan program keusahawanan.

Sebab apabila kita lihat tentang belia yang mampan, belia yang hebat, belia yang dalam keusahawanannya itu begitu maju, kita tidak boleh lari dengan era digital yang ada sekarang ini. Kita lihat era digital ini dipengaruhi oleh algorithm, oleh bot, manipulasi dan sebagainya, sebab itu di bawah Kementerian Belia dan Sukan kita nak memastikan bahawa belia-belia ini tidak ketinggalan dengan apa juga perkara yang sedang berkembang di dunia sekarang ini.

Sebab itu di dalam Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035, kita telah menetapkan garis panduan tersebut dan juga kita telah bekerjasama dengan merentasi kementerian termasuk juga dengan kementerian KUSKOP untuk memastikan kita melahirkan usahawan-usahawan belia yang mempunyai penguasaan teknologi yang tinggi serta pembangunan keupayaan keusahawanan.

Dan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia. kita juga menyedia— telah pun berbincang begitu panjang untuk menyediakan ruang bagi membincangkan isu dan cabaran pembangunan belia dan selain itu IYRES atau pun Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia turut menyokong perancangan pembangunan belia melalui penyelidikan dan hab data belia yang merangkumi sistem Ydata dan Dashboard Belia. Platform ini berperanan sebagai pusat sehenti atau pun one stop center bagi pengumpulan dan penyelarasan data berkaitan belia dan gerbang maklumat berkaitan program dan aktiviti pembangunan belia.

Kementerian Belia dan Sukan juga melalui Jabatan Belia Sukan Negara khususnya Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah telah pun melaksanakan pelbagai latihan keusahawanan belia termasuk juga dengan kursus pemasaran digital, platform Shopee, TikTok, Facebook, Instagram dan sebagainya.

Dan juga kita bekerjasama dengan NADI di bawah Kementerian Komunikasi.

Terdapat 1,099 NADI di seluruh Malaysia yang telah pun menawarkan pelbagai

draft • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

program usahawan digital. Maka golongan belia juga di bawah Kementerian Belia dan Sukan kita juga bekerjasama dengan pihak NADI. Dan kita juga mempunyai program Rakan Muda yang berteraskan 10 gaya hidup Rakan Muda dan setiap bulan kita mempunyai satu program atau pun satu mega program Rakan Muda dan di bawahnya salah satunya adalah Rakan Niaga untuk kita memperkasakan program- program perniagaan ini bersama dengan anak muda belia.

Dan antara inisiatif yang dilaksanakan ialah Program Cabaran Keusahawanan Sosial Belia atau FUSE x SERY 2026 at Rakan Niaga dan program Keusahawanan Belia Bestari. Facing Up Social Entrepreneurship dan juga Social Entrepreneurship for Rural Youth yang menyasarkan belia bersekolah daripada berusia 15 hingga 17 tahun bagi kategori FUSE dan belia lepasan sekolah berumur 18 hingga 30 tahun bagi kategori Social Entrepreneurship for Rural Youth. Dan kalau kita lihat seramai lebih daripada 273 orang belia melalui program pembangunan keusahawanan sosial belia.

Ahli Yang Berhormat, selain keusahawanan sosial, KBS juga melalui Impact Integrated, kita juga memperluaskan pendedahan pasaran kepada usahawan muda melalui Rakan Niaga: Bisnes Orang Muda. Dan inisiatif ini kita laksanakan mulai September 2026 yang mengetengahkan perkongsian ilmu perniagaan dan kisah inspirasi usahawan muda menerusi radio platform, digital serta aktiviti di bazar terpilih.

Kita lihat tujuh episod yang mengetengahkan tujuh usahawan belia yang diterbitkan dan merekodkan lebih daripada 200,000 tontonan di platform digital.

draft • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan kalau kita lihat secara keseluruhannya, KBS akan terus memperkasa potensi, kemahiran dan kompetensi belia melalui latihan, pembangunan, keusahawanan serta program pembangunan belia yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Usaha ini selaras dengan apa yang dibawa di bawah Belanjawan 2027 untuk memperluaskan lagi peluang pembangunan belia, meningkatkan kadar kebolehpasaran dan keupayaan menjana pendapatan. Dan yang paling penting, kita melahirkan generasi belia yang berdaya saing serta mampu untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.

Seterusnya— ini juga ramai Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh berkenaan dengan isu fasiliti sukan...

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum saya pergi ke satu-satu Ahli Yang Berhormat, sedikit saya ingin menjelaskan tentang fasiliti sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Ada tatacara yang perlu Ahli-ahli Yang Berhormat ikuti.

Untuk sebarang permohonan di atas RM1 juta, itu perlu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan disenaraikan dalam Wishlist Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum dikemukakan secara rasmi kepada KBS untuk dipertimbangkan. Itu adalah projek yang di atas RM1 juta. Dan fasiliti yang kecil di bawah RM1 juta, itu perlulah dikemukakan secara rasmi kepada KBS melalui Jabatan Belia Sukan Negeri, Exco Belia dan Sukan Negeri ataupun Majlis Sukan Negeri untuk kita pertimbangkan di peringkat atasan.

Permohonan projek pembangunan baharu perlulah tertakluk kepada garis panduan penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan permohonan projek pembangunan tahun 2026–2030. Dan kita perlu lihat juga status tanah tersebut dan sebagainya.

Jadi, apa-apa— saya memberikan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sentiasa bertanyakan tentang fasiliti sukan di kawasan Parlimen masing-masing.

draft • 4:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ini menunjukkan Ahli Yang Berhormat begitu cakna berkaitan dengan masyarakat yang aktif di kawasan masing-masing.

Namun begitu, permohonan tersebut, saya akan mengambil maklum. Ia tetap perlu dibawa ke saluran yang sepatutnya seperti yang saya jelaskan sebentar tadi...

draft • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan mana-mana fasiliti sukan yang telah pun diluluskan, maka kita terikat dengan Jadual Kesembilan, Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan bahawa maintenance ataupun penyelenggaraan fasiliti tersebut adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Jadi, maknanya, Kerajaan Persekutuan akan memberikan fasiliti sukan dan Kerajaan Negeri perlulah menyelenggara fasiliti sukan tersebut. Okey.

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ya, silakan.

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

memberikan kita tiket *Main Grandstand MotoGP.

[Tepuk]* Terima kasih banyak, tetapi Formula One tak bagi. MotoGP ada bagi.

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya ada beberapa perkara yang ingin ini, terutama sekali terima kasih jugalah, banyak program-program belia membantu belia-belia yang masih— orang bilang dia ini, tetapi saya menyambut baik juga kepada kementerian bahawa, belia yang bekerja dan tidak melanjutkan pelajaran, tidak dapat mengikuti latihan NEET ini.

Namun, di Sabah ini, kita perlu memastikan pendekatan kepada golongan ini kerana keluasan luar bandar ini kira realiti geografi, jarak perjalanan ini jauh, capaian internet yang kurang, akses kepada latihan ataupun peluang pekerjaan setempat.

Jika latihan hanya dilaksanakan di bandar utama, bagaimana pula belia-belia yang di luar bandar ini? Satu perkara.

Perkara kedua, apakah kursus KBS untuk mengenal pasti, mendekati, membantu belia NEET di Sabah dan juga berapa ramai disasarkan keluar daripada kategori tersebut melalui pekerjaan, pendidikan dan latihan pada tahun 2027 ini?

Soal fasiliti. Soal fasiliti ini, kalau saya tidak silap, zaman saya masih bermain bola lagi, iaitu futsal. Tahun 2004 diwujudkan futsal ini hampir di seluruh Parlimen.

Namun, sehingga ke hari ini, tidak ada maintenance, tidak ada pembaik pulih. Tidak ada. Akhirnya, permintaan itu diturunkan kepada pihak negeri.

Namun, pihak negeri― sekarang ini peruntukan di pihak kerajaan negeri mungkin agak kekurangan, tetapi di pihak jabatan Persekutuan, KBS pula tidak ada menyalurkan peruntukan baik pulih ini. Seperti mana banyak Ahli-ahli Parlimen minta perkara ini juga— baik pulih gelanggang futsal ini, sebab sudah hampir 20 tahun.

Mungkin kita pun tahu, mungkin ketipisan lantai futsal itu pun sudah habis kalau 20 tahun. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ya, silakan, Pasir Gudang.

draft • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih YB Menteri.

Terima kasih Puan Speaker. Ini berkenaan fasiliti sukan.

Sebelum ada litar lumba kereta dan motor di Sepang, dulu pernah ada litar lumba kereta dan motosikal di Pasir Gudang. Dan Pasir Gudang ini terletak berhampiran dengan Singapura dan juga Indonesia― sangat popular. Dan litar dia di Pasir Gudang itu telah tutup. Mungkin isu hak milik tanah telah berpindah kepada tuan tanah yang baharu.

Jadi, saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau Kerajaan Persekutuan boleh berunding dengan Kerajaan Negeri Johor dapatkan kawasan

draft • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

tanah yang lain yang sesuai, dapat dihidupkan semula litar lumba motosikal dan juga kereta. Kalaupun tidak sampai F1, tetapi yang tarafnya rendah sedikit pun tak apa...

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ertinya, ada di selatan Semenanjung, kan. Jadi, tolong dapatlah beri perhatian. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi?

draft • 4:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ada, ada. Terima kasih YB Menteri. Saya pun macam tadi juga, ucap terima kasih kerana dapat tiket untuk MotoGP. Terima kasih.

Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri berkaitan dengan gelanggang bola tampar pantai yang di Perlis itu. Kemungkinan masa itu YB Menteri ada di Jepun dan kita telah menjalankan Kejohanan Bola Tampar Pantai Terbuka Perlis dan di antara gelanggang yang dirasakan yang terbaiklah di Malaysia.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri KPM— dah ada di sini― kerana telah membantu Perlis, membantu sekolah SMK Syed Alwi menyediakan padang bola sepak. Sebelum ini ada padang bola sepak terbaik di Perlis. Ada, siap sekali dengan rumah pam di SMK Dato’ Jaafar Hassan. Itu diusahakan oleh KPM. Namun, masa kini, PLD dah pun telah terbengkalai, terhenti.

Dan untuk bola tampar— lagi sekali Perlis, kami akan menganjurkan Perlis International Volleyball Tournament pada tahun 2027 dengan penyertaan yang lebih tinggi. Memandangkan pertandingan pada tahun ini mendapat liputan yang baik daripada TV Indonesia, TV Filipina dan kami jangkakan pada tahun 2027 kami akan mengadakan kejohanan itu lebih besar melibatkan kategori lelaki dan kategori wanita, saya memohon kepada YB Menteri untuk memberi peruntukan yang lebih besar untuk kami pada kali ini. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik, baik. Terima kasih. Ya, sila.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Okey, terima kasih Menteri.

Satu perkaralah saya nak dapat kepastian. Sejauh mana kerjasama ataupun garis panduan yang diberikan kepada negeri dalam membuat court ataupun padang- padang futsal? Sebab, saya tengok berlaku, terutama di Kuala Krau lah, padang- padang futsal itu macam untuk kanak-kanak saja, sedangkan permohonan ataupun kemahuan belia-belia itu amat besar yang menyebabkan tumpuan kepada padang- padang swasta yang kebanyakannya ialah kos agak tinggi bagi orang kampung.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Jadi, sejauh mana kerjasama antara negeri dengan kementerian, pusat dalam menentukan bentuk supaya ia bersesuaian dan boleh digunakan oleh belia menambah pendapatan untuk di kawasan masing-masing. Terima kasih, Menteri.

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertama, Yang Berhormat Libaran. Saya bersetuju bahawa— sebab itu sekarang ini setiap program di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita nak pastikan bahawa program tersebut sampai tidak hanya di kawasan bandar, tetapi juga di kawasan luar bandar dan kita nak melihat ada outcome daripada setiap program tersebut.

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Saya juga telah pun memberitahu kepada JBSN khususnya di Sabah, di Sarawak untuk memastikan lebih banyak kan lagi program-program yang mungkin selama ini kawasan tersebut juga tidak pernah ada sebarang program belia.

Dan antara programnya adalah Program B-BEST dilaksanakan melalui seminar dan latihan amali selama tiga hari dengan menyasarkan belia lepasan tahfiz dan juga belia luar bandar yang mana menawarkan latihan kemahiran teknikal dan kreatif termasuk AI, grafik kreatif, pendawaian elektrik, kimpalan, fotografi kreatif dan sebagainya, tapi apa yang penting adalah untuk pemerkasaan ataupun kita turun ke kawasan-kawasan luar bandar itu dengan lebih kerap, dengan tenaga yang kita punyai.

Seterusnya Yang Berhormat Pasir Gudang terima kasih atas cadangan tersebut. Saya akan meneliti dan menyelusuri secara detail permohonan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat sebab kita perlu juga lihat status tanah tersebut dan sekarang ini berkaitan dengan projek itu dan sebagainya saya akan berikan jawapan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat, tapi cadangan itu adalah sesuatu cadangan yang sangat baik.

Seterusnya, YB Kangar berkaitan dengan permohonan— kita boleh pm tepi berkaitan dengan perkara tersebut. Yang lain saya tak perlu jawab di dalam Dewan.

YB Kuala Krau. Saya bersetuju futsal kita nak kan bahawa setiap apa fasiliti yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan itu ada fasiliti yang layak digunakan. Kita ada spek yang tertentu. Kita ada technical team akan turun dan sebagainya. Walau bagaimanapun, seperti yang saya sebutkan tadi bahawa, kita terikat dengan Jadual Kesembilan, Senarai Bersama, Senarai III Perlembagaan

draft • 4:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Persekutuan bahawa fasiliti yang diberikan itu penyelenggaraannya di bawah kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, ada beberapa yang di bawah RM1 juta ataupun permohonan-permohonan kecil itu boleh dibawa ke Jabatan Belia Sukan Negeri ataupun melalui Exco Belia ataupun Majlis Sukan Negeri untuk menilai perkara tersebut dan diangkat. Dan kita akan meneliti setiap permohonan Ahli Yang Berhormat bersesuaian dengan tatacara yang telah pun ditetapkan, tapi apa yang boleh saya pastikan bahawa setiap apa juga fasiliti yang kita berikan, itu perlu memenuhi spek teknikal yang bersesuaian kerana kita tidak mahu hanya membuat perkara-perkara yang sambil lewa. Kita perlukan fasiliti yang mampu untuk dipakai oleh semua khususnya di kawasan-kawasan di peringkat akar umbi.

Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu fasiliti, saya boleh memberikan detail. Selain daripada fasiliti di Kawasan Ahli Yang Berhormat, kalau perkara tersebut belum lagi diangkat di dalam Wishlist Kerajaan Negeri dan kemudian diangkat pada Kementerian Belia dan Sukan, ada beberapa fasiliti yang berdekatan Kawasan Ahli Parlimen Yang Berhormat yang boleh digunakan dan bersesuaian. Saya akan berikan jawapan ini secara bertulis kerana agak panjang ya.

Seterusnya, YB Indera Mahkota menanyakan mengenai keperluan gelanggang bola keranjang bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak. Kerja- kerja pembaikan dan naik taraf lantai gelanggang serta sistem pencahayaan di Stadium Bola Keranjang Majlis Bandaraya Kuching Selatan sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada tahun 2027.

Dan YB Kuala Pilah juga turut menanyakan tentang penyediaan dewan terbuka berbumbung dan trek larian di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan telah pun meluluskan projek naik taraf Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah Negeri Sembilan dengan kos projek sebanyak RM6 juta. Tahniah Ahli Yang Berhormat dan dijangka mula pada 2027 ya.

Kemudian Yang Berhormat Jasin juga telah membangkitkan tentang pembinaan Kompleks Sukan Jasin Bestari. Projek tersebut telah pun mencapai kemajuan fizikal sebanyak 74 peratus sebelum kontrak asal ditamatkan pada 10 September 2024. Saya akan memastikan bahawa projek ini berjalan dengan baik, lancar dan sesuai dengan garis masa yang telah pun ditetapkan.

Seterusnya berkaitan dengan TVET. Saya mempunyai masa lebih kurang empat minit lagi. KBS menghargai pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan tentang isu TVET kerana bila kita sebut tentang

draft • 4:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

anak muda dan yang paling penting kadar kebolehpasaran anak muda tersebut bukan sahaja dalam negara, tetapi juga mungkin, kita sehingga ke peringat ASEAN, kerana di ASEAN sahaja kita ada 224 juta belia yang perlu kita saingi. Ini adalah suatu perkara yang amat-amat penting. Sebab itu TVET di bawah KBS kita memberikan penekanan khusus kepada pembangunan belia secara holistik.

Pendekatan ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi graduan-graduan yang bukan sahaja kompeten, tetapi yang lebih penting mempunyai jati diri, mampu berdikari dan berupaya memenuhi keperluan industri. Itu yang paling penting.

Sebab itu di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita ada 21 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di seluruh negara, di mana pesertanya itu hampir 15,000 di seluruh negara dan selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan modal insan dan memenuhi keperluan tenaga mahir negara Belanjawan 2027 menyediakan peruntukan sebanyak RM8 bilion bagi memperkasa bidang TVET ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di bawah Kementerian Belia dan Sukan kita menekankan sahsiah jati diri. Sebab itu, 80 peratus daripada latihan tersebut adalah berkaitan dengan skills dan juga kemahiran dan 20 peratus adalah berkaitan dengan jati diri. Maknanya peserta-peserta ini perlu ke lapangan untuk mengadakan program-program yang membentuk sahsiah dan jati diri peserta- peserta di bawah ILKBS. Kita juga mempunyai kerjasama dengan pihak industri, agensi kerajaan, komuniti dan institusi pendidikan.

Yang paling penting, di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita mendekati golongan berkeperluan khas yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian di arus perdana. KBS menyediakan program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas iaitu inisiatif TVET yang diperkenalkan untuk buka ruang, peluang, latihan kemahiran. Dan kadar kebolehpasaran autisme ini juga agak tinggi.

Di Menara KBS sendiri di Putrajaya, di bawah itu, Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin kalau ada masa untuk ke Menara KBS— di bawah itu ada satu kafe yang sangat sedap dan pekerja-pekerja di kafe itu adalah graduan-graduan TVET kita.

Mereka ini adalah merupakan anak-anak autisme— yang memasak, yang menjaga cashier dan sebagainya. Ini adalah antara yang ingin kita highlight kan di Menara KBS itu sendiri. Dan setiap pelajar menerima elaun sehingga RM300 sebulan.

Menerusi Belanjawan 2027 ini, yang penting sebab apabila saya membuat sesi dan siri townhall bersama dengan peserta-peserta TVET di bawah ILKBS, mereka mengadu bahawa makan mereka akan kurang setelah bertahun-tahun

draft • 4:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

lamanya tidak ada peningkatan dalam belanjawan berkaitan dengan kebajikan mereka. Sebab itu, selain daripada kita nak pastikan mereka ini dapat skills yang baik, kebajikan pelajar ini juga turut perlu diperhatikan. Sebab itu, alhamdulillah di bawah Kerajaan MADANI, peruntukan bagi perkhidmatan bekalan makanan memasak di ILKBS telah meningkat daripada RM35 juta kepada RM40 juta. Ini memberikan kelegaan kepada semua peserta-peserta ILKBS di seluruh negara.

Dan keberkesanan latihan ini juga kita lihat daripada pencapaian kadar kebolehpasaran graduan, iaitu pada tahun 2025 sebanyak 96.41 peratus kepada 97.36 peratus pada tahun 2026. Purata gaji graduan menunjukkan peningkatan daripada RM2,079 pada tahun 2025 kepada RM2,117 pada tahun 2026.

Sikit. Lima minit boleh?...

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh. Tiga.

draft • 4:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Tiga minit. Okey. Patut saya minta 10 minit tadi*.

[Ketawa]* Silap. Saya kurang skill tawar menawar. Baik. Sebab kan tiga minit saya nak landing sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Pada tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk penganjuran SEA Games 2027 yang mana kita lihat Malaysia menjadi tuan rumah dan insya-Allah Malaysia akan menjadi harum di persada dunia. Bagi Sukan SEA ke- 34, sebanyak 43 jenis sukan yang akan dipertandingkan dengan acara sebanyak 473 acara yang melibatkan empat kluster atau empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan juga Johor secara keseluruhannya.

Tema yang kita pilih pada kali ini adalah “Celebrating Unity” ataupun “Raikan Perpaduan” dan kita mempunyai satu maskot yang diberikan nama sebagai TUAH iaitu ‘Togetherness, Unity, Aspiration and Harmony.’ Itu adalah maskot. Kita akan melaksanakan program jelajah SEA Games 2027 ke seluruh negara dan insya-Allah akan sampai ke tempat Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dari segi venue, sekarang ini tiada masalah. Semuanya berada dalam keadaan yang sempurna mengikut jadual dan timeline yang telah pun ditetapkan.

Dan kita juga memerlukan sukarelawan yang ramai, maka selaras dengan usaha memperkukuh budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Belanjawan 2027 turut memperkenalkan Program Budi Belia yang menawarkan insentif e-wallet sebanyak RM100 kepada belia yang melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan.

draft • 4:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Sebab itu, bersama dengan SEA Games 2027, yang mana kita akan meluncurkan ataupun merasmikan pencarian sukarelawan pada 5 Disember 2026 ini. Dan saya ingin mengajak seluruh anak-anak muda belia dari kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk turut sama memastikan kemeriahan SEA Games 2027 ini dapat berjaya dan gemilangnya.

Sebelum saya landing, saya juga ingin menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk bersama-sama memeriahkan MotoGP- Grand Prix pada hujung minggu ini.

[Tepuk] Semoga perkara ini juga dapat mengharumkan nama negara kita. Dan kita lihat kemunculan bakat muda negara seperti Hakim Danish, Qabil Irfan dan Qayyim Razin yang bakal menyemarakkan lagi saingan kali ini dan jangkaan penonton hampir ‘RM200,000.’ Yang terakhir, Yang Berhormat— eh, 200,000 orang.

[Ketawa] Maaf, tengok kos sahaja. 200,000 orang.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas tiga minit tambahan yang diberikan. Pembangunan belia dan kemajuan sukan ini adalah tanggungjawab kita bersama. Semua yang berada di dalam Dewan ini, kita menjadi contoh yang terbaik untuk memastikan pembangunan belia sebagai aset masa depan negara dan pembangunan ekosistem sukan sebagai elemen yang menyatupadukan kita semua, tak kira kaum, bangsa, agama dan fahaman politik.

Bagi menjayakan agenda ini, KBS akan memperkukuhkan kerjasama dengan kementerian, kerajaan negeri, agensi dan semua pihak pelaksana, termasuk Ahli- ahli Yang Berhormat semua demi membangunkan masa depan negara Malaysia yang lebih baik.

Layar dikembang menuju samudera, Ombak ditempuh penuh keberanian; Belia dan sukan tonggak negara, Bersama membina masa hadapan. Sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.

Masa adalah 60 minit.

draft • 4:40 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

Puan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2027, khususnya kepada 89 Yang Berhormat yang menyentuh perkara-perkara yang di bawah Kementerian Kewangan.

Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Oktober lalu ialah wa’ad nasional iaitu tekad kerajaan untuk membina kegemilangan Malaysia sebagai negara yang gagah ekonominya, bermaruah hidup rakyatnya dan amanah dalam mengurus kewangannya. Belanjawan ini turut berusaha memenuhi keperluan dan menangani masalah di peringkat nasional, negeri, semua komuniti dan rakyat melalui pendekatan seluruh negara.

Kita menggembleng keupayaan dan sumbangan semua pihak untuk menjayakan agenda pembinaan negara berpaksikan Kerangka Ekonomi MADANI.

Matlamatnya adalah untuk membangunkan sektor ekonomi bernilai tinggi dan menguasai teknologi terkini agar dapat menyediakan pekerjaan lebih baik untuk kehidupan rakyat yang sejahtera.

Di samping itu, kita juga mahu negara terus berpaksikan tata kelola baik, perpaduan erat dalam kalangan rakyat serta khazanah dan warisan negara yang terus dipelihara. Inilah yang dimaksudkan menggapai di langit, mengakar di bumi.

Sejak awal, Kerajaan MADANI telah menumpukan kepada pemacuan ekonomi bernilai tinggi, pembaharuan struktur dan pemulihan pengurusan fiskal.

Alhamdulillah, segala usaha sepanjang empat tahun berjaya meletakkan asas yang diperlukan untuk kita menarik pelaburan, mengembangkan perniagaan dan menyediakan pekerjaan yang lebih baik.

KDNK berkembang enam peratus pada suku kedua 2026, dengan pertumbuhan KDNK keseluruhan 2026 yang awalnya unjuran antara 4.8 peratus ke 5.3 peratus, kerajaan kini yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi lima peratus.

Ini menandakan pencapaian pertubuhan melebihi lima peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI. Bagi tahun ke depan, saya rasa kita akan terus mengarah ke arah itu juga.

Kadar pengangguran kekal rendah pada paras 2.9 peratus, Ogos lalu. Nilai pelaburan diluluskan dan perdagangan mencatat paras tertinggi dalam sejarah.

draft • 4:42 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ringgit terus berdaya tahan, kedudukan daya saing negara pula melonjak kepada tangga ke-15 daripada 34 dalam hanya dua tahun.

Pencapaian ini menunjukkan ekonomi negara di landasan yang tepat dengan asas kukuh, walaupun berdepan dengan ketidaktentuan global. Asas yang lebih kukuh inilah, ia dapat memberikan ruang untuk kerajaan menumpukan agenda menaikkan lantai pada tahun hadapan.

Bagi rakyat, kemajuan negara hanya dapat dirasai apabila pendapatan mereka bertambah dan mampu menyediakan keperluan keluarga. Ramai Yang Berhormat membangkitkan soal kos sara hidup rakyat. Antaranya Sekijang, Temerloh, Dungun, Ampang, Jelebu, Pendang dan Sik. Kerajaan mendengar rintihan rakyat dan memahami kebimbangan kos sara hidup. Kita cakna...

draft • 4:42 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Yang Berhormat, Kinabatangan.

draft • 4:42 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis dahulu. Saya akan bagi masa.

draft • 4:42 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Boleh, tapi ini penting juga ini.

draft • 4:42 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya faham. Saya akan habis dan saya akan bagi masa.

Kerajaan mendengar rintihan rakyat dan memahami kebimbangan kos sara hidup. Kita cakna akan keresahan ibu bapa yang mengurus belanja dapur dan persekolahan anak. Pekerja yang berusaha mencukupkan pendapatan hingga hujung bulan. Kos sara hidup kekal menjadi persoalan utama rakyat yang menuntut perhatian dan tindakan kerajaan.

Oleh itu, lunas pertama dalam Belanjawan 2027 adalah untuk meringankan beban sara hidup dan berikut ialah ikhtiar yang kita laksanakan. Pertama, pendapatan rakyat ditingkatkan. Kerajaan bersetuju menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 ke RM2,000 sebulan mulai Jun 2027. Ini memanfaatkan lebih empat juta pekerja di Malaysia.

Kerajaan juga mengambil kira kemampuan peniaga kecil seperti yang disentuh oleh YB Larut dan Padang Serai. Sebab itulah buat masa sekarang, PMKS dikecualikan daripada kadar baru gaji minimum. Kerajaan juga sedang merangka penetapan kerangka gaji minimum bagi pekerja separa mahir pada kadar permulaan RM2,500 sebulan ke arah tahap gaji graduan yang lebih baik. Gaji kadar kehidupan

draft • 4:42 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

wajar ataupun living wage GLIC dan GLC dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,400 mulai 2027 untuk memanfaatkan 230,000 pekerja.

Kerajaan menyeru agar sektor swasta, khususnya syarikat besar, untuk menawarkan gaji lebih wajar dan sepadan dengan keperluan pekerja. Kerajaan memastikan pendapatan 600,000 pemandu e-hailing dan p-hailing yang lebih munasabah. Sementara Majlis Perundingan Gig dalam peringkat rundingan berhubungan kadar pendapatan minimum. Kerajaan dan Grab bersetuju membiayai bersama pakej RM160 juta bagi meningkatkan pendapatan bersih bulanan e-hailing sehingga RM227 dan p-hailing sebanyak RM100 sebulan.

Kita berharap syarikat platform lain turut menyambut usaha sama ini sebagai langkah awal ke arah pendapatan yang lebih adil dan perlindungan yang lebih baik untuk pekerja gig. Kerajaan juga membela nasib pesawah, nelayan dan penoreh getah. Bagi membantu pesawah yang terkesan dengan kos bahan api, insentif penuaian ditingkatkan kepada RM100 sehektar semusim, manakala insentif pembajakan ditingkatkan kepada RM300 sehektar semusim terus dikekalkan dan diperluaskan juga ke Sabah dan Sarawak.

[Tepuk]

draft • 4:42 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kita juga meningkatkan jumlah pemegang Lesen Sampan Khas kepada 20,000 dan geran bagi projek akuakultur untuk menambahkan pendapatan nelayan.

Kadar Insentif Pengeluaran Getah ditingkatkan bagi kali ketiga kepada RM3.30 sekilogram berbanding RM2.50 pada tahun 2022.

Kedua, pendapatan boleh guna M40 ditingkatkan. Perkara ini juga disentuh oleh Yang Berhormat Bukit Bendera, Ayer Hitam dan Rasah. Pelepasan individu dinaikkan RM3,000 kepada RM12,000. Kadar cukai dikurangkan satu mata peratus bagi banjaran pendapatan RM70,000 hingga RM150,000.

Pelepasan cukai diperluaskan seperti rawatan perubatan bagi perkhidmatan penjagaan lepas bersalin, perbelanjaan untuk ibu bapa, datuk nenek tidak terhad kesihatan, yuran tuisyen anak, langganan AI, haiwan peliharaan dan kasut sukan.

Langkah ini dianggarkan memberi lebihan pendapatan hingga RM1,600 kepada lima juta pembayar cukai.

Ketiga, bantuan rakyat tertinggi dalam sejarah. Peruntukan STR dan SARA ditingkatkan kepada RM16 bilion. STR menyalurkan bantuan tunai secara berfasa, manakala SARA pula menyediakan kredit pembelian barangan asas melalui MyKad.

Gabungan ini membantu keluarga mengurus belanja dapur dan keperluan lain sepanjang tahun.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bantuan SARA dinaikkan sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun berbanding RM100 sebulan ataupun RM1,200 setahun pada tahun 2026. Manakala, penerima di bawah eKasih menerima tambahan sehingga RM100, menjadikan sara bulanan mereka sehingga RM250 sebulan atau RM3,000 setahun...

draft • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi rakyat yang bukan penerima SARA— STR iaitu 13 juta orang termasuk golongan M40, SARA MADANI RM100 akan dikreditkan sebanyak dua kali setahun di tahun hadapan.

Untuk makluman semua, setakat 22 Oktober minggu lalu, RM3.6 bilion telah disalurkan kepada penerima SARA melalui tiga fasa bayaran. Keseluruhan jumlah STR dan SARA yang telah disalurkan kepada penerima yang layak mencecah hampir RM12 bilion. Hampir sembilan juta penerima telah menggunakan SARA dengan nilai transaksi RM6.1 bilion ataupun 99.7 peratus penggunaan.

Manakala, SARA untuk semua telah digunakan lebih 20 juta penerima atau 92 peratus penggunaan dengan nilai transaksi RM1.9 bilion. SARA kini meliputi 15 kategori barangan dan 140,000 produk. Mulai tahun 2027, capaian SARA turut diperluaskan kepada barangan basah dan segar iaitu di 216 Pasar Tani dan Tamu FAMA.

Ini yang disentuh oleh YB Kampar, Mersing dan Kuala Pilah. Rangkaian— rakan niaga SARA kini menghampiri hampir 15,000 premis berbanding hanya 700 premis pada tahun 2024. Hampir 7,000 premis merupakan kedai runcit kecil dan koperasi. Penyertaan mereka terus diperluaskan termasuk dengan kerjasama SKM, TEKUN, AIM dan ANGKASA.

Program SARA turut memberikan limpahan ekonomi yang meluas kepada ekonomi tempatan. Ini bermakna SARA bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan barangan asas, ia juga menyokong kelangsungan PMKS termasuk meningkatkan jualan di kedai runcit.

Pada masa ini, penerima juga boleh menggunakan SARA di Jualan RAHMAH MADANI, membolehkan mereka mendapatkan barangan asas yang lebih murah.

Peruntukan Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI turut ditingkatkan kepada RM750 juta. Ini membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga sambil membuka pasaran kepada pengeluar dan peruncit tempatan. Selain STR dan SARA, peruntukan bantuan JKM juga dinaikkan kepada RM3.3 bilion.

draft • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, boleh?

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis bab ini, nanti saya bagi Kinabatangan. Then, saya bagi Temerloh.

draft • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey,okey, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Peningkatan ini antaranya bagi menaikkan kadar bantuan penjagaan OKU terlantar kepada RM600 sebulan dan ambang pendapatan layak elaun pekerja OKU kepada RM2,000.

Kadar bantuan awal persekolahan juga dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 untuk semua 5.3 juta murid dengan peruntukan RM1 bilion. Ini tentunya memanfaatkan semua ibu bapa untuk persediaan persekolahan anak-anak di tahun hadapan.

[Tepuk] Menaikkan lantai juga bermakna perkhidmatan berkualiti untuk rakyat. Tahun 2027, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi, RM69 bilion dan Kementerian Kesihatan RM47.7 bilion. Antara peruntukan yang diberikan ialah untuk peruntukan selenggara semua jenis sekolah yang ditingkatkan dari RM1 bilion kepada RM2 bilion. Ini bagi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selamat dan selesa untuk murid.

Kerajaan juga menumpukan usaha mengurangkan tempoh pesakit mendapat rawatan. Justeru, RM200 juta disediakan bagi memperkukuhkan program menyumber luar pesakit. Berhubungan MediAsas yang dibangkitkan oleh YB Tanjong Karang dan Pulai, MediAsas akan dilancarkan pada akhir Januari 2027 sebagai pilihan insurans dan takaful perubatan asas sukarela. MediAsas menggunakan kaedah pembayaran berasaskan diagnosis bagi mengawal kos perubatan.

Kebimbangan YB Kepong mengenai kemampuan bayaran premium tahunan berikutnya diambil perhatian. Subsidi tahun pertama bertujuan untuk menggalakkan penyertaan awal, sementara hasrat pelan ini adalah menumpukan kemampanan kos jangka panjang.

Untuk itu, antara pendekatan kita adalah untuk membenarkan ahli KWSP di bawah 55 tahun membayar premium MediAsas melalui Akaun Sejahtera.

Kinabatangan.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri dan saya minta awal itu bukan apa. Sebab, saya mahukan sedikit pencerahan kerana selaku Ahli Dewan, saya sedikit keliru apabila ada Menteri yang mengatakan bahawa sebuah kementerian terlebih belanja dan apabila dijelaskan, tidak terlebih belanja, itu yang pertama.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Yang kedua, ada projek-projek yang dibatalkan dan ada juga Menteri di Kabinet mengatakan projek itu tidak dibatalkan. Justeru itu, saya memerlukan pencerahan daripada Menteri Kewangan berkenaan perkara-perkara ini agar kami Ahli Dewan ini mendapat kepastian yang sebenar. Terima kasih Menteri.

draft • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih, Speaker.

Terima kasih kepada Menteri memberi ruang pada saya.

Saya banyak membangkitkan tentang SARA. Saya mendengar tadi banyak kebaikan juga yang dimanfaatkan, yang diperoleh oleh rakyat semua. Bukan sahaja premis meningkat, jenis barang meningkat tetapi saya melihat bahawa penyelesaian yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah penyelesaian jangka pendek.

Kita melihat bahawa bila disebut SARA, dia perbelanjaan domestik. Dalam masa yang sama, kita lihat bahawa dasar fiskal negara akan meningkat. Kita terpaksa mengeluarkan lebih kewangan kita tanpa kita mendapat produk hasil yang kita laburkan. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya juga memahami bahawa semua rakyat akan memperolehi SARA ini, tak kira berpendapatan tinggi atau berpendapatan rendah, yang khususnya berpendapatan rendah yang sangat memerlukan, tetapi agaknya sejauh mana orang yang berpendapatan tinggi ini dapat SARA, dia pergi beli barang dengan keluarkan IC untuk dapat barang keperluan. Saya kira, mereka tak memerlukan.

Jadi, sebab itu saya mencadangkan supaya sasaran SARA ini difokuskan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, khususnya yang berpendapatan rendah.

draft • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, saya sebutkan tidak diperlukan dan saya kata di sana dapat menjimatkan kewangan negara. Itu pandanganlah. Terima kasih, Menteri.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri, fasal apa yang dibangkitkan ini, saya pun nak mungkin...

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sila.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Berkenaan dengan SARA Untuk Semua ini, saya just nak maklumkan kepada Dewan ini. Apabila kita ada SARA Untuk Semua ini, termasuklah Ahli-ahli Parlimen, apa yang boleh kita lakukan adalah kita boleh gunakan peruntukan yang kita ada itu untuk beli barang dan kemudian kita yang bagi kepada mereka yang lebih memerlukan. Itu yang pernah saya sendiri buat di kawasan. Gunakan peruntukan RM100 itu, kita beli― masa itu terlebih sikit. Tak

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

apa, kita bayar berapa sen yang lebih itu. Kemudian, kita gunakan, kita bagi kepada pihak― masa itu saya bagi kepada ADAB Youth Garage, satu NGO belia di kawasan saya.

Jadi, kalau kita kreatif dengan perkara ini, saya rasa ia tidak menimbulkan isu pun untuk sama ada kita dapat atau tidak, tetapi pada saya, apabila kita bagi kepada semua, ianya menunjukkan bahawa tidak ada diskriminasi kepada sesiapa dan orang yang selalu kata― macam contohnya, M40 kata tak pernah dapat apa-apa.

Bila mereka dapat RM100 ini kepada mereka, sekurang-kurangnya mereka merasakan bahawa mereka dihargai sebagai warganegara Malaysia. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Kinabatangan, Temerloh dan Bangi. Saya akan menjawab Kinabatangan nanti bila sampai bab yang berkenaan.

Untuk Bangi, saya setuju. Kita bagi pilihan untuk orang bila kita bagi SARA Untuk Semua dan ada yang baik hati yang akan menderma duit yang ada itu. Saya harap lebih banyak mereka yang tak memerlukan akan menderma. Dan kita tengok pendekatan kerajaan tahun lalu juga, kalau ada baki daripada SARA Untuk Semua, kita salurkan untuk kegunaan segmen-segmen yang memerlukan terutamanya di bawah KPWKM.

Untuk Temerloh, saya rasa Temerloh ada bertanya soalan yang sama kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi yang telah diceritakan apa usaha kerajaan untuk membina ekonomi yang lebih baik. Kerana, bantuan yang kita berikan adalah hanya untuk sementara, di mana kita harus membina asas ekonomi yang lebih baik di mana kita mewujudkan pekerjaan yang lebih baik untuk Malaysia di mana pendapatan yang akan lebih elok.

Jadi, itulah solusi yang ada ke depan, tetapi buat masa sekarang, orang itu kalau dia susah, kita harus menolong. Kerana itulah kerajaan masih memberi sokongan melalui cara-cara yang kita buat STR, SARA, Jualan RAHMAH, BUDI MADANI untuk menolong mereka yang terkesan terutama dengan isu kos sara hidup.

Jadi, saya berpindah kepada lunas yang kedua.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Datuk Menteri.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dalam lunas kedua― nanti saya bagi masa kepada Semporna.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Perniagaan tempatan terus disokong dan sektor bernilai tinggi dipacu seperti saya terangkan kepada Temerloh. Belanjawan 2027 menyokong kelangsungan usahawan PMKS seperti yang dibangkitkan oleh YB Bentong, Hulu Selangor dan Mersing. Bagi membantu aliran tunai, kadar cukai PMKS dikurangkan sebanyak satu peratus bagi pendapatan bercukai sehingga RM600,000. Penjimatan RM6,000 membolehkan syarikat mengekalkan lebih banyak dana untuk operasi dan pelaburan.

Geran Sejahtera MADANI diperkenalkan bagi menyediakan latihan dan peralatan kepada 40,000 pengusaha mikro dengan peruntukan RM200 juta.

Sokongan pembiayaan turut diperkukuh melalui kaedah pinjaman dan jaminan keseluruhan RM57 bilion. Pembiayaan mikro ditingkatkan kepada RM6.6 bilion melalui institusi seperti AIM, Tekun Nasional dan BSN.

Bagi PMKS yang menghadapi tekanan aliran tunai susulan konflik Asia Barat, Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS BNM ditambah RM5 bilion lagi menjadikan jumlah keseluruhannya RM10 bilion. Setakat 2 Oktober tahun ini, RM3.9 bilion telah pun disalurkan kepada 7,061 PMKS.

SJPP dan CGC menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM32 bilion.

Liputan SJPP diperluas meliputi syarikat pertengahan dalam semua sektor dan RM2 bilion di bawah CGC dikhususkan menyokong sektor semikonduktor.

Berhubungan cadangan moratorium oleh YB Bagan, yang baru masuk, pendekatan kerajaan ialah bersasar ya, termasuk penjadualan dan penstrukturan semula serta penangguhan pembayaran bagi peminjam yang terjejas. PMKS boleh menghubungi bank untuk penyelesaian bersesuaian dengan kedudukan aliran tunai masing-masing.

Menjawab pertanyaan YB Penampang. Akses pembiayaan turut meliputi pengusaha di Sabah termasuk kawasan perindustrian. Permohonan SJPP boleh dikemukakan melalui 23 institusi kewangan tertakluk kepada syarat dan penilaian pinjaman. Berdasarkan rekod, bilangan Sahabat AIM tertinggi di Sabah iaitu sekitar 53,000 Sahabat AIM.

Kerajaan akan terus melindungi peniaga tempatan bagi memastikan persaingan yang adil. Kerajaan sedang meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan PMKS tempatan serta memastikan operasi syarikat e-dagang asing dalam pasaran negara dikawal selia. RUU e-dagang akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang untuk memperkukuhkan kawalan terhadap penjualan dalam talian.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Selain itu, kerajaan akan mewajibkan platform e-dagang asing yang menjual kepada pengguna di Malaysia untuk mendaftar sebagai perniagaan tempatan.

Langkah ini penting bagi memastikan persaingan yang adil antara platform asing dengan usahawan tempatan. Platform berkenaan juga perlu memastikan produk yang dipasarkan mematuhi peraturan dan piawaian keselamatan tempatan, termasuk pensijilan SIRIM, demi melindungi pengguna.

Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching dan Masjid Tanah, layanan cukai yang sesuai terhadap perdagangan digital adalah penting.

Cukai jualan 10 peratus terhadap barangan bernilai rendah daripada luar negara membantu mengurangkan perbezaan layanan dengan barangan tempatan. Selain itu, pendapatan perniagaan dalam talian juga tertakluk kepada cukai pendapatan seperti perniagaan konvensional.

Bagi persoalan cukai pegangan oleh YB Bentong, layanan terhadap penyedia perkhidmatan luar negara ditentukan berdasarkan jenis bayaran dan perjanjian mengelak percukaian dua kali yang berkuat kuasa.

Berhubungan dengan pembangunan bakat yang disentuh oleh Puncak Borneo, Pagoh dan Jerantut, ia sememangnya perlu bergerak seiring dengan pelaburan. RM8 bilion disediakan untuk TVET, manakala Bakat MADANI menyasarkan 30,000...

draft • 5:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, boleh beri laluan? Kubang Pasu.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sekejap. Saya bagi habis. Lepas itu, saya bagi dekat Semporna. Lepas itu, Kubang Pasu.

draft • 5:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey, terima kasih. Fasal dok cakap fasal cukai. Cukai itu hasil. Saya nak hubung kait.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Manakala Bakat MADANI menyasarkan 30,000 peluang pekerjaan baharu pada 2027 untuk anak muda. Potongan cukai bagi latihan yang diluluskan turut diberikan bagi menggalakkan majikan meningkatkan kemahiran pekerja. Usaha-usaha ini akan mendorong peningkatan kerencaman ekonomi juga di Malaysia.

Tadi Semporna, ada soalan?

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berhubung kait dengan pemberian RM100 ini, sama ada pihak kementerian ataupun kerajaan telah meneliti secara mendalam dari segi kosnya, perbandingan di

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

antara Semenanjung dan Sabah? Cost of goods and services di Sabah ini jauh tinggi.

Cost of life, cost of living. Sama ada telah pun diambil perhatian dan perhitungan untuk mengimbangi dari segi keupayaan kewangan yang RM100 seorang ini?

Tadi pun Yang Berhormat ada― saya menunggu, fasal banyak persoalan yang saya bangkitkan. Satu, fasal ini RM100, satu bab. Jenis produk yang dikeluarkan.

Saya juga berbahas tentang bahan api. Tadi disebut. Tak tahulah, mungkin there will be another explanation. Kalau tak, boleh saya tunggu. Kalau tidak, saya akan soal tentang bahan api yang tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri dah mencecah RM40 bilion. Saya suarakan dalam perbahasan saya, RM40 bilion takkan kita belanjakan semua. Is it the question― satu persoalan saya. Is it sustainable?

Fasal perbelanjaan itu cukup besar.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Keduanya, kita sedar dan tahu ia melibatkan ketirisan dia ya. Kerana saya sedar dan tahu bahawa akan ada penggunaan-penggunaan. Contoh macam dahulu saya Menteri, jaga tujuh stesen minyak saya batalkan sama ada di dekat-dekat dengan Thailand, dekat-dekat dengan Kelantan di situ. Fasal saya dapati bila saya buat dipping petrol beli tak ada. Saya duduk situ empat jam, saya tak nampak satu kereta.

Tapi when I went for dipping, minyak tak masuk pun dan ini akan berlaku dari segi ketirisan dia. Satu, kegunaan dia. Diesel contohnya akan diguna bukan hanya untuk pembangunan, bahkan juga kayu balak, you know. Whether we have to— enforcement is satu bab. Dari segi persoalan takkan tak boleh daripada 40 bilion duit itu, mungkin boleh beri subsidi, kita terima. Tapi tak...

[Tidak jelas] Binalah public transport, kereta api di Sabah ini tidak ada, jalan raya dah rosak dah. Pan Borneo pun belum siap-siap lagi. Ya.

Dan kalaulah digunakan duit sebahagiannya untuk public transport, kegunaan railway line dan saya yakin kita tidak perlu four-wheel drive. Di Singapura, di London tidak ada four-wheel drive, tidak ada subsidi. Fasal apa? Jalannya baik, public transport-nya baik, railway line ada. Di Semenanjung ini, railway line daripada Kuala Lumpur sampai ke Kelantan, Terengganu, utara, selatan. Kita daripada Kota Kinabalu ke Beaufort itu tak tahulah dia punya laju lagi yang lain berjalan. Jadi, saya minta kalau dapat kementerian meneliti secara baik sustainability, ketirisan dan kegunaan dia.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Nanti saya jawab semua nanti dalam perbahasan saya. Boleh saya beri dekat Kubang Pasu?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Okey, saya bangkit nanti. I’ll come up again.

draft • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh, boleh Timbalan Menteri. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya melihat dari segi keseluruhan belanjawan ini terutamanya dari segi hasil kita dan juga perbelanjaan kita. Saya ambil hanya contoh antara 2026–2027 anggarannya.

Kenaikan hasil kita hanya 46 peratus iaitu 17 bilion daripada 363 kepada 380 bilion. Manakala belanja mengurus ya Yang Berhormat Menteri, saya ambil belanja mengurus operating expenditure (OE), dia meningkat daripada 338 – 2026 kepada 376 – 2027 iaitu 11 peratus. Peningkatan belanjaan OE, RM38.6 bilion dan OE ini sebenarnya ialah perbelanjaan sejumlah 98.9 peratus daripada hasil kita.

Ertinya balance hanya empat bilion untuk digunakan untuk pembangunan.

Jadi, pembangunan kita DE ialah 85 bilion. Kita perlu berhutang banyaklah 80 bilion.

Persoalan dia, adakah benda ini akan sustainable for a long period of time? Sekarang kita dari segi hutang negara tidak termasuk jaminan kerajaan seperti KWSP dan sebagainya. 2026 – RM1.39 trilion. 2027 dianggarkan RM1.477 trilion. So, that’s a big jump. Dan kita perlu berbelanja setiap tahun RM63 bilion hanya untuk khidmat hutang. Bukan bayar pokok. Hanya hutang semata-mata. Persoalan— persoalannya ialah kalau cara ini berterusan— kita belanja ini banyak. Kita suka belanja banyak.

Kalau kita sebuah keluarga kita kena live within our means tapi nampaknya macam kerajaan kita tidak nampak macam really kita live within— live within our means. Dan kalau tahun 2027...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Mungkin boleh pendekkan Kubang Pasu?

draft • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Khidmat hutang mungkin 63 bilion, dia akan naik itu. Dan bagaimana kita nak meningkatkan...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya, saya— ya. Saya faham...

draft • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Apa ini hasil supaya dia balance dengan, dengan...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...Ke arah Kubang Pasu nak pergi. Boleh saya jawab?

draft • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Perbelanjaan dan ada baki cukup untuk pembangunan. Itu saja soalan saya.

Terima kasih Menteri.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya. Terima kasih. Okey. Ada dua, Semporna dengan Kubang Pasu. Ya, untuk Semporna, dua soalan. Satu, berkaitan dengan cost living. Usaha kerajaan ialah untuk memastikan kita menolong untuk meredakan isu cost living dengan pendekatan-pendekatan yang saya terangkan tadi.

Dan kita tengok apa yang kita memberi rakyat juga dibuat dengan secara bersasar. Bila kita beri STR, kita beri SARA, tak semua orang yang mendapat. Ya, kita ada bezakan juga dan kita bezakan juga dari segi ahli— nombor ahli keluarga yang ada, orang itu dah pencen, tak pencen juga ada perbezaan dengan tahap yang boleh dapat dengan SARA. Yang inilah pendekatan kerajaan ya.

Adakah semua yang dibuat kerajaan cukup? Saya rasa kita masih berusaha untuk meningkatkan lagi, ya. Tapi ruang yang kita ada, mesti ditambahkan.

Soalan tentang bahan api, saya akan capai bila saya berterang, yang akan menjawab juga soalan Kubang Pasu tentang pengurusan kewangan kerajaan. Kalau boleh sabar sikit, nanti saya akan sampai ke bab itu. Okey, mungkin kita terus sampai situlah kot.

Lunas Ketiga, dasar fiskal mengembang secara bertanggungjawab. Ya, yang ini penting kerana kita masih nak membesarkan ekonomi agar ekonomi itu ada peluang untuk menjana dan daripada penjanaan yang kita ada, kita akan memastikan ia sampai kepada rakyat. Kerajaan meneruskan dasar fiskal yang mengembang secara bertanggungjawab. Perbelanjaan Persekutuan meningkat daripada yang disemak tahun ini 444.1 bilion kepada 459.8 bilion pada tahun 2027.

Dari jumlah tersebut, 376 bilion ialah perbelanjaan mengurus dan 83 bilion ialah perbelanjaan pembangunan.

Mengenai peruntukan pembangunan yang dibangkitkan oleh Larut dan Indera Mahkota, siling RMK13 ialah sebanyak RM430 bilion iaitu siling perancangan lima tahun. Jika dibahagi sama rata, puratanya adalah 86 bilion setahun. Namun, peruntukan tahunan tidak ditetapkan melalui pembahagian sama rata kerana jadual pembayaran bergantung kepada kemajuan, kesiapsiagaan dan keperluan setiap projek.

Walaupun begitu, perbandingan tahunan menunjukkan peruntukan pembangunan 2027 sebanyak 83 bilion melebihi anggaran 2026 sebanyak 81 bilion.

Jumlah 2027 adalah sekitar 3.6 peratus kepada KDNK...

draft • 5:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...Melebihi paras minima FRA yang mengunjurkan tiga peratus. Komposisi belanjawan juga perlu diteliti dengan membezakan perbelanjaan DE asas yang membiayai program dan projek secara langsung kepada komitmen lain dalam jumlah keseluruhan. Keutamaan kerajaan ialah untuk memastikan peruntukan membiayai kemudahan yang diperlukan projek tersedia untuk dilaksanakan dan hasilnya dapat digunakan oleh rakyat.

Di samping itu, peruntukan untuk semua negeri juga meningkat dan Kerajaan Persekutuan memenuhi keutamaan projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri.

Sejak 2023, beberapa pemberian utama telah ditambah baik. Pemberian tahap dinaikkan kepada RM400 juta setahun. Pemberian MARRIS meningkat daripada 5.2 bilion pada tahun 2023 kepada 5.6 bilion pada tahun 2026. Pemberian EFT meningkat daripada RM150 juta kepada RM270 juta dalam Belanjawan 2027.

draft • 5:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Penambahbaikan ini menyokong perkhidmatan infrastruktur dan pemeliharaan alam di negeri-negeri. Nanti saya, saya balik dekat ini, ya. Peruntukan keseluruhan Sabah Sarawak adalah tertinggi dan meningkat masing-masing kepada RM18.7 bilion dan RM16.2 bilion.

Berhubungan persoalan YB Penampang dan Semporna, pecahan RM18.7 bilion bagi Sabah merangkumi RM8.9 bilion perbelanjaan mengurus, RM7 bilion pembangunan dan RM2.8 bilion pemberian kepada Kerajaan Sabah. Saya mengambil maklum penegasan YB Semporna, Ranau dan Tuaran mengenai hak hasil Sabah.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kerajaan menghormati prinsip pemberian khas selaras Perlembagaan. Rundingan sedang diteruskan bagi memuktamadkan kaedah pengiraan yang adil dan mampan. Sementara itu, Kerajaan MADANI telah meningkatkan pemberian khas secara interim untuk Sabah daripada RM26.7 juta pada tahun 2021 kepada RM1.5 bilion iaitu meningkat 50 kali ganda untuk tahun ini.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sabar Arau. Begitu juga bagi Sarawak seperti yang dibangkitkan oleh YB Betong dan Sri Aman. Pemberian khas ditingkatkan secara interim daripada RM16 juta tahun 2022 kepada RM1.5 bilion iaitu meningkat 90 kali ganda. Ini komitmen Kerajaan MADANI untuk memacu

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

pembangunan Sabah dan Sarawak serta sementara rundingan terus dilaksanakan.

Saya bagi Tumpat dulu.

draft • 5:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tumpat ada bertanya dalam perbahasan berkenaan dengan Majlis Kewangan Negara. Adakah kerajaan bersedia untuk menukar kaedah dan memberikan formula agar pemberian fiskal ini diagihkan secara mandatori, bukan lagi discretionary? Kita juga ingin tahu tentang cadangan untuk audit federalisme setelah kita merdeka hampir 69 tahun kerana ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah ini sangat ketara. Jadi, ini akan boleh menjawab kerana apa sahaja yang disumbangkan sekarang sebagai contoh untuk Kelantan, dia tidak akan seimbang dengan apa yang berlaku di Pantai Barat kerana kita dah ketinggalan banyak.

Di dalam hal ini, kita mengharapkan ada pindaan dan perubahan setelah kita merdeka sebegini lama supaya agihan fiskal ini dapat dibuat lebih nyata dan dapat lebih adil secara saksama, betul, kepada negeri-negeri, terutamanya yang sedang memerlukan kewangan. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sebenarnya saya tunggu lama ini Yang Berhormat. Nak tunggu tentang KWSP. Saya harap Yang Berhormat tak lupa tentang KWSP, mesti jawab juga sebab rakyat Malaysia sedang menunggu, orang muda.

Okey, soalan saya Yang Berhormat, tadi tentang MARRIS tadi. Yang Berhormat, terdapat kenaikan pemberian MARRIS kepada RM5.6 bilion kalau saya tak silap.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat kata MARRIS ini diuruskan oleh kerajaan negeri, tetapi ada kerajaan negeri yang swastakan pengurusan MARRIS. Apakah Yang Berhormat bagi syarat supaya MARRIS ini diuruskan oleh kerajaan negeri, bukan diswastakan? Kalau diswastakan bererti pegawai-pegawai yang menguruskan MARRIS selama ini terpaksa ditukar jawatan.

Apakah Kerajaan Pusat hanya bagi dan kerajaan negeri buat apa yang mereka kehendaki?

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Okey, sebenarnya saya ada banyak lagi nak cover kan. Jadi, biarlah saya meneruskan dan saya akan cuba menjawab dua soalan yang ditanya...

draft • 5:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Cuma Yang Berhormat Menteri...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya.

draft • 5:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Saya minta Yang Berhormat Menteri respons towards...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Fiskal.

draft • 5:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Pendapatan hasil meningkat rendah, perbelanjaan meningkat tinggi...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kubang Pasu, saya dengar...

draft • 5:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Menambahkan hutang. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya dengar soalan Kubang Pasu. Saya akan sampai part itu. Kalau tak ada banyak lagi orang yang mencelah sangat, saya akan sampai, insya-Allah.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Datuk Speaker...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kalau Puan Yang di-Pertua baik hati, dia akan bagi masa sikitlah untuk saya sampai.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Datuk Speaker, sebenarnya— YB Menteri, sebenarnya...

draft • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Mohon Menteri jawab soalan yang...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya boleh teruskan ya?

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

...Datuk Speaker, pasal Yang Berhormat Menteri telah pun menyebut tentang pemberian khas tadi itu. Saya bimbang nanti— nanti kita soal belakang kalau when you have completed your...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Can I ask now or later?

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya habis dulu. Nanti tengok macam mana.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Okey.

draft • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Mohon Menteri tolong jawab perbahasan sebab kita habis masa bahas...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ini— saya nak...

draft • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tak ada respons yang tak berbahas pun...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tak boleh. Saya nak kena habis yang apa yang dibangkitkan masa perbahasan. So, bagi saya masa nak bagi yang itu. Kalau banyak celahan sangat, saya tak sampai nanti. Saya tak nak bagi banyak sangat jawapan saya secara bertulis kalau bolehlah. Saya faham banyak orang nak bercakap hari ini.

Lunas keempat, pembaharuan fiskal untuk memelihara amanah rakyat.

Keupayaan memperkukuhkan bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat memerlukan kewangan negara yang terurus. Walaupun dasar fiskal mengembang, ia mesti bertanggungjawab. Sebab itu, sejak awal pentadbiran Kerajaan MADANI memulakan pembaharuan fiskal secara berperingkat, meliputi tanggungjawab kewangan awam, penyasaran subsidi, pengukuhan hasil dan tatakelola perbelanjaan.

Hasilnya dapat dilihat dengan pengurangan defisit daripada 5.5 peratus pada tahun 2022, 5.0 peratus – 2023, 4.1 peratus – 2024, 3.7 peratus – 2025 dan bagi 2026 dijangkakan pada tahap 3.6 peratus dan unjuran untuk tahun depan ialah 3.3 peratus menuju kepada sasaran 3.0 peratus di bawah FRA.

Untuk makluman Yang Berhormat Pekan, ini adalah antara pencapaian hasil pembaharuan fiskal yang Kerajaan MADANI melaksanakan. Usaha mengurangkan defisit membantu kerajaan mengawal jumlah pinjaman baharu. Berdasarkan rekod, jumlah bersih berkurang daripada RM100 bilion pada tahun 2022 kepada RM92.6 bilion pada 2023, RM77 bilion pada 2024, RM75.6 bilion pada 2025. Seperti isu yang dibangkitkan oleh YB Larut, Kota Bharu, Pasir Mas, selagi negara mencatat defisit, hutang masih bertambah. Kerajaan berusaha untuk mengawal pertambahan ini dan memastikan pembiayaan menyokong keperluan yang produktif.

Jumlah penerbitan hutang turut merangkumi pembiayaan semula hutang yang matang. Oleh itu, keseluruhan penerbitan sukuk tidak sama dengan pertambahan hutang bersih. Nisbah hutang Persekutuan diunjurkan menurun daripada 65.2 peratus KDNK pada 2025 kepada 64 peratus 2026 dan untuk tahun depan 63.7 peratus, lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Ia menuju kepada 60 peratus sekitar yang disarankan bawah FRA.

Saya juga mengambil perhatian bahawa kos khidmat hutang yang disentuh oleh Yang Berhormat Kuala Krai, Kemaman, Simpang Renggam dan Kapar dan

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kubang Pasu. Bagi tahun 2027, komitmen ini dianggarkan RM61 bilion atau sekitar 16 peratus hasil Persekutuan. Jumlah ini mengehadkan ruang bagi keperluan lain.

Selain itu— sebab itu, pengurangan defisit, pertumbuhan ekonomi yang rancak dan strategi pembiayaan yang berhemah adalah penting bagi membendung peningkatan kos khidmat hutang.

Ikhtiar penyasaran subsidi dan saya rasa BUDI MADANI adalah antara kejayaan negara menyasar subsidi untuk fiskal, menurunkan harga untuk rakyat.

Melalui BUDI95, rakyat menikmati RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM4.42 harga sebenar, kalau saya tengok harga yang dikeluarkan semalam, sehingga 300 liter sebulan. Diesel bersubsidi pada harga RM2.10 berbanding RM5.27 seliter sehingga 400 liter sebulan.

Inilah antara kaedah yang kita memberikan kepada rakyat untuk menolong mengurangkan beban kos sara hidup. Saya bagi contohlah, untuk RON95, kalau seorang itu menggunakan 100 liter, penjimatan seorang itu ialah RM216 sebulan.

Kalau dia pakai keseluruhan entitlement dia 300 liter, penjimatannya ialah RM650.

Ini menolong meningkatkan pendapatan untuk rakyat.

Usaha kita bawah penyelarasan subsidi ialah mengurangkan ketirisan yang berlaku, di mana seperti Yang Berhormat Semporna bercakap, yang pergi ke tempat-tempat yang lain. Dengan kaedah BUDI yang kita pakai sekarang menggunakan kad pengenalan, kita tidak ada lagi ketirisan yang berlaku dengan cara itu, kerana warga asing tak boleh membeli minyak bersubsidi. Kalau ada apa-apa penipuan yang seperti kita nampak di Nibong Tebal baru-baru ini, kita mengeluarkan syarikat minyak itu dan siapa yang berkenaan dengan itu dan kita ambil tindakan.

Jadi, inilah usaha kita. Kita mengurangkan ketirisan yang berlaku dalam negara dan penjimatannya ialah yang kita menggunakan untuk memperbaiki kaedah untuk menolong rakyat ke depan dan membetulkan fiskal negara.

Ada juga cadangan yang diterima untuk membuat dengan lebih bersasar di mana mengecualikan golongan T20. Saya rasa yang ini kita kena tengok balik dengan lebih baik lagi lah. Buat masa sekarang, usaha kita ialah untuk mengurangkan beban kepada rakyat dan kita tak nak menekan. Buat masa sekarang isunya ialah memastikan kita potong ketirisan yang berlaku. Dari situlah kita dapat penjimatan yang kita nak.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Berhubungan dengan pengagihan penjimatan yang disentuh oleh Arau dan Semporna, hasil Persekutuan dimasukkan

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan akan dibelanjakan melalui peruntukan yang diluluskan. Ruang dari penjimatan menyokong keutamaan keseluruhan belanjawan termasuk tumpuan untuk memperkukuhkan bantuan rakyat dan perkhidmatan awam. Berdasarkan dasar percukaian negara, perkara ini turut dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat seperti Putrajaya dan Kota Melaka.

Kerajaan MADANI telah memperluaskan asas cukai secara progresif dan memperkukuhkan kecekapan pentadbiran nilai.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Nilai nisbah hasil cukai kepada KDNK telah meningkatkan daripada 11.6 peratus pada tahun 2022 kepada 12.8 peratus pada tahun 2025. Jadi, kecekapan kita telah naik.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kerajaan juga mengambil maklum pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat berhubungan GST. Pendirian kerajaan untuk terus menambah baik SST berasaskan tiga pertimbangan.

Pertama, kemampuan rakyat menjadi pertimbangan utama. Kerajaan meningkatkan— mengiktirafkan kelebihan GST dari segi kecekapan kutipan, ketelusan dan mekanisme kredit cukai input. Namun, pilihan sistem percukaian mesti mengambil kira kemampuan rakyat.

Kedua, GST cenderung bersifat regresif kepada golongan yang berpendapatan rendah dalam membelanjakan bahagian yang lebih besar daripada pendapatan mereka untuk barangan dan perkhidmatan. Dalam kata lain, walaupun kadar cukai sama, beban relatif kepada pendapatan adalah lebih berat bagi rakyat, terutama golongan B40 dan M40. Maka, hasil tambahan mesti dinilai bersama beban yang ditanggung rakyat.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

SST pula memberi ruang kepada pendekatan yang lebih progresif dan bersasar. Kerajaan boleh memilih barang dan perkhidmatan untuk dicukai sambil mengecualikan barangan asas. Walaupun sebahagian cukai boleh dipindah melalui harga, skop pengenaan dapat ditetapkan mengambil kira kemampuan rakyat.

Dari segi pematuhan, hampir 700,000 peniaga atau sembilan peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar bawah GST pada tahun 2018, manakala

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

hanya 130,000 perniagaan atau satu peratus berdaftar bawah SST pada tahun 2026.

Ini bermakna, di bawah sistem GST lebih banyak syarikat terpaksa mengurus pelaporan cukai dan menanggung kos pematuhan berbanding sistem SST yang sedia ada. Seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selagi pendapatan rakyat belum di tahap yang munasabah dan kos sara hidup masih membebankan, pelaksanaan semula GST belum menjadi pilihan kerajaan.

Kedua, penambahbaikan SST turut menjana hasil yang besar. Menurut tinjauan fiskal 2027, kutipan SST meningkat daripada RM5.9 bilion pada 2025 kepada anggaran RM67 bilion tahun ini dan diunjurkan RM73.3 bilion pada 2027. Ini peningkatan RM17.4 bilion dalam dua tahun. Kutipan SST pada masa ini mencecah tiga peratus daripada KDNK iaitu tahap yang sama dengan GST pada tahun 2017.

Ini bermakna, saranan untuk menggantikan SST dengan GST tidak semestinya menjana hasil tambahan. Ia hanya mengalih tanggungan cukai daripada sektor perniagaan termasuk pengeksport kepada rakyat sepenuhnya.

draft • 5:30 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

[Bangun]

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Peningkatan ini menunjukkan keupayaan SST menjana hasil untuk membiayai keperluan negara. Pada masa yang sama, kerajaan mempunyai ruang menetapkan barang dan perkhidmatan yang dicukai secara bersasar serta mengecualikan barangan asas.

Ketiga, pelaksanaan SST terus ditambah baik bagi mengurangkan cukai bertindih dan kos perniagaan. Kerajaan akan terus menambah baik SST bagi mengurangkan kesan pertindihan dan memudahkan pematuhan. Keperluan ini turut disentuh oleh Yang Berhormat Gombak, Bagan dan Kota Melaka.

Dalam Belanjawan 2027, kerajaan mencadangkan kemudahan bagi pengilang untuk menuntut semula cukai jualan bagi mesin, alat ganti, peralatan yang dibeli daripada pedagang dan pengedar tempatan. Kemudahan ini meliputi bahan mentah bagi pengeluaran farmaseutikal, makanan ternakan, baja dan racun perosak.

Langkah ke hadapan, pembaharuan fiskal terus diperhebat.

Susulan penguatkuasaan Akta Perolehan Kerajaan mulai 2027, kerajaan akan mendedahkan maklumat projek termasuk kontraktor pelaksana dan nilai kontrak. Langkah ini turut disambut baik oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Merbok dan Tampin.

Iktibar daripada kemelut FELDA dan skandal 1MDB dan Tabung Haji menuntut tindakan menyeluruh. Kerajaan MADANI akan menggubal Rang Undang- undang Entiti Milik Kerajaan (SOE). Pada masa ini, entiti kerajaan tertakluk kepada

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

peraturan dan kaedah pelaporan berbeza. Ini menyukarkan pengawasan dan pematuhan menyeluruh. RUU ini akan menyediakan kerangka tatakelola kewangan lebih jelas dan seragam untuk badan berkanun dan syarikat milik kerajaan, khususnya bagi aktiviti pelaburan dan perolehan pelupusan aset.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita ada dua orang yang bangun. Yang mana Menteri nak bagi dulu? Putrajaya dulu?

draft • 5:30 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Libaran, Libaran.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali berkaitan dengan SST dan GST. Saya bercakap panjang dalam perbahasan saya bahawa kita memerlukan satu keadaan di mana ketidaktentuan ini kita perlu minimize-kan, kita perlu kurangkan. Jadi, antara satu kumpulan nak GST, satu kumpulan kekalkan SST.

Kemudian, ada perbincangan tentang hybrid text. Jadi, ini menimbulkan satu perbincangan baru. Jadi, apa yang paling penting saya rasa dalam konteks hibrid ini, apakah konteks yang government ingin gerakkan? Adakah ia nya berkaitan dengan input untuk manufacturer yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi atau lebih daripada itu? Itu satu.

Yang kedua, kalau kita tengok dari sudut kesan kepada ekonomi. Kalau kita dengar apa penjelasan Menteri tadi, masa GST dahulu, kesannya adalah tiga peratus daripada KDNK dan ini merupakan kesan yang sama sewaktu SST dilaksanakan sekarang, selepas dinaikkan kadar dan diperluaskan skop, tiga peratus daripada KDNK. Kalau kita tengok kesannya kepada rakyat, hampir sama kecuali sedikit kesan yang lebih GST kepada pengeksport.

Jadi, dalam konteks ini saya rasa kita tak boleh berterusan begini. Apakah keadaan di mana kita nak tentukan masa depan kita ini? Apakah akan jadi kalau dalam pilihan raya nanti parti ini kata GST, parti ni kata SST? Kita akan ada keadaan di mana bisnes sendiri berkecamuk. Jadi, kalau boleh kerajaan initiate, duduk semua pihak untuk bincangkan apakah kaedah yang terbaik. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, saya cadangkan Menteri bagi tiga, Semporna dan Libaran. Lepas tu Menteri landing. Boleh? Because...

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri, boleh saya mintak 10 minit lebih?

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

10 minit tambahan. Habiskan lima minit ni, saya bagi 10 minit lagi.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Speaker.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya janji kepada Kinabatangan tadi saya akan jawab soalan yang dia buat tadi tapi ada dalam teks saya.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Speaker.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya rasa masa dah agak terhad. Ni KWSP tak jawab lagi ni.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Rakyat Malaysia sedang tengok.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sat gi saya akan bagi Menteri 10 minutes lagi.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan saya sekarang ialah tentang— Putrajaya tadi walaupun percaya sekarang dah join dia orang. Tapi soalan saya sekarang ni ialah tentang rang undang-undang ini.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Saya akan— saya bagi Menteri...

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh, sign tak? Oh, sign saja.

Okey, okey.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang ni Timbalan Perdana Menteri pun duk tanya bila kami nak sign. Bagilah...

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tan Sri Yang di-Pertua, 36(6).

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Sekarang ni soalan saya tadi tentang...

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tak betul tu. Tak join tu. Tak join menandatangani CSA. Itu berbeza Arau. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, okey. Ya, ya.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sekarang, okeylah.

draft • 5:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau mahu peruntukan pun boleh tandatangan. Jemput.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tahniah, dapat RM38 juta.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Dialu-alukan.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan saya sekarang ni ialah rang undang-undang...

draft • 5:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Nak sign dak?

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau takut nak undi, kami tak dak orang dah ni.

draft • 5:30 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Arau, Arau nak peruntukan tambah ke tak Arau?

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] jangan bimbang.

Saya tanya ni fasal rang undang-undang baru ini, adakah termasuk corporate mafia? Itu saja. Yang Berhormat kata ada rang undang-undang diperkenalkan kerana kes 1MDB dan juga RCI. Rang undang-undang baharu akan diperkenalkan.

Termasukkah dalam rang undang-undang tu corporate mafia yang sedang berleluasa dalam pemikiran rakyat Malaysia?

Jangan lupa KWSP. Rakyat Malaysia sekarang beribu-ribu sedang tunggu.

Kawan saya yang buat live sekarang ni sedang tunggu bila lagi Menteri nak jawab fasal KWSP.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tak bagi, cakap tak bagi.

Ni macam CSA tadi. Kalau tak mahu bagi cakap tak mahu bagi. Kalau nak bagi, bagi.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri bagi Semporna dulu ya.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dan saya mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang pemberian khas ni. Saya tak mahu nanti Dewan ini keliru fasal kita kena jelas perkara apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan tadi tu.

Pemberian khas you can nego. Boleh bincang. Dahulu saya bincang dengan Bagan. Pemberian dia RM56 juta sahaja dia bagi. Tak cukup. Saya mintak formula apa yang dia pakai. 40 peratus difference. The only state in the country yang dapat 40 peratus, Sabah. Tidak ada negeri yang dapat. Sarawak pun tak dapat. You can nego about pemberian khas tapi 40 peratus tak boleh nego. Hari ini perjalanan di mahkamah ada. It is already in the court there. Mahkamah pun dah putuskan where

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

you can get it from consolidated funds. The funds that you have to return back 40 percent of whatever taxes collected.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

There is already a formula under Jadual Kesepuluh, Perlembagaan negara kita. Ini bukannya oleh kerana perlu dirunding, saya ingat kena jelas ni. Kadang- kadang saya tengok perbahasan di Dewan ada permasalahan dia— yang ini saya berharap sungguh 40 peratus pemberian khas you can nego that one, whether Federal Government can afford or not with the budget is a… [Tidak jelas] Yang kedua tadi tu saya pun tanya tentang bahan api tadi. Apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi itu, saya bahaskan perkara ini Dato’ Tan Sri Speaker. Short term-nya saya agree with you, you can give it now. But kerajaan perlu ambil long-term, binalah kereta api di Sabah ini, binalah public transport di Sabah ini. We cannot sustain RM40 bilion. Mungkin akan datang dengan harga minyak yang meningkat, dengan keadaan kos dan pengangkutan, saya ingat baik kita guna daripada RM40 bilion, mungkin RM10 bilion buat kereta api, buat public transport yang ada, dahlah jalan raya tak baik. Maintenance of car in Sabah is very high, cost of living. Itu yang saya tanya tadi. RM100 di Semenanjung, Tan Sri Speaker, berbeda dengan RM100 di Sabah. Beli barangan is not easy for us, you know. Terima kasih banyak.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih. Tan Sri...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pengkalan Chepa— oh, Libaran! Libaran.

draft • 5:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Libaran.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua, Libaran dengan Pengkalan Chepa, lepas tu Menteri jawab.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Pengkalan Chepa.

draft • 5:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya nak quote kenyataan kelmarin saya, iaitu Yang Berhormat Sepanggar dakwaan projek jalan Sabah–Sarawak dibatal tidak berasas.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Bagan Datuk sewaktu pembentangan 26 hari bulan, jam tiga petang dalam Dewan ini.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, iaitu surat bertarikh 10 September 2026, Kementerian Kewangan (MOF) mengambil berat isu tunggakan

draft • 5:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

bayaran kepada pihak kontraktor Projek Jalan Luar Bandar, yang telah memberi peruntukan, dan juga kepada KKDW juga dikeluarkan menangguhkan semua pengeluaran surat setuju terima bagi Projek Jalan Luar Bandar, berkuat kuasa serta- merta demi memastikan isu-isu tunggakan dapat diselesaikan. Nah! Pertama, kesahihan surat Kementerian Kewangan ini, apakah betul ataupun tidak.

Yang kedua, saya ingin menyatakan surat rayuan daripada Kerajaan Negeri Sarawak bertarikh 9 Oktober 2026, permohonan pertimbangan untuk meneruskan Projek-projek Jalan Luar Bandar yang ditangguhkan pelaksanaan susulan arahan langkahan kawalan perbelanjaan Program Jalan Luar Bandar disebabkan isu peruntukan pembangunan tahun 2026 tidak mencukupi.

Dan surat yang ketiga, dikeluarkan oleh KKDW. Kementerian Kewangan

(MOF) pada 24 September 2026, bagi merayu 10 Projek Jalan Luar Bandar Sarawak diteruskan, namun MOF memerlukan bahawa keutamaan pada masa ini adalah untuk menyelesaikan isu tunggakan bayaran yang dihadapi oleh KKDW kepada pihak kontraktor.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Tuduhan yang tidak berasas ini oleh Yang Berhormat Sepanggar, apakah kesahihan surat-surat ini? Sahih ataupun tidak?

Sekiranya tidak, bermakna betullah YB Sepanggar katakan. Tetapi apa yang berlaku? Pelbagai projek-projek yang telah dibatalkan, terutama sekali Sabah dan Sarawak, bernilai RM6 bilion, apakah perbelanjaan ini dibawa ke tahun depan atau tahun-tahun seterusnya yang boleh menyebabkan defisit kepada kerajaan pada tahun ini dan juga mungkin tahun depan.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 5:40 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Itu saja, Yang Berhormat Tan Sri.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Tan Sri...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pengkalan Chepa ialah yang terakhir, lepas tu saya tak benarkan lagi sebab...

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih...

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya nak beritahu...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dak, dak, dak.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti, nanti.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya telah timbul pasal KWSP.

draft • 5:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat, sudahlah.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi dah jawab. Tadi YB dah tanya. Arau dah tanya dah dan saya tengok Menteri dah catat dah tentang KWSP.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi Menteri tak jawab.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul dia nak...

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau Yang Berhormat takut kita nak mengundi nanti, tak payah bimbanglah Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan soal undi.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kami menyokong punya, tak ada masalah. Ni pasal KWSP...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia nak jawablah tu, duduk dulu.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang bagi Pengkalan Chepa dulu.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat kata penghabih.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, Arau. Duduklah, Arau.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, please.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau, dah. Duduklah, Arau.

Arau.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau please. Ya, Pengkalan Chepa

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih, Speaker. Yang Berhormat Menteri, dalam ucapan saya, saya membangkitkan tentang yang berkaitan juga dengan RCI Tabung Haji, iaitu UJSB sekarang yang ditubuhkan untuk memulihkan aset-aset Tabung Haji yang diambil pada tahun 2018.

Tapi masalah yang berbangkit ialah kalau waktu dipindahkan aset-aset dulu, kerugian terkumpul dia adalah RM9 bilion.

Sekarang ni syarikat yang ditubuhkan untuk memulihkan Tabung Haji, kerugian terkumpul dia melebar kepada RM13 bilion. Jadi, sebab itu saya minta supaya Menteri bagi komitmen, iaitu sama ada buat audit forensik oleh kerana UJSB ini syarikat sendirian berhad, tak perlu bentang kepada Parlimen. Tapi Tabung Haji

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

punya RCI telah dibentang kepada Parlimen. Jadi, tak complete. Jadi, saya mencadangkan dibuat audit forensik, kalau tak pun RCI 2.0 dan akhirnya dibentangkan di Parlimen, kita boleh teliti mana kerugian disebabkan oleh perpindahan aset yang dibayar dengan harga premium dulu dan mana kerugian disebabkan oleh transaksi baharu yang dibuat oleh pengurusan UJSB. Ini yang terbaru, Yang Berhormat, yang panas lagi, juga berkaitan dengan UJSB.

Sebab itu saya rasa ini sangat penting untuk dibuat keputusan, komitmen kerajaan supaya dibuat pembentangan dalam Parlimen, sama ada penerangan Menteri ataupun tidak. Ini selain yang berkaitan dengan Zetrix AI yang melibatkan KWSP, 67.67 juta saham, penyusutan nilai dalam tempoh enam bulan, RM47.7 juta.

KWAP yang ada saham dalam Zetrix ini yang kerugiannya, penyusutan nilainya RM275 juta. UJSB sendiri yang ada 211.51 juta saham anggaran penyusutan nilai RM149.1 juta.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat dah bawa isu ini dalam ucapan?

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

No, no, ini ...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini baharu?

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini baru keluar.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perkara baharu?

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ha, perkara baharu.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kalau perkara...

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sikit, sikit, satu minit Yang di-Pertua. Jadi, saya nak sebutkan ialah daripada 75.5 sen pada 1 April 2025, Tuan Yang di-Pertua— 1 April, nilai saham Zetrix 75.5 sen. Sekarang, 19 Oktober, jatuh kepada 5 sen yang menjejaskan juga peluang...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebab tu kata kalau Yang Berhormat bawa yang dulu, mungkin Menteri ada...

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini tambahan.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

...jawapan.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang ini ditambah sebab ini yang latest. Jadi, saya minta supaya Menteri bagi...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

...komitmen supaya dibentangkan secara tuntas dalam Parlimen dalam apa juga ruang, bentuk, sama ada audit forensik supaya kita boleh tengok dan boleh bantu untuk memulihkan

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

aset Tabung Haji, bukan memulihkan dalam— sebut dalam pilihan raya saja tapi benar-benar pulih, insya-Allah.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri. Saya bagi 10 minit dari sekarang.

Betulkan balik jam, bagi 10 minit dan saya tak benarkan lagi pencelahan. Silakan.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Ada beberapa isu yang diutarakan.

Saya mula dengan Semporna ya. Kerajaan MADANI tidak pernah tak honour yang 40 peratus. Itu pendirian Kerajaan MADANI. Saya terangkan tadi ialah kita kena lihat perbuatan Kerajaan MADANI, di mana dia adalah satu kerajaan yang progresif dan telah menyambut usaha untuk mengimbangkan hak-hak yang ada. Dia pun terima untuk merunding seperti apa yang diminta dalam Perlembagaan. So, kita tidak menidakkan hak yang ada kepada Sarawak dan Sabah.

Untuk pemberian khas, itulah sah, dia menunjukkan komitmen yang dibuat oleh Kerajaan MADANI. Naik 50 kali— 90 kali ganda. Jadi, saya harap semua orang ambil pendekatan itulah dan beri pendekatan di mana memberi masa untuk rundingan dimuktamadkan seperti apa yang saya dah beberapa kali [Tepuk] diterangkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Kedua, dari segi infrastruktur, saya ambil maklum. Tapi kita kena juga ingat dalam pembangunan negara, kita juga telah memberi banyak penambahbaikan kepada development expenditure yang diletakkan ke Sabah termasuk Pan Borneo dan usaha sekarang di bawah kementerian ialah untuk memastikan the allocation jadi ke dalam, ke bawah dan Kementerian Kerja Raya akan memantau bersama Kerajaan Negeri Sabah.

Untuk isu yang dibangkitkan oleh Libaran dan Kinabatangan. Yang Kinabatangan paling awal yang tanya, saya akan memberi sikit pencerahan dan bagi saya masa untuk habislah. Jangan kacau masa saya duk tengah buat macam inilah, ini mungkin panjang sikit.

Saya mengambil maklum perbahasan yang panjang mengenai pengurusan Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

draft • 5:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Izinkan saya menjelaskan perkara ini dari sudut dasar dan tatakelola pengurusan belanjawan. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan peruntukan dasar. Secara dasarnya bermaksud peruntukan untuk setiap kementerian diluluskan oleh Parlimen melalui belanjawan tahunan mengikut maksud dan butiran yang

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

ditetapkan. Belanjawan tahunan sepertimana yang sedang berlangsung di Dewan yang mulia ini sekarang dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen.

Maka setiap kementerian bertanggungjawab mengurus perbelanjaan mengikut peruntukan yang telah diluluskan. Setiap peruntukan pembangunan untuk semua kementerian pula disusun berdasarkan keutamaan nasional dan siling yang diperakukan oleh Kementerian Ekonomi. Mengenai Program Jalan Luar Bandar, peruntukan asal diluluskan di bawah maksud Pembangunan P.22 Butiran 02300 iaitu RM1.09 bilion untuk tahun 2023, RM1.32 bilion untuk tahun 2024 dan RM1.57 bilion untuk tahun 2025.

Kedua, apakah isu yang dibangkitkan? Sejak tahun 2023, KKDW telah membuat komitmen dan berbelanja lebih daripada peruntukan asal yang diluluskan dalam belanjawan tahunan untuk JALB. Arahan Perbendaharaan AP10 dan AP54 menjelaskan pegawai pengawal hendak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan kawalan dan peruntukan wang awam kementerian masing-masing.

Bermakna pegawai pengawal bertanggungjawab mengurus perbelanjaan mengikut peruntukan yang diluluskan. Oleh itu isu berlaku apabila KKDW mula terlebih komitmen belanja untuk projek JALB yang akhirnya menyebabkan tunggakan dan kelewatan bayaran kepada kontraktor projek JALB.

Ketiga, apakah tindakan yang perlu dilaksanakan? Dalam usaha untuk mengurangkan tunggakan bayaran, KKDW telah mengagihkan semula peruntukan pembangunan dari projek lain yang di bawah KKDW melalui kaedah notice of change

(NOC). Melalui NOC, peruntukan Program Jalan Luar Bandar dipinda dari RM1.09 bilion kepada RM1.85 bilion pada tahun 2023, RM1.32 bilion kepada RM2.02 bilion untuk tahun 2024. Dan RM1.57 bilion kepada RM2.27 bilion untuk tahun 2025.

Tatacara pengurusan kewangan membolehkan pengagihan semula dibuat melalui NOC bagi memenuhi keperluan projek. Namun penambahan untuk JALB bermakna pengurangan untuk program lain. Contohnya, pada tahun 2023 pengurangan peruntukan melibatkan antaranya KEMAS, JAKOA, MARA, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, KETENGAH, RISDA, KESEDAR, PERDA dan KEJORA. Walaupun peruntukan JALB bagi tahun 2025 telah dipinda kepada RM2.27 bilion, ini masih tidak mencukupi untuk menampung semua komitmen KKDW dengan tunggakan bayaran sebanyak RM1.05 bilion.

Bagi menampung komitmen yang dibuat, Kementerian Kewangan bersetuju meningkatkan peruntukan jalan luar bandar kepada lebih RM2 bilion bagi Belanjawan 2026 dan 2027 iaitu RM2.11 bilion untuk 2026 dan RM2.27 bilion untuk

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

  1. Namun begitu, peruntukan lebih RM2 bilion ini juga masih tidak mencukupi untuk memenuhi komitmen kontrak KKDW.

Oleh itu, apakah langkah seterusnya? MOF sedia membantu. Kita juga tidak mahu kontraktor yang sudah menyiapkan kerja tidak dibayar. Ini isu periuk nasi usahawan kita. Maka MOF meluluskan tambahan RM500 juta kepada KKDW bagi menampung keperluan JALB melalui surat kebenaran berbelanja melebihi peruntukan (SKB).

[Tepuk] Kelulusan diberikan sebanyak RM300 juta pada 1 September 2026 dan RM200 juta pada 21 September 2026. Ini berasingan daripada NOC yang telah dibuat terdahulu oleh KKDW sebanyak RM491 juta.

Tambahan melalui SKB ini bermakna penjimatan perbelanjaan pembangunan daripada kementerian-kementerian lain. Antara yang terlibat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam; Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya; Kementerian Pertanian; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Ekonomi. Kita pindahkan daripada kementerian lain untuk menampung SKB itu.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dengan penambahan ini, peruntukan dipinda untuk JALB bagi tahun 2026 kini mencecah RM3.1 bilion iaitu tambahan hampir RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM2.11 bilion. Jumlah ini juga masih belum mencukupi untuk menyelesaikan komitmen yang dibuat. Jika dibandingkan perbelanjaan sebenar bagi Program Jalan Luar Bandar tahun 2018 hingga 2022 berjumlah RM3.7 bilion, manakala perbelanjaan sebenar peruntukan tahun 2023 hingga 2027 mencecah RM11 bilion. Jadi, kita tak mengurangkan perbelanjaan untuk jalan luar bandar.

Inilah tiga kali ganda lebih besar berbanding peruntukan 5 tahun sebelum Kerajaan MADANI. Secara prinsipnya apabila peruntukan telah mencapai had maksimum, kementerian perlu menunggu peruntukan tahun berikutnya atau memohon NOC tambahan tertakluk kepada ruang peruntukan dan kelulusan.

Permohonan dan kelulusan NOC pula hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum perbelanjaan atau komitmen baru dibuat. Sebarang pengeluaran SST baharu sepatutnya disokong dengan peruntukan yang mencukupi.

Atas pertimbangan ini, MOF meminta KKDW pada 10 September supaya menangguh pengeluaran SST baharu bagi JALB. Maka adalah tidak benar dakwaan bahawa MOF membatalkan projek. MOF hanya meminta KKDW untuk

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

menangguhkan pengeluaran SST [Tepuk] baru sementara menunggu tunggakan sedia ada diselesaikan. Keperluan melaksanakan projek JALB hendaklah diimbangi dengan keperluan program dan projek lain yang turut diluluskan peruntukan oleh Parlimen.

draft • 3:30 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Setiap tambahan kepada JALB melalui pengagihan semula mengurangkan ruang pembiayaan bagi keutamaan lain.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Speaker.

Jawapan ini terlampau panjang. Jawab dalam Kabinet lah sebab sama-sama anggota Kabinet.

draft • 3:30 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Ketawa]

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau, Arau, Arau. Tolong, saya dah sebut tadi bila Menteri jawab yang terakhir...

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

KWSP tak jawab.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau, Arau please.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas]

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please Arau, please.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Please Speaker. Dia tak jawab untuk KWSP.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau kawan baik saya. Duduk, Arau kawan baik saya, duduk.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baik, tapi dia jawab KWSP.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, Arau biar isu satu, satu one-by-one settle first. Ini mengenai isu ini.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah cakap tadi, semasa saya dah bagi masa 10 minit, saya tak bagi siapa pun berdiri dah.

draft • 3:30 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Sedikit Tenggara.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tunggu...

[Tidak jelas] dahulu, habiskan dahulu.

draft • 3:30 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Tan Sri, Tenggara sikit.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dah habis 10 minit.

draft • 3:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri, Tan Sri, ini penting sebab hari itu saya dapat jawapan berbeza daripada Menteri.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar duduk. Kampar duduk. Kampar duduk.

Kampar...

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Hari itu saya dapat jawapan tak ada projek digambarkan tetapi hari ini Menteri sudah senaraikan projek-projek yang telah dikorbankan.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Menteri jawab dulu, Menteri habiskan.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Betul, betul Kampar. Betul, Kampar. Sekarang kamu betul.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya bagi habis ya.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi habis, habis dulu.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Oleh itu, setiap kementerian dan pegawai pengawal bertanggungjawab menghormati kelulusan Parlimen serta mengawal perbelanjaan dalam skop dan had peruntukan yang diluluskan, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PB12, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Peruntukan mesti dipastikan sebelum komitmen dibuat. Tambahan peruntukan tidak boleh dianggap automatik. Disiplin ini memastikan projek dapat disiapkan dan kontraktor dibayar tanpa menjejaskan keutamaan pembangunan lain.

Ini kebertanggungjawaban kepada Parlimen dan rakyat dalam mengurus wang awam. Tan Sri Yang di-Pertua...

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya?

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

KWSP.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Arau banyak bertanya soalan KWSP.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Menteri nak jawab. Arau duduk, please. Menteri nak jawab dah sekarang.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri nak jawab dah sekarang, duduk.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baik, baik, baik. Saya duduk.

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri, Tan Sri.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk.

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri, tentang Projek JALB tak habis.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Kampar, duduk dulu. Kampar duduk.

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

siapa standing order.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri nak jawab Arau, Menteri nak jawab.

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bukan, ini isu belum selesai, JALB.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar! Duduk!

draft • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya pakai standing order.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu, Kampar duduk! Dua, okey. Sila.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Arau telah...

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri jawab.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...menaikkan isu ini beberapa kali dan kita pun dah menerima beberapa cadangan yang diterima dan dilihat juga oleh KWSP.

Tapi kita kena ingat, yang usaha utama KWSP dalam mandat KWSP ialah untuk memperkukuhkan simpanan untuk zaman persaraan. Dia bukan untuk digunakan untuk tampung benda-benda lain.

Namun, KWSP telah memberi kelonggaran dengan mewujudkan akaun ketiga, di mana 10 peratus daripada caruman yang dimasukkan, dipindahkan kepada akaun ketiga yang membenarkan ahli untuk mengeluarkan pada bila-bila masa. Ya, yang itu telah dibuat untuk menolong ya. Dan kita kena ingat, selepas zaman COVID yang mana kita membenarkan empat pengeluaran, RM145 bilion dikeluarkan dan ini telah banyak impak kepada simpanan persaraan ahli-ahli KWSP.

Namun alhamdulillah, dengan usaha yang dibuat antara kerajaan dengan KWSP, dengan banyak-banyak produk baru yang dibuat dan insentif yang diberikan oleh kerajaan, kita dapat meningkatkan balik simpanan di dalam KWSP. Namun, masih tidak mencukupi. Ahli aktif formal yang mencapai tahap simpanan cukup ialah hanya 41 peratus. Ini lebih baik daripada lepas pengeluaran empat kali itu ya, yang masa itu 33 peratus.

Jadi, usaha KWSP harus berpaksikan kepada mandat yang diberikan untuk mempercukupkan simpanan untuk zaman persaraan. Buat masa ini kita tak cukup lagi. Kita kena menjaga ahli itu bila dia sampai tahap itu, dia ada cukup simpanan untuk hidup. Itulah kepentingan yang dibuat oleh KWSP. Itu jawapan saya kepada Arau. Terima kasih Arau.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Speaker, masa Tan Sri Muhyiddin...

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, dah tak bagi Speaker, jangan berdirilah, Speaker. Arau, duduklah Arau. Arau, duduk Arau.

Speaker dah tak bagi.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta...

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau, duduk Arau.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, Speaker tadi tak bagi. Kampar tak bagi jugalah pada Arau.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri, listen, listen. Semua duduk.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau duduk! Arau duduk! Arau duduk! Arau duduk!

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau duduk! Arau duduk!

Speaker tak bagi, Arau duduk! Arau duduk!

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau duduk. Hulu Langat.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau duduk!

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat duduk, Arau duduk.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Dia Speaker ke?

[Mengetuk tukul]

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Inilah. Arau kawan saya, orang tua, bekas PTD, bekas Menteri, behave-lah. The world is watching you-lah. The world is watching you.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

*Please, I’m appealing. I am appealing to you. Sit down.

Sit down, please.*

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Last.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please Arau, please.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, perkataan terakhirnya lah ialah “tolong pertimbangkan dividen KWSP”.

draft • 6:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Menteri.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya...

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Menteri dah habis, minta kebenaran untuk duduk dan habis. That’s it, kalau habis. Kalau tidak, sambung lagi. Ada lagi?

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya tutup.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, tutup. Last, landing.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, saya sekali lagi merakamkan penghargaan atas segala pandangan dikongsi oleh Ahli Yang Berhormat. Cadangan yang dikemukakan yang menyokong Agenda Pembaharuan Kerajaan MADANI akan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Saya yakin kita semua di sini mahukan yang terbaik buat rakyat dan negara.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Atas kesedaran itulah, Belanjawan MADANI Kelima Tahun 2027 dirangka untuk menangani keperluan rakyat, memperkukuhkan ekonomi dan membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

[Tepuk] Segala yang dirancang hanya akan berjaya dengan dukungan serta komitmen kita semua di Dewan ini. Oleh itu, saya menyeru agar semua Ahli Yang Berhormat dapat menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita demi rakyat, demi negara.

[Tepuk]

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduklah, duduklah, cukuplah.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi persoalan Yang Berhormat...

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Amin, amin ya rabbal alamin.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...berkaitan Kementerian Kewangan yang tidak sempat saya sentuh dalam penggulungan ini akan dijawab secara bertulis.

Sekian, wssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker, soalan saya dua kali tanya tak jawab. Takkan nak commit, nak buat RCI ataupun audit forensic pun tak boleh. Takkan...

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduklah Pengkalan Chepa, duduklah, duduklah. RCI dia yang buat, kemudian dia tak setuju, lari pula bila bentang.

draft • 6:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Siapa yang buat terma RCI dulu?

Kenapa tak masukkan sekali UJSB? Cakap lebihlah.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bila bentang lari, itulah masalahnya. RCI dia yang buat, kemudian dia lari.

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dulu tak masukkan dalam terma, sekarang nak minta pula. Apalah.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak berani, tak berani. Buat RCI, kemudian pergi lari.

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Lain kali buat RCI, masukkan sekali UJSB.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Lain kali bila bentang, duduk dalam Dewan.

draft • 6:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dia yang set terma, lepas itu dia nak ni...

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini lari! Ini apalah punya Ahli Parlimen!

draft • 6:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Apa dia.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Macam ni ke Ahli Parlimen kerajaan?

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tengok Ahli Parlimen kerajaan.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.

draft • 6:00 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”]*

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami tak jahat tau, Tuan Yang di-Pertua. Saya nak bagi tahuKami tak jahat. Kami baik.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 2 November 2026.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.07 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026