Oct282026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi, salam bahagia. Baik, kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.

draft • 10:00 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

Bunga melati harum mewangi, Tumbuh sekuntum di tepi laman; Soalan pertama pembuka pagi, Mohon YB Timbalan Menteri berikan jawapan.

draft • 10:00 AM

1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bagaimana kerajaan merancang untuk menaik taraf rangkaian jalan raya Persekutuan, jalan negeri di Bentong bagi menghadapi impak peningkatan trafik susulan siapnya projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Timbalan Menteri.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

*Jalan berbatu mencari lontong, Waktu pagi untuk sarapan; Soalan satu YB Bentong, Dengarkan ini diberi jawapan.

[Tepuk]* Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih YB Bentong. Kementerian Kerja Raya mengambil perhatian berhubung isu trafik di kawasan Bentong, susulan siapnya Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan keprihatinan Ahli Yang Berhormat

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Bentong mengenai keperluan untuk menaik taraf Jalan Persekutuan agar dapat menampung keperluan trafik. Untuk makluman YB, Jalan Persekutuan di Daerah Bentong meliputi laluan seperti berikut.

(i) Laluan Persekutuan FT002 KL – Kuantan

(ii) FT008 Bentong – Gua Musang

(iii) FT009 Karak – Sempadan Negeri Sembilan

(iv) FT068 KL – Bentong (Jalan lama Bentong)

(v) FT218 Jalan lama Bentong - Raub

(vi) FT436 Jalan Southern Loop

(vii) FT1498 Jalan Utama Mempaga

(viii) FT1518 Jalan Utama Bukit Mendi; dan

(ix) FT1575 Jalan Mengkarak Jalan-jalan yang selain daripada yang disenaraikan tersebut adalah merupakan jalan negeri.

Kementerian Kerja Raya menerusi JKR melaksanakan pemantauan terhadap rangkaian Jalan Persekutuan ini, menyemak aliran trafik di jalan-jalan negeri di sekitar Bentong bagi memastikan rangkaian jalan raya dapat diurus secara menyeluruh dan bersepadu.

Bagi meningkatkan kapasiti dan kelancaran aliran trafik di kawasan Bentong, beberapa projek telah dirancang dan dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Di bawah Rolling Plan 1, kerajaan telah meluluskan Projek Lingkaran Tengah Selatan melibatkan skop kerja awalan membina jalan baharu dari persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), Lebuhraya Pantai Timur KM79 ke Kampung Sungai Perdak, Bentong, Pahang.

Reka bentuk dan pengambilan tanah, kos RM120 juta termasuk pengambilan balik tanah RM95 juta. Skop kerja awalan ini merangkumi kerja-kerja ukur dan pemetaan utiliti bagi membina jalan baharu berkembar empat lorong piawaian R5 sepanjang 13 kilometer, juga untuk siasatan tapak, pelantikan perunding, kajian trafik, penilaian impak sosial, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta pengambilan balik tanah dan ukur halus.

Di bawah Rolling Plan 2, RMK13, pihak Kerajaan Pahang menerusi JKR negeri dan JUPEM telah mengemukakan cadangan projek berikut.

(i) naik taraf persimpangan Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur;

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

(ii) kerja awalan projek Lingkaran Tengah Selatan dari Pusat Latihan Ketenteraman Awam (PULKAR) ke Simpang Pelangai dan juga pengambilan tanah; dan

(iii) kerja awalan Projek Lingkaran Tengah Selatan Kampung Sungai Perdak – Persimpangan PULKAR untuk reka bentuk dan pengambilan balik tanah.

Projek di bawah RP2 RMK tersebut telah dikemukakan pada agensi pusat.

Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak dapat kelulusan agensi pusat berikutan keutamaan telah diberikan kepada projek lain yang lebih mendesak di negeri Pahang. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bentong.

draft • 10:00 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih di atas jawapan YB Timbalan Menteri. Namun begitu, berikutan jawapan bahawanya permohonan itu tidak dapat diluluskan buat sementara waktu, saya harap ia dapat diangkat semula kerana ia amat penting bagi warga Bentong.

Dan soalan tambahan saya ialah, adakah pihak kementerian merancang untuk melebar dan menaikkan taraf jajaran utama seperti Jalan Mempaga – Karak serta Jalan Kuala Lumpur – Kuantan memandangkan kawasan ini juga dijangka menjadi laluan utama feeder iaitu laluan penyambung penduduk tempatan ke stesen ECRL Bentong dan juga yang menggunakan jalan lama untuk berhubung dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur dan sebagainya.

Dan juga bagi memastikan keselamatan penduduk tempatan dan pengguna jalan raya, adakah peruntukan khas atau sebagainya untuk memastikan laluan- laluan tersebut yang masih lagi gelap gelita ditambah lampu jalan kerana faktor keselamatan ini amat penting bagi keselamatan penduduk-penduduk di sekitar, terutamanya kawasan FELDA dan sebagainya. Jadi, saya harap dapat jawapan.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, saya kira kebimbangan YB Bentong ialah mengenai ECRL, stesen ECRL dan limpahan.

ECRL ini, pecah tanah 2017, Perdana Menteri Keenam. Menteri Pengangkutan pada ketika itu Ahli Parlimen Bentong yang saya kira tentulah dia ada memikirkan apa yang berlaku terhadap ECRL dan limpahannya.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Walau bagaimanapun, saya ingin maklumkan di sini jalan yang disebut oleh Yang Berhormat Bentong tadi, Kuala Lumpur – Bentong (jalan lama) Persekutuan FT436 – Southern Loop keluar ke Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, Masjid Berjaya Hills Resort. Ini, kerajaan negeri tak ada lagi memohon. Itu satu perkaralah.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Seterusnya Jalan Mempaga – Karak, Kuala Lumpur – Kuantan, jalan lama Bentong – Gua Musang ini juga tidak dipohon oleh kerajaan negeri. Kita angkat tapi tidak dapat lulus, sudah dipohon, kita angkat tapi tidak lulus oleh agensi pusat. Tetapi untuk kuasa solar ini, adalah ada dalam senarai saya ini kelulusan untuk Daerah Bentong 2004, 2005, 2006 lampu— RM832,000 lulus. Kalau Pahang itu RM8.8 juta, 10 peratus di Bentong.

Pahang ada banyak lagi daerah lain tetapi di Bentong diberi 83 batang lampu solar baharu dengan RM832,000 yang mana, antara jalan-jalan lokasi, 9 lokasi di kawasan Parlimen Bentong, di 3 lokasi di Dewan Undangan DUN Sabai – RM254,000, 3 lokasi di Zon Bilut – RM300,000, 1 lokasi DUN Pelangai – RM61,000 dan 2 lokasi DUN Ketari sebelum ini YB Bentong ADUN Ketari kos RM177,000. Jadi, itu Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Krai.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu ataupun impak kepada ECRL ini bukan sahaja di Pahang tetapi melibatkan keseluruhan koridor Pantai Timur termasuk di Kelantan. Soalan saya ialah berkaitan infrastruktur sekitar stesen ECRL Kota Bharu. Jalan Kota Bharu – Kuala Krai ataupun FT08 iaitu berhampiran Wisma Persekutuan yang baharu di Tunjung, yang akan digunakan dalam masa terdekat dan juga terdapat stesen ECRL Kota Bharu yang merupakan stesen utama. [Tidak jelas] Ketika ini sangat sempit dan kekal dua lorong, dua hala dan tidak lagi sesuai dengan pelbagai pembangunan di kawasan itu. Apakah tindakan serta-merta kementerian ataupun mungkin perancangan jangka pendek untuk menaik taraf laluan ini sebelum operasi ECRL bermula supaya kawasan ini tidak menjadi bottom neck utama? Dan mengenai kualiti keselamatan rangkaian jalan berkaitan dengan LTU khususnya yang dijangka menampung limpahan trafik ECRL kini mengalami isu pumping ataupun kegagalan struktur premix yang semakin teruk di kedua-dua arah dan membahayakan nyawa pengguna.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sejauh manakah kementerian komited menyelesaikan isu kualiti turapan ini secara menyeluruh menerusi peruntukan khas dan bukannya sekadar tampalan tanpa pembaikan menyeluruh yang tetap mengekalkan jalan berolak. Terima kasih, Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, ECRL di bawah Kementerian Pengangkutan lah, tapi kita tahu bahawa dia adalah game changer kepada 4 negeri— Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Selangor apabila siap keseluruhan. Setakat ini masih lagi di dalam pemeriksaan dari segi laluan dan kita boleh melihat segala videonya menakjubkan. Semalam saya melihat satu, bagaimana air tidak berkocak begitu stabil sekali perjalanan.

Memang saya faham saya dah pergi melawat Tunjung, ketika saya Timbalan Menteri Kewangan dalam penggal ini kerana MRL (Malaysia Rail Link) itu adalah anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan. Saya faham tentang situasi di situ dengan bangunan baharu guna sama Kerajaan Persekutuan yang begitu besar dan hebat tentulah memerlukan tambahan laluan semoga tidak jammed pada ketika nanti.

Saya kira kerajaan negeri tentu memahami tentang perkara ini dan adalah agaknya peruntukan tambahan untuk membaiki jalan di situ ataupun meningkatkan jalan pada suatu ketika daripada dua lorong kepada empat lorong, terutama di stesen ECRL yang berdekatan, bersebelahan dengan bangunan guna sama yang baharu.

Saya kira perancangan-perancangan oleh JKR negeri tentunya ada dan kita di peringkat pusat akan sentiasa membantu bagi melaksanakan perkara ini.

Perkara kedua tentang kualiti turapan. Penyenggaraan jalan saya dah sebut di sini bahawa kita memerlukan RM5 hingga RM6 bilion untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi kami diberi cuma RM3 bilion. Oleh kerana itulah, maka tidak boleh nak diturap keseluruhan jalan itu kembali. Kita hanya boleh menurap kawasan- kawasan yang bermasalah, yang ada lubang kecil-kecil. Lubang besar tentulah kita selesaikan kurang daripada 24 jam.

Jadi, penyelenggaraan ini sentiasa bermasalah tahun demi tahun. Walau bagaimanapun, kerajaan juga mempunyai masalah kewangan tahun demi tahun.

Tidak dapat memberikan sepenuhnya apa yang kita pohon. Jadi, kita harap kerajaan akan ada wang tambahan untuk memastikan penyenggaraan itu boleh dibuat dengan lebih sempurna. Walaupun demikian kita masih menilai satu-satu tempat

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

yang rosak itu dengan nilaian yang betul-betul objektif dan kita menggunakan bahan- bahan turapan yang betul-betul baik. Terima kasih, Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Machang.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan pelan kontingensi kerajaan untuk memastikan operasi pusat data tidak mengganggu keperluan penggunaan elektrik dan air rakyat ketika kemarau atau gangguan bekalan, termasuk syarat penggunaan pada waktu krisis, larangan pembinaan di kawasan tertentu, kewajipan menggunakan air terawat semula dan mekanisme keutamaan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:10 AM

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Pembangunan pusat data diteliti melalui Data Center Task Force, dengan izin DCTF diurussetiakan secara bersama oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Digital dengan mengambil kira keupayaan sistem bekalan air dan elektrik di kawasan yang terlibat.

Dari segi kawalan lokasi penilaian DCTF turut mengambil kira rizab margin air berdasarkan ulasan dan syor operator bekalan air negeri. Kawasan yang mempunyai rizab margin air rendah tidak akan dipertimbangkan untuk pembangunan pusat data, tertakluk kepada ketetapan yang berkuat kuasa. Disamping itu, kerajaan juga sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan sistem, kecukupan kapasiti termasuk margin rizab bekalan elektrik yang optimum dan selamat, kestabilan grid serta kesinambungan bekalan kepada semua pengguna ketika menghadapi pertambahan beban daripada industri pusat data.

Di bawah garis panduan bekalan air bagi pembangunan pusat data, pihak pusat data diwajibkan untuk menyediakan tangki simpanan air dalam premis masing- masing dengan kapasiti minimum bagi dua hari penggunaan. Keperluan ini bertujuan membolehkan pusat data menggunakan bekalan simpanan sendiri ketika berlaku gangguan bekalan, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap sistem bekalan air awam.

Selain itu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), mensyaratkan operator bekalan air dan pemaju pusat data meneroka serta memanfaatkan sumber

draft • 10:10 AM

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf

air alternatif bagi sistem penyejukan. Ini termasuk air kitar semula, air pulih guna dan penuaian air hujan. Pendekatan ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat dan menyokong pengurusan sumber air yang lebih cekap.

Selain kawalan terhadap pembangunan pusat data, setiap operator air turut mempunyai pelan tindakan kecemasan dan pelan mitigasi bagi menangani gangguan bekalan air yang tidak berjadual serta situasi krisis atau bencana. Antara langkah yang boleh dilaksanakan mengikut keperluan operasi ialah pembekalan air menggunakan lori tangki dan tangki statik serta bantuan bekalan air rentas negeri melalui kerjasama yang diselaraskan oleh SPAN. Sekiranya keadaan bekalan menjadi kritikal langkah mitigasi lanjut boleh melibatkan pelaksanaan bekalan air berjadual atau sekatan bekalan air.

Tuan Yang di-Pertua, setiap permohonan bekalan elektrik bagi permohonan pusat data akan melalui penilaian teknikal yang menyeluruh oleh Energy Focus Group (EFG) yang diurussetiakan oleh Suruhanjaya Tenaga sebelum dibawa ke peringkat Data Center Task Force (DCTF). Penilaian ini mengambil kira keupayaan sistem bagi memberi bekalan tenaga kepada pusat data seperti mana unjuran yang telah diluluskan oleh Majlis Tenaga Negara. Rangkaian penghantaran dan juga pengagihan elektrik serta keperluan laporan infrastruktur diperlukan.

Disamping itu bagi mengelakkan peralihan kos ataupun cost shifting kepada pengguna yang lain industri pusat data turut digalakkan untuk membangunkan kemudahan penjanaan sendiri (self-generation) melalui inisiatif solar for self- consumption, bagi menjana tenaga elektrik untuk kegunaan sendiri tanpa mengeksport lebihan tenaga ke grid nasional. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan penggunaan tenaga yang dijana sendiri oleh sektor pusat data disamping mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada bekalan elektrik daripada grid nasional.

Selain itu kerajaan telah meluluskan penetapan penggunaan sekurang- kurangnya 30 peratus tenaga boleh baharu daripada jumlah kapasiti ataupun penggunaan tenaga bagi pusat data. Pusat data turut digalakkan menyertai Corporate Renewable Energy Supply Shceme (CRESS) untuk mendapatkan bekalan tenaga hijau secara langsung. Dalam konteks ini ST sedang membangunkan kerangka dan garis panduan menyeluruh mengenai kemudahan penjanaan sendiri dan penetapan penggunaan 30 peratus tenaga boleh baharu bagi diguna pakai oleh sektor pusat data.

draft • 10:10 AM

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf

Di samping itu, pusat data juga dikenakan untuk melengkapkan sebagai back up generator yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kawalan permintaan, khususnya untuk mengurangkan tekanan tambahan pada sistem grid semasa tempoh kritikal dan ketika reserve operasi pada paras rendah.

Kerajaan juga akan terus memantau pertumbuhan industri pusat data serta melaksanakan penilaian risiko dan langkah mitigasi yang bersesuaian di samping mengemas kini perancangan penjanaan serta grid secara berkala berdasarkan perkembangan permintaan sebenar. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Machang.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari atas visi beliau untuk merangka Sarawak menjadi sebuah negeri atau wilayah yang mempunyai wawasan tentang AI, dengan izin dan langkah sulung SoftBank untuk bertemu dengan Sarawak terlebih dahulu, itu satu petanda yang baik.

Dan, saya lihat ini kerana kelebihan Sarawak mempunyai akses kapasiti dalam penjanaan elektrik dan juga tanah dan sebagainya berbanding dengan Semenanjung, Yang Berhormat Menteri. Di Semenanjung, BMI melaporkan 2031, Johor berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan sumber tenaga tambahan bekalan elektrik.

Jadi, melihat suasana yang begitu genting ini, apakah Kerajaan MADANI bercadang mengikut jejak langkah Indonesia yang telah pun menandatangani kontrak membeli dua janakuasa nuklear terapung (floating nuclear power plant) daripada Rosatom untuk diletakkan di perairan Maluku Utara untuk menampung industri yang sedang bergiat di sana.

Jadi, Yang Berhormat Menteri dah pergi Rusia pun, dah pergi Rosatom, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang cadangan ini? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Pertamanya, terima kasih Yang Berhormat Machang.

draft • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk makluman, sehingga Ogos 2026, permintaan elektrik pusat data yang dikontrakkan berjumlah 2,346 megawatt.

Manakala penggunaan sebenarnya, ada sekitar 1,374 megawatt sahaja. Maknanya, baru 58.5 peratus berbanding dengan apa yang telah dikontrakkan. Sebab itu, apa yang kita laksanakan ialah untuk melihat keseluruhan. Sebab itu, DCTF yang ditubuhkan akan menilai secara terperinci setakat mana permintaan dan penggunaan sebenar.

Kadang-kadang apa yang berlaku peringkat awal dulu, bila mereka memohon untuk mendapatkan kontrak bekalan elektrik, mereka membuat estimate berapa mereka nak. Tapi penggunaan sebenarnya bukan sebanyak apa yang dipohon. Jadi, itu details, itu sudah pun dapat dimuktamadkan di DCTF. Sebab itu, kita melihat sekarang ini walaupun permintaan tinggi tapi penggunaan sebenarnya tidak.

Yang kedua, kalau kita melihat SoftBank, mereka memilih Sarawak ada dua perkara. Satu, dari segi bekalan tenaga renewable yang mencukupi. Kedua ialah bekalan air yang mencukupi sebab Sarawak banyak sungai. Jadi, mudah untuk mereka melaksanakan beberapa perkara. Dan mereka memang ada keupayaan, berminat untuk membangunkan wilayah selatan Sarawak. Jadi, details itu biarlah sehingga dimuktamadkan baru kita bincang.

Sama ada kita akan beralih kepada penggunaan tenaga nuklear, memang dalam pertimbangan kerajaan. Apa yang berlaku di Indonesia sebenarnya bukan kontrak yang melibatkan Kerajaan Indonesia tapi hanyalah melibatkan mining operation yang menggunakan tenaga besar, mereka membuat business-to-business arrangement between syarikat mining di Indonesia dengan Rosatom.

Jadi, di Malaysia memang kita menggalakkan kalau ada pembekal tenaga pada pusat data nak mempertimbangkan business-to-business, government akan facilitate. Tapi, untuk tenaga nuklear, kita perlu selesaikan dulu triti kita dengan international, barulah kita boleh meletakkan nuklear sebagai salah satu sumber tenaga kita dengan tertakluk supaya kita akan mematuhi segala standard yang ditetapkan oleh IEA dari regulatory, dari segi keselamatan, dari segi keupayaan manusia dan juga teknologi yang sesuai dengan negara kita. Kesiapsiagaan itu lebih penting kepada kita sebab kita nak pastikan keterjaminan bukan sahaja bekalan tenaga tapi keselamatan rakyat kita perlu dijaga daripada segala aspek. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Gudang.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah atas jawapan yang begitu baik daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Pasir Gudang.

draft • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri pernah melawat dua pusat data di Johor? Yang pertama, pusat data yang amat besar saiznya di kawasan industri Sedenak bersebelahan FELDA Bukit Batu dan satu lagi pusat data tak jauh dari situ, terletak di kaki Gunung Pulai yang akan mengubah kawasan sejuk di sekitar itu menjadi panas akan datang. Gunung Pulai ini satu-satunya gunung di Selatan Johor. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Yang itu, persoalan sama ada saya pernah...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Ya. Itu saya nak sebut itu.

draft • 10:20 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Jadi...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pernah melawat kah tidak? Itu sahaja jawapan dia.

draft • 10:20 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Saya pernah melawat di Johor untuk melihat aktiviti pusat data dan sebagainya termasuk juga melancarkan program di mana pusat data mengambil air pulih semula, antara pusat data dan juga IWK. Jadi, ini kita galakkan. Mungkin apa yang nak dibangkitkan ialah dengan banyaknya pusat data ini, adakah ia nya akan memberi kesan sampingan kepada persekitaran dari segi suhu, dari segi keadaan dan sebagainya.

Yang itu lebih kepada bidang kuasa di bawah NRES iaitu di bawah Kementerian Alam Sekitar dan mereka akan juga membuat penilaian sebab untuk data centre, dia nya juga perlu memenuhi EIA report dan sebagainya. Jadi, saya harap— saya kira perkara ini sudah pun dilaksanakan, baru dapat dibina sesuatu data centre. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar, Kinabatangan.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Kinabatangan menyeru Menteri Pendidikan, soalan Kinabatangan nombor 3. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar [Kinabatangan] minta Menteri Pendidikan menyatakan pelan tindakan strategik kementerian untuk menyasarkan baki murid miskin tegar multidimensi yang menghadapi krisis keciciran jangka panjang (learning loss), bagi memastikan ketersisihan dimensi pendidikan tidak terus mencetuskan perangkap kemiskinan warisan yang merugikan modal insan negara.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kementerian Pendidikan sentiasa berpendirian tegas bahawa tiada murid daripada keluarga miskin tegar yang akan terpinggir daripada arus pendidikan kebangsaan.

KPM memastikan akses pendidikan yang adil, saksama dan berkualiti tanpa mengira latar belakang sosial, ekonomi, lokasi ataupun jantina. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM melaksanakan usaha berterusan bagi merapatkan jurang pendidikan melalui intervensi bersasar dan juga penambahbaikan kurikulum dari masa ke semasa sebagai satu langkah jangka masa panjang.

Antara usaha berfokus termasuk program transformasi daerah dilaksanakan dengan tumpuan, kepada jurang pencapaian SPM berdasarkan lokasi serta sosioekonomi dan juga jantina. Pada tahun 2025, intervensi berfokus dilaksanakan di 744 buah sekolah melibatkan 41,817 orang murid bagi enam mata pelajaran teras.

Hasilnya, gred purata SPM antara sekolah bandar dengan luar bandar telah merapat sebanyak 32.79 peratus berbanding tahun 2012.

Pada masa yang sama, jurang kadar layak mendapat sijil mengikut jantina turut merapat berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Sebagai contoh, pada tahun 2024, jurang kadar layak mendapat sijil mengikut jantina adalah sebanyak 5.95 peratus. Ia telah pun turun kepada tahun 2025, 5.32 peratus.

Sama juga untuk mereka yang layak mendapat sijil. Kita juga mencatatkan bahawa peningkatan oleh pencapaian calon-calon SPM kita di luar bandar pada tahun 2024, 92.31 peratus meningkat kepada 2025, 92.9 peratus.

Pada peringkat awal persekolahan juga, pengesanan awal literasi dan numerasi serta Program Intervensi Tahun 1 diperkenalkan pada tahun 2024. Ini adalah membolehkan, ini membolehkan KPM mengenal pasti murid yang memerlukan sokongan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira

(3M) pada peringkat awal. Usaha ini menunjukkan perkembangan positif apabila bilangan murid yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M mencatatkan penurunan yang berterusan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Sebelum program ini dilaksanakan pada tahun 2023, seramai 76,262 orang murid Tahun 1 dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas 3M. Namun, susulan pelaksanaan intervensi berfokus mulai tahun 2024, bilangan tersebut menurun kepada 49,677 murid dan terus berkurang kepada 48,636 orang murid pada tahun 2025.

Selain itu, Program Anak Kita dilaksanakan sejak tahun 2024 juga.

Memperluaskan sokongan akademik kepada murid khasnya daripada golongan B40 dan juga miskin tegar. Pada tahun 2025, Program Anak Kita 3M dengan kerjasama Unit Pantau MADANI dan Yayasan Hasanah telah pun melibatkan 53,252 orang murid dengan antaranya 30,623 orang berjaya dibantu menguasai kemahiran asas 3M pada akhir program tersebut.

Di peringkat menengah pula, Program Anak Kita 2.0, Program Pecutan SPM 2026 menyasarkan lebih 23,000 orang calon SPM daripada keluarga B40 di 791 buah sekolah fokus dengan tumpuan kepada peningkatan prestasi Bahasa Melayu dan juga Sejarah. Untuk jangka masa panjang, Kurikulum Persekolahan 2027 dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan 2027 dengan penekanan terhadap penguasaan literasi, numerasi dan juga pembangunan sahsiah pada peringkat awal persekolahan lagi.

Keseluruhan usaha ini disokong oleh RPM 2026–2035 yang bertemakan, ‘Merapatkan Jurang, Meningkatkan Mutu dan Meraih Kejayaan Bersama’. Secara keseluruhan, pelaksanaan intervensi berfokus, sokongan akademik bersasar dan pembaharuan kurikulum mencerminkan komitmen KPM untuk meningkatkan ekuiti pendidikan serta memastikan setiap murid mendapat peluang pembelajaran yang berkualiti tanpa mengikut status sosial ekonomi masing-masing. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kinabatangan untuk soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, adakah kementerian begitu maklum dan cakna di mana apabila saya ke satu kampung, Kampung Inarat, jarak sekolah menengah yang terdekat untuk mendapat pendidikan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mengambil masa sehingga tiga jam untuk seorang pelajar itu ke sekolah.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Dan apakah— sejauh manakah keberkesanan penyelarasan data silang antara sistem aplikasi pangkalan data murid KPM, eKasih dan JKM bagi memastikan bantuan sokongan seperti kos pengangkutan, logistik pedalaman dan nutrisi sampai secara hantaran terus tanpa keciciran birokrasi kepada murid miskin tegar di pedalaman Sabah?

Dan juga saya mencadangkan agar KPM ataupun Timbalan Menteri sendiri untuk bersama-sama dengan saya turun ke kawasan sekolah tersebut bagi memahami denyut nadi masalah pelajar-pelajar di sana sebab saya yakin bukan sahaja di Kinabatangan, banyak lagi masyarakat-masyarakat juga pelajar di sekolah- sekolah lain di pedalaman Sabah yang menghadapi masalah yang sama. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Berkenaan dengan akses pendidikan di kawasan luar bandar. Sememangnya kita tahu ada kawasan- kawasan di kawasan pedalaman sama ada di Sabah ataupun Sarawak ataupun di kawasan pedalaman di Semenanjung menghadapi isu berkenaan dengan jarak ke sekolah dan sebagainya.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan itu sebab kenapa mulai tahun 2023, Kementerian Pendidikan telah pun memperkenalkan Program Sekolah Komprehensif, K11 iaitu memastikan anak-anak kita mempunyai satu akses pendidikan dari Tahun 1 sehinggalah Tingkatan 5 di bawah satu bumbung dan juga premis yang sama.

Dan program ini setiap tahun diperluaskan mulai dengan program rintis pada tahun 2023, dua buah sekolah di SMK Long Bedian, Sarawak dan juga SMK Betau, Pahang. Kini setakat hari ini, kita mempunyai sembilan buah sekolah K11 dan pada tahun hadapan 2027, kita mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi kepada 10 buah sekolah K11. Kita cakna bahawa memang ada lagi sekolah-sekolah yang tidak belum lagi kita mampu untuk menjadikannya sebagai sekolah K9 dan K11 tetapi sekiranya syarat ataupun condition dengan izin, sekolah-sekolah tersebut adalah bersesuaian, maka pihak KPM akan terus memastikan akses pendidikan itu sampai.

Dan pada masa yang sama apabila disebut dengan bantuan yang diberikan kepada anak-anak murid kita. Sememangnya untuk bantuan persekolahan biarpun di kawasan bandar dan juga luar bandar, kita memberikan 18 jenis bantuan persekolahan setiap tahun. Dan pada tahun ini dalam belanjawan yang baru

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

diumumkan ini, kita telah pun mencatatkan peningkatan pada hampir semua kebanyakan bantuan-bantuan yang diberikan.

Maka, untuk mana-mana sekolah, kami mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat Kinabatangan. Dan berkenaan dengan sekolah tersebut, kita tengok— akan tengok apa bantuan yang kita boleh bantu dan juga pada masa yang sama— sama ada penaiktarafan boleh dilakukan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Krau.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Kalau ikut DOSM 2024, Indeks Kemiskinan Multi Dimensi ini di kawasan luar bandar ialah 0.019 berbanding hanya 0.001 di kawasan bandar. Ini jurangnya agak— agak ketara dan KPM juga maklumkan bahawa lebih daripada 100,000 murid Tahun 1 yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas 3M ini.

Cuma apa yang saya nak kemukakan di sini, apakah kementerian bersedia untuk menetapkan satu sasaran khusus mengikut daerah bagi mengukur pengurangan jurang penguasaan 3M ini di antara murid di kawasan bandar dengan pedalaman Sabah supaya tindakan itu lebih tersasar dan mencapai hasrat yang dikehendaki oleh kementerian? Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau atas cadangan dan juga soalan yang diajukan. Nombor satu, berkenaan dengan mereka— jumlah mereka yang tidak dapat menguasai 3M. Seperti yang telah pun saya jawab dalam soalan asal tadi, jawapan asal tadi yang mana KPM pada tahun 2024, kita telah pun mengambil satu pendekatan awal untuk mengesan penguasaan anak-anak kita dengan lebih awal lagi.

Dan apabila mereka masuk ke Tahun 1 pada bulan April, bulan Mei, kita akan memulakan pengesanan awal ini. Dan daripada pengesanan awal itu seperti Yang Berhormat Kuala Krau sebut tadi, lebih 100,000 pada tahun 2024 tetapi angka itu kita berjaya untuk turunkan pada akhir tahun apabila kita mengembalikan ataupun membolehkan golongan ini sebahagian besar menguasai keupayaan ataupun— keupayaan 3M.

Dan saya ulang sekali lagi yang mana untuk mereka, jurang ini dapat— angka telah pun turun daripada tahun 2023 yang tidak dapat menguasai 3M— 76,262, 2024 dengan pendekatan bersasar dan awal tersebut, kita kurangkan kepada 49,677 dan tahun lepas 48,636 dan usaha ini akan diteruskan.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Tadi ada tanya berkenaan dengan sama ada kita akan melaksanakan sasaran kita ataupun pendekatan kita mengikut daerah. Program Transformasi Daerah, tadi saya telah sebut yang mana program ini secara amnya kita memberikan fokus kepada sekolah-sekolah yang kita kenal pasti di setiap daerah yang mana PBD yang diberikan fokus telah pun melaksanakan program-program dengan tujuan merapatkan jurang bandar dan luar bandar, SES dan juga jantina.

Dan dari situ, pegawai-pegawai PBD kita digerakkan, expert kita digerakkan untuk memastikan kita fokus kepada sekolah-sekolah yang perlu diberikan fokus dan kepada anak-anak kita yang perlu diberikan perhatian lanjut dalam sistem kita.

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan Permatang Pauh nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan justifikasi pengurangan kuota BUDI95 daripada 300 kepada 200 liter sebelum dinaikkan semula mulai 1 September 2026, serta jumlah sebenar penjimatan subsidi bahan api sepanjang tahun ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh atas soalan tersebut.

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI telah mengambil langkah awal dan bersasar melalui pelarasan had kelayakan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter bagi memastikan bekalan bahan api negara terus terjamin demi kesejahteraan rakyat tatkala berlaku ketidaktentuan bekalan global berikutan konflik di Asia Barat.

Langkah proaktif ini digerakkan secara terancang bagi mengurus tekanan bekalan semasa tanpa menjejaskan majoriti pengguna. Tanpa tindakan segera, negara berdepan dengan risiko sebenar kekurangan stok bahan api yang boleh menjejaskan kehidupan harian rakyat serta kelancaran aktiviti ekonomi negara.

Pelarasan ini juga mengambil kira peningkatan mendadak tanggungan kerajaan bagi subsidi RON95 dan diesel iaitu sekitar RM700 juta sebulan pada bulan Januari 2026 kepada hampir RM5 bilion sebulan pada Mac 2026 sebelum memuncak

draft • 10:40 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kepada RM7.5 bilion sebulan susulan krisis tersebut apabila harga minyak mentah Brent mencecah sehingga USD120 setong.

Keputusan ini disokong oleh analisa data penggunaan sebenar serta berkeperluan untuk memastikan subsidi bahan api dapat terus disalurkan secara mampan kepada rakyat yang layak. Penepatan had kelayakan asas BUDI MADANI sebanyak 200 liter ini dibuat berdasarkan analisa data pengguna sebenar BUDI95 antara Oktober 2025 hingga Mei 2026 iaitu kurang daripada satu peratus pengguna BUDI95 menggunakan lebih daripada 200 liter RON95 secara konsisten.

Pada masa yang sama, kerajaan menegaskan bahawa pelaksanaan ini bukan bertujuan mengurangkan perlindungan kepada rakyat. Sebaliknya memastikan subsidi awam disalurkan dengan tepat kepada rakyat Malaysia yang layak dan tidak tiris kepada pihak yang tidak sepatutnya menikmati subsidi.

Sepanjang tempoh had 200 liter dilaksanakan, rakyat Malaysia yang layak dapat terus menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter manakala harga pasaran sebenar hanya terpakai kepada pihak yang tidak layak. Kumpulan pengguna yang memerlukan kelayakan liter tambahan seperti pemandu e-hailing kekal menerima kelayakan tersebut berdasarkan jarak perjalanan sebenar yang diserahkan melalui data syarikat pengendali e-hailing. Dalam pada itu, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang responsif dan berdasarkan data termasuk pemantauan berterusan terhadap perkembangan bekalan dan harga pasaran tenaga global, kedudukan fiskal negara serta maklum balas rakyat. Oleh itu, susulan keadaan bekalan bahan api yang didapati lebih stabil dan perbelanjaan subsidi pada masa ini sekitar RM4 bilion sebulan mulai 1 September 2026, kerajaan telah menaikkan semula kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan.

Bagi jumlah penjimatan subsidi bahan api sepanjang tahun ini, angka muktamad akan tertakluk kepada pelarasan transaksi sebenar, harga pasaran mingguan, harga pertukaran mata wang dan jumlah penggunaan yang disahkan dan akan dimuktamadkan pada hujung tahun. Dari segi fiskal, pelaksanaan BUDI95 secara keseluruhannya dijangka menjana penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.

Penjimatan ini merupakan hasil pelaksanaan penyasaran subsidi secara menyeluruh termasuk mengurangkan ketirisan kepada bukan warganegara dan kategori pengguna yang tidak layak, dan pembelian yang tidak selari dengan objektif perlindungan sosial kerajaan. Kerajaan akan terus memastikan penjimatan tersebut

draft • 10:40 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

dimanfaatkan semula untuk memperkukuhkan bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH dan inisiatif lain yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Permatang Pauh.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Cuma, soalan tambahan saya. Adakah kementerian mempunyai statistik terperinci pengguna khususnya bagi yang mencapai had maksimum kuota tersebut mengikut kategori, penjawat awam, pekerja swasta ataupun PMKS? Baik, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 10:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sebenarnya kalau kita melihat penggunaan MyKad dan data yang kita ada, kita ada rekod yang merakamkan setiap penjualan yang berlaku dalam BUDI95.

Seperti saya katakan tadi, dalam penjelasan saya tadi, untuk penggunaan, data kita menunjukkan secara konsisten, mereka yang menggunakan lebih daripada 200 liter ialah kurang satu peratus dan data ini pun selari dengan yang menggunakan lebih daripada 300 liter bila dinaikkan semula. Jadi, dari segi impak kepada rakyat, kita nampak yang BUDI95 memenuhi keperluan di mana kita menjamin rakyat Malaysia mendapat sokongan dari segi subsidi kepada rakyat. Yang kita patuh ialah tidak memberi subsidi itu kepada bukan warganegara dan memantau ketirisan yang berlaku yang keluar sempadan negara. Yang itulah kebaikan yang kita ada dengan sistem yang kita ada sekarang.

Untuk PMKS, kita telah nampak ada banyak penambahbaikan yang dibuatkan bawah BUDI Diesel. Kerana banyak PMKS menggunakan kereta diesel, di mana kita memberi kenaikan tahap penggunaan kepada 400 liter sebulan. Jadi, saya rasa isunya tak ada isu yang besar yang ada dekat luar sana. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bentong.

draft • 10:40 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih, kerana saya seorang wakil wanita.

draft • 10:40 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Tepuk]

draft • 10:40 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Baik, soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana di Bentong juga ramai pengusaha kecil, pengusaha ladang durian, tanaman dan pelbagai. Jadi, Bentong ingin bertanya, berapa ramai pemilik pikap dan jip yang telah menerima tambahan 100 liter BUDI Diesel dan apakah langkah kerajaan bagi membantu pemilik yang menggunakan kenderaan tersebut untuk perniagaan kecil, pertanian dan perjalanan ke kawasan pedalaman? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Bentong atas soalan tersebut.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 27 Oktober 2026, lebih pada 291,000 pengguna kenderaan diesel, jip dan pikap di seluruh negara telah menikmati kelayakan tambahan 100 liter di bawah BUDI MADANI Diesel.

Di bawah mekanisme BUDI MADANI Diesel ini, rakyat Malaysia yang layak dapat menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui pengesahan MyKad di stesen minyak. Setiap individu yang layak akan menerima kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan yang boleh digunakan secara fleksibel bagi pembelian diesel bersubsidi ataupun RON95 bersubsidi tertakluk kepada baki kelayakan bulanan masing-masing.

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi pemilik jip dan pikap diesel yang layak, tambahan 100 liter sebulan boleh dipohon menjadikan jumlah kelayakan sehingga 400 liter sebulan.

Kerajaan memperkenalkan juga kelayakan tambahan ini kerana mengambil kira bahawa kenderaan jip dan pikap sering digunakan sebagai kenderaan utama, terutamanya di Sabah dan Sarawak termasuk untuk membawa hasil pertanian, barangan perniagaan kecil, pergerakan pekerja semasa perjalanan ke kawasan luar bandar dan pedalaman yang mempunyai bentuk muka yang lebih mencabar.

Pendekatan ini bertujuan memastikan pengguna yang betul-betul bergantung kepada kenderaan diesel untuk kegiatan ekonomi harian terus mendapat perlindungan subsidi yang sewajarnya. Selain daripada kelayakan individu, kerajaan

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

juga telah meluaskan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dengan menggunakan fleet card kepada pikap dan jip milik persendirian syarikat termasuk perusahaan kecil bagi membolehkan kenderaan tersebut menikmati diesel bersubsidi.

Sehingga 26 Oktober tahun ini, lebih 27,200 kenderaan jip dan pikap telah mendapat kelayakan ini di bawah SKDS. Selain itu, kerajaan juga telah menambah baik mekanisme BUDI Diesel bermula 16 September 2026 dengan memperluaskan pindahan kelayakan kepada pengguna sebenar kenderaan diesel. Pemilik berdaftar yang layak kini boleh memindahkan kelayakan kepada mana-mana warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah dan layak menerima BUDI95 serta merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi pemilik yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel, kelayakan juga boleh dipindahkan ke maksimum tiga individu lain tertakluk kepada jumlah kenderaan diesel yang dimiliki dan semakan kelayakan.

Langkah ini penting bagi menangani isu yang selalu berlaku di Sabah dan Sarawak seperti penggunaan kenderaan oleh ahli keluarga, pekerja, pengguna sebenar yang bukan pemilik berdaftar serta amalan sambung bayar.

Pada masa yang sama, pemilik berdaftar kenderaan diesel jip atau pikap yang layak masih boleh memohon kelayakan tambahan 100 liter bagi kenderaan tersebut sebelum pemindahan dibuat, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Sehingga 27 Oktober tahun ini, hampir 21,700 permohonan pemindahan telah diluluskan. Dan, daripada jumlah itu, 12,160 adalah daripada Sabah, Sarawak dan Labuan. Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel berdasarkan data penggunaan, maklumat balas pengguna, input kerajaan negeri serta keperluan sektor-sektor yang terlibat. Sebarang penambahbaikan akan diperhalusi dengan baik dan kita akan umumkan kalaulah ada apa-apa yang kita perbaiki. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri, satu soalan lagi Tan Sri, soalan ketiga?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya— kita ada banyak agenda hari ini, minta maaf YB. Baik, saya difahamkan Tenom tidak berada dalam Dewan. Oleh hal yang demikian, saya maju kepada Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Speaker, soalan Hulu Terengganu untuk Menteri Komunikasi, nombor 6. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

6. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Komunikasi menyatakan statistik kes berita palsu yang direkodkan dari 2023 hingga kini, tindakan yang telah diambil dan hukuman yang telah dikenakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Minta maaf. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mohon izin Tan Sri Yang di-Pertua untuk Dewan mengalu- alukan kedatangan dua rombongan dari Sarawak, iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Meradong, Guru Besar dan Pengetua dari Meradong dan Sarikei serta Gereja Methodist Sing Ang Tong, Sibu. Selamat datang.

Terima kasih, Tan Sri. Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian, termasuk kandungan palsu, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588, dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866].

Bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 15 Oktober 2026, MCMC telah mengemukakan sebanyak 65,680 permohonan penurunan kandungan memudaratkan berunsur palsu dalam talian kepada pemberi perkhidmatan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 56,304 kandungan atau 86 peratus telah pun diturunkan. Tindakan ini dilaksanakan berdasarkan penilaian terhadap aduan yang diterima, pematuhan kepada garis panduan komuniti platform serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 546 kes melibatkan kandungan palsu yang telah disiasat oleh MCMC di bawah seksyen 233 Akta 588 dengan status tindakan seperti berikut:

(i) Sembilan kes telah didakwa di mahkamah dan daripada jumlah tersebut, 12 kes telah mendapat keputusan dengan jumlah denda keseluruhan sebanyak RM75,500;

(ii) 34 kes telah pun dikenakan kompaun yang berjumlah RM1.72 juta;

(iii) 74 kes telah dikeluarkan surat amaran;

(iv) 29 kes masih dalam siasatan; dan

(v) 390 kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Kerajaan akan terus memperkukuh usaha membendung penyebaran berita palsu melalui pelaksanaan undang-undang dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya bagi memastikan ruang digital kekal selamat, bertanggungjawab dan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

berintegriti demi melindungi masyarakat daripada kemudaratan akibat penyebaran maklumat tidak benar. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Hulu Terengganu.

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Mengenai jawapan yang diberi yang dikatakan sebanyak 65,680 kes yang disiasat ataupun dikenakan tindakan dan sebagainya. Dan saya yakin daripada 65,680 kes tersebut termasuk contents atau bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Jorjet Myla, oleh Papagomo, oleh Chegubard, oleh Cucu Mat Kilau dan sebagainya yang dikatakan— bukan sahaja content mereka diturunkan malah telefon-telefon mereka dah beberapa puluh biji telah dirampas.

Okey, cuma persoalannya sekarang ialah siapakah yang mempunyai kuasa untuk menentukan suatu kandungan itu berita palsu? MCMC kah? Kerajaan kah?

Atau mahkamah? Yang menentukan untuk nak turunkan itu.

Kemudian, apakah mekanisme semak dan imbang yang menjamin bahawa tindakan MCMC tidak digunakan untuk menyekat kritikan sah oleh rakyat ke atas kerajaan? Kerana, MCMC ini, apakah peranannya untuk menjaga kerajaan ataupun menjaga orang tertentu dalam kerajaan. Itu yang berlaku.

Dan, saya menunggu sehingga hari ini Yang di-Pertua, janji yang ditabur— hari ini saya tunggu, kemudian Menteri untuk jawab. Janji yang diberitahu kepada saya pada 5 Ogos 2025 yang mana ketika itu Tambun mengatakan bahawa Pagoh membenarkan subsidi minyak kepada warga asing. Jadi, minta MCMC siasat. Hari ini dah 28 hari bulan, jawapan siasatan tersebut bagaimana keadaannya? Adakah betul apa yang dikatakan oleh Pagoh atau tidak? Sehingga sekarang saya tunggu.

Umpama pungguk rindukan bulan menunggu jawapan tersebut. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Menteri.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Pertama, saya jawab soalan terakhir daripada Yang Berhormat. Kes itu telah kami rujuk kepada AGC. Jadi, masihlah tunggu keputusan daripada AGC.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Dan kedua, siapa yang buat keputusan sama ada satu kandungan itu adalah berita palsu adalah tidak. Saya rasa sebenarnya ada beberapa lapisan.

Pertama, apabila MCMC terima aduan sama ada daripada agensi kerajaan yang lain atau agensi penguat kuasa, ataupun daripada orang awam, MCMC akan membuat penilaian dan kalau kita rasa memang ada kemungkinan dia melanggar undang-undang, jadi kami akan kemukakan kepada platform. Tetapi, platform juga akan menilai, buat penilaian mereka sendiri sama ada kandungan tersebut telah menyalahi undang-undang ataupun menyalahi community guidelines mereka sendiri, dengan izin.

Oleh sebab itu, seperti yang saya sebut tadi, bukan semua permohonan daripada MCMC sebenarnya diturunkan. Hanya ada 86 peratus kandungan ataupun permohonan yang dikemukakan MCMC telah pun diturunkan.

Kedua, mestilah mahkamah juga— AGC— mahkamah juga memainkan peranannya. Untuk kes yang saya kongsikan tadi, sebenarnya untuk kebanyakan kes yang kita dapat keputusan, OKT itu, orang yang kena tuduh itu juga akui salah di mahkamah. Jadi, ini adalah mekanisme yang sedia ada, di mana apabila seseorang didakwa di mahkamah, mestilah mereka ada hak untuk membela sendiri.

Tetapi, pada masa yang sama kita nampak keputusan daripada mahkamah. Sekian, jawapan saya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pulai.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih jawapan Timbalan Menteri. Daripada 66,000 kes ataupun berita palsu itu, 86 peratus telah diturunkan. Tetapi, hanya sembilan kes sahaja yang didakwa.

Maknanya kecillah dibandingkan dengan apa yang diturunkan.

Kita pun lihat pada waktu ini, berita-berita palsu itu tetap berleluasa.

Bermakna bahawa semacam tindakan ataupun kuasa yang kita ada tidak begitu menakutkan pembuat-pembuat berita palsu ini kan.

Jadi, apa langkah kementerian untuk memberikan satu hukuman yang lebih keras dan memastikan bahawa mereka tidak melakukannya? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Pulai. Memang satu soalan yang sangat bagus.

Pertamanya, untuk MCMC akan buat keputusan sama ada satu kes itu disiasat atau tidak tapi mestilah juga akan dapat nasihat daripada AGC. Dan akhirnya

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

AGC juga yang akan buat keputusan sama ada satu kes akan dibawa ke mahkamah ataupun dikenakan kompaun ataupun tiada tindakan diambil.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Saya tidak akui bahawa― saya akui bahawa— memang kita nampak bahawa berita palsu ini dia memang nampaknya trendnya masih berleluasa. Tetapi saya juga harap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Rakyat ini bolehlah sokong apabila ada berita palsu yang dibuatkan dengan sengajanya. Kita juga perlu sokong kerajaan ataupun AGC untuk ambil tindakan yang lebih keras untuk kes-kes yang telah didakwa dan juga jatuh hukuman.

Saya nak kongsi di sini. Sepertilah kita ada satu TikTok akaun @izzyderabbit, dia memanglah menuduh bahawa Kerajaan Malaysia yang menjual diesel kepada Filipina dan ini adalah satu akaun dan juga― ini ada juga satu Facebook akaun, namanya [Menyebut nama dalam bahasa Cina] Dia juga buat kenyataan yang sama.

Jadi, kedua-dua kes ini telah didakwa ke mahkamah dan akhirnya, kedua-dua suspek ini akui salah dan didenda.

Bukan itu sahaja, kita juga nampak bahawa semasa lah kita ada banyak takut tentang lah bekalan minyak, kita nampak bahawa ramai orang yang menyunting gambar Buletin TV3 yang menyebarkan harga minyak RON95 dan harga diesel yang salah. Akhirnya, ada satu saya rasa— ada beberapa kes atau pengguna sosial media itu didakwa di bawah lah, oleh lah AGC. Jadi, ini tunjuk bahawa kalau kita tak ambil tindakan yang lebih keras, memang sekarang nak menyunting gambar sangat- sangat senang, khasnya dengan lah teknologi AI terkini.

Jadi, kita― saya percaya bahawa untuk pastikan bahawa rakyat tidak dipengaruhi oleh berita palsu. Jadi, tindakan kadangkala kami juga perlulah menyokong kerajaan, AGC untuk ambil tindakan yang lebih keras. Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih. Cuma, kenapa berapa lama sangat AGC ambil masa antara Pagoh dengan Tambun?

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Itu di bawah...

draft • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kemudian, berita palsu kerajaan pun ada juga. Apa tindakan kerajaan? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Tak payah jawab sebab itu permintaan ya. Baik, seterusnya saya jemput Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.

draft • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Soalan 7, Tan Sri.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Kewangan menyatakan sasaran akhir bagi menyelesaikan baki liabiliti bersih 1MDB yang kini dianggarkan RM20.1 billion termasuk jumlah aset dan tuntutan yang masih dalam proses pemulihan:

(a) nilai yang dijangka dapat diperoleh daripada setiap tuntutan tersebut; dan

(b) tahun sasaran kerajaan untuk menamatkan sepenuhnya tanggungan.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Tan Sri Yang di-Pertua, anggaran RM20.1 bilion itu merujuk kepada kerugian yang ditanggung oleh kerajaan dan negara akibat daripada skandal penyelewengan 1MDB. Anggaran tersebut mengambil kira nilai hutang 1MDB yang ditanggung oleh kerajaan dan ditolak nilai pampasan dan aset yang dipulihkan. Pengiraan ini juga meliputi bayaran yang telah dibuat serta komitmen yang masih berbaki.

Pada masa ini, kerajaan melalui 1MDB terus mempergiatkan usaha merunding pampasan serta mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB melalui tindakan undang-undang dan mekanisme pemulihan aset di dalam dan di luar negara. Kerajaan memahami bahawa Ahli Yang Berhormat ingin mengetahui berapa banyak daripada tuntutan ini akhirnya dapat dikembalikan kepada negara.

Jumlah tersebut masih bergantung kepada keputusan mahkamah, proses rayuan, aset yang dapat dikesan dan keupayaan untuk menguatkuasakan perintah, khususnya di luar negara.

Oleh itu, nilai yang dituntut atau diperintahkan oleh mahkamah belum dapat dianggap sebagai jumlah yang pasti akan diterima. Pada peringkat ini, kerajaan belum dapat menyatakan dengan pasti jumlah yang akan diperoleh dari setiap tuntutan. Sebarang anggaran yang perlu mengambil kira hak pihak ketiga, penyelesaian yang dicapai dan jumlah yang dipulihkan serta kemungkinan tuntutan lain yang melibatkan dana yang sama.

Walaupun terdapat potensi baik untuk mendapat pemulihan tambahan berdasarkan kekuatan kes kerajaan untuk menuntut pampasan daripada pihak yang bertanggungjawab, namun pemulihan tambahan yang bakal diperoleh tidak akan menoktahkan kerugian daripada kerugian 1MDB atau mengurangkan kerugian yang ditanggung negara daripada berpuluh bilion ringgit. Ini juga tidak mengambil kira

draft • 11:00 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kerugian negara akibat kehilangan keyakinan pelabur terhadap tata kelola negara dan gejala rasuah serta daripada 1MDB yang terbongkar.

Untuk menjelaskan kedudukan kewangan 1MDB, setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi mematuhi hutang dan komitmen berkaitan, termasuk prinsipal, faedah serta kos lain. Baki komitmen sukuk Islamic medium term note (IMTN), dengan izin, yang dijamin kerajaan pula berjumlah RM8.9 bilion. Terdiri daripada prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion sehingga matang pada tahun 2039. Ini menjadikan keseluruhan tanggungan yang telah dibayar dan masih perlu dibayar sebanyak RM51.4 bilion.

Setelah mengambil kira pemulihan dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion, beban bersih kepada kerajaan dianggarkan sebanyak RM20.1 bilion sekiranya tiada pemulihan tambahan. Ini adalah asas pengiraan angka yang dirujuk oleh Yang Berhormat. Bagi menjawab bahagian kedua soalan, tahun 2039 merupakan tahun matang prinsipal sukuk IMTN mengikut jadual kontrak semasa. Dalam tempoh tersebut, kerajaan telah meneruskan usaha mendapatkan balik semula dana dan aset 1MDB.

Tahun matang sukuk dan tempoh penyelesaian tuntutan merupakan dua perkara yang berbeza. Justeru, kerajaan belum menetapkan satu tahun muktamad untuk menyelesaikan semua tuntutan dan usaha pemulihan aset kerana proses ini turut bergantung kepada keputusan mahkamah serta penguatkuasaan di dalam dan di luar negara. Pelunasan hutang kepada pemegang sukuk juga tidak bermakna semua perbelanjaan yang telah ditanggung kerajaan telah diperoleh semula.

Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk memenuhi komitmen kewangan mengikut jadual serta meneruskan usaha pemulihan sebanyak mungkin dana yang diseleweng. Setiap pemulihan tambahan dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung negara. Kerajaan akan terus menggunakan saluran undang-undang yang tersedia dengan berpandukan bukti dan kedudukan sebenar setiap kes demi memelihara kepentingan rakyat. Sekian.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Ipoh Timor.

draft • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri. Kalau tak silap faham saya, jawapan Yang Berhormat Menteri adalah apa yang kerajaan kena bayar, melebihi apa yang dirampas balik atau dipatriasi kembali. Maksudnya, rugi bersihlah. Kalau rugi bersih itu, bagaimana kerajaan membiayai daripada mana, daripada butiran mana, cara apa dan bagaimana kita nak dapatkan duit untuk nak bayar balik itu? Apa yang saki bakinya sekarang yang cukup besar jumlahnya. Dan

draft • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

apakah dasar atau apakah instrumen yang telah dan bakal dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengelak penyelewengan rasuah berbilion-bilion ini daripada berlaku kembali? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, sebahagian besar hutang dan komitmen 1MDB terpaksa ditanggung melalui peruntukan kerajaan. Sejak tahun 2017, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM18.7 bilion daripada peruntukan belanjawan mengurus dan belanjawan pembangunan yang diluluskan melalui belanjawan tahunan bagi memenuhi obligasi kewangan 1MDB.

Sebaik sahaja Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran pada Mac 2023, kerajaan terpaksa memperuntukkan RM13 bilion daripada belanjawan pembangunan bagi melunaskan bon 1MDB berjumlah USD3 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Jumlah tersebut bersamaan kira-kira 13.1 peratus daripada keseluruhan peruntukan belanja pembangunan tahun 2023 sebanyak RM99 bilion.

Sekiranya peruntukan tersebut tidak perlu digunakan bagi membayar komitmen 1MDB, ia berpotensi dimanfaatkan untuk membiayai pelbagai keutamaan pembangunan negara, termasuk pembinaan sekolah dan hospital, penyediaan jalan raya, bekalan air luar bandar serta pelaksanaan pelbagai program yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kerajaan MADANI komited untuk menangani kelemahan tadbir urus dan mencegah ketirisan dana awam agar skandal kewangan seperti 1MDB tidak berulang lagi.

Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, pengukuhan tatakelola akauntabiliti dan disiplin fiskal menjadi keutamaan bagi melindungi wang awam serta kepentingan rakyat.

Antara pembaharuan yang telah dan sedang dilaksanakan ialah pertama, penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 untuk memperkukuhkan pengurusan fiskal yang berhemah, termasuk melalui sasaran pengurangan defisit fiskal dan had pemberian jaminan. Langkah ini bertujuan mengawal risiko liabiliti luar jangka dengan mengambil iktibar daripada beban kewangan yang ditanggung negara akibat jaminan kerajaan terhadap bon 1MDB.

Kedua, pindaan Akta Audit 1957 untuk memperluaskan skop pengauditan Ketua Audit Negara melalui pendekatan follow the public money. Pendekatan ini

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

membolehkan penggunaan dana awam diaudit dengan lebih menyeluruh, termasuk dana yang disalurkan melalui pelbagai entiti. Pengawasan yang lebih menyeluruh ini penting bagi memperkukuhkan akauntabiliti dan mengurangkan risiko ketirisan dengan mengambil iktibar daripada kerumitan aliran dana dalam kes 1MDB.

Ketiga, penggubalan Akta Perolehan Kerajaan untuk memperkukuhkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam perolehan kerajaan. Antara langkah yang diperkenalkan ialah tindakan punitif terhadap pihak yang melanggar tatacara perolehan, termasuk mereka yang tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

Langkah ini bertujuan memastikan pihak yang bertanggungjawab tetap boleh dikenakan tindakan, walaupun proses penyiasatan dan perbicaraan mengambil masa dan memuktamadkan cadangan penggubalan Akta Badan Berkanun dan Entiti Kawalan ataupun Akta SOE bagi memperkukuhkan tadbir urus syarikat milik kerajaan.

Cadangan ini dijangka memperketatkan tatacara penubuhan syarikat baru, memperkukuhkan mekanisme kelulusan pelaburan dan pinjaman, serta meningkatkan akauntabiliti lembaga pengarah dan pengurusan. Tujuannya adalah untuk memastikan keputusan korporat dibuat secara berhemah, telus dan bertanggungjawab.

Di samping pembaharuan perundangan, kerajaan turut memperkukuhkan tadbir urus badan berkanun Persekutuan melalui tiga pendekatan utama. Pertama, memperkemaskan tindakan dan penguatkuasaan terhadap kuasa-kuasa Menteri Kewangan yang diperuntukkan di bawah undang-undang dan instrumen berkaitan bagi memastikan keputusan strategik, kewangan dan pelaburan BBP tertakluk kepada tahap pengawasan yang sewajarnya.

Kedua, memperkukuhkan pelaksanaan dan pematuhan Pekeliling Perbendaharaan WP7.2 Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Bonus oleh Badan-badan Berkanun Yang Diasingkan Pengurusan Saraannya Daripada Sektor Awam, serta Pekeliling Perbendaharaan WP7.5 Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan. Langkah ini bertujuan memastikan urusan pemberian bonus dan perolehan BBP dilaksanakan secara berhemah, telus dan berakauntabiliti, serta mengambil kira prestasi kemampuan kewangan dan kepentingan kerajaan.

Ketiga, kerajaan akan terus memperkemaskan pelaksanaan Surat Pekeliling Am Bilangan 5 Tahun 2024, Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan, serta memperjelas dan menyelaras bidang kuasa

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

agensi-agensi berkaitan, khususnya Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

Penyelarasan ini penting bagi mengurangkan pertindihan fungsi, menutup jurang pengawasan, serta memastikan pemantauan kawal selia dan tindakan susulan terhadap BBP dapat dilaksanakan secara tersusun, konsisten dan berkesan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Temerloh.

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Speaker.

Kita mendengar tadi langkah-langkah yang dirancang di bawah kementerian. Saya ucapkan syabas. Semoga apa yang berlaku tidak akan berulang semula.

Jadi, isu 1MDB ini adalah isu yang menyentuh tentang tanggungjawab pengurusan wang awam, beban hutang negara, ketelusan pentadbiran dan peluang pembangunan yang terpaksa dikorbankan apabila kerajaan menanggung implikasi kewangan yang besar.

Soalan saya adalah, apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan individu ataupun institusi yang bertanggungjawab terhadap kerugian 1MDB bertanggungjawab terhadap kerugian 1MDB dipertanggungjawabkan dan bukan akhirnya kepada pembayar cukai? Dan kita pun sangat rasa terkilan kerana isu ini mengganggu pembangunan, mengorbankan pembangunan negara kita. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperti saya ceritakan tadi, isu ini adalah satu isu yang besar dan membebankan negara. Sehingga kini, kita masih ada kekurangan pulangan daripada recovery yang kita buat sebanyak RM20.1 bilion. Ini bukan angka yang kecil, tapi angka yang besar yang harus ditangani oleh negara.

Yang keduanya, walaupun kita tengok RM54.1 bilion itu isu daripada 1MDB, tapi kadang-kadang daripada segi penggunaan dananya, pemulangan, bayaran balik bon dan macam-macam dibuat, dia tak mengikut fasa yang tertentu. Jadi, ia menjejaskan dari segi peruntukan kerajaan. Bila peruntukan kerajaan terkesan, implikasinya terus kepada rakyat. Kerana itulah, kerajaan ini mengambil berat tentang isu tatakelola.

Tatakelola adalah satu area yang paling penting untuk ditangani dan kerana itulah kita telah nampak— diperkenalkan akta-akta baru untuk mengemaskinikan

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

cara tatakelola dibuat dalam kerajaan dan meletak garis panduan dan meletak jurang ataupun guard rails memastikan dia tidak dilanggar di masa depan.

Yang keduanya, dari segi aktiviti untuk mengembalikan dana yang pulang, isu-isu pengembalian itu masih diteruskan dan alhamdulillah sebahagiannya telah dapat dicari. Tapi kita tak boleh hanya seronok kerana kita dapat pemulangan kerana pemulangannya mungkin bertahun-tahun selepas isu itu berlaku. Jadi, implikasinya masih ada kepada kerajaan dan rakyat.

Jadi, pendekatan Kerajaan MADANI ialah memastikan mereka yang terlibat dalam kes ini akan terus dihadapkan kepada mahkamah. Isu ini kita telah nampak di mana ada beberapa kes telah dibawa ke mahkamah dan ada pertuduhan yang telah disambut dalam mahkamah dan tertuduh dah dijumpa guilty dan prosesnya masih berlaku pada beberapa kes yang ada.

Jadi, ini pendekatan kerajaan yang kita tidak akan berganjak. Kita mesti memastikan yang ketelusan tatakelola akan terus diperbaiki dalam kerajaan negara Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] Terima kasih Tan Sri Speaker.

Banjir menerpa bila lebat hujan, Rambai Utama, Rambai Jaya, taman terkesan; Soalan Tangga Batu nombor lapan, Minta teman keh jawab soalan. Lepas kita weh.

draft • 11:10 AM

8. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status terkini permohonan dana dan perancangan pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Ayer Salak bernilai sekitar RM130 – RM154 juta bagi mengatasi isu banjir kronik berulang yang membelenggu penduduk di Kampung Paya Luboh, Bukit Berlian dan Seberang Gajah.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil perhatian terhadap apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat di sekitaran Parlimen

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Tangga Batu. Bagi menangani isu tersebut, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Air Salak, Daerah Melaka Tengah, Melaka, pra-pelaksanaan projek telah mendapat kelulusan di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ketiga Belas..

Peringkat pra-pelaksanaan ini melibatkan kerja-kerja awalan seperti pelantikan perunding, juruukur dan pengambilan tanah. Pelantikan perunding dijangka dilaksanakan pada pertengahan tahun 2027. Sementara pelaksanaan projek tersebut, PETRA melalui JPS turut mengambil langkah mitigasi jangka pendek melalui projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir. Skop kerja merangkumi pengaluran sungai, penstabilan tebing, serta menaik taraf saluran dan struktur berkaitan bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan lebih berkesan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Pada tahun 2026, sejumlah RM10 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan projek tersebut di negeri Melaka. Daripada jumlah tersebut, Parlimen Tangga Batu menerima peruntukan sebanyak RM1.25 juta bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan mengikut skop yang telah diluluskan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tangga Batu.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baik. Sebenarnya Tangga Batu ini walaupun kawasan dia di Rambai Utama yang saya sebut tadi, tapi dia sebenarnya ada tiga sungai. Dia bukan Sungai Salak sahaja, Sungai Air Hitam dan juga Sungai Udang dan Sungai Seberang Gajah. Saya pernah bawa isu ini tentang Sungai Seberang Gajah dan Sungai Udang ini yang menyebabkan kawasan Paya Luboh ini banjir di dalam Kamar Khas, tapi sampai hari ini tidak ada satu tindakan yang konkrit untuk melaksanakan— mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan ini. Terima kasih.

Di kawasan Paya Luboh itu— Paya Luboh, Sungai Udang dan Sungai Seberang Gajah. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, sebenarnya projek ini melibatkan dalam perancangan yang saya nyatakan tadi, kerja-kerja awalan yang kita lakukan termasuklah skop Yang Berhormat nyatakan sebentar tadi, tetapi...

draft • 11:20 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

...Dari faktor yang berlaku, dia banyak juga kesan daripada kesan-kesan sampingan Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua seperti— serba salah saya nak bercakap. Seperti melibatkan Jalan Federal, Jalan Federal, secara kebetulan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya ada di sini.

Dan soalan seterusnya, boleh ditanya kepada Yang Berhormat Timbalan Kerja Raya kerana culvert nya begitu kecil sekali dan sungai yang kami sentiasa maintain setiap tahun tidak dapat menampung kerana dia dah jadi bottleneck dan air tendang belakang kembali. Dan saya minta Yang Berhormat, soalan-soalan yang seterusnya bolehlah tanya pada Yang Berhormat, ada di depan saya ini.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Jadi itulah salah satu punca dan banyak sebenarnya yang berlaku di negeri Melaka masalah tersebut. Dan tempat saya, saya dapat selesaikan apabila berlaku juga seperti itu dan kita bina jambatan baharu dan akhirnya selamat semua harta benda orang ramai. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya minta Tangga Batu sat lagi jumpa dengan Timbalan Menteri JKR, selesaikan di luar ya. Tak payah tanya ini, tak payah, tak payah.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya rasa dah [Tidak jelas] Dah masuk dalam Hansard, Timbalan Menteri pun ada, mungkin dia perlu ikhtiarkanlah.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tapi kena jumpa juga, kena jumpa juga.

Baik, seterusnya saya jemput Libaran.

draft • 11:20 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan penjelasan dan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.

Pada Julai 2026, kementerian memaklumkan bahawa terdapat 15 projek dan kajian berkaitan tebatan banjir di Sabah dengan anggaran kos RM1.49 bilion, namun empat projek masih di peringkat pra-pelaksanaan.

Apakah status terkini pelaksanaan dan berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setakat ini? Serta berapakah garis panduan masa dan sasaran siap yang jelas setiap projek, khususnya di kawasan yang berulang dilanda banjir supaya penduduk tidak terus menanggung kerugian akibat kelewatan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Libaran. Jauh juga tu pergi tu, daripada Melaka pergi ke Sabah dan angka yang dimintakan itu sudah pasti tiada dalam genggaman tangan saya dan sudah pasti juga tiada dalam genggaman pegawai-pegawai saya di belakang. Kerana tak sangka, kalau Libaran pakat tadi saya boleh sediakan sebenarnya, boleh sediakan angka tersebut.

Jadi Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya jawab secara bertulislah soalan...

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

...Diangkat oleh Libaran.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

Seterusnya, saya jemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.

draft • 11:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 9.

draft • 11:20 AM

9. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, strategi menangani graduan bekerja di bawah kelayakan termasuk sasaran menurunkan underemployment, meningkatkan gaji permulaan serta menyelaras keperluan industri dengan kemahiran graduan bagi mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan memandang serius isu guna tenaga tidak penuh, underemployment atau ketidakpadanan pekerjaan terutama ketidakpadanan pekerjaan berkaitan kemahiran dalam kalangan graduan. Kesepadanan pekerjaan yang optimum lazimnya berlaku secara berperingkat kerana graduan perlu membina pengalaman, melengkapkan kemahiran tambahan dan menyesuaikan kompetensi yang dimiliki dengan perubahan teknologi serta skop pekerjaan semasa.

Berdasarkan Laporan Statistik Siswazah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

(DOSM), kadar guna tenaga tidak penuh siswazah berkaitan kemahiran menunjukkan penurunan daripada 32.4 peratus pada tahun 2023 kepada 32.2 peratus pada tahun 2024. Pihak PMKS perlu mengambil pendekatan untuk meningkatkan produktiviti, pendigitalan, automasi dan pembangunan kemahiran pekerja.

Pembaharuan paling signifikan yang diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2027 adalah kerangka gaji pokok permulaan RM2,500 bagi graduan dan pekerjaan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

separuh mahir termasuk pendekatan dan kaedah pelaksanaannya oleh KESUMA untuk memastikan upah lebih setimpal dengan kelayakan dan kemahiran pekerja. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Kerajaan MADANI menyasarkan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran ini berkurang kepada 30 peratus menjelang 2030.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi di bawah KESUMA adalah seperti berikut. Pertama, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membantu pencari pekerja mendapatkan pekerjaan setaraf kelulusan akademik dan kemahiran mereka.

Kedua, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memastikan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) selaras dengan keperluan pekerjaan dan perkembangan teknologi dalam industri. Sehingga kini, sebanyak 2,028 NOSS aktif dan sedia digunakan sebagai rujukan latihan kemahiran.

JPK juga memperkenalkan latihan berasaskan pekerjaan sebenar melalui Akademi Dalam Industri (ADI) dengan penglibatan 1,391 pusat latihan dan syarikat ADI di seluruh Malaysia. Usaha ini untuk bertujuan meningkatkan kesepadanan kemahiran graduan dengan keperluan majikan dan seterusnya menyokong kebolehpasaran mereka.

Kedua, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui rangkaian 33 kampus, Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Malaysia (ADTEC JTM) dan dua kampus satelit menyediakan latihan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sepenuh masa pada peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan serta kursus jangka pendek bagi peningkatan kemahiran upskilling dan latihan semula, reskilling.

Bagi menangani isu graduan bekerja di bawah tahap kelayakan, underemployment dan ketidakpadanan kemahiran, JTM memperkukuh kerjasama strategik dengan industri melalui penyelarasan kokurikulum, latihan industri serta pembangunan program kepakaran khusus dalam bidang berteknologi tinggi seperti automasi, semikonduktor dan teknologi automatif termaju.

Selaras dengan Belanjawan 2027, JTM turut memberi tumpuan kepada program Advanced Automative Technology bagi melahirkan tenaga kerja kemahiran tinggi yang mempunyai keperluan industri automatif sekali gus membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dengan prospek gaji permulaan dan perkembangan kerjaya yang lebih baik. Keberkesanan pendekatan ini dapat dilihat melalui Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG) 2026 yang merekodkan kadar kebolehpasaran

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

graduan JTM sebanyak 98 peratus. Manakala 85.4 peratus graduan bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan latihan yang diikuti.

Pencapaian ini mencerminkan usaha JTM dalam meningkatkan kesepadanan kemahiran graduan dengan keperluan industri, seterusnya menyokong perkurangan underemployment dengan penyediaan tenaga kerja bagi pekerjaan bernilai tinggi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bukit Bendera.

draft • 11:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tan Sri Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Jadi menurut DOSM, 35.2 peratus pekerja berpendidikan tertiary masih bekerja di bawah tahap kelayakan mereka. Jadi ini menunjukkan bahawa— mendapat pekerjaan belum tentu bermakna mendapat pekerjaan yang setimpal. Jadi saya menyambut baik pengumuman gaji permulaan RM2,500 untuk graduan dalam Belanjawan 2027, tetapi buat masa sekarang ini ia masih lagi berbentuk garis panduan dan belum diwajibkan melalui undang-undang.

draft • 11:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi soalan saya, bilakah pindaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

(Akta 732) akan dibentangkan bagi mewajibkan gaji permulaan iaitu RM2500 dan juga bagaimanakah kerajaan akan memastikan majikan tidak mengelak ketetapan ini dengan mengklasifikasikan graduan sebagai pekerja separa mahir atau pelatih.

Saya rasa graduan kita bukan sekadar mahu pekerjaan, tetapi mereka mahukan gaji yang setimpal dengan kelayakan, peluang untuk maju dan masa depan yang lebih terjamin. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat.

Kerajaan melalui Belanjawan 2027 telah mengumumkan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi pekerja separuh mahir dan graduan sebagai permulaan. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sedang mengemas kini garis panduan gaji pokok permulaan berdasarkan piawaian pengelasan pekerjaan Malaysia, Malaysia Standard Classification of Occupations

(MASCO). Garis panduan ini akan diterbitkan bersekali dengan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu yang akan berkuat kuasa bermula Jun 2027.

Bagi pekerjaan melibatkan graduan, garis panduan gaji pokok permulaan merangkumi MASCO 1 hingga MASCO 3 yang melibatkan lepasan ijazah, diploma,

draft • 11:30 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap 5, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4 dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3. Bagi pekerjaan separuh mahir, garis panduan gaji pokok permulaan ini merangkumi MASCO 4 hingga MASCO 8 yang melibatkan kelulusan menengah, lepasan menengah, SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2.

Pada masa yang sama, KESUMA akan meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] dengan memasukkan elemen kelayakan tahap pendidikan bagi membolehkan pembayaran gaji minimum graduan diwajibkan pada masa hadapan berikutan akta sedia ada, belum mempunyai peruntukan khusus bagi penetapan gaji minimum berdasarkan tahap pendidikan.

Secara keseluruhannya, matlamat KESUMA adalah untuk membangunkan struktur gaji yang lebih jelas berdasarkan kelayakan dan kemahiran. Sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk mencapai sasaran penengah gaji ringgit Malaysia RM3,500 dan sumbangan pampasan pekerja, compensation of employees (CE) kepada keluaran dalam negeri kadar (KDNK) sebanyak 40 peratus menjelang 2030.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuantan.

draft • 11:30 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Jadi yang pertamanya soalannya adalah, adakah kerajaan telah mengambil langkah mengadakan libat urus dengan IPTA, IPTS agar program-program yang ditawarkan di universiti itu sesuai dengan tuntutan pasaran kerja di lapangan. Dan yang keduanya, adakah kerajaan telah membuat persiapan berkaitan dengan kenaikan gaji minimum ini terdapat syarikat-syarikat menurunkan syarat untuk perjawatan agar mereka ini dapat membayar dengan nilai seperti mana syarat- syarat, contohnya sepatutnya gaji ijazah, tetapi apabila syarat gaji graduan ini RM3000, mereka turun perjawatan pergi kepada SPM, STPM ataupun diploma.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua soalan. Satu berkaitan keberkesanan gerakan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian.

Kedua berkaitan dengan bagaimana cara untuk kita mengawal selia berkenaan dengan gaji minimum yang telah dibentangkan baru-baru ini.

draft • 11:30 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Di pihak jabatan— JTM, kita mengukur keberkesanan program latihan yang dilaksanakan melalui pelbagai kerangka.

(i) kita melihat kesesuaian standard dan kandungan latihan dengan keperluan industri, industry driven;

(ii) penggunaan NOSS yang telah saya terangkan tadi hampir 2000 lebih NOSS sebagai asas pembangunan kokurikulum;

(iii) penglibatan pihak industri dalam penyediaan dan pelaksanaan latihan itu sendiri;

(iv) keseimbangan antara komponen teori dan praktikal.

Inilah wujudnya program akademik dalam industri supaya ia bukan sahaja dilakukan secara teori, tetapi juga praktikal diambil berat. Pelaksanaan latihan dalam suasana tempat kerja, peningkatan kemahiran berserta dalam bidang teknologi baharu.

Akhir sekali yang paling penting bagi pihak kementerian adalah keupayaan pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan tugas dan teknologi semasa.

Berkenaan dengan soalan kedua, seperti yang saya telah terangkan tadi.

KESUMA akan meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] dengan memasukkan elemen kelayakan tahap pendidikan. Apabila elemen ini telah dimasukkan, maka pihak majikan tidak boleh dengan sebarang— tidak boleh dengan senang menidakkan perjawatan itu berdasarkan kelulusan pekerja yang di bawah syarikat itu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Kesihatan di nombor 22 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-Menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Dasar yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 29 Oktober 2026.” Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi oleh Menteri hendaklah disetujukan.

draft • 11:30 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [27 Oktober 2026]

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita sambung penggulungan hari ini. Dengan itu saya menjemput Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab, silakan. Yang Berhormat ada 45 minit.

draft • 11:30 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu, izinkan saya untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan juga terima kasih kepada kerajaan MADANI khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan atas peruntukan sebanyak RM2.5 bilion kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

(NRES) melalui Belanjawan 2027.

Jumlah ini merangkumi peruntukan mengurus sebanyak RM1.6 bilion dan peruntukan pembangunan sebanyak RM910.02 juta. Ini merupakan peningkatan

draft • 11:38 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

keseluruhan sebanyak 5.1 peratus berbanding tahun 2026 dan ini sekali gus telah mencerminkan keyakinan dan juga komitmen kerajaan terhadap peranan strategik NRES dalam memacu pembangunan negara yang mampan dan berdaya tahan.

Berteraskan tema Belanjawan 2027, “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, peningkatan peruntukan ini bukan sekadar untuk mencerminkan pertambahan sumber kewangan, malah membawa mesej yang lebih besar tentang hala tuju pembangunan negara.

draft • 11:38 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Kita mahu Malaysia terus melangkah maju mencipta peluang ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Namun, pada masa yang sama, kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara khazanah alam yang menjadi warisan dan amanah kepada generasi akan datang.

Dalam hal ini, NRES akan terus memperkukuh usaha pengurusan alam sekitar, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, pemeliharaan serta pemuliharaan hutan dan biodiversiti, pembangunan sumber mineral secara mampan serta pemerkasaan tadbir urus, tanah ukur dan geospatial.

Kesemua bidang ini merupakan komponen yang penting dalam memastikan pembangunan negara dilaksanakan secara seimbang, secara bertanggungjawab dan berpandangan jauh. Matlamat kita ialah jelas, untuk memastikan kemajuan ekonomi tidak mengorbankan kelestarian alam dan usaha memelihara alam pula terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

Inilah keseimbangan yang ingin untuk kita jayakan agar generasi hari ini dapat menikmati manfaat pembangunan sementara generasi akan datang turut mewarisi alam sekitar yang sihat, sumber asli yang terpelihara dan negara yang lebih berdaya tahan.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 29 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 yang menyentuh bidang tugas dan tanggungjawab NRES. Saya menghargai setiap pandangan, teguran, cadangan dan persoalan yang telah dikemukakan.

Perbahasan yang berlangsung bukan sahaja mencerminkan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap isu sumber asli dan kelestarian alam, malah turut memperlihatkan komitmen bersama untuk memastikan dasar, program dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberikan manfaat yang jelas kepada rakyat.

draft • 11:40 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Saya mengambil maklum bahawa pelbagai perkara penting telah dibangkitkan merangkumi cabaran pengurusan alam sekitar, kesan perubahan iklim, pembangunan sumber mineral, perlindungan biodiversiti dan pengurusan hutan serta tadbir urus tanah.

Setiap isu mempunyai kepentingannya tersendiri dan memerlukan perhatian yang serius dan pendekatan yang menyeluruh serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan juga negeri di antara pemain industri dan juga masyarakat.

Sehubungan dengan itu, izinkan saya untuk memberikan penjelasan dan maklum balas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan membahagikannya kepada lima kategori fokus utama iaitu; perubahan iklim, isu mineral dan geosains, isu biodiversiti dan perhutanan, isu alam sekitar dan isu pengurusan tanah.

Saya berharap penjelasan yang diberikan dapat memperincikan pendirian serta langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh NRES dalam menangani isu-isu yang berkaitan.

Saya bermula dengan kategori isu pertama iaitu berkaitan dengan perubahan iklim. Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Wangsa Maju telah membangkitkan isu berkaitan kesiapsiagaan dan daya tahan negara dalam menghadapi fenomena El Nino serta cuaca panas ekstrem termasuk pengukuhan sistem amaran awal, langkah pengurangan risiko bencana, kerjasama serantau ASEAN serta cadangan penerapan pendidikan kesiapsiagaan bencana dan perubahan iklim di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga komuniti.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan unjuran semasa, fenomena El Nino yang berada pada tahap kuat dijangka untuk terus mengukuh kepada kategori sangat kuat antara November 2026 hingga ke Januari 2027 dan berpotensi untuk berterusan sehingga Mei 2027.

Selain itu, terdapat kebarangkalian melebihi 80 peratus bahawa intensiti El Nino bagi tempoh Oktober hingga ke Disember 2026 akan melebihi kekuatan kejadian El Nino yang terdahulu, yang direkodkan sejak tahun 1950. Perkembangan ini tertakluk kepada perubahan keadaan lautan dan atmosfera serta akan terus dipantau secara berterusan.

Menjelang penghujung monsun timur laut pada Januari 2027 hingga Mei 2027, fenomena El Nino yang sangat kuat ini berpotensi menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering dan panas melampau dengan suhu maksimum, berkemungkinan boleh mencecah 40 darjah Celsius, khususnya di kawasan utara

draft • 11:40 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

dan pedalaman Semenanjung Malaysia serta beberapa kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Fenomena ini juga dijangka meningkatkan risiko pengurangan taburan hujan, khususnya antara bulan Januari hingga Mac 2027 dengan kesan yang berpotensi lebih ketara di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan di negeri Sabah.

Kekurangan taburan hujan berpotensi mencecah sehingga 40 peratus di kawasan ini berbanding purata climatology. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kemarau, gangguan sumber air, cuaca panas yang ekstrem, gelombang haba serta kebakaran hutan dan tanah gambut...

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri, Tenggara sedikit sahaja mahu tanya.

draft • 11:40 AM

Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Ya, silakan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ini sebut banyak berkaitan dengan perubahan iklimlah, climate change. Jadi, saya Tenggara nak tahu sahajalah, apakah status pelaksanaan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara ini sebab mungkin dia perlu dilaksanakan dengan lebih cepatlah daripada yang kita hendakkan? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Jawapan itu ada dalam teks penggulungan saya dalam Bahagian Alam Sekitar yang saya akan datang pada nanti.

Sehubungan itu, NRES melalui Jabatan Metrologi Malaysia ataupun METMalaysia terus memperkukuh sistem pemantauan dan amaran awal secara berterusan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan memanfaatkan data cerapan metrologi, imej satelit, radar cuaca serta model ramalan cuaca dan iklim.

Antara langkah kesiapsiagaan utama yang dilaksanakan adalah termasuk; yang pertama, pemantauan dan pengemaskinian status El Nino Southern Oscillation ataupun ENSO setiap bulan serta perkembangan Indian Ocean Dipole (IOD) dan monsun bagi menilai potensi kesannya terhadap corak cuaca negara.

Yang kedua, pengeluaran pemakluman dan amaran cuaca panas serta gelombang haba termasuk pemakluman kejadian tujuh hari berturut-turut tanpa hujan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi berkaitan.

Yang ketiga, penyediaan ramalan bahaya kebakaran hutan dan tanah gambut melalui Fire Danger Rating System (FDRS) sehingga tujuh hari ke hadapan serta ramalan jerebu menggunakan Community Multiscale Air Quality ataupun MyCMAQ.

draft • 11:40 AM

Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Yang keempat, penyampaian maklumat dan amaran cuaca melalui portal rasmi METMalaysia, aplikasi MyCuaca, media massa dan media sosial serta taklimat kepada agensi pengurusan bencana di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah.

Yang kelima, kesiapsiagaan untuk membuat Operasi Pembenihan Awan ataupun OPA dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan TUDM sekiranya diperlukan dan tertakluk kepada kesesuaian keadaan atmosfera.

Pada tahun ini sahaja, setakat ini kita telah melaksanakan 63 penerbangan OPA berbanding dengan hanya satu pada tahun yang lalu.

Selain itu, METMalaysia turut memperkukuh perkongsian data dan maklumat ramalan dengan perkhidmatan metrologi negara anggota ASEAN termasuk melalui ASEAN Specialized Meteorological Center (ASMC) bagi meningkatkan kesiapsiagaan serantau terhadap risiko kemarau, kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan.

Dalam aspek kesedaran awam, kerajaan mengambil maklum cadangan YB Tumpat untuk memperkukuh penerapan pengetahuan serta kemahiran kesiapsiagaan bencana dan perubahan iklim di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti.

draft • 11:40 AM

Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Cadangan ini wajar diteliti bersama kementerian dan agensi berkaitan supaya masyarakat bukan sahaja memahami risiko perubahan iklim malah mempunyai keupayaan untuk bertindak ketika menghadapi bencana.

Kerajaan akan terus memberikan keutamaan kepada pemantauan berasaskan sains, penyampaian amaran awal yang berkesan serta penyelarasan tindakan antara agensi bagi memperkukuhkan daya tahan negara, melindungi keselamatan serta kesejahteraan rakyat daripada kesan cuaca ekstrem.

Yang Berhormat Temerloh telah membangkit...

draft • 11:50 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang, Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Silakan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah tindakan kerajaan sekiranya berlaku kemarau ataupun El Nino secara serius? Apakah trigger point yang akan digunakan untuk kita mengisytiharkan darurat kerana kalau dalam kebiasaannya ketika banjir kita faham paras air, tapi kalau untuk El Nino ini kita tak ada pengalaman yang lebih banyak. Itu yang pertama.

draft • 11:50 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang kedua, dari segi unjuran kawasan yang terlibat di seluruh Malaysia, adakah Parlimen-parlimen telah pun dikenal pasti dan apakah juga persediaan antara jabatan-jabatan untuk mewujudkan pasukan khas bagi menghadapi keadaan yang dijangka sangat kritikal ini? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat atas soalan yang bagus. Bagi keadaan seperti jerebu, kita ada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, tetapi kita belum ada lagi pelan tersebut untuk situasi seperti banjir ataupun kemarau. Maka inilah sesuatu yang akan dibawa kepada Majlis Pengurusan Bencana Negara nanti supaya selain daripada pelan tindakan berkaitan dengan jerebu, kita juga akan ada pelan tindakan berkaitan dengan banjir dan juga kemarau.

Terima kasih atas cadangan tersebut.

Sekarang saya beralih kepada soalan daripada Yang Berhormat Temerloh yang telah membangkitkan cadangan pelaksanaan cukai karbon secara berfasa ke atas industri yang mempunyai pelepasan gas rumah kaca yang tinggi termasuk langkah kerajaan bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan daya saing industri dan tidak membebankan pengguna.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan kekal komited dalam menangani cabaran perubahan iklim melalui pelaksanaan dasar dan strategi jangka panjang yang menyeluruh, selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca atau GHG sifar bersih menjelang tahun 2050 di samping memastikan keseimbangan antara kelestarian alam dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Malaysia telah mengemukakan Nationally Determined Contributions atau NDC 3.0 kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim atau juga dikenali sebagai UNFCCC pada Oktober 2025 dan menetapkan sasaran pengurangan pelepasan GHG secara mutlak antara 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara menjelang tahun 2030.

Sasaran ini merupakan antara langkah yang penting dalam memperkukuh tindakan mitigasi perubahan iklim negara dan sekali gus menyokong peralihan Malaysia ke arah pembangunan ekonomi rendah karbon yang mampan dan berdaya saing. Dalam aspek perundangan, kerajaan turut mengambil langkah untuk menggubal Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara ataupun RUUPIN yang baru sebentar tadi ditanya oleh YB Tenggara bagi menyediakan kerangka perundangan yang lebih menyeluruh untuk mengarusperdanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

RUUPIN ini antara lain akan memperkukuh mekanisme pengukuran, pelaporan dan pengesahan pelepasan GHG di samping meningkatkan ketelusan serta akauntabiliti pelaksanaan komitmen iklim negara. Pelaksanaannya juga dirangka secara berperingkat dengan mengambil kira tahap kesiapsiagaan industri agar peralihan kepada ekonomi rendah karbon tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Pelaksanaan cukai karbon perlu dilakukan secara cermat dan berperingkat setelah RUUKIN maaf, RUUPIN dan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Perubahan Iklim atau RUU IKLIM diluluskan, diwartakan serta kerangka pelaksanaannya beroperasi dengan berkesan. NRES akan terus memberikan kerjasama dan input teknikal kepada Kementerian Kewangan bagi memastikan pelaksanaan sebarang instrumen berkaitan penetapan harga cukai karbon adalah selaras dengan dasar serta komitmen perubahan iklim negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya beralih kepada kategori yang kedua iaitu berkaitan isu biodiversiti dan perhutanan. Yang Berhormat Kinabatangan tidak ada dalam Dewan, jawapannya agak panjang, dengan izin Speaker, saya akan beralih kepada soalan yang seterusnya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, bagi jawapan bertulis.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Soalan yang seterusnya adalah, daripada Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Gerik ada dalam Dewan?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Sekiranya tidak ada dengan izin, saya akan beralih kepada soalan yang seterusnya untuk menjimatkan masa.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Yang Berhormat Baling dan Sik ada dalam Dewan?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Ada, okey izinkan saya menjawab soalan berkaitan...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Tak ada?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Okey, dengan izin saya akan beralih kepada soalan yang seterusnya. Yang— okey, saya beralih kategori yang ketiga berkaitan dengan isu mineral dan geosains— soalan daripada Yang Berhormat Larut, tidak ada.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Yang Berhormat Julau?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Pun tidak ada. Sekiranya maklumat tidak ingin diketahui oleh Yang Berhormat yang ada dalam Dewan, saya akan beralih kepada soalan yang seterusnya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dak, saya Yang Berhormat Menteri, Puan Yang di-Pertua, saya ada soalan mengenai mineral khususnya REE dalam ucapan saya. Boleh saya sebutkan ya?

Saya bertanya kepada pihak Menteri berhubung dengan kementerian ini bertanggungjawab kepada segmen upstream dan juga memastikan standard alam sekitar, manakala MITI, midstream dan downstream.

Persoalan saya ialah, apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam bidang ataupun segmen yang dipertanggungjawabkan kepada NRES dan kita berharap agar kerajaan khususnya kementerian yang terlibat termasuk NRES dapat melaksanakan pembangunan REE dengan secepatnya supaya kita mendapat pendapatan yang besar untuk negeri-negeri yang ada simpanan REE dan juga negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya nampak dalam senarai, Yang Berhormat Kubang Pasu tidak ada menyertai perbahasan berkaitan dengan isu-isu dengan NRES, tetapi soalan yang ditanya itu juga kebetulan...

draft • 11:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ucapan saya ada dalam ucapan belanjawan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Okey.

draft • 11:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya sebut NRES. Mungkin pegawai tak ambil.

[Ketawa]

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Okey, saya boleh jawab sekali sebab soalan ini juga berkaitan dengan soalan daripada YB Larut juga Julau yang tidak ada.

Saya juga ingin memasukkan dalam Hansard sekiranya Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan, jangan risau sebab saya masih akan membekalkan jawapan secara bertulis.

Okey, berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh YB Kubang Pasu sebentar tadi, hak perlombongan dan kutipan royalti mineral adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati prinsip federalisme serta memperkukuhkan penyelarasan bekerjasama di antara negeri melalui platform yang sedia ada iaitu Majlis Mineral Negara.

Pada masa yang sama, kerajaan komited untuk membangunkan keseluruhan rantaian nilai industri REE daripada, mulai daripada aktiviti perlombongan sehingga ke pemprosesan, sehingga ke penghasilan produk hiliran yang bernilai tinggi.

Pendekatan ini penting bagi memastikan negeri-negeri pengeluar dapat memperoleh manfaat melalui kutipan royalti, pelaburan dan peluang pekerjaan, manakala rakyat Malaysia secara keseluruhannya boleh menikmati limpahan ekonomi melalui pembangunan industri pemindahan teknologi dan peningkatan hasil negara.

Bagi memperkukuh pembangunan industri REE dalam negara kita, antara langkah utama yang sedang dilaksanakan adalah termasuk yang pertama, penyediaan prosedur operasi standard ataupun SOP berkaitan dengan perlombongan REE bagi memastikan bahawa aktiviti perlombongan dilaksanakan secara teratur, secara bertanggungjawab dan lestari.

Yang kedua, kerajaan juga telah menubuhkan special taskforce hala tuju pembangunan industri REE yang diterajui oleh NRES dan dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bagi membincangkan mengenai pembangunan industri ini secara lebih menyeluruh.

Yang ketiga, peruntukan sebanyak RM38.49 juta di bawah RMK13 telah diperuntukkan bagi melaksanakan pemetaan sumber REE untuk mendapatkan data sumber mineral yang lebih terperinci termasuk mengenal pasti sumber yang berpotensi untuk dilombong dan menyokong perancangan serta menarik pelaburan.

Yang keempat, penilaian terhadap insentif dan mekanisme pembiayaan yang bersesuaian bagi menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat dalam aktiviti huluan REE.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Kelima, pengukuhan kerjasama penyelidikan dan pembangunan R&D dengan pihak dalam dan luar negara khususnya dalam pembangunan teknologi pelombongan dan pemprosesan REE.

Keenam, penambahbaikan Dasar Larangan Pengeksportan Bahan Mentah REE melalui penyediaan garis panduan yang membenarkan pengeksportan secara bersyarat bagi tujuan R&D serta pemprosesan bagi menyokong pembangunan teknologi dan memperkukuh rantaian nilai industri tempatan.

Kerajaan berpandangan bahawa pembangunan industri REE tidak seharusnya tertumpu pada aktiviti pengeluaran bahan mentah semata-mata, sebaliknya perlu memberikan penekanan kepada penguasaan teknologi pemprosesan, pembangunan industri hiliran dan penghasilan produk yang bernilai tinggi. Kerana matlamat kerajaan adalah untuk memastikan kekayaan sumber mineral negara diurus secara mampan memberikan pulangan yang adil kepada negeri pengeluar serta menjana manfaat ekonomi yang lebih luas kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beralih kepada soalan seterusnya daripada YB Penampang. Saya nampak juga tidak ada dalam Dewan.

draft • 11:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi Yang Berhormat Menteri. Boleh tak bagi pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri sebab you kena— dah langkah banyak jadi ada masa lagilah.

Apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang ada negeri yang simpanan REE-nya terdapat dalam forest reserve— simpanan hutan? Ini salah satu halangan yang agak besar. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri dalam perkara ini untuk kita selesaikan?

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Pandangan saya juga selaras dengan pandangan kementerian iaitu Hutan Simpan Kekal itu tidak dibenarkan untuk apa- apa aktiviti perlombongan kerana kita perlu mengutamakan kelestarian dan pemuliharaan kawasan hutan simpan, tetapi sekiranya kerajaan boleh mewartakan keluar kawasan hutan simpan itu dan pergi replace atau kasi ganti dengan kawasan yang sama luas, maka digazetkan keluar, maka bolehlah aktiviti perlombongan dilakukan dalam kawasan yang tersebut.

Okey dengan itu...

draft • 11:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas keminatan YB Berhormat dalam isu-isu kementerian ya.

draft • 11:50 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Yang Berhormat Menteri daripada Gerik, Gerik.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Silakan.

draft • 11:50 AM

Seorang Ahli

Baru sampai ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada bahas juga berkenaan dengan isu penanaman hutan.

Dia ada kaitan juga dengan pembalakan dengan pengambilan hasil bumi seperti timah dan juga REE ini.

Kita tahu yang REE ini adalah satu hasil bumi yang sangat bernilai untuk negara. Jadi, pada masa depan mungkin kerajaan akan benarkan juga kita ambil REE daripada kawasan hutan simpan dan sebagainya. Namun, apa yang kita tengok, sebenarnya kerajaan perlu perhati juga kawasan-kawasan lain yang telah ditebang balak dan sebagainya untuk kita tanam semula hutan secara serius supaya ianya ada jadi ada hutan ganti dan sebagainya.

Sebab kita tengok sekarang ini, bila ada pembalakan ke, bila ada perlombongan dan sebagainya, dia punya pemulihan itu tidak dilaksanakan secara betul-betul. Jadi, kita minta apa pandangan Menteri tentang perkara itu?

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Pandangan saya Yang Berhormat Gerik adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa pengurusan tanah dan hutan simpan ini adalah sebenarnya di bawah kerajaan negeri.

Jadi, kerajaan negeri juga kena memastikan sekiranya kawasan hutan itu dikeluarkan, projek untuk penanaman semula, pemuliharaan semula kerajaan negeri kena pastikan supaya siapa-siapa yang telah dilantik itu akan memastikan syarat itu sentiasa dipenuhi supaya boleh mencapai keperluan untuk kita menanamkan semula atau pun menggantikan semula kawasan hutan yang telah dikeluarkan itu.

Saya beralih kepada isu kategori yang keempat, berkaitan dengan alam sekitar.

Yang Berhormat Muar tidak ada dalam Dewan. Sabak Bernam?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Tidak ada. Kuala Nerus atau Bagan?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus ada.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Kuala Nerus, okey. Terima kasih yang telah bertanya berkaitan dengan keberkesanan kerjasama diplomatik dan mekanisme

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

ASEAN dalam menangani isu pencemaran jerebu merentas sempadan termasuk cadangan tindakan diplomatik yang lebih tegas, pemantauan titik panas, penguatkuasaan serta penubuhan pasukan petugas khas bagi operasi pemadaman kebakaran secara bersama.

Kerajaan memandang serius kejadian pencemaran jerebu merentas sempadan yang berulang saban tahun. Malaysia akan terus memperkukuh pendekatan diplomatik secara tegas dan proaktif melalui hubungan dua hala dengan negara jiran serta mekanisme kerjasama ASEAN bagi memastikan tindakan pencegahan dan pemadaman kebakaran dilaksanakan dengan lebih berkesan di kawasan punca.

Antara tindakan-tindakan diplomatik yang telah dilaksanakan adalah termasuk: yang pertama, mengetengahkan cadangan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan semasa Mesyuarat Ke-27 Technical Working Group dan Sub- Regional Ministerial Steering Committee pada 9 Julai di Indonesia.

Yang kedua, kita telah mengemukakan surat kepada Setiausaha Agung ASEAN pada 21 Ogos 2026 bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia dan menggesa tindakan serantau yang lebih proaktif.

Yang ketiga, saya telah mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan rakan sejawat saya Menteri Lingkungan Hidup Republik Indonesia bagi membincangkan perkembangan situasi jerebu, persediaan menghadapi El-Nino dan keperluan untuk mempercepatkan usaha pemadaman kebakaran.

Dari aspek kerjasama operasi, Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan atau pun AATHP telah menyediakan mekanisme bantuan bersama termasuk mobilisasi anggota, kepakaran dan aset pemadaman kebakaran melalui Artikel 12 hingga 15 serta tatacara ASEAN Standard Operating Procedure for Monitoring Assessment and Joint Emergency Response. Justeru, kerajaan telah memberi keutamaan kepada pengukuhan mekanisme yang sedia ada, termasuk mempercepat pengoperasian sepenuhnya ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control berbanding mewujudkan pasukan petugas baharu yang berpotensi menyebabkan pertindihan fungsi.

Bagi memastikan keberkesanan kerjasama serantau, Malaysia turut memanfaatkan pemantauan maklumat titik panas dan pergerakan asap jerebu oleh ASEAN Specialised Meteorological Center (ASMC) di samping perkongsian

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

maklumat dan sistem risiko bahaya kebakaran iaitu melalui Fire Danger Rating System. Melangkah ke hadapan, Malaysia akan meneruskan perbincangan mengenai cadangan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan semasa Mesyuarat Ke-21 Meetings of the Committee and Conference of The Parties kepada ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution yang dijadualkan pada Disember 2026 di Vietnam, serta memanfaatkan peranan sebagai Tuan Rumah dan Pengerusi Mesyuarat Ke-28 TWG dan Sub-Rregional MSC pada tahun 2027.

Kerajaan menegaskan bahawa keberkesanan kerjasama ASEAN bukan sekadar diukur melalui komitmen dan rundingan di peringkat serantau, tetapi melalui tindakan nyata dalam mencegah kebakaran, memperkukuh penguatkuasaan dan memastikan pemadaman segera dilaksanakan di kawasan-kawasan punca.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan masalah jerebu merentas sempadan tidak terus berulang dan menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Soalan yang seterusnya daripada Yang Berhormat Muar.

draft • 12:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri, Tuan Speaker. Penjelasan sikitlah.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Silakan.

draft • 12:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Pertama saya ucap tahniahlah, terima kasih kepada Menteri yang telah mengambil perjalanan, perbincangan sebegitu komprehensif dengan pihak negara jiran kita. Persoalannya ialah apakah respons tuan rumah itu sendiri iaitu negara Indonesia terhadap cadangan-cadangan kita dan apakah tindakan yang telah diambil sebab perkara ini berlaku setiap tahun dan perkara yang berulang sebegini sepatutnya sudah ada suatu tindakan pencegahan di peringkat Kerajaan Indonesia. Kita boleh bincang tapi responsnya sebenarnya bagaimana dalam perjumpaan-perjumpaan kita. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Setelah beberapa perbualan dan juga mengutus surat secara rasmi, kita telah menawarkan bantuan perkhidmatan negara kita daripada segi aset dan juga manpower, tetapi kita juga perlu menghormati kedaulatan undang-undang setiap negara di mana kita tidak boleh memasuki negara tersebut tanpa ada keizinan.

Maka dengan itu setakat ini kita masih lagi bersedia untuk menawarkan bantuan tersebut, tetapi apabila kita nampak kepada perkembangan cuaca

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

sekarang, syukur dalam beberapa hari ini buat pertama kali sejak bulan Ogos kita kini boleh menikmati langit yang berwarna biru, sejak bulan Ogos.

Ini adalah hasil daripada perubahan tiupan angin. Sebelum ini Monsun Barat Daya yang membawa angin daripada sebelah selatan naik ke sebelah utara, tetapi sejak beberapa hari yang lalu, kita nampak bahawa ada perubahan angin daripada timur–utara yang telah menolak jerebu itu ke kawasan selatan dan keluar daripada ruang udara Malaysia, tetapi walau bagaimanapun, tawaran bantuan itu masih ada sekiranya diperlukan oleh rakan jiran negara kita.

draft • 12:10 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, izinkan saya mengambil dua minit untuk saya alu-alukan anak-anak saya daripada Pulau Langkawi dan saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar Tahun 6 dan guru-guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Temonyong, Langkawi.

Saya berharap agar dengan lawatan ini mereka akan dapat menceritakan di pulau legenda bagaimana perjalanan di Parlimen ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi dan selamat datang kepada pelajar-pelajar sekolah.

Soalan yang seterusnya daripada Yang Berhormat Muar, Bukit Bendera, Batang Lupar, Kota Melaka, Bagan?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Batang Lupar atas, Saratok?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Saya akan menjawab soalan daripada Batang Lupar, terima kasih. Berkaitan dengan cadangan penggubalan undang- undang khusus bagi menangani pencemaran jerebu merentas sempadan dan tindakan terhadap syarikat yang bertanggungjawab.

Kementerian telah beberapa kali meneliti kewajaran penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan seperti yang dilaksanakan oleh negara jiran. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya mempunyai cabaran khususnya daripada aspek bidang kuasa, pengumpulan dan pembuktian bukti di luar negara, penentuan liabiliti syarikat serta implikasi terhadap kedaulatan negara lain.

Berhubung dakwaan penglibatan syarikat Malaysia dalam aktiviti pembakaran di Indonesia, kementerian NRES bersama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi telah meneliti perkara tersebut dan berdasarkan penelitian setakat ini, belum terdapat bukti kukuh yang mengesahkan penglibatan

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

syarikat perladangan berkaitan Malaysia sebagai pihak yang menyebabkan kebakaran berkenaan.

Mengenai cadangan sekatan pembiayaan terhadap syarikat yang terbukti bertanggungjawab, perkara ini memerlukan penelitian lanjut khususnya daripada aspek asas perundangan, standard pembuktian, bidang kuasa dan implikasi terhadap sektor kewangan.

Berhubung cadangan untuk tuntutan pampasan dan ganti rugi pula, Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan pada masa ini tidak memperuntukkan mekanisme khusus bagi tuntutan pampasan antara negara. Walau bagaimanapun kerajaan terbuka untuk meneliti kesesuaian mekanisme perundangan lain yang tertakluk kepada asas undang-undang di peringkat antarabangsa.

Dalam aspek ini, kajian komprehensif terhadap kerugian ekonomi akibat jerebu termasuk kesannya terhadap kesihatan awam, produktiviti dan aktiviti ekonomi adalah penting sebagai asas saintifik dan ekonomi bagi pertimbangan dasar serta tindakan susulan.

Sementara itu, cadangan bantuan kewangan kepada rakyat yang terjejas khususnya pekerja sektor gig serta penubuhan Tabung Bencana Jerebu memerlukan penelitian lanjut bersama kementerian dan agensi berkaitan dengan mengambil mekanisme bantuan sedia, keperluan sebenar serta implikasi kewangan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama penguatkuasaan melalui saluran dua hala dan ASEAN termasuk menggalakkan pelaksanaan prinsip polluter pays sebagaimana digariskan dalam Second ASEAN Haze-Free Roadmap 2023 hingga ke 2030 di bawah AATHP.

Pendirian kerajaan adalah jelas bahawa mana-mana pihak yang terbukti bertanggungjawab menyebabkan pencemaran jerebu perlu dikenakan tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa. Pada masa yang sama kerajaan akan terus meneliti mekanisme yang bersesuaian bagi memperkukuhkan prinsip kebertanggungjawaban pencemar serta melindungi kepentingan rakyat yang terjejas.

Dalam membangkitkan pula isu berkaitan untuk memperkukuh sistem pemantauan kualiti udara dan juga amaran awal jerebu termasuk cadangan pembinaan stesen pengawasan kualiti udara di bahagian Betong, Sarawak untuk memastikan penduduk khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

memperoleh maklumat kualiti udara yang tepat. Soalan daripada YB Betong dan Lubok Antu. Terima kasih atas kehadiran.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Alam Sekitar melaksanakan pemantauan kualiti udara secara berterusan menerusi Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar ataupun Environmental Quality Monitoring Programme (EQMP) yang melibatkan 68 stesen pemantauan kualiti udara automatik di seluruh negara termasuk 13 stesen di Sarawak.

Pemantauan ini disokong oleh METMalaysia melalui pemantauan cuaca dan iklim secara berterusan, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu termasuk penggunaan Fire Danger Rating System bagi meramalkan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut sehingga tujuh hari ke hadapan serta Model Community Multi-scale Air Quality (MyCMAQ) bagi meramalkan kualiti udara dan pergerakan asap jerebu.

Selain itu, tindakan pemantauan turut diperkukuh melalui perkongsian maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Center berkaitan titik panas, pergerakan asap jerebu dan ramalan cuaca serantau bagi membolehkan langkah kesiapsiagaan dilaksanakan secara lebih awal.

Bagi kawasan Betong, Stesen Sri Aman merupakan stesen pemantauan sedia yang terdekat. Penentuan lokasi stesen ini dibuat berdasarkan Garis Panduan Teknikal dan Standard Antarabangsa termasuk panduan daripada United States Environmental Protection Agency dengan mengambil kira skala ruang pemantauan seperti berikut.

Yang pertama, skala kejiranan ataupun neighborhood scale daripada 0.5 hingga ke 4 kilometer radius digunakan bagi mewakili bacaan kualiti udara setempat di kawasan penempatan, komersial dan institusi.

Yang kedua adalah skala bandar ataupun urban scale iaitu dalam radius 4 hingga ke 50 kilometer radius digunakan bagi memberikan gambaran kualiti udara keseluruhan di peringkat bandar raya.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Dan yang ketiga adalah, skala serantau atau regional scale, liputan lingkungan radius sehingga 100 kilometer. Ini terpakai khas untuk pemantauan pergerakan jerebu rentas sempadan secara makro, namun tidak sesuai untuk kegunaan pengurusan kualiti udara setempat.

Oleh yang demikian, bagi insiden jerebu merentasi sempadan, skala serantau yang meliputi lingkungan radius 100 kilometer dari Stesen Sri Aman boleh digunakan untuk status kualiti udara (IPU) bagi kawasan Betong. Walau

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

bagaimanapun, kementerian mengambil maklum bahawa data daripada stesen tersebut mempunyai keterbatasan dari segi liputan spatial dan kebolehwakilan data dalam mencerminkan keadaan sebenar kualiti udara di Betong secara lebih khusus.

Justeru kerajaan meneliti cadangan pembinaan sebuah stesen pengawasan kualiti udara di bahagian Betong, Sarawak bagi memperluas liputan pemantauan serta meningkatkan ketepatan dan kebolehwakilan data kualiti udara di kawasan berkenaan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Pada masa yang sama, kerajaan juga akan terus memastikan pemantauan kualiti udara di Sarawak dilaksanakan secara berterusan melalui rangkaian stesen yang sedia ada peralatan mudah alih, data satelit serta maklumat meteorologi. Keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan sistem pemantauan dan amaran awal jerebu terus diperkukuh agar maklumat kualiti udara yang tepat dapat disalurkan kepada seluruh rakyat termasuk masyarakat luar bandar dan pedalaman bagi membolehkan tindakan perlindungan diambil sebelum keadaan menjadi lebih serius.

draft • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Saya ambil maklum juga bahawa Ahli Yang Berhormat yang berkaitan sedang berada dalam Dewan, jadi saya akan menjawab soalan bagi YB yang hadir dalam Dewan secara lebih terperinci sebagai tanda terima kasih dan penghormatan kepada Ahli Yang Berhormat yang hadir untuk mendengar penggulungan saya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Menteri...

draft • 12:20 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, Yang di-Pertua, saya juga semasa perbahasan membangkitkan isu jerebu ini dan saya beri nama-nama anak-anak yang ibu-ibu mereka menghantar kepada saya, anak mereka ini sekarang ini mengalami kesesakan nafas. Jerebu ini juga mereka memohon supaya yang bekerja work from home semasa jerebu dan pelajar-pelajar juga mereka minta supaya online class diadakan. Kita pasti pada tahun depan akan ada juga yang sama akan berlaku dan apakah kementerian akan membuat satu ketetapan supaya bila berlaku jerebu, asal mula sahaja, kita work from home atau online class. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Menteri boleh? Saya sekadar hendak bertanya sama ada jawapan daripada kementerian— ada tidak berkaitan dengan pembakaan secara haram terutamanya di negeri Selangor,

draft • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

khususnya di kawasan saya. Mungkin kalau ada, kalau tidak sempat, jawapan secara bertulis. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Okey, terima kasih. Secara ringkas Yang Berhormat, kita ada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan kalau kita ikut kepada pelan tersebut, sekiranya indeks pencemaran udara lebih daripada 100, masuk kepada kategori tidak sihat, aktiviti-aktiviti luar akan diberhentikan. Sekiranya ia lebih daripada 200 IPU ke atas, maka sekolah dan institusi akan diarah untuk ditutup.

Untuk tahun hadapan, belum pasti dan kita harap tidak akan berlaku sebab pada tahun ini fenomena cuaca kita adalah agak luar biasa dengan fenomena super El Nino dan juga cuaca kering dan panas yang lebih tinggi berbanding dengan tahun- tahun sebelum ini. Maka kebetulan selepas saya, akan digulung oleh Kementerian Pendidikan, maka saya tidak akan ‘makan kuasa’ ataupun ambil alih kuasa Kementerian Pendidikan untuk menjawab berkaitan bagi pihak sekolah dan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, jangan risau tidak hadir dalam Dewan, saya akan memberikan jawapan secara bertulis.

Saya kelai lagi...

draft • 12:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Yang Berhormat, Betong. Sedikit sahaja.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih di atas jawapan. Saya hendak tahu berapa kos stesen automatik itu, itu sahaja.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulis.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Okey, saya boleh membekalkan jawapan secara bertulis.

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil, yang telah menyertai perbahasan khususnya membangkitkan isu yang berkaitan dengan NRES. Terima kasih Tuan Speaker, dan dengan ini saya menggulung secara rasmi. Sekian dan terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab.

draft • 12:20 PM

Menteri Pendidikan - Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Tuan Speaker. Izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan memanjatkan setinggi syukur dan merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 di peringkat dasar.

Dalam menterjemahkan komitmen teguh dan berterusan Kerajaan MADANI terhadap agenda pembangunan model insan, Belanjawan 2027 telah memperuntukkan jumlah peruntukan yang tertinggi kepada KPM, iaitu hampir RM69 bilion. Jumlah ini merupakan satu peningkatan berbanding RM66.2 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2026.

Belanjawan Kementerian Pendidikan 2027 memberikan tumpuan kepada tiga keutamaan utama, iaitu penyediaan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif, pemerkasaan kebajikan serta keterangkuman murid, dan pengukuhan profesionalisme guru.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan sedar bahawa kami antara kementerian yang paling banyak menerima pertanyaan, usul dan cadangan daripada Dewan yang mulia ini.

Justeru pada tahun 2023, selain daripada mendengar dan juga mengambil pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat, kami juga telah turun sendiri ke lapangan melalui Program Tindak Susul Parlimen. Jadi, tidak terhad kepada isu yang dibangkitkan sahaja tetapi juga turun ke padang untuk memastikan bahawa isu-isu yang dibangkitkan di dalam Dewan ini dapat diselesaikan.

Jadi, kami telah pun pergi ke beberapa tempat termasuk pada tahun ini; Limbang, Tuaran dan insya-Allah pada tahun— Gua Musang. Insya-Allah, pada tahun hadapan kita akan teruskan juga siri-siri Tindak Susul Parlimen ini selain daripada memilih untuk menjawab di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran guru dan pelajar Tingkatan 6, SMK Cyberjaya.

draft • 12:25 PM

[Dewan Tepuk]

Menteri Pendidikan - Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Selamat datang, selamat datang ke Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan yang berkualiti tidak dapat dipisahkan daripada penyediaan prasarana yang mencukupi, selamat, dan kondusif.

draft • 12:25 PM

Menteri Pendidikan - Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Sehubungan dengan itu, KPM mengambil pendekatan yang menyeluruh dan seimbang merangkumi pembinaan sekolah baharu gantian penuh, penyelesaian isu bangunan daif serta pelaksanaan ubah suai dan naik taraf serta bangunan IBS modular yang menjadi dengan izin, game changer dalam konteks pembinaan pembangunan bangunan daif dan juga gantian.

Sepanjang tempoh 2023 hingga 2027, sebanyak 131 buah sekolah baharu dan sekolah gantian telah diluluskan dengan kos keseluruhan melebihi RM14.789 bilion. Antaranya, sebanyak sembilan buah sekolah diluluskan pada tahun 2023, diikuti 26 buah sekolah pada tahun 2024, 44 buah sekolah pada tahun 2025, 38 buah sekolah pada tahun 2026, dan 14 buah sekolah pada tahun 2027.

Tumpuan khusus turut diberikan kepada Sabah dan Sarawak bagi memastikan jurang kemudahan pendidikan dapat dirapatkan dan akses kepada pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara lebih adil oleh semua murid tanpa mengira lokasi.

Ahli Yang Berhormat, saya dapati dalam perbahasan ramai Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu prasarana pendidikan yang ternyata memberikan kesan langsung kepada prasarana dan suasana pembelajaran yang kondusif di tempat masing-masing. Soal bangunan sekolah daif dan pembangunan prasarana pendidikan telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tenom, Hulu Selangor, Sipitang, Kota Marudu, Seputeh, Kinabatangan, Tangga Batu, Beaufort, Kota Belud, Putatan, Bangi, Batang Sadong, Sandakan, Baram, Saratok, Kapar, Gopeng, Batu Pahat dan Balik Pulau.

KPM terus memberikan keutamaan kepada pembangunan infrastruktur pendidikan yang selamat, kondusif dan yang berkualiti, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sehubungan itu, perancangan pembangunan serta naik taraf sekolah dilaksanakan secara berfasa berdasarkan keadaan fizikal bangunan, tahap keselamatan, dan keperluan semasa bagi memastikan setiap murid dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan selesa.

Bagi mempercepatkan pelaksanaan projek dan mengurangkan kelewatan pembinaan, KPM kini memanfaatkan sebagaimana yang saya sebut tadi teknologi IBS bagi kebanyakan projek pembangunan baharu sekolah.

draft • 12:25 PM

Menteri Pendidikan - Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Kaedah pembinaan modular ini bukan sahaja meningkatkan kualiti, mengurangkan kos dan sisa binaan, malah mampu memendekkan tempoh siap projek dengan lebih ketara. Hasil pelaksanaannya, daripada 777 projek pembinaan

draft • 12:30 PM

Menteri Pendidikan - Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

bilik darjah tambahan berasaskan IBS yang telah dilaksanakan tahun ini, sebanyak 159 projek telah siap dan telah diserahkan kepada KPM, manakala bakinya sedang dipantau rapi untuk disiapkan menjelang Disember bagi memastikan kemudahan baharu dapat dimanfaatkan pada sesi persekolahan berikutnya.

Bangi ada? Bangi tidak ada.

Hulu Langat ada? Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2026, KPM telah menambah lagi pembinaan IBS di dua sekolah di Parlimen Bangi dan dua sekolah di Parlimen Hulu Langat. Merangkumi 35 bilik darjah dengan kos berjumlah RM8.29 juta. Pada masa yang sama, KPM turut melaksanakan pembinaan bangunan IBS untuk memenuhi keperluan tambahan murid Tahun 1 berumur enam tahun di lima buah sekolah di Parlimen Bangi dan 10 buah sekolah di Parlimen Hulu Langat.

[Tepuk] Merangkumi 139 bilik darjah dengan kos berjumlah RM34.98 juta.

Untuk makluman, jumlah projek pembangunan semula bangunan daif di Sabah dan Sarawak telah diluluskan sejak tahun 2023 adalah sebanyak 292 projek bernilai RM10.29 bilion. Ini bersamaan 80 peratus daripada keseluruhan peruntukan telah ditumpukan kepada Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia turut memperkenalkan pendekatan ubahsuai dan naik taraf bermula pada tahun 2024 sebagai satu mekanisme yang lebih pantas, fleksibel dan berimpak tinggi. Jadi, Ahli Yang Berhormat sekalian, selain daripada kita ada peruntukan untuk pembinaan sekolah baharu, kita juga menggunakan modular IBS dan juga pendekatan ubah suai dan naik taraf yang berimpak tinggi...

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Untuk menangani keperluan penyelenggaraan serta penambahbaikan kemudahan sekolah secara bersasar tanpa perlu menunggu pelaksanaan projek pembangunan berskala besar.

Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 50 buah sekolah pada tahun 2024 dengan kos RM15 juta diperluaskan kepada 309 buah sekolah pada tahun 2025 melibatkan RM135 juta dan diteruskan kepada 118 buah sekolah pada tahun 2026 dengan peruntukan RM50 juta.

Selain itu, bagi tahun 2027, kerajaan telah menyediakan siling peruntukan sebanyak RM580 juta untuk memperluaskan pelaksanaan USNT di seluruh negara, melibatkan peruntukan sebanyak RM320 juta di Sarawak, RM160 juta di Sabah dan RM100 juta di Semenanjung Malaysia.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi, keseluruhan pelaburan yang disalurkan bagi pembangunan infrastruktur ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI telah membina ekosistem yang lebih moden, inklusif dan mampan sekali gus untuk memastikan bahawa peluang pendidikan terbaik dalam persekitaran yang berkualiti dan selamat.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

KPM akan memastikan— sekejap, siapa itu? Jelutong, sekejap sahaja Jelutong, saya hendak buat sedikit penegasan di sini bahawa kita akan memastikan setiap projek yang diluluskan akan dilaksanakan dan disiapkan. Saya ulang, kita akan memastikan setiap projek yang diluluskan akan dilaksanakan dan disiapkan. Sekiranya ada mana-mana projek yang terpaksa dibatalkan atas faktor isu tanah, kenaikan kos dan sebagainya, projek tersebut tetap akan diangkat semula untuk kelulusan baharu bagi memenuhi kehendak sekolah masing-masing.

Jadi ingin saya tegaskan bahawa tiada mana-mana projek yang akan dibatalkan dengan wewenangnya baik di Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung.

Silakan Jelutong.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Terima kasih Menteri. Saya bangun untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri dan kementerian dan juga Timbalan Menteri bagi projek yang akan dilaksanakan di SJK(T) Sungai Bakap daripada Pulau Pinang. Saya amat menghargai komitmen Menteri, Timbalan Menteri, kerajaan yang telah hadir untuk melaksanakan Majlis Pecah Tanah dengan sumbangan sebanyak RM12.6 juta daripada Yayasan Didik Negara.

Jadi saya menghargai komitmen Menteri, Timbalan Menteri dan kerajaan dan keprihatinan terutamanya berkenaan dengan sekolah-sekolah Tamil jauh beza daripada kerajaan-kerajaan sebelum ini. Terima kasih Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Jelutong. Saya— Yang di- Pertua saya berhasrat untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh rakan- rakan Yang Berhormat.

Putatan ada? Putatan tidak ada.

Hulu Selangor, ada?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Hulu Selangor juga tidak ada. Rugi ini tidak dengar jawapan ini, semua tentang sekolah dia ini.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Di Kapar— Kapar ada? Kapar juga...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Kapar juga tidak ada. Gopeng?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Gopeng juga tidak ada, ini semua sekolah baharu ini.

Seputeh ada?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Tidak ada.

Balik Pulau ada? Juga tidak ada.

Julau? Julau ada, Julau?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Julau juga tidak ada.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Kota Marudu, Saratok?

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Tidak ada. Sekejap ya. Okey.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Banyak yang tidak ada, yang ada nak tanya boleh?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ahli Yang Berhormat, silakan.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tentang sekolah, saya ada sebut tentang— sebab banyak yang tak ada. Jadi, Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan Darul Naim Kuala Krau itu, ada cadangan hendak bina tapak baharu tak?

Sebab dah selalu banjir itu, ada sebut dalam perbahasan saya. Terima kasih Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Baik yang berhormat, saya akan teliti semula untuk pembinaan sekolah tersebut.

draft • 12:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang berhormat Menteri, Puncak Borneo minta pencelahan.

Dalam perbahasan saya tempoh hari, saya ada membangkitkan mengenai status sekolah SMK Puncak Borneo yang telah diluluskan. Jadi saya ingin tahu, sejauh manakah pelaksanaan sekolah ini dan di manakah statusnya sekarang? Dan bilakah ia akan di laksana? Sebab saya tidak mendapat status yang sebenar.

Saya ucap terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan kerana ada juga update sedikit maklumat, tetapi kalau boleh direkodkan dalam Dewan ini

draft • 12:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

untuk— status terkini, untuk SMK Puncak Borneo yang telah saya mohon dan diluluskan dan saya ingin tahu pelaksanaannya. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Saya— semakan kami menunjukkan bahawa kita dah ada jawapan sebelum ini. Bahawa untuk SMK Puncak Borneo, permohonan pertapakan telah dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Perkara ini dalam tindakan Jabatan Tanah untuk kelulusan. Dan selepas perolehan dapat selesai, kita boleh masuk untuk permohonan untuk rancangan pembangunan.

Jadi sebab itu saya tegaskan yang berhormat, insya-Allah semua permohonan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen biasanya— Ahli Yang Berhormat sekalian, kita akan teliti...

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Sebab itu saya kata, tidak ada permohonan yang dibatalkan dengan sewenang-wenangnya. Semuanya akan disemak dan diteliti semula. Dan apa saja permasalahan itu akan cuba kita rungkaikan supaya projek itu dapat dikembalikan untuk manfaat rakyat...

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Menteri, Menteri, Ampang.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ya, silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya dengar dengan teliti apa yang Menteri bangkitkan. Dan dalam Daerah Hulu Langat, rasanya Ampang saja tak ada dapat lagi keputusan yang tuntas, sama ada sekolah yang pernah disebut oleh Menteri iaitu pada penggal lepas bila saya tanya, penggal lepas pula, tahun lepas.

Iaitu satu sekolah vertikal yang telah diumumkan yang akan dibuat di Ampang, iaitu yang menggabungkan sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya rasa tiada berita dan saya lihat di dalam bajet kali ini pun tidak ada.

So, sebenarnya boleh tak Menteri bagi, apakah progress sebenar tentang tapak ini. Sebab dia pernah berada dalam RMK10 yang lepas. Kita dah masuk RMK13. Dan saya rasa Menteri juga telah pergi ke lapangan, ke tapak tersebut untuk katanya akan dibuat. Jadi, saya minta mohon Menteri bagi penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Ampang. Yang di-Pertua saya mohon untuk semak semula kerana setakat ini di Ampang memang ada satu sekolah yang sedang dalam perancangan iaitu di tapak sebuah di bawah DUN Bukit

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Antarabangsa. Jadi untuk kompleks itu dan sebagainya itu, saya mohon untuk teliti semula dan saya akan berikan jawapan bertulis kepada Ampang.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:30 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Menteri, Menteri maaf.

Boleh menjawab untuk Julau?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Julau you baru masuk ke?

draft • 12:30 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ya, baru masuk. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ya, sekejap ya. Okey Julau.

[Ketawa] Julau— Julau telah membangkitkan keperluan pembinaan Dewan di SK Nanga Merurun. Bagi permohonan ini, kita akan lihat dan pertimbangkan keperluan ini. Dan akan memberikan keutamaan berdasarkan pertimbangan keperluan tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan. Jadi Julau, permintaan itu adalah berdasarkan kepada keperluan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi, sekolah itu adalah sekolah kurang murid. Jadi, ada beberapa fasiliti dan juga prasarana yang perlu kami beri tumpuan terlebih dahulu dan kita akan pertimbangkan dari semasa ke semasa untuk pembinaan dewan tersebut berdasarkan kapasiti di sekolah tersebut. Terima kasih Julau.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga seterusnya untuk menjawab bagi persoalan yang dibangkitkan oleh Selayang, ada?

draft • 12:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ada.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Oh, Selayang ada. Kuala Kedah ada? Ada.

Okey kedua-duanya ada, alhamdulillah. Kedua-duanya telah pun melahirkan pandangan mereka tentang laporan Programme for International Student Assessment, dengan izin Yang di-Pertua (PISA) 2025 yang menunjukkan penguasaan matematik berada pada tahap yang membimbangkan iaitu hanya 35 peratus murid mencapai sekurang-kurangnya Aras 2.

KPM menerima dapatan PISA 2025 ini secara terbuka, objektif dan bertanggungjawab. Pencapaian Malaysia masih belum mencapai sasaran yang dihasratkan, jadi bergerak ke hadapan, KPM telah menyasarkan pencapaian secara purata antarabangsa melalui Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya barangkali memberikan sedikit gambaran tentang PISA ini dan bagaimana Malaysia melihat PISA ini. Perbandingan

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

pencapaian Malaysia dalam PISA 2025 dengan negara-negara lain harus perlu dibandingkan menggunakan lensa yang lebih menyeluruh dan lebih teliti kerana terdapat perbezaan ketara dari segi liputan populasi murid yang dinilai.

Jadi, kita melihat bahawa dalam konteks yang dibangkitkan juga bagaimana PISA dan SPM juga mempunyai naratif yang berbeza. Berbanding Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, PISA mempunyai tujuan, kumpulan sasaran, skop dan format berbeza, namun saling melengkapi. SPM melibatkan calon berdaftar berdasarkan...

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

...Mata pelajaran diduduki, termasuk murid yang mengikuti pakej mata pelajaran dan laluan pendidikan tertentu...

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Sebaliknya PISA, sekejap ya saya bagi.

Saya habiskan penerangan tentang PISA...

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya dalam kelas.

[Ketawa]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

...Menggunakan sampel— semua baharu masuk Tuan Yang di-Pertua.

Sebaliknya PISA menggunakan sampel murid berumur 15 tahun tanpa mengira tingkatan daripada pelbagai aliran dan jenis institusi pendidikan yang memenuhi kriteria kelayakan serta kerangka sampling termasuk sekolah menengah harian, kolej vokasional, institusi kemahiran dan institusi pendidikan agama.

Jadi, bezanya PISA ini menggunakan kohort umur, manakala SPM mengukur penguasaan mata pelajaran berasaskan kurikulum dan standard pentaksiran kebangsaan bagi tujuan pensijilan dan laluan pendidikan seterusnya. Manakala PISA menilai aplikasi pengetahuan dalam bacaan matematik dan sains mengikut penaakulan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam konteks kehidupan sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, analisis PISA menunjukkan bahawa cabaran utama matematik bukan sekadar penguasaan pengiraan, tetapi melibatkan keupayaan memahami konsep, membuat penaakulan dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi baru. Sehubungan itu, fokus pembelajaran perlu beralih daripada hafalan prosedur kepada pengukuhan pemahaman konsep, penyelesaian masalah dan pemikiran aras tinggi.

Selain itu, KPM turut mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi prestasi murid, termasuk padanan guru mengikut opsyen, tahap sokongan pembelajaran di rumah serta jurang sosioekonomi dan kemudahan pendidikan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Dalam masa yang sama, KPM melaksanakan reformasi yang lebih menyeluruh melalui rancangan Transformasi Pendidikan Matematik dan Kurikulum Persekolahan 2027.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kita beberapa perkara. PISA bukan sahaja kita lihat dalam lensa ranking, tetapi juga apa yang sedang anak kita beritahu kita, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama ada dua perkara yang dibangkitkan dalam keputusan itu yang harus kita ambil perhatian— pertama, adalah bagaimana keputusan PISA itu, anak-anak kita sedang memberitahu kita bahawa mereka tidak disokong dalam pendidikan mereka. Jadi, terdapat penurunan yang sangat ketara dalam sokongan pendidikan oleh ibu bapa kepada anak-anak nya khususnya dalam pembelajaran. Dan ini yang mesti kita sama-sama berikan tumpuan.

Yang kedua Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan buli siber. Walaupun Malaysia barangkali tidak begitu tinggi dari segi peratus itu, tetapi ia tetap memberikan kesan langsung kepada pembelajaran anak-anak kita. Dalam masa yang sama, anak-anak kita juga sedang memberitahu kita melalui keputusan PISA ini bahawa pertama, mereka adalah anak-anak yang cukup resilience.

Jadi, data menunjukkan anak-anak kita ini cukup bersedia untuk menempuhi semua rempuhan-rempuhan, baik rempuhan digital dan apa jua cabaran pendidikan.

Yang kedua, anak-anak kita juga memberitahu bahawa guru-guru kita adalah guru-guru yang terbaik kerana mereka menyatakan bahawa 90 peratus guru-guru di Malaysia ini memberikan sokongan sepenuhnya kepada pendidikan dan akan mengajar anak-anak kita sehingga anak-anak kita faham.

Jadi, data-data ini sangat penting dan kesimpulannya dapatan PISA merupakan peringatan bahawa transformasi pendidikan memerlukan usaha yang berterusan dan penambahbaikan yang konsisten.

KPM berpandangan bahawa peningkatan skor PISA mesti diterjemahkan kepada kemajuan sebenar dalam bilik darjah, kualiti pengajaran dan keupayaan murid menggunakan pengetahuan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kelemahan yang dikenal pasti, KPM akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada murid Malaysia bagi memastikan peningkatan pencapaian lebih mampan pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah memperuntukkan RM4.9 juta untuk kita menjadi sebahagian daripada PISA School. Ini sebagai salah satu usaha kita untuk

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

terus memastikan bahawa terdapat peningkatan dalam keputusan PISA untuk pusingan yang akan datang.

Baik, Bangi tadi nak tanya apa— Bangi, nak tanya apa?

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya. Tak— tadi saya percaya YB Menteri ada menyebut tentang IBS. Jadi, saya nak tahu— pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak KPM kerana memulakan inisiatif ini sebab seperti yang saya banyak kali dah sebut, IBS ini memang satu game changer lah. Seperti yang saya sebut dalam perbahasan saya juga, contohnya kalau di kawasan saya— ada yang sekarang ini dibina 10 bilik darjah, Kawasan Parlimen Hulu Langat ada dibina 20 bilik darjah.

Jadi soalan saya adalah, adakah kaedah IBS ini akan dipertimbangkan untuk masa hadapan untuk kita bina sekolah pula untuk kita percepatkan proses tersebut?

Saya tak tahu sama ada technically ia nya adalah sesuai atau pun boleh dilaksanakan, tetapi itu yang saya nak tahu daripada pihak Menteri. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Bangi. Sebenarnya Bangi, kita masih lagi dalam proses untuk mengenal pasti apa lagi pendekatan-pendekatan yang pantas, tetapi dalam masa yang sama agresif dan juga selamat untuk pembinaan-pembinaan sekolah ini. Jadi, IBS modular itu adalah salah satu daripada pendekatan dan kemudiannya Yang Berhormat, kita bukan sahaja hari ini melihat bahawa ia dibina setingkat sahaja Yang Berhormat, tapi kita juga telah explore dengan izin Tuan Yang di-Pertua, menjadikannya dua tingkat.

Jadi, tidak mustahil kalau maknanya pendekatan itu dilihat dalam konteks untuk melihat dalam suasana yang lebih besar, pembinaan sekolah baharu tertakluk kepada syarat teknikal yang akan dibekalkan oleh pihak dan pedoman oleh pihak JKR. Silakan.

draft • 12:40 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Yang Berhormat Menteri, Tanjong Manis.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Tuaran bangun dulu.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh saya balik sikit pada PISA tadi Yang Berhormat Menteri. Okey, ada pandangan yang mengatakan bahawa keadaan yang membimbangkan pencapaian Malaysia dalam matematik iaitu hanya 35 peratus adalah kerana dalam sistem pendidikan kita, penumpuan terlalu banyak ditumpukan dalam persediaan persekolahan berbanding dengan tumpuan pada pembelajaran dan pengajaran.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi, saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pandangan itu betul atau pun tidak? Dan kalau betul pandangan itu, apakah langkah- langkah kementerian untuk memastikan agar penekanan pada pembelajaran dan pengajaran itu dapat dipertingkatkan supaya kita tidak balik, tidak dapat mempertingkatkan pencapaian kita dalam PISA ini. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Kuala Kedah.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Soalan berkaitan dengan PISA juga ke?

draft • 12:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ya, sikit berkaitan dengan sahsiah pelajar.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Bagi saya jawab PISA dulu. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat mana tadi, Kuala Kedah kejap ya Kuala Kedah.

Yang Berhormat saya ucapkan terima kasih di atas pandangan tersebut.

Sememangnya Yang Berhormat, kita tidak menunggu PISA sebenarnya untuk memastikan bahawa keputusan dan juga penguasaan matematik anak-anak kita terus dipertingkatkan. Sebab itu Yang Berhormat, bila kita bagi tumpuan penuh kepada pendidikan ini, kita melihat bahawa intervensi daripada awal itu sangat penting.

Jadi, kita mulakan prasekolah itu lebih awal. Maknanya untuk menangani isu learning loss dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Yang kedua adalah apabila kita memulakan intervensi melalui Matriks Pembelajaran Darjah 4 dan juga Tingkatan 3 pada tahun hadapan. Ini juga sangat penting untuk menilai sejauh mana penguasaan anak-anak kita bermula daripada Darjah 1 sehingga Darjah 4.

Dan kemudiannya kita melihat bahawa rancangan transformasi matematik ini menyusun semula apa yang kita bimbangkan dan juga melihat kepada keperluan- keperluan, khususnya yang terkait dengan guru opsyen matematik Yang Berhormat.

Ini sebenarnya yang kritikal.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi sebab itu, dalam seruan-seruan kita kepada kemahiran, peningkatan penguasaan, tumpuan kita adalah pada guru juga supaya penguasaan itu dapat ditingkatkan di dalam kelas. Kita juga melihat bahawa kurikulum baharu sekolah yang akan kita laksanakan pada tahun depan ini juga penting, Yang Berhormat, untuk

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

memastikan bahawa anak-anak kita ini didedahkan penguasaan itu dan juga intervensi-intervensi dapat dilaksanakan melalui keperluan kurikulum yang baru.

Saya jemput dulu Kuala Kedah.

draft • 12:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan penjelasan yang panjang lebar berkenaan dengan PISA. Cuma, PISA ini diukur melalui data ataupun grading, pemarkahan pelajar-pelajar.

Cuma saya ingin sentuh di sini, bagaimanakah pihak KPM menilai ataupun mengukur tahap sahsiah ataupun adab? Adakah KPM bersedia memperkenalkan dasar pembangunan insan dan sahsiah murid bersepadu yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya pembinaan akhlak, adab, disiplin dan kesejahteraan emosi murid dilaksanakan secara sistematik, bukan melalui program yang terpisah- pisah? Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Kuala Kedah. Saya ingat pandangan itu sangat baik, Tuan Yang di-Pertua kerana pertamanya PISA ini, Yang Berhormat, dia adalah tentang aplikasi ilmu dan juga domain tertentu sahaja. Bukan semua. Jadi betul, PISA tidak melihat kepada perkara-perkara yang barangkali yang lebih menjurus kepada itu, tetapi empat domain utama: membaca, matematik, sains dan juga computational thinking. Dan perkara dalam empat domain ini, maknanya matematik yang paling hujung dan sedikit membimbangkan. Manakala yang lain, terus menunjukkan lonjakan yang sangat baik. Malah computational thinking anak-anak kita sangat- sangat baik. Maknanya benchmark OECD adalah 500, anak-anak kita capai 484 mata. Cuma masalah kita Yang Berhormat, kita tak connect, tak kaitkan computational thinking dengan matematik, computational dengan sains dan inilah cabaran-cabaran kita yang harus kita beri tumpuan.

Dalam masa yang sama, saya ingin tegaskan Yang Berhormat, kita tidak pernah meninggalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tidak pernah sama sekali dan ia terus menjadi teras dan menjadi kekuatan kita untuk teruskan reformasi pendidikan yang sedang kita laksanakan.

Saya setuju Yang Berhormat bahawa isu-isu yang terkait dengan sahsiah pelajar ini mesti diperkukuhkan lagi. Sebab itu dalam Kurikulum baharu 2027, antara perkara yang kita mahu melihat dan juga perkukuhkan adalah tentang pembentukan karakter itu. Dan ia memberi makna kepada erti nilai, sahsiah, spiritual dan emosi anak-anak kita yang saya percaya sebahagian besar daripada Ahli Yang Berhormat

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

telah pun bahaskan tentang kebimbangan-kebimbangan Yang Berhormat tentang isu-isu disiplin, buli yang sedang berlaku di sekolah-sekolah kita.

Jadi sebab itu saya fikir Yang Berhormat, isu-isu yang terkait dengan keselamatan sekolah yang diangkat oleh YB Temerloh, Permatang Pauh, Bagan, Alor Setar, Dungun, Baling, Bukit Gelugor, Bandar Kuching, Kuala Terengganu dan Kepala Batas, semuanya ini adalah isu yang sangat penting dan pastinya juga ia memberikan pelbagai makna dan bagaimana kita harus bersama-sama menanganinya.

Jadi, kita lihat bahawa isu buli ini yang telah direkodkan dalam pangkalan data KPM bagi tempoh lapan bulan pertama iaitu Januari hingga Ogos 2026 adalah sebanyak 5,681 kes salah laku buli. 5,681. Jadi, ini data yang saya sahkan. Jadi, Yang Berhormat boleh rujuk data ini sebagai data yang sah. 5,681.

Jadi, angka yang direkodkan ini semakin meningkat, tapi ia memberikan kita bahawa ada beberapa faktor yang harus kita lihat. Pertama, lonjakan terhadap kesedaran dan keberanian mangsa tampil dan juga rakan saksi dan pentadbiran pengurusan sekolah untuk tampil membuat laporan yang telus dan tidak lagi mengamalkan budaya melindungi secara melampau atau menyembunyikan kes di bawah karpet semata-mata demi menjaga kedudukan atau nama baik sekolah.

Perubahan landskap pelaporan ini juga berlaku secara mendadak semenjak pewartaan dan penguatkuasaan Akta Antibuli 2026. Dan kita juga melihat bawah siasatan dan juga laporan lengkap dan tindakan tatatertib dibuat berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang sedia ada.

Jadi, dalam menangani buli dan salah laku disiplin ini Yang Berhormat, ada beberapa pendekatan yang telah pun saya jawab sebelum ini. Dan ingin saya tegaskan sekali lagi, permintaan yang tinggi adalah pastilah kepada CCTV.

Pemasangan CCTV ini yang telah pun kita tambah dari semasa ke semasa. Bermula pada 2025, RM3 juta untuk 200 sekolah; 2026, RM5 juta untuk 333 sekolah dan RM15 juta pada tahun 2027 untuk melengkapkan sekolah-sekolah yang memerlukan pemasangan CCTV yang akan dibuat di kawasan berisiko seperti titik buta, koridor, stor dan sekitar blok asrama. Lokasi pemasangan ditentukan berdasarkan nasihat teknikal, pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara aspek keselamatan dan pemeliharaan privasi murid.

Selain itu, bagi memperkukuh keselamatan di sekolah dan institusi pendidikan, KPM telah menempatkan 300 pembantu warden asrama pada tahun

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

2026 untuk menjalankan rondaan malam secara berfokus dan jumlah ini akan ditingkatkan kepada 500 orang pada tahun 2027 berikutan keberkesanannya dalam mencegah insiden buli.

Selain itu, KPM bersama NIOSH telah melatih 562 guru sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengaudit aspek keselamatan fizikal sekolah termasuk kawasan berisiko seperti tandas tersorok dan pencahayaan yang kurang memuaskan.

Tanjong Manis.

draft • 12:50 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya nak menyambung Bangi tadi.

Sebenarnya kita di CIDB Malaysia menggalakkan penggunaan IBS untuk membina bangunan-bangunan blok sekolah yang baru. Ia menjimatkan masa dan mungkin lebih murah. Jadi, saya mencadangkanlah sekiranya perlu pihak-pihak kementerian boleh berjumpa dengan pihak CIDB untuk sama-sama kita duduk dan dapat membantu dalam membina blok-blok sekolah kerajaan baharu.

Dan ini satu juga boleh diguna pakai di sekolah di kampung saya yang mungkin tidak mencukupi dana sekarang. Boleh guna IBS lah. Mungkin dapat dilaksanakan sekolah saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Yang Berhormat. Cadangan itu saya fikir CIDB sudah pun menjadi sebahagian daripada pasukan kita dan kita akan teruskan dari semasa ke semasa. Sebagaimana saya sebut tadi Yang Berhormat, kita sentiasa mencari alternatif, cara-cara yang lain yang lebih agresif termasuk bagaimana untuk terus membantu Tanjong Manis lah di kawasan, supaya sekolah-sekolah daif ini, sebagaimana yang saya sebut tadi, ia tidak hanya kita lihat kepada IBS modular sahaja, kita ada USNT, Yang Berhormat, sangat efektif, fleksibel untuk memastikan bahawa pembinaan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan lebih agresif dan lebih cepat.

Jadi sebab itu Yang Berhormat, sebab itu saya kata tadi, tidak ada pembatalan yang wenang, mesti dilihat setiap perkara itu dari setiap sudut dan juga apakah dia cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap tempat ataupun kawasan itu.

draft • 12:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi, Yang Berhormat— ya, sila Temerloh.

draft • 12:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, saya membahaskan berkaitan tentang keperluan kemudahan terutamanya CCTV. Walau bagaimanapun, adakah kementerian melihat punca utama perkara ini berlaku?

draft • 12:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Kalaulah semua sekolah melengkapkan dengan CCTV masih lagi berlaku, sebenarnya apakah punca? Sebab itu kita kena kembali kepada menghidupkan roh anak-anak kita dengan agama. Kembalilah kepada agama, faham agama, ada kesedaran agama, insya-Allah perkara ini akan selesai. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Temerloh. Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Temerloh. Saya cuma ingin tegaskan Yang Berhormat bahawa CCTV ini hanya merekodkan kejadian. Dia tidak menghalang kejadian dan dia hanyalah merekodkan kejadian, tapi ia masih penting, menjadi sebahagian daripada permintaan paling tinggi oleh komiti dan ibu bapa.

Sebab itu selain daripada melihat bahawa intervensi yang terkait dengan disiplin, sahsiah dan juga kekuatan rohani sepertimana yang disebut oleh Temerloh, maknanya dari segi teknikal juga kita mesti bersedia.

Jadi, CCTV juga mesti dipersiapkan. Kemudian saya ingat ada juga sebut tentang rotan. Saya juga ingin tegaskan bahawa, kita tidak pernah menghapuskan hukuman rotan. Rotan kekal sebagai sebahagian daripada hukuman di sekolah, tetapi tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu. Semua guru adalah guru disiplin, tetapi yang boleh melaksanakan hukuman rotan ini adalah guru-guru tertentu sahaja yang diberikan kuasa melalui perundangan ataupun arahan dan juga garis panduan. Terima kasih.

Saya silakan Alor Setar.

draft • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniahlah kepada kementerian atas tindakan pantas dan ingin melantik guru untuk audit risiko sekolah dan beberapa inisiatif lain. Soalannya, adakah nanti peruntukan yang akan diagihkan itu dia mengikut profil risiko sekolah? Mana sekolah yang kritikal, yang zon merah, yang zon kuning? Adakah itu akan dibuat?

Dan yang kedua yang akhir Yang Berhormat Menteri ialah saya ada sebut tentang guru ini selain daripada kita minta dia audit risiko sekolah, dia bantu ada nak asrama Yang Berhormat Menteri sebut tadi, adakah akan diwujudkan quick response team dalam kalangan guru untuk menangani insiden-insiden yang kecemasan, jenayah, buli dan sebagainya? Adakah mereka boleh dilatih ke arah itu selepas ini?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Alor Setar. Saya— bagi saya pandangan ini selari dengan apa yang sedang Kementerian Pendidikan laksanakan.

Pertama, berkaitan dengan analisis sekolah. Pembahagian guru ini mengikut analisis sekolah. Jadi, kita mulakan Yang Berhormat dengan pasukan guru kaunseling.

Jadi, sekolah yang dari segi kepadatan, bilangan enrolmen yang tinggi itu akan menerima lebih guru kaunseling bagi menangani isu-isu tersebut. Dan kemudian kita juga terkait dengan audit ini. Betul, kita juga sedang laksanakan dan juga quick response team ini memang sudah pun kita latih ketika ini.

Jadi, ada pasukan yang kita latih yang dikenali sebagai pasukan yang akan menangani dan mengenal pasti amaran-amaran awal kemurungan. Kita juga ada pasukan yang sedang dilatih dalam konteks psikososial pasca bunuh diri. Ini pasukan khas guru-guru yang akan melihat dari segi konteks bagaimana dukungan psikososial itu perlu diberikan bukan sahaja kepada guru, kepada juga anak-anak pasca trauma bunuh diri.

Kita juga ada guru-guru yang kita latih dalam konteks bagaimana yang saya sebut tadi, NIOSH tadi untuk melihat dari segi keselamatan fizikal sekolah. Jadi, isu- isu ini semua sedang ditangani di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia mulai pasukan-pasukan yang telah pun kita angkat.

draft • 1:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Kota Marudu.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Okey, sila.

draft • 1:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Saya minta maaf sebab tidak dapat mengikuti jawapan daripada awal. Mungkin dah terlepas sebab kita ada meeting mesyuarat jawatankuasa tadi. Saya cuma ingin bertanya soal pembinaan SMK Langkon yang sudah 16 tahun belum siap Yang Berhormat Menteri. Jadi, adakah dalam jawapan Menteri pembinaan penyiapan SMK Langkon, Kota Marudu ini dapat dituntaskan dalam jawapan Menteri? Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Untuk SMK Langkon itu, dalam pertemuan saya dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Sabah, kita ada bincangkan. Dan antara perkara yang sedang kita lihat dan teliti semula adalah bagaimana sekolah ini

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

perlu dibangunkan atas keperluan dan juga sifatnya itu menjadi pusat pendidikan yang sangat penting di Daerah Kota Marudu.

Jadi, izinkan saya Yang Berhormat untuk saya teliti semula kerana memang ada permintaan untuk dinaikkan semula dan kita akan teliti untuk projek ini dilihat secara keseluruhan. Ada isu tanah tempoh hari, ada isu kos. Jadi, saya ingat itu antara cabaran kami di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

draft • 1:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Sebanyak— difahamkan Yang Berhormat Menteri bahawa sekolah ini sudah pun 80 lebih peratus siap.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ya, betul.

draft • 1:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Jadi...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ya, tetapi ada isu kontraktor...

draft • 1:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

...Yang perlu kami selesaikan. Jadi, bagi saya masa sedikit untuk saya selesaikan isu tersebut.

draft • 1:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik.

Sedikit ya, Sik. Depan.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Sik, okey. Sik, sila.

draft • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Speaker. Dalam perbahasan, Sik membangkitkan berkaitan dengan penyelenggaraan fizikal sekolah itu. Dalam Bajet 2027 ini dalam unjuran lebih kurang RM2 bilion, kerajaan peruntukkan untuk khususnya dalam pembangunan fizikal sekolah itu.

Jadi, persoalan saya, adakah dalam jumlah ini berapa khusus yang— allocation yang ditetapkan sebagai perbelanjaan untuk audit keselamatan strukturan? Maksudnya RM2 bilion ini tidak boleh lagi digugurkan untuk dikhususkan kepada pembaikan fizikal sekolah itu, khususnya sekolah-sekolah daif dan sekolah- sekolah yang memerlukan pemerhatian khusus untuk meningkatkan keselamatan pelajar-pelajar sekolah itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Yang Berhormat Menteri, Kangar sekejap.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Sekejap, saya jawab Sik sekejap.

draft • 1:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Sik untuk satu pandangan yang khusus mengenai keselamatan sekolah. Jadi, dia begini Sik. Bila kita bercakap tentang penyelenggaraan, perkara pertama adalah soal keselamatan sekolah. Itu secara fizikal. Jadi memang tumpuan itu harus diberikan secara khusus melihat kepada keperluan sekolah itu.

Jadi, sebab itu penyelenggaraan ini kita tidak hanya menunggu apabila dia— maknanya masuk ke dalam rekod kita skala enam, skala tujuh. Malah lebih awal lagi kita lihat dalam aspek-aspek tertentu.

Yang kedua, tanpa kompromi soal keselamatan itu juga dia harus datang dengan satu lagi kerangka keselamatan secara keseluruhan. Saya setuju dengan Sik bahawa dia bukan soal penyelenggaraan fizikal sahaja tetapi keseluruhan keselamatan itu. Sebab itu dalam konteks melihat kepada setiap pembinaan itu, ia mesti disertai maknanya dihadap ke hadapan.

Kerangka keselamatan itu mesti disertai dalam konteks penyelenggaraan, juga melihat kepada pemasangan CCTV, melihat kepada isu-isu yang juga mesti kita lindung dalam konteks melihat jenayah yang khusus berada di sekolah. Banyak permintaan untuk misalnya metal detector, Sik untuk memastikan bahawa anak-anak kita masuk sekolah. Maknanya disaring dari segi keselamatan supaya tidak membawa peralatan tajam dan sebagainya.

Itu semua maknanya kita lihat dari segi keperluan. Tetapi dalam masa yang sama sebenarnya, sekolah kita ini mestilah sekolah yang harmoni untuk anak-anak kita. Kita tak boleh takutkan anak-anak kita dengan sekolah ini adalah sebagai sebuah tempat yang mereka akan maknanya dilihat sebagai suspek dan sebagainya.

Tetapi bagaimana kita juga melaksanakan sebagai mana Temerloh sebut soal pendidikan yang khusus melihat kepada pembinaan sahsiah mereka. Kuala Kedah juga sebut.

Yang saya ingin ulang berkali-kali bahawa ini semua tanggungjawab kita bersama. Di dalam sekolah, ya. KPM bertanggungjawab, guru kita latih dan pastikan mereka maknanya menguasai betul dari segi memastikan anak-anak ini kita didik tetapi yang di luar juga.

draft • 1:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Jadi, kita punya rayuan kepada ibu bapa dan komuniti juga bahawa usaha ini mesti dilaksanakan secara bersama. Silakan Kangar.

draft • 1:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas keprihatinan terhadap pelajar-pelajar lah. Keselamatan dan sebagainya.

Cuma saya nak— yang Kangar saya bangkit tentang— ini soalan mudah sebenarnya. Berkaitan dengan Sekolah Sukan Perlis itu dari segi kesiapsiagaan itu dan Tingkatan 6, yang itu. Yang lain kalau Yang Berhormat Menteri tak sempat bagi, jawapan bertulis pun boleh. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Perlis. Kangar, saya nak sampaikan berita gembira kepada Kangar bahawa ini insya-Allah...

draft • 1:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Gembira?

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ya, gembira sungguh selepas 12 tahun Kangar. Dan dengan pendekatan-pendekatan yang kita ambil, insya-Allah pada tahun ini siap sepenuhnya.

[Tepuk] Jadi, insya-Allah nanti dalam perasmian itu nanti kita akan menyaksikan sebuah Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang bakal melahirkan tokoh-tokoh sukan negara dan melatih anak-anak kita di bahagian utara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan.

Jadi, ibu bapa yang mendengar ini boleh mula berkira-kira untuk merancang bagaimana anak-anak mereka yang mempunyai potensi dalam sukan untuk masuk ke Sekolah Sukan Perlis ini. Insya-Allah, tahun ini siap tahun depan boleh masuk.

Insya-Allah.

draft • 1:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terbaik, YB Menteri.

draft • 1:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, masa mungkin di hujung dah. Saya telah menyentuh isu 30 peratus ekuiti bumiputera terhadap institusi pendidikan swasta. Adakah sesi jawapan itu ada? Sebab masa dah tinggal satu minit, 54 saat lagi. Kalau tak ada, berikan peluang sedikit.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ya, saya boleh bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana waktu ini saya sepatutnya sudah membuat penggulungan Yang di-Pertua. Jadi, boleh saya bagi secara bertulis.

draft • 1:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bertulis.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Okey, dah siap dah cuma nak kena bagi secara bertulis sahaja.

draft • 1:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Okey, baik.

draft • 1:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Yang Berhormat Menteri, Merbok.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Oh, ya.

draft • 1:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Saya ada masuk dalam perbahasan saya berkenaan dengan rungutan daripada kontraktor pembersihan dan kelewatan pembayaran mereka. Adakah Menteri mempunyai jawapan tentang berkenaan?

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Tentang pembayaran ke?

draft • 1:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Sudah. Sudah, kita sudah dapat peruntukan daripada Kementerian Kewangan Yang Berhormat. Jadi, kita akan selesaikan pembayaran tersebut. Jangan risau, insya-Allah.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Okey, Igan.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Tinggal satu minit sahaja lagi.

draft • 1:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Okey, ini jawapan-jawapan yang diberikan oleh— terhadap...

draft • 1:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Dah nak habis dah.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

...dihadapi oleh kementerian terhadap soalan-soalan lisan ataupun soalan-soalan perbahasan. Mungkin daripada— bukan sahaja daripada saya, daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain.

Mengikut pengalaman yang saya terima setakat ini, soalan-soalan lisan yang saya bangkitkan dan perbahasan-perbahasan pada penggal-penggal yang lepas, saya dapati bahawa pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan sebab mereka ada di sini— jadi saya ambil kesempatan. Dia tidak menjawab soalan-soalan yang spesifik yang kami bangkitkan, yang saya bangkitkan ya. Saya terima soalan- soalan...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Baik.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

...Jawapan-jawapan yang berkaitan dengan dasar ya tetapi saya memohon supaya soalan itu lebih spesifik kepada apa yang ditanya.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Macam inilah Igan. Saya cadangkan sebab kita memang e-mel jawapan itu Igan kepada semua e-mel tetapi mungkin maksud Igan jawapan itu tidak memuaskan hati Igan.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Ya, ya. Ini bukan soal...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Baik. Boleh saya cadangkan begini Igan, maknanya sebaik sahaja selepas sesi ini kita buat temu janji. Saya jawab terus soalan Igan mana yang perlu diluluskan, dibangunkan dan juga ini maknanya kita terus bincang...

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Lapan, tujuh...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

...Supaya spesifik.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Sebab mungkin pegawai melihat jawapan itu berdasarkan soalan sahaja.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Ya, ya, ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Tetapi mungkin memerlukan sesi yang menjurus kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Igan.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Okey, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selesai...

draft • 1:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sedikit, saya nak bagi penghargaan sedikit.

Jerai, Jerai. Jerai, Jerai. Sedikit penghargaan kepada Menteri.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Ya.

draft • 1:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Daripada Jerai, saya nak menghargailah Kementerian Pendidikan kerana meluluskan tulisan Jawi di tahun 2031 untuk Tingkatan 5.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Oh, ya, ya betul.

draft • 1:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Dan— oleh itu intervensi sebelum 2031 itu, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian untuk pelajar-pelajar yang ada kesenjangan yang panjang ini?

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Kita ada intervensi kita untuk memperkukuhkan latihan Jawi itu, Jerai. Dalam masa yang sama, kita juga bagi tumpuan kepada mereka yang mahir ini, maknanya akan dikelompokkan dalam— contoh Jerai. Satu, Munsyi Dewan Jawi. Munsyi Siswa Jawi, Munsyi Muda Jawi, Munsyi Cilik Jawi. Jadi ini...

draft • 1:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya pun munsyi juga.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

Terima kasih. Boleh teruskan jadi munsyi.

Jadi, saya ingat dari kelompok itu juga kita akan pastikan mereka disokong oleh

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Fadhlina binti Sidek

rakan-rakan munsyi mereka ini untuk memastikan tulisan Jawi ini dapat kita pertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, saya selesai menggulung. Saya minta maaf kepada mereka yang tidak sempat saya sentuh jawapan itu, tetapi jawapan bertulis akan saya berikan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ucapkan terima kasih kepada semua, khususnya dan melihat kepada komitmen, teguran.

Saya ucap terima kasih kepada semua teguran dan juga cadangan untuk tambah baik Kementerian Pendidikan Malaysia dan insya-Allah dari semasa ke semasa, kita akan teruskan usaha kita untuk memartabatkan pendidikan negara. It takes a village to raise a child. Ia memerlukan sekampung untuk membesarkan anak- anak. Jadi, kita bagi tumpuan kepada pendidikan ini, insya-Allah anak-anak kita akan dapat kita martabatkan, begitu juga mutu pendidikan negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Tepuk]

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menangguhkan mesyuarat dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 1:10 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.12 tgh]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sebelum saya mula, Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, mesyuarat pada hari esok 29 Oktober 2026 dijangka tidak akan ditangguh pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus dengan urusannya. Oleh itu, mohon kementerian yang akan menjawab perbahasan di peringkat dasar Belanjawan 2027 esok untuk mengambil perhatian mengenai perkara ini. Sekian, terima kasih.

Urusan pada hari ini diteruskan dengan mempersilakan Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara untuk menjawab.

draft • 2:30 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat dasar bagi Kementerian Perpaduan Negara iaitu YB Tumpat, YB Kapar, YB Batu Gajah, YB Jerai dan juga YB Pasir Puteh.

Melalui Belanjawan 2027, Kementerian Perpaduan Negara telah meluluskan peruntukan sebanyak RM858 juta, merangkumi RM790 juta untuk mengurus dan RM65 juta untuk pembangunan. Peruntukan tahun depan meningkat 11.82 peratus berbanding tahun ini. Mengikut pecahan, Kementerian Perpaduan Negara diperuntukkan sebanyak RM88 juta; Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi, RM453 juta; Arkib Negara, RM66 juta; Jabatan Muzium Malaysia, RM56 juta dan Perpustakaan Negara Malaysia, RM120 juta.

Belanjawan 2027 turut menyediakan peruntukan bagi pelbagai inisiatif dan penggunaan di bawah kementerian. Ini termasuklah RM78 juta untuk geran Rukun Tetangga, RM48 juta untuk Program Kembara Negara, RM45 juta untuk projek pemindahan dan pembangunan semula muzium tekstil di PNB Perdana. RM45 juta untuk menaik taraf premis-premis di bawah kementerian dan sebagainya.

Bagi tahun 2027, Kementerian Perpaduan Negara akan memberikan tumpuan kepada agenda pembinaan negara bangsa sebagai agenda utama dalam memperkukuhkan perpaduan nasional. Ini adalah atas mandat Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Sebagai definisi, negara bangsa merujuk kepada pembentukan sebuah negara yang berkongsi identiti nasional, berkongsi nilai dan aspirasi kebangsaan, berteraskan semangat patriotisme serta penerimaan terhadap kepelbagaian sebagai kekuatan bersama.

Tuan Yang di-Pertua, YB Kapar— ada di sini? Yang Berhormat Speaker?

draft • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 2:33 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Teruskan ataupun...

draft • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Teruskan sebagaimana pada hari pertama sebelum Menteri-menteri menjawab, telah diaturkan petua, Yang Berhormat Menteri boleh pilih, jika Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat boleh skip dan hantarkan secara bertulis. Baik.

draft • 2:33 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey. Tak apalah sebab ada lima kali Yang Berhormat yang berbahas. Saya teruskan untuk membaca jawapan-jawapan yang disediakan pada saya di sini.

YB Kapar telah mencadangkan supaya pakar-pakar psikologi dikumpulkan bagi mengkaji secara mendalam punca masalah ketegangan kaum dan didokumentasikan hasil kajian itu untuk dijadikan agenda National Unity Blueprint serta pelaksanaan townhall. Kementerian mengakui bahawa masih banyak isu-isu dan cabaran berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat. Perkara ini turut dikenal pasti melalui kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) yang menggariskan 10 defisit sosial yang perlu ditangani secara berterusan seperti ethnicity, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, agenda politik dan feudalisme, ruang antara bandar dan desa dan juga media.

Sehubungan itu, kementerian menggunakan dapatan IPNas ini sebagai asas empirikal dalam merangka dasar strategi dan juga pelan tindakan perpaduan yang lebih bersasar. Kementerian Perpaduan Negara juga sentiasa mendapat pandangan daripada pakar-pakar dan ahli akademik daripada pelbagai disiplin ilmu termasuk sosiologi, antropologi, ethnicity, sains, politik dan sejarah bagi memastikan setiap dasar yang digubal berteraskan bukti, berteraskan penyelidikan serta realiti masyarakat majmuk di Malaysia.

draft • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat? Sedikit sahaja, Yang Berhormat. Berkenaan dengan— Jelutong, Jelutong. Yang Berhormat? Sedikit, sedikit sahaja.

Berkenaan dengan perkara yang telah dinyatakan, saya bangun untuk berterima kasih kepada Yang Berhormat dan juga kementerian di atas segala usaha yang telah dilaksanakan sepanjang Yang Berhormat berkhidmat untuk merapatkan perpaduan.

Cuma saya ingin tanya, adakah apa-apa cadangan kerajaan untuk menerbitkan buku-buku baru, majalah baru, rencana berkenaan dengan tokoh-tokoh kita yang lama? Saya bagi contoh, Almarhum Tok Guru Nik Aziz, yang saya percaya merupakan seorang negarawan, tentang cara bagaimana kita melihat rakyat berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa, untuk merapatkan perpaduan.

Saya telah menyatakan perkara ini berulang kali. Kalau buku-buku berkenaan dengan kerjaya beliau, kehidupan beliau diterbitkan dan diedarkan kepada sekolah- sekolah, saya rasa kita boleh mendidik anak-anak, bagaimana kita boleh mengajar mereka tentang perpaduan, satu.

draft • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bangkit sebab Yang Berhormat Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita lihat bahawa ada segelintir seperti Ridhuan Tee, Firdaus Wong, Zamri Vinoth, Cikgu Chandra, yang merupakan mualaf yang sering kali menangguk di air yang keruh. Cuba mengapi-apikan isu perpaduan. Saya rasa kalau mereka boleh dididik membaca buku-buku yang diterbitkan terutamanya tentang kehidupan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, yang merupakan seorang negarawan, yang menjadi idola saya, saya percaya kita boleh cuba untuk merapatkan lagi perpaduan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya pohon maklum balas mengenai perkara ini.

draft • 2:33 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Untuk menjawab Yang Berhormat, kita sentiasa mengadakan pelbagai program untuk mengenang jasa baik negarawan-negarawan yang kita ada di seluruh Malaysia ini. Dan kita pun telah mengadakan pelbagai program memperingati negarawan seperti dari tahun 2025, 24 dulu kita telah mengadakan program mengenang jasa negarawan seperti Tun Jugah, seperti Tun Fuad, Tunku Abdul Rahman, apa nama lagi? Ada enam, tujuh orang.

Dan tahun ini, tahun depan kita akan mengadakan lagi program yang sama untuk mengetengahkan sejarah dan juga negarawan yang kita sentiasa― next year kita akan adakan mengenang negarawan Tun Hussein Onn, Tan Cheng Lock dan Tun Datu Mustapha. Thank you Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bolehkah saya cadangkan nama-nama seperti mendiang Karpal Singh juga dimasukkan?

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Boleh, boleh.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan lupakan juga Tan Sri Lim Kit Siang, tokoh-tokoh DAP yang juga boleh dikatakan diklasifikasikan sebagai negarawan untuk kita mengambil tunjuk ajar dari mereka. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Boleh YB. Boleh, boleh. Itu dalam perancangan kita lah. Berkenaan dengan penerbitan buku-buku, saya setuju dengan Yang Berhormat. Di sepanjang saya di kementerian ini banyaklah risalah-risalah atau buku-buku telah kita terbitkan. Tetapi menjurus kepada negarawan ini kita akan laksanakan dalam masa yang akan datanglah. Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat...

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya nak bangkit sikit peraturan mesyuarat Jelutong tadi ya. Saya rasa

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jelutong ada sebut beberapa nama walaupun bukan ahli 36(9) kalau saya boleh ini.

Berapa nama public figure di luar sana yang kata menimbulkan kebencian dan sebagainya. Saya rasa to be fair, kita tak boleh sebut dalam ini orang yang tak boleh nak jawab dekat dalam Dewan. Jadi, saya rasa kalau boleh sebut nama tak apa tetapi tak payah huraikanlah apa tindakan. I think it's too— lebih elok, lebih molek dalam konteks perbahasan kita. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Saya setuju YB.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. Yang Berhormat telah membangkit peraturan. Yang Berhormat perbetulkan 39 itu. Tak betul itu. Kalau ya pun isi kandungan bila membahas dalam Dewan...

draft • 2:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Ya.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bila bab isi kandungan, ia melibatkan Peraturan 36.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

39 tak ada kena mengena.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

36(9) saya sebut tadi.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau 36(9) lebih baik. Baik.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Welcome...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya tak selesai lagi.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan 42 itu menyatakan walaupun Menteri, saya bercakap, Menteri duduk dengar.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

So, boleh sambung Yang Berhormat?

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Sebentar, saya tak habis lagi ini.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

[Ketawa]

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, bila Ahli Yang Berhormat telah membangkit peraturan, Pengerusi kena jawablah ya. Jadi, daripada apa yang perspektif Yang Berhormat bangkitkan itu saya overrule kerana tidak ada kaitan berkaitannya. Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Welcome YB Kapar. Saya tengah jawab soalan YB. Untuk makluman YB Kapar, Dasar Perpaduan Negara dan Blueprint Perpaduan Negara 2021–2030 yang dilancarkan pada tahun 2021 merupakan kerangka strategik jangka panjang negara dalam memperkukuhkan perpaduan serta integrasi nasional.

Kedua-dua dokumen itu dibangunkan melalui proses libat urus yang menyeluruh merangkumi penglibatan secara langsung pakar-pakar akademik. Dan di antara pakar-pakar ini adalah Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dari UKM, Yang Berbahagia Dr. Jeniri Amir dari UMAS— UNIMAS, Profesor Dr.

Kartini Aboo Talib from UKM, Profesor Dr. Sanmugam— panjang, dari USM.

Selain itu, Kementerian Perpaduan Negara turut mengaktifkan semula Lembaga Penasihat Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN). Seramai 20 individu telah pun dilantik untuk masuk dalam lembaga ini dan mereka terdiri daripada pelbagai jurusan dan komposisi itu adalah supaya kita dapat membolehkan IKLIN ini sebagai pusat kecemerlangan perpaduan. Antara pakar yang dilantik adalah Profesor Kolonel Dr. Awang Azman from Universiti Malaya, Dr. Novel anak Lyndon from UKM, Profesor Mahendhiran Sanggaran Nair from Sunway University, Profesor Madya Shamrahayu binti Ab Aziz from UIAM – Universiti Islam Antarabangsa.

Berhubung dengan cadangan untuk melaksanakan program town hall di setiap negeri, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menganjurkan Town Hall Keselamatan dan Perpaduan Negara dalam tahun 2025 di kesemua 12 negeri dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kerjasama Majlis Keselamatan dan juga the Malaysia Crime Prevention Foundation dan juga Jabatan Penerangan Malaysia.

Selain itu, Kementerian Perpaduan Negara kini sedang merangka Blueprint Pembinaan Negara Bangsa sebagai hala tuju strategik jangka panjang negara dalam

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

memperkukuhkan perpaduan nasional, juga membina identiti nasional yang inklusif serta juga memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagi memastikan blueprint ini dirangka secara komprehensif, beberapa libat urus telah dilaksanakan sejak tahun 2025 dengan melibatkan pakar-pakar akademik daripada pelbagai disiplin. Antaranya adalah Profesor Madya Dr. Bilcher Bala from Universiti Malaysia Sabah, Dr. Lee Kuok Tiung from Universiti Malaysia Sabah, Dr.

Ismi Arif bin Ismail daripada UPM, Profesor James Chin.from University Tasmania, Australia. Profesor Dr. Mohd Tajuddin from UCSI dan juga Profesor Wong Chin Huat from Sunway University.

Untuk makluman, kementerian akan menganjurkan Persidangan Pembinaan Negara Bangsa pada 30 Oktober hingga 2 November akan datang tahun ini di pusat PICC. Persidangan ini akan menjadi platform strategik untuk menghimpunkan pemikir, ahli akademik dan juga agensi kerajaan dan pemegang taruh bagi membincangkan hala tuju pembinaan negara bangsa serta memperhalusi cadangan dasar yang sesuai dengan keperluan Malaysia. Blueprint untuk pembinaan negara bangsa akan dilancarkan pada tahun 2027.

draft • 2:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri.

draft • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yes, Kapar.

draft • 2:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey. Tahniah Menteri. Congratulation, that's a good job. Sikitlah Menteri. Mungkin daripada all the stakeholder, saya setuju semua IPT-IPT itu yang telah dilibatkan dan juga kalau bolehlah Menteri kan, saya nak cadangkan to get to the bottom of the problem mengenai perpaduan kaum atau ketegangan kaum ini. Saya mencadangkan ambil daripada sumber yang sentiasa mencetuskan masalah, get the worst. What is the worst scenario? Apa yang the worst concerns? Siapa yang selalu seolah-olah ada masalah?

Kalau kita lihat secara keseluruhan dalam negara kita, Melayu ke, Cina ke, India ke, Siam ke, Iban ke, Kadazan ke, majoriti tak ada masalah pun dengan hubungan antara kaum. So, siapa― get to the root cause, the real problems.

Kadang-kadang yang bising-bising, dia minoriti, yang majoriti ini okey. So, kita, kalau boleh Menteri carikan punca sebenarnya.

Dan jiran warga emas yang ada pada KRT Menteri ya, itu mereka ini mempunyai tacit knowledge. Mereka ada pengalaman. Saya rasa mereka warga emas ini mempunyai satu kemahuan nak hidup sejahtera, harmoni antara satu sama lain dan merekalah boleh relate kepada orang-orang muda supaya boleh membudayakan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Mungkin tap the

draft • 2:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

talents, tap the potentials daripada mereka ini yang saya rasa semuanya seluruh negara ada ya jiran warga emas ini. Terima kasih Menteri.

draft • 2:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Sikit. Saya mohon...

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, sambung sikit. Terima kasih Speaker.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu semenjak Yang Berhormat pegang Kementerian Perpaduan ini dah berapa kali adakan dialog antara agama ataupun kita namakan dialog perpaduan?

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kerana, banyak perkara-perkara yang sering dibangkitkan, terutamanya Jelutong, sering bangkitkan nama-nama yang ada di luar yang dia orang itu tak ada peluang untuk mempertahankan diri, Zamri Vinoth, Cikgu Chandra, Firdaus Wong.

Jadi, kalau belum ada Yang Berhormat ataupun kalau dah ada, saya nak cadangkan supaya panggil Jelutong sebagai panel— dialog lah nampak harmoni sikit ataupun kalau Jelutong berani, kita buat debat antara nama-nama yang dibangkitkan tadi supaya kita tahu apa sebenarnya masalah. Kadang-kadang benda itu tak ada— setuju dengan Kapar tadi. Tapi, yang diapi-apikan oleh orang tertentu. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada perkara-perkara sama. Tadi, saya terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana akan mengadakan diskusi untuk negara bangsa ini. Cuma, daripada nama yang saya dengar tadi tidak ada nama-nama tokoh sejarawan.

Jadi, sebenarnya untuk membincangkan tentang negara bangsa sesebuah negara itu mestilah melihat kepada sejarah negara. Jadi, saya mohon agar nama- nama sejarah, pakar sejarah ini dimasukkan dalam sebagai senarai pakar rujuk atau pakar runding nanti. Di samping, memasukkan juga nama-nama tokoh agamawan untuk berada dalam pembinaan negara bangsa ini kerana negara kita ini ia punya Perlembagaan menyebut tentang Islam adalah agama Persekutuan.

Jadi, itu perlu menjadi asas dan juga menjadi asas kepada negeri-negeri dalam Malaysia, di mana hampir semua undang-undang tubuh negeri-negeri berasaskan kepada agama Islam juga. Jadi, saya harap dalam pembinaan negara

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

bangsa ini, tokoh-tokoh agama dan tokoh sejarawan ini dimasukkan sebagai antara pakar rujuk untuk negara bangsa.

Dan, juga saya ingin bertanya kepada kerajaan berhubung dengan beberapa agensi yang berkaitan dengan yang membicarakan tentang— contohnya isu bahasa.

Seperti, DBP dan juga akademi yang membicarakan tentang Rukun Negara. Saya nampak hari ini ia bukan diletakkan di bawah satu kementerian, pelbagai kementerian yang jaga. Jadi, ada setengah di bawah JPM. Ada setengah di bawah jabatan-jabatan lain.

Jadi, kalau boleh kesemua agensi-agensi yang membicarakan tentang warisan ini dan identiti negara ini diletakkan di bawah satu kementerian. Contohnya, di bawah kementerian YB supaya penyelesaian kepada isu identiti negara ini selesai.

Kerana kita nampak banyak negara yang ke depan daripada isu identiti tapi di Malaysia ini kita agak confuse. Jadi, kalau boleh akademi-akademi ini diletakkan di bawah satu jabatan dan satu kementerian yang sama, supaya boleh selesai masalah dan memartabatkan DBP sebagai sebuah agensi yang menjaga bahasa Melayu ini mesti menjadi agenda tunggak. Sebab dalam negara kita hampir semua perkara-perkara penting dalam— even dalam JKP— di dalam JKP contohnya, pembentangan masih juga dibuat dalam bahasa Inggeris. Kita berada di Parlimen Malaysia tapi digunakan bahasa Inggeris untuk pembentangan daripada jabatan-jabatan ataupun daripada NGO-NGO.

Begitu juga sebagai contoh dalam penggunaan Waze. Sekarang ini Waze tidak dibenarkan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Tapi, banyak lagi yang akan gunakan Waze ataupun aplikasi-aplikasi lain tetapi, bahasa yang digunakan itu langsung tak membayangkan identiti negara. Sebagai contohnya dalam penerangan kepada jalan-jalan ini, dia punya bahasa itu Jalan Pahang, jadi dia gunakan seolah- olah dalam bahasa Inggeris, Jalan Peheng. Ini benda kalau kita rasa kalau kita pergi negara Jepun, negara China mereka akan menggunakan bahasa yang betul.

Jadi, boleh tak kita adakan satu identiti. Pastikan penggunaan apa sahaja aplikasi bila masuk ke Malaysia menggunakan nama dan perkataan yang betul dengan loghat yang betul. Jadi, jangan kita kelirukan berada di Malaysia tapi sebut macam berada di luar negara. Jadi, harap ini jadi perhatian kepada pihak kementerian. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat yang baru mencelah. Saya setuju dengan cadangan Kapar tadi supaya kita sepatutnya gunakan pakar-pakar ini untuk mencari the root cause of masalah-masalah kepada

draft • 2:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

perpaduan ini. Sebab itu, dalam jawapan awal tadi, kita mengadakan pelbagai kajian.

Satu daripadanya adalah IPNas, di mana IPNas itu telah pun banyak kajian yang telah diadakan, telah pun menghuraikan— ada 10 defisit sosial yang sangat menjadi masalah kepada kita dan telah pun saya sebut tadi sebagai politik, etnik, kelas sosial, pendidikan dan sebagainya.

Dan, saya ingin petik satu ucapan one professor semasa kita mengadakan mesyuarat MPPN (Majlis Penasihat Perpaduan Negara). Beliau katakan “no issue is a sensitive issue.” Bermakna kalau kita dapat tangani itu untuk mengerti dan mempelajari apakah sebenarnya isu itu, dia takkan menjadi sensitif kalau kita dapat bertolak ansur. Jadi, begitulah yang kita hadapi sekarang ini, isu kecil diperbesarkan, itu telah menjadi masalah.

Tadi disebut warga emas di kawasan KRT. Ya, saya setuju mereka adalah amat prihatin kepada keharmonian dan sebagainya untuk hidup sejahtera dan berdamai.

Chepa, well suggestion Chepa itu kalau dialog kita telah mengadakan banyak dialog. Setiap tahun kita adakan dialog yang menjurus kepada keharmonian dan perpaduan dan sebagainya. Tetapi— dialog antara agama pun telah kita adakan, di Sabah, di Sarawak, di Semenanjung. Tapi, kalau spesifik yang disebutkan oleh YB tadi untuk kita membawa nama-nama disebutkan membawa sensitiviti kepada negara kita dan menjuruskan ketidakamanan di negara kita ini, itu boleh kita adakan tapi mungkin akan membawa masalah kepada kita.

Dari segi tokoh sejarawan yang disebutkan oleh Tumpat tadi. Untuk makluman Tumpat, kita sudah tubuhkan Majlis Sejarawan Negara yang dipengerusikan oleh PMX sendiri dan esok kita akan adakan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara. Dari sinilah kesemua tokoh-tokoh sejarawan termasuk agama dan sebagainya— ada 20 lebih orang. Ini adalah saya nampak tokoh-tokoh yang begitu memang hebat yang dipilih oleh PMX sendiri.

Kita juga di bawah Kementerian Perpaduan dan juga Kementerian Agama, kita ada Jawatankuasa Harmoni di mana kita berdua ini sering mengadakan pelbagai aktiviti di lapangan dan juga dialog, conference untuk sama-sama melibatkan isu-isu agama dan juga keharmonian.

Selanjutnya, saya pergi ke soalan nombor...

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, saya perlukan pengesahan. Adakah mereka ini akan

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

berada di dalam yang 30 hari bulan tadi yang disebut akan buat negara bangsa itu?

Tokoh-tokoh sejarawan akan dipanggil sekali atau tidak?

draft • 2:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Memang, memang. Mereka akan terlibat dalam conference negara bangsa ini. Banyak libat urus telah kita adakan sejak last year.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih— sebab...

draft • 2:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dan, sampai kemuncaknya kita akan adakan satu konvensyen besar end of this month, early next month dan mereka semua ini akan terlibat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yang Berhormat Batu Pahat, turut membangkitkan persoalan mekanisme yang akan dilaksanakan bagi memastikan peningkatan geran yang untuk KRT (Kawasan Rukun Tetangga) kenaikan daripada RM6,000 ke RM10,000. Batu Gajah ada? Tak apa saya baca sedikit ya.

Untuk makluman kita semua, sejak ditubuhkan KRT since 1975, kita telah melalui 51 tahun evolusi dan banyaklah perubahan-perubahan telah kita lakukan.

Kita mula daripada keselamatan kejiranan dari dulu untuk— bergerak komuniti progresif, kesejahteraan sosial dan baru-baru ini since last year kita telah merancakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat di peringkat akar umbi KRT.

Sehingga tahun ini sebanyak 8,670 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara dan ini dengan pertambahan 322 pada tahun ini berbanding tahun 2022.

Dari segi— peruntukan KRT. Ya, seperti yang kita sedia maklum dalam belanjawan tahun depan 2027, kadar geran tahunan KRT dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 dan akan berkuat kuasa Januari 2026.

Berhubung dengan itu, kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan memperkukuhkan mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian bagi memastikan peningkatan peruntukkan ini diterjemahkan kepada program yang berkualiti yang bersasar dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Pelbagai mekanisme kita akan laksanakan seperti program bersasar, good governance, kita akan nilaikan keaktifan KRT dan sebagainya.

draft • 2:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebanyak 500 KRT daripada 8,670 yang tidak aktif. Paling banyak adalah di Selangor, 174 KRT; di Johor, 100 KRT; dan kita akan membuat langkah untuk pulihkan semula KRT-KRT ini dan kita

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

akan mengadakan pemulihan seperti profiling dan mengenal pasti punca ketidakaktifan KRT-KRT ini dari segi ahlinya, dari segi kepimpinannya, dari segi aktiviti-aktiviti KRT tersebut dan kita juga akan mengadakan intervensi bersasar untuk pelan pemulihan KRT ini dan juga mengadakan khusus kepada kepimpinan dan mengadakan mentor-mentee untuk menyesuaikan KRT yang tidak aktif ini dengan KRT yang aktif.

Ketiga, Ahli Yang Berhormat Jerai...

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yes.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Minta maaf. Sebelum masuk ke poin lain.

KRT yang tidak aktif.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Mungkin oleh kerana KRT ini dah bersejarah lama dan yang membangun dan yang menghidupkan KRT ini, zaman dahulu mungkin lain dengan zaman sekarang. Yang dulunya muda, sekarang ini dah tak muda, kan.

Jadi, mungkin itu di antara sebab. Saya dengar tadi di Selangor 500 ya, KRT yang tidak aktif, kan. So cara— yang tak aktif ke yang aktif?

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Aktif. Selangor, 174.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Aktif?

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tak aktif.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tak aktif.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Selangor ada 1,000 lebih.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sebab di Selangor ini you tahulah it's a rat race, kan. Semua orang sibuk dan sebagainya. It's very different apa senario dulunya.

So mungkin kena ada pendekatan yang lain, mungkin ada— mungkin bantuan yang lain untuk spur kesukarelawanan because KRT ini dia pun dah empat— this is the fifth budget yang saya mohon RM6,000 naik RM10,000 itu, it takes so many years, kan. So, lagi-lagi kalau mereka ni mempunyai masalah dengan kos sara hidup, masalah sendiri. So, jadi mungkin kena cari apalah bagaimana nak menjadi pemangkin supaya mereka ni aktif.

Dan juga, saya difahamkan susah nak wujudkan KRT yang baharu, betul ya?

So mungkin permudahkan kepada mereka ini supaya yang berminat, dia start off a new one lah.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey YB, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, ringkas Menteri, Hulu Terengganu, berkenaan KRT. Betul tak, ada dimaklumkan kepada saya bahawa ahli- ahli politik pembangkang tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian ataupun menyertai program-program KRT? Apakah itu betul? Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tak adalah YB. Itu tak betul. Jadi, untuk Kapar tadi, sebab itu kita akan mengadakan pelbagai inisiatif untuk memahami mengapa KRT ini tidak aktif dan kita akan buat profiling dulu, kita melihat ahli-ahli, kita melihat kepimpinan dan sebagainya dan untuk menentukan mengapa KRT-KRT ini tidak aktif dan begitulah kita akan bimbing mereka untuk membawa mereka kepada— untuk aktifkan mereka kembali. Okey, YB.

draft • 3:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ahli Yang Berhormat Jerai, ada?

draft • 3:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yes.

draft • 3:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Libaran. Terima kasih. Saya terutama sekali mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada kementerian, daripada memperuntukkan RM6,000 setiap KRT, dinaikkan kepada RM10,000.

Namun apa yang menjadi kemusykilan kadang-kadang di setiap KRT-KRT bukan sahaja di seluruh negara tetapi khususnya di Libaran, KRT ini banyak diguna pakai hanya kepada program-program kecintaan kepada negara.

Ada tak program-program selain daripada menyatukan perpaduan di dalam kawasan tersebut ataupun program-program yang boleh memberi manfaat kepada komuniti itu sendiri? Sebagai contoh— ataupun sebagai cadangan, meningkatkan ekonomi mereka dan ini perkara yang penting sebab kadang-kadang ada satu KRT yang contohnya di PPR, kadang-kadang tidak ada kursus-kursus dan menyebabkan komuniti itu tidak dapat seaktif mungkin ataupun sebaik mungkin daripada kawasan- kawasan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat Libaran.

Untuk makluman Yang Berhormat Libaran, evolusi KRT yang saya sebutkan secara ringkas tadi sekarang telah sampai ke peringkat yang untuk mengaktifkan KRT ini sebagai kejurusan sosioekonomi.

Kita dalam dua tahun yang lalu telah pun melawat banyak-banyak KRT di seluruh negara dan kita melihat banyak KRT-KRT ini terlibat dalam kegiatan ekonomi dan sebab itu kita telah pun membuat— mendapat peruntukan dalam tahun yang lalu, RM20 juta untuk disalurkan kepada kita katakan sebagai KRT Progresif. Dalam KRT

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Progresif ini, satu daripada tugas utama mereka adalah untuk menjana pendapatan, untuk menaikkan economic activities dan banyak telah berjaya.

Kalau di Sabah, mungkin saya akan buat jawapan bertulis untuk senaraikan KRT-KRT yang telah berjaya di negeri-negeri— di negeri Sabah. Memang seperti yang saya katakan, sebab daripada aktiviti ekonomi ini adalah— tujuan sebenarnya adalah of course untuk perpaduan. Dari kegiatan ekonomi ini, mereka mengadakan setiap aktiviti secara gotong-royong. Secara gotong-royong bermakna ia akan menjuruskan kepada perpaduan seterusnya.

Ahli Yang Berhormat Jerai memohon penjelasan berhubung dengan langkah intervensi Kementerian Perpaduan dalam mengukuhkan program berskala besar bagi memartabatkan warisan negara, khususnya tulisan Jawi agar masyarakat dapat memahami sejarah, evolusi dan peranannya.

Warisan negara merangkumi warisan ketara (tangible) dan juga tidak ketara

(intangible). Ini termasuk tapak sejarah, bangunan, artifak, manuskrip, bahasa, tulisan, adat resam, seni budaya, dan sebagainya. Tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada warisan persuratan negara yang telah diiktirafkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 12 November 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Untuk makluman, kementerian melalui Perpustakaan Negara Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Tulisan Jawi sejak tahun 2022 dan merekodkan seramai 565,000 penyertaan bagi tempoh 2022 hingga September tahun ini, 2026. Kementerian melalui Perpustakaan Negara Malaysia turut memperluaskan pendekatan pembudayaan tulisan Jawi dengan mengangkat seni kaligrafi sebagai medium interaksi dan perpaduan antara kaum.

Inisiatif ini dimulakan pada tahun 2025 menerusi Festival Seni Kaligrafi dan Seni Motif Perpaduan di Sabah yang menggalakkan penyertaan masyarakat pelbagai latar belakang untuk mengenali dan menghayati tulisan Jawi. Festival tersebut turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana peserta yang teramai pada masa itu.

Perpustakaan Negara Malaysia juga merancang menganjurkan Festival Kaligrafi dan Semarak Jawi pada tahun depan 2027 dengan pengisian pendidikan, kesenian dan teknologi digital. Dalam aspek pemeliharaan warisan bertulis, koleksi manuskrip Melayu di PNM, di perpustakaan ini telah berjumlah 5,405 naskhah sehingga September tahun ini, manakala 4,842 judul bersamaan dengan 580,000

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

lebih muka surat telah didigitalkan. Khazanah ini diketengahkan melalui pameran transliterasi tulisan Jawi lama kepada Rumi dan penceritaan digital.

Seiring dengan perkembangan teknologi, kementerian menyambut baik cadangan untuk meneroka kerjasama strategik antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka dan bagi membangunkan kandungan pembelajaran Jawi secara immersive berasaskan Pedoman Ejaan Jawi. Usaha ini boleh diperluaskan melalui pengalaman pelaksanaan Program Klinik Jawi dan inisiatif transliterasi Jawi–Rumi MyAKSARA Ahli Yang Berhormat Tumpat mencadangkan supaya pendekatan sedia ada diperkasakan melalui intervensi yang lebih progresif, khususnya dalam pendidikan sejarah, memulih tapak dan monumen warisan, pendigitalan manuskrip serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pembentukan negara.

draft • 3:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Berhubung aspek pemeliharaan dan pemuliharaan warisan negara

(preservation and conservation), kerajaan mengamalkan pendekatan bersepadu melalui kerjasama strategik antara kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan khazanah negara terus dilindungi, terus dipelihara dan diwarisi kepada generasi akan datang. Dalam hal ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

(MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara merupakan agensi peneraju utama dalam pengurusan warisan kebangsaan selaras dengan pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Di bawah akta ini, Jabatan Warisan Negara bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan, pendokumentasi, pendaftaran, pewartaan, pemuliharaan dan penguatkuasaan berkaitan warisan negara merangkumi warisan kebudayaan ketara (tangible) dan juga intangible. Melalui kuasa Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara turut menentukan penetapan tapak warisan, pendaftaran objek warisan dan kategori warisan.

Majlis Warisan Kebangsaan berperanan memberi nasihat kepada MOTAC berhubung hal ehwal warisan termasuk pentadbiran serta penguatkuasaan undang- undang berkaitan. Di bawah Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia, melalui Arkib Negara Malaysia dan juga melalui Perpustakaan Negara Malaysia, kita sentiasa komited dalam memelihara dan memulihara dan memperkasakan khazanah warisan sejarah negara.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Usaha ini merangkumi pemeliharaan dan pemuliharaan (preservation and conservation) dokumen sejarah, pemerolehan bahan sejarah, pendigitalan bahan arkib, pendokumentasi dan penerbitan bahan sejarah serta akses kepada sumber.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Untuk makluman Yang Berhormat— yes?

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, Jelutong.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berkenaan pemuliharaan khazanah negara, saya ingin tanya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian— ini perkara baharu. Baru-baru ini kita mendapat berita bahawa satu patung Buddha daripada abad kelapan atau sembilan yang telah pun ditemui di Yan, Kedah. Ini merupakan juga khazanah negara. Sama ada kita menyediakan lawatan-lawatan daripada— ia boleh ditukar kepada satu tempat tarikan pelancong terutamanya pelancong keagamaan daripada Cambodia.

Saya difahamkan mengikut berita yang disiarkan, patung ini mungkin patung Buddha yang lebih tua daripada apa yang ada di Angkor Wat di Cambodia ataupun di Borobudur, Indonesia. Jadi, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa khazanah negara seperti ini ditukar kepada— ia perlu dipelihara, nombor satu; dan juga boleh dijadikan tarikan pelancong.

Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan berkenaan dan perkara-perkara ini? Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.

Seperti yang saya jelaskan dari awal tadi, bahan-bahan warisan, tempat sejarah dan sebagainya adalah di bidang kuasa MOTAC. Kita di bawah Arkib Negara membantu dalam menyimpan maklumat ataupun dokumen-dokumen yang dihasilkan daripada pelbagai aktiviti di lapangan tersebut. Tapi untuk promosi pelancongan dan sebagainya adalah di bawah MOTAC, di bawah Jabatan Warisan Malaysia ya dan kita sokong dalam usaha yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanya, saya tanya Yang Berhormat kerana saya menggesalah kerajaan untuk campur tangan. Kerajaan Persekutuan perlu mengambil berat kerana saya melihatkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak begitu serius kerana semua khazanah negara yang ada di Kedah ini sedikit demi sedikit sedang pun pupus. Sebab itu saya merayu, kalau boleh Kerajaan Persekutuan campur tangan. Kerajaan Kedah seolah-olahnya tak begitu

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

serius untuk memelihara khazanah negara seperti ini, terutamanya yang melibatkan candi-candi Hindu dan juga yang beragama Buddha.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya. Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Saya pun telah melawat satu kawasan dinamakan Lembah Bujang di Kedah juga ya. Itu sajalah adalah tempat sejarah, monumen-monumen yang besar daripada zaman-zaman dululah.

draft • 3:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Untuk teruskan— yes, anymore Kapar?

draft • 3:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ya. Saya lihat banyak perkara di bawah Kementerian Perpaduan ni. Nak jaga perpaduan, nak jaga muzium, nak jaga perpustakaan macam-macam kan. Tapi saya lihat pembangunan dan penganggaran perbelanjaan, the least among all the kementerian, paling sikit; RM65 juta lebih sahaja. Jadi, macam manalah Kementerian Perpaduan nak achieve all these termasuklah yang segala KRT kah apa benda semua tadi nak bantu semua ni, termasuklah segala muzium, segala perpustakaan, segala bahasa kebangsaan, Rukun Negara dan sebagainya. So, saya rasa kena fight lebih sikitlah Menteri ya.

Yang keduanya, saya setujulah dengan Pengkalan Chepa tadi. Biarlah— Hulu Selangor saya rasa. Biarlah kementerian ini, kalau orang lain tu dia pandang pembangkang ni macam alien kan. Saya rasa Kementerian Perpaduan ni jemputlah kami ini yang sama ada yang atas pagar kah yang apa semua ni dalam program apa- apa sahaja yang akan menghubungkan di antara kaum, perbezaan apa benda, teologi dan sebagainya, Kementerian Perpaduan proaktif jemput kami.

Dan insya-Allah 1 November ni, Larian Perpaduan Jambatan Ketiga Klang yang Kapar nak buat ni, jemputlah seluruh rakyat Malaysia, termasuklah Menteri kalau boleh. Tak ada duit— kalau tak, dah jemput dah Menteri.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya sokong hasrat Yang Berhormat itu.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, peraturan Dewan, Speaker.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, peraturan?

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

36(12) berkaitan dengan Jelutong kata tadi.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

36(12) berbunyi...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bahagian, bahagian mana?

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ya?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bahagian mana?

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Mengatakan bahawa Kerajaan Kedah tidak serius menjaga khazanah-khazanah. Jadi, itu satu tuduhan yang mengelirukan Dewan. Kata tanya apa bukti Kerajaan Kedah tidak serius menjaga khazanah ini. Ini satu benda yang saya rasa mengelirukan Dewan. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya punya keputusan, saya overrule kerana itu adalah general statement. Jika Yang Berhormat Hulu Terengganu berfikir adalah tidak wajar keputusan saya, Yang Berhormat Hulu Terengganu sila usulkan untuk dipertimbangkan semula keputusan saya.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Yang di- Pertua.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih, Yang di-Pertua. Saya teruskan satu lagi isu di bawah urusan ini adalah kerajaan baru-baru ini telah pun menubuhkan Majlis Sejarawan Negara seperti yang saya sebutkan awal tadi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Ini adalah satu majlis yang menjadi penasihat kerajaan untuk mengawal aspek sejarah, aspek penyelidikan dan penulisan, penerbitan, pendidikan sejarah negara.

Di samping itu, Arkib Negara Malaysia turut bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi bagi memperluaskan penyelidikan sejarah. Di bawah kementerian, kita juga mempunyai beberapa insentif seperti untuk mengumpul bahan-bahan arkib.

Kita ada Arkib@Sekolah, kita ada Arkib@Komuniti dan kita juga mengadakan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium dan juga seperti yang saya sebut awal adalah Program Mengenang Negarawan.

Juga, Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib terus mempergiatkan banyak program; program wacana sejarah, program TVET, perbahasan, polemik, konvensyen dan sebagainya sebagai platform memperkukuhkan literasi sejarah, memperluaskan akses kepada pengetahuan sejarah serta membina kefahaman terhadap asal usul pembentukan dan kedaulatan negara.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Last sekali adalah Yang Berhormat Pasir Puteh mencadangkan agar satu jawatankuasa berhubung perpaduan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Penasihat Perpaduan Negara

(MPPN) adalah satu badan penasihat di peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Yusof.

Dan kedua adalah Majlis Sejarawan seperti yang saya sebutkan tadi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Dan di bawah kementerian juga, kita mempunyai macam-macam Majlis-majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan di mana kita akan mengumpul kesemua Exco-exco Perpaduan dari seluruh negara, semua negeri untuk bersama-sama dalam dinamakan Majlis Mesyuarat MExUnity.

draft • 3:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kita juga mempunyai Jawatankuasa Harmoni Antara Penganut Agama. Ini dipengerusikan saya dengan Menteri Agama dan kita juga mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Isu-isu Perpaduan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian, rentas kementerian—12 kementerian terlibat dalam jawatankuasa ini. Itu Tuan Yang di-Pertua jawapan saya kepada perbahasan peruntukan.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ambil kesempatan ini juga memandangkan saya sebahagian juga daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Parlimen ini. Yang Berhormat, bahasa merupakan satu platform lingua franca yang menyatukan kita di dalam negara ini.

Tapi kalau kita lihat undang-undang tertinggi dalam negara kita ya, Perkara 152 mengasaskan bahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan di dalam Parlimen peringkat negeri dan DUN dan sebagainya, melainkan selepas 10 tahun kita merdeka, jika ada sesuatu undang yang diluluskan oleh Parlimen, barulah secara dasarnya penggunaan rasmi ini boleh total 100 peratus digunakan di dalam Parlimen, baik di DUN.

Kalau kita lihat peraturan kita sendiri di bawah peraturan Perkara 8, dibenarkan bahasa Inggeris di dalam Parlimen kita pun, dengan izin dibenarkan bahasa Inggeris. Ini sebabkan Perlembagaan membenarkan. Jika kita total betul hendak menyatukan dari segi satu bahasa Melayu itu, saya percaya dengan lulusnya Akta Perkhidmatan Parlimen yang baru ini, yang berkuat kuasa pada 1 hari bulan 10

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

mungkin boleh dipertimbangkan pindaan kepada 152, termasuk juga 161 yang memberi perlindungan khas kepada Sabah dan Sarawak dalam penggunaan bahasa Inggeris. Boleh pada pandangan saya lah.

Mungkin agenda ini memerlukan nilai dua pertiga dan kelulusan Majlis Raja- Raja. Walau bagaimanapun, if this good dengan izin to ponder upon it. Sekian, terima kasih. Dengan itu, maka tamatlah ya, Kementerian Perpaduan Negara dibentangkan oleh jawapan oleh Menteri berkaitan.

Sekarang saya persilakan Menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab soalan-soalan Yang Berhormat-Yang Berhormat telah nyatakan dan ajukan semasa perbahasan. Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mula ni, saya nak mengalu-alukan kehadiran lawatan Komuniti Wanita Titiwangsa.

[Tepuk] Selamat datang.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat yang mulia ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya atas semua pandangan, syor mahupun cadangan yang telah dibangkitkan berkaitan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sepanjang tempoh perbahasan berlangsung. Di antara Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Tumpat.

Dato' Yang di-Pertua, YB Sekijang dan YB Simpang Renggam telah membangkitkan perkara berkenaan pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor– Singapura ataupun JS–SEZ pada terutamanya mengenai faedah dan limpahan ekonomi yang dijana daripada pelaburan di kawasan ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi separuh pertama tahun 2026, negeri Johor telah merekodkan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor sebanyak RM90, minta maaf RM15.3 bilion dan di dalam RM15.3 bilion ini yang termasuk dalam Johor–Singapore JS–SEZ ialah RM11.8 bilion. Yang telah direalisasikan pada tahun ini, dalam masa enam bulan RM5.9 bilion, kemudian di Johor–Singapore JS–SEZ ini RM5 bilion.

draft • 3:22 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat, Yang Berhormat juga membangkitkan berapa keluasan Johor Special Economic Zone ini. Keluasannya lebih kurang dalam 3,588 kilometer persegi ataupun kalau dalam hektar, lebih kurang dalam 358,000 hektar, iaitu lebih kurang 4 kali besar daripada Singapore.

Pelaburan-pelaburan ini yang diuruskan oleh MIDA ini kalau kita tak ambil pada tahun 2025 untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun 2025 keseluruhan Johor kita luluskan pelaburan oleh MIDA RM90.1 bilion tapi khusus untuk Johor– Singapore JS–SEZ ini dia ada lebih kurang dalam RM77 bilion. Berapa banyak telah di-release-kan iaitu kalau seluruh Johor RM36.4 bilion, kemudian untuk Johor JS– SEZ ini adalah RM35.3 bilion.

Limpahan benefit ataupun ekonomi yang dapat dirasai oleh Johor ini adalah pertama, dia mengeluarkan juga sebahagian besar daripada high skill dan high volume a value job yang di-create employment lebih kurang dalam 74,945 orang.

Kemudian, dia juga mewujudkan satu domestik linkages kepada kita punya supply chain dan juga local vendors. Yang ketiga, kita juga membangunkan infrastruktur for example infrastructure untuk digital, one of them data centre di mana ini juga merupakan satu infrastructure yang sangat penting kepada negara kita. Jumlah keseluruhan yang telah kita luluskan untuk kesemua investment data centre ini adalah sebanyak RM385.7 bilion.

Terima kasih. Saya move to next one. Pelaburan pusat data centre. Dato' Yang di-Pertua, YB Larut punya soalan ini tapi dia tak ada tapi saya rasa perlu saya jawab YB Larut ini kerana untuk pengetahuan kita semua. Untuk makluman Yang Berhormat, total data centre yang telah kita lulus di dalam negara kita adalah sebanyak 117 data centre. 55 data centre telah beroperasi, 19 data centre under construction, 16 belum mula, baru dapat kelulusan dan 27 sebahagian daripadanya adalah dah mula sebahagiannya, belum mula 27. Jadi, keseluruhan 117 tetapi yang 27 ini power yang dia akan dapat adalah melalui off grid. Jadi, ini penting saya nak tekankan. Banyak salah faham yang berlaku dalam negara kita soal data centre ini. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa setiap data centre yang dibina dalam negara kita ini dia tidak, dia mesti diasingkan penggunaan power dia. Dia punya kehendak untuk mendapatkan electricity ini diasingkan dengan 27, 28 industri yang ada, yang ditadbir urus oleh TNB.

draft • 3:22 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, kita nak asingkan data centre ini daripada industri-industri lain kerana industri-industri lain ini dia memerlukan power. Jadi, priority ada kat sini. Tetapi dalam konteks Malaysia, data centre kita ini kita akan cuba asingkan permintaan power ini kerana dia tidak ada elemen subsidi. Apa saja yang kita produce power daripada data centre untuk data centre ini, dia akan mengikut pasaran dunia dan bila dia datang bawa pelaburan sini dan kita tetapkan selain daripada power yang kita nak bagi ini adalah melalui data centre ini, dia melalui TNB ikut harga pasaran dunia.

Yang kedua, kita memastikan bahawa localization apa saja yang dibina di dalam negara kita ini mesti menggunakan minimum 30 peratus daripada kita punya local content.

draft • 3:22 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, local content ini banyaklah, macam-macam, tetapi yang paling penting ialah manfaatnya ada kepada negara bukan hanya kepada pelabur sahaja.

Yang kedua, saya juga nak maklumkan bahawa dalam konteks power supply ini, power ini datang macam-macam.

Pertama, kita hendak gas, kemudian ada yang kita buat solar, ada yang kita pakai hidro dan ada some of the power plant masih ada lagi coal, yang masih run-off lagi sembilan, sepuluh tahun. Yang saya hendak tekankan ialah the benefits masa akan datang ialah kalau data center ini telah selesai, apa yang kita sudah ambil, sudah bawa masuk, dia memberi satu juga peluang kepada PETRONAS. Kenapa saya cakap PETRONAS? Sekarang ini PETRONAS masih menjadi pengeksport kelima terbesar gas kepada dunia.

Kita eksport lebih kurang dalam 30 juta metrik tan setahun, plus or minus.

Jadi, kalau eksport ini, selalunya kita akan sign long term agreement dengan negara di luar, tetapi kalau kita ada data center ini, kalau kita hendak bina power dia, dia duduk berasingan dengan industri-industri yang kita ada. Jadi, mungkin gas ini mungkin kita boleh pakai dan kita dapat market price dan tak payah sign long term agreement, because the data center is already in operation here. Total data center yang ada di negara kita ini 117. At this moment, kalau semua 117 ini complete, dia memerlukan lebih kurang dalam 23,000 ataupun 23,500 megawatt, something like that.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Yang Berhormat, terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

Penjelasan Yang Berhormat tadi berkenaan dengan data center ini yang memerlukan bekalan air dan juga bekalan elektrik yang begitu besar diperlukan.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Yang Berhormat, sebenarnya dari segi dasar dan juga hala tuju kerajaan dalam mempelbagaikan sumber untuk bekalan tenaga ini ataupun bekalan air ini, adakah satu jawatankuasa khas ataupun dalam kementerian sahaja, yang melihat kepada kepelbagaian teknologi yang ada ataupun ianya cross ministry yang menjadikan satu keputusan bersama dibuat?

Kerana kalau kita hendak menggunakan sumber tenaga boleh baru, contoh, Yang Berhormat ada sebut tadi, sama ada tenaga melalui solar ke atau hidro ke atau angin dan sebagainya, tetapi kita tidak ada satu polisi yang membolehkan kepelbagaian teknologi itu meraikan keperluan, Yang Berhormat, tetapi kita masih lagi tertakluk kepada persetujuan Suruhanjaya Tenaga, kita perlukan persetujuan TNB.

Begitu juga air, sama juga. SPAN menetapkan harga RM5.30 untuk air kepada data-data center. Jadi sebenarnya, bukan harga sahaja Yang Berhormat.

Jadi, saya rasa di mana agaknya pengusaha-pengusaha ini, termasuklah pelabur-pelabur ini, hendak melihat di manakah kesediaan kerajaan untuk melihat kepelbagaian teknologi yang ada ini untuk kita raikan? Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat.

Pertama, kita ada. Kalau kita— siapa-siapa datang hendak apply data center ini, dia kena datang ke MIDA. Jadi, MIDA akan proses ini. Bila kita proses, kita mengambil kira juga committee yang kita ada. Dia panggil Data Center Task Force Committee

(DCTF). Dia sebenarnya diwakili oleh tiga major kementerian. Pertama, MITI; kedua, Kementerian Digital; dan ketiga adalah PETRA.

Jadi, kalau kita tengok tiga-tiga ini terlibat. Dan bila kita bermesyuarat, kita juga akan panggil wakil-wakil daripada kerajaan negeri yang menyediakan water.

Sebab di Pusat, kita cuma melihat dari segi power requirements dan bila dia punya power requirements ini, dia punya discussions dengan TNB ini very detail.

Kita hendak pastikan bahawa dengan DCTF ini, kita hendak pastikan bahawa dia tidak boleh bagi power yang akan menyebabkan industri-industri lain terjejas.

That means, dia punya rizab margin kena properly spare dan kita cuma bagi data center ini kalau ada excess. Kalau tak ada excess, kita buat off-grid. Off-grid ini maksud dia, dia boleh buat any power. Contoh, kalau dia hendak buat solar, dia bawa dengan bateri sekali. Katakan 300 megawatt ataupun 500 megawatt atau 1,000 megawatt.

Dia boleh datang bawa investment dan kemudian nanti kita akan dapat kelulusan daripada Kementerian PETRA. Dia akan melalui ST, dia akan tengok

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

bagaimana dia hendak agih benda ini, tetapi kalau kita tak ada data center ini, kalau suruh TNB buat, mungkin dia akan ambil masa yang begitu lama.

Jadi, kita hendak mencapai kita punya portfolio energy mix ini, untuk mendapatkan— kita contribute kepada renewable energy ini dia mungkin agak lama, tetapi oleh kerana ada data center punya requirements ini, jadi portfolio ini boleh kita kembangkan dengan mengambil power mix ini, termasuklah macam saya cakap tadi, solar, hidro dan macam-macam lagi teknologi yang akan datang kita boleh guna untuk kita supply kepada data center ini.

Kedua Yang Berhormat, bila tiba waktu air ini, kita akan pastikan bahawa kerajaan negeri kena commit. Kalau dia tidak cukup air, dia jangan *host data center.

And then,* kepada data center punya pelabur ini juga, kita galakkan dia bawa teknologi untuk recycle all this air. Itu salah satu daripada manfaat yang kita akan dapat, belajar daripada teknologi-teknologi yang akan dibawa oleh pelabur-pelabur ini.

Ya, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, terima kasih kepada Menteri beri laluan. Juga mengenai data center. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut semua sekali 117, itu banyak. Dan juga bila semua ini siap dan beroperasi, mereka memerlukan 3,500 megawatt. That is a lot of power.

Pertamanya, apakah perancangan kerajaan untuk pastikan dia tidak menjejaskan keperluan tenaga bagi industri dan penduduk Malaysia? Dan adakah kerajaan bercadang untuk— atau berhasrat untuk melaksanakan moratorium ataupun ditangguhkan? Kita sudah ada 117, di Singapura ditangguhkan, moratorium tiga tahun, tetapi dia pandai, dia ambil dari kita some of the data center punya facilities. Adakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan moratorium?

Dan bagi air, Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju supaya untuk tenaga ini, syarikat-syarikat data center sendiri melaksanakan penjanaan kuasa untuk kegunaan mereka dan saya bersetuju, tetapi memang seperti mana yang ‘Ulu Tiram’ sebut, it is not easy to get an energy mix of 30 percent of the total, thats not easy.

Kita kena tengok macam mana kita hendak laksanakan program seperti ini. Adakah kerajaan juga akan memberikan syarat-syarat seperti mana bekalan tenaga terhadap bekalan air? Sebab dia juga akan memberikan kesan yang besar kepada negara.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, terima kasih Menteri.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya hendak ulang balik bahawa, bila sampai ke power ini, sebab itu bila kita hendak lulus mana-mana data center selepas 117 ini, kita akan mengambil kira semua faktor itu. Dan TNB adalah merupakan input yang pertama kita akan tanya, whether dia ada masalah atau tidak dari segi power. Dan dia ada masalah tak reserve margin dia, sama ada dia cukup tak untuk bagi kepada industri-industri yang terlibat dalam— selain daripada data center. Kerana ini adalah satu pengasingan yang kita buat untuk pastikan kita akan dapat pelaburan-pelaburan yang masuk, dalam masa yang sama, kita akan benefits pada masa akan datang dalam masa sepuluh tahun. Banyak elemen benefits yang tidak boleh dapat kita quantify selain daripada apa yang disebut tadi ialah dari segi bagaimana kita menggunakan the infrastructure yang dibawa oleh negara luar, yang mempunyai teknologi yang begitu bagus. Dan kita akhirnya, rakyat kita ini akan dapat manfaat, termasuk syarikat-syarikat SME kita kerana ia akan memberikan satu efficiency and productivity kepada perniagaan-perniagaan mereka kalau kita dapat guna teknologi-teknologi ini.

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan pertama.

draft • 3:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Menteri, minta sebut fasal moratorium. Ada tak perancangan?

[Ketawa]

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

At this moment tak ada perancangan, tapi perancangan kita moratorium cara kita proses. Makna TNB, kalau dia cakap dia ada access power and then gas, kita pula kita boleh import daripada luar negara atau pakai eksport yang dibuat oleh PETRONAS, market price, PETRONAS pun untung, TNB pun untung, kita pun dapat host mereka ini dan kita create a lot of economy activity.

Bukan kita nak buat semua satu dunia ni. Kita buat kat mana yang boleh kita buat. And then bukan semua negeri boleh buat ini. Kalau negeri tu tak cukup water walaupun dia ada tanah, kita tak boleh bagi sebab water tak cukup. Sebab itu kita check dengan kerajaan negeri, “Pasti tak?” “Pasti.” Okey then kita bagi. Dan bila kerajaan negeri jual air kat dia tu, jangan jual air macam mana dia jual kat kita. Dia kena jual air mahal sikitlah.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri tadi ada menyentuh tentang manfaat data centre ini dan salah satunya seperti mana kita tahu, bila dah banyak itu lokasinya dekat, speed-nya lebih laju, microsecond dan sebagainya ini akan membantu industri-industri kita, tapi kalau kita lihat pada waktu ini, industri kita yang bersedia untuk mengambil peluang ini agak terhad. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan industri- industri kita ini dikembangkan dengan lebih cepat? Itu satu.

Yang kedua, sambil kita menggunakan data centre ini untuk manfaat pertumbuhan industri tempatan, apakah kerajaan akan melihat dalam konteks cukai kepada syarikat-syarikat yang menggunakan khidmat data centre ini di mana mereka menjana pendapatan hasil daripada penyimpanan data-data di Malaysia, tetapi pendapatan ini direkodkan di negara lain? Dia caj sebagai contoh Netflix lah katakan ya. Caj di negara lain, tetapi data centre-nya diletakkan di negara lain. Jadi kita sebagai destinasi atau tempat terduduknya data centre ini, adakah kita akan melihat bagaimana kita nak mengoptimumkan cukai-cukai bagi syarikat-syarikat sedemikian? Terima kasih Menteri.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang bagus. Utamanya isu soal— apa manfaat kepada syarikat-syarikat kita sedangkan syarikat-syarikat kita ini not prepared, not ready, tetapi kalau kita tunggu dia ready, next time data centre dah tak datang dah dekat kita dan I don’t think kita boleh jadi hab untuk host mereka ini.

Jadi apa pendekatan yang kita buat? Kita be selective untuk bawa mereka ini datang, khususnya saya nak beritahu bahawa, kita nak pastikan bahawa dia mesti ada elemen yang boleh host teknologi yang boleh mengendalikan AI. Syarikat- syarikat ini adalah all international punya syarikat macam AWS, Microsoft, Google, Oracle, ByteDance, Alibaba, Meta. All these, kita kena bawa mereka datang ni kerana teknologi-teknologi ini akan diguna pakai dalam sistem infrastructure yang kita buat.

Dan pada ketika ini, banyak syarikat-syarikat kita ini terutama kita punya SMEs, dia banyak masih lagi bergantung kepada foreign workers. Automation masih not prepared to use, tetapi pada masa akan datang, when we cannot anymore get foreign workers macam sekarang ini 2.6 juta foreign workers, jadi selagi ada, orang akan apply, tapi pada masa akan datang mungkin kita punya negara akan buat satu keputusan, kita akan reduce ini over the period of 10 years, no more foreign workers.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi nak cari solution, this is where yang kita host ini kemungkinan besar kita akan dapat manfaat dalam masa 10 tahun. Pada hari ini, kita juga dapat memastikan bahawa sektor pekerjaan yang kita keluarkan daripada data centre ini juga memberi satu kefahaman yang lebih baik dan lebih bagus kepada industri-industri yang beroperasi dalam Malaysia.

Yang kedua, fasal cukai. Saya sebenarnya saya pun memang tengok benda ini Yang Berhormat. Dunia sekarang ini, WTO pun tak boleh buat keputusan fasal digital tax. Hari ini yang kita boleh caj ialah get the maximum price of the power yang kita jual kat dia. That’s one. Nombor dua, kalau ada gas, gas kita kalau kita produce gas kita pakai dalam negara untuk fire, untuk bagi kepada data centre ini, kita akan dapat the maximum yang kita boleh based on market price. Nombor tiga, kalau kita buat solar– kalau dulu kita nak buat solar tak tahu siapa nak ambil, tetapi sekarang ni, kita boleh buat solar ni, berapa banyak kita boleh buat data centre boleh absorb.

Kemudian apa lagi kita nak buat. Hidro. Kalau ada hidro, kalau dah siap hidro ni, kalau mana-mana power yang kita generate ini, kalau kita tak ada kita boleh ambil.

Kita boleh buat.

Jadi over the period of time, portfolio power yang ada dalam negara ini akan nampak lebih balance rather than kita hanya nak rely on coal ataupun on gas.

draft • 3:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

YB.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Pasir Gudang.

draft • 3:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih YB Menteri.

Dato’ Speaker, masih berkenaan data centre. Saya memfokuskan kepada di Johor.

Adakah YB Menteri menyedari bahawa ada sebuah syarikat yang besar, yang saya tak namakan di sini, yang berperanan untuk membekalkan air kepada rakyat Johor, industri di Johor, tetapi syarikat yang sama juga mempunyai kepentingan yang besar dalam investment data centre khusus untuk di Johor. Tidakkah mungkin wujud conflict of interest antara kepentingan rakyat Johor, industri Johor yang lain dengan kepentingan dalam pelaburan data centre khususnya di Johor? Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itu saya tekankan tadi, kalau mana-mana application data centre, kalau dia pergi ke mana-mana negeri dalam Malaysia ini, yang pertama kita tanya kepada kerajaan negeri, kalau dia dah beli tanah untuk buat data centre. Kemudian dia akan tanya pertama, sama ada dia dapat power atau tidak. Sebelum saya jawab soal power itu,

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

saya suruh dia pergi tanya kerajaan negeri, water cukup atau tidak. Kalau dia tak cukup water dan apa teknologi yang you nak bawa supaya boleh dapat cooling punya pitstop ini, tapi kalau dia tak ada, dia tak cukup, tapi kalau dia buat kelulusan, yang ini masalah fasal kita Federal tak ada kuasa fasal state punya water ini.

Jadi sebab itu, kita— MIDA akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk pastikan— make sure water itu cukup. Kalau dia nak dua million liter, dua million liter.

Cukup ke tak cukup?

And then, kalau power, kita akan bincang dengan TNB tengok sektor yang ada, berapa banyak you punya power availability, baru kita boleh buat keputusan.

Kalau dah tak boleh juga, then kita akan pakai off grid. So off grid ini kita akan buat— benda ini tak ada kena-mengena dengan TNB, tetapi kita minta TNB untuk pastikan bahawa kalau kita buat off grid ini, perjalanan untuk supply power ini cukup.

Kalau tak boleh, kita beritahu pada investor sebab kita tidak boleh biarkan investor masuk dalam negara, bawa billions of Dollars, lepas tu last sekali dah siap, kita cakap kita tak ada power. Then kita not responsible fasal benda yang saya proses ini, sekarang semua ini telah diluluskan sebelum ini. Sekarang kita nak make sure kita deliver, itu sahaja.

Sebab itu banyak application yang datang hari ini, dah masuk 24 application data centre, kita tak ada bagi apa-apa jawapan sebab kita nak tahu 117 ini *settle.

Once* dah settle, nanti kita tengok what happen. Ada lagi power, kalau tak ada power, ada renewable energy yang kita boleh pakai dengan storage, dengan teknologi yang baharu, boleh. Kalau boleh kita tengok and be selective. Bukan semua orang boleh datang kat Malaysia ni. We have to be very selective.

Sebab itu, bila kita tengok fasal soal teknologi data centre dan sebagainya ini, kita tengok kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kekuatan kewangan apabila dia sign kita punya energy supply agreement ini, apa saja the guarantee, contoh satu data centre dia cakap saya nak power 300 megawatt. Lepas itu TNB pergi buat bagi kat dia 300 megawatt, tapi dia pakai cuma maybe 100 megawatt. 200 lagi dia tak pakai. 200 tu dia kena bayar seolah-olah dia pakai.

Macam kita kalau buat kilang biasa selain daripada data centre ini, kita minta 100, tapi kilang kita buat pakai 50-60. Balance dia tak caj kat kita, tetapi data centre kalau you minta 200 atau 300 megawatt, you pakai cuma 100, 200 kena bayar sebab TNB tidak mahu expose risk kepada power yang dia manage untuk 27, 28 industri ini Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

So water itu nanti kita tengoklah kalau ada specific case dalam kawasan- kawasan tertentu di Johor yang tak cukup air, jadi kita akan tanyalah kepada pembekal air, fasal apa tak cukup. Sebab dulu masa nak bawa data centre semua cukup, tapi alhamdulillah, sekarang hari ni saya tak dengar lagi problem bahawa orang tak dapat air.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Kalau tak dapat air ini, selalunya dia berhenti sekejap, dua hari kerana paip pecah. Lepas sambung paip, ada air balik, tapi kalau dia cakap tak ada air sampai dua, tiga minggu, itu adalah masalah. Yang itu bermakna pengiraan air, kegunaan air itu tak tepat waktu data center itu.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, since Yang Berhormat pun datang daripada Johor ada 55 data center di Johor okey. Terima kasih.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Okey, taman industri di Sabah.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mic, mic.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Okey, Dato’ Yang di-Pertua, YB Penampang. Saya nampak YB Penampang. Terima kasihlah datang— telah mencadangkan agar Sabah dapat dibangunkan sebagai ‘Eastern Gateway to Malaysia’ dengan menjadikan taman perindustrian Palm Oil Industry Cluster (POIC) Lahad Datu, Sabah sebagai kawasan tumpuan pembangunan perindustrian dan pelaburan di bawah inisiatif Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA).

Yang Berhormat, saya menyokong cadangan Yang Berhormat ini kerana overdue. Sepatutnya POIC ini dia lebih dahulu daripada Johor-Singapore Special Economic Zone. Kalau kita boleh buat ini, dia punya keluasan adalah 4,400 ekar, lebih kurang dalam 1,780. Kenapa saya cakap di Sabah ini? Ini kalau kita boleh bagi bekerjasama di antara Federal dengan kerajaan negeri, dia boleh menjadi satu tempat yang sangat strategik. Kerana apa?

Kerana pertama, dia ada land yang dah disediakan. Nombor dua, dia ada port facility cukup dalam dia punya— that and then logistik, boleh jadikan logistik itu and then after that storage pun ada. And kalau kita tengok dari segi kelapa sawit, kita adalah merupakan pengeluar kedua terbesar kelapa sawit. Between Sabah dengan Sarawak combined, dia produce hampir sembilan juta metrik tan of kelapa sawit, the CPO— sembilan juta. Kita produce 20 juta.

[Tidak jelas] Lebih kurang 45 peratus.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, industri yang terlibat dalam ini, dia banyak industri itu. Selain daripada kita buat perladangan dia ada mill, refinery oleochemical, palm chemical dan between that ada banyak dia punya sektor. Jadi, saya menyokong cadangan Yang Berhormat untuk melihat bagaimana boleh kita jadikan dia sebagai special economy zone. Yang paling penting Yang Berhormat yang perlu saya cadangkan pada Yang Berhormat, get a consultant, bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah, work out the proposal, identify the sector dekat situ and then nanti kita boleh buat presentation dan saya akan pastikan bahawa saya juga akan menyokong cadangan ini untuk bawa kepada MOF dan juga Kementerian Ekonomi untuk melihat. Saya di MITI ini kita akan proses dari segi industri-industri yang you nak buat ini. Jadi, kita akan sokong, tetapi yang paling penting ialah bagaimana kita dapat that benefit of special economy zone ini sepertimana kejayaan yang telah dibuat oleh di Johor. Very, very specific, very detailed and very focused punya industri yang ditumpukan. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Datuk Ewon Benedick - Penampang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas kesediaan menyokong cadangan yang telah dibangkitkan dan saya fikir Kerajaan Sabah juga pastinya akan mengambil inisiatif-inisiatif yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

Dan saya juga mewakili Kerajaan Sabah menjemput Datuk lah Yang Berhormat Menteri turun ke Sabah, kita sama-sama call POIC sebagai langkah awal sokongan Yang Berhormat ke atas cadangan yang telah kita rekodkan di dalam Dewan ini. Terima kasih di atas sokongan tersebut Yang Berhormat.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya juga nak jawab satu lagi soalan Yang Berhormat mengenai industri halal di Sabah.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, makluman yang kita ada, Kota Kinabalu Industrial Park yang berkeluasan 110 ekar dan POIC Lahad Datu merupakan dua taman industri halal, tetapi yang berjaya ialah KKIP. Dia telah mencatat nilai pelaburan halal dalam kawasan tersebut- RM531.8 juta.

Saya nak tekankan pada Yang Berhormat bahawa berdasarkan rekod yang kita ada, sebanyak 417 syarikat di Sabah telah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di mana 204 syarikat adalah dimiliki oleh bumiputera, 208 syarikat adalah dimiliki bukan bumiputera dan lima syarikat adalah milik asing. Justeru itu, dalam memastikan keterlibatan lebih banyak syarikat di Sabah dalam industri halal, syarikat-syarikat ini disarankan untuk menyertai program dan inisiatif berkaitan halal

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

yang dilaksanakan dan seterusnya mengaplikasikan ilmu daripada program-program inisiatif ini yang akan from time to time kita akan buat program dan kita akan jemput.

Dan kalau ada permintaan yang ramai dan mungkin kita akan pergi ke sana dan buat program. Itu saya punya pandangan dan...

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Tidak jelas]

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya juga nak beritahu YB Tuaran tak ada, tapi Yang Berhormat [Tidak jelas] Tuaran ada okey. Saya jawab dulu ya.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey, okey.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Sektor pembuatan industri hiliran di Sabah. Yang Berhormat Tuaran membangkitkan isu mengenai sektor pembuatan dan industri hiliran Sabah.

Ya, kita juga akan cuba bantu untuk mencapai “Aspirasi Sabah 2030”, nak melihat bagaimana sumbangan sektor pembuatan boleh mencecah lebih daripada 30 peratus daripada economy contribution. That’s the aspirasi. Okey Yang Berhormat.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih lah kerana ini adalah Menteri MITI yang pertama yang betul-betul mahu melihat soal perindustrian Sabah. Sebab Sabah tidak boleh buat sendiri tanpa kepimpinan, bantuan daripada Kerajaan Persekutuan khususnya daripada MIDA dan pelbagai agensi kita tak boleh buat.

Sebab itu POIC sudah sekian lama lebih 20 tahun dan kita masih running on the spot dari segi membawa pelabur khususnya dalam sektor pembuatan. Jadi, kita ada komitmen Yang Berhormat dalam kementerian ini. Mudah-mudahan kita dapat mencapai sasaran yang telah kita tetapkan tadilah. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Macam MITI dia tak ada banyak peruntukan, tetapi sikit-sikit ada lah.

Cuma, peruntukan kita bagi ini lebih kepada targeted kepada industri. Contoh Kota Kinabalu Industrial Park ada kadang-kadang kita bagi sikit-sikit pasal kita tak ada duit. Yang banyak duit itu kat MOF dengan Kementerian Ekonomi. (SOGIP) Sipitang Oil and Gas Industrial Park, mana-mana kita boleh bantu dekat PBT level kita bagi. POIC Lahad Datu, this is where kita akan work on detail. Lepas itu SME Park dekat KK and then Sandakan Industrial Park lebih kepada kelapa sawit.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, saya punya cadangan, MITI will make ourselves available kalau ada mana-mana investor yang berminat nak datang ke Sabah, then dia nak dapat bagaimana dia nak lebih memahami bagaimana kita punya tax incentive dan sebagainya. I think I’m willing to meet them. You bawa dan kita sama-sama akan cuba promote dan kita pastikan bahawa they really come sebagai pelabur yang betul- betul komited untuk bersama-sama Sabah kerana banyak opportunities di Sabah.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ada satu perkara Yang Berhormat yang berlaku selama ini. Dari segi infra di taman-taman perindustrian ini.

Baru mahu bikin parit, mahu bikin jalan raya pun kita pinjam daripada Kerajaan Persekutuan.

Jadi, bolehkah kalau dari segi infra di taman-taman perindustrian ini biarlah jadi geran lah, janganlah pinjaman. Sebab ini adalah untuk membawa pelabur. Jadi, sehingga pada hari ini untuk membuat pelbagai infra, pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. The normal [Tidak jelas] Dan sebagainya. Jadi, kalau bolehlah dana daripada Kerajaan Persekutuan seperti ini biarlah dalam bentuk geran dan bukan pinjaman. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Pinjam dulu, lepas itu nanti kita bincang. Itu cadangan sayalah, ambil dulu. Ambil dulu lepas itu nanti kita bincang. Kalau tak boleh bayar capital, bayar interest, kita bincang dulu.

Hopefully nanti pendapatan pun meningkat, boleh perlahan-lahan bayar, kan. Bila election nak datang, bincang, selesai. Okey.

Industri nadir bumi. Dato’ Yang di-Pertua, YB Larut dan YB Kubang Pasu turut mencadangkan dan bertanya perkara berkenaan pembangunan sektor industri baharu berasaskan unsur nadir bumi atau REE.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk makluman, Kementerian Sumber Asli adalah merupakan kementerian yang bertanggungjawab soal REE upstream, tapi MITI, kita hanya bertanggungjawab untuk melihat midstream dengan downstream yang memerlukan lesen dan sebagainya. Jadi, kalau dari segi big picture, REE ini memang dia ada banyak potential, tetapi nak dapatkan potensi industri ini, dia banyak benda kena buat.

Pertama, upstream. Yang ni NRES akan look into it, tetapi setakat hari ini, kebanyakan pelabur yang datang ke negara kita, nak tengok REE ni dia cuma nak

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

ambil the raw REE. Dia tak minat nak buat midstream dan downstream. Sebab tu kerajaan mengeluarkan satu polisi baharu bahawa, tak benarkan eksport raw REE.

Kalau dia nak eksport tak boleh, tapi dia kena proses. Sebab tu yang lepas-lepas dulu di Perak, Kenering, kita dah eksport 24,000, 25,000 metrik tan. Kerajaan negeri untung dapat RM100 ribu— RM100 juta royalti, tetapi kita tak dapat faedah. Jadi, faedah untuk macam mana kita nak create value added daripada REE kita ni.

Jadi, di sinilah MITI akan datang pastikan bahawa, mesti ada midstream dengan downstream, tapi nak dapat buat midstream dengan downstream ni, yang upstream pun kita tak ada teknologi, macam mana kita nak mengolah midstream dan downstream. Ini masih dalam proses, tetapi saya punya pandangan, kalau kita tak bersedia jangan bagi orang ambil. Kalau dah bersedia nanti, nanti bila by the time kita dah bersedia, barang pun habis. Jadi, yang ada reserve kat dalam negara kita ni dianggarkan lebih kurang 20, 30 juta metrik tan. So, yang itu value di,a it can be what, 10, 20, 30 kali bergantung apa yang you nak buat.

So, jadi pandangan saya ialah, kita kena cari partner yang bersetuju untuk berkongsi teknologi pada kita. Kalau dia pergi buat perlombongan REE ni, dia mesti ada teknologi yang dia boleh share dengan kita supaya kita boleh pergi buka kat tempat lain untuk gunakan teknologi itu. Bukan hanya di Perak sahaja ataupun bukan hanya di Kedah sahaja ataupun bukan hanya di Kelantan sahaja. Makna kita dapat teknologi tu, kita share dan kita buat.

Nombor dua, midstream dengan downstream. Midstream kita tak ada untuk REE, tetapi ada kilang macam LINUS ni dia proses, tapi dia ambil daripada Australia.

Jadi, baru ni bila saya jumpa dengan Managing Director LINUS, dia nak tengok bagaimana dia boleh tengok teknologi untuk dapatkan teknologi untuk buat perlombongan REE ni, kemudian hasil daripada tu dia akan proses kat dalam kilang LINUS yang dia tengah expand ini. Ini salah satu daripada strategi.

Downstream ramai orang minat, tapi dia nak minta fix stock, fix stock tak ada.

So, fasal kita tak boleh buat mining. Jadi kita tunggu dulu, dapatkan [Tidak jelas] Kalau tidak, banyak illegal keluar ni. Sekarang dia orang pergi ambil, ambil ni, pergi hantar illegal, declare tanah liat. Macam clay ke apa. Kita tak boleh nak kontrol. Itu salah satu daripada strategi yang kita nak buat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri. Saya tertarik dengan apa yang dikata oleh Menteri berkaitan dengan LINUS. Kita pernah dengar dulu satu ketika dulu bahawa LINUS ni dia ada radioaktif dan boleh membahayakan manusia.

Itu suatu ketika dahulu. Jadi, apakah ianya masih memberi kesan negatif

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

sebagaimana yang di cerita dulu, zaman-zaman dulu. Apa pandangan Menteri?

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Macam sikit dulu, saya pun dulu samalah. Saya pun sama dulu tak percayakan, tapi fasal bila saya dah masuk dalam kementerian, tanya MOSTI, MOSTI cakap dia safe. Profesor-profesor ni cakap safe. Jadi kalau safe, saya nak cakap apa. Dia dah dapat lesen dah. So jadi, apa yang saya percaya bahawa dia proses tu dia dah buat dan dia dah buat analisa. Selagi dia tak melepasi certain level of dia punya Becquerel, dia punya measurement tu panggil “Becquerel”, jadi dia punya radioaktif tu— jadi, yang paling penting ialah kita kena pantau. Setiap daripada waste dia tu kena pantau, sama ada dia meningkat tak— certain level yang menyebabkan dia jadi satu waste yang sangat bahaya.

Yang ini, Yang Berhormat, MOSTI sentiasa memantau dan kalau ada opportunity MOSTI jawab nanti, tolong tanya soalan ni. Dia ada lesen daripada— kita ni tukang melihat...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, sebab saya tanya tu sebab ada orang yang menentang LINUS di belakang. Sebab tu saya tanya.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Oh, okey. Ada okeylah. Okey.

[Ketawa] Pembangkang tak ada. Okey. Alright. Nanti kita tengoklah. Alright. Okey, saya dah habis yang ni.

Okey, ini adalah jurang— ini YB Tumpat. YB Tumpat ada?

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tak ada. Tak payah jawablah. Lebih kepada Tumpat. Jadi, saya— terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri...

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

YB Menteri, boleh saya...

draft • 4:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh, boleh sikit, Yang di-Pertua? Time ada lagi. Boleh Yang Berhormat Menteri?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Puan Yang di-Pertua, saya— kalau tak sebut Sekijang ni nanti tak boleh tidur.

[Ketawa] Baik, terima kasih YB Menteri. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Jadi, soalan saya sebenarnya lebih kepada cadangan YB Menteri, sebab kalau kita tengok dalam masa Kerajaan MADANI ni, jumlah pelaburan yang kita dapati memang meningkat. Dan ini adalah indikator ekonomi yang kita selalu dengar.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

Berbilion-bilion, lebih daripada RM400 bilion. Dan tentunya yang satu masalah yang tidak dirasai ialah, iaitu rakyat di bawah tidak merasai atas indikator-indikator yang menggalakkan ini. Jadi— dan kita risau pulalah kalau rakyat tak rasa, boleh kalah pilihan raya tu, YB Menteri.

Jadi, saya ada mencadangkan YB Menteri untuk MITI memperkukuhkan pelaporan iaitu keberhasilan daripada pelaburan ini dengan contohnya jumlah pekerjaan yang diwujudkan, kemudian gaji median pekerja, pemindahan teknologi dan juga mungkin penyertaan perusahaan tempatan. Jadi, YB Menteri tadi ada sebut contohnya dalam data center, ditentukan ataupun dimestikan 30 peratus content tempatan. Itu sangat baik.

Kemudian juga, saya nak mengaitkan dengan Johor ini sebab kita tahu ada Zon Ekonomi Khas iaitu JSSZE ini tadi. Dan tentunya bila ada JSSZE ini, pelaburannya meningkat, tetapi yang kita orang Johor bimbang ialah dia hanya tertumpu di Johor Selatan. Jadi, kawasan-kawasan macam di kawasan saya, belah- belah utara Johor ni, kita tak rasa khususnya dari sudut kita bimbang ni ketinggalan dari sudut pelaburan dan juga tentunya pertumbuhan dalam pembangunan. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat ni kerana kita bawa investment, lepas tu rakyat kita punya pekerjaan yang ada TVET, yang ada degree, yang ada diploma, tapi some of them dia masih nak foreign workers. Jadi, saya rasa kita kena ada satu polisi yang kita akan pastikan bahawa mana-mana investment datang dalam negara kita ini, kalau you nak foreign workers only 3D job boleh buat. Selain daripada 3D tak boleh buat. Kalau tak boleh buat juga, you buatlah automation apa ke, you buat. Kalau tak boleh juga, tak payah datang pun tak pa. Daripada dia datang bawa juta-juta, beribu-ribu foreign workers dia nak, kita kena bagi fasal dia dah buka kilang, jadi macam mana. Pada mula sebelum dia datang tu kita nak kena filter dia. Kalau dia cakap dia punya 3D job only 200 orang, 200 orang lah 3D job. Yang lain kena ambil lokal. Dan bila dia bagi local macam TVET, ada 400,000 TVET student. Kalau you bagi dia harga gaji macam foreign worker, macam mana dia nak ambil kerja ni. Tak boleh. So, ini kita nak pergi. Kalau dia datang kat negara kita, kita bagi dia tax incentive, kita bagi dia macam-macam. Lepas tu, bila nak bayar gaji, gaji foreign workers kepada local. Tak boleh. Sebab tu kita tak nampak the real manfaat ini

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

kerana polisi kita ini. Kita kadang-kadang too flexible. Kita has to be firmed. Itu saya punya pandangan.

Lepas tu, local content. Kalau you dapat tax incentive, you tak pakai local content 30 persen kita, kita takkan bagi you incentive. You kena force, kena do. Kalau kita punya SME tak ada teknologi tu, you bawa teknologi tu, SME kita boleh belajar guna.

Last but not least, Yang Berhormat saya nak beritahu macam Johor- Singapore Special Economic Zone ini, dia ada sembilan area. Saya baca satu-satu ya.

Forest City untuk financial and services; Tanjung Pelepas, Tanjung Bin untuk manufacturing, energy dan logistic; Iskandar Puteri; manufacturing, business services, digital economy, education, health and tourism; Sedenak; manufacturing, business services, digital economy, energy, food security, health, logistic; Senai- Skudai; manufacturing, digital economy, education, logistic tourism; Johor Bahru; business services, digital economy, health; Pasir Gudang; manufacturing, energy, logistic; Desaru; education, food security, health, tourism, Pengerang Industry Complex; manufacturing, energy, logistic— actually banyak. Fasal dia baharu mula.

I think kita pick and very focus, kita insist about kita punya participation, you give them about 10 years, you can see a different Johor. Itu saya punya pandangan.

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Puan Speaker, sikit lagi, tak boleh?

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

draft • 4:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Puan Speaker, satu minit, satu minit. Puan Speaker, satu minit.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Seterusnya, saya minta Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

draft • 4:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana atas izin dan kurnia-Nya, RUU Perbekalan bagi tahun 2027 telah dibentangkan pada 9 Oktober lalu dan seterusnya dibahaskan selama lapan hari, sehingga 22 Oktober 2026.

Terima kasih diucapkan kepada 25 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara terkait kefungsian KPDN, sama ada berbentuk pandangan, cadangan mahupun pertanyaan, di bawah Bajet 2027 secara ringkasnya, yang bertemakan Belanjawan MADANI Kelima, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.” KPDN menerima peruntukan sejumlah RM2.366 bilion dengan peningkatan sebanyak 9.34 peratus berbanding tahun 2026 iaitu RM2.16 bilion. Peruntukan ini merangkumi RM2.293 bilion Perbelanjaan Mengurus dan hanya RM73 juta Perbelanjaan Pembangunan.

Sebagai respons kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, saya akan memberikan jawapan berdasarkan tiga kluster utama kefungsian KPDN. Pertama, penguatkuasaan dan kepenggunaan; kedua, perdagangan dalam negeri; dan ketiga, isu kos sara hidup.

Puan Yang di-Pertua, isu berhubung penguatkuasaan telah dibangkitkan secara umum dan khusus oleh Yang Berhormat Pagoh, Larut, Merbok, Sekijang, Kuala Terengganu, Temerloh, Hulu Selangor, Bukit Gelugor, Kangar dan Batu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana secara spesifik telah mengalu-alukan peruntukan Belanjawan 2027 yang menyediakan peruntukan khusus untuk memperkukuh keupayaan agensi-agensi penguatkuasaan yang beliau harapkan dapat mewujudkan ekosistem penguatkuasaan yang lebih telus dan efektif.

Sememangnya KPDN amat mengharapkan peruntukan yang berwajaran untuk memperkasa ketangkasan penguatkuasaan, khususnya yang melibatkan bahagian penguat kuasa KPDN dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Sebagai makluman, KPDN juga amat mengalu-alukan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lalu iaitu 23 Oktober 2026, yang bersetuju dengan syor Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil. 2/2026 agar

draft • 4:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kementerian Kewangan dan KPDN menyusul tindakan untuk memperkasa keupayaan bahagian penguatkuasaan KPDN.

Puan Yang di-Pertua, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang kepentingan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan harga barangan kekal stabil dalam membantu rakyat menangani isu kos sara hidup. Ini termasuk YB Batu dan Sekijang yang menekankan keperluan memperkukuh tindakan pemantauan harga barang selepas pelaksanaan kadar gaji minimum dari RM1,700 kepada RM2,000 yang akan berkuat kuasa bermula bulan Jun 2027.

Dalam konteks ini, KPDN akan bersedia untuk melaksanakan operasi khusus sebagaimana Ops Kesan 3.0 yang dilaksanakan, susulan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Penjawat Awam (SSPA) bermula Disember 2024. Kita akan menggunakan templat dan mekanisme yang sama.

KPDN amat mengalu-alukan cadangan YB Pagoh dan YB Batu agar ditubuhkan satu pasukan petugas khas yang melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan, termasuk KPDN, dalam pengurusan warga asing, termasuk yang terlibat dalam perniagaan.

Untuk makluman, selain daripada pelbagai operasi bersepadu yang dilaksanakan sejak sekian lama melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan, kerajaan telah melaksanakan penambahbaikan penyelarasan dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, dalam menangani isu ketirisan penyeludupan serta pengukuhan kestabilan bekalan tenaga dan barangan ekoran daripada konflik Asia Barat, kerajaan telah membentuk jawatankuasa tertinggi penyelarasan membanteras ketirisan dan penyeludupan antara agensi penguatkuasaan, yang dinamakan JTPAP ringkasnya, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Baru-baru ini iaitu pada Oktober 2026 pula, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Memperkasa Pembelian dan Penggunaan Produk Tempatan turut mencadangkan pembentukan pasukan petugas penguatkuasaan bersepadu yang saya fikir inilah yang juga syor Yang Berhormat Pagoh, yang melibatkan KPDN, JKDM, LHDN, JIM, PBT dan juga NFCC untuk menangani isu kemasukan dan lambakan produk serta perniagaan asing. Syor ini akan saya bentangkan untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari Jumaat ini.

Sebagai respons kepada perkara-perkara berkaitan keperluan peningkatan penguatkuasaan dalam menangani isu kenaikan harga yang dibangkitkan secara

draft • 4:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

umum, izinkan saya berkongsi antara bentuk elemen penguatkuasaan yang dilaksanakan.

Pertama, tindakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap harga barangan dan perkhidmatan secara harian dilaksanakan berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan, mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah 2018. Itu punca kuasanya.

Operasi khas penguatkuasaan juga dilaksanakan mengikut keperluan.

Sebagai contoh, Ops Kesan yang dilaksanakan bagi memastikan peniaga di semua peringkat rantaian perniagaan tidak mengambil kesempatan untuk mengambil keuntungan secara tidak munasabah iaitu mencatut.

Ini termasuk mencegah aktiviti mencatut di setiap peringkat, sama ada di peringkat pengeluar, pengimport, pengedar, pemborong atau peruncit. Ops Kesan 6.0 umpamanya, yang dilaksanakan bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2026 adalah bertujuan untuk membendung aktiviti pencatutan dan kenaikan harga yang tidak munasabah ekoran krisis Asia Barat.

Sekiranya didapati berlaku perubahan harga yang signifikan, notis bertulis di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan dikeluarkan kepada pengeluar, pemborong dan peruncit untuk mendapatkan maklumat berkaitan harga, kos dan margin keuntungan.

Dan seterusnya, melakukan analisis terhadap maklumat tersebut bagi mengenal pasti kewujudan unsur pencatutan. KPDN akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 14, Akta 723.

Pada masa yang sama, pemantauan harga juga digerakkan oleh 850 pegawai pemantau harga yang pada setiap hari melibatkan 316 barangan keperluan di lebih 2,000 premis. Sekiranya terdapat pergerakan harga yang tidak munasabah serta tren kenaikan harga yang luar biasa, tindakan selanjutnya akan diambil dengan mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan agensi berkaitan. Terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat gangguan bekalan sama ada di peringkat pengeluar atau pun pemborong serta punca kenaikan harga.

Penambahbaikan juga telah dilaksanakan dengan menginstitusikan pemantauan secara bersepadu ini melalui penubuhan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Makanan dan Harga yang ditubuhkan pada 23 April 2025.

draft • 4:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tujuan penubuhan jawatankuasa ini bagi memperkasakan kerjasama rentas kementerian untuk menangani isu harga dan bekalan barangan keperluan harian.

Jawatankuasa yang melibatkan beberapa kementerian dan agensi ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN dan akan bersidang pada setiap dua bulan, bertujuan untuk menambah baik mekanisme pemantauan dan intervensi kerajaan.

Jawatankuasa ini juga berperanan sebagai mekanisme amaran awal bagi memastikan isu-isu berkaitan harga dan bekalan dapat ditangani secara cekap dan berkesan. Jawatankuasa ini bertindak bagi menyelaras tindakan yang perlu diambil dalam memastikan kestabilan harga dan keberadaan bekalan.

Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Merbok telah membangkitkan tentang keperluan pemantauan di seluruh rantaian bekalan. Untuk makluman, antara strategi penambahbaikan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Kerajaan sedang membangunkan sistem repositori harga yang diterajui oleh KPKM. Adalah dihasratkan melalui pembangunan sistem repositori tersebut, tindakan intervensi atau pun penguatkuasaan secara proaktif boleh dilaksanakan dengan lebih pantas oleh kementerian dan agensi berkaitan.

Sistem ini telah dimulakan dengan pelaksanaan di peringkat FAMA dan akan diperluaskan merentasi kementerian dan agensi yang lain. Yang Berhormat Merbok juga ada menyebut tentang pemantauan harga barang yang perlu diperkukuh dengan tindakan terhadap kartel dan manipulasi rantaian bekalan. Suruhanjaya Persaingan Malaysia merupakan agensi di bawah KPDN yang mengawal selia ekosistem persaingan dalam pasaran melalui penguatkuasaan Akta Persaingan.

draft • 4:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bagi memperkukuh kerangka perundangan persaingan, pindaan telah dibuat pada Akta Persaingan ini yang telah diwartakan pada 23 Oktober 2025— kuat kuasa 2026. Pindaan ini bagi memperteguh usaha membanteras amalan anti persaingan kartel sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih adil, telus dan kompetitif.

Langkah ini penting bagi mengekang sebarang tindakan yang mengganggu dan memanipulasi mekanisme supply and demand dalam pasaran. Ini termasuklah amalan kartel pakatan harga, pembahagian pasaran dan penetapan pengeluaran.

Selain itu, sejajar dengan dasar perolehan pentadbiran hari ini yang mengutamakan kaedah tender, penguatkuasaan dibawa Akta Persaingan bagi

draft • 4:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

amalan kartel berbentuk tipuan bida telah diberikan tumpuan termasuk dalam tender pembekalan makanan. Ini termasuk dengan penyediaan peruntukan tambahan bagi memperkasa unit berkaitan tipuan bida bermula tahun 2024.

Dalam hal ini, pada 13 Oktober 2026, MyCC telah mengeluarkan satu keputusan cadangan baharu terhadap 16 perusahaan atas dakwaan penglibatan dalam aktiviti kartel tipuan bida. Kes-kes ini melibatkan unsur pakatan kartel oleh sejumlah perusahaan dalam 30 tender bagi pembekalan makanan termasuk pembekalan makanan bermasak ke sekolah dan juga IPTA. Tawaran tender-tender ini telah dibuka oleh 12 entiti sektor awam iaitu melibatkan enam kementerian, tiga IPTA, dua Jabatan Agama Islam Negeri dan satu Badan Berkanun Persekutuan dengan jumlah keseluruhan nilai perolehan sebanyak RM1.83 juta.

Antara bukti yang diperoleh oleh MyCC adalah penyelarasan dan penyediaan dokumen tender secara berpusat, pertukaran maklumat termasuk harga bidaan yang dicadangkan dan perkongsian kewangan serta sumber manusia antara perusahaan- perusahaan yang terlibat. Perusahaan-perusahaan ini kini diberi peluang untuk mengemukakan representasi kepada MyCC.

Keputusan akhir akan dikeluarkan selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh perusahaan-perusahaan ini bersama-sama dengan bukti yang diperolehi semasa penyiasatan. Termasuk keputusan terbaru ini, statistik jumlah keseluruhan meliputi keputusan cadangan dan keputusan akhir menunjukkan MyCC telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 58 syarikat dalam penglibatan isu tipuan bida yang melibatkan jumlah penalti sebanyak RM98.49 juta.

Pada masa yang sama, MyCC sedang aktif menyiasat 510 syarikat lain yang disyaki terlibat dalam aktiviti yang sama berkaitan dengan tender-tender bernilai lebih dari RM3 bilion meliputi tender dalam sektor awam dan sektor swasta.

YB Sibu meminta penjelasan bagi tindakan penguatkuasaan terhadap 18 pemborong beras di Sibu berhubung ketidakpatuhan kandungan beras hancur terhadap spesifikasi pelabelan produk. Sebelum saya memberikan respons kepada syor yang dikemukakan, suka saya membawa perhatian bahawa tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh KPDN dalam hal ini adalah datangnya daripada suara dan teguran sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri termasuklah Yang Berhormat Pasir Gudang.

Isu berkaitan kekurangan bekalan beras putih tempatan dan pencampuran beras beberapa kali berbangkit di Dewan ini sebagai antara isu utama satu ketika

draft • 4:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

dulu. Pada penghujung bulan Februari 2025, kerajaan telah ditegur kerana tidak mengambil tindakan tegas dan segera terhadap isu percampuran beras.

Kerajaan diminta tidak bertangguh-tangguh dalam penguatkuasaan tanpa perlu menunggu pindaan kepada Akta Kawalan Beras dan Padi 1994 di bawah kawal selia KPKM. KPDN diminta supaya menguatkuasakan segera undang-undang di bawah bidang kuasa kami iaitu Akta Perihal Dagangan 2011.

Ia disusuli dengan satu taklimat khas berhubung industri padi dan beras Malaysia pada 5 Mac 2025 di Bangunan Parlimen yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu berkaitan padi dan beras dalam perbahasan. Dalam taklimat tersebut, sekali lagi KPDN telah disarankan agar membuat siasatan segera di bawah APD tanpa menunggu pindaan terhadap Akta di bawah kawal selia KPKM. Susulan itu, KPDN melaksanakan tindakan penguatkuasaan berhubung ketidakpatuhan kandungan peratusan beras hancur terhadap penyataan pada label di bawah APD.

Kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu disiasat di bawah seksyen 5(1b) yang dibaca bersama seksyen 6(1a) berkaitan jenis beras dan seksyen 6(1d) berkaitan kandungan peratusan hancur beras. Dalam hal ini peratusan beras hancur yang diperihalkan pada label hendaklah menepati kandungan sebenar beras yang dibekalkan kepada pengguna.

Penguatkuasaan digerakkan melalui Ops Campur yang bermula 10 Mac hingga 9 April 2025 di bawah arahan Ketua Pengarah Penguatkuasaan Bilangan 14 Tahun 2025. Yang melibatkan pemeriksaan dan pemantauan ke atas setiap rantaian perbekalan beras putih import termasuk pengilang, pembungkus dan premis jualan dan mengesan ketidakpatuhan berkaitan perihal dagangan pada produk beras untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Arahan tersebut juga menetapkan bahawa inquiry paper yang menerima justifikasi keputusan positif daripada Jabatan Kimia iaitu beras hancur melebih lima peratus adalah diarahkan untuk dibuka kertas siasatan dan kita telah menerima keputusan yang diberikan oleh Jabatan Kimia melalui sampel-sampel yang telah dihantar.

Justeru, bertindak atas arahan tersebut bagi daerah Sibu, pemeriksaan telah dibuat ke atas 17 premis iaitu pengilang, pengimport dan pembungkus beras di sekitar Sibu. Tujuan pemeriksaan adalah untuk mendapatkan sampling bagi analisis kandungan campuran beras sama ada terdapat percampuran beras import dan

draft • 4:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

tempatan serta mengenal pasti peratus kandungan hancur di dalam bungkusan beras berkenaan. Hasilnya sebanyak 17 inquiry paper telah dibuka.

Pada 5 Oktober 2026, daripada 17 EP tersebut sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka oleh KPDN Sibu untuk siasatan lanjut dengan kesalahan yang disyaki adalah di bawah seksyen 5 dan seksyen 6, Akta 730 berhubung perihal dagangan palsu. Manakala, satu lagi kes masih kekal sebagai IP. Status terkini, siasatan adalah lima IP telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa raya untuk pengeluaran kompaun.

Manakala, keputusan 11 IP lagi adalah NFA. Apa beza lima syarikat yang dikeluarkan notis kompaun dan 11 yang telah di NFA?

Lima syarikat di kompaun meletakkan penandaan perihal peratus hancur dalam bungkusan dan sampel menunjukkan bahawa kandungan peratus hancur itu melebihi perihal dagangan yang dicetak di bungkusan tersebut dan sementara 11 syarikat lagi tidak meletakkan maklumat berkaitan.

Itu sebabnya tindakan diambil di bawah APD terhadap lima syarikat yang mengemukakan maklumat perihal dagangan yang mengelirukan pengguna manakala 11 syarikat lagi telah pun di NFA. Dalam hal ini, KPD juga ingin menegaskan bahawa penguatkuasaan ini bukan hanya bagi daerah Sibu dan bukan hanya bagi syarikat pembungkus, tetapi meliputi peruncit dan juga pengilang.

Yang Berhormat Temerloh. Temerloh memberikan cadangan untuk membanteras penyeludupan minyak masak dengan memperkemas rekod pengedaran, mengenal pasti bekalan berisiko dan memperkukuh kawalan sempadan.

Berhubung perkara ini, rekod pengedaran dan pembekalan minyak masak paket bersubsidi diperkemaskan dengan memperkenalkan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak atau eCOSS yang melibatkan dua komponen iaitu pertama sistem eCOSS yang telah bermula sejak 2023 yang mensyaratkan pemain industri merekodkan transaksi jualan pengedaran di setiap lapisan rantaian, kilang penapisan, syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit. Selain itu, ia digunakan bagi digunakan bagi mengemukakan tuntutan subsidi serta memproses bayaran kepada syarikat pembungkusan dan kilang penapisan yang terlibat.

Kedua, kita rintis pengenalan aplikasi mobile eCOSS yang bermula pada 1 Mei 2025 untuk membolehkan telefon pintar digunakan untuk merekod dan mengawal transaksi jual beli minyak masak di antara peruncit dan pengguna warga negara. Kalau pada fasa pertama ia melibatkan sistem yang akan melihat transaksi daripada peringkat pengeluar hinggalah kepada peruncit dan kita perkemaskan lagi

draft • 4:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

sehingga ke peringkat pengguna dengan harapan kita mempunyai data yang lengkap ke mana perginya minyak masak paket tersebut...

draft • 4:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sila.

draft • 4:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim. Baik, terima kasih Yang Berhormat. Mengenai minyak masak ini saya nak tanya Yang Berhormat iaitu isu, bukan— kadang-kadang ketidakcukupan minyak masak ini adalah juga berpunca daripada istilah setengah itu dia panggil “minyak belah.” Minyak belah ini maksud dia minyak paket yang dibeli, dibelah, kemudian dijual untuk minyak recycle.

Minyak recycle ini bila jual adalah harga lebih mahal daripada jika dijual dari paket.

Jadi, apakah tindakan kementerian dalam menyelesaikan isu yang dipanggil “minyak belah” ini? Baik, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya nak tambah juga poin yang sama. Ini saya rasa, saya asalnya dengar-dengar sahaja, tetapi akhir-akhir ini lebih banyak yang menceritakan bagaimana perbezaan harga antara subsidi dengan minyak recycle ini menyebabkan ada pihak yang mencari ruang ambil minyak subsidi dan jual sebagai minyak recycle campur dengan minyak yang memang telah digunakan. Jadi, bagaimana pendekatan kerajaan untuk menangani isu ini? Terima kasih Menteri.

draft • 4:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tambahan lagi Menteri.

Minyak yang paket ini juga jika dapat kuota, mereka buat paket yang mengikut timbangan yang betul, satu kilo, tapi sekiranya diedarkan melalui pintu belakang, timbangan dia adalah tidak mencukupi. Apakah tindakan daripada kementerian dalam begini?

draft • 4:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Kulim dan Yang Berhormat Putrajaya. Ya, sememangnya selain daripada penyeludupan merentasi sempadan kita, salah satu kaedah ataupun mekanisme ketirisan ini adalah melalui apa yang disebutkan tadi, “minyak belah.” Minyak belah iaitu paket dibuka dan dicampurkan dengan minyak yang terpakai dan dijual. Sekarang ini contohnya PETRONAS membeli jauh tinggi daripada minyak masak paket.

Itu sebabnya mengapa kita perlu untuk memperkukuh pemantauan dan juga penguatkuasaan terhadap rantaian pengedaran minyak masak paket ini. Kalau dulu tidak ada. Kalau dulu rekod secara manual dari segi pertanggungjawaban syarikat pembungkus pun dengan izin, loose. Itu sebabnya sekarang ini kita ingin

draft • 4:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

pertahankan subsidi ini kerana ada rakyat kita yang memang memerlukan, tetapi kita tidak boleh berdiam diri kerana mengambil pendekatan, apakah mekanisme kawal selia dengan izin, risk management tersebut, risiko ketirisan.

Itu sebab kita laksanakan sistem eCOSS bermula 2023 tersebut yang saya sebutkan tadi. Dengan adanya sistem eCOSS, kita sudah ada data daripada pengilang, pembungkus kepada peruncit di mana edaran minyak masak tersebut.

Kita boleh tahu berapa sebenarnya— rekod berapa kotak, berapa kilogram minyak paket yang sampai kepada peruncit yang berkenaan untuk kita kekang ketirisan.

Kalau dulu sampai kepada peruncit tertentu, dia masuk dalam stor sama ada diseludup ataupun minyak dijadikan minyak belah ataupun hanya dihantar, dijual kepada kroni-kroni tertentu dengan izin, restoran-restoran tertentu dan sebagainya.

Namun fasa pertama tersebut tidak lengkap kerana kita hanya ada rekod hingga ke peringkat peruncit, tetapi kepada siapa peruncit jual, kita tidak ada rekod.

Itu sebab setelah sistem eCOSS itu stabil, maka kita perkenalkan pula penambahbaikan melalui aplikasi eCOSS di mana data pembelian itu juga dapat kita cerap. Setiap kali pembelian, pengguna perlu scan dengan izin, melalui sistem aplikasi mobile eCOSS.

Namun begitu kita faham, ada juga kata ini menyusahkan rakyat dan sebagainya, namun pada peringkat ini mengambil kira subsidi terkait minyak masak paket ini hampir mencecah RM1.9 bilion setahun, kita mahu ia sampai kepada rakyat.

Ramai bising jumlah besar, tapi tidak sampai. Maka kita perlu untuk mengambil tindakan berani memperkenalkan walaupun tidak popular.

Alhamdulillah, saya ingin maklumkan bahawa rintis kita laksanakan atas persetujuan Kerajaan Negeri Johor bermula tahun lalu. Di Johor telah dilaksanakan secara meluas mewajibkan penggunaan aplikasi eCOSS. Insya-Allah secara berperingkat awal tahun depan kita akan perluaskan. Jadi satu, sistem eCOSS.

Sekarang membuat tuntutan subsidi hanya boleh— repackers hanya boleh membuat tuntutan subsidi berdasarkan rekod yang ada dalam sistem. Kalau dulu boleh secara manual yang boleh dimanipulasi.

Kedua, contohnya kedai runcit itu menerima sejumlah minyak masak paket kita boleh menyemak kepada siapa dijual sebenarnya untuk memastikan bukan hanya penjualan, tetapi juga untuk mengekang pembelian di kalangan warga asing.

Jadi itu pendekatan yang kita laksanakan dalam kita memastikan subsidi ini dapat betul-betul sampai kepada rakyat. Penguatkuasaan kita laksanakan melalui Ops Tiris. Kita perkukuhkan kerjasama bersama agensi-agensi keselamatan saya

draft • 4:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

ucapkan— ambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi- agensi penguatkuasaan yang lain yang banyak memberikan maklum balas kepada kita...

draft • 4:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Puan Speaker.

draft • 4:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

APMM, AKPS, PGA, PDRM dalam kita mengekang ketirisan subsidi minyak masak paket ini. Kita juga melaksanakan audit forensik...

draft • 4:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Yang Berhormat Menteri. Nak sikit tanya penjelasan. Adakah Menteri kementerian boleh, telah mengkaji sama ada kita boleh menggunakan MyKad sahaja instead of aplikasi supaya rakyat tak payah lah download terlalu banyak aplikasi. Guna MyKad, guna sistem similar to BUDI95, supaya senang sikit untuk rakyat.

draft • 4:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Betul Yang Berhormat. Kita sebenarnya mengharapkan dengan izin, rollout MyKad kita dengan yang ada QR kod ini dapat disegerakan. Namun sekarang telah mula dia akan mengambil masa juga untuk semua rakyat.

Sekiranya sekarang ini dengan MyKad yang baharu ada QR kod, dia hanya perlu untuk sentuh untuk membeli minyak masak, tetapi setakat ini kita perlu bermula sekarang sebab subsidi sangat tinggi. Kita terpaksa juga menggunakan aplikasi tersebut pada peringkat ini, tapi sebenarnya untuk SARA, bagi penerima SARA kita integrate kan. Jadi penerima SARA boleh membeli, pembelian menggunakan terminal SARA itu pun boleh, etapi yang lain belum lagi. Jadi memang kita mengambil maklum tentang isu tertentu.

Ada juga yang mengatakan tentang ada tempat tertentu yang tidak mempunyai capaian internet, tetapi hanya dengan alasan itu kita beberapa, kita tidak boleh untuk mengecualikan semua. Kita benarkan kadang-kadang, tetapi perlu di- justify, kenapa kita benarkan pembelian pada pihak tertentu hanya melalui menulis Kad Pengenalan mereka termasuk orang warga emas dan sebagainya, kita masih membenarkan.

Puan Yang di-Pertua, YB Kangar membangkitkan tentang keperluan— ada YB Kangar? Tentang keperluan untuk penguat kuasa berbudi bahasa ataupun menggunakan budi bicara sebelum mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga kecil. Kita memperakui tentang perkara ini dan kita memang sentiasa memaklumkan.

Yang paling penting adalah sebarang bentuk penguatkuasaan perlu mematuhi kaedah peraturan dan juga SOP yang telah ditetapkan.

draft • 4:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Namun pada masa yang sama Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, salah satu hala tuju kita di KPDN sejak tahun 2023 adalah meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan. Saya maklum ada juga pihak yang kurang berpuas hati apabila sekarang ini di media sosial, mereka melihat penguat kuasa-penguat kuasa KPDN menggunakan media sosial untuk melihat aspek penguatkuasaan tersebut.

Namun sebenarnya penguatkuasaan melalui kita tunjukkan melalui media sosial tersebut, bukan hanya tujuannya memperlihatkan ada penguatkuasaan semata-mata, tetapi juga dalam to advocacy supaya rakyat memahami apa dia hak rakyat supaya para peniaga memaklumi apa dia contohnya tanggungjawab mereka, due diligence yang perlu dibuat, peraturan dari segi packaging dan sebagainya.

Jadi kita akui Yang Berhormat, namun saya fikir untuk memastikan tanggungjawab kita mempertahankan hak dan kepentingan pengguna tersebut perlu untuk kita perkasakan untuk memastikan tidak wujudnya unsur manipulasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Silakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih YB Menteri dan memanglah penguat kuasa ini kadang-kadang dia memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil...

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dan alhamdulilah, kalau kita tengok balik di Perlis lah, di Kangar ataupun Perlis pada hari ini, misal kata isu berkaitan dengan minyak masak, kan. Kalau dulu apa, kita susah dapat. Sekarang ini bila dah banyak kedai-kedai bumiputera di Perlis itu adalah NFS, apa HR Bintong jadi masalah- masalah kehilangan minyak itu kurang berlaku.

Dan saya mengucapkan terima kasih YB Menteri kerana saya harap dengan ucapan YB Menteri, isu penguat kuasa untuk sentiasa berlaku adil kepada peniaga- peniaga kecil. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Nanti saya nak tanya tentang soal e-commerce act Yang Berhormat Menteri. Jawab dulu, nanti saya akan tanya sekarang lah. Minta maaf ini berkenaan pembinaan soal peniaga kecil, tapi dalam sudut digital khususnya peniaga-peniaga kecil yang menjual dalam platform Shopee ataupun TikTok.

Saya difahamkan kerajaan ingin memperkenalkan akta e-commerce diumumkan sejak tahun 2023, tapi Yang Berhormat Menteri, sejak pengumuman

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

daripada tahun 2023 sampai ke hari ini, platform TikTok dan Shopee telah pun menaikkan kadar fi platform lebih 10 kali. Shopee naik 10 kali, Tiktok naik 9 kali— pada akhir bulan ini diumumkan akan ada peningkatan lagi sekali.

Dan yang lebih mencemaskan, kalau kita buat perbandingan benchmarking dengan negara HQ TikTok ataupun Shopee, di Singapura atau Douyin di China, kadar fi platform di negara HQ mereka jauh lebih rendah. Saya beri contoh. Kadar platform fi TikTok di Malaysia, Shopee saya start Shoppe dulu 41.7 peratus lebih mahal jika nak dibandingkan dengan Shopee di Singapura. TikTok Shop di Malaysia— minta maaf Shopee 20.8 peratus, TikTok Shop 41.7 peratus.

Maksudnya mereka jual jauh lebih murah, kadar platform fi jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan yang dikenakan ke atas peniaga-peniaga kecil kita.

Lebih teruk Yang Berhormat Menteri kalau kita bandingkan dengan Douyin di China.

Malaysia— contoh kalau dibandingkan dengan Shopee, 351 peratus lagi tinggi.

TikTok Shop 297 peratus lagi tinggi.

Maksudnya mereka kenakan platform fi bagi peniaga-peniaga kecil kita, mencekik mereka, sampai mereka tak boleh wujud lagi, tetapi kalau nak kenakan platform fi di Singapura atau China jauh lebih rendah. Is it if their treating peniaga- peniaga di Malaysia ini as profit centre tempat untuk membuat keuntungan, tetapi untuk mensubsidikan peniaga-peniaga kecil di China ataupun di Singapura, di mana HQ mereka terletak.

Kerana di negara mereka sudah ada e-commerce act— sebab itu kita perlu lakukan secepat mungkin. Ini kalau kita couple-kan sekali yang ini paling mencemaskan dengan adanya Pinduoduo dan kita tak boleh salahkan Pinduoduo semata-mata. Kerana peniaga-peniaga kecil kita hendak buat profit pun sangat susah. Profit margin in single digit, sebab itu kena kadar platform fi 25 peratus, Pinduoduo tak ada transport fi, tak ada kadar platform fi 25 peratus ini, jual pada harga yang sangat rendah bagaimana peniaga-peniaga kecil kita ini to compete dengan adil.

Sebab itu saya berharap— saya dengar Yang Berhormat Menteri sangat prihatin dan jumpa wakil-wakil ini, tapi kita perlu percepatkan pelaksanaan e- commerce act ini. Kalau tidak, hancurlah masa depan peniaga-peniaga kecil kita ini.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman isu yang berbangkit tentang keperluan untuk kita meminda e-dagang ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar, Masjid Tanah,

draft • 4:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bentong dan Kota Melaka. Dan Yang Berhormat Muar dan Masjid Tanah bercakap panjang lebar tentang perkara ini, banyak perkara yang dibangkitkan cuma saya terus tidak merujuk kepada teks ini.

Saya cuma respons terus dengan perkara yang dibangkitkan semula Yang Berhormat Muar. Pertama, kita mengambil maklum aduan dan suara daripada peniaga-peniaga kecil kita terkait dengan perkara kenaikan fi dan pelbagai caj yang lain. Dan dari segi makluman itu bila kita semak memang ada platform ini memberikan maklumat awal kepada peniaga, tetapi isunya sama ada makluman itu tempohnya berwajaran ataupun tidak, munasabah atau tidak.

Dan yang kedua, adakah proses rundingan tertentu dibuat. Jadi untuk maklumat, makluman Yang Berhormat Muar, dalam isu ini memang insya-Allah daripada dalam RUU yang kita akan bentangkan ini, salah satu elemen untuk kita memastikan wujudnya platform perundingan supaya mana-mana platform perlu untuk berunding termasuklah dengan kementerian yang mengawal selia platform e- dagang iaitu KPDN supaya kita mahu ada ketelusan, ada keadilan bagi semua pihak.

Yang kedua, yang disebut platform asing yang lebih orang kata isu yang amat besar sekarang Pinduoduo, TEMU dan sebagainya. Memang kesannya cukup besar kepada PMKS kita yang ada di negara ini dan kerajaan mengambil perhatian yang serius dan terus terang saya sebutkan saya beberapa kali menerima arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang meminta disegerakan dalam ucapan belanjawan baru-baru ini.

Beliau menyebut tempoh yang diberikan dan untuk makluman sebenarnya kita sudah bersedia peringkat awal untuk membentangkan RUU ini, tapi bila mana bila kita bawa MJM pada masa itu, bila perundingan dilaksanakan, libat urus yang extensive dibuat— keputusan pada tersebut pada peringkat tersebut bila mana isu ini belum begitu besar adalah, supaya tidak mengenakan regim pelesenan, tetapi lebih kepada self-compliance mechanism, tapi bila kita bentangkan RUU tersebut ke Mesyuarat Jemaah Menteri— Jemaah Menteri meminta supaya beberapa penambahbaikan termasuk ketegasan untuk mengenakan regim pelesenan.

Jadi, itu sebab kita kena rombak semula. Saya mohon maaf dan insya-Allah kita akan expedite itu sebab saya memohon juga bantuan daripada kementerian- kementerian dan Jabatan Peguam Negara untuk membantu KPDN menyegerakan satu RUU yang cukup penting kepada pengguna juga penting...

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sebab ia melibatkan aspek keselamatan produk dan apatah lagi kepada para PMKS.

Cuma saya hendak maklumkan Yang Berhormat, sebagai tindakan immediate di peringkat kerajaan untuk pemantauan kepada platform-platform luar ini, kerajaan telah memutuskan melalui MOF supaya pelaksanaan pindaan Akta Cukai— kalau sekarang ini Pinduoduo, TEMU ini dikenakan tax barangan bernilai rendah— low value goods tersebut, itu pertama 10 percent, tetapi MOF juga segera akan melaksanakan bahawa, kita akan dengan izin, impose juga e-invois kepada platform luar ini dan juga vendor-vendor yang berkaitan dan dengan pelaksanaan e-invois itu ia akan mensyaratkan wajib supaya mereka membuka pejabat dalam negara, untuk kita boleh memantau mereka. Jadi itu tindakan immediate yang akan dilaksanakan melalui MOF.

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas ketegasan jawapan Yang Berhormat Menteri juga. Cuma berkenaan isu TikTok dengan Shopee jikalau saya boleh cadangkan, pertama supaya MyCC siasat kalau ada internal collusion daripada kadar fi platform yang diletakkan kerana daripada 2023 sampai ke hari ini, ada peningkatan lebih 10 kali ganda.

Dan saya perincikan, setiap satu peningkatan bermula dengan Shoppe sebab itu TikTok naikkan. Shopee naik, TikTok naik. Shopee naik, TikTok naik. Kalau di negara China dia adalah pertandingan yang sihat untuk mengurangkan kadar fi, tetapi di Malaysia dia terbalik.

Kalau kita tengok kartel-kartel yang wujud contohnya kartel ayam Yang Berhormat Menteri sangat tegas dalam kendalikan dia ada price fixing, tapi dalam bab ini dia naikkan kadar fi, sangat tinggi sampai sekarang boleh mencecah 25 peratus. Itu pertama kalau saya boleh cadangkan, tapi obviously it must be done well with full accountability. Yang kedua, dalam proses rundingan untuk menaikkan kadar fi ini saya berharap juga ada wakil kerajaan yang akan guna benchmark kepada Singapura dan China di mana HQ mereka terletak. Sebab itu saya rasa peniaga-peniaga Malaysia memang marah sebab dia lihat kalau negara sekecil Singapura ini tak ada critical mass, dekat Malaysia pun kadar fi nya jauh lebih rendah 20 to 40 percent cheaper manalah tak marah peniaga kita. Saya harap benchmarking ini juga boleh dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan yang dikemukakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, di peringkat MyCC, kita telah selesai mengemukakan satu market review on digital economy. Ini ada— telah ada dan baru- baru ini telah pun dibentangkan dalam Jawatankuasa MET4 IR, yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menerima dokumen tersebut.

Dan salah satu perkara yang telah diarahkan adalah untuk MyCC melihat dengan lebih mendalam tentang isu-isu ini. Dan saya mengambil perhatian dengan apa yang telah disebutkan. Dan saya fikir satu idea yang cukup baik untuk kita membuat benchmarking kepada negara-negara lain, termasuklah khususnya negara-negara yang di mana syarikat-syarikat ini berpangkalan.

Jadi Yang Berhormat, saya fikir panjang sudah berkaitan e-dagang. Cuma saya ingin sebut antara teras kepada RUU yang akan kita bentangkan tersebut meliputi perlindungan kepada pengguna.

Yang kedua, terkait dengan tanggungjawab pengendali pasar dalam talian iaitu platform, vendor dalam talian iaitu penjual dan juga pengguna punya tanggungjawab sendiri untuk membuat due diligence.

Ia juga memfokuskan kepada mekanisme penyelesaian pertikaian yang efisien. Itu juga akan dimasukkan dalam RUU itu supaya ada mekanisme penyelesaian sebarang pertikaian.

Dan keempat, keselarasan dengan undang-undang model antarabangsa, untuk memastikan undang-undang sejajar dengan amalan terbaik global bagi menyokong perdagangan rentas sempadan. Dan insya-Allah, kita akan perkukuhkan dan menyegerakan proses untuk kita membawa ke Dewan ini sebagaimana yang telah disebutkan, garis masa yang telah ditetapkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan beliau.

Tentang caj tadi saya telah sentuh. Seterusnya, berhubung cadangan YB Kota Melaka supaya diwujudkan e-jualan RAHMAH dengan menyalurkan peruntukan PJRM dalam bentuk e-voucher. Dan ada juga cadangan daripada Ahli Yang Berhormat untuk supaya kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak dan juga menukar PJRM ini kepada bantuan tambahan peruntukan disalurkan kepada tambahan SARA.

Namun, pada pendekatan pada masa ini, kita melihat Yang Berhormat, tentang minyak masak paket. Kerajaan berpendapat bahawa kita masih perlu

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

meneruskan. Kalau kita ingat, semasa diperkenalkan dahulu Program COSS ini dimulakan dengan Kementerian Perladangan, kuota yang ditetapkan adalah 85,000 metrik tan. Dan apabila dipindahkan kepada KPDN, saya fikir pada tahun 2017, telah diturunkan kepada 60.

Dan apabila saya diberikan amanah untuk memimpin KPDN pada masa itu disebabkan COVID-19, kuotanya telah naik kepada 66,000. Dan alhamdulillah, kita telah berjaya dengan pemantauan yang kita buat, repackers yang bermasalah kita telah tamatkan. Dan kita pun telah bersetuju dengan MOF bahawa kuota sekarang adalah 55,000 metrik tan.

Dan kita ada tanggungjawab sebagaimana keputusan dan juga di-report dalam Audit Report Lembaga Ketua Audit Negara dan juga PAC juga telah menekankan bahawa kita perlu menunaikan mandat supaya diturunkan hingga 45,000 metrik tan. Namun, penting pada masa ini kita pastikan kestabilan bekalan.

Yang Berhormat Kangar tadi menyebut dan ramai juga menyebut bahawa, kini dari segi bekalan agak stabil. Mencukupi memang tidak, tetapi agak stabil dan kita juga sudah ada— kalau dulu Yang Berhormat, kalau dulu kita tidak ada rekod mana kedai-kedai runcit yang jual. Sekarang melalui sistem ini, kita ada rekod mana kedai runcit dan jumlahnya.

Yang kedua juga, kalau dahulu kita serahkan kepada repackers untuk menentukan kepada siapa dia distribute, dengan izin, minyak-minyak paket ini.

Sekarang KPDN telah— dengan peraturan yang ada, kita intervensi dengan KPDN juga mengemukakan senarai yang wajib dihantar oleh repackers. Jadi, kita mahu lebih banyak kedai-kedai yang ada bekalan minyak masak paket.

Namun, untuk kita memansuhkan pada peringkat ini kita fikir kurang wajar.

Kita pun risau Yang Berhormat ya, sebab kita mulakan dengan penyasaran subsidi bahan api diesel dan petrol. Jadi, jika kita ingin sasarkan, biarlah ia berlaku secara berperingkat. Yang penting, kita perkemaskan dulu.

Dan begitu juga PJRM ya. Kita setuju, cara yang paling efektif untuk membantu rakyat yang susah ini adalah melalui bantuan tunai. Namun, masih ada keperluan untuk kita melaksanakan intervensi melalui program jualan murah kerajaan ini. Jadi, Program Jualan RAHMAH, feedback daripada rakyat juga cukup baik dan nilai transaksi pembelian di Program-program Jualan RAHMAH juga semakin meningkat.

Dan kita telah laksanakan transformasi. Kalau dahulu program jualan murah kerajaan ini lama dilaksanakan tapi antara transformasi yang dilaksanakan di bawah

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

pentadbiran pada hari ini adalah kita institusikan ia sebagai satu program tetap kerajaan. Dalam belanjawan sudah ada butiran dan peruntukan khusus di bawah Agenda Payung RAHMAH bermula tahun 2024. Sebelum ini tidak pernah.

Begitu juga kita ada sasaran tahunan, bulanan iaitu dilaksanakan di semua keseluruhan Dewan Undangan Negeri dan 40 zon di wilayah dengan kekerapan minimum tiga kali. Begitu juga yang terbaru, tahun lepas kita telah keluarkan takwim PJRM supaya lebih telus, memastikan rakyat mempunyai akses kepada jadual yang boleh kita paparkan. Dan saya telah mengarahkan supaya bincang dengan premis- premis tertentu, rumah-rumah ibadah, gereja, tokong, masjid, surau. Sekiranya pemilik premis membenarkan, kita tampalkan takwim itu supaya rakyat kita boleh melihat penjadualannya.

Silakan.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 4:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sibu, sini juga.

draft • 4:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Speaker. Puan Speaker, sebab saya telah pun membangkitkan berkenaan dengan Lemon Law. Minta pencerahan daripada Menteri sebab yang ini Perdana Menteri telah pun umum pada belanjawan yang tahun lepas. So, kita sikit— satu ayat sahaja untuk perkembangan Lemon Law.

draft • 4:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sibu sini juga. Menteri, mengenai pemborong beras. Masalah yang dihadapi oleh pemborong beras di Sibu.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Menteri sudah jawab.

draft • 4:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Boleh berikan jawapan yang dibangkitkan?

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Menteri sudah jawab tadi.

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan beras, panjang lebar saya sudah jawab tadi.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Nanti kita akan panjangkan kepada Yang Berhormat Sibu.

Lemon Law— ya betul, penting. Sebenarnya tadi dalam teks ada, tapi YB Muar telah tanya dulu.

draft • 4:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Lemon Law dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong dan Rasah. Dan itu juga salah satu reform undang-undang yang perlu segera dibuat. Again Yang Berhormat, untuk makluman. Kita telah ready pada peringkat dasar, sebenarnya untuk Lemon Law ini hanya meliputi kenderaan baharu. Cuma bilamana ada cadangan-cadangan baharu untuk memperluaskan itu juga kepada kenderaan terpakai. Jadi, we have to, dengan izin, redo dan untuk makluman Yang Berhormat sekarang ini, MJM sedang dalam edaran untuk ulasan kementerian-kementerian.

Dan saya harap saya dapat pada bulan November ini, bentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Kita ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong dan Rasah kerana sememangnya pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna yang terkait dengan usaha untuk memperkukuh perlindungan pengguna terkait Lemon Law ini amat penting untuk kita segerakan dan insya-Allah. Dan saya harap pada masa itu, nanti kelak Yang Berhormat Puchong, Rasah dan yang lain juga dapat membantu supaya kita dapat luluskan RUU untuk kepentingan pengguna.

Puan Yang di-Pertua, ada beberapa lagi Yang Berhormat, kita akan insya- Allah, jawab secara bertulis. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.

draft • 4:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Izinkan saya terlebih dahulu mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada tujuh Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2027 peringkat dasar dan menyentuh isu-isu berkaitan Kementerian Digital iaitu YB Ipoh Timor, YB Hulu Selangor, YB Larut, YB Kota Bharu, YB Puncak Borneo, YB Gombak dan YB Machang.

draft • 4:59 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Puan Yang di-Pertua, bagi tahun 2027, Kementerian Digital akan terus memperkukuh agenda transformasi digital negara dengan menumpukan kepada hasil yang memberikan manfaat kepada rakyat, perniagaan dan juga kepada kerajaan. Kemajuan digital perlu diterjemah kepada peluang ekonomi yang lebih luas. Kita lihat kepada peningkatan produktiviti serta juga aspek penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

draft • 5:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Dalam hubungan ini, aspirasi untuk membangunkan Malaysia sebagai negara AI jadi teras penting hala tuju kementerian. Aspirasi ini Puan Yang di-Pertua, menuntut pengukuhan keupayaan negara untuk membangunkan dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab, di samping memperluas penerimagunaannya bagi menyokong inovasi dan meningkatkan daya saing ekonomi. Bagi menjayakan aspirasi tersebut, pembangunan dasar dan tadbir urus bakat, infrastruktur digital serta pelaburan berkualiti perlu digerakkan secara bersepadu.

Keselamatan data dan kepercayaan digital pula menjadi asas dan inti pati yang penting untuk kita membina keyakinan rakyat dan industri terhadap kepenggunaan teknologi. Pendekatan ini— kesejahteraan rakyat, nilai kemanusiaan dan kemampanan sebagai pertimbangan utama dapat diberikan fokus dalam pembangunan negara.

Belanjawan 2027 menyediakan sokongan yang berkaitan secara langsung dengan keperluan tersebut. Antaranya ialah dana sedia ada MDEC sebanyak RM30 juta bagi menyokong penerimagunaan AI oleh 4,000 perusahaan merangkumi 3,000 PMKS dan 1,000 usahawan mikro serta latihan dan atau pensijilan untuk 5,000 profesional AI. AI Malaysia Berhad pula menerima hampir RM15 juta bagi memperkukuh ekosistem AI yang selamat, yang beretika dan menuju sasaran 200,000 tenaga mahir AI.

Puan Yang di-Pertua, saya akan menjawab isu-isu berbangkit mengikut empat tema yang utama. Bermula pertama dengan ekonomi digital yang turut merangkumi pembangunan pusat data, diikuti tadbir urus AI, kemudian pembangunan bakat dan akhirnya aspek kedaulatan data.

Bagi menjawab persoalan dibangkitkan oleh YB Ipoh Timor, Larut, Machang dan Kota Bharu, saya ingin menjelaskan pendekatan kerajaan dalam memastikan pembangunan AI, pusat data dan ekonomi digital memberikan manfaat kepada rakyat melalui peluang pekerjaan serta pengukuhan keupayaan perusahaan tempatan.

Melalui Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 dan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 ataupun MD2030, kerajaan berusaha mempercepatkan penerimagunaan teknologi digital merentas semua sektor termasuk ekonomi bagi menarik pelaburan berkualiti serta meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 30 peratus daripada KDNK negara dan ini menjelang tahun 2030. Pembangunan ini perlu disokong oleh pemindahan teknologi dan juga penyertaan syarikat-syarikat

draft • 5:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

tempatan supaya manfaatnya dapat dinikmati secara meluas termasuk oleh masyarakat luar bandar dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Puan Yang di-Pertua, kerajaan menggalakkan pembangunan ekosistem teknologi di pelbagai negeri berdasarkan kelebihan negeri-negeri tersebut masing- masing termasuk industri semikonduktor di Kulim Hi-Tech Park dan pelaburan strategik dalam syarikat teknologi di Pulau Pinang. Usaha merentas kementerian dan agensi ini menyokong penyertaan perusahaan tempatan serta peluang ekonomi di kawasan masing-masing.

Pada masa yang sama, perluasan liputan jalur lebar melalui inisiatif JENDELA oleh MCMC membantu memperluas akses masyarakat luar bandar kepada peluang ekonomi digital. Akses ini menyokong penyertaan rakyat dan perusahaan tempatan dalam aspek-aspek kegiatan ekonomi digital.

Bagi memantau pembangunan pusat data di seluruh negara, Pasukan Petugas Pusat Data ataupun DCTF telah pun ditubuhkan pada Februari 2025. Dan sejak penubuhannya, sebanyak 27 projek pusat data diluluskan dengan anggaran nilai pelaburan sebanyak RM225.97 bilion. Bagi memastikan pelaburan ini memberikan limpahan ekonomi kepada negara, projek yang diluluskan di bawah DCTF tertakluk kepada syarat minimum iaitu 30 peratus kandungan tempatan.

Pematuhan syarat ini dipantau oleh MIDA melalui laporan pelaksanaan projek pusat data yang perlu dikemukakan setiap enam bulan.

Syarat kandungan tempatan tersebut Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk memperluas penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan, termasuk perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan, rangkaian dan penyelesaian teknologi. Pengendalian pusat data juga digalakkan melaksanakan program- program pembangunan pembekal tempatan. Pendekatan ini menyokong pemindahan teknologi serta meningkatkan keupayaan syarikat tempatan menyertai rantaian nilai industri berkenaan.

Projek-projek berkenaan dijangka mewujudkan 4,053 peluang pekerjaan yang termasuk 3,523 jawatan yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal, rangkaian keselamatan siber serta operasi dan penyelenggaraan pusat data. Daripada jumlah jawatan berkemahiran tinggi tersebut, sebanyak lebih kurang 89 peratus dijangka diisi oleh rakyat Malaysia.

Pembangunan pusat data Puan Yang di-Pertua, perlu mengambil kira kecukupan bekalan, kecekapan penggunaan dan kemampanan sumber tenaga dan

draft • 5:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

juga air dengan mengambil kira juga dalam masa yang sama, keperluan pengguna sedia ada serta kapasiti infrastruktur.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan bersepadu di antara kementerian dan agensi berkaitan termasuk PETRA dan juga NRES adalah penting bagi memastikan dasar, perancangan dan pelaksanaan langkah berkaitan saling melengkapi demi menjamin keterjaminan bekalan tenaga dan air serta pembangunan industri pusat data yang mampan.

Justeru itu Puan Yang di-Pertua. DCTF dipertanggungjawabkan dari aspek melihat dengan teliti apa yang disebut sebagai permohonan untuk pusat data dan kita kena menimbang dengan keperluan negara berkitar atau berkisar aspek tenaga dan air untuk negara kita. DCTF akan terus menyelaraskan pemantauan bersama agensi teknikal berkaitan bagi memastikan pematuhan syarat kelulusan projek khususnya dari segi kecukupan bekalan tenaga dan air serta juga kecekapan dalam aspek penggunaan sumber-sumber ini.

Pendekatan ini Puan Yang di-Pertua, bertujuan untuk memastikan bahawa pembangunan pusat data itu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mampan.

Dengan mengambil kira kapasiti sumber negara, kepentingan awam serta kesejahteraan rakyat. Justeru, kejayaan industri ini bukan sahaja dinilai berdasarkan nilai pelaburan yang dibawa masuk, tapi kita juga lihat kepada aspek-aspek yang lebih luas berdasarkan sumbangannya kepada ekonomi negara, tapi dalam masa yang sama Yang di-Pertua, tanpa menjejaskan keperluan dan juga kepentingan rakyat.

Bagi menjawab persoalan yang berkisar kepada DNB Puan Yang di-Pertua, pengurusan hutang serta standard dan spesifikasi teknologi DNB, saya ingin menjelaskan bahawa DNB telah membangunkan pelan perniagaan yang disemak semula atau dalam bahasa Inggeris dengan izin, revise business plan (RBP) selaras dengan Dasar Dwi Rangkaian 5G. Pelan ini Puan Yang di-Pertua, bertujuan menangani jurang kewangan dan memenuhi keperluan perniagaan pada masa hadapan dan telah pun diluluskan oleh SKMM atau MCMC pada 1 Oktober tahun ini.

DNB juga telah memuktamadkan pembiayaan syndicated Islamic term financing yang berjumlah RM5.2 bilion bersama institusi-institusi perbankan iaitu Maybank Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan UOB Malaysia Berhad bagi membiayai semula semua fasiliti kredit pusingan yang dijamin kerajaan. Sekali gus, melepaskan tanggungan kerajaan di bawah fasiliti tersebut. Kerajaan yakin bahawa DNB serta

draft • 5:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dapat memastikan pengurusan kewangan yang ketat termasuk bagi fasiliti pinjaman DNB. Menerusi pembiayaan ini, kerajaan tidak dijangkakan untuk membiayai DNB pada masa hadapan.

Puan Yang di-Pertua, bagi mengekalkan standard dan spesifikasi teknologi rangkaian 5G, DNB sedang melaksanakan perolehan secara tender bagi peralatan 5G RAN terkini dan berkeupayaan tinggi untuk menarik taraf teknologi 5G yang sedia ada. Perolehan ini akan membolehkan penggunaan sepenuhnya spektrum F0 yang diperuntukkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada 1 Oktober tahun ini serta mengurangkan kesesakan rangkaian 5G DNB. Proses menaik taraf teknologi rangkaian 5G DNB adalah selari dan bertepatan dengan pelan perniagaan yang disemak semula, yang diluluskan oleh SKMM.

Berhubung bantuan kepada 4,000 perusahaan yang— atau yang diperlukan untuk menggunakan AI, program yang merangkumi bantuan, penerimagunaan teknologi dan pembangunan profesional AI ini akan menggunakan dana sedia ada daripada MDEC iaitu sebanyak RM30 juta.

draft • 5:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Bantuan kepada perusahaan ini menyasarkan dua kumpulan utama sepertimana saya sebut tadi, RM3,000 untuk PKS dan RM1,000 untuk usahawan mikro dan ini berasaskan kerangka pembangunan strategik 3A iaitu kita nak menggalakkan awareness iaitu aspek kesedaran, kemudian akses, aspek akses dan akhir sekali memastikan bahawa wujudnya adaptasi teknologi-teknologi baru ini ataupun adaption— adaptation.

Melalui pendekatan ini, program menyasarkan pemerkasaan keupayaan AI termaju dan teknologi digital bagi membantu peningkatan produktiviti perusahaan serta menjana pulangan perniagaan lebih baik. Yang penting, kita akan turut bekerjasama rapat dengan mereka untuk mengukur tahap produktiviti sebelum dan selepas penyertaan dalam program ini bagi memastikan impak yang nyata.

Sasaran ini menghubungkan bantuan penerimagunaan teknologi dengan hasil perniagaan yang konkrit. Jadi, ada dua aspek Tuan Yang di-Pertua. Satu, kita ini melihat kepada keperluan, kita menyalurkan dana untuk tujuan tersebut. Tapi yang penting untuk kita melihat dana itu sampai ke pihak-pihak yang memerlukan.

Kemudian, digunakan untuk tujuan-tujuan yang dapat memperkasakan perniagaan- perniagaan mereka selaras dengan niat di mana ataupun di atas mana dana ini disalurkan.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri. Menteri.

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Keseluruhannya, penekanan Kementerian Digital adalah untuk menghubungkan pelaburan dan pembangunan infrastruktur dengan penyertaan rakyat serta perusahaan tempatan dalam ekonomi digital. Melalui peluang pekerjaan, penglibatan dalam rantaian bekalan dan juga penerimagunaan AI oleh perusahaan, transformasi digital negara diharap dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan serta manfaat yang lebih luas kepada seluruh rakyat. Sila Jelutong.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri.

Berkenaan dengan perkara yang telah dimaklumkan oleh Menteri kepada Dewan.

Saya juga dalam perbahasan, saya telah berterima kasih kepada kementerian Menteri kerana pendekatan yang diambil oleh kerajaan dan kementerian berkenaan dengan kemudahan-kemudahan digital. Bukan sahaja semasa memberi bantuan kepada usahawan tetapi kita lihat bahawa kerajaan memang bersungguh di mana menerusi kementerian dalam perayaan Thaipusam umpamanya, satu perayaan yang begitu penting di Pulau Pinang, di mana ada lebih kurang satu juta pengunjung.

Kemudahan untuk mereka menonton upacara-upacara sembahyang di atas bukit juga telah disediakan oleh Yang Berhormat Menteri dan kementerian untuk dua tiga tahun ini berturut-turut.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri. Dan juga di samping itu, bantuan-bantuan lain telah dihulurkan dan saya sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu juga ingin berterima kasih kepada Menteri di atas komitmen Menteri sendiri untuk turun padang melihat perkembangan pembinaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur.

Saya mengambil kesempatan ini untuk juga merakamkan ucapan terima kasih daripada penganut-penganut kuil dan juga masyarakat Hindu secara umumnya di atas komitmen Yang Berhormat Menteri untuk memastikan bahawa kuil itu dibina dengan seberapa segera yang boleh. Turut juga saya ingin menyatakan terima kasih kepada kementerian yang menghulurkan bantuan untuk membantu penganut- penganut yang beragama Hindu dalam isu-isu kebajikan seperti dialisis, di mana baru-baru ini kita telah melaksanakan satu program bantuan sebanyak RM50,000 telah dihulurkan oleh Menteri. Saya ucapkan terima kasih dan menghargai sumbangan kementerian, Menteri dan juga Kerajaan MADANI. Terima kasih Menteri.

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelutong.

Permohonan telah pun dibuat supaya kita melihat bagaimana kita dapat membantu dalam Thaipusam dan satu permintaan adalah supaya kita dapat mendirikan skrin

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

yang besar untuk membolehkan penganut-penganut melihat upacara sembahyang yang diadakan di atas, kuil di atas bukit. Dan itulah yang kita lihat keupayaan teknologi. Jadi, itulah serba sedikit yang kita dapat melaksanakan untuk membantu.

Dari aspek membantu kuil disebut tadi, saya harap bahawa bantuan dapat melihat pembinaan kuil dengan lebih cepat dan akhirnya aspek-aspek sepertimana disebut tadi dialisis dan sebagainya, memang kita sentiasa lihat bagaimana kita dapat juga pada aspek-aspek mewujudkan teknologi baru yang juga boleh membantu dalam aspek-aspek itu. Jadi terima kasih Yang Berhormat daripada Jelutong.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang beralih kepada aspek tadbir urus AI.

Bagi tadbir urus AI, saya merujuk kepada persoalan yang dilontarkan oleh YB Hulu Selangor, YB Kota Bharu, YB Larut, YB Gombak dan YB Puncak Borneo iaitu berkenaan dengan implikasi AI terhadap sosioekonomi, perundangan, keselamatan serta tadbir urus data dan juga maklumat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil pendekatan supaya pembangunan dan penggunaan AI dilaksanakan secara selamat, secara beretika serta bertanggungjawab. Tadbir urus yang jelas diperlukan untuk mengurus risiko teknologi ini sambil membolehkan rakyat dan industri memanfaat kegunaannya.

Untuk menjawab persoalan tentang kewujudan kawalan statutori khusus seperti pendekatan yang dirujuk di Kesatuan Eropah, saya ingin menjelaskan bahawa pembangunan rang undang-undang tadbir urus AI sedang dilaksanakan.

Pendekatan yang diambil berasaskan risiko dan berkadar dengan tumpuan kepada keselamatan, aspek akauntabiliti serta bagaimana pemudahcaraan penggunaan AI dapat dilaksanakan di negara ini.

Pendekatan berasaskan risiko ini membolehkan perhatian diberikan kepada tahap risiko penggunaan AI dan kesannya terhadap rakyat. Kawalan yang bersesuaian perlu menyokong perlindungan untuk kepentingan awam, manakala dalam masa sama, ruang untuk pembangunan teknologi dan inovasi juga terus dipelihara.

Antara mekanisme yang diperkenalkan melalui pembangunan rang undang- undang ini ialah AI Sandbox iaitu persekitaran pengujian terkawal serta mekanisme pelaporan insiden AI. Kedua-dua mekanisme ini bertujuan menyokong pengujian teknologi dan juga pengenalpastian risiko penggunaan secara lebih beratur. Jadi, dalam bergerak ke depan, sudah tentu banyak penyelesaian yang kita dapat lihat, solutions yang menggunakan AI. Soalnya, adakah ia nya selamat?

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, untuk menentukan perkara itu, kita lihat kepada bagaimana kita boleh pastikan bahawa mekanisme wujud untuk menyokong ujian teknologi itu dan juga dalam masa sama, untuk kenal pasti risiko penggunaan dia dan sekiranya ada risiko tersebut, bagaimana ia nya dapat kita selesaikan. Persekitaran pengujian terkawal...

draft • 5:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo pencelahan boleh?

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Sebentar ya Puncak Borneo. Persekitaran pengujian terkawal memberi ruang untuk meneliti penggunaan AI sebelum diperluaskan. Pelaporan insiden pula membantu memberikan maklumat tentang masalah dan risiko yang timbul. Keupayaan, Tuan Yang di-Pertua, untuk mengenal pasti risiko ini penting untuk menyokong pengurusan keselamatan AI.

Sementara penggubalan rang undang-undang tersebut dilaksanakan, penggunaan AI tetap tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada iaitu di antaranya Akta Keselamatan Siber [Akta 854] 2024, Akta Perlindungan Data Peribadi [Akta 709], Akta 2010 dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian [Akta 866] 2025 dan akhir sekali Akta Hak Cipta tahun 1987 [Akta 332].

Pelaksanaan undang-undang tersebut melibatkan pihak berkuasa mengikut bidang kuasa masing-masing termasuk JPDP ataupun Jabatan Perlindungan Data Peribadi, SKMM, MCMC serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Penggubalan RUU Tadbir Urus AI melengkapi kerangka sedia ada dalam menangani keperluan tadbir urus teknologi AI.

Tuan Yang di-Pertua, dari sudut pengukuhan institusi, AI Malaysia Berhad telah dilancarkan, ditubuhkan pada 28 Julai tahun ini. Institusi ini turut menempatkan Malaysia AI Safety Institute atau MY-AISafe bagi menyokong penilaian risiko dan piawaian-piawaian keselamatan AI. Sila sahabat saya daripada Puncak Borneo.

draft • 5:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih YB Menteri.

Saya dalam ucapan saya ada menyebut mengenai cara-cara pengendalian dan apa ni pengurusan risiko AI ni. Jadi, saya mendengar dengan teliti tadi. Terima kasih kepada kementerian kerana banyak usaha yang dilaksanakan tetapi saya juga khuatir sebab AI ini dia tidak mempunyai jiwa, dia tidak mempunyai perasaan dan dia boleh disalahgunakan.

Jadi, kalau boleh saya memohon kementerian— sama ada kementerian ada cadangan untuk bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain sebagai contoh Kementerian Pendidikan dan sebagainya untuk membuat satu preventive measure untuk kesedaran mengenai risiko AI dan sebagainya kepada generasi

draft • 5:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

muda, khasnya generasi di peringkat sekolah rendah dan menengah supaya mereka ini dapat diterapkan dengan kesedaran itu dengan hasrat supaya kita dapat mempunyai generasi yang menggunakan AI secara berhemah dan secara positif.

Apakah cadangan ataupun perancangan kementerian? Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo.

Memang saya setuju kita hendak pastikan bahawa kita dapat membangunkan generasi yang mahir bukan sahaja menggunakan teknologi baru tetapi juga sedar berkenaan dengan risiko yang dibawa bersama dengan teknologi-teknologi yang disebut. Jadi, sudah tentu perlu untuk kita memberikan penekanan kepada aspek bagaimana kita boleh membawa kesedaran kepada semua, bukan sahaja generasi baru.

Saya rasa kita juga sebagai rakyat, kita menggunakan teknologi ini. Jadi, kita juga perlu tahu bagaimana ia nya berisiko dan apakah langkah-langkah yang harus kita ambil untuk memastikan bahawa risiko itu dapat kita kurangkan dan sebagainya.

Ini sebab kita menubuhkan AI Malaysia.

Yang Berhormat, kalau kita melihat kepada perbualan bersekitar AI ini. Ini adalah satu perbualan yang baru, di mana memang perbualan itu membangkitkan banyak perkara yang penting, yang harus dilaksanakan dan ditelitikan. Tetapi yang diperlukan itu, institusi yang boleh melaksanakan tugas itu. Kalau kita tidak ada institusi spesifik untuk melihat kepada teknologi baru ini, di mana kita ada di dalam institusi tersebut, pakar-pakar yang boleh memberitahu kita secara detail. Apakah teknologi tersebut, bagaimanakah ia nya boleh memperkasakan kita, bagaimanakah kita boleh pastikan bahawa ia nya dapat diakses oleh rakyat, digunakan oleh rakyat? Bagaimana kita dapat juga mengukur keberkesanannya dan sebagainya? Dalam masa ini, kita juga kena menggariskan risiko di setiap tahap yang saya sebut tadi dan bagaimana kita dapat pastikan bahawa risiko itu rakyat sedar dan dapat kita kurangkan dan sebagainya. Itu sebab dalam pembangunan kementerian— kementerian kita kementerian baru.

Kita kena lihat kepada struktur yang membolehkan negara ini membina agensi-agensi yang boleh melihat bukan sahaja kepada keperluan masa sekarang, kita kena melihat masa hadapan. Teknologi ini bergerak dengan cepat. Yang kita bincang bulan lalu, sekarang telah pun diambil alih oleh teknologi hari ini. Itulah yang kita lihat keadaan yang akan memang terpakai dalam bidang ini bergerak ke depan.

Itu sebab kita telah pun memastikan bahawa AI Malaysia ditubuhkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Dan melalui Kementerian Digital, Kementerian Digital menjadi kementerian yang membawa bersama semua kementerian untuk memastikan bahawa kalau kita perlu untuk lihat kepada modul-modul pembelajaran di sekolah rendah, sekolah menengah ataupun di institut-institut pengajian tinggi dan sebagainya. Di situlah perbincangan itu dimulakan dan sebagainya. Tetapi itu memang satu perkara yang sangat penting, sangat mustahak, saya setuju. Jadi, saranan yang dibawa oleh Yang Berhormat itu, saya akan juga membawa kepada kementerian kita. Dan kita akan pastikan bahawa kita akan laksanakan apa yang perlu untuk memastikan bahawa negara kita bersedia untuk apa Yang Berhormat sebut sebentar tadi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, aspek-aspek hak cipta juga dibangkitkan di dalam perbahasan. Mengenai pelindungan hak cipta pengkarya industri kreatif khususnya.

Perkara ini diteliti secara khusus oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerusi cadangan-cadangan pindaan kepada Akta Hak Cipta 1987.

Perkara berkaitan hak cipta perlu ditangani melalui bidang kuasa dan instrumen perundangan yang berkenaan. Maka, kementerian telah pun ditetapkan untuk tujuan tersebut, juga ada akta yang berkaitan dan perkara-perkara ini diteliti oleh kementerian dan juga penguat kuasa daripada kementerian tersebut. Tetapi dalam konteks penggunaan AI, kepakaran dan pertimbangan manusia perlu terus diberi perhatian. Peningkatan penggunaan teknologi mesti disertai dengan kefahaman tentang tanggungjawab penggunaannya serta kesannya terhadap pekerjaan dan ini juga termasuk hasil-hasil karya.

Kebimbangan terhadap peluang pekerjaan golongan muda turut memerlukan tindakan dari sudut peningkatan kemahiran dan latihan semula. Oleh itu, pembangunan tadbir urus AI dilaksanakan seiring dengan agenda pembangunan bakat supaya tenaga kerja tempatan mempunyai ruang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.

Maka di situ Tuan Yang di-Pertua, kita sering kali dengar ada yang khuatir bahawa teknologi ini akan mengambil alih pekerjaan-pekerjaan yang sedia ada. Dan ia nya juga merujuk kepada perasaan khuatir di golongan karya. Dan ini adalah satu perkara yang kita teliti dan sepertimana jawapan saya kepada Puncak Borneo tadi, kita akan berbincang dengan kementerian yang berkaitan, bagaimana kita boleh pastikan bahawa aspek teknologi baru juga dapat dilihat dan ditangani bergerak ke depan.

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Seterusnya, aspek risiko untuk penyelesaian AI-AI berautonomi, maklumat palsu dan juga kedaulatan data. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari risiko AI berautonomi, termasuk tindakan sistem yang tidak selaras dengan arahan manusia dan mengelak daripada dimatikan (agentic misalignment dan shut down avoidance).

Sepertimana yang telah dilaporkan oleh Entropic, risiko ini memerlukan pengukuhan etika dan keselamatan AI bagi memelihara kedaulatan negara.

Bagi menangani ancaman teknikal ini, MY-AISafe berfungsi membangunkan keupayaan teknikal negara dalam penilaian keselamatan AI, pengujian teknikal dan juga jaminan keselamatan. Jadi, dalam masa kita hendak bergerak ke depan dan gunakan teknologi baru, kita kena sentiasa prihatin dan pastikan bahawa tidak ada satu keadaan di mana teknologi ini boleh bergerak dengan sendiri dan tanpa kawalan kita. Ini adalah satu perkara yang dilihat secara teliti oleh MY-AISafe melalui AI Malaysia.

Berhubung risiko penyalahgunaan akaun dan penyebaran maklumat palsu.

Penggunaan teknologi AI berpotensi mempercepat dan memperluas skala aktiviti tersebut. Sekali gus meningkatkan risiko kemudaratan secara meluas, termasuk penyamaran identiti yang menyukarkan pengesanan dan penentuan akauntabiliti.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, RUU Tadbir Urus AI memberi tumpuan kepada aspek-aspek keselamatan dan akauntabiliti dalam pembangunan dan penggunaan sistem AI bagi menangani risiko yang berpunca daripada teknologi tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan masuk dalam butir-butir terperinci rang undang-undang tersebut, ia nya akan dibawa kepada Kabinet. Tetapi satu perkara yang dilihat adalah mereka yang membina penyelesaian-penyelesaian baru ini, aspek kebertanggungjawaban kepada mereka yang terlibat dalam proses pembangunan penyelesaian ini. Di situ kita kena lihat kepada aspek-aspek keselamatan, sama ada aspek-aspek keselamatan perlu kita letak semasa mereka membina penyelesaiaan itu dan juga ke dalam aspek-aspek akauntabiliti.

Maksudnya, kalau ada peruntukan dalam undang-undang, standard- standard tertentu perlu diikuti, kita perlu melihat sama ada standard-standard tersebut diikuti. Kalau tidak diikuti, aspek akauntabiliti perlu kita lihat. Jadi, dalam semua ini, dapat kita lihat kerangka ini memerlukan agensi-agensi yang baru yang boleh melihat aspek ini dari sudut kepakaran.

Dan kalau standard-standard yang telah kita tetapkan tidak diikuti dan perlu diambil tindakan pelaksanaan, maka agensi-agensi yang baru itu melalui AI Malaysia

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

perlu mengambil tindakan. Agensi AI Malaysia telah pun diwujudkan, sekarang kita melihat kepada aspek perundangan yang memberikan kuasa kepada mereka supaya semua yang saya sebut tadi itu dapat dilaksanakan.

Bagi menangani jurang akauntabiliti, Rang Undang-undang Tadbir Urus dirangka untuk memperjelas tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat berdasarkan kepada peranan sepertimana yang saya sebutkan tadi. Peranan dan tahap kawalan masing-masing sepanjang kitaran hayat sistem AI. Pada masa yang sama, pembangunan kod etika AI (AIGE) dan platform MY-AI Standards bertujuan memperluas akses kepada panduan etika dan piawaian berkaitan AI. Sekali gus, memperkukuh literasi kesiapsiagaan dan keupayaan pelbagai pihak untuk membangunkan serta menggunakan teknologi AI secara bertanggungjawab. Usaha ini berteraskan prinsip tadbir urus AI seperti ketelusan, keselamatan, keadilan dan akauntabiliti sebagaimana yang digariskan dalam garis panduan Tadbir Urus dan Etika AI Kebangsaan atau AIGE serta ASEAN Guide on AI Governance and Ethics.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, prinsip-prinsip ini turut menjadi asas kepada pendekatan yang kita ambil melalui tadbir urus AI di peringkat antarabangsa. Sekali gus, membentuk kerangka rujukan dan bahasa bersama yang memudahkan pemahaman, penyelarasan amalan serta kerjasama merentas sektor dan negara.

draft • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Pada masa yang sama, kedaulatan data dan maklumat strategik negara perlu dipelihara dalam pembangunan ekosistem AI. Perancangan Sovereign AI Cloud serta kawalan data dalam persekitaran awan kerajaan akan saya jelaskan secara khusus di bawah tema “Kedaulatan Data” sebentar lagi.

Aspek bakat. Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada pembangunan bakat.

Saya rujuk kepada persoalan dibangkitkan oleh YB Ipoh Timor, YB Larut, YB Kota Bharu dan YB Puncak Borneo. Semuanya berhubung kesiapsiagaan tenaga kerja, akses latihan serta hubungan antara pembangunan teknologi dengan peluang pekerjaan. Dalam menjawab kebimbangan tentang perubahan pekerjaan akibat AI dan automasi, tumpuan diberikan kepada keupayaan rakyat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam pekerjaan dan juga aspek perniagaan. Turut dibangkitkan adalah keperluan penajaan pendidikan dan latihan anak-anak Sabah

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

dan Sarawak yang disertai laluan kerjaya dalam bidang AI, semikonduktor, aeroangkasa dan keselamatan siber.

Saya ambil maklum keperluan menghubungkan pembelajaran dengan peluang pekerjaan. Dalam ruang lingkup Kementerian Digital, tumpuan diberikan kepada pembangunan kemahiran digital, pendedahan kepada teknologi termaju dan hubungan dengan industri secara inklusif, termasuk kepada anak-anak Sabah dan Sarawak.

AI Malaysia Berhad menerima peruntukan hampir RM15 juta khusus bagi memperkukuh ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang selamat dan beretika di Malaysia. Yang ini termasuk aspek tadbir urus dan pembangunan dari sudut sistem AI yang bertanggungjawab. Peruntukan ini Tuan Yang di-Pertua adalah bagi tujuan pelaksanaan fungsi dan mandat AI Malaysia Berhad dalam memperkukuh ekosistem AI negara dan bukan merupakan peruntukan khusus bagi melahirkan 200,000 tenaga mahir AI.

Sasaran melahirkan 200,000 tenaga mahir AI pula merupakan sasaran pembangunan bakat di peringkat nasional yang menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 yang saya sebut tadi. Pencapaian sasaran ini melibatkan pendekatan bersepadu melalui pelbagai kementerian, agensi dan juga inisiatif berkaitan termasuk MDEC, HRD Corp, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), PTPK serta Rakyat Digital mengikut peranan dan skop pelaksanaan masing-masing.

Maka, di situ sekali lagi saya ulang bahawa ini adalah satu perkara yang didukung oleh beberapa kementerian bersekali dan agensi kerajaan bersekali. Oleh itu peruntukan kepada AI Malaysia Berhad dan sasaran pembangunan 200,000 tenaga mahir AI perlu dilihat sebagai dua perkara yang berbeza dari segi tujuan, skop pelaksanaan dan mekanisme penyampaian. Walaupun kedua-dua menyokong perkembangan ekosistem AI negara.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun pelaksanaan agenda pembangunan bakat menekankan peningkatan kemahiran dan latihan semua yang berteraskan keperluan industri. Pendekatan ini bertujuan membantu pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan tugas akibat daripada automasi serta terus menyumbang dalam persekitaran pekerjaan yang berubah.

Bagi latihan dan pensijilan profesional AI di bawah program MDEC, komponen pembangunan bakat menyasarkan 5,000 profesional AI untuk dilatih dan atau memperoleh pensijilan dengan sasaran purata gaji RM5,000 sebulan. Usaha ini

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

menyokong penyediaan tenaga mahir yang diperlukan oleh industri serta peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat.

Bagi menyokong keperluan tenaga kerja pusat data, pengendali pusat data juga digalakkan untuk memperluas kerjasama dengan institusi pendidikan dan latihan melalui latihan industri. Kerjasama ini menyokong pemindahan kemahiran dan teknologi serta menyediakan tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan industri-industri tempatan yang berkaitan.

Selain daripada itu, TalentCorp Malaysia turut sedang merangka program bagi pengurusan kemudahan pusat data untuk melatih peserta tempatan dalam kemahiran berkaitan operasi dan penyelenggaraan pusat data. Dalam pembangunan bakat teknikal yang lebih luas, latihan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional atau TVET berteknologi tinggi turut menyokong peningkatan keupayaan rakyat.

Usaha merentas kementerian dan agensi ini membantu menyediakan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri serta peluang pekerjaan yang berkualiti di kawasan masing-masing. Selaras dengan pengumuman Belanjawan MADANI 2027, inisiatif AI untuk rakyat akan memperluas akses teknologi kepada 100,000 belia melalui penambahan langganan aplikasi AI terpilih secara percuma selama tiga bulan selepas mereka melengkapkan modul pembelajaran di portal Rakyat Digital. Peluang ini terbuka kepada belia di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi membina kefahaman sebelum menggunakan aplikasi berkenaan dalam pembelajaran dan persediaan kemahiran mereka.

Tuan Yang di-Pertua, modul pembelajaran yang disediakan merangkumi keselamatan AI, aspek keselamatan siber, AI generatif dan teknologi perkomputeran awan. Kandungan ini menyokong penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab di samping memperkukuh pengetahuan digital yang semakin diperlukan dalam pelbagai sektor ekonomi. Di samping itu, kemudahan Pas Pembelajaran Global atau Global Learning Pass melalui platform Coursera disediakan untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran digital.

Selaras dengan Belanjawan MADANI 2027, inisiatif Rakyat Digital menyediakan akses kepada lebih 16,000 kursus dan program sijil profesional secara percuma menerusi kerjasama dengan Coursera yang melibatkan universiti serta agensi industri terkemuka dunia. Inisiatif ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan Tuan Yang di-Pertua dengan hampir 25,000 lesen pendaftaran telah dilanggan. Bagi memastikan manfaat inisiatif ini terus dinikmati rakyat dengan lebih

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

komprehensif, 25 lesen pendaftaran lagi akan ditambah pada bulan depan iaitu November 2026.

Melalui pembelajaran berstruktur, projek praktikal dan pensijilan profesional yang ditawarkan belia serta pekerja termasuk anak-anak daripada Sabah dan Sarawak berpeluang membina kompetensi digital yang relevan dengan keperluan industri dan pasaran pekerjaan. Akses ini turut menyediakan asas untuk melanjutkan pengkhususan dalam bidang teknologi tinggi, termasuk AI dan keselamatan siber sekali gus menyokong persediaan belia untuk memasuki alam pekerjaan serta penyesuaian kemahiran tenaga kerja yang sedia ada. Pendekatan ini kita harap dapat meningkatkan kesediaan dan kebolehpasaran bakat tempatan dalam ekonomi digital.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung persoalan YB Larut mengenai aspek kedaulatan data, kerajaan mengambil kira keupayaan negara untuk melaksanakan kawalan yang bermakna dan munasabah terhadap bagaimana data dikendalikan khususnya bagi data yang sensitif atau strategik kepada kepentingan negara serta rakyat dan bukannya semata-mata berdasarkan status kedaulatan data itu sendiri.

Arahan berkenaan keselamatan data sektor awam masih kekal sepertimana arahan keselamatan dan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 menetapkan pengurusan data mengikut klasifikasi iaitu:

(i) maklumat rahsia dan rahsia besar tidak dibenarkan disimpan di mana-mana persekitaran awan dan kekal di pusat data kerajaan;

(ii) maklumat sulit dan terhad hanya boleh menggunakan persekitaran awan dalam negara; dan

(iii) hanya data terbuka dan tidak sensitif dibenarkan di persekitaran awan di luar negara.

Itu kategori-kategori yang telah pun disenaraikan. Di samping itu, data sensitif dan rahsia rasmi kerajaan wajib disulitkan semasa disimpan dan dihantar selaras dengan Dasar Kriptografi Negara. Bagi data berklasifikasi, kunci penyulitan ataupun encryption keys dimiliki dan dikawal oleh kerajaan supaya penyedia asing tidak boleh membacakan kandungan data secara [Tidak jelas] termasuk jika diminta oleh pihak berkuasa negara lain.

Melalui Belanjawan 2027 juga, menyatakan bahawa pembangunan Awan AI Berdaulat, Sovereign AI Claud sedang dirancang bagi memastikan kita rakyat akan di...

[Tidak jelas] dan maklumat strategik negara kekal di bawah kawalan Malaysia.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Konsep “Kedaulatan data” perlu dilihat secara pragmatik dan strategik dengan memberikan penekanan kepada kawalan dan kawalan yang bermakna, munasabah dan berkadar berasaskan ataupun melihat pada risiko serta kepentingan negara.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, pendekatan Kementerian Digital adalah untuk melindungi keselamatan data dan kepentingan rakyat, di samping memastikan Malaysia terus terbuka kepada perdagangan antarabangsa, kerjasama rentas sempadan dan juga inovasi teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya rumuskan pada hari ini bahawa kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada pelaksanaan agenda digital yang membawa manfaat kepada rakyat.

draft • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Bantuan pendigitalan perlu menyokong produktiviti perusahaan, pembangunan pusat data perlu membuka ruang penyertaan industri tempatan, manakala latihan perlu membantu rakyat memperoleh kemahiran yang relevan dan memberikan peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, pembangunan teknologi disertai usaha memperkukuh tadbir urus serta perlindungan data perlu diberikan penekanan. Kepercayaan rakyat terhadap penggunaan teknologi perlu dipelihara agar agenda ekonomi digital dapat dilaksanakan secara bertanggungjawab tetapi segala risiko yang juga terlibat perlu kita halusi dengan teliti.

Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan dan juga cadangan yang telah pun dilontarkan sepanjang perbahasan ini. Penghargaan juga saya rakamkan kepada seluruh warga Kementerian Digital, jabatan-jabatan dan agensi atas kerjasama yang diberikan bukan saja untuk menyediakan penjelasan dalam perbahasan atau ucapan saya hari ini tetapi dalam segala usaha yang telah pun dilaksanakan dalam tiga tahun yang lalu untuk menjayakan kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Digital. Majlis ke kementerian yang berikutnya.

Dipersilakan Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab soalan-soalan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:41 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong

Beringin bukit tumbuh bersemi, Daunnya kecil rimbunnya teduh; Menggapai langit mengakar bumi, Condong ditumpil lemah dianduh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam hebatkan perniagaan Malaysia. Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali izinkan saya merakamkan setinggi- tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2027 bertemakan “Malaysia MADANI:

Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”. Belanjawan ini bukan sekadar hamparan angka dan lembaran fiskal, ia adalah sebuah pernyataan moral menggunakan ayat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memancarkan tekad Kerajaan MADANI terhadap rakyat terbanyak.

Dalam belanjawan kali ini, selaras dengan kerangka strategik ABCD KUSKOP iaitu anjakan produktiviti, birokrasi dikurangkan, capaian kepada modal dan daya akses pasaran sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana ataupun PMKS menerima sentuhan yang begitu tuntas dan berpijak kepada hakikat permasalahan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil di Malaysia.

Sejarah dilakar apabila Belanjawan 2027 mengumumkan tiga keputusan besar untuk PMKS yakni nombor satu, peruntukan paling tinggi dalam sejarah RM67.9 bilion. Kedua, kadar cukai paling rendah dalam sejarah untuk sektor PMKS, potongan kadar sehingga dua mata peratusan. Dan ketiga, pengecualian syarikat PMKS daripada penyelarasan terkini kadar gaji minimum.

Pemegang taruh sektor PMKS contohnya Small and Medium Enterprises Association of Malaysia (SAMENTA) telah menggelar Belanjawan 2027 sebagai bajet SME. Pengiktirafan ini penting membuktikan tindakan kerajaan umpama, “condong ditumpil, lemah dianduh” memberikan ubat tepat kepada sakitnya. PMKS bukan saja jentera pemacu ekonomi negara menyumbang hampir 40 peratus kepada KDNK, memberi nafkah kepada separuh daripada tenaga kerja Malaysia. Lebih daripada itu rakyat Malaysia yang pada hakikatnya adalah sebuah masyarakat berdaya usaha ataupun dengan izin, enterprising society. Bagi jutaan anak bangsa, perniagaan kecil bukan sekadar usaha mencari untung sampingan tetapi ada kalanya merupakan talian hayat demi kelangsungan hidup, maruah keluarga dan masa depan anak-anak.

Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada 19 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahaskan lebih kurang 14 perkara berkaitan kementerian ini sepanjang tempoh perbahasan peringkat dasar. Saya

draft • 5:41 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong

menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan mengambil kira pandangan tersebut khususnya dalam pelaksanaan program-program yang melibatkan KUSKOP di bawah Belanjawan 2027 kelak.

Yang Berhormat Larut, Merbok dan Kuantan telah menyentuh kesan kenaikan gaji minimum kepada usahawan PMKS termasuk langkah kerajaan membantu usahawan PMKS yang terkesan dengan kenaikan tersebut. Dato’ Sri Yang di-Pertua, mengambil kira keadaan ekonomi global yang diselubungi krisis bekalan, perang tarif, perang perdagangan dan perang senjata menyebabkan kenaikan kos operasi perniagaan.

Maka seperti yang saya sebut tadi, keputusan bersejarah buat kali pertamanya kerajaan telah mengecualikan pelaksanaan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan bagi sektor PMKS. This is the first, dengan izin. Ini sudah tentu akan memberikan ruang bernafas kepada syarikat- syarikat kecil rakyat Malaysia dalam sektor PMKS untuk menyesuaikan operasi perniagaan dan meningkatkan produktiviti tanpa menanggung pertambahan kos secara mendadak.

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah duduk di kerusi kementerian yang jaga pekerja dan kini saya berada di kerusi kementerian yang jaga majikan pekerja, yakni majikan dari PMKS lah. Pendirian saya tetap sama.

Satu, kita harus sama-sama menambah baik keadaan gaji dan upah rakyat Malaysia.

Keduanya, upah tidak boleh ditingkatkan melalui kanun ataupun undang-undang semata-mata. Ketiga, upah harus seiring dengan produktiviti dan keempat, kos kenaikan upah tidak harus ditanggung oleh syarikat-syarikat kecil semata-mata.

Kerajaan turut memainkan peranan penting, contoh melalui insentif-insentif, meningkatkan produktiviti ataupun skim insentif yang menaikkan upah seperti Dasar Gaji Progresif.

Dasar Gaji Progresif yang dilaksanakan mulai tahun lepas, contohnya telah memberikan manfaat kenaikan gaji antara 11 hingga 16 peratus kepada lebih 51,000 pekerja rakyat Malaysia dalam lebih 4,000 buah syarikat tempatan. Kebanyakan mereka adalah syarikat PMKS tanpa membebankan majikan mereka. Dasar ini akan diteruskan pada tahun hadapan untuk terus memberikan insentif kepada syarikat PMKS, menaikkan gaji kepada pekerja mereka melalui sokongan insentif daripada kerajaan.

draft • 5:41 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong

Yang Berhormat Sungai Besar, Muar, Masjid Tanah telah membangkitkan tentang keperluan melindungi PMKS daripada persaingan produk asing khususnya lambakan produk import berharga murah melalui platform e-dagang, luar negara dan sebagainya. Saya perhatikan tadi rakan saya Yang Berhormat Papar, Menteri KPDN telah pun memberikan jawapan yang agak jitu daripada sudut pandang kementerian beliau. Di sini, saya hanya ingin menyentuh sikit tentang peranan yang telah dimainkan oleh KUSKOP.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan keterbukaan dalam ekonomi kita. Rakyat kita boleh berjual beli di dalam dan di luar negara tertakluk sudah tentu kepada undang-undang negara. Lazimnya kita negara ekonomi terbuka, we are open economy dengan izin dan dasar ini telah membolehkan pembangunan negara selama ini. Sebuah ekonomi yang terbuka sudah tentu akan terkesan dengan pola ekonomi dunia termasuk pembangunan teknologi, krisis bekalan dan persaingan.

KUSKOP memandang serius kesan-kesan ini ke atas sektor PMKS negara dan justeru Belanjawan 2027 yang digelar SME Bajet tadi bukan oleh kita sendiri tetapi oleh pemegang taruh kita, NGO-NGO yang mewakili SME. Antara lain tujuan belanjawan ini mengurangkan impak dan melindungi perniagaan rakyat Malaysia daripada persaingan yang tidak sihat.

Bagi berdepan isu ini, kita mengguna pakai strategi 3E. ‘E’ pertama, enforcement ataupun penguatkuasaan. Jika mana-mana pihak berniaga dengan menyalah guna visa lawatan sosial, melanggar undang-undang komersial ataupun mana-mana undang-undang negara, tindakan tegas akan dan telah pun diambil dengan kadar segera. Tak perlu mesyuarat, tak perlu buat jawatankuasa. Ambil tindakan kepada siapa-siapa yang melanggar undang-undang negara.

‘E’ kedua, empowerment ataupun pengupayaan. Dalam tempoh ini juga, kita terus memperkasakan ataupun mengupayakan perniagaan-perniagaan rakyat Malaysia melalui pelbagai prakarsa ataupun usaha inisiatif. Contohnya, contoh yang terbaik saya dah sebut tadi. Peruntukan paling tinggi untuk PMKS dalam sejarah iaitu sebanyak RM67.9 bilion.

Dan ‘E’ yang ketiga, enactment ataupun penggubalan dasar dan perundangan yang sesuai. Contohnya, tadi pun telah disebut oleh KPDN.

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa platform e-dagang asing harus mempunyai entiti berdaftar di Malaysia bagi tujuan percukaian dan pematuhan piawaian serta peraturan keselamatan dan kesihatan negara ini. Jangan hanya

draft • 5:41 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong

peniaga Malaysia sahaja yang kena bayar cukai, kita ikut SIRIM, kena patuh MAQIS tetapi e-dagang— e-dagang ini tidak perlu pula.

draft • 5:41 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong

Dalam Belanjawan 2027, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan bahawa KPDN sedang merangka RUU e-Dagang bagi memperkukuhkan lagi kawal selia perdagangan dalam talian. Baru-baru ini dalam Mesyuarat Menteri-menteri SME APEX di Guangzhou, China, saya telah menegaskan bahawa sektor e-dagang antarabangsa harus bersifat dua hala. Ia jangan hanya barang luar masuk ke negara kita. Wadah e-dagang juga harus menjadi wahana ataupun saluran bagi barang-barang Malaysia, barang-barang produk-produk SME Malaysia untuk menembusi pasaran dunia.

Dan dalam aspek ini, KUSKOP sedang giat kerjasama dengan TikTok Shop antara lain, dengan LAZADA dan juga mempelopori ataupun meneroka kerjasama dengan platform-platform besar seperti Alibaba, Taobao dan TEMU untuk mewujudkan, contohnya Malaysia Mall dalam platform-platform tersebut bagi mempromosi serta menjual produk-produk PMKS Malaysia ke pasaran luar negara.

Yang Berhormat Penampang, rakan baik saya, telah mencadangkan bahawa ataupun telah membangkitkan bahawa inisiatif keusahawanan tidak harus tertumpu kepada bandar-bandar sahaja dan perlu diperluaskan ke kawasan-kawasan pedalaman, termasuk terutamanya negeri Sabah. Yang Berhormat Penampang merupakan mantan Menteri dalam kementerian ini dan beliau merupakan antara penggerak utama untuk memastikan inisiatif keusahawanan dibawa merentasi Laut Cina Selatan ke Sabah dan Sarawak. Beliau tak ada di sini tapi saya nak mengiktirafkan jasa dan juga sumbangan beliau.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), saudari Vivianti Sarjuni yang dilantik ketika pentadbiran Yang Berhormat Penampang, merupakan seorang anak negeri Sabah. Saya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Ahli dari Kimanis, sambung usaha beliau. Dan untuk makluman, buat kali pertamanya Dato’ Sri Dr. Speaker, dalam sejarah, first time, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, saudara Mohamad Shiblie bin Abang Sapuan merupakan seorang anak Sarawak. Orang Sarawak.

Penyertaan rakyat Sabah dan Sarawak di peringkat tertinggi pengurusan KUSKOP menunjukkan iltizam kementerian untuk memastikan keadilan dalam pengagihan sumber bagi memperkasakan sektor PMKS ke seluruh negara, tak kira negeri ataupun wilayah. Malah, untuk makluman Dewan yang mulia ini, dari segi

draft • 5:50 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Sim Chee Keong

pembiayaan oleh tujuh agensi di bawah KUSKOP, para usahawan Sabah contohnya, merupakan penerima top number 1 pada tahun ini. Setakat 30 September, nilai RM950 juta iaitu hampir RM1 bilion, memanfaatkan lebih 44,000 orang usahawan anak negeri Sabah.

Selain pembiayaan, KUSKOP juga turut memperkukuh infrastruktur perniagaan melalui 134 Projek Tamu Desa di Sabah bagi tempoh 2024 hingga 2026 melibatkan peruntukan lebih RM30 juta, termasuk pembangunan pusat penjaja moden di Kundasang. Dan baru-baru ini, KUSKOP juga telah membawa Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia yang cukup popular ke Negeri di Bawah Bayu. Dan karnival tersebut berlangsung selama tiga hari dari 25— 23 hingga 25 Oktober dan telah merekodkan kehadiran lebih 52,000 orang pengunjung, rata-ratanya orang Sabah. Walaupun hanya tiga hari, PMKS, khususnya peniaga-peniaga kecil Sabah yang terlibat telah berjaya meraih hasil jualan dan potensi perniagaan melebihi RM1.5 juta.

Dan saya mengucapkan terima kasih kepada YB Penampang yang telah hadir mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Ahli dari Kimanis.

draft • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Yang Berhormat...

draft • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Silakan.

draft • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat, saya nak tanya satu je, sikit je. Saya tengok Program Tamu Desa ini ialah satu program yang baik tetapi adakah dia akan dikembangkan ke Semenanjung ataupun hanya untuk program ini di Sabah dan Sarawak sahaja?

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Setakat ini, memang program pembangunan ataupun Program Tamu Desa ini adalah terhad kepada Sabah dan Sarawak kerana kebanyakan pusat-pusat penjaja yang ada di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di bawah kelolaan pihak berkuasa tempatan. Jadi, ini adalah satu peruntukan khusus daripada MOF untuk memperkasakan lagi tamu-tamu desa, khususnya di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Ampang dan Kepala Batas telah membangkitkan tentang kemudahan pembiayaan kepada usahawan wanita, termasuk akses pembiayaan mikro bagi membantu golongan ibu tunggal dan sebagainya. Tahun ini Dato’ Sri Dr.

Speaker, KUSKOP telah memperkenalkan Skim Dana Ekonomi Usahawan Wanita

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

(DEWI) sebanyak RM3 bilion yang dilaksanakan melalui empat agensi di bawah kementerian iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan SME Bank.

Sehingga hujung September tahun ini, pencapaian skim DEWI adalah seperti berikut. Amanah Ikhtiar telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM2.1 bilion kepada lebih 230,000 usahawan wanita, termasuk hampir 20,000 penerima pembiayaan yang baru. TEKUN Nasional telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM37.6 juta kepada hampir 5,000 usahawan wanita melalui Skim Pembiayaan Usahawan Wanita, termasuk hampir separuh daripada mereka peminjam kali pertama.

Bank Rakyat telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM11.8 juta kepada 120 orang usahawan wanita, termasuk 119 penerima baru. Dan SME Bank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM23.1 juta kepada 118 usahawan wanita dan 11 daripada wanita— usahawan tersebut merupakan penerima pembiayaan kali pertama. Kesimpulannya, setakat 30 September 2026, skim DEWI telah menyalurkan sejumlah RM2.176 bilion kepada lebih 235,000 orang usahawan wanita di seluruh negara.

Rakan saya, Kulim-Bandar Baharu membangkitkan tentang perpindahan agensi PERNAS daripada KUSKOP. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 17 Disember 2025 dan 9 Januari 2026 telah bersetuju supaya fungsi pembangunan dan kawal selia industri franchise serta Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dipindahkan daripada KUSKOP kepada KPDN berkuat kuasa April tahun ini.

Penyusunan semula ini merupakan langkah kerajaan memperkukuhkan penyelarasan fungsi pembangunan dan kawal selia industri supaya dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berkesan. Dalam hal ini, KUSKOP sudah tentu akan terus menjalinkan kerjasama rapat dengan KPDN, khususnya dalam aspek pembangunan usahawan franchise dan sebagainya.

Yang Berhormat Padang Besar dan Kuala Kangsar telah menyentuh tentang usaha bagi memudahkan proses pembiayaan kepada PMKS. Selaras strategi ABCD yang saya sebut tadi, B iaitu birokrasi dikurangkan. Beberapa rekayasa dalaman telah dilaksanakan untuk memudah cara proses pembiayaan PMKS. Contoh, bagi pembiayaan di bawah RM1 juta, Bank Rakyat dan SME Bank telah memendekkan tempoh pemprosesan dari dulu 30 hingga 40 hari kepada kini, 14 hari bekerja.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Borang permohonan Bank Rakyat tahun ini juga telah diringkaskan daripada 16 muka surat pada masa lalu kepada hanya tiga muka surat sekarang dan boleh dihantar secara digital. TEKUN Nasional telah memendekkan tempoh pemprosesan kelulusan dan penyaluran pembiayaan daripada dulu mungkin boleh sampai 30 hari kepada 10 hari dan sekarang kepada lima hari bekerja, di samping memudahkan permohonan dengan hanya empat dokumen asas.

Sejak penubuhan TEKUN hampir 30 tahun yang lalu, usahawan yang ingin memohon pembiayaan TEKUN harus hadir sendiri di salah satu daripada lebih 178 buah pejabat TEKUN di seluruh negara. Tapi mulai Ogos tahun ini, pemohon buat kali pertamanya boleh membuat permohonan melalui sistem atas talian (online). Ini sudah tentu memudahkan para usahawan, khususnya peniaga kecil yang tinggal berjauhan di kawasan pedalaman.

Dan para pemohon kadangkala peniaga-peniaga kecil ini Dato’ Sri Speaker, dia kais pagi, makan pagi. Kalau tak buka gerai, tak ada pendapatan. Jadi, memudahkan mereka. Dia tak perlu hadir secara fizikal dan mereka boleh buat permohonan pembiayaan melalui atas talian tanpa meninggalkan perniagaan mereka pada hari tersebut. Dan tempoh hanya dua bulan. Mulai bulan Ogos, kita start online application, sampai bulan Oktober baru-baru ini, bulan ini.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

TEKUN telah berjaya meluluskan lebih RM20 juta kepada 723 usahawan melalui kaedah atas talian. SME Corp. juga telah mempercepatkan akses pembiayaan melalui penyedia kewangan alternatif daripada 21 hari, 30 hari kepada tujuh hari bekerja dan bagi memastikan para usahawan mendapat maklumat terkini tentang dasar-dasar usahawan negara, INSKEN dalam kerjasama dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional ataupun NADI untuk mewujudkan jaringan Pusat Rujukan Inklusif Usahawan MADANI ataupun PRIME MADANI di kesemua 222 pusat NADI di seluruh negara.

Yang Berhormat [Batuk] Maaf.

draft • 6:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat, satu soalan lagi.

draft • 6:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Silakan.

draft • 6:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya nampak TEKUN dan juga AIM, saya tengok kadar faedah dia berbeza. TEKUN mungkin tak silap saya empat peratus. Tapi AIM, 10 peratus. Adakah kementerian bercadang untuk

draft • 6:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

mengurangkan kadar faedah AIM kepada empat peratus juga sebab saya rasa 10 peratus ini agak tinggi. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Sebenarnya TEKUN dan Amanah Ikhtiar ini dia mengguna pakai dua kaedah berbeza dari segi pemberian pembiayaan. Walaupun nampaknya 10 peratus itu agak tinggi tetapi oleh sebab dia menggunakan kaedah Sahabat konsep yang telah dipelopori oleh Grameen Bank right, Dr. Yunus di Bangladesh di mana mereka akan berjumpa setiap minggu. Maka kalau dibayar berminggu-minggu, apa itu— pembiayaan ataupun pembayaran semula itu akan lebih mudah dan lebih murah, satu.

Keduanya, pinjaman yang di— had pinjaman yang dibenarkan dalam Amanah Ikhtiar hanya RM30,000. Jadi, memang dia bukan satu angka yang terlalu besar dan menyebabkan kadar faedah itu membebankan peminjam-peminjam.

Untuk makluman sebenarnya walaupun dengan kadar yang begitu tinggi, dia punya NPL hampir minimum, cukup minimum, hampir kosong. Sebab memang sistem ini adalah sistem yang berbeza dengan pinjaman bank ataupun pinjaman mikro kredit yang lain.

Yang Berhormat Kuala Kangsar telah membangkitkan tentang pelaksanaan program pembangunan keusahawanan serta bantuan pembiayaan oleh KUSKOP kepada usahawan di kawasan beliau iaitu Kuala Kangsar. Untuk makluman, KUSKOP melalui agensi-agensi kita memang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan ekosistem usahawan. Contohnya, dari segi pembiayaan di Kuala Kangsar pada tahun 2025, Amanah Ikhtiar telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM8.72 juta kepada hampir 800 penerima manfaat manakala TEKUN telah memberikan ataupun menyalurkan pembiayaan hampir RM4 juta kepada hampir 200 orang usahawan.

Bagi 2026 pula, Amanah Ikhtiar telah menyalurkan pembiayaan lebih tinggi daripada tahun lepas berbanding dengan tempoh masa yang sama iaitu RM6.47 juta kepada 600 orang penerima manfaat manakala TEKUN Nasional telah meluluskan pembiayaan RM3.6 juta kepada 184 orang usahawan setakat September.

Yang Berhormat Simpang Renggam juga sama, bertanya tentang program- program dan pembiayaan di kawasan beliau, di kawasan Simpang Renggam.

Amanah Ikhtiar 2026 telah menyalurkan pembiayaan hampir RM5 juta kepada 466 orang usahawan sehingga Ogos tahun ini manakala TEKUN Nasional telah meluluskan RM1.9 juta kepada 66 orang usahawan di kawasan Simpang Renggam.

SME Corp. turut meluluskan pembiayaan sebanyak RM315,000 kepada dua orang

draft • 6:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

usahawan di Simpang Renggam melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera dan Dana Pemangkin Penskalaan PKS.

Yang Berhormat Port Dickson, Kuala Terengganu telah membangkitkan tentang skim pembiayaan dan program usahawan melibatkan automasi dan pendigitalan. Dalam aspek ini SME Bank menyediakan skim seperti SME Technological Transformation Fund, dengan izin dengan had pembiayaan dari RM100,000 sehingga RM3 juta di mana sehingga September 2026, sebanyak RM51.5 juta telah diluluskan kepada 23 buah syarikat.

TEKUN pula menyalurkan RM5.2 juta tahun ini sehingga September kepada 548 orang usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan apa itu orang kata— Internet ataupun atas talian. TEKUN juga memperkukuhkan usaha pemasaran digital dan live commerce melalui TikTok LIVE Hub untuk membantu usahawan memasarkan produk secara terus kepada pengguna.

Setakat ini kerjasama TEKUN dan TikTok telah menubuhkan 10 buah TikTok LIVE Hub yang bukan sahaja berfungsi untuk melatih usahawan e-dagang tempatan tetapi juga memberikan kemudahan-kemudahan kepada mereka untuk membuat jualan secara langsung melalui TikTok Shop. Setakat ini, sudah hampir 800 orang usahawan Malaysia mendapat manfaat dengan jumlah hasil jualan mencecah lebih RM45 juta.

Yang Berhormat Bagan telah mencadangkan pelaksanaan moratorium bayaran faedah kepada PMKS. Pada April tahun ini, saya telah berjumpa pengurusan tertinggi KUSKOP— saya bersama dengan pengurusan tertinggi KUSKOP telah mengambil inisiatif berjumpa dengan pimpinan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia ataupun ABM yang diketuai oleh pengerusinya, Dato' Sri Khairussaleh Ramli serta pihak pengurusan lebih kurang 16 institusi kewangan di Malaysia.

Antara perkara dibincangkan adalah pelaksanaan moratorium kepada syarikat PMKS Malaysia. Sememangnya sektor perbankan negara bersetuju untuk meningkatkan fleksibiliti kepada syarikat-syarikat PMKS yang terkesan akibat krisis ekonomi ataupun bencana. Syarikat yang berkaitan boleh menghubungi bank masing-masing untuk meneroka kaedah-kaedah penyelesaian yang sesuai dengan keadaan masing-masing contohnya penstrukturan semula, pembiayaan semula ataupun moratorium pembayaran semula secara case-to-case basis. Dengan izin, moratorium is on the table on the case-to-case basis.

draft • 6:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Bagi agensi-agensi pembiayaan di bawah KUSKOP pula, moratorium juga diberikan secara case-to-case. Contohnya, pada bulan Disember 2025 yang lalu, tujuh agensi pembiayaan di bawah KUSKOP telah memberikan moratorium kepada mangsa-mangsa bencana banjir seluruh negara yakni peniaga-peniaga dan penerima pembiayaan daripada agensi-agensi kita.

Pada April 2026, berikutan bencana kebakaran di Sandakan, moratorium sehingga enam bulan juga diberikan kepada peminjam usahawan yang terlibat dalam bencana tersebut. Bagi perniagaan yang terkesan akibat krisis bekalan, Bank Rakyat turut memberikan kemudahan moratorium kepada peminjam mereka atas dasar case-to-case. Manakala UDA telah mengumumkan pada pertengahan tahun ini, moratorium sewa tiga bulan serta pengurangan kadar sewa sehingga 20 peratus kepada syarikat PKMS.

Yang Berhormat Bagan turut mencadangkan kelulusan pinjaman PMKS tanpa faedah, tanpa cagaran untuk jumlah sebanyak RM50,000 pertama. Selaras dengan strategi A, B, C, D iaitu C, capaian kepada modal, KUSKOP sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan pembiayaan mudah dan murah untuk sektor PMKS.

Untuk makluman, setakat 30 September 2026, sebanyak RM10.7 bilion telah diluluskan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP untuk lebih 295 orang usahawan di seluruh negara. Daripada angka tersebut, seramai 288,000 usahawan koperasi ataupun mewakili lebih kurang 97 peratus daripada penerima pembiayaan KUSKOP telah mendapat pembiayaan mereka tanpa cagaran dan tanpa penjamin.

Nilai pembiayaan keseluruhan bagi kumpulan ini adalah sebanyak RM3 bilion. Faedah yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP adalah serendah 300 setahun dan faedah purata indikatif adalah sekitar 4.5 peratus setahun. Lebih rendah daripada kadar BLR di bank-bank institusi kewangan.

Untuk tahun hadapan, Belanjawan 2027 telah memperuntukkan dana sebanyak RM57 bilion untuk pembiayaan PMKS iaitu jumlah yang paling tinggi dalam sejarah berbanding RM50 bilion pada tahun ini. Dan bagi jaminan pembiayaan juga, bakal ditambahkan sehingga RM32 bilion pada tahun hadapan berbanding RM30 bilion dalam Belanjawan 2026 iaitu tahun ini. Berita baiknya ialah buat kali pertama had jaminan juga telah ditingkatkan dari asalnya RM10 juta kepada RM50 juta.

draft • 6:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ini sudah tentu akan membantu lebih banyak syarikat PMKS mendapat pembiayaan yang lebih besar, khususnya untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Yang Berhormat Betong membangkitkan bantuan dan juga sokongan pembiayaan kepada peniaga di kawasan luar bandar. Sepertimana jawapan saya kepada YB Penampang, KUSKOP bertekad untuk memastikan keadilan pengagihan sumber kepada usahawan di seluruh negara tak kira kaum dan agama di semua negeri dan wilayah.

Contoh, di negeri YB Betong, Sarawak. Kalau tadi di Sabah, top number 1 bilangan usahawan yang menerima dana pembiayaan KUSKOP, Sarawak pula top number 3, top ketiga, tempat ketiga dengan jumlah pembiayaan RM877.77 juta memanfaatkan lebih 32,000 orang usahawan anak negeri Sarawak.

Tadi saya sebut, bagi memantapkan lagi perkhidmatan agensi-agensi KUSKOP kepada rakyat, kita melaksanakan rekayasa birokrasi, memudah cara rakyat mendapatkan bantuan dan sokongan, termasuk penduduk luar bandar.

Mereka tak perlu jalan jauh, guna internet, guna komputer, guna handphone untuk mencapai kepada perkhidmatan kami.

Yang Berhormat Mersing, cadangkan geran padanan khusus bagi membantu peruncit tempatan menaik taraf premis, peralatan, pendigitalan dan kecekapan operasi. Kita ada macam-macam skim, saya bagi contoh, SME Corp. Melalui SME Corp, KUSKOP ada Program Penskalaan Mikro yang menyediakan geran latihan sehingga 90 peratus daripada kos program merangkumi aspek pengurusan operasi, pemasaran kewangan dan pendigitalan. Dan untuk tahun ini sahaja, seramai 181 perusahaan mikro telah mendapat manfaat dengan nilai kelulusan geran berjumlah RM2.64 juta.

Dan keduanya program penskalaan perniagaan inklusif yang menyediakan geran sehingga 90 peratus daripada kos projek tertakluk kepada had maksimum RM200,000 bagi setiap syarikat yang layak. Bantuan ini merangkumi kerja menaik taraf premis, pembelian mesin, peralatan serta penggunaan teknologi. Tahun ini, sebanyak 11 PMKS telah mendapat manfaat dengan kelulusan geran berjumlah RM2 juta.

Kita juga telah menyediakan bantuan berbentuk geran di bawah program pembangunan keusahawanan halal bagi tahun 2026 untuk membantu peniagaan-

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

peniagaan dari segi pematuhan sijil halal, penambahbaikan produk, pembungkusan, menaik taraf premis dan peralatan bagi memenuhi keperluan pensijilan halal.

Dalam ucapan Belanjawan 2027, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan Geran Sejahtera MADANI sebanyak RM200 juta bagi membantu usahawan mendapat peralatan, latihan dan menyasarkan 40,000 orang penerima, khususnya wanita. Dan juga telah diumumkan geran padanan sehingga RM5,000 untuk syarikat PMKS yang ingin mendapatkan sijil halal dan geran sehingga RM25,000 untuk PMKS dalam bidang kosmetik dan pharmaceutical halal.

Yang Berhormat rakan saya, Batu Pahat, mencadangkan penubuhan unit baharu iaitu Unit Pembangunan Koperasi Sekolah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara KUSKOP, KPM, SKM dan IKMa.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia ataupun SKM sebagai badan yang diberi mandat untuk kawal selia dan pembangunan gerakan koperasi, kini bertanggungjawab menjaga lebih 2,500 buah koperasi sekolah, lebih 2.1 juta orang ahli koperasi yang terdiri daripada para guru dan pelajar dengan nilai aset mencecah RM548.92 juta dan perolehan melebihi RM600 juta pada tahun 2025.

Ini bermakna SKM bukan sahaja mempunyai keabsahan dari segi hukum undang-undang, malah mempunyai pengalaman yang mendalam dan keupayaan yang tinggi untuk menguruskan sektor ini. Namun hakikatnya, SKM sememangnya bekerjasama rapat dengan KUSKOP, dengan Kementerian Pendidikan dalam menjayakan gerakan koperasi di peringkat sekolah.

Contoh baru-baru ini, YB Batu Pahat yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Institut Koperasi Malaysia, IKMa turut terlibat aktif dalam inisiatif yang baharu ini. Kerjasama antara KUSKOP dan KPM telah dieratkan lagi dengan program Business School in School yang bertujuan menjadikan koperasi-koperasi sekolah ini sebagai platform pembelajaran keusahawanan secara praktikal meliputi pengurusan kewangan, inventori, pemasaran, tadbir urus, kepimpinan dan teknologi digital.

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, akhir kata, saya mengucapkan terima kasih.

Saya berjaya jawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa perbahasan RUU Perbekalan 2027 peringkat Dasar.

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Kita amat menghargai segala cadangan dan teguran yang telah dikemukakan dan pintu kita sentiasa terbuka untuk pandangan-pandangan yang selanjutnya. Kalau ada soalan-soalan yang ini, saya baca sajalah sebab saya rasa dah jawab semua. Tapi kalau dirasakan ada yang tak sempat dijawab, maka kita akan mengemukakan jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat, satu sahaja.

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Dia aktif hari ini, tapi sebab kawan kita bagi, dia jiran dengan saya, Kulim.

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, saya hendak tanya satu skim yang saya pernah dengar tapi saya tak faham apa maksud skim ini iaitu Skim PADURI, Skim PADURI 2.0. Adakah skim baharu ataupun dia ada perbezaan dengan AIM atau pun beza dengan TEKUN? Apa perbezaan dia?

Sebabkan saya pernah dengar skim ini. Adakah skim ini ada?

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Inilah soalan yang saya akan bagi maklum balas secara bertulis. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Selanjutnya majlis ke kementerian yang berikutannya, dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan.

draft • 6:10 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 6:16 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Dato’ Sri Yang di-Pertua. Pastinya, saya mahu memulakan penggulungan saya ini, dengan pertama-tamanya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan juga sahabat saya, Yang Berhormat Menteri Kewangan II dan juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang telah menyediakan peruntukan besar kepada KKM dalam Belanjawan 2027.

draft • 6:16 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato’ Sri Yang di-Pertua, kami menerima RM47.7 bilion, iaitu peruntukan kedua terbesar yang dipecahkan kepada berbelanja mengurus, RM40.95 bilion dan juga RM6.75 bilion berbelanja pembangunan.

Antara inisiatif yang diumumkan dalam belanjawan kali ini ialah antara lainnya menoktahkan doktor kontrak, meningkatkan insentif paramedik, jururawat dan petugas udara, melonjakkan dana penyumberluaran rawatan ataupun HSOP, Hospital Services Outsourcing Program dengan izin, dan kelimanya peluncuran pelan MediAsas mulai awal tahun 2027, penyelenggaraan-penyelenggaraan dan juga baik pulih sebanyak RM1.2 bilion, pembelian 400 unit ambulans dan akhir sekali, menambah dana Tabung Bantuan Perubatan antara yang saya letakkan sebagai highlight dalam perbelanjaan peruntukan baru-baru ini, peruntukan Belanjawan Bekalan Perbelanjaan 2027, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Senarai Ali Parlimen yang telah berbahas, terdiri dari 61 Ahli Parlimen.

Ucapan terima kasih bermula dengan Ayer Hitam, Bachok dan berakhir dengan Tenom dan Wangsa Maju. Dan merangkumi dan membabitkan, terkait dengan membangkitkan 102 isu-isu terkait dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan masa diperuntukkan, pasti akan dapat hanya menumpu kepada beberapa tema besar, tema utama terkait dengan keberhasilan Kertas Putih Kesihatan yang akan menyentuh isu-isu antara lainnya digitalisasi, Hospital Services Outsourcing Program, fasiliti berasaskan komuniti, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Dana Kesihatan Nasional (DKN) dan juga strategi reset dan pemantapan tenaga kerja kesihatan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekiranya ada masa, saya akan menjawab isu-isu terkait fasiliti di kawasan-kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya harapkan.

draft • 6:16 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sebelum saya teruskan kepada penggulungan saya, saya juga ingin memaklumkan hal yang terkait dengan isu flying doctor services (FDS) atau perkhidmatan doktor udara (PDU) yang telah disinggung oleh YB Temerloh, Kuala Langat, Batang Sadong, Julau, Baram dan juga Saratok, Kuala Langat. Perkara- perkara terkait PDU ini sedang dalam penelitian KKM dan menunggu dapatan- dapatan siasatan penuh daripada pihak berkuasa untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri terdahulunya dan sebelum ia nya mampu kita— sebelum ia nya dijawab di sini, di Dewan ini supaya jawapan yang diberikan kelak adalah telus, tuntas dan menyeluruh Dato' Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mula dengan Kertas Putih Kesihatan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Maran yang ada di sini, alhamdulillah yang telah membangkitkan persoalan mengenai sejauh mana pencapaian kerajaan dalam pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan ini dan meminta untuk dibentangkan laporan mengenainya. Suka saya gunakan pentas penggulungan ini untuk memberikan sedikit laporan dan pencerahan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Sekijang, Pulai, Kapar, Tanjong Karang dan Tasek Gelugor yang telah menyentuh isu keberhasilan program Hospital Services Outsourcing Programme (HSOP) itu, penyumberluaran itu, Agenda Malaysia Nasional Sihat, pendigitalan sistem kesihatan dan pembiayaan kesihatan yang juga terkait secara langsung dengan Kertas Putih Kesihatan itu Dato' Sri Yang di-Pertua.

Kertas Putih Kesihatan yang telah kita luluskan dalam Dewan yang mulia ini pada 15 Jun 2023 ialah pelan dasar transformasi struktur jangka masa panjang melangkaui 15 tahun yang sedang dilaksanakan secara berfasa dengan diarusperdanakan dalam RMK13, RMK14 dan RMK15. Kertas Putih Kesihatan terdiri daripada empat tonggak Dato' Sri Yang di-Pertua. Tonggak pertama, mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan. Tonggak kedua, meningkat promosi kesihatan dan pencegahan penyakit. Tonggak ketiga, memastikan pembiayaan mampan dan saksama dan akhir sekali, memperkukuh tadbir urus sistem kesihatan kita.

Bermula dengan Electronic Medical Record Yang di-Pertua di bawah tonggak pertama, mentransformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan. KKM sedang giat melaksanakan visi Satu Individu, Satu Rekod— satu rakyat, satu rekod menerusi electronic medical record, dengan izin EMR. Bagi mempercepatkan lagi usaha pendigitalan, KKM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah inisiatif yang disebutkan sebagai Pemacu Ekosistem Ketersambungan Kesihatan Digital Negara dengan akronimnya PERSADA sebagaimana yang disebut oleh YB Sekijang.

Untuk makluman YB Ayer Hitam dan juga Batu Pahat yang meminta supaya EMR dipercepatkan. Sehingga tahun 2026 boleh saya laporkan, KKM telah pun mendigitalkan 510 klinik-klinik kesihatan berbanding 97 pada tahun 2023.

Peningkatan sebanyak 426 peratus. Sasaran KKM adalah untuk mendigitalkan semua fasiliti kesihatan primer termasuk klinik-klinik yang masih ada lagi klinik-klinik

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

komuniti 100 lebih, klinik ibu anak dan juga klinik desa menjelang tahun 2028 Dato' Sri Timbalan Yang di-Pertua.

Kedua, mendigitalkan. Mendigitalkan 361 klinik pergigian primer berbanding 71 klinik pada tahun 2023. Peningkatan sebanyak 408 peratus. Sasaran KKM adalah untuk mendigitalkan semua klinik pergigian primer kami menjelang 2028.

Ketiga, 22 buah hospital telah dilengkapi dengan EMR. Buat hari ini, 22 buah hospital telah dilengkapi dengan EMR.

Seterusnya proses perolehan rangkaian dan perkakasan, connectivity dengan izin dan juga hardware nya untuk pelaksanaan EMR di 21 lagi hospital sedang dalam proses kita laksanakan. Sedang berjalan. Sasaran KKM adalah untuk mendigitalkan semua hospital kita secara berfasa selewat-lewatnya Dato' Sri Yang di-Pertua, 2030. Walaupun agenda ini adalah sampai 2045 tapi kita telah expedite dan juga mensasarkan 2030 semua hospital kita akan kita lengkapkan dengan EMR, the national EMR khususnya di hospital-hospital awam dengan apa yang dikatakan sebagai interoperability, kebolehtercapaiannya, Seterusnya, kesemua garis masa yang telah pun berjalan ini adalah lebih cepat berbanding garis masa yang ditetapkan dalam Kertas Putih Kesihatan sendiri.

Itu perlu saya tegaskan. Inilah usaha gigih yang sedang kami laksanakan dalam team KKM di seluruhnya division dan juga skim-skim perkhidmatan kami.

Perlu saya sebutkan juga bagi membolehkan sistem ini bersepadu sepertimana yang disebut oleh YB Sekijang, KKM berpegang kepada tiga teras utama.

Satu, kebolehkendalian dan juga ketepatan data. That is the interoperability, dengan izin dan ketepatan data. Piawaian pertukaran data dan pengesanan identiti dilaksanakan bagi mengelakkan rekod bertindih. Di sini kita akan dapat lakukan apabila kita punya Satu Individu, Satu Rekod dan interoperable seluruh negara, maka kita tidak ada lagi apa yang dikatakan sebagai data-data yang bertindih.

draft • 6:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya? Izinkan saya habiskan dahulu. EMR diintegrasi secara terus dengan sistem bukan sahaja sistem rekod individu tetapi sistem makmalnya, farmasinya, pengimejannya (imaging) dan juga janji temunya ataupun appointment-nya.

draft • 6:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh sikit Menteri? Pulai.

draft • 6:20 PM

Datuk Sri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pulai ya. Sila, sila.

draft • 6:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dalam rancangan EMR ini, sepatutnya pada 2026 ini tak silap saya, ada tujuh buah hospital yang telah dilengkapi dengan projek ini. Tapi oleh kerana kita ada masalah dari segi peralatan itu maka ditangguh sampai tahun 2027.

Saya nak bertanya sikit dari segi latihan kepada kita punya nurse, yang pengguna-pengguna rekod EMR ini, apakah mereka dah diberi latihan, dah bersiap untuk melaksanakan tugas ini pada 2027 nanti?

draft • 6:20 PM

Datuk Sri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Pulai.

Kita perlu difahamkan, ada tiga aspek dalam EMR ini. Satu, connectivity-nya. Kedua, hardware-nya dan ketiga, sistemnya yang merupakan sistem EMR itu sendiri.

Tapi yang paling penting sepertimana yang cuba disebutkan oleh Pulai adalah human resource-nya itu. Yang mengendalikan teknologi ini adalah manusianya, personnelnya Dato' Sri Yang di-Pertua. This is so very important. Ini sangat penting untuk pertama-tamanya adalah apa yang diistilahkan sebagai change management (pengurusan perubahan) itu yang perlu kita pastikan dari sudut keterampilan, dari sudut kebolehan, dari sudut keupayaan mereka. Itu adalah perkara yang mesti didahulukan dahulu.

Semua— contohnya CCMS yang kita laksanakan sehingga hari ini di klinik- klinik kesihatan, kita memulakan dengan latihan personnel kita. Jadi, warga kerja itu yang perlu disediakan keupayaan mereka untuk mengendalikan teknologi ini. Jadi, tidak ada teknologi fobia, tidak ada— sebab apa kita melakukan secara berselanjar secara berterusan, secara parallel di mana teknologinya disediakan, personnelnya juga dapat mengurus dan membawa perubahan yang dikatakan change management dan buy in daripada warga kerja KKM itu sendiri.

Sila. Saya baru nak mula ini. Sila— boleh Dato' Sri?

draft • 6:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Kluang.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

draft • 6:20 PM

Datuk Sri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kluang.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini floor Menteri. Menteri buat keputusan.

draft • 6:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Datuk Sri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Izinkan saya— kecuali kalau ada terkait.

draft • 6:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

EMR. Sentuh juga EMR. Dua isu sahaja.

draft • 6:20 PM

Datuk Sri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh saya teruskan?

draft • 6:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Okey, boleh.

draft • 6:20 PM

Datuk Sri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Takut— nanti kalau perlu kita Yang Berhormat Kluang boleh masuk ya. Itu pertama, kebolehkendalian dan ketepatan data.

Kedua adalah penyelarasan proses rawatan. Dato' Sri Timbalan Yang di- Pertua, integrasi ini membolehkan doktor mengakses sejarah perubatan seseorang pesakit, senarai ubatnya, keputusan ujiannya terdahulu semasa pesakit dirujuk daripada klinik ke hospital dan sebaliknya. Ini mengelakkan ujian berulang. Ini the advantage. Ini adalah advantage utamanya. Manfaat besarnya di mana tidak perlu kita repeat test, tidak perlu diulang ujian dan mempercepatkan keputusan-keputusan klinikal yang bakal dibuat oleh clinician dan juga doktor dan juga pakar-pakar yang lain. Jadi, tanpa mengabaikan penilaian semula berasaskan keselamatan pesakit*.

So,* paling pentingnya adalah akhirnya, patient safety (keselamatan pesakit) itu sendiri.

draft • 6:20 PM

Datuk Sri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan ketiga adalah keselamatan dan kerahsiaan data. KKM memastikan pematuhan sepenuhnya kepada dasar keselamatan ICT kerajaan. Maaf, kepada dasar keselamatan ICT kerajaan, garis panduan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Chief Government Security Officer dan keperluan teknikal Jabatan Digital Negara (JDN) bagi melindungi data perubatan rakyat. Saya beralih kepada HSOP sikit kalau boleh Kluang jangan lama-lama ya.

Sila.

draft • 6:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya, terima kasih Menteri Kesihatan. Jadi, dua isu sahaja sebenarnya rakyat di luar sana sangat mengalu-alukan pelaksanaan EMR. Mereka memang dengan izin, looking forward ada sistem ini. Tetapi bagi saya untuk pelaksanaan yang lancar, isu pertama yang perlu kita atasi adalah akses ke Internet di setiap klinik kesihatan dan juga hospital awam.

Kadang-kadang ya hospital atau klinik kesihatan itu ada akses Internet tapi ada sudut yang contohnya di kawasan saya, apabila saya walk in, dengan izin ke klinik kesihatan ada satu tempat kaunter pendaftaran tak ada akses Internet.

Kesemua handphone signal itu mati. Jadi, masalah teknikal ini perlu diatasi sepenuhnya dengan bantuan dari agensi berkenaanlah.

draft • 6:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Isu kedua, EMR ini dengan rekod yang memang banyak disimpan dalam hospital dan klinik kesihatan kita. Saya berharap kalau bolehlah, mungkin bukan tahun depan satu tahun lagi kita tambah manpower, dengan izin iaitu boleh upah mungkin mahasiswa, mahasiswi kita yang belajar dalam bidang perubatan— boleh kah jururawat yang masih tuntut pelajaran kerja sebagai kerja sambilan bagi klinik kesihatan ataupun hospital kita untuk digitalisasikan kesemua rekod perubatan kita.

Kalau tak bergantung sahaja pada pekerja yang ada sekarang dalam sistem, ambil 10 tahun pun tak akan habis digitalization ini. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa] Baik, terima kasih Yang Berhormat Kluang.

draft • 6:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Sedikit Menteri. Boleh?

Sedikit sahaja?

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kuala Langat, boleh.

draft • 6:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya membangkitkan dalam perbahasan saya isu yang berlaku di Sabah. Pesakit yang tidak didokumen ini. Yang ini juga di-highlight-kan semasa lawatan kami ke sana kerana mereka ini kadang-kadang hari ini nama lain, esok nama lain dan alamatnya pun sukar untuk dikenal pasti. Terutamanya pada mereka yang mengidap penyakit berjangkit untuk kita atasi itu. Apa mungkin langkah daripada kementerian?

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, terima kasih Kuala Langat juga sahabat saya ya. Kedua-dua saya berikan respon sebegini. Pertama adalah hal yang terkait oleh Kluang ya sangat mustahak ya hal yang di mana you can see apa yang dikatakan sebagai the blind spot kah yang mana dalam satu hospital itu kadangkala ya because sometimes hospital ini pada awalnya dibina tidak mengambil perhitungan perkara-perkara yang bersabit dengan connectivity dan Internet Dato’, Puan Yang di-Pertua.

Oleh kerana itu, ini adalah perkara yang perlu diatasi segera dan semua hospital, pengarah ya dan juga tahu akan kekurangan-kekurangan itu dan seharusnya mengambil langkah segera untuk mengatasi. Ya. Itu saya sendiri pernah membuat banyak lawatan dan juga blind spot itu memang ada yang dikatakan istilahnya.

Jadi, dengan itu ya sangat mustahak. Kedua adalah bagaimana kita mahukan kalau boleh dengan EMR ini, apa yang seharusnya berlaku adalah petugas perubatan dan kesihatan kita memfokus, memberi lebih masa kepada patient care dan bukan non-medical procedure, termasuklah nak mengurus apa pun.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Yang itu kita boleh guna MySTEP ya. Kita tahu Sabah, satu negeri yang sangat bijak untuk menggunakan pendekatan itu. Saya akan pastikan because dengan national EMR itu dan juga AI dan sebagainya yang lain ia seharusnya memberikan lebih masa doctors kepada patient. That is the ultimate. Itu tujuan akhirnya yang dikatakan oleh pakar-pakar bahawa AI dan EMR akan menjadikan medicine human again kerana ia akan memberi lebih masa untuk mendekati dan menyantuni pesakit.

Dan kerja-kerja non medical akan kita boleh lakukan dengan pengambilan MySTEP dan sebagainya yang dicadangkan oleh YB Kluang. Dan itulah sebabnya Kuala Langat kita sangat memerlukan EMR ini. Jadi, persoalan hilang rekod, persoalan pertindihan, persoalan yang mana apabila kita tidak digitalize itu dia akan menyebabkan suasana sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat itu akan pasti berulang dan terus berulang.

Jadi, this is the reason inilah sebabnya mengapa kita perlu dapatkan segera sebab itu saya mempercepatkan proses national EMR ini ya yang dianggap beberapa tahun. Kita bring it forward dan saya kalau boleh end of 2027 yang agak sukar kalau saya nak kejar tetapi end of 2028 hospital kita and all our clinics will be EMR native and AI supported in EMR ready ya.

Itu kalau boleh saya teruskan Puan Yang di-Pertua mengambil kira dalam tonggak pertama dan masih lagi dalam tonggak pertama. Apa yang kita istilahkan sebagai HSOP ataupun dengan bahasa mudahnya penyembeluaran mendapatkan services daripada pihak swasta ya ataupun Hospital Services of Outsourcing Programme. Di bawah tonggak satu ini juga, KKM melaksanakan HSOP ini sejak tahun 2024 sekembali saya, saya terus membawa ini kerana kita tahu kita terkekang dengan capital expenditure. Jadi, dengan ini kita tidak perlu spend capital untuk menambahkan services kita tapi kita dapatkan services ini daripada pihak swasta yang punya extra kapasiti. Di situ public private collaboration yang saya anjurkan supaya kita memperkukuhkan lagi kolaborasi awam dan swasta.

Bagi mengurangkan tempoh menunggu pesakit dan juga kesesakan, dua- dua sekali. Dua pengalaman pesakit yang setiap kali menjadikan mereka dihantui dalam hospital ini adalah satu sesak, dua lambat. Jadi, kedua-dua inilah yang meninggalkan patient experience yang saya mahu atasi segera dan hari ini alhamdulillah kita telah mengurangkan sepertimana yang jawapan saya kepada Sekijang dua hari lalu dalam Parlimen ini bagaimana hospital-hospital kita telah

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

mengurangkan masa bed ataupun mendapatkan apa yang dikatakan bed waiting time dan juga kesesakan itu jauh berbeza.

55 dulu peratus, sekarang ini 75 peratus hospital kita dan jumlahnya yang dapat mengurangkan bed waiting time dan sebagainya ya kesesakan itu. Jadi, bagi menjawab seterusnya YB Sekijang mengenai keberkesanan Program HSOP ini, saya ingat saya boleh sebutkan sedikit. Tahun 2026 saya rasa saya sudah jawab ini, perlu jawab lagikah ya? Tak perlulah ya.

Jadi, ini adalah apa yang dikatakan sebagai outcome ataupun keberhasilannya, di mana peningkatan 22.2 peratus yang melibatkan 14 perkhidmatan berbanding dulu. Sekarang ini kita dapat menangani 51,159 pesakit berbanding setahun yang lalu dalam 10 perkhidmatan 41,858 pesakit ya yang 14 perkhidmatan daripada kardiologi sampailah semua yang boleh saya bacakan, termasuklah pembedahan kardiotorasik, pediatrik pun itu adalah 14 dengan pelbagai penambah yang lain akan kita lakukan dan kita akan laksanakan.

Jadi, contoh HSOP ini secara purata membantu mengurangkan tempoh menunggu pesakit dua hingga 10 minggu, antara lainnya sebagai contoh kalau kita mengalami bypass jantung ya, CABG atau cabbage ini telah kita kurangkan daripada 18 minggu daripada dulunya 50 minggu hampir setahun lebih, hampir setahun kepada 32 minggu. So lapan bulan we have cut, kita telah memotong masa menunggu untuk dapatkan prosedur-prosedur elektif seumpama ini ya kecuali kalau emergency. Ini prosedur elektif, opsyen dan pilihan ya. Rawatan radioterapi juga begitu bagi kanser prostat telah berjaya kita kurangkan sebanyak 13 minggu daripada 21 minggu kepada lapan minggu sahaja dan juga Cardiac CT ya ataupun menggunakan tomografi berkomputer CT jantung ini telah kita kurangkan sebanyak 11 minggu, Puan Yang di-Pertua daripada 24 minggu kepada 13 minggu ya.

Jadi, itu adalah antara contohnya dan contoh-contoh kita mengurangkan kesesakan sekali gus dan juga masa menunggu. Pada tahun 2026, KKM telah diperuntukkan sebanyak RM144 juta bagi pelaksanaan HSOP dan pada tahun ini tahun 2027 KKM telah diperuntukkan sebanyak RM200 juta yang sekali gus akan mengizinkan kami memperluaskan lagi bidang perkhidmatan daripada 14 kepada 16 latest yang kami akan masukkan adalah ujian kultur atau culture, mycobacterium tuberculosis untuk penyakit tibi dan juga prenatal genetic testing.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Itu tambahan daripada 14 sekarang ini sudah kita naikkan kepada 16 bidang yang akan kita berikan HSOP, penyumberluaran.

Berkalih kepada fasiliti berasaskan komuniti. Ini masih lagi Tonggak 1. Saya menjawab— tak ada Masjid Tanah pada petang ini, supaya Kerajaan MADANI mengembalikan klinik komuniti seperti model Klinik 1Malaysia. Yang hendak saya tekankan di sini, KKM sedang melaksanakan reformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui anjakan pendekatan berpusatkan hospital— itu masalahnya kita.

Everything is hospital-centric. So, our hospitals will get to be sesak, congested. So, everything is in hospital. Jadi, kita nak beralih daripada hospital-centric kepada pendekatan berasaskan komuniti which is community-based— kalau community-centric, kalau boleh saya gunakan istilah itu. Dan usaha ini merangkumi penstrukturan semula fungsi dan peranan fasiliti kesihatan primer termasuk klinik kesihatan, klinik desa dan sebagainya, klinik komuniti dan klinik UTC. Ini termasuk menilai kembali keperluan menaik taraf, menggabungkan ataupun membangunkan fasiliti baharu berdasarkan keperluan kesihatan dan kepadatan penduduk. Itu the way we go forward ya.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri. Berkaitan dengan menaik taraf.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, silakan.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh ingin bertanya sebab Temerloh memang ada tanya berkaitan dengan tiga perkara.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, saya dengar, saya tahu.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Satu berkaitan dengan Klinik Kesihatan Temerloh yang dulunya selalu dilanda banjir dan mendengar ia akan dipindahkan.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Dan saya dengar dah diluluskan tapi sampai hari ini kita tak dapat maklumat. Itu yang pertama.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang kedua, berkaitan dengan Klinik Kesihatan Lanchang yang sebenarnya kita kira klinik ini sangat penting untuk penduduk persekitaran tumpuan.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, ya.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Dan saya nak lihat, adakah di sana juga ada naik taraf atau memperkasakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

Yang ketiga, berkaitan dengan Klinik Desa Kuala Kaung yang kita lihat dia masih menggunakan— klinik itu dibuat daripada papan lagi. Baru ini saya pergi tengok, jalan itu insya-Allah dah ada tapi klinik itu ada yang papan itu bocor pula, berlubang. Jadi, saya kira mungkin ada naik taraf. Jadi, itu saya nak tahu perkembangan. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri ya.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Besut.

draft • 6:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut boleh?

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh, sikit.

draft • 6:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Baru ini Menteri ada pergi Besut ya? Menteri ada pergi Besut, ke Hospital Besut. Tapi Ahli Parlimen tak dijemputlah ya? Tak apalah. Jadi, saya ada bangkitkan masalah projek pembinaan blok surgical di Hospital Besut ini. Dan saya tengok sebenarnya tujuan sebenar kita untuk meningkatkan kapasiti Hospital Besut dalam menyediakan perkhidmatan pembedahan, kepakaran, kecemasan, diagnostik dan rawatan yang lebih komprehensif.

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 6:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebenarnya kalau nak kira daripada dari segi beban kerja ini di Hospital Besut ini, banyak sebenarnya dan kalau nak kira dari segi justifikasi pun banyak perlukan pembinaan blok surgical ini.

Kalau— saya beri contoh, dari segi bilangan kedatangan pesakit ini di unit kecemasan sahaja. Di unit kecemasan ini meningkat daripada 33,000 kepada 37,000. Bermakna 13 peratus naik.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menunggu lama, pesakit menunggu lama.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat ya.

Terima kasih juga Temerloh. Kedua-duanya saya sudah menyediakan jawapannya sebenarnya, Puan Yang di-Pertua. Dan saya katakan hal yang terkait dengan fasiliti itu agak menjurus kepada mana-mana kawasan secara spesifik. Jadi, untuk berlaku adil kepada yang lain, saya juga boleh menyebutkan hal yang terkait dengan Hospital

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Besut yang saya lawat dan saya sangat peka dan saya sangat prihatin tentang perkara ini.

Kerja-kerja telah kita luluskan pelaksanaan kerja awalan pembinaan blok yang dikatakan blok surgical Hospital Besut di bawah Rolling Plan Kelima lagi dan Rancangan Malaysia Kedua Belas, bertujuan untuk memperincikan skop pembangunan dan juga menyediakan anggaran kos projek sebagai asas pertimbangan bagi melaksanakan pembinaan blok surgical yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat Besut. So, it is well within our— dalam perancangan kami, do not worry. Perancangan pembangunan ini merangkumi keperluan ruang klinikal, peralatan perubatan, kemudahan teknologi maklumat dan juga ICT, di samping tempat letak kereta pun serta kemudahan sokongan yang berkaitan juga kita akan adakan di Hospital Besut yang akan dapat kita penuhi secara menyeluruh, insya- Allah. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Besut. Dan yang untuk Temerloh, saya punya juga...

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Nanti, nanti. Saya nak jawab ini dulu. Baik, untuk status perancangan dan pembinaan KK Temerloh ya. Saya juga sudah menyediakan jawapan dan kalau boleh saya izinkan jawapan itu tidak dibaca kepada semua kerana akan memakan masa, saya banyak lagi butiran yang hendak saya jawab. Jadi, oleh kerana itu do not worry Yang Berhormat Temerloh, saya akan pastikan ia dapat terus...

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Berita gembira kah berita sedih?

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Berita yang baik.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Kalau berita baik tak apa. Nak kongsi pun boleh, itu berita baik.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik Temerloh ya. Sikit Maran dan juga Ipoh Timor. Ipoh Timor dulu, short and sweet.

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Timbalan Speaker. Tadi Menteri sebut berkenaan dengan hospital-based dengan community-based. Hospital-based dari segi HRPB yang telah dijanjikan, diumumkan sebelum ini bertahun-tahun berkenaan cardiothoracic

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

services center untuk HRPB Ipoh. Apakah yang terkini sama ada akan kita nampak kesan-kesan nak dibangunkan, dibina, dimasukkan equipment dan sebagainya supaya kita boleh ringankan beban HPP di Penang, di Serdang dengan keperluan- keperluan cardiothoracic services center untuk Ipoh.

Keduanya, community-based di mana community-based kita— saya dah berulang-ulang menyatakan kita perlu decanter wound care patients daripada klinik kesihatan, misalnya di Kampung Simee, misalnya di...

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua kalau perkara baharu yang dibangkitkan, tak di dalam perbahasan, saya minta supaya saya boleh jawab terus sebagai bertulis ya. Do not take the time, ramai yang telah berbahas dan menunggu jawapan.

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Baik, baik. Sekiranya bolehlah.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, insya-Allah. Terima kasih. YB Maran, ya sila.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada Menteri kerana dulu ada turun ke Maran. Tapi sebenarnya Datuk Menteri, saya terlalu kecewa dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan.

Hospital Maran RMK11 dah lulus. Masa itu Yang Berhormat Menteri jadi Menteri sekejap selama beberapa bulan. Selepas itu saya suarakan, dia keluarlah kelulusan semula sebanyak RM200 juta. Selepas itu masa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri diluluskan RM350 juta. Dan kajian tengah dilihat, dilihat semula pada tapak-tapak— sebenarnya enam tapak kita dah melawat, saya melawat pergi sendiri.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tapi saya malang apabila— minta maaf Menteri sekejap ya, apabila Menteri turun ke Maran baru-baru ini. Saya daripada Maran, lahir di Maran, dibesarkan di Maran, kerja di Maran dan menjadi Ahli Parlimen Maran, pegawai kerajaan di Maran. Saya tahu bagaimana nasib malang Maran ini. Tapi bila Menteri turun, Menteri kata tidak ada keperluan.

Setelah Datuk Menteri, Ke Bawah Duli Tuanku— saya gunakan juga walaupun ada 36(7), tak kira. 36(6) sebagainya, telah bertitah supaya laksanakan segera Hospital Maran ini.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tapi tiba-tiba dibatalkan.

Saya minta maaf, ini satu kekecewaan yang cukup besar. Sebab itu saya beritahu Maran sekarang Menteri, 4-0 kita pegang. Kalau ini keadaannya yang berlaku...

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, masa tinggal 13 minit sahaja lagi.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Kita akan pastikan supaya saya minta supaya timbangkan semula dan kalau boleh laksanakan segera Hospital di Maran ini. Terima kasih banyak.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

30 saat Yang Berhormat Menteri. 30 saat. Saya setuju dengan Maran tadi itu kerana dengan adanya Maran itu dia membantu kesesakan yang berlaku di Hospital Temerloh dan yang kedua perkembangan terkini Klinik Kesihatan Kuala Krau. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih. Terima kasih Kuala Krau ya. Apa yang nak saya sebut, ini bukan kali pertama Maran membangkitkan perkara ini dan telah saya jawab secara tuntasnya dalam— tetapi banyak lagi perkara-perkara yang YB Maran bangkitkan secara very positive yang nak saya jawab. Tapi tak apa, yang ini kita akan kendalikan kemudian, insya-Allah.

Saya teruskan meneruskan masih lagi dalam Kertas Putih Kesihatan ini pada apa yang saya sebutkan sebagai Tonggak Pertama lagi di mana saya ingin segera menyebutkan tentang bagi kawasan pedalaman yang mempunyai akses terhad kepada hospital, khususnya lokasi pembangunan hospital baharu, saya kira kurang berdaya maju daripada segi kos, tiada siapa yang akan ke sana. Tetapi KKM turut memperkenalkan apa yang diistilahkan hari ini sebagai cottage hospital. Saya susah nak terjemahkan istilah ini, saya suruh pegawai-pegawai saya terjemah pun masih lagi depa tak dapat-dapat terjemah. Cottage hospital, hospital kampung kot boleh kita sebutkan? Kalau dalam konteks bahasa Inggerisnya.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kalau di UK, UK pun ada cottage hospital ini. Di pedalaman they have this ya. Cottage hospital dengan menaik taraf klinik kesihatan terpilih dengan kemudahan dan wad pemerhatian, observation ward.

Inisiatif ini bertujuan memperluaskan akses kepada rawatan pesakit dalam, it’s inpatient. So, you have inpatient, not just outpatient. Klinik menjadi hospital, sebab itu namanya hospital kotej ya. Dalam yang mana kita buat, kita dapat lakukan, dapat jalankan rawatan pesakit dalam yang bersesuaian yang mendekatkan perkhidmatan.

Ini sekali lagi kita mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

dan yang terutamanya yang di pedalaman dan mengurangkan sekali lagi perjalanan yang jauh yang untuk mendapatkan rawatan di hospital. Sekali gus, ia mengurangkan kesesakan di hospital.

Kita telah mengenal pasti Puan Yang di-Pertua, beberapa klinik yang telah kita kenal pasti di Sarawak, di Nabawan; di Sabah; di Pulau Tioman, Klinik Kesihatan Tekek; Klinik Kesihatan Telupid, Sabah; Kilinik Nabawan; dan juga Klinik Sungai Asap di Bintulu, Sarawak. Saya beralih kepada menyebutkan inisiatif ini semua mencerminkan kemampuan KKM untuk membangunkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih bersepadu, responsif terhadap keperluan setempat dan mampan dan memastikan akses yang saksama dan tidak mengira lokasi geografi.

Puan Yang di-Pertua, saya sebutkan di sini yang dibangkitkan oleh Indera Mahkota, hari ini tak ada. Saya berkebetulan mendengar ucapan Indera Mahkota, jadi saya nak perjelaskan perkara ini walaupun beliau tidak ada di sini. Yang disebutkan oleh Indera Mahkota kalau sahabat-sahabat yang lain mendengar perbahasan beliau, sangat tajam dan sangat penuh dengan insinuasi yang sarat dengan insinuasi yang menimbulkan persoalan apakah wujud pertembungan antara kesihatan awam dan perubatan. Seperti yang disebut oleh YB Indera Mahkota, sekali gus mengingatkan seolah-olah ia ada pertembungan antara kesihatan awam dan juga perubatan, medical.

Kedua-duanya saya ingin tegaskan Puan Yang di-Pertua, adalah saling melengkapi ya. Kita tahu peranannya kesihatan awam, pakar-pakar yang dikatakan pakar-pakar kesihatan awam dengan izin, public health physician and health specialist berbanding dengan clinician yang bertugas di fasiliti seumpama ya, terutamanya di hospital. So, kesihatan awam ini mengambil pendekatan apa yang dikatakan sebagai preventive, promotive, yang penting adalah population health management. Mereka menjadi sasaran mereka adalah population.

Sementara clinician are taking care of patient care, curative care dalam hospital-hospital kami. Sebenarnya tidak ada langsung pertembungan, bahkan hari ini kedua-dua Ketua Pengarah Kesihatan dan juga Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) sedang merangkakan bagaimana untuk mewujudkan satu apa yang dikatakan sebagai satu kesinambungan kerja, satu seamless, satu seamless tugasan yang mana kedua-dua pihak sama ada daripada specialist daripada hospital, medical base ya, clinical care, patient care, ia akan juga dapat

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

bertugas dalam klinik-klinik kesihatan yang merupakan tulang belakang kepada kesihatan primer.

Jadi, Indera Mahkota menyebutkan andainya NCD khususnya, penyakit- penyakit kronik dan tidak berjangkit itu dapat ditangani dengan baik, maka dia tidak perlu datang kepada hospital. Itu adalah betul, tepat ya di mana kita tahu bahawa mustahaknya dalam kita menangani pandemik penyakit-penyakit kronik dan tidak berjangkit ini, peranannya dalam kesihatan awam dan peranannya dalam fasiliti- fasiliti primer ini khususnya bagi mereka yang mengendali klinik-klinik yang terutamanya pakar-pakarnya yang dinamakan sebagai FMS, Family Medicine Specialist dan ketika public health physician berperanan untuk menjaga population dan sub population, mereka itulah sebenar-benarnya yang akan dapat apa yang dikatakan sebagai membawa pencegahan di skala yang besar, population.

Clinical clinician takes care of patient per patient, tapi public health physician they go for population, targeting population. So, clinician membawa precision medicine, patient care, tetapi public health physician pada akhirnya akan berjaya melakukan apa yang dikatakan sebagai precision public health di mana secara lebih bersasar dan lebih besar lagi mengendalikan persoalan pencegahan, promosi dan juga prediktif. Di situ yang saya harapkan kerjasama di antara dua ini, bukan percanggahan, bukan pertembungan.

Sebab itu kalaulah kita gagal untuk terus-terusan menangani this aspect preventive yang merupakan the real healthcare, penjagaan kesihatan, kita akan berkrisis dalam hospital-hospital yang hari ini kita lihat adalah penjagaan ataupun rawatan penyakit which is sick care. Jadi ya, kejayaan sesebuah sistem kesihatan tidak diukur dengan sejauh mana, berapa ramai kita dapat rawat pesakit, tetapi juga berapa ramai kita dapat mengelakkan rakyat kita untuk perlu dirawat dalam hospital.

Di sini peranannya public health physician di peringkat di luar sana menjaga population health management dan juga apa yang diistilahkan sebagai clinician ataupun dikatakan hospital-based curative care. Yang ini adalah rawatan penyakit. Yang ini adalah penjagaan kesihatan. Di kedua itu adalah sama penting. Kalau tidak, ia lebih penting ya. Jadi, kedua-dua ini saya letakkan supaya jangan sekali-kali kita melihat sebagai satu pertembungan antara perubatan dan kesihatan awam.

draft • 6:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, Menteri, sikit Menteri.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kalau tidak berbahas hari itu, saya tidak mahu sebab saya...

draft • 6:50 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Ya, saya berbahas hari itu fasal...

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila, sila Yang Berhormat Rompin.

draft • 6:50 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Yang Yang Berhormat sebut fasal fasiliti kesihatan tadi, ramai kawan-kawan Yang Berhormat bercakap fasal nakkan klinik kesihatan. Tapi di kawasan saya Yang Berhormat Menteri, ini klinik kesihatan yang dah siap tapi masih lagi belum beroperasi. Ha, ini jadi saya mohon jawapan yang tuntas daripada Yang Berhormat Menteri sebab mereka ini terpaksa menduduki tempat sementara di bawah khemah. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri, dah lama sangat dia orang tunggu dan peralatan yang hampir dua tahun itu, saya bimbang mungkin tidak boleh digunakan Yang Berhormat Menteri. Jadi...

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, terima kasih Yang Berhormat Rompin yang telah mengejutkan saya atas perkara ini.

draft • 6:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, Menteri.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya yakin pegawai-pegawai saya akan dapat memberikan jawapan. Ya, siapa, siapa itu?

draft • 6:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, saya nak sikit je fasal berkenaan dengan kesihatan awam dengan klinikal tadi. Mungkin di situ juga ketidakseimbangan antara kedua itu. Bolehkah Menteri gambarkan dari segi keseimbangan bajet itu yang kita berikan kepada kesihatan awam dan juga klinikal?

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa] Ini sudah masuk hal yang lain daripada apa yang mahu saya huraikan ya. Cukuplah saya memberikan respons kepada Indera Mahkota sebagai menolak insinuasi pertembungan antara clinician ya, dengan medical dengan kesihatan awam ya.

draft • 6:50 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Speaker dah...

[Tidak jelas] Menteri, sebab masa sudah mahu habis.

draft • 6:50 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sebab nak habis tu tanya Yang Berhormat Menteri. Kuala Nerus dulu ya?

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya banyak lagi ini Puan Yang di-Pertua.

draft • 6:50 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Ha, tak apa. Saya nak...

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

You boleh bagi 10 minit *extra time...

[Tidak jelas]* ?

draft • 6:50 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri, saya nak dapat jawapan bertulis pun tak apa. Ada dua perkara yang saya nak minta— nak minta tolong ini. Ha, sebab nampak bajet pembangunan pun bertambah lima juta je, sedikit, kesihan dekat Menteri Kesihatan. Tapi, permohonan banyak nak minta ini.

Yang pertamanya, status Klinik Kesihatan Bukit Tunggal yang nak dipindah ke tempat baharu, apa status sekarang? Jawab bertulis tak apa yang ini sebab kita di kawasan saya, saya nak tahu apa sebenarnya. Rakyat tanya, bila lagi nak buat yang baharu ini. Dah lulus tapak dan sebagainya.

Yang kedua, lif di aras tiga Wad Bencana Hospital Sultanah Zahirah. Saya tanya dulu, dijawab bahawa reserve keluasan tempat itu tidak lulus oleh bomba, okey. Jadi, apakah kaedah lain yang boleh menyelesaikan masalah lif untuk naik tingkat tiga Wad Bencana tidak ada. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Terima kasih sahabat saya, Kuala Nerus. Ya, saya pasti...

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Akan susuli jawapan ini.

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Sedikit ya, nak sambung yang lif boleh Yang Berhormat Menteri? Kuantan.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa]

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Sedikit ya. Di HTAA Kuantan, saya ada bangkitkan untuk penggantian lif baharu 10 unit. Kita dapat jawapan, tetapi saban minggu persidangan ini, saya balik akan pergi ke hospital untuk menziarahlah dan kita tengok masih lagi tidak berganti lif tersebut. Jadi, bayanglah Hospital Kuantan ini hospital negeri Pahang. Jadi, minta segerakanlah.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik.

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Saya tengok satu lagi yang keduanya Yang Berhormat Menteri. Saya tengok pekerja ataupun staf, kakitangan tolak dia punya katil itu, roda rosak. Jadi, saya harap dengan bajet ini Yang Berhormat Menteri tengok baliklah peralatan di Hospital Kuantan, hospital negeri Pahang. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, baik. Terima kasih. Hospital Kuantan ini saya terpaksa bagi secara umum ya...

draft • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Hospital Kampar, mohon boleh bagi jawapan juga. Hospital Kampar.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kampar.

draft • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Hospital Kampar. I masuk dalam ucapan saya, ada, 10 minit.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey, baik. Puan Yang di-Pertua, saya terpaksa laju sikit ya. Hal-hal yang terkait dengan fasiliti yang disebutkan oleh Kuala Nerus, Kuantan, saya akan segera susuli sebab jawapan-jawapan itu sudah pun ada pada saya. Cumanya, perlu diberikan langsung kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ya.

Jadi, itu perkara yang nak saya sebutkan tentang Indera Mahkota. Ada satu lagi perkara yang beliau bangkitkan yang mencadangkan supaya kawalan keselamatan di hospital menggunakan teknologi tinggi, CCTV dan sebagainya.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya menyambut baik cadangan tersebut demi memantapkan lagi keselamatan fasiliti-fasiliti kami pada masa-masa hadapan, insya-Allah. So, itu baru tonggak pertama, Tuan Yang di-Pertua dan saya beralih kepada tonggak kedua.

Saya nampak sahabat saya tadi, Tanjong Karang dah balik dah. Ada perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Tanjong Karang yang nak saya huraikan dengan lebih lanjut tapi masa tidak mengizinkan nampaknya.

Di bawah Tonggak Kedua, meningkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit. Saya nak rumuskan mudah sahaja. Yang ini YB Maran membangkitkan perkara yang sangat penting ini. Kami akan terus mempergiatkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), yang mana melalui pendekatan penggemblengan yang kalau boleh saya sebut istilah itu, whole-of-nation, penggemblengan seluruh negara yang melibatkan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat sendiri, langsung untuk kita mengangkat Agenda Nasional Malaysia Sihat, sangat mustahak.

Andainya kalau kita tidak lakukan ini, terus-terusan kita akan membina hospital demi hospital, menambah blok dan sebagainya kerana kita adalah dalam krisis NCD yang saya sebutkan tadi, tidak akan ada kesudahannya kalau kita tidak mengelakkan rakyat, akhirnya berpusu-pusu ke hospital.

Di sini kegagalan kesihatan awam yang perlu— kalaulah kesihatan awam— memperkasakan kesihatan awam yang perlu diberikan belanjawan yang sesuainya, supaya mereka dapat melakukan bukan sahaja hal saringan tetapi hal pencegahan,

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

hal-hal promosi, hal yang dikatakan sebagai prediction dan sebagainya. Itu adalah sangat mustahak.

Jadi, saya masuk terus. YB Maran membangkitkan mengenai keberhasilannya. Pelaksanaan ANMS memberikan penekanan kepada pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD), penyakit-penyakit kronik ini, pengesanan awal serta perubahan tingkah laku. Jadi, melalui perubahan tingkah lakulah, kalau saya menggunakan bahasa yang canggihnya, dia adalah alat terakhir yang dikatakan sebagai BI. Hari ini dalam dunia behavioral science, istilah BI adalah the buzz word, behavioral insights.

Behavioral insights ini adalah alat terakhir untuk— dikatakan begitu, the last human tools, dengan izin, untuk membawa bahan tingkah laku manusia supaya lebih cenderung kepada cara hidup yang lebih sihat, cara hidup— dan juga cenderung untuk mendapatkan rawatan, cenderung untuk mengekalkan kesihatan dan keafiatan bagi mengelakkan penyakit.

Jadi, ini adalah dalam kempen-kempen kami seterusnya Puan Yang di- Pertua, kita akan menggunakan pendekatan BI, bukan sahaja mengambil pendekatan punitif kita atau menggunakan yang dikatakan between carrot and stick itu. Carrot dan juga rotan. Kita akan mengambil pendekatan yang seimbang, mustahaknya untuk kita— istilahnya hari ini dengan kata, menyinggul dan memujuk rakyat.

Apa yang dikatakan sebagai the nudging strategy daripada behavioral economics ini. Ini adalah pendekatan kami untuk kita...

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, saya bagi masa tambahan 10 minit. Lepas itu, yang tak sempat dijawab, bagi jawapan bertulis.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, yang budiman, yang baik hati. Baik. Jadi dengan itu, saya nak sebutkan ANMS bermula dengan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan, itu pertamanya.

Kita yakin bahawa semuanya bermula dengan pengetahuan, dengan knowledge, dengan kecelikan tetapi celik sahaja tak cukupi, Puan Yang di-Pertua.

Sebab apa? Hari ini kita dapat lihat, walaupun literasi kesihatan meningkat 78 peratus dan aktiviti fizikal meningkat 10 peratus, berdasarkan dapatan— ini tahun 2023, belum terkini lagi, cabaran utamanya adalah menterjemahkan pengetahuan kepada amalan harian.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi secara mudahnya, tahu tapi tak buat. Inilah dia yang dikatakan pendekatan (BI) behavioral insights, pendekatan yang memujuk, menyinggul, dalam bahasa Inggeris dikata nudging rakyat supaya dapat membudayakan hidup sihat dari sudut pemakanan, dari sudut mengelakkan hidup yang tidak aktif dan sedentary life, dengan izin, kepada satu kehidupan yang menjaga kesihatan.

Jadi, itu adalah the wellness concept. Kesejahteraan dan keafiatan sebelum datangnya penyakit.

draft • 7:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, saya nak tanya sikit pasal Agenda Malaysia Sihat dalam - disebut oleh Menteri tadi.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 7:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ini sebenarnya di bawah Timbalan Perdana Menteri. Maknanya, Kementerian Kesihatan sebagai sekretariat sahaja.

Saya nak tahu sikit dari segi pemantauan ini macam mana, sebab kita jarang dengar.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 7:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kalau TVET itu kita selalu dengar tapi Agenda Malaysia Sihat ini macam mana dari segi pemantauannya?

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Itu adalah sangat mustahak dan kita sedangnya— ANMS ini mempunyai pelbagai pendekatan. Sama ada dari sudut yang dikatakan pembudayaan, bermula dengan literasi kecelikan dulu.

Kita bermula dengan ilmu sebelum datangnya amal. “Al-'Ilmu Qabla Al- 'Amal”. Ilmu dulu, celik dulu, baru boleh beramal. Tapi kalau dah sekadar ilmu sahaja, beramalnya tidak, pun itu adalah berakhirnya hari ini.

Jadi, apa yang kita lakukan adalah dengan program-program kempen kami, antaranya kempen yang bersabit dengan sama ada mental— kesihatan mental, daripada menangani hal yang terkait dengan pandemik, penyakit-penyakit kronik dari sudut war on sugar, war on salt, perang terhadap sugar dan gula. Semua itu kalau sekadar perang sahaja, ia tidak boleh. Dia sekarang ini kena mengambil pendekatan yang menjadikan rakyat senang untuk membuat pilihan yang sihat.

Kita suruh rakyat sihat tapi harganya bagaimana? Keupayaannya bagaimana? Availability-nya bagaimana? Accessibility-nya bagaimana? Semua itu memerlukan kita dalam membuat penilaian keberjayaannya, ke-success-nya, keberhasilannya itu perlu ada matriks. Dan hari ini kita telah menggunakan matriks- matriks ini sebagai apa yang dikatakan what you cannot measure, you cannot achieve.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

So, you have that. Kita ada KPI nya dan kita ada bukan sahaja KPI nya tetapi KPI itu bukan sahaja matriks tetapi bagaimana kita menggayakan dan membudayakan kesemuanya program-program kami ini, sama ada yang terkait dengan Lets Talk, terkait dengan reduction of salt intake dan sebagainya, gula dan sebagainya. Semuanya life health initiatives. Keseluruhan program kami ini, setiap satu mempunyai KPI yang tertentu yang boleh kita bentangkan dalam ANMS dan dalam waktu yang lain. Sila Pasir Gudang. Saya lihat Pasir Gudang bangkit. Sila, ambil sikit masa sahaja. Sila, terus.

Pasir Gudang, kalau ada nak ditambah dan ditanya.

draft • 7:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat YB, masa bahas hari itu saya ada tanya tentang— timbulkan isu Hospital Pasir Gudang yang belum beroperasi sepenuhnya. Jadi, apa perkembangannya, YB?

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Silap, silap saya. Saya telah menjawab soalan ini dalam soalan Parlimen tetapi tak apa. Apa pun saya boleh sebutkan betapa kita sedang gigih untuk— kerja keras untuk memastikan.

Saya ingat, rata-ratanya pengisian itu adalah hanya dalam lingkungan tidak lebih daripada 60 peratus tetapi dari sudut operasinya, kita telah menjalankan Hospital Pasir Gudang ke tahap 83 peratus, kalau tidak silap saya, mutakhir yang saya dapat laporannya. Jadi, saya boleh perbetulkan kalau saya silap.

Itu yang saya tahu yang saya dapat kemas kini, update daripada (PKN) Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan yang lain supaya kita dapat berikan tumpuan.

Saya telah berikan banyak tumpuan kepada Pasir Gudang untuk pastikan pelaksanaan operasinya itu. Hari ini ke peringkat tak silap saya, lebih daripada 80 peratus. Baik, Pasir Gudang. Terima kasih.

Saya beralih kepada hal yang terkait dengan yang telah pun saya sebut tentang nudging, tentang BI dan sebagainya ini. Dalam pembudayaan hidup sihat, kalau boleh saya sebutkan perkara ini mungkin Pulai ingin tahu.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, mohon bagi...

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dalam pembudayaan hidup sihat...

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, untuk Hospital Kampar. Mohon bagi penjelasan untuk status, sebab tinggal empat minit sahaja.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya tidak akan dapat memberikan penjelasan dengan butiran yang tepat tetapi dalam penggulungan saya— tapi I promise you, before you step out, you will get— Yang Berhormat

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kampar akan dapat jawapan itu sepertimana rakan-rakan yang lain, tidak dapat saya berikan sepenuhnya butiran itu.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, terima kasih.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tapi sudah saya...

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dapat bertulis ya?

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, boleh. Insya-Allah.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, okey.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Kampar. Dalam pembudayaan hidup sihat - saya tahu hari ini dan minta sungguh-sungguh Ahli Yang Berhormat sebagai community leaders di kawasan Parlimen masing-masing.

Saya mahukan semua kita mengambil tanggungjawab, bukan sahaja bercakap tentang pembinaan fasiliti di hospital dan klinik kawasan kita tetapi semangatnya adalah untuk kita bersama-sama menerapkan dan membudayakan hidup sihat.

That will be yang paling - itu adalah pendekatan yang paling baik seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW supaya kita menjaga kesihatan sebelum datangnya penyakit.

[Membaca sepotong Hadis] kata Rasulullah, “Jaga lima sebelum datang lima. Sihat kamu sebelum sakit kamu”.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Saya setuju.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

That is truly.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Saya setuju dengan Menteri.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Kuala Krai.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Lepas itu, kalau ada program di tempat kami, maklum-maklum lah, kita bekerjasama.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Insya-Allah. Kuala Krau, maaf ya.

Sahabat saya, Kuala Krau. Saya sebenarnya, mana pun saya pergi, sama ada di Perak, di Kelantan, di Terengganu, saya tidak tinggalkan, walaupun YB daripada pembangkang.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Malangnya, saya terlepas Besut. Mungkin ada sebab-sebab yang saya boleh berikan alasan atau penjelasannya kemudian Yang Berhormat Besut ya. Saya tidak sangka we missed. Kalau tanya kawan-kawan lain, tanya Parit Buntar, tanya siapa pun, di mana pun, saya akan mengundang sama ada daripada backbencher mahupun daripada opposition bench. Itu sikap saya.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, dalam pembudayaan hidup sihat, lebih 90 peratus rakan strategik telah dilibatkan dalam lebih 16,000 aktiviti ENMS, Pulai bertanya sebentar tadi. Inisiatif penjawat awam sihat sejahtera yang akan juga akan kita lakukan dalam minggu ini di Melaka tidak silap saya, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS). Itu adalah sebahagian daripada ANMS dan i-PASS yang merupakan Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) pula sedang diperluas dengan sasaran melibatkan 21 peratus penjawat awam pada tahun 2026 dan keseluruhan penjawat awam menjelang 2030, insya-Allah.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Yang Berhormat Kluang mencadangkan kepada kami supaya meletakkan insentif Sumbangan Asas Rahmah

(SARA) itu...

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...dikaitkan dengan usaha untuk— dengan keupayaan untuk melakukan 10,000 langkah sehari itu. Sejujurnya satu yang agak besar, tetapi kita boleh memikirkan beberapa pendekatan insentif yang lain Yang Berhormat Kluang untuk kita jadian satu insentif. Ini juga adalah hasil daripada BI, daripada Behavioral Insights, bagaimana kita menyelami keperluan dan juga bagaimana rakyat, bagaimana individu digerakkan untuk melakukan yang baik untuk mereka. Mengizinkan pilihan dan choice itu mudah bagi mereka dan seronok mereka lakukan. Itu adalah sebenarnya alat terakhir untuk merubah tingkah laku manusia.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sri Aman.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sri Aman, maaf. Ada ke berbahas?

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri, memandangkan – ya, saya ada berbahas.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya ada satu minit lagi.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ya, memandangkan masa hampir tamat, Sri Aman mahu membangkitkan berkenaan dengan isu Klinik Kesihatan Sri Aman yang begitu uzur. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi jawapan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah Klinik Sri Aman. Buat secara bertulis pun okey, tetapi saya mahu penjelasan yang tuntas. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, baik. Terima kasih Sri Aman kerana memberikan kepercayaan kepada saya. Saya akan segera lakukan.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, sahabat saya.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini nak puji Yang Berhormat, nak puji. Ini adalah satu cadangan yang baik, sihat, terbaiklah. Yang Berhormat masuk kawasan, Yang Berhormat maklum kepada semua Ahli Parlimen. Terbaik.

Boleh tidak Yang Berhormat bagi tahu kepada semua anggota Kabinet bila hendak masuk kawasan maklum kepada pembangkang. Nampaknya, Yang Berhormat seorang yang maklum, kadang-kadang PMX masuk pun tak maklum. Jadi, budaya ini tidak sihat. Sihat kementerian Yang Berhormat, kementerian lain tak sihat.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, terima kasih.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah Yang Berhormat boleh masuk dalam – beritahu dalam kabinet, supaya semua orang sihat, bila masuk kawasan, maklum kepada wakil rakyat, termasuk bagi peruntukanlah ya.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Insya-Allah, cadangan yang baik daripada Arau. Saya sentiasa prihatin dan peka tentang perkara ini. Ramai yang mungkin boleh memberikan testimoni bagaimana kita kerjasama. Saya sebutkan dalam apa yang dikatakan PSSC ataupun Jawatankuasa Pilihan Kesihatan. Seketika saya tinggalkan PSSC dulu ataupun JKPK, saya mengingatkan dalam hal kesihatan, jangan kita sekali-kali kita politicized, jangan kita politikkan kerana ia adalah terkait dengan kesihatan dan kemaslahatan kesihatan rakyat seluruhnya. Maka, sangat mustahak untuk kita perjuangkan bersama. Baik...

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa] Baik, sekali lagi nak saya sebutkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bersungguh untuk membahaskan hal yang terkait dengan kesihatan. Saya perhatikan Puan Yang di-Pertua, sangat mustahak untuk kita sama-sama memberikan sokongan khasnya kepada warga besarnya Kementerian Kesihatan Puan Yang di-Pertua, yang kami terdiri— saya pernah sebutkan ini dalam mungkin sehari yang lalu, bahawa kami terdiri daripada 300,000 lebih seluruh anggota dalam 86 skim perkhidmatan kesihatan kami.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Bukan sahaja doktor, bukan sahaja farmasi, dental, kesihatan awam dan sebagainya. Seluruhnya, paramedics-nya, allied health dan sebagainya.

Jadi, dalam perbahasan-perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu ramai yang membangkitkan perkara-perkara yang terkait dengan bagaimana mereka terasa tertekan dengan fasiliti-fasiliti kesihatan di tempat dan kawasan masing- masing. Namun, jangan sampai kita lupa bahawa pengorbanan yang dilakukan, pengorbanan 24/7, 365, hospital never sleeps, hospital never sleeps. Hospital kami tidak pernah tidur dengan petugas ataupun warga kerja KKM, round the clock, round the week, round the year. Jadi, sedikit memberikan pengiktirafan kepada mereka dan saya mengambil kesempatan ini khasnya kepada pengarah-pengarah hospital khasnya kepada pengarah-pengarah kesihatan negeri yang saya tahu bagaimana kesungguhan mereka dan pengorbanan mereka yang harusnya kita berikan pengiktirafan.

[Tepuk] Jangan lupa juga di kalangan hospital-hospital kami, kalau saya boleh senaraikan panjang lagi, tetapi bagaimana hospital-hospital tertentu mendapat accolade, mendapat pengiktirafan antarabangsa, dalam contohnya Hospital Bukit Mertajam as the most— the number one sustainable hospital, seluruh dunia mendapatkan pengiktirafan itu.

Jadi, kadangkala kita juga perlu memberikan pengiktirafan yang sewajarnya dengan— kerana apa? Kerana sedikit menyuntik maruah dan dignity kepada mereka. Sekali lagi, saya mengucapkan banyak terima kasih. Saya mohon maaf kalau tak dapat jawab sepertimana yang saya mahukan, tetapi saya akan susuli dengan jawapan secara bertulis langsung, insya-Allah. Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat.

Sekian, Assalamualaikum.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 29 Oktober 2026.

[Mengetuk tukul]

draft • 7:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.16 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026