Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Kita mulakan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dengan saya menjemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.
1. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Ekonomi menyatakan, status perkembangan terkini bagi penggubalan rang undang-undang berkaitan anti- rent-seeking, sama ada dalam bentuk akta baharu mahupun pindaan akta sedia ada yang bertujuan untuk membanteras masalah lesen alibaba di Malaysia serta garis masa untuk membentangkan ke Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bangi. Kerajaan komited untuk kita membanteras amalan rent-seeking dan juga fenomena alibaba yang boleh menjejaskan kecekapan pasaran, mewujudkan persaingan yang tidak adil serta membantutkan pertumbuhan produktiviti negara. Sehubungan itu, Kementerian Ekonomi sedang melaksanakan kajian bagi menyediakan kerangka kawal selia dan juga cadangan perundangan berkaitan dengan anti-rent-seeking. Kajian ini turut mengambil kira pandangan pemain industri, agensi penguatkuasaan kementerian-kementerian yang berkaitan, kerajaan-kerajaan negeri serta pihak berkepentingan lain bagi memastikan pendekatan yang dirangka bersifat menyeluruh dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Dalam hubungan ini, proses penggubalan perundangan memerlukan penelitian yang mendalam bagi memastikan setiap cadangan yang dibangunkan adalah praktikal, berkesan dan juga boleh dilaksanakan. Memandangkan isu rent- seeking ini merentas bidang kuasa beberapa kementerian dan juga agensi, penyelarasan serta persetujuan bersama turut diperlukan sebelum sesuatu pendekatan itu dapat dimuktamadkan.
Seterusnya, cadangan tersebut perlu melalui proses pertimbangan dan kelulusan secara berperingkat termasuk di peringkat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara (JPPN) dan juga Jemaah Menteri sebelum kita bentangkan dalam Parlimen yang mulia ini. Dari segi skop, cadangan kawal selia rent-seeking akan merangkumi pembangunan dasar, strategi dan juga inisiatif yang lebih komprehensif bagi menangani amalan tersebut secara berkesan.
Antara pendekatan yang sedang diteliti adalah penggubalan undang-undang baharu khususnya berkaitan anti rent-seeking atau pindaan kepada peruntukan undang-undang sedia ada yang berkaitan bergantung kepada hasil kajian dan juga proses penyelarasan antara pihak berkepentingan.
Kajian Kementerian Ekonomi mendapati terdapat sebagai contoh, antara salah satu hasilnya, kajian kita mendapati bahawa undang-undang kecil (UUK) sedia ada di peringkat PBT yang terkait dengan aktiviti alibaba khususnya berkaitan dengan larangan pemindahan lesen di peringkat PBT. Walau bagaimanapun, kita akui terdapat kekangan dalam undang-undang sedia ada yang dilihat tidak mampu membendung amalan rent-seeking. Kajian yang sama juga menunjukkan isu rent- seeking berupaya menjejaskan kecekapan sosioekonomi negara disebabkan ketirisan di dalam pemberian lesen, kontrak, kemudahan dan sebagainya.
Berdasarkan perancangan semasa, Kementerian Ekonomi bercadang penggubalan undang-undang baharu atau pindaan kepada perundangan berkaitan anti rent-seeking ini dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun 2027. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah sebut tadi dan kita tahu memang tentang gejala rent-seeking dan juga alibaba ini memang berlaku lesen atau kontrak yang sepatutnya diberikan kepada bumiputera diserahkan kepada bukan bumiputera ataupun lesen PBT sepatutnya untuk warganegara diberikan pula kepada bukan warganegara.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya faham tentang apa yang telah disebut oleh YB. Menteri bahawa perlukan kajian dan sebagainya, tapi saya nak tahu, dalam kajian ini dan pertimbangan kementerian, adakah apa bentuk liabiliti, penalti ataupun hukuman yang akan diberikan kepada bukan sahaja mereka yang memberikan lesen ini, termasuk juga mereka yang menerima lesen dan juga perantara itu, YB. Menteri, yang dia dapat untung jadi perantara— middleman itu. Apakah bentuk hukuman atau liabiliti yang sedang dipertimbangkan oleh pihak kementerian dalam menggubal akta baharu ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat atas persoalan susulan.
Bila dikatakan amalan ini–– ketika ini, amalan itu bukan lagi alibaba. Baba- baba pun dah ada yang semakin ketara yang perlu kita perhalusi. Sepertimana yang dinyatakan tadi, dari segi ruang ataupun bagaimana untuk kita melihat daripada sudut perundangan, sudah pasti pandangan ketika ini ada pelbagai pilihan yang ada, termasuk sama ada melalui secara sivil ataupun jenayah.
Walaupun buat ketika ini di peringkat Kementerian Ekonomi, kita melihat opsyen supaya dari segi ruang lingkup itu tidak terhad kepada dari segi yang disebut tadi, pemberi ataupun penerima, tetapi bagaimana sebenarnya hasrat ini untuk mengekang amalan ini terus berleluasa.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Maka sebab itu, bila kita mengangkat dan berhasrat untuk meneruskan rancangan ini, ia nya lebih berbentuk kepada deterrent ataupun untuk mengelakkan amalan ini terus subur dalam negara.
Jadi, daripada segi bentuk bagaimana hukuman sama ada dari segi tindakan denda ataupun penjara dan sebagainya, perkara itu hanya akan diketahui apabila rangka ini kita lengkapkan setelah mengambil semua pandangan termasuk daripada sudut guaman. Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih Speaker.
Temerloh ingin bertanya, selain daripada penggubalan undang-undang yang baharu yang kita tak tahu bila yang boleh dilaksanakan, Temerloh ingin tahu, apakah langkah konkrit yang boleh dilaksanakan untuk menutup ruang rent-seeking dan
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
sejauh manakah akta ini dapat menyelesaikan masalah rasuah di kalangan penjawat awam dan ahli politik.
Dan kita lihat, bolehkah Menteri menyatakan mekanisme pemantauan dan petunjuk prestasi yang boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan akta ini dan berapakah anggaran kerugian tahunan hasil negara yang direkodkan akibat amalan rent-seeking selama ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh.
Kali kedua, nombor satu jugalah soalan hari ini. Semalam pun nombor satu— yang mana kalau kita lihat cabaran dalam kita, mengapa akta ini penting ataupun penilaian terhadap anti-rent-seeking ini penting adalah untuk menyatakan bahawa rent-seeking itu adalah satu kesalahan.
Bila Yang Berhormat nyatakan, sekiranya berlaku— wujud elemen sebagai contoh, rasuah dan sebagainya, elemen itu sekiranya wujud di bawah akta sedia ada, maka perkara itu sewajarnya dilaporkan ataupun diambil tindakan dalam konteks rang undang-undang sedia ada. Cuma, cabarannya adalah, ketika ini amalan untuk menjual lesen ataupun secara alibaba ini tidak ditakrifkan sebagai satu kesalahan jenayah.
Maka sebab itu keperluan kita menilai bahawa anti-rent-seeking ini satu akta yang sangat penting untuk membolehkan perkara itu ditakrifkan satu kesalahan kerana sungguhpun amalan itu mungkin suka sama suka ataupun mungkin ada arrangement yang tidak dilihat dengan mata yang, daripada kerangka seperti Yang Berhormat nyatakan tadi, tetapi amalan ini akan melemahkan keupayaan— melemahkan persaingan antara kita, supaya kita ini bukan semata-mata memberi ruang kepada warga kita untuk berniaga, untuk bersaing, tetapi akhirnya tidak menunjukkan kekuatan yang sebenar.
Maka sebab itu dalam usaha ini juga, kita memerlukan sokongan daripada semua pihak, termasuk daripada sebelah pihak pembangkang. Sebagai contoh, kita perlu berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri, dengan kerajaan tempatan supaya amalan rent-seeking ini harus ataupun wajib dimatikan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, langkah diplomatik terkini Malaysia di peringkat Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu dan OIC bagi memastikan gencatan senjata, bantuan kemanusiaan ke Gaza, perlindungan orang awam Palestin serta hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri terus diberi tekanan antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sik atas pertanyaan yang dikemukakan. Izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Simpang Renggam bertarikh 18 November 2026 secara bersekali memandangkan pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama dan juga semalam Yang Berhormat Sik juga turut bertanyakan isu yang berkaitan dengan Palestin.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terus memanfaatkan semua platform antarabangsa untuk memastikan isu Palestin kekal menjadi keutamaan dan agar masyarakat antarabangsa terus memberikan tekanan kepada Israel agar menghentikan kezalimannya serta pendudukan haram di Palestin.
Di Perhimpunan Agung PBB ke-81, di New York semasa menyampai kenyataan negara di sesi debat umum pada 26 September 2026, Malaysia telah mengkritik Majlis Keselamatan PBB. Amalan veto di Badan tersebut menjadi punca kegagalan untuk bertindak menangani genosid di Gaza dan pendudukan haram Israel yang semakin meluas.
Di sela-sela UNGA 81 baru-baru ini, Malaysia menaja bersama dan menyertai beberapa mesyuarat penting mengenai Palestin. Ini termasuk Mesyuarat Peringkat Menteri, Kumpulan The Hague atau dengan izin, The Hague Group, dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa pada 25 September 2026 bersama Afrika Selatan. Mesyuarat ini yang dihadiri oleh 40 negara, memberikan fokus kepada tindakan-tindakan konkrit untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Israel.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga menaja bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi menyokong agensi bantuan dan kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada 24 September 2026. Sebagai tanda sokongan berterusan
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
terhadap mandat UNRWA, Malaysia telah memperbaharui sumbangan jangka panjang UNRWA berjumlah USD1 juta bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Usaha yang turut digandakan di peringkat OIC semasa Mesyuarat Tergempar Menteri-Menteri Luar OIC di Jeddah pada 27 Ogos 2026. Yang Berhormat Menteri Luar Negeri mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Palestin, di mana kedua-dua pihak senada mendesak agar negara anggota OIC mengambil tindakan kolektif yang lebih tegas bagi mempertahankan hak asasi mutlak rakyat Palestin.
Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia juga memandang serius tindakan ketenteraan dan pencerobohan termasuk oleh Israel yang mengganggu keselamatan serta kebebasan perairan di laluan maritim kritikal antarabangsa.
Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia sentiasa menekankan kepentingan memastikan keselamatan maritim serta kebebasan pelayaran dengan izin, freedom of navigation terus terjamin selaras dengan undang-undang antarabangsa khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang- undang Laut 1982 ataupun UNCLOS 1982.
Malaysia turut menegaskan bahawa kebebasan perairan hendaklah dilaksanakan dengan menghormati kedaulatan, hak kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara pesisir termasuk ketika melalui laut wilayah dan zon ekonomi eksklusif (ZEE).
Tan Sri Yang di-Pertua, di peringkat PBB, Malaysia menyokong usaha pasukan khas yang diterajui oleh UN Office for Project Services, UN Conference on Trade and Development (UNCTAD), International Maritime Organization (IMO) dan International Chamber of Commerce (ICC) untuk mewujudkan mekanisme pemeriksaan, pemantauan dan penyahkonflik atau dengan izin, deconfliction.
Mekanisme ini penting bagi memudah cara pergerakan kapal yang membawa bekalan kritikal serta bahan makanan dan baja. Di peringkat WTO pula, Malaysia mencadangkan penubuhan platform maklum balas khas di bawah WTO bagi mempercepatkan perkongsian maklumat dan perundingan di kalangan negara anggota yang terjejas akibat gangguan laluan maritim serta menyelaraskan langkah memudah cara perdagangan atau dengan izin, trade facilitation yang bersesuaian.
Malaysia terus menggesa agar sistem penyelesaian pertikaian WTO dipulihkan dan berfungsi sepenuhnya merangkumi pengoperasian semula Badan Rayuan atau dengan izin, Appellate Body. Malaysia juga mendesak pelaksanaan penuh perjanjian fasilitasi perdagangan atau dengan izin, Trade Facilitation
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Agreement (TFA) oleh semua negara anggota berpandukan pengalaman Malaysia yang telah mencapai pelaksanaan penuh perjanjian tersebut.
Tan Sri Yang di-Pertua, keberhasilan advokasi yang konsisten, Malaysia dan negara-negara sepemikiran yang lain, jelas tertera dengan peralihan pendirian banyak negara mengenai Palestin termasuk negara-negara sekutu Israel. Baru-baru ini beberapa negara seperti United Kingdom, Perancis, Kanada, Denmark, Finland, Iceland, Ireland, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol dan Sweden telah mengenakan sekatan yang menyasarkan perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Sokongan politik untuk pertubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka semakin kukuh dan kini 160 negara anggota PBB telah mengiktiraf negara Palestin.
Momentum antarabangsa ini semakin memihak kepada keadilan untuk rakyat Palestin. Namun momentum ini mesti diterjemahkan kepada tindakan nyata.
Malaysia akan terus berada di barisan hadapan bersama negara-negara sepemikiran, memanfaatkan setiap platform serantau dan antarabangsa yang ada, sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman, bermaruah dan merdeka di negara Palestin yang berdaulat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] Ya, terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Jawapan yang panjang untuk kita lihat komitmen Malaysia terus membantu membela Palestin ini. Soalan khusus saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Majlis Keselamatan PBB telah membuat satu resolusi: 28032025 iaitu mengiktiraf Board of Peace atau BOP untuk peralihan bagi pembangunan semula Gaza dan resolusi itu juga telah pun memainkan pembentukan laluan yang boleh dipercaya untuk penentuan, nasib Palestin itu ditentukan oleh rakyatnya sendiri.
Tuan Yang di-Pertua
Namun dalam masa yang sama, dilaporkan oleh United Nations Special Coordinator for the Middle East Peace Process (UNSCO), sehingga bulan lepas 24 Disember, satu Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG) masih belum dapat memasuki Gaza di wilayah mereka sendiri untuk melaksanakan fungsi pentadbiran dia, bagi menguruskan segala hal kemanusiaan dan juga pentadbiran sendiri di Gaza sendiri.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, persoalan saya, apakah pendirian Malaysia dan tindakan diplomatik yang khusus bagi memastikan BoP ini, Board of Peace ini yang ditaja oleh Amerika ini tidak mengetepikan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dia sendiri?
Itu yang— yang kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah juga yang dilaporkan oleh UNSCO ini sehingga 24 September ini, kita bukan hanya dilihat pemberontakan kerajaan ataupun rejim zionis Israel ini di Gaza, bahkan di Tebing Barat dan telah menyebabkan sehingga terkini lebih 3,800 rakyat Palestin yang dipindahkan dan penerokaan haram tanah-tanah Palestin.
Jadi, bagaimanakah Malaysia juga memfokuskan hal yang berlaku di Tebing Barat itu juga sebagai agenda kita di peringkat antarabangsa melalui saluran di United Nations itu sendiri ataupun di OIC dan sebagainya? Ini soalan saya nak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan yang cukup komprehensif berkenaan tentang perkembangan dan juga apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia.
Seperti yang telah dinyatakan, oleh pihak Wisma Putra di peringkat Menteri dan juga di peringkat kerajaan, kita sentiasa konsisten dalam memberikan tekanan kepada pihak Majlis PBB dan juga mana-mana platform multilateral, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita juga cukup tegas dalam menjelaskan, apakah respons Malaysia terhadap tindakan-tindakan yang kejam terhadap masyarakat ataupun rakyat Palestin...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga pada masa kini, kerajaan juga meneliti perkembangan Board of Peace, termasuk butiran serta skop pelaksanaan serta implikasinya terhadap pencapaian keamanan yang berkekalan di Asia Barat. Walaupun kita telah menyatakan bahawa, kita tidak akan terlibat di dalam Board of Peace ini, walaupun demikian, kita akan meneliti dan juga memerhati, apakah langkah-langkah dan juga perkembangan yang sedang dijalankan. Dan sekiranya terdapat tindakan-tindakan yang tidak memihak kepada rakyat Palestin, kita akan terus konsisten untuk apa itu— mengkritik tindakan Board of Peace. Selain itu juga, pendirian Malaysia cukup konsisten dan juga mengalu-alukan untuk menamatkan konflik. Walaupun demikian, tindakan-tindakan tersebut haruslah berpaksikan kepada keadilan.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga soalan kedua Yang Berhormat tadi adalah sama juga, bahawa kita akan konsisten dalam memastikan keadilan untuk masyarakat Palestin ini, yang teraniaya, akan diadili secukupnya. Dan juga mekanisme-mekanisme dan juga saluran yang digunakan oleh Malaysia adalah cukup luas. Walaupun demikian, kita harus sedar bahawa kita masih lagi mempunyai masalah, khususnya kepada kuasa veto yang disalahgunakan dan juga untuk menidakkan hak-hak oleh masyarakat Palestin. Itu saja, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Laporan Reuters pada 6 Oktober 2026 menyatakan bahawa serangan masih berlaku walaupun selepas gencatan senjata diumumkan pada Oktober 2025 manakala beberapa matlamat utama pelan damai masih belum tercapai. Ini bermakna keselamatan orang awam Palestin masih menjadi persoalan utama walaupun gencatan sejahtera diumumkan.
Soalan saya, apakah pendirian dan cadangan khusus Malaysia untuk mewujudkan mekanisme pemantauan gencatan senjata yang bebas, berkredibiliti dan berupaya melaporkan pelanggaran secara terus serta dibawa kepada badan antarabangsa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan, Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Setakat ini, tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia adalah mengadakan perbincangan dan juga kritikan yang secara konsisten di mana- mana platform multilateral. Dan juga di dalam konteks Palestin khususnya, di— apa yang berlaku di Gaza, sememangnya kita cukup berusaha untuk memastikan bahawa tindakan-tindakan keadilan ini dapat didengari oleh negara-negara besar, khususnya seperti US yang mempunyai kuasa veto.
Walaupun demikian, tindakan ini memerlukan sokongan dan seperti apa yang telah saya jawab sebentar tadi, banyak negara-negara besar sudah mula memberikan sokongan kepada Malaysia dan juga negara-negara yang menyokong Palestin.
Malaysia juga akan meneruskan dan juga akan memanfaatkan platform- platform seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga OIC, serta Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan juga Persatuan Negara-negara Asia Tenggara seperti ASEAN dan juga Kementerian Luar Negara, Wisma Putra juga
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
akan— telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengecam tindakan Israel yang melanggar gencatan senjata, sekatan bantuan kemanusiaan serta tindakan yang memburukkan lagi krisis di Gaza. Itu saja, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan nombor 3.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
3. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, pelan alternatif kerajaan untuk menyelamatkan Projek Residensi Wilayah Pangsapuri Salak Selatan jika Scheme of Arrangement oleh pengurus kehakiman gagal, termasuk pertimbangan melantik pemaju penyelamat bagi memastikan 1,120 unit kediaman tersebut berjaya disiapkan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang yang sentiasa prihatin tentang kebajikan warga ibu kota.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI melalui KPKT amat cakna dan komited untuk memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal— shelter for all dan tiada sesiapa pun dipinggirkan.
Dalam hal ini, KPKT sentiasa berusaha untuk memelihara hak pembeli dengan memastikan pengurusan projek perumahan dilaksanakan dengan baik agar projek tidak tergolong dalam kategori ‘sakit’ ataupun terbengkalai, termasuklah Projek Pangsapuri Salak Selatan yang merupakan Program Rumah Wilayah dengan jumlah 1,120 unit rumah di bawah seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan. Iltizam ini adalah sejajar dengan hasrat prinsip MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat secara inklusif.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, projek ini dimajukan oleh Seriaris Komuniti Sdn. Bhd. dan telah dikategorikan sebagai projek perumahan swasta sakit pada 22 Ogos tahun 2021 dengan tahap kemajuan 87.5 peratus. Sehubungan itu, Pengurus Kehakiman ataupun dengan kata lain, Judicial Managers daripada Tetuan Baker Tilly Insolvency telah dilantik di bawah peruntukan Akta Syarikat 2016 melalui Perintah Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 28 Mac 2025.
Pelantikan ini bertujuan untuk membolehkan Pengurus Kehakiman yang dilantik menguruskan segara urusan perniagaan Syarikat Seriaris Komuniti Sdn.
Bhd., menyemak hal ehwal serta melindungi aset-aset syarikat tersebut.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Pada masa ini, Pengurus Kehakiman sedang mempertahankan kes penamatan Perjanjian Usaha Sama ataupun Joint Venture Agreement yang diusulkan oleh tuan tanah Potensi Mestika Construction Sdn. Bhd. terhadap Seriaris Komuniti Sdn. Bhd. bagi memastikan syarikat dapat mengekalkan haknya sebagai pemaju dan seterusnya memulihkan projek untuk manfaat semua pihak berkepentingan.
Namun, KPKT dimaklumkan, pada 30 September tahun ini, mahkamah telah memutuskan bahawa Potensi Mestika Construction iaitu tuan tanah berjaya dalam tuntutan yang dikemukakan terhadap Seriaris Komuniti Sdn. Bhd. untuk membatalkan JV Agreement mengambil kira kegagalan pemaju menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Berikutan susulan keputusan tersebut, Pengurus Kehakiman telah memaklumkan kepada KPKT bahawa pihaknya berhasrat untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi. Sehubungan itu, perkara tersebut pada hari ini masih dalam proses perundangan dan tertakluk kepada keputusan mahkamah rayuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT amat komited dalam menyelaraskan isu-isu ‘projek sakit’ dan terbengkalai dalam— kesungguhan ini dapat dilihat melalui penubuhan task force projek perumahan sakit swasta dan terbengkalai sejak tahun 2023.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Ogos 2026, sebanyak 1,726 projek perumahan swasta telah berjaya dipulihkan oleh Kerajaan MADANI, melibatkan hampir 200,000 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM158 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 147 projek berjaya dipulihkan daripada status sakit kepada lancar, melibatkan 29,900 unit rumah dengan GDV setinggi 40.92 bilion.
Selain itu, setinggi 1,542 projek sakit telah berjaya disiapkan sepenuhnya sehingga memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan— CCC, melibatkan 163,621 unit rumah dengan jumlah GDV bernilai 115.74 bilion.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Bagi projek status terbengkalai pula, sebanyak 37 projek telah berjaya dipulihkan oleh Kerajaan MADANI melibatkan 6,122 unit rumah dengan GDV berjumlah RM1.5 bilion, sama ada melalui penyiapan fizikal projek mahupun penyelesaian yang memberi manfaat kepada pembeli rumah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan amat prihatin bahawa pengurusan projek sakit dan terbengkalai ini tidak boleh dipandang enteng. Justeru, KPKT telah melaksanakan Reformasi Perumahan MADANI dengan pelbagai langkah termasuk TEDUH, sistem HIMS, HDA Account dan juga pelbagai langkah yang akan diperkenalkan pada akhir tahun ini juga. Ini adalah supaya ia selaras dengan bidang kuasa kementerian dan tertakluk kepada proses untuk pastikan hak kepentingan semua pihak dapat dilindungi.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Bukit Bintang ada persoalan tambahan?
Jawapan panjang dah itu, tapi ada soalan tambahan lagi? Silakan.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
On-kan mic-nya.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tolong, jiran sebelah. Technician, mic.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya. Kadang-kadang masalah juga kita pun. Boleh pindah ke sebelah tak, kalau boleh mic itu? [Merujuk pada mikrofon di tempat duduk Yang Berhormat Tuaran] YB, minta maaf, YB. Walaupun uzur― ya.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ya, terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah projek perumahan ‘sakit’ dan terbengkalai di Kuala Lumpur pada masa ini? Daripada jumlah tersebut, berapa banyak projek yang sedang di dalam proses pemulihan serta dijangka dapat disiapkan dalam tempoh satu atau dua tahun ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih YB. Silakan Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang berkaitan dengan soalan tambahan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 31 Ogos tahun ini, terdapat tujuh projek perumahan swasta terbengkalai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu lima projek berada dalam kategori dalam perancangan, satu dalam kategori sedang dipulihkan, satu dalam kategori statik. Status semasa adalah seperti berikut.
Pertama, One Kiara dan Residensi Hijauan Pantai. Di peringkat perancangan. Hala tuju― pemulihan projek oleh pelikuidasi.
Tuan Nga Kor Ming
Kedua, Robson Hill dan Olive 108. Berstatus dalam perancangan. Projek ini sedang dalam tindakan penyelesaian pembeli.
Ketiga, Duke Sentul. Berstatus statik berikutan isu perundangan yang melibatkan kes mahkamah antara pemaju dan pemilik tanah dengan DBKL.
Keempat, Kuchai East. Sedang dipulihkan dan dijangka akan mencapai sijil CCC pada suku pertama 2027.
Bagi ‘projek sakit’ pula, terdapat 12 projek perumahan telah dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ sehingga 31 Ogos tahun ini melibatkan seramai 6,102 orang pembeli rumah. Antara perincian adalah seperti berikut.
Dua projek iaitu Residensi Laman Segar Hijau dan Vila Setara @ Happy Garden, dengan sukacitanya telah berjaya mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada bulan lepas.
Dua, projek sedang dalam proses pemulihan iaitu Residensi Hektar Gombak, kini kemajuan sudah mencapai 92.67 peratus.
Dan ketiga, 3 Trees Warisan Pelangi. Kemajuan kini pada hari ini sudah capai 92.56 peratus dan dijangka CCC pada tahun depan.
Tiga projek telah diangkat untuk syor terbengkalai iaitu Maju Kuala Lumpur, Residensi Como dan IBN Bukit Bintang. Manakala projek lain merangkumi Casin dan Damai City dijangka melebihi dua tahun lagi untuk selesai.
Usaha pemulihan bagi projek sakit dan terbengkalai sedang giat dilaksanakan melalui rundingan pelbagai pihak, penyediaan perjanjian pemulihan serta penelitian kaedah pelaksanaan semula projek dengan tempoh penyiapan tertakluk kepada kemajuan dan penyelesaian isu berkaitan bagi setiap projek.
Sekian. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Saya tak perasan sama ada YB Menteri sebut keseluruhan projek swasta terbengkalai di seluruh negara. Ada sebut tadi atau tidak? Belum ya. Saya nak kalau boleh, bertulis pun boleh, hantar kemudian. Seluruh projek swasta terbengkalai di seluruh negara mengikut negeri.
Dan yang kedua, saya nak bertanya, sejauh mana peranan pasukan taskforce projek perumahan terbengkalai ini ataupun TFST ini memainkan peranan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
dalam membantu kementerian menyelesaikan masalah projek-projek swasta terbengkalai ini?
Dan juga saya nak tanya, berapa ramai pemaju penyelamat yang diambil oleh kementerian? Adakah mereka ini betul-betul selamat untuk memajukan projek terbengkalai ini ataupun mereka tak selamat dalam keadaan ekonomi negara pada hari ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Maran yang juga merupakan mantan Timbalan Menteri KPKT.
Soalannya jelas, di mana jumlah projek ini yang telah termasuk dalam kategori ‘sakit’ dan terbengkalai adalah 1,726 yang telah berjaya kita selamatkan dan kini kita sedang dalam pemantauan yang teliti.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah menetapkan sasaran menjelang 2030, Malaysia akan mencatat projek sakit dan terbengkalai sifar dengan Reformasi Perumahan MADANI yang sedang rancak dilaksanakan.
Pertama, kita telah memperkenalkan Housing Integrated Management System yang online real-time monitoring system.
Kedua, sistem TEDUH untuk melindungi pembeli dan juga pemaju.
Yang ketiga, regular audit atas HDA Account― Housing Development Audit Account. Yang ketiga, sukacita dimaklumkan kepada Dewan ini di mana belanjawan kali ini telah meluluskan peruntukan untuk KPKT membangunkan sistem big data analytic sebagai satu bank data untuk semua pihak yang berkepentingan. Saya yakin, bulan depan, saya akan lancarkan satu lagi reformasi perumahan iaitu option to purchase dan order to build untuk pastikan menjelang 2030, insya-Allah, Malaysia bebas daripada ‘projek sakit’ dan terbengkalai. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Dato' Haji Ahmad bin Saad, Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum, salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan, perkembangan terkini penyaluran bantuan penyelenggaraan dan naik taraf JAKIM kepada sekolah agama rakyat bagi tahun 2026.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Tan Sri Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2026 untuk tujuan penyelenggaraan dan naik taraf institusi pendidikan Islam yang berdaftar di seluruh negara termasuk sekolah agama rakyat.
Peruntukan ini tidak disalurkan secara automatik kepada setiap institusi, sebaliknya institusi yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan ini perlulah mengemukakan permohonan kepada JAKIM melalui saluran yang telah disediakan dengan kerjasama pemegang taruh di peringkat negeri tertakluk kepada syarat, skop kerja, keutamaan dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2026, JAKIM telah mengagihkan RM22,501,000 kepada 309 buah institusi pendidikan Islam termasuk sekolah agama rakyat. Bermula Mei 2026, pelaksanaan peruntukan khas ini telah diselaraskan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan urusan agihan masih dan terus berjalan sehingga ke hari ini secara berperingkat.
Dalam hal ini, JAKIM dan ICU JPM telah melaksanakan proses semakan, verifikasi dan kelulusan projek mengikut tempoh pelaksanaan masing-masing bagi memastikan setiap peruntukan diurus secara teratur, tersusun, telus dan bersasar khususnya bagi kerja-kerja yang melibatkan aspek keselamatan, keselesaan dan keperluan asas pembelajaran.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan dan perhatian dalam membangun dan memperkasa institusi pendidikan Islam di seluruh negara. Melalui Belanjawan 2027 yang dibentangkan pada 9 Oktober 2026 baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi sekolah agama rakyat, institusi tahfiz dan sekolah pondok di bawah JAKIM dan alhamdulillah, skop peruntukan ini turut diperluaskan untuk meliputi bantuan operasi institusi selain daripada kerja-kerja menyelenggara dan naik taraf.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Insya-Allah, kerajaan akan terus beriltizam untuk memastikan setiap peruntukan yang disediakan dimanfaatkan secara optimum agar institusi pendidikan Islam ini terus berdaya maju dan melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berkualiti. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Terima kasih Tan Sri.
Terima kasih Timbalan Menteri.
Soalan saya adalah, adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan satu skim penyelenggaraan berjadual atau dalam bentuk dana wakaf penyelenggaraan terhadap institusi pendidikan ini supaya aspek penyelenggaraan bangunan dan naik taraf dapat berlaku dengan lebih efisien.
Yang kedua, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan isu penting yang diperkatakan berbagai pihak yang berkait langsung dengan Timbalan Menteri, minta maaf, ini mungkin keluar tajuk sikit, iaitu berkaitan dengan the New Age Movement dan kaitan dengan Timbalan Menteri. Mungkin medan ini adalah medan yang baik untuk mendapat penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya nak nasihatkan Menteri, ada pilihan. Jawab bertulis atau tak jawab kepada soalan kedua kerana ia jauh menyimpang daripada soalan itu. Namun, terpulang kepada Timbalan Menteri. Silakan.
Puan Marhamah binti Rosli
Baik, baik. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya akan jawab soalan yang pertama terlebih dahulu iaitu berkenaan dengan cadangan skim penyelenggaraan berjadual ataupun dalam bentuk dana wakaf bagi memastikan agihan ini berlaku secara adil ya.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Puan Marhamah binti Rosli
Untuk cadangan ini, pertamanya, saya ucapkan terima kasih YB Pokok Sena, saya beranggapan ini adalah satu cadangan dan JAKIM akan meneliti cadangan ini dan sekali lagi kami menyatakan komitmen JAKIM untuk memastikan agihan dana ini akan dilakukan secara telus dan tersusun bagi memastikan semua pihak mendapat kebaikan dan manfaat daripada peruntukan ini.
Dan, berkaitan dengan soalan yang kedua, saya yakin Yang Berhormat Pokok Sena tahu peraturan dalam Dewan ya dan saya tidak akan menjawab soalan ini, tetapi saya ingin mengingatkan semua, termasuk YB Pokok Sena dan semua YB yang berada di sini termasuk diri saya sendiri. Sebelum kita membuat judgement ataupun mempercayai cerita-cerita di luar, apa kata kita ingat pesan Allah dalam Surah al-Hujuraat untuk kita bertabayyun, untuk kita selidik dan semak.
Saya berada di Parlimen Tan Sri Yang di-Pertua sampai malam semalam, tapi tidak ada pun usaha daripada pihak Pokok Sena untuk berjumpa saya sendiri dan bertanya tentang isu ini dan sangat tidak adil untuk menghukum saya hanya
Puan Marhamah binti Rosli
berdasarkan cerita sebelah pihak. Jadi, saya ingin mengajak— ayuh kita bertabayyun, semoga perjuangan Islam kita bukan hanya sekadar lantang bersuara, tetapi kita menghidupkan akhlak dalam perjuangan kita.
[Tepuk] Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker. Kita sedia maklum bahawa sekolah agama rakyat ini ataupun SAR di luar arus perdana pendidikan. Walaupun kita dapat melihat murid-murid ataupun murid yang berada di sekolah pondok, sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat ini ratusan ribu, mungkin lebih daripada 300,000. Dipertambah itu, apabila bantuan ini diberhentikan daripada tahun 2023, alhamdulillah, Kerajaan MADANI 2023, berjaya setelah 20 tahun tak ada bantuan kepada sekolah agama rakyat, dikembalikan di bawah Kerajaan MADANI.
Soalan daripada Sri Gading, apakah skop kerja yang dibenarkan bagi mendapat pembiayaan di bawah peruntukan ini sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi tentang keselamatan, keselesaan pembelajaran peruntukan sebanyak RM200 juta itu supaya penyelenggaraan ini benar-benar dapat kepada sekolah yang memerlukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Marhamah binti Rosli
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Berkenaan dengan skop yang dibenarkan bagi mendapatkan pembiayaan ini, terdapat enam skop kesemuanya:
(i) berkaitan kerja-kerja keselamatan;
(ii) penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur;
(iii) kerja-kerja berkaitan pencegahan kebakaran;
(iv) kerja-kerja berkaitan pendawaian elektrik;
(v) penyelenggaraan dan naik taraf bangunan; dan
(vi) penyelenggaraan sistem perpaipan.
Dan, alhamdulillah, bagi tahun 2027 pula, Kerajaan MADANI telah mengumumkan perluasan skop peruntukan ini yang turut merangkumi bantuan operasi institusi. Penambahbaikan ini bertujuan memberikan sokongan yang lebih menyeluruh terhadap keperluan institusi pendidikan Islam dan diharapkan semua mendapat manfaat dan kebaikan daripada peruntukan ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan saya, soalan nombor 5.
5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Ekonomi menyatakan, dengan perkembangan pembangunan kecerdasan buatan, automasi dan pendigitalan yang semakin pesat dan berpotensi menggantikan sebahagian pekerjaan tradisional, adakah kerajaan telah menyediakan pelan peralihan tenaga kerja yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Perkembangan kecerdasan buatan ataupun AI, pendigitalan dan juga automasi telah mengubah landskap pasaran buruh dan menyebabkan peralihan daripada kebergantungan terhadap kekuatan fizikal dan kerja manual semata-mata kepada kemahiran analitikal, kognitif serta kelincahan digital.
Perkembangan ini tidak dilihat sebagai satu ancaman, tetapi merupakan peluang untuk menstruktur semula ekonomi dan juga untuk kita mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi dengan tumpuan diberikan kepada ekonomi yang berteraskan penciptaan nilai, terutamanya industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang tinggi ataupun HGHV serta sektor strategik berimpak tinggi.
Hal ini akan membolehkan penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran sepertimana yang kita gariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk kita tingkatkan komposisi pekerja mahir daripada jumlah tenaga kerja kepada 35 peratus menjelang tahun 2030.
Pada tahun 2025, komposisi pekerja mahir adalah pada paras 30.1 peratus, manakala 57 peratus pekerjaan adalah separuh mahir dan juga 12.9 peratus adalah berkemahiran rendah. Pembangunan dasar jangka sederhana dan panjang sama ada yang berbentuk makro ataupun sectoral telah mengambil kira atau juga memperincikan keperluan bakat dalam kita menghadapi perkembangan teknologi terkini.
Contohnya, selain daripada RMK13, Pelan Induk Perindustrian Baharu atau
(NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara ataupun (NETR) dan juga Strategi Semikonduktor Nasional dan juga Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030.
Selari dengan aspirasi ke arah sebuah negara AI menjelang tahun 2030, Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Jun tahun ini telah memperincikan hala tuju dan juga
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
rangka kerja kebangsaan bagi memastikan tenaga kerja kekal adaptive, inklusif dan juga berdaya saing.
Ada beberapa kajian yang kita boleh buat rujukan sebagai contoh daripada TalentCorp yang mana impak of Artificial Intelligence, Digital and Green Economy on The Malaysian Workforce bila mereka buat pada tahun 2024, mendapati bahawa pekerjaan sedia ada kekal relevan menerusi penyesuaian kemahiran, manakala baki 10 peratus berdepan impak automasi atau penyelarasan semula fungsi akibat perkembangan AI, pendigitalan dan ekonomi hijau.
Satu lagi kajian, kalau kita lihat di peringkat antarabangsa daripada Stanford University bulan lalu bertajuk, How Does AI Change Labor Demand: Evidence from 41 Countries mendapati bahawa teknologi AI generative sedang merombak struktur permintaan buruh melalui peralihan yang lebih berpihak kepada pekerja berpengalaman yang mana AI itu ataupun automasi itu mengurangkan tugasan yang rutin dan sebagainya— yang berulang.
Maka, sebab itu, di peringkat kerajaan juga, kita ada pelbagai program termasuk dalam soal upskilling, reskilling, malah kalau dari segi kerjasama antara sektor awam dan industri dan akademia contohnya, ada juga platform seperti MyMAHIR Future Skills Talent Council yang telah pun melibatkan 17 penggiat industri yang berbeza. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih. Sekarang ekonomi Malaysia sekarang ini seolah-olah telah masuk satu— kita panggil ekonomi K- shaped di mana mereka yang terlibat dalam industri AI, teknologi tinggi dan ada ilmu tertentu, dia akan menjadi pemacu ekonomi dan graf penumbuhan mereka adalah naik.
Sebaliknya, mereka yang tiada akses kepada di atas, yang masih bergantung kepada industri dan ilmu lama pula sekarang nampaknya pendapatan dan penumbuhan mereka pula mula menurun. Maka, apakah rancangan ataupun plan kerajaan untuk cuba kita seimbangkan ataupun kurangkan jurang di antara dua-dua kumpulan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Daripada satu sudut, kalau kita lihat pendekatan dalam Belanjawan tahun 2027 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, jelas menunjukkan
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
usaha kita ke arah untuk meningkatkan lagi keupayaan penggunaan AI. Malah ada insentif yang diberikan oleh kerajaan jadi itu bersifat kepada masyarakat.
Sementara itu jika kita teliti dari segi bagaimana dengan ketersediaan pekerja yang sedia ada dalam pasaran sudah pasti hasrat dan juga tumpuan oleh kerajaan untuk kita terus meningkatkan kemahiran based yang mana sebagai contoh penekanan ataupun pendekatan untuk terus menggalakkan skil kemahiran yang berteraskan TVET sebagai contoh.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Pada masa yang sama, dalam usaha kita untuk terus— bukan sekadar menarik pelaburan, tetapi mencipta peluang- peluang untuk kemasukan teknologi tinggi. Jadi, sebagai contoh bila ada zon-zon pertumbuhan ekonomi termasuk GSACZ dan sebagainya ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Ini juga memerlukan usaha kita untuk terus meningkatkan kemahiran dan juga latihan semula seperti contoh upskilling dan reskilling malah ada program yang kita panggil ADI ataupun Akademi Dalam Industri yang mana latihan itu tidak semestinya berlaku di institusi latihan semata-mata, tetapi latihan itu boleh diadakan di peringkat industri. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya sedang memikirkan berkenaan dengan AI 2026 hingga 2030.
Berapakah jumlah pekerjaan akan terjejas akibat daripada perkembangan teknologi tersebut yang menggantikan pekerja-pekerja yang sedia ada dengan teknologi AI ini?
Apakah unjuran bersih, peluang pekerjaan negara setelah mengambil kira pekerjaan baharu yang diwujudkan dan pekerjaan yang berisiko hilang akibat automasi serta penggunaan AI? Itu yang sedang bermain dalam pemikiran kita sekarang ini.
Yang kedua, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program latihan semula dan peningkatan kemahiran. Tadi disebut reskilling dengan upskilling tadi.
Sepatutnya dia ada kolaborasi dengan Kementerian Sumber Manusia yang menyediakan peluang-peluang premis pekerjaan ini. Jadi, walau bagaimanapun, bolehkah Menteri menyatakan, berapa peratus kah peserta yang benar-benar
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
berjaya memperoleh pekerjaan baharu atau menikmati peningkatan pendapatan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan?
Ini penting bagi memastikan peruntukan latihan benar-benar menghasilkan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat. Bukannya sekadar mencatatkan angka penyertaan program. Sekian. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Yang mana kalau kita lihat cabaran terhadap AI ini bukan hanya negara kita mengalaminya. Seluruh dunia berhadapan dengan revolusi ataupun kepesatan teknologi melalui AI ini.
Dari segi pengalaman peradaban dunia ini sebagai contoh, kita juga pernah menghadapi revolusi industri sebagai contoh, tetapi cabarannya adalah, bagaimana negara kita membuat persiapan untuk menghadapinya. Sudah pasti apabila dengan adanya pendigitalan AI dan sebagainya, ianya akan memudahkan lagi, meringkaskan lagi ataupun meningkatkan lagi efficiency untuk sesetengah perkara dalam mereka melaksanakan tanggungjawab dari segi kerja ataupun tugasannya.
Maka sebab itu, apabila kita merangka pelan AI disebut tadi oleh Yang Berhormat, sudah pasti kita menyasarkan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan melalui rancangan-rancangan yang sedang kita rencanakan, tetapi pada masa yang sama, sememangnya cabaran ini seperti yang saya nyatakan tadi dalam kajian yang paling terkini menjadi rujukan di peringkat dunia daripada Stanford yang mana diterbitkan pada bulan yang lalu, September— ia nya menunjukkan bahawa AI ini akan memberi kelebihan kepada mereka yang melaksanakan tugasan yang bersifat nilaian ataupun kemahiran yang lebih tinggi, tetapi ia nya akan menjadi cabaran kepada jenis-jenis pekerjaan yang memerlukan kemahiran rendah.
Maka, sebab itu cara untuk kita menguruskan cabaran ini adalah untuk bagaimana meningkatkan adaptasi penggunaan teknologi untuk mempermudahkan ataupun mempercekapkan tenaga kerja kita.
Sudah pasti Yang Berhormat pun tahu agensi pelaksana seperti di bawah KESUMA dan sebagainya ini, lebih on the ground dalam menguruskan latihan TVET dan sebagainya. Cuma di peringkat Kementerian Ekonomi adalah, kita melihat daripada kerangka dasar dan juga hala tuju negara dalam kita mendepani cabaran AI ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Dato Ir. Haji Yusuf Abd Wahab, Tanjong Manis.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam menghadapi kebakaran belukar atau tanah ladang yang terjadi di Pulau Bruit baru-baru ini yang telah merebak luas sehingga merosakkan tanaman orang kampung dan memburukkan lagi keadaan kualiti udara di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Hari ini adalah hari jadi sahabat iaitu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Tan Sri Speaker, izinkan saya ucapkan Sanah Helwah. Selamat Hari Jadi kepada Abang Mat. Berumur 70 tahun, 27 tahun sahaja dan kebudayaan Tionghoa, izinkan saya ucapkan [Berucap dalam bahasa Tionghoa] Okey Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian KPKT sentiasa cakna dan komited dalam memperluaskan capaian perkhidmatan kebombaan bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara terus terjamin sebagai mana yang telah digariskan dalam kerangka strategik Malaysia MADANI di bawah strategi meningkatkan keselamatan negara.
Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melaksanakan operasi pemadaman secara berterusan terhadap kejadian kebakaran di kawasan Pulau Bruit, Daro, Sarawak. Setinggi 27 orang anggota wira merah telah dikerahkan ke tempat kejadian seperti dalam gambar yang saya tunjukkan ini.
[Sambil menunjukkan gambar] Berdasarkan rekod JBPM, sebanyak tiga kejadian utama kebakaran hutan telah berlaku di sekitar Pulau Bruit antara 10 Ogos hingga 13 September, melibatkan keluasan 42 hektar. Kejadian tersebut melibatkan kawasan Jalan Tanjung Gelang, Kampung Kut seluas 29 hektar, Kampung Kut seluas lapan hektar dan jalan menuju ke Kampung Penuai seluas lima hektar.
Antara langkah pemadaman telah dilaksanakan oleh JBPM adalah dengan melaksanakan operasi pemadaman secara bersektor bagi memberikan tumpuan kepada kawasan kebakaran dan mengawal merebatkan api. Pasukan pemadaman
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
menggunakan peralatan seperti forest fire pump dan juga pam angkut dengan memanfaatkan sumber air daripada parit serta cek dam yang disediakan di kawasan operasi.
Teknik pemadaman secara total flooding digunakan bagi mengekang rebakan api serta melaksanakan pembasahan secara menyeluruh di kawasan tersebut. Selain itu, kerjasama di antara agensi adalah amat penting. JBPM telah bekerjasama dengan PDRM, keanggotaan Pertahanan Awam Malaysia, RELA, Pasukan Bomba Sukarela dan yang telah turut terlibat dalam operasi pemadaman.
Kerjasama juga dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Mukah turut dilaksanakan bagi pemantauan haba bawah tanah menggunakan peralatan thermal image drone. Penyelarasan antara agensi, pemilik ladang dan orang perseorangan berjaya mengoptimumkan penggunaan sumber dan aset sekali gus menjadikan operasi pemadaman lebih efektif dan juga efisien dengan penggunaan jengkaut.
Jengkaut ini digunakan untuk menggali parit yang berperanan sebagai penghalang api, dengan kata lain, function as fire break daripada merebak ke kawasan penempatan. Sebagai tambahan, kementerian berperanan dalam merangka strategi dan kaedah untuk mengurangkan kejadian pembakaran terbuka termasuk NRES bagi kejadian di Pulau Bruit.
NRES melalui Jabatan Alam Sekitar telah membantu kita melaksanakan pemantauan dan pengesanan awal melalui data satelit termasuk maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre bagi mengenal pasti hotspot ataupun lokasi yang juga berpotensi berlaku kebakaran. Hotspot yang dikesan seterusnya telah disah dan dipantau di lapangan khususnya di kawasan pertanian, belukar dan kawasan yang mempunyai sejarah kejadian kebakaran.
Dari aspek tindakan lapangan, NRES Sarawak melaksanakan rondaan dan pemantauan aktiviti pembakaran terbuka bersama dengan agensi berkaitan. Bagi kebakaran yang telah merebak ke kawasan pertanian dan tanaman penduduk, tindakan pemadaman dilaksanakan bagi memastikan kebakaran dapat dikawal dan tidak terus merebak ke kawasan penempatan dan pertanian penduduk.
Tuan Yang di-Pertua, KPKT terus komited untuk pastikan perkhidmatan kebombaan berada pada tahap kesiapsiagaan yang terbaik demi menyokong setiap operasi pemadaman dan penyelamatan yang dilaksanakan oleh wira merah negara.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tanjong Manis.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang tepat seperti mana yang saya dapat juga daripada laporan di kawasan.
Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis
Yang Berhormat Menteri, pada ketika kita menyalahkan negara jiran kerana kebakaran hutan yang mengakibatkan masalah jerebu, sudah pasti kita juga harus mengawal kebakaran hutan di negara kita sendiri. Kebakaran yang terjadi di atas Pulau Bruit telah memusnahkan hampir 50 hektar kawasan hutan dan terbakar selama 12 hari. Dan untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kebakaran di tempat ini berlaku hampir setiap tahun.
Soalan tambahan saya, apakah sudah sampai masanya kementerian meluluskan pembinaan sebuah balai bomba kecil di atas Pulau Bruit supaya masalah kebakaran yang berlanjutan dan berulang-ulang ini dapat kita atasi?
Dan soalan kedua, selain kebakaran hutan dan ladang, apakah tindakan kementerian untuk memadam kebakaran sekiranya berlaku di rumah panjang yang jauh daripada balai bomba atau yang hanya dapat diakses menggunakan jalan sungai? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Manis yang prihatin tentang kejadian kebakaran di kawasan Pulau Bruit ini.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua, persoalan tambahannya pertama adalah sama ada satu balai bomba baharu akan dibina. Kita akan memulakan kaji selidik untuk pastikan pembinaan balai bomba itu mengikut indeks risiko kebakaran dan sekiranya ada keperluan, kita akan kemukakan cadangan itu dalam masa yang terdekat.
Yang kedua, saya rasa untuk pastikan supaya kejadian kebakaran ini tidak berulang, Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan pemantauan kualiti udara secara berterusan untuk menilai kesan kejadian kebakaran terhadap kualiti udara.
Pemantauan di Sarawak dilaksanakan melalui gabungan stesen yang dikendalikan oleh NRES dan Jabatan Alam Sekitar dengan lima stesen pemantauan, 12 stesen pemantauan berterusan, satu stesen mudah alih.
Di bawah seksyen 31(a) dan seksyen 30(2) Natural Resource and Environment Ordinance, seseorang yang melakukan, menyebabkan atau
Tuan Nga Kor Ming
membenarkan pembakaran terbuka tanpa kebenaran bertulis, boleh dikenakan denda sehingga RM100,000. Dan lebih serius, penjara sehingga lima tahun ataupun kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berterusan, denda tambahan sehingga RM1,000 bagi setiap hari kesalahan tersebut berterusan boleh dikenakan.
Oleh kerana itu, kerangka undang-undang memang ada. Pelan tindakan, telah disediakan. Sekarang kita perlu pastikan kesedaran sivik masyarakat setempat itu perlu juga kita angkat bersama supaya tidak lagi berulang kejadian daripada— akibat daripada pembakaran terbuka tanpa dikawal. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Langkawi.
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, saya juga membaca laporan Pulau Bruit dan salah satu sebab mengapa lambat nak dipadam kerana shortage of water, kurang air di situ. Dan ini juga bila sebut kurang ayaq ni sama dengan Langkawi juga, Yang Berhormat.
Jadi, soalan saya nak tanya kepada Yang Berhormat, pada tahun ini sahaja sehingga bulan Mac 2026, telah dilaporkan Kedah telah mencatatkan 2,524 kebakaran belukar. Alhamdulillah, belum sampai ke Langkawi. Jadi, soalan saya, apakah kementerian bersedia di Langkawi dengan kelengkapan satu balai bomba yang besar sahaja?
Soalan saya yang kedua, Yang Berhormat Tan Sri, baru-baru ini berlaku saya dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Langkawi bahawa pada 2019, Yang Berhormat, telah berlaku pokok tumbang dan menghempap seorang pelancong yang bernama Yong Shui Tian dan telah dibawa ke mahkamah dan telah pun dijatuhkan hukum bahawa Majlis Perbandaran Langkawi kena bayar RM2.6 million kepada Yong Shui Tian ni.
Jadi, masalahnya pokok itu di dalam tanah persendirian, tapi di Pantai Chenang. Sama juga yang saya check dengan kes Iqmal Izzudeen di Seremban. Dia accident, pokok hempap dan masing-masing bertengkar antara hang, aku. Dan di sini, Majlis Perbandaran kata tanah tu tanah persendirian, tapi dalam kawasan Pantai Chenang.
Jadi, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat, RM2.6 juta ni banyak, Yang Berhormat, kepada Majlis Perbandaran Langkawi. Banyak jalan yang boleh dibuat, banyak lagi perkara yang boleh dibuat. Jadi, soalan saya, adakah kementerian bersedia mengkaji semula Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] khusus untuk
Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi
mencadangkan pindaan yang bersesuaian bagi memperjelaskan pembahagian tanggungjawab antara PBT, pemilik tanah persendirian, dan juga agensi kerajaan?
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi.
Soalan asalnya berkaitan dengan isu kejadian di Pulau Bruit, Sarawak. Soalan tambahannya berkaitan dengan pokok runtuh di Langkawi. Jauhnya.
Walaupun bagaimanapun, pertama saya jawab dulu tentang kebakaran dekat Sarawak tu. Ini adalah dipercayai berkaitan dengan pembakaran terbuka yang tidak terkawal. Dan mengapa itu susah kita nak padamkan, kerana melibatkan api di bawah permukaan tanah. Bila tanah gambut tu, memang kita pam air, nak firebreak pun, dia bukan senang untuk dipadamkan. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian ini kini telah berjaya diselesaikan.
Tentang isu pokok tumbang dekat Langkawi, saya perlukan notis dan juga bagi saya maklumat yang terkini di mana kementerian sentiasa— kita mengamalkan dasar pintu terbuka, hati terbuka untuk mendengar saranan, cadangan, teguran yang baik daripada Yang Berhormat Langkawi supaya kita sama-sama kita kaji, cari jalan penyelesaian terbaik, so bidang kuasa itu kita jelaskan sama ada di antara PBT, pemilik tanah ataupun agensi kerajaan untuk melindungi kepentingan awam. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Sabri bin Azit, Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, langkah kerajaan menangani kos input pertanian yang semakin tinggi dan adakah kementerian bercadang untuk menambah subsidi input tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu kenaikan kos input pertanian, khususnya baja, benih, racun perosak, bahan api serta kos pengoperasian yang memberi kesan langsung kepada pendapatan pesawah.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Memang kita tahu bahawa hal-hal pertanian ini masuk hal ikan dan sebagainya, dia bergantung juga kepada suasana yang kita tidak— bukan di bawah kawalan kita. Misalnya, bila berlaku peperangan yang mungkin panjang, berlaku kenaikan harga minyak dan sebagainya, yang mengakibatkan berlaku juga kepada kita.
Begitu juga kadang-kadang keadaan cuaca macam tahun lepas, banjir berlaku di luar musim, iaitu berlaku bulan Oktober masa padi sedang masak, yang menyebabkan tenggelam padi yang sedang masak terutama di Pendang dan Jerlun, menyebabkan berlaku kehilangan pendapatan yang agak tinggi kepada pesawah.
Jadi, benda-benda di luar kawalan kita ini sentiasa berlaku dan kita hendaklah berkerjasama bagaimana nak menghadapi suasana ini.
Begitu juga diramalkan dari sekarang hingga April tahun depan, El Nino akan melanda, tetapi kerajaan dan Menteri Kewangan prihatin, maka sedikit ditambah belanja tahun depan, misalnya kawasan nelayan pantai, ditambah peruntukan kepada mereka terutamanya bila berlaku kepanasan sehingga 40 degree, ikan-ikan akan lari sedikit ke tengah laut, menyebabkan nelayan pantai akan menghadapi masalah penangkapan di musim El Nino ini. Ini jangkaan kita. Oleh itu, usaha membantu mereka itu kerajaan menyediakan peruntukan supaya kita tangani masalah nelayan pantai itu.
Begitu juga KPKM hanya menawarkan subsidi input pertanian bagi pesawah padi manakala bagi subsektor pertanian lain, KPKM turut menyediakan bantuan melalui insentif bersasar, intervensi kos pengeluaran serta peningkatan produktiviti sektor agromakanan. Ertinya kita sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menghadapi masalah-masalah yang mendatang. Kadang-kadang berlaku di luar bajet, keadaan-keadaan yang misalnya sekarang jerebu, ha itu di luar bajetlah.
Bagaimana sektor lain yang menghadapi kehilangan terutama di sektor pelancongan, yang itu biarlah Menteri Pelancongan yang akan memberi penerangan.
Bagi membantu pesawah menangani peningkatan kos pengeluaran, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM2.62 bilion pada 2026 bagi melaksanakan pelbagai subsidi dan insentif sektor padi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Daripada jumlah tersebut, RM1.456 bilion diperuntukkan khusus untuk subsidi input pertanian. Subsidi input ini meliputi Skim Baja Padi Kerajaan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Persekutuan, skim insentif pengeluaran padi, skim baja dan racun padi bukit dan padi huma serta intensif benih yang sah.
Jadi, ini intervensi-intervensi yang sentiasa ada yang permanent, ada yang ditambah kerana kadangkalanya soal cuaca, soal apa yang berlaku di luar kawalan kita. Jadi, petani akan jadi masalah, ya ada masalah. Ada yang mereka piket, ada yang mereka buat bantahan. Itu adalah hak mereka dan kita mencari jalan bagaimana nak mengatasi masalah-masalah itu. Ini tanggungjawab kita bersama.
Bagi sektor tanaman selain padi, KPKM melalui Jabatan Pertanian turut menyediakan bantuan pembangunan pertanian yang merangkumi input pengeluaran, bahan dan peralatan ladang, mekanisasi serta sokongan teknikal. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, RM74 juta diperuntukkan bagi tiga projek pembangunan tanaman iaitu pembangunan industri bawang, peningkatan kadar sara diri tanaman sayuran serta pengukuhan komoditi eksport. Banyaklah kita nak bagi insentif dan inisiatif yang dibuat oleh kerajaan.
Kita yakin mereka yang terlibat dalam pertanian memahami hal ini dan saya ucapkan terima kasihlah di atas kerjasama yang diberi terutama oleh semua pihak khasnya daripada kerajaan-kerajaan negeri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Menteri atas jawapan. Saya ingin mohon penjelasan kementerian, berkenaan manfaat yang bakal diperolehi oleh petani B40 dalam bidang teknologi dalam amalan pertanian. Adakah kementerian mempunyai langkah drastik untuk mengadakan kerjasama rentas kementerian agar teknologi dron dapat dihasilkan bagi kegunaan petani dengan harga yang murah?
Dan yang kedua saya nak buat aduan sedikitlah. Di Parlimen Jerai, Projek Tersier Blok SCRBD 5A telah mengalami kelewatan selama 337 hari. Projek tersier ini adalah projek tali air. Saya harap YB Menteri dapat memantau dengan rapi agar tidak menjadi projek sakit dalam— di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Seterusnya baru-baru ini ada kelewatan baja. Mungkinlah ada manis-manis sedikit daripada kementerian untuk petani B40 kita untuk diberi insentif kepada petani yang terjejas. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ada tiga soalan saya cuba jawab yang mana sempatlah. Yang tersier itu, tergendala itu saya minta jawapan secara bertulis kerana ini maklumat dan perlu dijawab secara teknikal dan apa yang sebenarnya berlaku.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tentang kelewatan baja itu saya ucap terima kasih terutama di sini kerana cepatnya SPRM masuk. Itu sangat baik sebab kalau tidak ia akan berlaku tuduh menuduh, orang itu, orang ini, tetapi cepatnya masuk dan dapat diselesaikan masalah itu. Hal baja ini sebelum ada angkat placard tunjuk perasaan itu, saya telah bertindak, tetapi tak saya umumkan. Saya pergi secara private ke MADA, bertemu dengan pengarah dan bincang. Dia kata memang ada lewat.
Selepas itu saya panggil pengarah padi dan pengawal selia padi. Mereka kata memang ada kelewatan. Kemudian kebetulan pada waktu itu tidak ada Pengerusi MADA. Bila Pengerusi MADA baru naik, dia pun tulis surat, dia kata kita kena hentikan syarikat yang tidak berupaya itu. Saya terus jumpa Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri saya cadang hentikan segera. Lalu dihentikan. Maka selepas itu SPRM pun masuk. Terima kasih.
Itu yang kita— supaya tidak berlaku misalnya tidak diulang perkara itu pada lain kali dan kita harap SPRM bertindak without fear and favor. Saya pun dipanggil untuk memberi keterangan di SPRM. Saya amat gembira bila perkara ini dapat diselesaikan dan mencari jalan yang terbaik untuk kepentingan petani. Siapa yang melakukan rasuah atau tidak, bukan kita yang menuduhnya, serah kepada pihak yang menyiasat.
Dan soal kerugian, yang itu kita akan kaji dan kita akan bincang lagi supaya kalau ada peruntukan di mana-mana dan kita akan pergi dalam bentuk sasaran, bukan kesemuanya kita lihat mengalami kemerosotan hasil, tetapi ada beberapa tempat kita akan lihat case-by-case. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sekijang.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertamanya saya mengucapkan sanah helwah dan happy birthday kepada Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah usia yang masih muda belia itu.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, hari ini kita melihat bagaimana suasana geopolitik dan juga perubahan iklim memberi kesan secara langsung kepada bekalan makanan negara dan juga keterjaminan makanan. Justeru kajian, polisi, inisiatif dan juga program berkaitan dengan keterjaminan makan ini perlu saya kira diberikan penekanan yang serius bagi mengukuhkan ketahanan sistem makanan negara. Begitu juga saya melihat bagaimana pentingnya peranan sains, teknologi dan inovasi dalam pertanian.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, soalan saya— soalan tambahan saya YB Menteri, bagaimanakah atau sejauh manakah peranan Majlis Benih Negara dalam menyelaras hal berkaitan dengan keterjaminan ini?
Dan soalan kedua saya, apakah kementerian bercadang untuk meningkatkan peruntukan kepada mana-mana inisiatif penyelidikan kepada mana-mana agensi penyelidikan ini seperti contohnya MARDI dan seumpamanya dalam belanjawan yang akan datang ini iaitu Belanjawan 2027? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Memang soal geopolitik ini menjadikan kita kena lebih peka. Soal keterjaminan makanan ini sudah menjadi isu yang dibincang di seluruh dunia sekarang ini kerana kita tahu bahawa sekarang kita misalnya menikmati harga beras import yang murah. Selama mana nak berada dalam keadaan murah itu jikalau perjalanan ataupun kos transport itu meningkat dari hari ke hari? Kemungkinan ia memberi effect kepada barang-barang makanan yang kita import. Begitu juga jagung dan sebagainya.
Sebab itulah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan memberi peruntukan di antaranya yang agak— bukan selesa. Agak sedikit melegakan untuk belanjawan tahun 2027 di antaranya untuk peruntukan kepada institusi yang terlibat dalam hal penyelidikan ini.
Memang kita tahu misalnya padi hibrid, kita masih lagi jauh ketinggalan kalau bandingkan dengan China, Vietnam, Filipina dan sebagainya, supaya kita dapat dengan keluasan yang sama, peningkatan hasil yang tinggi. Ini kajian yang dibuat oleh pihak MARDI dan pihak universiti juga supaya kita sentiasa mempermodenkan dan petani-petani kita juga yang terlibat dalam pertanian ini kena bersedia untuk terima segala bentuk teknologi baharu yang disyorkan oleh para penyelidik.
Masalah kita di sini kadangkala misalnya tadi hal dron. Memang dia kalau sawah satu ekar, dua ekar memang agak sukar— kemampuan mereka untuk menyewa dron. Bagaimana kita menjadi penyelidikan tempatan supaya dron ini dapat dijual dengan lebih murah ataupun pihak LPP, jawatankuasa mereka di peringkat kawasan dapat menyediakan dron?
Misalnya ada, bila dapat bantuan MADANI— apa itu— bantuan yang RM100,000 itu ada di kalangan persatuan peladang, mereka membeli dron untuk memberi khidmat kepada ahli-ahli mereka. Ini satu langkah yang bijak dan dia lihat jangka panjang untuk menghadapi terutama sekali kawasan sawah atau kawasan bendang yang kecil yang menggunakan dron.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Semua ini kita harap, semua memberi kerjasama dan kita dapat menghadapi suasana yang tidak menentu hal geopolitik dunia sekarang ini dan keterjaminan makanan semua kena ada dalam fikiran kita untuk mengatasinya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput seterusnya Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
8. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, usaha-usaha berkaitan ekosistem syarikat pemula (startup) yang dijalankan oleh kerajaan untuk menarik bakat, pelabur dan syarikat pemula berteknologi tinggi asing ke dalam negara.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tan Sri Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Kerajaan terus melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan kepada bakat pelabur dan syarikat pemula berteknologi tinggi dari luar negara selaras dengan aspirasi untuk membangunkan ekosistem syarikat pemula yang berdaya saing di peringkat global.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Usaha ini dipandu oleh Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia
(SUPER) 2021-2030 yang dilancarkan pada tahun 2021 sebagai hala tuju pembangunan ekosistem syarikat pemula negara dengan Cradle Fund sebuah agensi di bawah MOSTI dilantik sebagai agensi penyelaras dan pemantau. SUPER digerakkan melalui lima pemacu utama iaitu pembiayaan bakat, inovasi, dasar dan peraturan serta ekosistem pasaran yang disokong oleh intervensi strategik bagi memperkukuh keseluruhan rantaian ekosistem syarikat pemula negara.
Dalam aspek bakat pula, intervensi enam di bawah SUPER memberi tumpuan kepada usaha mempercepat proses kelulusan visa bagi memudah cara kemasukan bakat teknologi asing ke Malaysia. Melalui pelaksanaan intervensi ini, seramai 78,138 bakat teknologi asing berkemahiran tinggi telah berjaya ditarik ke Malaysia setakat 30 September 2026 sekali gus memperkukuh kumpulan bakat dan kepakaran teknologi yang dapat menyokong pertumbuhan serta daya saing ekosistem syarikat pemula negara.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Dari aspek pembiayaan pula, SUPER memberi tumpuan kepada pembinaan semula kerangka agar lebih efisien dan mampu menarik pelaburan berkualiti tinggi.
Setakat 30 September 2026, usaha ini telah menyumbang kepada kemasukan lebih RM51.17 bilion pelaburan ke dalam syarikat pemula yang menyediakan modal bagi menyokong pertumbuhan dan penskalaan syarikat dalam ekosistem.
Selari dengan hala tuju SUPER, inisiatif venture capital atau VC Golden Pass turut dilaksanakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Pelan Tindakan KL20 bagi menyokong usaha kerajaan untuk menarik lebih banyak lagi firma modal teroka antarabangsa ke Malaysia.
Inisiatif ini memudahkan cara dan mempercepatkan proses kelulusan pendaftaran firma modal teroka dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sekali gus menggalakkan lebih banyak firma modal teroka global dan serantau untuk mewujudkan kehadiran serta menjalankan aktiviti pelaburan di Malaysia.
Pada masa yang sama, sebanyak 5,016 syarikat pemula dalam dan luar negara telah berdaftar di platform tetingkap tunggal MYStartup termasuk syarikat pemula asing dari Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Ini jelas menggambarkan perkembangan ekosistem syarikat pemula Malaysia yang semakin terbuka dan terhubung dengan pemain ekosistem global.
Bagi meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi kepada syarikat pemula berteknologi tinggi dari luar negara, inisiatif seperti KL Innovation Belt, SwiftShift dan Startup Concierge yang dilaksanakan oleh MRANTI di bawah Pelan Tindakan KL20 menyediakan sokongan dan permudahcaraan kepada syarikat yang ingin bertapak dan mengembang operasi di Malaysia.
Menerusi inisiatif ini, syarikat pemula asing dipermudah untuk mengakses ekosistem tempatan serta menubuhkan dan mengembangkan operasi di Malaysia sekali gus mempermudah kedudukan Malaysia sebagai destinasi bagi syarikat teknologi serantau dan global.
Kerajaan komited untuk meneruskan hala tuju SUPER 2.0 bagi tempoh 2026 sehingga 2030 melalui kesinambungan pembiayaan dan pembentukan modal, tarikan pelaburan berkualiti tinggi, pembangunan bakat dan pengasas, pengkomersialan syarikat pemula berteknologi tinggi serta akses kepada pasaran global melalui intervensi strategik seperti bersepadu.
Usaha ini penting bagi membolehkan lebih banyak syarikat anak tempatan berkembang, menarik pelaburan berkualiti tinggi, mewujudkan pekerjaan
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
berkemahiran tinggi serta membawa produk dan penyelesaian teknologi Malaysia ke pasaran serantau dan global. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Ekosistem syarikat pemula kelihatan lebih tertumpu di kawasan Lembah Klang. Soalan saya, apakah usaha- usaha kementerian untuk memastikan usahawan-usahawan di negeri seperti Perak mahupun negeri-negeri lain, di luar bandar dan dari golongan B40 termasuk masyarakat India untuk turut mendapat manfaat? Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tan Sri Dr. Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput atas soalan tambahan yang begitu baik dan relevan.
Kerajaan sedar akan perkara ini, Cradle melaksanakan Cradle LIVE!
Roadshow ke ekosistem berpotensi di luar hab utama termasuk di Perak pada 28 April 2026 di mana program pembiayaan baharu Cradle Elevate bernilai RM10 juta dan Cradle Startup Accelerator Program 2026 dilancarkan. KL20 juga kini dilaksanakan dalam edisi wilayah seperti KL20 @ Penang dan KL20 @ Johor pada September yang lalu. Pendaftaran dan permohonan melalui platform tetingkap tunggal MYStartup boleh dibuat secara dalam talian dari seluruh negara.
Bagi Perak, setakat ini 66 syarikat pemula telah berdaftar di platform tersebut.
Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas, sebanyak lapan syarikat pemula Perak telah menerima dana Cradle...
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
[Bangun]
Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Program-program pembiayaan dan pembangunan kapasiti yang ditawarkan bagi syarikat pemula ini terbuka kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, tahap sosioekonomi, bangsa dan agama pemohon. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih juga apa ini–– tadi saya tertarik dengan apa nama pasal isu baja tadi dan ia memberi tamparan hebat kepada petani, pesawah-pesawah di sebelah Utara terutamanya Kedah dan Perlis.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Soalan saya pada pihak MOSTI, adakah kementerian bersedia untuk mewujudkan node inovasi pertanian di sebelah Utara untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan pertanian agar daripada usaha itu dapat pihak-pihak pemula–– syarikat-syarikat pemula dapat membantu petani-petani di sebelah Utara? Dan adakah kementerian bersetuju agar insentif lebih diberikan kepada pemula ataupun kajian daripada universiti yang menjurus ke arah berteraskan kepada keperluan rakyat dan perlu diwujudkan dasar inovasi berasaskan keperluan rakyat. Itu sahaja.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Padang Besar. Walaupun soalan tak begitu berkait dengan apa yang menjadi isu dipersoalkan hari ini, tapi saya cubalah ya jelaskan.
Bahawa berhubung kait dengan peranan MOSTI dalam kita memperkasakan lagi sektor pertanian di negara kita, sememangnya dari dulu kita telah memainkan peranan membantu terutama Kementerian Pertanian melalui kita menghasilkan contoh berapa tahun yang lalu melalui Agensi MOSTI— Nuklear. Kita ada NMR 152 padi yang kita telah cipta dan boleh membantu penghasilan yang lebih banyak berbanding seperti biasa.
Dan juga dalam masa yang sama, kita gunakan teknologi-teknologi tertentu dalam juga membantu supaya penanam-penanam padi ini tidak akan terjejas tanaman mereka oleh sebab jangkitan berbagai bakteria ataupun apa juga yang akan menyebabkannya. Kita ada kaedah tersebut.
Dan usaha-usaha seterusnya juga kita laksanakan bersama dengan pakar- pakar yang kita ada di kementerian dan ataupun dengan ada industri-industri yang berkaitan termasuk juga dengan institusi pendidikan tinggi di mana kita bekerjasama dalam mencari kaedah bagaimana kita boleh membantu bukan hanya pertanian, malah lain-lain industri yang dapat membantu negara kita dan rakyat kita ini. Dan walau bagaimanapun, kita akan terus mengambil perhatian atas soalan tadi dan kita akan insya-Allah melihat kepada keperluannya. Terima kasih.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Komander Nordin bin Ahmad Ismail, Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Tan Sri Speaker. Serangkap pantun dari saya, mohon Timbalan Menteri membelinya.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan; Soalan saya sangat penting; Mohon jawapan soalan sembilan.
9. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan, hala tuju transformasi Tabung Pahlawan daripada kebergantungan kepada sumbangan awam secara bermusim kepada model penjanaan dana mampan melalui pelaburan strategik atau rakan kongsi korporat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya singkatkan jawapan itu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini sebanyak 10 peratus daripada kutipan Kempen Tabung Pahlawan (KTP) diperuntukkan bagi aktiviti pelaburan melalui simpanan tetap— fixed deposit. Melalui kaedah ini, dana disimpan di institusi kewangan untuk tempoh tertentu bagi memperoleh keuntungan sekali gus meningkatkan nilai dana sedia ada dan keuntungan yang diperolehi akan digunakan semula untuk membiayai bantuan dan aktiviti kebajikan veteran.
Sehingga 22 Disember tahun ini, sebanyak RM1.51 juta telah ditempatkan dalam simpanan tetap di Bank Islam dan ia akan matang menjelang 15 Mac 2027.
Selain itu, KTP turut menerima peruntukan sebanyak RM2 juta bagi daripada Kementerian Kewangan bagi menjana pulangan Tabung Pahlawan ini.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Dan pada masa yang sama, kementerian akan terus menggalakkan sumbangan secara berterusan daripada masyarakat dan sektor korporat. Usaha ini penting kerana tanggungjawab menghargai pengorbanan para veteran yang telah mempertahankan kedaulatan negara bukan sahaja terletak kepada kerajaan, malah merupakan tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia. Itu saja jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya, kita sedia maklum bahawa Tabung Pahlawan ini adalah di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Tabung ini digunakan untuk membantu para veteran. Cara pengagihannya adalah dari (JHEV) Jabatan Hal Ehwal Veteran kepada pusat PVATM Pusat kemudian disalur kepada persatuan PVATM negeri dan akhirnya disalur kepada cawangan-cawangan PVATM di daerah- daerah.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Saya dimaklumkan bahawa peruntukan tahunan bagi cawangan PVATM tahun ini hanya RM300. Peruntukan kecil ini nak buat mesyuarat agung pun tak lepas. Apatah lagi dengan kos lawatan ziarah rakan-rakan veteran yang sakit, mesyuarat bulanan dan pengurusan pejabat.
Soalan saya, siapakah yang menentukan jumlah agihan bagi cawangan- cawangan persatuan veteran ini? Dan adakah arahan agihan ini dikeluarkan oleh pihak JHEV? Serta sejauh manakah kementerian merancang untuk memanfaatkan platform digital dan teknologi FinTech seperti di platform crowdfunding, patuh syariah dan pembayaran mikro digital bagi memodenkan mekanisme kutipan serta penyaluran dana Tabung Pahlawan secara lebih berkesan. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Lumut atas soalan tambahan yang dikemukakan. Ingin saya maklumkan bahawa Tabung Pahlawan ini sebenarnya diuruskan oleh Yayasan Veteran eh. Adapun sumbangan kepada persatuan-persatuan veteran dia adalah melalui peruntukan kerajaan yang disalurkan kepada JHEV dan JHEV salurkan kepada persatuan-persatuan ini. Ini adalah dua perkara yang berbeza.
Dan kebanyakannya sumbangan daripada Tabung Pahlawan ini adalah disalurkan bagi tujuan-tujuan bencana kepada anggota-anggota veteran. Jadi, kalau ada anggota veteran yang terlibat dengan bencana sama ada banjir atau kebakaran dan seumpamanya, kebanyakannya dana itu disalurkan termasuk bantuan-bantuan kesihatan yang tak termasuk dalam bantuan yang dikemukakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.
Jadi, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Lumut itu saya perbetulkan dan perjelaskan dengan dua kaedah, sama ada Tabung Pahlawan ataupun peruntukan kerajaan itu sendiri. Itu saja Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Speaker.
Apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan kerjasama strategik jangka panjang dengan GLC, GLIC atau sektor korporat? Dan adakah pihak kementerian menetapkan sasaran kutipan tahunan khusus bagi memastikan Tabung Pahlawan ini mempunyai sumber kewangan yang stabil? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat atas persoalan tambahan yang dikemukakan.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua ya, dua hari lepas kita sudah lancarkan satu website yang kita panggil Kempen Tabung Pahlawan di mana kalau kita Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia boleh membuka website itu dan daripada situ kita boleh melihat secara real time sumbangan yang kita terima eh.
Contohnya macam hari ini, kalau kita lihat pada hari ini kita menerima RM1,700 lebih dalam website itu secara real time dan jumlah keseluruhan lebih daripada RM4 juta yang kita kutip sepanjang tahun ini dan sehingga tahun hadapan.
Dan begitulah juga dengan kalau kita lihat yang ditanya oleh Yang Berhormat Batu Pahat eh, tentang pelaburan. Memang kita tahu tabungan ini khususnya adalah untuk memberikan bantuan eh, kepada masyarakat terutamanya kepada veteran angkatan tentera, tetapi sebahagiannya macam saya sebutkan tadi, 10 peratus kita gunakan untuk janakan pendapatan melalui pelaburan-pelaburan yang bagi kita berisiko rendahlah.
Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat itu kita ambil maklum, tetapi secara umumnya 10 peratus yang kita tabungkan itu sehingga kini ada sekitar RM3.5 juta dalam bentuk tabungan yang hasil daripada tabungan itu yang akan kita gunakan untuk bantuan kita kepada anggota veteran kita. Itu sahaja jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sekalian, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya difahamkan ada Peraturan Mesyuarat 12(1) dari Menteri. Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Khamis, 15 Oktober 2026.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Perdana Menteri, dijemput [Tepuk]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua dan Ahli Yang Berhormat.
“Bahawa Jawatankuasa Pemilih mengikut Peraturan Mesyuarat 76, dengan ini menjalankan kewajipan-kewajipan yang diuntukkan baginya oleh seksyen 3(2)(f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, bagi menamakan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang akan menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen yang mengandungi empat orang Ahli Dewan Rakyat yang dua orang ialah ahli kerajaan dan dua orang ialah ahli kumpulan pembangkang.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih pada 13 Oktober 2026 telah bersetuju untuk mencadangkan Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen seperti berikut.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ahli Kerajaan :
Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor; 2. Yang Berhormat Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Ahli Parlimen Simpang Renggam; Ahli Kumpulan Pihak Pembangkang :
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Beluran; dan 4. Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu.
Oleh itu, bahawa mengikut seksyen 3(2)(f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, empat Ahli Dewan Rakyat yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pemilih seperti di perenggan atas hendaklah diterima dan dipersetujui.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Perdana Menteri. Ada siapa yang menyokong?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, Dewan telah pun mendengar Usul yang telah pun dicadangkan oleh Perdana Menteri dan sepatutnya masalah sekarang dibuka untuk dibahaskan.
Namun, oleh kerana saya difahamkan dan saya pengerusikan semalam Jawatankuasa Pemilih, kedua-dua belah pihak telah pun bersetuju atas keempat-empat nama ini, maka saya kira perbahasan tidak perlu diadakan. Oleh itu, saya akan teruskan kepada mengundi ya.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [13 Oktober
2025] Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita akan sambung perbahasan dan saya menerima senarai panjang dan insya-Allah kita akan cuba tamatkan pada jam 8.30 malam ini.
Jadi, saya bacakan nama-nama mereka yang akan ambil bahagian dan setiap Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas diberikan 15 minit kecuali ketua ataupun wakil parti.
Saya mulakan dengan pembahas pertama Kota Belud, diikuti dengan Kubang Kerian, Sibu, Indera Mahkota, Batu Kawan, Merbok, Simpang Renggam, Tanjong Karang, Ayer Hitam, Sik, Kampar, Masjid Tanah, Tebrau, Jerlun, Puncak Borneo, Jeli, Kudat, Hulu Terengganu, Puchong, Kuala Krai, Tenggara, Kuantan, Sri Gading, Kepala Batas dan Putatan. Untuk itu, saya jemput YB Kota Belud untuk memulakan perbahasan. Silakan.
2025] Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi APPGM-SDG, saya berharap agar gerak kerja penyemtempatan SDG ini dapat disempurnakan di kesemua 222 kawasan Parlimen menjelang tahun 2030 dengan model penyemtempatan SDG yang telah dibangunkan dan dilaksanakan oleh APPGM– SDG. Kita telah berusaha membawa suara keperluan dan realiti masyarakat di peringkat akar umbi ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat diberikan perhatian dan diterjemahkan kepada penyelesaian serta dasar pembangunan yang lebih inklusif dan berkesan.
Malaysia MADANI, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, tema yang indah dan sedap didengar. Saya sangat menyokong cita-cita ini. Setiap pokok yang menjulang ke langit hanya mampu berdiri jika akarnya kuat mencengkam bumi.
Semakin tinggi pokok itu, semakin dalam akar yang diperlukan. Tanpa akar, angin pertama akan menumbangkannya.
Persoalannya, adakah belanjawan ini benar-benar mengakari di bumi atau sekadar menggapai di langit? Belanjawan 2027 ini sepatutnya menjadi pecutan akhir untuk kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Tambun benar-benar mengotakan apa yang selalu beliau sebut-sebutkan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu peruntukan Sabah diumum sekitar lima hingga tujuh bilion setiap tahun, namun secara tiba-tiba sejak tahun lalu bermula PRN Sabah dan diteruskan dalam Belanjawan 2027, angka ini telah meningkat berkali ganda. Untuk Sabah tahun 2027, RM18.7 bilion. Saya harap kita jangan keliru.
Kalau dahulu kena umum lima hingga tujuh bilion setahun untuk Sabah, tapi sebenarnya hanya untuk Belanja Pembangunan. Apa itu pembangunan? Itu lah buat klinik, buat sekolah, buat jalan raya, air, elektrik dan sebagainya. Itu semua pembangunan, tetapi kenapa sekarang meningkat berkali ganda? Sebab RM18.7 bilion itu sebenarnya Belanja Pembangunan campur dengan Belanja Mengurus.
Mengurus itu apa? Itu lah bayar gaji semua kakitangan Persekutuan di Sabah. Guru, polis, tentera, doktor, semua kakitangan Persekutuan yang kerja di Sabah yang sebelum ini kita semua pun tak tahu berapa jumlah dia sebenarnya.
Jadi, jangan dulu kita bangga— betul kena umum RM18.7 bilion. Sebenarnya dari dulu belanja operasi di bawah tanggungjawab Persekutuan. Dan bukan Sabah
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
sahaja yang kena bayar, negeri-negeri lain juga dan kena maklum bahawa ini tiada kaitan dengan 40 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, mengimbau semula permulaan Kerajaan Perpaduan kira-kira empat tahun yang lalu iaitu pada 4 Januari 2023, saya telah mencadangkan beberapa fasa pelaksanaan MA63 sebelum pun Belanjawan 2023 berlangsung.
Bukan sahaja melibatkan pelaksanaan MA63, malah yang turut penting adalah perjalanan pengurusan dan pelaksanaan projek kerajaan yang perlu mencerminkan semangat MA63. Antara yang saya cadangkan adalah kerajaan perlu membutirkan dengan lebih jelas peruntukan pembangunan untuk Sabah.
Sebagai contoh, peruntukan bina baru dan penyelenggaraan sekolah. Sebut dengan jelas untuk Sabah. Begitu juga jika melibatkan pembangunan hospital dan klinik. Kalau selama ini butiran seperti jalan raya luar bandar, bekalan air, bekalan elektrik yang boleh dibutirkan khusus untuk Sabah, mengapa tidak untuk yang lain- lain? Bukan baru hari ini saya cakap, sudah empat tahun saya cadangkan. Empat tahun tiada tindakan, empat tahun tiada keputusan.
Kita lihat sendiri 2023 diumumkan RM6.5 bilion kepada Sabah, 2024 RM6.6 bilion dan 2025 RM6.7 bilion. Daripada jumlah itu, butiran khusus untuk Sabah yang dapat dikesan dalam Buku Anggaran hanya RM2.08 bilion pada 2023, RM2.17 bilion pada 2024 dan RM1.47 bilion pada 2025. Bagi tiga tahun 2023 sehingga 2025, daripada RM19.8 bilion yang diumumkan, hanya RM4.22 bilion sahaja dapat dibuktikan perbelanjaannya melalui butiran khusus untuk Sabah. Selebihnya, mungkin ada dalam butiran lain atau dalam butiran yang digabungkan dengan Sarawak seperti Pan Borneo, mungkin. Tiada siapa dalam Dewan ini dapat menjawabnya, mungkin tukang tulis buku sahaja lah.
Tuan Yang di-Pertua, mengapa ini selalu menjadi fokus saya, kerana saya mahu tahu realiti sebenar perbelanjaan berbanding apa yang diumumkan. Berpuluh tahun sudah orang Sabah ini mengeluh berkenaan dengan basic necessities. Saya ambil daripada dua sumber rasmi kerajaan.
Pertama, buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bermula dari Belanjawan 2023 hinggalah Belanjawan 2027.
Kedua, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara.
Daripada dua dokumen ini, kita dapat tiga angka penting bagi setiap butiran perbelanjaan. Pertama, peruntukan asal yang diumumkan. Kedua, peruntukan yang
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
dipinda atau peruntukan akhir iaitu berapa baki yang masih tinggal pada hujung tahun. Ketiga dan yang paling penting, perbelanjaan sebenar.
Sekarang saya tunjukkan contoh. Tahun 2023 di bawah Kementerian Kerja Raya, Butiran: pembinaan jalan-jalan Sabah diumum RM737 juta, tetapi dalam tahun itu juga, peruntukannya dikurangkan hanya RM27.2 juta. Sudahlah dikasi kurang, yang betul-betul kena belanja hanya RM24.9 juta.
Punya banyak lagi jalan di Kota Belud ini, Jalan Tanjung Batu yang balik-balik viral, Jalan Kampung Song-Song, Siasai Jaya, Siasai Kumpang, Jalan Sembirai– Sinorop, Jalan Timpaus–Selingkodon, Jalan Dumpiring–Kebidahan, Podos, Pinolobu, Mengkulat, Jalan Pinasang Puhus, Jalan Tuguson, Lasau Tintapon. Pilih- pilih sahaja kamu, banyak lagi yang saya belum sebut dalam teks saya.
Tahun yang sama: KKDW— bekalan elektrik luar bandar Sabah diumum RM280.5 juta. Sekali kena kasi kurang kepada RM43.3 juta, yang real kena belanja RM43.1 juta.
Bekalan air luar bandar Sabah diumum RM131.6 juta. Sekali kena kasi kurang pergi RM74.5 juta— yang betul-betul kena belanja RM69.5 juta. Kampung Donggoi, Kampung Song-Song, Kampung Suang Punggur sampai hari ini belum lagi ada air bersih. Kau tak sakit hati kah?
Pergi pula tahun 2024, KKR ya: pembinaan jalan-jalan Sabah diumum RM679.8 juta. Sekali kena kasi kurang pergi RM213.5 juta. Akhirnya, belanja cuma RM207.6 juta. Kurang daripada separuh bah.
KKDW, bekalan elektrik luar bandar Sabah: RM302 juta kena umum. Kena kasi kurang sampai RM99.8 juta— yang real kena belanja RM97 juta.
Bekalan air luar bandar Sabah: kena umum RM135.9 juta. Sekali kena kasi kurang pergi RM69.9 juta— yang kena belanja RM68.4 juta.
Tuan Yang di-Pertua, dalam dua tahun ini sahaja RM1.83 bilion peruntukan butiran khusus Sabah telah dikurangkan dalam tahun semasa. Malah, lebih RM1.9 bilion yang diumumkan untuk Sabah tidak dibelanjakan. Mungkin akan ada kementerian dan agensi yang memberikan jawapan. “Kami telah membelanjakan 90 peratus ataupun 100 peratus setiap tahun...” Memang lah bah.
Kalau kamu potong, kamu kasi ngam-ngam untuk capai KPI kamu, memang lah bah. Sampai peratus, 90, 100. Dari sudut teknikalnya tidak salah, tetapi dari sudut hak, dari sudut keadilan kepada Sabah yang hari-hari kami cakap fasal air, fasal elektrik, fasal jalan raya— saya pun tak tahu macam mana komen lah.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Pergi pula tahun 2025. Ada lah improvement bagi Butiran: pembinaan jalan- jalan Sabah yang mana peruntukan yang diumumkan telah ditingkatkan lebih sekali ganda, daripada RM419.8 juta kepada RM918.8 juta dibelanjakan. Namun, butiran lain masih ketinggalan.
Bekalan elektrik luar bandar Sabah diumum RM178.8 juta, dikurangkan kepada RM124.9 juta— dibelanjakan RM123.3 juta.
Bekalan air luar bandar Sabah: diumum RM100 juta, dikurangkan kepada RM65.6 juta— dibelanjakan hanya RM63.4 juta.
Pada tahun 2026, peruntukan asal bagi butiran khusus Sabah, naik semula kepada RM1.85 bilion dan perbelanjaannya masih berjalan. Namun bagi Belanjawan 2027 ini, ia menurun kepada RM1.75 bilion, sedangkan peruntukan pembangunan negara naik daripada RM81 bilion kepada RM83 bilion.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, kenapa saya bangkit? Tahun 2023 ini, dalam Belanjawan 2027 supaya kita boleh ambil pengajaran dalam sistem penyampaian.
Peruntukan ada, diumumkan setiap tahun, tetapi wang tidak sampai ke bawah. Ada yang tidak kena dengan sistem penyampaian kita.
Jangan bah, kita kasi biasa— umum peruntukan besar, tapi belum tentu kena belanja sepenuhnya.
Jangan bah, kita umum lulus— lulus, semua projek-projek besar. Klinik Kesihatan Mantanani, hari ini baru membuat pagar.
Politeknik Kota Belud dua kali pecah tanah, bayang pun belum nampak lagi, tapi saya berlaku adil, saya perlu berlaku adil, sememangnya ada juga kemajuan untuk Sabah.
Pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D telah dinaikkan kepada RM1.5 bilion setahun. Ini saya hargai, saya ucap terima kasih, tetapi perlu diingat, pemberian khas ini ialah di bawah hak Perlembagaan. Hak kami sebagai orang Sabah di bawah Perlembagaan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Ia bukan pengganti kepada pembangunan yang dijanjikan melalui Belanjawan. Daripada keseluruhan poin saya mengenai perbelanjaan tadi, saya mohon kepada kerajaan untuk beri komitmen kepada tiga perkara.
Pertama, terbitkan pecahan RM18.7 bilion untuk Sabah itu mengikut kementerian dan bermula Belanjawan 2028, tolonglah! Tolonglah! Wujudkan butiran khusus untuk Sabah bagi sekolah, hospital, klinik dan lain-lain perbelanjaan pembangunan walaupun benda ini saya sudah cakap empat tahun lepas. Kita bilang
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
kita mahu hapuskan kemiskinankan, nah Sabah ini setiap tahun jadi juara miskin.
Jadi, untuk kita combat poverty kita kena terus pergi tempat dia bah.
Kedua, bentangkan penyata perbelanjaan sebenar Persekutuan di Sabah setiap tahun di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan angka yang sempadan dengan penyata kewangan yang diaudit.
Ketiga, peruntukan Sabah yang diluluskan di Dewan ini tidak boleh dipindahkan keluar daripada Sabah. Maksud saya begini contoh, KKDW hanya dapat belanja RM300 juta daripada RM600 juta untuk buat jalan. Jadi baki yang tak dapat guna itu janganlah kasi lari instead buatlah air kah, elektrik kah, sekolah kah, klinik kah walaupun kementerian-kementerian yang berlainan.
Janganlah bah kita berkira betul pasal bajet ini pada akhirnya yang kena potong itu adalah Sabah punya juga bikin sakit hati. Kalau hendak tahu macam mana kamu mahu taruk di manakah kamu mahu simpan, saya bagi contoh Tadika KEMAS Rangalau, Tadika KEMAS Kesapang, Tadika KEMAS Paka-Paka, Kulambai Dundau, Siasai Dundau, Timbang Dayang, Ambong, Payas-Payas Pantai Emas.
Sampai ada tadika kemas yang menumpang di pondok kuburan Tadika KEMAS Kulambai Kupang.
Saya pendekkanlah Tuan Yang di-Pertua sebab saya rasa, jangan dikacau.
[Ketawa] Jangan kacau. Tuan Yang di-Pertua, dunia hari ini semakin tidak menentu.
Perang, perubahan iklim dan sekatan eksport boleh memutuskan bekalan makanan dalam sekelip mata. Namun, kadar sara diri beras negara terus merosot daripada 62.1 peratus pada 2020 kepada 56.2 peratus pada 2023 dan sekitar 53 peratus pada 2024.
Di Sabah keadaannya jauh lebih genting. Tahap sara diri beras Sabah hanya kira-kira 22 peratus. Maknanya, lebih tiga suku beras yang dimakan rakyat Sabah di bawa lari— dibawa daripada luar. Pada masa yang sama, ada lebih 22 hektar sawah terbiar di Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Papar dan Tambunan. Yang ada, aktif menanam pula kena kacau dengan projek yang sepatutnya memperbaiki sistem pengairan tetapi sebaliknya tergendala sampai tujuh musim.
Ada beberapa kawasan penanaman padi yang menghadapi masalah pengairan. Yang terbaru saya pergi Tambulion Laut atas jemputan petani. Begitu juga dengan kawasan Pintasan, Pandasan, Tambilaung. Belum lagi dengan masalah water pump JPS yang setiap kali menjelang hujung tahun mesti berlaku gangguan minyak, setiap tahun itulah juga rupa kita.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya berkenaan hakisan yang teruk berlaku di Pulau Mantanani kawasan Pantai Emas, Kuala Abai, Rampayan apa status dia ya? Sebenarnya bila saya ungkit dalam ucapan saya berkali-kali, adakah agensi yang pergi tengok setakat mana sudah itu hakisan, di mana sudah dia punya kesan. Yang pergi tengok dan nilai bah apakah dia punya kesan. Lagi lambat kita usai, lagi teruk itu kesan hakisan.
Selain itu juga, saya ingin bertanya berkenaan pembinaan klinik kesihatan untuk menampung outpatient di Hospital Kota Belud yang mungkin akan saya butirkan lebih lanjut dalam peringkat jawatankuasa. Begitu juga dengan pembinaan sekolah baru SMK Narinang II yang sudah berapa lama dirancang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar setiap Ahli Parlimen dapat diberikan kuota untuk menamakan penerima rumah PPRT di kawasan masing-masing. Setiap tahun kita menerima permohonan untuk rumah PPRT ini, tetapi bukan semua juga MP tahu kejadian. Jadi kuasa ahli parti pula untuk menamakan siapa penerima rumah PPRT. Dan sebagai penutup, saya mahu cakap benda ini buat kali kelima dalam Dewan ini.
Bagilah peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli-ahli Parlimen bah [Tepuk] . Saya bangkit hari ini sebagai Ahli Parlimen Kerajaan. Semasa kita jadi pembangkang dahulu kitalah terpaling suruh kerajaan untuk jadi adil bagi peruntukan sama rata kepada semua.
[Tepuk] Kali ini waktu kita pegang kuasa kenapa pula kita nafikan hak mereka, hak rakyat mereka. Bererti bah kita jadi kerajaan yang mematikan peruntukan kepada pembangkang kononnya supaya nanti rakyat dia orang dah undi sama dia orang dalam pilihan raya akan datang.
Sewaktu kita jadi kerajaan inilah kita lakukan semua reformasi yang kita mahu. Kita— Tuan Yang di-Pertua, kita patut jadi orang yang sama dengan prinsip yang sama, tidak kiralah kita duduk sebelah mana sebelah kiri ataupun sebelah kanan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
[Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
*Bismillahirahmanirahim.
[Membaca sepotong doa]* Pertama sekali saya ucap terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada waktu untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini.
Saya nak sambung sikit hujung pada Kota Belud tadi ya. Dewan kali ini kita digegarkan dengan istilah waad. Dalam al-Quran Allah Taala sebut perkataan waad ini ada 49 kali. Tetapi waad maknanya janji baik, janji nak tunai tapi kalau tak tunai janji itu dia jadi wa'iid. Wa'iid maknanya berita yang tak baik kerana sesuatu sebab sama ada dia berita-berita azab, ancaman dan sebagainya. Termasuk juga mereka yang berjanji, tak tunai janji disebut wa'iid bukan waad. Jadi termasuk wa'iid tadi apa yang hujung ucapan Kota Belud tadi. Saya hendak supaya Dewan ini...
[Tepuk] jangan tukar waad kepada wa'iid.
Memulakan perbahasan, saya petik firman Allah SWT Surah Al-Furqan, Ayat 67 *[Membaca sepotong ayat al-Quran] ‘Dan mereka apabila membelanjakan harta tidak berlebih-lebihan yakni membazir dan tidak pula kedekut yakni sangat berkira.
Perbelanjaan mereka adalah sederhana di antara keduanya.’* Juga telah dibangkitkan dalam perbahasan sebelumnya oleh wakil Bachok. Ayat ini menggambarkan sifat dalam kita membelanjakan harta sama ada mengurus harta sendiri atau mengurus harta kerajaan. Berani antara dua situasi, tidak membazir hingga melampau batas dan tidak juga kedekut sampai menyusahkan rakyat.
Dalam perancangan pembangunan negara, jangan hanya diukur pada apa yang kita nilai dalam bentuk wang Ringgit kerana manusia ini bukan hanya nilai fizikal yang ada pada manusia. Manusia mempunyai nilai spritual yang perlu juga diberi perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melahirkan rasa kebimbangan sebagai pimpinan, sebagai ayah dalam masyarakat situasi yang berlaku negara kita sekarang ini sangat serius, sangat menakutkan. Boleh jenayah bunuh boleh berlaku di sekolah tak pernah berlaku sebelum ini. Malaysia seolah jadi hab untuk proses dadah dan menjadi indikator kepada kita bila kita tengok pelbagai jenayah berlaku berleluasa dalam masyarakat.
Itu sebenarnya tragedi yang berlaku itu ialah hasil tetapi kenapa berlaku?
Kenapa sampai begitu kritikal sekali? Pembunuhan hampir setiap hari berlaku dikalangan remaja. Kes zina, kes rogol berlaku di sekolah-sekolah sampai dekat
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
sekolah kebangsaan. Penjenayah meningkat, Pusat Sehenti makin bertambah, penjara makin bertambah apa maknanya ini?
Maknanya sistem kita gagal. Kalau sistem kita gagal, kita follow sistem yang gagal makna hasilnya akan gagal. Kita mesti berani buat satu perubahan besar kembali semula kepada apa yang diatur oleh Allah Taala kepada manusia yakni membangunkan nilai kemanusiaan sebelum membangunkan nilai fizikal kebendaan.
Bangunkan manusia dengan nilai-nilai spritual yang kukuh. Namun diwaktu yang sama, nilai fizikal juga perlu diberi perhatian kerana manusia tidak semuanya baik. Ada orang mengambil kesempatan di atas kelemahan sistem yang ada. Maka kerana itu saya melihat bahawa perlunya kerajaan mengambil perhatian kepada soal membangunkan semula nilai-nilai kemanusiaan dan mengekang benda-benda yang boleh merosakkan, bahan-bahan pornografi, game yang melampau batas perlu disekat secara total oleh pihak kerajaan. Kalau sekiranya kita tidak bertindak sekarang, kita boleh bayangkan generasi akan datang lahir generasi yang langsung hilang pedoman, hilang ada, hilang peraturan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kembali kepada persoalan kedua. Dalam Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, kita lihat bahawa ini merupakan belanjawan kedua dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Manakala belanjawan tahunan menyediakan sumber dan jadual bagi mencapainya.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Persoalan kita, sejauh mana belanjawan kita mengikut roadmap RMK13?
Saya bimbang kalau-kalau kita letakkan sasaran lima tahun tetapi kerana kepentingan politik, belanjawan untuk mendapat sokongan rakyat, akhirnya apa yang diletakkan sasaran dalam RMK13 tidak akan dicapai. Oleh kerana itu, satu kajian perlu dibuat ataupun satu pembentangan bagi menilai sejauh mana hasil pencapaian yang dibuat dalam belanjawan ini mematuhi roadmap Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Dalam belanjawan tersebut, kita lihat ukuran keseluruhan kekuatan sebanyak RM510 bilion, angka ini merangkumi RM309.8 bilion perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion perbelanjaan pembangunan.
Semalam telah pun banyak rakan-rakan kita telah memberi komen tentang penjanaan hasil negara bergantung kepada pembangunan yang ada. Tetapi kalau pembangunan kita, peruntukan dengan jumlah yang sangat sedikit, enjin pembangunan negara akan gagal menjana pendapatan bagi negara tersebut. Maka kerana itu perkara itu perlu diberikan perhatian serius.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya menyambut baik beberapa program yang telah pun disebut, beberapa projek yang telah disebut dalam— oleh pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sebagai contoh, isu banjir. Saya sebut Kelantan. Punca banjir Kelantan ini dua. Satu, Sungai Golok, yang kedua Sungai Kelantan. Sungai Golok di sebelah Thailand, mereka sudah bina benteng, sudah lama siap.
Di negara kita benteng baru bermula. Fasa 1 tak siap lagi, fasa 1 kalau ikut jadual akan disiapkan pada Julai 2027, ini dalam jadual. Sekarang pencapaian 73.01 peratus, ada sembilan bulan. Saya terus terang katakan bahawa kalau fasa 1 ini gagal disiapkan ikut jadual dan dalam pembentangan bajet, Perdana Menteri mengumumkan fasa 2 iaitu pembangunan fasa 2 di kawasan bandar Rantau Panjang.
Namun, hakikat sebenarnya, pakej yang ada telah kita susun sebelum ini mesti lengkap tiga fasa. Fasa 1, 2 sampai fasa 3. Kalau sekiranya fasa 2 tak siap ikut jadual, saya yakin Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, sekali lagi akan dilanda banjir yang sangat teruk kerana kegagalan menyiapkan jadual. Di peringkat awal kita telah susun tetapi sayangnya tukar kerajaan, kerajaan batalkan rancangan tersebut, buat tender baru, susun baru, baru hendak bermula. Bayangkan, fasa 3 bila hendak siap?
Fasa 2 dijangka siap Oktober 2028, bermakna fasa 3, 2030 baru siap.
Bermakna banjir yang dialami oleh kawasan Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas akan terus berdepan dengan masalah banjir yang serius. Saya minta supaya fasa 2 dan 3 dibuat secara serentak supaya fasa yang sedang dibina sekarang ini benar- benar berfungsi sebagaimana yang telah disusun.
Yang kedua, saya juga menyambut baik tentang pengumuman kerajaan untuk membina Empangan Lebir. Lebir menyumbang 40 peratus banjir daripada Sungai Kelantan. Kita sudah bina Empangan Nenggiri. Neggiri menyumbang 20 peratus banjir. Empangan Lebir ini sangat penting kerana dia boleh menghalang, mengurangkan risiko banjir sebanyak 40 peratus.
Namun apa yang jelas dalam pembentangan bajet, belanjawan ini, tidak dinyatakan berapa peruntukan untuk Projek Empangan Lebir. Apakah mekanisme pembinaan empangan tersebut? Apakah dia merupakan projek penswastaan secara langsung, atau dibuat oleh pihak kerajaan melalui agensi yang ada? Dewan perlu diberi, saya mohon penjelasan supaya perkara ini dapat dijelaskan waktu menjawab soalan itu nanti dan kita juga ingatkan bahawa selain daripada Empangan Lebir, satu
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
lagi projek bagi mengurangkan risiko banjir di Kelantan ialah takungan air di Machang.
Kerajaan Kelantan sudah sedia, kerajaan negeri sudah sedia 1000 ekar tanah bagi buat takungan bagi tiga projek besar sebab takungan Machang ini sangat penting, dia dwifungsi. Satu, mengurangkan risiko banjir, yang kedua sebagai bekalan air. Kerajaan mengumumkan tentang pembinaan loji air di Machang, terima kasih di atas pengumuman tersebut dan kita harap dapat disegerakan. Namun, selain daripada loji air ada dua lagi projek yang berlaku di Machang dalam perancangan. Yang pertama, empangan ataupun takungan tersebut, yang keduanya ialah penggantian paip utama yang perlu diselesaikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang, selain daripada itu, tentang isu Tabung Haji. Saya minta rancangan Tabung Haji dibatalkan.
Perancangan yang disebut oleh pihak kerajaan untuk wujudkan satu lagi akaun bagi mereka hendak pergi haji di mana mereka kena ada simpanan sebanyak RM15,000 sehingga mereka dapat pergi haji.
Tuan-tuan semua, umumnya rakyat kita orang Islam di Malaysia ini pergi haji berdua. Kalau dua orang, bermakna 30,000 kena ada dalam akaun yang tidak boleh disentuh sampai mereka pergi haji. RM30,000 ini bagi orang kampung satu jumlah yang sangat besar.
Kalau sudah kita senarai mereka dapat pergi haji, memang syarat pun, mereka sudah tahu, kalau hendak pergi haji tahun depan, mereka sudah prepare duit tetapi hendak masuk RM30,000 dalam akaun sampai pergi haji, saya hendak tanya apa mekanisme yang dibuat? Apakah ini simpanan atau pelaburan sebab Tabung Haji guna duit simpanan ini sebagai pelaburan. Kalau pelaburan. Keuntungan mesti dikembalikan kepada penyimpan. Saya harap perkara ini dapat dibatalkan dan cari mekanisme lain. Jangan menyusahkan rakyat, jangan menyusahkan mereka yang sudah ada perancangan untuk pergi haji.
[Tepuk]
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kubang Kerian, Kubang Kerian, boleh minta laluan sedikit?
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sila.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Adakah Yang Berhormat bersetuju jika jemaah haji atau bakal jemaah haji yang naik nama diawalkan ataupun diumumkan lebih awal setahun sebelum, bukan dua tiga bulan kerana dalam tempoh setahun ini mereka boleh menyediakan duit yang mencukupi
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
RM15,000 ataupun berapa yang diperlukan. Bukan dengan dimasukkan dengan awal tanpa mengetahui bilakah mereka akan dapat giliran sebenar? Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya, saya setuju supaya preparation dapat dibuat lebih awal bagi jemaah haji. Alasan diberi supaya mengurangkan risiko penolakan. Tuan-tuan sekalian, mana ada orang hendak tolak kalau dapat peluang pergi haji? Tetapi kalau kerajaan letak syarat RM15,000 dalam simpanan, kita sering kali disebut bahawa kalau tak mampu, kalau tak istita'ah tidak wajib haji. Istito'ah ini ada dua. Satu, Istito'ah ikhtiariyah, satu *istito'ah...
[Tidak jelas] ikhtiariyah* ini kalau kerajaan menyusahkan rakyat untuk pergi haji, itu bukan nama Istita'ah. Itu makna beban yang dibebankan kepada rakyat yang patut boleh pergi haji, tiba-tiba tak boleh pergi haji.
[Tepuk] Istito'ah ikhtiariyah ini, Tabung Haji cari jalan macam mana untuk memudahkan jemaah pergi haji, bukan menambahkan bebanan kepada jemaah untuk tak boleh pergi haji. Akhir kita bagi tahu pakcik, pakcik tak ada istito'ah tak wajib pergi haji. Itu bukan mekanisme, bukan kaedah yang sepatutnya diguna.
Asal Tabung Haji diwujudkan ialah untuk memudahkan kepada umat Islam untuk pergi haji. Hari ini entiti business dan beban kembali pada jemaah, pada mereka yang hendak pergi haji. Saya fikir apa yang hendak diberikan perhatian perkara ini, supaya rancangan tersebut dapat dibatalkan dan cari mekanisme lain yang tidak membebankan umat Islam, rakyat yang pergi haji.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kubang Kerian, ringkas Hulu Terengganu. Apakah perubahan ambang threshold tersebut kerana melantik banker menjadi Pengerusi Tabung Haji. Apa pandangan Kubang Kerian? Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya rasa banyak faktorlah. Mungkin salah satunya faktor itu. Tetapi banyak faktor lain yang kita harus lihat supaya asas penubuhan Tabung Haji itu dapat dikembalikan semula pada asal yang betul. Macam sama jugalah kita dalam Dewan ini diberitahu bahawa MARA hendak bina hospital. Ini bukan kerja dia, dulu FELCRA buka Kolej FELCRA, RISDA buka Kolej RISDA. Ini bukan tugas dia. Bila lari daripada fungsi asal, apa yang akhirnya berlaku? Sekarang kolej-kolej terpaksa tutup. Maknanya kita lari daripada perancangan asal. Jadi, saya rasa apa yang dicadangkan tadi juga sebahagian di antaranya.
Dengan masa berbaki, saya ada dua perkara hendak sentuh. Yang pertama, tentang pembangunan baru Bandar Tunjong. Tunjong ini seakan jadi satu bandar yang akan jadi beban besar, memang pusat pembangunan Kelantan selepas ini
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
selain daripada Kota Bharu. Bila pejabat pentadbiran persekutuan berpindah ke Tunjong, ECRL stesen akhir di Tunjong. Kerajaan baru umum hendak sambung sampai ke Rantau Panjang, itu pun baru dalam perancangan.
Spine Road juga akan berakhir di Tunjong. Kalau LPT 3 dibuat pun, akan sampai di Tunjong. Bermakna bandar Tunjong akan jadi pusat pembangunan yang sangat pesat. Isunya sekarang kebetulan Timbalan Menteri ada, terima kasih banyak, supaya pelan pembangunan Bandar Baru Tunjong dapat diberi perhatian khusus oleh pihak JKR, di mana pembesaran jalan dan sebagainya perlu diberi perhatian serius sebab saya fikir kalau sekiranya dalam tempoh setahun sahaja, stesen ECRL pun akan berakhir di situ. Tiga benda besar berakhir di Tunjong. Kalau pembangunan tidak diatur dengan baik sebagaimana pelan perancangan, Tunjong akan menjadi masalah besar pada masa hadapan.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Insya-Allah, mudah-mudahan dengan kehadiran, saya ingat dapat diberi perhatian serius kepada isu ini. Akhir ini, isu Palestin. Tuan sekalian, kita tahu apa sedang berlaku hari ini. Umat Islam di Gaza terus menderita. Dalam Dewan yang mulia, saya menyambut baik apa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Concern kita terhadap isu Gaza berterusan. Alhamdulillah. Cabaran kita dengan sistem yang ada, kezaliman akan berterusan. Ya, kerana itu kita mengharapkan— kalau kita harap pada PBB dengan kuasa veto diguna setiap kali isu Gaza dibangkitkan, perkara ini akan berterusan.
Sehubungan dengan itu, kita mengharapkan supaya isu— perhatian yang diberi dalam isu hubungan antarabangsa. PAS berpendirian bahawa kerajaan perlu lebih berhati-hati dan bersikap tegas dengan sikap berkecuali. Dasar berkecuali yang kita ada ini perlu kita pertahankan supaya kita— kecenderungan kita tidak dilihat condong kepada mereka yang bersekongkol dengan apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam di Gaza.
Malaysia mesti mempunyai dasar luar yang berprinsip, bebas dan berdaulat tanpa menjadi alat kepada mana-mana kuasa besar dunia. Islam mengajar supaya hubungan antara negara dibina atas prinsip keadilan, kepentingan bersama dan kerjasama dalam perkara-perkara yang membawa faedah dan kebaikan bersama.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sahaja dan saya menyokong.
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua untuk memberikan saya peluang untuk berbahas dalam Belanjawan 2027 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu yang serius dan memerlukan penjelasan segera daripada pihak kerajaan iaitu tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terhadap para pemborong beras di Sibu, Sarawak.
Berhubungan kandungan beras hancur yang ditawar melebihi kadar lapan peratus seperti yang dinyatakan dalam label produk. Difahamkan bahawa seramai 18 orang pemborong beras di Sibu telah terlibat dalam kes ini dan dipanggil untuk disiasat dan memberikan keterangan kepada pihak penguat kuasa.
Dalam kes ini, beras yang dipersoalkan adalah dibekalkan oleh Lembaga Padi dan Beras Negara (BERNAS). Sekiranya hasil pemeriksaan mendapati kandungan beras hancur melebihi kadar lapan peratus yang dinyatakan pada label, kerajaan perlu menyiasat keseluruhan rantaian bekalan. Bukan hanya mengambil tindakan terhadap pemborong yang menerima beras dari BERNAS.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa jika seseorang peniaga yang sengaja menukar label dan memanipulasi kandungan beras atau menjual produk yang diketahuinya tidak mematuhi spesifikasi. Maka, tindakan penguatkuasaan memang wajar diambil. Tetapi jika seorang peniaga menerima bekalan beras daripada pihak pembekal yang ditanggungjawabkan oleh kerajaan dan produk tersebut supaya— sudah mempunyai label serta spesifikasi tertentu ketika dibekalkan. Maka, kerajaan perlu meneliti sama ada sumber beras yang BERNAS mematuhi piawaian yang ditentukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga difahamkan bahawa isu ini telah dibangkitkan oleh pihak KPDN oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Memandangkan persoalan utama berkaitan dengan sumber bekalan dan kualiti beras yang dibekalkan. Sekiranya benar kementerian yang bertanggungjawab ke atas sektor pertanian telah menjelaskan perkara tersebut kepada KPDN. Saya ingin mengetahui, mengapa penyelesaian masih belum dicapai dan mengapa cadangan untuk membatalkan kompaun berkenaan tidak dapat dipertimbangkan?
Jika isu sebenar sudah dikenal pasti, kedua-dua kementerian sepatutnya duduk bersama untuk mencari penyelesaian. Jangan biarkan perniagaan menanggung akibat daripada kelemahan penyelarasan antara agensi kerajaan.
Saya ingin menegaskan bahawa tanggungjawab kerajaan bukan sekadar
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
menguatkuasakan undang-undang tetapi juga memastikan undang-undang dilaksanakan secara adil, konsisten dan berasas fakta. Jangan sampai kelemahan penyelarasan antara kementerian akhirnya dibayar oleh rakyat yang tidak semestinya menjadi punca masalah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, jika semua peniaga menerima bekalan daripada sumber yang sama ataupun melalui sistem pembekalan yang sama, bukankah lebih munasabah untuk kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pembekal dan proses kawalan kualiti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000 kepada setiap pemborong yang menerima beras daripada BERNAS untuk pembungkusan semula.
Saya juga ingin mengingatkan bahawa pemanggilan 18 orang peniaga untuk memberikan keterangan bukan perkara kecil. Proses siasatan boleh melibatkan kos, kehilangan masa perniagaan, tekanan serta kebimbangan terhadap reputasi perniagaan mereka. Pihak penguat kuasa sememangnya mempunyai kuasa untuk menyiasat apabila terdapat asas yang munasabah.
Namun, kuasa tersebut mesti dilaksanakan secara profesional, berkadar dan mengambil kira fakta sebenarnya kes. Kita tidak meminta supaya perniagaan diberikan kekebalan daripada undang-undang. Kita meminta supaya mereka tidak dipertanggungjawabkan secara tidak adil atau masalah yang mungkin berpunca daripada pihak lain dalam rantaian bekalan.
Tuan Yang di-Pertua, isu ini juga mempunyai implikasi terhadap imej Kerajaan MADANI yang menekankan tadbir urus baik, integriti, akauntabiliti dan keadilan. Jika kerajaan sendiri tidak dapat menyelaras tindakan antara kementerian, bagaimana rakyat hendak mempunyai keyakinan bahawa sistem pentadbiran kita berfungsi dengan cekap dan adil?
Integriti kerajaan bukan hanya diukur melalui jumlah pemeriksaan ataupun kompaun yang dikeluarkan. Integriti juga diukur melalui kesediaan agensi kerajaan untuk menyemak semula keputusan apabila muncul fakta baharu. Membetulkan kesilapan jika berlaku dan memastikan tiada pihak yang menjadi mangsa kelemahan pentadbiran.
Kerajaan tidak akan kehilangan wibawa jika sesuatu kompaun yang tidak berasas dibatalkan. Sebaliknya, kerajaan akan kehilangan keyakinan rakyat sekiranya keputusan yang dipertikaikan terus dipertahankan semata-mata kerana masalah birokrasi ataupun keengganan untuk menyemak semula keputusan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu saya ingin meminta KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan berikut.
Menjalankan siasatan bersama terhadap sumber bekalan beras yang terlibat iaitu BERNAS. Seterusnya, menyemak semula semua kes yang berkaitan dan mempertimbangkan pembatalan kompaun sekiranya hasil siasatan menunjukkan bahawa peniaga berkenaan tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan atas ketidakpatuhan yang berpunca daripada BERNAS.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang amat penting juga berkaitan masa depan sistem kesihatan negara iaitu keperluan untuk memperluaskan pengiktirafan kelayakan perubatan dan bidang berkaitan kesihatan daripada universiti-universiti di luar negara, terutamanya China.
Saya ingin menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Malaysian Medical Council (MMC) serta Kementerian Pendidikan Tinggi supaya mengambil pendekatan yang lebih proaktif dalam menilai dan mengiktiraf lebih banyak program perubatan dan juga kelayakan profesional kesihatan dari China yang memenuhi piawaian Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedar bahawa tenaga kerja kesihatan merupakan antara tunjang utama kesihatan, sistem kesihatan negara. Tanpa bilangan total jururawat, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang mencukupi, usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan akan berhadapan dengan pelbagai kekangan. Kekurangan tenaga kerja kesihatan bukan sekadar angka dalam laporan kementerian.
Kesannya dirasai oleh rakyat melalui tempoh menunggu panjang, beban kerja yang tinggi di kalangan petugas kesihatan dan juga kesukaran mendapatkan rawatan. Khususnya di kawasan pedalaman Sarawak yang mempunyai pegawai kesihatan yang terhad. Pada laporan semalam dalam Borneo Post, ada satu isu yang dibangkitkan. Total shortage forces Kapit health clinic untuk carry out adjustment of services. Inilah merupakan apa yang berlaku di Sarawak sekarang.
Pada masa yang sama, kita perlu melihat sama ada kapasiti pendidikan dan latihan profesional dalam negara dapat berkembang secukupnya untuk memenuhi keperluan tenaga kerja kesihatan pada masa hadapan. Bidang perubatan memerlukan standard akademik yang tinggi. Kita semua tahu dan juga kemudahan hospital pengajar dan tenaga pengajar yang berkelayakan.
Oleh sebab itu, jumlah tempat pengajian tidak boleh ditambah tanpa mengira kapasiti latihan dan kualiti pendidikan. Namun, jika terdapat pelajar yang
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
berkelayakan dan mempunyai minat untuk menjadi doktor tetapi tidak dapat tempat dalam institusi tempatan, kita perlu meneroka pilihan lain yang munasabah.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Pada pandangan saya, salah satu langkah ialah kita mengiktiraf lebih banyak universiti daripada China supaya programnya mematuhi dan memenuhi piawaian Malaysia. Saya tidak mencadangkan supaya kita mengetepikan universiti tempatan ataupun menurunkan standard pendidikan perubatan. Sebaliknya, kita perlu memperluaskan laluan pendidikan yang berkualiti agar lebih ramai pelajar berpeluang mengikuti latihan profesional dan seterusnya menyumbang kepada negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, China mempunyai banyak universiti yang menawarkan program perubatan dan juga bidang berkaitan kesihatan yang baik. Sesetengah universiti mempunyai kemudahan penyelidik, hospital pengajar dan pengalaman latihan klinikal yang luas. Di samping itu, mereka juga ada program yang menawarkan pengajian dalam bahasa Inggeris termasuk untuk pelajar antarabangsa.
Peluang pengajian di China juga boleh menjadi pilihan yang menarik dari segi kos. Sesetengah universiti menawarkan biasiswa ataupun bantuan kewangan.
Manakala kos pengajian dan sara hidup di sesetengah tempat mungkin lebih berpatutan berbanding destinasi pengajian lain. Bagi keluarga yang perlu menanggung perbelanjaan pendidikan anak-anak selama beberapa tahun, perbezaan kos ini boleh membawa kesan yang besar. Kita tidak boleh menafikan bahawa kos pendidikan merupakan antara faktor yang menentukan sama ada seseorang pelajar dapat meneruskan cita-cita mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebenarnya telah mempunyai pengalaman mengiktiraf kelayakan perubatan tertentu daripada universiti di China. Dalam senarai-senarai kelayakan perubatan yang diterbitkan oleh MMC, terdapat kelayakan tertentu daripada Shanghai Jiao Tong University School of Medicine dan Fudan University Shanghai Medical College. Ini menunjukkan bahawa pengiktirafan kelayakan perubatan dari China bukan sesuatu yang baru dalam sistem kita. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan, selepas pengiktirafan kelayakan daripada universiti-universiti tersebut, apakah usaha yang telah dilakukan untuk menilai lebih banyak universiti perubatan di China?
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini juga berkaitan dengan peluang pendidikan kepada generasi muda kita. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Sibu, saya
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
menyambut baik usaha untuk merancakkan ekonomi Sibu dan kawasan tengah Sarawak melalui Zon Ekonomi Khas Sibu yang diumumkan dalam Belanjawan 2027.
Namun, rakyat bukan saja mahu mendengar pengumuman tentang projek pembangunan yang besar, mereka mahu mengetahui bagaimana projek ini akan dilaksanakan, siapa yang bertanggungjawab dan apakah manfaat sebenar yang akan diterima oleh masyarakat tempatan.
Sebelum ini, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan hasrat untuk menubuhkan agensi pembangunan khusus bagi Zon Ekonomi Khas Sibu dengan peruntukan awal RM1.5 bilion yang diumumkan untuk dimasukkan dalam belanjawan negeri yang akan datang.
Dalam Belanjawan 2027 pula, Kerajaan Persekutuan menyatakan bahawa rundingan rasmi dengan Kerajaan Sarawak akan dimulakan bagi memuktamadkan kerangka insentif pelaburan, pusat pemudah cara pelaburan sehenti dan keperluan infrastruktur strategik.
Sehubungan itu, saya ingin meminta kerajaan menjelaskan beberapa perkara. Adakah projek ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak ataupun bersama Kerajaan Persekutuan melalui sebuah badan bersama?
Bilakah agensi pelaksanaan akan bermula beroperasi dan bilakah pelan induk pembangunan akan dimuktamadkan?
Saya ingin tahu, apakah sektor ekonomi yang akan diberikan keutamaan dalam Zon Ekonomi Khas Sibu ini? Kerajaan perlu mengenal pasti sektor yang mempunyai kelebihan daya saing di Sibu, bukan sekadar mengumumkan pelbagai potensi tanpa sasaran pelaburan dan pekerjaan yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini penting kerana rakyat Sarawak mempunyai pengalaman dengan pelbagai rancangan pembangunan besar yang pernah diumumkan dengan harapan tinggi. SCORE Tanjung Manis pernah digambarkan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi yang mampu menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan besar. Namun, perkembangan yang diharapkan oleh masyarakat tidak sepenuhnya menyamai aspirasi besar yang pernah diumumkan.
Saya tidak mahu Zon Ekonomi Khas Sibu menghadapi persoalan yang sama pada masa hadapan. Apakah pengajaran yang telah diambil daripada pengalaman SCORE Tanjung Manis? Apakah perbezaan dari segi model ekonomi, strategi menarik pelabur, penyediaan infrastruktur dan mekanisme pelaksanaan? Bagaimana
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
kerajaan akan memastikan bahawa pelaburan yang diumumkan benar-benar direalisasikan dan bukan sekadar angka dan komitmen atas kertas?
Rakyat Sibu bimbang sekiranya mereka sekali lagi menaruh harapan yang tinggi terhadap satu rancangan pembangunan besar tetapi akhirnya tidak lihat perubahan ketara kepada ekonomi tempatan. Oleh itu, kerajaan perlu membuktikan bahawa Zon Ekonomi Khas Sibu ini mempunyai pelan pelaksanaan yang lebih jelas, sasaran yang boleh diukur dan sistem pemantauan yang telus.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu yang akhir untuk sesi ini iaitu isu kebakaran serius yang berlaku pada 21 Julai di Jalan Khoo Peng Loong, Sibu yang mengakibatkan 10 unit rumah kedai tiga tingkat musnah teruk manakala tiga unit lagi turut terjejas. Kebakaran ini bukan sahaja menyebabkan kerugian yang besar kepada pemilik premis dan juga peniaga, malah turut menimbulkan persoalan serius dalam kalangan masyarakat mengenai tahap kesiapsiagaan dan kelengkapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia khususnya di Sibu, Tuan Yang di-Pertua.
Antara perkara yang paling mendapat perhatian orang ramai ialah ketiadaan jentera bomba bertangga, iaitu skylift, yang boleh beroperasi untuk membantu memadamkan kebakaran di tingkat atas bangunan. Difahamkan bahawa jentera bertangga ataupun skylift yang sedia ada di Balai Bomba Sibu sudah lama mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan sekian lama. Akibatnya, usaha memadamkan kebakaran di atas bangunan menjadi lebih sukar khususnya apabila api merebak ke tingkat tiga dan kawasan yang sukar dicapai menggunakan peralatan biasa.
Lebih membimbangkan, pembangunan bandar Sibu semakin berkembang dengan semakin banyak bangunan bertingkat didirikan. Persoalannya, bagaimana pasukan bomba kita dapat memberikan tindak balas yang berkesan terhadap kebakaran bangunan tinggi sekiranya peralatan asas yang diperlukan untuk operasi tersebut tidak tersedia atau tidak berfungsi?
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bilakah Balai Bomba dan Penyelamat Sibu akan menerima sebuah jentera bertangga (skylift) yang baru dan berfungsi sepenuhnya? Adakah kementerian mempunyai perancangan yang jelas termasuk peruntukan kewangan dan jadual penghantaran bagi memastikan keperluan mendesak ini dapat diselesaikan?
Tuan Yang di-Pertua, saya memahami bahawa jentera bomba bertangga merupakan aset yang mahal. Kos pembelian, penyelenggaraan, alat ganti dan
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
latihan pengendalian semuanya memerlukan peruntukan yang besar. Namun begitu, kita tidak boleh melihat perkara ini semata-mata dari sudut kos. Kita mesti mengambil kira risiko kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan keselamatan anggota bomba yang berhadapan dengan bahaya sekali menjalankan operasi mereka.
Dalam kebakaran di Jalan Khoo Peng Loong ini, beberapa syarikat perkilangan telah tampil ke hadapan secara sukarela dengan menyediakan lori yang dilengkapi dengan platform pengangkat untuk membantu operasi memadam kebakaran itu. Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua syarikat dan individu yang menghulurkan bantuan. Tindakan mereka menunjukkan semangat solidariti dan tanggungjawab sosial yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita.
Bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, kita perlu bertanya adakah wajar operasi memadamkan kebakaran yang begitu serius terpaksa bergantung pada bantuan peralatan daripada syarikat swasta, bukan jentera khusus...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
...Dikeluarkan oleh pihak bomba yang tidak dapat digunakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tahu. Okey. Saya berharap kementerian perlu melaksanakan audit yang lebih terhadap keadaan jentera bomba dan peralatan kritikal di seluruh negara khususnya di bandar-bandar yang mempunyai banyak bangunan bertingkat. Juga, kerajaan perlu menetapkan tempoh penggantian yang jelas bagi aset fizikal yang telah rosak dan mencapai penghujung jangka hayat operasinya. Peruntukan kecemasan juga wajar dipertimbangkan apabila ketidak ada aset tertentu menjejaskan keupayaan operasi sesebuah balai bomba.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Itu saja yang saya nak sampaikan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk perbahasan Yang
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Berhormat Larut, Ketua Pembangkang, pada Isnin lalu di mana beliau menggariskan dasar-dasar dan pendekatan-pendekatan alternatif terhadap Bajet 2027 yang kelihatannya berjerebu.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Untuk mentadbir negara, kita perlu ada perbelanjaan pembangunan (DE) dan perbelanjaan mengurus (OE) pada angka yang munasabah. Tetapi Yang Amat Berhormat Tambun kelihatan obses untuk mengecilkan angka defisit, sedangkan ini bukan matlamat utama bajet.
Obsession ini menyebabkan DE pada tahun depan hanya RM83 bilion sahaja dan empat tahun berturut-turut dalam belanjawan bajet beliau, DE di bawah RM90 bilion sedangkan di awalnya beliau berjanji bahawa DE akan berada sekurang- kurangnya RM90 bilion. Matlamat utama bajet ialah untuk memperuntukkan dan menguruskan kewangan negara secara cekap demi memaju pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Tetapi oleh kerana DE kecil, maka bajet ini tidak mempunyai rancangan memacu pertumbuhan ekonomi. Sebab itu dikatakan kita hari ini survive atas wawasan Perdana Menteri yang terdahulu. Apabila tak cukup dana, apa yang dilakukan kerajaan? Suruh GLIC buat kerja kerajaan. Ini yang diungkapkan tadi oleh Kubang Kerian, pada hari Isnin oleh Larut. TNB, KWAP, PETRONAS disuruh membuat perkara-perkara yang bukan mereka punya core business. Ini menjadikan mereka the weeping voice. Sebenarnya kita mencekik mereka sehingga angsa-angsa emas ini menjadi bermasalah dan lemas. Pendapatan utama kerajaan ialah cukai tetapi kerana kita tak pandai nak buat dan kita tak tahu apa yang sebenarnya dilakukan. Ini yang kita kata beri ketetapan. Apa sebenarnya yang hendak digunakan? Sistem SST atau sistem GST?
Catalyst dalam bajet ini, catalyst untuk pertumbuhan kurang, yang ada ialah yang manis-manis. Tetapi sesetengah daripada yang manis itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, itu di hujung jalan. Saya bagi satu contoh. Setem duti untuk rumah.
Ini bagi yang dah mampu beli rumah. Isu kita bukan setem duti, isu kita rumah mahal, rakyat tak mampu beli rumah.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, bab kesihatan. DE untuk kesihatan cuma tambah RM5 juta sahaja bayangkan. Ini perkara yang paling dekat dengan rakyat. Jadi, kita bertanya adakah kerajaan benar-benar serius? Saya nak tanya beberapa persoalan.
Isu kekurangan doktor dan jururawat. Saya akur ada pertambahan tetapi soalnya bukan hanya menambah, soalnya juga ialah di mana mereka ditempatkan?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Kalau dia seorang doktor, MO, adakah dia ditempatkan di wad dan waktu tertentu sebahagiannya kena pergi buat kerja forensik atau diletakkan di forensik? Kemudian kalau ada keperluan dia pergi ke wad? Ini soal keutamaan dan prioriti. Yang sakit yang perlu dirawat itu di wad, itu harus diberi prioriti.
Jururawat. Ada yang terpaksa buat double shift tetapi ada jururawat yang buat kerja bukan klinikal. Misalnya mencuci peralatan di Central Sterile Services Department (CSSD). Ada MA yang sebenarnya boleh melakukan kerja-kerja prosedur klinikal yang dibenarkan tetapi disuruh bekerja buat kerja-kerja clerical, kerja pendaftaran di kaunter.
Wad tak cukup, saya faham dan ada usaha untuk menambah. Tetapi kita kena tengok juga adakah semua pesakit yang mengidap penyakit tidak berjangkit itu sebenarnya perlu masuk wad? Saya dapati bahawa kira-kira 23 peratus daripada pesakit yang saya maksudkan itu sebenarnya tak perlu masuk wad kalau ia dicegah daripada awal. Ini timbul persoalan primary care. Lalu saya bertanya di Kementerian Kesihatan, adakah berlaku pertembungan, pertempuran antara pihak yang bercakap soal public health dengan pihak yang bercakap soal medical? Antara kesihatan awam dengan perubatan?
Perbelanjaan lain di bawah KKM ialah pengawal keselamatan.
Persoalannya, adakah kita perlu seramai itu pengawal keselamatan?
Bukankah ada teknologi yang boleh digunakan untuk mengawal keselamatan di wad? Sebagai contoh pada waktu malam. Yang perlu keluar masuk ialah doktor dan jururawat, bukan pesakit dan tiada pelawat. Tapi kenapa mesti ada pengawal yang duduk depan wad itu? Dia bukan mengawal pun. Ada masa dia tak berapa nak kawal diri, dia tidur dekat situ.
Saya difahamkan ada sebuah negeri Tuan Yang di-Pertua, boleh selamatkan RM30 juta setahun kerana menggunakan teknologi, tidak menggunakan begitu ramai pengawal keselamatan untuk hospital-hospital di negeri tersebut. Dan saya difahamkan kalau hospital-hospital besar di Semenanjung, dia berbelanja sehingga RM10 juta setahun hanya untuk pengawal keselamatan. Jadi, boleh tak disusun kembali soal kewangan ini?
Bajet kesihatan dan bajet kebajikan. Bajet kesihatan tak cukup kita faham.
Kita ada banyak peruntukan kebajikan di bawah banyak badan, institusi, tabung, di Persekutuan, di negeri, di bawah GLIC, di bawah GLC, di bawah majlis agama tetapi hari-hari wakil-wakil rakyat dijumpai, ditemui oleh rakyat yang meminta bantuan kebajikan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Mengapa ini berlaku? Apakah berlaku ketirisan? Banyak sangat badan yang buat— Saya diberitahu oleh bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, kalau campur Federal dan negeri, untuk negeri Pahang ada lebih kurang 80 badan kebajikan tapi setiap hari saya jumpa rakyat yang kata bantuan tak dapat atau bantuan tak cukup sebab banyak sangat agaknya duit itu digunakan untuk pejabat, untuk kereta, untuk pegawai, untuk kakitangan dan sebagainya.
Saya cadangkan sebab di hospital ada pegawai kerja sosial kebajikan. Saya cadangkan tabung kebajikan yang ada yang banyak-banyak itu disusun semula supaya dia jadi seperti apa yang disebut dalam bahasa Inggeris, two sides of the coin dengan izin. Maknanya, di sini kesihatan, di sini kebajikan. Walaupun saya tahu kebajikan ada perkara-perkara lain juga yang mereka perlu berbelanja.
Tuan Yang di-Pertua, saya menerima memorandum daripada Sekretariat Reformasi IPT Malaysia yang diketuai oleh saudara Brendon Gan daripada UKM bertajuk Kertas Polisi Reformasi Tadbir Urus dan Tatakelola Perolehan IPTA yang ditujukan kepada Menteri KPT, Timbalan Menteri KPT dan Ahli-ahli Parlimen. Saya terima memo itu pada 7 Oktober. Saya nak sebut di sini supaya pihak KPT ambil perhatian dan ambil tindakan terhadap beberapa isu procurement perolehan di beberapa universiti di Malaysia, di IPTA yang saya fikir wajar diambil kira dan diambil tindakan.
Pendidikan. Bantuan bajet DE pendidikan menurun RM800 juta.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Indera Mahkota, sikit je.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Pada waktu yang sama, sabar dulu.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sikit.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Kualiti pendidikan merosot, ranking PISA dari mata pelajaran dalam bidang matematik merosot 11 mata, bilik darjah sesak, amat sesak, cerita sekolah daif belum selesai.
Saya yakin perkara-perkara ini sebahagiannya boleh diselesaikan andainya Kementerian Pendidikan mempunyai DE yang lebih besar daripada yang diumumkan. Umur enam tahun memasuki Tahun 1 mulai 2027. Akhirnya kita tahulah bahawa cuma 70,000 orang sahaja yang akan masuk. Alhamdulillah.
Yang saya nak sebut ini Tuan Yang di-Pertua dia punya kisuk nya dulu. Kisuk ini bahasa orang Pahang, sibuknya dulu sampai Menteri dan Perdana Menteri jawab cara nak masuk anak yang umur enam tahun ini, cara nak masuk Darjah 1 tahun depan itu ada lima jawapan dalam masa satu minggu. Akhirnya 70,000. Tak apalah
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
tapi tolonglah Menteri, tadi ada ini dah keluar, tolonglah bila dalam Dewan ini jawablah dengan betul dan dengan tertib persoalan-persoalan kami.
Tuan Yang di-Pertua, bab pendidikan ada kaitan dengan sukan juga.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Dan saya bila cakap sukan, saya kena cakap bola keranjang. Di Nilai, di Negeri Sembilan, dekat Seremban sebenarnya. Ada sebuah gelanggang baharu yang bertaraf dunia dibina oleh seorang usahawan yang kebetulan Presiden MABA.
Nama gelanggang itu ialah Karisma Arena. Kemudahan sangat baik tetapi ada satu masalah.
Ada beberapa kejohanan antarabangsa dari luar, yang nak datang ke sana, terutamanya dari Timur Tengah sebab keadaan di sana tidak aman. Tapi persoalan yang tak dapat dijawab, Seremban ialah tak ada hotel yang bertaraf lima bintang yang dekat dengan Karisma Arena. Saya rasa Yang Berhormat Seremban tahu Karisma Arena itu.
Sebab yang nak datang ni pemain profesional. Jadi gelanggang dah ada taraf dunia, hotel dan kemudahan lain itu yang tidak ada. Saya sebutkan ini supaya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dari Sarawak tolong ingatkan Kerajaan Sarawak.
Untuk Sukan SEA tahun depan, Sarawak tuan rumah untuk bola keranjang. Ambil kesempatan ini bina sebuah gelanggang yang bertaraf dunia tetapi pastikan juga ada kemudahan sokongan yang bertaraf dunia contohnya dari segi hotel dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan bajet baru-baru ini, Perdana Menteri menyebut bahawa untuk meningkatkan pendidikan Islam satu daripada kaedahnya ialah dengan memperkukuh sistem pondok, saya setuju. Dan caranya ialah dengan melantik sebuah Majlis Penasihat Pondok. Saya setuju juga.
Cuma ada satu persoalan. Beberapa tahun yang lalu, di sebuah negara di Timur Tengah, seorang pemimpin gerakan Islam yang dipilih secara demokratik menjadi Presiden telah dijatuhkan melalui rampasan kuasa oleh seorang jeneral.
Jeneral itu sekarang jadi presiden.
Antara yang menyokong jeneral itu bahkan yang mengatakan dan guna fatwa katanya mengatakan bahawa tindakan jeneral itu dan askar yang menyokong jeneral itu menembak lebih kurang 4000 atau lebih penyokong-penyokong Presiden yang dijatuhkan itu sebagai tindakan yang wajar.
Saya lihat ada nama ulama itu, antara yang dicadangkan untuk menjadi salah seorang penasihat Majlis Penasihat Pondok, saya dengan tegas mengatakan Perdana Menteri jangan lantik ulama su’ itu, jangan lantik ulama jahat itu, jangan
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
lantik ulama zalim itu kerana itu signal yang tidak baik kalau kita benar-benar ingin meningkatkan pendidikan Islam bagi anak-anak kita. Ramai lagi ulama tempatan, ulama di Indonesia dan ulama di Timur Tengah yang boleh kita rujuk supaya mendapatkan penasihatan-penasihatan yang baik.
Akhir sekali, soal pendidikan yang keseluruhan. Saya amat tidak puas hati dengan cara Kementerian Pendidikan dalam membentangkan dasar-dasar, dalam menjawab persoalan-persoalan. Saya bagi contoh, bagaimana Kementerian Pendidikan termasuk Pengajian Tinggi— tapi saya tak puas hati dengan Kementerian Pendidikan, Menteri KPT jawab baik-baik je.
Soal AI. Sebab apabila kita melibatkan soal AI, dia ada dua. Satu ialah AI sebagai teknologi dan katalis pertumbuhan ekonomi. Ini dalam kerangka fizikal dan ekonomikal. Yang ini memang kita sebut dan Larut pun sebut dan kita pun kata kita mesti majukan. Tetapi ia berbeza dengan AI sebagai teknologi yang menjadi bantuan pendidikan. Ini dalam kerangka rasional dan spiritual. Kita harus hati-hati. Kita perlu belajar contohnya daripada Sweden, satu ketika dulu dalam pendidikan semuanya digital, tak pakai buku teks ya.
Tetapi selepas beberapa tahun, mereka dapati ia bukan cara dan strategi yang terbaik mereka kembali menggunakan buku teks walaupun AI dan teknologi ICT digunakan sebagai alat bantuan pendidikan.
Jadi yang nak saya peringatkan ialah kita harus bezakan AI sebagai sumber pertumbuhan ekonomi dengan AI sebagai alat bantuan pendidikan, harus ada keseimbangan dan penggunaan yang munasabah. Tuan Yang di-Pertua, saya belum buat keputusan nak sokong atau nak bangkang bajet ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Batu Kawan.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Batu Kawan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha membentangkan belanjawan yang menyeluruh, berpandangan jauh dan mengambil kira keperluan rakyat serta aspirasi pembangunan negara selaras dengan tema, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Pada khidmat saya, kejayaan sesebuah belanjawan bukan sekadar diukur melalui jumlah peruntukan diumumkan tetapi sejauh mana setiap Ringgit yang dibelanjakan mampu meringankan beban rakyat, menjana peluang pekerjaan, memperkukuh ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat kita.
Mewakili rakyat Pulau Pinang, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas perhatian yang diberikan kepada negeri melalui beberapa pengumuman penting dalam Belanjawan 2027. Izinkan saya menyentuh beberapa perkara strategik yang bukan sahaja penting kepada negeri Pulau Pinang malah juga mempunyai implikasi terhadap daya saing ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.
Pertama, pengiktirafan terhadap usaha negeri Pulau Pinang untuk dipetakan sebagai Pusat Kewangan Teknologi Negara, menerusi penubuhan Penang Technology Financial Centre atau PTFC.
Saya menyambut baik perhatian Kerajaan Persekutuan terhadap usaha penubuhan PTFC termasuk pengumuman dana pelaburan strategik berbentuk perkongsian antara Persekutuan dan negeri berjumlah RM100 juta menerusi Khazanah Nasional dan InvestPenang bagi menyokong pertumbuhan syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju dalam negara ke peringkat global.
PTFC direka untuk berfungsi sebagai nukleus kewangan teknologi Malaysia.
Pulau Pinang yang dikenali sebagai silicon valley of the east adalah lokasi kepada lebih 350 MNC dan menyumbang satu pertiga daripada jumlah eksport negara.
Sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta sektor semikonduktor di negeri Pulau Pinang, memainkan peranan penting di peringkat dunia. Namun begitu, di sebalik kekuatan perindustrian ini, Pulau Pinang masih kekurangan infrastruktur kewangan yang diperlukan untuk menyokong sepenuhnya aliran modal, operasi perbendaharaan dan pembiayaan rantaian bekalan sejajar dengan pertumbuhan perindustriannya.
PTFC umumnya dibangunkan untuk merapatkan jurang ini. PTFC akan membuka peluang pertumbuhan bagi lebih 6500 syarikat rantaian bekalan E&E di Pulau Pinang melalui penyediaan perkhidmatan kewangan utama seperti modal teroka atau venture capital, ekuiti swasta, pembiayaan perdagangan dan capaian kepada pasaran modal. PTFC direka untuk menyokong syarikat-syarikat ini. Di sepanjang continuant pembentukan model daripada inkubasi dan pengkomersialan sehingga penjelaran awam di pasaran misalnya LEAP, ACE atau pasaran utama.
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Ini memastikan syarikat-syarikat mempunyai laluan yang jelas daripada permulaan atau startup kepada peningkatan skala atau scale-up. Sebagaimana ditekankan sebelum ini, PTFC tidak bertujuan menduplikasi atau bersaing dengan pusat-pusat kewangan Malaysia yang sedia ada.
Sebaliknya ia bakal berfungsi sebagai pelengkap yang berteraskan industri, menghubungkan pasaran modal Malaysia secara langsung dengan sektor teknologi dan pengetahuan paling strategik. PTFC bersifat neutral terhadap asal usul modal dan mengalu-alukan sumber domestik serta antarabangsa. Fokusnya adalah ke arah modal disalurkan, iaitu ke dalam syarikat tempatan, bukan dari mana ia berasal.
Sepanjang tempoh 15 tahun, impak PTFC dijangka menyumbang RM12 bilion kepada KDNK Malaysia dan menyokong lebih 71,000 peluang pekerjaan yang disusun dalam tiga fasa. Secara keseluruhan, PTFC akan, satu, memperkukuh pembangunan Wilayah Utara, menyediakan infrastruktur kewangan yang diperlukan untuk menyokong asas perindustrian rantau ini, dan menarik aktiviti ekonomi bernilai lebih tinggi. PTFC dijangka mengukuhkan asas perindustrian utama seperti Kulim Hi- Tech Park di Kedah, antara kawasan-kawasan utama lain dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara atau NCER.
Kedua, memainkan peranan penting dalam pertumbuhan keseluruhan Malaysia dengan memperdalam pasaran modal dan menyalurkan aliran kewangan ke arah sektor strategik negara kita.
Dan ketiga, mengukuhkan penyertaan Malaysia dalam rangkaian kewangan global dengan menawarkan tawaran berbeza dan belum lagi disediakan oleh mana- mana pusat kewangan di rantau ASEAN.
PTFC bukanlah inisiatif negeri yang berdiri sendiri dan hanya mencari sokongan atau pengiktirafan Persekutuan. Ia merupakan platform untuk melaksanakan aspirasi dasar Persekutuan dan negeri yang sedia ada melalui tawaran kewangan teknologi yang tertentu.
Justeru, bagi menyokong penubuhan PTFC dan lanjutan daripada pengumuman Belanjawan 2027, Batu Kawan memohon keputusan-keputusan lanjutan daripada Persekutuan ke arah memetakan Pulau Pinang sebagai pusat kewangan teknologi negara menerusi PTFC, iaitu, satu, pengenalpastian dan penggemblengan modal awam sedia ada dari government-linked investment company (GLIC) yang relevan dan program pembiayaan Persekutuan seperti Jelawang Capital dan Dana Perintis di bawah Pelan Tindakan KL20 serta NIMP
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
Strategic Co-Investment Fund harus memperuntukkan sebahagian daripada dana berkaitan teknologi dan semikonduktor sedia ada untuk disalurkan kepada syarikat teknologi Malaysia melalui PTFC. Objektifnya bukan untuk mewujudkan kumpulan pembiayaan baharu, sebaliknya untuk memanfaatkan modal sedia ada bagi menarik penyedia pembiayaan teknologi khusus dan pelaburan swasta.
Kedua, penubuhan sebuah kumpulan kerja bersama Persekutuan, negeri yang melibatkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Security Commission, Bursa Malaysia, Technology Depository Agency, MIDEC, Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST), GLIC dan pihak berkepentingan relevan lain untuk memacu pelaksanaannya.
Ketiga, penubuhan pusat fasilitasi kewangan teknologi Pulau Pinang.
Berbeza daripada Invest Malaysia Facilitation Centre Johor, pusat ini akan memberi tumpuan kepada membantu syarikat tempatan mengakses pembiayaan, berhubung dengan pelabur, dan menavigasi ekosistem pembiayaan teknologi.
Keempat, kehadiran fizikal Persekutuan di negeri Pulau Pinang merangkumi agensi pembiayaan dan pengawalseliaan yang relevan bagi menyokong pelaksanaan serta mengukuhkan penglibatan dengan pihak berkepentingan industri.
Kelima, pembangunan pakej insentif yang disatukan melalui penggabungan insentif, program pembiayaan, dan skim kewangan sedia ada ke dalam satu platform untuk meningkatkan keterlihatan, kebolehcapaian, serta penyelarasan.
Keenam, pembangunan langkah-langkah fasilitasi bakat untuk menarik penghijrahan bakat dan kepakaran ke Pulau Pinang bagi menyokong PTFC. Tawaran PTFC sengaja dibentuk secara khusus dan berdisiplin. Ia direka sebagai pusat kewangan berteraskan teknologi Malaysia bertumpukan kepada pembiayaan rantaian bekalan semikonduktor, penciptaan pengetahuan, dan kewangan Islam.
Kerajaan negeri dan Persekutuan tidak dapat merealisasikan ini secara bersendirian.
Secara bersatu, kedua-duanya dapat mengubah PTFC kepada sebuah pusat kewangan teknologi negara daripada konsep kepada pelaksanaan demi mengukuhkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi untuk dekad-dekad yang akan datang.
Yang di-Pertua, kedua, jaminan bekalan air yang mampan untuk pembangunan jangka panjang khasnya Wilayah Utara. Saya juga merakamkan penghargaan atas komitmen meluluskan Projek Skim Pemindahan Air dari Perak ke Pulau Pinang, yang mana ia merupakan satu projek unik dan bersifat strategik nasional. Justeru, ia tidak wajar dilihat sebagai projek infrastruktur antara negeri semata-mata, sebaliknya sebagai pelaburan nasional yang memerlukan sokongan
Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan
dan pembiayaan Persekutuan demi kepentingan ekonomi serta kesejahteraan negara secara keseluruhannya.
Berdasarkan penilaian kejuruteraan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, kos projek ini dianggar sebanyak RM3.5 bilion. Daripada jumlah tersebut komponen pembangunan sumber air mentah atau source works di negeri Perak dianggarkan bernilai RM1.5 bilion, manakala komponen rawatan air terawat dan sistem pengagihan di bahagian negeri Pulau Pinang dianggarkan berjumlah RM2 bilion yang melibatkan loji-loji rawatan, takungan imbangan, dan saluran paip dan lain-lain. Jadi, kita berharap dapat memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan pembiayaan geran berjumlah RM2 bilion bagi komponen rawatan air terawat dan sistem pengagihan projek sebagaimana dinyatakan tadi.
Sokongan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan bakal membantu mengurangkan beban kos pembangunan secara signifikan serta memastikan kadar tarif air kekal kompetitif dan melindungi daya saing industri negara dan kelangsungan pelaburan strategik di Malaysia. Pulau Pinang kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak, dan semua agensi berkaitan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek infrastruktur air nasional yang amat penting ini. Walaupun ada isu-isu lain, saya harap Kerajaan Persekutuan dapat memberi perhatian kepada isu-isu yang saya bangkitkan tadi.
Dengan itu, sekian, terima kasih Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya tangguhkan Mesyuarat, saya menjemput Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk hadir ke Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia pada hari ini di Dewan Bankuet Parlimen Malaysia, jam 1.00 tengah hari.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Yang Berhormat. Kita sambung semula dengan mempersilakan Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Baik. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya mengalu-alukan usaha kerajaan meningkatkan peruntukan STR dan SARA kepada RM16 bilion pada tahun 2027 berbanding RM15 bilion pada tahun sebelumnya. Bantuan sehingga RM150 sebulan kepada penerima STR serta bantuan SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali kepada rakyat yang layak boleh membantu keluarga menangani sebahagian perbelanjaan asas.
Begitu juga dengan peningkatan peruntukan Jualan RAHMAH dan Jualan Agro MADANI kepada RM750 juta. Saya mengalu-alukan langkah memperluaskan akses kepada barangan segar serta meningkatkan penyertaan kedai runcit kecil yang juga wajar diberikan perhatian di mana sebelum ini akses ini hanyalah kepada kedai-kedai yang dimiliki oleh syarikat-syarikat yang besar sahaja.
Namun, kita perlu melihat masalah ini secara menyeluruh. Bantuan tunai dan barangan bersubsidi dapat mengurangkan tekanan dalam jangka pendek tetapi tidak semestinya menyelesaikan punca kos sara hidup yang tinggi. Keluarga masih perlu membayar sewa atau ansuran rumah, pengangkutan, bil utiliti, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan kesihatan. Sekiranya harga barang meningkat lebih pantas daripada pendapatan, bantuan yang diterima akan kehilangan sebahagian daripada nilainya. Rakyat mungkin menerima bantuan pada hari ini tetapi kembali berdepan tekanan kewangan pada bulan berikutnya.
Oleh itu, saya mencadangkan tiga langkah penambahbaikan. Pertama, kerajaan perlu menerbitkan indeks kos sara hidup mengikut kawasan dan kategori isi rumah supaya keberkesanan bantuan dapat dinilai berdasarkan keadaan sebenar keluarga berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.
Kedua, pemantauan harga barangan asas perlu diperkukuhkan dengan tindakan terhadap pencatutan, kartel dan manipulasi rantaian bekalan di samping mengurangkan kos pengedaran dari pengeluar kepada pengguna.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Yang ketiga, bantuan bersasar perlu disemak secara berkala berdasarkan perubahan pendapatan, bilangan tanggungan dan kos kehidupan setempat.
Matlamatnya bukan sekadar memastikan bantuan sampai kepada penerima tetapi memastikan bantuan tersebut benar-benar mencukupi untuk tujuan yang ditetapkan.
Saya juga berpandangan bahawa kejayaan dasar subsidi bersasar tidak boleh diukur berdasarkan jumlah penjimatan kerajaan sahaja. Penjimatan itu mestilah diterjemahkan kepada perkhidmatan awam yang lebih baik, bantuan yang lebih berkesan dan pengurangan beban rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, saya mengambil maklum cadangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 serta memperkenalkan gaji minimum permulaan RM2,500 bagi pekerja separa mahir dan graduan. Pada prinsipnya, pekerja mesti menikmati hasil pertumbuhan ekonomi.
Mereka tidak seharusnya terus bekerja keras sedangkan pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk memenuhi keperluan paling asas.
Namun, kenaikan gaji perlu disokong oleh peningkatan produktiviti, latihan kemahiran dan keupayaan majikan. Perusahaan mikro, kecil dan sederhana atau PMKS khususnya yang mempunyai margin keuntungan rendah mungkin menghadapi kesukaran menanggung kenaikan kos gaji, sewa, bahan mentah dan pembiayaan. Sekiranya isu ini tidak diurus dengan baik, terdapat risiko majikan mengurangkan pengambilan pekerja, menaikkan harga atau memperkecilkan operasi.
Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan bantuan peralihan yang bersasar kepada PMKS yang benar-benar memerlukan. Dengan syarat mereka mematuhi undang-undang pekerjaan dan tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut. Bantuan ini boleh disertai insentif automasi, latihan pekerja dan peningkatan produktiviti.
Kerajaan juga perlu memantau pelaksanaan gaji minimum mengikut sektor dan wilayah termasuk kesannya terhadap peluang pekerjaan serta kos perniagaan.
Dasar gaji yang baik bukan sekadar menaikkan angka pada slip gaji tetapi meningkatkan pendapatan bersih dan taraf hidup pekerja secara berterusan.
Dalam masa yang sama, nasib kira-kira 600,000 pekerja gig perlu diberikan perhatian serius. Cadangan meningkatkan pendapatan bersih, membantu kos penyelenggaraan kenderaan dan memperluaskan caruman PERKESO serta KWSP merupakan langkah yang positif. Bagaimanapun, perlindungan pekerja gig tidak sepatutnya bergantung kepada bantuan sementara semata-mata. Kerajaan perlu
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
memastikan formula pendapatan minimum, perlindungan kemalangan, caruman persaraan dan tanggungjawab syarikat platform mempunyai garis panduan yang jelas serta boleh dikuatkuasakan. Kita mahu ekonomi digital berkembang tetapi jangan sampai teknologi berkembang dengan mengorbankan kebajikan manusia yang menggerakkannya.
Dato' Yang di-Pertua, belanjawan yang adil mestilah mengambil kira hakikat bahawa keperluan setiap negeri dan kawasan tidak sama. Saya mengalu-alukan peruntukan RM3.3 bilion bagi prasarana asas desa. Peningkatan peruntukan jalan desa kepada RM2.3 bilion serta usaha meningkatkan paip air yang uzur. Peruntukan RM100 juta untuk mengurangkan risiko banir kilat di Lembah Klang juga menunjukkan bahawa masalah infrastruktur memerlukan tindakan segera.
Begitu juga meningkatkan peruntukan kepada Sabah. Sebanyak RM18.7 bilion dan Sarawak RM16.2 bilion wajar disertai usaha mempercepatkan pembangunan jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan jaringan komunikasi.
Namun, kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan jumlah wang yang diperuntukkan. Kita mesti menilai hasil yang diterima oleh penduduk.
Masih terdapat risiko projek lewat disiapkan. Penyelenggaraan tidak mencukupi dan kemudahan yang dibina tidak berfungsi secara optimum. Dalam isu air misalnya, penggantian paip perlu disertai usaha mengurangkan kehilangan air NRW, meningkatkan kecekapan loji rawatan dan memastikan bekalan sampai secara konsisten kepada pengguna.
Dalam menangani banjir, pembinaan kolam takungan dan penyelenggaraan sungai perlu disepadukan dengan perancangan guna tanah, kawalan pembangunan serta sistem amaran awal. Saya mencadangkan agar setiap projek utama mempunyai jadual pelaksanaan secara fizikal, sasaran fizikal, kos sebenar, agensi bertanggungjawab dan laporan kemajuan yang boleh diakses oleh rakyat. Projek yang lewat perlu disertai penjelasan dan pelan pemulihan yang lebih jelas.
Bagi kawasan luar bandar, orang asli dan pedalaman Sabah serta Sarawak, kerajaan juga perlu menggunakan pendekatan berdasarkan keperluan sebenar komuniti. Pembangunan bukan hanya bermaksud membina jalan atau bangunan tetapi memastikan anak-anak boleh ke sekolah, pesakit boleh mendapatkan rawatan dan penduduk mempunyai peluang ekonomi yang munasabah.
Dato' Yang di-Pertua, pendidikan dan kesihatan ialah pelaburan jangka panjang yang menentukan kualiti kehidupan rakyat. Saya mengambil maklum peruntukan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan serta meningkatkan
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
peruntukan membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah kepada RM2 bilion. Saya juga menyambut baik peningkatan peruntukan Kementerian Kesihatan kepada RM47.7 bilion dan langkah menawarkan lebih 9,000 jawatan tetap kepada doktor kontrak pada tahun 2027. Ini merupakan bidang yang sangat dekat dengan kehidupan rakyat.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Namun, masalah pendidikan tidak boleh diselesaikan dengan peruntukan semata-mata. Keadaan bangunan sekolah, kemudahan tandas, makmal, capaian Internet, bilangan guru dan keperluan murid berkeperluan khas perlu dipantau secara berterusan.
Saya mencadangkan agar sekolah yang mempunyai kerosakan kritikal diberikan keutamaan berdasarkan tahap keselamatan dan kesan terhadap pembelajaran. Peruntukan penyelenggaraan pula perlu dipantau supaya kerja pembaikan benar-benar disiapkan mengikut standard yang telah ditetapkan.
Dalam isu ini, saya juga dapat rungutan daripada kontraktor-kontraktor yang membuat kerja-kerja pembersihan di sekolah bahawa mereka tidak mendapat pembayaran yang sepatutnya. Lewat melebihi tiga bulan. Baru dapat duit. Jadi, macam mana kita nak jaga sekolah kita supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Dalam bidang kesihatan, penambahan peruntukan perlu diterjemahkan kepada masa menunggu yang lebih singkat. Bekalan ubat yang mencukupi, kemudian diagnostik yang berfungsi dan pengagihan tenaga kesihatan yang lebih seimbang. Pelantikan doktor secara tetap merupakan perkembangan yang baik tetapi kerajaan juga perlu memastikan penempatan latihan kepakaran, keadaan kerja dan peluang perkembangan kerjaya dapat dipertingkatkan. Sistem kesihatan yang mampan memerlukan petugas yang mencukupi, terlatih dan dihargai.
Saya turut menekankan keperluan memperkukuhkan sokongan kepada warga emas. orang kurang upaya, keluarga miskin dan penjaga yang menanggung ahli keluarga yang sakit kronik. Peningkatan bantuan kebajikan hendaklah disertai akses yang mudah, proses permohonan yang cekap dan mekanisme rayuan yang lebih adil. Ukuran kejayaan kita ialah sama ada rakyat paling memerlukan mampu mendapat pendidikan, rawatan dan perlindungan tanpa terhalang oleh kemiskinan atau lokasi tempat tinggal.
Dato' Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 menganjurkan pertumbuhan ekonomi di antara 4.2 hingga 5.2 peratus. Kerajaan juga merancang menggunakan
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
defisit fiskal kepada 3.3 peratus dan menurunkan nisbah hutang persekutuan kepada 63.7 peratus. Saya berpandangan bahawa disiplin fiskal amat penting. Negara tidak boleh berbelanja tanpa mengambil kira kemampuan hasil dan tanggungan generasi yang akan datang. Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi perlu dinilai bersama kualiti pekerjaan, pertumbuhan pendapatan isi rumah dan kemampuan PMKS untuk berkembang. Angka KDNK yang tidak meningkat secara automatik bermaksud semua rakyat menikmati kemakmuran yang sama.
Penurunan cukai PMKS, pelaburan dalam teknologi semikonduktor, kecerdasan buatan dan tenaga baharu berpotensi memperkukuhkan daya saing negara. Tetapi kerajaan perlu memastikan manfaatnya tidak tertumpu kepada syarikat besar semata-mata. Saya mencadangkan agar insentif pelaburan disertai petunjuk prestasi yang jelas termasuk jumlah pekerjaan berkualiti yang diwujudkan, pemindahan teknologi, latihan pekerja tempatan dan penyertaan vendor tempatan.
Dalam hal pengurusan fiskal pula, sasaran pengurangan defisit perlu dicapai tanpa mengabaikan keperluan asas rakyat. Penjimatan hendaklah mengutamakan pengurangan ketirisan, pembaziran dan perbelanjaan yang tidak memberikan nilai yang setimpal— bukan menjejaskan perkhidmatan yang penting. Kerajaan juga perlu memberikan penjelasan yang mudah difahami tentang perubahan hasil, kos subsidi, komitmen hutang dan risiko ekonomi global. Ketelusan bukan sekadar menerbitkan angka tetapi membolehkan Parlimen dan rakyat menilai sama ada wang awam digunakan dengan berkesan.
Dato' Yang di-Pertua, akhirnya sebaik mana dasar pun yang dirancang pelaksanaannya akan menentukan kejayaan. Saya mengambil maklum usaha memperkukuhkan ketelusan projek kerajaan termasuk mendedahkan maklumat projek, kontraktor dan nilai kontrak. Langkah ini perlu disokong dengan pemantauan bebas, audit yang berkesan dan tindakan yang tegas terhadap salah guna kuasa.
Saya mencadangkan supaya maklumat mengenai projek utama, kemajuan pembayaran, perubahan kos dan kelewatan diterbitkan secara berkala dalam format yang mudah difahami. Parlimen pula perlu menerima laporan prestasi yang membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat menilai hasil sebenar perbelanjaan. Setiap kontrak perlu diberikan berdasarkan nilai terbaik untuk wang rakyat, bukannya hubungan atau kepentingan tertentu.
Sebarang pertambahan kos dan kelewatan yang ketara hendaklah disertai penjelasan yang boleh dipertanggungjawabkan. Inilah prinsip yang perlu kita pegang. Wang awam bukan wang milik mana-mana parti atau individu, wang awam
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
adalah amanah rakyat. Pembangkang mempunyai tanggungjawab untuk meneliti, menegur dan mencadangkan penambahbaikan. Kerajaan pula perlu bersedia menjawab persoalan secara terbuka. Perbezaan pandangan politik tidak sepatutnya menghalang kita daripada menyokong dasar yang benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, kesimpulannya Belanjawan 2027 mengandungi beberapa langkah yang berpotensi membantu rakyat termasuk meningkatkan bantuan bersasar, usaha menaikkan pendapatan pekerja, pembangunan infrastruktur, penambahbaikan pendidikan dan kesihatan serta pengukuhan tadbir urus. Namun, kita tidak boleh menilai belanjawan berdasarkan pengumuman semata-mata. Kita perlu menilai sama ada harga keperluan semakin mampu dibeli, gaji mencukupi untuk menampung kehidupan, anak-anak mendapat pendidikan yang baik, pesakit menerima rawatan yang tepat pada masanya dan pembangunan sampai kepada semua kawasan.
Saya menyeru kerajaan supaya memberikan keutamaan kepada pelaksanaan yang cekap, pengagihan yang adil dan pengukuhan hasil yang telus.
Setiap kementerian perlu bertanggungjawab terhadap sasaran yang telah ditetapkan manakala setiap Ringgit diperuntukkan perlu menghasilkan manfaat yang boleh dirasai. Kepada rakyat, kita tidak menjanjikan bahawa semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata tetapi kita berhak menuntut kerajaan supaya bertindak dengan cekap, mendengar suara rakyat dan membetulkan kelemahan apabila sesuatu dasar tidak mencapai matlamatnya.
Akhirnya, kekuatan negara bukan hanya terletak kepada pertumbuhan ekonomi dan besarnya belanjawan. Tetapi pada keyakinan rakyat bahawa mereka tidak ditinggalkan ketika menghadapi kesusahan. Belanjawan yang berjaya adalah belanjawan yang mengurangkan beban rakyat, membuka peluang kepada generasi muda, melindungi golongan rentan dan memastikan amanah kewangan negara dipelihara. Marilah kita menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai ukuran utama setiap keputusan ekonomi dan pentadbiran negara.
Jika sesuatu dasar membawa manfaat kita wajib mengiktirafnya. Jika terdapat kelemahan kita wajib memperbaikinya dan jika amanah rakyat dipertaruhkan, kita mesti berani menuntut pertanggungjawaban. Semoga Malaysia terus menjadi negara yang makmur, adil, berintegriti dan memberi peluang kepada setiap rakyat untuk hidup dengan bermaruah. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Giliran seterusnya Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan satu persoalan yang cukup mendasar. Apakah sebenarnya ukuran kejayaan sebuah belanjawan negara?
Adakah kejayaan diukur melalui jumlah peruntukan yang diumumkan atau bilangan projek yang dilancarkan atau besarnya angka yang tercatat dalam dokumen kewangan negara.
Bagi saya, ukuran yang lebih penting ialah perubahan yang dapat dirasai oleh rakyat. Dalam keghairahan negara mengejar kemajuan teknologi, pelaburan bernilai tinggi dan pembangunan bertaraf dunia, kita tidak boleh melupakan keperluan asas rakyat yang menjadi tunjang kepada kekuatan negara.
Kita mahu Malaysia menguasai kecerdasan buatan tetapi jangan sampai ada anak-anak yang masih belajar dalam bilik darjah yang tidak selesa. Kita mahu menarik pelaburan berbilion ringgit tetapi jangan sampai pekerja tempatan hanya menjadi penonton kepada kemakmuran yang berlaku di sekeliling mereka. Kita mahu membina ekonomi masa depan tetapi jangan sampai pembiayaannya menjadi beban kepada generasi yang belum dilahirkan.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memberikan perhatian dalam Belanjawan 2027 kepada pembangunan Negeri Johor khususnya Zon Ekonomi Khas Johor– Singapura (JS-SEZ). Saya menyambut baik komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan JS-SEZ sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu.
Menurut pembentangan Belanjawan 2027, sebanyak RM132 bilion pelaburan telah direkodkan dari tahun 2025 hingga Jun 2026 dalam konteks pembangunan JS-SEZ.
Saya juga menghargai pengumuman pembangunan Nexus Sedenak sebagai nod baru perindustrian di bahagian utara Johor Special Economic Zone, dengan potensi pelaburan sebanyak RM12 bilion dan 45,000 peluang pekerjaan.
Pengumuman ini penting kerana pembangunan Johor tidak seharusnya tertumpu kepada kawasan Johor Bahru dan Iskandar Puteri sahaja. Perkembangan nod perindustrian baharu membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang dari segi geografi.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan satu kerangka pengukuran limpahan ekonomi JS-SEZ yang tidak hanya melaporkan nilai pelaburan yang diumumkan tetapi turut mengukur pelaburan yang benar-benar direalisasikan, jumlah pekerjaan yang diwujudkan, tahap gaji, penyertaan syarikat tempatan dan juga peningkatan produktiviti.
Matlamat kita bukan sekadar membawa pelabur ke Johor. Matlamat kita ialah memastikan lebih banyak syarikat Johor mampu berkembang bersama pelabur tersebut. Pertama, pembangunan agromakanan bernilai tinggi. Johor mempunyai kekuatan dalam sektor pertanian dan pengeluaran makanan.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Saya melihat peluang untuk memperkukuhkan peranan, sebagai contoh kawasan saya Simpang Renggam, melalui teknologi pertanian, pusat pengumpulan hasil, pemprosesan makanan dan hubungan bekalan kepada pasaran domestik serta Singapura.
Kedua, pembangunan modal insan tempatan. Anak-anak muda di Simpang Renggam perlu mendapat akses kepada latihan yang relevan dengan industri baru.
Program latihan tidak seharusnya hanya mengeluarkan sijil, tetapi mesti membawa kepada pekerjaan, peningkatan kemahiran dan pendapatan yang lebih baik. Saya ingin mencadangkan supaya satu mekanisme pemadanan latihan dan pekerjaan diwujudkan dengan penglibatan pelabur, latihan institusi, kerajaan negeri dan juga komuniti tempatan.
Ketiga, pembangunan perusahaan kecil dan juga usahawan tempatan.
Peniaga kecil, pengusaha makanan, penyedia perkhidmatan dan usahawan desa juga perlu diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negeri. Pembangunan yang benar-benar inklusif bukan sekadar membawa kemajuan kepada sesuatu tempat. Pembangunan yang inklusif membuka peluang kepada penduduk setempat untuk menjadi sebahagian daripada kemajuan tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada satu perkara yang lebih— yang turut mendasar iaitu kedudukan fiskal negara dan struktur perbelanjaan kerajaan khususnya perbelanjaan pembangunan atau development expenditure
(DE), dengan izin. Saya ingin memulakan dengan mendukung usaha kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal secara berperingkat.
Defisit fiskal yang berada pada paras 5.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2022 telah menunjukkan trend penurunan dan bagi tahun 2027, kerajaan menyasarkan defisit sebanyak 3.3 peratus daripada KDNK. Arah penurunan ini
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
penting bagi memperkukuhkan keyakinan terhadap pengurusan kewangan negara.
Namun, kita perlu melihat bukan sahaja angka defisit sebagai peratusan KDNK, tapi juga struktur perbelanjaan yang membentuk belanjawan tersebut.
Belanjawan 2027 mengumumkan jumlah keseluruhan perbelanjaan dan pelaburan sebanyak RM510 bilion, meningkat daripada RM470 bilion. Namun daripada RM510 bilion ini, perbelanjaan langsung Kerajaan Persekutuan berjumlah RM459.8 bilion yang terdiri daripada RM376.8 bilion perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion perbelanjaan pembangunan.
Apa yang menarik perhatian saya ialah perbezaan kadar pertumbuhan kedua-dua komponen ini. Berdasarkan perbandingan dengan anggaran asal 2026, perbelanjaan mengurus meningkat sekitar RM38.6 bilion, sedangkan perbelanjaan pembangunan hanya meningkat sekitar RM2 bilion. Perbandingan ini perlu dibaca dengan teliti kerana anggaran 2026 telah disemak semula, namun persoalan dasar yang dibangkitkan tetap relevan.
Mengapakah pertumbuhan perbelanjaan mengurus jauh lebih besar daripada pertambahan perbelanjaan pembangunan? Saya memahami bahawa perbelanjaan mengurus mempunyai kepentingannya tersendiri. Gaji penjawat awam, pencen, subsidi, bekalan dan perkhidmatan, semuanya diperlukan untuk memastikan kerajaan berfungsi dan terus memberi perkhidmatan.
Oleh itu, saya tidak mencadangkan bahawa semua perbelanjaan mengurus adalah tidak produktif atau perbelanjaan pembangunan semestinya menghasilkan pulangan ekonomi yang baik. Namun, kita perlu berwaspada apabila sebahagian besar pertambahan perbelanjaan negara digunakan untuk membiayai komitmen semasa, sedangkan ruang untuk membina kapasiti ekonomi masa hadapan berkembang dengan lebih perlahan. Jika kita terlalu banyak membelanjakan sumber untuk memenuhi keperluan hari ini, dari manakah datangnya ruang fiskal untuk membiayai keperluan esok?
Persoalan ini menjadi lebih penting apabila kita meneliti kedudukan hasil negara. Bagi tahun 2027, hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM380.8 bilion, sedangkan perbelanjaan mengurus berjumlah RM376.8 bilion. Ini bermakna hanya sekitar RM4 bilion hasil dijangka berbaki selepas menampung perbelanjaan mengurus. Dengan kata lain, kira-kira 99 peratus daripada hasil tahunan kerajaan dijangka digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus. Ini satu angka yang wajar mendapat perhatian serius Dewan yang mulia ini.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Secara agregat, hasil tahunan kerajaan hampir keseluruhannya diguna untuk membiayai komitmen semasa dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM83 bilion. Keperluan pembiayaan negara masih bergantung secara besar kepada pinjaman, tertakluk kepada kedudukan tunai dan pembiayaan kerajaan secara keseluruhan. Meminjam untuk pembangunan tidak semestinya salah, malah pinjaman boleh menjadi instrumen yang munasabah jika digunakan untuk membiayai aset dan projek yang menghasilkan manfaat ekonomi dan sosial berpanjangan.
Namun, prinsip yang perlu kita pegang ialah setiap hutang yang ditanggung hari ini mesti mempunyai justifikasi yang jelas terhadap manfaat yang akan dinikmati pada masa hadapan. Kita tidak harus berpuas hati kerana sesuatu projek dilabel sebagai perbelanjaan pembangunan. Sebuah projek yang tidak diperlukan mengalami pembaziran atau gagal mencapai objektif tetap merupakan penggunaan wang rakyat yang tidak cekap walaupun dikategorikan sebagai development expenditure. Justeru, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkukuhkan pendekatan outcome-based development expenditure iaitu perbelanjaan pembangunan berasaskan keberhasilan. Bagi setiap projek pembangunan utama, kita perlu menilai sekurang-kurangnya lima perkara. Apakah masalah yang ingin diselesaikan? Apakah manfaat ekonomi dan sosial yang dijangkakan? Berapakah kos keseluruhan sepanjang hayat projek? Apakah risiko pelaksanaannya? Dan bagaimana kejayaan akan diukur selepas projek siap? Contoh, hospital di Pasir Gudang. Projeknya siap, tapi kakitangan tidak cukup. Adakah itu projek siap?
Saya juga mencadangkan supaya kerajaan menerbitkan laporan prestasi projek pembangunan utama yang merangkumi peruntukan asal, perbelanjaan sebenar, kemajuan fizikal, perubahan kos dan keberhasilan projek. Kita perlu beralih kepada budaya mengukur berapa banyak wang telah dibelanjakan kepada budaya mengukur berapa besar nilai telah dihasilkan.
Seterusnya, saya ingin menyentuh soal disiplin fiskal dan keupayaan negara untuk mengekalkan perbelanjaan awam secara mampan. Saya menyokong usaha kerajaan mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat. Namun, juga kita perlu memastikan pengurangan defisit bukan hanya dilihat dari sudut peratusan KDNK.
Apabila ekonomi berkembang, nisbah defisit kepada KDNK boleh menurun walaupun jumlah defisit dalam nilai Ringgit tidak semestinya berkurang pada kadar yang sama. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan turut memberikan
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
perhatian kepada pengurangan defisit dalam nilai mutlak berdasarkan keadaan ekonomi yang mengizinkan.
Dato’ Yang di-Pertua, ini penting kerana hutang kerajaan perlu dibayar dalam Ringgit, bukan dalam peratusan. Pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan disiplin yang lebih jelas terhadap pertumbuhan perbelanjaan mengurus. Sebagai prinsip fiskal jangka sederhana, pertumbuhan perbelanjaan mengurus wajar dikawal supaya secara purata berada di bawah kadar pertumbuhan KDNK nominal tertakluk kepada keperluan luar biasa seperti krisis ekonomi, bencana ataupun kecemasan negara.
Prinsip ini bukan persetujuan untuk mengurangkan bantuan kepada golongan yang memerlukan atau menjejaskan mutu perkhidmatan awam, sebaliknya ia bertujuan memastikan pertumbuhan dan komitmen tahunan kerajaan tidak terus mengatasi kemampuan ekonomi negara untuk membiayainya. Usaha ini memerlukan semakan berkesan, program yang dianjurkan, pengurangan pertindihan antara agensi, perolehan yang lebih cekap, pendigitalan proses dan penilaian semula perbelanjaan yang tidak lagi memberikan manfaat yang setimpal.
Dalam subsidi pula, saya ingin menghargai usaha kerajaan melindungi rakyat daripada tekanan kenaikan harga tenaga. Namun, perkembangan subsidi bahan api menunjukkan betapa besarnya risiko fiskal yang perlu diuruskan. Subsidi yang baik melindungi rakyat, tetapi mereka memerlukan bantuan. Dasar ekonomi yang baik perlu mengurangkan keperluan rakyat untuk terus bergantung kepada subsidi.
Satu lagi aspek yang ingin saya bangkitkan ialah kebergantungan hasil kerajaan kepada sektor petroleum. Dividen PETRONAS yang pada asalnya dianggarkan RM20 bilion pada tahun 2026 telah disemak kepada RM27 bilion.
Manakala bagi tahun 2027, sumbangannya diunjurkan meningkat kepada RM32 bilion. Kita menghargai sumbangan besar PETRONAS kepada pembangunan negara. Namun, kita juga perlu sedar bahawa sektor petroleum terdedah kepada perubahan harga komoditi, kos pelaburan dan cabaran peralihan tenaga.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
PETRONAS juga memerlukan sumber kewangan untuk meneruskan pelaburan, mengekalkan daya saing dan membangunkan keupayaan masa hadapan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkukuhkan kerangka dividen jangka sederhana yang mengambil kira keperluan fiskal negara serta kemampuan PETRONAS untuk melabur semula secara mampan.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Pada masa yang sama, kerajaan perlu terus memperluaskan asas hasil bukan petroleum melalui pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi, peningkatan pematuhan cukai dan pengurangan ketirisan. Kita tidak seharusnya membiayai komitmen perbelanjaan yang semakin kekal dengan terlalu bergantung kepada sumber hasil yang boleh berubah-ubah.
Saya ingin menegaskan bahawa disiplin fiskal bukan bertentangan dengan kesejahteraan rakyat, sebaliknya pengurusan fiskal, berhemah, membolehkan kerajaan terus melindungi rakyat bukan sahaja hari ini tetapi juga ketika negara menghadapi krisis pada masa hadapan. Negara yang mempunyai kedudukan fiskal kukuh mempunyai lebih banyak ruang untuk bertindak apabila berlaku kemelesetan ekonomi, bencana ataupun kejutan harga global.
Penutupnya ialah saya ingin kembali kepada persoalan yang saya bangkitkan pada awal perbahasan. Apakah sebenarnya ukuran kejayaan Belanjawan 2027?
Bagi seorang ibu di Simpang Renggam, kejayaan yang mungkin diukur melalui kemampuan menyediakan keperluan persekolahan anak-anaknya tanpa tekanan kewangan yang terlalu berat. Bagi seorang pesakit, kejayaannya mungkin diukur melalui tempoh menunggu rawatan yang lebih singkat dan kemudahan kesihatan yang lebih mudah diakses. Bagi seorang anak muda di Johor, kejayaannya mungkin diukur melalui peluang memperoleh pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan yang membolehkannya membina kehidupan yang lebih baik.
Bagi generasi yang akan datang, kejayaan belanjawan hari ini akan diukur melalui keadaan negara yang mereka warisi. Sama ada sebuah ekonomi yang lebih produktif, infrastruktur yang diselenggara dengan lebih baik dan kedudukan fiskal kukuh atau pun komitmen hutang dan perbelanjaan yang semakin mengehadkan pilihan mereka. Kerana akhirnya tanggungjawab kita bukan sekadar menyediakan belanjawan untuk satu tahun. Tanggungjawab kita adalah untuk membina sebuah negara yang mampu terus berkembang, terus melindungi rakyat dan terus menyediakan peluang kepada generasi seterusnya.
Belanjawan yang baik membantu rakyat menghadapi cabaran hari ini, belanjawan yang lebih berkesan membina keupayaan rakyat untuk menghadapi cabaran esok dan pengurusan fiskal yang bertanggungjawab memastikan generasi yang akan datang masih mempunyai kemampuan untuk menentukan masa depan mereka sendiri.
Dengan semangat itulah saya mengemukakan pandangan dan cadangan ini untuk pertimbangan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Simpang Renggam,
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
kemakmuran negeri Johor dan masa depan negara tercinta, Malaysia. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Simpang Renggam. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang. Silakan, Yang Berhormat.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Hari ini Tanjong Karang bangun mengangkat keluhan pesakit-pesakit yang terpaksa menunggu berjam-jam lamanya di klinik-klinik kecemasan serta raungan hati doktor dan juga para jururawat kita yang berkorban tanpa henti di barisan hadapan. Sesungguhnya KKM adalah tempat rakyat untuk mengadu apabila ditimpa sakit pening.
Tuan Yang di-Pertua, justeru pembahasan Tanjong Karang akan fokus sepenuhnya kepada KKM kerana di sinilah rakyat dihantui kekecewaan akibat sistem kesihatan awam yang semakin sesak dan separa lumpuh. Manakala kebanyakan para perawat dibiarkan terabai mengalami burnout ataupun sebahagiannya terpaksa berhenti kerja.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun peruntukan KKM meningkat kepada RM47.7 bilion, namun angka ini baru sekitar 2.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia masih jauh di bawah lima peratus saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus membiarkan sektor kesihatan negara terus berdepan krisis kekurangan dana yang kronik akibat kekangan dana yang berlarutan ini yang malangnya terus berakar umbi dalam Belanjawan 2027 ini. KKM kini bukan lagi sekadar berdepan cabaran biasa, sebaliknya kementerian sedang terjerumus ke dalam krisis multidimensi yang meruncing, mengancam kesihatan dan nyawa rakyat.
Hari ini kita menyaksikan hospital dan klinik-klinik awam beroperasi dalam keadaan cemas dan tertekan. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa hospital di Sabah yang terpaksa beroperasi dengan hanya tiga ataupun enam orang doktor sahaja. Ini satu situasi yang amat membimbangkan dan langsung tidak masuk akal.
Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya krisis ini jelas makin membarah di bawah tiga tunjang utama berikut.
Yang pertama adalah krisis sumber manusia. Kekurangan kritikal doktor, doktor pakar, jururawat dan penolong pegawai perubatan telah memaksa petugas
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
sedia ada bekerja melebihi had kemampuan fizikal dan mental. Inilah punca utama berlakunya burnout dan gelombang peletakan jawatan. Akibatnya pesakit di zon kecemasan terpaksa menunggu berjam-jam manakala temu janji pembedahan minor tertangguh sehingga bertahun-tahun lamanya.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, tidakkah KKM perlu menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan (SPK) dengan kadar segera?
Krisis yang kedua adalah krisis teknologi dan peralatan. Perkhidmatan perubatan KKM semakin outdated ataupun ketinggalan. Dengan penggunaan peralatan yang begitu daif dan usang, mesin-mesin makmal perubatan, X-ray, ultrasound dan juga CT scan sebagai contohnya menggunakan peralatan yang lama.
Malah, bekalan ubat-ubatan yang terhad sering memaksa pesakit untuk membeli ubat sendiri di farmasi luar.
Soalan kepada Yang Berhormat Menteri juga, apakah pelan tuntas YBMK untuk masalah ini? Adakah sekadar beralih kepada sistem leasing mampu menyelesaikan masalah akar umbi ini?
Krisis ketiga adalah mengenai infrastruktur dan keselamatan. Masih banyak bangunan klinik dan juga hospital-hospital yang berumur lebih 50 tahun berstruktur dengan kayu yang mereput serta mempunyai sistem pendawaian elektrik yang sangat meragukan, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penambahan sembilan fasiliti baru yang diumumkan oleh PMX baru-baru ini adalah jauh dari memadai.
Soalan saya juga kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan drastik KKM untuk menyelesaikan isu keselamatan ini dengan bajet yang masih di bawah paras lima peratus KDNK? Ditambah pula dengan perbelanjaan pembangunan yang begitu ciput.
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana mungkin KKM mampu merubah situasi yang terdesak sekarang dengan beban mengurus, beban belanja mengurus yang mencecah RM40.95 bilion iaitu 85.9 peratus daripada keseluruhan peruntukan KKM.
Sementara belanja pembangunan hanya diperuntukkan sebagai RM6.75 bilion, iaitu 14.2 peratus. Nisbah 85.9 peratus berbanding 14.2 peratus inilah satu angka yang tidak sihat dan ia amat membimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, statistik rasmi bagi tempoh 2019 sehingga 2023 amat membimbangkan kita semua. Ia adalah manifestasi jelas sebuah sistem kesihatan yang sedang nazak. 3,494 doktor telah meletak jawatan dan yang paling merunsingkan 1,109 daripadanya adalah doktor-doktor pakar. Secara
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
keseluruhannya, negara kita ketandusan sekitar 11,000 pakar-pakar perubatan untuk menampung keperluan rakyat.
Sektor jururawat juga turut lumpuh dengan 18 peratus jawatan jururawat dibiarkan kosong. Lebih malang lagi di tengah-tengah krisis ketandusan pakar ini, kita berdepan dengan sindrom penolakan kerjaya apabila hanya 529 calon sahaja yang berminat untuk mengisi 5,000 jawatan latihan siswazah yang ditawarkan.
Tuan Yang di-Pertua, KKM perlu segera beralih kepada sistem pembiayaan kesihatan lestari. KKM tidak boleh lagi terus beroperasi dengan pendekatan “melepaskan batuk di tangga”. Sekadar meletakkan plaster luka pada sistem yang parah akan mengambil jalan pintas jangka pendek tanpa melakukan reformasi struktur yang radikal dan tuntas.
KKM mesti bangun segera dan menerima pakai kerangka matlamat pembangunan lestari SDG 3. Kita perlu melaksanakan sistem insurans kesihatan kebangsaan dengan kadar segera sebagai penyelesaian tuntas, berani, berstruktur untuk mengatasi kekurangan pembiayaan negara.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Skim-skim yang bersifat sementara seperti MySalam, MediAsas dan PEKA B40 bukanlah penyelesaian yang tuntas dan menepati piawaian universal health coverage, dengan izin. Justeru, terdapat dua persoalan asas yang wajar dijawab oleh YBMK secara telus dan tuntas.
Yang pertama, adakah KKM berpuas hati hanya dengan pendekatan sekadar menunggu kenaikan peruntukan belanjawan untuk KKM secara sedikit demi sedikit setiap tahun? Walhal, krisis di hospital-hospital awam menuntut reformasi fiskal yang jauh lebih radikal.
Soalan kedua, di manakah garis masa yang jelas daripada KKM untuk memperkenalkan model pembiayaan kesihatan lestari melalui kerangka National Health Insurance Scheme?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adakah KKM bersedia untuk memenuhi tuntutan reformasi struktur dan kebajikan warga KKM? Antaranya yang pertama, menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dengan segera bagi mengurus soal perjawatan kakitangan kesihatan kerana perkhidmatan dalam bidang kesihatan ini tidak sama di bawah seperti sebagaimana di bawah SSPA.
Yang kedua, menyediakan laluan kenaikan pakar yang jelas seperti Gred C atau Gred Utama C serta menghapuskan halangan birokrasi terhadap latihan sub
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
kepakaran, di samping merombak kadar elaun lapuk yang lain, antaranya Elaun Kritikal, Elaun Lokum dan Elaun Oncall pakar.
Yang ketiga, meletakkan standard waktu bekerja yang selamat— 45 jam seminggu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, lengkap dengan tempoh rehat yang mencukupi selepas bertugas oncall selama 24 jam.
Perkara yang keempat, menyerap kesemua baki Doktor Kontrak ke jawatan tetap secara serta-merta tanpa berlengah-lengah dan tidak perlu menunggu sehingga tahun 2028, sebagaimana jawapan YBMK baru-baru ini. Langkah penyerapan segera ini amat dinantikan oleh semua warga perubatan.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat dan warga KKM sudah menolak jawapan yang retorik atau berpusing-pusing. Mereka menuntut reformasi struktur yang radikal sebelum kesihatan awam negara kita rosak ataupun menemui titik penamatnya.
Perubahan ini menuntut satu keberanian politik yang besar demi memastikan sistem penyampaian kesihatan yang mampan dan terbaik untuk rakyat.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang mengangkat sembilan soalan dasar di atas tadi untuk dijawabkan dengan jelas tanpa berpusing-pusing oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan dalam masa yang sama, Tanjong Karang tetap menyokong Belanjawan 2027 ini demi masa depan rakyat.
Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufik wal-hidayah. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam, diberi masa 20 minit sebagai wakil Ketua Parti.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Pembentangan Belanjawan 2027 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang menjulang unjuran pertumbuhan KDNK yang tinggi dan defisit yang mengecil sebagai kejayaan, walaupun pada realiti ekonomi peringkat keluarga dan pelaksanaan reformasi cukup berbeza sekali.
Persoalan pokok, adakah angka-angka ini, yang cukup indah ini, benar-benar diterjemahkan kepada kesejahteraan di meja makan rakyat Malaysia atau sekadar ilusi perangkaan di atas kertas? Saya mulakan dengan satu soalan yang mudah.
Apabila kerajaan mengumumkan defisit Belanjawan 2027, adakah itu gambaran
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
lengkap mengenai kedudukan kewangan negara? Jawapannya, tidak dan semakin hari angka itu semakin membimbangkan.
Pada Belanjawan 2027, dari segi defisit perbelanjaan sektor awam, mengapakah jumlah membengkak sehingga RM162.1 bilion? Pada 2025, defisit keseluruhan sektor awam hanya RM87.1 bilion bersamaan 4.3 peratus daripada KDNK. Pada 2026, ia meningkat kepada RM131.9 bilion atau enam peratus KDNK.
Pada tahun hadapan 2027, ia diunjurkan terus melonjak ke RM162.1 bilion bersamaan tujuh peratus daripada KDNK.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, defisit sektor awam bertambah kira-kira RM75 bilion iaitu sebanyak 86 peratus, hampir dua kali ganda berbanding dengan tahun 2025. Persoalannya, kenapa jurang antara defisit Persekutuan dan defisit sektor awam itu terus melebar?
Jawapannya terletak kepada cara kerajaan melaksanakan agenda dasarnya yang bukan tertumpu kepada usaha menjana kekayaan baharu atau memperkasakan aset strategik negara untuk membangun ekonomi. Bahkan, semakin banyak institusi dilibatkan dalam membiayai kemudahan awam dan program sosial yang lazimnya dibiayai melalui peruntukan kementerian.
Belanjawan 2027 diumumkan bernilai rekod RM510 bilion, paling besar dalam sejarah negara. Namun, perbelanjaan sebenar kerajaan RM459.8 bilion. Baki RM50.2 bilion datang daripada pelaburan GLIC sebanyak RM25 bilion, pelaburan awam swasta RM11 bilion serta pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan juga Syarikat MKD sebanyak RM14.3 bilion. Lebih membimbangkan, semakin banyak tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kini dipindah kepada GLC, GLIC dan badan berkanun.
Contohnya, dalam belanjawan ini, KWAP. Dana persaraan penjawat awam akan melabur RM750 juta untuk membina kediaman pelajar di enam universiti awam.
Khazanah akan membaik pulih Menara Daya Bumi, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat KTMB, manakala PNB akan membaik pulih Stadium Negara. SKMM akan melabur RM1 bilion untuk sistem rekod perubatan elektronik di fasiliti kesihatan.
Isu aneh ini akan saya ulas lebih lanjut di penggulungan ucapan saya.
Yayasan GLIC, GLC akan menyediakan geran padanan RM100 juta mengikut sistem penjagaan kanak-kanak dan RM20 juta untuk mangsa bencana.
TNB dan syarikat komunikasi akan menyediakan bekalan elektrik dan internet luar bandar melalui penyatuan dana kerajaan dan CSR syarikat. Senarai ini tidak terhenti di situ. KWAP juga terlibat dengan RM1 bilion melalui Dana Iklim, RM200 juta melalui
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
dana perintis untuk syarikat pemula serta hingga RM1 bilion bagi sektor semikonduktor.
Persoalannya yang perlu dijawab dengan jujur adalah, berapa banyak daripada komitmen-komitmen ini benar-benar dipilih kerana pulangan pelaburan menarik dan berapa banyak pula dibuat untuk memenuhi agenda kerajaan yang sepatutnya dibiayai melalui peruntukan Persekutuan?
Contohnya tahun lepas, sewaktu Belanjawan 2026 diumumkan, komitmen RM300 juta untuk pembangunan kediaman warga emas mandiri. Tahun ini pula, KWAP diumumkan melaburkan RM750 juta untuk penginapan pelajar melalui Vista Kampus.
Persoalan asas saya ialah, sejak bila tugas KWAP ialah membina rumah warga emas dan hostel pelajar? Dana KWAP ialah dana persaraan penjawat awam.
Mandatnya ialah memberi pulangan yang terbaik kepada para pencarum dan pesara.
Sekiranya berlaku sebarang masalah yang menjejaskan pulangan dividen, siapa yang akan menjaminnya? Amalan semasa kerajaan memanfaatkan institusi sebegini bagi tujuan membiayai kemudahan awam adalah sangat berbahaya dan adalah kaedah perbelanjaan fiskal yang tidak mampan pada jangka masa depan.
Soal pendidikan tinggi, kesihatan, kebajikan, warisan negara dan bekalan asas adalah tanggungjawab kerajaan. Ini mesti dibiayai melalui belanjawan dan diluluskan oleh Dewan ini, bukannya diminta syarikat-syarikat dan badan-badan berkanun ini memberi sumbangan. Tujuannya adalah dialihkan ke dalam akaun syarikat dan badan berkanun untuk perbelanjaan tersebut supaya boleh berada di luar jangka perbelanjaan atau out-budget dan defisit Persekutuan demi memaparkan Belanjawan 2027 kelihatan seimbang.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini yang saya nampak. Setiap entiti ini mempunyai mandat dan pemegang amanah sendiri. KWAP wujud untuk membantu menampung liabiliti pencen. TNB pula syarikat tersenarai yang mempunyai pemegang saham minoriti. Pada masa yang sama, dividen PETRONAS kepada kerajaan dianggarkan RM32 bilion pada 2027, naik daripada RM27 bilion tahun ini sedangkan Belanjawan 2026 asalnya hanya RM20 bilion.
Khazanah pula dijangka menyumbang dividen RM3 bilion. Apabila GLC-GLC dan badan berkanun terpaksa menaikkan dividen, mencairkan aset atau mencari dana untuk projek yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan, apakah lagi yang tinggal untuk pelaburan semula untuk pendeposit, untuk ahli, untuk pesara?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kerajaan akan mengubah RUU entiti milik kerajaan. Saya menggesa RUU ini mewajibkan tiga perkara.
Pertama, setiap tanggungjawab sosial atau projek bukan komersial yang diarahkan kerajaan kepada GLC, GLIC dan badan berkanun, mesti dinyatakan secara bertulis, dikira kosnya dan dibayar balik daripada Belanjawan Persekutuan.
Kedua, senarai penuh komitmen ini mengikut entiti dan jumlah mesti dibentangkan bersama dokumen belanjawan setiap tahun.
Ketiga, dividen GLC dan GLIC mesti ditetapkan mengikut formula yang diterbitkan, bukan mengikut keperluan defisit tahunan kerajaan.
Secara sepintas lalu Datuk Speaker, saya menyambut baik kenaikan had lepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 dalam belanjawan tahun depan. Ini satu permulaan yang baik kerana had ini tidak menggambarkan realiti sebenar dan tidak pernah disemak sejak 2010. Sejak perbahasan Belanjawan 2023 lagi, saya telah berulang kali membangkitkan perkara ini di Dewan dan menggesa had dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM12,000, iaitu setiap bulan RM1,000.
Pada Julai 2025, kerajaan menjawab soalan saya bahawa tiada perancangan untuk menyemaknya. Hari ini saya gembira kerana cadangan ini akhirnya didengari oleh kerajaan. Justeru, RM12,000 hanyalah paras minimum. Saya berharap had pelepasan ini terus dinaikkan selangkah demi selangkah, tahun demi tahun sehingga sekurang-kurangnya RM15,000 dan semakan ini secara berkala supaya ia tidak dibiarkan beku sekalipun untuk 16 tahun.
Datuk Yang di-Pertua, penyasaran semula subsidi adalah langkah yang betul dan secara fiskal, tetapi pelaksanaannya di lapangan menentukan sama ada ia menjadi rahmat ataupun bencana kepada rakyat. Lihat saja SKDS, harga diesel tanpa subsidi kini sekitar RM5 seliter, manakala harga SKDS kekal pada RM2.15 bagi kenderaan barangan sehingga RM1.88 bagi pengangkutan awam, jurang sekitar RM3 seliter ini amat besar.
Bermula 3 Julai lalu, SKDS telah mula diperluaskan bagi merangkumi peniaga komersial dan pemborong yang menggunakan pikap dan jeep dan berkod AE milik syarikat sendirian berhad. Namun begitu, siapa yang masih terpinggir?
Pertama, pengusaha bas pekerja telah memohon sejak Jun 2024, tetapi sehingga hari ini belum ada berita.
Kedua, permohonan pengusaha bas persiaran dan van persiaran domestik pula ditolak atas alasan subsidi tidak boleh dinikmati oleh pelancong asing. Kalau
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
kita lihat bas persiaran, van persiaran bukan saja bawa pelancong luar, dalam— domestik pun. Namun mereka turut, mereka ini memang bawa pelancong tempatan yang ramai, anak-anak sekolah dan rombongan komuniti. Apabila pengusaha bas pekerja, bas persiaran dan pengusaha lain yang tercicir terpaksa membeli diesel pada harga pasaran, kosnya dipindahkan kepada rakyat menerusi harga tiket atau caj tambahan kepada rombongan.
Datuk Yang di-Pertua, sejak Mac 2026, penyelarasan kos bahan api secara AFA automatik dalam bio elektrik bertukar daripada rebat kepada surcaj. Ini menakjubkan. November dulu sampai RM0.09 kilowatt per hour dan sekarang kita bukan lagi dapat rebat, kita dikenakan surcaj untuk yang terbaru sampai 31 bulan tahun ni. Bulan Disember tahun ini, lima lebih hampir RM0.06 untuk satu kilowatt per hour. Akibat desakan awam, kerajaan menaikkan aras perlindungan bil elektrik pengguna domestik daripada 600 kilowatt sejam kepada 800 kilowatt sejam dengan pengecualian AFA caj runcit dan RM10 dan cukai perkhidmatan lapan peratus.
Langkah ini dialu-alukan, tetapi ia hanya berkuat kuasa sehingga 31 Disember tahun ini, tidak ada pengumuman baru. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyebut langkah ini dalam Ucapan Belanjawan kerana ia memberi manfaat kepada lebih lapan juta atau sehingga 90 peratus pengguna domestik.
Namun tidak sepatah pun disebut sama ada aras 800 kilowatt sejam ini akan diteruskan pada 2027. Kita harap ini satu waad barulah.
Menurut TNB, perlindungan ini menjimatkan sehingga RM47 sebulan bagi sebuah isi rumah, unjuran TNB unjurkan surcaj AFA bagi Disember 2026 akan meningkat kepada RM0.54 kilowatt jam yang saya sebutkan tadi. Jika aras perlindungan kembali kepada 600 kilowatt sejam pada Januari tahun depan, hampir sejuta isi rumah akan kembali menanggung caj ini. Kos perlindungan ini juga tidak datang daripada belanjawan. TNB menanggung antara RM120 juta hingga RM150 juta bagi tempoh September hingga Disember bersama sokongan Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Bagi PKS dan pengguna komersial pula, tiada sebarang pengecualian.
Apabila kilang pemprosesan makanan dan kilang komponen menanggung bil elektrik yang lebih mahal, harga produk perkilangan tempatan pasti akan naik. Ini mendorong inflasi kos atau cost push inflation dengan izin.
Justeru, saya menggesa kerajaan mengumumkan segera bahawa aras perlindungan 800 kilowatt sejam ini diteruskan selepas 31 Disember 2026, dan dijadikan paras tetap dengan mengambil kira tekanan kos sara hidup yang masih
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
tinggi supaya kos isi rumah kekal rendah. Kerajaan juga mesti memperluaskan sistem pengecualian ini kepada PKS dan membiayainya secara terus melalui belanjawan, bukan dipikul secara senyap oleh TNB.
Di samping itu, saya di sini turut menyeru kerajaan agar memberi pengecualian SST lapan peratus kepada pengguna elektrik melebihi 800 kilowatt sejam. Kalau bekalan air dikecualikan SST, kenapa tidak boleh untuk bekalan elektrik? Ini hanya bermula 1 Mac 2024 perluasan untuk SST. Di bawah Madani, ini antara kejayaan yang orang nampak memang bila dia kata kita tidak terkesan, macam mana barang semua akan naik kalau kos pengeluaran itu naik. Tidak mungkin kalau naik lapan peratus, kos itu tak berubah. Ini memang mustahil.
Datuk Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027, tetapi PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan. Gaji minimum RM2,500 turut diperkenalkan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan, manakala GLIC, GLC menaikkan paras penanda aras gaji sara hidup kepada RM3,400.
Yang baik itu kita okeylah, terima. Gaji yang lebih tinggi untuk pekerja adalah perkembangan yang positif dan saya menyokong matlamat ini, tetapi perkara ini akan membawa kepada ketidakseimbangan tenaga pekerja dalam sektor-sektor tertentu apabila gaji minimum yang ditawarkan firma atau syarikat dibanding-bandingkan.
Wajar untuk kerajaan belajar daripada amalan yang dilaksanakan di negara jiran Singapura. Di sana, mereka menggunakan local qualifying salary (LQS) di samping mempunyai sistem nisbah atau ratio antara pengambilan pekerja tempatan dengan pekerja asing atau DRC– dependency ratio ceiling. Selagi tidak mencapai tahap dikehendaki untuk pekerja tempatan, syarikat tidak layak untuk mendapatkan kuota ambilan pekerja asing.
Cara LQS dan DRC ini jika diteliti, diadaptasikan ke Malaysia boleh membantu membezakan taraf gaji malahan berpotensi menambah pendapatan rakyat Malaysia. Itu yang berlaku di Singapura.
Persoalannya, adakah PKS kini bersedia untuk mengejarnya? Lihat struktur gaji yang bakal wujud. Syarikat besar membayar sekurang-kurangnya RM2,000; GLC, GLIC bayar RM3,400; manakala PMKS dikecualikan kekal pada RM1,700.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Inilah dua darjat pekerja yang saya bimbangkan. Pekerja yang berkemahiran sudah tentu akan berhijrah ke syarikat yang mampu membayar lebih. Pengecualian di atas kertas tidak dapat menahan arus pasaran buruh. Akhirnya PKS tetap terpaksa
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
menaikkan gaji untuk mengekalkan pekerja walaupun margin keuntungan mereka sudah menipis.
Sebuah NGO nasional iaitu dalam SME, SAMENTA mendedahkan tujuh daripada 10 PKS mempunyai rizab tunai kurang daripada enam bulan apabila kos buruh, kos elektrik, cukai bertindih, menekan serentak— risiko perniagaan terpaksa ditutup adalah nyata.
Menteri Kewangan II pula menyatakan PKS hanya dikecualikan buat masa ini. Sehingga bila? Bagaimanakah ambang RM50 juta itu akan dikira bagi syarikat yang berkaitan dan struktur kumpulan. Persoalan yang sama telah dibangkitkan oleh MEF, majalah The Economist dalam Lidah Pengarang nya pada November 2025 berhujah bahawa kerajaan perlu berhenti menaikkan gaji minimum. Menurutnya, kenaikan gaji minimum selama ini menjadi jalan mudah bagi— dari segi politik untuk menagih pendapatan, sedangkan kesannya terhadap ekonomi tidak semakin jelas.
Saya tidak menolak kenaikan gaji, tetapi gaji yang dinaikkan melalui arahan semata-mata tanpa peningkatan produktiviti akhirnya dibayar oleh PKS yang paling lemah dan pekerja akan kehilangan peluang.
Saya berpendirian gaji mesti naik melalui produktiviti. Terbitkanlah kajian impak Majlis Perundingan Gaji Negara dan tetapkan tarikh tamat pengecualian.
PMKS dengan notis sekurang-kurangnya 12 bulan serta pre-potongan cukai tambahan kepada PMKS yang melabur dalam automasi dan latihan untuk menaikkan gaji pekerja...
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Ayer Hitam, boleh saya celah?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Berikutnya, perkara seterusnya saya ingin bangkitkan ialah isu berkaitan dengan negeri Johor. Ini hospital baru yang dirancang...
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Ayer Hitam...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Dengan 1,500 katil yang di atas yang asalnya milik Kementerian Pertahanan di Skudai. Projek HSA 2, ini namanya— disebut dalam tiga kali belanjawan berturut-turut daripada tahun 2024 hingga 2026, tetapi dengan cerita dia berbeza setiap tahun. Belanjawan 2024 mengumumkan kerja awalan. Belanjawan 2025 meletakkan di bawah kaedah PPP yang mengambil kira elemen pengguna bayar. Manakala Belanjawan 2026 berjanji menyegerakan pelaksanaan sebagai projek PPP bermula 2026.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Mengikut Exco Kesihatan Johor, kerja awalan telah mula Ogos 2025 dan proses permintaan cadangan RFP PPP telah ditutup pada Februari 2026. Namun sehingga hari ini tiada pengumuman awam mengenai pemberian projek dan Belanjawan 2027 tidak menyebut pun HSA 2, sama ada dalam ucapan mahupun lampiran. Adakah HSA 2 masih dalam perancangan kerajaan? Tidak pernah sekalipun kos HSA 2 dinyatakan dalam ucapan Belanjawan 2027.
Pada masa yang sama, ia dinyatakan dalam Belanjawan 2027 ialah projek yang berlainan, HSA yang lama di Pantai Lido, Johor Bahru. Ianya adalah blok lama, kini pembinaan parkir bertingkat blok baru di HSA yang sedia ada yang telah diluluskan fasa pertamanya pada tahun 2023 dengan peruntukan RM500 juta.
Menteri Ekonomi baru-baru ini disebut— disebabkan ada VOVM lab macam mana dan juga VO, ianya telah meningkat kepada RM877 juta. Kontraktor hanya disasarkan melantik pada Februari 2027. Makna dia HSA 1, HSA yang lama, HSA 2, dua projek yang berlainan, tetapi tiga tahun semua sebut HSA 2, tiba-tiba tahun ini sebut balik HSA 1, tetapi yang kedua ini tidak tahu kedudukannya. Saya menggesa supaya projek ini mendesak. Kita perlukan satu hospital baharu di kawasan yang berlainan daripada sini sebab hospital yang lama ini sudah usang.
Seterusnya, saya ingin membawa satu isu yang dakwaan kononnya Menteri KKDW telah terbelanja ataupun sakau RM2.1 bilion. Ini dakwaan yang agak serius.
Kalau kita meneliti satu kenyataan media oleh KSP— bagi orang yang tidak pernah duduk dalam kerajaan, dia akan keliru sebab peruntukan diluluskan RM1.1 bilion, tetapi perbelanjaan sebenar RM1.8 bilion bagi tahun 2023 dan setiap tahun macam itu.
Saya hendak bagi tahu, selaku mantan Menteri, tidak mungkin wang itu dikeluarkan daripada Kementerian Kewangan kerana setiap projek bukan kita lulus di Parlimen lepas itu kita boleh terus dapat duit itu daripada Kementerian MOF, tidak mungkin. Dia akan dikawal dengan rapi setiap projek dan melihat status pembangunannya. Setiap bulan akan ada Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian yang mana wakil lain selain daripada agensi di bawah kementerian dan juga ada wakil MOF, EPU ada di situ. Setiap bulan dipantau berapa tahap perbelanjaannya. Sekiranya kalau Menteri boleh sakau, bermaksud Menteri sakau dengan persetujuan MOF.
Jadi apabila kenyataan terbuka ini hanya tulis diluluskan RM1.1 bilion dan akhirnya sebenar RM1.8 bilion nampaknya hilang RM0.7 bilion. Ini yang orang tidak faham kerana mengikut prosedur kewangan, orang yang pernah menjadi Menteri
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kewangan memang tahu. Dia tidak mungkin dikeluarkan daripada kumpulan wang yang disatukan...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ayer Hitam, Ayer Hitam, Ayer Hitam...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ia hanya mengikut Butiran sahaja.
Jadi apabila KSP keluarkan macam, ni tanpa penerangan yang jelas, ramai akan keliru dan menganggap seolah-olah ada sakau RM2.1 bilion. Jadi ini menyebabkan...
[Tidak jelas] Pihak Ahli Parlimen...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ayer Hitam, persoalannya bila kelulusan itu, kelulusan dapat sebelum atau selepas...
[Pembesar suara dipadamkan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kampar Peraturan 37(1)(b) jelas. Yang Berhormat berdiri lagi, saya akan halau keluar. Teruskan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, ini saya terangkan untuk kebaikan kerajaan sebab bila kita baca kenyataan macam ini memang macam sakau, tetapi bila kita faham setiap ringgit yang dikeluarkan daripada MOF, setiap kali Lembaga Perolehan— yang pernah menjadi Menteri tahulah. Dia buat keputusan di peringkat kementerian. Dia hantar pada MOF, kemudian MOF akan membuat keputusan, belum tentu dia setuju dengan keputusan kita.
Dia mungkin ada tambah syarat, mungkin dia tukar kontraktor. Ini hak dia dan ianya mesti mendapat persetujuan daripada MOF. Begitu juga nilainya kalau setiap ringgit ditambah, dia kena masuk dalam bajet tambahan. Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Maka saya rasa untuk membersihkan nama kerajaan, mana-mana kerajaan. Kalau terdapat, kalau perubahan dari segi kos, ianya perkara yang perlu diterangkan dengan baik. Kalau tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, dua minit, gulung.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ya. Kalau tidak, dia akan disalah tafsir. Bila Timbalan KSP kata, perkara ini telah selesai. Kita tidak boleh selesai secara cincai ataupun secara sambil lewa...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Timbalan Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(12), 36(12) Peraturan mesyuarat, “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai...” [Pembesar suara dipadamkan]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Mana ada kelirukan Dewan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ayer Hitam.
Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan
Tak ada, itu yang betul. Yang Berhormat...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Tidak jelas] ...Agar tak keliru, biar Speaker putuskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat sebentar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya raise Standing Order sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, dua-dua duduk sebentar. Biar saya bercakap. Okey, Yang Berhormat Kampar peraturan mana?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Peraturan 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa dia?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mengelirukan Dewan. Tadi Ayer Hitam kata, KKDW ada bajet tambahan, tapi saya sudah semak, dalam kesemua bajet tak ada supplementary budget untuk KKDW. Oleh itu, saya minta Ayer Hitam tarik balik ada bajet tambahan. Tidak ada supplementary budget untuk KKDW.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Bila sudah buka peraturan itu saya kena jawablah— 37(1)(b) Yang Berhormat Kampar, fakta Yang Berhormat nyatakan itu berfakta ataupun tidak atau berdasarkan apa? Itu dulu. Dengan izin, you based that on what facts?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tidak ada apa-apa bajet, supplementary budget untuk KKDW sepanjang tiga tahun ini. Tak ada apa-apa. Boleh check balik Parliament record. Tidak ada.
Jadi, saya hendak minta Ayer Hitam tarik balik bahawa ada bajet tambahan.
Itu tidak betul. Tidak ada apa-apa bajet tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, arahan saya usulkan. Duduk. Teruskan Yang Berhormat Ayer Hitam. Ada satu minit lebih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Okey, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya cuma terangkan ini daripada kenyataan MOF. Bermaksud perbelanjaan sebenar, kalau sebenar adalah sesuatu yang disakau takkan diterima pakai oleh MOF.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bermaksud, dia pun tahu ini wang yang sebenarnya dibelanjakan. Dengan kaedah, dengan tatacara, ada perolehannya. Saya pernah jadi Menteri. Mungkin Yang Berhormat belum lagi masuk Jemaah Menteri, tetapi ini hakikatnya. Tidak mungkin wang itu boleh di sakau dengan cara itu, kecuali dengan kita bersubahat dengan MOF. Saya tidak yakin KSP, TKSP akan buat macam ini.
Cuma penerangan itu, bila TKSP kata perkara ini dah selesai. Orang nampak ini selesai dengan cincai sahaja? Tak boleh. Ini perlu kita terangkan, kalau tidak, penganiayaan pada mana-mana pihak. Biar kita berlaku adil. Kalau MOF tidak berdosa, kita tak akan kata dia berdosa. Begitu juga kepada kementerian. Kalau saya diberi peruntukan RM1 bilion, saya hanya boleh guna RM1 bilion, kecuali dengan persetujuan MOF, dengan justifikasi kita. Itu adalah satu tatacara.
Akhir sekali, yang tadi saya sebut EMR. Saya pun tidak faham, 30– pada ambang Merdeka, diumumkan, kerajaan umumkan, PM umumkan kita akan bagi RM1 bilion untuk electronic medical record, tetapi dalam bajet ini, sekali lagi umumkan. Ini dua kali ke apa, tapi sumber dari MCMC, RM1 bilion. Saya minta kalau apa yang telah diumumkan sebelum itu, tidak perlu lagi umum dalam belanjawan akan datang. Kerana ianya tidak— akan memberi satu keadaan yang keliru.
Dan akhir sekali, saya kena bawa isu ini. Gajah, tiga ekor gajah. Saya lihat— kita semua kata perjanjian ini sulit...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Kita tak boleh tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila gulung.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang terakhir, terakhir. Dan DAK ini satu isu yang besar. Apa yang berlaku ialah Majlis Perbandaran Taiping dengan pihak berkuasa di Jepun dan pihak zoo, sekarang perjanjian itu kata sulit.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Orang tak boleh tengok, tetapi melibatkan wang yang berjuta-juta ringgit. Dan saya rasa dalam kes ini, bawa balik gajah kita. Yang tengah saya lihat uzur dan ianya telah mendatangkan satu akibat sampai masyarakat sini, ramai profesor yang membantah. Saya harap perkara ini dapat perhatian daripada Dewan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Sik untuk perbahasan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al- Qasas, ayat 77. Maksudnya, “Dan tuntutanlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada-mu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian-mu, keperluan dan bekalan-mu dari dunia dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada-mu dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah dan janganlah engkau melakukan kerosakan di bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang- orang yang berbuat kerosakan.” Tuan Yang di-Pertua, ayat ini memberikan satu peringatan kepada kita semua dalam Dewan ini. Khususnya, mereka yang diberi kuasa dan amanah untuk mengurus kekayaan negara. Belanjawan 2027 menggembleng RM510 bilion dengan hasil Persekutuan diunjurkan RM380.8 bilion dan defisit fiskal disasarkan menurun kepada 3.3 peratus daripada KDNK. Kita dengar angka ini besar.
Persoalannya, adakah pertumbuhan ekonomi dan disiplin fiskal yang dibanggakan itu benar-benar dirasai oleh keluarga yang terpaksa mengira setiap ringgit untuk membeli barang dapur, beras, sayur, ikan dan sebagainya? Membayar sewa rumah, mengisi minyak kereta dan menanggung pendidikan anak-anak.
Persoalan lagi yang perlu dijawab oleh kerajaan, sejauh mana wang itu menyelesaikan masalah rakyat? Siapa yang bertanggungjawab apabila berlaku kegagalan? Dan apakah akibat yang perlu ditanggung oleh pihak yang cuai atau menyalahgunakan amanah?
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan ini iaitu kos sara hidup, bantuan diberi tetapi punca masalah mesti diselesaikan. Kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi STR dan SARA serta
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mengumumkan kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun 2027. Langkah ini boleh membantu tetapi persoalannya, adakah pendapat rakyat benar-benar meningkat selepas mengambil kira kenaikan harga makanan, sewa rumah, pengangkutan, pendidikan dan perkhidmatan?
Bantuan tunai boleh meringankan beban untuk sementara, tetapi tidak boleh dijadikan pengganti kepada dasar ekonomi yang mampu mengawal harga dan meningkatkan kuasa beli.
Saya mohon kerajaan menjelaskan, apakah ukuran sebenar kejayaan dasar kos sara hidup, bukan sekadar jumlah penerima bantuan tetapi perubahan pendapatan boleh guna isi rumah, kadar kemiskinan, harga barang keperluan dan kemampuan rakyat memiliki rumah.
Kerajaan juga mesti bertindak terhadap kartel, manipulasi harga, monopoli dan kelemahan rantaian bekalan. Jika peruntukan bertambah setiap tahun tetapi tekanan hidup rakyat tidak berkurang, kerajaan perlu berani menilai semula keberkesanan dasarnya sendiri.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, soal integriti dan akauntabiliti. Jangan hanya berjanji membanteras rasuah. Kerajaan sendiri mengakui pengajaran daripada skandal 1MDB, krisis FELDA dan isu tadbir urus Tabung Haji. Maka rakyat berhak bertanya, apakah perubahan sistemik yang benar-benar telah berlaku dan apakah jaminan bahawa kesilapan yang sama tidak berulang?
Kerajaan juga perlu bertegas terhadap apa yang sering disebut masyarakat– yang sering disebut oleh masyarakat sebagai mafia korporat iaitu rangkaian kepentingan yang disyaki mempengaruhi tender, kontrak atau pasaran. Jika terdapat bukti, siasat dan ambil tindakan mengikut undang-undang. Jangan biarkan hubungan politik atau kekuatan kewangan menjadi perisai kepada sesiapa pun.
Yang seterusnya, soal Projek LCS – Littoral Combat Ship TLDM. Kapal pertahanan tidak boleh menjadi simbol kegagalan pengurusan. Isu kapal tempur pesisir atau LCS, ujian besar terhadap keupayaan kerajaan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Mengurus wang awam.
Mempertahankan kepentingan negara dan menuntut kebertanggungjawaban.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sik, boleh bagi laluan sikit.
Sik?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Nanti, nanti dulu. Saya akan habiskan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey, okey, okey, terima kasih Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada 5 Oktober 2026 mendedahkan bahawa Projek LCS ketinggalan 7.55 peratus daripada jadual asal setakat 25 Jun 2026 dengan kelewatan antara 30 hingga 108 hari. Lebih membimbangkan, penyerahan LCS pertama berisiko berlaku tanpa keupayaan operasi penuh kerana latihan dan sistem persenjataan yang belum selesai.
Ini bukan kelewatan kecil dalam projek biasa. Ini projek pertahanan negara yang melibatkan lebih RM11 bilion wang rakyat dan keselamatan perairan Malaysia.
Apakah maknanya kapal diserahkan jika keupayaan operasi yang dijanjikan belum lengkap? Adakah kerajaan mahu mengumumkan penyerahan untuk kelihatan berjaya, sedangkan TLDM masih menunggu keupayaan sebenar yang diperlukan?
Yang keempat, seterusnya saya membangkitkan soal Tabung Haji iaitu amanah jutaan pendeposit yang tidak boleh dipolitikkan. Saya juga mahu kerajaan memberikan perhatian serius kepada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan Tabung Haji. Tabung Haji bukan syarikat biasa yang mengurus simpanan umat Islam, yang bertahun-tahun mengumpul wang dengan harapan menunaikan ibadah Haji. Apabila tidak— tadbir urusnya dipersoalkan, yang terjejas bukan sahaja kedudukan kewangan institusi, tetapi keyakinan pendeposit terhadap amanah yang dipikulnya.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah status pelaksanaan setiap syor RCI? Adakah audit forensik terhadap 14 pelaburan itu telah dimulakan? Apakah dapatan awalnya dan bilakah hasilnya akan dimaklumkan kepada Parlimen? Jika kelemahan undang-undang memberi kuasa terlalu luas kepada Menteri, mengapa pembaharuan ini tidak disegerakan?
Dan persoalan saya yang lebih spesifik, apakah justifikasi Kementerian Kewangan menstrukturkan semula RM11.5 bilion daripada obligasi Sukuk Siri 1 kepada sukuk baharu yang matang pada 2036, berbanding penyelesaian secara tunai? Berapakah jumlah sebenar peruntukan RM1.73 bilion setahun yang telah disalurkan kepada UJSB sejak 2021? Dan apakah pelan pembiayaan serta garis khusus kerajaan untuk melaksanakan Sukuk Siri 2 bernilai RM14.3 bilion pada 2029
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
tanpa terus memanjangkan obligasi kewangan kerajaan dan menjejaskan kepentingan pendeposit Tabung Haji.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya yang kelima, soal pembangunan luar bandar. Saya mohon khusus untuk daerah saya di Sik dan di pedalaman-pedalaman yang lain. Saya membawa suara penduduk luar bandar yang masih berhadapan dengan rumah uzur, peluang pekerjaan yang terhad, pendapatan rendah dan kemudahan asas yang belum memuaskan.
Kerajaan memperuntukkan RM2.3 bilion untuk jalan luar bandar dan RM3.3 bilion untuk infrastruktur asas luar. Angka ini nampak besar, tetapi rakyat Sik, rakyat di Baling, di Padang Terap, di pedalaman Sabah dan Sarawak mahu tahu, berapa banyak yang benar-benar sampai kepada mereka? Projek mana yang akan dilaksanakan, bila ia akan siap?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Secara khususnya, saya mohon penjelasan tentang kemajuan serta penyelenggaraan jalan Sik ke Baling, jalan Sik ke Gurun, pembinaan Jambatan Sik Dalam, pembaikan cerun dan pemasangan lampu-lampu jalan di kawasan yang memerlukan.
Juga, berkaitan dengan projek khusus untuk membaiki dan membina baru titi gantung di Kampung Pokok Jerai, di Kampung Betong, di Kampung Berona, Kampung Cemara. Semua ini jambatan titi uzur yang digunakan oleh orang kampung setiap hari pergi menoreh dan sebagainya, namun sehingga ke hari ini tidak nampak lagi projek ini untuk dilaksanakan untuk kepentingan rakyat di sana.
Saya juga meminta status terkini Projek Pemindahan Air Jeniang yang pernah dibincangkan dengan kos sekitar lebih RM1.3 bilion. Apakah tahap pelaksanaannya? Apakah jadual kerja terkini? Dan bilakah manfaatnya akan sampai kepada pesawah-pesawah di luar wilayah MADA itu dan juga pesawah-pesawah di daerah Sik dan sebagainya?
Juga, saya ingin membangkitkan klinik kesihatan di Daerah Sik yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 juga perlu diberikan penjelasan mengenai lokasi, kos, kemajuan, tarikh mula pembinaan dan tarikh siap. Pengumuman terdahulu tidak boleh dibiarkan tanpa laporan kemajuan yang jelas.
Kerajaan mesti memberikan perhatian yang sewajarnya juga kepada soal pengairan pesawah-pesawah di luar daripada kawasan jelapang padi itu supaya
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
petani-petani kita juga, khususnya petani di daerah saya ini, yang memberi khusus penanaman padi huma ataupun padi bukit ini untuk mereka juga mendapat manfaat daripada belanjawan yang dibentangkan.
Jangan ukur kemajuan luar bandar dengan jumlah peruntukan yang diumumkan. Ukurlah dengan jalan yang selamat, rumah yang lebih selesa, air yang mencukupi, internet yang berfungsi dan pendapatan yang meningkat.
Saya mohon kerajaan menyediakan pelan pembangunan khusus untuk pedalaman daerah Sik dan yang lain-lain, menyenaraikan projek, kos, jadual pelaksanaan dan agensi yang bertanggungjawab. Penduduk luar bandar tidak sepatutnya hanya diingati ketika belanjawan dibentangkan atau pilihan raya hampir tiba.
Tuan Yang di-Pertua, yang keenam berkaitan dengan pendidikan iaitu bina sekolah yang selamat, bukan sekadar bangunan. Saya menyambut baik peruntukan RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif, sasaran menyiapkan 3,500 bilik darjah tambahan serta kenaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada RM200 bagi setiap murid. Namun, pendidikan tidak boleh dinilai hanya melalui bangunan dan bantuan kewangan semata-mata.
Kita turut berdepan dengan isu buli, pergaduhan, disiplin dan keselamatan murid. Laporan kejadian kecederaan akibat insiden tikaman yang melibatkan pelajar pada bulan Julai hari itu dan yang baru-baru ini mengingatkan kita bahawa keselamatan di sekolah memerlukan tindakan yang serius, bukan sekadar kenyataan selepas sesuatu tragedi.
Saya mahu Kementerian Pendidikan menjelaskan, sama ada sekolah mempunyai kaunselor yang mencukupi, sistem pengesanan awal bagi murid berisiko, saluran aduan yang selamat dan prosedur dan tindakan yang benar-benar berkesan. Kita tidak mahu melahirkan anak yang bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga berakhlak, berdisiplin dan menghormati nyawa serta maruah dan orang lain.
Yang ketujuh, akses IPTA. Soal kelayakan akademik jangan tewas kepada kemiskinan. Saya membangkitkan persoalan akses ke institusi pengajian tinggi termasuk yang pernah disuarakan oleh Yang Berhormat Exco Pendidikan Tinggi Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dr. Haim Hilman Abdullah. Beliau yang menyebut― sehingga kesnya itu― apabila pelajar yang layak tidak mendapat tempat atau tidak mampu meneruskan pengajian kerana kos penginapan, makanan,
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
pengangkutan dan perbelanjaan awal, kita sedang berdepan dengan masalah keadilan pendidikan.
Bantuan seperti FLYsiswa dan Dapur Siswa dan penangguhan bayaran PTPTN bagi peminjam yang memenuhi syarat pendapatan boleh membantu, tetapi kerajaan perlu membentangkan data tentang jumlah pelajar yang layak yang tidak mendapat tempat, jumlah yang menolak tawaran kerana masalah kewangan serta latar belakang pendapatan keluarga mereka. Saya mendesak kerajaan memastikan dasar kemasukan, bantuan kewangan dan penempatan pelajar benar-benar mengambil kira keperluan golongan miskin dan luar bandar.
Jangan sampai anak orang berada mempunyai banyak laluan untuk melanjutkan pelajar sedangkan anak keluarga miskin terpaksa menguburkan cita- cita kerana tidak mampu membayar kos untuk mereka.
Seterusnya, yang kelapan, saya membangkitkan soal isu Palestin yang saya yakin pendirian lantang mesti disusuli dengan tekanan yang tegas. Dalam isu Palestin, Malaysia yang sering menegaskan sokongan kepada rakyat Gaza dan seluruh rakyat Palestin itu menentang kekejaman yang berlaku. Saya menghargai usaha diplomatik serta bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan, tetapi dalam menghadapi penderitaan rakyat Palestin, kita perlu bertanya dengan jujur apakah tindakan Malaysia setanding dengan ketegasan yang dikeluarkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sik, bagi laluan kejap, Sik.
Speaker, boleh Sik?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, sila.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak bagi? Ha, saya nak minta pandangan daripada Sik. Ya lah, bila Sik menyebutkan tadi soal berkaitan dengan masalah perumahan, kemiskinan dan juga harga barang. Cuma, kita nak tahu ini, Sik ini.
Sik ini satu daerah yang terdapat di dalam negeri Kedah. Apa peranan dan juga tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha untuk membantu soal berkaitan dengan perumahan, soal berkaitan dengan air, soal berkaitan dengan kemiskinan dan juga soal berkaitan dengan harga barang yang sangat melambung sekarang ini? Minta sikit pandangan daripada Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Hulu Langat, dia minat nak pi Sik ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagus. Beginilah yang saya hendak. Peraturan 37(1)(a) dan (1)(b) itu digunakan dalam mengganggu atau mencelah. Seumpama tadi, Yang Berhormat Kampar bangun tanpa kebenaran di bawah 37(1)(b). Dia guna 37(1)(a)― peraturan― yang Pengerusi akan benarkan, tapi keputusan muktamad adalah masih Pengerusi. Dan Pengerusi― ingat ya, Yang Berhormat, Yang Berhormat. 37(2) itu, kata putus adalah Pengerusi. Baik, sambung balik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas nasihat yang diberikan.
Ya, sedikit apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Ya, Kerajaan Negeri Kedah berhempas pulas dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kesejahteraan rakyat lebih dua juta itu. Sebab itulah kerajaan dengan konsisten menuntut supaya Kerajaan Persekutuan sendiri memberi suatu dana khusus apabila Kerajaan Negeri Kedah telah mengorbankan lebih 100,000 hektar pengekalan kepada tanah sawah padi di jelapang di Kedah itu.
Kerana apa? Kerana kita melihat itu satu pengorbanan besar rakyat negeri Kedah dan Kerajaan Pusat mesti juga membalas jasa itu— memberi peruntukan khas apabila Kerajaan Negeri Kedah tidak dapat mengutip cukai yang tinggi seperti mana negeri-negeri lain di Pulau Pinang dan sebagainya. Jadi, itulah yang kita lihat— kerjasama kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat mesti digembleng bersama, Hulu Langat.
Saya nak terus, Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk saya rumuskan bahawa soal tadi saya sebut soal Palestin, kita tidak boleh membiarkan solidariti Palestin berakhir pada ucapan, sepanduk dan kenyataan media. Bantuan kemanusiaan mesti diteruskan, tetapi ia perlu disertai tekanan politik, tindakan undang-undang dan kerjasama antarabangsa yang konsisten.
Jika Malaysia berani menyatakan bahawa kezaliman mesti dihentikan, Malaysia juga berani menilai setiap hubungan dan tindakan diplomatik berasaskan prinsip tersebut. Nyawa rakyat Palestin bukan isu bermusim dan keadilan mereka tidak boleh bergantung pada perubahan kepentingan politik dunia.
Yang kesembilan, yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan soal isu konflik di Myanmar. Ini yang saya nampak tidak disentuh oleh pihak di dalam Dewan kita ini atau di mana-mana. Ketika kita berbicara soal pelarian di Malaysia ini, kita lupa punca sebenar apa yang berlaku ini adalah konflik pembantaian, genosid
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
yang sedang berlaku di Myanmar. Sehingga sekarang, lebih daripada 16 juta rakyat Myanmar memerlukan bantuan kemanusiaan, lebih 3.8 juta rakyat Myanmar yang kehilangan tempat tinggal di wilayah Rakhine dan di wilayah-wilayah lain, tetapi sedihnya kita apabila masalah ini kita tujukan kepada kelompok-kelompok pelarian di Malaysia.
Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia bersatu hati bahawa Kerajaan Junta Tentera Myanmar perlu menghentikan pembantaian dan kezaliman kepada rakyat Myanmar itu dan kita mengkritik secara konsisten. Kenapa menjemput Presiden Junta Myanmar datang ke Malaysia dengan karpet merah? Presiden Aung Min Hlaing ini, dia telah pun diberi notis tuntutan waran tangkap oleh ICC, sama sepertimana Benjamin Netanyahu. Sebab itulah saya mengajak untuk kita memahami isu Myanmar dan pelarian ini dengan lebih jelas dan tidak pun kita tersasar sehingga menyebabkan berlaku xenofobia, kebencian yang tidak ada batasnya.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir sebagai rumusan saya juga, saya juga ingin menyentuh soal hubungan luar yang saya yakin sebagai seorang Islam, saya juga tersentuh untuk membangkitkan soal kebebasan beragama dan hak asasi manusia yang diiktiraf oleh Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Perkara 18 Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik.
Saya merujuk kepada isu protes rakyat di Azerbaijan ketika mana Kerajaan Azerbaijan telah pun mengharamkan pemakaian tudung kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dan pegawai-pegawai kerajaan di negara itu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Walaupun itu berlaku di negaranya, tetapi solidariti sebagai umat Islam, saya dengan tegas di sini Kerajaan Azerbaijan tidak seharusnya menjadikan sekularisme atau peraturan pentadbiran sebagai alasan untuk menyekat amalan agama secara menyeluruh tanpa justifikasi yang kukuh.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang terakhir, kerajaan tidak boleh hanya menuntut rakyat menerima pengumuman belanjawan, kerajaan juga mesti bersedia menerima teguran, mendedahkan kelemahan dan mengambil tanggungjawab apabila satu kegagalan itu berlaku.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kewibawaan kerajaan bukan diukur daripada kemampuannya mengumumkan peruntukan berbilion Ringgit tetapi daripada keberaniannya membetulkan kesilapan, menghentikan ketirisan dan memastikan rakyat menerima hasilnya.
Yang terakhir, saya juga secara konsisten menyebut, kerajaan telah membuat kesilapan apabila menyekat peruntukan kepada— dana kepada Ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Kesilapan ini tidak seharusnya diteruskan ketika mana rakyat mempersoalkan keadilan yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan. Rakyat di Sik, rakyat di Masjid Tanah, rakyat di Pengkalan Chepa bertanya, mana peruntukan yang sepatutnya diberikan ke sekolah-sekolah, di surau-surau yang uzur yang seharusnya dijawab oleh kerajaan, yang mesti ditunaikan oleh kerajaan. Janji mereka itu perlu ditunaikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, sekian.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Timbalan Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027.
Saya rakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas sebuah belanjawan yang memberikan kelegaan kepada rakyat, khususnya keluarga berpendapatan rendah, golongan pertengahan dan ibu bapa yang menanggung kos pendidikan anak-anak.
Bagi rakyat, ukuran kejayaan belanjawan ialah sama ada belanja dapur semakin mampu ditanggung, pendapatan boleh guna bertambah dan perkhidmatan awam semakin baik. Pada ukuran ini, Belanjawan 2027 telah membawa beberapa pembaharuan yang wajar diberi pengiktirafan.
Yang pertama, peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion. Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan, manakala rakyat berumur 18 tahun ke atas selain penerima STR akan menerima SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali. Keseluruhan subsidi bantuan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
dan insentif pula melebihi RM80 bilion. Saya sambut baik peluasan penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar di Pasar Tani dan Tamu di bawah FAMA.
Bantuan yang baik mesti sepadan dengan keperluan sebenar keluarga.
Rakyat perlu beli ikan, ayam dan sayur dan peniaga kecil juga wajar menikmati manfaat daripada perbelanjaan ini. Saya minta pelaksanaannya dipermudahkan, termasuk memperluaskan penyertaan kedai runcit kecil dan pastikan supaya penduduk kawasan luar bandar tidak perlu pergi jauh semata-mata untuk menggunakan bantuan mereka.
Pembaharuan cukai juga amat dialu-alukan. Pelepasan cukai individu meningkat daripada RM9,000 kepada RM12,000. Selepas tidak disemak semenjak 2010, setelah 17 tahun, ini pengiktirafan bahawa kos kehidupan telah berubah sedangkan pelepasan asas itu terlalu lama kekal pada tahap yang sama.
Kadar cukai bagi banjaran pendapatan bercukai RM70,001 sehingga RM100,000 juga diturunkan kepada 18 peratus dan RM100,001 hingga RM150,000 kepada 24 peratus. Kedua-duanya dikurangkan dengan satu mata peratusan.
Gabungan langkah ini dijangka memberi tambahan pendapatan boleh diguna sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta pembayar cukai.
Golongan pertengahan M40 turut menanggung ansuran mudah, ansuran rumah, pendidikan anak dan penjagaan ibu bapa. Mereka juga memerlukan ruang untuk membina simpanan. Oleh itu, saya memuji kerajaan kerana memberikan perhatian kepada golongan ini di samping meneruskan perlindungan untuk keluarga berpendapatan rendah.
Dalam pendidikan, bantuan awal persekolahan meningkat daripada RM150 kepada RM200 setiap murid dan elaun sara hidup RM2,500 diberikan kepada pelajar Tingkatan 6— Form 6. Ini membantu ibu bapa dan mengukuhkan peluang anak- anak meneruskan pendidikan. Saya turut menyambut baik peruntukan RM100 juta untuk penyelenggaraan SJK(C), RM100 juta bagi pembangunan Kampung Baru dan RM80 juta untuk rumah ibadat bukan Islam.
Kemudahan sekolah, jalan, longkang dan kehidupan komuniti mesti mendapat perhatian berdasarkan keperluan rakyat. Bercakap tentang Kampung Baru, izinkan saya ucapkan tahniah kepada MCA dan juga PAS. Kepada MCA kerana telah lepaskan satu ketua kampung di Negeri Sembilan kepada PAS dan saya baca berita tadi. Gerakan telah buat satu dakwaan, oleh kerana MCA telah lewat berunding, oleh itu mereka telah kurang satu ketua kampung. Jadi saya ucapkan tahniah kepada MCA.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dan juga saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana ini kali pertama dalam sejarah, tak pernah ada ketua kampung PAS dan sekarang PAS telah menerajui ketua Kampung Baru Cina yang dulu mereka di Parlimen ini mereka dakwa bahawa Kampung Baru Cina ini ada kait dengan komunis. Jadi PAS sekarang ini ketua kampung bagi satu kampung yang ada kaitan dengan komunis.
[Tepuk] Jadi, saya harap pengalaman ini ajar PAS bahawa kita mesti berhenti melabel masyarakat kampung baru. Kampung baru adalah masyarakat rakyat Malaysia yang bekerja, membayar cukai dan membesarkan keluarga. Mereka berhak dihormati dan mendapat pembangunan yang adil dan saya juga harap ketua kampung baru yang ada ketua kampung PAS ini, sempena ada Tahun Baru Cina, haraplah kita mungkin masih boleh ada lagi char siu dan juga babi panggang.
Timbalan Speaker, bantuan rakyat mesti disertai pengurusan kewangan yang bertanggungjawab. Saya sokong sasaran defisit 3.3 peratus pada 2027 menuju tiga peratus pada 2028 serta unjuran penurunan nisbah hutang Persekutuan pada KDNK.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kampar, boleh bagi sikit tak Kampar?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kampar kata, Kampar kata peruntukan atau pun bajet yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini bagus, tapi Ketua Pembangkang kalau kita dengar semalam, dia kata kalau dia ambil alih kerajaan— angan-angan ini memang tak salah— dia kata, dia akan musnahkan semua, dia akan hancurkan semua. Semua benda-benda baik yang dah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, dia nak musnahkan semua.
Maksudnya, peruntukan kepada agama Islam RM3.1 bilion ini pun dia nak musnahkan: RM200 kepada semua pelajar pun dia nak musnahkan: nak bagi RM150 kepada imam, kepada bilal, kepada siak ini pun dia nak musnahkan juga...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduk sebelah jer kot. Tak payah jerit-jerit.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi saya nak minta pandangan daripada Kampar ini, maksudnya— apa juga benda baik yang dah dibuat oleh Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan ini nak dimusnahkan, semuanya—
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
oleh Ketua Pembangkang kalau— dia berangan-angan nak ambil alih kerajaan suatu masa nanti. Sila pandangan daripada Kampar. Terima kasih Kampar, terima kasih Speaker.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, terima kasih Hulu Langat. Saya rasa rakyat boleh nilailah. Kalau nak musnahkan kebaikan, rakyat akan hukum masa pilihan raya.
[Tepuk] Jadi, saya, saya teruskan. Saya sokong sasaran defisit 3.3 peratus pada 2027 menuju tiga peratus pada 2028 serta unjuran penurunan nisbah hutang Persekutuan kepada KDNK kepada 63.7 peratus pada 2027. Kita mesti bezakan penurunan nisbah hutang dengan penurunan jumlah hutang. Namun hala tuju mengawal pinjaman baharu dan mengecilkan defisit wajar disokong. Setiap ringgit yang dijimatkan melalui pengurangan ketirisan boleh membantu rakyat. Sebab itu disiplin ini mesti dipatuhi oleh setiap kementerian.
Timbalan Speaker, prinsip itulah yang membawa saya kepada perbelanjaan KKDW, khususnya projek jalan luar bandar (JALB) di bawah tanggungjawab Bagan Datuk.
Tadi Ayer Hitam ada bangkit bahawa betul, KSU Tan Sri Johan Mahmood Merican, 2 September 2026 telah keluarkan penjelasan rasmi. Berdasarkan angka diterbitkan, 2023 peruntukan RM1.1 bilion, tetapi perbelanjaan sebenar RM1.8 bilion.
2024 peruntukan RM1.3 bilion, perbelanjaan sebenar RM2 bilion.
2025, peruntukan RM1.6 bilion dan perbelanjaan sebenar RM2.3 bilion.
Bermakna setiap tahun ada perbezaan RM700 juta ataupun RM0.7 bilion, tapi tadi Ayer Hitam kata, ini dapat kelulusan daripada MOF. Itu dia yang kata, tapi dia tak berani jawab masa saya minta laluan dia tak bagi. Masa saya bahas dia keluar, tapi kita imbas kembali bila isu ini timbul?
Isu ini timbul pada 1 September okey. Di sini ada laporan daripada Utusan Malaysia. “Ahmad Zahid Panas, Kontraktor Projek Luar Bandar Lewat Dibayar.” “Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau panas dengan isu itu apabila masih terdapat sebilangan kontraktor yang sudah melaksanakan kerja dan mencapai kemajuan” di bawah JALB, tetapi ada kelewatan pembayaran.
Bermakna kerja sudah siap, tapi di bawah KSU ini semua perbelanjaan, semua peruntukan telah dibayar. Bermakna lepas tak ada sekatan kepada peruntukan, tetapi masih ada kerja yang telah dibelanjakan. Ini bermakna kelulusan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
belum dapat, kelulusan belum dapat. Jadi macam mana boleh timbul perkara macam ini?
Semua peruntukan telah dihabiskan malah tambah lagi RM700 juta, tak cukup lagi, tapi masih ada kontraktor yang masih lewat dibayar. Jadi, macam mana boleh ada kerja sedangkan peruntukan telah dihabis? Jadi MOF juga menjelaskan bahawa tiada sekatan terhadap peruntukan jalan luar bandar KKDW dan peruntukan telah disalurkan seratus peratus, malah telah lebih RM700 juta setiap tahun.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kesukaran membayar kontraktor berlaku kerana peruntukan tahun semasa telah dibelanjakan hampir sepenuhnya. Pada Jun 2026 tahun ini, RM1.9 bilion daripada RM2.1 bilion telah dibelanjakan. Maka, Bagan Datuk perlu jawab, mengapa komitmen dan perbelanjaan melebihi peruntukan tahunan berlaku setiap tahun?
Siapakah yang luluskan komitmen tersebut? Apakah kawalan yang dibuat di peringkat Menteri dan mengapakah masalah yang sama berulang selama tiga tahun?
Apabila kementerian diberikan peruntukan, tanggungjawab Menteri ialah memastikan perancangan dan pelaksanaan selaras dengan kemampuan kewangan.
Kita tak boleh mengamalkan pendekatan belanja dulu, lepas itu minta Perbendaharaan— Treasury cari wang untuk menampung. MOF nyatakan RM300 juta tambahan tahun ini telah diluluskan untuk membantu menyelesaikan tunggakan kontraktor. Bermakna, kerja telah dilakukan baharu MOF lulus, dan penjimatan kementerian lain sedang dikenal pasti.
Saya minta MOF menyatakan— Menteri, kementerian mana yang telah dikenal pasti; dan program apa yang terlibat; jumlah yang dipindahkan; serta kesan pada projek asal?
Jika satu kementerian terlebih membuat komitmen, adakah sekolah, klinik ataupun kemudahan rakyat di bawah kementerian lain terpaksa menunggu?
Kita memerlukan jawapan berdasarkan rekod supaya Parlimen boleh menilai kesan sebenar keputusan tersebut. Jika jawapannya ialah, peruntukan telah disemak atau pun tambahan telah diluluskan, sila bentangkan tarikh; jumlah; pihak yang meluluskan; dan sumber pembiayaan. Kelulusan tambahan perlu dijelaskan sebab komitmen asal melebihi peruntukan. Angka selepas semakan tidak menjawab bagaimana masalah itu bermula.
Saya tak buat kesimpulan bahawa setiap perbelanjaan tambahan membuktikan rasuah. Sebab itu saya buat laporan kepada SPRM pada 8 Oktober,
Tuan Chong Zhemin - Kampar
supaya dokumen diperiksa; aliran wang diteliti; dan tanggungjawab setiap pihak ditentukan secara bebas.
Dalam hubungan ini, media pada 1 Oktober melaporkan, kegiatan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato’ Zamzuri seolah-olah isu ini telah selesai, tapi saya terima maklumat bahawa kenyataan beliau telah dipetik secara tidak tepat sehingga menimbulkan gambaran tersebut, tapi saya turut dimaklumkan bahawa selepas laporan saya, beliau telah dipanggil oleh SPRM untuk berikan maklumat dan menyiasat.
Jadi, saya minta MOF supaya sahkan perkara ini secara rasmi. Adakah kenyataan sebenar Dato’ Zamzuri? Apakah yang dimaksudkan kes ini telah pun selesai— itu urusan pembayaran, pelarasan peruntukan ataupun keseluruhan persoalan pertanggungjawaban. Adakah beliau telah diminta untuk memberi keterangan atau dokumen kepada SPRM berhubung laporan ini? Jika laporan tidak tepat, MOF perlu betulkan dengan terbuka.
Penyelesaian tunggakan kontraktor dan penelitian terhadap pengurusan kewangan ialah dua perkara yang berbeza. Bayaran yang sudah dibuat tidak dengan sendirinya menjawab, mengapa komitmen berlebihan berlaku?
Dan akhirnya, saya nak bangkit isu di kawasan Hospital Kampar...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kampar sikit Kampar, boleh— sikit?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini satu.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sikit, sikit jer.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya habiskan dulu, nanti pinjam masa.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sikit jer.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dua, tiga minit saya nak habiskan Hospital Kampar.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ini berkaitan...
[Tidak jelas] Nak tanya sikit.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Rakyat Kampar sudah lama menunggu.
Projek ini— Hospital Kampar telah diumumkan dalam Belanjawan 2020, kini kita sudah bahas Belanjawan 2027. Saya minta supaya penantian tersebut diterjemahkan kepada peruntukan pelaksanaan dan jadual pembinaan yang jelas.
Berdasarkan Laporan JKPTG, pengambilan tanah bagi tapak hospital baharu telah diselesaikan sepenuhnya pada Julai 2026. Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak dan semua pihak yang menguruskan projek ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah meletakkan Hospital Kampar sebagai keutamaan tertinggi dalam cadangan projek negeri.
Pengarah Hospital Kampar juga telah memaklumkan bahawa projek ini di senarai dalam ke-tiga keutamaan teratas Kementerian Kesihatan.
Saya minta supaya Menteri Kesihatan mengesahkan kedua-dua perkara tersebut, khususnya kedudukan Hospital Kampar dalam senarai keutamaan KKM.
Jika tanah telah pun selesai diperoleh dan keutamaannya begitu tinggi, apakah perkara yang masih menghalang kelulusan dan permulaan projek?
Keperluan hospital ini perlu dinilai melalui akses rakyat kepada rawatan apabila pesakit perlu dirujuk ke hospital lain, keluarga menanggung perjalanan, kos pengangkutan, cuti kerja dan masa menjaga pesakit. Bagi warga emas atau keluarga berpendapatan rendah, beban itu amat dirasai.
Saya juga mahu petugas kesihatan mendapat kemudahan yang membolehkan mereka memberikan rawatan yang terbaik. Bangunan baharu boleh dirancang bersama dengan perkhidmatan, peralatan dan tenaga kerja.
Saya minta supaya KKM bentangkan penilaian keperluan projek ini; kapasiti katil yang dicadangkan; skop perkhidmatan; kemudahan kecemasan; dan kepakaran yang akan disediakan.
Mengenai RMK13, saya difahamkan projek ini akan dicadangkan dalam Rolling Plan 3. Saya minta supaya KKM mengesahkan status sebenar permohonan ini, sama ada ia telah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dan sama ada kelulusan berprinsip ataupun siling projek telah pun diperoleh? Namun— tuntutan saya jelas.
Nombor satu, pembinaan mesti diusahakan untuk bermula pada tahun 2027.
Oleh sebab 2027 merupakan RP2 RMK13, jika projek kini berada dalam cadangan RP3, saya minta supaya kerajaan mempercepatkan pertimbangan dalam RP2 ataupun menggunakan mekanisme pengurusan yang sesuai untuk memulakan pelaksanaannya pada 2027. Jangan biarkan perbezaan jadual pentadbiran menjadi sebab rakyat perlu menunggu lebih lama tanpa penjelasan.
Saya minta KKM, Kementerian Ekonomi dan MOF selaraskan keputusan supaya tanah yang sudah diperoleh dapat dimanfaatkan secepat mungkin. Sebab tanah didapat pada tahun: Julai 2027, tapi dateline untuk RP2 telah pun ditutup, tapi saya rasa ini hanya untuk administratif. Kita boleh usahakan supaya dimasukkan kembali kepada RP2. Saya tahu sekarang dicadangkan untuk RP3. Kalau boleh, saya harap kita boleh start untuk tahun 2027.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya juga mahu jawapan yang mempunyai tarikh. Bilakah kelulusan projek dimuktamadkan? Bilakah reka bentuk dan dokumen tender disiapkan? Bilakah tender dibuka, kontraktor dilantik dan kerja pembinaan? Kita perlu ada satu garis masa untuk setiap jadual pembinaan. KKM juga perlu menyatakan anggaran kos keseluruhan dan peruntukan yang disediakan pada 2027?
Selain itu, saya juga ingin menjemput Menteri Kesihatan supaya datang ke Kampar untuk melihat sendiri keperluan setempat, bertemu petugas kesihatan dan seterusnya menyempurnakan majlis pecah tanah hospital baharu apabila projek dimulakan. Saya berharap majlis itu dapat berlangsung pada 2027, bersama permulaan kerja yang sebenar.
Timbalan Speaker, saya sokong Belanjawan 2027 kerana bantuan dan pengurangan cukainya memberi kelegaan kepada rakyat. Sokongan disertai tuntutan supaya disiplin kewangan dipatuhi dan projek penting dilaksanakan mengikut jadual.
Untuk KKDW, saya tuntut penjelasan yang lengkap dan pertanggungjawaban Menteri. Untuk rakyat Kampar, saya tuntut kelulusan, peruntukan dan tarikh pembinaan hospital baharu. Semoga janji dalam belanjawan diterjemahkan kepada...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kampar, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Manfaat yang benar-benar dirasai rakyat.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya nak menyokong Kampar sikit, boleh?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Saya tak bagi. Sila duduk.
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Puan Speaker atas peluang saya untuk membahaskan Belanjawan 2027 ini, bagi memastikan setiap ringgit negara diuruskan dengan amanah, berhemah dan memberikan peluang yang terbaik kepada rakyat.
Belanjawan ini adalah satu dokumen yang penting dan menjadi keutamaan sebagai sebuah kerajaan dan apabila kerajaan membelanjakan beratus bilion ringgit,
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
maka rakyat berhak untuk bertanya. Adakah kehidupan mereka semakin mudah?
Adakah pendidikan anak-anak semakin baik dan adakah hospital semakin cekap?
Adakah peluang pekerjaan semakin berkualiti dan yang paling penting, adakah kedudukan kewangan negara semakin kukuh untuk generasi akan datang?
Puan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa peruntukan mengurus 2027 ini dianggarkan RM376 bilion berbanding dengan RM380 bilion dan secara mudahnya hampir 99 sen daripada setiap RM1 hasil negara diperlukan untuk menampung perbelanjaan mengurus— gaji guru, doktor, jururawat, anggota keselamatan, bantuan sosial adalah tanggungjawab penting sebuah kerajaan, tetapi apabila hampir keseluruhan hasil digunakan untuk perbelanjaan mengurus, persoalan besar yang timbul ialah dari mana datangnya ruang untuk membiayai pertumbuhan masa depan?
Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik hasrat meningkatkan pendapatan pekerja melalui kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun 2027, tetapi saya ingin mengingatkan Dewan bahawa, gaji minimum telah pun meningkat secara terkumpul sejak daripada 2022, RM1,500 adalah sebanyak 66.7 peratus. Itu daripada paras RM1,200. Ini menggambarkan terdapat usaha untuk memperbaiki pendapatan pekerja.
Namun, persoalan dasar yang mesti dijawab ialah sama ada produktiviti dan kemampuan perusahaan turut berkembang? Lebih membimbangkan lagi pengecualian, sebagaimana yang telah disebut oleh ramai Ahli-ahli Parlimen berkenaan kepada pengecualian terhadap PMKS dengan hasil jualan bawah RM50 juta yang berpotensi mewujudkan dua kelompok pekerja bergaji minimum.
Seorang pekerja di syarikat besar menerima RM2,000, sedangkan pekerja yang melakukan kerja seumpamanya perusahaan kecil mungkin kekal pada RM1,700. Pengecualian ini mungkin membantu perusahaan kecil dari segi pematuhan undang-undang, tetapi tidak akan menghapuskan tekanan pasaran buruh.
Majikan kecil tetap perlu bersaing dapat pekerja dengan syarikat besar.
Sebaliknya jika inilah pekerja berhijrah kepada majikan yang menawar gaji yang lebih tinggi, maka perusahaan kecil mungkin terpaksa meningkatkan gajinya tanpa mempunyai sokongan produktiviti yang mencukupi. Yang inilah kita perlu membantu majikan membayar gaji lebih tinggi secara mampan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Satu lagi perkara yang kerajaan perlu berikan perhatian ialah isu berkenaan dengan isu pekerja asing yang menetapkan kadar minimum berbeza berdasarkan kewarganegaraan tanpa meneliti kewajipan undang-undang dan kesannya terhadap eksploitasi buruh. Dan ini mesti ditangani dengan teliti dan tidak boleh sewenang- wenangnya menetapkan kadar minimum yang berbeza berdasarkan kewangan tanpa meneliti kewajipan undang-undang dan kesan terhadap eksploitasi buruh.
Tuan Yang di-Pertua, tiga tahun lalu Dewan ini meluluskan Kertas Putih Kesihatan pada tahun 2023 dengan sasaran perbelanjaan kesihatan awam sebanyak 5 peratus daripada KDNK, tetapi berapakah perbelanjaan kesihatan awam kita dalam belanjawan pada tahun hadapan? Hanya 2.1 peratus daripada KDNK.
Selepas tiga tahun Kertas Putih dibentang, populasi kita semakin tidak sihat dan masalah bantut kanak-kanak masih lagi berlarutan. Kita pun belum sampai separuh kepada sasaran kerajaan sendiri.
Rakyat merasainya di wad: katil di koridor; terpaksa menunggu giliran berbulan-bulan hanya untuk melakukan imbasan dan juga pembedahan; doktor pakar yang meninggalkan perkhidmatan awam kerana beban kerja. Dan inilah hakikat sebenar sistem kesihatan; perbelanjaan pembangunannya yang hanya ditambah RM5 juta dalam Belanjawan 2027 dan dibiayai kurang separuh daripada sasarannya sendiri.
Oleh yang demikian, bagi memastikan akses kesihatan dapat ditingkatkan dan mengurangkan kesesakan pesakit di klinik kesihatan awam, saya menggesa Kerajaan MADANI mengkaji keperluan untuk mengembalikan semula klinik komuniti sebagaimana yang telah pun ada suatu ketika dahulu, iaitu Klinik Rakyat 1Malaysia ataupun mungkin boleh Kerajaan MADANI menamakan “Klinik Rakyat MADANI.” Semua sekarang ini MADANI, semua hendak di-MADANI-kan, jadi boleh saja nama Klinik Rakyat MADANI.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, di atas kertas, Kementerian Pendidikan menerima hampir RM69 bilion. Macam biasa, KPM menerima peruntukan yang tertinggi berbanding dengan kementerian yang lain, tetapi apabila dilihat dengan teliti dan mendalam, peruntukan pembangunan bagi Kementerian Pendidikan tahun ini telah pun dipotong RM800 juta— untuk tahun hadapan. Jadi, persoalan pokok yang timbul tetap sama. Adakah tambahan wang pendidikan berjaya mengurangkan kesesakan kelas, meningkatkan penguasaan literasi serta memperbaiki keselamatan sekolah?
Kerajaan perlu menerbitkan audit keselamatan sekolah, melihat keperluan pembaikan kritikal, kekosongan guru mengikut opsyen, dan pencapaian
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
pembelajaran secara berkala. Masjid Tanah juga mahu kerajaan memastikan cadangan perubahan umur kemasukan Tahun 1 disertai dengan penilaian kesediaan murid, kapasiti sekolah, dan juga kesan terhadap pengusaha pendidikan awal kanak- kanak.
Tuan Yang di-Pertua, sekolah adalah di mana anak-anak kita menghabiskan masa satu pertiga hari mereka di sana. Sejak daripada awal ibu ayah hantar mereka ke sekolah, servis berganti tangan, maka tugas mendidik dan menjaga anak-anak pula adalah kepada guru-guru sekolah, tetapi perlu diingatkan juga bahawa guru bukannya mesin bernyawa. Bayangkan seorang guru perlu menjaga 30 ke 40 orang pelajar dalam sebuah kelas. Tanpa ada sistem sokongan yang baik, bagaimana mungkin mereka nak mengenal pasti dan mendalami yang mana satu pelajar yang sedang menghadapi tekanan, yang mana satu hendak diberikan perhatian dalam pelajaran, yang mana satu perlu bantuan makanan.
Sebab itulah kita lihat nasib guru pun lebih kurang sama. Kisah buli, pelajar cedera dan mati di premis sekolah kini mengisi cerita di dada akhbar dan juga social media. Sebagai ibu, hati ini bagai disiat-siat melihat anak pergi sekolah dengan sihat, selamat, akhirnya pulang dengan sekujur tubuh yang tidak bernyawa. Kenapa jadi begini? Ramai yang tuding jari ke sekolah, ramai tuding jari ke guru. Mereka salahkan Menteri. Bagaimana sikap kita sebagai ibu ayah? Bila kali terakhir ibu dan ayah semak beg sekolah, periksa beg sekolah anak-anak sebelum mereka ke sekolah?
Sebab budak-budak zaman sekarang ini pun canggih.
Jadi, semalam apabila saya membaca di akhbar Berita Harian, data daripada Tribunal Antibuli yang menerima, dalam tempoh 3 bulan, mereka menerima aduan sebanyak 61 kes dan buli fizikal merekodkan jumlah kes yang tertinggi berbanding dengan— dan diikuti oleh buli mental dan ini adalah angka yang menakutkan.
Bagaimana dengan kes buli yang tidak diadukan?
Sahabat saya ada tanya kepada anak-anak dia macam mana dengan kes buli yang berlaku dan apa pandangan mereka tentang kes yang berlaku dan apa punca sebenarnya yang berlaku. Anaknya itu menjawab bahawa hari ini kurangnya sifat empati di kalangan kita apabila terlalu banyak masa di skrin online dan ini yang menjejaskan mental mereka.
Dan saya juga ingin menyentuh tentang data mengenai kesihatan mental ataupun psikologi murid. Umum tahu bahawa KKM memang selalu masuk sahaja ke sekolah untuk membuat kempen sebagai pendekatan bagi menangani isu mental health pelajar-pelajar, tetapi saya ingin bertanya kepada pihak KKM, adakah mereka
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
ada data yang dibekalkan oleh pihak KPM melalui sekolah-sekolah berkaitan dengan data mental health, psikologi murid daripada KPM? Kalau KKM sendiri tidak ada data itu, mana mungkin mereka dapat membuat intervensi itu dengan secara bersasar dan berkesan.
Dan saya ingin bertanya juga kepada pihak KPM, adakah data mental health pelajar-pelajar ini terlalu OSA, terlalu rahsia, tidak boleh disentuh, dikongsi dengan kementerian-kementerian yang berkaitan? Jadi, apabila membaca laporan khas di Berita Harian berkaitan dengan generasi muda, kanak-kanak yang berisiko menjadi pembunuh akibat fahaman pelampau keganasan, nihilistik ataupun lebih dikenali sebagai NVE, maka fahaman NVE ini dipercayai telah pun menular di kalangan murid dan ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Dan ini sudah pun menjadi satu krisis yang menakutkan.
Oleh sebab itu, Dasar Pendidikan Negara ini amat penting bagi mencorakkan kehidupan generasi akan datang di mana 15 tahun, 20 tahun akan datang baru kita dapat lihat hasilnya. Kalau dulu bolehlah kita katakan, pepatah, “It takes a village to raise a child”, tapi hari ini keadaan sudah berubah. Now, it takes a nation to raise a child. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan perkara usahawan belia dan persekitaran e-dagang di negara kita. Pertama sekali saya bersetuju juga dengan apa yang dibangkitkan oleh YB Muar. Memang tak dapat dinafikan pemotongan yuran komisen dan transaksi oleh platform gergasi seperti Shopee dan TikTok Shop yang mencecah 15 hingga 20 peratus setiap pesanan amat membebankan usahawan muda serta micro-PKS tempatan. Kenaikan yuran secara mendadak tanpa notis pemberitahuan yang munasabah telah memotong margin keuntungan perniagaan kecil yang baru hendak bertapak.
Namun Tuan Yang di-Pertua, apa jawapan kita? Ada suara-suara yang mencadangkan agar kerajaan atau syarikat tempatan membangunkan platform e- dagang baharu untuk bersaing. Sebagai Menteri pernah duduk menjaga usahawan, saya rasa langkah itu amat berisiko dan memakan kos cash burn yang luar biasa.
Lihat sahaja pengajaran daripada entiti tempatan seperti AirAsia Super App. Walaupun mereka mempunyai ekosistem pengguna yang besar dan sokongan jenama yang kukuh, membina platform pasaran baharu menentang gergasi e- dagang amat sukar akibat kesan rangkaian network effect dan subsidy voucher yang terlalu mahal. Dan akhirnya aplikasi baharu tidak dapat bertahan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sebaliknya Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian sudah ada di depan mata.
Manfaatkan trafik sedia ada di Facebook dan juga Instagram yang jauh lebih besar daripada mana-mana aplikasi e-dagang dan model direct-to-consumer (D2C) di social media membolehkan anak-anak muda tempatan dan peniaga tempatan kita menjual barangan mereka secara terus tanpa sebarang yuran komisen platform dan sekadar yuran pintu pembayaran asas sekitar 1 peratus.
Isu utama yang menghalang pembelian daripada berbelanja di social media ini bukanlah kurangnya produk, tetapi isu jaminan keselamatan dan keyakinan pengguna jika berlakunya kes penipuan ataupun barang rosak.
Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengemukakan tiga cadangan kepada pihak KPDN, KUSKOP, dan juga MCMC iaitu dengan pertamanya, menguatkuasakan lesen dan pendaftaran SSM kepada peniaga media sosial.
Yang kedua, memanfaatkan semua peniaga-peniaga D2C di Facebook dan IG untuk memaparkan nombor pendaftaran SSM serta akaun syarikat dan mengintegrasikan gerbang pembayaran DuitNow eskrow kebangsaan dengan bekerjasama dengan pihak PayNet.
Dan seterusnya memperkasakan saluran Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dengan pihak KPDN.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyeru kepada isu yang tidak kurang pentingnya, iaitu gelombang baharu platform e-dagang merentas sempadan seperti Temu dan Pinduoduo. Saya tak pastilah sama ada Tuan Speaker ada atau tidak membeli barang daripada Pinduoduo. Saya ada beli, saya ada test, tetapi barang sampai lambatlah, bungkusannya colour hijau.
Walaupun kita ada rasa sikap kritis terhadap Shopee, TikTok Shop, Lazada atas yuran komisen, sekurang-kurangnya kita kena akui bahawa mereka telah melabur, tubuhkan syarikat rasmi di Malaysia, mereka sewa bangunan, dan menggaji ribuan anak tempatan dalam teknologi dan pengurusan dan membina rangkaian gudang logistik di luar negara serta membayar cukai DST dan cukai korporat tempatan, tetapi bagaimana dengan Temu dan juga Pinduoduo? Mereka beroperasi mengikut model direct-from-factory daripada China. Barang dihantar terus kurier tanpa gudang tempatan, tanpa pejabat tempatan, tanpa gaji pekerja anak tempatan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Mereka sedut aliran tunai dan pendapatan rakyat Malaysia ke luar negara tanpa memberikan sebarang manfaat kepada pembangunan modal insan ataupun infrastruktur fizikal negara termasuk pusaran ekonomi.
Bayangkan Puan Speaker, saya beli buku nota ini, kalau saya beli dekat DIY ataupun kedai buku dekat Melaka, harganya koman-koman RM12, very good quality dengan izin Puan Speaker, tetapi di Pinduoduo saya boleh dapat harga RM2.60, tuan-tuan. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini mewujudkan persekitaran persaingan yang amat tidak adil. Peniaga tempatan kita perlu bayar sewa kedai, gudang, tetapi sebaliknya kilang-kilang luar negara yang ini tidak pun. Mereka terlepas daripada sebahagian besar kos operasi sebegini.
Jika trend ini dibiarkan tanpa kawalan, sektor pembuatan mikro dan peruncitan tempatan kita dihancurkan secara perlahan-lahan di masa hadapan.
Bayangkan Pinduoduo ini dia baharu masuk bulan Disember tahun lepas dalam tempoh berapa, 10 bulan ini dia sudah mencanak naik pengikutnya, saya salah seorang. Saya melihat bahawa— dan bulan Mei yang lalu mereka telah pun bertapak secara rasmi di Malaysia.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggesa pihak Kementerian MITI, KPDN dan MCMC untuk mengambil tindakan tegas melalui tiga cadangan iaitu mandat syarat local present account dan pejabat tempatan, semak semula cukai barangan bernilai rendah, piawaian kawalan mutu dan keselamatan produk dan kita harus tetapkan syarat entiti tempatan.
Seterusnya saya ingin menyentuh kepada Citrawarna 2027 iaitu di bawah Kementerian MOTAC. Tuan Yang di-Pertua, Citrawarna ini sepatutnya menjadi satu program yang ber-prestige mengangkat keunikan seni budaya identiti Malaysia.
Namun, ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan kerana soal kualiti dan juga persediaan. Citrawarna ini adalah wajah kita, adalah imej kita bukan hanya sekadar mahu persembahan yang meriah, tetapi kita mahukan persembahan bertaraf antarabangsa dan itulah wajah sebenar Citrawarna yang diangkat sejak dulu lagi, apatah lagi program ini melibatkan 14 negeri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
Jadi, apabila dianjurkan baru-baru ini, kita tahu bahawa mereka hendak cut budget, sepatutnya persembahan dari negeri-negeri, tetapi yang dipilihnya hanya kelab-kelab dari negeri Selangor dan Kuala Lumpur untuk membuat persembahan tersebut dan ianya tidak mencerminkan sebenar negeri yang mereka mewakili.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Malah, lagu Terengganu sewaktu mereka hendak mempersembahkan, sepatutnya lagu itu Watimang Landak, tetapi jadinya ‘Watimah’ Landak ini adalah satu missrepresentasi yang dipamerkan kepada luar negara hingga muzik yang digunakan kebanyakannya menggunakan muzik AI. Macam mana ini? Citrawarna kot. Patut kita pamerkan muzik kita yang sebenar, bukan guna AI.
Jadi, sebab itulah kita mendapat kritikan yang ramai daripada warga internet, adakah ini yang kita hendak tunjukkan kepada pelancong-pelancong kita. Jadi, saya juga ingin bertanya kepada kementerian, kenapakah penganjuran ini tidak menggunakan event organizer yang profesional. Siapa yang bertanggungjawab kepada keseluruhan produksi? Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dan tidak lengkap kalau saya tidak menyebut— saya minta masa sedikit Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung ya.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Gulung.
Masjid Tanah— tidak lengkap untuk saya menyebut tentang kawasan saya di Masjid Tanah. Tak lama lagi Melaka hendak raya. Melaka hendak sambut raya sebab itu macam-macam gula akan dibawa turun ke negeri Melaka. Ada gula pasir, ada gulang perang, ada gula-gula yang hilangkan batuk dan ada gula-gula yang hilangkan mengantuk.
Saya benar berharap dengan keghairahan hendak menyambut raya nanti, kalau dapat kementerian di Putrajaya dapat juga melihat keperluan yang mendesak bagi Parlimen Masjid Tanah, antaranya: sekolah rendah di kawasan Simpang Ampat Taboh Naning; dan yang keduanya untuk TAPS Sungai Jernih yang sudah lewat sekarang. Harap dapat diberikan perhatian.
Ketiganya, ban pecah di Lubuk Cina. Sudah tiga kali kerja pembaikan sementara dilakukan.
Yang keempat masalah Internet. Nasib baik hari Jumaat insya-Allah saya akan jumpa MCMC.
Dan yang kelima pihak KPKT, saya ingin sebuah dewan untuk penduduk Taman Ayer Molek Perdana untuk kegunaan masyarakat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan terima kasih sekali lagi kepada Kota Belud, YB Sik dan juga sahabat-sahabat yang memperjuangkan untuk peruntukan-peruntukan di pihak blok pembangkang. Diam tak diam, sudah empat tahun kami bergelar “pembangkang.” Memang tak ada peruntukan— memang susah Yang Berhormat. Kita rasa payah, tetapi bagaimana pula peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri di bawah Yang Amat Berhormat Tambun melonjak naik
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
RM900 juta. Kalau campak sedikit pada kami di pihak blok pembangkang, kami semua amat mensyukuri.
Jadi, tahniahlah apabila Yang Berhormat Beluran memberikan peringatan kepada kerajaan hari ini sewaktu dalam perbahasannya semalam dan kita sebenarnya sudah berada di selekoh terakhir sebelum kuasa kembali ke tangan rakyat. Rakyat akan menilai bukan apa yang diucapkan atau apa yang dijanjikan dalam pidato yang berapi-api, tetapi apa sebenarnya YB dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.
Kepada anak muda yang mengikuti perbahasan minggu ini, minggu depan dan sebagainya, lihatlah akhirnya belanjawan ini akan dibayar oleh anda.
Hutangnya, bunganya dan peluang yang gagal dibina hari ini akan jatuh ke bahu generasi— anda. Sebab itu suara anda kami pertahankan. Itu sahaja daripada Masjid Tanah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Izinkan Tebrau memulakan ucapan dengan satu prinsip yang mudah, tetapi penting.
Belanjawan yang baik bukan sekadar belanjawan yang membelanjakan wang, tetapi perlu memastikan setiap Ringgit yang dibelanjakan memberikan manfaat sebenar kepada rakyat dan membawa negara ke arah masa depan lebih baik.
Secara keseluruhannya saya melihat Belanjawan 2027 ini sebagai satu belanjawan yang bertanggungjawab fiskal dan pragmatik. Saya menghargai usaha kerajaan mengimbangi tiga keperluan utama negara iaitu meringankan kos sara hidup rakyat, merangsang pertubuhan ekonomi dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan. Pendekatan ini selari dengan prinsip Ekonomi MADANI yang menekankan usaha menaikkan siling atau raising the ceiling dan menaikkan lantai.
Pertama, kerajaan berusaha meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat melalui bantuan kewangan, pelepasan cukai dan peningkatan pendapatan secara langsung.
Kedua, pendekatan subsidi bersasar diteruskan bagi melindungi rakyat daripada kejutan kos sara hidup khususnya ketika harga tenaga dan barangan keperluan terdedah kepada ketidaktentuan geopolitik.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ketiga, kerajaan melaksanakan penstrukturan semula sistem cukai termasuklah meningkatkan pengecualian cukai individu dari RM9,000 kepada RM12,000 setahun dan pada masa yang sama, gaji minimum juga dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 tertakluk kepada pengecualian yang diumumkan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM50 juta.
Keempat, di sebalik tekanan ekonomi global dan peningkatan keperluan perbelanjaan, kerajaan menyasarkan defisit fiskal menurun kepada 3.3 peratus KDNK untuk tahun 2027 berbanding dengan anggaran 3.6 peratus pada 2026.
Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan KDNK juga menurun daripada 65.2 pada tahun 2025 kepada 64 pada tahun 2026 dan untuk tahun depan 63.7.
Puan Speaker, tadi Yang Berhormat Indera Mahkota dalam Dewan ini dia menyatakan bahawa Perdana Menteri kita Yang Berhormat Tambun sangat obses dengan hendak kurangkan defisit. Bagi saya, saya ingin hendak menjawab kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, PMX kita ini bukan obses hendak turunkan defisit, tetapi dia hanya mematuhi undang-undang sedia ada— Fiscal Responsibility Act yang diluluskan Dewan ini. Saya percaya Yang Berhormat Indera Mahkota juga ada dalam Dewan menyatakan kita perlu turunkan defisit negara kepada 3.0 pada tahun 2028. Maknanya itu benda yang baik.
Dengan tanggungjawab fiskal yang baik, baharulah pelabur ada keyakinan kepada Malaysia, barulah rating negara kita dengan Standard & Poor’s, Fitch, Moody’s dikekalkan. Itulah kenapa Puan Speaker, hari ini mata wang Malaysia merupakan salah satu mata wang yang paling cemerlang di Rantau Asia. Kalaulah defisit kita tidak turun, maknanya kita ambil lebih banyak hutang.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Bila hutang naik, sebelah sana pun complaint. Bila sekarang kita nak kurangkan hutang, mereka pun complaint. Macam mana ni kerajaan ni? Saya rasa susah juga nak jadi kerajaan, tapi yang pentingnya saya rasa kita buat yang terbaik, kita turunkan defisit untuk demi ekonomi negara.
Puan Speaker, saya memang menyokong hala tuju Belanjawan 2027 ini dan saya memang rasa ia satu belanjawan yang baik, tetapi pada masa yang sama saya juga percaya kita masih ada ruang untuk menambah baik agar manfaat belanjawan dapat dirasai dengan lebih menyeluruh.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam belanjawan ini. Pertama, peningkatan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan. Saya
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
secara dasarnya memang menyokong prinsip setiap pekerja yang bekerja keras berhak menerima upah yang adil dan bermaruah. Namun begitu, Dasar Gaji Minimum perlu mengambil kira kos operasi, produktiviti, kemampuan majikan dan kelangsungan PMKS tempatan. Dalam hal ini, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan perlu meneliti secara khusus kesan pelaksanaan gaji minimum terhadap pekerja asing.
Menurut data KESUMA, Malaysia sekarang kira-kira mempunyai 2.13 juta pekerja asing aktif yang berdaftar setakat 15 Oktober 2025. Saya percaya jika kita tambah yang tidak berdaftar, mungkin angka ini akan mencecah 4 juta. Dalam sektor tertentu ni, kerja yang ditawarkan dalam sektor-sektor tertentu ini memang hanya orang pekerja asing sahaja yang akan kerja, memang orang Malaysia tidak akan ambil kerja ini walaupun dengan gaji yang lebih tinggi.
Maka sekiranya gaji setiap pekerja asing ini meningkat sebanyak RM300 sebulan berdasarkan anggaran 2.13 juta pekerja, maka tambahan kos gaji boleh mencecah RM600 juta sebulan atau RM7.2 bilion. Kalau kita ambil anggaran 80 peratus daripada tambahan pendapatan tersebut akan dihantar balik ke negara asal pekerja asing, jumlah wang yang keluar dari pasaran Malaysia boleh mencapai RM500 juta sebulan ataupun RM6 bilion setahun. Ini merupakan satu angka yang cukup besar.
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh tentang isu caruman mandatori KWSP sebanyak dua peratus yang melibatkan pekerja dan majikan bagi pekerja bukan warganegara yang diliputi mulai Oktober 2025. Saya di sini juga cadangkan agar kerajaan pertimbangkan semula pembahagian tanggungan ini termasuk cadangan supaya pekerja asing menanggung kesemua empat peratus penambahan itu dan bukan two plus two sekarang. Langkah ini berpotensi mengurangkan beban tambahan majikan tempatan sekali gus mengurangkan risiko kenaikan harga di pasaran. Secara ringkasnya, saya harap kerajaan menilai semula pelaksanaan Dasar Gaji Minimum ini terhadap pekerja asing dan saya harap kenaikan gaji minimum ini tidak termasuk pekerja asing dan hanya meliputi dan cover rakyat— pekerja Malaysia sahaja.
Bagi cadangan gaji minimum RM2,500 untuk pekerja separa mahir dan graduan pula, kerajaan perlu memperjelaskan definisi serta kriteria kelayakan tahap kemahiran, pengalaman, produktiviti yang digunakan. Kalau kita ikut definisi yang ditetapkan oleh KESUMA, kategori separa mahir ini sangat luas. Ia terlibat juga kerani, pekerja perkhidmatan dan jualan, operator mesin dan juga perhutanan dan
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
sebagainya. Pasaran perlu satu clarity sebenarnya siapa yang dimaksudkan sebagai pekerja separa mahir. Saya juga harap kerajaan boleh memberi sedikit penjelasan tentang tarikh pelaksanaan atau timeline untuk dasar ini dimulakan supaya maklumat ini sampai ke pasaran lebih awal untuk memberi majikan-majikan masa untuk bersedia sekiranya diimplementasikan.
Puan Yang di-Pertua, kerajaan telah juga mengumumkan dalam bajet ini bahawa ambang kebankrapan akan dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000. Saya menyokong usaha untuk memberi peluang kedua kepada rakyat Malaysia yang benar-benar menghadapi kesukaran kewangan, kegagalan perniagaan, kehilangan pekerjaan atau kemerosotan pendapatan tidak seharusnya menyebabkan seorang kehilangan peluang untuk membina semula kehidupannya.
Walau bagaimanapun, pendekatan ini perlu diiringi dengan tanggungjawab kewangan yang kukuh. Kita perlu membezakan antara individu yang terjejas akibat keadaan di luar kawalan mereka dengan individu yang berulang kali mengambil risiko kewangan tanpa pertimbangan yang wajar termasuk melalui hutang credit card, hutang peribadi dan perbelanjaan berdasarkan kepada gaya hidup yang tidak sepadan dengan kemampuan mereka. Oleh itu, saya mencadangkan agar pembaharuan ini disokong oleh program literasi kewangan yang lebih menyeluruh.
Pendidikan tersebut perlu merangkumi pengurusan hutang, penggunaan kredit secara berhemah dan penilaian kemampuan membayar balik pinjaman.
Kerajaan juga perlu menilai punca kebankrapan berdasarkan data supaya bantuan dan mekanisme pemulihan dapat disasarkan dengan lebih berkesan. Hakikatnya, peluang kedua mesti membuka jalan kepada pemulihan kewangan dan kehidupan yang lebih stabil dan bukannya mendorong pengulangan kesilapan yang sama sahaja.
Puan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi digital telah memberi peluang kepada Malaysia dari segi pembangunan. Perkembangan pusat data, kecerdasan buatan dan industri berintensif tenaga dapat merangsangkan pelaburan serta membuka ruang untuk banyak industri lain. Namun demikian perkembangan ini turut meningkatkan permintaan terhadap elektrik. Unjuran terkini menunjukkan penggunaan elektrik di Semenanjung Malaysia dijangka meningkat 4.9 peratus pada 2027 kepada 148.66 terra-volt dengan pertumbuhan pusat data sebagai salah satu pemacu utama.
Saya mengakui bahawa subsidi elektrik ini memang penting untuk melindungi isi rumah dan perniagaan yang memerlukan bantuan kita. ST sendiri telah
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
mengumumkan komitmen subsidi elektrik Kerajaan Malaysia kepada warga Malaysia mencecah hampir RM6 bilion setahun. Angka tersebut menunjukkan bahawa subsidi elektrik melibatkan komitmen kewangan yang cukup besar. Saya harap demi cara untuk kita cuba kurangkan kos elektrik untuk isi-isi rumah ini, saya harap kerajaan boleh memikirkan skim untuk menolong PMKS dan isi rumah dengan pemasangan solar panel.
Sekarang isunya solar panel ini mungkin kosnya agak tinggi di luar daripada kemampuan orang-orang B40 contohnya, tetapi sekiranya kerajaan boleh tolong dengan skim pinjaman ataupun ansuran, dan kita cuba kurangkan ROI hingga tiga tahun, saya yakin ramai sebenarnya yang boleh memasang solar panel di rumahnya dan dengan tenaga hijau yang lagi cekap dan lagi bersih adalah lebih baik daripada kita bergantung kepada tenaga-tenaga lain. Dengan adanya solar, saya cukup yakin kos elektrik rakyat tentunya akan ada sedikit penurunan daripada apa yang ada sekarang.
Puan Yang di-Pertua, oh masa tak banyak ni. Saya juga ingin menyentuh isu subsidi. Puan Yang di-Pertua, subsidi bersasar seperti BUDI95 adalah cukup penting untuk melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup. Bagi tahun 2027, kos subsidi untuk semua program subsidi di Malaysia adalah RM80 bilion dan hanya untuk BUDI95 saja dianggarkan sekitar RM40 bilion setahun.
Kalau kita kira setiap rakyat Malaysia yang layak dapat BUDI95, ada had sampai 300 liter minyak dengan harga pasaran RM4.67 sekarang. Setiap orang yang guna 300 liter itu— kerajaan kena tanggung RM800 sebulan atau bersamaan hampir RM9,600 satu tahun untuk setiap rakyat yang guna BUDI95 300 liter. Ini adalah pengorbanan yang paling besar oleh Kerajaan MADANI. Bayangkan Puan Yang di- Pertua, ini air mineral 500 mililiter.
[Sambil menunjuk sebotol air mineral] Katalah RM1 sangat murah. Dua ini satu liter, RM2.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Maknanya air mineral ini, maknanya minyak kita sebenarnya lagi murah daripada air mineral yang sekarang kita minum di pasaran. Usaha ini dibuat oleh kerajaan demi ingin membantu melindungi semua rakyat daripada kejutan, daripada inflasi yang tidak tertentu.
Puan Speaker, dalam bajet ini yang saya sebut RM80 bilion kita belanjakan untuk subsidi. Kalaulah kita bagi secara matematik kepada yang layak untuk SARA iaitu 26.26 juta rakyat, setiap orang, satu tahun bukan boleh dapat RM200. Dia boleh dapat RM3,047. Begitu banyaknya subsidi yang kita gunakan di Malaysia. Maka,
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
sekiranya kita ada peluang, kita patut semak semula subsidi mana sebenarnya yang patut dibagi dan kalaulah ada subsidi yang boleh dikurangkan atau diberhentikan, kita wajib untuk semak semula.
Contohnya saya bagi satu, Puan Speaker yang saya selalu sebut di dalam Dewan, isu subsidi gula. Setiap tahun kerajaan membelanjakan RM500 juta untuk mengekalkan subsidi gula, tetapi Puan Speaker, seperti yang kita maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia pun menganggarkan sebenarnya penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia tengah naik dan semua ini sebenarnya mengambil kos yang sangat tinggi untuk kerajaan. Bila kita buat dasar di sebelah tangan kiri— kita suruh orang jangan makan gula banyak, cuba jangan obesiti, cuba pergi kurangkan penggunaan gula, tapi pada tangan kanan kita pula, bagi subsidi gula, dia memberi satu isyarat yang bercanggah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Dan bila— yes, sekejap lagi.
Dan bila kita hantar isyarat yang bercanggah, matlamatnya tidak akan dicapai. Rakyat akan korban dengan isu risiko kesihatan dan hospital kita akan dibanjiri dengan pesakit. Pada masa yang sama, kita bagi RM500 juta sahaja kepada pasaran untuk orang makan gula tanpa apa-apa manfaat.
So, saya harap kerajaan boleh mengambil isu-isu ini dan fikirlah bagaimana RM500 juta yang kita jimat daripada subsidi, kita pulangkan kepada kesihatan. Bina hospital, bina klinik, bagi pada rakyat.
Akhir sekali Puan Speaker, isu tempatan. Sangat sikit saja, satu dua isu saja.
Sangat pendek. Isu FT03. Isu jalan yang saya selalu kata dalam Dewan ini, bila saya bangkitkan isu jalan FT03 dari Pandan ke Ulu Tiram, jawapan daripada JKR adalah, sila rujuk kepada BPEN Negeri Johor. Saya nak kata di sini, Puan Speaker. Kita Ahli Parlimen, kita di Parlimen. Kalau kita bangkitkan isu ini, mengapa JKR tak boleh terus buat sesuatu? Kalaulah kita nak kena balik kepada BPEN Negeri Johor, kalau dia tak setuju, adakah bermakna benda ni tak boleh jalan? Saya harap JKR boleh buat sesuatu untuk menaiktarafkan jalan FT03 yang memang menjadi isu, yang memang menjadi isu yang bebankan rakyat.
Dan isu yang kedua, last saja. Tol di Bestari Perdana. Sebelum ni dulu kita pernah ada kata satu jalan flyover di Cahaya Baru, tak buka. Sekarang sudah buka.
Terima kasih, JKR dan LLM, tapi sekarang dia buka dengan tol. Tolnya RM1.85 untuk jalan yang sangat-sangat pendek dan memang penduduk di sekitar memang membuat aduan. Haraplah jumlah tol boleh dikurangkan kepada kurang dari RM1
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
supaya dia lebih munasabah untuk rakyat. Untuk itu, Tebrau menyokong Usul ini.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun telah mengemukakan konsep waad nasional dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat yang lepas. Saya ingin menarik perhatian dalam Dewan yang mulia dengan satu prinsip yang cukup asas, tetapi besar maknanya dalam Islam iaitu waad atau janji yang merupakan amanah yang wajib ditunaikan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Israk ayat 34 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan sempurnakanlah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya.” Al-wa’du bermaksud janji atau komitmen seseorang untuk melakukan sesuatu pada masa hadapan.
Dalam Islam, menunaikan janji merupakan sebahagian daripada sifat orang beriman. Manakala, mengingkari janji tanpa alasan yang munasabah merupakan perbuatan yang dicela. Janji yang dibuat dengan sengaja untuk memperdaya orang lain, mendapatkan kepercayaan atau meraih keuntungan sedangkan seseorang itu tidak berniat menunaikannya lebih berat kesalahannya kerana melibatkan unsur penipuan dan pengkhianatan.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda [Membaca sepotong hadis] “Tanda orang munafik itu ada tiga. Apabila dia bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji dia mengingkari janji dan apabila dia diberikan amanah dia mengkhianatinya.” Apakah makna janji jika ia diucapkan untuk mendapatkan kepercayaan, tetapi tiada usaha bersungguh-sungguh untuk menunaikannya? Jika sesuatu janji dibuat secara terbuka kepada rakyat, bukankah pihak berjanji bertanggungjawab melaksanakannya secara telus dan tuntas.
Apabila kerajaan mengumumkan sesuatu peruntukan, rakyat menaruh harapan. Apabila, kerajaan menjanjikan sesuatu projek, penduduk menunggu pelaksanaannya. Apabila kerajaan mengumumkan bantuan, golongan yang memerlukan mengharapkan bantuan sampai pada waktunya. Kita tidak mahu belanjawan yang kelihatan besar pada angka, tetapi kecil pada kesannya. Kita tidak
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
mahu projek yang diumumkan berulang-ulang kali, tetapi rakyat masih menunggu.
Kita tidak mahu bantuan diperuntukkan dengan banyak, tetapi penerima terpaksa melalui birokrasi yang panjang.
Saya menyentuh isu yang pertama, RCI Tabung Haji. Tuan Yang di-Pertua, tentang aset Tabung Haji, Kerajaan PH 1.0 telah menubuhkan Urus Harta Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB) pada 14 Disember 2018 bertujuan untuk menangani defisit antara aset dan liabiliti Lembaga Tabung Haji. Aset Lembaga Tabung Haji telah dipindahkan kepada UJSB pada nilai pasarannya RM9.7 bilion dengan balasan RM19.9 bilion.
Langkah ini menutup jurang aset dan liabiliti Lembaga Tabung Haji, memulihkan kedudukan solvent dan mengagihkan keuntungan.
Namun begitu, mandat USJB bukan sekadar mengambil aset daripada Tabung Haji, USJB sepatutnya memulihkan, menstruktur dan menjual aset berkenaan bagi membolehkan sukuk kepada Tabung Haji ditebus tepat pada masanya. Apabila sukuk pertama matang pada 29 Mei 2026, ia tidak dibayar menggunakan tunai hasil pemulihan atau penjualan aset. Sebaliknya sukuk baharu bernilai RM11.513 bilion yang matang pada 2036 dan dua aset bernilai RM965 juta diambil alih oleh Tabung Haji. Sukuk lama telah dihabiskan, tetapi dari sudut ekonomi, sebahagian besar hutang tersebut sebenarnya dibiayai semula dan dilanjutkan selama 10 tahun sehingga 2036, bukan dilangsaikan secara tunai.
Persoalan saya di sini ialah adakah semua kelemahan yang dikenal pasti berpunca daripada pengurusan sebelum 2018 atau terdapat juga isu-isu kelemahan yang dikenal pasti selepas 2018, bahkan hingga sekarang. Bersediakah kerajaan melantik RCI yang baru bagi menyiasat keseluruhan isu-isu Tabung Haji selepas 2018 hingga sekarang ini?
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua. Sekolah agama rakyat, pusat tahfiz dan sekolah pondok. Institusi ini memainkan peranan dalam pendidikan agama, pembentukan akhlak dan penyediaan generasi yang memahami ilmu Islam. Namun begitu, institusi pendidikan agama mempunyai tahap kemampuan yang berbeza.
Ada institusi yang mempunyai bangunan yang lengkap, tenaga pengajar mencukupi dan kewangan yang stabil. Ada pula yang bergantung kepada sumbangan masyarakat, yuran yang rendah dan tenaga pengajar yang menerima pendapatan terhad.
Kita tidak boleh hanya mengharapkan sumbangan orang ramai untuk menanggung semua keperluan pendidikan agama sedangkan institusi berkenaan turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Oleh itu, saya mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem permohonan yang lebih mudah pada aspek bantuan pembangunan, selain mewujudkan sistem pemantauan keselamatan, kebajikan pelajar dan mutu pengajaran.
Isu yang kedua, pemansuhan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera dalam institusi pendidikan swasta. Saya tidak nampak, saya tidak menolak keperluan untuk membuka ruang pelaburan dan penyertaan yang lebih luas dalam sektor pendidikan swasta. Namun begitu, apabila kerajaan memansuhkan syarat minimum 30 peratus ekuiti bumiputera, persoalan besar ialah apakah mekanisme baru kerajaan untuk memastikan penyertaan bumiputera tidak terhakis.
Jika syarat 30 peratus ekuiti bumiputera dimansuhkan, apakah jaminan kerajaan bahawa penglibatan bumiputera dalam sektor pendidikan tidak akan merosot? Kita tidak mahu melihat bumiputera hanya menjadi tenaga pengajar atau pekerja sahaja, tetapi tidak mempunyai pemilikan, modal dan kuasa dalam sektor pendidikan swasta.
Kesetaraan pembangunan antara negeri dan daerah. Saya ingin membangkitkan isu kesaksamaan pembangunan antara negeri, daerah dan kawasan luar bandar. Kesaksamaan tidak semestinya bermaksud setiap kawasan menerima jumlah peruntukan yang sama. Keperluan setiap kawasan adalah berbeza.
Namun begitu, prinsip yang mesti dipertahankan ialah setiap rakyat berhak menikmati akses yang munasabah kepada jalan raya, bekalan air, elektrik, kemudahan pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi.
Kawasan yang mempunyai kekurangan infrastruktur lebih besar mungkin memerlukan peruntukan yang lebih tinggi untuk mencapai tahap kemudahan yang setara. Saya mencadangkan agar kerajaan menerbitkan indikator kesaksamaan pembangunan yang membolehkan Ahli Parlimen menilai kedudukan kawasannya secara objektif.
Projek jalan desa, RM2.3 bilion dan prasarana luar bandar, RM3.3 bilion.
Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang peruntukan RM2.3 bilion bagi projek jalan desa dan RM3.3 bilion bagi prasarana luar bandar, seperti yang dibentangkan dalam belanjawan ini.
Di kawasan luar bandar, jalan kampung bukan sekadar laluan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jalan yang baik mempengaruhi kos pengangkutan
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
hasil pertanian, keselamatan pelajar, akses ke klinik, perjalanan ke tempat kerja dan nilai ekonomi tanah penduduk.
Saya juga mencadangkan supaya kerajaan menerbitkan senarai projek mengikut daerah termasuk kos kontraktor yang dilantik, tempoh pelaksanaan dan status kemajuan. Jangan sampai peruntukan diumumkan pada peringkat pusat, tetapi penduduk di kampung tidak mengetahui sama ada kawasan mereka termasuk dalam senarai projek ataupun tidak.
Projek tanaman padi lima musim dalam dua tahun. Yang Berhormat Menteri pun ada. Belanjawan 2027 memperuntukkan RM2.62 bilion bantuan kepada pesawah dengan pelbagai bentuk subsidi dan insentif. Tidak perlu bertanya, sama ada pertambahan musim tanaman benar-benar meningkatkan pendapatan bersih pesawah atau sekadar meningkatkan kekerapan kerja, penggunaan input dan risiko pengeluaran.
Tanaman yang lebih kerap boleh meningkatkan pengeluaran jika sistem pengairan, saliran, bekalan benih, jadual tanaman dan kawalan perosak diurus dengan baik. Namun begitu, jika bekalan air tidak stabil, tanah tidak dipulihkan dengan sempurna atau jadual tanaman terlalu padat atau rapat, pesawah mungkin berdepan masalah hasil tidak menentu, peningkatan kos dan kesukaran mengurus tanah.
Ukuran sebenar kejayaan ialah peningkatan hasil yang konsisten.
Pendapatan bersih bertambah. Pengurangan kos pengeluaran dan pengukuhan bekalan beras negara. Bantuan pesawah subsidi mesti disertai pemulihan tanah dan infrastruktur. Bantuan kewangan kepada pesawah amat penting, tetapi kita juga perlu melihat punca masalah yang menyebabkan pendapatan mereka terus tertekan.
Antaranya ialah kos input pertanian, keadaan sistem pengairan dan saliran, kualiti tanah, hasil yang tidak menentu, kerosakan tanaman, kos jentera serta iklim dan cuaca yang tidak menentu. Jika saliran tersumbat, air tak sampai mengikut jadual atau tanah memerlukan pemulihan, bantuan kewangan tidak akan dapat menggantikan keperluan membaiki infrastruktur.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya bantuan pesawah dilaksanakan merangkumi subsidi bersasar, termasuk pemulihan tanah, sistem pengairan yang teratur, akses kepada teknologi dan pengangkutan kedudukan pesawah dalam pasaran.
SMART SBB Bernas, penyertaan pesawah dan persaingan pengilang swasta. Pelaksanaan SMART sawah berskala besar atau SMART SBB berpotensi
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
meningkatkan produktiviti melalui pengurusan ladang yang lebih tersusun, penggunaan teknologi, pengongsian kepakaran dan penjimatan kos.
Saya berterima kasih kepada Encik Firdaus Zulkifli, Eksekutif Bekalan BERNAS Kerpan dalam Parlimen Jerlun, disokong oleh pengurusan tertinggi BERNAS Wilayah Utara di Jitra, Kedah iaitu Encik Haslizan Hashim, Ketua Unit Pengurusan Bekalan dan Encik Shahrul Nizam Sukri, Pengurus Bekalan Negeri yang berjaya menganjurkan taklimat SMART BERNAS (SBB BERNAS) Kerpan bersama pesawah yang mana saya turut menyertainya.
Sekarang, mereka sedang mengumpul data keluasan tanah sawah dan jumlah peserta yang mahu menyertai SMART SBB BERNAS. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak boleh hanya mengukur kejayaan berdasarkan jumlah hektar yang dimasukkan ke dalam program.
Yang lebih penting ialah sama ada pesawah memperoleh pendapatan lebih baik dan mempunyai kedudukan yang lebih kukuh dalam industri padi.
Bantuan nelayan, lesen sampan dan elaun sara hidup. Golongan nelayan khasnya di Jerlun berdepan cabaran berbeza daripada pekerja yang menerima gaji tetap. Pendapatan mereka bergantung pada keadaan laut, cuaca, hasil tangkapan, kos bahan api dan permintaan pasaran.
Apabila cuaca buruk atau hasil tangkapan berkurangan, pendapatan keluarga mereka boleh terjejas. Oleh itu, pemberian lesen sampan dan kelayakan mendapatkan elaun sara hidup perlu dilaksanakan kembali dengan mengambil kira keadaan sebenar nelayan kecil. Kita tidak mahu nelayan yang mencari rezeki secara sah terpaksa berulang-alik berkali-kali kerana masalah dokumentasi dan birokrasi yang sebenarnya boleh diselesaikan melalui penyelarasan antara agensi berkenaan.
Pelepasan cukai, mengiktiraf kebajikan anak pelihara dan anak angkat. Saya mengambil maklum langkah kerajaan memperluas pelepasan cukai individu termasuk peningkatan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 serta peluasan pelepasan tertentu berkaitan pendidikan, penjagaan keluarga dan haiwan peliharaan.
Jika kos menjaga haiwan peliharaan daripada pusat berdaftar boleh dipertimbangkan dalam pelepasan cukai, saya juga nak cadangkan agar kerajaan mengkaji pelepasan cukai khusus kepada keluarga yang mengambil anak angkat secara sah atau menjaga kanak-kanak terbuang— abandon child dengan izin, melalui saluran kebajikan yang diiktiraf. Ini termasuk keluarga pelihara yang
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
menanggung perbelanjaan pendidikan, makanan, pakaian, rawatan kesihatan dan keperluan asas kanak-kanak terbuang.
Saya juga ingin membangkitkan isu bayaran balik cukai yang melibatkan pembayar cukai individu dan syarikat. Saya dapati berlaku penangguhan bayaran balik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai tanpa penjelasan yang munasabah.
Sebagai contoh, Syarikat Ema Development Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah mengalami cukai terlebih bayar dalam tahun 2023 sebanyak RM580,742. Apa yang berlaku? Lembaga Hasil Dalam Negeri telah membekukan bayaran balik.
Sebaliknya, syarikat tersebut hanya menerima bayaran balik sebanyak RM27,827.23 pada 24 April 2025.
Setelah saya mengutus surat kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan II pada 27 Ogos 2025, barulah bakinya dibayar kepada syarikat tersebut hujung tahun 2025. Inilah realiti yang berlaku.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Kerajaan perlu memastikan wang yang menjadi hak pembayar cukai dikembalikan dengan cekap. Bagi syarikat kecil dan sederhana, kelewatan menerima wang tersebut juga boleh menjejaskan aliran tunai, pembayaran gaji dan kelangsungan operasi.
Dalam hal ini, saya ingin tahu, berapakah jumlah terkini keseluruhan bayaran balik cukai yang masih tertunggak kepada individu dan syarikat? Dan adakah kerajaan bercadang menetapkan piagam masa bayaran balik dan menerangkan sebab kelewatannya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Caj hospital swasta, ketelusan harga dan kawalan kos. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan ketelusan caj hospital swasta agar pesakit lebih memahami kategori bayaran yang dikenakan. Belanjawan ini turut menyentuh penggunaan kategori caj yang lebih standard dan usaha memperkukuh sistem rekod perubatan elektronik.
Namun, saya mengingatkan bahawa harga yang diketahui lebih awal, tidak semestinya harga yang mampu dibayar. Pesakit mungkin tidak mengetahui jenis prosedur yang diperlukan. Mereka mungkin tidak mampu membandingkan kes doktor, bilik rawatan, ubat, ujian makmal, penggunaan peralatan dan caj tambahan sebelum rawatan dilakukan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Persoalan saya kepada Kementerian Kesihatan, adakah hospital swasta diwajibkan menyediakan anggaran kos bertulis sebelum rawatan? Bagaimanakah pesakit dilindungi jika bil akhir jauh melebihi anggaran awal? Dan adakah kerajaan akan menerbitkan perbandingan caj bagi prosedur yang sama antara hospital swasta dengan mengambil kira perbezaan dan skop rawatan.
Akhirnya, isu berkaitan dengan kadar pencen bagi 59,000 pesara...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, masa sudah tamat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ya, saya sudah— sikit, habis dah.
Seramai 59,000 pesara yang disebut dalam Belanjawan 2027. Saya mohon penjelasan sama ada ia melibatkan pesara daripada agensi kerajaan atau badan berkanun antaranya bekas pekerja LPN, LLN, LLM, KTM, TM dan entiti yang lain.
Saya menerima aduan daripada pesara LPN Kerpan, Encik Mohd Idrus bin Abu Bakar yang hanya menerima pencen sebanyak RM320 sebulan sejak 2012 hingga kini. Jika jumlah pencen tersebut tidak cukup untuk sara dirinya. Persoalan saya di sini, adakah angka 59,000 itu merujuk kepada pesara Kerajaan Persekutuan sahaja? Atau turut melibatkan pesara daripada badan berkanun dan entiti tertentu yang layak dibayar RM1,350 sebulan merujuk Belanjawan 2027 ini.
Oleh itu, saya berharap Belanjawan 2027 dapat dilaksanakan dengan berkesan, telus dan berpaksikan kepentingan rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas inisiatif Belanjawan 2027 yang merangkumi gaji minimum, TVET, prasarana luar bandar, pendidikan dan pembangunan ekonomi dan juga kesihatan.
Namun, kejayaan sesebuah belanjawan bukan sekadar diukur berdasarkan jumlah peruntukan yang diumumkan, tetapi sejauh mana wang tersebut sampai kepada rakyat, merapatkan jurang pembangunan dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Dalam perbahasan ini, saya ingin menumpukan perhatian kepada pembangunan Sarawak khususnya Parlimen Puncak Borneo, pelaksanaan MA63
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
dan serta penambahan strategi belanjawan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat kerajaan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027 dengan mengambil kira pengecualian yang diumumkan bagi perusahaan tertentu. Namun saya mencadangkan supaya kerajaan menyediakan insentif kepada majikan yang mengutamakan pengambilan pekerja tempatan. Pada masa yang sama, peningkatan gaji perlu disokong oleh latihan kemahiran, peningkatan produktiviti dan automasi serta perusahaan kekal berdaya saing tanpa memindahkan keseluruhan kos kepada pengguna.
Puan Yang di-Pertua, saya menghargai usaha Kerajaan MADANI meningkatkan kadar interim pemberian khas kepada RM1.5 bilion serta meneruskan rundingan MA63. Namun, pelaksanaan MA63 tidak boleh disempitkan kepada pemberian khas semata-mata. MA63 turut melibatkan kedudukan perlembagaan, pembahagian kuasa, autonomi, pentadbiran dan hak yang menjadi asas pembentukan Malaysia.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah formula pemberian khas yang bakal dimuktamadkan mengambil kira keluasan Sarawak, kos penyampaian perkhidmatan, keadaan geografi, kekurangan infrastruktur dan juga jurang pembangunan. Kos pembinaan jalan menyediakan air bersih dan menyalurkan elektrik ke pedalaman Sarawak jauh berbeda daripada kawasan bandar yang mempunyai kelengkapan yang lengkap.
Oleh itu, saya menggesa kerajaan memuktamadkan formula yang telus berasaskan data dan disemak secara berkala. Rundingan MA63 yang masih belum selesai perlu mempunyai garis masa dan laporan kemajuan yang boleh diteliti oleh Parlimen.
Puan yang di-Pertua, peruntukan Persekutuan untuk Sarawak meningkat daripada RM15.1 bilion pada tahun 2026 kepada RM16.2 bilion pada tahun 2027 iaitu kira-kira 7.3 peratus kenaikan.
Namun begitu, ini adalah gabungan daripada peruntukan mengurus dan juga peruntukan pembangunan. Sementara itu, berdasarkan angka yang dibentang jumlah peruntukan Sabah, Sarawak bagi tahun 2027 adalah RM34.9 bilion. Angka ini perlu diperincikan mengikut perbelanjaan mengurus, pembangunan dan juga peruntukan kementerian supaya perbandingan yang adil dapat dibuat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Dan daripada pengiraan saya, daripada setiap belanjawan yang diumumkan setiap tahun lebih kurang 20 peratus, hanya 20 peratus untuk Sabah dan Sarawak dan juga 80 peratus untuk Semenanjung. Dan adalah amat penting di mana kita harus melihat perkara ini dan jumlah yang sebenarnya didapati. Maka dengan itu, saya juga mengakui masih terdapat peruntukan kementerian yang disalurkan secara langsung kepada kedua-dua negeri ini.
Oleh itu, saya memohon kepada kerajaan dan Kementerian Ekonomi menyediakan laporan terperinci mengenai jumlah sebenar peruntukan setiap kementerian untuk Sabah dan Sarawak bagi tahun 2027 termasuk projek Persekutuan dan pembayaran berkaitan MA63.
Saya turut mencadangkan laporan prestasi mengikut negeri, daerah dan kawasan Parlimen yang menyatakan jumlah peruntukan perbelanjaan sebenar, kemajuan fizikal dan tarikh siap projek. Ketelusan ini penting supaya rakyat dapat menilai hasil sebenar setiap Ringgit wang awam yang dibelanjakan.
Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan RM2.3 bilion bagi jalan desa dan RM3.3 bilion bagi keseluruhan prasarana asas desa termasuk air bersih, elektrik dan kemudahan komuniti. Namun, berapakah bahagian yang diperuntukkan untuk Sarawak? Di Parlimen Puncak Borneo, keperluan jalan kampung, air graviti, elektrik, internet dan kemudahan awam masih mendesak.
Oleh itu, saya memohon supaya pembinaan Jalan Jajaran Kampung Git ke Jalan Jambusan–Semadang serta naik taraf Jalan Jajaran Kampung Annah Rais ke Kampung Semuti diberikan keutamaan dan dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya juga ingin membangkitkan program Kampung Angkat MADANI. Saya tidak— Setakat ini saya belum menerima dan belum ada projek yang dilaksanakan di dalam Parlimen Puncak Borneo. Saya tidak meminta layanan istimewa, tetapi peluang yang adil berdasarkan keperluan sebenar. Saya menggesa supaya mekanisme pemilihan dibuat secara telus melibatkan Ahli Parlimen dan mengutamakan kampung yang masih memerlukan.
Dalam masa yang sama, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atas kemajuan projek di Puncak Borneo, Projek Jambatan Gantung Kampung Tringgus Bong yang telah bermula, manakala Projek Bekalan Air Puncak Borneo Fasa 2, Projek Jalan Kampung Biya–Jaber serta projek dan aset jalan ke Skim Penempatan Semula
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Bengoh telah ditender. Kami bukan sekadar mahu mendengar bahawa projek telah ditender, kami mahu melihat projek dilaksanakan, disiapkan mengikut jadual dan memberi manfaat sebenar kepada rakyat dan juga penduduk Puncak Borneo.
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha untuk memperkukuhkan Internet melalui JENDELA. Namun liputan tidak semestinya menjamin perkhidmatan kualiti, pemantauan berdasarkan quality of service dan juga quality of experience perlu dipertingkatkan termasuk penambahan menara, kapasiti rangkaian dan mekanisme aduan yang berkesan. Saya memohon MCMC dan juga Kementerian Komunikasi mempertimbangkan lokasi menara komunikasi yang telah saya kemukakan.
Antaranya adalah Pasar Paku, Kampung Sekubang, Tringgus, Pedaun Atas, Kaman, Jambusan–Semadang, Kampung Jambuk, Biya–Jaber, Rejoi, Beradau, Munggu Kopi, SK Sira Krian, Kampung Sentah, Kampung Seti, Kampung Muk Ayun, Jalan Look Fook, Kampung Puak, Jalan Puak–Seropak, Kampung Merembeh, Kampung Pelaman Sagah serta kawasan Empangan Bengoh.
Saya turut memohon Kementerian Pengangkutan mengkaji perluasan Bas MADANI ataupun bas bersubsidi ke Puncak Borneo. Terima kasih kerana sudah ada Bas MADANI di jajaran Kuching ke Kampung Benuk. Namun begitu, saya juga ingin masukkan laluan Bau Gumbang, Kuching–Annah Rais, Kuching–Kampung Sarig, Kuching–Simpok dan kawasan Teng Bukap serta laluan kampung di Tarat dan juga Sebemban menuju ke Pasar Serian. Saya mencadangkan projek perintis berdasarkan permintaan sebenar termasuk penggunaan van komuniti, pembangunan pengangkutan awam tidak seharusnya terhenti di sempadan bandar.
Puan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan peningkatan peluang tajaan JPA kepada anak-anak Sarawak dan Sabah termasuk peluang kepada kira-kira 4,200 pelajar kedua-dua negeri setiap tahun seperti yang diumumkan. Namun, tajaan mestilah disertai dengan pendidikan berkualiti, latihan industri dan peluang pekerjaan. Anak-anak Sabah dan Sarawak perlu mendapat akses kepada bidang kecerdasan buatan, kejuruteraan aeroangkasa, semikonduktor, tenaga boleh baharu dan keselamatan siber dan juga teknologi pertanian. Anak-anak Sarawak dan Sabah berhak mendapat peluang dalam bidang berteknologi tinggi bukan sekadar peluang pendidikan tanpa laluan kerjaya yang jelas. Kita tidak mahu program-program dan kursus-kursus yang cincai-cincai. Saya juga memohon supaya Projek SMK Puncak Borneo yang telah diluluskan boleh ditender dan dilaksanakan dengan segera.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan juga supaya Puncak Borneo dibangunkan sebagai pusat penanaman kopi liberica nasional. Malaysia masih bergantung kepada import kopi. Pada tahun 2024, negara kita mengimport kira-kira 126,062 tan metrik kopi, manakala kadar sara diri kopi hanyalah sekadar 33.2 peratus. Penanaman kopi liberica di Kampung Teringgus, Kampung Keru dan Kampung Denu membuktikan bahawa kawasan Parlimen Puncak Borneo mempunyai pengalaman serta potensi untuk membangunkan industri ini.
Saya memohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyediakan peruntukan khusus bagi benih berkualiti, latihan teknikal, pembiayaan, kemudahan pemprosesan dan juga akses kepada pemasaran. Usaha ini mampu mengurangkan kebergantungan kepada import, meningkatkan pendapatan pekebun kecil, mewujudkan pekerjaan dan merancakkan ekonomi luar bandar Sarawak.
Puan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu dan usaha membuka peluang perdagangan melalui laluan Tebedu–Entikong. Namun kerajaan pelru menetapkan sasaran pelaburan, peluang pekerjaan, tempoh pelaksanaan dan juga mekanisme pemantauan yang jelas.
Petani lada, pekebun koko, koperasi, perusahaan makanan, usahawan kecil Sarawak juga mesti mendapat manfaat.
Saya menggesa kerajaan memperkukuhkan kemudahan eksport, kastam, kuarantin, logistik dan juga pembiayaan supaya perusahaan tempatan dapat menembusi pasaran serantau. Pelaburan dalam tenaga boleh baharu dan pertanian boleh juga dilaksanakan secara telus dengan pengawasan bebas serta mengambil kira risiko kepada wang haram dan juga wang awam.
Puan Yang di-Pertua, dalam sektor kesihatan pula, saya menyambut baik cadangan Pelan Medik Asas dan perolehan 400 ambulans baharu. Saya ingin mengetahui jumlah ambulans yang akan diperuntukkan kepada Sarawak dan saya memohon supaya sebahagian disalurkan ke Puncak Borneo berdasarkan jarak ke hospital, masa tindak balas dan keperluan pedalaman. Saya juga memohon supaya cadangan pembinaan Hospital Puncak Borneo yang baru menggantikan Hospital RCBM diangkat, dipertimbangkan dan dilaksanakan.
Puan Yang di-Pertua, Flying Doctor Service, perkhidmatan kesihatan dan sistem rujukan kecemasan juga perlu diperkukuhkan. Saya mengalu-alukan insentif pos asas daripada RM100 kepada RM200 sebulan serta insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100 bulan. Ini merupakan permulaan yang baik dalam menghargai pengorbanan petugas kesihatan. Tragedi nahas
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
helikopter flying doctors di Long Lellang, Ulu Baram pada 8 September 2026 yang mengorbankan lima nyawa termasuk seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kita tentang pengorbanan mereka yang berkhidmat demi masyarakat pedalaman.
Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak yang mengumumkan bantuan RM100,000 kepada setiap keluarga mangsa serta menanggung yuran pendidikan anak-anak melalui Yayasan Sarawak. Namun, bantuan ini tidak boleh dianggap sebagai pengganti pampasan pencen ex gratia, PERKESO, insurans atau faedah lain yang layak diterima oleh waris.
Saya landing Puan Yang di-Pertua. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan pelbagai skim perlindungan termasuk ex gratia kematian, pencen terbitan, ganjaran terbitan dan Skim Ex Gratia Bencana Kerja tertakluk kepada syarat masing-masing. PERKESO juga menyediakan perlindungan kepada tanggungan yang layak. Dalam kes ini, waris juruterbang swasta Kapten Allahyarham Zainol Afiq Bee Sham dilaporkan layak menerima faedah orang tanggungan PERKESO sebanyak RM5,355 sebulan. Namun, mekanisme dan kelayakan berbeza mengikut status pekerjaan. Lima individu yang berada dalam helikopter yang sama, menjalankan misi yang sama terdedah kepada risiko fizikal yang sama tetapi perlindungan keluarga mereka berbeza.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji penubuhan Skim Perlindungan Tugas Risiko Tinggi berasaskan tiga prinsip.
Pertama, automatik. Perlindungan bermula daripada seorang yang diarahkan menjalankan tugas rasmi berisiko tinggi dapat memerlukan permohonan insurans atau caruman tambahan daripada pegawai. Kedua, menyeluruh meliputi misi udara, laut dan darat, operasi menyelamat, bantuan bencana, misi kesihatan serta tugasan kemanusiaan berisiko tinggi. Dan yang ketiga, tidak menjejaskan hak sedia ada.
Skim baru menjadi perlindungan tambahan dan tidak menghapuskan atau mengurangkan kelayakan waris di bawah pencen, KWSP, PERKESO, ex gratia, insurans ataupun kontrak kerajaan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Akhir sekali, kerajaan juga perlu meneliti kecukupan pampasan, pembayaran, perlindungan pekerja kontrak, pendidikan anak-anak dan mekanisme tuntutan satu pintu.
Selain itu, penganugerahan tender perkhidmatan FDS tidak boleh hanya berasaskan pada harga rendah, faktor keselamatan, usia helikopter, rekod
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
penyelenggaraan dan kebolehpercayaan armada dan juga keupayaan pengendali mesti menjadi kriteria utama sebab tanggungjawab negara bukan sekadar menghargai pengorbanan selepas tragedi tetapi memastikan keluarga mereka yang berkorban tidak menanggung kesannya sendiri.
Akhir kata, saya mencadangkan juga tiga penambahbaikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...umpama dalam strategi belanjawan. Satu paragraf.
Pertama, setiap kementerian menerbitkan dashboard pelaksanaan belanjawan yang menunjukkan peruntukan perbelanjaan sebenar kemajuan projek dan manfaat kepada rakyat. Kedua, pengagihan pembangunan dibuat berdasarkan keperluan sebenar termasuk kemiskinan, kekurangan infrastruktur, keluasan geografi, kos penyampaian perkhidmatan dan ketiga, setiap projek mempunyai petunjuk prestasi peruntukan penyelenggaraan, audit dan penilaian impak supaya ini boleh dilihat oleh rakyat dan dinilai oleh rakyat dengan ketelusan supaya kita dapat menggunakan wang rakyat dengan baik demi untuk kesejahteraan rakyat seluruh negara kita. Dengan itu Puncak Borneo mohon menyokong. Semoga Tuhan memberkati anda semua.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Puncak Borneo. Seterusnya, dijemput YB Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tan Sri Yang di-Pertua. ‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.’ Mewakili rakyat Jeli, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas pembentangan Belanjawan 2027 oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 9 Oktober yang lalu.
Belanjawan ini adalah belanjawan rakyat. Termeterai di dalamnya belanjawan yang menekankan isu kos sara hidup serta tekad untuk meningkatkan dan memperkukuhkan pendapatan rakyat.
Jeli yakin belanjawan ini telah diserap, diperhalusi dan direncana berasaskan keberhasilan dan mengambil kira denyut nadi dan kehendak rakyat, komuniti
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
perniagaan dan stakeholder yang lain. “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”. Kos sara hidup ini adalah satu isu utama yang membelenggu rakyat, meskipun kadar inflasi pada amnya pada tahap yang agak rendah sekarang.
Jeli amat mengalu-alukan langkah kerajaan menaikkan gaji minimum dari RM1,700 kepada RM2,000 meningkatkan peruntukan STR, SARA daripada RM15 bilion pada tahun sebelumnya. Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI juga dipertingkatkan dan pelbagai bantuan tunai yang lain. Demikian juga, golongan pertengahan M40 diberikan hak pelepasan cukai individu, dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. Ini bermakna rakyat sebagai pengguna berdasarkan belanjawan ini akan mempunyai kuasa beli yang lebih daripada sebelumnya.
Lantaran itu, Jeli mengharapkan kerajaan dapat mengawal dengan pendapatan boleh guna rakyat yang sudah meningkat ini agar tidak berlaku sebarang kenaikan harga barang yang tidak perlu dan perkhidmatan dan sekali gus dapat mengawal kadar inflasi daripada kadar yang ada sekarang.
Terkait dengan hak rakyat sebagai pengguna. Jeli ingin mengimbau dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada 10 Oktober 2025. Diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada masa itu bahawa kerajaan merancang untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk memasukkan elemen lemon law bagi melindungi pengguna, terutamanya dalam pembelian kenderaan baru.
Tan Sri Yang di-Pertua, apakah itu lemon law? Ini adalah satu undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk menuntut pembaikan, penggantian ataupun pembayaran balik jika produk yang dibeli itu terutamanya kenderaan yang didapati rosak berulang kali walaupun telah diperbaiki.
Undang-undang ini penting kerana ia berbeza dengan waranti. Lemon law melindungi pengguna walaupun waranti masih sah atau sudah tamat, ia sekali gus mewajibkan pengeluar dan penjual bertanggungjawab jika produk itu gagal menepati ataupun melepasi standard yang dijanjikan. Langkah ini penting kerana mengembalikan keyakinan pengguna dan pada masa yang sama memaksa pengeluar meningkatkan kawalan kualiti serta memastikan pengguna tidak terus menanggung produk yang cacat dan gagal berfungsi.
Lantaran demikian Tan Sri Yang di-Pertua, Jeli ingin mencadangkan dan menggesa kerajaan agar segera membentangkan RUU pindaan Akta Perlindungan Pengguna ini. Jeli percaya dengan pelaksanaan undang-undang ini, negara akan
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
bergerak selangkah ke hadapan dalam memastikan hak pengguna terus terpelihara dan keadilan dapat ditegakkan.
Sehubungan dengan itu, Jeli juga ingin mencadangkan supaya produk tidak hanya terhad kepada kenderaan baru sahaja tetapi juga pada kenderaan terpakai serta produk-produk lain seperti barangan elektrik.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan adalah kementerian yang paling besar menerima peruntukan di bawah belanjawan ini. RM63 bilion untuk mengurus dan RM5 bilion untuk pembangunan menjadikan keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM68 bilion. Ini juga menunjukkan kerajaan amat mengutamakan pendidikan. Pendidikan adalah asas utama bagi kemajuan individu, keluarga, bangsa dan juga negara.
Umumnya, pendidikan bukan sekadar pembelajaran di dalam bilik darjah tetapi ia adalah satu instrumen untuk meningkatkan kualiti hidup, mengubah pola pemikiran dan pembangunan peradaban yang lebih baik. Di manakah pendidikan formal bermula? Ia bermula seawal kanak-kanak berumur enam atau pun tujuh tahun di sekolah.
Sekolah adalah institusi di mana pendidikan formal bermula. Guru-guru adalah ejen utama dalam proses pendidikan di sekolah. Namun, ke arah pendidikan yang lebih berkesan, menepati konsep pendidikan yang sebenar, peranan ibu bapa juga amat penting dan tidak boleh dikesampingkan sama sekali.
Lantaran itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) diwajibkan ditubuhkan di setiap sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan di bawah Akta Pendidikan 1996 serta Peraturan-peraturan Pendidikan 1998. Kewujudan PIBG ini adalah untuk mewujudkan muafakat dan kerjasama di antara ibu bapa dan guru- guru, membantu sekolah dalam meningkatkan kualiti dan prestasi murid, membantu sekolah menyediakan kelengkapan serta kemudahan belajar murid di sekolah dan di rumah, membantu pembangunan infrastruktur dan persekitaran sekolah yang lebih kondusif. Dengan beberapa insiden buruk yang telah berlaku di sekolah kebelakangan ini, sudah tentu peranan PIBG semakin mencabar dan perlukan sokongan semua pihak, termasuk kerajaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, namun kita perlu mengakui bahawa banyak PIBG terutamanya PIBG di sekolah-sekolah di luar bandar misalnya berhadapan dengan kekangan kewangan. Ada program kecemerlangan akademi, kelas tambahan, kokurikulum, sukan dan kemudahan sukan yang 100 peratus bergantung kepada
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
sumbangan PIBG sehingga menyebabkan program untuk kecemerlangan anak-anak yang tinggal sebagai cadangan kerana kekurangan dana.
Betul, Kementerian Pendidikan memang menyediakan bantuan geran per kapita dan bantuan kokurikulum sekolah tetapi bantuan tersebut mempunyai tujuan serta mekanisme tersendiri dan sebahagiannya berasaskan enrolmen murid.
Maka, saya mencadangkan supaya kerajaan dapat mempertimbangkan geran tahunan kepada PIBG secara bersasar, khususnya bagi program akademik dan kokurikulum. Hari ini terdapat 10,219 buah sekolah dan angka ini menunjukkan keperluan pembiayaan PIBG melibatkan jaringan sekolah adalah sangat besar.
Oleh itu, Jeli juga mencadangkan jika kerajaan memperkenalkan geran PIBG, mekanisme pengagihan tidak wajar semata-mata berdasarkan jumlah sekolah ataupun jumlah murid, tetapi perlu mengambil kira tahap keperluan, lokasi, keadaan infrastruktur dan kemampuan komuniti setempat mengumpul sumbangan.
Selain itu juga, bagi menjana tabung PIBG ini agar sentiasa cukup bagi keperluan pendidikan, kerajaan wajar menyediakan mekanisme inisiatif cukai yang lebih mudah kepada syarikat dan individu yang berhasrat untuk menyumbang kepada sekolah.
Jeli menyeru supaya Kementerian Pendidikan mempertimbangkan satu mekanisme geran PIBG yang terus bersasar dan berasaskan keperluan hanya kerana kekurangan ini. PIBG mesti perkasakan sebagai rakan strategik kerajaan dalam membentuk murid yang cemerlang dalam akademi sahsiah dan kurikulum.
Dalam soal pendidikan juga, Jeli ingin menekankan tentang kelas fardu ain ataupun KAFA, iaitu perihal isu murid KAFA semasa waktu rehat. Berkait rapat dengan jadual harian yang terlalu padat, kekangan masa rehat yang pendek, risiko keselamatan dan keletihan fizikal.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Murid-murid lazimnya bersekolah kebangsaan daripada pukul 7 pagi sehingga ke 1 petang sebelum menyambung sesi KAFA pada waktu petang iaitu daripada pukul 2 hingga pukul 5 atau 6 petang selama tiga hari. Dalam tempoh peralihan atau rehat di antara sesi persekolahan pagi dan petang ini menyebabkan murid tidak cukup masa untuk makan, solat Zohor dan berehat dengan sempurna.
Hal demikian akan memberi kesan kepada tekanan fizikal dan mental murid seperti mengalami keletihan, stres dan emosi tidak stabil serta kurang masa untuk berehat.
Jeli mencadangkan supaya JAKIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan mewujudkan satu sistem bekalan makanan berpusat di antara pihak
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
sekolah dan PIBG, menyediakan perkhidmatan katering makanan berkhasiat di sekolah bagi sesi KAFA. Hal ini boleh menjimatkan masa murid mencari makanan dan memastikan mereka sempat makan dalam tempoh rehat yang singkat.
Tan Sri Yang di-Pertua, sejak dibuka pada 1982, laluan Jalan Raya Timur– Barat menjadi penghubung antara Pantai Timur dan Pantai Barat. Namun bentuk muka bumi berbukit, selekoh dan jarak yang jauh di antara pusat rawatan menjadikan aspek keselamatan serta kesiapsiagaan kecemasan amat penting. Berdasarkan laporan polis yang disiarkan pada 27 Julai 2025, Berita Harian, sebanyak 257 kemalangan membabitkan 442 kenderaan direkodkan di Jalan Raya Timur–Barat bagi tempoh Januari hingga Jun 2025. Daripada jumlah tersebut, lapan merupakan kemalangan maut termasuk yang mengorbankan 22 nyawa, termasuk 15 penuntut UPSI dalam nahas bas pada 9 Jun 2025.
Kerajaan sememangnya telah mengambil langkah penting. Pada Februari 2026, sebanyak RM350 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Jalan Raya Timur– Barat jajaran Perak termasuk RM130 juta untuk 17 lokasi lorong memotong dan RM40 juta bagi penyelenggaraan keselamatan serta pencahayaan. Kerajaan turut memperuntukkan RM90 juta bagi jajaran di sebelah Kelantan.
Namun Tan Sri Yang di-Pertua, keselamatan jalan raya bukan hanya bergantung pada keadaan jalan. Apabila kemalangan berlaku, persoalannya ialah sejauh mana sistem kesihatan kita mampu memberikan rawatan trauma dengan segera? Hospital Tanah Merah mempunyai perkhidmatan ortopedik namun jarak hospital itu jauh daripada lokasi dan yang terdekat ialah Hospital Jeli. Mengikut rekod rasmi, Jabatan Ortopedik hanya membuat lawatan berkala ke Hospital Jeli dan manakala di sebelah Perak ialah Hospital Gerik pula menerima perkhidmatan pakar rawatan dari Hospital Taiping dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Persoalannya ialah bagi kes trauma yang memerlukan kepakaran ortopedik, mangsa masih bergantung kepada sistem rujukan dan pemindahan hospital yang mempunyai kepakaran berkenaan. Dalam keadaan kemalangan ini, maka faktor masa adalah kritikal. Justeru itu, saya menyeru supaya kerajaan dapat mempertimbangkan, meletakkan pakar ortopedik di kedua-dua hospital itu tadi iaitu di Jeli dan juga di Gerik.
Mewakili rakyat Kelantan, Jeli senada dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas pengumuman persetujuan Kerajaan Malaysia dan China terhadap cadangan penyambungan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Dengan pengumuman ini, rakyat Jeli juga akan menerima limpahan kerana Parlimen Jeli ialah hanya bersebelahan dengan Rantau Panjang dan rakyat Kelantan amnya, bakal menerima ataupun menikmati kerancakan pembangunan ekonomi setempat, membuka peluang pekerjaan, kesalinghubungan dan pengangkutan pantas menghubungkan terus perjalanan Pantai Timur ke Pantai Barat.
Ini juga menghidupkan semula ekonomi sempadan Malaysia–Thailand, terutamanya sektor pelancongan di zon bebas cukai Rantau Panjang yang sudah suram sekian lama. Harapan besar agar stesen ECRL ini akan dibina di lokasi yang strategik, berupaya memulihkan kehadiran pengunjung dan sekali gus akan mengembalikan pekan Rantau Panjang sebagai hab perdagangan antarabangsa.
Mengakhiri perbahasan saya ini Tan Sri Yang di-Pertua, Jeli ingin menyeru agar setiap agenda pembangunan dan reformasi dilaksanakan oleh kerajaan sentiasa berpijak kepada realiti rakyat. Jangan kita hanya mendongak melihat sesuatu kejayaan sedangkan di bawah masih ada lagi rakyat yang bergelut dengan masalah pendidikan, masalah kesihatan, masalah keselamatan, kos sara hidup, akses kepada kemudahan asas.
Reformasi yang sebenar ialah perubahan itu dapat dirasai oleh keseluruhan rakyat. Itulah nilai sebenar “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”. Justeru, marilah kita sama-sama membina Malaysia yang bukan sahaja maju pada angka dan pencapaian tetapi kukuh pada nilai bersih pada tadbir urus dan adil kepada seluruh rakyat kerana pada akhirnya, kejayaan belanjawan ini bukan terletak kepada jumlah dan angka semata-mata, tidak juga terletak pada perancangan di atas kertas tetapi ia terletak kepada sejauh mana setiap rakyat dapat merasai setiap sen yang dibelanjakan melalui belanjawan ini.
Rakyat adalah amanah, rakyat adalah pengikat kepada waad kerajaan.
Kejayaan membela rakyat adalah ukuran kerana kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan of the people, by the people and for the people. Jeli mohon menyokong.
Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya dijemput Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan kali ini untuk tahun 2027.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Ini merupakan kali kelima saya membahaskan belanjawan tahunan di Dewan yang mulia ini dan berkemungkinan merupakan perbahasan belanjawan saya yang terakhir bagi penggal ini dan sebagai Ahli Parlimen Kudat.
Pada kesempatan ini saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan kerana memberikan ruang kepada saya untuk bersama-sama mendukung kerajaan walaupun saya merupakan seorang wakil rakyat bebas.
Ucapan terima kasih khusus saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan kedua-dua Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri serta seluruh pimpinan kerajaan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat Parlimen Kudat termasuk mendapat kemudahan yang setara dengan wakil rakyat kerajaan yang lain.
Tan Sri Yang di-Pertua, sepanjang saya berada di Dewan ini, kesejahteraan rakyat dan pembangunan Parlimen Kudat sentiasa menjadi keutamaan saya. Saya tidak akan menyembunyikan kemiskinan dan kedaifan yang masih dihadapi oleh rakyat di kawasan saya walaupun kelantangan saya menyuarakan perkara ini mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin. Bukan mudah untuk kita mengakui bahawa masih ada rakyat kita yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Namun tanggungjawab seorang wakil rakyat ialah menyuarakan keadaan sebenar supaya tindakan dapat diambil.
Apa yang saya bangkitkan di Dewan ini ialah realiti kehidupan rakyat. Angka dan statistik yang dibentangkan mestilah mencerminkan realiti tersebut. Sebab itulah saya sentiasa menegaskan bahawa pembangunan infrastruktur asas merupakan nadi kepada pembangunan Parlimen Kudat.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2027 yang mengumumkan peruntukan sebanyak RM18.7 bilion kepada Sabah dan menyifatkannya sebagai peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Namun Kudat mohon penjelasan, apakah pecahan terperinci bagi jumlah RM18.7 bilion tersebut? Apakah keseluruhan jumlah itu merupakan peruntukan pembangunan atau turut merangkumi perbelanjaan mengurus bagi pelaksanaan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di Sabah?
Penjelasan ini penting kerana antara peruntukan pembangunan yang disebut bagi Sabah dalam Belanjawan 2026 adalah sekitar RM6 bilion lebih. Sekiranya asas pengiraan angka tahun 2027 berbeza, perbezaan itu perlu diterangkan dengan jelas supaya perbandingan yang dibuat adalah tepat dan tidak mengelirukan. Sekiranya
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
RM18.7 bilion tersebut merangkumi kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan, Kudat minta Kementerian Kewangan membentangkan pecahan yang lebih jelas mengikut kategori perbelanjaan kementerian serta program dan projek yang terlibat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Rakyat perlu mengetahui berapa banyak peruntukan untuk menjalankan tanggungjawab sedia ada Kerajaan Persekutuan dan berapa banyak pula untuk pembangunan di Sabah. Ketelusan ini juga penting bagi membolehkan kami sebagai wakil rakyat termasuk yang mendukung kerajaan memberikan penerangan yang tepat kepada rakyat mengenai usaha Kerajaan Persekutuan membangunkan Sabah.
Dalam keadaan sentimen kewilayahan semakin kuat, kekaburan dalam penyampaian angka peruntukan boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam perbahasan Belanjawan 2027 ini, saya sekali lagi ingin menegaskan betapa pentingnya pembangunan infrastruktur asas, khususnya jalan raya kepada rakyat di Parlimen Kudat. Sejak awal saya berada di Dewan ini, keperluan tersebut berulang kali saya bangkitkan.
Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada kementerian, khususnya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Bagan Datuk atas kelulusan projek pembangunan yang amat diperlukan di kawasan saya.
Antaranya ialah naik taraf Jalan Telaga, Jalan Narendang dan Jalan Nangkapon di Pitas serta beberapa projek pembangunan lain di Parlimen Kudat. Kelulusan ini amat bermakna kepada rakyat. Saya berharap pelaksanaan dapat disegerakan supaya manfaat segera dirasai oleh penduduk.
Namun, masih terdapat banyak jalan yang memerlukan perhatian dan peruntukan kerajaan. Di Pitas, naik taraf Jalan Beribi, Jalan Pantai Taradas Kampung Mapat, Jalan Lokdagan, Jalan Lio Malubang Fasa 2, Jalan Nibang Kokobon dan Jalan Maliau Pusat. Di Pulau Banggi, Jalan Talap Kesabur dan yang paling penting dan selalu saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini adalah Jalan Trans Banggi iaitu membina jalan daripada Meliu, Kapitangan, Lot Agung, Senayan ke Dogoton.
Di Daerah Kudat, naik taraf Jalan Masangkong, Marabau, Sikuati, Jalan Gumandang, Jalan Kusilad Limau–limauan dan Jalan Nangka Pinampang dan banyak lagi sebenarnya jalan-jalan yang perlu dinaik taraf dalam kawasan saya, Tan Sri Yang di-Pertua. Jalan-jalan ini merupakan penghubung penting bagi penduduk untuk ke sekolah, mendapatkan rawatan kesihatan, membawa hasil pertanian ke
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
pasaran dan menjalankan urusan harian. Saya juga mohon supaya Kementerian KKDW memberikan perincian projek-projek di kawasan Parlimen Kudat yang akan dilaksanakan pada tahun 2027.
Tan Sri Yang di-Pertua, Parlimen Kudat meliputi kawasan luas dan berdepan cabaran logistik, khususnya dalam menyediakan bekalan air bersih kepada kampung-kampung dan pulau-pulau terpencil. Bagi kampung yang terletak jauh daripada punca bekalan air terawat, saya mencadangkan pembinaan telaga tiub yang lengkap dengan sistem pam dan penapisan menggunakan tenaga solar tertakluk kepada kesesuaian sumber air serta pengesahan bahawa air yang dibekalkan selamat untuk digunakan.
Pendekatan ini berpotensi menjimatkan kos penyediaan bekalan air bagi kawasan terpencil dan memberi manfaat kepada lebih 100 buah kampung di seluruh Parlimen Kudat yang belum mempunyai bekalan air bersih. Saya mohon kepada kerajaan menilai cadangan ini dan memastikan aspek penyelenggaraan turut dirancang supaya sistem tersebut dapat berfungsi dengan baik.
Pada masa yang sama, Kudat mohon agar penggantian paip-paip utama yang telah berusia lebih daripada 30 tahun di kawasan Parlimen Kudat disegerakan.
Penggantian ini penting untuk mengurangkan kebocoran, menangani gangguan bekalan air yang berulang serta mengurangkan kadar air tidak berhasil ataupun NRW. Saya juga mohon KKDW agar meluluskan lebih banyak bantuan pembinaan rumah kepada golongan miskin dan peruntukan memperbaiki rumah daif di kawasan Parlimen Kudat.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi bekalan elektrik luar bandar di bawah KKDW saya ingin membangkitkan sekali lagi beberapa projek yang telah menjadi projek sakit. Antaranya ialah pembinaan talian 11kV Mengkimbau, Pitas yang bermula sejak tahun 2012 namun sehingga kini sekurang-kurangnya sembilan buah kampung masih belum menerima bekalan elektrik melalui projek tersebut kerana pelaksanaan terbengkalai.
Begitu juga dengan beberapa projek solar di Pulau Balambangan, Pulau Tigabu dan Pulau Tanjung Manawali yang masih berdepan dengan masalah pelaksanaan. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam perbahasan terdahulu. Saya juga telah membuat laporan kepada SPRM bagi memohon siasatan, namun setakat ini saya belum menerima maklum balas mengenai status siasatan tersebut.
Justeru, Kudat meminta KKDW menjelaskan punca kelewatan, status semasa setiap projek serta langkah pemulihan dan tarikh siap yang disasarkan. Saya
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
turut mohon maklum balas daripada pihak SPRM mengenai status laporan yang telah saya kemukakan. Rakyat telah menunggu lama projek-projek ini untuk dipulihkan dan disiapkan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas projek kawalan hakisan pantai yang telah diberikan kepada kawasan Parlimen Kudat. Walau bagaimanapun, saya mohon agar kementerian turut memberikan perhatian segera kepada keperluan projek kawalan hakisan pantai di Kampung Kapitangan. Hakisan pantai di kawasan ini menimbulkan risiko kerosakan kepada kemudahan awam, khususnya SK Kapitangan. Keadaan ini memerlukan tindakan segera bagi melindungi kemudahan sekolah serta menjaga keselamatan murid dan guru setempat.
Kudat juga mohon supaya penilaian tapak dan langkah perlindungan segera dilaksanakan bagi kawalan hakisan pantai di Kampung Kapitangan. Pada kesempatan ini juga saya mengambil kesempatan untuk memberikan sokongan kepada cadangan PETRA dalam usaha menjadikan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber negara yang bersih memandangkan cabaran kos semakin meningkat terhadap bahan api seperti minyak, gas dan arang batu.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kudat memandang serius perkembangan ketenteraan Laut Sulu dan Laut China Selatan khususnya di Pulau Balabak Palawan yang terletak berhampiran dengan utara Sabah dan merupakan salah satu lokasi kerjasama pertahanan Filipina, Amerika Syarikat di bawah...
[Tidak jelas] Kita menghormati hak setiap negara untuk mempertahankan kedaulatannya, namun perkembangan yang begitu hampir dengan wilayah kita perlu dinilai dengan teliti kerana boleh memberikan kesan kepada keselamatan Kudat, Pulau Banggi dan perairan utara Sabah.
Perairan ini merupakan sumber rezeki nelayan, laluan perdagangan dan kehidupan masyarakat pesisir serta kepulauan kita. Sehubungan itu Kudat menggesa Kerajaan Persekutuan mengambil tiga langkah.
Yang pertama, melaksanakan penilaian strategik terhadap implikasi perkembangan ketenteraan di Balabak dengan melibatkan Kerajaan Sabah serta mengambil kira keselamatan dan mata pencarian masyarakat setempat.
Kedua, memperkukuhkan pengawasan kesiapsiagaan maritim Laut Sulu, Selat Balabak dan perairan utara Sabah supaya kita mampu mengesan, memantau dan bertindak terhadap sebarang ancaman.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Yang ketiga, mempergiatkan hubungan diplomatik dengan Filipina dan Amerika Syarikat serta memanfaatkan platform ASEAN untuk menggalakkan ketelusan komunikasi antara tentera dan pencegahan insiden yang boleh mencetuskan konflik.
Walaupun ada pemimpin yang memberikan komen sinis terhadap hal ini, tidak kurang juga netizen yang mempersenda hal keselamatan ini dengan mengatakan kononnya hal ini sentiasa berlaku ketika pilihan raya semakin hampir, tetapi saya ingin menegaskan bahawa dalam Dewan yang mulia ini bahawa perkara ini bukan gimik atau sesuatu yang boleh kita pandang remeh. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Tanduo berlaku sekali lagi. Pahlawan negara yang terkorban dalam peristiwa Tanduo itu bukan gimik. Mereka terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara kita. Kalau bukan kerana pengorbanan pahlawan negara, mungkin sebahagian daripada wilayah Sabah sudah dikuasai oleh pengganas masa ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, antara masalah lain yang sangat kritikal di Parlimen Kudat adalah masalah feri Kudat–Banggi. Setelah berlaku kenaikan harga minyak, kekerapan penumpang feri Kudat–Banggi telah dikurangkan oleh operator dari dua kali sehari kepada sekali sehari menyebabkan kesesakan penumpang sehingga keselamatan tidak lagi menjadi keutamaan. Perkara ini juga amat menyusahkan penduduk Pulau Banggi, seramai lebih 20,000 orang yang terpaksa berulang alik ke Kudat untuk apa sahaja pengurusan memandangkan kebanyakan jabatan kerajaan hanya beroperasi di Kudat serta untuk mendapatkan bekalan keperluan harian.
Kalau Pulau Pinang boleh mendapat peruntukan lebih RM20 bilion hanya untuk sistem pengangkutan awam, kenapa Pulau Banggi tidak boleh dibantu. Jadi, saya mohon supaya diberikan peruntukan bagi meringankan kesusahan rakyat saya di kawasan Pulau Banggi ini, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tan Sri Yang di-Pertua, majoriti rakyat di kawasan Kudat adalah bergantung sepenuhnya dengan hasil pertanian dan saya mohon kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk memberikan peruntukan yang lebih bagi menaik taraf jalan-jalan ladang di kawasan saya.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Dan untuk Kementerian Pendidikan, saya telah berjumpa dengan Menteri Pendidikan untuk masalah-masalah sekolah, terutama sekali di SK Bawing, di Pitas, yang begitu daif terutama sekali rumah-rumah guru. Jadi, saya harap agar tindakan dapat diambil oleh Kementerian Pendidikan. Apa pun saya ucapkan terima kasih
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
kepada Kementerian Pendidikan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan prasarana yang lebih baik untuk sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Kudat.
Saya mohon juga kepada Kementerian Pertanian untuk diberikan perincian berkenaan projek jelapang padi yang baharu di Pitas, yang telah disebut dalam RMK13, bila ia akan dilaksanakan dan apakah proses yang berlaku sekarang ini?
Dan sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua, saya mau menutup perbahasan dengan perkara yang sentiasa menjadi pegangan kepada saya.
Amanah rakyat mesti ditunaikan dengan keberanian, kejujuran dan kesungguhan.
Saya bangga diberi tanggungjawab membawa suara rakyat Kudat ke Dewan yang mulia ini. Ada ketikanya suara saya keras dan ada kata-kata saya yang mengundang rasa kurang senang.
Ada perkara yang saya bangkitkan tanpa mengetahui akibat yang mungkin saya hadapi. Namun apabila kehidupan rakyat masih dibelenggu kesusahan, saya tidak boleh memilih untuk berdiam diri. Setiap jalan yang saya sebut, setiap kampung yang saya bangkitkan dan setiap keperluan yang saya perjuangkan mewakili kehidupan manusia serta harapan keluarga yang mahu melihat perubahan.
Kepada rakyat Kudat, atas kepercayaan dan teguran dan kekuatan yang diberikan kepada saya sepanjang saya memikul amanah ini. Suara kalian telah membimbing pendirian saya di Dewan ini dan suara itu juga sebahagian daripada suara Sabah yang mesti didengar dan diberi perhatian sewajarnya. Penggal ini mempunyai penghujung. Semoga segala yang saya suarakan dan direkodkan dalam Hansard selama-lamanya ini menjadi bukti amanah yang telah saya usahakan sebaik mungkin demi Kudat dan demi Sabah.
[Berucap dalam dialek Sabah] Sekian.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih YB Kudat. Sekarang saya jemput Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tan Sri yang di- Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin.
[Membaca doa]* Yang bermaksud, “Tunaikanlah janji sesungguhnya janji itu akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan.” Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan kesempatan kepada Hulu Terengganu untuk bangkit dan berbahas berkaitan dengan bajet, belanjawan untuk 2027. Tuan Yang di-Pertua, bajet tahun ini berpaksikan dan
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
bertemakan “Menggapai Langit, Mengakar di Bumi.” Belanjanya sebanyak RM459.8 bilion, yang mana akhirnya meningkat daripada RM441.1 bilion pada tahun lalu dan daripada jumlah tersebut RM83 bilion untuk pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, cuma apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa bajet kali ini nampaknya kurang mendapat sambutan daripada rakyat. Maksudnya ialah kalau bajet-bajet sebelum ini kita dapat melihat bagaimana ahli-ahli akademik rakyat di bawah begitu teruja untuk melihat dan menunggu apakah yang akan diberikan kepada rakyat. Tapi kali ini saya nampak ia nya hambar. Ia nya tidak begitu excited dan kalau orang Terengganu kata, tidak ada orang untuk melihat bajet ini.
Mungkin mereka dah dapat meramalkan apa yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada mereka dan dalam kadang-kadang tawaran yang berbagai-bagai, mereka dapat merasakan bahawa ia nya tak mampu untuk mengatasi tekanan dan kos sara hidup yang semakin meningkat pada hari ke hari. Ayat ataupun perkataan yang digunakan dalam bajet ini ialah waad iaitu janji. Janji kalau dalam pilihan raya dinamakan manifesto.
Kalau bahasa Inggeris dikatakan promise. Ini waad. Waad nasional. Kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah perjanjian nasional. Apa itu perjanjian nasional? Itu PN iaitu Perikatan Nasional.
Yang di-Pertua, jadi oleh kerana keterujaan untuk melihat perjanjian tersebut mungkin kerana mereka terikat dengan apa yang telah mereka lalui daripada janji- janji dan juga manifesto yang telah ditawarkan oleh Tambun sebelum menjadi Perdana Menteri dahulu. Di mana kita selalu diulang-ulang dengan perkataan, “Hari ini menang bukan dua minggu, bukan dua hari, esok minyak turun.” Walhal, ia nya tidak berlaku. Pun berlaku penurunan minyak tapi setelah dinaikkan harganya Tuan Yang di-Pertua. Lantaran itu, rakyat merasakan bahawa ia nya mungkin berulang apa yang telah berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada muka surat 85 ucapan belanjawan berkaitan dengan rasuah. Ayat yang berbunyi, “Rasuah yang sistemik dan berakar umbi dibanteras habis-habisan. RCI Tabung Haji, kemelut FELDA dan sebelumnya skandal 1MDB selalunya menyentak sana baru kita apabila kuasa disalah guna, yang hilang tidak hanya wang Ringgit tapi hak rakyat dan maruah negara.” Itu satu ayat yang bagus yang kita puji.
Cuma persoalannya sekarang Tuan Yang di-Pertua, kenapa hal tersebut masih lagi berlaku dalam negara? Masih lagi membarah dan masih berlaku di merata-rata. Saya lihat TikTok daripada yang bersara, Dato' Seri Ayob Mydin
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
mengatakan bahawa ramai di kalangan kita ini yang ambil rasuah kemudian pergi umrah. Dan saya teringat pada hadis Nabi yang berbunyi... [Membaca sepotong hadis] Yang bermaksud, “Nabi SAW melaknat orang yang memberi rasuah, orang yang menerima rasuah dan orang yang menjadi perantaraan antara rasuah.” Jadi persoalan yang berlaku ialah kenapa ia nya masih berterusan?
Walaupun begitu ramai yang telah dihukum, begitu ramai yang telah dipenjarakan dan begitu ramai yang telah mendapat bahana daripada amalan tersebut. Mungkin pada pandangan Hulu Terengganu ia nya berpunca daripada hukumannya cuma terkena pada penerima sahaja. Penerima sahaja yang dikenakan hukuman. Malah pemberi terlepas dan perunding juga terlepas. Sedangkan Nabi melaknat ketiga golongan ini supaya mereka ini sepatutnya dihukum sama berat dan setimpal. Jadi, situ Hulu Terengganu mencadangkan supaya ia nya diperhatikan ataupun diambil tindakan untuk menghukum ketiga-tiga pelaku dan yang terlibat dengan rasuah.
Berkaitan dengan rasuah ini Tuan Yang di-Pertua, di luar sana heboh berkaitan dengan mafia korporat yang sehari ini kerajaan tidak berkata apa-apa berkenan dengan perkara yang saya rasa cukup memalukan dan cukup hebat berlaku di luar sana.
Kita selalu melihat rekod, dikatakan nama-nama seperti Victor Chin, Farhash, bekas pengarah SPRM dan sebagainya yang dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk mengambil alih ataupun untuk menyamun syarikat-syarikat besar menggunakan SPRM, PDRM, AMLA dan sebagainya untuk menyamun syarikat korporat besar di Bursa Saham dan sebagainya.
Keterlibatan mereka ini ialah— modus operandi mereka ialah menakut- nakutkan pemilik-pemilik syarikat ini sehingga pemilik-pemilik syarikat ini dikatakan terpaksa menyerah hak dan juga harta mereka kepada golongan ini. Dan yang lebih malang lagi Tuan Yang di-Pertua, dikatakan di kalangan ramai mereka yang terlibat itu terpalit seorang Menteri. Dikatakan, yang menerima sebanyak RM9.5 juta untuk...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menyelesaikan masalah yang dikatakan masalah mafia korporat ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, persoalan saya, sejauh mana tindakan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sekejap, sekejap, sekejap.
Saya bagi, sabar. Sejauh mana apa yang didakwa tersebut benar dan apa tindakan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Kalau ini berlaku, amat malang bagi sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju. Ya, sila Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya lah, kita dengar soal berkaitan dengan mafia korporat ini kan. Kalaulah Hulu Terengganu ada bukti, betul ada bukti, kan? Sebab negara kita ini dia ada undang-undang. Negara kita ini ada polis, ada SPRM, ada Lembaga Hasil Dalam Negeri, ada kastam. Saya hendak cadangkan, kalau betullah sebagaimana yang dituduh oleh Hulu Terengganu ini, saya hendak minta supaya dibuat laporan polis ataupun SPRM macam yang dibuat oleh pimpinan-pimpinan DAP baru-baru ini yang membuat laporan kepada SPRM.
Soal berkaitan dengan penggunaan bajet yang terlalu tinggi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Faham, cukup-cukup, faham.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bajet yang digunakan lebih oleh Kementerian KKDW ini. Kalau dikata ada bukti...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, faham, cukup, cukup.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya hendak minta supaya Hulu Terengganu buat laporan polis dan juga SPRM, terima kasih Tan Sri Speaker.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, ini saya tak suka bagi pada Hulu Langat ni. Bagi dia, macam dia berucap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, saya ingin menggunakan peraturan Dewan, Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat. Mesyuarat berapa tu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(6).
Tuan Yang di-Pertua
36(6), apa isunya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Seseorang tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat. Saya dengar Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi menyatakan bahawa seorang Menteri telah terpalit dengan kes rasuah melibatkan RM9.5 juta.
Pertamanya, kalau Yang Berhormat Hulu Terengganu mempunyai bukti, patut dia membuat laporan kepada SPRM. Kedua, kalau beliau ada bukti, sebutkan nama Menteri tersebut. Tetapi kalau tak ada bukti, tak boleh kita pakai hentam saja
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
dan cuba mengungkitkan perkara itu, sengaja untuk mengelirukan Dewan. Kerana ramai yang sedang mengikuti perbahasan. Dan dalam kes ini, telah pun dinyatakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, cukup. Yang di-Pertua, saya faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya cabar Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kalau betul, kemukakan bukti. Kalau tak ada bukti, kalau berani, saya minta supaya buat laporan kepada SPRM dan kemukakan bukti.
Hulu Terengganu berani, tak berani?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cukup, cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu berani, tak berani?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cukup. Floor saya. Saya bukannya tak berani. Ini floor saya, Yang di-Pertua. Saya kata tadi dikatakan bahawa ada seorang Menteri yang menerima RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat. Jadi, patutnya benda itu bila dah dimaklumkan, kena siasat. Dan yang menceritakan tersebut adalah bekas Menteri. Apa masalahnya? Bukan saya tuduh. Jadi maknanya, bekas Menteri yang telah letak jawatan dan podcast-nya mengatakan bahawa ini yang terlibat. Dia sebut Mr. R dan sebagainya.
So, sepatutnya pihak berkuasa berperanan untuk memastikan. Kita bukan nak tuduh siapa-siapa, kita nak pastikan negara bersih...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Terengganu. Kalau tuduh— Hulu Terengganu, tuduh ni, siapa-siapa boleh tuduh, Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cukup, cukup, cukup.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau kata betul, ada fakta, ada bukti, saya nak minta supaya Hulu Terengganu buat laporan polis dan juga SPRM.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Masa saya, Yang di-Pertua.
Lima minit. Cukup, cukup, cukup, cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab kalau tuduh ni Speaker, semua orang boleh tuduh. Semua orang boleh tuduh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Hulu Langat. Hulu Langat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ambil masa saya lima minit.
Saya tak ada masa banyak nak bercakap.
Tuan Yang di-Pertua
Floor Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, itu sepatutnya yang berlaku. Kerana kita bimbang Yang di-Pertua, keadaan negara kita hari ini berada dalam keadaan yang cukup tidak stabil. Kenapa saya berkata demikian, Yang di-Pertua. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara, sejak merdeka sampai sekarang, seorang atau pun Menteri atau pun orang kerajaan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan sebagai Menteri. Tak pernah berlaku.
Dan yang lebih peliknya lagi, yang letak jawatan, yang menjadi Ketua Negara atau pun negara ketika itu adalah parti yang sama. Jadi, menunjukkan bahawa terdapat kebobrokan dan ketidakpuasan hati atau pun sesuatu yang tak betul dalam parti tersebut. Dan lebih malang lagi apabila Timbalan Presiden pun bercuti, Yang di-Pertua.
Dan diganti jawatan tersebut ialah SU Agung, sepatutnya naiklah ikut ranking.
Terpulanglah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, apa kena mengena dengan belanjawan? Apa kena-mengena dengan belanjawan, Tan Sri Speaker?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apa yang saya nak katakan di sini. Cepat— jangan ganggu. Saya nak berkata bahawa ialah dalam parti sendiri pun tak mampu diurus, bagaimana nak mengurus negara? Lepas itu, tidak hairan apabila ramai pelabur-pelabur dan mereka yang cuba untuk datang ke sini merasa agak cuak untuk melabur dan juga invest di negara kita.
Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, Rafizi dan rakan-rakan lain, rakan-rakan dalam politik seperti UMNO nampak macam nak lari. Semalam saya dengar Jelutong belasah Bagan. Saya dengar— Bagan Serai. Bagan Datuk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu ni sasullah. Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kemudian, Kinabatangan belasah Bagan. Jadi, nampaknya dah macam ada suatu ketidakseimbangan. Jadi, ini dilihat oleh orang luar untuk bagaimana nak datang dan melabur di negara kita.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu, tentang PAS— dengan PAS dan BERSATU bergaduh tu macam mana, Hulu Terengganu?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dan untuk makluman, Yang di- Pertua. Dia masuk...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu, saya nak tanya, bila PAS dan BERSATU bergaduh tu macam mana?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, UMNO dah macam nak lari, pengundi Johor dan Negeri Sembilan dan pun lari dan dijangka Melaka pun akan lari dan pilihan raya keenam belas, insya-Allah rakyat akan lari daripada— daripada kerajaan yang memerintah hari ini.
[Tepuk] Yang di-Pertua, masa dah terlalu singkat, gangguan daripada rakan-rakan.
Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan cyber security. Ini dinyatakan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan di muka surat 75 – pembangunan sovereign AI cloud yang sedang direncanakan adalah untuk memastikan data rakyat dan maklumat strategik negara kekal di bawah kawalan Malaysia.
Saya ada satu persoalan yang cukup serius, Yang di-Pertua. Saya terima berita daripada (Federal Government Gazette) Warta Kerajaan Persekutuan iaitu Perintah Keselamatan Siber (Pengecualian) 2025 [Cyber Security (Exemption) Order 2025].
Di sini dikatakan bahawa perintah ini boleh pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 61 Akta Keselamatan Siber 2024. Jelutong, Akta 854 – Menteri membuat perintah yang berikut. Nama dan permulaan kuat kuasa perintah ini bolehlah diutamakan, Perintah Keselamatan Siber (Pengecualian) 2025. Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
Persoalan saya ialah pengecualian. Pengecualian Menteri mengecualikan orang yang berikut daripada semua peruntukan di atas. Maknanya, peruntukan akta ini dikecualikan kepada syarikat-syarikat ini. Saya baca nama syarikat itu.
(i) Amazon Data Services Malaysia Berhad;
(ii) Amazon Web Services Malaysia Sdn. Bhd.;
(iii) Google Asia Pacific Pt. Ltd.;
(iv) Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.;
(v) Google Malaysia Sdn Bhd;
(vi) Microsoft Knowledge Capital Centre Sdn. Bhd.;
(vii) Microsoft Malaysia Sdn. Bhd.;
(viii) Microsoft Payment Malaysia Sdn. Bhd.; dan
(ix) Pearl Computing Malaysia Sdn. Bhd.
Dibuat 28 Januari 2025, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Persoalan saya, apa istimewa syarikat-syarikat ini sehingga diberi pengecualian
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
daripada Akta 854? Adakah kita tunduk pada Amerika? kita dibuli oleh Amerika atau pun kita telah dibeli oleh Amerika? Ini persoalan. Kebalkah mereka ini kerana mereka terkecuali daripada akta yang kita luluskan di peringkat Parlimen?
Dato’ Yang di-Pertua, tambah masa lagi kerana ada gangguan tadi. Dalam masa yang suntuk ini Yang di-Pertua, oleh kerana masa begitu suntuk. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya yang telah pun menjalankan kerja-kerja sebagaimana yang saya minta pada ucapan lalu iaitu Simpang Guar ke Machang.
Kemudian pada tahun ini, sekarang saya mohon kepada KPKT untuk menyediakan lampu jalan di Jalan Pekan Ajil, bandar di DUN Ajil yang gelap. Minggu lepas ada berlaku kemalangan sehingga berlaku kematian.
Yang ketiga, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu masalah banjir di Kampung Pantai Ali yang cukup kritikal dan pohon sedikit bajet untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Yang keempat. Ini yang keenam saya sebut iaitu berkaitan dengan senapang RELA untuk musuh tanaman. Dan dijawab oleh Menteri, Menteri kata tak boleh nak bagi kepada RELA tapi saya rasa kena buat senapang RELA, kena bagi kepada sekurang-kurangnya satu laras satu kampung kerana kera terlalu banyak. Beruk terlalu banyak sehingga mengganggu hasil tanaman di kampung.
Yang kelima dan seterusnya Yang di-Pertua, ingin saya bangkitkan juga di sini berkaitan dengan Kementerian Kewangan juga iaitu oleh kerana kos sara hidup semakin meningkat. Insurans ada, beberapa syarikat insurans yang memaksa pencarum-pencarumnya pergi ke hospital, pay and claim. Maknanya, mereka bayar dulu, claim kemudian dan ini akan menyusahkan mereka bagi mereka yang tak ada duit. Jadi, kita minta biar revise balik akta tersebut supaya ia tidak menyusahkan rakyat dalam keadaan negara atau pun keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Yang di-Pertua, nampak dah beri isyarat untuk saya— banyak lagi nak sebenarnya nak berucap tetapi oleh gangguan dari Hulu Langat dan juga Jelutong.
Tak apa, saya akan berucap di masa hadapan. Terima kasih banyak peluang yang diberi. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan hari ini. Pertama sekali, Puchong ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pihak kerajaan atas pembentangan Belanjawan MADANI Kelima.
Ini adalah satu belanjawan di mana disiplin fiskal dan penjimatan subsidi yang berani diimbangi dengan pembahagian kek ekonomi yang lebih adil dan saksama.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri Speaker, selama ini kita sentiasa mendengar rungutan M40 bahawa mereka sentiasa dilupai oleh kerajaan dalam pembentangan belanjawan bertahun- tahun. Mereka berpendapatan terlalu tinggi untuk menerima bantuan tunai bersasar tetapi terlalu terbeban untuk menyerap kos sara hidup yang terlalu tinggi, terutamanya bagi mereka yang hidup di kawasan bandar.
Justeru, Puchong amat menyambut baik bahawa Belanjawan 2027 kali ini membawa anjakan paradigma yang nyata. Kerajaan memperkenalkan dasar yang memanfaatkan kedua-dua B40 dan M40 secara menyeluruh. SARA, BUDI95 300 Liter, kenaikan aras perlindungan tarif elektrik domestik sehingga 800 kilowatt jam sebulan dan, selepas 15 tahun tidak disemak, had pelepasan cukai asas individu akhirnya dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Sepanjang beberapa hari ini, Tan Sri Speaker, Puchong telah pun menerima banyak maklum balas yang cukup positif daripada golongan M40 yang menyatakan bahawa, “The government finally see us”. Syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan.
Seterusnya, Puchong ingin membangkitkan beberapa isu dan cadangan penambahbaikan untuk perhatian kerajaan. Tan Sri Speaker, saya ingin mulakan dengan isu pertama iaitu dasar Corporate Renewable Energy Supply Scheme
(CRESS). Sebuah program yang membolehkan pemaju menjual tenaga boleh baharu secara terus kepada pelanggan industri.
Tan Sri Speaker, pada 18 September 2026, PETRA telah pun mengeluarkan kenyataan media rasmi bahawa di bawah Pakej Accelaration CRESS, kadar System Access Cost (SAC) sebanyak 14 sen per kilowatt jam bagi firm supply akan diperkenalkan dengan tempoh kontrak 10 tahun. Pasaran modal dan pemain industri menyambut baik pengumuman ini. Namun, mengikut The Edge dan juga sumber saya, dalam sesi taklimat industri oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) semalam, pihak ST telah pun backtrack daripada dasar kementerian.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri Speaker, semalam pihak ST mengumumkan caj tambahan baru iaitu green consumer SAC sebanyak 4 sen setiap kilowatt jam. Ini bermakna kadar efektif SAC bagi Pakej Accelaration itu melonjak semula daripada 14 sen kepada 18 sen setiap kilowatt jam. Kadar asalnya 20 sen. Bulan lepas, kerajaan umum melalui kenyataan rasmi akan turunkan kepada 14 sen. Semalam, Suruhanjaya Tenaga ubah menjadi 18 sen. Justeru, Puchong di sini ingin mendapat pengesahan Parlimen daripada kementerian. Adakah kadar muktamad kerajaan untuk Pakej Pecutan CRESS kekal 14 sen seperti dalam kenyataan media rasmi ataupun 18 sen seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga?
Tan Sri Speaker, U-turn seperti ini, jika benar, adalah saya boleh katakan big blunder. Dalam usaha kerajaan menarik pelaburan sama ada domestik ataupun asing, this will send a very, very wrong signal to the investors. Bahawa dasar kerajaan boleh berubah-ubah. Bulan lepas umum satu, mereka sudah tender, buat perancangan, bulan ini tukar. Ini bukan sahaja akan menjejaskan keyakinan pelabur di sektor TBB― tenaga boleh baharu― data center tetapi secara keseluruhannya.
Oleh itu, Tan Sri Speaker, saya ingin meminta kerajaan untuk mendapat penjelasan daripada kerajaan. Bukan sahaja daripada PETRA tetapi juga daripada MITI dan juga Kementerian Kewangan sama ada kita boleh membenarkan pertukaran dan perubahan polisi seperti ini.
Seterusnya, Puchong ingin mengalih kepada dasar Net Energy Metering. Tan Sri Speaker, dasar NEM atau Net Energy Metering ini sememangnya amat dekat dengan hati saya. Semasa saya diberi amanah menerajui Kementerian Tenaga pada tahun 2018, kita telah pun menstruktur semula dasar NEM lama yang tidak mendapat respons yang baik daripada pasaran kepada dasar NEM yang memastikan projek solar atas bumbung adalah commercially viably, bankable dan scalable. Industri solar di atas bumbung berkembang pesat sejak itu disusuli dengan inisiatif kerajaan berterusan seperti NEM 3.0 dan Skim ATAP.
Namun, kini sudah tiba masanya kita cuba untuk fikir adakah kita ada anjakan paradigma yang baharu untuk meneroka lembaran yang baru. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pemasangan loji solar berskala besar (large scale solar) konvensional di atas tanah sering kali mencetuskan konflik guna tanah dengan sektor pertanian dan penternakan. Kita sering diletakkan dalam dilema untuk memilih antara sekuriti tenaga dengan sekuriti keterjaminan makanan.
Justeru, Puchong ingin mencadangkan di sini bahawa PETRA dan juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk merangka satu skim
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
khusus iaitu NEM Agro bagi pembangunan agrivoltaic. Apakah agrivoltaic ini? Ia adalah sangat simple iaitu gabungan dua perkara di atas satu tanah yang sama.
Pertanian― agri; dan voltaic― tenaga solar. Secara mudahnya, satu bidang tanah, dua hasil serentak.
Biasanya, ladang solar hanya letak panel di atas tanah kosong untuk menjanakan tenaga. Manakala ladang pertanian hanya tanam sayur ataupun ternak haiwan. Dalam sistem agrivoltaic, panel solar di pasang pada tiang yang lebih tinggi ataupun diapungkan atas kolam. Bahagian atas menjana elektrik, bahagian bawah digunakan untuk bercucuk tanam, menternak haiwan ataupun membela ikan atau udang.
Ada tiga manfaat utama dengan agrivoltaic ini. Satu, tanah tidak dibazir.
Kedua, ia saling membantu. Ada simbiosis. Untuk tanaman ataupun haiwan, bayang- bayang panel melindungi tanaman sensitif dan haiwan ternakan daripada panas terik matahari. Tanah juga tidak cepat kering, juga kurang guna air siraman. Untuk panel solar, wap sejuk daripada tumbuhan ataupun air kolam membantu menyejukkan panel solar dan menjadikan ia menghasilkan lebih banyak elektrik. Oleh itu, manfaat ketiga adalah dengan hasil daripada itu, petani dapat pendapatan yang berganda.
Oleh itu, dengan manfaat-manfaat yang saya huraikan tadi, saya ingin mencadangkan kerajaan supaya untuk mengkaji sama ada kita boleh launch-kan satu program baru NEM Agro bagi petani-petani di luar sana.
Perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan hari ini adalah berkenaan dengan lemon law. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2026 telah pun mengumumkan bahawa kerajaan akan membentangkan pindaan ke atas Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk memperkenalkan elemen lemon law. Namun, selepas satu tahun, sekarang kita dalam perbincangan dan perbahasan Belanjawan 2027, KPDN masih belum lagi membentangkan RUU yang berkenaan.
Tan Sri Speaker, baru-baru ini sangat viral seluruh negara, kita tengok social media ada satu insiden di mana kereta baru tercabut keseluruhannya rear axle dengan ada dia punya tire dengan axle semua tercabut. Ini kereta baru, di atas jalan raya. Tindakan JPJ seterusnya adalah untuk menggantung serta-merta kelulusan jenis kenderaan VTA bagi model tersebut. Ini adalah tepat.
Namun, persoalannya, apa yang akan terjadi kemudian? Di manakah perlindungan untuk pemilik yang mengalami perkara yang sama? Mungkin tak seserius inilah tapi perkara yang sama. Kereta baru dibeli ada masalah yang besar,
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
masuk bengkel berbulan-bulan, masih lagi perlu bayar ansuran bulanan bank. Ini kerana kita tak ada lemon law. Kita tak boleh melindungi dengan komprehensif pengguna-pengguna sekarang.
Dan kita perlu tahu bahawa kebanyakan rakyat Malaysia ini, pembelian kenderaan adalah antara komitmen kewangan yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Kalau mereka memang nasib sangat buruk dapat kereta macam ini, maka kita perlu ada satu perundangan untuk melindungi mereka.
Oleh itu, Puchong ingin mendapatkan jawapan daripada KPDN, bilakah RUU pindaan Akta 599 ini akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan yang mulia ini?
Tan Sri Speaker, seterusnya Puchong ingin mengalih ke isu yang berkenaan dengan pintu masuk ke Malaysia.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Sudah banyak kali Puchong perhati dengan sendiri apabila saya mendarat dari luar negara di KLIA, barisan di lorong autogate passport sangat panjang, tetapi di autogate QR code sebelah tak ada barisan, ada banyak capacity lagi. Apabila saya berbual dengan petugas di sana, Puchong diberitahu bahawa fenomena ini berlaku setiap hari, terutamanya pada waktu kemuncak apabila banyak pesawat berbadan besar mendarat serentak dalam tempoh yang sangat singkat.
Untuk kita di sini yang pernah gunakan dua-dua autogate, saya rasa semua YB-YB ada guna autogate. Untuk autogate yang pasport, kalau kita ingat lagi autogate pasport, kita perlu buka sarung pasport, ratakan halaman biodata, letak atas kaca pengimbas dan harap-harap dia boleh baca kali pertama. Kadangkala tak boleh baca sebab mungkin cip lemah, mungkin muka surat itu berkedut. Mesin kena dua tiga kali membaca dan kadangkala tak boleh lagi, pergi manual. Oleh, itu barisan sangat panjang sebab inefficiency di autogate pasport ini.
Walaupun ketiadasulitan kalau kita imbas, kita tengok average time untuk pass autogate pasport adalah 15 hingga 25 saat setiap individu. Tetapi untuk mereka— kita sekarang saya guna MyBorderPass dan ada orang guna MyNIISe.
Kalau kita keluar dan masuk pintu masuk di Malaysia sangat senang, guna barcode scan satu saat, masuk imbas wajah dua saat, pintu buka kita keluar. Setiap kali satu autogate untuk QR code, purata masa untuk proses setiap individu lapan hingga tujuh saat. Ini menunjukkan bahawa autogate QR code adalah tiga kali ganda lebih cepat daripada autogate pasport.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Pendek kata kalau kita boleh meningkatkan penggunaan autogate QR, maka kita boleh memendekkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kita di dewan ketibaan KLIA. Dengan itu, Puchong ingin cadangkan kepada KDN untuk bekerjasama dengan MAHB dan Kementerian Pengangkutan untuk mengalir lebih banyak lagi trafik dari autogate pasport ke autogate code QR.
Beberapa langkah praktikal yang kita boleh laksanakan untuk rakyat Malaysia dan mereka yang layak. Kerajaan boleh meletakkan lebih ramai petugas khas di koridor pelepasan ataupun ketibaan bagi menunjukkan mereka bagaimana untuk mendapatkan QR Code. Sebab sampai sekarang saya masih lagi meneliti ada ramai rakyat Malaysia yang tidak guna QR Code.
Bagi pelawat dari 63 negara yang layak masuk melalui autogate pasport, ramai di antaranya sekarang adalah pelawat kali pertama. Kalau pelawat kali pertama di mana mereka perlu menggunakan autogate, tak boleh gunakan autogate QR code kerana apa? Kerana data biometrik mereka belum lagi didaftar dalam sistem Malaysia. Bagi membolehkan mereka mendapatkan kod QR, kerajaan boleh mengubahsuai aplikasi yang sedia ada untuk membolehkan bacaan data pasport DG1 dan DG mengikut standard ICAO 9303.
Seterusnya, kerajaan boleh mewajibkan syarikat penerbangan menyepadukan pendaftaran Malaysia Digital Arrival Card dengan penjanaan kod QR semasa check-in. Kerajaan juga boleh mewajibkan tayangan video panduan ataupun pengumuman kabin 45 minit sebelum mendarat bagi mengingatkan rakyat tempatan dan pelawat yang layak bahawa mereka boleh keluar dalam masa bawah 10 minit menggunakan kod QR.
Dengan ini, lebih ramai penumpang akan boleh menggunakan autogate QR.
Apabila penggunaan QR autogate semakin meningkat, kerajaan juga boleh me- retrofit autogate pasport ke multi-modal gates dengan izin, untuk meningkatkan bilangan autogate QR tanpa perbelanjaan CapEx yang besar.
Secara keseluruhannya, Tan Sri Speaker, semua langkah-langkah yang saya cadangkan tadi boleh menambah kapasiti Imigresen memproses kemasukan pelawat dan meningkatkan mutu pengalaman pelanggan tanpa melibatkan perbelanjaan CapEx yang significant. Tan Sri, boleh bagi saya satu minit lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Sebab ini juga berkenaan dengan pintu masuk negara tetapi dia adalah berkenaan dengan Disney Cruise ke Langkawi.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pada 26 Ogos 2026, Disney Cruise telah
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
membuat pengumuman di mana Langkawi secara rasmi dipilih sebagai pelabuhan persinggahan baru new port of call bagi Disney Adventure. Pakej lima hari empat malam mereka akan singgah di Langkawi bermula 31 Disember 2026. Ini adalah peluang keemasan untuk industri pelancongan di Langkawi.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Disney membawa sekitar 6,000 hingga 6,700 penumpang setiap pelayaran dengan anggaran 25 hingga 30 kali singgahan setahun ke Langkawi. Ini bermakna kita berpotensi menerima kehadiran antara 150,000 hingga 200,000 pergerakan pelancong setiap setahun melalui kerjasama ini.
Sekiranya setiap pelancong berbelanja secara sederhana antara RM250 hingga RM400 di Langkawi, kita melihat potensi suntikan ekonomi langsung bernilai RM35 juta hingga RM80 juta setahun terus ke poket peniaga kecil, pemandu teksi dan pengusaha tempatan Langkawi.
Namun persoalan pokoknya, adakah pelancong ini akan turun berbelanja ataupun sekadar kekal di kapal? Sekiranya mereka turun dan terpaksa beratur sangat panjang di kaunter Imigresen dan kemudiannya tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang teruk, mereka tidak akan turun. Oleh itu, Jabatan Imigresen akan memainkan peranan yang sangat penting untuk pastikan pintu masuk di Langkawi bagi Disney Adventure ini adalah lancar dan cepat. Dengan itu, kita boleh membolehkan lebih ramai orang masuk Langkawi dan berbelanja di Langkawi.
Sudah tentu, Tan Sri Speaker saya tak berapa ada masa, tetapi saya hendak cadangkan satu lagi. Ini adalah untuk MOTAC. Tan Sri Speaker, saya rasa kita tidak boleh berpuas hati sekadar menjadi port of call. Puchong ingin mencadangkan MOTAC supaya kita memulakan rundingan strategik bersama Disney Cruise Line untuk meneroka potensi menjadikan Langkawi ataupun Pulau Pinang sebagai pelabuhan pendaftaran naik dan turun rasmi Full Embarkation dan Disembarkation Port. Bayangkan limpahan ekonominya Tan Sri Speaker.
Pelancong yang memulakan ataupun menamatkan pelayaran di Langkawi akan menginap beberapa hari sebelum atau selepas pelayaran, pre-cruise atau post- cruise beach holiday atau Penang Island holiday. Ini menawarkan tarikan percutian tropikal yang sangat unik dan melengkapi persekitaran metropolitan Singapura.
Mungkin Tan Sri Speaker tak tahu, Disney Adventures sekarang ini start dari Singapura, dia stop di Singapura, balik Singapura. Kalau kita boleh start Singapura, dia disembark di Langkawi. Ini adalah beberapa yang kita boleh buat. Ini adalah unik proposition yang kita boleh jual kepada pelancong-pelancong antarabangsa.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Itu sahaja, saya tak hendak ambil lebih masa, oleh itu saya hendak kalau MOTAC boleh kita start ini, lepas itu semua lapangan terbang antarabangsa perlu dinaik taraf supaya kita boleh menampung lebih banyak permintaan daripada pelancong. Itu sahaja saya hendak cadangkan, Puchong menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Puchong. Seterusnya, saya jemput Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahirrahmanirrahim, [Membaca doa] Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan setinggi-tinggi penghargaan atas ruang yang diberi untuk saya mengangkat nurani rakyat Kuala Krai yang dikasihi dalam menerusi perbahasan Belanjawan 2027.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan ayat 100, surah Yusuf [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan pada saat itu berkatalah Yusuf. Wahai ayahku, inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari desa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
“Sesungguhnya Tuhanku lemah lembut takbirnya, bagi apa yang dikehendakinya. Sesungguhnya dialah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Melalui ayat ini Nabi Yusuf Alaihissalam tidak mengungkit perbuatan saudara- saudaranya yang pernah mencampakkan baginda ke dalam perigi. Sebaliknya baginda menyebut tentang ujian dipenjarakan. Satu gambaran betapa baginda tidak menjadikan luka masa lalu sebagai alasan untuk berdendam, apatah lagi setelah dikurniakan kekuasaan dan kedudukan.
Inilah jiwa besar seorang pemimpin. Apabila sudah diberikan amanah dan kuasa, tumpuan hendaklah diberikan kepada masa depan, bukan terus terperangkap dalam kesalahan masa lalu. Begitulah juga kerajaan hari ini, rakyat tidak memberikan mandat kepada kerajaan semata-mata untuk menilai, mengungkit atau menyalahkan
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
kelemahan kerajaan terdahulu. Rakyat memberikan mandat supaya masalah diselesaikan. Kehidupan diperbaiki dan janji yang ditaburkan ditunaikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu pertama ialah rakyat menuntut waad ataupun janji. Kuala Krai menyambut baik pengumuman Belanjawan 2027 yang menyentuh projek penting di Kelantan seperti Empangan Lebir dan sambungan ECRL ke Rantau Panjang. Pada tahun 1989 Japan International Cooperation Agency (JICA) sudah menjalankan kajian tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang merangkumi cadangan Empangan Lebir melibatkan Gua Musang dan Kuala Krai.
Kuala Krai adalah kawasan utama yang sering dilanda banjir dan sentiasa berulang-ulang, memusnahkan harta benda dan membebankan rakyat. Bak kata orang kampung di Chenulang, “tokleh selihla sini gak, hujan teruk banjir alah nak mari selalu”. Pada perbahasan kajian separuh penggal RMKe12 dan perbahasan RMKe13 Kuala Krai telah membangkitkan keperluan Empangan Lebir supaya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kuala Krai sendiri telah beberapa kali turun ke lokasi bersama agensi negeri dan Persekutuan supaya waad kali ini benar- benar akan dapat direalisasikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, sambungan ECRL ke Rantau Panjang serta Lebuh raya Pantai Timur 3 bukan tuntutan baharu tetapi malangnya LPT 3 tiada dalam senarai. Projek-projek ini penting untuk dagangan, mobiliti dan pertumbuhan ekonomi negeri. Kelantan tidak boleh menjadi sekadar senarai hasrat setiap kali belanjawan dibentangkan. Setitik lagi dakwat harapan perlu ditumpahkan kepada wacana ini, sebuah projek yang perlu mendapat perhatian sewajarnya iaitu sambungan Lebuh raya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK) yang kini terhenti di Pasir Hor wajar merentang gagah sehingga ke jantung bandar Kota Bharu yang cuma sekitar 5 kilometer sahaja.
Sebelah laluan lagi perlu menjangkau Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, yang hanya berjarak 15 kilometer. Walaupun sebahagian laluan ini dalam pembinaan, tetapi tidak bersambung dengan Lebuh raya KBKK bahkan melalui laluan sedia ada yang dihalang oleh banyak lampu isyarat. Bak kata orang Sungai Sam, “Buak keje biar sudah, jangan witalang”. Jangan dibiarkan projek megah ini tergantung layu tak berkesudahan.
Selain itu, ada satu lagi denyut nadi yang amat kritikal. Impian yang tertanam di dada warga Kuala Krai dan Besut iaitu Jalan Tujuh Puteri ke Keruak dengan hanya jarak sekitar 55 kilometer sahaja. Laluan ini bukan sekadar hamparan tar tetapi laluan yang mampu menautkan persaudaraan antara dua negeri. Seandainya projek ini
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
diterjemahkan disebabkan daripada retorik kepada realiti, ia bukan sahaja memangkas masa dan jarak, malah menghidupkan orak nadi ekonomi rakyat dan ini adalah projek yang benar-benar lahir daripada idea dan buah tangan Tambun. Biar ada legasi sebagaimana Perdana Menteri terdahulu meninggalkan legasi masing- masing.
Projek mega sememangnya memerlukan kepada kajian dan rancangan tetapi kajian mesti berakhir, jadual mesti ditetapkan dan pengumuman mesti disusuli tindakan. Rakyat memerlukan tarikh mula, garis masa pelaksanaan dan hasil yang nyata. Bumi serambi Mekah ini tidak pernah kontang dengan waad pengumuman semenjak dahulu namun sering gersang daripada kepastian.
Bumi Cek Siti nafas rezeki, minyak mengalir tanpa realiti. Tan Sri Yang di-Pertua, tidak lengkap perbahasan Kuala Krai hari ini jika tidak menyentuh projek-projek yang masih sakit di Kuala Krai. Ia benar-benar menguji kesabaran rakyat. Projek penggantian Jambatan Sungai Durian dan Jambatan Pasir Kelang masih belum mempunyai tarikh siap yang pasti. Sudah beberapa kali masa tambahan diberikan. Persoalannya sampai bilakah rakyat harus menunggu dan sampai bilakah harapan mereka harus dibiarkan?
Pasir Kelang, Sungai Kelantan, Sungai Durian lubuk ikan kerai; Projek bermasalah di dua jambatan, Pihak kementerian wajib selesaikan. Lebih menyedihkan, Pasar Besar Kuala Krai yang musnah dalam kebakaran pada 14 Oktober 2024 masih belum memulakan pembinaan pasar baharu kerana birokrasi KPKT yang tidak berkesudahan. Para peniaga kehilangan tempat mencari rezeki dan rakyat kehilangan kemudahan. Untuk rakyat Dabong pula saya ingin memohon kerajaan membaik pulih Jalan FT066 Jalan Sungai Sam–Jeli di kilometer 42 hingga 45 yang berlubang, rosak dan tidak pernah elok dan sempurna sejak sekian lama.
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan seterusnya ialah ke mana duit peruntukan kami? Sudah lima kali lembaran belanjawan dibentangkan oleh Tambun. Namun lima kali jugalah pintu keadilan dikunci rapat buat kami di blok pembangkang. Anak- anak, ibu ayah dan warga Kuala Krai yang tidak pernah culas menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai sekali lagi dipinggirkan. Hak yang sepatutnya mengalir terus melalui amanah suara yang mereka undi sah di peti undi
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
kini dilencong melalui saluran yang lain. Rakyat disua dengan sisa manakala mandat mereka terus disisihkan.
Sehubungan dengan itu di Dewan yang mulia ini, Kuala Krai mendesak kerajaan untuk mengemukakan jawapan yang tulus. Pertama, senaraikan secara terperinci projek-projek yang didakwa menggunakan peruntukan Ahli Parlimen Kuala Krai atas nama hak dan kononnya disalurkan atas nama hak rakyat dan kononnya disalurkan terus kepada kawasan. Yang kedua, nyatakan jumlah sebenar peruntukan yang telah dibelanjakan dan berapa baki yang masih tertinggal? Dan paling utama, tegaskan tarikh dan garis masa bilakah waad dan janji manis dalam manifesto untuk memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti akan ditunaikan.
Jawapan yang sering dimainkan oleh Kerajaan MADANI ini, ialah peruntukan bukan hak Ahli Parlimen namun dalam masa yang sama kenapa Ahli Parlimen Kerajaan dapat peruntukan sejak tahun 2022 lagi, namun pembangkang tidak memperolehinya sehingga kini walaupun satu sen. Jika ditutupi penafian hak ini dengan bahasa yang indah di pentas belanjawan, demokrasi bukan hanya subur ketika menagih undi tetapi diuji sejauh mana keadilan itu dibahagikan tanpa mengira warna politik. Pulangkan hak rakyat Kuala Krai melalui wakil yang mereka pilih.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu pendidikan. Dua orang murid boleh duduk di dalam kelas yang sama, guru yang sama, buku teks yang sama, peperiksaan yang sama tetapi mereka tidak datang daripada dunia yang sama. Seorang mungkin pulang ke rumah yang mempunyai sokongan pembelajaran, seorang lagi pulang ke rumah dengan realiti kehidupan yang sama sekali berbeza, tetapi pada keesokan harinya kita dudukkan kedua-duanya dalam satu peperiksaan dan kita mengatakan sistem itu adil kerana soalannya sama, kesamaan peluang di atas kertas tidak semestinya menghasilkan kesamaan peluang dalam kehidupan. Sebelum kita bertanya mengapa seorang murid yang tidak berjaya, tanyalah dulu apakah dunia yang sedang membentuknya. KPM mesti menjawabnya.
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk pendidikan anak-anak orang asli, saya mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah Jabatan Pendidikan Orang Asli di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menjadikan Maori Education iaitu sebuah jabatan di bawah Ministry of Education New Zealand sebagai satu model pemula.
Tan Sri Yang di-Pertua, apabila tembok peperiksaan utama seperti UPSR dan PT3 diruntuhkan, igauan murid itu melimpah jauh ke celah kampung
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
meninggalkan anak-anak golongan B40 terpinggir tanpa kompas pencapaian. Bagi kelompok M40 dan T20, jurang yang terhasil daripada kelompongan sistem ini dengan mudah ditambak dengan kelas bimbingan swasta, fasiliti premium dan pelbagai alternatif mewah.
Namun di ceruk desa seperti di Kuala Krai, apakah pampasan yang ada buat anak-anak B40? Mereka tidak diberi pilihan melainkan terpaksa meraba-raba dalam kegelapan sistem yang diubah tanpa jaringan keselamatan yang saksama. Jangan jadikan pemansuhan peperiksaan ini sebagai hukuman senyap buat anak-anak miskin, desa, yang akhirnya terus ketinggalan di garis permulaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam dunia persekolahan di Malaysia kita perlu bertanya adakah wujud unsur-unsur hukum rimba, yang tersembunyi dalam ekologi disiplin. Kes buli dan tindakan agresif remaja merisaukan banyak pihak. Ia boleh muncul melalui senior merasakan mereka berhak mengajar junior. Rakan menghukum rakan, kekerasan dianggap cara membentuk ketahanan atau pengalaman lama diwariskan dengan asalan, “Kami dulu pun melaluinya”.
Apabila kepercayaan seperti ini diterima oleh kelompok dan tidak dicabar oleh persekitaran, kuasa tidak formal mula hidup di samping sistem disiplin formal sekolah. Di sinilah risikonya, sekolah mempunyai peraturan tetapi dalam ruang tertentu murid membentuk peraturan dan hukuman mereka sendiri kerana mungkin kuasa yang diberikan kepada sekolah tidak mencukupi atau diambil tindakan secara sambil lewa dan menganggapnya sebagai isu kecil.
Maka apabila berlaku hukum rimba melalui buli atau kekerasan, malah pembunuhan di dalam kawasan sekolah, kita tercari-cari di manakah puncanya.
Adakah kita telah ditarik keberkahannya oleh Allah SWT? Wal’iyazubillah, muhasabahlah.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan institusi pondok. Apabila bercakap mengenai program keagamaan dan mendaulatkan agama, siapa di antara kita yang menolak usaha mengangkat syiar Islam? Siapa yang tidak mahu melihat institusi ilmu dan ilmuan agama dihormati di tanah air ini? Institusi pondok di Malaysia termasuk di Kelantan adalah benteng tradisi keilmuan Islam yang sudah bertapak ratusan tahun. Para ulama dan tok guru pondok kita sentiasa bersatu mempertahankan ikatan ukhuwah dan kebenaran.
Apakah jaminan kerajaan dalam tertubuhnya Majlis Penasihat Pondok nanti akan dapat menyatukan institusi pondok di seluruh negara? Apa yang Kuala Krai
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
bimbang ialah jika wujud usaha merenggangkan perpaduan dan cuba mewujudkan pondok kita dan pondok mereka melalui organisasi yang dinamakan Pondok MADANI sebagai contoh.
Kita mahu ingatkan kepada semua pihak, pertama jangan jadikan orang agama dan institusi pondok sebagai barang kosmetik semata-mata untuk meraih legitimasi politik. Yang kedua, jangan pecahbelahkan persaudaraan para ulama dan tok-tok guru demi kepentingan agenda tertentu dan fokus kepada perkara pokok.
Dan jika benar-benar mahu memartabatkan institusi pondok mesti libatkan semua pondok yang wujud tanpa memilih bulu.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam masa yang sama jika benar-benar mahu memartabatkan institusi agama, buktikan keikhlasan dengan meminda RUU peninggalan penjajah dan memperkasakan RUU yang membolehkan undang- undang Islam dapat dilaksanakan bukannya membuat projek penjenamaan yang memecahbelahkan rakyat, umat Islam di Kelantan dan Malaysia tidak boleh lagi kabur dengan gimik dan persepsi. Kita mahukan tindakan substantif yang mendaulatkan syiar Islam bukannya retorik memecahbelahkan benteng ilmu kita.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan masa depan petugas kesihatan. Dalam kita membahaskan Belanjawan 2027, saya ingin menegaskan bahawa kekuatan sistem kesihatan negara bukan sekadar diukur melalui jumlah hospital yang dibina atau peralatan canggih yang dibeli tetapi juga melalui kebajikan, keselamatan dan penghargaan terhadap petugas yang menjadi tulang belakang perkhidmatan kesihatan negara.
Sehingga hari ini, isu kekurangan doktor masih belum diselesaikan sepenuhnya. Petugas kesihatan terus dibebani tugas yang berat sedangkan tenaga kerja yang ada tidak mencukupi. Sampai bilakah doktor perlu bekerja dalam tekanan sehingga berisiko menjejaskan kesihatan mereka bahkan ada yang sanggup membunuh diri sendiri dan juga menjejaskan mutu rawatan kepada pesakit.
Isu elaun petugas di kawasan risiko. Sekiranya benar perluasan elaun daripada RM30 kepada RM100 itu hanya melibatkan Perkhidmatan Kesihatan Udara, bagaimana pula nasib petugas yang meredah jalan darat yang berbahaya, memasuki kawasan orang asli seperti di pedalaman Kelantan, menyeberangi sungai atau menggunakan pengangkutan air untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
Adakah risiko hanya diiktiraf apabila seseorang menaiki helikopter sedangkan bahaya turut menanti mereka di darat dan di air. Saya mencadangkan perlunya kepada perlindungan Takaful dan saya menyokong cadangan sahabat saya daripada
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Puncak Borneo tadi yang telah mencadangkan beberapa cadangan yang cukup baik untuk menjaga kebajikan para petugas kesihatan kita.
Para doktor, pembantu perubatan ataupun MA, jururawat dan pemandu yang bertugas di kawasan yang berisiko yang turut mempertaruhkan keselamatan diri jika berlaku kemalangan atau kecederaan bahkan kematian ketika menjalankan tugas, apakah jaminan perlindungan yang disediakan kepada mereka dan keluarga?
Janganlah kerajaan menuntut pengorbanan luar biasa daripada petugas kesihatan tetapi membiarkan kebajikan mereka seolah-olah perkara sampingan.
Kita tidak boleh harus mengeluh tentang kehilangan doktor berpengalaman jika kebajikan, imbuhan dan laluan kerjaya mereka sendiri tidak diberikan perhatian sewajarnya. Melatih doktor memerlukan masa dan ruang yang besar, kehilangan mereka pula akhirnya ditanggung oleh rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua sebagai penutup, saya ingin mengemukakan empat persoalan yang harus dijawab dengan serius oleh pihak kerajaan. Pertama, apakah langkah untuk mengurangkan kos khidmat hutang daripada 16 peratus hasil negara kepada kurang daripada 15 peratus seperti yang dijanjikan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2024?
Kedua, mengapakah perbelanjaan pembangunan pendidikan berkurangan sebanyak RM800 juta sedangkan peruntukan Pejabat Perdana Menteri (PMO) meningkat sebanyak RM900 juta?
Ketiga, apakah hasil yang dicapai melalui pemberian tunai RM200 secara menyeluruh yang menelan kos RM3.6 bilion yang tidak dapat dicapai oleh bantuan bersasar seperti STR, SARA dan JKM.
Dan yang terakhir, di manakah pembaharuan struktur percukaian memandangkan kutipan SST telah meningkat sebanyak 64 peratus sejak tahun 2024 kepada RM73 bilion?
Tan Sri Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Kuala Krai. Sekarang saya jemput Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua memberi ruang kepada Tenggara untuk membahas Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2027.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Kita akui angka-angka dan inisiatif yang diumumkan dalam belanjawan baru- baru ini memang memikat sukma rakyat. Namun kita kena kupas lapisan-lapisan kemanisan tersebut dan nilai semula struktur asas ekonomi negara untuk melakukan semak dan imbang adakah belanjawan ini bersandarkan realiti atau sekadar unjuran yang optimis.
Belanjawan 2027 yang serba mewah ini namun sarat dengan risiko pada pandangan Tenggara dan peranan Barisan Nasional dalam Kerajaan Perpaduan sebagai sauh kestabilan dan untuk mengangkat suara rakyat, kita sokong dasar memakmurkan rakyat. Walau bagaimanapun teguran terhadap kelonggaran disiplin fizikal tetap kita akan suarakan.
Hari ini kerajaan berbangga, kita semua berbangga dengan nilai besar pada belanjawan ini memamerkan unjuran defisit yang kononnya terkawal. Dan adakah hutang negara ini benar-benar terkawal ataupun kerajaan hari ini sekadar mahu menyedapkan mata dan telinga rakyat dengan angka di atas kertas. Dari mana datangnya sumber kewangan untuk membiayai segala kemanisan ini Tan Sri?
Sebagai contoh untuk tahun 2025, hasil negara dianggarkan RM336 bilion tetapi perbelanjaan mengurus (OE) kita sahaja cecah RM331 bilion, hampir 100 peratus hasil negara kita disedut habis untuk menampung perbelanjaan mengurus semata-mata. Hutang langsung negara 2026 misalannya kalau kita bandingkan dengan 2018, Utusan Malaysia 10 Oktober 2026 menyatakan bahawa, “Setakat Jun hutang negara RM1.38 trilion”. Dan Malaysia Gazet melaporkan pada 2 November 2018 memetik kata-kata Menteri pada ketika itu, Bagan. “Pada Jun 2018, hutang negara RM725.2 bilion saja”. Maksudnya sekarang dah 1.38, pada ketika diambil alih tu baru 725.2.
Persoalannya, di ruang mana kerajaan sekarang selain terus menerus bergantung kepada hutang baharu semata-mata mahu membiayai perbelanjaan pembangunan. Mana pergi laungan reformasi fiskal yang dijanjikan dahulu? Kita lihat pula unjuran Rancangan Malaysia Ketiga Belas, negara perlukan purata RM86 bilion setahun untuk perbelanjaan pembangunan. Kalau perbelanjaan mengurus terus membengkak menelan hasil, adakah kerajaan berniat terus menggadaikan masa depan negara dengan hutang lapis demi lapis kerana gagal merasionalkan perbelanjaan sendiri.
Rakyat di luar sana dihimpit kos sara hidup tapi kerajaan masih selesa dengan pendekatan business as usual. Perbelanjaan besar tanpa reformasi struktur yang berani akan membahayakan kita. Jadi apa pelan radikal kerajaan untuk
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
merasionalkan perbelanjaan mengurus 2027? Adakah sekadar naskhah retorik legasi hutang ditinggalkan? Bila kita ada hutang, ini hutang lama, ini hutang kerajaan terdahulu. Ia semakin rumit apabila sistem cukai negara masih belum stabil.
Lambakan pengurangan cukai, kenaikan pelepasan cukai individu dan pengecualian duti diumumkan dalam belanjawan.
Kerajaan melakukan grand sale pengecualian cukai korporat. Syarikat perkapalan dikecualikan cukai pendapatan sehingga tahun 2036. Vendor automotif dipotong cukai sehingga RM5 juta, pihak pemaju penyelamat pun dapat pengecualian duti setem 100 peratus. Bila semua sektor korporat, jutawan maritim, syarikat gergasi diberikan pelepasan cukai secara pukal, siapa yang biaya perbelanjaan mengurus negara yang bernilai ratusan bilion ini? Adakah tanggungan ini akhirnya diletakkan di atas bahu rakyat marhaen secara senyap melalui instrumen hutang?
Semua pengecualian ini bermaksud kehilangan pendapatan, revenue loss yang besar kepada kantung negara. Unjuran pendapatan cukai sedia ada masih rendah, pelaburan langsung asing (FDI) belum beroperasi sepenuh dan tidak kukuh.
Apa jadi bila pendapatan mengecil tapi perbelanjaan melonjak? Adakah kerajaan pilih jalan mudah, tambah hutang negara. Jika ya, berapakah unjuran peningkatan hutang kasar dan bersih negara khusus untuk menampung defisit Belanjawan 2027 ini?
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi dalam Dewan ini Tenggara seru kerajaan laksanakan General Service Tax (GST). Sorry, Goods and Service Tax diakui secara meluas pakar kewangan, baik, cekap dan telus. 107 buah negara telah guna. PMX pernah lontarkan idea untuk hibrid GST dan SST ini disebut pada 19 Ogos 2026. Tapi hakikatnya kita tidak boleh lagi bergantung pada SST pada pandangan Tenggara.
Kita tolak tepi agenda politik, lihat masa depan negara dengan mata ekonomi yang realistik. Pemulihan ekonomi pasca 2026 menuntut sebuah sistem fiskal yang stabil, telus, kalis masa hadapan dan ini adalah soal kemandirian ekonomi negara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Sistem ini adil, barangan asas dikecualikan untuk melindungi golongan miskin, golongan rentan dan golongan marhaen, manakala golongan kaya dan maha kaya yang berbelanja besar akan menyumbang lebih tinggi kepada negara.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Seterusnya, ada berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Di atas kertas, jumlah RM459.84 bilion dalam Belanjawan 2027, peningkatan RM40.6 bilion berbanding tahun lalu adalah amat besar. Tapi persoalan besar Tenggara kepada kerajaan sebagai tahun kedua pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, tahun lepas adalah tahun pertama RMK13, now tahun ini 2027 adalah RMK13 tahun kedua.
Sejauh manakah peruntukan ini benar-benar diselaraskan secara tegak dengan 10 bidang tumpuan RMK13? Pakar ekonomi sendiri mengingatkan kita jangan sampai lonjakan perbelanjaan mengurus yang mencecah RM376.8 bilion ini, sekitar 80 peratus menenggelamkan komitmen pembangunan jangka panjang Rancangan Malaysia Lima Tahun.
Kita nak sambut ulang tahun kemerdekaan negara 100 tahun. Apa yang berlaku dalam RMK13 dan bajet kali ini seharusnya melengkapkan puzzle. Puzzle kegemilangan Malaysia 100 tahun.
Jika terus begini, short used tiada gagasan besar untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa]
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Amin Ya Rabbal Alamin. Kita ini nak sambut 100 tahun Dato’ Sri Speaker.
Jadi, pada tahun 2057 itu, kita bayangkan gemilang sebab itu kita buat— negara buat Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan susun tahun demi tahun demi tahun dan Belanjawan 2027 ini juga menyongsongnya.
Jadi, setakat sekarang ini, kita belum ada lagi satu milestone ataupun besar.
Kita hanya ada wawasan lebih kurang jangkauan 2030. Jadi, sepatutnya gagasan ini seumpama Transformasi Nasional (TN50) itu perlu diadakan. Saya bimbang kalau kita ada short used sahaja, kita mungkin bermurung, negara mungkin murung pada masa itu. Saya tak tahu saya ada lagi atau tidak pada 31 Ogos 2057. Jadi, apakah indikator prestasi KPI tuntas yang diletakkan untuk pastikan unjuran defisit fiskal yang disasarkan mengecil kepada 3.3 peratus KDNK pada tahun 2027? Tidak korbankan atau menangguhkan projek-projek infrastruktur kritikal di kawasan luar bandar terutamanya di Tenggara.
Tuan Yang di-Pertua, Tenggara nak sentuh juga agenda industri bernilai tinggi ataupun high growth high value ini. Strategi untuk naikkan siling ekonomi negara, kerajaan bercerita tentang lonjakan industri canggih, dana pemacu RM25 bilion oleh
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
GLIC, peruntukan RM7 bilion untuk sektor strategik seperti semikonduktor, artificial intelligence dan tenaga boleh diperbaharui. Soalan Tenggara, bagaimanakah limpahan ekonomi bernilai tinggi ini dapat dirasai, dapat dinikmati oleh rantaian ekonomi rakyat biasa dan PMKS?
Adakah pelaburan high value ini turut menyediakan tangga mobiliti sosial untuk anak-anak peneroka FELDA, masyarakat luar bandar, orang asli terlibat dalam rantaian bekalan bertaraf global atau adakah mereka sekadar menjadi penonton di bumi sendiri? Sejauh mana pelan kementerian bagi pastikan lonjakan industri bernilai tinggi dengan sasaran pertumbuhan KDNK 4.2 hingga 50 peratus boleh dicapai. Tidak lebarkan lagi jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar dan dapat diterjemahkan matlamat sebenar RMK13 dan melonjakkan taraf hidup rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, langkah menaikkan gaji minimum RM2,000 dan gaji lantai graduan kepada RM2,500 usaha mengangkat maruah pekerja yang amat dipuji. Namun, ia perlu dilaksanakan dengan teliti. Kenapa khusus kepada syarikat bermodal besar melebihi RM50 juta serta syarikat GLC dan GLIC sahaja?
Adakah langkah selektif ini tidak akan mewujudkan ketidakseimbangan sosial
(social imbalance) dalam pasaran buruh? Pekerja di sektor PMKS luar bandar akan rasa terpinggir, bakat-bakat terbaik akan berhijrah secara mendadak ke syarikat besar sekali gus mematikan daya saing syarikat tempatan yang kecil.
Tenggara nak tanya apa pelan mitigasi konkrit yang kerajaan bakal laksana untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)? Adakah kerajaan sedar bahawa kenaikan kos buruh secara mendadak ini tanpa adanya subsidi silang daripada kerajaan akan memaksa peniaga kecil gulung tikar? Seterusnya, bagaimanakah kerajaan nak kekang implikasi rantaian (chain effect) majikan terpaksa pindah kos operasi kepada harga barangan? Akibatnya kenaikan gaji RM2,000 bakal cetus inflasi tolakan kos yang lebih parah. Nilai RM2,000 akan jadi lebih kecil kuasa beli.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, sektor pekerja gig juga boleh diberi perhatian dalam belanjawan. Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) amat dialu- alukan. Kita wajar memberi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang bersungguh- sungguh memperjuangkan nasib pekerja gig, jaga hak kebajikan lebih 1.2 juta pekerja gig negara. Dan beliau merupakan tonggak utama mendesak kerajaan untuk mempercepatkan penggubalan undang-undang khusus bagi lindungi pekerja gig.
Jadikan Malaysia antara negara terawal di dunia memiliki akta khusus, pastikan
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
pekerja gig tidak dipinggirkan dan mengekang ekosistem ini terjerumus jadi industri yang menindas kadar upah anak muda. No one left behind ya.
Tenggara puji pakej RM160 juta bersama Grab. Unjuran pendapatan median bersih pekerja e-hailing meningkat hanya RM227 sebulan. Jurang yang sangat besar berbanding gaji minimum sektor formal. Itu tak kira lagi pekerja gig di platform lain.
InDrive, Foodpanda dan Lalamove, bagaimana pula nasib mereka? Syarikat seperti inDrive misalnya, sendiri menuntut sokongan yang saksama. Kebajikan pekerja gig tidak sepatutnya berat sebelah. Adakah kerajaan mempunyai pelan jangka panjang?
Pastikan komitmen syarikat platform bersifat kekal dan tidak hanya bergantung kepada subsidi kerajaan semata-mata. Melalui bajet ini juga, kerajaan perkenal pendaftaran KWSP automatik seawal 18 tahun. Tenggara desak agar infrastruktur ini diwajibkan, potongan caruman PERKESO dan i-Saraan secara terus rentas semua platform aplikasi tanpa keciciran.
Dato’ Yang di-Pertua, keputusan kerajaan salur Bantuan Sara Hidup RM2,500 kepada 90,000 pelajar STPM dan STAM membabitkan dana RM225 juta bagi imbangi bantuan yang dinikmati aliran matrikulasi amat dialu-alukan, angkat martabat Tingkatan 6, Form 6 STPM dan STAM. Namun seperti pepatah Melayu, “Mendengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan”.
Lebih 200,000 lagi pelajar diploma akademi berdasarkan statistik pendidikan tinggi 2025, ada 150,000 lagi anak muda aliran TVET peringkat diploma dan DKM Level 4 berdasarkan rekod Majlis TVET Negara 2026 seolah-olah dikesampingkan daripada kayu ukur kesaksamaan ini. Sepatutnya STPM, STEM, matrikulasi, diploma, DKM 4 diberikan elaun Bantuan Sara Hidup yang sama. Mengapakah insentif ini hanya terhad untuk rapatkan jurang STPM, matrikulasi manakala ratusan ribu anak muda di institusi kemahiran dan politeknik dibiarkan bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat?
Jika matlamat asalnya bagi tepis persepsi bahawa STPM sebagai pilihan kedua, kurangkan Beban Sara Hidup pra universiti. Sepatutnya juga kerajaan ada satu pandangan untuk menonjolkan TVET bukan juga sebagai pilihan kedua. Jadi, perkara ini sepatutnya diseimbangkan. Membantu pelajar STPM yang 75 peratus daripada mereka masih tinggal selesa bersama keluarga adalah baik tapi anak-anak TVET khususnya dari luar bandar yang merantau bergelut dengan lonjakan kos sara hidup lebih sesuai untuk dipertimbangkan.
Dalam pembentangan peruntukan, dana RM8.2 bilion untuk memartabatkan TVET, Tenggara nak cadang memperuntukkan sekurang-kurangnya lima peratus
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
daripada dana tersebut bolehlah dialirkan ke dalam saku anak-anak pelajar which is pelajar-pelajar Level 3 dan 4 dalam TVET ini. Tenggara yakin dana RM8.25 bilion ini akan banyak dihabiskan untuk belanja mengurus berbanding meningkatkan kualiti pedagogi kaedah pengajaran, pemindahan pengetahuan, pemindahan teknologi dan mengangkat martabat TVET negara sebaris China dan Jerman.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita selalu laung slogan “Megah TVET Pemacu KDNK Negara” tapi kita membiarkan kebajikan pelajarnya jadi nota kaki yang tidak bernilai dalam naratif ekonomi dalam belanjawan ini. Saya harap bolehlah dipertimbangkan sesuatu dan janganlah kita hanya mahu memerah keringat kemahiran mereka tetapi dalam bab [Tidak jelas] kita layan mereka seperti kelas kedua. Jadi, ini mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadi, sebelum Tenggara akhiri perbahasan, Tenggara zahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KKDW dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Timbalan Menteri Perdana Menteri, Menteri KKDW yang memberikan komitmen tinggi, memperkasa infrastruktur luar bandar.
Tenggara harap dapat salur kembali peruntukan Projek Jalan Baru Kampung Rantau Panjang ke Petri Jaya menerusi peruntukan RM2.3 bilion untuk projek jalan desa yang telah diumumkan itu, yang dinaikkan ke RM3.5 bilion. Projek ini telah diluluskan pada tahun lepas sebanyak RM50 juta dan agensi pelaksananya JKR tetapi ada halangan kos dan dipulangkan balik ke KKDW tetapi dijanjikan untuk dilaksanakan dengan kos sekitar RM100–120 juta. Jadi, Tenggara berharap dalam Belanjawan 2027 nanti, pelaksanaannya boleh mengambil kira keperluan jalan baru yang akan menghubungkan FELDA Bukit Besar, FELDA Pasir Raja dan Sungai Sayong.
Satu perkara lagi adalah berkaitan dengan Belanjawan 2027 ini juga ada satu projek di Tenggara, Rancangan Tebatan Banjir Ulu Sungai, Johor yang mesti disiapkan menjelang tahun 2027 mengikut perancangan bagi menangani masalah banjir besar di Kota Tinggi, Johor termasuklah kawasan Parlimen Tenggara yang terbanyak sekali kalau kena musibah banjir ini. Jadi, saya berharap dalam 2027 ada peruntukan ini untuk menjayakan RTB di Ulu Sungai, Johor.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Jadi, sebagai penutup Dato’ Sri Yang di-Pertua, tadi saya aminkan doa Yang di-Pertua, saya minta tambahan seminit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Teruskan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya nak menutup dengan dua kehairanan, dua keanehan yang berlaku sekarang ini.
Satu adalah berkaitan dengan beberapa hari, dua hari lepas— begitu ada berkaitan dengan dakwaan KKDW terlebih belanja. Saya ini 17 tahun service kerajaan, jawatan terakhir saya adalah Ketua Penolong Pengarah di Majlis Tindakan Ekonomi. Saya berkelana di Jabatan Perdana Menteri lama dan lima tahun di Unit Perancang Ekonomi.
Jadi, sebenarnya isu terlebih belanja ini sebenarnya tak timbul langsung, sebab itulah dia diucapkan dalam majlis awam. Tak ada langsung cerita sakau RM2.1 bilion ini. Jadi, apa yang berlaku adalah tentang tatakelola pengurusan kewangan. Memang mungkin— memang tak ada bajet tambahan, tetapi dalam pelaksanaan projek kerajaan, di tengah-tengah itu akan berlaku masalah. Contoh, saya bagi contoh, satu sekolah harga RM120 juta, lulus dalam bajet seperti ini dan dibentangkan dalam Dewan ini untuk belanjawan. Tetapi, ketika pelaksanaannya dua, tiga tahun, ada halangan yang menuntut NOC (notice of change).
Jadi, di situlah akan berlakunya adjustment pada belanjawan sedia ada dan akan dibawa daripada satu masa ke satu masa yang tertentu. Dan kaedah kewangan kementerian pun dia mesti refer untuk pemindahan skop atau peningkatan kos atau penambahan siling, di-refer ke Unit Perancang Ekonomi, now sekarang adalah Kementerian Ekonomi.
So, apabila telah mendapat kelulusan, dia akan balik ke kementerian dan kementerian kena angkat ke Kementerian Kewangan. Jadi, tak ada cerita fasal duit hilang ini, sakau- menyakau tak ada ini. Jadi, kerja bawa benda ini ke SPRM ini memang kelakar jugalah saya dengar sebagai orang yang 17 tahun dalam perkhidmatan kerajaan.
Dan, untuk pandangan Tenggara ialah untuk selesaikan isu supaya tak menjadi ketidakfahaman awam, rakyat menjadi keliru. Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian KKDW kena buat joint statement besar-besaran bagi tahu rakyat Malaysia. Apa yang susah sangat? Ini kerja pengurusan sahaja, betul tak Puncak Borneo? Ini dalam kementerian, kau Kementerian Kewangan, aku Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, duduk berdua, selesaikan. Bukan...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tenggara, since you really mention my name.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Silakan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya setuju, sebab kadang- kadang pemahaman daripada segi accounting dan pengurusan itu bagi sesetengah pihak memang tidak mendalam. Jadi, saya bersetujulah kalau boleh penerangan daripada KSU, daripada dua kementerian itu untuk kita mencerakinkan dan memberi pencerahan kepada masyarakat.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Ya. Terima kasih Puncak Borneo. Kalau tidak, ada orang sahaja yang akan membawa naratif-naratif ini.
Sedangkan benda ini adalah pengurusan dana awam, dana kerajaan, tak mungkin ia dilakukan secara halai-balai.
Jadi, KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) Tenggara ulang, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian KKDW, buat joint statement clarify benda ini kepada dan masyarakat.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tenggara, setuju tak Tenggara— minta sikit laluan Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Setuju tak Tenggara, kita minta MOF dan yang berkenaanlah senaraikan bagi semua kementerian sejak tahun 2022, berapakah peruntukan asal?
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Okey.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Berapakah peruntukan yang dipinda dan berapakah peruntukan sebenar bagi setiap kementerian? Baru mereka faham agaknya. Terima kasih Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik, terima kasih Tampin.
Saya setuju sangat kalau boleh buat cepat dalam tempoh— dalam duration ini juga Dato’ Sri Speaker, edarkan kepada semua Ahli Parlimen. Jadi, kita boleh tahu dan tak ada orang yang akan buat naratif-naratif berbeza.
Dan sebagai penutup juga, keanehan yang kedua adalah apabila saya meneliti ucapan daripada Jelutong, tak ada dia hari ini. Saya rakam, saya tengok dekat kamera itu, dia kata Bagan Datuk telah dipanggil untuk membela diri, Tambun mesti mengambil tindakan dan jika boleh pastikan Peguam Negara mendakwa beliau semula supaya beliau boleh dibicarakan.
Ini apa ini? Pasir Gudang pun lawyer, betul Pasir Gudang? Benda mahkamah dah putuskan, ini Hakim ini bukan buat kerja cincai-cincai, dia dah buat kajian dah hendak bagi pelepasan. Dan, statement yang seperti ini saya rasalah, saya rasalah, saya buka dalam apa standing order ini, ada ditulis dekat sini adalah berkaitan
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
dengan sub judice, 36(2) kalau tak silap kat dalam ini. Minta maaf Dato’ Sri. “Tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara itu”. Itu satu.
Keduanya, adalah apabila Jelutong sebut suruh Tambun minta Tambun, buka balik kes ini, apa pandangan dunia kepada kita? Seolah-olah ada lagi yang lebih tinggi daripada badan kehakiman. Boleh disuruh-suruh pula untuk memberi arahan AG untuk buka pendakwaan. Saya rasa kita kena hormat keputusan mahkamah. Apa yang mahkamah putuskan, itulah keputusan yang kita kena terima, kerana itulah badan tertinggi untuk menghakimi dan mengadili rakyat Malaysia.
Silakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh sikit? Tenggara ya.
Kuasa adalah kuasa AG bawah 145(3) bermaknanya kalau nak tuduh tak tuduh pun adalah AG tapi Jelutong cakap itu hari, dia cakap apa? Kena minta PM, minta kepada AG, suruh tuduh. Jadi ini menunjukkan bahawa seolah-olah AG boleh diperkotak- katikkan, macam itu? ke macam mana? Maknanya AG bertindak atas nasihat.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Dah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sepatutnya AG bertindak sendiri. Kalau PM yang bagi arahan sebagainya, bermakna bertindak atas nasihat.
Terima kasih.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik, terima kasih. Yang itulah yang saya maksudkan, kita tak nak kita ini sama-sama Ahli Parlimen, 222 orang, kita faham. Kita bimbang orang di luar Dewan ini dan di luar negara menilai keadaan negara kita ini seolah-olah apa yang disentuh oleh Jelutong menonjolkan, menampakkan bahawa ada yang lebih tinggi, yang boleh mengarahkan Peguam Negara untuk hal-hal berkaitan keadilan dan kehakiman negara ini, which is ini adalah tidak bagus. Saya harap janganlah diulang lagi perkara-perkara aneh begini.
Keputusan mahkamah adalah keputusan mahkamah dan kita kena terima.
Begitu juga dengan keputusan mahkamah memberi pengampunan bersyarat kepada Yang Amat Berbahagi Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Janganlah nak buat protes-protes macam budak-budak pula. Saya rasa ini keputusan mahkamah, kita kena terima. Semua tata kelola, semua prosedur telah diikuti. Jadi, bila kita menzahirkan protes, kita ini orang yang tinggi sekali gubal undang-undang Ahli Parlimen ini.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Jadi, perkara ini dua keanehan ini Dato’ Sri Speaker adalah penutup bagi saya. Satu, belanja terlebih tadi RM2.1 bilion saya minta KSP dan KSU KKDW buat joint statement dan kedua saya harap jangan berulang lagi mempertikaikan keputusan mahkamah di dalam Dewan ini. Sekian, terima kasih [Tepuk] .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat, selanjut saya persilakan Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Speaker yang memberi ruang kepada Kuantan dalam perbahasan Belanjawan 2027.
Jadi, saya mulakan dengan memetik ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 188 maksudnya “Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah. Dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya”. Dalam perbahasan Bajet 2027 peringkat dasar ini saya akan menyentuh beberapa aspek terkait kesejahteraan rakyat yang merangkumi isu gaji minimum, prasarana asas, kebajikan rakyat serta isu pendidikan dan kesihatan.
Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Speaker, Dato’ Speaker ya. Dasar Gaji Minimum Negara mula dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan telah melalui enam perintah gaji minimum. Pada peringkat awalnya, kenaikan gaji minimum dibuat secara beransur-ansur iaitu peningkatan sebanyak RM100 untuk tempoh tiga tahun.
Namun, kenaikan lebih besar bermula PGM 2022, daripada RM1,200 kepada RM1,500 iaitu peningkatan RM300. Diikuti PGM 2024 dengan kenaikan RM200 kepada RM1,700. Kini, kenaikan tambahan sebanyak RM300 kepada RM2,000 bermula pertengahan 2027.
Untuk meningkatkan pendapatan pekerja ini kita wajar sokong. Pelarasan dengan amaun yang besar dalam tempoh singkat juga perlu mengambil kira kemampuan majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Saya ingin membangkitkan kesan pelarasan gaji minimum terhadap harga barang dan kos sara hidup rakyat. Kebimbangannya ialah apabila gaji naik, harga barang turut naik. Ini alasan biasa yang diberikan untuk tampung kos operasi.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Persoalannya, bagaimana kerajaan dapat memberi jaminan kenaikan gaji minimum benar-benar meningkatkan kemampuan ekonomi dan kuasa beli pekerja, bukan terus terjerut akibat kenaikan kos sara hidup.
Di sini saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan mempunyai pelan perancangan jangka panjang dengan mengumumkan kenaikan gaji selepas dua tahun. Contohnya, pada sekarang ini kita dah umum, 2027 naiknya berapa? 2029 naiknya berapa? 2032 naiknya berapa? Kerana memberi persiapan awal kepada industri untuk mereka ini bersedia dan buat perancangan agar semuanya tidak terbeban. Mereka tak terkejut dengan kenaikan-kenaikan gaji kita ini juga.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kerajaan juga perlu menyediakan geran kepada PMKS ini tadi— contohnya geran latihan untuk bantu PMKS ini kekal berdaya saing. Saya bimbang kesan kenaikan yang tidak dirancang dari awal boleh menyebabkan PMKS ini menghentikan operasi, seterusnya tiada peluang pekerjaan. Lebih-lebih lagi dalam situasi peralihan kepada penggunaan AI ketika ini.
Yang paling bimbangnya ialah, apabila gaji minimum kita ni naik, tetapi peluang pekerjaannya ini tiada. Yang ini kita bimbang sebenarnya.
Seterusnya Dato’ Sri Speaker, Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) diperuntukkan sebanyak RM260 juta. Kadar bantuan pembaikan rumah mangsa bencana dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.
Saya mohon penjelasan, adakah peruntukan ini khusus bagi bencana banjir atau turut terpakai kepada bencana kecil seperti kediaman yang dilanda angin ribut atau ditimpa pokok? Pada Ogos dan September baru-baru ini berlaku kejadian angin ribut di Kampung Peramu di Perumahan Sungai Isap di Kuantan dalam Parlimen saya. Terdapat rumah rosak, rumah atap ini tercabut dan ada sebahagiannya siling pun tercabut.
Jadi laporan polis dah dibuat dan maklumat disalurkan kepada JKM, namun mangsa kena dahulukan kos baiki kerosakan rumah kerana dalam maklumat yang kita terima ini tadi JKM akan beri bantuan selepas tempoh tertentu sedangkan kerosakan tersebut macam tercabut atap ini perlu dibaiki segera.
Jadi pada masa yang sama jika mangsa itu dia ada tabung simpanan mangsa dia boleh baiki, tetapi jika mangsa tak ada tabung simpanan, B40 ya, mereka ni akan menjadi masalah kepada mereka untuk buat untuk pembaikan pulih dengan segera.
Keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan mekanisme Tabung Bantuan Segera JKM dalam memenuhi keperluan mendesak mangsa
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
bencana. Jadi soalan saya, berapakah tempoh masa yang ditetapkan bagi penyaluran bantuan TBS kepada mangsa bencana kecil.
Saya cadangkan pihak JKM memperhalusi prosedur sedia ada serta memberi kuasa kepada Pegawai JKM Daerah untuk meluluskan bantuan segera dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam selepas kejadian yang telah disahkan. Di samping itu hak bantuan TBS sebanyak RM300 pula perlu dinilai semula berdasarkan realiti kos semasa. RM300 lama dah Dato’ Speaker. Jadi, sekarang ini kos meningkat jadi kita minta kerajaan nilai balik bantuan tersebut.
Dato’ Sri Speaker, saya menyambut baik pengumuman kenaikan kadar bantuan OKU terlantar dan pesakit kronik daripada RM500 kepada RM600 sebulan.
Jadi antara keperluan yang mereka beli ini adalah lampin dewasa serta susu yang mencecah ratusan ringgit untuk tempoh penggunaan seminggu. Jadi kebanyakan OKU ini juga bergantung pada bantuan kerajaan sama ada zakat mahupun JKM itu sendiri.
Jadi semasa membahaskan RUU Jenayah Siber pada sidang yang lepas, saya ada bangkitkan berkenaan kecurian identiti melibatkan mangsa OKU. Jadi bantuan mereka ini tadi terhenti, tidak dapat disalurkan kerana akaun mereka dibekukan kerana menjadi mangsa scammer.
Jadi saya ingin cadangkan juga kepada pihak kementerian, wujudkan satu mekanisme khas akaun perlindungan sosial atau saluran pembayaran alternatif bagi mangsa scam yang terdiri daripada penerima bantuan JKM supaya bantuan kebajikan mereka tidak terhenti walaupun akaun utama sedang disiasat atau dibekukan.
Dato’ Sri Speaker, bajet 2027 memperuntukkan RM2.5 bilion bagi program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) Kebangsaan termasuk pasaran menggantikan 1,900 kilometer paip kritikal yang usang. Berdasarkan SPAN Fact Book 2024 terdapat 39,287 kilometer paip lama jenis simen asbestos di Semenanjung Malaysia dan Labuan.
Sasaran 1,900 kilometer ini hanya bersamaan kira-kira 4.8 peratus dari jumlah paip AC tersebut. Saya minta kementerian memperincikan penggantian 1,900 kilometer paip mengikut negeri termasuk kos serta jadual pelaksanaannya. Juga saya ingin mengetahui pecahan peruntukan RM2.5 bilion yang digunakan khusus untuk penggantian paip serta sasaran pengurangan kadar NRW hasil pelaksanaan program ini.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Sebanyak RM3.3 bilion diperuntukkan untuk prasarana asas desa termasuk pemasangan lampu jalan kampung serta bekalan air bersih dan elektrik. Jadi saya nak minta juga perincian berapa jumlah sebenar daripada RM3.3 bilion yang diperuntukkan khusus untuk projek bekalan air bersih serta agihan peruntukan mengikut negeri, kerana saya berpendapat bahawa jumlah ini tidak mencukupi.
Bayangkan Dato’ Tan Sri Speaker, kalau kat Pahang saja perlu RM2 bilion lebih untuk penggantian paip-paip lama. Jadi bagaimana RM3.3 bilion ini akan diagihkan.
Jadi semalam juga saya ada dengar daripada kawasan lain juga menyatakan permasalahan yang sama iaitu bekalan air bersih di kawasan Parlimen masing- masing. Jadi kerajaan perlu melihat semula keperluan utama iaitu keperluan asas rakyat berbanding pembinaan infrastruktur berstatus mega yang melibatkan perbelanjaan berbilion ringgit.
Dato’ Sri Speaker, Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) melibatkan Sungai Belat, Kuantan telah disiapkan pada hujung tahun 2024. Namun pada hujung tahun 2025, berlaku banjir di kawasan Teluk Mahang, Taman Guru dan Taman Sri Inderapura disebabkan limpahan air Sungai Belat. RTB dah siap, tetapi berlaku banjir. Maksudnya masih ada kelompongan yang perlu diperbaiki. Saya membangkitkan perkara ini dalam ucapan Kamar Khas pada awal tahun ini dan mencadangkan agar Rancangan Tebatan Banjir disambung bagi jajaran Sungai Belat.
Pada 8 Mei 2026, saya mendapat maklumat melalui media fb PETRA.
Pegawai PETRA yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan mengadakan lawatan ke Kuantan bagi meneliti cadangan projek RTB Sungai Belat, Kuantan. Maka oleh kerana saya tidak dijemput bersama di sana, tak mengapalah tak dijemput tapi saya boleh bertanya di dalam Parlimen ini. Saya nak penjelasan di sini, apakah hasil lawatan tersebut? Adakah kerajaan akan menyambung tebatan banjir di jajaran Sungai Belat? Apakah skop, kos dan jadual pelaksanaannya? Dan adakah cadangan baharu ini mengambil kira kejadian banjir akhir 2025.
Bercakap mengenai persediaan menghadapi musim tengkujuh, penyelenggaraan saliran yang bersambung ke sungai perlu dilaksanakan segera.
Namun apabila kami salurkan aduan untuk dibersihkan, jawapannya: bergantung kepada peruntukan. Jadi saya mohon kementerian sentiasa berbincang, mengutamakan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi yang dilanda banjir saban tahun.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dato’ Sri Speaker, saya ingin membangkitkan isu berkaitan syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji seperti mana rakan-rakan saya yang lain. Jadi mereka ini menunggu puluhan tahun Dato’ Sri Speaker, tunggu giliran puluhan tahun. Ada yang simpan dengan pelbagai cara.
Sebagai orang kampung, saya pun orang kampung. Ada yang simpan cara beli lembu, kerbau, kambing, ayam. Ada yang simpan beli emas dan mereka ini tidak simpan terus RM15,000 duduk dalam akaun. Mereka simpan pelbagai. Kenapa?
Kerana mereka hendak bersiap pergi menunaikan haji. Saya sendiri masa mula-mula kerja, gaji RM600 lebih pada masa itu, saya potong gaji RM10 sebulan dan meningkat, seterusnya meningkat, tapi ini adalah pelan perancangan untuk kita menunaikan haji. Namun apabila kita terima tawaran, kita akan cari jalanlah untuk nak penuhkan kuota RM15,000 ini tadi.
Sebagai contoh, saya sendiri juga tahun 2025 Dato’ Sri Speaker dapat giliran menunaikan haji. Alhamdulillah saya daftar tahun 2008-2009 daftar: 2025 tawaran saya terima. Dan semasa menerima tawaran tersebut duit saya pun tak cukup. Ahli Parlimen— saya ini Ahli Parlimen Pembangkang, tak ada peruntukan. Semua gaji digunakan, habis untuk kebajikan dan juga operasi pejabat.
Jadi saya sendiri pun tak ada peruntukan. Duit pun tidak cukup, tapi pada masa itu saya cari jalan. Saya jual kereta saya untuk pergi ke sana juga, dan masih lagi belum cukup. Keluarga kita datang dan keluarga kita membantu. Dapatlah saya dengan isteri saya— alhamdulillah saya dan isteri saya pergi, dapat pergi menunaikan haji. Kerana apa? Kerana ini Allah yang panggil pergi menunaikan haji.
Bukannya— bukannya kita sendiri.
Jadi, begitulah orang lain juga apabila mendapat tawaran, mereka ini akan terus menyimpan dan mereka ini akan memenuhkan had limit yang diperlukan.
Begitu juga dengan staf-staf kita di dalam ini. Staf kita Parlimen dan yang ada dalam ni semua, staf— polis bantuan di bawah sana, mereka nak kekal duit dalam RM15,000 bersama pasangan RM30,000, tak dapat Tan Sri Speaker.
Jadi, saya berharap isu ini kita batalkan. Kerajaan batalkan peraturan ini.
Tambah baik. Bukan kita nak bagi keresahan kepada semua rakyat kita, bukan Dato’ Sri Speaker. Jadi kita mungkin perkara ini tak jadi masalah kepada Menteri Agama, tak jadi masalah kepada Pengerusi Tabung Haji, pengarah-pengarah, pimpinan pengurusan tertinggi, tak ada masalah, tetapi menjadi masalah kepada semua rakyat Malaysia yang di bawah sana dan saya sendiri merasainya sendiri.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jadi, satu laginya Tan Sri— Dato’ Sri Speaker berkaitan dengan Tabung Haji ini juga, Tabung Haji sentiasa menerima anugerah— jemaah terbaik. Dalam anugerah tersebut, sedar ataupun tidak, di kalangan Petugas Haji 2025, saya mengerjakan haji. Apabila petang untuk kita nak bergerak ke Muzdalifah— ini pengalaman saya. Saya tanya kepada petugas courier service. Pos Malaysia Berhad, GDEX, saya tanya, “Pukul berapa kamu nak berangkat?” Mereka kata, kami tidak boleh pergi mengerjakan haji kerana tidak mempunyai Visa Haji.
Jadi, saya sedih. Saya tengok mereka jawab kepada kita, mereka dalam kesedihan. Saya juga tengok mereka, saya juga sedih tengok mereka sebab kita duduk di sana sama-sama bercerita, courier barang— berjumpa mereka. Rupa- rupanya mereka duduk sana mereka tak dapat mengerjakan kerana tiada Visa Haji.
Jadi, apabila situasi ini berlaku, kita tengok, saya tengok kepada mereka, bayangkan Dato’ Sri Speaker, posmen, mereka gembira apabila mereka dapat bertugas— pergi mengerjakan haji...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
...Mereka bergembira.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh sikit, Kuantan? Soalan berkaitan dengan haji ni.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Masa...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab Bagan Serai masa jadi Menteri Agama dulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dia beritahu, dia kata, “Kalau...” Dia kata, “...Tak ada duit, tak mampu...” Dia kata, “...Tak payah pergi haji.”...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini disebutkan oleh Bagan Serai, daripada PAS.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Okey, cukuplah. Cukup eh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Daripada PAS yang pernah jadi Menteri Agama. Terima kasih, Speaker. Terima kasih, Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dato’ Sri, cukup ya? Saya sambung.
Saya pun tak kata ya— tadi dia nak mencelah. Tak apalah Tan Sri Speaker.
Berkaitan dengan cukup tak cukup ini tadi, tok nenek kita daripada dulu, masa menerima panggilan haji mereka tak cukup duit. Mereka jual lembu, mereka jual kerbau. Rakan-rakan datang ke rumah, rakan-rakan bagi sumbangan. Keluarga
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
datang, keluarga bagi sumbangan. Betul kita kata, tidak wajib, tetapi penghargaan menerima haji itu, tawaran haji adalah besar kepada umat Islam. Bukan perkara yang main-main.
Jadi, itu kita kembali kepada tadi, kita batalkan. Betul, dia tak mampu, dia jawablah kepada surat dia tak mampu, tapi tugas kita tawar dulu kepada mereka.
Jangan cepat nak mengatakan, tidak mampu. Dua tahun lepas satu makcik dalam berita, jual rumah pergi menunaikan haji. Siapa yang beli? Anak dia yang beli, tapi kita tengok, apabila anak beli, ini tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Bagus anak dia. Ini kita nak tekankan tadi sebenarnya, Dato’ Sri Speaker.
Jadi, saya kembali kepada yang ni tadi pula iaitu kita minta Tabung Haji ini tadi mengenakan syarat kepada syarikat-syarikat kontinjen yang pergi bergerak, pergi bersama bekerja di— menunaikan haji ini tadi, ambillah visa haji untuk staf.
Mereka telah mencari jalan membantu negara dengan courier service. Membantu syarikat itu sendiri. Jadi, janganlah berkira sangat. Bagi mereka bertugas pada masa yang sama mereka boleh mengerjakan haji kerana mereka lebih lama duduk daripada kita. Sebelum daripada musim haji, KT awal mereka dan pergi. Kita dah balik ke Malaysia, mereka masih lagi bertugas dan mereka balik pada KT akhir sekali.
Jadi kesian mereka. Cari jalan bagaimana mereka yang bertugas juga dapat melaksanakan urusan haji.
Dato’ Sri Speaker, sedikit lagi. Saya ingin membangkitkan isu berkaitan pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen yang dipinda 2024. Jadi, persoalannya, adakah kerajaan telah mengkaji jumlah profesion syarikat dan pekerja yang terjejas serta menyediakan mekanisme perlindungan kepada mereka? Dan apakah kesan pindaan ini terhadap persaingan industri dan akses kepada projek kerajaan? Jadi, pemansuhan kod bidang 221206 ini bagi pemetaan utiliti dan bawah tanah didakwa menyukarkan syarikat bukan JTB menyertai perolehan kerajaan dan berpotensi mewujudkan monopoli. Adakah kerajaan bersedia mengkaji Akta A170— A1730 dan syarat perolehan berkaitan supaya kerja geometrik bukan kadaster terus terbuka kepada profesional yang kompeten tanpa menjejaskan standard serta keselamatan kerja ukur.
Jadi, Dato’ Sri Speaker. Sedikit lagi, saya bawa di tempat saya ada permasalahan sedikit iaitu aduan berkaitan dengan lif rosak di HTAA, Kuantan. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri nyatakan satu status semasa penggantian 10 unit lif di HTAA ini tadi kerana diperlukan kegunaan untuk seluruh rakyat negeri
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Pahang dan juga daripada Kemaman. Jadi kita minta lif ini tadi, dapatkan status penggantian tersebut.
Dan pada perbahasan Belanjawan 2026 tahun lepas, saya bangkit masalah lif rosak di Kuarters Polis Alor Akar yang telah berlarutan hampir setahun namun sehingga hari ini masalah tersebut belum diselesaikan. Keadaan ini menyukarkan harian penghuni termasuk ahli keluarga di kalangan warga emas dan ibu mengandung, terpaksa menaiki tangga bangunan. Kuarters Polis Alor Akar. Ini luahan daripada penduduk di kuarters polis.
Dan ini adalah tahun keempat, Dato’ Sri Speaker. Tahun keempat kami jadi MP pembangkang. Tidak diberikan peruntukan langsung. Jadi, tujuan saya sebut ni bukan nak minta sedekah Dato’ Sri Speaker, tetapi hendak ingatkan, Tan Sri Speaker. Bola ni, Tan Sri Speaker, jika kita lambung dalam air dia akan meleret macam tu jer, tetapi bola itu kalau ditekan, terus ditekan di dalam air dia akan melambung, melambung lagi tinggi. Jadi, itulah dia punya cabaran dia. Jadi insya- Allah, dengan situasi ini kami akan menjadi semakin kuat bekerja dan insya-Allah untuk menang PRN Melaka dan insya-Allah kepada PRU Ke-16 seterusnya.
Akhir sekali Dato’ Sri Yang di-Pertua, suka saya menutup dengan berkongsi hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang mengurus urusan umat-ku lalu menyusahkan mereka, maka susahlah dia. Dan sesiapa yang mempermudahkan urusan mereka, maka permudahkanlah urusannya.” Riwayat Muslim.
Jadi saya berharap Belanjawan 2027 bukan sekadar angka RM510 bilion dan sebagainya, tetapi benar-benar diterjemah melalui pelaksanaan yang cekap, amanah dan memberi manfaat kepada rakyat dan jangan sampai peruntukan yang diumumkan, tetapi kesusahan rakyat terus berpanjangan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut dipersilakan ketua parti, wakil ketua parti Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Salam Malaysia MADANI.
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Pertama sekali, amanah untuk rakyat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Sri Gading ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih mewakili rakyat khususnya Kampung Parit Lapis Seri Dalam dengan pembinaan baharu Masjid Nurul Huda. Kebetulan nama hampir sama dengan Ahli Parlimen dia. Dengan jumlah kelulusan daripada kerajaan negeri yang memperuntukkan kepada RM335,000. Manakala, sumbangan daripada rakyat ataupun orang kampung berjumlah RM585,000 dan kelulusan daripada Perdana Menteri sebanyak RM1 juta.
Di mana kita tahu bahawa masjid adalah tempat perkumpulan khususnya untuk anak-anak belajar Al-Quran, orang tua berjemaah, sembahyang berjemaah, keluarga bertemu dan sebagainya. Yang penting di situlah pertemuan untuk masyarakat Islam mempertambahkan kekhusyukan solatnya dan juga pada waktu yang sama, Sri Gading mengharapkan proses pelaksanaan, perolehan dan pembinaannya dipercepatkan dengan mutu ketulusan yang terjamin.
Sri Gading juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan belanjawan yang membawa gagasan, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.” Gagasan ini mengingatkan kita bahawa kemajuan negara tidak boleh terhenti pada papan angka ekonomi. Ia mesti dirasakan oleh rakyat di rumah, di sekolah, di pasar dan tempat kerja. Allah SWT. mengingatkan dalam Surah Al-Asr, ayat 7 bahawa, “Kekayaan tidak seharusnya hanya beredar dalam kalangan orang kaya.” Maka, ukuran sesebuah belanjawan bukan semata-mata berapa bilion ringgit diperuntukkan, tetapi berapa ramai keluarga yang mendapat kelegaan, berapa ramai anak-anak yang dapat meneruskan persekolahan dan berapa ramai rakyat yang tidak lagi perlu memilih antara makanan dengan keperluan asas yang lain.
Sri Gading menyokong hala tuju Kerajaan MADANI, tetapi sokongan seorang Ahli Parlimen Kerajaan bukan bermaksud kita berdiam diri apabila ada perkara yang perlu diperbaiki. Sokongan yang ikhlas ialah sokongan yang memastikan dasar yang baik dilaksanakan dengan lebih baik, peruntukan sampai kepada sasaran dan setiap janji mempunyai hasil yang dapat diperkasakan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Walaupun ada pihak pembangkang menyatakan, legasi Perdana Menteri— kalau kita lihat pembangunan material yang menjadi satu tanggapan penting, sedangkan pembangunan manusiawi itu sendiri tidak terurus dengan perlakuan yang
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
boleh menyebabkan pembangunan itu terencat dengan perbuatan-perbuatan rasuah dan sebagainya. Maka, di sinilah kepentingan dalam pembangunan atau peruntukan yang dibelanjakan— pendidikan dan kesihatan diutamakan.
Kalau kita lihat, anak-anak kita perlukan, dapat pendidikan yang baik. Pada waktu yang sama, kesihatan dimajukan untuk memastikan masa depan negara lebih maju. Kita ambil contoh Iran. Satu masa mereka disekat ekonominya seluruh dunia, tetapi pada lebih kurang 40 tahun mereka derita, tetapi pada hari ini mereka boleh bangun, berlawan dengan Israel dan Amerika, kerana apa? Kerana mereka membangunkan manusiawi lebih diutamakan untuk pembangunan negara mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengimbau isu kenaikan kos haji. Tadi dibentangkan ataupun diutarakan oleh rakan kita dari Kuantan dan sebagainya. Saya memetik kata-kata mantan Menteri yang ada depan kita hari ini dari Bagan Serai, pada 23.9.2022 dulu, apa kenyataannya? “Allah tidak memaksa jika kita tidak mampu.” Apa yang penting kepada Sri Gading, apabila kita menyentuh berkaitan dengan Tabung Haji supaya membatalkan pelaksanaan simpanan RM15,000 untuk mendapat giliran haji— Sri Gading memahami perkara tersebut bukan jumlah yang kecil, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah, memang kita tak nafikan, tetapi apa yang kita sedia maklum, seruan istito'ah di mana kalau kita dapat lihat di sini, perbezaan antara mendapat giliran haji dengan kemampuan untuk benar- benar pergi menunaikan haji— ini ada dua perkara yang berbeza. Dapat tawaran kalau hanya sekitar RM1,300 syaratnya, ia akan memberikan peluang kepada mereka yang sudah ada kemampuan yang lebih, tersekat buat sementara. Itu yang pertama.
Yang kedua, bila nak lengkapkan RM1,300, hendak lengkapkan kepada RM15,000, kadang-kadang sebahagian daripada mereka terpaksa tolak dan terpaksa dibuat semula untuk tawaran ini. Jadi, kalau kita lihat di sini, bukan bermakna kita tidak memberikan peluang kepada mereka yang sepatutnya dapat, tetapi seandainya simpanan itu telah mencukupi RM15,000, dia lebih memudahkan.
Dan itu tanda kesyukuran.
Dan saya menyokong ada pandangan daripada rakan kita bahawa kalau boleh Tabung Haji memberikan tawaran itu setahun lebih awal. Jadi, sekurang- kurangnya seperti mana Kuantan sebut tadi, hendak jual lembu ke, hendak jual rumah ke, hendak jual tanah ke, dia boleh proses untuk melengkapkan RM15,000.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Jadi, itu antara perkara yang boleh kita cadangkan, di mana kalau kita lihat, hampir separuh daripada bakal jemaah yang menerima tawaran haji sebelum ini terpaksa menangguhkan pemergian mereka kerana tak cukup. Itu sebab kalau kita letakkan kepentingan supaya ada ketetapan yang telah ditentukan oleh jemaah haji— RM15,000 itu juga bukan benda yang disimpan hangus. Dia ada simpan dalam Tabung Haji dan Tabung Haji memberikan— ada pulangan dia. Semua orang yang simpan dalam Tabung Haji, dia ada beri yang dipanggil macam dividen. Jadi, benda itu dapat, bukan tak dapat. Jadi, itu antara bendanyalah.
Yang keempat, bagaimana pula dengan rakyat miskin, di mana kalau katakan kita memang perlukan pendeposit yang sedemikian rupa, maka kita perlulah memberi pandangan ataupun dasar-dasar yang memudahkan mereka untuk terus menyimpan.
Dan Yang di-Pertua, apa yang penting kepada kita adalah, kita mengharapkan seramai mungkin, Tabung Haji boleh meminta kepada Kerajaan Saudi untuk menambahkan lagi bilangan mereka yang boleh menunaikan haji pada tahun-tahun yang berikutnya.
Perkara seterusnya, disiplin fiskal STR dan SARA, angka mesti sampai kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua— Dato’ Yang di-Pertua, perbelanjaan Persekutuan sebanyak RM459.8 bilion merangkumi RM378.6 bilion Perbelanjaan Mengurus dan RM83 bilion Pembangunan, di mana kalau kita lihat di sini bahawa angka RM510 bilion pula merangkumi komponen pelaburan dan pembiayaan lain.
Perbezaan asas ini perlu dijelaskan supaya rakyat tidak keliru antara perbelanjaan langsung kerajaan dengan keseluruhan inisiatif yang digerakkan.
Sasaran defisit fiskal sebanyak 3.3 peratus KDNK pada 2027 berbanding 5.5 peratus pada 2022 memperlihatkan usaha memperkukuhkan disiplin kewangan, tetapi bagi Sri Gading, disiplin fiskal bukan sekadar mengecilkan defisit ke atas kertas, ia tentang mengelak pembaziran hari ini supaya anak cucu kita tidak menanggung hutang, perlu pada masa hadapan. Pada masa yang sama, keluarga berpendapatan rendah tidak boleh dibiarkan menanggung beban penyesuaian ekonomi sendirian. STR dan MYSara berjumlah RM16 bilion serta subsidi bantuan dan inisiatif keseluruhannya RM80.3 bilion. Saya menghargai— Sri Gading menghargai keutamaan yang diberikan kepada jaringan keselamatan sosial ini.
Bayangkan seorang ibu yang mengira wang belanja sebelum masuk ke kedai runcit. Dia tidak bercakap tentang nisbah hutang kepada KDNK, dia mahu tahu sama
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
ada beras, telur, susu dan keperluan anaknya mampu dibeli. Apabila bantuan disalurkan dengan baik, di situlah rakyat menilai kesungguhan sebuah kerajaan.
Sri Gading meminta Kementerian Kewangan menerbitkan jadual mudah yang menunjukkan jumlah gabungan STR dan SARA mengikut kategori penerima sepanjang tahun, termasuk sebarang perubahan antara bantuan tunai dan kredit barangan asas. Kita mesti bercakap benar tentang angka bersih yang diterima keluarga, bukan memilih satu komponen sahaja. Jika ada pihak mempertikaikan keberkesanan belanjawan, jawablah dengan ukuran yang boleh diaudit. Bilangan penerima yang benar-benar dibantu, projek yang siap, penjimatan yang dinikmati pengguna dan ketirisan yang berjaya dicegah. Keyakinan rakyat dibina melalui bukti, bukan sekadar laungan.
Pendidikan, guru kontrak dan sekolah selamat. Dato’ Yang di-Pertua, Sri Gading mengalu-alukan peruntukan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan. RM2 bilion untuk penyelenggaraan sekolah dan cadangan menaikkan bantuan awal persekolahan daripada RM150 kepada RM200 seperti yang dinyatakan dalam perbahasan belanjawan. Bagi keluarga yang mempunyai beberapa orang anak yang bersekolah, kasut, pakaian, beg dan alat-alat tulis bukan perbelanjaan kecil.
Bantuan yang tiba tepat pada waktunya mampu mengurangkan keresahan ibu bapa. Sebab itu saya meminta mekanisme pembayaran yang jelas dan penyampaian yang tidak membebankan keluarga dengan urusan yang berulang.
Namun, dalam kita bercakap tentang bangunan dan kemudahan, jangan lupa kepada guru yang mendidik anak-anak kita.
Bahan perbahasan merekodkan penempatan 6,034 guru Contract of Servise
(COS) mulai April 2024 serta pengambilan 20,000 guru DG9 secara kontrak pada 2026. Angka ini perlu dibaca bersama keperluan sebenar sekolah dan laluan kerjaya guru. Ada guru kontrak yang berulang alik yang jauh daripada keluarga, menyewa bilik, menyediakan bahan pengajaran dengan wang sendiri dan tetap memberikan sepenuh hati kepada murid.
Mereka mengajar anak-anak kita tentang masa hadapan, sedangkan masa depan kerjaya mereka sendiri tidak menentu. Keadaan ini wajar diberikan perhatian serius oleh kerajaan. Saya meminta KPM menyatakan jumlah guru COS dan interim yang masih berkhidmat, jumlah yang telah diserap ke jawatan tetap, kriteria penyerapan dan sasaran masa yang munasabah. Kita juga memerlukan pelan penempatan guru mengikut kekosongan sebenar, khususnya di kawasan luar
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
bandar. Keselamatan sekolah pula tidak boleh dianggap isu sampingan. Setiap kes buli meninggalkan kesan kepada mangsa, keluarga dan keyakinan masyarakat terhadap sekolah. Draf-draf yang dirujuk mempunyai siri angka buli— kes buli yang berbeza. Oleh itu, Sri Gading meminta KPM menyeragamkan data, takrif dan tempoh pelaporan sebelum angka tersebut digunakan untuk membandingkan prestasi.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
CCTV, tatatertib dan mekanisme aduan penting tetapi pencegahan perlu bermula dengan hubungan yang rapat antara guru, kaunselor, murid dan ibu bapa.
Gunakan hari penyerahan Bantuan Awal Persekolahan sebagai ruang pertemuan keluarga dengan sekolah, terangkan saluran aduan yang selamat, pantau murid berisiko dan tetapkan sasaran nisbah kaunselor kepada murid. Anak yang berangkat ke sekolah pada waktu pagi sepatutnya pulang membawa ilmu dan kegembiraan, bukan pulang dalam ketakutan. Inilah ukuran pendidikan yang benar-benar memanusiakan manusia.
PTPTN membela graduan tanpa mengabaikan amanah. Dato' Yang di- Pertua, seorang anak daripada keluarga susah menggenggam ijazah dengan harapan dapat mengubah nasib keluarga, tetapi setelah bekerja, gaji pertama perlu dibahagikan dengan sewa, makan, pengangkutan, membantu ibu bapa dan melunaskan pinjaman pendidikan. Ada yang bukan enggan membayar. Mereka benar-benar belum mampu.
Sri Gading menghargai pendekatan PTPTN yang dinyatakan dalam draf Belanjawan 2027. Penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan. Bayaran minima RM50 bagi pendapatan RM2,500 sehingga RM3,000 serta diskaun 10 peratus kepada pembayar yang teratur tertakluk kepada syarat rasmi. Draf turut menyebut lebih 400,000 peminjam berpotensi mendapat manfaat. Ini keseimbangan yang penting. Yang sedang susah diberi ruang untuk bangkit, yang berdisiplin membayar pula diberi penghargaan.
Sri Gading pernah membawa cadangan supaya peminjam yang konsisten membayar tidak dilupakan dalam kerangka bantuan. Sri Gading ingin mencadangkan skim rintis padanan bayaran balik PTPTN secara bersasar. Bagi peminjam yang layak, setiap RM100 dibayar boleh dipadankan RM100 oleh kerajaan tertakluk kepada had dan kemampuan fiskal. Jika 50,000 peminjam mendapat padanan maksimum RM100 sebulan, kos maksimum kerajaan adalah RM60 juta setahun. Ini cadangan dasar untuk dikaji, bukannya peruntukan yang telah diluluskan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Skim sebegini boleh diuji dengan ukuran yang jelas, kadar bayaran balik, pengurangan tunggakan, kos pentadbiran dan keberkesanan berbanding insentif sedia ada. Jangan kita memperkenalkan insentif yang kelihatan menarik, tetapi tidak mampu bertahan. Sri Gading juga menyambut baik cadangan galakan cukai kepada majikan yang membantu membayar pinjaman pendidikan pekerja. Pastikan manfaat ini benar-benar bertambah kepada pekerja dan tidak menggantikan hak gaji atau faedah lain.
Bezakan peminjam yang sengaja mengelak tanggungjawab daripada peminjam yang kehilangan pekerjaan atau menanggung keluarga. Hutang ialah amanah, tetapi memberi ruang kepada orang yang berkesempitan juga sebahagian daripada nilai kemanusiaan. Ijazah sepatutnya menjadi tangga untuk keluarga keluar daripada kemiskinan, bukan beban yang mematahkan semangat generasi muda.
Dato' Yang di-Pertua, AUKU. Komitmen reformasi mesti ada garis masa. Sri Gading ingin menyentuh satu lagi perkara penting berkaitan masa depan mahasiswa iaitu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Kita mahu universiti melahirkan mahasiswa yang berani berfikir, bersuara dan menegur kepincangan. Jangan kita meminta mahasiswa menjadi pemimpin masa hadapan, tetapi pada hari ini suara mereka dianggap menyusahkan.
AUKU telah diperkenalkan pada tahun 1971 dan sekatan terhadap gerakan mahasiswa diperketat pada tahun 1975. Pada tahun 2011, keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes UKM 4 menjadi titik penting perjuangan kebebasan mahasiswa.
Pelbagai pindaan dibuat pada tahun 2012, 2018 hingga 2019 dan 2024. Namun, tuntutan pemansuhan AUKU masih belum selesai. Sudah 55 tahun mahasiswa memperjuangkan kebebasan kampus. Generasi yang dahulu memperjuangkannya kini sudah menjadi ibu bapa, malah datuk dan nenek, tetapi anak-anak mereka masih menunggu perjuangan yang sama. Sepatutnya telah dinoktahkan.
Tuan Yang di-Pertua, Sri Gading menyambut baik komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 Ogos 2026 yang menyatakan hasrat supaya rang undang-undang berkaitan pemansuhan AUKU dibentangkan dan diluluskan pada tahun ini juga. Komitmen tersebut diperkukuhkan lagi pada 26 Ogos 2026 dengan sasaran pembentangan kerangka baharu sebelum berakhirnya sidang Parlimen pada Disember ini. Namun, pada 8 Oktober, KPT menjelaskan bahawa pemansuhan penuh akan dilaksanakan secara berfasa bagi mengelakkan kelompangan perundangan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sri Gading memahami keperluan proses perundangan yang teratur, tetapi berfasa sampai bila? Bilakah rang undang-undang akan dibentangkan? Bilakah pemansuhan ini akan menjadi kenyataan? KPT perlu memberikan garis masa yang jelas. Jangan sampai Perdana Menteri membuka pintu kebebasan mahasiswa tetapi pelaksanaannya masih terkunci di peringkat kementerian.
Justeru, Sri Gading mengemukakan tiga tuntutan. Pertama, KPT mesti mengumumkan jadual pemansuhan AUKU dan pembentangan undang-undang penggantinya dengan sasaran yang jelas pada tahun 2026 ini juga. Kedua, mahasiswa mesti dilibatkan secara langsung dalam penggubalan undang-undang baharu termasuk mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan. Ketiga, pastikan undang-undang pengganti benar-benar menjamin kebebasan bersuara mahasiswa, berpersatuan, berhimpun secara aman dan kebebasan akademik para pensyarah. Jangan mansuhkan AUKU hanya untuk menggantikannya dengan undang-undang yang kembali mengongkong mahasiswa dan pensyarah.
Tuan Yang di-Pertua, Sri Gading mahu komitmen reformasi ini diterjemahkan kepada tindakan yang nyata. Walaupun hari ini kita sedang membahaskan Belanjawan 2027, Sri Gading mahu perjuangan pemansuhan AUKU dinoktahkan pada tahun 2026 ini juga. Mahasiswa telah lama menunggu. PMX, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan komitmen. Kita mengharapkan KPT menunaikannya.
Seterusnya, Vista Kampus dan KWAP. Kebajikan mahasiswa amanah pesara. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang dekat dengan kehidupan mahasiswa adalah tempat tinggal. Sri Gading menyokong usaha Kerajaan MADANI melalui projek Vista Kampus melibatkan pelaburan KWAP sebanyak RM750 juta untuk membina kediaman mahasiswa di enam universiti terpilih termasuk UniSZA dan juga UiTM.
Di sebalik angka RM750 juta ini, ada wajah anak-anak kita. Ada seorang ayah yang mengira baki gaji selepas membayar sewa bilik anaknya. Ada seorang ibu yang menyembunyikan kesusahan sendiri kerana tidak mahu anaknya berhenti daripada belajar. Anak mendapat tawaran universiti, seluruh keluarga menangis kegembiraan. Jangan sampai apabila mencari tempat tinggal, keluarga yang sama menangis kerana tidak mampu. Sebab itulah Sri Gading menghargai usaha Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun membawa penyelesaian kepada keperluan penginapan mahasiswa.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Berhubung perbandingan Ketua Pembangkang antara Vista Kampus dengan eFishery, saya ingin menegaskan pengajaran daripada kegagalan sesuatu pelaburan mesti memperkukuhkan penelitian kita terhadap pelaburan baharu. Ia tidak dengan sendirinya membuktikan semua pelaburan baharu akan gagal. Kes eFishery serius. KWAP sendiri telah mengakui berlakunya manipulasi dan salah nyata laporan kewangan syarikat berkenaan. Usaha mendapatkan kembali wang pelaburan serta tindakan akauntabiliti mesti diteruskan, tetapi apakah asas untuk terus menghukum projek kediaman mahasiswa sebagai merugikan sebelum diperlihatkan struktur pembiayaannya, penilaian permintaan, kos pembangunan dan terma perjanjian?
Menyebut nama eFishery sahaja belum menjawab persoalan sama ada Vista Kampus berdaya maju atau tidak. Kalau hendak membantah, bentangkan penilaian.
Kalau hendak mempertikaikan, tunjukkan kelemahan. Dewan ini berhak mendapat hujah yang boleh diterima.
Pelaburan kediaman mahasiswa mempunyai asas ekonomi yang boleh dinilai. Ada bangunan yang akan dibangunkan, ada keperluan penginapan yang hendak dipenuhi dan ada potensi pendapatan berulang melalui sewaan dan pajakan bergantung kepada struktur perjanjian akhir ini.
Bagi KWAP, projek yang dirangka dengan baik berpotensi menghasilkan aliran tunai jangka panjang serta mempelbagaikan portfolio pelaburan. Namun, pulangan itu mesti disokong oleh kos yang munasabah, kadar penghunian yang realistik, penyelenggaraan yang baik dan kontrak yang melindungi dana. Wang pesara mesti diurus dengan amanah, dilaburkan dengan cermat dan dipertanggungjawabkan setiap sen. Itulah pendirian Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kepada mahasiswa, tambahan kediaman berpotensi memperluaskan pilihan penginapan, mengurangkan tekanan mencari bilik dan membantu mereka belajar dalam suasana lebih teratur. Jika lokasi sesuai dan sewanya berpatutan, kos perjalanan juga boleh dikurangkan. Masa yang sebelumnya habis di jalan raya, boleh digunakan untuk belajar. Ibu bapa pula lebih tenang mengetahui anak mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat. Kalau mahasiswa masuk dewan kuliah dengan fikiran tenang, pelajaran tentunya dengan lebih baik dan mencapai satu matlamat untuk negara kita juga.
Dato’ Yang di-Pertua, Sri Gading menyokong usaha PMX ini dengan pendirian jelas kebajikan mahasiswa dan kepentingan pesara mesti dipelihara
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
bersama. Kedua-duanya amanah rakyat, kedua-duanya wajib kita pertahankan.
Kepada Ketua Pembangkang, Sri Gading menyeru marilah kita menguji projek ini dengan angka, kontrak dan tatakelola. Pengawasan yang tegas boleh menjadikan projek ini lebih baik. Jangan biarkan perbandingan yang belum membuktikan kerugian menenggelamkan keperluan sebenar untuk anak-anak kita.
Sri Gading mahu Vista Kampus dilaksanakan dengan telus, disiapkan mengikut jadual dan menawarkan kediaman yang mampu dihuni mahasiswa. Atas semangat itulah, Sri Gading menyokong usaha ini. Banyak lagi, ada dua lagi Dato’ Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, dua minit.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih. Banjir Batu Pahat. Kepastian bukan sekadar pengumuman.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi keluarga yang tinggal di kawasan kerap banjir di Batu Pahat, hujan lebat membawa kegelisahan yang sangat sukar digambarkan.
Mereka mengangkat perabot, menyelamatkan dokumen, membawa anak kecil ke tempat selamat dan kembali membersihkan lumpur selepas air surut. Ada yang melalui pengalaman itu berulang kali.
Tujuh projek tebatan banjir di Johor bernilai RM1.6 bilion termasuk Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Batu Pahat bernilai RM187 juta yang dirancang dalam tempoh 60 bulan. Sri Gading menyambut baik komitmen pembangunan ini dan meminta kementerian mengesahkan jadual mula pakej kerja kemajuan fizikal serta tarikh sasaran siap.
Sementara menunggu projek besar, kerja segera tidak boleh tertangguh, bersihkan parit tersumbat, selenggara pintu air dan pam, tingkatkan keupayaan saliran, perbaiki sistem amaran awal serta pastikan koordinasi antara agensi persekutuan negeri dan pihak berkuasa tempatan berjalan lancar. Rakyat tidak mahu setiap kali banjir, mereka hanya menerima lawatan dan janji. Mereka mahu melihat jentera bekerja, longkang diselenggara, projek berjalan dan rumah mereka lebih selamat. Sri Gading akan terus membawa suara ini kerana keselamatan keluarga adalah tanggungjawab bersama.
Penutup. Sri Gading menyokong Belanjawan 2027 kerana kita melihat usaha memperkukuh kewangan negara sambil mengekalkan perhatian kepada kehidupan rakyat. Namun sokongan ini datang bersama harapan agar kementerian memberi jawapan yang tepat, garis masa yang boleh dinilai dan laporan keberhasilan yang
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
telus. Di sebalik setiap angka belanjawan ada manusia, ada guru kontrak yang menunggu kepastian kerjaya, ada graduan yang mahu membayar hutang tanpa mengabaikan ibu bapanya. Ada mahasiswa yang mencari bilik sewa mampu milik, ada ibu yang mengira harga barangan dapur, ada keluarga yang berdoa agar air banjir tidak masuk lagi ke rumah mereka.
Kita tidak boleh meminta rakyat percaya hanya kerana kita mengumumkan sesuatu, kita mesti memperoleh kepercayaan itu melalui pelaksanaan. Setiap ringgit wang awam mesti memberi manfaat, setiap pembaharuan mesti melindungi amanah dan setiap kelemahan mesti diperbaiki tanpa berlengah. Marilah kita membina Malaysia yang berani menggapai di langit, membina ilmu teknologi dan pelaburan tetapi tetap mengakar di bumi melalui keadilan, belas ihsan dan tanggungjawab.
Dengan semangat itu, Sri Gading menyatakan sokongan Rang Undang- undang Perbekalan 2027. Sekian, terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Dipersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
[Membaca ta’awudz] Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan ayat Allah SWT dalam Surah An- Nisa, ayat yang ke-58 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ayat ini memberi peringatan kepada kita bahawa Allah SWT menyuruh menyerahkan amanah kepada yang berhak dan menghukum dengan adil. Menguruskan harta negara adalah amanah yang wajib ditadbir dengan telus. Setiap ringgit yang dibelanjakan adalah amanah, setiap projek mesti membawa manfaat, setiap bantuan mesti sampai kepada golongan yang layak dan setiap peruntukan mesti diurus dengan integriti.
Justeru dengan prinsip amanah, adil, tanggungjawab, maka Kepala Batas bangkitkan beberapa perkara untuk perhatian bersama.
Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama kos sara hidup, kuasa beli dan realiti dapur rakyat. Bagi keluarga berpendapatan rendah, kenaikan harga barangan bukan sekadar perubahan angka di pasar raya. Ia mungkin bermakna terpaksa mengurangkan pembelian makanan, menangguhkan rawatan atau menggunakan simpanan kecemasan. Keadaan ini turut memberi tekanan kepada keluarga di
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Kepala Batas, khususnya pekerja yang berulang-alik di tempat kerja, keluarga yang mempunyai anak bersekolah dan warga emas yang bergantung kepada pendapatan tetap.
Kepala Batas ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, apakah ukuran khusus yang akan digunakan untuk memastikan Belanjawan 2027 benar-benar meningkatkan pendapatan isi rumah, khususnya golongan B40 dan M40? Adakah kos sebenar kehidupan mengikut kawasan akan diambil kira termasuk kos pengangkutan, perumahan dan juga penjagaan anak?
Kepala Batas meminta Kementerian Pengangkutan meneliti langkah yang boleh mengurangkan beban perjalanan harian termasuk akses kepada pengangkutan awam dan pengangkutan pengantara. Kita tidak boleh berpuas hati hanya kerana bantuan diumumkan, walau bagaimanapun, pada penghujung bulan, rakyat masih terpaksa memilih antara bayar bil dengan keperluan dapur sendiri.
Misalnya Kepala Batas di pusat khidmat selalu mendapat aduan dan juga perkhabaran berkenaan dengan bil-bil yang tertunggak, surat-surat merah yang terpaksa pusat khidmat membantu berdasarkan kemampuan. Tidak ada peruntukan bukan bermaksud tiada alasan untuk berkhidmat dan juga membantu. Rakyat tidak meminta kemewahan, tetapi rakyat meminta supaya hasil titik peluh mereka cukup untuk menyara keluarga.
Perkara yang kedua, ibu tunggal. Jangan biarkan mereka berjuang bersendirian. Kepala Batas ingin memberi perhatian khusus kepada ibu tunggal dan juga ibu tinggal yang saban kali perbahasan Kepala Batas sebutkan. Gambaran seorang ibu yang bangun awal pagi menyediakan keperluan anak-anak, keluar bekerja mencari nafkah, kemudian pulang untuk meneruskan tanggungjawab mengurus rumah dan keluarga. Jika anak sakit, dialah yang perlu mencari jalan. Jika pendapatan tidak mencukupi, dialah yang perlu memikirkan bagaimana keluarganya dapat bertahan hingga hujung bulan. Di sebalik ketabahan itu, ada keletihan, ada kebimbangan dan pengorbanan yang mungkin tidak dilihat oleh masyarakat.
Ibu tunggal tidak sepatutnya terpaksa memilih antara bekerja dengan menjaga anak. Mereka tidak sepatutnya terperangkap dalam kemiskinan hanya kerana tanggungjawab keluarga membataskan peluang pekerjaan. Kepala Batas mohon kerajaan memperkukuhkan bantuan bersasar, menyediakan akses kepada penjagaan anak-anak yang mampu milik, memperluaskan latihan kemahiran dan memudahkan akses kepada pembiayaan mikro bagi ibu tunggal yang mahu membina perniagaan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Apakah sasaran kerajaan bagi meningkatkan peluang ibu tunggal memperoleh pekerjaan berkualiti dan pendapatan yang lebih stabil? Bantuan tunai memang diperlukan tetapi sokongan itu mesti disertai dengan peluang untuk merasa berdikari dan membina masa depan anak-anak. Ketabahan ibu tunggal mesti dihormati. Namun penghormatan itu mesti dibuktikan melalui tindakan, bukan sekadar ucapan simpati.
Yang ketiga, anak muda, jangan biarkan impian mereka menjadi beban. Anak muda pada hari ini mempunyai cita-cita untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, memiliki rumah, membina keluarga. Namun, sebahagian daripada mereka, impian itu semakin sukar dicapai apabila gaji tidak seimbang dengan kos kehidupan. Ada graduan yang masih mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan. Ada pekerja muda yang membayar sewa bertahun-tahun tanpa mampu mengumpulkan deposit rumah. Ada yang bekerja keras hampir keseluruhan pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan asas.
Kepala Batas tidak mahu anak muda kehilangan keyakinan bahawa usaha dan pendidikan boleh membawa mereka kepada kehidupan yang lebih baik. Namun, apakah langkah khusus kerajaan dalam Belanjawan 2027 ini untuk memperluaskan peluang pekerjaan berkualiti, memperkukuh latihan TVET dan menghubungkan graduan dengan keperluan sebenar industri.?
Bagi perumahan, kerajaan perlu memastikan rumah mampu milik benar- benar berada pada harga yang mampu ditanggung oleh golongan sasaran dan terletak berhampiran peluang pekerjaan serta kemudahan pengangkutan. Anak muda tidak meminta jalan pintas. Namun mereka meminta peluang yang adil untuk berjaya melalui hasil usaha sendiri.
Yang keempat, warga emas menjamin kehidupan yang bermaruah. Warga emas ialah golongan yang telah melalui pelbagai pengorbanan dalam membesarkan keluarga dan menyumbang kepada masyarakat. Namun mereka berhak menikmati hari tua mereka dengan rasa selamat dan dihormati. Namun, tidak semua warga emas mempunyai simpanan yang mencukupi. Ada yang bergantung pada bantuan anak-anak, ada yang berdepan kos ubat-ubatan, perjalanan ke hospital dan keperluan menjaga harian.
Misalnya, makcik Zaitun di Kepala Batas. Saban minggu berulang-alik ke hospital untuk menampung rawatan kesihatan dirinya, rawatan kesihatan anaknya, rawatan kesihatan adiknya. Beliau merupakan ibu tunggal.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Saban minggu kadang-kadang tak cukup duit— dengan bantuan zakat dan juga JKM datang ke pusat khidmat, “YB, saya nak minta duit sikit.” Untuk apa? Bukan untuk beli ubat, tapi untuk bayar grab. Tidak ada kenderaan, tidak ada bantuan lain.
Jadi, inilah di antara kes-kes yang perlu kita berdepan dan melihat bagaimana warga emas ini memerlukan kehidupan yang lebih selamat dan dihormati.
Kepala Batas memohon kerajaan memperkukuh penjagaan kesihatan, perkhidmatan penjagaan di rumah dan sokongan kepada penjaga keluarga. Kepala Batas turut mencadangkan cadangan yang diketengahkan oleh [Tidak jelas] Supaya kerajaan mempertimbangkan pelepasan Cukai Pendapatan kepada anak dewasa yang membantu membayar sewa atau pun ansuran pembiayaan perubatan ibu bapa.
Keadaan ini wajar dikaji dengan syarat kelayakan, had pelepasan dan mekanisme pengesahan yang jelas. Namun perkara ini masih merupakan cadangan untuk dipertimbangkan, bukan dasar yang telah diluluskan. Bantuan alternatif juga perlu diteliti untuk keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat manfaat daripada pelepasan cukai.
Menghormati warga emas bukan sekadar menyebut jasa mereka sahaja, ia bermakna memastikan mereka tidak terpaksa memilih antara membeli makanan, mendapatkan rawatan dan memenuhi keperluan asas.
Seterusnya, yang kelima pesawah dan petani. Lindungi mereka yang menjamin bekalan makanan. Saya adalah anak pesawah. Kepala Batas juga mempunyai tanah jelapang padi dan kawasan pertanian yang berbakti, memberi makan kepada negara. Kerajaan umumkan bantuan pesawah RM2.62 bilion, insentif menaikkan daripada RM50 kepada RM100 sehektar. Alhamdulillah.
Kepala Batas alukan kenaikan insentif ini, namun dengarlah jeritan para pesawah di Kepala Batas, di seluruh negara termasuklah di mana juga mereka berada. Saya ingat lagi seorang pesawah bernama Encik Yusri. Kalau anda dengar, anda dengar apa yang saya sebut. Dia sebut kepada saya Tuan Speaker, Tuan Yang di-Pertua, “YB, kami pesawah ini dah macam masuk ICU, tenat. Tiada alat, tiada ubat yang mampu untuk kami pegang ataupun kami hidup untuk kami hirup pada hari ini.” Pendapatan bersih mereka terus terhakis akibat lonjakan kos baja, racun, benih, bahan api, ditambah dengan kadar pemotongan penentuan hasil tuaian yang tinggi dan tidak telus. Apabila banjir berlaku atau pun hasil merosot, pendapatan mereka boleh terjejas dengan teruk. Kita sering bercakap tentang keselamatan makanan, tapi kita mesti bertanya, adakah mereka yang mengusahakan sawah dan
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
tanah pertanian ini memperoleh sokongan yang cukup untuk meneruskan pekerjaan mereka?
Kepala Batas memohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjelaskan, apakah sasaran kerajaan bagi meningkatkan pendapatan bersih pesawah di seluruh negara, di Pulau Pinang termasuklah di Kepala Batas pada tahun 2027. Apakah langkah khusus untuk membaiki pengairan dan juga saliran, meningkatkan mekanisme, membantu mengawal kos pengeluaran dan mengurangkan kerugian akibat banjir?
Adakah kerajaan bersedia menerbitkan data pendapatan pesawah mengikut kawasan supaya keberkesanan bantuan dapat dinilai dengan telus. Bagi petani dan perusahaan pertanian kecil, akses kepada teknologi, khidmat nasihat, pembiayaan lebih bersesuaian dan pasaran yang adil juga perlu diperkukuh.
Jangan kita hanya mengingati pesawah ketika beras diperlukan, jangan kita hanya mengingati petani ketika harga makanan meningkat. Kebajikan mereka mesti menjadi sebahagian daripada dasar keselamatan makanan negara sepanjang tahun.
Yang keenam banjir dan saliran, penduduk memerlukan penyelesaian. Bagi penduduk yang terdedah pada banjir, setiap kali hujan lebat membawa kebimbangan baharu, mereka memikirkan keselamatan keluarga, keadaan rumah, kenderaan, perniagaan dan harta benda yang dikumpulkan selama bertahun-tahun.
Selepas air surut, mereka perlu membersihkan rumah, gantikan barang yang rosak, tanggung kerugian.
Bagi petani, banjir juga boleh merosakkan hasil tanaman. Kepala Batas beberapa hari ini dituruni ataupun diberi rezeki hujan lebat. Walau bagaimanapun, banyak rumah dan juga kawasan perniagaan hatta jalan raya dinaiki air, termasuklah sekolah. Di antaranya Batang Bertam, Paya Keladi, Jalan Bertam Indah, di Permatang Saga dan tempat-tempat yang lain.
Kepala Batas mohon Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Kementerian Kerja Raya menjelaskan Projek Mitigasi Banjir dan penaiktarafan saliran yang telah diluluskan khusus untuk Kepala Batas bagi tahun 2027. Perkara ini— walaupun Kepala Batas tidak diberikan peruntukan, tapi kita membantu masyarakat atau pun penduduk yang memerlukan bantuan terutama akibat banjir ini.
Saya masih ingat ada seorang yang diberikan jawatan di kawasan Kepala Batas. Kita minta masuk, untuk bersama-sama membantu masyarakat. Ayat yang disebut bila saya telefon Tuan Speaker, Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku situasi setempat dan sebagainya— ayat yang disebut, “YB buat kerja YB, saya buat
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
kerja saya.” Bila ada mereka, mereka yang diberikan jawatan, diberikan peruntukan, tetapi tidak mahu bekerjasama membantu untuk meringankan beban rakyat, maka hasilnya tidak dapat kepada rakyat, terutama di Kepala Batas juga. Maka, jangan lah melakukan diskriminasi, jangan lah pilih bulu untuk memberi sumbangan kepada siapa yang perlu.
Seterusnya, apakah kos projek; jadual pelaksanaan; tarikh sasaran siap; dan jumlah penduduk yang dijangka mendapat manfaat? Bagaimanakah penyelenggaraan akan dilakukan selepas projek siap? Adakah keutamaan ditentukan berdasarkan rekod banjir, pemetaan, risiko dan perubahan corak cuaca?
Kepala Batas mencadangkan supaya maklumat kos, kemajuan fizikal, agensi pelaksana dan tarikh siap dilaksanakan sampai kepada penduduk dengan jelas.
Penduduk yang rumahnya dinaiki air tidak memerlukan simpati bermusim, mereka memerlukan saliran yang berfungsi, projek yang disiapkan dan tindakan yang dapat mengurangkan risiko kejadian berulang.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan dan keselamatan anak-anak. Setiap ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan harapan anak mereka memperoleh ilmu dan masa depan yang lebih baik. Mereka juga berharap anak pulang dengan keadaan selamat. Kepala Batas memohon kerajaan memastikan aduan buli, gangguan seksual disiasat dengan segera. Mangsa dilindungi dan tindakan susulan dilaksanakan dengan berkesan.
Kemudahan sekolah: capaian digital, dan sokongan kepada guru juga perlu diberikan. Jangan ada pihak pilih bulu, jangan ada pihak pilih tak mahu nama sekolah tercemar, tak mahu nama sekolah viral dan sebagainya, tapi hakikatnya emosi dan keselamatan anak-anak akan terjejas dan musnah. Pendidikan agama, pembentukan akhlak dan nilai hormat-menghormati wajar diperkukuh seiring dengan pencapaian akademik. Kita tidak mahu melahirkan generasi yang hanya cemerlang dalam peperiksaan, tetapi terabai dari sudut adab, akhlak dan juga keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua, integriti dan pembanterasan rasuah. Penggubalan RUU Entiti Milik Kerajaan dan juga Akta Perolehan Kerajaan dialukan bagi memastikan ketirisan dan standard [Tidak jelas] Awam tidak berulang namun membanteras rasuah bukan sekadar slogan di pentas ceramah. Jangan jadikan usaha pembanterasan rasuah sebagai alat ugutan politik, “Kalau kamu sokong aku, kamu bersih. Kalau kamu lawan aku, kamu akan korup.” Jika mahu bersihkan rumah negara, pastikan halaman sendiri juga bersih daripada sebarang salah guna kuasa dan juga penyelewengan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Justeru, Kepala Batas bagi memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
(SPRM) benar-benar berwibawa, telus, tidak gentar menyiasat dan tidak melindungi sesiapa, Kepala Batas mencadangkan supaya pelantikan kepimpinan-kepimpinan SPRM diterajui oleh tokoh-tokoh yang terbukti tegas, berpengalaman, berani, tidak pilih bulu, seperti ketokohan yang dibuktikan oleh Dato’ Ayob Khan, Dato’ Sri Suhaili dan juga mereka-mereka yang lain demi menegakkan keadilan tanpa mengira kedudukan ataupun pengaruh seseorang.
Tuan Yang di-Pertua, yang kelapan, bantuan rakyat dan ketelusan pelaksanaan. Kepala Batas mengakui kepentingan STR dan SARA dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Namun, bantuan yang baik mesti sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Kepala Batas mohon Kementerian Kewangan memperkemaskan proses permohonan dan rayuan supaya keluarga yang tercicir akibat perubahan pendapatan, status isi rumah, ataupun masalah dokumentasi mempunyai ruang untuk dinilai semula.
Kerajaan wajar memastikan golongan warga emas, golongan kurang upaya dan mereka yang menghadapi kekangan digital tidak tersisih daripada bantuan.
Setiap program perlu dinilai berdasarkan keberhasilan, berapa ramai yang dibantu, adakah pendapatan mereka bertambah baik dan adakah keluarga yang lebih mampu memenuhi keperluan asas? Bantuan mesti disertai ketelusan, pelaksanaan yang cekap dan penilaian yang jujur.
Tuan Yang di-Pertua, Kepala Batas percaya bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada angka pertumbuhan ekonomi, tapi juga pada keupayaan negara menjaga rakyatnya dan memastikan integriti pentadbiran sentiasa dipelihara. Kita perlu membela ibu tunggal yang berjuang membesarkan anak-anak, anak muda yang mahu membina masa depan, warga emas yang mengharapkan kehidupan terjamin serta para pesawah dan petani yang bekerja keras memastikan makanan tersedia di meja rakyat.
Dalam masa yang sama, soal integriti dan usaha membanteras tidak boleh dipandang ringan. Rakyat berhak melihat institusi penguatkuasaan yang bebas, profesional, berani dan dipercayai. Justeru, Kepala Batas menegaskan bahawa setiap persoalan dibangkitkan perlu dijawab dengan jelas, setiap peruntukan perlu diurus dengan amanah dan setiap janji perlu disusulil dengan tindakan.
Empati tanpa tindakan hanya tinggal kata-kata; peruntukan tanpa pelaksanaan tidak menyelesaikan masalah; dan pembangunan tanpa kesejahteraan rakyat, kehilangan maknanya.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Marilah kita bersama-sama memastikan Belanjawan 2027 bukan sekadar membantu rakyat bertahan daripada bulan ke bulan, tetapi membuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik, selamat dan bermaruah.
Tuan Yang di-Pertua. saya akhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Indah berseri bunga melati, Harum semerbak menyeri laman; Waad bukan pemanis hati, Janji ditepati, rakyat diutamakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Kita ke pembahas yang terakhir. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Putatan ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua, atas ruang yang diberikan kepada Putatan untuk melibatkan diri dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2027.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai inti pati pertama perbahasan, Putatan berasa terpanggil untuk membangkitkan tentang masa depan perniagaan AirAsia Berhad.
Seperti rakyat di luar sana, Putatan tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku kepada AirAsia. Apakah benar riwayat operasi syarikat tambang murah tersebut berada di hujung tanduk seperti yang dilaporkan oleh portal The Edge. Syarikat yang sinonim dengan slogan “Everyone Can Fly” itu seolah-olah memerlukan talian hayat.
Talian hayat untuk meneruskan kelangsungan operasi yang juga akan menentukan trend penawaran dan permintaan dalam pasaran sektor penerbangan tanah air.
Hakikatnya kewujudan operasi penerbangan AirAsia sejak 1996 telah menjadikan sektor penerbangan negara lebih kompetitif. Maksudnya sebagai pengguna, rakyat selama ini mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil atau menempah melalui Malaysia Airlines, Batik atau AirAsia mengikut bajet masing- masing. Perkhidmatan penerbangan penting untuk pergerakan jarak jauh. Bagi isi rumah dalam segmen pendapatan B40 dan M40, kos penerbangan merupakan pertimbangan penting dalam konteks perbandingan harga tambang.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
AirAsia sudah tentu akan menjadi pilihan nombor satu pasangan Awang Damit dan Normah dari Putatan untuk menghantar anak mereka ke Maktab Rendah Sains MARA Langkawi. James, bapa tunggal kepada lima orang anak belasan tahun dari Penampang sudah tentu akan memilih AirAsia untuk membawa anak-anaknya bercuti di Kota Bharu, Kelantan. Kedua-dua misalan tersebut akan menjadi memori silam bagi sebahagian besar pelanggan AirAsia jika isu kegawatan syarikat penerbangan tambang murah itu tidak diselesaikan segera.
Kerugian bersih yang telah menjejas RM527.16 juta dalam tempoh tiga bulan setakat 30 Jun 2026 telah mendorong AirAsia untuk memotong kapasiti kerusi sehingga 25 peratus pada suku tahun berikutnya. Pengecutan operasi akan mengundang implikasi domino kepada penawaran pasaran. Jika tidak diselesaikan secara cermat, AirAsia berisiko untuk melanjutkan pengecutan operasi penerbangan domestik pada masa hadapan.
Kesannya, rakyat khususnya pelajar sekolah, penuntut universiti dan kakitangan kerajaan lama-kelamaan akan berdepan dengan senario dominasi pasaran oleh syarikat-syarikat penerbangan yang lain. Pelanggan tidak lagi ditawarkan dengan alternatif yang jimat poket. Sebaliknya, syarikat-syarikat penerbangan yang lain akan menjadi oportunis untuk menaikkan harga tambang dengan keterlaluan.
Harga tambang yang tinggi akan menyebabkan inisiatif subsidi berkaitan tambang penerbangan tidak mendatangkan makna yang signifikan. Contohnya, FLYsiswa MADANI 2027 dan penambahan kuota biasiswa JPA kepada 4,200 orang anak-anak Sabah dan Sarawak yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2027 akan terkena tempias. Sekiranya AirAsia tidak lagi wujud untuk menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah, siswa terpaksa juga top up duit sendiri untuk membeli tiket penerbangan untuk balik ke kampung.
Berhubung dengan perihal kelangsungan AirAsia ini, Putatan menggesa Kerajaan MADANI untuk mengformulakan mekanisme penyelesaian terbaik.
Penyelesaian yang boleh menyelamatkan krisis kewangan AirAsia demi untuk mengimbangi komposisi penawaran dalam perkhidmatan penerbangan.
Dato’ Yang di-Pertua, sektor kesihatan awam amat memerlukan rawatan segera daripada kerajaan. Menerusi penambahan RM1.2 bilion bagi peruntukan 2027, Kementerian Kesihatan perlu memastikan masalah asasi dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan awam diselesaikan dengan drastik. Antara asas terpenting dalam perkhidmatan kesihatan awam ialah kesiagaan doktor. Di wilayah Borneo
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
khususnya Sabah, masalah ketidakcukupan doktor masih membelenggu ekosistem kesihatan. Di Sabah, isu Pegawai Perubatan tidak melaporkan diri telah menimbulkan keresahan kami, rakyat di negeri Sabah.
Putatan difahamkan daripada kenyataan Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia Sabah bahawa, hanya 47 daripada 138 orang Pegawai Perubatan melaporkan diri. Dengan kata lain, 91 orang Pegawai Perubatan yang telah disahkan status penempatan tidak memunculkan diri.
Persoalan penting yang memerlukan justifikasi KKM ialah, apakah punca yang menyebabkan senario tersebut terjadi? Rentetan daripada insiden tersebut, Putatan menyimpulkan bahawa status perjawatan— status Tetap masih tidak cukup kuat untuk menarik minat Pegawai Perubatan dari Semenanjung berkhidmat di Sabah. Oleh sebab itu, KKM mesti melaksanakan bedah siasat untuk mengenal pasti setiap faktor yang membantutkan niat seseorang Pegawai Perubatan untuk berkhidmat— di Sabah.
Bagi sebilangan kakitangan awam, Sabah bukan menjadi penempatan tugas first choice atau pilihan pertama. Putatan tidak berhasrat untuk membuat sebarang andaian, tetapi KKM perlu bermuhasabah. KKM mesti mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan yang perlu direformasi. KKM mesti bertindak untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi the last choice. Reformasi sektor kesihatan awam perlu bermula dengan penyediaan kemudahan asas yang kondusif. Kuarters atau kediaman kakitangan sektor kesihatan awam perlu disempurnakan dengan pertama, ketersediaan tempat tinggal khas yang mencukupi, kondusif dan selesa.
Kedua, bekalan air yang bersih dan lancar setiap masa tanpa catuan.
Ketiga, bekalan elektrik yang lestari tanpa gangguan.
Keempat, capaian kepada internet yang lancar tanpa limitasi.
Dan yang kelima, kemudahan jalan raya penghubung yang memudahkan urusan pergerakan rutin.
Kelima-lima keperluan tersebut bukan sahaja menjadi pengukur kepada tahap kesejahteraan rakyat setempat, bahkan menjadi pertimbangan penting kepada kakitangan kerajaan seperti doktor untuk membuat keputusan berkaitan penempatan tugas baharu. Kekangan kemudahan asas khususnya yang dialami di kawasan luar bandar Sabah, bukan menjadi rahsia kepada umum. Penjawat awam dari Semenanjung akan menjadikan kekangan tersebut sebagai sandaran dalam memutuskan keputusan untuk bertukar di tempat yang lain.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Justeru, seiring dengan tuntutan terhadap reformasi kemudahan asasi, Putatan berpendirian bawah KKM perlu merealisasikan pemberian kadar elaun yang bermaruah. Pegawai Perubatan yang layak dan berhak untuk menikmati elaun, tetapi— serta imbuhan-imbuhan lain yang wajar dengan pengorbanan mereka.
Dalam soal pembayaran emolumen untuk bertugas di Wilayah Borneo: KKM dan MOF tidak seharusnya berkira-kira untuk berbelanja. Pegawai Perubatan yang ditempatkan bertugas di Sabah mesti dibayar dengan kadar emolumen bulanan yang sewajarnya seiring dengan penyediaan kelima-lima kemudahan asas yang telah dinyatakan tadi.
Bagi Pegawai Perubatan yang berkeluarga, KKM perlu meneliti keperluan untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk didiami seisi keluarga. KKM juga perlu mengambil kira kos sara hidup semasa mengikut lokaliti dalam memuktamadkan kadar emolumen wajar. Harga tambang penerbangan yang tidak menentu serta perbelanjaan-perbelanjaan luar jangka yang lain mesti dirangkumkan sebagai penelitian dalam menjayakan reformasi kesihatan awam di negeri Sabah.
Dato’ Yang di-Pertua, seperti kebiasaan Kementerian Pendidikan diperuntukkan dengan peruntukan tertinggi bagi tahun 2027. Namun yang tidak menjadi ketidakbiasaannya, projek menambah baik sekolah sedia ada serta membina sekolah baharu yang diumumkan saban tahun masih gagal untuk dilaksanakan mengikut garis masa yang sepatutnya. Di negeri Sabah, pembinaan sekolah baharu merupakan keutamaan teratas. Di Daerah Putatan, ibu bapa, guru serta komuniti setempat mengharapkan agar pembinaan SMK Lok Kawi dapat dimulakan dengan segera bagi menampung peningkatan populasi setempat yang sudah tentu melibatkan pertambahan jumlah pelajar.
Berdasarkan perkembangan terkini yang dilaporkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Penampang, tapak pembinaan SMK Lok Kawi yang merupakan projek Rancangan Malaysia yang ke-12 itu telah dilawati oleh wakil-wakil dari setiap agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Kementerian Ekonomi.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Projek yang melibatkan pembinaan sebanyak 42 bilik darjah baharu itu memerlukan perhatian serta tindakan bersepadu Kementerian Pendidikan serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Inter-agency affiliation tersebut penting ke arah memuktamadkan rantaian keperluan bagi menjayakan setiap fasa pembinaan yang dijadualkan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Sejajar dengan teras strategik keempat Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 yang menggariskan pemantapan prasarana fizikal, Kementerian Pendidikan seharusnya turun padang dengan lebih kerap untuk mengenal pasti permasalahan serta kekangan yang dihadapi oleh satu-satu projek yang memerlukan tindakan segera menerusi rundingan Minister to Minister.
Masalah kepadatan bilik darjah di kebanyakan sekolah di negeri Sabah tidak akan berpenghujung selagi projek-projek yang diumumkan hanya sekadar kata-kata manis penyedap hati. Pembentangan Belanjawan 2027 turut mengakui realiti keperluan penambahan bilik darjah. Keperluan tersebut antaranya didorong oleh penambahan kemasukan murid Darjah 1 yang turut terdiri daripada murid berumur enam tahun.
Realiti tersebut perlu dijadikan sebagai sandaran kepada kerajaan untuk mempercepatkan setiap projek sekolah baru di seluruh negeri Sabah bagi menampung pertambahan luar jangka pelajar pada masa hadapan.
Cuba bayangkan projek sekolah menengah baharu diumum pada tahun yang sama, seorang murid Darjah 1 didaftarkan. Jika projek yang sama masih gagal disiapkan sepenuhnya mengikut atau dalam tempoh 10 tahun, murid yang sama terpaksa belajar di sekolah menengah yang sedia ada, dia berdepan dengan masalah kepadatan kelas yang masih belum diselesaikan.
Jika kelewatan projek itu masih berlarutan, pelajar-pelajar baru nanti akan mewarisi masalah sandwich classroom yang pernah dialami oleh senior mereka.
Kesannya, guru akan dibebani dengan tanggungjawab mengajar di luar kemampuan.
Pengajaran bagi satu subjek terpaksa dilakukan secara dua sesi pagi dan petang dalam keadaan guru tidak mencukupi.
Senario tersebut akan memaksa sekolah untuk mengemukakan permohonan guru tambahan dari Semenanjung dalam keadaan infrastruktur sekolah yang menyedihkan. Justeru, sebagai pendekatan jangka pendek dan sederhana kepada masalah kepadatan bilik darjah, Putatan menggesa agar projek menambah baik sekolah-sekolah yang sedia ada dapat disegerakan.
Di kawasan Parlimen Putatan, terdapat lima sekolah yang memerlukan tindakan. Termasuk pertama, SMK Petagas yang memerlukan blok baharu PPKI, lima bilik darjah.
Kedua, SK Pekan Putatan yang memerlukan pembaikan struktur dua blok kuarters.
Ketiga, SMK Putatan yang memerlukan pembaikan struktur dua blok asrama.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Keempat, SMK Tan Sau yang memerlukan penyelenggaraan pendawaian elektrik.
Dan yang kelima, SK Kampung Coto yang memerlukan penaikan taraf bekalan serta pendawaian elektrik.
Bagi jangka panjang pula, khabar pembinaan SK dan SMK Pulau Gaya masih dinanti-nantikan. Ianya sudah dimaklumkan atau diumumkan beberapa tahun yang lalu. Namun, sehingga sekarang belum ada khabar berita.
Namun, saya berasa gembira, sebentar tadi saya mendapat update bahawa proses perolehan bagi kedua-dua sekolah SK dan SMK Pulau Gaya sedang berlangsung. Jadi, besarlah harapan Putatan agar dapat melihat kerja-kerja pembinaan fizikal akan dapat dimulakan dalam enam bulan pertama pada tahun 2027.
Pembaikan infrastruktur serta pembinaan sekolah baharu di Sabah dan Putatan perlu dijadikan oleh Kerajaan MADANI sebagai cita-cita di langit yang perlu digapai menerusi usaha yang mengakar di bumi. Maknanya, dalam apa jua bentuk kepayahan sekali pun, aspirasi tersebut mesti direalisasikan demi untuk masa depan anak-anak kita yang mendambakan persekitaran pendidikan yang terbaik.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi inti pati yang terakhir. Seperti yang kita sedia maklum, kemunculan pasukan tentera Amerika Syarikat di Pulau Balabak, Filipina telah menimbulkan kegusaran rakyat di Sabah. Pulau terpencil tersebut kini dijadikan sebagai Pangkalan Tentera Amerika Syarikat yang sepatutnya mengundang syak wasangka negara terhadap agenda ketenteraan dua negara tersebut.
Walaupun Filipina merupakan rakan blok ASEAN yang pada zahirnya mendukung aspirasi keselamatan negara-negara anggota, namun tindak-tanduk Filipina yang dilihat mesra kepada polisi ketenteraan Amerika Syarikat perlu dijadikan sebagai sandaran realiti oleh Kementerian Pertahanan untuk memperkemaskan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia bagi ketiga-tiga unit darat, udara dan laut.
Kesiagaan ketenteraan tersebut perlu meliputi tumpuan untuk memperkukuh kawalan sempadan di negeri Sabah, terutamanya di Pulau Banggi dan Pulau Balambangan yang hanya berjarak sekitar 50 kilometer dari Pulau Balabak.
Sebagai Wakil Rakyat Sabah, Putatan dengan tegasnya ingin menekankan bahawa kedinamikan geopolitik pada hari ini memerlukan ekosistem pertahanan negara untuk sentiasa bersedia daripada pagi hingga ke petang, daripada petang hingga ke malam. Persediaan tersebut perlu bermula dengan ketersediaan teknologi
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
pertahanan masa kini, di samping kelengkapan peralatan ketenteraan yang merangkumi fasiliti di kem-kem tentera, termasuk kem tentera Lok Kawi di Putatan.
Bagi mengakhiri ucapan perbahasan, Putatan ingin membacakan serangkap pantun untuk renungan.
Naik pesawat menuju Sabah, Untuk berbakti pada rakyat susah; Usaha pembangunan negeri mesti diasah; Demi menjadi wilayah bermaruah. Sekian sahaja ucapan perbahasan Putatan Peringkat Dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Putatan dengan ini mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Alhamdulillah sampai juga kita ke hujung.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 15 Oktober 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.37 malam]