Oct132026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Sebelum kita memulakan Pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ini, saya ingin membuat satu pernyataan bahawa pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kita di Kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara yang telah memberikan bantuan, sokongan dan perkhidmatan yang terbaik.

Bukan sahaja kepada saya, Timbalan-timbalan saya dan Ahli Parlimen yang terlibat dalam persidangan-persidangan antarabangsa yang melibatkan Parlimen Malaysia serta lawatan-lawatan jawatankuasa pilihan di luar negara. Semoga kerjasama dan sokongan seperti ini akan diteruskan pada masa yang akan datang, demi memastikan segala urusan dan hal ehwal Parlimen Malaysia di persada antarabangsa berjalan dengan begitu lancar. Terima kasih semua.

[Tepuk]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Speaker. Sri Gading minta Menteri Ekonomi menyatakan, apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027 tidak menyebabkan pengurangan pekerja, kenaikan harga barangan atau peningkatan kos operasi perusahaan kecil dan adakah kerajaan bercadang menyediakan insentif peralihan kepada majikan yang terkesan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berdasarkan Belanjawan 2027 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Oktober yang lalu, kita telah pun membuat ketetapan bahawa kadar gaji minimum itu ditingkatkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 yang mana peningkatan kadar gaji minimum ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih empat juta orang pekerja.

Bagi memastikan kenaikan kadar gaji minimum ini tidak membebankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 8.09 juta pekerja atau 48.7 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja, PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta akan dikecualikan bagi memberi ruang kepada mereka untuk penyesuaian model perniagaan.

Langkah ini penting supaya kita dapat pastikan juga majikan menyusun semula kewangan mereka dan juga memastikan operasi perniagaan tanpa perlu mengambil langkah drastik termasuk pemberhentian pekerja.

Penguatkuasaan terhadap perintah gaji minimum baharu oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, selepas itu JTK Sabah dan juga JTK Sarawak akan dibuat selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, pekerja boleh memfailkan aduan ataupun mana-mana majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta 732.

Sekiranya penyesuaian kadar gaji minimum tersebut menyebabkan penstrukturan semula syarikat sehingga berlaku contohnya pemberhentian pekerja— pekerja yang terjejas dan dilindungi oleh Sistem Insurans Pekerjaan ataupun SIP adalah layak untuk menuntut faedah SIP termasuk Elaun Mencari Pekerjaan yang mana untuk menampung kelangsungan hidup mereka sehingga enam bulan.

Berhubung mengenai keadaan harga barang dan juga kos sara hidup, kita dapati bahawa pertimbangan juga kita lihat kadar inflasi. Sebagai contoh, untuk tahun 2024 yang mana menjana sekitar 1.8 peratus, 2025 dia menurun ke 1.4 peratus, manakala untuk tahun 2026 kita tahu bahawa dengan keadaan krisis dan sebagainya, ia nya masih terkawal pada 1.7 peratus untuk suku pertama dan sekitar 1.9 peratus untuk suku kedua. Manakala, kalau kita lihat dari segi inflasi makanan, ia nya sekitar 1.4 peratus bagi Mei, Jun serta 1.8 hingga 1.9 untuk Julai dan Ogos.

draft • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sementara itu, kita lihat juga indikator pertumbuhan KDNK yang terus kukuh 5.4 peratus suku pertama, enam peratus suku kedua, yang mana untuk separuh masa pertama ini kadar KDNK kita 5.8 peratus.

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, dua poin lagi. Untuk dari segi memastikan pelaksanaan gaji minimum ini tidak memberi kesan kepada kenaikan harga barang yang tidak mendadak, kerajaan komited untuk stabilkan harga barangan keperluan melalui penguatkuasaan yang lebih ketat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan juga dari segi kekerapan Program Jualan Rahmah MADANI.

Dan juga kita ada salurkan peruntukan untuk Jualan Agro MADANI yang mana untuk tahun depan kita sasarkan RM50 juta untuk 5,000 Program Jualan Agro MADANI dan juga 30,000 Program Jualan RAHMAH MADANI dengan perbelanjaan atau peruntukan RM700 juta. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sri Gading.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih pada Menteri Ekonomi yang telah berikan jawapan yang baik. Namun, berdasarkan Ucapan Belanjawan 2027 menyatakan, bagaimana kerajaan hendak memastikan inisiatif untuk meningkat pendapatan pekerja dapat bergerak selari dengan peningkatan kos hidup dan produktiviti kerana kita melihat ada risiko penetapan gaji minima kepada graduan sekiranya yang bawah 2,000, maka yang graduan tentu lebih daripada itu.

Andai kata diletakkan 2,500 berdasarkan kepada kelayakan akademik, dia mungkin boleh menjadi kesan kepada dasar tersebut apabila majikan mula mengurangkan pengambilan graduan ataupun mengubah syarat kelayakan sesuatu jawatan bagi mengelakkan kos gaji yang lebih tinggi. Jadi, bagaimanakah kerajaan memastikan dasar ini terus meningkat pendapatan graduan tanpa mengecilkan peluang graduan memasuki pekerjaan? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Sudah pasti bila kita berbicara soal gaji, satu sudut kita melihat bagaimana gaji itu dapat membantu dari soal kos sara hidup dan kalau kita lihat juga dari segi kaedah pelaksanaan juga, kita bagi ruang kepada PMKS untuk menyusun operasi dan sebagainya kerana sekiranya perkara itu menimbulkan respons ataupun tindak balas yang luar biasa, itu akan memerlukan lagi usaha kita menguruskan kesannya

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

di kemudian hari, tetapi bila kita bercakap soal gaji juga, ia nya melibatkan produktiviti.

Jadi, mahu tidak mahu sebagai contoh, untuk meningkatkan produktiviti itu, selain kemahiran pekerja itu perlu ditingkatkan, kita juga kena teliti dari segi penggunaan teknologi, dari segi bagaimana skim latihan yang berterusan dan sebagainya.

Bagi persoalan kerangka apabila juga kita melihat ada keperluan wage compression dengan izin, bila gaji itu termampat kerana berlaku pergerakan gaji minimum, tetapi gaji yang berikutnya tidak berlaku kenaikan yang setimpal. Maka sebab itu, dari segi rancangan untuk kita perkenalkan dari segi gaji minimum untuk pekerja separuh mahir ataupun daripada graduan ini mengambil sikap daripada pandangan berkenaan...

draft • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma pada masa yang sama, sudah pasti mekanisme ini perlu dibina dan dibentuk dalam keadaan ia nya juga perlu ada penyesuaian. Sebagai contoh Yang Berhormat nyatakan dari segi skop kerjanya, dari segi tanggungjawabnya, bagaimana perkara itu dapat diselaraskan dengan produktiviti tadi. Maksudnya pemberian gaji itu juga perlu menilai ataupun semangatnya adalah untuk kita tingkatkan produktiviti, sama ada di peringkat pekerja ataupun majikan kita.

Pada masa yang sama, sementara kita lihat soal gaji minima, satu lagi perkara yang perlu dititikberatkan adalah laluan untuk gaji rakyat kita ini ada dia punya progress yang baik. Maka sebab itu, dari sudut untuk meletakkan benchmark di peringkat kerajaan, GLIC dan juga GLC, contohnya mereka meningkatkan penanda aras gaji kehidupan sara hidup mereka daripada 3,100 yang mana tahun depan kita minta untuk dinaikkan ke RM3,400 sebulan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Temerloh seterusnya.

draft • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Speaker.

Tadi saya mendengar bahawa Menteri menjelaskan berkaitan dengan sokongan untuk peningkatan produktiviti. Soalan saya adalah, bagaimana untuk kita memastikan pelaksanaan gaji ini disokong? Bagaimana caranya nak disokong oleh peningkatan produktiviti pekerja dan apakah sasaran produktiviti yang ditetapkan?

Berapakah jumlah peratusan majikan yang menyertai program gaji progresif setakat

draft • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

ini sebagai mekanisme menghubungkan kenaikan gaji dengan produktiviti dan kemahiran pekerja? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Dari segi persoalan bagaimana kita tingkatkan produktiviti, rekod menunjukkan ketika ini dari segi produktiviti yang berlaku dari segi pengeluaran ataupun produktiviti negara, memang meningkat, menunjuk peningkatan yang baik, tapi pada masa yang sama, pergerakan gaji itu tidak berlaku seiring dengan— selaju— produktiviti itu satu komponen, tetapi akan ada yang mengatakan bahawa produktiviti itu bukan semata-matanya datang daripada pekerja. Contohnya sumbangan modal yang disalurkan oleh majikan.

Contohnya, penggunaan teknologi. Maka, produktiviti itu memang secara kesesuaian, kita kena tingkatkan.

Pada masa yang sama, satu lagi benchmark yang kita teliti adalah pulangan kepada pekerja. Sasaran kita untuk 2030, kita nak naikkan compensation to employees (CE) ini kepada 40 peratus. Ketika ini, kadarnya sekitar 33.9 peratus.

Maka di sebab itu, kita percaya bahawa ruang untuk pulangan kepada pekerja itu dari segi kerangka pertumbuhan ekonomi negara itu masih ada ruang untuk pulangan itu dilebihkan lagi kepada pekerja.

Cuma, bagaimana untuk kita meneliti— satu perkara Yang Berhormat sebut tadi dari segi gaji progresif. Dasar Gaji Progresif ini memang kita telah perkenalkan dari segi sasarannya 50,000 orang pekerja yang kita sasarkan, tetapi kita terlebih sikit dalam hampir mencecah dekat 51,000 orang pekerja yang mendapat manfaat majikan sekitar dalam 4,000 lebih majikan, yang mana majikan ini diberi insentif supaya gaji pekerja mereka itu dinaikkan dan tempoh Dasar Gaji Progresif yang sedang berlaku ini akan berakhir pada tahun 2027. Maka ketika ini, Dasar Gaji Progresif sedang berjalan.

Sebab itu sepertimana yang saya telah nyatakan dalam Dewan yang mulia ini, kita juga dalam proses mengkaji keberkesanan kaedah pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ini untuk memastikan permasalahan struktur yang menyekat ataupun yang menyebabkan pergerakan kenaikan gaji kita yang agak mendatar ini, kita cuba cari jalan untuk tingkatkan lagi. Maka sebab itu, usaha untuk kita menilai the structural problem dengan izin ini, perlu berlaku dari semasa ke semasa dan insya-Allah, setelah hasil kajian Dasar Gaji Progresif itu kita dapat, itu kita akan buat penilaian yang lebih menyeluruh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse Tebrau.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau]: Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tebrau minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah sasaran kerajaan bagi pendaftaran warga Rohingya dalam tempoh dua tahun melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian termasuk jumlah yang disasarkan dan garis masa pelaksanaannya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Menteri,

draft • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri di-Pertua, terima kasih Tebrau.

Tan Sri di-Pertua, masalah pelarian ini satu masalah legasi yang berlarutan berdekad lamanya hampir tiada penyelesaian. Hari ini kita tampilkan satu tekad politik. Kita nak selesaikan dan selesaikan secara tuntas, secara berterusan. Kalau tak selesai, dia akan beri beban kewangan pada kerajaan. Dia ada kesan sosial, kesan ekonomi, kesan politik, bahkan kesan keselamatan.

Pelarian ini Tan Sri di-Pertua, bila dia berada dalam negara kita, dia ada tiga saja hala tuju dia:

(i) kalau dia berjaya ditempatkan di Negara Ketiga: Australia, New Zealand, Kanada. Ini negara yang ambil:

(ii) kalau dia secara sukarela nak balik, macam baharu ini kita hantar balik lebih kurang 1,400. Mereka nak balik; dan

(iii) selama mereka berada di sini, tapi kalau mereka melanggar undang-undang itu kita ambil tindakan, kemudian kita akan usir.

draft • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Tebrau. UNHCR beritahu kita, di negara kita ini ada 225,000 pelarian. Itu data UNHCR, tapi saya— dan Menteri Luar, kita dah faham data tu data mentah. Kita tak tahu nama dia, dia berada di mana, umur dia berapa, jantina dia. Apakah mereka yang diberi status pelarian oleh UNCHR ini ada tapisan keselamatan? Kita tak ada maklumat itu.

Maka, kita buat keputusan, kerajaan buat keputusan, kita kena buat pendataan kita sendiri. Jadi, DPP adalah satu proses pendataan, kumpul data.

Namanya, umurnya, kemudian lokasi keberadaannya, ada tapisan polis ke atas

draft • 10:20 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

mereka ini, ada tapisan imigresen. Kita buat sistem biometrik, segala macam supaya kita ada satu data yang credible. Data ini, Tan Sri Yang di-Pertua, adalah satu instrumen keselamatan. Dia bukan hanya sekadar pangkalan data. Daripada situ, kita boleh buat satu dasar awam. Kita boleh kenal pasti mekanisme penguatkuasaan undang-undang. Ya, baik.

Sasaran kita adalah pelarian ini ada yang kita dah tempatkan di depot tahanan imigresen. Jadi, untuk DPP fasa pertama yang bermula Januari tahun ini, untuk yang berada dalam depot, kita sasarkan lebih kurang 4,010 orang. Itu sasaran kita. Maksudnya, kita akan temu duga mereka.

Soalan polis nya, soalan imigresen nya, kemudian kita akan buat keputusan sama ada mereka ini adalah pelarian mengikut unjuran, mengikut pertimbangan, tapi yang di luar depot imigresen, bagi tahun ini kita unjurkan 2,000. Jadi, keseluruhannya lebih kurang 6,000 sasaran kita bagi tahun ini, tapi tahun depan setelah proses ini kita dah mahir— tahun depan kita tingkatkan unjuran kita sehingga 20,000.

Jadi, untuk makluman Tebrau tadi, kalau di luar sana ada 225,000 yang kita dulukan, DPP ini adalah istilahnya low-hanging fruit yang memang dah ada dalam depot kita, kita dulukan yang itu. Dan yang di luar juga, kita ada unjuran yang telah saya nyatakan tadi. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tebrau.

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tan Sri. Sebab isu ini agak penting dan hangat. Mungkin soalan tambahan itu lebih sikit ya Tan Sri.

Soalan pertama, status Rohingya ni memang seperti maklum Menteri, dia status pelarian, dia refugee. Maka sebenarnya mereka tidak boleh bekerja secara sah di Malaysia. Maka dalam keadaan di pasaran, di mana memang ada kekurangan pekerja asing, mungkinkah tidak kerajaan akan membenarkan mereka yang telah berdaftar di bawah DPP ini untuk bekerja di bawah sektor 3D— difficult, dangerous, dirty supaya kita tidak perlu lagilah, kita import pekerja asing. Itu pertama.

Kedua, baru-baru ini ada pertemuan Perdana Menteri kita, Yang Berhormat Tambun dengan Presiden Myanmar. Adakah isu tentang Rohingya ini dibincangkan dan sekiranya ada, apakah keputusannya?

Dan ketiga, saya ingin membawa perhatian Menteri. Baru-baru ini, ada tular banyak video di media sosial di mana ada orang, NGO, ada organisasi yang buat video dia berjumpa dengan orang Rohingya, dia buat serbuan. Dia minta mereka tunjuk kad UNHCR. Dia kata, “Siapa bagi hak awak datang sini, tinggal sini berniaga?” Bagi saya, tingkah laku yang agak agresif sikit. Bagi saya, mereka ni

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

seolah-olah dia menyamar atau dia minta benda ni tanpa autoriti, tapi dia berlaku— tingkah lakunya seperti penguat kuasa yang sah.

Saya rasa negara Malaysia ni masih negara yang ada undang-undang, Menteri. So, apakah pandangan Menteri terhadap tingkah laku mereka ni? Bagi saya, yang mungkin terlalu agresif. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri terima kasih. Soalan tambahan ada tiga bahagian. Saya cuba jawab.

Yang pertama, apakah pada akhirnya pendataan di bawah DPP ini laluan untuk dia bekerja? Okey, saya bagi keadaan begini dalam negara kita. Di satu sisi, ada lima sektor ekonomi yang memerlukan pekerja. Kementerian Ekonomi letakkan siling. Pekerja asing boleh dibawa masuk di bawah Rancangan Malaysia Ketiga, jumlahnya tak boleh melepasi 10 peratus daripada guna tenaga. Guna tenaga kita 17 juta.

Sepanjang RMK13, 1.7 juta adalah siling bagi lima sektor ekonomi; pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan juga perkhidmatan. Dan lima sektor ekonomi ini kalau tak ada pekerja asing, maka dia bagi kesan kepada ekonomi kita. Maksudnya, tak ada orang yang nak pergi kait sawitkah, nak susun bata, itu realitinya.

Setiap tahun, KDN antara agensi kawal selia yang ikut terlibat dalam memutuskan tentang status kelulusan pekerja asing sebagainya, itu satu sisi. Di satu sisi lain, kita ada 225,000 yang UNCHR kata berstatus pelarian, depan mata kita.

Jadi, idea besarnya— idea besar, belum jalan lagi. Kalaulah kita boleh kumpulkan data, 225,000 orang ini kemudian kita pisahkan yang mempunyai julat umur yang masih produktif— umur 20, 25, 30. Masih produktif, yang telah kita tapis, kita ada datanya.

Jadi, hasrat kita adalah keperluan tenaga kerja tak semestinya kita ambil daripada luar. Saya bagi contoh; katalah Pasir Gudang ada ladang sawit perlukan 100 pekerja. Ada dua pilihan; nak ambil daripada Bangladesh dan bayar segala macam kos ataupun semak dengan data pendaftaran pelarian kami yang memang dah ada umpamanya. Itu keputusan yang akan kita buat. Buat masa ini, saya tidak menolak kemungkinan laluannya ke situ bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang real di hadapan kita. Ya, baik. Itu satu.

Yang kedua, soal tindakan persendirian. Saya fikir kerjasama yang rakyat Malaysia boleh buat adalah jika mereka mendapati tingkah laku atau perbuatan di

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

kalangan mereka yang dikatakan pelarian ini tak disenangi oleh penduduk setempat, komuniti setempat dan sebagainya, mereka sampai kepada pihak berkuasa. Sebab pihak berkuasa dari sudut undang-undang adalah pasukan polis dan penguat kuasa yang lain. Jalan yang paling baik bagi mengekalkan tertib dalam sebuah negara adalah serahkan kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankannya. Maknanya, elak daripada mengambil tindakan bersendirian.

Baik, saya sangat faham tentang wujudnya beberapa aktivis yang membuat usaha seperti ini. Kita hargai usaha mereka kerana ini gambaran tentang tak senangnya masyarakat kita tentang kehadiran ini. Cuma dari sudut kerajaan, kita kena lakukan mengikut lunas undang-undang. Misalnya, ada yang sampai pergi ke kem pelarian.

Kemudian dia buat satu posting, dia kata dia mengesan bahawa kemasukan mereka daripada pelarian luar itu— kem pelarian luar ke negara kita, menggunakan pasport sebuah negara. Masuk, kemudian dapat kad UNHCR. Saya anggap itu kekal sebagai dakwaan. Sebab kalau ia nya pelarian dan dia dikatakan masuk menggunakan pasport, kemudian dengan pasport itu dia mohon status pelarian, yang itu tak melibatkan autoriti kita langsung. UNHCR punya tapisan.

Sebab itu, reaksi saya adalah, kalau adanya dakwaan seperti itu, menjadi tanggungjawab, kewajipan mereka untuk mendekati kita, pihak autoriti untuk menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sesuai dengan undang-undang dalam negara kita.

Jadi, yang saya nak tekankan di sini adalah, perkara yang dibangkitkan oleh Tebrau—saya ikut serta dalam rundingan bilateral dengan Presiden Myanmar.

Apakah tajuk tentang etnik Rohingya itu dibincang? Ya, dibincang, dua kali. Pertama, pertemuan empat mata Perdana Menteri dengan Presiden. Yang kedua, perbincangan dua hala antara Presiden Myanmar dan Jemaah Menteri dia dengan Perdana Menteri dan berapa orang Menteri yang terlibat. Kita bincangkan.

Yang paling penting adalah pertama, Presiden Myanmar dan Kerajaan Myanmar bersetuju untuk menerima penghantaran pulang warga Myanmar daripada semua etnik untuk dihantar pulang dengan biaya mereka sendiri. Mereka tak minta duit kita. Itu yang pertama.

Yang kedua, mereka bersetuju untuk proses tapisan bagi mengenal pasti warga dia di sini, kita yang akan melaksanakannya. Tentunya dengan kerjasama antara pihak berkuasa kita dan pihak berkuasa Myanmar.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya fikir melalui proses engagement ini, pertemuan bersemuka dengan menggunakan mekanisme ASEAN. Mekanisme ASEAN maknanya kalau kita ada masalah dengan negara jiran ASEAN kita, kita berjumpa...

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terus terang, bincang hati ke hati. Cari jalan keluar terhadap masalah. Masalahnya apa? Kebanjiran pelarian di negara kita yang datang dari Myanmar.

Penyelesaian mekanisme ASEAN, jumpa dengan Presiden dia. Nyatakan masalah kita, sebut kat mana yang dia boleh bagi kerjasama untuk bantu menyelesaikan. Penyelesaian yang paling mudah adalah, dia terima untuk mereka ini dibawa balik. Itu mekanisme ASEAN yang telah kita bincangkan dalam pertemuan semasa lawatan tempoh hari. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Putrajaya.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jika kita lihat bahawa, apa yang berlaku pada hari ini adalah antara lain berpunca daripada tindakan sesetengah daripada kita dahulu memberi isyarat, mengalu-alukan kedatangan mereka. Ini cerita lama. Jadi bila mengalu-alukan kedatangan ini, sindiket mengambil kesempatan untuk membawa masuk mereka dengan bot-bot ke sini. Jadi, isyarat ini penting.

Jadi, di sini saya ingin tanya beberapa soalan, Yang Berhormat Menteri, kerana kalau kita— DPP ini menghantar isyarat seolah-olah kita memudahkan pendaftaran pelarian. Maka, akan ada satu lagi lonjakan besar.

Jadi soalan saya, pertama sekali, adakah mereka yang didaftarkan dengan DPP ini, akan didaftarkan ini— akan diambil senarai daripada UNHCR ataupun pendaftaran ini pendaftaran baru? Nanti kalau begitu, dia akan ada satu pendaftaran UNHCR, satu lagi pendaftaran DPP. Jadi saya nak minta penjelasan Menteri, adakah perkara ini diambil dari senarai UNHCR? Ini yang UNHCR daftarkan dan kita akan semak satu persatu untuk pastikan bahawa mereka ini benar-benar pelarian.

Yang kedua, apakah mekanisme yang akan diletakkan oleh kerajaan supaya tidak ada ruang bagi sindiket ini untuk membuat satu lagi sindiket baharu pendaftaran pelarian melalui DPP. Itu soalan kedua.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang ketiga, apakah way forward. Ini soalan yang paling sukar, way forward kita dengan lebih 225,000. Ini tak termasuk kelahiran baharu dan jika tidak ditangani dengan baik, maka konflik dengan masyarakat akan bertambah.

Soalan saya berikutnya, adakah kerajaan merancang untuk menggunakan pendekatan sewaktu kita menguruskan pelarian Vietnam— 40 tahun, 50 tahun dahulu? Meletakkan mereka dalam kawasan yang terkawal, bukan dibiarkan mereka berada dalam masyarakat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih sahabat saya, Putrajaya. Ketika Perang Vietnam, pelarian Vietnam datang, kita sediakan pulau.

Kalau di Sungai Besi itu ada kem. Saya masih ingat, daripada Stesen Bas Puduraya nak pergi ke kampus, universiti saya di Serdang, mesti lalu jalan lama itu, tapi bagaimana penyelesaian terhadap isu pelarian Vietnam?

Apabila Vietnam memohon menyertai sebagai anggota penuh negara ASEAN, negara kita kenakan syarat. Boleh, kita antara negara yang setuju penyertaan Vietnam. Dengan syarat, rakyat kamu yang berada dalam negara kita berstatus pelarian, kamu ambil balik. Vietnam setuju, jadi selesailah. Kem di Sungai Besi pun tutup, pulau di Terengganu pun tutup, mereka ambil balik. Kita kenakan syarat itu.

Baik. Mekanisme itu dianggap berkesan pada waktu itu kerana kita hanya berdepan dengan pelarian dari Vietnam. Sekarang ini, pelarian daripada negara kita kerana ada UNHCR ini, dia membuka permohonan untuk menjadi pelarian ini— dia buka pendaftaran secara atas talian. Dia mungkin berada di Yaman, dia mungkin berada di Syria, dia mungkin berada di Afghanistan atau mana-mana negara lah yang ada push factor.

Tak kiralah pelarian apa pun, dia mohon. Belum pun UNHCR di Kuala Lumpur bagi keputusan terhadap permohonan dia, dia datang dulu sebagai pelancong— pas sosial. Kemudian tiap-tiap minggu, dia akan berkumpul depan Pejabat UNHCR dekat Jalan Bellamy untuk tanya, apa status permohonan kami. Itulah realitinya.

Kita ini bercakap ini tentang hiliran, yang huluan itu adalah menjadi punca masalah. Saya dengan sahabat saya Menteri Luar, kami sampaikan pandangan kami melalui forum seperti Jemaah Menteri ataupun Majlis Keselamatan Negara.

Saya kira lembutlah, kalau Menteri Luar, keras lagi sebenarnya, tapi dalam perbahasan nanti, kita minta usik sikit Menteri Luar, bagi dia jawab. Nanti terkeluarlah dia punya ini— baik, tapi itu prosesnya untuk makluman Putrajaya.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, yang saya nak sebut begini, apakah DPP akan menjadi pull factor? Soalan yang baik. Sebab itu kita ada cut-off date dia. Bermula kita umumkan DPP sebagai satu mekanisme pendaftaran, cut-off date kita iaitu Januari 2023, Mac 2023— masa kita umumkan, mana-mana yang masuk selepas itu, mereka tidak akan diberikan peluang untuk kita pertimbangkan di bawah DPP.

Kita proses yang sedia ada sahaja, dia tak jadi pull factor macam yang disampaikan oleh Yang Berhormat. Sudah barang pasti benda itu akan berlaku.

Okey, jadi kita dan preempt perkara itu dulu. Kita uruskan yang 225. Baik, masalahnya Yang Berhormat adalah, 225,000 ini kita cuma dapat angka. Kita tak tahu nama dia, dia berada di mana, umur dia berapa, alamat dia pun kita tak tahu, jauh sekali tapisan keselamatan. Tak tahu langsung. Kita cuma tahu angka sahaja.

Jadi bila DPP membuat proses, pertama sekali kita tengok yang dalam depoh kita dahulu, ini low hang fruit, satu.

Yang kedua adalah yang kita ambil daripada yang di luar. Saya nak maklumkan bahawa proses ini bukan bermula dalam keadaan vakum. Sahabat saya dari Larut sebenarnya masa berada pada kedudukan saya ini, sudah pun memulakan proses itu dengan melantik satu dengan outsource-lah. Sistem itu dibangunkan oleh satu vendor, bekerjasama dengan kementerian dan hasilnya tiga puluhan ribu sudah pun ada dalam data dan mereka ini sekarang sedang bekerja, ada majikannya.

Mereka dengan izin, settle down dengan baik. Baiknya adalah kerana kita ada data tentang mereka melalui exercise fasa pertama.

Maksudnya, hasrat pendataan ini saya nak sebut, bukan perkara baharu.

Sahabat saya Larut telah memulakannya, sekarang saya mewarisi tiga puluhan ribu data yang ada, lengkap nama. Sekarang kami perluaskan lagi untuk memastikan data kita itu credible. Data yang credible membantu kita untuk menggubal satu dasar awam yang lebih tangible, boleh diukur, boleh disukat. Dan ini ialah jawapan yang paling saya fikir sebagai munasabah, sebagai penyelesaian yang berterusan. Jadi, begitu reaksi saya terhadap Putrajaya. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Tan Sri, Tan Sri.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, sikit penjelasan. Sikit, boleh?

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh lebih daripada dua. Tak boleh.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh.

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tan Sri, minta laluan, Tan Sri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Assalamualaikum warahmatullah.

Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Sik memohon Menteri Luar Negeri menyatakan, langkah strategik kerajaan susulan tiga tahun genosid di Gaza bagi memperkukuh perlindungan rakyat Palestin, akses bantuan kemanusiaan, pertanggungjawaban antarabangsa serta pembinaan semula Gaza termasuk mekanisme penyelarasan dan pelaporan kepada Parlimen bagi memastikan tindakan tersebut berkesan dan teratur. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Sik yang saban kali bertanya tentang Gaza. Kalau tahun lepas Tan Sri Yang di-Pertua, ada 31 soalan Dewan tentang Gaza dan tahun ini setakat ini, dah ada 18 soalan.

Gaza ini kalau nak katakan ataupun Palestin ini Tan Sri Yang di-Pertua, dia bukannya tiga tahun ini. Kekejaman terhadap rakyat Palestin terutamanya di kawasan Gaza dan Tebing Barat ini Tan Sri Yang di-Pertua, bermula sejak penempatan haram ataupun penubuhan rejim Zionis di Palestin, penempatan mereka dan ditubuhkan negara di sana. Sejak itulah bermulanya penderitaan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Maka Malaysia mempunyai pendirian terhadap undang-undang antarabangsa. Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia mengutuk dan mengecam siapa sahaja, negara mana sahaja yang telah pun melakukan kekejaman dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Sokongan negara kita terhadap perjuangan rakyat Palestin ini dah lama dah, daripada dahulu lagi kita konsisten Tan Sri Yang di-Pertua dan tak pernah berganjak walau apa jua tekanan yang dikenakan secara langsung ataupun tidak langsung, Malaysia tidak pernah berganjak daripada menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Jadi, kita mempunyai dasar luar yang begitu tegas, yang begitu lantang dan kelantangan kita, ketegasan kita ini mendapat banyak sokongan daripada masyarakat antarabangsa. Sehinggakan pada yang terkini Tan Sri Yang di-Pertua, daripada beberapa buah negara sahaja yang mulanya dulu menyokong tentang penubuhan negara Palestin ini, sekarang dah dapat 160 buah negara yang menyokong dan bersetuju supaya Palestin itu dijadikan sebagai Ahli Bangsa-Bangsa Bersatu.

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Banyak negara Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini di dalam Parlimen— British Parliament ataupun Parlimen negara United Kingdom, begitu jelas sekali penerangan dan perbahasan di dalam Parlimen tersebut, Perdana Menteri United Kingdom yang baharu dan Menteri Luar yang baharu telah menyatakan bahawa mereka memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan telah pun mengenakan sekatan kepada barang-barang yang dikeluarkan daripada kawasan yang diduduki secara haram oleh peneroka-peneroka haram Israel rejim Zionis di Tebing Barat, Tuan Yang di-Pertua. Itu sebabnya dia punya kedutaan di sana pun telah diminta ditutup Tuan Yang di-Pertua, begitu sekali.

Jelas sekali bahawa perubahan sokongan dunia terhadap Palestin ini telah jelas, termasuk jugalah dalam negara-negara berdekatan berhampiran dengan kita.

ASEAN tidak pernah dapat mengeluarkan satu statement bersepadu, tetapi semasa kepengerusian kita tahun lepas, ASEAN telah dapat mengeluarkan satu statement bersama— joint statement untuk mengutuk dan juga mengecam keganasan— Palestin di sana. Jadi berbagai-bagai platform digunakan oleh negara kita berkenaan dengan kekejaman rejim Zionis Israel ini yang melakukan genosid.

Kita boleh gunakan perkataan genosid Tan Sri Yang di-Pertua, kerana Suruhanjaya Genosid Bangsa-Bangsa Bersatu telah pun menyatakan bahawa Israel jelas telah melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza. Jadi, kita boleh gunakan kerana itu telah pun diperakukan oleh Jawatankuasa Genosid Bangsa-Bangsa Bersatu. Jadi, kita terus menyuarakan di beberapa pentas dunia. Di Bangsa-Bangsa Bersatu, kita amat lantang.

Baru-baru ini pada 26 Ogos baru-baru ini, saya berada di Bangsa-Bangsa Bersatu dan sekali lagi menyatakan pendirian tegas Malaysia bahawa Palestin punya isu ini mesti segara diselesaikan, tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, walaupun sebulat suara— hampir sebulat suara, 160 buah negara bersetuju dalam perhimpunan agung, tetapi akhirnya satu perkara. Ini yang disuarakan oleh Malaysia.

Saya mewakili negara menyuarakan betapa kita rasakan bahawa satu reform, suatu perubahan struktur dalam Security Council ataupun Majlis Keselamatan itu perlu diadakan kerana apa gunanya 160 buah negara menyatakan sokongan membuat resolusi bersama, tetapi akhirnya diveto oleh satu negara dalam Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ini sentiasa berlaku. Beribu resolusi berkenaan dengan Palestin Tan Sri Yang di-Pertua, tetapi akhirnya diveto. Itu sebabnya Malaysia memberikan

draft • 10:40 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

pandangan bahawa menambah keahlian tetap Security Council ataupun menambah juga keahlian tidak tetap itu bukan penamat ceritanya, bukan menyelesaikan isu, tetapi ialah kuasa veto itu. Itu sebabnya Malaysia menyuarakan pada ketika 26 Ogos tempoh hari, saya menyatakan bahawa kuasa veto ini memang susah untuk ditamatkan ataupun dibuang, tetapi kita perlu menyekat penggunaan sewenang- wenangnya kuasa veto ini terhadap jenayah kemanusiaan genosid dan yang lain dan perlanggaran undang-undang antarabangsa.

Kalau ini boleh kita lakukan dan banyak negara telah pun nyatakan sokongan.

Di sela-sela ataupun di samping UNGA tersebut, ada berpuluh-puluh mesyuarat dan banyak yang telah kita sertai untuk kita bersama-sama di atas satu pentas, forum bersama yang ditubuhkan iaitu di peringkat Menteri-Menteri Luar Tan Sri Yang di- Pertua bahawa kita hendak supaya isu Palestin ini segera diselesaikan. Inilah punca, inilah induk dan ibu kepada segala masalah yang sedang berlaku di Timur Tengah ataupun di Asia Barat dan...

[Tidak jelas] Di dunia, tetapi alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dengan tegasnya menyatakan pendirian kita dan kita mempunyai langkah-langkah iaitu langkah bukan sahaja di atas dasar, tetapi pelaksanaan membantu rakyat Palestin dalam menghadapi masalah melalui kita ada Tabung Amanah, Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang mana rakyat Malaysia begitu bermurah hati Tuan Yang di-Pertua telah pun kita kumpulkan dan kita telah pun menyerahkan dan Tabung Amanah ini kita serahkan dan dia tidak boleh diragui kerana kita bagi kepada tepat kepada UNRWA ataupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kita tubuhkan satu NGO yang ditubuhkan oleh Kementerian Luar, yang mana di bawah NGO tersebut, ihsan tersebut— banyak NGO-NGO lain termasuklah MERCY dan yang lain-lain kita bagi terus dan kita yakin dia sampai dan kita juga semak dan kita dapat maklum balas bahawa bantuan-bantuan yang kita kumpulkan daripada murahnya hati rakyat Malaysia terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin ini sampai terus, tetapi isu dia Tan Sri Yang di-Pertua ialah Israel menyekat.

Baru-baru ini baru hendak bukan pintu Rafah, itu pun disekat tak boleh lalu lebih daripada 100 trak satu hari— 100 trak sahaja, padahal bantuan ini diperlukan.

Kita perlu beratus-ratus trak untuk lalu setiap hari kerana penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin memang tak boleh dibayangkan, Tan Sri.

Dia dibom walaupun duduk dalam khemah pun masih lagi dibom. Hendak katakan bahawa mereka ini merupakan sarang kepada Hamas ke tidak, dalam

draft • 10:40 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

khemah Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak mati. Yang ramai mati majoriti yang 74,000 lebih setakat sekarang Tan Sri Yang di-Pertua ialah kebanyakan wanita dan kanak-kanak. Mengapa dia bunuh wanita kerana dia tidak mahu wanita melahirkan zuriat, kerana zuriat ini akan hidup dan akan menjadi sebagai orang yang menjadi musuh kepada Israel. Mengapa bunuh kanak-kanak? Kerana kanak-kanak tak boleh besar kerana kalau mereka besar, mereka akan menjadi pengganas bagi pihak Israel.

Bagi rejim Zionis Israel, Hamas ataupun rakyat Palestin ini bukan manusia.

Dia adalah subhuman. Jadi, mereka ini perlu dibunuh kerana jika tidak mereka kata, mereka akan membunuh rakyat Israel. Jadi, itu dia asasnya yang memang tak boleh nak kata Tan Sri, tak ada perkataan yang boleh dibayangkan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis saya terhadap Palestin. Itu sebabnya kita akan terus.

Saya mohon supaya rakyat Malaysia terus menyumbang kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diurus sendiri oleh Kementerian Luar kerana akaun ini diurus dengan baik dan secara berkala kita akan laporkan iaitu di Kabinet dan juga di Parlimen ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, tak ada perkataan yang boleh dibayangkan keganasan ini. Tengok sendiri Tuan Yang di-Pertua kerana dalam kita punya jawatankuasa kita tengok sendiri macam mana keganasan yang dilakukan, tak boleh nak kata macam ini. Bagi mereka, dia tak ada perasaan kerana bagi mereka, orang Palestin ini perlu dibunuh. Jadi, apa hendak buat? Apa yang kita boleh lakukan.

Resolusi demi resolusi, tetapi diveto oleh Amerika Syarikat, diveto oleh sekutu Israel.

Jadi itu sebabnya Malaysia mendesak.

Baru-baru ini saya di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu jelas sekali, saya berkata bahawa Malaysia sudah letih, we are really tired of it kerana kita tak mahu lagi. Yang perlu dilakukan ialah menstrukturkan semula Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya kuasa veto ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, kepada rakan sahabat di Sik, kita buat macam- macam di atas platform-platform pelbagai. Bangsa-Bangsa Bersatu, OIC, ASEAN, NAM macam-macam lagi dan peringkat jawatankuasa-jawatankuasa, PR kita ataupun wakil tetap kita di Bangsa-Bangsa Bersatu di New York Tan Sri Yang di- Pertua, memang sibuk dan kebanyakan kerjanya ialah untuk menyelaras dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diselaraskan selepas minggu utama atau high-level week sampai bulan 12 ini, macam-macam kerana resolusi dan juga

draft • 10:40 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

cadangan dan pandangan tersebut perlu diurus dan perlu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sik ada soalan tambahan?

draft • 10:50 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, ada. Tan Sri Speaker, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, soalan saya ini sangat penting ketika mana kita lihat pada hari ini dunia sudah bacul dan takut dengan Israel ini dan negara sekutunya.

Sejak 7 Oktober 2023, selepas tiga tahun genosid ini dan lebih dah 100,000 yang terkorban, dilaporkan ada 10,000 lagi di bawah runtuhan bangunan yang belum dikeluarkan mayat-mayat mereka. Jadi, ini sangat parah keadaan di Gaza itu sendiri termasuklah bantuan makanan yang disekat.

Jadi, saya terima maklum pihak Malaysia, dan Afrika Selatan telah pun mengambil inisiatif pertemuan yang dinamakan The Hague Group bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang termasuk-termasuk melalui ICC dan ICJ. Jadi, saya mohon, apa perkembangan The Hague Group ini ketika mana kita melihat ada negara-negara yang tidak mengendahkan apa yang telah diputuskan oleh ICC dan ICJ itu sendiri?

Dan yang kedua Yang Berhormat Menteri. Tadi disebut soal akses bantuan yang sangat parah ke Gaza. Saya bersama beberapa orang Ahli Parlimen lawatan rasmi daripada Parlimen Malaysia 2024 dulu, hujung 2024, bersama Yang Berhormat Ledang ya― belum, Menteri sebelum itu― dan beberapa lagi Yang Berhormat yang diketuai bekas Timbalan Menteri Luar pergi ke Sempadan Rafah— Rafah Boarder dan melihat sendiri ratusan bahkan mungkin ribuan trak-trak yang tersadai yang tak boleh masuk.

Jadi, persoalan saya. Pada baru-baru ini, kita menerima lawatan Presiden Mesir ke Malaysia. Apakah ada perundingan yang lebih khusus dan perbincangan yang lebih konkrit untuk Mesir juga memainkan peranan yang lebih kuat ketika mana sempadan itu di sebelah Mesir? Dan ketika dilaporkan, hanya laluan yang disebutkan Kerem Shalom itu yang dibenarkan oleh Israel. Namun, dunia melihat Mesir perlu lagi lebih tegas bahawa mereka juga ada ruang untuk membuka akses di Rafah itu untuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza dan kita dapat tadi membantu anak- anak kecil yang sedang kebuluran di sana itu.

Itu dulu soalan saya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat daripada Sik.

Soalan pertama itu berkenaan dengan selepas daripada 7 Oktober 2023. Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi, banyak negara-negara menyebut tentang bahawa isu Palestin ini bermula pada tahun 2023. Sebenarnya isu Palestin ini dah lama dengan peristiwa Shatila, Shabra-nya, khemah pelarian dibom, Nakba― macam-macam ya, Tan Sri.

So, that’s why apabila saya bertemu dan juga mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sejawat, mereka katakan, “Oh, Israel have a right to self- defense.” Kerana, bagi mereka, Hamas ataupun pejuang-pejuang Hamas telah pun membunuh dan juga masuk kawasan Israel dan membunuh ramai rakyat rejim Zionis ataupun Israel, tetapi penderitaan dan kekejaman terhadap Palestin ini sejak daripada 1948, bukannya 70,000, 100,000, YB. Saya boleh katakan dah beratus ribu dah rakyat Palestin dibunuh, tetapi kemuncaknya yang kita jelas sekali ialah kita lihat apabila mereka mengadakan kekejaman yang lebih dahsyat selepas 2023.

Banyak negara yang dah tak boleh lagi dah mempertahankan asas ataupun alasan mereka. Bagi mereka, kata— saya bercakap ramai, Tan Sri Yang di-Pertua, dengan rakan sejawat saya mengatakan, “Oh, Israel have a right to self-defense.” Saya jawab senang sahaja. “By killing women and children?” Apakah itu merupakan asas membolehkan Israel membunuh wanita dan juga kanak-kanak? Ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Dalam perang pun kita tak boleh bunuh orang yang tak bersenjata yang tidak ambil bahagian. Inikan pula dengan jelas sekali sengaja membunuh wanita dan kanak-kanak.

Itu sebabnya banyak negara sekarang yang telah berpusing dan juga telah pun menyatakan sokongan mereka untuk menjadikan kenyataan bahawa Palestin mesti ada negara sendiri melalui two-state solution. Two-state solution, banyak orang yang meraguinya, tetapi itulah alasan ataupun asas yang ada kerana ia telah pun diluluskan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu two-state solution ini, Tan Sri.

Jadi, kita tak perlu mencari cara lain lagi dah. Kita dah ada landasan.

Landasannya adalah two-state solution. Negara Israel dan negara Arab Palestin, tetapi negara Israel ditubuhkan, negara Palestin tidak ditubuhkan. Jadi, kita nak supaya negara Arab Palestin ini ditubuhkan selaras dengan resolusi yang telah pun diluluskan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jadi, ini masalah dia. Bila kita dapat sokongan walaupun lebih daripada dua pertiga, tetapi diveto. Jadi, we make a mockery of our own Bangsa-Bangsa Bersatu.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya bercakap dengan Secretary General, Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya kata, kalau macam ini, may as well we forget it. Tak payahlah ada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu jika setiap kali kita berhimpun, mengadakan resolusi, tetapi diveto di peringkat Security Council. So, what is the point that kita mengadakan perhimpunan agung? Kita buat lawak saja ya.

Itu sebabnya saya menyuarakan bahawa kuasa veto ini mesti dihadkan.

Mesti kita hadkan supaya tidak boleh digunakan semata-mata, sewenang- wenangnya terutamanya jika berlakunya genosid dan juga jenayah terhadap kemanusiaan, Tuan Yang di-Pertua.

Yang kedua tadi berkenaan dengan bantuan. Betul, Presiden Sisi, alhamdulillah, membuat lawatannya ke Malaysia dan inilah tajuk utama kita. Jika tidak ada Mesir, Republik Arab Mesir, Tan Sri Yang di-Pertua, memang susah kita sebab kita menggunakan segala kemudahan bantuan daripada Kerajaan Egypt untuk membantu kita, membolehkan kita punya pasukan sukarela masuk ke sana.

Kita gunakan mereka punya secret service― macam-macam ya.

Dan bantuan-bantuan kita semua dapat kita pastikan, kita punya trak dan juga kontena kita dapat masuk, tetapi masalahnya bukannya Mesir. Masalahnya Israel.

Israel menyekat. Sampai sekarang, King Hussein Bridge tak boleh digunakan untuk masuk bantuan kemanusiaan. Cuma boleh menumpang dan laluan biasa sahaja. Dia buka satu. Jadi, masalah dia bukan Mesir. Mesir sentiasa sahaja memberikan kerjasama dan mendesak supaya pintu ini dibuka dan juga diberi laluan lebih banyak, tetapi sekarang Israel kata, dia hadkan 100 trak sahaja satu hari.

Jadi, kita perlu pastikan tekanan mesti terus kita lakukan terhadap Israel.

Tekanan masyarakat antarabangsa dah banyak dah. Semua dah. Negara-negara yang dulu memang betul-betul menyokong, menyebelahi Israel sekarang ini dah bertukar pandangan. Banyak negara di Asia terutama Jepun, Korea, Australia— Australia pun semalam menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Israel itu memang tidak masuk akal.

Rakan sejawat saya daripada Australia menyatakan bahawa tidak masuk akal. Jadi, mereka telah pun mula sedar. Walaupun dulu mereka merupakan sekutu kuat, tetapi hari ini mereka menyatakan sokongan bahawa Palestin layak untuk mentadbir negara mereka dengan sendiri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Balik Pulau.

draft • 10:50 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan panjang lebar oleh YB Menteri dan saya

draft • 10:50 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

ingin bertanya beberapa perkara. Sebenarnya saya pun telah membawa Usul untuk dibahaskan di Parlimen, namun belum ada jawapan daripada Tan Sri Speaker, tapi di sini saya ingin bertanya mengenai beberapa pendirian terutama sekali ASEAN yang saya lihat masih lagi berhati-hati dalam kenyataan seperti tidak mahu menggunakan perkataan genosid dan juga tidak menetapkan sekatan ekonomi dan embargo senjata terhadap Israel.

Bagaimanakah pihak Kerajaan Malaysia berusaha untuk membawa negara- negara ASEAN supaya lebih kuat sepertimana European Union? Ahli-ahli Parlimen di European Union yang begitu tegas memberi tekanan kepada negara-negara masing-masing untuk dikenakan sekatan embargo terhadap Israel. Embargo ekonomi dan juga embargo senjata.

Yang keduanya Menteri, kita berada dalam bulan Oktober dan tak lama lagi di Gaza akan berada dalam winter ataupun musim sejuk. Immediate needs, dengan izin, oleh penduduk-penduduk Gaza ialah pakaian sejuk ataupun winter clothing.

draft • 10:50 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Bagaimana kerajaan— spesifik ini, boleh membantu penduduk Gaza? Saya rasa mereka memerlukan ini dengan segera ya sebab musim sejuk akan tiba.

Bagaimana Kerajaan Malaysia boleh membantu untuk kita memberi bantuan, termasuklah bantuan ubat, bantuan kemanusiaan yang lain seperti apa yang YB Menteri sebut tadi, memang ada kesukaran. Namun, ada juga cara-cara yang boleh sampai kepada mereka di Gaza...

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:00 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Dan akhir sekali, saya ingin tanya. Apakah usaha kerajaan untuk membawa Israel kepada International Court of Justice bersama dengan negara-negara lain? Saya faham kita tidak sign the treaty, namun kita boleh memainkan peranan sebagai— put a pressure on Israel. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tadi saya lupa hendak jawab tentang The Hague, kumpulan The Hague. Tan Sri Yang di-Pertua, semasa kumpulan The Hague ini atau The Hague Group ini ialah kumpulan yang kita buat untuk menjadi sebagai satu lagi platform untuk memberi tekanan kepada Israel dan Malaysia merupakan negara yang aktif. Dan baru-baru ini semasa di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, kita menjadi

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

co-sponsor dengan Afrika Selatan untuk kita memberikan tekanan lagi dan membawa perkara ini ke Security Council. Dan banyak negara Tan Sri Yang di-Pertua, banyak negara-negara yang pada ketika itu— 40 buah negara daripada beberapa buah negara, sekarang 40 buah negara yang itu hari menyertai mesyuarat dan mereka minta pula Malaysia menjadi co-chair dengan negara Afrika Selatan. Ini perlu diberi pertimbangan secara berhati- hati kerana nombor satu, Malaysia bukan state party kepada konvensyen.

Jadi, kita tak bolehlah jadi co-chair. Kita jadi co-sponsor bolehlah ya kerana banyak kekangan. Melainkan kalau Malaysia bersedia untuk menandatangani Rome Statute, ICERD dan macam-macam. Dia— I think nanti bercanggah dengan Perlembagaan kita. Jadi, adalah memadai setakat hari ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita menjadi co-sponsor dan sebagai penaja utama. Kita tak mahu jadi co-chair kerana kita bukan state party to convention. Nombor dua, soalan daripada Balik Pulau tadi. Balik Pulau, saya minta maaf terpaksa minta Speaker untuk menolak kerana saya akan jawab bersekali dengan— ada dua usul tentang Gaza ini. Jadi, adalah baik saya menerangkan di sini. Minta masa sikit, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tentang ASEAN Tan Sri Yang di-Pertua. Bukan di ASEAN sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri depan-depan muka Canselor Jerman Barat— Canselor Jerman, negara Jerman, dia taruk betul-betul. Saya katakan, kalau setakat bersuara di peringkat antarabangsa, memang Malaysia— memang orang tahu.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana sahaja— dalam Mesyuarat ASEAN itu tak kisah sangat sebab rakan-rakan dia, dia pakai balun jer, tapi di negara-negara lain, di dalam sidang BRICS, di dalam APEC, di dalam apa sahaja peluang peringkat multilateral ataupun peringkat antarabangsa, Yang Amat Berhormat akan bersuara dengan keras dan tidak pernah tinggal agenda tentang Gaza.

[Tepuk] Ini saya akui ya. Sampai saya terpaksa cakap bagi tahu, “Dato’ Seri, cukuplah itu, cukuplah itu.” Sebab kita risau juga kan, keselamatan. Kadang-kadang keselamatan beliau pun perlu juga kita ambil perhatian, tetapi dia akan bawa. Di ASEAN memang kita buat, tetapi untuk pertama kalinya Balik Pulau, kita dapat mengeluarkan joint statement peringkat ASEAN. Jadi, perlahan-lahan ya.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Memadai Dato’ Sri, kalau tak dulu itu, kita tak pernah dapat konsensus dalam ASEAN. ASEAN ini mesti ada konsensus. Kalau tak dapat konsensus, maka keluarlah kenyataan pengerusi sahaja, tetapi semasa kepengerusian kita tempohari, kita dapat mengeluarkan joint statement daripada ASEAN mengatakan kita mengecam tentang keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan pencerobohan oleh settlers di Tebing Barat. Ini kita keluarkan ya, Dato’ Sri ya.

Jadi, alhamdulilah untuk pertama kali, perlahan-lahan di ASEAN kerana kita tahulah ASEAN ini kadang-kadang ada berbagai-bagai kepala. Dia tak macam European Union. European Union itu lain sikitlah, tetapi negara-negara di Europe pun sekarang ini— dulunya memang kaw-kaw menyokong Israel, tetapi hari ini pun dah berubah dah ya. Kita amat-amat sukacitalah kerana perubahan-perubahan yang berlaku seperti ini, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, insya-Allah kita akan lakukan.

Soalan nombor dua Balik Pulau tadi apa?

draft • 11:00 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Pasal winter clothing, keperluan-keperluan mendesak.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Keperluan winter ya. Kita memberi— itu hari kita bagi kepada UNRWA iaitu badan United Nations kerana mereka ini merupakan sebagai nadi kepada bantuan yang menguruskan rakyat Palestin di sana. Kerana kita hendak hantar kadang-kadang pakaian-pakaian ini kadang-kadang susah untuk kita hantar, pasal truck tak boleh dapat.

Jadi, UNRWA dah ada beroperasi di dalam Gaza. UNRWA dah ada beroperasi di Tebing Barat, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, lebih baik kita bagi bantuan tersebut supaya UNWRA boleh menggunakan bantuan kewangan yang kita kumpulkan hasil daripada baik hati, murah hati orang Malaysia ini dan kita kumpulkan, kita serah. Baru-baru ini saya serahkan Dato’ Yang di-Pertua, saya telah umumkan juga selepas mendapat mandat daripada Kabinet, menambah lagi USD1 juta untuk UNRWA gunakan Dato’ Yang di-Pertua, untuk kita membantu rakyat Palestin.

Terutamanya, musim salji ataupun musim sejuk yang akan datang tak lama lagi, insya-Allah Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Silakan Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 11:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Tenggara.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Jalan-jalan sepatu roda-ku, Bayu namun ketika jerebu; Empangan Linggiu soalan satu, Tenggara mohon jawapan jitu. Silakan Yang Amat Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

1. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, status terkini tahap keselamatan struktur dan pemantauan berkala bagi Empangan Linggiu serta sejauh manakah keberkesanan pasukan khas flying squad empangan dalam mengaudit integriti struktur empangan ini memandangkan negara Nepal baru-baru ini dilanda tragedi banjir puing akibat kegagalan pengurusan infrastruktur dan impak perubahan iklim ekstrem.

draft • 11:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, saya jawab soalan sahaja, tak jawab pantun.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 11:00 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Yang pertama sekali, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa, kepada tragedi banjir yang berlaku di Nepal. Sebab Tenggara ini menyentuh juga berhubung kait dengan apa yang berlaku di Nepal baru-baru ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Empangan Linggiu terletak di bawah kawal selia sepenuhnya oleh Singapore Public Utilities Board (PUB) selaras dengan peruntukan Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dan Perjanjian Tambahan 1990 berkaitan pembinaan dan pengoperasian Empangan Linggiu. Kedua-dua perjanjian tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sebagai wakil Kerajaan Malaysia dan segala hal ehwal berkaitan pengurusan, penyelenggaraan serta pemantauan empangan adalah di bawah tanggungjawab pihak PUB Singapore.

draft • 11:00 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

PUB melaksanakan pemeriksaan Empangan Linggiu setiap tahun, manakala pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan setiap lima tahun dengan melibatkan pemeriksa empangan bertauliah. PUB turut membentangkan status keselamatan empangan kepada Badan Kawalselia Air Johor secara berkala. Mekanisme ini membolehkan aspek keselamatan dan integriti struktur empangan di teliti serta sebarang keperluan tindakan susulan dikenal pasti.

Berhubung pasukan khas flying squad keselamatan empangan, pasukan tersebut telah beroperasi dalam tempoh 2018 hingga 2022 dan telah melaksanakan pemeriksaan ke atas 41 empangan di Malaysia. Pada tahun 2025, Pusat Empangan Negara (PEN) ditubuhkan untuk memperkukuhkan pengurusan keselamatan empangan di peringkat nasional melalui pemeriksaan keselamatan, penyelarasan dengan pemilik dan pengendali empangan, sokongan teknikal serta penilaian amalan keselamatan empangan.

PEN melaksanakan pemantauan terhadap 107 empangan yang diuruskan oleh agensi dan pengendali di bawah seliaan Pihak Berkuasa Malaysia. Empangan Linggiu yang dioperasikan oleh PUB Singapura tidak termasuk dalam skop pemantauan PEN. Sehubungan itu, sebarang urusan untuk mendapatkan maklumat atau menyelaras aspek teknikal berkaitan keselamatan dan integriti struktur Empangan Linggiu hendaklah dilaksanakan melalui Badan Kawalselia Air Johor dan PUB Singapura, tertakluk pada bidang kuasa serta persetujuan pihak-pihak berkaitan.

PETRA melalui PEN akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan agensi berkaitan bagi memastikan sebarang isu keselamatan empangan yang dikenal pasti dapat diteliti dan ditangani, khususnya melibatkan keselamatan penduduk di kawasan hiliran. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tenggara.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Soalan tambahan daripada Tenggara ini, walaupun kita sedar tentang keperluan merujuk kepada PUB dan sebagainya, namun, kebimbangan itu ada sebab geografinya terletak di Tenggara lah.

Jadi, soalan tambahan saya, sekiranya berlaku kegagalan struktur Empangan Linggiu ketika takungan berada pada paras maksimum, adakah kementerian telah melaksanakan simulasi pecah empangan bagi mengenal pasti

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

laluan gelombang banjir, masa ketibaan air dan jumlah penduduk yang berpotensi terjejas khususnya di FELDA Linggiu, FELDA Penggeli Timur, FELDA Sungai Sibol di Bandar Tenggara dan kawasan hilir Sungai Johor, hingga ke Kota Tinggi dan apakah pelan amaran awal dan pemindahan penduduk yang telah disediakan.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Di Malaysia, kita dah wujudkan apa yang dikatakan Malaysia Dam Safety Management Guidelines ataupun MyDAMS 2017. Setiap reka bentuk empangan perlu dilengkapi dengan penyediaan Emergency Action Plan ataupun EAP yang turut dikenali sebagai Emergency Response Plan (ERP)...

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dan Dam Safety Emergency Plan.

Maknanya, setiap tuan punya dam, yang mengendalikan dam, dia mesti ada semua perkara ini. Dan garis panduan ini menerangkan tanggungjawab untuk membangunkan dan menyelenggara ERP terletak kepada pemilik empangan dan sebagai panduan tindakan pantas sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Apa yang kita nak cadangkan ialah, untuk kita mengadakan mesyuarat technical working group di bawah Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dan 3 Ogos 2026, kita telah bersetuju untuk meneliti ERP untuk Empangan Linggiu ini. Ini akan dilaksanakan bersama oleh teknikal komuniti yang diterajui oleh PETRA dan juga *Ministry of Sustainability and Environmental Singapore.

Insya-Allah*, mesyuarat ini akan diadakan di— pada 5 November dan kita akan memperincikan segala langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa sudut keselamatan bila berlakunya sesuatu perkara itu dapat dilihat keseluruhannya dan setakat mana ia nya boleh menjejaskan keseluruhan kawasan di Tenggara itu lah khususnya. Maknanya, penyediaan peta limpahan dan juga bagaimana kita nak memastikan notifikasi dan juga zon pemindahan akan dikenal pasti, sekiranya berlaku bencana yang tidak diingini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Rompin.

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tragedi banjir besar dan tanah runtuh di Nepal baru-baru ini merupakan amaran keras kepada kita bahawa perubahan iklim ekstrem tidak boleh ditangani dengan pengurusan infrastruktur secara business as usual, dengan izin.

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Empangan Linggiu bukan sahaja aset crucial bagi bekalan air Johor dan Singapura, tapi kegagalannya sekiranya berlaku, boleh membawa bencana alam sekitar dan kemanusiaan yang amat dahsyat.

Memandangkan kejadian banjir puing dan fenomena cuaca ekstrem makin kerap berlaku, sejauh mana kah sistem amaran awal— early warning system di Empangan Linggiu dan empangan-empangan utama negara sedia berhubung secara automatik dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta komuniti setempat jika berlaku kegagalan struktur. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sepertimana yang saya katakan tadi, kita menyediakan SOP dan SOP ini termasuklah bukan sahaja melihat kepada sudut keselamatan untuk pemantauan, pemeriksaan dan juga maintenance yang perlu dilaksanakan, tapi bila berlakunya sesuatu perkara, sebab itu emergency respond yang perlu dilaksanakan oleh pemilik empangan itu termasuklah menyediakan— berkerjasama dengan NADMA bagaimana kita nak memberi amaran awal, bagaimana kita nak memindahkan, di mana nak memindahkan orang. Jadi, ini sebahagian yang perlu dilaksanakan oleh pemilik empangan itu.

Sebab itu, garis panduan yang kita sediakan di mana response team dan yang kita dah wujudkan iaitu PEN itu tadi, akan membuat pemantauan sama ada secara berkala, setiap tahun, lima tahun, malahan untuk melihat keseluruhan proses kesiapsiagaan pemilik empangan tersebut. Dan kita akan bekerjasama dengan NADMA berhubung kait dengan segala kecemasan yang akan ditanggung sepenuhnya bidang kuasa NADMA kalau berlakunya kecemasan.

Dia dah ada SOP yang tersendiri dan sebagainya, tapi memang kita kena tambah baik dari segi amaran awal untuk kita memasangkan kawasan-kawasan yang kritikal supaya akan ada orang kata, amaran awal itu siren-siren akan dipasangkan untuk memberi amaran supaya orang boleh berpindah dan sebagainya.

Bagaimana kita nak menyediakan amaran awal melalui telefon, melalui sidang–– semua channel-lah supaya saluran-saluran ini akan dapat menyampaikan maklumat awal kepada orang sekiranya berlaku bencana.

Yang lebih penting bagi kita sekarang ini ialah, memfokuskan kepada preventive measure, dengan izin. Sebab itu, preventive measure itu lebih penting, sebab bagi kita kalau dapat membuat preventive measure, maka kita akan dapat mengurangkan risiko berlakunya bencana. Sebab itu, flying squad PEN ditubuhkan dan garis panduan dikeluarkan untuk mereka memantau setiap empangan tersebut,

draft • 11:10 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

terutamanya pemilik-pemilik mesti mengikuti SOP, garis panduan yang telah disediakan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Syed Abu Hussin Abdul Fasal, Bukit Gantang.

draft • 11:10 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

draft • 11:10 AM

2. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, perancangan memperluas sukan permotoran, sukan lasak dan e-Sukan kepada belia luar bandar termasuk di Parlimen Bukit Gantang serta kesediaan bekerjasama dengan Ahli Parlimen, kerajaan negeri, PBT dan sektor swasta untuk menyediakan lokasi yang selamat dan terkawal, kemudahan latihan serta program pembangunan bakat belia.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi memperluaskan penyertaan belia luar bandar dalam sukan permotoran dan sukan lasak, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penganjuran program sukan di peringkat komuniti melalui Dana Sukan Komuniti ataupun DSK yang melibatkan kelab persatuan dan pertubuhan.

Sebagai contoh di negeri Perak, antara program yang telah mendapat kelulusan ialah Pertandingan Paintball Peringkat Daerah Larut Matang Siri 1 Tahun 2026 ya. Pendekatan ini membolehkan penggerak sukan tempatan memainkan peranan dalam memperluas penyertaan belia serta menggalakkan pembangunan sukan di peringkat daerah.

Selain itu, pada tahun 2026, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara

(JBSN) telah merancang dan melaksanakan beberapa program berkaitan sukan pemotoran dan sukan lasak di peringkat negeri, antaranya adalah Motocross Track Day MADANI, Kursus Tali Tinggi South East Asia Climbing Federation Tahap 1, Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1, Kursus Asas Kayak Star 1, Kursus Asas Arus Deras dan Kursus Asas Kanu Slalom, ya.

Jadi, program-program ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas dan amalan keselamatan dalam aktiviti berkaitan di samping menyediakan ruang kepada pembangunan bakat dalam kalangan belia.

Bagi e-sukan, KBS melalui Esports Integrated ataupun ESI menyediakan platform pertandingan akar umbi menerusi Malaysia Esports League iaitu MEL.

Tahun 2026 merupakan tahun keenam pelaksanaannya. Dan dengan lebih 74,000

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

penyertaan secara terkumpul sepanjang tempoh tersebut. Selain itu Dana e-Sukan KBS (DEK) pada tahun 2026 telah menyokong sebanyak 65 projek dengan peruntukan sebanyak RM1 juta merangkumi kejohanan, pembangunan bakat dan kandungan pendidikan serta advokasi.

Melalui inisiatif MEL dan DEK ini, KBS akan meneruskan usaha memperkukuhkan pembangunan e-sukan di peringkat akar umbi serta memperluaskan akses komuniti luar bandar kepada peluang dan aktiviti e-sukan dengan memanfaatkan kemudahan sedia ada dan mengambil kira keperluan setempat ya.

Dari aspek penyediaan lokasi yang selamat dan terkawal, kemudahan latihan serta kerjasama pembangunan bakat KBS sentiasa terbuka untuk meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang dengan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak, pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan sukan dan sektor swasta.

Kerjasama ini boleh merangkumi pengenalpastian lokasi yang bersesuaian, penggunaan kemudahan sedia ada, ataupun penyediaan peralatan dan kepakaran jurulatih serta penganjuran klinik asas dan pertandingan pembangunan bakat.

Cadangan berkenaan boleh diselaraskan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak untuk penilaian lanjut berdasarkan kesesuaian lokasi, kemudahan dan keperluan komuniti setempat ya. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput soalan tambahan dari Bukit Gantang.

draft • 11:10 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tan Sri Yang di-Pertua, Menteri Belia dan Sukan, sebenarnya motor lasak, pemotoran ini amat diminati oleh pemuda-pemuda dan juga e-sports. Jadi, di Bukit Gantang saya telah menganjurkan beberapa kali.

draft • 11:10 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Cumanya perbincangan dah dibuat dengan persatuan-persatuan belia, surat dah dihantar ke kementerian. Perbincangan dah dibuat juga dengan Menteri tetapi tak ada tindakan selanjutnya untuk mengadakan lebih serius lagi aktiviti dan yang utamanya litarnya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta Yang Berhormat yang lain off kan dulu mic. Bangun sudah cukup. Tak payah tekan mic. Saya nampak. Off kan dulu mic. Yang Berhormat Kinabatangan, tolong off mic. Ya, silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Okey, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa terbuka untuk meneliti cadangan menjadikan Parlimen Bukit Gantang sebagai projek perintis pembangunan sukan pemotoran, suka lasak dan e-sukan luar bandar.

Sebagai langkah awal, pejabat Parlimen Bukit Gantang boleh mengesyorkan persatuan sukan yang berkeupayaan serta mencadangkan lokasi yang bersesuaian melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak untuk penyelarasan bersama pihak berkaitan. Dan bagi pembangunan sukan permotoran, kementerian menggalakkan kerjasama dengan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dalam pelaksanaan khusus teknikal, latihan keselamatan dan perlumbaan peringkat kelab di samping mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perundangan dan penganjuran.

Langkah ini dapat membantu membudayakan aktiviti sukan permotoran yang lebih selamat, terkawal dan berdisiplin. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak juga boleh membantu persatuan mendapatkan panduan permohonan Dana Sukan KBS tertakluk kepada syarat dan pertimbangan kelulusan.

Bagi e-sukan pula, klinik asas dan kejohanan komuniti boleh dicadangkan ya dengan memanfaatkan kemudahan sedia ada serta meneliti kerjasama dengan Esport Integrated ataupun ESI.

Dan dari aspek fasiliti, keutamaan KBS pada masa ini adalah memastikan Litar Antarabangsa Sepang, Litar Go Kart Sepang serta Litar Lumba dan Motocross Tangkak, Johor di bawah seliaan KBS berada dalam keadaan selamat, berfungsi dan dimanfaatkan secara optimum. Bagi kemudahan milik pihak lain, tanggungjawab pembangunan, naik taraf, pengoperasian dan penyelenggaraan terletak pada pemilik ataupun pengendali berkenaan.

KBS berpandangan bahawa penyediaan kemudahan sukan permotoran yang selamat dan bersesuaian memerlukan usaha kolektif serta kerjasama pelbagai pihak ya, khususnya kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan sukan dan sektor swasta dan kerjasama ini penting bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat diurus dan diselenggara dengan secara berterusan serta dimanfaatkan secara optimum oleh komuniti setempat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kinabatangan.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, rakan-rakan saya di kampung di kawasan banyak memaklumkan mereka rasa terpinggir daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Justeru, pada hari ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sampai bila kementerian mahu terus bergantung kepada pendekatan pembangunan sukan yang terlalu konvensional dan terlalu berpusat di bandar sedangkan minat belia di luar bandar terhadap sukan permotoran, sukan lasak dan e-sukan ini semakin berkembang.

Apakah anjakan dasar yang konkrit untuk memastikan sukan turut sampai ke kawasan luar bandar bukan sekadar tertumpu di bandar-bandar yang besar sahaja.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa menekankan keselamatan peserta ya, pegawai dan penonton merupakan keutamaan penganjuran sukan permotoran ya.

Dan bagi mengembangkan potensi mereka, pada peluang kerjaya dalam e-sukan, Program TVET e-Sukan telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2025 bagi membangunkan modal insan yang kompeten, profesional dan berdaya saing di samping merapatkan jurang antara pengalaman industri dengan pengiktirafan berkemahiran secara formal.

Ini adalah salah satu cara ataupun langkah bagi mendekatkan sukan permotoran ini kepada golongan belia di luar bandar ya. Melalui kerjasama strategik dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia, Moonton Games dan Todak Akademi, peserta diberikan pendedahan kepada jenis struktur, pembangunan kompetensi yang dan laluan pensijilan yang diiktiraf oleh industri.

Antara komponen pelaksanaan program ini termasuk pembangunan modul latihan, training of trainers, latihan modular mengikut tahap kemahiran serta program lead operations yang memberi penekanan kepada pengurusan dalam operasi pertandingan e-sukan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Tan Sri, Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

[Soalan No. 3 – YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya difahamkan Putatan tidak berada dalam Dewan. Saya jemput Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man, Kubang Kerian.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahirrahmanirrahim. Tan Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 4.

draft • 11:20 AM

4. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan jumlah kapasiti janaan bersih baharu yang akan beroperasi menjelang 2030 dan jumlah kapasiti yang telah diikat melalui Perjanjian Bekalan Tenaga dengan pusat data.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan akan terus mempercepatkan pembangunan kapasiti penjanaan baharu daripada sumber tenaga boleh baharu selaras dengan sasaran meningkatkan kapasiti terpasang TBB kepada 35 peratus menjelang tahun 2030 dan 70 peratus menjelang tahun 2050.

Sehingga 1 September 2026, kapasiti terpasang TBB di Malaysia telah hampir mencapai 32 peratus dengan kapasiti sekitar 14,000 megawatt. Bagi meningkatkan lagi kapasiti TBB, pelbagai program sedang dilaksanakan termasuk Program Solar Berskala Besar (LSS), Corporate Renewable Energy Supply Scheme, Solar ATAP, Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri Serta Skim Tarif Galakan.

Sehingga 1 September 2026, berdasarkan kepada Program TBB yang telah diumumkan oleh kerajaan serta perancangan syarikat swasta di bawah CRESS, PETRA menjangkakan antara 10,000 sehingga 11,000 megawatt kapasiti TBB dijadual akan mula beroperasi menjelang 2030.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Ogos 2026 sebanyak 62 pusat data telah menandatangani perjanjian bekalan elektrik dengan syarikat utiliti melibatkan jumlah keseluruhan beban maksima 8.77 megawatt. Daripada jumlah tersebut, 45 pusat data telah mula beroperasi dengan jumlah beban maksima enam gigawatt, manakala pengguna sebenar ketika ini adalah sekitar 1.37 gigawatt setakat Ogos 2026.

Jumlah kapasiti melalui permohonan yang telah diikat dengan ESA ini perlu dibezakan daripada jumlah keseluruhan permintaan sebenar bekalan elektrik bagi pusat data. Sesuatu permohonan tidak semestinya diterjemahkan kepada

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

permintaan sebenar kerana pelaksanaannya tertakluk kepada keperluan teknikal, komersial, pembangunan serta keupayaan sambungan kepada sistem grid. Pada masa yang sama, pusat data mempunyai pilihan untuk mendapatkan bekalan elektrik hijau melalui mekanisme seperti CRESS.

Secara keseluruhannya, kerajaan akan terus memastikan pembangunan kapasiti, penjanaan dan grid dilaksanakan selari dengan pertumbuhan permintaan elektrik berlandaskan Prinsip Trilema Tenaga iaitu mencapai keseimbangan antara jaminan bekalan, kelestarian dan kemampuan kos kepada pengguna. Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kubang Kerian.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih di atas jawapan. Saya ada dua perkara yang hendak dibangkitkan dalam soalan tambahan ini. Yang pertama, kalau kita lihat Perjanjian Bekalan Tenaga dengan pusat data ini, dia merupakan contract take-or-pay selama lima tahun.

Isunya ialah apakah kerajaan–– bahawa jaminan kerajaan bahawa kapasiti...

[Tidak jelas] ini benar-benar sepadan dengan permintaan sebenar dan bukannya ada lebihan kapasiti yang menyebabkan pengguna terpaksa tanggung. Jadi, data yang telah diberikan tadi saya fikir ialah 62 pusat data. Hanya baru 8.77 megawatt bererti masih ada berapa ruang yang ada. Itu soalan pertama Soalan kedua saya kita ialah kalau kita tengok unjuran pusat data menggunakan–– ini bawah PETRA juga tentang air. Hampir 29 juta liter air sehari dan unjuran menjelang tahun 2030 sebanyak 440 juta liter air sehari. Air sangat banyak digunakan oleh pusat data. Kita berdepan dengan masalah bekalan air terawat yang tidak mencukupi. Soalan saya ialah berapa jumlah kapasiti yang disediakan bagi memastikan pusat data ini mempunyai bekalan air yang mencukupi dan berbanding keperluan domestik ataupun industri.

Yang keduanya, berapa harga ditawarkan kepada pusat data? Harga industri ataupun harga special yang diberi kepada pusat data berbanding domestik. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.

Sebagaimana Yang Berhormat nyatakan sebentar tadi bahawa peranan yang dimainkan, saya bersetuju dengan Yang Berhormat kerana kita perlu sebenarnya memikirkan soal keperluan pusat data itu sendiri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Kita di peringkat ST sedang mengkaji, bagaimanakah keperluan itu yang sebenar kita harus diberikan kepada pusat data ini. Ini juga perkara yang setiap kali saya sendiri bangkitkan supaya lebihan elektrik itu tidak digunakan oleh pusat data itu sendiri, kerana kita tahu pusat data ini permintaan dia lebih, tapi sebenarnya penggunaannya kurang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor] ) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini juga menjadi satu bebanan dan ini soalnya. Saya juga bercakap soal pemilihan pusat-pusat data tetapi dalam soal ini, soal pelaburan, sudah pasti juga ada pihak kementerian-kementerian yang memerlukan pusat data itu. Dari segi kajian, saya mendapati bahawa kita perlu mengkaji sepenuhnya keperluan pusat- pusat data yang sebenarnya penggunaannya ini. Ada pusat-pusat data yang kadang- kadang pada saya tidak memberi manfaat kepada kita dan ini juga harus dikaji sebenarnya.

Di peringkat kementerian, kita sedang mengkaji sepenuhnya dalam perkara ini supaya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat terutama dari segi penggunaan elektrik, penggunaan air, dan ini menjadi satu perkara yang menjadi kepentingan.

Penawaran kita pada September sebanyak 250 megawatt, kuota di bawah FiT baru yang terdiri daripada 30 megawatt biogas, 1,120 megawatt biojisim dan 1,000 megawatt hidro kuasa kecil. Projek-projek yang diluluskan di bawah ini penawarannya boleh dijanakan, membekalkan elektrik hijau seawal pada tahun 2030.

Dari segi penggunaan air yang sebenarnya dikatakan Yang Berhormat itu juga adalah menjadi satu perhatian kepada kita kerana ada sesetengahnya kalau tempat yang pusat data yang berhampiran dengan mungkin kolam-kolam, mungkin kita boleh membina— kita minta pusat data membina penggunaan di tempat dia saja, bukan untuk penggunaan jualan kerana kita tidak mahu menjejaskan pengguna-pengguna itu sendiri. Jadi, kita sentiasa mengkaji dalam soal ini dan kita mesti lakukan perkara Yang Berhormat katakan sebentar tadi. Terima kasih Yang Berhormat dalam soal perkara tersebut.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, berikut dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kita mengetahui bahawa permintaan daripada pusat data ini meningkat sangat mendadaklah disebabkan daripada keperluan teknologi AI dan sebagainya sehingga permintaan dalam negara kita ini melebihi daripada 40 peratus daripada jumlah kapasiti grid yang ada.

Pertumbuhan permintaan elektrik tahunan negara lazimnya 1.5 hingga dua peratus tetapi disebabkan oleh pembangunan pusat data ini, yang begitu pesat dan cepat, pantas, permintaannya melonjak hingga lebih daripada— sehingga 10 peratus.

Persoalannya ialah saya ada ditemui oleh pembekal kepada bekalan tenaga ini, alternatif. Contohnya daripada Gas Malaysia dan sebagainya, yang mereka ini ditemui oleh pelabur-pelabur yang ingin membuka pusat data ini.

Isunya ialah mereka ini diminta untuk mencari sendiri bekalan data ini disebabkan oleh bekalan tenaga yang sedia daripada grid ini tidak mencukupi. Jadi, isunya ialah kalau mereka ini tidak berupaya untuk menyediakan keperluan tenaga mereka sendiri, akhirnya MIDA tidak akan memberikan lesen kepada mereka untuk beroperasi.

So, masalahnya ialah mereka sudah pasti tidak boleh menunggu lama dan mereka mungkin mencari negara alternatif untuk menjalankan operasi mereka. Jadi, apakah ada mungkin intervensi daripada pihak kementerian sendiri untuk memastikan bahawa pelabur-pelabur yang berminat dengan insentif yang dikemukakan oleh negara kita untuk membuka pusat data ini tidak terkesan disebabkan oleh kekurangan bekalan tenaga ini? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Sebagai mana hampir persoalan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian sebentar tadi persoalannya, memang permintaan ini memang tinggi agak di southern atau di sebelah selatan dan kita sebenarnya, saya juga membuat cadangan supaya mereka perlu menyediakan independent power plant mereka sendiri sebenarnya, di mana terpulang kepada mereka nak menggunakan apakah kaedah, sama ada solar, bateri ataupun sebagainya.

Tetapi walau bagaimanapun, lesen kontrak ini adalah datangnya daripada ST.

Sebab itu saya katakan sebentar tadi jawapan kepada Kubang Kerian, kita membuat kajian sepenuhnya supaya kita tidak mahu juga— kita nak win–win situation. Kita nak

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

supaya pelabur juga menang dalam hal ini tetapi ada ketikanya yang saya nyatakan tadi, kita juga buat kajian apakah pusat data ini yang memerlukan— keperluan sebenar di negara kita ini.

Kadang-kadang ada pusat data yang tidak memerlukan sebenar keperluan- keperluan tersebut. Jadi, dari segi yang kita perlukan adalah memastikan pusat data ini kalau sebut yang AI, itu semua saya setuju. Kalau di Singapura umpamanya, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, di Singapura umpamanya mereka memilih pusat-pusat data ini, tidak sewenang-wenangnya mereka akan berkepentingan hanya nak mendengar pelabur yang bunyinya bilion-bilion Ringgit tetapi akhirnya kita tidak datang manfaat kepada rakyat kita sendiri.

Pusat data ini, pekerjanya tak ramai, tak datang manfaat pun kepada rakyat.

Jadi, kita perlu juga mengkaji dari segi data, apakah yang mereka nak masuk di sini.

Ini yang kita fikirkan tetapi kita tidak mahu terasa hati orang lain, tetapi dalam soal ini kita memerlukan, memikirkan soal negara kita, untuk kepentingan rakyat kita, dari segi elektrik dan air dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian sebentar tadi. Jadi, inilah kajian-kajian yang harus kita lakukan oleh pihak kementerian kita sepatutnya. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Yang Berhormat Igan.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua.

Buah berangan buah delima, Soalan Igan nombor lima.

draft • 11:30 AM

5. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah calon guru simpanan dalam kalangan anak Sarawak yang masih menunggu tawaran pelantikan serta jumlah kekosongan jawatan guru di Sarawak ketika ini mengikut opsyen dan apakah perancangan serta tempoh masa untuk menyerap calon guru simpanan berkenaan bagi mengisi kekosongan tersebut.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pendidikan untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih, soalan daripada Yang Berhormat Igan.

Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan pengisian jawatan guru dan agihan guru baharu dilaksanakan secara seimbang di seluruh negara mengikut kekosongan jawatan serta keperluan opsyen. Dalam isu berkenaan dengan calon

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

simpanan, sehingga 30 September 2026, daripada 4,417 orang calon guru simpanan ambilan tahun 2025, seramai 3,537 orang telah pun ditawarkan pelantikan sebagai guru di sekolah Kementerian Pendidikan.

Angka ini termasuk 114 orang calon anak Sarawak dan itulah angka yang kita ada, yang anak Sarawak, 114 orang. Bakinya adalah seramai 880 orang. Untuk baki 880 orang ini, Kementerian Pendidikan telah membuat permohonan pada bulan September 2026, kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk melantik seramai 317 orang calon guru simpanan lagi, pelbagai opsyen daripada guru calon simpanan yang sedia ada.

Untuk Sarawak, penempatan seperti negeri-negeri yang lain telah pun dilaksanakan pada 30 September bersama-sama dengan stok atau penempatan yang lain, iaitu dari graduan IPG dan pengisian pada bulan September tersebut menjadikan pengisian guru di Sarawak mencapai 98.84 peratus secara keseluruhan ataupun di sekolah menengah 98.61 peratus dan di sekolah rendah 98.98 peratus.

Dalam konteks kekosongan guru di Sarawak, pada masa kini terdapat sebanyak 224 kekosongan guru di sekolah menengah dan sebanyak 276 kekosongan guru di sekolah rendah di Sarawak. Kekosongan di sekolah menengah di Sarawak melibatkan antaranya opsyen mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

(RBT) dan juga Sains dan juga opsyen yang lain, dan kekosongan guru di sekolah rendah di Sarawak melibatkan beberapa opsyen juga antaranya mata pelajaran Matematik, Muzik. Guru Bimbingan Dan Kaunseling mencatatkan angka yang lebih tinggi berbanding dengan opsyen yang lain.

Bagi mengisi kekosongan guru termasuklah kekosongan di Sarawak, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sedang melaksanakan urusan temu duga bagi urusan pengambilan guru tahun 2026 melalui pasaran terbuka.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Dan usaha ini telah pun bermula pada bulan Mei 2026 dan dijangka tamat pada bulan November 2026. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Igan, soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu jelas dan terperinci sekali. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Kementerian Pendidikan bersedia mempertimbangkan penempatan calon guru simpanan atau graduan pendidikan termasuk graduan Universiti

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Pendidikan Sultan Idris misalnya yang masih belum menerima tawaran agar diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan guru walaupun opsyen pengkhususan mereka tidak sepadan sepenuhnya dengan kekosongan sedia ada tertakluk kepada latihan yang bersesuaian?

Dan adakah KPM bercadang untuk melanjutkan tempoh sah status calon guru simpanan yang masih belum menerima tawaran pelantikan supaya mereka tidak kehilangan peluang hanya kerana tempoh menunggu yang terlalu lama?

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, silakan.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertama sekali khas untuk Sarawak. Tadi saya sebut, jumlah calon simpanan adalah seramai 114 orang dan kesemuanya sememangnya telah pun di tempat, dilantik dan juga ditempatkan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

So, untuk calon simpanan Sarawak sememangnya semua telah pun dilantik. Namun demikian seperti yang saya sebut tadi, kita masih ada 880 orang calon simpanan yang masih belum dilantik. Antaranya 317 orang kita telah pun membuat permohonan untuk lantikan dan ada baki lebih kurang 500 lebih orang.

Dan dalam kalangan 500 lebih tersebut, saya juga faham bahawa tempoh calon simpanan tersebut akan berakhir pada 14 Disember 2026. Dan sememangnya pihak KPM ada memohon kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk lanjutan ataupun lantikan, namun demikian keputusan akhir akan ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Walau bagaimanapun, KPM melaksanakan usaha untuk meneliti semula calon-calon simpanan dengan opsyen-opsyen yang sekarang kita nampak ada lebihan di peringkat sekolah. Dan kita akan meneliti semula berkenaan dengan ijazah asal mereka dan pada masa yang sama, sama ada boleh ditempatkan untuk opsyen yang lain ke tidak. Tetapi apa yang penting adalah kita hendak memastikan kepadanan opsyen di peringkat sekolah, itu nombor satu. Dan nombor dua, untuk calon-calon simpan ini, kita akan cuba untuk melaksanakan usaha dengan sebaik yang mungkin. Terima kasih Yang Berhormat Igan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Dato’ Dr.

Speaker. Timbalan Menteri, soalan tambahan dari Pasir Salak. Pengisian jawatan guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara kini sudah melebihi 97 peratus. Walau bagaimanapun, masalah ketidakpadanan subjek kepakaran masih lagi berlaku terutamanya bagi subjek pelajaran kritikal seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Bahasa Inggeris serta Pendidikan Khas di beberapa buah negeri.

Tadi difahamkan 800 lebih guru simpanan yang akan berakhir pada sebulan lebih lagi. Jadi persoalannya, apakah rancangan penambahbaikan menyeluruh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui dasar penukaran opsyen laluan segera atau modul latihan semula khusus untuk melatih calon guru simpanan ini bagi memenuhi keperluan subjek kritikal di sekolah yang terkesan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Dan itu yang saya sebut tadi berkenaan dengan usaha dan juga pertimbangan yang perlu diambil oleh pihak KPM dalam meneliti sama ada kita mampu untuk menawarkan pelantikan kepada 500 lebih orang calon simpanan yang baki yang akan berakhir pada 14 Disember tersebut. Kita kena tengok opsyen supaya opsyen tersebut dapat dipadankan.

Dan apabila kita sebut berkenaan dengan sama ada opsyen dapat dipadankan, itu amat bergantung kepada ijazah di peringkat universiti yang telah pun diperoleh oleh pihak calon-calon tersebut. Dan ia juga amat mencabar apabila— kita telah pun menyatakan untuk meneliti semula ijazah tersebut dan dengan dipadankan kepada kluster mata pelajaran yang kita ada. Kita akan tengok yang mana satu kluster mata pelajaran yang mampu dan sepadan dengan kelayakan calon simpanan masing-masing.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pasir Salak, saya boleh sebut kita mempunyai calon simpanan ini, kita adalah terdiri daripada opsyen seperti Pendidikan Moral dan opsyen-opsyen teknikal seperti Perakaunan Teknikal, Akuakultur, PVMA, Tahfiz, Pengurusan Perniagaan, Teknologi Elektrik dan sebagainya. Dan jumlah calon simpanan adalah berbeza dari satu opsyen ke satu opsyen yang lain. Kami faham bahawa calon simpanan setelah sekian lama

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

menunggu, seperti yang saya pernah jawab sebelum ini, pada awal tahun ini kita ada lebih kurang 4,000 lebih orang.

Dan kita menempatkan secara berfasa apabila berlaku kekosongan ataupun kekosongan dari segi opsyen dan keperluan dari segi opsyen. Dan itu sebab bagaimana kita boleh turunkan kepada lebih kurang 500 lebih pada bulan Oktober ini. Untuk guru-guru di peringkat sekolah, bagaimana kita nak membantu untuk membolehkan mereka mengajar di— menyepadankan opsyen mereka.

Apabila guru-guru tersebut mengajar sesuatu mata pelajaran dengan sekian lama, maka pihak kementerian juga ada melaksanakan usaha seperti retagging untuk guru-guru tersebut supaya mereka boleh dipadankan dan di-tag-kan kepada opsyen yang betul-betul mereka mengajar untuk memaparkan satu situasi yang sebenar di sekolah masing-masing. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut ke soalan yang keenam. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih pada Dato’ Speaker.

Dari Kulim ke Bandar Baharu, Singgah di Serdang membeli nenas; Jalan rosak bukan sehari baru; Rakyat menunggu janji dibalas. Yang Berhormat Menteri soalan dari Kulim-Bandar Baharu, nombor 6.

draft • 11:40 AM

6. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bila kementerian bercadang untuk membuat lorong memotong di FT136 dari Serdang hingga ke Kulim memandangkan hampir 70 peratus jalan mempunyai garisan berkembar.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, silakan untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Berbaju biru pergi bersenam, Waktu pagi indahnya maya; Kulim-Bandar Baharu soalan enam; Dengarkan ini jawapannya. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat jalan yang dimaksudkan ialah Laluan Persekutuan FT136, Jalan Kuala Ketil–Merbau Pulas–

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Lunas–Pekan Bandar Baharu. Kementerian Kerja Raya mengambil maklum mengenai cadangan membina lorong memotong di Laluan Persekutuan FT136 yang dibangkitkan. Berdasarkan data bancian lalu lintas 2025, tahap perkhidmatan jalan dengan izin, level of service (LOS) di laluan Persekutuan FT136 itu adalah LOS A melalui stesen banci KR706 yang masih mampu menampung jumlah trafik sedia ada.

Untuk makluman pada Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Kementerian Kerja Raya berdasarkan senarai keutamaan negeri telah mengangkat permohonan bagi projek berikut di laluan Persekutuan FT136 untuk pertimbangan dan kelulusan agensi pusat.

Pertama, kerja awalan projek menaik taraf jalan Persekutuan Laluan FT136, Jalan Pekan Bandar Baharu, Kuala Ketil seksyen 47.4, 37.7 dan seksyen 53.5 hingga 64.5 Kulim, Kedah Darul Aman. Reka bentuk dan pengambilan tanah.

Kedua, menggantikan jambatan FT136/037/12 di jalan Persekutuan Kuala Ketil Bandar Baharu Daerah Kulim Kedah, Darul Aman. Dan yang ketiga, menggantikan pembetung sedia ada kepada jambatan di Jalan Persekutuan Kuala Ketil Bandar Baharu Kedah.

Keputusan mengenainya akan dimaklumkan apabila kementerian ini mendapat senarai akhir kelulusan projek RP2 RKM13 daripada Kementerian Ekonomi. Kementerian Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur jalan raya yang mampan dan menyeluruh demi kesejahteraan rakyat serta kelancaran sistem pengangkutan negara. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, soalan tambahan.

draft • 11:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi, yang mana Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa FT136 lebih kepada— daripada Kulim ke Serdang lebih kurang 24 kilometer, masih mampu untuk menampung kenderaan. Namun, saya pernah mengutarakan juga, JKR daerah juga mengutarakan supaya FT136 iaitu daripada Serdang ke Kulim dan pernah diangkat dua kali untuk dinaik taraf kepada empat lorong. Adakah ini menjadi keutamaan bagi kementerian untuk dalam rolling ataupun RMK13 untuk merealisasikan permohonan ini?

Dan juga Yang Berhormat Menteri, saya juga berterima kasih kepada kementerian kerana setiap tahun memberi peruntukan untuk penurapan dan menaik taraf jalan FT136. Tetapi malangnya Yang Berhormat Menteri, setelah membuat

draft • 11:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

penurapan, berapa bulan sahaja, jalan itu terdapat beberapa tempat yang kembali mengalami kerosakan. Jadi, saya nak mintalah apa sebab ataupun adakah kualiti kerja ataupun kontraktor ataupun apa puncanya menyebabkan jalan yang baru diturap sahaja, beberapa bulan dah kembali rosak? Mohon pencerahan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, silakan untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Antara sebab banyak lori yang melalui jalan tersebut, antara sebab di tempat lain juga ialah kerana faktor cuaca, hujan juga antara sebab ialah kualiti itu kita pastikan kualiti yang terjamin tetapi apabila banyak lori melalui maka kita akan buat semakan semula. Mungkin bahan yang digunakan itu kita boleh guna specialty mix selain daripada yang biasa.

Ini terima kasih atas feedback yang diberikan dan saya ingin menyebut sekali lagi bahawa jalan berkaitan— tadi permohonan untuk lorong memotong, kemudian YB menyebut ada baiknya jika dibuat empat lorong. Dari segi empat lorong ini, kita sedang mengendalikan beberapa perkara:

(i) soil investigation (SI);

(ii) EIA;

(iii) SIA; dan

(iv) TIA.

EIA ini penilaian impak alam sekitar. SIA, penilaian impak sosial. TIA, penilaian impak trafik. Jadi, kita sedang melakukan perkara ini. Juga pelantikan perunding, pengambilan balik tanah untuk kita memohon RP2 Rancangan Malaysia Ketiga Belas daripada Kementerian Ekonomi, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan, Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih sekali lagi Dato' Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kerja-kerja di bawah kementerian ini, saya pertamanya ingin mengucapkan terima kasih banyaklah kepada Kementerian Kerja Raya kerana telah meluluskan projek naik taraf jalan persimpangan bertingkat di Jalan Subang. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ingat, saya pernah membawanya di Kamar Khas dua tahun yang lepas.

Jadi, saya semak di ICU memang sudah tersenarai di RMK13. Sekarang dalam peringkat kerja-kerja awalan kajian dan juga pengambilan tanah dan seumpamanya. Cuma persoalan yang ingin saya kemukakan ialah apakah prosedur

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

untuk pastikan permohonan prasarana rakyat dapat dalam senarai keutamaan?

Berapa jumlah permohonan RP2, Rolling Plan 2 untuk KKR dan kebarangkalian untuk diluluskan? Dan kalau boleh Yang Berhormat Menteri, keutamaan kepada Shah Alam, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, bagaimana kaedah untuk kita menjadikan suatu itu keutamaan dalam senarai. Yang pertama, pihak pemohon termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat semua hendaklah berbincang dengan baik, tentunya perbincangan baiklah dengan Jurutera Daerah dan Pengarah JKR Negeri bagi memastikan senarai yang Ahli-ahli Yang Berhormat mohon itu diangkat ke UPEN – Unit Ekonomi Negeri, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), UPEN atau BPEN di negeri masing-masing.

Kemudian, tentunya akan dimesyuaratkan oleh Exco JKR negeri masing- masing dalam Mesyuarat MMK bagi memutuskan nombor satu sampai nombor sepuluh misalnya di manakah projek-projek yang berkaitan.

Seterusnya, apakah kebarangkalian? Kebarangkalian permohonan kita dalam rancangan RP2, Rancangan Malaysia Ketiga belas untuk projek fizikal jalan termasuk kerja awalan ini RM17.2 bilion. Dato' Yang di-Pertua, RM17.2 bilion, berapakah yang lulus?

Baru ini untuk Bajet 2027, lulus RM9.736 bilion. Mohon RM17.2 bilion, lulus RM9.73. Bererti kita cubalah hantar sahaja, lambat laun bagaimana Shah Alam sebut persimpangan bertingkat permohonan beliau sudah lulus walaupun menunggu dua tahun. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh dipersilakan, Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin, Yang Berhormat Rasah.

draft • 11:50 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ketujuh.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

7. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan mekanisme MyIPO memastikan kutipan, pengiraan dan pengagihan royalti oleh Collective Management Organizations (CMO) dilaksanakan secara telus dan boleh diaudit termasuk hak pemegang hak cipta menyemak asas pengiraan royalti yang diterima.

draft • 11:50 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dato' Yang di-Pertua, KPDN melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengawal selia organisasi pengurusan kolektif atau CMO melalui kerangka pengisytiharan di bawah seksyen 27A Akta Cipta 1987 dan Peraturan-peraturan Hak Cipta (Organisasi Pengurusan Kolektif) 2012.

Bagi memperkukuh prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus suatu pentadbiran CMO, Akta 332 telah melalui beberapa ruang pengukuhan dan pemerkasaan, khususnya dalam mengimbangi isu-isu berbangkit yang melibatkan pertikaian mengenai isu kutipan dan pelesenan muzik antara pengguna karya hak cipta dan CMO dan isu pengagihan royalti antara CMO dan ahli-ahlinya atau pemegang hak seperti pencipta, pemunya atau pelaku.

Usaha memperkukuh akauntabiliti CMO dalam pengurusan dan pengagihan royalti dizahirkan melalui pengenalan kepada seksyen 59C Akta 332 pada tahun 2019. Peruntukan ini menyediakan saluran penyelesaian pertikaian melalui Tribunal Hak Cipta yang boleh mendengar dan memutuskan pertikaian berhubung agihan royalti berbangkit antara CMO dengan mana-mana anggotanya tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Pemantauan dan pematuhan ke atas CMO juga ditambah baik dengan memperkenalkan pembaharuan pengisytiharan (renewal of declaration) yang dikuatkuasakan di bawah seksyen 27A(32) pada tahun 2022. Antaranya CMO diwajibkan untuk mengemukakan dokumen pematuhan pembaharuan untuk penelitian dan pertimbangan bagi setiap tempoh dua tahun. Peraturan juga ditambah baik pada tahun 2022 untuk disesuaikan dengan pelaksanaan dan tindakan kepada pembaharuan pengisytiharan tersebut.

Selain itu pindaan kepada Akta 332 pada tahun 2022 juga memperkenalkan seksyen 27M yang memberikan punca kuasa kepada pengawal hak cipta untuk mengeluarkan garis panduan mengenai perkara yang berhubung dengan

draft • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

pengisytiharan dan pengoperasian CMO. Bagi menguatkuasakan peruntukan seksyen 27M ini melalui pembangunan garis panduan, pelbagai sesi libat urus telah diadakan pada 2023 hingga 2024 yang melibatkan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia, ahli akademik, pengurusan CMO dan perwakilan penggiat seni tempatan.

Antara perubahan dan penambahbaikan yang dimasukkan adalah dalam aspek pengurusan rekod kewangan dan tarif, tatacara pelantikan medium pelesenan dan hak pengundian dalam mesyuarat agung tahunan.

Garis panduan di bawah seksyen 27M ini telah dibawa kepada penyiaran rasmi oleh MyIPO pada 17 Januari 2025 dan cadangannya untuk dikuatkuasakan sepenuhnya pada 17 Januari 2026 ke atas semua pengendalian CMO. Walau bagaimanapun, garis panduan yang tersebut belum dapat dikuatkuasakan susulan bantahan dan tindakan semakan kehakiman oleh tiga CMO pada 16 April 2025 dan pendengaran kepada semakan kehakiman substantif-substantif akan diadakan pada 24 November 2026 kelak.

draft • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

KPDN melihat penguatkuasaan garis panduan tersebut amat kritikal bagi memperkukuh ketelusan tadbir urus CMO termasuk dalam aspek pengiraan asas kadar tarif yang munasabah, kutipan pelesenan dan pengagihan royalti. Justeru itu, KPDN akan terus mempertahankan garis panduan ini mengikut jalur dan lunas undang-undang sewajarnya. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan.

draft • 12:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Dato’ Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan tersebut yang memberikan maklumat yang sangat mustahak di mana CMO boleh mengheret kerajaan ke mahkamah.

Selain daripada keputusan daripada mahkamah― itu kita serahkan judiciary buat keputusan― ada tak cadangan daripada kerajaan sendiri untuk menyemak ataupun meminda Akta 332 untuk memperkasakan atau memberikan bidang kuasa yang lebih kepada MyIPO?

Sebab, saya nampak sekarang ini, isu dia, MyIPO tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tahu ataupun terlibat sekiranya CMO tersebut mengenakan formula kutipan yang tidak menguntungkan pengguna― kedai kah, premis kah, penganjur konsert kah, penganjur jamuan makan kah. Sebab, CMO sendiri buat

draft • 12:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

keputusan. Dia dengan dia sahaja. Saya semalam jumpa mereka sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan.

Jadi, boleh tak kerajaan pertimbangkan kita pinda Akta 332, memperkasakannya dengan memberikan kuasa yang lebih kepada MyIPO untuk konsep kepenggunaan jaga pengguna sekali? Terima kasih kepada Dato’ Speaker.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Rasah. Saya melihat Yang Berhormat Rasah sememangnya amat prihatin dan konsisten, Dato’ Yang di-Pertua. Kerana bila saya menyemak Hansard Parlimen pada 15 Disember 2021 apabila pindaan dibuat kepada Akta 332 ini, salah seorang daripada lapan orang Ahli Dewan Rakyat yang, dengan izin, participate terlibat dalam perbahasan, salah seorangnya adalah Yang Berhormat Rasah. Dan semalam pun beliau telah mengambil inisiatif bersama Ahli-ahli JKPK Perdagangan Dalam Negeri untuk mengadakan pertemuan dengan CMO. Terima kasih banyak.

Kita mengalu-alukan, Dato' Yang di-Pertua, cadangan tersebut untuk kita mengkaji sama ada perlu atau tidak kita membuat pindaan susulan kepada Akta 332 ini. Namun, kita melihat bahawa pindaan yang telah dibuat pada tahun 2021 melalui pindaan Akta Hak Cipta 2022 tersebut, kuasa yang sebenarnya sudah agak besar diberikan khususnya melalui seksyen 27M yang memberikan punca kuasa kepada pengawal hak cipta untuk membuat garis panduan untuk memperkukuhkan tadbir urus kepada CMO ini. Dan setelah itu, kita susul 2023, 2024 dengan townhall, dengan penubuhan task force untuk menyediakan garis panduan. Namun, malangnya, garis panduan tersebut sekarang dipertikaikan dan dibawa ke semakan kehakiman.

Jadi, kita melihat kepada proses jalur undang-undang di mahkamah tersebut.

Namun, kita tidak menafikan bahawa kita bersedia untuk mengkaji sama ada perlu atau tidak kita perkukuhkan lagi punca kuasa yang jelas dalam Akta Hak Cipta.

Kalau disebutkan tentang, contohnya kadar tarif. Sebelum ini memang tidak ada. Tetapi, melalui garis panduan yang saya sebutkan tadi yang telah kita keluarkan pada tahun 2025 yang sepatutnya telah dikuatkuasakan, dalam perenggan 19(3), di sana telah menyebutkan bahawa sebarang semakan ataupun pindaan kepada kadar tarif perlu dimaklumkan dan mendapat kelulusan daripada pengawal hak cipta. Jadi, sebenarnya rujukan perlu dibuat kepada pengawal hak cipta yang berpandukan

draft • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

kepada satu jawatankuasa yang melibatkan pelbagai pemegang taruh sama ada agensi kerajaan, industri dan juga CMO sendiri.

Jadi, terima kasih. Saya mengalu-alukan dan mengharapkan bahawa bukan hanya JKPK, bukan hanya Rasah, tetapi semua Ahli Dewan Rakyat turut bersama- sama membantu supaya kita dapat mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif dalam melindungi hak cipta dan juga hak bukan sahaja pemegang hak tetapi juga pengguna kepada hak tersebut, termasuklah CMO itu sendiri.

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 12:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, dalam kepesatan kecerdasan buatan (AI), ada pihak menggunakan hak cipta ataupun harta intelek untuk melatih AI ini. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan ataupun inisiatif daripada pihak kementerian untuk memastikan MyIPO ini melindungi harta intelek ataupun melindungi hak cipta daripada digunakan karya mereka dalam melatih AI?

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang saya fikir amat baik, kerana kita melihat kepesatan teknologi AI pada hari ini yang sekali gus merupakan satu cabaran lagi dalam kita melindungi hak cipta.

Sebenarnya di bawah Akta Hak Cipta sedia ada, sekiranya terdapat sebarang karya hak cipta yang telah dilihat mempunyai risiko ataupun telah diguna pakai dalam AI, pemegang hak cipta boleh untuk menggunakan platform yang ada, iaitu Tribunal Hak Cipta yang diwujudkan di bawah Akta Hak Cipta, sama ada melalui tindakan sivil di bawah tribunal tersebut di bawah seksyen 36 Akta Hak Cipta ataupun boleh memilih juga tindakan dari segi jenayah yang melibatkan Bahagian Penguatkuasaan KPDN di bawah seksyen 41.

Pada masa yang sama, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, memang kita sedang melaksanakan sesi libat urus untuk melihat apa lagi ruang-ruang yang wujud, isu-isu yang berbangkit terkait dengan the advancement, dengan izin, teknologi AI ini supaya kita dapat memastikan kita dapat melindungi, pertama, pemegang hak cipta dan pada masa yang sama juga melindungi pengguna dalam kepesatan pembangunan teknologi AI pada hari ini.

draft • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Hajah Halimah Ali, Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Timbalan Speaker.

Negeri Melaka penuh sejarah, Bila berkempen biar berhemah, Jangan berjanji menaruh harapan, Soalan Kapar nombor lapan.

draft • 12:00 PM

8. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan pelan tindakan untuk membangunkan ageing care economy yang mampan bagi memastikan warga emas menikmati kehidupan yang bermaruah, sihat dan sejahtera, khususnya melalui pengukuhan penjagaan berasaskan komuniti, pembangunan tenaga penjaga yang profesional, penglibatan sektor swasta serta peluang pekerjaan dan TVET dalam sektor penjagaan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya menjawab soalan, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan MADANI khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan atas sokongan padu yang diberikan melalui kelulusan pelbagai inisiatif di bawah sektor ekonomi penjagaan dalam Belanjawan 2027.

KPWKM berkeyakinan penuh bahawa sokongan yang diberikan ini akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026-2030 ke arah membangunkan sistem penjagaan yang lebih inklusif, profesional, berkualiti dan mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melihat pembangunan care economy, dengan izin, sebagai satu komponen penting dalam memastikan Malaysia bersedia menghadapi perubahan demografi dan peningkatan keperluan penjagaan susulan Malaysia menuju status negara tua.

Sehubungan itu, KPWKM telah membangunkan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030 sebagai kerangka untuk memperkukuh ekosistem penjagaan yang inklusif, berkualiti, profesional dan

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

mampan termasuk penjagaan jangka panjang, penjagaan berasaskan komuniti serta pembangunan tenaga penjagaan yang kompeten.

Kerangka ini bersifat holistik merangkumi aspek penjagaan warga emas, OKU dan kanak-kanak. Pelaksanaan kerangka ini dipacu melalui lima teras strategi iaitu:

(i) memperkukuh perundangan dan tadbir urus sektor penjagaan;

(ii) membangunkan kompetensi profesionalisme dan laluan kerjaya tenaga penjagaan termasuk memperluas peluang latihan dan pembangunan kemahiran;

(iii) meningkatkan advokasi, kesedaran dan pengiktirafan terhadap kerja penjagaan termasuk pengiktirafan terhadap sumbangan penjaga tidak berbayar;

(iv) memperkukuh kolaborasi strategik merentas sektor yang melibatkan kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil, institusi pendidikan dan komuniti; dan

(v) memperkasa penyelidikan, teknologi pendigitalan dan penggunaan data bagi menyokong perancangan serta penyampaian perkhidmatan penjagaan yang lebih berkesan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Dalam aspek kualiti dan piawaian perkhidmatan melalui Belanjawan MADANI 2026, KPWKM telah diperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi pembangunan piawaian nasional penjagaan yang merangkumi perkhidmatan penjagaan di rumah, institusi dan komuniti. Piawaian ini akan menjadi rujukan nasional dalam aspek latihan, kompetensi, pensijilan, pemantauan dan kawal selia perkhidmatan penjagaan.

Bagi membangunkan tenaga penjagaan yang profesional dan berkemahiran, KPWKM telah diperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi latihan penjagaan dengan sasaran melatih 2,000 penjaga warga emas pada tahun 2026. Di bawah RMK13 pula, kerajaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan bilangan tenaga penjaga berkemahiran kepada 50,000 orang menjelang tahun 2030.

Usaha ini turut membuka ruang untuk memperkukuh laluan kerjaya dan TVET dalam sektor penjagaan supaya bidang penjagaan tidak lagi dilihat semata-mata sebagai kerja tidak formal. Sebaliknya, sebagai satu bidang pekerjaan dan kerjaya yang memerlukan kompetensi, kemahiran, pensijilan dan pembangunan profesional yang berterusan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Selain itu, bagi memperkukuhkan penjagaan berasaskan komuniti dan aging in place, dengan izin, KPWKM terus meningkatkan kemudahan seperti (PAWE) pusat aktiviti warga emas, perkhidmatan khidmat bantu di rumah, bantuan warga emas RM600 seorang dan bantuan pesakit terlantar RM500 bagi mereka yang layak.

Pendekatan ini membolehkan warga emas terus tinggal dalam persekitaran yang mereka kenali, di samping mengurangkan kebergantungan kepada penjagaan berasaskan institusi apabila keadaan mereka masih membolehkan penjagaan dilaksanakan dalam komuniti. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, silakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.

draft • 12:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini banyak perkara hendak dilakukan. Jaga OKU, jaga kanak-kanak, jaga wanita, jaga orang sakit dan sebagainya. Jadi, saya hendak tanya, adakah kementerian akan mencadangkan satu jabatan khas untuk menangani masalah warga emas ini yang dijangka 4.9 juta menjelang 2030?

Dengan bajetnya sendiri, dengan perancangannya sendiri. Kalau tak ada kementerian lainlah yang khusus. Dan juga, bilakah kementerian akan membentangkan National Aging Nation – agenda national aging nation ke Parlimen ini untuk dibahaskan oleh kami semua 222 Ahli Parlimen ini?

Sebab ini adalah national agenda, perkara penting. Seluruh whole-of- government, whole-of-society, semua kena ambil tahu. Jadi, semua Ahli Parlimen ini kena ambil tahu. Terima kasih Speaker.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Menteri, silakan.

draft • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Berkenaan dengan satu jabatan yang berlainan atau kementerian berlainan. Sebab pada masa ini, dalam kementerian KPWKM, kita memang sasaran kita banyak, termasuk OKU, kanak-kanak, wanita, warga emas, gelandangan dan sebagainya.

Tapi bagi kita itu, kita memang boleh menanganinya sebab kalau kita menubuhkan satu lagi jabatan, memang all integrated. Semua memang bertindih.

Jadi, pada masa ini kita tidak lihat ada keperluan untuk menubuhkan satu jabatan.

Tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat Kapar kerana isu menua ini kian mendapat perhatian semua. Jadi, KPWKM dalam merangka Akta Perlindungan

draft • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Warga Emas. Yang ini memang kita dalam proses dan kita sedang ada libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan. Jadi, kita akan bentangkan di Dewan Rakyat ini bila semua sudah siap. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila tekan. Yang Berhormat Klang, silakan.

draft • 12:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Timbalan Speaker.

Memandangkan Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2036, apakah langkah konkrit kerajaan untuk memastikan penjagaan warga emas mampu dibiayai, kebajikan mereka terjamin dan kes pengabaian serta penderaan dapat dibendung?

Dan tadi sebenarnya dijawab juga tapi apakah status terkini penggubalan RUU Warga Emas dan bilakah ia dijangka dibentangkan di Parlimen?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Saya amat suka hati kerana ramai sangat- sangat prihatin tentang isu warga emas. Kerajaan memang mengambil serius cabaran penuaan penduduk yang sedang memperkukuh— dan kita sedang memperkukuh kesiapsiagaan negara melalui pendekatan menyeluruh yang merangkumi aspek kebajikan, perlindungan, kesihatan, perkhidmatan penjagaan dan kesejahteraan warga emas.

Usaha ini dipandu oleh Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara. Bagi memastikan warga emas dapat menjalani kehidupan yang sejahtera, bermaruah, selamat dan aktif dalam masyarakat.

Dari aspek perundangan, RUU Warga Emas sedang dalam proses pemuktamad. Seperti yang saya sebutkan tadi, hasil sesi libat urus bersama dengan pihak berkepentingan menunjukkan terdapat beberapa perkara tambahan yang perlu diteliti dan dipertimbangkan bagi memastikan peruntukan undang-undang yang dicadangkan bersifat menyeluruh, praktikal dan mampu memenuhi keperluan warga emas.

Penelitian ini penting bagi memperkukuh perlindungan warga emas, termasuk daripada risiko pengabaian, penderaan dan eksploitasi, tertakluk kepada peruntukan yang akan dimuktamadkan.

Selain itu, KPWKM turut memberi penekanan kepada pendekatan aging in place, dengan izin, atau penuaan setempat iaitu membolehkan warga emas terus tinggal dalam persekitaran yang biasa dan selesa dengan sokongan perkhidmatan penjagaan yang bersesuaian.

draft • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Jadi, bagi menggalakkan penuaan aktif dan mengurangkan pengasingan sosial, KPWKM juga ada— seperti yang saya sebutkan juga, kita telah menyediakan— pada masa ini kita ada 217 buah pusat aktiviti warga emas (PAWE) di seluruh negara sebagai satu platform untuk warga emas melibatkan diri dalam aktiviti sosial, rekreasi, pembelajaran dan kesukarelawan.

Kemudahan ini juga menyokong usaha memperkukuh hubungan komuniti dan meningkat kualiti hidup warga emas. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-10. Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin.

draft • 12:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Soalan nombor 9, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

draft • 12:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Minta maaf Dato’ Sri Yang di- Pertua, soalan nombor 9, bukan nombor 10.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Maaf, 9. Sorry.

draft • 12:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Sri Yang di- Pertua.

Gelombang biru, menawan Negeri Sembilan; Soalan Tampin nombor 9.

draft • 12:10 PM

9. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan status semasa kajian yang dilaksanakan untuk menggubal undang-undang khusus bagi menangani kegiatan 'ulat tiket' dan apakah kelemahan undang-undang sedia ada yang menyebabkan kegiatan ini sukar dibendung serta bilakah jangkaan pembentangan cadangan perundangan tersebut akan dibuat.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin di atas soalan.

Berkenaan dengan soalan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memandang serius isu ulat tiket atau pun ticket scalping ini kerana

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

ia melibatkan penjualan semula tiket pada harga yang lebih tinggi dan kadang- kadang tidak munasabah.

Kegiatan ini bukan sahaja menyebabkan pengguna terpaksa membayar tiket pada harga yang tinggi dan melampau, malah boleh mendedahkan mereka kepada risiko penipuan apabila membeli tiket daripada penjual tidak rasmi.

Dato’ Yang di-Pertua, ketika ini, setakat ini tiada peruntukan khusus dalam undang-undang berkaitan dengan isu scalping ini. Namun, KPDN kini sedang menjalankan libat urus bersama dengan penganjur-penganjur event serta juga melaksanakan kajian (bench marking) dengan tujuan dan hasrat untuk mewujudkan satu kerangka undang-undang.

Di bawah Akta 723 ataupun Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dalam seksyen 15(1) memberi punca kuasa kepada Menteri dan kementerian untuk mewujudkan satu mekanisme dalam bentuk peraturan untuk yang boleh kita gunakan untuk mengekang aktiviti scalping ini. Maka, kita sedang buat kajian berkenaan dengan negara-negara lain, undang-undang yang wujud di negara lain seperti Australia, Ireland, Kanada, Jepun, Taiwan, Singapore dan sebagainya.

Bagaimana mereka menangani isu scalping ini.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Apakah yang kita sedang lihat dan mungkin memasukkan dalam peraturan tersebut ialah yang pertama berkenaan dengan takrifan scalping itu kerana sekarang ini tidak ada takrifan khusus. Kedua apakah skop scalping itu yang harus kita letak dalam peraturan.

Kedua pula Dato’ Yang di-Pertua, ialah bagaimana kita boleh mengawal aktiviti pembelian tiket secara pukal? Sebab apabila berlakunya pembelian tiket secara pukal sama ada melalui board atau pun daripada individu, di sinilah berlakunya penjualan secara sekunder atau pun secondary layer of sales ya. Jadi, di situlah wujudnya–– mungkin wujudnya keadaan scalping ini. Jadi itu yang kedua yang kita sedang kaji.

Ketiga, kita juga akan kaji ya, kemungkinan bolehkah kita menggunakan id atau pun nama pada pembelian tiket. Ticket to holder, macam–– jadi maksudnya dia tak boleh beli tiket untuk orang lain dan kemungkinan menjual dengan harga yang lebih mahal.

Seterusnya juga kita melihat pengiraan catut itu sendiri khas untuk scalping Dato’ Yang di-Pertua. Kerana pengiraan catut ini Dato’ Yang di-Pertua, dia kena ada data selama tiga tahun. Tapi oleh sebab event ini dia hanya one-off, jadi pengiraan

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

catut itu tidak perlu kita takrifkan khusus untuk scalping. Sebab kita ada peraturan untuk catut. Tapi peraturan tersebut tidak boleh diguna pakai untuk aktiviti scalping kerana dia one-off. Sebab catut ini kita perlu keluarkan notis dan mendapat data sepanjang tiga tahun penjualan. Jadi, insya-Allah itulah, harap dapat menjawab soalan Tampin. Tapi tak ada kena mengena dengan gelombang biru ya Tampin. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan yang Berhormat Tampin soalan tambahan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum tu Dato’ Sri Yang di-Pertua Tampin mewakili Kuantan untuk mengalu-alukan kehadiran JPKK Kampung Peramu dan ahli kariah Masjid Al- Sultan Abdullah Kampung Peramu, Kuantan. Selamat datang ke Dewan Rakyat.

Saya menghargai jawapan dan penjelasan sebentar tadi, namun jawapan bahawa kajian masih dijalankan belum memberikan kepastian kepada pengguna.

Pengguna memerlukan kepastian bahawa kajian perundangan yang dijalankan tidak berakhir sebagai proses pentadbiran tanpa hasil yang jelas.

Memandangkan kementerian masih menjalankan kajian untuk menggubal undang-undang khusus saya ingin mengetahui apakah tindakan sementara yang telah dibuat selama ini untuk membendung kegiatan ulat tiket yang telah wujud sejak sekian lama? Dan bilakah jangkaan undang-undang khusus untuk menangani ulat tiket atau scalper tersebut akan dibentangkan di dalam Dewan ini? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih. Yang pertama Yang Berhormat Tampin. Kita pihak kementerian melakukan advokasi untuk pengguna supaya pengguna tidak terjebak di dalam menjadi mangsa kepada ulat tiket atau pun aktiviti scalping. Jadi, continuous atau pun advokasi secara berterusan itu berlaku.

Kedua, libat urus dengan event organiser di mana kita meminta event organiser melaksanakan aktiviti secara sukarela untuk melihat kepada pembelian pukal. Sebab tak ada undang-undang ya jadi mereka kena pantau. Dan mereka sendiri harus voluntary meletakkan tanggungjawab itu kepada *event organiser.

Insya-Allah* dengan kajian ini dan peraturan Yang Berhormat Tampin tidak perlu dibawa ke Parlimen. Tapi dia ada proses dia untuk mewujudkan peraturan sekurang-

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

kurangnya enam bulan kita harap insya-Allah tahun depan, bolehlah kita bawa peraturan ini insya-Allah guna pakai. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat sebelah kiri? Jika tidak ada saya akan offer kan sebelah kanan. Jika tidak ada saya silakan sebelah kanan, sebelah kerajaan. Jika tidak ada saya akan ke soalan yang selanjutnya.

Baik, dengan sedemikian saya ke soalan yang kesepuluh. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 10.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 12:20 PM

10. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah strategi dan tindakan kerajaan dalam menangani risiko penggantian dan perubahan pekerjaan akibat automasi serta kecerdasan buatan, khususnya bagi pekerja berkemahiran rendah dan sederhana, dan berapakah peruntukan khusus yang diberikan untuk tujuan reskilling serta upskilling.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengambil perhatian serius terhadap risiko penggantian dan perubahan pekerjaan akibat automasi serta kecerdasan buatan khususnya bagi pekerja berkemahiran rendah dan sederhana.

Sehubungan itu, KESUMA melalui jabatan dan agensi di bawahnya telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani situasi ini antaranya seperti berikut.

Di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), pertama, pemantapan kokurikulum institusi latihan; memasukkan elemen kemahiran dan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI); internet of thinks (IOT), sistem automasi, teknologi dron, teknologi hijau, kenderaan elektrik (EV), teknologi hidrogen serta keusahawanan.

Kedua, akademi dalam industri (ADI), mengintegrasikan latihan institusi dengan pengalaman praktikal industri bagi memberikan pendedahan awal teknologi serta menyediakan tenaga kerja yang future ready.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Ketiga, program upskilling dan reskilling pekerja sedia ada. Menyediakan kursus jangka pendek modular dan latihan tersuai mengikut keperluan industri bagi pekerja berkemahiran rendah dan sederhana.

Dan keempat, pencapaian seramai 74,332 orang peserta telah mengikuti program ini sehingga 31 Ogos 2026.

Di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), pertama, pembiayaan melalui levi PSMB, majikan berdaftar boleh menggunakan pembiayaan levi untuk program upskilling, reskilling dan cross-skilling tenaga kerja tempatan.

Kedua, sembilan bidang tumpuan industri berimpak tinggi merangkumi industri 4.0, future technology, fintech, blockchain, green technology, smart construction, smart farming, aerospace dan micro credential. Ketiga, kursus popular antaranya ialah certified AI powered workplace efficiency and automation. Algorithm thinking for process optimization with AI dan AI coding for workplace efficiency and smart system development.

Dan keempat, pencapaian yang kita telah lakukan sehingga Ogos 2026, 16,312 tempat latihan diluluskan dengan bantuan kewangan berjumlah RM36.14 juta.

Di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pertama, skim lindung kerjaya menyediakan faedah insurans pekerjaan untuk orang berinsurans

(OB) khususnya pekerja berkemahiran rendah dan sederhana yang sedang dalam transisi kerjaya.

Dan kedua, bantuan dan elaun latihan. Menyediakan pembiayaan yuran latihan dan penyediaan elaun latihan bagi membantu pekerja memperoleh kemahiran baharu upskilling dan reskilling seterusnya meningkatkan kebolehpekerjaan mereka.

Dan di bawah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) kita ada satu program khas yang diberikan nama Program Jelajah AI MyMahir (JAM). Bertujuan merapatkan jurang kemahiran digital dan kalangan rakyat melalui pendedahan kepada penggunaan AI secara praktikal termasuk teknik prompting yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam pekerjaan.

Kedua, pelaksanaan JAM turut diperluaskan melalui JAM-X, memperluas akses latihan AI kepada pelbagai kumpulan sasaran termasuk pelajar, pencari kerja, pekerja wanita, pesara, ahli akademik dan komuniti.

Sehingga kini, JAM dan JAM-X telah memberi manfaat kepada lebih 7,971 pekerja. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan silakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Dato’ Speaker, terima kasih kepada Timbalan Menteri.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dengan adanya revolusi AI ini, maka persoalan saya ialah, ada atau tidak data-data yang ada kepada kementerian dengan keadaan pekerja-pekerja di Malaysia yang terjejas apabila penggunaan AI ini begitu bertambah dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang mengikut sektor dan tahap kemahiran pekerja yang ada di negara ini. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 12:30 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Seperti yang kita semua sedia maklum di dalam Dewan ini, evolusi penggunaan automasi dan juga kecerdasan buatan (AI) ini bukanlah satu perkara yang kita boleh anggap sebagai remeh. Dan suka saya di sini memberikan beberapa case study yang telah dilangsungkan dan telah diambil tindakan bersama oleh pihak kementerian.

Pertama berkenaan dengan syarikat Farm Fresh. Farm Fresh telah melaksanakan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi memantau tarikh luput produk dengan anggaran pelaburan sebanyak RM14,000. Penggunaan teknologi ini dilaporkan mengurangkan aduan pelanggan sebanyak 30 peratus serta meningkat ketepatan pemantauan dan kebolehpercayaan produk. Contoh ini dengan jelas menunjukkan bagaimana AI dapat mengautomasikan tugasan pemantauan rutin dan meningkatkan kecekapan operasi sekali gus menuntut pekerja menyesuaikan kemahiran dengan penggunaan teknologi dalam proses kerja.

Jelas, ada satu kajian kes dan apakah tindakan susulan. Di sini pihak kementerian akan menggunakan beberapa agensi di bawah pihak kementerian.

Contoh yang paling dekat kita boleh ambil ialah HRD Corp. itu sendiri. Melalui penggunaan teknologi baru ini, HRD Corp. akan melangsungkan satu bentuk latihan secara khusus di bawah permintaan industri itu sendiri. Di sini kita akan melatih para pekerja mereka supaya mereka dapat mengawal kemahiran yang diperlukan di dalam bidang automasi yang telah diselitkan oleh pihak Syarikat Farm Fresh.

Sebenarnya Yang Berhormat Bagan Serai, banyak lagi kes yang saya boleh kongsikan, tetapi hari ini masa tidak begitu luas masanya. Oleh itu saya akan

draft • 12:30 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

memberikan beberapa case study yang boleh kita sama-sama renungkan dan lihat tindakan dan juga pencapaian yang telah dilakukan oleh pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Manis.

draft • 12:30 PM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin nak bertanya. Selaku Timbalan Chef de Mission kepada WorldSkills Shanghai pada tahun ini, kita dapat melihat banyak AI, penggunaan AI, penggunaan robotic, penggunaan kemahiran yang tahap tertinggilah di peringkat world, di peringkat dunia pada WorldSkills Shanghai pada baru-baru ini.

Apakah pengalaman kita di WorldSkills Shanghai ini dapat kita terjemahkan dalam kita menambah skill, kemahiran kepada pekerja-pekerja di Malaysia? Dan di mana kita boleh berhijrah daripada konvensional kepada penggunaan robotic, AI, komputer dan sebagainya dalam kerangka kerja kita? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 12:30 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat.

Kebetulan Yang Berhormat turut bersama di dalam rombongan ke WorldSkills championship dan Chef de Mission kita ialah Datuk Seri Ahmad Maslan. Gelombang birulah tu kan, tapi hasil daripada lawatan itu dengan jelas. Pertama, perlu ada kerjasama yang lebih rapat dengan pihak industri. Itu sebabnya kenapa di Jabatan Tenaga Manusia kita melakukan program Akademi Dalam Industri. Tanpa penglibatan pihak industri, mana mungkin kita dapat memahami selera yang perlu kita sediakan kepada para pelajar kita dan juga selera yang perlu kita sediakan pada para pencari pekerja.

Apabila kita melihat perkembangan ini seiring dengan permintaan industri, dengan itu baru kita boleh laksanakan latihan-latihan yang berkait rapat dengan permintaan pasaran. Apabila latihan-latihan yang berkait rapat dengan permintaan pasaran, barulah kita boleh mewujudkan satu ekosistem yang rapi, tersusun yang mempunyai kepakaran yang benar-benar boleh diadaptasikan di dalam pasaran itu sendiri. Itu sebabnya baru-baru ini di WorldSkills Championship kita telah melibatkan penyertaan sebanyak 21 acara dengan 22 peserta. Hasil daripada pengalaman yang kita dapat, kita akan lakukan satu SWOT Analysis dan seterusnya juga, apakah

draft • 12:30 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

tindakan gerakan yang perlu kita lakukan supaya industri TVET kita ini sebenarnya selari dengan permintaan industri luar sana dan juga pasaran global.

Saya mengambil baik saranan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat dan pastinya pendekatan kita di pihak kementerian untuk memperbanyakkan lagi Akademi Dalam Industri di bawah JTM supaya setiap rangsangan yang dilakukan itu dapat membawakan satu impak yang begitu baik kepada para pelatih kita dan para peserta kita di dalam industri TVET. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk pertanyaan— waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

draft • 12:30 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

[Puan Lim Hui Ying]: Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 14 Oktober 2026.” Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Saya menyokong.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis sebagaimana telah diusulkan Menteri tadi untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul sebagai mana yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan oleh Dewan.

draft • 12:30 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL PERKARA TERTENTU BERKENAAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI YANG BERKEHENDAK DISEGERAKAN DI BAWAH P.M. 18(1)
STATUS TERKINI KEADAAN JEREBU DAN PENCEMARAN UDARA YANG SEDANG MELANDA MALAYSIA, YANG WAJAR DILIHAT SEBAGAI SUATU KRISIS NASIONAL KERANA TELAH MELIBATKAN SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK SERTA MENGANCAM KESIHATAN AWAM, KESELAMATAN, EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dato’ Dr. Timbalan Speaker, Usul Peraturan Mesyuarat 18(1).

Saya, Kota Melaka dengan ini memohon kebenaran Tuan Yang di-Pertua, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat untuk merundingkan satu perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak di segerakan dan mengemukakan pemberitahuan bersurat ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(2).

Usul saya berbunyi, bahawa Dewan ini membahaskan keadaan jerebu dan pencemaran udara yang sedang melanda Malaysia, yang wajar dilihat sebagai suatu krisis nasional kerana telah melibatkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta memberi implikasi terhadap kesihatan awam, keselamatan dan daya tahan negara, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Sejak awal Ogos 2026, Malaysia berdepan episod jerebu berpanjangan yang menjejaskan seluruh negara. Di beberapa lokasi, bacaan Indeks Pencemar Udara

(IPU) telah mencecah tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya. Jabatan Alam Sekitar memaklumkan bahawa jerebu semasa berpunca daripada asap kelompok titik panas di Kalimantan dan Sumatera. Manakala, keadaan panas dan kering meningkatkan risiko kebakaran berterusan.

draft • 12:38 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jerebu bukan sekadar isu alam sekitar. Ia menjejaskan kesihatan awam, produktiviti dan aktiviti ekonomi serta berpotensi menjejaskan keterjaminan makanan. Kementerian Kesihatan turut merekodkan peningkatan kes pernafasan dan asma. Pendedahan berterusan kepada pencemaran udara juga meningkatkan risiko penyakit pernafasan dan kardiovaskular serta tekanan terhadap sistem kesihatan negara.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sehubungan itu, Dewan ini perlu membahaskan dengan segera tindakan lebih tegas dan menyeluruh untuk melindungi rakyat, memperkukuh penguatkuasaan dan mekanisme undang-undang serta meningkatkan kesiapsiagaan Malaysia menghadapi ancaman jerebu. Perkara ini adalah tertentu kerana ia merujuk kepada satu episod jerebu semasa yang nyata berterusan dan telah menjejaskan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan bacaan IPU di beberapa lokasi mencecah tahap tidak sihat, sangat tidak sihat, dan berbahaya.

Perkara ini juga berkehendak disegerakan kerana keadaan jerebu boleh berubah dan merosot dengan pantas mengikut keadaan cuaca. Arah angin dan aktiviti titik panas, manakala pendedahan berterusan boleh memberi kesan segera serta jangka panjang terhadap kesihatan rakyat khususnya golongan rentan dan meningkatkan tekanan terhadap sistem kesihatan negara.

Perkara ini juga berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana ia melibatkan kesihatan dan keselamatan awam pada skala nasional di samping memberi kesan kepada kehidupan harian, produktiviti dan aktiviti ekonomi serta berpotensi menjejaskan keterjaminan makanan dan daya tahan negara sekiranya keadaan ini berpanjangan.

Dengan ini, saya harap permohonan dan teks Usul ini atas, dapat dipertimbangkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli- ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua telah menerima satu Pemberitahuan Usul di bawah Peraturan 18(1) oleh Yang Berhormat Kota Melaka pada hari Jumaat, 9 Oktober 2026. Teks Usul itu adalah seperti dibaca oleh Yang Berhormat Kota Melaka sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat.

Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu. Lulus.

Syarat yang kedua ialah bagi kepentingan orang ramai. Lulus.

Dan syarat yang ketiga ialah ia berkehendakkan disegerakan. Lulus.

Yang di-Pertua telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa perkara- perkara ini adalah perkara yang tertentu. Ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh yang sedemikian, Yang di-Pertua membenarkan Usul ini untuk dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas pada petang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2027 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lima bilion ringgit (RM85,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2027, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2026, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [12 Oktober

draft • 12:40 PM

2025] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang berhormat-Yang Berhormat, senarai pembahas pada hari ini telah ditetapkan seramai 23 orang. Saya akan membacakan senarai berkaitan dan Yang Berhormat- Yang Berhormat ambil maklum dan bersedia menunggu giliran.

Senarai dimulakan oleh Yang Berhormat Port Dickson. Sebagai wakil ketua parti, dibenarkan 20 minit. Diikuti oleh Yang Berhormat Beluran, 15 minit. Yang Berhormat Sri Aman, 20 minit, wakil ketua parti. Yang Berhormat Muar, 20 minit, wakil ketua parti. Diikuti Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Ketereh 15 minit. Berikutnya Yang Berhormat Kota Marudu, 20 minit, wakil ketua parti. Diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kota Belud, 15 minit setiap seorang.

draft • 12:40 PM

2025] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Dengan itu, saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Port Dickson dan kita akan tangguh mesyuarat selepas Yang Berhormat Port Dickson berhenti untuk rehat dan solat serta makan. Dipersilakan, Yang Berhormat Port Dickson.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

*Bismillahirrahmanirrahim.

[Berselawat] [Membaca doa]* Terima kasih Dato' Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Port Dickson untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027.

Terlebih dahulu, Port Dickson ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan MADANI 2027 yang bertemakan, “Menggapai Langit, Mengakar di Bumi”. Belanjawan ini memperuntukkan keseluruhan RM510 bilion dengan penekanan kepada kesejahteraan rakyat, peruntukan ekonomi, pembangunan negara, dan disiplin fiskal. Port Dickson menghargai usaha Kerajaan MADANI untuk terus membantu rakyat menghadapi kos sara hidup di samping memastikan ekonomi kekal berdaya tahan.

Namun Dato' Yang di-Pertua, perbahasan saya hari ini ingin memberikan tumpuan kepada satu persoalan yang amat penting. Bagaimanakah kita memastikan negara mempunyai hasil yang mencukupi untuk membiayai keperluan rakyat, melaksanakan reformasi fiskal, dan menyampaikan pembangunan yang benar-benar dirasai oleh rakyat? Bagi saya, belanjawan yang baik bukan hanya dinilai berdasarkan jumlah peruntukan yang diumumkan. Kita juga perlu menilai dari mana hasil negara diperoleh, bagaimana wang awam dibelanjakan, sejauh mana ketirisan dapat dibendung, dan sama ada projek yang telah dijanjikan benar-benar dapat dilaksanakan.

Atas semangat itu, Port Dickson ingin menyentuh tiga perkara utama.

Pertama, meningkatkan hasil negara dan menutup ketirisan. Kedua, memperkukuh tadbir urus serta keberkesanan perbelanjaan. Dan yang ketiga, memastikan pembangunan infrastruktur serta kemudahan kesihatan khususnya di Negeri Sembilan dan Port Dickson diberi perhatian sewajarnya.

Dato' Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 mengunjurkan hasil Kerajaan Persekutuan sebanyak RM380.8 bilion berbanding unjuran RM363.6 bilion pada

draft • 12:46 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

tahun 2026. Pada masa yang sama, perbelanjaan mengurus persekutuan diunjurkan sebanyak RM376.8 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM83 bilion. Kerajaan turut menetapkan sasaran defisit fiskal sebanyak 3.3 peratus daripada KDNK pada tahun 2027 dengan matlamat mencapai 3 peratus menjelang tahun 2028.

Port Dickson menyambut baik sasaran ini. Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh kedudukan fiskal negara secara berperingkat. Namun, sasaran tersebut perlu disokong oleh peningkatan hasil yang mampan, kawalan perbelanjaan, dan pelaksanaan reformasi yang konsisten. Kita tidak boleh bergantung pada pengurangan perbelanjaan semata-mata sehingga menjejaskan perkhidmatan asas rakyat. Kita tidak juga seharusnya menjadikan cukai baharu sebagai jalan pintas untuk menambah hasil tanpa terlebih dahulu memastikan sistem kutipan sedia ada berfungsi dengan cekap dan adil.

Port Dickson ingin mengemukakan empat cadangan. Pertama, memperkukuhkan penguatkuasaan cukai dan kastam bagi membanteras pengelakan cukai, penyeludupan, pengisytiharan nilai import yang tidak tepat, serta aktiviti ekonomi yang tidak dilaporkan.

draft • 12:46 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Kedua, mengintegrasikan penggunaan data dan teknologi digital antara agensi berkaitan, supaya aktiviti ekonomi dapat dipantau dengan lebih berkesan tanpa membebankan perniagaan yang mematuhi undang-undang.

Ketiga, menilai semula insentif cukai dan kemudahan yang diberikan kepada syarikat bagi memastikan manfaat ekonomi, pelaburan dan pekerjaan yang dijanjikan benar-benar tercapai.

Keempat, memperluaskan asas hasil negara secara berperingkat, progresif dan adil dengan melindungi golongan berpendapatan rendah serta memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tidak terbeban secara tidak seimbang.

Dato' Yang di-Pertua, Port Dickson juga ingin menarik perhatian kepada prestasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia berdasarkan angka yang dirujuk dalam belanjawan. Kutipan Kastam bagi tahun 2025, mencapai RM76.1 bilion, manakala sasaran awal RM67.25 bilion. Pencapaian ini wajar dihargai. Ini menunjukkan bahawa apabila keupayaan pentadbiran, pematuhan dan penguatkuasaan dipertingkatkan, terdapat ruang untuk memperkukuhkan kutipan hasil.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Persoalannya, apakah pengajaran daripada pencapaian ini yang boleh diperluas kepada sistem hasil negara? Port Dickson mencadangkan supaya kerajaan memperkukuhkan penggunaan analisis risiko berasaskan kecerdasan buatan AI, meningkatkan perkongsian data antara agensi hasil, mempercepatkan pendigitalan proses Kastam dan memperhebatkan tindakan terhadap sindiket penyeludupan.

Pada masa yang sama, teknologi mestilah disertai dengan integriti, penguatkuasaan yang canggih tidak akan berkesan jika masih terdapat ruang untuk campur tangan, salah guna kuasa ataupun kompromi terhadap undang-undang. Port Dickson ingin meminta kerajaan menjelaskan, apakah sasaran khusus peningkatan kutipan hasil melalui pengurangan ketirisan bagi tahun 2027? Berapakah jumlah hasil tambahan yang benar-benar berjaya dikutip hasil daripada penguatkuasaan dan bagaimanakah prestasi tersebut akan dilaporkan kepada Parlimen secara berkala?

Kita tidak mahu kejayaan hanya diukur melalui jumlah operasi ataupun bilangan tangkapan. Ukuran yang lebih penting ialah jumlah hasil yang berjaya dipulihkan, jumlah tunggakan yang berjaya dikutip dan sejauh mana aktiviti ekonomi haram dapat dibendung.

Dato' Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan hasil negara, kerajaan perlu mengambil pendekatan yang seimbang. Kita mesti mengelakkan keadaan apabila golongan yang bekerja makan gaji dan perniagaan yang patuh yang menjadi kumpulan paling mudah dikenakan beban, sedangkan sebahagian aktiviti ekonomi yang mempunyai keupayaan membayar lebih tinggi, masih belum menyumbang secara sewajarnya.

Port Dickson menyokong usaha memperkukuhkan pematuhan cukai melalui e-invois dan pendigitalan. Namun pelaksanaannya hendaklah mengambil kira tahap kesiapsiagaan perusahaan PMKS termasuk core system, latihan pekerja serta keupayaan operasi mereka. Kerajaan perlu membantu peniaga kecil beralih kepada sistem digital, bukan sekadar mengenakan penalti apabila mereka belum mempunyai kemampuan untuk mematuhi semua keperluan teknikal.

Pada masa yang sama, pemantauan perlu dipertingkatkan terhadap transaksi ekonomi digital, pengalihan keuntungan, pemindahan harga yang tidak munasabah dan penggunaan struktur korporat yang bertujuan mengelakkan tanggungjawab cukai. Port Dickson juga berpandangan bahawa insentif cukai perlu dinilai secara berkala. Sesebuah syarikat yang menerima kemudahan cukai

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

sepatutnya dinilai berdasarkan pelaburan sebenar, perwujudan pekerjaan berkualiti, pemindahan teknologi, pembangunan rantaian bekalan tempatan dan sumbangannya kepada ekonomi negara. Sekiranya suatu insentif tidak lagi mencapai objektif asal, kerajaan perlu berani menyemak dan menamatkan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Port Dickson tidak menolak perbincangan mengenai pilihan pembaharuan cukai yang lebih luas. Namun sebarang cadangan cukai baru hendaklah dibuat berasaskan kajian impak, keadilan pengagihan dan keupayaan rakyat, bukannya semata-mata kerana kerajaan memerlukan hasil tambahan. Yang penting, kita perlu bergerak ke arah sistem percukaian yang lebih adil. Mereka yang mempunyai kemampuan lebih besar menyumbang secara munasabah, kegiatan ekonomi dipantau dengan berkesan dan golongan berpendapatan rendah terus dilindungi.

Dato' Yang di-Pertua, meningkatkan hasil negara hanyalah satu sebahagian daripada reformasi fiskal. Bahagian yang sama penting ialah memastikan wang yang telah dikutip, dibelanjakan dengan berkesan. Port Dickson menyambut baik komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan disiplin fiskal, meningkatkan ketelusan perolehan dan memperluaskan pengauditan wang awam. Namun kita perlu memastikan komitmen tersebut diterjemahkan kepada amalan yang boleh diukur.

Setiap kementerian dan agensi seharusnya mempunyai petunjuk prestasi yang jelas bagi projek pembangunan termasuk kos, jadual pelaksanaan, kemajuan fizikal dan manfaat kepada rakyat.

Jika suatu projek mengalami kelewatan, Parlimen dan rakyat wajar diberikan penjelasan tentang puncanya, tindakan pembetulan serta tarikh sasaran yang baru.

Jika suatu program menerima peruntukan yang besar tetapi pencapaiannya rendah, penilaian perlu dibuat sebelum peruntukan tambahan diberikan.

Port Dickson juga mencadangkan supaya laporan prestasi fizikal secara berkala merangkumi bukan saja jumlah perbelanjaan tetapi jumlah hasil yang dipulihkan, penjimatan daripada reformasi, tunggakan yang berjaya dikutip serta kos pentadbiran bagi melaksanakan setiap pembaharuan. Kita perlu mengubah budaya pentadbiran daripada sekadar bertanya berapa banyak wang telah dibelanjakan, kepada soalan yang lebih penting iaitu apakah hasil yang diperoleh daripada wang yang telah dibelanjakan. Inilah asas kepada konsep nilai untuk wang.

Dato' Yang di-Pertua, Port Dickson ingin menegaskan bahawa disiplin fiskal tidak boleh ditafsirkan sebagai alasan untuk menangguhkan pembangunan yang diperlukan rakyat sebaliknya disiplin fiskal sepatutnya membantu kerajaan memilih

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

projek yang paling mendesak, mengurangkan pembaziran dan memastikan projek yang diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual. Prinsip inilah yang ingin kita bawa apabila menyentuh isu pembangunan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Negeri Sembilan.

Dato' Yang di-Pertua, Port Dickson juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perhatian yang diberikan kepada pembangunan prasarana Negeri Sembilan. Dalam ucapan lunas kedua: mengutamakan semua negeri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyentuh usaha melengkapkan prasarana Malaysia Vision Valley 2.0 untuk memangkinkan pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan termasuk jalan baharu dari KLIA ke Bandak Enstek, naik taraf Jalan Pajam-Nilai-Salak serta pelaksanaan Projek Klang-Valley dual track 2.

Prasarana asas seperti perumahan rakyat disediakan untuk projek perumahan baharu yang akan dilaksanakan di Nilai, Negeri Sembilan. Manakala sebuah Kompleks Kesihatan Bersepadu di Rembau, Negeri Sembilan telah diluluskan sebagai salah satu fasiliti baru yang akan dibina dalam lunas keempat:

mengangkat mutu perkhidmatan rakyat.

Port Dickson menyambut baik usaha ini. Pembangunan prasarana yang terancang mampu meningkatkan ketersambungan, mengurangkan masa perjalanan, merancakkan pelaburan dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pertumbuhan Malaysia Vision Valley 2.0 juga memerlukan jaringan pengangkutan dan kemudahan awam yang sepadan dengan perkembangan ekonominya. Selain itu, pembangunan perumahan rakyat baharu di Nilai dijangka merancakkan pertambahan penduduk di Nilai dan kawasan sekitarnya termasuk Seremban dan Port Dickson.

Namun Dato' Yang di-Pertua, apabila penduduk bertambah dan kegiatan ekonomi berkembang, keperluan jalan raya, jambatan, hospital dan kemudahan awam juga meningkat. Justeru, saya ingin membawa beberapa isu yang memerlukan perhatian khusus daripada Kerajaan Persekutuan.

Pertamanya, Lebuhraya Nilai–Labu–Enstek, ingin mendapat penjelasan tentang perkembangan terkini Projek Jalan Nilai–Labu–Enstek ataupun NLE.

Penduduk dan pengguna jalan raya amat berharap projek ini dapat dipercepatkan kerana ia berpotensi menghubungkan antara kawasan pertumbuhan ekonomi, kawasan perumahan dan jaringan pengangkutan utama. Namun setakat yang saya dapat perhatikan, kemajuan pelaksanaannya masih dilihat perlahan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Kedua, Jalanraya Paroi–Senawang Link. Port Dickson juga ingin membangkitkan Projek Jalanraya Paroi-Senawang Link ataupun PSL yang menurut maklumat dirujuk telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pelaksanaannya masih belum menunjukkan perkembangan yang jelas kepada penduduk.

Port Dickson ingin bertanya kepada kerajaan, apakah status terkini bagi kedua-dua projek jalan raya dari segi perancangan, pembiayaan, pelaksanaan serta halangan lain? Rakyat mahu melihat kemajuan di lapangan, bukan sekadar mengetahui bahawa sesuatu projek pernah diluluskan.

Ketiga, jambatan antara Sungai Pelek di Sepang dan Kampung Bukit Pelanduk di Port Dickson dan Jambatan Kuala Lukut–Chuah di Port Dickson. Tan Sri Dato’ Yang di-Pertua, Port Dickson turut meminta penjelasan mengenai projek jambatan yang penting kepada penduduk di kawasan berkaitan.

Pertama, jambatan yang menghubungkan Sungai Pelek, Sepang dengan Kampung Bukit Pelanduk di Port Dickson yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023. Kedua-dua jambatan; keduanya, jambatan antara Kuala Lukut dengan Chuah yang telah diluluskan pada tahun 2024. Namun persoalan yang timbul ialah mengapa pelaksanaan kedua-dua projek ini masih belum kelihatan.

Port Dickson memohon kementerian yang berkenaan menjelaskan status terkini setiap projek secara berasingan termasuk peringkat reka bentuk, peruntukan, pengambilan tanah jika berkaitan serta proses perolehan dan jangkaan tarikh kerja fizikal bermula.

Saya juga memohon supaya projek-projek ini tidak terus berada dalam keadaan tidak menentu tanpa maklumat yang jelas kepada penduduk yang menunggu-nunggu projek ini dapat dilaksanakan kerana hubungan jalan raya dan jambatan yang baik amat penting bagi memudahkan pergerakan penduduk meningkatkan akses kepada perkhidmatan awam dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa isu yang saya bangkitkan ini bukan bertujuan untuk menafikan usaha Kerajaan MADANI dalam membangunkan Negeri Sembilan. Sebaliknya, saya mahu memastikan komitmen pembangunan yang telah diumumkan dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata.

Pembangunan bukan sekadar mengumumkan projek, pembangunan bermaksud projek itu dilaksanakan, siap dan membawa manfaat kepada rakyat.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Dalam konteks Belanjawan 2027, saya mohon agar Kementerian Kewangan dan kementerian pelaksana memberikan perhatian kepada projek yang telah diluluskan, tetapi masih belum menunjukkan kemajuan yang sewajarnya. Saya juga mencadangkan supaya projek-projek infrastruktur yang menjadi keutamaan negeri diberi laporan kemajuan yang boleh dinilai dari masa ke semasa untuk memastikan peruntukan pembangunan bukan hanya mencukupi pada peringkat kelulusan, tetapi juga turut disokong oleh perancangan penyelarasan agensi, proses perolehan dan pelaksanaan yang cekap.

Datuk Yang di-Pertua, selain infrastruktur jalan raya, jambatan dan juga perumahan rakyat, Port Dickson ingin memberikan perhatian kepada satu lagi keperluan asas iaitu kemudahan kesihatan. Port Dickson ingin memohon perhatian kerajaan terhadap pembangunan sebuah hospital baharu di Nilai serta cadangan Hospital USIM yang dirancang untuk dibina di kampus utama USIM di Nilai, Negeri Sembilan. Sehingga kini, kedua-dua projek masih belum menunjukkan perkembangan pelaksanaan yang jelas. Saya mohon kerajaan memberikan penjelasan rasmi tentang status terkini perancangan dan garis masa bagi kedua- duanya.

Mengapa perkara ini penting? Kawasan Seremban khususnya Nilai sedang berkembang pesat dengan pertambahan penduduk, pembangunan perumahan dan kegiatan ekonomi serta industri. Apabila populasi meningkat, permintaan terhadap rawatan pesakit luar, perkhidmatan kecemasan, rawatan pakar dan kemudahan sokongan kesihatan turut meningkat. Jika pertumbuhan penduduk tidak disertai penambahan kapasiti kesihatan, tekanan terhadap hospital sedia ada akan bertambah.

Akhirnya, rakyat mungkin berdepan kesesakan, masa menunggu yang panjang dan kesukaran mendapatkan rawatan yang diperlukan. Oleh itu, perancangan hospital baharu perlu melihat bukan sahaja keperluan semasa, tetapi juga unjuran penduduk dan permintaan perkhidmatan kesihatan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Port Dickson ingin meminta Kementerian Kesihatan menjelaskan status terkini hospital baharu dan juga Hospital USIM termasuk tahap perancangan, kelulusan dan pembiayaan. Port Dickson memohon supaya pembangunan kemudahan kesihatan di Seremban dan Nilai diberikan keutamaan sewajarnya dalam perancangan pembangunan negara.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Dato’ Yang di-Pertua, isu hasil negara, reformasi fiskal, infrastruktur dan hospital sebenarnya saling berkait. Jika hasil negara meningkat melalui kutipan yang cekap dan pengurangan ketirisan, kerajaan mempunyai ruang fiskal yang lebih kukuh untuk membiayai pembangunan. Jika perbelanjaan diurus dengan telus dan berdisiplin, projek yang benar-benar diperlukan rakyat dapat diberikan keutamaan.

Jika pelaksanaan projek dipantau dengan berkesan, kelewatan dapat dikesan lebih awal, tindakan pembetulan boleh diambil sebelum kos meningkat atau manfaat kepada rakyat terus tertangguh. Sebab itulah Port Dickson berpandangan bahawa reformasi fiskal tidak seharusnya dilihat sebagai usaha mengurangkan defisit semata-mata. Reformasi fiskal mesti membawa kepada kerajaan yang lebih cekap, perkhidmatan awam yang lebih baik dan pembangunan yang lebih seimbang. Port Dickson mencadangkan tiga tindakan yang boleh diberikan perhatian dalam pelaksanaan Belanjawan 2027.

Pertamanya, tetapkan sasaran yang boleh diukur untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan ketirisan. Kerajaan perlu melaporkan hasil tambahan yang berjaya dikutip melalui penguatkuasaan, pematuhan cukai dan pemulihan tunggakan...

draft • 1:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Port Dickson, boleh minta laluan sikit Port Dickson.

Bila Port Dickson tadi menyebutkan soal berkaitan dengan pembinaan hospital dekat Nilai tu, sebab Nilai tu dekat dengan Hulu Langat. Bandar Seri Putra ataupun Bandar Bukit Mahkota tu sebab kalau hospital itu dapat dibina, didirikan di Nilai tu, maksudnya limpahan itu pun akan dapat dirasai oleh warga dan juga masyarakat di Hulu Langat di negeri Selangor itu sendiri. Jadi, saya nak minta supaya kalau boleh Port Dickson terus memperjuangkan soal berkaitan dengan pembinaan hospital di Nilai tu.

Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Macam ucapan dasar Menteri Besar-lah saya dengar tadi tu.

[Tepuk]

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih, masukkan dalam ucapan saya.

Datuk Yang di-Pertua, kedua, pertingkat pemantauan terhadap projek pembangunan yang telah diluluskan. Projek yang mengalami kelewatan perlu disertai penjelasan tentang punca, tindakan pembetulan dan jadual pelaksanaan yang realistik. Ini termasuk projek infrastruktur dan hospital yang saya bangkitkan bagi Negeri Sembilan.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Ketiga, pastikan keutamaan peruntukan ditentukan berdasarkan manfaat kepada rakyat dan keperluan jalan raya, jambatan, rumah, hospital dan kemudahan asas perlu dinilai bersama pertumbuhan penduduk, kesan ekonomi dan tahap kesegeraan. Port Dickson percaya pendekatan ini membantu kerajaan mencapai sasaran fizikal tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

Pembangunan yang baik tidak sepatutnya menjadi isu politik kepartian apabila suatu projek dapat mengurangkan kesesakan, memudahkan akses kepada hospital atau meningkatkan peluang ekonomi, manfaatnya dinikmati oleh rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Dato’ Yang di-Pertua, Port Dickson merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas pembentangan Belanjawan 2027. Port Dickson menyokong usaha memperkukuhkan kedudukan fiskal negara dengan harapan reformasi yang dilaksanakan dapat meningkatkan hasil, membendung ketirisan dan memastikan wang awam dibelanjakan secara berkesan.

Bagi Negeri Sembilan, saya berharap komitmen pembangunan disusuli pelaksanaan yang jelas bagi Projek Jalan Nilai–Labu–Enstek, Jalan Raya Paroi– Senawang Link, Jambatan Sungai Pelek–Kampung Bukit Pelandok dan Jambatan Kuala Lukut–Chuah serta kemajuan pembinaan hospital baharu dan Hospital USIM di Nilai. Projek yang diluluskan mesti dilaksanakan, manakala projek yang tertangguh perlu diberikan penyelesaian dan garis masa yang jelas.

Dato’ Yang di-Pertua, ada pihak cuba memainkan naratif bahawa Belanjawan 2027 sebagai belanjawan pilihan raya. Pada saya, naratif tersebut tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada matlamat sebenar belanjawan iaitu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Tambahan pula, tahun hadapan merupakan tahun terakhir penggal Parlimen ‘Ketiga’ Belas dan pilihan raya tetap akan diadakan sebagai sebahagian proses demokrasi negara.

Akhirnya, rakyat tidak menilai belanjawan berdasarkan level politik, tetapi berdasarkan hasil yang mereka nikmati selaras dengan tema, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.” Saya berharap setiap dasar dan peruntukan yang membawa manfaat nyata kepada rakyat.

Dengan itu, Port Dickson menyokong Rang Undang-udang Perbekalan 2027 dan menyeru kerajaan agar terus melaksanakan reformasi yang berani, telus dan bertanggungjawab demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat. Menggapai

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

di langit mestilah disertai akar yang kukuh di bumi. Itulah ukuran sebenar kejayaan Belanjawan MADANI 2027. Sekian, terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, Majlis berhenti rehat untuk solat, makan dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Beluran.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Semalam ada Ahli Parlimen kerajaan dalam ucapan, menggesa Perdana Menteri untuk diambil tindakan semula terhadap Bagan Datuk. Dia memberi signal yang pelbagai.

Pertamanya, ini menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri ada kuasa campur tangan dan selalu campur tangan dalam kes-kes yang melibatkan personaliti-personaliti tertentu, VIP di negara kita, which I don’t think so, tetapi ucapan itu seolah-olah memberi signal yang sedemikian.

Dan juga signal yang lain Datuk Yang di-Pertua, dia seolah-olah membayangkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena, tidak serasi di dalam gabungan kerajaan yang ada sekarang ini. Begitu juga dia menunjukkan bahawa kemungkinan gabungan di sana itu, kumpulan itu sudah ada sahabat dan kawan yang baru. Bagan Datuk yang ada 30 Kerusi boleh dicerai dan boleh ambil, Pagoh yang mungkin ada enam Kerusi. Itulah signal-signal yang terbayang yang boleh dilihat hasil daripada ucapan yang semalam, tetapi yang serius itu, saya tidak mahu dilihat bahawa Perdana Menteri boleh dan campur tangan dalam kes-kes jenayah di negara kita...

draft • 2:32 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Beluran, ringkas.

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kerana dia gesa PM untuk gesa AG mengambil tindakan semula terhadap Bagan Datuk.

draft • 2:32 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas, Beluran.

draft • 2:32 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Apa pandangan Beluran? Sekarang ini di luar sana mengatakan bahawa untuk mengelak pendakwaan zaman sekarang ini, zaman MADANI ini, daripada masuk IJN, lebih baik masuk PKR. Apa pandangan Beluran? Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Pencelahan yang dibuat oleh Hulu Terengganu.

Yang Berhormat Speaker, di dalam sosiologi organisasi dan kajian institusi, ada istilah yang diguna pakai disebut sebagai normalization of the acceptation iaitu bila sesuatu pada asalnya bersifat sementara, akhirnya menjadi kebiasaan. Ada juga istilah de facto permanents— keadaan yang sementara pada nama, tetapi kekal dalam amalan. Dan istilah yang ketiga, inersia institusi. Keadaan apabila sesuatu organisasi terus mengekalkan susunan yang sedia ada walaupun pengalaman bertahun-tahun mungkin menunjukkan perlunya pembaharuan struktur.

Saya bercakap ini bila melihat keadaan Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang ada sekarang. Menjadi kelaziman sekarang— Speaker menggunakan Peraturan Mesyuarat 7(3) iaitu kuasa Speaker untuk meminta seorang Ahli Parlimen mempengerusikan persidangan. Itu tidak salah Yang Berhormat Speaker. Tidak salah, tetapi poin yang hendak saya bawa dalam perbahasan dalam Dewan kali ini, adanya keperluan untuk menambah bilangan Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Kita lihat keadaannya mendesak.

Setiap hari, setiap persidangan larut malam akan dilantik menggunakan kuasa Peraturan 7(3), tetapi masalah ini tidak diselesaikan secara jitu oleh Parlimen.

Kalau kekurangan Timbalan Speaker, tidak cukup tangan, tidak cukup kaki, ia hanya harus melalui Peraturan Mesyuarat, pinda Perlembagaan dan add, tambah Timbalan-Timbalan Speaker yang diperlukan untuk bertugas mengendalikan persidangan Dewan Rakyat ini.

Dia tidak salah lantik lebih daripada dua Timbalan Speaker. Indonesia ada empat Timbalan-Timbalan Speaker. Ada 580 Dewan DPR. Filipina ada 14 Timbalan- Timbalan Speaker yang cuma ada 318 Dewan Perwakilan. Ya lah, Thailand ada dua, Singapura ada dua, tetapi keadaan kita memerlukan tambahan pelantikan Timbalan- Timbalan Speaker. Daripada menggunakan Peraturan Mesyuarat 7(3), baik tauliahkan secara Peraturan Mesyuarat, tambah melalui pindaan-pindaan yang diperlukan.

Mungkin Parlimen melihat ini sebagai satu tambahan kos, tambahan peruntukan yang perlu diuntukkan untuk gaji, elaun, emolumen Timbalan Speaker,

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

membuat renovation bagi membuat satu lagi Pejabat Timbalan Speaker dan staf. Itu tambahan, tetapi, apa pun boleh dilakukan oleh kerajaan.

Dalam bajet ini, banyak perkara yang di luar kebiasaan boleh berlaku.

PETRONAS boleh diminta untuk buat rumah mampu milik. Tabung Haji, KWAP, malah Pejabat AGC diminta untuk buat jambatan, projek-projek. Semua boleh dilakukan, tetapi hakikat sebenarnya Yang Berhormat Speaker, Dewan ini memerlukan tambahan Timbalan-Timbalan Speaker. Timbalan Speaker setuju? Ya.

Itu merupakan penambahbaikan sistem dan perjalanan Dewan Rakyat ini keseluruhannya. Saya mengakui bahawa kita telah pun melangkah ke hadapan dengan kelulusan akta Parliamentary Service Act. Itu merupakan satu pencapaian dan tindakan yang berani, seperti yang dikatakan oleh Menteri Undang-undang, yang dilakukan oleh kerajaan pada kali ini, tetapi banyak perkara yang boleh dilihat. Selain daripada Timbalan Speaker, kemudahan-kemudahan itu, banyak perkara yang boleh dilihat yang perlu diambil tindakan oleh kerajaan.

Umpamanya, seperti yang saya katakan sebelum ini, provision untuk Undi Tidak Percaya. Dia ada provision undi meletakkan keadaan di mana Perdana Menteri ada kepercayaan ke tak, tetapi mekanisme tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak disebut dalam Peraturan Mesyuarat, provision yang spesifik bagi mana-mana Ahli untuk mengemukakan Undi Tidak Percaya di Parlimen.

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sekarang ini digunakan secara umum iaitu melalui usul 27, Perkara 27 dalam peraturan mesyuarat, tetapi Usul ini tertakluk kepada Perkara 15 peraturan mesyuarat bahawa Usul itu tertakluk kepada Urusan Kerajaan didahulukan. So, there is no specific provision yang boleh mana-mana Ahli Parlimen mengemukakan Usul tidak percaya kepada kerajaan. Ini yang sedang berlaku.

Perkara kedua lagi adalah peruntukan. Timbalan Speaker, dulu UMNO, Barisan Nasional memerintah, dia tidak buat pindaan Perlembagaan untuk memperuntukkan— semua Ahli Parlimen dibagi peruntukan sama rata. Apabila Barisan Nasional kalah pada 2018, saya sebahagian daripada Ahli Barisan Nasional, tiada peruntukan daripada kerajaan yang mengambil alih kerajaan selepas itu.

Dan kerajaan ini tidak kekal, mungkin penggal ini, mungkin penggal depan, penggal seterusnya yang akan berubah keadaan, boleh duduk dekat sebelah sini yang kami duduk sekarang ini. Dan jika kita tidak tauliahkan, tidak dibuat secara undang-undang, by the time yang duduk sebelah sana sekarang ini duduk di sini,

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

tidak akan dapat menikmati peruntukan seperti yang ahli-ahli kerajaan nikmati. So, you have to do that. Akta anti lompat perlu ditambah baik...

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Beluran.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya.

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Boleh saya mencelah sikit mengenai peruntukan tadi? Adakah Beluran setuju bahawa kerajaan hari ini mempergunakan wang rakyat dalam bentuk peruntukan, bukan sahaja untuk menyekat peruntukan daripada kita di sebelah pembangkang, tapi juga menyekat Ahli-ahli Parlimen Kerajaan yang tidak menyokong Perdana Menteri...

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, betul.

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini salah guna kuasa.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya setuju. Kalau itu dibuat sekarang ini, kerajaan akan datang akan melakukan itu. Siapa juga yang duduk sebelah sini akan berhadapan dengan...

draft • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jadi mangsa.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Keadaan yang sama. Jadi mangsa terhadap kuasa yang dinikmati oleh mereka yang duduk sebelah sana. Itu akan berlaku.

So, while you are still there, ada kuasa, boleh lakukan ini, buat pindaan- pindaan tertentu supaya keadaan ini menjadi baik. Tidak berlaku zaman dulu dan tidak berlaku lagi ke hadapan ini. Begitu juga seperti apa yang katakan tadi, yang akta anti lompat, perlu ditambah baik. Ia jelas tidak dapat menghalang mereka melompat ke sana, tidak menghalang.

Begitu juga anti lompat menganiaya orang-orang macam saya, Hulu Terengganu. Ada 13 lagi yang lain di sini, yang digantung oleh parti disebabkan oleh akta Anti Lompat. Tidak boleh ke sana, ke sini, ke sana, tidak boleh membuat perhitungan politik yang baru. Kita di dalam keadaan yang serba salah, parti tidak hendakkan kita, tetapi kita tidak boleh move on untuk mencorak jajaran politik kita sendiri. Kerana apa? Akta anti lompat.

Maknanya, akta anti lompat bukan sahaja tidak berjaya menghalang melompat, tetapi menganiaya bagi kami yang dianiaya oleh parti. So, it doesn’t serve the purpose, sebab itu tiga perkara ini Ahli-ahli Parlimen sebelah sana dan kerajaan yang sedang memerintah, kerajaan negara sekarang ini, harus melakukan sesuatu.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kalau tidak, kalau ada pertukaran kerajaan, mereka akan mengeluh seperti apa yang berlaku pada kami sekarang ini.

You would not have peruntukan untuk kawasan, you will be subjected kepada akta anti lompat dan kalau mahu undi tidak percaya atau kerajaan baru, itu tidak boleh dilakukan kerana tidak ada provision kerana Speaker will determine the agenda of the Mesyuarat. Jadi, jangan perkara ini berlaku. Ketika itu dah lambat dah, tak boleh buat apa-apa dah, Yang Berhormat Speaker...

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Beluran.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi, kalau masih ada kuasa, lakukan itu dan ini akan jadi sebahagian daripada penambahbaikan sistem demokrasi kerajaan ini, Parlimen ini, termasuk Akta Perkhidmatan Parlimen.

Timbalan-timbalan Speaker yang ditambah dan tiga, empat perkara yang saya katakan tadi akan meletakkan Dewan dan kerajaan dan negara kita ini dalam landasan demokrasi yang lebih matang dan lebih baik.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

YB Beluran, boleh celah sikit? YB Beluran, Rasah, Rasah. Terima kasih YB Beluran, Speaker yang ada.

Saya nak dapat kepastian daripada Yang Berhormat Beluran, saya dengar tadi. Saya tekun mendengar hujahan daripada YB Beluran, orang lama, otai yang mengatakan bahawa sebelum 2018, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang mendapat peruntukan...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mana ada.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak, tak— saya macam ni. Sebab saya tak masuk ke Dewan Rakyat lagi ketika itu. Saya mohon pengesahan daripada Yang Berhormat sebab kalau benda ini berlaku saya...

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, dah habis masa dah. Baik, ya.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ha, saya pun setuju benda ini. Apa yang hujahan daripada Yang Berhormat Beluran itu saya setuju. Cuma saya nak kepastian sama ada benda itu berlaku atau tidak?

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tak.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya katakan bahawa dulu kerajaan bila— dulu Kerajaan BN memerintah, so long, begitu panjang, tetapi kita tidak— dari segi peruntukan umpamanya, kita tidak maktubkan itu dalam undang- undang. So, it is at the mercy, kebudibicaraan Perdana Menteri, tetapi bila kita jadi

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

kerajaan— bila kita jadi pembangkang 2018, you all jadi kerajaan, kami tiada peruntukan. So, nak menangis ketika itu, tak berair mata kerana kita tidak jadikan itu undang-undang.

Sebab itu saya katakan, kalau ikut trend Pilihan Raya Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, hei, kalau PRU dipanggil sekarang ini, kemungkinan sebelah sana itu akan jadi sebelah sini...

draft • 2:40 PM

Beberapa Ahli

Ya.

[Tepuk]

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi, masa itu nanti, bila you duduk sebelah sini, you cakap fasal peruntukan, sebelah sana akan jawab jawapan yang sama.

draft • 2:40 PM

Seorang Ahli

Jangan bagi.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jangan bagi.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak Beluran. Waktu tu ada bagi ke tak bagi?

Saya nak pengesahan itu aje.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi, itulah yang saya katakan, buat.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ada bagi ke tak bagi, Beluran?

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ketika ini...

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Waktu tu Beluran Timbalan Speaker.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ada bagi ke tak bagi?

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tak bagi jalan dah, cukuplah tu.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila duduk.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kena jawablah, kalau ada, cakap ada. Tak ada, cakap tak ada.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat— dah, dah cukuplah.

draft • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jangan berbohong dalam Dewan Rakyat.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker, saya nak habiskan dalam masa satu minit ini.

Belanjawan ini Sabah disebut– Sabah, Menteri Kewangan sebut sepanjang pembentangan itu 27 kali, 26 kali. Sarawak disebut- perkataan Sarawak tu 25 kali dan kita mendapat peruntukan RM18.7 bilion, Sarawak mendapat peruntukan RM17.6 bilion.

[Tidak jelas] Terlebih, tetapi sebahagian besar daripada peruntukan

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

ini seperti yang PM kata, bukan ketebalan itu yang dikira, berapa banyak yang di spend. Kalau kita lihat 2023, 24.1 peratus dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan, peruntukan untuk Sabah. 2024, 31— 32 peratus dikembalikan, tak habis digunakan— 2025, 11 peratus.

Jadi, isu ini mesti ditangani oleh kerajaan. Kalau PM umum RM18 bilion, RM18 bilion mesti turun, bukan RM70 bilion, 70 peratus ataupun 60 peratus. Dan kerajaan juga— kerana PM juga meningkatkan pemberian khas RM1.5 bilion kepada Sabah. Saya nak tanya, kenapa susah sangat? Dalam Perlembagaan Persekutuan Yang Berhormat Speaker, pemberian khas tu bukan dalam bentuk interim, dia diletakkan 40 percent of whatever is collected daripada negeri Sabah.

Jadi, kalau negeri Sabah mengutip RM7 bilion satu tahun, empat— RM7 bilion kali 40 peratus, RM2.8 bilion mesti dikembalikan ke negeri Sabah. PM ada sebut jumlah kutipan cukai adalah RM10 bilion daripada Sabah. So, 10 billion multiply 40 percent berapa itu? Ha...

draft • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Banyak.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Itulah yang 10 billion, 40— RM4 bilion. Itulah jumlah yang perlu dikembalikan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan, bukan dibuat secara interim.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Interim ertinya adalah de facto dan variable yang perlu dikira oleh kerajaan, but it is easy in these matter. Kalau dikutip RM7 juta, kembalikan RM2.8 bilion. Kalau 10 bilion, kembalikan RM4 bilion.

Kenapa susah sangat? Ini dijadikan tanggapan bagi kami di Sabah Yang Berhormat Speaker, bahawa kerajaan tidak mahu...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Melaksanakan Perkara 112C ini untuk negeri Sabah. Sampai bila perkara ini? Sebab itu sepatutnya PM, dia akan jadi PM yang pertama yang menghormati dan melaksanakan Perkara 112C. Ini peluang bagi Perdana Menteri membuat satu legasi bahawa seorang Perdana Menteri yang menunai dan melaksanakan. Kenapa tidak boleh dilakukan?

Jadi, perkara inilah yang perlu dilihat oleh kerajaan dan perkara ini jugalah yang dilihat oleh orang Sabah di dalam menilai pembentangan janji— waad kerajaan ini kepada rakyat negara ini. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Sri Aman menyambut baik Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Jumaat lepas, berjumlah RM510 bilion berteraskan lapan lunas utama demi menangani kos sara hidup, memperkukuh ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, memastikan pembangunan yang adil dan menyeluruh.

Sri Aman juga berpendapat bahawa ketiga-tiga agenda besar ekonomi kerajaan iaitu meningkatkan siling pertumbuhan ekonomi, mengangkat lantai kesejahteraan rakyat dan melaksanakan reformasi tatakelola, mesti dan perlu bergerak seiring bukan secara terpisah demi memperkasakan rakyat. Peningkatan gaji minimum kepada RM2,000, peluasan pelepasan cukai dan pengukuhan bantuan bersasar merupakan langkah penting.

Namun, ukuran kejayaan sebenar bukanlah besarnya angka peruntukan, tapi sejauh mana manfaat dirasai oleh rakyat. Termasuk golongan M40, usahawan kecil dan masyarakat luar bandar serta pedalaman. Sebab kesamarataan itu Puan Yang di-Pertua, tidak semestinya bermaksud keadilan. Sebaliknya keadilan mestilah berasaskan keperluan sebenar.

Justeru perbahasan Sri Aman akan menumpukan bukan sahaja kepada apa yang diumumkan, tetapi juga kepada kecukupan pelaksanaan, keadilan pengagihan dan keberhasilan yang nyata, khususnya untuk Sarawak dan penduduk Sri Aman.

Sri Aman juga berpendapat bahawa pertubuhan mesti menghasilkan kesejahteraan dan setiap Ringgit yang dibelanjakan mesti membawa nilai serta dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyat.

Puan Yang di-Pertua, Sri Aman juga menyambut baik peruntukan RM47.7 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk pengumuman lebih 9,000 Doktor Kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada tahun 2027. Pelaksanaan sistem kenaikan pangkat automatik serta penambahbaikan insentif untuk petugas kesihatan.

Puan Yang di-Pertua, hakikatnya sistem kita di negara ini sedang berhadapan tekanan yang amat serius. Hospital dan klinik kesihatan sesak dengan pesakit.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Ruang menunggu tidak mencukupi. Petugas kesihatan dibebani kerja lebih masa dan doktor serta jururawat terpaksa berkhidmat dalam keadaan serba kekurangan dan masa kerja yang panjang. Itulah sebenarnya realiti di lapangan.

Puan Yang di-Pertua, apa gunanya kita berbangga dengan bangunan pencakar langit dan hotel lima bintang yang bertaburan terutamanya di bandar- bandar besar negara kita. Sedangkan rakyat masih terpaksa berdiri berjam-jam, sangat menderita, sangat terseksa untuk mendapatkan rawatan. Jangan sampai bangunan kita mencakar langit, tetapi sistem kesihatan kita sendiri hampir lumpuh Puan Yang di-Pertua. This one, it doesn't make sense. Dia tidak berbaloi.

Maka Sri Aman berharap agar peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk facility modernization kesihatan dapat disalurkan berdasarkan keperluan dan tahap kecemasan setiap facility. Dengan keutamaan diberikan kepada bangunan yang uzur, rosak dan tidak lagi selamat digunakan serta kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera dan berkesan. Kita tidak mahu lagi mendengar rungutan rakyat, setelah istilah sistem kesihatan negara ini amat tenat selepas ini, tanpa melihat perubahan yang nyata di lapangan.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa Dewan yang mulia ini kepada keadaan di kawasan Parlimen saya, iaitu Sri Aman. Kami di Sri Aman Puan Yang di- Pertua, walaupun namanya Aman, tapi hakikatnya dari segi kesihatan, kami tidak aman. Kami gundah-gulana Puan Yang di-Pertua. Kenapa? Izinkan saya berkongsi sedikit cerita.

Pada 18 Januari tahun 2024 Puan Yang di-Pertua, saya sendiri bersama Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu, telah turun melawat Klinik Kesihatan Sri Aman. Timbalan Menteri melihat sendiri keadaan klinik yang dikategorikan jenis 4, tetapi terpaksa menampung antara 300 hingga 500 pesakit sehari, iaitu beban pesakit yang jauh melebihi kapasiti asalnya. Lawatan tersebut telah memperlihatkan sendiri betapa mendesaknya keperluan menaik taraf kemudahan kesihatan Sri Aman.

Bukan itu saja Puan Yang di-Pertua, yang lebih membimbangkan laporan JKR bertarikh 6 Disember tahun 2023, merekodkan mendapan tanah— soil sedimentation dan keretakan serius pada bangunan sehingga 12mm. Klinik ini juga kemudian dilaporkan dan dikenal pasti sebagai tidak selamat. Not safe for occupancy. Namun sehingga kini, walaupun hampir tiga tahun, rakyat kami di Sri Aman masih seperti,“Pungguk merindukan bulan”. Rindu serindunya menunggu penyelesaian yang tuntas, namun setakat ini kosong. Tak ada.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Puan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, Sri Aman ingin bertanya kepada KKM. Selepas Timbalan Menteri sendiri melawat klinik tersebut, selepas laporan teknikal dikemukakan dan selepas isu ini dibangkitkan berulang kali oleh Sri Aman sendiri di Dewan yang mulia ini. Dalam Belanjawan 2025, RMK13, RUU Pembekalan 2026, apakah sebenarnya yang masih menghalang kelulusan Kompleks Kesihatan Bersepadu Sri Aman?

Adakah kita masih memerlukan satu lagi laporan, satu lagi mesyuarat, satu lagi proses birokrasi dan perkara yang tidak diingini berlaku sebelum tindakan diambil? Sampai bila pesakit yang mendapatkan rawatan perlu menunggu di bawah kanopi sementara, terdedah kepada panas, hujan dan sekarang musim jerebu?

Sedangkan doktor serta kakitangan pula terpaksa bekerja dalam keadaan yang semakin menekan.

Sri Aman mendesak KKM memberi penjelasan tentang status kelulusan peruntukan dan garis masa pelaksanaan projek ini. Keselamatan pesakit tidak boleh ditangguhkan atas alasan birokrasi. Mohon KKM bertindak segera untuk mempercepatkan kelulusan pembinaan Kompleks Kesihatan Bersepadu Sri Aman.

Selain memastikan setiap Ringgit yang diperuntukkan membawa perubahan yang nyata kepada rakyat, khususnya di Sri Aman. Dengan peruntukan yang benar-benar menepati keperluan dan keutamaan setempat.

Puan Yang di-Pertua, selain itu Sri Aman juga amat bimbang tentang kekurangan tenaga kerja kesihatan di Sri Aman, di Sarawak maksud saya. Di Hospital Sri Aman, daripada 20 Pegawai Perubatan yang dijadualkan, hanya enam dilaporkan hadir pada 28 September lepas. Saya meminta KKM mengesahkan angka ini, serta menyatakan jumlah sebenar Pegawai Perubatan yang ditawarkan penempatan, yang telah melaporkan diri dan yang tidak melaporkan diri di hospital serta klinik di kedua-dua wilayah tersebut.

Dan apakah tindakan segera KKM untuk memastikan kekurangan ini tidak terus membebankan petugas sedia ada dan menjejaskan keselamatan pesakit? Sri Aman mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri berkaitan penempatan tetap Doktor Kontrak serta kenaikan insentif untuk jururawat dan para medik. Namun, masalah ini mesti ditangani secara holistik dan menyeluruh melalui pengisian jawatan, kemudahan yang mencukupi, imbuhan yang munasabah serta perlindungan kebajikan petugas, khususnya mereka yang berkhidmat jauh di pedalaman.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Tragedi nahas helikopter di Long Lellang yang meragut lima nyawa juga mengingatkan kita tentang pengorbanan besar petugas yang menjalankan tanggungjawab di kawasan terpencil. Sri Aman merakamkan takziah kepada keluarga mangsa serta menghargai keprihatinan Kerajaan Sarawak yang mengumumkan bantuan RM100,000 kepada setiap keluarga di samping bantuan pendidikan untuk anak-anak mangsa. Penganugerahan Pegawai Bintang Sarawak secara anumerta atau posthumous kepada kelima-lima mangsa sempena hari lahir TYT Sarawak tiga hari yang lepas juga amat dihargai.

Syabas dan tahniah Kerajaan Sarawak atas keprihatinan dan penghargaan ini. Sri Aman berharap jika ia nya belum dilakukan, KKM juga boleh turut menyalurkan bantuan kewangan dan kebajikan sewajarnya kepada keluarga mangsa yang terkorban. Bagi Sri Aman, tindakan atau this gesture wajar, sebab mangsa merupakan petugas KKM yang gugur ketika menjalankan tugas. Pada masa yang sama, keselamatan pengangkutan, kemudahan perhubungan dan keadaan kerja petugas di pedalaman mesti dinilai semula. Jangan hanya menghargai pengorbanan mereka selepas tragedi, keselamatan dan kebajikan mereka mesti dijamin ketika bertugas.

Puan Yang di-Pertua, oleh sebab itulah Sri Aman terus menggema keperluan memperkukuh autonomi kesihatan Sarawak dalam kerangka MA63 dan Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam aspek pengambilan tenaga ataupun recruitment, kuasa membuat keputusan dan penyampaian perkhidmatan. Harus difahami, ini bukan tuntutan untuk mencabar Kerajaan Persekutuan. Ini tuntutan agar keputusan dapat dibuat dengan lebih fleksibel, pantas dan bersesuaian dengan realiti geografi Sarawak.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Sekali lagi Sri Aman menegaskan dan mengingatkan bahawa kesihatan mesti menjadi agenda nombor satu negara. Kita tidak boleh bercakap tentang kemakmuran jika rakyat masih berhadapan kesukaran mendapatkan rawatan yang selamat dan tepat pada masanya. Apatah lagi Malaysia kini sedang menuju ke arah negara menua. Oleh itu, sistem kesihatan kita mesti diperkukuh dan disesuaikan dengan peningkatan keperluan golongan warga emas agar setiap rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang selamat, cepat, mencukupi dan bermaruah.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai geran interim RM1.5 bilion kepada Sarawak yang diumumkan semasa Hari Malaysia oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini dan beliau sekali lagi mengumumkan

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

perkara yang sama semasa pembentangan Belanjawan 2027 Jumaat lepas. Sri Aman merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perhatian dan komitmen beliau terhadap perkara ini. Peningkatan daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sememangnya wajar dihargai.

Namun, kita harus jelas bahawa RM1.5 billion itu, RM1.5 bilion ini ialah bayaran interim, bukannya formula muktamad seperti yang telah dijelaskan beliau.

Sarawak memerlukan formula di bawah Perkara 112D yang jelas, telus, objektif dan mampan agar perancangan pembangunan serta kewangan dapat dibuat dengan lebih teratur. Formula ini juga perlu berlandaskan semangat dan prinsip MA63 sebagai asas perkongsian yang adil antara Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Pada pendapat Sri Aman, RM1.5 bilion adalah langkah interim yang baik tetapi formula tetap ialah penyelesaian sebenar yang kita perlukan.

Seterusnya, isu sekolah. Puan Yang di-Pertua, syabas juga kepada Kementerian Pendidikan kerana sekali lagi diperuntukkan bajet yang terbesar sebanyak RM69 bilion. Sri Aman amat mengharapkan agar banyak program dan projek yang wajar dapat dilaksanakan dalam peruntukan tersebut. Dengan peluang ini, Sri Aman ingin membangkitkan isu pendidikan anak-anak Sarawak, khususnya di luar bandar dan pedalaman yang amat penting demi masa depan mereka dan negara.

Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak mempunyai cabaran pendidikan yang berbeza. Berbeza kerana faktor geografi, berbeza kerana jarak dan keterpencilan. Oleh itu, pendekatan diperlukan sekadar berdasarkan formula nasional mungkin tidak mencerminkan keperluan sebenar di lapangan. Memang kita mengakui kemajuan yang telah dicapai— 81 projek sekolah daif di Sarawak telah berjaya disiapkan melalui peruntukan RM1 bilion. Namun, 40 projek lagi masih berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan penyelarasan. Malah, terdapat kebimbangan bahawa peningkatan kos pembinaan boleh menyebabkan peruntukan sedia ada tidak lagi mencukupi.

Puan Yang di-Pertua, persoalannya bukan sekadar jumlah peruntukan pendidikan tetapi sejauh mana ia memenuhi keperluan mendesak sekolah pedalaman, khususnya dari segi infrastruktur, kemudahan asas, akses digital dan kekurangan guru mengikut opsyen.

Puan Yang di-Pertua, memandangkan kerajaan sendiri menyatakan bahawa Belanjawan 2027 akan memberi tumpuan kepada merapatkan jurang pembangunan wilayah termasuk Sarawak, Sabah, desa dan pedalaman serta pendidikan yang lebih

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

inklusif dan berkualiti, maka Sri Aman ingin bertanya, adakah keutamaan peruntukan ditentukan berdasarkan formula semata-mata atau keperluan sebenar dan tahap keterdesakan setiap kawasan? Sri Aman menegaskan bahawa Sarawak memerlukan peruntukan yang adil berdasarkan keperluan, khususnya demi masa depan dan peluang pendidikan anak-anak pedalaman.

Puan Yang di-Pertua, Sri Aman juga ingin membangkitkan isu bekalan air bersih di sekolah-sekolah di seluruh Sarawak yang kini amat serius dan mendesak, melibatkan banyak sekolah di pedalaman Sarawak, termasuk 14 buah sekolah di bawah PPD Sri Aman iaitu SK Abok, SK Engkranji, SK Selepong, SK Jaong, SK St.

Paul Banting, SK Aping, SK St. Martin, SK St. Leo Gayau, SJK(C) Chung Hua Bangkong, SK Bakong, SK Melugu, SMK Melugu, SK Tanjung Bijat dan SMK Simanggang. Daripada 14 buah sekolah tersebut, lima mengalami tekanan bekalan air awam yang tidak konsisten. Manakala, sembilan sekolah pula bergantung sepenuhnya kepada sumber air alternatif.

Puan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar isu keselesaan tetapi melibatkan sanitasi, kesihatan murid, operasi kantin dan asrama serta kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, jika kita fikirkanlah, bayangkan lah bagaimana keadaan murid-murid, tenaga pengajar dan warga sekolah tersebut boleh berfungsi secara efektif dan dengan situasi tersebut.

Water Puan Yang di-Pertua, it is everybody’s basic need, we all know that. Ia keperluan asas setiap manusia. Oleh yang demikian, Sri Aman memohon KPM mengambil tindakan segera, khususnya menyediakan peruntukan bagi menaik taraf kemudahan bekalan air sekolah, termasuk tangki simpanan dan sistem dalaman sekolah. Sebagai kerajaan bertanggungjawab, setidak-tidaknya basic needs rakyat, apatah lagi anak-anak yang bersekolah mesti diutamakan.

Dalam hal ini, Sri Aman rasa penting dan perlu juga untuk KPM bekerjasama dengan secara langsung dengan Kerajaan Sarawak dan JBALB untuk penyelesaian jangka panjang, termasuk sambungan dan peningkatan sistem bekalan air. Perkara ini tidak boleh ditangguh lagi. Maka, Sri Aman mohon ia mesti diberi perhatian yang segera dan penyelesaian yang kekal dengan garis masa dan peruntukan yang jelas, bukan secara sementara atau ketika musim kemarau tetapi diberikan penyelesaian yang tuntas.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, Sri Aman juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM12.68 bilion untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Meskipun, peruntukan kali ini mencatatkan peningkatan sederhana, namun Sri Aman

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

teruja kerana peruntukan kali ini difokuskan kepada program-program berimpak tinggi dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Oleh itu, Sri Aman memohon agar projek pemasangan lampu jalan di enam buah kampung serta lapan projek jalan perhubungan desa dan projek ameniti sosial di Parlimen Sri Aman yang telah dipohon sejak tahun 2023 dapat disegerakan.

Rakyat telah sekian lama menanti, jangan biarkan permohonan ini terus tertangguh tanpa kepastian kerana kemudahan ini amat penting demi keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Seperkara lagi Puan Yang di-Pertua, yang ingin Sri Aman utarakan ialah projek menaik taraf Jalan Pantu–Keranggas, Jalan Engkeranji, Pantu yang telah diluluskan di bawah RMK12 pada tahun 2021 dengan siling peruntukan sebanyak RM141.96 juta. Namun, hingga kini iaitu selepas lima tahun Puan Yang di-Pertua, kerja-kerja masih belum bermula. Apakah maknanya satu-satu projek diluluskan, jika rakyat masih tidak dapat menikmati manfaatnya?

Yang hairannya adalah, adakah lima tahun masih belum cukup untuk menyelesaikan proses tender dan birokrasi? Puan Yang di-Pertua, jalan ini merupakan satu-satunya akses bagi kira-kira 30 buah kampung dan beberapa sekolah rendah di sekitar kawasan tersebut. Saya difahamkan ada sebanyak 42 lokasi dikenal pasti mengalami kerosakan teruk sepanjang kira-kira 20 kilometer jalan ini. Ini bukan sekadar isu keselesaan tetapi soal keselamatan penduduk.

Sri Aman akui penyelenggaraan jalan negeri yang layak boleh menggunakan peruntukan MARRIS di bawah pengurusan Kerajaan Sarawak, namun Puan Yang di-Pertua, dengan kerosakan yang begitu serius, peruntukan penyelenggaraan sedia ada dilaporkan tidak mencukupi. Bayangkan jika jalan ini terputus. Apa akan jadi dengan penduduk-penduduk 30 buah kampung tersebut, termasuk sekolah-sekolah yang ada di situ?

Oleh itu, Sri Aman mencadangkan agar tindakan segera melalui peruntukan penyelenggaraan yang sedia ada boleh diambil Kerajaan Sarawak, sementara KKDW boleh mempertimbangkan peruntukan khas bagi membaiki 42 lokasi kritikal ini tanpa memerlukan atau tanpa perlu menunggu projek utama dimulakan.

Tolonglah, mohonlah dipertimbangkan.

Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai pembinaan Balai Polis Batu Lintang di Sri Aman. Ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh kehadiran pasukan keselamatan serta meningkatkan keyakinan dan keselamatan penduduk setempat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Apatah lagi kawasan sekitar Batu Lintang di Undup, Sri Aman amat berdekatan dengan sempadan Malaysia–Indonesia.

Walaupun pembinaan balai polis di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, Sri Aman ingin juga menegaskan bahawa keselamatan kawasan Sri Aman dan Sarawak memerlukan pendekatan menyeluruh serta penyelarasan erat antara PDRM dan ATM, khususnya dalam menghadapi cabaran keselamatan di kawasan sempadan Malaysia–Indonesia.

Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, Parlimen Sri Aman merupakan kawasan yang hampir 100 peratus bersempadan dengan Indonesia. Justeru, Sri Aman ingin bertanya kepada Menteri Pertahanan, apakah langkah konkrit kementerian untuk memperkukuhkan rondaan sempadan, menambah baik kemudahan pos tentera serta memastikan anggota kita dilengkapi dengan aset teknologi pengawasan dan kemudahan logistik yang mencukupi.

Sri Aman juga berharap kerjasama antara agensi keselamatan diperkukuh agar tiada kawasan pedalaman, khususnya di Sri Aman terpinggir daripada perlindungan sewajarnya. Keselamatan sempadan bukan sekadar mempertahankan kedaulatan negara tetapi juga menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Puan Yang di-Pertua, seterusnya isu berkaitan dengan kelewatan penguatkuasaan Akta Perlembagaan 2025 berkaitan kesaksamaan gender. Bagi saya satu minit lebih sikit, Puan Yang di-Pertua. Berkaitan kesaksamaan gender dalam kewarganegaraan yang telah mendapat perkenan diraja pada 7 Mac 2025 dan diwartakan pada 20 Mac 2025.

Puan Yang di-Pertua, selagi pindaan ini belum berkuat kuasa, anak-anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia akan terus berdepan ketidakpastian status kewarganegaraan, kesukaran mendapat dokumen perjalanan serta beban kewangan dan emosi keluarga. Lebih membimbangkan, Puan Yang di-Pertua, seksyen 12 menimbulkan persoalan tentang nasib permohonan tertunggak yang mungkin masih tertakluk kepada peruntukan lama.

Justeru, Sri Aman memohon KDN menjelaskan, mengapakah pindaan ini masih belum dikuatkuasakan? Apakah halangan sebenarnya? Bilakah tarikh kuat kuasa akan diumumkan? Dan bagaimana permohonan tertunggak akan ditangani?

Kelewatan pentadbiran tidak harus terus menjejaskan hak, kebajikan dan masa depan anak-anak ini.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Akhir sekali, Sri Aman merasakan tidak lengkap jika isu mengenai kesaksamaan gender dalam perwakilan politik tidak dibangkitkan. Sri Aman menggesa kerajaan mempertimbangkan penggubalan Akta Pariti Gender dalam Perwakilan Politik. Angka pencalonan wanita yang dirujuk iaitu 19.8 percent di Johor dan 8.7 percent di Negeri Sembilan menunjukkan bahawa usaha meningkatkan penyertaan wanita masih memerlukan tindakan lebih berkesan. Jelas intervensi top- down amat diperlukan.

Puan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, Sri Aman meminta kerajaan ini untuk menggubal Akta Pariti Gender dalam perwakilan politik selaras dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan cadangan Kempen Projek 30 peratus bagi memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita ditampilkan dalam PRU dan PRN. Akta ini juga perlu disokong dengan insentif kewangan, pelaporan berkala oleh parti politik serta mekanisme pemantauan melalui SPR, termasuk cadangan Suruhanjaya dan Jawatankuasa Pariti. Kita tidak boleh terus bergantung kepada komitmen sukarela parti politik. Sudah tiba masanya sasaran 30 peratus diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang jelas dan berkesan, demi memastikan perwakilan wanita yang lebih adil dalam politik negara.

Sebagai penutup, Puan Yang di-Pertua, semoga Belanjawan 2027 ini betul- betul menggapai di langit, mengakar di bumi. Dengan kata-kata itu, Sri Aman mohon menyokong. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya nak mulakan ucapan saya dengan pembelaan kepada golongan usahawan muda yang kini melalui masalah generasi sandwich, tekanan dari atas dan bawah.

Sebelum saya mulakan tentang permasalahan generasi sandwich yang kini mencekik golongan usahawan muda, kita perlu memahami sektor PMKS yang merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Kalau kita lihat daripada sudut saiz ekonomi, usahawan-usahawan muda inilah yang menyumbangkan dalam 40 peratus daripada KDNK negara. Tidak cukup daripada saiz ekonomi; sudut pekerjaan, lebih 50 peratus rakyat Malaysia dalam jumlah 8.1 juta pekerjaan tercipta daripada sektor PMKS kita yang ramainya di kalangan usahawan muda.

draft • 3:12 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tetapi, padi hari ini, kita lihat sektor PMKS― perusahaan mikro, kecil dan sederhana makin lama makin diketepikan kerana masalah generasi sandwich iaitu tekanan dari atas ke bawah yang makin lama makin teruk dan kalau tidak ada intervensi yang tegas dari kerajaan, saya risau akhirnya syarikat-syarikat kecil ini yang banyak menyumbang pekerjaan terpaksa gulung tikar.

Apa maksud saya berkenaan masalah generasi sandwich? Kita mulakan dengan tekanan dari atas. Tekanan yang dari atas datang daripada platform-platform kini di mana pembeli boleh membeli terus daripada kilang dan tidak lagi perlu melalui usahawan-usahawan muda atau kecil di Malaysia. Muar tidaklah bersetuju dengan sistem di mana kita nak terus mengharamkan platform-platform ini. That’s not what I’m arguing. Tetapi, Muar ingin mengadakan medan yang lebih adil dan persaingan yang lebih adil. Tidaklah menyokong sistem di mana kilang-kilang besar daripada luar negara boleh terus menjual kepada pembeli-pembeli Malaysia, undercutting the Malaysian market, yang akhirnya menyebabkan kerugian yang besar kepada Malaysia.

Apa maksud medan persaingan yang tidak adil ini? Kita lihat kilang-kilang yang terletak di luar negara ini, pertama, tidak membayar cukai seperti SST di Malaysia, warehousing tax di Malaysia. Mereka tidak carum EPF, tidak carum SOCSO, tidak ada undang-undang gaji minimum, contohnya. Dengan itu, the cost structure itu sangat berbeza dan meletakkan keutamaan yang akhirnya menyebabkan usahawan-usahawan muda kita yang mengikut, patuh undang- undang itu teruk terkesan, dikecilkan dan akhirnya terpaksa melepaskan pekerja- pekerja mereka kerana sistem persaingan yang tidak adil ini.

Kalau kita tanya persoalan yang sama, bolehkah usahawan muda di Malaysia ataupun kilang-kilang di Malaysia terus menjual kepada negara luar seperti apa mereka lakukan kepada kita, jawapannya tidak boleh. Kerana, contohnya, kalau kita ingin menjual terus, kita perlu mendaftarkan syarikat itu, localize it, ikut undang- undang, ikut piawaian negara tersebut, baru boleh menjual di sana. Kalau tak, sekurang-kurangnya perlu ada usaha sama dengan syarikat ataupun entrepreneurs di negara sana.

Bayangkan, Puan Pengerusi, usahawan-usahawan muda kita nak masuk ke negara mereka, diletakkan pelbagai rintangan dan masalah, tetapi kita pula membuka pasaran kita, pintu kita seluas-luas yang mungkin walaupun kita sedar bahawa medan persaingan yang tidak adil ini akhirnya akan mencekik usahawan-

draft • 3:12 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

usahawan muda, sektor PMKS yang merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara, penyumbang terbesar kepada pekerjaan-pekerjaan di Malaysia ini.

Saya risau kalau perkara ini diteruskan. Seperti contohnya, platform Pinduodou as it stands― saya harap mereka boleh mengubah. Saya bukan kata kita patut haramkan. But they must change. Dan kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan bahawa medan persaingan itu adil supaya akhirnya we get good competition, bukannya persaingan yang akhirnya membunuh syarikat- syarikat kita because they can undercut the Malaysian market. Usahawan di Malaysia tidaklah meminta tongkat daripada kerajaan. Mereka tidak minta sistem persaingan ini ditutup terus. Tetapi, mereka hanya mahukan keadilan supaya persaingan itu adalah persaingan yang adil.

Tadi saya dah mulakan tentang tekanan daripada atas. Kita lihat pula tekanan daripada bawah. Inilah contohnya generasi sandwich yang kini dibebani oleh usahawan muda kita. Apakah maksud tekanan daripada bawah? Kita juga lihat bagaimana platform-platform terbesar di Malaysia seperti TikTok dan Shopee menaikkan kadar caj platform dengan mencanak. Saya ulang. Naikkan dengan mencanak. No prior notice, no prior warning. Secara tiba-tiba menaikkan yang akhirnya menyebabkan usahawan-usahawan muda kita ini yang kita Kerajaan Malaysia menggalakkan mereka untuk menggunakan kuasa digital, go online, open up your market, tetapi secara tiba-tiba kadar fi itu menaik dengan mencanak.

Numbers do not lie. Izinkan saya quote one by one. Kita lihat pada peringkat awal apabila platform-platform besar ini buka pada tahun 2021, tahun 2022.

Peringkat awal, fi dia kosong peratus. Sekarang, 14.5 peratus. Tak habis. Itu hanya komisen. Selepas komisen, ada transaction fees. Dulu dua peratus, sekarang 3.78 peratus. Peningkatan 75 peratus.

Tak habis lagi, Puan Pengerusi. Ada platform support fee. Dulu tak ada caj, kini by order. Penambahan 54 sen per order. Bayangkan, kalau ini adalah penjual- penjual kecil, di mana profit margin mereka sangat kecil dan kos setiap barang itu sangat kecil, jauh lebih teruk mereka terbeban. Tak habis lagi. Ada campaign day fee. Dulu 4.86 peratus, kini meningkat 7.02 peratus. Peningkatan 44 peratus.

Kalau kamu cantum— minta maaf. Kalau Puan Pengerusi cantumkan segala fi ini, peningkatannya memang mencanak, tidak adil, tidak dimaklumkan dan dibuat pada minit-minit yang terakhir. Ini adalah situasi yang sangat tidak adil. Bayangkan usahawan-usahawan muda kita— di mana profit margin pun sangat kecil, kini dibebani dengan persaingan yang tidak adil dengan kilang-kilang besar di luar. Pada

draft • 3:12 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

masa yang sama, dibebani dengan peningkatan kadar caj atau fi platform yang dinaikkan dengan mencanak tanpa apa-apa pemakluman awal.

Ini akhirnya menyebabkan mereka terpaksa gulung tikar dan sektor PMKS, usahawan-usahawan muda kita inilah yang sebelum ini banyak memberikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia― membayar gaji, carum SOCSO, carum EPF― akhirnya terpaksa gulung tikar dan akhirnya ekonomi Malaysia itu makin mengecil.

draft • 3:12 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Walaupun kita lihat di atas kertas, contohnya. KDNK negara meningkat dengan tinggi, eksport negara meningkat dengan tinggi. But again, numbers do not lie. Kalau kita lihat daripada sumbangan eksport bagi sektor PMKS, it is not that big. Maksudnya, mereka tidak dapat— mereka tidak dapat nilai ekonomi yang terbesar dengan peningkatan eksport atau peningkatan KDNK negara. Sebab itu harapan saya apabila orang tanya di luar, contohnya. Saya pun kongsikan, Malaysian economy is doing well and it is by headline numbers. Tetapi mereka kata, “Saddiq, it’s not true”. Makin lama, makin teruk. Baru saya faham, kenapa? Kerana tekanan generasi sandwich daripada atas ke bawah ini.

Apa solusi yang saya harap kerajaan boleh pertimbangkan? Pertama sekali, Muar tidaklah mencadangkan supaya platform-platform ini ditutup, it’s an extreme solution. It’s not what I’m forwarding for. Tetapi harapannya, saya dah dengar kerajaan ingin memperkenalkan undang-undang e-commerce yang baru, yang perlu dipercepatkan, jangan buat lambat. Tetapi the bare minimum adalah untuk memastikan bahawa setiap peningkatan contohnya, kadar caj, kadar fi ini perlu dimaklumkan jauh lebih awal dan perlu ada rundingan. Contohnya, kalau rundingan berkenaan peningkatan gaji, ada majlis perundingan. Tetapi apabila platform-platform besar ini meningkatkan atau tambah birokrasi, apa rundingan yang mereka ada dengan penjual-penjual, usahawan-usahawan muda kita atau wakil-wakil kerajaan? Tak ada langsung.

The power is in their hands. Dan bagi usahawan kecil, mereka terpaksa menjawab kepada the Gods of AI atau Gods of this platform yang akhirnya boleh menyebabkan mereka gulung tikar atau boleh dapat keuntungan.

Sebab itu perlu ada check and balance, semak imbang dan sesi rundingan melalui majlis rundingan yang khusus. The bare minimum adalah untuk memaklumkan lebih awal dan ini bukan dasar yang baharu. Yang lawaknya— bukan lawaklah, minta maaf. Yang pelik bin ajaibnya, platform sama apabila beroperasi di negara mereka ya, mereka pun ikut, patuh kepada undang-undang.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Contohnya, nak naikkan kadar fi, perlu ada rundingan, perlu dapat kebenaran kerajaan atau secara minimum, perlu dimaklumkan dulu kepada penjual-penjual, three months, two months, at least thirty days in advance. Kenapa ini penting? Kalau kamu peniaga, kamu dah beli barang, kamu dah letak harga setiap satu unit sebegini, tiba-tiba esok harga platform charge tu meningkat dengan mendadak, you will make a loss. Tetapi kalau saya dimaklumkan 90 hari awal, 60 hari awal, at least saya boleh readjust my profit margin, readjust my balance sheet. Sekarang saya tak boleh buat benda tu kerana dimaklumkan pada minit terakhir. Lagi sekali, ini semua boleh diselesaikan jikalau kerajaan proaktif dan mengambil tindakan yang tegas untuk menyelamatkan nasib usahawan-usahawan kecil kita.

Yang kedua, pada masa yang sama kita perlu pastikan bahawa pertama, kerajaan intervensi. Yang kedua adalah untuk memastikan bahawa kita ada sistem persaingan yang adil. Seperti contoh, kalau Pinduoduo masih nak bertapak di Malaysia. Jual kilang-kilang besar mereka, lawan dengan kilang-kilang kecil di Malaysia atau pun usahawan-usahawan muda kita. Fine, we cannot be anti- competion tetapi mereka perlu berkolaborasi dengan usahawan-usahawan muda kita di Malaysia. Mereka juga perlu memastikan bahawa mereka localized, berdaftar di Malaysia.

Kenapa isu pendaftaran ini penting? Kerana kalau kita lihat sekarang— kalau mereka tidak berdaftar, bayangkan kalau tiba-tiba barang yang dijual itu defective atau lebih teruk, menyebabkan masalah kesihatan yang besar. Pembeli di Malaysia tak boleh saman kerana mereka berada di jurisdiction yang lain. Jurisdiction di luar.

Nak harapkan pembeli kecil atau peniaga kecil di Malaysia ini, nak pergi ke negara luar, hire peguam kat sana, memang minta maaflah. Tetapi kalau kita ikut undang-undang yang mereka buat di negara mereka sendiri, they need to localize.

Kerjasama, buka pejabat, gajikan pekerja di negara tersebut. Di situ barulah Kerajaan Malaysia dengan agensi penguat kuasa boleh ambil tindakan dan akhirnya, isu kesihatan, isu keselamatan, isu rantaian ekonomi yang tidak membantu pasaran local ini semua dapat diselesaikan.

Saya cadangkan jalan tengah, bukan untuk menutup terus. Rumusan saya mudah. Dalam bab ini, kerisauan saya kalau kita tidak proaktif dan mengambil tindakan yang tegas, walaupun secara dasarnya headline figures, ekonomi Malaysia baik, berkembang, eksport makin baik, pelaburan meningkat dengan mencanak.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Semua ini baik dan Muar walaupun sebagai Ahli Parlimen pembangkang, setuju dan ini adalah perkara-perkara yang baik.

Tetapi persoalannya rakyat tahu dan selalu tanya, kenapa kerajaan asyik kata pelaburan naik, kadar KDNK naik dengan tinggi tapi akhirnya tidak dirasai oleh rakyat. Inilah salah satu sebabnya dan saya berharap kerajaan akan ambil tindakan secepat mungkin.

Isi kedua yang ingin Muar bawa adalah isu jerebu. Walaupun isu ini tidak dikupas panjang dalam ucapan belanjawan tetapi saya rasa isu alam sekitar merupakan salah satu priority negara. Kita sering dengarlah dalam mana-mana belanjawan, bukan setakat di Malaysia tapi di luar negara juga orang kata, “Oh, kita perlu prihatin kepada isu alam sekitar” “Let’s go EV” “Kita tak perlu lagi bakar arang, kita tak perlu lagi bakar gas” “Let’s save the environment”. Tapi bayangkan bagaimana kita nak pujuk rakyat Malaysia untuk prihatin kepada alam sekitar apabila kita patuh, kita ikut, kita betul-betul prihatin. Tetapi negara jiran boleh bakar saiz hutan yang kalau di Malaysia, seperti sebuah negeri.

Sebuah negeri. Saya nak yakinkan pun orang Muar contohnya, “you need to care about environment”. Dia kata, “buat apa? Saya ikut lima tahun pun, kalau negara jiran boleh bakar satu hutan saiz negeri, hancur juga, saya juga yang sakit”. Sebab itu dan perkara ini sudah berterusan dari tahun ke tahun. Kalau tidak ada tindakan yang tegas, percayalah isu ini akan berterusan, tidak kira siapa pun Perdana Menteri, tidak kira siapa pun kerajaan.

Dan kita perlu tahu, isu jerebu ini bukan lagi isu kecil. Ya lah, ini di antara paling teruk kerana fenomena El Nino, it is among the worst. Tapi impaknya bukan tentang soal “oh, mungkin pelancong sedikit terkesan”. Impaknya sangat besar.

Bukan setakat pelancong tidak lagi memilih Malaysia tetapi anak-anak kita bila tak boleh pergi sekolah, sekolah tutup. Ini bukan perkara kecil.

PISA ranking baru-baru ini keluar— yang dikeluarkan menunjukkan we are placed even behind other developing countries in the region. Salah satu sebab utama adalah kerana learning loss. Perkataan learning loss itu datang apabila sekolah kita tutup dengan tempoh masa yang lama semasa COVID-19. Sekarang bukan setakat COVID-19, kerana jerebu yang teruk, yang dibuat oleh slash and burn tactic oleh negara jiran, anak-anak kita tidak dapat pendidikan yang patut mereka terima.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Muar. Muar, boleh sikit, Muar?

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Minta maaf, nanti dulu.

Saya ada banyak lagi saya nak kata. Minta maaf.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, tak, nak tanya sikit je, Muar. Sikit je.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Minta maaf.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ala Muar, takkanlah pengantin baru tak boleh bagi.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Lepas ni, lepas ni, biar saya habis point jerebu. Lepas ini, boleh mencelah.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak tanya fasal jerebu ni la.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Lepas ni, lepas ni.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, okey, okey. Pengantin ni kedekut.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tapi bila sekolah- sekolah tutup, yang lebih mencemaskan adalah bukan setakat sekolah tutup. Yang paling teruk terkesan adalah anak-anak yang datang daripada keluarga susah, keluarga miskin. Kerana mungkin mereka tidak ada laptop, tidak ada tablet untuk akses pendidikan atas talian.

Yang adapun, akhirnya mungkin Internet teruk. Jika nak dibandingkan dengan negara-negara— anak-anak yang mungkin keluarga sedikit lebih kaya, lebih mampu, mereka kalau tak pergi sekolah pun, boleh akses tuisyen, boleh akses pendidikan digital.

Maksudnya, jurang pendidikan itu makin lama, makin teruk kerana jerebu.

Jerebu yang akhirnya dibuat kerana ada korporat-korporat besar yang gilakan keuntungan, sanggup buat slash and burn tactic untuk keuntungan mereka tetapi menjejaskan kesihatan, ekonomi, pendidikan jutaan manusia lain.

Apa yang boleh Malaysia lakukan? Kita perlu ada solusi. Pertama sekali, kita perlu pastikan dan tak cukup kita hanya buat panggilan kepada Presiden. Tak boleh, we need to do more. Kita— pertama, perlu hantar nota diplomatik yang tegas bahawa Malaysia membantah dan bukan setakat Malaysia membantah. Perkara ini perlu dipersetujui bersama oleh ASEAN, khususnya oleh negara jiran yang turut terkesan seperti Singapura. We must send a very clear diplomatic protest. Kedua, Malaysia dan Singapura ada persamaan dan pengaruh, iaitu kita juga yang memberikan modal besar kepada syarikat-syarikat di Indonesia. Singapore have DBS Bank, di Malaysia ada Maybank dan CIMB yang turut beroperasi di

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Indonesia. We need to be very stern. Syarikat-syarikat walaupun sedikit pun terkait dengan slash and burn tactic ini, they must be kept out from the system dan tidak boleh dapat lagi akses modal pasaran, bukan setakat di Malaysia dan Singapura, *but even to access loans from our institutions.

We need to hit them where they hurt the most.* Kalau tidak, perkara ini akan berterusan. Dan ini bukan tentang soal apa— Indonesia lawan Malaysia saja, tidak.

Syarikat-syarikat Malaysia, syarikat-syarikat Singapura yang terkait, dinamakan oleh Green Peace, Malaysia perlu ambil tindakan ke atas mereka.

Singapura telah memperkenalkan undang-undang transboundary haze, yang di mana syarikat mereka yang turut lakukan slash and burn tactic boleh diambil tindakan. Malaysia must do the same. Kalau ada syarikat Malaysia yang bersekongkol, take action, show no mercy, tunjukkan how it is done. Sekarang saya beri sedikit laluan.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak tanya dengan Muar macam ni lah. Saya nampak cara Muar berbahas ni, insya-Allah saya rasa Muar ni satu hari nanti boleh jadi Perdana Menteri.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau Muar jadi Perdana Menteri, isu jerebu ini dengan Indonesia ini, apa tindakan? Kalau Muar sebagai Perdana Menteri sekarang ini, apa tindakan yang Muar hendak buat kepada Kerajaan Indonesia untuk mengatasi masalah kebakaran dan juga mengakibatkan masalah jerebu yang kita sekarang ini tengah menghadapi suatu masalah kesihatan yang sangat besar? Sila Muar, saya mohon respons daripada Muar.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya dah kongsikan dua. Saya rumuskan satu nota diplomatik protes, bukan setakat dari Malaysia, tetapi sebagai ASEAN, you need to treat them as an outcast in the region. Bukan setakat Malaysia, tetapi tekanan diplomatik daripada peringkat region ini sangat kuat.

Kedua, pastikan Malaysia menggembleng bukan setakat Malaysia, tetapi Singapura yang merupakan penyumbang modal terbesar big bank— Maybank, CIMB, DBS yang meminjamkan modal besar kepada syarikat-syarikat di Indonesia yang turut terkait dengan isu slash and burn ini tidak boleh diberikan akses lagi, cut their access, hertz their wallet supaya mereka tidak bertindak.

Dan ketiga, sama sahaja bagaimana Tun Dr. Mahathir dulu bila berentap dengan UK, apabila ada masalah tidak boleh hanya mengharapkan kerajaan untuk bertindak, go to the people, go to the public, pastikan bahawa rakyat Malaysia turut

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

bersama menggembleng tenaga dan melakukan protes daripada sudut kewangan, we have the power and the purchasing power yang akhirnya syarikat-syarikat Indonesia akan takut.

Kerana akhirnya walaupun Malaysia modalnya hanya 30 juta orang, tetapi contohnya daripada sudut pembelian, we are among the higher in the region per capita, walaupun jumlah penduduk kita taklah sebesar 300 juta. We can do it. Tapi ia perlu menggembleng tenaga rakyat, modal-modal pasaran terbesar, bank-bank terbesar di Malaysia dan tidak cukup Malaysia tetapi menggunakan benua ini secara keseluruhan.

I think we do that; we hit them where hertz them the most barulah akan ada tindakan. Tapi lagi sekali, kita tidak boleh hipokritlah. Bila syarikat kita terkait, jangan takut, ambil tindakan ke atas syarikat-syarikat kita juga.

Isu terakhir yang hendak saya bangkitkan ini, isu dekat dengan hati. Minta maaf Puan Pengerusi, saya mohon tambahan seminit. Iaitu isu reformasi. Saya mengikuti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya setuju 100 peratus berkenaan perubahan dasar, di mana Perdana Menteri ingin berkongsikan maklumat berkenaan tender, bagaimana orang itu menang atau kumpulan itu menang, itu perkara yang saya rasa luar biasa, wajib disokong dan reformasi yang sangat baik.

Tetapi sambil saya puji, ada juga reformasi yang sepatutnya dibuat, tapi masih belum dibuat. Iaitu isu peruntukan Ahli Parlimen yang adil. Muar katakan ini kerana Muar daripada dulu, tak kisah daripada kerajaan, pembangkang, pembangkang, kerajaan, pembangkang lagi, Muar tetap katakan bahawa ini merupakan isu hak.

Kalau kita tidak sedar dan menginstitusikan perubahan ini, tukar lagi kerajaan, isu ini akan berterusan, berpanjangan dan akhirnya politik di Malaysia, makin lama makin toksik. Muar ingin kongsikan beberapa perkara.

Pertama sekali berkenaan isu peruntukan yang adil ini, jikalau jawapannya adalah, “Ah, tapi tak apa, kita tak salurkan kepada Ahli Parlimen, kita salurkan kepada rakyat terus”. Persoalan sama boleh dilontarkan balik kepada mereka. Okey, kalau disalurkan kepada rakyat, kenapa bagi Ahli Parlimen kerajaan boleh dapat RM4 juta, tapi bila Parlimen pembangkang lain pula.

Yang kedua, ini bukan tentang soal dia ada bantuan kebajikan, ada juga soal peruntukan pentadbiran. Kalau kita mahukan perbahasan yang adil, yang baik, yang tidak toksik, tidak ikut faktor perkauman semata-mata. Kadangkala ada keperluan untuk peruntukan pentadbiran— saya tahu banyak Ahli Parlimen kerajaan dapat,

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

saya juga kena maklumkan di sini as disclaimer ini, perkara yang saya sokong apa Perdana Menteri buat. Muar secara tunggal, mungkin sebab saya seorang, MUDA runding dengan kerajaan. Lepas lapan runding tak silap, akhirnya dapatlah peruntukan pentadbiran.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Peruntukan Pentadbiran. Tetapi, peruntukan pentadbiran itu dia ada macam banyak sekatan- sekatan. Muar tiada masalah untuk itu, ikut nak audit, auditlah. Kata tak boleh guna untuk kebajikan, walaupun RM1 pun tak boleh guna untuk kebajikan, it’s okay. Muar ikut.

Tetapi, Muar ingin mencadangkan at a bare minimum, peruntukan pentadbiran ini perlu diberikan kepada semua Ahli Parlimen termasuk peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang lain yang belum dapat dan belum berunding.

Kenapa?

[Tepuk] Kerana apabila peruntukan pentadbiran ini diberi dan diaudit, ada semak imbangnya, mereka boleh menggajikan contohnya staf, staf. Staf-staf ini penting, bukan cybertroopers tetapi untuk buat kaji selidik, untuk mereka run their service center. Kalau hendak harapkan seorang, mereka terpaksa contohnya, pergi kepada korporat-korporat besar minta bantuan, akhirnya terhutang budi. Bila jadi kerajaan, sistemnya berulang balik. Dan masalahnya masih berulang.

Sebab itu, penting minimum. Pertama, peruntukan kebajikan yang patut diberikan secara adil. Kedua, adalah peruntukan pentadbiran. Kerana kalau tidak, masalah ini akan berterusan.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Muar ingin rumuskan dengan satu mesej yang mudah. Politik ini ada jatuh bangunnya. Politik ini merupakan satu kitaran. Hari ini kita di atas, esok kita di bawah. Tetapi, sepatutnya bila kita berada di atas dan amanah dan tanggungjawab itu diberikan kepada kita, kita perlu membina satu sistem dan institusi yang adil dan saksama untuk bersedia, walaupun kita tersungkur dan jatuh, sistem negara itu kuat dan kukuh dan akan memastikan walaupun musuh paling teruk, kita berjaya menawan Putrajaya. Kita tahu Malaysia akan berada di landasan yang betul kerana institusi negara itu kuat, kukuh dan berdaya saing.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

That’s the change yang kita perlu ketengahkan. Kalau tidak, sampai bila-bila pun politik di Malaysia akan terbelah dua dalam keadaan yang sangat teruk dan toksik.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dan Malaysia yang akhirnya akan rugi. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar, saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Yang di-Pertua. saya mohon mengalu-alukan kehadiran ADUN-ADUN Belia Negeri Perak ke Parlimen.

Selamat datang anak-anak muda.

[Tepuk] Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, pertama saya hendak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia MADANI, terutamanya Yang Amat Berhormat PMX atas kejayaan membentangkan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI yang bernilai RM510 juta dengan pelbagai inisiatif dan bantuan untuk rakyat. Ia yang terbesar dan saya anggap ia paling menyeluruh untuk semua rakyat Malaysia.

[Tepuk] Walaupun ada tuduhan katakan ia gula-gula, manisan pilihan raya, tak apalah, sebut apa sahaja yang mustahak adalah Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI dari rakyat, demi rakyat, untuk rakyat. Janji rakyat mendapat manfaat.

[Tepuk] Semua butiran belanjawan Malaysia MADANI ada dalam kerangka. Sama ada (OE) Belanja Pengurusan ataupun (DE) Belanja Pembangunan. Semuanya ada, ada jumlah dia, semua ditetapkan mengikut kemampuan semasa kerajaan dan fiskal kewangan kerajaan. Saya mohon semua Menteri, tak kira Menteri yang baharu, ataupun Menteri yang dah berbelas tahun jadi Menteri supaya mematuhi jumlah peruntukan yang ditetapkan. Jangan ada mana-mana Menteri, saya tak sebut nama “siapa makan cili, dia rasa pedas”. Sengaja bertahun-tahun, berturut-turut gunakan belanjawan yang melebihi jangkaan.

Kalau hendak guna lebih boleh? Kalau ada inisiatif tambahan dan sebagainya, ada projek pembangunan tambahan, boleh. Datang ke Dewan ini, mohon belanjawan tambahan diluluskan, itu caranya. Bukan dengan sakau,

draft • 3:35 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

ketirisan, penyelewengan, itu yang kita hendak lawan habis-habisan di bawah Kerajaan Malaysia MADANI.

Puan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan bahawa, di bawah kerangka Kerajaan Malaysia MADANI, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk lawan gejala sakau. Memastikan bahawa dan kekayaan kewangan negara digunakan sebaiknya untuk semua rakyat Malaysia secara optimum, itu yang kita hendak. Bukan kita masuk saku kita banyak, bagi sikit dengan rakyat, lepas itu kata “oh ini kita untuk rakyat”. Itu tak betul, itu rejim lama, mentaliti lama yang kita kena buang dan kita kena singkirkan.

Puan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan subsidi. Tahun ini lebih RM80 bilion bukan RM80 juta, RM80 bilion diperuntukkan untuk subsidi dengan RM40 bilion atau pun separuh darinya untuk bahan api. RON95, kerajaan kekal memberikan 300 liter pada harga subsidi. Siapa yang gunakan pick-up dan juga jip, RON diesel, 400 liter. Ini inisiatif yang kerajaan bagi. Walaupun menghadapi geopolitik dunia yang tidak menentu.

Harga bahan mentah dunia naik bukan salah PMX, jangan pergi kempen PRN itu kata tuduh PMX, tuduh Kerajaan MADANI tak turunkan harga. Hendak turun macam mana? Yang menyebabkan bahan api dunia itu meningkat, siapa? Donald Trump. Kalau berani, pergi lawan Donald Trump lah, kenapa hendak salahkan PMX.

Ini anak Malaysia kena tahu, ini ahli-ahli politik tak kira pakai baju warna apa, kena faham. Ini isu yang melibatkan global. Jangan salahkan PMX.

Saya hendak sebutkan dalam Dewan yang mulia ini, antara reformasi institusi yang penting iaitu ibu kepada segala reformasi adalah mengehadkan tempoh masa Perdana Menteri. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat PMX, beliau dalam ucapan belanjawan yang menyebutkan bahawa, pembaharuan paling sukar ialah reformasi membatasi kuasa sendiri.

Tetapi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjaya melakukannya.

Beliau membentangkan RUU pindaan Perlembagaan pada 2 Mac yang lepas untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun.

draft • 3:35 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Mana ada Perdana Menteri pernah lakukan. 10 orang Perdana Menteri ini yang pertama, jadi kredit kepada beliau. Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan tapi sayang ketika itu kita kekurangan dua undi. Rekod dalam Parlimen menunjukkan bahawa lapan orang yang sepatutnya yang dijangka akan menyokong usul ini tidak hadir.

draft • 3:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Rasah.

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tetapi Pakatan Harapan ketika itu kehadiran penuh 79 orang, 100 percent kehadiran.

draft • 3:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Rasah, Rasah.

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ini saya tak ada kaitan.

draft • 3:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Mohon, mohon pencelahan.

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Peraturan 37, sila duduk. This is my floor.

draft • 3:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bagilah sedikit sahaja.

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak payah, tak payah. Saya kata sakau, kamu tak sakau tak payah.

[Ketawa] Janganlah, saya tak tuduh kamu itu. Saya mohon supaya kerajaan mengangkat semula membentangkan RUU ini dalam Mesyuarat ini bersama dengan RUU yang akan mengasingkan peranan dan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya.

Saya difahamkan bahawa ia telah diteliti dalam jawatankuasa rentas parti telah dipersetujui dan inilah masanya selepas kita meluluskan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI, kita ada tempoh beberapa hari lagi di awal bulan Disember nanti dalam Mesyuarat ini. Saya mohon supaya kerajaan membentangkan kedua-dua RUU pindaan Perlembagaan ini. Kalau siapa yang tak hadir, tak mahu undi biar rakyat tahu, siapa yang tak sokong perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya pergi kepada KPM, Kementerian Pendidikan. Tahniah kepada KPM sekali lagi menjadi kementerian yang mendapat peruntukan paling tinggi. Naik daripada RM66.2 bilion kepada RM69 bilion. Satu kenaikan yang kita jangkakan, kita harapkan tetapi yang paling mustahak adalah bantuan awal persekolahan. Setiap murid tanpa mengira latar belakang dan siapa mereka mendapat RM200 iaitu lebih daripada RM150 yang diberikan sebelum ini.

[Tepuk] Dijangkakan lebih 5.3 murid di seluruh negara akan mendapat manfaat dengan dana RM1 bilion. Inilah apabila kita menjaga kewangan kita dengan baik, rakyat akan dapat lebih. Ini bukti dia dan saya juga nak maklumkan secara terbuka.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rasah, Rasah. Rasah, boleh sedikit, Rasah?

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Maksudnya RM200 ini orang PAS pun dapat, anak orang AMANAH pun dapat, DAP pun dapat. Maksudnya orang UMNO pun dapat. Betul?

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Janji anak Malaysia.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Semalam kita dengar ucapan Ketua Pembangkang. Saya nak sebutkan ucapan Ketua Pembangkang semalam ini macam tak ada nilai. Bila ucapan semalam ini, PETRONAS ini satu syarikat bawah kerajaan ini dia untung dekat RM163 bilion, PETRONAS ini untung RM163 bilion.

Dia nak bantu untuk bina rumah untuk rakyat tetapi belah sana ini, Ketua Pembangkang tak bagi. Dia tak bagi, dia dengki, dia tak bagi PETRONAS untuk pulangkan semula kekayaan hasil yang diperolehi oleh PETRONAS ini untuk bantu rakyat dalam negara kita ini. Apa pandangan daripada Rasah?

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, mohon masukkan ia sebagai sebahagian daripada perbahasan saya. Dan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6, STPM, kali pertama kerajaan mengangkat martabat mereka dengan pemberian elaun sebanyak RM2,000, bukan RM200, RM2,500 setiap orang yang dijangka akan memberikan manfaat kepada semua.

draft • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak setuju tak apalah, biar orang muda tahu.

Kita nak orang muda di luar itu tahu Kerajaan Malaysia MADANI pimpinan PMX yang memberikan elaun ini kepada mereka.

[Tepuk] Cuma saya nak tanya, bilakah pemberiannya? Kalau boleh kita segerakan untuk manfaat, untuk kebajikan yang terbabit.

Berkenaan dengan Kementerian Pendidikan, dah puji tadi, ada soalan juga.

Soalan saya adalah saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, bila nak lantik Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seremban dan Port Dickson yang telah kosong sejak empat bulan, sejak Jun yang lepas sebab dua PPD ini, PPD yang mempunyai ramai warga pendidik, anak-anak dan banyak sekolah memerlukan seorang ketua. Jadi, mohon disegerakan perkara ini.

Selepas KPM, datang kepada KPT. Saya sangat bersetuju dengan tindakan Yang Amat Berhormat PMX, Perdana Menteri kita yang mengangkat martabat mahasiswa. Anak-anak muda di luar kena tahu bahawa kerajaan inilah kerajaan yang melancarkan, merancakkan reformasi. Di antara reformasi yang utama adalah membentuk satu kerangka perundangan pendidikan tinggi yang menyeluruh yang akan dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Memang betul kita dah sebut AUKU ini lama. Saya sangat berbesar hati sebagai mantan pemimpin mahasiswa di UKM dahulu. Saya sangat berbesar hati dengan pengumuman daripada PMX berkenaan dengan perkara ini. Cuma saya nak tanya KPT, apa yang telah KPT buat? Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, jangan kata Timbalan Menteri sebab yang pegang kementerian itu daripada Menteri itu sendiri. Saya mohon Menteri nanti jawab itu, boleh maklumkan apakah dia punya road map, dia punya kerangka kerja dan apakah status terkini tentang kerja perangkaan untuk undang-undang baharu ini. Sebab kita nak universiti kita mempunyai autonomi, anak-anak mahasiswa kita mempunyai pendirian kebebasan dan juga profesor-profesor kita mempunyai autoriti dari segi akademik.

Seterusnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya ucapkan tahniah kepada pihak KKM dan juga yang paling mustahak adalah lebih 9,000 doktor kontrak akan diserapkan dalam perkhidmatan tetap pada tahun 2027.

[Tepuk] Maknanya Kerajaan Malaysia MADANI berjaya menoktahkan doktor kontrak yang selama ini membelenggu sektor kesihatan dan perubatan negara. Syabas dan tahniah kepada PMX dan Menteri Kesihatan kita yang sentiasa cakna dengan perkara ini.

Ini adalah masalah yang diwarisi daripada rejim yang lama tetapi Malaysia MADANI yang berjaya menguruskannya dan menyelesaikannya. Cuma saya cukup berharap doktor-doktor ini. Saya percaya mempunyai impak yang sangat besar.

Selepas mereka diserapkan di dalam perkhidmatan secara tetap, komitmen kerja mereka sebab mereka tahu jawatan mereka tetap, akan lebih tinggi dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kepada siapa? Kepada rakyat Malaysia yang memerlukan perkhidmatan, perubatan, kesihatan di fasiliti kerajaan. Jadi yang impaknya kepada semua rakyat Malaysia. Inilah yang kerajaan lakukan.

Berkenaan dengan Kementerian Kesihatan, saya mohon Yang Berhormat Menteri apabila gulung nanti, boleh jawab satu soalan khas untuk kawasan saya berkenaan dengan Hospital Bandar Enstek, apakah status dia. Sebab sebelum ini dikatakan Hospital Tuanku Ja’afar 2 dan lepas itu dinamakan semula dan dipindah ke lokasi baru di Bandar Enstek. Tetap di Parlimen Rasah. Saya sangat menyambut baik cuma kita nak tahu apakah status terkini dia.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu yang saya nak bawa adalah berkenaan dengan cukai. Kita tahu kerajaan kena kutip cukai. Kalau tidak, kerajaan tak ada income untuk membantu rakyat dan cukai itu kenalah berpatutan, wajar dan munasabah. Kali ini saya sangat menyambut baik pengumuman oleh Yang Amat Berhormat PMX bahawa had pelepasan cukai individu disemak kali pertama sejak

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

tahun 2010, 16 tahun, baru disemak dengan menaikkan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000. Satu kenaikan more than 30 percent yang sangat baik.

Saya tahu ada Ahli Parlimen dia sebut apa, dia sudah berjuang bertahun- tahun. Berjuang apa, yang memastikan benda ini dilaksanakan adalah Yang Amat Berhormat PMX kita.

[Tepuk] Di bawah kerangka Kerajaan Malaysia MADANI, bukan kerajaan yang lepas-lepas itu.

Yang keduanya, fasal cukai juga. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu mata peratusan untuk pendapatan yang RM70,000 ke RM100,000.

Maknanya 19 persen turun kepada 18 persen. Untuk yang di kalangan RM100,000 ke RM150,000, turun daripada 25 persen kepada 24 persen. Saya menyambut baik.

Sebab langkah ini akan memberikan kemudahan ataupun pengurangan bercukai kepada lebih lima juta pembayar cukai yang taat dan sentiasa membayar cukai, khasnya golongan M40. Ini antara inisiatif untuk M40.

Dan saya menjangkakan bahawa dengan pengurangan bahawa satu peratusan ini, ia akan menyebabkan kerajaan kutip kurang hampir RM8 bilion ke RM9 bilion. Saya nak tanya kepada kerajaan khasnya MOF, macam mana nak cover? Sebab kerajaan tetap memerlukan cukai. Kalau tidak, banyak inisiatif tidak boleh dilaksanakan. Jadi macam mana cara dia, kerajaan hendak menggantikan RM8 bilion yang dijangka kurang? Tetapi ia sangat membawa manfaat kepada M40.

Seterusnya Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah kerajaan menambahkan peruntukan untuk STR dan SARA, daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion, terutamanya SARA sangat membantu sebab ia digunakan untuk membeli barangan keperluan harian kita. Ia adalah antara yang saya boleh sebut inisiatif yang betul-betul dekat di hati rakyat dan penerima.

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya menyambut baik SARA MADANI RM100 dua kali― sekali itu sebelum Raya Aidilfitri, sekali sebelum merdeka pada tahun depan― yang dijangka akan memanfaatkan 13 juta rakyat Malaysia. Itu yang kita harap.

Saya juga menyokong usaha supaya barang basah dan segar di 216 pasar tani atau pun pasar tamu di bawah FAMA juga boleh gunakan SARA. Ia satu skop baru, sesuatu yang baru tetapi pendekatan ini sangat baik. Bukan saja membantu penerima SARA tetapi ia juga...

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rasah. Rasah, sikit. Sikit lagi, Rasah. Sikit lagi.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kejap, kejap, kejap.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Semalam Ketua Pembangkang, dia tak setuju...

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak apa.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Bila Perdana Menteri menaikkan gaji minimum kepada RM2,000 itu.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak apa, kita rekodkan, kita setuju.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia tak setuju. Dia tak setuju.

Apa pandangan daripada Rasah? Nak naikkan gaji untuk rakyat pun dia tak setuju.

Untuk rakyat ini. Rakyat dalam negara kita ini. Bukan rakyat Mongolia.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kita setuju. Saya setuju dengan YB. Saya percaya rakyat kita setuju dengan inisiatif kerajaan ini dan ia boleh membantu.

Cuma, berkenaan dengan SARA ini, saya nak minta kerajaan supaya pertimbangkan tambahan skop. Sekarang ini 15. Saya tahu usaha telah dilakukan oleh sama ada MOF ataupun Yayasan MyKasih. Kedua-duanya telah berusaha.

Boleh tak kita tambah kategori supaya memperbanyakkan jenis barang yang boleh dibeli dengan SARA?

Dan juga, saya dimaklumkan setakat ini hanya ada 6,800 kedai runcit kecil ataupun koperasi yang terlibat sebagai rakan niaga SARA. Saya minta ada pendekatan baru. Saya tahu sudah ada usaha. Cuma, saya minta tambah lagi supaya lebih banyak boleh dilakukan untuk ini.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sedikit masa.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, ya. Sedikit ya. Saya nak sebut juga berkenaan dengan KPDN, lemon law. Baru-baru ini, dua tiga hari lepas, ada kereta Chery Omoda 5 yang rodanya tercabut ketika on the road. Saya nak mohon kepada KPDN, kepada kerajaan, bila kita nak buat lemon law? Sebab, lemon law akan membantu. Saya sebut ini bukan sebab kereta jenama itu ada― saya sendiri ada kendalikan kes daripada syarikat jenama lain di Seremban yang kalau boleh― kalau asyik repair, repair dan benda itu tak complete, tak diperbaiki sepenuhnya, ia akan menjejaskan keyakinan dan mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Dan perkara terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya ambil bawah...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, ya, 50 saat sahaja. Iaitu berkenaan dengan lunas kedua― mengutama semua negeri. Malaysia Vision Valley 2.0 akan memangkin ekonomi Negeri Sembilan. Terima kasih kepada kerajaan. Cuma, saya nak tanya, jalan Nilai–Labu–Enstek bila siap? Ia telah ditangguhkan tarikh siap dia berulang kali. Apa masalah dan bila siap?

Dan jalan baru yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari KLIA ke Bandar Enstek di Parlimen Rasah, bila siap? Saya mohon kerajaan memberikan jawapan ini sebab bagi saya jalan ini akan membolehkan utara Negeri Sembilan, iaitu Parlimen Rasah, disambungkan dengan KLIA, dengan Selangor untuk kemajuan ekonomi Negeri Sembilan dan juga pembangunan untuk Malaysia.

Jadi, terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang dan juga masa tambahan yang diberikan. Rasah mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Salam Malaysia MADANI.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya mulakan perbahasan dengan memetik firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan, ayat 67 yang bermaksud, “Dan mereka yang diredai Allah ialah apabila membelanjakan hartanya tiadalah melampaui batas ataupun membazir dan tiada bakhil, yakni kedekut, dan demikian perbelanjaan mereka adalah pertengahan, yakni sederhana, di antara kedua-dua cara itu.” Semoga ayat ini menjadi pedoman kepada kita semua.

Puan Yang di-Pertua, membina daya tahan ekonomi. Belanjawan 2027 dibentangkan dalam persekitaran ekonomi, politik, sosial dan iklim yang tidak menentu. Keadaan ini pastinya menuntut kerajaan memenuhi keperluan rakyat hari ini di samping memperkukuh keupayaan negara menghadapi cabaran masa hadapan.

Saya tertarik dengan analogi yang dikemukakan oleh Gabenor Bank Negara ketika berucap merasmikan Simposium Sasana 2026 iaitu pokok Gelam. Pokok Gelam atau dikenali juga dengan nama pokok kayu putih merupakan sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan berpaya pesisir pantai di negeri Kelantan dan

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terengganu termasuk di kawasan Parlimen Bachok. Pohon ini tahan lasak, mampu hidup dalam persekitaran mencabar, iaitu tanah gambut yang sangat berasid, air yang bertakung, kemarau mahupun kebakaran hutan.

Uniknya pokok ini tidak melawan persekitaran di sekelilingnya sebaliknya membuat penyesuaian dengan menggugurkan kulitnya secara berterusan, sekali gus memastikan kondisinya sentiasa berada dalam proses pembaharuan. Analogi ini membawa pengajaran yang penting kepada ekonomi negara khususnya berkaitan penyesuaian, pembaharuan dan pelaburan bagi masa hadapan.

Puan Yang di-Pertua, saya kongsikan penilaian makro saya terhadap Belanjawan 2027. Pertama, ekonomi negara diunjurkan berkembang 4.2 peratus hingga 5.2 peratus tahun hadapan. Sedikit rendah berbanding jangkaan 5.3 peratus KDNK tahun ini. Kadar pengangguran dijangka kekal sekitar 3.0 peratus walaupun isu under employment, dengan izin, khususnya dalam kalangan belia dan graduan masih berterusan. Inflasi pula dijangka meningkat 2.8 peratus tahun hadapan berbanding 2.5 peratus tahun ini menandakan wujudnya tekanan kos yang berterusan terhadap pengguna dan peniaga.

Puan Yang di-Pertua, di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Tambun, kita dibentangkan dengan satu belanjawan yang menggabungkan dua buah buku kira-kira. Buku pertama ialah Belanjawan Persekutuan yang diluluskan oleh Parlimen. Buku yang kedua melibatkan syarikat dan dana awam yang dikawal kerajaan― PETRONAS, Khazanah, KWSP, KWAP, PNB, Tabung Haji, TNB dan lain-lain.

Parlimen tidak mengundi untuk meluluskan buku kedua ini. Wang ini adalah milik kerani yang telah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun, pekerja yang akan bersara dengan simpanan KWSPnya, bakal jemaah haji yang telah menunggu sepanjang hayat dan hasil petroleum yang sepatutnya kekal memberi manfaat kepada generasi selepas kita. Perkara ini perlu difahami oleh rakyat.

Puan Yang di-Pertua, di bawah Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), kerajaan hanya boleh meminjam untuk tujuan pembangunan (DE). Gaji, pencen, subsidi dan bantuan tunai mesti dibiayai sepenuhnya melalui hasil kerajaan. Bagi tahun 2027, kerajaan dijangka mengutip hasil berjumlah RM380.8 bilion, manakala belanja mengurus (OE) RM376.8 bilion. Bakinya hanya RM4 bilion. Tiada lagi ruang dalam buku pertama untuk kerajaan sedangkan pilihan raya semakin hampir.

Maka kerajaan terpaksa membuka buku yang kedua. Antaranya, KWAP akan membina asrama pelajar bernilai RM750 juta, PETRONAS akan membina rumah

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

mampu milik, PNB akan memulihkan stadium dan membangunkan hartanah di Kuala Lumpur. KWSP pula terlibat dalam pembangunan pusat data, manakala Tabung Haji dan TNB turut dilibatkan dalam pelaksanaan inisiatif sosial.

Setiap inisiatif ini kedengaran baik tetapi mesti seiring dengan perlindungan terhadap dana awam yang digunakan. Pelaburan yang menjana pulangan perlu dibezakan daripada perbelanjaan untuk memenuhi tanggungjawab asal kerajaan.

Bachok mencadangkan supaya setiap komitmen GLIC ini dilaporkan kepada Parlimen dengan menyatakan sumber dana, tujuan perbelanjaan, pulangan yang disasarkan dan pihak yang menanggung risiko. Setiap keputusan pelaburan hendaklah melalui penilaian bebas serta melindungi kepentingan pencarum, pesara dan pendeposit.

Ringkasnya, Tambun telah memastikan akaun Kerajaan Persekutuan di dalam buku yang pertama kelihatan teratur dengan memindahkan beban kepada pihak yang lain. Beban itu kini dipindahkan kepada rakyat dalam buku yang kedua yang tidak pernah diminta persetujuan untuk menanggungnya, malah belum menyedari bahawa merekalah yang sedang memikulnya.

Puan Yang di-Pertua, berbalik kepada Belanjawan 2027. Kerajaan memperuntukkan lebih RM70 bilion bagi subsidi dan bantuan sosial. Namun, punca wujudnya jurang kekayaan dan pendapatan masih tidak ditangani sebaiknya.

Golongan B40, golongan terendah menerima kelegaan sementara tetapi tanpa tangga untuk meningkatkan taraf hidup. Golongan pertengahan M40 yang tersepit― Muar gunakan istilah generasi sandwich― menerima pelepasan cukai tetapi tanpa mekanisme untuk meningkatkan mobiliti ekonomi. Perinciannya dapat dilihat dalam buku belanjawan.

Pengurangan cukai pendapatan sangat dialu-alukan. Namun, seseorang yang berpendapatan RM4,000 hanya menjimatkan kira-kira RM90 setahun atau RM7.50 sebulan, Masjid Tanah. Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,700 pula tidak mendapat apa-apa manfaat kerana mereka sememangnya tidak membayar cukai pendapatan.

Lantai gaji minimum dinaikkan memberi kesan kepada separuh daripada pekerja di sektor formal, sebaliknya mereka yang bekerja dalam perniagaan kecil PMKS masih perlu menunggu. Pelaksanaannya perlu dipantau bagi mengurangkan risiko kenaikan harga barang dan pemberhentian kerja...

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bachok. Bachok, boleh sikit?

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

...Kesan peningkatan kos operasi yang ditanggung majikan dan peniaga.

Kais pagi makan pagi, Kais petang makan petang, Pagi umum naik gaji, Harapnya cerah sampai ke petang. Sila.

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Boleh, Bachok? Sini Shah Alam.

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sila.

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Selalu ramai daripada kalangan kita yang mempertikaikan bahawa bajet-bajet yang saban tahun dibentangkan ini tidak memberikan banyak manfaat kepada golongan M40. Jadi, setujukah Bachok bahawa dengan pengurangan ataupun kenaikan kadar cukai daripada RM9,000 ke RM12,000 itu akan memberikan kelebihan kepada ramai daripada kalangan M40?

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Shah Alam. Saya dah sebut di awal tadi. Memang berlaku pengurangan ataupun dinaikkan had pengecualian cukai tetapi ia hanya memberikan kelegaan yang bersifat sementara. Namun, punca faktor ketidaksamaan pendapatan itu masih perlu diurus oleh pihak kerajaan.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bachok, ringkas Bachok, berkenaan cukai ini. Dikatakan tadi bahawa yang kaya bayar cukai pendapatan. Setuju tak Bachok bahawa sekarang ini orang miskin pun bayar iaitu melalui SST lapan percent. Apa pandangan Bachok?

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya setuju dengan Hulu Terengganu dan itulah sifat cukai SST yang saya difahamkan kutipannya, quantum, kutipan SST pada tahun hadapan, nisbahnya kepada KDNK 3.2 peratus, sudah hampir sama— MOF boleh sahkan lah, sudah hampir sama bahagiannya dengan GST zaman Datuk Sri Najib juga, 3.2 peratus kepada KDNK. Maknanya, tanpa diubah namanya, kutipan cukai SST yang dikutip oleh Tambun hari ini bersamaan nisbahnya kepada KDNK 3.2 peratus dengan kutipan GST yang dikutip oleh Datuk Sri Najib.

Puan Yang di-Pertua, keresahan rakyat terhadap mutu perkhidmatan kesihatan dan kualiti sistem pendidikan negara tidak boleh dipandang ringan.

Khususnya isu kesihatan mental dan insiden keselamatan pelajar di sekolah yang

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

semakin mendapat perhatian. Ini dua sektor yang paling dekat dengan rakyat, kesihatan dan pendidikan.

Namun, kita kesal disebut oleh Ketua Pembangkang semalam, ketika kualiti pembelajaran anak-anak kita semakin merosot dan sekolah-sekolah di bandar mahupun di luar bandar mengalami kesesakan murid. Peruntukan pembangunan pendidikan dipotong RM800 juta dan pembangunan kesihatan pula— DE untuk kesihatan pula hanya ditambah RM5 juta. Di mana keutamaan kerajaan?

Puan Yang di-Pertua, terpenting adalah kewangan negara diurus secara berhemah melalui disiplin fiskal bagi mengelakkan berulangnya amalan ketirisan, pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa. Pemantauan audit dan hisbah hendaklah diperkukuh bagi memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Dalam konteks belanjawan, penumbuhan mesti meningkatkan pendapatan rakyat, kekayaan mesti diagihkan secara adil dan setiap ringgit mesti diurus dengan berhemah.

Puan Yang di-Pertua, mengukuhkan kerjasama negeri Persekutuan.

Kejayaan belanjawan memerlukan kerjasama erat antara Persekutuan dan negeri dengan ruang untuk negeri menentukan keutamaan pembangunan masing-masing.

Saya dengar Sri Aman tadi panjang lebar membangkitkan tentang keperluan pembangunan di Sarawak. Wujudkan formula tetap perkongsian hasil yang mengiktiraf sumbangan negeri, pantau pelaksanaan projek Persekutuan di negeri dan kawasan luar bandar yang sering berdepan masalah kelewatan.

Kawasan saya, Puan Yang di-Pertua, ada projek EOT, extension of time dah empat lima kali. Kawasan Puan Yang di-Pertua, saya tidak pastilah. Maknanya, ada banyak projek Kerajaan Persekutuan ini lewat. Lewat menyebabkan kos naik dan rakyat jadi susah. Memberikan akses dan ruang yang lebih fleksibel kepada negeri untuk menarik pelaburan bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan dan belia tanpa perlu berhijrah ke bandar. Di samping itu, tuntutan negeri berkaitan petroleum, percukaian dan agihan pembangunan hendaklah diselesaikan secara adil, khususnya Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.

Saya berpandangan, federalisme yang adil, sistem Persekutuan yang adil, menuntut pematuhan kepada perjanjian, disebut istilah itulah. Waad, waad itu. Kena patuh kepada perjanjian dengan setiap perbezaan dan pertikaian diselesaikan melalui dialog serta rundingan negeri Persekutuan yang seimbang.

Puan Yang di-Pertua, tidak sempurna kiranya belanjawan ini jika keperluan di Kelantan, negeri saya dan Bachok kawasan saya tidak dinyatakan. Kelantan

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

menyambut baik pengumuman beberapa projek dalam belanjawan kali ini yang diharapkan dapat memacu pembangunan, jaringan pengangkutan dan mengatasi masalah banjir. Yang dah bagi, kami ucap terima kasih, yang belum, masih banyak lagi. Kami mengharapkan semua projek yang diumumkan ini berjalan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.

Cuma satu Puan Yang di-Pertua, mewakili anak-anak Kelantan di perantauan, di Lembah Klang, di Johor, di Pahang. Berkenaan status pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3). Bagi kami, pembinaan LPT3 ini sudah sampai tahap wajib. Wajib disambung sehingga ke Kota Bharu bagi melengkapkan jaringan lebuh raya ketiga-tiga negeri Pantai Timur.

Berkenaan Parlimen Bachok, saya bangkitkan di sini beberapa perkara untuk rekod dan boleh dijawab secara bertulis oleh pihak kementerian supaya ada sedikit buah tangan untuk saya bawa pulang ke kawasan. Pertama, KKDW dan JKR, segerakan penyiapan Projek Jalan Bekelang dan Jambatan Pantai Senok. PETRA, permohonan Projek Mitigasi Banjir dan Hakisan Pantai dalam RMK13.

Pendidikan, isu keciciran pelajar daripada sistem persekolahan serta langkah intervensi yang diambil. Kesihatan, perancangan untuk naik taraf fasiliti klinik kesihatan dan klinik desa. Alhamdulillah, Hospital Bachok sudah siap dan sudah mula beroperasi.

Kelima, keterjaminan makanan. Rancangan untuk menambah baik kemudahan dan ekosistem ekonomi nelayan, termasuk di Pantai Baru dan Pantai Melawi yang mula viral sekarang ini, suasana pasar nelayan yang tradisional.

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, izinkan saya kembali kepada anologi pokok gelam di awal tadi. Sejak turun temurun, kulitnya digunakan oleh pembuat kapal untuk disisipkan di celah papan, membolehkan kapal bergerak mengikut alunan ombak tanpa mudah pecah dipukul gelora. Itulah makna sebenar daya tahan, membuat penyesuaian terhadap perubahan tanpa kita hilang arah. Diharapkan belanjawan ini akan memperkukuh daya tahan negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Sekian daripada Bachok. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 4:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menyambut baik komitmen kerajaan untuk memperkukuh ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat melalui Belanjawan Madani 2027. Namun begitu, keutamaan dalam belanjawan bukan sekadar peruntukan yang besar tetapi strategi pertumbuhan yang jelas, pelaksanaan yang cekap membangun dan menyeluruh di setiap daerah.

Strategi pertumbuhan ekonomi Sabah, Yang di-Pertua. Belanjawan MADANI telah memperuntukkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM459.8 bilion. Negeri Sabah menerima peruntukan Persekutuan sebanyak RM18.7 bilion, iaitu meningkatkan RM1.1 bilion berbanding tahun sebelumnya. Saya bersetuju seperti apa yang dikatakan Beluran tadi. Namun, peningkatan ini perlu diterjemahkan kepada pembangunan yang lebih menyeluruh, khususnya di Pantai Timur Sabah yang masih berdepan cabaran infrastruktur asas dan ketidakseimbangan pembangunan.

Sehubungan itu, saya ingin meminta penjelasan kerajaan. Adakah peruntukan RM18.7 bilion ini merangkumi pemberian khas interim ataupun tidak?

Daripada jumlah tersebut, berapakah peruntukan yang benar-benar baru bagi tahun 2027 berbanding perbelanjaan operasi, projek sambungan dan komitmen sedia ada?

Memandangkan Belanjawan 2027 merupakan belanjawan kedua di bawah RMK13, adakah RM18.7 bilion ini merupakan sebahagian daripada peruntukan pembangunan Sabah yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas?

Saya berharap kerajaan dapat memberikan pecahan yang jelas supaya rakyat dapat menilai jumlah sebenar pelaburan baru. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap peruntukan itu menghasilkan manfaat yang nyata kepada rakyat Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan hab ekonomi Pantai Timur Sabah.

Sekiranya Semenanjung Malaysia mempunyai keluasan kira-kira 131.898 kilometer persegi, manakala Sabah meliputi sekitar 73,904 kilometer persegi.

draft • 4:07 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Sabah juga memiliki potensi besar dalam rancangan ekonomi negara, khususnya hab logistik, komoditi hiliran serta perdagangan maritim. Saya tidak meminta untuk Sabah meniru bulat-bulat model pembangunan wilayah ekonomi negeri lain. Sebaliknya memanfaat potensi Pantai Timur Sabah dalam perikanan, pemprosesan makanan, komoditi hiliran, hab logistik, mahupun pelancongan.

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Dalam konteks ini, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah merupakan antara infrastruktur strategi yang amat penting. Saya ingin menekankan kepentingan menghubungkan rangkaian jalan utama kedua pusat ekonomi, logistik yang penting di Pantai Timur Sabah, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Persoalan saya, apakah garis masa yang jelas bagi setiap pakej Pan Borneo Sabah yang masih dalam pembinaan? Sampai bilakah rakyat Sabah perlu menunggu untuk menikmati jaringan jalan raya yang benar-benar cekap dan saling berhubung?

Justeru itu, kerajaan perlu membentangkan pelan pembangunan ekonomi Pantai Timur Sabah yang menetapkan projek pemangkin, pelaburan peneraju, agensi pelaksana dan sasaran pekerjaan. Kejayaan ini mestilah diukur melalui pertimbangan ataupun pertambahan pelaburan swasta, nilai tambah ekonomi, eksport dan pekerjaan berkualiti, bukan sekadar jumlah peruntukan yang dibelanjakan.

Sandakan perlu beralih daripada sekadar pintu masuk barangan kepada hab pengeluaran, pemprosesan dan pengeksportan produk tempatan, terutama bagi sektor perikanan, komoditi, produk hiliran dan pemprosesan makanan. Cadangan zon ekonomi Pantai Timur Sabah mesti meletakkan Sandakan sebagai nod strategi logistik, pemprosesan dan eksport, bukan sekadar pelaburan penerima barangan daripada luar. Kementerian perlu memperincikan peruntukan pembiayaan sasaran pelaburan dan peluang pekerjaan baharu.

Pada 7 Mei 2017 yang lalu, kerajaan pernah ketika itu telah memberikan pengecualian dasar kabotaj bagi pengangkutan kargo ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Perkara ini telah diumum di Sandakan, Sabah semasa Majlis Pelancaran Ekspresi Negara-ku. Kebersamaan, keberkesanan dasar ini perlu dinilai berdasarkan penjimatan kos, tempoh penghantaran dan pertambahan pilihan perkhidmatan kapal, bukan sekadar pelaksanaan dasar sekiranya caj pengendalian pelabuhan gudang, pengangkutan dasar dan pemindahan kargo tambahan, double handling terus meningkatkan kos logistik.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Data MyCC menunjukkan kendali kontena pelabuhan Sabah hanya sekitar 1.7 peratus daripada jumlah kendali kontena Malaysia bagi 2015 hingga ke 2024.

Bagi 2025 pula, eksport Sabah ke Semenanjung bernilai RM18.1 bilion. Manakala, import dari Semenanjung ke Sabah sebanyak RM31.5 bilion, sekali gus hal ini

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

menimbulkan persoalan tentang ketidakseimbangan aliran perdagangan dan potensi muat balik.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mengkaji, membuka taman industri logistik di Sandakan. Persoalan ini— persoalan yang ingin saya bangkitkan, sejauh mana keberkesanan pelaksanaan dasar pengecualian kabotaj ini terhadap hab ekonomi di Pantai Timur Sabah?

Justeru itu, pihak kerajaan mestilah menjalankan audit keberkesanan dasar pengecualian kabotaj demi merancakkan ekonomi Pantai Timur Sabah. Dalam masa yang sama, Sandakan perlu diperkukuh sebagai hab pemprosesan dan pelbagaikan pengeluaran hasil hiliran, termasuk pengeluaran koko, getah dan kopi. Hal ini bertujuan bagi meningkatkan muatan balik, mengurangkan ketidakseimbangan kontena dan memastikan manfaat penjimatan logistik benar-benar dinikmati penguasa serta rakyat Sabah.

Tuan Yang di-Pertua— eh, Tan Sri Yang di-Pertua, pembangunan luar bandar yang juga saksama, bekalan air, elektrik, Internet stabil bukan kemewahan, sebaliknya syarat asas untuk keluarga belajar, berniaga dan mendapatkan perkhidmatan dengan bermaruah. Peruntukan ini bagi mengeluarkan air tidak berhasil mesti diterjemahkan kepada projek yang jelas di Sandakan dan Libaran kerana gangguan air menjejaskan rumah, sekolah serta perniagaan.

Persoalan saya, apakah kampung di Libaran yang masih mengalami masalah bekalan asas, kaedah penyelesaian yang dipilih serta tarikh siap bagi setiap intervensi? Pendekatan penyambungan grid, sistem solar hibrid ataupun teknologi tenaga alternatif hendaklah dikaji semula berdasarkan keadaan geografi dan keberkesanan jangka panjang, bukan sekadar kemudahan pelaksanaan kerjasama GLC. Syarikat komunikasi boleh dipercepatkan pelaksanaan, tetapi CSR tidak boleh menggantikan tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan TVET dan juga keselamatan murid.

Kementerian Pendidikan menerima hampir 69 bilion bagi tahun 2027 dan sebahagian peruntukan itu mesti menyelesaikan sekolah daif, kekurangan kemudahan dan juga jurang pendidikan luar bandar. Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM63.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus serta RM5.5 bilion bagi perbelanjaan membangun. Persoalan saya, adakah peruntukan berkenaan termasuk dalam perancangan perbelanjaan Rancangan Malaysia Ketiga

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Belas? Berapakah perincian pecahan perbelanjaan bagi peruntukan berkenaan khususnya bagi negeri Sabah?

Sekolah di Libaran semakin hari semakin menghadapi peningkatan kepadatan penduduk dan juga kepadatan pelajar. Hal ini semakin— secara tidak langsung telah mengganggu kualiti proses pembelajaran di bilik darjah dan mengakibatkan kepada berlakunya isu sosial. Sebagai contoh, buli fizikal, lisan dan siber tidak boleh dianggap sebagai masalah disiplin biasa. Kesannya terhadap emosi, keselamatan dan kesediaan murid untuk belajar boleh berpanjangan.

Malaysia telah menerima kisah tragedi iaitu sebanyak 25 kes berkaitan insiden meragut nyawa hanya pada tiga tahun kebelakangan ini. Ribuan laporan polis telah dibuat. Misalnya di Sabah, kes yang begitu menyayat hati satu ketika dahulu iaitu kes Zara Qairina, sehingga kini masih lagi dalam siasatan pihak berwajib.

Kementerian perlu memperkukuhkan pencegahan buli, melindungi mangsa, mempercepatkan siasatan dan memperluaskan pemantauan kawasan berisiko berdasarkan penilaian keselamatan yang teliti. Saya menegaskan agar kementerian perlu menitikberat status sekolah di Libaran secara menyeluruh. Hal ini memerlukan pembaikan kritikal, termasuk penambahan bilik darjah, tandas, bekalan air, elektrik dan capaian Internet.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, pendidikan TVET perlu dipadankan dengan keperluan pekerjaan dalam bidang yang mempunyai permintaan yang tinggi di Sandakan. Sebagai contoh, bidang maritim, logistik, penyelenggaraan digital dan pemprosesan makanan supaya latihan membawa masa depan yang jelas kepada belia. Sasaran menjadi Sandakan sebagai hab pendidikan TVET di Pantai Timur Sabah harus dikaji oleh Kerajaan Persekutuan secara teliti.

Tuan Yang di-Pertua, kesihatan yang lebih dekat kepada rakyat. Peruntukan Kementerian Kesihatan sebanyak RM47.7 bilion mesti membawa kesan yang dapat dirasai oleh rakyat Pantai Timur Sabah melalui akses rawatan yang lebih dekat.

Hospital Duchess of Kent perlu terus diperkasa dengan peralatan, kepakaran dan kapasiti yang bersesuaian supaya pesakit tidak menanggung perjalanan serta kos yang tinggi.

Cadangan saya, kementerian perlu mengatakan pelan terperinci, memperluaskan perkhidmatan pakar dan membina pusat rehabilitasi dan dialisis di Sandakan. Hal ini tidak akan menelan perbelanjaan yang tinggi berbanding pembinaan hospital yang baharu, terutama dalam memperluaskan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di Sandakan dan Libaran.

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Begitu juga rancangan menyerap 9,000 pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap perlu diberikan kesan kepada masyarakat menunggu, kesediaan doktor dan kesinambungan rawatan di Sabah. Persoalannya ialah berapakah data sebenar jumlah pegawai perubatan di lapangan, khususnya di Sabah yang tidak termasuk bagi mereka yang sedang menyambung pendidikan? Hal ini amat penting dalam memastikan jumlah sebenar Pegawai Perubatan di lapangan benar-benar mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang amat saya ingin tekankan di sini iaitu memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang. Undang-undang bukan menu politik untuk dipilih apabila menguntungkan, lalu ditolak apabila tidak menyebelahi pihak sendiri.

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Kita tidak boleh mempertahankan kebebasan institusi sedangkan pada masa yang sama, membiarkan persepsi membawa keputusan pendakwaan perlu menunggu arahan politik. Sekiranya perkara berkenaan sedang dibicarakan, prinsip sub judice juga perlu dihormati. Persoalannya, apakah wajar Perdana Menteri didesak mengarahkan Peguam Negara membuat pendakwaan terpilih hanya kerana sesuatu kes tidak menepati kehendak politik pihak tertentu. Seperti apa yang telah dikeluarkan oleh kenyataan yang telah dinyatakan oleh ketua penerangan bahawa kebebasan pendakwa tidak boleh dikompromi, proses kehakiman mesti dihormati.

Dalam isu ini, desakan Yang Berhormat Jelutong supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memastikan seorang yang dituduh semula, persoalan asas yang perlu diberikan perhatian ialah kedudukan kuasa pendakwa.

Perkara pertama, Perdana Menteri bukan pendakwa raya. Perkara 145(3), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara yang boleh dijelaskan menurut budi bicara untuk memulakan jalan atau menghentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan.

Kedua, prinsip kebebasan pendakwaan mesti dipertahankan secara konsisten.

Dan ketiga, dakwaan pilihan kasih perlu dinilai berdasarkan bukti.

Dan keempat, UMNO mempertahankan prinsip kesamarataan dari segi undang-undang.

Kelima, proses kehakiman mesti dihormati.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Sebenarnya beliau adalah pengamal undang-undang, tetapi tidak menghormati undang-undang.

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Di bawah perkara ini juga perlu diingat bahawa di bawah seksyen 36(2) iaitu prejudis, perlu dilaporkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak landing. Kalau ada pertanyaan, boleh ditanya.

Kalau ada nak mencelah, boleh kita celah, tetapi undang-undang perlu dinoktahi.

Ingat, sebagai pengamal undang-undang, perlu mendisiplinkan diri. Jangan berkata bohong dalam Dewan yang mulia ini...

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Seorang Ahli

Steady Libaran.

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

...Dewan ini telah dibentuk dan dibangunkan untuk kita berkata benar, tetapi bukan kata yang tidak benar.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Landing, landing.

draft • 4:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Sekian. Rakyat Libaran akan menilai kebijaksanaan ini melalui air yang mengalir, elektrik yang stabil, sekolah yang berfungsi, rawatan kesihatan yang dekat dan pekerjaan yang dapat dibina.

Jika rumah ini milik bersama, mengapa ada yang diwarisi ruang? Sedang yang lain hanya mewarisi janji.

Jika benar kita sebuah keluarga, mengapa ada hanya dikenang apabila rumah memerlukan pengorbanan? Sekian, saya mohon sokongan. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Seorang Ahli

Steady Libaran.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Ketereh. Silakan Ketereh.

draft • 4:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2027.

Perbahasan kali ini, saya akan tumpukan kepada veteran angkatan tentera sebab banyak dah orang cakap benda-benda lain. Jadi, fasal veteran ini, saya kena sebut. Yang mana ia related dengan belanjawan pada tahun depan.

Saya nak beritahu di sini, majoriti veteran ATM ini berkhidmat selama 21 tahun sahaja kerana mengikut syarat-syarat perkhidmatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil veteran ATM yang bersara lebih daripada 21 tahun kerana kehendak perkhidmatan.

Mengikut portal Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang berakhir pada 30 Julai 2025, jumlah veteran ATM di seluruh negara adalah 221,312. Bermakna dah

draft • 4:23 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

meningkat, dah meningkat. Termasuk Sabah dan Sarawak. Jumlah veteran ini akan bertambah lebih kurang 6,000 orang setiap tahun termasuk anggota ATM yang berpencen dan tidak berpencen.

Veteran ATM ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Ini bagi penerangan kepada semua Ahli Dewan. Satu, kumpulan yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang dinafikan hak penyelarasan pencen dan satu lagi kumpulan veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013 yang mendapat pencen lebih tinggi kerana pada tahun 2013, ada kenaikan gaji. Maka, mereka mendapat pencen lebih tinggi. Jauh daripada yang berpencen sebelum 2013.

Majoriti veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 ini adalah anggota yang berkhidmat di zaman darurat iaitu 1946 hingga 1990, di mana purata usia mereka hari ini adalah 60 tahun ke atas, Yang di-Pertua. Seramai 93.24 percent veteran menerima pencen kadar 50 peratus daripada gaji akhir kerana tidak memenuhi perkhidmatan 25 tahun tiga bulan untuk layak pencen 60 peratus.

Only veteran ATM, veteran lain maknanya pesara lain, semuanya umur 60.

ATM sahaja 21 tahun. Tanpa penyelarasan pencen dibuat, jurang perbezaan kadar pencen di antara dua kumpulan ini amatlah besar kerana 2013 itu gaji naik. Jadi, pencen dia orang 2013 ini memang besar berbanding dengan 2013 ke bawah.

Di antara isu kebajikan anggota veteran ATM yang masih belum selesai sejak 2013 adalah isu pelarasan pencen kepada anggota veteran bertugas sebelum 1 Januari 2013. Itu, Tan Sri, di mana pencen mereka tidak disetarakan dengan veteran yang bertugas selepas 1 Januari 2013 yang menyebabkan perbezaan pencen antara mereka amat besar.

Lebih malang lagi, pada 1 Januari 2013, apabila MINDEF menerima kenaikan pencen dua percent setahun sehingga Jun 2023, saya sempat merasa. Saya sempat merasa. Saya pencen 2018, sampai 2023, saya dapat 2 percent. Saya dapat merasa, tetapi orang yang pencen 2013 ke bawah, diambil daripada— tak diselaras, maknanya diambil daripada pencen yang kecil. Itu menyebabkan masalah kepada penyelarasan pencen ini.

Juga, satu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak lapan percent, pada 1 Disember 2024 kepada semua anggota ATM yang bersara. Kita tidak— kita suka SSPA ini, tapi buat penyelarasan pencen dahulu. Saya 2018 pencen, saya seronok fasal dapat banyak. Bertambah pencen itu. Saya telah bawa isu ini ke Dewan yang mulia ini sejak saya dipilih menjadi Ahli Parlimen pada 19 November 2022. Lama dah saya bawa.

draft • 4:23 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tan Sri Yang di-Pertua, sehingga kini, sudah lima kali belanjawan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Namun, malangnya masih belum ada satu pun pengumuman yang benar-benar memberi kelegaan kepada seramai 78,546 orang veteran ATM yang terlibat. Maksud saya ini yang bersara sebelum 2013. Sekarang ini daripada 78,000 itu saya ingat dah tinggal 40,000 dah. Mati dah. Jadi, mereka tak merasa.

Sebahagian daripada mereka mungkin tidak lagi berpeluang mendapati hasil perjuangan ini kerana meninggal dunia. Ini amat menyedihkan dan mereka telah lama menunggu hak dan kebajikan mereka diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

Sudah hampir 13 tahun, Tuan Yang di-Pertua. 13 tahun. Bayangkan berapa lama— 13 tahun mereka menunggu, daripada tahun 2013. Saya tak mahu sebutlah siapa Perdana Menteri, tapi nak cerita benda ini berlaku bukan sekarang, daripada tahun 2013...

draft • 4:23 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 4:23 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Ini saya nak cakap. Menunggu penyelarasan pencen kerana ia adalah hak mereka berdasarkan kepada seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972.

Sehubungan dengan itu, saya mohon MINDEF mengemukakan senarai veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang masih ada, yang masih hidup dan berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk diselesaikan penyelarasan pencen ini. Saya dah tanya banyak kali, Menteri ke, siapa ke, daripada MINDEF, keluarkan senarai. Saya nak tahu, berapa banyak duit yang nak pakai, tapi sampai sekarang belum diberi...

draft • 4:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ketereh. Pasir Gudang bangun nak tanya ke apa ke?

Nak minta laluan?

draft • 4:23 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Cepat sikit, cepat sikit. Banyak lagi, banyak ini.

draft • 4:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 4:23 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya tak boleh tinggal poin saya ini.

Baik, Pasir Gudang, ada apa?

draft • 4:23 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya hendak menyokong perkara yang dikemukakan oleh YB Ketereh itu iaitu berkenaan golongan veteran yang telah berpencen sebelum 1 Januari 2013.

draft • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tan Sri Speaker, saya dilantik sebagai Penaung Persatuan Veteran di Pasir Gudang dan inilah benda yang mereka minta, sebab itu saya menyokong. Jumlah veteran ini bukan semakin ramai, semakin susut, semakin susut. Jadi...

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Pasir Gudang.

draft • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih di atas— ini dah masukkan dalam ucapan saya.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Ketereh, Batu Pahat, Ketereh.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tak.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Saya pun menyokong ini.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih, terima kasih. Daripada mana ini? Batu Pahat terima kasih. Baik...

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu, Tangga Batu sikit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tangga Batu, terima kasih Tangga Batu.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, baru-baru ini...

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sebab ramai ini veteran yang mengundi ini.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya, Tangga Batu pun antara orang yang awal membawa isu ini untuk diselesaikan. Dan baru-baru ini, beberapa orang dari kalangan veteran, menyerahkan suatu permintaan mereka supaya dilakukan RCI...

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Dah, saya dah serah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Minta masuk dalam ucapan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Dia sudah angkat ‘ibu tangan’ dekat saya.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, okey, okey, terima kasih. Jadi, kepada veteran-veteran di luar dengar itu berapa banyak, berapa banyak orang yang menyokong itu.

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, masa lebih sikit Tan Sri.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Di sini saya ingin jelaskan dua sebab utama kenapa pelarasan pencen kepada veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2017 wajib diselesaikan kerajaan. Kenapa? Ada dua sebab. Yang pertama, saya tak mahu cerita pasal miskin kah apakah susah kah, tetapi ada sebab utama.

Yang pertama, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972, bermakna berpandu pada akta, undang-undang. Bagi menjelaskan isu ini, saya sekali lagi nak mengulangi di Dewan yang mulia ini bahawa perkhidmatan ATM tidak sama dengan perkhidmatan awam yang lain. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972, tuntutan hak pelarasan pencen ini adalah mengikut undang-undang dan bukan meminta belas kasihan daripada kerajaan. Ia nya berdasarkan pada perkara berikut.

Perkara 41, Perlembagaan Persekutuan, pemerintah tertinggi angkatan tentera, Yang di-Pertuan Agong adalah menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan, ATM adalah perkhidmatan yang tertinggi di antara perkhidmatan awam yang lain. Nombor satu, ATM.

Nombor dua perkhidmatan kehakiman; nombor tiga, perkhidmatan awam Persekutuan; yang keempat, pasukan polis; kemudian, perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133; lepas itu perkhidmatan awam setiap negeri; yang akhir sekali perkhidmatan pendidikan. Jadi, ATM ini yang paling atas sekali.

Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Angkatan Tentera. Orang lain tak ada Majlis, askar sahaja ada Majlis yang bertanggungjawab di bawah bidang kuasa am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera dan yang berhubungan dengannya, selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi. Untuk operasi saja tak boleh. Yang lain semua Majlis Angkatan Tentera boleh buat.

Perkara 139, Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak ada kuasa ke atas ATM. JPA tidak ada kuasa ke atas ATM. Jangan nak pandai- pandai. Bidang kuasa adalah tertakluk pada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan lain yang tersebut di perenggan (c), (f). Itu saja JPA berkuasa. Fasal 1, Perkara 132.

Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan, perlindungan hak pencen oleh anggota ATM yang telah berkhidmat pada negara. Ada ini Perkara 147 ini. Memberi perlindungan hak pencen kepada tentera. Kemudian, seksyen— akta yang paling

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

besar sekali adalah akta— seksyen 187, Akta Angkatan Tentera 1972. Orang lain tak pakai. Saya 40 tahun di bawah Akta Angkatan Tentera 1972. Ini yang dipakai oleh ATM. Jangan nak sebut lagi benda lain. Menyatakan Majlis Angkatan tentera telah diberi bidang kuasa undang-undang membentuk satu peraturan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah 1982.

Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982 yang diwartakan melalui Warta Kerajaan pada 29 April 1982 tidak pernah dipinda atau dibatalkan. Sepertimana yang termaktub dalam Perkara 5, Peraturan- peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) Akta Angkatan Tentera 1982. Mengikut akta ini, setiap kali berlaku pelarasan gaji, maka pelarasan pencen perlu dibuat. Ini dia, 2013 kenaikan gaji, pelarasan gaji, kenapa tidak dibuat pelarasan pencen?

Akta Pencen 1980 hanya khusus kepada kakitangan awam yang mempunyai peraturan pencen ganjaran 1982 yang melalui kuasa seksyen 187. Ingatlah, setiap kali berlaku kenaikan gaji, mesti dibuat pelarasan pencen. Saya bimbang takut tak cukup ini. Tan Sri saya minta maaf, tolonglah bagi saya perabih.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang kedua, tadi yang pertama— mengikut undang-undang Akta Angkatan Tentera 1972 dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Yang kedua, keputusan Majlis Veteran Kebangsaan pada 29 September 2022 yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan masa itu, Sembrong, tak ada dia ini.

Dia yang mempengerusikan Majlis Veteran Kebangsaan yang bermesyuarat pada 29 September yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan meluluskan cadangan pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Saya ingin bertanya kepada MINDEF, kenapa keputusan ini tidak dihormati dan pelarasan pencen ini tidak dilaksanakan? Adakah Menteri Pertahanan dan lain- lain member Majlis Veteran Kebangsaan pada waktu itu membuat keputusan yang salah? Saya percaya keputusan itu betul berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972 yang mana sepatutnya diikuti sehingga sekarang, tapi tak berlaku.

Tan Sri Yang di-Pertua, pada tahun 2013, Majlis Angkatan Tentera ke 522 dan Majlis Angkatan Tentera 525 telah menerima syor daripada JPA pada masa itu menyatakan veteran yang berpencen sebelum 1 Januari 2013 tidak layak menerima pelarasan pencen kerana pada tahun 2013 tidak ada pelarasan gaji. Jadi ini syor JPA, lepas itu Majlis Angkatan Tentera menerima. Kenapa dia menerima?

Sedangkan Majlis Angkatan Tentera tidak di bawah JPA.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Bukan saya cakap kuat pada Timbalan Menteri, saya tengok saja. Jangan marah saya, okey. Jadi, dia bagi tahu apa? Hanya semakan gaji atau penambahan gaji. Sebenarnya istilah ini sama. Penambahbaikan gaji kah, kenaikan gaji serupa sahaja. Yang betulnya 2013 itu ada kenaikan gaji. Saya pun terlibat. Dan kalau tidak ada kenaikan gaji, kenapa pencen 2013 ke atas itu tinggi? Jauh tinggi daripada 2013 ke bawah. Bermakna ada kenaikan gaji. Jangan nafikan benda ini. Saya harap Timbalan Menteri take note benda ini, buat benda ini.

Oleh kerana kecewa dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera pada tahun 2013, kumpulan veteran daripada Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia telah bawa kes ini ke mahkamah dan mereka menang, tetapi pada 4 Jun 2025, MINDEF bawa pergi Mahkamah Rayuan. Membawa keputusan MAT tadi, maka selesai. Habis memihak kepada MINDEF kerana terima saranan JPA masa itu, tak ada pencen bagi veteran 2013 ke bawah. Sepatutnya tak boleh, jangan buat macam itu.

Kemudian, veteran ini bawa lagi pergi Mahkamah Rayuan, sama juga berdasarkan kepada keputusan Majlis Angkatan Tentera ke 522 dan 525, habis macam itu sahaja...

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ketereh hendak berapa minit lagi untuk bercakap masalah veteran ini.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sikit lagi Tan Sri.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa minit lagi?

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya ingat dalam lima minit kot.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey lima. Saya bagi empat minit boleh?

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Empat minit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih, terima kasih kekanda.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Fasal memperjuangkan veteran.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey. Seterusnya saya— okey, saya masukkan layar.

Okey, sekarang ini nak cerita fasal Pingat Jasa Malaysia, okey. Pingat Jasa Malaysia ini, para penerima Pingat Jasa Malaysia amat kecewa dengan belanjawan kali ini. Kenapa? Kerana tahun 2026 dulu dia dapat RM500, one-off. Tahun ini orang dah lupa, tak ada lima sen pun. Jadi, saya nak cakap macam inilah.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya amat menyanjung tinggi di atas keprihatinan kerajaan untuk memberi bantuan one-off RM1,000 kepada 38,000 pemandu taksi termasuk kereta sewa, 15,000 pemandu bas sekolah seluruh negara.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ketereh, sikit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Masa tak ada. Duduk, duduk, nanti— masa tak ada.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya tunggu.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya diberi empat minit ini. Okey, jadi apalah salahnya jika bantuan seperti ini turut dipanjangkan kepada pingat— PJM?

Saya ingat hari itu tak ada orang bagi tahu PM. Kalau diberitahu, wajib dia akan bagi.

[Ketawa] Saya tidak berdengki ya, saya tidak dengki dengan pemandu teksi, pemandu bas, tapi MINDEF gagal bagi tahu Perdana Menteri. Kalau tidak, mesti dia bagi kurang-kurang RM500 sebab orang ni berjasa...

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sikit.

draft • 4:40 PM

Seorang Ahli

Duduk, duduk.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Orang ini pejuang.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sikit jer, boleh? Sikit jer.

Dia, Ketereh setuju tak sebab wira negara dalam bidang sukan diberi satu anugerah yang besar, diberi pencen lagi, tapi angkatan tentera yang berjasa kepada negara...

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Masukkan dalam saya— memang, memang terbaik. Betul, betul.

[Ketawa]

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Ketawa] Tak habis lagi itu.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey. Jadi— mana pergi pula ini.

[Ketawa]

draft • 4:40 PM

Seorang Ahli

Dua minit.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jap, saya nak cerita pingat PJM ni bukan pingat main-main tau. Pingat PJM ini diberi kepada orang yang masuk tentera sebelum 2 Disember 1989 di Semenanjung dan sebelum 17 Oktober bagi Sabah dan Sarawak. Kalau tidak, buang saja pingat PJM itu! Saya akan bagi tahu veteran, lempar sahaja di MINDEF! Buat apa? Tak ada apa-apa dapat. Kerajaan— sorry, Tan Sri Yang di-Pertua. Kadang-kadang saya tak tahu lah, emotional agaknya.

Okey, kerajaan telah mengumumkan kenaikan pencen terendah antara RM1,000 ke RM1,350 sebulan. Di sini saya ingin menyatakan bahawa ia nya tidak

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

memberi apa-apa makna kepada veteran ATM kerana kerajaan tidak— selagi kerajaan tidak melaksanakan pelarasan pencen, itulah masalah sebenarnya.

Seterusnya saya ingin memberi beberapa cadangan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan agar Jabatan Hal Ehwal Veteran diasingkan daripada MINDEF dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan ditadbir oleh bekas-bekas tentera yang berkelayakan. Ramai bekas tentera ini ada PhD, jangan main-main. Yang boleh— bagi mengelakkan birokrasi yang berlaku seperti sekarang. Apa birokrasi itu? Seperti tidak melaksanakan pelarasan pencen. Kenapa Persatuan Veteran Angkatan Tentera tak buat paper? Cakap balik masalah itu.

Lepas itu, satu lagi bagi pengagihan bantuan sara hidup. Hari tu KSN kita dah umum dah kepada orang pesara yang veteran berpencen dan tidak berpencen, tetapi sekarang ini— hari tu saya dah cakap dekat Timbalan Menteri. Lepas itu kena minta, pergilah cari sendiri. Yang susah tu macam mana lagi? Dia ada Ketua Cawangan.

Banyak komplen datang kepada saya. Jadi, PM dah bagi betul dah. PM kita ini dah baik dah bagi, tapi birokrasi di MINDEF—kelewatan pemberian khairat kematian.

Apa nak mesyuarat apa benda? Mati— bagi saja RM3,000.

[Ketawa] Ini tidak, nak kena mesyuarat, nak kena apa. Hari itu saya dah cakap Timbalan Menteri, berlaku lagi. Ada sampai tiga bulan pun ada.

Kemudahan rawatan hospital. Jadi, hospital ini pun sama. Kadang-kadang bila veteran berpencen pergi ke hospital, oh balik. Kena bayar apa semua. Kenapa kena bayar? Buat lah liasion dengan Kementerian Kesihatan. Jadi, tak ada— tunjuk Kad Veteran cukuplah. Saya kalau pergi macam itu, saya tak tahu lah saya nak cakap apa. Kalau buat kat aku macam— kalau saya macam tu, maaf Tan Sri, saya tak akan biarkan macam itu tahu. Mana boleh macam itu.

Akhir kata, akhir kata ni, saya sekali lagi ingin memaklumkan semua Ahli Dewan yang mulia ini bahawa veteran ini merupakan perwira negara yang menggadaikan nyawa semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara suatu ketika dahulu.

Saya mohonlah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar melihat kembali isu pelarasan pencen veteran ini yang bersara sebelum 1 Januari 2013 kerana ia nya merupakan hak mereka mengikut Perlembagaan Persekutuan. Kalau pelarasan pencen Yang Arif Hakim-Hakim dan penjawat awam yang lain boleh diselaraskan, kenapa tidak kepada veteran yang bertugas sebelum 1 Januari 2013?

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi, saya juga nak puji PMX ini. Ha, okey. Saya nak puji. Masa— saya kena puji fasal benda yang betul. Mana dia? Okey, okey. Setakat ini bukan saya nak kata tidak, tapi Perdana Menteri kita dah memberi bantuan sara hidup kepada sebanyak RM300 sebulan kepada veteran tidak berpencen dan sekarang dah jadi RM500, berumur 60 tahun ke atas, tapi MINDEF panjangkanlah kepada yang berpencen.

Saya nak benda ini diselesaikan.

Lepas itu PM juga dah bagi kadar faedah pencen hilang upaya yang mana bila tahu dak? Tahun 2000 tu lagi baru PMX bagi ke atas 1,825 orang veteran ATM yang tercedera semasa operasi menentang pengganas Komunis. Sebanyak 150 peratus kenaikan dia tu.

Saya pernah sebut benda ini. Yang baik saya sebut, yang tak baik ini saya kena sebut juga. Memberi ganjaran hilang upaya secara one-off kepada 295 orang yang menerima pencen hilang upaya. Menaikkan kadar elaun layanan sentiasa dari— kepada 16 orang anggota hilang upaya 100 peratus, dari RM440 kepada RM1,500 sebulan. Jadi ini antara jasa. Saya terpaksa— saya pernah sebut. Bukan terpaksa, saya pernah sebut. Orang yang memberi kita sebut, tetapi MINDEF, ingat, jangan sekali-kali ada birokrasi, tolong lah. Kalau birokrasi lagi sekali ini saya tak kira, saya akan pergi ke MINDEF. Itu sahaja...

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Satu soalan saja.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Apa dia?

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat puji PMX, saya menyambut baik.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kerana itu menunjukkan keikhlasan...

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Akui yang baik, aku puji.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Keikhlasan...

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang tak baik aku tentang.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Keikhlasan yang lebih baik daripada yang ada di sebelah sini, nombor satu, tapi yang tak bagi tu adalah Menteri MINDEF, yang berkawan dengan sebelah sana.

draft • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey. So, Tan Sri, terima kasih banyak kerana bagi peluang ke saya sehingga saya selesai, walaupun ada tertinggal-

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

tertinggal kerana nak kejar masa. Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Insya-Allah, nanti kita jumpa lagi.

Sekian, wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabaraktuh.

draft • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Apa makna jumpa lagi ini?

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini macam Ketereh macam wasiat kat saya ini, apa hal ini?

[Ketawa] Kita akan jumpa, insya-Allah.

draft • 4:40 PM

Seorang Ahli

Ha, wasiat ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tapi nasihat saya Ketereh, jaga kesihatan. Jaga kesihatan.

[Ketawa]

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey. Terima kasih, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Kota Marudu. Oleh kerana Kota Marudu Ketua Parti, saya berikan 20 minit. Silakan.

draft • 4:40 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam hormat, salam sejahtera.

Tan Sri Yang di-Pertua, pertamanya Kota Marudu mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan RUU Perbekalan 2027.

Alhamdulillah, belanjawan pada kali ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah belanjawan negara kita. Syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Tambun serta Kerajaan MADANI kerana telah melakar belanjawan yang lebih menjurus kepada kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Pun begitu, rakyat di bawah sentiasa melihat dan menunggu, apakah belanjawan yang kita bahaskan ini dapat dirasai oleh rakyat atau setakat didengar. Dewan yang mulia ini perlulah dijadikan wadah perbahasan yang memastikan tidak ada kepentingan rakyat yang terabai atau terlepas pandang oleh kerajaan dalam bentuk tindakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, perbahasan saya pada petang ini didahului dengan isu pendidikan. Kementerian Pendidikan merupakan antara kementerian yang menerima peruntukan yang tertinggi dalam belanjawan yang dibentangkan. Justeru itu, Kota Marudu amat bersetuju kiranya pembangunan sekolah-sekolah

draft • 4:47 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

terutamanya di kawasan luar bandar dapat dinaik taraf dan dilakukan penggantian bangunan yang uzur serta tidak selamat lagi untuk digunakan oleh para pelajar kita.

Baru-baru ini di Parlimen Kota Marudu, bangunan Sekolah Kebangsaan Panudahan terbakar dan siasatan awal mendapati kebakaran ini berlaku daripada litar pintas yang mana pendawaian elektrik sudah agak lama, ditambah dengan bangunan kayu yang memang uzur. Begitu juga beberapa kes kebakaran yang melibatkan bangunan sekolah yang lain. Dan yang terbaru, hari Sabtu yang lepas, 10 Oktober ini, bangunan pentadbiran SK Langkon telah terbakar. Saya yakin ini juga berkaitan dengan pendawaian elektrik dan bangunan kayu yang terlalu uzur.

Dengan itu— dengan insiden kebakaran bangunan sekolah yang sering berlaku, menaik taraf semua sekolah yang uzur perlulah diambil tindakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan serius dan dengan kadar yang segera.

Saya mohon kepada Kementerian Pendidikan agar menyegerakan peruntukan untuk menggantikan bangunan yang terbakar tersebut iaitu di SK Panudahan dan juga SK Langkon agar pentadbiran sekolah serta proses pembelajaran murid-murid dapat diteruskan seperti biasa dan berkesan.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperkara yang perlu saya sebut dalam Dewan yang mulia ini iaitu pembinaan SMK Langkon, Kota Marudu yang pada saya kalau boleh disenaraikan dalam Malaysian Book of Records, ini adalah satu rekod baru sebab pembinaan sekolah yang paling lama tidak pernah siap-siap. Pembinaan SMK Langkon ini telah bermula pada tahun 2010 dan sehingga kini difahamkan, beberapa kontraktor telah silih berganti, namun pembinaan sekolah ini masih gagal disiapkan.

Bayangkan Tan Sri Yang di-Pertua, 16 tahun pembinaan sebuah sekolah.

draft • 4:47 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Saya ingat kalau budak kecil pun 16 tahun ini sudah Tingkatan 4 atau pun kalau sebelumnya kita telah mengeluarkan ramai graduan daripada universiti kalau sekolah ini telah siap. Yang amat diharapkan oleh para pelajar luar bandar, gagal siap, gagal dimanfaatkan oleh rakyat.

Kota Marudu meminta kepada Kementerian Pendidikan agar menyelesaikan perkara ini dengan kadar yang segera. Saya telah sebut perkara ini sebelumnya dalam ucapan sidang penggal yang lepas dan setakat ini saya difahamkan pembinaan sekolah ini masih lagi dalam proses untuk tender semula mencari kontraktor yang sesuai. Jangan sampai tahun depan 2027 kementerian masih lagi dalam proses mencari kontraktor yang sesuai dan saya masih membangkitkan benda yang sama dalam Dewan yang mulia ini.

draft • 4:50 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Carilah kontraktor yang mempunyai rekod yang baik. Kalau kelewatan ini ada unsur rasuah, siasat dan tangkap mereka untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Senaraihitamkan semua kontraktor yang terlibat yang gagal menyiapkan kerja sebelum ini. Kegagalan merupakan suatu kerugian besar kepada rakyat Kota Marudu dan juga kerugian kepada Kerajaan Malaysia kerana ia akan meningkatkan kos yang sentiasa meningkat mengikut harga bahan semasa.

Tan Sri Yang di-Pertua, sektor kesihatan di Sabah kini berada dalam keadaan kritikal dan tenat. Mengikut data rasmi Dewan Rakyat yang dilaporkan baru-baru ini pada sidang minggu lepas, kadar Pegawai Perubatan yang melapor diri di Sabah dan Sarawak secara keseluruhannya hanya mencecah 63 peratus.

Berdasarkan kenyataan Menteri juga daripada 528 Pegawai Perubatan yang sepatutnya melapor diri hanya 336 sahaja yang berjaya melapor diri dan seramai 192 Pegawai Perubatan gagal melapor diri di Sabah.

Kesihatan negeri pula menyatakan hanya 2,884 doktor yang berkhidmat berbanding dengan keperluan sebenar di Negeri Sabah, tujuh atau pun sembilan ribu yang boleh— yang menampung rawatan penduduk yang kian meningkat.

Tan Sri Yang di-Pertua, angka 63 ini bukan sekadar statistik kaku, ia soal hidup dan mati rakyat di kawasan luar bandar yang terpaksa menanggung kesan akibat kegagalan sistem pengagihan doktor pada masa kini.

Di Hospital Kota Marudu saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah atas penempatan enam orang doktor baharu yang melaporkan diri baru-baru ini. Kehadiran mereka ini amat dihargai. Pun begitu Tan Sri Yang di-Pertua, jumlah enam orang doktor ini ibarat setitik air di padang pasir yang kontang. Ia langsung jauh daripada mencukupi. Hospital Kota Marudu adalah hospital kluster yang turut menampung rujukan pesakit daripada Daerah Pitas dan juga daripada Daerah Kudat.

Doktor sentiasa ada— doktor sedia ada terpaksa menanggung beban kerja melampau dengan on-call yang tidak berkesudahan sehingga mewujudkan risiko burnout yang parah. Beberapa lama lagi— berapa lama lagi doktor kita harus berkorban dan berapa lama lagi rakyat Kota Marudu harus beratur panjang daripada pagi hingga ke petang? Rakyat terseksa menunggu hanya untuk mendapatkan rawatan asas.

Saya menyambut baik pengumuman Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengenai kuota khusus 30 peratus bagi latihan kepakaran untuk doktor di Sabah dan Sarawak. Namun, selagi kebajikan asas dan insentif kewangan tidak dirombak,

draft • 4:50 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

selagi itulah doktor enggan melapor diri di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, dalam perbahasan RUU Perbekalan 2027, saya mendesak agar Kementerian Kesihatan mengambil— mengembalikan Bayaran Insentif Wilayah berasaskan peratusan gaji hakiki dan bukan hanya kadar tetap, selain menyediakan peruntukan kuarters yang kondusif untuk semua kakitangan termasuk doktor.

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan harus berikan mereka sebab yang munasabah untuk mereka datang dan berkhidmat di bumi Sabah dan juga Sarawak.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu naik taraf infrastruktur kesihatan luar bandar juga amat penting. Sebagai hospital kluster kelengkapan diagnostik Hospital Kota Marudu amat perlu dinaik taraf. Walaupun kami sudah mempunyai CT scan yang baharu, tetapi kita masih memerlukan penambahan mesin seperti mesin dialisis serta mesin- mesin terkini yang lain.

Akibat kekurangan kemudahan ini, pesakit kritikal terpaksa dirujuk ke Hospital Likas atau pun Hospital Besar Kota Kinabalu yang memakan masa berjam- jam melalui jalan darat. Bagi golongan B40 pula, daripada kampung-kampung pedalaman kos menyewa kenderaan adalah bebanan yang amat besar. Saya memohon komitmen kementerian di Dewan yang mulia ini agar Hospital Kota Marudu dapat dipertimbangkan untuk dinaik taraf sebagai Hospital Pakar Minor secara rasmi.

Saya juga membangkitkan semula kewujudan Klinik Kesihatan di Sonsogon Magandai dan juga Tagibang yang amat-amat diperlukan oleh rakyat di kawasan luar bandar. Saya mohon melalui peruntukan Kementerian Kesihatan yang begitu besar, pembinaan klinik kesihatan di kawasan ini dapat dipercepatkan dan bukan lagi merupakan cerita dongeng untuk menyenangkan rakyat mendengar.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Dewan yang mulia ini telah menyatakan bahawa kewujudan Klinik Sonsogon Magandai telah pun dipertimbangkan untuk diluluskan oleh kerajaan. Saya meminta Menteri Kesihatan agar memberikan jawapan yang positif dan tuntas demi kesejahteraan rakyat di kawasan-kawasan yang terpencil ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, ekonomi rakyat terutamanya di kawasan luar bandar seperti Sabah dan Sarawak bergantung penuh, setakat mana kewujudan infrastruktur iaitu jaringan jalan raya, bekalan air bersih serta bekalan elektrik yang sempurna.

Kerajaan pula haruslah menilai dan merancang serta melaksanakan segala pelan pembangunan suatu kawasan dengan jangka waktu yang ditetapkan agar

draft • 4:50 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

tidak ada kawasan atau pun kampung-kampung yang tertinggal daripada arus pembangunan. Ketiadaan akses jalan yang sempurna dan gagal dilalui walaupun pacuan empat roda masih wujud di daerah Kota Marudu seperti Kampung Garong, Kampung Sonsogon Mogis, Kampung Minisulang dan juga Kampung Paliu Sumboh mengakibatkan penduduk di kawasan ini terasing daripada dunia luar.

Maka, mereka hidup tanpa bekalan elektrik, bekalan air bersih, jauh sekali mempunyai kemudahan telekomunikasi. Anak-anak mereka juga tidak ke sekolah Tan Sri Yang di-Pertua sebab agak jauh daripada sekolah dan juga kegagalan perhubungan. Kehidupan mereka tidak jauh berubah walaupun waktu era penjajah.

Kota Marudu merayu mencadangkan agar kampung-kampung ini mendapat pembelaan daripada Kerajaan MADANI dengan menyediakan keperluan asas yang sempurna agar mereka dapat merasakan hasil kemerdekaan negara kita yang sebenar.

Begitu juga beberapa jalan yang masih amat perlu dinaik taraf. Saya suka menyebut kembali seperti Jalan Koromoko, Jalan Melangkap Tekibang, Jalan Bombong, Jalan Lingkabungan, Jalan Bambangan, Jalan Kerangawan, Jalan Guomon Inukiran, Jalan Rampai, Jalan Pinawantai Narendang dan juga Panikuan Bedu serta beberapa lagi jalan yang tidak sempat saya sebut satu persatu.

Kota Marudu mohon kepada kementerian yang relevan, KKDW, JKR, Kementerian Ekonomi serta ICU di Jabatan Perdana Menteri dapat melihat perkara ini sebagai keutamaan untuk disenaraikan dan juga dilaksanakan dalam RMK yang Ketiga Belas ini. Dengan adanya jaringan jalan raya yang sempurna, ia akan menjadi agen pemangkin kepada peningkatan ekonomi rakyat dengan memudahkan mereka mengangkut serta memasarkan segala hasil pertanian mahupun produk-produk tempatan yang lain. Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk menghapuskan miskin tegar dan meningkatkan ekonomi rakyat secara menyeluruh.

Tan Sri Yang di-Pertua, alhamdulillah dalam Belanjawan baru-baru ini diumumkan juga kenaikan gaji minimum untuk daripada RM1,700 kepada RM2,000.

Ini suatu yang amat baik dan dinantikan oleh rakyat keseluruhannya. Kita sokong perkara ini yang baik untuk rakyat. Namun, apa yang menjadi kerisauan syarikat- syarikat kecil dan sederhana? Kenaikan ini menjadi beban tanggungan yang berat kepada syarikat-syarikat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Sekali lagi— sekiranya senario ini berlaku, kerajaan harus mempunyai pelan kontigensi agar syarikat-syarikat ini tidak akan membuang pekerja mereka sebagai jalan penyelesaian untuk beban pekerja yang syarikat tanggung yang akan— yang

draft • 4:50 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

selebihnya atau pun seterusnya akan menyebabkan pertambahan pengangguran kepada rakyat kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperkara lagi yang ingin saya sebut bagi golongan warga emas pula, Alhamdulillah dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menaikkan peruntukan RM1.3 bilion pada tahun 2027 ini. Bantuan ini amat bererti kepada mereka yang telah berumur 60 tahun ke atas dan memang tergolong dalam kategori miskin.

Apa yang kita persoalkan cara pemilihan dan juga saringan yang penerima yang layak. Terdapat seorang warga emas terutama yang balu yang seharusnya layak, tetapi kerana mungkin mereka tidak mempunyai atau pun menyertai mana- mana parti politik atau tidak berkenalan— tidak mempunyai kenalan di pejabat kebajikan, maka permohonan mereka tidak dilayan dan hak mereka dinafikan.

Pegawai-pegawai yang diberikan amanah haruslah jujur dan melaksanakan tanggungjawab. Banyak aduan yang diterima sama ada hak dinafikan atau pun diugut untuk dibuang daripada senarai penerima sekiranya mengikuti kehendak— tidak mengikuti kehendak pemimpin tertentu.

Kita mohon kepada kerajaan, sekiranya terdapat unsur sedemikian kita cadangkan pecat mereka yang tidak melaksanakan amanah dan menindas golongan warga emas yang miskin.

draft • 4:50 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Kita harus pastikan niat kerajaan untuk membantu rakyat, terutamanya golongan warga emas sampai kepada sasaran tanpa ada sekatan. Golongan warga emas yang layak, seharusnya menerima segala bantuan yang memang telah disediakan oleh kerajaan kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu keterjaminan makanan negara merupakan satu perkara yang memerlukan tindakan yang bersepadu di antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri. Kita mempunyai bekalan biji benih tanaman yang berkualiti tinggi seperti biji benih padi yang dihasilkan oleh MARDI. Bererti kita tidak ada masalah untuk meningkatkan hasil dengan menggunakan benih-benih yang berkualiti tinggi.

Dalam masa yang sama, kerajaan mahukan pelbagai insentif dalam belanjawan yang telah dibentangkan membantu para petani untuk usaha meningkatkan hasil. Sejumlah RM2.62 bilion disalurkan bagi tujuan subsidi untuk insentif pesawah. Dengan anggaran insentif dan subsidi, lebih kurang RM4,300 akan diterima oleh setiap pesawah di Malaysia.

draft • 5:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Apa pun bentuk insentif, kepercayaan matlamat meningkatkan hasil perlulah seiring dengan kemudahan infrastruktur. Di ladang-ladang pertanian, peruntukan RM100 juta yang diumumkan untuk baik pulih serta menyelenggarakan jalan pertanian perlulah diperluaskan. Dan Kota Marudu mohon agar Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali dalam peruntukan yang disebut ini. Mohon dipertimbangkan oleh kerajaan agar peruntukan pembinaan jalan-jalan pertanian perlu diperhebatkan.

Begitu juga pembinaan sistem pengairan bagi kawasan sawah padi mestilah dibina dan di selenggara bagi menghasilkan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, sekali gus dapat meningkatkan keupayaan keterjaminan makanan negara. Kota Marudu sendiri mempunyai sejumlah besar kawasan tanaman padi, tetapi ia nya tidak dapat diusahakan secara optimum disebabkan ketiadaan infrastruktur serta jalan— seperti jalan serta sistem pengairan yang sempurna.

Cadangan Kota Marudu, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Kerajaan mestilah membantu para petani dan pengusaha dalam menyediakan infrastruktur di setiap kawasan yang berpotensi untuk dijadikan pengeluaran rantaian makanan negara, termasuklah Daerah Kota Marudu. Sudah sampai masa bagi negara kita supaya bukan sahaja sentiasa merancang, bercakap tentang keperluan mendesak untuk menghasilkan sendiri bekalan rantaian makanan negara, tetapi melalui tindakan yang konkrit, yang boleh dilihat dan dirasai oleh rakyat supaya negara kita boleh menghasilkan dan memenuhi bekalan keperluan negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, Sabah diperuntukkan RM18.7 bilion untuk tahun 2027, naik RM1.1 bilion berbanding dengan tahun yang lepas. Sebagai wakil dari Sabah, kita amat menghargai dan berterima kasih atas peruntukan yang besar ini.

Namun, peruntukan ini tidak pernah dihabiskan setiap tahun kerana pelbagai faktor, termasuklah birokrasi, teknikal, keupayaan pelaksana dan juga isu-isu yang lain.

Dan ini merupakan satu kerugian kepada negeri Sabah yang memerlukan peruntukan untuk pembangunan. Kota Marudu mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan memberikan peluang kepada kerajaan negeri menyimpan peruntukan yang tidak sempat dihabiskan ini ke dalam satu akaun yang dipanggil “Akaun Amanah Ke Hadapan” ataupun “Carry Forward Fund” dengan izin, agar projek dan pembangunan yang telah dirancang tidak tertangguh pelaksanaan dan pembangunan dalam belanjawan tersebut dapat digunakan sepenuhnya.

Ini penting untuk memastikan jurang pembangunan dapat dikecilkan dan peruntukan dalam belanjawan akan sampai kepada sasaran yang sebenar. Sudah

draft • 5:00 PM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

tiba masanya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan perkara ini supaya Sabah tidak lagi kerugian dengan kegagalan menghabiskan peruntukan dalam belanjawan setiap tahun.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak landing. Secara keseluruhannya, belanjawan yang besar dan menitikberatkan kepentingan rakyat di bawah amat baik dan sentiasa disokong oleh semua pihak. Namun di peringkat pelaksanaan, semua peringkat harus bertanggungjawab. Peringkat kerajaan, kementerian, peringkat pegawai-pegawai kerajaan mestilah melaksanakan tugas dengan telus melalui ataupun mengikut tata kelola yang digariskan oleh kerajaan.

Rakyat tidak mahu mendengar angka belanjawan yang begitu besar. Apa yang mereka mahukan, keberkesanan peruntukan yang diturunkan, yang mereka boleh rasai dalam kehidupan harian. Rakyat bukan ingin kaya raya, rakyat cuma mengharapkan kelangsungan hidup yang lebih baik. Kerajaan kena pastikan tidak ada lagi rakyat yang tertinggal, hidup seperti sebelum merdeka. Kita bangga dengan kemajuan yang ada. Membina bangunan-bangunan pencakar langit, tetapi hakikatnya, rakyat di luar bandar masih lagi hidup menderita tanpa pembelaan yang sewajarnya. Ayuh kita sama-sama mendukung belanjawan ini supaya berjaya mengubah kehidupan rakyat kepada yang lebih baik.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita jangan mengharap pemimpin negara lain datang untuk membantu kita seperti negara Amerika. Melainkan pemimpin negara kita sendiri, Perdana Menteri, semua Jemaah Menteri, rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen, kitalah yang diharapkan oleh rakyat untuk mengubah keadaan, untuk menyejahterakan kehidupan rakyat Malaysia, Sabah dan juga Sarawak.

Kita dipilih oleh rakyat dan diamanahkan oleh Allah SWT untuk memegang jawatan tertentu, bukan untuk kepentingan sendiri, jauh sekali. Bukan saling menjatuhkan antara kita dengan kawan-kawan yang lain tetapi fokus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, itulah yang kita perlu lakukan sebagai Ahli Parlimen yang telah diangkat oleh rakyat kita. Kota Marudu mohon menyokong. Tan Sri Yang di-Pertua, sekian.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Kota Marudu. Sekarang saya jemput Pasir Mas.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Yang di-

draft • 5:05 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas ucapan persembahan ataupun ucapan pembentangan belanjawan yang baik dan memberikan ruang yang selesa kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan. Dan saya juga nak cadangkan supaya pembentangan yang telah dibuat pada 3.30 petang ini, kita teruskan amalan ini bermula 3.30 petang kerana ia cukup selesa pada hari Jumaat, Tan Sri Yang di- Pertua.

Ayat yang dipilih oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawannya iaitu surah Al-Hasyr ayat 18 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Merupakan satu ayat yang cukup baik. Saya tahu dan saya faham pemilihan ayat ini sudah tentu mengambil kira pelbagai perkara dan bukan saja-saja ia dipilih. Satu- satunya ayat di dalam Al-Quran yang mengandungi perkataan “ittaqullah” sebanyak dua kali. Tidak ada mana-mana ayat di dalam Al-Quran yang Allah SWT mengulangi perkataan, “bertakwalah kamu kepada Allah” sebanyak dua kali, kecuali di dalam ayat ini.

Cuma barangkali saya ingin membuat satu penukilan bahawa perkataan “lighad’iu” itu iaitu hari esok itu yang disebut oleh Perdana Menteri di dalam teksnya itu. Dalam teks disebut Hari Kiamat, tetapi di dalam bacaan Perdana Menteri tidak disebut Hari Kiamat, tetapi hanya menyebut “hari esok” sahaja. Sedangkan sepakat Ulamak Mufassirin Al-Imam At-Tabari wafat 310 hijrah menyatakan ia bermaksud “Hari Kiamat.” Al-Imam Al-Baghawi wafat 516 Hijriah menyatakan ia Hari Kiamat.

Al-Imam Al-Qurthubi juga menyatakan ia Hari Kiamat. Imam Ibnu Kasir menyatakan ia Hari Kiamat. Al-Imam ibnu Asyur dalam kitabnya At-Tahrir wa al- Tanwir juga menyatakan Hari Kiamat. Jadi, tidak salah Perdana Menteri memetik ayat tersebut, tetapi pastikan konteks petikan itu satu konteks yang betul iaitu perkataan “ghadan” itu ialah merujuk kepada Hari Kiamat.

Tan Sri Yang di-Pertua, konsep waad di dalam Islam merujuk kepada janji yang wajib ditunaikan sebagai manifestasi amanah. Kejujuran dan integriti, Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Isra [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Hendaklah kamu sempurnakan janji.” Nabi juga menyebut bahawa salah satu tanda munafik itu bila dia berjanji, dia akan mungkiri. Saya tertarik bila Perdana Menteri melontarkan konsep waad dan menyatakan bahawa waad itu adalah satu janji yang perlu dipenuhi, tetapi perlu juga diingat, waad ini terhasil bukan sekadar dalam bajet, bahkan bermula daripada manifesto lagi sudah ada waad-waadnya. Perkara pertama, satu— perkara satu,

draft • 5:05 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

halaman 8 iaitu di bawah tajuk: Mengkaji Semula Konsesi Lebuh Raya. Dalam manifesto kita boleh— ini waad-waadnya ada. Dalam waad ini dijanjikan bahawa nak kurangkan kadar tol PLUS secara berperingkat hingga tol dihapuskan. Waad ini sampai ke hari ini tidak dilaksanakan.

Yang kedua, perkara 31 halaman 43 di bawah peruntukan kawasan sama rata. Dalam waad ini dijanjikan bahawa peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen tanpa mengira parti. Sampai ke hari ini, waad ini tidak dilaksanakan. Kalau waad yang telah disebut empat tahun lepas pun tidak dilaksanakan, apa jaminan waad- waad seterusnya ini akan dilaksanakan?

Tan Sri Yang di-Pertua, waad reformasi institusi ini juga dilaungkan oleh kerajaan, oleh Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Pada hari ini dalam janji manifesto 2018, di janji bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan. Hari ini sudah empat tahun waad ini telah di’capati’kan.

Perkara 21 menjanjikan pencalonan Ketua Pesuruhjaya SPRM disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Dwipartisan— pun tidak dilaksanakan.

draft • 5:05 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Perkara 30, pencalonan bagi pelantikan Pendakwa Raya, jawatan-jawatan utama SPRM, SPR, Ketua Polis Negara disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen, waad ini pun tidak dilaksanakan. Ini saya senaraikan secara ringkas, waad- waad yang tidak dilaksanakan.

Kita pergi beralih kepada waad selepas kerajaan bertukar tangan pada tahun 2022.

Tan Sri Yang di-Pertua, satu waad kerajaan ialah mengawal hutang negara.

Ketika Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran pada hujung tahun 2022, hutang Kerajaan Persekutuan berada pada nisbah 60.4 KDNK bersamaan RM1.08 trilion. Nisbah itu meningkat, 64.3 pada tahun 2023, 64.6 2024, 65.2 peratus tahun 2025. Bagi 2026, kerajaan mengunjurkan masing-masing 64.0 peratus 2026, 2027 63.7 peratus.

Sedangkan dalam waad yang telah disebut ketika mula mengambil alih kerajaan dahulu, dikatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan nisbah hutang KDNK kepada 60 peratus dalam tempoh tiga ke lima tahun. Lima tahun berakhir 2028. Kalau 2027 masih 63.7 peratus, bila waad pengurangan nisbah hutang negara ini boleh dilaksanakan?

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini satu masalah kerana apa? Kerana kerajaan suka berbelanja, suka membuat pengumuman, tapi dalam masa yang sama tidak mempedulikan waad yang telah ditaburkan kepada rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada isu rakyat. Saya sambut baik peruntukan RM47.7...

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Pasir Mas, boleh sikit Pasir Mas?

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sila Bachok.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Setuju tak Pasir Mas apabila seorang pemimpin itu selalu melanggar janjinya, dia bukan sekadar memperdayakan rakyat, tapi juga menghantar isyarat yang tidak baik kepada keyakinan pelabur. Apa pandangan Pasir Mas.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih kepada Bachok. Ya saya sangat setuju. Masukkan dalam ucapan saya— ia sudah tidak menjadi waad, tapi ia menjadi wa’id iaitu janji yang buruk. Ini dalam bahasa Arab.

Tan Sri Yang di-Pertua, baik isu insurans swasta. Tan Sri di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan RM47.7 bilion kepada Kementerian Kesihatan. Saya ingin bangkitkan dakwaan bahawa sesetengah syarikat insurans menggunakan kuasa pasaran untuk menekan hospital swasta. Bila Bank Negara mengambil langkah mengawal kenaikan premium insurans perubatan, terdapat dakwaan bahawa syarikat insurans memindahkan tekanan kos kepada hospital dengan menuntut diskaun secara pukal. Lebih membimbangkan, wujud dakwaan pendekatan seolah-olah gangster korporat apabila hospital diugut dikeluarkan daripada senarai panel sekiranya enggan memberikan diskaun.

Hospital berdepan dengan dilema. Jika menerima diskaun keterlaluan, margin operasi terjejas. Akibatnya kos mungkin dipindahkan kepada pesakit untuk bayar sendiri. Mangsa ialah rakyat. Saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, adakah Bank Negara ada mekanisme mengawal ancaman dikeluarkan daripada senarai panel ini dan memantau kadar diskaun yang dituntut supaya rundingan berlangsung secara adil? Adakah kerajaan bersedia mengarahkan BNM bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia menyiasat kemungkinan penyalahgunaan kedudukan dominan dan amalan anti persaingan?

Tan Sri di-Pertua, saya ingin menyambut baik cadangan kerajaan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000, Jun 2027. Saya faham hasrat kerajaan memberikan pengecualian kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

(PMKS) yang mempunyai hasil jualan setahun di bawah RM50 juta. Ini bagus kita kecualikan. Namun, pengecualian ini tidak menyelesaikan masalah pokok sebaliknya berisiko mewujudkan dua kelompok pekerja dengan kadar gaji minimum berbeza.

Pekerja syarikat besar menikmati RM2,000, pekerja di perusahaan kecil terus menerima RM1,700.

Ini satu impak yang tidak baik kepada pekerjaan. Keadaan ini boleh menyebabkan penghijrahan pekerja berkemahiran ke syarikat besar, menyukarkan PMKS mengekalkan tenaga kerja dan akhirnya menjejaskan daya saing mereka.

Tambahan pula ukuran hasil jualan RM50 juta ini tidak semestinya menggambarkan kemampuan sebenar majikan.

Saya setuju dengan gaji minimum RM2,000 ini, tetapi saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan skim subsidi upah, peralihan gaji minimum sebanyak RM300 sebulan bagi setiap pekerja yang layak selama tujuh bulan. Maknanya, kalau mereka tak boleh diberikan RM2,000, kerajaan subsidi kepada mereka sebanyak RM300 sebulan dengan permulaan 500,000 pekerja PMKS. Mengapa 500,000 orang? Kerana menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, PMKS menggaji kira-kira 8.09 juta pekerja tahun 2025 bersamaan 48.7 peratus daripada keseluruhan pekerjaan.

Sasaran 500,000 pekerja ini hanya 6.2 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja PMKS atau seorang daripada 16 pekerja. Angka ini bukanlah anggaran rasmi jumlah pekerja bergaji di bawah RM2,000 tapi syiling penerima bagi fasa pertama yang boleh dikawal dari sudut kewangan. Secara logiknya, bukan semua 8.09 juta pekerja menerima gaji minimum, sudah tentu ada yang layak naik ke RM2,000, tapi bukan semua majikan perlukan bantuan, bukan semua PMKS hadapi masalah aliran tunai.

Bantuan disasarkan kepada pekerja yang masih menerima gaji di bawah RM2,000. Mungkin RM1,700, RM1,800, RM1,900 kerajaan bantu untuk mencukupkan sebanyak RM2,000 pada kadar RM300 sebulan, sekadar andaian.

Kos maksimum ialah RM150 juta sebulan atau RM1.05 bilion selama tujuh bulan tidak termasuk kos pentadbiran.

Kalau ini berjaya dilakukan, maka insya-Allah kita tidak akan mempunyai dua jurang gaji pekerja. Soalannya, di mana kita nak dapatkan RM1.05 bilion, dari mana kita nak dapat?

Saya mencadangkan kerajaan susun semula keutamaan perbelanjaan.

Cadangan pertama saya, satu simulasi ialah memotong semua peruntukan kepada

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ahli Parlimen Kerajaan sebanyak RM3.8 juta seorang pada tahun 2027. Kita boleh menjimatkan RM581.4 juta daripada itu sahaja, sudah jimat setengah bilion daripada peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Kerajaan.

Kenapa saya cadangkan demikian? Kerana ketika peruntukan dipotong daripada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan sebahagiannya, Perdana Menteri menyatakan bahawa walaupun peruntukan dipotong tidak ada masalah, pembangunan tetap dilaksanakan, agensi laksanakan. Jadi saya cadangkan supaya bukan setakat mantan Ahli Parlimen Putrajaya dipotong, Ampang dipotong, potong semua dan kita berikan kepada pekerja yang memerlukan untuk subsidi upah ini.

Saya yakin insya-Allah cadangan ini akan diterima dengan sepenuhnya oleh Ahli Parlimen yang ada di dalam Dewan ini. Mana nak dapat lagi setengah bilion?

Kita tengok peruntukan tambahan. JPM, Jabatan Perdana Menteri meningkat daripada RM10 bilion kepada RM11.6 bilion iaitu hampir RM910 juta daripada peruntukan boleh dipertimbangkan, adakah boleh dipotong dan sebagainya. JKOM meningkat sebanyak RM1.88 juta. Buat semua andaian ini, insya-Allah akan cukup sebanyak RM1 bilion untuk mencukupkan subsidi upah yang telah saya maksudkan tadi.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan dana rumah mampu milik. Perubahan besar dalam pendekatan pembinaan rumah mampu milik. Model sedia ada menetapkan terlalu banyak tanggungjawab kepada agensi kerajaan. Mengurus tanah, memilih kontraktor, membina hingga memasarkan rumah, pertanggungjawaban menjadi kabur apabila projek lewat.

Justeru Tan Sri Yang di-Pertua, keupayaan sektor swasta ini perlu diambil kira. Ambil contoh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang mencatatkan hasil lebih RM2 bilion dalam segmen pembangunan hartanah dan boleh menyiapkan 47,800 unit rumah pada tahun 2026. Saya cadangkan, dana pelaburan rumah mampu milik dengan modal awal RM2 bilion daripada kerajaan dan sasaran pelaburan RM3 bilion daripada GLIC, menjadikan keseluruhan komitmen ekuiti dana RM5 bilion tertakluk kepada mandat dan kelulusan pelaburan masing-masing.

Dana ini diurus secara profesional melalui usaha sama dengan pemaju swasta yang turut menyumbang modal sendiri, manakala pembiayaan bank boleh digunakan berdasarkan daya maju projek. Ertinya, RM5 bilion bukan keseluruhan kos pembangunan, tapi modal asas yang boleh digembleng bersama modal swasta dan pembiayaan bank untuk membina lebih banyak rumah.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kerajaan dan GLIC mempunyai pulangan pelaburan dengan sasaran awal, internal rate of return bersih dana sebanyak 8 hingga 10 peratus setahun, tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan. Pulangan ini mesti dijana melalui kecekapan, pembinaan, pembelian bahan secara pukal dan kawalan kos, bukan dengan menaikkan harga rumah.

Demi memastikan ketelusan, saya cadangkan pemaju mesti dipilih secara kompetitif, tanah dinilai secara bebas, pembayaran dibuat berdasarkan kemajuan kerja yang disahkan. Dalam tempoh enam bulan, kerajaan perlu memuktamadkan struktur dana dan mendapatkan komitmen GLIC, diikuti pemilihan tiga hingga lima projek rintis dalam masa 12 bulan.

Tan Sri di-Pertua, saya ingin pergi kepada isu pendatang haram iaitu isu Rohingya pada hari ini. Kita kesal bila Malaysia memberikan sambutan karpet merah dan layanan kelas pertama kepada pemimpin junta tentera Myanmar yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa 2021, tapi persoalannya, ia telah berlalu. Kerajaan telah pun menyambut dengan sambutan yang hebat walaupun kerajaan telah memilih untuk menyambut sedemikian rupa. Jadi hari ini kita menuntut, apakah yang telah dicapai oleh kerajaan hasil sambutan karpet merah ini?

Tan Sri di-Pertua, dalam isu Rohingya ini menurut UNHCR.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, berkenaan dengan sambutan itu, adakah Yang Berhormat ambil maklum bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya mencapai satu kata sepakat bahawa ramai yang ada di negara ini akan dihantar kembali.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Wakil junta yang datang daripada Myanmar itu telah bersetuju untuk mengambil balik kebanyakan pelarian yang ada di negara ini dengan perbelanjaan negara itu sendiri. Itu adalah salah satu perkara yang telah dicapai oleh kerajaan hasil daripada lawatan.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Jelutong.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Baik, apa yang disebut oleh Jelutong itu hanya sekadar satu persetujuan yang tidak dilandaskan kepada angka. Soalnya, kita mahu tahu bilakah ia akan dilaksanakan, bagaimanakah ia akan dilaksanakan, dan tidak menjadikan isu ini isu politik. Ada orang kata bahawa...

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...Kononnya...

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Untuk makluman juga, yang menjemput pelarian datang ramai-ramai...

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

[Bangun]

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bachok, relaks. Bachok dengar.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey. Sila, sila.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peluang diberikan oleh Pasir Mas. Kalau berani, dengar.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sila.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang menjemput ramai-ramai datang ke sini, pelarian daripada Myanmar datang ke sini, bukan Yang Berhormat daripada Tambun. Marang yang menjemput. Yang menjemput adalah Marang dan Pekan, untuk makluman.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, kita cuba selesaikan. Apa masalahnya?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama, kita mengeluh, “Ramai pelarian”. Ramai pelarian, banyak masalah sosial.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, kerajaan usahakan untuk dihantar balik.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Jelutong.

Saya sudah menjangka Jelutong akan bangkitkan perkara ini. Saya bawa petikan daripada Malaysiakini, 26 April 2020. Kata dalam petikan ini, ““Kita sokong bantu Rohingya atas prinsip”, kata Anwar”. Anwar mana ini? Yang Berhormat Tambun.

[Tepuk] Malay Mail pada April 2020 juga kata, “Dato’ Seri Anwar, “Don’t turns Rohingya refugees away and leave them hungry””. “Jangan kembalikan pelarian Rohingya ini dalam keadaan lapar, jangan hantar balik mereka”. Siapa kata? Anwar.

Anwar mana, Jelutong? Ini Yang Berhormat Tambun.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau atas isu perikemanusiaan, kita pertahankan.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Cukup!

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tapi yang jemput ramai-ramai datang bukan Tambun.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bermaksud pada waktu itu kita bercakap soal apa? Soal kemanusiaan.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pada waktu itu, ketika yang disebut oleh Jelutong, Marang dah pegang buat program.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan mengelirukan Dewan.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pada waktu itu, Tambun berada di mana?

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan mengelirukan Dewan. Yang menjemput datang ramai-ramai adalah daripada Marang atas isu...

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Marang tak pernah ada kuasa eksekutif dalam kerajaan untuk menjemput Rohingya.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Atas isu perikemanusiaan, kita pertahankan. Tapi, kita juga usahakan untuk hantar balik. Apa salahnya?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tak perlulah, Jelutong.

Hujah yang sama.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya bagi dua minit, duduk, landing. Dua minit.

Dua minit sahaja.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

That’s it. Dua minit ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya hendak cadangkan, Tan Sri Yang di-Pertua, setelah kita hamparkan karpet merah, adakah kita masih belum ada penyelesaian khusus kepada warga Rohingya ini? Rakyat sudah sesak untuk berfikir tentang perkara ini. Di kawasan saya di Pasir Mas, ada sekolah yang dibina oleh pelarian Rohingya ini.

Saya cadangkan supaya kerajaan bertindak lebih keras dan lebih tegas. Kita buru mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan ini serta lakukan kajian kos dan kebolehlaksanaan. Kita buat pusat penempatan terkawal di lokasi seperti konsepnya di Pulau Bidong, sebagai contoh. Jika tidak mampu sediakan kapasiti 200 ribu, kita buat kajian 10 ribu, 20 ribu dan sebagainya. Kita buat kawalan yang cukup tegas,

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

lantik orang seperti Datuk Seri Shuhaily, sebagai contohlah, untuk kita kawal perkara- perkara seperti ini.

Kerana rakyat sudah tidak mampu untuk menerima kebanjiran pelarian- pelarian ini. Walaupun kita tahu bahawa pada asasnya ia berada di atas asas kemanusiaan tetapi hari ini rakyat sudah melihat bagaimana situasi ini menyebabkan kita sesak, kita rasa cukup terancam dan bagaimana ia telah menyebabkan rakyat sudah tidak mampu untuk nak melihat perkara ini berlanjutan. Kita mahu supaya kerajaan lebih bertindak tegas.

Saya faham bahawa kerajaan telah melakukan usaha diplomasi yang begitu baik. Tetapi, jangan samakan usaha ini sepertimana usaha Tunku Abdul Rahman berunding dengan komunis Chin Peng satu ketika dulu. Chin Peng tidak dihampar dengan karpet merah. Chin Peng hanya berunding di bawah bangunan, di dalam bangunan sekolah bagi menunjukkan tidak ada pengiktirafan kepada komunis oleh kerajaan pada waktu itu. Bila kita berunding dengan pengganas, bila berunding dengan orang yang tidak diiktiraf, maka paling tidak, kena ada satu penyelesaian yang cukup konkrit.

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Banyak lagi yang belum terjawab. Maka, insya-Allah, bajet ini bajet yang cukup baik untuk rakyat supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk membawa kebaikan kepada rakyat sebelum kami mengambil alih kerajaan selepas daripada ini.

Kalau tidak, bajet ini akan menjadi bajet yang berjerebu― tangan tidak mencapai di langit, kaki tidak berpijak di bumi.

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Seputeh. Silakan.

draft • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin bangkit isu pertama adalah berkenaan pelaksanaan RUU pindaan Perlembagaan 2025.

Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan RUU pindaan Perlembagaan 2025 yang bersejarah dalam Disember 2024. RUU ini kemudian telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 7 Mac 2025 dan diwartakan pada 20 Mac 2025. Namun, sehingga hari ini, keluarga-keluarga yang terlibat masih menanti-nantikan tarikh penguatkuasaan rang undang-udang tersebut.

draft • 5:24 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ketiadaan tarikh rasmi pelaksanaan telah menimbulkan kebimbangan yang amat besar di kalangan ibu warganegara Malaysia yang berada di luar negara, khususnya ibu-ibu yang telah memasuki trimester ketiga kehamilan. Mereka kini perlu buat keputusan sama ada balik ke Malaysia untuk melahirkan anak ataupun tidak kerana mereka ingin memastikan anak mereka memperoleh kewarganegaraan Malaysia.

Saya menggesa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menyegerakan pengumuman tarikh penguatkuasaan RUU demi memberi kepastian undang-undang kepada keluarga yang terlibat supaya mereka boleh buat perancangan yang teratur untuk anak-anak mereka.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin tanya Kementerian Dalam Negeri tentang ibu-ibu Malaysia yang berstatus warga emas yang mempunyai anak dewasa yang dilahirkan di luar negara. Dalam sidang Parlimen yang lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi respons yang positif kepada saya dengan menyatakan anak dewasa yang dilahirkan di luar negara tidak dapat memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) sekarang boleh membuat permohonan kewarganegaraan melalui proses naturalisasi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan.

Selepas kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Parlimen, ibu warga Malaysia berkenaan pun membuat permohonan mereka tetapi mereka masih menghadapi pelbagai cabaran dari segi struktur dan pentadbiran di peringkat pelaksanaan kerana ketiadaan garis panduan pentadbiran yang khusus di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan untuk memudahkan permohonan anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia.

Tan Sri Yang di-Pertua, golongan ibu ini adalah berusia dalam lingkungan 60 hingga 80 tahun. Disebabkan halangan gender dalam undang-undang sebelum tahun 2010, mereka tidak dapat mendaftarkan kewarganegaraan anak-anak mereka ketika mereka masih kecil. Golongan ibu warga Malaysia ini kini cuma berhasrat untuk pulang menetap di Malaysia bersama dengan anak mereka yang telah dewasa yang merupakan penjaga utama kepada mereka.

Saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil langkah proaktif untuk membantu anak-anak dewasa kepada ibu warga Malaysia ini untuk menguruskan permohonan melalui saluran naturalisasi yang sedia ada. Saya memohon Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk membantu golongan ibu-ibu warga Malaysia dengan:

draft • 5:24 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

(i) mengumumkan tarikh kuat kuasa RUU Pindaan Perlembagaan 2025 supaya bakal ibu dapat merancang proses kelahiran dengan selamat; dan

(ii) menyediakan SOP yang jelas bagi permohonan naturalisasi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan oleh anak- anak dewasa kepada ibu warga Malaysia.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang masalah industri minyak sawit. Dalam berita pada 5 Oktober 2026 melaporkan Switzerland dijangka akan mengadakan referendum mengenai perjanjian perdagangan dengan Malaysia berikutan pihak penentang minyak sawit percaya bahawa perjanjian tersebut menggugat hutan hujan dan kekurangan perlindungan yang sewajarnya terhadap buruh paksa. Referendum itu berkemungkinan besar akan diteruskan pada separuh pertama tahun 2027.

Perjanjian perdagangan adalah di antara Malaysia dengan European Free Trade Association (EFTA) yang merangkumi Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland. Saya menyeru Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi mempergiatkan kempen mempertahankan minyak sawit Malaysia dengan strategi dan naratif yang lebih berkesan.

draft • 5:24 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Selain itu, saya juga mencadangkan kementerian mempromosi manfaat minyak sawit merah dan juga kita kata good practices yang dilakukan oleh penanam sawit di Malaysia kepada pelancong-pelancong Malaysia dalam Tahun Melawat Malaysia yang akan disambung pada 2027.

Sehubungan dengan itu, saya juga minta kerajaan membantu pemain industri minyak sawit untuk mengurangkan tekanan stok CPO dan menggalakkan pembeli luar negara meningkatkan pembelian CPO di Malaysia dengan menangguhkan sementara duti eksport CPO selama tiga hingga lima bulan sebagai langkah intervensi strategik untuk merangsang eksport dan menstabilkan harga sawit serta melindungi kepentingan keseluruhan rantaian industri, termasuk pekebun kecil.

Isu ketiga yang saya ingin bentangkan dalam ucapan saya ialah masalah Bandar MADANI Bukit Jalil. Tan Sri Yang di-Pertua, pada hari pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan Bandar MADANI Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman rakyat yang lengkap dengan kemudahan, termasuk sekolah bertingkat dan pendaftaran fasa pertama akan dibuka mulai semalam, Isnin, 12 Oktober 2026.

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Pengumuman Yang Amat Berhormat telah menggoncangkan seluruh masyarakat Bukit Jalil dan juga penduduk di tempat-tempat berdekatan dengan tapak Bandar MADANI Bukit Jalil di negeri Selangor.

Tan Sri yang di-Pertua, para persatuan penduduk, termasuk saya sebagai Ahli Parlimen, hanya diberi tahu tentang maklumat terperinci projek raksasa Bandar MADANI Bukit Jalil yang mengandungi 17,000 unit rumah apartment yang di tapak yang bersaiz 65 ekar selepas kami dijemput menghadiri sesi libat urus oleh perunding penilai impak sosial. Kita kata impak sosial konsultan dalam bulan Julai tahun ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dalam sesi libat urus yang dihadiri oleh saya pada 4, 5 dan 9 Julai, hampir 100 peratus wakil penduduk membantah cadangan projek 17,000 unit rumah di Bandar MADANI Bukit Jalil tersebut kerana penduduk Bukit Jalil dan mereka di radius lima kilometer Bukit Jalil ini, kini tengah menghadapi kesesakan yang serius. Projek berkepadatan tinggi Bandar MADANI ini akan memberi tekanan yang amat serius terhadap trafik, infrastruktur, kemudahan awam dan kualiti hidup penduduk di kawasan persekitarannya.

Persatuan-persatuan penduduk di Bukit Jalil bersama Taman Puncak Jalil dan Bandar Kinrara di bahagian Selangor pernah mengadakan satu himpunan bantahan terhadap pembinaan 17,000 unit rumah apartment dan ia disertai oleh lebih 500 orang penduduk di tapak tersebut pada 16 September tahun ini. Di sini saya ingin membangkitkan sebab-sebab bantahan bagi pihak penduduk di dalam Dewan yang mulia ini.

Nombor satu ialah nisbah plot. Projek 17,000 unit rumah ini bercanggah dengan nisbah plot yang sedia ada di Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 atau kita kata PTKL 2040. Ia akan meningkatkan plot nisbah daripada plot nisbah 1/3 di Tanah Plot 1 dan juga plot nisbah 1/5 di Tanah Plot 2 kepada jumlah plot 1/7.1. Untuk maklumat Dewan ini, bilangan unit rumah di Bukit Jalil adalah 47,646 unit dengan 112,000 orang penduduk.

Ini adalah angka mengikut DOSM, manakala jumlah unit rumah di Bandar Kinrara dan Taman Puncak Jalil di Selangor adalah 26,678 unit dengan 97,908 orang. Ini bermaksud jumlah unit rumah dalam radius tiga kilometer tapak Bandar MADANI Bukit Jalil adalah 74,324 unit dengan 209,908 orang. Angka ini tidak

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

termasuk 13 projek perumahan dengan jumlah 14,898 unit yang sedang dalam pembinaan di Bukit Jalil dan juga 6,167 unit rumah yang telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang akan dibina di bahagian Selangor.

Ini bermaksud dalam lima tahun yang akan datang, selepas semua projek perumahan yang diluluskan oleh DBKL dan MPSJ siap dibina, jumlah unit rumah di kawasan ini adalah 95,389 unit dan jumlah penduduk akan mencapai 277,235 orang menjelang tahun 2031. Satu keadaan yang amat sesak dan padat walaupun tanpa 17,000 unit rumah dibina di Bandar MADANI Bukit Jalil. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin memberi gambaran keadaan trafik di Bukit Jalil dan kawasan persekitarannya sekarang.

Kebanyakan penduduk di Bandar Kinrara dan Taman Puncak Jalil di negeri Selangor menggunakan jalan persiaran Puncak Jalil untuk pergi ke pusat bandar Kuala Lumpur. Persiaran Puncak Jalil telah mencapai level of service atau LODD pada waktu pagi setiap hari. Mengikut kajian aliran trafik di enam segmen di Lebuh Raya Bukit Jalil bagi tempoh 15 Mei hingga 16 Jun pada tahun ini, empat segmen telah mencapai level of service C. Satu segmen ialah level of service D dan satu segmen adalah level of service A. Segmen yang bangunan Pavilion Bukit Jalil terletak di bahagian pusat Bukit Jalil.

Sekarang segmen di pintu hadapan Pavilion Bukit Jalil telah capai LOSD. Kita menjangka segmen Pavilion Bukit Jalil akan mencapai LOSF dalam lima tahun yang akan datang bila semua projek perumahan yang telah mendapat kelulusan DBKL siap dibina. Kini bila adanya acara besar ataupun konsert di Stadium Bukit Jalil, banyak jalan raya di sekitar Stadium Bukit Jalil akan jadi lumpuh. Kesesakan trafik akan menjejaskan masa tindak balas perkhidmatan kecemasan kenderaan bomba, kereta ambulans dan polis.

Sekiranya kerajaan terus membina 17,000 unit rumah di bawah Bandar MADANI Bukit Jalil tanpa perkhidmatan rel, semua jalan raya di radius lima kilometer Bandar MADANI Bukit Jalil sudah pasti akan jadi lumpuh setiap hari. Tan Sri yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan pembinaan sekolah vertikal di tapak Bandar MADANI Bukit Jalil yang mempunyai empat bilik darjah prasekolah, 36 bilik darjah untuk sekolah rendah, 12 bilik darjah untuk sekolah rendah PPKI, 42 bilik darjah untuk sekolah menengah. Jumlah jumlah bilik darjah di sekolah vertikal ialah 104 bilik darjah.

Memandangkan Bandar MADANI akan membina 17,000 unit rumah, sekiranya setiap unit rumah diduduki oleh tiga orang, maka jumlah penduduk yang

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

akan duduk di tapak Bandar MADANI Bukit Jalil adalah 51,000 orang. Mengikut garis panduan perancangan PLANMalaysia, kerajaan seharusnya menghendaki pemaju untuk membina 21 bilik darjah untuk prasekolah, 245 bilik darjah untuk sekolah rendah dan 240 bilik darjah untuk sekolah menengah.

Ini bermaksud, sekolah vertikal yang akan dibina di Bandar MADANI Bukit Jalil yang hanya mempunyai 104 buah bilik darjah gagal memenuhi garis panduan PLANMalaysia. terhadap penambahan penduduk seramai 51,000 orang. Tan Sri di- Pertua, perumahan MADANI adalah rumah yang dijual dengan harga RM200,000.

Dalam pelan susur atur (layout plan) dibentangkan oleh pemaju kepada kami di sesi libat urus, pecahan harga dan perumahan 17,000 unit rumah di Bandar MADANI Bukit Jalil adalah seperti berikut.

Iaitu 83.53 peratus adalah rumah PR1MA yang dijual dengan harga RM390,000 hingga RM480,000. 6.18 peratus adalah rumah PPAM yang dijual dengan harga RM360,000 dan 10.29 peratus adalah Rumah MADANI yang dijual dengan harga RM200,000.

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Pecahan kategori perumahan ini menunjukkan hanya 10 peratus daripada jumlah unit rumah di Bandar MADANI Bukit Jalil adalah rumah Perumahan MADANI iaitu 1,750 unit daripada 17,000 unit rumah sahaja.

90 peratus daripada perumahan di Bandar MADANI Bukit Jalil atau pun 15,250 unit daripada 17,000 unit rumah adalah rumah yang dijual dengan harga pasaran. Pemaju sebenarnya memperalatkan nama MADANI untuk mengaut keuntungan maksima. Kenapakah kerajaan menyokong projek yang tidak jujur ini untuk menambahkan kesengsaraan penduduk di Bukit Jalil dan persekitarannya?

Dato’ Yang di-Pertua, pemaju Bandar MADANI Bukit Jalil adalah PR1MA Corporation Malaysia dan PR1MA anak syarikat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sebagai pemaju, PR1MA telah mencabuli peraturan pembangunan kerajaan. PR1MA telah melancarkan dan mengiklankan projek ini di bawah Bandar MADANI Bukit Jalil sebelum mendapat kelulusan perancangan daripada DBKL.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, apakah PLANMalaysia menyertai perancangan Bandar MADANI Bukit Jalil? Kalau ya, kenapakah PLANMalaysia sebagai agensi yang mengeluarkan garis panduan dan dasar perancangan bandar dan desa di seluruh negara membenarkan

draft • 5:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

anak syarikat KPKT untuk menjalankan projek pembangunan raksasa tanpa melihat kesesakan trafik dan masyarakat setempat?

Dato’ Yang di-Pertua, DBKL telah menjemput orang awam untuk memberi pandangan terhadap kajian semula PTKL 2040 pada tahun ini. Saya juga difahamkan DBKL telah melantik perunding untuk mengadakan pendengaran awam dan supaya mereka boleh memberi nasihat kepada DBKL. Ramai penduduk di Bukit Jalil telah mengemukakan pandangan terhadap guna tanah di kawasan mereka kepada DBKL.

Sehubungan dengan itu, DBKL juga telah melantik perunding untuk menjalankan Kajian Kawalan Mikro Bukit Jalil dan saya telah menghadiri perbincangan dengan perunding berkenaan isu ini pada dua minggu yang lepas.

Dato’ Yang di-Pertua, ini adalah persembahan daripada perunding. [Sambil menunjukkan dokumen] Soalan saya kepada kerajaan, kenapakah kerajaan tidak menunggu kesemua kajian DBKL ini selesai baru luluskan projek Bandar MADANI Bukit Jalil? Kenapakah pendaftaran perumahan dibenarkan bermula pada semalam, 12 Oktober? Kenapakah kerajaan membenarkan anak syarikat KPKT iaitu PR1MA untuk bulldoze projek ini?

Dato’ Yang di-Pertua, saya menghormati hasrat kerajaan untuk membina lebih rumah mampu milik dan rumah MADANI yang dijual dengan harga RM200,000 untuk golongan berpendapatan rendah dan harga— tetapi objektif murni ini haruslah mengikuti syarat dan prosedur perancangan bandar di Kuala Lumpur. Objektif murni kerajaan tidak boleh menjejaskan kepentingan komuniti penduduk yang sedia ada.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri KPKT adalah presiden kepada UN-Habitat bagi tempoh 2025 dan 2029. Objektif UN-Habitat adalah untuk menggalakkan pembangunan bandar yang inklusif, mampan dan tahan iklim. Rakyat Malaysia merasa bangga atas pelantikan Malaysia sebagai presiden UN-Habitat ini.

Tetapi apa yang penting ialah kita mesti melaksanakan misi dan objektif UN-Habitat di negara kita, khususnya di Kuala Lumpur supaya kita boleh menjadi teladan kepada dunia.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, majoriti penduduk di radius lima kilometer dari tapak Bandar MADANI Bukit Jalil adalah penduduk kelas menengah dan bawahan, khususnya penduduk di Taman LTAT, PPR Kampung Muhibbah, PPR Pinggiran Bukit Jalil, Bandar Kinrara dan Taman Puncak Jalil.

Apa yang dikehendaki oleh penduduk setempat di tapak pembinaan Bandar MADANI Bukit Jalil adalah satu perkhidmatan rel untuk meredakan kesesakan trafik.

draft • 5:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang kedua hospital kerajaan.

Ketiga, sekolah yang mempunyai ruang yang lebih besar dan bukannya sekolah vertikal.

Yang keempat, kolam takungan banjir.

Yang kelima, penaiktarafan Balai Polis dan Bomba di Bukit Jalil dan kawasan lapang dan tempat riadah untuk kanak-kanak dan warga emas.

Saya sebagai Ahli Parlimen Seputeh yang mana Bukit Jalil di bawah kawasan saya menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri KPKT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan turun padang melihat keadaan masyarakat setempat dan melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat setempat dan menangguhkan pendaftaran rumah MADANI dan segala kerja tanah sebelum kajian semula PTKL 2040 dan Kajian Pelan Kawalan Mikro Bukit Jalil yang dijalankan oleh DBKL ini siap. Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 5:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

draft • 5:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 5:46 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, ekonomi global terus mengalami tekanan dan diunjurkan berkembang dengan perlahan sekitar tiga peratus bagi tahun ini dan 3.4 peratus bagi tahun hadapan.

Manakala, ekonomi Malaysia pula diunjurkan berkembang antara 4.2 hingga 5.2 peratus bagi tahun 2027. Antaranya disokong oleh permintaan domestik yang terus mengukuh selain situasi pasaran buruh negara yang stabil. Unjuran yang dinyatakan terhadap ekonomi negara bagi tahun 2026 dan 2027 ini menunjukkan Malaysia terus mempunyai asas ekonomi yang kukuh.

Tetapi cabaran utama di hadapan ialah pertama, untuk memastikan pertumbuhan yang mampan. Yang kedua, memastikan kuasa beli rakyat berada pada tahap yang stabil di sebalik tekanan kos sara hidup yang terus meningkat.

Selain yang ketiga, menyediakan zon penampan fiskal yang jelas, khususnya menghadapi ketidaktentuan geopolitik yang ada pada hari ini.

draft • 5:46 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Realitinya, kita masih berhadapan dengan isu ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah selain persaingan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan juga China. Malah, dengan perkembangan sektor semikonduktor di peringkat domestik dan global, kerajaan seharusnya pertama menyediakan strategi pembangunan dan yang kedua pengukuhan ekonomi yang lebih berkesan pasa masa yang akan datang.

Oleh itu, oleh yang demikian, belanjawan yang dibentang tidak wajar dilihat hanya dalam aspek peruntukan kewangan, bahkan lebih utama lagi adalah soal menentukan hala tuju ekonomi bagi tahun-tahun mendatang secara khusus dengan intervensi tertentu selain memastikan rakyat terus merasai kesejahteraan hasil daripada pembangunan ekonomi di peringkat makro.

Jadi jelas Dato’ Sri Yang di-Pertua, belanjawan bukanlah terletak kepada indahnya susunan kata atau lenggok bahasa kerana rakyat tidak hidup dengan keindahan bahasa, negara tidak dibangun dengan retorika, sebaliknya rakyat sejahtera dengan kebenaran, keadilan dan amanah yang nyata. Benarlah apa yang disebut oleh Nabi SAW [Membaca sepotong ayat al-Quran] . “Tunaikanlah amanah kepada orang yang berikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati walaupun terhadap orang yang mengkhianatimu”.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada RM3.1 bilion yang disalurkan di bawah Hal Ehwal Agama, berapa peratus yang akan disalurkan untuk kajian, siasatan dan tindakan bersepadu terhadap penyebaran ajaran-ajaran healing yang songsang dan boleh merosakkan akidah umat Islam?

Baru-baru ini sebagai contoh, isu penglibatan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebagaimana yang didakwa di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang dikaitkan dengan New Age Movement yang menjadi bualan di seluruh negara.

Kita menyokong langkah di pihak JAKIM dan pihak berautoriti agama yang membuat sesi pertemuan dan tabayyun bagi mendengar sendiri kenyataan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Namun, apa yang dikesali adalah adakah setakat itu sahaja?

draft • 5:46 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Kenyataan di pihak JAKIM hanya sekadar membersihkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi tidak menjernihkan sebarang tuduhan, bukti dan dakwaan yang diletakkan terhadap Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut. Ini yang terus menjadi persoalan kepada kita.

draft • 5:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, isu NAM – New Age Movement ini adalah isu akidah.

Ia bukan perkara kecil. Kita tidak boleh memandang isu ini dalam ruang lingkup politik kerana pendedahan tentang ajaran the New Age Movement dan yang sewaktu dengannya adalah melibatkan para pengkaji yang berkredibiliti dalam bidangnya.

Malah, Majlis Perundingan Syarak Negeri Pahang juga telah mengeluarkan suatu fatwa yang lengkap terhadap ajaran quantum ini.

Cuma masalahnya, pertama, pihak berkuasa agama belum menyatakan apakah strategi, intervensi segera yang akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menyekat ajaran sesat yang sudah berakar umbi ini. Perkembangan isu ajaran New Age Movement ini sebenarnya semakin meruncing. Pendedahan terkini berkenaan ajaran sesat berkenaan telah menyentuh berkenaan dengan ritual yang melibatkan agama lain. Ini bukan lagi melibatkan aspek healing dan spiritual, malah dengan jelas melanggar sempadan beragama sehingga masuk dalam kes penyembahan patung-patung agama lain.

Yang kedua, rakyat belum dapat melihat, apakah tindakan tegas yang sudah diambil dan dikenakan dalam isu menangani perkara yang berkait dengan akidah ini.

Pihak yang terlibat, contohnya penyebar, pengamal yang nampaknya dari hari ke hari semakin berani. Sepatutnya dalam soal yang melibatkan isu akidah, tidak ada kompromi. Sudah berapa serbuan dibuat, berapa tangkapan dan berapa orang yang sudah didakwa?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan persoalan berkaitan dengan pemberian per kapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Begitu juga tentang bantuan selenggara dan naik taraf (SNT). Saya menerima beberapa aduan daripada pentadbir sekolah-sekolah agama di mana mereka masih belum menerima SNT JAKIM dan juga sumbangan pemberian per kapita ini sebagai mana dijanjikan dalam belanjawan sebelum ini.

Apakah ada prosedur yang belum dipenuhi, sedangkan kita sudah berada pada penghujung tahun 2026? Persoalan seterusnya, adakah program tersebut masih berjalan untuk tahun hadapan, 2027 dan adakah ada sistem baharu berkaitan dengan pemberian? Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, kita menyambut baik hasrat di peringkat kementerian yang menaikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) daripada RM150 ke RM200 yang akan memberikan manfaat kepada 5.3 juta pelajar, murid di seluruh negara.

Pemberian ini turut disalurkan kepada sekolah-sekolah berdaftar termasuk SAR di peringkat rendah dan menengah.

draft • 5:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya ingin mendapatkan perhatian daripada kementerian, jika program berbentuk kebajikan kepada murid seperti pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut dibuka kepada pelajar SAR termasuk sekolah rendah Islam

(SRI). Jika BAP boleh disalurkan kepada semua pelajar sama ada di sekolah kebangsaan juga sekolah agama, maka saya melihat tiada halangan RMT juga diperluas kepada sekolah-sekolah rendah agama kerana di sana juga ramai anak- anak yang layak untuk mendapat hak ini. Maka saya mohon untuk dipertimbangkan oleh kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, kita merasai keperitan yang diluahkan oleh para pesawah saban hari. Mereka membanting tulang tanpa henti demi memastikan rakyat dan negara ini terus menikmati sesuap nasi. Keringat mereka dikerah saban waktu, bergilir hari di tengah panas dan hujan. Namun sayang, keluhan dan rasa penat mereka ibarat tiada mata yang memandang, tiada telinga yang mendengar, tiada rasa yang mendekat. Air peluh dan air mata pak tani hanya tumpah dan kering di petak sawah mereka sendiri.

Baru-baru ini, para pesawah sekali lagi berdepan dengan isu pengagihan baja sebatian tambahan iaitu Baja Padi 3. Mesti pun dalam penyata Parlimen menyebutkan kementerian memberikan jaminan bahawa bekalan baja padi ini diselesaikan pada penghujung Julai yang lalu, namun hakikat sehingga pertengahan Ogos, status pengagihan baja padi hanya mencapai paras 22 peratus sahaja. Ketika isu pengagihan Baja Padi 3 ini meletup dalam negara, 478,455 beg baja masih belum diagihkan melibatkan 38,000 pesawah dan 78,117 hektar tanaman.

Taburan baja adalah penting untuk pertumbuhan padi. Mereka tidak boleh tabur baja ikut suka. Benda ini ada sukatan dan setiap baja perlu ditabur mengikut usia padi berdasarkan kepada hari lepas tabur. Namun persoalannya yang pertama, apakah agensi yang sepatutnya menjaga dan mengawal selia industri padi ini tidak turun padang melihat permasalahan yang berlaku? Isu ini pernah dibangkitkan dalam sidang yang lalu, namun permasalahan yang dibangkitkan tetap gagal diselesaikan meskipun telah mendapat jaminan daripada kementerian. Kementerian harus menjelaskan kepada para pesawah khususnya dan rakyat umumnya, apa sebenarnya permasalahan yang berlaku sehingga menyebabkan kelewatan pengagihan baja padi ini? Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, apakah kementerian bersedia untuk bertanggungjawab menanggung kos kerugian yang dihadapi oleh para pesawah?

draft • 5:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Masalah pesawah tidak terhenti dengan isu baja lewat. Bila hasil dituai, pesawah akan berdepan pula dengan isu timbangan dan pemotongan berat padi.

Maka, sekali lagi pesawah terpaksa menghadapi satu bentuk penindasan terancang yang sudah lama menghimpit kehidupan mereka. Kadar pemotongan boleh melambung tinggi yang akibatnya mengurangkan pendapatan yang sepatutnya diterima oleh golongan pesawah. Kebimbangan kita ialah golongan pesawah memilih untuk meninggalkan petak sawah kerana tidak sanggup lagi menanggung beban kerugian dan penindasan yang berpanjangan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya selalu sebut kelebihan para pesawah, mereka tidak serik untuk berdepan dengan berbagai cabaran. Tapi kita bimbang andainya tanah sawah terbiar atau ditukar status kepada tanaman lain yang lebih untung atau juga pembangunan yang lain, maka dalam jangka masa yang tidak terlalu jauh, kita akan bergantung kepada beras import. Ini sangat berbahaya kepada keselamatan makanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu di peringkat Parlimen Pokok Sena yang suka untuk saya bangkitkan. Pertama, Pokok Sena dikategori sebagai daerah PKS. Saya meneliti rancangan berkenaan dengan perubahan struktural terhadap gaji dan produktiviti yang turut menyentuh secara langsung peranan PKS. Isunya di sini bukan kerana kepada kenaikan gaji minimum semata. Isunya adalah daya saing PKS itu sendiri.

Kita menyambut baik hasrat kerajaan untuk memastikan gig ekonomi yang seimbang dengan peningkatan elemen pampasan pekerja dalam KDNK kepada sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang tahun 2030. Namun, kita juga bimbang situasi ini akan semakin menghimpit PKS mahupun— walaupun pelaksanaan gaji minimum ini disasarkan kepada hasil jualan RM50 juta dan ke atas. Dan apa yang turut menjadi pertimbangan adalah sejauh mana para pekerja ini akan berpindah keluar daripada PKS sedia ada untuk mencari pekerjaan yang sama dengan gaji minimum yang lebih tinggi. Ini juga satu sudut yang merunsingkan entiti PKS meskipun mereka tidak perlu menanggung kenaikan gaji minimum ini.

draft • 5:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ia ibarat ditelan mati emak, di luah mati bapak. Justeru, apa strategi kementerian untuk meneliti kesan langsung yang akan timbul dengan pelaksanaan gaji minimum ini.

Perkara yang kedua ialah berkaitan dengan isu banjir. Di tempat saya khususnya di Pokok Sena sebagai contoh di beberapa kampung dan taman. Yang

draft • 6:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

paling ketara ialah di Taman Puteri Mukim Gajah Mati, Kampung Sungai Durian, Kampung Kolon, Machang Kudung, Mukim Jabi, masalah banjir ini berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk sistem perparitan dan sungai yang cetek.

Bahkan ada keperluan untuk RTB yang baharu contohnya di RTB Sungai Nawa.

Saya mengharapkan ada tindakan segera yang boleh dilaksana bagi mengatasi isu banjir ini.

Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua yang terakhir yang ketiga. Isu berkaitan infrastruktur dan keselamatan penduduk. Antaranya di SK Kampung Bukit yang melibatkan jalan yang berbukit dan menjunam. Tiada lampu isyarat dan papan tanda yang telah mengakibatkan kes-kes kemalangan maut dan saya difahamkan oleh pihak JKR mereka mengalami masalah kekurangan peruntukan kewangan untuk menaik taraf jalan berkenaan. Jadi, adalah diharapkan penyelesaian tuntas mudah- mudahan apa yang dibangkitkan ini ada di dalam pertimbangan kementerian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Terima kasih, Dato' Sri Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2027 ini. Saya menyambut baik usaha kerajaan meningkatkan peruntukan pembangunan negara khususnya kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta peruntukan Persekutuan kepada Sabah yang diumumkan berjumlah RM18.7 bilion pada tahun 2027.

Dato' Sri Yang di-Pertua, sehingga hari ini masih terdapat penduduk Kinabatangan yang hidup dalam serba kekurangan dari segi kemudahan asas sedangkan setiap tahun kita bentangkan peruntukan pembangunan bernilai berbilion ringgit, masih ada kampung yang belum menikmati bekalan air bersih terawat, bekalan elektrik dan capaian telekomunikasi yang memuaskan.

Berdasarkan maklumat lapangan yang diterima, terdapat 24 buah kampung yang masih menghadapi masalah ketiadaan bekalan air bersih terawat. Bagi bekalan elektrik pula 13 buah kampung masih berhadapan dengan masalah ini. Sementara itu, masalah telekomunikasi dan capaian Internet turut menjejaskan 15 buah kampung. Lebih mengecewakan permohonan demi permohonan telah dikemukakan

draft • 6:03 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

dari tahun ke tahun. Namun, antara jawapan yang sering diterima ialah kekangan dan ketidakcukupan peruntukan.

Justeru itu, apakah maknanya peruntukan projek pembangunan bernilai berbilion Ringgit khususnya bagi pembangunan kawasan bandar yang diumumkan saban tahun. Sehubungan itu, saya meminta kerajaan menyiapkan satu pelan penyelesaian kemudahan asas bagi kampung-kampung yang masih tercicir, lengkap dengan senarai projek, anggaran kos, agensi pelaksana dan sasaran tahun penyelesaiannya. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pelaporan pencapaian pembangunan luar bandar berdasarkan bilangan rumah yang benar-benar menerima bekalan asas.

Dato' Sri Yang di-Pertua, saya memohon kerajaan mempercepatkan naik taraf infrastruktur 55 buah sekolah rendah dan juga lima buah sekolah menengah di Kinabatangan. Isu sekolah daif ini, kekurangan peralatan digital dan capaian Internet yang lemah perlu ditangani segera agar anak-anak pedalaman tidak terus ketinggalan. Di samping itu, perkara pembangunan sekolah daif juga perlu diambil titik beratkan.

Bayangkan sebuah sekolah di tempat saya SK Bongun, tiga bilik darjah telah diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan sehinggakan Darjah 1 hingga Darjah 6 terpaksa berkongsi satu bilik darjah untuk meneruskan pelajaran. Mahu buat macam mana, apa yang ada jalan sahajalah.

[Ketawa] Dato' Sri Yang di-Pertua, saya turut menghargai peningkatan bantuan FLYsiswa. Namun, subsidi ini masih belum mencukupi berikutan harga tiket penerbangan yang tinggi, khususnya musim perayaan dan cuti semester. Justeru itu, saya memohon kerajaan meningkatkan kadar bantuan FLYsiswa serta mengkaji mekanisme harga siling tiket penerbangan demi meringankan beban mahasiswa Sabah dan Sarawak.

Beberapa bulan yang lalu, saya terpaksa ke sebuah kolej di Semenanjung ini bagi mengambil sebuah pelajar yang sudah tidak mampu meneruskan pelajaran, makan pun tidak dapat. Justeru itu, kerajaan perlu mengambilkan, menitikberatkan perkara-perkara sebegini jangan sampai berbilion-bilion itu tidak dapat dirasai oleh rakyat di bawah kita.

Dato' Sri Yang di-Pertua, di kawasan pesisir pantai Kinabatangan terdapat jambatan yang telah dibina bertahun-tahun dahulu dan kini semakin usang serta membimbangkan dari aspek keselamatan pengguna. Sehubungan itu saya meminta kerajaan melaksanakan audit keselamatan jambatan-jambatan kampung di kawasan

draft • 6:03 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

pesisiran Kinabatangan, khususnya dan juga amnya di Sabah itu serta menyediakan peruntukan khusus untuk pembaikan atau penggantian struktur secara total yang dikenal pasti berisiko kerana jambatan itulah tempat mereka melintas untuk ke sekolah, untuk mencari rezeki dan juga untuk mereka meneruskan kehidupan.

Begitu juga dengan pelaksanaan projek Pan Borneo khususnya Pakej WP24, WP25 dan WP26. Saya meminta kerajaan memperjelas kemajuan pelaksanaan, jadual penyiapan dan langkah penyelenggaraan jalan sedia ada yang mengalami kerosakan serta risiko mendapan akibat banjir.

Dato' Sri Yang di-Pertua, usaha menyelesaikan kemudahan asas luar bandar tidak seharusnya dipikul oleh kerajaan semata-mata. Justeru itu, saya meminta agar agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan atau GLC serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan turut memainkan peranan yang lebih proaktif melalui kerjasama pembangunan komuniti, program tanggungjawab sosial korporat dan penyelesaian teknologi yang bersesuaian.

Sebagai contoh, projek tenaga solar komuniti boleh diteroka bagi penempatan yang sukar dihubungkan dengan grid elektrik. Sistem rawatan air berskala kecil pula boleh dipertimbangkan sebagai penyelesaian sementara.

Manakala penyedia telekomunikasi perlu bekerjasama memperluas liputan ke kawasan yang belum mendapat perkhidmatan memuaskan. Dalam masa yang sama, saya mencadangkan satu mekanisme penyelarasan antara kementerian, agensi teknikal, Kerajaan Negeri Sabah dan GLC bagi mengenal pasti kampung yang masih tercicir serta menyelesaikan isu pelaksanaan secara bersepadu.

Dato' Sri Yang di-Pertua, Kinabatangan mempunyai kekayaan biodiversiti yang menjadi tarikan pelancong dan alam semula jadi dan aset pemuliharaan negara. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Kinabatangan dipertimbangkan sebagai kawasan rintis ekonomi biodiversiti yang berasaskan komuniti. Pendekatan ini perlu menghubungkan aktiviti pemuliharaan dengan peluang pekerjaan, perusahaan kecil dan peningkatan pendapatan penduduk.

Antaranya melalui latihan pemandu pelancong komuniti, pekerjaan renjer berbayar, perolehan barangan dan perkhidmatan daripada penduduk setempat serta mekanisme perkongsian manfaat ekonomi pelancongan. Pada masa yang sama, kerajaan perlu memperkukuh pengurusan konflik manusia dengan hidupan liar melalui langkah pencegahan pasukan tindak balas mekanisme bantuan bagi kerugian yang disahkan.

draft • 6:03 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Saya ingin menegaskan bahawa penduduk yang menjaga khazanah alam mesti mendapat bahagian daripada kemakmuran yang dijana oleh khazanah tersebut. Pemuliharaan perlu membuka pekerjaan, menghidupkan perusahaan kampung dan meningkatkan keselamatan komuniti. Justeru, saya meminta kerajaan meneliti bagaimana dana pemindahan fiskal ekologi dan peruntukan berkaitan pelancongan serta pemuliharaan dapat menyokong pembangunan ekonomi komuniti secara lebih langsung melalui kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 termasuk peningkatan pemberian khas interim kepada Sabah. Namun, terdapat satu perkara asas yang perlu diberikan perhatian serius iaitu pelaksanaan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah. Hak ini mempunyai asas Perlembagaan yang jelas melalui Perkara 112C dibaca bersama Perkara 112D dan seksyen 2(1) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Formula asalnya merujuk kepada dua perlima atau 40 peratus daripada pertambahan hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah berbanding tahun asas 1963 tertakluk kepada peruntukan kajian semula yang berkaitan. Rakyat Sabah bukan meminta ihsan, kita menuntut pelaksanaan hak yang mempunyai asas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini bukan sekadar soal tambahan peruntukan tetapi melibatkan tanggungjawab Perlembagaan dan hubungan fiskal antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah. Malah keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025 turut memberikan perhatian kepada kegagalan pelaksanaan kajian semula pemberian khas bagi tempoh terdahulu.

draft • 6:03 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Walaupun pelaksanaan perintah tersebut telah ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan, persoalan mengenai kaedah pengiraan dan penyelesaian jangka panjang masih memerlukan perhatian kedua-dua kerajaan. Sehubungan itu, saya meminta kerajaan menjelaskan status terkini rundingan formula 40 peratus kaedah pengesahan hasil bersih Persekutuan yang diperoleh daripada Sabah serta garis masa yang disasarkan untuk mencapai penyelesaian bersama kerajaan negeri.

Saya juga ingin menegaskan bahawa peruntukan pembangunan Persekutuan sebanyak RM18.7 bilion yang diumumkan kepada Sabah bagi tahun 2027 perlu dibezakan daripada pemberian khas di bawah Perkara 112C. Kedua-

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

duanya mempunyai tujuan dan asas yang berbeza. Peruntukan pembangunan tahunan tidak sewajarnya dianggap sebagai pengganti kepada penyelesaian hak fiskal yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan gaji minimum kepada RM2,000 serta kerangka gaji lantai RM2,500 bagi kategori pekerjaan yang diumumkan kerajaan perlu dilihat bersama kemampuan ekonomi luar bandar. Di Sabah, sebahagian peluang pekerjaan bergantung kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana, sektor pertanian, perladangan serta perniagaan keluarga. Saya menyokong matlamat meningkatkan pendapatan pekerja, namun pelaksanaannya perlu disertai bantuan peningkatan produktiviti, latihan kemahiran dan sokongan kepada majikan kecil supaya kenaikan kos operasi tidak menyebabkan pengurangan pekerjaan.

Saya minta kerajaan menjelaskan bagaimana dasar gaji baharu ini dapat dilaksanakan secara seimbang di kawasan luar bandar khususnya bagi memastikan belia Sabah menikmati pekerjaan yang menawarkan pendapatan munasabah tanpa menjejaskan kelangsungan perusahaan tempatan. Dalam jangka panjang, kita tidak boleh bergantung kepada kenaikan gaji semata-mata. Kita mesti membangunkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi di Sabah melalui ekonomi digital, pertanian moden, pelancongan komuniti, keusahawanan dan industri berasaskan sumber tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu persoalan besar mengenai keberkesanan institusi Parlimen. Setiap tahun, Ahli Dewan Rakyat berbahas berjam-jam. Kita membawa masalah jalan, air, elektrik, sekolah, hospital dan kemiskinan. Tapi, daripada ribuan masalah yang dibangkitkan, berapa sebenarnya telah diselesaikan? Ada atau tidak statistik penyelesaiannya? Ada atau tidak laporan prestasi mengikut kementerian dan kawasan? Atau selepas Menteri selesai menjawab dan persidangan ditangguhkan, masalah yang dibangkitkan turut tenggelam bersama catatan perbahasan.

Rakyat tidak menghantar kami ke Parlimen semata-mata untuk berucap.

Rakyat menghantar kami untuk mencari penyelesaian. Jangan sampai Parlimen menjadi tempat kita merekodkan masalah rakyat tapi bukan tempat memastikan masalah itu diselesaikan.

Justeru itu, saya mencadangkan kerajaan membentangkan laporan tahunan tindakan susulan isu rakyat yang dibangkitkan di Parlimen dengan statistik mengikut kementerian, kawasan dan tahap penyelesaiannya. Saya turut mencadangkan dashboard tindakan susulan Parlimen dibangunkan melalui penyelarasan kerajaan

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

dan pentadbiran Parlimen yang memaparkan isu, agensi bertanggungjawab, status tindakan serta sasaran penyelesaian secara terbuka, tertakluk kepada perlindungan maklumat sensitif.

Saya yakin, menerusi mekanisme ini, rakyat dapat membezakan antara janji, tindakan yang sedang berjalan dan masalah yang benar-benar selesai. Ahli Parlimen pula boleh menyemak kemajuan tanpa perlu mengulangi pertanyaan yang sama setiap tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh desakan supaya pertuduhan terhadap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi diteruskan semula. Prinsip kedaulatan undang-undang mesti dihormati secara konsisten, bukan hanya apabila suatu keputusan memenuhi kehendak politik pihak tertentu.

Pada 4 September 2023, pihak pendakwaan memohon Perintah Pelepasan Tanpa Pembebasan atau DNNA di bawah seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah dengan mengemukakan 11 alasan termasuk penelitian representasi pembelaan dan siasatan lanjut. Perintah tersebut diberikan oleh mahkamah tinggi setelah mempertimbangkan permohonan pihak pendakwaan. Malah, hakim yang mendengar kes, Yang Arif Dato’ Collin Lawrence Sequerah menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan alasan yang kukuh atau cogent reason. Kita juga pernah menyaksikan pertuduhan ditarik balik selepas representasi dalam kes Rafizi Ramli dan Tamrin Ghafar Baba. Dalam kes Haris Ibrahim pula, pihak pendakwaan tidak membantah rayuan sehingga sabitannya diketepikan oleh mahkamah. Jangan kita lupa kes Lim Guan Eng pada tahun 2018. Selepas 25 saksi pendakwaan memberikan keterangan, pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan rasuah susulan penelitian representasi pembelaan.

draft • 6:10 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Ya, sila.

draft • 6:10 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Kinabatangan, kalau boleh saya mencelah.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Sila, Kuala Pilah.

draft • 6:10 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Adakah Kinabatangan bersetuju dengan saya, dengan Kuala Pilah, bahawa tindakan meminta atau mengarahkan Perdana Menteri untuk menasihat Peguam Negara

draft • 6:10 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

boleh dilihat suatu tindakan selective prosecution, dengan izin, pendakwaan yang terpilih? Adakah Kinabatangan bersetuju?

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar - Kinabatangan

Sangat-sangat setuju dan saya mohon dimasukkan dalam perbahasan saya.

Saya teruskan, Dato’ Yang di-Pertua. Walaupun fakta dan keputusan setiap kes berbeza, semuanya menunjukkan bahawa sistem perundangan membenarkan keputusan pendakwaan dinilai semula. Persoalannya, adakah kita menggunakan ukuran keadilan yang sama terhadap semua individu atau ukuran itu berubah mengikut siapa yang sedang berhadapan dengan pertuduhan? Lebih penting, berdasarkan perkembangan yang dibentangkan, dua semakan kehakiman berkaitan keputusan DNNA dan tiada tindakan lanjut (NFA) masih belum selesai.

Saya tidak mempertikaikan hak mana-mana pihak untuk menuntut ketelusan dan akauntabiliti. Namun, tuntutan tersebut mesti menghormati kebebasan pendakwaan serta proses mahkamah. Jika benar kita memperjuangkan reformasi institusi, prinsip kebebasan pendakwaan dan kehakiman mesti dipertahankan secara konsisten tanpa mengira siapa yang terlibat. Keadilan tidak boleh mempunyai dua ukuran. Kedaulatan undang-undang mesti berpaksikan fakta, bukti dan proses yang sah, bukannya kehendak mana-mana pihak.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, akhir kata, saya menyokong belanjawan ini dengan satu harapan agar kemakmuran yang diumumkan di Dewan ini benar-benar sampai ke pelosok Kinabatangan. Jangan sampai angka berbilion indah di atas kertas tapi rakyat di kampung masih menadah air. Jangan biarkan jarak dari pusat kuasa menjadi jarak daripada peluang pembangunan kerana pembangunan bukan hak istimewa mereka yang berjawatan tapi hak rakyat yang mempunyai keperluan.

Tuan Yang di-Pertua, biarlah belanjawan ini besar bukan hanya pada angka tetapi besar pada maknanya. Jangan sekadar gah ketika diumumkan tetapi sepi ketika perlu ditunaikan. Saya berharap kerajaan dapat memberikan tindakan dan garis masa penyelesaian yang jelas terhadap masalah asas yang telah saya bangkitkan. Suara Kinabatangan mungkin datang dari jauh di pedalaman tapi janganlah nilainya dianggap kecil dalam pembangunan negara. Dengan harapan agar suara ini bukan hanya didengar tapi diterjemahkan kepada tindakan, Kinabatangan mohon menyokong.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Maran.

draft • 6:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Minta maaf, Tan Sri Yang di-Pertua, saya kurang sihat sikit.

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, saya Ahli Parlimen Maran P.046 mewakili seluruh penduduk Maran mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Dr. Yang di- Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Oktober yang lalu.

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI kelima membawa slogan, “Menggapai di langit, mengakar di bumi”. Apa maksudnya? Menggapai bermakna mencapai atau mengharapkan sesuatu. Saya faham terkapai atau kapai-kapai ialah harapkan sesuatu yang belum pasti tercapai.

Dalam ucapan beliau, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan bahawa belanjawan negara adalah penyataan moral atau waad nasional sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Saya ingin bertanyakan, mengapa menggunakan perkataan waad yang dalam bahasa Arab bermaksud janji dan tidak terus menggunakan perkataan janji yang difahami oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak kecil di negara kita? Janji dalam Mandarin disebut chéngnuò, dalam Tamil disebut vakkuruthí. Orang Semai pula menyebutkan dengan janjiiq.

Apakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri fobia dengan perkataan janji? Apakah kerana begitu banyak janji yang beliau tidak dapat tunaikan sehingga menjadi buah mulut dan kemarahan masyarakat dan rakyat?

Maaf, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Saya ingin lagi mengingatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Setiap dari kita adalah pemimpin tanpa mengira siapa pun kita. Raja, Perdana Menteri, Menteri, Ahli-ahli Parlimen sehingga ke peringkat pemimpin kecil dalam masyarakat termasuklah ibu bapa dan anak-anak. Kita bertanggungjawab memikul amanah untuk menjaga dan memastikan kesejahteraan rakyat yang kita pimpin. Kita akan dipersoalkan oleh rakyat atas bentuk-bentuk kepimpinan yang kita bawa. Malah, Allah akan tanya kita di akhirat nanti.

draft • 6:17 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Justeru dalam melaksanakan amanah ini, kita hendaklah berlaku adil termasuk dalam mengiktiraf jasa dan sumbangan pemimpin-pemimpin lalu. Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, sehingga kini peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang tidak ada dan saya rasa tidak akan ada buat selamanya. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Usahlah kita menafikan jasa pemimpin terdahulu, malah kadang-kadang pemimpin-pemimpin dahulu lebih banyak jasa daripada kita. Lihatlah sendiri dan muhasabahlah diri. Usahlah mendabik dada dengan mengatakan bahawa kita sahajalah yang terbaik seolah-olah segala usaha dan sumbangan pemimpin sebelum ini, sebelum kita tidak mempunyai sebarang nilai. Yang paling penting dan bermaruah kita akuilah kelemahan yang kita lakukan. Mintalah maaf kerana kita manusia biasa. Buatlah penambahbaikan atau pembetulan dan usahlah menghina serta merendahkan orang lain.

Jika ini kita lakukan, barulah bertepatan dengan istilah MADANI. Jika tidak usahlah merosakkan pengertian sebenar istilah yang mulia ini. Justeru apabila kita membicara tentang amanah dan janji kepada rakyat, Belanjawan 2027 inilah antara ukuran paling nyata untuk menilai sejauh mana janji tersebut diterjemahkan kepada tindakan dan hasil. Belanjawan besar, apakah hasilnya kepada rakyat?

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 berjumlah RM491.84 bilion, RM376 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM85 bilion untuk pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. Angkanya besar tetapi rakyat tidak hidup dengan angka dalam dokumen belanjawan. Rakyat mahu tahu apakah peruntukan bertambah? Adakah kehidupan mereka semakin baik? Rumah semakin mampu dimiliki. Rawatan semakin cepat. Bantuan semakin mudah digunakan. Anak-anak semakin sihat. Jangan sampai kerajaan berbangga dengan jumlah yang diumumkan, sedangkan rakyat masih menunggu hasil yang dijanjikan.

Dalam semangat itulah saya ingin membangkitkan beberapa perkara Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Yang pertama ialah FELDA sebagai bilang— [Tidak jelas] bergantung pada kerajaan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan RM1.26 bilion bagi mengukuhkan kewangan FELDA, penyelenggaraan jalan dan perumahan generasi FELDA. RM1.26 bilion bukan jumlah yang kecil dan ini bukan kali pertama FELDA menerima peruntukan kerajaan.

FELDA telah wujud lebih enam dekad. Sebuah institusi yang dahulunya diwujudkan untuk mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan dan membangunkan ekonomi luar bandar. Persoalan saya, setelah lebih enam dekad, sampai bila FELDA sebagai sebuah institusi perlu bergantung pada peruntukan kewangan kerajaan?

Bukankah selepas enam dekad, kita sepatutnya melihat FELDA bukan sahaja berjaya membangunkan peneroka malah mempunyai kekuatan kewangan, modal perniagaan dan keupayaan menjana pendapatan sendiri bahkan boleh membantu kerajaan.

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya ingin tahu apakah sasaran kerajaan untuk menjadi FELDA sebuah institusi yang benar-benar kukuh dan mampu berdiri menjelang tahun 2030.

Kejayaan FELDA tidak boleh selamanya diukur melalui jumlah bantuan yang diterima. Satu hari nanti FELDA mesti mampu berdiri atas kekuatannya sendiri.

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, saya cukup hairan sebenarnya kejayaan dan kemajuan sesuatu agensi ataupun badan kerajaan ini ada ketelusan dan integriti yang tinggi kepada pemimpinnya. Kita malu kadang mendengar insiden-insiden yang berlaku dalam agensi-agensi kerajaan termasuklah FELDA.

Yang kedua ialah STR dan SARA, membantu rakyat atau menambah kebergantungan? Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion. Namun bagi isi rumah berpendapatan bawah RM250 sebulan, mempunyai sekurang-kurangnya lima anak dan layak menerima bantuan maksimum. Tambahan RM600 dalam SARA diimbangi sepenuhnya oleh pengurangan RM600 bantuan tunai STR. Ertinya jumlah bantuan tidak bertambah tetapi bahagian yang diterima secara tunai semakin berkurangan.

Dalam perbahasan tahun lalu saya telah membangkitkan masalah rakyat yang terpaksa membeli barangan yang tidak diperlukan semata-mata mahu menggunakan SARA. Kalau kita lihat BR1M yang pernah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib lebih ke arah membimbing rakyat mendapat buat pembelian dalam masa yang sama membuat simpanan.

Perumahan, memiliki rumah yang memang menanggung hutang. Dalam Bajet 2027, kerajaan mengumumkan jaminan pembiayaan perumahan sehingga RM20 bilion untuk membantu 80 ribu pembeli rumah pertama, hampir RM1 bilion lagi peruntukan bagi program perumahan. Tetapi persoalan saya, kita mahu rakyat lebih mudah mendapatkan pinjaman atau kita mahu rakyat benar-benar mampu membeli rumah. Kedua-duanya bukan perkara yang sama.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 2022 berdasarkan Data Tahunan 2020, Bank Negara merekodkan nisbah harga rumah kepada pendapatan tahunan isi rumah sebanyak 4.7 kali, sedangkan penanda aras rumah mampu milik ialah tiga kali atau kurang. Maknanya masalah kemampuan memiliki rumah ini bukan perkara baru, ini sudah lama dikenali. Jadi saya minta kerajaan menjawab tiga persoalan:

(i) Apakah nisbah harga rumah kepada pendapatan isi rumah Malaysia yang terkini?

(ii) Apakah sasaran kerajaan untuk memperbaiki nisbah tersebut menjelang 2030?

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

(iii) Bagaimanakah kerajaan memastikan peluasan jaminan pembiayaan berjalan seiring dengan pertambahan bekalan rumah yang benar-benar mampu dimiliki oleh rakyat?

Kesihatan bajet semakin besar, adakah rakyat semakin sihat? Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan Kementerian Kesihatan kepada RM47.7 bilion.

Selepas berbilion ringgit dibelanjakan setiap tahun, persoalan yang sama perlu dijawab bukan lagi kepada banyak wang yang diperuntukkan tetapi sejauh mana kesihatan rakyat benar-benar bertambah baik.

Kita mempunyai Kementerian Kesihatan yang menjaga kesihatan rakyat, Kementerian Pendidikan yang menjaga murid, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menjaga bekalan makanan serta Kementerian Belia dan Sukan yang menggalakkan gaya hidup aktif. Empat kementerian, pelbagai program, tetapi anak-anak yang kita mahu lahirkan sebagai generasi sihat ialah anak-anak yang sama.

Persoalan saya, adakah kementerian-kementerian ini benar-benar bekerja bersama atau masih bergerak secara silo masing-masing? Kerajaan sudah mempunyai agenda nasional, Malaysia sihat dan mekanisme penyelarasan antara kementerian. Setelah bertahun-tahun agenda ini dilaksanakan, apakah hasil sebenar kerjasama tersebut? Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sasaran bersama untuk mengurangkan obesiti kanak-kanak menjelang 2030 dan siapakah yang bertanggungjawab terhadap pencapaiannya?

Sudah lebih tiga tahun berlalu, apakah sudah jadi dengan reformasi yang telah kita luluskan, sepertimana 15 Jun 2023 di mana telah Parlimen meluluskan Kertas Putih Kesihatan yang menggariskan reformasi sistem kesihatan. Daripada 15 strategi tersebut, berapa yang telah dilaksanakan? Berapa yang masih tertangguh?

Apakah sasaran kerajaan untuk tahun 2027? Saya meminta kerajaan membentangkan laporan kemajuan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen ini.

Di Maran dicadangkan pembinaan Hospital Maran, masih belum diteruskan.

Manakala kerajaan mengumumkan naik taraf Klinik Kesihatan Maran sebagai alternatif. Persoalan saya, adakah perancangan kemudahan kesihatan luar bandar tidak mengambil kira jarak perjalanan, keperluan rawatan kecemasan dan kesukaran mendapatkan rawatan atau hanya berdasarkan kadar panggilan katil hospital sedia ada?

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Walaupun Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang telah menitahkan supaya projek Hospital Maran ini dilaksanakan segera tetapi apabila Menteri turun ke Maran, dia mengatakan bahawa tidak ada keperluan hospital di Maran. Apakah tandanya? Apakah kita ada kuasa sebagai Menteri ataupun kita menunjukkan kederhakaan kita Kebawah Duli Tuanku Sultan?

Ambang kebankrapan RM150 ribu dan masa depan anak muda.

Sesungguhnya Dr. Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan memutuskan untuk menaikkan ambang bankrap daripada RM100 ribu kepada RM150 ribu. Kerajaan turut memperluaskan dasar peluang kedua Parlimen.

Saya menyambut baik niat memberi peluang kedua tetapi adakah ambang RM150 ribu benar-benar membantu ataupun lebih menjadi perangkap hutang lebih besar kepada rakyat terutama anak-anak muda. Kenaikan ambang bukan bermakna hutang berkurang, ia juga bukan kebenaran automatik untuk bank menambah pinjaman tanpa kaunseling kewangan, penstrukturan hutang dan peluang menambah pendapatan, masalah mungkin sekadar ditangguhkan.

Saya minta kerajaan menyatakan jumlah terkini yang masih berstatus bankrap. Bacaan umur 20 hingga 34 tahun, pekerjaan termasuk usahawan serta jumlah pelepasan kebankrapan mengikut kategori. Berapa ramai yang menyertai program pemulihan sebelum petisyen kebankrapan dan berapa yang berjaya menyusun semula hutang.

draft • 6:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Pendidikan di Maran. Dari FELDA, bantuan rakyat, perumahan, kesihatan hinggalah kebankrapan— semua persoalan yang saya bangkitkan membawa kepada satu tuntutan yang sama iaitu setiap dasar dan peruntukan kerajaan mesti dinilai berdasarkan hasilnya kepada rakyat.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, pendidikan adalah ilmu dan ilmu pengetahuan merupakan antara perkara penting dalam kehidupan manusia. Islam memberikan kedudukan yang sangat tinggi kepada ilmu. Namun, kepentingan pendidikan bukan hanya kepada umat Islam, bahkan kepada setiap manusia tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Pendidikan membuka pintu kehidupan dan masa depan yang lebih baik kepada manusia.

Atas dasar itu, saya ingin membangkitkan dua perkara tentang pendidikan.

Yang pertama, cadangan penubuhan kolej prauniversiti atau kolej Tingkatan 6 di Maran yang pernah dicadangkan dahulu semasa Menteri Pendidikan Dato’ Seri Haji

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Idris bin Jusoh. Saya ingin bertanya, apakah kedudukan cadangan tersebut? Bilakah kerajaan hendak melaksanakan cadangan ini? Kerana, di Maran, kita mempunyai lebih kurang lima atau enam sekolah menengah yang mempunyai Tingkatan 6 dan kita cadang untuk disatukan dan ditetapkan di tempat yang sama supaya kita dapat menyediakan kemudahan yang lebih sistematik dan lebih berdaya saing bagi memberikan semangat kepada anak-anak pelajar kita menghadapi masa depan kehidupan mereka.

Kedua, saya ingin membangkitkan persoalan mengenai tanah yang pernah dicadangkan sebagai tapak pembangunan Kolej Komuniti Kampung Bak Bak di Mukim Luit, Maran. Apakah status tanah tersebut pada hari ini?

Saya difahamkan dulu tanah ini telah pun diberikan kepada syarikat yang terlibat dengan projek kelapa sawit. Jika benar tanah tersebut telah digunakan untuk tanaman kelapa sawit, saya meminta kerajaan menjawab persoalan saya.

Berapakah keluasan tanah, nombor status pemilikan dan siapakah pihak yang diberikan hak untuk mengusahakannya? Berapakah jumlah pendapatan yang telah dijana daripada tanam kelapa sawit di atas tanah tersebut dan sejak mula diusahakan? Ke manakah wang ini disalurkan dan siapakah yang mendapat faedah daripada projek tersebut?

Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, untuk beberapa perkara akhirnya, saya hendak menyebut tentang kedudukan masyarakat orang asli di Pahang. Pahang mempunyai penduduk orang asli kurang lebih 90,000. Sebenarnya ada 82,894, ikut kajian, yang mempunyai 18 suku kaum. Mereka masih ketinggalan. Walaupun mereka mempunyai akta khusus 134, akta ini saya kira, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, perlu diteliti balik supaya saya mahu masyarakat orang asli di seluruh negara ini, yang di Pahang kita mempunyai lebih kurang kampungnya 119 kampung, apakah kita tidak mahu melihat mereka ini juga sebagai rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk membangun, memaju seperti bangsa-bangsa yang lain.

Jadi, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, saya berharap perkara ini diberikan perhatian. Saya tidak mahu di akhir-akhir ini banyak masyarakat orang asli ataupun kampung-kampung orang asli ini dieksploitasi oleh pihak-pihak lain sehingga kampung-kampung yang dahulunya menjadi tempat mereka merayau ataupun bercucuk tanam, akhirnya diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya mereka terpaksa memperjuangkan nasib mereka melalui apa juga cara.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Sebab itu, saya harap supaya kerajaan berikan perhatian serius. Kalau boleh, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, membuat satu-satu tindakan yang drastik yang betul- betul serius bagi memastikan supaya masyarakat orang asli, masyarakat kaum asal ini bukan sahaja mereka boleh maju dan bangun sepertimana kaum Cina, kaum Melayu, kaum India, bahkan mungkin kalau kita lihat orang-orang pendatang asing lebih berjaya daripada mereka. Kerana, saya kira mereka ini telah ditinggalkan.

Sebab itu saya sebagai bekas Pengarah Jabatan Orang Asli Pahang, saya akan pertahankan dan bela nasib mereka. Merek adalah manusia seperti kita dan mereka perlu hidup sepertimana masyarakat-masyarakat yang lain.

Saya harap, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, peruntukan ataupun bajet tahun ini bukan sahaja sekadar bajet tahunan yang perlu disediakan oleh mana-mana kerajaan, tetapi kerajaan perlu melihat apakah ada peningkatan, apakah ada pertambahan atau penambahbaikan yang dilakukan, bukan sahaja kepada rakyat keseluruhannya, tapi kalau boleh tidak ada diskriminasi yang dilakukan kepada mana-mana kaum di negara kita ini.

Terima kasih, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membahaskan Anggaran Belanjawan 2027 pada petang ini. Minta maaf atas segala kekurangan yang saya lakukan. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran membahaskan Belanjawan 2027 selama 15 minit. Izinkan Tuaran mulakan dengan serangkap pantun.

Kinabalu teguh berdiri; Akar mencengkam bumi bertuah, Hak 40 peratus jangan dimungkiri; Tunaikan segera demi maruah. Tuan Yang di-Pertua, jika kita melihat dari udara, Sabah kelihatan begitu kaya. Hutan menghijau, sungai yang panjang, lautan yang luas serta sumber minyak, gas dan hasil bumi yang melimpah. Namun, apabila pesawat mendarat, kita melihat wajah Sabah yang berbeza. Ibu yang masih mengangkat air, murid di sekolah daif, pesakit yang jauh daripada hospital dan keluarga yang menunggu bekalan elektrik stabil.

draft • 6:35 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Inilah dua wajah Sabah Tuan Yang di-Pertua. Kaya dengan sumber, tetapi masih berdepan kemiskinan dan kekurangan kemudahan asas. DOSM melaporkan kadar kemiskinan Sabah pada 2024 tertinggi di Malaysia iaitu 17.7 peratus.

Rakyat Sabah mahukan bekalan air bersih, bekalan elektrik stabil, jalan yang baik, sekolah yang selamat, kemudahan kesihatan yang mencukupi, pekerjaan berpendapatan baik dan pengiktirafan tanah adat. Pendek cerita, Sabah tidak meminta simpati, sebaliknya Sabah menuntut hak Perlembagaan dan pembangunan yang adil.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita Malaysia dibentuk berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan. Rukun Negara pula menuntut kita menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Hak pemberian khas Sabah berasaskan 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperolehi daripada Sabah termaktub melalui Perkara 112C, Perkara 112D dan Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut adalah hak kewangan perlembagaan tahunan yang sudah pun dilaksanakan bermula tahun 1965 hingga 1970, tetapi selepas itu dihentikan sehingga sekarang.

Belanjawan 2027 menyebut pemberian khas interim RM1.5 bilion yang akan dilunaskan sebelum penghujung 2026. Kita menghargainya. Namun, pemberian interim bukan pembayaran muktamad hak 40 peratus dan bukan penyelesaian tunggakan terdahulu. Maka, Tuaran menegaskan Kerajaan Persekutuan sudah memperakui 40 peratus tersebut. Oleh itu, laksanakan hak 40 peratus secara tahunan mulai tahun 2027.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan perlu mendedahkan kepada umum berapa jumlah hasil bersih Persekutuan yang diperoleh daripada Sabah bagi setiap tahun sejak 1971 hingga tahun 2026. Pengiraan mesti mengambil kira kegiatan syarikat yang beroperasi di Sabah, tetapi cukainya direkodkan di Semenanjung ataupun di Sarawak.

Tuaran mencadangkan mekanisme bersama Persekutuan-Sabah yang mempunyai akses kepada data hasil, kaedah pengiraan telus dan jadual pembayaran tahunan. Tuaran juga mencadangkan supaya Ketua Audit Negara membuat auditan terhadap pemberian khas 40 peratus tersebut termasuklah lost years, iaitu pemberian khas dari tahun 1971 hingga tahun 2026. Pembayaran mulai 2027 mesti diasingkan daripada tunggakan terdahulu. Tunggakan pula memerlukan kaedah penyelesaian dan jadual pembayaran yang jelas.

draft • 6:35 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Belanjawan 2027 turut mengumumkan peruntukan RM18.7 bilion untuk Sabah. Tuaran meminta pecahan peruntukan lengkap mengikut kementerian, nama projek serta nyata berapa jumlah perbelanjaan untuk pembangunan serta sebutkan berapa geran dan berapa pinjaman dan nyatakan perbelanjaan mengurus dengan pecahan emolumen dan bukan gaji.

Tuaran juga minta kerajaan menyatakan berapakah peruntukan pembangunan Sabah pada tahun 2026 ataupun tahun lepas dan berapa banyak yang benar-benar telah disalurkan serta dibelanjakan.

draft • 6:35 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Seperkara lagi Tuaran minta Kerajaan Persekutuan ialah hentikan pemikiran bahawa oleh kerana Kerajaan Persekutuan sudah berbelanja sampai RM17 bilion setahun di Sabah, maka hak 40 peratus tidak payah lagi dibayar. Ingat, perbelanjaan RM18.7 bilion itu satu tanggungjawab, manakala pemberian khas 40 peratus tahunan adalah hak Perlembagaan yang mesti dilaksanakan.

Tuaran ingin mengulangi gesaan bahawa Sabah sangat memerlukan hasil yang menjadi haknya untuk menunaikan tanggungjawab melaksanakan komitmen dalam senarai tanggungjawab negeri seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan termasuklah hal tanah, hal pertanian, hal kerajaan tempatan, hal veterinar, hal perhutanan, hal hidupan liar, hal bekalan air, hal pelabuhan dan juga dalam hal senarai bersama seperti biasiswa, kebajikan, perikanan, kebudayaan dan sukan dan makanan.

Tuan Yang di-Pertua, Tuaran mengucapkan terima kasih di atas pengumuman RM3.3 bilion untuk jalan raya Sabah dan Sarawak. RM600 juta bagi bekalan elektrik di Sabah dan hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif di seluruh negara, khususnya Sabah dan Sarawak.

Sehubungan dengan pengumuman tersebut, Tuaran meminta kerajaan supaya menyatakan senarai projek yang akan dilaksanakan, senarai agensi pelaksana dan tarikh dijangka siap. Selain itu, ada juga bebanan Sabah, tetapi menurut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab Malaysia. Sebagai contoh pada tahun 2025, Sabah dianggarkan mempunyai 1.4 juta penduduk bukan warganegara termasuklah pekerja asing, pelarian Filipina, individu tanpa kewarganegaraan dan pendatang tanpa izin.

Imigresen, kawalan sempadan dan kewarganegaraan ialah tanggungjawab Persekutuan. Namun, Sabah menanggung tekanan perbelanjaan tambahan

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

terhadap hospital, sekolah, keselamatan dan utiliti. Sabah berkongsi perbelanjaan tambahan dengan jutaan bukan warganegara yang berada di Sabah.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Tuaran mencadangkan penubuhan dana tanggungjawab demografi Persekutuan berdasarkan data penduduk dan kos perkhidmatan sebenar bersama penyelesaian dokumentasi serta penguatkuasaan status penduduk. Tuaran yakin dan percaya bahawa jika sekiranya Kerajaan Persekutuan terdahulu menjalankan tanggungjawab dengan tata kelola yang baik dan berintegriti masalah, kehadiran jutaan bukan warganegara di Sabah tidak akan wujud pada hari ini.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan dana pengurusan untuk penduduk tersebut. Antara bebanan yang amat berat kini dipikul oleh Kerajaan Sabah ialah pelbagai masalah sosial berbangkit seperti penempatan setinggan, kecurian bekalan air dan kecurian elektrik juga perlu diselesaikan. Memotong sambungan haram sahaja tidak memadai. Kita memerlukan penguatkuasaan, penyelesaian penempatan dan bekalan elektrik dan air yang sah dan selamat.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan permohonan Sabah hanya bermakna jika projek benar-benar siap dan dinikmati rakyat. Prestasi pelaksanaan yang benar— yang pernah kita teliti hanya sekitar 30 peratus.

Tuaran ingin bertanya, adakah kerajaan sudah merumuskan langkah- langkah konkrit untuk memastikan supaya Belanjawan 2027 tidak mengulangi kelemahan yang sama. Tuaran minta jawapan khusus kepada dua soalan.

Pertama, daripada jumlah pembangunan yang diberikan pada Sabah dalam Belanjawan 2026, berapa nilai projek di bawah pelaksanaan JKR Sabah iaitu projek di bawah RM50 juta dan berapa jumlah serta projek yang melebihi RM50 juta daripada jumlah tersebut, berapakah nilai waran peruntukan yang telah diterima dan berapakah perbelanjaan sebenar?

Kedua, daripada 33 ‘projek sakit’ yang dilaporkan di peringkat nasional, berapakah yang terletak di Sabah dan berapakah yang dilaksana atau diselia oleh JKR Sabah dan berapa yang dikendali oleh JKR Federal?

Jawapan ini penting untuk mengenal pasti sama ada kelewatan berpunca dari penyaluran peruntukan, masalah kontraktor, kelemahan pelaksanaan projek ataupun kelemahan penyeliaan projek. Tuaran mencadangkan lima tindakan tegas kerajaan.

Pertama, pastikan tanah, reka bentuk, kelulusan dan...

[Tidak jelas] Tersedia sebelum projek dimulakan.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Kedua, dedahkan kemajuan fizikal, perbelanjaan sebenar, tarikh siap dan setiap lanjutan masa atau pun extension of time (EOT) kepada umum.

Ketiga, setiap projek sakit mesti mempunyai pelan pemulihan dan keputusan tindakan dalam tempoh 90 hari selepas ‘projek jatuh sakit.’ Keempat, EOT kedua akibat kelemahan kontraktor mesti melalui semakan bebas termasuk pertimbangan penamatan kontrak mengikut undang-undang.

Kelima, perkasakan JKR Sabah sebagai agensi teknikal bagi projek Persekutuan bernilai RM50 juta ke bawah.

Kejayaan belanjawan bukan diukur melalui wang diumumkan tetapi projek yang siap berfungsi dan dinikmati oleh rakyat. Oleh itu, Tuaran meminta hentikan budaya projek diumumkan, projek tertangguh dan akhirnya menjadi projek sakit.

Tuan Yang di-Pertua, bagi orang asal Sabah, tanah ialah sejarah, identiti dan masa depan keluarga. Malaysia menyokong deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak orang asal UNDRIP pada 2007. Sekarang prinsip-prinsip tersebut perlu diterjemahkan melalui pengiktirafan Tanah Adat menurut undang- undang negeri.

Dari Januari 2020 hingga Jun 2026, sistem PANTAS di Sabah telah mengukur 25,591 lot tanah anak negeri. Namun sehingga 30 Jun 2026, masih terdapat 28,808 permohonan tanah dalam tindakan. Oleh sebab itu sebagai komitmen Kerajaan Persekutuan melaksanakan UNDRIP dalam dasar kerajaan, maka Tuaran mencadangkan supaya satu misi penyelesaian Tanah Adat Sabah dimulakan.

Misi ini hendaklah menggunakan teknologi digital yang lengkap dengan data permohonan orang asal, data ukur, sistem pemantauan permohonan dan sasaran pengeluaran geran. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan hendaklah meneruskan peruntukan RM75 juta setahun untuk PANTAS dan bukannya menurunkan peruntukan tersebut kepada hanya RM10 juta seperti yang dicadangkan.

Harus diingat bahawa kejayaan bukan jumlah batu tanda ditanam, tetapi jumlah geran yang diterima pemilik yang layak. Batu tanda bukan geran.

Tuan Yang di-Pertua, hak 80 peratus pembangunan infrastruktur mesti akhirnya menghasilkan pekerjaan berkualiti serta pendapatan lebih tinggi. Dalam konteks tersebut, pada 2025, sektor pembuatan hanya menyumbang 7.2 peratus kepada ekonomi Sabah. Kekayaan kelapa sawit, biojisim, hasil laut, kayu-kayan dan mineral belum diterjemahkan secukupnya kepada industri hiliran. Oleh itu Tuaran

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

membawa aspirasi Sabah 30 sebagai satu misi meningkatkan sumbangan sektor pembuatan daripada 7.2 peratus kepada melebihi 30 peratus.

Sehubungan dengan itu, Tuaran mencadangkan dana transformasi pembuatan Sabah untuk industri biojisim, nanocellulose, makanan marin, kayu- kayan serta mineral, dan mesti menghasilkan kilang beroperasi, pekerjaan berkemahiran, pemindahan teknologi dan eksport.

Untuk memperhebatkan misi tersebut, POIC Lahad Datu, KKLP dan taman perindustrian lain memerlukan dana untuk membina infrastruktur serta logistik yang berdaya saing. Dalam konteks tersebut, Sabah memerlukan komitmen dari Kerajaan Persekutuan khususnya daripada MITI, daripada MIDA, daripada MATRADE dan perwakilan Malaysia di luar negara perlu bersama-sama berusaha untuk menarik pelabur ke negeri Sabah. Kementerian Pengajian Tinggi pula perlu memperkasakan TVET demi menyediakan tenaga pekerja yang memenuhi keperluan industri.

Tuan Yang di-Pertua, enam keputusan Belanjawan tahun 2027— sebagai rumusan, Tuaran meminta enam keputusan jelas daripada Belanjawan 2027.

Yang pertama, hak 40 peratus laksanakan mulai tahun hadapan iaitu 2027 dengan pengiraan telus pembayaran tahunan dan penyelesaian tunggakan.

Yang kedua, pastikan projek siap, dedahkan EOT, pulihkan ‘projek sakit’ dan perkasakan JKR Sabah.

Ketiga, tubuhkan dana tanggungjawab demografi Persekutuan untuk Sabah.

Keempat, teruskan misi penyelesaian Tanah Adat Sabah dengan pendanaan sistem PANTAS dan sasaran pengeluaran geran. Pastikan RM75 juta yang selama yang diberikan kepada Sabah itu diteruskan.

Kelima, tubuhkan dana transformasi pembuatan Sabah untuk melaksanakan aspirasi Sabah 30.

Yang keenam, setiap peruntukan mesti diserta projek dan agensi bertanggungjawab, tarikh siap dan laporan kemajuan yang boleh disemak oleh rakyat.

Apa yang tidak diukur sukar dipantau. Apa yang tidak dipantau mudah tertangguh dan apabila projek tertangguh, rakyatlah yang menanggung akibatnya.

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan bukan sekadar angka, ia mengenai keluarga yang mahukan kehidupan lebih baik. Anak yang mahu belajar dan sakit yang memerlukan rawatan.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sabah menuntut hak Perlembagaan ditunaikan. Pembangunan yang adil dilaksanakan dan wang awam beri manfaat nyata kepada rakyat. Biarlah Belanjawan 2027 merapatkan jurang antara kekayaan Sabah dan kehidupan rakyat. Bayarlah pemberian khas 40 peratus. Siapkan projek pembangunan, pastikan air mengalir, lampu menyala, sekolah selamat, klinik berfungsi, pekerjaan diwujudkan dan geran Tanah Adat sampai kepada pemilik yang berhak.

Apabila kekayaan Sabah diterjemahkan, apabila kesejahteraan rakyat, pembangunan benar-benar mengakar di bumi Sabah dan apabila Sabah mengakar kukuh, seluruh Malaysia menggapai langit bersama-sama. Sekian, terima kasih.

Tuaran mohon menyokong.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada Tangga Batu untuk turut membahaskan Belanjawan 2027.

Saya menumpukan perbahasan kepada sektor agrokomoditi, kebajikan pekebun kecil dan keperluan rakyat di kawasan saya.

Belanjawan tahun kedua RMK13 mesti membuktikan bahawa hala tuju pembangunan benar-benar diterjemahkan kepada tindakan. Rakyat mahu melihat pendapatan bertambah, kos pengeluaran yang terkawal dan projek yang dijanjikan dilaksanakan. Perbelanjaan Persekutuan ialah RM459.8 bilion di mana RM376 bilion mengurus dan RM83 bilion diperuntukkan untuk biaya pembangunan.

Berdasarkan pengiraan daripada angka tersebut, pembangunan membentuk sekitar 18 peratus perbelanjaan Persekutuan. Oleh itu setiap ringgit pembangunan mesti menghasilkan manfaat yang boleh diukur. Bantuan tunai membantu rakyat meneruskan kehidupan, sementara pelaburan produktif membolehkan mereka meningkatkan pendapatan.

Dalam sektor perladangan, ada beberapa isu penting yang perlu ditangani oleh kerajaan.

Pertama, hasil sawit yang rendah, jumlah pokok tua yang tinggi, keluasan tanah semakin berkurang, kekurangan tenaga kerja terutamanya tenaga penuai.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Persoalannya jelas, adakah sokongan kerajaan cukup untuk memperbaiki kelemahan yang menjejaskan pengeluaran? Apabila hasil kebun merosot, pendapatan pekebun terjejas, kilang kehilangan bekalan dan keupayaan industri menyumbang kepada negara turut berkurang.

KPK diperuntukkan sebanyak RM818 juta, meningkat sebanyak 0.98 peratus berbanding anggaran asal 2026. Sementara pembangunan pula RM332.34 juta bertambah sebanyak RM72,000 sahaja atas perbandingan yang sama. Justeru itu, KPK menerima peruntukan yang terendah di antara kementerian-kementerian, seolah-olah KPK dan industri agrokomoditi telah dilupakan. Anggaran pembangunan KPK bagi tahun 2026 dipinda turun sekitar RM80.11 juta, bersamaan dengan 24.11 peratus dari anggaran asal.

Tangga Batu ingin tahu, apakah sebab pindaan ini, program mana yang terjejas? Menurut MPOB, eksport keseluruhan produk sawit pada 2025 bernilai RM112.43 bilion. Nilai inilah hasil eksport industri, bukannya kutipan cukai kerajaan.

Namun industri turut menanggung cukai korporat, duti, levi dan ses yang berkaitan.

Saya mendesak kerajaan membentangkan kutipan sebenar mengikut kategori serta pelaburan semula untuk meningkatkan daya saing. Industri yang menyumbang besar mesti diberi sokongan yang mencukupi untuk terus menghasilkan dan kekal kompetitif. Bak kata pepatah Melayu, “Ambil banyak beri sedikit” ataupun industri yang telah dilupakan.

Tuan Yang di-Pertua, dokumen KPK merekodkan hasil tandan buah segar, 17.7 tan sehektar setahun pada 2025 dengan sasaran 17 tan bagi tahun 2026 dan 17.3 tan bagi Belanjawan 2027. Sasaran 2027 lebih rendah sekitar 2.6 peratus daripada pencapaian 2025. OER pula disasarkan pada 19.7 peratus berbanding 19.74 peratus yang dicatatkan pada tahun 2025. Angka 2025 ialah sasaran, bukannya hasil sebenar setahun yang dimuktamadkan tetapi persoalannya dasarnya tetap perlu dijawab.

Apakah rasional kerajaan menetapkan sasaran yang lebih rendah daripada pencapaian sebelum ini? Jika jangkaan cuaca, usia pokok atau kekurangan tenaga kerja menjadi alasan, bentangkan analisanya kemudian nyatakan langkah mengurangkan kesan tersebut. Belanjawan perlu membiayai tindakan pemulihan supaya sasaran produktiviti dapat ditingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, tanam semula memerlukan modal dan keberanian pekebun untuk melalui tempoh tanpa hasil. Bagi keluarga yang bergantung kepada satu kebun, kehilangan pendapatan sementara boleh menjadi penghalang yang lebih

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

besar daripada kos menanam. Belanjawan menyediakan RM100 juta pembiayaan hibrid untuk 4,500 pekebun kecil, separuh perlu dibayar balik. Kemudian berasingan RM200 juta meliputi tanaman semula hingga 40 hektar dengan penangguhan bayaran balik 4 tahun dan faedah ditanggung pekebun pada kadar 4 peratus.

Tangga Batu mencadangkan geran penuh untuk pekebun kecil berpendapatan rendah yang memenuhi syarat disertai bantuan pendapatan sementara. Pemilihan penerima mesti telus dan berdasarkan keadaan kebun serta kemampuan keluarga. Tangga Batu meminta kementerian menyatakan keluasan yang hendak ditanam semula, jumlah penerima mengikut negeri dan tempoh kelulusan permohonan. Bezakan dana yang diumumkan, pembiayaan yang diluluskan dan wang yang benar-benar yang diterima oleh pekebun kecil.

Kita memerlukan inventori terkini pokok tua mengikut syarikat, swasta, pekebun kecil persendirian dan pekebun kecil tersusun, data bertarikh lama tidak boleh terus digunakan seolah-olah menggambarkan keadaan hari ini. Kutipan levi pada tahun 2024 dan 2025 mencecah lebih daripada RM3.6 bilion. Malangnya satu sen pun tidak dikembalikan kepada industri, sebaliknya kutipan levi ini semuanya digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.

Saya jangkakan dengan harga minyak masak sekitar RM4,300 se tan metrik, kutipan levi pada tahun ini mungkin akan melebihi RM2 bilion. Tangga Batu menggesa MOF agar dapat diberikan sebahagiannya kepada KPK bagi tujuan mempercepatkan proses penanaman semula. Program Tanaman Semula perlu memastikan bahan tanaman berkualiti, pemilihan tanah yang baik dan pemantauan selepas penanaman. Kegagalan pada peringkat awal akan memberikan kesan kepada hasil selama bertahun-tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan industri masih kekurangan sekitar 30,000 pekerja. Lebih-lebih lagi bila permit kerja tamat dan perlu penggantian segera. Sekira tidak ditangani diperkirakan kehilangan hasil sebanyak 1 hingga 2 metrik tan setahun sehektar dan akan menyebabkan hasil negara berkurang sebanyak RM6 hingga RM7 bilion. Tangga Batu meminta KESUMA, KDN dan KPK meninjau semula keperluan ini dan mempermudahkan urusan pengambilan baru dan penggantian.

Khidmat agronomi pula mesti sampai ke kebun. Pegawai MPOB, Pegawai TUNAS MPOB dan pasukan teknikal memerlukan masa serta sumber untuk didiagnosis memberi cadangan dan menilai hasil. Tugas agronomi ialah menentukan pembajaan mengikut keperluan tanaman dan tanah, mengurus saliran serta

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

kelembapan, mengenal pasti masalah penyakit dan memastikan amalan penuaian dan menyokong hasil.

Saya minta nisbah pegawai kepada pekebun kecil, jadual lawatan dan perubahan produktiviti— apakah mencukupi? Apakah pegawai ini mencukupi? Saya bimbang isu yang sama juga dihadapi di sektor lain seperti koko, lada dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran getah asli pada Julai 2026 sebanyak 26,000 tan turun 25.3 peratus berbanding Julai 2025. Pekebun kecil menyumbang 87.6 peratus pengeluaran bulanan tersebut.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Angka bulanan ini bukan menggambarkan keseluruhan tahun. Namun, ia memberikan alasan kukuh untuk kerajaan menjelaskan tekanan terhadap pengeluaran dan langkah pemulihannya. Kenaikan IPG daripada RM3 kepada RM3.30 sekilogram diumumkan pada Belanjawan 2027. Tangga Batu mengharapkan ini usaha melindungi pekebun.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Paras pengaktifan tidak bermaksud semua jualan getah menerima tambahan 30 sen secara automatik. Saya mencadangkan pelan pemulihan kebun terbiar yang menghubungkan pemilik dengan penoreh, menjamin aturan perkongsian hasil yang adil dan menyediakan sokongan teknikal. Bagi penyakit gugur daun pestalotiopsis serta perosak tanaman, bantuan perlu digerakkan ketika tanda awal dikesan.

Pekebun memerlukan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai.

Tuan Yang di-Pertua, kebergantungan makanan ternakan kepada bahan import mendedahkan penternak kepada perubahan harga, kadar pertukaran dan kos pengangkutan. Industri sawit menawarkan bahan tempatan yang boleh dimanfaatkan dengan harga yang lebih murah. MPOB merekodkan eksport palm kernel cake sebanyak RM2.3— RM2.43 juta tan pada tahun 2025. Tangga Batu meminta KPK dan KPKM membangunkan program penggunaan PKE dan PKM mengikut kesesuaian ternakan.

Formulasi perlu mengambil kira kandungan serat, tenaga, protein serta keboleh cernaan. PKE dan PKM mempunyai potensi tetapi tidak boleh dianggap pengganti kepada jagung dan hampas soya bagi memenuhi ternakan— keperluan industri makanan ternakan.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu mahu kerajaan memberikan perhatian khusus kepada biochar dan carbon dioxide removal (CDR) sebagai peluang baru dalam industri sawit negara. Industri sawit mempunyai sumber biomass seperti tandan kosong dan tempurung. Dengan teknologi pirolisis ataupun gasification iaitu pemanasan dalam keadaan oksigen terhad, bahan ini boleh diproses menjadi biochar yang menyimpan sebahagian karbon dalam bentuk yang lebih stabil.

Karbon tersebut berasal daripada carbon dioxide yang diserap tanaman ketika membesar. Apabila disimpan secara berkekalan melalui biochar, ia berpotensi menyumbang kepada penyingkiran karbon daripada atmosfera. Dan harga CDR hari ini sekitar USD100 hingga USD150 berbanding dengan karbon kategori lain sekitar USD8 hingga USD10.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengulangi keperluan sekolah rendah baharu di Bertam Hulu di dalam Parlimen Tangga Baru. Kementerian Pendidikan perlu menyatakan status tapak dan jadual pelaksanaan supaya pembangunan perumahan disertai kemudahan pendidikan yang mencukupi.

Penduduk Taman Kerubong Jaya, Bukit Rambai, Paya Lubok dan Seberang Gajah memerlukan penyelesaian banjir. Saya meminta pelan saliran yang menyeluruh, termasuk pembetung, penyelenggaraan dan koordinasi agensi. Banjir berulang merosakkan harta dan perabot rumah serta menjejaskan sawah dan kebun sayur.

Bantuan selepas kejadian perlu disertai tindakan mengurangkan risiko.

Menteri mesti menyatakan projek yang diluluskan dan tarikh kerja dimulakan.

Segerakan Klinik Kesihatan Bukit Rambai dan jelaskan status tanah Klinik Kesihatan Sungai Udang. Tangga Batu turut memohon beberapa ambulans baharu untuk Klinik Kesihatan Sungai Udang, Bukit Rambai dan Tanjong Keling bersama petugas yang mencukupi.

Isu keselamatan juga tidak kurang pentingnya. Tangga Batu pernah membangkitkan isu keperluan memperkasakan anggota serta balai polis baharu untuk Tanjong Minyak yang dengan bertambahnya jumlah penduduk di DUN Paya Rumput seramai 90,000 orang.

Bagi nelayan, jumlah pemegang lesen sampan khas diumumkan meningkat daripada 17,000 kepada 20,000. Tangga Batu meminta permohonan nelayan Klebang dapat dipertimbangkan dan kawasan berkaitan diberi keputusan yang jelas.

Nelayan memerlukan kepastian untuk merancang kehidupan.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Veteran tentera pula berhak mendapat penyelesaian adil terhadap pelarasan pencen. Tangga Batu menyokong usul yang dibawa oleh Ketereh. Tangga Batu ingin penjelasan tentang kemajuan kerja baik pulih bekalan air di Kem Terendak. Bilakah akan disiapkan dan berapakah jumlah biayanya. Begitu juga dengan rumah keluarga angkatan tentera di Desa Tun Razak dan Desa Taming Sari turut diperhatikan.

Sebagaimana wira sukan negara, Tangga Batu turut meminta penilaian cadangan elaun tetap penerima Pingat Jasa Malaysia dan pengukuhan akses rawatan veteran.

Sebagai penutup, Tangga Batu mahu belanjawan ini meningkatkan kemampuan rakyat menjana pendapatan, pekebun memerlukan kebun produktif, penoreh memerlukan pulangan yang berbaloi dan nelayan memerlukan urusan yang memberikan kepastian. Keringat rakyat menjadi sumber kekuatan ekonomi negara.

Tanggungjawab kerajaan ialah memastikan usaha mereka di dukung oleh dasar yang berkesan dan pentadbiran yang berintegriti. Sekian, terima kasih.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.

draft • 7:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Belanjawan 2027 memperuntukkan sekitar RM461.84 bilion, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. Angka besar tidak bermakna jika rakyat masih bergelut membeli makanan, mendapatkan rawatan dan melindungi simpanan mereka. Saya ingin membangkitkan tujuh perkara. Setiap Menteri perlu menjawab dengan sasaran, tempoh pelaksanaan dan hasil yang boleh diperiksa, bukan sekadar mengumumkan peruntukan baru.

Pertama, pastikan makanan mampu dibeli. Sasaran sara diri pula turun daripada 59.9 peratus pada tahun ini kepada 54 peratus pada tahun depan. Sasaran hasil padi sehektar turut turun daripada 3.79 kepada 3.70 tan matrik. Ini perbandingan sasaran, bukan bukti pengeluaran sebenar telah merosot, tetapi mengapa kerajaan merendahkan sasaran ketika keselamatan makanan patut diperkukuh?

Baiki pengairan, bekalkan benih berkualiti dan salurkan bantuan sebelum musim menanam. Kurangkan orang tengah supaya pesawah dapat pendapatan adil dan pengguna menikmati harga berpatutan. Kerajaan perlu menjelaskan berapa banyak kawasan sawah masih menghadapi masalah air dan bila pembaikan akan disiapkan.

draft • 7:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kedua, jangan abaikan masyarakat minoriti yang miskin. Di banyak negara, undang-undang atau dasar khas membantu kumpulan minoriti dan masyarakat yang ketinggalan mendapatkan pekerjaan, tempat di universiti dan peluang ekonomi, tetapi di Malaysia, keadaannya seolah-olah terbalik. Bagaimana nasib keluarga India, Cina dan kaum minoriti lain yang miskin?

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar kemiskinan relatif pada tahun 2024 ialah 9.5 peratus dalam kalangan masyarakat Cina dan 9.9 peratus masyarakat India.

Angka ini menunjukkan kemiskinan bukan masalah satu kaum sahaja. Keluarga miskin di bandar berdepan sewa murah tinggi sedangkan anak mereka juga memerlukan peluang pendidikan untuk mengubah nasib.

Saya tidak meminta hak bumiputera dikurangkan. Saya cuma bertanya, mengapa keluarga minoriti berpendapatan rendah masih menghadapi kesukaran mendapatkan biasiswa, latihan dan peluang perniagaan? Kerajaan memang mempunyai skim bantuan yang terbuka kepada pelbagai kaum, tetapi berapa ramai keluarga miskin benar-benar menerimanya?

Terbitkan pecahan penerima mengikut pendapatan dan kaum tanpa mendedahkan identiti individu. Perluaskan biasiswa berdasarkan keperluan dan sediakan saluran rayuan yang telus. Jangan anggap semua orang Cina kaya atau semua orang India mampu hidup tanpa bantuan. Kemiskinan tidak memilih bangsa.

Ketiga, perangi sindiket penipuan dan pulangkan wang mangsa. Ucapan belanjawan menyebut lebih 5.7 bilion panggilan dan SMS berunsur penipuan telah disekat tetapi berapa banyak wang sudah dipulangkan kepada mangsa? Buku anggaran menetapkan sasaran penyelesaian Kertas Siasatan jenayah dalam talian hanya 20 peratus pada tahun 2027. Mengapa begitu rendah?

Menteri mesti menjelaskan bagaimana angka ini dikira. Kertas Siasatan selesai bukan bermakna dalang didakwa atau wang mangsa dikembalikan. Berapa cepat wang penipuan dibekukan, berapa ramai dalang didakwa dan berapa banyak wang dipulangkan. Laporkan pencapaian setiap tiga bulan, tambah penyiasat kewangan, kuatkan kerjasama bank dengan polis dan sediakan saluran mudah untuk mangsa menyemak kes.

Saya juga bimbang dengan dakwaan sindiket penipuan (scammers) dari China yang melarikan diri dari Kemboja dan negara lain, kini cuba menjadikan Malaysia pusat operasi baharu.

draft • 7:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Mereka dikatakan menggunakan kondominium mewah dan banglo dalam kawasan berpagar, khususnya di Kuala Lumpur. PDRM dan Jabatan Imigresen mesti segera menyiasat dakwaan ini. Siasat pihak yang mengurus kemasukan mereka, menyewakan premis serta melindungi aktiviti jenayah berkenaan. Pejabat Wakil Rakyat tempatan boleh dilibatkan sebagai pemerhati dalam operasi serbuan yang sesuai tanpa menjejaskan kerahsiaan siasatan untuk meningkatkan ketelusan dan mengurangkan risiko rasuah. Jangan biarkan Malaysia menjadi sarang baharu sindiket penipuan antarabangsa.

Keempat, hentikan salah guna kuasa oleh segelintir anggota polis. Terdapat dakwaan segelintir anggota polis merampas telefon, menyelongkar bahan peribadi dan memeras ugut orang awam dan warga asing yang tidak membawa pasport.

Lebih membimbangkan terdapat dakwaan perbuatan ini berlaku setiap hari di seluruh negara.

PDRM mesti menjawabnya secara terbuka berapa banyak aduan diterima, berapa ramai anggota disiasat, didakwa atau dibuang kerja. Kuasa memeriksa telefon dan pasport bukan lesen untuk mengugut atau mengambil wang. Hentikan pemeriksaan telefon tanpa waran secara sewenang-wenangnya. Sebarang pengecualian mesti mempunyai asas undang-undang yang jelas.

Pada Oktober tahun 2023, Menteri Dalam Negeri menjawab soalan Parlimen saya bahawa PDRM dijangka menggunakan kamera badan— body cam dengan izin, sepenuhnya pada suku pertama tahun 2025. Sekarang sudah suku keempat tahun 2026, apa sudah jadi dengan janji itu? Adakah terdapat anggota polis yang enggan memakai kamera badan atau sengaja mematikannya ketika bertugas. Jika ada, mengapa tindakan tegas tidak diambil?

Nyatakan tarikh penggunaan kamera badan secara menyeluruh dan wajibkan semakan rakaman apabila ada aduan.

Kerajaan juga mesti menerangkan cara rakaman disimpan, siapa boleh mengaksesnya dan hukuman bagi anggota yang memadam bukti. Sediakan saluran aduan yang selamat dan bebas, khususnya bagi warga asing yang takut membuat laporan polis. Lindungi identiti mereka. Jika anggota polis sendiri bertindak seperti penyamun, kepada siapa rakyat hendak meminta perlindungan. Polis yang jujur tidak patut takut kepada kamera badan. Rakyat diminta menghormati polis, tetapi polis juga mesti membuktikan mereka layak dihormati.

draft • 7:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kelima, jangan biarkan kos rawatan menghabiskan simpanan rakyat. Pelan MediAsas menawarkan subsidi premium RM200 bagi pekerja syarikat yang layak tetapi hanya untuk tahun pertama. Bagi syarikat yang mempunyai kurang daripada 75 pekerja, subsidi terhad kepada 50 orang. Jika syarikat mempunyai 74 pekerja, siapa menentukan 50 penerima? Bagaimana nasib 24 pekerja lain? Siapa menanggung premium selepas tahun pertama? Menggunakan Akaun Sejahtera KWSP untuk membayar premium tetap bermakna wang persaraan pekerja digunakan.

Kerajaan mesti menyediakan bantuan mengikut kemampuan keluarga dan memastikan perlindungan tidak terputus apabila seseorang kehilangan pekerjaan.

Singapura memberikan subsidi premium MediShield Life secara berterusan kepada warganegara yang layak. Mengapa bantuan kita hanya untuk tahun pertama?

Di hospital awam, sasaran nisbah jururawat berubah daripada seorang bagi 237 penduduk (1:237) pada tahun ini kepada seorang bagi 265 penduduk (1:256) pada tahun depan. Ini perubahan sasaran, bukan bukti jururawat dipotong, tetapi mengapa sasaran tahun depan lebih buruk berbanding tahun ini? Adakah kerajaan akan menambah jururawat atau membiarkan kekurangan petugas berterusan?

Sasaran ambulans tiba dalam 15 minit bagi kes kecemasan paling kritikal pula hanya 50 peratus. Mengapa sasaran begitu rendah sedangkan nyawa pesakit mungkin bergantung pada beberapa minit. Bentangkan rancangan mengambil dan menempatkan petugas serta sasaran mengurangkan masa menunggu rawatan dan tindak balas ambulans.

Keenam, projek kerajaan mesti siap mengikut jadual dan berkualiti. Sasaran Kementerian Kerja Raya bagi projek infrastruktur dan bangunan yang siap mengikut tarikh asal cuma 35 peratus pada tahun depan. Mengapa kerajaan menerima sasaran serendah ini, 35 peratus? Paparkan projek mana yang tidak siap mengikut tarikh asal. Paparkan juga kos, nama kontraktor, tarikh siap dan kemajuan projek untuk semakan awam.

Setiap lanjutan masa perlu diberikan alasan. Kenakan penalti apabila kelewatan berpunca daripada kontraktor. Lantikan terus sehingga RM200,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan kerajaan pula memerlukan pemantauan. Umumkan sebab pemilihan, pemilik sebenar syarikat, perbandingan harga dan rekod kerja, audit projek yang sengaja dipecahkan untuk mengelakkan persaingan. Utamakan sekolah daif, bekalan air, jalan selamat dan tebatan banjir termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak. Jangan sampai wang dibayar, tetapi kerja tidak siap.

draft • 7:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ketujuh, jaga wang negara tanpa memotong keperluan asas rakyat. Dalam anggaran asas tinjauan fiskal sebelum langkah Belanjawan 2027, baki hasil selepas perbelanjaan mengurus hanya RM3.98 bilion. Kekurangan kutipan satu peratus boleh menghabiskan hampir seluruh baki itu jika kerajaan tidak berubah. Ini belum ditolak perbelanjaan pembangunan. Sekitar RM61.01 bilion diperlukan untuk membayar faedah dan keuntungan atas hutang. Daripada setiap RM100 hasil kerajaan, kira-kira RM16 digunakan untuk bayaran tersebut.

Hutang pokok masih perlu dibayar secara berasingan. Jika kerajaan gagal mengutip hasil sebanyak yang dijangkakan, dari mana wang tambahan akan diperoleh? Adakah bantuan rakyat, bekalan ubat dan pembaikan sekolah akan dikurangkan? Menteri mesti menjelaskan rancangan menghadapi keadaan ini lebih awal.

Kutipan SST dalam anggaran asas dijangka meningkat 9.5 peratus kepada RM73.34 bilion, tetapi berapa banyak hasil kerajaan dilepaskan melalui pengecualian dan insentif cukai? Mengapa kerajaan terus memberikan insentif cukai tanpa menjelaskan manfaatnya? Berapa banyak pekerjaan bergaji baik telah diwujudkan? Tarik balik insentif daripada syarikat yang gagal memenuhi syarat- syarat. Semak program bertindih, utamakan tender terbuka dan hentikan perbelanjaan tidak berkesan. Gunakan ruang yang [Tidak jelas] Untuk keperluan asas rakyat.

Puan Yang di-Pertua, rakyat mahu makanan yang mampu dibeli, bantuan tanpa mengira kaum, simpanan yang selamat, polis berintegriti, rawatan cepat dan projek kerajaan yang siap. Mereka mahu jawapan dan hasil, bukan sekadar pengumuman. Jangan hanya besarkan angka belanjawan, ringankan beban hidup rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Parit.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat petang.

Terlebih dahulu Puan Yang di-Pertua benarkan saya memulakan ucapan perbahasan ini dengan peringatan Allah SWT dalam Surah An-Nisa’, ayat 58 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak

draft • 7:18 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan hukuman yang seadil-adilnya.” Peringatan al-Quran ini jelas menjadi tiang pendorong utama bahawa perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan yang mulia ini bukan sekadar wahana pembukaan angka dan statistik mikro ekonomi, melainkan satu pertanggungjawaban, amanah, tadbir urus nasional. Setiap peruntukan dan polisi yang digubal mesti memberi keadilan yang saksama buat seluruh lapisan masyarakat, khususnya golongan yang berada di peringkat akar umbi.

Saya menzahirkan penghargaan kepada Dato' Yang di-Pertua atas peluang untuk berdiri mewakili seluruh rakyat Parlimen Parit dalam sesi perbahasan ini.

Sebagai jurucakap rakyat, saya mengemukakan huraian permasalahan dan saya juga mengemukakan cadangan penyelesaian konkrit bagi permasalahan tersebut.

draft • 7:18 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Berkaitan dengan gambaran tentang Belanjawan 2027, saya berpendapat bahawa Belanjawan 2027 mengutamakan perbelanjaan dan penggunaan semasa tanpa melaksanakan reformasi struktur yang ketara. Daripada jumlah perbelanjaan sebenar Kerajaan Persekutuan sebanyak RM460 bilion, 76 peratus daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak RM376 bilion telah terikat kepada komitmen mandatori seperti gaji awam, pencen, khidmat hutang dan subsidi iaitu perbelanjaan mengurus.

Keadaan ini menyebabkan perbelanjaan mengurus mengambil 99 sen daripada setiap ringgit hasil, kerana hasil yang diperoleh hanyalah RM380.8 bilion sahaja yang hanya menyisakan satu sen sahaja untuk pembangunan. Kos pembangunan ialah RM83 bilion. Jurang pembiayaan sebanyak RM79 bilion ditampung dengan melakukan lagi hutang yang baru yang meningkatkan hutang Persekutuan mencecah RM1.477 trilion.

Di samping itu, belanjawan ini memperlihatkan ketidakcekapan dalam agihan sumber dan perbelanjaan pembangunan. Subsidi bahan api pukal sebanyak RM40 bilion setahun terus memperuntukkan anggaran 42 peratus kepada golongan T20 berbanding hanya empat peratus kepada B40. Kalau RM100, hanya RM4 untuk B40 berbanding RM42 untuk T20 bila subsidi bahan api ini diberikan secara pukal.

Peruntukan pembangunan pendidikan pula merosot RM80 juta, sementara peruntukan Jabatan Perdana Menteri meningkat RM900 juta. Untuk apa peningkatan yang begitu ketara? Adakah nak bagi peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang? Kalau nak bagi peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang,

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

cuma RM250 juta saja. Jadi, peningkatan yang ketara— bajet bagi Perdana Menteri sebanyak RM900 juta ini saya persoalkan.

Walaupun kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) melonjak kepada RM73.3 bilion, struktur percukaian kekal, tidak disentuh, sekali gus gagal memenuhi kriteria reformasi dan pelaburan masa hadapan di bawah ujian Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pengangguran belia dan kualiti pekerjaan, angka 3.0 peratus adalah angka yang menipu realiti. Walaupun kadar pengangguran keseluruhan dilaporkan stabil pada paras tiga peratus dengan 520,300 penganggur, struktur pasaran buruh negara masih berhadapan cabaran kualitatif. Kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal berada pada 10 peratus, manakala julat belia 15 hingga 30 tahun merekodkan 6.4 peratus.

Statistik ini mengesahkan bahawa sebahagian besar lepasan sekolah dan graduan masih sukar memperoleh pekerjaan pertama yang stabil.

Isu utama yang membelenggu tenaga kerja muda bukan sekadar penawaran peluang kerja, tetapi kualiti pekerjaan itu sendiri. Fenomena gaji permulaan yang stagnant, ketidakpadanan kemahiran, under employment serta kebergantungan kepada sektor ekonomi gig tanpa perlindungan sosial menyebabkan ramai belia bekerja dalam keadaan tidak mampu menampung kos hidup yang minimum. Di daerah luar bandar seperti kawasan saya di Parit, ketiadaan peluang pekerjaan kolar putih mengakibatkan aliran keluar bakat-bakat belia secara berterusan keluar daripada kawasan Parit.

Penyelesaian kepada krisis ini memerlukan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif

(PWS) yang berenjin mandatori menerusi insentif padanan kerajaan kepada syarikat tempatan. Pada masa yang sama, penguatkuasaan levi bertingkat— multi-tier levy yang lebih ketat terhadap pengambilan pekerja asing tidak berkemahiran perlu dilaksanakan di mana hasil kutipan levi nanti bolehlah disalurkan secara khusus ke dalam tabung automasi dan penggajian belia tempatan.

Berkaitan dengan sektor kesihatan, krisis hospital yang tidak mempunyai cukup tangan. Sektor perkhidmatan kesihatan awam berhadapan cabaran kecekapan operasi apabila kekurangan tenaga kerja sokongan. Unjuran menunjukkan kadar kekosongan jawatan jururawat di hospital awam berada pada julat 15 hingga 18 peratus pada tahun 2026.

Kelesuan ini menyebabkan nisbah kawalan jururawat kepada pesakit di wad- wad awam melebihi paras piawai, sekali gus menjejaskan kualiti perawatan dan

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

meningkatkan kelesuan kerja di kalangan petugas kesihatan. Meskipun langkah penyerapan 4,500 pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap disambut baik, isu ketidakseimbangan agihan tenaga pakar perubatan dan jururawat antara hospital zon bandar dan daerah luar bandar masih belum diatasi. Pesakit di kawasan luar bandar seperti kawasan saya di Parit terpaksa melakukan perjalanan jauh ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Hospital Manjung atau Hospital Batu Gajah akibat daripada tidak cukup tenaga pakar di Hospital Seri Iskandar.

Justeru, di kesempatan ini, saya menyeru supaya kementerian mengusahakan tambahan bagi perkhidmatan pakar di Hospital Seri Iskandar bagi memudahkan rakyat saya tidak perlu lagi bergerak jauh ke hospital-hospital lain.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kedaulatan makanan. Bekalan cukup, tapi harga tidak mampu milik. Keterjaminan makanan negara berdepan dilema ketercapaian harga. Walaupun paras bekalan bahan makanan tempatan dilaporkan mencukupi, kenaikan harga barangan makanan import kekal tinggi berikutan gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan geopolitik antarabangsa.

Kedaulatan makanan berasaskan prinsip bahawa bahan makanan asas bukan sahaja tersedia di pasaran, tetapi hendaklah mampu dibeli oleh segenap lapisan masyarakat. Kebergantungan yang tinggi kepada import produk agromakanan mendedahkan ekonomi tempatan kepada risiko kejutan harga luaran.

Pada masa yang sama, pengeluar dan petani tempatan sering berhadapan dengan ketidakstabilan harga pulangan akibat tekanan orang tengah dan persaingan barangan import.

Berkaitan dengan perumahan yang menjadi impian kepada pemilik-pemilik atau mereka yang belum memiliki rumah. Sektor perumahan negara mencatat nisbah kadar kemampuan pemilikan rumah kebangsaan pada paras 4.39 iaitu kategori sangat tidak mampu milik mengikut penanda aras antarabangsa.

Berdasarkan trend pasaran, kadar purata harga median rumah meningkat sekitar 6.9 peratus setahun. Manakala kadar pertumbuhan pendapatan median isi rumah hanyalah mencecah 2.6 peratus. Jurang ini menyebabkan kadar harga kediaman purata RM300 ribu memerlukan ambang pendapatan bulanan serendah RM3,500 hingga RM4,000 di mana paras ini sukar dicapai oleh golongan belia yang baru memasuki pasaran kerja.

Lihat sahajalah anak-anak kita, anak-anak saudara kita yang baru kerja, mereka tidak mampu nak beli rumah. Penawaran unit kediaman oleh pemaju swasta masih cenderung kepada julat harga melebihi RM350 ribu hingga RM1 juta. Ini bukan

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

rumah mampu milik, ini mimpi milik. Ia tidak sepadan dengan kemampuan pendapatan masyarakat setempat. Manakala program sewa untuk milik— rent to own masih terhad skop pelaksanaannya.

Menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan perlu menetapkan kuota mandatori 40 peratus bagi pembinaan unit rumah mampu milik berharga bawah RM200 ribu dalam setiap kelulusan projek perumahan swasta.

Selain itu, Skim Perumahan Sewa Untuk Milik dan Skim Jaminan Pembiayaan Perumahan (SJKP) perlu diperluaskan skopnya ke kawasan daerah pinggiran dan di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan masalah sawah padi. Bersama-sama saya ini ada resit bil belian padi oleh Saudara Mohd. Nasir bin Kamaruddin, pesawah di tempat saya, Batu 13 Bota Kiri. Di mana, hasil dia mendapat 7,600 kilo, tetapi potongan yang dikenakan ialah 72 peratus iaitu 5,472 dipotong. Hanya yang dikira ialah 2,128 kilo. Sepatutnya Encik Mohd. Nasir ini dapat RM11,400, tapi dia hanya mendapat RM3,192.

Dulu saya dah bawa dah satu bil belian padi 65 peratus potongan.

Malangnya, terdapat potongan yang lebih teruk lagi iaitu 72 peratus potongan pemutuan ini. Jadi, minta kementerian, Menteri ambil perhatian perkara ini. Turunlah, lihatlah pesawah-pesawah kita, nasib mereka. Hutang yang bertimpa-timpa. Penat lelah mereka haruslah kita kenang jasa mereka.

Saya telah pun membuat sesi libat urus kepada beberapa pihak yang berkenaan menyatakan bahawa antara puncanya ialah pengairan. Punca utamanya ialah pengairan. Jadi, minta ambil perhatian perkara ini.

Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri telah pun menyebut tentang pengezonan jelapang padi bagi Parit ini pada pembentangan bajet yang pertama.

Sekarang dah bajet kelima.

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Disebut tentang pengezonan ini malangnya masih— malangnya masih lagi tidak dilaksanakan sehinggalah ke hari ini, menyebabkan nasib pesawah ini menjadi lebih teruk. Dah ada yang dua musim padi tidak menanam padi, dua musim, mereka menyatakan kepada saya, YB kalau tiga musim, tiga musim kami tak tanam padi habislah kami, matilah kami. Puan Yang di-Pertua, saya mohon supaya pengezonan jelapang padi disegerakan di kawasan saya.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu pembinaan Masjid Masjid Al-Ghofraniah, Titi Gantung, ini juga satu lagi masalah.

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Timbalan Menteri ada di depan saya ini, saya telah mengutarakan masalah ini berkali-kali. Masyarakat Titi Gantung, Timbalan Menteri bertanya kepada saya, betul ke kerajaan hari ini, Kerajaan MADANI...

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul.

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Kalau Kerajaan MADANI, kenapa tak bagi 10 sen pun kepada Masjid Masjid Al-Ghofraniah, Titi Gantung ini?

draft • 7:30 PM

Seorang Ahli

Kena mohon.

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Kita dah mohon, saya dah berucap di Parlimen berkali-kali dan membawakannya kepada Kamar Khas. Menteri menjawab suruh AJK Masjid kumpul dulu, AJK masjid telah pun mengumpul, lebih daripada RM2 juta telah berjaya dikumpul, tapi kos yang diperlukan ialah hampir RM7 juta, masih tidak mencukupi. Saya mohon Timbalan Menteri, Menteri, Perdana Menteri saya merayu, supaya ambil perhatian, kalau benar kerajaan ini adalah Kerajaan MADANI.

Kalau tak mampu RM6 juta, bagilah RM600,000 ke berapakah, tunjukkan keprihatinan bahawa kerajaan ini benar-benar Kerajaan MADANI, kerajaan yang mengambil kira-kira, mengambil berat soal agama, soal kebajikan rakyat dan masyarakat seluruhnya.

Mengakhiri perbahasan saya, saya ingin mengungkap pesanan dan ajaran Sarjana Sains Sosial dan Sosiologi Islam, Ibnu Khaldun menerusi karya agung Kitab Al-Muqaddimah yang menyatakan bahawa, sesebuah kerajaan dan peradaban itu tidak runtuh disebabkan oleh kekurangan kekayaan, tetapi ia runtuh apabila keadilan ditarik balik, kezaliman berleluasa dan kebajikan rakyat yang berada di bawah tidak lagi diutamakan.

Belanjawan 2027 mesti meletakkan keutamaan kepada penyelesaian isu sebenar rakyat Parit dan seluruh negara menerusi perancangan yang berkesan.

Pembelaan terhadap kos sara hidup, kebajikan pesawah, penawaran perumahan, perkhidmatan kesihatan dan peluang belia memerlukan langkah pelaksanaan yang nyata. Semoga pandangan dan cadangan dikemukakan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan.

Saya ingin menutup perbahasan saya dengan tiga rangkap pantun.

Panah pendekar terlepas sasar; Jatuh menyimpang ke Pekan Rasah, Ukuran bajet bukan sebab besar, Tapi untuk bela rakyat yang susah.

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

*Anak kecil baru bersunat; Berpaut dipohon kerana gayat, Amanah rakyat jangan dikhianat; Nanti mati dihina masyarakat.

Anak si miskin anak si kaya; Bermain bola di tepi longkang, Kami tak kisah ini ‘belanjawan pilihan raya’; Sudah-sudahlah menzalimi pembangkang.* Sekian, terima kasih.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 7:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2027.

Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Kementerian Kewangan atas pembentangan Belanjawan MADANI 2027 yang mengambil kira keperluan ekonomi negara serta kebajikan rakyat.

[Tepuk] Tema “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” mengikatkan kita bahawa cita-cita besar negara mesti disertai pembangunan yang benar-benar meningkatkan kehidupan rakyat. Saya turut merakamkan penghargaan atas peningkatan peruntukan kepada Sabah sebanyak RM18.7 bilion bagi tahun 2027 berbanding RM17.6 bilion pada tahun 2026, serta komitmen kerajaan untuk meneruskan rundingan berhubung pemberian khas Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

Namun kejayaan belanjawan bukan sekadar pada jumlah peruntukan, tetapi pada hasil yang dapat dinikmati rakyat. Sehubungan itu, izinkan saya membangkitkan beberapa keutamaan pembangunan di Parlimen Beaufort.

Yang pertama, menangani banjir dan mempercepat perancangan tebatan banjir Sungai Padas. Puan Yang di-Pertua, banjir di Beaufort bukanlah masalah bermusim yang boleh ditangani melalui bantuan selepas bencana semata-mata, air saliran Sungai Padas dari kawasan hulu termasuk Tenom dan juga Keningau serta

draft • 7:33 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

keadaan tanah rendah dan sistem saliran yang terhad meningkatkan risiko banjir kepada penduduk.

Kajian pelan pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu atau IRBM Sungai Padas yang disiapkan pada tahun 2018 telah menggariskan 24 strategi dan 67 program tindakan bagi tempoh 10 tahun dengan anggaran kos RM2.1 bilion termasuk pembinaan ban sungai dan tembok penahan banjir.

Saya mengambil maklum bahawa pada tahun 2025, kemajuan fizikal projek rancangan tebatan banjir Sungai Padas dilaporkan mencapai 51.4 peratus selepas bermula pada November 2024. Dengan manfaat yang dijangka melibatkan lebih 2,000 penduduk dan kawasan seluas 1,000 hektar.

Justeru, saya mohon agar peruntukan mencukupi disediakan untuk memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual di samping menyelaraskannya dengan sistem saliran bandar, parit kampung dan langkah perlindungan di kawasan yang berisiko. Saya juga minta kementerian menjelaskan kemajuan terkini, baki kos, tarikh siap dan langkah tambahan bagi kawasan yang masih terdedah kepada banjir.

Yang kedua, menjamin bekalan air bersih yang konsisten. Puan Yang di- Pertua, walaupun pelbagai usaha naik taraf infrastruktur air sedang dilaksanakan, namun penduduk Beaufort dan Kuala Penyu masih berdepan gangguan bekalan yang menjejaskan kehidupan seharian, peniagaan dan juga kemudahan awam.

Berdasarkan jawapan kementerian di Dewan Rakyat pada 6 November 2025, projek menaik taraf Muka Sauk Loji Rawatan Air Beaufort II bernilai RM29.93 juta bermula 4 Ogos 2025 dan dijangka siap pada tahun 2027. Sementara itu, projek penggantian generator di Muka Sauk dan Loji Rawatan Air Beaufort I dianggarkan bernilai RM2 juta dengan pelaksanaan dijadualkan bermula pada penghujung Disember 2025 selama 18 bulan.

Begitu juga dengan projek bekalan air luar bandar Kuala Penyu yang telah diberikan SST kepada kontraktor pada tahun 2025. Saya minta kementerian memperincikan kemajuan terkini ketiga-tiga projek, tarikh siap, jumlah isi rumah yang bakal menerima manfaat.

Puan Yang di-Pertua, penduduk terpaksa menghadapi catuan air sehingga lebih seminggu. Ada yang membeli 400 gelen air pada harga RM150.00 dan pembelian berulang boleh membebankan isi rumah sehingga melebihi RM1,000 dalam sebulan.

draft • 7:33 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Oleh itu saya memohon Kerjaan Persekutuan dan kerjaan negeri mempertimbangkan bantuan sementara melalui penghantaran air bersih kepada kampung, kawasan perumahan dan peniaga yang terjejas. Bagi rakyat, kejayaan projek air bukan sekadar apabila loji siap dibina, tetapi apabila bekalan bersih dapat disalurkan secara konsisten ke rumah, sekolah, klinik dan juga premis perniagaan.

Yang ketiga, memastikan kemajuan Projek Pan Borneo Jajaran Beaufort- Sipitang. Puan Yang di-Pertua, peruntukan RM3.3 bilion bagi projek jalan raya di Sabah dan Sarawak serta sasaran menyiapkan Pan Borneo Sabah Fasa 1B pada penghujung tahun 2027 perlu diterjemahkan kepada kemajuan yang jelas di lapangan.

Saya meminta Kementerian Kerja Raya memperincikan status pelaksanaan Jajaran WP01 dan WP02 yang berkaitan dengan Beaufort termasuk kemajuan fizikal, garis masa setiap pakej dan mekanisme pemantauan prestasi kontraktor.

Sekiranya berlaku kelewatan yang tidak munasabah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil mengikut peraturan bagi melindungi kepentingan awam.

Yang keempat, memperjelas status naik taraf Hospital Beaufort. Saya minta Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan mengenai status terkini Projek Naik Taraf Hospital Beaufort termasuk kemajuan fizikal, baki kerja, peruntukan yang telah dibelanjakan dan tarikh siap yang disasarkan.

Hospital ini amat penting kepada penduduk Beaufort dan kawasan sekitarnya. Kekurangan kemudahan boleh menyebabkan pesakit terpaksa ke hospital yang lebih jauh untuk mendapatkan rawatan tertentu.

draft • 7:33 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Sehubungan itu, peningkatan infrastruktur mesti disertai kapasiti perkhidmatan yang mencukupi, termasuk doktor pakar, peralatan perubatan, tenaga kerja dan kemudahan kecemasan. Yang kelima, menaikkan taraf sekolah daif dan kemudahan pendidikan.

Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2027 menyediakan hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan juga Sarawak.

Peruntukan membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah terus meningkat daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion.

Saya menggesa Kementerian Pendidikan memberikan keutamaan kepada sekolah daif di Beaufort berdasarkan tahap keselamatan, kerosakan bangunan dan keperluan murid. Perhatian khusus perlu diberikan kepada sekolah yang sering

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

terjejas akibat banjir, termasuk SK Kebulu, SK Batu 60 dan SJKSC Lian Hwa Beaufort.

Saya meminta kementerian menyatakan sekolah yang diluluskan untuk dinaik taraf, skop kerja, jumlah peruntukan dan jadual pelaksanaan supaya kemajuannya dapat dipantau. Anak-anak di luar bandar mesti diberikan persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif.

Yang keenam, menaik taraf Kompleks Sukan Beaufort dan kemudahan sukan luar bandar. Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan RM460 juta bagi pembangunan sukan negara, termasuk penyelenggaraan fasiliti sukan.

Saya memohon Kementerian Belia dan Sukan mempertimbangkan naik taraf Kompleks Sukan Beaufort melalui peruntukan berkenaan dengan tiga keutamaan iaitu pemasangan lampu limpah, dewan serbaguna dan penyediaan peralatan dan kemudahan sokongan kepada atlet.

Pada masa yang sama, kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, dewan serbaguna perlu diperluaskan ke kampung dan juga sekolah luar bandar.

Pembangunan sukan bukan sekadar melahirkan atlet, malah membina disiplin, kesihatan dan juga perpaduan masyarakat.

Yang ketujuh, memperkukuh liputan internet dan telekomunikasi. Puan Yang di-Pertua, internet yang stabil, pantas dan mampu milik kini merupakan keperluan asas. Masalah liputan di Beaufort, Kuala Penyu dan kawasan pedalaman menjejaskan pembelajaran. Perniagaan kecil ekonomi digital serta akses kepada perkhidmatan kerajaan.

Saya mengalu-alukan usaha memperkukuh infrastruktur digital melalui inisiatif JENDELA dan kabel dasar laut, SALAM. Saya memohon Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenal pasti kawasan yang masih mengalami masalah liputan, mempercepat pembinaan dan naik taraf menara telekomunikasi serta meningkatkan kapasiti rangkaian sedia ada. Kita mesti memastikan tiada kampung yang tercicir daripada pembangunan digital negara.

Dan yang kelapan, memperkukuh prasarana asas dan pembangunan luar bandar. Puan Yang di-Pertua, pembangunan Beaufort perlu dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi penyelenggaraan jalan kampung, kemudahan elektrik dan prasarana sokongan kepada peniaga kecil dan pengusaha pertanian. Peruntukan jalan desa sebanyak RM2.3 bilion dan peruntukan prasarana asas desa sebanyak

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

RM3.3 bilion perlu dimanfaatkan secara berkesan untuk merapatkan jurang pembangunan.

Saya memohon kementerian memberikan perincian secara jelas. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi Parlimen Beaufort untuk jalan perhubungan desa, jalan pertanian, projek bersepadu pembangunan ekonomi kampung dan juga lampu jalan kampung?

Kesembilan, menyemak semula kelayakan bantuan bulanan warga emas.

Puan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan menyemak semula mekanisme kelayakan bantuan bulanan warga emas, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pencen, pendapatan tetap atau simpanan mencukupi.

Walaupun peruntukan bantuan warga emas meningkat kepada RM1.3 bilion bagi hampir 200,000 penerima, kita perlu pastikan kriteria sedia ada benar-benar menjangkau golongan yang memerlukan. Ramai warga emas tinggal bersama anak- anak berpendapatan rendah yang turut menanggung perbelanjaan rumah, pendidikan anak, pengangkutan, kesihatan dan keperluan ibu bapa.

Oleh itu, kewujudan anak yang bekerja tidak semestinya bermakna warga emas tersebut mendapat sokongan kewangan yang mencukupi. Saya mencadangkan bantuan bersasar dipertimbangkan berdasarkan pendapatan dan keperluan sebenar warga emas, khususnya mereka yang tiada punca pencen atau wang simpanan yang mencukupi serta mempunyai anak berpendapatan rendah dengan tanggungan yang ramai.

Pada masa yang sama, proses permohonan perlu dipermudah dan penyelarasan data antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan agensi berkaitan diperkukuh agar mereka yang layak tidak tercicir.

Yang kesepuluh, menghormati kebebasan dan integriti proses pendakwaan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa prinsip Barisan Nasional amat jelas. Tiada sesiapa pun mengatasi undang-undang, tetapi tiada sesiapa juga boleh dihukum melalui tekanan politik.

Kita menghormati setiap hak Ahli Parlimen untuk membangkitkan persoalan berkaitan integriti, rasuah dan juga akauntabiliti. Namun persoalannya, adakah wajar seorang Ahli Parlimen meminta Perdana Menteri supaya memastikan Peguam Negara menuduh semula Bagan Datoh, sedangkan kuasa membuat keputusan pendakwaan terletak pada Peguam Negara.

Saya ingin mengingatkan bahawa Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa budi bicara pendakwaan kepada Peguam Negara.

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Kuasa ini perlu dilaksanakan secara profesional dan bebas daripada tekanan mana- mana pihak.

Puan Yang di-Pertua, kita tidak boleh melihat kes Yayasan Akal Budi hanya berdasarkan keputusan lepas tanpa dibebaskan atau pun DNAA pada 4 September 2023. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi selepas mempertimbangkan permohonan pihak pendakwaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Seterusnya, pada 8 Januari 2026, Jabatan Peguam Negara mengumumkan keputusan tiada tindakan lanjut atau NFA selepas meneliti siasatan tambahan dan bahan keterangan yang tersedia dengan alasan bukti tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.

Saya juga ingin menegaskan bahawa proses representasi bukan keistimewaan mana-mana pemimpin. Ia merupakan sebahagian daripada proses undang-undang yang membolehkan pihak pendakwaan menilai keseluruhan keterangan sebelum membuat keputusan.

Jika Jelutong betul-betul memperjuangkan keadilan, prinsip yang sama mestilah terpakai kepada semua pihak tanpa memilih bulu berdasarkan parti atau pun kedudukan politik. Puan Yang di-Pertua, keadilan bukan bermaksud seorang mesti didakwa semula kerana desakan politik. Keadilan bermaksud, setiap tindakan pendakwaan mesti mempunyai asas bukti yang mencukupi dan mematuhi undang- undang.

Oleh itu, saya menyeru agar Dewan yang mulia ini menghormati proses undang-undang dan tidak boleh menjadikan institusi pendakwaan sebagai medan pertarungan politik. Puan Yang di-Pertua, kesemua isu yang saya bangkitkan hari ini membawa satu mesej yang sama. Pembangunan mesti diterjemahkan kepada perubahan nyata dalam kehidupan rakyat.

Peningkatan peruntukan kepada Sabah perlu disusuli penyelesaian masalah banjir, bekalan air yang konsisten, jalan raya yang berkualiti, kemudahan kesihatan dan pendidikan yang mencukupi, prasarana sukan yang baik, capaian internet yang stabil serta bantuan sosial yang lebih bersasar.

Pada masa yang sama, prinsip kedaulatan undang-undang mesti terus dipelihara agar setiap institusi negara menjalankan tanggungjawabnya secara profesional dan juga berintegriti. Saya berharap Belanjawan MADANI 2027 menjadi pemangkin pembangunan yang lebih seimbang, inklusif dan benar-benar dirasai

draft • 7:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

rakyat, khususnya di Sabah dan di kawasan luar bandar seperti Beaufort. Beaufort menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2027. Sekian, terima kasih.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 7:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh*. Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberikan ruang kepada Tumpat untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar.

Bajet ini merupakan masa depan rakyat, nasib anak muda, keadilan antara negeri dan wilayah dan kedaulatan negara itu sendiri. Oleh itu, dalam perkara ini, Tumpat sambut baik dengan meminta beberapa perkara.

Yang pertama, Tumpat ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Parlimen Malaysia kerana memberikan kerjasama yang sebaiknya untuk penyediaan laporan penilaian Gender Sensitive Parliament dan Gender Action Plan sebab selaras dengan peralihan pentadbiran dan reformasi institusi Parlimen Malaysia dan kita harapkan juga Parlimen Malaysia bukan setakat mesra gender, tapi juga mesra keluarga.

Puan Yang di-Pertua, sebagai negara yang berdaulat, soal jati diri dan identiti rakyat yang hakiki patut diberikan tempat yang sewajarnya. Kita lihat hari ini di Malaysia kadang-kadang kita digambarkan melalui sejarah A’Famosa dan Georgetown. Kita ingin tanya, nama siapakah dan tinggalan siapakah itu?

A’Famosa dibina Portugis selepas melawan Melaka pada 1511 dan Georgetown dibuka Francis Light pada tahun 1786.

draft • 7:49 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita menghargai warisan ini, tapi bukan seluruh cerita dan gambaran naratif sebenar Malaysia. Wajah Malaysia ada di pelbagai tempat. Di Pantai Timur, di Borneo dan Tumpat ada Masjid Kampung Laut yang merupakan masjid tertua di negara ini yang pernah dipindahkan daripada tempat asal ke Nilam Puri akibat banjir dan kembali ke tempat asalnya.

Tempat-tempat dan sejarah sebegini perlu dikaji dan dipelihara sebagai tempat penting dan diangkat sebagai Tapak UNESCO sebagaimana kerajaan telah pun buat di negeri Pulau Pinang dan juga Melaka. Di Terengganu ada Batu Bersurat

draft • 7:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

bertarikh 1303 Masihi, bukti terawal Islam dan tulisan jawi di Alam Melayu yang diiktiraf oleh UNESCO dalam daftar di alam dunia.

Oleh itu, Tumpat mencadangkan agar pembangunan dan naratif negara memberikan ruang yang lebih besar kepada Pantai Timur dan kawasan-kawasan lain supaya pembangunan naratif negara mula seimbang dan juga memberikan pandangan kepada East-Coast centric. Sekarang tiba masanya giliran Pantai Timur dan wilayah Borneo untuk diangkat sebagai sebahagian daripada wajah Malaysia.

Perhebatkan promosi untuk negeri-negeri Pantai Timur contohnya sebagaimana diberikan kepada tempat-tempat lain sebelum ini seperti Penang dan sebagainya, masakan tradisi seperti nasi kerabu dan ayam percik merupakan perkara baharu dan new dan fresh idea untuk promosi Malaysia di peringkat global.

Undang-undang negeri, institusi kesultanan dan warisan seni bina mencerminkan perkembangan sejarah masyarakat di rantau ini. Oleh itu, kita percaya kerajaan perlu mengubah dasar dan pendekatan agar pendekatan lebih agresif untuk pendidikan sejarah, memulihkan monumen dan tapak warisan, mendigitalkan manuskrip serta mengembalikan pendidikan sejarah yang membina kefahaman terhadap asal usul pembentukan dan kedaulatan negara.

Dalam perkara ini, Tumpat cadangkan satu dasar baru identiti negara sejarah perlu dikorek secara saintifik oleh universiti dan disokong oleh bukti arkeologi dan antropologi. Perlu ada bajet, kajian dan pemuliharaan, pelan dan pakarnya untuk memasukkan sebagai arca dan kerangka identiti negara bangsa yang bermaruah.

Setiap naratif sejarah perlu disokong oleh sumber yang boleh diperiksa, terbuka dan kepada pendidikan baharu dan mengiktiraf sumbangan sebagai [Tidak jelas] Negara.

Puan Yang di-Pertua, jati diri itu dibina melalui pendidikan. Tumpat menyambut baik elaun sara hidup RM2,500 kepada murid Tingkatan 6 setara elaun pelajar Matrikulasi yang akan memanfaatkan 90,000 pelajar. Soalan Tumpat ialah, adakah pelajar STAM yang termasuk pelajar daripada sekolah Yayasan Islam Kelantan turut layak untuk mendapatkan bantuan sara hidup ini.

Seterusnya melihat kepada bagaimana ECRL. Insya-Allah, kalau kita lihat kepada perkembangan dan juga laporan-laporan terkini, ECRL akan mula beroperasi Disember ini dan ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut bahawa China dan Malaysia telah sepakat untuk menyambung laluan ke Rantau Panjang. Namun, cadangan ini belum dibawa ke Parlimen dan jajaran serta kos jadualnya belum dimuktamadkan. Tumpat mohon penjelasan, sudahkah sambungan ini dimuktamadkan sepenuhnya dan berapakah? Kalau dalam rundingan, kita mahu

draft • 7:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

ia dijelaskan secara telus kepada rakyat supaya harapan ini tidak mendahului keputusan.

Dan dalam perkara berkaitan dengan ECRL, Tumpat mencadangkan agar pas bulanan ECRL diperkenalkan sepertimana MyKomuter50 yang diperkenalkan oleh KTM Komuter dalam bajet ini.

Kedua, pilihan tiket bertempat duduk tetap dan tanpa tempat duduk tetap supaya tambang kekal dan mampu milik.

Yang ketiga, perkhidmatan ekspres tren terus daripada Gombak ke Kota Bharu. Kerajaan melalui MOT perlu lancarkan koc khas direct daripada Gombak ke Kota Bharu tanpa berhenti-henti di stesen lain. Straight daripada titik ‘A’ ke titik ‘B’.

Puan Yang di-Pertua, permintaan dan tren dari Kuala Lumpur [Tidak jelas] Masih ingin tinggal di Kelantan juga tinggi. Inilah peluang kerajaan untuk pacu dan memangkin ekonomi bumiputera belah Pantai Timur. Pastikan ia benar-benar memudahkan rakyat untuk bergerak dan mencari rezeki serta senanglah nanti pelancong untuk terus mendapat akses ke destinasi baru pelancongan seperti Kota Bharu.

Puan Yang di-Pertua, peluang kerja juga perlu sepadan dengan kelayakan anak muda pada masa kini. Latihan Industri hari ini banyak bersifat formaliti. Statistik Siswazah 2024 menunjukkan 32.2 peratus siswazah bekerja dalam pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah iaitu kira-kira 1.6 juta yang bekerja di bawah kelayakan mereka.

Oleh itu Tumpat mencadangkan kerajaan perlu membentangkan Pelan Nasional Kerjaya dan Sumber Manusia untuk dibahaskan di Parlimen bagi tempoh lima tahun hingga 10 tahun, lengkap dengan sasaran tahunan mengikut sektor, unjuran permintaan tenaga kerja dan pelan pembangunan kemahiran.

Dasar pendidikan menengah, pengajian tinggi, TVET dan [Tidak jelas] Mesti dihubungkan terus dengan keperluan sebenar rakyat dan melaporkan jumlah peserta, bukan hanya melaporkan jumlah peserta semata-mata kerana kita perlu melihat kepada kerjaya ini melibatkan anak muda juga warga emas kerana kita akan jadi negara menua dan juga golongan OKU. Secara spesifik perlu dibentangkan dalam pelan kerjaya ini.

Gaji minimum dijangka akan naik kepada RM2,000 mulai Jun 2027. Tumpat menyokong kenaikan ini. Walau bagaimanapun, kita perlu juga mengatasi satu polemik dan persepsi bahawa kadang-kadang anak muda akan menyebut, lebih baik tak ada degree, lepasan SPM dapat RM2,000, graduan cuma RM2,500, ditambah

draft • 7:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

hutang PTPTN. Beza RM500 tak padan dan sukar untuk mereka menebus bertahun- tahun belajar dan mereka terikat dengan pinjaman.

Dalam hal ini, kita bersetuju agar pihak majikan swasta dan korporat mengikut jejak langkah GLC. Kita mengharapkan akan ada mekanisme khas dan spesifik yang akan dipantau oleh kerajaan supaya pihak korporat boleh berkongsi tanggungjawab dan menyediakan pelan kerjaya secara terperinci untuk membantu rakyat.

Pada masa yang sama, kita melihat DOSM telah memaklumkan kepada kita rekod 60,457 perceraian pada tahun 2024, meningkat 4.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Terdapat kajian di pejabat agama sebuah negeri bahawa sembilan per 10 pasangan yang bertelingkah didapati tidak menunaikan solat fardu secara sempurna. Saya difahamkan bahawa KAGAT dalam tentera mewajibkan pendidikan solat sebagai pra syarat untuk pasangan Muslim berkahwin. Alangkah baiknya sekiranya silibus solat ini diangkat menjadi teras silibus kepimpinan rumah tangga bagi orang-orang Islam.

Sehubungan dengan itu, Tumpat mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah Pelan Induk Keluarga Negara di mana perlu diwujudkan satu jawatan baharu iaitu pelan Pegawai Pembangunan Keluarga yang boleh ditempatkan di semua Parlimen dan mewujudkan Pusat Pembangunan Keluarga setiap Parlimen kerana kita percaya bahawa sebarang dasar yang kerajaan buat— dasar kasih keluarga ini perlu diterjemahkan dan disepadukan dengan dasar perumahan dan dasar-dasar yang lain supaya pembangunan keluarga tidak terpisah menjadi pelaburan strategik dalam pembentukan generasi berakhlak, masyarakat stabil dan negara yang berdaya tahan.

Dalam hal ini, kita mahu kalau boleh, saya dah sebut banyak kali, saya minta kerajaan supaya membuat peruntukan khas perjawatan mencukupi dan mewajibkan pendidikan keibubapaan sebagai pendidikan yang wajib untuk menangani cabaran kontemporari dalam keluarga termasuk tekanan kos sara hidup, keseimbangan kerja dan keluarga, pendidikan awal kanak-kanak dan tanggungjawab penjagaan. Kalau sebelum ini masalah akan berlaku di luar rumah, hari ini mara bahaya pelbagai darurat boleh berlaku dalam rumah kerana ketiadaan kepimpinan dan juga pendidikan yang sesuai untuk ibu bapa.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, semua cadangan yang telah disebutkan ini memerlukan satu perkara yang lebih bersifat besar iaitu kerangka. Bagaimana hubungan kewangan yang adil di antara Persekutuan dan negeri? Perkara 108(4) Perlembagaan Persekutuan telah pun mewajibkan negara kita mempunyai Majlis

draft • 7:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kewangan Negara dan Kerajaan Persekutuan wajib berunding dengan Majlis ini tentang pemberian kepada negeri-negeri dan wilayah. Walau bagaimanapun, setelah 70 tahun kita— hampir 70 tahun kita merdeka, kita melihat banyak kesenjangan yang berlaku antara negeri dan wilayah.

Oleh itu, Tumpat mencadangkan empat penambahbaikan.

Pertama, Majlis Kewangan Negara perlu ditambah baik dan perlu dibantu oleh pasukan panel bebas sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara persekutuan yang lain iaitu Suruhanjaya Kewangan di India dan Commonwealth Grants Commission di Australia.

Yang kedua, budi bicara. Banyak perkara *“discretionary” [Membuat isyarat:

quote, unquote]* Digantikan dengan garis panduan yang lebih— pengagihannya yang lebih telus dan mengikat.

Yang ketiga, garis panduan ini perlu dikaji setiap lima tahun. Sekiranya ada formula yang digunakan, kena kaji setiap lima tahun kerana kita perlu melihat bagaimana ia sampai ke bawah.

Yang keempat, laporan fiskal antara kerajaan perlu dibincangkan setiap tahun di Dewan ini sebagai audit Federalisme Malaysia. Dengan cara ini kita dapat menilai sejauh manakah kita mencapai sasaran sebagai sebuah Persekutuan.

Perkara ini kita dapat lihat bagaimana di Pulau Pinang yang akan mendapat LRT Laluan Mutiara dengan kos siling RM16.8 bilion dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Manakala, Kelantan dan Terengganu yang meminta LPT3 sepanjang 122 kilometer dianggarkan RM9.8 bilion, jawapan yang diberikan dalam Dewan ini, tak cukup duit. Maka, LPT perlu diswastakan dan rakyat perlu membayar tol yang menurut kajian 2022 boleh mencecah ‘RM80’. LPT3 juga tidak disebut dalam bajet 2027.

Bagaimana kesan agihan fiskal yang tidak sepadan ini tidak membantu rakyat dan negeri-negeri di Pantai Timur untuk mencapai high-end career walaupun disebut dalam bajet seperti ini bahawa, banyak bilion diberikan kerana bilion yang diberikan itu bertumpu kepada perkara asas seperti pengurusan bekalan air dan tebatan banjir yang belum selesai walaupun telah merdeka hampir 70 tahun. Tidak ada peluang dan bajet yang diberikan untuk membantu mendapatkan banyak prasarana dan fasiliti berhubung dengan digital, REE dan semikonduktor kerana banyak tertumpu di negeri Pantai Barat yang telah pun sedia maju.

Dalam hal ini kita patut melihat bahawa, kalau dulu banyak pembentangan bajet menyebut tentang DE, tapi bermula 2023, DE ini telah makin menurun daripada

draft • 7:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

25 peratus sekarang menurun kepada 18 peratus dan kalau ini berterusan, kita menjangkakan bahawa DE ini akan terus menurun dan ini akan terus menekan negeri-negeri yang belum maju.

draft • 7:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Oleh itu, Tumpat usulkan satu komitmen baharu untuk kerajaan bagi memposisikan dan juga memberikan peranan kepada 2,000 GLC untuk turut sama membantu kerajaan-kerajaan negeri yang sudah jauh ketinggalan akibat [Tidak jelas] politik sepertimana yang berlaku di negeri-negeri pembangkang untuk kita rapatkan kesenjangan wilayah.

Puan Yang di-Pertua, keadilan dalam negara perlu juga bergantung kepada sempadan yang selamat. Tumpat sering terkena tempias sempadan yang diceroboh secara haram.

[Tidak jelas] kita melihat kadang-kadang pada Jun lalu, seorang lelaki Rohingya ditahan di Kota Bharu mengaku membayar RM10,000 kepada ejen untuk diseludup melalui Thailand. Hari ini terdapat ramai beratus ribu pelbagai etnik yang berdaftar dengan UNCHR di negara kita.

Cadangan Tumpat bukan untuk mencampuri urusan dalaman negara Myanmar. Ia untuk menjaga kedaulatan Malaysia dan mempertahankan [Tidak jelas] Rakyat. Hasrat kita di PBB hanya satu iaitu memulangkan etnik Rohingya ke tanah asal mereka di Rakhine secara selamat dan bermaruah supaya kita tidak salah guna atas kemanusiaan dan kita perlu ingat perkara ini ada beberapa perkara.

Pertama, pertahankan kedaulatan daripada sindiket dan jenayah. Krisis ini sudah menjadi barah keselamatan. Atas tiket kemanusiaan, sempadan dibolosi, perpindahan beramai-ramai membawa masuk sindiket pemerdagangan manusia, kartel dan jenayah atas sempadan.

Yang kedua, manfaat keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pendengaran merit case The Gambia lawan Myanmar selesai pada 21 Januari 2026 dan keputusan sedang dinanti. Keputusan ICJ mengikat Myanmar dan ketidakpatuhan telah dibawa kepada keselamatan PBB, Majlis Keselamatan PBB.

Malaysia mesti bersedia sekarang untuk mendengar keputusan itu bagi mendesak zon selamat di Rakhine di bawah Pasukan Pengaman PBB.

Kita kena mengambil sejarah yang baik daripada apa yang berlaku di Vietnam dan juga di Balkan bagaimana ketegasan Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Mahathir Mohamad telah pun menyebabkan negara ini diberi mendapat satu penganugerahan dan kepimpinan di peringkat antarabangsa dari sudut diplomasi.

Bagaimana diplomasi kita mesti dah diplomasi yang berhati-hati dan tidak boleh

draft • 8:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

terlalu terikat dengan konsensus ASEAN. Konsensus yang merupakan sudah lama dipersetujui tetapi Rakhine masih bergolak. Gunakan pendekatan Tun Mahathir— tegas, lantang dan desak resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Kelima, tolak [Tidak jelas] Campur tangan kerana dalam hal ini kita telah pun menerima prinsip tanggungjawab melindungi pada tahun 2005. Setiap rejim mencatatkan bahawa Rohingya merupakan penduduk Arakan. Mereka pernah menjadi Ahli Parlimen Burma sebelum rampasan kuasa tentera 1992 termasuk Sultan Ahmad, MA Ghaffar dan Sultan Mahmud yang menjadi Menteri Kesihatan sebelum undang-undang kewarganegaraan Myanmar 1982.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan kedatangan Perdana Menteri Mesir pada 9 dan 10 Oktober di mana hubungan kedua-dua negara dinaikkan kepada pemprosesan strategik. Apakah manfaat konkrit daripada isu Palestin di pertemuan ini? Minta jawapan daripada kerajaan.

Saya juga ingin mendapatkan daripada kerajaan apakah perolehan dan kerjasama jangka panjang yang kita boleh manfaatkan secara optimum daripada krisis yang berlaku di Negara Teluk. Keadaan asasnya tidak stabil selain daripada kita dapat kejayaan seperti F1 Bahrain yang berjaya mendapatkan perhatian dunia, mengapa tidak kita jalinkan kerjasama lebih mendalam, pelaburan strategik, kerjasama tenaga, pembaharuan infrastruktur atau penubuhan AI Centre bersama Negara Teluk bagi membina kapasiti teknologi dan penegasan kalau kita kerjasama, pastikan ia tidak merosak alam sekitar kita.

Yang terakhir Puan Yang di-Pertua, Malaysia perlu bersiap siaga menghadapi fenomena super El Niño selepas jerebu ini. Dalam jangkaan cuaca yang sangat panas antara Februari hingga Mei tahun depan, Ketua Pengarah Jabatan Metrologi menyebut bahawa suhu maksimum negara berpotensi melebihi 41 darjah Celsius berdasarkan kepada analisis kepada fenomena El Niño yang sangat kuat.

Oleh itu, Tumpat mencadangkan bahawa kerajaan perlu mengintegrasikan silibus kemandirian dan daya tahan nasional di peringkat menengah dan tinggi dan komuniti bagi membina rakyat yang bersedia menghadapi krisis, bukan sekadar memahami teori mengenainya. Silibus perlu merangkumi kecukupan pakar-pakar saintis, geologist daripada pusat hingga ke PBT, kesiapsiagaan bencana bukan hanya banjir, tetapi juga haba, pertolongan cemas, pengurusan kewangan ketika

draft • 8:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kegawatan [Tidak jelas] Siber, kelangsungan bekalan air dan makanan dan tenaga serta kemahiran membuat keputusan dalam keadaan darurat.

Jepun merangka Disaster Risk Management mereka dalam tempoh 150 tahun. Di Filipina, mereka sudah melangkah ke arah Science Diplomacy Mainstreaming Act. Jadi, kita di peringkat ASEAN perlu sama-sama bersama-sama supaya kita boleh mempunyai kemandirian dan daya tahan yang sama dengan masyarakat lain di peringkat ASEAN dan juga dunia kerana kita bersedia menghadapi perubahan iklim di peringkat dunia. Kita memerlukan climate map, takwim dan kerangka inisiatif yang benar-benar berfungsi.

Sebagai penutupnya Puan Yang di-Pertua [Membaca sepotong ayat al- Quran] Yang bermaksud, telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada pelbagai balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat. Dengan itu, Tumpat mohon ‘mencadangkan’. Terima kasih.

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 14 Oktober 2026.

draft • 8:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.05 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026