Oct222026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita bersyukur kepada hadrat Allah Taala dengan izin-Nya jua kita dapat bernafas pada hari ini.

Kita mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada pagi ini dengan saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.

draft • 10:00 AM

1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong]: *Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat pagi. Bentong minta

draft • 10:00 AM

Menteri Digital menyatakan

(i) apakah pencapaian GovTech Malaysia setakat ini dalam memacu agenda transformasi digital negara khususnya dari segi kejayaan jalinan kerjasama strategik bersama kementerian-kementerian lain untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan sektor perniagaan; dan

(ii) apakah perancangan strategik masa hadapan GovTech bagi memperkukuh ekosistem kerajaan digital.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Digital untuk menjawab soalan tersebut.

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, GovTech Malaysia merupakan inisiatif strategik kerajaan untuk mempercepatkan transformasi penyampaian perkhidmatan awam secara digital dan ini melalui pendekatan keseluruhan kerajaan ataupun bahasa Inggeris dengan izin, whole-of-government approach. Pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua, memberi tumpuan kepada perkongsian data, penggunaan platform dan komponen digital guna sama serta integrasi perkhidmatan-perkhidmatan merentas kementerian dan agensi supaya rakyat dan juga sektor perniagaan dapat berurusan dengan kerajaan secara lebih mudah, lebih pantas dan lebih selamat dan bersepadu.

Di antara pencapaian utama ialah pembangunan MyGOV Malaysia iaitu sebagai gerbang perkhidmatan digital kerajaan yang menggunakan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin, single sign- on.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga 8 Oktober 2026, MyGOV Malaysia telah merekodkan sebanyak 3,199,120 muat turun dan sebanyak 3,014,096 pengguna aktif dengan 62 perkhidmatan daripada 22 agensi sektor awam telah pun diintegrasikan. Melalui aplikasi ini, rakyat boleh menyemak dan membayar saman, memohon penggantian MyKad, menyemak harga barangan, mendapat maklumat perjalanan dan lesen, mengurus janji temu kesihatan serta juga menyemak keputusan peperiksaan dan wang tak dituntut.

Kemudahan ini Tuan Yang di-Pertua, menjimatkan masa, menjimatkan kos serta mengurangkan keperluan untuk kita hadir secara fizikal ke kaunter untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.

Selain daripada MyGOV Malaysia, GovTech Malaysia turut membangunkan beberapa penyelesaian digital guna sama kerajaan. Antaranya Tuan Yang di-Pertua, Tanya Kerajaan iaitu untuk maklumat dan juga bantuan berasaskan AI. Di antara perkhidmatan yang bakal diintegrasikan adalah MyPesona untuk perkhidmatan yang lebih diperibadikan dan MyAppointment untuk pengurusan janji temu.

Pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua, penting untuk mengurangkan pembangunan sistem secara berasingan dan berulang di setiap agensi, sekali gus mengoptimumkan perbelanjaan serta sumber kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan mengenai perancangan strategik masa depan, GovTech Malaysia telah menetapkan hala tuju pelaksanaan secara berfasa dengan memberi tumpuan kepada hasil yang boleh dilihat dalam

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

jangka pendek iaitu quick wins serta memperluaskan atau melihatkan keluasan berskala di antara tahun 2027 sehingga tahun 2030.

Sebagai quick wins Tuan Yang di-Pertua, sehingga penghujung tahun ini, tumpuan adalah untuk menambah bilangan perkhidmatan kerajaan yang diintegrasikan ke MyGOV Malaysia juga memperluaskan penggunaan platform guna sama GovTech serta memperkenalkan penggunaan AI secara praktikal dalam operasi kerajaan. Ini termasuk pelaksanaan agenda AI iaitu sistem pengurusan mesyuarat berasaskan Agentic AI yang mengautomasikan proses daripada rakaman dan transkripsi sehingga penyediaan minit serta pemantauan tindakan-tindakan yang perlu sebagai susulan.

Mulai tahun 2027, GovTech Malaysia akan memperluaskan pendekatan daripada pembangunan aplikasi secara individu kepada pembinaan satu ekosistem platform digital kerajaan yang boleh diguna semula merentas semua kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan.

draft • 10:00 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Di antara tumpuan utama, Tuan Yang di-Pertua adalah; Pertama, untuk memperluaskan integrasi perkhidmatan berasaskan perjalanan hidup rakyat ataupun life event-based services supaya rakyat tidak lagi perlu memahami struktur kementerian atau mengakses pelbagai sistem untuk mendapatkan satu perkhidmatan.

Kedua, memperluas penggunaan platform guna sama kerajaan bagi mengurangkan pertindihan pembangunan sistem serta mengoptimumkan sumber- sumber kerajaan.

Ketiga, aspek memperkukuh perkongsian dan interoperability data merentas agensi berasaskan prinsip once only dan single source of truth supaya rakyat tidak perlu memberikan maklumat yang sama berulang kali kepada kerajaan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, Tuan Yang di-Pertua.

Keempat, memperluaskan penggunaan AI dan juga Agentic AI secara bertanggungjawab termasuk automasi proses kerja serta pembangunan ekosistem ejen AI kerajaan bagi peningkatan produktiviti penjawat awam dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan.

Dan akhirnya yang kelima, aspek memperkukuh keselamatan siber, privasi peribadi, tadbir urus data serta pembangunan bakat digital sektor awam sebagai asas kepada perluasan perkhidmatan kerajaan digital.

draft • 10:10 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Dalam tempoh 2028 sehingga 2030 Tuan Yang di-Pertua, sasaran GovTech Malaysia adalah untuk beralih daripada perkhidmatan kerajaan yang berasaskan agensi kepada perkhidmatan yang lebih bersepadu, proaktif dan berpaksikan rakyat.

Ini bermaksud apabila sesuatu peristiwa kehidupan berlaku seperti kelahiran anak, memasuki alam persekolahan, memulakan pekerjaan, menjalankan perniagaan sehingga persaraan, perkhidmatan berkaitan dapat disediakan secara lebih terselaras tanpa rakyat perlu berurusan secara berasingan dengan pelbagai agensi- agensi kerajaan yang berlainan.

Justeru, matlamat GovTech Malaysia Tuan Yang di-Pertua, bukan sekadar untuk mendigitalkan proses yang sedia ada, tetapi juga untuk mereka bentuk semula cara kerajaan menyampaikan perkhidmatan. Ukuran kejayaannya ialah apabila rakyat dapat menyelesaikan urusan kerajaan dengan lebih singkat langkah, lebih sedikit dokumen, semasa menunggu dan lebih singkat daripada apabila kita tidak perlu mengetahui agensi-agensi mana yang menyediakan satu-satu perkhidmatan yang menjadi masalah sekarang.

Jadi, ianya bertumpu kepada bagaimana kita boleh bawa bersama semua perkhidmatan yang sedia ada dan memberikan perkhidmatan itu kepada rakyat dengan lebih mudah bergerak ke depan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bentong, sila untuk soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Memberikan jawapan yang sangat jelas dan baik. Seperti umum kita mengetahui, rakyat memang mahukan urusan yang lebih mudah. Sepertinya kita lihat setiap kementerian dan agensi mempunyai aplikasi mereka sendiri.

Jadi, apabila GovTech ini diwujudkan, ia sangat memudahkan rakyat di luar sana apabila dalam satu aplikasi mempunyai pelbagai bentuk keperluan yang disediakan. Dan kita juga tidak mahu birokrasi di kaunter sekadar berpindah ke skrin telefon. Kita harapkan kejayaan GovTech ini boleh diukur melalui urusan yang berjaya menyelesaikan masalah rakyat.

Jadi soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, saya lihat dengar tadi. Pelan penyelarasan Kementerian Digital untuk menggabungkan dan untuk menamatkan aplikasi yang bertindih dengan melalui MyGov ini.

Jadi saya ingin tahu, apakah setiap aplikasi ini melepasi setiap ujian fungsi dan keselamatan pengguna dan keupayaan dia menampung pengguna sebelum dilancarkan secara meluas.

draft • 10:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Dan bolehkah pihak kementerian memberikan sasaran, berapa lamakah masa diberikan untuk semua aplikasi ini digabungkan dalam aplikasi daripada GovTech ini dan bagaimanakah dari segi penjimatan kos serta komitmen untuk menerbitkan prestasi kecemerlangan dan kadar transaksi yang gagal bagi penilaian rakyat sendiri.

Dan yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini Perdana Menteri kita ada menyebut, mengumumkan pendirian kerajaan berhubung penggunaan Waze yang mengancam keselamatan negara dan rakyat.

Jadi Bentong ingin bertanya, sejauh manakah ketersediaan aplikasi tempatan seperti Tuju yang diumumkan untuk disarankan digunakan oleh kita bersedia untuk menggantikan Waze dan sebagainya. Kerana kita umum mengetahui— saya sendiri telah download aplikasi Tuju ini, tapi ia agak mengecewakan juga sebenarnya dan juga kita melihat kepada respons daripada rakyat di luar sana pun mengatakan Tuju ini tidak sempurna aplikasinya untuk digunakan pada ketika ini. Jadi, apakah reaksi daripada pihak kementerian. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri untuk menjawab soalan tersebut.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih, Yang Berhormat daripada Bentong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat kepada sistem yang sedia ada, kerap kali kita perlu bergerak ke sesuatu agensi untuk mendapat perkhidmatan- perkhidmatan yang tertentu. Dan perkhidmatan-perkhidmatan ini berasaskan kepada data yang sedia ada di peringkat agensi yang dapat digunakan buat tujuan memberikan perkhidmatan tersebut.

Ini kalau kita lihat dari segi silos, setiap kementerian dan agensi-agensi ada tugas mereka masing-masing. Dan setakat sekarang kita lihat bahawa mereka telah pun melalui proses pendigitalan yang melihat kepada bagaimana mereka boleh mendigitalkan perkhidmatan-perkhidmatan mereka secara berasingan. In English— dalam bahasa Inggeris, Tuan Yang di-Pertua yang disebutkan, they operate in silos. Saya bagi contoh. Kalau kita nak lihat kepada satu keadaan di mana kita harus ke klinik untuk mendapat perkhidmatan rawatan dan sebagainya, sudah ada beberapa perkara yang akan berlaku dalam proses itu.

Pertama, kita perlu bergerak ke klinik tersebut. Jadi, aspek pengangkutan daripada tempat kita, kediaman kita, kemudian bagaimana kita dapat menghala ke hospital atau klinik yang berkaitan. Kemudian apabila kita sampai di situ, aspek

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

berkenaan dengan rawatan yang perlu dan sebagainya iaitu dalam klinik dan ataupun hospital yang berkaitan. Ini satu contoh yang mudah di mana kita dapat melihat bahawa kalau kita boleh membawa bersama kedua-dua perkhidmatan ini, satu pergerakan daripada kediaman kepada klinik atau hospital, itu di dalam bidang kuasa kemungkinan Kementerian Pengangkutan dan juga KKR kerana melibatkan pergerakan dari sudut kenderaan dan sebagainya.

Kemudian apabila kita sampai ke klinik tersebut, maka di situ aspek-aspek berkenaan dengan rekod-rekod rawatan terdahulunya dan sebagainya iaitu semuanya di dalam perkhidmatan atau bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Soal dia bagaimana kita boleh membawa kedua-duanya bersama supaya kita ada satu perkhidmatan digital di mana kita boleh uruskan kedua-duanya bersama. Kita ada satu apps, di mana kita terus membuat tempahan ataupun membuat temu janji dan ianya semua diselaraskan secara serentak.

Kita dimaklumkan untuk kita ke klinik pada masa itu untuk mendapatkan rawatan, maka pengangkutan dan sebagainya perlu kita uruskan sebegini sebegitu, ia nya diberikan maklumat bas ataupun teksi ataupun kalau kita nak perkhidmatan e-hailing datang ke rumah kita, bawa kita ke klinik, kita sampai pada masa yang ditetapkan, terus apabila kita sampai, maka temu janji kita sudah ada dinyatakan di situ, terus kita dapat jumpa doktor, kita dapat perkhidmatan. Kemudian, daripada situ kita juga dapat ubat dan sebagainya, kita dapat balik selepas daripada itu secara lancar.

Ini hanya satu contoh apa yang kita laksanakan. Kita nak membawa bersama semua aplikasi-aplikasi yang ada dan kita melihat kepada integrasi. Jadi, soal berkenaan dengan berapa lama ia nya akan mengambil— ini adalah proses yang berterusan kerana bergerak ke depan we will see, kita akan melihat banyak lagi apps ataupun banyak lagi perkhidmatan yang disediakan, yang perlu diintegrasikan dan sebagainya.

Ini adalah satu work dan in progress yang akan berterusan, tapi pada masa sekarang saya telah pun mengarahkan satu audit yang dilaksanakan oleh kementerian saya untuk melihat kepada semua apps yang sedia ada di semua peringkat kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan dan kita dapat menyelaraskan bagaimana kita boleh mengintegrasikan aplikasi-aplikasi ini supaya kita dapat melihat satu perkhidmatan yang diberikan secara keseluruhan. Di mana kalau diperlukan untuk satu perkhidmatan itu untuk memudahcarakan lagi proses yang kita laksanakan itu, maka ia dapat diintegrasikan. So, it is work in progress.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Keduanya, berkaitan dengan aspek larangan terhadap Waze yang dinyatakan oleh Perdana Menteri semalam.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada larangan itu, pertamanya ia nya larangan yang dikenakan terhadap kakitangan kerajaan ataupun pengkhidmat awam. Ia nya diberikan definisi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ia nya tidak terpakai kepada semua rakyat Malaysia.

Keduanya, ia nya hanya terpakai untuk urusan-urusan rasmi.

Soal yang dibangkitkan adalah, kenapa kita ada larangan-larangan seperti mana kita nyatakan. Ini berdasarkan kepada dua aspek.

Satu kepada— kita lihat kepada data. Dan daripada maklumat yang saya dapat, walaupun kita tidak menggunakan apps Waze ini, tapi pergerakan kita masih dapat ditentukan melalui apps ini. Dan kalau kita lihat kepada dokumen-dokumen perjanjian, apabila kita menggunakan apps, kita bersetuju kepada syarat-syarat tertentu.

Kalau kita lihat kepada perjanjian tersebut, maka terus terang bahawa ianya adalah satu perkara di bawah bidang kuasa undang-undang Israel. Itu menjadi masalah kepada kita. Kerana kita sudah tahu kalau berlaku satu masalah, maka kita sebagai rakyat Malaysia sudah tidak tentu untuk kita mendapat pembelaan melalui proses perundangan di negara Israel. Itu sebab kita ada larangan yang disebutkan untuk apps tersebut iaitu Waze, kerana khusus merujuk kepada aspek-aspek perundangan dan juga aspek-aspek keselamatan kerana data itu adalah data yang dikumpul dan diselaraskan oleh negara Israel.

draft • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Ia nya tidak merangkumi pegawai-pegawai luar daripada yang dinyatakan.

Ianya tidak juga terpakai kepada apps, apps yang lain yang masih boleh digunakan.

Memang disebutkan di situ apps TuJu, tapi selain daripada TuJu, kita juga boleh menggunakan apps yang lain seperti Google dan sebagainya, Google Maps dan sebagainya. Ini adalah satu perkara yang kita lihat dari sudut keselamatan. Dan juga kalau kita perlukan pembelaan kerana perundangan itu memerlukan kita ke situ untuk mendapat pembelaan melalui sistem perundangan negara Israel, sudah tidak tentu.

Jadi dari sudut itu, keputusan itu dibuat, tapi memang kebebasan diberikan untuk menggunakan apps yang lain dan sebagainya. TuJu memang satu daripada yang dinyatakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

TuJu diwujudkan untuk tujuan yang khusus dengan kerjasama LLM melalui KKR – Kementerian Kerja Raya. Ianya sebenarnya apps untuk melihat kepada aliran di lebuh raya-lebuh raya yang kita ada. Keadaan-keadaan di tol, RNR, CCTV yang boleh menunjukkan keadaan kesesakan dan sebagainya, tapi sekarang ia nya dalam proses diperkembangkan supaya ianya lebih luas untuk juga memberikan perkhidmatan luar daripada lebuh raya-lebuh raya khususnya untuk membolehkan apa yang kita sebut sebagai aliran trafik menuju ke lebuh raya-lebuh raya tertentu dan sebagainya.

Memang saya setuju sepertimana disebutkan oleh Bentong, ramai yang telah pun menyatakan bahawa mereka ini melihat perkhidmatan ini perlu kita perkukuhkan lagi. Itu adalah satu perkara yang dalam perhatian kita, tapi sepertimana saya sebut tadi, tidak ada dinyatakan bahawa kita hanya boleh menggunakan apps TuJu sahaja.

Yang dinyatakan oleh sebab kita ada masalah keselamatan juga dalam aspek data dan sebagainya, kita sekarang membuat keputusan supaya apps Waze tidak digunakan untuk golongan yang dinyatakan dan juga hanya untuk pergerakan- pergerakan urusan rasmi sepertimana di dalam kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tapi buat kita dalam GovTech, sudah tentu kita lihat kepada bagaimana kita dapat bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan khususnya TuJu, PINTAZ dan sebagainya, kita nak membina apps— apps yang lebih baik.

Kita akan melihat bagaimana kita dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan- perkhidmatan yang sedia ada sepertimana saya sebut tadi ia nya tidak— dihadkan kepada apps, apps tersebut. Kita boleh juga menggunakan apps, apps yang lain.

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sebelah pembangkang, dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 10:20 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya telah meneliti ucapan, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi.

Kalau kita tengok kepada laporan tahunan Kementerian Digital, pada tahun 2024 sebanyak 84 projek ICT yang bernilai hampir RM3 bilion telah pun diluluskan.

Dan bagi tahun 2026, sebanyak RM1.36 bilion diperuntukkan dan dinyatakan bahawa ada sasaran penjimatan sebanyak RM400 juta. Ini semua angka-angka yang besar, tapi Yang Berhormat, bila kita melihat kepada rungutan rakyat termasuk rungutan wakil rakyat daripada Bentong tadi berkaitan dengan sistem yang lambat,

draft • 10:20 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

aplikasi yang tergendala dan maklumat yang kita terpaksa isi berulang kali apabila berurusan dengan agensi yang berbeza-beza.

Jadi, ini masalah yang masih lagi berlaku dengan perbelanjaan yang begitu besar. Saya nak fokus kepada dasar penjimatan ataupun sasaran tadi. Bagaimana benchmark ataupun KPI yang digunakan untuk mengukur RM400 juta sasaran penjimatan untuk tahun 2026 ini. Adakah ia semata-mata, kurangnya perbelanjaan kerajaan, ataupun diukur sama bagaimana penjimatan kos rakyat di bawah dan juga kepuasan pelanggan ataupun rakyat.

Dan yang paling penting Yang Berhormat, perbelanjaan besar ini, kita bukan sahaja untuk menjimatkan wang negara, tetapi bagaimana ia nya benar-benar membantu rakyat terutama yang berada di luar bandar dan golongan-golongan yang tidak berupaya untuk menggunakan kemudahan ini secara sama macam orang yang berada di bandar. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pengkalan Chepa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita lihat kepada bajet dan jumlah wang yang telah pun diberikan sepertimana disebut tadi. Yang Berhormat, kita lihat kepada Kementerian Digital, agensi yang memerlukan dana yang paling banyak adalah Jabatan Digital Negara dan ini adalah kerana mereka menyelenggarakan beberapa perkhidmatan-perkhidmatan yang sudah wujud untuk kerajaan seketika lama inilah seperti perjanjian-perjanjian, cloud services dan sebagainya.

Itu adalah sebahagian besar perbelanjaan yang kita perlu tanggung setiap tahun dan itu yang menyebabkan atau menyumbang kepada nilai-nilai yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Buat aspek-aspek seperti GovTech dan sebagainya, apabila kita melihat kepada perkhidmatan-perkhidmatan pendigitalan, seperti contoh yang saya telah pun berikan tadi. Saya tidak mahu ulang, tapi contoh di mana kita ada temu janji untuk ke klinik misalnya.

Kita boleh lihat kepada beberapa aspek yang melibatkan beberapa kementerian yang perlu bekerjasama untuk memastikan bahawa kemudahan itu dapat kita rasa dan kita dapat lihat secara keseluruhan. Saya tadi telah pun menyatakan Kementerian Pengangkutan, KKR, mungkin kalau ada keperluan di sekitar itu dengan kemudahan kamera dan sebagainya untuk data-data tersebut juga KPKT.

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Kemudian apabila kita sampai ke hospital ataupun ke klinik dan sebagainya untuk pastikan bahawa rawatan itu dilaksanakan secara lancar, rekod-rekod itu perlu didigitalkan dan sebagainya. Aspek bagaimana kita memberikan kepada seseorang itu perubatan selepas rawatan tersebut, temu janji tersebut, aspek itu perlu diselenggarakan supaya kita ada end-to-end perkhidmatan yang mana rakyat dapat menilai ataupun merasai sebenarnya apakah keberkesanan pendigitalan tersebut.

Bukan daripada dulu. Dulu kita perlu start daripada awal, kita perlu tunggu bagaimana kita tunggu untuk pengangkutan. Ianya memerlukan masa kemudian mungkin ada kelewatan. Sampai di situ, kemudian temu janji itu tidak pada tempat masa dia dan kemudian ada banyak masalah dan sebagainya. Ini adalah yang kita nak selesaikan melalui proses GovTech di mana kita dapat selenggarakan semua perkhidmatan, integrasi mereka supaya kita dapat melihatkan proses perkhidmatan itu dapat berjalan dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, untuk jawab soalan berkenaan dengan bagaimana kita dapat menilai kan? Of course, kita di dalam kementerian, kita melalui MyDIGITAL Corporation yang menjadi agensi yang menyelenggarakan apa yang disebut sebagai Malaysia Digital 2030, di situ kita ada proses-proses di mana kita membuat penilaian, tapi aspek yang paling penting adalah untuk kita pastikan bahawa perkhidmatan- perkhidmatan ini adalah perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat.

Dan saya setuju, kita kena lihat kepada semua aspek bukan sahaja di kawasan bandar, kawasan luar bandar pun juga kita berikan tumpuan dan sebagainya, tapi untuk dana, untuk menjayakan proses-proses ini ataupun projek- projek ini, kita mempunyai satu apa yang disebut sebagai sistem di mana kita buat projek basis.

So, apabila ada satu permohonan untuk kita membuat satu apps, untuk satu perkhidmatan dan sebagainya, kita membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan, di mana kita diberikan wang untuk tujuan projek tersebut sahaja, supaya tidak ada satu keadaan di mana kita lihat bahawa satu jumlah wang keseluruhan digunakan, tapi di dalam wang keseluruhan itu, kita lihat dua atau tiga proses yang sama di mana berlaku pertindihan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, awalnya berlaku sebegitu. Satu jumlah wang yang banyak diberikan secara keseluruhan, kemudian kita lihatkan balik, kita lihat tiga atau empat agensi membuat perkhidmatan yang sama, di mana kita melihat perbelanjaan itu berulang, pertindihan berlaku dan juga kita ada apps yang berlainan untuk perkhidmatan yang bersama. Itu yang kita nak elakkan.

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi itu sebabnya kita adakan pendekatan yang berbeza sekarang, di mana kita ada satu perancangan, pernyataan permasalahan yang kita nak selesaikan, kita membawa cadangan itu kepada kementerian, kementerian kemudian membuat permohonan, Kementerian Kewangan menilai kan, mereka akan memberikan kelulusan dan melalui GovTech. Kita akan mula proses kerja untuk kita menyelesaikan apa yang disebut sebagai masalah tersebut melalui perkhidmatan digital.

Itu adalah pendekatan dan ia nya berbeza daripada jumlah besar yang telah pun Yang Berhormat sebut tadi. Perjumlahan yang besar itu adalah untuk services atau CSP services, cloud service provider dan sebagainya yang memang perjanjian- perjanjian tersebut sudah wujud dan masih berterusan bergerak ke depan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah. Yang Berhormat Langkawi.

draft • 10:20 AM

2. Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi]: Assalamualaikum. Terima kasih, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Langkawi meminta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah status terkini, Yang Berhormat Menteri dengan izin, latest up- to-date rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi ekoran banjir kilat yang melanda Daerah Rasuwa, Nepal pada 26 Ogos 2026 yang lalu. Terima kasih, Dato’ Sri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Langkawi, yang ingin tahu apakah perkembangan terkini— the latest update peristiwa yang menimpa, bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi ramai yang terlibat, yang 5,285 orang yang telah dikategorikan sebagai yang hilang, tak dapat dikesan sehingga hari ini.

Daripada 5,285 itu Dato’ Yang di-Pertua, seramai 636 orang rakyat negara asing yang hilang daripada 34 buah negara dan daripada 636 orang itu ada 54 orang rakyat Malaysia yang masih dalam kategori tak dapat dikesan sehingga hari ini.

Kerajaan dan rakyat Malaysia melahirkan rasa dukacita kepada seluruh keluarga yang terlibat, baik yang di Nepal ataupun negara asing, khususnya kepada rakyat Malaysia yang 54 orang itu, kepada keluarga mereka. Kita rasa dukacita.

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Berbagai-bagai cara telah pun kita lakukan, yang mampu kita lakukan. Pada mulanya, pada 26 Ogos itu Dato’ Yang di-Pertua, dia bukan banjir. Dia adalah tsunami. Tsunami yang berlaku di atas gunung, ya. Ini adalah akibat daripada pemanasan global yang mesti kita akui sedang berlaku, yang sedang dihadapi oleh dunia.

Glasier di kawasan pergunungan telah pun makin lama makin cair dan apabila dia cair, dia akan menjadi air dan terempang. Maka apabila empangan tersendiri itu pecah, dia menjadi tsunami yang amat dahsyat. Maka pada ketika tempat yang tak— masa at the wrong time, at the wrong place, rakyat kita 54 orang itu ataupun 5,285 orang yang hilang itu berada di tempat yang laluan tsunami yang amat dahsyat.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, kita— saya sendiri telah menelefon. Saya nak pergi ke sana, tetapi tidak— rakan sejawat saya kata, Shisir Khanal mengatakan, Excellency Shisir Khanal, Menteri Luar Nepal mengatakan, “My brother dia kata, if you are here also, nothing much you can do.” Tak ada apa yang kita boleh lakukan.

Jadi, saya minta supaya mengambil iktibar, pengajaran daripada gempa bumi yang dahsyat berlaku beberapa tahun yang lalu di Kathmandu, banyak negara yang menghantar pasukan penyelamat sehinggakan tuan rumah terpaksa untuk menghabiskan banyak masa menguruskan pasukan-pasukan ini.

Jadi, apabila banjir ataupun tsunami ini berlaku Dato’ Yang di-Pertua, mereka tidak mahu pasukan penyelamat daripada luar datang kerana tak ada apa pun yang nak di— apakan— ada mayat ataupun jasad dia jumpa sampai India. Begitu jauh, ya. Ada 1,000 lebih jasad, 1,435 jasad ditemui, Dato’ Yang di-Pertua. Yang lain-lain itu tak boleh nak buat apa lagi dah kerana banjir ataupun tsunami itu, tsunami bercampur lumpur dan batu. Dalam masa tiga hari Dato’ Yang di-Pertua, dia dah jadi macam simen, ya.

Maka kita, saya telah minta jasa baik rakan sejawat saya daripada Nepal, Shihir Kanal. Saya katakan, tak apalah. Bagi Malaysia lah sebab rakyat kita ada juga yang hilang. Jadi, dia bagi kebenaran. Maka kita dapat menghantar pasukan SMART kita, daripada 5 September sampai 11 September, membawa sembilan dron yang high-powered drone, yang telah pun diberi oleh PROTON, diberi oleh PETRONAS dan ada satu syarikat lain. Ada 11, ada sembilan dron semuanya, tetapi memang tak boleh nak buat apa. Kita bawa high-powered drone pun tak boleh. Nak pergi ke tempat itu pun, curam itu memang tak boleh nak nampak ke sana.

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, selama beberapa hari kita membantu pasukan keselamatan mereka, SMART kita terpaksa balik kerana tak ada apa yang boleh kita lakukan lagi, tetapi kedutaan kita di sana, kuasa usaha kita di sana memang bertugas. Mereka ini pun diberikan bantuan, apa orang kata, kaunseling juga kerana bekerja around the clock. Bekerjasama dengan semua pihak, pekerja tempatan dan yang lain-lain. Kita dapati dan kita minta supaya setiap orang yang buat jungle trekking ini Dato’ Yang di- Pertua, dia kena buat daftar di setiap pos yang dia sampai.

Jadi, daftar-daftar itu kita lihat, tetapi semuanya menjurus kepada mereka berada di stesen yang paling rendah untuk buat pendakian, di mana laluan tsunami itu berlaku dan ping yang terakhir yang kita dapat pun, ping tersebut, ping, ping telefon mereka semua berada di situ.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, kami berhubung, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dan kita telah pun memohon— kerana di Nepal ini, bagi orang- orang yang dikategorikan hilang begitu dalam bencana ke apa, dia mengambil masa selama 12 tahun negara Nepal ini untuk mengeluarkan sijil kehilangan ataupun sijil kematian.

Jadi, kita minta. Saya minta— Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minta supaya dibuat satu executive order ataupun dibuat satu ordinan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Nepal dan ia nya telah dipersetujui dan kita sedang memantau dan juga melihat kandungan dan juga apa yang berada di dalam kandungan executive order yang mana, negara Nepal di bawah executive order tersebut boleh memendekkan untuk mengeluarkan sijil kehilangan ataupun kematian daripada 12 tahun kepada 45 hari.

Jadi, ini sedang kita ikuti dan sedang kita pantau agar kita dapat membantu kerana keluarga-keluarga yang terdekat, yang berada di tanah air ini memerlukan dokumen tersebut kerana keluarga di sini, macam-macam yang perlu dilakukan.

Insuransnya, banking-nya, apa— macam-macam ya. Kita perlu beri bantuan.

Dan semalam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bertemu dengan apa yang dipanggil sebagai adalah satu jawatankuasa khas next of kin ataupun keluarga terdekat, tetapi di peringkat kami, di Kementerian Luar Dato’ Yang di-Pertua, kami telah mengadakan banyak kali pertemuan. Dua kali pertemuan secara bersemuka bersama dengan semua agensi yang terlibat.

Agensi-agensi kerajaan bertemu dan mengadakan dialog dengan next of kin ataupun dengan keluarga terdekat yang kami adakan di Wisma Putra. Rata-rata mereka puas hati dan mereka minta jugalah supaya jangan kita give-up. Walaupun

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

di negara Nepal itu sendiri, usaha mencari dan menyelamat itu telah ditamatkan, ya, tetapi sekarang ini mereka dah masuk usaha dalam fasa kepada pemulihan, tetapi Kuasa Usaha kita, kedutaan kita masih lagi berhubung dan menghubungi pos-pos trekking jika ada kemungkinan-kemungkinan yang berlaku dan berhubung juga dengan municipality dia orang agar kita dapat betul-betul trace dan kita dapati semuanya memang tak dapat lagilah kita nak apakan, untuk kita ke sana lagi, tetapi kita masih lagi melakukan usaha untuk kita mengesan sehinggalah nanti ke satu ketika, kita dah tak ada apa-apa lagi ruang untuk kita usahakan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Langkawi, soalan tambahan. Silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua.

Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa 54 lagi yang belum ada kepastian dan saya ingin bertanya, oleh kerana Kerajaan Nepal juga telah berhenti berusaha mencari, apakah hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Nepal berhubung dengan isu ini akan disambung atau apakah masalah-masalah diplomatik yang Yang Berhormat hadapi.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Dan saya juga merasa kerajaan tentu sekali dan saya percaya bahawa kerajaan juga mengenal pasti keluarga-keluarga yang berada di Malaysia, yang pada mereka ini tidak ada kepastian sama ada anak saudara mereka akan pulang ataupun untuk selama-lamanya meninggalkan mereka.

Jadi, soalnya Yang Berhormat kata tadi bantuan kewangan dari segi insurans, semuanya akan— insya-Allah akan dibantu. Oleh sebab belum ada kepastian, maka tak dapat bantuan lagi. Jadi, keluarga-keluarga ini minta saya tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah jaminan yang dapat diberikan oleh kerajaan kepada mereka-mereka ini?

Nak bagi sekarang, belum tentu. Tiba-tiba, minggu depan dia balik. Mungkin dia takut, bersembunyi dalam hutan dan sebagainya. Jadi, jaminan kerajaan untuk mereka-mereka ini Yang Berhormat, amat diperlukan. Terima kasih Dato’ Sri Dr.

Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab soalan tersebut.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya tertarik dengan pertanyaan daripada Langkawi. Mereka takut, menyorok dalam hutan. Apasal mereka takut, menyorok dalam hutan?

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun] [Ketawa]

draft • 10:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun] [Ketawa]

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tak ada kemungkinan mereka menyorok dalam hutan. Jadi, jangan kita mengadakan prasangka-prasangka yang lain, yang bukan-bukan.

Kepada pertanyaan berkenaan dengan hubungan diplomatik. Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Nepal itu tidak terjejas. Kita mengadakan hubungan diplomatik sejak merdeka dengan Nepal. Dan Nepal merupakan negara yang sepemikiran dengan kita. Dan kita mempunyai banyak hubungan dengan Nepal, bahkan pekerja-pekerja Nepalese di negara kita ini Dato’ Yang di-Pertua, lebih 300,000 orang Nepalese yang berada di negara kita, yang kebanyakannya mereka dalam services ataupun menjadi sebagai pengawal keselamatan dan lain- lain.

Tidak ada terjejasnya hubungan diplomatik antara Malaysia–Nepal, bahkan hubungan kita sekarang ini bertambah rapat kerana berhubung. Dahulu saya tak pernah menelefon Menteri Luar Nepal, tetapi saya telah berhubung dan juga mengadakan perbualan dengan beliau semasa di United Nations baru-baru ini.

Jadi Kerajaan Nepal, walaupun Dato’ Yang di-Pertua, telah pun memutuskan untuk memberhentikan apa yang dipanggil sebagai usaha search and rescue itu kerana memang tidak ada kemungkinan, mereka dah tak— hilang ikhtiar, hilang apa- apa dah, tetapi kedutaan kita di Kathmandu masih lagi menjalankan usaha menghubungi kerajaan-kerajaan tempatan. Menghubungi pusat-pusat, pos-pos yang mana tempat orang buat jungle trekking dan kerana setiap jungle trekkers, dia mesti mendaftar apabila melalui pos tersebut.

Jadi, kita nak collect. Kita nak tengok dan kita nak buat dia punya urutan, di mana terakhirnya kita punya trackers tersebut berhubung. Ya, jadi itu sedang dilakukan dan telah pun dilakukan. Kebanyakannya semua menjurus bahawa kita punya trackers, rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dikesan ini berada di tempat yang laluan tsunami yang berlaku pada tarikh tersebut.

Dan pertanyaan daripada Langkawi berkenaan dengan jaminan kerajaan— saya tak bolehlah nak bagi tahu jaminan kerajaan, tetapi memang ada pihak next of

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

kin ataupun keluarga terdekat yang memohon beberapa perkara untuk mendapat bantuan daripada kerajaan. Terutamanya urusan-urusan mereka nak bersama— untuk mereka berurusan dengan pihak bank. Kerana bank tidak akan bagi orang lain untuk mengurus akaun sesiapa. Itu Bank Negara sendiri sama dengan kami.

Kementerian-kementerian dan agensi Jabatan Pendaftaran semua bersama dan mengadakan sesi ramah mesra ataupun soal jawab dengan keluarga-keluarga terdekat tersebut. Dan mereka telah pun memberikan jaminan bahawa semua agensi ini akan membantu, tetapi ini yang saya katakan tadi Dato’ Yang di-Pertua, bahawa certificate kehilangan itu yang perlu ada ya.

Tanpa adanya certificate tersebut, susah untuk pihak berkuasa di sini; pihak insurans di sini; pihak-pihak yang lain di sini untuk mengeluarkan ataupun berurusan dengan next of kin. Itu sebabnya Executive Order yang telah pun dipersetujui oleh Perdana Menteri Nepal iaitu untuk memendekkan masa mengeluarkan certificate of death daripada 12 tahun kepada orang yang hilang, kepada 45 hari. Ini ordinan.

Dia bukannya pindaan undang-undang mereka, tetapi dia mengadakan ordinan untuk mereka yang this citizen. Ramai orang yang hilang, Dato’ Yang di- Pertua, Langkawi. Ramai yang pendaki-pendaki daripada mana-mana negara pun terjatuh, memang tak dapat nak jumpa sampai sekarang pun, tetapi certificate tersebut mesti.

Jika ikut dia punya perundangan 12 tahun, tetapi mereka-mereka yang kemalangan sebegini, mereka perlu untuk mengambil khidmat guaman dan peguam- peguam akan membawa kes ini ke mahkamah. Dan mahkamah akan mengeluarkan order untuk mereka ataupun keluarga mereka yang hilang ini mendapatkan certificate of death untuk mereka dapat bawa balik dan untuk berurusan.

Jadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memanggil rakan sejawat beliau dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah pun berhubung dengan Perdana Menteri China semasa berada di— baru-baru ini di China. Dan kedua-dua pihak telah pun bersetuju, terutamanya Perdana Menteri Nepal bersetuju untuk mengadakan Executive Order, ordinan khas untuk mengadakan, mengeluarkan sijil kematian yang mana di Nepal itu 12 tahun, tetapi untuk insiden ataupun kemalangan ini, dia akan keluarkan dalam masa 45 hari.

Now, sekarang dah lebih pada 45 hari dan kita nak melihat kandungan ordinan tersebut kerana kita pun nak bagi input kita. Kadang-kadang ordinan biasa sahaja, kita nak supaya ordinan itu supaya dia dapat menyeluruh dan dapat diguna

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

pakai untuk kita Minta Sijil Kematian- Certificate of Death untuk mereka-mereka yang hilang daripada negara kita. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua. Walaupun usaha mencari dan menyelamat telah dilaksanakan. So, masih ada 54 rakyat Malaysia yang belum dapat dihubungi dan kebimbangan waris mereka terus menantikan berita tentang nasib orang yang tersayang.

Sehubungan itu, apakah tindakan susulan yang telah dan sedang diambil oleh kementerian, khususnya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu bagi memudah cara urusan ahli keluarga dan waris mendapatkan maklumat sahih, perkembangan terkini serta kepastian mengenai status 54 rakyat Malaysia itu yang masih belum dihubungi.

Dan memandangkan kementerian telah menyediakan sistem e-Konsular bagi pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara, apakah langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kadar pendaftaran dan memastikan maklumat perjalanan serta lokasi rakyat Malaysia dapat dikemas kini dengan segera.

Khususnya bagi mereka yang menyertai aktiviti berisiko tinggi seperti pendakian dan ekspedisi. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat, YB Isam daripada Tampin.

Langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk kita memudah cara dan memberikan apa jua bantuan yang boleh kepada keluarga terdekat kepada mereka- mereka yang masih belum dapat dikesan ini, 54 orang rakyat Malaysia ini.

Kita seperti yang saya sebut tadi, Dato’ Yang di-Pertua, kita nak memudah cara untuk keluarga terdekat berurusan. Itu sebabnya kita sama-sama sebagai suatu whole of government punya approach ataupun konsep untuk kita dapat membantu memudah cara keluarga next of kin mereka-mereka yang masih belum dapat dikesan ini untuk mereka dapat berurusan tentang insuransnya.

Itu sebabnya Bank Negara, AG, Jabatan Pendaftarannya dan semua jabatan- jabatan— konsep kami menyeluruh Dato’ Yang di-Pertua, agar tak perlulah keluarga terdekat terpaksa pergi ke sana, ke sini. Kita buat sebagai suatu one-stop center

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

untuk kita memudah cara dan membantu keluarga ini, tetapi yang pentingnya ialah certificate of death yang di bawah ordinan khas yang dibuat oleh negara Nepal itu perlu kita dapat dulu, sebelum kita dapat berurusan dengan pihak-pihak yang memerlukan sijil-sijil tersebut, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Yang keduanya, tadi Tampin telah pun menyatakan bahawa rakyat Malaysia― e-Konsular kita. E-Konsular kita— itu satu aplikasi Dato’ Yang di-Pertua ya. Aplikasi yang mana― saya nak ambil kesempatan di sinilah untuk menasihatkan semua rakyat Malaysia, apabila ke luar negara dan tahu destinasi mana kita nak pergi, just isikan sahaja, update dalam e-Konsular, “Saya Mohamad bin Haji Hasan akan berada di Melbourne daripada 22 hari bulan sampailah 30 hari bulan. Saya boleh dihubungi, sekian nombor telefon.” Cukup. Tak perlu bagi tahu sebab, tak perlu bagi tahu kita di alamat atau tempat kita di mana. Kalau boleh, kita bagi tahulah alamat.

Kerana kita kadang-kadang Dato’ Yang di-Pertua, kita tak tahu apa-apa yang berlaku. Jadi, e-Konsular ini menjadi sebagai pusat data atau pusat maklumat yang mana Kementerian Luar akan dapat berurusan dengan mereka-mereka, rakyat Malaysia khususnya, baik yang berada menetap di sana, mahupun yang pergi untuk ziarah ataupun untuk bercuti di mana-mana tempat.

Malangnya, Dato’ Yang di-Pertua, untuk tahun 2025, bayangkan, cuma 6,000 lebih orang sahaja yang mendaftar ataupun membuat ataupun mengisi e-Konsular.

Rakyat Malaysia yang ke luar negara— beratus ribu rakyat Malaysia keluar, tetapi yang mengisi e-Konsular 6,000 lebih sahaja. Ini bila dah ada terjadi, berlaku macam- macam, sekarang baharulah nak mendesak kerajaan, “Apa nak buat? Macam mana nak hubungi? Tak tahu.” Jangan begitu.

Macam sekarang, kita terpaksa mengalihkan satu keluarga dan juga ada satu rakyat Malaysia― ada lima orang semuanya― daripada keadaan peperangan di Yaman. Kita nak bawa dia keluar daripada situ kerana kawasan yang dia duduk itu memang tak selamat. Jadi, apabila ada maklumat rakyat Malaysia, kita senang berurusan dengan mereka. Apa sahaja yang kita nak bagi tahu, apa sahaja kejadian yang berlaku, kita boleh berhubung dan mereka boleh menghubungi kedutaan kita.

Hubungilah kedutaan kerana kedutaan adalah merupakan Kerajaan Malaysia di negara tersebut. Kita tak akan reveal ataupun kita tidak akan mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak-pihak yang nak kan maklumat. After all, Dato’ Yang di-Pertua, dengan izin, maklumat itu pun maklumat basic sahaja. Cuma

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

bagaimana ataupun boleh dihubungi apabila berlaku apa-apa masalah dan lain-lain.

Ada lagi aplikasi-aplikasi yang lain yang lebih memerlukan banyak detail, tetapi cukup sekadar rakyat Malaysia, jika pergi ke luar negara, berdaftarlah ataupun isilah perjalanan kita, tempat kita berada dan kita punya contact number ataupun nombor yang boleh dihubungi di dalam e-Konsular tersebut.

Jadi, Tampin, saya harap supaya― Tampin selalu ke luar negara, tapi tak pernah nampak Tampin daftar [Ketawa] Kepada rakan-rakan terutamanya Ahli-ahli Parlimen masing-masing, daftar. Jangan nanti bila dah ada apa-apa berlaku, dah kelam kabut. Kita tidak mahu keadaan kelam kabut, tetapi rakyat kita di Middle East, mereka ini satu rakyat yang berdisiplin, Dato’ Yang di-Pertua, terutamanya di Qatar.

Rakyat kita ramai.

Kita ramai kita punya teknokrat-teknokrat yang bekerja di sana. Bekerja di oil and gas, bekerja di Qatar Airways, macam-macam, tapi mereka itu very discipline. Mereka kebanyakannya semua berdaftar dengan kedutaan dan apabila dipanggil, memang senang panggil. Nak panggil berapa ribu pun dia orang boleh datang.

Beribu-ribu rakyat Malaysia di sana yang bekerja, yang bertugas. Saya amat bangga Dato’ Yang di-Pertua, kerana rakyat Malaysia merupakan tenaga kerja eksekutif yang benar-benar memberikan khidmat yang cemerlang terutamanya di Middle East khususnya di Qatar. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tampin, *tak dapek den menolongnya. Soalan Montori...

[Ketawa]* Majlis, Yang Berhormat, ke soalan yang ke-3. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Yang Berhormat Tenggara.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya, sebelum itu, bagi pihak Menteri Perladangan dan Komoditi, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini, ingin mengalu-alukan kehadiran guru- guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Batu Pahat.

[Tepuk] Saya ini terlanjur soalan daripada NRES. Jadi, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri NRES kerana dah sampai ke Tenggara, tinjau sendiri masalah gajah, harimau dan pencemaran air.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Berbaris baung lampam jawa; Jangan dikira diguni sahaja; NRES tolong caknakan Tenggara; Soalan tiga begini bunyinya.

draft • 10:50 AM

3. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara]: Yang Berhormat Menteri, Tenggara ingin Menteri menyatakan, apakah langkah kerajaan untuk memastikan bacaan IPU rasmi Malaysia kekal tepat, telus dan diyakini masyarakat serta adakah kerajaan bercadang menambah baik kaedah penyampaian maklumat kualiti udara supaya lebih mudah difahami dan responsif terhadap perubahan keadaan jerebu semasa. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Sri Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Tenggara.

Kerajaan prihatin terhadap keresahan dan juga kebimbangan rakyat berhubung bacaan indeks pencemaran udara (IPU) khususnya apabila berlaku peningkatan tahap pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Dalam hal ini, NRES kekal komited untuk memastikan bacaan IPU rasmi adalah tepat, telus dan boleh dipercayai sekali gus dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap maklumat kualiti udara yang disampaikan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, IPU rasmi ditentukan berdasarkan kepekatan enam pencemar utama yang dipantau secara berterusan selama 24 jam sehari melalui 68 stesen pemantauan kualiti udara automatik daripada Jabatan Alam Sekitar di seluruh negara. Bagi menjamin ketepatan dan integriti data kualiti udara, stesen-stesen ini dilengkapi peralatan pengukuran yang menggunakan kaedah dan piawaian teknikal yang diiktiraf oleh United States Environmental Protection Agency

(US EPA) dan sah daripada segi perundangan serta sains.

Pengoperasian stesen turut melibatkan penyelenggaraan, penentukuran peralatan, pemeriksaan prestasi instrumen serta pelaksanaan prosedur jaminan dan kawalan kualiti, ataupun QA dan juga QC, bagi memastikan bahawa data yang digunakan dalam pengiraan IPU rasmi adalah tepat dan boleh dipercayai.

Operasi dan penyelenggaraan stesen dikawal selia melalui Pelan Projek Jaminan Kualiti ataupun Quality Assurance Project Plan (QAPP). Protokol ini merangkumi semakan sifar dan rentang automatik pada setiap hari ataupun daily

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

automated zero and span checks, penentukuran berkala dengan gas piawai yang boleh dikesan (traceable) kepada piawaian metrologi antarabangsa di bawah National Institute of Standards and Technology (NIST) serta audit prestasi yang berkala.

Data yang direkodkan dipantau secara berterusan melalui Pusat Data Kualiti Alam Sekitar (EDC) bagi mengesan perubahan bacaan, memantau prestasi peralatan serta membolehkan tindakan pembetulan dilaksanakan sekiranya terdapat gangguan atau ketidaknormalan data. Bacaan IPU rasmi dikemas kini pada setiap jam, manakala pengiraan IPU bagi parameter PM2.5 dan PM10 adalah berdasarkan kepekatan purata bergerak 24 jam.

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

Ini selaras dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO serta amalan agensi alam sekitar antarabangsa. Kaedah ini mengambil kira tahap pendedahan kepada pencemaran udara sepanjang tempoh tersebut dan ia digunakan secara konsisten dalam penentuan status kualiti udara negara. Kerajaan juga mengambil maklum kebimbangan masyarakat berhubung perbezaan bacaan IPU rasmi dengan bacaan daripada platform seperti Air Quality Index ataupun AQI atau aplikasi bebas yang lain.

Perbezaan bacaan tersebut tidak semestinya menunjukkan ketidaktepatan bacaan IPU rasmi atau tahap pencemaran udara yang telah direndahkan.

Sebaliknya, perbezaan berlaku disebabkan platform berkenaan mungkin menggunakan skala yang berbeza meliputi nilai ambang, kategori, tempoh purata, waktu kemas kini serta sumber data yang juga berbeza. Sesetengah platform juga menggunakan sensor yang berkos rendah ataupun low-cost sensors ataupun anggaran yang berasaskan model atau data satelit.

Data satelit mengukur ketumpatan partikel di atmosfera dan bukannya kualiti udara sebenar pada paras bumi ataupun ground level, di mana manusia bernafas.

Selain itu, data satelit juga mempunyai kelemahan seperti boleh dipengaruhi oleh faktor seperti awan dan kelembapan atmosfera.

Sehubungan dengan itu, bacaan IPU yang dikeluarkan oleh JAS kekal sebagai rujukan rasmi kerajaan bagi menentukan status kualiti udara dan pelaksanaan tindakan pengurusan jerebu di negara kita. Berhubung juga dengan penambahbaikan penyampaian maklumat, kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan masyarakat untuk mendapatkan maklumat kualiti udara yang

draft • 11:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato' Sri Arthur Joseph Kurup

mudah difahami, tepat pada masanya dan bersesuaian dengan perubahan keadaan jerebu.

NRES akan terus memperkukuh penyampaian maklumat melalui penerangan yang lebih jelas mengenai kaedah pengiraan IPU, perubahan trend kualiti udara, kategori tahap pencemaran dan langkah perlindungan kesihatan yang bersesuaian bagi memastikan maklumat mengenai status kualiti udara, keadaan meteorologi dan nasihat kesihatan disampaikan secara tepat dan secara konsisten kepada masyarakat.

Penyelarasan dilaksanakan bersama METMalaysia, KKM, KPM serta agensi- agensi yang berkaitan. Orang ramai juga disarankan untuk merujuk kepada bacaan IPU yang rasmi yang dikemaskini pada setiap jam melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) dan aplikasi MyJAS EQMS sebagai sumber rujukan rasmi bagi mendapatkan maklumat kualiti udara semasa yang menjadi asas kepada keputusan kerajaan dan juga panduan kepada rakyat. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara untuk soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato’ Sri— terima kasih Dato’ Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saja nak beritahu baju batik ini motif flora dan fauna juga. Daun sirih dan juga bunga kantan, dicanting oleh seorang gadis di Tangkak yang OKU, cacat pendengaran dan bisu.

Reen Halid nama dia.

Jadi, soalan tambahan daripada Tenggara ini, sejauh manakah keberkesanan penyelarasan antara KKM, KPM, KBS dan KPKT dalam melaksanakan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi melindungi golongan berisiko apabila bacaan IPU mencapai tahap tidak sihat atau lebih buruk? Dan adakah kerajaan bercadang melaksanakan SOP khusus seperti work from home, pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian serta langkah alternatif bagi peperiksaan SPM, STPM yang dekat ini sebagaimana ketika COVID-19 termasuk menyediakan dewan khas seperti perancangan Kerajaan Johor bagi melindungi kira- kira 44,000 calon SPM 2026 daripada risiko kesihatan akibat jerebu, sekiranya semakin memburuk? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan tambahan tersebut.

draft • 11:00 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Untuk makluman, kerajaan telah membangunkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan ataupun PTJK sejak tahun 1999 sebagai panduan dan penyelarasan bagi tindakan daripada kementerian- kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan bagi memastikan pengurusan jerebu dilaksanakan secara pantas, terselaras dan juga secara bersepadu.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Melalui mekanisme ini, peranan Jabatan Alam Sekitar ataupun JAS adalah untuk memantau kualiti udara dan menyalurkan maklumat bacaan Indeks Pencemaran Udara atau IPU. Manakala, kementerian seperti KKM, KPM, KBS serta KPKT akan melaksanakan tindakan perlindungan mengikut fungsi dan bidang kuasa kementerian masing-masing.

Langkah ini merangkumi penyampaian nasihat kesihatan kepada orang awam, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit yang mempunyai penyakit pernafasan serta bekerja di luar. Pelaksanaan langkah pencegahan dan pengurangan aktiviti luar berdasarkan tahap pencemaran udara dan arahan yang berkuat kuasa.

Selain itu, langkah bagi mengurangkan pencemaran udara turut ditekankan bagi mengelakkan kejadian jerebu semasa menjadi semakin serius. Sebagai contoh, apabila bacaan IPU melebihi 150 secara berterusan selama lebih daripada 24 jam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana ataupun NADMA akan diaktifkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di peringkat berkaitan selaras dengan PTJK iaitu Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Mekanisme ini akan membolehkan tindakan pelbagai agensi diselaraskan mengikut perkembangan situasi dan keperluan di lapangan. Selain itu, operasi pembenihan awan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan tertakluk kepada keadaan awan dan cuaca.

Walau bagaimanapun, NRES tidak menolak keperluan untuk menambah baik lagi pelan tindakan jerebu kita dari semasa ke semasa sebagaimana yang sudah dilaksanakan sebelum ini sebanyak enam kali sejak tahun 2022— sejak tahun 2002 dan yang terkini pada tahun 2025 bagi memastikan mekanisme penyelarasan dan tindakan perlindungan kekal relevan serta responsif terhadap perkembangan situasi jerebu.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Penambahbaikan ini boleh mengambil kira tahap amaran, bacaan IPU, tempoh pencemaran berterusan, tindakan yang berkaitan serta risiko terhadap kesihatan dan keselamatan orang awam. Pendekatan ini penting bagi memastikan tindakan setiap agensi dapat diselaraskan dengan lebih berkesan, khususnya apabila bacaan IPU mencapai tahap tidak sihat atau sangat tidak sihat demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, berkaitan pula dengan isu pelaksanaan dasar bekerja daripada rumah ataupun work from home, pengajaran pembelajaran (PdP) di sekolah dan institusi IPT serta prosedur operasi, SOP dan kesiapsiagaan strategik bagi pengendalian peperiksaan seperti SPM dan STPM, ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan, khususnya KPM, KPT dan selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang digariskan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Sila...

draft • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, Peraturan Dewan, Speaker. Minta maaf.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya?

Peraturan?

draft • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Peraturan Dewan 24(5).

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berapa?

draft • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

24(5A).

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

draft • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sebab saya nampak hari ini terlalu panjang berkaitan dengan soalan Menteri. Jadi, 24(5A) ini berbunyi, “Walau apa pun perenggan (5), apa-apa pertanyaan yang berhubung dengan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri hendaklah mengambil masa 30 minit pada setiap hari Selasa dan Khamis sebelum permulaan Waktu Pertanyaan-pertanyaan”.

Jadi, saya nampak hari ini jawapan terlalu panjang dari Menteri. Jadi, memberi apa—kurang ruanglah kepada soalan-soalan berikutnya. Ini Peraturan Dewan. Perlu apa— petua daripada Yang di-Pertua. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya?

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Hulu Terengganu, maaf ya. Alhamdulillah, syukur Yang Berhormat-Yang Berhormat prihatin kepada peraturan. Alhamdulillah. Inilah sepatutnya kita di dalam Dewan ini.

[Tepuk] Bila kita berbahas inilah kitab dan Quran kita dalam masa kita berbahas dan berbicara di dalam Dewan. Kalau Yang Berhormat membangkitkan Peraturan 25 tadi kan, saya sarankan Yang Berhormat lihat juga Peraturan 99, 99A, 100, 43, 42. Itu jawapannya, bermakna penghujungnya yang akan memutuskan langgar 30 minit ke, setengah hari ke walaupun usul ada, itu hak mutlak Pengerusi yang duduk di sini.

[Tepuk] Peguam ada.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi, fahamlah ya. Alhamdulillah saya syukur kalau bila Yang Berhormat-Yang Berhormat bangkitkan peraturan ini, tak banyak pun 100. Ingat 35, 36, 37 Yang Berhormat tidak akan terbabas dalam membicarakan perbahasan dalam Dewan ini dan menunjukkan kematangan Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam berbahas.

Lagi satu saya ingin ingatkan, diberi ruanglah ni kan. Bacalah Peraturan 41, 41(e) itu Yang Berhormat-Yang Berhormat selalu langgar, 35 selalu langgar, 36 selalu langgar, 37 itu sila lihat 37(2) dan 43 itu kata putus Pengerusi. Baik ya, kita teruskan dengan urusan kita. Kita persilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Apakah kementerian boleh memberikan bukti yang konkrit keberkesanan tindakan kerajaan menangani jerebu, termasuk jumlah tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang mencetuskan pembakaran terbuka? Dan apakah tindakan diplomatik serta perundangan yang telah diambil terhadap negara yang menjadi punca jerebu rentas sempadan? Atau adakah cukup sekadar mengeluarkan kenyataan bantahan tanpa mekanisme akauntabiliti, tuntutan ganti rugi dan jaminan bahawa rakyat Malaysia tidak terus menjadi mangsa pencemaran udara dari luar negara? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih atas soalan tambahan tersebut.

Kita sejak daripada awal tahun ini telah meramalkan kemungkinan awal negara kita akan dilanda masalah jerebu ini. Ini disebabkan oleh fenomena cuaca yang sedang kita alami. Sebelum ini kita telah melalui Monsun Barat Daya dan kita sekarang dalam fasa peralihan kepada El Nino. Hasil daripada ramalan ini, sebenarnya kita telah mengambil langkah pencegahan daripada awal, di mana Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan telah diaktifkan sejak bulan Februari 2026. Selepas daripada itu, pada 15 Jun saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan semua agensi yang berkaitan.

Selepas itu pada 8 Julai, saya sendiri telah bertemu dengan rakan sejawat saya di negara Indonesia untuk menyusuli Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN pada 9 Julai. Usaha diplomatik telah diteruskan lagi pada bulan Ogos dan juga pada bulan September melalui rundingan serta tawaran bantuan secara rasmi. Tindakan telah bermula sebelum jerebu menjadi semakin serius tetapi saya mengakui hasilnya masih belum memenuhi harapan rakyat sebab kita nampak bahawa sebenarnya susah untuk kita meramal berapa tinggi indeks IPU yang telah dibaca sejak kebakaran ini telah berlaku.

Fenomena cuaca ekstrem yang telah disebutkan tadi El Nino ini, kita telah meramalkan ia akan membawa impak rantaian yang sangat ketara, pengurangan taburan hujan secara mendadak dan juga peningkatan suhu permukaan negara. Ini akan mengakibatkan penambahan titik-titik panas. Kalau kita lihat di rantau Kalimantan dan juga Sumatera, kita telah merekodkan lebih daripada seribu titik panas sejak beberapa bulan yang lalu.

Bagi kita dalam negara, kita yang pertama melaksanakan beberapa tindakan secara domestik. Sebagai contoh, kementerian mengamalkan zero tolerance ke atas perbuatan seperti pembakaran terbuka. Sepanjang tempoh Ogos hingga ke Oktober sahaja, Jabatan Alam Sekitar telah mengambil 3,433 tindakan penguatkuasaan ke atas kes-kes insiden kebakaran secara terbuka.

Dalam tempoh Monsun Barat Daya ini juga, kita nampak bahawa ada beberapa insiden kebakaran hutan yang berlaku di beberapa negeri seperti Sarawak dan juga Johor. Ada 14 kebakaran yang berskala besar tetapi hasil kerjasama daripada agensi kita, kesemua 14 siri kebakaran tersebut telah berjaya diselesaikan

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

dan dipadamkan sepenuhnya. Bermaksud bahawa tindakan kita secara domestik adalah amat berkesan.

Pada masa yang sama, sejak daripada Disember tahun lalu Jabatan Alam Sekitar juga telah membangunkan beberapa infrastruktur pencegahan api yang komprehensif di seluruh negara, bermaksud kita mengambil tindakan secara proaktif dan juga preventif bukan sahaja secara reaktif, proaktif dan juga preventif di mana infrastruktur ini telah melibatkan pembinaan 570 sekatan saliran, pengorekan 107 telaga tiub dan pembinaan 15 kolam takungan dan infrastruktur sokongan teknikal akan turut diperhebatkan dengan penyediaan 111 alat pengukur paras air tanah ataupun Piezometer dan juga enam buah menara tinjau bagi mengekang kebakaran tanah gambut dan bawah tanah secara tuntas.

Berkaitan pula dengan usaha-usaha diplomatik. Kementerian telah beberapa kali meneliti kewajaran penggubalan undang-undang tersebut daripada pelbagai sudut termasuk kebolehlaksanaannya, keperluan untuk mendapatkan bukti dan bidang kuasa penguatkuasaan serta implikasinya terhadap hubungan diplomatik dengan negara serantau. Cabaran utama kita dalam pelaksanaan undang-undang seperti ini yang mempunyai elemen merentas sempadan ialah keupayaan untuk mendapatkan bukti yang mencukupi bagi menentukan punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab.

Perkara ini termasuk keperluan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi dan juga koordinat kawasan kebakaran, pemilikan tanah, pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan serta bukti yang menghubungkan sesuatu kejadian kebakaran dengan pencemaran jerebu yang dialami di Malaysia.

Maklumat-maklumat sedemikian lazimnya akan melibatkan bidang kuasa kerahsiaan maklumat serta kedaulatan negara-negara yang berkenaan. Oleh itu sebarang cadangan penggubalan undang-undang baru perlu diteliti secara menyeluruh bagi memastikan peruntukannya benar-benar boleh dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan berkesan.

Pada masa yang sama, di peringkat ASEAN juga AATHP kekal menjadi kerangka utama dalam kerjasama ASEAN. Perjanjian ini mengiktiraf hak kedaulatan setiap negara di samping bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti dalam bidang kuasa masing-masing tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar atau memudaratkan kesihatan negara yang lain. Sekiranya kita mengambil contoh, ada satu negara yang juga di rantau kita yang telah bertindak untuk menggubal undang- undang merentas sempadan sekitar 10 tahun yang lalu tetapi undang-undang itu

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

tidak dapat dikuatkuasakan oleh kerana kerangka yang kita sudah ada dalam ASEAN.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Maka sekiranya kita akan gubal undang-undang seperti itu, kita perlu memastikan bahawa ada kesannya dan boleh dikuatkuasakan dan tidak hanya untuk kepuasan optik sahaja. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Pada lazimnya, saya dan Pengerusi-pengerusi akan memberi satu soalan untuk orang yang bertanya soalan asal, tambahan dan di sebelah sini.

Memandangkan kesetiaan dan kekuatan iltizam Yang Berhormat Betong, saya benarkan soalan yang terakhir. Silakan untuk bertanya Menteri dan Menteri menjawab.

draft • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua, ada rezeki hari ini. Soalan Betong ini spesifik dan juga ringkas.

Untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, di Sarawak kita ada 12 bahagian. Bahagian Betong ini satu-satu bahagian yang tidak ada stesen pemantauan IPU automatik seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri itu tadi.

Jadi, soalan saya kepada Menteri, adakah pihak Menteri dan kementerian bersedia untuk meluluskan dan membina sebuah stesen pemantauan IPU rasmi yang automatik di Bahagian Betong— bukan hanya di Parlimen Betong sebab banyak kawasan dia, kawasan itu— bagi memastikan penduduk kita mendapat maklumat kualiti udara yang tepat dan setempat? Dan jika bersetuju, bilakah projek ini dapat dimasukkan dalam perbincangan serta peruntukan kementerian?

Jika belum, apakah justifikasi kementerian dan apakah langkah-langkah sementara untuk kita memastikan penduduk-penduduk di Betong tidak ketinggalan daripada— dari segi pemantauan serta amaran awal ketika berlakunya jerebu?

Memang sudah pasti akan berlaku bila-bila masa. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Betong itu.

draft • 11:20 AM

Dato'Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Rezeki saya juga sebab dapat peluang untuk menjawab soalan-soalan tambahan dan memberikan lebih banyak penjelasan berkaitan isu semasa ini.

draft • 11:20 AM

Dato'Sri Arthur Joseph Kurup

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, negara kita mempunyai 68 stesen pemantauan kualiti udara di bawah Jabatan Alam Sekitar yang menggunakan kaedah dan piawaian yang telah diiktiraf oleh USEPA, itulah standard antarabangsa.

Di bawah USEPA juga, dia mempunyai garis panduan skala spatial iaitu untuk menentukan lokasi di mana untuk meletakkan stesen-stesen IPU. Kalau kita melihat dia ada skala kejiranan. Skala kejiranan ini bermula daripada 0.5 kilometer sehingga radius 4 kilometer. Bagi skala bandar dia bermula daripada 4 kilometer radius hingga ke 50 kilometer radius. Dan bagi skala serantau, radius ini adalah sehingga 100 kilometer.

Kita ambil maklum masih ada beberapa kawasan yang luas yang belum mempunyai stesen khusus dan data kualiti akan dirujuk kepada stesen yang terdekat dalam skala serantau bagi menggambarkan pergerakan jerebu rentas sempadan.

Kita ambil maklum bahawa negeri Sarawak antara wilayah yang paling terkesan daripada masalah jerebu ini, maka saya akan mengambil usaha untuk bantu menambahkan stesen-stesen IPU supaya kita boleh mendapat bacaan yang lebih tepat pada masa-masa yang akan datang.

Tetapi saya juga ingin untuk memperkenalkan bahawa di bawah Jabatan Meteorologi kita telah membangunkan satu sistem yang baharu iaitu Malaysian Community Multiscale Air Quality Model (MyCMAQ). Platform ini menyediakan ramalan berkala yang beresolusi tinggi mengenai keadaan kualiti udara dan kepekatan bahan pencemar atmosfera di Malaysia dan seluruh rantau Asia Tenggara.

Dalam konteks pengurusan jerebu, model ini berupaya untuk meramalkan potensi pencemaran udara dan kejadian jerebu sehingga 5 hari ke hadapan dan saya harap bahawa orang ramai akan rujuk kepada platform ini supaya bolehlah buat persediaan dan juga tindakan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sehingga ke 5 hari ke hadapan. Langkah seperti inilah yang bertujuan untuk memberikan manfaat dan membantu untuk memberikan ramalan trend kualiti udara dan amaran jerebu yang lebih responsif dan mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 11:20 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita ke sesi yang kedua Majlis. Dengan ini, Waktu Pertanyaan-pertanyaan Lisan.

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Yang Berhormat Beaufort.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

1. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa ramai pemilik pikap dan jip di Sabah telah menerima tambahan 100 liter BUDI Diesel, dan apakah langkah kerajaan bagi membantu pemilik yang menggunakan kenderaan tersebut untuk perniagaan kecil, pertanian dan perjalanan ke kawasan pedalaman.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah mekanisme BUDI MADANI Diesel, rakyat Malaysia yang layak dapat menikmati diesel bersubsidi pada hari RM2.10 seliter melalui pengesahan MyKad di stesen minyak. Setiap individu yang layak akan menerima kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan yang boleh digunakan secara fleksibel bagi pembelian diesel bersubsidi atau RON 95 bersubsidi tertakluk kepada baki kelayakan bulanan masing-masing.

Bagi pemilik pikap dan jip diesel yang layak, tambahan 100 liter sebulan boleh dipohon, menjadikan jumlah kelayakan sehingga 400 liter sebulan. Kerajaan memperkenalkan kelayakan tambahan ini kerana mengambil kira bahawa kenderaan jenis pikap dan jip sering digunakan sebagai kenderaan utama, terutamanya di Sabah dan Sarawak termasuk untuk membawa hasil pertanian, barangan perniagaan kecil, pergerakan pekerja serta perjalanan di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mempunyai bentuk muka bumi mencabar.

Pendekatan ini bertujuan memastikan pengguna yang benar-benar bergantung kepada kenderaan diesel untuk kegiatan ekonomi harian terus mendapat perlindungan subsidi yang sewajarnya. Setakat 12 Oktober 2026, seramai 52,133

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di Sabah telah diluluskan kelayakan tambahan 100 liter di bawah BUDI MADANI Diesel.

Dato' Yang di-Pertua, selain itu kerajaan juga telah menambah baik mekanisme BUDI Diesel mulai 16 September 2026 dengan memperluas pemindahan kelayakan kepada pengguna sebenar kenderaan diesel. Pemilik berdaftar yang layak kini boleh memindahkan kelayakan kepada mana-mana warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah dan layak menerima BUDI95 serta merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut.

Bagi pemilik yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel persendirian individu, kelayakan juga boleh dipindahkan kepada maksimum 3 individu lain, tertakluk kepada jumlah kenderaan diesel yang dimiliki dan semakan kelayakan. Langkah ini penting bagi menangani isu yang lazim berlaku di Sabah seperti penggunaan kenderaan oleh ahli keluarga, pekerja, pengguna sebenar yang bukan pemilik berdaftar serta amalan sambung bayar.

Pada masa yang sama, pemilik berdaftar kenderaan jenis pikap atau jip yang layak masih boleh memohon kelayakan tambahan 100 liter bagi kenderaan tersebut sebelum pemindahan dibuat tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Sehingga 12 Oktober 2026, sebanyak 19,008 permohonan pemindahan kelayakan BUDI Diesel telah diluluskan, di mana 5,555 daripadanya merupakan permohonan dari negeri Sabah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel berdasarkan data penggunaan, maklum balas pengguna, input kerajaan negeri serta keperluan sektor- sektor yang terlibat.

[Timbalan Yang di-Pertua ([Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebarang penambahbaikan akan diperluaskan secara berasaskan data supaya subsidi diesel dapat disalurkan dengan lebih mudah, adil, bersasar dan mampan kepada pengguna yang benar-benar layak tanpa membuka ruang kepada ketirisan atau penyalahgunaan subsidi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Beaufort.

draft • 11:30 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan begitu terperinci.

Soalan tambahan saya, apakah justifikasi kerajaan tidak melaksanakan kelayakan subsidi diesel secara automatik berdasarkan kad pengenalan dan lesen memandu, termasuk had kelayakan 500 liter diesel dan petrol sebulan bagi pengguna yang memenuhi syarat? Kaedah semasa telah menyebabkan ramai golongan yang memerlukan tercicir daripada manfaat subsidi diesel termasuk pemilik kenderaan diesel melalui perjanjian sambung bayar. Mereka menyewa kenderaan diesel dan perjalanan jauh khususnya di Sabah dan Sarawak dan penduduk pedalaman yang menggunakan kenderaan diesel untuk mendapatkan akses kepada kemudahan bandar.

Dan soalan saya juga, adakah kerajaan bersedia untuk menyediakan mekanisme yang lebih mudah, adil dan bersasar agar golongan yang benar-benar memerlukan tidak tercicir. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebenarnya pendekatan ini memastikan tidak ada ketirisan dan kerajaan seperti pembaikan yang telah berlaku dua kali pembaikan yang telah berlaku, terutamanya pada 16 hari bulan September, ini menunjukkan bahawa kerajaan bersedia untuk mendengar dan juga membaikikan apa saja kekurangan.

Dan minta kalau ada kes yang spesifik, minta maklumkan dan kami akan cuba membaikikan apa saja kekurangan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 11:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Speaker.

Apakah penilaian kementerian terhadap keberkesanan pemberian subsidi BUDI ini, khususnya untuk diesel yang ditambah 100 liter benar-benar dapat meningkatkan produktiviti, terutamanya bagi perusahaan mikro, pekebun kecil, peniaga, peniaga luar bandar.

Kemudian, berapakah jumlah peruntukan subsidi diesel yang disasarkan oleh kerajaan? Dan apakah kita lihat jumlah peruntukan subsidi ini dapat memberikan penjimatan bersih yang dapat dijangka? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat. Tujuan skim, mekanisme BUDI ialah untuk menangani ketirisan tetapi juga menjaminkan rakyat Malaysia dapat akses kepada diesel dan juga RON95 dengan harga yang rendah.

Itu tujuan. Adakah ini membantu meningkatkan produktiviti? Itu soalan lain tapi apa

draft • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

yang kerajaan nak memastikan ialah untuk memastikan tidak ada ketirisan dan juga memastikan rakyat dapat akses kepada diesel dengan harga yang rendah dan juga dengan satu kuota, dalam kuota.

Adakah ini akan membantu? Memang sudah membantu. Kami hanya ada data untuk bulan September untuk negeri Sabah. Tetapi ini sudah menunjukkan bahawa di bawah mekanisme BUDI diesel, jumlah consumption telah kurang hampir 10 peratus berbanding dengan skim yang terdahulu. Ini bermakna, memang ada— skim ini atau mekanisme ini memang membantu. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.

draft • 11:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Dari Gurun menuju ke Sik, Singgah di Beris makan durian; YB Ahmad Maslan sahabat yang baik, Jalan dan jambatan di Sik mohon perhatian. Soalan saya nombor 2.

draft • 11:30 AM

2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status, kos dan tarikh siap projek penyelenggaraan serta peningkatan keselamatan jalan persekutuan yang menghubungkan Sik dengan daerah-daerah bersebelahan termasuk kerja pembaikan jalan, jambatan, cerun dan lampu jalan bagi tahun 2026.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Cantik taman hujung benua, Waktu pagi tempat sarapan; YB Sik soalan nombor dua, Dengarkan ini diberi jawapan. Kementerian Kerja Raya pada tahun 2026 telah meluluskan peruntukan keseluruhan bernilai RM7,271,000 bagi 19 kerja penyenggaraan berkala pavement, berkala bukan pavement, penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat serta pemasangan lampu solar di Daerah Sik seperti yang berikut.

Pertama, penyenggaraan berkala pavement melibatkan lapan bilangan kerja bernilai RM5,301,000 meliputi skop kerja turapan jalan iaitu mill and pave, PNB PETRONAS dan overlay di laluan FT175. Status terkini bagi kerja ini adalah lima bilangan kerja telah pun siap, manakala tiga lagi masih dalam pelaksanaan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kedua, penyenggaraan berkala bukan pavement melibatkan enam bilangan kerja dengan kos bernilai RM1,450,000 merangkumi skop kerja senggara longkang, guardrail, expansion joint jambatan, papan tanda di laluan FT175. Bagi kerja ini, lima bilangan kerja telah pun siap, satu lagi masih dalam pelaksanaan.

Ketiga, penyenggaraan lampu jalan elektrik melibatkan satu bilangan kerja bernilai RM125,000 meliputi skop kerja senggara feeder pillar, kabel bawah tanah dan lampu LED.

Sebanyak empat projek menerusi peruntukan Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya telah dilaksanakan oleh JKR pada tahun 2026. Kesemua projek tersebut telah pun siap dilaksana dengan peruntukan sebanyak RM400,000 seperti berikut:

(i) pemasangan lampu jalan di kawasan kemalangan atau berisiko kemalangan, Jalan Gurun–Kepala Batas melibatkan lokasi Kampung Caruk Terang dan Batu Seketul, seksyen 56 hingga seksyen 57, Daerah Sik;

(ii) pemasangan lampu jalan di kawasan kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap di Jalan Gurun–Kepala Batas dari Taman Kenanga hingga simpang tiga Kampung Namek, seksyen 36.3 hingga seksyen 38.3;

(iii) pemasangan lampu jalan di laluan Persekutuan FT175, Jalan Gurun–Kepala Batas dari selekoh PPD hingga Masjid Zaleha; dan

(iv) pemasangan lampu jalan di laluan Persekutuan FT175, Jalan Gurun–Kepala Batas dari Kampung Gulau, Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau, Sik, seksyen 60.

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sik.

draft • 11:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya. Soalan agak spesifik pagi ini. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, soalan ini pun sudah dibawa ke Kamar Khas pada 30 Oktober 2025 yang lalu. Sangat-sangat mustahak untuk diselesaikan iaitu Projek Jambatan Sik Dalam, FT175 ini menghubungkan pekan Sik ke Gulau, jambatan utama rakyat Sik itu masih belum siap, ditangguhkan pula yang sepatutnya siap pada bulan, tahun ini ya bulan Julai tahun ini tetapi ditangguhkan ke bulan Mei 2027 pula.

draft • 11:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jadi, saya mohonlah Yang Berhormat Menteri memberi penekanan kepada JKR kita di sana untuk memastikan tidak berlaku lagi kelewatan dan memastikan juga kalau ada kecuaian di pihak mana-mana kontraktor sebagainya, perlu diambil tindakan.

Yang kedua Yang Berhormat Menteri, khusus juga berkaitan dengan connectivity ataupun jalan hubungan di antara Daerah Sik dengan Kulim Hi-Tech Park yang mana ketika ini ramai anak muda daripada Sik ini bekerja di Kulim Hi- Tech ini yang lebih 49,000 tenaga kerja daripada seluruh Kedah itu.

Jadi, adakah mungkin ada ruang di pihak KKR sendiri bersama Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan jaringan jalan strategik daripada Sik ini ke Sidam dan Kulim untuk menghubungkan kedua-dua daerah ini supaya diperkemaskan lagi jaringan ekonomi dan juga untuk membantu pembangunan di daerah Kedah Timur ini.

Dan terakhir Yang Berhormat Menteri khusus satu...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, satu soalan tambahan sahaja. Cukup, sila duduk.

draft • 11:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mohon untuk jambatan titi gantung...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila jawab.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

[Ketawa] Ya, patut satu sahaja.

Ini dua. Masuk tiga.

Yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Sik tadi ialah satu jambatan di Sik, Kedah dengan kos RM8.8 juta. Apakah masalah yang sebenarnya berlaku di situ, kita telah memberi empat kali extension of time. Saya tak suka bagi extension of time ini tanpa sebab-sebab yang munasabah. Tetapi oleh kerana masalah pengambilan balik tanah walaupun pengambilan balik tanah ini cuma lima unit, tetapi kita bagi begitu panjang extension of time.

Saya akan maklumkan kepada pihak kementerian untuk membuat satu dasar bahawa extension of time kita kena ada limit harinya, bukan ratusan-ratusan hari yang menyebabkan jambatan berkenaan hanya boleh siap pada 15 Mei 2027 dan apa yang berlaku ialah Borang K hanya selesai November 2025.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang kedua, Yang Berhormat tanya pasal Jalan Sik–Sidam, Kulim yang dibangkitkan itu eloklah dibincang di JKR negeri, kemudian dibawa kepada UPEN negeri kerana belum ada lagi dalam senarai pelaksanaan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah.

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada 7 Oktober yang lalu, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa kementerian memerlukan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun untuk penyelenggaraan jalan persekutuan sedangkan peruntukan bagi 2026 hanya berjumlah RM3.18 bilion. Hal ini menunjukkan terdapat jurang yang besar di antara keperluan penyelenggaraan dengan peruntukan yang tersedia ada.

Soalan saya, adakah peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan jalan persekutuan telah ditingkatkan bagi tahun 2027 oleh MOF? Dan adakah kerajaan berhasrat untuk mempertimbangkan pendekatan peruntukan berasaskan tahap kerosakan serta risiko keselamatan supaya jalan yang paling kritikal dapat dibaiki terlebih dahulu tanpa mengira negeri ataupun kawasan? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih atas soalan yang baik itu. Memang betul kita memerlukan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion untuk menyelenggara jalan di Semenanjung, di Sabah dan juga di Sarawak. Namun, peruntukan tidak meningkat sebagaimana yang dihasratkan. Masih lagi kita tidak dapat RM5 bilion ke RM6 bilion itu, masih kita hanya dapat lebih kurang RM3 bilion untuk 2027. Walaupun demikian, Kementerian Kerja Raya di antara 28 kementerian yang lain telah diberi untuk tahun hadapan dan tahun ini peruntukan pembangunan yang terbesar.

Saya kira, itulah antara punca kerana kita tidak dapat lagi diberikan tambahan. Peruntukan kami RM9 bilion untuk pembangunan. Kementerian- kementerian lain ada yang lapan, ada tujuh, ada enam bilion. Kementerian Pendidikan misalnya walaupun dia kementerian yang menerima paling banyak bajet, tetapi dari segi pembangunan, masih lagi tidak sebanyak Kementerian Kerja Raya.

Memang kita akan gunakan kaedah yang mana patut diutamakan terlebih dahulu untuk diselenggara, terutama kawasan-kawasan blackspot itu mesti diselenggara dengan baik dan kita akan ikut dari segi jalan protokol, jalan utama dan jalan sekunder untuk memastikan penyelenggaraan dilakukan. Sementara itu untuk

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

jalan-jalan negeri, jalan bandaran, jalan taman, dia adalah di bawah MARRIS, di bawah Kementerian Kewangan diberi kepada negeri masing-masing. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.

draft • 11:40 AM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan Pekan soalan nombor 3.

draft • 11:40 AM

3. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan jumlah kes, nilai ketirisan, rampasan dan tangkapan menerusi Ops Tiris Bersepadu khususnya di kawasan sempadan.

Apakah punca kelemahan kawalan yang membolehkan penyeludupan berulang berlaku dan apakah tindakan tegas dalam menutup ruang ketirisan dan memperketat kawalan sempadan serta melumpuhkan rangkaian sindiket.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pekan di atas soalan yang amat penting ini berkenaan dengan ketirisan.

Redup-redup di pohon senam, Hinggap merpati di tepi kolam; Ada lubang kapal pun tenggelam, Ketirisan di biar negara terbenam. Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira konflik Asia Barat, Kabinet menyedari bahawa isu bekalan dan barang kawalan merupakan cabaran utama di mana potensi ketirisan itu dilihat sebagai lebih tinggi. Maka pada 11 Mac 2026, Kabinet menetapkan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan Bagi Membanteras Ketirisan dan Penyeludupan. Jadi, mesyuarat yang pertama Yang Berhormat Pekan, diadakan pada 16 Mac 2026 iaitu dalam lima hari selepas keputusan Kabinet itu dibuat dan ia nya dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang kedua.

Apa yang dinamakan operasi ini ialah Operasi Ops Tiris 4.0 ataupun Ops Bersepadu. Ia nya melibatkan KPDN dan lapan lagi agensi lain, di mana pelaksanaannya ada operasi di darat, ada operasi di sempadan dan ada operasi di laut. Jadi di darat, agensi yang bertanggungjawab ialah KPDN Yang Berhormat Pekan, manakala di sempadan darat pula agensi yang terlibat ialah PDRM, PGA dan AKPS, manakala di laut, agensi yang terlibat ialah APMM dan juga pasukan polis marin. Jadi itu dia punya berkenaan dengan bagaimana ia nya dilaksanakan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Soalan berkenaan dengan jumlah ya. Jumlah pemeriksaan yang dibuat oleh KPDN ialah 125,690 manakala jumlah kes keseluruhan ialah 1,542, nilai rampasan RM59.9 juta dan tangkapan ialah 514 individu.

Yang Berhormat Pekan bertanya khusus di sempadan. Di sempadan ini dia ada dua Yang Berhormat Pekan. Satu sempadan darat dan satu sempadan laut. Di sempadan darat, 357 kes, nilai rampasan RM10.77 juta dan di laut 275 kes, nilai rampasan berjumlah RM12.29 juta.

Yang Berhormat Pekan Tuan Yang di-Pertua, juga bertanya tentang punca kelemahan kawalan penyeludupan ini. Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat, sebelum ini, kita mengamalkan dasar subsidi pukal Yang Berhormat. Jadi apabila kita beralih kepada dasar subsidi bersasar dalam bentuk BUDI Diesel, BUDI95, SKDS, SKPS dan juga subsidi bersasar minyak masak paket.

Ini satu perkara yang boleh sebab sebelum ini kelemahan itulah yang memudahkan berlaku ketirisan, tambahan pula dengan harga pasaran di negara- negara sempadan kita itu lebih tinggi daripada barang-barang kawalan yang ada subsidi ini. Maka apabila kita gabungkan subsidi pukal ini, kita jadikan subsidi pukal kepada subsidi bersasar dan kita gabungkan dengan Ops Bersepadu ini, maka kita dapat kawal ketirisan tersebut. Ya, Yang Berhormat Pekan, terima kasih di atas soalan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pekan.

draft • 11:40 AM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih di atas penjelasan Menteri itu. Satu pencerahan yang baik. Cuma saya ingin mengetahui dari jumlah kes tersebut, berapa banyak kes yang telah didakwa ataupun yang telah dikenakan kompaun setakat ini? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Jadi, jumlah kes ni dia kumpul ya Yang Berhormat Pekan. Ada yang kes yang dibawa oleh agensi dan ada kes yang dibawa oleh KPDN sendiri. Keseluruhan agensi-agensi tadi jumlah kes sehingga 20 Oktober, sebanyak 23 kes telah didakwa di mahkamah, manakala sebanyak 248 kes telah dikompaun dengan nilai keseluruhan denda yang telah dikenakan berjumlah RM290,000 manakala nilai keseluruhan kompaun pula berjumlah RM950,900. Selebihnya siasatan masih lagi dijalankan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan berkenaan dengan isu-isu yang melanda negara kita,

draft • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

melanda rakyat ekoran daripada wujudnya persempadanan negara antara Malaysia– Thailand, Malaysia dengan Philippines dan negara-negara yang lain.

draft • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya ingin menarik perhatian Timbalan Menteri dan saya akan kaitkan dengan soalan berkenaan dengan satu kegiatan di sempadan negara yang dipelopori oleh kartel ataupun tauke-tauke besar di luar daripada Malaysia. Sebagai contoh daripada Thailand. Thailand ini bila dia tengok dalam negara kita ada penternakan lembu, kambing, ada sayur-sayuran yang agak banyak, tindakan mereka ini mereka akan melonggokkan barangan ini sekali gus dibawa masuk ke Malaysia sebagai contoh tahun lepas.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat terus kepada soalan.

draft • 11:50 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Harga kambing satu ekor kurang lebih RM300, menyebabkan mati perniagaan kambing di Malaysia begitu juga dengan sayur ditimbus di Cameron Highlands di Lojing. Soalan saya sejauh mana tindakan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini dan dalam masa saya kira tidak lama lagi isu longgokan sayur ini akan sekali lagi berlaku kepada rakyat Malaysia dan kepada yang paling dukacita iaitu lah petani- petani kecil kita mereka akan merana. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih Pasir Puteh di atas soalan tambahan itu. Memang modus operandi itu Pasir Puteh, memang banyak berlaku.

Kita tengok juga seperti di negeri Yang Berhormat sendiri kan, saya sendiri tengok di sempadan contoh Sungai Golok ya. Sempadannya tengah-tengah sungai dan sungainya begitu kecil ya jadi kita ada APMM, kita ada polis marin, tapi nak meronda sepanjang 24 jam itu, itu agak merupakan cabaran yang amat-amat besar.

Ya, saya sendiri tengok bagaimana bila kita lalu dalam apa tu, dalam bot marin tu mereka tunggu saja di tepi. Jadi, bila kita lepas saja mereka akan seberang.

Jadi, ini satu modus operandi yang kita tahu sebab itu operasi bersepadu itu amat penting supaya kita kerjasama agensi-agensi. Di masa yang sama, tanggungjawab jugalah rakyat ya untuk tidak terlibat sama. Kadang-kadang ini Yang Berhormat Pasir Puteh, dia jadi aktiviti turun temurun.

draft • 11:50 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

YB, bukan aktiviti itu. Dia masuk secara rasmi tapi dengan jumlah yang banyak. Itu soalan saya ya bukan seludup.

draft • 11:50 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Ya, okey. Jadi ini isu lain. Ini isu lambakan.

Ya, ini isu lambakan yang mengawal harga. Yang ini kena runding dengan KPKM Yang Berhormat sebab dia berkaitan dengan penternakan, dia berkaitan dengan sayur sebab KPDN menjawab berkenaan dengan barang kawalan. Ya, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.

draft • 11:50 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan Masjid Tanah nombor 4.

draft • 11:50 AM

4. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah wanita berumur 25 hingga 59 tahun yang berada di luar tenaga buruh kerana tanggungjawab menjaga anak, warga emas atau keluarga:

(a) apakah nilai ekonomi unpaid care work kepada negara; dan

(b) bilakah ekosistem care economy nasional akan diwujudkan bagi menyokong wanita kembali ke pasaran pekerjaan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Menyedari keperluan dan kepentingan sektor penjagaan yang diunjurkan akan meningkat dengan pantas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak tahun 2023 telah memberi tumpuan untuk membangunkan ekosistem sektor ini.

Berdasarkan laporan special release time spend on unpaid domestic and care work in Malaysia 2025 dengan izin, oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), rakyat Malaysia secara keseluruhannya menghabiskan purata 5 jam 12 minit sehari untuk kerja domestik dan penjagaan tanpa bayaran. Wanita pula memperuntukkan 25.5 peratus daripada masa harian mereka bersamaan kira-kira enam jam tujuh minit sehari kepada aktiviti tersebut berbanding dengan 18.1 peratus bagi lelaki.

Dapatan kajian oleh DOSM dalam kalangan wanita berumur 25 tahun hingga 59 tahun yang berada di luar tenaga buruh mendapati tanggungjawab penjagaan adalah faktor utama yang mendorong wanita membuat pilihan demikian. Dari sudut nilai ekonomi kajian Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia dengan izin menganggarkan bahawa sekiranya kerja penjagaan dan kerja domestik tanpa bayaran yang dilaksanakan dalam isi rumah dinilai menggunakan kaedah

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

penilaian pasaran, nilainya adalah sekitar RM379 bilion berdasarkan pengiraan kajian tersebut.

Jumlah ini bersamaan satu komponen ekonomi yang amat besar sekiranya diambil kira dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK). Dalam hal ini KPWKM telah mengambil langkah untuk meletakkan penjagaan sebagai satu agenda pembangunan negara melalui pembangunan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030 yang dilancarkan November tahun lepas.

Kerangka ini menjadi asas kepada penyelarasan tindakan kerajaan dalam memperkukuh ekosistem penjagaan dari aspek perundangan dan tadbir urus.

Kompetensi serta laluan kerjaya tenaga penjagaan advokasi dan pengiktirafan kerja penjagaan, kolaborasi strategik serta penyelidikan teknologi dan data.

Dalam usaha mengembalikan wanita dalam pasaran pekerjaan, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya ialah menyediakan subsidi yuran pengasuhan sebanyak RM180 sebulan bagi seorang kanak-kanak di TASKA berdaftar tertakluk kepada syarat kelayakan.

Selain itu mulai tahun taksiran 2026, pelepasan cukai bagi yuran penghantaran anak ke TASKA atau Tadika berdaftar sebanyak RM3000 telah diperluaskan kepada pusat jagaan harian berdaftar dan pusat transit selepas sekolah. Manakala had umur anak telah diperluaskan daripada enam kepada 12 tahun.

Manakala menerusi pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini, kerajaan akan memperluaskan lagi pelepasan cukai individu untuk merangkumi semua perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek dan tidak lagi terhad kepada perbelanjaan kesihatan sahaja.

Pada masa yang sama Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030, turut menetapkan ekonomi sebagai salah satu daripada empat bidang keutamaan dengan pendekatan whole-of-government dan whole-of-nation dengan izin dalam memperkasa wanita.

Kerajaan melihat kewujudan cake economy bukan sebagai satu projek atau program yang mempunyai satu tarikh mula dan tamat tetapi sebagai transformasi ekosistem penjagaan negara yang dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh 2026–2030 dan seterusnya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masjid Tanah.

draft • 11:50 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih yang Berhormat Menteri di atas jawapan tersebut. Daripada jawapan Menteri, kita tahu bahawa ada pelan dan juga kerangka strategik penjagaan 2026 hingga 2030. Soalan saya, kerajaan dah adapun kerangka untuk ekonomi penjagaan tersebut tetapi saya ingin tanya soal dasarnya adakah negara kita sedang membangunkan ekonomi untuk penjaga atau hanya bangunkan industri yang menggunakan tenaga pekerja?

Sebab kerajaan telah pun menetapkan sasaran 50,000 tenaga pekerja berkemahiran, penjaga berkemahiran menjelang 2030 dan dua matlamat dasar ini adalah dua perkara yang berbeza dan harus dinilai mengikut perspektif dan juga secara berasingan. Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah. Ya, dalam— kita memang dalam ekonomi penjagaan kerajaan amat ambil serius bukan hanya seperti saya katakan bukan hanya untuk program atau ini adalah untuk masa depan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Sebab kita sekarang masuk ke satu era di mana penjagaan adalah amat-amat diperlukan. Jadi juga kita juga nak ambil penjagaan ini sebagai satu ekosistem di mana juga ada peluang pekerjaan. Satu job opportunity juga satu business opportunity dengan izin kepada mereka yang akan mengambil.

Jadi, ini bukan hanya sebelah saja, memberikan perkhidmatan untuk menjaga.

Tetapi kita juga mengambil ini sangat serius untuk mengadakan sebagai satu peluang pekerjaan, peluang perniagaan, pengusahaan kepada semua pihak. Jadi, ini akan menjadi penjagaan ekonomi ini bukan hanya satu program ini akan terus dibangunkan dengan teliti. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sandakan.

draft • 11:50 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Puan Speaker.

Terima kasih juga Pengerusi PAC atas soalan yang sangat tepat sekali. Soalan tambahan saya adalah, kita menyedari bahawa KPWKM telah mengambil langkah- langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan untuk memperluas akses kepada kemudahan TASKA, pusat penjagaan warga emas dan juga perkhidmatan penjagaan OKU yang berkualiti, selamat dan mampu dibayar khususnya bagi keluarga berpendapatan rendah serta wanita yang bekerja.

draft • 11:50 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Namun begitu, saya ingin bertanya adalah, selain usaha tersebut, apakah mekanisme sokongan yang dirancang oleh kerajaan untuk membantu wanita yang telah lama berada di luar pasaran pekerjaan akibat tanggungjawab penjagaan anak, warga emas ataupun ahli keluarga yang sakit, termasuk melalui latihan semula dan pengiktirafan kemahiran penjagaan bagi membolehkan mereka kembali menyertai pasaran buruh, thank you.

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sandakan. Kita memang komited terhadap penjagaan ahli keluarga yang merupakan antara faktor yang boleh mengehadkan terutamanya penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, kita telah melaksanakan kerangka strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026-2030 yang saya telah sebutkan. Yang antara matlamat adalah untuk membangunkan ekosistem penjagaan yang lebih berkualiti, lebih inklusif dan lebih mampan. Dan juga kita pun telah dengar tadi, matlamat kita adalah untuk melahirkan 50,000 orang penjaga berkemahiran menjelang tahun 2030.

Dan juga dalam aspek pengiktirafan kemahiran, JKM telah dilantik sebagai badan peneraju industri dan membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi sektor penjagaan. Jadi, ISM juga di bawah KPWKM iaitu Institut Sosial Malaysia juga menawarkan latihan dan pensijilan berkaitan termasuk SKM, iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Tahap III dalam bidang operasi pusat jagaan orang tua.

Dan juga di dalam Belanjawan MADANI 2027 di bawah KESUMA, melalui HRD Corp juga telah menyediakan lebih kurang RM40 juta untuk melatih 8,000 orang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.

OKU juga kita akan melatih seramai 3,000 penjaga dan seterusnya kita akan teruskan usaha kita untuk menambahkan tenaga penjaga, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 5, YB Saratok tidak hadir. Saya jemput Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Julau.

draft • 12:00 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya Nombor 6.

draft • 12:00 PM

[Soalan No.5 - Datuk Ali anak Biju (Saratok) tidak hadir]

6. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sama ada terdapat perancangan untuk membina atau menaik taraf kemudahan sukan di kawasan luar bandar seperti Parlimen Julau serta apakah jenis sukan lain selain badminton dan futsal yang sedang dipromosikan dan dibangunkan di kawasan tersebut.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Julau atas pertanyaan berhubung perancangan berhubung perancangan pembangunan sukan dan promosi pelbagai jenis sukan di kawasan luar bandar khususnya di Parlimen Julau.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan atau KBS sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan menyediakan kemudahan sukan yang selamat, sesuai dan mudah di akses oleh masyarakat luar bandar. Bagi cadangan pembinaan atau naik taraf kemudahan sukan di Parlimen Julau, penyelarasan perlu dibuat bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Keutamaan projek dinilai berdasarkan keperluan setempat, profil pengguna, kesesuaian tapak, skop kerja, anggaran kos dan kemampuan pihak berkaitan untuk mengurus serta menyelenggara kemudahan selepas siap.

Bagi kemudahan sedia ada yang memerlukan pembaikan atau naik taraf, permohonan rasmi hendaklah dikemukakan oleh agensi pemilik dengan maklumat lengkap termasuk status pemilikan atau kebenaran penggunaan tapak, laporan keadaan semasa, skop kerja dan anggaran kos. Setiap cadangan pembangunan berskala besar, penyelarasan di peringkat kerajaan negeri dan keutamaan negeri juga perlu diselesaikan sebelum cadangan boleh dipertimbangkan di peringkat KBS untuk dibawa ke Kementerian Ekonomi.

Dari segi promosi dan pembangunan sukan, KBS tak mengehadkan pembangunan kemudahan sukan komuniti kepada badminton dan futsal sahaja.

Pembangunan fasiliti sukan perlu mengambil kira keperluan setempat dan kesesuaian kawasan termasuk kemudahan penyediaan pelbagai guna yang boleh menyokong sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola tampar, bola jaring, bola keranjang, olahraga, petanque serta aktiviti kecergasan dan rekreasi komuniti.

Bagi pelaksanaan program sukan di Parlimen Julau, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara atau JBSN telah melaksanakan beberapa program sukan dan kecergasan pada tahun 2026 bagi menggalakkan penyertaan aktif masyarakat setempat. Antaranya ialah, kelas komuniti peribumi Sarawak yang melibatkan acara

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

futsal dan bola baling dengan penyertaan seramai 100 orang. Selain itu, sebanyak dua siri Program Malaysia Aktif @ Komuniti turut dilaksanakan melibatkan aktiviti sukan kecergasan dengan jumlah penyertaan seramai 101 orang.

Pelaksanaan program-program ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan membudayakan gaya hidup aktif. Tuan Yang di-Pertua, KBS ingin memaklumkan bahawa tanggungjawab membina dan menaik taraf fasiliti sukan tidak hanya terletak di bawah Kerajaan Persekutuan semata-mata ataupun melalui KBS semata-mata. Ia memerlukan kerjasama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi pemilik serta sektor swasta supaya banyak kemudahan sukan dan rekreasi dapat disediakan dan yang paling penting di selenggara dan secara mampan untuk masyarakat, tidak kiralah di bandar ataupun di luar bandar. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Julau.

draft • 12:00 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Okey. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Menteri, berapakah jumlah kemudahan sukan yang telah dinaik taraf dan dibina baharu di kawasan luar bandar seperti Julau pada tahun ini dan di manakah lokasi kemudahan tersebut?

Adakah KBS menyediakan peruntukan untuk memasang lampu di kemudahan sukan supaya penduduk dapat menggunakannya pada waktu malam?

Dan selain itu, adakah KBS telah menerima permohonan atau menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf kemudahan sukan di Sarawak untuk [Tak jelas] . Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Untuk makluman, bagi projek bina baharu pada tahun 2026 sebanyak dua projek pembinaan baharu kemudahan sukan di kawasan luar bandar telah disiapkan, tetapi bukan di Julau. Iaitu Kompleks Sukan Rembau, Negeri Sembilan dan Kepala Batas Youth Center, Pulau Pinang.

draft • 12:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Kedua-dua projek tersebut melibatkan peruntukan—disemak tahun 2026 sebanyak RM4.69 juta. Dan selain itu, sebanyak 19 projek naik taraf di kemudahan sukan berskala kecil di kawasan luar bandar telah disiapkan pada tahun 2026 melibatkan jumlah kos kelulusan sebanyak RM1.34 juta.

Jadi, projek-projek ini meliputi gelanggang futsal, sepak takraw, bola keranjang, gelanggang serba guna serta kemudahan sokongan sukan di Melaka,

draft • 12:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Perlis, Terengganu dan Pahang. Bukan di Julau ya.

Jadi, berhubung pertanyaan mengenai pemasangan lampu pula, KBS turut menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja naik taraf sistem pencahayaan di kemudahan sukan bagi membolehkan penduduk menjalankan aktiviti sukan pada waktu malam. Jadi, antara projek yang telah diluluskan bagi tahun 2026 adalah naik taraf sistem pencahayaan padang bola sepak di FELDA Lembah Klau, Raub Pahang sebanyak RM300,000, naik taraf lampu limpah di Stadium Kompleks Sukan Bagan Datuk, Perak sebanyak RM500,000, naik taraf lampu padang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak sebanyak RM100,000.

Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Yang Berhormat Julau, bagi tahun 2027, KBS telah menerima peruntukan berjumlah RM2.6 juta bagi kerja-kerja naik taraf kemudahan sukan di negeri Sarawak. Jadi, akan datang, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kangar.

draft • 12:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dan menyokong usaha-usaha untuk menaik taraf infrastruktur sukan di Parlimen Julau, Sarawak dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan mutu sukan di peringkat akar umbi.

Dan soalan saya kepada YB Timbalan Menteri, adakah KBS menyediakan kos penyelenggaraan jangka panjang untuk projek-projek infrastruktur sukan yang telah dinaik taraf? Dan soalan kedua, adakah KBS menyediakan peruntukan untuk pembinaan gelanggang untuk golongan OKU bagi menjalani latihan yang mesra OKU seperti gelanggang bola keranjang yang lantai rata dan tidak licin dan pergerakan luas tanpa halangan?

Dan kalau YB Timbalan Menteri ada data, saya hendak jumlah gelanggang OKU yang telah disiapkan hingga 2026, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Jadi, untuk soalan pertama tadi, jawapannya tidak ya. Kita tidak— kita di Kementerian Belia dan Sukan tidak menyediakan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan jangka panjang untuk projek-projek infrastruktur sukan yang telah dinaik taraf. Kita boleh bina, tapi penyelenggaraan akan di ambil alih oleh agensi-agensi di peringkat negeri ataupun di peringkat kerajaan tempatan ataupun di peringkat kampung. Jadi, aspek pengurusan dan penyelenggaraan selepas projek siap adalah tertakluk kepada tanggungjawab pihak pemilik ataupun pengendali kemudahan berkenaan.

draft • 12:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Dan berhubung— untuk soalan yang kedua berhubung dengan penyediaan gelanggang ataupun kemudahan sukan bagi golongan orang kurang upaya. Kita di KBS memang mengambil kira keperluan golongan tersebut dalam pembangunan kemudahan sukan. Kita ambil maklum keperluan-keperluan mereka, tetapi sebarang cadangan ataupun pembinaan kemudahan khusus bagi golongan OKU adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan termasuklah keperluan ataupun kesesuaian tapak, skop projek, spesifikasi teknikal serta kedudukan peruntukan semasa.

Tapi, saya cuba untuk menyantuni ataupun memenuhi keperluan-keperluan orang golongan orang kurang upaya. Dan untuk list yang detail, kita akan beri secara bertulislah, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, boleh Speaker?

Daripada orang muda kepada orang muda, boleh soalan?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Oh, tidak boleh?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, sila duduk.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Aduh.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua.

Sebelum itu, saya ingin bagi pihak Ahli Parlimen Jeli, sukacita mengalu-alukan kunjungan daripada PPD Jeli bersama dengan pengetua-pengetua dan guru-guru besar dalam Parlimen Jeli seramai 40 orang diketuai oleh Ustaz Mohamad Adnan bin Mohamad Kasim ke Parlimen hari ini.

[Tepuk] Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.

draft • 12:10 PM

7. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kuarters guru di seluruh negara yang telah dihuni berbanding jumlah yang dibina atau dirancang, termasuk status kuarters guru di Kuala Krau yang dilaporkan terbiar dan ditumbuhi semak hutan, serta langkah kementerian menangani isu tersebut.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krau. Bagi pihak Kementerian Pendidikan juga, saya alu-alukan kedatangan rombongan kami dari PPD Jeli.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Kementerian Pendidikan sentiasa memberi perhatian dan keutamaan untuk menjaga kebajikan warga pendidik dengan memastikan warga pendidik mempunyai akses kepada kuarters yang selamat, selesa dan sesuai didiami. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM mempunyai sebanyak 47,855 unit kuarters guru sedia ada di seluruh negara. Sehingga 24 September 2026, sebanyak 32,543 unit kuarters telah pun dioptimumkan berbanding 30,331 unit pada bulan November 2024.

Bilangan kuarters yang tidak berpenghuni telah berjaya dikurangkan juga daripada 17,524 unit pada bulan November 2024 kepada 15,312 unit setakat ini.

Untuk unit yang— pihak KPM telah pun— bilangan kuarters yang tidak berpenghuni yang saya sebut telah pun berjaya dikurangkan daripada 17,524 unit pada November 2024 kepada 15,312 unit setakat kini, yang mana pengurangan unit kuarters tidak berpenghuni ini dicapai melalui pelbagai inisiatif pengoptimuman yang dilaksanakan.

Hasil daripada inisiatif tersebut, dalam masa setahun lebih ini, sebanyak 2,212 unit telah pun dioptimumkan melalui langkah-langkah berikut:

(i) pertukaran fungsi kuarters, 377 unit;

(ii) Penggunaan secara guna sama, 40 unit;

(iii) pindah milik kepada agensi berkaitan, 58 unit;

(iv) penyewaan kepada agensi swasta, 548 unit;

(v) pelupusan kuarters yang tidak selamat diduduki, 84 unit; dan

(vi) pengisian oleh warga KPM, 1,105 unit.

Bagi status kuarters guru di Kuala Krau, hasil pemantauan dan penilaian mendapati bahawa keadaan kuarters guru telah pun dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut, termasuk nombor satu, keadaan fizikal kuarters yang tidak lagi kondusif untuk didiami dan juga menelan kos penyelenggaraan ataupun baik pulih yang tinggi jika kita nak buat semula.

Nombor dua, lokasi kuarters terletak di kawasan penempatan dan kadar sewaan di rumah di sekitar adalah lebih rendah ataupun setanding dengan kadar sewaan kuarters kerajaan. Sekali gus, mendorong sebahagian guru memilih untuk menyewa kediaman di luar. Maka, permintaan untuk kuarters guru di kawasan setempat adalah kurang.

Dan isu ketiga adalah isu keselamatan termasuk kejadian vandalisme dan juga pencerobohan.

Dan faktor yang keempat, perubahan keperluan serta gaya hidup semasa khasnya ataupun khususnya di kalangan guru yang berkeluarga yang memerlukan kediaman dengan kemudahan dan persekitaran yang lebih sesuai.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Walau bagaimanapun, KPM akan terus melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan untuk mengoptimumkan dan juga meningkatkan kadar kepenghunian kuarters guru termasuklah melaksanakan penyelenggaraan secara berfasa bagi kuarters guru yang ada permintaan, memperkukuhkan aspek keselamatan dan juga langkah-langkah lain juga akan diambil. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krau.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima kasih Timbalan Menteri. Menurut jawapan yang diberi tadi ini ataupun angka- angka itu menunjukkan masih banyak kuarters yang tidak didiami. Jadi soalan saya, adakah suatu langkah untuk menjadikan kuarters-kuarters pendidikan ini dibuka kepada agensi-agensi kerajaan yang lain, yang saya kira banyak juga yang memerlukan kediaman? Itu satu.

Yang kedua, apakah ada satu kajian tentang kuarters yang akan dibina pada masa akan datang mengambil kira segala faktor yang penyebab kepada kekosongan dan ketidakminatan guru untuk menginap di kuarters? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Sememangnya pada penghujung tahun 2024, pihak Kementerian Pendidikan telah pun membentangkan satu Nota Jemaah Menteri berkaitan dengan hala tuju penyelesaian isu kuarters guru yang tidak berpenghuni dan terbiar, yang mana ia adalah milik Kementerian Pendidikan.

Dan itu sebab daripada situ, kita telah pun mengambil beberapa pendekatan termasuklah untuk menukar fungsi kuarters yang tidak berpenghuni bagi kegunaan- kegunaan lain. Nombor dua, guna sama dengan agensi kerajaan yang lain. Nombor tiga, membuka sewaan kepada awam dan juga pihak swasta. Nombor empat, pelupusan kuarters yang tidak lagi selamat.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Dan daripada angka yang saya sebut tadi, 2,022 kuarters yang kita telah pun berjaya mengoptimumkan, 2,212 unit kuarters yang telah pun dioptimumkan. Antaranya, saya bagi contoh untuk pertukaran fungsi kuarters.

Ada kuarters yang telah pun ditukarkan untuk menjadi bilik-bilik khas bagi sekolah, kegunaan seperti bilik prasekolah, surau ataupun PPKI dan juga kegunaan- kegunaan yang lain. Itu pendekatan pertama. Dan juga, kepada agensi berkaitan.

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Tadi Yang Berhormat Kuala Krau ada sebut kepada agensi ataupun kementerian yang lain, sebanyak 360, sebanyak— kita juga ada— sememangnya pendekatan itu ada dilaksanakan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Dan pada masa yang sama, kini kita sedang ada perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan juga agensi-agensi yang lain. Sikap dan juga pendekatan KPM dalam isu ini adalah terbuka. Mana-mana agensi dan juga kementerian yang berhasrat termasuklah pihak swasta, kita mengalu-alukan supaya perbincangan boleh dibuat untuk kita memberikan ataupun membenarkan kegunaan bersama dengan agensi yang lain.

Untuk pembinaan kuarters pada masa hadapan, kita sememangnya pada— selepas Kerajaan MADANI mengambil alih, kita mengambil satu pendekatan yang lebih berhati-hati untuk memastikan bahawa pembinaan kuarters hanya di kawasan yang memerlukan, ada keperluan sahaja. Dan ada kalanya, ia dimasukkan bersekali dalam skop pembinaan yang sekolah baharu yang disediakan. Tetapi kuarters yang dibina itu tidak akan banyak, hanya untuk menampung keperluan untuk sekolah itu sahaja. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelutong.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua. Dalam bahasa Tamil, ada sebuah ungkapan. Matha, pitha, guru, deivam. Saya ulangi ya, matha, pitha, guru, deivam iaitu ibu bapa, guru merupakan insan yang mendidik kita. Tanpa guru, di manalah kita. Jadi, saya berterima kasih di atas keprihatinan Timbalan Menteri dan Menteri dan kerajaan menjamin kebajikan guru- guru.

Soalan saya berkenaan dengan kuarters, kita lihat apa yang berlaku di Sarawak kelmarin, kejadian melibatkan seorang murid yang telah menyerang seorang guru di kelas menggunakan sebuah kapak. Aspek keselamatan, dalam kita menyelenggara kuarters, menyelenggara tempat tinggal, membina kuarters baru, saya juga mohon, adakah kerajaan merancang untuk memberi kepentingan bagi isu atau aspek keselamatan untuk menjamin keselamatan guru-guru ketika mereka kembali ke rumah, kuarters selepas berkhidmat? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jelutong. Matha, pitha, guru, deivam.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Matha, pitha, guru, deivam. Dalam bahasa Tamil, satu ungkapan yang penting. Matha, pitha, guru, deivam.

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih. Terima kasih, dengan izin Puan Yang di-Pertua, sememangnya soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jelutong ada keluar daripada soalan asal. Tapi apa pun, berkenaan dengan keselamatan sekolah, isu ini telah pun beberapa kali dijawab khasnya mulai pada tahun lepas berkenaan dengan pendekatan-pendekatan yang kita telah pun ambil, bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi bagaimana kita membimbing anak-anak kita dan bagaimana kita nak melibatkan masyarakat setempat untuk mencapai satu aspek ataupun satu impak whole-of-society approach, dengan izin.

draft • 12:10 PM

Tuan Wong Kah Woh

Dan dalam perkara ini kesemua usaha-usaha sedang dilakukan, termasuklah katakan untuk asrama, dalam Belanjawan 2027 telah pun pihak KPM diluluskan perjawatan untuk lantikan MySTEP sebagai pembantu warden. Dan pada masa yang sama, untuk berkenaan dengan aspek ataupun tindakan seperti bimbingan kepada murid dan juga peranan daripada rakan-rakan sebaya. Kesemua usaha ini akan diteruskan.

Isu keselamatan sekolah tidak mula pada hari ini sahaja. Tetapi ia telah diberikan penekanan oleh KPM dan telah pun banyak kali kita jawab mulai — pada tahun lepas. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Kota Belud.

draft • 12:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Selamat pagi Puan Yang di-Pertua. Soalan saya hari ini nombor 8.

draft • 12:20 PM

8. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Komunikasi menyatakan usaha kementerian dalam memberikan penerangan sebenar mengenai sejarah pembentukan Malaysia pada tahun 1963 agar setiap golongan memahami dan mengakui akan hak-hak ketiga-tiga wilayah yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi sentiasa komited untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai sejarah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, termasuk semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak dan kedudukan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Usaha penerangan dilaksanakan secara berterusan melalui pelbagai platform penyiaran, saluran digital dan juga program bersemuka bagi memastikan maklumat berkaitan disampaikan secara meluas dan konsisten kepada masyarakat.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memanfaatkan 34 stesen radio, lima saluran televisyen, platform digital RTMKlik serta media sosial rasmi seperti Facebook, TikTok, Instagram, YouTube dan X untuk menerbitkan dan menyiarkan kapsul informasi, klip video pendek, pesanan khidmat awam (PKA), bahan promosi, drama pendek dan program bual bicara.

RTM turut menyiarkan telemovie khas berkaitan kemerdekaan negara yang mengaitkan sejarah kemerdekaan dengan asas pembentukan Malaysia melalui pendekatan yang lebih santai dan mudah difahami oleh pelbagai peringkat usia.

Sementara itu, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) melaksanakan penyelarasan naratif kerajaan melalui penyediaan lima naratif dan juga pointers berkaitan sejarah dan semangat pembentukan Malaysia, kedudukan negeri-negeri dalam Persekutuan serta kemakmuran bersama.

Naratif tersebut merangkumi Hari Malaysia, memperhalusi proses hak Sabah tetap terpelihara, tiada negeri di anak tiri, membangun bersama MADANI, perpaduan bersama-sama, membina negara bangsa dan bantuan interim Sabah cecah RM1.5 bilion.

JAPEN turut menerbitkan buku Program Sambutan Hari Malaysia 2026, termasuk sejarah pembentukan Hari Malaysia dalam format bercetak dan digital melalui portal Dbook. Bagi memperluaskan capaian maklumat kepada masyarakat untuk memperluas hebahan melalui platform digital, JAPEN telah memuat naik 115 hantaran yang merangkum 21 kandungan kreatif berkaitan pembentukan Malaysia dan pelaksanaan MA63 di media sosial rasminya. Selain itu, JAPEN turut menganjurkan pameran Hari Malaysia 2026 sebagai medium penerangan secara bersemuka. Pameran ini berlangsung dari 10 hingga 22 September 2026 di 16 lokasi di Sarawak, Putrajaya, Sabah dan lain-lain.

Kementerian Komunikasi akan terus mempergiat usaha penerangan melalui penyiaran media digital dan juga program turun padang bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap sejarah pembentukan Malaysia (MA63) serta peruntukan berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Usaha ini penting untuk memperkukuh penghayatan terhadap sejarah dan asas pembentukan Malaysia, menyemai semangat kebersamaan serta memelihara perpaduan dan juga keharmonian negara. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Belud.

draft • 12:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahun ini Malaysia ditubuhkan - genaplah usia 63 tahun sama dengan tahun di mana ia dilahirkan, Persekutuan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963. Malang sekali, bukan sahaja hak yang dijanjikan belum lagi dilaksanakan sepenuhnya. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu ataupun keliru dengan identiti sebenar Malaysia.

Yang lebih menyedihkan adalah apabila pemimpin masyarakat ataupun bekas pemimpin menuduh tuntutan hak kami di Borneo ini sebagai ancaman kepada kepentingan nasional ataupun apa yang Borneo dapat, Semenanjung rugi. Dan yang paling ekstrem lagi, menuduh kami ingat mahu berpisah dengan Malaysia.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 12:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya ucap terima kasih kepada usaha kementerian untuk memberi penerangan berikut.

Tetapi Tuan Yang di-Pertua, mengetahui, memahami dan memperakui adalah tiga perkara yang berbeza.

Soalan saya, adakah kementerian mempunyai sebarang ukuran kefahaman rakyat, khususnya di Semenanjung, tentang hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63? Jika tiada, adakah kementerian bersedia menjalankan kajian persepsi sebagai garis asas dan membentang dapatan kepada Dewan ini?

Sebab dapatan ini sangat penting untuk memastikan langkah yang paling berkesan untuk— ya, kita mahu rakyat Malaysia keseluruhannya bukan sahaja mengetahui tetapi memahami dan mengakui hak kami di Borneo. Dan kerana itulah dijanjikan kepada kami sebelum kami bersetuju untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Saya setuju bahawa faham dan juga akui adalah dua perkara yang amat-amat berbeza. Tetapi saya rasa kita juga perlu setuju bahawa dalam masyarakat kita memang masih ada orang ataupun sentiasa ada orang yang untuklah mungkinlah kepentingan sendiri, agenda sendiri, mereka akanlah buat kenyataan-kenyataan yang tidak patut. Ini saya rasa terpakailah kepada mana- mana.

Dan saya nak sebut di sini. Memang setakat ini, kementerian sama ada di bawah RTM, JAPEN, kita tak ada satu kajian untuk mengukur pemahaman dan juga— tentanglah MA63 dan jugalah pembentukan Malaysia.

draft • 12:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Yang saya boleh kongsi di sini adalah sebagai contohnya, untuk 115 hantaran yang merangkumi 21 kandungan kreatif berkaitan pembentukan Malaysia dan pelaksanaan MA63 di media sosial rasmi JAPEN sehingga 22 September, kandungan tersebut merekodkan sebanyak 119,708 tontonan dan 13,663 tanda suka dan juga 17,203 perkongsian dan juga 32,474 penglibatan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Cadangan daripada Ahli Yang Berhormat, sudilah saya bawa balik ke kementerian untuklah saya terus bincang dengan kementerian dan jugalah JAPEN. Sama ada JAPEN bolehlah melaksanakan kajian ini. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 12:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Banyak usaha- usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan strategi komunikasi berkesan terhadap isu ini.

Persoalan daripada Jerantut ialah apakah petunjuk prestasi utama ataupun KPI dalam pembentukan strategi komunikasi nasional untuk mengukur keberkesanan penerangan ini? Duit kita invest, kita laburkan tapi bagaimana — apakah ukuran keberjayaan itu?

Dan yang kedua, apakah pihak kementerian bercadang untuk membangunkan arkib digital dan dokumentasi nasional berkenaan dengan perkara ini, berkenaan dengan hubungan Perlembagaan negara dan MA1963 untuk memastikan semua generasi rakyat memahami perkara ini?

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Pertamanya, saya rasa untuklah memupuk perpaduan, semangat kebersamaan dan jugalah pemahaman terhadap pembentukan Malaysia.

That’s an ongoing process, dengan izin.

Saya rasa tak boleh kita cakap bahawa sampai bila sudah cukup, kita perlu hentilah usaha itu. Dan oleh sebab itu di bawah kementerian, tak kiralah mana-mana agensi, kami akan selalu melipat ganda usaha kita untuk promote unity, promote perpaduan dan memastikan bahawa konsep ini dihayati oleh semua rakyat Malaysia.

Dan di bawah FINAS sebagai contohnya, kita memang ada wujudkan dana.

Bukan sahaja untuk dana untuk filem yang biasa tetapi kita ada dana filem cereka

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching

ataupun animasi, kenegaraan, di mana maksimum pelaburan — maksimum FINAS ialah sehingga RM2 juta.

draft • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Pada masa yang sama, kami juga ada Dana Dokumentari Kenegaraan di mana pembiayaan maksimum FINAS adalah RM300,000 setiap projek dan juga Dana Filem Pendek Kenegaraan di mana pembiayaan maksimum FINAS adalah RM50,000 setiap projek. Ini juga merupakan suatu kaedah untuk kita pastikan bahawa apabila kita ― bukan sahaja RTM menghasilkan kandungan, JAPEN menghasilkan kandungan, tetapi apabila kita juga nak melibatkan sektor swasta khasnya yang terlibat dalam industri filem ini juga menghasilkan kandungan yang boleh bantu kita untuk promote semangat kenegaraan itu.

Tentang sama ada kita akan wujudkan tax digital, memang ini adalah sebahagian usaha yang dijalankan oleh JAPEN dan juga oleh FINAS. Sekian sahaja.

Terima kasih

draft • 12:30 PM

[Soalan No. 9 – YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 9, YB Setiu tidak hadir. Jadi, saya jemput Tuan Cha Kee Chin, Rasah.

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-10.

draft • 12:30 PM

10. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini projek menaik taraf Jalan FT362 dari Simpang Tol Bandar Ainsdale ke bandar Seremban memandangkan kemajuan kerja di tapak dilihat agak lewat. Apakah status terkini projek ini termasuk peratus kemajuan, tarikh dijangka siap dan punca kelewatan.

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Puan Yang di-Pertua, pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rasah adalah merujuk kepada projek menaik taraf Jalan FT362 dari Seksyen 0.4 ke Seksyen 3.1, Lingkaran Tengah Seremban dan membina jejambat merentasi Lebuhraya Utara Selatan, daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Projek ini telah diluluskan di dalam Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Skop projek ini ialah menaik taraf jalan tunggal dua lorong kepada jalan kembar empat lorong dua hala sepanjang 2.7 kilometer termasuk membina jambatan dengan piawaian JKR U5, menaik taraf persimpangan sedia ada, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat, menaik taraf sistem perparitan, kerja-kerja geoteknik, kerja-

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

kerja pavement, pemasangan perabot jalan, pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti.

Surat setuju terima (SST) telah dikeluarkan pada 28 Januari 2025, manakala tarikh mula tapak adalah pada 9 April 2025. Projek ini dijadual dapat disiapkan pada 17 Mei 2029. Status kemajuan projek sehingga 30 September 2026 telah mencapai 7.62 peratus berbanding jadual juga sebanyak 7.62 peratus, iaitu 100 peratus ikut jadual.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses pengambilan balik tanah PBT masih belum selesai dengan berbaki 18 lot daripada 46 lot persendirian yang terlibat di sepanjang jajaran ini. Senarai keutamaan telah diselesaikan PBT dikemukakan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

Keseluruhan proses pengambilan balik tanah ini dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya pada penghujung November 2026.

Pada masa ini, pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja di tapak yang melibatkan sebahagian lot yang telah selesai pelaksanaan proses pengambilan balik tanah dan di kawasan tanah kerajaan. Pihak kontraktor juga giat melaksanakan kerja-kerja fizikal yang melibatkan kerja-kerja pembinaan longkang di tepi jalan di lokasi tertentu. Penyelarasan bersama syarikat-syarikat utiliti yang terlibat dan agensi kerajaan yang berkaitan sedang dilaksanakan bagi memastikan isu pengalihan utiliti dapat diselesaikan dengan segera.

Pihak JKR akan memantau secara rapi bagi memastikan pihak kontraktor mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, kawalan kos dan kualiti keseluruhan projek selaras dengan Arahan Teknik Jalan yang berkuat kuasa. Kementerian Kerja Raya melalui JKR selaku agensi pelaksana akan terus memantau kemajuan projek ini secara berkala bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut jadual, berjaya disiapkan mengikut perancangan.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan terhadap projek jalan tersebut.

Projek tersebut akan bersambung ke Jalan Lingkaran Tengah ke bandar Seremban. Baru-baru ini, JKR Negeri Sembilan telah mengadakan projek penyuraian trafik di Jalan Sungai Ujong dan penutupan simpang lampu isyarat selepas exit Plaza Tol Seremban dari arah utara selama dua minggu yang telah dilaksanakan pada 30

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

September sehingga 13 Oktober, dan mulai 14 Oktober kembali kepada keadaan asal.

Saya nak tanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dan KKR, apakah status terkini hasil kajian tersebut? Apakah dapatan awal berkenaan dengan kajian tersebut? Sama ada ia akan dilaksanakan sepenuhnya ikut apa yang berlaku tempoh hari― dua minggu― ataupun ada pandangan yang berbeza?

Sebab, saya sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut, saya pengguna jalan raya di situ setiap hari. Sebab, saya rasa ada tempat yang boleh kita tutup tempoh hari, ada yang kita terlebih tutup. Itu sedikit pandangan saya. Terutamanya simpang pergi Gateway itu. Kalau untuk JKR Seremban, dia tahu, tak sepatutnya ditutup. Jadi, saya nak tanya, hasil daripada kajian tersebut, bila akan diumumkan dan apakah keputusan daripada JKR?

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, terima kasih, YB Rasah. Ini adalah mengenai notis penutupan persimpangan lampu isyarat selepas exit Tol Seremban yang bermula 30 September dan kita telah tamat melakukannya pada 13 Oktober 2026. Jarak antara persimpangan tol PLUS arah selatan dan persimpangan Seremban Gateway ini 155 meter. Sepatutnya arahan teknik― garis panduan― dia perlu 300 meter. Oleh itu, berlakulah apa yang disebut sebagai koordinasi pelepasan kenderaan yang menjejaskan dan kawalan kelajuan progresif green wave yang terjejas.

Jadi, penutupan simpang exit tol PLUS telah membolehkan kenderaan bergerak lancar dari arah Seremban 2, Sendayan menghala ke pusat bandar dan juga arah pusat bandar ke Seremban 2, Sendayan. Penutupan ini juga telah menghapuskan kesesakan di tol PLUS kerana tiada lagi kenderaan beratur untuk ke Seremban 2, Sendayan.

Walau bagaimanapun, kajian dilaksanakan telah mengarahkan trafik untuk menggunakan U-turn di Jalan Labu FT362 yang turut melibatkan kenderaan panjang, lebar seperti bas, lori kontena. Dan didapati U-turn ini kecil dan sempit. Maka, cadangan untuk masa panjang, U-turn ini perlu dinaik taraf.

Sebagai rumusan, apa yang ingin saya sampaikan kepada YB Rasah, kesesakan masih berlaku di beberapa lokasi Jalan Sungai Ujong sepanjang tempoh kajian berpunca dari keengganan pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan yang dimaklumkan. Contoh utama adalah apabila pengguna jalan raya enggan menggunakan U-turn yang dinyatakan, sebaliknya membuat U-turn secara tidak sah

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

di persimpangan Palm Mall. Tindakan ini telah mengakibatkan kesesakan berlaku semula dan menyukarkan pihak JKR untuk membuat kesimpulan konklusif atas keberkesanan kajian.

Untuk maklumat lanjut, YB Rasah bolehlah menemui JKR Seremban mengenainya. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Maran.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tak silap saya JKR pernah mengumumkan, menyatakan bahawa 77 peratus daripada projek-projek sakit di bawah Kementerian Kerja Raya ini adalah disebabkan oleh pengurusan kontraktor, kelemahan kontraktor dan sebagainya.

Saya ingin tahu, berapakah jumlah kontraktor yang telah dikenakan tindakan termasuk penamatan kontrak? Adakah Yang Berhormat mempunyai maklumat berapa kerugian yang dihadapi oleh kerajaan? Juga, saya ingin bertanya, sejauh mana status kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT83 laluan Jengka 8 ke Pusat Jengka, Maran, Pahang? Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, projek sakit yang ada daripada lebih kurang 850 projek yang di dalam tangan JKR sekarang ini melibatkan pelbagai kementerian― kerana kami adalah kementerian pelaksana― 27 lagi adalah kementerian pengguna. Projek sakitnya masih dalam kawalan. Lima peratus, selepas itu turun empat peratus.

Saya mempengerusikan projek sakit ini sebanyak empat kali dalam masa setahun, tiga bulan sekali di lokasi-lokasi yang berbeza. Saya mendapati, betul, 70 lebih peratus hingga 75 peratus adalah disebabkan oleh kontraktor, 25 peratus lagi adalah sebab-sebab teknikal yang lain. Jadi, kontraktor itu pula puncanya adalah disebabkan kerana kelemahan pengurusan kewangan dan kelemahan pengurusan projek. Itu 75 peratus.

Tetapi, daripada 850 projek yang sedia ada itu, sekarang ini kita telah mengarahkan supaya diturunkan projek sakitnya daripada lima ke empat percent dan empat ke tiga percent.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya akan mempengerusikan satu lagi mesyuarat pada bulan 11 di Sarawak.

Saya harap projek sakit akan turun kepada hanya tiga percent daripada 850 projek.

Jumlah kerugian belum ditaksir. Dan spesifik mengenai Jalan FT83 Jengka 8 ke Pusat Jengka itu kita jawab bertulis, YB Maran. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.

draft • 12:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kangar soalan 11. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

11. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perancangan strategik kementerian bersama Persatuan Sukan Kebangsaan bagi memastikan persiapan atlet negara berada pada tahap terbaik untuk menghadapi Temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).

draft • 12:40 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kangar. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan ataupun KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sentiasa menjalinkan kerjasama strategik dalam memperkukuh perancangan dan persediaan atlet negara bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 ataupun LA 2028.

Ada tiga inisiatif utama di bawah KBS iaitu Program Podium, Program Road To Goal (RTG), Program Fast Track ya. Program Podium adalah program yang menyediakan latihan dan pembangunan atlet secara sepenuh masa bagi menghadapi kejohanan di peringkat antarabangsa serta temasya sukan utama seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Dan pada tahun 2026, sebanyak RM70 juta diperuntukkan bagi Program Podium yang kini melibatkan 415 atlet daripada 20 jenis sukan yang menjalani latihan sepenuh masa.

Seterusnya adalah program Road To Goal ataupun RTG yang juga merupakan program ataupun inisiatif strategik bagi memburu pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik LA 2028. Pada tahun 2026, sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan kepada program RTG di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan sehingga kini terdapat 15 orang atlet di bawah program RTG iaitu dari sukan angkat berat, badminton, berbasikal trek dan squasy.

Ya, dan seterusnya adalah Program Fast Track. Program Fast Track adalah program di bawah RTG ataupun program lanjutan daripada program RTG dan ini adalah inisiatif KBS bersama melalui MSN untuk— ia merupakan program pembangunan atlet bagi generasi muda yang berumur 25 tahun dan ke bawah dengan kedudukan ranking 20 terbaik dunia yang telah mencapai pelbagai pingat di peringkat Asia. Dan sehingga kini seramai empat orang atlet di bawah Program Fast Track dari sukan berbasikal trek dan memanah, ya.

draft • 12:40 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Bagi memastikan persiapan ke arah LA2028 dilaksanakan secara lebih terancang, berfokus dan berasaskan prestasi, KBS melalui MSN bersama PSK dan MOM memberi tumpuan kepada pembangunan atlet secara berperingkat dan berterusan. Pengukuhan sokongan dan pembiayaan, pemantauan dan penilaian berasaskan prestasi, pengukuhan ekosistem sokongan prestasi serta penyelarasan bersepadu bersama PSK dan MOM.

Pendekatan ini bertujuan memastikan atlet yang berpotensi mendapat laluan pembangunan, latihan, pendedahan pertandingan dan sokongan yang bersesuaian bagi mencapai prestasi terbaik di LA2028. Persiapan atlet ke arah temasya Sukan Olimpik LA2028 dilaksanakan secara berfasa berasaskan prestasi, data dan penanda aras antarabangsa dengan penekanan kepada pembangunan atlet, latihan bersasar, pendedahan pertandingan, sokongan sains dan perubatan sukan selain pemantauan prestasi secara berterusan bagi mencapai tahap prestasi tertinggi di pentas Olimpik. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kangar.

draft • 12:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih YB Timbalan Menteri, jawapan yang agak meyakinkan. Dan soalan tambahan saya juga berkaitan dengan RTG dan juga program Fast Track.

draft • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi, apakah status terkini persediaan atlet negara di bawah program RTG dan Program Fast Track dalam menghadapi temasya LA 2028 termasuk pencapaian atlet di peringkat antarabangsa sepanjang 2026? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Untuk persediaan atlet negara di bawah program Road to Goal ataupun RTG dan program Fast Track bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028, kini berada pada landasan yang positif seperti yang dapat dilihat melalui pencapaian cemerlang atlet di kejohanan dunia serta dua temasya sukan utama yang berprestij iaitu di Sukan Komanwel Glasgow 2026 dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

draft • 12:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Dan dari aspek pencapaian, pada tahun 2026, atlet-atlet di bawah program RTG telah melakar kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa. Antara pencapaian yang berjaya diraih adalah seperti berikut okey.

Dalam sukan badminton pasangan beregu lelaki badminton Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah meraih pingat perak dalam Kejohanan Dunia BWF 2026 serta

draft • 12:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol

naib juara di Terbuka Malaysia dan All England 2026. Mereka kini berada dalam kelompok empat terbaik dunia. Dan kita ada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani yang memenangi tiga kejohanan bertaraf World Tour dan muncul naib juara dalam satu lagi kejohanan World Tour pada tahun 2026. Dan Pearly Tan dan Thinaah meraih pingat gangsa di Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 baru-baru ini dan merangkul gelaran juara Terbuka Denmark 2026.

Dan kita— dalam sukan angkat berat pula kita ada Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin yang telah memenangi pingat emas di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026. Dan untuk acara berbasikal trek, kita ada Muhammad Shah Firdaus Sahrom menduduki tempat ketujuh dalam acara keirin di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 dan Nurul Izzah Izzati telah menduduki tempat keempat dalam acara sprint di Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 selain meraih dua pingat iaitu pingat perak dalam acara sprint berpasukan dan pingat gangsa dalam acara keirin di Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Dan seterusnya adalah sukan squasy melalui atlet negara kita iaitu Sivasangari Subramaniam telah meraih pingat emas dalam acara perseorangan wanita dan berpasukan wanita di Sukan Asia Aichi–Nagoya 2026. Beliau turut mencatat pencapaian membanggakan apabila berada dalam kelompok empat pemain terbaik dunia apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Diamond buat kali pertama menerusi penyertaannya dalam CIB Egyptian Open 2026. Dan beliau turut menjuarai Kejohanan Grasshopper Cup 2026.

Dan Ng Eain Yow meraih pingat emas acara perseorangan lelaki melalui berpasukan lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Dan sukan terakhir...

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 12:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol

...Adalah memanah iaitu melalui Ariana Nur Dania, Syaqiera Mashayikh dan Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini masih dalam fasa pembangunan dan pemantauan prestasi. Dan untuk tahun 2027, merupakan tempoh paling penting kerana proses kelayakan ke temasya Sukan Olimpik LA 2028 akan bermula bagi sukan yang berkaitan.

Jadi KBS melalui MSN akan terus memantau prestasi atlet, menilai keperluan sokongan dan memperkukuhkan persediaan atlet berpotensi bagi meningkat peluang negara mencapai kejayaan untuk di LA nanti. Ya, sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih YB Timbalan Menteri, detailed.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 12:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Sejarah penyertaan dan pencapaian negara di temasya Olimpik menunjukkan bahawa kita masih terlalu bergantung kepada badminton dan juga basikal trek sebagai penyumbang pingat negara.

Sehubungan dengan itu, apakah perancangan khusus kementerian untuk memperkukuh pembangunan sukan-sukan tier 2 yang lain seperti angkat berat, pingpong, memanah dan sebagainya agar dapat meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa dan menghampiri tahap kecemerlangan badminton dan juga basikal trek.

Sekali gus mempelbagaikan sumber pingat dan memperluaskan peluang Malaysia untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 serta temasya Olimpik yang seterusnya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, kita tidak fokus kepada sukan-sukan tertentu sahaja. Kita di KBS melalui Majlis Sukan Negara sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan pembangunan sukan berprestasi tinggi negara bagi mempelbagaikan sumber pingat di kejohanan dunia dan temasya sukan utama.

Dan sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) menetapkan sebanyak 20 jenis sukan teras berprestasi tinggi bagi tempoh 2025 hingga 2028 sebagai asas pelaksanaan pembangunan sukan negara yang lebih berfokus dan berstruktur dan bukan hanya dua sukan sahaja.

Dan bagi memperkukuhkan daya saing sukan berpotensi, MSN memberikan tumpuan kepada pembangunan atlet secara berperingkat bermula daripada pengenalpastian bakat hinggalah ke peringkat prestasi tinggi. Dan pelaksanaan program ini turut mengambil kira pencapaian semasa, potensi atlet, keperluan latihan dan peluang untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Jadi, pendekatan berasaskan prestasi ini membolehkan sumber dan sokongan disalurkan secara lebih strategik ke pasukan serta atlet yang berpotensi menyumbang pingat. Dan dalam masa yang sama, MSN akan terus memperkukuhkan ekosistem sokongan atlet melalui kerjasama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan dan Institut Sukan Negara (ISN) yang meliputi aspek kejurulatihan, sain sukan, perubatan sukan dan banyak lagi.

draft • 12:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol

Dan pembangunan akan terus diperkukuhkan berdasarkan potensi dan pencapaian prestasi atlet dan peluang kelayakan ke temasya sukan utama. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.

draft • 12:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 12.

draft • 12:40 PM

12. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan menangani "ticket scalping" termasuk pembelian tiket secara pukal atau menggunakan bot sebelum dijual semula pada harga tinggi serta ada perundangan sedia ada mencukupi untuk mengawal aktiviti tersebut.

draft • 12:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bentong di atas soalan. Yang Berhormat Bentong di atas soalan ini ya, saya ingin memulakan dengan satu fakta sejarahlah. Fakta sejarahnya memang Malaysia ini tidak ada undang-undang khusus ya untuk menangani isu ticket scalping ini.

draft • 12:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Isu ini memuncak ya Yang Berhormat Bentong pada tahun 2023, apabila berlaku konsert Coldplay yang dilaporkan tiket dijual dengan harga RM43,000 pada ketika itu. Jadi, pada ketika itu, kerajaan membuat beberapa pengumuman. Yang pertama, pengumuman ini antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ya. Kementerian Komunikasi dan juga KPDN.

Antara intervensi kerajaan, ialah yang pertama, berkenaan dengan punca kuasa MCMC untuk mengarahkan penyedia platform media sosial untuk menurunkan iklan-iklan jualan ticket scalping yang dikesan mempunyai unsur penipuan ataupun scam. Itu punca kuasa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kemudian, KPDN pula di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, boleh mengambil tindakan di atas jualan tiket dengan harga yang tidak munasabah ya. Jadi, itu di bawah KPDN. Namun, untuk jangka masa panjang, intervensi kerajaan pada ketika itu pada tahun 2023, ialah untuk mengumumkan bahawa perlu ada

draft • 12:50 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

meneliti keperluan untuk mewujudkan satu rang undang-undang anti ulat tiket. Tapi ini long-term ya Yang Berhormat.

Pada 13 Oktober baru-baru ini Yang Berhormat Bentong, saya sendiri menjawab di Dewan yang mulia ini soalan daripada Yang Berhormat Tampin berkenaan isu yang sama dan dalam jawapan saya, kita melihat kepada pembelian tiket menggunakan bot ini dan juga pembelian tiket secara pukal.

Jadi, punca kuasa daripada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan ini ada di bawah seksyen 15(1) Yang Berhormat Bentong, untuk mewujudkan satu peraturan berkenaan dengan perkara ini. Jadi, dua perkara ini harus kita bezakan Yang Berhormat Bentong ya, pembelian secara pukal dan pembelian secara bot. Yang secara bot itu bawah SKMM ya, yang pembelian secara pukal ini boleh kita lihat di bawah peraturan.

Kerana, apabila kita melihat, melakukan peraturan ini Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, kita boleh–– ini cadangan kami untuk menggunakan ID ya, menggunakan IC untuk beli tiket itu supaya tidak wujud lagi pembelian pukal. Jadi, ini untuk mengelak penipuan. Jadi, proses untuk kita buat peraturan ini akan ambil masa dalam masa enam bulan dan kita baru umum baru ini dan insya-Allah, proses itu dah bermula Yang Berhormat Bentong.

Dan, respons daripada orang ramai terutamanya orang muda yang suka pergi konsert dan sebagainya, amat-amat positif berkenaan dengan kegunaan ID ini untuk membeli tiket, untuk mengelak pembelian pukal ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bentong.

draft • 12:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan kerana saya pun memang suka juga pergi konsert ini. Jadi, kita pun ada pengalaman juga sebab itu saya tanyakan soalan ini.

Jadi, soalan tambahan saya adalah, adakah perundangan ini akan merangkumi semua jenis tiket termasuklah tiket pengangkutan awam, musim perayaan atau terhad kepada hiburan dan sukan sahaja?

Dan, seterusnya adalah memandangkan pertubuhan pesat e-dagang telah membuka ruang kepada aktiviti pembelian secara pukal, manipulasi harga dan penjualan semula barangan atau tiket pada harga yang melampau, sejauh manakah kerajaan bercadang untuk memperkukuhkan kerangka perundangan e-dagang negara, bagi memastikan platform digital turut bertanggungjawab terhadap aktiviti

draft • 12:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

pencatutan yang berlaku dalam ekosistem mereka dan apakah mekanisme penguatkuasaan serta garis masa pelaksanaannya?

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih. Ada dua bahagian ya kepada soalan tambahan Yang Berhormat Bentong tadi. Pertama, sama ada ia nya akan diguna pakai peraturan ini di dalam pembelian semua jenis kategori tiket. Jadi, kalau kita lihat kepada pembelian pukal itu, dia bukan setakat konsertlah. Jadi, di mana ada ruang-ruang dan peluang untuk wujud pasaran gelap, jadi di situ Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan ini boleh diguna pakai dan peraturan ini khusus untuk pembelian pukal ya.

Yang kedua, insya-Allah, Rang Undang-undang E-Dagang akan dibentangkan di Parlimen pada Penggal Pertama –– mesyuarat yang pertama tahun depan, Yang Berhormat. Dan, sudah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Insya-Allah, e-dagang ini akan kita lihat kepada soalan-soalan tersebut.

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Mengenai e-dagang Yang Berhormat Menteri sebut tadi, adakah Rang Undang-undang E-Dagang ini nanti akan menjamin pengusaha- pengusaha tempatan. Sebagai contoh, sekarang ini banyak aplikasi dalam talian yang direct terus daripada misalnya negara China.

Jadi, pengusaha-pengusaha tempatan yang mengadu kepada kita, tidak ada mekanisme untuk mengawal. Adakah e-dagang Yang Berhormat sebut tadi itu akan mengawal supaya kita mengehadkan aplikasi talian ini yang direct terus dengan negara luar dan dia memberi ruang yang banyak kepada pengusaha tempatan untuk terus hidup. Berkait dengan e-dagang tadi.

Terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Alor Setar, ini soalan yang memang panas ya. Sebab–– tapi dia lari daripada soalan asal. Tapi, kita ambil berat berkenaan dengan barang daripada luar yang dibawa masuk ke dalam negara terutamanya yang menggunakan platform atas talian. Dan, yang paling kita takut ataupun risau dan banyak aduan ialah apabila mereka menawarkan predatory pricing ataupun harga yang memang gila-gila yang boleh membunuh industri tempatan.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Jadi, ini sudah pun dipandang serius dan pihak kerajaan baru-baru ini ada melihat secara detail berkenaan dengan perkara ini. Dan, kita juga harus melihat sama ada boleh kita masukkan sekali di dalam rang undang-undang yang kita akan bawa nanti. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah Sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:50 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon agar mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2027 peringkat dasar yang akan diumumkan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 26 Oktober 2026.”

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:56 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Puan Yang di- Pertua, saya menyokong.

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:56 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit

(RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [21 Oktober

draft • 12:56 PM

2026] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas hari ini adalah seperti berikut. YB Jelebu, YB Machang, YB Beruas, YB Pasir Puteh, YB Jempol, YB Ampang, YB Pendang, YB Bukit Bintang, YB Bakri, YB Pengkalan Chepa, YB Balik Pulau, YB Tanjong Manis, YB Langkawi, YB Stampin, YB Jasin dan YB Hulu Langat.

draft • 12:56 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Puan. Puan. Peraturan Dewan. Peraturan Dewan,

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Mana satu?

draft • 12:56 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan 43.

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

  1. Baca.

draft • 12:56 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pertama, kalau mengikut 43, Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya, Tuan Pengerusi, tertanggung ke atasnya, menjaga supaya Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat diendahkan.

draft • 12:56 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Diendahkan. Maknanya, Puan dah lihat kepada apa yang dibangkitkan oleh Jelutong tempoh hari, dua hari lepas dan, Puan dah endahkan.

Peraturan yang dinyatakan juga adalah tidak betul. Bukan 36(1), 36(1) berkenaan dengan undang-undang yang nak dipinda. Jadi, saya tak tahu apa yang Jelutong bangkitkan. 36(1) kah atau 4 kah, atau 6 kah. Jadi, awal-awal Puan dah endahkan. Jadi, menolak.

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, saya tidak menolak Peraturan Mesyuarat yang di bawa oleh Yang Berhormat Jelutong.

draft • 12:56 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tapi dah memang salah.

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya hanya pesan supaya YB Jelutong untuk buat Usul dan hantar ke Tan Sri Speaker.

draft • 12:56 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Betul. Jadi, saya baca yang kedua Puan.

draft • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 12:56 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya baca yang kedua.

Jadi, tidak boleh diminta timbangkan semula dan tidak boleh diulang kaji. Dua perkara; tak boleh timbang semula dan tak boleh ulang kaji kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri.

Puan dah endahkan perkara yang dengan Jelutong. Puan dah buat keputusan.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Keputusan ialah supaya YB Jelutong berusul kepada Tan Sri Speaker.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bermakna Puan bersidang pada masa itu sebagai Yang di-Pertua. Masalah sekarang yang berlaku, semalam diminta supaya ditarik balik.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu keputusan Tan Sri Speaker.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, tetapi persoalan dia bolehkah Tan Sri Speaker overrule keputusan yang dibuat oleh Puan?

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tan Sri Speaker membuat keputusan berdasarkan usul yang dihantarkan.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Usul belum ada.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Usul yang dihantarkan oleh YB Jelutong.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Usul belum ada daripada Jelutong. Dia suruh Jelutong yang buat usul. Belum ada usul.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tak pasti sama ada YB Tan Sri terima apa-apa usul daripada YB Jelutong dan mungkin nanti YB Besut boleh semak dengan YB Tan Sri Speaker.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kena semak pula, susahlah.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tetapi yang jelas adalah tak boleh di — apa ini overrule...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang jelas ialah saya...

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Puan punya...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya nak bahaslah.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya suruh YB Jelutong untuk buat usul.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak buat keputusan.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Usul belum. Dia — Tan Sri yang minta supaya Jelutong buat usul.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, nanti boleh semak dengan Tan Sri Speaker sama ada apa-apa yang telah dihantar.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh, kena semak? Susah juga itu.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dajallah Besut ni.

[Ketawa]

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, Tan Sri telah buat keputusan bahawa minta Kota Bharu menarik balik perkataan tersebut, dan kalau tidak, ia nya akan dibincangkan pada hari ini. Makna kata dia telah overrule keputusan Speaker di bawah 43. Speaker kata bawa usul. Usul belum dibawa, Tan Sri berkata suruh tarik balik.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tak pasti sama ada usul telah dibawa atau belum.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Nak tarik balik macam mana? Usul belum bawa.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bawa usul.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bentong, Bentong.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jadi, kita nak minta...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Terima kasih, sila duduk.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Terima kasih tetapi...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Hari ini kami nak tanya...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dah, okey.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Pukul berapa...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Arau, bagilah laluan, Arau.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

...yang dibenarkan yang — Dewan nak benarkan supaya...

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Alahai, kacau betul Arau ini.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

...Kota Bharu...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dengan Besut ini.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

...

[Tidak jelas] tarik balik. [Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau, boleh tunggu nanti Tan Sri Speaker masuk.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kalau tidak nanti Kota Bharu tak ada dalam Dewan, kami tak ada dalam Dewan. Kami nak kena pergi mahkamah, nak dengar keputusan mahkamah berhubung dengan apa itu, PM, dibatalkan.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dah setting dah ini. Petang ada mesyuarat. Aduh.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jadi, kami nak tahu pukul berapa?

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Arau, bagi laluan pada Jelebulah Arau.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Hari ini ialah hari yang KB kena hantar permohonan menarik balik. Tarik apa pula itu?

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Dia kata... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, cukup.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh? Dah, Arau?

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jangan campur tangan... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum Yang Berhormat, kita teruskan sesi sebelah petang. Dipersilakan Yang Berhormat Jelebu.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam perpaduan.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, belanjawan bagi tahun 2027 ini seperti yang kita sedia maklum telah memperuntukkan RM461.84 bilion merangkumi RM376.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan serta

draft • 2:34 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

RM2 bilion simpanan luar jangka. Justeru, dalam membahaskan Belanjawan 2027 ini saya ingin memberikan tumpuan kepada beberapa perkara yang menyentuh secara langsung soal kebajikan rakyat, keadilan pembangunan dan keberkesanan penyampaian kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai kos sara hidup terus menjadi antara kebimbangan utama rakyat.

Berdasarkan Laporan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar inflasi negara pada Ogos 2026 adalah sebanyak 1.9 peratus. Manakala, inflasi bagi kumpulan makanan dan minuman turut mencatatkan kadar 1.9 peratus.

Angka ini mungkin kelihatan terkawal dari segi sudut ekonomi tetapi kita perlu memahami bahawa kadar inflasi yang rendah tidak bermakna harga barangan telah kembali murah. Sebaliknya, harga masih meningkat cuma pada kadar yang mungkin agak perlahan.

Hakikatnya rakyat tidak membeli barang keperluan harian mereka dengan menggunakan angka inflasi. Mereka membelinya menggunakan wang gaji dan pendapatan yang perlu dibahagikan untuk pelbagai keperluan keluarga.

Saya mengambil maklum bahawa Belanjawan 2027 telah meningkatkan peruntukan SARA ataupun STR dan juga SARA kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion pada tahun 2026. Kerajaan turut mengumumkan bahawa penerima STR akan menikmati bantuan SARA sehingga RM150 sebulan bergantung pada kelayakan masing-masing. Saya ingin bertanya sama ada peningkatan bantuan ini benar-benar mencukupi untuk mengimbangi tekanan kos kehidupan rakyat.

Menurut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2024 oleh DOSM, median pendapatan isi rumah di dalam negara kita adalah RM7,017 sebulan. Namun, bagi isi rumah luar bandar median pendapatan hanya RM4,588 berbanding dengan pendapatan isi rumah kawasan bandar sebanyak RM8,139. Perbezaan ini menunjukkan bahawa kemampuan ekonomi isi rumah tidak seragam. Dasar bantuan tidak seharusnya dinilai berdasarkan kepada jumlah penerima atau keseluruhan peruntukan semata-mata tetapi juga berdasarkan tahap kecukupannya untuk memenuhi keperluan sebenar keluarga.

Saya ingin mencadangkan agar Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Ekonomi bersama melaksanakan penilaian berkala terhadap kecukupan bantuan STR dan SARA dengan mengambil kira saiz isi rumah, lokasi kediaman serta keperluan asas. Penilaian ini penting supaya bantuan yang disalurkan benar-benar bersesuaian dengan keadaan penerima. Pada masa yang

draft • 2:34 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

sama, saya juga memohon kerajaan memperkukuhkan langkah menangani kos sara hidup dari segi sudut penawaran khususnya pengurangan kos pengedaran dan penguatkuasaan terhadap amalan pencatutan. Usaha meningkatkan pendapatan rakyat juga perlu bergerak seiring dengan pemberian bantuan.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya juga nak bawa perbahasan ini kepada satu persoalan yang lebih besar iaitu bagaimana Belanjawan 2027 dapat dimanfaatkan untuk memperkukuhkan pembangunan negeri-negeri khususnya Negeri Sembilan agar kemajuan negara dapat diterjemahkan kepada kemakmuran yang lebih menyeluruh. Belanjawan Persekutuan tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai sumber peruntukan tahunan. Ia seharusnya mesti menjadi instrumen strategik untuk membina kekuatan ekonomi negeri, memperluaskan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan menyediakan asas pembangunan yang mampu bertahan untuk generasi yang akan datang.

Kita mesti melihat pembangunan bukan sekadar dalam kerangka satu tahun belanjawan tetapi sebagai usaha jangka panjang yang menuntut perancangan rapi, keutamaan yang jelas dan kesinambungan dasar. Negeri Sembilan mempunyai satu kawasan atau lokaliti yang kedudukannya begitu strategik. Bersempadan dengan pusat pertumbuhan ekonomi negara serta mempunyai dan memiliki kekuatan dalam sektor perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan.

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan Negara, ekonomi Negeri Sembilan pada tahun 2025 bernilai RM55.8 bilion dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri.

draft • 2:34 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Angka ini menunjukkan bahawa Negeri Sembilan mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk terus diperkasakan. Atas sebab itu, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memperkukuhkan lagi pendekatan pembangunan berasaskan potensi negeri dengan menyelaraskan peruntukan infrastruktur insentif pelaburan, pembangunan, bakat dan kemudahan industri mengikut kekuatan ekonomi setiap negeri.

Bagi Negeri Sembilan, pembangunan koridor ekonomi dan kawasan perindustrian perlu disokong oleh jaringan pengangkutan, utiliti yang mencukupi, kemudahan logistik serta bekalan tenaga mahir. Kita tidak mahu pelaburan diluluskan di atas kertas, tetapi pelaksanaannya terganggu kerana infrastruktur asas tidak disediakan mengikut keperluan. Pelaburan yang diumumkan mungkin

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

menggambarkan keyakinan pelabur, tetapi pekerjaan yang diwujudkan dan pendapatan yang meningkat merupakan bukti manfaatnya kepada rakyat.

Kita mahu sama-sama lihat. Sebagai Ahli Parlimen Jelebu dan rakan-rakan Parlimen daripada Negeri Sembilan, mahu melihat anak-anak Negeri Sembilan mempunyai peluang membina kerjaya dan masa depan di negeri sendiri tanpa terpaksa berhijrah semata-mata untuk memperoleh pekerjaan yang boleh menawarkan pendapatan yang lebih.

Dalam membicarakan pembangunan negeri, kita juga mesti berani mengakui bahawa kemajuan tidak boleh tertumpu kepada beberapa kawasan pertumbuhan sahaja. Pembangunan Seremban dan Port Dickson yang kita lihat sekarang perlu terus diperkukuhkan kerana saya– kita selalu sebut bahawa Negeri Sembilan dan Seremban itu adalah next Klang Valley in the making. Tetapi daerah seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Rembau juga mesti mempunyai peranan ekonomi yang jelas serta peluang untuk terus berkembang.

Setiap daerah mempunyai kekuatan sendiri. Ada yang berpotensi dalam pertanian moden dan industri makanan. Ada juga yang mempunyai kelebihan dalam pelancongan, perusahaan desa serta pembangunan ekonomi berasaskan sumber tempatan. Kerana itu Dato’ Yang di-Pertua, itu tidak bermakna sektor pertanian, perusahaan desa dan pelancongan luar bandar, kita pandang kecil kerana sektor- sektor inilah yang perlu diperkasakan mengikut kelebihan setempat supaya pembangunan ekonomi negeri tidak hanya tertumpu kepada kawasan perindustrian dan pusat bandar.

Kemajuan sesebuah negeri tidak sepatutnya hanya diukur melalui pertumbuhan pusat ekonomi, tetapi juga melalui sejauh mana daerah-daerah lain turut menikmati hasil pembangunan tersebut. Justeru, saya mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membangunkan kerangka pembangunan daerah yang lebih bersepadu dan dengan mengenal pasti projek pemangkin keperluan infrastruktur dan peluang pekerjaan bagi setiap daerah.

Prinsipnya mudah, kita tidak mahu pembangunan yang menjadikan satu kawasan semakin maju, sedangkan kawasan lain terus menunggu limpahan yang belum tentu sampai. Pembangunan yang adil bukan bermaksud setiap daerah mesti mempunyai projek yang sama besar, tetapi setiap daerah mesti diberikan peluang yang setimpal dengan potensinya.

Dato’ Yang di-Pertua, setiap projek utama perlu mempunyai jadual pelaksanaan yang jelas, pihak yang bertanggungjawab serta petunjuk prestasi yang

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

boleh dinilai. Sekiranya terdapat kelewatan, puncanya mesti dikenal pasti seperti banyak projek-projek yang telah pun di lulus dan juga dimulakan pembinaannya, tetapi mengalami kelewatan dari satu tempoh kepada tempoh yang lain. Bukan dibiarkan ia nya terus berlarutan tanpa sebarang tindakan diambil ataupun sebarang red tape ataupun pertindihan prosedur dan kelemahan pihak-pihak yang berkaitan.

Hubungan Persekutuan dan negeri tidak seharusnya sekadar menjadi hubungan antara pihak yang memohon peruntukan dan menerima peruntukan.

Hubungan itu mesti berkembang menjadi perkongsian strategik yang sama-sama bertanggungjawab terhadap hasil pembangunan. Negeri Sembilan tidak harus sekadar menjadi negeri yang menerima limpahan pembangunan daripada kawasan sekitarnya, tetapi Negeri Sembilan juga mesti diberi peluang untuk membina kekuatan ekonomi sendiri, memperkasakan bakat tempatan dan mewujudkan satu ekosistem yang mampu untuk menjana pertumbuhan secara berterusan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya— ekoran daripada pembangunan dan perkongsian ekonomi Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri terutamanya Negeri Sembilan, saya ingin merekodkan di dalam Dewan yang mulia ini, gagasan Malaysia Vision Valley yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas pada tahun 2015 dan diumumkan secara rasmi pada Mei 2017 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri waktu itu, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Ketika diperkenalkan pada tahun 2017, MVV ataupun Malaysia Vision Valley diunjurkan mampu menarik pelaburan lebih daripada RM290 bilion dan mewujudkan 1.38 juta peluang pekerjaan.

Rancangan antara rancangan pembangunan secara menyeluruh daripada bukit sampai ke laut ataupun from the mountain to the sea yang telah dirangka begitu baik dan teratur, harus diberikan penumpuan dan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan sekarang. Pada Disember 2018, projek ini telah dinamakan semula sebagai Malaysia Vision Valley 2.0 dengan sasaran pelaburan RM294 bilion dan pewujudan sehingga 600,000 tambahan peluang pekerjaan menjelang 2045.

Kini hampir sedekad Dato’ Yang di-Pertua, selepas pengumuman rasmi pada tahun 2017, rakyat sewajarnya mendapat gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian MVV 2.0. Berapakah sebenarnya jumlah pelaburan yang benar-benar telah direalisasikan setakat ini berbanding dengan pelaburan yang hanya diluluskan ataupun yang telah pun diumumkan? Berapakah peluang pekerjaan yang telah pun diwujudkan daripada program MVV 2.0 ini?

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya juga menyambut baik pengumuman dalam Belanjawan 2027 mengenai pembangunan jalan baru daripada KLIA ke Bandar Enstek, naik taraf Jalan Pajam– Nilai–Salak serta pelaksanaan projek Klang Valley Dual Track 2 bagi menyokong pertumbuhan koridor ini.

Namun, perhatian juga perlu diberikan kepada pelaksanaan projek infrastruktur yang telah dirancang yang lebih awal. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai contoh, projek jalan penghubung Nilai–Labu–Bandar Enstek yang bernilai RM557 juta dilaporkan hanya mencapai kemajuan kira-kira 60 peratus pada April 2026.

Selepas itu pun, selepas pelantikan kontraktor penyelamat dengan sasaran penyiapan pada suku pertama tahun 2027. Justeru, saya memohon kerajaan supaya dapat menjelaskan status terkini projek tersebut, sama ada jadual penyiapan masih dapat dipenuhi serta langkah memastikan kelewatan pelaksanaan tidak terus menjejaskan pembangunan kawasan sekitarnya.

Saya memohon supaya kerajaan dapat menyediakan laporan kemajuan MVV 2.0 yang menyeluruh, merangkumi jumlah pelaburan sebenar, peluang pekerjaan yang diwujudkan, kemajuan projek infrastruktur serta pencapaian berbanding dengan sasaran asal. Malaysia Vision Valley merupakan sebuah gagasan pembangunan jangka panjang yang telah merentasi beberapa pentadbiran. Justeru, kesinambungan pelaksanaannya perlu disertai ketelusan, kecekapan dan juga hasil yang bakal kita lihat.

Dato’ Yang di-Pertua...

draft • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jelebu, minta laluan sikit boleh?

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya.

draft • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas ya. Saya setuju 100 peratus apa yang diminta oleh Jelebu berkaitan pembangunan di Negeri Sembilan.

Cuma, apa pandangan Jelebu, sehingga sekarang Exco masih belum dilantik?

Adakah itu merencatkan pembangunan Negeri Sembilan? Apa pandangan Jelebu?

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Hulu Terengganu, jangan risau, akan selesai. Biar Negeri Sembilan selesaikan masalah Negeri Sembilan.

[Tepuk]

draft • 2:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Insya-Allah, doa sama, doa sama.

Dato’ Yang di-Pertua, boleh saya sambung sikit lagi Dato’ Yang di-Pertua ya. Pasal ada celahan.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, yang ini berkaitan dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] Dato’ Yang di-Pertua. Majikan diwajibkan mendaftar dan mencarum PERKESO bagi pekerja yang diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan, contract of service ataupun kontrak perantisan (contract of apprenticeship) sama ada secara tetap, kontrak sementara atau sambilan tertakluk kepada syarat dan pengecualian yang ditetapkan dalam akta.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kewajipan ini adalah selaras dengan seksyen 2(5), seksyen 5 dan seksyen 6, Akta 4. Dato’ Yang di-Pertua, bagi pelajar latihan industri (internship)— ini saya nak sebut. Bagi pelajar latihan industri (internship), kewajipan caruman bergantung kepada sama ada pelajar tersebut memenuhi takrif pekerja di bawah akta atau bukan semata-mata berdasarkan status sebagai pelajar praktikal dan penerima elaun.

Kebanyakan— Yang Amat Berhormat Tambun ada dalam Dewan, saya fikir ini akan menjadi satu prioriti kepada kerajaan. Berapa ramai pelajar-pelajar praktikal kita yang menjalankan tugas dan juga melengkapkan pengajian mereka dengan menjalankan kerja-kerja internship dan praktikal di beberapa jabatan swasta dan kerajaan? Satu kes Dato’ Yang di-Pertua yang diajukan kepada saya oleh ibu bapa mereka.

Seorang pelajar praktikal meninggal dalam perjalanan ke tempat kerja. Hari itu, saya cakap meninggal kerana kelemahan sistem SOP Kementerian Kesihatan.

Hari ini, saya sebut sekali lagi, ibu bapa datang ke pejabat saya, dia bukan nak claim duit Dato’ Yang di-Pertua. Cuma dia perlukan supaya perkara yang sama tidak berlaku kepada pelajar dan mangsa yang lain.

Seorang pelajar praktikal meninggal dalam perjalanan ke tempat kerja dan pelajar ini tidak mencarum PERKESO. Sekali gus waris tidak mendapat apa-apa pampasan yang sewajarnya mereka terima. Keluarga miskin, anak orang miskin dan anak yang menjadi harapan kepada keluarga itu, Dato’ Yang Di-Pertua.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk melihat semula keperluan untuk caruman PERKESO kepada pelajar-pelajar yang menjalankan praktikal ataupun internship ini Dato’ Yang di-Pertua, terutamanya mereka yang menjalani latihan di industri berat dan berisiko yang mendedahkan mereka kepada kejadian yang tidak diingini.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oleh kerana waktu yang singkat Dato’ Yang di-Pertua, secara rangkuman akhirnya, saya nak sebut kepada Dewan

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

ini, saya menyambut baik usaha kerajaan memperluaskan infrastruktur digital melalui Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA. Namun, dalam kita membicarakan agenda kecergasan buatan, ekonomi digital...

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jerebu, sikit?

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya, sikit saja.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, sikit. Okey. Baik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak sentuh ini contract of service dengan contract for service ini satu— dua perkataan saja yang berbeza. Tapi kita dengar baru ini contract for apa ini— of service ini nak tukar kepada contract for service bagi ke staf KPDNK sebanyak 850 orang. Apakah kerajaan sedang bergerak regresif dalam sistem pentadbiran apa ini— sumber manusia ini? Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Masuk dalam teks. Saya tentunya kerajaan akan memberi pertimbangan yang baik dan sewajarnya untuk kebajikan rakyat, insya-Allah. Dato’ Yang di-Pertua, saya sendiri menerima aduan Dato’ Yang di-Pertua sebagai Ahli Parlimen di Jelebu. Penduduk di beberapa kawasan Jelebu ini Dato’ Yang di-Pertua, waktu kita menghadapi PRN, ramai Menteri termasuk Yang Berhormat Tambun datang ke Parlimen Jelebu. Saya fikir Yang Berhormat Perdana Menteri pun tahu tentang liputan digital ataupun Internet di beberapa kawasan yang sangat lemah. Saya sebut apa dia.

Antaranya Kampung Petaseh, Lui Barat, Jalan Pasoh Dua, Pasoh Tiga, Air Hitam, Serting, Ulu Jelebu, Kampung Geylang, Kampung Ulu Lakai, Kampung Jelin, Bukit Pergai dan banyak lagi kawasan yang mendapat capaian Internet yang sangat lemah. Mereka membayar servis handphone ataupun servis perkhidmatan pada setiap bulan. Tetapi khidmat yang mereka terima di peringkat yang sangat minimal. Dalam Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan 787— 780 juta bagi memperluaskan capaian jalur lebar ke-2,700 lokasi baharu mengikut JENDELA 2. Saya ingin mengetahui berapa banyak daripada lokasi tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Jelebu dan apakah kemajuan pelaksanaannya setakat ini? Kita harus memastikan peruntukan yang besar benar-benar menghasilkan peningkatan mutu perkhidmatan yang boleh dirasai oleh rakyat bukannya sekadar pertambahan angka liputan di dalam laporan juga.

Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya saya berharap supaya Belanjawan 2027 ini bukan saja menjadi bukti kemampuan kerajaan merancang pembangunan negara dan negeri, tetapi juga membuktikan keupayaan kita untuk menunaikan harapan

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

rakyat. Biar rakyat mengenang kita kerana bukan besarnya angka yang diumumkan, tetapi kerana besarnya perubahan yang kita usahakan di dalam kehidupan mereka.

Dengan harapan agar perkara yang saya bangkitkan diberi perhatian dan tindakan sewajarnya, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Pertamanya, sebelum saya mulakan perbahasan saya, saya ingin rakamkan jutaan terima kasih khususnya kepada isteri saya yang tercinta kerana ketangkasan beliau dalam membuat keputusan ketika mana saya berdepan dengan kesulitan masalah kesihatan tempoh hari membuatkan alhamdulillah, saya mampu berdiri di sini pada hari ini.

Dan terima kasih juga kepada Dr. Sufian Adenan daripada Hospital Kuala Lumpur dan semua kakitangan penjawat awam dan kesihatan di HKL yang membantu saya ketika itu. Ya.

[Tepuk] Dan tak lupa juga kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas ucapan dan doa yang dikirimkan kepada saya dan seluruh ahli keluarga dan semua rakan-rakan yang sama. Ya. Baik.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengupas Belanjawan 2027 ini dari tiga sudut pandang yang besar. Dari sudut pandang the good, the bad and the ugly, dengan izin. Baik, buruk dan yang kurang cantik. Yang baik kita perlu puji dan iktiraf apa yang Amat Berhormat Tambun telah lakukan.

Antaranya ialah meningkatkan kadar gaji minima untuk graduan, pendaftaran automatik untuk KWSP bagi semua orang-orang dewasa, memberi lebihan dalam poket tunai para rakyat Malaysia yang bertaraf M40 ataupun golongan pertengahan dan juga meningkatkan juga apa disebut sebagai tax relief ya, kadar beban bebas cukai daripada 9,000 ke 12,000. Ini semua perkara yang bagus untuk meringankan beban kocek ekonomi masyarakat.

Tapi Tuan Yang di-Pertua, saya suka nak ingatkan kepada kita dan Dewan, Yang Berhormat Tambun bukan Santa Claus. Beliau bukan seorang yang mana kita tunggu tiap tahun Menteri Kewangan janji apa yang boleh diberikan sekarang dan tahun depan. Menteri Kewangan Malaysia adalah bak seorang nakhoda. Bahteranya adalah negara kita. Dan seperti mana-mana bahtera yang ada di dunia ini, perjalanan

draft • 2:55 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

ke destinasi Malaysia ini hanya kekal tepat dan selamat kalau mana nakhoda itu mempunyai anak kapal yang bagus, peta yang jelas dan kompas yang tepat. Dan Belanjawan 2027 pada hari ini, bagi saya adalah rangkuman peta kompas dan manifest kargo yang dibawa oleh bahtera bernama Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Tambun sedang mengemudi negara kita menuju ke satu samudera yang begitu mencabar. Lautan yang ganas dan tidak menentu keadaannya. Lihat apa saja yang berlaku di Perancis, di Milan, di Paris, di— juga Selat Hormuz yang masih tidak berkesudahan, jiran tetangga kita di Indonesia.

Semua ini menunjukkan bibit-bibit berlakunya konflik di peringkat rantau dan juga boleh saja kita sleepwalking dengan izin, ke perang dunia ketiga.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, melihat semua latar belakang yang menjadi landskap kepada Belanjawan 2027 ini, saya nak bangkitkan persoalan yang kritis.

Apakah belanjawan ini cukup untuk membantu kita mendarat dengan selamat ke destinasi seterusnya buat bahtera Malaysia ini? Bagi saya dengan rendah diri Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Yang di-Pertua, belanjawan ini belum cukup mantap untuk kita sama-sama terima sebagai satu pelan selamat untuk negara.

Jadi, izinkan saya Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Tuan Yang di- Pertua untuk menggariskan beberapa teguran, kritikan untuk diambil perhatian oleh kerajaan pada hari ini.

draft • 2:55 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang pertama, beban utama belanjawan dan kantung perbendaharaan negara masih tidak terurus. Blanket subsidy RM40 bilion masih lagi dikekalkan.

Ramai orang kaya masih menikmati subsidi minyak di tangki-tangki. Dari segi penstrukturan semula cukai juga masih tidak kelihatan. RM200 bantuan one-off kepada semua rakyat Malaysia diberikan. Ini memberi kesan kepada perbendaharaan negara sebanyak RM3.6 bilion.

Saya tak perlukan RM200 daripada kerajaan. Saya rasa ramai juga dalam Dewan tidak perlukan. Jadi, sepatutnya bagi saya Yang Amat Berhormat Tambun, kita sasarkan, tingkatkan bantuan kepada JKM, STR yang layak. Bukan one-off sekali gus. Dan melihat apa yang berlaku, kita masih lagi membayar hutang yang begitu banyak, RM11 bilion ketimbang bantuan sosial seperti STR dan JKM. Begitu juga dengan dua darjat tingkatan gaji minimum yang memberi kesan kepada jenis- jenis pekerjaan yang terlibat.

Ada yang dapat lebih tinggi, ada yang dapat lebih rendah. Ini satu diskriminasi yang perlu diperbaiki. Saya tunggu jawapan daripada Menteri Sumber Manusia nanti.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Dan pada masa yang sama, kita berdepan dengan kos kenaikan berkenaan dengan kesihatan. Kerajaan meminta kita untuk membeli insurans MediAsas oleh KWSP.

Jadi, ini satu perkara yang saya rasa tidak wajar dikekalkan, perlu diperbaiki.

Puan Yang di-Pertua, saya bimbang melihat kadar belanjawan kita pada hari ini yang semakin membengkak, membelon dari segi jumlahnya. Pada masa yang sama, landskap kewangan, laporan IMF dan Kementerian Kewangan sendiri menjelaskan kadar pertumbuhan ekonomi negara semakin perlahan. 2025 lebih rendah daripada 2024, 2026 lebih rendah daripada 2025 dan 2027 lebih rendah berbanding 2026.

Kelembapan ekonomi ini melibatkan sektor swasta dan awam. Ruang kewangan kerajaan untuk menghadapi krisis semakin terhad. Keadaan ini menyebabkan negara mudah terjejas apabila harga minyak berubah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir belanjawan ini melegakan ramai pihak untuk tahun depan tetapi yang akan ditanggung untuk lima, 10 tahun akan datang ini, adik-adik depan saya ini yang hadir di Galeri Parlimen pada hari ini. Kerana apa?

Kerana begitu banyak peruntukan yang melibatkan pembangunan masa depan masih lagi terkebelakang. Saya ambil contoh, kita potong RM800 juta belanjawan development expenditure untuk pendidikan kita. Hanya RM5 juta peningkatan untuk kesihatan dan di bawah seliaan Tambun, Jabatan Perdana Menteri mendapat peningkatan RM900 juta.

Jadi saya rasa ini satu perkara yang bukan prudent dengan izin. Banyak benda boleh kita buat dengan jumlah ini untuk membantu mengurangkan kesesakan ke hospital dan juga sekolah kita yang daif. Di Machang, Hospital Machang dipanggil hospital panadol Tuan Yang di-Pertua. Sebab apa? Mutu perkhidmatan tak boleh diberikan yang terbaik kerana kekurangan peruntukan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya nampak ada begitu banyak perkara yang perlu dibantu selesaikan oleh kerajaan pada hari ini. Saya dah gariskan tadi, teguran- teguran tersebut dan saya harap perkara ini dapat dipertingkatkan.

Izinkan saya bawa perhatian Dewan kepada perkara-perkara yang lebih substantif tentang masa hadapan. Saya ingin sentuh tentang dua perkara, tentang kedaulatan. Kedaulatan digital dan kedaulatan tenaga. Yang pertama, tentang kedaulatan digital. Kerajaan telah pun mengumumkan cadangan berjumlah RM2 bilion melalui SKMM ataupun MCMC dalam Belanjawan 2026 untuk mewujudkan apa yang disebut sebagai sovereign AI cloud. Saya tak tahu istilah cloud dalam bahasa Melayunya apa.

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Awan. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Awan itu dari segi geofizikal tapi cloud ini, teknologinya seperti data centre ataupun tempat depositori, menyimpan maklumat kita di atas ataupun dalam satu kawasan data centre dan sebagainya. Dan dalam Bajet 2027 diulang rancangan yang sama.

Pada 14 Oktober yang lalu, Menteri Komunikasi kata kerja sedang berjalan untuk lindungi maklumat sulit kerajaan. Bloomberg melaporkan sebelumnya pada 7 September lapor data tentera dan perisikan mungkin terlibat dalam sovereign AI cloud ini dan Cip Huawei, Ascend 910C sedang dipertimbang dan TM dipilih untuk urus projek ini.

Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan, sudah kah kerajaan membuat penilaian risiko berkenaan dengan mana-mana pembekal yang akan kita gunakan untuk mewujudkan pangkalan data kedaulatan negara ini? Dan melibatkan tentera, polis dan anggota keselamatan kita. Dan saya fikir perkara ini perlu dibincang dan didedahkan kepada mungkin paling kurang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan bagaimana kerajaan menguruskan sensitiviti kedaulatan digital ini?

Yang kedua Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi peringatan dan cadangan kepada kerajaan tentang DNB. DNB ditubuhkan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional pada 2021. Sekarang ini kita dah ada boleh kata dua, orang kata apa, laluan. Ada yang guna DNB, yang guna Ericsson untuk 5G kita dan U Mobile memilih Huawei.

From the hindsight, saya nampak ini satu perkara yang bagus sebab saya ingatkan apa yang Tambun pernah kata, “Malaysia patut dapat manfaat daripada teknologi Barat dan Timur”. Ini encouraging bagus. Saya setuju Tambun. Dan saya cuma harap kerajaan betul-betul menguruskan DNB ini. Hutangnya begitu banyak dan kerajaan perlu tanggung. Saya harap kerajaan kekalkan dua sistem ini kerana dalam perbincangan saya dengan duta-duta daripada Eropah dan negara Barat, mereka mahu Malaysia sediakan prasarana digital yang benar-benar berdaulat untuk mereka labur dalam sektor-sektor yang sensitif. Mungkin mereka tidak mahu menggunakan Huawei sebagai saluran maklumat untuk mereka mengoperasi syarikat-syarikat mereka di sini.

Jadi, kalau kita ada dua sistem DNB dan apa yang U Mobile sedang buat, saya fikir kita mampu menarik pelaburan daripada kedua-dua belah pihak dengan begitu adil. Jadi, saya harap Yang Berhormat Tambun boleh pertimbangkan supaya

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

DNB ini dipastikan mengekalkan standard dan spec teknologi yang sepertimana telah ditetapkan.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh berkenaan dengan keselamatan tenaga, kedaulatan tenaga kita. PETRONAS sekali lagi menjadi ayam tambatan. Hari itu kita kata angsa, angsa bertelur emas. Sekijang tidak setuju. Saya tak faham Sekijang faham atau tidak istilah ‘the goose that lays the golden eggs’ dalam bahasa Inggeris dengan izin. Tapi yang pastilah bahasa Melayu, PETRONAS adalah ayam tambatan, dan pada ketika ini kerajaan sedang menggasak PETRONAS untuk menampung belanjawan yang membengkak ini.

Bukan kata tak boleh, boleh. Tapi kita kena ingat PETRONAS perlu simpan untuk masa-masa mendatang, khususnya pelaburan dalam perkara-perkara melibatkan minyak dan gas yang begitu capital intensive dengan izin. Ditambah pula dengan kemelut perjanjian gas dengan Sarawak, yang mana kita belum tahu kesudahannya bagaimana. Jadi, kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat, bagaimana dengan cabaran-cabaran yang ada pada hari ini, dengan PETRONAS menampung subsidi yang begitu banyak, apakah taraf kesihatan PETRONAS untuk menampung belanjawan negara?

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin beri cadangan kepada kerajaan pada hari ini, mengambil iktibar daripada apa yang sedang berlaku di Hormuz dan juga apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Minyak dan gas akan kekal menjadi cabaran utama ekonomi negara kita. Sudah tiba masanya Malaysia mengambil langkah yang serius dan konsisten untuk membangunkan jana kuasa nuklear kita yang pertama.

Dan untuk membangunkan jana kuasa nuklear kita yang pertama ini, perlukan keputusan yang berani daripada kerajaan yang ada dan juga persiapan jangka panjang sebab nak buat mega project nuclear power plant ini memerlukan masa yang cukup lama.

Jadi, kalau mana tidak disinggung dalam Belanjawan 2027 sebab tak nampak disebut dengan jelas, saya bimbang kita akan mengulang skrip yang sama dengan subsidi minyak yang begitu membengkak dan akan membebankan perbendaharaan negara dalam masa-masa mendatang.

Jadi, saya menuntut kerajaan mempercepatkan reformasi tenaga dengan melibatkan perancangan rapi untuk membina jana kuasa nuklear kita yang pertama.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi sisi pandang yang jelik berkenaan dengan belanjawan ini. Di sebalik komitmen Tambun dan sebagainya untuk melawan rasuah

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

sebab diratib sakau, sakau, sakau, sakau dan juga didakwa banyak sekali pimpinan- pimpinan politik, khususnya rakan-rakan di sebelah sana, di sebelah UMNO dan Barisan Nasional. Begitu banyak juga kes-kes skandal melibatkan PKR yang masih tidak mendapat perhatian yang setimpal oleh para penyiasat.

Skandal korporat mafia ini bukan kecil anak sebab ia nya memberi kesan kepada imej ekonomi dan kewangan negara. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, mana-mana syarikat swasta yang ada di negara kita pada hari ini boleh diambil alih dengan ugutan, gertakan, hasil komplot tangan-tangan yang ada diberi kemudahan untuk membawa SPRM, untuk kita merampas syarikat-syarikat ini.

Jadi, dakwaan ini dibuat oleh bekas Menteri Ekonomi, bekas Ahli Parlimen Pandan berkenaan dengan Menteri Sumber Manusia yang disebut namanya dengan jelas dalam— di luar. Perlu dijawab oleh kerajaan pada hari ini. Jangan didiam seperti katak yang bisu sebab market, pasaran akan menilai sejauh mana ketelusan, keadilan siasatan dibuat oleh kerajaan di bawah pimpinan Tambun.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Machang, laluan sedikit.

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ini satu kes, satu tajuk yang menarik, Tuan Yang di-Pertua, mafia korporat ini. Semalam kita lihat DG AKPS yang telah dibawa ke mahkamah kerana dikatakan mencederakan ataupun melakukan sesuatu terhadap dua anggota polis di KLIA.

Cuma persoalannya, apakah perbuatan itu ataupun di belakang kejadian tersebut adanya korporat mafia kerana saya nampak terlalu cepat pertuduhan dibawa berbanding dengan kes RM95 juta yang sehingga sekarang tak ada. Jadi, denda yang akan dikenakan cuma RM2,000 sahaja tetapi kenapa begitu cepat tindakan dibuat? Adakah ada tangan-tangan ghaib yang melibatkan mafia korporat dalam kes tersebut? Apa pandangan Machang? Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, saya berpendapat sebenarnya apa yang berlaku kepada...

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap, sedikit, sedikit.

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Silakan, silakan, kekanda.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Dato' Yang di- Pertua, isu ini isu melibatkan penjawat awam, seorang pegawai tinggi, pegawai kanan polis. Jadi, saya nak minta, saya tengok daripada video yang ada itu, Datuk Suhaily ini yang didakwa ini biasa sahaja sebagai kawan pegang-pegang bahu

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

macam itu sahaja, Dato' Yang di-Pertua. Sebagai seorang pegawai polis mengarahkan anak-anak bawahan, pegang bahu macam itu sahaja itu pun dah terus diambil satu tindakan yang sangat serius, menyiasat dan mendakwa di mahkamah.

Tidak ada protection kepada pegawai kerajaan yang menjalankan tugas, terutamanya polis, Dato' Yang di-Pertua, bekas pegawai tinggi polis. Ini kah yang sedang dilakukan sebab itu saya kata tadi dari segi kebajikan sumber manusia yang ada dalam kakitangan kerajaan ini sudah bergerak ke belakang ataupun regresif action, yang sedang berlaku dalam negara kita ini. Semua ini dikatakan mungkin luar tabii jugalah apa yang sedang berlaku. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Machang, tambah sedikit lagi.

Kedua-duanya, AKPS dan polis ini berada di bawah satu kementerian, Yang di- Pertua. Saya rasa adalah lebih wajar ia nya dibincang dalam keluarga. Tak perlu bawa ke mahkamah, apa pandangan Machang?

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya setuju. Kenapa bapaknya iaitu Menteri Dalam Negeri tidak ambil pendekatan untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak. Kenapa nak dedahkan, buka pekung agensi- agensi yang bertelagah sampai didakwa di mahkamah. Ini tidak baik untuk penjawat awam.

[Tepuk] Jadi, saya harap Menteri Dalam Negeri tariklah balik ke atas apa yang telah dibuat oleh Suhaily ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kerajaan ambil teguran kami, pilihan raya dah dekat. Kita masuk gelanggang demokrasi semula. Teguran ini bukan untuk kami tetapi untuk rakyat Malaysia yang perlukan keselamatan masa depan mereka.

Jadi, saya harap semua saranan, teguran ini diambil dan kita jumpa dalam PRU ke- 16 tak lama lagi, insya-Allah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Beruas.

draft • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Dato' Sri Timbalan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya membahas Belanjawan 2027. Ingin saya kemukakan tiga perkara.

Dato' Sri Timbalan Yang di-Pertua, pertama, rakyat mesti bersyukur kerana kebaikan yang dibawa oleh Kerajaan MADANI. Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 19 Oktober 2026 adalah antara yang terbaik untuk rakyat Malaysia dalam sejarah Malaysia. Hampir setiap rakyat

draft • 3:14 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

mendapat manfaat daripada belanjawan ini. Rakyat mesti sedar semua yang ditawarkan bukan sesuatu yang senang dicapai. Kerajaan memperuntukkan subsidi lebih daripada RM80 bilion untuk kebaikan rakyat seperti STR, SARA, subsidi petrol dan diesel, bantuan melalui Jabatan Kebajikan dan juga bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU).

Kita mesti memberi satu tabik hormat kepada kerajaan kerana boleh bertahan mengekalkan RON 95 dengan harga RM1.99 satu liter. Sebelum peperangan bermula di antara Amerika Syarikat dengan Iran pada 28 Februari 2026, harga pasaran RON tanpa subsidi adalah RM2.54 seliter. Kerajaan memberikan subsidi 55 sen apabila ia dijual dengan harga RM1.99 pada masa itu. Semalam harga pasaran RON95 telah melonjak kepada RM4.62 seliter tetapi harga masih kekal pada RM1.99 dijual kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan terpaksa menanggung subsidi RM2.63 setiap liter. Subsidi sebanyak RM2.63 seliter. Ini merupakan subsidi 4.78 kali ganda bersamaan dengan kenaikan 478 peratus. Ramai rakyat tidak sedar perkara ini kerana apabila harga pasaran RON95 naik daripada RM2.54 seliter ke RM4.62 seliter kenaikan pada mereka hanyalah 81.9 peratus.

Kalau harga barang tiba-tiba naik melonjak dua kali ganda, saya rasa ramai rakyat akan mengamuk dan kemungkinan besar ada demonstrasi jalanan. Tetapi Kerajaan MADANI masih bertahan. Inilah sebabnya saya kata kita mesti bagi satu tabik hormat. Sungguhpun subsidi sudah naik lebih kurang hampir lima kali ganda.

Kerajaan MADANI juga telah memberikan wang yang terbanyak dalam sejarah Malaysia kepada rakyat Malaysia. Rakyat mesti menghargai kebaikan yang dibawa oleh Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, di mana rasuah dan ketirisan telah berkurangan dan wang yang diselamatkan disalurkan kepada rakyat. Rakyat mendapat banyak kebaikan daripada pentadbiran yang lebih bersih dan tulus.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat mesti menghargai dan memilih pemimpin yang boleh mentadbir negara dengan baik dan membawa kebaikan kepada mereka.

Rakyat diingatkan bahawa dalam sesuatu pilihan raya, undi mereka adalah untuk memilih pemimpin-pemimpin yang boleh menjaga keharmonian negara, menjana ekonomi dan kekayaan untuk rakyat dan mampu mentadbir negara dengan baik.

Mereka bukan mengundi untuk sesuatu bangsa atau agama. Bangsa kita sudah ditentukan, takdir Tuhan apabila kita dilahirkan dan kita bebas memilih dan mengamalkan agama yang kita pilih.

draft • 3:14 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Perpaduan rakyat amatlah penting. Pepatah atau peribahasa Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh.” Dalam negara kita, isu kaum atau bangsa dan agama senantiasa dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik.

Saya menyeru kepada rakyat supaya tidak diperdayakan oleh orang-orang sedemikian. Rakyat mesti sedar hakiki-hakiki berikut, dua hakiki berikut.

Nombor satu, kita semua satu keluarga manusia sejagat. Kita semua ada perasaan. Kita ada cita-cita dan impian dan darah kita semuanya berwarna merah.

draft • 3:14 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Untuk memastikan kita hidup aman dan damai dan mewujudkan sebuah masyarakat MADANI, kita mestilah dipandukan dengan nilai, dengan izin, dalam bahasa Inggeris, “do unto others what you want others do unto you”. “Lakukan kepada orang lain apa yang kamu ingin orang lain lakukan kepada mu”. Hakiki kedua, semua agama mengajar tuhan wujud sebelum sesuatu agama.

Konsep dan kepercayaan kita tentang tuhan mungkin berbeda tetapi tuhan alam semesta tetap sama. Masalah timbul apabila penganut sesuatu agama mempertuhankan agama mereka. Jika semua rakyat Malaysia betul-betul mengamalkan agama mereka, mereka tidak akan mempertuhankan agama mereka kerana ia melanggar ajaran agama mereka sendiri. Mereka tidak akan menggunakan alasan agama mereka untuk bertindak tidak adil atau membuli terhadap orang yang mengamalkan atau menganuti agama lain.

Perkara kedua yang saya ingin bawa untuk perhatian pihak kerajaan iaitu takrif bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, saya terperanjat daripada Laporan Perangkaan Malaysia, kerajaan menggunakan perkataan bumiputera untuk merangkumi warga asing beragama Islam yang berada di Malaysia. Dalam Parlimen Beruas, pengundi Cina pada tahun 2022 adalah 56.8 peratus, Melayu – 27.2 peratus dan orang India – 15.2 peratus dan bangsa lain lebih kurang 0.9 peratus.

Dalam Laporan 2025 Jabatan Perangkaan, untuk tahun 2023, inilah statistik yang terdekat dengan tahun 2022 yang saya guna pakai sebagai perbandingan.

Dinyatakan penduduk Cina hanya 47.6 peratus, bumiputera – 34.8 peratus, India – 17.1 peratus dan yang lain 0.5 peratus. Dalam laporan tersebut, turut dinyatakan terdapat 7.5 peratus bukan warganegara dalam Parlimen Beruas pada tahun 2023.

Ini bermaksud warga Rohingya, warga Bangladesh, warga Indonesia, warga Pakistan dan lain-lain yang beragama Islam di Malaysia diklasifikasikan sebagai bumiputera.

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dalam pentadbiran kerajaan, banyak keutamaan diberikan kepada golongan bumiputera. Orang-orang asing ini yang menjadi rakyat Malaysia, kita boleh layan mereka secara adil dan saksama tetapi janganlah kita jadikan mereka satu kumpulan yang mengatasi rakyat Malaysia yang sedia ada. Perkataan bumiputera tidak wujud dalam mana-mana undang-undang negara kita. Undang-undang kita memperuntukkan tindakan-tindakan afirmatif untuk menyokong orang-orang Melayu, orang-orang asal Sabah dan Sarawak dan orang asli yang memerlukan bantuan.

Jika perkataan bumiputera digunakan, ia hendaklah hanya merangkumi tiga kumpulan rakyat Malaysia yang tadi saya nyatakan. Jika tidak, pertolongan yang diberikan akan diberikan kepada mereka yang bukannya disasarkan di bawah undang-undang kita, akan berlakunya ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

Kumpulan Melayu juga jelas ditakrif di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Mereka mesti ada empat kriteria ini iaitu orang Melayu mestilah seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan budaya Melayu dan dilahirkan di Malaya sebelum tahun 1957 dan zuriatnya.

Orang Islam yang datang ke Malaysia selepas tahun 1957 tidak boleh ditakrif sebagai seorang Melayu atau berhak kepada semua kelebihan yang disediakan oleh kerajaan untuk orang-orang Melayu. Kalau takrif ini tidak diperbetulkan, sumber- sumber kekayaan kita akan digunakan untuk memperkayakan orang-orang asing dan merugikan orang-orang Melayu, orang-orang asal Sabah dan Sarawak dan juga orang asli kita. Isu tentang kemiskinan bumiputera jika merangkumi orang-orang asing tidak akan ada kesudahannya kerana ramai daripada orang-orang asing yang datang ke negara kita merupakan orang yang miskin. Dan bagi isu yang terakhir.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Beruas, boleh sikit?

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Bagi saya habiskan. Kalau ada masa, saya akan beri peluang untuk mencelah. Isu yang ketiga dan yang terakhir iaitu isu permohonan untuk pekerja asing. Negara kita sekarang kekurangan pekerja dalam kerja-kerja kolar biru (3D) – dirty, dangerous and demanding. Dalam bahasa Melayu, ‘yang kotor, berbahaya dan mencabar’ kerana kerja-kerja sedemikian tidak diminati oleh rakyat Malaysia. Kekurangan pekerja-pekerja sedemikian telah menyebabkan negara kita kerugian berpuluh-puluh bilion Ringgit setahun.

Oleh yang demikian, kerajaan membenarkan pekerja-pekerja asing dibawa masuk ke negara kita. Malangnya, proses permohonan untuk pekerja asing ini sangat rumit hinggakan susah untuk mendapatkan pekerja-pekerja asing ini secara

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

sah. Masalah ini telah berlanjutan lebih sedekad. Oleh kerana susah untuk memohon kuota pekerja-pekerja asing ini, muncullah permintaan untuk pekerja-pekerja asing tanpa izin. Kerajaan tahu tentang masalah ini. Jadi, baru-baru ini kerajaan telah menubuhkan satu (OSC) one stop centre di Kementerian Sumber Manusia.

Permohonan dibuat melalui talian fwcms.com.my. Akan tetapi proses ini masih melalui banyak kementerian.

Saya mencadangkan setiap kementerian yang berkenaan menetapkan syarat-syarat untuk menggaji pekerja-pekerja asing dan berikan syarat-syarat tersebut kepada Kementerian Sumber Manusia. Katakan Kementerian Perladangan dan Komoditi menetapkan, dibenarkan untuk menggaji seorang warga asing untuk setiap lapan hektar ladang sawit. KESUMA atau Kementerian Sumber Manusia hendaklah meluluskan kuota kepada pemohon mengikut keluasan ladang sawit yang dimiliki.

Saya juga cadangkan temu duga dibuat melalui talian. Banyak jabatan sudah, termasuk di mahkamah, kita menggunakan cara talian untuk memfailkan dokumen dan juga untuk perbicaraan. Kita juga mesti lakukan di sini kerana pada masa sekarang amat susah untuk majikan-majikan pergi ke pejabat KESUMA, Putrajaya untuk temu janji. Selepas kelulusan dibuat, pihak Imigresen mestilah secara automatik meluluskan pas pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang hendak dibawa masuk jika mereka tidak ada rekod jenayah. Kelulusan permohonan mestilah diluluskan dalam masa dua minggu, maksimum satu bulan. Jika tidak, banyak kerja yang perlu dibuat akan terjejas.

Akhir sekali, jika KESUMA dan kementerian-kementerian lain tidak dapat menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan sistem yang diamalkan dalam tahun 1990-an diamalkan. Di mana majikan-majikan bebas mendapat pekerja-pekerja asing terus daripada negara asal dan pihak Imigresen terus mengeluarkan visa dan pas pekerja kepada pekerja berkenaan jika mereka tidak ada rekod jenayah. Saya berharap Kerajaan MADANI dapat menoktahkan masalah ini seperti menoktahkan masalah isu doktor kontrak. Saya menyokong usul perbelanjaan 2027.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Boleh, Beruas? Boleh?

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh, kalau dibenarkan Dato’ Sri.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih, Beruas. Saya dengar keterangan ataupun kenyataan yang dibuat oleh Beruas tadi tentang warga asing yang ditakrif sebagai bumiputera. Jadi, saya mohon, Beruas, apa asas yang Beruas

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

kata sekarang ini ada warga asing yang ditakrifkan sebagai bumiputera? Ini satu kenyataan yang, bagi saya, berat. Apa asasnya yang disebut oleh Beruas tadi?

Terima kasih, Beruas.

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya membuat kesimpulan atau rumusan apabila membaca daripada buku statistik yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Jadi, tiba-tiba― kerana tidak ada kategori dalam buku ini berapa jumlah Melayu, semua dirangkumi sebagai bumiputera. Jadi, jumlah yang saya tadi baca ini, dari bacaan saya, dia merangkumi 7.5 peratus orang asing yang ada di kawasan saya. Saya rasa ini juga cara statistik dikeluarkan untuk seluruh Malaysia.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Jadi, saya mohon, Yang di-Pertua, pihak DOSM dan juga kerajaan bagi penjelasan segera berkaitan dengan perkara ini.

Kalau tak, dia jadi satu polemik dekat luar sana warganegara asing ditakrif sebagai bumiputera dan sebagainya tanpa asas yang kukuh.

Jadi, saya mohon DOSM dan pihak kerajaan keluarkan kenyataan segera bagikan penjelasan yang betul-betul. Kalau tak, dekat luar sana semua orang nak claim jadi bumiputera. Ini merupakan satu kenyataan yang amat berbahaya. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, saya mohon kepada kerajaan...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Sri, sekejap...

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Supaya perkataan ‘Melayu’ digunakan seperti yang ditakrif dalam undang-undang kita. Kerana sekarang ini, takrif ‘Melayu’ pun sudah hilang. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat. Saya bangkitkan 36(6). Maknanya, apa yang dibangkitkan oleh Beruas, yang dibangkitkan oleh Beruas menyebut kesimpulan daripada perkara yang dibangkitkan tentang memberi penarafan bumiputera dan juga orang-orang luar yang beragama Islam boleh menjadi hak, mendapat yang sama. Itu tak betul. Dia kena bagi satu contoh yang berlaku.

Itu tuduhan kepada kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri. Itu sudah memburukkan Menteri Dalam Negeri itu, tuduhan itu. Menyebabkan perkara-perkara yang tak ada dalam Perlembagaan diadakan. Ini sensitif. Ini perkara sensitif menyebabkan apa yang dicakap ini pula dalam Dewan, didengar di seluruh negara.

Maknanya Kerajaan MADANI ini sekarang ini sedang, orang kata, mengatasi Perlembagaan yang ada, memberi hak kerakyatan ikut suka hati sepertimana yang

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

disebut oleh Beruas. Dia sebut kesimpulan tadi itu. Bila kesimpulan, tak boleh― itu assuming.

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Pendang, Pendang lah yang perlu tarik balik...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

We want fakta. Jadi, saya minta...

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kerana sangkaan jahat... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, bagi seorang cakap seorang. Saya akan benarkan Yang Berhormat Beruas cakap sebentar lagi. Yang Berhormat Pendang dah angkat isu peraturan di bawah Peraturan 36(1)(a). Jadi, biar beliau bercakap. Saya akan nilaikan dan saya akan buat keputusan. Tak perlulah langgar-langgar Peraturan 37(1)(b) itu ya. Okey.

Dah habis dah?

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tekan.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebab, dia sebut kesimpulan.

Kesimpulan itu sudah satu tuduhan, tidak ada satu bukti. Tidak berasas. Menuduh kerajaan sekarang ini melalui Menteri Dalam Negeri memberi, melayan orang-orang yang bukan warganegara ini mendapat hak kewarganegaraan ataupun hak sama rata, termasuk bumiputera yang disebut oleh Beruas tadi.

Sekian, terima kasih. Minta tarik baliklah. Minta tarik balik.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya mohon Pendang tarik balik.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Nanti, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya ingin nyatakan...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tahu.

Nanti. 42 itu bercakap, menyatakan bila saya bercakap, Yang Berhormat duduk dan dengar saya bercakap ya.

Yang Berhormat Pendang telah bangkitkan Peraturan. Jadi, saya kena nilaikan Peraturan tersebut dengan apa Yang Berhormat Beruas bercakap, baru saya buat keputusan. Kalau tak puas hati, ada cara-caranya juga di bawah Peraturan

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

  1. Sebentar. Biar saya selesaikan hal ehwal Peraturan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang. Alright. Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan Peraturan 36(4). Betul?

Alright. Iaitu sangkaan jahat dan sebagainya terhadap Menteri Dalam Negeri. Alright.

Tapi, yang itu, saya terpaksa daripada pertimbangan saya, diketepikan. Overrule. Bermakna, Yang Berhormat Beruas tidak membangkitkan perkara itu.

Tetapi, kita kena ingat pula kepada Peraturan 36(10) ya. Jangan― bila melibatkan perkauman― saya akan olahkan sedikit supaya Yang Berhormat, Yang Berhormat lain faham ya. Peraturan 36(4) yang Yang Berhormat Pendang angkat, saya overrule. Apa Yang Berhormat Beruas cakap still stand.

Jadi, sebagai satu peringatan, dalam 36(10), kalau kita lihat, “Perkataan- perkataan yang harus menaikkan perasaan sakit-sakit hati di antara Yang Berhormat dengan Yang Berhormat dalam Dewan atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum yang lain di dalam Malaysia”. Okey, dua itu tak ada. “Atau melanggarkan mana-mana syarat Perlembagaan”. Dalam perkara ini, Yang Berhormat Beruas tidak langsung melanggar, hanya menjelaskan apa bumiputera, Melayu sebagaimana Perkara 160 dalam Perlembagaan. Tidak menimbulkan isu-isu perkauman di dalam ini. Dan satu perkara lagi, tidak melanggar perkara-perkara Akta Hasutan.

Dengan sedemikian, saya selesaikan perkara ini, mengetepikan keputusan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang dan dengan itu, Yang Berhormat Beruas, maka tamatlah ucapan Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Dato’ Sri Timbalan Yang di- Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Yang Berhormat, saya persilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk bersama- sama berbahas Belanjawan 2027 yang berjumlah RM461.8 bilion yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri tempoh hari.

Di dalam belanjawan ini, sama sebagaimana rakan-rakan yang lain, terdapat beberapa perkara yang sangat baik, terbaik dan di sana ada perkara-perkara yang

draft • 3:36 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

tempang yang perlu kita baiki dari semasa ke semasa supaya belanjawan negara akan dapat dinikmati oleh semua kaum, semua rakyat yang ada di dalam negara ini.

Yang pertama, saya lihat dalam belanjawan ini tidak disebut perkara yang menyentuh pembangunan yang besar di dalam negara. Kalau di zaman Tun Dr.

Mahathir, Perdana Menteri sebelum daripada ini, kita lihat adanya Putrajaya, adanya KLCC dan adanya pembangunan-pembangunan, syarikat kereta PROTON dan sebagainya yang semua ini menjana ekonomi balik untuk negara kita.

Tapi, kali ini, kita lihat tidak ada unsur-unsur sedemikian. Kalau zaman Dato’ Seri Najib, ada ECRL dan ada perancangan-perancangan yang rapi. Semua ini akan membentuk satu kekuatan ekonomi dan ianya sekali gus akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dan kita doa negara kita satu masa akan menjadi sebuah negara yang maju.

Saya mengharap dalam tempoh pelaksanaan perbelanjaan ini, kita mesti melihat, macam mana sekali pun, isu-isu yang saya sebut tadi kerana ia akan memberi kesan kepada pelaburan luar dalam negara kita. Kemudian, ia akan membentuk― yang keduanya, membentuk peluang pekerjaan yang luas untuk rakyat dan begitu juga ekonomi akan terpacu dan ia tidak akan terbantut. Dan saya juga mengharapkan perbelanjaan 2027, tahun hadapan ini, berlaku kesejahteraan dan keseimbangan di antara negeri-negeri yang ada dalam Malaysia ini.

draft • 3:36 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Kita adalah sebuah negara Demokrasi Berparlimen. Kita ada negeri-negeri dan beberapa kali saya sudah sebut bahawa hasil yang dipungut ini dipungut daripada semua negeri. Saya mengharapkan pengagihan sama ada dalam bentuk kewangan, dalam bentuk projek, dalam bentuk dana apa-apa pun, ia nya diagih sama rata untuk negeri-negeri ini.

Yang kedua, ini adalah perkara sangat pokok. Di dalam pembentangan bajet kali ini, saya tidak melihat satu fokus yang jelas daripada pihak Kerajaan MADANI berkenaan dengan pendidikan kerohanian atau pun tarbiah kepada rakyat sejagat.

Kalau kita bercakap dalam negara kita ketirisan, bocor, salah guna kuasa, rasuah, sakau, kita bercakap.

Semua ini disebabkan oleh perancangan kerajaan untuk membentuk rakyat dan pemimpin dalam negara kita ini berpaksikan kepada satu kekuatan. Sebab itu kita jangan lupa, saya nak ulang sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Marang selaku Presiden PAS, isu membabitkan pendidikan kerohanian manusia.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Memang kalau kita sebut rasuah, siapa yang tidak mahu kepada duit yang mudah dan cepat. Semua orang nak. Salah guna kuasa memang seronok, seronok kita tekan sana, kita tekan sini, ada Ahli Parlimen diberi peruntukan, ada tak diberi peruntukan, seronok. Mengapa dia seronok? Kerana jiwanya lemah. Kerana iman yang dimiliki oleh seseorang itu terlalu lemah. Dia fikir di dunia ini dia boleh bertindak, dia tidak fikir apa yang akan dihadapi selepas daripada dia mati.

Allah berpesan dalam al-Quran, banyak tempat [Membaca sepotong ayat Al- Quran] – “Berlaku adillah kamu, kamu akan diangkat darjat menjadi takwa oleh Allah SWT”. Inilah jiwa, sebab itu kalau kita lihat di zaman Rasulullah SAW, walaupun Rasulullah waktu berada di Makkah al-Mukarramah, dianiayai, dikhianati, percubaan untuk bunuh baginda, tapi apabila Rasulullah menjadi ketua negara di Madinah al- Munawwarah, dalam masa sepuluh tahun Rasulullah berperang dengan musyrikun yang ada di Mekah, banyak kali berperang. Dan akhirnya ternyata kekuatan yang dipimpin oleh Rasulullah mengatasi.

Allah menunjukkan begitu jelas Rasulullah akhir sekali balik ke Mekah al- Mukarramah semula. Balik ke kampung halaman baginda. Rasulullah kenal sorang- sorang siapa yang dia berperang sebelum daripada ini dan kalau Rasulullah nak mengambil tindakan tegas, membalas dendam Rasulullah boleh ambil. Tapi istimewa seorang nabi seorang rasul yang dipimpin oleh wahyu Allah, Rasulullah bangun mengatakan [Membaca sepotong ayat Al-Quran] – “Wahai semua orang Quraisy di Mekah kamu dibebaskan pada hari ini. Islam tidak berdendam dengan kamu”.

Tidak ada politik dendam. Ini adalah model mengapa perkara ini berlaku kerana jiwa umat Islam yang dipimpin oleh Rasulullah dibentuk melalui wahyu Allah.

Ada kekuatan dalaman. Hari ini saya lihat negara kita ini boleh diubah, boleh diubah.

Dan kalau saya sebut Kelantan sebagai contoh. Memimpin negeri Kelantan sekian lama daripada zaman Menteri Besar pertama almarhum Tok Guru Nik Aziz yang menjadi idola kepada rakan saya daripada Jelutong dan idola kepada saya dan sekali gus bapa saudara saya.

Lama Kelantan diperintah. Alhamdulillah tidak ada rasuah, tidak ada salah guna kuasa. Kelantan terbuka. Terbuka dan alhamdulillah kita tidak bertindak melulu, kita memaafkan kepada sesiapa kerana di Kelantan ini untuk makluman pegawai- pegawai, terutama sekali yang pertama wakil rakyat. Exco bila sampai ke pejabat kerja yang semacam saya sebut. Kita tidak mewajibkan kerana dia benda sunat tapi kita— saya sebut semacam kita ajar. Sampai di pejabat sejadah mesti ada. Sampai

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

di pejabat, solat dua rakaat sebelum dari memulakan kerja rasmi, Exco kena datang awal, solat kerana apa? Mendekatkan diri seseorang itu kepada Tuhan yang menciptanya.

Dan ingat, bila kita solat, bila kita baca al-Quran mengingatkan kepada kita mati. Bila kita ingat kepada mati, di sana kita ada pembalasan, kita akan dibalas. Kita buat zalim di dunia ini kecil dibalas dahsyat dihumban dalam neraka. Menyebabkan seseorang itu jadi baik. Alangkah bertuah negara kita ini kalau ada Perdana Menteri, Menteri yang bersikap begini yang ingat bahawa kita akan mati. Bila kita mati, kita berada di alam barzakh. Malaikat yang datang tak pernah tanya dulu kamu bekas Perdana Menteri ke, bekas raja ke, bekas siapa ke, bekas, tak. Dia akan tanya amalan kamu macam mana?

Bila kita ingat perkara ini kita ada kekuatan dalaman. Insya-Allah orang-orang yang terlibat dengan pendidikan Islam ini, dia akan ada jati diri yang hebat. Datang duit banyak mana sekali pun, dia akan tahu akibat dia selepas daripada mati. Bila tahu apa guna kita hidup paling mewah dunia tapi kita paling bangsat, paling dahsyat apabila kita mati.

Agenda ini perlu dimasukkan di dalam bajet belanjawan. Menteri Agama sepatutnya kena memainkan peranan yang besar seumpama ini. Barangkali kalau saya nak tegur sikit, kalau kita duduk cari kesalahan orang lain, kita sebut itu, kita sebut ini, akhir sekali kita berkelahi sesama sendiri.

Allah SWT jadikan kita di Malaysia ini masyarakat majmuk. Kita ada macam- macam bangsa, kita ada suku kaum yang berbagai-bagai, keluarga kita datang daripada satu, Adam dan Hawa a.s. Kita sebut siapa saja, orang asli, orang Melayu, orang Cina, orang India. Saya dengan Jelutong, keluarga.

Kalau kita dapat bersatu dengan baik, kalau boleh Menteri Perpaduan ambil cakna sedikit. Uruskan perbezaan kaum yang ada dalam negara kita dengan baik.

Kita akan bangkit sebuah negara yang boleh berdepan dengan mana-mana negara lain di dunia ini. Kita akan jadi kuat.

Kalau saya ambil contoh yang mudahlah. Hari ini kita ada kaum Cina, kita ada kaum India. Antara negara yang kuat dalam dunia pada hari ini China, India, Pakistan, orang Pakistan pun ada di sini. Akan melahirkan sebuah negara yang kuat dan agenda untuk mewujudkan penyatuan masyarakat dalam negara kita ini merupakan agenda yang hanya mampu dilaksanakan oleh sebuah kerajaan.

Maka saya mengharapkan dalam bajet pada kali ini ada unsur-unsur yang seumpama ini dan kalau boleh ditubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

oleh Perdana Menteri atau pun Timbalan Perdana Menteri untuk menjayakan agenda yang besar ini.

Perkara seterusnya yang saya nak tekankan, Kementerian Pendidikan Tinggi. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai universiti antara yang banyak dalam dunia inilah. Kalau kita nak banding dengan negara Arab, kita lebih banyak. Nak banding dengan banyak lagi di Thailand ke mana ke, kita lebih banyak institusi pendidikan tinggi.

Graduan-graduan daripada universiti ini, mereka adalah pakar. Pakar dalam bidang kimia, pakar dalam bidang persenjataan, pakar dalam bidang — bermacam- macam teknologi-teknologi yang ada dalam dunia ini, kekuatan yang dimiliki oleh graduan-graduan kita, mahasiswa, mahasiswi kita ada.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tetapi sayang, orang Malaysia bekerja di Arab Saudi, pakar-pakar kita ramai dalam bidang macam-macam teknologi yang ada tetapi mereka bekerja di luar. Saya tidak hendak melarang bekerja di luar kerana pilihan mereka kerana di luar ini lebih lumayan, lebih itu, lebih ini.

Dalam keadaan yang saya hendak sebut kita tidak menyediakan satu bekas yang baik untuk pakar-pakar kita yang kita cipta di dalam negara kita ataupun pelajar- pelajar kita yang belajar di luar negara di UK, di Amerika, di Jepun, di China, mereka balik tiba-tiba mereka pulang semula ke negara yang mereka belajar ataupun negara lain kerana kita tidak ada bekas yang baik.

Jadi, kalau kerajaan menyediakan satu peruntukan untuk menyediakan bekas ini supaya kita punya teknologi kita tak lari ke lain. Kita akan membentuk sebuah negara berteknologi tinggi.

Pada hari ini kalau kita perhatikan, sebagai contoh Iran— saya tidak menyokong Syiah. Tetapi Iran dikepong oleh Amerika Syarikat lama. Lama. Tetapi bila tercetus peperangan dan saya tidak suka peperangan ini. Dia merugikan semua pihak, tetapi apabila dia mengumpulkan dia punya pakar, dia punya teknologi dia, kita lihat satu-satunya negara yang mampu berdepan dengan Amerika Syarikat hari ini adalah Iran. Dia punya teknologi dia.

Hari ini walaupun kita benci kepada peperangan walaupun kita benci, tetapi tabiat manusia ini macam-macam yang kemungkinan ada kemungkinan kadang- kadang kita bimbang negara kita takut jadi satu medan peperangan. Kalau kita tidak ada teknologi pada zaman itu, kita tidak ada kekuatan kita sendiri. Kita menjadi negara yang hanya membeli persenjataan, sebut itu. Walaupun benda kecil kita beli,

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

kita import, import. Kita tidak menjadi sebuah negara pengeluar, negara yang mencipta teknologi-teknologi yang bagus. Maka, kita akan jadi teruk.

Dan saya teringat apa yang disebut oleh Tun waktu dia jadi Perdana Menteri dulu selepas daripada dia buat lawatan negara Arab. Dia balik dia sebut, dia kata kalau Allah tidak kurniakan minyak kepada negara-negara tersebut— saya tidak hendak ulang dalam Dewan ini. Dia kata negara ini duitnya banyak, kaya tetapi dia hendak buat jarum sebatang dia tak mampu. Kalau Allah tarik balik minyak di negara dia ini, Tun kata dia akan jadi bangsa yang paling bangsat dalam dunia.

Kita harus belajar benda-benda seumpama ini supaya bajet yang kita bentangkan dalam Dewan yang mulia ini tidak menjadi bajet yang hanya menyedapkan telinga, yang hanya bajet ini kita taburkan kepada rakyat, rakyat makan sahaja, kemudian lepas pada itu dia masuk tandas, habis. Saya hendak sebut bahawa kalau kita ada peruntukan rakyat, kita bagi kail, jangan kita bagi ikan. Kalau kita bagi subsidi, kita bagi ikan, dia mengajar rakyat ini malas.

Kalau boleh kita mendidik mentarbiah rakyat dalam negara kita supaya mereka ini mencipta sesuatu, supaya dia bekerja. Kalau kita bagi duit, kalau dia boleh guna seminggu, seminggu habis. Tetapi kalau kita bagi periuk, kuali, kita negara mesin, kita bagi alat, dia boleh gunakan alat ini bertahun-tahun dan mungkin dia boleh bangkit dengan baik.

Saya baca dengan teliti bajet kali ini, ada benda ini, ada tetapi terlalu sedikit dengan saya tidak nafikan bahawa ada sasaran yang perlu kita kena bagi duit. Ibu tunggal yang anaknya ramai, yang sukar bagi dia bekerja.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pasir Puteh, boleh sedikit Pasir Puteh?

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ada orang yang sakit, ada orang cacat, ada orang yang buta. Ini perlu kita bagi duit, kita bagi kewangan.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pasir Puteh, boleh sikit?

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Adakah Pasir Puteh tidak bersetuju maksudnya SARA dan juga STR yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Terima kasih Pasir Puteh.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya. Saudara, Yang Berhormat. Yang Berhormat, dengar dulu apa yang saya sebut. Jadi sebab itu, saya merasakan bahawa kerajaan perlu kena kaji dengan teliti supaya apa yang kita

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

agihkan dalam negara kita benar-benar dia memberi manfaat kepada rakyat, manfaat kepada masyarakat umum dan sememangnya sebagaimana yang dia sebut tadi. Ada benda-benda yang perlu kita bantu untuk rakyat.

Isu minyak sahabat, kita pengeluar minyak. Itu tajuk dia lain. Negara kita mengeluarkan minyak. Walaupun perang macam mana sekalipun, harga minyak dunia mahal, harga minyak kita pun mahal. Mahal. Kita dapat duit. Mengapa kita tak boleh bagi kepada rakyat. Bagilah. Yang ni ya kita— itu bab lain. Bab lain. Yang saya maksudkan ini kalau boleh kita minimumkan pemberian cash kepada seseorang, pemberian cash ini dia tidak membantu dan ada dalam buku— saya terbaca dalam buku Arab yang mengatakan...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pasir Puteh, boleh sedikit Yang Berhormat Pasir Puteh?

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

... [Tidak jelas] kalau bagi cash, ia mengajar rakyat dia menjadi papa, menjadi malas. Dia sebut dalam ini dan yang terakhir yang saya hendak...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pasir Puteh, boleh sedikit Yang Berhormat Pasir Puteh?

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Cukup, cukup.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cukup ya.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya hendak sebut iaitu berkenaan dengan pelancongan seni dan budaya. Saya hendak minta dalam Dewan yang mulia ini supaya negeri Kelantan diberi tumpuan dalam bab ini kerana di Kelantan ini seni dan budaya dia antara yang paling kaya di Malaysia ini.

Dia punya budaya kesenian dia terlalu banyak dan pusat-pusat pelancongan yang sepatutnya dibina semula di negeri Kelantan ini banyak...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

...Dan [Tidak jelas] diberi perhatian. Saya ucap ribuan terima kasih banyak-banyak. Mudah- mudahan kita akan dapat manfaat yang besar. Sekian, wabillahi taufiq, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

draft • 3:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga selamat sejahtera, selamat petang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Jempol untuk membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan 2027 yang berjumlah RM510 bilion. Sebelum itu, di kesempatan ini Jempol dengan sukacitanya mengambil kesempatan untuk mengalu- alukan kesampaian 42 orang kepimpinan KRT dari Jempol. Selamat datang ke Parlimen. Terima kasih.

[Tepuk] Belanjawan kali ini merupakan kesinambungan dasar daripada Rancangan Malaysia Kedua Belas yang menandakan fasa baharu selepas kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi dan reformasi fiskal dengan matlamat memastikan setiap hasil penjimatan kembali kepada rakyat melalui bantuan tunai, insentif ekonomi serta peningkatan kesejahteraan awam.

Seterusnya, Jempol ingin menyentuh tentang Kementerian Pendidikan.

Alhamdulillah bagi warga Jempol saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang telah hadir merasmikan majlis pecah tanah SMKA Jempol pada 25 September 2026. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah mengumumkan SMKA Jempol bakal mencatat sejarah sebagai SMKA pertama di Malaysia yang melaksanakan model aliran TVET. Terima kasih.

Kementerian Pendidikan memperoleh peruntukan terbesar sebanyak RM69 bilion. Jempol menyambut baik penggandaan dana penyelenggaraan sekolah telah dinaikkan kepada RM2 bilion serta kenaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada RM200, sekali gus akan meringankan beban ibu bapa di peringkat awal persekolahan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya ingin di bawah pendidikan ini Jempol ingin menyentuh kes buli di sekolah. Isu keselamatan di sekolah tidak boleh dipandang remeh apabila data rasmi Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak 7,681 kes buli direkodkan pada tahun 2024, 2,889 kes pada 2025 dan melonjak kepada 4,289 kes bagi tempoh Mac hingga Ogos 2026.

draft • 3:57 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jadi, ini amat serius. Keadaan ini amat kritikal kerana sebagaimana kita sedia maklum, telah meragut nyawa termasuk kes tragis di Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah dan insiden terbaru di asrama sekolah sukan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

draft • 4:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

yang melibatkan kematian. Jempol menyokong penuh tindakan drastik Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan audit keselamatan, penambahan guru kaunseling, dan pembantu warden sebagai penguatkuasaan kuasa disiplin sekolah yang lebih luas.

Sekiranya situasi ini dibiarkan berlarutan, ia akan menimbulkan persepsi buruk bahawa sekolah berasrama penuh, mahupun sekolah harian biasa tidak lagi selamat untuk anak-anak kita. Kebimbangan ibu bapa hari ini perlulah ditangani segera dengan jaminan keselamatan yang lebih meyakinkan.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dalam aspek pengawasan pula, Jempol ingin menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga disiplin tidak seharusnya diserahkan kepada guru disiplin semata-mata. Hakikatnya, semua guru adalah guru disiplin yang memikul amanah bersama untuk memantau keselamatan dan tingkah laku pelajar. Sehubungan dengan itu, Jempol mencadangkan agar pemasangan kamera litar tertutup dilaksanakan di semua sekolah berasrama dan sekolah harian sebagaimana kementerian telah pun melaksanakan projek khas menaik taraf tandas semua sekolah di negara kita berjumlah RM70,000.

Jadi, sekarang ini demi keselamatan anak-anak kita yang mana kebimbangan berlaku di kalangan ibu bapa, saya yakin melalui peruntukan yang ada ini kita buat pula projek— kalau dulu kita baiki tandas semua sekolah di negara kita dan demi keselamatan dengan isu kes buli ini yang melibatkan kematian, saya yakin kita melalui pemasangan TV ini dapat menyelesaikan masalah. Jadi, Jempol memohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan berhubung dengan cadangan Jempol ini.

Seterusnya ke Kementerian Pengangkutan. Sehubungan ini, Jempol ingin menarik perhatian Dewan kepada isu kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat. Mengikut data yang diberikan oleh kementerian, tahun 2024 ada 260 kes kemalangan maut melibatkan kenderaan berat; 2025, 163 kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat.

Antara tragedi yang menyayat hati ialah 23 September 2026, murid Tahun 4 maut digilis ketika pulang dari sekolah di Kubang Kerian, Kelantan; 7 Jun 2026, enam ahli keluarga termasuk seorang bayi maut apabila SUV yang dinaiki bertembung dengan lori seberat 10 tan di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah.

draft • 4:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Kes kemalangan akibat tayar pula tercicir dan serpihan tayar kenderaan berat di lebuh raya. 14 Ogos 2025, sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka melanggar serpihan tayar sebelum diseret lori di arah belakang di Tapah; 9 Oktober 2026, seorang pemandu lori yang positif dadah merempuh 11 kenderaan di Shah Alam, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya akibat pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah. Memanglah bila kita lihat kenderaan berat, lori bila bertembung dengan kereta, sudah pastilah ia menjadi lempeng ya, kenderaan berat, semuanya meninggal.

Jadi, inilah yang harus kita lihat ya, macam mana usaha yang nak kita buat untuk menangani hal ini. Jadi, berhubung dengan itu, Jempol ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, apakah tindakan khusus dan tegas yang akan diambil terhadap pemilik serta pemandu kenderaan berat ini bagi mengelakkan insiden berbahaya dan amat menyedihkan ini sering kali berulang di negara kita?

Seterusnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kos menunaikan fardu haji. Tahun lepas saya bawakan juga, saya usulkan juga perkara ini. Kos penuh menunaikan fardu haji berjumlah RM33,300 seorang melalui pakej Muassasah. Bagi golongan B40, kadar bayaran RM15,000 seorang dengan subsidi. Bagi kategori M40, kadar bayaran ditetapkan sebanyak RM23,500 dengan subsidi. Manakala jemaah golongan T20 menanggung sepenuhnya kos ibadah haji.

Bagi kes menunggu tawaran, pertanyaan Jempol ialah berapa ramaikah lagi kumpulan B40 dan M40 yang telah berusia 60 tahun ke atas dalam senarai menunggu? Bagi kes rayuan pula, adakah Tabung Haji akan memberi kelonggaran dasar dengan memberi subsidi kepada kumpulan kategori B40 dan M40 yang berumur 60 tahun ke atas setelah menganalisis latar belakang jemaah tersebut seperti seorang penoreh getah, nelayan, ataupun pesawah padi dengan mengambil kira tempoh mereka membuat simpanan dan juga menunggu giliran? Jempol ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung persoalan ini.

Seterusnya, Jempol beralih kepada— fokus kepada beberapa isu dan juga permohonan di Parlimen Jempol. Jempol ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas lawatan kerja rasmi ke Hospital Jempol dan Klinik Kesihatan Rompin, Negeri Sembilan pada 28 April yang lalu.

Kementerian Kesihatan menerima peruntukan sebanyak RM47.7 bilion. Jempol menyambut baik langkah kementerian menoktahkan isu doktor kontrak melalui penawaran 9,000 jawatan tetap, penggandaan elaun jururawat, serta pelaburan RM1.2 bilion bagi menaik taraf klinik daif di seluruh negara.

draft • 4:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Hospital Jempol merupakan hospital daerah tanpa pakar yang telah beroperasi sejak Disember 2005. Bagi memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan, hospital ini telah diletakkan di bawah sistem hospital kluster sejak tahun 2016 di bawah kelolaan ataupun seliaan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah sebagai hospital induk.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Hospital Jempol dilengkapi dengan pelbagai fasiliti moden, iaitu saya dimaklumkan Hospital Jempol ini antara hospital yang termoden yang sezaman dengannya, yang dibina pada tahun 2005 termasuk mempunyai empat katil unit ICU dan hanya mempunyai seorang doktor pakar pada masa ini, 20 orang pegawai perubatan dan 86 orang jururawat.

Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Jempol sehingga kini masih belum beroperasi kerana ketiadaan perjawatan seperti doktor pakar, pegawai perubatan, jururawat unit ICU dan juga jururawat terlatih. Berhubung isu ini, Jempol memohon kepada Yang Berhormat Menteri serta Kementerian Kesihatan untuk menambah kakitangan yang mencukupi di Hospital Jempol.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh kepada Kementerian Kerja Raya, iaitu isu di Parlimen Jempol. Kementerian Kerja Raya diperuntukkan sebanyak RM10.88 bilion di mana belanja mengurus RM1.4 bilion dan juga RM9.73 bilion untuk pembangunan. Merujuk kepada peruntukan pembangunan sebanyak RM9.73 bilion, Jempol memohon peruntukan bagi projek menaik taraf pelebaran jalan di laluan Persekutuan FT11, Serting Tengah–Keratong.

Projek menaik taraf ini bermula dari simpang Bandar Seri Jempol ke Kampung Geddes sepanjang 10 kilometer. Laluan ini merupakan jalan utama dari daerah Jempol ke Kuantan dan Segamat. Jempol berharap permohonan ini dapat diberi keutamaan oleh pihak kementerian dan pihak kerajaan untuk kelulusan memandangkan jalan sebahagiannya iaitu dari Kampung Geddes ke Keratong telah diluluskan sepanjang 10 kilometer dalam belanjawan sebelum ini.

Seterusnya, lebuh raya bertol Kuala Pilah— ha, sebelah ini Kuala Pilah ada dengan saya ini, yang sekian lama memperjuangkan isu ini. Lebuh raya bertol Seremban–Kuala Pilah–Jempol. Jempol ingin bertanyakan— Tuan Yang di-Pertua, Jempol ingin bertanyakan status terkini cadangan projek lebuh raya bertol Seremban–Kuala Pilah–Jempol sepanjang 46 kilometer yang telah Jempol, Kuala Pilah sama-sama suarakan sejak tahun 2023. Projek lebuh raya bertol ini amat mendesak bagi mengatasi kesesakan teruk khususnya pada setiap hujung minggu

draft • 4:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

dan lebih teruk pada musim perayaan sehingga perjalanan dari Jempol ke Seremban mengambil masa empat ke hingga lima jam.

draft • 4:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Sebelum ini Kementerian Kerja Raya memberi makluman cadangan pembinaan lebuh raya ini akan dibuat secara request for proposal. Dengan ini Jempol ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, apakah status terkini dengan permohonan secara RFP tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur yang fokus kepada pembangunan wilayah. Dalam perbahasan yang lepas, Jempol telah mencadangkan penubuhan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur yang merangkumi 38 FELDA di Jempol–Jelebu yang bersempadan dengan daerah Bera, Rompin, Bentong dan Segamat yang rata-rata mempunyai skim FELDA.

Jempol, Jelebu dan juga Kuala Pilah merupakan wilayah yang kaya dengan potensi industri hiliran agrikomoditi, ternakan serta perladangan yang masih tertinggal dalam arus kemajuan ekonomi utama. Cadangan pewujudan ekonomi baharu iaitu pembangunan wilayah yang baharu amat diperlukan bagi membolehkan perancangan strategik yang lebih berfokus termasuk pembinaan lebuh raya bertol Seremban–Kuala Pilah–Jempol yang baharu saya sebut sebentar tadi. Hab logistik pertanian dan juga zon perindustrian ringan untuk IKS tempatan.

Justeru itu, Jempol ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi, sejauh manakah cadangan penubuhan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur ini dapat diwujudkan agar dapat merancakkan pembangunan industri serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat?

Kemudian di akhir— di dua tajuk yang saya terakhir ini ingin saya memberikan penjelasan tentang kritikan kepada kes Yang Amat Berhormat Bagan Datuk yang disebut sebelum ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kes 47 pertuduhan melibatkan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk. Untuk makluman pada September 2023, mahkamah telah memberikan Perintah Pelepasan Tanpa Pembebasan (DNAA) di bawah seksyen 254, Kanun Tatacara Jenayah.

Seterusnya, pada 8 Januari, pihak Peguam Negara menetapkan status Tiada Tindakan Lanjut ataupun NFA. Jempol ingin mengingatkan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini bahawa kita mempunyai tanggungjawab untuk berhujah secara matang dan berfakta. Oleh itu, dari segi undang-undang tidak ada keperluan untuk menyemak semula 47 pertuduhan terhadap Bagan Datuk semata- mata atas desakan politik ataupun persepsi awam. Memandangkan keputusan

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan lanjut telah pun diputuskan.

Jadi, jika kita di Dewan yang mulia sebagai tempat menggubal undang- undang. Jika kita benar-benar mempertahankan kedaulatan undang-undang, mengapa kita mahu mengheret institusi pendakwaan bertindak di luar fakta, bukti sahih semata-mata untuk memuaskan naratif politik tertentu.

Dan yang akhir sekali, Jempol juga ingin memberikan penjelasan Tuan Yang di-Pertua, tentang perbelanjaan lebihan RM2.1 bilion oleh KKDW. Tuan Yang di- Pertua...

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jempol satu minit sahaja lagi.

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Boleh, boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jempol ingin menjelaskan isu dakwaan perbelanjaan lebihan berjumlah RM2.1 bilion dalam program jalan luar bandar bagi tempoh 2023 hingga 2025. Jempol menegaskan bahawa dakwaan tersebut perlu dinilai berdasarkan fakta dan rekod kewangan rasmi. Angka RM2.1 bilion yang dibangkitkan merujuk kepada perbezaan antara peruntukan tahunan asal dengan perbelanjaan sebenar. Bukannya bukti berlakunya penyelewengan.

Berdasarkan rekod yang dinyatakan, peruntukan telah diselaraskan dengan RM6.143 bilion. Manakala, perbelanjaan akhir masih mencatatkan baki sebanyak RM34.3 juta. Malah, menurut maklumat yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan pada 1 Oktober 2026 mengesahkan bahawa isu penyusunan semula dana dan tunggakan pembayaran kontraktor telah diselesaikan tanpa melibatkan unsur penyelewengan.

Jempol mengingatkan janganlah kita memutar angka sehingga fakta tenggelam dan membina persepsi hingga kebenaran terpadam. Jika benar kita mahu perjuangkan ketelusan. Maka, telitilah keseluruhan rekod kewangan sebelum melontar tuduhan yang begitu serius. Jangan menghukum berdasarkan persepsi sedangkan fakta dan dokumen belum diteliti sepenuhnya. Wang rakyat bukan bahan permainan politik dan tuduhan penyelewengan bukan perkara kecil yang boleh dilemparkan sesuka hati.

Kesimpulannya, memandangkan setiap sen Tuan Yang di-Pertua, perbelanjaan kementerian wajib melalui sistem pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan bersepadu yang dikawal selia oleh Jabatan Akauntan Negara.

Adakah wajar untuk kita menggunakan istilah yang tidak cermat atau kurang bijak

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

dengan perkataan yang begitu popular hari ini sakau, sedangkan wang tersebut telah disalurkan secara telus kepada projek pembangunan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, semoga Bajet 2027 mencapai matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat dan juga kemajuan negara kita yang tercinta ini. Maka, dengan itu Jempol mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Ampang. 15 minit Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dulu Yang Berhormat sebelah tapi kena pindah ke belakang sebab — saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat semoga cepat sembuh kepada Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:16 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih.

draft • 4:16 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ampang sebenarnya mengambil perbahasan ini adalah untuk merujuk dan menggesa kepada belanjawan MADANI agar belanjawan kali ini pada tahun 2027 bakal mengangkat agenda reformasi dengan iltizam reformasi undang-undang dan institusi, reformasi Parlimen dan semak imbang, reformasi tatakelola dan perolehan awam serta reformasi fiskal dan pengagihan pendapatan.

Sejauh mana ia benar-benar mentransformasikan institusi awam dan struktur ekonomi negara hanya dapat dipastikan melalui pelaksanaan dan pencapaian sasaran. Yang penting reformasi itu perlu merubah dan mengikat, memperbetulkan kesilapan lampau, menutup ruang ketirisan, penyelewengan dan penyalahgunaan serta menjamin manfaat kepada rakyat terbanyak secara berterusan.

Justeru, perbahasan Ampang akan berkisar kepada teras utama yakni kajian penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang-undang Malaysia. Jangan lagi diletakkan di bahu BHEUU semata-mata tetapi saya rasa sudah sampai masanya ada satu reformasi khas suruhanjaya ini perlu ditubuhkan. Dan, hari ini saya ingin memfokuskan kepada dua fokus untuk penggubalan dua rang undang-undang baharu yang mendesak.

draft • 4:16 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Tuan Speaker, dianggarkan lebih 3,000 akta yang masih berkuat kuasa dikategorikan sebagai lapuk, mempunyai jurang atau kelompongan atau bertindih dengan peruntukan dalam akta lain yang perlu dipinda, diganti atau dimansuhkan.

Sudah hampir empat tahun saya duduk dalam Dewan ini, saya rasa tak sampai 500 rang undang-undang yang dikemukakan. Jadi, kalau 3,000 sedia ada ini tak dapat kita lihat, kita tengok, di tambah baru-baru ini. Saya tak pastilah bila kita boleh mencapai kepada tahap di mana semua rang undang-undang yang ada, yang digubal di dalam Parlimen ini dapat kita selesaikan.

Apabila tertubuhnya suruhanjaya ini secara rasmi nanti, semasa melaksanakan inventori dan audit undang-undang menyeluruh secara strategik dan sistematik, Ampang juga nak mencadangkan nanti supaya perkara-perkara penting — ada dua perkara penting iaitu terkait perumahan dan bandar. Dan, keduanya berkaitan dengan Akta 869 iaitu Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan reformasi institusi Parlimen serta semua akta sedia ada. Maksudnya kita kena kaji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Sementelahan, peruntukan Belanjawan 2025 sebanyak RM1.1 bilion untuk memperhebatkan operasi ini.

Maksudnya dalam bajet tahun depan, memang telah diperuntukkan RM1.1 bilion. Jadi, saya mengharapkan sangat suruhanjaya ini atau satu badan ini dapat dibuat agar kesemua yang penting-penting ini diutamakan dan sampai satu masa ia diberi keutamaan.

draft • 4:16 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Oleh itu, fokus pertama yang ingin saya bangkitkan adalah kalau kita lihat akta berkaitan perumahan dan perbandaran manusiawi, berdaya huni dan lestari, kalau kita lihat kadar perbandaran sekarang ini di Malaysia, kalau kita ikut rujuk kepada data 2024, telah capai 76 peratus Malaysia ini. Maknanya, perbandaran lebih banyak daripada majlis daerah.

Pada masa yang sama, kehidupan bandar semakin bergantung kepada kediaman berstrata, kemudahan bersama, pengangkutan awam, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan serta ekosistem infrastruktur fizikal, digital, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang lebih saling berkait memandangkan bangunan berstrata dianggarkan mewakili sekitar 35 peratus ke 40 peratus stok kediaman keseluruhan

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

negara, manakala lebih 60 peratus dalam kawasan perbandaran. Macam saya di Ampang contohnya, residensi di Ampang Jaya, 60 peratus adalah strata.

Jadi, di sini kita ingin melihat ini bukan lagi masalah isu pinggiran, tetapi ia merupakan satu isu yang besar. Kenapa saya bawa isu perumahan ini? Sebab dalam kajian saya, ada hampir 26 akta sebenarnya yang terkait hanya untuk memastikan kehidupan bandar ini lebih selesa. Oleh itu saya tak boleh nak bacakan 26 akta ini.

Oleh itu, saya harapkan supaya kajian ini dibuat oleh suruhanjaya ini dan akhirnya kita boleh apa? Kita boleh memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat yang sekarang ini kita ke arah perbandaran.

Walau bagaimanapun, kewujudan pelbagai akta ini tidak semestinya menjamin koordinasi dan penyelarasan. Kita buat akta, buat akta, buat akta, tetapi koordinasi antara satu sama lain ini kita nampak masih lagi lompong. Kalau saya bercakap tentang isu— antara Yang Berhormat isu-isu berkaitan dengan pemajuan saja, kita lihat kat situ macam-macam nak diselaraskan.

Siapa yang selaraskan ini? Kadang-kadang MPAJ— majlis perbandaran, tetapi bidang kuasa yang terhad sangat kepada mereka. Oleh itu, kita mencadangkan lebih kepada satu akta yang lebih inklusif, yang lebih besar, yang boleh mengawal kesemua perkara ataupun akta-akta yang sedia ada ini.

Justeru, Ampang mencadangkan Suruhanjaya Reformasi Undang-undang meneliti semua undang-undang sedia ada untuk selaras, untuk melindungi hak pemilik, untuk peralihan daripada sasaran membina rumah semata-mata, tetapi ke arah juga untuk menjadikan kehidupan masyarakat sekarang ini adalah kehidupan yang bermaruah.

Seterusnya, saya keluarkan kepada fokus yang kedua iaitu berkaitan dengan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang ini. Kita lihat tentang Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan kesinambungan reformasi institusi Parlimen. Akta 869 kita telah pun mula dikuatkuasakan 1 Oktober baru-baru ini 2026, menandakan bermulanya satu langkah penting untuk memulihkan autonomi pentadbiran Parlimen selepas lebih tiga dekad.

Kita mengharapkan dengan adanya Akta 869 ini ia tidak terhenti di sini sahaja.

Kita perlu memastikan Parlimen yang bebas mengurus kakitangannya sahaja bukan cukup untuk kita kata ia nya baik. Yang baik adalah bila mana ia nya cukup berkuasa dan menyemak imbang autoriti eksekutif kerajaan secara berkesan.

Sekarang ini jawatankuasa pilihan khas contohnya— saya bangkit satu per satu ini. Kita ada 10 jawatankuasa pilihan, tetapi satu jawatankuasa kena pantau lima

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

atau enam kementerian. Mana ada masa. Mana ada perkara yang boleh kita buat semuanya. Nak imbang dan yang kita nak semak ini banyak benda. Lepas itu bila kita dah semak dan kita imbang, penyata kita keluarkan kadang-kadang tidak dilihat pun oleh pihak eksekutif. Ini sesuatu perkara yang perlu kita perkukuhkan supaya benar-benar Parlimen ini ada taringnya. Itu persoalan asas.

Yang keduanya di bawah Parlimen ini, kita juga ingin mengatakan sini kita nak menjamin Constituency Development Fund. Ini bukan sebab Ampang tiada peruntukan, tetapi saya mencadangkan kalau benar-benar setiap Ahli Parlimen akan diberi peruntukan, kita harapkan supaya peruntukan ini diletakkan di bawah Parlimen Malaysia untuk diuruskan di bawah Speaker Dewan. Itu lebih baik. Jadi, kesemua perkara ini lebih tidak ada kuasa— orang kata menggunakan mana-mana kuasa, tetapi ia telah pun dikuatkuasakan di bawah Akta Parlimen ini.

Yang ketiganya memastikannya akses serta memudahkan proses penggubalan dan pembentangan undang-undang persendirian. Kita tak ada private bill Yang di-Pertua. Dah sampai masanya, contoh perkara apa yang berlaku di Ampang, kadang-kadangnya ia membawa kesan untuk membuat satu rang undang- undang, tetapi rang undang-undang itu bukan untuk orang Ampang kadang-kadang.

Ia meliputi keseluruhan tempat-tempat di Parlimen yang lain. Jadi untuk itu, kita mencadangkan supaya sampai masanya Parlimen Malaysia membenarkan private bill ini boleh dibawa di dalam Dewan Negara ini.

Yang keempatnya saya lihat, dah sampai masa mungkin— ini bukan mungkinlah. Kalau boleh ya, Dewan Negara dirombak secara besar-besaran. Tak silap saya Dewan Negara kita ada mungkin 70 ke 72 Ahli Dewan Negara. Tetapi kita ini berebutlah nak kuota wanita, nak kuota OKU, nak kuota macam-macam, tetapi kita tengok kepada Lower House ini saja, 225. Sabah Sarawak minta pun kita rasa macam kelam-kabut kita nak uruskan.

Saya cadangkan supaya Dewan Negara diberikan satu empowerment.

Jadikan supaya semua golongan-golongan yang penting ini, yang inklusif ini, dimasukkan di bawah Dewan Negara untuk mereka ada suara itu. Contoh Sabah Sarawak di bawah MA63, mereka merasakan mereka perlu ada representasi sebanyak satu pertiga. Why not? Tetapi boleh dimulakan terus di dalam Dewan Negara. Ya, begitu juga suara wanita 30 peratus. Kita baru capai 12 peratus, tetapi kita inginkan supaya ia mencapai 30 peratus. Mungkin sampai masanya Dewan Negara tidak lagi 70 orang. Mungkin boleh bertambah. Sekarang ini 222 Dewan

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Rakyat, hanya kita ada 70 sahaja Dewan Negara, Ahli Dewan Negara. Jadi kita perlu memikirkan perkara ini.

Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan supaya perkara ini, Parlimen— Peraturan Mesyuarat Parlimen, mestilah menjunjung doktrin pemisahan kuasa di antara tiga cabang kuasa serta bidang kuasa Dewan Rakyat, Dewan Negara dan yang ada seterusnya Speaker Dewan. Okey, itu perkara pertama berkaitan dengan suruhanjaya.

Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya memanglah— minta ini masa lebih sikit sebab bagi saya, tak sah kalau saya tak sentuh isu wanita. Kalau kita lihat 34.8 juta rakyat Malaysia sebagaimana disebut dalam DOSM, 16.4 juta adalah wanita.

Tetapi tidak ada di dalam mana-mana pencarian saya, berapa sebenarnya ataupun bagaimana wanita ini dicerakinkan di Malaysia.

Belanjawan 2027 amat penting dinyatakan ataupun dilihat dari perspektif wanita kerana 16.4 juta adalah merupakan warga wanita di Malaysia. Yang ada statistik di tangan saya hanyalah 235,240 wanita yang bergelar wanita tunggal ataupun ibu tunggal. Maknanya, wanita yang mengetuai sesuatu keluarga.

Apa yang saya nak bangkitkan di sini, sebenarnya, adakah kehidupan wanita benar-benar bertambah baik di bawah nanti Belanjawan 2027? Ini soalan asas. Saya tanya soalan ini sebab bila mana saya turun padang, ada salah seorang bertanya tentang saya, “Yang Berhormat, apa wanita dapat dalam Belanjawan 2027 ini?”. Di situ saya terdetik, apakah manfaat sebenarnya daripada bajet yang kita ada beratus bilion ini? Apakah manfaat secara langsung kepada wanita di Malaysia.

Sebab itu saya nak mencadangkan supaya kita menilai manfaat Belanjawan 2027 ini kepada wanita. Kita tidak boleh hanya melihat berapa banyak peruntukan diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat atau berapa banyak program bantuan diumumkan. Ukuran sebenar yang saya lihat adalah sama ada wanita menjadi lebih berpendapatan, lebih selamat, lebih sihat, lebih berdaya membuat keputusan dan mempunyai lebih banyak peluang untuk menentukan masa depan mereka. Itu sebenarnya satu indikator yang perlu kita lihat.

Jadi untuk itu, saya mengharapkan supaya kita perlu ada analisa di sudut peruntukan dan dasar dan juga analisa di sudut hasil kehidupan wanita itu bila bajet yang ditentukan itu. Dahlah peruntukan wanita kalau tengok di bawah Kementerian Wanita memang yang paling tercorot, tetapi kita harap bila kita— bila saya cadangkan beberapa perkara ini, nanti saya harap ia nya boleh membuka mata pada pihak kerajaan untuk menilai bajet wanita.

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jadi persoalannya, apakah manfaat utama Belanjawan 2027 kepada wanita?

Saya baca, saya baca, saya dapati ada empat perkara besar.

Pertama, langkah peningkatan pendapatan dan keusahawanan wanita.

Bagus, alhamdulillah. Tetapi bila kita tengok jumlah yang disediakan contohnya RM200 juta, kita ada RM66 bilion, tetapi manfaatnya hanya kepada 400,000 wanita.

Jadi, is it reflect dengan izin, kepada wanita yang benar-benar di bawah sana?

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Persoalannya, apakah wanita berjaya meningkatkan keuntungan pendapatan bersih dan kelangsungan perniagaan? Apakah perniagaan mereka mampan, paling kurang 24 bulan? Itu perkara-perkara yang kita perlu tanya dan kita nak tanyalah ukuran ini dibuat oleh siapa? Sebab semua kementerian ada buat program-program keusahawanan wanita, ekonomi wanita tetapi siapa mengukur kejayaan ini. Itu pertama.

Yang keduanya, perlindungan ibu dan keseimbangan keluarga. Kita lihat wanita ada masalah ini. Masalah dia, adakah wanita lebih mudah kembali bekerja selepas bersalin. Kita syukur ada 98 cuti bersalin yang diberi atau maksimum lima kali, itu bagus tetapi manfaat itu tidak secara langsung atas keluarga tersebut.

Dan atas itu kita tanya juga bukan masalah bercuti bersalin saja, kita bertanya tentang sistem sokongan iaitu apakah ada cukup pusat jagaan yang mampu milik.

Ini perkara yang lebih asas. Banyak pusat jagaan ada tetapi yang mampu milik sekarang ini menjadi persoalannya. Jadi itu— dan juga apakah ia mencukupi dengan kadang-kadang banyak juga pusat jagaan yang tidak berlesen yang sepatutnya ditingkatkan oleh pihak kerajaan.

Saya minta seminit dua lagi Yang di-Pertua. Yang ketiganya, langkah bantuan kos sara hidup. Alhamdulillah kita ada 16 bilion, kita ada STR, SARA dan sebagainya. Tapi, apakah bantuan ini mengurangkan beban sebenar wanita khususnya ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah dan ketua isi rumah.

Dan akhirnya kebajikan wanita dan juga keselamatan kewangan, financial security kepada wanita. Saya baca tadi ada 235,240 wanita yang dikatakan ketua rumah ya, ada yang tak berkahwin juga seramai 5,380 tetapi mengambil anak-anak angkat untuk dijaga atas dasar simpati dan sebagainya. Apa jaminan pada mereka?

Saya nak mencadangkan dalam bajet yang ada, tak banyak Datuk Yang di-Pertua, kita minta setengah bilion aje ya.

Saya tengok di bawah satu skim yang ada kerajaan ni, bawah i-Suri dan juga i-Saraan, KWSP dan juga PERKESO kalau kita gabungkan, kita carumkan untuk

draft • 4:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

mereka. Kenapa kita carumkan untuk mereka kerana ni golongan rentan yang kalau berlaku apa-apa kepada wanita ini mereka akan terkesan, anak dia tak pergi sekolah, dah lah suami dia mungkin orang dah terlantar dan sebagainya.

Jadi PERKESO menjaga kebajikan sebelum berumur 50 tahun, KWSP memberi kebajikan selepas. Tak banyak pun dalam RM620 setahun maka mereka dapat perlindungan sepanjang hayat. Dan seterusnya, akhirnya, Speaker habis tentang wanita. Saya harap soalan-soalan ini dapat dijawab dan direnungkan oleh pihak yang ada, terutama kementerian-kementerian semua yang bergantung dengan perkara ini. Tapi yang penting saya nak sebut tentang satu akta yang...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa dah habis YB.

draft • 4:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Satu, sikit lagi. Satu aje iaitu petunjuk— saya harapkan sangat supaya kita ada satu akta yang baru gubal 2023, belanjawan. Saya mengharapkan satu pindaan untuk memasukkan GRB, Belanjawan Responsif Gender di dalam Akta 850. 850 ni iaitu Akta Kewangan Awam supaya semua belanjawan yang nak dikemukakan mestilah dirangka merujuk GRB.

Jadi, itu sahaja penutup kepada ucapan saya. Ada banyak isu-isu yang saya nak bangkit di kawasan tetapi saya akan bawa dalam pihak Jawatankuasa. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak Yang di-Pertua dan saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Deepavali Nalvaalthukkal kepada semua.

Tetapi saya nak bagi tahulah saya hanya bagi ucapan tapi saya tak ada peruntukan.

Untuk itu saya nak bagi satu pantun ya.

Peruntukan rakyat Ampang tidak diterima, Sehingga kini tiada berita; Kebajikan rakyat Ampang terus di utama, Asam Pedas Amal Ampang usaha. Terima kasih Yang di-Pertua. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pendang. 15 minit Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Saya nak mulakan dengan sepotong ayat dalam Surah At-Tur yang firman Allah... [Membaca sepotong ayat Al-

draft • 4:34 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Quran] “Apabila berlaku yang demikian, maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran...”. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan— saya mengucapkan terima kasih atas ruang dan peluang kepada Pendang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Belanjawan 2027 memperuntukkan 461.84 bilion merangkumi 376.84 bilion perbelanjaan mengurus dan 85 bilion perbelanjaan pembangunan, termasuk simpanan luar jangka, tidak termasuk 50 bilion daripada GLC dan juga GLIC.

Dengan lebih setengah trilion peruntukan, Pendang ingin tahu adakah kedudukan kewangan negara semakin kukuh dan kehidupan rakyat semakin baik.

Kita ingin membangkitkan beberapa perkara. Pertamanya, berkenaan dengan pengurusan kewangan berhemat dan keadilan agihan pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sering bercakap tentang tatakelola, ketelusan dan pengurusan kewangan berhemah. Namun prinsip tanpa pelaksanaan hanya tinggal slogan. Bangunan siap belum tentu program berjaya, projek dirasmikan belum tentu masalah rakyat selesai. Pendang mencadangkan setiap projek pembangunan utama mempunyai petunjuk keberhasilan yang jelas, laporan kos sebenar dan status pelaksanaan yang boleh diteliti oleh Parlimen.

Dalam hubungan ini, pengurusan kewangan berhemah juga mesti mengambil kira keadilan, pengagihan pembangunan antara negeri. Berdasarkan Tinjauan Fiskal 2027, pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri dianggarkan RM11.504 bilion meningkat hanya 0.9 peratus berbanding dengan anggaran disemak pada tahun 2026.

Tuan Yang di-Pertua, saya kena panggil Tuan Yang di-Pertua fasal duduk dekat kerusi tu.

[Ketawa] Walaupun angka ini tidak merangkumi keseluruhan projek pembangunan Persekutuan di negeri-negeri, kerajaan mesti memberikan gambaran yang lebih telus tentang peruntukan sebenar mengikut negeri.

Jangan sampai angka peruntukan begitu jelas ketika diumumkan di Putrajaya tetapi menjadi kabur apabila rakyat bertanya berapa banyak yang benar-benar sampai ke negeri mereka, ke kawasan mereka dan juga ke kampung-kampung yang telah diperuntukkan. Ini persoalan yang kita bangkitkan, yang harus diberi perhatian serius dalam Bajet 2027 supaya kita nak mengurangkan ketirisan dan kebocoran wang negara ini dan ataupun wang rakyat.

Jadi dengan itu kita ingin mendapat penjelasan, Pendang ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Kewangan.

draft • 4:34 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pertamanya, adakah kerajaan bersedia mendedahkan prestasi projek pembangunan utama termasuk projek lewat dan mengalami pertumbuhan— pertambahan kos.

Kedua, adakah kerajaan bersedia membentangkan pecahan lengkap Perbelanjaan Pembangunan Persekutuan 2027 mengikut negeri, termasuk peruntukan dan perbelanjaan sebenar 2026. Bajet 2025 yang dibentangkan, kita nak tahu juga sampai setakat sekarang berapa projek perbelanjaan sebenar ekoran daripada bajet yang diluluskan pada 2025 dan digunakan untuk 2026, sampai sekarang.

Sampai bulan— biasanya mengikut prosedur kerajaan bulan 10, kalau tak belanja habis dia akan collect balik, dia akan ambil balik. Jadi, kita nak tengok lebihan ini dibawa pada 2027, jadi tidak berlaku perbelanjaan sebenar pada perbelanjaan yang diluluskan 2025 itu.

Ketiganya, apakah formula yang digunakan untuk memastikan negeri yang mempunyai jurang infrastruktur dan keperluan pembangunan besar diberikan peruntukan sewajarnya. Pengurusan kewangan yang berhemat bukan hanya mengawal perbelanjaan tetapi memastikan wang rakyat dibelanjakan secara adil dan berkesan.

Saya nak sentuh berkenaan dengan TVET. Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya, Malaysia mahu menjadikan ekonomi berteknologi tinggi. Kita bercakap tentang semikonduktor, automasi dan kecerdasan buatan. Namun, adakah pembangunan tenaga kerja benar-benar bergerak seiring dengan aspirasi rakyat dan juga kerajaan meletakkan, mencipta premis yang perlu untuk kita nak lahirkan sepertimana yang saya sebut tadi iaitu teknologi tinggi, automasi, semikonduktor dan AI ini.

Belanjawan 2027, peruntukan sekitar 1.823 bilion bagi perbelanjaan mengurus pendidikan politeknik dan kolej komuniti. Tetapi sasaran kemasukan lepasan sekolah ke TVET di bawah petunjuk prestasi Kementerian Sumber Manusia kekal pada 18 peratus pada tahun 2026-2027. Pendang ingin tahu mengapa sasaran tersebut tidak meningkat sedangkan kerajaan begitu lantang mengarusperdanakan TVET. Lebih penting apakah pulangan pendidikan TVET kepada pendapatan graduan.

Jangan sampai kita melahirkan pekerja berkemahiran tinggi tetapi sistem ekonomi masih menawarkan gaji yang tidak setimpal dengan kemahiran mereka.

draft • 4:34 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak cadangkan— maknanya, kita ingin mendapat pembangunan TVET ini mesti dihubungkan dengan sektor elektrik dan elektronik, automasi industri dan pertanian moden. Pendang ini mendapat penjelasan, berapakah gaji median graduan TVET selepas satu atau tiga tahun bekerja dan berapa ramai yang memperolehi pekerjaan bersesuaian dengan latihan mereka? TVET mesti menjadi laluan meningkatkan taraf hidup dan bukan sekadar memenuhi permintaan industri terhadap tenaga kerja murah.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya TVET Negara sepertimana Suruhanjaya Pendidikan Negara, barulah kita boleh kita merangka hala tuju, tujuan sebenar untuk kita merangkumi atau mencapai TVET yang kita sedang laksanakan ini. Ini penting, kalau tanpa Suruhanjaya, kita rasa macam jadi second class-lah TVET ini, sistem pendidikan TVET ini. Kita nak jadikan sistem pendidikan ini, sistem first class, arus perdana negara, sepertimana sistem akademik yang ada sekarang ini.

Jadi oleh sebab itu, kita harap kerajaan boleh menumpukan kepada bagaimana untuk nak memurnikan aspirasi rakyat tentang pembangunan dunia yang bersangkutan dengan TVET ini, sepertimana negara-negara maju di Jerman, Korea, Jepun dan juga Turkiye yang meletakkan pendidikan TVET ini merupakan satu asas pendidikan utama dalam negara itu untuk mencapai satu teknologi tinggi dalam negara maju ini.

Yang ketiganya, saya nak menyentuh berkenaan petani ataupun pesawah padi, yang mana kerajaan memperuntukkan RM2.62 bilion untuk perbelanjaan pada tahun ini. Yang mana subsidi dan insentif pesawah dengan anggaran sokongan bernilai RM4,300 sehektar. Angkanya besar, tetapi Pendang ingin tahu, sejauh mana manfaat sebenar sampai kepada pesawah.

Pada 19 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan masalah kelewatan baja, mutu benih yang dipersoalkan, kualiti benih, peningkatan kos penanaman dan juga tunggakan insentif. Lebih membimbangkan, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia mendakwa hanya sekitar 30 peratus manfaat peruntukan diterima dalam bentuk input pertanian. Manakala kira-kira 200,000 pesawah didakwa masih belum menerima tunggakan insentif penuaian padi.

Saya harap kerajaan boleh menjawab, Menteri ertanian akan menjawab apa yang dibangkitkan hari ini, supaya petani-petani terutamanya di Kedah, Perlis, Seberang Perai Utara akan mendapat penjelasan kenapa ini berlaku. Dakwaan ini

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

perlu disahkan tetapi tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan mengumumkan subsidi berbilion Ringgit tetapi pesawah masih terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk mengusahakan bendang.

Kerajaan juga dalam masa yang sama, Hasil Sasaran Padi 2027 diturunkan kepada 3.07 tan metrik sehektar berbanding dengan sasaran trip 3.79 tan metrik pada 2026. Ini satu regresif lagi satu, tindakan kerajaan yang menurunkan hasil sasaran. Kenapa begitu? Sila beri jawapan dalam penggulungan Menteri nanti.

Kerajaan juga menyasarkan lima musim penanaman dalam tempoh dua tahun sedangkan masalah pengairan masih membelenggu pesawah. Jangan sampai sasaran musim penanaman bertambah, tetapi, pesawah masih menunggu air di bendang. Baru ini, pesawah terpaksa menunggu air, menunggu racun, menunggu baja yang tak sampai mengikut jadual yang ditetapkan oleh kawasan MADA. Tak sampai kepada— sampai dua tiga bulan, sampai padi dah besar baru baju sampai.

Nak buat apa lagi dah? Jadi ini, harus diberi perhatian oleh kerajaan, oleh Kementerian Pertanian.

Bilakah insentif pesawah akan diselesaikan? Bersediakah kerajaan mengaudit keberkesanan peruntukan RM2.62 bilion termasuk prestasi pembekal dan pengagihan subsidi? Berapakah peruntukan khusus bagi menaikkan taraf sistem pengairan MADA pada tahun 2027? Tidak ada maintenance untuk pengairan di sistem pengairan padi Dato’ Yang di-Pertua.

Jadi, kita harap Kementerian Pertanian, tumpu, supaya bila ada perairan ini bersih, elok, air dapat disalurkan, tidak berlaku kebocoran dan sebagainya, maknanya dia akan sampai kepada pesawah mengikut jadual yang ditetapkan.

Orang buat bendang fahamlah apa yang saya cakap ini, orang sebelah utara semua ini, orang sebelah selatan apa mungkin dia agak lambat, mungkin Dato’ Yang di- Pertua pun tak boleh nak faham sikit, sebab dia duduk dalam bandar. Beranak dalam tong beras. Jadi, dia tak fahamlah apa yang kami duk nak bawa keluarkan beras ini.

Sawah padi penuh dengan selut ini.

Jadi, oleh sebab itu, kita lihat, kita tak mahu setiap tahun angka peruntukan meningkat tetapi nasib pesawah masih di takuk lama. Racun pun lambat, baja pun lambat, benih pun tak ada kualiti, jadi kita tak nak lagi benda ini berlaku dan kita akan nampak kerajaan yang hebat ini, MADANI ini akan bergerak secara lebih sistematik, bergerak daripada perkara yang tak baik kepada yang lebih baik. Itu lah kerajaan yang membela rakyat.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Keempat, sana nak sentuh berkenaan kos dan sara hidup. Gaji dan kos sara hidup. Kerajaan menganjurkan pertumbuhan ekonomi antara 4.2 peratus hingga 5.2 peratus pada tahun 2027. Namun, rakyat tidak membeli barang dapat menggunakan angka KDNK. Rakyat menilai ekonomi berdasarkan pendapatan harga barang dan juga baki wang selepas membayar komitmen bulanan. Angka pertumbuhan ekonomi mungkin cantik dalam laporan kerajaan, tetapi angka itu tidak membayar bil elektrik atau membeli barang dapur.

Pendang mengambil maklum anggaran subsidi dan bantuan sosial sekitar RM72.7 bilion. Angka-angka KDNK ini dilaporkan dalam Dewan ini, bagi seronok sahaja. Tapi, rakyat di bawah sana, isi rumah di bawah sana. Isi rumah yang di bawah sana yang pergi ke kedai-kedai membeli barang, dia tidak berdasarkan kepada angkat KDNK, Dato’ Yang di-Pertua. Dia berdasarkan the reality of the cost of living yang ada kepada mereka.

Jadi, oleh sebab itu, dengan izin, jadi, bantuan kepada rakyat ini penting.

Tetapi bantuan sementara tidak boleh menggantikan pertumbuhan pendapatan yang mampan. Pendang mencadangkan pertumbuhan gaji sebenar dan pendapatan boleh guna isu rumah menjadi ukuran utama keberhasilan belanjawan. Pendang ingin mendapatkan penjelasan Menteri Kewangan, apakah sasaran peningkatan gaji sebenar rakyat pada tahun 2027 dan bagaimana pertumbuhan ekonomi dinikmati golongan berpendapatan rendah serta sederhana?

Saya dapat maklumat, ini saya nak bangkitkan supaya Menteri KPDNK jawab. Dikatakan, kakitangan KPDNK Bahagian Pemantau, Pegawai Pemantau akan— daripada contract-for-service ditukarkan contract-of-service— contract-of- service ditukar kepada contract-for-service. Jadi, contract-for-service dia tidak ada jaminan, tidak ada KWSP potongan dan sebagainya.

Jadi, kerajaan, kenapa ini berlaku? Ada yang bekerja 18 tahun, 19 tahun 15 tahun ke atas, seramai 850 orang kakitangan KDPNK yang akan ditukar. Mereka ini tidak ada jaminan. Dah kerja lebih kurang 15, 16, 17, 18, 19 tahun ditukarkan kepada contract-for-service from contract-of-service. Macam MyStep-lah, tidak ada jaminan.

Jadi, saya nak dapat jawapan, kenapa ini berlaku? Sedangkan perkara itu ada keperluan, sampai 850 orang. Jadi, ini perlu dilihat oleh kementerian.

Jadi, saya harap perkara-perkara ini tidak akan berulang. Kerajaan ini bergerak regresif dalam semua hal, termasuk sumber manusia, kebajikan pekerja dan sebagainya. Saya ingin menyebut lagi berkenaan dengan satu lagi hari ini, isu berkenaan dengan pembatalan Perikatan Nasional oleh Registrar of Associety ini.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita dah dapat maklumat tadi, sedikit sebanyak. Tapi saya nak sebut juga, sebab saya dah rangka dalam teks saya.

Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional. Kita nak melihat ketelusan dan kedaulatan undang-undang ini tidak mengatasi mana-mana pihak. Maknanya, undang-undang kita berada di atas, sama ada dia legislatif, eksekutif dan juga judiciary yang akan menjelaskan berkenaan dengan undang-undang negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita membahaskan tatakelola, bagi saya sikit, masa sikit nah. Sikit saja. Saya tak payah banyak-banyak. Dalam kita membahaskan tatakelola, Pendang ingin menyentuh tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau RoS yang membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional pada 20 Oktober lalu. RoS menyatakan keputusan tersebut dibuat atas alasan ketidakpatuhan terhadap peraturan pertubuhan. Namun, tindakan itu turut mendapat bantahan pimpinan PN, yang mempertikaikan asas dan masa keputusan tersebut.

RoS ini berada di bawah Kementerian Dalam Negeri, maknanya, Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab tentang apa sahaja yang berlaku berkenaan dengan parti-parti politik yang bernaung di bawah RoS, yang mendaftar di bawah RoS supaya mereka ini jadi legal, legalise all the parties untuk masuk dalam pilihan raya. Jadi, oleh sebab itu, namun tindakan itu turut mendapat bantahan pimpinan PN yang mempertikaikan absah dan masa keputusan tersebut.

Mahkamah tinggi sebelum ini telah membenarkan PN memulakan semakan kehakiman terhadap tindakan pergantungan aktivitinya dengan pendengaran permohonan penangguhan dijadualkan pada 22 Oktober. Tetapi dua hari sebelum pendengaran tersebut, pendaftaran PN telah dibatalkan.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Apakah agendanya, sebelum tempoh yang dibenarkan untuk kita menjawab dan sebagainya itu tamat, tiba-tiba sebelum tamat tempoh dibatalkan. Ini kita lihat mungkin ada tangan-tangan yang ghaib. Bukan tangan ghaib lah, tangan-tangan yang jelas yang sedang mengatur susun untuk menyusahkan PN ini supaya tidak...

draft • 4:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Pendang, mencelah sedikit?

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Silakan.

draft • 4:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau kita tengok dulu bagaimana pembatalan...

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Habis dah. Nak habis dah Tuan.

draft • 4:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

...UMNO, pengharaman UMNO. Walaupun Tun Mahathir itu dituduh dengan macam-macam, maha firaun, maha zalim tetapi yang membatalkan UMNO bukan Tun Mahathir, bukan ROS, bukan bawah Kementerian KDN tetapi mahkamah. Jadi, minta pandangan Pendang.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, itulah. Tadi kita dah dapat keputusan. Mahkamah— apa yang saya difahamkan telah menangguhkan pembatalan RoS terhadap Perikatan Nasional. Maknanya kita boleh menggunakanlah dalam PRN di Melaka ini. Itulah yang sebenarnya matlamat pun saya ingat dan mungkin kita akan bertembung di Pilihan Raya Sarawak yang kita dah dengar angin-angin akan dibubarkan tidak berapa lama lagi dan mungkin kita akan bertembung juga dalam PRU-16. Siapa tahu? Benda ini tak mustahil berlaku dengan keadaan yang kita tengok sangat kritikal. Setuju tak Stampin?

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa, masa dah nak habis. Dah habis dah pun masa.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, dah nak habis. Ada sedikit sahaja. Nak habis dah, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya dah bagi ini tetapi ini macam...

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ada sedikit. [Sambil menunjukkan dokumen]

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ha, okey, okey. Habiskan, habiskan.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita tunjuk. Habis dah. Okey, okey, baik. Jadi, Pendang juga ingin tahu, bagaimana penjelasan Menteri Dalam Negeri mengapa— saya minta penjelasan Menteri Dalam Negeri lah, keputusan pembatalan dibuat ketika cabaran undang-undang berkaitan penggantungan sedang berjalan. Apakah jaminan bahawa tindakan penguatkuasaan ini dibuat secara bebas, adil dan tanpa campur tangan politik?

Pendang juga ingin tahu, apakah mekanisme yang memastikan hak semakan kehakiman dapat dilaksanakan secara berkesan? Dengan demikian, kuasa pentadbiran mesti dilaksanakan menurut undang-undang, bukan berdasarkan kepentingan mana-mana pihak yang memegang kuasa. Kerajaan perlu memberikan penjelasan yang lengkap dan telus supaya keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi terus dipelihara.

Jadi, kita lawanlah di atas pentas yang sama rata walaupun kerajaan dia ada kuasa dan sebagainya tetapi bila kita bertembung dalam pilihan raya ini, kita

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

bertembung dengan penuh gentleman dan penuh dengan kesamarataan dalam konteks demokrasi yang dibenarkan.

Jadi oleh sebab itu, belanjawan pada kali ini paling besar agaknya tetapi paling nyata manfaatnya. Kerajaan boleh mengumumkan berbilion Ringgit, namun rakyat tidak berhak mengetahui ke manakah wang itu pergi dan apakah perubahan yang mereka perolehi? Rakyat tidak meminta jasa yang baik, yang semakin besar— janji yang semakin besar, rakyat menuntut hasil yang semakin jelas.

Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, bajet Belanjawan 2027 ini bagi saya adalah bajet kerajaan seperti tikus memperbaiki labu. Saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua dengan memberi saya sedikit kelonggaran untuk saya sambung masa. Wallahualam, wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Stampin.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun] Stampin.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Stampin.

draft • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2027. Saya ada beberapa perkara yang saya ingin sebut dalam perbahasan saya. Di antaranya pertama adalah berkenaan tentang peruntukan kawasan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, selama ini pihak dari sebelah sana pembangkang, tidak menikmati, tidak diberi apa-apa peruntukan kawasan Parlimen mereka.

Walaupun PMX telah amanahkan kepada TPM untuk berbincang dengan pihak pembangkang tetapi sudah satu, dua tahun sudah lalu. Saya nampak tak apa- apa hasil daripada perbincangan tersebut. Saya tak nak menuding jari terhadap siapa yang salah, siapa yang tak jujur itu tetapi saya hendak sebutkan perkara ini atas prinsip-prinsip demokrasi, di mana saya rasa kita semua Ahli Parlimen di sini dipilih oleh orang, pengundi-pengundi.

Kita semua digelar sebagai Ahli Yang Berhormat, menduduki di masing- masing tempat di sini. Maka, kita semua perlu, berhak dilayani dengan saksama dan sama rata. Maka untuk menafikan peruntukan kawasan Parlimen terhadap pihak pembangkang, saya rasa itu satu ketidakadilan.

draft • 4:53 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini ramai daripada kita— kami di sini duduk di sebelah sana sebagai pembangkang dan kita pun rasa kesulitan, kesusahan yang dinafikan, akibat daripada dinafikan peruntukan kawasan Parlimen. Mangsa-mangsa bencana yang nak minta bantuan daripada kita, pesakit-pesakit parah yang nak minta bantuan, kita tak mampu kerana tak ada bantuan, tak ada peruntukan kawasan Parlimen.

Maka ada satu ayat yang saya nak sebut, “Do not do unto others what you do not want done to you.” Dalam bahasa Cina pun ada ajaran Confucius. [Berucap dalam bahasa Cina] Dalam kata bahasa iaitu apa yang kita nak, tak nak, orang lain buat terhadap kita, janganlah kita buat terhadap orang itu.

So, maka saya sebagai— selaku Ketua Parlimen DAP mewakili 40 Ahli Parlimen nak menegaskan seruan kita kepada kerajaan bahawa sebelum tamatlah itu terma Parlimen ini melakukan satu reformasi yang benar di mana setiap Ahli Parlimen tak kira daripada kerajaan atau daripada pembangkang, diberikan peruntukan kawasan Parlimen mereka, supaya— ber-efisien, boleh mampu untuk membantu pengundi-pengundi mereka.

Kita, oleh itu, itu bukan sahaja pendirian peribadi saya tetapi pendirian 40 Ahli Parlimen daripada DAP yang menyokong seruan ini dan saya haraplah untuk tahun depan sekurang-kurangnya, selewat-lewatnya tahun depan pihak-pihak pembangkang, Ahli-ahli Parlimen daripada pihak-pihak pembangkang pun akan diberikan peruntukan untuk kawasan Parlimen mereka. Biarlah kita memulakan satu suasana politik yang baharu. Not a politics of deprivation. A politics of persecution or operations. Biarlah kita fight on ideologi dan polisi masing-masing.

Isu kedua juga berkenaan dengan peruntukan. Peruntukan tambahan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebanyak RM1 juta setiap, setiap Ahli Parlimen untuk tahun ini. Kita baca dari berita, ada satu pengumuman sebegitu tetapi saya tanya ICU, tanya Menteri Kewangan, mereka kata tak ada apa-apa direktif yang telah diberi oleh Perdana Menteri. Oleh itu, saya ingin satu penjelasan bahawa sama ada pengumuman itu adalah betul atau hanya sembang-sembang sahaja atau kalau betul, bilakah itu peruntukan akan disalurkan kepada kami semua?

Isu ketiga iaitu berkenaan dengan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang telah dilaksanakan untuk pihak-pihak syarikat logistik. Tetapi yang dikecualikan adalah lori yang membawa batu dan pasir dan juga simen mixer. Saya pun tak faham kenapa golongan itu dikecualikan? Saya rasa mereka pun sebahagian daripada logistik, syarikat logistik dan operator logistik. Maka saya rasa oleh kerana

draft • 4:53 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

peningkatan harga diesel yang begitu mendadak, mereka yang telah berkontrak untuk membawa batu, membawa pasir untuk sektor pembinaan itu mereka sekarang mengalami banyak kerugian kerana harga yang disebut dalam kontrak dan harga sebenarnya adalah jauh berbeza.

draft • 4:53 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Maka, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya to include them into this SKDS scheme supaya mereka juga menikmati subsidised diesel untuk menjalankan operasi mereka semua.

Isu keempat iaitu berkenaan scam yang saya sering sebut dalam Dewan ini.

Menurut apa yang dilaporkan oleh KDN dalam tahun 2025, sejumlah RM2.97 bilion duit rakyat Malaysia telah dicuri oleh online scam. Kerugian itu merupakan satu kerugian yang besar. Dan untuk lima bulan daripada Januari ke Mei 2026, sejumlah kerugian akibat daripada online scam adalah lebih kurang RM830 juta yang dialami oleh rakyat Malaysia akibat daripada scam online.

Saya ingin sebut satu kes iaitu Loh Yong Seng. Beliau duduk dalam rumah sahaja. Beliau adalah seorang pesara polis. Duduk di rumah tetapi handphone-nya kena hack, sistem kena hack, pun tak tahu apa kena hack. Selepas itu, pagi dia cek dengan bank, RM50,000 telah dipindah luar daripada akaun dia. Dia telah menuntut bayaran pampasan daripada bank, Maybank. Setakat ini Maybank hanya menawar 50 peratus sebagai satu compensation, pampasan kepada kerugiannya. Tapi ini memang tak mencukupi kerana dia tak apa-apa salah. Dia tidak melayari apa-apa website. Dia tidak guna— menekan apa-apa link. Dia hanya duduk dalam rumah dan handphone dia kena hack, sistem kena hack. Oleh itu, duit sejumlah RM50,000 iaitu his lifelong savings kena dipindah keluar. Maka untuk kes itu, saya harap Maybank boleh memberi pampasan 100 peratus kepada beliau. Ini kerana menunjukkan satu kelemahan sistem Maybank yang senang kena hack oleh hacker dan scammer.

Saya ada tiga cadangan yang saya telah sebut sebelum ini dan nampaknya belum dilaksanakan. Cadangan untuk mengurangkan kerugian mangsa-mangsa atau untuk mengelakkan itu kes-kes online scam. Cadangan pertama adalah supaya bank mengamalkan satu praktis di mana 24 jam cooling off period dikenakan untuk online transfer to first time recipient. Kalau recipient akaun itu adalah pertama kali daripada akaun mangsa itu, bank perlu kan satu 24 hours cooling off period.

Recipient bank itu tak boleh ambil wang keluar dalam masa 24 jam. Itu cadangan saya buat kerana seringnya mangsa-mangsa akan tahu kena scam dalam masa 24 jam. Selalunya selepas mereka tahu, dia telefon kepada bank, bank kata,

draft • 5:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

“Oh, sudah transfer itu, tak boleh buat apa-apa”. Jikalau ada 24 hours cooling off untuk transfer pertama, the first time transferee dikenakan, maka itu duit boleh dibekukan dan boleh dibayar balik kepada transferor itu.

Kedua adalah supaya thumbprint IC reader diletakkan di semua ATM machine. Kalau sesiapa nak withdraw wang tunai daripada ATM machine. Cadangan ini adalah sebab, tak kira berapa transfer yang dibuat, sekiranya duit dana itu dalam sistem perbankan masih boleh dikesan, masih boleh diambil balik. Tetapi kalau duit itu, dana itu dikeluarkan sebagai cash, itu yang masalah dia.

Kalau ada thumbprint reader dan IC reader dan diletakkan di ATM, maka itu scammer-scammer, mereka yang upah orang yang pergi ambil cash itu, akan dikesan. Oleh itu, saya ada sebut dengan wakil bank. Mereka kata, “Ya, ini munasabah. Boleh reduce crime rate online scam tetapi melibatkan kos”. Apakah kos yang terlibat? Tak banyak kalau kita banding dengan jumlah kerugian berbilion- bilion setiap tahun.

Cadangan ketiga adalah supaya bank diwajibkan menanggung kerugian scam, kecualinya kalau bank boleh membuktikan bahawa mangsa itu adalah bersubahat dengan scammer itu. The burden or proof is for bank to prove that you have conspired. Otherwise, bank has to menanggung kerugian scam. Oleh itu, ini adalah tiga-tiga cadangan kerana kalau kita tidak mewajibkan bank untuk menanggung kerugian scam, mereka tak akan melabur untuk mengelakkan scam.

So, this is a carrot and stick method. Isu yang terakhir yang saya ingin sebut dalam perbahasan hari ini adalah berkenaan peniaga-peniaga dan kontraktor-kontraktor dari negara China yang amat ramai yang datang atas visa pelancongan dan mereka telah menjejaskan pengusaha-pengusaha tempatan. Bukan sahaja SMEs tetapi juga kontraktor- kontraktor untuk renovation semua telah terjejas.

Maka, saya rasa adalah baik untuk kita mengamalkan satu visa free permit untuk pelancong dari China tetapi saya rasa ia telah disalahgunakan. Saya harap kerajaan boleh mengambil tindakan supaya tindakan yang lebih tegas dikenakan dan untuk mengesan sesiapa yang abused the tourist visa untuk menjalankan perniagaan-perniagaan dan kerja kontraktor di negara kita yang telah menjejaskan local business. Setakat ini, itu perbahasan saya. Saya ingin menyokong Belanjawan 2027. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dah lama tunggu, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, Belanjawan 2027 telah mengumumkan gaji minimum sebanyak RM2,000 mulai Jun 2027 dengan pengecualian kepada PKMS yang mempunyai hasil jualan di bawah RM50 juta setahun serta kadar RM2,500 bagi pekerjaan separa mahir dan graduan.

Ucapan belanjawan telah menyebut bahawa penyesuaian model perniagaan sebagai asas pengecualian tersebut. Saya berharap kerajaan memberikan satu tempoh supaya PKMS dapat untuk membuat persediaan yang rapi berkenaan pelbagai impak yang bakal diterima mereka apabila moratorium ini diberhentikan.

draft • 5:09 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pada masa yang sama, penilaian kesan dasar ini perlu merangkumi kemampuan PMKS ini mulai sekarang. Kerajaan perlu menjelaskan hala tuju perluasan pelaksanaannya dan menggunakan tempoh pengecualian ini untuk membantu PMKS meningkatkan produktiviti serta kemampuan daya tahan, terutamanya upaya untuk membayar gaji.

Bank Dunia mendapati bahawa dalam kalangan firma berproduktiviti tinggi, bahagian pelaburan aset tetap yang dibiayai bank adalah sekitar 28 peratus. Namun, bagi perusahaan kecil, sederhana, PKMS ini, kalau berbanding dengan 50 peratus bagi firma besar, PKMS memerlukan akses pembiayaan dan teknologi yang lebih baik untuk membina kemampuan membayar gaji yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Tinjauan Ekonomi 2027 mengakui bahawa kenaikan gaji minimum meningkatkan pendapatan pekerja bergaji rendah tetapi kesan limpahannya kepada kumpulan lain masih sangat terhad. Data DOSM menunjukkan bahawa nisbah purata pekerja separa mahir kepada pekerja berkemahiran rendah mengecil daripada 1.37 kali pada tahun 2016 kepada 1.24 kali pada tahun 2025.

Kerajaan telah mencadangkan RM2,500 bagi pekerja separa mahir dan graduan. Niatnya adalah untuk memperbaiki pendapatan mereka dan wajar disokong. Namun, adakah penambahan satu lagi kadar minimum dapat membina laluan kenaikan gaji yang berterusan?

Jika kemampuan perusahaan dan tangga gaji masih belum diperkukuhkan, implikasinya sangat luas. Pekerja separa mahir membentuk 55.6 peratus penerima gaji di kalangan warganegara pada tahun 2025. Tekanan kos ini juga berpotensi lebih besar di luar bandar apabila median gaji dia hanyalah RM2,035. Jika perusahaan

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

mengurangkan pengambilan akibat peningkatan kos, peluang graduan turut akan terjejas.

Kerajaan perlu menjelaskan asas kadar RM2,500 ini serta membentangkan kajian kesannya. Kita memerlukan reformasi yang menghubungkaitkan kemahiran, produktiviti dan kenaikan gaji supaya peningkatan pendapatan dapat dikekalkan tanpa menyempit peluang pekerjaan.

Gaji minimum seolah-olah telah meningkatkan lantai gaji kelas pekerja.

Namun, secara tidak disedari, dasar ini secara tidak langsung telah menjadi siling kepada gaji yang boleh diterima oleh seseorang pekerja yang lebih handal, yang lebih produktif kalau berbanding dengan rakan-rakan sekerja yang lain sekiranya majikan cenderung untuk membayar mengikut gaji minima.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat lagi dua tahun lalu di Dewan yang mulia ini, kita membahaskan dasar gaji progresif. Berbanding dengan gaji minima yang hanya menaikkan gaji lantai merentas sektor, dasar gaji progresif jauh lebih fleksibel, memberikan perancangan kerjaya yang lebih jelas dan berkait rapat dengan produktiviti, kemahiran dan daya tahan sesebuah perusahaan itu.

Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan berhenti mengambil jalan mudah tetapi menggantikan dasar gaji minima ini dengan dasar gaji progresif yang lebih fleksibel dan lebih bersifat sektoral. Kerajaan wajar mengutamakan peluasan dasar gaji progresif supaya kenaikan gaji seiring dengan kemahiran, produktiviti dan kemampuan perusahaan.

Jawapan di Dewan Negara pada 3 Ogos 2026 melaporkan penyertaan sebanyak 4,025 majikan melibatkan 51,363 pekerja dengan median gaji pekerja peringkat permulaan meningkat daripada RM1,900 sebulan kepada RM2,200.

Namun, kerajaan turut mengakui bahawa cabaran majikan kecil memenuhi syarat kenaikan gaji enam peratus.

Latihan dan urusan permohonan. Berapakah majikan yang telah menarik diri ataupun tidak meneruskan penyertaannya? Jadi, peluasan perlu disertai dengan proses yang mudah, latihan yang menghasilkan kemajuan kemahiran dan pendapatan serta pembayaran insentif tepat pada waktunya.

Tinjauan Ekonomi 2027 telah mencadangkan lantai gaji sektoral, kerangka kenaikan tahunan dan perluasan perjanjian kolektif. Namun, tinjauan Malaysia Productivity Corporation terhadap PMKS pada tahun 2025 telah menunjukkan bahawa hanya 5.3 peratus penetapan gaji melibatkan penyertaan pekerja.

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Menurut data OECD, liputan perundingan kolektif Malaysia hanyalah 0.4 peratus pada tahun 2018, jauh di bawah purata OECD sebanyak 32.1 peratus dalam perbandingan tersebut. Selaras dengan RMK13, kerajaan perlu memperluaskan peranan Majlis Perundingan Gaji Negara dan menggunakan maklumat eMASCO untuk membangunkan tangga gaji bersama majikan, kesatuan dan wakil pekerja.

Apakah kemajuannya?

Sektor perintis serta langkah memperluas perundingan kolektif. Pekerja berhak mendapat gaji yang lebih baik. Namun, kenaikan gaji perlulah disokong dengan produktiviti selaras dengan kemampuan perusahaan supaya berkekalan tanpa menjejaskan peluang pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, kelewatan bayaran balik cukai telah menjejaskan aliran tunai perusahaan. Saya telah banyak menerima aduan bahawa bayaran balik tahunan taksiran 2024 masih lagi tertunggak. Berapakah baki bagi tahun 2023 dan tahun 2024 yang telah diluluskan tetapi masih belum dibayar kepada perusahaan- perusahaan ini serta yang masih dalam semakan? Bilakah pembayaran akan diselesaikan?

Kerajaan juga wajar memudahkan tolakan kredit cukai yang disahkan terhadap ansuran semasa ataupun tahunan berikutnya, seperti yang berlaku di Singapura, bagi membantu perusahaan membayar gaji dan meneruskan operasi mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kalau fenomena lewat bayaran balik ini adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan dia akan berkekalan selama-lamanya, maka saya mohon izin untuk mencadangkan supaya kerajaan membatalkan amalan ini.

Kerajaan jangan lagi meminta supaya perusahaan membayar dahulu cukai yang perlu dibayar pada tahun semasa tetapi tuntutan balik kemudiannya, iaitu selepas akaun ditutup, menunggu bertahun-tahun lama selepas itu.

Tuan Yang di-Pertua, peniaga tidak mempunyai bola kristal untuk meramal dengan tepat apa akan berlaku dalam perniagaan mereka untuk mengetahui untung atau rugi perniagaan mereka.

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Oleh sebab itu, untuk membuat tafsiran dan membayar cukai yang perlu bayar pada tahun semasa, mereka bukan saja perlu mengupah kakitangan tambahan untuk membuat tafsiran tersebut tetapi terpaksa berhadapan dengan risiko bahawa mereka perlu― akan didenda dengan satu kadar yang tinggi sekiranya tafsiran atau ramalan yang mereka buat itu adalah berbeza dengan angka sebenar.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kini pula selepas semuanya selesai, tuntutan balik cukai itu mengambil masa bertahun-tahun, kadang mencecah beratus, ratus-ratus ribu sehingga berjuta ringgit.

Ini sangat teruk, menjejaskan aliran tunai terutamanya dalam keadaan yang sangat tidak menentu pada waktu sekarang. Kalau macam ini, eloklah kita sabar dulu.

Tunggu, tunggu selepas semua akaun ditutup, tunggu selesai dapat tahu apa untung rugi sesuatu perniagaan itu, barulah kita kutip cukai daripada mereka seperti amalan dahulu. Sekiranya kita nak kutip sekarang juga, kita nak peniaga membuat ramalan tanpa menggunakan bola kristal jadi bayaran balik cukai itu perlu dibuat tepat pada masanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik komitmen kerajaan untuk menggubal Rang Undang-undang Warga Emas sebagai satu persediaan untuk menghadapi masyarakat menua untuk memastikan bahawa rakyat― minta maaf.

Salah satu cabaran apabila kita menjelang masyarakat menua ini adalah bagaimanakah kita memastikan bahawa rakyat kita mempunyai pendapatan persaraan yang mencukupi sehingga akhir hayat mereka.

Saya sebenarnya seorang pendukung skim pencen kerana pendapatan bulanan yang terjamin membolehkan seseorang pesara itu merancang kehidupan mereka dan mereka boleh hidup dengan lebih bermaruah. Justeru, saya sebenarnya tidak setuju dengan cadangan kerajaan untuk memansuhkan pencen di kalangan penjawat awam.

Malah, pernah satu ketika saya fikir untuk mempertimbangkan perlindungan yang serupa bagi pekerja sektor awam. Minta maaf, bagi pekerja sektor swasta.

Namun, hakikatnya ialah kekangan fiskal yang semakin bertambah, beban hutang dan ketirisan pentadbiran terdahulu telah menyebabkan saya terpaksa menangguh- nangguhkan cadangan yang terlalu ideal ini.

Sebenarnya, Menteri Kewangan II pernah menyatakan bahawa majoriti ahli KWSP menghabiskan simpanan dalam tempoh kurang daripada lima tahun selepas bersara. Apabila simpanan habis, keperluan hidup tetap berterusan dan bebannya akhirnya akan beralih kepada keluarga serta keseluruhan masyarakat termasuk kerajaan.

Justeru, cadangan Khazanah Research Institute mengenai pencen insurans sosial wajarlah dikaji. Skim ini melengkapi KWSP dengan bayaran bulanan seumur hidup yang diselaraskan dengan inflasi melalui caruman berkala dan perkongsian risiko. KRI turut mencadangkan kerajaan membiayai caruman golongan berpendapatan rendah atau tidak tetap termasuklah suri rumah, penganggur dan

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

mereka yang bekerja sendiri. KRI turut mencadangkan perluasan fungsi PERKESO dalam pentadbiran perlindungan sosial.

Kerajaan wajar menilai kos jangka panjang dan penyelarasan dengan KWSP serta agensi kebajikan sambil melindungi hak ahli dan membantu pesara sepanjang peralihan ini supaya rakyat kita dapat menjalankan hidup persaraan mereka dengan lebih bermaruah yang betul-betul menepati istilah warga emas. Mereka adalah emas.

Tuan Yang di-Pertua, semalam ada seorang guru cedera dalam serangan di sebuah sekolah di Kuching. Kerajaan sepatutnya memberikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian pada langkah untuk memperkukuh keselamatan di sekolah bagi mengelakkan kejadian keganasan yang sering berulang terutamanya kebelakangan ini.

Namun, saya perhatikan tumpuan sekarang lebih diberikan kepada satu aplikasi navigasi iaitu Waze. Apakah mudarat yang dibawa oleh aplikasi ini sehingga ketua kerajaan, Perdana Menteri sendiri membuat pengumuman untuk menyekat penggunaannya? Ini memberikan satu signal yang begitu besar. Saya harap kerajaan dapat menjelaskan, apakah mudarat yang dibawa oleh aplikasi ini sehingganya dia diumumkan sekatannya oleh seorang Perdana Menteri.

Saya terperanjat apabila saya membaca kenyataan daripada Perdana Menteri itu. Jadi, saya harap perkara ini perlu dijelaskan supaya tidak memberikan satu signal yang silap kepada dunia luar supaya kita memahami apakah keadaan sebenar, apakah mudarat sebenar seolah-olah satu aplikasi boleh membinasakan sebuah negara.

Menurut Ketua Pengarah MKN, pindaan terma Waze yang berkuat kuasa pada 1 Ogos telah mencetuskan penilaian keselamatan. Namun, terma lama juga sudah menetapkan undang-undang Israel sebagai undang-undang yang terpakai.

NC4 iaitu dengan izin, National Cyber Coordination and Command Centre telah menyenaraikan lima tahap ancaman siber kebangsaan iaitu rendah, sederhana, waspada, tinggi dan kritikal.

Jadi, apakah perubahan baru ini iaitu Waze ya? Apakah perubahan baru Waze ini yang telah meningkatkan risiko itu dan adakah risiko ini mempengaruhi tahap ancaman siber kebangsaan dan apakah asas penilaian yang membawa kepada larangan penggunaannya oleh semua penjawat awam bagi urusan rasmi?

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bagi saya kalau dia hanya melibatkan penjawat awam, dia wajarlah dalam bentuk pekeliling oleh ketua-ketua jabatan ataupun kalau kita nak minta KSN untuk bagi satu pekeliling, itu bagi saya cukup

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

memadai tujuannya. Tetapi apabila dia keluar daripada mulut seseorang Perdana Menteri, dia memberi signal yang berlainan. Jadi, saya berharap kerajaan dapat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini mengapakah larangan itu, sekatan itu keluar daripada seorang Perdana Menteri.

Jadi, mengapakah sekatan itu tidak disasarkan kepada jawatan yang sensitif saja seperti pegawai perisikan, anggota tentera dalam operasi dan pegawai penyiasat yang telah mengendalikan kes-kes yang sensitif ataupun kes-kes yang sulit? Dan pada masa yang sama, Perdana Menteri juga telah mempromosi sebuah aplikasi tempatan. Bagi saya itu baik tetapi pada masa yang sama, aplikasi itu telah menerima respons negatif yang begitu banyak dalam sosial media.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, Tuan Yang di-Pertua perkara itu perlu diperjelaskan sebab TuJu telah dikritik kerana masalah navigasinya. Jadi, berapakah kos pembangunan dan penyelenggaraannya dan adakah ia telah siap diuji sebelum Perdana Menteri kita mensyorkan kepada rakyat Malaysia untuk menggunakannya. Jadi, ITS Roadmap 2030 telah menekankan keterbukaan dan integrasi data. Jadi, sejauh manakah JKR, LLM dan PBT berkongsi maklumat dengan platform sedia ada. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

[Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) mempengerusikan

draft • 5:30 PM

mesyuarat] Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Silakan Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 peringkat dasar.

Saya mahu menyentuh soal pengurusan aset dan kewangan negara.

Kerajaan perlu bijak membelanjakan wang tetapi mesti cekap juga mempertahankan aset dan mengurus hutang. Allah Taala sebut dalam Quran— [membaca sepotong ayat al-Quran] “Jadikanlah Aku pengurusan perbendaharaan negeri, sesungguhnya

draft • 5:31 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Aku seorang yang menjaga amanah lagi berpengetahuan.” Hafiz dan Alim, amanah dan kecekapan.

Saya mahu membandingkan dua pendekatan pengurusan kerana kita bercakap soal fiskal, maka saya mahu menyentuh tentang isu yang berkaitan dengan Tabung Haji. Satu ketika, Tabung Haji Plantation ini menghadapi kerugian sebanyak RM821.11 juta, iaitu pada tahun 2018 mencatat kerugian RM594.16 juta, 2019 rugi lagi RM226.5 juta. Jumlah dua tahun kerugian itu adalah RM821.11 juta. Ini di zaman Kerajaan PH 1.0.

Saya ingin mohon penjelasan Menteri kerana dia boleh akses kepada maklumat ini. Pecahan kerugian ini kerana kerugian yang begitu besar dikatakan disebabkan perubahan jurunilai dan andaian penilaian turut mempengaruhi angka tersebut. Kerugian operasi dan kerugian akibat penilaian semula bukan perkara yang sama.

Kemudian datang pentadbiran Kerajaan PH pada waktu itu juga merancang menjual 76.2 peratus tanah perladangan Tabung Haji Plantation. Dengan melupuskan 14 anak syarikat Tabung Haji Plantation, cadangan melupuskan 14 anak syarikat Tabung Haji Plantation, melibatkan 76,957 hektar, 76.2 peratus keseluruhan ladang Tabung Haji, hampir 190 ribu ekar tanah ladang yang dicadangkan untuk dilupuskan dan ada dalam penyata Tabung Haji Plantation.

Antara transaksi yang dirancang adalah penjualan dua syarikat yang juga disebut dalam laporan RCI iaitu Bumi Suria Ventures dan Maju Warisanmas melibatkan 6,514 hektar ladang di Sarawak. Perjanjian dengan Tamaco Plantation ditandatangani pada 5 Disember 2019 dengan harga RM170 juta. Harga itu dilaporkan RM13.9 juta ataupun 7.6 peratus di bawah nilai harga pasaran, sedangkan kos asal pelaburan kedua-duanya melebihi RM264 juta.

Persoalan yang penting di sini Tuan Yang di-Pertua, adakah menjual tanah satu-satunya jalan untuk memulihkan perniagaan? Kemudian datang Kerajaan Perikatan Nasional. Apabila kami mengambil alih kerajaan pada tahun 2020, transaksi tersebut dinilai semula dan pelupusan ladang-ladang yang berjumlah 76 ribu hektar lebih itu pun dinilai semula.

Pada Disember 2020, kelulusan penjualan Bumi Suria Ventures, Maju Warisanmas kepada Tamaco ditarik balik. Kami batalkan penjualan itu dan saya mempertahankan keputusan tersebut. Kami memilih untuk mengekalkan tanah, memperbaiki pengurusan dan mempertahankan potensi pendapatan masa depan kepada Tabung Haji.

draft • 5:31 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya tidak mengatakan semua 14 cadangan pelupusan dibatalkan melalui keputusan yang sama. Tetapi pembatalan transaksi dua syarikat ini menunjukkan ada pilihan selain daripada menjual. Kalau perniagaan bermasalah, baiki pengurusannya. Kalau ladang bermasalah, maka rehab ladangnya. Jangan terus menjual tanahnya.

Tabung Haji Plantation telah pun kembali mencatatkan keuntungan selepas daripada kita membatalkan penjualan itu daripada kerugian RM800 juta lebih dalam tempoh dua tahun. Kalau kita semak, bermula dari tahun 2020 sehingga 2025 keuntungan yang dicatatkan oleh Tabung Haji Plantation daripada hasil ladang- ladang itu hampir RM500 juta ataupun setengah bilion.

Bayangkan Tuan Yang di-Pertua kalau waktu itu dijual oleh Kerajaan PH 1.0 maka the golden goose kita akan hilang daripada aset-aset Tabung Haji Plantation.

Perinciannya tahun 2020, RM27.46 juta untung daripada rugi ratusan juta. 2021, RM101 juta untung. 2022, RM87.94 juta. 2023, RM60.10 juta. Kemudian 2024, RM97.32 juta. Ini semua data-data yang boleh diperolehi. 2025 kali terakhir, RM111.06 juta. Maka, ini satu keputusan yang terbaik yang kita buat pada zaman kita iaitu kita membatalkan penjualan itu.

Saya tidak mendakwa kesemua keuntungan itu berpunca daripada pembatalan penjualan semata-mata. Harga sawit, produktiviti, pengurusan— semuanya memainkan peranan. Tapi yang paling penting satu pengajaran apabila kita berhadapan dengan waktu dan musim harga komoditi, harga sawit ini jatuh.

Kalau kita jual pada waktu itu memang ladang-ladang ini akan rugi.

Jangan kita bermain politik untuk scrap-off ataupun kita blame game. Bagi nak menunjukkan kerugian, maka kita realisasikan kerugian melalui penjualan- penjualan aset-aset dan anak-anak syarikat Tabung Haji sewaktu kita berkuasa.

Jangan sembelih angsa waktu masih bertelur emas semata-mata mahukan wang tunai hari ini.

Sekarang kita lihat pula kepada UJSB. Dua perbandingan berbeza. UJSB dilaporkan pada tahun 2019, asetnya RM10.33 bilion sewaktu awal-awal mereka membeli aset-aset daripada Tabung Haji. Liabiliti 202— RM9 bilion, kerugian terkumpul RM9.8 bilion. Ini 2019. 2025 yang dikatakan peranan tujuan penubuhan UJSB, sebuah anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan ini bertujuan untuk memulihkan aset-aset Tabung Haji. Tetapi bila kita lihat kepada penyata kewangan beraudit pada tahun 2025, 2026 tak sampai lagi. 2025, aset RM11.61 bilion, liabiliti RM24.81 bilion. Kerugian terkumpul RM13.2 bilion. Lagi

draft • 5:31 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

melebar, lagi membesar berbanding sewaktu mereka mula-mula mengambil alih aset-aset yang dijual oleh Tabung Haji.

Saya mohon kepada Menteri supaya menjelaskan jurang nilai daripada penstrukturan asal. Berapa kerugian operasi, kos pembiayaan dan kerugian pelupusan aset. Saya tahu kerana memindahkan masalah daripada satu penyata kewangan. Kita tak boleh mengatakan bahawa kita telah pun memulihkan aset-aset ini dengan hanya memindahkan masalah daripada satu penyata kewangan kepada penyata kewangan yang lain yang belum tentu masalah itu boleh diselesaikan. Saya nak mengambil contoh bagaimana pengurusan UJSB setelah ambil alih aset-aset ini.

draft • 5:31 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ada yang tidak lagi beroperasi, UJSB sepatutnya mempunyai pelan memastikan saham-saham tersebut terus bernilai untuk diurus niaga di Bursa kerana daripada 116 buah syarikat yang diambil alih itu, ada syarikat yang ada di Bursa.

Tetapi apa yang berlaku, salah satu syarikat sebagai contoh, yang sangat nampak jelas signifikan bagaimana tatakelola, aset-aset Tabung Haji ini yang UJSB ada saham dalam syarikat tersebut. Satu syarikat namanya Cahaya Mata Sarawak yang bernilai, sahamnya waktu diambil alih RM2.27 dan RM3.64 pada tahun 2019. Namun yang terkini jatuh kepada RM0.88, jauh bezanya.

Soalan saya, bagaimana UJSB akan menangani masalah kejatuhan nilai saham-saham syarikat ini dan ia terima daripada Tabung Haji? Apakah ini akan mengganggu pelan pemulihan? Mengapa tidak UJSB campur tangan meletakkan wakil ke dalam lembaga pengarah syarikat-syarikat tersebut bagi memastikan operasi syarikat serta keputusan dibuat adalah selaras dengan kepentingan UJSB, kepentingan pemegang saham utama syarikat tersebut kerana ia juga berkaitan dengan masa depan, obligasi sukuk yang besar yang perlu dilunaskan oleh UJSB kepada Tabung Haji.

Satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua, UJ Estates ada satu contoh menarik.

Dalam portfolio UJSB, UJ Estates di Sarawak meningkat hasil buah tandan segar daripada RM11.14 tan sehektar, 2021 kepada RM18.77 tan sehektar pada tahun 2025. Melalui pembajaan, kawalan perosak, aset ini pada awalnya dirancang juga untuk dijual tetapi oleh kerana tidak jumpa pembeli yang bersesuaian, maka aset ini telah dibatalkan penjualan juga pada zaman Kerajaan Perikatan Nasional menjadi kerajaan.

Dan akhirnya aset-aset ini— bila duduk dengan Tabung Haji, diuruskan oleh Tabung Haji telah menjana keuntungan sebagaimana yang saya nyatakan tadi.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bukankah ini pengajaran yang sama dengan Tabung Haji Plantations? Aset bermasalah tidak semestinya perlu dijual, kadangkala perlu dipulihkan ialah pengurusannya, bukan menjual ladangnya.

Saya nak masuk sedikit tentang UJSB berkaitan dengan beberapa contoh yang perlu untuk diberi perhatian oleh kerajaan. Dalam wawancara satu syarikat namanya Datasonic yang 127 saham dijual dengan kerugian. Datasonic ini asalnya syarikat di bawah Tabung Haji, dijual kepada UJSB. Dalam wawancara DH pada September 2026, Pengerusi UJSB, Datuk Mohd Shukri Hussin mengakui saham Datasonic kini dikenali sebagai NexG dijual dengan kerugian. UJSB mewarisi pegangan 9.2 peratus bersamaan lebih daripada RM124 juta saham. Pelupusan bermula pada November 2024, menjelang April 2025 UJSB bukan lagi pemegang saham utama kepada syarikat tersebut.

Antara alasan yang diberikan ialah ketidakpastian pembaharuan kontrak kerajaan. Pengerusi UJSB menjelaskan bahawa saham dijual melalui pasaran terbuka kecuali baki blok sekitar tiga hingga empat peratus yang dijual kepada seorang pembeli yang misteri. Beliau menyatakan pembeli blok terakhir itu bukan Farhash dan Tabung Haji telah diberikan peluang membuat keputusan terlebih dahulu melalui notis hak penolakan pertama.

Saya mengambil maklum tentang penjelasan tersebut tetapi saya mahu tiga angka. Yang pertama, berapa nilai aset RM124 juta saham itu? Berapa hasil jualan keseluruhannya? Berapa kerugian yang direalisasikan termasuk harga dan asas penilaian bagi blok terakhir itu? Kalau ini keputusan komersial yang munasabah, bentangkan angkanya kepada Parlimen. Kemudian, Datasonic bertukar menjadi NexG, selepas tempoh pelupusan saham tersebut, selepas UJSB lepas pegangan saham tersebut, NexG memperoleh kontrak kerajaan berkaitan pasport dan kad pengenalan dan keselamatan identiti. Nilai kontrak tersebut adalah sekitar RM2.46 bilion sehingga 2032.

Kalau kita baca kepada apa yang saya sebutkan tadi, kalau kita teliti macam mana UJSB nak bayar sukuk obligasinya kepada Tabung Haji kalau business dan keputusan perniagaan yang dibuat— dekat-dekat syarikat yang berada di bawah UJSB nak dapat kontrak sebesar RM2.46 bilion, maka dia melepaskan sahamnya dalam syarikat tersebut. Terpaksa Pengerusi UJSB menjawab dan disebutkan tadilah keputusan itu keputusan komersial biasa.

Nilai kontrak berkaitan RM2.46 bilion pada Ogos 2026, muncul cadangan kerajaan kemungkinan perolehan Datasonic Technology oleh kerajaan dengan harga

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

indicative RM7.5 bilion. Tiba-tiba dilaporkan media, kerajaan pula nak beli syarikat tersebut. Bila dah bising, kamu jual, lepas tu kamu nak beli balik, selepas dapat kontrak besar dengan harga pula RM7.5 bilion, maka cadangan tersebut kemudian tidak diteruskan.

Saya tidak mengatakan RM7.5 bilion itu pegangan UJSB atau harga transaksi yang dimuktamadkan, tetapi saya mahu Menteri menjawab ketika saham dijual, adakah potensi kontrak dan nilai masa depan syarikat dinilai dengan secukupnya?

Adakah keputusan menjual, memberikan nilai terbaik berdasarkan maklumat yang ada?

Kita tahu mereka ini jawatannya hebat, gajinya puluhan ribu, takkan semudah itu dipegang begitu lama, enam tahun syarikat tersebut sebelum dapat kontrak yang berbilion daripada kerajaan, tiba-tiba dijual, pegangan saham dalam syarikat tersebut. Maka dia menyumbang kepada kerugian yang nyata kepada UJSB dan akhirnya menjejaskan peluangnya untuk melunaskan obligasi kepada Tabung Haji.

Kemudian Datasonic bertukar nama menjadi NexG. Perkembangan NexG turut dilaporkan oleh media antarabangsa termasuk channel New Asia dari Singapura dan Bloomberg. Antara nama yang disebutkan ialah Farhash Wafa Salvador, bekas pembantu politik Perdana Menteri. Farhash dilaporkan mempunyai kepentingan sekitar 20 peratus dalam MMAG Holdings. Itu bukan bermakna beliau memiliki 20 peratus saham dalam NexG secara langsung. NexG pula— ini kena faham betul-betul Tuan Yang di-Pertua, saya minta sikit sebelum saya gulung. NexG pula dilaporkan mempunyai kepentingan sekitar 10 peratus dalam MMAG yang Farhash tadi ada saham 20 peratus.

Laporan channel New Asia turut menyentuh pertikaian kawalan korporat yang melibatkan tokoh perniagaan seperti Victor Chin, Boon Long dan Ishak Ismail.

Farhash melalui peguamnya, saya kena rekodkan di sini, menafikan penglibatannya dalam usaha mengambil alih kawalan NexG dan menafikan menerima arahan Perdana Menteri berhubung pertikaian tersebut. Bloomberg pula melaporkan pertikaian korporat yang dikaitkan dengan dakwaan mafia korporat termasuk dakwaan berkaitan usaha mengambil alih syarikat.

Saya tidak mengatakan dakwaan itu telah dibuktikan. Saya juga tidak menuduh Farhash. Mana-mana individu atau UJSB melakukan kesalahan tetapi syarikat yang pernah menjadi sebahagian daripada portfolio aset UJSB terlibat dalam pertikaian korporat berprofil tinggi, sejarah pelupusan sahamnya wajar diteliti Tuan Yang di-Pertua. Siapa pembeli blok terakhir saham tersebut yang dijual bukan

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

lagi secara terbuka? Bagaimana harga ditentukan? Adakah konflik kepentingan diperiksa? Saya mahu jawapan berdasarkan dokumen dan rekod transaksi.

Kemudian, sukuk UJSB RM11.5 bilion, sebagaimana kita sedia maklum, kerajaan telah rollover selama 10 tahun. Dipulangkan dua aset, bayaran secara inkind, tanah TRX RM270 juta, UJ Estates RM695 juta. Jumlah RM695 juta, baki sekitar RM11.5 bilion diterbitkan semula sehingga 2036 dengan kupon 3.825 peratus setahun.

draft • 5:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Landing Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ya. Bayaran kupon dianggarkan RM440 juta. Soalan saya, apakah keputusan ini pilihan terbaik untuk Tabung Haji? Kita tahu Tabung Haji ini fund manager. Kalaulah kerajaan, UJSB tadi bayar RM11.5 bilion sudah pasti memberi ruang yang luas kepada Tabung Haji mengukuhkan kedudukan kecairan kewangan Tabung Haji dan Tabung Haji boleh memilih portfolio pelaburan yang mungkin jauh lebih menguntungkan berbanding dengan kupon 3.825 peratus.

Dalam 10 tahun kalau kita tahu, kalau kita tengok kepada KWSP sahaja, boleh bagi 5 peratus, mungkin 6 peratus tetapi Tabung Haji dengan nilai begitu besar terpaksa tunggu 10 tahun hanya dapat 3.825 peratus, yang dikatakan terbaik berdasarkan kepada kaunter perbankan Islam yang ada pada hari ini.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jadi, saya nak sebut begini Tuan Yang di-Pertua, kalau satu masa nanti UJSB terpaksa dibantu oleh kerajaan untuk melunaskan sukuk-sukuk kepada Tabung Haji, maka jangan lagi menuding jari kepada Tabung Haji kerana kerajaan terpaksa bailout. Sebenarnya kerajaan sedang membantu UJSB yang tidak kompeten dalam pengurusan dan pemulihan yang diberi mandat kepada mereka.

Jadi, saya nak simpulkan Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana UJSB juga, Tabung Haji dah selesai disiasat dan penyiasatan terhadap UJSB belum dimulakan dan dikecualikan dalam RCI Tabung Haji kerana itu pelan pemulihan, tak nak bagi ganggu. Maka pada kali ini paling tidak saya mahu kerajaan buat audit forensik, kalau tak pun melaksanakan RCI 2.0 untuk menyiasat UJSB dan transaksi kewangan, pemulihan yang dikatakan memulihkan Tabung Haji supaya ia nya dibawa ke Parlimen dan kita boleh teliti, kita boleh tengok dan kita boleh bahaskan secara tuntas.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebut tentang isu...

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Landing, Yang Berhormat. Saya sudah bagi 5 minit.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kawasan saya, last, last. Kawasan saya sebelum saya habis. Satu, membangkitkan masalah jambatan runtuh di Lot 82, Kampung Pulau Che Noh, Mukim Semut Api, Daerah Badang, Pengkalan Chepa. Aduan telah dikemukakan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, termasuk surat susulan bertarikh— surat saya bertarikh 12 Oktober 2026. Ini berlaku bulan Jun lagi.

Saya dimaklumkan pengesahan status tanah daripada pejabat tanah jajaran Kota Bharu telah diperoleh pada 30 Jun, manakala peruntukan dimaklumkan pada 2027 sedang diusahakan. Jambatan dah runtuh, melibatkan keselamatan awam, orang kampung nak lalu. Jadi, saya mohonlah kepada Kementerian PETRA melalui JPS, mempercepatkan peruntukan ataupun ada peruntukan kecemasan untuk menetapkan jadual pembinaan jambatan gantian dan menyediakan laluan sementara yang selamat. Jangan biarkan penduduk terus menunggu tanpa kepastian.

Tuan Yang di-Pertua, penutupnya soal alim, soal amanah dan kecekapan.

Pengalaman Tabung Haji Plantations menunjukkan aset bermasalah boleh dipertahankan dan perniagaan boleh kembali untung. Pengalaman UJSB pula menutup kejelasan tentang keberkesanan pemulihan, penyelesaian obligasi kewangan, the cure must not been worse than the disease. Jangan sampai ubat lebih buruk daripada penyakit. Pemulihan sebenar bukan apabila masalah hilang daripada satu penyata kewangan tetapi apabila nilai aset benar-benar dipulih. Hutang diselesaikan, amanah pendeposit terpelihara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Balik Pulau.

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih.

Nampaknya Pengkalan Chepa susah nak landing sebab hujan.

[Ketawa] Akhirnya penutupnya.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Belanjawan 2027 mengumumkan

draft • 5:53 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

keseluruhan perbelanjaan dan pelaburan berjumlah RM510 bilion. Namun demi ketepatan dan ketelusan, saya ingin perincikan angka ini.

Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan ialah RM459.8 bilion. Terdiri daripada RM376.8 bilion perbelanjaan mengurus iaitu OE dan RM83 bilion perbelanjaan pembangunan iaitu DE. Dan selebihnya melibatkan pelaburan GLIC, kerjasama awam-swasta serta Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) sebanyak RM50.2 bilion.

Saya akan bangkitkan kewajaran memasukkan jumlah RM50 bilion ini ke dalam keseluruhan Bajet 2027. Jika ditolak jumlah RM50 bilion hanya RM459 bilion sahaja. Perbezaan ini penting supaya rakyat memahami berapa sebenarnya perbelanjaan kerajaan yang diluluskan oleh Dewan ini dan berapa pula pelaburan yang dilaksanakan melalui entiti lain.

Tuan Yang di-Pertua, kita mengalu-alukan peningkatan hasil negara. Hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan meningkat daripada RM363 bilion pada 2026 kepada RM380.8 bilion pada 2027 pertumbuhan sebanyak 4.7 peratus. Antara penyumbang utamanya yang pertama ialah cukai pendapatan syarikat yang diunjurkan meningkat 4.8 peratus kepada RM106.6 bilion. Cukai pendapatan individu meningkat kepada RM51.8 bilion serta kutipan SST kepada RM73.3 bilion manakala hasil daripada petroleum ialah sebanyak RM20 bilion.

Saya nak bawa angka-angka ini untuk menunjukkan bahawa syarikat, pekerja dan pengguna terus memberikan sumbangan besar kepada kewangan negara dan kita harus mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada hasil revenue negara. Persoalan saya seterusnya ialah sejauh mana peningkatan hasil ini diterjemahkan kepada kedudukan fiskal yang lebih kukuh dan perkhidmatan awam yang lebih baik?

Pertama, mengenai defisit dan kebergantungan kepada hutang. Kerajaan menyasarkan defisit fiskal berkurang daripada 36 peratus pada KDNK 2026 kepada 3.3 peratus pada 2027 dan sasaran ialah 3 peratus pada 2028. Saya mengiktiraf arah penurunan ini namun defisit yang semakin kecil masih bermaksud perbelanjaan melebihi hasil dan kerajaan terus perlu pembiayaan seterusnya.

Justeru, apakah langkah khusus untuk mencapai sasaran tersebut?

Berapakah sumbangan daripada pertumbuhan hasil penjimatan perolehan, penyasaran subsidi dan pengurangan ketirisan? Saya minta kerajaan membentangkan sasaran penjimatan yang boleh diukur berserta laporan

draft • 5:53 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

pencapaiannya. Dewan ini perlu dapat menilai sama ada pengurangan defisit datang daripada pembaharuan yang berkekalan ataupun hanya langkah sementara.

Kedua, mengenai hasil yang meningkat tetapi ruang fiskal yang masih sempit.

Dengan hasil RM380.8 bilion dan perbelanjaan mengurus RM376.8 bilion, lebihan pada akaun hanya sekitar RM4 bilion sahaja berdasarkan angka yang dibundarkan RM4 bilion sahaja sebelum kita mengambil kira perbelanjaan pembangunan. Ini menunjukkan betapa sempitnya ruang kewangan kerajaan.

Saya tidak mengatakan bahawa membendung ketirisan dengan sendirinya pasti menghasilkan lebihan keseluruhan perbelanjaan namun rakyat berhak mengetahui berapa banyak wang yang benar-benar berjaya dijimatkan dan ke mana penjimatan tersebut disalurkan. Berapakah nilai penjimatan sebenar hasil tindakan susulan teguran Ketua Audit Negara? Berapakah wang yang berjaya dipulihkan dan apakah tindakan terhadap kontrak yang mahal, projek lewat serta perbelanjaan yang gagal mencapai matlamat?

Ketiga, mengenai sumbangan PETRONAS. Dividen PETRONAS bagi 2026 diunjurkan RM27 bilion berbanding RM32 bilion pada 2025. Walaupun andaian, kita tahu harga minyak mentah dunia naik pada 2026 dengan kadar lebih kurang USD85 setong. Namun saya memahami harga minyak bukan satu-satunya penentu keuntungan dan kemampuan bayaran dividen PETRONAS. Namun saya minta Menteri Kewangan menjelaskan faktor sebenar kenapa penurunan jumlah dividen PETRONAS?

Adakah ia berkaitan prestasi keuntungan? Jumlah pengeluaran? Kos operasi? Keperluan pelaburan atau dasar pembayaran dividen? Kerajaan juga perlu membezakan dengan jelas dividen PETRONAS, cukai pendapatan petroleum dan royalti petroleum supaya gambaran keseluruhan hasil petroleum dapat difahami.

Keempat ya, mengenai pelaburan GLIC, G.L.I.C dan ketelusan pelaporan.

Apakah piawaian standard pelaporan yang digunakan oleh MOF apabila menggabungkan pelaburan GLIC ini dengan perbelanjaan Persekutuan dalam angka keseluruhan RM510 bilion. Kerajaan perlu jelaskan pada setiap transaksi, adakah pelaburan ekuiti, pinjaman, pembiayaan projek, dividen atau pindahan kepada kerajaan?

Saya bagi contoh-contohnya. Saya bagi contoh satu, tentang perbelanjaan sebanyak RM600 juta oleh Khazanah untuk membaiki ataupun proses pemuliharaan dan pemeliharaan Carcosa Seri Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Adakah ini bentuk pelaburan GLIC, Khazanah ataupun CSR? Dan satu lagi tentang

draft • 5:53 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

pengumuman Menteri Kewangan mengenai KWAP – Kumpulan Wang Amanah Pencen yang diumumkan akan mengeluarkan RM750 juta membina asrama pelajar di 6 universiti.

draft • 5:53 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Apa kena-mengena duit pencen digunakan untuk membina asrama? Namun, persoalan yang perlu diberikan perhatian ialah sempadan antara tanggungjawab kerajaan membiayai kemudahan awam dengan mandat institusi pelaburan milik kerajaan. KWAP mempunyai tanggungjawab fiduciary untuk mengurus dana persaraan dan mendapatkan pulangan yang mampan bagi memenuhi liabiliti pencen.

Oleh itu, keputusan pelaburan perlu berdasarkan daya maju komersial, penilaian risiko dan kepentingan penerima manfaat dana tersebut. Kerajaan tidak seharusnya menjadikan GLIC sebagai saluran untuk membiayai keutamaan belanjawan sehingga tanggungjawab perbelanjaan awam beralih secara tidak langsung kepada entiti berkenaan.

Jika pembinaan kediaman mahasiswa merupakan keutamaan nasional, kerajaan perlu menjelaskan dengan telus bahagian kos yang ditanggung melalui belanjawan, bahagian yang dibiayai melalui pelaburan komersial dan pihak yang menanggung risiko kewangan. Saya tidak mempertikai keperluan menyediakan penginapan mahasiswa tetapi pembiayaan kemudahan awam tidak seharusnya mengaburkan akauntabiliti fiskal kerajaan.

Kelima, saya juga ingin menyentuh tentang bajet kesihatan. Tuan Yang di- Pertua, peruntukan KKM meningkat kepada RM47.7 bilion daripada RM46.5 bilion.

Cuma, peningkatan 26 peratus sahaja. Sebenarnya, peningkatan kali ini adalah paling rendah dibandingkan untuk empat tahun kebelakangan ini. Walaupun bajet KKM adalah kedua terbesar selepas pendidikan. DE naik sedikit sahaja iaitu kenaikan RM5 juta sahaja daripada RM67,445 kepada RM6,749, terbalik RM6,749 kepada RM67,445. Sikit saja naik.

Saya mengikuti ramai kawan-kawan Ahli Parlimen dan Sri Aman sendiri saya dengar bagaimana kawasan hospital di Sri Aman dalam keadaan yang begitu teruk sekali. Tapi dalam DE, saya nak beritahu Sri Aman ataupun Yang di-Pertua, untuk 2027, pembinaan hospital baru cuma RM643 juta sahaja. Cuba check balik. Kalau standard hospital lah— satu hospital RM1.7 juta untuk satu katil, maka kita boleh dapat satu hospital yang berjumlah 272 katil. Kalau 150 katil, dua mungkin— kita boleh dapat dua hospital yang baru.

draft • 6:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Persoalannya, adakah peningkatan ini memadai untuk menampung pertambahan pesakit, kos ubat, peralatan, keperluan tenaga kerja serta penyelenggaraan fasiliti. Tak cukup— tak cukup dan saya juga minta kerajaan dalam RM6.7 bilion itu perincikan jumlah yang terikat kepada bayaran PFI. Bayaran PFI saja 39 peratus daripada DE tersebut, berbanding dengan jumlah yang benar-benar tersedia untuk menambah kapasiti rawatan.

So, bagi bayaran PFI, berapakah pecahan kos pembiayaan penyelenggaraan dan perkhidmatan? Apakah ruang untuk menstruktur semula komitmen tersebut bagi mendapatkan nilai yang lebih baik kepada kerajaan. Secara keseluruhannya kalau kita lihat, RM84 bilion DE itu, separuh daripada DE itu digunakan untuk membayar hutang iaitu PFI. Dan dalam RM6.7 bilion itu juga ada pelaburan RM1 bilion oleh MCMC bagi pelaksanaan sistem rekod perubatan elektronik pesakit-pesakit di fasiliti kesihatan.

Saya nak tanya, RM1 bilion ini, adakah pelaburan daripada MCMC yang tadi saya sebut tentang GLIC tadi, yang RM50 bilion itu atau pun kerajaan memberi ataupun memberi bajet RM1 bilion kepada MCMC? Jadi, kita nak tahu apakah status RM1 bilion? RM1 bilion untuk MCMC membuat rekod perubatan elektronik.

Bagi pembinaan hospital pula, saya minta kerajaan membezakan antara kos keseluruhan projek dengan peruntukan tahunan serta antara projek baharu dengan projek sambungan.

Keenam, bajet alternatif ini bukan bajet syok sendiri. Belanjawan ini amat penting dan merupakan gambaran apa idea kerajaan untuk membawa negara ke tahun seterusnya. Sepatutnya bila menjadi pembangkang, pembangkang perlu buktikan pembangkang ada idea, ada wawasan seperti nama parti tu, ada visi untuk negara ini dengan munculkan belanjawan alternatif.

Jadi, orang akan beri kepercayaan oleh rakyat untuk memimpin, bukan soal syok sendiri. Soal tidak akan dilaksanakan. Ini soal rakyat nak melihat, rakyat nak tahu apa idea, apa gagasan yang setiap parti tawarkan. Mereka akan menilai dan mereka akan membuat pilihan.

Tuan Yang di-Pertua, di sebalik setiap ringgit hasil negara, ada syarikat yang membayar cukai, ada pekerja yang mencari rezeki dan ada pengguna yang menyumbang melalui perbelanjaan harian. Oleh itu, setiap ringgit yang dibelanjakan mesti dipertanggungjawabkan. Ukuran kejayaan belanjawan ini adalah sejauh mana kita dapat mengurangkan pembaziran, mengukuhkan kewangan negara dan memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang lebih baik.

draft • 6:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi, saya ingin meneruskan perbahasan mengenai kawalan ketirisan dan akauntabiliti kewangan awam. Skandal 1MDB perlu dijadikan pengajaran penting dalam pengurusan kewangan negara. Ya, kerana Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menganggarkan lebih USD4.5 bilion dana 1MDB yang telah di seleweng antara tahun 2009 hingga 2015 melalui skim pengubahan wang haram antarabangsa.

Kesan kewangannya masih ditanggung negara sehingga hari ini. Menurut Kementerian Kewangan, setakat 13 September 2026, jumlah obligasi kewangan 1MDB yang ditanggung kerajaan mencecah RM51.4 bilion, sedangkan dana yang berjaya dipulihkan berjumlah RM31 bilion. Bermakna, ada RM20.1 bilion yang perlu ditanggung sekiranya tiada pemulihan tambahan.

Persoalan, apakah yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat sekiranya wang sebesar itu dapat diuruskan dengan amanah? RM50 bilion jika diuruskan dengan amanah, bayangkan dana tersebut berpotensi menyokong kos pembinaan blok-blok bangunan sekolah berdasarkan kos pembinaan blok bangunan sekolah bagi tempoh 2021–2026. Setiap RM1 bilion boleh membiayai kira-kira 1,900 hingga 3,200 bilik darjah, tidak termasuk kos pembangunan sekolah.

Bayangkan, kemudahan kesihatan di pedalaman seperti pembelian helikopter baru untuk menggantikan helikopter yang usang, pintu pun tak boleh tutup, di Sarawak. Pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang serta geran penyelidikan untuk melahirkan lebih ramai tenaga pakar perubatan. Sebaliknya, negara terpaksa menumpukan sebahagian sumber kewangan untuk memenuhi obligasi yang ditinggalkan, sedangkan keperluan pembangunan rakyat masih banyak.

Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghargai usaha kerajaan dalam memulihkan semula dana negara yang terjejas akibat skandal 1MDB. Di samping mengambil iktibar daripada kesannya terhadap kewangan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan perlindungan sosial rakyat perlu diinstitusikan melalui undang-undang, bukannya bergantung kepada budi bicara Menteri Kewangan ataupun pengumuman belanjawan tahunan. Bantuan kewangan kepada golongan miskin, warga emas, OKU dan pekerja yang kehilangan pekerjaan perlu dijamin melalui sistem yang konsisten supaya penerima yang layak tidak perlu bimbang bantuan mereka dihentikan setiap kali berlaku pertukaran kerajaan.

draft • 6:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Begitu juga saya setuju dengan Ampang dan juga bersetuju dengan Stampin bahawa setiap Ahli Parlimen, 222 dalam Dewan ini mendapat peruntukan yang adil, yang sama rata, membolehkan mereka memberi khidmat baik kepada rakyat dalam kawasan mereka.

Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan menggubal balik Akta Perlindungan Sosial Nasional yang menetapkan hak penerima, kriteria kelayakan, mekanisme pembiayaan dan tanggungjawab institusi pelaksana. Tuan Yang di- Pertua, saya minta lagi lima minit. Tadi Pengkalan Chepa...

draft • 6:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Teruskan Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

...Tuan Yang di- Pertua, bagi lima minit. Okey. Yang di-Pertua, saya terus ke PDK. Setakat ini, petugas dan penyelia di PPDK mendapat elaun sebanyak RM1,200 bagi petugas dan RM1,500 bagi penyelia. Sudah tiba masanya kadar ini dinilai semula agar setimpal dengan pengorbanan dan tanggungjawab yang dipikul.

Jadi, saya minta supaya gaji yang diumumkan, minimum wage kepada RM2,000 tetapi petugas dan penyelia di PPDK hanya mendapat bawah daripada tahap minimum. Jadi, saya harap kerajaan, khususnya JKM, mempertimbangkan semula kadar elaun petugas dan penyelia agar setimpal dengan peranan serta tanggungjawab yang mereka galas.

Tuan Yang di-Pertua, saya satu lagi saya nak bawa di sini supaya jangan hantar pelarian Rohingya kembali ke ancaman penganiayaan. Saya menzahirkan kebimbangan terhadap penghantaran pulang pelarian Rohingya ke Myanmar selagi keselamatan, kebebasan dan hak asasi mereka belum dapat dijamin. Mereka meninggalkan tanah air kerana penganiayaan, diskriminasi dan keganasan, menghantar mereka kembali ke tempat yang masih mengancam nyawa mereka boleh mendedahkan mereka kepada penderitaan yang berulang.

draft • 6:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

UNHCR telah menegaskan bahawa prinsip no refoulement, melarang seorang yang dikembalikan ke negara yang mendedahkannya kepada risiko penganiayaan, penyeksaan dan ancaman serius terhadap nyawa dan kebebasan.

Prinsip ini menjadi asas pertimbangan kita.

Puan Yang di-Pertua, saya hendak landing. Landing sekarang. Saya sudah boleh landing.

draft • 6:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Landing, Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Landing, okey.

Pertama, mewakili suara rakyat Balik Pulau, saya ingin bangkitkan, satu, berkenaan dengan Jalan Persekutuan FT06 supaya diberi keutamaan penyaluran sebahagian daripada peruntukan RM2.5 bilion itu― jalan persekutuan― bagi naik taraf di Balik Pulau. Kedua, pembinaan terowong Balik Pulau ke daerah Timur Laut supaya kajian pembinaan terowong ini mesti dijalankan secepat mungkin untuk menjana limpahan ekonomi dan sebagainya.

Ketiga, saya harap supaya doktor-doktor pakar ditempatkan di Hospital Balik Pulau bagi mengelakkan rakyat terus berulang alik jauh ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya untuk rawatan kepakaran asas. Saya rasa itu sahaja untuk― Satu lagi berkenaan dengan KPM― Kementerian Pendidikan Malaysia― supaya dana penyelenggaraan sekolah ini disalurkan untuk pembaikan prasarana di kawasan saya, khususnya kesesakan yang melampau di beberapa sekolah seperti sekolah Seri Bayu dan Sekolah Menengah Pondok Upeh.

Sekian sahaja. Balik Pulau ingin menyokong.

Bagai serai kita serumpun Bagai sirih kita tersusun. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah. Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tanjong Manis. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam segulai sejalai. Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berdiri di sini untuk membahaskan anggaran Belanjawan 2027 pada petang ini.

Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan MADANI ke-5 pada tanggal 9 Oktober yang lepas.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, anggaran belanjawan yang dibentangkan pada kali ini adalah yang tertinggi yang pernah diumumkan iaitu RM459.8 bilion termasuk RM376.8 bilion belanja mengurus dan RM83 bilion belanja pembangunan iaitu tidak termasuk pelaburan daripada GLC dan agensi-agensi yang lain. Dengan tema

draft • 6:11 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Belanjawan kali ini iaitu, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, saya percaya inti pati belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat sesuai dengan visi tema tersebut iaitu yang membawa maksud aspirasi negara untuk mencapai kemajuan pada peringkat global sambil kekal berpaksikan kepada nilai kemanusiaan, kepada keadilan sosial, integriti dan kesejahteraan rakyat.

Ini adalah belanjawan kedua yang berjiwa semangat Rancangan Malaysia Ke-13 yang saya harap akan membuka lembaran yang sangat baik kepada rakyat semuanya. Dalam Rancangan Malaysia Ke-13, penekanan diberikan kepada pembangunan ekonomi kawasan kurang membangun dan luar bandar bagi meningkatkan keseimbangan pembangunan antara kawasan dan wilayah. Oleh yang demikian, tumpuan harus diberikan kepada menambah kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan asas bagi menarik lebih banyak pembangunan ke kawasan luar bandar dan mempercepatkan integrasi ekonomi terutama di Sabah dan juga di Sarawak.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana usaha berterusan beliau yang ingin memajukan wilayah Sabah dan Sarawak membangun seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung di mana peruntukan pembangunan di kedua-dua wilayah tersebut terus ditambah dari tahun ke tahun.

Untuk Sarawak, dalam belanjawan pada kali ini, jumlah besar peruntukan untuk pembangunan dan mengurus telah meningkat kepada RM16.2 bilion untuk tahun 2027 berbanding RM15.1 bilion pada tahun sebelumnya. Sarawak juga menerima pemberian khas interim sebanyak RM1.5 bilion setahun daripada RM600 juta setahun sebelum ini. Namun, saya berharap Sarawak akan terus mendapat tambahan peruntukan dalam bajet-bajet yang akan datang kerana Sarawak dan juga Sabah masih lagi tercicir dari segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan- kemudahan asas yang lain. Justeru, peruntukan yang lebih besar harus diberikan agar Sarawak dapat setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Bak kata pepatah, biarlah kita berdiri sama tinggi dan biarlah kita duduk sama rendah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebagaimana rakan perjuangan daripada GPS yang lain dari Sarawak, saya juga turut membangkitkan isu tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah. Saya menyokong penuh gesaan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak sebelum ini supaya Kerajaan Persekutuan mengembalikan kuota satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi Parlimen

draft • 6:11 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

kepada Sarawak dan juga Sabah. Ini adalah untuk mengelak Parlimen meminda Perlembagaan Malaysia yang akan menjejaskan kepentingan Sarawak dan Sabah.

Ketika pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang dahulu, gabungan kerusi daripada Singapura, Sarawak dan Sabah adalah melebihi satu pertiga.

Kepentingan serta hak Sarawak dan Sabah tidak akan terjamin sekiranya kerusi kami di Parlimen adalah kurang daripada satu pertiga.

Oleh yang demikian, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya sangat-sangat mengalu- alukan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sambutan Hari Malaysia di Kuching pada 16 September baru-baru ini bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju secara prinsip untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan penambahan kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah.

Saya berharap pindaan Perlembagaan Persekutuan yang disebut itu akan menambah bilangan kerusi Parlimen Sarawak dan Sabah sehingga mencapai kuota 35 peratus dan harapnya dapat diluluskan dalam Dewan yang mulia ini dengan semangat Malaysia MADANI.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan beberapa isu kawasan di Parlimen Tanjong Manis. Mula-mula sekali, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tentang status pembinaan jalan Paloh–Tanjong Manis iaitu pakej di bawah KKDW iaitu daripada Kampung Paloh ke Rumah Panjang Stalon. Projek ini telah diluluskan dalam RMK12 dengan kos projek berjumlah RM267 juta dengan skop kerja penuh yang melibatkan pembinaan jalan sepanjang 26 kilometer dan dua buah jambatan. Projek ini memberi manfaat kepada empat buah penempatan yang agak terpencil di Parlimen Tanjong Manis, termasuklah kampung halaman saya sendiri.

Mengikut makluman terakhir yang saya terima melalui jawapan soalan lisan, tender untuk projek ini telah dilaksanakan secara reka dan bina (design and build) sudah pun dikeluarkan, sudah pun ditutup dan penilaian tender sudah dibuat oleh kementerian. Persoalannya, sehingga sekarang saya belum mendapat apa-apa berita mengenai status terkini mengenai projek ini.

Ada maklumat mengatakan bahawa proses tender tidak berjaya dan perlu dibuat tender semula. Apa sudah jadi? Apakah masalahnya dengan tender tersebut?

Jadi, saya mohon kepada Kementerian KKDW dan agensi pelaksananya supaya dapat memberi sedikit penjelasan. Sebab, orang-orang kampung di sana, orang- orang rumah panjang sudah tidak dapat bersabar lagi menunggu jalan ini.

draft • 6:11 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sebuah lagi projek jalan iaitu Jalan Sentebu, Jalan Sare dan Jalan Bukit Kinyau dan Jalan Spur ke Bukit Kinyau yang telah diluluskan pada tahun 2021 dengan kos sebanyak RM80 juta.

draft • 6:11 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Saya difahamkan bahawa projek ini telah dibatalkan tendernya atas sebab- sebab yang saya tidak tahu. Jalan ini adalah jalan penting yang menghubungkan Bandar Sarikei dengan kawasan luar bandarnya dan akan menghubungkan banyak kampung dan rumah panjang serta menjimatkan masa perjalanan berbanding keadaan sekarang.

Maka, saya ingin tahu daripada kementerian KKDW, mengapakah tender projek ini dibatalkan? Dan apakah perancangan seterusnya untuk projek ini setelah lima tahun peruntukan projek ini diluluskan?

Dato’ Sri Yang di-Pertua, satu lagi projek jalan yang juga penting yang ingin saya sentuh adalah status jalan Kampung Bruit ke Sungai Nai yang telah diluluskan pada tahun 2021 dengan kos RM94 juta. Maklumat terakhir yang saya terima pada awal tahun adalah projek ini akan ditender pada pertengahan tahun ini. Apakah status terkini projek ini? Bilakah akan dimulakan pembinaannya? Jadi, saya mohon kementerian KKDW memberi maklum balas berkenaan dengan projek ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang pembinaan baru Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Muda Pakeri di Kampung Paloh iaitu di kampung halaman saya sendiri. Sekolah ini telah mengalami kerosakan dan keretakan yang serius pada struktur utama bangunan sehinggakan dia telah pun diisytiharkan tidak selamat digunakan oleh JKR Sarawak. Pihak sekolah ketika ini menggunakan bangunan-bangunan lain seperti asrama, seperti kantin untuk dijadikan kelas sementara tempat mengajar dan juga tempat belajar. Keadaan begini sudah berlarutan lebih kurang dua tahun.

Saya difahamkan peruntukan sedia ada untuk bina baru sekolah sebanyak RM28 juta sudah ada tetapi tidak mencukupi. Jadi, terpaksa dirujuklah kepada Kementerian Ekonomi untuk NOC atau pun notice of change bagi mendapatkan dana tambahan sebanyak lebih kurang RM10 juta lagi.

Saya dapat makluman bahawa kos tambahan tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi dan projek ini masih tergantung dan menunggu tindakan selanjutnya oleh Kementerian Pendidikan. Isunya di sini, mula-mula peruntukan tidak mencukupi, minta NOC tambah siling. Tunggu proses NOC, lepas itu NOC tidak lulus. Apa nak ditunggu lagi?

draft • 6:20 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Sebab itu dalam perbahasan saya yang lepas, saya cadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya peruntukan yang sudah ada itu boleh digunakan dahulu untuk menjalankan kerja-kerja awalan seperti merobohkan bangunan yang lama. Itu pun memakan masa. Menyediakan tapak, buat piling dan mungkin boleh membina sebahagian daripada bangunan sekolah dengan peruntukan yang ada.

Setidak-tidaknya ada kerja pembinaan yang sudah berjalan di tapak bina.

Jadi, sementara itu kita menunggulah kelulusan NOC untuk mendapatkan jumlah yang sepatutnya. Jadi, semua proses-proses permohonan NOC itu dulu memakan masa yang panjang. Jadi, dah dua tahun kita menunggu jadi mohon Kementerian Pendidikan melihatlah kepada perkara ini dengan serius.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin nak membangkitkan di sini ialah berkenaan klinik kesihatan, sebuah Klinik Kesihatan Semop yang merupakan sebuah klinik kesihatan Jenis 6 di atas Pulau Bruit dan menjadi tempat rujukan kepada lebih kurang 10 buah kampung dan rumah panjang yang berhampiran dengan penduduk yang agak ramai.

Minggu lepas saya telah melawat ke klinik ini yang sudah beroperasi lebih kurang satu tahun. Namun yang peliknya sehingga kini, klinik ini tidak dibekalkan dengan sebuah ambulans pun untuk kegunaan di waktu kecemasan. Doktor pun dua orang doktor yang berada di klinik tersebut baru saja melapor kerja lebih kurang sebulan yang lepas.

Berkenaan dengan ambulans tadi mereka terpaksa meminjam dan menunggu ambulans daripada Hospital Daro yang perjalanan kira-kira agak dalam masa 30 minit untuk sampai ke klinik. Jadi, masa menunggu ini, 30 minit ini untuk makluman boleh menentukan antara hidup dan mati seseorang. Jadi saya tak boleh terimalah kalau klinik sebegini tidak ada ambulans sedia ada untuk kes-kes kecemasan.

Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa keperluan-keperluan lain di klinik juga tidak mencukupi. Antaranya ada katil-katil yang tidak ada tilam, ada bilik yang tidak ada alat penghawa dingin. Ada bilik yang tidak ada peralatan makmal untuk lab lah untuk mengambil darah dan sebagainya. Dan juga ada bilik yang tidak ada dapur memasak untuk kegunaan pemakanan dan sebagainya. Jadi saya haraplah pihak Kementerian Kesihatan segera bertindak untuk melengkapkan lagi klinik— kemudahan klinik di Semop ini supaya dapat beroperasi dengan sempurna.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita tidak nafikan bahawa bekalan air terawat merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada semua rakyat termasuk

draft • 6:20 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

mereka yang berada di kawasan luar bandar. Masalah kekurangan bekalan air terawat masih lagi berlarutan di kawasan saya, terutama sekali di Pulau Bruit dan juga kawasan-kawasan lain di Sarawak.

Pada masa ini tatacara pelaksanaan projek-projek bekalan air di bawah RM50 juta dilaksanakan oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, manakala lebih daripada RM50 juta masih perlu dirujuk kepada Kerajaan Pusat.

Pelaksanaan projek-projek bekalan air yang melebihi RM50 juta banyak mengalami kelewatan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2024. Dan ini menyusahkan penduduk di kawasan yang sangat-sangat memerlukan bekalan air.

Jadi saya memohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya Sarawak diberi kuasa penuh untuk mengurus projek-projek bekalan air luar bandar supaya pelaksanaan mana-mana projek bekalan air dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bagi mempercepatkan lagi pelaksanaan projek bekalan air yang sangat penting untuk negeri Sarawak.

Jadi itu saja Dato’ Sri Yang di-Pertua. Sekian perbahasan daripada saya daripada Parlimen Tanjong Manis dan saya mohon menyokong Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Sekarang ingin menjemput Yang Berhormat Langkawi.

Silakan Yang Berhormat.

draft • 6:20 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya masuki arena perbahasan anggaran belanjawan ini, saya ingin membawa sedikit keresahan-keresahan ibu-ibu kepada anak-anak ini.

Muhammad, Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Serene, Sekolah Menengah SMJK Confucion, Seeran, SJK(C) Kung Meng (1), Mikael, Victoria Institution, Seth, SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Putera Mateen dan juga Dayana, SK Bandar Baru Selayang. Swida dan Seroja, Sunway University.

Mereka-mereka ini meminta supaya saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan supaya anak-anak mereka ini dapat online class kerana pencemaran jerebu dan haze. Mereka terpaksa membawa anak-anak mereka ke klinik dan seorang ibu menyatakan dia tiap-tiap malam kena titik ubat di mata anaknya.

draft • 6:28 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Jadi, jerebu ini tiap-tiap tahun datang. Saya rasa sempat lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, boleh kita buat keputusan supaya setiap kali jerebu hatta pada tahun hadapan pun kita buatlah secara online class ini supaya anak-anak kita ini dapat menikmati pengajaran yang tidak lagi terpaksa terganggu dengan jerebu ini.

draft • 6:28 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Ampun Tuanku Patik Ahli Parlimen Langkawi dengan penuh berasa taat setia dan takzim merafakkan sembah setinggi-tinggi kesyukuran dan junjungan kasih yang tidak terhingga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan kedah Darul Aman. Patik menjunjung kasih di atas di atas keprihatinan tinggi dan limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah perkenan membawa serta menegaskan semula isu pemulihan status taraf bebas cukai Pulau Langkawi demi kelangsungan ekonomi negeri dan kesejahteraan hidup rakyat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini.

Menjunjung kasih Tuanku, tapi patik merasa amat sedih dan menzahirkan rasa kecewa kerana tiada pengumuman dibuat berhubung status bebas cukai Langkawi yang mana status dikurangkan skopnya beberapa kali pada tahun 2016, 2020 dan 2025.

Titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan amat jelas, baginda mahukan status bebas cukai ini dilaksanakan seperti sedia ada. Bajet 2027 sewajarnya menjadi platform yang baik untuk mengumumkan kembalinya status ini.

Akan tetapi peluang ini disia-sia oleh kerajaan. Apa yang diumumkan ialah had pembelian barangan bebas cukai dinaikkan kepada RM10 ribu, tertakluk kepada tempoh penginapan minimum 48 jam.

Lebih banyak produk buatan Langkawi juga akan diberi pengecualian cukai duty import. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, khususnya Menteri Kewangan. Dalam had pembelian barangan bebas cukai untuk pelawat dan pelancong dinaikkan kepada RM10 ribu ini, bilakah perlaksanaan akan bermula?

Apakah senarai barangan dan bagaimana pematuhan akan dilaksanakan?

Saya pohon jawapan dan saya tidak nampak pegawai-pegawai di sini yang mengambil catatan ucapan kita yang berada 11 orang dalam Dewan ini pada masa ini. Lebih banyak produk buatan Langkawi dikecualikan daripada duty import ini yang dimaksudkan, ini yang diletakkan dalam belanjawan kali ini. Jadi saya nak bertanya berapa kategori produk yang layak? Apakah syarat kelayakan dan bagaimana

draft • 6:30 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

pengusaha tempatan boleh memohon? Kemudian disebutkan juga RM935 juta untuk pelancong dan kebudayaan. Saya nak bertanya, berapa jumlah atau bahagian peruntukan yang dijaga sampai kepada projek dan program di Langkawi? Tidak disebut sepertimana disebut kepada Pulau Pinang.

Dan juga dimaklumkan bahawa geran sepadan untuk laluan antarabangsa feri kapal persiaran dan bas persiaran. Soalan saya, apakah syarat permohonan dan sasaran laluan yang boleh memberi manfaat kepada Langkawi?

Akhir sekali kemudahan pembayaran QR diperluas ke 15 lokasi tempatan pulau-pulau peranginan. Jadi, adakah Langkawi termasuk dalam lokasi pelaksanaan? Dan apakah jadualnya?

Saya sebutkan tadi bahawa, disebut juga kepada Pulau Pinang, di mana disebut dengan jelas kepada Pulau Pinang berapa banyak peruntukan-peruntukan yang diberi dalam setiap portfolio. Saya ingin mencadangkan sesuatu yang lebih besar untuk menjadi pulau ini sebagai pilot projek. Saya ingin mencadangkan autonomi cukai kepada Langkawi atau Langkawi Fiscal Autonomy Model.

Langkawi menjana berbilion Ringgit aktiviti ekonomi pelancongan tetapi sebahagian besar hasil cukai yang berkaitan dikutip di peringkat Persekutuan.

Manakala kos pembangunan dan penyediaan perkhidmatan perlu ditanggung melalui pelbagai peringkat kerajaan. Saya berpandangan tidak ada salahnya kerajaan melakukan desentralisasi atau nyah pemusatan kuasa Persekutuan bermula dengan Langkawi sebagai pilot projek.

Laporan OECD atau Organization for Economic Cooperation 2022, memberi contoh Switzerland sebagai antara negara Persekutuan yang mempunyai tahap autonomi cukai negeri yang tinggi. Contoh lain ialah Hong Kong yang merupakan Special Administrative Region atau SAR China. Kalau di Switzerland ini mempunyai 26 kanton, 26 state atau 26 Wilayah dan tiap-tiap Wilayah ini mempunyai cukai yang berbeza dan cukai-cukai ini juga diberi autonomi kepada kanton-kanton ini dan Persekutuan juga mempunyai cukai yang khusus dan dalam sharing proses ini tiap- tiap kanton ataupun state atau province akan lebih mudah untuk mereka membangun kawasan masing-masing.

Model ini wajar ditambah baik di Malaysia yang mana kawasan-kawasan yang status yang unik seperti Langkawi dibenarkan untuk mengutip dan membelanjakan cukai sendiri. Menerusi model ini Langkawi menentukan sebahagian cukai mengutip sendiri, menyimpan sebahagian besar hasil bertanggungjawab terhadap sebahagian besar perbelanjaan. Manakala Persekutuan masih

draft • 6:30 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

menanggung perkara nasional seperti pertahanan, keselamatan negara— immigration, dasar luar dan sebahagian infrastruktur strategik.

Laporan LADA menyasarkan RM5.9 juta hasil diperolehi Langkawi, manakala MOF pula menyatakan hasil pelancongan Langkawi meningkat RM2.4 bilion atau 34.9 peratus antara 2022 dan 2024. Ini memberikan gambaran bahawa saiz ekonomi pelancongan Langkawi kini berada pada skala RM6 bilion untuk setahun. Langkawi boleh diberi kuasa untuk mengurus hasil pihak berkuasa tempatan, cukai tanah, lesen dan fi serta memperkenalkan levi pelancongan seperti tourism levi, hotel levi, environmental levy dan caj penumpang termasuk sebahagian hasil berkaitan pelabuhan dan lapangan terbang.

Dengan lebih 3.2 juta pelawat pada 2025, levi sederhana sebanyak RM30.00 seorang sahaja berpotensi menjana hanya hampir RM100 juta setahun. Jika digabungkan dengan hasil sedia ada dan sumber berkaitan pelancongan lain, Langkawi berpotensi mengurus sekitar RM250 juta hingga RM350 juta setahun untuk membiayai infrastruktur kebersihan, pengangkutan, bekalan air dan pembangunan pelancongan tanpa menunggu sepenuhnya peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, isu nasional pertama yang saya ingin bawakan ialah kenaikan gaji minimum. Saya tidak menolak usaha untuk meningkatkan gaji pekerja daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027. Pelarasan gaji tidak sepatutnya menjadi pengumuman tahunan yang dibuat mengikut kitaran belanjawan.

Kerajaan seharusnya mempunyai pelan hala tujuh gaji untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun dengan sasaran yang jelas bagi setiap peringkat mekanisme semakan bersekala berkala dan penanda aras yang boleh diukur selain itu terdapat isu compliance rate yang perlu diperhatikan serta mekanisme pemantauan.

draft • 6:30 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Saya ingin bertanya dengan Kementerian Kewangan, setakat tahun ini berapa banyak syarikat yang telah dikenakan tindakan kerana gagal mematuhi gaji minimum yang ditetapkan selama ini? Saya juga meminta kerajaan menjelaskan skop pengecualian PMKS daripada gaji minimum baru. Ucapan belanjawan menyebut PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan. Saya ingin tahu, dari mana angka empat juta pekerja akan tertakluk kepada kadar baru RM2,000 sebulan jika PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dinyatakan dikecualikan?

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada angka kira-kira dua juta pekerja sektor formal yang menurut angka DOSM menerima gaji kurang daripada

draft • 6:40 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

RM2,000 sebulan. Angka pekerja bergaji bawah RM2,000 tidak semestinya sama dengan bilangan pekerja yang tertakluk kepada gaji minimum baru.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum bahawa kerajaan menyambut baik komitmen GLIC dan GLC untuk menaikkan penanda aras gaji sara hidup kepada RM3,400 sebulan berbanding dengan RM3,100 yang menurut ucapan belanjawan akan memanfaatkan 230,000 pekerja. Saya tidak mempertikaikan kepentingan langkah ini, namun saya ingin mempersoalkan mengapa GLC dan GLIC begitu kerap dijadikan contoh utama untuk melaksanakan dasar kerajaan sedangkan persoalan tentang tanggungjawab sektor swasta secara keseluruhan masih belum dijawab dengan memuaskan.

Apakah hanya GLIC dan GLC sahaja dijadikan instrumen untuk menanggung setiap matlamat dasar? Bagaimana pula dengan syarikat swasta besar yang mencatat keuntungan berbilion ringgit? Apakah komitmen syarikat-syarikat besar dan sektor hartanah pembinaan, utiliti perbankan dan perkhidmatan untuk meningkatkan upah pekerja mereka?

Jika kerajaan mahu GLC menjadi teladan, apakah insentif dan tekanan dasar yang dikenakan kepada syarikat swasta besar untuk turut meningkatkan gaji, melabur dalam latihan dan berkongsi hasil peningkatan produktiviti pekerja. Kita tidak boleh terus menerus mengharapkan syarikat milik kerajaan menjadi juara dasar sosial.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada satu perjumpaan dengan Grab diadakan di Pulau Langkawi. Mereka meminta supaya kerajaan dapat mengkaji semula berhubung dengan Grab dan mereka meminta supaya sekiranya boleh dibuat kajian supaya kerajaan mempunyai platform sendiri, supaya mereka merasakan nikmat. Sekarang ini mereka terpaksa membayar 20 peratus kepada syarikat Grab. Jadi, mereka meminta supaya kalau boleh mintalah supaya kerajaan mengadakan satu platform untuk mereka khususnya Grab dan juga teksi-teksi ini.

Satu perkara lagi, PMKS di Pulau Langkawi memohon supaya cukai mereka dikaji semula. Barang yang nak dibawa keluar dari Langkawi hatta kuih raya, kraf tangan, ikan bilis, kuih-muih yang nak dibawa ke tanah besar, dicukai. Apabila dicukai, harga tepung di tanah besar dan di Langkawi sama, kuihnya menjadi mahal bila dibawa hanya ke Kuala Perlis. Jadi, mereka meminta supaya mengkaji semula kedudukan cukai barangan Made in Langkawi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Landing Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana membenarkan saya untuk membahas perbelanjaan 2027 ini.

Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seterusnya ingin menjemput Yang Berhormat Jasin, silakan Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas keizinan untuk saya turut sama membahaskan Belanjawan 2027 ini. Di dalam mukadimah perbahasan saya terhadap belanjawan pada tahun lalu, saya telah menyatakan perasaan terkilan kerana tiada sebarang sebutan khusus dalam belanjawan tersebut mengenai masalah banjir yang sering melanda daerah Jasin dan tiada peruntukan khusus bagi menanganinya. Namun, alhamdulillah dalam belanjawan negara terkini, masalah berkenaan telah disebut dan isu keperluan Daerah Sungai Rambai kepada pembinaan balai polis baharu yang kondusif juga telah turut diberikan perhatian.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Semoga peruntukan belanjawan tersebut tidak tinggal hanya sekadar sebagai sebutan di atas kertas sahaja sebagaimana yang diluahkan oleh Yang Berhormat Belud. Bukan baru, hari ini saya cakap, sudah empat tahun saya cadangkan. Empat tahun tiada tindakan, empat tahun tiada keputusan.

Saya berharap keadaan ini tidak akan berulang. Harapan saya, ia dapat dengan segera diterjemahkan kepada pelaksanaan yang benar-benar menyelesaikan masalah banjir di Jasin dan masalah keperluan kepada pembinaan balai polis yang baharu bersesuaian dengan pertambahan besar penduduk Sungai Rambai.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah mengutarakan beberapa perkara lagi.

Antaranya mengenai masalah sekatan tangkapan ikan kepada nelayan Pantai Siring yang sangat membebankan para nelayan, keperluan dibangunkan sebuah masjid khusus untuk rakyat Jasin Bestari. Masalah ancaman bahaya tanah runtuh di perumahan Lipat Kajang, keperluan pemasangan lampu sepanjang Lebuhraya AMJ, kerosakan Jambatan Sungai Rambai yang menyusahkan masyarakat setempat,

draft • 6:44 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

pembinaan Kompleks Sukan Jasin Bestari yang lama terbengkalai. Keperluan Sungai Rambai kepada klinik kesihatan yang kondusif dan pembinaan jeti Pengkalan Leban di Sungai Rambai.

Saya berterima kasih kerana perkara-perkara ini ada yang telah diberikan perhatian serius oleh kerajaan. Sekalipun masih belum menyeluruh, saya sangat berharap demi kelestarian hidup rakyat di Parlimen Jasin, ia dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan perkara-perkara selain itu juga turut diberikan perhatian yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh cadangan kenaikan gaji minimum. Saya berpandangan bahawa kerajaan sangat perlu memperuntukkan suatu insentif khusus kepada PMKS iaitu perusahaan mikro kecil sederhana. Kenaikan gaji minimum tersebut bakal mendedahkan PMKS kepada bebanan untuk membayar gaji yang tidak setimpal dengan keuntungan. Kehilangan tenaga kerja yang berkualiti dan merosotnya produktiviti. Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah merupakan kumpulan terbesar PMKS.

Saya berpandangan inisiatif pengecualian bertempoh oleh kerajaan kepada PMKS adalah tidak memadai dalam jangka masa yang panjang tanpa insentif khusus oleh kerajaan kepada PMKS ini. Mereka terdedah kepada mengalami kegagalan.

Polisi ekonomi yang tidak tepat akan menyebabkan sebahagian rakyat tertinggal dalam persaingan ekonomi yang berat sebelah, meluaskan jurang ekonomi antara kaum dan merosakkan keharmonian rakyat dan kestabilan negara.

draft • 6:44 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Ia sangat bertentangan dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam sistem ekonomi negara. Menurut Al-Imam Hassan al-Banna Rahmatullahalaih dalam kitab Majmuk Rasa’il, Islam telah menetapkan dalam sistem ekonomi, 10 asas utama. Asas-asas tersebut adalah:

(i) mengiktiraf harta yang baik sebagai asas kelangsungan hidup serta kewajipan memeliharanya dengan bersungguh-sungguh, mentadbirnya dengan bijaksana dan mengembangkannya secara produktif;

(ii) menyediakan pekerjaan dan mengusahakan sumber rezeki bagi setiap individu yang berkemampuan untuk bekerja;

(iii) mengenal pasti dan meneroka sumber kekayaan alam semula jadi serta kewajipan memanfaatkan segala tenaga, potensi dan bahan yang tersedia di alam ini;

draft • 6:50 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

(iv) mengharamkan segala sumber pencarian rezeki yang keji dan tidak dibenarkan oleh syarak;

(v) mengurangkan jurang antara pelbagai lapisan masyarakat melalui usaha membendung kekayaan yang keterlaluan dan membasmi kemiskinan yang melarat;

(vi) menyediakan jaminan sosial bagi setiap warganegara, menjamin kesejahteraan kehidupannya serta berusaha memastikan keselesaan dan kebahagiaannya;

(vii) menggalakkan perbelanjaan harta pada jalan-jalan kebajikan.

Membudayakan semangat saling bertanggungjawab dan membantu antara warganegara serta mewajibkan kerjasama dalam perkara kebajikan dan ketakwaan;

(viii) memelihara kehormatan harta dan mengiktiraf hak milik persendirian selagi mana hak tersebut tidak bertentangan dengan kepentingan awam;

(ix) mengawal selia urusan kewangan melalui penggubalan undang-undang yang adil dan berteraskan rahmat serta menjalankan pengawasan yang rapi terhadap hal ehwal mata wang; dan

(x) menegaskan tanggungjawab negara dalam memelihara dan melindungi sistem ini.

Tuan Yang di-Pertua, teras bagi pembangunan insan adalah ilmu yang bermanfaat yang mendorong kepada mentaati Allah, ilmu yang sedemikian sifatnya disebut sebagai hikmah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 269 berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, Allah memberikan hikmat kebijaksanaan ilmu yang berguna kepada sesiapa yang dikehendakinya menurut aturan yang ditentukannya dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberi kebaikan yang banyak.

Maka itu saya ingin menyatakan penghargaan saya terhadap langkah kerajaan menyemarakkan wacana keilmuan Islam sebagaimana yang disebutkan dalam Belanjawan 2027 ini. Walau bagaimanapun, kesungguhan baik yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam belanjawan ini, dikejutkan pula oleh langkah kerajaan mengurangkan duti hiburan yang merangkumi persembahan artis antarabangsa dan tayangan filem luar negara.

draft • 6:50 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Ini seolah-olah kerajaan menggalakkan penganjuran konsert-konsert oleh artis-artis luar negara yang membawa bersama mereka budaya hedonisme yang keji dan merosakkan proses pembinaan insan dalam negara ini. Perlulah difahami bahawa hedonisme adalah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan sebagai matlamat hidup. Ia menenggelamkan generasi muda Islam kepada mengejar hiburan, mengikut kehendak nafsu dan mengamalkan gaya hidup bebas.

Lantas, bilakah generasi muda akan dapat berpeluang untuk hadir ke majlis- majlis ilmu apabila jiwa dan fikiran mereka telah dikepung terus menerus oleh fahaman hedonisme yang dibawa oleh artis-artis luar tersebut dengan galakan daripada kerajaan sendiri. Persoalannya apakah perimeter yang dipakai oleh kerajaan dalam mengemukakan dasar-dasar di atas yang kelihatan tidak konsisten dan saling bercanggah?

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam ciri keempat dasar-dasar sistem ekonomi Islam bahawa menjadi kewajipan pemerintah mengharamkan segala sumber pencarian rezeki yang keji dan tidak dibenarkan oleh syarak. Bukan menggalakkannya dengan pengurangan duti dan sebagaimana yang disebutkan di dalam ciri kesepuluh bahawa Islam menetapkan dan menegaskan sebagai tanggungjawab negara memelihara dan melindungi sistem ekonomi Islam ini, bukan mengabaikannya.

Tuan Yang di-Pertua, pendekatan yang mencampuradukkan polisi-polisi pentadbiran negara. Antara ajaran Islam dan tuntutan ideologi Barat. Antara tauhid dan sebaliknya. Antara menyeru kepada ketaatan dan menganjurkan kemungkaran, dan antara ilmu dan kesesatan. Ini sama sekali bukanlah daripada ajaran Islam atau pendekatan pentadbiran yang dibenarkan oleh Islam.

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang malangnya sebahagian pemimpinnya mengamalkan sekularisme secara terpilih atau dengan izin, selective secularism. Sepatutnya selaku pemimpin yang beragama Islam mereka hendaklah mengamalkan Islam sepenuhnya dalam pentadbiran negara. Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai kesungguhan politik atau political will, dengan izin ke arah itu?

Islam menolak semua bentuk sekularisme sama ada sekularisme pasif seperti yang diamalkan di Britain dan apatah lagi sekularisme asertif yang membenci agama seperti yang diamalkan di Azerbaijan pada hari ini.

Kaum Muslimin sentiasa terikat kepada petunjuk Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT serta kepada hukum dan peraturannya. Firman Allah SWT, ayat ke-

draft • 6:50 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

24, surah An-Nisa yang berbunyi...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dengan izin, “this is Allah’s decree and it is binding upon you”. Haramnya segala yang tersebut itu ialah sesuatu ketetapan hukum Allah yang diwajibkan atas kamu.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya ingin mengambil kesempatan menegur kenyataan yang boleh memberikan gambaran salah terhadap syariat dan perundangan Islam. Anggapan bahawa tidak ada undang-undang yang boleh menyelesaikan semua masalah tanpa mengecualikan Islam adalah anggapan yang sama sekali tidak benar. Ini kerana Islam menyelesaikan semua masalah insan, namun dengan syarat seluruh ajarannya hendaklah dilaksanakan dan dihayati secara lengkap dan sempurna.

Saya menasihati Ahli Parlimen berkaitan, agar mengkaji perundangan Islam dengan lebih mendalam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 9 berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Yang bermaksud dengan izin, “Indeed The Quran shows that way which is perfectly straight”. Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul iaitu Islam. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

draft • 6:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi

Baiklah. Terima kasih, Yang Berhormat Jasin. Sekarang kita beralih ke pembahas kita yang terakhir, ingin menjemput Yang Berhormat Hulu Langat. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Berlaku pertukaran Speaker di saat-saat akhir ini.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cuma Speaker, saya tahu Speaker ni suka makan ikan talapia. Sekarang ini ikan talapia yang paling murah sekarang ini di negeri Melaka. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam rahmah. Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri Speaker di atas kebenaran kepada saya untuk bersama-sama membahaskan belanjawan bagi negara kita Malaysia yang kita cintai

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

ini bagi tahun 2027 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan bagi negara kita Malaysia.

Alhamdulillah Tan Sri Speaker, ini adalah merupakan belanjawan yang paling besar, belanjawan yang paling tinggi yang pernah dibentangkan oleh seorang Perdana Menteri yang juga merupakan seorang Menteri Kewangan. Jumlahnya hampir mencecah RM510 bilion. Semenjak wujudnya bumi ini, ha itu dia Shah Alam, semenjak wujudnya bumi ini, inilah dia peruntukan yang paling besar yang pernah dibentangkan oleh seorang Perdana Menteri yang juga merupakan seorang Menteri Kewangan.

Peruntukan ini, bajet ini, belanjawan ini untuk siapa, Port Dickson? Untuk rakyat yang terdapat dalam negara kita ini tak kira dia Melayu baik, dia Cina baik, dia India baik, dia Iban baik, dia Bidayuh baik. Janji dia rakyat dalam negara kita ini, dia wajib untuk mendapat peruntukan perbelanjaan sumbangan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan bajet baru-baru ini.

Tan Sri Speaker yang dimuliakan dan juga teman-teman dan juga sahabat- sahabat yang berjumlah 10 orang sahaja yang tinggal pada petang ini. Yang penting kepada kita, kita nak bajet yang akan diturunkan ini nanti, bajet yang akan disalurkan ini nanti, bajet ini wajib sampai kepada rakyat dan juga masyarakat yang terdapat di dalam negara kita ini. Kita tak mahu tiris. Sri Gading, kita tak mahu tiris, kita tidak mahu berlaku amalan rasuah. Sebab itu amalan rasuah ini Port Dickson, kita memang kena banteras soal berkaitan dengan amalan rasuah yang terdapat di dalam negara kita ini.

Sebab itu saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita nampak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini memang sungguh-sungguh sangat bekerja kuat bagi membanteras, bagi lawan amalan rasuah yang berlaku di dalam negara kita ini.

Rasuah pun ya, sakau pun ya, samun pun ya, mentekedarah pun ya, songlap pun ya, sapu duit rakyat yang terdapat di dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ini. Sebab itu Sri Gading, laporan yang dikeluarkan oleh SPRM, duit dalam negara kita ini setahun berapa yang hilang, berapa yang bocor, berapa yang tiris yang dilaporkan oleh SPRM? Nilainya menjangkau RM55 bilion satu tahun.

Kita bayangkan Tan Sri, kalau RM55 bilion ini satu tahun, kalau dua tahun?

Sudah menjangkau hampir RM100 bilion. Sebab itu kita dengar daripada awal ini, saya ini bukan pembahas, saya ini dah macam penggulung dah. Haa di peringkat

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

awalnya belanjawan kita ini dibentangkan oleh guru. Guru yang bentang. Saya ini kira macam ketua darjahlah Sri Gading, Beaufort. Ini yang tinggal ini dalam ini. Sri Gading, Beaufort yang tinggali ni, Port Dickson haa, Sri Aman, Shah Alam, Jasin, Kuala Langat yang tinggal ini. Ada juga Kota Raja, kena sebut. Ini bos. Bos kita kena sebut kan.

Ini yang tinggal ini, nak dengar ini, ketua darjah ni nak gulung ini. Kat mana saya tadi? RM100 bilion. Ini duit, duit kita yang tiris, duit kita yang bocor. Bayangkan kalau andai kata RM100 bilion ini dua tahun ini, boleh kita adakan tidak berlaku amalan rasuah, amalan sakau ini, bayangkan kita mendengar tadi Ahli-ahli Parlimen membicarakan soal berkaitan dengan sekolah daif, sekolah tak sempurna, masalah surau, masalah tandas, masalah siling, masalah elektrik, masalah, masalah, masalah, masalah, masalah saja yang dibangkitkan dalam Dewan ini.

Bayangkan kalau andai kata RM100 bilion ini ada, begitu juga dengan masalah kesihatannya. Kita dengar masalah ambulans tadilah sebagaimana yang dibentangkan tadi oleh Yang Berhormat daripada Langkawi, ha ambulan tak cukup, klinik padat, klinik sesak, katil tak ada, hospital dah uzur. Ini masalah-masalah yang dikemukakan kepada kita, Langkawi.

Bayangkan kalau andai kata RM100 bilion ini ada. Dalam tempoh dua tahun, kita tiris, kita bocor disebabkan amalan-amalan rasuah, amalan sakau, amalan mentekedarah, sapu, songlap, samun duit rakyat yang terdapat di dalam negara kita pada hari ini.

Sebab itu pada sayalah, saya rasa sebab itu saya nak ucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada anak muda kita adik Ummi Umairah yang baru-baru ini dengan cergas, dengan berani menyebutkan kita kena lawan masalah gejala rasuah yang berlaku di dalam negara kita ini.

Sebab itu saya nak sebutkan kalau biasa orang sebutkan, dadah ini adalah merupakan musuh nombor satu yang terdapat dalam negara kita. Tapi kalau bolehlah Tan Sri Speaker, saya nak nyatakan bahawa rasuah ini adalah merupakan musuh nombor satu yang terdapat di dalam negara kita. Sebab, di pusat serenti sebab amalan rasuah ini dadah boleh masuk di pusat serenti.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sri Aman, oh tadi Sri Aman duduk sana, dah duduk sini pula. Ini Sri Aman...

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Hulu Langat.

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Sebab amalan rasuah ini juga kita nampak— Seli Laling.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Boleh? Mencelah sedikit.

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab saya pergi masa kempen di Johor dulu, dia kata ada satu Cina itu Tan Sri dia kata, ada jumpa Yang Berhormat Seli Laling kah dia kata. Bukan Seli Laling, Sri Gading. Sekejap Sri Gading. Sebab amalan rasuah ini jugalah kita tengok Tan Sri Speaker dekat sempadan-sempadan kita, dadah boleh bawa masuk, senjata boleh bawa masuk.

Kita nampak kan. Barang-barang yang tak sepatutnya boleh dibawa masuk tetapi disebabkan dengan amalan rasuah inilah.

Sebab itu Tan Sri Speaker, Allah bagi amaran, mereka yang menerima dan juga mereka yang memberi rasuah, tempatnya adalah di neraka. Haa itu dia. Yang ini, yang ini saya tak dengar pula Yang Berhormat daripada Jasin tadi nak menyebutkan soal berkaitan dengan amalan rasuah yang berlaku di dalam negara kita ini. Pemberi dan juga penerima rasuah akan dihumban dalam api neraka. Haa sila Sri Gading.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Hulu Langat.

Bila Hulu Langat sebut tentang dadah, saya baca data yang dikeluarkan oleh bahagian yang berkaitan, kadar penyalahgunaan dadah bagi 100,000 penduduk dalam kategori disusunkan ikut negeri. Yang pertama Kelantan, yang kedua Terengganu, yang ketiga Perlis, yang keempat Kedah, yang kelima Pahang dan yang agak hebatnya sebenarnya Sabah, Selangor dan Sarawak, nombor-nombor bawah sekali.

Jadi kalau kita lihat di sini, mengapa keadaan itu berlaku? Dan kalau katalah ada isu tentang budak yang kena buli diminta, Menteri letak jawatan, Menteri Pendidikan letak jawatan. Jadi kalau macam ini, macam mana ini? Empat negeri yang di atas tadi ini, isu dadah yang banyak. Kalau tengok pada 2024, ini data sampai 2024. Dalam jumlah yang dikira 100,000 penduduk di Kelantan terdapat 980 orang, di Terengganu 925 orang, di Perlis 884, Kedah 790 berbanding dengan 100,000. Apa pandangan Hulu Langat?

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sri Gading, masalah dadah ini Sri Gading, dia bukan masalah berlaku di Kelantan, Terengganu, Kedah ataupun negeri Perlis. Kita tak mahu masalah dadah ini sebab rakyat dalam negara kita ini sebab itulah soal berkaitan dengan perpaduan ini, kasih dan sayangnya Kerajaan

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

MADANI ini kepada setiap lapisan masyarakat dan juga warga yang terdapat dalam negara kita ini.

Sebab itu kita tengok Sri Gading, peruntukan yang diberikan ini. Macam Kedah dapat lebih, Kelantan dapat lebih, Terengganu dapat lebih, Perlis pun dapat lebih dan juga kita tengok macam mana Sabah dan Sarawak pun dapat peruntukan lebih. Sebab itu bila kita bercakap soal berkaitan dengan masalah dadah ni, ini masalah kita bersama.

Saya tak mahu menuding jari kepada Kerajaan Kelantan, Kerajaan Terengganu, Kerajaan Perlis, Kerajaan Kedah kah sebab ini masalah kita bersama.

Sepatutnya kitalah, tidak kiralah kita Ahli Parlimen ke, kita ketua agensi ke, kita Menteri ke, kita Timbalan Menteri ke. Maksudnya ini masalah kita bersama yang sepatutnya kita dapat selesai. Kita bantu, kita beri pandangan, nasihat kita bagaimana usaha kita untuk mengatasi masalah gejala dadah yang sekarang ini kita lihat merupakan satu gejala yang memang menjadi satu barah yang sangat besar dalam negara kita.

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cuma persoalannya, bila berlaku masalah gejala budi ataupun kejadian- kejadian buli ini ialah sebab setahu saya Tan Sri Speaker, sekolah dalam negara kita ini ada lebih kurang dalam 10,200 sekolah. Itu sekolah Tan Sri Speaker, pelajar- pelajar kita? Saya dimaklumkan peruntukan RM200 ini yang PM hendak bagi ini untuk anak-anak kita, sesi persekolahan tahun depan ini, pelajar-pelajar ini akan dapat RM200. RM200 ini berapa jumlahnya? 5.3 juta orang. Ini jumlah pelajar.

Kalau berlaku gejala buli ini, kita hendak minta letak jawatan, kalau macam itu, berlaku kejadian accident berlanggar Tan Sri, berlaku kejadian accident berlanggar.

Pagi accident, pukul 10 karang accident, pukul 1 kang accident, pukul 4 kang accident, pukul 7 accident, pukul 8 accident.

Maksudnya, satu hari ini kita kena tukar lapan oranglah Menteri Pengangkutan kita. Ini masalah. Masalah anak-anak kita ini. Sebab itu tak boleh salahkan kerajaan sahaja, peranan kita sebagai masyarakat macam mana?

Peranan kita sebagai wakil rakyat macam mana? Peranan kita sebagai penghulu macam mana? Peranan kita sebagai ketua kampung macam mana? Peranan PIBG macam mana? Peranan ibu bapa macam mana? Peranan kakaknya macam mana di rumah? Peranan abang macam mana di rumah? Sebab itu Sri Gading dalam persoalan ini, ini masalah kita bersama sebab itu kita perlu duduk untuk bersama-

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

sama mengatasi masalah. Soal berkaitan gejala dadah dan juga masalah buli yang sekarang ini semakin menjadi-jadi dalam negara kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, bila kita bicarakan persoalan berkaitan dengan belanjawan, bajet bagi negara kita untuk tahun 2027 ini. Semalam saya dengar perbahasan daripada Yang Berhormat Tok Guru Marang. Dia kata Perdana Menteri ini ikut telunjuk DAP. Saya kata kalau ikut telunjuk DAP, kalau kita tengok peruntukan ini RM510 bilion dan kita tengok peruntukan untuk pembangunan, untuk syiar Islam dalam negara kita ini. Tahun ini berapa bajetnya? RM2.6 bilion tahun 2026. Tahun depan naik berapa? Naik RM500 juta. Daripada RM2.6 bilion naik kepada RM3.1 bilion. Ini peruntukan untuk pembangunan, untuk hal ehwal Islam, untuk syiar Islam dalam negara kita ini. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengar cakap kepimpinan DAP, saya kata baguslah. Saya kata bagus. Port Dickson, RM3.1 bilion untuk orang Islam, untuk pembangunan Islam, untuk syiar Islam, DAP tak bantah.

DAP tak tentang.

Kemudian kita tengok macam mana caruman PERKESO untuk 40,000 imam, noja, bilal, siak, marbut dan juga huffaz 40,000 orang Melayu, orang Islam, imam-imam kita, bilal-bilal kita dicarumkan dengan caruman PERKESO oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau dia dengar saranan itu daripada kepimpinan DAP, baguslah. Sebab jaga kepentingan Melayu, jaga kepentingan Islam yang terdapat dalam negara kita. Begitu juga pemberian one-off kepada imam, kepada guru Kafa, kepada bilal, kepada siak, kepada marbut RM750 yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Baguslah kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendengar cakap DAP.

Peruntukan bantuan untuk anak-anak kita masuk sekolah tahun depan, tahun ini dapat RM150, tahun depan dapat RM200. Baguslah. Kalau Yang Amat Berhormat dengar saranan daripada pimpinan-pimpinan DAP, gaji minimum naik daripada RM1,700 naik kepada RM2,000.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sekali lagi boleh tanya?

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Baguslah.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Kejaplah Sri Gading, sedang bersyarah ini. Sri Gading pun kena tengok, dia ada lenggok dia itu, bila kita macam menyanyi juga. ‘Oh, teratai bunga indah, engkaulah pujaan hatiku’. Masa itulah hendak masuk, silakan Sri Gading.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Baik, bila sebut DAP, DAP ini kadang-kadang kita rasa sedih juga sebab ada di kalangan pimpinan-pimpinan

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

politik kita ini kaya kerana dapat duit saman, manakala satu lagi pula terpaksa merayu cari simpati tentang hendak bayar saman. Jadi, apa pandangan dan nasihat?

Apa pandangan dari segi Islam tentang fitnah dan apa nasihat YB Hulu Langat kepada kita ini sebagai ahli politik, ketua pimpinan politik ini? Janganlah suka fitnah, terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebelum itu Sri Gading, saya hendak ucapkan Malaysia bersama dengan kamu, Datuk Seri Mohd Shuhaily, Ketua Pengarah AKPS, sebelum saya terlupa itu. Fitnah ini sepatutnya, Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasinlah sepatutnya ini bagi tazkirah sedikit, bagi nasihat sedikit sepatutnya. Sebab dalam Islam itu amalan kita, kalau kita kata fitnah orang, agama pun larang sebab bahaya amalan fitnah ini, dia bahaya daripada kita membunuh. Sebab itu Islam pun larang kita fitnah ini kalau kita dengar dulu, ‘Oh, kalau orang ini naik sebagai Perdana Menteri, Islam terancam, Melayu terancam, Raja-Raja terancam’. Ni Raja-raja terancam ini dekat Negeri Sembilan, apa cerita?

Ada satu Ketua Pemuda dulu— sekarang ni jual ikan itu, yang dia kata ‘Jangan ganggu Raja kami, jangan ganggu agama kami, jangan ganggu bangsa kami’. Ini sekarang di Negeri Sembilan ini, Raja ini. Hari ini kamu angkat sumpah depan Raja itu, besok kamu hendak pecat, kamu hendak jatuhkan Raja itu. Ini yang hendak jaga Melayu, hendak jaga Islam, hendak jaga Raja apa ini? Ini, Raja sendiri kamu hendak jatuhkan.

Sebab itu kamu tuduh DAP dan saya hendak sebutkan Sri Gading, pimpinan- pimpinan DAP ini banyak kali sudah bagi tahu. Yang pertamanya, bila sentuh soal berkaitan dengan Perlembagaan negara ini, apa dia sebut? Saya bukan hendak backing sangat DAP ini tetapi dia sebut pertama Tan Sri, dia sebut apa? Dia kata dia akan mempertahankan dan juga akan memperkasakan soal berkaitan dengan Perlembagaan negara kita, apa dia?

Yang pertamanya, Islam sebagai agama rasmi dalam negara kita ini. Itu dia.

Kita yang berdegar-degar ini, cakap hendak pertahankan Islam, itu Tabung Haji itu.

Tabung Haji itu, institusi yang menjaga kepentingan Melayu dan orang Islam, yang ini Jasin tak sebut pun. Soal berkaitan dengan mereka yang mengketedarah, yang mencuri, yang songlap, yang sapu, yang samun duit rakyat dalam negara kita. Sebab dia menjaga kepentingan orang Melayu dan juga orang Islam yang terdapat dalam negara kita. Itu Tabung Haji.

Itu, FELDA. FELDA Tan Sri, institusi yang menjaga kepentingan orang Melayu dan juga orang Islam dalam negara kita. FELDA ini, kemudian 1MDB. Hampir

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

RM51 bilion kita sebagai rakyat Malaysia terpaksa tanggung, terpaksa bayar hutang 1MDB. Berkait tentang soalan daripada Sri Gading tadi itu, kalau orang ini menjadi Perdana Menteri nanti, agama Islam akan ditukar. Anak-anak kita yang belajar di sekolah tak dibenarkan lagi pakai tudung. Anak-anak kita nanti diwajibkan untuk pakai skirt. Azan sudah tidak dibenarkan lagi di Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang itu, ko boleh azan sampai 100 kali pun, ko boleh azan. Ada ke anak murid dekat Sri Gading tu yang DAP tak benarkan pakai tudung, ada? Ada anak-anak kita yang diminta untuk pakai skirt? Tak berlaku. Tetapi inilah dia fitnah sentimen perkauman, sentimen agama, sentimen bangsa yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan laba dan juga kepentingan politk untuk menang dalam politik. Mereka akan caci, maki, fitnah, bohong, tipu fakta yang sebahagian rakyat dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita mengetahui soal berkaitan dengan perkembangan agama Islam, bangsa Melayu itu sendiri.

Dan juga bagaimana kita Kerajaan MADANI, kerajaan perpaduan khususnya, kita menjaga persoalan berkaitan dengan kita mempertahankan konsep Raja berperlembagaan dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ini. Sebab itu Tan Sri Speaker, banyak masa lagi ke boleh bagi kepada saya, Tan Sri Speaker?

draft • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Takut Maghrib habis dah.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha?

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Takutkan Maghrib kang habis.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya. Tan Sri tak puasa hari ini kan?

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Puasa. Baru berbuka saja.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Buka dah?

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Buka dah.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, sebab itu, kadang- kadang, Tan Sri, contohnya macam penggunaan perkataan-perkataan munafik itu― apa? Waad ya, Sri Gading? Saya bahasa-bahasa Arab ini tak berapa nak reti sangat, sebab Kota Raja tak ajar saya bahasa-bahasa Arab ini. Dia banyak ajar saya bahasa- bahasa Inggeris sahaja. Waad ini, janji ini.

Sebab itu saya sebutkan dulu itu, kalau di Kelantan itu, masalah air. Masalah air, masalah bus stop tak selesai-selesai lagi. Masalah hospital patuh syariah, masalah taman permainan. Yang ini, adakah bila tak boleh kamu laksanakan, kamu

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

tak mampu hendak laksanakan― mungkin ada faktornya. Faktor peruntukannya, faktor masa dan sebagainya. Adakah boleh kita hendak mengatakan bahawa kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Kelantan itu juga munafik? Tak boleh begitu. Tetapi, inilah yang berlaku di dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ini.

Sebab itu, Tan Sri Yang di-Pertua, saya hendak menyebutkan sikit sebelum kita hendak tutup inilah. Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, seorang negarawan, Almarhum Tun Dr. Ismail pernah menyatakan bahawa bila isu kaum dan agama dijadikan alat senjata politik, negara ini sedang berjalan ke arah kehancuran.

Yang cakap ini siapa? Dia ini bekas pimpinan UMNO Barisan Nasional yang terdapat di dalam negara kita ini. Bekas Timbalan Presiden mungkin, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Seorang yang kita katakan tokoh politik hebat dalam negara kita ini.

Musuh kita ini bukan Cina. Musuh kita bukan India. Musuh kita ialah golongan ultras dari kalangan kita sendiri yang hidup meniup sentimen dan kebencian. Setiap hari mereka racuni fikiran bangsa kita. Kalau kita terus biarkan, jangan terkejut, Tan Sri Speaker― jangan terkejut, Tan Sri Speaker, bila negara ini rosak oleh tangan bangsa kita sendiri.

Almarhum Tun Dr. Ismail 1973. Sebab itu kita tengok dalam negara kita ini, bila berlaku satu-satu kejadian, oh salahkan orang ini, salahkan kaum ini, salahkan bangsa ini. Kita sudah hampir 70 tahun, Tan Sri, negara kita merdeka. Sepatutnya kita mengamalkan budaya politik matang, politik sejahtera, politik yang ada ilmu, politik yang ada integriti, politik yang ada rasa kasih sayang dan cinta akan negara kita ini.

Tapi, ini seolah-olahnya sebab nak mendapatkan laba politik, nak menang dalam pilihan raya, sanggup fitnah, caci, maki, sanggup songlap, sakau, mentakedarah duit rakyat yang terdapat di dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ini.

Lepas Tuah tentulah Jebat; Burung tiung hinggap di jati; Bajet ini sangatlah hebat; Saya menyokong sepenuh hati. Sekian, terima kasih, Tan Sri Speaker. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Baik, Ahli Yang Berhormat, seramai 149 orang Ahli Dewan Rakyat yang telah

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat dasar. Mulai Isnin depan hingga 29 Oktober 2026, Yang Berhormat Menteri-menteri akan menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat dasar.

Oleh yang demikian, Yang Berhormat, besok hari Jumaat, balik bawa bertenang, tengok balik apa yang kita bahaskan. Semasa Menteri menjawab, kita boleh mencelah, bertanya dengan lebih lanjut tapi hendaklah dengan penuh adab dan tertib.

Baik. Untuk itu, Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 26 Oktober 2026. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.24 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026