Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk ajukan Pertanyaan-pertanyaan Menteri, saya ingin membuat sedikit makluman bahawa pemeriksaan kesihatan Parlimen Malaysia telah dilaksanakan tiga tahun berturut-turut dari tahun 2023 hingga tahun lalu, di mana semua— saya ucapkan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat, telah melaksanakannya.
Tahun ini masih terdapat beberapa Ahli yang belum menghantar laporan pemeriksaan kesihatan kepada klinik. Tarikh akhir untuk hantar laporan ialah pada hari Jumaat, 30 Oktober ini dan hendaklah dihantar kepada Klinik Parlimen, tetapi saya telah pun lanjutkan masa pemeriksaan kesihatan ini hingga Jumaat 6 November 2026 atas permintaan beberapa orang Ahli Parlimen dan saya mohon sangat-sangatlah.
Kita telah pun melalui beberapa kes di mana, alhamdulillah, apabila Ahli Parlimen kita menghadapi masalah kesihatan, oleh sebab rekod itu ada dekat kita, terus kita hantar kepada pihak yang berkenaan tanpa melambat-lambatkan pemeriksaan kepada Ahli Yang Berhormat kita. Jadi, ini amat penting ya, Yang Berhormat.
Baik. Untuk itu kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi. Silakan.
1. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan saya minta Perdana Menteri menyatakan, rasional langkah kerajaan melibatkan jabatan kerajaan, GLIC, GLC serta badan berkanun dalam pelaksanaan projek pembangunan serta bagaimana pendekatan ini dapat mempercepat penyelesaian masalah rakyat dengan tetap memelihara mandat dan tanggungjawab utama institusi berkenaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Bangi kerana masalahan penglibatan GLICs dan GLC dan badan-badan berkanun adalah untuk memenuhi rencana dan prakarsa pembangunan mengikut kerangka Ekonomi MADANI dan ini dari segi strateginya adalah untuk memperkukuh daya tahan ekonomi domestik— domestic economic resilience. Mengapa beberapa GLICs umpamanya, mencatat keuntungan besar setelah melabur di luar negara dan kurang beri perhatian dalam negara.
Jadi sebab itu, mandat GLICs dan GLC dipertahankan. Pertama, untuk memastikan ada keberuntungan termasuk peratusan untuk pelaburan dalam negara yang kita tetapkan dan mengambil kira kepentingan agenda negara termasuk umpamanya soal warisan, soal kepentingan bumiputera dan soal kepentingan ekonomi tempatan.
Ini perkiraan diberikan, jadi tidak lagi pada agenda nasional dan mandat awal.
Cuma, kekuatan GLICs ini ialah kerana dia mampu melabur menurut kepentingan jangka panjang. Kadang-kadang pelabur luar negara ataupun domestik, swasta, dia memikirkan keuntungan singkat, tetapi mereka dalam hal ini, kekuatan GLICs itu adalah sepertimana projek dalam GEAR-uP ini melihat kepentingan semasa, jangka sederhana dan jangka panjang.
Sebab itu, sejak tahun 2023 kita merencanakan mengikut perencanaan 2024–2028. GLICs bersetuju memberi komitmen atas keputusan mereka, ikut keutamaan dan penilaian masing-masing untuk melabur dalam— melabur langsung domestik RM120 bilion 2024–2028. Ini selain daripada yang sedia ada yang mencecah RM440 bilion dalam pasaran awam domestik.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dan kebetulan dalam sidang Bank Dunia awal bulan ini di Bangkok, hal yang sama diberi penekanan, tetapi kita telah lakukan lebih dua tahun yang lalu.
Umpamanya, Dana Impak Khazanah melabur RM2.6 bilion sejak ditubuhkan pada tahun 2021 untuk membantu syarikat tempatan berkembang sebagai catalyst, pemangkin bagi menarik pelabur swasta dalam negara dan luar.
Saya bagi contoh Tan Sri Yang di-Pertua. SkyeChip syarikat reka bentuk Pulau Pinang, dilabur oleh Khazanah sebagai start-up dan permulaan mendukung mereka dan sekarang sudah di senarai di Bursa Malaysia pada Mei 2026 dan meraih RM352 juta melalui tawaran awam.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini maknanya untuk tawaran kepada orang awam adalah melebihi langganan sebanyak 95 kali. Jadi, syarikat ini mempunyai 391 pekerja dan memfailkan 113 paten.
Keduanya, Farm Fresh yang memang terkenal sekarang di antara syarikat- syarikat tempatan yang sangat berjaya. Di peringkat awal, Khazanah memberikan dana untuk saham awal 30 peratus. Jadi, kemudian disenaraikan dan nilai RM2.5 bilion. Setelah mereka berjaya, Khazanah telah melupuskan pegangan.
Sebab itu, umpamanya dalam Belanjawan 2027 yang saya umumkan, pelaburan RM450 juta oleh Jelawang Capital, Khazanah dan Dana Perintis KWAP untuk membangun syarikat mula niaga.
Ada pandangan tentang umpamanya projek-projek yang saya nyatakan menyentuh kepentingan warisan. Kepentingan umpamanya Bangunan Sultan Abdul Samad. Tentunya jumlah keseluruhan yang disebut, jalan dan taman warisan sehingga ke Carcosa itu menelan belanja yang tinggi, tetapi dia menjadi pemangkin.
Sejak itu indahnya sekarang satu pusat kecemerlangan dan keindahan warisan Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad sekarang telah menarik keyakinan swasta melabur dalam bangunan warisan di Lebuh Ampang, Jalan Petaling, kafe baharu, kedai, hotel butik. Itu setelah Khazanah memulakan.
Ada pandangan yang ketika dimulakan, mengapa penglibatan dalam aspek perumahan itu bukan mandat PETRONAS? Tidak tepat. Sebab PETRONAS umpamanya dalam Putrajaya Holdings, dari awal. Putrajaya itu dibangunkan dengan dana PETRONAS dan Putrajaya itu bukan sahaja pejabat kerajaan, tapi juga hotel, kemudahan-kemudahan awam, swasta dan pelaburan dalam pelbagai bidang dan juga dalam bidang pelancongan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Begitu juga perumahan awam sepertimana rumah Kota MADANI dan untuk penjawat awam 80 peratus sehingga untuk penjawat awam. Kerana penjawat awam menghadapi beban kurang perumahan di ibu kota Putrajaya, tetapi ini bukan perkara baharu— 10 tahun yang lalu kita lihat umpamanya, syarikat-syarikat GLICs ini terlibat dalam pembinaan perumahan pelajar-pelajar Malaysia di Kanada, di Korea, di Belanda. Jadi, saya katakan mengapa tidak boleh dikembangkan di Malaysia?
Itu sebabnya mengapa–– dan United Kingdom ya, ini yang sejak lama dahulu, sebab itu saya kata baru-baru ini ada penglibatan untuk membina bangunan residensi siswa 10,000 unit fasa pertama dengan matlamat 30,000 unit yang melibatkan GLICs kerana itu memenuhi keperluan anak-anak kita. Dia bukan CSA, bukan keperluan hanya untuk membantu. Itu sebahagian, tapi sebahagiannya juga untuk membina keperluan, kepentingan komersial.
Selain daripada itu, sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, kita minta juga syarikat-syarikat ini terlibat dalam kampung angkat dan sekolah angkat MADANI. 500 kampung, 1,700 sekolah menerima pelbagai manfaat dengan penyelarasan, dengan GLICs dan syarikat swasta atas inisiatif dan ikhtiar mereka membantu. Inilah maknanya mengapa saya tegaskan tadi badan-badan termasuk PETRONAS, KWAP, KWAN dan sebagainya terlibat dalam kegiatan-kegiatan membina domestic economic resilience, ketahanan, kekuatan ekonomi domestik.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bangi untuk soalan tambahan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun.
Saya setuju GLIC, GLC, badan berkanun ini tidak hanya harus melihat kepada keuntungan, tetapi mereka juga ada tanggungjawab tambahan kepada rakyat. Cuma, kekhuatiran kita adalah apabila syarikat atau badan berkanun ini digunakan dikatakan untuk rakyat, tapi sebenarnya untuk tujuan politik. Kita pernah saksikan sebelum ini dengan 1MDB yang mana kita tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu adalah disebabkan ada banyak enablers dan juga mereka yang benarkan, termasuklah korporat Malaysia. Kita pun juga saksikan episod malang dengan Lembaga Tabung Haji.
Jadi, soalan saya Yang Amat Berhormat Tambun, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan MADANI untuk menambah baik tadbir urus korporat atau corporate governance, GLIC, GLC dan badan berkanun ini supaya episod seperti 1MDB dan Tabung Haji dan syarikat-syarikat dan badan-badan lain tidak berlaku lagi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Kalau kita lihat pengalaman lalu memang ada kekuatan dan ada juga kelemahan. Perkara ini telah dilaporkan dalam RCI dan taskforce, Kertas Putih 1MDB ataupun FELDA, Tabung Haji.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Pelanggaran itu seperti di sedia maklum oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, agak banyak dan tentunya keterlaluan. Sukar untuk dipertahankan. Yang pentingnya ialah langkah-langkah segera diambil memperbaiki tatakelola dan tadbir urus dan ini termasuklah cadangan kita yang boleh kita bentangkan rang undang-undang entiti milik kerajaan.
Jadi, bukan sahaja dari segi tatakelola, tapi memperuntukkan dalam peraturan dan undang-undang yang sangat jelas, tidak membolehkan syarikat- syarikat terlibat, kadang-kadang agensi. Jadi, peraturan untuk agensi itu kuat diletakkan subsidiari dan pengawalan atas subsidiari itu tentunya tidak semudah yang dibayangkan tanpa ketetapan yang jelas untuk mengawal.
Jadi, saya sekadar memberi jaminan setakat ini kita tak dapat kenal pasti ada pelanggaran seperti mana yang kita warisi dahulu dalam syarikat-syarikat yang saya sebutkan tadi. Mudah-mudahan, insya-Allah, hal ini dapat kita kawal walaupun tidak mudah.
Tan Sri Yang di-Pertua, kadang-kadang kelompok elit ini sama ada politik atau usahawan, dia biasa dengan budaya dia. Jadi, bila ada kekangan dan sekatan, bantahan itu kuat, bangkangan juga kuat. Jadi, itu memerlukan tekad politik bagaimana kita boleh hadapi dan kadang-kadang orang bicara soal prinsip dan sebagainya, tapi bila datang soal ini banyak kompromi sepertimana kita lihat kadang- kadang dalam perbahasan di Parlimen ini.
Sebab itu saya rasa rang undang-undang entiti milik kerajaan ini iaitu menetapkan kaedah yang ketat walaupun GLIC, GLCs, tapi soal tadbir urus mesti diperketatkan, had-had kuasa dan tokoh-tokoh yang diletakkan itu mesti lebih bertanggungjawab, tidak menjadikan ini sebagai property ataupun hak milik peribadi dan keluarga.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Muar menyokong usaha kerajaan untuk menghakupayakan syarikat-syarikat di Malaysia supaya mencapai valuation RM1 bilion ataupun lebih daripada itu.
Melalui dana GEAR-uP yang memperuntukkan RM120 bilion ini adalah perkara yang sangat baik. Cuma, setakat ini, selepas dua tahun saya difahamkan perbelanjaan RM120 bilion itu yang telah pun digunakan tak sampai RM30 bilion. Yang ada on record hanya RM26 bilion. Dengan itu bermaksud that we’re 50 percent behind time. Walaupun sasaran itu begitu baik dengan membelanjakan RM120 bilion, tetapi hanya RM26 bilion sudah pun dibelanjakan.
Persoalan saya, apakah kerajaan akan lakukan untuk mempercepatkan the deployment of this funds? Yang terakhir, bagaimana kerajaan ingin mengimbangkan the deployment of this funds supaya akhirnya ia dapat meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat ini, tetapi tidak disalahgunakan?
Contohnya, bagaimana sebelum ini PNB digunakan lebih RM2.68 bilion duit rakyat akhirnya digunakan untuk menyelamatkan contohnya syarikat Sapura, tetapi hari ini daripada RM2.68 bilion duit rakyat ini, nilai rosot, hanya tinggal lagi beberapa– – *just 200 million left, 90 percent value destruction.
So,* bagaimana kerajaan ingin imbangkan dana rakyat yang digunakan untuk menghakupayakan syarikat untuk fungsi yang lebih baik, tetapi bukan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat besar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Muar. Memang betul sebab kebanyakan GLIC dan GLC walaupun ia milik kerajaan sepenuhnya, tetapi ada juga yang memperuntukkan bidang kuasa untuk menjaga kepentingan bumiputera ataupun dalam konteks Tabung Haji, umat Islam.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sebab itu sepatutnya prinsip tatakelola dan tadbir urus itu harus lebih perketat kerana saya yakin dengan budaya Melayu dan Islam, itu harus kita berikan contoh. Janganlah pula apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan bila nama bumiputera ataupun Islam, tapi tadbir urusnya lebih parah daripada syarikat-syarikat lain. Sebab itu, saya setuju supaya peraturan ini kita
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
perketatkan sepertimana saya sebut tadi dalam undang-undang entiti milik kerajaan yang sedang dicadangkan.
Soal GEAR-uP ini, memang benar, tetapi kalau ikut dalam perancangan mereka, itu dia pick up untuk akhir tahun ini dan tahun depan. Jadi, saya lihat daripada perkembangan dan laporan terakhir, nampak masih ikut jadual. Dia tentunya tahun pertama itu banyak perancangan dan kajian dan penelitian terutama dengan pengalaman-pengalaman lalu. Mereka lebih waspada tentang beberapa keputusan diambil.
Cuma, kekuatannya di sini ialah kerana kita melarang sama sekali untuk campur tangan mana-mana tokoh politik dalam menentukan projek dan keutamaan projek. Projek itu mesti ditetapkan dan ada badan pelabur yang terdiri daripada golongan profesional dan kepakaran tertentu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya menyokong penglibatan GLIC, GLC dalam pelaksanaan pembangunan dalam negara.
Soalan saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan dengan pelaburan GLC dan GLIC di luar negara.
Saya mengambil contoh, saya ingin tahu berapa banyak bilion telah dilaburkan oleh syarikat-syarikat GLC dan GLIC dalam membangunkan semula projek Battersea Power Station di London yang projek ini memakan masa 15 tahun.
Berapa bilion syarikat-syarikat pelaburan kerajaan ini telah melabur di London?
Bekas penjajah ini. Kan elok dilaburkan di dalam negara ini. Apa faedahnya pelaburan yang berbilion ini kepada ekonomi negara kita? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pasir Gudang. Saya setuju dengan gesaan dan teguran bahawa ada beberapa langkah yang dilakukan dulu termasuk Battersea di UK itu, walaupun sekarang sedang cuba dipulihkan, tetapi pelaburan asal itu terlalu tinggi dan telah mengalami kerugian. Sekarang cuba dipulihkan, tapi maknanya rasional yang dibangkitkan oleh Pasir Gudang itu tepat.
Mengapa kita agak terlalu terburu-buru untuk melabur di luar?
Cuma, kita juga faham bahawa dalam badan dana besar umpamanya KWAN, KWAP dan [Tidak jelas] Khazanah dan PNB ini dia juga mengambil ketetapan untuk mencari ruang-ruang dalam dan luar negara, tapi sekarang sejak tiga tahun yang lalu, kita telah tetapkan mesti ada keutamaan dan sekurang-kurangnya peringkat
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
awal saya tetapkan segera 20 peratus itu dalam negara dan ini ditingkatkan mengikut kesediaan dan keupayaan mereka.
Jadi sebab itu, kita boleh umpama gunakan GLICs dengan jumlah RM150 bilion untuk jangkaan beberapa tahun akan datang. Ini keputusan-keputusan baharu berdasarkan pengalaman. Walaupun kita tidak boleh nafikan sebahagian atau sebahagian besar dari pelaburan di luar negara itu menjana keuntungan yang tinggi sepertimana yang dicatat.
Umpamanya, kita tahu kalau dalam keseluruhan KWAP untuk tahun ini, itu keuntungannya itu RM163.4 bilion. Walaupun dalam beberapa pelaburan ada yang mengalami kerugian sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berulang kali tentang eFishery— maaf, maaf. Yang tadi itu, yang KWAP itu dalam eFishery, 163 bilion.
Keseluruhan keuntungan KWAP itu, nanti saya check balik. Bukan, bukan 123. 123 ini— 163.4 juta eFishery. Itu 2.4 peratus, tapi keuntungan itu mencecah bilion. Saya ada angka tadi apabila ini kenyataan apa nama— bila Pasir Gudang tanya, saya hilang dah nota itu. Nanti saya, saya akan kemukakan kepada Pasir Gudang, tapi kalau ikut keseluruhan ini, memang kita harus bangga kerana KWAP itu mencatat keuntungan yang sangat tinggi. Tak salah saya— ya, sorry. Untung KWAP itu, RM8 bilion.
Jadi kalau kita nak tegur, munasabah, tetapi janganlah ambil kegagalan eFishery itu mewakili keseluruhan KWAP, seperti biasa. Ya, tetapi saya nak tegaskan sekali lagi untung KWAP RM8 bilion. Kerugian dari eFishery yang melibatkan Temasek, Sequoia, United States dan SoftBank, tetapi...
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
...2.4 peratus daripada keseluruhan pelaburan mereka, tapi yang berbalik kepada gesaan Yang Berhormat Pasir Gudang, memang kita setuju, kita lebih teliti dan jangan berulang sepertimana pelaburan di Battersea di UK itu.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Tan Sri, satu lagi Tan Sri boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.
2. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Speaker, silap. Soalan saya adalah, apakah formula dan kriteria yang diambil kira oleh kerajaan dalam menentukan jumlah agihan peruntukan pembangunan kawasan iaitu CDF kepada ‘kawasan Parlimen’ bagi memastikan keperluan asas rakyat setempat terus terjamin dan dapat diberi perhatian sewajarnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya betulkan bacaan itu ya. “Kepada Ahli-ahli Parlimen” bukan “Kawasan Parlimen”.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya mohon pinda sebab sebenarnya tak ada CDF ini kepada Ahli Parlimen. Dia kepada kawasan.
Tuan Yang di-Pertua
Dia sepatutnya pembetulan dibuat sebelum ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya. Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, Yang Berhormat minta dibetulkan?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya mohon dibetulkan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Jadi, bacaannya ialah bukan “Ahli Parlimen” tetapi “Parlimen”?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bukan, “Ahli Kawasan Parlimen”.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Baik, terima kasih. Silakan Menteri.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Terima baik pembetulan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Besut, lebih tepat, tetapi apakah dasar kita dalam menentukan projek? Tentunya keutamaan pembangunan, dalam kerangka belanjawan dan pembangunan negara, libat urus dengan kerajaan— kementerian- kementerian dan jabatan-jabatan. Kemudian, dengan kerajaan negeri dan input daripada pejabat daerah. Kemudian, tertakluk juga keupayaan, kekuatan dana dan kewangan semasa kerajaan dan melihat juga kepentingan rakyat setempat.
Jadi, saya nak tekankan sini untuk Besut sebagai contoh. Untuk Besut, mengambil kira kerangka yang saya sebutkan tadi, yang telah diluluskan adalah sebanyak RM123 juta untuk projek dan projek kecil yang melibatkan 197 projek. Ya.
Ini termasuk infrastruktur, kesihatan, perumahan, pertanian, pendidikan, tebatan banjir ya. Umpamanya, kalau saya nak beri contoh, banyak. Baik juga soalan itu kerana memberikan gambaran bahawa sebenar tidak ada kawasan yang kita pinggirkan.
Malah peruntukan itu jauh lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelumnya. Dia sampaikan Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah ya, untuk Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II sama ada bangunan tambahan dan atau naik taraf
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
kompleks sukan komuniti, termasuk di MRSM Besut. Kemudian yang dah siap, MRSM Kota Putra, itu dah siap. Pemuliharaan sungai, Sungai Besut, itu RM8 juta.
Terminal Bersepadu Bas dan Teksi Jerteh. Sekolah Kebangsaan Nurul Ittifaq, Besut, itu dewan. Projek Keselamatan Pangkalan Udara Gong Kedak, 18 juta, itu soal keselamatan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, projek-projek kecil begini, ini input dari pejabat daerah dan kerajaan negeri, tetapi kita tentulah terbuka kerana kadang-kadang ada teguran umpamanya kesesakan hospital, saya terima baik, tapi sebab itu dibina satu klinik baru, klinik kesihatan di pusat perhentian dengan kos RM37 juta dalam Daerah Besut.
Kemudian— tentu kalau tanya saya, saya setuju dengan Yang Berhormat Besut. Ada hal-hal yang mendesak jadi kita ikutlah keutamaan. Kalau tak boleh tahun ni, tahun depan. Kalau Yang Berhormat kemukakan cara baik, tentulah saya beri perkembangan yang baik.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Besut. Soalan tambahan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, Yang Amat Berhormat Tambun. Saya rasa yang diceritakan tu secara keseluruhan pembangunan. Maksud saya yang CDF tadi. Jadi, pertanyaan saya seterusnyalah.
Merujuk kepada jawapan kepada soalan saya pada 22 Jun 2026, kerajaan ada menyebut bahawa peruntukan pembangunan kawasan Parlimen kerajaan dan bukan kerajaan adalah sebanyak RM2 juta setahun. Itu sahaja sebenarnya. Yang lain-lain disebut lain-lain. Jadi, namun peruntukan bagi kawasan bukan kerajaan dikendalikan langsung oleh kerajaan. Makna mungkin daripada melalui pejabat daerah ke apa semua.
Jadi, terdapat layanan agak ada double standard-lah kut. Walaupun manifesto PH ada menjanjikan bahawa CDF ni secara sama rata kepada semua wakil rakyat, wakil rakyat Parlimen tanpa mengira parti kerajaan— tanpa mengira parti mana kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di kawasan tersebut. Jadi soalan saya sebenarnya. Adakah Kerajaan MADANI berhasrat untuk menggubal akta peruntukan sama rata dan menunaikan manifesto PH sendiri sebelum PRU akan datang atau tidak? Itu pun kalau Yang Berhormat Tambun masih adalah.
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, baik kerajaan isytiharkan sahaja tak akan bagi peruntukan dan juga tak akan penuhi janji manifesto tersebut supaya kami Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak, kerajaan
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
dan bukan kerajaan tidak perlu tanya dan tuntut lagi pada masa akan datang. Sebab kita lihat, sebab ada Menteri mana...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, soalan dah baca habis dah kan?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada.
Tuan Yang di-Pertua
Tak payah refer direct. Soalan. Sebab banyak lagi kawan-kawan nak tanya soalan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, nak beritahu juga.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab banyak lagi kawan-kawan nak tanya soalan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri mana, Komunikasi ada menyebut Kabinet akan membincang— sebab tu saya tanya soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Tiga soalan dah tu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, ini bukan soalan dah. Nak explain.
Tuan Yang di-Pertua
Dalam ni tak boleh explain, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menyebut Kabinet akan membincangkan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dipilih rakyat pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri Komunikasi sendiri yang cakap macam tu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Besut. Kabinet memutuskan untuk memastikan semua kawasan Parlimen diberi pertimbangan. Saya bagi contoh.
Terengganu, itu negeri pembangkang. Baik. Peruntukan tidak sepertimana diuar- uarkan. Semasa parti Yang Berhormat memerintah, peruntukan untuk Terengganu keseluruhannya ialah RM6 bilion, okey. RM6 bilion, peruntukan Persekutuan. Dalam tahun 2027 bawah Kerajaan MADANI, kita naikkan jadi RM8.2 bilion.
[Tepuk] Jadi, saya nak jelaskan di sini. Isunya, apakah ada penganiayaan dan pengurangan. Tidak. Malah ditambah. Saya tegaskan di sini, dari segi rekod, baik setiap kawasan Parlimen atau negeri, kita tidak pinggirkan. Soal kenyataan- kenyataan Yang Berhormat yang terus menyerang, itu soal lain, tetapi saya beri fakta di sini. Soalnya mengapa tidak disalur kepada Parlimen?
Saya jawab tadi soalan Parlimen, disalur ke Parlimen. Wang diperuntukkan tadi, yang diperuntukkan tadi untuk Parlimen Besut, itu untuk Parlimen Besut. Siapa yang tentukan projek Parlimen Besut, itu dari Besut. Dan kelulusan negeri dan
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
kementerian-kementerian berkenaan. Dan jumlahnya bukan kecil seperti yang disebutkan.
Yang dibangkitkan ialah mengapa tidak melalui Ahli Parlimen. Itu beza. Yang kita beri kepada Ahli Parlimen sepertimana yang berlaku di antara saya dulu sebagai Ketua Pembangkang dan kerajaan yang juga disertai oleh Yang Berhormat, itu adalah dengan persetujuan mantan Perdana Menteri Bera dan kita ditandatangani apa yang disebut CS...?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] CSA.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, CSA. Dan setelah ditandatangani, proses dijalan walaupun tidak sepenuhnya, tak apalah. Sekurangnya berjalan, tapi isu peruntukan-peruntukan berbeda daripada tanggapan. Kami dianaktirikan. Kami mana? Rakyat tidak dianaktirikan. Kawasan tidak dianaktirikan. Apakah mesti projek itu mesti melalui Parlimen? Tidak. Dalam kawasan parti-parti kawasan pun, tidak diberi kepada Ahli Parlimen. Ahli Parlimen mengesahkan projek itu. Dana untuk pembangunan tidak diberi kepada Ahli Parlimen.
Jadi soalnya, kalau nak— kita dah minta menemui TPM II yang diberikan mandat untuk berbincang, ada tandatangani, saya luluskan. Dan saya bagi tahu di sini bila kalau bantah dulu, saya kata sign hari ini, esok kita luluskan. Tak mahu runding, itu bukan masalah saya. Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Kota Bharu dulu pun dalam jawatankuasa kalau tak salah saya. Dalam jawatankuasa rundingan itu. Jadi, kita gunakan format yang sama. Tak payah pinda satu perkataan pun. Jadi, itu yang dikatakan dalam peraturan.
Jadi, mengandaikan bahawa tidak ada kelulusan dari segi peruntukan, saya tidak setuju kerana peruntukan untuk rakyat disampaikan. Apakah sekolah daif, apakah sekolah agama, apakah jalan kecil, pembaiki masjid. Itu semua diluluskan.
Ini saya nak tegaskan, terima kasih banyak, ya. Ini yang disebut— saya sebab tu saya selalu suka bandingkan dengan 2022 kerana peningkatan itu besar. Dari RM6 bilion kepada RM8.2 bilion. Ini diskriminasi apa? Apa yang banyak disebut Yang Berhormat, zalim. Zalim apa ni? Satu kawasan yang 100 peratus sokongan pembangkang kita tambah RM2.2 bilion. Ini memang luar biasa zalimnya.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kinabatangan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Tan Sri Speaker, selalu memberi...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ingin saya betulkan.
Sebenarnya...
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bukan RM6 bilion.
Sebenarnya RM2.1...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat sekarang Kinabatangan. Silakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini laporan BERNAMA.
RM2.1 bilion saja keseluruhan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat ada peluang tadi dah bagi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini tak ada peluang.
Masalah ni, kalau macam ni.
Tuan Yang di-Pertua
Lepas ni ada lagi jawatankuasa, Yang Berhormat boleh berucap lagi ya. Silakan.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Terima kasih Tan Sri Speaker, selalu memberi ruang kepada Kinabatangan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memandangkan terdapat beberapa kawasan yang terlalu luas di Kinabatangan, di mana seluas negeri Johor yang mempunyai 26 Parlimen dan soalan saya, adakah Yang Amat Berhormat bersetuju dan kerajaan bersedia formula ini perlu dirombak pengagihan peruntukan tersebut untuk pembangunan berasaskan geografi, kerana tuntutan itu terlalu rumit untuk kami penuhi di kawasan yang luas. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kinabatangan. Itu yang diambil kira sebab itu peruntukan untuk Sabah, walaupun jumlah penduduknya itu kecil, itu peruntukan pembangunan paling besar dalam negara untuk tahun depan. Apakah ia memenuhi semua keperluan— tidak, tetapi kenyataannya itu mengambil kira kenyataan geografi, kawasan pendalaman, berapa kawasan dah ketinggalan, berapa infrastruktur yang terkebelakang. Maka, peruntukan terbesar dalam belanjawan pembangunan tahun 2027— tertinggi Sabah. Kedua tertinggi, Sarawak.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Dan kalau ikut hasil dan perbelanjaan, itu hasil walaupun beberapa negeri- negeri Pantai Timur itu kecil, tetapi perbelanjaan itu jauh lebih tinggi kerana kita ambil daripada hasil dari negeri-negeri lain dan daripada National Fund.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya jemput Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Memang hakikatnya dan jelas bahawa Sabah dan Sarawak menerima peruntukan lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dalam Belanjawan 2027, tapi itu merupakan hakikat dan keperluan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kerana Sabah memerlukan lebih banyak dana, sebab itu bila Sabah menyertai Malaysia dahulu, sama-sama menuntut Malaysia, dia ada peruntukan khas bagi Sabah dan Sarawak, peruntukan 112C dengan 112D yang berbeza dengan negeri-negeri lain. Itu menunjukkan hakikat bahawa Sabah dan Sarawak ada kelebihan dan perlu kelebihan daripada Kerajaan Persekutuan.
Semalam, Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Di Jabatan Perdana Menteri..
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Desa dan Wilayah, mengumumkan bahawa sebahagian besar daripada projek-projek yang dicantas yang tidak diberikan peruntukan melibatkan projek-projek Sabah dan Sarawak.
Jadi, maknanya walaupun ada peruntukan daripada direct kepada negeri melalui bajet, tetapi ada peruntukan melalui kementerian, tetapi dimaklumkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri, sebahagian besar daripada projek-projek yang tak dibagi peruntukan kepada kementerian Timbalan Perdana Menteri melibatkan projek-projek daripada Sabah dan Sarawak. Yang ini akan memberi kesan drastik kepada kedua-dua negeri ini yang memerlukan dana melalui kementerian.
Jadi, mengapa perkara itu berlaku, Yang Berhormat Tambun? Adakah kerana perbalahan politik yang sedang berlaku di sebelah sana ketika ini, menjawabkan ia akan memberi kesan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak melalui projek-projek luar bandar yang disenaraikan oleh Kementerian Luar Bandar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Beluran, yang berusaha walaupun perkara ini berbangkit, kita dah cuba jelaskan, kerana ini terkait dari segi Kementerian Kewangan bagaimana nak urus kewangan dan planning. Ada jawapannya, biar MK II uruskan, itu agak detail sedikit.
Oleh sebab itu saya nak sebut di sini dari segi belanja yang saya umum itu, itu tak termasuk dengan apa yang disebut oleh TPM I itu. Yang kita umumkan itu projek-projek yang diluluskan ikut perkiraan terkini. Dan saya pertahankan keputusan kita untuk memberikan dana yang lebih besar kerana tengok kawasan jalan raya,
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
walaupun penduduk kecil, tetapi jalan raya di banyak kawasan kita di Sabah itu parah, berlubang-lubang.
Jadi, sebab itu peruntukan harus bertambah. Sebab itu saya katakan ini waad nasional. Jangan kita lihat dari segi kaca mata satu negeri atau kepentingan untuk melayani lebih Sabah dan Sarawak, tidak. MA 63 itu mesti lihat sebagai waad nasional, kepentingan kita untuk menjaga kepentingan semua. Sebab itu daripada jumlah umpamanya RM150, RM600 juta, kita tambah interim itu RM1.5 bilion dan saya juga jelaskan di sini dan keterangan sebaik sahaja mereka ada upaya seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak, itu memang satu yang sejarah iaitu bila ada keupayaan macam Pelabuhan Bintulu atas rundingan Menteri Pengangkutan dan kerajaan negeri, itu jumlah RM1.8 bilion itu diserah kepada Persekutuan.
Walaupun Perjanjian MA63 itu menyatakan pelabuhan itu milik Sarawak, tetapi memikirkan pelaburan yang terlalu tinggi, puluhan bilion sampai tahun maka dipulangkan. Jadi, sebab itu saya setuju bahawa kita lihat ini sebagai kepentingan nasional dan maka peruntukan itu harus ditambah. Saya terpaksa mengaku bahawa peruntukan itu tidak pernah cukup sebab itu kita terpaksa jaga tatakelola, elak ketirisan, jaga pemberian-pemberian kontrak secara melulu, biar tengok betul-betul peraturannya dan tengok kapasiti dan tindakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tan Sri...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Kita mulakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Tan Kok Wai, Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan pertama hari ini ialah soalan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
1. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, jumlah serta senarai terperinci projek yang telah direalisasikan daripada komitmen pelaburan berjumlah USD10 bilion oleh Geely di Tanjung Malim.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya daripada Yang Berhormat Cheras. DRB-Hicom dan Geely telah memeterai kerjasama strategik pada tahun 2017 yang pada awalnya memberi tumpuan kepada pemulihan dan pembangunan semula PROTON. Selepas itu kerjasama diperluaskan kepada pembangunan Automotive High Tech Valley atau dipanggil AHTV di Tanjong Malim.
AHTV telah dilancarkan secara rasmi oleh kerajaan pada 12 April 2022 sebagai inisiatif strategik untuk menjadikan Tanjong Malim sebagai hab automotif berteknologi tinggi dan serantau. Fungsi utama penubuhan AHTV adalah untuk memperkukuh pembangunan industri automotif tempatan secara menyeluruh melangkaui aktiviti pemasangan kenderaan semata-mata.
Ia termasuk menarik pelaburan berkualiti, membangunkan ekosistem industri dan rantaian bekalan tempatan yang bersepadu, meningkatkan keupayaan teknologi serta keupayaan pembekal tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada komponen import dan memperluas peluang eksport, khususnya bagi komponen serta sistem automotif berteknologi tinggi.
Berdasarkan perancangan semasa, jumlah keseluruhan pelaburan berkaitan dengan pembangunan ekosistem AHTV dianggarkan berjumlah RM30 bilion sehingga tahun 2035. Jumlah ini merangkumi pelaburan yang telah dilaksanakan, pelaburan semasa dan pembangunan yang dirancang pada masa depan. Oleh itu, jumlah tersebut perlu dilihat sebagai anggaran keseluruhan pembangunan AHTV dan bukannya jumlah pelaburan yang telah direalisasikan sepenuhnya. Bagi tempoh 2018-2026, jumlah pelaburan yang telah direalisasikan adalah sebanyak RM7 bilion iaitu 23.3 peratus daripada jumlah pembangunan AHTV secara keseluruhan termasuk daripada Geely.
Antara pencapaian utama yang telah direalisasikan sepenuhnya ialah naik taraf kemudahan pembuatan PROTON di Tanjong Malim, termasuk pengembangan kapasiti dan keupayaan pengeluaran yang merangkumi model metal stamping, painting, main body assembly, body sub-assembly dan pemasangan trim and final serta pengeluaran enjin transmission terbaharu yang berteknologi baharu.
Bagi tempoh 2025 hingga 2026, pembangunan dan penaiktarafan kemudahan industri turut merangkumi kilang pengeluaran kenderaan EV,
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
peningkatan keupayaan pengeluaran enjin, kemudahan metal stamping, pusat logistik dan gudang baharu serta makmal ujian penyelidikan dan pembangunan R&D.
Pembangunan ini berpotensi memperkukuh keupayaan pengeluaran, inovasi dan pemindahan teknologi di samping menyediakan asas bagi pengembangan rantaian bekalan automotif tempatan. Didorong oleh kepesatan pelaburan dan pembangunan infrastruktur, AHTV merekodkan pertumbuhan pesat dalam penawaran peluang pekerjaan, jumlah tenaga kerja yang bermula dengan sekitar 2,000 orang pada tahun 2018 telah berkembang pesat kepada 9,300 orang pada tahun 2026 dan diunjurkan mencapai 22,800 orang pekerja menjelang tahun 2030.
Tuan Yang di-Pertua, dalam jangka panjang kejayaan AHTV bukan sahaja diukur berdasarkan jumlah pelaporan kapasiti pengeluaran kenderaan, tetapi juga berdasarkan sumbangannya kepada pembangunan industri automotif tempatan secara menyeluruh. Ini merangkumi peningkatan penyertaan dan keupayaan teknologi syarikat tempatan, pengukuhan rantaian bekalan domestik, pengurangan kebergantungan terhadap import komponen serta pembangunan produk komponen berteknologi tinggi yang berdaya saing untuk pasaran eksport.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Sehubungan itu, pelaksanaan AHTV perlu terus memberi penekanan kepada pelaburan yang menghasilkan nilai tambah domestik, pembangunan vendor tempatan dan pengembangan eksport bagi memastikan manfaat pelaburan dapat dirasai secara meluas oleh industri dan ekonomi negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Cheras untuk soalan tambahan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya, berbanding dengan Perodua yang menumpukan pada pasaran kereta mampu milik. Adakah Proton memposisikan dirinya sebagai pengeluar kereta segmen pertengahan dan ke atas dengan hasrat untuk satu hari nanti mampu bersaing dengan jenama seperti Nissan, Honda dan sebagainya?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih. Kita nampak bahawa Proton telah memperkenalkan pelbagai produk daripada semua segmen. Daripada segmen yang mampu milik sehingga segmen pertengahan. Kita nampak bahawa sebenarnya pembangunan, saya bagi contoh ya, pembangunan yang baru, platform AMA yang menggunakan harta intelek milik Proton sendiri, yang model AMA01 telah
Tuan Sim Tze Tzin
dilancarkan dan model-model seterusnya itu AMA02, 05, 06 akan diperkenalkan secara berperingkat menjelang tahun, dari tahun 2027. Ini adalah segmen yang mampu milik, yang di mana kebanyakan keluarga yang graduan-graduan yang baru masuk alam pekerjaan, mereka mampu beli kereta-kereta seperti ini.
Selepas itu kita nampak bahawa mereka juga memperkenalkan tiga model di bawah jenama kenderaan EV iaitu e.MAS yang memperkukuhkan kedudukan Proton dalam menerajui pasaran kenderaan EV di Malaysia, di mana ia lebih kepada pertengahan. Jadi, saya nampak bahawa sebenarnya Proton ini memberi satu range yang mampu milik pun ada, pertengahan pun ada.
Jadi, saya rasa ini adalah healthy competition, di mana syarikat-syarikat boleh bersaing di antara satu sama lain. Jangan hanya oh, satu segmen hanya Perodua, satu segmen hanya Proton dan saya rasa competition membawa kebaikan kepada pengguna di mana kita mahu mereka bersaing dan mereka memperkenalkan model- model yang menarik dan kalau boleh harga yang berpatutan. Maka ia adalah satu industri yang sangat sihat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Tan Sri Speaker. Sinergi gabungan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 ataupun IMP 2030 dan Dasar Automotif Nasional 2020 dilancarkan pada Februari 2020 dengan sasaran 2030 berpotensi untuk meletakkan industri automotif negara di tempat kedua terbesar di Asia Tenggara. Antara objektifnya ialah membangunkan industri automotif domestik yang kompetitif dan berdaya tahan. Kemudian, meningkatkan penyertaan syarikat bumiputera yang berdaya saing dan sasaran 2030 ialah sat ya, saya pun hilang.
Sasaran 2030 ialah total industry volume 1.22 juta unit kenderaan, nilai eksport RM28 bilion. Kalau kita campur semua sekali dengan komponen dan sebagainya, TPV– total production volume 1.47 juta unit dengan nilai eksport RM104 bilion. Soalan saya ialah pertama, minta Timbalan Menteri sahabat saya lama, menyatakan status kemajuan pencapaian NEP setakat ini? Dan berapakah jumlah jualan kereta nasional Proton dan Perodua dan peratus daripada jumlah keseluruhan serta jumlah eksport Proton keluar negara pada tahun 2025? Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin
Okey, terima kasih sahabat saya Kubang Pasu. Sahabat Kubang Pasu menanyakan soalan yang sangat spesifik. Saya ingin memberi
Tuan Sim Tze Tzin
jawapan yang jitu. Jadi, berilah masa untuk saya hantar soalan bertulis, jawapan bertulis untuk Yang Berhormat, tetapi secara keseluruhannya, saya ingin terangkan bahawa Malaysia adalah— beberapa negara sahaja di seluruh dunia, di mana kita mempunyai industri automotif yang di mana milik negara kita sendiri, OEM nya.
Contohnya Perodua dan Geely, di mana beberapa negara saja di dunia ya, di Europe ada, di China ada, US ada. Okey, Jepun, Korea ada dan Malaysia. Di rantau Asia Tenggara hanya Malaysia ada syarikat jenama negara kita dan Vietnam ada jenama mereka.
Jadi, adalah penting bahawa kita membantu membangunkan industri automotif kita, automotif OEM kita supaya mereka berdaya maju. Untuk membangun, kita ada NIMP 2030 dan juga NAP – National Automotive Policy untuk membangun ekosistemnya. Jadi, itu adalah usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan daya saingan kita. Dari segi eksport TIV dan sebagainya, betul nanti saya akan bagi jawapan bertulis, tetapi secara keseluruhannya komponen dan juga vendor, export component di Malaysia ini berkembang secara maju. Ia bukan hanya mengukur berapa kereta yang dieksport, tetapi yang penting juga adalah komponen-komponen yang dihasilkan dalam Malaysia dan dieksport kepada seluruh dunia untuk automotive industry.
Jadi, saya rasa nilai itu amat memberangsangkan. Jadi, kita harus berbangga dengan industri dan juga vendor-vendor kita, component makers kita, component manufacturers kita yang sekarang semakin berdaya maju. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, perancangan untuk mengangkat Padang Rengas sebagai destinasi pelancongan warisan, termasuk promosi ekopelancongan dan tapak sejarah setempat bagi meningkatkan pendapatan komuniti serta peluang pekerjaan anak muda.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tersebut.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara menyokong usaha mengangkat
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Padang Rengas sebagai destinasi pelancongan warisan dan mengetengahkan tapak bersejarah seperti Masjid Ihsaniah Iskandariah yang telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Manakala Masjid Wahidiah dan Stesen Keretapi Bukit Berapit berada dalam senarai inventori Jabatan Warisan Negara untuk kajian lanjut.
JWN turut mengalu-alukan pencalonan tapak dan bangunan bersejarah lain untuk dipertimbangkan bagi pewartaan serta dibangunkan sebagai produk pelancongan, termasuk melalui inisiatif Jejak Warisan atau dengan izin, Heritage Trail. Walau bagaimanapun setiap cadangan pencalonan hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan kerajaan negeri sebelum dikemukakan kepada JWN untuk pertimbangan lanjut.
MOTAC bersama jabatan dan agensi di bawahnya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, komuniti dan pemain industri bagi membangunkan serta mempromosikan produk pelancongan berasaskan warisan sejarah, ekopelancongan dan budaya setempat.
Usaha ini diharap dapat meningkatkan daya tarikan Padang Rengas sebagai destinasi pelancongan, sekali gus merancakkan ekonomi setempat, meningkatkan pendapatan komuniti dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia dalam bidang seperti pemanduan pelancong, penginapan, makanan, kraf dan perkhidmatan pelancongan. Pelaksanaan usaha ini juga perlu diselaraskan dengan perancangan dan keutamaan kerajaan negeri bagi memastikan manfaat ekonomi yang berterusan kepada penduduk setempat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Tan Sri, terima kasih jawapan Timbalan Menteri.
Soalan tambahan saya, adakah Menteri bersedia menetapkan garis masa yang jelas bagi pembangunan Padang Rengas sebagai destinasi pelancongan warisan? Dan bilakah hasil nyata pertama boleh dinikmati oleh penduduk serta apakah kriteria yang digunakan kementerian untuk memilih kawasan terima peruntukan pelancongan dan bagaimanakah kementerian memastikan Padang Rengas tidak ketinggalan berbanding destinasi lain di Perak? Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Datuk Ewon Benedick - Penampang
[Bangun]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tak pelah.
Tuan Chiew Choon Man
Okey, terima kasih atas soalan tambahan Ahli Yang Berhormat Padang Rengas. Kementerian Pelancongan (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara dan Tourism Malaysia sentiasa berusaha dalam mempromosikan dan membangunkan pakej produk pelancongan komuniti warisan dan makanan tempatan di Perak, termasuk juga di Padang Rengas.
Sebagai contoh, Jabatan Warisan Negara pernah menganjurkan Pesta Makanan Warisan Kampung Beluru, Padang Rengas sebagai usaha untuk mempromosikan warisan makanan masyarakat setempat. Program ini telah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai keunikan dan kepelbagaian makanan warisan yang terdapat di negeri Perak, di samping kita menghidupkan tradisi gotong- royong melalui mengadakan Program Kenduri Rakyat di— bersama dengan masyarakat setempat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan kepada negeri Perak sebanyak 30 projek. Sekiranya Ahli Yang Berhormat terdapat sebarang cadangan dengan projek pembangunan pelancongan di Parlimen Padang Rengas, Ahli Yang Berhormat boleh berbincang dengan kerajaan negeri untuk dikemukakan ke MOTAC dan seterusnya diangkat untuk kelulusan di agensi Pusat supaya kita dapat memastikan meningkatkan kemudahan pelancongan setempat yang bersesuaian, selaras dengan perancangan semasa Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Adakah pihak kementerian bercadang untuk memperluaskan program pembangunan pelancongan yang berasaskan komuniti ke daerah lain seperti di Batu Pahat yang mempunyai potensi pelancongan sejarah, kebudayaan dan produk desa, termasuk menyediakan latihan serta bantuan pemasaran kepada usahawan-usahawan tempatan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.
Sememangnya ini merupakan sesuatu fokus dan hala tuju MOTAC melalui agensi bawahnya seperti Tourism Malaysia dan juga Jabatan Warisan untuk kita membangunkan produk pelancongan, terutamanya yang berasaskan komuniti dengan melibatkan masyarakat setempat untuk menganjurkan program seperti
Tuan Chiew Choon Man
homestay program yang dapat memberi pengalaman yang unik kepada para pengunjung yang mengunjung ke kawasan tersebut untuk mendapatkan pendedahan dengan keunikan kebudayaan dan juga segala perkara menarik di kawasan setempat tersebut.
Dan untuk saudara Yang Berhormat, kita boleh cadangkan mungkin ada apa- apa program-program yang boleh kita anjurkan ataupun mana-mana tempat menarik di kawasan daerah-daerah lain untuk kita angkat sebagai untuk promosi pelancongan seterusnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Sekijang.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Jerebu kini semakin lega; Soalan saya nombor tiga.
3. Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa [Sekijang] minta Menteri Kesihatan menyatakan, memandangkan kerajaan telah meluluskan 13,343 jawatan baharu KKM dengan implikasi RM1.25 bilion setahun, bolehkah Menteri memberikan komitmen bahawa draf Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama sebelum akhir 2027, selaras aspirasi reformasi Kertas Putih Kesihatan 2023.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat Sekijang, juga selaku sifatnya ketua backbenchers. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang yang mengiktiraf usaha gigih Kerajaan MADANI, hadir dalam sektor kesihatan dengan komitmen meluluskan sekurang-kurangnya 13,343 jawatan tambahan, pelbagai skim perkhidmatan di bawah KKM.
Berkenaan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan (SPK) tapi dalam Health White Paper stand— apanya, Kertas Putih Kesihatan itu sebutannya adalah Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang lebih menyeluruh. Suka saya sebutkan bahawa komitmen saya pastinya kita mahu melihat tertubuhnya SPK ini supaya hal yang terkait dengan sumber manusia di bawah KKM terus diperkasa, terutama bagi hal yang terkait dengan kebajikan para petugas kesihatan. Tidak kira pegawai perubatan, pergigian, farmasi, jururawat, penolong pegawai perubatan, juru x-ray,
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
juru makmal, malah kesemua 86 skim perkhidmatan di bawah KKM. Kalau ada yang tak perasan lagi, kami ada 86 skim perkhidmatan.
Apa pun Yang Berhormat sedia maklum, terdapat proses yang perlu kita lalui dan perlu kita teliti tindakan setelah saya kembali untuk mengemudi hal KKM ini dan khasnya terkait dengan SPK ini. Saya perlu sebutkan apa yang mustahak, semua yang kita hajati daripada penubuhan SPK ini mungkin tidak mampu kita capai semua, mungkin tidak dapat kita capai sepenuhnya.
Penubuhan SPK ini tidak memberi kuasa untuk mewujudkan jawatan baru, merangka sistem saraan, termasuk menetapkan kadar emolumen yang lebih kompetitif untuk pegawai-pegawai kita kerana semuanya itu adalah untuk pegawai- pegawai di bawah suruhanjaya perkhidmatan tersebut.
Ini adalah kerana peranan-peranan tersebut bagi perkhidmatan tersebut, semuanya adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan seperti mana Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Suruhanjaya Polis yang ditubuhkan di bawah— yang ditubuhkan di Malaysia masih tertakluk kepada Akta Tatacara Kewangan 1957. Di mana kedua-dua peranan tersebut adalah di bawah kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Kementerian Kewangan Malaysia, Tan Sri Yang di-Pertua.
Lalu untuk saya jelaskan sikit lagi. SPK yang kita cadangkan itu— yang kita cadangkan untuk ditubuhkan itu mempunyai kuasa tertakluk kepada menurut Perkara 144, Perlembagaan Persekutuan iaitu hal yang bersabit dengan melantik, mengesah dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan juga menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota bagi perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan— perkhidmatan- perkhidmatan yang diliputi oleh kuasanya itu, masih lagi tertakluk kepada 144— Perkara 144 itu.
Dan kalau saya boleh sikit lagi, Tan Sri Yang di-Pertua. Menuju ke arah penubuhan SPK ni, KKM telah mengadakan libat urus bersama suruhanjaya- suruhanjaya perkhidmatan yang lain dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam pada 22 Oktober lalu untuk kita memperoleh lebih maklumat mengenai amalan terbaik, the best practice, dengan izin, suruhanjaya perkhidmatan dalam menjalankan tugas dan fungsi yang diperuntukkan serta proses penubuhan sesuatu suruhanjaya perkhidmatan.
Dan saya kira apa pun, yang mustahak untuk saya sebutkan, walaupun kita belum ada lagi tetapi komitmen ke arah itu, KKM terus perbaiki dan tambah baik aspek-aspek perkara yang terkait dengan sumber manusia. Termasuklah
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
penubuhan pasukan petugas khas perjawatan KKM dengan semua agensi Pusat.
Termasuk pemberian mandat oleh JPA kepada KKM bagi mengurus agihan perjawatan, hal yang terkait dengan ETAP, kadar bayaran elaun petugas atas panggilan dan juga melantik tetap 15,000 pegawai perubatan kontrak sejak 2023, termasuk 9,000 lantikan secara tetap khusus bagi tahun 2027 yang akhirnya menoktahkan sistem doktor kontrak.
Dan akhir sekali, boleh saya sebutkan peningkatan kadar elaun post basic anggota paramedic dan juga jururawat kepada RM200 sebulan, Tan Sri. Itu adalah antara usaha-usaha kami menambah baik terus-terusan yang kita lakukan sementara kita menuju ke arah penubuhan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, mahupun dalam Kertas Putih itu disebutkan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sekijang. Soalan tambahan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya kira agak tuntas dan kita tahu hala tuju yang lebih jelas.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita maklum di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia ada lima suruhanjaya perkhidmatan tetap yang utama, SPA iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kemudian Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
(SPKP), Suruhanjaya Pasukan Polis (SPA Polis), kemudian ada satu majlis iaitu Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang rata-ratanya bertanggungjawab terhadap urusan pelantikan dan juga kemaslahatan pemegang taruh masing-masing kementerian.
Jadi, kita lihat Kementerian Kesihatan Malaysia ini adalah kementerian yang kedua terbesar dengan pelbagai skim perkhidmatan. Tadi YB Menteri dah sebut 86 skim perkhidmatan dan ini termasuk juga dengan perkhidmatan allied health iaitu Skim Kesihatan Bersekutu.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Saban tahun dalam Rang Undang-undang Perbekalan. Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan yang kedua terbesar selepas KPM. Jadi, tentunya pembentukan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan sepertimana yang telah dinyatakan dalam Kertas Putih Kesihatan, iaitu teras keempat, untuk memperkukuhkan asas sistem kesihatan dan tadbir urus kementerian.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Jadi, sepertimana yang YB Menteri sebut tadi, tentunya semangat penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ini kita harapkan ada unsur-unsur ataupun memenuhi keperluan Suruhanjaya Perkhidmatan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi. Sebab, kita tengok permasalahan yang berterusan dalam KKM ini dengan ketidakcukupan tenaga kerja ataupun petugas kesihatan, mungkin sebab brain drain atau sebagainya dan juga tentunya terkait dengan perkhidmatan ataupun sistem delivery yang saya kira harus ditangani dengan begitu cermat dan juga tuntas.
Jadi, tentunya ia memerlukan kepada penelitian yang sangat intensif dan juga sebuah badan yang benar-benar khusus seperti suruhanjaya ini.
Tuan Yang di-Pertua
“Maka, soalan saya...”
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Ya, kejap. Maka, soalan saya ialah kita dah dengar tadi YB Menteri menyebutkan semua engagement dan penubuhan pasukan teknikal, tapi mungkin boleh diberikan timeline bila usaha ini akan tamat dan kita nampak benar-benar ke mana ataupun bila penubuhan kepada Suruhanjaya Reformasi ini.
Dan kemudiannya, soalan yang lebih spesifik ialah saya ingin bertanya tentang perjawatan tadi yang kita lihat banyak tapi bagaimanakah sebenarnya kementerian melihat ataupun memastikan pengagihan perjawatan ini mencukupi bagi hospital-hospital di kawasan luar bandar seperti Hospital Segamat yang perlu sebenarnya menampung keperluan sehingga 200,000 orang penduduk. Sebab, dia bukan sahaja menjaga Parlimen-parlimen berdekatan, contohnya Sekijang, Segamat dan Labis, bahkan juga dia terpaksa menampung keperluan penduduk di kawasan sempadan seperti di Gemas, Negeri Sembilan dan juga Selancar, Pahang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Sekijang.
Tuan Yang di-Pertua
Walaupun soalan itu panjang, saya harap jawapan juga jangan terlalu panjang ya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Ketawa] Ya, saya pastinya mahu merakamkan bahawa keprihatinan Sekijang atas kepentingan untuk kita menubuhkan suruhanjaya ini yang saya kira dikongsi oleh sebahagian besar, mungkin juga seluruhnya Ahli-ahli Parlimen, Tan Sri Yang di-Pertua, kepentingan untuk suruhanjaya ini ditubuhkan dalam kadar yang munasabah segeranya.
Apa pun, saya telah sebutkan betapa kami telah mengambil― KSU, Ketua Setiausaha Kementerian telah pun mengadakan libat urus dengan semua
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
suruhanjaya-suruhanjaya, pertamanya, of course, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pendidikan, kehakiman, polis dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam itu sendiri dan yang lain. Khusus untuk kita memerhatikan apa yang mampu kita, apa yang sewajarnya by way of amalan terbaik (best practice) akan dapat kita cerakinkan sebagai suruhanjaya yang boleh sesuai dengan Kementerian Kesihatan yang sifatnya― dua yang menjadi cabaran besar― ia adalah bersendikan kepada fasiliti- fasiliti dan juga 83 skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang kita berikan dalam semua fasiliti-fasiliti kami.
Jadi, hal itu telah saya tegaskan betapa mustahaknya untuk kita segerakan ataupun kita usahakan perkara ini sementara kita tahu kekangan mewujudkan hal yang terkait dengan mewujudkan jawatan baharu dan merangka sistem saraan dan penetapan emolumen itu adalah di luar keupayaan kami untuk diletakkan dalam suruhanjaya ini sepertimana pengalaman Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan juga pendidikan dan yang lain.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, itu kami sedia maklumi.
Namun, ia tidak mengurangkan usaha dan kegigihan kami untuk pada akhirnya menyaksikan penubuhan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dalam rangka hari ini kita letakkan usaha-usaha reformasi yang telah kita lakukan selama ini. Jadi, itu pertama sebagai menyambut komentar yang disebutkan oleh Sekijang sebentar tadi.
Adapun dari segi hal yang― itu lebih khusus permintaan tentang yang terkait dengan sumber manusia, khususnya di Hospital Segamat. Sehingga 30 September― saya punya maklumat yang telah dapat saya capai segera ini.
Sehingga 30 September 2026, jumlah perjawatan yang diluluskan di Hospital Segamat adalah sebanyak 1,406 dengan jumlah pengisian seramai 1,161 pegawai, 83 peratus ertinya, dan kekosongan masih lagi di tahap 17 peratus, 245 pengisian atau pun kekosongan. Jumlah ini termasuklah pertambahan 331 jawatan pada tahun 2022 susulan daripada projek naik taraf Hospital Segamat.
Itu yang boleh saya sebutkan sedikit, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan itu agak soalan lebih khusus. Terima kasih, Sekijang. Insya-Allah, sama-sama kita usahakan dan sama-sama semua kita usahakan dan pastikan pada akhirnya nanti, kalau boleh, dalam sebelumnya tamatnya Parlimen Kelima Belas ini dapat kita saksikan paling tidaknya di hujung-hujung penetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ini.
Insya-Allah, doakan sama dan usahakan sama. Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya mengambil kesempatan untuk ucapkan tahniahlah, terima kasih kepada kerajaan yang telah mengumumkan penambahan jawatan tetap dan pelbagai insentif kepada petugas kesihatan.
Namun, yang membimbangkan kita ialah kerana kita dapati― tengok statistik itu, seramai 3,510 orang pegawai perubatan dilaporkan meletak jawatan sepanjang tahun 2024 hingga 2026. Pengambilan baru bagus, tapi yang letak jawatan pun banyak juga jumlahnya. Dengan lebih separuh beralih ke sektor swasta. Juga, isu pegawai yang ditawarkan penempatan khusus di Sabah dan Sarawak menolak penempatan tersebut.
Jadi, soalan saya, apakah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang bakal dibentangkan nanti, insya-Allah― kita tunggu-tunggu― akan mengambil kira langkah pembaharuan yang lebih menyeluruh bagi mengekalkan doktor dan doktor pakar dalam perkhidmatan awam khususnya dari aspek kemajuan kerjaya?
Kebanyakan doktor ini dia ada nak membina masa depan. Jadi, kalau diletak di bahagian, di kawasan yang kira pedalaman, mungkin dia rasa peluang untuk dia sambung belajar itu agak kuranglah kerana di sana kurang doktor pakar untuk dia belajar. Juga, dari segi kebajikan, penempatan serta apakah sasaran kementerian untuk mengurangkan kadar kehilangan tenaga kerja yang agak besar buat masa ini?
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus. Kuala Nerus sedia maklumi usaha-usaha keras yang telah kita jalankan dalam tiga, empat tahun kebelakangan ini dan khususnya dalam hal yang terkait dengan ketidak sambutan tawaran yang kita berikan khasnya di Sabah dan Sarawak yang mana saya juga, tidak silap saya, mutakhir sekali adalah peratusnya hampir 64 peratus bagi Sabah dan Sarawak yang mengisi dan yang menyambut tawaran yang kita berikan.
Langsung saya mengambil tindakan, antara lainnya, untuk memberikan peluang bagi menggamit― the pull factor bekerja di Sabah dan Sarawak ini dengan memberikan up to 30 peratus peluang. Sepertimana yang Kuala Nerus sebutkan, kalau mereka di Sabah dan Sarawak, mereka merasakan bahawa membuat untuk kepakaran mereka itu akan jadi terjejas, maka saya telah meletakkan up to 30
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
peratus peluang yang andainya mereka compete Semenanjung dengan Sabah, Sarawak, mereka mempunyai advantage kerana mereka diberikan peruntukan up to 30 peratus berbanding kawan-kawan mereka di Semenanjung. Jadi, itu antara lainnya.
Dan pastinya suruhanjaya inilah yang kita harapkan, Kuala Nerus ya, untuk kita garap persoalan legasi yang saya warisi ini. Bukan setahun dua. Ini sudah menjadi sekian lama― berdekad, dasawarsa. Terlalu lama, tetapi hari ini saya kira sudah kita letakkan beberapa foundational apa yang dikatakan sebagai asas-asas penyelesaiannya.
Dan kita telah lihat bagaimana penambahan perjawatan tetap dan hal yang terkait dengan bagaimana untuk menyuntik hal yang dikatakan sebagai maruah dan dignity mereka bertugas. Bukan sahaja doktor, bukan sahaja pakar, tetapi juga dalam 86, 85, 84 skim yang lain itu. Seluruhnya ada 86 skim dalam KKM.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, kesemuanya perlu kita garap, kesemuanya penting kerana mereka merupakan team pasukan kami yang menjaga satu peratus kami di KKM, 330,000 lebih kakitangan kami mengurus dan menjaga 33 juta rakyat. One percent taking care of 99 percent of the country, Tan Sri Yang di-Pertua kalau kita lupa.
Jadi, insya-Allah saya yakin semua akan memberikan kerjasama untuk kami pastikan, dapat kami pastikan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan ini dan menggarap hal yang bukan sahaja terkait dengan sumber manusia, tetapi sistem dan juga penyampaian perkhidmatan itu sendiri. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Kuala Nerus.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya saya jemput Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 4.
4. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) mengapa penguatkuasaan pemasangan speed limitation device (SLD) ditangguhkan dan bilakah ia akan dilaksanakan sepenuhnya; dan
(b) sama ada kerajaan telah menilai penubuhan semula SPAD bagi memperkukuh pengawalseliaan kenderaan perdagangan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan keperluan penggunaan speed limitation device ataupun SLD secara berfasa mulai 1 Oktober 2025 bagi kategori kenderaan perdagangan yang ditetapkan. Pelaksanaan ini merupakan salah satu intervensi keselamatan jalan raya bagi mengawal kelajuan maksimum kenderaan berat dan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.
Pelaksanaan SLD di Malaysia adalah berasaskan United Nations Regulation nombor 89 ataupun UN R89 dengan had kelajuan maksimum ditetapkan pada 90 kilometer sejam bagi kategori kenderaan yang berkenaan. Pada 30 Jun 2026, kementerian telah mengumumkan penangguhan penguatkuasaan penuh SLD yang pada asalnya dijadualkan bermula pada 1 Julai 2026. Penangguhan tersebut bukan merupakan pembatalan atau pengecualian terhadap keperluan SLD, sebaliknya bagi memberikan tempoh peralihan yang mencukupi kepada pihak industri untuk melengkapkan proses pematuhan.
Antara isu yang dikenal pasti ialah perbezaan sistem dan teknologi antara model kenderaan termasuk kenderaan yang mempunyai elektronik kontrol unit yang tidak serasi dengan pemasangan SLD. Bagi sesetengah model kenderaan pula, sokongan teknikal daripada pengeluar asal adalah amat terhad.
Selain itu, kapasiti pemasangan retrofit dan pihak mengesahkan fungsi SLD juga perlu diperluaskan bagi menampung jumlah kenderaan yang terlibat. Pada masa yang sama, kementerian sedang memperkemas tatacara pengesahan pemasangan dan kefungsian SLD serta sistem rekod pematuhan supaya maklumat berkaitan pemasangan, pengesahan dan status, pematuhan kenderaan dapat diselaraskan dengan lebih teratur.
Walaupun penguatkuasaan penuh ditangguhkan, JPJ terus menjalankan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan interim yang bersesuaian dalam tempoh peralihan ini. Kementerian juga sedang memuktamadkan kerangka perundangan khusus berkaitan pemasangan, pengesahan dan penguatkuasaan SLD.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Penguatkuasaan penuh akan dilaksanakan setelah kerangka perundangan tersebut diwartakan dan beberapa perkara pelaksanaan dimuktamadkan. Tarikh penguatkuasaan penuh akan diumumkan lebih awal kepada pihak industri setelah perkara-perkara tersebut dimuktamadkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah pun dibubarkan pada tahun 2018 dan fungsi berkaitan Pengangkutan Awam Darat telah distruktur semula melalui penubuhan Agensi Pengangkutan Awam Darat atau pun APAD di bawah Kementerian Pengangkutan. Melalui penyusunan semula tersebut, APAD melaksanakan fungsi sebagai pengawal selia ekonomi sektor pengangkutan awam darat termasuk aspek pelesenan dan kawal selia operator. Manakala, fungsi penguatkuasaan di jalan raya dilaksanakan oleh JPJ.
Struktur ini juga bertujuan mengurangkan pertindihan fungsi penguatkuasaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh lebih daripada satu agensi.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di kala kita menangguhkan pelaksanaan SLD ini kerana pelbagai faktor yang telah dinyatakan oleh pihak Menteri sebentar tadi, berlakunya beberapa kemalangan maut yang berlaku di antaranya pada Ogos 2026 melibatkan dua warga Jerantut meninggal di— berlanggar dengan lori. Kemudiannya, pada September 2026, empat korban yang melibatkan 11 kenderaan, termasuklah Proton S70.
Jadi, soalan saya, apakah jaminan kerajaan supaya tidak lagi berlaku penangguhan? Maknanya, SLD ini wajib dilaksanakan secepat mungkin dan apakah jaminan kerajaan untuk tidak menangguhkannya. Dan di kala waktu itu pihak Menteri, apakah kerajaan bercadang mewujudkan satu pangkalan data yang bersepadu, yang menghubungkan di antara MOT dengan kementerian lain? Sebab lessons learnt kita pada isu yang lepas, isu UPSI sebagainya adalah maklumat tentang driver dan pengangkutan itu berada di bawah kementerian lain. Tidak di bawah MOT. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertamanya berkenaan dengan salah satu kemalangan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Sebenarnya lori tersebut juga ada SLD dari segi rekod. Tetapi sama ada dia dinyahaktifkan atau tidak, itu sesuatu yang sedang dalam siasatan pihak polis. Itu yang kita hendak lihat. Jadi, bukan— kita kena perbetulkan persepsi, bukan semua kenderaan yang berlaku dalam kemalangan ini tak ada SLD, ada sebahagiannya ada.
Namun begitu, saya hendak bagi sedikit maklumat berkenaan dengan data.
Setakat ini mengapa kita mengambil keputusan untuk menangguhkan terlebih dahulu. Sebab ada beberapa isu teknikal yang saya katakan tadi. Namun begitu, kita melihat bahawa dari segi pematuhan untuk kenderaan barangan dengan BDM lebih 7,500kg. Untuk kenderaan yang dibuat selepas tahun 2015, ini sesuatu yang dapat dipatuhi dengan lebih mudah kerana memang untuk kenderaan-kenderaan selepas tahun 2015, memang SLD itu telah diwajibkan dalam VTA ataupun vehicle type approval. Namun dari segi pematuhan, kita kena lihat semula.
Untuk jumlah rekod SLD yang telah pun disahkan ialah 106,651 daripada 207,083 jumlah kenderaan aktif iaitu 51.5 peratus. Ini setakat 26 Oktober. Tetapi untuk kenderaan yang dibuat sebelum tahun 2015, jumlah rekod SLD yang direkodkan hanya 34,514 daripada 202,861 iaitu hanya 17 peratus sahaja pematuhan. Ini untuk kenderaan yang perlu retrofit.
Jadi sekarang ini, masalah besar ialah untuk kenderaan-kenderaan yang perlu retrofit. Itu kerana mereka ini mungkin dia tak compatible dan OEM pun mungkin tak dapat menyokong dari segi teknikal. Itu yang sebabnya kita menangguhkan sedikit masa untuk pematuhan.
Namun begitu, kerangka perundangan dalam kaedah telah pun dirangka— telah pun dirangka dan akan digazetkan tak lama lagi. Jadi, ini akan memberikan punca kuasa kepada Kementerian Pengangkutan untuk membuat penguatkuasaan.
Itu yang sedang kita laksanakan. Jadi, selepas dapat kita gazetkan, maka kita akan umumkan satu strategi ataupun satu garis masa untuk pematuhan.
Dan dari segi pematuhan, kita kena praktikal, fokus kita sekarang ialah untuk— penguatkuasaan ini ialah untuk kenderaan-kenderaan yang lebih baharu iaitu kenderaan-kenderaan yang diperbuat selepas tahun 2015. Kerana tidak ada alasan mereka tak ada SLD. Sebab VTA memang sudah ada SLD, cuma perlu
Tuan Loke Siew Fook
aktifkan sahaja. Jadi, untuk jenis kenderaan selepas 2015, ini akan diberikan prioriti terlebih dahulu dari segi penguatkuasaan.
Namun begitu, untuk retrofit. kita akan lihat dari segi teknikal bagaimana dapat dilaksanakan, itu yang saya dapat memberikan kepastian kepada pihak Yang Berhormat bahawa tidak ada dari segi pembatalan penguatkuasaan SLD ini, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Menteri atas jawapan tadi. Saya meneliti jawapan Menteri tadi. Salah satu sebab tangguhnya pelaksanaan SLD ini adalah dikatakan tadi bengkel-bengkel yang mampu untuk menguruskan perkara ini.
Kalau kita rujuk kepada website JPJ, yang buat pengesahan SLD itu banyak, tetapi yang buat SLD retrofit itu ia kurang. So, adakah Menteri boleh menerangkan sebab ini bukan rocket science yang memerlukan untuk pemasangan gajet ini. Local market pun ada gajet-gajet yang boleh didapati. Kita faham dia kena mematuhi syarat-syarat tertentu, tampering dan sebagainya, tetapi apakah Menteri boleh memberikan jaminan bahawanya kita boleh lebih banyakkan bengkel-bengkel yang boleh menguruskan perkara ini, sedangkan kita ada ratusan ribu kenderaan perdagangan yang perlu di-register-kan dalam perkara ini. Terima kasih Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Memang betul seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng. Jumlah workshop ataupun bengkel yang membuat retrofit ini agak berkurangan.
Setakat 26 Oktober, hanya terdapat 33 syarikat pembekal SLD retrofit yang telah pun diluluskan oleh JPJ di seluruh negara. Jadi, memang dalam angka ini ia tidak begitu mencukupi kerana yang kita perlukan untuk retrofit ini pun ada lebih 200,000 kenderaan. Jadi, 33 bengkel sahaja, ini memang tidak mencukupi dan ini salah satu punca mengapa kita mengambil keputusan untuk menangguhkan terlebih dahulu dari segi penguatkuasaan.
Tuan Loke Siew Fook
Dan kita mengalu-alukan lebih banyak bengkel untuk menjadi bengkel yang disahkan oleh pihak JPJ untuk membuat perkhidmatan retrofit ini. Dan memang dari segi syaratnya memang tidak begitu ketat dan kita benarkan sebanyak mungkin dan tidak ada apa-apa dari segi syarat yang kita nak kenakan ataupun perketatkan.
Memang kita harap bahawa selagi mana mereka dapat membuat perkhidmatan
Tuan Loke Siew Fook
retrofit ini, kita benarkan, dan kita harap ia dapat diperluaskan ke seluruh negara kerana setakat ini bukan semua negeri ada bengkel.
Dan memang kita akui bahawa ini satu cabaran yang besar termasuk kalau saya lihat senarai ini di negeri-negeri Pantai Timur pun tak ada, di utara pun agak kurang. Jadi, kita perlu workshop ini lebih dapat― ada network yang lebih besar supaya pemilik-pemilik kenderaan di setiap negeri, mereka boleh pergi ke workshop di kawasan yang terdekat. Jadi, memang kita harapkan lebih banyak syarikat dapat tampil ke hadapan untuk memohon menjadi syarikat pembekal SLD retrofit yang diluluskan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun, Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
5. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah jumlah hospital kerajaan yang mengalami kesesakan berterusan di Jabatan Kecemasan, termasuk purata tempoh menunggu pesakit mendapatkan rawatan dan kemasukan wad, serta apakah langkah konkrit Kementerian bagi mengatasi kesesakan ini agar pesakit tidak terus menunggu lama dan mendapat rawatan serta kemasukan wad dengan segera.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Tan Sri. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Port Dickson. Ya, dua pengalaman pesakit pada setiap kali mereka datang mendapat rawatan di fasiliti, khususnya di hospital-hospital kita adalah kesesakan dan juga masa menunggu yang lama. Saya sangat akui dan menginsafi perkara ini.
Apa pun Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan bagi memastikan pengalaman pesakit ataupun patient experience, patient journey, pengalaman pesakit ini terus dapat kita perbaiki, pemantau— dan pemantauan beberapa indikator masa menunggu ya dijalankan meliputi purata masa menunggu ataupun bed-waiting time (masa menunggu mendapatkan katil) ya.
Sehingga Jun 2026, sejumlah― kita ada empat jenis hospital Tan Sri. The first tier, tier type 1 hospital― our major hospital, our hospital negeri dan juga hospital pakar major iaitu type 1 dan type 2 dan type 3 adalah pakai minor dan type 4 tidak berpakar ataupun ya hospital-hospital daerah kita.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sehingga Jun 2026, sejumlah 28 daripada 39 hospital bersamaan 70. Hampir 72 peratus jenis 1 dan 2 ya type hospital negeri dan juga hospital pakar major yang menerima jumlah pesakit yang ramai di Jabatan Kecemasan serta limpahan kes rujukan daripada daerah sekeliling hospital-hospital daerah membuat rujukan telah mencatat purata masa menunggu katil bagi kemasukan ke wad dari Jabatan Kecemasan di bawah 480 minit ya, ataupun 8 jam di seluruh negara ya.
Secara relatifnya, ia adalah sikit kebaikan― saya tidak berpuas hati dengan ini lagi, pencapaian ini― sebab pencapaian 2025 adalah 55 peratus yang mencapai kurang daripada lapan jam ataupun 480 minit. Tetapi tahun 2026, pencapaiannya adalah hampir 72 peratus, lebih exact 71.8 peratus ya. Manakala sejumlah 94 daripada 103 hospital bersamaan 91.3 peratus jenis 3 dan 4 ini yang pakar minor dan juga tidak berpakar terdiri daripada hospital yang saya sebutkan tadi mencatatkan purata masa menunggu kurang daripada 240 minit ataupun empat jam, Tan Sri Yang di-Pertua.
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh KKM dalam menangani isu kesesakan fasiliti kesihatan awam ini adalah khususnya ya di hospital utama adalah satu yang kita telah― saya telah jalankan dalam kembali saya kali kedua mengemudi KKM ini adalah langkah jangka pendeknya adalah apa yang kita istilahkan sebagai inisiatif penyumberluaran ataupun HSOP, Hospital Services Outsourcing Programme yang mana sejak 2024 melibatkan 14 perkhidmatan telah kita berikan di antara lain...
[Tidak jelas] kardiologi dan sebagainya telah memberi manfaat lebih— kepada lebih 50,000 orang pesakit di 75 buah hospital KKM yang terlibat, Tan Sri Yang di-Pertua ya, di mana― yang itu yang pertama.
Langkah jangka pendek dan juga sederhana adalah lebih mustahak untuk kita perhatikan adalah apa yang diistilahkan sebagai pengurusan― pengukuhan pengurusan aliran pesakit melalui inisiatif yang dikatakan lean, lean healthcare ya.
Apa istilah lean ini? Langsing. Lean yang lebih pantas ya. Penambahbaikan dan pemantauan pengurusan aliran pesakit melalui antara lainnya Bed Management Unit
(BDU) dan juga penyediaan ruang khas discharge lounge dan pemerkasaan Unit Rawatan Harian, our Day Care Services dan sebagainya.
Kedua, adalah pelaksanaan inisiatif hospital kluster yang telah saya sebutkan untuk sekian kalinya dan jaringan perkhidmatan antara— perkongsian antara kepakaran, peralatan dan kapasiti katil di antara hospital-hospital lead dan juga kelompok-kelompok yang dalam kelompok geografi yang berdekatan ya.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan ketiganya, adalah pengukuhan peranan penjagaan primer ya, di mana memperluaskan peranan klinik kesihatan bagi membuat pengurusan kes stabil dan penyakit kronik, di mana boleh dilakukan step down dan sebagainya. Peranan perkhidmatan primer adalah sangat penting, Tan Sri Yang di-Pertua, khasnya dalam menangani NCDs ataupun pandemik penyakit-penyakit tidak berjangkit ini.
Langkah jangka panjang pastinya adalah penambahbaikan infrastruktur, kapasiti fizikal dan sumber manusia secara lebih bersasar ataupun targeted. Itu dulu, Tan Sri Yang di-Pertua. Ya, silakan Yang Berhormat Port Dickson.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi.
Saya ingin berkongsi satu kejadian ataupun pengalaman yang menyedihkan yang menimpa seorang sahabat saya di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban kira-kira dua minggu yang lalu. Beliau ditempatkan di zon merah sementara menunggu katil di wad ICU namun meninggal dunia selepas dua hari ketika keadaannya semakin merosot sebelum sempat dipindahkan. Beliau juga mempunyai masalah jantung dan menunggu giliran pembedahan yang dijadualkan pada awal tahun depan. Ini kerana hospital kita masih kekurangan kemudahan wad ICU, lebih-lebih lagi dewan bedah yang terhad.
Soalan tambahan saya, susulan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai penyerapan lebih 9,000 doktor kontrak ke jawatan tetap dan mungkin ada di antara mereka bakal menjadi doktor pakar.
[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) **mempengerusikan Mesyuarat****] Oleh itu, apakah perancangan khusus kementerian untuk memastikan pertambahan doktor pakar pada masa hadapan disokong oleh kemudahan katil di wad ICU, kapasiti dewan bedah, peralatan serta tenaga kerja sokongan yang mencukupi? Dan apakah sasaran dan garis masa bagi mengurangkan tempoh menunggu pesakit? Bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan secara khusus berapa banyak katil ICU dan dewan bedah tambahan yang akan disediakan hospital yang terlibat? Dan apakah garis masa pelaksanaannya? Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Soalan ini agak lebih khusus ya dan meminta saya supaya menyebutkan atas beberapa fakta dari segi istilahnya tadi meningkatkan bekalan katil di ICU dan juga di dewan bedah. Mungkin secara lebih umum boleh saya sebutkan betapa keutamaan untuk hal yang terkait dengan mengisi jawatan di hospital yang mempunyai kemudahan sedia ada, di samping memastikan kemudahan ICU, dewan bedah dan wad rawatan kritikal ya dapat beroperasi secara optimum ya.
Dan juga khususnya kalau diambil di konteks HTJ ini, kita juga dapat reduce kesesakan di HTJ dengan kita juga boleh naik taraf hal ataupun dewan bedah kedua- dua Hospital Rembau, mungkin begitu ya dan pembinaan dewan bedah secara modular ya di tempat-tempat lain kerana soalan ini agak umum ya.
Begitu juga kami memerhatikan beberapa hospital juga kita mengambil bagaimana untuk kita decongest the big hospital tahap 1 yang saya sebutkan tadi dengan kita memberikan ataupun memberikan sokongan untuk menambah fasiliti yang lebih khusus di hospital-hospital yang bukan big hospital itu ya. Saya memerhatikan ada beberapa usaha naik taraf wad kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dan sebagainya di dalam perancangan kami Yang Berhormat Port Dickson ya.
Dan juga begitu di tempat-tempat lain, seperti naik taraf kepada Unit Rapi Pediatrik (PICU) di contohnya di HOSHAS, Pahang dan sebagainya. Begitu juga di Labuan dan di Alor Gajah, naik taraf dewan bedah di Hospital Alor Gajah. Jadi, secara umumnya ataupun secara generiknya ya kalau kita perhatikan kita perlu untuk kita berikan usaha untuk kita menaik taraf di samping memastikan lebih ramai lagi pakar-pakar yang dapat kita latih dan kita register, kita— pengiktirafan kepada mereka dalam NSR tetapi mustahak juga dia mesti bersekali ya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, kalau kita naikkan tahap dan taraf hospital menjadi hospital pakar dengan tidak ada sumber manusianya dan tidak ada equip-nya pun tidak sepertimana berlaku dalam kita menaik taraf hospital-hospital tidak berpakar kepada pakar minor.
Yang mustahaknya adalah kepakaran pakar-pakar itu sendiri dan juga ekosistemnya dan peralatan dan equipment nya. Terima kasih Port Dickson. Terima kasih Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Silakan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Isu yang melibatkan semua negeri ataupun semua Parlimen tentang kesesakan di hospital ataupun di klinik kesihatan. Yang Berhormat Menteri, adakah program step down ini mungkin dah dilaksanakan. Adakah dia dapat mengatasi isu kesesakan di hospital-hospital, terutamanya di hospital negeri.
Kedua, kalau dilaksanakan, adakah di semua daerah dibuat ataupun setiap negeri dibuat dan berapa banyak dah program step down ini dilaksanakan.
Kedua, berkaitan dengan Hospital Kulim. Walaupun dah dapat bajet, saya nak tanya bilakan dia nak ditender sebab dia apabila tender belum dibuat, kesesakan masih lagi berlaku hingga 90 minit, 180 minit. Jadi, bilakah tender untuk Hospital Kulim akan dibuat. Juga untuk Hospital Daerah Bandar Baharu sepertimana yang YB pernah cadangkan iaitu cottage hospital. Adakah sesuai dibina di Bandar Baharu.
Kalau sesuai, saya mohon dibina di Bandar Baharu dan juga klinik kesihatan (KK) yang terlalu ramai. Adakah peruntukan untuk membina semua hingga 100,000 hingga 1,200 pesakit pada hujung minggu. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat. sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Kulim-Bandar Baharu sahabat saya. Mustahak untuk saya sebutkan beberapa pendekatan yang lebih bersifat inovatif yang akan kita usahakan — untuk kita kurangkan kesesakan di hospital-hospital besar kita, termasuk antara yang saya sebutkan tadi sebagai satu usaha step down ataupun sejurus sudah patient stabil mereka dikenal pasti, boleh kita letakkan di hospital-hospital di daerah tanpa berkompromi dari sudut penjagaan mereka itu.
Juga begitu usaha kami untuk kembali melihat kepada konsep yang disebutkan sebagai cottage hospital (hospital kotej) khususnya di kawasan-kawasan pedalaman. Pendekatan ini diambil termasuk di UK dan di negara-negara lain, di mana kita lihat khususnya di Sabah dan Sarawak dan juga mungkin juga di Semenanjung, di mana boleh kita angkat klinik-klinik kita yang punya keupayaan dan punya demand (keperluan) untuk kita urus inpatient kita, pesakit dalam. Mereka ini bukan sahaja— klinik ini selalunya adalah for outpatient harian tetapi dalam konteks cottage hospital ini kita ada beberapa bed yang kita rawat inpatient di klinik-klinik.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Bukannya di hospital tapi klinik-klinik yang kita naik taraf sebagai cottage hospital kita.
Begitu juga dengan beberapa pendekatan lain yang khusus dalam konteks hari ini. Kesihatan awam melihat kepada satu konsep integrated clinical care management, di mana pakar di hospital dan juga di klinik contohnya mengambil apa yang dikatakan sebagai mereka boleh saling memberikan perkhidmatan, termasuklah antara lainnya mewujudkan apa yang dikatakan sebagai *global surgery.
Global surgery* ini adalah di mana hospital-hospital yang tidak berpakar menjalankan prosedur-prosedur pembedahan yang tidak lah complicated seperti cesarean, herniorrhaphy dan sebagainya. Itu adalah juga pendekatan yang boleh mengurangkan kesesakan di hospital-hospital besar kami Puan Yang di-Pertua.
Banyak lagi inovasi yang sedang kita perhatikan. Perkara ini sedang giat diadakan projek-projek rintis seperti cottage hospital dan juga our step down hari ini sangat membantu juga bed management atau BDS ataupun BDU, bed management system dan bed management unit. Saya lihat ramai pengarah-pengarah hospital berlumba-lumba untuk mewujudkan pelbagai inovatif sistem yang saling dapat belajar satu sama lain. Ini perlu kita berikan pengiktirafan kepada pengarah- pengarah hospital kita Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Kulim-Bandar Baharu.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beralih ke soalan seterusnya. Silakan Yang Berhormat.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Soalan nombor 6 ya?
6. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:
(a) pelan tindakan kementerian untuk mengatasi kadar penyertaan koperasi belia yang masih rendah; dan
(b) strategi khusus Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kedah untuk menarik minat golongan muda luar bandar menubuhkan atau menyertai barisan kepimpinan Ahli Lembaga Koperasi (ALK).
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah di atas pertanyaan pada pagi.
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) komited memperluas penyertaan belia dalam gerakan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Malaysia 2030.
Sehingga 31 Disember tahun 2025, sebanyak 3,071 koperasi dalam kumpulan sasar belia telah didaftarkan di seluruh negara melibatkan 2.43 juta anggota, aset bernilai RM1.3 bilion dan perolehan berjumlah RM893 juta.
Bagi meningkatkan penyertaan belia, KUSKOP melaksanakan beberapa pendekatan utama. Antaranya yang pertama, membudayakan keusahawanan koperasi melalui Program Inovasi Keusahawanan Belia Koperasi, Program Asas Keusahawanan Koperasi Sekolah dan program IKMa Jom@Coop yang melibatkan 4,558 peserta menerusi 30 program pada tahun 2026. KUSKOP turut mencadangkan pelaksanaan program Business School in School bagi membudayakan nilai integriti keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah.
Kedua, memperkukuh latihan dan pembangunan kepimpinan belia melalui program IKMa yang melibatkan 1,347 belia sehingga September 2026 serta program Generasi Inovasi melihat 17 institusi pengajian tinggi (IPT) dan pembangunan Koperasi Siswa (KOSISWA).
Ketiga, menggalakkan penubuhan koperasi baharu dengan 25 koperasi belia dan graduan didaftarkan bagi tempoh 2025 hingga September 2026.
Keempat, memperluas pembiayaan dan pembangunan perniagaan melalui kelulusan geran berjumlah RM1.21 juta kepada 15 koperasi serta Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM berjumlah RM2 juta kepada sebuah koperasi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Kedah, untuk maklumat negeri Kedah pula YB. Bagi negeri Kedah pula Puan Speaker, sehingga akhir tahun 2025, terdapat 235 koperasi dalam kumpulan sasar belia dengan 157,820 anggota. Aset bernilai RM63.27 juta dan perolehan berjumlah RM47.18 juta.
Dalam usaha menarik penyertaan beli luar bandar termasuk dalam barisan anggota Lembaga Koperasi SKM Kedah jangan kerjasama IKMa memberi tumpuan kepada tiga strategi. Pertama memperluas kesedaran dan penggalakan berkoperasi melalui program Santuni Belia Berkoperasi bersama Majlis Belia Negeri Kedah serta program Pendidikan Koperasi oleh IKMA Zon Utara.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Kedua menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti-aktiviti ekonomi merangkumi peluang pembiayaan dan latihan dan yang terakhir melahirkan pelapis kepimpinan koperasi melalui pelaksanaan pelan penggantian kepimpinan serta latihan kepimpinan dan tadbir urus bagi menggalakkan lebih ramai belia menyertai barisan ahli Lembaga Koperasi. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah. Silakan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun memberikan penjelasan yang tuntas. Cuma soalan tambahan saya berhubung dengan modal permulaan dan bimbingan perniagaan. Bagi belia luar bandar yang mempunyai idea perniagaan tetapi kekurangan modal dan pengalaman.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Adakah kementerian bersedia menyediakan pakej pembangunan koperasi belia yang menggabungkan pembiayaan bersesuaian, bimbingan pengurusan serta akses pasaran dengan pendampingan sepanjang dua tahun pertama operasi.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
[Bangun]
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dan keduanya, lebih spesifik soalannya Dato' Yang di-Pertua. Adakah kementerian bersedia melalui SKM Kedah mewujudkan projek rintis koperasi belia di Kuala Kedah yang melibatkan anak nelayan dan pesawah dalam kegiatan seperti pemasaran hasil, pemprosesan makanan serta perkhidmatan pertanian? Bolehkah kementerian menyatakan bentuk sokongan dan tempoh pelaksanaan yang boleh diberikan? Sekian, terima kasih.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah, soalan yang amat baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa di peringkat KUSKOP ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia, kita sebenarnya menyediakan beberapa insentif kepada semua, termasuk juga para belia untuk membuka koperasi masing-masing. Kita ada menawarkan sejumlah geran.
Pertamanya geran startup, startup koperasi Yang Berhormat, mana-mana ahli koperasi yang baru nak buka koperasi, dah ditubuhkan koperasi. Kita menawarkan geran sehingga RM30,000, koperasi permulaan. Kemudian kita akan
Datuk Mohamad bin Alamin
memberikan mereka juga latihan-latihan, bimbingan dan saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat supaya bimbingan itu secara berterusan, lebih kurang dua tahun.
Tetapi kita banyak kita punya program kita sediakan di bawah SKM untuk semua koperasi kita mengikuti program untuk mengembangkan perniagaan, untuk menembusi pasaran dan untuk mencari padanan-padanan perniagaan (business matching) di kalangan koperasi-koperasi seluruh negara, bahkan di luar negara juga.
Tambahan lagi Yang Berhormat juga, kita juga menawarkan beberapa insentif untuk tabung modal pusingan. Ini adalah pinjaman. Yang tadi saya sebut adalah geran, startup geran sehinggan RM30,000 untuk koperasi yang baru buka.
Tetapi untuk tabung modal pusingan, loan, kita berikan juga melalui SKM kalau pinjaman tanpa cagaran Puan Speaker, kita berikan sehingga RM200,000 tanpa cagaran.
Kemudian jika koperasi itu menjalankan perniagaan berasaskan perikanan, berasaskan pertanian, kita berikan mereka pinjaman sehingga RM600,000 Yang Berhormat, tanpa cagaran. Dengan kadar keuntungan amat menarik, tiga peratus sahaja on the reducing balance. Maknanya lagi lama dia pinjam, lagi sikitlah dia punya jumlah pembayaran.
Maknanya saya setuju dengan saranan Yang Berhormat untuk membuka satu koperasi belia anak nelayan di Kuala Kedah. Saya akan minta Pengarah SKM Kedah untuk berjumpa dengan Yang Berhormat untuk berbincang bagaimana hendak membuka koperasi yang melibatkan anak-anak nelayan. Saya tahu potensi di sana amat besar. Jadi, kita— begitulah cara kita, kita kena kenal pasti, apa kita punya potensi dan kita akan bantu dan kita akan bimbing mereka supaya mereka akan menjadi sebuah koperasi yang akan maju ke hadapan, insya-Allah. Terima kasih, Yang Berhormat.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, mantap.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat, soalan tambahan seterusnya. Silakan Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah langkah untuk membantu koperasi yang tidak aktif atau kurang berdaya maju khususnya melalui program bimbingan, pemantauan dan pemulihan perniagaan bagi memastikan koperasi dapat terus beroperasi secara konsisten. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort di atas pertanyaan. Memang kita kadang-kadang menghadapi beberapa cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para koperasi kita, termasuk koperasi itu dulu dia aktif, dia tidak jadi aktif, bahkan ada yang dormant juga. Itu sebabnya kita akan membuat beberapa program intervensi. Kita ada pasukan di ibu pejabat dan di setiap negeri, setiap wilayah, kita akan arahkan mereka untuk buat intervensi-intervensi tertentu, bagaimana hendak membantu terutamanya hendak memulihkan koperasi-koperasi yang tak aktif.
Itu sebabnya kita melaksanakan pendekatan pemulihan secara berperingkat bagi memastikan koperasi yang masih mempunyai potensi dapat diaktifkan semula dan insya-Allah akan memberikan manfaat kepada anggota-anggota yang lain.
Kita ada beberapa inisiatif, pertama di bawah SKM, kita ada Program Transformasi Koperasi, CiTRA nama dia. Kita akan berikan mana-mana koperasi yang tak aktif dan diaktifkan semula, kita akan berikan mereka geran sebanyak RM20,000 supaya dia boleh menjalankan dia punya perniagaan, dia punya aktiviti semula. Kita berikan RM20,000 geran.
Kemudian, kita berikan juga mungkin beberapa koperasi menghadapi untuk menyediakan laporan perakaunan, laporan pengauditan, kita akan bantu juga.
Koperasi-koperasi yang menghadapi masalah-masalah ini.
Jadi, untuk ini kita menyediakan peruntukan. Kalau di Semenanjung Malaysia kita sediakan RM3,000 untuk bantu menyediakan laporan pengauditan, laporan perakaunan di Semenanjung Malaysia. Tapi untuk Sabah Sarawak kita akan sediakan bantuan sebanyak RM3,500 peruntukan untuk menyediakan laporan pengauditan dan juga perakaunan. Kita juga akan terus mengadakan khidmat nasihat dan bimbingan yang berterusan supaya koperasi itu dapat betul-betul dibaik pulih dan beroperasi mengikut tuntutan perundangan di bawah Akta Koperasi.
Dan yang lebih penting selepas kita kenal pasti dia punya masalah, kita akan bimbing berterusan dan pasukan kita akan turun secara berkala. Jadi, itu adalah cara kita bagaimana kita nak membantu. Untuk makluman semua bahawa kita juga punya kolaborasi dan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan sebenarnya bagaimana kita nak membuat program kesedaran dan juga promosi untuk para belia semua untuk membuka koperasi-koperasi. Jadi, insya-Allah kita akan aktifkan
Datuk Mohamad bin Alamin
semula kolaborasi ini. Kita akan aktifkan semula kerjasama ini antara KUSKOP dan juga KBS untuk bantu belia kita.
Di kedah, banyak Yang Berhormat Kuala Kedah untuk makluman tambahan.
Minggu lepas saya ada ke Kedah, kita telah memberikan anugerah-anugerah tertentu kepada koperasi-koperasi kita di Malam Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Kedah yang berasaskan koperasi belia kita bagi apa. Pertamanya kita berikan anugerah kepada Koperasi MRSM Baling Berhad. Untuk koperasi IPT, kita berikan kepada Koperasi Institut Pengurusan Sultan Abdul Halim, Kedah di Sungai Petani.
Ini adalah koperasi yang berasaskan belia.
Dan dua bulan lepas saya— ketawa juga Yang Berhormat Beaufort, saya ada lawat satu koperasi belia nama dia Koperasi Usaha Tawau Berhad, mereka mengadakan penternakan kambing yang begitu tersusun. Belia-belia semua yang mengoperasikan perniagaan itu. Jadi, insya-Allah potensi itu sangat besar. Jadi, kita akan minta kita punya pasukan untuk bantu mana-mana koperasi yang kita kenal pasti bermasalah dan kita akan pulihkan, kita bimbing mereka dari masa ke semasa.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya kita beralih ke soalan nombor 7. Dipersilakan Dato’ Verdon bin Bahanda, Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 7.
7. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah langkah kerajaan memperkukuh pemetaan risiko bencana di Malaysia dan bagaimana data risiko terkini dimanfaatkan untuk sistem amaran awal, perancangan pembangunan serta tindakan kesiapsiagaan bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat Kudat juga rakan bola sepak saya, rakan bola sekali, atas soalan yang telah dikemukakan.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
(NRES) komited untuk kita memperkukuhkan pemetaan risiko bencana negara melalui tiga cara. Pertama, kemas kini data geosains; kedua penggunaan teknologi
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
yang terkini dan ketiga, integrasi maklumat pemantauan dan juga ramalan bencana.
Pendekatan ini untuk kita pastikan bahawa kawasan berisiko kita dapat kenal pasti lebih awal, maklumat itu dimanfaatkan untuk kita kukuhkan sistem amaran awal dan juga perancangan pembangunan serta kesiapsiagaan rakyat.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kudat, ada dua jabatan khusus yang melihat tentang perkara ini di bawah kementerian, iaitu pertama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan yang kedua ialah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk singkatannya. Melalui JMG, kementerian telah membangunkan beberapa pemetaan berkaitan dengan bencana geologi.
Pertama ialah Peta Bahaya dan Risiko Cerun. Peta Bahaya dan Risiko Cerun untuk kita kenal pasti kawasan yang berpotensi tanah runtuh dan kegagalan cerun. Kalau nak kira dari segi pemetaan yang telah dibuat, keluasannya hampir 3,000 kilometer persegi di seluruh negara termasuk kawasan tanah tinggi di Cameron Highlands dan juga di Kundasang, Sabah.
Peta yang kedua ialah Peta Bahaya Seismik Malaysia dan Peta Seismotektonik Malaysia. Yang ini tujuan dia untuk kita kenal pasti tahap bahaya gegaran gempa bumi serta zon sesar yang ada potensi terdedah kepada ancaman gempa bumi. Jadi melalui dua peta ini di bawah JMG, ia boleh menjadi rujukan untuk apa-apa juga rancangan pembangunan ataupun reka bentuk struktur bangunan.
Untuk memperkukuh ketepatan dan keupayaan pemetaan tersebut, JMG terus memanfaatkan teknologi GIS, remote sensing, Interferometric Synthetic Aperture Radar (InSAR) dan juga Light Detection and Ranging (LiDAR).
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
So, daripada maklumat ini, kita boleh uruskan melalui platform-platform geospatial yang ada iaitu Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia, singkatannya MyGEMS dan yang kedua ialah National Terrain and Slope Information System, singkatannya NaTSIS untuk kita sokong perkongsian maklumat supaya ada penilaian risiko bencana yang baik.
Untuk makluman Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, METMalaysia juga— macam mana cara METMalaysia bantu ialah memperkukuhkan pemantauan dan ramalan cuaca ekstrem, gempa bumi serta tsunami melalui rangkaian radar cuaca, satelit, stesen pencerapan. Supaya ini kita tingkatan lagi melalui penggunaan komputer berprestasi tinggi (HPC), AI, System Radar Integrated Nowcasting System ataupun (RaINS) singkatannya, supaya kita ada hasil maklumat ramalan cuaca dan juga hujan yang lebih tepat, terperinci dan juga bersasar.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Dari segi manfaat, bagaimana perkara ini memberikan manfaat, pertama ialah kita faham bahawa maklumat ini penting untuk kita dapat sokong adanya penilaian tahap risiko dan kita boleh kenal pasti kawasan. Sebab itu, JMG telah laksanakan pemasangan 34 Sistem Amaran Awal (Early Warning System) di lokasi cerun berisiko tinggi, ada pemantauan serta siren, lampu amaran dan kita kukuhkan lagi dengan bangunkan sistem analitik data raya GeoSlide yang memanfaatkan hujan dan geologi bagi menyokong penilaian risiko tanah runtuh.
Sementara itu, METMalaysia menyalurkan maklumat ini kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada kerajaan negeri, kepada agensi teknikal dan juga orang awam melalui aplikasi seperti MyCuaca dan kita kongsi dengan JPS dengan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).
So, ini semua adalah data-data ataupun cara dimanfaatkan. Saya boleh kongsi dengan lebih lanjut lagi, kalau ada nanti soalan tambahan. Tapi, salah satu daripada perkara penting yang saya nak sebutkan di sini ialah bahawa bukan hanya dua jabatan ini yang terlibat, tapi ada juga jabatan agensi-agensi yang lain di peringkat kementerian yang lain.
Tapi, kita mesti ada satu saling hubung kait kerjasama yang rapat di antara sama yang lain tapi yang akhirnya yang kita nak lihat ialah daripada pemetaan yang dilakukan, bencana risiko itu, dia benar-benar boleh membantu untuk membuat persediaan di peringkat rakyat, di peringkat kawasan-kawasan yang terdedah kepada ancaman. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah. Soalan tambahan seterusnya, Dato’ Verdon bin Bahanda. Silakan.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan yang terperinci daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sahabat saya. Sepertimana yang pernah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, Parlimen Kudat merupakan Parlimen ataupun kawasan yang cukup terdedah kepada setiap bentuk bencana kecuali bencana saljilah belum pernah turun di Kudat.
Dan, disebabkan oleh keadaan ini, saya percaya pihak kementerian sepertimana yang telah disebut tadi oleh Timbalan Menteri sudah menyediakan tindakan kesiapsiagaan. Bagaimanapun, apakah– saya ingin bertanya apakah bentuk kesiapsiagaan dan juga amaran awal yang diberikan khususnya kepada kawasan Kudat yang mempunyai risiko tinggi terhadap bencana-bencana yang berlaku. Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Kudat atas soalan tambahan tersebut. Sebagai tambahan tadi kepada jawapan saya yang pertama juga, bagi tujuan untuk kesiapsiagaan ini, maka kita telah pun memasang Sistem Amaran Awal ataupun EWS di lokasi-lokasi yang kita anggap berpotensi, hot spot yang mana boleh menyebabkan ada risiko.
Untuk makluman Yang Berhormat, untuk Sabah, negeri Sabah terlebih dahulu, sebanyak empat lokasi EWS telah ditempatkan. Dua daripadanya terletak di Kota Kinabalu iaitu di Sekolah Kebangsaan Kokol, Menggatal dan saya pun dah sampai ke sekolah ini. Saya lihat sendiri sistem ini berfungsi dan keduanya adalah di Kampung Kopungit. Manakala dua lagi lokasi masing-masing berada di Sekolah Menengah Kundasang, Ranau dan kita tahu banyak berlaku risiko bencana dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar.
Jadi, dari segi sistem amaran awal ini, ia nya memberikan, dia panggil sebagai persediaanlah, kesiapsiagaan kita. Dan, untuk khusus berkenaan dengan Kudat, Parlimen Kudat, tadi memang Yang Berhormat sebut bahawa Kudat juga terdedah kepada beberapa risiko bencana, khususnya mungkin dari segi angin dan juga tsunami.
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, di Sabah, sebanyak 26 siren tsunami ditempatkan iaitu termasuk di satu lokasi di Kudat yang berada di Pejabat Imigresen Kudat untuk kita menyokong kesiapsiagaan dan keselamatan penduduk di kawasan yang berisiko. Siren amaran tsunami itu ialah sebahagian daripada sistem amaran awal untuk kita sampaikan maklumat dan amaran kepada orang awam sekiranya berlaku ancaman tsunami.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat juga, sebenarnya di bawah JMG, kita ada satu program yang dinamakan Program Pengurusan Risiko Bencana Geologi Berteraskan Komuniti ataupun CBDRM (Community-Based Disaster Risk Management). Kita latih daripada kalangan pemimpin komuniti.
Jadi, maknanya, kerajaan, agensi-agensi teknikal mainkan peranan, ada amaran, ada tindakan yang diambil, tetapi dia mesti melibatkan komuniti. Dan,
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
CBDRM ini adalah satu sesi contoh di mana kita memperkasakan dan menjadi satu budaya di kalangan komuniti untuk juga membuat persiapan.
Dan, ada contoh success story yang saya rasa bagus untuk saya kongsi Dato’ Yang di-Pertua, di mana kita lihat sebenarnya walaupun ia berlaku kerana sudah ada bencana iaitu contoh success story ini ialah berlaku di Yan, Gunung Jerai ya. Bila berlakunya tragedi aliran puing pada Ogos 2021, maka JMG dengan kerjasama UTM, kita adakan siri tahunan CBDRM tadi, tahun 2022,2023, 2024, 2025 dan sehingga kepada tahun 2026. Maka program ini dah masuk kepada level advance, community led disaster risk reduction yang melibatkan 35 juara *local champion.
So, alhamdulillah*, saya rasa ini contoh...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Tolong ringkaskan jawapan Yang Berhormat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Dan, kita bersedia buat persediaan- persediaan yang lebih rapi pada masa hadapan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Persilakan soalan tambahan seterusnya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, berikutan tanda-tanda amaran banyak berlaku bencana di Malaysia giat berlaku dan juga bencana di Aceh, Nepal dan juga Jepun. Kita percaya PETRA mempunyai data risiko bencana yang lengkap.
Adakah kerajaan mempunyai pengkelasan keutamaan kluster peta bencana bagi skala lokaliti di daerah-daerah terutama di negeri berisiko seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Johor serta Sabah dan mempunyai gabungan inter dan intra agensi data kementerian untuk menentukan keutamaan dalam projek- projek tebatan banjir, itu yang pertama.
Dan yang kedua, kita dapati bahawa sekarang ini banyak pemaju-pemaju membina rumah dan tidak ada keperluan bagi mereka untuk mendedahkan tentang keadaan risiko bencana di tempat terbabit. Apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan makluman seperti yang dapat diketahui oleh rakyat dan membuat undang-undang mandatori bagi memastikan bahawa kawasan berisiko bencana dilarang daripada mempunyai ataupun membina projek selagi tidak dinyahkan daripada kawasan pemetaan risiko bencana?
Dan, saya dapati hari ini dalam beberapa media sosial, amaran-amaran daripada Kerajaan UK dan juga Kerajaan Jepun berikutnya supaya rakyat mereka
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
bersedia. Apakah antara ini berlaku? Dan apakah persediaan kita juga untuk mengharungi suasana yang sama? Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Banyak soalan itu, saya baca tadi hingga lima dalam satu tadi. Yang pertamanya, bukan PETRA, tapi ini NRES ya, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
So, dari kementerian kami ini kita memang melihat dari segi peta, memberikan maklumat-maklumat berkenaan dengan keadaan cerun, geologi. Jadi, itu adalah fungsi kami sebagai kementerian. Tapi, kita memang bekerjasama dengan semua kementerian yang lain termasuk agensi-agensi seperti yang saya sebut tadi dengan NADMA, dengan PBT dan lain-lain.
Jadi, berkenaan dengan soalan pertama Yang Berhormat tadi, adakah pengkelasan peta bencana mengikut daerah? Saya nak jawab secara umum maksudnya dari segi pengkelasan ini kita lakukan ini secara lihat dari segi potensi- potensi hotspot yang bakal berlaku. Tapi, bukan hanya kepada keseluruhan. Kalau kita nak buat secara keseluruhan, kita memerlukan kos yang amat tinggi sebenarnya.
Tapi kita lebih tumpu kepada kawasan-kawasan berpotensi terdedah kepada ancaman, iaitu memang ada sebagaimana saya sebut tadi berdasarkan kepada pengkelasan peta itu, maka kita boleh identify, kita kenal pasti cerun-cerun yang memerlukan Sistem Amaran Awal.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Yang kedua berkenaan dengan inter ultra agensi. Saya rasa memang saya dah sebut juga, kita memang ada technical committee di antara semua agensi-agensi termasuk juga dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Itu juga saluran maklumat yang kita sampaikan kepada mereka.
Berkenaan dengan pemaju PBT, saya rasa itu di luar bidang kuasa kementerian kami. Itu di bawah KPKT, tetapi memang ada juga hubungan dan saling kongsi maklumat di antara kami. Terima kasih, Datuk di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Yusof bin Apdal]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya seperti yang tertera di nombor 14 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Dasar yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 28 Oktober 2026.”
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Saya mohon menyokong.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekarang kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi oleh Menteri hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [26 Oktober 2026]
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Okey. Baiklah. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk menjawab, saya ingin mengingatkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian supaya apabila mencelah, jangan bangkitkan isu-isu baru. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada Menteri fokus menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan semasa berbahas. Menteri hanya ada 45 minit untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan salam Malaysia Madani, salam Segulai Sejalai. Tuan Yang di-Pertua, awal kalam, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Perbekalan 2027 ataupun 2027
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
peringkat dasar yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.
Antara isu utama yang dibangkitkan ialah berkaitan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), Lingkaran Tengah Utara (LTU) dan Lebuhraya Pan Borneo (LPB).
Selebihnya merupakan isu-isu spesifik yang akan cuba saya jawab dalam masa yang diberikan ini. Kementerian Kerja Raya menghargai setiap pertanyaan dari Ahli Yang Berhormat dan pada hemat kami di KKR, ia mencerminkan keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat untuk memastikan infrastruktur awam seperti jalan raya Persekutuan, jambatan dan projek pembangunan awam di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya dapat disediakan demi kesejahteraan rakyat. Namun begitu, sekiranya masa tidak mengizinkan, saya memohon untuk memberikan jawapan secara bertulis Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang diketahui umum, Kementerian Kerja Raya merupakan antara kementerian yang menerima peruntukan kewangan projek pembangunan yang tinggi pada setiap tahun. Bagi tahun 2027, belanja mengurus KKR adalah sebanyak RM1.146 bilion, yakni meningkat sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun ini, 2026. Bagi belanja pembangunan pula, Kementerian Kerja Raya menerima peruntukan sebanyak RM9.736 bilion, iaitu meningkat sebanyak tiga peratus berbanding RM9.607 bilion pada tahun 2026 ini.
Berhubung perkara ini, KKR akan terus memastikan setiap peruntukan yang diberikan diterjemahkan kepada hasil yang dapat dirasai rakyat menerusi pelaksanaan projek yang berkualiti, pemantauan kemajuan projek yang rapi dan berstruktur, serta pengurusan perolehan dan kewangan yang berintegriti. Fokus utama keutamaan KKR ialah memastikan infrastruktur yang dibangunkan atau dinaik taraf selamat digunakan, memenuhi keperluan rakyat, dan memberi nilai terbaik kepada negara.
Justeru, saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan dan kepercayaan untuk meluluskan peruntukan tersebut kepada KKR.
Amanah ini akan digalas dengan penuh rasa tanggungjawab berdasarkan amalan budaya kerja penyampaian perkhidmatan KKR atau KKR Delivery Culture, iaitu Sense of Urgency, Sense of Responsibility, Sense of Accountability, dan Follow-Up and Follow Through.
Tuan Yang di-Pertua, penghayatan budaya kerja ini secara terangkum memecahi tembok silo berkat bakal diperkukuh dengan nilai inovasi bagi
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
menghasilkan produktiviti yang lebih berkualiti, selesa dan selamat. Oleh itu, Kementerian Kerja Raya akan terus membudaya inovasi. Bukan sahaja memperbaiki cara kerja di lapangan, malah memastikan sumber-sumber seperti masa, tenaga manusia, tatakelola, kewangan dan teknologi terkini dapat digemblengkan ke arah menambah nilai keberhasilan produktiviti.
Penghayatan dan penggunaan produk inovasi dan teknologi terkini tidak hanya terhad di KKR sahaja, malah diperluaskan melangkaui hingga perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sektor swasta.
Sebelum saya meneruskan penggulungan pada hari ini, izinkan saya membawa perhatian Ahli Yang Berhormat kepada beberapa inovasi yang dihasilkan oleh Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan agensi-agensi yang berada di bawah Kementerian Kerja Raya seperti berikut.
Yang pertama adalah inovasi sistem Road Accident Management Systems
(RAMS). Sistem ini dibangunkan bagi tujuan menganalisis kawasan lokasi yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan menerusi penggunaan RAMBot. Kini, maklumat yang dihasilkan dalam sistem digunakan oleh PDRM, Kementerian Pengangkutan, PBT, institusi pengajian tinggi tempatan, hinggalah ke peringkat antarabangsa melibatkan kerjasama dengan World Health Organization (WHO) dan Bloomberg Philanthropies.
Kedua, melibatkan inovasi MARIA, iaitu AI Speech Recognition of MYJalan, iaitu teknologi pengecaman suara secara hands-free menerusi aplikasi MYJalan dengan pengintegrasian geographical information system ataupun GIS, yang memudahkan pemilihan dan penetapan lokasi aduan secara lebih tepat.
Inovasi ini menyokong prinsip 'No Wrong Door Policy' di mana aduan kerosakan jalan termasuk yang bukan berada dalam seliaan KKR juga mudah direkodkan untuk disalurkan terus kepada pelbagai agensi yang berkaitan, termasuklah perkhidmatan awam negeri dan PBT.
Yang ketiga, inovasi Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu (MyINFRA) KKR yang kini terus berkembang menjadi platform Single Source of Truth yang digunakan oleh semua kementerian Persekutuan dan pihak kerajaan negeri. Daripada hanya modul pendaftaran dalam MyINFRA 1.0, MyINFRA 2.0 telah memiliki lapan modul yang inklusif serta bakal dilengkapkan kecerdasan buatan ataupun AI dan Building Information Modelling (BIM) dalam fasa pembangunan 3.0.
Seterusnya adalah inovasi Speed Sign Sensor oleh JKR Malaysia.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Inovasi ini telah meraihkan pengiktirafan antarabangsa sebagai juara dalam World Summit on the Information of Society (WSIS) Prizes 2024, tahun 2024 ya.
Anjuran The International Telecommunication Union yang menilai dan mengiktiraf pencapaian global dalam pendigitalan dan menjadi johan dalam International Innovation dan Invention Competition 2025 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi.
Inovasi ini menggunakan radar, kamera AI, IoT dan paparan LED yang berupaya melakukan pengelasan hingga enam jenis kenderaan secara automatik.
Kini 18 unit SSS telah beroperasi merentasi pelbagai negeri dan maklumat yang dikumpul dihubungkan ke platform MyPReSTIJ. Inovasi ini juga telah dipamerkan The World Expo 2025 di Osaka Jepun.
Dalam aspek turapan jalan, inovasi oleh JKR Daerah Bagan Datuk ialah 4MIX ya. 4MIX pula merupakan produk inovasi tampalan jalan kekal, potholes ya, berkonsepkan zero wastage. Produk ini telah digunakan menerusi projek bersama dengan Majlis Perbandaran Teluk Intan. Mendapat kelulusan SIRIM dan pendaftaran paten MyIPO.
Begitu juga dengan inovasi Pavelock Kerb dengan ciri mesra OKU ataupun guidance dot yang dihasilkan oleh JKR Daerah Muara, Muara ya. Inovasi ini memperkenalkan kaedah modular self-lock yang menjimatkan kos pemasangan kerb sehingga tahap 90 peratus dan memendekkan tempoh penyelesaian aduan daripada tujuh hari kepada dua hari sahaja. Inovasi ini telah diperluaskan ke JKR Tangkak, JKR Segamat, pejabat daerah, PBT serta syarikat konsesi serta telah mendapat perlindungan hak cipta MyIPO.
Allocation Team System pula adalah hasil inovasi CIDB Malaysia. Sistem digital pengurusan pendaftaran kontraktor di dalam platform Contractor Information Management System ataupun CIMS. Yang ini telah melonjak kecekapan secara luar biasa, memendekkan masa pendaftaran daripada 11 hari kepada 15 minit sahaja.
Dengan inovasi ini transaksi bulanan pendaftaran di CIDB telah melonjak melebihi 35,000 transaksi secara konsisten.
Dan contoh terakhir Yang di-Pertua, adalah inisiatif oleh Ketua Setiausaha KKR yang telah berjaya mewujudkan 32 makmal BIM di seluruh negara. BIM juga telah digunakan dalam pembangunan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, di mana akibat penggunaan BIM ini sebanyak lebih 3,000 konflik reka bentuk telah dikenal pasti dan justeru menghasilkan penjimatan kos kerajaan sebanyak RM157 juta dan mengelak potensi kelewatan projek hingga 10 tahun.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, dalam mendepani cabaran bagi memacu dan menjayakan projek pembangunan infrastruktur awam, secara umumnya Kementerian Kerja Raya mengenal pasti isu dan cabaran yang sering kali dihadapi.
Dan antaranya seperti yang berikut:
(i) cabaran dalam pengambilan tanah PBT ya, yang melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti tempoh urusan kelulusan yang lama dan isu lot timbul;
(ii) isu pengalihan utiliti dan cabaran berurusan dengan pelbagai syarikat utiliti khasnya dalam usaha Kementerian Kerja Raya membuat kutipan balik ataupun reimbursement dana yang telah dikeluarkan;
(iii) mengenal pasti keupayaan dan prestasi perunding dan pihak kontraktor di tapak; dan
(iv) keadaan cuacalah yang tidak menentu khususnya akibat daripada perubahan iklim yang berlaku pada masa ini.
Berdasarkan isu dan cabaran tersebut, Kementerian Kerja Raya juga telah menyusun pelan tindakan bagi melaksanakan langkah penambahbaikan dan pembaharuan secara merentasi segmen. Antaranya seperti yang berikut:
(i) penelitian semula terhadap akta, peraturan dan dasar supaya bersesuaian dengan keperluan semasa;
(ii) meneliti dan menambah baik tatakelola yang berkuat kuasa dan menyebar luas tatakelola yang telah ditambah baik ke pelbagai peringkat fasa pelaksanaan khasnya pegawai yang bertanggungjawab ke atas projek pembangunan di tapak ataupun di lapangan;
(iii) memperkenal amalan terbaik dan teknologi terkini bagi menambah baik proses pemantauan dan pelaksanaan kerja di lapangan sepertimana yang saya maklumkan sebentar tadi; dan
(iv) membangunkan keupayaan kepimpinan dari kalangan pengurusan tertinggi, pengurusan pertengahan dan kumpulan pelaksana bagi memperkukuh aspek kepimpinan dan kompetensi khususnya pengurusan projek, kontrak dan kewangan serta pelaksanaan pemantauan kerja di tapak atau di lapangan.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Program dilaksanakan secara berstruktur dan menerusi pendekatan hibrid contohnya menerusi Program Mentor Menti, penyertaan dalam Pelan Pembangunan Latihan secara berfasa dan berjadual ataupun Training Roadmap 2.0, penyertaan bakat dalam Program Penempatan Silang ke Sektor Swasta serta program Penilaian Bakat KKR (KKR Talent Assessment Program).
KKR juga memantau dan menilai kemajuan projek serta kesediaan pihak perunding dan kontraktor berteraskan data seperti memantau Site Diary dan Critical Path Method secara berjadual serta dokumen projek yang lain. Mengambil kira juga empat kriteria utama atau 4M ya dalam pengurusan projek seperti yang berikut.
Pertama, manpower atau tenaga manusia dan pekerja. Perkara ini melibatkan aspek kapasiti dan keupayaan tenaga manusia, pekerja yang mencukupi mengikut terma kontrak sesuatu projek.
(i) metodologi atau kaedah iaitu melibatkan kaedah atau teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan projek bermula dari fasa perancangan, pembangunan, penyenggaraan dan fasa pelupusan;
(ii) money ya, duit atau kewangan yang mana melibatkan keupayaan kewangan kontraktor dan pengurusan kewangan semasa projek; dan
(iii) mesin atau jentera yang diperlukan dalam pelaksanaan projek.
Tuan Yang di-Pertua, berbekalkan lebih 10,000 pegawai di pelbagai peringkat pelaksanaan serta menerusi jawatankuasa dan pasukan petugas khas yang ditubuhkan di peringkat kementerian, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia
(CIDB) serta pihak-pihak yang berkepentingan, Kementerian Kerja Raya komited untuk mengorak langkah pembaharuan yang lebih progresif demi keberhasilan produktiviti yang telus dan berkualiti.
Jadi, adaptasi teknologi terkini akan terus diperkemaskan menerusi penggunaan BIM dalam projek yang bernilai 10 juta ke atas. Seperti yang dimaklumkan sebentar tadi, pelaksanaan program ataupun projek berteraskan teknologi akan terus diperhebat pada tahun 2027 nanti selaras dengan pewujudan 32 makmal BIM di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, ini jumlah 32 makmal BIM ini melibatkan 14 makmal BIM di bawah seliaan JKR Malaysia, satu makmal BIM masing-masing yang
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
ditempatkan di JKR Sabah dan JKR Sarawak serta juga sebanyak 16 lagi makmal BIM di bawah seliaan CIDB. Jadi, sebagai ikhtiar yang lebih terangkum dan memudah cara sektor swasta, makmal BIM ini juga boleh digunakan oleh pihak swasta khususnya yang terlibat dengan projek pembangunan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada isu berkaitan LPT3. Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Dungun telah menyentuh mengenai status pelaksanaan projek LPT3.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KKR telah melaksanakan kajian awalan yang mana skop kajian tersebut meliputi aspek aliran trafik, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknikal kejuruteraan bagi tujuan mendapatkan jajaran yang terbaik.
Berdasarkan kajian awalan tersebut, jajaran LPT3 yang telah dipilih adalah bermula di Kampung Gemuroh, Terengganu dan berakhir di Tunjong, Kelantan meliputi sepanjang 122 kilometer. Cadangan jajaran Lebuh Raya LPT3 tersebut bakal menjadi pelengkap kepada rangkaian Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dan Fasa 2 (LPT2) bagi menghubungkan ketiga-tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Berhubung perkara ini, kerajaan telah memutuskan cadangan pelaksanaan LPT3 dilaksanakan secara penswastaan menerusi kaedah kerjasama awam swasta
(PPP), bidaan bersaing atau request for proposal (RFP) yang mana kos pembinaan LPT3 ini ditanggung sepenuhnya oleh pembida yang berjaya nanti.
Penyertaan keperluan Projek LPT3 telah pun...
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
...telah pun dikemukakan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri (UKAS JPM) bagi tujuan penyediaan dokumen RFP dan seterusnya, untuk diangkat kepada pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri. Kini, cadangan ini masih di peringkat penyediaan dokumen RFP oleh UKAS JPM.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Pertamanya, kaedah pembinaan ini disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi satu peratus swasta berbanding dengan kita sebut di Juru– Sungai Dua ia secara hibrid, 60 kerajaan, 40 peratus swasta.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
So, di situ kita boleh pertamanya, projek dapat dipercepatkan dan juga tol mungkin dapat dikawal. Tapi sekiranya LPT3 100 peratus daripada swasta.
Persoalannya ialah mungkin dari segi keuntungan trafik mungkin lambatlah nak dapat ROI.
Oleh itu, kita mencadangkan kenapa tidak dibuat secara hibrid sebagai mana yang dibuat di Juru? Supaya kos nanti ditanggung dua belah pihak. Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, memang begitulah hakikatnya sebab itu telah diputuskan di peringkat awal. Jadi, saya ambil maklum— boleh dikatakan cadangan, pandangan daripada Yang Berhormat, kita tak tahu. Tapi ini perkara besar Yang Berhormat, sebab ia melibatkan dasar berkaitan projek itu dan juga implikasi kewangan.
Saya tak bolehlah nak buat apa-apa jawapan yang boleh dikatakan nanti kalau belum ditetapkan. Tapi saya janji, saya akan bangkit sama ada ini boleh diubah suai.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Itulah Terengganu mohon supaya dapat dipertimbangkan cadangan kita— Menteri lah yang akan cuba untuk berbincang.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sebab ia bukan di peringkat kami sahaja, Yang Berhormat. Ini implikasi kewangan, Kementerian Ekonomi dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini fokus utama Kerajaan MADANI adalah untuk memastikan kelancaran dan penyiapan Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU). Dulu dipanggil Central Spine Road, sekarang LTU dan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK) mengikut jadual.
Penyiapan projek-projek ini amat penting bagi melengkapkan jaringan perhubungan strategik yang bakal memberikan keselesaan perjalanan dan manfaat langsung kepada penduduk, khususnya rakyat di negeri Pantai Timur.
Bagi menjawab pertanyaan YB Gua Musang dan YB Kuala Krai...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, sedikit ya, KBKK tadi.
Saya orang Ketereh ini. Jadi, ramai orang balik kampung dok tanya, “Tak siap-siap lagi fasa daripada Buloh Poh–Kok Lanas?” Terlalu lama.
Jadi, apakah perkembangan terkini dan apakah jangkaan untuk siap? Terlalu lama, Yang Berhormat. Sewaktu saya di Kementerian Ekonomi lagi tengah buat, tak siap-siap sampai ke hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Betul. Terima kasih Yang Berhormat.
Nanti kalau saya ada masa, memang ada penjelasan. Tapi hakikatnya, saya pun dah berapa kali ke kawasan itu dan berjumpa juga dengan kontraktor yang berkaitan.
Dan kita ada langkah-langkah untuk nak menyiapkan, walaupun dah— betullah, banyak dah EOT dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat. Saya teruskan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Silakan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Gua Musang dan Yang Berhormat Kuala Krai berkaitan projek membina Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK) sepanjang 70.4 kilometer. Pakej yang telah siap adalah Jajaran Pasir Hor hingga Kadok. Baki lima pakej lagi sedang dalam pembinaan dan dijangkakan siap pada tahun 2027.
Secara keseluruhan, kemajuan Projek KBKK adalah 78.8 peratus berbanding jadual 78.98 peratus. Dan ini mengambil kira extension of time dan sebagainyalah, Yang Berhormat.
Jadi, oleh kerana saya tak menguruskan masa. Mungkin yang lain ini saya akan secara detail sampaikan kepada Yang Berhormat, jawapan-jawapan.
Saya teruskan, KKR mengambil maklum kelewatan pelaksanaan Projek Lingkaran Tengah Utara (LTU), khususnya di Pakej 3B dan 3C, Yang Berhormat.
Serta isu keselamatan jalan raya di laluan Persekutuan FT08 Gua Musang ke Kota Bharu, Kelantan.
Pelaksanaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di kawasan Gua Musang adalah melibatkan lima subpakej yang merangkumi seksyen 2A, 2B, 2C, 3B, 3C dan 3D. Kerajaan Persekutuan memahami kepentingan Projek LTU dalam meningkatkan kesalinghubungan antara negeri Kelantan dengan negeri-negeri lain, melancarkan pergerakan trafik dan serta menyokong pembangunan ekonomi dan sosial setempat.
Sehubungan dengan itu, kementerian memberikan perhatian serius terhadap usaha mempercepatkan pelaksanaan projek dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan. Sebab itu, kita telah mengambil langkah- langkah untuk menambahbaikkan kawalan ataupun pengurusan projek ini, Yang Berhormat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, pelantikan kontraktor penyiap bagi Pakej 3, seksyen 3B dan 3C adalah di peringkat akhir proses perolehan dan pengeluaran surat setuju terima (SST) disasarkan pada pertengahan bulan November 2026 ini, tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF).
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Pelantikan kontraktor penyiap ini nanti membolehkan kerja-kerja pembinaan disambung semula bagi memastikan baki kerja dapat disiapkan mengikut jadual baharu yang ditetapkan. Jadi, ini sedikit sebanyak lah Yang Berhormat, memperjelaskan isu itu tadi.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung kejadian lubang benam di laluan Persekutuan FT08 berhampiran Taman Rekreasi Kesedar Putra, Gua Musang.
Lokasi ini adalah bawah jajaran Projek LTU Pakej 3B dan Pakej 3C. Susulan kejadian berkenaan, laluan tersebut telah ditutup sepenuhnya kepada pengguna jalan raya serta merta pada tarikh kejadian bagi menjamin keselamatan pengguna. Dan sepanjang tempoh penutupan, laluan alternatif telah disediakan melalui Jalan Pulai ke Bandar Baharu Gua Musang FT2747.
Kementerian Kerja Raya melalui JKR telah mengambil langkah segera dengan memasang jambatan Bailey untuk memastikan laluan tersebut tidak terputus. Kawalan pengurusan trafik sementara turut dilaksanakan melalui pemasangan papan tanda amaran dan penghadang keselamatan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang tempoh kerja dijalankan.
Sehingga tarikh 20 Oktober 2026 ini, kerja pemasangan jambatan Bailey tersebut telah siap dan berbaki kerja-kerja turapan jalan yang mana keseluruhan kerja dijadualkan selesai pada 25 Oktober 2026, hari kelmarin, tertakluk keadaan tapak.
Bagi penyelesaian jangka panjang, sistem pembetungan sedia ada jenis corrugated metal pipe akan digantikan dengan pembetung jenis box culvert, termasuk kerja pembersihan inlet and outlet, pembinaan semula sistem perparitan serta struktur jalan. Penggantian pembetungan kepada box culvert akan mengurangkan risiko kegagalan struktur, meminimumkan kos penyelenggaraan dan menjamin sistem saliran yang lebih selamat dan cekap.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, empat subpakej LTU di jajaran Gua Musang disasarkan siap pada penghujung tahun 2028. Kementerian Kerja Raya melalui JKR akan terus menyelaras dan memantau pelaksanaan setiap subpakej, khususnya dari segi kemajuan fizikal, penyelesaian isu pelaksanaan, pematuhan jadual kerja serta akan memastikan pihak kontraktor mematuhi spesifikasi dan skop kerja yang diluluskan. Tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan pelaksanaan projek dapat diteruskan dengan teratur dan sasaran penyiapan keseluruhan dapat dicapai.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Bagi negeri Kelantan, pelaksanaan LTU adalah melibatkan 10 subpakej yang merangkumi jajaran dari Kuala Krai hingga Gua Musang sepanjang 107.41 kilometer.
Semua subpakej di Kelantan dalam fasa pelaksanaan dan kos keseluruhan adalah sebanyak RM3.08 bilion. Jajaran LTU di negeri Kelantan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2028.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih ke Projek Lebuhraya Pan Borneo. Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Semporna dan Yang Berhormat Sandakan pula menyentuh pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, jajaran Projek LPB Sabah merangkumi jarak sepanjang 706 kilometer yang dipecahkan kepada 35 pakej kerja. Strategi pelaksanaannya dibahagikan kepada dua komponen utama seperti yang berikut: Fasa 1A merangkumi 16 pakej kerja dan Fasa 1B merangkumi 19 pakej kerja.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebanyak empat pakej kerja telah pun siap dan kini dinikmati manfaatnya oleh rakyat Sabah. Baki 31 pakej kerja lagi dijangka dapat disiapkan secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada tahun 2030. Sasaran ini adalah berdasarkan kepada pakej terakhir yang baru ditandatangani pada tahun ini iaitu pakej kerja WP35. Setakat ini, kemajuan fizikal bagi Fasa 1A ialah 89.54 peratus manakala 1B pula ialah 25.53 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, ini saya nak jelaskan. Saya turut menarik makluman Yang Berhormat kepada wujud perbezaan antara peratusan kemajuan Fasa 1A dan Fasa 1B. Ini harus difahami. Antara faktornya adalah kerana penyerahan surat setuju terima kepada semua pakej Fasa 1B dikeluarkan pada hujung tahun 2024 dan kerja- kerja di tapak hanya bermula dalam tempoh setahun lebih ini. Pun begitu, kami berbangga dengan kemajuan peratusan Fasa 1B ini yang berada di tahap progress yang baik.
Projek LPB Sabah ini bakal menyediakan infrastruktur jalan raya yang lebih baik yang dapat meningkatkan mobiliti rakyat, menangani kos logistik dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri. Ini perlu difahami sebab saya telah membaca komen banyak yang rangkum sekali mengatakan, “Mengapa hanya 25 peratus?”. Dua puluh lima peratus itu untuk 1B. Yang Berhormat Kota Belud, ingat ya. Dia bagikan 1A memang dia bermula jauh lebih awal. 1B baru bermula dalam setahun ini ya. Sebab itu prestasi pencapaian, kita berbangga kerana 25 peratus sudah. Itu pun walaupun kita menempuhi masalah-masalah kekangan-kekangan di lapangan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
[Bangun]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Please-lah, jangan kita campurkan sebab ia jauh beza dia, permulaan 1A dan juga 1B ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut menarik makluman Yang Berhormat kepada wujud perbezaan antara peratusan kemajuan Fasa 1A dan 1B sepertimana yang telah saya sebut. Saya ulangi. Antara faktornya adalah kerana penyerahan surat SST kepada semua pakej 1B dikeluarkan pada hujung tahun 2024 dan kerja-kerja di tapak hanya bermula setahun ini.
Jadi...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya?
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Libaran, Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Eh! Mana? Belakang. Sila.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menyentuh soal Laporan Audit Negara yang mengatakan bahawa daripada 35, sebanyak 31 yang belum selesai. Tetapi, perbelanjaan yang telah dibelanjakan hampir RM10.547 bilion yang telah dibelanjakan daripada RM11.153 bilion yang telah diterima.
Saya ingin mendapatkan jaminan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah perkara ini akan berterusan ataupun tidak berulang kelewatan yang berterusan?
Maksudnya, sampai jangka ke tahun 2030 itu rakyat Sabah menikmati Pan Borneo ini secara lebih baik daripada yang paling baik. Sekian, terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran.
Kami sedar keadaan begitu sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat.
Tapi, isu ini isu besar. Biarlah di peringkat kami kementerian yang sebagai kementerian pelaksana, agensi pelaksana JKR, kami buat kerja apa yang diletak di bawah kamilah. Yang kewangan-kewangan itu, kerajaan akan melihat bagaimana.
Bukan hanya melihat, saya percayalah kerajaan akan buat apa yang sepatutnya akan buat untuk menyediakan kewangan untuk menyiapkan projek yang sangat penting ini.
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana dah diumumkan dalam ucapan sebentar tadi, kelancaran pelaksanaan projek ini juga dipengaruhi oleh faktor-faktor antaranya seperti berikut. Ini walaupun disebut selalu, diulangi, tapi inilah hakikatnya ya. Saya ingat adalah yang kata dah bosan dah dengar yang sama. Tapi, that is the facts and
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
that is the truth. Jadi, saya sebut juga ya. Antaranya, cabaran dalam pengambilan balik tanah PBT, isu pengalihan utiliti dan kapasiti keupayaan dan prestasi kontraktor di tapak.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
[Bangun]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sentuh sedikit berkenaan perkara-perkara yang agak mustahak untuk saya sampaikan di sini iaitu berkenaan langkah-langkah proaktif oleh Kementerian Kerja Raya...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Kota Belud hendak bertanya itu.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
...Teliti, perhalusi serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi kelewatan LPB ini khususnya bagi pakej Fasa 1A di Sabah. Perkara-perkara ini juga...
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
YB Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kota Belud.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tunggu dulu. Perkara-perkara ini juga terangkum dalam menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara yang lalu, baru-baru ini. Okey.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya cuma ingin clarify-kan di sini yang saya tidak ada sebut Pan Borneo dalam perbahasan belanjawan saya baru ini. Cuma di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Dan cuma, saya pun tidak pasti di mana 25 peratus itu. Sebab, saya sebutkan 11.4 peratus itu berdasarkan daripada Laporan Ketua Audit Negara. Itu sahaja, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Yang Berhormat, bukan maksud saya Yang Berhormat sebut semua itu. Saya hendak supaya Yang Berhormat faham.
Orang lain sebut 25 peratus itu. Jadi, memang betul, Yang Berhormat tak sentuh dalam perbahasan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya tak sebut. Ya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tapi, Yang Berhormat bersemangat sungguh― bagus― dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Laporan Ketua Audit Negara. Saya...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Dan mengambil peluang, Yang di-Pertua, untuk menjelaskan isu ini ya. Sekian, terima kasih kepada Kota Belud. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan projek mega dan berimpak tinggi seperti ini dapat diurus dengan baik dan disiapkan mengikut perancangan, pelbagai langkah mitigasi telah dan sedang diambil di peringkat kami seperti yang berikut.
Pemantauan berkala menerusi jawatankuasa pemandu dan pasukan petugas khas. Prestasi perunding dan kontraktor dipantau dan diteliti berdasarkan data secara intensif serta isu kelewatan projek ditangani secara berstruktur dan lebih telus.
Kedua iaitu pelaksanaan sesi libat urus (SLU) antara agensi di mana KKR mengadakan perbincangan secara berkala dengan pelbagai agensi awam yang terlibat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sesi ini bukan sahaja diadakan di peringkat Sabah, malah melibatkan SLU dengan pengurusan tertinggi syarikat utiliti seperti Telekom Malaysia, TNB dan syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi, contohnya CelcomDigi dan Maxis.
Dan juga Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pelaksanaan Program Turun Padang (TURPA) kami panggil iaitu melibatkan pengurusan tertinggi kementerian ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan memantau kesinambungan pelaksanaan projek LPB secara dekat, khususnya memastikan isu berbangkit di lapangan segera diselesaikan, bukannya hanya meneliti kemajuan berdasarkan laporan bertulis sahaja.
Dan saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, selalu turun bersama juga dengan Timbalan saya, Timbalan Menteri dan KSU dan semua di peringkat kementerian selalu turun padang untuk memantau keadaan kemajuan semasa, melihat sebarang kekurangan di sana dan memimpin beberapa mesyuarat agar pemantauan rapi serta pelaksanaan seterusnya dapat digerakkan dengan baik. Dan juga Tuan Yang di- Pertua, kami ada tindakan serius diambil terhadap kontraktor bermasalah yang meliputi amaran keras dan tindakan penamatan kontrak selaras dengan terma kontrak yang berkuat kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, pakej kerja WP24, WP25 dan WP26 merupakan sebahagian daripada Fasa 1B dengan status kemajuan fizikal seperti yang berikut.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
WP24 iaitu dari Sungai Takala ke Kampung Perpaduan Datuk Moh. Status kemajuannya adalah 18.48 peratus. WP25, Work Package 25 dari Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau, status kemajuannya adalah 20.68 peratus. Dan WP26, dari Sukau ke Kampung Lot M dengan status kemajuan fizikal sebanyak 9.52 peratus. Ketiga-tiga pakej kerja ini berada dalam Fasa 1B seperti yang saya jelaskan sebelum ini. Progress-nya berjalan dengan lancar dan dijangkakan dapat disiapkan pada awal tahun 2030.
Tuan Yang di-Pertua, Projek LPB Sabah lagi. Pelaksanaan Projek LPB Sabah diuruskan berdasarkan garis masa dan jadual kerja terperinci yang ditetapkan. Dalam hal ini, kerajaan tidak memandang entenglah terhadap sebarang kelemahan yang berlaku di peringkat pelaksanaan. KKR menerusi JKR Sabah sebagai agensi pelaksana telah melaksanakan langkah intervensi termasuklah menggerakkan pelan pemulihan ataupun recovery plan terhadap pihak kontraktor yang terlibat.
Kini, pemantauan secara mingguan dilaksanakan di tapak bagi tujuan memastikan skop kerja dipulihkan untuk menjadikan ia teratur dan berada atas landasan yang betul. Pelbagai inisiatif segera juga telah dilaksanakan, misalnya Kementerian Kerja Raya telah mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan bagi urusan pelantikan jurunilai firma berlesen swasta bagi mempercepatkan skop kerja pengambilan balik tanah Projek LPB Sabah Fasa 1B dan hasil tindakan segera ini peratusan kawasan bebas halangan untuk kerja pembinaan telah mencapai hampir 80 peratus. Dan skop kerja peralihan dan pemasangan tiang-tiang utiliti di tapak juga dipercepatkan hasil intervensi daripada Ibu Pejabat KKR dan langkah ini berjaya meningkatkan lagi status prestasi Projek LPB Sabah Fasa 1B ini.
Menjawab isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beaufort. Status kemajuan fizikal bagi kedua pakej kerja tersebut adalah seperti yang berikut. WP01 dari Sindumin ke Melalia, sepanjang 28.5 kilometer telah mencapai prestasi 90.01 peratus dan WP02 dari Melalia ke Beaufort sepanjang 34.7 kilometer yang pula mencapai 63.85 peratus. Kedua-dua pakej ini mengalami kelewatan berbanding jadual asal disebabkan oleh beberapa faktor luar jangka dan kekangan teknikal kejuruteraan.
Tuan Yang di-Pertua, WP01 dan WP02 ini adalah antara pakej kerja yang terlibat dalam penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang kedua tahun 2026 ini, baru-barunya dibentang di Dewan yang mulia ini juga. Faktor penyebab
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
kelewatan ini adalah pertikaian antara pihak kontraktor dengan kerajaan berhubung kadar harga yang tidak dipersetujui oleh pihak kontraktor.
Misalnya WP02, walaupun keputusan timbang tara telah dimuktamadkan dan menolak permohonan pihak kontraktor, pelaksanaan kerja masih lagi tertangguh berikutan isu teknikal berkaitan kaedah kerja serta aspek keselamatan di tapak.
Sehubungan itu, isu pertikaian ini telah dibawa ke Mesyuarat Pre-Council Problem Solving Governance (PSG) ya di peringkat JKR Sabah pada 22 April 2026 dan 5 Mei 2026.
Seterusnya, keputusan ini diperakukan ke Mesyuarat Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP) di peringkat Kementerian Kerja Raya pada 8 Jun 2026 dan dalam mesyuarat CCP telah— bersetuju agar penilaian semula kadar harga dilaksanakan, item kerja yang merupakan sebahagian daripada tuntutan dalam prosiding timbang tara ataupun arbitration item perlu mengikut harga yang telah diputuskan oleh penimbang tara ataupun arbitrator dalam prosiding timbang tara tersebut dan penilaian semula harga perlulah dibuat berdasarkan kepada syarat- syarat kontrak.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, masa tengok dah tinggal tiga minit lagi nak rehat. Saya dalam ucapan perbahasan saya, saya ada membangkitkan tentang cadangan pembinaan lebuh raya dalam Kedah Selatan daripada Changkat Jering ataupun Bandar Baharu ke Sungai Petani. Saya menunggu jawapan yang— sebab beberapa kali dah benda ini dibangkitkan dalam Dewan ini.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya cuma nak tahu apakah status cadangan pembinaan ini?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Bangun]
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang keduanya, saya ada juga membangkitkan tentang FT136 dan juga FT169 dari Lunas ke Padang Serai daripada Kulim Hi-Tech ke Sungai Kob. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Yang Berhormat Menteri, Kinabatangan sedikit boleh? Belakang.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dah banyak dah jawab itu.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Ya, saya ada bangkitkan juga berkenaan penyelenggaraan jalan, terutama Jalan-jalan Persekutuan di Sabah yang mana keadaannya sungguh tidak masuk akal.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Justeru itu, kalau boleh Menteri memberikan sedikit penjelasan kenapa begitu sekian lama menunggu penyelenggaraan tersebut masih tidak dapat dilaksanakan? Terima kasih.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat Menteri, Kuala Pilah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebelah sana saja.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Boleh lah, boleh lah. Okey, Pilah jawab dulu.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang cukup baiklah.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Soalan Kuala Pilah ialah dalam perbahasan tempoh hari, Kuala Pilah ada membangkitkan projek yang telah diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri semasa menjawab di peringkat Jawatankuasa dalam bajet tahun lepas iaitu jalan di antara Tanjung Ipoh ke Beting yang berjumlah kosnya RM187 juta.
Ini diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri dan Kuala Pilah bersama juga dengan sahabat saya daripada Jempol, mungkin kalau kita nak minta projek ataupun jalan yang melibatkan Seremban, Kuala Pilah dan Serting itu saya pun tidak tahu bila kerana ia melibatkan inisiatif swasta. Jadi, saya ingin bertanyalah tentang status, tentang peruntukan yang telah diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri ini iaitu sebanyak RM187 juta melibatkan jalan di antara Tanjung Ipoh ke Beting. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sabak Bernam.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Saya bangkitkan dalam perbahasan saya tempoh hari berkaitan dengan isu kecurian kabel melibatkan infrastruktur dan dalam konteks ini, kabel lampu-lampu jalan. Jadi, kami ini jalan keluar masuk di Putrajaya ini, isunya berlarutan sekian lama. FT29 dan FT30.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Maka, saya hantarkan surat cadangan kepada pihak kementerian dan juga Kementerian Ekonomi untuk melihat penggunaan lampu solar LED. Jadi, tak timbullah isu kecurian kabel lagi. Kalau tidak, perkara ini berlarutan. Sekejap ada lampu, sekejap tak ada lampu. Mohon Yang Berhormat Menteri bagi keutamaan.
Terima kasih.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sabak Bernam. Baik, Sabak Bernam.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya ada bangkitkan beberapa keperluan yang mendesak iaitu perhubungan yang strategik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Satu, jalan Keruak ke Chuchoh Puteri. Fasa 1 FELDA Keruak menyambung Jalan T05 ke Jalan D227 di sempadan Terengganu–Kelantan. Jalan baharu Sekolah Kebangsaan Chong Hwa FT03 ke Kampung Raja FT48, iaitu jaringan kritikal bagi melancarkan trafik menghubungkan penduduk dan pengguna jalan raya persimpangan utama. Yang satu lagi adalah naik taraf Jalan FT65, iaitu Taman Ilmu.
Menaik taraf jalan daripada Asrama Taman Ilmu sehingga ke kawasan Masjid Taman Ilmu. Saya pohon...
[Tidak jelas]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Ringkaskan Yang Berhormat kerana masa kita sudah tamat.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ya. Saya ada bangkitkan dalam perbahasan lepas, isu Jalan FT005 dan B55. Saya mohon jawapan bertulis. Yang penting, lulus.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Masa sudah tamat ya.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja. Bagilah laluan sedikit, Yang di-Pertua ya.
Saya bangkitkan FT12, Lebuhraya Tun Abdul Razak, dari simpang Gambang ke Segamat. Jadi, jalan ini namanya lebuh raya, Yang Berhormat Menteri, tapi tak serupa lebuh raya. Jadi, saya— pewartaan itu lebuh raya. Jadi, mohon disegerakan laluan empat lorong di lebuh raya ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, memang masa...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Yang Berhormat Menteri memerlukan masa lagi ataupun— kerana masa kita sudah tamat...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, beginilah. Saya nak— okey, buat penutupan. Penutuplah ya?
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Gulungkan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sebab memang banyak saya pujilah pegawai-pegawai kita semua yang dibangkitkan, kita dah betul-betul bagus penjelasan tapi memang saya hanya berdaya untuk hantar secara bertulis. Apa yang beberapa rakan Ahli Yang Berhormat yang diberi peluang tadi untuk bangkit semula atau buat cadangan yang lain, kami ambil maklum. Pegawai di belakang, kami juga akan hantar penjelasan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat semua secara bertulis juga ya sebab kita dah tidak berkesempatan untuk menjawab. Baik.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah, gulung Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, terima kasih. Jadi, baiklah Yang Berhormat, bagi saya dua minit lagilah? Tiga minit.
Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, jadi sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Perbekalan 2027 peringkat dasar yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kami di Kementerian Kerja Raya dan sudah tentulah dengan kekangan masa ini, sukarlah untuk saya menjawab kesemua pertanyaan tersebut secara terperinci. Ini dah berapa kali begini dah, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Mungkin masa akan datang, bagi kita dua jam lah baru kita adil kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Setuju, Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tak apa, ini bukan gurau ya. Mungkin boleh dipertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bukan sahaja didengari malah tindakan susulan yang sewajarnya akan dilakukan tertakluk kepada perancangan dan peruntukan yang tersedia di kami— di kementerian.
Jadi, melalui belanjawan pada kali ini, KKR telah mendapat peruntukan yang saya kira sangat baik, khususnya bagi maksud tadbir urus KKR dan agensinya serta peruntukan bagi projek pembangunan dan kerja-kerja penyenggaraan.
Berdasarkan isu dan cabaran serta langkah intervensi dan mitigasi yang telah dan sedang dilaksanakan, kami di Kementerian Kerja Raya yakinlah pelaksanaan strategi dan inisiatif yang telah dirancang dan dalam pelaksanaan akan dapat
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
diteruskan dengan telus, teratur dan berkesan dan juga dalam kita untuk meningkatkan keberkesanan, kecekapan kementerian menangani masalah-masalah yang kita telah dengar selama ini, mengapa projek-projek ini lewat dan sebagainya.
We have not been just sitting down. He have been proactive, Tuan Yang di-Pertua, saya nak tegaskan di sini, ya.
Dengan ini, sekian sahajalah ucapan penggulungan saya yang menyentuh Kementerian Kerja Raya dan segala teguran dan cadangan akan diambil perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Baiklah, terima kasih kepada Menteri Kerja Raya. Saya ingin mengingatkan kepada Menteri supaya mana- mana soalan yang tak sempat dijawab, tolong jawab secara bertulis. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Allah Taala berfirman dalam Quranul Karim, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa kepada Aku kata Allah, nescaya akan aku limpahkan keberkatan dari pintu langit bumi”. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Ahli Parlimen Tambun atas pembentangan Belanjawan 2027 dengan tema Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi. KDN diperuntukkan RM21.98 bilion, peningkatan
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
RM799.76 juta berbanding belanjawan tahun lepas. Peruntukan mengurus RM18.02 bilion, manakala peruntukan pembangunan ialah RM3.96 bilion.
PDRM dalam banyak-banyak agensi di bawah KDN kekal menerima peruntukan terbesar RM12.49 bilion atau 61 peratus daripada keseluruhan peruntukan KDN. Hal ini tidak sukar kita fahami kerana fungsi teras KDN adalah memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga, memperkukuh keselamatan sempadan dan pintu masuk antarabangsa negara, menangani jenayah siber dan seksual, memelihara kebajikan anggota penguatkuasaan KDN dan inilah sebenarnya yang mewajarkan peruntukan sebesar RM21.98 bilion.
Tan Sri Yang di-Pertua, lonjakan yang tertinggi diterima oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan. Tahun lepas RM20 juta, tahun depan RM490 juta. Ini lonjakan saujana, membuktikan perhatian yang serius diberikan kepada agensi bongsu dalam KDN bagi tujuan mengawasi pintu masuk negara.
Peruntukan yang diberikan kepada kementerian sebetulnya merangkumi beberapa inisiatif. Pertama, jenayah siber dan seksual. Kedua, pengukuhan kawalan sempadan dan pintu masuk. Ketiga, peningkatan keupayaan aset dan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia dan badan beruniform KDN. Keempat, pembinaan dan naik taraf fasiliti baru. Kelima, inisiatif pendigitalan baharu, pendigitalan negara. Keenam, kebajikan anggota. Ketujuh, program rawatan dan pemulihan khususnya institusi penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan dan yang kelapan, menjamin hak asasi.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya harus setulusnya merakamkan penghargaan terima kasih. Seramai 35 Ahli-ahli Yang Berhormat aktif mengambil bahagian ketika perbahasan di peringkat dasar yang menyentuh mengenai Kementerian Dalam Negeri. Lebih khusus, 45 isu telah rakan-rakan Yang Berhormat bangkitkan dan kita himpunkan di bawah lima kluster. Keselamatan dan ketenteraman awam, keimigresenan, kewarganegaraan dan pendaftaran, kebajikan anggota dan pembangunan fasiliti.
Saya ucap terima kasih Padang Besar yang ingin tahu setakat mana Agensi Penguatkuasaan Sempadan yang ada sekarang mampu mengesan dan mengekang penyeludupan yang semakin canggih. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, keupayaan teknologi pengesanan di pintu masuk negara pada masa ini, saya simpulkan sebagai masih berupaya menyokong usaha mengesan dan mengekang aktiviti penyeludupan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri akui bahawa perkembangan teknologi sedang pantas berlaku. Modus operandi sindiket penyeludupan juga sering berubah, maka walaupun kita yakin teknologi semasa berupaya tapi kita tidak pernah puas hati. Kita tetap akan melakukan anjakan kepada meningkatkan keupayaan pemeriksaan dan pengesanan yang sentiasa mengguna pakai teknologi baru.
Pada masa ini, peralatan dan teknologi pemeriksaan pintu masuk masih bergantung di bawah kawalan agensi teras masing-masing. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan mengoptimumkan penggunaan teknologi tersebut melalui diselaraskan operasi pemeriksaan berasaskan risiko, maklumat risikan serta kepakaran pegawai penguat kuasa. Dan keberkesanannya terbukti walaupun AKPS ini agensi bongsu, baru beroperasi, namun AKPS telah membuktikan kejayaan luar biasa. Nilai rampasan yang berjaya diselamatkan daripada ketirisan hasil negara sehingga Oktober tahun ini RM322.74 juta dan ini merupakan lonjakan empat kali lipat berbanding tahun lalu.
AKPS jelas telah membuktikan wibawanya. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga nak ucapkan terima kasih perkara yang dibangkitkan oleh rakan saya dari Kepong.
Berdasarkan rekod Pusat Respons Penipuan Kebangsaan, singkatannya NSCR...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh kalau sebelum tukar topik. Boleh? Tentang penyeludupan tadi.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya silakan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya ada sentuh berkaitan dengan penyeludupan. Tadi Menteri cakap berkaitan sempadan. Sekarang ini kita tengok trend penyeludupan dadah melalui sempadan kita. Jadi ini merupakan satu trend, hampir setiap hari lapangan terbang ini ada je cerita yang ditangkap di luar negara. Akhir sekali yang terkini kapal lah pula. Sebelum itu kapal terbang di Laos.
Jadi, apakah keadaannya di sempadan keluar khususnya. Apakah tak cukup teknologi ataupun apakah pendekatan yang telah disusun oleh kerajaan untuk menangani isu ini? Kerana ini melibatkan imej Malaysia ya, dilihat sebagai negara— menjadi sama ada transit ataupun pengeluar pada dadah-dadah ini. Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih rakan saya...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tumpat minta sedikit, isu sama.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya respons yang ini, nanti saya bagi peluang kepada Tumpat. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Putrajaya.
Insiden kebelakangan ini yang mendapat liputan luas media tidak syak lagi memberikan wajah hodoh kepada nama baik negara. Penangkapan co-pilot MAS di Jakarta, penangkapan dua penumpang biasa di Surabaya.
Kemudian terbaru sekali, kapal. Sebelum itu pesawat dari Subang milik rakyat Malaysia tapi terbangnya kosong ke Laos. Dadah itu sebenarnya dipunggah dari Laos, naik pesawat itu. Pesawat dari Malaysia kosong tak ada dadah, pesawat itu disewa sahaja. Destinasi akhir Manila. Tapi apa pun, apakah langkahnya Yang Berhormat ingin tahu.
Yang pertama, kerjasama PTP – police-to-police kita pertingkatkan dan pihak polis Indonesia (Polri) dia benarkan kita dapat akses dengan izin, dengan orang yang tertangkap. Hasilnya kita tangkap enam orang anggota sindiket. Dari Thailand, dari Vietnam dia masuk sahaja ke Malaysia, kita tangkap.
Baik, yang kedua adalah di Laos baru ini. Kita pun pantas menghubungi pihak Laos. Yang terbaru, kapal. Kapal itu telah melalui beberapa proses jual beli peralihan tangan beberapa kali lah sebenarnya dan yang ditahan di perairan Indonesia sebelah Andaman. Baiknya kerana hubungan PTP dan kerjasama ASEAN itu mantap. Jadi, kita boleh leverage di atas kerjasama itu bagi memudahkan kita mematahkan sindiket penyeludupan. Malaysia, bukannya— Malaysia ini kena kedudukannya yang unik dia menjadi hab. Dia bukan jadi pengeluar. 80 peratus daripada bekalan dadah masuk ini adalah daripada luar, 20 peratus itu dari makmal yang di kilang dalam negara.
Tapi keupayaan Bahagian Narkotik Bukit Aman tahun ini sahaja setakat September, kita berjaya melumpuhkan makmal dadah ini bernilai RM5 bilion setakat bulan September ini sahaja. Itu yang dalam. Tapi itu cuma membekalkan 20. Yang 80 tadi adalah daripada luar kerana sempadan darat laut kita 4,000 kilometer.
Kawasan maritim kita 600,000 kilometer square. Jadi, kita sedar tentang ancaman itu. Kerana itu kerjasama di antara negara kerana jenayah ini dia jenayah penyeludupan dia tak kenal sempadan. Itu antara langkah yang kita ambil, Dato' Yang di-Pertua.
Tumpat tadi, silakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sehubungan dengan pintu masuk sempadan, saya berada di Tumpat. Di Pengkalan Kubor itu pintu sempadannya di IQS itu sangatlah uzur. Jadi, kalau RM490 juta itu, adakah ia membekalkan juga mesin untuk pengimbas bagi melihat kemasukan daripada feri- feri ataupun daripada kapal ataupun pengangkutan yang dilalui oleh rakyat yang nak masuk ke Pengkalan Kubor.
Saya rasa sekarang ini, dahulu sebelum ini ada banyak jeti tapi jeti haram telah pun dibuang. Jadi, kebanyakannya akan lalu ikut situ. Jadi, adakah pihak kementerian akan memberikan keutamaan kepada Pengkalan Kubor kerana hari ini bukan sahaja menjadi pintu masuk untuk barang tetapi juga untuk PATI-PATI juga mereka masuk sekali melalui pintu tersebut? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih sahabat saya dari Tumpat. Kerana penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan adalah penubuhan yang terbaru dalam KDN dan khusus untuk sempadan, maka sekarang fasanya adalah pengisian perjawatan dahulu. Sebab itu daripada RM20 juta tahun lepas, RM490 juta ke depan. Kita rekrut juga bekas-bekas tentera di samping pengambilan baharu dan juga kita ambil pengambilan daripada agensi sedia ada, imigresen, kastam dan sebagainya. Itu fasanya.
Fasa berikutnya nanti adalah fasa untuk penambahan aset, termasuk menggunakan teknologi dan inovasi baharu sebab kawalan sempadan tak boleh lagi gaya lama sebab jenayah makin kompleks. Jadi, saya boleh respons begini kepada Tumpat. Tumpat, Pengkalan Kubor dan sebagainya, Rantau Panjang, Golok adalah termasuk dalam pintu masuk antarabangsa dengan negara jiran kita. Ini tak termasuk jalan tikus.
Kerana itu AKPS dalam fasa kedua nanti melengkapkan semua kemudahan teknologi adalah ke arah melengkapkan kesemua, termasuklah peralatan pemeriksaan pintu masuk yang munasabah sesuai dengan fungsi mereka mengawal keselamatan sempadan. Tumpat tidak terkecuali daripada radar penyusunan kami di bawah tugas AKPS.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang Berhormat Menteri, sedikit, sedikit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dato' Yang di-Pertua, saya sambung dahulu, nanti saya bagi peluang kepada Padang Terap. Baik, Kepong ada membangkitkan tentang Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Response Centre). Yang ini ekoran daripada keputusan kita buat sekarang sepenuhnya di bawah Polis Diraja Malaysia. Pusatnya adalah di Cyberjaya. Tambun berikan kita RM20 juta dahulu di bawah Bank Negara. Sekarang Bank Negara satu daripada agensi penting di samping MCMC dan segala macam.
Baik, setakat— saya nak sebut ya. Daripada 12 Oktober 2022 hingga September 2026, RM14.3 juta telah berjaya dipulang kepada mangsa penipuan.
Mereka yang ditipu, mereka mengadu kepada pusat ini, kita pun stop layering account jangan sampai hilang. Jadi, dalam tempoh yang saya sebutkan tadi RM14.3 juta telah berjaya diselamatkan. Tapi yang kita tanda untuk kita sekat, kita earmark dengan izin, RM100.93 juta. Itu kita mark. Dia ada proses lagi. Jadi, apakah kita berpuas hati? Jawapannya, tidak sebab kerugian bagi penipuan atas talian ini Dato' Yang di-Pertua, besar.
Saya baru balik daripada ASEAN Ministers’ Meeting di Manila. UNODC – Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai dadah. Dia laporkan dalam laporan dia dengan izin, an interconnected criminal ecosystem transnational organized crime trade assessment for South East Asia. Dia kata negara-negara Asia Timur termasuk China kerugian akibat jenayah siber ini adalah USD80 bilion.
Asia Tenggara sahaja USD20 bilion, besar tapi kalau kita tengok yang angka kita YB Menteri Wanita, dia dalam Jawatankuasa Majlis Sosial Negara. Dalam mesyuarat yang lepas dilaporkan sekitar 1.5 bilion, 1.7 bilion kerugian terkumpul akibat jenayah di Malaysia. Tapi kalau kita tengok, Asia Tenggara itu 20 bilion. Itu bukan bermaksud kecil ataupun tidak serius, sebenarnya serius. Cuma yang dilaporkan kepada NSRC.
Sebab itu saya ambil peluang ini pertama, nak menyeru kepada rakyat Malaysia. Pertama, kalau boleh tidak sampai terjebak. Tapi kalau terjebak juga hubungi talian NSRC 997 dengan segera sebab langkah cepat itu boleh memudahkan untuk pihak berkuasa polis bagi menyekat layer dari segi sistem perbankan. Kemudian, semak dahulu dengan Semak Mule 2.0. Kita dah hebahkan dan ada 285,000 nombor telefon telah disemak oleh orang awam sebelum melakukan transaksi telah kita rekodkan. Panggilan yang masuk itu sekarang kita boleh tengok ada satu alert system suspected sebagai scammer. Itu adalah antara ikhtiar kita. Jadi, NSRC terus melakukan tugas dengan baik. Kayu ukurnya adalah berapa wang rakyat yang menjadi mangsa berjaya kita kembalikan.
Baik, dalam menangani ancaman sindiket penipuan ini, polis terus mempergiatkan risikan dan operasi. Bagi tempoh 2024 hingga September 2026 –
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
968 serbuan, 7,262 tangkapan telah direkodkan dan hasil penelitian lanjut mendapati bahawa 2,912 individu yang ditangkap bagi tempoh tersebut ada rekod pernah bekerja atau berada di Kemboja. Ini unik, data unik. Kita tangkap 7,262— 2,900 daripadanya bila kita profilkan, pernah bekerja atau berada di Cambodia. Cambodia memang terkenal lah sebagai lokasi ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, maklumat ini tentunya membantu memperkukuhkan risikan dan pemantauan terhadap pergerakan sindiket rentas sempadan. Jadi, kerjasama antarabangsa kita melalui INTERPOL, ASEANAPOL dan saluran police-to-police kita pertingkatkan. Sebab itu KDN sentiasa bila diundang menyertai forum ataupun seminar atau pertemuan antarabangsa, kami selalu manfaatkan sebab itu peluang untuk kita bertukar dan mempelajari amalan baik atau good practices bagi negara- negara lain.
Baik. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih rakan saya Kota Melaka. Kota Melaka, ini tentang apakah kaedah yang diambil oleh PDRM dalam membanteras sindiket jenayah terancang yang menjadikan Malaysia sebagai pangkalan pusat operasi? Saya katakan bahawa Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia, antara persiapan kita atau langkah kita ambil untuk mitigate isu ini adalah kita giatkan risikan, operasi dan serbuan terhadap premis yang kita kenal pasti sebagai scam calling center. Itu yang pertama.
Yang kedua, kita tidak hanya sasarkan operator tapi keseluruhan struktur operasi sindiket. Bagi tahun 2023 hingga Ogos 2026, tangkapan calling center melibatkan 36 dalang atau mastermind, 74 pengurus, 165 penyelia, 118 individu bahagian kewangan yang mengurus mule account, 18 individu bahagian komunikasi, 132 pengatur cara IT (programmer), 8,500 operator dan 157 pekerja am. Pendekatan ini bertujuan memutuskan rantaian arahan, teknikal, komunikasi dan kewangan yang membolehkan sindiket beroperasi dari dalam negara.
Ketiga, kita perkukuhkan tindakan penguatkuasaan secara lebih meluas terhadap jenayah penipuan dalam talian. Bagi tempoh 2023 hingga Ogos 2026, polis telah melaksanakan 61,363 operasi. Jumlah tangkapan, 18,393 pada 2023, 12,278 pada 2024, 23,753, 2025 dan 16,740 bagi Januari hingga Ogos 2026. Tan Sri Yang di-Pertua, demikianlah magnitude yang memberi gambaran tentang seriusnya jenayah bentuk baru ini.
Dan yang keempat, kita kukuhkan pengesanan dan pemutusan aliran kewangan sindiket melalui NSRC. Dan bagi tempoh 12 Oktober 2022 hingga Ogos
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
2026, 997 ini merekodkan 468,675 panggilan dengan jumlah kerugian direkodkan RM1.2 bilion. Hampir 500,000 panggilan daripada Oktober 2022 hingga Ogos 2026.
Dan angka ini terus menunjukkan graf peningkatan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya teruskan kepada soalan yang dibangkitkan oleh rakan saya dari Hulu Selangor. Hulu Selangor ingin tahu tentang statistik tangkapan majikan yang bagi kerja pada— perlindungan pada warga asing. Saya nak maklumkan di sini bahawa 2025 hingga 30 September 2026, Jabatan Imigresen telah menahan 3,161 majikan yang disyaki menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin di bawah seksyen 55B dan seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen. Jika disabitkan, mereka boleh didenda tidak kurang RM10,000, tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Baik, itu di bawah seksyen 55B.
Seksyen 56D pula, dia kata, boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000, tidak lebih RM50,000 bagi setiap orang yang dilindungi. Dan sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa pesalah pada masa yang sama telah melindungi lebih lima orang, pesalah hendaklah dipenjarakan tidak kurang enam bulan, tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak lebih enam kali. Jadi, kita ambil peringatan di sini.
Sementara kita bercakap tentang masalah pelarian, pendatang asing, pekerja asing tanpa izin, kita juga harus mengingatkan bawah di sana juga ada keterlibatan pihak majikan yang tidak bertanggungjawab yang secara terang-terangan melanggar Akta Imigresen.
Tumpat...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri. Menteri boleh tak mohon penjelasan?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Menteri, Padang Terap sikit.
Padang Terap dulu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Padang Terap, silakan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua perkara nak sentuh di sini. Yang pertama tentang satu insiden yang berlaku malam tadi di Sungai Padang, Perlis. Satu operasi kawalan sempadan yang mengakibatkan seorang anggota perisik laskar kanan maritim meninggal dunia dan tiga rakannya yang cedera. Jadi, adakah insiden tu berpunca daripada kemalangan ataupun daripada serangan? Ada dak penilaian risiko sebelum berlakunya operasi tersebut?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Soalan yang kedua, kalau boleh Yang Berhormat Menteri sentuh tentang permohonan RM250 juta IPD Padang Terap. Projek naik taraf balai IPD Padang Terap. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
IPD Padang Terap ada dalam perbahasan. Berkenaan insiden yang terbaru, tiada perbahasan. Saya boleh jawab atau tidak. Saya pilih untuk jawab. Operasi pukul 12 lebih malam tadi. Operasi biasa oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim kita. Mengawal sempadan negara masa kita tengah tidur. Dia buat operasi. Dia mengesan bot yang membawa PATI.
Dan dalam adegan kejar-mengejar, bot pasukan penguat kuasa kita dihimpit sampai ke binaan konkrit dan mereka mengalami kecederaan. Salah seorang yang mengalami kecederaan itu meninggal dunia dan itu orang kawasan Yang Berhormat.
Pukul 4.30 petang tadi atau sekarang sedang diuruskan pengebumiannya. Baik.
Ini bukan insiden kali pertama. Insiden di Selat Melaka, insiden di kawasan ESSCOM, itu antara risiko tugas. Tapi dari sudut kompetensi, dari segi latihan, dari segi proses dan prosedur, dari segi peralatan, APMM antara agensi yang diberi keutamaan di bawah Kementerian Dalam Negeri dari segi asetnya. Itu saya tak ada rasa terkilan apa. Saya berusaha bersungguh-sungguh dengan sokongan anggota Jemaah Menteri. Dari segi aset, tak kiralah bot laju ke, kapal multipurpose mission apa ke, mothership ke, helikopter ke, dron ke, radar ke, di bawah Kementerian Dalam Negeri sekurang-kurangnya tiga, empat tahun ini, APMM adalah agensi penguat kuasa yang paling banyak menerima peningkatan keupayaan aset. Itu bagi menguatkan semangat mereka untuk bekerja. Moral.
Jadi, dalam melakukan tugasan itu antara risikonya. Kita ucapkan takziah kepada keluarga, Ketua Pengarah APMM Dato’ Rosli sekarang berada di lokasi tempat keluarga mangsa dan saya hargai concern dan keprihatinan Yang Berhormat.
Jadi, sekali gus bagi peluang pada saya untuk menceritakan bagaimana tanggungjawab APMM di bawah KDN itu luar biasa disiplin dan kesungguhan mereka untuk mempertahankan kedaulatan maritim kita. Itu antara risiko yang kita hadapi.
Baik.
Balai polis— saya akan jawab sekejap lagi sebab ada soalan spesifik oleh Yang Berhormat.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin, boleh sedikit?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Silakan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Saya mendengar dengan jelas jawapan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan majikan yang mengambil pendatang asing tanpa izin. Jadi, saya rakyat Malaysia secara keseluruhannya kalau pekerja asing yang dengan permit masing-masing boleh terima, itu keperluan. Tetapi isu yang paling utama adalah rakyat di bawah sana cukup marah dengan jumlah pendatang asing tanpa izin. Saya rasa kementerian pun tak ada data yang betul-betul tentang berapakah sebenarnya yang PATI ini.
Jadi, saya cadangkan tempoh hari bahawa kalau boleh kita pastikan kita buat satu pembersihan besar-besaran. Kita tahu Imigresen ada kekangan mereka dalam konteks anggota sebagai contoh. Sebab itu saya cadangkan sepertimana waktu covid dahulu, semua agensi bekerjasama, polis, askar dan sebagainya.
Dan dalam konteks ini, mengapakah kerajaan tak mengambil pendekatan once and for all? Kita set kan dalam negara ini supaya tentera semua terlibat sama, semua agensi, kita buat operasi besar-besaran. Saya rasa ini merupakan satu keperluan dan apatah lagi kejadian malam tadi khususnya dalam konteks negara di persekitaran kita. Ekonomi di negara jiran kita ni menghadapi cabaran. Ini akan menjadi salah satu punca yang akan menambah kemasukan.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi, kalau boleh Yang Berhormat Menteri, kalau kerajaan dapat lihat kita buat ini letak parti aside, letak politik aside, kita selesaikan pendatang asing tanpa izin ini once and for all. Saya juga tanya tentang kapasiti di depot tahanan. Mengapa kita tidak hantar balik yang mana ada dan tangkap masukkan, kemudian hantar balik secepat mungkin? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, soal yang sama.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya jawab yang ini dulu ya, saya jawab Putrajaya dulu. Baik, keupayaan depot kita ini ia boleh muat 20,000 saja tetapi kerana operasi berterusan Bahagian Penguatkuasaan Imigresen ke atas pendatang asing, bila kita buat operasi, kita dapati dia melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen. Kita letak dia dalam depotlah. Akibatnya berlaku overcrowded. Sekarang ini saya harus jujur, akui overcrowded. Overcrowded satu bab, implikasi tanggungan kewangan kerajaan satu bab lain. Bagi makan pada dia sehari RM15, sebulan RM450 satu kepala. Baik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bila dia dalam depot, proses kita adalah kita hubungi kedutaan negara berkenaan. Kalau Indonesia, Indonesia lah. Kalau Filipina, Filipina lah. Kalau Thailand, Thailand. Kalau Bangladesh, begitu. Berapa cepat kedutaan itu mengeluarkan travel document. Lagi cepat, lagi cepat kita hantar pulang. Itu prosesnya ya, itu proses. Kita hantar dengan kapal ke, itu terpulanglah, tetapi prosesnya begitu setelah kita buat prosedur.
Baik, operasi berterusan selang seharilah maksudnya dibuat oleh imigresen.
Baik, apa dia problem statement dia? Kita menghadapi kebanjiran pendatang asing, itu mission statement kita. So what do we do dengan izin, apa kita buat? Tentulah kita tak boleh peluk tubuh, kita kena lakukan sesuatu. Baik, ikhtiar lain yang kita buat adalah kita buat Program Repatriasi Migran. Kita suruh dia munculkan diri, munculkan diri, declare, isytihar. Kami masuk, kemudian kami terlebih tinggal
(overstayed). Kita suruh dia bayar kompaun, kita hantar dia balik.
Dulu, kita pernah buat repatriasi tenaga kerja sebab dia dah ada kat sini.
Setiap tahun kita buat repatriasi tenaga kerja tapi dia memberi natijah yang sebaliknya. Jadi mereka akan hantar mesej kepada kawan-kawan mereka di sana, ‘datang aja ke Malaysia, setiap tahun nanti diberikan Program Pemutihan’.
[Ketawa] Jadi dia datang, dia duduk lama-lama kat sini. Jadi kita stop, kita hentikan repatriasi tenaga kerja tapi repatriasi penghantaran pulang kita buat.
Baik, operasi penguat kuasa, tangkap, letak depot, siapkan travel document, hantar balik, itu jalan. Kemudian, repatriasi, mereka sendiri sukarela datang, kita hantar balik, itu jalan. Itu pun belum mencukupi lagi, belum mencukupi sebab di kalangan mereka ada yang tergolong kalangan pelarian. Sebab itu kita buat daftar dokumen pendaftaran pelarian, satu program pendataan kita sendiri, bukan UNHCR.
Itu antara ikhtiar kita. Saya katakan bahawa kalau problem statement-nya begitu, kemudian kita peluk tubuh dan mengharapkan suasana berubah, itu sangat tak kenalah.
Jadi, kita buat sesuatu. Boleh jadi hasilnya baik, boleh jadi sebaliknya, tapi lebih baik kita bekerja. Kalau ada kelemahan dan kesilapan, kita belajar daripadanya tapi ikhtiar tetap kita buat. Apakah mencukupi? Tentunya tidak. Kita buat. Kalau kita buat repatriasi untuk makluman Putrajaya, dua-dua tenaga kerja dan penghantaran pulang. Kita buka saja, dengan mudah kita dapat satu juta orang, dengan mudah.
Satu juta tak pernah kurang. Repatriasi tenaga kerja dibuka sekarang. Repatriasi penghantaran pulang, dibuka sekarang. Berderu mereka daftar nama di imigresen, satu juta dengan mudah. Bermaksud, itu angka yang konservatif.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebab itu Putrajaya bertanya, apakah kami ada kaedah? Terus terang kita tidak ada kaedah. Ukuran kita adalah operasi yang kita buat, tindakan penguatkuasaan yang kita buat, kerjasama dengan kedutaan dan penghantaran pulang mereka yang terlibat. Itu memberikan kita unjuran ataupun anggaran masalah ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri. Menteri boleh dalam isu ini...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya, sekejap ya. Sebelum itu Beruas.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya nak...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat turut menyentuh tentang termasuk Tumpat, termasuk Putrajaya, termasuk Kemaman yang membangkitkan persoalan yang saya kata cukup baik, yang mahukan pihak kerajaan terus terang dari segi pengurusan penghantaran pulang pelarian. Sebelum itu, Tumpat bertanya tentang pemerdagangan orang. Itu memang satu segmen di bawah KDN. Kita, pemerdagangan trafficking in person ini kita ada akta namanya ATIPSOM di bawah KDN, ia di bawah kawal selia MAPO, Majlis Antipemerdagangan Orang.
Kita diukur oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Dia akan bagi rating kitalah. Rating kita boleh jadi tier 3, boleh jadi tier 2 watchlist, boleh jadi tier 2, boleh jadi tier 1. Apa makna kayu ukur itu? Dia bagi kesan kepada syarikat-syarikat kita, syarikat perladangan kita, produk yang mereka hasilkan, boleh atau tidak mendapat tempat di pasaran global? Kalau kita berada pada tier 3, dikenakan banyak sekatan.
Kita alhamdulillah, sebab masa saya berada di sini, kita berada pada tier 3. Tahun berikutnya kita improve dapat tier 2 watchlist. Sekarang tier 2 berterusan selama tiga tahun, kita dah dapat.
[Tepuk] Jadi, itu agak melegakan dari sudut kayu ukur. Walaupun kita kata apa sangatlah nak ikut kayu ukur Jabatan Negara, pelanggaran dia lebih teruk, tapi kita sebahagian daripada sistem itu, kita terima as it is dulu buat masa ini. Itu kerana kita mengambil tindakan yang agresif terhadap aktiviti atau mereka yang terlibat dari segi pemerdagangan orang. Siapa yang terlibat, kita tangkap. Kita buka kertas siasatan, kita bawa ke muka pengadilan, ada kes sabitan. Kalau melibatkan penjawat awam, mangsa yang terlibat kita selamatkan. Semua itu memberikan weightage tentang komitmen kita membanteras pemerdagangan orang.
Jadi untuk makluman Tumpat, kita kalau dari segi jenayah pemerdagangan orang, kedudukan kita itu meningkat cukup baik dari sudut ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, sikit saja.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya— dalam perbahasan, saya ada bangkitkan tentang susahnya untuk mendapat permohonan kuota pekerja. Bagi saya, hampir kebanyakan daripada masalah ini timbul kerana susahnya untuk majikan mendapat pekerja secara sah melalui proses permohonan kuota atau sekarang menggunakan e-kuota ini. Sangat-sangat susah. Perlu datang ke Putrajaya untuk interview dua kali, secara fizikal. Kemudian untuk memohon, mesti melalui tiga kementerian. Bagi saya, kalau kerajaan boleh selesaikan isu ini, takkan ada pasaran untuk pekerja PATI. Mereka tidak akan datang kalau semua majikan-majikan di negara ini boleh menggaji pekerja-pekerja secara sah.
Jadi, punca kita mesti selesaikan punca ini. Kenapa isu ini sudah lebih sedekad, saya mohon Menteri memberi, kalau boleh dan bawa ke Kabinet untuk supaya permohonan boleh dibuat atas talian, interview atas talian. Kalau mahkamah boleh adakan perbicaraan atas talian, kenapa permohonan yang senang ini tidak boleh dibuat?
Bagi minta setiap kementerian yang memerlukan pekerja asing, bagikan syarat-syarat. Kemudian bagi kepada Kementerian Sumber Manusia, mereka ikut panduan yang diberikan. Kemudian imigresen luluskan saja. Mesti memastikan permohonan lulus atau tidak lulus dibuat dalam satu bulan. Sekarang ini berbulan- bulan sampai satu tahun pun tak ada jawapan. Sebab itu majikan terdesak untuk menggaji pekerja tanpa izin, hinggakan ada lambakan juta-juta PATI ini. Jadi, mohonlah Menteri selesaikan isu ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Boleh, saya faham.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya faham. Terima kasih Beruas.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya sambung sikit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Beruas bukan saja bercakap sebagai Ahli Parlimen, Beruas juga mewakili majikan, sebab dia pun banyak mohon pekerja asing untuk ladang dia. Ladang dia luas di Kelantan. Saya pun jadi cemburu macam mana dia boleh dapat ladang kat Kelantan ni.
[Ketawa]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Isu ini janganlah dolak-dalik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Okey, okey boleh.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini sebenarnya bukan isu ladang.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Alright, saya tarik balik, saya tarik balik.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Untuk semua, ini satu isu yang menggugat ketenteraman awam di Malaysia, berjuta-juta.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya faham.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Beruas esok ada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dipengerusikan oleh Bagan Datuk.
Di hadapan rakan-rakan saya, termasuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri yang menjadi anggota, saya berjanji saya akan bawa tajuk ini esok untuk pengetahuan mesyuarat jawatankuasa ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, saya mohon kerajaan jangan ambil tindakan sementara ini selagi ini masalah pihak kerajaan yang tidak menyelesaikan masalah ini. Tadi dikatakan undang-undang sangat ketat dan berat atas majikan yang menggaji pekerja tanpa izin tetapi puncanya tak selesai.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, saya harap sistem di mana permohonan dapat diluluskan dalam satu bulan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Saya akan esok ya. Saya akan bawa esok.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Beruas.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Satu, satu laluan saja Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Rakan saya dari ― saya sambung sekejap ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sikit saja.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebelum itu ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Rakan saya dari Puchong.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ha, okey. Okey.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Puchong. Ha, okey. Terima kasih. Rasa lama tak berurusan dengan Puchong ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Terima kasih Puchong.
Puchong dia bangkitkan soal penggunaan autogate kod QR. Kita ini fasa peralihan ini Yang di-Pertua. Sekarang kita guna sistem lama MyIMMs kita beralih kepada sistem MyNIISe. Okey ya. Mulai Januari tahun depan kita harap berlaku rollout lah ya.
Maksudnya, pengembara yang masuk ke negara kita pemeriksaan imigresen dia itu adalah dengan menggunakan QR code. Pasport pun boleh tetapi QR code itu akan— dia kena muat turun dulu aplikasi MyNIISe. Dan sekali gus dia kena isi My Digital Arrival Card dekat situ juga. Sekarang ini dia boleh isi menggunakan portal Imigresen.
Tetapi rakan saya Menteri Pengangkutan kata ada pula sindiket yang memperdaya orang yang nak masuk sini hanya nak isi digital arrival card kena bayar RM100. Okey. Menteri Pengangkutan pun kena tetapi dia cekap jadi dia tak bayarlah ya. Tetapi maksudnya di luar sana ada macam itu. Sebenarnya percuma.
Jadi, bagi mengelakkan kekeliruan itu ke depan nanti untuk makluman Puchong, pengisian Malaysia Digital Arrival Card akan hanya dibuka bila kita colaborate dengan sistem MyNIISe. Buat masa sekarang masih lagi portal JIM. Baik.
Bila dia masuk nanti tak kiralah semua laluan pintu masuk, dia kena jana dulu kod QR lah dan dia kena mohon aplikasi itu.
Buat masa sekarang ini sehingga 13 Oktober, 1.5 juta pengguna telah pun mendaftar aplikasi MyNIISe, 998,000 adalah warga negara Malaysia, 421,000 warganegara Singapura, 112,000 warganegara lain. Tetapi kita ada tiga bulan saja lagi sebelum rollout. Jadi, Kementerian Dalam Negeri, kita nak kena hebah lebih agresif sebab bermula Januari nanti bila mereka sampai mereka hanya melalui pemeriksaan imigresen dengan menggunakan QR code dengan aplikasi baru. So, itu peralihan kita daripada sistem sekarang kepada sistem yang lebih orang kata setanding dengan negara lain. Silakan Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Speaker.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Saya nak membetulkan tadi perbahasan saya sikit. Sebab yang QR code autogate itu sebab saya guna MyBorderPass. So, I
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
never had a problem. Lepas perbahasan saya, ada ramai yang bagi feedback kepada saya di mana mereka guna MyNIISe.
MyNIISe itu ada banyak problem untuk generate QR code di mana memang kalau kita guna QR code ya, kalau saya guna MyBorderPass memang sangat cepat.
Tetapi untuk MyNIISe apa yang masalahnya bukan gate QR code itu, tetapi untuk generate QR code dengan menggunakan aplikasi MyNIISe. So, bolehkah saya dapatkan sikit maklumatlah sebagai mana kita boleh memperbaiki MyNIISe supaya apabila kita rollout dia sangat smooth.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Puchong.
MyBorderPass aplikasinya ketika KDN membuat POC okey, POC. Tetapi bila kita mengesahkan dari segi perolehan baru yang kita pilih adalah MyNIISe. Tetapi proses peralihan daripada MyBorderPass kepada MyNIISe tak semua pintu masuk ya. Jadi, itu juga sedang berlaku. Jadi, buat masa sekarang saya suka menganjurkan supaya urusan sekarang adalah urusan beralih kepada aplikasi MyNIISe.
Adapun MyBorderPass itu ketika POC dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri. Jadi, oleh kerana keputusan akhirnya adalah kerajaan memilih untuk menggunakan MyNIISe maka peralihan daripada POC kepada MyNIISe harus juga berlaku. Itu menjelaskan kekeliruan yang dibangkitkan oleh Puchong ya dari segi— Boleh saya terus? Tak jadi perbahasan pula kita, jadi bersembang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, Menteri.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Bagi peluang orang lain pula Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Boleh ya yang itu. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya nak berpatah balik kepada isu pelarian tadi. Pertamanya saya ucapkan tahniahlah kepada kerajaan tentang pelaksanaan DPP itu. Cuma, isunya sekarang ini dari perundangan khusus berkaitan dengan tafsiran pelarian, permohonan suaka, migran ekonomi dan PATI - pendatang asing tanpa izin itu.
Jadi, soalan saya sekarang adakah kementerian bercadang untuk mengemukakan suatu rang undang-undang bagi menetapkan status nama-nama yang saya sebutkan tadi untuk memudahkan tindakan dan juga siasatan lanjut?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Setakat la ini kita belum ada lagi undang-undang itu. Sekian, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, sedikit.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Menteri, kalau...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, sebelum — Menteri, pagi tadi Menteri, ini isu penting. Saya bangun tadi...
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Menteri, sekejap. Jelutong, kalau boleh topik sama Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya, saya atas isu Menteri.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Putrajaya banyak kali dah Menteri. Putrajaya banyak kali dah. Bagi yang tak layan lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Menunjukkan sekeping gambar] Isu, atas isu kematian yang berlaku ke atas Noorizwan Zulkefly.
Seminggu ini perkara ini telah menjadi perkara perbincangan hangat. Daripada masa Kugan, beberapa kes, saya sendiri telah...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Dia tak bahas itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akui.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Itu tak bahas.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Itu perkara baru.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akui ― Yang Berhormat, ini isu melibatkan kematian seorang...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Bahas tak hari itu?
Bahas tak?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya soalan Yang Berhormat. Beri peluang kepada saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tak bahas janganlah kacau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Pilih yang bahas saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri, pilih yang bahas saja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak kan pembangkang tak prihatin...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Bukan tak prihatin. Hari tu tak bahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beri peluang. Menteri beri peluang. Ini melibatkan Allahyarham Noorizwan bin Zulkefly. Kita terima memorandum pagi tadi Yang di-Pertua dan kita ingin tahu apa yang berlaku kepada beliau. Dikatakan telah mati dalam lokap tetapi bedah siasat menunjukkan beliau patah enam tulang rusuk, patah saraf tunjang, pendarahan dalam otak, pendarahan dalam usus.
Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa perkara ini berulang kali berlaku?
Saya tidak menyalahkan semua anggota-anggota polis. Saya pernah membela anggota polis. Tetapi disebabkan oleh segelintir anggota polis kita terpaksa bertanyakan soalan ini dan saya mohon penjelasan.
Saya telah menyatakan dalam sidang akhbar saya daripada masa Yang Amat Berhormat Tambun dikasari, kita jangan lupakan apa yang berlaku ketika beliau dipukul oleh seorang Ketua Polis Negara. Kenapa perkara ini 30 tahun telah berlalu dan masih lagi berlaku di negara kita?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin.
Yang Berhormat Menteri, isu yang sama. Boleh saya tanya isu yang sama?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini gambarnya.
[Menunjukkan sekeping gambar]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan isu yang sama...
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Boleh saya jawab dulu ya. Baik.
Saya baru saja diberikan taklimat oleh pihak polis terhadap kes tersebut walaupun kes baru dibangkitkan ya. Kes itu sekarang telah diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah, okey. Sekarang, sekarang dan mereka telah kenal pasti satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk menjadi predikat kepada― dan juga hala tuju siasatan. Setakat itu ya. Saya boleh sebut jika ada perkembangan terhadap siasatan itu saya sendiri akan hebahkan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tetapi, di peringkat, di pihak Kementerian Dalam Negeri, pertama saya nak ulangi, kita tidak pernah kompromi terhadap pelanggaran jika ada sekali pun melibat pasukan penguat kuasa undang-undang. Itu jelas ya. Prinsip itu terpakai di kalangan orang yang kita rasa rasional cara fikirnya, munasabah, tahu meletakkan apa yang betul apa yang salah. Kita akan guna pakai prinsip yang sama. Sekarang saya nak sebut ia nya telah pun diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan juga telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai basis siasatan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Menteri, boleh saya tanya?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Itu saya boleh sebut bahawa bermaksud tidak ada sebarang usaha atau tindakan percubaan untuk menutup setelah ya, apabila kita mengambil alih seterusnya. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya tanya perkara yang sama yang bersangkut, Yang Berhormat Menteri?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat. Sila gulung.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Isu yang sama.
Sangkut. Berkenaan dengan tiga peguam yang telah pun disiasat berkenaan dengan ataupun di-interrogated berkenaan dengan kes yang sama ini. Ini memangnya satu perkara yang serius oleh kerana ini merupakan siasatan terhadap mereka yang menjalankan tugas. Peguam selalunya terlibat dalam kes-kes sebegini. Saya pun seorang peguam, banyak peguam dalam Dewan ini.
Jadi, apakah pendekatan ataupun pendirian kementerian berkenaan isu ini?
Oleh kerana adakah ini akan, siasatan ini akan terus dijalankan terhadap peguam- peguam tersebut yang akan menjadi satu contoh yang buruk untuk masa depan?
Can we have an answer as to what, apakah pendirian kementerian dalam kes ini, sama ada siasatan itu akan terus dijalankan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, jawab dan gulung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Terima kasih Bukit Gelugor. Ada tiga peguam ketika menjalankan tugasnya turut membawa mereka untuk menemui pakar-pakar perubatan. Jadi, bagaimana mereka bawa diri,
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
bagaimana mereka komunikasi dengan pegawai dan sebagainya, saya tak privy benda itu. Saya pun seperti mana juga dengan Bukit Gelugor, saya pun nak tahu juga apa yang mencetuskan, yang trigger penyiasatan itu.
Cuma peguam, dalam menjalankan tugas dengan dedikasi dia itu, bila dia sampai kepada pihak yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan, bagaimana dia bawa diri, bagaimana dia berkomunikasi, apakah ada keadaan di mana yang menyebabkan berlaku pula beberapa pelanggaran etika. Saya pun tak privy maklumat-maklumat itu. Tapi oleh kerana siasatan dibuat, sekalipun mereka bergelar peguam, bukan bermaksud bahawa pihak berkuasa target mereka kerana mereka ini terlibat mendedahkan apa yang dikatakan salah laku polis, misalnya dalam kes yang berlaku pada tahanan.
So saya kata, “Biarkan proses itu berlaku”. Biarkan proses itu berlaku. Saya tak boleh bagi jaminan bahawa oleh sebab mereka peguam, maka mesti hentikan, saya tak boleh. Tak ada Menteri yang boleh buat arahan macam itu, sebab proses itu biarlah due proses berlaku, saya fikir. Sebab saya tak ada maklumat lebih daripada itu, selain daripada yang dilaporkan dalam media, itu maksud saya. Jadi...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya faham.
Memang peguam tidak dikecualikan kalau ada apa-apa kesalahan tapi dalam kes ini, apakah mereka telah pun— saya difahamkan hanya cuma mendapat maklumat.
Maklumat berkenaan dengan bedah siasat dalam kes tersebut.
Jadi, memandangkan keadaan tersebut, adakah itu merupakan— bukankah itu satu perkara in the course of their duty, dengan izin, Tuan Speaker? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, terima kasih Bukit Gelugor.
Terima kasih.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Speaker, sikit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya akan, saya akan teliti.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dapatkan maklumat yang lebih lengkap. Silakan Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya ada...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Silakan Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kemudian saya akan gulung.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Satu lagi saya, Yang Berhormat Menteri, Gerik.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih juga Menteri. Temerloh ada membahaskan tentang isu kebajikan berkaitan dengan anggota RELA dan juga anggota bomba penyelamat. Sekiranya Menteri tidak sempat menjawab secara lisan, saya mengharapkan ia dijawab secara bertulis.
Sangat mengharapkan jawapan itu. Terima kasih.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Menteri, saya - Gerik minta.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, yang tak sempat jawab, bagi jawapan bertulis.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya sebut begini ya. Minggu depan, 35 pembahas yang telah mengambil bahagian tapi respons terhadap soalan mereka itu tak sempat saya bagi dalam masa 40 minit. Jawapan akan berada di atas meja minggu depan. Okey ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri ringkas.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya ucap terima kasih, Temerloh bangkitkan soal kebajikan RELA masa bertugas. Berpanas, berhujan, tak akan tak ada tempat rehat dibuat untuk mereka dan sebagainya? Saya sediakan jawapan itu dan saya akan sampaikan kepada Temerloh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri, ringkas boleh?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya sediakan jawapan itu dan saya akan sampaikan kepada Temerloh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Menteri, ringkas boleh? Hulu Terengganu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Hulu Terengganu ada bangkit sama ada senapang RELA rela nak bagi balik kepada anggota RELA sebab orang kampung minta tembak kera dengan beruk yang memusnahkan tanaman.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Betul. Sekurang-kurangnya satu laras, satu kampung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Akta RELA (Pindaan) 2012.
Sebelum itu anggota RELA — Yang Berhormat duduk ya, bila saya bagi penerangan ya. Dulu RELA ini pun namanya home guard. Home guard mestilah dengan senjata, dulu. Senapanglah, kan? Zaman berubah. Kemudian pindaan dibuat kepada Akta RELA, dulu lah. Bukan masa kita ni. Akta RELA. Adalah kejadian di mana anggota RELA yang pegang senapang ni, ada insiden lah yang menyebabkan kemalangan akibat daripada penyalahgunaan senjata. Ekoran daripada itu, Akta RELA dipinda.
Jadi, anggota RELA tidak lagi lah memegang senjata tu. Kita ada lagi dalam store
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
kita. Berpuluh ribu senjata. Akibat daripada pindaan itu, tak boleh. Kita simpan dalam store senjata.
Baik. Yang Berhormat bangkitkan, apakah kerajaan ada cadangan nak bagi balik supaya anggota RELA ni orang kampung boleh minta tolong. Tugas hakiki tembak beruk dengan kera ni adalah Jabatan PERHILITAN. Bukannya RELA.
Walaupun mungkin anggota RELA ada senapang sendiri. Tapi tugas hakiki dia, kalau RELA pergi itu, jadi tak berapa kena dari segi tugasannya. Tapi kalau Jabatan PERHILITAN nak buat operasi bersepadu panggil RELA pergi, boleh. Tapi sebab soalan Yang Berhormat tu spesifik.
Apakah kerajaan bercadang untuk kembali membenarkan anggota RELA boleh memiliki senapang supaya orang kampung boleh minta tolong bila dusun mereka kena serang dengan kera dan beruk, itu soalannya. Jadi, bagus juga petang- petang ni cerita pasal beruk dan kera ini.
[Ketawa] Jadi, kita katakan bahawa kerana ada pindaan dibuat Akta RELA (Pindaan) 2012. Sebelum tu, ya dalam sejarah RELA ni kita tahu sebab mereka ni pengawal kampung. Mesti ada peranan besar. Tapi kemudian, zaman berubah. Daripada mereka dulu bertempur, menembak musuh, termasuk komunis. Sekarang peranan RELA nak suruh tembak beruk dengan kera. Jadi, nampak sangat downgrade dia tu.
Jadi, PERHILITAN adalah Jabatan yang lebih tepat untuk orang ramai panggil kalau berlaku keadaan begitu.
Saya hendak ucap terima kasih banyak, saya tak mahu ambil masa oleh rakan saya yang lain.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bagi menghargai kesemua pandangannya yang disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta maaf kalau tak sempat untuk memberikan maklum balas semua. Seperti yang saya sebut, yang tidak berkesempatan, saya akan sampaikan pada minggu depan juga.
Pegawai-pegawai saya akan pastikan.
Pegawai-pegawai saya semua ada kat belakang. Saya beruntung Yang Berhormat, pegawai-pegawai saya penuh dedikasi mempersiapkan saya. Jadi, saya tak ada rasa curiga sikit pun. Sebab itu saya berani, janji minggu depan jawapan akan ada atas meja pada semua Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey Menteri, jangan lupa mafia korporat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk menjawab.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, Puan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat dasar, khususnya yang menyentuh aspek pengangkutan negara.
Kementerian Pengangkutan mengambil maklum segara pandangan, cadangan dan teguran yang telah dibangkitkan dan yang mencerminkan keprihatinan semua pihak terhadap usaha memperkukuh sistem pengangkutan negara. Pada hari ini, saya akan menjawab dan mengulas beberapa perkara utama yang telah dibangkitkan dalam pembahasan ini.
Sebelum itu, saya juga ingin mewakili Ahli Parlimen Tawau, Yang Berhormat Tawau mengalu-alukan kehadiran rombongan Majlis Perbandaran Tawau.
[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen.
Puan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu kutipan hasil JPJ dan pergantungan perkhidmatan ejen kutipan hasil syarikat MyEG Sdn. Bhd dan Zetrix AI Berhad. Dahulunya dikenali sebagai MyEG Services Berhad yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kutipan hasil kerajaan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun kerajaan pada hari yang sama mengikut satu jumlah yang telah ditetapkan, selaras dengan Arahan Perbendaharaan 78. Bagi kutipan secara elektronik melalui ejen pemungut kerajaan yang dilantik, pindahan semua terimaan ke dalam akaun terimaan utama Pejabat Perakaunan hendaklah dilakukan dalam tempoh satu hari bekerja selepas hari transaksi ataupun T+1, sebelum jam 4.00 petang, selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia, Bilangan 3/2025, Tata Cara Pengurusan Terimaan. Sekiranya pindahan wang melebihi tempoh yang ditetapkan, syarikat akan dikenakan penalti lewat pindahan hasil yang
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
dikira secara harian berdasarkan peratusan yang ditetapkan dalam perjanjian ejen memungut, selaras dengan arahan Kementerian Kewangan.
Apabila berlaku kelewatan pemindahan hasil selama lima bulan iaitu dari 19 Mei hingga 4 Oktober 2026, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ telah mengambil tindakan susulan secara berperingkat merangkumi penyerahan 35 notis peringatan, empat sesi libat urus serta perbincangan khas bersama syarikat bagi menuntut pembayaran berkenaan.
Setelah diberi peringatan berulang kali, pihak MyEG telah mengemukakan sekeping cek RHB Bank Berhad bertarikh 30 September 2026 bernilai RM231 juta sebagai penyelesaian bagi tunggakan kutipan hasil kerajaan sehingga 17 Ogos 2026. Walau bagaimanapun, cek berkenaan tidak dapat ditunaikan.
Susulan kegagalan syarikat memindahkan kutipan hasil JPJ kepada kerajaan, JPJ melalui surat bertarikh 2 Oktober 2026 telah menamatkan perkhidmatan syarikat MyEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut JPJ berkuat kuasa 5 Oktober 2026. Manakala, satu laporan polis telah dibuat oleh JPJ pada 7 Oktober berhubung kegagalan pemindahan kutipan hasil kerajaan oleh syarikat MyEG dan Zetrix AI Berhad.
Kerajaan menegaskan bahawa wang kutipan hasil kerajaan tidak dibenarkan dijadikan sebagai sebahagian daripada dana operasi syarikat. Sebarang kelewatan menyerahkan wang berkenaan dikategorikan sebagai pelanggaran terma perjanjian yang serius. Kerajaan turut menetapkan penyelesaian penuh keseluruhan tunggakan, termasuk penalti pindahan lewat sebagai syarat asas mutlak sebelum sebarang keurusan pelanjutan atau pertimbangan operasi seterusnya diberikan.
Kerajaan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang, termasuk tuntutan saman sivil terhadap pihak syarikat berikutan kegagalan melangsaikan keseluruhan jumlah tunggakan berserta penalti dalam tempoh yang ditetapkan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Bagi memastikan ketirisan sistematik tidak berulang pada masa hadapan, beberapa langkah sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan dan JPJ seperti berikut.
Pertama, JPJ sedang menambah baik sistem digital JPJ seperti portal mySIKAP JPJ dan super apps MyJPJ untuk mengurangkan kebergantungan kepada ejen pihak ketiga.
Yang kedua, cadangan mekanisme baharu penggunaan Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan di mana kesemua akaun hasil kerajaan disalurkan ke akaun
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
kerajaan tanpa melalui akaun pihak ketiga. Cadangan ini sedang dalam perbincangan di antara Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Akauntan Negara.
Modul akaun belum terima dalam sistem pengurusan hasil kerajaan diperketatkan bagi menghentikan transaksi secara automatik sekiranya ejen pemungut sedia ada gagal memindahkan hasil dalam tempoh T+1.
Dan cadangan meletakkan syarat wajib jaminan daripada syarikat induk dikemukakan oleh mana-mana ejen pemungut bagi melindungi risiko ketirisan hasil kerajaan.
Pada masa ini, orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan JPJ melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ serta saluran ejen lain yang dilantik. Kerajaan akan memastikan urusan orang ramai terus berjalan dan akses kepada perkhidmatan JPJ kekal tersedia sepanjang tindakan pemulihan tunggakan ini dilaksanakan.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan isu berkaitan perkhidmatan ECRL yang dibangkitkan oleh Tumpat, Kuala Nerus, Gua Musang, Kuala Terengganu dan Bentong. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum berhubung kadar tambang dan cadangan untuk menambah pakej tambang keluarga dan pas perjalanan bagi penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan ECRL.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, struktur tambang ECRL adalah berasaskan mekanisme tambang dinamik yang mengambil kira waktu perjalanan, tempoh pembelian tiket serta pilihan khas tempat duduk bagi menawarkan tambang yang kompetitif dan berpatutan.
Penetapan tambang turut mengambil kira perbandingan dengan mod pengangkutan lain, diskaun konsesi dan promosi berkala bagi memastikan keseimbangan antara kemampuan pengguna dan kemampanan operasi ECRL.
Sebarang pakej tambang atau pas perjalanan sedang dalam pertimbangan dan akan diperkenalkan oleh operator pengendali ECRL iaitu ECRL Operation Sdn Bhd dari semasa ke semasa.
Selain itu, berhubung ketersambungan jaringan pengangkutan awam dan akses yang mudah kepada rakyat setempat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Terengganu, Bentong, Kuala Nerus, setiap stesen ECRL dilengkapi dengan jalan masuk utama dan fasiliti turun naik penumpang. Ini bagi membolehkan pengangkutan awam lain seperti teksi, e-hailing dan bas beroperasi dengan lebih lancar.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Pihak ECRL terus aktif mengadakan perbincangan bersama pengusaha- pengusaha bas bagi memastikan ketersediaan perkhidmatan tersebut demi memenuhi keperluan penumpang pada masa akan datang selain daripada perkhidmatan sokongan seperti bas, teksi, kereta sewa atau pengangkutan awam lain seperti e-hailing. Selain itu, perkhidmatan MyBas juga akan disediakan di stesen- stesen terpilih melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat.
Bagi memastikan manfaat ECRL turut dinikmati di kawasan-kawasan setempat, pembangunan akses jalan raya dan kemudahan logistik perlu dirancang secara bersepadu oleh kerajaan negeri, PBT dan agensi berkaitan bagi menghubungkan kawasan berkenaan dengan rangkaian ECRL serta merangsang aktiviti ekonomi setempat.
Untuk makluman Kuala Nerus, Bentong, Gua Musang dan Kuala Terengganu, projek ECRL ini dijangka mampu memberikan manfaat kepada penduduk setempat serta menyokong pertumbuhan wilayah dan negara. Projek ini bakal menghasilkan kesan agronomisasi yang dapat meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan pusat-pusat ekonomi bagi merangsang aktiviti ekonomi di sepanjang koridor ECRL untuk pengagihan peluang sosioekonomi yang lebih seimbang.
Selain itu, integrasi stesen ECRL dengan rangkaian pengangkutan tempatan memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi khususnya di Terengganu. Oleh itu, ECRL perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan bukan sekadar berfungsi sebagai mod pengangkutan penumpang.
Usaha kerajaan dalam merancang pembangunan di sepanjang koridor ECRL telah diterjemahkan melalui kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur. Kajian ini bertujuan untuk memastikan pembangunan guna tanah di sepanjang jajaran ECRL dan sekitar stesen termasuklah pelaburan projek pemacu ekonomi dapat dikenal pasti sekali gus mengoptimumkan potensi projek ECRL dalam menyokong pertumbuhan wilayah dan negara.
Berdasarkan Pelan Induk Guna Tanah ECRL, lokasi stesen ECRL Kuala Terengganu dikenal pasti sebagai kawasan strategik kerana kawasan tadahannya merangkumi pelbagai hierarki bandar iaitu bandar negeri, bandar utama serta beberapa bandar tempatan seperti Wakaf Tapai, Bukit Payong, Ajil, Chendering dan Marang. Bandar-bandar ini berada dalam lingkungan masa perjalanan kurang
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
daripada 30 minit ke stesen yang secara langsung akan meningkatkan accessibility penduduk serta menyokong pergerakan penumpang dari kawasan bandar.
Projek ECRL ini turut berpotensi meningkatkan peluang pekerjaan kepada bakat tempatan melalui pelaksanaan program pembangunan modal insan yang giat dilaksanakan seperti program latihan khidmat industri dengan tujuan membantu masyarakat, terutamanya penduduk sekitar, dari segi persediaan lonjakan ekonomi dan peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor pembinaan.
Bagi fasa operasi pula, dianggarkan seramai kira-kira 1,800 orang tenaga kerja asas dan pakar diperlukan oleh syarikat pengendali di sepanjang jajaran ECRL dengan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan jumlah tersebut wajib diisi oleh warganegara Malaysia.
Kementerian Pengangkutan merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat atas sokongan terhadap inisiatif penyambungan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur dari Kota Bharu ke Rantau Panjang. Inisiatif ini dijangka dapat memperkukuh kesalinghubungan rangkaian rel negara, meningkatkan kecekapan pergerakan penumpang dan kargo serta merancakkan aktiviti perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi di kawasan sempadan Malaysia–Thailand.
Sebagai tindakan susulan, kementerian melalui MRL akan meneruskan penyelarasan bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan pihak berkepentingan bagi memuktamadkan jajaran, keperluan teknikal, urusan pengambilan tanah serta perancangan pelaksanaan projek sebelum kerja pembinaan dimulakan. Kementerian juga akan memberi perhatian kepada potensi kesalinghubungan rel rentas sempadan dengan Thailand bagi memastikan pelaksanaan projek ini dapat memberikan manfaat sosioekonomi yang optimum kepada rakyat dan negara.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor telah membangkitkan isu berhubung Akta Pengangkutan Jalan [Akta 333]. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan mengambil maklum akan pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor berhubung cadangan pembayaran pampasan kepada mangsa atau waris akibat kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Walaupun peruntukan pembayaran pampasan telah tersedia di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah, kerajaan bercadang memasukkan peruntukan khusus mengenainya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pampasan ini akan menjadi tambahan kepada hukuman denda dan penjara sedia ada bagi
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
memperkukuh kesan pencegahan serta meningkatkan kebertanggungjawaban pesalah terhadap mangsa dan waris.
Cadangan ini meliputi kes yang mengakibatkan kematian, kecederaan serius dan kecacatan kekal. Kadar pampasan akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan fakta, keterangan dan keadaan setiap kes. Pampasan yang diperintahkan terhadap pesalah adalah tambahan kepada pampasan insurans.
Pembayaran pampasan oleh pesalah tidak akan menjejaskan hak mangsa atau waris untuk turut menuntut pampasan daripada pihak insurans pesalah melalui prosiding di mahkamah sivil.
Kementerian turut menyedari cabaran pelaksanaan sekiranya pesalah tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar pampasan yang diperintahkan.
Sehubungan itu, kementerian sedang meneroka kaedah yang bersesuaian untuk mendapatkan bayaran pampasan dalam keadaan tersebut supaya kepentingan mangsa dan waris terus terpelihara.
Yang Berhormat Mersing mencadangkan agar pemilik haiwan ternakan berkeliaran yang cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut di jalan raya turut dikenakan tindakan pampasan sama seperti pemandu mabuk. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kaedah 33(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 telah menjelaskan bahawa tiada haiwan yang berada di atas jalan awam boleh ditinggalkan tanpa dijaga atau dalam keadaan tidak berada di bawah kawalan yang sewajarnya.
Walaupun undang-undang sedia ada telah diperuntukkan bagi kesalahan membiarkan haiwan berkeliaran di atas jalan awam, pelaksanaan penguatkuasaan berdepan kesukaran khususnya dalam mengenal pasti pemilik sebenar haiwan tersebut. Justeru, kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan undang- undang bagi mengenakan pampasan terhadap pemilik haiwan seumpama cadangan pemberian pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya yang serius.
Yang Berhormat Padang Besar membahaskan isu kenderaan asing, pematuhan syarat permit termasuk ICP dan memohon semakan dilakukan kepada peraturan sedia ada berasaskan data serta penjelasan bidang kuasa dan tindakan yang konsisten.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor
(Peredaran Antarabangsa) 1967, Bahagian II, kaedah 6 sehingga 19 memperuntukkan garis panduan lengkap mengenai permit peredaran antarabangsa
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
merangkumi proses permohonan, syarat-syarat permohonan, tempoh kesahan dan keperluan perlindungan insurans.
Berdasarkan pangkalan data JPJ, pengeluaran ICP yang direkodkan adalah seperti berikut. Sebanyak 94,932 permit pada tahun 2024, 91,893 permit pada tahun 2025 dan 56,048 permit pada tahun 2026 sehingga bulan Oktober.
JPJ juga sentiasa melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan asing yang memasuki negara ini.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Merujuk kepada pangkalan data JPJ mengenai kesalahan berkaitan ICP, sebanyak 2,490 kesalahan pada tahun 2024; 3,675 kesalahan pada tahun 2025 dan 2,765 kesalahan setakat Oktober tahun ini. Bagi aspek penguatkuasaan, Akta 333 dan Kaedah-kaedah Kenderaan Motor telah menetapkan bahawa JPJ dan PDRM bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang berkaitan kesalahan ICP.
Justeru itu, kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan baharu memandangkan undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk mengawal selia perkara berkaitan ICP.
Yang Berhormat Jempol telah membahas isu berkenaan tindakan khusus dan tegas yang akan diambil kepada pemilik dan pemandu kenderaan berat bagi mengelakkan insiden berbahaya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan melalui APAD telah melaksanakan penambahbaikan matriks tindakan punitif bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat pengendali.
Antara tindakan punitif yang dikenakan termasuk tindakan penggantungan atau pembatalan permit kenderaan atau lesen pengendali syarikat. Tindakan ini mengambil kira kesalahan berulang yang dilakukan oleh syarikat pengendali untuk memastikan setiap kenderaan perdagangan mematuhi undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan keperluan tahap perkhidmatan.
Yang Berhormat Jerantut pula menuntut tindakan penalti yang lebih berat ke atas syarikat pengendali dan pemandu kenderaan muatan berlebihan bagi mengurangkan kerosakan jalan raya dan kemalangan maut. Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan terhadap kesalahan membawa muatan berlebihan merangkumi tindakan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan mengikut kesalahan yang dilakukan serta tindakan terhadap syarikat pengendali yang melanggar syarat lesen.
Selain tindakan di bawah Kaedah 89, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor, syarikat pengendali juga boleh didakwa di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Khusus bagi pengendali berlesen, seksyen 57(1)(b)(vi) Akta 715 membolehkan syarat dikenakan supaya berat dengan muatan kenderaan barangan tidak melebihi had maksimum yang ditetapkan. Pengendali yang melanggar syarat tersebut boleh dan apabila disabitkan di bawah seksyen 57(3), dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Selain pendakwaan, kenderaan yang disyaki terlibat dalam kesalahan di bawah seksyen 57(3) boleh disita mengikut seksyen 80(1) Akta 715. Pelucuthakan kenderaan pula tertakluk kepada perintah mahkamah mengikut peruntukan seksyen yang sama. Di samping itu, sebagaimana dijelaskan tadi tindakan pentadbiran terhadap permit kenderaan atau lesen pengendali boleh diambil terhadap berdasarkan kesalahan dan rekod pelanggaran syarikat.
Berdasarkan bentuk tindakan tersebut, kerajaan berpandangan bahawa peruntukan sedia ada menyediakan asas yang mencukupi untuk menangani kesalahan lebih muatan dan tidak bercadang memindanya pada masa ini. Tumpuan kementerian adalah pada penguatkuasaan peruntukan tersebut secara tegas dan konsisten termasuk tindakan terhadap syarikat pengendali yang melakukan kesalahan berulang bagi melindungi keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kerosakan jalan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Menteri kepada jawapan tersebut. Ini yang saya bawa pada pagi tadi. Kalau kita dah buat penguatkuasaan dan dikenakan tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini, sama ada pemandu atau syarikat pengendali, apakah data mereka ini boleh dikongsi sama dengan kementerian-kementerian lain?
Sebab pengalaman kita untuk isu anak-anak kita UPSI yang meninggal di Gerik itu, maklumat pemandu itu tidak dapat di pihak kementerian lain untuk memastikan dia tidak lagi boleh bawa bas tersebut. Maksudnya, maklumat mereka yang kena hukuman ini tidak boleh diakses oleh kementerian lain. Apakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan satu data bersepadu yang boleh diakses kepada taruh-taruh yang terbabit untuk memastikan mereka ini berada di bawah spotlight kementerian lain juga? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Memang itu perancangan dan harapan kita juga seperti yang saya telah pun arahkan pihak APAD untuk membangunkan satu pangkalan data (database) pemandu-pemandu ini.
Sebab seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, kita pool pemandu itu, dia dalam
Tuan Loke Siew Fook
pasaran. Kalau seseorang pemandu itu dia adalah seorang pemandu yang tidak bertanggungjawab, dia ada macam-macam kesalahan— syarikat A pecat dia, dia pergi syarikat B. Jadi, orang yang sama dalam pasaran. Itu yang kita cuba elakkan.
Itu sebabnya satu pangkalan data sedang dibangunkan oleh pihak APAD.
Apabila ada pangkalan data itu, maka pihak industri, bukan sahaja kementerian, pihak industri apabila nak mengambil mereka, dia ada database itu, mereka boleh dapatkan data pemandu. Sama ada dia terlibat dalam apa-apa kesalahan sebelum ini dan memang satu cadangan yang kita menyokong dan kita harap dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
YB, tambahan daripada apa yang di— oleh Jerantut tadi itu. Kalau boleh ceritakan bilakah timeline pengumpulan data tersebut untuk yang boleh digunakan. Timeline dia kalau boleh dinyatakan dalam Dewan ini. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Timeline itu kita harap dapat dilaksanakan tahun depan. Itu memang sedang dibangunkan oleh pihak APAD. Kita telah pun memberikan arahan itu kepada pihak APAD untuk bangunkan database itu supaya dapat diintegrasikan dengan JPJ dan juga mungkin PDRM supaya kesalahan- kesalahan itu dapat direkodkan dan rekod pemandu itu ataupun latar belakang seseorang pemandu itu dapat diakses oleh pihak syarikat-syarikat, industri yang mengambil pekerja-pekerja ataupun pemandu-pemandu ini. Dan seperti yang kita katakan, bukan itu sahaja langkah-langkah berterusan akan terus diambil termasuk penggunaan telematics untuk melihat tingkah laku seseorang pemandu itu.
Puan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara berkenaan dengan pengangkutan awam tetapi secara spesifik saya mungkin bagikan jawapan bertulis kepada pihak Yang Berhormat yang bertanya. Cuma saya nak mungkin address isu berkenaan dengan RTS.
Yang Berhormat Mersing membangkitkan tahap kesediaan pengangkutan perkhidmatan awam sokongan menjelang pembukaan rasmi Johor Baru–Singapura RTS pada 1 Januari 2027, merangkumi penyelarasan bas pengantara, perkhidmatan KTM Komuter dan e-hailing, park and ride, integrasi pembayaran dan tambang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem pengangkutan awam di Johor Bahru secara bersepadu melalui pelaksanaan SBST 2.0 di bawah jenama BAS.MY Johor Bahru. Kerajaan telah bersetuju meneruskan perkhidmatan ini bagi tempoh 2027 hingga 2031 termasuk penyediaan 235 buah bas dengan sasaran kekerapan 15 hingga 20 minit bagi laluan
Tuan Loke Siew Fook
utama dan 20 hingga 30 minit bagi laluan pengantara serta sasaran 15 juta perjalanan penumpang setahun.
Sebagai pelengkap kepada perkhidmatan bas Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah mengenal pasti 48 lokasi berpotensi park and ride dengan 13 lokasi telah diaktifkan dan disokong perkhidmatan bas ulang-alik ke pusat bandar.
Kemudahan ini akan diperluas secara berperingkat berdasarkan permintaan bagi menggalakkan pengguna beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.
Integrasi dengan perkhidmatan rel turut diperkukuh melalui shuttle selatan KTMB bagi laluan Paloh-JB Sentral yang menyediakan 10 perjalanan sehari di samping menyokong kesalinghubungan ke JB Sentral dan persediaan menghadapi peningkatan pergerakan penumpang susulan pengoperasian RTS Link Johor Baru– Singapura.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Sekejap. Boleh biar saya habiskan dahulu.
Kementerian juga akan terus bekerjasama dengan pengendali e-hailing bagi memperkukuh kesalinghubungan batuan pertama dan akhir serta menggalakkan perkongsian perjalanan. Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk GrabShuttle dan Grab Group Ride (With Friends) yang menyediakan pilihan perjalanan berkongsi dengan kos yang lebih berpatutan.
Secara keseluruhannya, pendekatan bersepadu melibatkan BAS.MY, park and ride, rel dan e-hailing merupakan antara usaha kerajaan untuk menyediakan alternatif perjalanan yang lebih cekap dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam khususnya di Johor Bahru.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri, tentang RTS di Johor Baru– Singapore ini. Ada yang bertanya kepada Pulai supaya Menteri memberikan satu panduan apakah tiket itu, tiket bayaran untuk RTS ini mampu dibeli oleh mereka yang akan bekerja setiap masa itu? Maknanya naik motor— sekarang ini mereka naik motor, berulang-alik Singapore–Malaysia. Apakah itu diambil faktor untuk memberikan mereka ini mampu untuk membelinya.
Tuan Loke Siew Fook
Jawapannya mampu. Kita akan pastikan ia adalah satu tambang yang memang berpatutan dan kosnya tidak lebih tinggi apabila mereka menggunakan pengangkutan sendiri, khususnya motosikal. Yang Berhormat jangan lupa bahawa ini adalah satu projek bilateral, projek Malaysia–Singapura. Jadi, kita tak boleh membuat keputusan unilateral sebab ada pelaburan daripada kedua-dua
Tuan Loke Siew Fook
pihak dan syarikat operating company itu, OpCo itu adalah satu syarikat usaha sama Malaysia dengan Singapura. Jadi, dari segi kadar tambang dan sebagainya mesti ditetapkan secara bersama dan prinsipnya ialah kerajaan tidak memberikan subsidi kepada syarikat ini. Jadi, mereka kena breakeven. Jadi, ini sesuatu yang perlu kita ambil kira.
Tetapi dari segi kadar tambang itu, pihak Singapura dia akan mengenakan VEP yang lebih tinggi kepada motosikal. Jadi, kalau mereka tak gunakan RTS, mereka masih tetap membawa motosikal masuk ke dalam Singapura, kadar VEP yang dikenakan oleh pihak Singapura itu akan meningkat.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, itu yang akan menjadi pendorong kepada mereka mengambil pengangkutan awam dan sudah tentu kita akan cuba memastikan kadar tambang yang ditetapkan oleh RTS itu dia tidak lebih tinggi daripada menggunakan mod pengangkutan sendiri. Itu yang kita cuba. Jadi, kita harap bahawa ini sesuatu yang dapat disokong dan dapat diberikan perhatian.
Yang Berhormat Jerantut mencadangkan penubuhan dana ketersambungan bas pengantara kebangsaan bagi membiayai sekurang-kurangnya 2,000 bas pengantara elektrik dan van Demand Responsive Transit bagi first and last mile.
Kerajaan akan terus mempergiat usaha memperkukuh ekosistem pengangkutan awam darat yang cekap, inklusif dan rendah karbon. Selaras dengan komitmen negara terhadap kelestarian alam sekitar serta peningkatan kualiti perkhidmatan mobiliti rakyat.
Sehubungan itu, sebanyak 310 buah bas baru dijadualkan diterima secara berperingkat mulai tahun 2026 bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan, khususnya di kawasan yang mencatatkan permintaan penumpang yang tinggi.
Perkhidmatan DRT turut diperkasakan melalui penyediaan 300 van bagi memperluas kesalinghubungan perbatuan pertama dan akhir, terutama di kawasan yang belum mendapat liputan menyeluruh perkhidmatan bas konvensional.
Bagi menyokong agenda pembangunan rendah karbon dan pengangkutan hijau negara, Prasarana turut melaksanakan peralihan kepada kenderaan berkuasa elektrik melalui perolehan 1,450 bas elektrik dan 300 van elektrik secara berfasa sehingga tahun 2030. Inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan perlepasan karbon dan meningkatkan kecekapan tenaga sekali gus menyumbang kepada pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih mampan dan mesra alam.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Jerantut juga turut mengesyorkan penghidupan semula SPAD, yang ini saya dah jawab pagi tadi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat?
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat ada sebut berkenaan dengan turunkan pelepasan karbon untuk pengangkutan awam. Itu syabas dan tahniah and memang sesuatu yang perlu dibuat. Namun, saya nak mohon pandangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan sektor logistik di mana transisi tenaga juga sesuatu keperluan yang amat tinggi memandangkan di bawah prime movers misalnya, di mana setiap biji prime movers di bawah SKDS punya kuota 6,999 liter untuk diesel. Itu memang mendorong ke arah pelepasan karbon lah.
Dan, sekiranya primer movers ini diberi sedikit insentif untuk transisi ke arah EV, EV prime movers, ia akan memberi satu kelegaan atau menurunkan bil subsidi diesel dan saya nak tanya sama ada pihak kerajaan di bawah bajet ini mempunyai sebarang dasar insentif misalnya untuk pemotongan ataupun pengurangan SST dalam transaksi pembelian atau perolehan prime movers EV untuk mendorong ke arah menurunkan karbon dan juga transisi tenaga logistik.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Satu cadangan yang baik. Memang Kementerian Pengangkutan menyokong usaha untuk transformasi ke arah penggunaan kenderaan yang lebih mesra alam termasuk penggunaan prime movers EV, EV truck dan sebagainya.
Namun begitu, dalam dasar berkenaan dengan SST, pelepasan cukai dan sebagainya, itu di bawah Kementerian Kewangan. Yang Berhormat Menteri— Yang Berhormat Ipoh Timor, harap dapat mengemukakan soalan ini kepada Menteri Kewangan semasa penggulungan pada hari Khamis nanti.
Ini sesuatu yang memang telah pun Kementerian Pengangkutan juga amat menyokong. Kita juga ada mencadangkan. Namun begitu, pertimbangan dari segi cukai itu adalah di bawah pertimbangan Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Jerantut telah saya pun jawab berkenaan dengan SPAD tadi.
Namun begitu, secara umumlah saya nak katakan, walaupun APAD sekarang ini dia merupakan satu jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan, tetapi dalam tempoh dua, tiga tahun yang lalu ini di bawah Kementerian Pengangkutan, memang kita telah pun memulakan satu langkah untuk cuba menjadikan lebih banyak agensi kita, ke arah badan berkanun diasingkan dan dibebaskan. Okey. Kalau sesuatu agensi itu dia mampu menjana pendapat dia sendiri.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, untuk Agensi Pengangkutan Awam Darat, memang juga ada usaha untuk cuba, untuk melihat sama ada kita boleh menjadikan dia sebagai badan berkanun, tetapi prinsipnya ialah, dia tidak kembali kepada modus part dulu. Sebab modus part dulu, dia termasuk juga penguatkuasaan. Dan, apabila ada penguatkuasaan di bawah badan-badan yang berlainan, dia kadangkala menyebabkan pertindihan kuasa dan menyebabkan kekeliruan di lapangan. Jadi, kita tak nak kembali kepada satu model ataupun cara penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi.
Jadi sekarang ini, penguatkuasaan di bawah JPJ. Pada ketika ini juga, penguatkuasaan jalan raya sebenarnya ada dua agensi, JPJ dan Polis. Jadi, kalau kita create balik ataupun kita laksanakan lebih banyak agensi menjadi penguat kuasa, dia akan menjadi kekeliruan kepada pihak orang ramai. Ini sesuatu yang prinsipnya perlu kita pertahankan dan kalau ada usaha nak jadikan ini sebagai satu badan berkanun, itu boleh kita pertimbangkan dan memang dalam beberapa tahun ini, kita berjaya mengubah beberapa badan kita, menjadi badan berkanun.
Umpamanya Pihak Berkuasa Penerbangan (CAAM) sekarang telah pun menjadi satu badan berkanun, diasing dan dibebaskan saraannya dan memang sesuatu model yang sangat berjaya kerana mereka boleh menjadi pendapatan sendiri dan dia boleh financial sustainable.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, YB Menteri, terima kasih.
Saya, dalam perbahasan saya ada bangkitkan mengenai menghubungkan Kajang, Bangi dan Putrajaya. Secara khususnya, saya bertanyakan sama ada, ada akan disambungkan MRT Kajang itu sampai ke Putrajaya? Dan, ini juga terkait dengan apa yang saya faham bahawa terdapatnya kajian berkenaan nak menghubungkan Kajang, Bangi dan Putrajaya melalui rel.
Jadi, saya nak tahu sama ada ini suatu perkara yang telah dipertimbangkan oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh...
Tuan Loke Siew Fook
Sekejap, saya jawab dulu ya. Terima kasih Bangi. Itu, saya akan bagi jawapan bertulis. Tapi, untuk bukan nak menghampakanlah Yang Berhormat, itu cadangan belum dipertimbangkan lagi. Sebab, sekarang ini, kalau MRT pun, kita ada satu lagi jajaran yang jauh lebih penting iaitu MRT Circle Line. Itu perlu diberikan prioriti. Sekiranya ada apa-apa keputusan ataupun kelulusan oleh pihak Kementerian Kewangan untuk proceed, dengan tambahan kepada jajaran MRT, MRT Circle Line akan menjadi prioriti. Okey? Ya.
Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Okey. Saya ada bangkitkan isu berkaitan dengan kecurian kabel dalam konteks infrastruktur pengangkutan awam. Jadi, kalau kita tengok trend ini, trend ini berlarutan, semakin banyak MRT kah, ERL dan sebagainya yang terlibat, terkesan, kereta api dengan kecurian kabel.
Jadi, apakah tindakan jangka masa sederhana dan panjang? Macam kita nak selesaikan? Kalau dibiarkan kita spend berbilion ini kemudiannya terkesan dengan tindakan kecurian kabel ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Memang dari segi kecurian kabel ini satu masalah besar yang kita telah pun bincangkan berkali-kali bersama dengan KDN dan sebagainya. Pihak Kementerian Pengangkutan sedang mengambil tindakan untuk mengubah ataupun meminda Akta Pengangkutan Awam Darat untuk menaikkan kadar hukuman kepada kecurian kabel ini.
Sebab kecurian kabel ini dia menyebabkan kerosakan kepada sistem tren dan menyebabkan dia punya risiko yang agak besar dari segi bahayanya kepada orang ramai. Jadi, kita sedang mengambil tindakan, sedang meminda Akta Pengangkutan Awam Darat, kita akan— MJM telah pun disediakan, akan dihantar untuk ulasan dan selepas itu dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dasar dan sekiranya Kabinet memberikan kelulusan dasar, maka saya yakin pindaan itu akan di bawa ke Parlimen pada sesi pertama tahun depan untuk menaikkan hukuman kepada pencuri-pencuri kabel ini dan termasuk hukuman penjara dan sebagainya.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya tentang, saya bangkitkan tentang isu PIP rundingan dengan Thailand yang sekarang ini kita tak dibenarkan lagi masuk laden container itu dan perlu dipindahkan kepada lori dan itu meningkatkan kos kepada— dan juga imej kepada pihak PIP sendirilah. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, itu memang dalam jawapan. Untuk isu di PIP itu, memang kita tahu bahawa masalah dan cabarannya bukan di sebelah kita. Kita telah sediakan prasarana tetapi pihak Thailand dia belum menyediakan kakitangan CIQ dia okey, di sempadan. Jadi, perkara ini masih kita rundingkan dengan pihak negara Thailand. Dan baru-baru ini Kementerian Pengangkutan pun ada mesyuarat berkenaan dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan perkara ini memang sentiasa kita bangkitkan.
Kita memang cuba menyelesaikan isu itu sebab Kementerian Pengangkutan pun ada kepentingan dalam PIP ini. Kita amat mengharapkan perlesenan port ini
Tuan Loke Siew Fook
dapat berjaya. Dan, jadi kalau ada kekangan-kekangan seperti itu, dia akan membantutkan perkembangan PIP. Dan memang kita sentiasa cuba. Namun begitu, itu bukannya di bawah kawalan kita, kita memerlukan kerjasama daripada Kerajaan Thailand untuk memastikan mereka membenarkan laden cargo kita dapat di-clear PIP untuk masuk ke sebelah Thailand.
Seorang Ahli
Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Okey. Yang Berhormat Kalabakan memohon agar kerajaan menilai semula Dasar Sekatan Pembaharuan Lesen Memandu bagi individu yang mempunyai tunggakan saman trafik biasa.
Tuan Loke Siew Fook
Meneliti pemisah antara urusan pembaharuan lesen memandu dengan rekod saman biasa dan pengecualian sekatan tersebut dikecuali bagi kes kesalahan berat yang melibatkan tindakan mahkamah.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sebagaimana yang diumumkan oleh saya semasa membentangkan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, kadar kompaun maksimum sehingga RM500 hanya akan berkuat kuasa 1 Januari 2029. Pada masa ini Kementerian Pengangkutan melalui JPJ melaksanakan kadar kompaun berperingkat berkonsepkan “the less you delay, the less you pay.” Melalui pelaksanaan ini kadar bayaran bagi kesalahan yang boleh dikompaun adalah berasaskan tempoh masa penyelesaian dengan kadar maksimum RM300 seperti berikut. Sekiranya bayar di antara satu hingga 15 hari, 50 peratus atau RM150, 16 hingga 30 hari, RM200 atau 33 peratus diskaun dan kadar maksimum sekiranya lebih 31 hari.
Suka cita saya maklumkan, sejak ia dimulakan pada Januari sehingga sekarang ini, sudah 10 bulan, jumlah saman selesai yang di bawah 15 hari terdapat 969,902 saman bernilai hampir RM145 juta diselesaikan dalam tempoh dua minggu.
Jadi maksudnya mereka bayar awal. Dia dapat diskaun lah. Dia dapat bayar lebih rendah. Kalau 16 hingga 30 hari ada 156,116 saman diselesaikan. Hampir RM31 juta.
Jadi, ini yang kita nyatakan bahawa, kita nak galakkan supaya mana-mana pemandu yang melanggari kesalahan jalan raya, mereka langsaikan pada kadar
Tuan Loke Siew Fook
yang lebih awal. Bukan yang dulu. Kalau dulu yang bayar awal itu bayar penuh. Yang bayar lewat itu dapat diskaun. Itu yang tak adil kepada mereka yang bayar awal. Jadi sekarang ini sesiapa yang bayar awal, dia dapat kadar yang lebih rendah.
Namun begitu untuk blacklist, ia hanya melibatkan sekiranya tindakan sekatan transaksi hanya dikuatkuasakan apabila orang kena saman gagal hadir ke mahkamah dan waran tangkap telah dikeluarkan. Kita bukannya sekat sesuka hati.
Kalau dah kompaun, dah keluar notis ke mahkamah, mereka tak hadir lagi, dah keluar waran tangkap, masih degil. Apa pilihan kita? Kena sekat lah dia punya roadtax dan sebagainya. Jadi itu yang disekat sekiranya mereka gagal hadir ke mahkamah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak juga memasuki isu penerbangan. Yang Berhormat Penampang membangkitkan isu penstrukturan semula jadual penerbangan ke Sabah oleh beberapa syarikat penerbangan. Kerajaan mengambil maklum akan kebimbangan berhubung perkara tersebut serta kesan pengurangan perkhidmatan terus ke Sabah.
Berdasarkan data pemantauan pihak berkuasa penerbangan CAAM, perbandingan suku ketiga pada tahun 2026 dengan tempoh yang sama tahun 2025 menunjukkan bahawa bilangan laluan domestik yang menghubungkan Sabah menurun daripada 16 kepada 13 laluan dengan frekuensi penerbangan berkurangan daripada 5,953 kepada 4,682 penerbangan. Bagi laluan antarabangsa pula bilangan laluan menurun daripada 23 kepada 19 laluan namun frekuensi penerbangan meningkat daripada 1,888 kepada 1,995 penerbangan.
Penyesuaian kapasiti dan frekuensi penerbangan berkenaan dilaksanakan oleh syarikat penerbangan berdasarkan pertimbangan komersial serta lonjakan kos operasi susulan krisis di Asia Barat. Kementerian Pengangkutan melalui CAAM akan terus memantau perkembangan kapasiti dan frekuensi penerbangan serta berinteraksi berterusan dengan syarikat penerbangan bagi memastikan keperluan kesalinghubungan udara ke Sabah diberikan keutamaan. Jadi ini memang kita pantau.
Kita tahu bahawa sekarang ini frekuensi penerbangan dah berkurangan disebabkan oleh kenaikan kos bahan api. Memang banyak syarikat-syarikat penerbangan cuba mengurangkan flight mereka. Namun begitu kita pantau dan menggalakkan supaya syarikat-syarikat penerbangan mengembalikan frekuensi mereka dan pelbagai bantuan juga dilaksanakan untuk memastikan dari segi harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak kekal mampu. Walaupun kita memang
Tuan Loke Siew Fook
mengakui bahawa memang ada tekanan kos yang begitu tinggi yang menyebabkan harga tiket penerbangan juga meningkat.
Namun begitu beberapa inisiatif telah pun kita laksanakan termasuk bantuan FlySiswa kita tingkatkan untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar Sabah Sarawak yang datang ke Semenanjung ataupun Semenanjung ke Sabah Sarawak, termasuk juga kita ada harga maksimum untuk musim perayaan, dan pelanjutan tempoh untuk musim perayaan. Beberapa inisiatif ini akan terus dilaksanakan untuk memastikan supaya warganegara kita terutamanya di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak boleh dapat terus memastikan kapasiti penerbangan dan juga connectivity ini.
Saya ada beberapa minit lagi sahaja Yang Berhormat Tan Sri. Saya nak fokus lagi satu sektor iaitu sektor maritim. Yang lain-lain secara spesifik saya akan jawab secara bertulis tetapi untuk sektor maritim. Yang Berhormat Libaran telah membangkitkan perihal keberkesanan Dasar Pengecualian Kabotaj dan keperluan penilaian semula secara menyeluruh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan telah melaksanakan pengecualian Dasar Kabotaj bagi perkhidmatan pengangkutan kargo ke Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Jun 2017.
Walau bagaimanapun berkuat kuasa 1 Jun 2024 Dasar Kabotaj dilaksanakan semula di Negeri Sarawak atas permintaan Kerajaan Sarawak untuk mempergiat sektor pembinaan dan penyelenggaraan sektor perkapalan Sarawak. Kementerian Pengangkutan kini sedang membangunkan Pelan Induk Maritim Negara dengan melantik syarikat perunding PricewaterhouseCoopers syarikat PwC dijangka memuktamadkan kajian dan membangunkan pelan strategik untuk tujuan pelaksanaan pada suku kedua tahun 2027.
Dasar Kabotaj merupakan salah satu komponen penting dalam kajian ke arah usaha memperkasa sektor perkapalan domestik dan mempergiatkan rantaian perkhidmatan perkapalan dan rantai aktiviti logistik di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Yang Berhormat Kudat ada membangkitkan isu perkhidmatan feri Kudat ke Pulau Banggi. Kita akan memberikan perhatian supaya dari segi connectivity dan juga kekerapan perkhidmatan feri itu dapat ditambah baik. Kita telah pun juga membukakan permohonan untuk pemberian subsidi diesel ini kepada pihak Kementerian Kewangan. Kita cuba harap membantu operator yang menghubungkan Kudat ke Pulau Banggi. Begitu juga berkenaan isu kenaikan...
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
...Tambang feri Teluk Gading ke Pulau Tioman.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin membangkitkan soal kabotaj ini terutama sekali di Negeri Sabah. Adakah pelebaran daripada perundangan yang telah dikeluarkan ke Pantai Timur Sabah terutama Sandakan, Tawau dan Lahad Datu sebab saya ingin mengkaji semula mengharapkan kementerian mengkaji semula peraturan kabotaj ini, laluan perkapalan supaya lebih banyak barangan dapat dihantar secara langsung ke pelabuhan-pelabuhan Pantai Timur bagi mengatasi isu pengendalian yang berganda. Maksudnya double handling yang menyebabkan kos. Bukan sahaja barangan makanan yang diimport ataupun dieksport akan meningkat apabila berlakunya double handling ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Yang Berhormat Menteri minta laluan.
Sebentar sahaja. Berkenaan dengan feri Kudat-Banggi. Bolehkah bagi lebih kurang berapa lama proses itu diambil untuk mendapatkan ketetapan yang boleh memberikan kelegaan kepada penduduk di Banggi dan Kudat ini? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Untuk feri di Kudat. Saya rasa masalahnya ialah subsidi kah? Subsidi diesel kepada pihak pengusaha. Ini sesuatu yang kita cuba dapatkan bantuan daripada Kementerian Kewangan. Memang semua pengusaha feri di seluruh negara menghadapi masalah yang sama.
Kementerian Pengangkutan cuba memberikan sokongan dah kita harap dapat sokongan daripada Kementerian Kewangan untuk meluluskan bantuan subsidi diesel ini kepada pengusaha feri. Saya yakin kalau ada bantuan subsidi mungkin dari segi frekuensi itu dapat ditambah baik kepada penduduk-penduduk di sana. Memang satu keperluan. Saya faham untuk penduduk-penduduk di Pulau Banggi yang cuba kita akan kemukakan sekali lagi kepada pihak Kementerian Kewangan.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Berkenaan dengan Yang Berhormat Libaran tadi.
Bukannya soal kabotaj. Dia antara Pantai Barat Sabah ke Pantai Timur Sabah, syarikat perkapalan. Dia bukannya soal kabotaj. Kita tak ada masalah kabotaj. Kalau syarikat perkapalan dia nak daripada Sepanggar Port dia nak ke Pantai Timur. Tak
Tuan Loke Siew Fook
ada masalah. Dari segi dasar tak ada masalah, tetapi syarikat-syarikat perkapalan ini biasanya melihat kepada isu komersial. Adakah berbaloi untuk mereka daripada Pantai Barat ke Pantai Timur. Itu yang menjadi pertimbangan mereka, pertimbangan komersial. Kosnya dan juga adakah dia ada ROI dia. Jadi, bukannya soal dasar.
Perkara ini saya rasa perlu kita lihat bagaimana kita memastikan dari segi kargo dekat Pantai Timur ini dapat diperbanyakkan. Jadi saya rasa ada usaha berterusan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri bersama-sama dengan Kerajaan Pusat kerana syarikat perkapalan ini, kalau dia pergi one-way sahaja dia pergi hantar barang tetapi tak ada barang untuk dibawa keluar.
Tuan Loke Siew Fook
Dia tidak akan pergi. Jadi, dia kena ada kargo in and out supaya dia punya trip itu bukannya dia dapat hasil satu hala sahaja. Itu yang menjadi pertimbangan syarikat perkapalan. Jadi bukan soal kabotaj. Soal kabotaj tak ada masalah. Dia daripada mana-mana port di Sabah nak pergi ke pelabuhan lain di Sabah, tak ada masalah. Cuma yang kita lihat ialah pertimbangan komersil. Okey.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang Berhormat Menteri, nak sebut tadi berkenaan dengan feri daripada Teluk Gading ke Pulau Tioman. Ini bukan sahaja bersangkutan dengan tambang feri, Yang Berhormat Menteri. Tetapi baru-baru ini Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang telah menitahkan supaya dikaji semula kualiti perkhidmatan feri daripada Teluk Gading ke Pulau Tioman agar ia memberi lebih keselesaan dan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Yang Berhormat Menteri, satu je.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, memang kita menerima baik teguran tetapi operator-operator ini adalah operator swasta. Okey. Jadi sudah tentu kita harap pihak operator swasta ini dapat memperbaiki perkhidmatan mereka. Tetapi cabaran yang dihadapi oleh pelbagai pihak operator sekarang ini ialah tekanan koslah. Tetapi untuk operator feri ini, saya difahamkan mereka juga dapat subsidi diesel.
Bagaimana untuk tambah baik dan sebagainya dan mereka telah meningkatkan kadar tambang. Jadi, kadar tambang itu dinaikkan, Yang Berhormat juga ada membuat teguran dan kritikan. Sudah tentu kita akan cuba berunding dengan pihak operator supaya untuk orang tempatan. Kita punya prinsip kita faham
Tuan Loke Siew Fook
bahawa operator-operator feri ini, umpamanya di Langkawi, dia operator — tiket feri itu perlu dinaikkan kerana dah bertahun-tahun, dah 10, 20 tahun tak naik.
Jadi, kita benarkan mereka naik untuk pelawat dan pelancong. Tetapi orang tempatan, kita memberikan perlindungan supaya kadar tambang berpatutan kepada warga tempatan yang bergantung kepada feri itu untuk berulang-alik. Jadi prinsip yang sama akan diguna pakai untuk feri di Tioman. Ya. Jadi kita akan berunding dengan pihak operator.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Cuma Yang Berhormat Menteri, hanya satu saja syarikat yang mengendalikan perkhidmatan feri daripada Teluk Gading ke Pulau Tioman. Jadi ini tidak ada persaingan dan mungkin itulah yang menyebabkan keselesaan dan kualiti...
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan tak ada masalah untuk persaingan. Jadi kalau Yang Berhormat boleh dapatkan ataupun dapat menjemput mana-mana syarikat, tak ada masalah. Kita akan facilitate.
Pelesenan dan sebagainya, kita facilitate. Kita memang tak nak monopoli. Tetapi industri-industri seperti ini, dia bukan mudah untuk masuk dan bukan banyak syarikat swasta berminat nak masuk.
Jadi kalau ada mana-mana pihak syarikat, termasuk kalau anak syarikat kerajaan negeri dan sebagainya, nak mengusahakan perkhidmatan itu, silakan. Kita akan bagi facilitate untuk memberikan lesen dan sebagainya. Jadi itu yang kita harap dapat ada persaingan juga.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tan Sri, boleh bagi...
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit lagi.
Tuan Loke Siew Fook
Okey, lima minit.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Satu je, satu je.
Tuan Loke Siew Fook
Last, last. Jerantut, last.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tentang mobiliti udara ini. Saya ada bawa tentang isu AirAsia dan concern saya ialah dalam keadaan sekarang dengan hutang yang banyak, apakah pihak MOT ada melihat bantuan yang boleh diberikan kepada AirAsia? Sebab saya dimaklumkan ada 26,000 pekerja
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
AirAsia dan barangkali apakah ada kesan dari sudut penggajian, caruman KWSP kerana isu ini? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat minta kerajaan bantu, tapi pada masa yang sama, ada juga rakan-rakan Yang Berhormat nanti akan cakap, “Ha, ini kerajaan nak bailout AirAsia pula.” Jadi pendirian itu kena konsisten.
Jadi perkara itu, memang perkara ini kita bincang di peringkat kerajaan. Kita cuba lihat untuk pastikan bagaimana industri penerbangan itu dapat sustainable.
Okey. Prioriti kerajaan ialah pastikan connectivity itu terus berjalan.
Tetapi dari segi bagaimana nak bantu syarikat-syarikat penerbangan awam asing dan— penerbangan swasta dan sebagainya, itu sudah tentu perlu di dilihat dan dikaji dan perkara itu memang diteliti oleh pihak Kementerian Kewangan. Tak ada apa-apa keputusan dibuat setakat ini.
Tetapi memang keutamaan kerajaan ialah pastikan syarikat-syarikat penerbangan negara kita dan connectivity diteruskan kerana kalau mana-mana satu syarikat penerbangan besar, kalau mereka muflis dan sebagainya, dia akan menyebabkan connectivity kita terbantut. Kalau syarikat penerbangan ini dia tutup kedai, maka yang hilang bukan sahaja kru mereka hilang kerja tetapi yang masalahnya ialah connectivity. Itu akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara. Memang perkara ini memang dalam perhatian kerajaan dan kita cuba sedaya upaya untuk memastikan ia tidak berlaku.
Yang akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak juga memberikan sedikit penjelasan kepada Yang Berhormat Puchong dan Bukit Bendera yang mencadangkan supaya Pulau Langkawi dan juga Pulau Pinang dijadikan sebagai destinasi Disney Cruise dan mengharapkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan cuba menjadikan Pulau Pinang ini sebagai satu homeport.
Memang satu cadangan yang baik dan memang ini sentiasa usaha kita. Malah kita akan menganjurkan satu persidangan cruise tourism buat julung kalinya di Malaysia iaitu Seatrade Cruise Asia berlangsung 16 hingga 19 November ini, untuk mendapatkan penglibatan syarikat-syarikat perkapalan ataupun cruise ini untuk datang ke Malaysia, lihat potensi negara kita.
Tetapi untuk menjadi homeport ini, dia banyak cabaran dia. Pertimbangan syarikat-syarikat cruise ini nak menjadikan sesuatu pelabuhan sebagai homeport itu, dia bukan sahaja melihat kepada pasaran tempatan. Dia nak lihat juga bagaimana dapat menarik pelawat-pelawat daripada negara luar dan salah satu faktor yang
Tuan Loke Siew Fook
paling penting ialah connectivity iaitu dia mesti ada connectivity yang baik dengan lapangan terbang.
Jadi, Pulau Pinang memang ada satu potensi yang besar dalam perkara ini untuk menjadi homeport. Sebab Pulau Pinang punya pelabuhan tengah-tengah dekat George Town dan ada lapangan terbang antarabangsa. Tetapi dari segi connectivity dan juga dia punya penerbangan sudah tentu perlu ditambah baik lagi.
Memang perancangan sekarang ini untuk kita memperbesarkan dan meningkatkan keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan sudah tentu usaha ini akan berterusan untuk menjadikan Malaysia juga sebagai satu destinasi homeport kepada syarikat-syarikat cruise ini bukan sahaja Disney tetapi banyak lagi seperti memang syarikat Resorts World ataupun Mediterranean Cruise, MSC dan juga banyak lagi syarikat-syarikat sekarang ini yang banyak berpangkalan di Singapura dan memang dalam industri ini, kita cuba mendapatkan penglibatan syarikat-syarikat ini untuk menjadikan Malaysia sebagai satu destinasi homeport.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan dan saya berharap bahawa semua inisiatif yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan segala cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin di dalam Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Sekarang saya jemput Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Silakan, 45 minit Yang Berhormat.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu- isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA sepanjang tempoh perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat dasar dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI kelima tahun 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, PETRA diperuntukkan sebanyak RM5.33 bilion merangkumi RM0.40 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM4.93 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi memperkukuh keterjaminan bekalan air dan elektrik, meningkatkan daya tahan terhadap banjir, serta mempercepat peralihan tenaga negara. PETRA memberikan keutamaan kepada pembangunan infrastruktur strategik, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta pembangunan sektor tenaga dan air yang mampan dan berdaya tahan.
Saya ingin menegaskan bahawa setiap peruntukan yang diluluskan mesti diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan dan hasil dapat dirasai rakyat selain pemantauan projek, kebertanggungjawaban agensi, serta disiplin, perbelanjaan akan terus diperkukuh.
Bagi merealisasikan hasrat ini, PETRA telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas, Taskforce Penyelarasan Projek Pembangunan antara PETRA dan kerajaan negeri secara berkala bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Jawatankuasa ini telah dimulakan sejak awal tahun 2025. Antara isu-isu utama yang dicadang — dibincangkan seperti pengambilan tanah, pengalihan utiliti dan setinggan dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri seperti Johor, Melaka, Terengganu dan Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Selaras dengan keutamaan Belanjawan MADANI Kelima Tahun 2027, PETRA telah memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan air negara, meningkatkan daya tahan infrastruktur terhadap perubahan iklim serta mempercepatkan pelaksanaan agenda perolehan negara.
Keutamaan ini dilaksanakan melalui pembangunan infrastruktur strategik, peningkatan kecekapan, pengurusan sumber serta perluasan penggunaan teknologi yang lebih mapan.
Bagi sektor air, antara inisiatif utama PETRA, termasuk pelaksanaan projek rancangan tebatan banjir ataupun RTB, pengurusan lembangan sungai secara bersepadu, pemuliharaan kawasan pantai serta pembangunan infrastruktur sumber air. Usaha ini turut disokong melalui penambahbaikan sistem saliran dan pengurusan risiko banjir bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara terhadap kejadian cuaca
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
ekstrem serta mengurangkan kesannya kepada keselamatan rakyat, harta benda dan aktiviti ekonomi.
Dalam aspek perkhidmatan bekalan air dan pembetungan pula, kerajaan meneruskan program pengurangan air tidak terhasil atau NRW, penggantian paip kritikal, penaiktarafan sistem rawatan dan agihan air serta pembangunan infrastruktur pembetungan dan sanitasi.
Tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan bekalan air di kawasan yang masih menghadapi kekangan infrastruktur. Di samping memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi menjamin perkhidmatan air yang lebih cekap, mampan dan berdaya harap.
Bagi sektor tenaga, antara inisiatif utama yang diteruskan ialah pengukuhan grid nasional, penaiktarafan sistem penghantaran dan pengagihan elektrik serta pelaksanaan projek bagi meningkatkan kestabilan bekalan elektrik, khususnya di kawasan yang berdepan cabaran infrastruktur.
Pada masa yang sama, kerajaan turut memberikan perhatian kepada perlindungan pengguna melalui mekanisme tarif elektrik yang lebih adil dan bersasar.
Di samping memastikan sistem bekalan mampu menyokong peningkatan permintaan daripada sektor domestik, komersial dan industri.
PETRA akan melaksanakan pelbagai program strategik bagi menyokong peralihan tenaga dan mengukuhkan sistem pembekalan elektrik negara. Antara tumpuan yang akan diberikan adalah seperti berikut; Pertamanya, Program Bijak Tenaga MADANI ataupun NEEAP 2.0.
Pelaksanaan menyeluruh kecekapan tenaga di sektor domestik, industri dan komersial. Selaras dengan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 yang diluluskan 2025 yang lalu.
Kedua, projek pengukuhan bekalan elektrik Sabah dan Labuan, termasuk subsidi tarif, subsidi bahan api dan projek. Talian penghantaran southern link bagi memperkukuh grid penghantaran elektrik di Sabah.
Ketiga, program pembangunan tenaga nuklear di bawah MyPOWER.
Pembangunan kerangka regulatori dan infrastruktur tenaga nuklear mengikut piawaian International Atomic Energy Agency ataupun IAEA berjumlah RM15.2 juta.
Keempat, projek penjanaan solar berskala besar dilaksanakan dengan kapasiti hampir dua gigawatt di bawah Program LSS6 melibatkan anggaran pelaburan swasta sebanyak RM6.6 bilion.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kelima, program-program yang memperkukuh kerjasama tenaga serantau menerusi ASEAN Power Grid seperti projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung. Projek sambung tara bekalan elektrik dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.
Tan Sri Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 di peringkat dasar, seramai 43 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan pelbagai isu berkaitan bidang kuasa PETRA yang meliputi tebatan banjir, pengurusan saliran, hakisan, empangan, bekalan air, bekalan elektrik serta tenaga lestari.
Mengambil kira jumlah isu dan kekangan masa, saya mohon ruang Dewan yang mulia ini Tan Sri, untuk menjelaskan pendekatan dasar dan hala tuju kerajaan bagi perkara utama yang dibangkitkan. Bagi status serta perincian projek di kawasan Parlimen tertentu yang agak spesifik, penjelasan lanjut akan saya berikan secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, seramai 26 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu berkaitan banjir, sistem saliran, pengurusan sungai dan pengawalan hakisan pantai di bawah tanggungjawab PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS.
Kementerian amat menghargai pandangan serta cadangan yang dikemukakan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam usaha memperkukuhkan daya tahan negara terhadap risiko dan impak bencana iklim secara menyeluruh.
Kementerian mengambil perhatian terhadap isu status pelaksanaan Projek RTB serta masalah pengurusan saliran dan hakisan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Sipitang, Beaufort, Pokok Sena, Tangga Batu, Hulu Terengganu, Kuantan, Kubang Kerian, Merbok, Tenggara, Bukit Gantang, Kalabakan, Kuala Kangsar, Kuala Kedah, Wangsa Maju, Lumut, Bachok, Kepala Batas, Padang Rengas, Batu Pahat, Kota Belud, Kudat, Kuala Krai, Masjid Tanah, Kuala Nerus dan juga Pengkalan Chepa.
Untuk mitigasi banjir, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai strategi utama untuk meningkatkan sistem saliran dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko banjir, PETRA melalui JPS menggunakan pendekatan secara berstruktur dan bukan berstruktur di seluruh negara. Kedua-dua pendekatan ini dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengurangkan risiko serta impak banjir terhadap rakyat.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Berhubung persoalan mengenai peruntukan, usaha mitigasi banjir perlu dilihat secara menyeluruh merentas butiran pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Termasuk tebatan banjir, pengurusan sungai dan saliran serta pengukuhan infrastruktur kawalan banjir. Bagi pendekatan struktur jangka panjang, PETRA melaksanakan projek menaik taraf infrastruktur dan saliran bandar, rancangan tebatan banjir, pengurusan sungai, saliran mesra alam, struktur kolam takungan banjir, pengawalan hakisan pantai dan pemuliharaan muara-muara sungai.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Rolling Plan 2 (RP2) tahun 2027, sejumlah 151 projek telah disenaraikan dan diluluskan untuk pelaksanaan projek tebatan banjir di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 projek merupakan projek baharu.
Manakala, 136 projek lagi adalah projek sambungan dengan jumlah kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM28.1 bilion.
Selain itu, Ahli-ahli Yang Berhormat Kota Belud, Kudat, Kuala Nerus, Bachok dan Batu Pahat turut membangkitkan isu pengawalan hakisan pantai dan pemuliharaan...
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Yang Berhormat, Kuala Kedah. Terima kasih Tan Sri. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah pun memberikan respons berhubung dengan isu tebatan banjir di Anak Bukit.
Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat berhubung dengan mekanisme pemantauan prestasi kontraktor bagi Projek RTB Sungai Kedah, Anak Bukit. Memandangkan projek ini telah pun memakan masa yang panjang.
Adakah penilaian di buat secara bulanan berdasarkan kemajuan fizikal sebenar, pencapaian kerja kritikal, penggunaan peruntukan dan pematuhan kepada spesifikasi teknikal? Dan sekiranya kontraktor gagal mencapai kemajuan mengikut jadual yang ditetapkan, apakah mekanisme tindakan pembetulan kementerian, termasuk arahan pemulihan kemajuan, pengukuhan sumber kerja, pengenaan ganti rugi tertentu ataupun tindakan kontrak lain yang dibenarkan? Sekian, terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Semua projek yang khusus, tadi spesifik yang saya katakan, saya akan bagi jawapan bertulis tapi untuk menjawab, dalam pengurusan projek, kita tertakluk kepada perjanjian. Bila perjanjian dah ditandatangani, kita ada SO, kita ada konsultan dan pemantauan itu dibuat secara berkala. Ada mesyuarat di tapak, ada
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
mesyuarat di peringkat negeri dan juga akan di bawa ke peringkat Persekutuan ataupun ibu pejabat.
Daripada situlah pemantauan akan dibuat sama ada secara berkala ataupun secara random, dengan izin. Dari situlah kita akan membuat pemantauan dari segi pencapaian kontraktor. Kalau ada yang kurang, kita akan mengambil tindakan, termasuklah notis dan sehingga notis dipatuhi tidak dapat juga dibuat — sehinggalah di bawah perjanjian itu, projek boleh ditamatkan.
Itu secara umum yang dapat saya berikan gambaran. Maknanya, ia ada SOP, ada perjanjian yang perlu kita ikuti dan terma-terma kontrak yang akan kita pantau berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian yang telah dilaksanakan.
Okey, yang lain nanti saya akan beri secara detail lagi secara bertulis.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang Berhormat Menteri...
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Okey, terima kasih.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Sedikit. Kuantan.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan saliran. Sempena tengkujuh ini. Apabila kita utarakan― saya pun ada bahas berkaitan dengan pembersihan saliran ini. Jadi, apabila kita buat aduan, jawapannya adalah bergantung kepada peruntukan. Dan saya juga ada mencadangkan agar lokasi-lokasi yang terlibat dengan banjir tersebut disenaraikan dan dibuat pembersihan lah.
Jadi, apabila bulan sembilan baru ini pun saya buat aduan di satu kawasan, dapat jawapan tiada peruntukan untuk pembersihan saliran dan pada minggu lepas telah berlaku banjir kilat dan masuk dalam rumah lah. Saya juga ada hantar juga kepada JPS Kuantan untuk segerakan tindakan pembersihan saliran-saliran kawasan Kuantan.
Jadi, minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat.
Nanti boleh beri maklumat detail kepada saya, di mana dan sebagainya. Kita akan melihat bagaimana kita nak cari penyelesaian.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Tapi, secara umum apa yang saya boleh katakan berhubung dengan masalah banjir, dia melibatkan Kerajaan Persekutuan, melibatkan juga kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. Ada
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
bidang kuasa sepenuhnya di bawah kerajaan negeri, ada kuasa di bawah kerajaan tempatan, ada juga kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan. Sebab itu, apa yang kita ambil ialah bagaimana kita dapat membuat tindakan bersama sepertimana yang saya telah jawabkan tadi.
Dan cabaran yang kita hadapi ialah, salah satunya, kekangan dari segi sumber kewangan. Kadang-kadang untuk― yang saya katakan tadi, kita ada pendekatan jangka panjang, pendekatan secara sederhana dan sudah pasti untuk kecemasan, ada juga peruntukan tapi ia nya terhad. Hanya bila kita ada, kita akan menggunakan peruntukan kecemasan untuk mengambil tindakan yang segera bila berlakunya bencana dan sebagainya. Nanti saya perincikan. Berikan maklumat terperinci, insya-Allah, nanti saya akan melihat bagaimana kita dapat selesaikan.
Selain itu, Ahli-ahli Yang Berhormat Kota Belud, Kudat, Kuala Nerus, Bachok dan juga Batu Pahat turut membangkitkan isu pengawalan hakisan pantai dan pemuliharaan muara sungai. Untuk makluman, di bawah rolling plan yang kedua Rancangan Malaysia Ketiga Belas tahun 2027, sebanyak 50 projek telah diluluskan merangkumi lima projek baharu dan 45 projek sambungan dengan anggaran kos keseluruhan RM3.75 bilion. Skop pelaksanaan meliputi pembinaan pemecah ombak dan ban pantai, pengerukan muara sungai serta penyuburan pasir pantai bagi melindungi penduduk dan infrastruktur di kawasan pesisir.
Bagi memastikan projek-projek jangka panjang ini dilaksanakan mengikut jadual, PETRA melalui JPS akan terus memperkukuh pemantauan kemajuan fizikal, penyelarasan teknikal dan pengurusan kontrak serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang isu yang boleh menjejaskan kemajuan pelaksanaan.
Walau bagaimanapun, keberkesanan usaha ini turut bergantung pada kelancaran pelaksanaan kerja di tapak dan penyelesaian isu-isu teknikal yang berkaitan.
Untuk pendekatan struktur jangka pendek...
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat. Sikit, Yang Amat Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya?
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Kuala Nerus. Ya, terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Menteri. Saya ada bangkitkan tentang kelewatan siap ataupun sudah diberi dua kali tempoh kepada― tentang pembinaan struktur pemecah ombak di Kuala Nerus. Yang mana telah berlaku sebelum ini, oleh kerana kelewatan ini, jalan yang dalam pembinaan telah runtuh. Ini musim tengkujuh datang pula, ombak dah mula besar di Pantai
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Timur. Saya bimbang jalan yang lain pula akan runtuh dan ini akan menyebabkan kos yang tinggi.
So, apakah tindakan yang boleh kita buat supaya perkara-perkara sebegini tidak berulang? Mohon penjelasan Yang Amat Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih, Yang Berhormat.
Untuk Kuala Nerus ini, dia memang ada dua EOT yang diberikan. Ini disebabkan, pertamanya, kelewatan memperoleh kebenaran merancang daripada PBT iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Sebab, untuk melaksanakan projek ini, kita memerlukan kebenaran dan kebenaran merancang hanya di— Jabatan Laut sebenarnya hanya membenarkan operasi kapal untuk hadir di situ kalau mendapat kelulusan merancang daripada majlis perbandaran. Jadi, ini menyebabkan kelewatan lebih kurang 85 hari. Sebab itu kita memberikan extension sehinggalah kelulusan didapati, barulah operasi kapal itu boleh berjalan dan sebagainya.
Manakala EOT yang kedua, ini melibatkan 164 hari. Ini berlaku dari bulan November hingga Januari 2024. Bila ketinggian ombak yang agak tinggi menyebabkan kita terpaksa membuat pertambahan dari segi kuantiti batu dan juga geotextile di kawasan tersebut.
Kelewatan juga disebabkan sekarang ini diperlukan― tiba-tiba kita mendapat notis untuk mendapat kelulusan daripada EIA. Jadi, kelulusan itu agak melewatkan.
Jadi, ada skop kerja tambahan yang diperlukan di kawasan tersebut.
Memang dari segi kerja jalan, kami dimaklumkan JKR dah siapkan jalan.
Mereka juga telah melakukan mitigasi dengan mengadakan kaedah untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya lagi hakisan dan juga kerosakan pada jalan.
Dan, insya-Allah, projek sekarang ini dah berada dalam tahap 90 lebih peratus dan dijangkakan boleh disiapkan pertengahan tahun depan. Insya-Allah, kita akan memantau dan kita berdoalah semoga tiada lagi kerosakan berlaku. Itu sahaja dapat diharapkan pada masa ini. Setakat ini, kita dapat menyiapkan 90 peratus projek tersebut.
Untuk pendekatan struktur, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk jangka pendek, kementerian mengambil perhatian terhadap permasalahan saliran dan struktur sungai yang tidak berfungsi dengan baik. Seiring pembangunan projek jangka panjang, kerja-kerja kecil di bawah Projek Pemuliharaan Sungai untuk
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Mengurangkan Risiko Banjir dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah mitigasi jangka pendek.
Bagi tujuan ini, peruntukan berjumlah RM602 juta disediakan bagi tempoh 2026 hingga 2030. Skopnya merangkumi pengaluran sungai, penstabilan tebing, pembaikan saluran perparitan utama serta penaiktarafan struktur kawalan banjir bagi membantu melancarkan aliran air dan mengurangkan risiko limpahan.
Jadi, Yang Berhormat Kuantan, dengan ada peruntukan ini tahun depan, insya-Allah, kita akan bagi keutamaan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Penyelenggaraan sistem saliran yang bersambung ke sungai turut diberikan perhatian khususnya bagi menghadapi Monsun Timur Laut. Pelaksanaannya memerlukan penyelarasan JPS, pihak berkuasa tempatan, JKR dan agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing- masing supaya keseluruhan rangkaian saliran dapat berfungsi dengan berkesan.
Melalui pendekatan bukan struktur, kementerian melaksanakan kajian seperti Pelan Induk Tebatan Banjir (PITB), Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) dan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM). Kajian-kajian ini menjadi asas untuk mengenal pasti kawasan berisiko serta merancang projek tebatan banjir, penaiktarafan saliran dan pengurusan sumber air secara berfokus dan mengikut keutamaan.
Pelaksanaan projek tebatan banjir telah membantu mengurangkan risiko dan impak banjir kepada penduduk. Sebagai contoh, projek RTB Gong Kiat yang siap pada tahun 2022 dengan kos RM5.7 juta telah memberikan manfaat kepada kira-kira 4,000 penduduk setempat. Begitu juga dengan RTB Sibu Fasa 3 yang siap pada tahun 2023 pula telah memberikan perlindungan kepada kira-kira 15,000 penduduk.
Walau bagaimanapun, antara cabaran yang dihadapi ialah tempoh yang diperlukan untuk melalui proses perancangan dan mendapatkan kelulusan peruntukan selepas sesuatu kajian disiapkan. Dalam tempoh tersebut, perubahan guna tanah dan pertambahan pembangunan boleh meningkatkan aliran air permukaan serta mengubah keadaan yang menjadi asas kajian. Perubahan corak dan intensiti hujan juga boleh menyebabkan kejadian banjir melebihi tahap perlindungan yang diambil kira dalam reka bentuk infrastruktur.
Sehubungan itu, bagi memastikan penyelesaian yang dirancang terus bersesuaian dengan keadaan semasa, penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu diperkukuh.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dapatan kajian perlu diambil kira dan keputusan pembangunan dan dikemas kini apabila perlu sebelum reka bentuk dimuktamadkan serta projek dilaksanakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan turut memberikan perhatian kepada cadangan Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang yang berpotensi menyumbang kepada pengurangan risiko banjir dan penyediaan sumber air mentah di Kelantan. Berdasarkan potensi manfaat yang dikenal pasti, cadangan ini berpotensi mengurangkan risiko banjir pada 320,000 penduduk serta menyediakan 337 juta liter air mentah sehari bagi menyokong keperluan 353,222 penduduk.
Potensi tersebut akan diteliti dan disahkan melalui kajian kebolehlaksanaan yang telah diluluskan di bawah RP1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Berhubung anggaran pengurangan risiko banjir sebanyak 40 peratus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, kadar perlu disahkan oleh analisis teknikal dalam kajian berkenaan. Dapatan kajian akan menjadi asas untuk menentukan tahap keberkesanan cadangan Empangan Lebir dalam mengurangkan risiko banjir di kawasan terlibat.
Tan Sri Yang di-Pertua, menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa, jambatan di Kampung Pulau Che Noh yang runtuh pada Jun 2026, bukan merupakan aset atau binaan di bawah kendalian JPS dan terletak di atas tanah persendirian. Sehubungan itu urusan pembinaan semula jambatan dan penyediaan laluan alternatif perlu dirujuk pada pejabat tanah dan jajahan Kota Bharu serta pihak berkuasa berkaitan untuk pertimbangan dan tindakan lanjut mengikut bidang kuasa masing-masing. JPS boleh memberikan pertimbangan teknikal berkaitan sungai dan rizab sungai sekiranya diperlukan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Kulim.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kulim-Bandar Baharu.
Tentang isu tebatan banjir tadi, jika ada jawapan daripada projek tebatan banjir di Bandar Baharu, yang melibatkan lebih kurang RM88 juta dan melibatkan 64 rumah yang terpaksa diubah, adakah jawapan ada pada Yang Berhormat? Mohon, kalau ada. Terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kalau dibangkitkan dalam perbahasan, insya-Allah kita akan sediakan. Memang sediakan semua perincian projek-projek spesifik kepada Yang Berhormat nanti.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Secara bertulis. Tapi secara umumnya, Yang Berhormat juga sudah pun berjumpa dengan saya, mengemukakan surat dan saya dan minta untuk JPS ibu pejabat dan JPS negeri mengkaji bagaimana dapat mengurangkan jumlah orang yang terjejas dari segi pemindahan dan sebagainya. Nanti kalau dah ada keputusan, konsultan dah finalised, nanti kita kemukakan kepada Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sama-sama. Tan Sri Yang di- Pertua, isu kedua, bekalan air dan pembetungan. Seramai 10 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan bekalan air iaitu Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat Tanjong Manis.
Kerajaan terus memberikan keutamaan pada usaha memperkukuh keterjaminan bekalan air negara melalui pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur, penggantian paip kritikal serta pelaksanaan program pengurangan air tidak terhasil ataupun dengan izin, non-revenue water (NRW). Langkah ini dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem rawatan dan pengagihan, mengurangkan gangguan bekalan serta memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan air bersih yang mencukupi dan berterusan.
Bagi menangani kehilangan air terawat, kerajaan meneruskan program pengurangan NRW kebangsaan, Pendekatan 1 Fasa 2 dengan kelulusan sebanyak RM2.52 bilion. Program ini merangkumi penggantian paip kritikal sepanjang kira-kira 1,978 kilometer dengan anggaran kos RM1.7 bilion serta pelaksanaan penyelesaian NRW secara holistik berjumlah RM824.73 juta.
Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kebocoran, meningkatkan kecekapan rantaian agihan dan mengoptimumkan penggunaan air terawat. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan operator bekalan air akan terus diperkukuh bagi memastikan pelaksana program dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
...Serta mengurangkan kadar kehilangan air secara berperingkat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tadi Yang Berhormat, terima kasih kerana jawab fasal jambatan yang runtuh di kawasan saya.
Di kawasan saya ini Yang Berhormat, dia banyak jambatan-jambatan yang sudah uzur tetapi menjadi laluan utama kepada penduduk-penduduk kerana ia berada di kawasan berhampiran dengan laut. Jadi, banyak jajaran sungai itu yang terpaksa dibuat jambatan.
Kita tahu bahawa kos pembinaan jambatan ini sangat besar. Kalau ada kemungkinan, bagaimana kementerian Yang Berhormat boleh meneliti untuk mengambil alih pengelolaan pembinaan ataupun pembaikian jambatan itu di bawah PETRA. Kalaulah boleh dibuat begitu, saya amat berterima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sepertimana yang saya katakan tadi, pertama sekali, kita kena melihat adakah jambatan dibina merupakan atas tanah persendirian? Kalau dia di atas tanah persendirian, maka banyak perkara yang perlu kita lihatlah. Ia nya menjadi jambatan hak persendirian. Kalau dibina di bawah PBT, ataupun bawah bidang kuasa negeri, maka ia di bawah bidang kuasa negeri.
Jadi, itu juga mungkin boleh dicadangkan untuk dibawa ke peringkat negeri sama ada di peringkat PBT ataupun negeri untuk mengambil alih dan maintain jambatan tersebut.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
[Bangun]
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kalau nak dibawahkan di bawah bidang kuasa Persekutuan, kita kena lihatlah bagaimana kita nak laksanakan sebab dalam Perlembagaan ini, dia ada agihan kuasa negeri, PBT dan juga Persekutuan.
Setakat mana kita boleh mengambil alih tertakluk kepada apa yang termaktub dalam perundangan Perlembagaan kita dan perlu mendapat persetujuan semua pihak juga.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Yang Berhormat Menteri, minta laluan, Lumut.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Okey, saya bagi...
Tuan Yang di-Pertua
Lumut.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Lumut dulu.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kuantan tadi dah. Bagi peluang Lumut pula, belum.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Dalam perbahasan saya, saya ada membangkitkan mengenai isu banjir, Yang Berhormat.
Untuk makluman juga, di Pulau Pangkor. Untuk makluman, di Pulau Pangkor adalah tempat lahir Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Zambry, Menteri KPT. Pulau Pangkor ini kalau musim-musim hujan ini, dia tak sampai satu jam dia akan banjir.
Baru-baru ini, minggu lepas, banjir yang paling teruk. Yang isu salah satunya isu perparitanlah. So, ada juga permohonan akan dimajukan dan telah dimajukan untuk membuat kolam tadahan. Mohon pihak PETRA memberi perhatian. Terima kasih.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Jadi, tadi berkaitan dengan peruntukan penggantian paip di dalam RM2 bilion lebihlah ya. Jadi, saya pun dalam perbahasan lepas, ramai Ahli-ahli Parlimen Sabah, Sarawak dan juga sayalah, yang berbahas berkaitan ini. Kita lihat peruntukan RM2 bilion lebih untuk seluruh negara tetapi kalau di negeri Pahang sendiri pun, untuk penggantian paip lama ini dah memerlukan kos RM3 bilion lebih. Kalau kita nak kira, RM3 bilion lebih.
Jadi, penggantian ini, Yang Berhormat Menteri, sangat penting sebab contohnya, dalam satu komuniti, taman, ada taman baru, ada taman lama, jadi yang lama ini tadi, jika kita press sedikit tekanan air, dia akan meletup ataupun dia akan pecah. Jadi, kesan ini kepada keseluruhan penduduk.
Jadi, mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengkaji balik, melihat balik peruntukan penggantian paip ini ditingkatkan peruntukan tersebut di seluruh negara agar kita dapat selesaikan penyelesaian asas rakyat. Terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Untuk Yang Berhormat Lumut, memang saya dah sediakan jawapan bertulis sebab perkara ini spesifik kepada Pulau Pangkor. Saya pun biasa dengan Pulau Pangkor. Cuma kalau melihat pada perparitan konkrit, jadinya di bawah bidang kuasa PBT, majlis daerah. Kalau ia melibatkan saliran sungai, maka itu akan berada di bawah bidang kuasa PETRA.
Tapi nanti jawapan bertulis lebih terperinci kita akan kemukakan.
Untuk NRW, penggantian paip, memang kalau nak menggantikan seluruh paip lama di Malaysia ini belanjanya begitu besar. Sebab itu kita membuat secara
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
berfasa sebab kita menyedari juga bahawa peruntukan memang terhad. Kita kena terima hakikat. Jadi, apa yang diberikan pada kita, kita akan agihkan dan memberi keutamaan dan senarai keutamaan itu pun kita dah bagikan dua peringkat.
Pertama sekali, kita akan bagi geran pada negeri yang NRW-nya tinggi. Yang itu, kita akan bagi secara geran. Manakala negeri yang telah mencapai tahap tertentu, lebih, maka ia akan diberi matching grant. Kalau dia belanja dan dapat menjimatkan, maka kita akan bagi dia matching grant. Pendekatan itu yang dapat kita laksanakan dan diharapkan ia nya akan dapat membantu pada masa ini. Apa sahaja yang berdasarkan peruntukan diterima, itulah kita laksanakan.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Tetapi kita akan beri keutamaan kepada perkara yang telah dikenal pasti mengikut keutamaan di peringkat negeri dan juga di mana kita nak laksanakan. Dan untuk pengukuhan bekalan air Sabah dan Labuan, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan geran berjumlah RM444.96 juta untuk menyokong pembangunan infrastruktur bekalan air, penggantian paip kritikal dan pelaksanaan langkah pengurangan NRW di Sabah.
Usaha ini merupakan antara pendekatan bagi meningkatkan kecekapan sistem pembekalan serta memperluas akses kepada bekalan air bersih, khususnya di kawasan masih menghadapi kekangan infrastruktur.
Di Wilayah Persekutuan Labuan pula, usaha meningkatkan kebolehpercayaan sistem bekalan air diteruskan melalui penyelenggaraan, pembaikan dan penggantian komponen kritikal termasuk sistem pengepaman.
Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan risiko gangguan air kepada pengguna. Sebanyak enam projek di bawah Malaysia Ketiga Belas, Rolling Plan Pertama dengan jumlah kos keseluruhan RM1.272 bilion melalui kaedah pinjaman akan terus dilaksanakan di Sarawak bagi menyokong pembangunan bekalan air yang mampan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Pelaksana projek berkenaan akan diselaraskan bersama kerajaan negeri dengan mengambil kira keutamaan pembangunan...
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Tan Sri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
...Keperluan penduduk dan tatacara kewangan yang berkuat kuasa. Ya, Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Bercakap tentang air ini Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat sendiri pernah datang ke Labuan. Masalah air yang berlarutan ini seperti tidak ada penyelesaian Yang Amat Berhormat.
Dalam kes Labuan, Jabatan Bekalan Air hanya menjaga paip-paip bocor di Labuan. Manakala, loji rawatan air di Beaufort diurus oleh swasta. Masalah di Labuan Yang Amat Berhormat, kalau bukan paip pecah di Labuan, loji rawatan yang rosak di Beaufort.
Tiga minggu yang sudah selama 10 hari rasanya, Labuan terputus air sampai ada yang tidak sekolah. Yang paling sedih itu warga emas dan OKU. Dan oleh kerana Labuan ini Tan Sri Speaker, terputus daripada mainland, air mineral pun kita kehabisan bila mana berlaku begini.
Yang Amat Berhormat pernah bercadang sekiranya masalah air ini berterusan, Yang Amat Berhormat pernah berbisik dengan saya mungkin kerajaan mencari alternatif lain seperti tadahan air dalam tanah atau sebagainya. Kerana jika berterusan Yang Amat Berhormat, JBA memberi maklum balas bahawa masalah air ini dijangka selesai di antara lima ke lapan tahun daripada sekarang.
Bayangkan berapa banyak lagi masalah yang rakyat terpaksa hadapi dalam tempoh lima ke lapan tahun ini? Adakah kementerian Yang Amat Berhormat bercadang untuk mengambil alih loji rawatan yang diswastakan di Lawa Gadong, Beaufort? Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Sepertimana yang dikatakan tadi memang saya sendiri iaitu di bawah PETRA mengangkat Labuan sebagai kawasan angkat kami. Sudah pasti kita akan memberi tumpuan dan untuk makluman Yang Berhormat, kita ada tiga empangan utama di Labuan. Empangan Bukit Kuda, Empangan Kerupang dan juga Empangan Bukit Batu. Loji Rawatan Air ada enam dengan kapasiti reka bentuk 104 juta liter air.
Purata pengeluaran ialah 81 juta.
Paip keseluruhan di Labuan 608 kilometer. 168 kilometer penukaran paip yang sedang kita laksanakan di bawah Rancangan NRW, pendekatan satu, fasa dua.
Sekarang ini masih dalam proses perolehan. Di bawah Rancangan Malaysia Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 19 projek sebenarnya diperuntukkan dengan nilai RM640 juta di Labuan. Tujuh projek sedang dilaksanakan yang melibatkan penggantian paip-paip utama ini RM344.3 juta.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Manakala JBA telah melaksanakan perolehan darurat pembekalan dan pemasangan satu pam tambahan gantian sementara yang berkapasiti 12 juta liter.
Pam telah pun diterima dan proses pemasangan dijangka siap dalam masa terdekat.
Ini untuk memastikan bahawa kita ada reserve pump. Kalau rosak ada pam yang akan dapat mengganti. Ini diharapkan akan dapat mengurangkan kalau berlaku kerosakan lagi.
Manakala satu projek khusus untuk naik taraf iaitu Loji Rawatan Air Lawa Gadong. Yang ini melibatkan skop penggantian aset-aset mekanikal dan elektrik yang lama dan usang. Yang ini berjumlah lebih kurang RM10 juta.
Isu utama air terawat di Labuan ialah 90 peratus sepertimana Yang Berhormat katakan tadi datang daripada Loji Rawatan Air Lawa Gadong. Jika berlaku henti tugas, sudah pasti ia nya akan menjejaskan bekalan air dan kita sedar perkara ini.
Apa yang kita nak buat ialah untuk Loji Rawatan Lawa Gadong ini ialah untuk kita memodenkan aset dan ia nya sedang dilaksanakan oleh JBA. Diharapkan segala aset ini dapat diganti baharu dan sebagainya. Dan juga kita akan mengadakan back up lah dari segi pam dan sebagainya.
Untuk jangka panjang, kita dah mengarahkan NAHRIM iaitu satu agensi yang membuat research di bawah kementerian untuk membuat pemetaan air bawah tanah secara teknologi pintar. Yang ini sudah pun bermula April 2026 dan diharapkan dengan kajian ini, kita akan dapat mengenal pasti, apakah kemungkinan air bawah tanah di Labuan ini boleh dijadikan sebagai alternatif. Projek kajian sumber air baharu juga akan dipohon di bawah Rolling Plan yang ketiga nanti, Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Menteri, Padang Rengas.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Saya sebenarnya ada banyak lagi...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Sikit saja.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
...Kalau dapat ringkaskan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Ya, okey Padang Rengas mengenai paip-paip air yang sering bocor juga. So, minta perhatian dan juga saya— mengenai Projek Tebatan Banjir Sungai Chempias serta penyelenggaraan sungai.
Terima kasih lah tahun lepas bagi peruntukan tak ada banjir tetapi tahun ini dah start balik banjir. Minta perhatian Yang Berhormat Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya. Tetapi hari itu dah dibahaskan kan?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Ya, ada dalam perbahasan.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Nanti jawapan bertulis kita akan sediakan. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam memperkukuh keterjaminan sumber air jangka panjang, kerajaan turut memberikan perhatian kepada skim penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah bagi menyokong keperluan bekalan air di Perak Utara dan juga Pulau Pinang.
Pada masa ini, Kementerian Kewangan sedang memperincikan mekanisme pelaksanaan projek tersebut, manakala PETRA menyelaras aspek teknikal, skop dan kos bersama pihak berkaitan.
Selain daripada menjaga keterjaminan sumber dan bekalan air, kerajaan akan terus memberikan perhatian pada peningkatan kecekapan pengurusan sistem pembetungan melalui penyelenggaraan infrastruktur sedia ada, pemantapan operasi loji rawatan kumbahan serta pengurusan air sisa yang lebih berkesan. Usaha ini penting bagi mengurangkan risiko pencemaran sumber air, memelihara kesihatan awam serta memastikan penggunaan pembetungan dapat dilaksanakan secara mampan seiring dengan pertumbuhan penduduk serta keperluan pembangunan negara.
Isu ketiga bekalan elektrik. Saya beralih kepada isu keterjaminan bekalan elektrik yang turut mendapat perhatian Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor, Ipoh Timor, Larut, Padang Besar, Sungai Besar, Sandakan dan Machang, khususnya berkaitan peningkatan bil elektrik, kos pembekalan pada sektor industri, kestabilan sistem grid serta perancangan sumber tenaga negara untuk jangka panjang berkait dengan nuklear.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor, beberapa faktor utama mendorong peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung. Antaranya pertamanya, lonjakan harga barang api di pasaran global akibat krisis geopolitik di Asia Barat dan gangguan keselamatan di Selat Hormuz.
Krisis geopolitik ini menyebabkan kos gas dan arang batu bagi suku kedua dan ketiga 2026 melonjak melebihi unjuran asas Rolling Plan yang keempat iaitu daripada 2025 hingga 2027. Ini menyebabkan peningkatan kos penjanaan di Semenanjung, seterusnya menyebabkan peningkatan kadar surcaj AFA yang diterjemahkan dalam bil elektrik bulanan pengguna.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Yang kedua, keadaan cuaca panas berpanjangan, kekerapan dan tempoh penggunaan peralatan elektrik yang berkapasiti besar khususnya penyaman udara telah meningkat secara mendadak.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Jumlah penggunaan elektrik yang tinggi inilah menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan bil elektrik pengguna. Yang ketiga, pengurangan penjanaan daripada sumber hidro disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas berpanjangan serta henti tugas berjadual ataupun planned outage di loji jana kuasa arang batu juga mengakibatkan kebergantungan operasi yang lebih tinggi kepada penggunaan gas asli cecair. Yang diimport menyebabkan peningkatan kos penjanaan yang seterusnya menyebabkan peningkatan bil elektrik.
Kerajaan prihatin akan isu peningkatan bil elektrik ini. Oleh yang demikian, kerajaan telah bersetuju memperluaskan had pengecualian penggunaan elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt jam kepada 800 kilowatt jam sebulan bagi tempoh September hingga Disember 2026 dan ini termasuk pengecualian daripada surcaj AFA, caj peruncitan dan SST. Pengurangan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 90 peratus atau bersamaan kira-kira 8 juta akan pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.
Pada masa yang sama, kementerian bersama-sama ST sedang meneliti cadangan penambahbaikan mekanisme AFA sedia ada, termasuk pengenalan AFA berperingkat ataupun dengan izin tier AFA yang dirancang untuk dilaksanakan bermula tahun 2027. Sasaran utama penelitian ini adalah untuk memberikan perlindungan kepada pengguna mengikut kategori yang mana ia nya dilihat lebih adil dan bersasar bagi mendepani realiti ketidaktentuan harga bahan api pasaran global yang berpanjangan.
Di samping itu, penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa mulai Julai 2025 telah memperkenalkan pembahagian kategori berdasarkan tahap voltan bekalan elektrik pengguna berbanding berdasarkan kepada aktiviti pengguna yang diguna pakai sebelum ini. Melalui pendekatan ini, kadar tarif elektrik bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana ditentukan mengikut tahap voltan bekalan yang digunakan oleh premis masing-masing.
Penambahbaikan ini bertujuan memastikan struktur tarif elektrik lebih telus dan mencerminkan kos sebenar penyediaan bekalan elektrik berdasarkan tahap voltan bekalan yang diterima oleh pengguna. Bagi pengguna yang mempunyai pemasangan solar, jumlah bil elektrik bulanan dipengaruhi oleh beberapa faktor,
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
termasuk jumlah tenaga elektrik yang diimport daripada grid TNB. Jumlah tenaga solar yang dijana dan digunakan di premis serta lebihan tenaga yang dieksport ke grid, tertakluk kepada terma skim solar yang disertai.
Oleh itu peningkatan bil tidak semestinya berpunca daripada perubahan kadar tarif semata-mata, sebaliknya boleh turut dipengaruhi oleh peningkatan penggunaan tenaga daripada grid atau penurunan prestasi penjanaan sistem solar.
Penilaian yang tepat memerlukan semakan terperinci terhadap rekod penggunaan dan eksport tenaga bagi tempoh berkaitan. Tan Sri Yang di-Pertua, berapa minit saya dah...
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sipitang ada bangun hendak...
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Masa saya dah habis sebenarnya.
Saya tengah nak minta injury time kepada Speaker.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Saya minta ruang Yang Berhormat Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya?
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Minta ruang sikit. Sebab untuk makluman Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini kita telah bahaskan berkenaan tebatan banjir lembangan Sungai Mengalong— saya ada bawa hari itu. Kemudian bukan sekadar itu kita juga tentang isu banjir di Kampung Skim Sindumin, kampung- kampung baru juga kampung-kampung lama Sipitang. Kemudian bila kita sebut itu kita juga minta, apakah kajian pelan induk tebatan banjir lembangan Sungai Mengalong ini.
Dan juga kerja pemuliharaan muara Sungai Sipitang. Saya ingin bertanya berkenaan apakah langkah yang telah dilaksanakan dan apakah perancangan seterusnya untuk mengurangkan risiko banjir? Saya ada bahas dalam baru-baru ini Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Yang Berhormat Sipitang, kalau dia nya di bahasnya saya dah sediakan jawapan bertulis untuk spesifik projek-projek yang dibangkitkan tadi. Insya-Allah saya akan bagikan jawapan secara bertulis ya.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri perlu berapa minit lagi?
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kalau ikut ini, saya masih banyak tapi saya akan cuba ringkaskan. Kalau tak ada soalan tambahan, saya boleh selesaikan mungkin dalam 10 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, 10 minit dari sekarang.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri, kalau boleh...
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Okey. Mungkin ini yang last kot.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ya as I see sistem akses ECOS kalau boleh Menteri boleh jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Last ya. Ada dua kementerian lagi.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Berkenaan dengan apa yang saya bahas dengan sistem akses ECOS sebab industri sedang menunggu.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tidak jelas]
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada dalam Yang Berhormat. Kalau sabar menunggu sampai ke tahap itulah. Sehubungan itu, pengguna mengalami peningkatan bil elektrik disarankan untuk menyemak rekod penggunaan tenaga yang diimport daripada grid dan tenaga solar yang dieksport serta membandingkan corak penggunaan bagi bulan-bulan sebelumnya.
Pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem solar PV oleh kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang berkaitan juga disarankan bagi memastikan panel solar inverter dan komponen sistem berfungsi dengan baik. Pada masa yang sama, audit penggunaan tenaga di premis boleh dilaksanakan untuk mengenal pasti sebarang perubahan penggunaan ataupun pengoperasian peralatan elektrik berkuasa tinggi yang mungkin menyumbang kepada peningkatan bil.
Secara keseluruhannya, peningkatan bil elektrik bagi pengguna yang mempunyai pemasangan solar perlu dinilai berdasarkan rekod penggunaan tenaga daripada grid, prestasi penjanaan solar dan corak penggunaan elektrik di premis.
Semakan serta pemeriksaan yang bersesuaian dapat membantu mengenal pasti punca sebenar peningkatan bil dan menentukan langkah penambahbaikan yang sewajarnya.
Tan Sri Yang di-Pertua, pelaksanaan inisiatif peluasan perlindungan bil elektrik bagi membantu pengguna domestik sehingga Disember 2026 tidak
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
menjejaskan keupayaan Tenaga Nasional Berhad ataupun TNB untuk memenuhi komitmen pembayaran dividen kepada pemegang saham. Komitmen ini dibuktikan melalui pembayaran dividen interim pada bulan Oktober, di samping pengurusan kewangan dan aliran tunai berhemat oleh TNB bagi memastikan kemampanan operasinya.
Pengumuman dasar tersebut mencetuskan penurunan nilai pasaran TNB sebanyak RM1.3 bilion pada 18 September 2026. Penurunan harga saham daripada 13.32 kepada 13.04 ini berpunca daripada kebimbangan pelabur terhadap tanggungan kos tambahan perlindungan bil. Andaian pengurangan pendapatan sekitar 2 peratus hingga 3 peratus bagi tahun 2026 serta ketidakpastian mengenai mekanisme AFA dan kebolehtuntutan semula kos.
Walau bagaimanapun, harga saham TNB kemudiannya telah kembali pulih ke paras sebelum pengumuman tersebut. Sekali gus mencerminkan pemulihan keyakinan pelabur terhadap kedudukan kewangan, keupayaan pengurusan kos dan prospek perniagaan TNB dalam jangka panjang.
Untuk pusat data, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada keselamatan sistem, kecukupan kapasiti termasuk margin reserve yang optimum dan selamat. Kestabilan grid serta kesinambungan bekalan pada semua pengguna ketika menghadapi pertambahan beban daripada industri pusat data.
Setiap permohonan bekalan elektrik bagi penggunaan pusat data akan melalui penilaian teknikal yang menyeluruh oleh Energy Focus Group yang diurussetiakan oleh Suruhanjaya Tenaga sebelum dibawa ke peringkat Data Centre Task Force (DCTF) yang diurussetiakan secara bersama oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Digital.
Penilaian ini mengambil kira keupayaan sistem bagi memberi bekalan tenaga kepada pusat data seperti mana unjuran yang telah diluluskan oleh Majlis Tenaga Negara. Rangkaian penghantaran dan juga pengagihan elektrik serta keperluan pelaburan infrastruktur yang diperlukan. Di samping itu, bagi mengelakkan peralihan kos ataupun cost shifting kepada pengguna yang lain, industri pusat data turut digalakkan untuk membangunkan kemudahan penjanaan sendiri (self-generation) melalui insiatif solar first-serve consumption.
Bagi menjana tenaga elektrik untuk kegunaan sendiri tanpa mengeksport lebihan tenaga ke grid nasional. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan penggunaan tenaga yang dijana sendiri oleh sektor pusat data di samping mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada bekalan elektrik daripada grid
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
nasional. Selain itu, kerajaan telah meluluskan penetapan penggunaan sekurang- kurangnya 30 peratus tenaga boleh baharu daripada jumlah kapasiti ataupun penggunaan tenaga bagi pusat data.
Pusat data turut digalakkan menyertai Corporate Renewable Energy Scheme
(CRESS) untuk mendapatkan bekalan tenaga hijau secara langsung. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Tenaga sedang membangunkan kerangka dan garis panduan menyeluruh mengenai kemudahan penjanaan sendiri dan penetapan penggunaan 30 peratus tenaga boleh baharu bagi diguna pakai oleh sektor pusat data.
Bagi memperkukuh keterjaminan bekalan elektrik jangka panjang, TNB telah diluluskan peruntukan CaPex sebanyak RM43 bilion di bawah kerangka kawal selia berasaskan incentive-based regulation ataupun IBR bagi tempoh Regulatory Period 4 (RP4) tahun 2025–2027 untuk tujuan pengukuhan grid nasional dan dianggarkan pelaburan sebanyak RM12 bilion akan dilaksanakan pada tahun 2027, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi dan peningkatan permintaan tenaga.
Pada masa yang sama, kerajaan terus memperkukuhkan kerjasama tenaga serantau menerusi inisiatif ASEAN Power Grid bagi meningkatkan kesalinghubungan sistem tenaga serta memperluas potensi perdagangan elektrik rentas sempadan.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kerajaan merakamkan penghargaan atas pandangan Yang Berhormat Larut dan kerajaan bersetuju bahawa Malaysia tidak harus sekadar menjadi pembekal tenaga elektrik berasaskan margin keuntungan yang kecil sebaliknya memanfaatkan kedudukan geografi dan kepelbagaian sumber tenaga negara yang memposisikan Malaysia sebagai hab tenaga.
Pada masa ini, Malaysia bergiat aktif menerusi lebih tujuh projek sambung tara bekalan elektrik ataupun interconnection project di dalam senarai projek keutamaan APG. Kementerian yakin dengan kedudukan geografi yang strategik, infrastruktur grid yang kukuh serta kerjasama erat antara TNB, PETRONAS dan entiti tenaga di Sarawak dan Sabah, Malaysia berada di landasan terbaik untuk menerajui integrasi tenaga rantau Asia.
Menjawab kebimbangan Yang Berhormat Sandakan mengenai kestabilan bekalan elektrik di Sabah, kerajaan memperuntukkan RM969 juta di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas melibatkan enam projek. Ini termasuk pengukuhan sistem grid melalui pelaksanaan Projek Static Synchronous Compensator ataupun STATCOM bernilai RM204 juta di pencawang Dam Road dan
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Segaliud yang dijangka mula beroperasi menjelang tahun 2030 dan juga talian penghantaran Southern Link bernilai RM198 juta.
Untuk tenaga nuklear, penilaian yang sedang dilakukan ialah dalam empat aspek utama iaitu:
(i) melihat kepada dasar perundangan dan pengawalseliaan;
(ii) pembiayaan infrastruktur fizikal, teknikal dan pembangunan industri;
(iii) komunikasi dan penglibatan pihak berkepentingan; dan
(iv) pembangunan modal insan.
Kita nak pastikan terlebih dahulu kesiapsiagaan dalam segala aspek, barulah kita akan putuskan berdasarkan apa yang pendekatan berfasa IAEA untuk kita putuskan sama ada kita akan meneruskan nuclear sebagai salah satu sumber tenaga negara kita.
So, menjawab Puchong. Ada kekeliruan berhubung kait dengan sama ada 14 sen ataupun 18 sen. Sebenarnya 14 sen adalah apa bayaran yang ditanggung oleh pemaju, renewable energy developer. Dulu, mula-mula bila kita ada engagement ditetapkan 20, 20 sen. Bila ada engagement kita turunkan 14 sen. Yang 4 sen yang diumumkan itu hari sebenarnya memang sudah ada caj kepada the end user iaitu pengguna hijau yang merupakan caj CRESS. Yang ni memang dibiayai oleh pengguna, bukannya oleh developer. Developer bayar 14 sen, pengguna membayar 4 sen.
Yang ni memang sudah pun berjalan sebelum pengumuman tu memang dah berjalan. Yang ni melibatkan komponen caj CRESS sub satu untuk operation dan regulatory. Yang kedua untuk market development dan yang ketiga, system augmentation. Yang ni semua engagement kita dengan industry players memang sudah pun diterima oleh mereka. Confusion itu hari bila ada media yang melaporkan digabungkan menjadi 18 sen. Sebenarnya tidak, 20 sen dah diturunkan menjadi 18.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Sorry Tan Sri tetapi effective rate adalah 18 sen lah. Siapa yang bayar tapi yang effective rate untuk willing chargers itu.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Tapi pembayarannya berbeza.
Satu oleh developer, satu oleh end user.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Actually at the end, end user pay-lah. That mean the cost of delivering the energy is 18 cent effective rate.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
That has been agreed when we had our engagement with the industry player.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tapi mungkin there is misunderstanding. So, a month ago, industry player thought the effective rate is 14 cents. Then just two weeks ago, then after [Tidak jelas] bagi briefing, baru tahu effective rate is actually 18 cents. That is why I think the industry are very a, very disappointed-lah.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Thank you. Saya mengambil maklum tapi that is based on engagement with the industry players and hopefully mungkin sekarang ini mereka dah memahami, there is clarity in that aspect. So, kita akan engage mereka balik dan melihat bagaimana kita dapat perbaiki. Thank you. Mungkin yang lain saya tak sempat nak menggulung sebab saya dah bagi 10 minit. Jadi, yang lebih nanti saya akan beri jawapan secara bertulis Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih bagi extra time 10 minit. Terima kasih pada semua yang telah memberi sumbangan kepada PETRA dalam sesi penggulungan kali ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam warahmatullah. Baik, terima kasih Menteri. Seterusnya kita bergerak kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Silakan, 45 minit dari sekarang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan bajet yang mesra rakyat dan juga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2027 dari 12 hingga 22 Oktober 2026 yang lalu khususnya atas perhatian yang diberikan kepada isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Pandangan dan cadangan yang dikemukakan memberikan ruang kepada kami di KPWKM untuk menilai semula pendekatan sedia ada dan juga mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memperhalusi rancangan bagi memastikan keperluan kumpulan sasar terus diberikan perhatian sewajarnya. Insya-Allah pada
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
hari ini saya akan memberi maklum balas terhadap perkara-perkara yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan tersebut.
Tan Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga atas kepimpinan dan keprihatinan beliau dalam memastikan agenda pemerkasaan wanita terus diberikan keutamaan menerusi Belanjawan 2027. Pengumuman pelbagai inisiatif termasuk perluasan kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam, pelepasan cukai dan pengukuhan ekosistem asuhan kanak-kanak mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyokong penyertaan ekonomi wanita serta kesejahteraan keluarga.
Pendekatan ini adalah selaras dengan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025 hingga 2030 serta kerangka strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026 hingga 2030 dengan izin, Malaysia Care Strategic Framework and Action Plan 2026 to 2030 yang memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi wanita dalam pengukuhan ekosistem penjagaan negara.
Menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sekijang dalam konteks penyertaan ekonomi wanita, keberkesanan inisiatif ini antaranya boleh dinilai melalui Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita yang diterbitkan secara berkala oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ataupun DOSM. Untuk makluman, kementerian Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (KPTBW) tadi telah menunjukkan peningkatan daripada 56.2 peratus pada tahun 2023 hingga 56.6 peratus pada tahun 2025.
Usaha ini adalah selaras dengan sasaran kerangka ekonomi MADANI untuk meningkatkan KPTBW kepada 60 peratus menjelang tahun 2030. Bagi menilai keberkesanan inisiatif dalam meringankan beban penjagaan keluarga, antara indikator yang boleh digunakan ialah kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada perkhidmatan asuhan. Berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Jun 2026, lebih 67,000 kanak-kanak mendapat asuhan di lebih 3,300 buah taska yang berdaftar dengan JKM, meningkat daripada 58,000 kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan serupa pada tahun 2023.
Ketersediaan perkhidmatan asuhan ini membolehkan ibu dan bapa bekerja.
Selain itu, penggunaan kemudahan cuti bersalin dan insentif percukaian berkaitan penjagaan juga boleh memberi sedikit sebanyak gambaran bagaimana insentif- insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan membantu meningkatkan serta mengekalkan wanita dalam pasaran buruh.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebagai contoh, berdasarkan data Kementerian Kewangan, lebih 200,000 pembayar cukai wanita mendapat manfaat daripada insentif percukaian berkaitan penjagaan anak. Ini bermakna bersama dengan kemudahan cuti bersalin yang ditambah baik, insentif ini turut mendorong wanita berkeluarga untuk terus bekerja dan menaiki tangga kerjaya dengan lebih tinggi.
Penilaian seperti ini boleh diteliti melalui kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk membantu kerajaan meneliti keberkesanan inisiatif dalam meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan serta meringankan beban keluarga.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Justeru, KPWKM akan terus memperkukuhkan kerjasama rentas kementerian dan agensi bagi memastikan inisiatif Belanjawan 2027 memberikan impak yang bermakna kepada wanita dan keluarga. Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan wanita tidak perlu memilih antara tanggungjawab keluarga dengan pembangunan kerjaya. Sebaliknya, berpeluang untuk memasuki, kekal dan maju dalam pasaran pekerjaan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri. Jerlun, Jerlun. Depan. Tentang isu penjagaan kanak-kanak ataupun anak-anak. Saya telah menyentuh tentang keluarga angkat atau keluarga pelihara yang sepatutnya diberi ruang untuk mendapat pengecualian cukai berbanding dengan haiwan peliharaan yang dimasukkan dalam belanjawan ini.
Cuma berkaitan dengan keluarga peliharaan ini, sejauh manakah KPWKM memberi perhatian terhadap keluarga pelihara yang menjaga anak-anak terlantar ataupun anak terbiar (abandoned child)? Begitu juga dengan anak tak sah taraf. Jadi, saya nak info tentang kebajikan mereka ini yang bertindak sebagai keluarga pelihara secara sukarela. Itu sedikit info yang nak dijelaskan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Yang Berhormat, kalau— Tuan Yang di-Pertua, kalau menyentuh mengenai - apa nama tadi, cukai, kita serah kepada kementerian yang berkenaan untuk menjawab. Tapi dari segi kanak-kanak yang terlantar, memang sudah ada kenaikan daripada yang RM500 kepada RM600. Dan dari segi— apa nama, apa lagi soalan Yang Berhormat tadi tu, yang fasal keluarga angkat. Kalau— nanti saya tunggu lagi jawapan sebab kalau tak silap saya memang ada - apa nama, allowance-lah kalau dikira untuk mereka yang menjaga anak-anak
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
ini, kalau mereka melalui proses yang diambil melalui mahkamah tu. Memang ada allowance dia. Tapi saya akan ambil— dapatkan jawapan yang lebih tepat ya, Yang Berhormat.
Saya ni baru mula ya.
[Ketawa] Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya cuma ingin nak tahu tentang pelaksanaan untuk 490 hari cuti yang diberikan tambahan untuk bersalin ini. Adakah dia akan terpakai kepada pihak swasta? Sekiranya tidak terpakai, bilakah kita melihat langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mempercepatkan kerana ramai wanita yang bekerja ini bukan berada di sektor awam tapi lebih ramai di sektor swasta.
Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Biar saya teruskan yang ini. Mungkin jawapannya ada di dalam ini, okey. Masih menyentuh isu wanita tadi serta perkara berkaitan penjagaan. Yang Berhormat Sekijang juga mencadangkan agar kerajaan perlu melihat kemudahan penjagaan anak dan penjagaan warga emas yang berkualiti sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran kerja.
Saya bersetuju bahawa usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja tidak boleh dilihat dari sudut peluang pekerjaan semata-mata.
Kita juga perlu melihat tanggungjawab penjagaan yang dipikul oleh wanita sama ada terhadap anak-anak, ibu bapa yang semakin berusia atau ahli keluarga yang memerlukan penjagaan berterusan. Tadi tanya fasal penjagaan, kita— sebenarnya skop dia besar, ya. Jadi, biar saya lebih lanjut lagi, baru mungkin kita dapat jawapannya.
KPWKM melihat isu ini sebagai antara cabaran penting yang perlu ditangani, khususnya bagi golongan, dengan izin, sandwich generation yang perlu mengimbangi tanggungjawab terhadap anak-anak dan ibu bapa yang semakin berusia. Apabila kemudahan penjagaan tidak mencukupi, tidak bersesuaian atau terlalu membebankan dari segi kos, wanita sering menjadi pihak yang terpaksa mengurangkan waktu bekerja atau meninggalkan pekerjaan mereka. Jadi— Justeru, bagi KPWKM, memperkukuh ekosistem penjagaan bukan sekadar soal kebajikan tetapi juga sebahagian daripada usaha memperkasa wanita dan membangunkan ekonomi negara.
Sehubungan itu, KPWKM telah melancarkan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030 pada 4 November 2025 sebagai langkah
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
strategik untuk memperkukuh ekosistem dan industri penjagaan negara. Melalui pendekatan ini, kita mahu membina sebuah ekosistem penjagaan yang lebih tersusun, profesional dan mampan. Pada masa yang sama, kerja penjagaan perlu diberikan pengiktirafan sewajarnya kerana sumbangannya bukan sahaja kepada kesejahteraan keluarga, malah kepada penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja dan produktiviti negara.
Dalam membantu keluarga menangani kos penjagaan, kerajaan turut menyediakan beberapa bentuk sokongan menerusi pelbagai kementerian dan agensi. Antaranya ialah subsidi yuran pengasuhan taska sebanyak RM180 sebulan kepada mereka yang layak. Selain itu, ibu bapa juga boleh menikmati pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 setahun bagi yuran taska atau tadika berdaftar untuk anak berumur enam tahun dan ke bawah bagi tahun taksiran 2025 hingga 2027.
Melalui Belanjawan 2027 pula, antara inisiatif baru yang diumumkan ialah geran padanan RM100 juta oleh yayasan GLIC atau GLC untuk memperkukuh ekosistem penjagaan kanak-kanak, termasuk melatih 6,000 pengasuh di lebih 50 kawasan baharu di sembilan negeri. Ini tidak termasuk yang di bawah kita iaitu yang 50,000 yang kita nak recruit sehingga 2030, ya. Selepas itu keempat, perluasan pelepasan cukai individu bagi merangkumi semua perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek. Ini perkara terbaru dan tidak lagi terhad kepada perbelanjaan kesihatan sahaja.
Langkah-langkah ini bertujuan membantu beban kewangan keluarga yang perlu mendapatkan perkhidmatan penjagaan supaya mereka dapat terus bekerja.
Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan keperluan untuk memperluas sokongan kepada keluarga yang mempunyai tanggungjawab penjagaan, di samping meningkatkan ketersediaan perkhidmatan penjagaan yang diperlukan oleh rakyat.
Dalam usaha memperkukuh sektor penjagaan, matlamat kita bukan sekadar melahirkan lebih ramai penjaga yang terlatih dan bertauliah, kita mahu memastikan rakyat mendapat perkhidmatan penjagaan yang berkualiti, selamat dan boleh dipercayai. Tanggungjawab penjagaan tidak seharusnya dipikul oleh wanita semata- mata. Penjagaan ialah tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama ahli keluarga, komuniti, kerajaan dan majikan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, masih lagi di bawah Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang Berhormat Menteri.
Kuantan, sedikit. Berkait...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kuantan ada ini kah? Ada, apa nama...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Penjagaan OKU. Saya ada bahaskan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ada, ya?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ada.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kalau macam tu, kalau ada, saya— tunggulah ya.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ada, ya?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi, supaya kita tak terputus.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebab ini masih lagi di...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, harap bersabar Kuantan, ya.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebab ini mengelirukan nanti. Jadi, lagi pertanyaan dari Yang Berhormat Sekijang...
Tuan Yang di-Pertua
Maksud Menteri, kalau yang berbahas pastinya jawapan ada di situ.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, kita ada jawapannya.
Tuan Yang di-Pertua
Maksudnya, tunggulah ya.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kalaulah masa tak cukup, insya-Allah kita akan bagi jawapan bertulis. Jadi, kita memberi peluang— priority kepada yang bertanya di sini. Jadi, masa ini kita ada lagi pertanyaan daripada Yang Berhormat Sekijang. Kali ini berkaitan penyelarasan perkhidmatan bagi mangsa keganasan berasaskan gender dan beliau ingin mengetahui apakah yang diatur kementerian dalam melihat keberkesanan perkhidmatan ini.
KPWKM amat prihatin dan mengambil serius berhubung keperluan memastikan mangsa keganasan berasaskan gender mendapat bantuan dengan segera, perlindungan yang bersesuaian serta sokongan untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang lebih selamat. Justeru, kerajaan menyokong usaha menangani keganasan berasaskan gender melalui advokasi, intervensi, perlindungan, sokongan psikososial, bantuan perundangan dan pemulihan.
Dari aspek advokasi dan pencegahan keganasan terhadap wanita, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai bentuk keganasan, hak wanita serta saluran bantuan melalui Program
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga ataupun Aku Wanita@KRT dan kempen End Violance Against Women (EVAW), dengan izin.
Dalam memperkukuh kesejahteraan wanita, JPW turut memberi perhatian kepada keperluan pemandirian keganasan rumah tangga melalui inisiatif Santun Kasih Pemandiri @ Keganasan Rumah Tangga (SARI@KRT).
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Inisiatif ini memberi fokus kepada proses pemulihan pemandiri dengan membantu mereka membina semula kehidupan mereka. Usaha ini juga turut dilengkapi dengan intervensi psikologi K-Chat bagi membantu pemandiri menangani kesan emosi dan psikologi akibat keganasan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada masa yang sama, program IRIS ataupun Literasi Perundangan dan Hak Wanita serta program MATAHARI – Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita meningkatkan kefahaman wanita mengenai hak dan akses kepada bantuan, di samping memperkukuh daya tahan diri. Di peringkat komuniti, Skuad Waja menggerakkan sukarelawan akar umbi untuk menyokong usaha pencegahan keganasan melalui sokongan psikososial awal, perkongsian maklumat serta bantuan rujukan kepada perkhidmatan profesional yang bersesuaian.
KPWKM melalui JKM turut menyediakan pelbagai perkhidmatan perlindungan dan sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 termasuk pengeluaran Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interim atau Interim Protection Order, dengan izin, dan Perintah Perlindungan (PO) serta urusan penempatan di tempat selamat.
Bagi memperkukuh akses kepada kaunseling dan sokongan psikososial, KPWKM menyediakan intervensi awal, bimbingan serta rujukan mengikut keperluan individu melalui agensi di bawahnya. JPW melaksanakan inisiatif PRISMAnita di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri bagi membantu wanita mendapatkan bantuan daripada agensi yang bersesuaian. Ini berada di seluruh negara melainkan Sarawak dan juga Sabah. Tetapi, masih juga boleh pergi ke Pejabat Pembangunan Wanita ya.
Selain itu, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut menyediakan intervensi psikososial dan bimbingan
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
kaunseling secara bersemuka oleh kaunselor berdaftar serta rujukan kepada bantuan berkaitan.
Bagi menilai keberkesanan perkhidmatan yang ditanya oleh Yang Berhormat Sekijang, memperkukuhkan pemantauan dan penyelarasan dalam usaha menangani kes keganasan rumah tangga, KPWKM menyediakan platform kerjasama di antara JKM, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, penyedia khidmat guaman dan pertubuhan bukan kerajaan melalui Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga.
Seterusnya, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, kita ada lagi soalan daripada Sekijang, juga berhubung dengan cadangan agar disediakan penyata belanjawan responsif gender. KPWKM menyokong seruan ini kerana berpandangan bahawa pelaksanaan belanjawan responsif gender ini, ataupun GRB, secara berperingkat boleh membantu kementerian dan agensi mengenal pasti jurang gender, menilai pengagihan manfaat perbelanjaan awam serta memastikan peruntukan yang disediakan dapat memenuhi keperluan wanita dan lelaki secara lebih saksama.
Sehubungan itu, KPWKM melalui JPW sedang melaksanakan kajian tadbir urus responsif gender ke arah pemerkasaan wanita di Malaysia. Kajian ini disasar untuk disiapkan pada pertengahan tahun 2027. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan memperkukuh pendekatan tadbir urus responsif gender dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian dasar, program serta perkhidmatan kerajaan ke arah pemerkasaan wanita yang lebih berkesan dan menyeluruh.
Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kefahaman, kesediaan dan amalan semasa dalam pelaksanaan tadbir urus responsif gender, mengenal pasti isu, cabaran dan jurang pelaksanaan antara komitmen dasar dengan amalan sebenar serta menganalisis model dan amalan terbaik tempatan dan antarabangsa berkaitan GRB. Penilaian impak gender dan audit gender, kedua-dua itu adalah berkaitan ya.
Kajian ini juga akan membangunkan cadangan kerangka pelaksanaan serta instrumen GRB, GIA dan juga GA yang standard, praktikal dan berasaskan bukti di samping mengemukakan syor, dasar, mekanisme pemantauan dan pelan tindakan berfasa bagi menyokong pelaksanaan instrumen tersebut menjelang tahun 2030.
KPWKM berpandangan bahawa penggunaan data terpilih mengikut jantina atau, dengan izin, sex-disaggregated data, GIA, GA serta indikator keberhasilan yang jelas penting bagi memastikan perbelanjaan awam dapat dinilai berdasarkan
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
impak sebenar terhadap kesaksamaan gender dan kesejahteraan rakyat. KPWKM bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi meneliti kesesuaian pelaksanaan penyata belanjawan responsif gender secara berfasa sebelum diperluas kepada kementerian dan agensi lain.
Seterusnya, Yang Berhormat Kota Marudu dan Yang Berhormat Kepala Batas telah membangkitkan pertanyaan mengenai mekanisme permohonan bantuan kebajikan dinilai dan diproses. Manakala Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Beaufort dan Yang Berhormat Balik Pulau telah mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap syarat kelayakan dan saluran permohonan bantuan kebajikan yang disediakan oleh JKM.
Puan Yang di-Pertua, KPWKM dan JKM sentiasa berusaha memastikan penyampaian perkhidmatan kebajikan yang mudah diakses, cekap dan responsif terhadap keperluan golongan sasar termasuk warga emas, orang kurang upaya, keluarga miskin serta penjaga yang menanggung ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik.
Berhubungan dengan syarat kelayakan dan kaedah penilaian permohonan, dimaklumkan bahawa pemberian bantuan kewangan oleh JKM adalah berdasarkan penilaian kemampuan kewangan dan keadaan sosioekonomi pemohon ataupun means tested. Syarat asas pemberian bantuan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
Selain itu, pendapatan garis kemiskinan (PGK) turut dijadikan salah satu rujukan, namun bukanlah mekanisme tunggal yang diteliti dalam menilai kelayakan pemohon. Penilaian permohonan bantuan oleh JKM dilaksanakan berdasarkan maklumat dan keadaan sebenar pemohon termasuk kedudukan pendapatan, tanggungan serta keperluan semasa serta kriteria kelayakan bagi skim bantuan yang dipohon selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
Bagi memudahkan akses kepada bantuan kebajikan, JKM menyediakan kemudahan permohonan bantuan secara dalam talian melalui sistem eBantuan JKM di portal rasmi JKM. Namun, permohonan bantuan ini tidak hanya terhad melalui sistem eBantuan JKM ini sahaja, malah kaedah permohonan secara manual turut dikekalkan melalui pejabat kebajikan masyarakat daerah (PKMD) yang berhampiran.
Pegawai dan kakitangan JKM juga bersedia memberikan khidmat nasihat serta bimbingan kepada pemohon dalam melengkapkan dokumen dan mengemukakan permohonan bantuan. Ada juga kes di mana pegawai JKM sendiri
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
hadir secara fizikal menyantuni mereka yang memerlukan di kediaman mereka sendiri.
Penilaian dan semakan terhadap syarat serta kriteria kelayakan penerima bantuan kewangan JKM dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan dasar, pekeliling dan garis panduan yang berkuat kuasa. Pada masa ini, pelaksanaan pemberian bantuan kewangan bulanan JKM adalah berpandukan Garis Panduan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM Tahun 2025 yang boleh dirujuk melalui laman sesawang rasmi JKM. Selain itu, maklumat lanjut mengenai syarat ini turut boleh diakses menerusi Talian Kasih 15999.
Sementara itu, bagi memastikan proses pertimbangan semula keputusan dilaksanakan secara adil, pemohon yang tidak diluluskan permohonannya boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan dibuat.
Mekanisme ini memberi ruang kepada pemohon untuk mengemukakan semula maklumat atau dokumen sokongan yang berkaitan bagi membolehkan permohonan dinilai berdasarkan keadaan dan keperluan sebenar.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dari aspek ketelusan, keberkesanan dan penilaian program JKM melaksanakan pemantauan serta kaji semula kelayakan penerima bantuan secara berkala. Ini bertujuan memastikan bantuan disalurkan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan, di samping meningkatkan ketepatan penilaian terhadap perubahan keperluan dan keadaan sosioekonomi mereka. JKM juga sentiasa menitik berat integriti, ketelusan dan keadilan dalam urusan pengendalian permohonan bantuan. Justeru, sebarang aduan berkaitan penafian hak, salah guna kuasa atau tindakan yang tidak wajar oleh mana-mana pihak boleh dikemukakan kepada pihak JKM untuk penelitian, siasatan dan tindakan sewajarnya.
Berhubung cadangan Yang Berhormat Beaufort agar kadar bantuan ditingkatkan, sukacita dimaklumkan menerusi Belanjawan 2027, kerajaan mengemukakan beberapa cadangan untuk menambah baik kadar dan syarat kelayakan bantuan kebajikan yang disalurkan menerusi pelbagai kementerian atau agensi.
Antaranya ialah bagi skim bantuan di bawah JKM, kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik dinaikkan daripada RM500 kepada RM600 sebulan.
Sudah dijawab ini. Manakala kelayakan pendapatan elaun pekerja OKU dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai OKU yang bekerja.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sementara itu, beberapa bantuan kepada kumpulan sasar KPWKM yang disalurkan menerusi kementerian lain termasuk Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan serta Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan.
Bagi memberi maklum balas persoalan oleh Yang Berhormat Kota Marudu berhubung mekanisme permohonan bantuan diproses, sekali lagi saya maklumkan bahawa penilaian permohonan bantuan oleh JKM dilaksanakan berdasarkan maklumat dan keadaan sebenar pemohon. Prinsipnya jelas, bantuan kebajikan hendaklah diberikan berdasarkan kelayakan dan keperluan, bukannya fahaman atau keanggotaan parti politik, hubungan peribadi atau pengaruh mana-mana pihak.
Setiap permohonan perlu dan akan dinilai secara adil dan profesional.
Pada masa yang sama, saya ingin mengajak kita melihat realiti pelaksanaan bantuan kebajikan di lapangan. Tidak semua individu yang memerlukan bantuan tampil mengemukakan permohonan kepada JKM. Ada yang tidak mengetahui saluran permohonan. Ada yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat atau hadir ke pejabat JKM dan ada juga yang hidup bersendirian sehingga keadaan mereka tidak diketahui oleh JKM.
Sebab itulah peranan komuniti amat penting, ketua kampung, ketua masyarakat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau jawatankuasa serta tempat yang berkaitan, wakil rakyat mahupun NGO boleh membantu bekerjasama mengenal pasti dan merujuk individu yang memerlukan perhatian kepada JKM untuk penilaian lanjut.
Namun peranan ini perlu dilaksanakan secara inklusif dan saksama. Rujukan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan masyarakat, warga emas yang tinggal bersendirian, balu yang kehilangan sumber pendapatan dan individu yang tidak mempunyai jaringan sokongan perlu diberikan perhatian walaupun mereka tidak mempunyai kenalan atau saluran untuk menyuarakan kesusahan mereka.
Dalam hal ini, kerjasama antara JKM, kepimpinan masyarakat, wakil rakyat dan komuniti setempat amat penting. JKM mempunyai tanggungjawab untuk menilai permohonan berdasarkan kriteria yang ditetapkan, manakala pihak di peringkat komuniti boleh membantu memastikan golongan yang memerlukan tidak tercicir daripada perhatian. Akhirnya matlamat kita bukan sekadar memastikan permohonan yang diterima akan diproses dengan adil tetapi juga kita memastikan individu yang benar-benar memerlukan bantuan dapat dikenal pasti dan dibantu.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kebajikan rakyat tidak seharusnya bergantung kepada siapa yang mereka kenal tetapi pada keperluan dan kelayakan mereka. Justeru, saya mengalu-alukan kerjasama semua pihak untuk menyalurkan maklumat dan merujuk kes-kes yang memerlukan perhatian kepada JKM supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya sekali lagi ingin memberikan maklum balas kepada cadangan Yang Berhormat Kuantan untuk mewujudkan satu mekanisme khas pembayaran alternatif bagi penyaluran bantuan kebajikan JKM kepada individu mangsa scam, yang mana akaun bank mereka dibekukan sementara siasatan kes mereka dijalankan oleh pihak berkuasa.
Berdasarkan garis panduan pengurusan bantuan bulanan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa, penyaluran bantuan bulanan JKM dilaksanakan melalui kaedah pindahan dana elektronik atau EFT (electronic fund transfer) ke akaun bank peribadi penerima yang aktif. JKM cakna isu keselamatan kewangan penerima bantuan, khususnya kes yang melibatkan penipuan dalam talian, kecurian identiti dan pembekuan akaun bank sehingga menjejaskan kelancaran penerimaan bantuan bulanan.
Sekiranya akaun bank penerima dibekukan atau tidak lagi boleh digunakan akibat siasatan berkaitan penipuan, penerima bantuan atau waris yang sah disarankan untuk segera menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
(PKMD) yang berhampiran bagi mendapatkan khidmat nasihat dan mengemukakan maklumat akaun bank alternatif yang sah serta aktif.
Pihak Kementerian Kewangan juga memaklumkan bahawa pihak bank sedia bekerjasama dengan penerima bantuan yang mana akaun mereka dibekukan sementara siasatan dijalankan untuk mengeluarkan wang bantuan kebajikan daripada akaun mereka. Pada masa yang sama, JKM juga boleh mempertimbangkan pembayaran secara tunai, secara sementara waktu bagi memastikan kelangsungan hidup penerima bantuan tidak terjejas.
Seterusnya beralih kepada aspek keluarga di mana Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Kangar mencadangkan agar peruntukan terus disediakan pada masa akan datang bagi memperkasa ibu bapa melalui program pendidikan keluarga. KPWKM berpandangan bahawa pembentukan akhlak sahsiah dan tingkah laku positif anak-anak perlu bermula dari rumah melalui penglibatan aktif ibu bapa dan disokong oleh institusi pendidikan, komuniti serta agensi kerajaan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sehubungan itu, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif, pendidikan kekeluargaan dan keibubapaan seperti:
(i) Program Keluarga@Kerja ataupun Parenting@Work;
(ii) IlmuKeluarga@LPPKN;
(iii) Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA);
(iv) Kasih Keibubapaan Digital;
(v) SMARTSTART 1.0; serta
(vi) Program Kebapaan.
Program-program ini memberi penekanan kepada kemahiran keibubapaan, pembentukan sahsiah anak-anak, komunikasi keluarga, keselamatan kanak-kanak serta penggunaan teknologi digital secara selamat dan bertanggungjawab.
Pelaksanaan inisiatif ini turut mendukung pendekatan kasih yang berteraskan lima nilai utama iaitu K itu kasih sayang, A itu akhlak, S itu sihat dan selamat, I itu ilmu serta H – harmoni bagi memperkukuhkan peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak, memupuk empati dan rasa hormat serta mewujudkan persekitaran keluarga yang selamat dan harmoni termasuk dalam mendepani risiko buli siber.
Selain pelaksanaan program secara bersemuka, LPPKN turut menyediakan portal Keluarga Bahagia iaitu sebagai platform pendidikan kekeluargaan dalam talian bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan maklumat dan panduan keibubapaan.
Berhubung peruntukan Belanjawan 2027, usaha memperkasa ibu bapa melalui pendidikan kekeluargaan akan terus dilaksanakan secara berterusan oleh LPPKN menggunakan peruntukan yang akan diberikan. KPWKM akan terus memperkukuh pendidikan keibubapaan secara berstruktur dan berterusan bagi memastikan ibu bapa berupaya memainkan peranan yang lebih berkesan dalam membentuk akhlak, sahsiah dan kesejahteraan anak.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Seterusnya Yang Berhormat Bagan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Dua, Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri. Saya merujuk kepada perbahasan saya sebelum ini dan juga jawapan daripada Menteri berkenaan dengan keupayaan dan kemampuan
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
serta kesediaan LPPKN untuk membantu keluarga. Keluarga kita mempunyai masalah banyak sekarang ini.
Jadi, kita lihat LPPKN hanya di negeri. Adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan LPPKN di peringkat daerah atau pun Parlimen kerana kita melihat keperluan kepada LPPKN di jajahan atau pun daerah sangat penting sekarang. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Yang Berhormat, kalau dari segi nak mewujudkan dia sebagai satu pejabat atau pun ruang untuk mereka beroperasi setakat ini belum. Tetapi kita mempunyai LPPKN itu bergerak— bergerak, jadi kita boleh menggunakan dan juga bekerjasama dengan mereka dan boleh memohon apa juga yang program— yang nak— yang dikehendaki.
Jadi, sebab ini mereka sekarang ini sudah bergerak dan insya-Allah ada lagi bas yang akan datang, ada lapan buah bas yang baru dapat dibeli oleh LPPKN.
Insya-Allah akan datang mungkin juga pergi ke setiap negeri.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya ada sentuh juga tentang pembangunan keluarga tapi saya tak pasti kenapa tak disebut nama. Tapi tak apalah.
Saya— saya nak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri ialah mengenai pembangunan keluarga ini, kita pernah bentang penyata jawatankuasa, YB Ampang bentang dalam Dewan inilah tentang keganasan rumah tangga. Kes tujuh ribu lebih kes tahun lepas. Kita dapati puncanya ialah kerana ibu bapa ini tak sempat duduk dengan anak di rumah ini untuk didik macam yang YB sebut tadi.
Apa kata kalau kita mulakan usaha untuk buat kajian mewujudkan elaun khas pembantu rumah. Saya pernah sebut sebelum ini dan YB pun kata tidak ada halangan. Supaya ibu ini dia boleh yang betul-betul jadi pembantu rumah, suri rumah ini elaun khas suri rumah dia boleh tumpu untuk bimbing untuk jaga anak, itu satu.
Yang keduanya ialah, ayah juga kena ada peranan bukan setakat mak seorang. So, apa kata kalau kerajaan mula merintis satu insentif khas, elaun ke, rebat ke, mana-mana family yang nak cuti misalnya dia dapat cuti khusus daripada majikan. Cuti khusus untuk family day selain daripada cuti sakit. So, sekurang- kurangnya setahun tiga hari atau pun dia ada diskaun kalau dia bawa family. Sebagai dorongan supaya anak-anak ini, ibu ayah ini dapat duduk dengan anak itu lebih lama walaupun sekejap tapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu. Kerana key person-nya ialah ibu dan ayah nak selamatkan anak nak selamatkan rumah ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Sebab saya sendiri sudah mengemukakan unpaid care work itu yang dimaksudkan kan?
Itulah yang kita telah cuba kemukakan tapi kerajaan menggunakan cara-cara yang lain untuk membantu. Dan tadi bertanya mengenai hari keluarga semua itu kan, even pihak swasta atau pun siapa-siapa saya harap ini diteruskan untuk tahun hadapan tetapi ada insentif untuk pihak yang menjalankan— mengadakan program untuk hari keluarga.
Dan kalau mereka tadi mengatakan ibu atau bapa nak minta cuti untuk hari keluarga, hari keluarga memang kita selalu adakan pada hari Sabtu. Insya-Allah akan datang ini kita akan ada hari keluarga pada bulan November ini, saya dah confuse dengan tarikh-tarikhnya. Tapi insya-Allah kita akan adakan.
Dan kalau sekiranya Yang Berhormat nak minta kita mengadakan hari keluarga di kawasan Yang Berhormat, bagi tahu kita boleh bantu. Jadi, supaya ia nya boleh mendekatkan lagi. So, melalui pengalaman kami, apabila kita menganjurkan hari keluarga ini, keluarga itu bersama dan mereka ada picnic-kah, apa yang mereka lakukan adalah melakukan secara bersama. Dan kita cuma mengharapkan ibu bapa ini mengambil peluang ini untuk menjalankan, menggunakan masa yang diberi.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Maksud saya tadi Yang Berhormat, bukan pejabat atau family day tapi keluarga itu dia ada program percutian keluarga dia. Itu maksud saya.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Maksud, saya faham.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tapi saya tadi bercakap mengenai kalau badan korporat dia pun juga boleh mengadakan tapi kita juga kalau keluarga itu membuat family day sendiri itu saya rasa itu secara peribadi merekalah. Tapi kalau nak mohon leave without pay itu terpulang kepada bos dialah kan. Itu terpulang kepada bosnya.
Cuma saya menggalakkan kalau dia adakan, apa nama— kita menganjurkan hari keluarga di peringkat Yang Berhormat di kawasan Yang Berhormat boleh, kita melakukan secara berperingkat. Kalau tempat itu kecil, kita buat secara kecil- kecilan. Yang penting keluarga berkumpul ya. Okey.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Menteri, Ampang. Saya sebenarnya tertarik dengan isu yang berkaitan dengan lembaga LPPKN ini. Saya nak bertanya atau pun nak mencadangkanlah kalau kita lihat cuti yang diberikan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
sebanyak lima kali atau pun 98 hari itu satu berita yang baik. Tetapi alangkah baiknya Alor Setar kalau kita boleh kongsikan cuti itu bersama dengan suami.
Maknanya tak semestinya isteri kadang-kadang dia nak 98 hari. Sebab apa saya cakap macam ini kadang-kadang wanita bersalin, dia anak dia kuninglah dan sebagainya dia terpaksa suami yang sepatutnya bercuti. Tetapi suami tidak dapat paternity leave itu lebih dari tempoh yang ada.
Mungkin saya rasa dah sampai masanya untuk mungkin Menteri menyemak semula cuti yang ada tu dikongsikan bersama. Itu pandangan saya.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan lihat kepada cadangan tersebut. Saya harap yang di belakang itu ambil nota mengenai perkara ini. It’s very good samalah. Saya amat menyokong kalau orang bercerita mengenai keluarga untuk bersama. Okey, terima kasih saya perlu teruskan kepada Yang Berhormat Bagan tadi dah keluar eh?
Mencadangkan agar peruntukan Program BuAI dapat ditambah dan memohon agar Program BuAI diperluaskan di kawasan Pulau Pinang. KPWKM melalui LPPKN sentiasa berusaha memastikan akses kepada rawatan kesuburan yang berkualiti dan mampu milik dapat diperluaskan kepada pasangan yang memerlukan di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan reproduktif.
Bagi tahun 2027, sebanyak RM7 juta dirancang untuk diperuntukkan, dirancang untuk diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti atau pun BuAI di bawah LPPKN. Daripada peruntukan ini subsidi rawatan dan IUI bagi maksimum dua kitaran rawatan disasarkan kepada 2000 pasangan iaitu peningkatan sebanyak 33.3 peratus berbanding tahun lalu. Iaitu tahun lalu 1,500 pasangan pada tahun 2020. Selain itu seramai 42,000 individu turut disasarkan menerima perkhidmatan kesejahteraan lelaki dan wanita di seluruh negara.
Selain menyediakan subsidi rawatan kepada pasangan yang layak, inisiatif BuAI turut memberi penekanan kepada advokasi saringan dan pengesanan awal masalah kesuburan. Melalui pendekatan ini, pasangan yang tidak menerima subsidi IUI juga berpeluang mendapat manfaat daripada perkhidmatan advokasi termasuk maklumat kesuburan yang tepat. Saringan awal dan khidmat nasihat mengenai pilihan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan masing-masing.
Melalui pendekatan yang menyeluruh ini, BuAI 2027, dihasratkan dapat memperluas akses kepada sokongan kesuburan, meningkatkan kesedaran
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
masyarakat dan menggalakkan pasangan mendapatkan pemeriksaan serta intervensi pada peringkat awal.
Usaha ini penting bagi membantu pasangan memahami keadaan kesuburan mereka, mendapatkan rawatan yang bersesuaian dan membuat keputusan termaklum dalam perjalanan membina keluarga.
Bagi negeri Pulau Pinang, rawatan IUI disediakan di Klinik Fertiliti Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang, Kepala Batas.
Selain itu LPPKN turut melaksanakan perkhidmatan saringan, konsultasi dan kaunseling serta advokasi fertiliti melalui tiga Klinik Nur Sejahtera iaitu KNS Bertam, KNS Jalan Burma dan KNS Seberang Jaya.
Seterusnya kita ke— berhubung saranan Yang Berhormat Jelutong.
Bagaimana penyeragaman operasi pusat jagaan warga emas. Keutamaan KPWKM adalah untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan penghuni sentiasa terpelihara melalui pematuhan undang-undang dan standard pengoperasian yang ditetapkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506].
Pengendali wajib mematuhi kehendak undang-undang serta syarat agensi teknikal berkaitan termasuk PBT, Jabatan Bomba serta Jabatan Kesihatan ini merangkumi aspek struktur bangunan, keselamatan kebakaran, kesihatan, sanitasi dan keselamatan penghuni.
JKM telah melaksanakan SOP pengurusan pusat jagaan bagi pegawai diberi kuasa bermula 26 September 2023.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
SOP ini merangkumi empat prosedur utama iaitu pendaftaran dan pendaftaran semula, pemerkasaan, pemeriksaan pengurusan melalui sistem MyKendiri serta tindakan penguatkuasaan. Pemantauan turut meliputi antaranya nisbah penjaga— penjaga dengan penghuni, pemeriksaan kesihatan penjaga, latihan kebakaran, penyelenggaraan, rekod dan pematuhan syarat agensi teknikal.
Bagi memperkukuh keselamatan penghuni, JKM pada tahun 2024 telah mengeluarkan garis panduan yang diperbaharui― Puan Yang di-Pertua, bagi saya dalam― sebenarnya banyak lagi tetapi kalau boleh saya dapat lima minit untuk menghabiskan ada tadi persoalan tadi belum dijawab juga. Just to finish this question dulu.
Bagi memperkukuh keselamatan penghuni, JKM pada tahun 2024 telah mengeluarkan garis panduan yang diperbaharui berkaitan pengurusan keselamatan di pusat jagaan berdaftar. Garis panduan ini menekankan pemantauan operasi
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
latihan asas pertolongan cemas dan CPR kepada petugas serta pemasangan kamera litar tertutup iaitu CCTV bagi meningkatkan perlindungan penghuni.
KPWKM melalui JKM akan terus memperkukuh pemantauan pemeriksaan dan penguatkuasaan di samping meningkatkan kerjasama dengan agensi teknikal berkaitan. Usaha ini bertujuan memastikan pengendali mematuhi kehendak undang- undang dan syarat pendaftaran, sekali gus menyeragamkan amalan pengurusan serta meningkatkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan penjagaan warga emas.
Tadi ada Jerlun bertanya. Untuk Jerlun, masih Jerlun dalam ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Adalah dimaklumkan bahawa bagi anak-anak yang ditempatkan di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai, bantuan anak pelihara akan diberikan kepada penjaga atau ibu bapa pelihara ataupun OYLS sekiranya mereka memerlukan dan layak. Nota RM250 sebulan bagi seorang kanak- kanak, maksimum RM500 bagi dua kanak-kanak atau lebih.
Dan seterusnya bantuan anak pelihara ini membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim piatu, tidak mempunyai saudara mara, supaya dapat terus tinggal dalam setting keluarga. Pada 2026 sahaja, dari Januari hingga Ogos 2026 seramai 738 penerima bantuan ini dengan jumlah peruntukan yang disalurkan sebanyak RM1.94 juta. Ini untuk Jerlun, harap kawan dia boleh bagi tahu.
Sebenarnya banyak lagi. Saya tahu Tumpat ada lagi isu dia soalan kan. Kita pergi jawapan bertulis ya bagi― saya terpaksa berlaku adil dengan kawan saya di sini, Kementerian Pendidikan Tinggi. Jadi dengan itu Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua, berakhirlah sesi penggulungan. Saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan Belanjawan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada hari ini.
Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan, penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM. Saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Kerjasama dan sokongan ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif-inisiatif kementerian terutamanya dalam mengendalikan isu yang sangat dekat di hati kita, diharap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas peruntukan keseluruhan kepada KPT untuk tahun 2027 sebanyak RM19.09 bilion berbanding RM18.6 bilion pada tahun 2026.
Peruntukan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.62 peratus.
Untuk belanja mengurus tahun 2027, KPT menerima peruntukan sebanyak RM15.13 bilion iaitu RM445.88 juta atau 3.04 peratus lebih tinggi daripada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2026. Manakala untuk belanja pembangunan atau DE tahun 2027 kepada KPT, jumlah yang diluluskan adalah sebanyak RM3.96 bilion iaitu RM41.69 juta atau 1.06 peratus lebih tinggi daripada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2026.
Seterusnya, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada seramai 26 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027, melibatkan tujuh perkara utama di bawah kementerian ini. Oleh yang demikian― oleh itu, tanpa membuang masa izinkan saya menjawab dan mengulas perkara-perkara yang diutarakan. Sekiranya tidak berkesempatan untuk menjawab keseluruhannya, maka jawapan bertulis akan disusuli.
Puan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya terdapat lima Yang Berhormat telah membahaskan berkenaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU, One Higher Education Act atau OHEA serta autonomi universiti dan mahasiswa, iaitu Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Raub dan Yang Berhormat Parit Buntar.
Sebelum saya pergi ke perkara-perkara yang dibangkitkan, suka saya perjelaskan bahawa transformasi atau reformasi pendidikan telah pun bermula seawal 2007 dan dipanjangkan terus hingga tahun 2025 sehinggalah pada tahun ini kita melancarkan satu lagi Rancangan Pendidikan Tinggi Negara 2026–2035.
Antara perkara penting ialah untuk melihat sepanjang masa perubahan- perubahan dan dinamika pendidikan tinggi yang ada di hadapan kita yang juga di
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
dalamnya itu terkandung perkara-perkara baru yang perlu kita lakukan dan anjakan- anjakan besar berdasarkan pada perubahan-perubahan dunia pendidikan di seluruh dunia keseluruhannya. Dan menerusi perubahan itu, termasuklah perubahan- perubahan struktur dan melibatkan juga tentang kedudukan universiti dan autonomi universiti.
Dan dalam konteks ini, kesemua 20 universiti awam telah diberikan status autonomi secara berperingkat sejak tahun 2012 lagi dan ini termasuklah dengan melihat dalam konteks governans, kewangan, penjanaan pendapatan, pengurusan sumber manusia serta pengurusan akademik dan kemasukan pelajar. Namun, ia terus dibahaskan kerana AUKU ini adalah merupakan satu akta yang sudah pun menjadi bahasan sepanjang lima dekad.
Berhubung isu pemansuhan AUKU, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia khususnya di bawah lonjakan kelima iaitu tadbir urus tangkas dan berdaya tahan telah menggariskan usaha mengharmonikan tadbir urus merentas ekosistem pendidikan tinggi. Melalui Inisiatif 5A.2, KPT mencadangkan pembangunan Akta Satu Pendidikan Tinggi atau dengan izin One Higher Education Act ke arah mewujudkan kerangka perundangan yang lebih seragam, menyeluruh dan bersepadu.
Selaras dengan hala tuju tersebut, KPT sedang melaksanakan langkah terancang ke arah pemansuhan AUKU dan pembangunan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu. Bagi menjayakan usaha ini, KPT sedang meneliti peruntukan dalam akta-akta berkaitan pendidikan tinggi bagi mengenal pasti keperluan penambahbaikan dan penyelarasan. Penelitian ini penting bagi memastikan kerangka perundangan baharu bukan sahaja memperkukuh autonomi universiti dan kebebasan akademik malah mampu memenuhi keperluan tadbir urus pendidikan tinggi yang sentiasa berkembang tanpa menjejaskan kesinambungan pentadbiran dan pengurusan universiti.
Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, saya ingin menegaskan bahawa penggubalan kerangka perundangan baharui ini akan mengambil kira pandangan dan kepentingan semua pihak berkepentingan, termasuklah mahasiswa. Penglibatan mereka penting bagi memastikan kerangka yang dibangunkan mencerminkan keperluan sebenar komuniti universiti serta aspirasi untuk membentuk ekosistem pendidikan tinggi yang lebih terbuka, progresif dan inklusif.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Sementara dalam proses pembangunan kerangka perundangan baharu tersebut dimuktamadkan, KPT akan menangguhkan usaha untuk melaksanakan penambahbaikan yang boleh memberi manfaat lebih segera kepada mahasiswa.
Oleh itu, KPT sedang meneliti cadangan pindaan bersasar terhadap AUKU khususnya peruntukan berkaitan mahasiswa di bawah seksyen 15 hingga seksyen 16B sehingga langkah peralihan sebelum pemansuhan akta ini dilaksanakan sepenuhnya.
Selaras dengan komitmen KPT, menerusi Agenda Pemerkasaan Mahasiswa, autonomi kewangan yang sebelum ini diperkasakan dalam kalangan Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP akan diperluas kepada badan pelajar dan persatuan di kampus, bermula semester satu Sesi Akademik 2026/2027.
Langkah ini memperkukuh ruang autonomi mahasiswa termasuk dalam aspek pengurusan kewangan, penerimaan sumbangan serta penjenamaan pendapatan organisasi pelajar. Antara cadangan pindaan yang sedang diteliti juga ialah pemotongan seksyen 16 AUKU yang berkaitan dengan kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan persatuan, pertubuhan, badan dan kumpulan pelajar.
Cadangan ini bertujuan memperkukuh hak mahasiswa untuk menubuhkan, menyertai dan melibatkan diri dalam persatuan atau kumpulan pelajar tanpa tertakluk kepada kuasa penggantungan atau pembubaran di bawah seksyen tersebut.
Puan Yang di-Pertua, dalam memperkukuh kebebasan mahasiswa, KPT berpandangan bahawa kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan perlu diberikan ruang yang sewajarnya. Selaras dengan prinsip demokrasi dan kematangan intelektual yang menjadi teras kehidupan kampus. Pada masa yang sama, garis panduan dalaman kampus masih mempunyai peranan penting dalam menjaga kebajikan keselamatan dan kepentingan mahasiswa.
Secara tuntasnya, KPT sedang menyelaras penyediaan cadangan pindaan perundangan dan perkara berkaitan untuk pertimbangan kerajaan termasuk penyediaan dokumen dasar serta penelitian peruntukan undang-undang yang terlibat dan menyasarkan untuk membentang cadangan pindaan AUKU yang berkenaan di Dewan Rakyat pada Disember 2026 ini.
Seterusnya, saya ingin menyentuh isu yang dibawa oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat berkaitan dengan pembinaan institusi dan juga hal ehwal tanah.
Perkara ini dibangkitkan oleh lapan orang Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Port
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Dickson, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Bangi.
Saya santuni terlebih dahulu cadangan daripada Yang Berhormat Semporna dan juga Yang Berhormat Kuala Langat mengenai penubuhan universiti awam di Sabah, khususnya di Tawau.
Kementerian menghargai keprihatinan Yang Berhormat berhubung keperluan memperluas akses pendidikan tinggi kepada anak-anak Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah serta cabaran kos perjalanan yang ditanggung oleh keluarga berpendapatan rendah sekiranya pelajar melanjutkan pengajian di luar negeri atau daerah.
Pihak kementerian akan mempertimbangkan untuk melaksanakan satu kajian kemungkinan feasibility study dengan izin, khususnya bagi mengenal pasti kesesuaian lokasi dan demografi di kawasan Pantai Timur Sabah. Kajian ini akan menilai kebolehlaksanaan pembangunan universiti serta penjajaran semula dengan IPTA sedia ada.
Buat masa ini, di Pantai Timur Sabah terdapat UMS Kampus Sandakan, Politeknik Sandakan dan Kolej Komuniti Sandakan dan Kolej Komuniti Semporna.
Manakala di Tawau khususnya sudah ada Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah, Kampus Tawau, Politeknik Tawau dan Kolej Komuniti Tawau. Kesemua institusi ini menawarkan pelbagai program pengajian dalam bidang akademik dan teknikal serta latihan vokasional bagi memenuhi keperluan pendidikan dan pasaran kerja.
Antara program yang ditawarkan adalah Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pelancongan Rekreasi, Diploma Agroteknologi, Diploma Teknologi Akuakultur dan Asasi Teknologi Kejuruteraan, Sijil Teknologi Maklumat dan Teknologi Automotif.
KPT juga mengambil maklum akan isu keperluan dan taburan doktor pergigian di Sabah dan Sarawak. Namun demikian, pengesahan berhubung jumlah sebenar doktor pergigian serta kecukupan tenaga kerja pergigian di Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada data rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia selaku agensi yang bertanggungjawab terhadap data dan perkhidmatan kesihatan pergigian negara.
Dalam konteks pendidikan tinggi, saya mengambil maklum cadangan untuk memperluas penawaran pendidikan pergigian ke Sabah dan Sarawak, Cadangan ini
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
boleh dipertimbangkan tertakluk kepada pematuhan keperluan penubuhan dan pelaksanaan program yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Pergigian Malaysia.
Seterusnya, terdapat beberapa cadangan pembinaan dan status politeknik dan kolej komuniti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Betong.
Di Maran tanah cadangan tapak Kolej Komuniti Kampung Bak Bak, Kolej Komuniti Maran di Mukim Luit Daerah Maran, Pahang merupakan tanah milik Persekutuan berkeluasan 5.235 hektar dan berstatus rizab Melayu. Hasil semakan pihak kementerian bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, tiada sebarang kontrak sewaan yang berkuat kuasa atau mana-mana syarikat yang diberikan hak secara sah untuk mengusahakan projek kelapa sawit di tapak berkenaan.
Justeru, isu berhubung janaan hasil pendapatan tidak berbangkit. Saya ingin menegaskan bahawa sekiranya terdapat sebarang aktiviti pengusahaan sawit yang sedang berjalan di atas tanah tersebut pada masa ini ia merupakan aktiviti pencerobohan. Jadi, kita harap ia nya akan diambil tindakan penguatkuasaan.
Mengenai kajian penubuhan politeknik dan kolej komuniti di Parit Buntar.
Pihak kementerian akan membuat penelitian secara menyeluruh dengan mengambil kira beberapa faktor utama, antaranya kajian kebolehlaksanaan dan kajian pasaran, kemampuan kewangan kerajaan, keperluan perjawatan, keberadaan institusi latihan sedia ada serta yang ada di kawasan berdekatan, keperluan industri serta unjuran permintaan tenaga kerja mahir negara.
Selain itu, penawaran program di politeknik dan kolej komuniti juga perlu diselaraskan dengan keperluan industri dan hala tuju pembangunan negara termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta dasar-dasar berkaitan yang berkuat kuasa. Perkara ini penting bagi memastikan program yang ditawarkan relevan dengan keperluan pasaran kerja dan selari dengan potensi serta perancangan pembangunan sosioekonomi kawasan Parit Buntar dan daerah Kerian.
Untuk Politeknik Kota Belud...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada, eh!
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Pula, majlis penyerahan pampasan telah pun diadakan. Maksudnya ada pergerakan yang telah dilaksanakan iaitu pada 6 Ogos 2026 dengan melibatkan 12 penerima cek cura berjumlah
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
RM7.182 juta. Jadi, cadangan pembangunan kampus baharu Politeknik Kota Belud sedang dalam tindakan untuk permohonan projek luar RP tahun 2027 untuk pertimbangan pihak Kementerian Ekonomi.
Dan, dalam sesi yang lalu, Yang Berhormat Kota Belud telah pun membangkitkan sekali lagi akan kedudukan politeknik ini. Saya telah pun memberikan jawapan kepada beliau bahawa kita akan melaksanakan insya-Allah dan kita telah pun memulakan. Jadi, soal kononnya tidak ada sebarang pergerakan itu tidak timbul.
Di Betong pula, buat masa ini kementerian tidak bercadang untuk membangun kampus baharu bagi Politeknik METrO Betong Sarawak, sebaliknya pendekatan yang sedang diberikan tumpuan adalah untuk memperkukuh dan mengoptimumkan kampus sedia ada melalui penambahan program-program baharu yang bersesuaian dengan keperluan industri, pasaran pekerjaan dan pembangunan sosioekonomi.
Politeknik METrO kini beroperasi secara integrasi atau coexist bersama Kolej Komuniti Betong dan akan terus diperkasakan melalui pengukuhan fungsi akademik, peningkatan akses, pendidikan TVET serta penyediaan kemudahan sokongan.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Jadi, KPT mengambil maklum keperluan pembangunan kolej kediaman, khususnya pelajar di Politeknik METrO Betong yang berasal dari luar bahagian Betong dan kawasan lain di Sarawak.
Seterusnya, status pengambilan tanah untuk menaik taraf persiaran KWSP di Bangi. Untuk makluman Yang Berhormat Bangi, Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan telah pun meluluskan penyerahan sebahagian tanah UKM iaitu seluas 456.029 meter persegi kepada Majlis Perbandaran Kajang bagi tujuan penaiktarafan persiaran KWSP. Pihak universiti juga sedang giat melaksanakan proses serahan sebahagian tanah tersebut di bawah seksyen 200, Kanun Tanah Negara.
Seterusnya, izinkan saya untuk membawa hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar. Saya beralih kepada hal yang melibatkan kebajikan pelajar yang dibahaskan oleh lima Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Parit Buntar dan terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.
Terdapat pelbagai kisah anak-anak kita yang berjuang demi meneruskan pendidikan mereka. Sebagai contoh, Nur Fasha Natashya, pelajar UMS dari Tawau
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
kehilangan bapanya semasa menduduki SPM, bekerja membantu keluarga, pernah menolak tawaran universiti dalam bidang perubatan. Namun, KPT memastikan beliau mendaftar dan menerima bantuan.
Begitu juga Norsarina, pelajar Program Bacelor Pendidikan di UPM yang berasal dari Putatan, Sabah. Hanya tinggal dalam kontena bersama keluarganya.
Saya hadir sendiri ke rumahnya, melihat keadaan bagaimana mereka hidup dan membesar dalam rumah kontena yang serba kekurangan itu. Low Hock Yong pula daripada Kemaman, Terengganu. Pelajar UTHM, bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, bekerja dan tinggal bersendirian untuk mencari rezeki sambil meneruskan pengajian di UTHM. Saya sendiri sempat berbicara dengan beliau.
Terdapat juga kisah dua beradik dari Kota Bharu yang cekal meneruskan pengajian iaitu Siti Nor Ashikin Zakaria, pelajar kejuruteraan pertanian di UniMAP dan adiknya, Ahmad Faris Zakaria di UPNM, kehilangan rumah akibat kebakaran dan bapanya terpaksa menumpang di surau. Pelajar UTeM, saudari Farhana dari Lumut merupakan pelajar dalam Sarjana Muda Perakaunan. Hampir menolak tawaran kerana pendapatan bapanya hanya RM900 sebulan, sehingga terpaksa mengeluarkan simpanan KWSP. Samikasha a/p Ramesh anak Melaka yang berjuang mendepani cabaran demi menuntut ilmu dalam bidang perubatan di UKM di sebalik kesempitan hidup dan kekurangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.
Kesemua mereka ini sebagai contoh. Ada contoh-contoh yang kita lakukan program-program intervensi dengan membantu mereka. Berdasarkan kisah-kisah yang saya kongsikan ini, saya ingin menegaskan bahawa isu pelajar terpaksa menolak tawaran kemasukan ke IPTA semata-mata disebabkan oleh masalah kewangan atau latar belakang kemiskinan sepatutnya tidak timbul disebabkan oleh KPT telah meletakkan pendirian tegas bahawa faktor kewangan atau kemiskinan sama sekali tidak boleh menjadi penghalang untuk mana-mana pelajar yang layak mendaftar dan melanjutkan pengajian di universiti awam.
Saya mengharapkan peranan khidmat yang dimainkan oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat sekalian diteruskan dan memaklumkan kepada kita akan sekiranya ada perkara-perkara ataupun mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di kawasan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.
KPT sentiasa proaktif dalam memastikan aspek kewangan tidak menghalang mana-mana anak bangsa daripada mendapat akses kepada pendidikan tinggi di negara ini. Dengan pelbagai usaha dan tindakan berterusan oleh semua universiti
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
awam terus dilaksanakan bagi mengenal pasti pelajar yang berkeperluan untuk dihubungi dan dibantu.
Oleh itu, menjawab kepada perbahasan oleh Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Bentong. Kita menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan pendidikan melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak. Antaranya bantuan kewangan pelajar kolej komuniti, bantuan kewangan asasi dan dermasiswa B40 TVET. Bantuan yang disediakan merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup bagi membantu mengurangkan beban kewangan pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Mengikut data KPT pada tahun ini, bagi tempoh sehingga 15 Oktober 2026, seramai 26,934 pelajar B40 telah menerima tajaan. Selain itu, bantuan awal pendidikan tinggi melalui Yayasan Perkasa Siswa terus menjadi antara usaha penting kementerian bagi membantu mahasiswa memulakan pengajian dengan lebih yakin. Setakat ini, sebanyak RM439,500 telah disalurkan melalui Bantuan Awal Pendidikan Tinggi. Ini bagi membantu mahasiswa yang memerlukan sehingga kini untuk tahun ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik, depan ini. Boleh sikit mohon menjelaskan?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Boleh. Boleh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mendengar penjelasan berkaitan bagaimana kementerian membantu pelajar-pelajar yang tidak ada kemampuan soal pembayaran yuran dan juga bagaimana dermasiswa itu diuruskan dengan sangat baik itu.
Cuma yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan saya ialah berkaitan dengan jurang yuran di antara pelajar-pelajar yang memasuki melalui saluran terbuka dengan UPU itu yang sangat jauh bezanya sehingga mencecah 10 hingga 30 kali ganda— saluran terbuka dan UPU. Jadi, bagaimana kementerian melihat untuk pastikan, khususnya pelajar saluran terbuka ini, mereka dapat membayar yuran yang sangat tinggi. Ini terjadi kepada diri saya dan keluarga saya sendiri.
Ketika mereka perlu membayar sepenuhnya yuran pengajian itu untuk setiap semester. Jadi, bagaimana proses itu untuk pastikan tidak ada diskriminasi untuk keadilan pendidikan itu.
Kedua Yang Berhormat Menteri, juga ada berkaitan dengan saluran terbuka ini. Ketika universiti awam ini begitu rancak menawarkan tempat melalui saluran
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
terbuka ini, bagaimana kementerian nak memastikan kuota untuk pengambilan melalui UPU ini tidak dikecilkan? Maksudnya, tidak terjejas dari segi jumlah yang sepatutnya untuk mengisi keseluruhan kemampuan di universiti awam kita ini.
Ketiga, dalam soal ini juga, sehingga kini kita belum ada data yang khusus ataupun data yang terperinci yang didedahkan oleh kementerian, berapa pelajar yang telah pun memasuki pengajian kita melalui saluran terbuka dan sama ada kelayakan mereka SPM, STPM, matrikulasi, asasi sebagainya dengan pelajar- pelajar yang memasuki melalui UPU. Maknanya, data itu mungkin perlu dibentangkan supaya kita dapat menilai berapa jumlah pelajar yang telah pun memasuki kedua-dua saluran ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Yang Berhormat Menteri, Kinabatangan sikit. Terima kasih kepada KPT di atas inisiatif untuk bantuan pelajar-pelajar yang kurang kemampuan. Namun, setiap kali aduan yang kita kerap kali dengar adalah bantuan tersebut disalurkan selepas beberapa bulan belajar.
Jadi, ini merupakan satu masalah yang menyebabkan kemampuan itu untuk beberapa bulan itu mereka tidak mampu. Jadi, adakah KPT merancang memperbaiki sistem ataupun program yang telah direncanakan agar lebih ramai pelajar dapat menerima pelajaran tanpa ada kekangan kewangan. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar.
Boleh? Sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat ada sebut tentang kajian yang perlu dibuat untuk menubuhkan satu IPT di Parit Buntar. Memang itu satu keperluan. Yang Berhormat pun pernah bersekolah di Parit Buntar. Sudah tentulah Yang Berhormat lebih tahu. Saya baru duduk sahaja dekat situ tapi Yang Berhormat dah bersekolah dekat situ.
Pada saya, ini satu keperluan sebab kalau di sempadan Parit Buntar seperti Bandar Baharu, Kedah dan juga di Nibong Tebal ada beberapa kolej komuniti dan juga IPT, walaupun hanya cawangan. Tapi Parit Buntar satu-satunya antara daerah yang tak ada IPT, walaupun di peringkat cawangan dan kolej komuniti pun tak ada.
Jadi, ada baiknya kajian itu dibuat berdasarkan keperluan semasa.
Parit Buntar ini kawasan jelapang padi, pertanian. Jadi, elok difikirkan untuk menubuhkan satu cawangan IPT UPM yang saya fikir UPM tak banyak cawangan.
Dia cuma ada cawangan di Bintulu dan beberapa pusat pengajian di Puchong dan juga di tempat-tempat lain. Tapi tak banyak. Jadi, kalau UiTM, bersepah cawangan- cawangan dia. USM pun ada cawangan-cawangan dia. Bersepah cawangan-
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
cawangan dia, di Kelantan pun ada. Di Pulau Pinang pun induknya satu, cawangannya ada lagi satu di Nibong Tebal. Tapi Parit Buntar ini apa pun tak ada.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jadi, elok dikaji supaya diwujudkan satu cawangan UPM untuk beberapa kursus seperti mekanisasi pertanian, teknologi pengairan, pemprosesan makanan dan juga penyelenggaraan jentera. Jadi, saya nak ucap terima kasihlah atas kepekaan Menteri yang berniat— berniat pun dapat pahala dah untuk buat kajian dan keperluan menubuhkan sebuah IPT di Parit Buntar. Saya tunggu. Kalau tak boleh buat tahun ini ataupun bila-bila, tunggu tukar kerajaanlah, insya-Allah.
[Ketawa]
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor****) mempengerusikan Mesyuarat****] Merujuk kepada perkara yang sama tentang kos yang semakin tinggi di IPT.
Kita lihat antara impak yang dilalui oleh masyarakat ialah berkenaan dengan wujudnya perkhidmatan ataupun portal ataupun aplikasi “sugar baby” yang telah pun disebut pada baru-baru ini pada tahun 2021, di mana KPT berjanji untuk buat kajian.
Kemudian, pada tahun 2023 Ahli Parlimen juga sebut tentang isu ini dan hari ini kita lihat juga tersebar satu maklumat berkenaan dengan perkara ini.
Jadi, saya mohon, apakah kajian ataupun dapatan serta tindakan yang telah dikenal pasti bagi memastikan, sebab saya difahamkan bukan hanya melibatkan mahasiswi tetapi juga mahasiswa. Jadi, ini perkara yang membimbangkan. Kita bimbang oleh kerana masalah kos menyebabkan berlaku perkara gejala sosial yang sangat buruk seperti ini.
Terima kasih. Saya mohon respons daripada Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya ingat mula-mula tak ada soalan. Saya baca je, saya tengok, dok tengok-tengok juga kalau ada soalan. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat kerana membangkitkan. Jadi dia sejuk ini bagi panas sikit-sikit lah. Atas soalan-soalan yang kemukakan termasuk oleh yang pertamanya oleh Yang Berhormat Sik iaitu berkaitan dengan jurang yang terbuka.
Seperti yang kita sedia maklum, dalam soal pengambilan di universiti, saya nak tegaskan kerana sering kali perkara ini dibahaskan iaitu apabila kita buat saluran
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
terbuka, ada yang mengatakan bahawa kedudukan kuota yang diperuntukkan kepada UPU itu dikecilkan.
Bagi— saya nak maklumkan dalam Dewan ini bahawa soal itu tidak timbul sama sekali kerana dari segi bilangan yang ditetapkan tetap kita ada. Kebiasaannya, apabila dibuka untuk saluran terbuka itu adalah merupakan hanya beberapa percentage yang kecil yang sekiranya ada ruang bagi kursus-kursus yang berkenaan di universiti yang berkenaan. Dia tidak bermakna, kita nak buka begitu sahaja semata-mata untuk universiti itu untuk nak buat wang atau nak buat duit.
Jadi, kita nak tegaskan di sini dari soal dari segi yuran memang benar, dari segi apabila saluran terbuka, khususnya kursus-kursus yang melibatkan kursus- kursus kritikal yang dipilih, mungkin ada satu dua ruang yang diberikan. Jadi, dia tidak, orang kata ditawarkan dengan begitu terbuka sekali, siapa yang nak, masuk ini, semata-mata oleh kerana universiti nak menambahkan pendapatan mereka.
Namun, walau bagaimanapun kita sentiasa pastikan supaya kursus-kursus yang kritikal itu dapat ditambah, contoh sepertimana telah diumumkan tahun-tahun lalu. Terdapat beberapa kursus-kursus yang memerlukan tambahan. Contohnya sebelum ini kita berbahas tentang kursus perakaunan dan juga kursus-kursus lain yang ada kaitan, termasuklah kursus dalam bidang kejuruteraan, AI dan sebagainya.
Yang itu, kita telah memohon peruntukan khas kepada pihak kerajaan supaya dapat dibuat tambahan.
Dua tahun lalu, kita dengar seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu tambahan hampir 3,000 tempat lagi iaitu bagi kursus-kursus yang ada itu supaya diberikan ruang, sebab setiap program yang kita anjurkan, tambahan kepada tempat untuk kita berikan, dia melibatkan kos dan kerajaan telah pun meluluskan sejumlah kos untuk kita tambah.
Dan begitu juga dalam sepertimana yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri ketika membahas, membentangkan bajet telah juga menambahkan 1,000 lagi tempat. Maknanya 3,000 campur 1,000 lagi tempat menjadikan 4,000 hingga setakat ini untuk kita tambah bagi kita mengambil pelajar-pelajar tambahan untuk memastikan supaya masalah sebegini kerana kita mempunyai ramai pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk memohon kursus-kursus yang diperlukan itu.
Baik, bagi soalan yang dikemukakan kepada oleh Kinabatangan — Kinabatangan, ya, benar, ada kes-kes yang kita dapat tahu selepas ya. Selepas mereka masuk. Tapi saya nak mohon kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, supaya dapat kita memainkan peranan yang sama apabila kita tahu ada
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
masalah kita dapati pelajar-pelajar yang miskin, yang tidak dapat meneruskan pengajian mereka ataupun menghadapi kesulitan untuk membuat pendaftaran, maka maklumkan dengan kita dengan kadar yang segera.
Insya-Allah, sehingga saat ini kita tidak membiarkan sama sekali pelajar- pelajar ini tidak dapat menyambung pelajaran atau mendaftar mereka di universiti- universiti yang berkenaan. Malah, saya nak sebutkan di sini ialah langkah yang dibuat oleh semua universiti iaitu pihak hal ehwal pelajar termasuklah di universiti tertentu, di mana Naib Canselornya sendiri turun untuk pergi kepada kawasan- kawasan tertentu ataupun kepada keluarga tertentu, untuk membawa pelajar itu ke universiti dan mendaftar.
Jadi, saya harap ia nya dapat dimaklumkan kepada kita. Saya tahu ada yang kes yang melibatkan dah lepas. Kadang-kadang ada kes yang lepas sebulan, yang saya sebut tadi kes seorang pelajar daripada Sabah tadi, bidang perubatan, tapi hampir sebulan kita dapat tahu dan saya kata pergi cari dia juga, bincang dengan universiti untuk bawa dia kerana dia mendapat tawaran dalam bidang perubatan dan dia tidak dapat meneruskan pelajaran dia disebabkan oleh masalah kewangan.
Jadi, saya harap kepada Yang Berhormat sekalian, sama-sama kita mainkan peranan itu untuk kita pastikan supaya kita bela anak-anak miskin ini untuk melanjutkan pelajaran mereka tanpa mengira bangsa, latar belakang mereka. Dan, berkaitan dengan Parit Buntar, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat bertanding di Parit Buntar, jauh daripada Bagan Datuk eh. Tapi apa pun, saya ucapkan terima kasihlah atas keprihatinan terhadap kawasan yang pernah saya belajar dan juga pernah — Petra Jaya, Timbalan Menteri Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah belajar di sana, sama satu kelas.
Dan, kalau kita lihat dari segi pembangunan di kawasan Kerian khususnya, di kawasan Parit Buntar ini, kerana dia berada di kawasan sempadan. Sebab itu apabila kita membincangkan tentang keperluan ekosistem pendidikan, maka kita kena mengambil kawasan di sekelilingnya itu. Dan, kita ada USM di sana ya, di kawasan — sebelah itu, tak jauh pun daripada Parit Buntar, orang kata dia cross sahaja dah ada kampus yang baru.
Namun, kita mengambil juga perkiraan tentang pembangunan dan kawasan baru di Parit Buntar KIGIP ya yang situ kawasan perindustrian baru yang sedang berkembang ini. Oleh yang demikian, semua institusi-institusi pendidikan tinggi termasuk yang melibatkan politeknik dan kolej komuniti yang ada di kawasan itu
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
supaya melihat semula dari segi kurikulum yang ada untuk menyesuaikan dengan pembangunan di kawasan yang berkenaan.
Seperkara lagi yang disebutkan oleh Yang Berhormat, iaitu berkaitan dengan Universiti Pertanian Malaysia perlu ada kampusnya di sana. Dia bukan semata-mata hanya Universiti Pertanian, saya fikir hal-hal yang berkaitan dengan food security yang ada di universiti lain pun boleh kita lihat dan saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat itu.
Dan, yang keduanya, yang akhirnya tentang Yang Berhormat daripada Tumpat, yang bawa tentang kos yang semakin tinggi pelajar. Jadi ada yang terlibat, yang ini saya tak boleh nak jawab dari berapa kes-kes bilangan yang dapat kita — ini saya akan sediakan nanti. Kajian memang dibuat, kes-kes yang seperti itu dan sering kali juga kita dengar dalam media dan sebagainya.
Cuma, Yang Berhormat tanya dari segi apa nama bilangannya berapa ramai.
Jadi, yang itu, mungkin saya akan sediakan nanti. Kalau ada, kita akan dapatkan maklumat itu nanti.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri, masalahnya — masalah yang kita lihat dan yang tersebar ini jumlahnya hampir mencapai ribuan, hampir 12,000. Jadi, kita tak tahu ini maklumat benar atau tak benar. Jadi, kita perlukan sebenarnya kajian khas daripada semua universiti. Dan, kalau ini benar, perlu diambil tindakan segera dan ini merupakan suatu perkara yang bom jangka lah selain daripada kes buli. Ini juga kes yang saya rasa perlu diambil perhatian oleh pihak KPT. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya. Kita akan dapatkan figures sebenar. Cuma, kalau bergantung kepada kajian apa yang kita nak buat, dalam bentuk bagaimana definisinya yang kita lihat itu ataupun hanya jangkaan-jangkaan itu pun, kita perlu lihat nantilah kita dapatkan. Baik.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Yang seterusnya berkaitan dengan isu Program Pengajian Keperluan Industri. Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang — sahabat saya. Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Parit Buntar— Parit Buntar banyak berbahas rupanya, yang telah membahaskan secara menyeluruh mengenai program pengajian dengan keperluan dan kerjasama industri.
Manakala, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Tuaran membangkitkan mengenai program TVET dan keperluan industri. Selaras dengan RPTM 2026–2035 dan RMK13, kerjasama strategik dan komprehensif antara KPT, pakar akademik,
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
wakil industri, agensi berkaitan dan pihak berkepentingan terus diperkukuh melalui pelbagai langkah dan inisiatif.
Kementerian memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang antara kandungan pengajaran dan pembelajaran di IPT dengan kompetensi praktikal yang diperlukan oleh industri. Penglibatan industri diperkukuh melalui platform seperti industry roundtable discussion supaya input berkaitan perubahan teknologi, keperluan kemahiran dan perkembangan pasaran pekerjaan dapat diterjemahkan ke dalam penawaran program serta penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan ini adalah bertujuan untuk memastikan kurikulum universiti adalah responsif kepada perubahan teknologi, keperluan pekerjaan dan kompetensi industri.
Selain semakan kurikulum secara berkala, kementerian turut memperluas pendekatan pembelajaran berasaskan industri seperti Industry on Campus, work- based learning, latihan industri, latihan berasaskan projek dengan penyelesaian masalah sebenar industri. Melalui kesemua pendekatan ini, pembelajaran berasaskan pengalaman dan amali diperkukuh termasuk latihan industri, projek bersama industri, pembelajaran berasaskan masalah serta pendedahan kepada teknologi terkini. Sebagai contoh, program kejuruteraan, teknologi maklumat dan sains komputer boleh mengintegrasikan projek berkaitan kecerdasan buatan, analitik data, automasi dan keselamatan siber bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu dalam situasi pekerjaan sebenar.
Pembangunan kompetensi graduan turut diperkukuh melalui pensijilan profesional industri secara konvensional atau melalui micro-credentials dengan izin, peningkatan kemahiran dan latihan semula khususnya dalam bidang yang berkembang pesat seperti kecerdasan buatan, data raya, Internet pelbagai benda, semikonduktor dan teknologi digital.
Dalam perkara melibatkan pembangunan serta penambahbaikan program akademik, standard program atau Code of Practice for Program Accreditation dan Code of Practice For TVET Program Accreditation yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia iaitu MQA adalah dirujuk. Hal ini bagi memastikan kualiti program dan hasil pembelajaran memenuhi standard yang ditetapkan. Garis Panduan Amalan Baik (WBM) MQA Edisi 2026 turut menekankan keperluan IPT dan rakan industri menyelaras hasil pembelajaran dengan tugasan serta kompetensi sebenar di tempat kerja, di samping menggalakkan pengesahan kurikulum oleh industri dan dalam proses pembangunan program. Dalam bidang teknologi tinggi
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
elektrik dan elektronik atau E&E dan semikonduktor, bentuk kerjasama universiti- industri kini telah meliputi pembangunan kurikulum atau WBL dan train the trainers, penyelidikan bersama, industrial apprenticeship, micro-credential dan penggunaan facilities industri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat Parit Buntar untuk menjalinkan kerjasama dengan USM, khususnya penyelidik yang mempunyai kepakaran berkaitan dengan pesawah di daerah Kerian.
USM kah UPM? Tapi saya dengar itu seperti yang ada tercatat pada kita ialah USM — kepakaran itu sebab universitinya berada di sebelahnya.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
[Bangun]
Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Antara bidang penyelidikan yang berpotensi diteroka melalui kerjasama ini ialah teknologi rawatan air dan pemantauan kualiti air, pengairan pintar dan Internet of Things, pemetaan dan penilaian risiko tanah jerlus, bidang mekanik, batuan dan rock mechanics geological, kejuruteraan dan lain-lain lagi.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
YB Menteri, saya mohon mencelah.
Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya ada satu lagi dalam perbahasan saya yang saya bangkitkan YB Menteri ialah berkenaan dengan gaji bermaruah sebab saya kira ini juga saya difahamkan kementerian sedang mendapatkan maklumat di lapangan tentang orang kata gaji bermaruah yang diperolehi oleh graduan-graduan kita ini sebab keadaan ini sangat penting kerana kita tahu bahawa ramai sebenarnya di antara graduan-graduan anak- anak kita ini sudah keluar universiti dengan masa yang lama mereka gunakan untuk belajar dan akhirnya mereka keluar dengan dapatan gaji yang sangat rendah dan ini tentunya memberi kesan.
Dan sebahagian daripada mereka masuk dalam golongan B40 walaupun degree holder dan sebagainya. Jadi, saya kira kajian ini penting juga untuk kita membantu mereka apabila keluar daripada universiti dan bergelar graduan ini, mereka akan berjaya dalam kehidupan selepas mereka bergelar graduan. Terima kasih.
Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih, sebagai mantan Menteri tentunya Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita sering kali berbincang tentang kedudukan ataupun gaji di kalangan para graduan ini. Dan antaranya ialah
Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
kita ingin melihat semula supaya bagaimana sistem kajian pengesanan graduan yang nak kita laksanakan supaya kita kenal pasti benar-benar keberadaan mereka di dalam pasaran. Dan sebagai contoh yang pertama, perhatian kita perlu berikan sama ada mereka yang keluar ini sudah mendapat pekerjaan ataupun belum. Itu sangat penting.
Dan yang keduanya sama ada jenis pekerjaan yang mereka perolehi sama ada ia nya ada kaitan dengan bidang mereka ataupun sebaliknya. Ini antara perkara- perkara yang kita lakukan dan kemudian juga diikuti dengan berapa jumlah pendapatan mereka. Jadi, tentunya kita ingin memastikan supaya pertama, apabila mereka sudah bergraduan, mereka mendapat pekerjaan yang selaras dengan bidang mereka yang mereka ikuti dan mendapat pendapatan gaji premium yang selaras juga dengan bidang-bidang kompetensi mereka.
Dan kita melakukan ini dan termasuklah dari segi kadar— dari segi kajian yang kita buat pada tahun 2025 iaitu kadar bekerja graduan telah pun mencatat kepada 92.3 peratus iaitu seramai 217,768 graduan. Dan bagi daripada jumlah itu, 148,276 orang graduan ataupun 68.1 peratus dilaporkan berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang yang sepadan dengan pengajian mereka.
Manakala dari segi tahap kemahiran pekerjaan pula, seramai 143,798 orang iaitu 72.1 peratus bekerja dalam kategori mahir atau setara dengan kelayakan pendidikan mereka. Selain itu, seramai 48,243 orang graduan atau 24.2 peratus berada dalam kategori sederhana mahir dan bakinya 7,446 orang atau 3.7 peratus berada dalam kategori kurang mahir.
Jadi, kita akan terus memperkasakan penggunaan dari segi penjejakan dan juga pengintegrasian sistem yang kita ada panggil SKPG ini dengan data daripada Kementerian Ekonomi dan juga Jabatan Perangkaan. Jadi, kita telah pun mengarahkan secara keseluruhannya untuk melihat semua data-data itu dapat dikumpulkan dan kita harap benda ini boleh dapat kita kemukakan nanti dari segi berapa sebenarnya jumlah pendapatan di kalangan graduan kita. Kita harapkan ia akan mencapai ke satu tahap yang gaji premium.
Baik, Yang Berhormat, saya juga ingin maklumkan di sini iaitu berkaitan dengan akses pelajar Tingkatan 6 ke universiti awam. Yang ini, perkara ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Raub. Untuk makluman Yang Berhormat dalam sistem UPUOnline, pelajar lepasan tinggi persekolahan SPM diklasifikasikan sebagai calon lepasan STPM setaraf untuk permohonan kemasukan ke IPT.
Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Kerajaan telah memperkenalkan sistem meritokrasi bermula tahun 2002 lagi bagi menggantikan sistem kuota yang telah diperkenalkan sebelum itu sejak tahun 1972 ini. Proses kemasukan pelajar bagi lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi ke universiti awam adalah sama dengan mengguna pakai prinsip meritokrasi. Prinsip meritokrasi ini adalah berasaskan pencapaian akademik iaitu 90 peratus dan pencapaian ko-kurikulum 10 peratus tanpa mengira kategori lepasan, agama, bangsa, keturunan dan negeri meskipun dari segi ko-kurikulum itu terus diperbahaskan.
Sebagai contoh Indera Mahkota nakkan supaya dinaikkan ko-kurikulum itu, bukan dikurangkan daripada 10 dia katanya mungkin boleh dipertimbangkan ke 20 peratus atau 30 peratus. Kedua-duanya adalah markah akademik berdasarkan kepada PNGK dan markah ko-kurikulum. Jadi, diperolehi secara face value dan ia telah pun dijelaskan dalam perbahasan-perbahasan kita sebelum ini dan saya harap ia dapat kita fahami bagaimana sistem itu berjalan. Prinsip meritokrasi ini...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
...Dilaksanakan...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
...Boleh celah?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya jangkakan daripada Raub.
[Ketawa]
Tuan Chow Yu Hui - Raub
[Ketawa] Boleh tanya kerana yang bagi student STPM yang masalah mereka yang sentiasa menghadapi adalah markah kurikulum mereka sentiasa lebih rendah daripada student matrikulasi. Dan yang salah satu faktor adalah kerana STPM apa yang aktiviti mereka ambil bahagian adalah dikira sebagai peringkat daerah tapi matrikulasi yang aktiviti mereka ambil bahagian adalah dikira sebagai peringkat negeri.
Oleh itu sentiasa mereka markah kurikulum mereka kurang sikit walaupun mereka sangat cemerlang dalam kurikulum. Oleh itu saya nak tanya apa solusi KPT terhadap masalah ini? Thank you.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Sebab itu salah satu solusi yang dicadangkan oleh kerajaan untuk memindahkan Tingkatan 6 itu kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. Sebab ia di — sebelum ini dia diuruskan — bukan ada soal kita bergaduh dengan kementerian KPM tidak, untuk memastikan supaya penyelarasan itu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Dan itu antara perkara-perkara teknikal yang sering kali dibahaskan kerana ia tertakluk kepada penilaian yang dibuat
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
di peringkat sekolah dan manakala di peringkat matrikulasi ada penilaian- penilaiannya. Jadi kita mengharapkan nanti dengan pengumuman yang telah pun dibuat oleh kerajaan untuk Tingkatan 6 atau dipanggil sebagai Kolej Tingkatan 6 itu, ia diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
Itu soal saya sempat ke tak sempat itu soal lain, tapi itu keputusan yang dibuat oleh kerajaan, sepatutnya kita dapat laksanakan pada tahun ini. Disebabkan oleh masalah logistik yang ada kita— kerajaan telah membuat keputusan untuk kita tangguhkan untuk sementara ini. Tapi itu antara solution dengan izin, Yang Berhormat iaitu untuk kita laksanakan nanti. Terima kasih.
Yang Berhormat saya ingat ada perkara-perkara lain ingin yang saya sebutkan juga di sini iaitu pengambilan pelajar perubatan daripada— ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Tenom, berkaitan dengan pengambilan termasuk pengambilan pelajar perubatan di Sabah dan juga pengiktirafan program perubatan daripada China.
Jadi ingin saya sebutkan di sini iaitu mengenai kerjasama KPT dan Kementerian Kesihatan. Jadi kita akan sentiasa meningkatkan kapasiti pengambilan pelajar-pelajar perubatan macam di Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penampang dan juga Tenom untuk pastikan supaya ada penambahan. Dan untuk pengetahuan, dalam bidang perubatan ini di UMS sebagai contoh 70 peratus daripada pelajar itu adalah daripada pelajar-pelajar Sabah sendiri.
Jadi proses yang kita lakukan ini juga seperti yang kita ketahui, ia tentunya dalam konteks pendidikan ini tidak terhad kepada lokaliti, tetapi kita memberikan keutamaan. Kerana kita tahu keperluan di setiap negeri itu sebagai contoh di Sabah dan di Sarawak maka hendaklah kita berikan keutamaan kepada anak-anak negeri yang berkenaan. Ini termasuklah baru-baru ini dalam bidang-bidang yang lain seperti dalam bidang perundangan.
Dan saya juga ingin mengambil kesempatan sebelum saya mengakhiri, ya perkara yang berkaitan dengan PTPTN, sering kali kita bahaskan. Mantan Pengerusi PTPTN pun sedia maklum, bagaimana kita mengendalikan sejak dulu, antara isu-isu yang sering kali dimainkan, perspektif-perspektif baru yang dikemukakan. Namun seperti yang kita sedia maklum, bahawa ini termasuklah perkara yang dibangkitkan, yang dibahaskan oleh Tasek Gelugor ya, dan Tampin, Parit Buntar dan Sri Gading.
Kita terus mencari pendekatan yang terbaik bagaimana kita menyelesaikan masalah PTPTN ini. Tapi dalam masa yang sama, kita ada masalah keberhutangan yang terus memuncak. Apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
sekalian, apabila kita melantik pengutip-pengutip atau APH – Agensi Perunding Hutang ini, kita juga memastikan supaya perkara-perkara yang dilakukan ini dia tidak bertindak sebagai along.
Sebab itu kalau apabila ada laporan-laporan yang berkaitan dengan tindakan-tindakan ala along itu, maka kita akan mengambil tindakan supaya [Tidak jelas]. Sebab apa yang dilaksanakan sebelum ini pun hanya melibatkan mereka yang tidak pernah— yang culas 10 tahun ke atas yang telah pun dilaksanakan, yang tak pernah langsung memaklumkan kepada pihak PTPTN. Sebab kita sering kali buka ruang kepada mereka supaya datang berbincang, menggunakan...
[Tidak jelas] Kita tahu tentang keadaan mereka, keadaan ekonomi mereka. Kalau sekiranya mereka menghadapi masalah, mereka boleh datang, bincang.
Yang Berhormat pun sedia maklum bagaimana Yang Berhormat pun menghadapi masalah. Saya percaya Yang Berhormat menghadapi lebih setiap kali, setiap hari akan mereka telefon. Jadi itu adalah pendekatan kita dalam PTPTN kerana kita tahu kita bukan hendak menzalimi mereka. Sebab itulah saya mohon sekali lagi dalam Dewan ini supaya mereka datang berbincang, beritahu tentang keadaan ekonomi mereka.
Dan seperti yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam pembentangan bajet iaitu penangguhan bayaran kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500. Bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hinggalah RM3,000 sebulan.
Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan diberikan diskaun 10 peratus dan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja mengenai PTPTN tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan yang terakhir.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua. Sedikit sahaja mengenai PTPTN tadi. Saya amat faham bahawa kita perlu menjalankan proses kutipan. Cuma permintaannya ialah kalau boleh sementara SOP yang ada ini dilihat dari segi keberkesanannya dan kesan kepada peminjam.
Ada tak kemungkinan untuk ditangguhkan sekejap proses itu sehinggalah ada satu SOP yang dipersetujui dan lebih baik daripada apa yang ada sekarang?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sebab aduan yang saya dapat mengatakan isterinya dihubungi, parents nya dihubungi dan ini, ya lah mengganggu mereka yang terkesan. Pada masa yang sama saya ucap terima kasih juga ada beberapa pengumuman yang dibuat oleh pihak kerajaan sebenarnya daripada zaman saya dulu kita cadangkan mengenai penangguhan bayaran sehingga 2,500 sebagainya, sekarang di laksana, yang itu saya nak ambil kredit sikitlah kiranya.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tak apa, sama-sama kita ambil kreditlah.
[Ketawa] Sebab ya lah Yang Berhormat berada di sana, kita pun berada di sini, sekarang ni dan kita mengendalikan tentang keperluan, kebajikan mereka yang berada di sana. Sebab itu soal untuk kita menangguhkan saya fikir ia telah pun dilaksanakan dan yang peringkat, yang 10 tahun ke atas telah pun habis, telah pun habis.
Dan saya harap next one kita akan bincangkan apakah pendekatan yang seterusnya yang perlu kita lakukan dan kita kena buat review, kita lihat balik sejauh mana keberkesanannya. Tapi yang pasti ialah hasil daripada langkah yang dibuat ini, mereka Yang Berhormat sedia maklum, yang langsung dia tak ambil peduli langsung from the day one dengan izin, ia tak bagi tahu dia berada di mana.
Tapi hasil daripada itu kita telah mendapat koleksi yang sangat-sangat baik dan mereka datang. Sebenarnya mereka— ada yang bayar dah terus, dia bayar terus aje sekali. Maknanya dia ada kapasiti dia. Tapi dalam masa yang sama, kita faham tentang kalau ada langkah-langkah yang tidak begitu baik dilakukan oleh pihak pengutip-pengutip ini, sila maklumkan kepada kita juga. Terima kasih.
Jadi, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga urusan-urusannya.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Dan saya ucap terima kasih kerana kita telah memberikan komitmen yang baik. Saya menekuni setiap perbahasan yang dibuat oleh setiap, oleh Yang Berhormat sekalian, benar-benar memberikan pandangan-pandangan yang konstruktif untuk kita membangunkan sistem pendidikan tinggi kita. Jadi, sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.
Majlis ke kementerian berikutnya. Sebelum itu, saya ada pengumuman.
Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman terdapat pertukaran giliran kementerian pada hari esok, 28 Oktober 2026. Kementerian Kesihatan di nombor 21 dalam susunan giliran esok akan ditukar gilirannya dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di nombor 22. Oleh itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan bermula dahulu di nombor 21 dan Kementerian Kesihatan di nombor 22.
Baik, untuk meneruskan agenda Majlis, dipersilakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Menteri, silakan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat berucap. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada kementerian Yang Berhormat kerana kerjasama yang telah ditunjukkan oleh pegawai-pegawai Yang Berhormat dalam majlis penganjuran sewang di Cameron Highlands yang julung-julung masa diadakan di dalam negara kita.
[Tepuk]
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih, kita bersama-sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, majlis sewang ini adalah menjadi teras kepada budaya masyarakat orang asli. Saya berharap di masa-masa akan datang, hadapan dan saya juga, mungkin besar kemungkinan akan mengadakan dengan kerjasama kementerian Yang Berhormat untuk menganjurkan ia di peringkat nasional pada tahun hadapan.
Dato Sri Tiong King Sing
Boleh, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dan, kesempatan ini juga saya ingin memberi salam dan terima kasih yang teramat sangat oleh masyarakat di Cameron Highlands, orang asli dan masyarakat orang asli seluruh negara kerana semenjak pada malam itu saya menerima telefon bertubi-tubi daripada masyarakat seluruh negara bila menanyakan saya Yang Berhormat, “YB, bila nak mengadakan acara-acara sebegini.” Dan, saya pada pendapat saya, majlis pertandingan sewang orang asli ini yang telah diadakan di Cameron Highlands pada
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
malam Sabtu lepas, 24 Oktober 2026 yang lalu merupakan satu majlis pertandingan dan difahami untuk fahaman Yang Berhormat dan negara, terdapat 18 suku kaum di negara kita.
Dan, sewang ini merupakan satu acara yang amat penting dalam budaya hidup masyarakat orang asli. Dan, 18 suku kaum ini terdiri daripada berbagai-bagai suku. Dan, kesempatan itu saya mengambil kesempatan ini juga untuk berterima kasih kepada KSU Yang Berhormat Yang Berbahagia Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Dasar Kebudayaan MOTAC, Yang Berusaha Encik Wan Ashbi bin Leman dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara MOTAC, Yang Berbahagia Encik Mohamd Raizuli bin Mat Jusoh serta pegawai-pegawai MOTAC yang berada pada malam itu. Terima kasih, daripada diri saya secara peribadi dan terima kasih daripada masyarakat orang asli seluruh Semenanjung.
Dengan itu, Yang Berhormat silakan.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Kita masa hadapan kita bersama-sama lagi menganjur lebih lagi banyak program untuk orang asli.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato Sri Tiong King Sing
Saya akan bagi tahu saya punya agensi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ini bukan sahaja menarik pelancong tempatan. Ia can be an international event. Dan, saya bercadang pada tahun depan mengadakan di peringkat nasional. Insya-Allah.
Dato Sri Tiong King Sing
Ya. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat dasar.
Pada hari ini, saya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan- pertanyaan yang telah menyentuh isu MOTAC oleh 18 Ahli Yang Berhormat daripada Sekijang, Penampang, Tumpat, Masjid Tanah, Puchong, Rompin, Kuala Nerus, Gerik, Bukit Bendera, Kuala Kangsar, Kuala Kedah, Batu Gajah, Kalabakan, Kuala Pilah, Kuala [Tidak jelas] Sabak Bernam, Pasir Puteh, Langkawi.
Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan merupakan antara pemacu utama ekonomi negara. Pada tahun 2025, [Tidak jelas] ini menjana nilai tambah sebanyak
Dato Sri Tiong King Sing
RM323 bilion, menyumbang 15.9 peratus kepada KDNK negara dan menyokong kira-kira 3.7 juta pekerjaan.
Walaupun, krisis di Asia Barat menjejaskan perancangan perjalanan pelawat kerajaan terus mempergiat promosi pelancongan menggunakan peruntukan sedia ada. Bagi tempoh Januari hingga September 2026, Malaysia merekodkan 32.26 juta ketibaan pelawat antarabangsa. Meningkat 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025.
Demi mengekalkan momentum ini, kerajaan memperuntukkan RM935 juta kepada MOTAC termasuklah untuk Kempen Melawat Malaysia 2026 ke 2027.
Memandangkan RUU Perbekalan 2027 masih lagi bahaskan, perincian peruntukan adalah tertakluk kepada keputusan akhir Kementerian Kewangan (MOF).
Berhubung segmen acara perniagaan atau MICE yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, MOTAC melalui MyCEB akan terus menarik lebih banyak cara antarabangsa ke Malaysia.
Pada suku kedua 2026, jumlah acara meningkat 81.2 peratus kepada 125 acara. Delegate antarabangsa meningkat 105.2 peratus kepada 83,596 orang. Manakala, impak ekonomi meningkat 113.7 peratus kepada RM1.24 bilion.
Bagi menyokong pertumbuhan ini, RM10 juta diperuntukkan kepada MyCEB sebagai insentif untuk menarik acara MICE dan sukan antarabangsa berimpak tinggi khususnya dalam segmen premium. MOF juga melanjutkan insentif cukai bagi penganjuran acara bertaraf antarabangsa untuk tempoh 2028 hingga 2030.
Pakej lawatan selepas acara terus dipromosikan bagi menggalakkan delegasi MICE tinggal lebih lama dan berbelanja lebih banyak. Langkah ini memberi manfaat kepada rantaian industri pelancongan termasuklah vendor tempatan, pengangkutan, restoran, hotel dan destinasi pelancongan.
Dato Sri Tiong King Sing
Bagi pertanyaan mengenai kutipan cukai dan perluasan bayaran kod QR di 15 lokasi pelancongan, ia adalah di bawah bidang kuasa MOF ataupun Bank Negara Malaysia.
Dato’ Yang di-Pertua, MOTAC melalui Tourism Malaysia melaksanakan Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC) untuk menggalakkan pembukaan laluan antarabangsa baharu dan meningkatkan ketersambungan ke Malaysia melalui udara, darat dan laut. Dari Januari hingga Oktober 2026, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan 24 syarikat penerbangan iaitu tiga syarikat tempatan dan 21 syarikat antarabangsa bagi menyokong 46 laluan
Dato Sri Tiong King Sing
antarabangsa, merangkumi 35 laluan baharu dan 11 laluan sedia ada yang diteruskan.
Antara laluan udara baharu diperkenalkan, contoh adalah Jinan–Kuala Lumpur, Guiyang–Kuala Lumpur, Shanghai–Tawau, Shanghai–Pulau Pinang, Xiamen–Kota Kinabalu, Busan–Kuala Lumpur, Busan–Kota Kinabalu, Frankfurt– Kuala Lumpur dan Algeria–Kuala Lumpur. Pada Disember 2026, Malaysia dijadual menerima penerbangan sewa khas (charter flight) dari Warsaw, Poland dan Almaty, Kazakhstan ke Langkawi dan Pulau Pinang.
Bagi laluan laut, GSPC menerima tiga permohonan kerjasama perkhidmatan feri dari Batam dan Singapura serta satu permohonan melibatkan kapal persiaran Adora Mediterranea. Kerjasama ini dijangka menarik 18,400 pelancong dan menjana impak ekonomi sebanyak RM12.7 juta. Manakala dasar dan kawal selia penerbangan, termasuk harga tiket yang munasabah dan jadual penerbangan yang konsisten adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.
Dato' Yang di-Pertua, MOTAC mengambil maklum cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membangunkan destinasi pelancongan dan menambah baik infrastruktur di kawasan masing-masing. Sehubungan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat disaran membincangkan cadangan tersebut terlebih dahulu dengan kerajaan negeri melalui exco ataupun Menteri Pelancongan Negeri bagi memastikan kesesuaiannya dengan keutamaan pembangunan negeri. Cadangan yang dipersetujui oleh kerajaan negeri boleh dikemukakan kepada MOTAC untuk diproses sebelum dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan dan kelulusan.
Bagi pembangunan infrastruktur pelancongan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Kuala Kedah, kerajaan telah meluluskan 16 projek bernilai RM79.195 juta sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Sabah 2027. Di Kedah pula, 15 projek di bawah RMK13 tahun 2026 telah diluluskan dengan peruntukan RM64.32 juta, termasuk RM8.2 juta bagi Projek Kuala Kedah Waterfront.
Tourism Malaysia akan terus mempromosikan keunikan setiap negeri, termasuk makanan, warisan budaya, agropelancongan, ekopelancongan dan pengalaman komuniti melalui media sosial seperti Xiaohongshu, TikTok, Facebook, Instagram, YouTube dan blog serta kerjasama dengan KOL dan influencer.
Bagi menggalakkan pelancongan rentas sempadan, inisiatif Malaysia & Thailand Self-Drive sedang dilaksanakan secara rintis di pintu masuk utara Semenanjung Malaysia, termasuk...
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dato' Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri, Kuala Kedah. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih...
Dato Sri Tiong King Sing
Boleh tunggu saya habis dulu?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Belum habis lagi?
Dato Sri Tiong King Sing
Sekejap. Bagi menggalakkan pelancongan— termasuk utara Semenanjung Malaysia, termasuklah Pengkalan Hulu, Perak. Fasa Self-Drive 2.0 pula akan memberi tumpuan kepada pintu masuk Pantai Timur bagi meningkatkan ketibaan pelancongan Thailand melalui jalan darat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, dan pihak berkepentingan adalah amat penting untuk membangunkan destinasi pelancongan, meningkatkan daya tarikan dan memastikan manfaat ekonomi terus dinikmati oleh penduduk setempat.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Boleh, ya? Kuala Kedah, sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan penerangan dan penjelasan berkenaan dengan destinasi baharu pelancongan, terutamanya pembinaan waterfront di Kuala Kedah.
Cuma pertanyaan saya ialah, bagaimanakah kementerian nak memastikan promosi pelancongan di Kedah ni merangkumi produk sejarah, warisan, agropelancongan, makanan tradisional dan ekopelancongan komuniti supaya manfaat industri pelancongan dapat diperluaskan ke daerah-daerah lain di luar bandar?
Yang keduanya, berkenaan dengan promosi digital, adakah MOTAC melalui Tourism Malaysia menyediakan kempen promosi digital khusus bagi destinasi pelancongan di tanah besar Kedah, terutama kerjasama dengan pengendali pelancongan, platform tempahan dan pencipta kandungan untuk meningkatkan keterlihatan destinasi yang kurang dikenali? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Kuala Kedah. Banyak kali saya sudah beritahu yang Ahli-ahli Yang Berhormat, termasuklah Kuala Kedah, paling mustahak, kerajaan negeri mesti mahu persiap produk-produk dan juga industry player mesti mahu bekerjasama, Tourism Malaysia ataupun MOTAC. Kita bersama- sama mempromosikan. Kalau semua minta kita MOTAC, kita tak tahu apa Kuala Kedah ataupun Kedah, apa produk-produk kita yang ada. So, saya harap kalau boleh
Dato Sri Tiong King Sing
kita berminat, sehari boleh datang saya punya pejabat, kita berbincang bersama- sama. Boleh?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Boleh, boleh, boleh.
Insya-Allah. Terima kasih.
Dato Sri Tiong King Sing
Dato' Yang di-Pertua, MOTAC melalui Tourism Malaysia sentiasa menyokong usaha memperkukuh kerjasama dengan mengendali kapal persiaran antarabangsa bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelayaran.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Disney Cruise Line dan Singapore Tourism Board telah menandatangani MoU bagi menempatkan kapal persiaran Disney Adventure di Singapura selama sekurang-kurang lima tahun bermula pada tahun 2025. Oleh itu, terdapat limitasi dari segi pelibatan Malaysia yang hanya melibatkan port of call. Bagi tahun 2027, sebanyak 27 pelayaran dijadualkan singgah di Langkawi melalui itinerary lima hari empat malam bagi laluan Singapura– Langkawi–Singapura.
Oleh itu, Tourism Malaysia dan LADA akan menganjurkan majlis sambutan ketibaan (welcome ceremony), dengan izin, dan mempromosikan lawatan darat di Langkawi bagi menggalakkan perbelanjaan pelawat serta memaksima manfaat kepada ekonomi tempatan. Selain itu, di bawah GSPC, Adora Mediterranea dijadualkan tiba di Pulau Pinang pada 28 November 2026.
Dato Sri Tiong King Sing
Ketibaan ini dijangka meningkatkan jumlah pelancong dan merancakkan ekonomi tempatan. Cadangan menjadi Pulau Pinang sebagai pelabuhan pengkalan berpotensi memperkukuh bajet pelancongan di Malaysia Utara. Walau bagaimanapun, cadangan ini memerlukan penelitian...
[Tidak jelas] bersama MOT dan pihak berkuasa pelaburan berkaitan terutamanya dari segi infrastruktur operasi dan kesiapsiagaan kemudahan.
Dato’ Yang di-Pertua, MOTAC memaklumkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Citrawarna Malaysia 2026 sempena Kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang kembali dianjurkan di Dataran Merdeka selepas enam tahun.
Citrawarna Malaysia 2026 menghubungkan lebih 3,500 penari dan penggiat- penggiat seni dari seluruh negara. Jemputan terus diberikan kepada semua kerajaan negeri namun sebahagiannya tidak dapat menyertai program ini.
MOTAC mengambil maklum pandangan hubungan kualiti persembahan program tersebut, kementerian ini akan terus memperkaya persembahan Citrawarna
Dato Sri Tiong King Sing
melalui kreatif penggiat seni tempatan dan penggunaan teknologi AI dalam susunan muzik tradisional, agar lebih segar dan menarik minat generasi muda. Sambil kekalkan keaslian seni budaya negara. Usaha ini akan terus memperkasa Citrawarna sebagai platform meraikan kepelbagaian budaya Malaysia, memupuk perpaduan dan meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.
Dato’ Yang di-Pertua, MOTAC ambil maklum cadangan Yang Berhormat Sabak Bernam berhubungan bayaran royalti tayangan semula keseragaman kontrak dan perlindungan hak penggiat seni. Perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi. Bagi karya novel dan sutera pula pembangunan dan pengiktirafannya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam bidang seni budaya dan warisan, MOTAC bekerjasama dengan MyIPO dan penggiat seni untuk meningkatkan kesedaran tentang perlindungan hak cipta. Sokongan terus disediakan melalui GSSK, potongan cukai bagi tajaan aktiviti keseniaan, kebudayaan dan warisan serta Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni tertakluk kepada syarat yang didaftarkan.
MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara terus memelihara dan mempromosikan warisan Kelantan, termasuk...
[Tidak jelas] TEKUN. Usaha ini terus melibatkan Program Satu Sekolah Satu Warisan serta penghasilan dokumentasi dan model 3D bagi memperkenalkan warisan kepada masyarakat. Selain itu, wayang kulit Kelantan telah mencalonkan untuk pengiktirafan UNESCO manakala usaha menjadikan Kota Bharu sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO sedang dilaksanakan bekerjasama kerajaan negeri untuk memelihara warisan dan menarik lebih ramai pelawat ke Kelantan.
Dato’ Yang di-Pertua, MOTAC melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia tidak menyediakan panduan wang secara langsung kepada usahawan kraf.
Walau bagaimanapun, usahawan boleh mendapatkan kemudahan kewangan daripada agensi berkaitan seperti TEKUN Nasional, Bank Simpanan Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang didaftarkan oleh setiap agensi.
Kraftangan Malaysia bersedia membantu sebagai pemudah cara dengan memberikan maklumat, taklimat dan bimbingan mengenai pilihan pembiayaan syarat kelayakan serta tatacara permohonan bagi memudahkan usahawan kraf mendapatkan bantuan kewangan yang bersesuaian.
Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas pandangan dan cadangan yang
Dato Sri Tiong King Sing
diberikan dalam usaha memajukan sektor pelancongan seni dan budaya negara.
Saya menyeru agar kita semua terus bekerjasama mempromosikan Malaysia bagi menarik lebih ramai pelawat sekali gus memperkukuhkan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 28 Oktober 2026.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.27 malam]